{"url": "https://ecentral.my/pengecualian-ptptn-kelas-pertama/", "title": "Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenyediaan Dokumen Sokongan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama\u00a0\u200b\u200b\nAnda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama? \n\u00a0Selaras dengan pengumuman YAB PM sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 yang lalu, insentif pengecualian bayaran balik ini telah diperluaskan semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.\nIa adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka. \nSehubungan itu peminjam boleh mengemukakan permohonan sehingga 31 Disember 2022.\n\nDimaklumkan bahawa peminjam yang layak membuat permohonan pengecualian bayaran balik, anda perlu menyediakan dokumen sokongan bagi tujuan muat naik dokumen semasa proses permohonan dilakukan.\u200b\u200b\nJom ikuti langkah mudah membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN anda. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama?\n\n \nSyarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran PTPTN Kelas Pertama\n\n \nPengalaman (Perkongsian Media Sosial)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama?\nPengecualian bayaran balik bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai peminjam.\n\n\n\n\n\n\nKini permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN.\nNOTA: Untuk mendapat kepastian pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik, kerana setiap universiti berbeza-beza grednya.\n\nSyarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama\nAntara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut: \nSyarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:\nMengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; danMengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.\nCara Permohonan\nPeminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN \u2013\u00a0Pengecualian Ijazah Kelas Pertama\u00a0selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.\nPermohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Mudah, cepat & selamat!\nSila rujuk langkah-langkah membuat permohonan seperti di bawah:\n\n\nLayari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama\n\n\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan bagi permohonan pengecualian bayaran balik adalah:\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\nSalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan \u201cKelas Pertama\u201d pada Ijazah); danSurat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).\nPeringatan Mesra\n\u00a0Salinan dokumen sokongan\u00a0 hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.\n\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan : \u200b\u200bhttps://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama\u200b\u200b\nSemakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran PTPTN Kelas Pertama\nStatus permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:\nSemak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman atau;Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.\nBaca juga: Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini\nPengalaman (Perkongsian Media Sosial)\nMemandangkan ramai yang tanya macam mana nak dapat pengecualian bayaran ptptn. Mai sis share. Sis apply 13/8. Lulus 23hb/8. Tak sampai 2 minggu, kalau tiada masalah.\nPergi link https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.\nMake sure you guys ada semua ni. If takde sila minta dari fakulti anda. Pastikan setiap sijil tu ada pengesahan dari uni okeyy. Sebab dalam borang online tu nak ada pengesahan. And sijil tak perlu berwarna even dia mintak berwarna. Yang penting pengesahan. Kalau takde sijil sijil ni sila kol uni.\nSkroll degree yang tertulis \u201cfirst class\u201d. Skroll degree hanya boleh mohon if you guys dah ada exact tarikh konvokesyen. Macam sis punya konvo 31/3/2020.Transkrip degreeSurat pengesahan tamat pengajianSurat tawaran tajaan lain (kalau tajaan bertindih macam saya)..\nTelefon careline PTPTN untuk dapat no pinjaman. Untuk permohonan, kena login no pinjaman. (gunalah plan data celcom RM35/bulan sebab free kol untuk semua talian termasuk nombor pejabat).\nThen boleh la isi.\nuntuk uitm first class CGPA 3.5, uni lain sis tak tau.yang ada exact tarikh konvo sahaja boleh apply pengecualian ptptn and apply skroll ye anak anak.Saya sertakan contoh lampiran di bawah\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,Tingkat Bawah, Menara PTPTN,Blok D, Megan Avenue II,No.12, Jalan Yap Kwan Seng,50450 Kuala Lumpur.\nCareline: 03 \u2013 2193 3000Faks: 03 \u2013 2193 1263\nhttps://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama\nWaktu operasi Live Chat PTPTN: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Cuti Umum.\nBaca juga: Penjana Kerjaya 3.0: Program Insentif Pengambilan Pekerja (PEMULIH)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-gradpeneurperak/", "title": "Tawaran Program [email\u00a0protected] Untuk Graduan Yang Berminat Jadi Usahawan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada negeri Perak yang berminat untuk ceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau yang ingin kembangkan perniagaan sedia ada, anda dialu-alukan untuk sertai Program [email\u00a0protected] bagi Kohort 2.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Program [email\u00a0protected] ?\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nKelebihan Program\n\n \nTarikh & Tempat Program\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Mendafar\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Program [email\u00a0protected] ?\nProgram [email\u00a0protected] adalah program yang menawarkan latihan, pembiayaan serta khidmat nasihat kepada graduan yang berminat dalam bidang keusahawanan.\nProgram ini juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Program PENJANA KPT-CAP yang menjadi salah satu inisiatif kerajaan bagi menangani cabaran kepolehpasaran graduan serta mengurangkan kadar penggangguran di kalangan belia.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, program ini terbuka kepada 50 orang terawal sahaja. \nCalon yang berminat boleh kemukakan pendaftaran secara atas talian sehingga 19 Mei pada jam 5 petang.\nKelebihan Program\nGraduan yang menyertai program ini akan mendapat manfaat-manfaat berikut iaitu:\nLatihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hariPinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan\n\nTarikh & Tempat Program\nProgram ini akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, UPSI, Tanjung Malik pada 24 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk ikuti program ini perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:\nGraduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 \u2013 2021 sahaja (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja).Pemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.Graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.\nCara Mendafar\nPendaftaran program boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan pendaftaran seperti berikut : https://forms.gle/KZAqYu4A1B36zBmQ6.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Next\u2019 dalam setiap paparan.Lengkapkan semua maklumat tersebut.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Program [email\u00a0protected], sila layari laman Facebook [email\u00a0protected] atau hubungi:\nDr Sharul Effendy Janudin (UPSI) \u2013 0122118608Yayasan Perak \u2013 05-2460227PASAK \u2013 018-297 4725\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-mcdonalds-malaysia/", "title": "McDonald\u2019s Malaysia : Harga Set & Menu Rahmah McD", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMcDonald\u2019s Malaysia : Senarai Harga Set & Menu Rahmah McD 2023\nSejak bertahun lamanya, keenakan hidangan di McDonald\u2019s kekal menjadi kegemaran rakyat Malaysia. \nTerdapat pelbagai menu ikonik yang menyelerakan menanti semua di McDonalds seperti Big Mac, Ayam Goreng McD dan Spicy Chicken McDeluxe. \nTak hanya itu, ramai yang cukup menggemari minuman McCafe yang menyegarkan dan sesui dinikmati bersama aneka kek. \n\n\n\n\n\n\nBuat peminat tegar McDonald\u2019s, jom kita tengok menu McDonald\u2019s dan harga terkini yang ditawarkan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Rahmah McD\n\n \nMenu McDonald\u2019s (Senarai Penuh)\n\n \nNugget & Ayam Goreng\n\n \nMenu McDonald\u2019s McCafe\n\n \nFamily Meal\n\n \nParties @ Home\n\n \nDrinks\n\n \nDesserts & Sides\n\n\nMenu Rahmah McD\nMcD turut memperkenalkan Menu Rahmah Mcd pada harga RM5 sahaja. \nAntaranya:\n\nMenu Rahmah\u00a0Burger Ayam + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\nMenu Rahmah Bubur Ayam McD (kecil) + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\nMenu Rahmah McEgg + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\nMenu Rahmah Cheeseburger + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\n\n\nBaca Juga : Menu KFC, Promosi Bulan Ini & Harga Terkini\nMenu McDonald\u2019s (Senarai Penuh)\nChicken Burger\nMenuAla CarteMedium McValue 2 pcs Meal (without Fries)Medium McValue MealChicken BurgerRM 7.20\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013Chicken Burger with EggRM 8.70\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013McChickenRM 9.40RM 12.90RM 14.50McChicken with EggRM 10.90RM 14.39RM 16.00Double McChickenRM 13.40RM 15.90RM 17.50Double McChicken with EggRM 14.90RM 17.41RM 19.00Spicy Chicken McDeluxeRM 13.70RM 16.90RM 18.50Spicy Chicken McDeluxe with EggRM 15.20RM 18.40RM 20.00Double Spicy Chicken McDeluxeRM 21.20RM 23.20RM 24.80Double Spicy Chicken McDeluxe with EggRM 22.71RM 24.70RM 26.30GCBRM 13.70RM 16.90RM 18.50GCB with EggRM 15.20RM 18.40RM 20.00Double GCBRM 21.20RM 23.20RM 24.80Double GCB with EggRM 22.71RM 24.70RM 26.30Spicy McCrispy ChickenRM 12.30RM 15.30RM 16.90Spicy McCrispy Chicken with EggRM 13.80RM 16.80RM 18.40Double Spicy McCrispy ChickenRM 16.30RM 19.30RM 20.90Double Spicy McCrispy Chicken with EggRM 17.80RM 20.80RM 22.40\nFish Burger\nMenuAla CarteMedium McValue 2 pcs Meal (without Fries)Medium McValue MealFilet-O-FishRM 9.90RM 12.90RM 14.50Double Filet-O-FishRM 13.40RM 17.41RM 19.00\n\nBeef Burger\nMenuAla CarteMedium McValue 2 pcs Meal (without Fries)Medium McValue MealDouble CheeseburgerRM 11.90RM 15.20RM 16.80Big MacRM 12.90RM 16.40RM 18.00Quarter Pounder with CheeseRM 13.80RM 16.40RM 18.00Double Quarter Pounder with cheeseRM 19.90RM 22.90RM 24.50Triple CheeseburgerRM 17.90RM 20.06RM 21.65Mega MacRM 18.90RM 21.40RM 23.00Spicy Double BeefRM 12.30RM 14.70RM 16.30Spicy Double Beef with EggRM 13.80RM 16.20RM 17.80Spicy Double Beef with CheeseRM 11.90RM 15.20RM 16.80Spicy Double Beef with Cheese & EggRM 13.40RM 16.30RM 18.30Spicy Triple BeefRM 16.65RM 19.05RM 20.65Spicy Triple Beef With CheeseRM 17.90RM 20.06RM 21.65Spicy Triple Beef With EggRM 18.15RM 20.55RM 22.15Spicy Triple Beef With Cheese & EggRM 19.40RM 21.55RM 23.15Spicy Beef Deluxe Burger with CheeseRM 13.00RM 15.40RM 17.00Spicy Beef Deluxe Burger with Cheese and EggRM 14.50RM 16.90RM 18.50Double Spicy Beef Deluxe Burger with CheeseRM 19.00RM 21.40RM 23.00Double Spicy Beef Deluxe Burger with Cheese and EggRM 20.50RM 22.90RM 24.50\nNugget & Ayam Goreng\n\nMenuAla CarteMedium McValue 2 pcs Meal (without Fries)Medium McValue Meal6 pcs Chicken McNuggetsRM 10.30RM 13.10RM 14.709 pcs Chicken McNuggetsRM 13.90RM 16.50RM 18.1020 pcs Chicken McNuggetsRM 27.15\u00a0 \u2013\u00a0 \u20132 pcs Ayam Goreng McD Spicy / Regular / MixedRM 13.35RM 17.50RM 19.103 pcs Ayam Goreng McD Spicy / Regular / MixedRM 17.60RM 21.70RM 23.305 pcs Ayam Goreng McD Spicy / Regular / MixedRM 33.00\u00a0 \u2013\u00a0 \u20139 pcs Ayam Goreng McD Spicy / Regular / MixedRM 56.00\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013\nMenu McDonald\u2019s : Nasi Lemak & Bubur\n\nMenuAla CarteMedium McValue MealNasi Lemak McD + 1 Pcs Ayam Goreng Spicy/Regular\u00a0 \u2013RM 16.00Nasi Lemak McD + 2 Pcs Ayam Goreng Spicy/Regular/Mixed\u00a0 \u2013RM 19.00Nasi Lemak McD + 1 pc SCM Cutlet\u00a0 \u2013RM 17.60Nasi Lemak McD + 1 pc GCB Cutlet\u00a0 \u2013RM 17.60Nasi Lemak McD + 2 pcs SCM Cutlet\u00a0 \u2013RM 21.60Nasi Lemak McD + 2 pcs GCB Cutlet\u00a0 \u2013RM 21.60Bubur Ayam McD SmallRM 7.40\u00a0 \u2013Bubur Ayam McD MediumRM 8.70\u00a0 \u2013\nHappy Meals\nMenuHargaHappy Meal Chicken BurgerRM 11.10Happy Meal Chicken McNuggetsRM 11.10Happy Meal CheeseburgerRM 11.30Happy Meal Ayam Goreng McD Spicy/RegularRM 11.10Happy Meal Bubur AyamRM 11.10\nMenu McDonald\u2019s McCafe\nDrinks\n\nMenuSmallMediumLargeIce Blended Latte\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013RM 13.50Ice Blended Strawberry\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013RM 13.50Iced Blended Mango Peach\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013RM 9.50Ice Blended Milo\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013RM 14.50Ice Blended Chocolate\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013RM 13.50Ice Blended Mocha\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013RM 13.50LatteRM 8.30RM 9.50RM 10.50Iced Latte\u00a0 \u2013RM 9.50RM 11.00Iced Chocolate\u00a0 \u2013RM 9.90RM 11.00Iced Americano\u00a0 \u2013RM 7.90RM 9.00Iced Mocha\u00a0 \u2013RM 9.90RM 11.00CappucinoRM 8.30RM 9.50RM 10.50AmericanoRM 6.30RM 7.50RM 8.50\nMcCafe Cakes\n\nMenuHargaPandan Gula Melaka CakeRM 12.50Apple Crumble CheesecakeRM 12.50Belgium Chocolate CakeRM 12.50Classic CheesecakeRM 12.50Red Velvet CakeRM 12.50\nCombo McCafe Cakes + Drinks\nMenuHargaIced Mocha (M) + Belgium ChocolateRM 14.49Iced Chocolate (M) + Belgium ChocolateRM 14.49Iced Latte (M) + Belgium ChocolateRM 12.99Iced Americano (M) + Belgium ChocolateRM 12.99Hot Americano (M) + Belgium ChocolateRM 12.99Hot Latte (S) + Belgium ChocolateRM 12.99Iced Mocha (M) + Classic CheesecakeRM 14.49Iced Chocolate (M + Classic CheesecakeRM 14.49Iced Latte (M) + Classic CheesecakeRM 12.99Iced Americano (M) + Classic CheesecakeRM 12.99Hot Americano (M) + Classic CheesecakeRM 12.99Hot Latte (S) + Classic CheesecakeRM 12.99Iced Mocha (M) + Red Velvet CakeRM 14.49Iced Chocolate (M) + Red Velvet CakeRM 14.49Iced Latte (M) + Red Velvet CakeRM 12.99Iced Americano (M) + Red Velvet CakeRM 12.99Hot Americano (M) + Red Velvet CakeRM 12.99Hot Latte (S) + Red Velvet CakeRM 12.99\nFamily Meal\nMenuHargaFamily Meal A Ayam Goreng Spicy/Regular/Mixed (3 pax)RM 39.99Family Meal B Ayam Goreng Spicy/Regular/Mixed (3 pax)RM 49.00Family Meal C Ayam Goreng Spicy/Regular/Mixed (3 pax)RM 49.00\nParties @ Home\nMenuHarga[email\u00a0protected] A Ayam Goreng Spicy/Regular/Mixed (5 pax)RM 100.00[email\u00a0protected] B Ayam Goreng Spicy/Regular/Mixed (6 pax)RM 125.00[email\u00a0protected] C Ayam Goreng Spicy/Regular/Mixed (8 pax)RM 150.00\nDrinks\nMenuSmallMediumLargeOrange McFizz\u00a0 \u2013RM 6.60RM 7.80Coca-ColaRM 4.00RM 5.00RM 6.20Sprite\u00a0 \u2013 \u2013\u00a0 \u2013\u00a0100 Plus\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013Iced MiloRM 5.20RM 8.00RM 9.00Iced Lemon TeaRM 4.00RM 6.81RM 7.50Bottled Water\u00a0 \u2013RM 5.00 (250 ml) \u2013\u00a0Hot MiloRM 5.20RM 6.20 \u2013\u00a0Hot Teh TarikRM 5.30\u00a0 \u2013\u00a0 \u2013TeaRM 5.20RM 6.20\u00a0 \u2013Orange JuiceRM 5.20RM 7.00RM 8.00\nDesserts & Sides\n\nMenuHargaBanana Chocolate McFlurryRM 7.50Banana PieRM 4.90Dinasour McFlurryRM 7.50Oreo McFlurryRM 7.50Chocolate SundaeRM 5.10Strawberry SundaeRM 5.10Apple PieRM 4.70Small French FriesRM 5.00Medium French FriesRM 5.80Medium CornRM 4.51Large CornRM 5.80Nasi Lemak PlainRM 3.00\nCondiments\nMenuHargaFrench Cheese SauceRM 1.00Barbecue SauceRM 1.00Sweet & Sour SauceRM 1.00McChicken SauceRM 1.00SambalRM 1.00\nUntuk ketahui promosi terkini dari McDonald\u2019s, jom ikuti laman Facebook rasmi McDonald\u2019s Malaysia. Pelbagai promosi menarik dan tawaran terkini menanti anda! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-kuarantin-menjaga-anak/", "title": "Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Sakit & Kuarantin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENAMBAHBAIKAN CUTI SAKIT / KUARANTIN UNTUK JAGA ANAK YANG DIJANGKITI PENYAKIT BERJANGKIT\nKakitangan kerajaan yang mempunyai anak dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19 layak mendapat cuti menerusi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, berkuat kuasa 4 Mac 2022 lalu.\nMelalui kemudahan ini, sekiranya anak anda perlu dikuarantin bagi penyakit berjangkit (seperti Covid-19, HFMD, Chicken Pox, dll), anda boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).\nApa perbezaannya dengan pekeliling sebelum ini?\nKemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah pindaan daripada Kemudahan Cuti Kuarantin yang dilaksanakan sejak 1 Januari 2017.\nSebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, kini terdapat tambahan \u201clain-lain penyakit berjangkit\u201d yang memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemudahan ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Penambahbaikan Cuti Kuarantin Menjaga Anak?\n\n \nKelayakan\n\n \nPelaksanaan\n\n \nSoalan Lazim Cuti Menjaga Anak Kuarantin\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Penambahbaikan Cuti Kuarantin Menjaga Anak?\nDalam satu surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah kepada semua ketua jabatan memaklumkan, menerusi pindaan itu pegawai kerajaan boleh mendapatkan cuti maksimum selama 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta ; atau mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.\nBagi pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas atau cuti lain yang berkelayakan.\nSumber: Public Health Malaysia\nSelain itu apabila keadaan pegawai itu mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR).\nSila rujuk Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12(8): Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin, bertarikh 4 Mac 2022 di bawah:\n\n\n\nKelayakan\nPegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.\nSyarat anak yang dikuarantin adalah:\n\nberumur bawah 18 tahun atau jika masih belajar bawah 21 tahun; dan\ntidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.\n\nceraian_KEMUDAHAN-CUTI-KUARANTINDownload\nBaca juga: Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin\nPelaksanaan\nCuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan Di Bawah Penjagaan Sementara\nMana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang dinyatakan di perenggan 8 (a) hingga (e) di atas semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perludikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai boleh diberikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Surat Edaran.\nKemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan hendaklah dilaksanakan seperti berikut:\n\npegawai boleh menggunakan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta\nsenarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah seperti di Lampiran SR.5.4.4(A), dengan penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; dan\npermohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan beserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan seperti di Lampiran SR.5.4.4(B).\n\nSENARAI PENYAKIT BERJANGKIT (Lampiran SR.5.4.4(A))\n\nPenyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMDI))\nDemam Denggi dan Demam Denggi Berdarah\nCampak (Measles)\nChickenpox\nDifteria\nMalaria\nLain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta (Contoh: Influenza A / B)\n\nSoalan Lazim Cuti Menjaga Anak Kuarantin\nBilakah pemakaian peraturan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan ini berkuat kuasa? Pemakaian peraturan ini berkuat kuasa mulai 4 Mac 2022. Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta? Bermaksud perakuan secara bertulis untuk dikuarantin atau diasingkan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta di atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang disenaraikan di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) (Kemudahan Cuti Menjaga Anak YangDikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan) sahaja dan bukannya atas nama pegawai. Apakah jenis penyakit berjangkit yang boleh menggunakan kemudahan cuti ini? Jenis penyakit berjangkit adalah sepertimana tersenarai di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) iaitu enam (6) jenis penyakit berjangkit dan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaanatau swasta. Sekiranya anak pegawai menghidap penyakit berjangkit tetapi tidak diperaku untuk dikuarantin atau diasingkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta, adakah pegawai layak menggunakan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingantersebut? Tidak Layak.Pegawai hanya layak menggunakan Cuti Menjaga Anak YangDikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan sekiranya anak pegawai yang dijangkiti penyakit berjangkit tersebut mendapat perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin atau diasingkan. Berapa lama tempoh yang diberikan bagi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan? Terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Bolehkah Ketua Jabatan mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada pegawai yang berupaya melaksanakan tugasan di rumah walaupun anak pegawai diperaku oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantinatau diasingkan? Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR sepertimana peruntukan di bawah MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 : Dasar Bekerja dari Rumah. Anak pegawai disahkan positif COVID-19 dan mendapat perakuan untuk dikuarantin atau diasingkan, adakah pegawai boleh menggunakan Cuti Menjaga Anak YangDikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan? Sekiranya anak pegawai disahkan positif COVID-19 dan mendapat perakuan untuk dikuarantin atau diasingkan:(i) pegawai yang merupakan kontak rapat boleh menggunakan kemudahan ini sekiranya situasi anak yang dijangkiti COVID-19 memerlukan penjagaan dan pemerhatian rapi, pemantauan kesihatan yang ketat dan penyediaan makan minum; atau(ii) Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar BDR) apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah. Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan. Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:(i) pegawai yang anaknya tidak dijangkiti penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/ sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit; dan(ii) pegawai yang anaknya sihat tetapi taska/ sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin dalam mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit.(iii) pegawai yang menjadi kontak rapat kepada anak yang positif COVID-19 dan menerima Perintah Pengawasan danPemerhatian di bawah Akta Pencegahan dan PengawalanPenyakit Berjangkit {Akta 342}. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat perhubungan berkaitan perkara ini boleh diajukan ke talian 03-8885 5609/ 03-8885 5689 atau e-mel ke[email\u00a0protected].\nSurat Edaran Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin\nMuat Turun :\n1.\u00a0Surat Edaran :JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.12(8)\n2.\u00a0Ceraian SR.5.4.4 (Kemudahan Cuti Kuarantin)\n3.\u00a0Soalan Lazim\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-sarawak/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Sarawak 2022/2023 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.\nBerikut dikongsikan jenis biasiswa yang ditawarkan dan syarat kelayakan untuk memohon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis Biasiswa Yayasan Sarawak\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nKriteria Pemilihan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJenis Biasiswa Yayasan Sarawak\nTerdapat dua biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan mengikut bidang pengajian masing-masing iaitu :\nBiasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib\n\n\n\n\n\n\nUntuk pengajian kursus STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)\nBiasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman\nKursus bukan STEM selain Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak adalah pada 29 Julai 2022.\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nSyarat-Syarat Asas\nAnak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali Anak Kelahiran Sarawak) ;Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf di Dalam Negara sahaja. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terunggul di dunia (10 Institusi Terbaik Dunia). Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.\nljazah Pertamaljazah LanjutanUntuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara SAHAJAUntuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara dan LUAR NEGARA (10 INSTITUSI TERBAIK\u00a0DUNIA SAHAJA)\nSyarat Khusus (Kelayakan Akademik)\nPemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:\n(Keutamaan kepada pelajar yang berada di Tahun 1 dan 2 sahaja).\n\u00a0 PERINGKAT &\u00a0KRITERIA\u00a0\u00a0KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIKljazah PertamaPemohon mestilah memperolehi subjek Bahasa Melayu Kepujian (Kredit) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya. \u00a0 Memperoleh CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/ Diploma / Matrikulasi / Asasi/\u00a0Foundationl\u00a0A-Level dan yang setaraf dengannya;ljazah LanjutanMemperoleh\u00a0\u00a0\u00a0 pencapaian\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 akademik\u00a0\u00a0\u00a0 yang\u00a0\u00a0\u00a0 cemerlang CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ljazah Pertama atau Sarjana.Kriteria TambahanMemiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum; \u00a0 Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan; \u00a0 Perkembangan Bakat\u00a0(Talent)\u00a0iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti;\nKriteria Pemilihan\nCalon yang layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan akan ditemuduga oleh panel khas.\nPemilihan akan dibuat dengan mengambil kira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh panel.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian dan boleh dilakukan menerusi laman web http://www.yayasansarawak.org.my/Permohonan hendaklah diserta dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi;Calon dikehendaki untuk sertakan bersama salinan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan.Sila ambil perhatian bahawa semua salinan dokumen dan sijil perlulah disahkan terlebih dahulu.Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah kemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar sepenuh masa.Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa;Semua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Seksyen Biasiswa, Yayasan Sarawaak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, Kuching.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian 082-441686 atau layari laman rasmi Yayasan Sarawak. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-aidilfitri-pesawah-pekebun-nelayan/", "title": "Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan 2023\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.\nAnwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.\nMenurut PM,\u00a0Belanjawan 2023 termasuk inisiatif baharu ini adalah bukti komitmen Kerajaan Perpaduan untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia, selain bukti ketegasan kerajaan untuk menambah baik tadbir urus bagi menjamin menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.\n\n\n\n\n\n\nDisebabkan tanggungjawab ini besar, PM berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjayakannya.\nBerikut dikongsikan info ini selanjutnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Pesawah, Pekebun & Nelayan 2023\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nSaluran Pembayaran\n\n\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Pesawah, Pekebun & Nelayan 2023\nKerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.\nDalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.\nMaka nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti dalam jadual di bawah:\nGolonganBantuanJumlahNelayanRM300 + RM200RM500Pesawah PadiRM200 + RM200RM400Pekebun Kecil GetahRM800 + RM200RM1000\n\nSumber infografik: Jabatan Komunikasi Komuniti\nTarikh Bayaran \nBantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan dibayar mulai 10 April 2023 dan selewat-lewatnya 14 April 2023.\n\nSaluran Pembayaran\nMenerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).\nBayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).\n\nBaca juga : \n\nSTR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga\nTarikh Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/epemula/", "title": "ePemula: Cara Tebus RM150 Kredit ShopeePay, GrabPay, TNG & BigPay", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 atau ePemula.\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.\nTempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022\n\u201cDengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.\u201d\nBerikut dikongsikan info terkini tentang Program ePemula @ eStart untuk makluman bersama.\nKredit MOF\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program ePemula?\n\n \nApakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?\n\n \nCara Penebusan\n\n \n1. Cara Tebus ePemula ShopeePay\n\n \n3. Cara Tebus ePemula di Touch n Go (TNG eWallet)\n\n \nTarikh Permohonan e-Pemula 2022\n\n \nTempoh Penebusan Kredit ePemula\n\n \nSenarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022\n\n\nApakah Program ePemula?\nePemula @ e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. \nMelalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. \n\nBaca juga: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Tunai RM2000 Untuk B40\n\nApakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?\nMenurut kenyataan terkini Kementerian Kewangan, rangkaian eWallet yang terlibat adalah dalam program ePemula adalah:\n\n\n\n\n\n\nTouch n Go eWalletShopeePayGrab PayBigPay\nCara Penebusan\nBerikut adalah cara membuat penebusan bagi setiap rangkaian e-Wallet yang terlibat:\n1. Cara Tebus ePemula ShopeePay\nBuka aplikasi Shopee.\nJika anda telah mengaktifkan ShopeePay, anda akan mendapat paparan seperti di bawah.\n\nSila tekan \u2018Claim ePemula RM150\u2019.\n\nCara Penebusan:\nAktifkan dan buat pengesahan akaun (verify) ShopeePay andaUntuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi andaRM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!Penebusan bermula mulai jam 8 pagi, 11 April 2022\n\nMaklumat lanjut: https://shopee.com.my/m/shopee-epemula-frequently-asked-questions\n2. Cara Tebus ePemula GrabPay\nePemula juga ditawarkan melalui rangkaian eWallet GrabPay.\n\nBerikut dikongsikan cara membuat penebusan melalui Grab.\nBuka aplikasi GrabLihat pada paparan utama. Anda akan nampak \u2018Claim RM360 worth of vouchers with ePemula\u2019Kemudian anda hanya perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.Setelah selesai, bolehlah anda menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat:RM150 kredit ewallet ePemulaRM150 voucher GrabFoodRM60 promo terpilih dari merchant Grab\nKlik pada anak panah tu.\n\nJangan lupa baca syarat-syarat terlebih dahulu.\n\nCara buat pengesahan indentiti:\nAmbil gambar ICAmbil gambar selfieIsikan butiran peribadi anda.\n\nSelesai!\nMaklumat lanjut: https://www.grab.com/my/campaign/epemula/\n3. Cara Tebus ePemula di Touch n Go (TNG eWallet)\nAntara keistimewaan TNG eWallet adalah ia bukan saja boleh digunakan di hampir semua kedai-kedai fizikal.\nSeperti juga GrabPay dan ShopeePay, anda juga akan dapat bonus serta ganjaran tambahan!\nJom tengok apa kelebihan dan cara tebus kredit ePemula di Touch n Go eWallet (TNG).\n\nCara untuk menebus kredit e-Pemula adalah seperti berikut:\nPastikan anda memuat turun Touch \u2018n Go eWalletSila lengkapkan Pengesahan Akaun andaKemudian aktifkan pengesahan IC dan selfie Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruang yang disediakan.Dah settle? Sekarang anda bolehlah tuntut kredit RM150 berserta bonus-bonus hebat \u2013 khas untuk penebusan terawal sahaja!\n\nDapatkan lebih maklumat di https://www.touchngo.com.my/somethingnew/\nPenerima ewallet belia yang masih belum mendaftar bolehlah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan anda bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.\nTarikh Permohonan e-Pemula 2022\nProgram ePemula ini akan bermula pada 11 April 2022.\nTempoh Penebusan Kredit ePemula\nProses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022\nRujuk Soalan Lazim Program e-Start @ e-Pemula di bawah:\nApakah itu Program eStart @ e-Pemula? Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar. Berapakah jumlah bantuan yang disediakan? Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai. Siapa yang layak memohon? Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022. Bagaimana untuk memohon? Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai berikut\u2013 ShopeePay\u2013 BigPay\u2013 GrabPay\u2013 Touch n Go eWallet Bilakah tarikh penebusan / pelaksanaan Program ePemula? Proses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022 \nSila rujuk portal Manfaat 2022 untuk maklumat terkini : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html\nSenarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022\nTahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.\nJadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.\nSila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.\n\n\n\nSila rujuk senarai penuh bantuan kerajaan dalam Bajet 2022 melalui rangkuman berikut: Bajet 2022: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat\nSila layari laman web\u00a0https://www.mof.gov.my/\u00a0untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/iq-nilam/", "title": "Login IQ Nilam (iqnilam.moe.gov.my), Sistem Rekod Bacaan Murid Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram NILAM merupakan satu program yang menggalakkan pelajar untuk membaca. NILAM membawa maksud \u2018Nadi Ilmu Amalan Membaca\u2019.\nIanya telahpun dilaksanakan sejak tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu. \nProgram ini mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat PekelilingIkhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca yang bertarikh 22 Mei 1998.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program iQ NILAM dan cara merekod bahan bacaan murid secara online.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah iQ NILAM?\n\n \nCara Log Masuk & Rekod Bacaan Untuk Murid\n\n\nApakah iQ NILAM?\niQ NILAM atau Index Quality NILAM adalah satu inisiatif merekodkan program bacaan NILAM secara digital.\nMelalui inisiatif ini, murid tidak lagi perlu mengisi rekod bacaan melalui buku NILAM yang biasa digunakan.\nSebaliknya, mereka hanya perlu mengisi dan merekodkan bahan bacaan secara atas talian di laman web dengan menggunakan ID Delima yang dibekalkan oleh pihak sekolah.\nGuru juga dapat merujuk data serta memindahkan maklumat ini dengan mudah dan cepat.\nBaca juga: Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off\nCara Log Masuk & Rekod Bacaan Untuk Murid\nLayari laman web https://iqnilam.moe.gov.my\nSila log masuk menggunakan ID DELIMACara login adalah dengan menggunakan ID delima masing-masing.Contoh : m-11065567Password : [email\u00a0protected] (jangan ubah)Borang Maklumat Bacaan Murid\u00a0akan dipaparkan.Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:Maklumat Bahan BacaanTajuk BukuPilihan BahasaTahun TerbitanPengarangPenerbitJenis Bahan BacaanBuku FiksyenBuku Bukan FiksyenBukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)RumusanAktiviti PengayaanAktiviti Lain-lain (jika ada)Setelah selesai mengisi, anda perlu klik butang\u00a0SIMPAN.\nRujuk langkah bergambar di bawah untuk lebih mudah faham:\n\n\n\n\n\nBaca juga: Cara Masukkan Tanda Tangan Dalam Email / Surat (Word)\n\nApa Maksud \u2018Fiksyen\u2019?\nCerita rekaan atau singkatannya cereka atau fiksyen berbentuk rekaan dan khayalan oleh penulisDiklasifikasikan mengikut Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina / Bahasa Arab Terdiri daripada pelbagai genre seperti cerita lagenda, seram, penyiasatan, sains dan sebagainya.\nApa Maksud \u2018Bukan Fiksyen\u2019?\nBuku berbentuk pengetahuan am dan berbentuk fakta.Sering dikenali sebagai buku rujukan \u2013 terdapat 2 jenis iaitu \u2018Rujukan Am\u2019 dan \u2018Rujukan Khas\u2019Contoh buku bukan fiksyen termasuklah ensiklopedia, kamus, glosari dan sebagainya.\nApa Maksud \u2018Bukan Buku\u2019?\nBahan bercetak : Jurnal, laporan, majalah, rencana, artikel, peta, risalah berilmiah, bahan bantu belajar, katalog, manual pengguna, buletin, komik, poster, carta dan surat khabar.Bahan bukan bercetak : Video klip berinformasi, cakera padat, perisian pendidikan dan kit pembelajaran.\nApa Maksud \u2018Bahan Digital\u2019?\nDiperoleh melalui pautan dalam talian daripada pelbagai platform. Antara baban digital yang sering digunakan adalah buku elektronik (e-book) dan buku cerita digital di rak pembelajaran maya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk laman web IQ NILAM di pautan https://iqnilam.moe.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lagu-raya/", "title": "Himpunan Lagu-Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSetiap kali tiba Hari Raya, akan kedengaran lagu-lagu raya yang dipasang di corong-corong radio.\nKebiasaannya lagu Raya akan mula dimainkan apabila 15 Ramadan sehinggalah seminggu Raya.\n\n\n\n\n\n\nWalaupun banyak lagu Raya baru yang dikeluarkan oleh ramai penyanyi hampir setiap tahun, lagu-lagu Raya klasik yang lebih evergreen juga tetap menjadi pilihan.\nDengan susunan muzik yang lebih santai dan perlahan, lagu Raya lama tetapi lebih enak didengar di halwa telinga dan lebih membangkitkan mood Raya.\nArtikel berkaitan: 8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi \u2013 JAKIM\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai lagu Raya klasik popular\n\n \nHimpunan video Raya klasik popular\n\n \nKoleksi #1\n\n \nKoleksi #2\n\n \nKoleksi #4\n\n \nKoleksi #5\n\n\nSenarai lagu Raya klasik popular\nSekiranya anda ingin mendengar lagu-lagu raya popular berikut, sila klik pada lagu tersebut dan anda akan dibawa ke laman Youtube untuk menonton klip video lagu Raya tersebut.\n1Fazidah Joned \u2013 Selamat Hari Raya2Dayang Ku Intan \u2013 Senandung Hari Raya Untukmu3Junainah M Amin \u2013 Suasana Riang Di Hari Raya4Ahmad Jais \u2013 Selamat Hari Raya5M. Nasir \u2013 Satu Hari Di Hari Raya6Sanisah Huri \u2013 Bersabarlah Sayang7Sanisah Huri \u2013 AidilFitri8Lagu raya Upin dan Ipin9Sanisah Huri \u2013 Joget AidilFitri10Aishah \u2013 Pulanglah11Aishah \u2013 Setitis Cahaya di Aidilfitri12Rahimah Rahim \u2013 Selamat Berhari Raya13Aman Shah \u2013 Kepulangan Yang Di Nanti14Amy Mastura \u2013 Setahun Sekali15Rafeah Buang \u2013 Bila Takbir Bergema16Black Dog Bone \u2013 Cahaya Di Aidilfitri17D.J Dave \u2013 Menjelang Hari Raya18P. Ramlee \u2013 Dendang Perantau19Jay Jay \u2013 Hari Raya Bahagia20S. Jibeng \u2013 Musafir Di Aidilfitri21Mamat (Exist) \u2013 Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda22Sharifah Aini \u2013 Suasana Hari Raya23Sharifah Aini \u2013 Hari Yang Mulia24Sharifah Aini dan Hail Amir \u2013 Bisikan Hati Di Pagi Raya25Siti Nurhaliza \u2013 Anugerah AidilFitri26Siti Nurhaliza \u2013 Sesuci Lebaran27Siti Nurhaliza \u2013 Air Mata Syawal28Sudirman \u2013 Balik Kampung29Sudirman \u2013 Dari Jauh Ku Pohon Maaf30Sudirman \u2013 Selamat Hari Raya31Uji Rashid \u2013 Doa Di Hari Mulia32Uji Rashid dan Hail Amir \u2013 Seloka Hari Raya33Sheila Majid \u2013 Hari Mulia34Anuar dan Ellina \u2013 Suasana Hari Raya35Azlina Aziz \u2013 Indahnya Beraya di Desa36Noorkumalasari \u2013 Pulang Di Hari Raya37Ziana Zain dan Awie \u2013 Halaman Asmara38Bunkface \u2013 Anugerah Syawal39Rosemaria Abd Hamid \u2013 Di Pagi Aidilfitri40Khairil Johari Johar \u2013 Sepasang Kurung Biru41Al Mizan \u2013 Selamat Berhari Raya42A. Ramlie \u2013 Suara Takbir43Eddy Noor Ali \u2013 Manusia Miskin Kaya44Raihan dan NowSeeHeart \u2013 Satu Pagi di Hari Raya45Saleem dan Jamal Abdillah \u2013 Lambaian Aidilfitri46Jamal Abdillah \u2013 Salam Aidilfitri47iamNEETA \u2013 Sepuluh Jari48Ramlah Ram \u2013 Hari Raya Hari Bahagia49Senario \u2013 Puasa Dan Raya50Cenderawasih \u2013 Bersama Di Hari Raya\nHimpunan video Raya klasik popular\nSekiranya anda ingin mendengar himpunan lagu raya popular, klik sahaja mana-mana video dibawah dan anda akan didengarkan kesemua lagu sekaligus \u2013 sesuai untuk dipasang sekiranya anda menganjurkan program Hari Raya juga.\nKoleksi #1\n\n\n\nKoleksi #2\n\n\n\nKoleksi #3\n\n\n\nKoleksi #4\n\n\n\nKoleksi #5\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lesen-memandu-hilang/", "title": "Lesen Memandu Hilang : Cara Buat Baru & Kadar Denda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLesen memandu anda hilang?\nSelain kad pengenalan, lesen memandu adalah satu lagi dokumen pengenalan diri yang wajib di bawa ke mana-mana sahaja lebih-lebih lagi sekiranya anda memandu kenderaan. \nMemandu tanpa lesen memandu kenderaan yang sahaja (sama ada hilang, lesen tamat tempohoh atau lesen terlupa bawa) merupakan kesalahan undang-undang jalan raya di Malaysia yang menyebabkan anda boleh dikompaun. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar denda lesen memandu hilang\n\n \nCara mendapatkan lesen memandu baru\n\n \nDokumen yang diperlukan\n\n\nKadar denda lesen memandu hilang \nApabila lesen memandu anda hilang sama ada tercicir, dicuri atau akibat bencana alam seperti banjir mahu atau tidak anda perlu mendapatkan lesen memandu yang baru.\n\n\n\n\n\n\nBerapakah denda bagi mendapatkan lesen memandu yang hilang?\nHanya RM20.\nWalau bagaimanapun, sekiranya dokumen anda hilang akibat bencana alam, kemungkinan besar jumlah denda ini tidak akan dikenakan kepada anda. \nBagi mangsa banjir penghujung tahun 2021, kerajaan telah mengecualikan bayaran denda sekiranya lesen mereka hilang dan mereka ingin mendapatkan salinan lesen memandu yang baru. \nCara mendapatkan lesen memandu baru\n\nBagi lesen yang hilang, anda tidak boleh terus memohon lesen baru secara online sebaliknya anda perlu menghadirkan diri ke kaunter cawangan JPJ yang berdekatan.\nSeterusnya, anda perlu membawa beberapa dokumen pengenalan diri seperti yang dinyatakan dalam senarai di bawah.\nSetibanya anda di sana, selain mengambil nombor giliran dan menunggu nombor giliran anda dipanggil, anda dikehendaki mengisi maklumat anda dalam borang permohonan lesen memandu yang dikenali sebagai borang JPL L1.\nWalau bagaimanapun, mungkin terdapat perubahan daripada jenis borang yang perlu diisi. Sila bertanya pada pegawai yang bertugas untuk sebarang pertanyaan. \nDokumen yang diperlukan\nBagi pengesahan pengenalan diri, anda dikehendaki untuk membawa bersama dokumen-dokumen berikut:\nKad pengenal asalSalinan kad pengenalan\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda juga kehilangan kad pengenalan (biasanya dalam kes kecurian atau bencana seperti banjir), maka hendaklah membuat laporan kehilangan kad pengenalan anda di balai polis yang berhampiran terlebih dahulu. \nKemudian, bawa salinan laporan polis tersebut ke cawangan JPJ yang berhampiran untuk meneruskan proses permohonan lesen memandu anda yang baru.\nSekiranya lesen anda belum tamat tempoh, anda hanya perlu membayar denda sahaja. \nNamun, sekiranya lesen anda sudah pun tamat tempoh anda perlu membayar denda dan jumlah nilai untuk memperbaharui lesen tersebut berdasarkan jumlah berapa tahun anda ingin renew dan kelas lesen memandu anda.\nUntuk senarai harga memperbaharui lesen, sila semak di halaman rasmi JPJ.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rebat-pembelian-elektrik-banjir-seda/", "title": "Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA : PEMBELIAN PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK SEDA RM500\nKementerian Tenaga dan Sumber Asli hari ini telah mengumumkan 2 jenis program yang boleh dinikmati oleh Keluarga Malaysia iaitu\nProgram SAVE 3.0 Rebat Peralatan Elektrik SEDA (Bantuan Banjir)\nPemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi\u00a0kerajaan dan\u00a0badan\u00a0swasta).\u00a0\nJika anda tertanya-tanya atau keliru apakah perbezaan antara kedua-dua program ini, Program SAVE 3.0 boleh ditebus oleh semua rakyat Malaysia, manakala rebat RM500 ini khas untuk yang terjejas banjir.\nNOTA: \nPenebusan e-rebat Program SAVE 3.0 boleh dimohon oleh mereka yang terjejas banjir walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik. Ini kerana kedua-duanya merupakan program rebat yang berbeza tetapi menggunakan platform SAVE yang sama. Jika anda ingin mengetahui tentang SAVE 3.0, sila rujuk artikel berikut: SAVE 3.0: Cara Penebusan Baucar Online Shopee & Pembelian Manual\nDi sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA RM500).\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nJumlah Bantuan Rebat Barangan Elektrik\n\n \nCara Memohon / Menebus Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (Pembelian Elektrik Domestik)\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA?\nBantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.\n\n\n\n\n\n\nPemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).\nProgram ini adalah sebahagian daripada inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bertujuan mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli sebahagian peralatan elektrik kegunaan harian, bagi menggantikan peralatan elektrik yang telah rosak disebabkan banjir.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon mestilah:\nMangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM \u2013 Suruhanjaya Tenaga.Kelayakan maksimum adalah berdasarkan\u00a01 rebat untuk 1 akaun bil elektrik\u00a0yang terkesan dengan bencana banjir yang telah disenaraikan oleh Kerajaan.\nSEMAKAN KELAYAKAN\nTerdapat 2 kaedah untuk menyemak kelayakan anda iaitu:\nAnda boleh melayari laman web https://save.seda.gov.my/publics/banjir untuk menyemak status kelayakan anda,\u00a0atauPergi ke Kedai Berdaftar dan pekedai boleh membantu menyemak kelayakan anda.\n\nJumlah Bantuan Rebat Barangan Elektrik\nSetiap isi rumah layak untuk mendapat maksimum\u00a0rebat sehingga RM500\u00a0dengan pembelian peralatan elektrik keperluan harian.\nIa merangkumi barangan peralatan elektrik untuk kegunaan harian dan\u00a0\u00a0yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.\nCara Memohon / Menebus Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (Pembelian Elektrik Domestik)\nTerdapat 2 kaedah tersedia untuk memohon / menebus rebat ini iaitu:\nKaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar (Anda boleh melayari\u00a0 laman\u00a0web mikro\u00a0 save.seda.gov.my/publics/retailer\u00a0untuk\u00a0melihat\u00a0senarai Kedai / pasar raya Berdaftar di bawah Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.Kaedah 2 : Pembelian secara dalam talian (e-dagang \u2013 Shopee / Lazada / PG Mall).\nKedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian.\nNOTA:\nRebat ini boleh ditebus di Shopee di bawah Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B).\nLangkah membuat penebusan adalah seperti berikut:\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nMaklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan menebus Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti dalam senarai berikut.\nPemohon hanya perlu mempunyai atau membawa tiga (3) dokumen berikut:\nSalinan kad pengenalan;Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; danDokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):Polis;NADMA;Pegawai Daerah;Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atauAgensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.\nBagaimana cara memohon bantuan ini jika saya tidak disenaraikan sedangkan terjejas dalam banjir. Jika anda tidak tersenarai atau tercicir dalam senarai mangsa banjir oleh Kerajaan, anda boleh:Menghubungi Careline TNB di talian 1-300-88-5454; atauMembuat permohonan untuk dimasukkan dalam kemas kini senarai data penerima yang layak dan memuat naik dokumen sokongan berkaitan (dokumen yang diperlukan adalah sama di Perkara 12) melalui;i. Bantuan Kedai Berdaftarii. Semak kelayakan anda di laman web https://save.seda.gov.my/publics/banjirKelulusan permohonan kemas kini data mangsa banjir yang layak ini akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan. Bolehkah saya menebus e-rebat Program SAVE 3.0 jika telah menebus Bantuan Rebat Pembelian Elektrik SEDA ini? Boleh, penebusan e-rebat Program SAVE 3.0 boleh dimohon walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik. Ini kerana kedua-duanya merupakan program rebat yang berbeza tetapi menggunakan platform SAVE yang sama.Namun, untuk permohonan e-rebat Program SAVE hanya untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga 4 atau 5 bintang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan bergantung kepada terma dan syarat.Penebusan e-rebat Program SAVE juga tidak boleh menggunakan rebat dari Bantuan Bencana Banjir. Kedua-dua rebat ini mestilah melalui transaksi yang berasingan.Pekedai / peruncit yang Berdaftar wajib menyatakan jenis rebat yang layak ditebus oleh pembeli di dalam dokumen yang dilampirkan di dalam sistem. Berapa lamakah diambil untuk menebus rebat ini? Pemohon yang layak boleh membuat penebusan secara terus pada hari yang sama melalui Kedai dan pasaraya Berdaftar atau platform e-dagang yang diiktiraf. Bagaimana cara menghubungi pihak yang menguruskan program ini? Anda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia seperti berikut:Pasukan Khas Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik DomestikProgram SAVESEDA Malaysia03-8870 5800[email\u00a0protected] \nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk laman web SEDA dan FAQ penuh di pautan berikut :\nhttp://www.seda.gov.my/2021/12/program-rebat-bantuan-banjir-pembelian-barangan-elektrik/\nATAU\nAnda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia seperti berikut:\nPasukan Khas Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia: Pembelian Peralatan Elektrik DomestikProgram SAVESEDA Malaysia03-8870 5800\n[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/standard-chartered-online-banking/", "title": "Cara Daftar Standard Chartered Online Banking", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nStandard Chartered online banking merupakan kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak bank Standard Chartered bagi kemudahan para pelanggannya.\nKemudahan ini selari dengan kemajuan teknologi semasa dan merupakan perkhidmatan yang serupa dengan perkhidmatan online banking yang disediakan oleh bank-bank lain di Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan ini sememangnya percuma untuk para pelanggan mereka di mana mereka boleh melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan banyak lagi.\nDengan kemudahan perbankan internet ini, pihak Standard Chartered memberi anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerhidmatan Yang Disediakan\n\n \nCara Daftar Melalui Laman Web\n\n \nAplikasi Telefon Pintar Standard Chartered\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPerhidmatan Yang Disediakan\nDengan perkhidmatan Standard Chartered online banking ini, pelanggan boleh melakukan pelbagai urusan kewangan seperti yang berikut:\nPemindahan dana \u2013 Nikmati pengalaman transaksi yang lancar dengan Pemindahan Dana Antara Bank Segera. Anda juga boleh memindahkan dana menggunakan nombor mudah alih atau kad pengenalan melalui DuitNow.Pembayaran bil \u2013 Buat pembayaran bil kepada lebih 200 organisasi yang mengambil bahagian mengikut keselesaan anda.Semak sejarah transaksi dan baki \u2013 Buat semakan pantas pada transaksi terkini dan baki akaun semasa dalam perjalanan dengan ciri \u2018Baki dan Transaksi\u2019 SC Mobile.Permohonan dalam talian \u2013 Mohon kad kredit tanpa perlu beratur panjangePenyata dipertingkat dengan makluman e-melKemas kini butiran peribadi anda hanya dengan beberapa klik.Aplikasi/pengaktifan PIN Internet segera Keselamatan yang lebih baik dengan pengesahan 2 faktor melalui SMS.\nCara Daftar Melalui Laman Web\n\n Buka laman Perbankan Dalam Talian Standard Chartered dengan melayari https://retail.sc.com/my/nfs/login.htmPada bahagian bawah halamn tersebut, anda boleh memilih untuk melengkapkan pendaftaran dengan salah-satu pilihan berikut:REGISTER WITH YOUR SC ATM / DEBIT CARD OR CREDIT CARDREGISTER WITH TEMPORARY ID AND SMS PINTandakan pada kotak terma dan syaratKlik butang AcceptLengkapkan pendaftaran dan pengaktifan dan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan\nAplikasi Telefon Pintar Standard Chartered\nBagi kemudahan pengguna, pihak Standard Chartered telah membangunkan aplikasi khusus telefon pintar bagi pengguna Andoid dan iOS.\nBagi keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari sumber yang dipercayai seperti yang berikut:\nGoogle Play \u2013 Bagi penggguna AndroidApp Store \u2013 Bagi penggunna iOS\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Standard Chartered di pautan berikut: https://www.sc.com/my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-seoul-garden-harga-promosi/", "title": "Menu Seoul Garden, Harga & Promosi Terkini Seluruh Malaysia 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKeenakan hidangan buffet di Seoul Garden memang tiada tandingan.\n Tak hanya menawarkan buffet yang menarik, malah terdapat variasi hidangan dengan citarasa asli Korea Selatan yang anda boleh cuba. \nBagi anda yang bercadang untuk nikmatinya bersama rakan dan keluarga, jom kita tengok menu Seoul Garden, harga serta promosi terkini. \nBaca Juga : Menu Marrybrown, Harga dan Promosi Terkini Jun 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Seoul Garden & Harga Terkini 2022\n\n \nBuffet Sepanjang Hari\n\n \nMenu K-Jjang! By Seoul Garden Group\n\n \nPromosi Terkini Seoul Garden\n\n\nMenu Seoul Garden & Harga Terkini 2022\nBuffet Sepanjang Hari\nKategoriHarga Waktu Makan Tengah Hari (11.30 am \u2013 3.59 pm)Harga Waktu Makan Malam (5.00 pm \u2013 10.00 pm)DewasaRM 49.00\u00a0RM 56.00Kanak-kanak\u00a0RM 26.00\u00a0RM 29.00Warga EmasRM 38.00\u00a0RM 42.00PelajarRM 40.00\u00a0RM 45.00\u00a0\nHarga Buffet Sabtu, Ahad & Cuti Umum\nKategoriHarga Waktu Makan Tengah Hari (11.30 am \u2013 3.59 pm)\u00a0Harga Waktu Makan Malam (5.00 pm \u2013 10.00 pm)DewasaRM 56.00RM 58.00Kanak-KanakRM 29.00RM 30.00Warga EmasRM 45.00RM 47.00Pelajar\u00a0N/AN/A\n\nGinseng Soup \n\n\n\n\n\n\nMenu\u00a0Harga\u00a0Premium Ginseng Chicken\u00a0RM 32.00Longevity Ginseng Chicken\u00a0RM 35.00\nKimchi Hot Pot\nMenu\u00a0Harga\u00a0Kimchi Basic Hot Pot\u00a0RM 26.00Kimchi Chicken Hot PotRM 28.00Kimchi Beef Hot PotRM 30.00Kimchi Salmon Hot Pot\u00a0RM 35.00Kimchi Seafood Hot Pot\u00a0RM 30.00\u00a0\n\nSpicy Soon Dubu Hot Pot\nMenuHargaSoon Dubu Basic Hot Pot\u00a0RM 26.00Soon Dubu Chicken Hot PotRM 28.00Soon Dubu Beef Hot PotRM 30.00Soon Dubu Salmon Hot PotRM 35.00Soon Dubu Seafood Hot PotRM 30.00\nDuyu Hot Pot (Soy Milk Hot Pot)\nMenuHargaDuyu Basic Hot PotRM 26.00Duyu Chicken Hot PotRM 28.00Duyu Beef Hot PotRM 30.00Duyu Salmon Hot Pot\u00a0RM 35.00Duyu Seafood Hot PotRM 30.00\nArmy Stew Hot Pot\nMenu\u00a0HargaChicken Army Stew Hot Pot\u00a0RM 28.00Beef Army Stew Hot Pot\u00a0RM 30.00Salmon Army Stew Hot Pot\u00a0RM 35.00Seafood Army Stew Hot PotRM 30.00\nBibimbap\nMenuHargaBeef Bulgogi Bap\u00a0RM 20.00Chicken Bulgogi BapRM 18.00Salmon Bap\u00a0RM 25.00Dak Twigim Bap\u00a0RM 18.00Saewoo Bap\u00a0RM 22.00Braised Lamb Bap\u00a0RM 25.00\nBanchan\nMenuHargaHot & Spicy Wing SticksRM 17.00Korean Soy Wing SticksRM 17.00ManduRM 12.00Dak-Twigim with Cheese SauceRM 15.00Sweet Potato Fries with Cheese SauceRM 15.00Seaweed YubaRM 8.00Tteokbokki with Yuba\u00a0RM 10.00White Rice\u00a0RM 3.00\nCold Beverages\nMenu\u00a0HargaBottled WaterRM 3.007-Up\u00a0RM 6.00Iced Lemon TeaRM 9.00\nMenu K-Jjang! By Seoul Garden Group\nSeoul Garden juga menawarkan pilihan menu yang lebih banyak menerusi K-Jjang! By Seoul Garden Group.\nJom kita tengok menu yang ditawarkan.\nSG Daebak Bowls\u00a0\n\nMenu\u00a0HargaAssorted Mushroom Rice BowlRM 14.00Black Pepper Chicken Rice BowlRM 14.00Coffee Beef Rice BowlRM 16.00Coffee Mutton Rice Bowl\u00a0RM 18.00Dried Hot Chilli Chicken Rice Bowl\u00a0RM 14.00Mala Hot Chilli Chicken Rice BowlRM 14.00Spicy Bulgogi Beef Rice BowlRM 16.00Spicy Bulgogi Chicken Rice BowlRM 14.00Spicy Bulgogi Mutton Rice BowlRM 18.00Teriyaki Chicken Rice BowlRM 14.00\nBento Box\nMenu\u00a0HargaBlack pepper Fish Bento BoxRM 17.00Black Pepper Mutton Bento BoxRM 20.00Bulgogi Beef Bento BoxRM 17.00Bulgogi Chicken Bento BoxRM 17.00Chicken Wing & Fried NoodleRM 17.00Spicy Fish Bento BoxRM 17.00Spicy Squid Bento BoxRM 17.00\nWholeseome Hot Pot\u00a0\nMenu\u00a0HargaGinseng & Abalone \u2013 ChickenRM 25.01Ginseng & Abalone Hot Pot \u2013 BeefRM 35.00Ginseng & Abalone Hot Pot \u2013 SeafoodRM 28.01Kimchi Curry Hot Pot \u2013 Beef\u00a0RM 35.00Kimchi Curry Hot Pot \u2013 ChickenRM 25.01Kimchi Curry Hot Pot \u2013 SeafoodRM 28.01Saengseon Hot Pot \u2013 BeefRM 35.00Saengseon Hot Pot \u2013 Chicken\u00a0RM 25.01Saengseon Hot Pot \u2013 Seafood\u00a0RM 28.01Tomyam Kimchi Hot Pot \u2013 BeefRM 35.00Tomyam Kimchi Hot Pot \u2013 ChickenRM 25.01Tomyam Kimchi Hot Pot \u2013 SeafoodRM 28.01\nSides\u00a0\n\nMenu\u00a0HargaChicken CubesRM 12.00Chicken Cubes SignatureRM 14.00Crinckle Cut Fries\u00a0RM 7.00Spicy Crinkle Cut FriesRM 9.003 Pcs Mala Glazed Chicken WingsRM 12.005 Pcs Mala Glazed Chicken WingsRM 18.013 Pcs Original Chicken Wings\u00a0RM 10.015 Pcs original Chicken WingsRM 15.006 Pcs Spring RollRM 9.01Yachae \u2013 Meat with Free JapchaeRM 16.00\nPromosi Terkini Seoul Garden\nPromosi Buffet Hari Jadi \nBakal sambut Hari Jadi tak lama lagi? Seoul Garden nak ajak anda makan buffet secara percuma! \nJom tebus tawaran ini dengan pembelian 3 tiket buffet dewasa! \n*Tertakluk pada Terma & Syarat\n\nTawaran Buffet Percuma Untuk Kanak-Kanak\nSeoul Garden juga menawarkan buffet percuma untuk kanak-kanak yang hadir bersama 2 orang dewasa. Menariknya! \n\nUntuk ketahui promosi terkini, jom ikuti laman Facebook Seoul Garden Malaysia. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/kula-cakes-malaysia/", "title": "Kula Cakes : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKula Cakes : Senarai Menu & Harga Terkini\nSiapa yang tak kenal dengan Kula Cakes? Terkenal sebagai kedai kek paling popular Kuantan, penggemar pencuci mulut cukup menggemari aneka kek yang enak dan berkualiti daripada jenama ini.\nTak kiralah anda mahu nikmati kek untuk self reward atau ingin berkongsi dengan rakan dan keluarga, Kula Cakes pasti bakal menepati citarasa anda dengan pilihan lebih daripada 20 jenis pemanis mulut.\n\n\n\n\n\n\nBoleh dikatakan hampir setiap hari kedai ini sentiasa ramai dengan pengunjung yang ingin mencuba menu popular di sini seperti Mango Cheesecake, Pavlova dan Burnt Cheesecake.\nMemang enak bila dinikmati dengan secawan kopi. Sebut tentang kopi, Kula Cakes juga menawarkan aneka minuman yang menyegarkan seperti Pandan Coolers dan Iced Cocoa.\nTeringin nak cuba Kula Cakes? Jom kita tengok senarai menu dan harga yang ditawarkan.\n\nBaca Juga : The Coffee Bean & Tea Leaf : Senarai Menu & Harga Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKula Cakes : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nWhole Cakes\n\n \nSlice Cakes\n\n \nSpecial Today Slice Cakes\n\n \nBiscuit & Cookies\n\n \nBanner & Wish Card\n\n \nChocolate Drinks\n\n \nRefreshing Drinks\n\n \nCoffee\n\n\nKula Cakes : Senarai Menu & Harga Terkini\nWhole Cakes\nMenuHargaMango Cheese Cake 7\u201dRM 75.00Mango Cheese Cake 9\u201dRM 115.00Mango Cheese Cake\u00a0 11X9\u201dRM 125.00Rose Mango Cheese Cake 7\u201dRM 95.00Rose Mango Cheese Cake 9\u201dRM130.00Pavlova 9\u201dRM 135.00\nSlice Cakes\n\nMenuHargaMango Cheese CakeRM 11.50Toblerone Cheese CakeRM 14.50Peanut Butter PieRM 10.90BrowniesRM 4.50Walnut Carrot CakeRM 13.90Burnt Cheese CakesRM 16.90Chocolate Salted Caramel CakeRM 16.90Chocolate Moist CakeRM 13.90PavlovaRM 14.50Red VelvetRM 12.90Cr\u00e8me BruleeRM 9.90Pandan Gula Melaka CakeRM 14.90Cadbury Cheese CakeRM 13.90\nSpecial Today Slice Cakes\n\nMenuHargaPavlova OreoRM 14.50Pavlova NutellaRM 16.90Biscoff CheesecakeRM 17.90Biscoff Burnt CheesecakeRM 20.70Brownies Caramel Corn FlakesRM 9.30Dark Burnt CheesecakeRM 21.30Mascarpone CheesecakeRM 25.00Tiramisu BoxRM 25.60Classic Butter CakeRM 9.90Chocolate Raspberry CakeRM 11.30Chocolate Oreo CakeRM 11.30Almond Orange CakeRM 10.40\nBiscuit & Cookies\nMenuHargaCrunchy Cornflakes Chocolate Chip Cookies Jar (100 gram)RM 7.90Classic Chocolate Chip Cookies Jar (100 gram)RM 8.90Seasalt Chocolate Chip Cookies Jar(100 gram)RM 10.90Crunchy Cornflakes Chocolate Chip Cookies (150 gram)RM 12.90Chocolate Chip CookiesRM 14.90Seasalt Chocolate Chip Cookies (200 gram)RM 21.50Raspberry Jammers Cookies (12 pcs)RM 23.50\nBanner & Wish Card\nMenuHargaWishes CardRM 1.35BannerRM 1.35\nChocolate Drinks\nMenuHargaIced Cocoa (Large) 22ozRM 9.60Iced Cocoa (Small) 16ozRM 6.60\nRefreshing Drinks\nMenuHargaPandan Cooler (Large) 22ozRM 9.60Pandan Cooler (Small) 16ozRM 6.60\nCoffee\nMenuHargaIced Coffee with Milk (Large) 22ozRM 9.60Iced Coffee with Milk (Small) 16 ozRM 6.60Iced Coffee O (Large) 22ozRM 9.60Iced Coffee O (Small) 16 ozRM 6.60\nWah, banyak sungguh pilihan pemanis mulut yang ditawarkan di Kula Cakes. Bukan setakat kek, malah pemanis mulut lain pun ada seperti brownies, cookies, cr\u00e8me brulee. \nSemuanya nampak lazat dan menarik untuk dicuba. Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Kula Cakes bila anda berada di Pahang!\nJom ikuti laman Facebook Kula Cakes untuk dapatkan info mengenai promosi dan tawaran terkini dari kedai kek nombor satu Kuantan ini. Jumpa anda di sana!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ptptn/", "title": "Semakan Pinjaman PTPTN & Tarikh Bayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan dana pinjaman pendidikan untuk para pelajar menyambung pengajian di IPTA atau IPTS dalam Malaysia.\nIdea asal penubuhan PTPTN pertama kali diumumkan di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1995 oleh Najib Razak yang merupakan Menteri Pendidikan ketika itu.\nNamun pada peringkat awal PTPTN adalah dana yang dikhususkan untuk membantu bumiputera miskin melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi swasta (IPTS).\n\nKetika mula beroperasi, PTPTN hanya memberi pinjaman kepada pelajar di 11 IPTA (Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, dan Institut Teknologi MARA) dan 3 IPTS milik syarikat GLC (Universiti Telekom, Universiti Petronas, dan Universiti Tenaga Nasional).\nPenerima pinjaman PTPTN\u00a0batch\u00a0pertama adalah seramai 9,091 pelajar yang mendapat RM 1,500 setahun (untuk IPTA) dan RM 4,000 setahun (untuk IPTS).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat, cara permohonan dan dokumen yang perlu anda sediakan untuk memudahkan urusan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan PTPTN Kali Pertama\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nJumlah Pinjaman\n\n \nProgram Sepenuh Masa\n\n \nProgram Separuh Masa\n\n \nPermohonan Kali Kedua\n\n \nWang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500\n\n \nBayaran Balik PTPTN\n\n \nPenangguhan Bayaran Balik\n\n \nPengecualian Bayaran Balik\n\n \nPenstrukturan Semula Pinjaman PTPTN\n\n \nSaluran Bayaran Balik (JomPay PTPTN)\n\n \nSemakan Penyata PTPTN Online\n\n \ne-Aduan\n\n\nPermohonan PTPTN Kali Pertama\nKini permohonan PTPTN terbuka kepada semua pelajar IPT yang tidak menerima biasiswa.\nPermohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di https://www.ptptn.gov.my\n\nSebelum membuat permohonan, pastikan anda telah:\nMenerima tawaran IPTMempunyai salah satu nombor akaun SSPNMempunyai akaun bank mengikut panel bank IPT andaMembuat semakan jadual permohonan dan bayaran balik pinjaman\nManual permohonan (PDF) boleh dimuat turun di sini.\nSemakan jadual permohonan boleh dibuat mengikut nama kursus atau nama IPT masing-masing di https://www.ptptn.gov.my/msk/Utama\n\n\n\n\n\n\nAntara maklumat yang dipaparkan termasuk panel bank, kadar pinjaman dan kos yuran pengajian.\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nWarganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;Mendapat tawaran ke IPTA / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.\nHanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.\nJumlah Pinjaman\nJumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:\nTERKINI : Pinjaman PTPTN kepada mahasiswa golongan M40 (M1) dinaikkan daripada 75 kepada 100 peratus \u2013 PM Ismail Sabri\n\nSebelum ini, jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan pendapatan bersih isi rumah penjaga seperti di bawah:\nJUMLAH PINJAMANKELAYAKANMaksimumSekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)75% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BKM)50% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BKM)\nRayuan pinjaman kategori maksimum hanya dipertimbangkan sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun semasa permohonan PTPTN diluluskan.\nProgram Sepenuh Masa\n\nProgram Separuh Masa\n\nPinjaman untuk Separuh Masa IPTS disediakan bagi Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Asia E Universiti dan UNITAR sahaja.\nPermohonan Kali Kedua\nBagi peminjam sedia ada yang ingin memohon PTPTN kali kedua, anda boleh berbuat demikian melalui sistem i-Online.\nSistem tersebut juga boleh digunakan untuk semak status permohonan pinjaman, cetak surat tawaran dan semak penyata pinjaman terkini.\nWang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500\nPTPTN juga menawarkan wang pendahuluan pinjaman atau WPP sebanyak RM1,500 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPT.\nWang tersebut akan dipotong setiap semester sebanyak RM500 (selama 3 semester).\nBerikut syarat-syarat untuk memohon WPP:\nPelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;Pelajar adalah Warganegara Malaysia;Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH);Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.\nSekiranya lulus, penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan).\nSemakan tawaran WPP boleh dibuat di sini.\nBayaran Balik PTPTN\nPeminjam hendaklah membuat bayaran balik PTPTN selepas 12 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik.\nJumlah bayaran balik adalah seperti yang tertera dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.\nKos upah atau Ujrah akan dikenakan bermula bulan ke-13.\nJadi sekiranya peminjam membuat bayaran lebih awal tiada kos ujrah dikenakan sepanjang 12 bulan tersebut.\nPenangguhan Bayaran Balik\nBagaimana pula jika peminjam ingin membuat penangguhan bayaran balik PTPTN?\nSekiranya cukup syarat, permohonan penangguhan perlu dibuat melalui surat permohonan rasmi atau borang penangguhan ini.\nPerlu diingatkan, kos upah masih dikenakan sepanjang proses penangguhan pinjaman.\nTempoh penangguhan akan ditetapkan oleh PTPTN.\nAntara permohonan yang layak dipertimbangkan:\nPeminjam yang telah tamat pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masaPeminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negaraPeminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester)Tidak bekerja\nPTPTN berhak membatalkan penangguhan ini sekiranya:\nDidapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.\nPengecualian Bayaran Balik\nPengecualian bayaran balik PTPTN bagi pemegang Ijazah Kelas Pertama boleh dibuat secara online selewat-lewatnya 12 bulan selepas tarikh konvokesyen.\nBerikut senarai dokuman yang diperlukan:\nSalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol)Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkanSalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS)Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan \u201cKelas Pertama\u201d pada Ijazah)Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip)Dokumen pendapatan\u00a0seperti slip gaji, penyata KWSP terkini, penyata cukai taksiran terkini, dan penyata pencen.\nPenstrukturan Semula Pinjaman PTPTN\nPenstrukturan semula pinjaman diperkenalkan supaya memudahkan peminjam untuk mengubah struktur Jadual Bayaran Balik (JBB) dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.\nTempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.\nTiada caj pemprosesan dikenakan bagi penstrukturan/ penjadualan semula pada kali pertama, manakala bagi kali kedua dan seterusnya, caj yang dikenakan adalah seperti berikut:\nKali kedua : RM50;Kali ketiga : RM100;Kali keempat : RM150; danKali kelima dan seterusnya : RM200\nSaluran Bayaran Balik (JomPay PTPTN)\nPTPTN memperkenalkan pelbagai saluran bayaran balik pinjaman.\nAda yang percuma dan ada yang mengenakan caj sehingga RM2.\nPaling mudah, peminjam boleh terus membuat potongan gaji melalui JANM.\nAtau peminjam boleh juga membuat potongan secara berkala daripada akaun simpanan / semasa melalui Direct Debit.\nKedua-dua saluran bayaran balik di atas tidak mengenakan sebarang caj kepada peminjam.\nBayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. \nTransaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya.\u00a0\nKlik di sini untuk akses senarai penuh saluran pembayaran yang disediakan oleh PTPTN.\nSemakan Penyata PTPTN Online\nUntuk semak penyata baki pinjaman terkini, anda boleh login di sini.\nKemudian masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik \u201cCARI\u201d\nKemudian barulah anda boleh login ke dalam sistem i-Online PTPTN.\ne-Aduan\nSekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh berhubung terus melalui ruangan \u201clive chat\u201d yang disediakan.\nAtau boleh juga membuat aduan secara online di sini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akpk/", "title": "AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAgensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau singkatannya AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalah kewangan mereka melalui pelbagai cara.\nAKPK telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (2000 \u2013 2010).\n\n\n\n\n\n\nAgensi ini membantu individu dalam masalah kewangan melalui pelbagai cara antaranya:\nPendidikan kewanganKhidmat nasihat kewanganProgram pengurusan kredit\n\nDisebabkan COVID-19, ramai pihak yang terkesan daripada aspek kewangan akibat dibuang kerja, pendapatan perniagaan merosot dan sebagainya yang menyebabkan terdapat banyak hutang jahat yang tidak dapat dilunaskan mengikut jadual.\nSekiranya anda menghadapi masalah sebegini, AKPK mungkin dapat membantu anda untuk menstrukturkan semula bayaran hutang anda. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDaftar dan Login akaun AKPK\n\n \nCara semak baki\n\n \nCara bayaran online melalui website APKP\n\n \nCara bayaran online melalui Maybank2u\n\n\n Daftar dan Login akaun AKPK \nLayari halaman khas untuk pelanggan di alamat https://www.akpk.org.my/home/gatewayKlik pada tulisan \u201cClick Here to Login\u201dMasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk loginSekiranya anda merupakan pengguna baru, klik pada tulisan \u201cPengguna Baru? Daftar di sini.\u201cKlik butang \u201cLogin\u201d\nCara semak baki\nMahu ketahui berapa jumlah baki yang perlu dibayar? Mudah sahaja ikuti langkah berikut:\nLog masuk akaun andaKlik pada FinanceKlik pada \u201cStatement of Account Report\u201dPada bahagian Data Range, anda boleh meletakkan tempoh tahun yang anda ingin semakKlik pada \u201cView\u201dBaki penyata AKPK akan terpapar dan anda boleh memuat turun penyatan ini dengan mengklik pada ikon Disket.\nCara bayaran online melalui website APKP\nAnda boleh melakukan pembayaran online terus daripadakan akaun APKP anda. Caranya:\nLogin akaun andaKlik pada \u201cDMP Service\u201dKlik pada \u201cFacility Statement\u201dAnda boleh melengkapkan pembayaran secara online menggunakan FPX dan pilihan bank yang tersediaSimpan resit bayaran anda sebagai bukti untuk rujukan sendiri atau rujukan sekiranya terdapat permalasalah di kemudian hari\nCara bayaran online melalui Maybank2u\nSekiranya anda merupakan pelanggan Maybank dan menggunakan perkhidmatan Maybank2u, anda boleh membuat pembayaran terus dari laman Maybank2u.\nLog masuk akaun Maybank2u andaKlik \u201cBill Payment\u201dPilih \u201cAgensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit\u201dMasukkan butiran yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan amaun yang ingin dibayar\n"]} {"url": "https://ecentral.my/depositori-pnm-isbn/", "title": "Depositori PNM: Notis Permohonan ISBN / ISSN / PDP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEBAHAN TERKINI (28 Disember 2022) : Adalah dimaklumkan bahawa sistem Depositori PNM bagi permohonan ISBN / ISSN masih mengalami gangguan dan dalam proses penyelenggaraan sehingga dimaklumkan kelak.\nWalau bagaimanapun PNM sentiasa berusaha untuk membantu penerbit bagi membuat permohonan ISBN / e-ISBN / ISSN / e-ISSN. \n\nBagi permohonan tersebut penerbit boleh mengimbas kod QR yang telah disediakan atau klik pada pautan berikut:\nPendaftaran penerbit baharu : https://forms.gle/978TC9UJc2KEeFiX7\nPermohonan ISBN dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PdP) : https://forms.gle/LVBShzAZAtBYJtP46\nPermohonan ISSN dan PdP sahaja : e-melkan kepada [email\u00a0protected]\nUntuk maklumat lanjut berkaitan ISBN/ISSN dan PDP, sila hubungi Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PDP di talian 03-26871825/4288/ 4284/4271 atau emel [email\u00a0protected]\nSebarang masalah berkaitan serahan bahan dibawah Akta 331, sila hubungi Pusat Penyerahan Terbitan Negara (PPTN) di talian 03-26871841/1912/1785/1943/1941 atau emel [email\u00a0protected].\nSegala kesulitan amatlah dikesali.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSistem Depositori PNM\n\n \nCara Pendaftaran ISBN\n\n \nCara Permohonan ISBN Melalui Sistem Depositori PNM\n\n \nCara Pendaftaran ISSN\n\n \nCara Pendaftaran PDP\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Depositori PNM\n\n\nSistem Depositori PNM\nTahukah anda bahawa Perpustakaan Negara kini menyediakan perkhidmatan daftar dan mohon ISBN, ISSN serta Pengkatalogan dalam Penerbitan (PDP) melalui sistem\u00a0Depositori PNM.\nSelain itu, penyerahan bahan penerbitan digital juga boleh dihantar melalui sistem ini.\nIanya bertujuan memudahkan penulis, editor dan penerbit untuk membuat permohonan secara online tanpa perlu hadir ke Perpustakaan Negara.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem ini dan cara membuat permohonan ISBN, ISSN dan PDP.\n\nCara Pendaftaran ISBN \nApakah ISBN?\nInternational Standard Book Number\u00a0atau dikenali sebagai ISBN adalah satu nombor piawaian antarabangsa yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.\n\n\n\n\n\n\nISBN diperoleh daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.\nISBN yang telah diberikan hendaklah dicetak di kulit belakang buku.\nContoh ISBN:\nISBN 978-983-99557-1-2\u00a0ISBN 978-967-5492-39-6ISBN 978-967-491-068-6\nStruktur ISBN\nSetiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian dan setiap bahagian dipisahkan dengan tanda sempang.\nBahagian-bahagian tersebut adalah:\nBahagian I : Kod Industri Buku\nBahagian ini mewakili kod industri buku yang digunakan pada peringkat antarabangsa.\nBahagian II : Identiti Kumpulan/Kod Negara\nBahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit.\nMalaysia mempunyai 2 identiti kumpulan/kod negara iaitu 983 dan 967.\nBahagian III : Identiti Penerbit\nBahagian ini memberi identiti atau pengenalan penerbit dalam sesebuah negara atau kumpulan.\nBahagian IV : Identiti Judul\n\u00a0Bahagian ini mewakili bilangan judul yang diterbitkan oleh sesuatu penerbit.\nBahagian V : Angka Kawalan<\nAngka Kawalan ini mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN dan mengesahkan pembinaan struktur nombor ISBN.\nPenggunaan ISBN\n\u00a0ISBN berasingan perlu diberi kepada:\n\nSetiap judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang sama\nSetiap Edisi Baru bagi judul yang telah atau pernah diterbitkan, misalnya edisi ke-2, edisi semakan, dan lain-lain.\nCetakan semula buku yang dikeluarkan oleh penerbit yang berlainan.\nBuku-buku dalam berlainan format, misalnya edisi kulit keras dan edisi kulit nipis atau bercetak dan e-book.\nKarya berbilang jilid (set), iaitu satu ISBN diberi kepada setiap jilid dan satu lagi ISBN diberi kepada seluruh set berkenaan sekiranya diperlukan.\nCetakan semula judul-judul yang pernah diterbitkan tanpa ISBN.\nPenerbitan bersama. Satu ISBN diberikan kepada penerbit yang bertanggungjawab atas pengedaran.\nBuku-buku yang diimport dari negara atau kawasan yang belum menyertai program ISBN.\nPenerbitan helai cerai.\nBahan audio-visual pendidikan dan terbitan monograf dalam format tidak bercetak. Contoh: Bahan audio-visual untuk terbitan sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi (CD-Rom, video, kaset dan lain-lain).\n\nISBN Tidak Boleh Diguna Semula\nNombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula. Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan pada judul.\nKelebihan Mendaftar & Memohon ISBN\n\nMemudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.\nMembantu mempromosi penerbit Malaysia \u00a0dalam \u201cGlobal Register of Publishers\u201d menerusi laman web Agensi ISBN Antarabangsa.\nMemajukan penjualan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa\nButiran penting dalam deskripsi rekod bibliografik.\nPengawalan nombor bagi judul-judul yang telah diterbitkan.\nMemperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.\n\nCara Permohonan ISBN Melalui Sistem Depositori PNM\nPermohonan ISBN secara online boleh dibuat di pautan laman web berikut:\nhttps://depositori.pnm.gov.my\nRujuk manual berikut:\n1434612095-PANDUAN-PERMOHONAN-BAGI-TERBITAN-BUKU-ISBN20150618Download\nManakala permohonan secara manual boleh dibuat dengan memuat turun borang di bawah:\nBORANG-_ISBNDownload\n\nCara Pendaftaran ISSN\nApakah Itu ISSN?International Standard Serial Number\u00a0(ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah Nombor Bersiri Piawai Antarabangsa yang unik bagi pengenalan sesebuah penerbitan berkala.ISSN diperoleh daripada Agensi ISSN Antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN mulai Jun 1976.\nContoh ISSNISSN 1823-7037ISSN 2590-4329\nSistem Operasi ISSN\nInternational Serials Data System\u00a0atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. \nPusat Antarabangsa Pangkalan Data berkomputer ini mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.\nPusat Kebangsaan yang ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini adalah bertujuan untuk memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.\nSiapa Menentukan ISSN Di Malaysia?\nPenubuhan Pusat Kebangsaan ISSN bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976. \nPusat Kebangsaan ISSN ini adalah bertanggungjawab bagi menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia, menyediakan rekod ISSN dalam pangkalan data dan menghantar ke Pusat ISDS Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.\nFaedah & Kelebihan Mendaftar ISSN\n\nMemudahkan pengesanan dan perolehan bahan terbitan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.\nMemajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.\nMemudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri.\nTambah nilai kepada pendaftaran penerbitan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa (contoh: MyJurnal, Google Scholar, Scopus).\nMemperkukuhkan lagi hak milik bahan terbitan penerbit.\n\nBagaimana dan di mana ISSN Dicetak?\nISSN mengandungi dua (2) kumpulan empat (4) angka yang dipisahkan dengan tanda sengkang dan didahului dengan akronim ISSN (huruf besar). Contoh : ISSN 1394-3650ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.\nApakah Terbitan Bersiri?\nPenerbitan yang diterbitkan dalam format bercetak/dalam talian yang dikeluarkan secara berkala, mempunyai kekerapan serta judul yang konsisten serta bertujuan untuk diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu masa seperti majalah, jurnal, dan lain-lain.\nPemberian ISSN\n\nISSN diberikan kepada terbitan bersiri yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri yang telah diterbitkan sebelum ini tanpa ISSN.\nISSN hanya diperuntukkan bagi satu judul dan ia adalah khas untuk judul itu sahaja. Sekiranya judul itu bertukar atau ditambah, satu ISSN baru akan diberi bagi judul yang baru.\nApabila terbitan bersiri diterbitkan di dalam pelbagai bahasa dengan judul yang sama, setiap edisi akan diberi ISSN berbeza.\nJuga, penerbitan yang sama tetapi diterbitkan di dalam pelbagai bahasa yang mana judulnya menggunakan judul pelbagai bahasa akan diberikan nombor ISSN yang berbeza.\n\nCara Pendaftaran PDP\nApakah Itu Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP)?Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP) adalah data katalog yang disediakan secara percuma oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kepada penerbit-penerbit di Malaysia sebelum sesuatu terbitan diterbitkan.\nBagaimanakah PDP diberi?\nPenerbit dikehendaki menghantar pruf galei atau salinan mukasurat judul dan bahan awalan (salinan mukasurat hakcipta, salinan muka isi surat kandungan, salinan kata pengantar/pendahuluan, abstrak/sinopsis buku yang akan diterbitkan) bersama-sama borang permohonan PDP.PNM akan menggunakan maklumat-maklumat yang telah dilampirkan untuk menyediakan data katalog untuk setiap judul baru termasuk nombor pengkelasan dan tajuk perkara.Data PDP akan dihantar kepada penerbit dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.Penerbit perlu mencetak data PDP yang telah diberikan di belakang mukasurat judul mengikut format yang diberi.\nBagaimana Maklumat PDP diedarkan?\nData PDP yang telah disediakan akan dihantar melalui e-mel kepada penerbit.\nKelebihan Mendaftar / Memohon PDP\n\nMewujudkan keseragaman standard pengkatalogan yang digunapakai oleh perpustakaan di Malaysia.\nMembantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam kerja-kerja pengkatalogan dan seterusnya mempercepatkan pemprosesan buku tersebut untuk rujukan pengguna.\nPenjanaan statistik tajuk perkara (subjek) buku-buku terbitan di Malaysia.\nMembantu perpustakaan dan pusat maklumat dalam proses pemilihan dan perolehan buku.\nNilai tambah kepada penerbitan buku.\n\nDi Mana Data PDP Dicetak?\nData PDP hendaklah dicetak di belakang muka surat judul (di muka surat hakcipta).\nContoh PDP Dalam Buku\nPerpustakaan Negara Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan\nMohd. Asyraf Ismail\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0TANGANI DAN KUASAI TEKANAN / Mohd Asyraf Ismail.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0(SIRI MOTIVASI MEMBINA KEJAYAAN)\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0ISBN 978-967-382-132-7 (set)\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0ISBN 978-967-382-133-4\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a01. Motivation (Psychology).\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a02. Achievement motivation.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a03. Stress management.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a04. Stress (Psychology).\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0I. Judul.\u00a0\u00a0 II. Siri.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0158.1\nPerpustakaan Negara Malaysia\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Cataloguing-in-Publication Data\nYip, Carol\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Be Money Savvy : Spend Smart, Save Right and Enjoy Life / CAROL YIP.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Mode of access: Internet\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0eISBN 978-967-17977-2-3\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a01. Credit cards.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a02. Consumer credit.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a03. Finance, Personal.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a04. Electronic books.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0I. Title.\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0332.765\nPermohonan ISBN/ISSN/PDP boleh dibuat melalui laman sesawang\u00a0depositori.pnm.gov.my\u00a0.\nMaklumat Lanjut Tentang Depositori PNM\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan sila hubungi:Pusat Bibliografi Negara Perpustakaan Negara Malaysia,Aras 3, Anjung Bestari No. 232, Jalan Tun Razak,50572 Kuala Lumpur.(U/P: Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PDP) Tel : 03-26814329, 03-26871825, 03-26871700 samb 4288 / 4271/4284E-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-perkahwinan-maiwp/", "title": "Bantuan Perkahwinan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMohon bantuan perkahwinan bagi pasangan Islam di Wilayah Persekutuan yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat atau baru sahaja melangsungkan perkahwinan.\nMenyedari kos perkahwinan yang mungkin membebankan, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berbesar hati memberikan bantuan perkahwinan bagi pasangan asnaf yang layak.\nDiharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh pasangan yang baru berkahwin.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Bantuan perkahwinan Selangor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat umum\n\n \nDokumen yang diperlukan untuk permohonan\n\n \nCara memohon\n\n\nSyarat umum\nHanya pasangan yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja yang akan dipertimbangkan untuk bantuan perkahwinan ini:\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah\nDokumen yang diperlukan untuk permohonan\nBagi membolehkan urusan permohonan anda dipertimbangkan, setiap pemohon perlulah memastikan dokumen-dokumen berikut disertakan:\nBorang permohonan (Boleh dimuat turun dan dicetak dari pautan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf)Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)Satu salinan kad pengenalan:PemohonSuamiIsteriAnak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau\u00a0sertakan bersama akuan sumpah penjagaan.Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.*Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampungSatu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkiniSatu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiamiSatu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.\nCara memohon\n\nPross permohonan bagi bantuan perkahwinan ini hanya dilakukan secara manual dan offline.\nSetiap pemohon mesti membawa kesemua dokumen yang disenaraikan di atas dan menghantarnya sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dpli-usim/", "title": "DPLI USIM 2022: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) USIM 2022 KEMASUKAN OKTOBER 2022\nDiploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPI adalah kursus 2 semester yang meliputi amali praktikal.\nMenyediakan platform formal bagi para siswazah yang memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.\nMelatih guru dalam bidang Pendidkan Islam yang dilengkapkan dengan kemahiran kemahiran khusus yang sangat diperlukan bagi membentuk pelajar yang dyumul dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membina masyarakat Islam yang berpegang tenguh kepada ajaran Islam dalam meneruskan kelangsungan pembangunan negara.\n\n\n\n\n\n\nMemupuk personaliti guru yang unggul, berketerampilan, berdaya saing dan menjadi penggerak kepada perubahan minda masyarakat dalam memahami konsep Islam yang sifatnya progresif dan semasa.\nProgram ini ditawarkan secara pasaran terbuka (open market).\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nInfo & Tarikh Penting Permohonan / Pengambilan DPLI USIM\n\n \nSyarat Kemasukan & Pendaftaran DPLI USIM 2022 / 2023\n\n \nCara Mendaftar DPLI USIM\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nInfo & Tarikh Penting Permohonan / Pengambilan DPLI USIM\nTarikh\u00a0Tutup Permohonan: 31 Julai 2022\nPengambilan : 221 Oktober 2022/2023\nKod Program : P201\nAkreditasi Diploma Pascsiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) : MQA/FA5623\nFakulti: Fakulti Pengajian Bahasa Utama / Faculty of Major Language Studies\nBahasa pengantara : Bahasa Melayu\nTempoh Pembelajaran : Sepenuh Masa (2 Semester)\n\nSyarat Kemasukan & Pendaftaran DPLI USIM 2022 / 2023\nSYARAT AM UNIVERSITI\nLulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkaty Jayyid; ATAUKelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; ATAUPelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh dimohon; dan\n\nCara Mendaftar DPLI USIM\nLayari https://ipps.usim.edu.myBuka akaunLogin dan lengkapkan borangHantar permohonanBuat pembayaran (RM60) untuk bayaran proses\nKaedah Pembayaran \nSecara ansuranPengeluaran pendidkan KWSP\nYuran perlu dibayar kepada:\u00a0USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd. (05058010020763 Bank Islam Berhad)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh email kepada:\u00a0[email\u00a0protected]\nHubungi :\u00a006-7909713 | Isnin-Jumaat (8:30 a.m \u2013 5:30 p.m) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Cuti)\nManual Permohonan\u00a0 \u00a0\u00a0Struktur Program\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Manual IPPS\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Matriks Option\nBaca juga: DPLI UKM 2022 : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-dentist/", "title": "e-Dentist: Permohonan Penempatan Doktor Gigi Lantikan Baru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-Dentist merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan Pegawai Pergigian Gred UG41 lantikan baru membuat permohonan penempatan mereka.\nCalon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan.\nDengan penggunaan porrtal ini, pilihan penempatan di dalam Borang Maklumat Diri (BMD) tidak lagi terpakai dalam urusan penempatan.\nSelai itu, permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip \u201cfirst come first serve\u201d.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nProses permohonan penempatan Pegawai Pergigian Gred UG41\n\n \nCara daftar\n\n \nLog masuk sistem\n\n \nCara membuat permohonan penempatan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nPengenalan\ne-Dentist merupakan portal di bawah sistem e-Placement yang telah diperkenalkan pada bulan September 2022 yang lalu bagi membolehkan pegawai yang mendapat tawaran jawatan tetap di KKM membuat pemilihan penepatan secara dalam talian.\nPegawai yang berkaitan akan menerima emel notifikasi mengenai pembukaan permohonan untuk penempatan ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum permohonan dibuka.\nHarap maklum bahawa portal e-Dentists ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian pergigian yang telah tamat pengajian.\nProses permohonan penempatan Pegawai Pergigian Gred UG41\n\nBagi yang masih keliru mengenai proses lantikan Pegawai Pergigian Gred UG41, boleh rujuk infografik di atas.\nCara daftar\nPemohon yang layak mendaftar adalah berdasarkan pengumuman surat tawaran yang diuruskan oleh pihak SPA dalam jangka waktu yang ditetapkan mengikut kumpulan (batch). \nPengumuman berkenaan dengan calon-calon pemohon jugayang layak juga akan dimaklumkan melalui secara email.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar dalam sistem e-Dentist:\n\nLayari laman web e-Dentist di alamat https://edentist.moh.gov.my/auth/main\nSila scroll ke bawah dan klik pada hyperlink \u201cPendaftaran Baru\u201c\nLengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan butiran seperti yang diminta\nSetelah itu, anda akan mendapat emel pengesahan pendaftaran bersama-sama maklumat untuk log masuk ke akaun anda\n\nLog masuk sistem \nAnda boleh log masuk akaun e-Dentist anda melalui halaman utama.\nScroll ke bawah dan klik pada hyperlink \u201cLog Masuk\u201d di halaman tersebut\nCara membuat permohonan penempatan\nPemohon yang ingin membuat permohonan penempatan boleh melihat manual panduan di bawah:\nManual_e-DentistDownload\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah ketika menggunakan portal e-Dentist ini, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian 03-8883 2803/ 2653/ 2651\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-akhir-pos-barang-hari-raya/", "title": "Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023 & Penutupan Operasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN TARIKH AKHIR POS BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2023 & WAKTU OPERASI / PENUTUPAN SEMPENA AIDILFITRI \u2013 POS MALAYSIA\nTentunya menjelang Hari Raya kali ini, lebih ramai yang suka membeli barang persiapan dan pelbagai keperluan untuk Hari Raya Aidiladha secara online.\nMenjelang Hari Raya, peniaga juga bertungkus-lumus menyiapkan tempahan dan barangan yang dibeli oleh pelanggan.\nNamun, perlu diingat bahawa terdapat\u00a0tarikh akhir pengeposan barang\u00a0untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.\n\n\n\n\n\n\nTarikh Akhir Pos Barang Yang Disyorkan Untuk Memastikan Barang Tiba Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023\nNotis Tarikh Akhir Penghantaran Sebelum Hari Raya dan Penutupan Operasi Sempena Cuti Aidilfitri POS Malaysia Berhad telah dikemas kini!\n\n\nUntuk makluman, mel dan kad ucapan dari semua negeri boleh dipos sebelum 17 April 2023.\nManakala bagi Poslaju, bungkusan yang dipos dari dalam Semenanjung Malaysia ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia boleh dihantar selewat-lewatnya pada 19 April 2023 (Rabu).\nBagi bungkusan Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia, tarikh akhir penghantaran adalah pada 18 April 2023 (Selasa), dan begitu juga sebaliknya.\nPengeposan masih lagi diterima sehingga 21 April 2023 (Jumaat), dan penghantaran akan dilakukan apabila Pos Malaysia kembali beroperasi seperti biasa pada 25 April 2023 (Selasa) di semua lokasi.\nSILA RUJUK JADUAL DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI TARIKH AKHIR BAGI PENGHANTARAN POS SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2023 DAN PENUTUPAN OPERASI AIDILFITRI POS MALAYSIA \n\nRancanglah tarikh penghantaran barangan dan urusan anda agar selamat sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri.\nSelain maklumat daripada POS Malaysia Berhad ini, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi syarikat kurier lain melalui media sosial mereka, iaitu seperti pautan yang berikut:\n\nNinjavan : https://www.facebook.com/ninjavanmalaysia/\nJ&T : https://www.facebook.com/jntexpressmalaysia\nPoslaju / Pos Malaysia Berhad : https://www.facebook.com/posmalaysia\n\nTARIKH AKHIR POS BARANG BAGI SYARIKAT KURIER LAIN DI MALAYSIA\nBerikut adalah senarai penuh cut-off date bagi syarikat kurier J&T, NinjaVan, DHL, CityLink dan Shopee Express.\n\nBaca juga:\n\nShopee Express Malaysia: Check Tracking No & Harga Penghantaran\nSenarai Harga Postage J&T Terkini Dan Semakan No Tracking\nCara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat\n\nSemoga notis yang dipaparkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat.\nJadi, jangan tunggu saat akhir ya.\nHantar bungkusan anda segera sebelum tarikh yang dinyatakan ok!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-persaraan/", "title": "13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik Untuk Dijadikan Sebagai Kenangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila suda berkhidmat dalam beberapa tempoh waktu, tibalah masanya untuk bersara dan memberikan peluang untuk individu lain untuk memulakan perkhidmatan dan menyambung legasi kecemerlangan sesebuah organisasi.\u00a0\n\nSekiranya anda sedang tercari-cari hadiah persaraan sama ada untuk rakan sekerja, cikgu sekolah atau sesiapa sahaja, maka, artikel ini memang khusus untuk anda.\u00a0\nSebaiknya pilih hadiah yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penerima untuk dikenang sepanjang waktu sekaligus sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat.\u00a0\nNak tahu apa sahaja hadiah persaraan yang praktikal dan sesuai untuk diberikan, mari teruskan membaca.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik\n\n \n1. Frame Gambar\n\n \n2. Set Tupperware\n\n \n3. Hiasan Meja\n\n \n4. Dompet\n\n \n5. Kasut Skechers\n\n \n6. Set Memancing\n\n \n7. Cenderahati Ukiran Kayu\n\n \n8. Ukiran khat\n\n \n9. Rehal Kayu Premium\n\n \n10. Sejadah\n\n \n11. Set Meja Makan Martin\n\n \n12. Basikal Bersenam (Spinning Bike Bicycle)\n\n \n13. Kerusi Urut\n\n\n13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik\n1. Frame Gambar\nBagi mengekalkan kenangan yang dicipta, anda boleh hadiahkan sebuah frame dan gambar anda bersama. Bolehlah nanti dipaparkan di ruang tamu si penerima untuk dijadikan sebagai hiasan dinding. Setiap kali memandang frame tersebut, pasti si penerima akan teringatkan anda.\nFrame gambar: https://shopee.com.my/homieboss/9714609123\n2. Set Tupperware\nSet Tupperware juga adalah salah satu pilihan hadiah yang menarik. Ia sesuai untuk diberikan kepada mana-mana jantina sama ada lelaki dan perempuan. \nJika si penerima adalah lelaki, pasti isterinya di rumah bersorak riang menerima set Tupperware. Anda boleh pilih mana-mana koleksi set tupperware yang terkini untuk dijadikan sebagai koleksi kesayangan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSet Tupperware: https://shopee.com.my/tupperwarebrands.my/3153370461\n3. Hiasan Meja\nSeterusnya, hadiah persaraan yang popular diberikan ialah hiasan meja. Anda boleh pilih pelbagai jenis hiasan meja yang sesuai dijadikan sebagai hadiah. \nBukan itu sahaja, ada juga hiasan meja yang boleh di \u2018personalised\u2019 khusus sebagai hadiah persaraan. Contohnya seperti, pasu bunga, frame gambar, porcelain dan sebagainya.\nHiasan meja pasu bunga: https://shopee.com.my/shoppaz06/11260311952\n4. Dompet\nDompet juga adalah merupakan salah satu hadiah persaraan yang bermanfaat untuk si penerima. Sama ada lelaki ataupun perempuan, dompet ialah hadiah yang sangat sesuai dan sudah pasti akan digunakan. \nAnda boleh kumpul duit bersama rakan-rakan lain untuk membeli dompet yang berkualiti ataupun berjenama agar boleh digunakan dalam tempoh yang agak lama.\u00a0\nDompet lelaki: https://shopee.com.my/jsuniquestore/4126185068\nDompet perempuan: https://shopee.com.my/playboymalaysia/18053083505\n5. Kasut Skechers\nKebiasaannya, individu yang bersara adalah merupakan individu yang sudah berusia lanjut. Sehubungan dengan itu, mereka pastinya memerlukan kasut yang selesa dan sesuai dipakai untuk aktiviti seharian tanpa menyebabkan kaki terasa sakit. Kasut berjenama Skechers ini adalah merupakan salah satu pilihan hadiah yang tepat.\u00a0\nKasut Skechers: https://shopee.com.my/skechers.os/23014715745\n6. Set Memancing\nHadiahkan satu set memancing untuk individu yang bakal bersara agar mereka boleh memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang seronok dan berfaedah. \nHadiah ini sangat sesuai terutamanya untuk pesara lelaki yang sangat meminati aktiviti memancing. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti bersama keluarga. Anda boleh dapatkan FRRTC Fishing Rod Set ini daripada Shopee.\u00a0\nFRRTC Fishing Rod Set: https://shopee.com.my/frrtc.my/18070563992\n7. Cenderahati Ukiran Kayu\nCenderahati ukiran kayu adalah antara pilihan hadiah yang terbaik untuk dijadikan sebagai kenangan. Anda boleh pilih rekaan untuk ukiran kayu ini mengikut citarasa yang anda inginkan. \nAnda juga boleh letakkan ucapan penghargaan, nama individu yang bakal bersara dan sebagainya. Cenderahati ini boleh dijadikan sebagai hiasan meja ataupun dinding.\u00a0\nUkiran kayu: https://shopee.com.my/creativeshope/23001737800\n8. Ukiran khat\nTerdapat banyak pilihan ukiran khat yang sesuai dijadikan sebagai hadiah persaraan. Anda boleh pilih ukiran khat yang berkaitan dengan tulisan ayat al-quran atau tulisan Arab \u201cAllah\u201d/\u201dMuhammad\u201d, \u201cAssalamualaikum\u201d dan sebagainya. Ukiran khat ini sesuai dijadikan sebagai hiasan dinding untuk ruang tamu di rumah.\u00a0\nUkiran khat: https://shopee.com.my/another_art_studio_official/11951123625\n9. Rehal Kayu Premium\nHadiahkan sebuah rehal kayu premium keluaran rekaukir ini untuk rakan sekerja anda yang bakal bersara untuk digunakan ketika membaca al-quran bagi mengisi masa yang terluang. Anda boleh minta nama individu yang ingin dihadiahkan untuk diukir di atas rehal kayu premium ini secara percuma.\nRehal kayu: https://shopee.com.my/laserukirstudio/14668262199\n10. Sejadah\nPilih sejadah yang sesuai digunakan untuk dibawa pergi bersolat di masjid ataupun di rumah. Biasanya, individu yang sudah bersara suka meluangkan masa untuk pergi ke masjid bagi mengikuti aktiviti kerohanian bagi mengisi masa terluang.\u00a0\nSejadah sandar: https://shopee.com.my/kamal.utama/7243062216\n11. Set Meja Makan Martin\nSekiranya anda mencari idea hadiah yang lain daripada yang lain dengan harga yang berpatutan, anda boleh pertimbangkan untuk memberikan set meja makan Martin ini. Anda boleh mengumpul duit bersama rakan sekerja yang lain untuk membelinya. Barulah sehati sejiwa!\nSet meja makan Martin: https://shopee.com.my/wilfurniture/21956537953\n12. Basikal Bersenam (Spinning Bike Bicycle)\u00a0\nGalakkan penjagaan kesihatan dengan menghadiahkan rakan sekerja anda yang bakal bersara sebuah basikal khusus untuk bersenam atau dikenali sebagai Spinning Bike Bicycle. Alat bersenam ini sangat mudah untuk digunakan termasuk untuk individu yang sudah berusia.\u00a0\nSpinning Bike Bicycle: https://shopee.com.my/emascare/5396426660\n13. Kerusi Urut\nSekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh hadiahkan sebuah kerusi urut sebagai hadiah persaraan untuk rakan sekerja/majikan anda. \nKerusi urut ini sangat sesuai untuk individu yang bersara bagi melegakan sakit-sakit badan yang dialami setelah berpuluh tahun berhempas pulas bekerja.\u00a0\nKerusi urut Gintell: https://shopee.com.my/gintell/11144826635\nSemoga hadiah anda berikan bermanfaat untik digunakan mengisi masa lapang selepas persaraan!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/prn-johor-2022/", "title": "PRN Johor 2022: Penamaan Calon, Tarikh Mengundi & Semakan SPR", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.\nSPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.\nSebelum ini, Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor, dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN pada 22 Januari lalu.\nPRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14.\nMenurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.\n\n\n\n\n\n\nJumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang tarikh penamaan calon, tarikh mengundi dan cara membuat semakan daftar pemilih bagi pengundi.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTARIKH PENAMAAN CALON PRN JOHOR\n\n \nTARIKH MENGUNDI PRN JOHOR\n\n \nSemakan SPR\n\n \nPENGUNDI 18 TAHUN DAN PENDAFTARAN PEMILIH SECARA AUTOMATIK (PPSA)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTARIKH PENAMAAN CALON PRN JOHOR\nHari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari 2022.\nTARIKH MENGUNDI PRN JOHOR\nTarikh mengundi awal \u2013 8 Mac 2022Tarikh mengundi SPR \u2013 12 Mac 2022\nSemakan SPR\nBagi semakan secara\u00a0online, semakan boleh dibuat dalam:-\n(a) Daftar Pemilih Induk (bagi pemilih-pemilih yang telah disahkan pendaftaran / pertukaran alamat mereka pada tahun-tahun yang lepas. Semakan Sepanjang Tahun (Pemilih yang telah sah dalam DPI)\n(b) Daftar-daftar Pemilih Tambahan (bagi pemilih-pemilih yang baru memohon pendaftaran / tukar alamat dalam tahun berkenaan) Semakan Rang DPT (Pemilih yang baru memohon / baru tukar alamat)\n(c) Daftar Pemilih Pilihan Raya (disediakan khas untuk pilihan raya umum/kecil sahaja dan dengan itu hanya terdapat semasa pilihan raya sahaja)\nSila ke pautan berikut untuk semakan : https://mysprsemak.spr.gov.my/\nAnda juga boleh merujuk panduan semakan melalui artikel berikut: MySPR Semak: Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022\nPENGUNDI 18 TAHUN DAN PENDAFTARAN PEMILIH SECARA AUTOMATIK (PPSA)\nPindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan semalam dan berkuat kuasa 15 Disember ini.\nSetiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pewartaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\nBaca juga: ePrasekolah: Pendaftaran & Semakan Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024\nPemilih baharu yang layak boleh menyemak maklumat pengundiaan selepas 16 Januari 2022 melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundispr.gov.my\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pautan berikut:\nhttps://mysprsemak.spr.gov.my/https://www.spr.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-anakku-sejahtera/", "title": "Program Anakku Sejahtera: Bantuan RM100 Untuk Anak Kedah Yang Lahir Tahun 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Besar Kedah, YB Muhammad Sanusi Md Nor telah merasmikan Program Anakku Sejahtera anjuran kerajaan Negeri Kedah dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). \nDi bawah program ini, Kerajaan Negeri Kedah akan membuka akaun di \u2018Simpan SSPN Prime\u2019 sebanyak RM100 seorang dengan peruntukan RM1 juta ringgit setahun. \nPermulaan RM100 ringgit ini sebagai modal mula untuk ibu bapa terus menyimpan secara harian, mingguan, bulanan atau ikut keupayaan masing-masing demi pendidikan anak-anak pada masa depan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan Program Anakku Sejahtera Kedah beserta cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Anakku Sejahtera Kedah?\n\n \nKelebihan Program Anakku Sejahtera & SSPN Prime\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Anakku Sejahtera Kedah?\nKerajaan negeri Kedah melaksanakan Program Anakku Sejahtera bagi tahun 2021 sebagai salah satu inisiatif pembasmian kemiskinan untuk rakyat Negeri Kedah melalui bantuan tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak RM100.00 seorang. \n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan Program Anakku Sejahtera & SSPN Prime\nSelain dilindungi insuran takaful jika ibu bapa meninggal dunia, SSPN Prime juga menawarkan geran sepadan sehingga RM10,000 bagi penyimpan yang menabung dalam tempoh tertentu. \nContohnya jika simpanan dalam tempoh 10 tahun terkumpul sebanyak RM5000, geran sepadan ayng akan diberikan oleh SSPN Prime adalah RM5000 secara percuma.\nIni kaedah terkini untuk menggalakkan ibu bapa merancang untuk pendidikan anak-anak pada masa depan. \nDengan disiplin menabung RM10 \u2013 RM20 di SSPN Prime, siharapkan ibu bapa dan anak-anak mempunyai persediaan untuk pengajian pada masa depan.\n\nSyarat Kelayakan\nAnak-anak Kedah yang lahir pada Januari 2021 hingga Disember 2021 boleh memohon program ini. \nSyarat utama, bayi mestilah warganegara dan dilahirkan di negeri Kedah. \nAntara syarat lain, ibu atau bapa lahir di negeri Kedah atau bermastautin di negeri Kedah melebihi 10 tahun serta pendapatan isirumah RM3,000 sebulan dan ke bawah.\n\nBaca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak\nCara Permohonan\nBorang boleh didapati di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah masing-masing.\nIbu bapa juga boleh mendapatkan borang permohonan melalui Pejabat DUN atau Penyelaras DUN.\nIbu bapa perlu memohon dengan menyertakan permohonan lengkap seperti salinan kad kelahiran bayi, kad pengenalan ibu bapa, slip gaji yang telah diperakui sah dan salinan penyata akaun SSPN-i dan terus menghantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dalam tempoh tiga bulan.\nAnda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang SSPN Prime melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline\nMaklumat Lanjut\nJika ada di kalangan kita yang mengenali mana-mana keluarga di Kedah yang menerima cahaya mata pada tahun 2021, boleh hubungi pejabat PTPTN berdekatan atau nombor careline PTPTN (03 2193 3000) untuk memeriksa kelayakan.\nUntuk maklumat lanjut berhubung program ini, sila rujuk saluran berikut: \nFacebook Urus Setia Penerangan Darul Aman Laman web : http://www.upda.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-big-apple-malaysia/", "title": "Big Apple : Menu Donat, Minuman & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSiapa tak suka dengan keenakan donat Big Apple? Rasanya yang manis seimbang dan tekstur donat yang gebu membuatkan jenama ini kekal sebagai salah satu jenama donut kegemaran Malaysia. \nMenawarkan hampir 30 jenis donat yang lazat, ia sememangnya sesuai untuk dinikmati sebagai pemanis mulut sampingan pada bila-bila masa. \nJom kita tengok senarai menu serta harga terkini yang ditawarkan di Big Apple. \n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Bask Bear Coffee : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Menu Big Apple & Harga Terkini\n\n \nMenu Donat Big Apple\n\n \nDonuts in Box\n\n \nBeverages\n\n \nTea\n\n \nIce Blended\n\n \nIcy Special\n\n \nOthers\n\n\nSenarai Menu Big Apple & Harga Terkini \nMenu Donat Big Apple\nPerisa donat yang anda boleh dapatkan di Big Apple adalah seperti berikut : \nDough VinciD-RexMegabitePink TwisterStella NutellaThe AlienCandy BopDonutellaMocha DelightOno OreoSweet SpotAI MoonAlmond RingClassicCranberry CrownHunky ChunkKoko KrunchoMisu ChocoSuper ClusterSwiss RobinsonDarky AlienMilky AlienWhitey AlienChoconutMiss NutPea-NutDidiNanaJojo\n\nDonuts in Box\n\nDapatkan penjimatan berganda dengan pembelian Donuts in Box. Jom nikmati donat enak dari Big Apple dengan harga seperti berikut : \nMenuHargaBox of 3RM 14.20Box of 6RM 25.69Box of 12RM 48.67\nMini Donuts\nSesuai untuk yang teringin nak nikmati donut pelbagai perisa tanpa rasa bersalah, anda boleh dapatkan Mini Donuts dengan harga hanya RM 13.00 sahaja untuk 9 biji. \nVariasi Mini Donuts adalah seperti berikut : \nMini Ono OreoMini Ella NutellaMini ChocoholicMini Tira CinnoMini CaramellaMini Pink TwisterMini IcebergMini The AlienMini Say Cheese\n\nBeverages\nCoffee\nMenuHotColdAmericanoRM 6.50RM 7.50CappucinoRM 8.00RM 9.00Caf\u00e9 LatteRM 8.00RM 9.00Hazelnut LatteRM 9.00RM 10.00Toffee LatteRM 9.00RM 10.00Double Toasted LatteRM 9.00RM 10.00\n\nTea\nMenuHotColdGreen TeaRM 4.50RM 5.00Apple TeaRM 4.50RM 5.00Earl Grey TeaRM 4.50RM 5.00English BreakfastRM 4.50RM 5.00\nIce Blended\nMenuHargaBlueberryRM 7.50StrawberryRM 7.50HoneydewRM 7.50\nIcy Special\nMenuHargaIce Peach TeaRM 7.50Ice Raspberry TeaRM 7.50Ice Mango TeaRM 7.50\u00a0Ice Lemon TeaRM 7.50\nOthers\nMenuHargaClassic ChocolateRM 9.00 (Hot) / RM 10.00 (Cold)Mineral WaterRM 2.70\u00a0Soft DrinkRM 2.80Can / Bottle DrinkRM 2.80\n\nBanyak sungguh pilihan donat yang ditawarkan di Big Apple. Semuanya nampak enak dan cukup sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis minuman yang ditawarkan. \nJom ikuti laman Facebook Big Apple Donuts & Coffee Malaysia untuk ketahui promosi terkini khas untuk penggemar donat. Ayuh ke Big Apple hari ini!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-prihatin-siswa/", "title": "Kad Prihatin Siswa : Cara Pengaktifan, Faedah & Kelebihan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.\nUntuk makluman semua pelajar diwajibkan memberi maklum balas pada borang persetujuan yang terdapat dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) berkenaan Kad Prihatin Siswa ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Kad Prihatin Siswa (KPS)?\n\n \nObjektif\n\n \nFaedah\n\n \nCara Mengaktifkan Kad Prihatin Siswa (KPS)\n\n\nApa Itu Kad Prihatin Siswa (KPS)?\nKPS merupakan cetusan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK); ini adalah inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa menerusi aplikasi e-Wallet yang turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad tersebut.\nObjektif\nMemperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.\nFaedah\ni. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.\nii. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar universiti bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.\niii. Akaun Simpanan-i Pro RHB akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar universiti. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.\niv. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di universiti.\n\n\n\n\n\n\nCara Mengaktifkan Kad Prihatin Siswa (KPS)\nBerikut dikongsikan cara membuat pengaktifan KPS mengikut universiti masing-masing.\nUiTM\nMaklumat di bawah adalah status bilangan pelajar mengikut kampus UiTM yang masih BELUM membuat consent (Persetujuan Pembukaan Akaun Simpanan I-PRO RHB) pada 2 Jun 2022 (Pembukaan aktiviti consent ini akan dilanjutkan sehingga tarikh 30 Jun 2022 sahaja). Ini kerana wang pinjaman PTPTN akan mulai disalurkan menggunakan akaun RHB dijangka pada sekitar bulan Feb. / Mac 2023.\nAktiviti consent ini boleh dibuat melalui aplikasi/sistem MyStudent / UFuture / Student Portal. \nRujukan akaun RHB di bawah program Kad Prihatin Siswa ini boleh diperolehi di laman sesawang : kpsiswa.uitm.edu.my.\nKlik pautan di bawah bagi persetujuan setuju terima (consent) bagi pembukaan akaun\u00a0Simpanan-i Pro\u00a0daripada bank RHB.\u00a0Pautan di bawah\u00a0hanya akan dibuka sehingga pada\u00a031 Julai 2022\u00a0sahaja untuk tindakan seterusnya.i.\u00a0My Studentii.\u00a0Sistem UFutureiii.\u00a0Student Portal\n\nUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)\n\n\nIIUM \n\nUNIMAS\n\nUPSI\n\nUNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)\n\nUNIVERISIT MALAYA (UM)\n\nUNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)\n\nUNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)\nSemua pelajar WAJIB untuk membuat pengesahan Surat Persetujuan Kad Prihatin Siswa di Portal iStudent\nhttps://iaccess.usim.edu.my/login\nPeringatan Mesra: Kad ini adalah KAD MATRIK BAHARU USIM dan kad debit. Semua pelajar WAJIB bertukar ke Kad Prihatin Siswa ini.\nRujuk hebahan: https://www.facebook.com/usimofficial/posts/pfbid02LQGr67kEQEXaRK9v9omJ87NoXLHTuSANTDa32t7pW35wHGCpJjjgHyAfzzDmsKdLl\nUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA\nRujuk hebahan : https://www.facebook.com/heputm/posts/pfbid0xetzhJZHjYcSszqrtbwv4dbarLEGSkK62E5jvSnhQTUVDseTabv5ozzAP6P67eYUl\nUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)\n\nUNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)\n\nBaca juga: \nUFUTURE UiTM : Login, Lupa Kata Laluan & Pengisian Exit Survey SuFoBKM Bujang : Semakan Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 \u2013 4\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dividen-asb-2020/", "title": "Dividen ASB 2020: Kadar Pengagihan Pendapatan & Bonus", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan kadar pengagihan pendapatan (dividen ASB 2020) dan bonus Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.\nKadar dividen ASB 2020 adalah berdasarkan pengumuman terkini Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui sidang media pada Rabu, 23 Disember 2020.\n\nDividen ASB 2020 telah diumumkan seperti berikut:\nPembayaran tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit. Bersempena Ulang Tahun ke-30 ASB, pemegang unit akan turut menerima khas Ehsan 0.75 sen seunit sehingga 30,000 unit pertama.\n\n\nPengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan yang dimiliki sepanjang tahun kewangan. Unit yang dilaburkan semula dari pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021.\nUrus niaga ASB telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan. \nPemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui www.myasnb.com.my atau aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana pejabat cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 4 Januari 2021.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTentang Amanah Saham Bumiputera\n\n \nSejarah Pengagihan Pendapatan ASB\n\n \nCara Pengiraan Dividen ASB 2020\n\n \nCara Semakan Dividen ASB 2020 Online\n\n \nZakat ASB\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Dividen ASB 2020\n\n\nTentang Amanah Saham Bumiputera\nAmanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.\nMengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.\nASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.\nBagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.\n\n\n\n\n\n\nSejarah Pengagihan Pendapatan ASB\nSepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.\nNamun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.\nDi bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini di mana menyaksikan prestasi dividen ASB semakin tahun semakin menurun.\n\nYang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?\nCara Pengiraan Dividen ASB 2020\nCara kira dividen ASB 2020 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:\nDapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. \nContoh 1\nKatakan pada 1/1/2020, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu. \nCara kiraannya adalah seperti berikut\n= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)\n= RM600\nContoh 2\nKatakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun. \nDan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000. \nJadi cara kiraannya adalah seperti berikut : \n= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)\n= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325\nDividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan. \nIni adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran. \nItu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan. \nJadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.\nBaca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak\nCara Semakan Dividen ASB 2020 Online\nKini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.\nUntuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.\nmyASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).\nIa adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.\nLangkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:\nDaftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkanSemak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan\nJika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen\nZakat ASB\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).\nMesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.\n\nRingkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti\u00a0jadual berikut:\n\nKaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada\u00a0peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.\nKaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :\n\nPerkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.\nWalau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.\nContoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = \u2026.. x2.5% = Zakat*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa\nJadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya!\nMaklumat Lanjut Tentang Dividen ASB 2020\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2020, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my\nSebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi \u2013 10 malam) atau emel ke\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/latihan-kompetensi-kemahiran-belia/", "title": "Program Latihan Kompetensi Kemahiran Untuk Belia Pulau Pinang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Latihan Kompetensi Kemahiran Untuk Belia Pulau Pinang\nSukacita dimaklumkan bahawa Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) bakal menganjurkan Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia.\nUntuk makluman, peserta akan ditaja sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program ini.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Institut Kemahiran MARA: Senarai Lokasi IKM & Kursus Ditawarkan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKursus Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Mohon Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPendaftaran dibuka secara atas talian sehingga 31 Oktober 2022 (Isnin)\nKursus Yang Ditawarkan\nKursus yang ditawarkan dalam Program Kompetensi Kemahiran Belia adalah :\nMobile Crane (Tempoh pengajian : 3 bulan)Hydraulic Excavator (Tempoh pengajian : 2 bulan)\n\nKemudahan Yang Disediakan\nPeserta akan ditawarkan kemudahan seperti berikut :\nPenginapanMakan dan minumElaunPakaian keselamatanKad personel binaan\nSyarat Kelayakan\nTawaran bagi program ini adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :\nBermastautin di Pulau PinangLelaki dan beragama IslamBerumur antara 21 hingga 35 tahun dan mempunyai lesen memandu kelas D.Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850 sebulan (golongan B40)Tiada rekod saman, jenayah dan penyalahgunaan dadahSihat tubuh badanMinat untuk bekerja selepas tamat latihan\nCara Mohon Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia\nCalon yang berkelayakan boleh isi borang Google Form di pautan berikut :\nPROGRAM LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN BELIA\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program latihan yang ditawarkan, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian berikut :\n04 5498125 / 8155\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pra-diploma-uitm/", "title": "Pra Diploma UiTM 2023: Permohonan & Semakan Keputusan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UITM SESI KEMASUKAN OKTOBER 2023\nJalan alternatif untuk menyambung pengajian ke PROGRAM DIPLOMA UiTM IDAMAN hati tanpa perlu pening dan risau Mata Merit UPU yang RENDAH.\nSyarat kemasukan? LULUS SPM 3 kredit sahaja.\nUntuk anak-anak dari keluarga B40, anda juga tidak perlu risau kerana yuran pengajian PERCUMA, ELAUN saradiri bulanan dan asrama penginapan PERCUMA tersedia buat anda. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\nProgram Pra Pendidikan Tinggi ( PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik sekiranya anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPU.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pra Diploma UiTM?\n\n \nKelebihan Pra Diploma UiTM\n\n \nSenarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan\n\n \nSenarai Kampus PPT\n\n \nTarikh Permohonan & Semakan Keputusan\n\n \nCara Permohonan Kemasukan Ke Pra Diploma UITM\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nTarikh / Cara Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pra Diploma UiTM?\nProgram Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). \n\n\n\n\n\n\nProgram ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.\nTujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar \u2013 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU. \nProgram PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\n\nKelebihan Pra Diploma UiTM\n\nPenempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.\nElaun bantuan bagi kategori pemohon B40\nKelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan\nLaluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM\nLaluan khas utk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli\n\n\n\n\nSenarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan\nAmbilan pelajar dibuat dua kali setahun dan kesemua maklumat terkini berkaitan ambilan akan dipaparkan di laman web PPT dari masa kesemasa.\nBerikut adalah senarai program yang ditawarkan:\n\nPra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)\nPra Diploma Sains (PD007 & PD008)\nPra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)\nPra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)\nPra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)\n\nhttps://pppt.uitm.edu.my/pradiploma/images/kitpromosi/mobile/index.html\nSenarai Kampus PPT\nBerikut adalah senarai kampus PPT UiTM berdasarkan kursus Pra Diploma yang ditawarkan:\n\nTarikh Permohonan & Semakan Keputusan\nHEBAHAN PEMBUKAAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI 1_2023/2024 (KEMASUKAN OKTOBER 2023) \nPermohonan ke program Pra Diploma UiTM dibuka secara dalam talian melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula 01 Jun 2023 (Khamis)\nPermohonan adalah dengan menggunakan no pin UiTM yang boleh diperolehi secara PERCUMA.\nKit Promosi Program Pra Diploma Oktober 2023 : bit.ly/pradipuitm\n\nCara Permohonan Kemasukan Ke Pra Diploma UITM\n3 LANGKAH MUDAH PERMOHONAN\u00a0\n\nEmel kan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON untuk pengeluaran No Pin PERCUMA\nSila layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat permohonan. Simpan & cetak maklumat permohonan.\nEmelkan maklumat permohonan dan dokumen-dokumen diperlukan yang telah disahkan. Sila rujuk bit.ly/dokumenpradip\n\nEMEL: [email\u00a0protected]\nNO TEL : 03-5521 1416 | 1444 | 1448 | 1449\nSila layari\u00a0https://pppt.uitm.edu.my\u00a0untuk maklumat lanjut.\n\nDokumen Yang Diperlukan \nDokumen-Dokumen yang diperlukan dalam proses permohonan Pra Diploma\n\nSalinan Kad Pengenalan (Calon, Ibu & Bapa)\nSalinan Sijil Lahir (Calon, Ibu & Bapa)\nSalinan Sijil / Slip keputusan SPM\nSalinan Slip Pendapatan, Penyata Pencen atau Borang Pengesahan Pendapatan (ibu / bapa yang tidak mempunyai Slip Gaji Tetap atau tidak bekerja)\nSalinan Sijil pengiktirafan sukan (Untuk permohonan kategori Atlet sahaja)\n\n* Semua salinan dokumen-dokumen sebagai lampiran yang dimajukan melalui emel perlu \u2018disahkan benar dari salinan asal\u2019 / \u2018certified true copy\u2019. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Profesional / Ketegori A / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi MPKK dan yang setaraf dengannya\u2019.\n* Sila rujuk poster untuk dokumen tambahan yang diperlukan atau muat turun lampiran berikut:\n08052023_Kit-Promosi-Pra-Diploma-Oktober-2023-v3Download\nTarikh / Cara Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM \nHebahan Keputusan Program Pra Diploma boleh disemak mulai 9 Ogos 2023.\nPendaftaran Pelajar secara online melalui portal i-Student adalah bermula 9 Ogos hingga 24 September 2023.\nSila layari\u00a0online.uitm.edu.my\u00a0bermula\u00a0pada tarikh yang dimaklumkan.\n\nKlik setuju terima & Pendaftaran pelajar secara online mengikut tarikh yang ditetapkan.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan, sila hubungi PPT di talian\u00a003 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416\u00a0atau emel kepada\u00a0[email\u00a0protected]\nUntuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://online.uitm.edu.my\nPengarahPejabat Program Pra Pendidikan TinggiKompleks AntarabangsaUniversiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSELANGOR DARUL EHSAN\n\nNo. Tel: 03 5521 1306/1416/1444/1448/1449\nFB Rasmi : ppptuitm\nTik Tok : @ppptuitm\nLaman Web Rasmi : pppt.uitm.edu.my\nEmel: [email\u00a0protected]\n\nBaca juga: \n\nCara Kira CGPA UiTM (Result Pointer)\nSemak SYARAT UiTM: Semakan Kelayakan Kemasukan UiTM 2022\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/espkws/", "title": "eSPKWS KPM : Login Sistem Perakaunan Sekolah (spkws.moe.gov.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem eSPKWS yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia membolehkan semua sekolah di Malaysia yang terletak di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan urusan kewangan dan perakaunan sekolah.\nDengan sistem yang dibangunkan ini, nescaya pengurusan kewangan pihak sekolah akan lebih teratur dan telus.\nMalah urusan kemaskini rekod kewangan juga menjadi lebih mudah kerana semuanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara login eSPKWS\n\n \nSenarai nota panduan pengguna\n\n \nManual Pengguna eSPKWS\n\n \nSenarai borang untuk dimuat turun\n\n \nHelpdesk eSPKWS\n\n\nCara login eSPKWS \n\nDisebabkan kemudahan yang disediakan oleh portal ini hanya boleh digunakan oleh sesetengah pihak sahaja di sesebuah sekolah, maka akses untuk menggunakan segala kemudahan ini juga layak untuk kumpulan pentadbiran sekolah yang tertentu sahaja.\nSekiranya anda belum mempunyai akaun untuk login masuk, anda perlulah merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah terlebih dahulu.\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda sudah mempunyai maklumat untuk log masuk akaun, layari portal rasmi eSPKWS di alamat https://spkws.moe.gov.my/login.php\nUntuk login, di halaman utama portal ini sudah disediakan borang untuk login dimana anda hanya perlu memasukkan 2 maklumat berikut:\nID PenggunaKata Laluan\nKemudian, klik butang \u201cMasuk\u201d. Sekiranya mahu membuat pembetulan maklumat ID Pengguna atau Kata Laluan, klik pada butang \u201cSemula\u201d.\nSenarai nota panduan pengguna\nSekiranya anda pengguna baru dan ingin mendapatkan panduan menggunakan portal ini, anda boleh melihat segala nota yang boleh dimuat turun melalui portal ini.\nDi bawah borang login, rujuk bahagian Download dan klik pada ikon buku.\nSenarai nota modul yang boleh dimuat turun dan dibaca untuk panduan adalah seperti berikut (senarai ini mungkin dikemaskini pada masa hadapan):\nModul PermulaanModul TerimaanPengesahan Pengurus SekolahModul Daftar BilModul BayaranModul DepositModul PWRModul Pindah PeruntukanModul Penyesuaian BankModul ABT ABBModul LaporanKursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah\nSila download nota ceramah berikut :\u00a0\u00a01.Modul PermulaanDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a02.Modul TerimaanDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03.Pengesahan Pengurus SekolahDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a04.Modul Daftar BilDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a05.Modul BayaranDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a06.Modul DepositDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a07.Modul PWRDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a08.Modul Pindah PeruntukanDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a09.Modul Penyesuaian BankDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a010.Modul ABT ABBDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a011.Modul LaporanDownload\u00a0\u00a0\u00a0\u00a012.Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang SekolahDownload\u00a0\u00a0\n\nManual Pengguna eSPKWS\nSila rujuk manual pengguna lengkap melalui pautan di bawah:\n\nManual-Pengguna-eSPKWSDownload\nhttps://spkws.moe.gov.my/download/Manual%20Pengguna%20eSPKWS.pdf\nSenarai borang untuk dimuat turun\nMelalui portal ini, anda juga boleh memuat turun beberapa borang untuk pelbagai tujuan. \nDi bawah borang login, rujuk bahagian Download dan klik pada ikon fail.\nSenarai borang yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut (senarai ini mungkin dikemaskini pada masa hadapan):\nBorang Tambah PerihalBorang AduanBorang Capaian\nHelpdesk eSPKWS\nWalau bagaimanapun, bagi pengguna yang menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan ketika menggunakan portal eSPKWS, anda boleh menghubungi pihak Helpdesk eSPKWS melalui salah satu kaedah di bawah ini:\nAlamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Akaun, Cawangan Pengurusan Seksyen Akaun Sekolah (SAS), Aras 10, Blok E12, Kompleks Kerajaan E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya \nHelpdesk: 03-88721436\nEmel Aduan: [email\u00a0protected]\nFax: 03-88721427\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-tahun-1/", "title": "Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 KPM idme.moe.gov.my", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KPM\nUntuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Permohonan kemasukan Ke Tahun 1\u00a0sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan secara online.\nKepada ibu bapa yang mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2024 dan 2025, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 melalui permohonan online.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\n\n \nTarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\n\n \n[TERKINI] Soalan Lazim\n\n \nCara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\n\n \nPANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE\n\n \nTarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 & Rayuan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nTarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\n\nMurid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018\nMurid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019\n\n\nBaca juga: APDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Profil Murid Di SPATKPM 2022 / 2023\nTarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\nTarikh-tarikh Penting Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\n\nTarikh Mula : 2 Mei 2023\nTarikh Tutup : 30 Jun 2023\nKeputusan Penempatan : 1 -31 Oktober 2023\nTarikh Rayuan : 1-31 Disember 2023\n\nMAKLUMAN TERKINI\nBerdasarkan maklumat terkini daripada BPSH KPM pada jam 1.59 petang, bertarikh 28 Februari 2023:\n\n\n\n\n\n\nTuan/Puan\nUntuk makluman semua, modul pendaftaran Tahun 1 di https://idme.moe.gov.my akan dibuka bermula 2 Mei hingga 30 Jun 2023. \nSekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu. \nMohon kerjasama ibu bapa/ penjaga agar sentiasa membaca makluman terkini di laman utama idme.\nSekian, Terima Kasih.\n[TERKINI] Soalan Lazim\n\n\n\n\nCara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\nPENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025\nPendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. \nKanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.\n\nMulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Berseadu KPM (MOEIS) di laman sesawang http://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut. \nCara pendaftaran adalah seperti berikut:\n\n\nPergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login\nKlik\u00a0Pengguna Baru\nTekan\u00a0Daftar Pengguna\u00a0\nKlik\u00a0Daftar\nIsikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar\nSetelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu\u00a0Tahun 1\nKlik\u00a0Permohonan Baharu\nMasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar\nLengkapkan maklumat berikut:\n\nMaklumat murid\nMaklumat kesihatan\nMaklumat penjaga\n\n\nSetelah selesai, tekan butang\u00a0Simpan dan Seterusnya\nUntuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.\nSetelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan\nSemak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik\u00a0Peraku Benar Dan Hantar\u00a0di bahagian paling bawah menu.\nStatus permohonan murid akan dipaparkan.\nPengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.\n\nRujuk manual bergambar di bawah:\nPANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah\nMUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MOEIS IDME KPM: Manual Pengguna boleh dimuat turun dari tinyurl.com/manualdaftartahunsatu\nSLIDE-MANUAL-PENGGUNA-IDME-DAFTAR-TAHUN-1Download\nBaca juga: ePrasekolah: Pendaftaran & Semakan Prasekolah Online Sesi 2023\nSila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna\nFull_Awam_Manual_Pengguna-idme-kpmDownload\nTarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 & Rayuan\nBagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2024/2025, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023.\nRayuan akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023.\nSemakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.\nPENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan \u00a0\nSila rujuk panduan semakan selengkapnya di sini: Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\nDokumen Yang Diperlukan\n\nBuku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)\nSijil Lahir murid\nBorang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)\nKad pengenalan ibu bapa / penjaga murid\nSijil nikah/Sijil Daftar Kahwin\nSijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)\nBil Utiliti : SYABAS / TNB / ASTRO / TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)\n\nTarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1 \nTarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2023\nTarikh rayuan ditutup : 30 Ogos 2023\nTarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2023\nTarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2023\nNOTA:\n\nRayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.\nTiada rayuan secara manual boleh dilakukan.\n\nHarap maklum dan terima kasih.\nMaklumat Lanjut\nJika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.\nTarikh-tarikh Penting Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025\n\nTarikh Mula : 2 Mei 2023\nTarikh Tutup : 30 Jun 2023\nKeputusan Penempatan : 1-31 Oktober 2023\nTarikh Rayuan : 1-31 Disember 2023\n\nSila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:\nhttps://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/roti-gardenia-naik-harga/", "title": "Roti Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember 2021. Ini Senarai Harga Baru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nROTI GARDENIA NAIK HARGA MULAI 1 DISEMBER 2021 \u2013 Ini Senarai Harga Baru Produk Terlibat\nGardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) akan menaikkan harga bagi produk-produk roti Gardenia berkuat kuasa 1 Disember ini.\nMenerusi satu kenyataan yang tular di media sosial, senarai harga baru beberapa jenis roti Gardenia tersebut mengalami kenaikan dari 10 sen hingga 45 sen.\nMenurut Astro Awani, pihak Gardenia KL berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga (price revision).\n\n\n\n\n\n\n\nGardenia KL juga memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.\n\u201cPenetapan harga baru itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.\n\u201cProduk Gardenia yang naik harga juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.\n\u201cSemakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan,\u201d menurut kenyataan itu.\nTambah kenyataan itu, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.\nBaca juga: \nBKM 2022: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk B40Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\n\u201cGardenia KL akan terus memberi tumpuan menggiatkan usaha kami untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.\n\u201cKami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan,\u201d ujar syarikat itu.\nSENARAI HARGA BARU ROTI GARDENIA MULAI 1 DISEMBER\nBerdasarkan senarai yang tular di media sosial berkenaan, sebanyak 38 produk tersenarai dan akan mula dijual pada harga baharu bermula dari tarikh tersebut.\n\nBerikut antara harga baharu produk Gardenia yang tersenarai itu berkuatkuasa 1 Disember 2021:\nGardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) \u2013 RM1.00Gardenia Original Classic \u2013 RM2.80Gardenia Original Classic Jumbo \u2013 RM4.00Gardenia Bonanza Big Value \u2013 RM3.10Gardenia Wholemeal \u2013 RM3.60Gardenia Delicia (semua perisa) \u2013 RM5.00Gardenia Toast\u2019em (semua perisa) \u2013 RM5.00Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) \u2013 RM3.70Gardenia Twiggies (semua perisa) \u2013 RM1.80Gardenia Waffles (semua perisa) \u2013 RM1.40Gardenia Puazz! Sambal Bilis \u2013 RM1.30Gardenia NuMee \u2013 RM1.70\nSumber: Astro Awani\n"]} {"url": "https://ecentral.my/maraeps/", "title": "MARAeps : Login, Daftar & Buat Pembayaran MARA Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeiring dengan kemajuan teknologi, pihak Majlis Amanah Rakyat atau MARA telah membangunkan MARAeps.\nPlatform ini boleh diguna pakai oleh kesemua pihak yang berdaftar dengan platform ini khususnya bagi penerima/pengguna kemudahan dan fasiliti MARA.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu MARA eps?\n\n \nCara akses\n\n \nPerkhidmatan yang disediakan\n\n \nCara penerimaan bayaran\n\n \nCara daftar\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nApa itu MARA eps?\nMARAeps merupakan singkatan bagi MARA Electronic Payment System.\nIa merupakan sebuah aplikasi dan portal khas yang menjadi gerbang elektronik MARA.\n\n\n\n\n\n\nDengan platform ini semua bayaran fasiliti kemudahan yang disediakan oleh MARA dapat dilaksanakan melalui satu aplikasi khas yang boleh diakses pada bila-bila masa secara atas talian.\nTujuannya untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.\nCara akses\n\nPlatform ini boleh diakses oleh kesemua pengguna melalui platform berikut;\nLaman sesawang \u2013\u00a0https://bayar.maraeps.my/Aplikasi Android di\u00a0GooglePlay\u00a0\u2013 MARAepsAplikasi iOS di\u00a0Applestore\u00a0\u2013 MARAeps\nPerkhidmatan yang disediakan\nPlatform ini menawarkan pembayaran atas talian bagi khidmat/fasiliti berikut:\nPembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.Pembayaran Kursus/Program berkala MARAPembayaran Yuran Pengajian MRSM, TVET, dan IPMA.Pembayaran Rumah Rehat MARAPembayaran Caruman dan lain lain fasiliti MARA\nCara penerimaan bayaran\nPlatform ini menawarkan penerimaan bayaran seperti berikut;\nBayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)\nPerkhidmatan tertakluk kepada keperluan keselamatan dan proses perlaksanaan yang diarah pematuhannya oleh Paynet dan Bank-Bank Pembayar.\nSpesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasi perkhidmaan ini. \nSistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada keselamatan data dan maklumat kewangan pengguna.\nCara daftar\n\nSebelum menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan di platform ini, anda terlebih dahulu perlulah mendaftarkan akaun anda.\nUntuk mendaftarkan akaun baru, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman MARAeps di alamat https://bayar.maraeps.my/Pada kota Log Masuk, klik pada tulisan \u201cDaftar baru\u201dLengkapkan segala butiran yang dikehendakiKlik butang \u201cDaftar\u201d pada bahagian paling bawah untuk melengkapkan pendaftaran akaun anda. \nMaklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh terus berhubung dengan penyelia platform ini melalui salah satu medium berikut:\nCareline (9am \u2013 5pm)\u00a003-2638 1111\u00a003-2638 1222Emel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kwsp-2023/", "title": "Bajet 2023: Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023: Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP\nKerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.\n\u201cKini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.\n\n\u201cKerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,\u201d katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.\nAnwar berkata, kerajaan juga berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.\nSementara itu, beliau berkata, berhubung simpanan syariah KWSP yang diperkenalkan sejak 2017, pada masa ini aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.\n\u201cBermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah,\u201d katanya.\nSumber: Buletin TV3\nBaca juga: \n\nBelanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani\nSTR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/takwim-sekolah-bermula-januari-2026/", "title": "Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTakwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026 \u2013 Fadhlina Sidek\nSesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026, umum Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.\nBeliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga merancang untuk memulakan kalendar akademik sesi 2024 / 2025 lebih awal iaitu kepada Februari 2025.\nJelas Menteri Pendidikan, KPM telah membuat ketetapan untuk membuat perubahan kepada kalendar akademik sesi 2021 / 2022 akibat penularan COVID-19.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerdasarkan perubahan tersebut, maka sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023 / 2024 diteruskan bermula pada Mac 2023.\n\n\u201cKPM akan melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun.\n\u201cKPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.\n\u201cUntuk itu, Yang Berhormat, sukacita saya maklumkan KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024 / 2025 bermula pada bulan Februari 2025.\n\u201cKalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada 2026,\u201d katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.\nBaca juga: \n\nKonsep \u201cKaramah Insaniah\u201d KPM \u2013 Maksud & Konsep Pelaksanaan\n\u00a07 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara\nBiodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\n\nVIDEO : Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026 \n\n\nSumber video: Astro Awani\nFadhlina (PH-Nibong Tebal) menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi oleh semua pihak dan tahun berapa persekolahan dapat bermula awal Januari.\nSila rujuk kenyataan rasmi KPM :\n\n\nSumber: BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-jamak-dan-qasar/", "title": "Solat Jamak Dan Qasar : Panduan, Syarat & Niat (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOLAT JAMAK & QASAR\nApabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Solat Jamak & Qasar untuk panduan kita bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengertian\n\n \nSolat Qasar (Memendekkan)\n\n \nSyarat-syarat Solat Qasar\n\n \nBerapa Hari Kita Dibolehkan Solat Jamak dan Qasar?\n\n \nSolat Jamak (Menghimpunkan)\n\n \nLafaz Niat\n\n \ni) Niat Jamak Taqdim dan Qasar\n\n \nii) Niat Jamak Takhir dan Qasar\n\n \nPanduan Video\n\n\nPengertian\nSolat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah.\nSYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA\u2019 & QASAR\n\nPerjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.\nPerjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).\nPerjalanan yang tidak bertujuan maksiat.\nTidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.\n\n\nSolat Qasar (Memendekkan)\nSolat qasar bermaksud memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat.\nSolat yang boleh dipendekkan (qasar) adalah solat Zohor, Asar dan Isyak.\nSyarat-syarat Solat Qasar \n\nSolat fardhu yang diqqasarkan berkenaan wajib ke atas seseorang yang bermusafir dan melakukannya semasa bermusafir itu\nPerjalanannya telah melepasi sempadan qaryah\nTidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).\nTidak mengikuti imam solat yang bermukim.\n\n\nBerapa Hari Kita Dibolehkan Solat Jamak dan Qasar?\nMasih ramai antara kita yang lupa atau tertanya-tanya soalan berikut: Berapa hari dibolehkan solat jamak dan qasar?\n\n\n\n\n\n\nMenurut JAKIM, tempoh dibolehkan Jamak dan Qasar adalah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang.\nTETAPI, jika seseorang berniat tinggal di suatu tempat selama 4 hari atau lebih, maka TIDAK BOLEH QASAR dan JAMAK ketika sampai di tempat itu kerana sudah dikira bermukim.\nNamun, ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dibolehkan qasar dan jamak sehingga sampai ke destinasi musafir.\n\nBaca juga: JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Berjemaah & Bersendirian\nSolat Jamak (Menghimpunkan)\nSolat jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu.\nContohnya:\n\nMengumpulkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya\nMengumpulkan solat Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya\n\nSolat Jamak terbahagi kepada 2:\ni) JAMAK TAKDIM\n\nKedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu) \nNiat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri salam)\nBerturut-turut antara solat pertama & kedua\nMasih musafir hingga takbir solat kedua\n\niI) JAMAK TA\u2019KHIR\n\nNiat ta\u2019khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.\nMasih musafir hingga selesai kedua-dua solat\nTertib di antara kedua-dua solat TIDAK DISYARATKAN malah boleh dimulakan dengan amna-mana antara 2 solat tersebut\n\n\nLafaz Niat \ni) Niat Jamak Taqdim dan Qasar\nZOHOR \u2013 ASAR\n\u201cSahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.\u201d\n\u201cSahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.\u201d\n\nMAGHRIB \u2013 ISYAK\n\u201cSahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.\u201d\n\u201cSahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.\u201d\nii) Niat Jamak Takhir dan Qasar\nASAR \u2013 ZOHOR\n\u201cSahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.\u201d\n\u201cSahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.\u201d\nISYAK \u2013 MAGHRIB\n\u201cSahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.\u201d\n\u201cSahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.\u201d\nSumber infografik: JAKIM\nPanduan Video\nHimpunan Serta Panduan Solat Sunat (DVD Version) Solat Jamak Dan Qasar\n\n\nSumber: MVM Islamic YouTube Channel\nAkhir kata, jagalah solat walau di mana kita berada.\nSemoga Allah SWT merahmati permusafiran kita dan melindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan.\nSelamat Balik Kampung Semua!\nBaca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nasken-coffee-menu/", "title": "Nasken Coffee : Senarai Menu & Harga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun baru dibuka kira-kira 2 tahun lepas, namun Nasken Coffee mendapat sambutan yang cukup hangat daripada penggemar kopi tempatan. \nPopular di Pantai Timur, kini Nasken Coffee mula melebarkan sayap dengan membuka cawangan di beberapa lokasi lain seperti Sungai Besi dan Kuantan.\nNasken Coffee bukan sahaja menawarkan minuman, malah ia juga menyajikan aneka hidangan dengan citarasa tempatan serta Western yang cukup menyelerakan.\n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang sudah lama ingin mencuba Nasken Coffee, jom kita lihat senarai menu serta harga yang ditawarkan.\n\nBaca Juga : Bask Bear Coffee : Senarai Menu & Harga Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nNasken Coffee : Senarai Menu & Harga\n\n \nDesserts\n\n \nWestern\n\n \nMalay Cuisine\n\n \nLight Bites\n\n \nSignature Cakes\n\n \nCoffee\n\n \nNon Coffee\n\n \nSparkling Drinks\n\n \nKucate\n\n\nNasken Coffee : Senarai Menu & Harga\nMenuHargaBakers CroissantRM 6.16Chocolate RollRM 5.60XL Sardine PuffRM 7.84\nDesserts\nMenuHargaCr\u00e8me BruleeRM 8.90\nWestern\n\nMenuHargaGrilled Lamb ChopRM 28.00Chicken ChopRM 20.16Grilled ChickenRM 19.04Spaghetti BologneseRM 16.80Fettuccine CarbonaraRM 16.80Seafood Aglio OlioRM 17.92Tomyam PastaRM 17.92Chicken Chop CrispyRM 19.04\nMalay Cuisine\nMenuHargaNasi Phat Kra Paw (Biasa)RM 8.96Nasi Lemak Ayam CrispyRM 20.16Nasi Lemak KambingRM 29.12Nasi Lemak Grilled ChickenRM 20.16Nasi Lemak Biasa \u2013 Telur MataRM 4.48Nasi Lemak Drum WingsRM 20.16Nasi Phat Kra Paw (special)RM 13.44Nasi Phat Kra Paw (Seafood)RM 16.80\nLight Bites\n\nMenuHargaCheesy MeatballsRM 15.68Spicy Cheesy Drum WingsRM 16.80PancakeRM 12.32FriesRM 7.84Mushroom SoupRM 10.08Spicy Korean Drum WingsRM 19.04Spicy Crispy Drum WingsRM 15.68Thai Style Drum WingsRM 16.80\nSignature Cakes\n\nMenuHargaRainbow Mille CrepeRM 14.47Mango Mille CrepeRM 14.47Nutella Mille CrepeRM 14.47Neapolitan Mille CrepeRM 14.47Tiramisu Mille CrepeRM 14.47Oreo Mille CrepeRM 14.47Red Velvet CrepeRM 14.47Blueberry CheesecakeRM 14.47Premium Burnt CheesecakeRM 16.10Pandan Gula Melaka Mille CrepeRM 14.47Nutty Nutella CakeRM 14.47Banana & Chocolate Mille CrepeRM 14.47Green Tea Mille CrepeRM 14.47Biscoff Mille CrepeRM 15.58Peanut Butter Chocolate CakeRM 14.47Ferrero Rocher CakeRM 14.47Walnut Salted Caramel Mille Crepe CakeRM 14.47Premium Biscoff CakeRM 23.97Chocolate Indulgence CakeRM 14.47Premium Oreo CakeRM 14.47Lychee CakeRM 14.47Black Forest CakeRM 14.47Brownies Mix NutRM 10.02Brownies Dip n DipRM 10.02Biscoff Burnt Cheese CakeRM 15.58Nutella Burnt Cheese CakeRM 15.58Chocolate Fudge CakeRM 14.47\nCoffee\n\nMenuHargaLatteRM 10.08Latte CaramelRM 11.20Latte ButterscotchRM 11.20Latte Roasted HazelnutRM 11.20Latte AlmondRM 11.20MochaRM 11.20CappucinoRM 10.08MochaRM 11.20CappucinoRM 10.08EspressoRM 6.72AffogatoRM 8.96AmericanoRM 7.84Latte Gula MelakaRM 11.20Latte BiscoffRM 15.68Latte Classic CaramelRM 11.20Latte Classic HazelnutRM 11.20Latte Classic VanillaRM 11.20Latte Classic RoseRM 11.20\nNon Coffee\nMenuHargaChocolateRM 11.20Strawberry FrappeRM 13.44Lemon TeaRM 7.84MatchaRM 11.20Earl Grey TeaRM 7.84Honey Lemon TeaRM 7.84English Breakfast TeaRM 7.84Biscoff FrappeRM 16.80\nSparkling Drinks\nMenuHargaPassionfruit Tea SparklerRM 12.32Watermelon MojitoRM 12.32Passionfruit MojitoRM 12.32\nKucate\nMenuHargaSuperwomanRM 11.20Stress FreeRM 10.08Happy TummyRM 10.08Beau-teaRM 10.08\nMinuman serta hidangan yang ditawarkan di Nasken Coffee semuanya nampak menarik dan cukup menyelerakan. \nTak hairanlah Nasken Coffee dikatakan sebagai kedai kopi nombor 1 Pantai Timur. Jadi, tunggu apa lagi?\nJom nikmati Nasken Coffee bersama rakan dan keluarga di cawangan berdekatan hari ini! \nJangan lupa ikuti laman Instagram Nasken Coffee untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik daripada kedai kopi dari negeri Kelantan ini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-spc-yayasan-terengganu/", "title": "Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN BIASISWA YAYASAN TERENGGANU SKIM PELAJAR CEMERLANG (SPC) TAHUN 2022\nYAYASAN TERENGGANU mempelawa pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Tahun 2022 dibawah program yangditawarkan sebagaimana berikut :\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022\n\n \nKaedah Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022\n\n \nUjian Bertulis & Temuduga\n\n \nKeputusan Tawaran Biasiswa SPC Terengganu 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\nA) SYARAT UMUM\n\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibuatau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau Surat AkaunBermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.Keutamaan kepada pemohon dari kalangan berpendapatan rendah (B40).\nPENGAJIAN DALAM NEGARA \nBiasiswa Foundation Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP)Biasiswa Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS)Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS), KedahBiasiswa Foundation In Accountancy (FIA) \u2013 ACCA, Universiti Teknologi Mara (UiTM)\nPENGAJIAN LUAR NEGARA \nBiasiswa Program Persediaan Luar Negara dalam Bidang Sains/Kejuruteraan/ PerakaunanBiasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Mesir/Jordan)Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Perbankan Islam) Di JordanBiasiswa Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Di Jordan\nSILA RUJUK SYARAT PENUH BAGI SETIAP PROGRAM MELALUI LAMPIRAN BERIKUT:\nBiasiswaSPCDownload\nBaca juga: SPGA: Sistem Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa Online (eSPGA)\nKaedah Permohonan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu 2022\nPermohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) bermula 16 Jun 2022 hingga 26 Jun 2022 (12.00 tengahari) menerusi ytpenajaan.terengganu.gov.my\nBorang permohonan mesti dilengkapkan dengan memuatnaik (upload) semua dokumen yang diperlukan.\nUjian Bertulis & Temuduga\nCalon-calon yang layak akan dihubungi melalui emel masing-masing untuk menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar satu persembahan video pada satu tarikh yang akan ditetapkan.\nHanya calon-calon yang telah menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar persembahan video akan disenarai pendek sesi Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.\nBaca juga: ePerumahan Terengganu: Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik\nKeputusan Tawaran Biasiswa SPC Terengganu 2022\nPenawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://yt.gov.my/penajaan/ \n"]} {"url": "https://ecentral.my/aplikasi-myubat/", "title": "Aplikasi MyUbat KKM: Pengambilan Ubat Melalui Temu Janji", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memudahkan rakyat Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan aplikasi MyUbat.\nPandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan kerajaan terpaksa beralih kepada sistem temujanji dimana individu yang mahu datang ke premis atau pejabat kerajaan untuk tujuan tertentu perlulah membuat temujanji terlebih dahulu.\nUntuk proses mendapatkan ubat secara berkala bagi pesakit yang sudah mempunyai preskripsi doktor, maka aplikasi MyUbat adalah inisiatif KKM untuk memastikan pemberian ubat dapat dilakukan dengan lebih efisien.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu MyUbat?\n\n \nFungsi MyUbat\n\n \nPrivasi data pengguna apikasi MyUbat\n\n \nMuat turun aplikasi MyUbat\n\n\nApa itu MyUbat? \n\nAplikasi MyUbat adalah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak KKM untuk memudahka para pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan (klinik kesihatan, hospital dll) memantau bekalan ubat dan penggunaan ubat-ubatan dengan lebih mudah melalui telefon pintar.\n\n\n\n\n\n\nMyUbat scara umumnya dikendalikan sendiri oleh kerajaan Malaysia oleh itu privasi pengguna adalah terjamin\nAplikasi ini diuruskan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan segala maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).\nFungsi MyUbat \nSecara umumnya, terdapat 2 fungsi utama aplikasi MyUbat:\nMohon temmujanji farmasiMohon penghantaran ubat melalui pos\nApabila pengguna membuat temujanji melalui pos, mereka hanya perlu datang pada tarikh dan masa yang telah ditentukanan sahaja dalam aplikasi ini.\nSelain itu, mereka juga tidak perlu menunggu lama di farmasi kerana pihak farmasi akan membungkus terus ubat-ubatan yan diperlukan berdasarkan rekod kesihatan pengguna.\nPengguna juga boleh memohon penghantaran ubat-ubatan yang sudah mempunyai preskripsi doktr terus ke rumah anda dan anda hanya perlu membayar caj COD secara tunai kepada pihak servis kurier. \nPrivasi data pengguna apikasi MyUbat\nSecara ringkasnya, aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali hanya dengan kebenaran pengguna dan secara sukarelanya diberikan oleh pengguna.\nMaklumat yang diberikan pengguna ini penting bagi memastikan bekalan ubat-ubatan yang diberikan kepada pengguna adalah sama seperti dalam rekod perubatan pengguna dan pihak KKM sama sekali tidak akan berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga.\nMuat turun aplikasi MyUbat \nBuat masa kini, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS sahaja.\nBagi para pengguna yang ingin memuat turun aplikasi ini, anda boleh dapatkannya daripada halaman rasmi Google Play atau AppStore dengan melayari pautan di bawah:\nGoogle PlayAppStore\n"]} {"url": "https://ecentral.my/etesting-jpj/", "title": "eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Mulai April 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman untuk yang bakal ambil lesen memandu tahun ini, JPJ akan laksanakan sistem eTesting mulai April 2022 di seluruh negara!\nApakah sistem e-Testing ini dan bagaimanakah ia akan dilaksanakan?\nJom ketahui selanjutnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eTesting JPJ?\n\n \nBagaimanakah Pelaksanaan Sistem Baharu Ini?\n\n \nKelebihan Sistem eTesting JPJ\n\n\nApakah eTesting JPJ?\nMulai bulan April pegawai JPJ tak akan duduk dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu. \n\n\n\n\n\n\nSebaiknya, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan.\nMenurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan ujian lesen memandu secara automasi atau \u2018e-Testing\u2019 yang bakal dilancarkan sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan April nanti.\n\nBagaimanakah Pelaksanaan Sistem Baharu Ini?\nSistem yang baharu ini masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.\n\u201cKebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT. Biasanya pihak JPJ paling kurang ada 6 orang satu IM (Institut Memandu) guna e-testing kita boleh jimatkan petugas, kita boleh \u2018mobilize\u2019 petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasa sebab sistem hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja,\u201d kata Datuk Zailani Hashim pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 JPJ.\nSistem itu membolehkan pegawai penguji JPJ memantau dari bilik kawalan manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.\nSegala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memand (IM) terbabit. \n\nBaca juga: \nMySikap JPJ Login : Cara Daftar, Renew Lesen / Roadtax, Saman OnlineSemakan Nombor Plat Terkini JPJ & Tempahan Online5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS\nKelebihan Sistem eTesting JPJ\nAntara kelebihan sistem ini termasuklah dapat mengurangkan bilangan pegawai yang diperlukan, di samping meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.\nKeputusan ujian keluar cepat dan semua keputusan boleh dicetak segera.\nUntuk makluman, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikadi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.\nJPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.\nSistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.\nSumber: Berita RTM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-bakers-cottage-malaysia/", "title": "Baker\u2019s Cottage Malaysia : Senarai Menu Terkini dan Harga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenggemar ayam panggang pasti sangat menyukai ayam panggan daripada Baker\u2019s Cottage. \nRasanya bukan sahaja enak dan berjus, harganya juga cukup berpatutan untuk dinikmati seisi keluarga. \nBukan itu sahaja, malah aneka roti, kek dan pencuci mulut yang lazat turut menanti anda di Baker\u2019s Cottage.\n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang berminat untuk mencuba hidangan di Baker\u2019s Cottage, ayuh kita tengok senarai menu terkini serta harga yang ditawarkan!\nBaca Juga : Wong Solo : Senarai Menu & Harga Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBaker\u2019s Cottage : Senarai Menu Terkini dan Harga\n\n \nMooncake\n\n \nFruit Cakes\n\n \nCakes\n\n \nPromosi Ayam Panggang\n\n\nBaker\u2019s Cottage : Senarai Menu Terkini dan Harga\nMooncake\n\nMenuHargaDouble Value Pack Low Sugar White Lotus Single Yolk Pandan LotusRM 36.99Premium Package Pure Lotus Double YolkLow Sugar White Lotus Single YolkMixed Nuts Taro JingsaRM 79.99Snow Skin Mooncake Value Pack Snow Skin Black GoldSnow Skin Ultimate Musang KingRM 74.99Snow Skin Mooncake Value Pack Snow Skin Signature Yam Snow Skin Low Sugar White Lotus 1 YolkSnow Skin Peachy MangoSnow Skin Fruity BlueberryRM 79.99Snow Skin Mooncake Value Pack Snow Skin Signature Yam Snow Skin Strawberry Snow Skin Dark Chocolate Truffle Snow Skin Ultimate Musang KingRM 94.99\nCombo Sets\nMenuHargaPopcorn Chicken BitesRM 8.99Macau Egg Tarts 4 pcsRM 12.99Doughnuts 4 pcsRM 9.99Sausage Danish 2 pcsRM 7.992 Crispy Chicken FingersRM 11.99Roasted Chicken Combo (Whole Chicken + 4 Egg Tart)RM 33.99Roasted Chicken Combo (Whole Chicken + 4 Donut)RM 33.99Roasted Chicken Combo (Whole Chicken + 2 sliced cake of the day)RM 34.99Roasted Chicken RiceRM 9.99Chicken BurgerRM 9.99\nFruit Cakes\nMenuHargaRich Fruit CakeRM 14.99Cranberry & Raisin Fruit CakeRM 14.99Black Forest Fruit CakeRM 14.99\nCakes\n\nMenuHargaAmerican Chocolate CakeRM 59.99Warmest Chocolate CakeRM 59.99Red Velvet Cake 7\u201dRM 69.99Baked Cheese CakeRM 29.99Black Forest Cake 7\u201dRM 57.99\nPromosi Ayam Panggang\n\nDapatkan due ekor ayam panggan perisa pilihan anda sama ada barbeku, lada hitam atau percuk dengan harga RM 29.99 sahaja!\nSemua menu yang ditawarkan di Baker\u2019s Cottage sangat menarik dan cukup berpatutan. \nSesuai untuk anda yang ingin menyambut hari istimewa bersama keluarga dan tersayang di rumah! Enak dan puas dinikmati bersama.\n\u00a0Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Baker\u2019s Cottage untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik khas untuk anda! Jom ke Baker\u2019s Cottage hari ini! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-drb-hicom-university/", "title": "Permohonan Biasiswa DRB-Hicom University 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDRB-HICOM University of Automotive Malaysia (atau ringkasnya DRB-HICOM University) dimiliki oleh HICOM University College Sdn. Bhd (HUCSB), anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh DRB-HICOM Berhad.\nUniversiti ini mula beroperasi pada tahun 2010 sebagai International College of Automotive (\u201cICAM\u201d), sebelum memperoleh status universiti sepenuhnya pada Februari 2016.\nDRB-HICOM University memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa negara Malaysia mempunyai bekalan tenaga kerja yang berterusan yang sedia ada dalam industri dan juga dalam memenuhi kehendak dan objektif kerajaan untuk membangunkan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Biasiswa DRB-Hicom University?\n\n \nJenis-jenis biasiswa\n\n \nKATEGORI 1 \u2013 Biasiswa Penuh dan Penginapan Percuma\n\n \nKATEGORI 2 \u2013 Biasiswa Penuh Yuran Pengajian\n\n \nKATEGORI 3 \u2013 Biasiswa Separa Yuran Pengajian\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nKelebihan menyambung pengajian di DRB-Hicom University 2021\n\n \nCara permohonan\n\n\nApa itu Biasiswa DRB-Hicom University?\n\nBagi memudahkan kemasukan para pelajar ke universiti DRB-Hicom University menyediakan biasiswa bagi calon lepasan SPM yang layak untuk menyambung pengajian di peringkat Asasi.\nBiasiswa ini boleh dimohon menggunakan keputusan percubaan SPM ataupun keputusan peperiksaan terkini.\nJenis-jenis biasiswa \nBergantung pada kelayakan akademik serta jumlah pendapatan isi rumah, biasiswa ini terbahagi kepada 3 kategori seperti yang berikut:\nKATEGORI 1 \u2013 Biasiswa Penuh dan Penginapan Percuma\nAkademik Minimum 5A dalam SPMPendapatan isi rumah: RM8,000 dan ke bawah\nKATEGORI 2 \u2013 Biasiswa Penuh Yuran Pengajian \nAkademik: Minimum SPM 5 kredit dalam mana-mana subekPendapatan isi rumah: RM15,000 dan ke bawah\nKATEGORI 3 \u2013 Biasiswa Separa Yuran Pengajian\nAkademik: Minimum SPM 5 kredit dalam mana-mana subekPendapatan isi rumah: Melebihi RM15,000\nSyarat kelayakan\nSemua calon lepasan SPM layak untuk memohon namun pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayaka berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk tawaran biasiswa ini:\nWarganegara MalaysiaLulus SPM dengan minimum 5A dan ke atasUntuk program Foundation sepenuh masa di DRB-HICOM UniversityTiada rekod tindakan tatatertibCiri kepimpinan yang kuat dan aktif dalam aktiviti kurikulum, sosial dan sukarelawanPendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga sah kurang dari RM8,000 sebulan\nKelebihan menyambung pengajian di DRB-Hicom University 2021\nMempunyai kelulusan akreditasi MQA untuk semua kelulusanKelayakan minimum bagi biasiswa sangat rendah \u2013 hanya minimum 5 kredit SPMPeluang belajar dengan pakar dalam industri automatif yang sebenar\nCara permohonan\nPermohonan boleh dilakukan secara online dengan melengkapkan borang PERMOHONAN BIASISWA PROGRAM ASASI DRB HICOM UNIVERSITY.\nSekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan inginkan maklumat lanjut mengenai tawaran Biasiswa DRB-Hicom University bagi tahun 2021 ini, boleh hubungi Nur Liyana Hassan di talia 011-31893155.\nUntuk maklumat lanjut juga, sila layari halaman rasmi DRB-Hicom University.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/puasa-zulhijjah-tarwiyah/", "title": "Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Tarwiyah, Arafah & Kelebihannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNIAT PUASA SUNAT 1-9 ZULHIJJAH, HARI TARWIYAH (8 ZULHIJJAH), HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH) DAN KELEBIHANNYA\nTidak lama lagi kita akan sampai ke bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIstimewanya Bulan Zulhijjah\n\n \nTarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2023\n\n \nNiat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah\n\n \nTarikh Hari Tarwiyah 2023\n\n \nTarikh Hari Arafah 2023\n\n \nKelebihan Hari Tarwiyah\n\n \nNiat Puasa Sunat Hari Tarwiyah\n\n\nIstimewanya Bulan Zulhijjah\nAntaranya adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Terdapat kelebihan bagi siapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah dimana seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah dan terdapat waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.\nSeterusnya melaksanakan ibadah Korban pada Hari Raya AidilAdha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang berkemampuan, hendaklah mereka merebut peluang ini kerana ganjarannya amatlah besar disisi Allah SWT.\nDan yang terakhir, kita digalakkan mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil dan bertakbir.\n\nDaripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:\n\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u064f\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u0650 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627: \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e \u0628\u0650\u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\n\n\n\n\n\n\nMaksudnya: \u201cTiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, \u201cWahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?\u201d Baginda bersabda, \u201cWalaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.\u201d\n[HR al-Bukhari, hadis sahih]\nTarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2023\nSUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH :\n\n1 Zulhijjah = Selasa, 20.06.2023\n2 Zulhijjah = Rabu, 21.06.2023\n3 Zulhijjah = Khamis, 22.06.2023\n4 Zulhijjah = Jumaat, 23.06.2023\n5 Zulhijjah = Sabtu, 24.06.2023\n6 Zulhijjah = Ahad, 25.06.2023\n7 Zulhijjah = Isnin, 26.06.2023\n8 Zulhijjah = Selasa, 27.06.2023\n9 Zulhijjah = Rabu, 28.06.2023\n\nHARAM PUASA :\n\nHari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah = Khamis, 29/06/2023\n\n\nHari Tasyrik : 11 Zulhijjah = Jumaat, 30/06/2021\nHari Tasyrik : 12 Zulhijjah = Sabtu, 1/07/2023\nHari Tasyrik : 13 Zulhijjah = Ahad, 2/07/2023\n\nNiat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah\nNiat Puasa Sunat Zulhijjah(1-7 Zulhijjah)\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0630\u0650\u064a\u0652 \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u062c\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u201cSahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\nNiat Puasa Sunat Tarwiyah(8 Zulhijjah)\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064e\u0631\u0652\u0648\u0650\u064a\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u201cSahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\nNiat Puasa Sunat Hari Arafah(9 Zulhijjah)\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u0652\u0641\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u201cSahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\n\nTarikh Hari Tarwiyah 2023\nHari Tarwiyah jatuh pada 8 Zulhijjah iaitu bersamaan dengan 27 Jun 2023 bagi umat Islam di Malaysia.\n\nTarikh Hari Arafah 2023\nHari Arafah bagi tahun 2023 dijangka jatuh pada 28 Jun 2023 di Malaysia.\nRujuk : Niat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya\nKelebihan Hari Tarwiyah\nMakna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.\n\nPara jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (\u064a\u062a\u0631\u0648\u0648\u0646).\n\n\nSelain itu, dinamakan juga dengan \u201cTarwiyah\u201d adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (\u064a\u0631\u0648\u064a) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat:\u00a0al-Mughni, 3/249]\n\nBerkaitan kelebihan hari ini, terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.\n\nDikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,\n\n\u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0631\u0652\u0648\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0643\u064e\u0641\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d\u060c \u0648\u064e\u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u0641\u064e\u0629\u064e \u0643\u064e\u0641\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u0646\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\nMaksudnya:\u00a0\u201cPuasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.\u201d\nHadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus\u00a0[2/248].\nNOTA:\u00a0Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn \u2018Arraq al-Kinani.\nWalaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha\u2019if (lemah) di dalam bab fadhail al-A\u2019mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.\nSumber: IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-404: APAKAH MAKSUD HARI TARWIYAH DAN APAKAH KELEBIHANNYA ?\nNiat Puasa Sunat Hari Tarwiyah\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062a\u064e\u0631\u0652\u0648\u0650\u064a\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\u201cSaya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.\u201d\nBaca juga: \n\nKelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah & Amalan Sunnah Yang Dianjurkan\nTarikh Hari Raya Haji 2023 / Hari Raya Aidil Adha 1444H\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jadual-upkk-2023/", "title": "Tarikh & Jadual Waktu UPKK 2023 (Ujian Penilaian Kelas KAFA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh / Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penialaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2023 yang diumumkan oleh JAKIM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah UPKK?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nBentuk Penilaian UPKK 2023\n\n \nKelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK\n\n \nTARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah UPKK?\nUjian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.\nTerdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu\n\n\n\n\n\n\n\nAmali Solat\nPenghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)\nTilawah Al-Quran\nPelajaran Jawi dan Khat\nSirah\nUlum Syariah (Ibadah & Aqidah)\nAdab (Akhlak Islamiah)\nLughah Al-Quran\n\nSyarat Kelayakan\n\nBelajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.\nMengikut Kurikulum KAFA.\nMurid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).\nBerdaftar untuk menduduki UPKK.\n\nBentuk Penilaian UPKK 2023\n\nBentuk Lisan : Al-Quran\nBentuk Amali :\u00a0Amali Solat\nBentuk Lisan\u00a0& Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam\nBentuk Penulisan :\n\nUlum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )\nSirah\nAdab (Akhlak Islamiyah)\nJawi dan Khat\nAsas Lughatul Quran\n\n\n\nKelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK\nUPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.\nPeperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.\nTidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.\nTARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2023\nAdalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti berikut:\nTakwim Pengoperasian Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Bagi Calon Tahun 2023\nJAKIM amat prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini.\n\nBerikut dikongsikan tarikh penting dan jadual UPKK 2023 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.\nPeperiksaan Lisan: 3 April hingga 27 Oktober 2023\n\nSolat\nPenghayatan Cara Hidup Islam\n\nPeperiksaan Lisan : 1 hingga 30 November 2023\n\nAl-Quran\n\nUjian Bertulis : 15 hingga 18 Januari 2024\n\nUlum Syariah (Aqidah dan Ibadah)\nSirah\nJawi dan Khat\nAdab\nLughatul Quran\n\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk : https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/\njadual_pengurusan_upkk2022Download\nMaklumat Lanjut\nUntuk info terkini mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA 2023, sila rujuk maklumat sahih melalui :\n\nPortal SIMPENI : https://simpeni.islam.gov.my/\nPortal SIMPENI: Login & Semakan UPKK / MPKAFA 2022 (JAKIM)\n\nBaca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sukan-olimpik-2024-paris/", "title": "Sukan Olimpik 2024: Lokasi, Tarikh, Logo, Maskot", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKejohanan Sukan Olimpik 2024 pastinya temasya sukan yang paling ditunggu-tunggu oleh atlet-atlet daripada pelbagai cabang sukan antarabangsa. \nMalah, atlet daripada Malaysia juga bakal bertanding dalam kejohanan ini sekiranya mereka telah melepasi pelbagai syarat kelayakan yang ditetapkan berdasarkan sukan masing-masing.\nSukan Olimpik dianggap sebagai pertandingan sukan terulung di dunia dengan lebih daripada 200 pasukan mewakili negara dan wilayah berdaulat mengambil bahagian.\nSukan Olimpik biasanya diadakan setiap empat tahun dan sejak 1994, telah bergantian antara Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk setiap dua tahun dalam tempoh empat tahun.\nSetelah Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun tibalah pula giliran untuk Sukan Olimpk 2024 di Paris, Perancis.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Kejohanan\n\n \nMaskot Sukan Olimpik 2024\n\n \nLokasi Kejohanan Sukan Olimpik 2024\n\n \nSejarah Penganjuran\n\n \nSenarai Negara Tuan Rumah Sukan Olimpik 1896-2016\n\n\nTarikh Kejohanan\nPenganjuran Sukan Olimpik 2024 di Paris akan berlangsung dalam tempoh berikut:\n\n\n\n\n\n\nTarikh: 26 Julai 2024 \u2013 11 Ogos 2024\nMaskot Sukan Olimpik 2024\n\nNama: Phryges\nMaskot yang sama juga akan digunakan untuk Sukan Paralimpik 2024.\nPhryges adalah simbol yang sangat kuat untuk Republik Perancis. \nBagi orang Perancis, ia adalah objek yang sangat terkenal yang merupakan simbol kebebasan, objek yang akan mewakili maskot di seluruh dunia.\nHakikat bahawa maskot Paralimpik mempunyai kecacatan yang boleh dilihat juga menghantar mesej yang kuat: untuk menggalakkan \u201ckebersamaan\u201d.\nMaskot Sukan Olmpik 2024 ini diumumkan dalam sidang akhbar di Paris pada 11.30 pagi CET pada 14 November oleh presiden Paris 2024 Tony Estanguet, juara beregu lelaki tenis kerusi roda Beijing 2008 Michael Jeremiasz dan Gwladys Epangue, pemenang pingat gangsa dalam taekwondo dari Beijing 2008.\nLokasi Kejohanan Sukan Olimpik 2024\nLaman web rasmi bagi Sukan Olimpik 2024 adalah https://www.paris2024.org/en/\nSukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan di Paris, Perancis.\nTerdapat sejumlah 35 lokasi pertandingan dengan empat belas tapak menganjurkan 24 sukan Olimpik yang terletak dalam jarak 10km dari perkampungan Olimpik. \nSukan yang dipertandingkan akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Paris seperti les Yvelines, Hauts-de-Seine, Seine-et-Marne dan Seine-Saint-Denis. \nWalau bagaimanapun, Sukan Paris 2024 akan dilanjutkan ke banyak kawasan lain di Perancis, dengan kejohanan bola sepak dimainkan di enam bandar lain (Bordeaux, Nantes, Lyon, Saint-Etienne, Nice dan Marseille), pelayaran berlangsung di Marseille dan luncur air diadakan di tapak Teahupo\u2019o di Tahiti.\nSejarah Penganjuran\nPenciptaan Sukan Olimpik moden telah diilhamkan oleh Sukan Olimpik kuno zaman Yunani Purba yang diadakan di Olympia, Greece dari abad ke-8 SM hingga abad ke-4 Masihi.\nPenganjuran Sukan Olimpik telah melalui banyak fasa dan penganjurannya pada zaman moden telah dihidupkan semula pada akhir abad ke-19. \nSebelum 1970-an Sukan secara rasmi terhad kepada pesaing yang berstatus amatur tetapi pada 1980-an banyak acara dibuka kepada atlet profesional. \nPada masa ini, Sukan ini terbuka kepada semua, malah atlet profesional terkemuka dalam bola keranjang dan bola sepak. \nSukan Olimpik purba turut mempertandingkan beberapa sukan yang kini menjadi sebahagian daripada program Sukan Musim Panas yang kadang-kadang telah mmpertandingkan sebanyak 32 sukan yang berbeza. \nPada tahun 1924 Sukan Musim Sejuk telah diperkenalkan untuk sukan musim sejuk. \nSenarai Negara Tuan Rumah Sukan Olimpik 1896-2016\nTahunBandar / Negara Tuan RumahI1896Athens, GreeceII1900Paris, FranceIII1904St Louis, USA1906Athens, GreeceIV1908London, England, UKV1912Stockholm, SwedenVI1916Berlin, Germany (tidak diadakan)VII1920Antwerp, BelgiumVIII1924Paris, FranceIX1928Amsterdam, The NetherlandsX1932Los Angeles, USAXI1936Berlin, GermanyXII1940Tokyo, Japan / Helsinki, Finland (tidak diadakan)XIII1944London, England, UK (tidak diadakan)XIV1948London, England, UKXV1952Helsinki, FinlandXVI1956Melbourne, AustraliaXVII1960Rome, ItalyXVIII1964Tokyo, JapanXIX1968Mexico City, MexicoXX1972Munich, GermanyXXI1976Montreal, CanadaXXII1980Moscow, USSRXXIII1984Los Angeles, USAXXIV1988Seoul, South KoreaXXV1992Barcelona, SpainXXVI1996Atlanta, USAXXVII2000Sydney, AustraliaXXVIII2004Athens, GreeceXXIX2008Beijing, ChinaXXX2012London, England, UKXXXI2016Rio, BrazilXXXII2021Tokyo, JapanXXXIII2024Paris, FranceXXXIV2028Los Angeles, USAXXXV2032Brisbane, Australia\n\nBaca juga: \n\nPiala Sumbangsih \nLIMA 2023: Tarikh Pameran Aeroangkasa Maritim, Senarai Peserta\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/niat-ganti-puasa/", "title": "Niat Ganti Puasa Ramadan : Lafaz & Hukum Gabung Puasa Sunat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNiat Ganti Puasa Ramadan\nMungkin ada di kalangan kita yang masih belum habis ganti puasa Ramadan yang lepas. \nBagi anda yang bercadang untuk laksanakannya, jom ikuti perkongsian daripada kami. \nBaca Juga : Kalendar Islam 2022 / 1443H & Tarikh Penting (Edisi Kemaskini Syawal)\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHukum Ganti Puasa\n\n \nLafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha\u2019 Puasa Ganti)\n\n \nWaktu Untuk Niat Ganti Puasa\n\n \nHukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat\n\n \nWaktu Ganti Puasa Ramadan\n\n\nHukum Ganti Puasa\nHukum ganti puasa adalah wajib seiring dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183-184 yang bermaksud :\n\u201c(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain ;dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui \u201d.\u00a0\nLafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha\u2019 Puasa Ganti)\nLafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :\n\u00a0\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u064d \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064b \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nMaksudnya : \u201cSahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala\u201d\n\nWaktu Untuk Niat Ganti Puasa\nMenerusi perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW : \n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0628\u064e\u064a\u0650\u0651\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0645\u0650\u0646 \u0627\u0644\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya:\u00a0Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya.\nRiwayat al-Nasaie (2334)\nHukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat\nBerdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis. \nSebahagian ulama\u2019 mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda. \n\nWaktu Ganti Puasa Ramadan\nAnda boleh gantikan puasa pada bila-bila masa selepas bulan Ramadan sehinggan ke bulan Ramadan seterusnya kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha.\nWalau bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menyegerakannya kerana ia merupakan salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan.\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda jalani ibadah puasa ganti dengan lebih lancar. Selamat beramal dan selamat menunaikan ibadah puasa! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/chilis/", "title": "Chili\u2019s : Senarai Menu dan Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nChili\u2019s : Senarai Menu dan Harga Terkini\nSelama lebih daripada 4 dekad, Chili\u2019s setia menawarkan hidangan dengan citarasa Tex-Mex untuk semua penggemarnya.\nSemakin tahun, menu di Chili\u2019s juga semakin berkembang sambil menawarkan hidangan seperti aneka burger yang berjus serta hidangan ala Amerika.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nStatus Halal Chili\u2019s\n\n \nChili\u2019s : Senarai Menu dan Harga Terkini\n\n \nSalads\n\n \nSoups & Chili\n\n \nVegetarian\n\n \nSide Dishes\n\n \nCraft Burgers\n\n \nSandwiches\n\n \nFresh Tex Beef Ribs\n\n \nFresh Tex Steaks\n\n \nFresh Mex : Mix & Match Fajitas\n\n \nFresh Mex : Tacos\n\n \nFresh Mex : Quesadillas\n\n \nFresh Mex Bowls\n\n \nFresh Mex Enchiladas\n\n \nChicken\n\n \nPastas\n\n \nSeafood\n\n \nSweet Stuff\n\n \nMinuman\n\n\nStatus Halal Chili\u2019s\nUntuk makluman, Chili\u2019s tidak memiliki status halal daripada JAKIM kerana restoran ini menjual minuman beralkohol.\u00a0\nWalau bagaimanapun, semua hidangan dihasilkan menggunakan bahan yang diperoleh daripada pembekal yang disahkan halal. Chili\u2019s juga menjamin yang makanan yang dihidangkan tidak mengandungi sebarang ramuan berasaskan alkohol.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nIngin tahu hidangan apa yang ditawarkan di Chili\u2019s? Jom kita tengok senarai menu dan harga yang ditawarkan.\u00a0\n\nBaca Juga : Taco Bell : Senarai Menu & Harga Terkini\nMenuHargaBold CalamariRM 25.95Onion RingsRM 13.95Triple DipperRM 39.95Signature DrummetsRM 22.95 (Boneless) / RM 27.95 (Bone-In)Bottomless Tostada Chips & SalsaRM 20.95Classic NachosRM 29.95Chicken Classic NachosRM 33.95Beef Classic NachosRM 42.95Combo Classic NachosRM 38.95Skillet Queso & ChipsRM 28.95Skillet Queso OnlyRM 13.95Southwestern EggrollsRM 21.95Texas Cheese PoppersRM 22.95\nChili\u2019s : Senarai Menu dan Harga Terkini\nSalads\n\nMenuHargaSouthwest Caesar SaladRM 17.95Southwest Caesar Salad with Grilled Southwest Spiced ChickenRM 31.95Southwest Caesar Salad with Grilled Southwest Spiced PrawnsRM 32.95Carribean SaladRM 30.95Quesadilla Explosion SaladRM 31.95Santa Fe Chicken SaladRM 30.95House SaladRM 10.95Boneless Buffalo Chicken SaladRM 32.95BBQ Chicken SaladRM 32.95\nSoups & Chili\n\nMenuHargaBeef Chili & Side SaladRM 19.95Soup of the Day & Side SaladRM 17.95The Original Beef ChiliRM 14.95 (Bowl) / RM 8.95 (Cup)Soup of The DayRM 11.95 (Bowl) / RM 6.95 (Cup)\nVegetarian\nMenuHargaVeggie BurgerRM 30.95Vegetarian FajitaRM 39.95Mushroom FajitaRM 42.95Cajun Veggie PastaRM 27.95\nSide Dishes\nMenuHargaCorn on The CobRM 5.95Mashed Potatoes (with Black Pepper Gravy)RM 8.95RiceRM 5.95Black BeansRM 5.95FriesRM 8.95Loaded Mashed Potatoes (with Beef Bacon)RM 9.95Seasonal VeggiesRM 5.95Onion RingsRM 5.95\nCraft Burgers\n\nMenuHargaYellow Card BurgerRM 37.95Southern Smokehouse BurgerRM 39.95Alex\u2019s Santa Fe BurgerRM 32.95Mushroom-Swiss BurgerRM 36.95Chili\u2019s Chili BurgerRM 29.95Oldtimer with CheeseRM 26.95Ultimate Beef Bacon BurgerRM 35.95Big Mouth BitesRM 33.95\nSandwiches\n\nMenuHargaMalibu Chicken BurgerRM 26.95Cajun Chicken SandwichRM 27.95Sweet Smoky SandwichRM 27.95Buffalo Chicken SandwichRM 26.95\nFresh Tex Beef Ribs\n\nMenuHargaBBQ Beef Ribs & ChickenRM 55.95BBQ Beef RibsRM 68.95Texas TrioRM 58.95\nFresh Tex Steaks\nMenuHargaClassic T-Bone SteakRM 85.95Classic RibeyeRM 68.95Southwestern Grilled LambRM 45.95Lamb ShoulderRM 40.95Classic StripRM 63.95Honey-Chipotle Prawns & StripRM 68.95\nFresh Mex : Mix & Match Fajitas\n\nMenuHargaFajita TrioRM 38.95 \u2013 RM 47.95Mushroom Jack FajitasRM 45.95 \u2013 RM 57.95Fajitas Two ProteinsRM 41.95 \u2013 RM 51.95\nFresh Mex : Tacos\n\nMenuHargaRanchero Chicken Tacos\u00a0RM 28.95 \u2013 RM 34.95Spicy Prawn TacosRM 38.95 \u2013 RM 45.95Crispy Chicken TacosRM 26.95 \u2013 RM 32.95\nFresh Mex : Quesadillas\n\nMenuHargaSouthwestern QuesadillasRM 31.95 \u2013 RM 41.95Santa Fe QuesadillasRM 31.95 \u2013 RM 41.95\nFresh Mex Bowls\nMenuHargaChipotle Fresh Mex BowlRM 31.95 \u2013 RM 38.95\nFresh Mex Enchiladas\nMenuHargaBeef EnchiladasRM 34.95Chicken EnchiladasRM 31.95\nChicken\n\nMenuHargaFried Chicken with Green Chili SauceRM 29.95Monterey ChickenRM 34.95Chicken CrispersRM 29.95Crispy Chicken CrispersRM 30.95Crispy Honey-Chipotle Chicken CrispersRM 34.95Country Fried ChickenRM 30.95\nPastas\n\nMenuHargaMeatball Chili\u2019s PastaRM 25.95Cajun PastaRM27.95 \u2013 RM 34.95Spicy Smoked PastaRM 31.95 \u2013 RM 37.95Scampi PastaRM 31.95 \u2013 RM 37.95\nSeafood\nMenuHargaAncho DoryRM 29.95Grilled Salmon with Garlic Butter & HerbsRM 45.95Ancho SalmonRM 46.95Fish & ChipsRM 29.95\nSweet Stuff\n\nMenuHargaParadise PieRM 18.95Skillet Toffee Fudge BrownieRM 18.95Skillet Chocolate Chip CookieRM 18.95CheesecakeRM 12.95Molten Chocolate CakeRM 25.95\nMinuman\nSmoothies\nMenuHargaEspressoRM 11.95OreoRM 11.95Frosty Chocolate ShakeRM 11.95Southwest SlingRM 11.95Chocolate BananRM 11.95\nPremium Margaritas (mengandungi alkohol)\nMenuHargaPresidente MargaritaRM 28.95Tropical Sunrise MargaritaRM 24.95Blue Pacific MargaritaRM 35.95El Nino MargaritaRM 42.95Classic MargaritaRM 24.95\nMargaritas (mengandungi alkohol)\nMenuHargaUltimate Fresh MargaritaRM 26.95Jamaican ParadiseRM 35.95Reggae SunsplashRM 33.95Watermelon MargaritaRM 28.95\nMocktails (sesetengah menu mungkin mengandungi alkohol)\n\nMenuHargaVirgin Classic MojitoRM 11.95CaliforniaRM 16.95Long Island Mango TeaRM 13.95Tropical PunchRM 15.95Long Island Strawberry TeaRM 13.95Watermelon LemonadeRM 14.95Peach HillsRM 15.95Blackberry Strawberry Sparkling SodaRM 12.95Strawberry LemonadeRM 14.95SpringRM 15.95Mango FizzRM 9.95Virgin Pomegranate MojitoRM 14.95Minty MelonRM 10.95Electric Blue BlastRM 10.95\nSpecialty Drinks (sesetengah menu mengandungi alkohol)\nMenuHargaClassic MojitoRM 23.95Long Island Iced TeaRM 21.95Bloody MaryRM 23.95Calypso CoolerRM 23.95Sea BreezeRM 17.95Strawberry MojitoRM 23.95Fuzzy NavelRM 17.95Mai TaiRM 20.95\nPremium Wines (mengandungi alkohol)\nPer Bottle\nMenuHargaHouse RedRM 75.95House WineRM 75.95Premium RedRM 115.95Premium WhiteRM 115.95\nIced-Cold Beer (mengandungi alkohol)\nBottled Beer\nMenuHargaAnchorRM 14.95BudweiserRM 23.95Guiness StoutRM 17.95HeinekenRM 19.95Stella ArtoisRM 23.95TigerRM 16.95\nRefillable Drinks\nTea\nMenuHargaBoh Herbal Teabags PeppermintRM 7.95Boh Herbal Teabags ChamomileRM 7.95Boh Herbal Teabags Lemon MyrtleRM 7.95Boh Jasmine Green TeaRM 7.95Boh Seri Songket Earl Grey with TangerineRM 7.95\nFruit Juices\nMenuHargaAppleRM 13.95Green GuavaRM 13.95MangoRM 13.95OrangeRM 13.95PineappleRM 13.95Iced MiloRM 13.95\nFountain Drinks\nMenuHargaCoca-ColaRM 9.95Coca-Cola ZeroRM 9.95SpriteRM 9.95Fanta GrapeRM 9.95Heaven & Earth Ice Lemon TeaRM 9.95Minute Maid Orange Fruit DrinkRM 9.95LemonadeRM 13.95\nHot Drinks\nMenuHargaMiloRM 8.95TeaRM 8.95CoffeeRM 8.95White CoffeeRM 8.95EspressoRM 8.95\nKids\nMenuHargaPepper Pals PastaRM 11.95Cheese PizzaRM 11.95Yummy Drummy\u2019s & FriesRM 11.95Little Mouth Bites & FriesRM 11.95Fish & ChipsRM 11.95Little Chicken Crispers & FriesRM 11.95Cheese QuesadillaRM 11.95Macaroni & CheeseRM 11.95Grilled Chicken Bites & FriesRM 11.95Grilled Chicken Platter & VeggieRM 11.95Country Fried Chicken Crispers & FriesRM 11.95\nWah, memang cukup banyak menu yang ditawarkan di Chili\u2019s. Memang tak hairanlah ramai yang berkunjung di sini bila teringin hidangan ala Mexico. Jangan lupa ikuti lama Facebook Chili\u2019s Malaysia untuk ketahui promosi serta tawaran terkini.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sabah-talent-entrepreneurship-program/", "title": "Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) kini mengalu-alukan golongan belia dari negeri Sabah untuk memohon kursus Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP).\nCalon yang berminat serta berkelayakan berpeluang untuk mengikuti pelbagai kursus menarik.\nProgram ini bertujuan untuk melahirkan usahawan khususnya belia dan beliawanis di negeri Sabah dan program ini ditaja sepenuhnya oleh JPSM.\nBelia & Beliawanis Sabah adalah dipelawa untuk memohon secara on-line (dalam talian) bagi kursus yang ditawarkan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\nBaca Juga : Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKemudahan Yang Disediakan\n\n \nKursus Ditawarkan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP).\n\n \nCara Memohon Sabah Talent Entrepreneurship Program\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKemudahan Yang Disediakan\nAntara kemudahan yang disediakan kepada peserta adalah :\n\n\n\n\n\n\nTempat PenginapanElaun latihanPakaian seragamMakan dan minumInsuran berkelompok\nKursus Ditawarkan\n1) MOBILE AIRCONDITIONING TECHNICIAN\nPeserta akan diberikan peluang untuk mendalami kursus secara bersemuka bagi mempelajari kemahiran teori dan praktikal selama 3 bulan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah.\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nMerupakan warganegara MalaysiaBerstatus bumiputera SabahSihat tubuh badanTerbuka kepada calon lelaki dan wanitaCalon yang masih bujang atau sudah berkahwin boleh memohonCalon berumur 18 hingga 45 tahunCalon perlu tamat pendidikan pada tahap sekurang-kurangnya PMR atau SPMCalon berminat untuk menjadi usahawan.Calon mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin.Mempunyai lesen memandu kelas D atau kelas B2Memiliki sijil kursus penghawa dingin sama ada Sijil Kecekapan Kemahiran Pembinaan CIDB (SKKP) \u2013 Pemasangan penghawa dingin dan pengudaraan mekanikal atau SKM atau Setara\nhttps://forms.gle/h6oAfUxNjkrJqw4F8 (BORANG PERMOHONAN)\n\n2) MENGECAT STRUKTUR KAPAL TERBANG\nKRITERIA PEMOHON:\nSyarat-syarat Pemohon :-\nWarganegara MalaysiaBumiputera SabahLelaki dan WanitaBerkahwin atau BujangBerumur 18 \u2013 30 TahunMinimum SKM tahap 1 pengecatanTidak buta warnaBMI 20 \u2013 30\nKAEDAH LATIHAN\nBersemukaBahasa MelayuPraktikal & Amali\nhttps://forms.gle/x9W8jtHe4DKSAQEQ6 (BORANG PERMOHONAN)\n\n3) PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN GENTIAN OPTIK\nKRITERIA PEMOHON:\nSyarat-syarat Pemohon :-\nWarganegara MalaysiaBumiputera SabahLelaki dan WanitaBerkahwin atau BujangBerumur 18 \u2013 30 TahunLepasan SPMBoleh menulis, membaca & mengiraSihat tubuh badan\nKAEDAH LATIHAN\nBersemukaBahasa MelayuPraktikal & Amali\nPENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI PAUTAN BERIKUT:-\nhttps://forms.gle/4iY1GAnSQdvAincG8 (BORANG PERMOHONAN)\n\nTarikh Permohonan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP).\nCalon perlulah menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 27 Ogos 2022.\nCara Memohon Sabah Talent Entrepreneurship Program\nSekiranya berminat untuk ikuti Sabah Talent Entreprenuership Program (STEP), anda boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang secara atas talian di pautan berikut :\n1) MOBILE AIRCONDITIONING TECHNICIAN\nhttps://forms.gle/h6oAfUxNjkrJqw4F8 (BORANG PERMOHONAN)\n2) MENGECAT STRUKTUR KAPAL TERBANG\nhttps://forms.gle/x9W8jtHe4DKSAQEQ6 (BORANG PERMOHONAN)\n3) PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN GENTIAN OPTIK\nhttps://forms.gle/4iY1GAnSQdvAincG8 (BORANG PERMOHONAN)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut berkenaan Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP), sila hubungi Puan Faizurina di talian 018 \u2013 962 1804. \nAnda juga boleh ikuti laman Facebook JPSM Negeri Sabah untuk ketahui maklumat terkini mengenai program ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-bantuan-pendaftaran-ipt-yayasan-pelajaran-johor-ypj/", "title": "Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) \nSukacita dimaklumkan tawaran permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor akan dibuka tidak lama lagi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar Bantuan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?\nBantuan ini dibuka buat siswa kelahiran Johor yang sedang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nPelajar yang berkelayakan dipelawa untuk memohon pinjaman dan bantuan yang ditawarkan. \nInisiatif ini ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022 \u00a0\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor ini dibuka sepanjang tempoh berikut :\n11 Julai hingga 24 Julai 2022\nKadar Bantuan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)\nKadar bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nDiploma : RM 500Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000\n\nSyarat Permohonan\nSyarat-Syarat Permohonan\nPelajar perlulah menetapi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut untuk memohon skim bantuan ini :\nPemohon lahir dan menetap di negeri JohorPermohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Koleh YPJ, EDUCITY dan Marsah).Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian TinggiTempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebihPendapatan ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM 4,000 sebulan dan RM 4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lainPemohon bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.\nDokumen Diperlukan\nPermohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut :\nSalinan Kad Pengenalan PelajarSalinan Sijil KelahiranSalinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / PenjagaSalinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa / penjagaSalinan surat tawaran IPTSalinan Sijil Berhenti SekolahSalinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan)Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)Lain-lain dokumen berkaitan\nCara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)\nCara Hantar Dokumen Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor\nBagi pelajar yang berminat untuk memohon, sila kemukakan permohonan melalui pautan berikut :\nSKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)\nDokumen yang disediakan perlulah disusun mengikut senarai semak yang disediakan\nMasukkan kesemua dokumen sokongan dan permohonan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan setersnya gamkan di bahagian belakang dengan kemas.\nTuliskan jenis permohonan di PENJURU KANAN ATAS sampul surat iaitu \u2018Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)\u2019\nUntuk penghantaran melalui serahan tangan, sila masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ.\nUntuk penghantaran melalui POS, sila masukkan dokumen ke dalam sampul surat yang mempunyai tracking number.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor, sila layari laman rasmi Yayasan Pelajaran Johor di pautan berikut :\nhttp://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/khairat-kematian-bkm/", "title": "Skim Khairat Kematian BKM 2022: Permohonan & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, semua pemohon yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.\nPerkara ini telah diumumkan melalui laman web Bantuan Keluarga Malaysia 2022 seperti di bawah:\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tenang skim ini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Khairat Kematian BKM?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Tuntutan\n\n \nSiapa Yang Boleh Membuat Tuntutan?\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nKaedah Tuntutan\n\n \nMaklumat Lanjut Skim Khairat Kematian BKM\n\n\nApakah Skim Khairat Kematian BKM?\nKhairat kematian adalah wang sedekah atau derma / sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.\nBagi penerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda layak membuat tuntutan khairat kematian seperti berikut:\n\nAmaun Tuntutan \u2013 RM1,000 bagi setiap individu yang layak.\n\n\nSyarat Kelayakan\nPermohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:\n\nKahwin; atau\nIbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau\nWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nTempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022\n\nSkim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.\nPasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.\nTarikh Tuntutan\nMulai 15 April 2022 hingga 31 Januari 2023\nSiapa Yang Boleh Membuat Tuntutan?\nWakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.\nHubungan wakil yang layak adalah\n\nPasangan\nIbu\nBapa\nAnak\n\nAnak Kandung\nAnak Tiri\nAnak Angkat\n\n\nAdik-Beradik\n\nDokumen Yang Diperlukan\n\nSijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan\nKad Pengenalan asal wakil; dan\nDokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.\n\nKaedah Tuntutan \nSecara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.\nBaca juga: \n\nCara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB\nePesara PDRM: Semakan Pendaftaran, Kemaskini Maklumat & Bantuan\n\n\nMaklumat Lanjut Skim Khairat Kematian BKM\n\nHotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566\nHotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747\nLaman web: https://bkm.hasil.gov.my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/talian-kasih-nombor-telefon-jkm/", "title": "Talian Kasih: Senarai Nombor Telefon Bilik Gerakan JKM Setiap Negeri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI NOMBOR TELEFON BILIK GERAKAN JKM & TALIAN KASIH\nJKM sedia membantu berhubung permohonan bantuan COVID-19 dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh pandemik ini.\nBerikut dikongsikan no telefon Bilik Gerakan JKM bagi setiap negeri di Malaysia.\nSenarai Nombor Telefon Bilik Gerakan atau Talian Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\n\n\n\n\n\n\nSebarang pertanyaan, pihak klien boleh menghubungi No. Telefon Bilik Gerakan JKM yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari waktu bekerja.\nBaca juga: Semak Status Penerima PRIHATIN Kasih: RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTalian Kasih JKM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTalian Kasih JKM\nJika anda mengalami situasi berikut atau anda mengetahui jiran anda atau sesiapa yang lain mengalami situasi yang menyukarkan, sila hubungi Talian Kasih di 15999 atau menerusi aplikasi Whatsapp di 019 261 5999. \nTalian bebas tol ini yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun adalah talian integrasi yang merupakan penghubung antara kumpulan sasar dengan pihak kementerian bagi tujuan pertanyaan, aduan dan pemohonan bantuan.\nIa diwujudkan bagi menangani isu berkaitan kumpulan sasar kementerian antaranya penderaan kanak-kanak dan wanita, kaunseling, gelandangan, perlindungan, kebajikan, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja, mangsa bencana, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan isu pemerdagangan orang.\n\n\nJika anda mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan, atau anda sendiri memerlukan tele-kaunseling, sila hubungi Talian Kasih pada nombor yang tertera.\nSekiranya perlu, terus laporkan lepada pihak polis.\nSemoga membantu!\nBaca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan\nMaklumat Lanjut\nSemua urusan PERMOHONAN bantuan kebajikan boleh boleh dibuat secara ATAS TALIAN ebantuanjkm.jkm.gov.my\nUntuk info terkini, sila layari Portal Rasmi JKM di www.jkm.gov.my dan Laman Rasmi Media Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-isinar/", "title": "Semakan Status i-Sinar Kategori 2 & Tarikh Bayaran Terkini 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, semakan iSinar Kategori 2 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP) boleh dibuat bermula 8 Februari 2021, mulai jam 8 pagi ini.\nTerbaru, tengah malam tadi KWSP memaklumkan terdapat kesalahan teknikal berhubung paparan status iSinar.\nBaca juga: Semakan Tarikh Pembayaran Pengeluaran iSinar Tanpa Syarat 2021\n\nKenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Status iSinar Kategori 2 Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my\n\n \nCara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP\n\n \nTarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2\n\n \nRayuan i-Sinar Kategori 2\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2\n\n\nCara Semakan Status iSinar Kategori 2 Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my\nUntuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:\nSila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.mySila cari butang SEMAK STATUSUntuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.\n\nCara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP\nUntuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:\nSila layari laman web rasmi KWSP di sini:\u00a0https://secure.kwsp.gov.my/member/member/loginLog masuk i-Akaun KWSP (ahli)Klik pada peti mesej atau inboxAkan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan\n\nTarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2\nJangkaan tarikh bayaran iSinar Kategori 2 adalah mulai 25 Februari ini secara berperingkat.\nBagi kategori 2, pembayaran pendahuluan i-Sinar telah dibuat awal melalui bayaran interim yang telah bermula pada 25 Januari lalu.Mengikut makluman yang diperolehi oleh Pegawai KWSP melalui LIVE chat, ia akan mula dilaksanakan mulai 25 Februari ini secara berperingkat.Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah\u00a0pengkreditan terus\u00a0(direct credit)\u00a0ke dalam akaun bank milik anda.Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui\u00a0aplikasi atau portal i-Akaun\u00a0atau\u00a0cawangan atau kios KWSP\u00a0yang terdekat.\nBaca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR\nRayuan i-Sinar Kategori 2\ni-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.\nJika anda TIDAK LULUS Kategori 2, permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pegawai KWSP sekiranya ada.\nSyarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:\nAhli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.\nPermohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:\nSlip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;\u00a0DANNotis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;\u00a0DAN/ATAUJika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.\n*Permohonan i-Sinar hanya secara\u00a0online\u00a0di laman web\u00a0isinar.kwsp.gov.my\nMaklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2\nUntuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021. \nJika anda masih belum memohon pengeluaran, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut melalui artikel ini :\u00a0i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan\nUntuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848\nTalian ini beroperasi Isnin \u2013 Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka \u00a0dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/moktis-ice-cream/", "title": "Mokti\u2019s Ice Cream : Menu, Harga & Lokasi Outlet Seluruh Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAiskrim unik yang dipadankan dengan kemanisan gula apong daripada Mokti\u2019s Ice Cream memang cukup ramai penggemarnya. \nPerisa aiskrim yang ditawarkan sememangnya cukup menarik dan tepat dengan citarasa rakyat Malaysia. \nAntara menu Mokti\u2019s Ice Cream yang mendapat sambutan ramai adalah Apong Asli, Mixed Pandan serta Apongato. \nBukan sekadar aiskrim, malah Mokti\u2019s turut menawarkan pelbagai pencuci mulut serta minuman yang menyegarkan tekak.\nBagi anda yang berminat untuk mencuba Mokti\u2019s Ice Cream, jom kita tengok senarai menu serta harga yang ditawarkan! \nBaca Juga : Menu Wakaka : Harga Waffle & Minuman Terkini 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMokti\u2019s Ice Cream : Harga & Menu Terkini\n\n \nSoft Serves\n\n \nMinuman\n\n \nPopsicles\n\n \nTubs 500ml\n\n \nSenarai Outlet Di Malaysia\n\n\nMokti\u2019s Ice Cream : Harga & Menu Terkini\nSoft Serves\n\nMenuHargaHazel Kakao (L)RM 15.30Hazel Kakao (S)RM 7.70Apong Asli (L)RM 9.00Apong Asli \u2013 HoneycombRM 19.00Apong Asli \u2013 Baby BobRM 15.00Honeybee (L)RM 9.00Mixed Pandan (L)RM 9.00Matcha Apong (L)RM 10.00Matcha Apong \u2013 Baby BobRM 17.00Matcha HoneycombRM 21.00Honeybee \u2013 HoneycombRM 19.00Honeybee \u2013 Baby BobRM 15.00Mix Pandan Apong \u2013 HoneycombRM 19.00Mix Pandan Apong \u2013 Baby BobRM 15.00ApongatoRM 18.90\n\u00a0Minuman\n\nHargaMenuFoggy ApongRM 11.00Apong StrawberryRM 18.00Mokti\u2019s LatteRM 13.00MachiapongRM 15.00\nPopsicles\n\nMenuHargaCreamy Corn PopsicleRM 3.00Chocolate PopsicleRM 1.50Double Choc PopsicleRM 3.00Bandung Indonesia PopsicleRM 1.50Asam PopsicleRM 1.50Lemon Selasih PopsicleRM 1.60Apong Asli PopsicleRM 4.50Pandan Apong PopsicleRM 4.50Sea Salt PopsicleRM 4.50Matcha Apong PopsicleRM 4.50Molasses Milk Tea PopsicleRM 4.50Durian Power PopsicleRM 3.00Gula Melaka PopsicleRM 4.50\nTubs 500ml\n\nMenuHargaVanilla Kick TubRM 12.00Strawberry TubRM 12.00Matcha Apong TubRM 15.00Harumanis TubRM 18.00Caramel Macchiato TubRM 18.00Chocolate TubRM 12.00Durian Power TubRM 12.00Apong Asli TubRM 15.00Pandan Apong TubRM 15.00White Coffee TubRM 15.00Chocolate Mint TubRM 15.00Sea Salt TubRM 15.00The Es Apong TubRM 15.00Coconut Gula Melaka TubRM 18.00D24 TubRM 18.00Creamy Corn TubRM 18.00\nAiskrim serta minuman yang ditawarkan oleh Mokti\u2019s Ice Cream sememangnya nampak sangat menarik untuk dicuba. \nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook Mokti\u2019s HQ Malaysia untuk ketahui tawaran terkini serta promosi menarik khas untuk anda atau layari laman web https://moktis.com/\nSenarai Outlet Di Malaysia\nSehingga 15 Jun 2021, kini terdapat 33 Kafe / Gerai Mokti yang beroperasi dan 20 Kafe / Gerai masih menunggu pengubahsuaian di seluruh Malaysia Barat.\nSila rujuk senarai outlet terkini :\nSelangor\nMokti\u2019s Shah AlamNo 75-G, Jalan Eco Ardence D U12/36D, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor\nGM Klang Wholesale CityJalan Kasuarina 1, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor\nMokti\u2019s Gombak13, Jalan SG 3/1, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor\n\n\n\n\n\n\nMokti\u2019s Kota Kemuning27-G, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor\nMokti\u2019s BangiNo 5, Jalan Medan PB 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor\nMokti\u2019s Kuala NerangNo 2, 4, Jalan Kasturi 1, Taman Kasturi, 06300 Kuala Nerang, Selangor\nMokti\u2019s KajangFood Station, Lot 457, Jalan Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor\nKuala Lumpur\nMOKTI\u2019S KAMPUNG BARU5C, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nMelaka\nMokti\u2019s Gula Apong Bertam Putra96, Jalan Bertam Putra 1, Taman Bertam Putra, 76450 Melaka\nJohor\nMokti\u2019s Kota TinggiNo. 24, Jalan Niaga 81900 Kota Tinggi, Johor\nMokti\u2019s Batu Pahat32-8 Jalan Rahmat, 83000 Batu Pahat Johor\nNegeri Sembilan\nMokti\u2019s Ice Cream Gula Apong SenawangMydin Senawang Hypermarket, No. 110, Jalan BPS 7, Taman Senawang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan\nKedah\nAiskrim Gula Apong Mokti\u2019s BalingBersebelahan di Poliklinik Harmoni Billion Batu 42, Baling Kedah\nMokti\u2019s Changlun34 JALAN PEKAN CHANGLUN 5 PEKAN, Taman Kempas, 06010 Changlun, Kedah\nMokti\u2019s Ice Cream Gula Apong JitraKampung Banggul, 06000 Jitra, Kedah\nMokti\u2019s Ice Cream Kuala Kedah \u2013 Hj Aznal3614, Jalan Kota Aman, Taman Sri Kota, 06600 Alor Setar, Kedah\nMokti\u2019s Padang SeraiBelakang Petronas Pdg Serai, Bersebelah Kedai Pakaian Enam Jaya\nMokti\u2019s Aiskrim Gula Apong Alor SetarNo2. Rumah Kedai MADA, Jalan Hutan Kampung, Kampung Masjid, 05350 Alor Setar, Kedah\nMokti\u2019s Aiskrim Gula Apong Pendang37, Persiaran Pendang Square 1, Simpang Tiga Paya Kelubi, 06700 Pendang, Kedah\nMokti\u2019s Kuala KetilNo.94, Persiaran KKCC 2, Kuala Ketil, 09300 Kuala Ketil, Kedah\nMokti\u2019s Sungai Petani Utara36, Jalan Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah\nMokti\u2019s Taman Batik Sungai Petani200, Jalan Batik 2/1A, 08000 Sungai Petani, Kedah\nMokti\u2019s Ice Cream Gula Apong Kulim12, Jalan Raya, Kulim, 09000 Kulim, Kedah\nKelantan\nMokti\u2019s Ice Cream Gula Apong Wakaf BharuLot 2875 lorong haji che kob kampung padang to\u2019 ku Padang to\u2019 ku, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan\nMokti\u2019s Kota BharuPt 2741, Tingkat Bawah, Wisma Al-Quddus, Kampung Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan\nPahang\nMokti\u2019s Ice Cream Gula Apong KuantanA-17 (Ground Floor, Lorong Tun Ismail 9, Sri Dagangan Business Centre, 25000 Kuantan, Pahang\nMokti\u2019s Cawangan TemerlohNo 24, Jalan Datuk Bahaman 2, 28000 Temerloh Pahang\nPerak\nMokti\u2019s Parit Buntar36, Jalan Wawasan 4, Taman Wawasan Jaya, 34200 Parit Buntar, Perak\nMokti\u2019s Taiping46, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping, Perak\nMokti\u2019s Kuala KangsarG-24, BANDAR BARU FASA 1, 33000 Kuala Kangsar, Perak\nMokti\u2019s Bandar Seri IskandarNo. 486, Persiaran SIBC 20, Seri Iskandar Business Centre, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak\nMokti\u2019s Sg. SiputBL 4, Komplek Sentosa, Jalan Kampung Sentosa, Tmn Sentosa, 31100 Sungai Siput, Perak\nMokti\u2019s Silibin47, Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak\nMokti\u2019s Ipoh (Taman Cempaka)75, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak\nMokti\u2019s Manjung2483A, Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak\nMokti\u2019s Teluk Intan62 Tingkat bawah, 3, Lorong Melor 2, Taman Melor, 36000 Teluk Intan, Perak\nMokti\u2019s TapahNo 41, Jalan Besar, Kampung Lubok Katak, 35000 Tapah, Perak\nMokti\u2019s Tanjung Malim20, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak\nPulau Pinang\nMokti\u2019s Seberang jaya10, Jalan Sembilang 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang\nCaltex Kampung Binjai435, Jalan Permatang Damar Laut, Kampung Binjai, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang\nMokti\u2019s BertamLot No. B-09, Mydin Wholesales Hypermarket Bertam, No. 2243, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang\nPerlis\nMokti\u2019s HQ Malaysia Kangar (Headquaters)No. 13, Tingkat Bawah, Pusat Perniagaan Sena, Kampung Sena, 01000 Kangar, Perlis\nMokti\u2019s Ice Cream Gula Apong JejawiNo. 13 Tingkat Bawah, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar Perlis\nTerengganu\nMydin Mall Gong BadakKampung Banggul Tiang Kulat, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu\nOutlet Gong BadakPT 720, Tingkat 1 Rumah Kedai, Jalan Hilir Jejawi, 21000 Kuala Terengganu\nJika anda berminat untuk membuka franchise ini, sila rujuk laman web https://moktis.com/index.php/licensing-enquiry-form/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sto-temujanji-online-imigresen/", "title": "STO 2.0 : Temujanji Imigresen Online & Waktu Operasi Kaunter", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSTO 2.0 : Cara Buat Temujanji Imigresen Online & Waktu Operasi Kaunter\nSTO 2.0 menawarkan perkhidmatan khas berkaitan dengan Pekerja Asing, Perkhidmatan Ekspatriat, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas dan perkhidmatan UTC.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang cara membuat permohonan temujanji online melalui STO 2.0 (Sistem Temujanji Online) Jabatan Imigresen Malaysia.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem Temujanji Online (STO) Imigresen Malaysia?\n\n \nCara Mohon Temujanji Online Imigresen Melalui STO 2.0\n\n \nPemansuhan Temujanji Online Bagi Pembaharuan Pasport Mulai 11 Mei 2022\n\n \nWaktu Operasi Kaunter\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sistem Temujanji Online (STO) Imigresen Malaysia?\nPermohonan janji temu dalam tempoh PKP sebelum ini dilakukan melalui Sistem Temujanji Online (STO) di Portal STO 2.0 Imigresen Malaysia.\nPerkhidmatan secara janji temu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan fizikal serta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.\nSistem Temujanji Online (STO) bagi permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.* STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.\nBaca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online\n\nCara Mohon Temujanji Online Imigresen Melalui STO 2.0 \nSila layari laman web rasmi http://sto.imi.gov.my/sto/booking.phpIsikan nama dan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakanPilih cawangan dan masa untuk hadir ke kaunterSila semak dan sahkan sebelum menghantar permohonan.Pemohon mesti mengisi semua maklumat dalam ruangan yang diperlukan.Maklumat tersebut termasuk Nama, No Kad Pengenalan / Pasport, Alamat Penuh, Alamat E-mel dan butiran maklumat lain. Jabatan Imigresen berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang didapati tidak lengkap/tidak sah.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk MANUAL PENGGUNA DI PAUTAN BERIKUT: http://sto.imi.gov.my/sto/manual/sto_user_manual.pdf\nsto_user_manualDownload\nTerma & Syarat\n\n\n\n\n\n\n1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;\n2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal enam(6) bulan sebelum dan selewat \u2013 lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;\n3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;\n4) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;\n5) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;\n6) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.\n7)Satu temujanji bagi setiap permohonan/individu. Pemohon hendaklah mengemukakan tempahan temujanji secara berasingan bagi ahli keluarga/pasangan;\n8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.\n9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA TUNAI.\nSila rujuk maklumat berikut jika berkaitan:\nSEMAKAN TEMUJANJIPENJADUALAN SEMULA TEMUJANJIPEMBATALAN TEMUJANJIPROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA\nPemansuhan Temujanji Online Bagi Pembaharuan Pasport Mulai 11 Mei 2022\nTERKINI: Jabatan Imigresen memansuhkan Sistem Temujanji Online (STO) serta memanjangkan waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport dan kaunter bagi mengatasi kesulitan berhubung permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).\nKetua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengumumkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang dimansuhkan mulai 9 Mei 2022 manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka pula dimansuhkan mulai 16 Mei 2022.\n\u201cPemohon yang telah menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei 2022 tidak perlu lagi mematuhi tarikh yang diberikan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\nKhairul Dzaimee turut mengumumkan semua pejabat pengeluar pasport di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka akan beroperasi pada hari Sabtu mulai 8 pagi hingga 1 petang bermula 14 Mei depan.Selain itu, waktu pengoperasian kaunter imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru juga dipanjangkan sehingga 10 malam bermula 16 Mei 2022.\nKhairul Dzaimee berkata kesulitan dihadapi rakyat Malaysia semasa proses permohonan dan memperbaharui PMA berpunca daripada peningkatan mendadak bagi PMA berikutan pembukaan sempadan negara mulai 1 April lepas hingga menyebabkan berlakunya kesesakan dalam STO.\nMenurutnya, sebanyak 151,173 PMA telah dikeluarkan di seluruh negara dari 1 hingga 26 April.\nSecara purata, katanya permohonan harian PMA di seluruh negara mencecah 8,000 unit, meningkat kira-kira 40 peratus berbanding sebelum pembukaan sempadan.\nBeliau berkata Jabatan Imigresen juga menyediakan perkhidmatan permohonan PMA tanpa perlu melalui STO seperti di Putrajaya di bawah kategori baharu, warga emas, Orang Kurang Upaya, pelajar, kanak-kanak dan pemohon yang akan menunaikan haji yang mana boleh terus hadir ke kaunter.\n\u201cWalau bagaimanapun bagi permohonan pembaharuan PMA, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan yang dibuat dalam talian dan hanya pemohon telah menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan,\u201d katanya.\nRakyat Malaysia yang akan menjalani ibadah haji terus hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada Tabung Haji & Kaunter Khas disediakan.\nKelulusan sistem dalam talian boleh diperoleh dalam tempoh 3 hari bekerja melalui notifikasi e-mel.\nPemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi melalui e-mel selepas tempoh tersebut.\nSemua urusan pembaharuan PMA di seluruh negara perlu dibuat melalui sistem dalam talian kecuali permohonan PMA baru, kategori warga emas, OKU kanak-kanak 13 tahun ke bawah, jemaah haji, pelajar serta PMA yang telah rosak / hilang.\nDisebabkan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.\nWaktu Operasi Kaunter\nBagi anda yang tidak boleh melakukan urusan secara online, sila rujuk waktu operasi kaunter Jabatan Imigresen Malaysia di bawah:\n\n*PMA = Pasport Malaysia Antarabangsa\nBaca juga: SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online (2022)\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.gov.my/spo bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.\nATAU\nRujuk Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs) http://sto.imi.gov.my/sto/faq_sto.php\nATAU\nHubungi talian Hotline di 03-88882010 dan 03-80008000.\nUntuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Imigresen Malaysia di https://www.imi.gov.my atau portal yang berkaitan di bawah:\nPortal Rekalibrasi : https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/mainSistem Maid Online (SMO) : https://maid-online.imi.gov.my/maid/mainMy Travel Pass : https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main[email\u00a0protected] : https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gegar-vaganza-2022-gv-9/", "title": "Gegar Vaganza 9 (GV 2022) : Konsert LIVE & Markah Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGegar Vaganza 9 (GV 2022) : Senarai Peserta & Tarikh Konsert\nBermula 18 September lalu, program hiburan terkemuka di Malaysia, Gegar Vaganza terbitan Astro telah kembali bersiaran.\nKali ini, program itu menampilkan 12 penyanyi solo dan sebuah kumpulan masyhur bersaing merebut kedudukan.\nPersaingan sengit dilihat dalam Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) berikutan senarai penyanyi yang memilih untuk menyahut cabaran dalam gelanggang ini semuanya hebat-hebat belaka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKEPUTUSAN FINAL GEGAR VAGANZA 9 (2022)\n\n \nSenarai Peserta Gegar Vaganza 9 (GV 2022)\n\n \nSorotan Gegar Vaganza 9 2022\n\n \nMINGGU 1 : Keputusan & Markah\n\n \nMINGGU 2 : Keputusan & Markah\n\n \nMINGGU 3 : Keputusan & Markah\n\n \nMINGGU 4 : Keputusan & Markah\n\n \nMINGGU 5 : Keputusan & Markah\n\n \nMINGGU 6: Keputusan & Markah\n\n \nMINGGU 7: Keputusan & Markah\n\n \n[LIVE] Minggu 8\n\n\nKEPUTUSAN FINAL GEGAR VAGANZA 9 (2022)\nKeputusan final Gegar Vaganza menyaksikan Artis-Artis yang lahir dari Realiti Show menguasai 3 kedudukan utama yang masih aktif dan laris dalam dunia seni semasa.\n1. Juara Jaclyn Victor2. Naib Juara Bob Yusof3. Tempat ke 3 Shila Amzah4. Tempat ke 4 Tomok5. Tempat ke 5 VE6. Tempat ke 6 Hazrul Nizam\n\n* ( Photo Kredit Astro Gempak )\n* Lagu Battle\n\nJaclyn Victor & VE : Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif) & The Real Slim Shady (Eminem)\nShila Amzah & Tomok : Too Legit To Quit (McHammer) & Parti Sampai Pagi (Karmal) -Bob & Hazrul Nizam : Ice Ice Baby (Vanilla Ice) & Swipe (Alyph)\n\n* Lagu Solo\n\nJaclyn Victor \u2013 It\u2019s All Coming Back To Me Now (Celine Dion) & This Is Me (Keala Settle) \u2013 Shila Amzah \u2013 Secret Love Song (Little Mix ft. Jason Derulo) & Tak Ada Logika (Agnes Monica)\nBob Yusof \u2013 Rahasia Perempuan (Ari Lasso) & Sejati (Wings)\nTomok \u2013 Berhenti Berharap (Sheila On 7) & Time Is Running Out (Muse)\nHazrul Nizam \u2013 Crazy (Gnarls Barkley) & Terlanjur Cinta (Hael Husaini & Cakra Khan)\nV.E \u2013 Ikhlas Tapi Jauh (Zainal Abidin) & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)\n\nTahniah kepada semua pemenang!\u00a0\nSAKSIKAN SIARAN ULANGAN FINAL GV9 : https://www.youtube.com/watch?v=8m6cyCOdIXM\n\n\n\nBerikut dikongsikan sorotan dan senarai peserta Gegar Vaganza 2022:\nSenarai Peserta Gegar Vaganza 9 (GV 2022)\n1. Shila Amzah\n2. Tomok\n3. Haida Hasnan\n4. VE\n5. Dina Nazir\n6. Roy Kapilla\n7. Fuad Rahmat\n8. Tom (MyStarz LG)\n9. Asheed Def Gab C\n10. Hasrul Nizam\n\n\n\n\n\n\n11. Bob Yusuf\n12. Pat (Kumpulan Candy)\n13. Jaclyn Victor\nSumber: Astro Gempak\nMenurut sumber-sumber terdekat, peserta pada tahun ini terdiri dari mereka yang mempunyai vokal yang hebat serta pernah bergelar juara untuk pertandingan yang lain.\nKhabarnya lagi, persaingan tahun ini bakal menjadi sengit dan ada beberapa peserta yang bakal mengejutkan para peminat program sensasi ini.\u00a0\nSorotan Gegar Vaganza 9 2022\nGV9 turut menyaksikan tiga pengkritik profesional tetap diumumkan terdiri daripada maestro terkenal, Datuk Ramli MS; biduanita dari Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal serta penyanyi Datuk Syafinaz Selamat.\nSeperti sebelum ini, Nabil Ahmad dikekalkan sebagai pengacara dan bergandingan dengan Elly Mazlein.\nJihan Muse telah digantikan memandangkan dia baru sahaja bersalin.\nGegar Vaganza 9 akan menemui penonton bermula pada 18 September 2022, setiap hari Ahad, pukul 9 malam yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam dengan penampilan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.\nDapatkan info terkini dan saksikan temubual ekslusif dengan peserta-peserta Gegar Vaganza 2022 (GV 9) di Portal Astro Gempak!\nSaksikan LIVE Gegar Vaganza melalui Youtube Astro Gempak setiap minggu!\nMINGGU 1 : Keputusan & Markah \n\n\n\nJaclyn Victor mendapat 88.4 peratus mata, dan sekali gus mendahului 12 peserta lain.\nDi tempat kedua adalah naib juara One In A Million (Musim Kedua) dan juara Asian Wave di Shanghai, China, Shila Amzah (85 peratus) manakala tempat ketiga jatuh pada juara One In A Million (Musim Ketiga), Tomok (84.1 peratus).\nTempat keempat milik naib juara Malaysian Idol, Dina Nadzir (83.8 peratus) disusuli dengan finalis Akademi Fantasia 2 dan AF Megastar 2017, Bob Yusof (83.6 peratus), di tempat kelima.\nPeserta Singapura Fuad Rahman yang menyanyikan lagu \u2018hit\u2019 beliau Bila Rindu berada di tangga ke-10 dengan markah 63.7 peratus manakala\u00a0pelantun lagu Kaulah Segalanya, Hazrul Nizam pula menerima\u00a0 56.2 peratus di tangga ke-13.\nMINGGU 2 : Keputusan & Markah \n\n\n\nPenyanyi Roy Kapilla apabila tersingkir pada konsert minggu kedua, sekali gus menjadi peserta pertama yang terkeluar daripada program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).\nKonsert minggu kedua GV89 bertemakan Malar Segar Mekar Membara menyaksikan penyanyi Tomok menduduki tempat pertama dengan markah oleh juri sebanyak 80 peratus diikuti Hazrul Nizam (79.80 peratus) dan Shila Amzah (78.90 peratus).\nMINGGU 3 : Keputusan & Markah \n\n\n\nPeserta Tersingkir: Haida Hasnan\nSENARAI PENUH MARKAH PESERTA :\n\nShila Amzah (Secangkir Madu Merah) \u2013 78.80%\nBob Yusof (Zalikha) \u2013 77.30%\nHazrul Nizam (Fatwa Pujangga) \u2013 71.90%\nAsheed Def Gab C (Yang Penting Hepi) \u2013 71.60%\nJaclyn Victor (Perawan Atau Janda) \u2013 71.40%\nTomok (Hukum Karma) \u2013 66.80%\nFuad Rahman (Gadis Melayu) \u2013 65.90%\nVE (Dari Sinar Mata) \u2013 61.90%\nDina Nadzir (Laksmana Raja Dilaut) \u2013 61.70%\nPat Candy (Cinta Gila) \u2013 56.70%\nTom (Goyang Inul) \u2013 55.50%\nHaida Hasnan (Nang) \u2013 53.40%\n\nHaida Hasnan (12) Tersingkir 53:40%.\nMINGGU 4 : Keputusan & Markah \nTema: Aman Di Mata, Damai Di Hati (Kerohanian)\n1. Shila Amzah \u2013 Pudar (Indah Ruhaila)\n2. Bob Yusof \u2013 Sumayyah (Hijaz)\n3. Hazrul Nizam \u2013 Ku Mohon (Sheila Majid)\n4. Asheed Def Gab C \u2013 Andai Ku Tahu (Ungu)\n5. Jaclyn Victor \u2013 You Raise Me Up (Secret Garden)\n6. Tomok \u2013 Kau Yang Satu (Ramli Sarip)\n7. Fuad Rahman \u2013 Layang-Layang Terputus Talinya (Alleycats)\n8. V.E \u2013 Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya)\n9. Dina Nadzir \u2013 Mewangi (Akim & The Majistret)\n10. Pat Candy \u2013 Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher)\n11. Tom \u2013 Hanya Satu (Nora)\nLIVE GV9 MINGGU 4\n\n\n\nKedudukan & markah penuh :\n1. Jacyln Victor \u2013 85% \n2. Bob Yusof- 80.20% \n3. VE \u2013 79.10%\n4. Tomok \u2013 77.60% \n5. Hazrul Niza \u2013 75.70%\n6. Shila Amzah \u2013 74.60% \n7. Dina Nadzir \u2013 68.20%\n8. Fuad Rahman \u2013 65% \n9. Asheed \u2013 64.20%\n10. Tom \u2013 58.50%\n11. Pat Candy-55.60% \nTiada siapa tersingkir pada minggu 4.\nPlaylist Minggu 5\n1. Jaclyn Victor (duet Aina Abdul) \u2013 Cinta (Marsha Milan)\n2. Bob Yusof (duet Zizi Kirana) \u2013 Ombak Rindu (Hafiz & Adira)\n3. V.E (duet Nikki Palikat) \u2013 Hanya Memuji (Shanty & Marcell)\n4. Tomok (duet Suki Low) \u2013 Mawarku (Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad)\n5. Hazrul Nizam (duet Liza Hanim) \u2013 Haram (Hael & Dayang Nurfaizah)\n6. Shila Amzah (duet Mimifly) \u2013 Tamparan Wanita (Elite)\n7. Dina Nadzir (duet Kaka Azraff) \u2013 Karma (Cokelat)\n8. Fuad Rahman (duet Naqiu) \u2013 Gemuruh (Search & Wings)\n9. Asheed Def Gab C (duet Tam Spider) \u2013 Angin (Dewa 19)\n10. Tom (duet Muss) \u2013 Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain)\n11. Pat Candy (duet Aepul Roza) \u2013 Babak Pertama (Drama Band)\nMINGGU 5 : Keputusan & Markah\n\n\n\n1)Jaclyn Victor 92:40%\n2)Shila Amzah 82:20%\n3)Fuad Rahman 81:70%\n4)Bob Yusof 81:40%\n5)Tomok 79:20%\n6)Tom 76:40%\n7)VE 76:00%\n8)Hazrul Nizam 73:90%\n9)Dina Nadzir 67:60%\n10)Asheed Def 67:20%\n(11) Pat Candy Tersingkir : 58:40%\nBaca juga: \n\nSenarai Lokasi Mesin Tukar Duit Syiling Di Setiap Negeri\nSenarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2022 (Forbes)\n\nMINGGU 6: Keputusan & Markah\nTIADA PENYINGKIRAN KONSERT GEGAR VAGANZA 9, MINGGU KE 5\u2026ASHEED TERCOROT TAPI TERSELAMAT.\nSemalam menyaksikan Asheed Def Gab C mendapat markah tercorot tapi bernasib baik kerana tiada penyingkiran. Manakala Tomok menjadi Juara Mingguan diikuti Jaclyn Victor & Shila Amzah. \nDina Nadzir pula tidak dapat membuat persembahan kerana Ayahnya meninggal dunia.\nTidak mustahil minggu hadapan atau minggu seterusnya ada 2 orang bakal tersingkir.\nSaksikan persembahan live: https://youtu.be/YhqjtmNCuHM\n\n\n\nBerikut adalah kedudukan markah mengikut urutan :-\n\nTomok \u2013 84.00%\nJaclyn Victor \u2013 82.40%\nShila Amzah \u2013 76.60%\nBob Yusof. \u2013 76.40%\nHazrul Nizam \u2013 74.30%\nVE \u2013 73.60%\nFuad Rahman \u2013 73.10%\nTom. \u2013 63.50%\nAsheed. \u2013 59.90%\n\nMINGGU 7: Keputusan & Markah\nSenarai Lagu Gegar Vaganza 9 Minggu 7\nTEMA: MERENTAS MASA, KENCANG SELAMANYA\n\nTomok \u2013 Kenangan Lalu (Flybaits)\nJaclyn Victor \u2013 Dimana Kan Ku Cari Ganti (Tan Sri P Ramlee)\nShila Amzah \u2013 Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram)\nBob Yusof \u2013 Kasih (Dato\u2019 Sudirman Haji Arshad)\nHazrul Nizam \u2013 Azizah (Tan Sri P Ramlee)\nFuad Rahman \u2013 Hari Ini Dan Semalam (J Mizan)\nTom \u2013 Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)\nAsheed Def Gab C \u2013 Pagi Yang Gelap (Hujan)\nVE \u2013 Belaian Jiwa (Carefree)\nDina Nadzir \u2013 Lady Marmalade (Labelle)\n\nLagu Pembukaan \u2013 Nabil Ahmad & Elly Mazlein \u2013 Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta feat Radhi OAG)\n\n\n\n[LIVE] Minggu 8\nTEMA: KATA DI KOTA, NAMA DI CARTA\nBintang GV diberi tugas menyanyikan playlist bertemakan Kata di Kota, Nama di Carta! Bolehkah mereka berimpak atas pentas?\nPlaylist Minggu 8\n\nPautan LIVE STREAMING : https://www.youtube.com/watch?v=PpTb7NOtmkA\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pakaian-sekolah-maim/", "title": "Bantuan Pakaian Sekolah MAIM untuk Asnaf Mualaf Melaka", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Pakaian Sekolah MAIM\nSukacita dimaklumkan bahawa pihak Balai Islam (Majlis Agama Islam Melaka) kini membuka permohonan bagi Bantuan Pakaian Sekolah kepada Asnaf Muallaf yang bermastautin dan menetap di negeri Melaka.\nMAIM sentiasa komited dalam meringankan beban saudara sesama Islam menerusi pengagihan zakat serta bantuan kepada golongan yang memerlukan.\n\n\n\n\n\n\nTawaran ini terbuka kepada asnaf mualaf yang berkelayakan dan mempunyai anak-anak yang sedang atau akan memasuki alam persekolah bermula dari Darjah Satu sehingga Sekolah Menengah pada tahun 2023.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.\nBaca Juga : Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah MAIM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPemohon perlulah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 2 Februari 2023.\nSyarat Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah MAIM\nSyarat bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut :\n\nTerbuka kepada semua asnaf mualaf yang menetap di negeri Melaka sahaja.\nPemohon mempunyai anak yang bersekolah daripada Darjah Satu hingga Sekolah Menengah pada tahun 2023.\n\nCara Memohon\nGolongan asnaf mualaf yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian dengan mengisi Google Form di pautan berikut :\nPermohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallaf 2023\nNota Penting :\n\nPermohonan mestilah diisi dengan lengkap. Kelulusan adalah berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan MAIM dan Peruntukan Belanjawan Tahun 2023 MAIM.\nPermohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tutup adalah berdasarkan budi bicara pihak MAIM dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan MAIM.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, sila hubungan Bahagian Balai Islam, MAIM di talian 06-337 2873.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-guru/", "title": "Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSambutan Hari Guru merupakan satu hari istimewa yang diisyatiharkan untuk mengenang hari para guru.\nWalau bagaimanapun, tarikh sambutan Hari Guru berbeza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan istimewa ini.\nSebagai contoh, negara Albania menyambut Hari Guru pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan Mexico pada 1 Mei.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah sambutan di Malaysia\n\n \nObjektif sambutan\n\n\nSejarah sambutan di Malaysia\nSementara itu, seperti mana yang kita tahu Hari Guru diisambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun di Malaysia.\nMengapakah tarikh ini telah dipilih?\nTarikh 16 Mei dipilih kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.\nDokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.\nCara sambutannya pula berbeza mengikut sekolah masing-masing dan selalunya pada hari yang istimewa inilah anda boleh melihat guru-guru menjadi sangat sporting seperti membuat persembahan nyanyian, mendeklamasikan sajak dan syair dan pelbagai lagi aktiviti lain.\nWalaupun para guru tidak pernah meminta sebarang hadiah, sudah menjadi kelaziman biasanya pada hari istimewa inilah para pelajar akan memberikan pelbagai hadiah kepada para guru yang pernah mengajar mereka. ,\nObjektif sambutan\n\nMenitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.\nWalaupun Hari Guru disambut satu kali setiap tahun, kita sebagai anak murid hendaklah sentiasa mengenang dan mendoakan kebaikan buat guru-guru yang mendidik kita.\nSememangnya seorang guru yang dedikasi sanggup mengorbankan masa dan keringat mereka demi masa anak muridnya, seperti peribahasa popular \u201cSeperti lilin yang membakar dirinya\u201d.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/imbasan-suhu-badan-dimansuhkan/", "title": "Imbasan Suhu Badan Di Premis & Sekolah Dimansuhkan Mulai Esok", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan memutuskan untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) imbasan suhu badan dan buku rekod \u2018check in\u2019 di premis bermula 11 Februari ini.\nMenteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik permis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.\nBagaimanapun katanya, daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod \u2018check in\u2019 kerajaan amat mengalu-alukan dan mengalakan,\u201d katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 pada 8 Februari yang lalu.\n\nBaca juga:\ni-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan PenyataPRN Johor 2022: Penamaan Calon, Tarikh Mengundi & Semakan SPR\nTerkini, KPM turut mengumumkan bahawa imbasan suhu badan juga tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022 di Premis Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.\nWalaubagaimanapun, semua guru, kakitangan sekolah, pekerja dan pelawat tetap diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis insititusi pendidikan di bawah KPM.\n\nSebagai langkah keselamatan, ibu bapa dimohon memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum dihantar ke sekolah.\nMurid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.\nRujuk kenyataan media KPM : KENYATAAN MEDIA BERKAITAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN SUHU BADAN SEBELUM MASUK KE PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-miliki/", "title": "i-MILIKI : Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ni-MILIKI : PEMBERIAN INSENTIF PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PEMBELIAN RUMAH \nKerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi sebuah inisiatif yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah i-MILIKI?\n\n \nTempoh Pengecualian\n\n \nContoh Kiraan\n\n \nLain-lain Inisiatif\n\n \nInsentif Pengecualian Cukai Duti Setem\n\n\nApakah i-MILIKI?\nPerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan inisiatif i-MILIKI dalam\u00a0jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 pada 15 Julai 2022.\n\n\n\n\n\n\nIa melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut harga rumah.\n\nBagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100%.Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.\nTempoh Pengecualian\nPengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.\nContoh Kiraan\nContoh kiraan bagi pengecualian ini adalah seperti berikut:\nHarga rumah : RM 300,000Legal fees SPA : RM3,000Stamp duty SPA : RM5,000 (free)Loan agreement fees : RM,3000Stamp duty loan : RM1,500 (free)Harga rumah: Rm 600,000Legal fees spa : RM 5,800Stamp duty spa : RM 12,000 (diskaun 50%)Loan agreement fees : RM 5,800Stamp duty loan : RM 3,000 (diskaun 50%)\n*Nota: Kiraan di atas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.\nLain-lain Inisiatif\nDalam Perasmian Program Pemilikan Rumah (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022, PM DS Ismail Sabri dalam masa sama menyatakan, jelajah Karnival Jom Beli Rumah Tahun 2022 merupakan usaha kerajaan dengan kerjasama REHDA dalam memperkasa pemilikan rumah dalam kalangan kumpulan sasaran B40 dan M40.\nProgram pemilikan kediaman (HOPE) bantu promosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat, melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik Satu pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang pertama seumpamanya sedang dibangunkan KPKT sebagai panduan mengenai harga rumah mampu milik seluruh negara PM umum pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif i-MILIKI mulai 1 Jun 2022 hingga Disember 2023Program Perumahan Rakyat (PPR) akan terus diperkukuh dengan hala tuju baharu, komponen yang dapat tingkatkan daya huninya \u2013 PM\n\n\n\n\u201cSaya bersetuju dengan pendekatan Karnival Jom Beli Rumah ini yang akan diadakan di seluruh negara dengan membawa mesej dan inisiatif-inisiatif Kerajaan termasuklah Kerajaan Negeri khususnya dalam soal perumahan.\u201d\n\u201cSaya juga sedar kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi namun kita perlu terus membantu rakyat dengan memperkasa agenda pemilikan kediaman melalui lebih inisiatif tersusun yang dirangka oleh KPKT,\u201d katanya lagi.\n\nInsentif Pengecualian Cukai Duti Setem\nSementara itu, insentif pengecualian CUKAI duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu sehingga 31 Disember 2025.\n\nInfografik oleh: KPKT Malaysia\nBaca juga: i-Biaya : 3 Skim Pembiayaan Perumahan & Cara Permohonan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nombor-plat-terkini-jpj/", "title": "Semakan Nombor Plat Terkini JPJ & Tempahan Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi yang tidak tahu, anda boleh mengetahui dan menyemak no plat terkini di Malaysia melalui sistem semakan nombor pendaftaran JPJ yang boleh diakses secara online melalui laman web JPJ sahaja.\nLebih menarik, keputusan semakan nombor plat terkini di laman JPJ ini juga boleh ditapis mengikut negeri.\nDisebabkan perbezaan populasi dan kepadatan penduduk di setiap negeri/wilayah, maka sesetengah negeri/wilayah sememangnya mempunyai kadar perubahan nombor plat lebih laju antaranya Selangor dan Wilayah Persekutuan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan buat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini\n\n \nCara semak nombor plat terkini\n\n \nCara tempah no pendaftaran kenderaan secara online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelebihan buat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini\nFungsi semakan nombor plat ini sangat bermanfaat untuk dijadikan rujukan sekiranya anda sedang bercadang membeli kereta baru dan tidak mahu berbelanja besar untuk mendaftarkan nombor plat yang cantik.\nSekiranya wang bukanlah penghalang anda untuk mendapatkan nombor plat yang cantik, maka fungsi semakan nombor plat baru secara online ini mungkin kurang berguna bagi anda.\nDengan fungsi tapisan nombor plat berdasarkan negeri, anda juga boleh memilih untuk mendaftarkan nombor plat dari negeri lain.\nMisalnya sekiranya anda tinggal di Selangor tetapi kebetulan nombor plat di Perlis lebih cantik dan pendek (kerana kurangnya penduduk) maka anda boleh memilih untuk mendaftarkan nombor plat dari Perlis.\nCara semak nombor plat terkini\nSemuanya kini boleh dilakukan secara dalam talian terus melalui fungsi carian yang disediakan dalam laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.\nBerikut merupakan langkah-langkahnya:\nLayari laman web utama JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkiniPilih Kawasan/NegeriMasukkan Kod Sekuriti dengan menulis semula imej nombor Captcha yang dipaparkanKeputusan carian akan memaparkan No. Pendaftaran Kenderaan terbaru yang boleh anda beli atau tempah\nRujuk contoh gambar carian no plat JPJ di bawah:\n\nContoh carian nombor plet terkini JPJ\nCara tempah no pendaftaran kenderaan secara online\n\nSetelah anda membuat semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh membuat tempahan pendaftaran nombor tersebut secara online atau dalam talian.\nDi bawah hasil carian tersebut, dipaparkan ayat \u201cUntuk beli nombor, sila klik di sini\u201dKlik pada perkataan \u201csini\u201d dan anda akan di bawa ke halaman MySikap di pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zulBagi pendaftaran akaun atau log masuk kali pertama, klik pada \u201cLog Masuk\u201dLengkapkan segala butiran yang dikehendakiEmel pengesahan akan dihantar kepada anda dan anda perlu klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun andaTetapkan password atau kata laluan yang baruKlik pada kolum \u201cKenderaan\u201d dan anda boleh membuat Carian No. PendaftaranSekiranya nombor yang ada cari ada, maka anda boleh terus membeli tanpa membidaSetelah menemui nombor yang diingini, anda boleh teruskan proses bayaran menggunakan perbankan internet atau kad kredit. Caj tempahan nombor adalah RM300Caj perkhidmatan adalah RM10Sistem MySikap akan menghantar salinan resit yang mengandungi maklumat nombor pendaftaran JPJ yang anda beli.\nRujuk panduan bergambar di bawah:\n\n\n\nSumber gambar: Sabri Haili\nMaklumat Lanjut\nJabatan Pengangkutan JalanAras 3-5, No. 26,Jalan Tun Hussien, Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 WP Putrajaya\n+60 3 8000 8000 (Umum)+60 3 8881 0194 (Faks)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/top-up-touch-n-go/", "title": "Cara Top Up Touch n Go (Kad & e-Wallet)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini terdapat pelbagai kemudahan untuk top up Touch n Go anda.\nKini, banyak fasiliti atau kemudahan berbayar menggunakan Touch n Go untuk pembayaran secara cashless termasuklah tempat meletak kenderaan, tol, tiket LRT/MRT/KTM dan banyak lagi.\nWalau bagaimanapun, anda hendaklah memastikan kad anda sentiasa mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat pembayaran ini.\nJika tidak, anda boleh top up di mana-mana mesin top up Touch n Go atau kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kad Touch n Go (TNG)?\n\n \nPendaftaran Kad\n\n \nCara Top Up Kad Touch n Go Biasa\n\n \nCara Top Up Kad TnG NFC\n\n \nCara Tambah Nilai eWallet TNG\n\n\nApakah Kad Touch n Go (TNG)?\nKad TNG adalah kad pintar yang mempunyai nilai tersimpan yang tidak boleh disentuh dan boleh digunakan sentiasa dengan menambah nilai untuk pembayaran tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, pengangkutan awam dandi lebih dari 600 tapak letak kenderaan (parkir) di seluruh Semenanjung Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nAnda boleh membeli kad TNG anda di stesen minyak, kedai runcit (convenience stores) dan kiosk layan diri (self-service kiosks) yang terpilih. Sila rujuk\u00a0pautan\u00a0ini untuk senarai lokasi kad TNG dijual.\nSekeping kad TNG berharga RM10.00. Setiap kad TNG akan mempunyai baki kosong dan perlu ditambah nilai untuk digunakan.\nBerikut dikongsikan cara membuat pendaftaran dan tambah nilai. \nPendaftaran Kad\nSelepas anda membeli kad TnG, anda harus mendaftarkannya secara dalam talian di portal MYTouchnGo. \nSekiranya terdapat percanggahan atau jika kad anda dicuri, kad TnG anda boleh disahkan dengan lebih mudah untuk bayaran balik.\nAnda juga boleh menyekat atau membatalkan kad anda dengan menghubungi 03-2714 8888 Touch \u2018n Go Careline Centre, 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. \nAnda juga boleh memantau semua transaksi TnG anda, melihat rebat dan memindahkan pemilikan kad anda melalui portal.\n\nCara Top Up Kad Touch n Go Biasa\nTerdapat pelbagai lokasi yang menyediakan kemudahan top up kad Touch n Go anda seperti yang berikut:\n\nPusat Perkhidmatan Pelanggan TnG\nHab TnG\nMesin TNG Spots\nKiosk Petrol\nKedai serbaneka\nATM\nFarmasi\nKiosk layan diri\nKaunter Perkhidmatan Pelanggan di Plaza Tol terpilih\nLorong tambah nilai di plaza tol di lebuh raya terpilih\n\nSesetengah lokasi ini mungkin mengenakan sedikit caj untuk setiap transksi tambah nilai kad Touch n Go anda.\nAnda boleh menambah nilai kad TnG anda dengan RM10, RM20, RM35, RM50, RM100, RM200 dan RM500. \nNilai tambah nilai maksimum dihadkan pada RM1,500 untuk tujuan keselamatan.\nCara Top Up Kad TnG NFC\nSekiranya anda mempunyai kad Touch n Go baru yang didatangkan dengan fungsi NFC, proses top up lebih mudah kerana ianya boleh dilakukan terus dari telefon mudah alih anda. \nSyaratnya, telefon pintar anda haruslah mempunyai fungsi NFC ini.\nPastikan juga anda telah memasang aplikasi TNG eWallet pada peranti anda, sekiranya belum boleh muat turun daripada salah satu pautan di bawah:\n\nGoogle Play\nApp Store\n\nUntuk tambah nilai kad Touch n Go NFC anda, ikuti langkah-langkah berikut:\n\nBuka aplikasi TNG eWallet\nPada menu, klik \u201cTNG Card\u201d\nKlik pada butang \u201cReload\u201d (Pastikan anda memilih kad yang betul sekiranya anda telah mendaftarkan banyak kad)\nON kan fungsi NFC pada telefon anda\nApabila keluar sahaja halaman \u201cReady to Scan\u201d, letak atau \u201ckad\u201d TnG NFC anda pada belakang telefon anda\nKemudian, pilih jumlah yang ingin ditambah nilai\nKlik butang Reload Now\nMasukkan PIN anda\nLetakkan sekali lagi kad anda pada bahagian belakang telefon\nSelesai\n\nNota: Pastikan fungsi NFC telah diaktifkan. Sekiranya telefon anda masih tidak dapat mengesan kad anda, gerakkan kad anda ke atas atau bawah (sesetengah telefon pintar mempunyai pengesan NFC pada bahagian atas atau bawah telefon pintar).\nCara Tambah Nilai eWallet TNG\nRujuk tutorial video di bawah untuk menambah nilai eWallet TNG anda:\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-sewa-rm500-mais-shah-alam/", "title": "Tawaran Rumah Sewa MAIS RM500 Di Shah Alam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAIS TAWAR RUMAH SEWA SERENDAH RM500 DI SHAH ALAM\nMajlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 di sini untuk kakitangan kerajaan dan swasta.\nAgensi itu memaklumkan kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Mais itu ditawarkan kepada mereka yang berkeluarga sahaja serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000.\n\n\n\n\n\n\nSewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.\nAntara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam.\nSelain itu, ia juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai keperluan harian.\n\nBaca juga: ezHASiL: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Rumah Sewa MAIS 2022\n\n \nKadar Sewa Bulanan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSpesifikasi Rumah Sewa MAIS Yang Ditawarkan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Permohonan Rumah Sewa MAIS 2022\nANDA MEMPUNYAI KRITERIA BERIKUT?\nBerkeluargaMempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00Berkhidmat di Negeri Selangor\nKadar Sewa Bulanan\nPemohon yang memenuhi syarat di atas layak untuk menyewa kediaman MAIS dengan sewaan serendah RM500.00 (Sektor Awam) RM600.00 (Sektor Swasta).\nCara Permohonan\nMereka yang berminat dengan rumah berkeluasan 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web\u00a0www.mais.gov.my/sewaan/.\nSpesifikasi Rumah Sewa MAIS Yang Ditawarkan\nMajlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan sewaan kediaman di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam berkeluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air).\nBaca juga: MySalam: Permohonan, Semakan Status & Tuntutan Kuarantin COVID19\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi saluran berikut:\nTelefon : 019-2640631 (Encik Arzlan)Facebook Majlis Agama Islam SelangorHubungi Pegawai MAIS melalui Whatsapp di\u00a0www.wasap.my/60192640631\u00a0atau\u00a0www.wasap.my/60192302040.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-transformasi-belia-ternak/", "title": "Program Transformasi Belia Ternak JPVNJ", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Transformasi Belia Ternak\nSukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) telah membuka permohonan bagi program Bantuan Transformasi Belia Ternak untuk tahun 2023.\nPemohon yang berkelayakan dialu-alukan untuk buat permohonan.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.\nBaca Juga : Geran Usahawan Bangsa Johor Untuk Usahawan Mikro\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan Program Transformasi Belia Ternak\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan Program Transformasi Belia Ternak\nPermohonan perlulah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 2 Februari 2023 (Khamis).\nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nWarganegara Malaysia\nIndividu berumur antara 18 hingga 40 tahun.\nBoleh membaca, mengira dan menulis.\nMempunyai pendaftaran ID premis.\nMengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi lain yang diiktiraf.\nKeutamaan diberikan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah diusahakan oleh keluarga (ibu/bapa)\nPermohonan daripada lepasan pelajar IPTA /IPTS perlu mengemukakan salinan pencapaian akademik.\nPermohonan daripada kakitangan awam perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak dibenarkan untuk memohon.\nPermohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima.\nProjek sedia ada melbihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk diperluas kapasiti.\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\n\nSalinan Kad Pengenalan\nSalinan Bil Air atau Elektrik terkini\nSalinan penyata gaji (jika ada), Pengesahan Pendapatan Penghulu atau Ketua Kampung\nSalinan Sijil Pendaftaran SSM (jika ada)\nSalinan kebenaran bagi status penggunaan tanah atau premis\nSalinan sijil menghadiri kursus ternakan / penghasilan produk\nBorang permohonan jenis bantuan yang diperlukan\nGambar projek ternakan / perusahaan perniagaan\n\nCara Memohon\nBorang permohonan boleh didapati di pautan berikut :\nBORANG PERMOHONAN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA TERNAK\nBorang yang telah lengkap diisi serta dokumen sokongan perlulah dihantarkan ke mana-mana Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat untuk diproses.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Transformasi Belia Ternak, sila hubungi Pejabat Veterinar Daerah berdekatan : \nPejabat Veterinar DaerahNombor TelefonJohor Bahru\u00a007-2443842Kota Tinggi\u00a007-8831514\u00a0Pontian07-6871452Kluang07-7721080Mersing07-7991482Batu Pahat\u00a007-4342287Muar06-9521058Segamat07-9312131Kulai\u00a007-6631388Tangkak\u00a006-9781330\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-pendidikan-jpkm/", "title": "Bantuan Awal Pendidikan JPKM Untuk Pelajar Wilayah Persekutuan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Pendidikan JPKM kini dibuka untuk pelajar yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.\nBantuan yang diwujudkan hasil kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) disediakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam untuk melibatkan diri dalam bidang pendidikan, keusahawanan serta kepimpinan.\nBaca Juga : Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nJenis Bantuan Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Bantuan Pendidikan Awal JPKM\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022. Permohonan terhad bagi 2,000 orang penerima awal sahaja.\nJenis Bantuan Yang Ditawarkan\nJenis bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nBantuan wang pendahuluan/pendaftaran.Bantuan cermin mata percuma.Sumbangan Laptop MAIWP.Bantuan kelengkapan asas.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan Bantuan Pendidikan Awal JPKM\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPemohon wajib melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses.Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan.Pemohon telah menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.\n* Semua jenis bantuan layak dimohon oleh Anak Wilayah Persekutuan.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta kemukakan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:\nSalinan kad pengenalan pemohon & ibu bapa/penjagaSalinan surat beranak pemohon & ibu bapa/penjagaSalinan penyata bankBil yuran pelajar (jika berkaitan)\nPenyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/ pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjagaSalinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta\n\nKaedah Permohonan\nCalon \u00a0boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nPemohon yang layak boleh dapatkan borang permohonan dengan muat turun borang JPKM 2022 di laman web PRIHATIN. \nLengkap dan hantarkan borang beserta dokumen sokongan yang diminta oleh sekretariat JPKM 2022.\nDapatkan pengesahan sokongan pemimpin setempat (Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen, Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir Kolej/Universiti, Penolong Pendaftar Kanan Kolej/Universiti)\nPenghantaran borang boleh dikembalikan melalui emel atau secara fizikal melalui pos ke alamat seperti berikut:\nSEKRETARIAT JPKM 2022\nYayasan Prihatin Nasional,\nNo. 129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,\n40170, Setia Alam,\nSelangor Darul Ehsan\nNo. Telefon: +603-3358 8612\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai , pemohon boleh emel ke [email\u00a0protected] atau hubungi whatsapp: 012-2788612.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/carsome-malaysia/", "title": "Carsome Malaysia: Panduan & Pengalaman Jual Beli Kereta Terpakai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda sedang mencari kereta terpakai untuk dibeli atau menjual kereta anda sebagai kereta terpakai, anda pastinya akan perasan iklan-iklan oleh pihak Carsome Malaysia.\nTahukah anda bagaimanakah cara untuk menggunakan aplikasi ini dan mendapatkan kereta idaman?\nJom baca selanjutnya!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Carsome Malaysia?\n\n \nKelebihan Jual Beli Kereta Di Carsome\n\n \nPanduan Jual Kenderaan Terpakai\n\n \nPanduan beli kenderaan terpakai\n\n \nSyarat Menjual Kereta\n\n \nPengalaman Jual Beli Di Carsome\n\n\nApakah Carsome Malaysia?\nSyarikat yang berasal dari Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 2015 ini sedang mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia dan mengembangkan operasi di beberapa negara di Asia Tenggara antaranya Indonesia, Thailand dan Singapura.\nSehingga kini, menurut laman Carsome Malaysia sendiri terdapat lebih 8000 pengedar, 50 pusat Carsome di lebih 50 buah bandar di Asia Tenggara.\nCarsome menyediakan penyelesaian hujung ke hujung kepada pengguna dan pengedar kereta terpakai, daripada pemeriksaan kereta kepada pemindahan hak milik kepada pembiayaan, menjanjikan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan cekap.\n\n\n\n\n\n\nKelebihan Jual Beli Kereta Di Carsome\nRamai yang tak tahu apakah langkah yang perlu diambil semasa membuat pembelian kereta terpakai. Carsome ingin membantu anda membeli kereta terpakai dengan mudah dan senang.\nKelebihan membeli kereta terpakai dengan Carsome:\n1. Pandu Uji \u2013 Untuk anda merasai sendiri pengalaman memandu kereta yang ingin dibeli sekali gus menjamin kepuasan anda sebagai pembeli dan kualiti kereta yang ditawarkan.\n2. Laporan Pemeriksaan Teliti \u2013 Supaya anda mengetahui sejarah kereta jika pernah terlibat kemalangan, terbakar atau ditenggelami banjir sehingga menjejaskan struktur kereta.\n3. Waranti \u2013 Kereta terpakai Carsome Certified dilengkapi dengan jaminan satu tahun yang merangkumi kerosakan seperti enjin, sistem transmisi dan sistem penyaman udara.\n4. Jaminan Pulangan \u2013 Mereka juga menawarkan jaminan pulangan wang dalam 5 hari jika pelanggan berubah fikiran dalam tempoh pandu milik.\nCari kereta idaman anda di https://bit.ly/CarsomeHM2 sekarang!\n\nValued at almost RM8.8 billion, Carsome is Malaysia\u2019s first unicorn.From a small office in Kelana Jaya, to having presence in 4 major ASEAN countries.We must start recognising & investing in Malaysian start ups.We can\u2019t miss this opportunity.Truly an inspiration for all. pic.twitter.com/NIFHUFMG5x\u2014 Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 10, 2022\n\nPanduan Jual Kenderaan Terpakai\nAnda mempunyai kenderaan yang tidak digunakan dan mahu menjual kenderaan tersebut?\nDengan laman web atau aplikasi ini, proses menjual kenderaan terpakai anda tidaklah rumit dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut:\nTempah Pemeriksaan Percuma \u2013 Hantar butiran anda dan dapatkan harga anggaran segera untuk kereta anda sebelum membuat temujanji.Periksa Kereta Anda \u2013 Pemeriksa mahir kami akan menjalankan pemeriksaan menggunakan skor 175 mata dan membuat tawaran harga yang sewajarnya kepada anda Jual Kereta Anda \u2013 Sekiranya anda berpuas hati dengan tawaran pihak Carsome, anda boleh jual terus kepada Carsome atau pilih untuk lakukan jualan melalui pembidaan secara langsung.\nPanduan beli kenderaan terpakai\nDengan laman web / aplikasi ini, anda boleh menempah & membeli kereta dalam talian tanpa perlu bersusah payah kerana pihak Carsome mengendalikan segala-galanya untuk anda.\nPihak Carsome_Malaysia menyediakan halaman khas yang menyenaraikan kereta-kereta terpakai yang boleh dibeli oleh anda di pautan https://www.carsome.my/buy-car/\nBerikut merupakan langkah-langkah membeli kenderaan terpakai dari pihak Carsome:\nSemak dan imbas inventori tentang kereta terpakai berkualitiPeriksa dalaman & luaran dengan pandangan 360 darjah, lengkap dengan laporan pemeriksaan penuhPadankan bajet anda & ketahui jumlah pembayaran anda dengan kalkulator pinjaman kereta yang disediakan\nLaman tersebut juga menyediakan beberapa fungsi menarik seperti kebolehan membuat carian berdasarkan model kenderaan, tahun dibuat, harga, warna, transmisi dan pelbagai kriteria lain.\nSyarat Menjual Kereta\n\nSetiap kereta yang ingin dijual melalui platform ini akan diperiksa ketat untuk memastikan ianya mematuhi kriteria pematuhan kualiti yang ditetapkan oleh pihak Carsome.\nPemeriksaan 175 mata kami mematuhi garis panduan yang ketat untuk memastikan setiap kereta bebas daripada kemalangan besar atau kerosakan banjir, manakala semua kereta dibaik pulih untuk meningkatkan kelayakan berada atas jalan raya.\nPengalaman Jual Beli Di Carsome\nDi halaman Facebook Carsome, anda boleh lihat rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh pihak Carsome.\nAntara reviu positif yang diberikan adalah:\nCarsome lebih cepat info dan terkini, dan mudah lihat pilihan individu untuk membeli kereta.\u2013 Dazile Lie\nGood staff, good service. Nice price offer, recommended or sell and buy cars.Shafarul Mustafa\nBuying from Carsome because of the warranty given for the first which give me confidence of your quality givenJames Kuan\nBaca juga: \nGeran Hilang? Cara Mohon Geran Kereta / Motor Yang Hilang Atau RosakMyEG Login: Daftar & Renew Lesen Memandu / Roadtax / Insurans Kereta\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-penamaan-tabung-haji/", "title": "Cara Daftar Penamaan Waris Simpanan Tabung Haji (TH)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda telah melakukan penamaan simpanan Tabung Haji anda?\nJika belum, kenalpasti penama akaun simpanan anda menerusi Carta Waris Penamaan Simpanan TH dan daftar penama anda sekarang.\nPenama hendaklah waris yang berhak mengikut hukum syarak.\nBerikut dikongsikan cara untuk mendaftar penama akaun simpanan TH anda sekarang untuk urus harta yang baik kelak.\nUrus harta, bukan rebut harta.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenamaan Waris Tabung Haji\n\n \nTujuan Penamaan Tabung Haji (TH)\n\n \nSiapakah Yang Boleh Dinamakan Sebagai Waris?\n\n \nWaris Lelaki\n\n \nWaris Perempuan\n\n \nCara Daftar Penamaan / Waris Simpanan Tabung Haji\n\n \nTempoh Tuntutan\n\n \nHibah TH\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPenamaan Waris Tabung Haji\nPendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih hendaklah menamakan seorang atau 2 orang sebagai penerima namaan bagi maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada TH selepas dia meninggal dunia.\nTujuan Penamaan Tabung Haji (TH)\nPenamaan dibuat untuk memudahkan waris membuat pengeluaran wang simpanan si mati tanpa perlu mengemukakan Surat Kuasa atau Perintah daripada pihak berkaitan (Bicara Kecil Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad).\n\n\n\n\n\n\nPenamaan mestilah dibuat oleh pendeposit semasa hayatnya dengan melengkapkan Borang Penamaan yang disediakan oleh TH dan dihantar ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran untuk didaftarkan ke dalam sistem TH. Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh borang penamaan diterima dan didaftarkan.\nSesuatu penamaan akan terbatal dalam keadaan-keadaan yang berikut (merujuk kepada Akta Lembaga Tabung Haji 1995, Peraturan-Peraturan Lembaga Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) 2002, Pindaan 2003, Pindaan 2013 dan Pindaan 2017) :\nDengan kematian penama, atau jika terdapat lebih daripada seorang penama, dengan kematian semua penama itu semasa hayat pendeposit; (maksud: semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa hayat pendeposit).Berhubung dengan kepentingan di bawah penamaan bagi mana-mana penama, dengan kematian penama itu semasa hayat pendeposit, melainkan jika kepentingan penama dilupuskan oleh penamaan itu; (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat penamaan baru dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).Dengan notis pembatalan bertulis yang diberikan oleh pendeposit dan diterima oleh TH semasa hayat pendeposit; atau (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat pembatalan penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).Dengan suatu penamaan kemudian yang dibuat mengikut subperaturan (3) oleh pendeposit yang melupuskan penamaan yang terdahulu. (maksud: pendeposit semasa hayatnya membuat pertukaran penamaan yang telah dibuat dengan melengkapkan Borang yang ditetapkan oleh TH).\nSiapakah Yang Boleh Dinamakan Sebagai Waris?\nPendeposit dikehendaki menamakan waris Penerima Namaan yang berhak mengikut Hukum Syarak.\nWaris-waris yang berhak adalah seperti berikut:-\nWaris Lelaki\nAnak lelaki.Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah.Bapa.Datuk sebelah bapa dan ke atas.Adik-beradik lelaki kandung.Adik-beradik lelaki sebapa.Adik-beradik lelaki seibu.Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki kandung.Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke bawah.Bapa saudara sekandung dengan bapa.Bapa saudara sebapa dengan bapa.Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung dengan bapa.Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa.Suami.\nWaris Perempuan\nAnak perempuan.Cucu perempuan daripada anak lelaki.Ibu.Nenek sebelah ibu.Nenek sebelah bapa.Adik-beradik perempuan kandung.Adik-beradik perempuan sebapa.Adik-beradik perempuan seibu.Isteri\nCara Daftar Penamaan / Waris Simpanan Tabung Haji\nUntuk makluman, urusan kemaskini maklumat penama hanya boleh dilakukan di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja dengan melengkapkan Borang Penamaan & Borang Pengesahan Perhubungan Waris. \nAnda boleh muat turun\u00a0borang di pautan berikut:\u00a0https://www.tabunghaji.gov.my/ms/muat-turun-borang.\nSekadar makluman, pendeposit perlu melengkapkan kemudahan janji temu sebelum hadir ke cawangan Tabung Haji. \nKemudahan Janji Temu boleh digunakan oleh pendeposit bermula 9 Mei 2022. \nUrusan yang disediakan melalui Janji Temu adalah seperti di bawah:\n\u2013 Urusan Tuntutan Pusaka\n\u2013 Urusan Permohonan Hibah Amanah\n\u2013 Urusan Kemaskini Maklumat Peribadi\nPendeposit hanya perlu melayari laman web TH di\u00a0www.tabunghaji.gov.my\u00a0dan klik di menu pilihan urusan Janji temu untuk membuat permohonan mengikut tarikh dan slot yang kosong.\nTempoh Tuntutan\nUntuk makluman, tempoh proses permohonan tuntutan pusaka akan mengambil masa 14 hari bekerja dari borang permohonan diterima oleh mana-mana cawangan Tabung Haji, Tabung Haji Negeri dan Ibu pejabat Tabung Haji.\nSehubungan itu, sekiranya tempoh permohonan telah melebihi 14 hari bekerja, anda disarankan hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919 bagi semakan status tuntutan pusaka tersebut.\n\nHibah TH\nHibah Amanah\u00a0TH\u00a0merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan\u00a0TH\u00a0oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit\u00a0TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.\nHarta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.\nKelebihan Hibah Amanah TH\nPemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan beragama Islam.Pemberian Hibah Amanah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara baru / mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.\nPendaftaran hibah amanah, pendeposit perlu membayar caj pendaftaran sebanyak RM190.\nBagi semakan lanjut maklumat berkaitan hibah amanah, puan juga boleh ke pautan\u00a0https://www.tabunghaji.gov.my/\u2026/perkhid\u2026/hibah-amanah-th\nMaklumat Lanjut\nUntuk makluman lanjut:\nTelefon : +603 6207 1919Aplikasi Mudah Alih : Muat turun aplikasi THiJARIE-mel : [email\u00a0protected]Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my\nSekiranya berminat untuk mendapat maklumat lanjut, sila isikan maklumat anda\u00a0di sini :\nKemudahan\u00a0Call-Back\u00a0Hibah Amanah\u00a0THKemudahan\u00a0Call-Back\u00a0Pusaka\u00a0TH\nBaca juga: \nCara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa THCara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online (VAO)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/login-delima-kpm/", "title": "Login DELIMa KPM: Digital Educational Learning Initiative Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIbu ayah yang mengajar anak-anak di rumah dalam tempoh PdPR ini mesti pernah dengar tentang Portal DELIMa KPM kan?\nKalau tak pernah dengar, ibu ayah perlulah ambil masa untuk mengetahui lebih lanjut tentang portal ini kerana begitu banyak yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak melalui portal ini secara percuma!\nJom ketahui lebih lanjut tentang Portal DELIMa KPM dan cara mengakses serta menggunakan pelbagai fungsi yang terdapat di dalamnya.\nBaca juga: Contoh Email Mohon Kerja (BM & BI)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah DELIMa KPM?\n\n \nCara Login DELIMa KPM\n\n \nPelbagai Fungsi Dalam Portal DELIMa\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah DELIMa KPM?\nDELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. \nIa merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. \nDELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada.\nDELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya \u00a0ini. \n\nCara Login DELIMa KPM\nPara pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah sebelum ini.\nPara guru dan pelajar hanya perlu mengikut langkah berikut untuk login ke laman web tersebut:\nLayari laman portal\u00a0https://sites.google.com/moe.edu.my/login/loginMasukkan ID dan password yang dibekalkan oleh sekolahTekan butang LOGINSetelah berjaya Login, anda boleh pilih Menu PELAJAR, GURU atau SEKOLAHSelepas itu, anda akan dipaparkan dengan pelbagai fungsi untuk kegunaan PdPR yang boleh dimanfaatkan sebaiknya!\n\nPelbagai Fungsi Dalam Portal DELIMa\nTak ramai yang tahu ada banyak function/apps menarik dalam Portal DELIMa KPM antaranya:\nDigital TextbookMicrosoft Office 365 (Word, Excel, Power Point etc)- Free untuk semua murid/guruCanvaPadlet Wolfram AlphaSemua Google services \u2013 Earth, Translate, etc.7. MINECRAFT EDUCATION EDITION\n\n\nBaca juga: Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 & Cuti Akhir Penggal 3\nMaklumat Lanjut\nSetiap pelajar akan diberikan satu ID yang akan membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.\nUntuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.\nDELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para guru dan Murid.Aplikasi dalam Delima boleh digunakan oleh guru dan murid menggunakan ID moe-dl. \nBoleh akses pelbagai apps pembelajaran, buku teks malah akses ke perpustakaan.\nJadi ibu bapa, murid dan guru yang dah ada akaun moe-dl, boleh guna kesemua bahan yang ada.\nLink Portal Delima KPM: https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kawasan-berisiko-banjir-selangor-2022/", "title": "Senarai Kawasan Berisiko Banjir Di Selangor (November 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKAWASAN BERISIKO BANJIR DIINGATKAN SIAP SIAGA HADAPI BENCANA \u2013 Selangor Pertimbang Isytihar Darurat Iklim\nMenteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim.\nDato Seri Amirudin Shari baru-baru ini mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.\nParas laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.\n\nDalam masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.\nKetua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Selangor Kini, Utusan Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Kawasan Berisiko Banjir & Banjir Kilat Di Selangor\n\n \nTips Penting Menghadapi Banjir\n\n\nSenarai Kawasan Berisiko Banjir & Banjir Kilat Di Selangor\nKerajaan negeri arah pelbagai agensi & jabatan siap siaga mendepani Monsun Timur Laut yang dijangka melanda dalam bulan November-Disember 2022. \nJPS Selangor turut mengemukakakan senarai kawasan berisiko banjir & banjir kilat.\nKebanyakan kawasan di Selangor dijangka menerima taburan hujan sekitar 170 hingga 250mm sepanjang bulan ini susulan Monsun Barat Daya sejak 14 Mei.\nSepanjang tempoh berkenaan, kejadian hujan lebat dan ribut petir dijangka berkurangan dengan hanya berlaku pada awal pagi terutama di kawasan pesisir perairan Selat Melaka.\nPerkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato\u2019 Haris Kasim menerusi surat arahan persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut kepada agensi berkaitan hari ini.\nRujuk infografik oleh Media Selangor seperti yang dilampirkan berikut:\nKAWASAN BERISIKO BANJIR & BANJIR KILAT SELANGOR 2022\n\n\n\nSumber infografik: Media Selangor\nOrang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang\u00a0www.met.gov.my\u00a0, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.\nTips Penting Menghadapi Banjir\nBerikut adalah langkah persediaan dalam menghadapi banjir. Kekal berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca.\nPERSEDIAAN SEBELUM BANJIR\nDi rumah\nDapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan\u00a0\u00a0 agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.Sediakan Beg Kecemasan yang dilengkapi dengan barang-barang keperluan.\nJika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir\nBagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.\n\nSEMASA BANJIR\nKetika mendapat tanda-tanda awal banjir\nDengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.\nSemasa pemindahan\nApabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.\nDi dalam kenderaan\nJangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat\nDi dalam rumah\nDengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.Bersedia dengan peralatan kecemasan.Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.\nDi luar rumah\nPergi ke tempat tinggi dan selamat.Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.Jangan minum air banjir.\nSELEPAS BANJIR\nDengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak\u00a0 berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.\nSemasa memasuki bangunan\nPakai kasut.Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.Periksa ancaman bahayaPeriksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.\nDapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang\u00a0https://publicinfobanjir.water.gov.my\u00a0atau aplikasi mudah alih MyPublic InfoBanjir.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-medsi/", "title": "Semakan Ujian MEdSI, Contoh Soalan, Tips, Panduan Temuduga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUjian MEdSI merupakan singkatan bagi Malaysian Educators Selection Inventory.\nSecara ringkasnya, MEdSI merupakan ujian kemasukan bagi program Pengajian Pendidikan Lepasatan STPM dan Setaraf ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. \nTujuan ujian ini adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon antaranya:\n\nPersonaliti\nMinat kerjaya\nNilai Integriti\nKecerdasan Emosi\n\nSoalan dalam ujian ini bukanlah mengenai betul atau salah, tetapi berbentuk psikometrik dan digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Semakan Ujian MEdSI Sesi 2023 / 2024\n\n \nTips Menjawab Soalan Dan Temuduga\n\n \nFormat Ujian MEdSI\n\n \nContoh Soalan\n\n \n1. Bahagian Personaliti\n\n \n2. Bahagian Kerjaya\n\n \n3. Bahagian Integriti\n\n \n4. Kecerdasan Emosi\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Semakan Ujian MEdSI Sesi 2023 / 2024\nSEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI\nPROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN\nLEPASAN STPM/SETARAF | SESI AKADEMIK 2023/2024\nBERMULA 25 MEI 2023 (KHAMIS) | 5.00 PETANG\nUJIAN MEdSI BERMULA PADA : 31 MEI 2023 hingga 11 JUN 2023\n\n\n\n\n\n\n\nSEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-\nArtikel berkaitan: Contoh Soalan MUET dan Format Terkini 2022\n\n+6013-415 3016 (Hotline)\n[email\u00a0protected]\n\nSEMAKAN BOLEH DIBUAT DI PORTAL RASMI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/\nSEMAKAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TERMASUK CALON YANG MEMOHON PROGRAM PENDIDIKAN DI UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UniSZA, UNIMAS, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM & USIM\n**CALON PERLU MENGIKUTI TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN\n\n\nJangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi\n\nTikTok : @bkpaupu\nFacebook : kemasukan bkpa jpt\nTelegram : UPUONLINE CHANNEL\nInstagram : @kemasukanbkpa\nYouTube : bkpaUPU\n\nSebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi melalui:-\n\nHotline UPU: 03-86842363\nMaklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/\nE-mel: [email\u00a0protected]\nUPUChat: https://upuchat.org/\n\nTips Menjawab Soalan Dan Temuduga\nMenariknya, pihak Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI ada menghassilkan inografik di bawah berkenaan tips untuk menjawab ujian MEdSI.\nKetika sesi temuduga, pastikan anda kekal tenang menjawab soalan dan ini akan menampakkan anda seorang calon yang berkeyakinan tinggi.\nSentiasa jadi diri sendiri dengan bersikap jujur menjawap setiap soalan yang diberikan.\nAmbil masa berfikir selama beberap saat sebelum menjawab soalan yang diberikan kerana tidak ada gunanya anda menjawap jawapan dengan pantas tapi jawapan yang diberikan merapu-rapu.\n\nFormat Ujian MEdSI\nUjian MEdSI ini merangkumi 300 soalan yang terbahagi kepada 4 bahagian.\n4 bahagin tersebut adalah:\n\nBahagian Personaliti \u2013 110 item\nBahagian Kerjaya \u2013 \u00a060 item\nBahagian Integriti \u2013 70 item\nBahagian Emosi \u2013 60 item\n\nSila jawab semua soalan dalam tempoh masa yang diberikan.\nContoh Soalan\n1. Bahagian Personaliti\nSaya kurang senang hati jika ada prestasi orang lebih baik daripada saya\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV Sangat setuju\nSaya segan ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV = Sangat setuju\n2. Bahagian Kerjaya\nTidak suka majikan, tetap mematuhi arahannya\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV = Sangat setuju\nKerja ada sesuatu sistem yang teratur\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV = Sangat setuju\n3. Bahagian Integriti\nJika ada kehendak, kerja rumit pun boleh selesai\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV = Sangat setuju\nJasa baik orang haruslah sentiasa diingati\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV = Sangat setuju\n4. \u00a0Kecerdasan Emosi\nApa orang menentang saya, saya akan menunjuk masam muka\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV = Sangat setuju\nKecerdasan emosi adalah penting untuk menjalin hubungan baik\nI = Sangat tidak setujuII = Tidak setujuIII = SetujuIV = Sangat setuju\nMaklumat Lanjut\nSebarang aduan atau permasalahan sistem semakan ujian MEdSI boleh hubungi urusetia MEdSI seperti berikut:\nUrusetia Permohonan IjazahUnit Promosi dan Kemasukan,Bahagian Hal Ehwal Akademik,Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)Universiti Pendidikan Sultan Idris35900 Tanjong Malim, PerakNo. Hotline\u00a0: 013-4153016No. Tel :\u00a0015-4879 7982/7872Email :\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/subsidi-yuran-taska/", "title": "Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180 (Bajet 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023: Subsidi Yuran Taska RM180 Bagi Penjawat Awam\nDalam Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara insentif yang telah menarik perhatian ramai pihak adalah pemberian subsidi bagi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023\n\n \nMemperkasa Pendidikan Awal kanak-kanak\n\n\nApakah Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023?\nPemberian yuran subsidi ini adalah sebanyak RM180 bagi seorang anak dan insentif ini diharap dalam meringinkan sedikit beban yang ditanggung oleh setiap penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska.\nKadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. \n\n\n\n\n\n\nSekiranya yuran tersebut melebihi RM180.00, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.\nPemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini hanya layak diberi kepada sealah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi seorang anak.\n\nSyarat Kelayakan\n\nInsentif subsidi yuran taska ini sebenarnya bukanlah perkara baru sebaliknya telah diumumkan dalam pembentangan belanjawan sebelum-sebelum ini.\nNamun begitu, terdapat sedikit perubahan di mana syarat kelayakan bagi subsidi ini telah ditambah baik.\nSubsidi sebanyak RM180 ini layak diterima oleh penjawat awam yang bergaji RM7,000 ke bawah.\nUntuk rekod, syarat kelayakan gaji ini telah dinaikkan daripada RM5,000 yang telah diumumkan pada ucapan Bajet Tahun 2014.\nPerubahan mengenai syarat kelayakan ini telah diumumkan melalui Surat Pekeliling PP Bil.1/2023 yang berkuatkuasa 1 April 2023.\nSumber: Buletin TV9\nCara Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023\nPegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.\nPermohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:\n\nSalinan penyata gaji\nSalinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak\nSalinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/ anak pelihara;\nSalinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;\nSalinan penyata gaji suami/ isteri. Bagi suami/ isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai\n\nPemberian subsidi yuran pengasuhan Taska ini layak diberi kepada anak yang berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska.\nMemperkasa Pendidikan Awal kanak-kanak\nPemberian subsidi ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk memperkasa dan memperluas akses pendidikan awal kepada kanak-kanak.\nSelain itu, bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika kemas termasuk 13 projek baharu.\nSeterusnya Kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi.\nTambahan lagi, insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.\nPelbagai usaha dan insentif oleh kerajaan Perpaduan ini diumumkan kerana Kerajaan sensitif akan keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.\nBaca juga: \n\nJadual Liga Super 2023: Tarikh & Keputusan Perlawanan\nBajet 2023: Ujian Memandu Percuma Kelas B2,Teksi, Bas, eHailing\nToyota Vios 2023: Varian, Spesifikasi, Harga\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/fadillah-yusof-timbalan-perdana-menteri-malaysia/", "title": "Biodata DS Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPada 2 Disember 2022, Dato\u2019 Sri Fadillah Yusof telah diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Dato\u2019 Sri Zahid Hamidi oleh Perdana Menteri ke-10, Dato Sri Anwar Ibrahim.\nSelain menyandang jawatan penting tersebut, beliau juga dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.\nBuat pertama kalinya, Malaysia mempunyai 2 orang Timbalan Perdana Menteri yang bakal menerajui negara.\nAyuh, kita kenali dengan lebih dekat sosok Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiodata Timbalan Perdana Menteri, DS Fadillah Yusof\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBiodata Timbalan Perdana Menteri, DS Fadillah Yusof\nDS Fadillah Yusof merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu serta turut diberi tanggungjawab sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.\n\n\n\n\n\n\nDalam PRU-15 yang lalu, beliau memperolehi kemenangan untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen\u00a0Petra Jaya dengan majoriti besar iaitu 41,363 undi.\nBagi rakyat Sarawak dan Sabah pula, kewibawaan Fadillah memang tidak dinafikan apabila beliau berjaya memastikan pembinaan lebuh raya pertama di Borneo kini semakin hampir siap sepenuhnya.\nMengulas tentang pelantikannya, beliau berkata ia adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan blok Borneo iaitu Sarawak dan Sabah.\n\nBIODATA TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATO\u2019 SRI FADILLAH YUSOF\nNama: Fadillah Yusof\n(Anak kepada Yusof Merais dan Dayang Rosnah Abang Madeli. Berketurunan Melayu.)\nTarikh Lahir : 17 April 1962 \nTempat Lahir: Kuching, Sarawak\nPendidikan : Pemegang Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya.\nAhli Parlimen : P194 Petra Jaya\nJawatan : Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) \nFacebook : Fadillah Yusof\nPengalaman Politik : \n\nBerpengalaman luas dalam Kabinet Persekutuan dan pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri.\nTimbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (Di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi)\nMenteri Kerja Raya (Di bawah pimpinan Dato Sri Najib Razak)\nMenteri Kerja Raya (Di bawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin)\nMenteri Kanan Kerja Raya (Di bawah pimpinan Dato Sri Ismail Sabri)\n\nSumber: https://www.mygps.com.my/calon/index.html\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang DS Fadillah Yusof, sila ikuti perkembangan terkini di laman sosial beliau melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/fadillahyusof194\nBaca juga: \n\nBiodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia\nBiodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-perancis/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Perancis", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJurulatih pasukan bola sepak Perancis, Didier Deschamps telah mendedahkan skuad 26 pemain terakhirnya ketika Perancis bersiap sedia untuk mempertahankan gelaran mereka di Qatar.\nPerancis adalah juara bertahan Piala Dunia 2022 dan ketua jurulatih Didier Deschamps berharap pasukannya boleh menjadi negara ketiga memenangi kejuaraan berturut-turut selepas Itali (1934, 1938) dan Brazil (1958, 1962).\nIni akan menjadi penampilan ke-16 mereka dalam Piala Dunia, pertandingan yang telah mereka menangi dua kali (1998, 2018).\nMampukah mereka meraih trofi emas buat kali ketiga di Qatar?\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Perancis\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Perancis\nSumber : Onefootball\nPenjaga gol\nNamaKelabAlphonse AreolaWest HamHugo LlorisTottenhamSteve MandandaStade Rennes\nHugo Lloris, pemain veteran Tottenham, dijangka akan menjadi pemula dengan lilitan lengan kapten untuk pasukan bola sepak Perancis selepas mengatasi masalah kecergasannya sebelum ini.\nDi belakangnya, Mike Maignan dari AC Milan akan terlepas kejohanann ini kerana tidak dapat mengatasi masalah kesihatannya sendiri baru-baru ini.\nHasilnya, Alphonse Areola dan Steve Mandanda melengkapkan senarai penjaga gol Perancis.\nPertahanan\nNamaKelabWilliam SalibaArsenalRaphael VaraneManchester UnitedIbrahima KonateLiverpoolPresnel KimpembePSGBenjamin PavardBayern MunichDayot UpamecanoBayern MunichLucas HernandezBayern MunichTheo HernandezAC MilanJules KoundeBarcelona\nRaphael Varane bimbang dia akan terlepas Piala Dunia kerana kecederaan, tetap akhirnya berada dalam skuad bola sepak Perancis dan dijangka akan bermain jika cergas. \nWilliam Saliba, Jules Kounde, Lucas Hernandez, Presnel Kimpembe, Ibrahima Konate dan Dayot Upamecano berada dalam pertarungan sukar untuk posisi bek tengah yang lain selepas Deschamps mengesahkan dia akan menggunakan empat bek.\nDi bahagian luar, Benjamin Pavard dan Theo Hernandez dijangka akan bermula, dengan Kounde memberikan perlindungan di bahagian pertahanan jika dia tidak bermula di tengah.\nPemain tengah\nNamaKelabEduardo CamavingaReal MadridMatteo GuendouziMarseilleAdrien RabiotJuventusAurelien TchouameniReal MadridJordan VeretoutMarseilleYoussouf FofanaMonaco\nPaul Pogba cuba sedaya upaya untuk cergas dan pulih daripada kecederaan meniskus tepat pada masanya untuk Piala Dunia tetapi kecederaan paha yang dialami ketika beliau meningkatkan kemunculannya telah menyebabkan beliau tidak menyertai kejohanan itu, seperti yang disahkan oleh ejennya. \nN\u2019Golo Kante juga diketepikan kerana kecederaan hamstring, menyebabkan Deschamps sakit kepala di bahagian tengah tanpa dua bintang utamanya dalam skuad bola sepak Perancis kali ini.\nJurulatih itu masih mempunyai banyak pilihan, tetapi kehilangan pemain yang sama pentingnya dengan kedua-duanya adalah sebab yang besar untuk menjadi bimbang.\nPemain muda Real Madrid, Eduardo Camavinga dan Aurelien Tchouameni boleh bermula dengan pivot berganda, walaupun Deschamps mungkin memilih pemain dengan lebih banyak pengalaman berbanding Camavinga dalam XInya.\nPenyerang\nNameKelabAntoine GriezmannAtletico MadridOlivier GiroudAC MilanOusmane DembeleBarcelonaKylian MbappePSGKarim BenzemaReal MadridKingsley ComanBayern MunichChristopher NkunkuRB Leipzig\nPasukan bola sepak Perancis mempunyai banyak pilihan untuk bahagian penyerang di mana Karim Benzema, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann boleh menjadi barisan hadapan yang optimum walaupun Griezmann berada di bawah tekanan daripada Ousmane Dembele, Christopher Nkunku dan Kingsley Coman.\nOlivier Giroud pula memberikan lebih banyak pilihan untuk jurulatih Perancis untuk mengatur strategi.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-pru15/", "title": "CUEPACS Cadang Cuti Umum 18 November Sempena PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, 7 November\u00a0\u2013 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan tarikh 18 November ini sebagai cuti umum khas bagi memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.\nDalam satu kenyataan, Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada hari Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.\n\u201cAda dalam kalangan mereka yang perlu melakukan perjalanan lebih daripada empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBegitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang,\u201d kata beliau dalam kenyataan tersebut, hari ini.\n\nJelas Adnan, walaupun setiap pekerja layak mengambil cuti tahunan, CUEPACS bimbang ada majikan yang tidak membenarkan mereka memohon cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi.\nOleh itu, pemberian cuti umum khas tersebut sudah pasti boleh mengelakkan perkara sedemikian berlaku.\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 November ini, manakala pengundian awal pada 15 November.\nSumber: Berita RTM\nBaca juga: \nCuti Pelepasan Pelajar IPT Pulang Mengundi PRU-15Cuti 1 Hari Jika PN Menang PRU15\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kerja-kosong-uitm-terkini-jawatan/", "title": "ePerjawatan UiTM \u2013 Jawatan Kosong Terkini & Pembelian No Pin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEPERJAWATAN UITM : CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG UITM TERKINI (2022) DAN CARA MEMBUAT PEMBELIAN NO PIN BSN\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di :-\n* UiTM Shah Alam\n* UiTM Cawangan Selangor\n* Hospital Al- Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2022 (Jumaat). \n\n\n\n\n\n\nPemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA.\nSika rujuk maklumat lanjut sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan seperti pautan di bawah:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Yang Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan Jawatan UiTM Terkini\n\n \nKAEDAH PEMBELIAN NO PIN UiTM @ BSN (ePerjawatan UiTM)\n\n \nTarikh Tutup Permohonan Jawatan UiTM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJawatan Yang Ditawarkan\nUntuk makluman, pemohon perlu memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik anda dan syarat kelayakan jawatan yang dipohon. \nSila rujuk fail lampiran (perincian iklan) bagi mengenalpasti syarat \u2013 syarat akademik dan syarat \u2013 syarat tambahan Universiti (jika ada) bagi permohonan jawatan :\n\nCara Permohonan Jawatan UiTM Terkini \nUniversiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan\u00a0Tetap/Kontrak\u00a0di :-\nUiTM Shah AlamUiTM Cawangan SelangorHospital Al- Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam\ni)\u00a0Untuk Bukan Staf UiTM\nPemohon dikehendaki membeli\u00a0nombor pin\u00a0di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula\u00a012 hingga 30 September 2022\u00a0dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja dengan bayaran RM10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon\u00a0SATU (1)\u00a0jawatan yang diiklankan sahaja.Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui :Kaunter cawangan BSN;Mesin ATM BSN; atauPerbankan internet BSN di\u00a0https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do(*Rujuk cara pembelian no pin dalam penerangan seterusnya di bawah)Sila nyatakan \u2018Jawatan Kosong UiTM\u2019 semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di\u00a0http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/\u00a0dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.Bagi permohonan jawatan\u00a0Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki\u00a0CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf\u00a0diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).\nKAEDAH PEMBELIAN NO PIN UiTM @ BSN (ePerjawatan UiTM)\nKaedah 1 : Kaunter Cawangan BSN\nAmbil no giliran.Sila nyatakan Program \u2018e-Perjawatan\u2019 semasa pembelian nombor pin di Kaunter BSN.Sila nyatakan \u2018No Kad Pengenalan Pemohon\u2019.Semak maklumat slip BSN yang diterima.\nKaedah 2 : Online\nLog masuk ke MyBSN Portal.Pilih Pin Purchase.Pilih UiTM (e-Perjawatan).Pilih Program : e-Perjawatan (Permohonan e-Perjawatan UiTM)Masukkan no kad pengenalan pemohon.Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap.\nKaedah 3: ATM BSN\nMasukkan kad ATM BSN dan Kata Laluan.Pilih Beli Pin.Pilih UiTM (e-Perjawatan)Masukkan no kad pengenalan pemohon.Semak butiran kemasukan.Cetak slip.\nRujuk infografik cara pembelian no pin ePerjawatan UiTM :\n\nii)\u00a0Untuk Staf UiTM Sahaja\nPermohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap dan kontrak di mana pelantikan dibuat oleh Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam hendaklah memohon melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf \u2192 eProses & Sistem Sokongan \u2192 ePengambilan Staf.\nTarikh Tutup Permohonan Jawatan UiTM \nTarikh tutup permohonan : 30 September 2022 (Jumaat)\nBaca juga: Apple Pay Malaysia: Cara Buat Bayaran Melalui iPhone & iWatch\nMaklumat Lanjut\nSila ke https://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kerjaya-dengan-uitm untuk maklumat lanjut.\nSebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan bolehlah merujuk kepada:\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi:Bahagian Pengambilan dan Penempatan StafJabatan Pengurusan Sumber ManusiaPejabat PendaftarUniversiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSelangor Darul Ehsan\nEmel:\u00a0[email\u00a0protected]\nAkademikTel: +603-5544 3063/3417/3090/3006/+603-5521 1314/1612\nPentadbiranTel: +603-5544 3005/3007/3076/3085/3091/3093\nPermohonan dalam talian bagi jawatan akademik dan pentadbiran, sila layari\u00a0https://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tnb-protege-ready-to-work/", "title": "Permohonan TNB Protege Ready To Work 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM PROTEGE Ready To Work TNB FASA 7 2022\nPengambilan Terkini Protege TNB Ready For Work kini dibuka! Calon yang berminat boleh memohon sekarang.\nElaun latihan sehingga RM2000.Peluang diserap bekerja secara tetap.Kelayakan ijazah sarjana muda dan keutamaan diberikan kepada golongan B40 dan M40\n\nBaca juga: \n\n\n\n\n\n\nmySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan PendidikanPermohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu PROTEGE TNB READY TO WORK?\n\n \nStruktur Latihan TNB Protege Ready To Work\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nFaedah Penyertaan\n\n \nCara Permohonan TNB Protege Ready To Work\n\n \nTarikh Tutup Permohonan TNB Protege Ready To Work\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu PROTEGE TNB READY TO WORK?\nProfessional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROT\u00c9G\u00c9) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).\nObjektif utama PROT\u00c9G\u00c9 adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROT\u00c9G\u00c9 melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.\nAntara instrumen penting di bawah PROT\u00c9G\u00c9 untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROT\u00c9G\u00c9 \u2013 Ready To Work (PROT\u00c9G\u00c9-RTW).\nProgram ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia.\nStruktur Latihan TNB Protege Ready To Work \nTempoh keseluruhan pelaksanaan PROT\u00c9G\u00c9-RTW adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:a) Soft-skills Trainingb) On-the-Job Training\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaMempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang, serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.Had umur tidak melebihi 27 tahun.Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaanGraduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.\nFaedah Penyertaan\nElaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.Kelayakan Cuti TahunanPotongan PERKESO & EiSBayaran balik rawatan perubatan\nCara Permohonan TNB Protege Ready To Work \nUntuk memohon, sila ke pautan berikut:\nhttps://jobs.tnb.com.my/job/PROGRAM-PROT%C3%89G%C3%89-Ready-To-Work-TNB-FASA-7-2022/758237501/\nTarikh Tutup Permohonan TNB Protege Ready To Work\nTarikh tutup permohonan ialah pada\u00a015\u00a0Januari\u00a02022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila layari https://jobs.tnb.com.my/job/PROGRAM-PROT%C3%89G%C3%89-Ready-To-Work-TNB-FASA-7-2022/758237501/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/usim-mod-kemasukan-b40/", "title": "Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40\nHebahan Peluang Melanjutkan Pengajian ke Program Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia bagi Sesi Akademik 2022/2023 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% Terendah (Bottom 40% Household)\nPelajar lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kemasukan ke program Sarjana Muda USIM melalui mod ini dengan membuat permohonan lengkap sebelum atau pada 10 September 2022 tanpa sebarang yuran proses. \nPermohonan ini adalah permohonan terus ke Universiti Sains Islam Malaysia melalui portal USIM.\n\n\n\n\n\n\nJom kami kongsikan info lanjut bagi bakal pemohon yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKod Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40?\nProgram kemasukan laluan khas kepada isi rumah di bawah RM4,850 ini dikenali sebagai golongan bawah 40 peratus (B40) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dilaksanakan Universiti Awam (UA).\nPermohonan kemasukan melalui saluran ini dibuat secara langsung ke BPA melalui borang khas yang disediakan. Calon yang memohon melalui B40 ini bukan sahaja perlu menepati kriteria pendapatan isi rumah yang dinyatakan, malah perlu memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan oleh Universiti untuk dipertimbangkan.\nProgram ini juga merupakan medium pemudah cara bagi pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di universiti kerana mereka hanya perlu memohon secara terus menerusi borang yang disediakan.\nBagi tahun 2022, Universiti Sains Islam Malaysia menawarkan peluang melanjutkan pengajian ke Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2022 / 2023 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% Terendah (B40) untuk pelajar lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf secara dalam talian.\nSila rujuk syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:\n\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia;Pendapatan keluarga (Isi Rumah) RM4,850.00 dan kebawah;Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas mengikut program.Rujuk Syarat Khas di pautan berikut: https://admission.usim.edu.my/req/sarjanamuda/IV/\nKod Program Sarjana Muda USIM Mod Kemasukan B40\nKOD\u00a0NAMA PROGRAMUQ6221002SARJANA MUDA DA\u2019WAH DAN PENGURUSAN ISLAM DENGAN KEPUJIANUQ6221006SARJANA MUDA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA DENGAN KEPUJIANUQ6321001SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIANUQ6321002SARJANA MUDA KOMUNIKASI MEDIA BAHARU DENGAN KEPUJIANUQ6345003SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN PELANCONGAN (KEPUJIAN)UQ6345004SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN PELANCONGAN (KEPUJIAN) (MOD 3U1I)UQ6221001SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIANUQ6221004SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DENGAN MULTIMEDIA DENGAN KEPUJIANUQ6221005SARJANA MUDA PENGAJIAN SUNNAH DENGAN PENGURUSAN MAKLUMAT DENGAN KEPUJIANUQ6221003SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA DENGAN KEPUJIANUQ6221008SARJANA MUDA SYARIAH (INDUSTRI HALAL) DENGAN KEPUJIANUQ6380001SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH DENGAN KEPUJIANUQ6224001SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN)UQ6224002SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN ISLAM DENGAN KEPUJIANUQ6224003SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN PERDAGANGAN (KEPUJIAN)UQ6342001SARJANA MUDA PEMASARAN (PERKHIDMATAN KEWANGAN) DENGAN KEPUJIANUQ6343001SARJANA MUDA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM DENGAN KEPUJIANUQ6344001\u00a0SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIANUQ6345001SARJANA MUDA PENTADBIRAN MUAMALAT DENGAN KEPUJIANUQ6345002SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT DENGAN KEPUJIANUQ6461001SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK KEWANGAN)UQ6462001SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS AKTUARI DAN PENGURUSAN RISIKO)UQ6481001SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DENGAN KEPUJIAN (KESELAMATAN DAN JAMINAN MAKLUMAT)UQ6545001SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI MAKANAN)UQ6545002SARJANA MUDA TEKNOLOGI INDUSTRI KESIHATAN DENGAN KEPUJIANUQ6545003SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI KIMIA INDUSTRI)UQ6545004SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (FIZIK GUNAAN)UQ6522001\u00a0SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN KEPUJIANUQ6523001SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN\nCara Permohonan\nIkuti beberapa langkah mudah ini :\nTeliti maklumat hebahan ini di laman web https://admission.usim.edu.my/kemasukan-mod-b40Pastikan anda memperoleh syarat-syarat minima kemasukan ke setiap program yang dipohonHanya beberapa program pengajian sahaja yang ditawarkan melalui mod iniLengkapkan permohonan melalui portal https://eug.usim.edu.my, muat naik segala dokumen yang diperlukan, buat semakan semula maklumat yang diberikan dan hantar permohonan secara dalam talian.Hebahan semakan permohonan akan dimaklumkan melalui media sosial rasmi @usimadmissions.\nTarikh Tutup Permohonan\n10 September 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang program ini, sila rujuk laman web USIM di pautan berikut: https://admission.usim.edu.my/kemasukan-mod-b40/\n\nhttps://admission.usim.edu.my/kemasukan-mod-b40/\n\nSebarang pertanyaan berhubung hebahan ini boleh terus diajukan kepada emel\u00a0[email\u00a0protected]\nBaca juga: DPLI USIM 2022: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/parti-muda/", "title": "Parti MUDA : Senarai Calon PRU15, Latar Belakang, Pimpinan Tertinggi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia United Democratic Alliance (MUDA) atau Parti Ikatan Demokratik Malaysia merupakan sebuah gerakan politik berbilang bangsa yang memperjuangkan isu-isu rakyat di dalam ruang lingkup perlembagaan Malaysia.\nParti yang berada di bawah pimpinan Syed Saddiq ini telah didaftarkan secara rasmi pada 23 Disember 2021.\n\nMUDA diilhamkan sebagai motor politik yang bertegas melampaui pergelutan personaliti pemimpin, sebaliknya berteraskan kepada gerakan dan politik gabungan yang pro-rakyat dan berbasis luas.\n MUDA berpacu di atas landasan kepelbagaian ras, kesederhanaan, berpandukan dasar sosial, pro-pembaharuan dan bergerak berakarkan komuniti di ruangan lapangan.\nBaca Juga : Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n5 Asas MUDA\n\n \n1.Perwakilan Demokratik\n\n \nPimpinan Tertinggi Muda\n\n \nSenarai Calon Parti MUDA Untuk PRU15\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n5 Asas MUDA\n1.Perwakilan Demokratik\nMasyarakat Malaysia sudah lama terpinggir daripada struktur kuasa dan proses pembuatan keputusan dalam negara dan pembangunan dasar. Ia termasuk golongan belia, wanita, orang asli dan warga minoriti.\n\n\n\n\n\n\nProses monopoli dan hierarki kuasa perlu diratakan, supaya suara dan idea yang baru dapat menentukan hala tuju dan masa depan Malaysia, dan MUDA adalah wadah utama dalam memimpin perjuangan ini.\n2.Keadaan Ekonomi\nPembentukan sistem pengagihan semula kekayaan yang saksama untuk setiap lapisan dan sektor masyarakat di Malaysia. \nPelaksanaan jaringan keselamatan sosial yang rentas etnik, agama, geografi dan lokasi, termasuk hak dan bantuan kebajikan untuk golongan miskin dan terpinggir dalam masyarakat.\n3.Politik Baru\nPolitik baru mementingkan nilai dan praktik demokratik, membangunkan demokrasi akar umbi bagi memberdayakan komuniti dan ahli dalam parti.\nBertumpu kepada isu-isu yang terdekat, dan menghasilkan penyelesaian dan rencana gerak kerja yang lebih relevan dan berguna kepada keadaan dan daerah setempat.\n4.Martabat Manusia\nKemajuan dan ketamadunan, bersama teras dan kompas moral sebuah masyarakat bergantung kepada cara ahli-ahlinya menjaga dan memberi perhatian terhadap nilai kemanusiaan untuk seluruh warganya termasuk komuniti-komuniti yang paling terpinggir dan memerlukan, dan secara sosial dan sejarahnya didiskriminasi.\n5.Parti Untuk Semua Rakyat Malaysia\nPolitik nilai yang rentas etnik, agama, geografi dan lingkungan umur adalah masa depan negara Malaysia. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, kepercayaan, budaya dan fahaman. \nKepelbagaian ini adalah keadaan yang seharusnya diraikan dan dipertahankan, dan bukan dianggap sebagai beban dan sumber serta percikan untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia.\nPimpinan Tertinggi Muda\nPresiden : Syed Saddiq Syed Abd Rahman\nTimbalan Presiden : Amira Aisya Abd Aziz\nSetiausaha Agung : Amir Hadi\nNaib Presiden : Teo Lee Ken\nNaib Presiden\nDr ThanusshaShahrizal DenciZaidel BaharuddinRadzi Tajuddin\nKetua Penerangan : Luqman Long\nKetua Turus : Shairy Hanapiah\nJKEP\nBeatrice ChinAfiqah ZulkifliIsmail NasaruddinLim Wei JietWarence MudinDian Lee Cheng LingKhairil ZulfadhliAiyah HanahDr Mathen NairAinie HaziqahFaezrah Rizalman\nSenarai Calon Parti MUDA Untuk PRU15\nP.165 (Tanjung Piai) \u2013 Lim Wei JietP.041 (Kepala Batas) \u2013 Danial Abdul MajeedP.095 (Tanjong Karang) \u2013 Cikgu RahayuP.134 (Masjid Tanah) \u2013 Mutalib UthmanP.146 (Muar) \u2013 Syed SaddiqP.168 (Kota Marudu) \u2013 Shahrizal Denci\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai Parti MUDA, sila layari laman rasi muda di pautan muda.my dan laman Facebook rasmi Parti MUDA. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-kecemerlangan-ytc-ucyp/", "title": "Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP 2022 (Degree & Master)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP kini dibuka bagi pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti College of Yayaasan Pahang (UCYP) bagi sesi 2022/2023.\nBiasiswa Kecemerlangan YTC UCYP ini mensasarkan bantuan pembiayaan pelajaran buat pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau tergolong dalam B40.\nBaca Juga : Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan Akademik\n\n \nCara Memohon Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan bagi biasiswa ini perlulah dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu pada 6 September 2022.\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonanLepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana MudaKategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)Memperoleh PNGK 3.5 dan ke atasTelah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).\n\nSyarat Kelayakan Akademik\nPemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :\nKelayakanSyarat Minima AkademikPeringkat KemasukanLepasan STPMCGPA 3.50 dan ke AtasIjazah PertamaLepasan STAM (disamping mempunyaiSPM)4 Mumtaz dan 5 JayyidJiddanIjazah PertamaLepasan Matrikulasi di bawahKementerian Pelajaran Malaysia/UIA/Politeknik/ Program AsasiIPTA/lepasan Diploma dan lain \u2013 lainsetaraf denganya.CGPA 3.50 dan ke atasIjazah PertamaLepasan Ijazah Sarjana MudaCGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama\nCara Memohon Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP\nCalon yang berminat untuk memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\nLayari pautan permohonan berikut\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyjGK4sN1EtBkY6as8EN6XZZaCt1Zer-GbKBrN-Ff0XCmxoA/viewform.Isi semua maklumat dengan lengkap.Klik butang submit untuk menghantar permohonan.Kemudian, muat turun borang permohonan di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/1qgi17RYPuxH8PwzBj8HkiAWIIAcwoP4R/view?fbclid=IwAR3NQBRqmG6oZjHQKFxtHFKPaDZP46RvOaKv9wWniWaDDtk95u4A2khdKCQ.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Pejabat Pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP,Aras 2, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur,26060, Kuantan Pahang Darul Makmur.(U/P): Pengarah\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti berikut :\nSalinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).Salinan Sijil Berhenti sekolah.Salinan Sijil Keputusan SPM.Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, sila hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hlp-kpm-2023/", "title": "ePenawaran HLP KPM 2023: Semakan Keputusan Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHLP KPM 2023: Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2023 Melalui Portal ePenawaran KPM\nHadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.\u00a0\nTahukah anda apakah itu Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP KPM ini dan bilakah tarikh keputusannya diumumkan?\nBerikut dikongsikan info lanjut untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2023)?\n\n \nTERKINI : Tarikh Semakan Keputusan Panggilan Temuduga\n\n \nKelebihan Cuti Belajar / Program Penajaan KPM\n\n \nCara Permohonan & Semakan di Portal ePenawaran KPM\n\n \nTips Memohon HLP KPM\n\n \nSemakan Keputusan Permohonan & Temuduga\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2023\n\n\nApakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2023)?\nSecara ringkasnya, ia adalah biasiswa sambung belajar bagi peringkat Sarjana dan PhD untuk gred 41 dan ke atas.\nBahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.\nPemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM\nProgram HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D. \nBagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.\nTERKINI : Tarikh Semakan Keputusan Panggilan Temuduga\nProgram Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2023.\n\nPautan semakan :\u00a0https://epenawaran.moe.gov.my\u00a0\nTarikh semakan : Mulai 9 Jun 2023 (Jumaat), jam 3:00 petang.\nKelebihan Cuti Belajar / Program Penajaan KPM\nAntara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nCuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);\nHadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);\nProgram Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];\nHadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan\nCuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).\n\nSila rujuk infografik di bawah untuk info lebih lanjut serta kelebihan setiap program yang ditawarkan.\n\nCara Permohonan & Semakan di Portal ePenawaran KPM\nCalon \u2013 calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka). \nBaca juga: Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir\nTips Memohon HLP KPM \nDi sini kami paparkan juga beberapa tips berguna oleh Cikgu Faizal yang telah berkongsikan pengalaman beliau yang berjaya ditawarkan HLP KPM 2021.\nALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PhD HLP KPM TAHUN 2021\nSaya kongsikan 8 tips kepada rakan2 yang berniat sambung PhD supaya rakan2 yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yg betul dan juga menjimatkan masa.\nSebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr.Othman Talib, Dr.Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan. \nSesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.\nTip 1\nSelepas memohon dilaman web epenawaran, sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buah pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kena contact sendiri. \n* Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yg menentukan anda berjaya dipanggil temuduga if not sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat-syarat minimum untuk mohon.\nTip 2\nPersediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart disini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang Penyelidikan berkaitan. \nContohnya cara mengguna reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr.Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel diorang di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.\nTip 3\nPersiapan rapi, dibawah post ini saya sertakan LINK untuk rakan2 DOWNLOAD Contoh Proposal yang dan juga Skema Permarkahan Temuduga HLP. Biar sama2 berjaya.\nTip 4\nJika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr.Shuhairy Norhisham. \nAda macam-macam bengkel hands-on di ajar oleh pensyarah2 prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian2 terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web scihub, status level artikel scimago. \nSelepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yg sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan2 hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain sgt jujur dan membantu seperti Dr.Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata2 yang penuh jenaka tapi deep pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)\nTip 5\nBerjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment or call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu2 atau takut2 kerana rata2 mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan bishe2 sahaja). \nMinta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka mmg sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.\nTip 6\nTambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka. \nJangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa)\nTip 7\nJangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr.Shuhairy Norhisham\u201dJINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE\u201d iaitu \u201cNana korobi ya oki\u201d jatuh 7 kali bangkit 8 kali.\nTip 8\nSentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambanya. Kalau takde rezeki perbaiki kelemahan yg ada kadang2 orang lain Nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tak salah tanya pandangan rakan2 yg dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. Okeh\nKlik pautan di bawah untuk download:\n\nDOWNLOAD \u2013 Contoh Proposal PhD\n\n\n DOWNLOAD \u2013 Contoh Slaid Pembentangan Proposal Phd\n\n\n DOWNLOAD \u2013 Skema Permarkahan Temuduga HLP\n\n\n DOWNLOAD \u2013 Nota Persediaan HLP\n\n\nTips Extra\n\u2013 Sedia 5 Slides sahaja masa pembentangan 40 minit sharp.\n\u2013 40 Minit Present dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. Pada panel.\n\u2013 Pada tahun 2021, seramai 530 orang berjaya ditawarkan HLP/HLPS/CBBPTB dari 3538 permohonan, 1893 lulus perakuan Ketua Jabatan, selepas saringan BBP 1505 dipanggil temuduga, \u2013 untuk makluman HLP 400 orang HLPS 86 CBBPTB 44. 5 orang pengajian luar negara.\n\u2013 Interview suluruh Malaysia terdiri warga pendidik pelbagai peringkat organisasi (orang KPM, PPD, IPG, Matrik, KV dan sekolah SM & SK) diberikan HLP master & PhD berjaya Interview sama ada HLP/HLPS/CBBPTB(Rayuan),\u00a0\n\u2013 Setiap pusat temuduga (IPG/Cyberjaya) anggaran 250 org dipanggil dan ada 6 pusat temuduga mengikut zon (Utara IPGSAH, Tengah (Cyberjaya), Selatan, Timur(IPG), Sabah(SPP) ,Sarawak).\n\u2013 Sesi Interview 6 orang pagi 8.00-1.00 tgh & 4 orang 2.30-4.30 petang selama 5 hari. Isnin \u2013 Jumaat. KPM mempunyai hampir 1200 pelajar pascaperkhidmatan dibawah HLP bagi 3 tahun (2019,2020,2021) dari jumlah ini 1 orang sahaja sambung di luar negara.\n\u2013 Bagi master secara berkumpulan 3 orang manakala Phd 1 orang bentang sharp 40 minit 5 slides termasuk memperkenalkan diri. Ada 5 bilik temuduga.\n\nSumber: Facebook Faizal Nasir\nSemakan Keputusan Permohonan & Temuduga\nKeputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia biasanya boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my sekitar bulan Jun nanti.\nInfo terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.\nMaklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2023\nMaklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2023, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:\nCawangan PenawaranBahagian Biasiswa dan PembiayaanKementerian Pendidikan MalaysiaAras 1, Blok 2251,Jalan Usahawan 1,63000 CyberjayaSELANGORE-mel : [email\u00a0protected]Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :E-mel: [email\u00a0protected]\nTelefon: 03-8321 7151 / 7154 / 7144 / 7159 / 7136\nAtau layari https://www.moe.gov.my/\nSelamat berjaya!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-rahmah-pizza-hut/", "title": "Menu Rahmah Pizza Hut RM5 \u2013 Senarai Set & Cara Order", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2023.\nDalam pelancaran tersebut, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.\nBerikut dikongsikan senarai set Menu Rahmah yang ditawarkan oleh Pizza Hut Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nMenu Rahmah Pizza Hut Malaysia\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan\nInisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023. \n\n\n\n\n\n\nMenu RAHMAH adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah. \nMenu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. \nInisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.\n\nMenu Rahmah Pizza Hut Malaysia\nMenu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. \nHidangan tersebut boleh didapatkan dari semua rangkaian Pizza Hut seluruh negara kecuali RSA Pagoh dan Genting Highlands pada ketetapan waktu berikut:\n\nHari : Isnin \u2013 Jumaat\nWaktu : 2.00pm \u2013 5.00 pm\n\nSebagai alternatif, pelanggan juga membuat pesanan bagi promosi ini antara pukul 2 petang \u2013 5 petang (Isnin-Jumaat) melalui website rasmi\u00a0Pizza Hut di pautan https://www.pizzahut.com.my/\u00a0dan aplikasi Pizza Hut untuk self-pickup di cawangan Pizza Hut\u00a0berdekatan dengan anda!\u00a0\n\nMaklumat Lanjut\nKPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my. \nKPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat. \nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada [email\u00a0protected].\nBaca juga: \n\nMenu Rahmah KFC Malaysia \u2013 Senarai Set, Cara Order & Harga\nMenu Rahmah McD: Set Bubur, Burger, Minuman McDonald\u2019s RM5\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pandapro/", "title": "Cara Daftar Pandapro & Dapatkan Pelbagai Baucer Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Baucer Foodpanda Percuma RM 50 Untuk Pengguna Pandapro ~ Khas buat pengguna setia Foodpanda, kini anda berpeluang untuk dapatkan baucer Foodpanda percuma bernilai RM 50. Tawaran ini terbuka sehingga 30 Jun 2022 untuk 4 juta pengguna pertama sahaja.\nUntuk nikmati tawaran baucer Foodpanda percuma ini, anda hanya perlu jadi pelanggan Pandapro. \nTak hanya baucer RM 50, malah banyak lagi promosi menarik lain menanti anda seperti langganan percuma dua bulan dan pelbagai diskaun ekslusif.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PandaPro?\n\n \nHarga Langganan PandaPro\n\n \nCara Melanggan Sebagai Pengguna PandaPro\n\n \nManfaat Langganan Pandapro\n\n \nCara Tebus Baucer Foodpanda Percuma Bernilai RM 50\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah PandaPro?\nPandapro ialah program langganan yang membolehkan anda menerima tawaran dan faedah eksklusif untuk makanan dan barangan runcit.\nSelepas langganan, semua faedah anda akan digunakan secara automatik untuk anda semasa pembayaran.\n\n\n\n\n\n\nAnda juga boleh menyemak baki faedah anda pada bila-bila masa. Hanya pergi ke akaun anda dan klik \u201cManage Subscription\u201d.\nHarga Langganan PandaPro\nFoodPanda kini menawarkan langganan PandaPro serendah RM4.90\u00a0sebulan untuk setahun, RM6.90 sebulan untuk 6 bulan dan RM8.90 sebulan. \nIni adalah tawaran harga yang lebih rendah\u00a0berbanding RM14.90\u00a0yang ditawarkan sebelum ini.\nCara Melanggan Sebagai Pengguna PandaPro\nUntuk menjadi pengguna Pro, anda hanya perlu melakukan langkah berikut:\nLog masuk ke aplikasi Foodpanda seperti biasa Pergi ke bahagian \u2018Settings\u2019 di bahagian atas kiri pada paparan utamaKlik pada menu \u2018Become a pandapro\u2019 untuk melihat pelan langganan yang anda inginkan\nManfaat Langganan Pandapro\nDengan caj langganan serendah RM 5 sebulan, anda berpeluang untuk nikmati pelbagai tawaran diskaun dan promosi menarik daripada Foodpanda termasuk :\n2x penghantaran percuma untuk pembelian bernilai RM 25 ke atas.Ganjaran diskaun 25% tanpa had untuk pesanan dari 45,000 restoran.\u00a0Tawaran baucer eksklusif Pandamart\u00a0Tawaran diskaun 25% tanpa had untuk dine-in.\u00a0Potongan diskaun 5% tanpa had untuk pesanan Pick-Up\nTawaran ini tertakluk pada\u00a0Terma & Syarat\n\n\nJadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan ganjaran yang cukup lumayan daripada Foodpanda ni. \nBukan saja anda bakal peroleh baucer RM 50, malah anda juga dapat nikmati pelbagai ganjaran seperti penghantaran percuma dan diskaun tanpa had.\nCara Tebus Baucer Foodpanda Percuma Bernilai RM 50\nMuat turun aplikasi Foodpanda di telefon andaPergi ke halaman utama dan tekan tiga garisan melintang di bahagian sakit jiwa.Seterusnya, pergi ke bahagian \u2018Become a pandapro\u2019 dan pilih pelan yang anda ingin langgan.Lengkapkan pembayaran pelan yang anda pilih.\u00a0Selepas pembayaran selesai, anda akan terima rebat langganan percuma selama 2 bulan dan baucer percuma bernilai RM 50. Anda boleh semak di bahagian \u201cVoucher\u201d selepas beberapa hari.\nTawaran ini terbuka pada waktu terhad saja. Jadi, jom dapatkannya sementara stok masih ada!\nBaca juga: Foodpanda Voucher 2022 & Promo Code\nBagaimana cara membatalkan langganan? Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dan pembatalan akan berkuat kuasa pada tarikh pembaharuan seterusnya. Untuk membatalkan langganan anda, pergi ke akaun anda di bawah \u201cMy Subscription\u201d dan klik pada \u201cI would like to unsubscribe\u201d. Sebaik sahaja anda membatalkan langganan anda, anda akan terus menerima faedah anda sehingga tamat tarikh pembaharuan anda yang seterusnya. Bilakah saya akan dicaj untuk langganan PandaPro? Anda akan dicaj untuk bulan pertama anda sebaik sahaja anda memilih pelan dan memberikan maklumat pembayaran anda. Untuk bulan atau tempoh berikutnya (bergantung pada pelan yang anda pilih), pelan anda akan diperbaharui secara automatik pada tarikh yang sama dengan pendaftaran awal anda, sehingga dibatalkan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut berhubung pendaftaran dan langganan PandaPro, sila rujuk:\nhttps://www.foodpanda.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-mrsm/", "title": "Semakan Keputusan Kemasukan MRSM Sesi 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2023 / 2023 & Tarikh Pendaftaran\nTERKINI: Keputusan kemasukan MRSM diketahui 7 Mac 2023\nTimbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8.00 malam, 7 Mac 2023.\nAhmad Zahid berkata, pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM dengan pendaftaran baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac ini.\n\u201cMARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.\n\u201cMARA tahun ini, menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar,\u201d katanya.\nPemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA mulai 7 Mac 2023.\nPemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.\nPermohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini.\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian kemasukan ke MRSM (UKKM).\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Ujian UKKM\n\n \nSemakan UKKM MRSM Sesi 2023\n\n \nTERKINI: Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2023 / 2024\n\n \nCara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2023 / 2024\n\n \nTarikh Pendaftaran\n\n \nSoalan Lazim Kemasukan MRSM 2023\n\n \nTarikh Pendaftaran MRSM Sesi 2022 / 2023\n\n \nSoalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Ujian UKKM\nSemakan Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal bagi Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023 boleh dibuat pada November 2022 hingga Februari 2023.\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.\nBerikut dikongsikan pautan semakan online dan cara untuk membuat semakan kemasukan MRSM atas talian.\nSemakan UKKM MRSM Sesi 2023\nSelain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.\n\nCara membuat semakan keputusan MRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah dengan langkah berikut:\n\nLayari portal rasmi Mara di\u00a0www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah\n\nSemakan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4\nhttps://www.mara.gov.my/semakan-ukkm-tingkatan-1-4-2022/\n\n\nLog masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.\nKeputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.\n\n\nTERKINI: Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2023 / 2024\nSemakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini boleh disemak mulai 7 Mac 2023, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\nTimbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8.00 malam.\n\nPemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi portal Mara.\n\nCalon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.\nPemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.myselain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.\nPermohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini.\nCara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2023 / 2024\nSila layari laman web Mara untuk semakan.\nLink semakan:\nTINGKATAN 1\nhttps://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1 (Pautan dibuka pada jam 8.00 malam, 7 Mac 2023)\nTINGKATAN 4\nhttps://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4 (Pautan dibuka pada jam 8.00 malam, 7 Mac 2023)\nATAU \nSEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023\nSekiranya tuan/ puan ingin merujuk keputusan kemasukan ke MRSM, tuan/puan boleh juga masuk melalui pautan di bawah secara terus:\nSemakan kemasukan tingkatan 1 :\nhttps://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/frmLoginSemakanF1.aspx\nSemakan kemasukan tingkatan 4 :\nhttps://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/frmLoginSemakanF4.aspx\nTerus ke Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my\n\nBaca juga: \n\nRanking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik Malaysia SPM 2021\nPermohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2023 / 2024\n\nTarikh Pendaftaran\nPendaftaran bagi pelajar baharu MRSM ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac 2023.\nSoalan Lazim Kemasukan MRSM 2023\nBerikut dikongsikan info lanjut mengenai kemasukan MRSM 2023:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Pendaftaran MRSM Sesi 2022 / 2023\nTarikh pendaftaran pelajar ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2022 / 2023 yang lalu adalah pada 11 April 2022.\nTarikh pendaftaran pelajar bagi tawaran kedua akan dimaklumkan dalam surat tawaran.\nManakala tarikh pendaftaran bagi sesi 2023 / 2024 masih belum diwar-warkan.\nMRSM menawarkan enam program iaitu \n\nMRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)\nMRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)\nMRSM Ulul Albab\nMRSM Program Khas Pendidikan (PKP)\nMRSM Premier \nMRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).\n\nSoalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023\nSila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023 di bawah:\nBagaimana cara untuk membuat semakan tawaran? Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil? Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Deklarasi Covid-19, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.4. Membuat bayaran yuran pendaftaran. Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM? Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan. Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM? Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email\u00a0protected] \nFollow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:\n\nPortal rasmi MARA : www.mara.gov.my\nTelefon : 03-2613 2000\nFacebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT\n\nSebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email\u00a0protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-pinjaman-perumahan-inovatif-pr1ma/", "title": "Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjalin kerjasama dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA selari dengan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan \u201c1 Keluarga 1 Rumah\u201d dan hala tuju Keluarga Malaysia.\nSelaras dengan Kempen Pemilikan Rumah, \u2018Home Ownership Programme\u2019 (HOPE) oleh KPKT Malaysia, kempen ini dilihat mampu memberikan sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan pembiayaan.\nBuat permulaan, Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA ditawarkan kepada pembeli Residensi Larkin Indah sebelum diperluaskan ke projek-projek PR1MA yang lain di seluruh negara.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang skim ini dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA ?\n\n \nKriteria Kelayakan SJKP\n\n \nTempoh Pembayaran Pembiayaan SJKP\n\n \nTerma & Syarat Pembiayaan\n\n \nHarga Rumah PR1MA\n\n \nProjek Terkini Rumah PRIMA\n\n \nCara Permohonan Skim Pinjaman Inovatif PR1MA\n\n \nMaklumat Lanjut Skim Pinjaman Inovatif PR1MA\n\n \nInstitusi Yang Menyertai SJKP\n\n\nApakah Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA ?\nInisiatif antara SJKP dan PR1MA ini merupakan satu usaha yang mesra pembeli, di mana ia dapat membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai Keluarga Malaysia khususnya golongan muda dan berpendapatan pertengahan untuk memiliki rumah PR1MA tanpa bimbang tentang pembiayaan perumahan.\nTahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).\n\n\n\n\n\n\nDalam Bajet 2022, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap.\n\nKriteria Kelayakan SJKP\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atasBerpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.\n\nTempoh Pembayaran Pembiayaan SJKP\nPihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. \nTetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.\nTerma & Syarat Pembiayaan\nJumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahajaTempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahuluKadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjamanMRTA / MRTT : WajibLain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan\nBaca juga: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan\n\nHarga Rumah PR1MA \nKediaman PRIMA ini dipasarkan dengan harga di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, secara purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran. \nDengan tawaran lingkungan harga ini, PR1MA berharap golongan pertengahan di Malaysia mampu memiliki kediaman impian masing-masing tanpa bebanan yang berlebihan\nProjek Terkini Rumah PRIMA\nSenarai Projek Terkini Rumah PRIMA seluruh negara boleh disemak di laman web berikut:\nhttps://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/hms/homes/bm\nCara Permohonan Skim Pinjaman Inovatif PR1MA\nPemilihan pemilik rumah yang berjaya dan peruntukan unit rumah PRIMA akan dilakukan melalui proses pengundian terbuka untuk pembangunan yang baru dilancarkan.\nUntuk permohonan, sila rujuk pautan di bawah:\nhttps://www.pr1ma.my/elh/eligibility-homes/bm#sectionstep\n*Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah SJKP ini adalah seperti berikut:\nMengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beliDapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.\n\nMaklumat Lanjut Skim Pinjaman Inovatif PR1MA\n03-7628 9898[email\u00a0protected]Waktu Operasi: Isnin \u2013 Ahad (9am \u2013 6pm)(*Kecuali Cuti Umum Selangor)https://www.pr1ma.my/https://www.sjkp.com.my/soalan-lazim\nInstitusi Yang Menyertai SJKP\nTerdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menyertai skim jaminan ini.\nAnda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:\nAffin BankAffin Islamic BankAgro BankAlliance BankAlliance Islamic BankBank IslamBank MuamalatBSNBank RakyatHong Leong BankHong Leong Islamic BankMaybankMaybank Islamic\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/\nSyarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)\nTingkat 12, Bangunan Setia 1,15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,50490 Kuala Lumpur.\nTel: 03-2096 5000Faks: 03-2096 5090E-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dpli-um-2022/", "title": "DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram DPLI UM mungkin jawapan yang anda cari terutamanya sekiranya anda merupakan seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dari bidang yang bukan berkaitan dengan pendidikan dan bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar.\nProgram Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Malaya ini satu ketika dahulu pernah dihentikan pengambilannya buat beberapa tahun akibat terlalu banyak lambakan bakal guru di pasaran.\nAkibatnya, ramai individu yang sudah menamatkan pengajian tidak mendapat tempat tempat atau mengambil terlalu lama masa untuk mendapat tempat mengajar. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Program DPLI UM\n\n \nPerbezaan DSPI vs PISMP\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara memohon DPLI UM 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Program DPLI UM\n\nSatu ketika dahulu, bakal guru atau tenaga pengajar pastinya begitu familiar dengan kursus perguruan\u00a0KPLI dan DPLI.\nKPLI merujuk kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, manakala DPLI ialah Diploma Perguruan Lepasan Ijazah dimana kedua program ini dahulunya dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG). \n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, kedua program ini sudahpun dimansuhka oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia satu ketika dahulu. \nKemudian, muncul program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang meupakan satu program yang ditawarkan kepada calon yang ingin menjadi guru bagi lepasan siswazah yang memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda.\nPerbezaan DSPI vs PISMP\nTerdapat satu lagi program dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) namun PISMP adalah program berbeza yang dikhususkan kepada pelajar\u00a0lepasan SPM\u00a0yang ingin menjadi guru.\nUntuk rekod, program DSPI pernah dihentikan buat seketika selama beberapa tahun disebabkan terdapat lambakan graduan program ini di pasaran. \nSyarat kelayakan\nCalon-calon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:\n1) Syarat Minimum Kemasukan:\nIjazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); ATAUIjazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DANSekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; ATAULulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; ATAUKelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; ATAUMempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.\nDAN\nLulus Ujian\u00a0Malaysian Educators Selection Inventory\u00a0(MEdSI)\u00a0atau ujian psikometrik\u00a0lain yang diperakukan oleh\u00a0Fakulti Pendidikan dan\u00a0temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic)\u00a0dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL\u00a0(Test of English as a Foreign Language)\u00a0dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris\u00a0lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.\n(2)\u00a0Syarat Tambahan Pelajar Antarabangsa:\nCalon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.Memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.\n(3) Pelajar OKU:\nUntuk calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.\nTarikh Permohonan\nTarikh memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022) kini dibuka sehingga 15 April 2022.\nCara memohon DPLI UM 2022\nBagi calon yang berminat, anda boleh melayari laman web rasmi DPLI UM di pautan berikut :\nhttps://education.um.edu.my/news/tawaran-kemasukan-ke-program-diploma\nATAU terus dapatkan maklumat melalui \nIKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN AMBILAN 2021/2022 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2022)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:\nUrusetiaProgram Diploma Pascasiswazah PendidikanFakulti PendidikanUniversiti Malaya\nEmel \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 : [email\u00a0protected]Telefon\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 : 03 \u2013 7967 5103 (Puan Eita)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/proton-x70-2022/", "title": "Proton X70 2022 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPada hari ini, 9 Jun 2022, PROTON telah melancarkan PROTON X70 2022 dengan pilihan enjin baharu dan ciri-ciri yang diperbaharui.\nSUV Segmen C paling laris di Malaysia ini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi yang dilengkapi dengan pengecas turbo, sebagai alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi serta menawarkan peningkatan prestasi dalam penggunaan bahan api untuk pembeli SUV.\nApa yang baru? Rupa luar dalam ada pembaharuan sikit, paling penting ada pilihan enjin baru 1.5 TGDI. Ya betul, enjin 1.5 turbo 3-silinder yang sama dengan X50.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang X70 2022 untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCiri Baru Proton X70 2022\n\n \nRekabentuk\n\n \nHarga Terkini Proton X70 2022\n\n \nPilihan Warna\n\n \nMaklumat Lanjut & Tempahan\n\n\nCiri Baru Proton X70 2022\nDikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan melibatkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan. \nEnjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai.\n\n\n\n\n\n\nDengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu kontemporari, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm. Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7% dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar.\u00a0\nIa menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan untuk memiliki sebuah SUV yang bukan sahaja menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan.\nLebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, PROTON mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli. \n\n\nRekabentuk\nSelain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbaharui. \nIni juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu. \nUntuk keselesaan dan ketenangan fikiran, Proton X70 2022 didatangkan dengan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) \u2013 gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara, berfungsi dua kali lebih cekap untuk meningkatkan kualiti udara dalam kabin.\n\n\nProton X70 2022 menawarkan pelbagai ciri pintar dan hubungan yang menjadikan pemanduan lebih selesa dan lebih selamat. \nDengan Perintah Suara, menyebut \u201cHi PROTON\u201d membolehkan pemandu mengendalikan tingkap dan penghawa dingin, atau boleh juga mengakses navigasi dalam talian. \n\n\nSelain itu, PROTON Link memantau status kenderaan dan membenarkan kawalan jauh bagi fungsi tertentu. \nUntuk penambahan keseronokan dan kemudahan tambahan, sembilan pembesar suara dengan penguat kuasa dan subwufer meningkatkan pengalaman muzik manakala enam port USB menyediakan penyelesaikan pengecasan yang mencukupi.\n\nKeselamatan turut diutamakan dalam Proton X70 2022, yang dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, disokong oleh senarai komprehensif ciri keselamatan seperti enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk tempat letak kereta tanpa kerumitan.\nHarga Terkini Proton X70 2022\nHarga atas jalan tanpa insuran* adalah seperti berikut:\nVarianSemenanjung MalaysiaMalaysia Timur (Sabah / Sarawak)1.5 TGDi Standard 2WDRM93,900RM95,9001.5 TGDi Executive 2WDRM105,500RM107,5001.5 TGDi Executive AWDRM111,300RM113,3001.5 TGDi Premium 2WDRM117,900RM119,9001.8 TGDi Premium 2WDRM121,800RM123,800\n*Sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian Cukai Jualan.\n\nPilihan Warna\nPilihan warna luaran untuk Proton X70 2022 adalah \nSnow WhiteArmour SilverJet GreyRuby RedCinnamon Brown Space Grey\n*ditawarkan mengikut varian yang dipilih.\n\n\n\nBaca juga: \nHarga Proton Saga Baru 2022 (Model Auto & Manual)Harga Kereta Perodua Axia Auto & Manual Model Terkini (2022)\nMaklumat Lanjut & Tempahan\nBaca selanjutnya pada pautan di laman web rasmi PROTON.\nProton X70 2022 kini boleh didapati untuk tempahan dalam talian di\u00a0https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx70\u00a0dan di bilik pameran PROTON yang sah.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/omicron-xe/", "title": "10 Fakta Yang Diketahui Tentang Omicron XE Setakat Ini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMUTASI BAHARU COVID-19, VARIAN OMICRON XE\nSeperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyelidik telah mengesan satu mutasi baharu Covid-19 varian Omicron dinamakan XE.\n\n\n\n\n\n\nRekombinan 2 varian Omicron BA.1 dan BA.2 ini menunjukkan tanda awal ia lebih mudah ditularkan daripada varian induk Omicron.\nSouth China Morning Post melaporkan, pada 22 Mac lalu, pihak Agensi Keselamatan Kesihatan (HSA) United Kingdom, telah mengenal pasti 637 kes membabitkan varian Omicron XE di Britain, yang menular di seluruh England dan meningkat bilangannya, sekali gus menunjukkan penyebaran dalam komuniti.\n10 Fakta Yang Diketahui Tentang Omicron XE Setakat Ini\nBerikut dikongsikan 10 fakta tentang Omicron_XE:\nOmicron XE ialah rekombinan dua subgarisan varian Omicron, BA.1 dan BA.2, tetapi ia mempunyai tiga mutasi yang tidak terdapat dalam jujukan induknya.Varian ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari 2022Varian ini adalah 10% lebih mudah berjangkit berbanding BA.2Prof Susan Hopkins berkata, varian XE sudah menunjukkan kadar pertumbuhan berubah-ubah, tetapi saintis belum dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kelebihan pertumbuhan sebenar.Omicron_XE bukanlah satu-satunya varian rekombinan yang telah dikesan setakat ini, dengan varian rekombinan seperti \u201cDeltacron\u201d ( gabungan varian Omicron dan Delta ) yang telah ditemui sebelumnya.Sehingga terdapat ciri-ciri penting seperti kesan terhadap pesakit dan jangkitan dapat dikenalpasti dalam mutasi XE, ia akan terus diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Omicron.Thailand telah mengesahkan kes pertama Omicron XE pada 4 April 2022.Menurut Pakar Epidemiologi Perubatan Universiti Putra Malaysia, Malina Osman, varian Omicron semasa tiba di Malaysia dalam tempoh sebulan atau dua walaupun ketika sempadan negara ditutup.Setakat ini tiada tanda bahawa varian Omicron XE menyebabkan jangkitan teruk seperti varian Delta, tetapi pakar berpendapat bahawa risiko adalah tinggi bagi mereka yang masih belum divaksinasi atau tiada jangkitan sebelumnya.Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa tiada kes yang dikesan di Malaysia setakat ini. (Sidang Media 5 April 2022)\nSumber rujukan: WHO, The Straits Times, Astro Awani\nBaca juga: \nSimptom Omicron & Garis Masa Jangkitan Covid-19 Yang Anda Perlu TahuSOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mystep/", "title": "MySTEP 2023: Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nInisiatif \u2018Malaysia Short-term Employment Programme\u2019 atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan menawarkan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).\nTempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.\nBerikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang diteruskan bagi tahun 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MySTEP?\n\n \nTempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP\n\n \nKadar Upah / Bayaran\n\n \nPenempatan MySTEP\n\n \nKemudahan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan MySTEP 2023\n\n \nGaris Panduan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MySTEP?\nMalaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik. \nInisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.\nSecara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan. \n\n\n\n\n\n\nBagi tahun 2022 pula, MySTEP mensasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.\nMelihat kepada kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya, inisiatif ini diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023. \nPada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.\nKerajaan berharap menerusi kesinambungan kepada inisiatif ini akan terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.\nTempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP\n\nMinimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan\nTempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)\n\nBaca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan\nKadar Upah / Bayaran \nPenetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.\nJenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Sektor Awam (RM)GLC / GLIC / rakan strategikSaranan Kadar Minimum*(RM)Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas2,1002,100Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500\n*Nota: Kadar yang disarankan bergantung dan tertakluk kepada setiap program penempatan GLC / GLIC dan Rakan Strategik.\nBayaran upah\u00a0perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.\nPenempatan MySTEP\n\nTerdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:\n\nPenempatan di Sektor Awam\nPenempatan di GLC dan rakan strategik\n\n\nPenempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.\nPersonel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.\nBagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.\nKuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik\n\n\nKemudahan\nKemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:\nJenis KemudahanSektor AwamGLC / Rakan StrategikCuti Rehat12 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masingCuti Sakit14 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masingPerlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan\nBaca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:\nSektor AwamGLC / Rakan StrategikWarganegara Malaysia18 tahun ke atasLepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atasBagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masingBagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing\nCara Permohonan MySTEP 2023\nPermohonan adalah melalui\u00a0Portal Rasmi MySTEP atau terus isikan borang permohonan digital melalui pautan https://mystep.mof.gov.my/form\nPermohonan juga boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:\n\nKhazanah\u200b\nPermodalan Nasional Berhad (PNB)\u200b\nPetroliam Nasional Berhad (PETRONAS)\u200b\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund\n\nIklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.\nGaris Panduan \nGaris Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP Di Bawah Inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme Tahun 2023.\nLampiran-B_GARIS-PANDUAN-MYSTEP-2023Download\nGaris Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tadbir urus perolehan perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2023 (\u201cGaris Panduan\u201d)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal MyStep di pautan berikut: https://mystep.mof.gov.my/info\nE-mel: [email\u00a0protected]\nTelefon : 03-8882 4666\n"]} {"url": "https://ecentral.my/amalan-sunat-hari-jumaat/", "title": "Amalan Sunat Hari Jumaat \u2013 Infografik JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKita digalakkan mengimarahkan Hari Jumaat dengan mengamalkan beberapa amalan sunat hari Jumaat.\nHari Jumaat adalah hari Eid (hari kebesaran) dan dikenali juga sebagai Saiyyidul Ayyam iaitu penghulu bagi segala hari yang berulang setiap minggu.\nPada hari Jumaat juga, kita diwajibkan untuk menunaikan Solat Jumaat seperti Firman Allah SWT dalam Al-Quran:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],\u201d \n(Surah Al-Jumu\u2019ah: 9)\nKita sebagai orang Muslim digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat sempena hari Jumaat.\nBaca lagi: Solat Jumaat: Niat, Syarat Wajib, Syarat Sah & Panduan Ringkas\n\nAmalan Sunat Hari Jumaat \u2013 Panduan JAKIM\n1. Perbanyakkan selawat\nKita digalakkan berselawat setiap hari dan setiap masa.\n\n\n\n\n\n\nNamun, terdapat satu hadis yang menyatakan terdapat kelebihan khusus berselawat pada Hari Jumaat.\n\nMaksudnya: \u201cPerbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).\u201d\n\u00a0[Riwayat al-Baihaqi (5995)]\nSumber: MuftiWP\n2. Perbanyakkan Doa & Zikir\nTerdapat sebuah hadis yang menyatakan mengenai waktu Mustajab untuk berdoa:\n\n\u201cPada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu\u201d.\n[Riwayat al-Bukhari (6400)]\nMelihat kepada hadith di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.\nWalau bagaimanapun, para Ulama berbeza pendapat mengenai waktu yang dimaksudkan dalam Hadis di atas.\nUntuk perbahasa panjang lebar mengenai perkara ini, boleh baca lebih lanjut di laman web rasmi MuftiWP.\n3. Memakai wangian\nDisunnahkan berwangian sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi SAW. \nBahkan Abu Hurairah RA mewajibkan berwangian pada hari jumaat. (Syarh Az-Zarqani \u2018Ala Muwatto\u2019 Imam Malek).\n4. Bersiwak / bersugi\nBersiwak atau bersugi merupakan amalan sunat Hari Jumaat yang jarang dilihat diamalkan oleh masyarakat kita.\nBersugi atau miswaak atau siwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi menggunaka kayu siwak.\n\nDaripada Ibn As-Sabaq RA (menceritakan), bahawa pada suatu hari jumaat Rasulullah SAW bersabda: \u201cWahai kaum muslimin! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan hari ini sebagai hari Eid (hari kebesaran), maka hendaklah kamu sekalian mandi. Barangsiapa memiliki wangian, maka tidaklah mengapa jika kamu berwangian dengannya dan hendaklah kamu bersiwak.\u201d \n(Hadith riwayat Imam Malik dalam Al-Muwatto\u2019, No: 148, Ibn Abi Syaibah, No:4943, Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Matolib Al-\u2018Aliyah, No:734, Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra, No:5571).\n5. Membaca Surah Al-Kahfi\nMembaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.\n\n\u201cSesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.\u201d\u00a0\n(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)\n6. Mandi sunat\nSunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.\n\n\u201cTidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.\u201d \n(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)\n7. Hadir Awal ke Masjid\nKita digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf hadapan untuk solat berjemaah.\nApabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat Hari Jumaat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.\n\n\u201cSebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.\u201d\u00a0\n(Hadis Riwayat Muslim)\nArtikel berkaitan: Senarai Koleksi Khutbah Jumaat Oleh JAKIM\n\n8. Memotong Kuku\nTiada hadis khusus yang menyatakan galakan memotong kuku pada Hari Jumaat sebagai amalan sunat Hari Jumaat.\nWalaupun begitu, terdapat beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi\u2019in yang menunjukkan mereka memiliki kebiasaan memotong kuku pada hari Jumaat. Antaranya:\n\nIbnu Umar R.Anhuma biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Lihat\u00a0al-Sunan Al-Kubra\u00a0oleh al-Baihaqi, 3/244)\nDaripada Ibrahim bahawa beliau menceritakan, \u201cOrang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.\u201d (Lihat\u00a0al-Musannaf\u00a0oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)\nMuhammad bin Ibrahim al-Taimi (salah seorang tabi\u2019in) berkata, \u201cSesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.\u201d (Lihat\u00a0al-Musannaf\u00a0oleh Abd al-Razzaq, 3/197)\n\nBerdasarkan riwayat-riwayat di atas, para ulama fiqh dari kalangan Syafi\u2019iyyah dan Hanabilah, menyebut galakan dan anjuran memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam Nawawi berkata: \u201cAl-Syafi\u2019e dan ashabnya dengan tegas (secara nas) menyebut anjuran memotong kuku pada hari Jumaat.\u201d (Lihat\u00a0al-Majmu\u2019, 1/340)\n\nSumber: MuftiWP\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sistem-kerja-4-hari-seminggu-jpa/", "title": "JPA Tubuh Pasukan Kaji Sistem Kerja 4 Hari Seminggu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem kerja 4 hari seminggu di Malaysia.\nKetua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato\u2019 Sri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian itu antara lain akan melihat bidang mana dalam perkhidmatan awam yang bersesuaian untuk pelaksanaan tempoh masa kerja berkenaan serta jumlah waktu bekerja dalam sehari.\nKatanya, kajian akan turut melihat aspek pulangan pelaburan, sama ada tempoh waktu bekerja itu relevan untuk dilaksanakan atau tidak.\n\u201cKita sedang buat kajian dan perlu melihat jumlah waktu bekerja, kalau dulu kerja Sabtu, sekarang bagi cuti. Seperti di Eropah, dulu ada dilaksanakan, namun tengok bidang. Ada tuntutan pelbagai pihak untuk kerajaan kaji semula dan kita menubuhkan pasukan bagi tujuan itu.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita ada kadar kerja yang perlu dilihat dan kadar pulangan pelaburan. Tempoh kajian sekejap sahaja, kita minta bahagian dasar turut melihat perkara ini sebelum kenyataan dikeluarkan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak,\u201d katanya.\n\nBercakap kepada pemberita selepas melancarkan Modul Integriti Penguatkuasa (MIP) anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini, beliau berkata, waktu kerja 4 hari seminggu antara lain memerlukan pekerja pengganti kerana mereka tertakluk kepada jumlah maksimum dan minimum bekerja.\nBagaimanapun, Mohd Shafiq menjelaskan, perubahan tempoh waktu bekerja dalam seminggu tidak memerlukan sebarang pindaan akta sedia ada, namun ia harus berpandukan kepada garis panduan.\nBeliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah IIM, berkata kerajaan sentiasa ingin memudahkan bidang tugas perkhidmatan awam, namun mereka masih tertakluk kepada keperluan memberi maklum balas terhadap rakyat berdasarkan keanjalan masa bekerja yang diamalkan selama ini.\n\u201cHospital dan klinik, (kakitangan) kena kerja, tak boleh tutup awal kerana di Malaysia, kesihatan adalah di bawah perkhidmatan awam, ada di negara luar, ia (kesihatan) tidak masuk (perkhidmatan awam). Begitu juga dalam aspek pendidikan, kita tidak boleh juga buka sekolah terlalu awal, jam 6 pagi contohnya.\n\u201cJadi semua itu perlu dikaji dan kita perbaiki keadaan tertentu seperti pelaksanaan sistem bekerja dari rumah ketika pandemik COVID-19 sebelum ini,\u201d katanya.\nBaca juga: \nAturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) Mulai 1 September 2022Perintah Gaji Minimum \u2013 Warta Kerajaan Persekutuan (Mulai 1 Mei 2022)\nPada 21 Jun lalu, media melaporkan sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu. \nIa hasil tinjauan oleh Qualtrics, syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian.\nMenurut Qualtrics, pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari seminggu dengan dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu ialah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan serta memastikan pekerja berjaya dalam persekitaran fizikal dan jauh.\nKetika ini, Seksyen 60A Akta Kerja 1955 memperuntukkan majikan tidak boleh memaksa pekerja bekerja lebih 12 jam sehari, termasuk kerja lebih masa atau melebihi 10 jam secara berterusan, serta tidak melebihi 48 jam seminggu (dikurangkan kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan).\nBagi penjawat awam, Perintah Am Bab G 1974 memperuntukkan waktu bekerja penuh adalah dari 8 pagi hingga 4 petang (tidak termasuk satu jam 15 minit rehat) dan tidak boleh melebihi 12 jam sehari, manakala perubahan waktu bekerja perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.\nAntara negara yang sudah mula melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu adalah Belgium, Iceland, Scotland, Sepanyol, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).\nSumber : Berita Harian Via Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-persekolahan-bap/", "title": "Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI : Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023\nPerdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu akan disalurkan mulai Januari 2023.\nBeliau mencadangkan perkara itu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.\nBagi mengatasi isu generasi tercicir ekoran pandemik COVID-19, beliau berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.\nKatanya, adalah penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan secara umum.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nSyarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)\n\n \nKaedah Penyaluran Bayaran\n\n \nTarikh Penyaluran BAP 2023\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nBorang Bantuan Awal Persekolahan\n\n\nApakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?\nBantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.\u00a0 \nSebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.\nDalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.\n\nKadar Bantuan\nMurid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).\nSyarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)\nPemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:\na) Murid warganegara Malaysia:\n\n\n\n\n\n\nb) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan\nc) Murid bersekolah di :\ni. Sekolah Kerajaan (SK)ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)iii. Sekolah Agamaiv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaanv. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasihvi. Sekolah Integritiv. Sekolah Henry Gurney\nKaedah Penyaluran Bayaran\n\nBantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;\n\nAkaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU\nAkaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK\n\n\nPengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:\n\nTunai; atau\nDisalurkan terus ke akaun bank murid\n\n\n\nTarikh Penyaluran BAP 2023\n Mulai 12 Januari 2023 \nSoalan Lazim\nBerikut adalah soalan lazim berkenaan Bantuan Awal Persekolahan 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Disember 2022.\n\n\nSumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia\nSOALAN 1\nSiapakah murid yang layak menerima BAP 2023?\nBantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut:\na) Murid warganegara Malaysia:\nb) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan\nc) Murid bersekolah di :\ni. Sekolah Kerajaan (SK)ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)iii. Sekolah Agamaiv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaanv. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasihvi. Sekolah Integritiv. Sekolah Henry Gurney\nSOALAN 2\nBagaimanakah cara BAP sisalurkan keapda semua murid?\nPeruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.\nSOALAN 3\nBilakah bayaran BAP akan mula diberikan kepada murid?\nPeruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.\nSOALAN 4\nAdakah murid yang layak perlu mengisi apa-apa dokumen sebelum menerima BAP?\nMurid tidak perlu mengisi apa-apa dokumen.\nSOALAN 5\nAdakah murid yang baru mendaftar masuk ke sekolah pada sesi persekolahan bulan Mac 2023 layak menerima BAP?\nLayak sekiranya memenuhi kriteria-kriteria di Soalan 1.\nSOALAN 6\nAdakah KPM menyediakan talian hotline khusus untuk memberikan penjelasan berkaitan BAP?\nTiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.\nSPK_BAP_BIL._20_TAHUN_2020Download\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:\nhttps://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap\nSila rujuk rangkuman terkini Belanjawan 2023 melalui\u00a0artikel Bajet 2023 : Senarai Bantuan Belanjawan Yang Diumumkan Untuk Rakyat.\nBorang Bantuan Awal Persekolahan \nPihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.\nBagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).\nSelain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:\nBORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)\nBorang-PB1-BORANG-BAPDownload\n\nBORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)\nBAP-BORANG-PB2-BORANG-PENGESAHAN-PENDAPATANDownload\nOleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.\nNOTA:\nPendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.\nIbu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.\n\nBorang PB1 : ( Borang permohonan) \nBorang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)\n\nBORANG PB 1\n\n\nBORANG PB 2\n\nBagi mengemaskini maklumat anak-anak yang bersekolah secara dalam talian, sila rujuk APDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Maklumat Murid (SPS KPM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/logo-kkm-motto/", "title": "Logo & Motto KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai yang pernah melihat gambar di atas namun tidak ramai tahu gambar di atas adalah logo rasmi KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).\nLogo yang memaparkan tangan menyentuh hati ini semestinya menggambarkan tanggungjawab dan peranan KKM buat rakyat Malaysia.\nPada logo ini, turut dapat dilihat dengan jelas adalah motto KKM iaitu \u201cKami Sedia Membantu\u201d.\n\n\n\n\n\n\nNamun, tahukah anda apakah maksud di sebalik logo dan motto KKM ini?\nLogo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan moto \u201cKamiSedia Membantu\u201d ini jelas menggambarkan kesediaan dan keikhlasan semuaanggota KKM dalam bekerja sebagai satu pasukan untuk memberi perkhidmatansecara profesional kepada rakyat.\nLogo ini akan diguna pakai dalam semua urusan surat menyurat rasmi, portalKKM, lnstitusi, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah,Pergigian, Farmasi dan lain-lain untuk keseragaman dan menampilkan imejkorporat KKM secara keseluruhannya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud logo\n\n \nMaksud motto\n\n \nFungsi KKM\n\n\nMaksud logo\n\nLatar Belakang Putih \u2013 Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.\nHati Berwarna Merah \u2013 Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.\nTangan \u2013 Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.\nSentuhan Di Hati \u2013 Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankann tugas.\n\nArtikel berkaitan: Aplikasi MyUbat KKM: Pengambilan Ubat Melalui Temu Janji\nMaksud motto\n\u201cKami Sedia Membantu\u201d merupakan motto KKM yang dan merupakan refleksi hala tuju KKM dan motto ini dapat dilihat jelas pada semua logo KKM.\nBerikut merupakan maksud motto KKM ini:\n\nKami \u2013 Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.\nSedia \u2013 Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.\nMembantu \u2013 lkhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.\n\nFungsi KKM\n\nMeningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.[2]\nBerperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif\nMenyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.\nMengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-sumbangsih/", "title": "Piala Sumbangsih 2023 [LIVE] JDT vs Terengganu (24 Februari 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPiala Sumbangsih biasanya menjadi perlawanan pembukaan musim baru untuk Liga Super di Malaysia.\nBagi yang tidak tahu, nama lain Piala Sumbangsih adalah Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan perlawanan ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985.\nFormat terkini Piala Sumbangsih menyaksikan Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini.\nNamun, sekiranya Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia adalah pasukan yang sama, maka perlawanan Piala Sumbangsih akan menemukan Juara Liga Super dan Naib Juara Liga Super.\nItulah yang berlaku untuk tahun ini apabila Johor Darul Takzim akan bertemu Terengganu setelah JDT memenangi kedua-dua Liga Super dan Piala Malaysia bagi musim lalu.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Piala Sumbangsih\n\n \nSenarai Pemenang / Juara Sebelum Ini\n\n \nTarikh & Jadual Perlawanan Piala Sumbangsih 2023\n\n \nLIVE Streaming Piala Sumbangsih 2023\n\n\nSejarah Piala Sumbangsih \nWalau bagaimanapun, formatnya sedikit berbeza satu ketika dahulu.\nPiala ini pertama kali diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985, walaupun perlawanan diadakan pada 31 Disember 1984.\nJuara Piala Malaysia 1984 (Selangor) bertarung dengan Pahang, naib juara Piala Liga 1984 (Selangor juga juara Liga \u201984). \nSehingga musim 1992, juara Piala Malaysia (PM) akan bertemu dengan juara/naib juara Liga Malaysia. \nFormat telah ditukar pada musim 1993, dimana juara PM akan berebut Piala Sumbangsih dengan juara piala FA pula (atau naib juara FA, jika pemenang PM juga adalah juara FA).\nBermula musim Liga Malaysia 2011, format yang digunakan sehingga kini telah diperkenalkan. \nSenarai Pemenang / Juara Sebelum Ini\nBeriku merupakan senarai pemenang Piala Sumbangsih sehingga kini:\n\nSelangor \u2013 8\nJohor Darul Takzim \u2013 8\nKedah Darul Aman \u2013 3\nKuala Lmpur City \u2013 3\nSri Pahang \u2013 3\nPerak \u2013 3\nPerlis \u2013 2\nJohor Darul Takzim II \u2013 1\nKelantan \u2013 1\nNegeri Sembulan \u2013 1\nTerengganu \u2013 1\nSarawak \u2013 1\nSingapura \u2013 1\nPulau Pinang \u2013 1\nMPPJ \u2013 1\nATM \u2013 1\n\nSumber : MFL / Astro Arena\nTarikh & Jadual Perlawanan Piala Sumbangsih 2023\nPerlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2023 iaitu Piala Sumbangsih dijadualkan akan berlangsung pada 24 Februari (Jumaat) 2023, menemukan juara Liga Super , Piala Malaysia dan Piala FA musim 2022 JDT menentang naib juara Liga Super 2022 Terengganu.\nSeperti termaktub dalam undang undang Liga Malaysia , hak penganjuran Piala Sumbangsih kekal diberikan kepada juara Liga Super , dan ini bermakna JDT akan menjadi tuan rumah untuk tahun ke-9 berturut turut .\nIni merupakan kali pertama JDT & Terengganu bersemuka di pentas Piala Sumbangsih.Lawan JDT dalam edisi edisi sebelum adalah Kedah (4x),Pahang,Selangor & KL City.\n\nTarikh : 24 Februari 2023 bersamaan hari Jumaat\nMasa : 9.00 malam\nVenue Perlawanan : Stadium Sultan Ibrahim\n\n\nLIVE Streaming Piala Sumbangsih 2023\nBagi tahun 2023 ini, KKD telah mengumumkan bahawa RTM akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 merangkumi beberapa saingan termasuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.\nKesemua siaran langsung pada waktu sebenar perlawanan boleh disaksikan di saluran berikut:\n\nTV2\nSukan RTM\nTV Okey\nRTM 1\n\nIkuti siaran langsung LIVE streaming RTM :\n\nFacebook RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nLaman web penstriman langsung : https://rtmklik.rtm.gov.my\n\nAnda juga boleh tonton secara penstriman langsung di Aplikasi Rtmklik klik sahaja link dibawah:\n\nGoogle Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.rtm.mobile&hl=ms&gl=US\nApple AppStore : https://apps.apple.com/my/app/rtmklik/id777391399\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/suku-akhir-piala-dunia-2022/", "title": "Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJADUAL SIARAN LANGSUNG\u00a0FIFA World Cup\u00a0PERINGKAT SUKU AKHIR DI\u00a0RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nBanyak betul kejutan yang berlaku dalam Piala Dunia 2022 ini!\nAntaranya tentu sekali kejutan oleh pasukan Maghribi yang menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke peringkat suku akhir.\nIa merupakan kejayaan buat kali pertama dalam sejarah pasukan Afrika itu selepas perlawanan pusingan 16 terakhir berkesudahan dengan keputusan 0-0.\nMaghribi memenangi penentuan sepakan penalti 3-0 selepas tiga pemain Sepanyol iaitu Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets gagal menyempurnakan ketiga-tiga sepakan penalti mereka.\nSebelum itu, Brazil mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama untuk menewaskan Korea Selatan 4-1 dan menempah pertembungan di peringkat lapan terakhir itu bertemu Croatia yang menang menerusi penentuan sepakan penalti menentang Jepun awal pagi tadi. Untuk info, Croatia merupakan pasukan yang tewas Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang lalu.\n\n\n\n\n\n\nKapten Argentina Lionel Messi dan jurulatih Lionel Scaloni meramalkan pertembungan sukar tetapi menarik dengan Belanda apabila kedua-dua pasukan bertemu pada suku akhir Piala Dunia kali ini.\nSementara itu, England juga menepati ramalan ke suku akhir dengan rekod tanpa kalah menentang pasukan Afrika selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Senegal.\n\nBerikut dikongsikan jadual perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022\n\n \nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\n\n\nJadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022\nPerlawanan bagi peringkat semi final World Cup 2022 bakal dilangsungkan mengikut tarikh dan waktu di bawah:\n9 Dis 2022 (Jumaat)Croatia lwn Brazil (11.00 mlm) \u2013 (TV2)\n10 Disember 2022 (Sabtu)Belanda lwn Argentina (3.00 pagi)\n10 Disember 2022 (Sabtu)Maghribi lwn Portugal (11.00 mlm)\n11 Disember 2022 (Ahad)England lwn Perancis (3.00 pagi) \u2013 (TV2)\n*Perlawanan Dinyatakan Dalam Waktu Malaysia\nPAUTAN LIVE STREAMING:\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm\nBerikut adalah infografik senarai Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang telah diumumkan secara rasmi:\n\nRujuk jadual penuh :\u00a0JADUAL PERLAWANAN FIFA WORLD CUP 2022 QATAR\nPAUTAN LIVE STREAMING:\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm\nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\nSetakat Piala Dunia FIFA 2018, dua puluh satu kejohanan akhir telah diadakan dan sebanyak 79 pasukan kebangsaan telah bertanding.\nTrofi Piala Dunia telah dimenangi oleh lapan pasukan kebangsaan.\nBrazil telah menang lima kali, dan mereka adalah satu-satunya pasukan yang bermain dalam setiap kejohanan.\nPemenang Piala Dunia yang lain ialah Jerman dan Itali, masing-masing dengan empat gelaran; Argentina, Perancis, dan pemenang sulung Uruguay, dengan dua gelaran setiap satu; dan England dan Sepanyol, masing-masing dengan satu gelaran.\n1930:\u00a0Uruguay\u00a01934:\u00a0Itali\u00a01938:\u00a0Itali1950:\u00a0Uruguay\u00a01954:\u00a0Jerman Barat1958:\u00a0Brazil\u00a01962:\u00a0Brazil\u00a01966:\u00a0England1970:\u00a0Brazil\u00a01974:\u00a0Jerman Barat\u00a01978:\u00a0Argentina\u00a01982:\u00a0Itali\u00a01986:\u00a0Argentina1990:\u00a0Jerman Barat\u00a01994:\u00a0Brazil1998:\u00a0Perancis\u00a02002:\u00a0Brazil\u00a02006:\u00a0Itali2010:\u00a0Sepanyol\u00a02014:\u00a0Jerman\u00a02018:\u00a0Perancis\nBaca juga: \n\nPembentangan Belanjawan & Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\nPiala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kemasukan-ke-ipta-ipts-yayasan-sejahtera-kulai/", "title": "Tawaran Bantuan Kemasukan Ke [email\u00a0protected] Yayasan Sejahtera Kulai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Kemasukan Ke [email\u00a0protected] Yayasan Sejahtera Kulai\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Sejahtera Kulai kini menawarkan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta ([email\u00a0protected]).\nYayasan Sejahtera Kulai adalah sebuah yayasan yang dipengerusikan oleh YB Dato Mohd Jafni bin Md Shukor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.\n\n\n\n\n\n\nBantuan ini ditawarkan bagi pelajar yang bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai. Untuk makluman, penerima Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/IPTS) adalah terhad bagi 30 orang penerima Diploma dan 30 orang penerima Ijazah Sarjana Muda.\nBaca Juga : Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar Bantuan Kemasukan ke [email\u00a0protected] Yayasan Sejahtera Kulai\n\n \nSyarat Umum\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 14 September 2022 iaitu pada hari Rabu jam 3.00 petang.\nKadar Bantuan Kemasukan ke [email\u00a0protected] Yayasan Sejahtera Kulai\nKadar bantuan yang akan diberikan secara one-off kepada penerima adalah seperti berikut :\nProgram Diploma: RM300.00Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00\n\nSyarat Umum\nPelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nMerupakan warganegara Malaysia.Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut\u00a0https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view?fbclid=IwAR2dPJ37tVVk4tGt4F0bDIUtqdagZCWC8Pg4dMHsa25y9KmPR8IXFg6HX1g.Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang yang lengkap serta semua dokumen ke alamat berikut:Yayasan Sejahtera Kulai,No 156 A, Jalan Susur Kulai 3,81000 Kulai,Johor Darul Takzim.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah.Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah.Salinan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT.Salinan Kad OKU (jika berkenaan).Salinan Rekod Kesihatan / Temujanji Hospital (jika berkenaan).\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA@ IPTS, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-insentif-usahawan-uda/", "title": "Permohonan Program Insentif Usahawan UDA Untuk PKS & Mikro 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Insentif Usahawan UDA Holdings Berhad merupakan program buat usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) oleh pihak UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) bagi menyokong perniagaan usahawan di bawah kategori PKS & Mikro.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Insentif Usahawan UDA\n\n \n7 Program Yang Ditawarkan\n\n \nLokasi Yang Terlibat\n\n \nKriteria Pemilihan Usahawan UDA\n\n \nCara Permohonan Program Insentif Usahawan UDA\n\n \nMaklumat Lanjut & Lokasi Pejabat Pengurusan\n\n\nProgram Insentif Usahawan UDA\nProgram ini dirangka dan dilaksanakan untuk membantu usahawan PKS dengan menyediakan ruang niaga atau platform yang bersesuaian kepada usahawan untuk satu tempoh masa tertentu atau program usahawan jangka panjang untuk terus kekal di pasaran.\nSebanyak 7 jenis program ditawarkan untuk usahawan yang terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu: Program Usahawan Wanita, Program Usahawan Belia, dan Program Usahawan UDA.\n\n7 Program Yang Ditawarkan\nUDA Bizznita Promotion Space \u2013 Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.UDA Bizznita Fashion Street \u2013 Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.UDA Bizznita Fincare \u2013 Sumbangan pembiayaan perniagaan kepada usahawanUDA 4Youth Promotion Space \u2013 Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.UDA 4Youth Fashion Street \u2013 Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.SME Hub / One Stop Retail Centre \u2013 Menyediakan lokasi atau ruang bersesuaian sebagai hub untuk usahawan menjalankan perniagaan.Angsana Virtual Mall \u2013 Usahawan akan ditawarkan berniaga di atas talian dengan menggunakan platform yang telah disediakan iaitu laman sesawang Angsana Virtual Mall dan aplikasi Yezza.\nNOTA:\nElemen kos pengurusan \u2013 kadar sewa yang ditawarkan, deposit sewa, deposit utiliti dan lain-lain yang terlibat dengan pengurusan penyewaan untuk membantu usahawan memulakan perniagaan di bangunan atau premis bangunan milik UDA.\nElemen manfaat fasiliti \u2013 bantuan kepada penyediaan fasiliti di premis perniagaan seperti menyediakan kiosk, bantuan kos ubahsuai pada kadar yang bersesuaian, pembelian produk dan lain-lain kepada usahawan untuk memulakan perniagaan di bangunan atau premis bangunan milik UDA.\nBaca juga: JUMPER \u2018Start Up\u2019 PUNB 2021: Elaun RM1,200 & Geran RM10,000\nLokasi Yang Terlibat\nAntara lokasi yang terlibat adalah:\nAngsana Johor Bahru Mall, JohorAngsana Ipoh Mall, PerakAngsana Seremban, Negeri SembilanPertama Complex, Kuala LumpurUTC KL @ Pudu Sentral, Kuala LumpurBangunan Cahaya Suria, Kuala LumpurHentian Duta, Kuala LumpurProgram perniagaan secara online\nKriteria Pemilihan Usahawan UDA\nKriteria pemilihan pemohon bagi Program Insentif Usahawan UDA adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nMemenuhi kriteria perusahaan PKS dan Mikro (pemilikan tunggal dan perkongsian) sebagaimana yang ditetapkan.Perusahaan PKS dan Mikro adalah milik warganegara Malaysia (warganegara Malaysia memegang saham perniagaan minimum 51%).Perusahaan PKS & Mikro yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (\u201cSSM\u201d), atau badan profesional berkanun.Perusahaan mikro beroperasi minimum satu (1) tahun. Usahawan mikro berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.Permohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senarai hitam oleh bank. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon.Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan UDA Holdings Berhad. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami / isteri dan anak-anak.Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.Pemohon tidak bekerja, sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.Pemohon tidak pernah menyertai program usahawan yang dianjurkan oleh UDA sebelum ini.Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut diatas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta-merta.Semua insentif usahawan ini hanya terpakai kepada usahawan yang akan menggunakan ruang atau berniaga di bangunan milik atau yang disediakan oleh UDA Holdings Berhad.Untuk menjana dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pengurusan dengan menjadi teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).Untuk membantu usahawan bumiputera yang berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri dengan memberi pendedahan pengetahuan / kemahiran dan pengalaman di dalam bidang teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).\nBaca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan\nCara Permohonan Program Insentif Usahawan UDA\nLANGKAH 1: PERMOHONAN\nPemohon membuat permohonan kepada UDA Mall bagi menyewa ruang niaga tetap / ruang promosi.\nDokumen-dokumen yang diperlukan oleh pemohon semasa mengemukakan permohonan ialah: \u2013\nBorang Permohonan Program Insentif Usahawan UDA(Sila muat turun di https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/);Salinan kad pengenalan;Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, pendapatan tahunan, maklumat pemilik perniagaan, bilangan pekerja, dll;Salinan bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan, penyata bank enam (6) bulan terkini);Salinan bukti operasi perniagaan (contoh: perakuan pendaftaran perniagaan, permit berniaga);Salinan bil utiliti; danLain-lain dokumen relevan untuk permohonan yang ditentukan oleh UDA (jika berkaitan).\nBorang yang telah lengkap diisi perlu dilampirkan bersama dokumen yang dikehendaki\u00a0 dan dihantar ke pihak pengurusan UDA Mall mengikut lokasi projek yang dipohon melalui:\nPermohonan atas talian (https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/#permohonan); atauMelalui pos ke alamat lokasi projek yang dipohon (sila rujuk lampiran bagi alamat penuh).\nLANGKAH 2: PENILAIAN\nPermohonan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dibawa ke Jawatankuasa Tenansi Penyewaan dan Promosi (JTPP).\nJTPP akan membuat penilaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan Ketua Bahagian Mall.\nLANGKAH 3: MAKLUMAN\nStatus permohonan Program Insentif Usahawan UDA akan dimaklumkan kepada pemohon sama ada berjaya atau tidak.\nPihak UDA Mall akan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi permohonan yang telah diluluskan seperti Surat Tawaran, Surat Akuan Terima Tawaran, Perjanjian Penyewaan dan dokumen yang berkaitan.\nMaklumat Lanjut & Lokasi Pejabat Pengurusan\nUntuk maklumat lanjut tentang Program Insentif Usahawan UDA, sila layari laman web berikut: https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/ \nATAU \nSila hadir ke Pejabat Pengurusan di lokasi berikut:\nAngsana\u00a0Johor Bahru Mall\nU.p.: Pn. Nurfaizah Abd. RahmanManagement Office, UDA Angsana Sdn Bhd,L1.33A, Level 1, Angsana Johor Bahru Mall,Jalan Skudai, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.\nAngsana Ipoh Mall\nU.p.: Pn. Mariatul Zakiah Abd HamidManagement Office, UDA Mall Sdn Bhd,Lot G24 Ground Floor,Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak.\nAngsana Seremban\nU.p.: Pn. Nor Hayati Mohd NohUDA Mall Sdn Bhd, Pejabat Pengurusan UTC,Lot 1.26, Tingkat 1, UTC Negeri Sembilan @ Angsana Seremban,Jalan Kuala Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.\nPertama Complex\nU.p.: Pn. Norieni BasironManagement Office, UDA Pertama Sdn Bhd,Lot RG-B, RG Floor, Pertama Complex,Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.\nUTCKL @ Pudu Sentral\nU.p.: Pn. Siti Mariam AhmadManagement Office, UDA Mall Sdn Bhd,Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.\nBangunan Cahaya Suria\nU.p.: Pn. Siti Mariam AhmadManagement Office, UDA Mall Sdn Bhd,6th Floor, Bangunan Cahaya Suria,Jalan Tun Tan Siew Sin, 50500 Kuala Lumpur.\nHentian Duta\nU.p.: Pn. Sharina ShahadanManagement Office, UDA Mall Sdn Bhd,Blok A, Mezzanine Floor, Bangunan Hentian Duta,Jalan Persiaran Duta, 50480 Kuala Lumpur.\nIndividual Properties\nU.p.: Pn. Siti Mariam AhmadManagement Office, UDA Mall Sdn Bhd,Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-upuonline/", "title": "Semakan Keputusan UPUOnline Sesi 2023 / 2024 Lepasan SPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n[KENYATAAN MEDIA] KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2023/2024 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SERTA RAYUAN UPU \u2013 SEMAKAN MELALUI UPUONLINE\nDimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan UPUOnline lepasan SPM dan setaraf bagi sesi 2023/ 2024 adalah mulai 7 Julai 2023 (12.00 tengah hari), iaitu hari Jumaat.\nSila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Semakan Keputusan UPU Online 2023\n\n \nTempoh Setuju Terima Tawaran\n\n \nLANGKAH MEMBUAT SEMAKAN & PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN\n\n \nPautan Semakan UPU Online\n\n \nRayuan UPUOnline\n\n \nTarikh-tarikh Penting\n\n \nMaklumat Lanjut Berkaitan Semakan UPUOnline 2023\n\n\nTarikh Semakan Keputusan UPU Online 2023\nSEMAKAN HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE\u00a0LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2023/2024\nTAHNIAH !\nSEMAKAN BOLEH DIBUAT MULAI:7 JULAI 2023 (JUMAAT) | JAM 12.00 TENGAH HARIHINGGA 16 JULAI 2023 (AHAD) | JAM 5.00 PETANG\n\n\n\n\n\n\nTEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN BERMULA 8 HINGGA 16 JULAI 2023\nTAWARAN ADALAH MUKTAMAD\n\nBaca juga: Malaysia Bakal Perkenal Cuti Haid? Ini Yang Perlu Anda Tahu\nTempoh Setuju Terima Tawaran\nBagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:\n8 hingga 16 Julai 2023\nLANGKAH MEMBUAT SEMAKAN & PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN\n\nPemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.\nKemudian, klik pada bahagian \u2018Permohonan Kemasukan\u2018.\nLog masuk seperti biasa.\nSemak keputusan rayuan yang tertera.\nJika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 8 hingga 16 Julai 2023\n\nPautan Semakan UPU Online\nSEMAKAN UPUONLINE BOLEH DIBUAT DI URL BERIKUT:\n\nUTM \u2013 https://jpt.utm.my\nUUM \u2013 http://jpt.uum.edu.my\nUNIMAS \u2013 https://jpt.unimas.my\nUMS \u2013 http://jpt.ums.edu.my\nUMT \u2013 http://jpt.umt.edu.my\n\nNOTA: TAWARAN UPUONLINE TIDAK TERJEJAS WALAUPUN CALON TELAH MENDAPAT TAWARAN ATAU TELAH MENDAFTAR DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI LAIN SEPERTI IPTS, MATRIKULASI, IPGM DAN LAIN LAIN.\n\nRayuan UPUOnline\nPermohonan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024\nHanya pemohon yang\u00a0tidak berjaya\u00a0atau mendapat\u00a0tawaran pengajian peringkat sijil\u00a0sahaja boleh mengemukakan\u00a0permohonan rayuan\u00a0melalui UPUOnline\u00ae\u00a0bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di\u00a0https://upu.mohe.gov.my\u00a0dalam tempoh\u00a010 hari mulai 7 Julai 2023, jam\u00a012.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang. \nRayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline\u00ae\u00a0.\nTawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD\u00a0dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA\u00a0tidak dibenarkan. \nDasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.\nSebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline\u00ae\u00a0boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:\nNo tel : 03 \u2013 8684 2363Emel\u00a0:\u00a0[email\u00a0protected]Sistem Maklum Balas :\u00a0https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/UPUChat\u00a0:\u00a0http://upu-chat.ml/UPUChat/\n\nTarikh-tarikh Penting \nBerikuat dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar:\n\n*Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU\nhttps://upu.mohe.gov.my/\nMaklumat Lanjut Berkaitan Semakan UPUOnline 2023\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\n\nFACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT \u2013 FB rasmi UPU\nTALIAN HOTLINE : 03 8870 8200 / 03-8870 6769 / 6121/ 6829 / 6774\nFAKS : 03 8870 6864\nALAMAT EMEL\u00a0:\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\nBahagian Kemasukan Pelajar IPTAJabatan Pendidikan Tinggi,Kementerian Pengajian TinggiAras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya\nBaca juga: MySalam: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ytp-mara-young-talent-development-programme/", "title": "YTP MARA 2023 \u2013 Young Talent Development Programme MARA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA MARA @ YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP) 2023\nPermohonan Young Talent Development Programme (YTP) dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2022 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.\nPemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.\nBerikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara semakan permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Young Talent Development Programme @ YTP MARA?\n\n \nGaris Panduan Permohonan, Syarat Kelayakan & Maklumat Program Pengajian\n\n \nJumlah Pinjaman Yang Akan Diterima\n\n \nTarikh Permohonan YTP MARA 2023\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan Keputusan YTP MARA 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Young Talent Development Programme @ YTP MARA?\nYoung Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajarcemerlang lepasan SPM 2022 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luarnegara.\n\n\n\n\n\n\nUjian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA. \nPastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.\n\nSYARAT UMUM\n\nPemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.\nIbu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.\nPemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.\nLulus pemeriksaan kesihatan.\n\nSYARAT KHUSUS\n\nMenduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2022.\nMemenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan di bawah:\n\nGaris Panduan Permohonan, Syarat Kelayakan & Maklumat Program Pengajian\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.\nJumlah Pinjaman Yang Akan Diterima\n\nPinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.\nElaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. \nPinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.\n\nBaca juga: \n\nPermohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP \u2013 KISAS & SMAP LABU\nProgram Asasi TVET 2023 \u2013 Syarat, Lokasi & Permohonan\nPermohonan Tingkatan 6 Online 2023 \u2013 Semakan & Rayuan\n\nTarikh Permohonan YTP MARA 2023\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 8 Jun 2023 hingga 19 Jun 2023.\nCara Permohonan\n\nLayari Portal MARA http://www.mara.gov.my\nPemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ sebagaipengguna baharu sebelum mengisi permohonan. \nPemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.\nPemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:\n\ni. Maklumat peribadi dan keluarga\nii. Cadangan Pengajian\niii. Ujian Psikometrik\niv. Perakuan keterangan\n\n\n\nNOTA: \nSenarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.\nPemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.\nSemakan Keputusan YTP MARA 2023\nSemakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2022 akan diumumkan secara online sekitar bulan Julai \u2013 Ogos 2023.\nLink keputusan permohonan :https://myeduloan.mara.gov.my/v2\nBagi calon yang memohon, sila ambil maklum dan buat semakan pada hari keputusan diumumkan kelak.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk pautan yang disediakan atau emelkan kepada [email\u00a0protected]\n>>>\u00a0Garis Panduan Permohonan>>> Syarat Kelayakan Program\u00a0(\u00a0pdf\u00a0/\u00a0infografik\u00a0)>>>\u00a0Soalan Lazim>>>\u00a0Panduan Permohonan>>>\u00a0Manual Pengguna Sistem>>>\u00a0Pautan Permohonan Dalam Talian\u00a0\nBaca juga: Institut Kemahiran MARA : Senarai Lokasi IKM, Kursus, Syarat & Permohonan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-tukar-kad-cimb-expired-secara-online/", "title": "Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online\nAdakah kad CIMB anda sudah tamat tarikh luput? Tahukah anda ada cara mudah untuk anda perbaharuinya? Dengan cara ini, anda tak perlu bersusah payah ke cawangan CIMB kerana anda boleh mohon kad baru secara online. \nAsalkan kad CIMB anda sudah expired atau akan expired dalam masa 3 bulan, anda layak untuk memohon secara atas talian.\nDi sini kami ingin kongsikan 6 langkah mudah yang anda boleh ikuti. Jom kita lihat langkah-langkahnya.\nBaca Juga : \u00a0CIMB Clicks: Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKad CIMB Tidak Boleh Digunakan?\n\n \nCara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online\n\n \nKad CIMB Hilang?\n\n \nLokasi CIMB Terdekat\n\n\nKad CIMB Tidak Boleh Digunakan?\nAda beberapa sebab pembelian anda menggunakan kad CIMB tidak dapat diproses atau ditolak. Antaranya:\nDana yang tidak mencukupi dalam akaun simpanan / semasa anda yang dipautkan dengan CIMB Debit Mastercard. Anda perlu menambah dana dalam akaun anda.Dana yang tidak mencukupi disebabkan pegangan caj pra-kebenaran di stesen minyak atau hotel. Anda perlu menambah dana dalam akaun anda.Jumlah pembelian anda melebihi had perbelanjaan harian pilihan anda. Anda boleh memilih untuk menukar had perbelanjaan anda melalui ATM atau CIMB Clicks.Fungsi Titik Jualan pada CIMB Debit Mastercard anda dinyahaktifkan. Transaksi dalam talian bukan 3D selamat, transaksi pesanan mel atau pesanan telefon (CNP: Kad Tidak-Hadir) pada CIMB Debit Mastercard anda mungkin dinyahaktifkan. Anda boleh menghubungi\u00a0+603 6204 7788\u00a0(tempatan atau luar negara) untuk aktifkan.Jika transaksi anda ditolak ke luar negara, anda mungkin tidak mengaktifkan Bendera Luar Negeri. Untuk mengaktifkan fungsi ini, sila rujuk ke laman web CIMB.Kad debit CIMB anda telah tamat tempoh.\nCara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online\nJika anda mendapati kad anda telah tamat tempoh atau bakal tamat tempoh dalam masa 3 bulan, anda boleh memperbaharuinya secara atas talian.\nSila ikuti langkah berikut:\n1. Layari laman web \u00a0https://apply.cimb.com.my/dcrform\n2. Masukkan nombor kad pengenalan (6 digit terakhir) dan nombor Kad Debit (4 digit terakhir). Kemudian tekan butang \u2018PROCEED\u2019\n\n3. Anda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS. Masukkan OTP dan tekan butang CONFIRM untuk tujuan verifikasi.\n\n4. Seterusnya, pilih \u2018Renew my debit card and deliver it to me\u2019. Tekan butang \u2018PROCEED\u2019 untuk ke langkah seterusnya.\n\n5. Untuk langkah seterusnya, anda perlu semak alamat terkini. Jika alamat yang dipaparkan adalah berbeza dengan alamat terkini, pilih \u2018Mailing Address\u2019 dan masukkan alamat di mana anda inginkan kad anda dihantar.\n\n6. Semak alamat untuk kali terakhir dan tekan butang\u00a0 \u2018YES\u2019 untuk sahkan permohonan. Anda akan terima kad debit CIMB yang baru dalam tempoh 14 hari bekerja.\n\nDengan adanya kaedah di hujung jari ini, anda tak perlulah bersusah payah ke cawangan CIMB untuk dapatkan kad debit baru bagi menggantikan yang hampir atau sudah luput. \nUntuk keterangan lanjut mengenai prosedur ini, sila layari https://www.cimbclicks.com.my/.\nSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pengguna CIMB. Selamat mencuba!\nKad CIMB Hilang?\nSila hubungi CIMB di\u00a0+603 6204 7788\u00a0(tempatan atau luar negara) atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank untuk membuat laporan dengan segera jika mengetahui bahawa CIMB Debit Mastercard anda hilang atau dicuri.\nLokasi CIMB Terdekat\nJika anda ingin mengunjungi kaunter CIMB terdekat, sila rujuk lokasi melalui senarai ini:\nhttps://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/branch-locator.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/takwim-sekolah-2023-2024/", "title": "Takwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAKWIM SEKOLAH SESI 2023 / 2024 & CUTI PENGGAL KPM\nUntuk makluman semua, takwim persekolahan dikekalkan dengan sesi persekolahan bermula MAC \u2013 kerana keperluan mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan memahami kesukaran pelajar SPM menghadapi peperiksaan musim banjir.\nTerdahulu, KPM memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan 2023 akan bermula lewat seminggu iaitu 19 / 20 Mac berbanding yang tertera dalam takwim edaran sebelum ni (12 /13 Mac) \u2013 untuk kelancaran pengoperasian SPM.\nBerikut dikongsikan takwim terkini untuk rujukan semua pihak.\nTakwim Akademik Sesi 2023/2024 & Cuti Penggal Sekolah KPM\nKetetapan KPM bagi permulaan hari persekolahan untuk Sesi 2023 / 2024 adalah seperti berikut:\n\nKump A akan mula bersekolah:\u00a019 Mac 2023\nKump B akan mula bersekolah:\u00a020 Mac 2023\n\nTarikh baharu ini adalah berdasarkan\u00a0Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.\n\n\n\n\n\n\nNOTA:\n\nKumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu\nKumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan\n\nBerikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2023 / 2024 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)\n\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)\n\nCUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024\n\nRINGKASAN CUTI SEKOLAH / CUTI PENGGAL MENGIKUT TAKWIM KPM SESI 2023 / 2024\nPenggal 1 : 20 Mac 2023 \u2013 21 April 2023\nCuti Raya Aidilfitri 2023 :20 April 2023 (Khamis) \u2013 30 April 2023 (Ahad) 11 Hari\nSambung Penggal 1 : 1 Mei 2023 \u2013 26 Mei 2023\nCuti Penggal 1 : 27 Mei \u2013 4 Jun 2023 (Hari Gawai)\nPenggal 2 : 5 Jun 2023 \u2013 25 Ogos 2023\nCuti Raya Haji 2023 : 28-30 Jun 2023 (Rabu, Khamis, Jumaat Sabtu, Ahad) 5 hari\nCuti Penggal 2 : 26 Ogos 2023 \u2013 3 September 2023\nPenggal 3 : 4 September 2023 \u2013 15 Disember 2023\nCuti Penggal 3 : 16 Disember \u2013 1 Januari 2024\nSambung Penggal 3 : 2 Januari 2024 \u2013 9 Februari 2024\nCuti Penggal Akhir Persekolahan : 10 Februari 2024 \u2013 Mac 2024\nNOTA:\n\nKumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu\nKumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan\n\nMUAT TURUN PDF: \nKalendar-Akademik-2023-2024Download\nKalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.\nMuat turun versi PDF : LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf\nBaca juga: \n\nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024\nUjian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/install-font-jawi/", "title": "Cara Install Font Jawi Pada Handphone, Laptop dan Komputer", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanakah caranya untuk install font Jawi pada handphone, laptop dan komputer anda?\nBagi yang biasanya menggunakan font atau tulisan jati pada handphone, laptop atau komputer, anda berkemungkinan besar untuk membaca tulisan Jawi tersebut kerana font tersebut tidak disokong di peranti anda.\nApabila sokongan tulisan Jawi tidak terdapat pada handphone, laptop atau komputer anda kebiasaannya anda hanya dipaparkan dengan tulisan pelik yang tidak boleh difahami.\nBagi yang tidak tahu anda sebenarnya boleh menambah tulisan Jawi pada peranti anda dan teruskan bacaan bagaimana caranya untuk install tulisan Jawi pada handphone, laptop atau komputer anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Install Font Jawi Di Laptop / Komputer\n\n \nCara tambah keyboard tulisan Jawi\n\n \nCara tambah font tulisan Jawi\n\n \nCara guna keyboard tulisan Jawi\n\n \nCara Guna Tulisan Jawi Di Handphone / Telefon Bimbit\n\n\nCara Install Font Jawi Di Laptop / Komputer\n\nUntuk sokongan tulisan Jawi di laptop atau komputer, anda boleh memuat turun perisikan Jawi UKM.\n\n\n\n\n\n\nCara tambah keyboard tulisan Jawi\nSebelum install font Jawi, anda perlulah memuat turun dahulu virtual keyboard bagi membolehkan anda menaip Jawi dengan mudah.\nIkuti langkah-langkah mudah berikut untuk menambah sokongan keyboard tulisan Jawi pada laptop atau komputer anda:\n\nMuat turun perisiann Jawi UKM melalui Google Drive di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1YYSyVZmqkH6rw9zfI49CnjzgawuJs9Qa\nExtract fail tersebut\nKlik pada fail \u2018setup.exe\u2019 di dalam folder yang telah di extract tadi\nIkut arahan yang diberi sehingga selesai\n\nUntuk memastikan perisian tersebut telah dipasang dan sokongan tulisan Jati sudah ditambah pada laptop dan komputer anda, perhatian pada bahagian bawah kanan Desktop anda.\nJika terdapat pilihan \u201cJawi UKM 200 Keyboard\u201d itu bermakna anda telah berjaya install keyboard tulisan Jawi pada komputer atau laptop anda. \nCara tambah font tulisan Jawi\nKemudian, anda perlu memuat turun font Jawi yang sesuai dan antara pilihan font yang ada adalah:\n\nArabic Typesetting\nJawi Uthman Taha\nLateef\nMajalla\n\nFont-font ini boleh dimuat turun melalui Google Drive di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1ClJBOEePY3yT9eXQFVH4Eg6SA6uvQ6JJ\nSeterusnya, klik pada fail font yang telah dimuat turun tersebut dan klik pada butang Install untuk install font Jawi yang telah dimuat turun.\nCara guna keyboard tulisan Jawi\nSetiap kali hendak menulis dengan tulisan Jawi, anda boleh menggunakan virtual keyboard yang disediakan melalui perisian Jawi UKM yang telah anda install tadi.\nKlik pada bahagian bawah kanan Desktop anda, pada tulisan ENG (Merujuk kepada English) atau boleh menggunakan shortcut key \u2018Win+SpaceBar\u2019\nCara Guna Tulisan Jawi Di Handphone / Telefon Bimbit\n\nMenariknya, untuk menggunakan tulisan Jawi di telefon pintar anda, anda tidak perlu memuat turun dan install apa-apa jenis perisian.\nApa yang anda perlu lakukan ada tukar tetapan di bahagian Settings telefon pintar anda.\nSetiap model atau jenama telefon pintar mungkin sedikit berbeza dengan langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah tetap asanya tetaplah sama.\n\nPilih \u201cSettings\u201d\nKlik pada \u201cKeyboard & Input Method\u201d\nPada bahagian \u201cAvailable Keyboard\u201d, klik pada Gboard > Multilangual typing\nPilih Languages\nKlik butang \u201cAdd Keyboard\u201d\nPilih Malay (Arabic) (Malaysia) *Gunakan fungsi carian untuk lebih mudah dan cepat\nKlik butang Done\n\nSetiap kali anda hendak menggunakan keyboard tulisan Jawi, klik pada ikon/gambar Bumi pada keyboard anda.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: \n\nDoa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\nZakat Fitrah: Hukum, Syarat Wajib & Kadar Zakat Fitrah \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tanda-awal-kehamilan-2/", "title": "10 Tanda Awal Kehamilan 1 Minggu Yang Jarang Diketahui", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKehamilan adalah perjalanan yang menakjubkan bagi seorang wanita. Proses ini boleh kita lihat dari tanda awal kehamilan pada minggu pertama lagi.\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tanda awal kehamilan dalam tempoh satu minggu kehamilan.\nBaca juga:\n\nTanda Awal Kehamilan\nCuti Haid Malaysia\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Haid lambat\n\n \n2. Payudara yang sensitif dan bengkak\n\n \n3. Kelelahan\n\n \n4. Perubahan mood\n\n \n5. Mual dan muntah\n\n \n6. Sering buang air kecil\n\n \n7. Perubahan pada selera makan\n\n \n8. Perubahan pada saluran pencernaan\n\n \n9. Pendarahan implantasi\n\n \n10. Peningkatan suhu tubuh\n\n \nKesimpulannya\n\n\n1. Haid lambat\n\nSalah satu tanda awal kehamilan adalah haid lambat. Jika anda memiliki kalender haid yang teratur dan tiba-tiba tidak datang haid pada waktunya, itu boleh menjadi pentanda bahawa anda mungkin hamil. \nNamun, haid lewat juga boleh disebabkan oleh faktor lain, seperti stres atau gangguan hormon. Oleh kerana itu, untuk memastikan ianya kehamilan atau tidak, sebaiknya lakukan sahaja ujian kehamilan.\n2. Payudara yang sensitif dan bengkak\nPada minggu pertama kehamilan, anda mungkin akan merasakan perubahan pada payudara anda. \nPayudara akan menjadi lebih sensitif atau sakit, dan ukurannya juga bertambah besar. Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon yang terjadi dalam tubuh anda ketika kehamilan bermula.\n3. Kelelahan\n\nKehamilan pada minggu pertama dapat membuat anda merasa lebih lelah dari biasanya. \n\n\n\n\n\n\nHal ini terjadi kerana respon tubuh kita terhadap perubahan hormon yang terjadi. \nJika anda merasa lelah yang luar biasa dan sukar untuk tetap terjaga, sebaiknya istirahat yang cukup dan hindari kegiatan yang terlalu melelahkan.\n4. Perubahan mood\nPerubahan mood yang tiba-tiba juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan yang umum pada minggu pertama.\nAnda mungkin merasa lebih emosional atau mudah marah tanpa alasan yang jelas. \nIni adalah akibat dari fluktuasi hormon yang terjadi dalam tubuh anda. Jika anda berasa sedih atau cemas secara berlebihan, penting untuk berbicara dengan pasangan atau dapatkan khidmat profesional kesihatan anda.\n5. Mual dan muntah\n\nMeskipun mual dan muntah sering dikaitkan dengan trimester pertama kehamilan, beberapa wanita mungkin mengalami gejala ini bahkan pada minggu pertama kehamilan. \nMual dan muntah di pagi hari adalah tanda khas kehamilan, tetapi boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja dalam sehari. \nHal ini disebabkan oleh peningkatan hormon kehamilan, terutama hormon hCG. Jika mual dan muntah anda bertambah teruk, segera konsultasikan dengan doktor kehamilan anda.\n6. Sering buang air kecil\nPada minggu pertama kehamilan, anda mungkin terasa sering ingin membuang air kecil. \nIni terjadi kerana perubahan hormon yang meningkatkan aliran darah ke ginjal, menyebabkan pengeluaran air kencing meningkat. \nSelain itu, ukuran rahim yang membesar juga memberikan tekanan pada kateter kencing. \nJika masalah buang air kecil berlaku terus-menerus dan disertai dengan rasa terbakar atau ketidaknyamanan saat buang air kecil, sebaiknya konsultasikan dengan doktor anda untuk memastikan bahawa tidak ada infeksi saluran kencing.\n7. Perubahan pada selera makan\nBeberapa wanita mengalami perubahan pada selera makan mereka pada minggu pertama kehamilan. \nAnda akan merasa tidak tertarik pada makanan yang biasanya anda sukai, atau sebaliknya, anda merasa sangat ingin makan makanan tertentu. \nPerubahan hormon dapat mempengaruhi selera makan anda, tetapi perubahan ini dapat bervariasi dari wanita ke wanita.\n8. Perubahan pada saluran pencernaan\n\nBeberapa wanita mengalami perubahan pada saluran pencernaan mereka pada minggu pertama kehamilan. \nKebiasannya, wanita mengalami sembelit atau cirit-birit, perut kembung, atau gangguan pencernaan lainnya. \nPerubahan hormon dapat mempengaruhi gerakan usus anda, dan perubahan ini berlaku sepanjang kehamilan.\n9. Pendarahan implantasi\nPada minggu pertama kehamilan, beberapa wanita mungkin mengalami perdarahan ringan.\nIni disebut perdarahan implantasi dan terjadi ketika sel telur yang dibuahi melekat pada dinding rahim. \nPerdarahan ini biasanya lebih ringan dari haid normal dan berlangsung hanya selama beberapa jam atau beberapa hari.\n10. Peningkatan suhu tubuh\n\nPada minggu pertama kehamilan, suhu tubuh anda mungkin sedikit meningkat. Ini adalah tanda bahawa ovulasi telah terjadi dan kehamilan dimulai. \nKesimpulannya\nKesimpulannya, setiap wanita akan mengalami pelbagai tanda kehamilan yang berbeza-beza di antara satu sama lain.\nSesetengah wanita mungkin mengalami beberapa gejala, sementara yang lain mungkin tidak mengalami gejala sama sekali pada tahap awal kehamilan. Jika anda memiliki kecurigaan bahawa anda mungkin hamil, penting untuk melakukan tes kehamilan dan berkonsultasi dengan doktor anda untuk keputusanyang tepat.\nDiharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tanda awal kehamilan di minggu pertama dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat khusus kepada ibu hamil.\nSumber:\n\nWeek 1 of Pregnancy: Symptoms and Testing. Medical News Today\nWeek 1 Pregnancy Symptoms: What To Watch For. Forbes Health\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ispeks-selangor/", "title": "iSPEKS Selangor (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\niSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri)\niSPEKS adalah satu kemudahan atas talian yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet.\nUntuk makluman, mulai Februari 2020 sistem eSPEKS telah dinaiktaraf kepada Portal iSPEKS.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui perkhidmatan yang ditawarkan di portal iSPEKS Selangor dengan lebih lanjut.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Portal eHasil Selangor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan di Portal iSPEKS Selangor\n\n \nCara Daftar Pengguna di Portal iSPEKS\n\n \nMaklumat Penting\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPerkhidmatan di Portal iSPEKS Selangor\nPortal iSPEKS Selangor menawarkan 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC.\neMaklum : Pertanyaan bayaran\nKakitangan boleh membuat carian status bayaran dalam suatu tempoh yang dikehendaki.\nePayslip : Carian penyata gaji\nKakitangan boleh mencetak sendiri penyata gaji mengikut carian bulan yang dikehendaki.\neEC : Carian penyata pendapatan tahunan\nKakitangan boleh melihat laporan penyata pendapatan mengikut tahun yang dikehendaki dan mencetaknya.\nSemua subsistem atau modul dalam Portal sPEKS boleh diakses melalui satu skrin log masuk.\nCara Daftar Pengguna di Portal iSPEKS\nBerikut merupakan cara-cara untuk mendaftar bagi pengguna baharu : \n\nPergi ke Portal iSPEKS.\nKlik di butang Pendaftaran untuk mendaftar kali pertama.\nMasukkan nombor kad pengenalan \u00a0atau ID Syarikat dan alamat e-mel rasmi kerajaan. Kemudian, klik pada butang Hantar.\nSila semak e-mel untuk teruskan pendaftaran. ID pengguna dan kata laluan sementara untuk pengaktifan akan dihantar ke e-mel anda.\nKlik butang (Login Pertama Kali) pada Portal iSPEKS untuk mengaktifkan akaun anda.\n\nMaklumat Penting\n\nSemua pengguna WAJIB menggunakan emel rasmi kerajaan sahaja untuk pendaftaran dan log masuk ke sistem Portal iSPEKS.\nPengguna baru yang ingin menggunakan Portal iSPEKS perlu menyemak dengan Unit Gaji di Jabatan masing-masing sekiranya gagal untuk Login Kali Pertama. Ini adalah bagi memastikan maklumat No. Kad Pengenalan adalah tepat dan Emel Rasmi telah dikemaskini di dalam modul Gaji sistem iSPEKS.\n\nUntuk panduan lengkap mengenai kaedah penggunaan portal iSPEKS, sila rujuk pada manual di bawah.\nMANUAL PENGGUNA iSPEKS\nMANUAL-PENGGUNA-iSPEKSDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan iSPEKS, sila hubungi talian khidmat pelanggan di :\n\nTelefon : 03-55447000\nFaks : 03-55212533\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perhimpunan-agung-umno/", "title": "Perhimpunan Agung Umno (PAU 2022) 11-14 Januari 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 kini sedang berlangsung 11 \u2013 14 Januari di\u00a0Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.\nPerhimpunan Agung UMNO 2022 ini sepatutnya diadakan pada 21 Disember\u00a0yang lalu namun oleh kerana 21 hingga 24 Disember 2022 adalah waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung UMNO adalah ditangguh.\nPAU 2022 pada asalnya ingin dianjurkan pada hujung tahun apabila mengambil kira Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang lalu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKehadiran dan Jemputan\n\n \nTradisi PAU\n\n \nAgenda PAU 2022\n\n \nDua Jawatan Tertinggi UMNO Tidak Dipertandingkan\n\n\nKehadiran dan Jemputan\nPAU 2022 kali ini dihadiri 6,198 perwakilan dan pemerhati.\nSeramai 2,822 perwakilan dan pemerhati akan ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung sehingga Sabtu ini, sementara 1,117 perwakilan akan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 1,146 Pemuda dan 1,113 ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri.\nIni menyaksikan menyaksikan jumlah perwakilan dan pemerhati yang bertambah apabila ia turut melibatkan ketua penerangan bahagian dan sayap parti.\nBuat julung kalinya juga, perhimpunan kali ini tidak akan menjemput perwakilan asing dan tiada sebarang jemputan dikeluarkan kepada parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN untuk menghadirinya bagi memberi laluan kepada parti itu menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman parti dan BN.\n\n\n\n\n\n\nTradisi PAU\nPerhimpunan tahunan ini penuh dengan tradisi yang dikekalkan sejak dahulu lagi.\nPerhimpunan Agung UMNO 2022 bermula pada 11 Januari dengan mengekalkan tradisi mengibar bendera parti, \u2018Sang Saka Bangsa\u2019 di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi ini.\nBendera UMNO dinaikkan sambil diiringi lagu Pergerakan Wanita, diikuti Pemuda dan Puteri UMNO. Wanita UMNO diketuai Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Pemuda oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, manakala Datuk Zahida Zarik Khan bagi Puteri.\nMajlis disusuli dengan nyanyian lagu parti, \u2018Bersatu, Bersetia, Berkhidmat\u2019 dan \u2018Sang Saka Bangsa\u2019 sempurna dikibarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\nYang mengiri presiden di atas pentas adalah Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.\n\n\n\nAgenda PAU 2022\nSetiap Perhimpunan Agung UMNO akan mempunyai agenda-agenda tertentu bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan UMNO.\nAgenda memperkukuh semula UMNO, yang merupakan parti tunjang dalam BN, perlu diutamakan setelah \u2018terpukul\u2019 pada PRU15 berbanding melayani kehendak individu yang bersifat \u2018gunting dalam lipatan.\nPenolakan terhadap UMNO dan BN yang banyak dikaitkan dengan persepsi rasuah kalangan pemimpin turut penting untuk diteliti secara mendalam susulan BN hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi pada PRU15.\nAntara yang turut menjadi tumpuan pada perhimpunan kali ini ialah perhimpunan agung khas yang diadakan pada Jumaat bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan, termasuk Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti.\nSatu lagi fasal perlembagaan parti yang dicadang untuk dipinda ialah Fasal 8.4 iaitu untuk meletakkan ketua penerangan bahagian, wanita, pemuda dan puteri secara automatik menjadi perwakilan dalam perhimpunan agung tahunan pada setiap tahun.\nDua Jawatan Tertinggi UMNO Tidak Dipertandingkan\nDua jawatan tertinggi UMNO melibatkan Presiden dan Timbalan sah tidak dipertandingkan pada Pemilihan UMNO akan datang.\nKetua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).\nKatanya, keputusan dimuktamadkan selepas perwakilan bangun dan mengangkat tangan pada sesi pengundian agar dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.\n\u201cBahagian UMNO lebih 90 peratus sokong kepada usul ini supaya tidak diadakan ada pemilihan dan solidariti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,\u201d beliau berkata demikian dalam sidang media di Laman Media.\nSementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dalam kemas kini di laman Facebook turut mengesahkan perkara sama.\n\u201cAlhamdulillah setelah dicadang dan dibahas, semua usul yang dibawa oleh perwakilan-perwakilan UMNO dari negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk usul tambahan (supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini) telah diterima dan disokong oleh hampir semua perwakilan dalam Dewan Merdeka petang ini,\u201d katanya dalam kenyataan berkenaan.\nIsu pemilihan UMNO menjadi tumpuan ramai selepas wujud cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam parti Melayu terbesar itu tidak dicabar.\nAhmad Zahid menang jawatan Presiden untuk tempoh 2018-2021 pada Pemilihan UMNO 2018.\nBeliau menewaskan pencabarnya termasuk Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.\nAhmad Zahid memperoleh 93 undi, Khairy (51 undi), manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.\nMohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pula menang dengan 75 undi menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.\nSumber: \n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=3I0oItd5gLo\nhttps://www.youtube.com/watch?v=tMeZ4Wfy1CE\nAstro Awani\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tekun-edokumen/", "title": "TEKUN eDokumen : Cara Pembelian Dokumen Sokongan SSM & Harga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTEKUN telah memperkenalkan TEKUN eDokumen untuk mendapatkan dokumen sokongan yang disahkan benar oleh SSM.\nTahukah anda apakah itu TEKUN eDokumen dan apakah kegunaan / keistimewaan perkhidmatan ini?\nJom kami kongsikannya untuk makluman bersama!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah TEKUN eDokumen?\n\n \n6. Kelebihan Membeli Melalui TEKUN eDokumen\n\n \nSyarat Kelayakan Membeli Dokumen Sokongan\n\n \nCara Pembelian\n\n \nHarga & Contoh Dokumen\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah TEKUN eDokumen?\nTEKUN Nasional telah mewujudkan pembelian cara mudah dan atas talian (online) kepada peminjam melalui TEKUN eDokumen. \nTEKUN eDokumen diwujudkan untuk pembelian dokumen sokongan melalui link tambahan yang boleh didapati daripadaportal TEKUN Nasional. \n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan ini ialah hasil kolaborasi dan kerjasamaantara pihak TEKUN Corporation Sdn Bhd Bersama pihak Raffcomm Technologies Sendirian Berhad (Rafftech).\n6. Kelebihan Membeli Melalui TEKUN eDokumen\nDiperakui \u2013 Ditandatangani secara digitalSelamat \u2013 Disahkan Benar SSMJimat Duit \u2013 Anda akan memperoleh 5% diskaun daripada harga asal serta dokumen yang dibeli merupakan dokumen yang disahkan benar SSM jika anda membeli melalui laman sesawang www.tekun-edokumen.my.Langkah Dipermudahkan \u2013 Hanya buat carian nombor pendaftaran, dan semua dokumen akan dipakejkanJimat Tenaga & Masa \u2013 Tidak perlu ke kaunter dan boleh berurusan secara onlineBoleh Beli Dokumen Bila-bila Masa \u2013 Pembelian boleh dibuat 24 jam sehari tanpa had\n\nBaca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan\nSyarat Kelayakan Membeli Dokumen Sokongan\nJenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN eDokumen adalah :\nTerbuka kepada semua sektor Perniagaan dan Syarikat dengan modal berbayar tidak lebih daripada RM300,000.\nBerikut adalah syarat pemohon yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN :\nBumiputera dan warganegara MalaysiaBerumur 18 \u2013 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)Pemohon bukan seorang muflisSyarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara MalaysiaMempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secarabergerak (mobile)Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaanSatu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dandaftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isirumah.Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dansebagainya) tidak melebihi RM100,000.Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang inginmemulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunaisendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untukmenjalankan pernigaan (progress project)Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaanadalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertaklukkepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsiyang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsimestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan ResolusiSyarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaranPenyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 danke atas.Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagipembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannyadengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.\nCara Pembelian\nGaris panduan pembelian adalah seperti di bawah:\n\n(i) Carian dan PertanyaanSila layari https://www.tekun-edokumen.my. Seterusnya masukkan nombor Perniagaan/Syarikat dan klik \u2018Pasti\u2019. Hasil akan dipaparkan di skrin.\n(ii) Pilih dan Beli (Kos)Pengguna perlu klik kotak dokumen yang diperlukan, pilih sama ada Salinan Dokumen Disahkan Benar Secara Digital (Dokumen Bersama QR Kod Mobile) atau Dokumen Standard dan klik \u2018Pasti\u2019.\n(iii) Maklumat AsasNama, nombor telefon, alamat emel, jenis entiti, dan status perlu diisi sebelum pembayaran dilakukan. Pemohon wajib mengisi alamat emel yang SAH bagi tujuan penerimaan notis pembelian dan maklumat dokumen melalui emel. \nNOTA: Rafftech tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat emel yang diisi oleh pengguna tidak ditaip dengan betul.\n(iv) Kaedah PembayaranGerbang pembayaran Rafftech adalah iPay88 untuk perbankan atas talian (online banking) sahaja. Sebarang Perubahan untuk cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian.\n(v) Muat Turun DokumenPemohon perlu muat turun aplikasi Winzip terlebih dahulu untuk unzip file. Selepas itu, pemohon akan memuat turun dokumen dalam format PDF.\n(vi) Notis EmelNotis emel akan dihantar setelah berjaya membeli maklumat dokumen sokongan TEKUN. Notis emel termasuk resit pembelian dan dokumen sokongan yang dibeli.\nRujuk panduan lengkap pengguna di SINI.\nBaca juga: eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online\nHarga & Contoh Dokumen\nContoh dokumen yang boleh dibeli adalah seperti di bawah:\nPerniagaan: EnterpriseDokumen Wajib1) Profil Perniagaan2) Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Cawangan Utama)Syarikat: Sdn Bhd/ BhdDokumen Wajib1) Profil Syarikat2) Borang 49 (Pendaftaran Pengarah, Pengurus & Setiausaha) / Section 58 (Perubahan Dalam Pendaftaran Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat)\u00a0Dokumen Wajib Bersyarat (Hanya Diperlukan jika Nama Syarikat bertukar)3) Borang 13 (Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat)\nSenarai Harga Dokumen adalah seperti dalam infografik di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://www.tekun-edokumen.my atau hubungi 1-300-30-4636 atau e-mel kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/institut-kemahiran-baitulmal-maiwp/", "title": "Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP: Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nInstitut Kemahiran Baitulmal\u00a0/ Baitulmal Skills Institute \u2013 MAIWP\u00a0kini membuka iklan kemasukan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran yang diiktiraf.\nSebanyak 5 kursus ditawarkan. Para pelajar yang terpilih akan menerima elaun dan semua kos pembelajaran ditanggung dengan dana zakat, di mana keutamaan adalah kepada anak-anak keluarga asnaf dan B40.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang Baitulmal Skills Institute \u2013 MAIWP.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)?\n\n \nKomponen Pengajian\n\n \nKursus Yang Ditawarkan & Syarat-syarat Pengambilan\n\n \nKeistimewaan Untuk Pelatih Di Institut Kemahiran Baitulmal\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Akhir Permohonan\n\n\nApakah Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)?\nIKB ditubuhkan pada tahun 1990 dan mula beroperasi pada tahun 1991 di Taman Maluri, Kuala Lumpur. \nPada awal penubuhan IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995. \nSejajar dengan perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, nama tersebut telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Baitulmal pada tahun 1996. \n\n\n\n\n\n\nKampus yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 3 ekar dan dilengkapi pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah institusi kemahiran.\nIKB merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). \nProgram-program di IKB dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nKomponen Pengajian\n1) Subjek Kursus (Teras)\nKurikulum Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) JPK, Modul CIDB dan ST.\n2) Subjek Pengajian Umum\nKeusahawananAplikasi KomputerPengajian Agama Islam\n3) Ko-Kurikulum (Briged Bomba & Penyelamat IKB)\n4) Latihan Kerja Industri (LKI)\nKAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN\nTEORI 30%\nTutorial\nTutorialKelas perbincangan yang dibuat bagi mempraktikkan pengajaran sebelumnya.e-PembelajaranProses pembelajaran menggunakan sistem teknologi bagi meningkatkan kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran.Activity Based LearningProses pembelajaran melalui aktiviti penyelesaian masalah untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran.\nAMALI 70%\nWork Based LearningPembelajaran melalui situasi kerja sebenar seperti latihan kerja industri..e-PembelajaranPenilaian yang dibuat berdasarkan aktiviti mengikut kompetensi yang ditetapkan.Activity Based LearningPenilaian berdasarkan tugasan dan hasil kerja individu atau berkumpulan.\n\nBaca juga: SIRAJ: Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022\nKursus Yang Ditawarkan & Syarat-syarat Pengambilan\nTerdapat 5 kursus yang ditawarkan bagi ambilan tahun 2021 dan syaratnya adalah seperti berikut:\nBILPROGRAM DITAWARKANSYARAT PENGAMBILANSYARAT KHAS\u00a01KEJURUTERAAN ELEKTRIKPemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik \u2013 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 serta Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga dengan Endorsan Pengujian (PW4) Suruhanjaya Tenaga.Warganegara Malaysia;Terbuka kepada Lelaki dan Wanita;Minimum tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan ElektrikBerumur 18 \u201335 tahun;Sihat tubuh badan;Boleh menulis, membaca dan mengira;Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan;Tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi kursus yang ditawarkan; danLulus ujian temuduga\u00a0Syarat khas bagi pemohon untuk Kursus Kejuruteraan Elektrik sahaja\u00a0:Tidak buta warnaSijil SPM \u2013 dengan LULUS :Bahasa Melayu;Matematik/Matematik Tambahan; danSains/Sains Tambahan/Sains\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Gunaan/Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Pendawaian Domestik/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Prinsip Elektrik & Elektronik/Aplikasi Elektrik & Elektronik/Teknologi Elektrik/ Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri & Elektrik.atau;3.\u00a0 Bagi calon Sijil Vokasional Malaysia dengan :Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih 3.33;Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104; dan\u00a0PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional\u00a0\u00a02PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANANPenyediaan dan Pembuatan Makanan \u2013 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3\u00a03REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKIJahitan Pakaian Lelaki \u2013 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & Penyelian dan Jahitan Pakaian Lelaki \u2013 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3\u00a04REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITAPembuatan Pakaian Wanita \u2013 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3\u00a05TEKNOLOGI BINAAN BANGUNANSijil Kecekapan Kemahiran (SKK) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)\nKeistimewaan Untuk Pelatih Di Institut Kemahiran Baitulmal\nYuran pengajian percumaPenginapan dan makan minum disediakanElaun bulanan RM100Pakaian korporat dan teknikal disediakan\nCara Permohonan\nPermohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan dalam golongan B40 serta di bawah pengiraan Had Kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengikuti latihan kemahiran program Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Sijil Kecekapan Kemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa 3 dengan Endorsan Pengujian, Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Baitulmal bagi ambilan Julai 2021.\nPermohonan dibuat secara atas talian (online) :\u00a0https://apps.maiwp.gov.my/sppikb/mohonPermohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga.\nTarikh Akhir Permohonan\nTarikh permohonan dibuka adalah dari 7 April 2021.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mei 2021.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut atau info tentang permohonan / pengambilan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), sila layari\u00a0www.maiwp.gov.my\u00a0atau\u00a0www.ikb-maiwp.edu.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pendaftaran-ipt-budi-2021/", "title": "Bantuan Tunai Pendaftaran IPT RM2,000 Secara One-off (BUDI 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off (BUDI 2021)\nBerita baik bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Swasta / Awam (IPTA / IPTS) untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia dan diiktiraf kerajaan, anda dipelawa untuk memohon Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off (BUDI) berjumlah RM2000 seorang.\nPermohonan secara manual dan online dibuka sehingga 30 Oktober 2021.\nSila rujuk info lengkap melalui artikel di bawah:\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off (BUDI)?\n\n \nKriteria / Kelayakan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT BUDI 2021\n\n \nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\n\n\nApakah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off (BUDI)?\nBantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off BUDI ini merupakan inisiatif oleh Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas, Sabah untuk membantu para pelajar mendaftar kemasukan kali pertama ke IPT / IPTS.\nIa bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga, khususnya yang tergolong dalam kumpulan B40 dan M40. \nKriteria terperinci bagi yang layak untuk memohon boleh dirujuk di bawah.\n\nKriteria / Kelayakan\nTerbuka kepada pelajar IPTA/IPTSPelajar Sabah berumur tidak lebih 25 tahunGolongan B40 dan M40 (Pendapatan keluarga / isi rumah bawah RM5000)Pelajar tajaan tidak layak memohon (Pelajar yang telah mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana tajaan tidak layak memohon)Pengesahan kemasukan ke IPT perlu disertakan dalam dokumen permohonan\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah 30 Oktober 2021.\nCara Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT BUDI 2021\nUntuk pendaftaran online, sila layari pautan berikut untuk mendaftar dan melengkapkan borang permohonan. https://budi.sabah.gov.my\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nJika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pertanyaan sila hubungi:\n088 369 865 (Puan Rosni Leong)088 369 890/088 369 872 (Puan Mary)\nPejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Blok A, Tingkat 29, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 KOTA KINABALU Sabah, Malaysia.\nTelefon: 088-369872 atau 088-218180\nWAKTU PEJABAT\nHari Bekerja: Isnin hingga JumaatMasa: 8 pagi hingga 5 petangWaktu Rehat: 1-2 petang, Jumaat(11.30 pagi-2 petang)Cuti: Sabtu, Ahad dan Cuti Awam\nMaklumat lanjut boleh layari laman sesawanghttps://mttk.sabah.gov.my/\nBaca juga: Penangguhan MUET Sesi 2 & 3: Tarikh Peperiksaan Terkini 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tips-beli-air-cond/", "title": "Tips Beli Air Cond \u2013 Antara Harga, HP dan Inverter / Non-Inverter", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKetahui tips beli air cond terlebih dahulu sebelum anda membeli air cond untuk rumah anda bagi mengelakkan anda terpaksa membayar bil yang melambung tinggi kerana lebih banyak tenaga elektrik yang diperlukan air cond anda untuk menyejukkan sesuatu ruangan. \nKebanyakan rumah sekarang memilih untuk memasang penghawa dingin (air cond) kerana cuaca yang semakin panas pada masa kini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n3 Tips Beli Air Cond\n\n \nFAKTOR PERTAMA : Keluasan ruang\n\n \nFAKTOR KEDUA: Inverter vs Non-Inverter\n\n \nFAKTOR KETIGA : Energy rating\n\n\n3 Tips Beli Air Cond\nApabila ingin memasang air cond untuk rumah, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti yang berikut:\nKeluasan ruangInverter vs Non-InverterEnergy rating\nWalaupun harga yang murah mungkin memainkan peranan penting sewaktu membeli aircond, anda mungkin terpaksa membayar bil yang melambung-lambung tinggi kerana tersilap beli penghawa dingin.\nSila rujuk penerangan lanjut di bawah.\n\n\n\n\n\n\nFAKTOR PERTAMA : Keluasan ruang\nAntara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah berapa besar \u201chorsepower\u201d atau singkatannya HP air cond yang perlu dibeli.\nSecara umumnya, air cond dijual dalam varian 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP. \nLagi besar HP, lagi mahal harganya \u2013 namun lebih berbaloi membeli air cond dengan HP lebih besar sekiranya ruangan yang ingin disejukkan adalah besar seperti di ruang tamu.\nDi sinilah anda perlu mengetahui seberapa besarkah ruangan yang ingin disejukkan.\nSekiranya anda memakai penghawa dingin dengan HP yang rendah, air cond anda terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruangan tersebut dan perkara ini akan menyebabkan bil elektrik anda melambunng tinggi!\nSekiranya ingin mendapatkan cadangan berapa HP air cond yang anda patut beli, boleh gunakan kalkulator yang disediakan di laman Daikin ini https://www.daikin.com.my/heat-calculator/ \nFAKTOR KEDUA: Inverter vs Non-Inverter\nTips tips beli air cond yang kedua adalah memilih air cond yang mempunyai inverter sekiranya anda mampu.\nKebiasaannya penjual akan bertanyakan sama ada anda perlukan air cond inverter atau non-inverter?\nSecara umumnya, air cond jenis inverter lebih jimat tenaga berbanding non-inverter.\nNamun, harganya sedikit mahal berbanding non-inverter.\nTapi, kos awal yang lebih besar ini cukup berbaloi sekiranya anda menggunakan penghawa dingin secara kerap hampir setiap hari untuk tempoh masa yang panjang \u2013 contohnya pada waktu malam sehingga pagi ketika masa tidur anda.\nSekiranya anda mampu, sentiasa pilih yang jenis inverter.\nFAKTOR KETIGA : Energy rating\n\nKebiasaannya apabila anda membeli apa-apa perkakasan atau barangan elektrik, anda boleh lihat terdapat pelekat Energy rating yang biasanya diletakkan dengan logo bintang.\nLagi banyak bintang, lagi efektiflah penggunaan tenaga oleh alatan elektrik tersebut.\nKebiasaannya, air cond yang daripada jenis inverter mempunyai Energy rating yang lebih baik.\nSifir mudahnya, lebih tinggi Energy rating lebih jimat penggunaan tenaga elektrik.\nDiharapkan selepas anda membaca tips beli air cond ini, anda dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membeli air cond untuk dipasang di rumah anda.\nBaca juga: Cara Kira Kelayakan Beli Rumah (Formula DSR)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sps-padanan-caruman-perkeso/", "title": "SPS Padanan Caruman PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSPS Padanan Caruman, salah satu inisiatif Belanjawan 2022, menyediakan insentif caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO di mana Kerajaan menanggung 80% daripada caruman Pelan 2 SKSPS untuk tempoh setahun.\nInisiatif ini menyasarkan 8 kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang hanya perlu membayar caruman sebanyak 20% atau RM46.60 untuk perlindungan terhadap kemalangan atau penyakit berkaitan pekerjaan sendiri selama tempoh 12 bulan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang manfaat inisiatif SPS Padanan Caruman PERKESO ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPS Padanan Caruman PERKESO?\n\n \nFaedah Yang Bakal Diperolehi\n\n \nFAEDAH PERUBATAN\n\n \nFAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA\n\n \nFAEDAH HILANG UPAYA KEKAL\n\n \nELAUN LAYANAN SENTIASA\n\n \nFAEDAH ORANG TANGGUNGAN\n\n \nFAEDAH PENGURUSAN MAYAT\n\n \nKEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL\n\n \nFAEDAH PENDIDIKAN\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Mendaftar\n\n \nDOKUMEN DIPERLUKAN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SPS Padanan Caruman PERKESO?\nSkim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.\n\n\n\n\n\n\nSebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas\u00a0Sektor Pengangkutan Penumpang\u00a0iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.\nMulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:\n\u00a0Pengangkutan Barangan dan Makanan\u00a0Perniagaan Online\u00a0Pertanian\u00a0Teknologi Maklumat\u00a0Penternakan\u00a0Pemprosesan Data\u00a0Perhutanan\u00a0Ejen\u00a0Perikanan\u00a0Perkhidmatan Profesional\u00a0Makanan\u00a0Perkhidmatan Sokongan\u00a0Pembuatan\u00a0Kesenian\u00a0Pembinaan\u00a0Perkhidmatan Isi Rumah\u00a0Penjaja\u00a0Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan\u00a0Premis Penginapan\nIndividu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.\n\nFaedah Yang Bakal Diperolehi\nFAEDAH PERUBATAN\n\u00a0Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau\u00a0Membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan di Pejabat PERKESO.\nFAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA\n\u00a0Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.\u00a0Perlu mengemukakan sijil cuti sakit.\u00a0Kadar bayaran RM30.00 \u2013 RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih.\nFAEDAH HILANG UPAYA KEKAL\n\u00a0Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit.\u00a0Kadar bayaran sebanyak 90% dari pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.\u00a0Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.= (RM3,950 X 90% \u00f7 30 hari) X 20% X 8873= RM210,290.10\nELAUN LAYANAN SENTIASA\n\u00a0Elaun yang diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang tidak berdaya dengan teruknya akibat bencana pekerjaan sendiri sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain.\u00a0Elaun bulanan sebanyak RM500.00.\nFAEDAH ORANG TANGGUNGAN\n\u00a0Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri.\u00a0Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.\u00a0Orang Tanggungan Yang Layak Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun. Jika tiada balu, duda atau anakIbu atau bapa; atauAdik-beradik berumur dibawah 21 tahun; atauDatuk nenek\u00a0Duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek menerima faedah sepanjang hayat\u00a0Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)\u00a0Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan kepada Isteri dan Anak.PELANPENDAPATAN BULANAN PILIHAN YANG DIINSURANSKANPENCEN BULANAN1RM1,050RM1,050 X 90% = RM945.002RM1,550RM1,550 X 90% = RM1,395.003RM2,950RM2,950 X 90% = RM2,655.004RM3,950RM3,950 X 90% = RM3,555.00\nFAEDAH PENGURUSAN MAYAT\nFaedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000.00 dibayar kepada orang tangungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima faedah hilang upaya.\nKEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL\n\u00a0Kemudahan permulihan dan vokasional secara percuma.\u00a0Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain.\u00a0Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain.\nFAEDAH PENDIDIKAN\nFaedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi Orang Berinsurans bekerja sendiri yang mati akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.\n\nSyarat Kelayakan\nHanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon skim SPS Khidmat dan SPS Padanan Caruman ini:\nBertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umurIndividu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkahBekerja sepenuh masa atau separuh masaOBS bekerja di Malaysia\nCara Mendaftar\nOBS yang ingin mendaftar dan mencarum di bawah SKSPS, boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi Portal Matrix di matrix.perkeso.gov.my/mypass/login\nDOKUMEN DIPERLUKAN\n\u00a0Salinan kad pengenalan\u00a0Salinan lesen / kad pemandu / profil e-haling / permit / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang SPS Padanan Caruman PERKESO, sila rujuk saluran berikut:\nFacebook Pertubuhan Keselamatan SosialLaman web : matrix.perkeso.gov.my/mypass/login\nSebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada\u00a0[email\u00a0protected]\nBaca juga: \nCara Claim PERKESO Jika MC Atau Cuti SakitSkim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkss-9-0/", "title": "BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 9.0\nPremier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri meneruskan perlaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion.\nEmpat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.\nBerikut 5 pakej BKSS 9.0:\nLangkah pertama: Diskaun bil eletrikInisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil eletrik bulanan kepada pengguna domestik, komersil dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.Langkah kedua: Diskaun bil airDiskaun bil air 10% hingga 25% diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.Langkah ketiga: diskaun 25% dan 30% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunanDiskaun 25% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil , industri dan premis pegangan khas.Langkah keempat: diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Diskaun untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan kedai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC.Langkah kelima:\u00a0Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0Bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di Sarawak dengan kenaikan harga binaan.\u00a0\n\n\n\nSumber: TVS \nBerikut dikongsikan pengumuman terperinci BKSS 9.0 oleh Premier Sarawak bertarikh 29 Ogos 2022.\nBKSS 9.0 : \u201cMeringankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat Akibat Inflasi\u201d\nSEKARANG adalah masa yang sangat mencabar bagi kita disebabkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Saya mendengar keluhan rakyat berkenaan harga barang yang semakin meningkat seperti harga ayam dan telur, kenaikan harga minyak masak dan sebagainya.\nUntuk makluman, setakat Jun 2022, inflasi Malaysia meningkat 3.4 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala kadar inflasi Sarawak meningkat 3.2 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, sebagai kerajaan yang mendengar dan prihatin terhadap keluhan rakyat, Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk menyambung pemberian bantuan bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang terkesan akibat kenaikankos sara hidup, terutama yang berpendapatan rendah.\nSukacita saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 yang merangkumi 5 langkah bagi tempoh enam (6) bulan mulai Julai hingga Disember 2022.\nLANGKAH 1: DISKAUN BIL ELEKTRIK\nKerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri termasuklah pengusaha dan peruncit makanan mulai Julai hingga Disember 2022.\nDiskaun ini akan memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM201.76 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.\nLANGKAH 2: DISKAUN BIL AIR\nDiskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri diteruskan mulai Julai hingga Disember 2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.\nKos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM35.34 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.\nLANGKAH 3: DISKAUN TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU\nDiskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2022.\nLangkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak.\nKeseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM54.0 juta.\nLANGKAH 4: DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI\nDiskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dangerai di bawah PBT dan badan-badan berkanun.\nKeseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta.\nLANGKAH 5: ADDITIONAL CONSTRUCTION MATERIALS UNDER THE SPECIAL PROVISIONS FOR VARIATION OF PRICE (VOP) 2.0\nThe price increase of construction materials had badly impacted the players in the built industry. As an effort toward easing the margin erosion faced by the contractors and ensure the delivery of Government projects during this difficult time, the Sarawak Government has initiated the Variation of Price (VOP) 2.0 to cater for the increase in price of construction materials for all State funded projects.\nThe VOP 2.0 will cover the following areas:\nOn-going contracts with Letter of Acceptance (LOA) issued between 1 January 2021 until 31 December 2021;15 additional materials for building works;(i) R.C. Square Pile;(ii) Concrete;(iii) Steel (Other than reinforcement bars);(iv) Bricks & wall;(v) Glass;(vi) Aggregate;(vii) Ceiling;(viii) Paint;(ix) Sand;(x) Plumbing materials;(xi) Floor & wall tiles;(xii) Sanitary fittings;(xiii) Timber (include plywood);(xiv) Ironmongeries; and(xv) Roofing materials;10 additional materials for civil engineering works; and(i) R.C. Square pile;(ii) Cement;(iii) Steel (fabric reinforcement);(iv) Guardrail;(v) Bitumen;(vi) Cable stay;(vii) P.C. strand;(viii) T40 Reinforcement Bar;(ix) Diesel; and(x) HDPE PipeExtension of Time (EOT) up to maximum of 6 months, subject to the condition stipulated by the respective agencies.\nThe Sarawak Government is estimated to bear the cost of approximately of RM700 million for allowing the variation of price.\nKESIMPULAN\nDalam keadaan yang sukar sekarang ini, Kerajaan Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat agar memberi manfaat kepada semua golongan.\nKita sekarang dalam fasa pemulihan ekonomi. Justeru itu, saya berharap agar langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 9.0 yang berjumlah hampir RM1.0 billion ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Sarawak. \n\u2013 Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg\nMaklumat lanjut: https://tvstv.my/2022/08/29/abang-johari-umum-bkss-9-0-berjumlah-rm-1-bilion/\nBaca juga:\nHDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022Endowment Fund Sarawak (EFS) : Bantuan Kelahiran Bayi RM 1,000\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-stpm-2023/", "title": "Pendaftaran STPM 2023 (Majlis Peperiksaan Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tawaran kemasukan bagi pelajar Tingkatan 6 untuk tahun 2023 bagi menduduki STPM.\nSTPM atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan prauniversiti yang diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya Universiti di negara-negara Komanwel dan Amerika Syarikat.\nUntuk makluman, STPM juga dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang turut menyediakan Malaysian University English Test (MUET).\nBaca Juga : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) : Tahap, Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pendaftaran STPM 2023\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6\n\n \nCara Daftar STPM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Pendaftaran STPM 2023\nLepasan SPM yang berminat untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat STPM boleh lakukan permohonan secara atas talian bermula 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.\nSyarat-Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6\nCalon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nSyarat Am :\nLulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi matapelajaran Bahasa Melayu.Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2022.\nSyarat Khas\na. Bidang Sains\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:\nMatematik/ Matematik Tambahan.Fizik.Kimia.Biologi.Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian KejuruteraanElektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal.\nb. Bidang Sains Sosial\ni. Sekolah Menengah Harian.\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlahmata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajarandaripada kumpulan yang berlainan seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\u2022 Bahasa Melayu.\n\u2022 Bahasa Inggeris.\n\u2022 Kesusasteraan Inggeris/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif\n\u2022 Sejarah.\n\u2022 Geografi.\n\u2022 Pendidikan Seni Visual.\n\u2022 Komunikasi Visual.\n\u2022 Seni Halus.\n\u2022 Teater.\n\u2022 Reka Bentuk.\n\u2022 Pendidikan Muzik.\n\u2022 Muzik.\n\u2022 Tari.\n\u2022 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral\n\u2022 Matematik/ Matematik Tambahan.\n\u00a0\u2022 Prinsip Perakaunan.\n\u2022 Sains/ Sains Tambahan.\n\u2022 Pembinaan Domestik/ Kerja Paip Domestik/ Pendawaian Domestik/ Kimpalan Arka dan Gas/ Menservis Automobil/ Menservis Motosikal/ Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Rekaan dan Jahitan Pakaian/ Katering dan Penyajian/ Pemprosesan Makanan/ Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak/ Landskap dan Nurseri/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Tanaman Makanan/ Produksi Multimedia/ Pembuatan Perabot/ Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut/ Gerontologi Asas dan Geriatrik/ Produksi Reka Tanda/ Hiasan Dalaman/ Reka Bentuk Grafik Digital.\n\u2022 Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari\u2019ah Islamiah/ Usul Al-Din/ Al-Syariah.\n\u2022 Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.\n\u2022 Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah AlMu\u2019asirah/ Manahij Al-\u2018Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa AlBalaghah/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ Bahasa Punjabi/ Kesusasteraan Tamil/ Kesusasteraan Cina/ Bible Knowledge/ Bahasa Semai.\n\u2022 Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan.\nii. Sekolah Menengah Agama\nDi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).\nMendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab dan\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:\n\u00a0\u2022 Tasawwur Islam.\n\u2022 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Din.\n\u2022 Pendidikan Syari\u2019ah Islamiah/ Al-Syariah.\n\u00a0\u2022 Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah AlMu\u2019asirah/ Manahij Al-\u2018Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa AlBalaghah.\n\u00a0\u2022 Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.\niii. Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu \n\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab dan\n\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti yang berikut:\n\u2022 Tasawwur Islam.\n\u2022 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Din.\n\u2022 Pendidikan Syari\u2019ah Islamiah/ Al-Syariah.\n\u2022 Bahasa Arab/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah AlMu\u2019asirah/ Manahij Al-\u2018Ulum Al-Islamiah/ Al-Adab Wa AlBalaghah.\n\u2022 Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran.\nUntuk keterangan lanjut, calon boleh rujuk pada Soalan Lazim di pautan berikut :\nhttps://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20KEMASUKAN%20TINGKATAN%20ENAM%20TAHUN%202022.pdf\nCara Daftar STPM\nCalon boleh lakukan pendaftaran STPM 2023 secara atas talian di pautan https://online.mpm.edu.my/\nPendaftaran calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta boleh dibuat di sekolah atau institusi.\nCalon sekolah swasta dan calon persendirian individu hanya boleh membeli PIN MEC secara online sahaja melalui pautan:\u00a0https://mypay.com.my/web/mpm\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran STPM 2023, sila emelkan ke alamat [email\u00a0protected].\nMaklumat berkaitan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam juga boleh diperoleh daripada portal KPM (https://www.moe.gov.my) dan portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my/).\nSelain itu, murid juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing melalui telefon/emel (rujuk portal yang sama).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-boleh-ubah-yayasan-selangor/", "title": "Yayasan Selangor: Semakan Temuduga Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYayasan Selangor dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa tawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 telah dibuka dan calon yang terpilih untuk temuduga telah diumumkan.\nTawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ini dibuka kepada semua rakyat negeri Selangor yang sedang belajar ataupun yang telah menerima tawaran mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.\nPembiayaan yang ditawarkan ini adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah tanpa faedah dikhususkan hanya kepada pemohon dalam kalangan warganegara Malaysia dan rakyat negeri Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan.\nPemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.\nSemua rakyat negeri Selangor yang berkelayakan adalah dipersilakan untuk memohon tertakluk syarat dan had peruntukan yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan info lanjut dan semakan permohonan untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor?\n\n \nSyarat Kelayakan Pinjaman Boleh Ubah Selangor Sesi September 2021\n\n \nTarikh Tawaran\n\n \nCara Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Selangor 2021\n\n \nPANGGILAN TEMUDUGA PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor?\nYayasan Selangor membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara yang memenuhi syarat kelayakan.\n Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat. \n\n\nSyarat Kelayakan Pinjaman Boleh Ubah Selangor Sesi September 2021\nPemohon adalah warganegara Malaysia.Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri / Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.\nBaca juga: Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)\nTarikh Tawaran\nTawaran ini adalah dibuka untuk permohonan bermula pada 1 September 2021 sehingga 30 September 2021. \nCara Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Selangor 2021\nPemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di pautan :\u00a0Borang Pinjaman Pelajaran YSBorang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:\nBahagian Pembiayaan PendidikanYayasan SelangorTingkat 17, Menara Yayasan SelangorNo.18A, Persiaran Barat46000 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan\nSebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor melalui telefon atau email berikut:\nTelefon: 03 \u2013 7669 1237 / 188 / 243 / 162Email: [email\u00a0protected]\nPANGGILAN TEMUDUGA PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR\nRujuk senarai nama temuduga Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor sesi September 2021 di pautan berikut:-https://bit.ly/3CcvDNX\nSemoga berjaya bagi pelajar yang telah ditemuduga.\nSila bersedia kepada pelajar yang akan menghadapi sesi tersebut pada hari ini dan esok.\nSelamat maju jaya!\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat, kaedah dan borang permohonan, sila layari laman web rasmi Yayasan Selangor di pautan http://yayasanselangor.org.my/.\nUntuk maklumat lanjut berkenaan siaran media ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Selangor di talian 03-76691 118 / 210 / 117, email: [email\u00a0protected]\nLike, Share, Subscribe & Follow Media Sosial Yayasan Selangor sebagai tanda sokongan anda.https://linktr.ee/yayasanselangor\nYayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965. Objektif penubuhannya adalah untuk memberi bantuan dan galakan dalam bidang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia khasnya di negeri Selangor yang kurang kemampuan tetapi berpotensi. Sehingga kini, Yayasan Selangor terus konsisten mengekalkan tradisinya membangunkan sumber manusia di negeri Selangor melalui program-program pendidikan anjurannya selaras dengan visinya untuk \u201cmenyediakan prasarana pendidikan yang efektif dalam membentuk generasi insan kamil\u201d.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/temujanji-bank-rakyat-online/", "title": "e-Janji Temu Bank Rakyat: Permohonan Temujanji Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBank Rakyat telah mengemaskini dan memperkenalkan sistem e-Janji Temu atau e-Appointment bagi memudahkan urusan pelanggan di setiap cawangan, terutamanya dalam tempoh pandemik ini.\nBagaimanakah cara membuat janji temu secara online untuk berurusan di kaunter Bank Rakyat secara fizikal?\nDi sini kami kongsikan caranya.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis Perkhidmatan Untuk Temujanji Online\n\n \nCara Permohonan Temujanji Bank Rakyat Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJenis Perkhidmatan Untuk Temujanji Online\nKini urusan perbankan anda lebih mudah dan tidak perlu beratur.\nAnda boleh memilih sama ada ingin membuat janji temu bagi urusan berikut:\nAr-RahnuTransaksi Perbankan\nBagi Transaksi Perbankan, anda boleh menjalankan perkhidmatan berikut:\nPembukaan Akaun: Pembukaan akaun baru Bank Rakyat bagi Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat & iBizPengeluaran / Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i BerjangkaPenghantaran Wang (IBG / Rentas / Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunterPerkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran HajiPermohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil & Sederhana, Peribadi-iPermohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaanPenggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan nombor akaunSusulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bankDeposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja)\nRujuk langkah di bawah untuk memohon temujanji di cawangan ingin anda kunjungi.\n\nCara Permohonan Temujanji Bank Rakyat Online\nUntuk membuat temujanji online di kaunter Bank Rakyat, sila ikuti langkah berikut:\nImbas Kod QR e-Janji Temu dalam poster di atas atau layari pautan https://appointment.bankrakyat.com.my/.Pilih Negeri & Jenis Perkhidmatan yang ingin dilakukan.Pilih Kaunter Cawangan Bank Rakyat yang ingin anda kunjungi.Pilih Tarikh dan Masa yang tersedia dalam jadual.Sertakan Butiran Diri anda dengan lengkap pada ruangan yang disediakan.Semak semula semua butiran temujanji dan buat pengesahan untuk menetapkan tarikh temujanji.Selesai! Pastikan anda menunjukkan tangkap layar (screen shot) atau mesej temujanji yang tertera apabila anda berkunjung ke kaunter Bank Rakyat bagi memastikan anda dapat berurusan dengan cepat dan pantas.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang temujanji online Bank Rakyat, sila rujuk laman web rasmi Bank Rakyat di : https://appointment.bankrakyat.com.my/\nAnda juga mengemukakan sebarang permasalahan di saluran berikut:\n[email\u00a0protected]1-300-80-5454https://www.bankrakyat.com.my/Facebook: https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-tarawih/", "title": "Doa Selepas Solat Tarawih, Selawat & Tasbih Antara 2 Rakaat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPANDUAN BACAAN DOA, SELAWAT DAN TASBIH SOLAT SUNAT TARAWIH\nSolat Sunat Tarawih merupakan suatu ibadah khusus yang hanya dikerjakan pada bulan Ramadan. Keutamaan dan kelebihan mengerjakannya adalah sangat besar sebagaimana Hadis Nabi;\nDaripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n\u0625\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0645\u064e \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0644\u0625\u0645\u064e\u0627\u0645\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0635\u064e\u0631\u0650\u0641\u064e\u060c \u0643\u064f\u062a\u0650\u0628\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064f \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064d\nMaksudnya: \u201c Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)\u201d.\n\nBacaan selawat, takbir dan tasbih tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.\nNamun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.\n\n\n\n\n\n\nSebagai panduan, berikut adalah bacaannya:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBacaan Selawat / Tasbih Sebelum Memulakan Solat Tarawih & Antara 2 Rakaat Tarawih\n\n \nDoa Ringkas Antara 2 Rakaat Solat Tarawih\n\n \nDoa Selepas Selesai Solat Tarawih 8 Rakaat / 20 Rakaat\n\n \nDownload Panduan Solat Tarawih, Tasbih, Selawat & Doa Lengkap\n\n\nBacaan Selawat / Tasbih Sebelum Memulakan Solat Tarawih & Antara 2 Rakaat Tarawih\n\n\nDoa Ringkas Antara 2 Rakaat Solat Tarawih\n\nDoa Selepas Selesai Solat Tarawih 8 Rakaat / 20 Rakaat\n\n\nSumber : JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian\nBismillahirrahmanirrahim\nAlhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj \u2018alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa \u2018indaka tholibin, wa li \u2018afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.\nWa anil laghwi mu\u2019ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.\nWa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma \u2018in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.\nAllahummaj \u2018alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa\u00a0 taj \u2018alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa\u2019fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa\nwali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.\nWaktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.\nWaqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,\nWassollahu \u2018ala khairi kholqihi muhammadin wa \u2018ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil Aalamin.\nMaksudnya:\nSegala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.\nWahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.\nYa Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.\nKami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu dan bersabar dengan bala bencana.\nKami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.\nYa Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.\nYa Tuhan kami, berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami atau isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa dan seluruh muslimin dan muslimat.\nDan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.\nDan jauhkan kami daripada orang yang zalim dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.\nDan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala yang mengasihani.\nPANDUAN BILAL SOLAT TARAWIH (PANDUAN VIDEO)\n\n\nSumber: Youtube InTeam Digital\nDownload Panduan Solat Tarawih, Tasbih, Selawat & Doa Lengkap\nUntuk memudahkan anda membuat rujukan, anda boleh merujuk panduan solat terawih oleh JAKIM di pautan berikut:\nPanduanSolatTarawih-JakimDownload\nhttp://www.islam.gov.my/\nPanduan_Solat_Tarawih-JakimDownload\nSemoga dengan panduan ini kita dapat menambah amal dan memantapkan lagi penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan agar ia memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua.\nSila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/transfer-limit-bank-islam/", "title": "Cara Tukar Transfer Limit Bank Islam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai langkah keselamatan akaun pelanggan, pihak Bank Islam telah menetapkan transfer limit bagi setiap akaun pelanggannya. \nIni bagi mengelakkan amaun atau jumlah wang yang terlalu besar dipindah ke akaun lain dalam situasi pemilik akaun digodam oleh penjenayah.\nWalau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, pelanggan Bank Islam dan pemilik akaun boleh memilih untuk menukar atau menambah jumlah transfer limit Bank Islam sekiranya mereka perlu memindahkan jumlah wang yang lebih besar kepada penerima lain \u2013 contohnya untuk pembelian televisyen, basikal, bayaran hutang dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\nMenariknya, proses menukar had transaksi pemindahan wang untuk pelanggan Bank Islam sangat mudah kerana pelanggan tidak perlu kaunter sebaliknya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHad transaksi\n\n \nCara untuk tukar had transaksi\n\n\nHad transaksi\nSecara detault, pihak Bank Islam telah menetapkan had transaksi harian bagi pelbagai jenis transaksi seperti yang berikut:\nIntrabank Funds Transfer (IFT) \u2013 RM50,000 had gabungan*Interbank GIRO (IBG) \u2013 RM50,000 had gDuitNow \u2013 RM50,000 had gTransfer Within Own Accounts (Pemindahan Dalam Akaun Sendiri) \u2013 Had gabungan RM1,000,000 untuk pemindahan dengan dari akaun Bank Islam ke akaun Bank Islam sendiri, akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji sendiri, SSPN-i untu akaun SSPN-i sendiri\nJumlah ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan anda boleh merujuk ke halaman Internet Banking Bank Islam untuk sebarang perubahan terkini transfer limit Bank islam. \nCara untuk tukar had transaksi\n\nUntuk keselamatan pelanggan Bank Islam, anda boleh menukar transfer limit Bank Islam ini bergantung pada jenis transaksi.\nUntuk menukar had transaksi ini, ikuti langkah-langkah berikut:\nLog masuk akaun perbankan internet Bank Islam anda di portal https://www.bankislam.biz/Pada halaman dashboard akaun anda, klik pada Settings pada bahagian menu. Klik pada Transaction Limit Maintenance. Masukkan jumlah had limit baru anda untuk pelbagai transaksi seperti yang berikut:Own Account TransferThird Party TransferBills PaymentPrepaid ReloadFPXUntuk pengesahan, anda diminta untuk memasukkan i-Access Code andaSetelah kod tersebut dihantar ke telefon pintar anda, klik Confirm untuk pengesahanSekiranya pengesahan berjaya, anda akan dipaparkan satu halaman khas yang menyatakan perubahan yang dilakukan telah berjaya dilakukan\nTidak semua jenis transaksi di atas perlu ditetapkan had limit.\nKemudahan untuk mengubah had pemindahan dalam talian ini sememangnya menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu ke bank untuk membuat perubahan-perubahan had transaksi ini. \nSebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi cawangan Bank Islam terdekat, atau mendail talian hotline perkhidmatan pelanggan di +60326900900.\nAdakah anda pengguna CIMB Bank? Rujuk Cara Tukar Transfer Limit CIMB Bank.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-semarak-niaga-bsn/", "title": "Permohonan Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN\nBSN Mikro/i Semarak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nUntuk makluman anda, program Semarak Niaga menawarkan tujuh pilihan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu :\n\nSemarak\nSemarak-Nita\nSemarak PeDi\nSemarak-Belia\nSemarak Sukan\nSemarak -Mula\nSemarak Tani\n\nDifahamkan dana bagi pinjaman ini masih banyak tersedia untuk pemohon di seluruh Malaysia.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang skim pinjaman ini dan cara untuk membuat permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN ?\n\n \nSenarai Pembiayaan Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN\n\n \nKadar Pembiayaan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN ?\nSkim Mikro Kredit SemarakNiaga adalah pembiayaan berjumlah RM 800 juta bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan.\n\n\n\n\n\n\nInsentif ini menyasarkan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik Covid-19.\nSkim ini bertujuan bagi membantu menjana pendapatan, sekaligus membangkitkan semula keupayaan serta daya tahan perniagaan yang mengalami kerugian sebelum ini.\nMelalui skim ini, pengusaha mikro bagi semua sektor perniagaan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan tertakluk kepada terma dan syarat.\nBaca juga : Permohonan Rumah Harapan Rakyat (RHR) Tahun 2023 \nSenarai Pembiayaan Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN \nKeterangan serta jumlah pembiayaan bagi setiap pilihan pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nSemarak\nSemarak ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nSemarak-Nita\n\nSemarak-Nita ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan wanita untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nPembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Nita adalah sehingga RM 50,000.\n\nSemarak PEDi\n\nSemarak PEDi ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.\nPembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 20,000.\n\nSemarak-Belia\n\nSemarak-Belia ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nPembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Belia adalah sehingga RM 50,000.\n\nSemarak Sukan\n\nSemarak Sukan ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan.\nPembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak Sukan adalah sehingga RM 50,000.\n\nSemarak-Mula\n\nSemarak-Mula ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan yang baru memulakan perniagaan.\nPembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Mula adalah sehingga RM 20,000.\n\nSemarak Tani\n\nSemarak-Tani ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam/pasar tani, bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.\nPembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 75,000.\n\n\nKadar Pembiayaan\nKadar pembiayaan yang dikenakan bagi pemohon adalah 4% setahun.\nCara Memohon\nPara peniaga yang berminat \u00a0serta memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mohon bantuan ini melalui salah satu cara berikut:\n\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian.\u00a0MOHON SEKARANG.\nPanduan pengguna\u00a0untuk permohonan atas talian.\nHubungi\u00a0Credit Supervisory Team\u00a0kami untuk maklumat lanjut.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon adalah seperti berikut:\nSijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.\nSyarat Kelayakan\n\nPerusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd.).\nBekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).\nDimiliki oleh warganegara Malaysia.\nPerniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).\nPerniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Mikro Kredit SemarakNiaga ini, sila layari laman web BSN di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/semarak\n\nLihat\u00a0Penyata Pendedahan Produk.\nLihat\u00a0Soalan-soalan Lazim.\nTertakluk pada\u00a0Terma & Syarat.\n\nKunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan BSN yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan\u00a0DI SINI.\nCari cawangan BSN berhampiran anda: https://www.bsn.com.my//page/locate-us?lang=ms-MY&csrt=5935815739072417754\n"]} {"url": "https://ecentral.my/manifesto-perikatan-nasional-pn-pru15/", "title": "Manifesto Perikatan Nasional (Tawaran PN BEST PRU15)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan manifesto gabungan itu melalui sebuah majlis khas bertempat di Hotel Glenmarie, Shah Alam pada jam 8.00 malam, 6 November 2022.\nAntara perkara yang akan diumumkan dalam manifesto itu adalah mengenai ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan, wanita dan perkara tertentu yang lain\n\u201cIni akan kita maklumkan dan berharap ia mendapat tarikan pengundi di seluruh negara,\u201d katanya.\nMengulas lanjut, Muhyiddin berharap beliau sekali lagi diberi sokongan yang besar untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau ahli Parlimen Pagoh.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang tawaran Manifesto Perikatan Nasional (PN) yang diumumkan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManifesto Perikatan Nasional (Tawaran PN BEST)\n\n \nIntipati & Ringkasan TAWARAN PN BEST PRU-15\n\n \nPenilaian Semula KWSP Bersasar Tiada Dalam Manifesto PN, Namun Akan Dipertimbangkan\n\n \nCuti Umum Tambahan Jika Menang PRU15\n\n\nManifesto Perikatan Nasional (Tawaran PN BEST)\nAPA RAKYAT DAPAT KALAU UNDI PERIKATAN NASIONAL?\nJawapan ringkas, dapat kerajaan yang PRIHATIN, BERSIH dan STABIL.\nJawapan panjang boleh tengok live Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST PRU-15 jam 8 malam ini.\nAda banyak tawaran menarik!\n\n\n\n\n\n\nPN memfokus usahakan untuk bantu rakyat Malaysia dalam membina semula Malaysia menjadi negara yang bersih dan stabil.\nSedikit klu, akan ada 12 tunjang dengan berpuluh-puluh tawaran. \nSaksikan siaran langsung LIVE STREAMING melalui pautan di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=yd8bemdVHUM\n\n\n\nIntipati & Ringkasan TAWARAN PN BEST PRU-15\nBagi membina ekonomi masa depan yang berdaya saing 12 tunjang utama PN BEST merangkumi;\nMembina Ekonomi Masa Hadapan yang Berdaya SaingMeningkatkan Nilai dan Taraf Hidup RakyatMembersihkan Politik dan Tadbir UrusMensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan Semua KaumMemacu Pembangunan WilayahMelestarikan Alam Sekitar dan Merancakkan PelanconganMemperkasa Belia dan Mensejahterakan Keluarga MudaMengoptimumkan Potensi WanitaMembina Warga Emas Yang Aktif dan SejahteraMemperkasakan Orang Kelainan UpayaMemperkasakan Peneroka FELDAMentransformasikan Petani, Penternak, Nelayan & Pekebun Kecil\n\n\n\nTawaran-tawaran PN BEST PRU-15\nPN berikrar bahawa semua inisiatif Bajet 2023, termasuk bantuan kewangan rakyat dan penjawat awam, akan dikekalkan dan ditambahbaik untuk semua lapisan masyarakat.\nAntara tawaran utama PN iaitu tumpuan kepada merancak ekonomi melalui tabung khas galakan pelaburan RM5 bilion dan satu juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, mensejahtera rakyat termasuk mewujudkan one stop centre MyPrihatin untuk semua penyampaian bantuan rakyat.\nMemperkenalkan Kad Prihatin Nasional untuk akses perkhidmatan kesihatan, menyediakan perkhidmatan bas dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar, serta skim khas bagi pekerja gig, nelayan dan pekebun kecil.\nTadbir urus yang kukuh termasuk dengan melarang sumbangan dana politik dari luar negara, memperkasa pelan antirasuah nasional dan sistem perundangan dan kehakiman syariah serta menubuhkan badan bertindak bencana alam dan perubahan iklim.\nPendidikan yang inklusif termasuk akses Internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru, dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat serta RM2.5 bilion peruntukan penyelenggaraan sekolah.\nMensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum dilaksanakan melalui pemerkasaan agenda pembangunan Bumiputera dan mempertahankan hak semua kaum serta pembangunan sosioekonomi Orang Asli dan golongan minoriti yang menyeluruh.\nMerapatkan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak termasuk menyegerakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 serta penubuhan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak.\nBelia sebagai peneraju termasuk dengan melantik senator dalam kalangan belia dan beliawanis, diskaun 25 peratus bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan kelas kedua atas dan skim perumahan mikro belia mampu sewa.\nMelindungi kumpulan rentan termasuk menubuhkan Jabatan warga emas, dananita-wanita bangkit berniaga dan program latihan OKU lepasan sekolah.\nGenerasi Felda yang diperhebat termasuk menawarkan Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa hadapan generasi muda di kawasan rancangan Felda.\nBagi memastikan tawaran PN Best dilaksanakan sepenuhnya, sebuah Jawatankuasa Khas dianggotai pakar akan ditubuhkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenilaian Semula KWSP Bersasar Tiada Dalam Manifesto PN, Namun Akan Dipertimbangkan\nPerikatan Nasional (PN) akan meneliti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.\nPengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu menjadi pertimbangan meskipun ia tidak terdapat dalam tawaran PN pada pilihan raya umum kali ini.\nBeliau berkata, ini kerana kerajaan pusat yang diterajuinya sebelum ini pernah membenarkan tiga pengeluaran caruman itu menerusi inisiatif i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.\n\u201cPengeluaran KWSP tidak ada dalam manifesto, tetapi dulu kita buat Insya-Allah (jika) kita menang akan lihat semula tentang (pengeluaran) KWSP bersasar.\n\u201cKalau dulu kita sudah benarkan (pengeluaran)\u00a0 beberapa kali (seperti) i-Lestari walaupun (pada) awalnya agak sukar, tetapi pertama kita kena tengok berapa banyak simpanan oleh pihak yang mahu mohon, kalau sudah habis, nak bersasar apa.\n\u201cNamun, ini perkara penting kita akan beri pertimbangan sebaiknya apabila jadi kerajaan,\u201d katanya ketika ditanya soal pengeluaran KWSP bersasar dalam sesi dialog yang berlangsung di majlis pelancaran manifesto PN.\n\n\n\nBaca juga: KWSP Bersasar Sedia Dinilai Semula Jika PN Menang PRU-15\nCuti Umum Tambahan Jika Menang PRU15\nPerikatan Nasional (PN) akan mengisytiharkan cuti umum pada 20 dan 21 November ini sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\nPengerusinya, Tan Sri\u00a0Muhyiddin Yassin\u00a0berkata, tawaran tambahan itu bagi membolehkan pengundi luar kawasan pulang ke tempat bermastautin tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin.\nBeliau menjelaskan, cuti umum berkenaan tertakluk kepada cuti hujung minggu yang berlainan mengikut negeri masing-masing.\n\u201cJadi saya nak umumkan, jika PN menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu, 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad (20 November) bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala hari Isnin (21 November) bagi negeri-negeri lain,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tawaran PN (PN BEST) pada Ahad.\nPN BEST bertemakan \u2018Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang\u2019 merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran yang digubal dengan mengambil kira pandangan serta sentimen rakyat.\nSementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) optimis kesemua tawaran dinyatakan dalam PN BEST boleh dilaksanakan oleh gabungan itu apabila menjadi kerajaan kelak.\nBaca juga: \nManifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15[RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15Senarai Calon PRU 15 (PKR, PH, BN, PN, PAS, DAP, GTA)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pusat-bahasa-jepun-mara-oisca/", "title": "Kemasukan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Oktober 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA) kini menawarkan program pembelajaran Bahasa Jepun menerusi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA).\nProgram ini memberi peluang kepada pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti kursus Bahasa Jepun untuk asas dan lanjutan. Lebih menarik lagi, pelajar lepasan MARA-OISCA juga berberpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.\nUntuk makluman, pengambilan bagi program ini diadakan 5 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mac, Jun, Ogos dan Oktober setiap tahun.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nTempoh Pengajian\n\n \nKemudahan Yang Disediakan\n\n \nBidang Yang Diperlukan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon Program Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nCalon yang berminat untuk ikuti program ini boleh hantarkan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 9 September 2022.\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 bulan iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2022.\n\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan kepada peserta yang mengikuti program anjuran Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA ini adalah :\nElaun Sara Hidup Bulanan.Asrama disediakan.Yuran pengajian ditanggung MARA.Peluang latihan industri di Jepun.\nBidang Yang Diperlukan\nBidang yang diperlukan untuk calon memohon program ini adalah seperti berikut :\nTeknologi Kejuruteraan Automotif.Teknologi Kejuruteraan Bangunan.Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.\nSyarat Permohonan \nPemohon perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nBujang.Lelaki.Warganegara berumur 20-29 tahun.Merupakan Lepasan IPMA.\nCara Memohon Program Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA\nCalon yang berkelayakan boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nLayari pautan pendaftaran iaitu\u00a0http://bit.ly/PusatBahasaMaraOisca.Klik butang \u2018Next.\u2019Lengkapkan permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program anjuran Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, sila hubungi talian 03-87249344 atau melalui whatsapps 011-13307312.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-zakat-utm/", "title": "Tawaran Bantuan Zakat UTM Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSPACE Kampus Johor kini mengalu-alukan pelajar Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Bantuan Zakat UTM Johor.\nBantuan yang disalurkan oleh Unit Zakat dan Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor ini bertujuan untuk meringankan beban para pelajar yang tergolong sebagai Fakir Miskin.\nBaca Juga : Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM 2022 / 2023\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nJenis Bantuan Zakat UTM Johor\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bantuan zakat UTM bermula 17 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.\nJenis Bantuan Zakat UTM Johor\nUntuk maklumat, bantuan zakat yang ditawarkan terbahagi kepada dua jenis iaitu :\nBantuan Zakat Yuran Pengajian : Terbuka untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk selesaikan yuran pengajian.Bantuan Zakat Sara Diri : Khas untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan untuk kegunaan harian semasa berada di kampus.\n\nSyarat Permohonan\nPelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nBeragama Islam dan Warganegara Malaysia.Mahasiswa UTM sepenuh masa Kampus UTM Johor Bahru.Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain.Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab).Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang RM3000 dan dengan tanggungan 4 orang dan ke atas).Permohonan dibuat sekali sahaja dalam satu semester.\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti langkah-langkah permohonan bagi Bantuan Zakat UTM seperti berikut :\ni) Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM\nUntuk pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM, permohonan boleh dibuat di\u00a0http://www.my.utm.my.\nii) Pelajar UTMSPACE\nPelajar UTMSPACE boleh membuat permohonan dengan mengisi google form di pautan berikut\u00a0https://forms.gle/TfedLRtSj2A4Ds5E8\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi 019-6861361 (Admin Zakat UTMJB) atau 013-277 7214 (En. Rashid, UTMSPACE).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/khutbah-aidilfitri/", "title": "Panduan / Teks Khutbah Aidilfitri 2023 \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTeks Khutbah Aidilfitri 2023 \u2013 JAKIM\nKhutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. \nNamun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.\nBerikut dikongsikan rukun dan pelaksanaan khutbah aidilfitri yang dirujuk daripada JAKIM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Khutbah Hari Raya Aidilfitri\n\n \nRukun Khutbah\n\n \nSyarat Sah Khutbah\n\n \nPerkara Sunat Khutbah\n\n \nAdab Mendengar Khutbah\n\n \nPanduan Khutbah Aidilfitri 2023\n\n \nMuat Turun Teks Khutbah Aidilfitri 2023\n\n\nPengenalan Khutbah Hari Raya Aidilfitri\nSetelah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri selesai dilakukan, sekiranya ia dilaksanakan secara berjemaah, disunatkan bagi imam untuk membaca khutbah hari raya sebanyak dua khutbah.\n\n\n\n\n\n\nIa adalah pelaksanaan yang sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah.\nIni berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn \u2018Umar R.Anhuma\u00a0beliau berkata :\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u064f\u0648 \u0628\u064e\u0643\u0652\u0631\u064d \u0648\u064e\u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u064f\u0651\u0648\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u062e\u064f\u0637\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0637\u064f\u0628\u064f\u0648\u0646\u064e \u200f\nMaksudnya :\u00a0Adalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah.\nRiwayat Al-Tirmizi (531)\nRukun Khutbah \n5 RUKUN KHUTBAH\n\nMemuji Allah SWT\nSelawat Ke Atas Nabi SAW\nWasiat Taqwa\nMembaca Satu Ayat Al-Quran\nDoa Kepada Orang Beriman Dalam Khutbah Kedua\n\nKhatib hendaklah menyampaikan semua rukun-rukun khutbah dalam bahasa Arab walaupun ia tidak difahami oleh para jemaah.\n\nSyarat Sah Khutbah\nSYARAT KHUTBAH JUMAAT\n1. KHATIB\n\nkhatib berdiri jika mampu & duduk di antara 2 khutbah\nkhutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.\nrukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab\nkhatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.\n\n2. KHUTBAH\n\nberturut-turut antara rukun khutbah , khutbah pertama dgn khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat.\nrukun khutbah didengar oleh 40 jemaah mastautin yang wajib solat Jumaat.\n\nPerkara Sunat Khutbah\n1. KHATIB:\n\nberkhutbah di atas mimbar\nduduk diatas mimbar sebelum menyampaikan khutbah\nmenghadapkan wajahnya ke hadapan tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri.\nmemberi salam setelah naik ke atas mimbar\nmenguatkan suara agar khutbah didengar oleh lebih daripada 40 orang Jemaah.\nmemendekkan kedua-dua khutbah. Khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah pertama.\nmemegang tongkat dengan tangan kiri.\n\n2. MAKMUM:\n\nMendengar khutbah yang di sampaikan oleh khatib.\nmelaksanakan solat sunat secara ringkas khatib sedang berkhutbah.\n\nAdab Mendengar Khutbah\n\nmemberi fokus pada isi kandungan khutbah\ndiam dan tidak bercakap-cakap (hukum bercakap ketika khutbah sedang diasampaikan adalah MAKRUH dan boleh menghilangkan pahala.\nTidak tidur. Sekiranya kita rasa mengantuk, hendaklah berpindah tempat yang lain dengan syarat tidak melangkah orang lain.\ntidak melakukan perbuatan sia-sia contohnya menggunakan sebarang gajet seperti talifon bimbit.\n\nPanduan Khutbah Aidilfitri 2023\n\nDisunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.\nManakala sekiranya seseorang melaksanakan solat hari raya secara\u00a0bersendirian,\u00a0maka\u00a0tiada dituntut untuk dia membaca khutbah raya\u00a0oleh kerana tidak terdapatnya manfaat yang terhasil dari hal tersebut.\nSekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja.\u00a0\n\nTEKS_KHUTBAH_AIDILFITRI_1444H_-_AIDILFITRI_LEBIH_BERERTIDownload\nMuat Turun Teks Khutbah Aidilfitri 2023\nTeks Khutbah Aidil Fitri 2023 boleh didapatkan melalui teks yang disediakan oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri menerusi laman web mereka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKlik di sini untuk memuat turun Khutbah Aidilfitri 2023 oleh JAKIM : Teks Khutbah Aidilfitri Tajuk : Aidilfitri Lebih Bererti\nSemoga bermanfaat.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cukai-tanah-selangor/", "title": "Cukai Tanah Selangor \u2013 Semakan No Akaun & Bayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Cukai Tanah Selangor \nUrusan pembayaran cukai tanah di negeri Selangor kini boleh dilakukan secara online. \nInisiatif oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor ini diwujudkan bagi memudahkan pemilik tanah untuk membuat pembayaran dengan lebih pantas dan mudah.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui kaedah semakan cukai tanah serta cara pembayaran secara atas talian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Cukai Tanah?\n\n \nCara Buat Semakan Cukai Tanah Selangor Online\n\n \nPanduan Pembayaran Secara Online\n\n \nCara Buat Pembayaran Online\n\n \nNo Akaun Cukai Tanah\n\n \nMakluman Hari Tanpa Tunai\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Cukai Tanah?\nCukai Tanah ditafsirkan sebagai \u201csewa\u201d di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagaii) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.ii) apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklan dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; daniii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.\nCukai petak pula adalah cukai yang dikenakan bagi setiap hakmilik strata, unit/petak untuk bangunan yang bertingkat contohnya Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse atau rumah kedai. Cukai petak telah dikuatkuasakan di Negeri Selangor bermula Jun 2018.\n\n\n\n\n\n\nContoh bil cukai tanah\nBerikut adalah senarai perbezaan antara cukai tanah dengan cukai pintu:\nCUKAI TANAHCUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTUApa itu Cukai Tanah?Apa itu Cukai Taksiran/Cukai PintuDitafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagaiCukaisewaapa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; danapa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :KediamanPerniagaanPerindustrianTanah Kosong\u00a0Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.\u201dCukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya\u2026\u201dSelepas perjanjian jual-beli (\u201cSales and Purchase Agreement\u201d) telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):\u201dSemua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu..\u201dSemua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.\u00a0Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?Sekali SetahunMulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun2 kali setahun pada :1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;dan1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.\u00a0Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :Tanah anda akan DIRAMPASSeksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :Harta anda akan DISITA\u00a0\nPeringatan\n1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.\n2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.\nBaca Juga : Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : Senarai Perkhidmatan, Alamat\n\nCara Buat Semakan Cukai Tanah Selangor Online\nUntuk buat semakan cukai tanah Selangor secara atas talian, anda boleh layari laman web rasmi SPTG di :\nhttps://ehasil.selangor.gov.my/app/search\nAnda boleh semak dengan memasukkan nombor akaun atau jenis bil pengguna (bil cukai tanah atau strata petak).\nPanduan Pembayaran Secara Online\n\nSemakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.\nSila cetak atau simpan\u00a0(save)\u00a0resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.\nPenyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.\nSekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.\nJika terdapat sebarang perbezaan maklumat, sila hubungi Bahagian Hasil, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor di talian 03-5544 7343, 03-5544 7328, 03-55205636 atau faks ke 03-55136707.\nTempoh pengemaskinian adalah 3 hari bekerja (tanpa ada gangguan pada sistem)\n\nCara Buat Pembayaran Online\nSelain menyemak, anda juga boleh membuat pembayaran cukai tanah dan cukai petak dengan mudah secara atas talian melalui FPX, kad kredit atau akaun B2B (business-to-business).\nPergi ke pautan https://ehasil.selangor.gov.my/ dan klik butang \u2018BUAT PEMBAYARAN SEKARANG\u2019.\nNo Akaun Cukai Tanah\nApa itu nombor akaun cukai tanah?\nSemakan cukai tanah merujuk Nombor Akaun Bil Cukai Tanah atau Nombor Hakmilik, No Lot/PT dan Mukim.\nContoh: Daerah Hulu Langat Mukim Cheras Nombor hakmilik\nHSD 9705 No.Lot/Pt 1038.\nMakluman Hari Tanpa Tunai\nSejajar dengan inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Cashless Society di kalangan rakyat Negeri Selangor, Pelaksanaan Hari Tanpa Tunai bertujuan untuk memperluas dan memperkasa kaedah bayaran tanpa tunai bagi semua jenis bayaran berkaitan urusan tanah di Negeri Selangor. \nJusteru, bermula 1 Januari 2023, setiap hari Rabu adalah \u201cHari Tanpa Tunai\u201d di semua kaunter hasil PTGS dan semua Pejabat Daerah dan Tanah termasuk bayaran di kaunter van bergerak.\nOrang awam disarankan untuk mengguna pakai kaedah bayaran selain tunai mengikut urusan seperti berikut:\ni.Bayaran Bil Cukai Tanah dan Cukai Petak- menggunakan kad debit/kredit,bank draf, kiriman wang/wang pos atau portal eHasil\nii. Selain bayaran bil Cukai Tanah dan Cukai Petak- menggunakan bank draf,kiriman wang/ wang pos atau sistem SMARTBOX.\nSekian, dimaklumkan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Semakan Cukai Tanah negeri Selangor, sila hubungi pejabat SPTG di talian 03-5544 7343 atau hantarkan e-mel ke [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-matrikulasi/", "title": "Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2023 / 2024 \u2013 Takwim KPM\nTakwim Matrikulasi bagi penggal 2023/2024 sudah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan pelajar baru tahun ini.\nTahniah kepada para pelajar lepasan SPM yang terpilih untuk menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi, semoga ianya membuka lembaran baru buat anda untuk terus rajin belajar agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diminati kelak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu \u201cMatrikulasi\u201d?\n\n \nTarikh Lapor Diri\n\n \nKalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2023 / 2024\n\n \nSemester I/III\n\n \nSemester II/IV\n\n \nTarikh Cuti Matrikulasi 2023\n\n \nMuat turun Takwim Matrikulasi\n\n\nApa itu \u201cMatrikulasi\u201d?\nProgram matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.\n\n\n\n\n\n\nProgram pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.\nBagi meningkatkan taraf pengajian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.\nTarikh Lapor Diri\nMengikut Takwin Matrikulasi KPM 2023/2024, tarikh melapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada tahun ini adalah pada tarikh berikut:\n\n9 Julai 2023 \u2013 Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)\n10 Julai 2023 \u2013 Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)\n\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.\nArtikel berkaitan: Semakan Keputusan Permohonan Program Matrikulasi KPM 2023 / 2024\nKalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi Sesi 2023 / 2024\nBerikut merupakan kalendar akademik Matrikulasi bagi sesi 2023/2024 mengikut Takwim Makrikulasi yang dikeluarkan oleh KPM.\n\nKumpulan A \u2013 Kedah, Kelantan dan Johor\nKumpulan B \u2013 Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor\n\nSemester I/III\n\nSemester II/IV\n\nBaca lagi: Semakan Keputusan PSPM \u2013 Peperiksaan Semester Matrikulasi\nTarikh Cuti Matrikulasi 2023\nCuti bagi pelajar Matrikulasi tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi.\nWalau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan cuti tambahan perayaan seperti ketetapan di bawah:\n\n\nPesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) \u2013 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\nPerayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) \u2013 1 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\nHari Krismas \u2013 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\n\nMuat turun Takwim Matrikulasi\nAnda juga boleh memuat turun Takwim Matrikulasii sesi 2023/2024 dalam format PDF yang disediakan oleh pihak KPM dengan mengklik butang muat turun di bawah:\n\nMuat Turun Takwim Matrikulasi 2023/2024\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-baucar-kfc-rm20/", "title": "E-Baucar Makanan KFC RM20 Untuk B40 & Mahasiswa (PRE Ihsan 3.0)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nINSENTIF SUMBANGAN E-BAUCAR MAKANAN KFC BERNILAI RM20\nInisiatif ini merupakan antara bantuan Kerajaan Negeri Johor melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRE Ihsan Johor 3.0.\nKerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian sekali beri (one-off) bagi rakyat negeri ini yang terjejas dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan pada Khamis, 10 Jun 2021.\nMenteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, PRE Ihsan Johor 3.0 akan menggunakan pendekatan secara sektoral di semua sektor masyarakat dan modal insan atau sektor pelancongan serta sektor perusahaan kecil dan sederhana yang akan mendapat manfaat.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang cara mendapatkan e-baucar makanan KFC bernilai RM20.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan E-Baucar KFC RM20\n\n\nSyarat Permohonan\nKhas bagi mahasiswa kelahiran Johor atau keluarga bermastautin di Negeri Johor.\nKeutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga di bawah kategori B40\nSemua penerima inisiatif PRE Ihsan Johor wajib membuat pendaftaran program vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan oleh KKM bagi menyokong program vaksinasi negeri Johor.\nNOTA TAMBAHAN: \nPERMOHONAN INI KHAS UNTUK MAHASISWA/I JOHOR SELURUH NEGARA BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PENUH.\nTarikh Permohonan\n\u2022 Permohonan dibuka sehingga 31 JULAI 2021\nCara Permohonan E-Baucar KFC RM20\nPermohonan e-baucer ini boleh dibuat secara online melalui Google Form.\nPautan Google Form secara atas talian boleh didapati di sini : https://docs.google.com/forms/u/1/d/1fRDxKjwCJ0wZTMj6cm36KQrWv9nHumd2ZLFk882M8uY\nSila lengkapkan maklumat dengan teliti dan hantarkan borang tersebut sebelum tarikh akhir iaitu 31 Julai 2021.\nPengumpulan data ini adalah antara usaha membantu mahasiswa/i Johor yang terkesan. Segala maklumat adalah sulit dan hanya untuk kegunaan Kerajaan Negeri Johor.\nBaca juga: Tarikh Bayaran i-Citra KWSP (Jadual Bulanan Mulai Ogos 2021)\nMaklumat Lanjut\nUntuk perkembangan terkini ikuti laman facebook Persatuan Mahasiswa Johor IPT Dalam dan Luar Negara http://www.facebook.com/johorfutureleader\nATAU\nLayari portal.ypj.gov.myHubungi talian 07-2344355Facebook: Yayasan Pelajaran Johor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-j-co-malaysia/", "title": "Menu J.CO Malaysia & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Terbaru J.CO & Tawaran Terkini Julai 2022 ~ Keenakan rasa donat J.CO yang manis dan gebu memang sukar untuk ditandingi. \nBuka setakat menawarkan lebih daripada 15 jenis donat, malah J.CO juga menyajikan aneka minuman yang segar serta frozen yogurt yang cukup enak. \nBuat penggemar donat J.CO, jom kita tengok menu terbaru J.CO serta promosi menarik yang ditawarkan Julai ini! \nBaca Juga : Menu Hot and Roll, Harga & Promosi Terkini Seluruh Malaysia 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Terbaru J.CO : Dynamic Duos\n\n \nPromosi J.CO Julai 2022\n\n \nPromosi J.Coffee Break Weekdays\n\n \nSummer Special\n\n \nPromosi Super 7.7\n\n\nMenu Terbaru J.CO : Dynamic Duos \nJ.CO nak mengajar anda nikmati keenakan gabungan minuman dan donat yang terbaru menerusi rangkaian menu Dynamic Duos. \n\n\n\n\n\n\nMenu yang ditawarkan dalam Dynamic Duos adalah seperti berikut :\nDuology : Donat donat yang menggabungkan choco malt dan biskut Oreo hancur\nDuetto : Donat dengan kombinasi rasa biskut Oreo hancur dan badam bakar. \nMilo Oreo Frappe \nHot Milo Frappe \nMemang cukup mantap gabungan minuman dan donat terbaru ini. Rugi kalau tak cuba sendiri!\n\nPromosi J.CO Julai 2022 \nKhas untuk penggemar J.CO, jangan lepaskan peluang untuk nikmati pelbagai menu dengan harga istimewa. \nJom kita tengok promosi yang ditawarkan sempena Julai ini. \nPromosi J.Coffee Break Weekdays\nKhas untuk bulan Julai ini, jom dapatkan 2 donat percuma setiap hari bekerja bagi setiap pembelian 2 minuman! \nTawaran sah dari 3 petang hingga 7 malam sahaja, jadi jangan terlambat! \n\nSummer Special \nJom dapatkan setengah dozen donat, 1 minuman dan J.Cool Couple dengan harga RM 30! Promosi terhad untuk hari bekerja sahaja. \n\nPromosi Super 7.7\nNampaknya J.CO pun tak ketinggalan untuk tawarkan promosi menarik sempena 7.7. \nUntuk satu hari sahaja, anda berpeluang untuk dapatkan Hot Cafe Latte atau Hot Chocolate berharga RM 7.70 sahaja dengan pembelian setengah dozen atau satu dozen donat. \n\nTak sabarnya nak dapatkan tawaran menarik dan menu terbaru daripada J.CO. Pasti enak untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. Memang jimat dan cukup berbaloi. \nJangan lupa ikuti laman web J.CO Donuts & Coffee, Malaysia untuk ketahui promosi menarik dan terkini khas untuk anda! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/sekolah-menengah-imtiaz-yayasan-terengganu/", "title": "Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah lmtiaz 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu kini dibuka bagi pelajar yang berkelayakan.\nBerdiri sejak tahun 1999, Sekolah Menengah Imtiaz diilhamkan oleh Dato\u2019 Seri\u00a0Idris Jusoh\u00a0yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan ketika itu dengan matlamat untuk menggabungkan aliran Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).\nBaca Juga : Senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kursus Ditawarkan\n\n\n\n\n\n\nSekolah ini terletak di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan kini berkembang kepada 8 buah sekolah di serata Terengganu.\nSenarai Sekolah Menengah Imtiaz yang berada di Terengganu adalah :\nSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 BesutSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 DungunSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 Kuala BerangSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 Kuala TerengganuSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 KemamanSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 SetiuSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 Kuala NerusSekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu \u2013 Marang (Program Tahfiz Khas Mandarin)\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan bermula 30 Oktober 2022 hingga tarikh tutup iaitu pada 30 November 2022.\nSyarat Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu\nPelajar yang ingin mendaftar perlulah menepati syarat kemasukan seperti berikut :\ni) Sekolah Menengah Imtiaz\nPemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:\u2013 lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau\u2013 lbu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan lmtiaz serta sesi temu duga.Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan akademik serta personaliti (kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah. sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.Bersetuju menerima Sekolah lmtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan \u2013 penempatan pelajar adalah berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.\nii) Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu Marang)\nPemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:\u2013 lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau\u2013 lbubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.Mengambil mata pelajaran Bahasa Cina \u2013 keutamaan diberikan kepada calon danpada SJK(C).Boleh membaca dan minat menghafaz AI-Quran.Pemohon WAJIB mengisi borang online dan WAJIB menduduki Ujian Kemasukan lmtlaz serta sesi temu duga.Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang Iulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Cina serta personaliti (Kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, slnat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.Bersetuju menerima penempatan di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan :\nhttps://ytklik.terengganu.gov.my/application/14/online\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi 09-6221733.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kbs-entertainment-awards/", "title": "Senarai Pemenang KBS Entertainment Awards 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Pemenang KBS Entertainment Awards 2022\nPada 24 Disember lalu, telah berlangsung sebuah anugerah berprestij iaitu KBS Drama Awards 2022 bagi meraikan usaha serta prestasi artis dalam industri hiburan Korea Selatan.\nKBS Awards ini mengkhususkan pengiktirafan kepada artis yang melibatkan diri dalam rancangan TV serta radio di bawah stesen penyiaran KBS.\nAyuh kita semak senarai pemenang yang berjaya mendapat pengiktirafan di anugerah tersebut.\nBaca Juga : Senarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2022)\nSenarai Pemenang KBS Awards 2022\nDaesang\u00a0(Hadiah Utama):\u00a0Shin Dong-yup\n\nViewers\u2019 Choice for Best Program:\u00a0\u201cImmortal Songs\u201d\n\n\n\n\n\n\nEntertainer of the Year: Kim Sook, Shin Dong-yup, Jun Hyun-moo, Kim Jong-min, Lee Kyung-kyu\nTop Excellence in Variety:\u00a0DinDin (\u201c2 Days & 1 Night Season 4\u201d), Ryu Soo-young (\u201cFun-staurant\u201d)\nTop Excellence in Reality:\u00a0Lee Chun-soo (\u201cMr. House Husband\u201d), Sayuri (\u201cThe Return of Superman\u201d)\nExcellence in Show & Variety:\u00a0Kim Shin-young (\u201cNational Singing Contest\u201d), Lee Chan-won (\u201cImmortal Songs,\u201d \u201cFun-staurant\u201d)\nExcellence in Reality:\u00a0Kim Byung-hun (\u201cBoss in the Mirror\u201d), Jason (\u201cThe Return of Superman\u201d)\nRookie Award for Show & Variety:\u00a0Na In-woo (\u201c2 Days & 1 Night Season 4\u201d)\nRookie Award for Reality:\u00a0Yang Se-hyung (\u201cLove Recall\u201d), Jung Tae-woo (\u201cMr. House Husband\u201d)\nBest Couple:\u00a0Joo Sang-wook & Jo Jae-yoon (\u201cSecond House\u201d), Ryan Jhun & Kim Seung-soo (\u201cListen Up\u201d), Jo Se-ho & Joo Woo-jae (\u201cBeat Coin\u201d), Kim Sook & Jonathan (\u201cGodfather\u201d)\nBest Teamwork:\u00a0\u201cBeat Coin,\u201d \u201cLove Recall\u201d\nTelevision Writer Award : Kwon Yu Kyeom\nPopularity Award:\u00a0Kim Jun-ho (\u201cThe Return of Superman\u201d), Jannabi (\u201cImmortal Songs\u201d), Jang Do-yeon (\u201cDogs Are Incredible\u201d)\nSpecial Producer Award:\u00a0Heo Jae (\u201cBoss in the Mirror\u201d)\nBest Entertainer:\u00a0Cha Ye-ryun (\u201cFun-staurant\u201d), Yeon Jung-hoon (\u201c2 Days & 1 Night Season 4\u201d), Park Joo-ho (\u201cThe Return of Superman\u201d)\nBest Icon:\u00a0The children of \u201cThe Return of Superman,\u201d The bosses of \u201cBoss in the Mirror\u201d\nBest Challenge:\u00a0\u201cDiet\u201d\nDJ of the Year:\u00a0Lee Gi-kwang HIGHLIGHT, Mi-hyuk BTOB\nDigital Content Award:\u00a0Lee Mu-jin, Kim Gu-ra\nStaff of The Year Award : Min Ji Hyong\n\nKemenangan Shin Dong-Yup sebagai penerima Daesang di KBS Awards tahun ini menandakan pengiktirafan ketiga beliau yang berjaya diraih daripada KBS dan kelima sepanjang kariernya dalam industri hiburan. \nTahniah diucapkan kepada semua pemenang KBS Awards 2022. \nJangan ketinggalan untuk menonton siaran ulangan KBS Awards 2022 dengan sarikata Bahasa Inggeris di aplikasi Viki.\nSumber : soompi.com\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kekosongan-jawatan-guru-kafa/", "title": "Kekosongan Jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEKOSONGAN JAWATAN GURU KAFA MENENGAH PULAU PINANG\nYayasan Islam Pulau Pinang mempelawa individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan seperti berikut:\nJawatan: Guru KAFA Menengah Pulau PinangTaraf Jawatan: Kontrak (sambilan)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang\n\n \nCara Memohon Jawatan Guru KAFA\n\n \nBorang Permohonan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Kekosongan Jawatan Guru KAFA Pulau Pinang\n\n\nSyarat Permohonan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang\nWarganegara Malaysia.Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh permohonan ditutup.Berkelulusan : sekurang-kurangnya STAM atau diploma dalam bidang Pengajian Islam atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian IslamKepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf okeh kerajaan.\nCara Memohon Jawatan Guru KAFA\nPermohonan hendaklah dihantar secara online mengikut cara yang dinyatakan pada iklan seperti di bawah:\n1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang ini.\n2. Isi borang menggunakan huruf besar.\n\n\n\n\n\n\n3. Setiap permohonan WAJIB disertakan bersama dokumen-dokumen berikut :\n Resume Sijil-sijil peperiksaan dan akademik Kad pengenalan Gambar berukuran pasport\n4. Permohonan yang lewat / tidak menepati syarat / tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan dipanggil untuk sesi temuduga.\n5. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.\n6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021 (Khamis) jam 5.00 petang.\nBagi pemohon yang berminat untuk mengetahui tawaran gaji dan faedah yang ditawarkan, SILA RUJUK IKLAN DI BAWAH:\n\nBaca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan\nBorang Permohonan \nSila isikan borang permohonan melalui pautan Google Form di bawah:\nhttps://bit.ly/gurukafamenengahyipp\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021\nNOTA :\nPermohonan yang lewat / tidak mencukupi syarat / tidak lengkap akan ditolak dan tidak dipanggil untuk temuduga.\nHanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.\nBaca juga: TSOI: Prosedur, Tips & Pengalaman Temuduga Online In-situ SPA (2021)\nMaklumat Lanjut Kekosongan Jawatan Guru KAFA Pulau Pinang\nUntuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci atau mengajukan sebarang pertanyaan, sila rujuk iklan penuh di Facebook\u00a0Yayasan Islam Pulau Pinang\nPautan Iklan : https://www.facebook.com/173344639469175/posts/2337023016434649/?d=n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/janji-temu-pejabat-pos-online/", "title": "Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTEMPAHAN JANJI TEMU ONLINE PEJABAT POS MALAYSIA BAGI URUSAN PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (CUKAI JALAN) DAN LESEN MEMANDU \nBerikutan pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan (roadtax) dan lesen memandu yang akan dibuka semula di Pejabat Pos mulai 9 Ogos 2021, pihak POS Malaysia memaklumkan bahawa janjitemu secara atas talian perlu dibuat terlebih dahulu.\nIa bertujuan bagi mengelakkan kesesakan semasa pandemik ini.\n\n\n\n\n\n\nSetiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu (1) slot temujnaji sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga (3) urusniaga setiap janjitemu.\nBerikut dikongsikan kenyataan penuh POS Malaysia dan cara membuat tempahan slot janji temu Pejabat Pos secara online.\n\n\nBaca juga: SELVAX: Senarai PPV \u2018Walk-In\u2019 Di Selangor / Lembah Klang 3-13 Ogos\nCara Menempah Slot Janji Temu Online Di Cawangan Pejabat Pos Malaysia\nUntuk membuat temujanji Pejabat Pos online, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web Pos Malaysia atau aplikasi POS MalaysiaPilih menu Outlet FinderPilih Negeri > Cawangan Pejabat Pos Klik link Temujanji OnlineIsikan butiran temujanjiSimpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos\n*NOTA: Pelanggan hanya boleh mula membuat temujanji mulai 8 Ogos 2021\nPilih slot temujanji melalui Outlet Finder di SINI\nPara pelanggan juga diminta untuk mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu dilakukan, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal 1 meter apabila mengunjungi premis POS Malaysia.\nOrang ramai diingatkan agar mengelakkan daripada mengunjungi Pejabat Pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID19.\nUntuk sebarang pertanyaan, hubungi pihak POS Malaysia melalui AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tersedia di skin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia. \nBaca juga: Urusan Pembaharuan Lesen & Roadtax Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-pendidikan-ipta-lznk/", "title": "Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Ambilan Oktober 2022/2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBiasiswa Pendidikan IPTA LZNK Kemasukan Tahun 1 Ambilan Oktober 2022/2023\nSukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah kini menawarkan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK untuk pelajar Tahun 1 yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam. \nBiasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakan mengikut syarat dan jumlah kuota yang ditetapkan.\nTawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan.\nBaca Juga : Bantuan Zakat WEZAS UPSI Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nSyarat Umum\n\n \nSyarat Khusus\n\n \nCara Mohon Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 15 Disember 2022.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nSyarat Umum\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya dua (2) tahunKeutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin.Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.\nSyarat Khusus\nPemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurang-kuragnya Jayyid Jiddan bagi STAM.\nCara Mohon Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK\nLayari portal biasiswa di pautan http://biasiswa.zakatkedah.com.my/Daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.Log masuk akaun baharu dan isikan maklumat dengan lengkap dan tepat.Pilih biasiswa yang dipohon dan klik pada butang \u201cPohon\u201d.Klik pada butang \u201cHantar\u201d.Anda juga boleh semak maklumat mengenai biasiswa dengan lebih lanjut di pautan berikut : \nGARIS PANDUAN BIASISWA PELAJAR IPTA DALAM NEGARA\n\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga perlu muatnaik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan kad pengenalan pemohonGambar pemohon berukuran passportLampiran kad pengenalan ibu/bapa/penjaga 1Lampiran penyata gaji/pencen/pengesahan pendapatan.Lampiran kad pengenalan ibu/penjaga 2Lampiran penyata gaji / pencen/ pengesahan pendapatanLampiran kad pengenalan/ sijil kelahiran tanggungan ibu bapa/penjaga (termasuk pemohon)Lampiran kelulusan pengajian (PT3/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah)Lampiran surat tawaran / pengesahan pengajian daripada IPT.\nPermohonan yang tidak lengkap dan tidak jelas akan ditolak. Status permohonan boleh disemak melalui portal Biasiswa LZNK http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740.\nAlamat : Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah\nEmail : [email\u00a0protected]\nFacebook : facebook.com/zakatkedah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/iklan-jawatan-kosong-utm/", "title": "Jawatan Kosong Terkini UTM Johor Bahru 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIklan Jawatan Kosong Bagi Kumpulan Pengurusan Profesional & Pelaksana UTM JB (Tutup 3 Julai 2022, 5.00 pm)\nUTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Negara.\nBerikut dikongsikan info penuh tentang tawaran jawatan kosong di Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi calon-calon yang berminat.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Kosong UTM Johor Bahru 2022\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Jawatan Kosong UTM 2022\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJawatan Kosong UTM Johor Bahru 2022\nSelaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:\n\n\n\n\n\n\nPEGAWAI PENYELIDIK (GRED Q41) \u2013 (TETAP)PENOLONG ARKITEK LANDSKAP (GRED JA29) \u2013 (TETAP)PENOLONG JURUTERA (GRED JA29) \u2013 (TETAP)PENOLONG JURUUKUR BAHAN (GRED JA29) \u2013 (TETAP)JURURAWAT (GRED U29) \u2013 (KONTRAK)PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W19) \u2013 (TETAP/KONTRAK)PEMBANTU AWAM (GRED H11) \u2013 (TETAP)PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) \u2013 (TETAP)\nSyarat Kelayakan\nSila klik pada senarai jawatan berikut dan klik MUAT TURUN untuk melihat syarat-syarat lanjut:\nPEMBANTU OPERASI (N11)PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (KP29)PEMANDU KENDERAAN GRED (H11)PENOLONG PEGAWAI TADBIR (NA29)PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (DV29)PENOLONG JURUTERA (J29)PEMANDU KENDERAAN GRED (H11)JURURAWAT (UA29)PENOLONG ARKITEK LANDSKAP (J29)PENOLONG JURUTERA (J29)PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (WA19)PEMBANTU AWAM GRED (H11)PEGAWAI PENYELIDIK (QA41)PENOLONG JURUUKUR BAHAN (J29)\n\nCara Permohonan Jawatan Kosong UTM 2022\nSila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan sebelum mengemukakan permohonan.\nKata laluan dan pembayang kata laluan perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingat,\nProses aliran permohonandan Manual Pengguna boleh dimuat turun melalui laman web di pautan berikut : Tatacara permohonan jawatan kosong UTM\nUntuk permohonan jawatan secara online, sila rujuk langkah di bawah:\nLayari laman web https://mohonjawatan.utm.my/lantikan/ dan log masuk bagi pengguna sedia ada.Bagi pengguna baharu, sila daftar akaun terlebih dahulu.Pembayaran dikenakan sebanyak RM20.00 bagi setiap jawatan yang dipohon. Hanya permohonan berstatus PAY sahaja yang akan diproses.\n\nTarikh Permohonan\nTarikh Mula Iklan : 19 Jun 2022 (Ahad)Tarikh Tutup Iklan : 3 Julai 2022 (Ahad) \u2013 Jam 5:00 petang permohonan ditutup\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan berkaitan iklan jawatan kosong boleh hubungi saluran berikut:\nWhatsapp UTM Johor Bahru :\nPn Izyan : 07- 5531192 /\u00a0016-7121487Cik Syafiqa : 07-5531228 / 011-5981 9192\u00a0\nE-mel UTM Johor Bahru :[email\u00a0protected]\u00a0\nAlamat :\nSeksyen Perjawatan dan Kenaikan Pangkat,Bahagian Sumber Manusia,Jabatan Pendaftar,UTM Johor Bahru.\nBaca juga: \nHebahan Jawatan Kosong MARA Jun 2022 (Bahagian Pentadbiran)Login SPA9, Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-coolblog-malaysia/", "title": "Coolblog Malaysia : Menu & Senarai Harga Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Coolblog & Harga Terkini 2022\nKeenakan minuman Coolblog yang menyegarkan memang tiada tandingannya. \n\n\n\n\n\n\nDari minuman boba hinggalah ke smoothie berwarna-warni, pilihan minuman di Coolblog pasti bakal menepati citarasa anda. \nBagi anda yang ingin nikmati Coolblog bersama rakan dan keluarga, jom kita lihat menu Coolblog dan harga yang ditawarkan.\nBaca Juga : Bubblebee Malaysia : Senarai Menu & Harga Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Coolblog & Harga 2022\n\n \nChocolate\n\n \nOreo\n\n \nMilk Tea with Pearls\n\n \nTaiwan Red Tea\n\n \nSpecial Tea\n\n \nCoffee\n\n \nFruitti Ice Blended & Smoothies\n\n \nFavourite Fruitti\n\n \nSignature Smoothies\n\n\nMenu Coolblog & Harga 2022\n\nChocolate\nHargaMenuChocolate Ice BlendedRM 8.00Chocolate SmoothieRM 10.50Tiramisu Chocolate Ice BlendedRM 9.30Tiramisu Chocolate SmoothieRM 11.80\nOreo\n\nHargaMenuVanilla Oreo SmoothieRM 11.40Strawberry Oreo SmoothieRM 11.80Chocolate Oreo SmoothieRM 11.80Capuccino Oreo SmoothieRM 13Minty Chocolate Oreo SmoothieRM 13\nMilk Tea with Pearls\nHargaMenuBrown Sugar Milk TeaRM 9.90Original Milk TeaRM 8.80Chocolate Milk TeaRM 9.60Flavoured Milk TeaRM 9.80Little Harimau RM 7.70\nTaiwan Red Tea\nHargaMenuIced Lemon TeaRM 8.80Iced Passion Fruit TeaRM 8.80\nSpecial Tea\nHargaMenuThai Milk Tea IceRM 9.30Thai Milk Tea Ice BlendedRM 9.30Thai Milk Tea SmoothieRM 11.80Teh Tarik IceRM 9.30Teh Tarik Ice BlendedRM 9.30Teh Tarik SmoothieRM 11.80\nCoffee\nHargaMenuSingle Flavour Coffee Ice BlendedRM 9.30Single Flavour Coffee SmoothieRM 11.80Tiramisu Cappucino SmoothieRM 13.00Tiramisu Latte SmoothieRM 13.00Tiramisu Mocha SmoothieRM 13.00Brown Sugar CoffeeRM 11.80Latte LingoRM 11.00\nFruitti Ice Blended & Smoothies\n\nHargaMenuSingle Fruitti Ice BlendedRM 8.00Single Fruitti SmoothieRM 10.50Double Fruitti Ice BlendedRM 9.30Double Fruitti SmoothieRM 11.80Triple Fruitti Ice BlendedRM 10.50Triple Fruitti SmoothieRM 13.00\nFavourite Fruitti\nHargaMenuLychee & Strawberry SmoothieRM 11.80Strawberry & Mango SmoothieRM 11.80Blue Coral & Mango SmoothieRM 11.80Blueberry & Passion Fruit SmoothieRM 11.80Honeydew, Kiwi & Green Apple SmoothieRM 13.00\nSignature Smoothies\n\nHargaMenuUnicool MagicalRM 12.40Unicool DazzleRM 12.40Unicool TwinkleRM 12.40Chocolate Kaw KawRM 12.40Teh Tarik Kaw KawRM 12.40ABC Kaw KawRM 12.40Cheesy Strawberry Cheese SmoothieRM 12.40Cheesy Strawberry MilkyRM 12.10\nMinuman yang ditawarkan dari Coolblog semuanya nampak menarik untuk dicuba. \nJangan lupa ke cawangan Coolblog berdekatan untuk nikmati minuman yang segar dan dijamin lazat.\nIkuti laman Facebook Coolblog Malaysia untuk ketahui promosi terkini serta tawaran terbaharu daripada Coolblog. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/salinan-akreditasi-mqa-cara-mohon-secara-online-untuk-permohonan-upu/", "title": "Salinan Akreditasi MQA: Cara Mohon Secara Online Untuk Permohonan UPU", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMahu mencari salinan akreditasi MQA untuk meneruskan permohonan bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dilakukan melalui sistem UPU?\nBagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada program Asasi (Foundation), diploma atau politeknik, anda dikehendaki menyertakan salinan akreditasi MQA pusat pengajian terdahulu di sistem UPU.\nIni bagi memastikan pusat pengajian bagi pengajian anda di peringkat program Asasi (Foundation), diploma atau politeknik tersebut diiktiraf, syarat yang diperlukan untuk menyambung pengajian di IPTA.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, bagi pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Asasi IPTA TIDAK perlu mendapatkan salinan sijil akreditasi MQA ini.\nPermohonan secara online \nPermohonan untuk mendapatkan salinan sijil akreditasi MQA ini boleh dilakukan secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman rasmi MQA di pautan berikut: https://www2.mqa.gov.my/mqr/CAkreditasi.cfmTaip kata kunci yang bersesuaian di ruangan \u2018Nama Kelayakan\u2019 serta \u2018Nama IPT\u2019 (sebahagian atau nama penuh) pada enjin carian yang disediakan seperti contoh di bawah;\n\nKlik pada ikon\u00a0\u2018Papar\u2019\u00a0untuk program yang dikehendaki; dan\n\nCetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan\n\nCetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).\nSenarai program pengajian daripada Politeknik yang diletakkan di bawah Politeknik \u2013 Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, 62505 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah turut meliputi semua program yang sama dijalankan di mana-mana cawangan Politeknik yang lain.\nBagi pelajar yang institusi pendidikannya tidak mempunyai pengiktirafan akreditasi daripada MQA, anda bakal mempunyai kesukaran untuk meneruskan permohonan di sistem UPU kerana akreditasi tersebut merupakan antara syarat wajib yang diperlukan.\nSekiranya anda menghadapi masalah ini, sila hubungi pihak UPU atau pihak IPTA tersebut dengan harapan mereka mempunyai cara alternatif bagi membantu anda melenngkapkan permohonan UPU anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-zakat-pelajar-ump-advanced/", "title": "Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa UMP Advanced di bawah kelolaan Universiti Malaysia Pahang kini menawarkan bantuan zakat buat pelajar yang berkelayakan.\nTujuan zakat ini disalurkan adalah bagi mengurangkan beban para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan zakat yang ditawarkan.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nDokumen Sokongan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced\nPermohonan bagi Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced dibuka sehingga 31 Disember 2022\nBantuan zakat ini terbuka kepada pelajar UMP bagi :\n\nPeringkat Asasi\nPeringkat Diploma PUPW/MUST\nKemasukan Khas\n\n\nSyarat Permohonan\n\nWarganegara Malaysia\nPelajar berstatus aktif\nPendapatan isi rumah keluarga dalam kategori B40\nPelajar yang kehilangan ibu bapa atau kedua-duanya bakal diberikan keutamaan dalam penerimaan zakat.\nPemohon/ibu/bapa atau keduanya-duanya adalah tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) juga akan diberikan keutamaan.\nIbu/bapa atau kedua-duanya adalah penerima bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).\n\nDokumen Sokongan\n\nSlip gaji bapa/penjaga yang disahkan oleh majikan**\nSlip gaji ibu/penjaga yang disahkan oleh majikan**\nSlip gaji bapa atau pengesahan pendapatan bapa yang bekerja sendiri atau tidak bekerja*\nSlip gaji ibu atau pengesahan pendapatan bapa yang bekerja sendiri atau tidak bekerja*\nSalinan sijil kematian ibu/bapa/penjaga yang berkaitan**\nSalinan kad pesara ibu/bapa/penjaga (jika berkaitan)**\nSalinan kad bantuan JKM ibu/bapa/penjaga (jika berkaitan)**\nDokumen sokongan lain (jika ada)**\n\nNota Penting : \n\nSemua dokumen sokongan untuk perkara bertanda (*) wajib disahkan oleh Penghulu Kampung.\nPerkara bertanda (**) wajib disahkan oleh pegawai yang berkelayakan (Penghulu atau Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional)\n\nCara Memohon\nPelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bantuan zakat secara atas talian dengan mengisi borang menerusi pautan di bawah :\nBORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UMP ADVANCED \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar UMP Advanced di talian berikut :\nPuan Aslinda : 011- 2631 5610\nEncik Navi : 019-600 7817\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tingkatan-6-maktab-mahmud/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan ke Maktab Mahmud bagi Tingkatan 6 untuk sesi 2023/2024 kini dibuka untuk para pelajar Tingkatan 5.\nMaktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. \nPembelajaran akedemik dan silibus al-Azhar diajar di sekolah ini.\nSekolah ini asalnya terletak di Alor Setar, Kedah namun telah membuka beberapa cawangan lain di seluruh negeri Kedah. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan\n\n \nTarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nLokasi Penempatan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024\n\n \nCara Permohonan\n\n \nPertanyaan dan soalan\n\n\nSejarah Penubuhan\n\nSejarah penubuhannya pada tahun 1936 sehingga tahun 1998 terdapat hanya sebuah Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman iaitu di Alor Star.\nPada tahun 2004, 9 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih untuk dijadikan Maktab Mahmud Daerah.\n\n\nMenjadikan jumlah keseluruhannya 12 buah Maktab Mahmud daerah iaitu Alor Star, Yan, Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Merbok, Kuala Muda, Sik, Baling, Bandar Baharu dan Kulim.\nPada tahun 1967, sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil. 5 Tahun 1967.\nMelalui Enakmen ini, pentadbiran sekolah ini adalah diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud (Lembaga).\n\nTarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024\nBerikut merupakan butiran tempoh permohonan ke Tingkatan 6 ini:\nTarikh permohonan dibuka: 31 Januari 2023Tarikh permohonan ditutup: 20 Mac 2023\nSyarat Permohonan\nBagi calon yang berminat, pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut bagi membolehkan permohona anda dipertimbangkan:\n\nWarganegara Malaysia\nTelah menduduki Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SP berumur 18 tahun\nTelah menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan sekurang-kuranganya mendapat pangkat Jayyid\nLulus bagi semua mata pelajaran kurikulum bersepadu Dini (KBD) dan Kepujian bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-\u2018Arabiah Al-Muasirah dalam peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia \nTidak mempunyai sebarang rekod salah laku disiplin\nBersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah\nBersetuju menerima penempatan lokasi yang ditawarkan (penempatan berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh Pengurusan Lembaga Maktab Mahmud)\n\nLokasi Penempatan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024\nPelajar yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian akan ditempatkan di salah satu lokasi berikut:\n\nAlor Setar\nPokok Sena\nPendang\n\nCara Permohonan\nBagi pelajar yang berminat dengan tawaran kemasukan ini, anda dipersilakan membuat permohonan segera dengan memuat turun borang permohonan melalui laman web rasmi di alamat https://lmm.gov.my/\n\nKlik e-Pendaftaran pada bahagian menu\nPilih \u201cMaktab Mahmud Kedah Darul Aman\u201d\nBagi yang belum mempunyai akaun, anda hendaklah membuat pendaftaran akaun baru.\n\nPemohon hendaklah membeli \u201cNombor Pin\u201d dari pihak sekolah untuk membuat permohonan kemasukan secara online.\nKlik pada Pendaftaran Akaun Baru\nMengisi semua butiran Pemohon\nMasukkan Nombor Pin yang telah dibeli\nKlik butang Daftar\n\n\nSetelah daftar, log masuk ke akaun anda dan masukkan segala butiran peribadi yang diminta:\n\nMaklumat Pelajar\nMaklumat Ibu Bapa / Penjaga\n\n\nKlik butang Simpan > Seterusnya\nIsikan segala maklumat yang diminta seperti Mata Pelajaran, Gred dan sebagainya sehingga selesai.\n\nPermohonan tidak akan diproses dan terbatal sekiranya tidak lengkap.\nPertanyaan dan soalan\nJadi apa tunggu lagi?\nHantarkan permohonan anda dengan segera.\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas.\nUnit Pengambilan Pelajar Bahagian Akademik@ Unit ICT, Bahagian Pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud \nNo. Tel: 04-7728973 / 7717552Emel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rfid-rosak/", "title": "Pengguna Boleh Ganti Pelekat RFID Rosak Secara Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRFID Rosak : Gantian Percuma Disediakan \nBeberapa hari ini isu penggunaan RFID menjadi isu apabila ia dikatakan menjadi punca kesesakan di beberapa buah plaza tol seluruh negara.\nRata-rata antara masalah yang dihadapi pengguna adalah masalah untuk mengesan pelekat itu dan terpaksa berundur dan membuka semula pelekat berkenaan.\nRFID Rosak: \nNamun, pelekat RFID amat sensitif dan boleh rosak jika ia dikopek untuk dilekatkan pada kenderaan lebih daripada sekali.\n\n\n\n\n\n\nNamun, pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengalami kerosakan pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) tidak perlu risau kerana mereka akan menerima gantian pelekat itu secara percuma.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Akan Ditempatkan Di Plaza Tol RFID\n\n \nCara Penggunaan RFID Yang Betul\n\n \nPembelian / Bantuan Jika Pelekat RFID Rosak\n\n\nBantuan Akan Ditempatkan Di Plaza Tol RFID\nKetua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata ketika ini, petugas tambahan diletakkan di plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.\n\u201cKita ada orang \u2018standby\u2019 (tunggu sedia) dengan peranti \u2018hand held\u2019 (pegang tangan), kalau RFID tidak dapat \u2018detect\u2019 (kesan), kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke fitment (pusat pemasangan) Touch \u2018n Go (TnG) yang terdekat untuk \u2018check\u2019 (periksa) RFID. Kalau waktu itu TnG masih tidak dapat \u2018detect\u2019, kita akan beri RFID \u2018tag\u2019 yang baharu secara percuma,\u201d katanya kepada Bernama TV di sini hari ini.\nIsnin lepas, media melaporkan beberapa plaza tol di Lembah Klang termasuk Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi sesak teruk ekoran kegagalan RFID berfungsi pada waktu puncak ketika hujan.\nIni mengakibatkan ramai pengguna meluahkan rungutan dan PLUS telah mengambil tindakan penambahbaikan segera dengan menggandakan kehadiran petugas mereka di plaza tol selain meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.\nDalam pada itu, Syed Mohammed Idid berkata pengguna lebuh raya tidak perlu bimbang kerana kaedah pembayaran menggunakan kad TnG dan Smartag masih terdapat di kebanyakan plaza tol di seluruh negara.\nMenjawab mengenai rungutan netizen mengenai harga pelekat RFID yang dikatakan tinggi, beliau berkata harga RM35 itu telah ditetapkan oleh pihak TnG.\n\nCara Penggunaan RFID Yang Betul\nTransaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan lepas.\nSistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.\nRFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch \u2018n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai,\nBerikut adalah infografik ringkas tentang tips dan cara penggunaan RFID yang betul.\n\nRujuk langkah demi langkah untuk pemasangan RFID & fitment centre di artikel berikut: RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan\nUntuk jangka masa panjang, projek perintis sistem RFID ini dilihat lebih menjimatkan kerana ia sifar penyenggaraan dan lebih selamat serta bayaran dihubungkan dengan akaun e-dompet yang boleh dibayar secara debit automatik.\nSumber: BERNAMA\nPembelian / Bantuan Jika Pelekat RFID Rosak\nUntuk\u00a0pembelian Tag RFID dari pusat pemasangan RFID, anda boleh memohon penggantian di\u00a0pusat pemasangan RFID\u00a0tersebut.\nUntuk\u00a0pembelian Tag RFID dari kedai Flagship TNG, Touch \u2018n Go eWallet atau mana-mana peruncit rakan kongsi TNG, anda boleh memohon penggantian dengan menghubungi TNG melalui saluran di bawah:\nEmel:[email\u00a0protected]Careline:+603 2714 8888\u00a0Waktu operasi dari 8.00 am ke 8.00 pm Isnin \u2013 Jumaat (termasuk cuti umum)\u00a0Berkuat kuasa tarikh 8hb Ogos 2021Facebook:www.facebook.com/MyTouchnGoTwitter:www.twitter.com/MyTouchnGoWebform:https://www.touchngo.com.my/eservices/customerServices.aspxMaklumat & Transaksi Kad TNGhttps://tngportal.touchngo.com.my/Pulangan Wang Kad TNGhttps://www.touchngo.com.my/erefund/\nBagi RFID Tag yang didaftarkan di TNG RFID Portal, anda boleh memohon penggantian untuk sekali melalui Portal TNG RFID:\nLog masuk ke akaun\u00a0Portal TNG RFID\u00a0andaPergi ke\u00a0MY RFID TNG\u00a0dan pilih\u00a0My VehiclePergi ke\u00a0Actions\u00a0dan pilih\u00a0Request replacement tagIsikan maklumat anda dengan sewajarnya\nBaca juga: Touch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dine-in-dibenarkan-fasa-1/", "title": "Individu Lengkap Vaksin Di Negeri Fasa 1 PPN Boleh \u2018Dine-in\u2019 Bermula 20 Ogos 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu lengkap divaksin di negeri Fasa 1 PPN boleh \u2018dine-in\u2019 bermula esok, 20 Ogos 2021.\nBermula esok, 20 Ogos, individu yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk \u2018dine-in\u2019 atau makan di restoran bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).\nPerdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan ia merupakan salah satu daripada kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi yang diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.\nPertimbangan itu dibuat mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus.\n\n\n\n\n\n\n\u201cMesyuarat turut mengambil maklum perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang.\n\u201cData yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan telah mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus.\n\u201cPada masa yang sama, data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook.\nPerkembangan itu, kata Muhyiddin, selari dengan pencapaian kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Lembah Klang\u00a0 yang memberangsangkan iaitu 73.8 peratus.\nSeseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi beberapa kriteria iaitu melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac, manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.\nSelain kebenaran dine-in, turut diberi kebenaran beroperasi di negeri Fasa 1 PPN ialah pasar malam dan pasar minggu serta aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor).\n*Sumber: Facebook TS Muhyiddin Yassin via Astro Awani\nBaca juga: iBita: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia (RM1200)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kalendar-islam-2023-1444/", "title": "Kalendar Islam 2023 / 1444H & Tarikh-tarikh Penting (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKALENDAR ISLAM TAKWIM 2023 MILADIAH/ 1444-1445 HIJRIAH BAGI MALAYSIA (JAKIM)\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Takwim 2023 Miladiah / 1444-1445H Bagi Malaysia.\nSemoga takwim ini dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.\nSEBAGAI panduan untuk semua umat Islam, disenaraikan tarikh penting dalam kalendar Islam untuk tahun 2023 Masihi bersamaan 1444-1445 Hijrah di Malaysia beserta fakta-fakta berkaitan tarikh-tarikh berkenaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTakwim Kalendar Islam 2023\n\n \nTarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTakwim Kalendar Islam 2023 \nBerikut disertakan Takwim Islam bagi tahun 22 / 1443 \u2013 1444 Hijriah beserta tarikh penting dan kaedah penetapan / pengumuman tarikh mula puasa / Awal Ramadhan 2022 untuk memudahkan anda membuat perancangan.\nKalendar Islam yang telah dikemaskini oleh JAKIM (Sumber: https://www.e-solat.gov.my/)\nTARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah12 RABI\u2019ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul\nSumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.\n\nTarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2023\nBerikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2022 (JAKIM).\n\n\n\n\n\n\n18 Februari 2023 (27 Rejab 1444H) :\u00a0Israk Mikraj\nPeristiwa Israk merupakan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil, manakala peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasulullah naik ke langit dengan ditemani malaikat Jibrail dan bertemu Allah.\n7 Mac 2023, Maghrib (15 Syaaban 1444H) : Malam Nisfu Syaaban\nDaripada Mu\u2019az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u201cAllah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan\u201d. Sahih Ibnu Hibban (5665)\n23 Mac 2023 (1 Ramadan 1444H) :\u00a0Awal Ramadan*\nUmat Islam tentu lebih teruja menjalani hari pertama ibadah puasa tahun 2022 kerana tahun 2021 tidak dapat menyambutnya bersama keluarga.\nAntara SOP tahun lalu yang perlu dipatuhi adalah tiada solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat Tarawih di masjid dan surau bagi mematuhi PKP.\n8 April 2023 (17 Ramadan 1444H) :\u00a0Nuzul al-Quran\nNuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.\n22 April 2023 (1 Syawal 1444H) :\u00a0Hari Raya Aidilfitri*\nSambutan Aidilfitri pada 2022 tentu lebih meriah kerana rakyat Malaysia sudah dibenarkan merentas negeri.\nHari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: \u0639\u064a\u062f \u0627\u0644\u0641\u0637\u0631\u200e; \u2018Ayd al-Fi\u1e6dr; \u201cperayaan fitrah\u201d) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.\n20 Jun 2023 (1 Zulhijjah 1444H) :\u00a0Awal Zulhijjah\nTerdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud 10 hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.\n29 Jun 2023 (10 Zulhijjah 1444H) :\u00a0Hari Raya Aidiladha*\nHari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.\n19 Julai 2023 (1 Muharam 1445H) :\u00a0Maal Hijrah / Tahun Baru Islam\nHijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada Allah dan syariatNya.\n28 September 2023 (12 Rabiulawal 1445H) :\u00a0Maulidur Rasul\nMengikut kalendar Islam, 12 Rabiulawal merupakan Maulidur Rasul atau hari keputeraan baginda SAW iaitu penghulu sekalian nabi dan rasul.\nMenjadi kelaziman kita menyambut Maulidur Rasul pada setiap tahun sebagai menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.\nBaca juga: SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di\u00a0https://www.e-solat.gov.my/.\n\nJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,62100 Putrajaya.\n[email\u00a0protected]\n+03 8870 7000\n+03 8870 7003\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tema-hari-guru-2023/", "title": "Tema Hari Guru 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTema Hari Guru bagi tahun 2023 adalah \u201cGuru Insani Pemangkin Generasi Madani\u201d.\nHari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.\nTema Hari Guru 2023 ini secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada awal bulan Mac yang lalu.\n\n\n\n\n\n\nTema ini dipilih setelah pihak KPM membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan cadangan tema Hari Guru pada tahun ini.\nArtikel berkaitan: Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKonsep Tema Hari Guru 2023\n\n \nObjektif Sambutan\n\n \nSejarah Tema Hari Guru\n\n\nKonsep Tema Hari Guru 2023\nBerdasarkan maklumat KPM, konsep tema Hari Guru pada tahun 2023 adalah:\n\nMembangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa.\n\nSementara itu, tema pada kali ini juga memfokuskan kepada \u201cKesediaan guru mendudukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:\n\nJati Diri dan Kenegaraan\nRoh dan Jiwa Guru\nPengetahuan dan Kemahiran\n\nObjektif Sambutan \nHari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:\n\nMenitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.\nMenarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.\nMemupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.\nMeninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.\nMemberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.\nMenilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.\n\nSejarah Tema Hari Guru\nUntuk rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi 10 tahun terakhir (2013 \u2013 2023)\n\n2013 \u2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda\n2014 \u2013 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi\n2015 \u2013 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak\n2016 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2017 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2018 \u2013 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan\n2019 \u2013 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi\n2020 \u2013 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu\n2021 \u2013 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu\n2022 \u2013 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\n2023 \u2013 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani\n\nIngin mencari hadiah Sambutan Hari Guru? \u2013 Hadiah Untuk Guru \u2013 15 Item Berguna Untuk Guru\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-nadma/", "title": "Semakan / Permohonan Bantuan Khas NADMA RM100 Sehari", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji\u00a0sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak memohon bantuan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) secara khusus melalui\u00a0BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA.\nMenurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang:\n\ntelah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU \nperlu menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penularan COVID-19 di Malaysia. \n\nBerikut adalah info lanjut beserta syarat kelayakan termasuklah cara permohonan Tabung COVID-19 menerusi bantuan NADMA.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Tabung COVID-19 NADMA?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nPemohon Yang Tidak Layak\n\n \nKadar Bantuan NADMA COVID19\n\n \nCara Permohonan Bantuan NADMA\n\n \nSemakan Status\n\n \nTarikh Akhir Permohonan\n\n \nBila Bayaran Bantuan NADMA Akan Dikreditkan?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Tabung COVID-19 NADMA?\nBantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). \nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;\n\nMenerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).\nMenjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).\nHanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada\u00a031 Mac 2022\u00a0sahaja layak memohon.\nKuarantin/rawatan yang bermula pada\u00a01 April 2022\u00a0adalah tidak layak.\nTarikh akhir permohonan\u00a0 perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada\u00a0\u00a030 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.\n\n\nPemohon Yang Tidak Layak\n\nBukan Warganegara Malaysia\nTidak dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 (Annex 14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana COVID-19\u00a0\nTidak bekerja di Malaysia dan tiada pekerjaan sebelum dan semasa dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 /\u00a0warded\u00a0kerana COVID-19\nMempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Kuarantin COVID-19/\u00a0warded\u00a0kerana COVID-19.\n\nKadar Bantuan NADMA COVID19\nKadar bantuan NADMA adalah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19.\nBantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang. \n\n\n\n\n\n\nSelain bantuan NADMA, kerajaan juga memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun melalui skim MySalam.\n\n\nUntuk memohon, baca selanjutnya di sini: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\nCara Permohonan Bantuan NADMA\n\nBaca garis panduan dengan teliti;\u00a0http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf\nSertakan dokumen wajib berikut;\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon\nSurat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19\nSalinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.\n\n\nMuat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;\n\nBorang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf\nBorang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf\nBagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C),\u00a0muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf\n\n\n\nMohon pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan dilengkapkan dengan pengesahan saksi. Bagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera mohon dapatkan pengesahan PKD/CAC. Borang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas. Permohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.\n\nHantar permohonan lengkap;\n\nmelalui pos kepada;Ketua PengarahAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)Jabatan Perdana MenteriAras 7, Blok D5, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)\nSecara online di:\u00a0https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/\n\n\n\nRUJUK:\n\nBorang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);\n\nhttp://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf\n\n\nBorang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);\n\nhttp://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf\n\n\nBagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C),\u00a0muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.\n\nhttp://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf\n\nSemakan Status\nSetelah memohon, borang dan dokumen anda akan diproses oleh pihak NADMA.\nAnda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan anda di pautan berikut:\nhttps://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/\nStatus LULUS akan dimaklumkan seperti berikut:\n\nTarikh Akhir Permohonan\nTarikh akhir permohonan\u00a0 perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada\u00a0\u00a030 April 2022. \nPermohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.\nNota:\n\nHanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada\u00a031 Mac 2022\u00a0sahaja layak memohon.\nKuarantin / rawatan yang bermula pada\u00a01 April 2022\u00a0adalah tidak layak.\n\n\nBaca juga: BKM Fasa 2 : Tarikh Bayaran & Jumlah Yang Akan Diterima\nBila Bayaran Bantuan NADMA Akan Dikreditkan?\nKelulusan permohonan bergantung kepada butiran dokumen dan borang yang anda lengkapkan.\nTerkini, salah seorang pemohon berkongsikan bahawa bayaran NADMA telahpun diterima setelah mendapat kelulusan penuh pada bulan Disember 2021.\nJumlah yang diterima untuk bantuan ini adalah jumlah maksimum iaitu RM1400 ( kuarantin 14 hari / RM100 sehari).\nSumber: Facebook Alieza Syaziela\nDalam sebuah lagi perkongsian, Suriati Sulaiman turut berkongsi bahawa beliau mendapat kelulusan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap dihantar.\nSumber: Facebook Suriati Sulaiman \nDalam sebuah perkongsian oleh pengguna Facebook, Zati Azman, difahamkan bahawa permohonan beliau mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk mendapat kelulusan, dan 1 bulan untuk mendapat bayaran.\nDifahamkan kelulusan ini bergantung kepada pelbagai faktor dan anda mungkin boleh membuat pertanyaan dengan mereka yang telah menerima kelulusan dan bayaran sekiranya tidak mendapat maklumbalas setelah menghantar butiran lengkap. \nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800\u00a0 atau e-mel di [email\u00a0protected].\nUntuk indo lanjut, permohonan dan semakan status, sila rujuk di pautan https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-politeknik-kolej-komuniti/", "title": "Semakan Tawaran Politeknik & Kolej Komuniti 2023/2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEBAHAN SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK PROGRAM SEPENUH MASA 2023 & CETAKAN SURAT TAWARAN / BORANG JAWAPAN\nAdakah anda telah memohon kemasukan ke Politeknik atau ke Kolej Komuniti?\nSemakan keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Ambilan 2023/2024 Program Sepenuh Masa akan diumumkan mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari.\nAyuh, kami kongsikan cara membuat semakan permohonan di bawah:\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang: Memohon Kemasukan Politeknik Di Malaysia\n\n \nKelebihan Belajar Di Politeknik\n\n \nSenarai Politeknik di Malaysia\n\n \nSyarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti\n\n \nPermohonan Kemasukan Politeknik Sesi\n\n \nSemakan Permohonan Politeknik 2023/2024 & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan\n\n \nTarikh-tarikh Penting\n\n \nMaklumat Lanjut Semakan Politeknik & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan\n\n\nLatarbelakang: Memohon Kemasukan Politeknik Di Malaysia\nPengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. \nPendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969. \nPendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).\n\nKelebihan Belajar Di Politeknik\n\nInstitusi milik penuh Kerajaan\nProgram pengajian yang diiktiraf\nLokasi di seluruh negara\nYuran yang berpatutan\nPeluang pekerjaan yang cerah\nPeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi\n\nSenarai Politeknik di Malaysia\nTerdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :\n\n\n\n\n\n\n\n3 Politeknik Premier\n28 Politeknik Konvensional\n5 Politeknik METro\n\nSenarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.\nSyarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti \nSyarat Umum Kemasukan ke Politeknik :\nPoliteknik Premier \n5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan\nPoliteknik Konvensional / METrO \n3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.\n\nSubjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:\n\nBahasa Melayu (Wajib Lulus)\nSejarah (Wajib Lulus)\nBahasa Inggeris\nMatematik\nSains / Fizik atau Kimia\n\n\n\n\nSyarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti : \nDiploma \nLulusan Sijil Kolej Komuniti\nLepasan SPM \u2013 Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.\nSijil Kolej Komuniti \nLulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)\n\nPermohonan Kemasukan Politeknik Sesi \nPermohonan kemasukan ke program Sijil dan Diploma untuk Sesi 2022/ 2023 dibuka melalui eBorang Politeknik. \nPermohonan kemasukan ke Politeknik/ Politeknik Premier adalah melalui Aplikasi Dalam Talian http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan permohonan dibuka secara berkala setiap tahun (tertakluk kepada pindaan)\nBaca juga: PerantiSiswa 2022: Cara Login, Daftar & Mohon Tablet Percuma KKMM\nSemakan Permohonan Politeknik 2023/2024 & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan\nSEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN POLITEKNIK SESI 2023 / 2024\n\u00a0i. Semakan keputusan boleh dibuat mulai\u00a07 Julai 2023\u00a0di\u00a0UPUONLINE.\nii. Bagi calon-calon yang ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, semakan dan cetakan Surat Tawaran boleh dibuat mulai\u00a08 Julai 2023\u00a0selepas jam\u00a05.00 petang.\niii. Semakan keputusan,\u00a0cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT)\u00a0serta rayuan boleh dibuat mulai\u00a0\u00a08 Julai 2023\u00a0di\u00a0http://ambilan.mypolycc.edu.my\niv. Semakan keputusan,\u00a0cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT)\u00a0serta rayuan boleh dibuat mulai\u00a0\u00a016 Julai 2023\u00a0di\u00a0http://ambilan.mypolycc.edu.my\nTarikh-tarikh Penting\nDiploma Sepenuh Masa PoliteknikPermohonan melalui UPUBorang Permohonan Fasa 1 dibuka07 Februari 2023Borang Permohonan Fasa 1 ditutup28 Mac 2023Semakan Panggilan Temuduga08 Mei 2023Sesi Temuduga15 \u2013 26 Mei 2023Borang Permohonan Fasa 2 dibuka15 Mei 2023Borang Permohonan Fasa 2 ditutup13 Jun 2023Semakan Keputusan Permohonan7 Julai 2023Cetakan Surat Tawaran8 Julai 2023Borang Permohonan Rayuan dibuka8 Julai 2023Semakan Keputusan RayuanAkan dimaklumkan kemudianCetakan Surat Tawaran (Rayuan)Akan dimaklumkan kemudianPendaftaran PelajarBermula 21 Ogos 2023Permohonan melalui eBorang PoliteknikBorang Permohonan dibuka28 Mac 2023Borang Permohonan ditutup13 Jun 2023Semakan Panggilan Temuduga16 Jun 2023Sesi Temuduga19 \u2013 30 Jun 2023Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran8 Julai 2023Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka8 Julai 2023Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran (Rayuan)Akan dimaklumkan kemudianPendaftaran PelajarBermula 21 Ogos 2023Maklumat lanjut:Senarai Program & Syarat KemasukanYuran\u00a0Diploma Sepenuh Masa Kolej KomunitiPermohonan melalui UPUOnlineBorang Permohonan Fasa 1 dibuka07 Februari 2023Borang Permohonan Fasa 1 ditutup28 Mac 2023Semakan Panggilan Temuduga/ Temusuai15 Mei 2023Sesi Temuduga/ Temusuai22 \u2013 26 Mei 2023Borang Permohonan Fasa 2 ditutup13 Jun 2023Semakan Keputusan Permohonan7 Julai 2023Cetakan Surat Tawaran8 Julai 2023Borang Permohonan Rayuan dibuka8 Julai 2023Semakan Keputusan RayuanAkan dimaklumkan kemudianCetakan Surat Tawaran (Rayuan)Akan dimaklumkan kemudianPendaftaran PelajarBermula 21 Ogos 2023Permohonan melalui eBorang Kolej KomunitiBorang Permohonan dibuka28 Mac 2023Borang Permohonan ditutup13 Jun 2023Semakan Panggilan Temuduga16 Jun 2023Sesi Temuduga19 \u2013 30 Jun 2023Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran16 Julai 2023Pendaftaran PelajarBermula 21 Ogos 2023Maklumat lanjut:Senarai Program & Syarat KemasukanYuran\u00a0Diploma Separa Masa Politeknik (KSS)Ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian\u00a0Sijil Kolej KomunitiPermohonan melalui UPUBorang Permohonan Fasa 1 dibuka07 Februari 2023Borang Permohonan Fasa 1 ditutup28 Mac 2023Borang Permohonan Fasa 2 dibuka15 Mei 2023Borang Permohonan Fasa 2 ditutup13 Jun 2023Semakan Keputusan Permohonan7 Julai 2023Cetakan Surat Tawaran8 Julai 2023Pendaftaran PelajarBermula 21 Ogos 2023Permohonan melalui eBorang Kolej KomunitiBorang Permohonan dibuka28 Mac 2023Borang Permohonan ditutup13 Jun 2023Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran16 Julai 2023Pendaftaran PelajarBermula 21 Ogos 2023Maklumat lanjut:Senarai Program & Syarat KemasukanYuran\u00a0Sijil Kemahiran Khas PoliteknikPermohonan melalui eBorang PoliteknikBorang Permohonan dibuka28 Mac 2023Borang Permohonan ditutup13 Jun 2023Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran8 Julai 2023Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka8 Julai 2023Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran (Rayuan)8 Julai 2023Pendaftaran PelajarBermula 21 Ogos 2023Maklumat lanjut:Senarai Program & Syarat KemasukanYuran\nMaklumat Lanjut Semakan Politeknik & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan\nUntuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari:\nhttp://ambilan.mypolycc.edu.my/\n\nATAU\nHubungi saluran berikut:\nBahagian Ambilan dan Pembangunan PelajarJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,Aras 6, Galeria PjH,Jalan P4W, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 Putrajaya.\n\nTelefon: 03-8888 3837\nFaks:\u00a003-8888 2733\nE-mel: [email\u00a0protected]\n\nMedia sosial:\n\nFacebook: politeknik.edu\u00a0/\u00a0kolejkomunitihq\nYoutube: PoliteknikKolejKomuniti\nTwitter: politeknik malaysia\u00a0/\u00a0kolejkomunitihq\nInstagram: politeknikmalaysia\u00a0/\u00a0kolejkomunitihq\n\nBaca juga: BKM Fasa 2 : Tarikh Bayaran & Jumlah Yang Akan Diterima\n"]} {"url": "https://ecentral.my/isaraan-kwsp/", "title": "i-Saraan KWSP: Semakan Status, Pendaftaran Online & Kelebihan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, kerajaan dan KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan?Lebih menarik lagi, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.\nUntuk 2023, Kerajaan akan menyumbang insentif caruman sepadan sebanyak 15% daripada jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak/memenuhi kriteria.\nJom kami kongsikan sepenuhnya tentang insentif ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah i-Saraan KWSP?\n\n \nFaedah i-Saraan KWSP\n\n \nSiapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP\n\n \nCara Daftar & Saluran Pembayaran\n\n \n1. Perbankan Elektronik\n\n \n2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)\n\n \n3. Ejen Bank Berdaftar\n\n \n4. Kaunter KWSP\n\n \nJumlah Caruman Minimum / Maksimum\n\n \nBagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?\n\n \nApa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah i-Saraan KWSP?\nMungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.\nManakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.\nBertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.\nAntara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:\n\nMenyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.\nMeningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP\nMenzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.\nMengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\n\nSelain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.\n\nFaedah i-Saraan KWSP\nAntara faedah i-Saraan KWSP adalah:\n\n\n\n\n\n\n\nMenyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap\nMenerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.\nMencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran\nMenikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda\nBantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP\n\n\nSiapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP\nSesiapa sahaja layak untuk mendaftar sekiranya anda memenuhi syarat berikut:\n\nWarganegara Malaysia\nBerumur 55 tahun ke bawah\nOrang yang bekerja sendiri *(Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)\nAhli KWSP\nTelah membuat pilihan i-Saraan\n\n*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri\n\nPetani/ nelayan/ pemandu teksi\nPeniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown\nPengasuh bayi\nEjen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)\nFreelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)\nPemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan\nPemilik perniagaan dalam talian (online business)\nPemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)\nSuri rumah\nPekerja Berpencen\n\nBaca juga : 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen\nCara Daftar & Saluran Pembayaran\nTiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan. \nRujuk cara pendaftaran seperti berikut:\nLANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP\nLaman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member\nGoogle Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.epf.main&hl=en&gl=US\nApple App Store : https://apps.apple.com/my/app/i-akaun/id915682756\nATAU\nSekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan:\u00a0https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms\u00a0untuk pendaftaran i-Saraan.\n\nLANGKAH 2: TEKAN MENU \u2018REGISTER I-SARAAN\u2019\n\nLANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN\nJika berjaya, anda akan menerima notis seperti berikut:\n\nLANGKAH 4 : BUAT CARUMAN\n\nAkhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.\nCaruman boleh dibuat melalui saluran berikut:\n1. Perbankan Elektronik\n\nMaybank\nPublic Bank\nRHB Bank\nBank Muamalat\nCIMB Bank\n\n2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)\n\nBSN\nMaybank\nPublic Bank\nRHB Bank\n\n3. Ejen Bank Berdaftar\nEjen Bank (EB) BSN\n4. Kaunter KWSP\nTunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar\nJumlah Caruman Minimum / Maksimum\nTiada had bayaran minimum, manakala had maksimum adalah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela(Caruman Pilihan Sendiri,\u00a0i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan\u00a0\u2013 berkuat kuasa Januari 2013)\nBagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?\nKWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. \nWang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. \nSumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).\n\nBaca juga : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP\nApa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP\n\nMyKad\nBorang i-Saraan \u2013\u00a0KWSP 16G (M)\u00a0(Pendaftaran kali pertama sahaja)\nBorang i-Saraan \u2013\u00a0KWSP 6A (2)\u00a0(Semasa bayaran)\nBayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:\nTalian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000\nLayari\u00a0https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan\u00a0\nATAU\nBorang Pertanyaan Online \nATAU\nRujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-texas-chicken-promosi/", "title": "Menu Texas Chicken Malaysia & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMENU TEXAS CHICKEN & PROMOSI TERKINI\nIstimewa buat penggemar Texas Chicken, jangan lupa untuk cuba pelbagai hidangan menarik dengan harga yang menjimatkan!\nDari ayam goreng, wrap sehinggalah ke burger yang berjus, Texas Chicken setia menawarkan aneka menu yang lazat untuk anda.\nJom kita lihat promosi terkini dari Texas Chicken. Pastinya lebih berbaloi untu anda nikmati bersama rakan dan keluarga.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : OldTown White Coffee : Menu, Harga & Lokasi\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPromosi Terkini Texas Chicken 2022\n\n \nMega Meals\n\n \nStar Box Combos\n\n \nPromosi Awesome Mondays\n\n \nTexas Chicken Big Deals, Harga Serendah RM 4.10\n\n \nCrunchy Deals\n\n \nSweet Treats\n\n\nPromosi Terkini Texas Chicken 2022\nMega Meals\nTeringin nak berkongsi ayam goreng Texas Chicken dengan harga rendah? Mega Meals cukup sesuai buat anda. Dapatkan 5 ketul ayam goreng serta 2 minuman dengan harga bermula RM 29.99 sahaja.\n\nStar Box Combos\nBagi yang nak cuba pelbagai hidangan dalam satu menu, cubalah promosi terkini Texas Chicken iaitu Star Box Combos. \nLebih jimat dan mengenyangkan, anda boleh pilih antara 6 menu menarik dengan harga serendah RM 9.99 sahaja iaitu :\nPorridge (RM 9.99)Tex Sampler (RM 12.99)Zesty Crunch Wrap (RM 14.49)Zesty Crunch Burger (RM 14.49)Mexicana Wrap (RM 17.99)Burger Mexicana (RM 17.99)\n\nPromosi Awesome Mondays\nCeriakan hari Isnin anda dengan promosi Awesome Mondays yang cukup istimewa dari Texas Chicken.\nJangan lepaskan peluang untuk nikmati 3 ketul ayam goreng dan 9 ketul nugget dengan harga RM 19.99 sahaja. Dapatkannya sementara stok masih ada!\n\nTexas Chicken Big Deals, Harga Serendah RM 4.10\nBuat anda yang sedang berjimat, Big Deals dari Texas Chicken cukup sesuai untuk dinikmati. \nMenawarkan hidangan dengan harga bermula RM 4.10 sahaja, dapatkan 6 menu menarik dari Texas Chicken iaitu :\nSpicy Korean Mash Bowl (RM 4.10)Chicken Gravy Mash Bowl (RM 4.10)Chicken Gravy Biscuit (RM 4.10)Chicken Gravy Flatbread (RM 5.70)Smoky BBQ Flatbread (RM 5.70)Spicy Korean Rice Bowl (RM 6.10)\n\nCrunchy Deals\nTerdapat satu lagi kombo menarik dengan tawaran menu serendah RM 5.99 melalui Crunchy Deals. Didatangkan bersama satu minuman, antara menu hebat dan cukup berbaloi yang ditawarkan adalah :\nBurger Klasik1 ketul ayamTender WrapBubur\n\nSweet Treats\nPromosi Texas Chicken yang seterusnya ini pula cukup sesuai buat yang sukakan pemanis mulut.\n Lengkapkan pesanan anda di Texas Chicken dengan 2 pilihan menu Sweet Treats iaitu Apple Pie dan Mango Pudding. Anda hanya perlu tambah RM 1 bagi setiap pembelian Combo. Sangat berbaloi!\n\nBanyak rupanya tawaran menarik yang menanti pelanggan di Texas Chicken. Jangan lupa untuk dapatkan promosi hebat dari Texas Chicken ini sementara stok masih ada!\nJangan lupa untuk ikuti laman\u00a0Facebook Texas Chicken Malaysia\u00a0untuk ketahui tawaran serta promosi terkini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perumahan-rakyat-keluarga-malaysia-prkm/", "title": "Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM) : KADAR BANTUAN BAHARU & CARA PERMOHONAN\nKabinet meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).\nMenteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan itu akan membantu kontraktor PRKM bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan, yang sebelum ini menyebabkan kegagalan pelaksanaan projek atas faktor tiada margin keuntungan.\n\u201cSeiring dengan konsep Keluarga Malaysia yang merupakan hasrat ikhlas kerajaan dan hasrat yang menjadikan rakyat merasa dibantu dan dihargai, kelulusan kadar baharu bantuan PRKM ini diyakini akan dapat mempercepatkan prestasi pelaksanaan PRKM yang memberi manfaat kepada lebih 70,000 ahli isi rumah di luar bandar.\u201dYB Dato\u2019 Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar\n\nTahukah anda apakah itu Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia dan bagaimana cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini?\n\n\n\n\n\n\nJom kami kongsikan sepenuhnya melalui artikel di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) ?\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) ?\nTerdahulu, PKRM dikenali dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).\nProgram ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.\nKadar Bantuan\nTerdapat 2 kategori bantuan yang disediakan dalam program ini iaitu:\nA. BINA BAHARU\nBantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan\u00a0tidak ekonomik untuk dibaiki.Kadar Bantuan Baharu (2022)Semenanjung : RM66,000 seunitSabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit\nB. BAIK PULIH\nBaik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:Penyelenggaraan;Penambahbaikan; dan\u00a0Requisition;Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan\u00a0komponen-komponen asas sesebuah rumah.Bahan binaan yang digunakan hendaklah\u00a0sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.Kadar Bantuan Baharu (2022)Semenanjung : RM15,000 seunitSabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit\n\nSyarat Kelayakan\nKumpulan sasar PRKM adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa.\nKriteria kumpulan sasar penerima bantuan PRKM yang LAYAK adalah seperti berikut:\nDisahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan NasionalDiperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atauDiperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atauDiperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian\n\nCara Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) 2022\nUntuk membuat permohonan, sila layari Portal Rasmi KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR di pautan https://www.rurallink.gov.my/ atau isikan borang permohonan online di pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online\nAnda juga boleh terus mengimbas kod QR dalam poster di atas.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan dan dapatkan info terkini melalui saluran berikut:\nFacebook : Kementerian Pembangunan Luar BandarTelefon : 03 8000 8000 | E-mail : [email\u00a0protected]Alamat : No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia.Laman web : https://www.rurallink.gov.my/\nBaca juga: \nPermohonan Rumah PPR 2022 (Program Perumahan Rakyat)i-MILIKI : Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/varian-omicron-malaysia-kkm/", "title": "Kes Pertama Varian Baharu Omicron Dikesan Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan kes pertama varian yang dibimbangi (VOC) Omicron di negara ini, melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.\nBeliau berkata, individu tersebut merupakan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh, Perak, dan telah didapati positif COVID-19 pada 19 November lepas, dan telah selesai menjalani kuarantin kendiri pada 29 November lepas.\nBeliau berkata, kes itu didapati daripada ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan terhadap 74 sampel positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA, antara 11 November hingga 28 November, 2021.\n\u201cHasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel telah dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron. Jujukan genom seterusnya dilaksanakan mendapati keputusan positif bagi varian Omicron pada 2 Disember 2021.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,\u201d katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.\nMengulas lanjut, Khairy berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research \u2013 IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan CT Value 26.68, pada 20 November 2021, sebelum jujukan genom mengesahkan ia VOC Omicron pada 2 Disember.\nPengesanan kontak rapat, ujian saringan dan kuarantin wajib, katanya lagi, telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang, dan saringan awal mendapati mereka kesemua negatif.\nDalam pada itu, Khairy berkata, langkah pengesanan awal Omicron dilakukan lebih awal, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan ia sebagai varian yang dibimbangi (VOC) pada 24 November lagi.\nKKM akan terus mempergiatkan usaha untuk meningkatkan jumlah peratusan dos lengkap bagi populasi keseluruhan negara, serta mensasarkan sehingga 75 peratus untuk dos penggalak.\n\nBaca juga: Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In\nApakah Varian Omicron?\nVarian Omicron (B.1.1.529) telah diklasifasikan sebagai \u201cvarian yang perlu diperhatikan\u201d (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26 November 2021.\nKajian lanjut masih sedang dijalankan untuk mengetahui perbezaan varian Omicron berbanding varian-varian yang lain.\nMenurut BERNAMA, antara ciri varian Omicron yang diketahui setakat ini termasuklah:\nDisyaki berkembang semasa jangkitan kronik dalam individu dengan sistem imun rendahMempunyai banyak mutasi termasuk 26 hingga 32 mutasi di spike proteinTerdapat 10 mutasi di protein yang melekat kepada ACE2 receptor, membolehkan virus masuk ke dalam sel badan.Sebagai perbandingan, varian Beta mempunyai 3 mutasi & varian Delta 2 mutasi.Varian Omicron menular pada kadar lebih pantas.Berkemungkinan lebih mudah merebak.Berdasarkan bukti awal, boleh menyebabkan risiko lebih tinggi jangkitan semula (re-infection) berbanding VOC lain.\n\nSebelum ini juga pengumuman Peralihan dari fasa Pandemik kepada Endemik di Malaysia belum dapat dilakukan ketika ini susulan penemuan varian baharu Omicron di beberapa negara, kata Dato\u2019 Seri Hishammuddin Hussien.\n\nAntara langkah-langkah pencegahan yang disarankan WHO adalah:\nMendapatkan vaksinMemakai pelitup mukaSentiasa sanitasi dan basuh tanganElak tempat sesakKekalkan penjarakan fizikalMenambah baik pengaliran udara\n\nBaca juga: Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023\n*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Astro Awani\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jom-shopping-perayaan/", "title": "Jom Shopping Perayaan: Baucar RM200 Untuk B40 Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJom Shopping Perayaan merupakan satu program inisiatif kerajaa negeri Selangor untuk meringankan sedikit sebanyak beban rakyat negeri Selangor daripada golongan B40 untuk menyambut musim perayaan. \nMusim perayaan ini termasuklah Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.\nSelari dengan konsep \u201cSelangor Penyayang\u201d, program Jom Shopping Perayaan ini bukan sahaja diteruskan daripada tahun-tahun sebelumnya tetapi jumlah bantuan juga telah ditambah baik dan dinaikkan, selari dengan peningkatan kos sara hidup.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nGolongan sasar\n\n \nPenambahbaikan program\n\n \nCara permohonan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nGolongan sasar\nProgram Jom Shopping Perayaan ini memfokuskan bantuan kepada golongan-golonga berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali\nPendapatan penerima seisi rumah RM3,000 dan ke bawah\nPenerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor)\nPenerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE\nHanya seorang pemohon sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga\n\nBaucar ini bertujuan membantu meringankan sedikit beban rakyat Selangor dalam membeli barangan keperluan supaya kemeriahan perayaan dapat dirasai bersama.\nBaca lagi: KISS Selangor: Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan\nPenambahbaikan program\n\nMenariknya, program bantuan yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor ini bukan sahaja diteruskan daripada tahun-tahun sebelumnya, tetapi juga ditambah baik.\nPada tahun 202, nilai baucar telah dinaikkan kepada RM200 berbanding hanng RM100 pada tahun-tahun sebelun ini.\nSelain itu, syarat had pendapatan isi rumah telah dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,000 pada tahun-tahun sebelumnya.\nIni bermakna lebih ramai keluarga yang akan mendapat manfaat ini bagi meringankan sedikit sebanyak beban mereka menjelang musim perayaan.\nCara permohonan\nPermohonan bagi bantuan baucar melalui program Jom Shopping Perayaan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web Selangor Penyayang di pautan https://www.selangorpenyayang.com/program/jom-shopping-perayaan\n\nKlik \u201cDaftar Sekarang\u201d\nLog masuk sistem Sistem SSmart Inisiatif Peduli Rakyat atau SSIPR \u2013 sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda hendaklah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.\nTeruskan permohonan sehingga lengkap\n\nUntuk rekod, program ini telah berjalan sejak 2012 dan peruntukan sebanyak RM7.3 juta memberi manfaat kepada 70,995 orang di Selangor untuk membeli barangan keperluan untuk perayaan mereka.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insiatif ini, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian:\nSeksyen Sektoral UPENTingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam,Selangor\nTel: 03-55447920\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-myeongdong-topokki-2022/", "title": "Menu Myeongdong Topokki & Harga Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Myeongdong Topokki & Harga Terkini 2022 ~ Sejak hidangan Korea mula mendapat sambutan di Malaysia, ramai yang turut menggemari keenakan hidangan yang ditawarkan di Myeongdong Topokki. \nDari street food hingga makanan berat, Myeongdong Topokki pasti bakal menepati citarasa anda. \n\n\n\n\n\n\nKhas untuk anda yang ingin ke Myeongdong Topokki, mari kita tengok menu serta harga yang ditawarkan. \nBaca Juga : Menu Mr Dakgalbi dan Harga Terkini Jun 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Myeongdong Topokki & Harga Terkini 2022\n\n \nMDT Street Food\n\n \nMDT Chi-Ken (6pcs)\n\n \nMDT Value Meals\n\n \nMDT Vegetarian\n\n \nMDT Kids\n\n \nMDT Food\n\n \nMDT Desserts\n\n \nMDT Kape (Minuman)\n\n\nMenu Myeongdong Topokki & Harga Terkini 2022\nMDT Street Food\nMenuHargaOdengRM 5.80KimbapRM 16.10Chicken ManduRM 10.90Cheesy Bulgogi FriesRM 14.20KimaliRM 14.80Squid TwigimRM 18.60Chez Jeu Corn SausageRM 16.40\n\nMDT Chi-Ken (6pcs)\nMenuHargaHangul Chi-kenRM 14.80Ganjang Chi-kenRM 14.80Yangnyeom Chi-kenRM 14.80Ganjang Wings & DrummettesRM 21.20Hangul Wings & DrummettesRM 21.20Yangnyeom Wings & DrummettesRM 21.20\nMDT Value Meals\nMenuHargaDakgalbi Chicken DeopbapRM 27.10Hangul Chicken RamyunRM 27.10Bulgogi DeopbapRM 25.80Hangul Chicken DeopbapRM 25.80Cheese RamyunRM 25.80Kimchi RamyunRM 25.80Kimchi JjigaeRM 25.80Soondubu JjigaeRM 25.80Mandu GukRM 25.80Doenjang JjigaeRM 25.80Dol Sot BibimbapRM 28.30JjajangmyunRM 27.10Kimchi BokkembapRM 25.80\n\nMDT Vegetarian\nMenuHargaTofu Dol Sot BibimbapRM 25.00\nMDT Kids\nMenuHargaKiddie BapRM 15.20Chi-kiddieRM 15.20\nMDT Food\nMenuHargaKimchiRM 22.60\nMDT Desserts\nMenuHargaHotteokRM 10.40\nMDT Kape (Minuman)\nMenuHargaHeoni CitronRM 11.30Heoni HanlabongRM 11.30Drinking WaterRM 3.90Heoni DaechuRM 11.30Milkeu TiRM 12.70Heoni VelaRM 11.30Heoni LaemonRM 11.30Iced Kape Latte Dal AlenRM 16.80Hot Kape Latte Dal AlenRM 14.40Iced Kape LatteRM 14.40Hot Kape LatteRM 12.00Iced KapuchinoRM 14.40Hot KapuchinoRM 12.00Iced Kape MokaRM 15.60Hot Kape MokaRM 13.20Iced ChocolateRM 15.60Hot ChocolateRM 13.20Iced AmericanoRM 13.20Hot AmericanoRM 10.80\nUntuk ketahui promosi menarik serta menu terkini dari Myengdong Topokki, sila ikuti laman Facebook Myeongdong Topokki. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/spdpr-kpm/", "title": "SPdPR KPM: Sistem Pelaporan PdPR Standard Untuk Guru Setiap Negeri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSPdPR \u2013 Sistem Pelaporan Standard Untuk Guru KPM Setiap Negeri\nBagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia. \nSistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021. \n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Sistem Pelaporan PdPR ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPdPR?\n\n \nManual Pengguna: Panduan Mengisi Pelaporan SPdPR\n\n \nMaklumat Lanjut, Pertanyaan & Aduan\n\n\nApakah SPdPR?\nSistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR)\u00a0merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.\nBaca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR\n\nManual Pengguna: Panduan Mengisi Pelaporan SPdPR\nIkuti Panduan Pengisian Pelaporan Standard PdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti. \n\n\n\n\n\n\n\n\nKPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik. \nSistem Pelaporan Standard PdPR ini dibangunkan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.\nPautan SPdPR adalah berbeza bagi setiap negeri, maka pastikan link anda betul : \nJohor : https://spjohor.moe.gov.my/ Negeri Sembilan : https://spn9.moe.gov.my Pulau Pinang : https://sppenang.moe.gov.my Terengganu : http://appsterengganu.moe.gov.my/Perak : Lain-lain negeri: Akan dikemaskini\nBaca juga: Jadual PdPR Selepas Hari Raya Aidilfitri & Cuti Penggal Sekolah KPM 2021\nMaklumat Lanjut, Pertanyaan & Aduan \nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sistem Pelaporan PdPR Standard ini, sila rujuk Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-ketika-hujan-dan-banjir/", "title": "Doa Ketika Hujan dan Banjir \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDoa Ketika Hujan dan Banjir\nHujan diturunkan sebagai pembawa rahmat dan merupakan antara waktu yang mustajab untuk berdoa. \nNamun, awan gelap yang menurunkan hujan boleh mendatangkan bencana alam yang cukup dahsyat.\nNegara kita sekali lagi diuji dengan bencana banjir terutamanya kawasan Pantai Timur ketika ini. Hanya yang melaluinya tahu sebesar mana dugaan yang perlu dihadapi.\n\n\n\n\n\n\nMangsa-mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta yang cukup besar. \nKeselamatan mereka juga terancam akibat aliran banjir yang deras dan cuaca buruk yang berlarutan. \u00a0\nSebagai hamba Allah yang lemah, kita sangat digalakkan untuk berdoa dalam apa jua keadaan. Mari sama-sama kita bacakan doa ketika hujan dan banjir seperti yang dikongsikan oleh JAKIM.\nBaca Juga : Doa Dipermudahkan Urusan \u2013 JAKIM\n\nDoa Ketika Hujan dan Banjir\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062d\u064e\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0622\u0643\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0622\u062c\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0638\u0650\u0651\u0631\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0648\u0652\u062f\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u064e\u0627\u0628\u0650\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u062c\u064e\u0631\u0650\n Maksud : Ya Allah turunkan hujan ini mengelilingi kami dan bukan menimpa di atas kami. Ya Allah curahkanlah hujan ini di atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.\nRiwayat Al-Bukhari (1014)\n\nDalam suasana getir yang melanda negara kita, mari kita sama-sama berdoa dan bermunajat bagi memohon pertolongan dan rahmat daripada Allah SWT. \nSemoga Allah permudahkan urusan para penyelamat serta mangsa-mangsa banjir yang sedang diduga dengan hebat ketika ini.\nMudah-mudahan musibah ini dapat menjadi salah satu asbab Allah SWT menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu.\nDari Abu Sa\u2019id Al Khudri dan dari Abu Hurairah dari Nabi \ufdfa beliau bersabda,\n\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0635\u0650\u064a\u0628\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0635\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0635\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0645\u064d\u0651 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062d\u064f\u0632\u0652\u0646\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0630\u064b\u0649 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u063a\u064e\u0645\u064d\u0651 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0648\u0652\u0643\u064e\u0629\u0650 \u064a\u064f\u0634\u064e\u0627\u0643\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0643\u064e\u0641\u064e\u0651\u0631\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u064e\u0637\u064e\u0627\u064a\u064e\u0627\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cTidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.\u201d (HR Bukhari, hadis sahih)\nSumber : Jabatan Kebajikan Islam Malaysia \u2013 JAKIM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pemeriksaan-puspakom-percuma/", "title": "Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPUSPAKOM | Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Percuma Sempena Aidilfitri\nPusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, (PUSPAKOM) menganjurkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian.\nIkuti info lanjut mengenai tawaran ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023\n\n \nTarikh Tawaran & Pemeriksaan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023\nMenjelang Aidilfitri, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan secara sukarela atau VVI kepada kenderaan persendirian tanpa sebarang caj bermula 10 April hingga 20 April depan.\nKetua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, kempen itu bertujuan membantu pemilik mengetahui keadaan kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer dan salah satu langkah memastikan keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri.\nMenurut Mohammed Shukor, maklumat itu boleh digunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya.\nKempen pemeriksaan kenderaan percuma ini menjadi sebagai satu tanggungjawab korporat syarikat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan kenderaan terutamanya ketika musim perayaan.\nTarikh Tawaran & Pemeriksaan\nPemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus (walk-in) ke mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang.\nPemeriksaan percuma ini boleh dibuat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.\nPUSPAKOM menawarkan inisiatif\u00a0#drivesafenoregrets\u00a0pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma mulai 10 hingga 20 April 2023 kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi memastikan kenderaan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan perjalanan sempena sambutan perayaan Aidilfitri!Pada kempen kali ini, kami beri layanan VIP kepada anda yang menjalani pemeriksaan sukarela di mana anda boleh hadir terus ke cawangan tanpa perlu temujanji dan turut diberi keutamaan!Jawab 2 soalan mudah dengan betul dan anda berpeluang menerima baucar KFC bernilai RM100! Marilah layari pautan berikut untuk menyertai Peraduan Jawab & Menang!\u00a0https://docs.google.com/\u2026/1FAIpQLSfLHwdvrki\u2026/viewform\u2026\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati dengan melayari laman web\u00a0www.puspakom.com.my\u00a0atau Facebook (FB) rasmi Puspakom Sdn Bhd.\nBaca juga : \n\nPemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM : Panduan & Dokumen Diperlukan\nMyJPJ : Semakan Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Online\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-am-persekolahan-tingkatan-6-maiwp/", "title": "Bantuan Am Persekolahan Untuk Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN UNTUK TINGKATAN 6 SEMESTER 1 BAGI SESI KEMASUKAN 2021 / 2022 TELAH DIBUKA\nPermohonan baru bagi kemasukan Tingkatan 6 Semester 1 Sekolah Dalam dan Luar Wilayah Persekutuan kini dibuka bagi pelajar yang layak.\nIbu bapa / penjaga boleh membuat permohonan bagi mendapatkan Bantuan Am Persekolahan MAIWP dengan merujuk kepada butiran berikut:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 MAIWP 2021 / 2022\n\n \nCara Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan DIBUKA bermula 01 SEPTEMBER 2021 bagi PERMOHONAN BARU TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 SEKOLAH DALAM DAN LUAR WILAYAH.\n\n\n\n\n\n\nTARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 15 OKTOBER 2021.\nSyarat Kelayakan Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 MAIWP 2021 / 2022\nWarganegara Malaysia beragama IslamMendapat surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2021 dari Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM)Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.\nCara Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6\nSila muat turum borang BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 di pautan berikut: BORANG BANTUAN AM SEKOLAH 1.pdf\nKAEDAH PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN(BAITULMAL KUALA LUMPUR)\nPerkhidmatan pos dan kurier ke alamat :UNIT PEMBANGUNAN AKADEMIK (BANTUAN SEKOLAH)ARAS 22, BANGUNAN PERKIM,NO. 150, JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 51200 KUALA LUMPUR\nEmelkan ke alamat emel : [email\u00a0protected]\nPenyerahan di kaunter : Unit Pembangunan Akademik, Aras 22, Bangunan PERKIM, KL.\n\nBaca juga : Program Vaksinasi Pelajar IPT Secara Walk-In, Hanya Perlu Tunjuk Kad Matrik\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut boleh hubungi :\nKuala Lumpur : 019-200 8458Putrajaya : 011 \u2013 5949 6216\nUntuk borang permohonan dan kaedah penghantaran borang boleh layari link di bawah:\nBANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6: BORANG BANTUAN AM SEKOLAH 1.pdf\nBaca juga : Pengambilan Bakal Pegawai & Perajurit Muda PSSTLDM 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-selangorku/", "title": "Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memastikan setiap keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami, Dasar Perumahan Negeri Selangor merealisasikan matlamat \u2018Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna\u2019 menerusi Skim Rumah Selangorku.\nRingkasnya,\u00a0skim ini merupakan perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.\nTerkini, Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan bahawa sebanyak 204,871 unit Rumah Selangorku pada tahun ini telah diterima, kata EXCO perumahan.\nDaripada jumlah itu lebih 60,000 telah diluluskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan 18,647 unit sedang dibina di sekitar Lembah Klang.\nMesti ramai nak tahu apakah Skim Rumah Selangorku, siapa yang layak, rumah jenis apa dan bagaimana pula cara permohonannya kan?\nJom semak seterusnya di bawah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Rumah Selangorku?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSenarai Projek Terkini\n\n \nHarga & Jenis Rumah Selangorku\n\n \nCara Permohonan Rumah Selangorku\n\n \nGaris Panduan Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran\n\n \nSemakan Permohonan\n\n \nApa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Rumah Selangorku?\nKerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau \u201cAffordable Homes\u201d yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.\nMaka salah satu cara nak memenuhi keperluan rakyat negeri Selangor yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan adalah melalui adalah inisiatif Rumah Selangorku.\nSkim ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2014 lagi dan ia diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.\n\n\n\n\n\n\nSelain memanfaatkan rakyat Selangor, bantuan ini juga memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan\u00a0kena membina sejumlah unit rumah mampu milik, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:\nPemohon adalah warganegara Malaysia.Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000\n\nSenarai Projek Terkini\nSenarai projek terkini boleh dilihat di senarai ini:\nhttps://ehartanah.lphs.gov.my/lphs\nATAU terus ke pautan\nhttps://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/borang/SENARAI_PROJEK.pdf\nHarga & Jenis Rumah Selangorku\nJenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya\u00a0bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.\nUmumnya, harga rumah di bawah skim ini adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST.\nIa juga bergantung kepada \nJenis, Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.\nKalau nak tengok senarai jenis Rumah Selangorku secara lanjut, boleh rujuk Dasar Rumah Selangorku melalui lampiran ini : https://rehdaselangor.com/wp-content/uploads/DASAR_RUMAH_SELANGORKU_2.0_.pdf\nCara Permohonan Rumah Selangorku\nPemohon boleh mendaftar secara \u2018online\u2019 di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS\u00a0\u00a0https://ehartanah.lphs.gov.my\n*Nota :\nSekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ;\u00a0http://ehartanah.lphs.gov.my/\n\nGaris Panduan Permohonan\nPemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonanSelepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.Hanya permohonan yang\u00a0LENGKAP\u00a0sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).Sekiranya status pemohon telah\u00a0DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;Penyata KWSP (jika ada); danLaporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status\u00a0SENARAI MENUNGGU\u00a0akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.\nDokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran\nPemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasanganSalinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasanganSurat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwinPenyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiriSurat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerjaPenyata KWSP (jika ada)Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.\nSemakan Permohonan\nCara semakan permohonan skim ini adalah seperti berikut:\nPergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/Login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkanPilih tab \u2018Semak Status\u2019Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.Klik butang \u2018Semak\u2019\nApa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya\nProses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.\nBagi permohonan yang TIDAK BERJAYA,\nTiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas\u00a02 tahun.\nBaca juga : Pinjaman LPPSA 2021: Semakan Status Permohonan Online\nBagi permohonan yang BERJAYA,\nPemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.Pemohon perlu mengemukakan \u2018Dokumen Sokongan\u2019 yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Semua \u2018Dokumen Sokongan\u2019 pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS. Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama\u00a02 tahun.\nBaca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke [email\u00a0protected].\nLaman web : \u00a0https://ehartanah.lphs.gov.my\n*Peringatan penting:\nLembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)\u00a0tidak pernah\u00a0melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.LPHS akan mengambil tindakan penguatkuasaan\u00a0dengan menghalang urusan pengeluaran hakmilik strata\u00a0ke atas rumah yang didapati dimiliki atau dibeli tanpa melalui kelulusan LPHS.\nLembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah sebuah agensi di bawah kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan pembangunan hartanah di Negeri Selangor.\nMaklumat lanjut, sila hubungi:\nLEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR\n\u00a0Tingkat 5, Podium Utara\u00a0Bangunan SSAAS\u00a040503 Shah Alam\u00a0Selangor Darul Ehsan\u00a0Malaysia\n\u00a0+603-5510 2177\n\u00a0+603-5510 2122\n\u00a0[email\u00a0protected]\n\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mykasih-kapital/", "title": "Permohonan MyKasih Kapital, Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dilancarkan sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021. \nDalam pembentangan Bajet 2022, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk pelaksanaan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.\nInsentif ini merupakan bantuan asas modal perniagaan yang akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.\n\n\n\n\n\n\nProgram ini dijangka memanfaatkan 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal.\nProgram Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJumlah Bantuan MyKasih Kapital\n\n \nObjektif\n\n \nSyarat Kelayakan MyKasih Kapital\n\n \nCara Permohonan\n\n\nJumlah Bantuan MyKasih Kapital\nInsentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. \nPemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau\u00a0dropship.\nDalam MyKasih Kapital 2021, dinyatakan bahawa Kerajaan akan menambah inisiatif sedia ada yang dikenali MyKasih Kapital dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya penerima berkelayakan.\nObjektif\nMemperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.\n\nBaca juga: Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) RM3,000\nSyarat Kelayakan MyKasih Kapital\nWarganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atasGolongan wanita sahajaKetua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluargaIndividu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarianWanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakitBerminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nCara Permohonan\nPemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKMSebarang pertanyaan, sila hubungi:\nYayasan Kebajikan Negara, MalaysiaAras 8, Bangunan KPWKM,No.55, Persiaran Perdana,Presint 4,61200 Putrajaya\nNombor telefon :\u00a0 03 \u2013 8323 2433\nLaman web : https://yknm.org.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dana-inspirasi-malaysia/", "title": "Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM 2020", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNak mohon Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) dari YaPEIM?\nBerikut dikongsikan maklumat lengkap cara membuat permohonan beserta syarat kelayakan terkini 2020.\nUntuk makluman, selain memohon sumbangan anda juga boleh menderma bagi membantu 40,000 orang pelajar sekolah dan IPTA di bawah program ini.\nPenderma akan menerima resit atas nama \u201cTabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM\u201d dan\u00a0resit ini boleh dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk Pengecualian Cukai Pendapatan.\n\n\n\n\n\n\nAntara bantuan yang disediakan ialah:\nBantuan awal persekolah RM500 (pelajar sekolah)Bantuan persediakan ke IPT RM1,000 (pelajar IPT)\nBaca juga: Semakan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Fasa 1\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif Inspirasiku YaPEIM\n\n \nPermohonan Dana Inspirasi Malaysia\n\n \nDokumen Sokongan\n\n\nObjektif Inspirasiku YaPEIM\nAntara objektif utama Dana Inspirasi Malaysia ialah untuk:\nMembantu dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabitSelari dengan\u00a0Sustainable Development Goals (SDG) \u2013 Goal 4: Quality Education)\u00a0yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusifPlatform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40\nPermohonan Dana Inspirasi Malaysia\nPermohonan telah pun dibuka Disember tahun lalu dan akan ditutup penghujung bulan Januari 2020.\nPermohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di sini.\nSelain itu, permohonan juga boleh dibuat secara emel dengan mengisi borang dan salinan dokumen sokongan kepada alamat\u00a0[email\u00a0protected]\nSyarat am permohonan ialah:\nPermohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjagaPemohon mestilah Warganegara Malaysia\u00a0Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negaraPendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan\nSetiap keluarga layak memohon lebih dari satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan.\nPemohon yang telah layak juga boleh memohon bantuan kali kedua namun bergantung kepada kecukupan dana yang dikumpul.\nBantuan Dana Inspirasi Malaysia akan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun (akan dimaklumkan selepas permohonan diluluskan).\nDokumen Sokongan\nBerikut senarai penuh dokumen sokongan yang diperlukan ketika memohon dana ini. Antaranya:\nSatu salinan kad pengenalan pemohonSatu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggunganSatu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandungSatu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil ceraiSatu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumahSatu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah\u00a0Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajarSatu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian TinggiSatu salinan penyata akaun bank penerima manfaat\nSekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dana ini, sila hubungi nombor +603 2717 2717 atau emel ke [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-sekolah-berasrama-penuh/", "title": "Projek Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSumbangan Bantuan Sekolah Berasrama Penuh merupakan sebuah program bantuan khusus bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran di SBP seluruh Malaysia.\nBantuan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2003 yang bertujuan untuk meringankan kos yang ditanggung oleh murid miskin yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).\nSBP sememangya ditubuhkan bagi mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatk pendidikan dengan kemudahan teratur.\nKementerian Pelajaran melalui Mesyuarat Pengurusan Bil. 18/2003 telah mewujudkan bantuan PKKSBP ini yang bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada murid-murid miskin yang bersekolah di SBP bagi meringankan kos yang ditanggung oleh murid dalam penyediaan keperluan asas sepanang bersekolah di SBP.\n\n\n\n\n\n\nBantuan ini diharapkan dapat meringankan beban untuk perbelanjaan pelajar seperti yang berikut:\n\nYuran persekolahan\nYuran peperiksaan\nYuran asrama \nPenyediaan keperluan asas sepanjang bersekolah di SBP\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif bantuan\n\n \nSyarat pemilihan\n\n \nKadar bantuan\n\n \nKaedah penyaluran\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nObjektif bantuan\nProgram bantuan khas ini diwujudkan bagi mencapai objektif-objektif yang berikut: \n\nSebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.\nMemastikan pelajar golongan pertengahan juga mendapat perhatian sewajarnya.\nBerperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat.\nMemberi sokongan moral kepada ibubapa / keluarga / penjaga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.\n\nSyarat pemilihan\nBagi program Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023 ini, bantuan ini difokuskan kepada para pelajar berikut:\n\nMurid warganegara Malaysia Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).\nPendapatan ibu bapa/penjaga di paras miskin / berpendapatan rendah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Semasa.\n\nArtikel berkaitan: Semakan SBP 2023 \u2013 Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh\nKadar bantuan\nBantuan khusus bagi pelajar SBP ini diberikan kepada pelajar Tingkatan hingga Tingkatan 5 mengikut kadar yang berikut:\n\nTingkatan 1 :\u00a0RM700.00 seorang murid setahun.\nTingkatan 2 :\u00a0RM300.00 seorang murid setahun.\nTingkatan 3 :\u00a0RM350.00 seorang murid setahun.\nTingkatan 4 :\u00a0RM500.00 seorang murid setahun.\nTingkatan 5 :\u00a0RM450.00 seorang murid setahun.\n\nCara permohonan\nPermohonan bagi bantuan khusus ini hendaklah dibuat secara terus kepada pihak sekolah tempat pelajar tersebut belajar. \nMurid yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bantuan ini dengan menggunakan Borang PB1 dan borang PB2 serta mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak sekolah.\nTarikh dan tempoh permohonan adalah berdasarkan takwim / surat pemakluman yang dikeluarkan oleh BPSBP pada setiap tahun (boleh rujuk dengan pihak sekolah untuk tarikh ini).\nMurid yang ditawarkan bantuan ini akan terus menerima bantuan pada setiap tahun selagi masih memenuhi kriteria kelayakan sepanjang persekolahan. \nKaedah penyaluran \nBagi memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada para pelajar yang layak dengan efektif, bantuan akan disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) untuk disalurkan ke SBP.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekolah SBP tempat pelajar menyambung pengajian mereka. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/ppam-skim-perumahan-penjawat-awam-malaysia/", "title": "PPAM : Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM \nPerumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia?\n\n \nLokasi Projek\n\n \nSyarat Kelayakan Permohonan Rumah PPAM\n\n \nTarikh Permohonan PPAM\n\n \nPilihan Projek PPAM 2022\n\n \nCara Permohonan Rumah PPAM\n\n \nDokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia?\nPPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.\nSkim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.\nSemua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.\nSistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan bagi perumahan ini.\n\n\n\n\n\n\nMelalui sistem ini, semua permohonan dan penawaran akan dilakukan secara berpusat.\n\nLokasi Projek\nProjek PPAM dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam.\nJenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.\nSyarat Kelayakan Permohonan Rumah PPAM \nSemua Penjawat awam yang bekerja dengan \nKerajaan PersekutuanKerajaan NegeriPihak Berkuasa NegeriPihak Berkuasa TempatanBadan Berkanun Persekutuan Badan Berkanun Negeri.\n\nTarikh Permohonan PPAM\nMaklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal online Perumahan Penjawat Awam Malaysia dari semasa ke semasa.\nPermohonan akan dibuka setelah pemaju mendapat Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan & Jualan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan. \nMaklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.\nStatus permohonan boleh disemak dan dikemaskini berdasarkan permohonan yang dibuka.\n\nPilihan Projek PPAM 2022\nPilihan projek hanya dibenarkan bagi pemohon yang telah melengkapkan profil.\nTerdapat beberapa peraturan yang diset dalam aplikasi untuk setiap permohonan.\nPeraturan tersebut adalah:\nSetiap pemohon hanya layak membuat tiga (3) permohonan sahaja dalam satu-satu masa.Sekiranya terdapat permohonan projek yang dibatalkan, pemohon boleh memohon projek lain dengan syarat tidak melebihi tiga (3) permohonan lengkap.Pemohon hanya boleh memohon projek lain sekiranya tiada permohonan yang berstatus Terima Tawaran, S&P atau Pemilikan.Sekiranya pemohon mempunyai pasangan yang telah ditawarkan, pemohon adalah tidak layak untuk ditawarkan dan tidak dibenarkan memohon projek yang baru.Sekiranya pemohon mempunyai permohonan pada projek PPAM Perbadanan Putrajaya, pemohon tidak layak untuk ditawarkan.\nSila rujuk senarai projek terbaru melalui pautan berikut: https://www.ppam.gov.my/project/list\nBaca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2022\nCara Permohonan Rumah PPAM\nSemua permohonan PPAM boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my \nTiada borang secara manual.\nSila rujuk infografik di bawah untuk panduan langkah demi langkah.\n\nPemohon boleh merujuk manual pengguna di laman web berikut:\u00a0https://www.ppam.gov.my/application/guide\n\nPemohon boleh mengakses laman web untuk mengetahui maklumat lanjut dan membuat permohonan online melalui pautanberikut:i. Portal \u2013 http://www.ppam.gov.myii. Aplikasi \u2013 https://apps.ppam.gov.my\nDokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan\nPemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:\nSalinan kad pengenalanSalinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)Salinan slip gaji terkiniSalinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)\nSemakan Status Permohonan\nStatus permohonan boleh disemak di portal online dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem adalah seperti berikut:\nKeputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.\nBerikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-\nLengkap : Sedang disemak oleh PPAM.Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.\nMaklumat Lanjut\nCawangan Perumahan Penjawat Awam MalaysiaJabatan Perumahan NegaraKEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANAras 35, No.51 Persiaran PerdanaPresint 4, 62100 PutrajayaMalaysia\nhttps://www.ppam.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doorgift-roti-gardenia/", "title": "Cara Order Roti Gardenia Untuk Doorgift Kahwin & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA ORDER NUMEE & ROTI GARDENIA UNTUK DOORGIFT KAHWIN (GIFTBOX)\nMusim kenduri ni memang ramai yang buntu nak fikir idea doorgift kan? \nKalau boleh, mestilah nak yang cantik, mudah, dan yang paling penting \u2013 dapat digunakan atau dimanfaatkan oleh semua penerima.\nSalah satu yang boleh anda order dengan mudah dan cepat ialah doorgift roti Gardenia ni.\nAnda kini boleh membuat tempahan terus kepada syarikat Gardenia Malaysia.\n\nJom kami kongsikan harga terkini dan cara untuk buat tempahan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Order Doorgift Roti Gardenia\n\n \nHarga Doorgift Roti Gardenia\n\n \nSyarat Tempahan\n\n \nCaj Penghantaran\n\n \nCara Tempahan\n\n \nKomen Pengguna\n\n \nCara Order Numee Giftbox\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Order Doorgift Roti Gardenia\nCantik kan kesemua corak breadbox cenderahati eksklusif Gardenia? \nMemperkenalkan corak baharu iaitu Corak Sakura dan Corak Jasmin yang sesuai untuk semua majlis anda.\nHarga Doorgift Roti Gardenia\nDengan hanya RM3.20 serta tempahan minima sebanyak 50 kotak, anda boleh membuat tempahan melalui jabatan jualan Gardenia.\nHarga RM3.20 ini adalah termasuk roti & kotak ekslusif dari Gardenia.\n\nSyarat Tempahan\nUntuk makluman, tempahan perlu dibuat 2 minggu sebelum tarikh penghantaran.\nCaj Penghantaran\nPenghantaran percuma ke seluruh semenanjung Malaysia. \nCara Tempahan\nAnda boleh membuat tempahan bagi setiap negeri di talian 03-5161 3228 melalui Jabatan Jualan Gardenia. \nTempahan adalah dibuka untuk seluruh negeri di Malaysia.\nKomen Pengguna\nBerikut dikongsikan serba sedikit tentang pelanggan yang pernah membuat tempahan doorgift ini :\n\nPuas hati..penghantaran smp depan tangga rumah staf gardenia awl pg da wasap nk htr roti..7.10pg da terima packaging..staf siap wasap nk double confirm packaging htr ikut kuantiti yg diminta..Yusarahanem Haji Yusof\n\nSangat-sangat berpuas hati, penghantaran yang pantasRobeah Baharom\n\nCara Order Numee Giftbox \nSelain roti Gardenia, Numee Giftbox juga kini ditawarkan sebagai doorgift yang lebih mampu milik.\nDengan pakej kotak yang menarik dan harga yang berbaloi, anda boleh mendapatkannya melalui talian 03-5161 3228 di Jabatan Jualan Gardenia seluruh Malaysia.\n\nHarga bagi setiap kotak adalah RM2.20 dan tempahan minima adalah 50 kotak. \nTempah sekarang untuk pelengkap majlis anda!\nMaklumat Lanjut\nAdakah hanya 1 jenis roti biasa saja yang ditawarkan sebagai doorgift? Buat masa ini hanya Gardenia Original Classic sahaja ditawarkan untuk pakej doorgift ini. Macam mana dengan tarikh luput roti yang dibekalkan? Menurut salah seorang pengguna yang pernah membuat tempahan, tarikh luput bagi roti yang dibekalkan adalah dalam 4-5 hari dari tarikh majlis. Bagaimana cara membuat tempahan? Anda boleh membuat tempahan di talian 03-5161 3228 di Jabatan Jualan Gardenia seluruh Malaysia. \n\n\nNOTA PENTING:\nGardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk mengambil tempahan NuMee Giftbox atau Gardenia Giftbox.\nSebarang tempahan hanya melalui Jabatan Jualan rasmi Gardenia di talian 03-5161 3228, dan anda perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis.\nRujukan / info lanjut / pertanyaan : \nGardenia Bakeries KL Sdn Bhdhttp://www.gardenia.com.my/NuMee Gardenia https://numeegardenia.com.my/\nBaca juga: MyKasih: Semakan & Permohonan Bantuan Barang Makanan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-baucar-perlindungan-tenang-b40/", "title": "Baucar Perlindungan Tenang B40: Semakan Status & Penebusan RM75", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75\nSeperti yang kita semua maklum, keselamatan sosial adalah benteng pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup, terutamanya bagi golongan B40.\nCOVID-19 telah menyerlahkan lagi pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita. Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40, dan di dalam semangat #KeluargaMalaysia, subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.\n\nIni hanyalah langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022, dan sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. \u2800\nBerikut dikongsikan antara manfaat, kelebihan, cara semakan kelayakan dan penebusan bagi penerima program ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?\n\n \nKriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Semakan Baucar Perlindungan Tenang\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?\nProgram Baucar Perlindungan Tenang adalah skim bantuan kewangan di mana baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insuransa dan pengendali takaful berlesen.\nIa merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak di negara ini.\nNOTA: Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Bajet 2022.\n\nKriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang\nDi bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. \u2800\nSebagai tambahan, baucar itu boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.\n\u201cDiharapkan dengan peluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutamanya yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya,\u201d kata Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, di Dewan Rakyat.\nSelain itu kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).\nRujuk kriteria Perlindungan Tenang di bawah:\n\nBaca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:\nLayak untuk penerima BPR sahajaSatu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahajaPulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkanBaucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.\n\nCara Semakan Baucar Perlindungan Tenang \nBermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka di bawah program ini yang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.\u2800\nSemakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:\nSEMAKAN MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali TakafulSEMAKAN ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my\n\nDiharapkan agar mereka yang layak akan menggunakan insiatif ini sebaik mungkin untuk melindungi diri dan keluarga tercinta. \n\nBaca juga: Maksud Kategori Miskin Tegar, B40, M40 & T20\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333\nSumber: Kementerian Kewangan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-bpr/", "title": "Panduan Permohonan Rayuan BPR Online (Mulai 15 Jun 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.\nPemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).\nProses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seperti diumumkan dalam Program Pemerkasa Tambahan pada 31 Mei 2021, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang permohonan rayuan BPR online untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2\n\n \nPanduan Permohonan Rayuan BPR Online\n\n \nKelulusan / Tarikh Bayaran Rayuan BPR\n\n \nJumlah Bayaran\n\n \nCara Mohon e-Janji Temu Kaunter Perkhidmatan Bantuan Khas Kerajaan (BKK)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2\nUntuk makluman, anda boleh membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.\nPanduan Permohonan Rayuan BPR Online \nPermohonan Rayuan BSH 2020 dengan mengikuti langkah berikut:\nPergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.myKlik pada ikon \u2018Rayuan\u2019 (mulai 15 Jun 2021)Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.\nDokumen Sokongan Bagi Kod Tidak Lulus\nMohon rujuk pautan berikut bagi Kod Alasan Tidak Lulus dan Tindakan / Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik / dilampirkan semasa permohonan rayuan melalui di bawah\n\n\n\n\n\n\n\nATAU rujuk pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/\u2026/KodTidakLulusdanDokumenSokon\u2026\nKelulusan / Tarikh Bayaran Rayuan BPR\nSelepas pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3).\nJumlah Bayaran \nJumlah bayaran yang akan diterima sekiranya lulus proses rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 ini adalah seperti berikut;\n\n\n\nCara Mohon e-Janji Temu Kaunter Perkhidmatan Bantuan Khas Kerajaan (BKK)\nJika anda ingin membuat permohonan janji temu dengan LHDN, sila rujuk sistem e-Janji Temu melalui langkah di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nPortal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bas-muafakat-johor/", "title": "Bas Muafakat Johor: Khidmat Bas Percuma Untuk Orang Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTidak ramai rakyat Johor yang tahu mengenai Bas Muafakat Johor (BMJ) walaupun perkhidmatan ini sudah wujud lebih 5 tahun.\nBas Muafakat Johor adalah perkhidmatan bas percuma yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat serta menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang selesa dan berkesan di seluruh negeri.\nPerkhidmatan yang disediakan oleh BMJ ini disediakan dan diuruskan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah pengenalan BMJ\n\n \nKemudahan BMJ\n\n \nPendaftaran Kad Muafakat Johor\n\n\nSejarah pengenalan BMJ\nPerkhidmatan BMJ telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak April 2016 di kawasan Iskandar Malaysia melibatkan 15 laluan dalam Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Perbandaran Kulai ( MPKu). \nPada tahun 2017, Perkhidmatan BMJ telah diperluaskan ke semua daerah di negeri Johor iaitu Pontian, Kluang, Batu Pahat, Simpang Renggam, Yong Peng, Muar, Tangkak, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi manakala terdapat juga laluan tambahan di kawasan tersebut. of \u200b\u200bIskandar Malaysia (Johor Bahru and Kulai)\nKemudahan BMJ\n\n\n\nBMJ dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berikut untuk keselesaan semua penumpang:\n\nPerkhidmatan Bas Percuma: Perkhidmatan Bas disediakan secara percuma kepada semua warganegara. Kad muafakat Johor dikehendaki menikmati tunggangan eksklusif dengan Bas Muafakat Johor.\nCCTV: CCTV digunakan untuk menangkap dan memantau imej acara yang berlaku di lokasi tertentu dalam masa nyata untuk tujuan keselamatan.\nInternet WIFI percuma: Kesemua bas BMJ dilengkapi dengan integrasi Internet WIFI untuk semua armada bas \u2013 sesuai untuk melayari internet.\nKad Muafakat Johor: Kad Muafakat Johor diwajibkan untuk menaiki bas BMJ. Tempoh sah 1 tahun dikenakan setiap kali pembaharuan kad ini.\nSistem Data Penumpang: BMJ dilengkapi dengan teknologi pembaca kad bas yang disepadukan dengan kad Kad Muafakat Johor dalam satu sistem data penumpang.\n\nPendaftaran Kad Muafakat Johor\n\nUntuk menggunakan perkhidmatan BMJ secara percuma ini, setiap individu perlu mendaftarkan Kad Muafakat Johor ini.\nProses mendapatkan kad ini hanya boleh dibuat di pejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sahaja di alamat berikut:\nPejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)No 12 & 14, Jalan Iskandar Putri 1/2, Taman Nusantara Prima, 81550 Gelang Patah, Johor\nUntuk sebarang persoalan, anda juga boleh terus berhubung dengan pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) di talian 07- 522 5400\nArtikel berkaitan: My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid\n"]} {"url": "https://ecentral.my/psu-5-0/", "title": "Permohonan PSU 5.0 PERKESO 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk majikan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan, anda layak memohon subsidi upah bagi tahun 2022 melalui PSU 5.0 PERKESO.\nPSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar memberikan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat wabak COVID-19.\nUntuk makluman anda, SIP Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.\nPermohonan kini dibuka sehingga 31 Mac 2022. \nBerikut dikongsikan tentang SIP Subsidi Upah Bersasar / PSU 5.0 bagi yang ingin memohon.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SIP Subsidi Upah Bersasar / PSU 5.0?\n\n \nTarikh Permohonan / Kuatkuasa PSU 5.0\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSenarai Sektor Yang Terlibat\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SIP Subsidi Upah Bersasar / PSU 5.0?\nProgram Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.\n\nPSU 1.0 telah mula ditawarkan sejak PKP, iaitu mulai 27 Mac 2020 dan tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.\nProgram ini ditambahbaik dengan penetapan tiada had gaji pekerja pada PSU 4.0 dan dikekalkan di bawah PSU 5.0 (sebelum ini had gaji pekerja RM4,000 dan ke bawah setiap bulan). \nPermohonan adalah terhad kepada 500 pekerja setiap permohonan.\nMajikan juga perlu memasukkan maklumat Subsidi Upah dalam slip gaji pekerja atau memberi notifikasi secara bertulis kepada pekerja berkenaan subsidi upah yang diterima untuk membayar gaji pekerja.\n\nBaca juga: \nTarikh Bayaran Pencen PERKESO / Faedah Tahun 2022EIS PERKESO Login: Daftar & Mohon Elaun Kehilangan Pekerjaan (SIP)\nTarikh Permohonan / Kuatkuasa PSU 5.0\nPSU 5.0 BAJET 2022 berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.\nTarikh akhir permohonan PSU 5.0 BAJET 2022 adalah pada 31 Mac 2022 dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022.\nSyarat Kelayakan\nApakah syarat kelayakan majikan untuk memohon SIP Subsidi Upah Bersasar dan faedah yang akan diterima?\nMajikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di Lampiran A di bawah.\nSenarai Sektor Yang Terlibat\nBerikut adalah senarai sektor dan aktiviti industri yang layak untuk memohon PSU 5.0 :\nLampiran A\n\n\n\nNOTA\nMajikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 BOLEH mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.phpPERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad.\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila ikuti langkah berikut:\n\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://psu.perkeso.gov.my/Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 atau PSU 4.0) sebelum ini atau tidak.SIP Subsidi Upah Bersasar adalah lanjutan Program Subsidi Upah sebelum ini untuk tempoh bantuan selama 3 bulan kepada sektor pelancongan sahaja.Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan ialah:\nSenarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitanSalinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhanAkuan Pengisytiharan PSU 5.0\nNOTA\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang PSU 5.0, sila semak Terma dan syarat kelayakan boleh rujuk di soalan-soalan lazim SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0).\nAduan dan pertanyaan, sila kemukakan di pautan\u00a0eaduansip.perkeso.gov.my\nDaftar sekarang di Portal Prihatin di https://prihatin.perkeso.gov.my.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/festival-filem-malaysia-2022-ffm32/", "title": "FFM32: Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekalung tahniah buat calon-calon akhir (Top 5) pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia ke 32. \nPemenang kategori Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) bakal berlangsung di Encore, Melaka pada 2 Disember 2022 (Jumaat) berpeluang membawa pulang wang tunai antara RM5,000 hingga RM15,000.\nPada pengiktirafan berprestij itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memperuntukkan wang tunai sebanyak RM200,000 bagi keseluruhan pemenang untuk edisi kali ini.\nPemenang bagi kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman dihadiahkan pakej umrah dan RM15,000.\n\u201cPemenang akan dihadiahkan hadiah wang tunai lumayan dan pakej menunaikan umrah untuk kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman. Kami ada kriteria jelas bagi memilih pemenang,\u201d katanya.\nBerhubung soal penjurian, Md Nasir berkata panel juri terbabit tidak akan didedahkan, namun, proses itu diyakini bakal dibuat dengan cukup telus.\n\u201cIa akan diadili juri profesional yang mana ketelitian terhadap setiap subjek sangat dititikberatkan. Pengadilan juga tidak akan bersifat pilih kasih,\u201d katanya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Festival Filem Malaysia ke-32 yang bakal berlangsung.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Festival Filem Malaysia\n\n \nCalon Top 5 FFM32 Setiap Kategori\n\n \nHos & Penyampai Anugerah FFM32\n\n \nTarikh & Waktu Festival Filem Malaysia 2022\n\n \nSenarai Pemenang\n\n \nTahniah untuk para pemenang 31 kategori di FFM32 yang berlansungkan di Encore, Melaka pada 2hb Disember 2022. Filem Kita Citra Kita.\n\n \nSiaran Langsung (LIVE Streaming)\n\n\nLatarbelakang Festival Filem Malaysia\nFestival Filem Malaysia yang bermula dari tahun 1980 adalah acara tahunan bertaraf nasional yang dianjurkan kerajaan melalui FINAS. \nTahun 2022 ini merupakan edisi festival ke-32.\nTema : FILEM KITA, CITRA KITA\nFilem Malaysia adalah manifestasi jenama produk filem tempatan bermutu tinggi dan berkualiti dengan nilai identiti dan budaya nasional yang melahirkan impak globalisasi merentas sempadan\n\nMengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air\nMengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik di antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para penggiat industri filem tanah air\nUsaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri\n\nCalon Top 5 FFM32 Setiap Kategori \nBagi FFM 32 ini, filem Split Gravy arahan Datuk Zahim Al-Bakri meraih pencalonan terbanyak dengan 14 kategori.\nFilem itu tercalon untuk kategori Rekaan Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Wanita Harapan (Bernie Chan dan Joelah Charles) dan Pengarah Harapan.\nIa turut dicalonkan untuk kategori Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Zahim Albakri), Pelakon Wanita Terbaik (Bernie Chauly), dan Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Rahim Razali).\nMengikuti rapat adalah filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dengan 13 pencalonan antaranya menerusi Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.\u00a0\nPada sidang media pengumuman Top 5 pencalonan itu hari ini, pelakon Alicia Amin yang membintangi filem The Disappearance of Irdina Adhwa turut tercalon Pelakon Wanita Harapan.\nTurut unggul dengan 10 pencalonan adalah filem berkisar pandemik iaitu Juang. Antaranya Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Izzue Islam), dan Pelakon Wanita Terbaik (Sangeeta).\nTidak ketinggalan, filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof pula mendapat sembilan pencalonan. Ia termasuk Penyunting Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ozlyn), Pengarah Terbaik (Syafiq).\n\n\n31 Kategori & Anugerah FFM32\u00a0\n\nFilem Terbaik\nPengarah Terbaik\nPelakon Lelaki Terbaik\nPelakon Wanita Terbaik\nSkor Muzik Asal Terbaik\nCerita Asal Terbaik\nLakon Layar Terbaik\nPenyunting Terbaik\nSinematografi Terbaik\nPenataan Bunyi Terbaik\nAnugerah Penggiat Belakang Tabir\u00a0\nAnugerah Seniman Sepanjang Zaman\u00a0\nAnugerah Seniwati Sepanjang Zaman\u00a0\nAnugerah Khas Juri Filem Antarabangsa\u00a0\nPengarah Harapan\nPelakon Pembantu Lelaki Terbaik\nPelakon Pembantu Wanita Terbaik\u00a0\nPelakon Kanak-Kanak Terbaik \nPelakon Wanita Harapan\nPelakon Lelaki Harapan\nLagu Tema Terbaik\u00a0\nRekaan Busana Terbaik\nKesan Khas Visual Terbaik\nPenataan Seni Terbaik\nPoster Terbaik\nTatarias Terbaik\nAnugerah Khas Juri 1\nAnugerah Khas Juri 2\nAnugerah Khas Juri 3\nAnugerah Filem\u00a0Box Office\nAnugerah Filem Pendek Terbaik\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHos & Penyampai Anugerah FFM32\nDihoskan Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim, FFM32 akan diserikan dengan persembahan penyanyi hebat termasuk Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Datuk Zainal Abidin, Marsha, De Fam, Han Byul, Amir Masdi dan Hazama.\nAntara penyampai anugerah pula ialah Maya Karin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh, Jasmine Suraya, Faizal Hussien, Hanis Zalikha, Ashraf Muslim, Namron, Fify Azmi, Sangeeta, Zul Ariffin dan Jason Chong.\nTarikh & Waktu Festival Filem Malaysia 2022\nMalam anugerah FFM32 akan berlangsung pada 2 Disember 2022 di Encore, Melaka jam 9.00 malam secara langsung di RTM TV2\nPada kemuncak anugerah itu yang berlangsung di Encore, Melaka, lebih 1,400 jemputan termasuk 250 artis tercalon serta 21 artis veteran dari Singapura dan tempatan bakal memeriahkan acara.\nPersembahan \n\nSiti Nordiana\nAzlan & the Typewriters\u00a0\nErnie Zakri\nZainal Abidin\u00a0\nMarsha\nDe Fam\nHan Byul\u00a0\nAmir Masdi\u00a0\nHazama\u00a0\n\nPenyampai Anugerah\n\nYM Dato\u2019 Sri Shah Rezza\nSyafiq Yusof\nMaya Karin\nUmmi Nazeera\u00a0\nLiyana Jasmay\u00a0\nAzira Shafinaz\nHairul Azreen\nNadiya Nisaa\nFify Azmi\u00a0\nTunku Mona Riza\nSharifah Aryana\nFabian Loo\nPauline Tan\u00a0\nSangeeta Krishnasamy\nJasmine Suraya\nNamron\nRaja Mukhriz\nAdrian Teh\nHanis Zalikha\nFaizal Hussein\nZul Ariffin\nIntan Ladyana\nNadhir Nasar\nFarah Ahmad\nAshraf Muslim\nJason Chong\u00a0\n\n\nSenarai Pemenang\nTahniah untuk para pemenang 31 kategori di FFM32 yang berlansungkan di Encore, Melaka pada 2hb Disember 2022. Filem Kita Citra Kita.\nBerikut merupakan senarai pemenang FFM32:\n\nAnugerah Khas Filem Box Office \u2013 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan\nPoster Terbaik \u2013 Small Town Heroes\nKesan Khas Visual Terbaik \u2013 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa\nFilem Pendek Terbaik \u2013 Can You Love Me Most?\nTatarias Terbaik \u2013 Malya Artwork (Rasuk)\nRekaan Busana Terbaik \u2013 Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)\nPenataan Seni Terbaik \u2013 Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)\nPenataan Bunyi Terbaik \u2013 Charlene Ong & Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)\nSkor Muzik Asal Terbaik \u2013 Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa & David Ngam Teck Wai (Small Town Heroes)\nLagu Tema Terbaik \u2013 Wira Hatiku: Lim Yee Chung (Juang)\nSinematografi Terbaik \u2013 Steven Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)\nPenyunting Terbaik \u2013 Isazaly Isa & A Samad Hassan (Spilt Gravy)\nPelakon Kanak-Kanak Terbaik \u2013 Phua Chandler (Small Town Heroes)\nPelakon Wanita Harapan \u2013 Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)\nPelakon Lelaki Harapan \u2013 Jaa Suzuran (Autumn In Wales)\nPengarah Harapan \u2013 Datuk Zahim Albakri (Spilt Gravy)\nAnugerah Khas Juri 1 \u2013 Asia Tropical Films Sdn Bhd (Juang)\nAnugerah Khas Juri 2 \u2013 Studio Kembara Sdn Bhd (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)\nAnugerah Khas Juri 3 \u2013 Multimedia Film Productions Sdn Bhd (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)\nAnugerah Khas Juri Filem Antarabangsa \u2013 Ranah 3 Warna\nAnugerah Khas Penggiat Belakang Tabir \u2013 Akma Suriati Awang\nAnugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman \u2013 Seniwati Datuk Sarimah Ahmad\nAnugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman \u2013 Seniman Mat Sentol\nCerita Asal Terbaik \u2013 Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)\nLakon Layar Terbaik \u2013 Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)\nPelakon Pembantu Wanita Terbaik \u2013 Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)\nPelakon Pembantu Lelaki Terbaik \u2013 Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)\nPelakon Wanita Terbaik \u2013 Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)\nPelakon Lelaki Terbaik \u2013 Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)\nPengarah Terbaik \u2013 Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)\nFilem Terbaik \u2013 ZSA Productions Sdn Bhd / Nuansa Sdn Bhd (Spilt Gravy). \n\nSiaran Langsung (LIVE Streaming)\nSaksikan secara langsung Malam Anugerah FFM32 di TV2 pada jam 9.00 malam.\u00a0\nTarikh : 2 Disember 2022 (Jumaat)\nMasa : 9.00 \u2013 12.00 Malam\nTempat : Encore, Melaka\nSiaran Langsung : TV2, RTM\nPautan LIVE Streaming: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2\nBaca juga: \n\nSenarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2022)\nSenarai Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-sbp/", "title": "Semakan SBP 2023 \u2013 Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH & CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP / SMKA) SESI 2023 / 2024\nIbu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan ujian PKSK dan kemasukan Sekolah Khusus tahun 2023.\nJenis sekolah khusus yang dimaksudkan adalah :\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Teknik (SMT)\nKolej Vokasional (KV)\nMaktab Tentera Diraja (MTD)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Menduduki PKSK\n\n \nTarikh Semakan Tawaran Rayuan Kemasukan SBP / SMKA (Sekolah Khusus)\n\n \nCara Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2023\n\n \nAnggaran Kos Kemasukan & Pendaftaran Ke SBP / SMKA\n\n\nTarikh Menduduki PKSK\nTarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 telah diadakan pada tarikh berikut:\n\nTingkatan 1 : 6 \u2013 16 Feb 2023\nTingkatan 4 : 25 Januari \u2013 3 Februari 2023\n\nDi bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nTarikh Semakan Tawaran Rayuan Kemasukan SBP / SMKA (Sekolah Khusus)\nTarikh semakan keputusan tawaran kemasukan ke sekolah khusus telah dimaklumkan melalui laman web KPM.\nTarikh semakan adalah : 20 April 2023\nCara Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2023\nSoalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan pengambilan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024\nSemakan dan rayuan boleh dibuat melalui URL berikut bermula 20 April 2023.\nTingkatan 1 (SBP & SMKA) :https://spskt1.moe.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nTingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM :https://spskt4.moe.gov.my/\nSila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.\n\nSila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.\n\nBagi yang berjaya dan bakal melangkah masuk ke SBP / SMKA, berikut dikongsikan juga perkongsian oleh Naziah Nawawie tentang kos yang terlibat, sebagai persediaan untuk ibu bapa nanti.\nAnggaran Kos Kemasukan & Pendaftaran Ke SBP / SMKA\nSekarang masuk musim ujian kemasukan SBP/MRSM/SMKA.\nSaya mahu kongsi sedikit tentang KOS yang perlu disediakan untuk kemasukan anak-anak ke sekolah khusus. Ramai yang suka mengeluh tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Komplen komplen tanpa faham ni sampai ke sudah tidak ada pengakhiran.\nKos persediaan:\nYang ini ialah kos SEBELUM anak masuk ke asrama. Macam kita mau masuk rumah baru, pasti banyak benda yang perlu dibeli.\nBaju kurung sekolah, kurung prep, seluar sukan, tshirt harian, baju tidur, seluar korporat, tudung, pakaian dalam, kasut sekolah, kasut sukan, kasut prep, selipar\u2026 Dan sebagainya\u2026\nBarang-barang kegunaan di asrama seperti baldi, gayung, hanger, sepit baju, dan sebagainya.\nBarang-barang peribadi seperti shampoo, bedak, sabun mandi, sikat, getah rambut, dan sebagainya.\nStationaries seperti pen, pensel, segala jenis warna\u2026 Buku tidak perlu sebab akan dibeli di koperasi sekolah.\nAda sekolah yang menggunakan tablet atau laptop. Ibu bapa perlu sediakan juga. TETAPI, bahagian ini, sekiranya pelajar adalah golongan Pelajar Projek Khas, bantuan akan diberikan oleh pihak sekolah dan alumni.\nDan segala jenis barang yang akan melengkapkan kehidupan seharian anak-anak di sekolah.\nKos bahagian ini tertakluk kepada berapa banyak/helai, berapa mahal ibu bapa mau keluarkan belanja.\nKos semasa pendaftaran:\nBiasanya waktu mendaftar (atau sebelum hari mendaftar), bayaran yang perlu dibuat ialah koperasi. Koperasi ni termasuk buku latihan, baju-baju sekolah yang rasmi seperti baju sukan, baju batik sekolah, baju korporat). Ada sekolah yang menyediakan perkakas seperti selimut, cadar\u2026\nKos bahagian ini, dalam lingkungan RM700-900 (ikut apa yang sekolah wajibkan beli). Kebiasaannya, kita boleh bincang dengan pihak sekolah sekiranya kita tidak dapat bayar sekaligus. Keyword: BERBINCANG DENGAN SEKOLAH\nKos setelah masuk:\nBayaran dewan makan, dobi, PIBG. Untuk bayaran dewan makan dan PIBG, bayaran adalah mengikut tangga gaji ibu bapa. Yuran dewan makan bermula serendah RM400++ sehingga RM700++. Yuran PIBG tertakluk kepada sekolah. Ada sekolah bayaran PIBG tinggi untuk menampung aktiviti-aktiviti akademik/motivasi/sukan.\nKos bahagian ini pun boleh bawa bincang dengan pihak sekolah sekiranya perlu bantuan.\nKos bulanan:\nPerbelanjaan anak-anak seperti snek, kantin, top up barangan peribadi, pembelian barang-barang sekolah seperti tshirt, topi\u2026 Bayaran aktiviti kelab dan persatuan\u2026\nYang ni, kena kawtim dengan anak-anak lah. Mana yang boleh jimat, jimatkan.\nOkay.\nBerapalah mau sediakan untuk kemasukan tingkatan 1 atau 4 ke sekolah khusus?\nKalau ikut pengalaman saya, persediaan sebelum masuk lebih kurang RM2000, termasuk bayaran koperasi yang saya bayar sebelum hari pendaftaran. Tidak termasuk pembelian gajet dan kos perjalanan.\nKos keseluruhan (pengalaman saya, bukan pengalaman orang lain) untuk saya golongan M40, dalam RM2800-3000, tidak termasuk gajet, belanja bulanan, dan kos perjalanan.\nIni adalah kos untuk tingkatan 1 sahaja. Naik tingkatan 2 tidak perlu sudah bayar koperasi dan barang-barang keperluan asrama yang lain. Baju-baju pun pakai selagi muat.\nTujuan saya menulis panjang-panjang ni, untuk bagi warning awal-awal kepada ibu bapa yang bercadang masukkan anak-anak ke sekolah khusus. Janganlah buat-buat terkejut kata tak tahu lepas ni. Bersedia dari awal, since buka sekolah nanti pun kita akan berpuasa dan seterusnya menyambut hari raya. Banyak belanja yang akan perlu kita keluarkan.\nBerbaloi atau tidak investment ini?\nHanya Tuhan sahaja yang tahu. Ada yang sesuai di asrama, ada yang tidak sesuai. Apa pun, kita cuba sebaik mungkin. Yang cenderung ke arah sekolah harian, In Syaa Allah rezeki anak-anak ada di sekolah harian. Yang bercita-cita masuk asrama, it will be an experience that you will never forget. Good or bad. \nNasihat saya kepada ibu bapa, buat sedikit research mengenai sekolah pilihan hati. Jangan komplen dan viralkan kata sekolah tu menyusahkan sebab wajibkan pelajar guna gajet, atau sekolah cerewet kena pakai specific jenis baju. Zaman teknologi ni, buka handphone semua info ada di tangan anda.\nOkay?\n(Sumber perkongsian oleh : Facebook Naziah Nawawie)\nBaca juga: \n\nJadual Liga Super 2023: Tarikh & Keputusan Perlawanan\nUjian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing \u2013 Bajet 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sspn-prime/", "title": "SSPN Prime: Cara Daftar, Login Online & Kelebihannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSSPN Prime merupakan salah satu produk terbaru daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain daripada SSPN Plus. \nIanya adalah satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan bagi tujuan simpanan untuk melanjutkan pengajian pendidikan tinggi.\nBagi yang mungkin terkeliru pula, SSPN Prime dahulunya juga dikenali dengan nama SPPN-i. \n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara daftar secara online\n\n \nCara daftar secara offline\n\n \nLogin akaun\n\n \nKelebihan SSPN Prime\n\n\nCara daftar secara online\n\nLayari pautan https://online.sspn.my/bukaIsikan tarikh semasa pembukaan akaunIsikan nama pendepositPilih maklumat keturunanMasukkan nombor kad pengenalanPilih jenis akaunTarikh lahir pendeposit akan dimasukkan secara automatik berdasarkan maklumat kad pengenalanLengkapkan kesemu butiran yang dikehendaki antaranya:Maklumat pekerjaanJumlah pendapatanAlamat semasaPoskod alamat semasaNo. Tel rumah (jika ada)No. Tel bimbitEmel \u2026 dan banyak lagiMasukkan amaun deposit minimum RM20Masukkkan Kod Eksekutif PTPTN (EP)Klik tick pada checkboxKlik pada butang hantarNo. Akaun SPPN anda dan amaun yang ingin dideposit akan dipaparkanKlik pada butang BayarLengkapkan pembayaran menggunakan kemudahan perbankan internet\nUntuk langkah lebih detail perkaitan cara pendaftaran akaun SSPN Prime, boleh layari alamat https://online.sspn.my/buka\nCara daftar secara offline\nSekiranya anda kurang mahir mendaftarkan akaun secara online, anda boleh berbuat demikian secara offline melalui sala satu alternatif berikut:\nMelalui kaunter PTPTN cawangan berdekatanEjen Online PTPNEksekutif Pemasaran PTPTN\nLogin akaun\nSegala urusan mengenai SSPN Prime boleh dilakukan di halaman rasminya di alamat berikut https://lovesspn.com/\nDi halaman rasmi ini, anda boleh melakukan pelbagai perkara antaranya:\nPembukaan akaunPenambahan depositSemakan penyata\nKelebihan SSPN Prime \nSebelum mendaftarkan diri, adalah lebih elok sekiranya anda lihat dulu kelebihan SSPN Prime yang boleh anda nikmati seperti yang berikut:\nTiada jumla minimum deposit yang ditetapkanDeposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan sebarang jumlah Pelepasan cukai sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasaPerlindungan takaful bagi pendeposit yang memiliki simpanan RM1 ribu ke atasManfaat takaful disatukan dengan simpanan akaun SSPN PrimeManfaat khairat kematian diabayar terus kepada waris atau penama\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-rahmah/", "title": "Menu Rahmah RM5 : Set Nasi + Ayam / Ikan + Sayur (KPDN)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKPDN Lancar Menu Rahmah\nProgram Menu Rahmah khusus untuk golongan miskin tegar telah dilancarkan pada 31 Januari 2023.\nPelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Menu Rahmah ini untuk makluman bersama.\nSumber: FB Laman Rasmi KPDN\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Menu Rahmah?\n\n \nMenu Rahmah MYDIN\n\n \nLagi Lokasi Menu Rahmah Seluruh Negara\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Menu Rahmah?\nMenu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan. \nPelancaran Menu RAHMAH ini merupakan salah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti \n\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), \nPersatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), \nPersatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, \nMalaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), \nBumiputra Retailers Organization (BRO), \nMalaysia Retail Chain Association (MRCA), dan \nMalaysia Retailers Association (MRA).\n\nDengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.\nProgram ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan diseluruh negara dalam masa terdekat.\n\nSelain inisiatif Menu Rahmah, terdapat juga program-program yang akan menyusul seperti :\n\nBakul Rahmah \u2013 sasar keluarga miskin tegar setiap bulan\nPakej Rahmah \u2013 meliputi 12 barang keperluan asas\nKafe Rahmah \u2013 dilaksana di universiti tempatan (bermula di KL dengan sarapan dan makan tengah hari percuma, makan malam dengan diskaun sehingga 50%\n\n\nMenu Rahmah MYDIN\nMenu Rahmah kini dibawakan kepada anda setiap hari di MYDIN Malaysia!\nDengan harga RM4.90, anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Yang paling penting, dapat berjimat.\nSET MAKAN TENGAH HARI / MAKAN MALAM DI MYDIN RM4.90/SET\nISNIN\n\nNasi putih\nAyam masak kicap\nKacang panjang goreng\nAir minuman 500ml\n\n\nSELASA\n\nNasi putih\nIkan kembung goreng\nTauge masak lemak\nAir minuman 500ml\n\n\nRABU\n\nNasi putih\nAyam goreng kunyit\nBayam goreng\nAir minuman 500ml\n\n\nKHAMIS\n\nNasi putih\nSambal ikan\nKubis goreng\nAir minuman 500ml\n\n\nJUMAAT\n\nNasi putih\nKari ayam\nTauge goreng\nAir minuman 500ml\n\n\nSABTU\n\nNasi putih\nIkan masak kicap\nKangkung goreng belacan\nAir minuman 500ml\n\n\nAHAD\n\nNasi putih\nAyam sambal\nKubis goreng\nAir minuman 500ml\n\nSumber: Facebook MYDIN Malaysia\nJom dapatkan di Ready-To-Eat section di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih.\nDifahamkan menu ini mendapat sambutan ramai setelah pelancarannya.\nSumber gambar dikongsikan di media sosial oleh orang awam / Lokasi : Medan Selera Mydin\nLagi Lokasi Menu Rahmah Seluruh Negara\nSelain di Mydin, orang awam juga berkongsi di media sosial bahawa menu ini turut ditawarkan di beberapa restoran mamak seluruh Malaysia.\nSumber gambar dikongsikan di media sosial oleh orang awam / Lokasi: Restoran Ali Maju\nBuletin TV3 melaporkan bahawa lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.\nDifahamkan, sekitar 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) turut terlibat.\nSenarai penuh premis yang terlibat akan dimaklumkan oleh KPDN dalam masa terdekat ini.\nBaca juga: \n\nPerodua Axia Baru 2023: Harga Auto & Manual Model Terkini\nBorder Pass Malaysia : Syarat & Cara Permohonan Pas Sempadan\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila dapatkan info terkini tentang Menu Rahmah melalui saluran berikut:\n\nFacebook Menteri KPDN : Salahuddin Ayub\nLaman Rasmi KPDN : KPDN Laman Rasmi\nMYDIN Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kemasukan-universiti/", "title": "Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik\nSila rujuk maklumat lanjut dan cara permohonan di bawah:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik ?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik ?\nInsentif berjumlah RM1000 ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti, IPTS, Politeknik, Matrikulasi dan Asasi Sains untuk anak-anak veteran ATM.\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan \nSyarat Umum\nVeteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.\nBalu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian\nSyarat Khusus\nDihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada diperingkat Diploma atau Ijazah Pertama.Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.(Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran)\nBaca juga: \nSenarai Bantuan Rakyat Selangor Dalam Belanjawan Selangor 2022BKC Fasa 3 : Semakan Bayaran & Kategori Penerima (Disember 2021)\nCara Permohonan Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik\nBorang permohonan boleh didapati di\nhttps://www.jhev.gov.my/\u2026/category/9-bahagian-kebajikan\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, layari laman web https://www.jhev.gov.my/ atau muat turun dokumen berikut:\nBorang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 \u2013 BORANG KEBAJIKAN JHEV.BK.2019 LATEST AS AT 2.9.2020 1 4.pdfSenarai IPTS Terpilih \u2013 SENARAI_IPTS_TERPILIH_27112020.pdfSyarat dan Kelayakan Memohon Bantuan \u2013 Syarat- syarat Kelayakan Bantuan IPTS.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-endowment-uitm-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Endowment UiTM 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BIASISWA ENDOWMENT UITM 2022 KINI DIBUKA!\nIni sangatlah menarik. Kalau dapat, tak perlu dah bergantung harap pada PTPTN.\nUntuk Ijazah Sarjana Muda, RM10,000 setahun dan tambahan yuran pengajian ditanggung.\nUntuk Master, RM24,000 setahun dan tambahan yuran pengajian ditanggung.\nUntuk PhD, RM36,000 setahun dan tambahan yuran pengajian ditanggung.\nMenarik sangat kan? Malah pelajar OKU dan pelajar antarabangsa juga turut layak untuk apply biasiswa ini.\n\n\n\n\n\n\nJom kami kongsikan lebih lanjut untuk anda yang berminat memohon.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Endowment UiTM 2022?\n\n \nTarikh Permohonan Biasiswa Endowment UITM 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Endowment UiTM 2022?\nUiTM menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang Malaysia dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan pasca siswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan menawarkan Biasiswa Endowmen UiTM, yang pertama seumpamanya di UiTM. \nBiasiswa ini bukan sahaja meliputi yuran pengajian akademik tetapi juga elaun bulanan yang bermanfaat. \nBagi tahun 2021, lebih daripada 30 biasiswa akan diberikan kepada pelajar terpilih yang dikategorikan seperti berikut:\nBiasiswa sarjana untuk warganegara MalaysiaBiasiswa pascasiswazah untuk warganegara MalaysiaBiasiswa pascasiswazah untuk pelajar antarabangsa yang belajar di UiTM dalam bidang keutamaan yang ditetapkan.\nCalon-calon terbaik yang telah ditawarkan melanjutkan pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi MARA adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Wakaf UiTM.\n\nBaca juga: \neStart 2022: Bantuan Kredit eWallet RM150 Untuk Belia (e-Start)Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 (Borang & Permohonan)Subsidi 50% Atau RM150 Pembelian Carseat Kanak-kanak (Bajet 2022)\nTarikh Permohonan Biasiswa Endowment UITM 2022\nPermohonan Biasiswa Endowmen UiTM adalah dibuka seperti tarikh berikut:\nTarikh buka : 10 Jan 2022Tarikh tutup : 23 Jan 2022Tarikh keputusan : 21 Feb 2022\nSemua pelajar UiTM yang memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon. \nCara Permohonan\nSila layari pautan berikut untuk melihat syarat-syarat yang telah ditetapkan dan memohon melalui aplikasi ENSURE.\nMaklumat lanjut serta syarat-syarat bagi setiap kategori permohonan boleh dirujuk di sini:\nhttps://endowment.uitm.edu.my/\u2026/services/scholarships\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://endowment.uitm.edu.my/\nATAU hubungi saluran berikut:\nEndowment UnitLevel 20, Tower 1,Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu\u2019Adzam ShahUniversiti Teknologi MARA40450, Shah AlamSelangor, Malaysia\nGeneral Inquiry:Email : [email\u00a0protected]Tel\u00a0 \u00a0 : +603-5543 5966\nFacebook: UiTM ENDOWMENT FUND\nPautan biasiswa: https://endowment.uitm.edu.my/\u2026/services/scholarships \nSelamat memohon dan semoga berjaya!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-sekolah-teknik-kolej-vokasional/", "title": "Permohonan Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2023\nPermohonan Sekolah Khusus dan MRSM bagi tahun 2023 kini sedang dibuka. Adakah anda sudah memilih laluan yang menjadi minat anda?\nSalah satu daripada pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional, iaitu aliran (TVET).\nTahukah anda apakah itu aliran TVET dan bagaimana haluan kerjaya yang boleh dipilih dalam bidang ini?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang aliran TVET, syarat kemasukan ke Sekolah Teknik @ Kolej Vokasional di Malaysia.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah TVET?\n\n \nKOLEJ VOKASIONAL\n\n \nSEKOLAH MENENGAH TEKNIK\n\n \nPerbezaan Antara Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik\n\n \nSyarat Kelayakan Umum\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nBAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL\n\n\nApakah TVET?\nLatihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. \nIa bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. \n\n\n\n\n\n\nSkop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.\nLulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik. \nKelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.\nBerikut merupakan program yang ditawarkan bagi aliran kemahiran (TVET) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:\nProgram KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)Aliran Teknikal \u2013 Sekolah Menengah TeknikProgram Kemahiran /\u00a0Apprenticeship\u00a0di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)\n\nApakah perbezaan antara aliran di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik?\nJom ketahui selanjutnya.\nKOLEJ VOKASIONAL\nTransformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu pelan induk TVET negara bagi memantapkan lagi sistem pendidikan vokasional yang dimulakan sejak 2013 sehingga 2020, di mana berlakunya penstrukturan semula sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah teknik kepada Kolej Vokasional (KV). \nLangkah ini di ambil bagi menyokong agenda transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang kompeten.\u00a0TPV telah mengubah persepsi masyarakat yang beranggapan pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua dan menjadikannya setaraf dengan aliran perdana.\nKV menawarkan dua (2) peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Murid lepasan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.\nKV menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori. Kini, terdapat 87 buah KV menawarkan pengajian dalam pelbagai program vokasional di peringkat SVM dan DVM.\nPengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3. Bagi mereka yang memenuhi syarat, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DVM. Proses akreditasi program DVM dilaksanakan oleh\u00a0Malaysia Qualifications Agency\u00a0(MQA) dan\u00a0Malaysia Board of Technologists\u00a0(MBOT). \nGraduan DVM akan berpeluang menjadi tenaga kerja mahir yang kompeten, menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi usahawan dalam bidang.\nBidang Pengajian Kolej Vokasional\nTeknologi Elektrik dan ElektronikHospitalitiTeknologi AwamTeknologi Mekanikal dan PembuatanPerniagaanTeknologi MaklumatSeni RekaPerkhidmatan MasyarakatPertanianPembuatan dan PemprosesanPertanian\n\nSecara ringkasnya, Kolej Vokasional menawarkan \nPengajian selama 4 tahun (8 semester)Guna sistem semesterMenamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM)Tiada SPM tetapi peluang untuk terus bekerja\nSEKOLAH MENENGAH TEKNIK\nPenawaran aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan pelajar yang berminat terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM). \nTempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang menawarkan bidang seperti berikut:\nKejuruteraan AwamKejuruteraan Elektrik dan ElektronikKejuruteraan MekanikalPerdaganganPertanian\nSetelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional.\n\n\n\nMenawarkan kursus bidang Teknikal sahajaSistem pembelajaran yang sama seperti sekolah biasaTempoh pengajian adalah 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)Pelajar menduduki SPM dan akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya\nPerbezaan Antara Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik\nUntuk perbezaan yang lebih jelas sila rujuk jadual di bawah:\nSumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\n\n\nSyarat Kelayakan Umum\nPemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM)Berikut merupakan\u00a0syarat umumkemasukan murid iaitu :Calon adalah Warganegara Malaysia;Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);Calon sihat tubuh badan;Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;Calon mestilah\u00a0TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;Calon bebas daripada masalah mental;\u00a0 danCalon berminat dengan program dipohon\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 *syarat khusus bergantung kepada program yang ditawarkan dan perubahan syarat bergantung pada tahun semasa\nCara Permohonan\nPermohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2023 telah dibuka mulai 30 September \u2013 30 November 2022.\nPermohonan boleh dibuat melalui pautan *https://spskt4.moe.gov.my/*\nMaklumat Lanjut\nBAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL\nAras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya\n+603 \u2013 8884 5154+603 \u2013 8889 5047[email\u00a0protected]\nLaman web: https://bpltv.moe.gov.my/kv-smt/\nPermohonan : https://spskt4.moe.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sppnk-ipinjaman-kedah/", "title": "SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH (SPPNK) TAHUN 2021 KINI DIBUKA!\nPinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Pinjaman SPPNK\n\n \nTempoh Bayaran Balik & Diskaun\n\n \nSyarat Kelayakan SPPNK 2021\n\n \nSenarai IPT\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nInfo Lanjut\n\n\nKadar Pinjaman SPPNK\nKadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 SETAHUN (RM7,500.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.\nBaca juga: Permohonan MRSM 2022 Secara Online Bagi Tingkatan 1 & 4\n\n\n\n\n\n\nTempoh Bayaran Balik & Diskaun\nBayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. \n(Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman)\nNOTA:\nPeminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.\nKADAR DISKAUN\nSekiranya peminjam menerima tajaan sepenuhnya dan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang ditetapkan seperti termaktub dalam dokumen perjanjian pinjaman SPPNK serta memperoleh CGPA3.50 ke atas pada akhir pengajian, pelajar boleh mengemukakan permohonan rasmi berserta dokumen sokongan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan SENAT IPT untuk pertimbangan diskaun oleh Jawatankuasa Akaun Amanah SPPNK.\nSyarat Kelayakan SPPNK 2021\nPemohon atau Ibu atau Bapa dilahirkan di Kedah dan Warganegara Malaysia.Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak disenarai hitam oleh SPPNK atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.Pemohon telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.\nNOTA: Pelajar dikehendaki mengemukakan keputusan peperiksaan setiap semester pengajian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan peperiksaan diluluskan oleh senat melalui e-mel kepada [email\u00a0protected]\nSenarai IPT\nIjazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam TempatanIjazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS)Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)TATI University College and Terengganu Advanced Technical InstituteUniversiti Selangor (UNISEL) danInstitut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.\nKaedah Permohonan\nPermohonan secara atas talian sahaja melalui laman web\nhttps://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam\nTarikh Permohonan\n15 Ogos 2021(Ahad) \u2013 18 September 2021 (Sabtu)\nInfo Lanjut\nHotline : 04 702 7272 | 04 702 7296 (9.00 pagi \u2013 12.00 tengah hari \u2013 kecuali Cuti Umum)E-mel : [email\u00a0protected]Alamat: Unit Penajaan SPPNK, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar Kedah\nBaca juga: SUKA: Pendaftaran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kos-haji-2023/", "title": "Kos Haji & Bantuan Kewangan TH 2023 Untuk B40, M40 dan T20", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Surat Tawaran Haji & Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1444H / 2023 M\nSurat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac 2023 secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.\nKos Bayaran Haji telah diumumkan oleh Tabung Haji pada 20 Mac 2023 dan bantuan Kewangan Haji bagi tahun 1444H / 2023 ini diberikan secara bersasar mengikut kategori B40, dan M40.\nKos Haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lepas.\nBerikut dikongsikan kos haji dan cara membuat rayuan bagi yang layak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKos Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji TH 2023\n\n \nKos Bayaran Haji TH 2022\n\n \nApakah Kos Haji?\n\n \nKos Bayaran Haji Jemaah TH 2019\n\n \nTarikh Surat Tawaran Haji 2023 / Rayuan\n\n \nPengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKos Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji TH 2023\nBAYARAN / KOS HAJI BAGI TAHUN 1444H / 2023 M\nBayaran Haji bagi musim haji 1444H / 2023 M adalah:\n\nRM30,850\n\n\nBANTUAN KEWANGAN HAJI BERSASAR\nBantuan Kewangan Haji bersasar telah dilaksanakan oleh TH tahun ini bagi mengurangkan beban kewangan\u00a0TH\u00a0agar dapat mencapai matlamat utamanya menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji di samping menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan demi kebajikan jemaah haji Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nWalaupun terdapat kenaikan Bayaran Haji itu, kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) sejumlah RM19,870 seorang atau 64 peratus daripada Kos Haji manakala kumpulan M40 akan menerima bantuan sejumlah RM14,870 seorang atau 48 peratus daripada Kos Haji.\nBerbeza dengan tahun sebelumnya, bantuan kewangan tahun ini diberikan secara bersasar, iaitu:\ni) BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK B40\nPada musim haji tahun ini, kadar Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas. \nWalaupun ada peningkatan RM1,000 namun Kerajaan Malaysia akan menanggung kenaikan tersebut dan Bakal Haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu.\nii) BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK M40\nBagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dan dalam kumpulan M40, Bayaran Haji meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang.\niii) TIADA BANTUAN KEWANGAN HAJI UNTUK T20 & RAYUAN LUAR GILIRAN\nManakala bayaran penuh Kos Haji iaitu RM30,850 seorang ditetapkan bagi kumpulan T20. \nMereka yang merayu luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah juga perlu membayar penuh Kos Haji sebanyak RM30,850 seorang, melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.\n\nSebagai perbandingan, berikut dikongsikan kos bayaran haji bagi tahun 2022 yang dilaksanakan oleh Tabung Haji pada tahun 2022 di bawah.\nKos Bayaran Haji TH 2022\nKos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1443H/2022M\n\nRM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40 \nRM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40\n\n\nApakah Kos Haji? Apakah pula Bayaran Haji? Jom fahami kedua-dua perkara tersebut melalui info tahun 2022 yang dikongsikan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.\nKos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan. Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40-45 hari. Hampir kesemua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) dan kadar inflasi di sana.\nSelain dari kos-kos langsung,\u00a0TH\u00a0turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji. \n\n\nApakah Kos Haji?\nKos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.\nKos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.\u00a0\nBayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada\u00a0TH\u00a0untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. \nKos Bayaran Haji Jemaah TH 2019\nSebagai panduan, Bayaran Haji bagi\u00a0Musim Haji 1440H / 2019M\u00a0untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:\nKategori (Muassasah)Kos HajiBayaran Kos Haji oleh\u00a0THBayaran Haji\u00a0OlehJemaahWarganegara kali pertama menunaikan hajiRM 22,900RM 12,920RM 9,980Warganegara telah tunai hajiRM 22,900TiadaRM 22,900\nTH masih terus menanggung bayaran tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:\n\nPenerbitan buku dan risalah panduan haji,\nKursus-kursus haji,\nPetugas haji kebajikan dan perubatan,\nKos berkaitan operasi haji di tanah air;\nPerkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan\nUbat-ubatan.\n\nData & Statistik Kos Haji 2022 / Terkini Oleh Lembaga Tabung Haji\nTahunKos Sebenar(RM)Bayaran HajiPer Jemaah(RM)Tanggungan Bantuan Bayaran Haji (HAFIS)TH\u00a0Perjemaah(RM)Jumlah KeseluruhanBantuan Bayaran Haji (HAFIS)\u00a0TH(RM)2021M / 1442HHaji Ditangguhkan2020M / 1441HHaji Ditangguhkan2019M / 1440H22,9009,98012,920298 Juta2018M / 1439H22,4509,98012,470313\u00a0 Juta2017M / 1438H19,5509,9809,570298 Juta2016M / 1437H18,8909,9808,910160 Juta2015M / 1436H17,2709,9807,290135 Juta2014M / 1435H16,1559,9806,175106 Juta2013M / 1434H15,5559,9805,57593 Juta\nSumber: Lembaga Tabung Haji\nBaca juga: Rayuan Haji TH 2023 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim\nTarikh Surat Tawaran Haji 2023 / Rayuan\nLembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu, 22 Mac 2023.\nTH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.\nIni adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.\nPengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji\nUntuk makluman, bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP. \nJumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).\nHad maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:\n\nAhli KWSP\nMengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP\nMengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP\nBerumur kurang 55 tahun\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat terkini dan perincian lebih lanjut tentang kos haji yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH), sila rujuk pautan di laman web berikut:\nhttps://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran\n"]} {"url": "https://ecentral.my/young-talent-program-agro-bank/", "title": "Permohonan Young Talent Program (YTP) Agro Bank 2022 Kini Dibuka", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana kerana pihak Agro Bank telah membuka permohonan untuk program Young Talent Program (YTP) Agro Bank bagi graduan yang ingin memulakan kerjaya dalam sektor perbankan.\nMelalui program Young Talent Program (YTP) seperti ini, individu yang diterima masuk akan diberikan peluang untuk menjalani latihan bersama Agro Bank seterusnya ditawarkan peluang kerjaya dengan pihak Agro Bank sebaik menamatkan program ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat program YTP Agro Bank\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara permohonan\n\n \nTarikh tutup permohonan\n\n\nManfaat program YTP Agro Bank\nPendedahan awal bekerja dalam sektor perbankanPeluang kerjaya bersama Agro Bank sebaik menamatkan latihanBimbingdan dan sokongan kerjaya daripada mereka yang berpengalamanElaun dan imbuhan yang kompetetifPengalaman bekerja di cawangan Agro Bank dan ibu pejaba Agro Bank \nSyarat kelayakan\nBagi yang berminat, pastikan anda mmenuhi syarat-syarat kelayakan beriku bagi membolehkan permohonan anda bagi program YTP ini dipertimbangkan oleh pihak Agro Bank:\nGraduan baru dengan pengalaman kurang daripada 2 tahunWarganegara Malaysia dengan umur maksimum 27 tahun pada tarikh diterim masukIjazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan Kredit (kelebihan bagi dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Perbankan, Ekonomi, Pemasaran, Bisnes dan sebagainya)Minimum CGPA 3.50 dan ke atasMinimum Band 4 dalam ujian Malaysian University ENglish Test (MUET)\nCara permohonan\n\nBagi individu yang berminat dengan program YTP Agro Bank ini, anda boleh menghantar permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:\nBorang permohonan perlu dilengkapkan secara online di pautan berikut https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=6Z_N-qq26EOPVnLYiIrAJmvnJoOyFtFCiMM-8d0nPUpURVFPWVNCMVRUREtHRkNORE9GNTRKWjhYOS4u&web=1&wdLOR=cFA2DF351-47CE-4A3D-BDC9-D71AF182BB3FLengkapkan permohonan dengan melengkapkan semua butiran yang dimintaKlik butang Submit untuk menghantar permohonan anda\nTarikh tutup permohonan\nPermohonan secara dalam talian sudah dibuka dan akan ditutup pada tarikh 31 Mei 2022 jam 5 petang.\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program YTP Agro Bank ini, anda boleh menghantar emel pertanyaan tersebut ke alamat [email\u00a0protected]\nBagi lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang memenuhi syarat kelayakan di atas, jangan lepaskan peluang anda menyertai Young Talent Program oleh Agro Bank ini untuk memulakan kerjaya anda dalam bidang perbankan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/ebelia-shopeepay/", "title": "Cara Tebus RM150 Kredit eBelia Melalui ShopeePay Mulai 1 Jun 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti anda sedia maklum, penebusan kredit eBelia sebanyak RM150 hanya boleh dibuat bermula tarikh 1 Jun ke atas.\nSekiranya anda pengguna tegar Shopee, eloklah kiranya anda memilih untuk tebus kredit tersebut melalui ShopeePay.\n\n\n\n\n\n\nTambahan pula Shopee kini menyediakan insentif RM5 kepada anda yang membuat pengesahan akaun ShopeePay masing-masing.\nSama seperti dompet digital lain, ShopeePay memerlukan anda membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan.\nKredit RM5 akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.\nUntuk tebus, layari ShopeePay sekarang dan buat pengesahan segera!\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-pharmacist-kkm/", "title": "e-Pharmacist: Portal Penempatan Pegawai Farmasi KKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-Pharmacist: Portal Penempatan Pegawai Farmasi KKM\nMAKLUMAN TERKINI : KKM akan membuka semula sistem e-Pharmacist pada tarikh baharu iaitu 30 Januari 2023 (Isnin) pukul 12 tengah hari sehingga 1 Februari 2023 (Rabu), manakala tarikh melapor diri bagi mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) masih dikekalkan pada 13 Februari depan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Portal e-Pharmacist serta panduan pendaftaran.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah e-Pharmacist?\n\n \nProses Permohonan Pegawai Farmasi Gred UF41\n\n \nPendaftaran e-Pharmacist\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nApakah e-Pharmacist?\nePharmacist merupakan sebuah portal Sistem Pengurusan Pegawai Farmasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang digunakan bagi pemilihan penempatan latihan siswazah bagi Pegawai Farmasi Gred UF41.\n\n\n\n\n\n\nHarap maklum bahawa portal ePharmacist ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian farmasi yang telah tamat pengajian.\nPermohonan bagi penempatan akan dibuka dan ditutup dan semasa ke semasa bergantung pada sesi pengambilan pegawai baru oleh KKM.\nProses Permohonan Pegawai Farmasi Gred UF41\n\nBagi yang masih keliru mengenai proses lantikan Pegawai Farmasi Gred UF41, berikut merupakan langkah-langkah permohonan:\n\nTamat pengajian: Mendapat transkrip akademik sehingga semester terakhir dan surat senat / sijil ijazah \nPermohonan pendaftaran di Lembaga Farmasi Malaysia (LFM): Mohon pendaftaran dengan LFM di https://prisma.pharmacy.gov.my/\nPermohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA): Permohonan jawatan Pegawai Farmasi Gre UF41 di dalam perkhidmatan awam melalui portal rasmi SPA dan daftar di sistem SPA8i. \nLulus tapisan SPA: Keputusan dan status permohonan akan dimaklumkan melalui sistem SPA8i oleh pihak SPA.\nPermohonan penempatan di ePharmacist: Permohonan penematan di KKM melalui aplikasi ePharmacist. Notifikasi akan dihantar ke emel calon dan pengumuman akan dibuat di muka hadapan ePharmacist. \nProgram Transformasi Minda (PTM): Lokasi PTM akan dimaklumkan dan surat panggilan PTM akan diberikan melalui aplikasi ePharmacist selewat-lewatnya (1) minggu sebelum tarikh PTM.\n\nArtikel berkaitan: SPA8i : Pendaftaran & Semakan Status Permohonan Kerja Kerajaan\nPendaftaran e-Pharmacist\nBagi individu yang belum pernah menggunakan portal ePharmacist ini, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk pendaftaran akaun:\n\nLayari halaman pendaftaran di alamat https://epharmacist.moh.gov.my/auth/daftar\nMasukkan nombor kad penngenalan\nKlik pada butang Login Pegawai\nLengkapkan segala butiran dan maklumat peribadi diri untuk mendaftarkan akaun anda\n\nSetelah selesai mendaftarkan akaun, anda boleh log masuk ke akaun anda di https://epharmacist.moh.gov.my/auth/login dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.\nSila rujuk panduan permohonan penempatan dan penangguhan bagi pegawai farmasi melalui manual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\nMUAT TURUN MANUAL PDF :\nManual_e-PharmacistDownload\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah ketika menggunakan portal ePharmacist ini, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian 03-8883 2803/ 2653/ 2651\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-asasi-tvet/", "title": "Program Asasi TVET 2023 \u2013 Syarat, Lokasi & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nINISIATIF BAHARU POLITEKNIK \u2013 PROGRAM ASASI TVET 2023 \u2013 Berita baik kepada para lepasan SPM 2022 dan setaraf!!!\nPermohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf telah dibuka mulai 15 Mei sehingga 13 Jun 2023.\nProgram Asasi TVET merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyediakan laluan baharu kepada mereka yang layak dan berminat dalam bidang TVET untuk bermula dengan program persediaan di 5 (lima) buah Politeknik terpilih dan seterusnya berpeluang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program baharu ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Program Asasi TVET\n\n \nTempoh Pengajian\n\n \nLokasi Pengajian\n\n \nKelebihan & Keunikan Program Asasi TVET\n\n \nYuran\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nTarikh Penting\n\n \nCara Permohonan Program Asasi TVET 2023 / 2024\n\n\nPengenalan Program Asasi TVET\nPenawaran Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.\u00a0\nMelalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan,\u00a0LIMA (5)\u00a0buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan\u00a0 pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.\nPembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.\u00a0\n\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan\nLokasi Pengajian\n\nPoliteknik Ungku Omar\u00a0(Politeknik Premier)\nPoliteknik Sultan Haji Ahmad Shah\nPoliteknik Merlimau\nPoliteknik Tuanku Syed Sirajuddin\nPoliteknik Tun Syed Nasir Syed Ismail\n\nKelebihan & Keunikan Program Asasi TVET\nLepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana\u00a0EMPAT (4)\u00a0universiti dibawah\u00a0MTUN\u00a0iaitu\u00a0Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),\u00a0Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan\u00a0Universiti Malaysia Pahang (UMP).\n\nYuran\nYuran Pengajian Sepenuh Masa Politeknik\nYuranJumlahYuran PengajianRM 200Yuran AsramaRM 60-RM630*Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaanBayaran PelbagaiSemester 1: maksimum RM 600Semester seterusnya: maksimum RM 150\nSyarat Kemasukan\n\nLepasan SPM\nWarganegara Malaysia\nMemiliki SPM atau setaraf\nLulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)\nMendapat\u00a0LIMA (5) kepujian\u00a0dalam mata pelajaran berikut:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nMatematik\nMatematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal\nSATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya\n\n\nCalon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali\n\n\nTarikh Penting\nBorang Permohonan dibuka15 Mei 2023Borang Permohonan ditutup13 Jun 2023Semakan Keputusan Permohonan7 Julai 2023Cetakan Surat Tawaran8 Julai 2023Borang Permohonan Rayuan dibuka7 Julai 2023Borang Permohonan Rayuan ditutup16 Julai 2023Semakan Keputusan Rayuan7 Ogos 2023Cetakan Surat Tawaran (Rayuan)8 Ogos 2023Pendaftaran PelajarBermula 24 Julai 2023\nCara Permohonan Program Asasi TVET 2023 / 2024\nPermohonan boleh dibuat melalui portal\u00a0https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login\nMaklumat lanjut:\n\nSenarai Program & Syarat Kemasukan\nYuran\n\nLayari laman sesawang\u00a0http://ambilan.mypolycc.edu.my\u00a0atau imbas pada kod QR seperti yang tertera untuk maklumat lanjut.\nSebarang pertanyaan sila hubungi di talian :\n\n019 8683738 (whatsapp sahaja)\n0388883837 / 0388919341 / 0388919117\n[email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baki-celcom-prepaid/", "title": "Cara Check Baki Celcom Prepaid Dengan Mudah!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda adalah pengguna pelan Celcom prepaid, cara menyemak baki Celcom prepaid sangatlah mudah.\nSekiranya anda mempunyai bajet yang kecil, tidak menggunakan data/panggilan yang banyak dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan, maka memilih prepaid berbanding pelan postpaid atau pascabayar merupakan pilihan yang lebih.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBaki Celcom prepaid\n\n \nSemakan melalui Aplikasi Celcom Life\n\n \nSemakan melalui portal Celcom\n\n \nSemakan melalui portal Celcom Panggilan ke *124#\n\n\nBaki Celcom prepaid \n\nTerdapat beberapa cara mudah untuk cek baki Celcom prepaid dan anda boleh menggunakan salah satu cara berikut mengikut kesesuaian:\n\n\n\n\n\n\nAplikasi Celcom LifePortal CelcomKhidmat Dial Up\nSemakan melalui Aplikasi Celcom Life\nPihak Celcom telah memperkenalkan aplikasi ini untuk pengguna Celcom tidak kira pengguna pelan Postpaid mahupun Prepaid.\nAnda boleh memuat turun aplikasi Celcom Life daripada salah satu pautan yang berikut:\nGoogle Play \u2013 Bagi pengguna AndroidApp Store \u2013 Bagi pengguna iOS\nSetelah muat turun, log masuk ke akaun anda dalam baki kredit prepaid anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.\nBagi pengguna pelan Prepaid, aplikasi Celcom Life ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti yang berikut:\nSemakan baki kreditPenggunaan dataReload kreditReload data internet\u2026 dan lain-lain fungsi lagi.\nSemakan melalui portal Celcom \nAnda juga boleh membuat semakan baki kredit Celcom melalui portal Customer Service Celcom sendiri dengan mengikut langkah-langkah berikut:\nLayari portal Celcom Life Hub di pautan https://www.celcom.com.my/life-hub/loginNRICBagi penggunaan kali pertama, anda perlulah mendaftarkan akaunProses pendaftaran atau Log masuk mengguna boleh dilakukan dengan menggunakan ID/Passport atau nombor telefon Setelah log masuk, anda boleh menyemak baki prepaid anda terus dari paparan Dashboard akaun anda\nSemakan melalui portal Celcom Panggilan ke *124# \nIni merupakan kaedah paling mudah untuk menyemak baki kredit prepaid anda dengan membuat panggilan terus ke nombor *124# \nWalau bagaimanapun, panggilan ini hanya berfungsi sekiranya anda membuat panggilan terus daripada nombor Celcom. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-pembangunan-usahawan-teknikal/", "title": "Tawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau PUTEK 2022 kini dibuka. \nInsentif ini merupakan salah satu usaha kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mempelawa generasi muda yang berminat untuk jalankan perniagaan dalam bidang teknikal berasaskan kemahiran.\nCalon yang berkelayakan bakal menerima pembiayaan sehingga RM 500,00 tanpa cagaran dan kadar keuntungan sifar.\nBelia yang berhasrat untuk sertai program ini boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 31 Disember 2022.\nBaca Juga : Tawaran Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) ?\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Asas\n\n \nSyarat-Syarat Khusus\n\n \nSkop Pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)\n\n \nHad Pembiayaan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) ?\nProgram yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 ini merupakan program yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk mulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kemahiran yang dimiliki.\nKemudahan yang ditawarkan adalah dalam bentuk padanan geran yang merangkumi 60% pembiayaan dan 40% geran.\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati Syarat-Syarat Asas serta Syarat-Syarat Khusus yang disenaraikan seperti berikut :\nSyarat-Syarat Asas\nWarganegara dan BumiputeraBerumur 18-60 tahunMempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)Mempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaanMempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Menjalankan perniagaan sepenuh masaPerniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahunPerniagaan patuh SyariahBebas dari senarai hitam MARA\nSyarat-Syarat Khusus\nMempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta\nSkop Pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)\nSkop pembiayaan di bawah PUTEK adalah tertakluk seperti berikut :\nPembelian Mesin dan PeralatanModal Pusingan (Usahawan baru sahaja) merangkumi:\n-60% pembiayaan\n-40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)\nTempoh pembiayaan \u2013 1-5 tahun @ 12-60 bulan\nHad Pembiayaan\nHad pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut : \nPembelian mesin dan peralatan\nMinima: RM3,000.00\nMaksimum:RM500,000.00\nModal Pusingan\n3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terendah\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut :\nhttps://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx\nPemohon juga boleh hadir ke Pejabat MARA Daerah untuk urusan permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Usahawan Teknikal (PUTEK), anda boleh hubungi nombor telefon 03-26132000 atau menerusi emel [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-kenderaan-kerajaan-penjawat-awam/", "title": "Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan Khas untuk Penjawat Awam (Persekutuan)\nTahukah anda, penjawat awam termasuk guru dan polis boleh membuat pinjaman kerajaan untuk membeli kenderaan bagi kegunaan persendirian.\nDi sini kami kongsikan maklumat yang berkaitan dengan skim yang dimaksudkan itu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam?\n\n \nHad Kelayakan Pinjaman\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nPinjaman Kenderaan Kerajaan Kali Kedua\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam?\nSkim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat awam adalah pinjaman bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap atau kontrak.\nJika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.\n\n\n\n\n\n\nHad Kelayakan Pinjaman\nPembelian Kereta adalah mengikut jawatan dan had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan adalah mengikut kategori berikut;\nJawatanHad Pinjaman (RM)Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara70,000Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis65,000Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah55,000\nPembelian motosikal RM 10,000Pembelian Motobot RM 4,000Pembelian enjin motobot RM 3,500Pembelian bot RM 700Pembelian basikal RM 500\nSyarat-syarat\nSyarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah;\nmembeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawaimemerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurnajumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokokjumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulananpegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian keretamempunyai lesen memandu yang sah\nNOTA:\nJumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut.\nHarga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur. \nKecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. \nMisalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-\nJika RM65,000 \u2013 pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.Jika RM55,000 \u2013 pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.\nPinjaman Kenderaan Kerajaan Kali Kedua\nPinjaman kenderaan\u00a0kali kedua dan seterusnya\u00a0kepada pegawai adalah dibenarkan setelah genap tempoh lima (5) tahun dari tarikh kelulusan dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut serta Borang Permohonan, pemohon boleh merujuk kepada portal Pekeliling Perbendaharaan di\u00a0Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia\u00a0di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam:\nWP 9.2 SKIM PINJAMAN KENDERAAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS; atau\nWP 9.3 SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN MENGIKUT PRINSIP AL BAI\u2019 BITHAMAN \u2018AJIL BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS\nMuat turun dokumen : \nSkim Pinjaman Kenderaan KerajaanDownload\n\nSumber:\u00a0Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/icitra-kwsp/", "title": "i-Citra KWSP: Permohonan Baru & Semakan Status Mulai 12 Julai 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelain Bantuan Khas COVID-19, PM turut mengumumkan i-Citra KWSP iaitu kemudahan pengeluaran RM5,000 akaun KWSP bermula Ogos nanti.\nNamun kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan sahaja.\nIanya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.\nSelain itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.\nTerkini, permohonan iCitra diawalkan dua hari dari tarikh asal.\nKini ahli boleh membuat permohonan pengeluaran bermula 12 Julai 2021.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengeluaran i-Citra KWSP\n\n \nApakah i-Citra?\n\n \nSyarat Kelayakan iCitra\n\n \nAmaun Pengeluaran\n\n \nCara Mohon\n\n \nSemakan Status i-Citra KWSP\n\n \nSemakan Baki Akaun KWSP\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nPengeluaran i-Citra KWSP\n\nPerdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.\n\n\n\n\n\n\nKatanya, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5 ribu dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.\n\u201cKerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19.\n\u201cKita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini. Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini,\u201d katanya semasa mengumumkan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) berjumlah RM150 bilion tadi, termasuk suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion.\nMenurutnya, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.\n\u201cHakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,\u201d katanya.\nBerikut dikongsikan syarat-syarat, cara permohonan dan langkah membuat semakan status.\nApakah i-Citra?\ni-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP. \nSyarat Kelayakan iCitra\nSemua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2. \nJumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. \nNombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.\nAmaun Pengeluaran\nAmaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga\u00a0maksimum RM5,000.Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.Bayaran minimum adalah RM50Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)\n\nSimpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan.\u00a0(Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)\nCara Mohon\nAhli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.\u00a0\nSila rujuk cara permohonan di bawah:\n\nSemakan Status i-Citra KWSP\nBagi ahli yang telah membuat permohonan mulai 12 Julai lalu, anda kini boleh membuat semakan status dari semasa ke semasa bermula 16 Julai 2021.\n\nSila rujuk langkah membuat semakan status seperti di bawah:\nLayari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/Sila isikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang telah digunakan semasa membuat permohonan.Tekan butang Semakan Status.Status permohonan anda akan dipaparkan.\nNOTA: Jika permohonan anda diluluskan, bayaran akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Ogos 2021.\nUntuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.\nSemakan Baki Akaun KWSP\nAhli boleh membuat semakan baki akaun 1 & 2 KWSP melalui saluran berikut:\ni-Akaun (Ahli)Aplikasi mudah alih i-AkaunKios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)\nSoalan Lazim\nApakah itu i-Citra KWSP? iCitra KWSP merupakan kemudahan pengeluaran RM1,000 sebulan selama lima bulan. Bilakah permohonan i-Citra akan dibuka? Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi http://icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai nanti. Adakah saya layak mengeluarkan iCitra? Sekiranya baki akaun KWSP anda mencukupi maka anda layak memohon pengeluaran i-Citra. Bolehkah saya memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar? Boleh, tertakluk pada syarat kelayakan yang dimaklumkan. Bilakah status permohonan boleh disemak? Semakan status permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 16 Julai 2021. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/enter-sarawak/", "title": "Enter Sarawak: Cara Isi Borang Kemasukan Ke Sarawak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada yang belum tahu, bahawa semua yang ingin masuk Sarawak kena mohon ataupun apply kebenaran memasuki Sarawak melalui aplikasi Enter Sarawak. \nKenapa lain dan special berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?\nIni kerana kemasukan ke Sarawak adalah hak dan dibawah kawalan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yg telah termaktub dalam Perjanjian MA63.\nJadi, kita kena isi beberapa maklumat sebagai contoh kena upload tiket flight, status vaksin dan sebagainya serta pastikan dapat kebenaran atapun Approval dulu sebelum naik kapal terbang. \nPihak syarikat penerbangan pun akan check, dah lulus ke belum. Jadi, memang penting tau prosedur ni ok!\nJom kami kongsikan serba sedikit tentang EnterSarawak dan cara isi borang yang dimaksudkan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Enter Sarawak?\n\n \nSiapa yang perlu mengisi borang EnterSarawak?\n\n \nCara Isi Borang Enter Sarawak\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Enter Sarawak?\nEnter Sarawak adalah sebuah portal saringan sebelum kemasukan ke Sarawak bagi membantu mengurangkan risiko penyebaran dalam pesawat sekali gus melindungi penumpang dalam pesawat yang sama selain mengurangkan risiko penularan kes import ke negeri tersebut.\nPermohonan dalam EnterSarawak perlu mematuhi syarat-syarat tertentu termasuklah bukti status \u2018lengkap vaksinasi\u2019 serta keputusan ujian COVID-19 yang \u2018negatif\u2019 dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak.\nSiapa yang perlu mengisi borang EnterSarawak?\nSetakat 12 November 2021, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan bahawa pengembara yang perlu mengisi borang EnterSarawak adalah seperti berikut:\nBukan warga Sarawak dalam MalaysiaKanak-kanak di bawah 18 tahun (bukan warga Sarawak)Masuk atas sebab kerja / mesyuarat (bukan warga Sarawak)Kemasukan dari luar negaraBukan warga Sarawak yang masuk bagi tujuan riadah\n\nCara Isi Borang Enter Sarawak\nLayari laman web https://sarawakdisastermc.com/entersarawak/ atau muat turun aplikasi EnterSarawak melaluiGoogle PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.socoe.enterSarawak&hl=en&gl=USiOS Store:https://apps.apple.com/my/app/entersarawak/id1516765638Sebelum isi, pastikan anda telah membeli tiket penerbangan.Kemudian, isikan maklumat lengkap vaksin anda (buka aplikasi MySejahtera untuk detail nama, tempat vaksin, batch vaccine dan sebagainya)Sertakan sekali dokumen sokongan seperti sijil vaksin, gambar IC, dan tiket penerbangan anda.(*Berdasarkan pengalaman, dicadangkan anda mengisi melalui APPS Enter Sarawak, sebab websitenya mudah crash dan tak dapat submit.Sekiranya ada masalah dengan sistem, anda boleh terus hubungiSOCOE System: +6013-5842759)Dalam 15 minit lepas hantar borang yang diisi melalui Apps Enter Sarawak, anda akan terus dapat email sama ada approval / rejection.Jika status anda approval baru dapat masuk ke Sarawak.\nSelesai!\n\nMasuk ke laman web atau apps Enter sarawak kemudian isi APPLY NEW ENTRY di barisan ke-3 macam dalam gambar di atas ni.\nPertama dan kedua boleh skip. Isi macam biasa masukkan nama gambar status vaksin dan IC .\n\nStatus approved akan dikemaskini selepas selesai isi borang.\nBaca juga: JBALB: Semakan Bil Air Sarawak & Cara Bayaran Online\nApa perlu buat selepas itu?\nIsi e-Health Declaration 12 jam sebelum kemasukan ke SarawakCheck MySejahtera untuk Sijil VaksinDah sampai Sarawak, di bahagian Imigresen perlu berbaris di barisan Malaysian, Non Sarawakian.Kaunter imegresen akan beri 1 kertas kecil (rujuk gambar di bawah) untuk simpanan *JANGAN HILANG* sebab kertas ini diperlukan sewaktu keluar semula dari Sarawak nanti.\n\nTERKINI: \nBagi warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke negara Botswana, Lesotho, Namibia, Zimbabwe, Eswatini, Mozambique dan Afrika Selatan, perlu dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.\n\nBaca juga: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga\nDokumen Yang Diperlukan\nAda beberapa dokumen yang diperlukan bergantung kepada status anda:\nBukan rakyat Sarawak yang berkahwin dengan pasangan berasal dari Sarawak juga tidak perlu mohon EnterSarawak tetapi hanya perlu tunjuk sijil perkahwinan sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.\nAnak pasangan yang berasal dari Sarawak yang dilahirkan di luar Sarawak (negeri-negeri lain dalam Malaysia) juga hanya perlu menunjukkan sijil lahir sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.\nPemegang visa Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang hanya perlu menunjukkan dokumen pas visa sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.\nSila rujuk jadual berikut:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan SOP terkini tentang kemasukan ke Sarawak, anda boleh layari laman web berikut\nFacebook Sarawak Disaster Info : https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfohttps://sarawakdisastermc.com/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/asb-online-daftar-login-myasnb/", "title": "MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPelancaran portal msASNB atau ASB online adalah berita baik buat pengguna Amanah Saham Nasional Berhad.\nDengan portal myASNB ini, kita dah tak perlu beratur panjang untuk menyimpan / menambah pelaburan ataupun menyemak dividen dan baki pelaburan.\nSemuanya boleh dilakukan dari rumah melalui atas talian dengan menggunakan telefon pintar atau laptop saja.\nMulai 3 Mac 2022 juga, anda boleh membuat pengeluaran ASB secara online melalui MyASNB sebanyak RM2,000 sebulan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan: Portal myASNB\n\n \nPerkhidmatan Yang Disediakan\n\n \nCara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB (Bagi Pemilik Akaun Sedia Ada)\n\n \n1. Buka Laman Web myASNB\n\n \n2. Daftar\n\n \n3. Isikan Butiran\n\n \n4. Cipta Akaun Portal myASNB\n\n \n5. Login MyASNB Kali Pertama\n\n \nCara Buka Akaun ASNB Online (Pendaftaran Akaun Baru)\n\n \nCara Buat Semakan Baki / Dividen\n\n \nCara Buat Pengeluaran ASB Online\n\n \nWaktu Operasi ASB Online\n\n \nAplikasi myASNB\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan: Portal myASNB\nBagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). \nIa adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.\nPerkhidmatan Yang Disediakan\nmyASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. \nAntaranya termasuklah:\n\nPertanyaan butiran pegangan semasa\nMelihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari\nPelaburan tambahan\nKemaskini maklumat peribadi\n\nNak tahu bagaimana cara daftar dan menggunakan portal myASNB ini?\nCara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB (Bagi Pemilik Akaun Sedia Ada)\nSebelum menggunakan perkhidmatan myASNB, kita perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB ; contohnya pejabat pos.\n\nBeritahu saja dekat kaunter yang kita nak update maklumat untuk guna portal ASB online.\nLepas tu barulah kita boleh daftar dan gunakan perkhidmatan ASB online ni ya.\n\n\n\n\n\n\n1. Buka Laman Web myASNB\nPergi ke\u00a0www.myasnb.com.my\n\n2. Daftar\nKlik \u2018Daftar di sini\u2019.\n\nBaca notis pemberitahuan dan klik \u2018Teruskan\u2019\nSila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik \u2018Setuju\u2019\n3. Isikan Butiran\u00a0\nIsikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin. \nKlik \u2018Seterusnya\u2019 untuk meneruskan.\u00a0\u00a0\nSahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik \u2018Request TAC\u2019. \nMasukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik \u2018Seterusnya\u2019.\u00a0\u00a0\u00a0\n\nNota:\n\nJika anda tidak menerima TAC, sila klik \u2018Hantar semula TAC\u2019 selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nSekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat.\u00a0\u00a0\n\n4. Cipta Akaun Portal myASNB\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\nTentukan\u00a0\u2018Username\u2019\u00a0atau ID Pengguna anda\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nMasukkan Frasa Selamat\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nPilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nKlik \u2018Tamat\u2019 untuk melengkapkan pendaftaran\n\n\n*Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. \nSetelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.\u00a0\n\nNota:\n\n\u00a0Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS.\u00a0\u00a0\nE-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan \u2018Verify Email\u2019 yang dihantar.\nSetelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.\nKata laluan sementara yang diberikan oleh Portal myASNB akan sah selama 30 hari. Sekiranya anda tidak melakukan Log Masuk Kali Pertama dalam tempoh 30 hari tersebut, pendaftaran anda akan dikeluarkan daripada sistem. \n\n5. Login MyASNB Kali Pertama\nKlik \u2018Log masuk\u2019 pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda. \nAnda juga boleh klik \u2018Log masuk\u2019 selepas kembali ke halaman utama myASNB.\n\nMasukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara. \n\nSelepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.\n\nKemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.\nKemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.\n\nSelesai!\n\nSekarang kita dah boleh gunakan portal myASNB untuk menyemak baki pelaburan terkini, menambah pelaburan dan mengemaskini maklumat.\nCara Buka Akaun ASNB Online (Pendaftaran Akaun Baru)\nDengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.\nPelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.\n\nUntuk membuka akaun pelaburan ASNB bagi pengguna baharu, sila rujuk langkah di bawah:\nCara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter\nCara Buat Semakan Baki / Dividen\nPengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023.\nKetika ini, urus niaga ASB ditangguhkan untuk pengiraan pendapatan dan bonus dari 22 hingga 31 Disember 2022.\n\nUrus niaga boleh dilakukan semula di portal myASNB (https://www.myasnb.com.my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB mulai 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.\n\n\n\nUntuk membuat semakan dividen, baki dan penyata akaun anda, sila ikuti langkah berikut:\n\nLog masuk ke https://www.myasnb.com.my/\nKlik menu \u2018Akaun Saya\u2019\nJumlah baki terkini akan dipaparkan\nAnda boleh memuat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya dengan memilih menu \u2018Penyata\u2019\n\n\nCara Buat Pengeluaran ASB Online\nHad pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.\nKenaikkan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.\nMinima sekali pengeluaran pula sebanyak RM100.\nHanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan.\nRujuk cara membuat pengeluaran ASB secara online di bawah:\n\n\n\nContoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:\nTarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan MacStatus urus niaga18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya\nUrus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.\nInfo lanjut boleh rujuk di portal rasmi MyASNB di pautan berikut: Cara Keluarkan Duit ASB Online (Transfer Ke Mana-mana Bank Lain)\nWaktu Operasi ASB Online\nUntuk pengetahuan, waktu operasi dalam talian myASNB adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu\nWalau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada waktu berikut:\n\nUnit amanah harga tetap: Isnin \u2013 Ahad (7.00 pagi \u2013 6.00 petang); \u00a0\nUnit amanah harga berubah: Isnin \u2013 Ahad (7.00 pagi \u2013 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.\n\nSenarai cawangan dan ejen ASNB di link berikut.\n\nCawangan ASNB: https://asnb.my/CawanganASNB\nEjen ASNB: https://asnb.my/EjenASNB\n\nAplikasi myASNB\nBagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.\nAplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:\ni) Google Playstore:\nhttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en\nii) Apply Apps Store\nhttps://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi \u2013 10 malam) atau emel ke\u00a0[email\u00a0protected] \n"]} {"url": "https://ecentral.my/dividen-asb-2022/", "title": "Dividen ASB 2022: Kadar Agihan, Bonus & Cara Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 & PENGUMUMAN DIVIDEN (AGIHAN PENDAPATAN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)\nAmanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.\nPengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.\nUrus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.\n\nKenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB22\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022\n\n \nTarikh Pengumuman Dividen ASB 2022\n\n \nTarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB\n\n \nJumlah Dividen + Bonus ASB 2021 & Sebelumnya\n\n \nCara Semakan Dividen ASB Online\n\n\nPenangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022\nBerikut adalah poster hebahan berkenaan penangguhan urus niaga ASB yang dikongsikan di media sosial:\n\n\n\n\n\n\nMakluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 21 Disember hingga 31 Disember 2022.\nUrus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2023. Manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.\n\nUntuk urusan yang lebih mudah, pastikan anda daftar MYASNB online untuk semakan baki, dividen dan lain-lain.\nBagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.\nTarikh Pengumuman Dividen ASB 2022\n22 Disember 2022\nTarikh Semakan Pengkreditan Pendapatan ASB\nSemakan pengkreditan ASNB boleh dilakukan setelah pembukaan semula urusniaga ASNB dan kemaskini akaun pada 1 Januari 2023 secara online di Portal MyASNB dan 3 Januari di Kaunter ASNB.\n\nJumlah Dividen + Bonus ASB 2021 & Sebelumnya\nPastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.25 sen (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.\nUntuk makluman, pengumuman dividen Pengagihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputera ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 telah diumumkan secara langsung pada 23 Disember 2021, jam 9.45 pagi di laman Facebook Rasmi PNB.\nTERKINI: \nDividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit\n\nDividen \u2013 4.25%\nBonus \u2013 0.75%\nKadar Agihan \u2013 5.00%\n\n\nPautan untuk siaran \u2013 https://fb.me/e/1yaeHA7su\n\nDividen ASB 1990-2020\n\nMaklumat terkini tentang agihan pendapatan akan dikemaskini melalui artikel ini setelah ia diumumkan secara rasmi oleh pihak ASNB.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/asnbv2_4media.php#beritapengumuman\n\nCara Semakan Dividen ASB Online\nMulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit. \nPenyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my\n\nPemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatansecara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakancetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my\nBagi anda yang masih belum mendaftar MyASNB online, sila rujuk artikel berikut untuk panduan lanjut :\n\nMyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen\nCara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter\nCara Semakan Dividen ASB Online & Kira Pendapatan ASBF\nCara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/uasa-bahasa-melayu-bm/", "title": "Format UASA Bahasa Melayu Sekolah Rendah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFORMAT BAHARU Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah\nDengan pemansuhan UPSR dan peperiksaan di sekolah, KPM kini melaksanakan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi memantau tahap kefahaman dan kebolehan murid dalam matapelajaran di sekolah.\nUntuk makluman, format baharu UASA ini sudah diumumkan secara rasmi di DIDIKTV.\nBerikut dikongsikan rumusan dan contoh format terbaharu UASA BM ini dari rancangan DidikTV:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFormat Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah\n\n \nRumusan\n\n\nFormat Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah\nBAHAGIAN A (10 Markah) : OAP\n\n\n\n\n\n\n\nTatabahasa (3-5 soalan)\nPemahaman Petikan (5-7 soalan) (Teks tunggal dan Teks pelbagai)\n\nBAHAGIAN B (10 Markah) : OPB dan SRTh\n\nPemahaman Petikan Tatabahasa (Bersepadu) (3-5 soalan)\nRespons Kritis dan Kreatif (1 soalan)\n\nBAHAGIAN C (10 Markah)\n\nPenulisan Perenggan \u2013 1 soalan\n\nBAHAGIAN D (20 Markah) : SRTb\n\nPenulisan Karangan \u2013 1 soalan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nVIDEO PENUH FORMAT UASA BAHASA MELAYU DIDIKTV\nSila ikuti penerangan penuh tentang format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah (UASA) yang dijelaskan dalam DidikTV.\nTopik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Melayu \nGuru: Dr. Rohani Abdul Aziz \n\n\nSumber asal : Youtube DidikTV KPM\nPentaksiran Sumatif menyediakan maklumat mengenai format dan instrumen dalam Ujian Akhir Sesi Akademik bagi setiap mata pelajaran.\nRumusan\nSecara ringkasnya bagi kertas Bahasa Melayu\n\n1 kertas sahaja\n1 jam 15 minit\n4 bahagian\n\nPerubahan paling ketara\n\nTiada lagi soalan BINA AYAT\nTiada lagi soalan ULASAN\n\nTetapi ditambah pula dengan item\n\nRespons kritis dan kreatif (5M)\nRumusan (10M)\n\nSoalan karangan respons terbuka iaitu soalan tanpa arahan soalan (bukan kebiasaan anak-anak kita) (20M)\nUASA dijangka akan diadakan pada bulan Januari nanti.\nOhhh ya, jangan serbu kedai buku. Belum ada satu pun buku yang dijual di pasaran menepati format UASA buat masa ini.\nBaca juga: \n\nFormat Ujian Akhir Akademik Matematik Tahun 4,5,6\nUjian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan\nTakwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-persekolahan-zakat-pulau-pinang-2023/", "title": "Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG TAHUN 2023\nBantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.\nObjektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang bagi tahun 2023.\nDapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022 (Selasa).\n\n\n\n\n\n\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022 (Rabu).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Awal Persekolahan 2023 Zakat Pulau Pinang ?\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Awal Persekolahan 2023 Zakat Pulau Pinang ?\nZakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.\nDi bawah program ini, Zakat Pulau Pinang akan memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.\nSyarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023\nSyarat-syarat dan Kelayakan adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah Warganegara Malaysia @ pemastautin di Negeri Pulau Pinang.Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah (rujuk di bawah):\nSESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2023\nSekolah Rendah \u2013 Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahajaSekolah Menengah \u2013 Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (Atas)\n*Pra Sekolah dan tadika TIDAK dipertimbangkan.\nBILANGAN ANAK & PENDAPATAN KASAR ISI RUMAH\nBilangan AnakPendapatan Kasar Isi Rumah2 orang anakRM1800 dan ke bawah3 orang anakRM2500 dan ke bawah4 orang anak RM2750 dan ke bawah5 orang anak dan ke atasRM3000 dan ke bawah\nBaca juga: Tarikh Buka Sekolah Rendah & Menengah 2023 / 2024\n\nCara Permohonan\nDapatkan Borang Permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula 1 November 2022 hingga 30 November 2022.\nWAKTU URUSAN DI KAUNTER\nIsnin \u2013 Khamis (8.30pagi \u2013 4.30petang)Jumaat (8.30pagi \u2013 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)Sabtu (9.00pagi \u2013 3petang \u2013 Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)Ahad Tutup\nSila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi ketika memohon dan mengisi borang bantuan zakat seperti di bawah:\nTatacara permohonan bantuan\nPermohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPPPermohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.Dokumen Utama (wajib disertakan) :Salinan kad pengenalan pemohon,\u00a0Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatanDokumen Sokongan (jika perlu) :Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.\nBaca juga: BKM 2022: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk B40\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk ke saluran berikut:\nFacebook Zakat Pulau PinangTelefon : 04-549 8088E-mel: [email\u00a0protected]Laman web : https://v2.zakatpenang.com/\nMohon sebaran.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-biasiswa-pengajian-tinggi-ywp/", "title": "Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP 2021/2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ingin mempelawa anak-anak Wilayah Persekutuan yang berkelayakan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.\nKetahui lebih lanjut mengenai skim ini melalui info di bawah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)?\n\n \nSyarat-Syarat\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)?\nBiasiswa ini ditawarkan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA bagikemasukan semester pertama sesi 2021/2022.\nSyarat-Syarat\nPemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lainTawaran adalah tertakluk kepada : Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT AwamKemasukan ke semester 1, tahun 1Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan. \nBerikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :\n\n\n\n\n\n\nPendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) / Bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan = Tidak melebihi RM1,000.00\nSYARAT KELAYAKAN AKADEMIK\nSekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup permohonan ialah pada 6 Oktober 2021. \nHanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga. \nBaca juga: Pendaftaran Pakej Peranti / Pakej Remaja Keluarga Malaysia\nCara Permohonan\nPastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semuamaklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.\nKlik di sini untuk muat turun borang: https://d072845d-57bd-4341-b4a9-5691f9122162.filesusr.com/ugd/9eb993_9b7cef44c8dc45c79599131a8f08f838.pdf\nBORANG-BIASISWA-PENGAJIAN-TINGGI-YWPDownload\nSila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran pasport.\nSila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telahdisahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setarafdengan cop rasmi sebagai tanda benar:\nSurat Beranak.Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri / tidak bekerja.Surat tawaran kemasukan ke IPTAKeputusan / transkrip peperiksaan SPM / STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma\nPemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.\nPemohon-pemohon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.\nSila catatkan \u201cSkim Biasiswa Pengajian Tinggi\u201d pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.\nBaca juga : Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021/2022\nMaklumat Lanjut\nBorang boleh didapati melalui laman web rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan di www.yayasanwp.org.my atau hadir sendiri ke Pejabat Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tunas-usahawan-zakat-pulau-pinang-tuzpp/", "title": "Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM TUNAS USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG (TUZPP)Perhatian kepada Usahawan-Usahawan di negeri Pulau Pinang\nZakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME CORP Malaysia akan menganjurkan Program TUZPP yang bertujuan mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup golongan asnaf.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)?\nTunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) adalah sebuah program kerjasama oleh SME Corp dengan Zakat Pulau Pinang.\nProgram ini akan dibangunkan melalui perkongsian maklumat, latihan pembangunan modal insan, pengurusan kewangan, pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang.\nSyarat Kelayakan\nPermohonan TERBUKA kepada mereka yang memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan bermula 28 Januari sehingga 4 Februari 2022.\nBerikut adalah syarat-syarat penuh:\nWarganegara Malaysia dan beragama Islam.Berumur 18 hingga 46 tahun (pada tarikh tutup permohonan)Mempunyai lesen perniagaan SSM (Sekurang-kurangnya telah berdaftar 6 bulan).Tidak hamil / dalam tempoh berpantang.Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang.Tiada rekod jenayah / bankrap / dalam tindakan mahkamah.Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.\n\nBaca juga: \nBKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2022\nCara Permohonan\nMohon melalui pautan Google Form: https://bit.ly/3hqcmQU atau imbas QR Code dalam poster di atas.\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut klik https://wa.me/601128724558Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang\nFacebook: Zakat Pulau PinangLaman web rasmi : zakatpenang.com\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-nombor-kwsp/", "title": "Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA SEMAKAN NOMBOR KWSP (CHECK SECARA ONLINE / MANUAL)\nBagaimanakah cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP?\nNombor ahli KWSP ini penting untuk kita membuat permohonan yang berkaitan dengan urusan di KWSP seperti baki akaun, semakan caruman majikan, atau lain-lain hal kewangan seperti membuat pinjaman.\nDi sini kami kongsikan langkah-langkah membuat semakan nombor ahli KWSP secara online atau manual.\nTambahan pula, PM Anwar Ibrahim pula mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran KWSP melalui cagaran bank. Rujuk : Pengeluaran KWSP Dibenarkan Dengan Cagaran Bank \u2013 PM Anwar\nSementara itu, KWSP juga telah melancarkan skim baharu iaitu i-Sayang (Rujuk : i-Sayang KWSP: Syarat & Cara Permohonan).\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah KWSP?\n\n \nCara Semakan Nombor Ahli KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah KWSP?\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Ianya adalah selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.\nKWSP ditubuhkan pada 1951 dan terus kekal relevan hingga ke hari ini. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi menjamin persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan anda.\nCara Semakan Nombor Ahli KWSP\nTerdapat beberapa cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP iaitu:\n1. Semak No KWSP Secara Online\nUntuk membuat semakan KWSP menggunakan IC, anda perlu terlebih dahulu mendaftar ke\u00a0i-Akaun\u00a0yang disediakan KWSP. \nDengan mendaftar i-Akaun tersebut, ahli boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli, membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau lain-lain urusan mengikut keselesaan rumah atau pejabat. \nUntuk makluman, jika anda pengguna kali pertama i-Akaun anda terlebih dahulu perlu mendapatkan ID pengguna dan Kata laluan. \nJika terlupa, anda boleh tekan butang LUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan semula kata laluan anda yang pernah didaftarkan dahulu.\nAhli yang belum pernah mendaftar juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang untuk mendapatkan kata laluan sementara.\nDengan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun secara View Mode untuk membuat semakan baki dan nombor ahli KWSP.\n\n2. Semak No KWSP Di Kios\nNombor KWSP ahli boleh disemak melalui kios KWSP dengan cap jari.\nAhli boleh mengunjungi mana-mana Kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS. \nSetelah itu, anda boleh mendaftarkan i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP secara online sepenuhnya.\nSekiranya anda ingin tukar nombor telefon TAC i-Akaun, perlu hadir ke kios KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari. Klik untuk dapatkan lokasi kios, https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.\n3. Semak No KWSP Melalui Telefon\nDengan perkhidmatan telefon, anda boleh membuat semakan nombor ahli.\nTelefon: 03 \u2013 8922 6000\nMasa Operasi: Isnin \u2013 Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)\nUntuk semakan nombor ahli KWSP, boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau membuat pertanyaan melalui Enquiry di pautan: https://www.kwsp.gov.my/\u2026/connect-with-us/make-an-enquiry.Sekiranya anda ingin tukar nombor telefon TAC i-Akaun, perlu hadir ke kios KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari. Klik untuk dapatkan lokasi kios, https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan KWSP dan cawangan yang dibuka dalam tempoh PKP, sila rujuk laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks\nBaca juga: i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-aff-mitsubishi-live-2022/", "title": "[ LIVE ] Piala AFF Mitsubishi 2022 \u2013 Malaysia lwn Thailand (Separuh Akhir 2)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLIVE Perlawanan Separuh Akhir 2 Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 melalui Saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) -MALAYSIA LAWAN THAILAND (10 JANUARI 2023)\nRTM akan menyiarkan perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai 27 Disember 2022 sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023.\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric disiar di saluran RTM.\n\u201cSaya juga telah berbincang dengan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang turut mencadangkan perkara yang sama.\n\u201cOleh itu, sukacita saya maklumkan bahawa saluran RTM akan menyiarkan perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric,\u201dkatanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\n\n\n\n\nPara peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan Kejohanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melaluiaplikasi RTMKlik.\nSiaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (free to air \u2013 FTA) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n[LIVE] Piala AFF Separuh Akhir 2 : Malaysia vs Thailand (10 Januari 2023)\n\n \nTayangan Skrin Besar\n\n \nJadual Perlawanan Harimau Malaya Dalam Kumpulan B\n\n\n[LIVE] Piala AFF Separuh Akhir 2 : Malaysia vs Thailand (10 Januari 2023)\nSaksikan Siaran Langsung Perlawanan Skuad Harimau Malaya di Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 \u2013 LIVE di RTM\n\nLIVE Separuh Akhir 2 Piala AFF 2022:\nMalaysia lwn Thailand\n10 Jan 2023 (Selasa) 8:30 malam (Waktu Malaysia)\nSenarai Kesebelasan Utama Skuad Harimau Malaya \n\nTayangan Skrin Besar\nSeparuh Akhir ke-2 Thailand lwn Malaysia\nSaksikan Tayangan Siaran Langsung skrin besar di 25 lokasi di seluruh Malaysia.\n\nSiaran langsung : TV2 DAN Sukan TV RTM\nSAKSIKAN JUGA DI RTMKlik !!\nPautan LIVE streaming : \nhttps://rtmklik.rtm.gov.my\nJadual Perlawanan Harimau Malaya Dalam Kumpulan B \n\nYangon\u00a0\u2013 21 Disember\nKuala Lumpur\u00a0\u2013\u00a024 Disember\nHanoi\u00a0\u2013\u00a027 Disember\nKuala Lumpur\u00a0\u2013\u00a03 Januari 2023\n\n\nMaklumat lanjut : \n\nFacebook RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nLaman web penstriman langsung : https://rtmklik.rtm.gov.my\n\nBaca juga: \n\nTakwim Sesi Persekolahan Akan Kembali Kepada Januari \u2013 KPM\nTarikh Pengumuman Dividen Tabung Haji 2022 (TH)\nPiala AFF Mitsubishi Electric 2022: Keputusan, Jadual Perlawanan\n\nAnda juga boleh tonton secara penstriman langsung di Aplikasi Rtmklik klik sahaja link dibawah:\nhttps://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.rtm.mobile&hl=ms&gl=US\n"]} {"url": "https://ecentral.my/egraduan-kpm/", "title": "eGraduan KPM : Semakan Keputusan Penempatan Guru Baharu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerhatian kepada calon yang telah lulus temu duga lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) Gred DG41 anda bolej membuat semakan penempatan yang diumumkan oleh KPM bermula hari ini!\nKeputusan penempatan bagi 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS) boleh disemak mulai jam 3 petang ini, 15 Julai 2022. \nPenempatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara one-off yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.\nSepertimana yang telah diarahkan, penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran.\n\nSelamat memulakan tugasan buat guru-guru baharu ini yang akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 25 Julai 2022.\nKepada guru-guru baharu, tahniah diucapkan.\nKPM sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.\nSemoga berjaya melaksanakan amanah dan memberikan khidmat yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang semakan dan tindakan yang perlu dilakukan di Portal eGraduan untuk makluman dan tindakan bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eGraduan KPM?\n\n \nKategori Pengguna\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nLogin eGraduan KPM\n\n \nSemakan Penempatan\n\n \nLupa Kata Laluan eGraduan KPM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah eGraduan KPM?\ne-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. \nModul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.\nModul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).\nSemakan penempatan boleh dibuat melalui https://egraduan.moe.gov.my.\nKategori Pengguna\nSasaran pengguna utama modul ini ialah graduan dan pentadbir sistem. \nPerincian adalah seperti berikut:\nGraduanHanya graduan yang telah DIPERAKU oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja dibenarkan untuk mendaftar di modul ini, dan;Graduan yang tersenarai di HEBAHAN Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar di modul ini pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, serta membuat semakan penempatan.Pentadbir SistemHanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.\nCara Pendaftaran\n\nPautan ke Portal eGraduan \u2013 > https://egraduan.moe.gov.my/\nPengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. \nKata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.\nKlik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.\nLogin eGraduan KPM\nSetelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.\n\nSekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. \nPengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.\nSetelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no Kad Pengenalan. \nTerdapat beberapa tab yang disediakan untuk disemak dan dikemaskini. \nAnda boleh Muat Turun Manual Pengguna di bawah bagi memudahkan navigasi di halaman tersebut.\nmanual_pengguna_eGraduan-KPMDownload\nSemakan Penempatan\nKeputusan penawaran penempatan guru boleh disemak menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.\nTab Semakan Penempatan akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan.\n\nCalon diingatkan untuk memuat turun dan melengkapkan borang Pakej Setuju Terima di Portal SPP ( https://www.spp.gov.my/ )untuk tujuan pengesahan lantikan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).\nBaca juga: Awas Taktik Terbaru Scammer LHDN Guna Nombor Pejabat!\nLupa Kata Laluan eGraduan KPM\nTerlupa Kata Laluan anda? Sila klik LUPA KATA LALUAN dan lengkapkan maklumat di bawah bagi tujuan mendapatkan Kata Laluan.\nNo. Kad Pengenalan :E-mel yang Digunakan Semasa Mendaftar :\nMandatori \u2013 semua medan wajib diisi dengan lengkap.\nAnda juga boleh klik TUKAR KATA LALUAN untuk menukar password yang telah didaftarkan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya tuan/puan tidak berjaya mendaftar di modul ini, sila hubungi: \nBahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 untuk bantuan selanjutnya.\nATAU \nSila e-mel ke [email\u00a0protected] \nTerima kasih\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dananita-mara/", "title": "DanaNITA MARA 2022: Skim Pembiayaan Wanita Hingga RM150,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk usahawan wanita, MARA menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk anda menyediakan pelbagai keperluan perniagaan seperti modal pusingan dan pembelian mesin. \nIkuti info lengkap di bawah untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah DanaNITA MARA 2022?\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan DanaNITA MARA 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah DanaNITA MARA 2022?\nDanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan\nIa bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.\nBerikut adalah skop pembiayaan DANANITA yang ditetapkan oleh Kerajaan menerusi Bajet 2022:\n\n\n\n\n\n\nPerkaraPeneranganSkop PembiayaanModal Pusingan Pembelian Mesin dan PeralatanHad PembiayaanRM150,000Tempoh Pembiayaan1-10 tahun (12-120 bulan)Jaminan/ CagaranDikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawahPembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:i) Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atauii) Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa\u00a0(Forced Sale Value)\u00a0sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atauiii) Gabungan kedua-duanya sekali; atauiv) Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam\u00a0(General Investment Account)\u00a0yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaanKadar Keuntungan3.5%\nBaca juga: Cara Pakai \u2018Double Face Mask\u2019 (Pelitup Muka Berganda) \u2013 KKM\nTarikh Tutup Permohonan\n31 Disember 2022\nSyarat Kelayakan\nWarganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahunBerpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiMempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Menjalankan perniagaan sepenuh masaPerniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulanMemiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkiniPerniagaan Patuh SyariahBebas daripada Senarai Hitam MARA\nKelonggaran Syarat:\nMajoriti pegangan Syer adalah 51% wanitaBerdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawahPengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawahPengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawahPenyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan\n\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nCara Permohonan DanaNITA MARA 2022\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis AmanahRakyat (MARA).\nSila ikuti langkah berikut untuk permohonan online:\nLayari https://www.mara.gov.my/ Pilih E-Perkhidmatan / MyUsahawanPemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARADaftar dan Mohon DanaNITA MARA di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspxSediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdfHantar permohonan.\nStatus permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistemyang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD)melalui emel atau telefon. \nRujuk panduan penuh:\nMy_Usahawan-Panduan-Permohonan-DanaNita-MARADownload\nPermohonan secara dalam talian di\u00a0Portal MyUsahawan\u00a0atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada [email\u00a0protected] atau menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARAatau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri(PMN).\nHotline: 03 2613 2000\nE-mel: [email\u00a0protected]\nBaca selanjutnya tentang skim ini:\nhttps://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/dananita.htmlhttps://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/pembiayaan-perniagaan/dananita/#tab-id-2\nHubungi Pejabat MARA Daerah terdekat untuk maklumat lanjut atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-shopeepay/", "title": "Cara Daftar, Topup dan Withdraw ShopeePay", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai dah tahu, sebagai salah sebuah laman e-dagang popular di Malaysia, Shopee tampil dengan eWallet mereka sendiri yang dikenali sebagai ShopeePay.\nKetika di awal pengenalannya dahulu, penggunaan eWallet ShopeePay ini terhad untuk pembelian dalam platform Shopee sahaja dimana pihak Shopee kerap memberikan baucar \u201cFree Shipping\u201d bagi pengguna yang membayar menggunakan eWallet mereka.\nKini, penggunaan ShopeePay sudah diperluaskan dimana eWallet ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai fizikal.\nShopeePay juga terlibat dengan kempen eWallet eBelia 2021 dan ePemula 2022, iaitu sebuah program yang menawarkan bantuan kredit serta voucher menarik untuk para belia di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang eWallet ShopeePay dan cara-cara untuk anda menggunakannya dengan mudah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Aktifkan ShopeePay\n\n \nCara Upgrade Ke Akaun Premium ShopeePay\n\n \nCara Topup Kredit / Tambah Nilai eDompet\n\n \nCara Keluarkan Duit Dari Akaun eWallet ShopeePay ke Akaun Bank Anda\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Aktifkan ShopeePay\nSebelum mengaktifkan ShopeePay, pastikan anda telah berdaftar sebagai pengguna Shopee sama ada melalui aplikasi atau laman web https://shopee.com.my/\nBuka aplikasi Shopee anda. Jika anda belum memuat turun aplikasi Shopee ke peranti atau gajet anda, sila berbuat demikian terlebih dahulu.Pada halaman depan Shopee, klik pada logo Shopee (berbentuk dompet) yang terletak di bawah kotak carian. Klik pada butang \u201cActivate ShopeePay\u201cUntuk melengkapkan proses pengaktifan, anda perlu melengkapkan maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalanTandakan pada kotak persetujuan Terma dan SyaratKlik butang NextKemudian, tetapkan PIN 6 digit anda untuk pengesahan sewaktu pembayaran.Setiap kali membuat pembayaran dengan menggunakan ShopeePay, anda perl memasukkan PIN ini yang berfungsi sebagai langkah keselamatan sekiranya akaun Shopee anda digodam\nCara Upgrade Ke Akaun Premium ShopeePay\nSetelah melengkapkan langkah-langkah di atas, akaun Basic ShopeePay anda telahpun diaktifkan.\nNamun, anda boleh upgrade secara percuma ke akaun Premium yang memberikan lebih banyak kelebihan dan manfaat antaranya had transaksi yang lebih besar dan banyak lagi.\nUntuk upgrade ke akaun Premium, anda pelu membuat verifikasi akaun dengan memuat naik gambar MyKad anda bahagian depan dan belakang.\nTempoh pengesahan ini hanya mengambil masa selama tempoh 24 jam dan setelah berjaya, akaun anda secara automatik akan dinaiktaraf ke akaun Premium.\nCara Topup Kredit / Tambah Nilai eDompet\nUntuk menggunakan ShopeePay, anda terlebih dahulu perlulah memastikan akaun eWallet anda mempunyai kredit untuk digunakan.\nUntuk topup kredit, anda boleh menggunakan kredit kad, debit kad, di 7 Eleven atau menggunakan kemudahan perbankan internet sahaja. \nBuka aplikasi ShopeeKlik pada logo ShopeePay di muka utama Shopee (logo berbentuk dompet)Klik pada menu \u201cTop Up\u201dAda boleh memilih jumlah top up seperti 5, 10, 20, 50, 100 dan 500 atau masukkan sahaja sebarang jumlah yang ingin ditambah ke akaun andaLengkapkan proses top up dengan memilih cara pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit, online banking dan sebagainya. \nCara Keluarkan Duit Dari Akaun eWallet ShopeePay ke Akaun Bank Anda\nIni adalah fungsi terbaru daripada pihak Shopee yang membolehkan pemilik akaun memindahkan wang dari eWallet mereka ke mana-mana akaun bank anda untuk dikeluarkan sebagai wang tunai.\nBuka aplikasi ShopeeKlik pada logo ShopeePay di muka utama Shopee (logo berbentuk dompet)Klik pada menu \u201cWithdraw\u201dMasukkan maklumat bank anda \u2013 Nama Bank, Nombor Akaun, Nama Penuh \nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang masalah untuk mendaftar, sila rujuk ke talian hotline Shopee:\nTelefon : 0327779222 (7 pagi-10 malam setiap hari)Emel: https://help.shopee.com.my/portal/webform/b7a7ff2afd484f1dbddb3a922c7e90e7?entryPoint=1&lastArticleID=\nBaca juga:\nePemula Shopee : Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Melalui ShopeePayCara Beli Barang Di Shopee Secara Ansuran (Installment)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spa9/", "title": "SPA9 \u2013 Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSiapa yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor awam, WAJIB kena daftar profil anda melalui SPA9 ini untuk memohon kerja kosong kerajaan.\nUntuk makluman, SPA9 telah mula beroperasi pada 28 September 2020.\nAnda juga digalakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi atau memohon jawatan lain yang bersesuaian dari semasa ke semasa berdasarkan kekosongan yang diiiklankan.\nTerkini, Menteri KKM memaklumkan bahawa terdapat 4,914 kekosongan jawatan tetap KKM akan ditawarkan, di mana permohonan akan dibuka mulai hari ini (6 Januari 2023) hingga 21 Januari 2023.\n\nMenterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).\nMenurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai hari ini sehingga 21 Januari.\n\u201cSaya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,\u201d katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di sini pada Jumaat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang laman web SPA untuk makluman bersama, khususnya mereka yang sedang mencari kekosongan jawatan dalam sektor awam.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (Tarikh tutup 21 Januari 2023)\n\n \nApakah SPA9?\n\n \nLogin SPA9\n\n \nPermohonan Jawatan Kosong Kerajaan Di Portal SPA 9\n\n \nPendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (Tarikh tutup 21 Januari 2023)\nIKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM\n======================================\nKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA\nIJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)\nJAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43\nKEKOSONGAN : 4,263\nTarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :\nhttps://spa.gov.my/\u2026/ijazah\u2026/pegawai-perubatan-gred-ud41\nUntuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :\nhttps://spa9.spa.gov.my/login\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013\nJAWATAN : PEGAWAI FARMASI GRED UF41\nKEKOSONGAN : 316\nTarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam\n\n\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :\nhttps://spa.gov.my/\u2026/ijazah\u2026/pegawai-farmasi-gred-uf41\nUntuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :\nhttps://spa9.spa.gov.my/login\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013\nJAWATAN : PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41\nKEKOSONGAN : 335\nTarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam\n\n\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :\nhttps://spa.gov.my/\u2026/ijazah\u2026/pegawai-pergigian-gred-ug41\nUntuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :\nhttps://spa9.spa.gov.my/login\nApakah SPA9?\nSistem ini dibangunkan bagi mengoptimumkan penggunaan MyKad bagi mendapatkan pelbagai data calon termasuk maklumat akademik dan maklumat peribadi seterusnya membantu calon memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon.\nAntara integrasi data dalam sistem SPA9 termasuklah:\n\nStatus pemegang kad OKU\nStatus penerima bantuan eKasih\nStatus kewarganegaraan\nStatus pemilikan lesen memandu\nLantikan SPA\nMaklumat kelulusan pengajian tinggi\nMaklumat kelulusan TVET\nMaklumat kelulusan STPM\nMaklumat kelulusan Lembaga Peperiksaan Malaysia\nMaklumat kelulusan sijil Matrikulasi KPM\n\nBerikut antara perbezaan ketara dan penambahbaikan yang telah dibuat pada sistem SPA9 baru berbanding SPA8i sebelum ini.\nSPA9SPA8iMaklumat AkademikAutomatikManualMaklumat PeribadiAutomatikManualStatus KelayakanSesuai Dengan CalonMohon Jawatan Sesuka Hati\nInfo lanjut sila rujuk infografik ini.\nLogin SPA9\n\nSistem terbaru SPA ini boleh diakses melalui link spa9.spa.gov.my\nPenutupan SPA8i bagi melancarkan proses menaik taraf ke sistem SPA9 yang baru.\nSekiranya anda masih mencari peluang kerja kosong dalam perkhidmatan awam, adalah digalakkan untuk mendaftar ke dalam sistem tersebut.\nSekiranya layak, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan online kemudian temuduga sebelum disahkan ke dalam jawatan.\nPendaftaran pekerjaan melalui SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.\n\nPermohonan Jawatan Kosong Kerajaan Di Portal SPA 9\nSeperti sistem sebelum ini, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 15 jawatan sahaja.\nTempoh sah laku setiap permohonan adalah selama satu tahun.\nSetiap pendaftaran pekerjaan tertakluk kepada dasar \u201cone step lower\u201d iaitu:\n\nCalon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.\nCalon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.\nCalon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.\n\nSekiranya tidak memenuhi syarat / kriteria yang dinyatakan, SPA berhak untuk membatalkan permohonan anda.\nAnda juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang digunakan betul dah senang untuk dihubungi terutama ketika penggilan peperiksaan / temuduga dan sebagainya.\nAdalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.\nSila ikuti media sosial SPA untuk mendapatkan info kekosongan jawatan dalam sektor awam:\n\nTwitter : SPA Malaysia\nFacebook : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)\n\nPendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama\n\nCARA DAFTAR SPA 9 \nUntuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:\n\nLayari pautan https://spa9.spa.gov.my/login\nSkrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di atas\nIsi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *diiisi.\nSila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untukmengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuanpenetapan semula kata laluan(reset).\nMasukkan kata laluan dan kod keselamatan.\nPemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelummenghantar pendaftaran tersebut.\nKlik \u201cDaftar\u201d.\n\nPendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja\nUntuk mendaftar, Klik \u201cPendaftaran Pengguna\u201cuntuk ke Halaman Pendaftaran\n\n\n\nCARA LOGIN SPA9 UNTUK KALI PERTAMA\nSetelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama dengan mengikut langkah ini:\nSkrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:\n\nLayari laman web https://spa9.spa.gov.my/login\nSila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon\nMasukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yangdimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.\nKlik \u201cLog Masuk\u201d.\n\nJika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik \u201cPengguna Kali Pertama\u201d.\nJika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik \u201cLupa KataLaluan\u201d.\n\n\n\n*Rujuk manual penuh di bawah:\nManual_Pengguna_SPA9Download\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah sepanjang urusan menaik taraf, sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 \natau \nadukan pertanyaan melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan \u00a0https://aduan.spa.gov.my \natau \nRujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah:\nSaya lupa kata laluan saya, bagaimanakah untuk login? 1. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik \u201cLupa KataLaluan\u201d. 2. Skrin Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.3. Masukkan Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru.4. Pastikan semua medan bertanda * diiisi.5. Klik \u201cHantar\u201d. Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA9? Klik pada \u2018Pendaftaran Pengguna\u2019 untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9.Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L. Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf diperingkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakahsubjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalamSPA9? Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data diLembaga Peperiksaan Malaysia.Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohonadalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: [email\u00a0protected]. Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA8i.Kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja? Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA9 secara automatik. Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ DoktorFalsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM? Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja. Saya merupakan calon simpanan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19. Adakah status calon simpanan saya akan terbatal sekiranya saya mengemas kini permohonan saya dalam SPA9? Tidak.Status permohonan pemohon yang masih berada dalam tempoh sah calon simpanan tidak terjejas. Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Mudadan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9? Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya.Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik \u2018Tambah Keputusan\u2019 untuk menambah kelayakan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tanda-gastrik/", "title": "Kerap Loya? Periksa 10 Tanda Gastrik dan Pencegahannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSakit gastrik adalah masalah umum yang dapat mempengaruhi sesiapa sahaja dan tidak kira usia. Oleh kerana itu, amatlah penting untuk kita sendiri mengenali tanda gastrik yang mungkin muncul bagi mencari pengubatan yang tepat. \nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda semua mengenai tanda gastrik dan langkah-langkah efektif untuk menanganinya dengan mudah.\nBaca juga: Punca Sakit Perut Sebelah Kiri\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTanda gastrik dalam badan\n\n \n1. Sakit perut\n\n \n2. Perut kembung\n\n \n3. Mual dan muntah\n\n \n4. Gangguan pencernaan\n\n \n5. Sering sendawa\n\n \n6. Sensasi terbakar di dada\n\n \n7. Kehilangan nafsu makan\n\n \n8. Gangguan tidur\n\n \n9. Kesan psikologi dan emosi\n\n \n10. Najis menjadi hitam seperti tar\n\n \nLangkah untuk mengurangkan gastrik\n\n \n1. Perubahan pola makan\n\n \n2. Hindari sumber masalah\n\n \n3. Hindari stres\n\n \n4. Minum air yang cukup\n\n \n5. Hindari makan sebelum tidur\n\n \n6. Bersukan secara teratur\n\n \n7. Berjumpa dengan doktor\n\n\nTanda gastrik dalam badan\nKetika seseorang mengalami sakit gastrik, gejalanya dapat memberi ketidakselesaan sehari-hari dan mengurangi kualiti hidup mereka. \nUmumnya, setiap orang biasanya tidak mendapatkan tanda gastrik yang sama. Namun begitu, berikut ini adalah antara tanda gastrik yang biasa kita temukan:\n1. Sakit perut\n\nSalah satu tanda utama sakit gastrik adalah sakit di bahagian perut. Rasa sakit ini hadir dalam bentuk dan tahap yang berbeza-beza dari ringan hinggalah parah, dan biasanya terasa di sekitar bahagian ulu hati. \nSeseorang mungkin akan merasakan sakit yang teramat teruk seusai sahaja makan atau ketika perut sedang kosong.\n2. Perut kembung\n\nKembung adalah gejala umum lainnya yang terkait dengan sakit gastrik dan angin. Hal ini terjadi ketika gas terperangkap di dalam perut, menyebabkan perut terasa penuh, tegang, dan buncit.\nSeringkali, seseorang mungkin berasa berat di perut dan sukar untuk mengenakan pakaian yang ketat. Kembung juga dapat disertai dengan rasa sensasi gas yang bergerak di dalam perut.\nJusteru gejala ini dapat menyebabkan ketidakselesaan dan gangguan dalam kegiatan sehari-hari.\n\n\n\n\n\n\n3. Mual dan muntah\n\nTanda gastrik yang berikutnya adalah menyebabkan mual dan muntah pada beberapa keadaan. Ketika perut mengalami gangguan pencernaan, maklumat yang dihantar ke otak dapat menyebabkan rasa mual. \nMual ini sering kali menjadi lebih buruk setelah makan atau ketika perut kosong. Sesetengah orang juga muntah sebagai salah satu tindak balas terhadap ketidakselesaan yang dirasakan.\n4. Gangguan pencernaan\nGangguan pencernaan seperti cirit birit atau sembelit juga dikenali sebagai tanda gastrik. Seseorang mungkin mengalami perubahan pola buang air besar atau merasa bahawa pencernaan mereka tidak normal. \nMakanan dapat melalui saluran pencernaan dengan cepat atau lambat, menyebabkan ketidakselesaan dan ketidakseimbangan dalam sistem pencernaan.\n5. Sering sendawa\nBersendawa adalah mekanisme normal pada tubuh untuk mengeluarkan gas yang terperangkap di dalam perut. \nKetika seseorang mengalami sakit gastrik, produksi gas dalam sistem pencernaan akan meningkat. Ini menyebabkan kita sering bersendawa sebagai satu tindak balas. \nNamun begitu, seseorang yang bersendawa secara berlebihan dapat menjadi tanda bahawa seseorang mengalami masalah pencernaan, termasuk sakit gastrik atau angin dalam badan.\n6. Sensasi terbakar di dada\n\nSakit gastrik juga dapat menyebabkan sensasi terbakar di dada yang sering disebut sebagai heartburn. \nHal ini terjadi ketika asid perut naik ke kerongkong dan menyebabkan sensasi terbakar yang tidak selesa di bahagian dada dan tekak. \nBahkan, rasa ini juga akan bertambah buruk bila mana kita setelah makan atau berbaring.\n7. Kehilangan nafsu makan\n\nSesetangah orang yang mengalami sakit gastrik mungkin akan kehilangan nafsu makan. \nKetidakselesaan dan gangguan pencernaan yang dialami dapat menyebabkan seseorang kehilangan selera makan atau merasa kenyang dengan cepat. \nKehilangan nafsu makan dapat menyebabkan penurunan berat badan yang tidak diinginkan.\n8. Gangguan tidur\nDi samping itu, sakit gastrik dan angin juga dapat mempengaruhi kualiti tidur seseorang. Sakit perut, kembung, dan sensasi terbakar dapat mengganggu tidur malam, membuat seseorang sulit tidur atau terbangun di tengah malam. \nJika masalah ini berlaku dengan lebih kerap, ini akan memberi kesan negatif secara keseluruhannya pada kualiti hidup manusia.\n9. Kesan psikologi dan emosi\nSelain gejala fizikal, sakit gastrik juga dapat mempengaruhi kesejahteraan psikologi seseorang. \nRasa sakit dan ketidakselesaan yang berpanjangan dapat menyebabkan stres, anxiety, dan rasa tidak tenang. \n10. Najis menjadi hitam seperti tar\nNajis yang berwarna hitam gelap merupakan salah satu gejala yang boleh disebabkan oleh pendarahan di dalam perut atau dalam kata lain menandakan masalah gastrik berlaku.\nLangkah untuk mengurangkan gastrik\nJika anda mengalami tanda gastrik ini, ada beberapa langkah yang dapat anda ambil untuk mengatasinya.\n1. Perubahan pola makan\n\nMakan makanan sihat, teratur, dan seimbang dapat membantu mengurangi gejala sakit gastrik. Hindari makanan pedas, berlemak, dan berkarbonat kerana ia menjadi punca kepada penghasilan gas dalam perut. \nMakan dalam saiz kecil tetapi kerap dapat membantu mengurangi beban pada sistem pencernaan.\n2. Hindari sumber masalah\nKenal pasti makanan atau minuman tertentu yang menjadi penyebab gejala sakit gastrik bertambah teruk setelah dimakan.\nSetiap individu mungkin memiliki penyebab yang berbeza-beza, jadi perhatikan apa yang mempengaruhi keadaan anda secara negatif.\n3. Hindari stres\nStres dapat memburukkan tanda gastrik. Cari cara untuk mengawal stres seperti melalui releksasi, meditasi, atau sukan. \nSelain itu, penting juga untuk anda menjaga pola tidur yang sihat, cukup, dan teratur.\n4. Minum air yang cukup\n\nMinum air yang cukup dapat membantu menjaga hidrasi tubuh dan mengurangi risiko terjadinya kembung. \nHindari minuman berkarbonat atau beralkohol yang dapat meningkatkan penghasilan gas dalam perut.\n5. Hindari makan sebelum tidur\nUsahakan untuk tidak makan sebelum tidur, terutama makanan berat atau pedas. \nBerikan waktu bagi sistem pencernaan anda untuk mencerna makanan sebelum anda berbaring.\n6. Bersukan secara teratur\nBersukan secara teratur dapat membantu meningkatkan pergerakan usus dan mengurangi gejala sakit gastrik. \nPilih aktiviti fizikal yang anda sukai dan tidak membebankan seperti berjalan kaki, berenang, atau yoga.\n7. Berjumpa dengan doktor\n\nJika gejala sakit gastrik anda terus berlanjut atau memburuk, penting untuk berjumpa segera dengan doktor.\nDoktor dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh dan memberikan rawatan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi.\nDiharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai tanda gastrik dan langkah pencegahannya dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.\nRujukan:\n\nWhat Is Gastritis? Causes, Symptoms and Treatment. Medicine Net\nGastritis. Healthline\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gkp-3-0/", "title": "GKP 3.0: Semakan Status & Bayaran RM1000 (Fasa 1) Mulai 8 Jun 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN BAYARAN GKP 3.0 RM1500 (RM1000 + RM500)\nProgram Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.\nPada 17 Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas secara langsung di televisyen dan media sosial.\nUmum beliau, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000, manakala tambahan RM500 lagi telah diumumkan dalam Perutusan Khas PEMERKASA Plus pada 31 Mei 2021.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang cara semakan status dan bayaran GKP 3.0 yang telah mula diagihkan pada 8 Jun 2021 secara berperingkat.\nBaca juga: Borang Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 2021)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah GKP 3.0?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Bayaran GKP 3.0\n\n \nCara Semakan Bayaran GKP 3.0\n\n \nKaedah Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah GKP 3.0?\nGKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.\nGKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.\nGKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.\nGKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021.\nGeran ini dijangka memanfaatkan lebih sejuta usahawan.\nSyarat Kelayakan\nGKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.\nAntara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:\nBukan penerima GKP sebelum ini; danPemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; danPemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; danii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; danBerdaftar dengan agensi-agensi berikut;i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.\nTarikh Bayaran GKP 3.0\nPermohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.\nSemakan status dan bayaran GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021.\nCara Semakan Bayaran GKP 3.0\nSemakan status bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP.\nSila ikuti langkah berikut:\nLayari (https://gkp.hasil.gov.my) Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkanTekan menu SEMAKAN STATUS.Status dan tarikh pembayaran dikreditkan akan dipaparkan.\nKaedah Bayaran\nPembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan. \nAkaun bank mestilah aktif.\nPemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa keranapembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.\nBaca juga: Moratorium PKP 3.0 : Kelayakan & Cara Permohonan (B40, M40 & T20)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai status semakan dan bayaran GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).\nAnda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:\nHASiL Live Chat: \u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.Facebook Rasmi LHDNM \u2013\u00a0https://www.facebook.com/LHDNM,Twitter rasmi LHDNM\u00a0https://twitter.com/LHDNMofficial\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-maybank2u-online/", "title": "Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara daftar Maybank2u online ni mudah saja dan hanya ambil masa beberapa minit.\nKini ia boleh didaftarkan secara online dengan mudah dan kemudian kita boleh menikmati pelbagai kemudahan perbankan internet.\nDi sini kami kongsikan cara daftar Maybank2u online beserta kelebihannya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Maybank2u?\n\n \nCara Daftar Maybank2u Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Maybank2u?\nMaybank telah dikenali sebagai bank serantau sejak 1960, dengan penubuhan operasinya di Malaysia serta cawangan di Singapura dan Brunei dalam tahun yang sama. \nPada tahun 2000, Maybank tampil sebagai bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet (online banking).\n\n\n\n\n\n\nMaybank2u.com mencetus kejayaan dalam bidang teknologi yang membolehkan pelanggan mengendalikan pelbagai perkhidmatan kewangan.\nTerkini, Maybank telah dinobatkan sebagai Bank Digital Pengguna Terbaik Dunia di Malaysia dan Indonesia untuk pemenang Pusingan Pertama Anugerah Bank-Bank Pengguna Terbaik Dunia 2020 di Asia-Pasifik oleh majalah Global Finance.\nDisebabkan itu, pengguna Maybank di Malaysia memang sangat ramai.\nBaca juga: i-Sinar KWSP Proses Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP\nJadi, jika anda belum mendaftar sebagai pengguna Maybank2u online, sila rujuk langkah di bawah.\nCara Daftar Maybank2u Online\nLangkah 1\nLayari laman web https://www.maybank2u.com.my.\n\nLangkah 2\nMasukkan butiran berikut:\nNombor kad / Access Number \u2013 Nombor akaun Maybank 12 digitNombor PIN \u2013 Nombor PIN ATM Maybank 6 digit\n\nLangkah 3\nSila cipta Profil Pengguna dalam ruang Username dan Password.Kemudian masukkan alamat e-mel anda yang aktif.Kod TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan di Maybank.(Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.)\n*Jika nombor telefon anda belum dikemaskini oleh bank, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1 300 88 6688 untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda atau membuat pertanyaan cara daftar Maybank2u step-by-step.\n\nLangkah 4\nSila isikan 3 butiran berikut bagi tujuan keselamatan:\nImage \u2013 Setkan gambar bagi tujuan keselamatan.Security Phrase \u2013 Ssila isikan apa-apa perkataan atau frasa yang unik dan mudah diingat bagi tujuan keselamatan. Memorable Question \u2013 Pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan taipkan jawapan bagi kesemua soalan tersebut. Pastikan ia jawapan yang anda ingat dan tidak lupa kerana ia akan menjadi rujukan pada masa akan datang.\n\nLangkah 5\nCara daftar Maybank2U anda yang lengkap akan disahkan dengan notifikasi Successful.Ini bermakna pendaftaran anda sudah berjaya.\n\nMudah dan cepat kan cara daftar Maybank2u secara online?\nBila dah ada akaun Maybank2u online, bolehlah kita menjalankan pelbagai urusan perbankan internet dengan mudah dan pantas.\nBoleh rujuk video rasmi dari Maybank untuk memudahkan anda daftar Maybank online banking.\n\n\n\nBaca juga: Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021 & Cara Semak Status\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Maybank Careline pada talian berikut:\nCustomer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)+603-7844 3696 (Luar Negara)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-bubblebee-malaysia/", "title": "Bubblebee Malaysia : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Menu Aiskrim Bubblebee Viral & Harga Terkini\nKeenakan pemanis mulut yang menyegarkan daripada Bubblebee memang tiada tandingannya.\nSelain popular dengan aiskrim madunya, Bubblebee juga setia menawarkan rangkaian minuman yang unik dan menarik untuk dicuba seisi keluarga. \nDari minuman boba sehinggalah ke Ice Blended, anda pasti rambang mata dengan hidangan minuman yang menanti anda di Bubblebee. \n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang teringin untuk nikmati Bubblee, jom kita lihat pilihan menu Bubblebee & harga yang ditawarkan. \nBaca Juga : Menu Wakaka & Harga 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan BubbleBee Malaysia\n\n \nMenu Bubblebee & Harga\n\n \nIce Cream Series\n\n \nBeverages\n\n \nIce Blended\n\n \nSenarai Outlet BubbleBee Seluruh Malaysia\n\n\nPengenalan BubbleBee Malaysia\nBubble Tea mula dikenali pada awal tahun 2010 dan menjadi sangat popular beberapa tahun kemudian.\nMemandangkan industri Bubble Tea berkembang pesat sebagai satu pasaran berpotensi, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memutuskan untuk membuka syarikat Bubble Tea dan menjenamakannya sebagai BubbleBee.\nCawangan pertama BubbleBee telah dilancarkan pada 8 Disember 2019 bertempat di Menara U2, Shah Alam.\nIni terbukti sebagai langkah penjenamaan yang sangat berjaya kerana ia kini diiktiraf di seluruh Malaysia dengan permintaan yang semakin meningkat untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara \u2013 dan syukur, BubbleBee telah berjaya mengekalkan peminatnya di Malaysia.\nMenu Bubblebee & Harga\nIce Cream Series\n\nMenuHargaGolden Series Ice CreamRM 17.50Toffee Golden Series Ice CreamRM 20.90Black Series Ice CreamRM 12.50Honey Ice CreamRM 10.00\nChocobee Series\n\nMenuHargaGolden ChocobeeRM 17.80Crunchy ChocobeeRM 16.60ChocobeeRM 11.83\nBeverages\n\nMenuHargaCaramelized Honey Golden PearlRM 14.90Honey With Black PearlRM 11.20Honey Premium Roasted Oolong TeaRM 11.20Diamond Pearl Honey MilkRM 14.90Refreshing Honey LemonRM 10.00Premium Matcha Honey with Black PearlRM 14.90\nIce Blended\nMenuHargaSignature Toffee Cream with HoneycombRM 22.70Chocolate Brownies FrappeRM 18.30Double Chocolate Mint FrappeRM 15.20Mango SmoothieRM 11.40Blueberry SmoothieRM 11.20Strawberry SmoothieRM 11.40\nRefreshing Beverages\n\nMenuHargaFriz\u2019B CranberryRM 9.90Friz\u2019B Blue LagoonRM 12.20Friz\u2019B Honey LemonRM 9.90Friz\u2019B StrawberryRM 9.90Friz\u2019B MangoRM 9.90Friz\u2019B Diamond Mango PearlRM 12.80\nMenu yang ditawarkan di Bubbleebee semuanya menarik untuk dicuba. \nSenarai Outlet BubbleBee Seluruh Malaysia\nSelangorWilayah PersekutuanNegeri SembilanMelakaJohorPahangTerengganuKelantanPerakPulau PinangKedah\nJangan ketinggalan untuk ketahui promosi terkini serta tawaran hebat daripada Bubble menerusi laman Facebook BubblebeeMy. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/ypj-2021-permohonan-pinjaman-yayasan-pelajaran-johor-pelajar-ipt/", "title": "YPJ 2021: Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (Pelajar IPT)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN Yayasan Pelajaran Johor (YPJ 2021) akan dibuka mulai 7 Mac 2021 untuk para pelajar yang bakal memasuki atau sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.\nBerikut dikongsikan syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pinjaman Pelajaran YPJ 2021?\n\n \nSyarat Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor\n\n \nRebat CGPA / Potongan Bayaran Balik Pinjaman\n\n \nTarikh Permohonan YPJ 2021\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMuat Turun Borang\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pinjaman Pelajaran YPJ 2021?\nKerajaan Negeri Johor dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman / biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.\nDengan tertubuhnya yayasan ini, ia sangat membantu dalam bantuan pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor ini.\nSyarat Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor\nLahir dan menetap di Johor;Mendapat tawaran kemasukan / sedang menuntut ke IPT sebelum\u00a0memohon pembiayaan Pendidikan;Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada\u00a0Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku\u00a0semasa permohonan dikemukakan;Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah\u00a0tidak\u00a0kurang\u00a0dari satu (1) tahun;Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);Kursus yang diikuti mestilah\u00a0\u2018sepenuh masa\u2019;Pendapatan ibu\u00a0DAN\u00a0bapa\u00a0tidak melebihi\u00a0RM8,000 sebulan (tertakluk\u00a0kepada dasar semasa &\u00a0kelulusan);PENTING\u00a0: Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang\u00a0mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah\u00a0pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh\u00a0itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang\u00a0diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat\u00a0dan kriteria yang telah ditetapkan.\nNOTA:\nKeutamaan diberikan kepada yang tiada tajaan.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman\nRebat CGPA / Potongan Bayaran Balik Pinjaman\nSemua peminjam YPJ layak untuk memohon Rebat atau potongan pinjaman melalui CGPA. Tetapi,terdapat 2 kategori peminjam yang layak, antaranya :i. Tahun 2010 \u2013 2013 (Sebelum Kurniaan Tahun 2014);ii. Tahun 2014 ke atas (Selepas Kurniaan Tahun 2014).\n(a) Pinjaman Sebelum Kurniaan Tahun 2014Untuk kursus diperingkat Profesional, Kedoktoran (PhD), Sarjana dan Ijazah, bayaran balik dan kadar pengurangan adalah seperti berikut :-\nBilKeputusanRebatDiskaunBayaran Balik1.CGPA 3.75 \u2013 4.0090% / Mumtaz100%Tiada2.CGPA 3.50 \u2013 3.7485%75%25%3.CGPA 3.25 \u2013 3.4980% /Jaid Jiddan50%50%4.CGPA 3.00 \u2013 3.2475% / Jaid25%75%5.< 3.00\u2264 74% / MaqbulTiada100%\n*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.\nUntuk kelulusan diperingkat Diploma dan Sijil, bayaran balik dan kadar pengurangan adalah seperti berikut:-\nBilCGPADiskaunBayaran Balik1.\u2265 3.7550%50%2.3.25 \u2013 3.7425%75%3.\u2264 3.24Tiada100%\n*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.\n(b) Pinjaman Selepas Kurniaan Tahun 2014i) Pemberian rebat atau pengurangan bayaran balik diberikan kepada peminjam-peminjam yang mengikuti program secara sepenuh masa (disepanjang tempoh pengajian) berdasarkan syarat-syarat berikut: dan\nBilPeringkat PengajianKeputusan Layak RebatKadar Layak Rebat1Diploma & Ijazah(Diploma & Ijazah Pertama Sahaja)Kelas Pertama dan Setaraf(CGPA 3.75 & keatas)100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan)2Diploma (MARSAH)Mumtaz100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan)3Ijazah Lanjutan / Sarjana Professional, Kursus Kedoktoran (PHD), Sijil Professional dari MASTiada Pemberian RebatTiada Pemberian Rebat\nii) Berjaya menamatkan pengajian dialam tempoh yang telah ditetapkan di dalam dokumen perjanjian YPJ; daniii) Pinjaman YPJ tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain; daniv) Institusi pengajian adalah di dalam negara; danv) Transkrip mestilah dengan jelas menyatakan jumlah CGPA yang diperolehi dan disahkan oleh Institusi yang mengeluarkan transkrip tersebut; danvi) Permohonan rebat atau pengurangan mestilah dibuat dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian.\nTarikh Permohonan YPJ 2021\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 7 Mac 2021 hingga 13 Mac 2021.\nCara Permohonan\nPelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-\nLANGKAH 1: Isi permohonan secara online di pautan berikut: http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ LANGKAH 2: Mencetak slip permohonanLANGKAH 3: Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan\u200bLANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)\u200bLANGKAH 5: Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon\u200bLANGKAH 6:\u00a0Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan PelajarSalinan Sijil KelahiranSalinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau PenjagaSalinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)Salinan Surat Tawaran IPTSalinan Sijil Berhenti SekolahSalinan Sijil SPMSalinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)Lain-lain Dokumen Berkaitan\nSekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. \nKesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya\nBaca juga: Biasiswa Yayasan Pahang 2021: Syarat, Permohonan & Semakan\nMuat Turun Borang\nKLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG\nCara menghantar borang dan dokumen adalah seperti di bawah:\nSusun dokumen permohonan mengikut turutanMasukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada \u201cPINJAMAN PELAJARAN\u201d ATAU \u201cSKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)\u201dMasuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan terlebih dahulu dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.\nNOTA: TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ\nMaklumat Lanjut\nPeminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 2021 (YPJ 2021) di saluran berikut:\nAplikasi Whatsapp\nPertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355 Aduan Pelanggan: 013-7411 355 Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355 Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753\nEmel Rasmi\n[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akaun-cds-online/", "title": "Cara Buka Akaun CDS Online Untuk Jual Beli Saham", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini lebih mudah kerana boleh buka akaun CDS secara online sahaja.\nSekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan melalui Bursa Malaysia, ada boleh melakukannya dengan mendaftarkan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) terlebih dahulu.\nCDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.\nAnda perlu membuka akaun CDS untuk membeli dan / atau menjual saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti yang telah dinyatakan di dalam CDS.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat kelayakan membuka akaun CDS\n\n \nCara membuka akaun CDS\n\n \nCara membuka akaun CDS Online\n\n\nSyarat kelayakan membuka akaun CDS\nAkaun CDS boleh dibuka sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang berikut:\nSeorang individu yang telah mencapai umum lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonanSebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri MalaysiaSebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasiSebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulisMana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen\nCara membuka akaun CDS\nSecara umumnya, terdapat dua cara untuk membuka akaun CDS:\nMelalui Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA)Secara online\nUntuk buka akaun CDS melalui Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA), anda perlu berjumpa sendiri dengan mereka dengan melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan perlu menghantar sekali bersama 2 salinan salinan kad pengenalan. \nCara membuka akaun CDS Online \n\nPihak Bursa Malaysia telah membenarkan pembukaan akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere mereka yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:\nPlay Store \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nUntuk membuka akaun CDS secara online, ikuti langkah-langkah mudah berikut:\nMuat turun aplikasi Bursa Anywhere melalui salah satu pautan di atasLog masuk akaun Bursa Anywhere. Bagi pengguna baru, klik pada pautan RegisterKlik Account Opening pada bahagian MenuKlik butang Agree pada Terms & ConditionsKlik Yes jika maklumat pada kad pengenalan berbeza dengan alamat semasaMasukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Next pada setiap halaman sehingga semua maklumat telah dimasukkanMuat naik gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan penyata bankAnda boleh memilih broker pilihan daripada senarai broker\nSetelah selesai permohonan, permohonan anda akan dimaklumkan dalam tempoh 2 hari selepas menghantar permohonan. \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/protege-maybank-2022/", "title": "Tawaran Program PROTEGE Maybank 2022 Untuk Graduan Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa penyertaan program PROTEGE Maybank kini dibuka untuk graduan baru dalam bidang perbankan, perakaunan dan kewangan . \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Program PROTEGE Maybank?\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nPengkhususan Bidang Pekerjaan\n\n \nKelebihan Program PROTEGE Maybank\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu Program PROTEGE Maybank?\nProgram ini dibangunkan khas oleh Korporat Kumpulan Maybank bagi mendedahkan graduan baru pada alam pekerjaan. \nGraduan yang terpilih untuk sertai program PROTEGE Maybank (Ready To Work) akan menjalani latihan selama lapan bulan di tempat kerja di dalam unit perniagaan Maybank Group di seluruh negara.\nProgram ini selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah. \n\n\n\n\n\n\nGraduan yang menyertai program ini juga bakal diberikan elaun sehingga RM 2,000 sebulan. \nJusteru itu, lepasan Ijazah Sarjana Muda sangat digalakkan untuk memohon bagi menggilap potensi di samping meningkatkan kebolehpasaran kerja dan merasai sendiri realiti alam pekerjaan.\nTeruskan membaca untuk ketahui butiran mengenai tawaran program ini. \nBaca Juga : Program Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf\n\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, tempoh permohonan bagi pengambilan PROTEGE Maybank dibuka sehingga 12 Januari 2023.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nProgram terbuka kepada semua graduan baru dengan kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitanTelah menganggur dan masih tidak mendapat pekerjaanMempunyai kemahiran interpersonal yang baikMempunyai kemampuan untuk berfikir ke hadapan berdasarkan hasil, motivasi diri serta bersemangatBerminat untuk pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran diri.\nPengkhususan Bidang Pekerjaan\nGraduan daripada bidang berikut adalah dipelawa untuk memohon :\nAccountingFinanceBanking/Financial\nKelebihan Program PROTEGE Maybank\nPeserta program ini bakal diberikan manfaat seperti berikut :\nElaun bulanan sebanyak RM 2,000Rawatan pergigianPerubatanPinjamanKemudahan sukan (contoh : gimnasium)Sokongan pendidikanWaktu bekerja seperti biasa (Isnin-Jumaat)\nCara Memohon\nGraduan yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarih tutup melalui pautan berikut :\nPermohonan PROTEGE Maybank \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program PROTEGE Maybank, sila layari pautan berikut : \nhttps://maybankjobs.com/#/details/1698/4/results\nSemoga perkongsian ini bermanfaat bagi graduan yang ingin melangkah ke alam pekerjaan. Semoga berjaya! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/kenyalang-gold-card-kgc/", "title": "Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nWarga emas di Sarawak boleh memohon kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) di mana ia merupakan satu kad yang memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan stratergik KGC.\nMenurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, jumlah permohonan \u2018Kenyalang Gold Card\u2019 setakat 22 Januari melibatkan keseluruhan permohonan seramai 199,797 orang warga emas.\nBaca juga: BKSS 5.0 : Senarai 11 Bantuan Untuk Rakyat Sarawak Bagi Tahun 2021\n\n\n\n\n\n\nIkuti info lanjut tentang KGC beserta manfaat dan cara permohonannya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kenyalang Gold Card (KGC)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Kenyalang Gold Card\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Kenyalang Gold Card (KGC)?\nKGC adalah kemudahan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk :\nMendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.Diskaun untuk bidang kesihatan iaitu perubatan dan pemulihan, pengangkutan awam, barang keperluan harian seperti diskaun ketika membeli barangan runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urutan dan spa serta dandanan rambut.Bantuan Ehsan Kematikan (BIK) berjumlah RM3,000 dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 warga emas setahun. (*NOTA: BIK hanya akan diberikan kepada pemegang BIK yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.)\n*Senarai Penuh Rakan Strategik KGC boleh dirujuk di SINI\n\nSyarat Kelayakan\nAntara syarat-syarat memohon KGC ialah:\nBerumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,Warganegara Malaysia dengan status \u2018K\u2019 pada kad pengenalanPenduduk tetap (permanent resident) Sarawak\nCara Permohonan Kenyalang Gold Card\nBorang Permohonan KGC boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.\nPermohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan\u00a0https://kenyalanggold.com/\nKLIK\u00a0DI SINI\u00a0untuk muat turun\u00a0Borang Permohonan Kenyalang Gold Card (KGC)\n\nBaca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)\nMaklumat Lanjut\nJika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Kenyalang Gold Card (KGC) di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat [email\u00a0protected]\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bmt-risda/", "title": "Semakan BMT RISDA (Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT RISDA) 2023\nSeperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan kewangan BMT akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2023 (BMT 2023) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA?\n\n \nSemakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2023\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023\n\n \nCara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)\n\n \nSemakan Kelulusan BMT RISDA 2023\n\n \nSemakan Status Bayaran & Tarikh Pengkreditan BMT 2022\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nApakah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA?\nPihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.\nBantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.\nSemakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2023\nSetiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 ini, berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.\n\nSyarat Kelayakan \n\nSYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA\n\n\nWarganegara Malaysia\nPekebun kecil berdaftar dengan RISDA\nKeluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar\nPemilik tanah yang sah\nSeorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah\n\n2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK\n\nWarganegara Malaysia\nPenoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA\nMenoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar\nPengesahan pemilik tanah yang sah\nSeorang penerima sahaja untuk 1 lot\nMempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah\n\nBaca juga: \n\nGoDigital Sarawak 2023 \u2013 Geran Pendigitalan Perniagaan PKS\nBantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 : Tarikh Bayaran & Semakan\n\nCara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023\nSYARAT SYARAT KELAYAKAN\n\n1 Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.\nSeorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.\n\nPekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)\n\nWarganegara Malaysia\nPekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA\nMempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar\nPemilik tanah yang sah\n1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan\n\nPenoreh (Bukan Pemilik Tanah)\n\nWarganegara Malaysia\nPenoreh yang berdaftar dengan RISDA\nMenoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar\n1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan\nMempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat\n\nCara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)\nPermohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nRujuk langkah bergambar berikut :\nLANGKAH 1\nBagi Penerima BMT2022, Log masuk ke Portal\u00a0https://pekebunkecil.risda.gov.my\u00a0seperti biasa.\nBagi pemohon baharu, daftar akaun dahulu.\n\nLANGKAH 2\nPenerima BMT2022: Sekiranya ada sebarang perubahan alamat, no telefon, akaun bank, emel atau lain\u00b2, boleh kemaskini di Profil Pengguna (hijau). \nSekiranya ada perubahan maklumat tanah, kemaskini di Profil Tanah (merah). \nSekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, klik Mohon Bantuan BMT (Jingga).\n\nLANGKAH 3\nPenerima BMT2022: Semak semua maklumat adalah tepat dan terkini.\n\nLANGKAH 4\nPenerima BMT2022: Pilih tanah milik anda untuk dimohon. \nJika tanah bukan lagi milik anda, sila kemaskini Maklumat Tanah yang baharu. \nTekan butang seterusnya jika tiada perubahan.\n\nLANGKAH 5\nPenerima BMT2022: Pastikan akaun bank anda masih aktif untuk menerima bantuan masuk kelak. Kemaskini jika ada perubahan. Tekan butang seterusnya.\n\nLANGKAH 6\nPenerima BMT2022: Anda boleh melihat Fail Terdahulu dengan menekan butang hijau untuk muat turun fail. \nSekiranya ada perubahan, sila muat naik fail baharu. Teruskan jika sehingga selesai.\n\nLANGKAH 7\nPenerima BMT2022: Pada halaman Pengesahan, pastikan semua maklumat anda adalah yang terkini dan tepat, pastikan anda menanda dua (2) kotak sebagai pengesahan dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan. \nTekan Hantar jika selesai. Tahniah, anda telah berjaya menghantar permohonan BMT2023!\n\nUntuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda. \nAnda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.\nSila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.\nRujuk manual penuh:\nBilPerkaraTindakan1Manual Pengguna \u2013 Pekebun KecilMuat Turun2Manual Pengguna \u2013 PenorehMuat Turun3Manual Pengguna \u2013 Ahli Isi RumahMuat Turun\nSemakan Kelulusan BMT RISDA 2023\nSemakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.\nAnda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/\n\nSila isikan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR.\nStatus anda akan dipaparkan seperti dalam tangkap layar di bawah:\n\nTerdapat 3 status permohonan yang akan dipaparkan iaitu:\n\nDalam Proses\n\nPermohonan telah diterima dan dalam proses kelulusan\n\n\nLayak\n\nPermohonan telah diluluskan, dalam proses untuk bayaran\n\n\nTidak Layak\n\nPermohonan ditolak, hubungi pejabat RISDA berdekatan untuk semakan terperinci\n\n\n\n\nJika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.\nPerkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial seperti dalam tangkap layar di bawah. \nSemakan Status Bayaran & Tarikh Pengkreditan BMT 2022\nBayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2022 dan baki RM300 lagi pada Disember 2022.\n\nKaedah Pembayaran\nBantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT. \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.\nSoalan Lazim\nApakah Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA? Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC). Apakah Maksud Penoreh Bukan Pemilik? Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut. Apakah Maksud Pekebun Kecil Pemilik? Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA? Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil / penoreh getah dan seorang penerima hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :i) Warganegara Malaysia.ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh).vi) Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja). Berapakah kadar bantuan BMT 2022 yang dilaksanakan oleh RISDA? Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022 Apakah yang dimaksudkan dengan \u201cPekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA\u201d? RISDA\u201d?i) Pekebun kecil yang tersenarai di dalam Sistem e-SPeK.ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga GetahMalaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.iv) Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan olehRISDA melalui Syarikat Milikan RISDA. Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT? Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat. Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama? Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi. Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT 2022)? Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my. Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT? Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023. \n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/fpsp-asnb/", "title": "FPSP ASNB: Pelaburan \u2018Financial Planning Solution Package\u2019", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, ASNB kini menawarkan pelaburan menerusi \u2018Financial Planning Solution Package\u2019 (FPSP). \nFPSP adalah gabungan pelaburan antara unit amanah harga tetap dan harga berubah bagi membuka peluang lebih besar untuk potensi pertumbuhan pelaburan anda di ASNB.\nPakej terbaharu ini kini tersedia secara online di portal myASNB.\nJom ketahui lebih lanjut tentangnya melalui artikel ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah FPSP ASNB?\n\n \nTempoh Kempen\n\n \nPakej Yang Ditawarkan\n\n \nSiapa Yang Layak?\n\n \nCara Mendaftar / Membuat Pelaburan FPSP ASNB\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah FPSP ASNB?\n\u2018Financial Planning Solution Package\u2019 ini menawarkan gabungan dana unit amanah harga tetap dan harga berubah ASNB yang sedia ada iaitu ASB dan ASN Sara 2 pada nisbah 90% ASB dan 10% ASN Sara 2. \nDengan pakej ini, pelabur juga mendapat promosi caj jualan ASN Sara 2 pada kadar 1.0%.\n\n\n\n\n\n\nJadi, mengapa anda perlu mengambil peluang ini?\nBerikut adalah antara kelebihan pakej tersebut:\n\n\n\nBaca juga: Zakat Fitrah: Syarat Wajib, Kadar Bayaran Setiap Negeri Di Malaysia 2021\nTempoh Kempen\nDapatkan promosi caj jualan untuk unit amanah harga berubah bagi pakej yang ditawarkan.\nTempoh kempen sah sehingga 20 Disember 2021 ini.\nPakej Yang Ditawarkan\n\nPAKEJ 1 : ASB + ASN SARA 2\nNilai Pelaburan:Dari RM10,000Nisbah Pelaburan:90%10%Contoh:(Jumlah Pelaburan: RM10,000)RM9,000RM1,000Caj Jualan:\u20131.0%\n*Caj Jualan Biasa : myASNB @1.5%, kaunter @ 3.5%\nTawaran sah bermula 2 Februari hingga 20 Disember 2021\nHanya kepada pelabur Bumiputera sahaja\nPAKEJ 2 : ASM + ASN EQUITY 5\nNilai Pelaburan:Dari RM10,000Nisbah Pelaburan:50%50%Contoh:(Jumlah Pelaburan: RM10,000)RM5,000RM5,000Caj Jualan:\u20132.00%\n*Tawaran Sah: 1 April \u2013 30 Jun 2021\nTertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap\nPAKEJ 3 : ASM + ASN IMBANG 3 GLOBAL\nNilai Pelaburan:Dari RM10,000Nisbah Pelaburan:50%50%Contoh:(Jumlah Pelaburan: RM10,000)RM5,000RM5,000Caj Jualan:\u20131.75%\nTawaran Sah: 1 April \u2013 30 Jun 2021\nTertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap\nSiapa Yang Layak?\nSemua pemegang unit ASNB yang memenuhi kriteria kelayakan dana unit amanah yang ditawarkan mengikut kempen Pakej FPSP.Pemegang unit yang tidak mempunyai pelaburan dalam dana harga berubah terpilih hendaklah membuat pelaburan permulaan terlebih dahulu.\nBaca juga: Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)\nCara Mendaftar / Membuat Pelaburan FPSP ASNB\ni) Secara dalam talian dengan myASNB\n\u00a0Log masuk ke portal myASNB di www.myasnb.com.myKlik \u2018Portfolio\u2019Skrol ke ruangan \u2018Ingin melabur dalam Financial Planning Solution Package?\u2019Klik \u201cBeli di sini\u201dKlik \u201cBeli sekarang\u201d pada pakej yang dipilih.Ikuti langkah seterusnya untuk melengkapkan transaksi anda.\nii) Secara manual di Kaunter ASNB\nFPSP juga boleh dilanggan di kaunter Cawangan dan Ejen-ejen ASNB di seluruh negara.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut serta terma dan syarat, sila layari https://www.asnb.com.my/FPSP.php\nRujuk Soalan Lazim di sini: https://www.asnb.com.my/img/FPSP/FAQ%20-%20PAKEJ%201%20FPSP%20-%20BM.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-prihatin-elektrik/", "title": "Bantuan Prihatin Elektrik: Bil TNB Percuma Bagi 3 Bulan PKP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan peningkatan bil elektrik ketika musim PKP, Dato\u2019 Dr Shamsul Anuar yang merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui sebuah sidang media pada 20 Jun 2020 yang lalu.\nBantuan Prihatin Elektrik ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.\nAntara yang menarik dalam pakej bantuan ini adalah bekalan elektrik secara percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 bakal diberikan kepada 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan bernilai RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah.\nSelain itu, diumumkan juga diskaun tambahan yang diberikan kepada pelanggan domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik yg lebih tinggi daripada kebiasaan pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.\nUntung kan?\nJom ambil tahu lebih lanjut tentang Bantuan Elektrik Prihatin menerusi info di bawah ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?\n\n \nPerbezaan Antara Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) dengan Diskaun PRIHATIN\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Penerimaan BPE\n\n \nCara Pengiraan\n\n \nPemotongan Elektrik Juga Ditangguh\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?\nBagi mengurangkan beban pengguna domestik TNB ekoran peningkatan bil elektrik semasa tempoh PKP, Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) telah diumumkan.\nDana bantuan ini dibiayai oleh Kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).\nIa disalurkan dalam 2 bentuk iaitu:\nManfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, iaitu bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.Diskaun tambahan sebanyak 10% kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601 \u2013 900 kWj sebulan mulai bulan April 2020 hingga September 2020.(tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada) \n\nPerbezaan Antara Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) dengan Diskaun PRIHATIN\nPada 27 Mac 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian kadar diskaun antara 2% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing.\nDiskaun ini diberikan kepada semua pengguna bermula penggunaan 1 April hingga 30 September 2020 dan masih berjalan ketika BPE disalurkan pada bulan Julai.\n\nManakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekaligus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.\nSyarat Kelayakan\nBantuan Prihatin Elektrik ini diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik.\nMaka, pelanggan tidak perlu membuat semakan kelayakan kerana semua pelanggan domestik akan menerima BPE ini, termasuklah pelanggan smart meter.\nWalau bagaimanapun, pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati Diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga September 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.\nBaca juga : Semakan BPN: Permohonan Baru & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional\nCara Penerimaan BPE \nSemua pelanggan akan menikmati bantuan tambahan BPE ini.\nIa akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2020 secara sekali gus.\nJumlah BPE yang diterima akan tertera di dalam bil bulan Julai 2020 nanti.\nJika pengguna telah membuat bayaran bagi bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan ditolak daripada bil bulan Julai.\nIni bermaksud, BPE akan membantu mengurangkan jumlah bil tunggakan dan amaun EPP akan dikemaskini secara automatik setiap bulan sehingga Disember 2020.\nCara Pengiraan\nBantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam bil Julai 2020Sekiranya pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020Untuk penggunaan elektrik di antara 601 \u2013 900 kWj sebulan, diskaun tambahan 8% akan diberikan bermula April hingga September 2020\nDi bawah adalah contoh pengiraan BPE yang bakal diterima oleh semua pengguna domestik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik.\n\nPemotongan Elektrik Juga Ditangguh\nSelain diskaun dan bil elektrik percuma yang ditawarkan, kerajaan juga mengumumkan yang TNB bersetuju untuk menghentikan semua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi komitmen kewangan.\nBaca juga : Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA RM300 Online\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengajukan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh mendapatkan info terkini melalui;\nMelayari laman sesawang TNB di\u00a0www.tnb.com.my/prihatin\u00a0atau e-mel \u00a0[email\u00a0protected]Menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.Mengunjungi mana-mana\u00a0Kedai Tenaga\u00a0berhampiran.Lawati laman Facebook Rasmi TNB Careline\n"]} {"url": "https://ecentral.my/byrhasil/", "title": "ByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPortal ByrHASIL kini memudahkan setiap rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai pendapatan tahunan mereka secara dalam talian sahaja. \nSetiap rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun dengan mengisi borang e-filing.\nDaripada e-filing tersebutlah akan dinyatakan sama ada anda perlu membayar cukai atau tidak dan usah khuatir sekiranya pendapatan anda belum cukup syarat yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar cukai.\n\n\n\n\n\n\nBagi pekerja swasta ataupun kakitangan kerajaan, anda hendaklah menyelesaikan cukai anda sebelum 30 April sementara bagi pemilik perniagaan, tarikh akhir untuk menjelaskan cukai anda adalah 30 Jun.\nArtikel berkaitan: ezHASiL: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKemudahan sistem ByrHASIL\n\n \nBayaran melalui FPX\n\n \nBayaran melalui Kad Kredit\n\n \nAlternatif ByrHASiL \u2013 Cara Bayar Cukai Secara Online / Manual\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKemudahan sistem ByrHASIL\nSecara ringkasnya, ByrHASIL adalah satu perkhidmatan dalam talian yang menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.\nTerdapat beberapa cara pembayaran yang boleh dilakukan seperti yang berikut:\n\nBayaran Cukai Melalui FPX \u2013 Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.\nBayaran Cukai Melalui Kad Kredit \u2013 Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian untuk semua kad kredit/debit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.\n\n\nBayaran melalui FPX\n\nLayari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/\nKlik pada gambar FPX\nPilih \u201cJenis Pengenalan\u201d\nMasukkan \u201cNo. Pengenalan\u201d\nMasukkan \u201cKod Keselamatan\u201d berdasarkan imej yang dipaparkan\nKlik butang \u201cSubmit\u201d\nPilih \u201cKod dan Jenis Bayaran:\u201d\nPilih \u201cTahun Pentaksiran\u201d\nPilih \u201cBilangan Ansuran\u201d\nMasukkan \u201cAmaun Cukai (RM)\u201d\nKlik butang \u201cHantar\u201d\nSelesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet\n\n\nManual Pengguna Bayaran Melalui FPX\n\nBayaran melalui Kad Kredit\n\nLayari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/\nKlik pada gambar/logo Visa/Master Card / American Express\nPilih \u201cJenis Pengenalan\u201d\nMasukkan \u201cNo. Pengenalan\u201d\nMasukkan \u201cKod Keselamatan\u201d berdasarkan imej yang dipaparkan\nKlik butang \u201cSubmit\u201d\nPilih \u201cKod dan Jenis Bayaran:\u201d\nPilih \u201cTahun Pentaksiran\u201d\nPilih \u201cNo Ansuran\u201d\nPilih Jenis Kad\nPilih Ezpay (Untuk bayaran secara ansuran)\nMasukkan \u201cAmaun Cukai (RM)\u201d\nKlik butang \u201cHantar\u201d\nSelesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit\n\n\nFAQ Bayaran Melalui Kad Kredit\n\nMAKLUMAN\nPembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran. \nBayaran boleh disemak melalui e-Lejar dalam tempoh 3 hari bekerja atau\u00a0hubungi LHDNM\u00a0untuk maklumat lanjut.\nAlternatif ByrHASiL \u2013 Cara Bayar Cukai Secara Online / Manual\nPembayaran cukai juga boleh dibuat dengan kaedah bayaran seperti berikut:\n\nPortal MyTax di\u00a0https://mytax.hasil.gov.my\u00a0melalui \u2018Perkhidmatan ezHasil\u2019 > \u2018ByrHASiL\u2019\nPortal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM\nKaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM\nMesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM\nMesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan,sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atauHasil Care Line LHDNTelefon : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm )\nSebarang pertanyaan :\u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-google-adsense/", "title": "Cara Daftar Google Adsense Untuk Youtube & Website", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda seorang pemilik website atau Youtube, sila daftar adsense!\nAda boleh membuat duit secara online menggunakan pengiklanan Google Adsense dengan meletakkan iklan Adsense di website atau video Youtube anda.\nJangan terkejut, bagi website yang mempunyai trafik yang tinggi atau video Youtube yang mempunyai jumlah tontonan yang tinggi, tidak mustahil anda mampu memperoleh ribuan ringgit setiap bulan dengan Google Adsenses.\nBagaimanakah caranya untuk daftar Google Adsense?\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Google Adsense?\n\n \nKelebihan Google Adsense\n\n \nCara daftar Google Adsense\n\n \nCara aktifkan Google Adsense pada Youtube\n\n\nApa itu Google Adsense?\nGoogle AdSense ialah program pengiklanan yang dijalankan oleh Google yang melaluinya pemilik tapak web boleh memaparkan teks, imej, video atau iklan media interaktif yang disasarkan kepada kandungan tertentu atau secara umum. \nIklan ini ditadbir, dikawalselia dan diselenggara oleh Google.\nPemilik website atau video boleh memperoleh pendapatan melalui setiap klik iklan atau paparan iklan yang ditonton oleh pembaca website atau penonton video anda.\nProgram pengiklanan ini telah dilancarkan pada pertengahan tahun 2003 oleh Google dan kini merupakan program pengiklanan paling popular di Internet.\nIa memberikan peluang yang baik untuk pemilik website dan video untuk menukar trafik mereka kepada wang dan setiap tahun, Google membayar lebih $10 bilion kepada penerbitnya.\nKelebihan Google Adsense\n\nMengapakah Google Adsense boleh dikatakan medium pengiklanan terbaik di internet?\nJumlah besar penerbit dan pengiklan. Sehingga hari ini, lebih 10 juta laman web menggunakannya.Tahap keselamatan dan ketelusan yang tinggi untuk pengiklan dan penerbit. Ini adalah satu lagi ciri AdSense yang bagus. Google bertindak sebagai perantara antara kedua-dua pihak dan mengambil kira keseluruhan proses yang telus dan jelas untuk semua orang. Semua metrik yang diperlukan boleh dijejaki dalam akaun Google Analytics anda.Kepelbagaian format iklan. Dalam AdSense, pengiklan boleh menjalankan teks, imej, iklan HTML, iklan video dan banyak lagi, dan dalam pelbagai saiz.\nCara daftar Google Adsense\nBerikut merupakan cara daftar Adsense:\nPastikan anda sudah mempunyai akaun Gmail terlebih dahulu, sekiranya belum ada sila daftar.Layari laman Google Adsense di alamat https://www.google.com/adsense/start/Klik pada butang \u201cGet Started\u201dLog masuk menggunakan akaun Gmail andaLengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan info-info berikut:Maklumat websiteNegaraTandakan pada kotak persetujuan Terma dan SyaratKlik pada butang \u201cStart Using Adsense\u201d\nSetelah melengkapkan segala proses pendaftaran dan verifikasi, biasakan diri anda untuk meneroka Dashboard Adsense dan di situ anda akan dapat melihat pelbagai jenis dan saiz pengiklanan yang boleh diletakkan di laman web anda.\nCara aktifkan Google Adsense pada Youtube\n\nSekiranya anda seorang Youtuber tegar, anda boleh daftar Google Adsense dan mula menjana duit dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nBuka halaman YoutubeKlik pada ikon abjad nama anda pada penjuru kanan halaman YoutubeKlik pada Youtube StudioPada bahagian menu di sebelah kiri, klik pada \u201cMonetisation\u201dKlik butang START kad Sign Up untuk Google AdSenseApabila anda diminta, masukkan kata laluan akaun YouTube anda dan sahkan semula apabila diperlukan.Pilih akaun Google yang anda ingin gunakan untuk AdSenseTeruskan melengkapkan tetapan akaun anda. Berikan maklumat diri anda dan hantar permohonan akaun AdSense andaAdSense akan memaklumkan anda melalui e-mel setelah akaun anda diluluskan, yang boleh mengambil masa sehingga beberapa hari. \nSetelah diluluskan, anda akan melihat pengesahan dalam YouTube Studio dalam kad Daftar untuk Google AdSense bahawa akaun AdSense anda diluluskan dan aktif.\nInfo lanjut: https://support.google.com/adsense/answer/10162?hl=en\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-kemahiran-malaysia/", "title": "Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) : Tahap, Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSijil Kemahiran Malaysia (SKM) : Tahap, Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier\nBagi lepasan SPM yang berminat untuk ceburi bidang kemahiran secara lebih mendalam, jadikanlah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai pilihan utama anda.\nTerdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan menerusi SKM yang ramai tak tahu. Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut. \nBaca Juga : Rayuan & Semakan Tawaran Politeknik / Kolej Komuniti 2022/2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Sijil Kemahiran Malaysia\n\n \nSyarat Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia\n\n \nBidang Kemahiran Yang Ditawarkan\n\n \nCara Peroleh Sijil Kemahiran Malaysia\n\n \nTahap Pengajian SKM Yang Pelajar TVET Perlu Tahu\n\n \nHalatuju Karier Khas Untuk Lepasan SKM\n\n \nPeluang Sambung Pengajian\n\n \nPeluang Menjadi Tenaga Pengajar TVET\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nKelebihan Sijil Kemahiran Malaysia \nTerdapat pelbagai manfaat yang boleh dinikmati oleh pelajar lepasan SKM iaitu :\nPersijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di MalaysiaPersijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.\nSyarat Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia\nSyarat-syarat minimum untuk sertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui institusi latihan yang diiktiraf adalah seperti berikut :\nBoleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa InggerisMempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.\nNota : Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)\n\n\n\n\n\n\nBidang Kemahiran Yang Ditawarkan\nDari bidang Automotif hingga Operasi Makanan dan Minuman, terdapat pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan oleh SKM. \nCalon yang berminat boleh lihat senarai program yang ditawarkan serta lokasi Pusat Bertauliah di pautan berikut :\nhttps://www.myspike.my/index.php?r=site%2Findex-pelajar\nCara Peroleh Sijil Kemahiran Malaysia\nSijil Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga kaedah seperti berikut :\n1.Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf\nKaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.\n2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)\nKaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.\n3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)\nKaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan).\nCalon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.\nTahap Pengajian SKM Yang Pelajar TVET Perlu Tahu\nSebagai pelajar TVET, anda perlu tahu yang Sijil Kemahiran Malaysia mempunyai 5 tahap. \nLebih tinggi tahap pengajian anda, lebih bertambah kemahiran dan pengetahuan anda. \nSecara tak langsung, peluang pekerjaan serta gaji permulaan yang bakal ditawarkan juga akan lebih tinggi.\n5 tahap Sijil Kemahiran Malaysia adalah seperti berikut :\nTahap 1 (SKM Tahap 1) \u2013 Peringkat Operasi dan PengeluaranTahap 2 (SKM Tahap 2) \u2013 Peringkat Operasi dan PengeluaranTahap 3 (SKM Tahap 3) \u2013 Peringkat PenyeliaanTahap 4 (DKM Tahap 4) \u2013 Peringkat Penyeliaan Tahap TinggiTahap 5 (DLKM Tahap 5) \u2013 Peringkat Pengurusan\n\nHalatuju Karier Khas Untuk Lepasan SKM\nPeluang Sambung Pengajian\nLepasan SKM atau TVET juga boleh lanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi yang berminat.\nMereka boleh ambil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).\nKini, terdapat banyak universiti khususnya berstatus MTUN (Rangkaian Universiti Teknikal di Malaysia) yang menerima lepasan SKM/DKM untuk menyambung peringkat sarjana muda / sarjana / kedoktoran.\nSenarai universiti berstatus MTUN adalah seperti berikut :\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Malaysia Pahang (UMP)\nPeluang Menjadi Tenaga Pengajar TVET\nSekiranya pelajar berminat untuk menjadi tenaga pengajar TVET, mereka juga boleh menjalani latihan di CIAST atau institusi lain yang menawarkan sijil Vocational Training Operation (VTO) dengan memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3.\n\nOleh itu, jadikanlah TVET sebagai pilihan hala tuju pendidikan anda. \u00a0Dengan minat dan usaha yang konsisten, anda pasti dapat mengubah masa depan melalui SKM.\nMaklumat lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Sijil Kemahiran Malaysia, sila ikuti laman Facebook Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) https://www.facebook.com/ptpkonline dan layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-malaysia-2023/", "title": "Piala Malaysia 2023 : Tarikh, Jadual Perlawanan, LIVE Streaming", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPIALA MALAYSIA 2023 : JADUAL & PERLAWANAN LIVE\nSaingan Piala Malaysia pada musim ini menghadirkan kelainan dengan format baharu.\nBuat pertama kalinya, 2 pasukan teratas Liga M3 akan menyertai kejohanan ini bersama 14 pasukan Liga Super.\nKeseluruhannya sebanyak 16 pasukan akan berentap di peringkat awal.\n\n\n\n\n\n\nKali ini juga tiada peringkat kumpulan dan yang hanya adalah peringkat kalah mati yang mana akan diadakan secara timbal balik \u2013 bermula dengan pusingan 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (satu perlawanan).\nJom baca selanjutnya!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFormat Baharu Pertandingan Piala Malaysia 2023\n\n \nKeputusan Undian & Kelayakan\n\n \nSiaran Langsung Piala Malaysia 2023\n\n\nFormat Baharu Pertandingan Piala Malaysia 2023\nBerikut merupakan format terkini Piala Malaysia 2023 yang penyokong Liga Malaysia mesti tahu:\n\n14 pasukan dari Liga Super dan 2 pasukan teratas dari Liga M3 akan berentap.\n16 pasukan yang tersenarai adalah seperti berikut.\nPasukan yang layak secara automatik adalah berdasarkan kedudukan 1 hingga 8 dalam Liga Super.\n\nPasukan Liga Super yang berkedudukan 9-14 dan pasukan Liga M3 yang berkedudukan 1-2 akan diundi.\nPasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir secara automatik akan meneruskan cabaran di pentas MFL Challange Cup 2023.\n\n\n14 pasukan Liga Super dan 2 pasukan teratas Liga M3 bakal mempertaruhkan aksi yang akan dimainkan secara timbal balik bermula dengan pusingan 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (satu perlawanan).\n\nSaksikan siaran langsung nanti di Astro Arena (801), Astro Arena Bola 1 (803), Astro GO dan YouTube Astro Arena.\nKeputusan Undian & Kelayakan\nKeputusan undian Pusingan 16 Pasukan Piala Malaysia 2023.\n\nSiaran Langsung Piala Malaysia 2023\nPertandingan Piala Malaysia 2023 akan bermula pada Ogos dan aksi final dijangka bakal berlangsung pada Disember.\nSaksikan siaran langsung nanti di Astro Arena (801), Astro Arena Bola 1 (803), Astro GO dan YouTube Astro Arena.\n\nPasukan manakah pilihan anda dan pasukan mana agaknya yang akan bertanding di pentas final nanti?\nSumber : \n\nMalaysian Football League\nhttps://www.malaysianfootballleague.com/\n\nBaca juga: \n\nPiala MFL 2023: Senarai Pasukan, Jadual Perlawanan, Siaran Langsung\nPiala AFC 2023 Qatar : Tarikh & Jadual Perlawanan Terkini\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/keputusan-ajl-37-pemenang/", "title": "Keputusan AJL 37: Pemenang & \u2018Highlights\u2019 Anugerah Juara Lagu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan AJL 37 : Pemenang Anugerah Juara Lagu 2022 / 2023\nAina Abdul merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.\nDengan pengumuman tersebut, Aina memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.\nAina turut diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM12,000.\nNaib juara AJL 37 menjadi milik lagu Suatu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne dan Joe Flizzow ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow dan mereka membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000.\nMenduduki tempat ketiga adalah lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos menerusi lagu ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis dan lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.\nKemenangan itu melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.\nShiha Zikir mengungguli kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi.\nKhai Bahar yang mendendangkan lagu Sengsara ciptaan dan lirik Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.\nPERSAINGAN SENGIT! INI KOMEN JURI-JURI TENTANG SETIAP KEPUTUSAN PEMENANG AJL 37 YANG DINOBATKAN\n\n\n\n\n\n\nKetua Juri Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37), Datuk Mokhzani Ismail mendedahkan persaingan sengit berlaku antara lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dan Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne.\nMenurut Mokhzani, Terus Hidup bersaing rapat dengan Satu Malam Di Temasek namun apa yang memisahkan mereka sebagai juara dan naib juara adalah persembahan vokal.\n\u201cMalam ini kita dapat lihat dua lagu yang sangat dekat beza markah mereka iaitu Terus Hidup dan Satu Malam Di Temasek. Apabila permarkahan dibuat menerusi melodi, ia ada pada Terus Hidup, manakala kreativiti pula ada pada Satu Malam Di Temasek.\n\u201cNamun, kedua-dua lagu mempunyai kekuatan pada lirik dan juga vokal. Tapi kami melihat kekuatan vokal dalam dua medium, iaitu vokal dalam album dan juga vokal atas pentas AJL 37.\n\u201cTatkala Aina dinobatkan sebagai Vokal Terbaik, ia adalah antara faktor yang mengangkat ia menjadi juara dengan kelebihan sebanyak dua markah. Begitu juga dengan lagu yang meraih tempat ketiga. Kalau kita lihat ada tujuh buah lagu yang mempunyai genre pop dan balada.\n\u201cJadi kami barisan juri cuba mencari adakah kelainan lain yang dapat diangkat dan kita lihat naskhah yang dibawakan oleh lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos jadi pilihan.\n\u201cSelain itu, antara lagu yang turut mendapat markah yang paling hampir adalah Korban nyanyian Ernie dan Kembali Terang nyanyian Marsha Milan yang masing-masing berada di tempat keempat,\u201d katanya ketika sidang media usai AJL 37, malam tadi.\nDedah Mokhzani, susunan lagu Terus Hidup di AJL 37 yang dijayakan oleh Jenny Chin \u2018berbahaya\u2019 dan mampu menjerat Aina namun penyanyi itu sukses membawakannya dengan baik.\n\u201cJika diteliti semula persembahan \u2018live\u2019 Aina menerusi Terus Hidup berbading versi rakaman, ada sedikit perbezaan. Apa yang digarap oleh Jenny dalam susunan lagu itu bukan mudah.\n\u201cKalau disemak kembali bahagian akhir lagu yang dipersembahkan secara langsung, ada \u2018progression chord\u2019 yang boleh \u2018menjerat\u2019 Aina.\n\u201cMenariknya, bahagian \u2018susah\u2019 itu disampaikan Aina dengan baik. Jadi, juri sebulat suara meletakkan Aina sebagai juara AJL 37 tanpa menidakkan kekuatan lagu Semalam Di Temasek yang hadir dalam satu naskhah bersifat luar biasa,\u201d katanya lagi.\nSumber: xtra.com.my\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Penuh Pemenang AJL 37\n\n \nKemuncak AJL37 (Highlights)\n\n \nSenarai Pemenang AJL 1986 \u2013 2022\n\n \n[FULL] Siaran Ulangan Anugerah Juara Lagu AJL 37\n\n\nSenarai Penuh Pemenang AJL 37\nTahniah buat para pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)! \nBerikut keputusan rasmi dan senarai pemenang AJL 37 :\n\nJuara AJL37: Terus Hidup \u2013 Aina Abdul \nNaib Juara: Satu Malam Di Temasek \u2013 Joe Flizzow & SonaOne \nTempat Ke-3: Anugerah Terindah \u2013 Alif Satar & The Locos \nVokal Terbaik: Aina Abdul \nPersembahan Terbaik: Irama \u2013 Shiha Zikir \nPenyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar \n\n\n\n\n\n\n\nKredit: Facebook TV3 Malaysia\nKemuncak AJL37 (Highlights)\nKemuncak malam paling berprestij industri muzik tanah air, AJL37 telah melihat 12 lagu bertarung untuk gelaran Juara Lagu. \nLagu-lagu yang tersenarai sebagai finalis adalah: \n\nNang \u2013 Iman Troye\nSengsara \u2013 Khai Bahar\nMainan \u2013 Naim Daniel \nBahagiakan Dia \u2013 Shila Amzah & Liza Hanim \nAnugerah Terindah \u2013 Alif Satar & The Locos \nKorban \u2013 Ernie Zakri \nPayung Pelangi \u2013 Noki & MK \nIrama \u2013 Shiha Zikir \nDebu \u2013 Dayang Nurfaizah & Amir Masdi \nKembali Terang \u2013 Marsha Milan \nTerus Hidup \u2013 Aina Abdul \nSatu Malam Di Temasek \u2013 Joe Flizzow & SonaOne\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=PLVVd2BDl5o\n\nSaksikan sorotan persembahan daripada Blues Gang, kumpulan Exists dan Kugiran MASDO dengan lagu Khatulistiwa dan Apo Nak Di Kato, Langkah Seiringan dan Bunga di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37).\n\n\n\nHIGHLIGHT: Sengsara \u2013 Khai Bahar |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Terus Hidup \u2013 Aina Abdul |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Payung Pelangi \u2013 Noki & MK |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Debu \u2013 Dayang Nurfaizah & Amir Masdi |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Satu Malam Di Temasek \u2013 Joe Flizzow & SonaOne |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Irama \u2013 Shiha Zikir |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Korban \u2013 Ernie Zakri |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Anugerah Terindah \u2013 Alif Satar & The Locos |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Bahagiakan Dia \u2013 Shila Amzah & Liza Hanim |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Kembali Terang \u2013 Marsha Milan |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Mainan \u2013 Naim Daniel |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Nang \u2013 Iman Troye |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nHIGHLIGHT: Lagu Untukmu / 7 Nasihat / Nuri / Mentera Semerah Padi x Mantera Beradu |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\n\n\nSenarai Pemenang AJL 1986 \u2013 2022\nAnda berpuas hati dengan keputusan AJL 37 ? \nBerikut senarai pemenang AJL dari tahun 1986 \u2013 2022.\nTAHUNAJLLAGUPENYANYI19861Sekadar Di PinggiranFRANCISSCA PETER19872Menaruh HarapanZAITON SAMEON19883Kau Kunci Cintaku Di Dalam HatimuRAMLAH RAM19894IsabellaSEARCH19905Janji ManismuAISHAH19916Takdir Dan WaktuMEGA19927Pada Syurga Di WajahmuDATO\u2019 NASH19938Teratai Layu Di Tasik MaduFAUZIAH LATIFF19949Tanya Sama Itu Hud HudDATUK M. NASIR199510Cinta Beralih ArahAISHAH199611Jerat PercintaanDATO\u2019 SRI SITI NURHALIZA199712Ghazal Untuk RabiahDATUK M. NASIR & DATO\u2019 JAMAL ABDILLAH199813CindaiDATO\u2019 SRI SITI NURHALIZA199914AndalusiaDATUK M. NASIR200015BalqisDATO\u2019 SRI SITI NURHALIZA200116Mimpi LailaYASIN200217KeliruNURUL & AJAI200318Bunga-Bunga CintaMISHA OMAR200419Relaku PujukSPIDER200520GemilangJACLYN VICTOR200621Terlalu IstimewaADIBAH NOOR200722Itu KamuESTRANGED200823Lagu UntukmuMEET UNCLE HUSSAIN200924PergiAIZAT AMDAN201025Tolong Ingatkan AkuANA RAFFALI201126Awan NanoHAFIZ SUIP201227Terukir Di BintangAIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA201328Bahagiamu DeritakuHAFIZ SUIP201429Apa KhabarJOE FLIZZOW FT. SONAONE201530PotretAKIM & THE MAJISTRET201631Lelaki TeragungDAYANG NURFAIZAH201732JampiHAEL HUSAINI201833HaramDAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI201934SumpahNAIM DANIEL202035GilaKAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B 202136Pelukan AngkasaSOG & SHILA AMZAH202237Terus HidupAINA ABDUL\n[FULL] Siaran Ulangan Anugerah Juara Lagu AJL 37\nStrim langsung HD hanya di Tonton juga saksikan di TV3. Download aplikasi Tonton atau layari https://www.tonton.com.my \n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=9dbWtbX3TFQ\n\nhttps://www.tonton.com.my/ajl37/\nAnda boleh strim LIVE HD eksklusif di tonton melalui pautan : https://watch.tonton.com.my/#/\natau aplikasi Tonton : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tonton.mobile&hl=ms&gl=US\nBaca juga: \n\nMYTV : Pendaftaran, Saluran & Pemasangan\nModenas Elegan 250 EX: Spesikasi dan Harga\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/irakyat-bank-rakyat-online/", "title": "iRakyat: Daftar & Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\niRakyat merupakan perkhidmatan online banking atau perbankan internet yang disediakan oleh pihak Bank Rakyat bagi para pelanggan mereka.\nPerkhidmatan ini sememangnya percuma untuk para pelanggan mereka di mana mereka boleh melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan banyak lagi.\niRakyat memberi anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.\nPerkhidmatan ini sama sahaja dengan perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh bank-bank lain seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\nMaybank2u \u2013 MaybankCIMB Clicks \u2013 CIMB BankPBe \u2013 Public Bank\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu iRakyat?\n\n \nPendaftaran dan akses iRakyat\n\n \nAplikasi mudah alih iRakyat\n\n \nPerkhidmatan yang terdapat dalam iRakyat\n\n\nApa itu iRakyat?\niRakyat (Bank Rakyat online) ialah cara yang mudah dan selamat untuk melaksanakan perkhidmatan perbankan internet anda yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. \niRakyat boleh diakses melalui:\nPelayar Internet untuk perbankan internet dalam talianPeranti mudah alih untuk Perbankan Mudah Alih\niRakyat boleh diakses dua puluh empat (24) jam, tujuh (7) hari seminggu dan menyediakan akses selamat yang pantas kepada semua keperluan perbankan anda.\nPendaftaran dan akses iRakyat\n\nUntuk menggunakan fungsi yang terdapat pada iRakyat, anda mesti terlebih dahulu mendaftar untuk akaun iRakyat melalui Perbankan Internet Dalam Talian iRakyat. \nAnda boleh mendaftar akaun iRakyat menggunakan:\nKad Debit-i / Kad Kredit-iID Sementara (tanpa Kad Debit-i / Kad Kredit-i)\nSebaik sahaja anda telah mendaftar, anda boleh menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama untuk Perbankan Internet Dalam Talian dan Perbankan Mudah Alih.\nAplikasi mudah alih iRakyat\nBagi kemudahan semua pelanggan, anda boleh mengakses sistem iRakyat dengan lebih pantas dan efisien daripada aplikasi iRakyat Mobile Banking.\nAplikasi ini boleh dimuat turun melalui pauta yang berikut:\nGoogle Play \u2013 AndroidApp Store \u2013 iOS\nPerkhidmatan yang terdapat dalam iRakyat\nLihat paparan akaun simpanan dan semasaPemindahan wangUrusan Tabung HajiBayaran bilBayaran pinjamanUrusan kad kreditTambah nilai akaun prabyarPermohonan secara online (kad kredit, pinjaman peribadi an sebagainyaKiriman wang\u2026 dan banyak lagi\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-maidam/", "title": "Bantuan MAIDAM: Cara Permohonan Zakat & Semakan Status Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJika anda merupakan anak Terengganu, anda layak membuat permohonan bantuan MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) berdasarkan syarat-syarat tertentu.\nMAIDAM menyediakan bantuan untuk para asnaf yang berhak dan memenuhi syarat kelayakan.\nMAIDAM selaku Pihak Berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam keseluruhannya sentiasa berusaha merealisasikan agenda pembangunan keagamaan, pendidikan, Adat Melayu (sosio-budaya), ekonomi dan sistem perundangan secara terancang, menyeluruh dan berkesan.\nBerikut adalah jenis bantuan MAIDAM yang boleh dimohon, syarat kelayakan serta cara permohonannya.\nBaca juga: \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n8 Asnaf Yang Layak Menerima Agihan Zakat & Bantuan MAIDAM 2020\n\n \n1. Faqir\n\n \n2. Miskin\n\n \n3. Amil\n\n \n4. Ar-Riqab\n\n \n5. Al-Gharimin\n\n \n6. Fisabilillah\n\n \n7. Ibnu Sabil\n\n \n8. Muallaf\n\n \nBantuan / Agihan Mengikut Sektor\n\n \n1. Sektor Sosial dan Kemanusiaan\n\n \n2. Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\n\n \n3. Sektor Ekonomi dan Keusahawanan\n\n \n4. Bantuan Saudara Kita (Muallaf)\n\n \nCara Permohonan Bantuan MAIDAM 2020\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n8 Asnaf Yang Layak Menerima Agihan Zakat & Bantuan MAIDAM 2020\nWang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada 8 asnaf yang layak menerima zakat. \nBerikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-\n\n\n\n\n\n\n1.\u00a0Faqir\nBermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nBantuan Kewangan / Saraan BulananBantuan Sempena RamadhanAgihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar ZakatBantuan Dermasiswa IPT Luar NegaraBantuan Dermasiswa IPT Dalam NegaraBantuan Makanan / Keperluan Harian\n2.\u00a0Miskin\nBermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nBantuan Kecemasan / BencanaBantuan Membina dan Membaikpulih RumahBantuan Sempena RamadhanAgihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar ZakatBantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak MiskinBantuan PerubatanBantuan Modal Bahan Mentah untuk PerniagaanBantuan Sara HidupBantuan Serta MertaBantuan Dermasiswa IPT Luar NegaraBantuan Sewa RumahBantuan Makanan / Keperluan Harian\n3.\u00a0Amil\nBermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nAmbilan Terus oleh AmilBantuan mengadakan Pelbagai Kursus\n4.\u00a0Ar-Riqab\nBermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nBantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIVBantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis\n5.\u00a0Al-Gharimin\nBermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nBantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asasBantuan pengurusan jenazah tanpa waris\n6.\u00a0Fisabilillah\nBermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nBantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar NegaraBantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAMBantuan Pendidikan Dalam NegaraBantuan Pendidikan Luar Negara\n7.\u00a0Ibnu Sabil\nBermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nBantuan Tambang Kepada Pelajar Luar NegaraBantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan\n8. Muallaf\nBermaksud seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.\nJenis-jenis bantuan yang disediakan:\nBantuan Saguhati Memeluk IslamBantuan PerkahwinanBantuan Kelas BimbinganBantuan Aktiviti / Program MuallafBantuan Pengajian Muallaf\nBaca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\nBantuan / Agihan Mengikut Sektor\nBerikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan :\n1. Sektor Sosial dan Kemanusiaan\nBantuan Bulanan.Bantuan Sara Hidup.Bantuan Baikpulih Rumah / Bina Rumah Baru.Bantuan Perubatan / Hemodialisis.Bantuan Kecemasan/Bencana.Bantuan Berhutang.Bantuan Sewa Rumah.Bantuan Serta-Merta.Bantuan Sempena Ramadhan.Bantuan Pusat Pemulihan / Rumah Perlindungan.Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.Bantuan Masjid Surau.\n2. Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nBantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT \u00a0Program Memartabatkan Institusi Ulama\u2019Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT. \u00a0Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT. \u00a0Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .Bantuan Persekolahan.Latihan Kemahiran Anak Asnaf.Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.\n3. Sektor Ekonomi dan Keusahawanan\nBantuan Modal Berdikari / Perniagaan.Kursus Keusahawanan Asnaf.\n4. Bantuan Saudara Kita (Muallaf)\nSaguhati Hari RayaBantuan Kewangan BulananElaun Kehadiran Kelas Agama AsasBantuan Sewa RumahDermasiswa MuallafBantuan PerkahwinanBantuan Umum PelajaranPembinaan Rumah IndividuSaguhati Galakan Saudara BaruBantuan ModalBantuan Perubatan MuallafKursus dan LatihanPengurusan JenazahBantuan Berkhatan\nCara Permohonan Bantuan MAIDAM 2020\nBermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.\u00a0\nLangkah Permohonan Bantuan MAIDAM adalah seperti berikut:\nPermohonan boleh dilakukan secara online.Pilih borang permohonan berkaitan untuk dimuat turun melalui http://www.espmb.com/maidam_zakat/Isi maklumat yang dikehendaki.Cetak semua borang permohonan.Hantar borang asal beserta salinan dokumen yang dikehendaki ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.\nBaca juga : Bantuan JKM: Daftar & Semak Status Pembayaran Online\nSemakan Status Permohonan\nBagi menyemak status permohonan yang telah dibuat, ikuti langkah mudah berikut:\nLayari laman web rasmi semakan bantuan MAIDAM di http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspxMasukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan tanpa tanda sengkang.Lihat status yang tertera pada skrin.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di alamat berikut:\nMajlis Agama Islam dan Adat Melayu TerengganuPusat Pentadbiran Islam Negeri,Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad20519 Kuala Terengganu.Terengganu.Telefon: 09-6303030Faks: 09-6247917\nE-mail : [email\u00a0protected]\nAnda juga boleh melayari laman web rasmi MAIDAM untuk pelbagai info terkini di http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/ atau follow Page Rasmi MAIDAM di pautan https://www.facebook.com/pg/maidamterengganu/posts/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/keluarga-malaysia/", "title": "Keluarga Malaysia: Konsep, 3 Teras Utama, Lirik Lagu Tema & Logo", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKonsep \u2018Keluarga Malaysia\u2019 telah menjadi sebutan apabila ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia dianggap sebagai satu simbol kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi krisis akibat pandemik COVID-19. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep secara lebih terperinci.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Konsep Keluarga Malaysia\n\n \n3 Teras Utama\n\n \nKepentingan / Visi\n\n \nLagu Keluarga Malaysia\n\n \nLogo Keluarga Malaysia\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Konsep Keluarga Malaysia\nKonsep Keluarga Malaysia dicetuskan oleh YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob, pada 22 Ogos 2021 dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.\nPendekatan ini diperkenalkan dengan mengajak rakyat pelbagai agama, bangsa dan kaum bersama-sama untuk memulihkan semula keadaan negara ini.\n\u2018Keluarga Malaysia\u2019 jelas menunjukkan kepentingan institusi keluarga dalam menghadapi situasi yang mencabar.\n\n3 Teras Utama\nKonsep \u2018Keluarga Malaysia\u2019 telah menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik Covid-19.\n3 teras utama yang digariskan adalah:\nKeterangkuman (inclusivity)Kebersamaan (common ground)Kesyukuran (contentment)\nKETERANGKUMAN\n\n\n\n\n\n\nDalam konteks negara, kita adalah #KeluargaMalaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia. Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan \u2018keterangkuman\u2019 (atau inclusivity) dalam perbezaan, menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.\nKEBERSAMAAN\nPelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif, untuk rakyat dengan pantas dan berkesan. Ini merupakan usaha mencari \u2018kebersamaan\u2019 (atau common ground) agar pemegang taruh utama iaitu #KeluargaMalaysia merasai nikmatnya.\nKESYUKURAN\nToleransi masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kaum dalam kalangan #KeluargaMalaysia sudah berlangsung puluhan tahun. Namun, tidak mudah mempertahankan payung toleransi andainya #KeluargaMalaysia meminggirkan nilai-nilai yang boleh mewujudkan konflik dan perbezaan. Rasa \u2018kesyukuran\u2019 (atau contentment) terhadap toleransi ini telah diterjemahkan sebagai salah satu ciri-ciri #KeluargaMalaysia.\nManakala antara pengkayaan nilai di bawah tiga teras ini adalah seperti berikut :\nMenyemai budaya integriti dalam keluargaMenjadikan budaya amanah sebagai budaya keluargaMenjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluargaMenjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluargaMenerapkan budaya ilmu dalam keluarga dan masyarakatMenyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam keluarga dan masyarakatMembina akhlak mulia seluruh anggota keluarga\nBersandarkan konsep ini, negara akan dipacu untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, seterusnya menjamin kesejahteraan setiap penduduk di negara bertuah ini.\nKepentingan / Visi \nKepentingan konsep Keluarga Malaysia ini adalah untuk memulihkan negara dan mencapai status Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.\n\nBidang tumpuan utama merangkumi:\nMemulih semula dan merapatkan jurang ekonomiMenyatupadukan seluruh rakyat Malaysia di bawah naungan Keluarga MalaysiaMengetepikan perbezaan politik untuk mencapai kestabilan\n\nLagu Keluarga Malaysia\nBerikut dikongsikan lagu tema #KeluargaMalaysia yang diterbitkan oleh Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) dan Rocketuel Entertainment.\nLIRIK : Tan Sri Datuk Seri Pangila TPr. Annuar Haji Musa\nKOMPOSER : Jerry\n\nNun dilangitCahaya bersinarMenyinari bumi merdeka\nIni masaBuang permusuhanPadamkan sengketa dijiwaAyuh bukaPintu pintu dihatiRapatkan jurang satukan tekad azam untuk Malaysia\nAyuh kitaBersama bangunkan semulaRapatkanHatimu hapuskanlah kebencian\nAyuh kitaZahirkan impian bersamaMenjunjungSemangat yang bernama keluargaMalaysia\nMUSIC BRIDGE\nDari timur barat dan selatanIni lah masanya bersama\nAyuh kitaHenti menuding menyalahTegaskanNiatmu sempurnakan keazaman\nHanya kitaRakyat berbagai bangsaMampu membangunkan membentukkan arah untuk Malaysia\nAyuh kitaBersama bangunkan semulaRapatkanHatimu hapuskanlah kebencian\nAyuh kitaZahirkan impian bersamaMenjunjungSemangat yang bernama\nKeluargaMalaysia\n\n\n\nLogo Keluarga Malaysia\n\nMuat turun : \nLawati Laman Web Rasmi Keluarga Malaysia\nMaklumat Lanjut\nMuat turun eBook #KeluargaMalaysia:\neBook-Keluarga-MalaysiaDownload\nBaca juga:\nKadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap KategoriMyKasih: Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/email-mohon-kerja/", "title": "Contoh Email Mohon Kerja Yang Ringkas & Padat (BM & BI)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTeruskan bacaan mengenai cara menulis email mohon kerja secara profesional bagi menunjukkan kepada para majikan bahawa anda seorang yang profesional. \nApabila anda ingin memohon pekerjaan yang diiklankan di media sosial, internet dan seumpamanya, biasanya pihak syarikat yang mengiklankan pekerjaan tersebut akan meminta calon yang berminat untuk menghantar resume atau CV mereka melalui emel.\nBagi menunjukkan kepada bakal majikan yang anda berminat dengan pekerjaan atau jawatan yang ditawarkan, anda mestilah menghantar emel permohonan kerja tersebut dengan penuh profesional.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIsi Yang Wajib Dimuatkan Dalam Emel Memohon Kerja\n\n \nFORMAT MENULIS E-MAIL UNTUK MOHON KERJA\n\n \nContoh Email Mohon Kerja (BM)\n\n \nContoh Emel Permohonan Kerja (BI)\n\n\nIsi Yang Wajib Dimuatkan Dalam Emel Memohon Kerja\n\nTidak cukup sekadar melampirkan resume/CV tanpa menulis apa-apa pada emel tersebut kerana perbuatan tersebut jelas menunjukkan anda kurang beradab dan tidak profesional.\nSekurang-kurangnya karang beberapa perenggan menyatakan beberapa perkara berikut:\nPekerjaan sekarang termasukan jawatan dan nama syarikat (sekiranya sudah bekerja)Nyatakan sebab kenapa berminat dengan jawatan yang ditawarkanNyatakan skill yang ada miliki dan/atau projek penting yang ada pernah terlibatNyatakan mengapa anda merupakan calon yang layak untuk jawatan yang diiklankanNyatakan nombor telefon yang boleh dihubungiLampirkan resume/CV anda\nFORMAT MENULIS E-MAIL UNTUK MOHON KERJA\nMelalui Facebook, seorang majikan berkongsi beberapa tips penting yang mungkin dianggap remeh oleh calon yang memohon kerja. Sila take note ya!\n1. Alamat E-mel ProfessionalMohon sangat untuk anda gunakan email yang nampak professional, bukan email yang berbelit belit lidah nak baca, lepas tu siap ada cayunk-cayunk @gmail lagi adeh.\n\n\n\n\n\n\n2. \u2018Subject Header\u2019Bagi saya ini penting, mohon gunakan \u201cSubject di email\u201d untuk tulis apa tujuaan anda send email, jika tujuan anda untuk apply kerja, tulis jenis jawatan yang anda ingin mohon.\n3. Isi Kandungan E-melYang ni ramai abaikan, kome ingat cukup dengan hanya send resume tanpa satu ayat pun?\nBiasakan tulis,\nPengenalan diri secara ringkas,Pengalaman praktikal/kerja,Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,Butiran untuk dihubungi, dan\nYANG NI BONUS KALAU ADA,\u2018Recommendation Letters\u2019Surat sokongan bertulis dari majikan tempat anda pernah pratikal / latihan industri).\nSelepas anda ikut apa yang saya tulis ini, berserah dan berdoa kepada Allah, moga-moga syarikat yang anda mohon kerja terbuka hati untuk panggil anda interview.\nAkhir kata,Semoga dengan adanya status ini, saya harap tidak lagi anda send permohonan kerja yang salah.\n\n\nBaca lagi tips mohon kerja melalui e-mail : https://www.facebook.com/irmeorshamshir/posts/10205451054090350\nArtikel berkaitan: SIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan\nContoh Email Mohon Kerja (BM)\nBerikut merupakan contoh email mohon kerja dalam bahasa Melayu.\nSelamat sejahtera Tuan/Puan [NAMA],\nSaya [NAMA] dan kini merupakan seorang [PEKERJAAN SEKARANG] di [NAMA SYARIKAT] sangat berminat untuk memohon jawatan [JAWATAN YANG DI IKLANKAN] yang diiklankan oleh syarikat tuan/puan. \nSaya berpengalaman selama [NYATAKAN PENGALAMAN] dalam bidang [NYATAKAN KERJA DAN SKILL ANDA]. Saya berharap dapat menyumbangkan kepakaran saya kepada syarikat tuan/puan dan pada masa mengembangkan lagi pengalaman saya dalam jawatan yang dipohon. \nDilampirkan adalah resume dan cover letter untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.\nSekian, terima kasih.\n[NAMA][NO TELEFON]\nContoh Emel Permohonan Kerja (BI)\nBerikut merupakan contoh email mohon kerja dalam bahasa Inggeris.\nDear Hiring Manager, \nI was keenly interested in reading the job posting for the position of [POSITION ADVERTISED]. I believe my experience is a strong match for the responsibilities pertaining to this role, and I\u2019m pleased to submit my application for the position.\nMy most recent [CURRENT POSITION], where I [JOB DESCRIPTION]. In addition, [SKILL].\nI have attached my resume to this letter. Through it, I hope you will learn more about my background, education, achievements, and awards.\nIf I can provide you with any further information, please let me know. I look forward to hearing from you about this opportunity.\nThank you for your consideration.\n[NAME][PHONE NUMBER]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dividen-cbp-co-opbank-pertama/", "title": "e-Semakan CBP : Semak Penyata & Dividen Co-opBank Pertama", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCo-opBank Pertama (CBP) mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.\nKetua Pegawai Eksekutif Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata peningkatan jumlah bayaran itu berbanding RM58.94 juta pada 2021, akan memberi manfaat kepada 91,133 anggota CBP yang layak.\n\u201cJumlah syer keseluruhan CBP adalah RM985.43 juta setakat 31 Dis 2022,\u201d katanya dalam kenyataan bertarikh 6 Julai 2023.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Dividen CBP 2023 Co-opBank Pertama\n\n \nCara Pengeluaran Dividen CBP\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nMengenai CBP\n\n\nSemakan Dividen CBP 2023 Co-opBank Pertama\nSuruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen bagi syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) CBP bagi tahun kewangan berakhir 2022 seperti yang dimohon.\n\n\n\n\n\n\nKadar dividen bersih bagi tahun 2022 adalah sebanyak 6.88 peratus bagi syer iRCPS dan 6.30 peratus bagi syer biasa dan ini juga adalah setanding dengan jumlah dividen yang dibayar oleh dana pelaburan lain di Malaysia.\nCara Pengeluaran Dividen CBP\nPengeluaran dividen secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web e-Semakan CBP bermula 7 Julai 2023 di https://dividen.cbp.com.my.\nManakala penyata dividen boleh disemak mulai 11 Julai 2023.\nBagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun 2021 yang berjumlah RM86.14 juta, didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh pengurusan CBP.\nSoalan Lazim\nBerikut dikongsikan soalan lazim (FAQ) berhubung pembayaran dividen 2022 oleh pihak CBP untuk makluman semua anggota terlibat.\n\n\n\n\nNOTA:\nMaklumat pembayaran dividen 2022 pada 7 Julai 2023,Jumaat ke akaun simpanan CBP para anggota.\nPengeluaran dividen boleh dibuat di kaunter cawangan atau transaksi IBG e-semakan bermula 7 Julai 2023 .\nBaca juga: \n\nMySPR Semak \u2013 Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)\nSenarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2023-2024)\n\nMengenai CBP\nKoperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP) adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 yang dikawalselia bersama oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). \nCBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh shariah dan mempunyai 29 buah cawangan di seluruh negara.\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://www.cbp.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengecualian-bil-air-selangor-banjir/", "title": "Semakan Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor Januari 2022 (Banjir)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAir Selangor akan memberikan pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 kepada para pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini. \nPengecualian ini merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. \nSebagai tambahan, Air Selangor turut memanjangkan inisiatif ini kepada para pelanggan dengan akaun Domestik yang terkesan di Kuala Lumpur. \n\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan pengecualian bayaran bil Air Selangor dan talian yang perlu dihubungi sekiranya anda tidak tersenarai.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelayakan\n\n \nApakah Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor (Banjir) ?\n\n \nSenarai Daerah & Kawasan Terlibat Untuk Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor Januari 2022\n\n \nCara Memohon Pengecualian\n\n \nSemakan Pengecualian\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelayakan\nSemua pengguna akaun DOMESTIK di kawasan-kawasan yang terjejas banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh 1 bulan secara automatik dan mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor.\nApakah Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor (Banjir) ?\nPengurusan Air Selangor Sdn Bhd memberi pengecualian bayaran bil air untuk 1 bulan iaitu bagi bulan Januari 2022 kepada akaun domestik yang terkesan berikutan musibah banjir yang melanda negeri Selangor.\nSenarai Daerah & Kawasan Terlibat Untuk Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor Januari 2022\nUntuk senarai penuh daerah dan kawasan terlibat, anda boleh rujuk di lampiran di bawah atau muat turun melalui pautan berikut https://bit.ly/3eM0OFx\nKAWASAN-TERJEJAS-BANJIR-AIR-SELANGORDownload\n\nUntuk makluman, sepanjang tempoh Januari 2022, bil air bulanan akan terus dikeluarkan kepada pengguna di kawasan yang terjejas banjir. \nNamun begitu, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.\nCara Memohon Pengecualian\nPara pelanggan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik yang mana mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang.\nAir Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.\nSemakan Pengecualian\nAir Selangor masih berurusan dengan Unit Penyelaras Bencana Banjir Negeri bagi mengenalpasti mangsa-mangsa yang terlibat dalam usaha memberikan pengecualian bayaran.\nPengguna boleh melayari www.airselangor.com atau melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter untuk mendapatkan info terkini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.\nFAQ-Pengecualian-Bayaran-Bil-Bulan-Januari-2022Download\n\nBaca juga:\nBaucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia (Banjir)Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500\nMaklumat Lanjut\nJika anda terjejas banjir namun tidak tersenarai dalam jadual yang dilampirkan, sila hubungi Air Selangor melalui saluran berikut:\nHotline Air Selangor : 15300Facebook : Air Selangorwww.airselangor.com\nUntuk maklumat lanjut, klik di sini https://bit.ly/3eRfvai\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-pinjaman-kerajaan-negeri-sarawak-bpkns/", "title": "Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram yang dikenali sebagai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) untuk semua anak jati Sarawak.\nIni merupakan berita baik buat para pelajar anak kelahiran Sarawak yang ingin melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik pada sesi tahun 2022/2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang BPKNS khususnya bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?\n\n \nTarikh Permohonan BPKNS 2022 / 2023\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?\nBiasiswa pinjaman ini merupakan satu konsep menarik dimana pelajar yang layak hanya perlu membayar kembali 25% sahaja daripada pinjaman yang diberikan dengan syarat mereka berjaya menamatkan pengajian.\n\n\n\n\n\n\nTempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).\nPara pelajar yang layak mendapat bantuan BPKNS bakal menerima bantuan-bantuan dalam bentuk yang berikut:\nYuran PengajianElaun Sara HidupElaun PengangkutanElaun Buku, Pakaian dan lain-lain\n\nTarikh Permohonan BPKNS 2022 / 2023\nPermohonan bagi program BPKNS ini dibuka bagi tempoh 26 September hingga 9 Oktober 2022.\nSyarat Kelayakan\nPara pelajar yang berminat perlulah memastikan mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah untuk dipertimbangkan bagi program ini\nPeribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak;\u00a0Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian\u00a0secara sepenuh masa\u00a0di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara;Terbuka kepada semua kursus pengajian\u00a0KECUALI PENDIDIKAN\u00a0dan\u00a0PERUBATAN\u00a0sahaja;Pelajar yang menerima tawaran BPKNS\u00a0WAJIB MEMBATALKAN\u00a0bantuan pendidikan yang\u00a0lain.\nCara Memohon\nPermohonan untuk program ini boleh dilakukan di atas talian melalui laman web rasmi program ini di alamat https://escholarship.sarawak.gov.my/\nPemohon dikehendaki mengemaskini butiran peribadi danmembuat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Peringkat DIPLOMA Sesi2022/2023 di dalam sistem E-Scholarship. \nPemohon wajib mendaftar akaun Sarawak ID. \nPemohon yang telah mengisi butiran peribadi perlu membuat permohonan BPKNS Peringkat DIPLOMA Sesi 2022/2023 bermula 1Ogos 2022.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda berminat dengan program Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) ini tetapi mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas di talian 082-236325, 082-236554 atau 082-237258.\nSelain itu, anda juga boleh berhubung dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak:\nTingkat 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok, 93400,Kuching Sarawak\nTEL: 082-236 325/ 544FAKS: 082-237 258 / 010\nBaca juga: \nPermohonan UiTM : Semakan Surat Tawaran & Pendaftaran Onlinei-Bita Penang 2022: Semakan & Permohonan Bantuan IPT\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-kasih-keluarga-malaysia-banjir/", "title": "Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKepada warga penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir yang dikenali sebagai Rumah Kasih Keluarga Malaysia.\nKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) masing-masing diperuntukkan RM50 juta bagi usaha tersebut di mana kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diperuntukkan bagi baik pulih rumah dan RM56,000 (kos bina baharu).\nTanggungjawab bersama tersebut dilaksanakan secara bersepadu dengan KPKT bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori bandar) di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala KLPB pula bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori luar bandar) di luar kawasan pentadbiran PBT.\nInisiatif ini juga akan melibatkan peranan pelbagai pihak antaranya di peringkat agensi pusat iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).\n\n\n\n\n\n\nAntara lain yang terlibat adalah ialah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan negeri terlibat banjir dan pihak berkuasa tempatan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk anda membuat permohonan sekiranya terjejas banjir.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia?\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nCara Permohonan Rumah Kasih Keluarga Malaysia\n\n \nAnggaran Jangka Masa Pembaikan / Pembinaan\n\n\nApakah Program Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia?\nProgram Bantuan Baik Pulih & Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia adalah inisiatif membaik pulih dan membina semula rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).\nTerdapat 3 fasa dalam inisiatif ini iaitu:\nFasa 1Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah.Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjirFasa 2Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri .Fasa 3Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.\n\nKadar Bantuan\nKerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;\nRM15,000 \u2013 baik pulih rumahRM56,000 \u2013 bina baharu rumah (Semenanjung)RM68,000 \u2013 bina baharu rumah (Sabah & Sarawak)\nCara Permohonan Rumah Kasih Keluarga Malaysia\nBerikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan sama ada untuk Pembaikan atau Pembinaan Rumah:\nPermohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.Permohonan akan disahkan oleh PKOBPermohonan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksanaPelantikan Agensi PelaksananPenyaluran peruntukan akan dibuat melalui KPLB atau Kerajaan NegeriPembinaan / pembaikan rumah akan dijalankan\nSila rujuk infografik di bawah untuk info lanjut:\n\nBaca juga: \nWiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan SabahBaucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia (Banjir)Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500\nAnggaran Jangka Masa Pembaikan / Pembinaan\nBerikut adalah anggaran jangka masa siap pembaikan atau pembinaan rumah:\nPembaikan rumahTempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.Pembinaan rumahTempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.\nNOTA: Cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR iaitu Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah dengan keluasan 660 kaki persegi menggunakan teknologi IBS.\nMAKLUMAT LANJUT\nUntuk maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, anda boleh merujuk\nFB rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB): https://www.facebook.com/kplbofficialFB Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT): https://www.facebook.com/KPKTMalaysia/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-hujung-minggu-johor/", "title": "Johor Akan Kaji Semula Cuti Hujung Minggu \u2013 Menteri Besar", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Johor akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri itu.\nDatuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor berkata pihaknya akan mengkaji semula perkara itu supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.\nPenetapan hari cuti minggu yang kini dilaksanakan pada setiap Jumaat dan Sabtu dilaksanakan sejak tahun 2014.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPrihatin Dengan Keluhan Rakyat Negeri Johor\n\n \nCuti Hujung Minggu Jumaat-Sabtu Dilaksana Mulai 2014\n\n\nPrihatin Dengan Keluhan Rakyat Negeri Johor\nMenteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu juga bagi menimbang semula permintaan rakyat khususnya ibu bapa daripada kalangan penjawat swasta yang seringkali tidak mempunyai masa bersama anak-anak mereka.\n\n\n\n\n\n\n\u201cMendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu berbeza untuk kerajaan dan swasta, kerajaan Johor akan mengkaji semula perkara ini (penetapan cuti hujung minggu).\n\u201cIa agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama, saya akan umumkan selepas mendapat kaedah paling tuntas bagi menyelesaikan perkara ini,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan Amanat Menteri Besar Johor 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, pada Selasa.\nBaca juga: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022: Senarai Bantuan Tunai & Insentif Untuk Rakyat Johor\nCuti Hujung Minggu Jumaat-Sabtu Dilaksana Mulai 2014\nPada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.\nBaginda bertitah, pertukaran cuti berkenaan bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari serta memudahkan umat Islam lelaki untuk mengerjakan solat Jumaat.\nKeputusan itu juga dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi.\nSementara itu, Onn Hafiz dalam amanatnya juga menggesa penjawat awam terutama ketua jabatan agar kerap mengambil pendekatan \u2018turun padang\u2019 bagi menyelami masalah rakyat.\n\u201cSaya menyeru kepada semua ketua jabatan persekutuan, negeri dan daerah untuk kerap turun padang untuk melihat sendiri masalah serta tekanan dihadapi rakyat. Empati dengan meletakkan diri sendiri sebagai pengguna.\n\u201cKita perlu serius dan mengubah cara kerja dengan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam supaya pelabur lebih tertarik untuk ke sini,\u201d katanya.\nSumber: Astro Radio News, BERNAMA via Astro Awani \nBaca juga: eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakaian-tradisional-malaysia/", "title": "Pakaian Tradisional Malaysia Mengikut Negeri / Suku Kaum", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPakaian Tradisional Mewakili Suku Kaum Di Malaysia Mengikut Negeri\nBaju kurung adalah salah satu contoh pakaian tradisional Malaysia yang sering mendapat tempat di kalangan kaum lain di Malaysia kerana ia selesa dipakai.\nTapi tahukah anda, terdapat pelbagai jenis baju kurung dan baju tradisional yang unik bagi setiap negeri / suku kaum.\nKeunikan inilah yang menjadikan menyerlahkan lagi unsur kepelbagaian suku kaum di Malaysia.\nAyuh, kita telusuri busana tradisional bagi setiap negeri di Malaysia.\nPakaian Tradisional Malaysia Mengikut Negeri / Suku Kaum\nPAKAIAN TRADISIONAL JOHOR\n\nPAKAIAN TRADISIONAL PERAK\n\nPAKAIAN TRADISIONAL PAHANG\n\n\n\n\n\n\n\nKurung Pahang mempunyai pesak yang kembang. Busana ini dicipta pada era 1880 \u2013 an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah pemerintah Pahang ketika itu. \nBusana ini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan berkancing enam. Baju ini asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana dan golongan bangsawan kerana ianya bersifat eklusif di mana fabrik yang digunakan ketika itu ialah dari kain tenun Pahang sepasang dan juga dipadankan dengan kain songket yang dilipat pinjung sebelah kanan. \nYang membezakannya dengan baju kurung yang lain ialah busana ini tidak mempunyai kekek tapi diganti dengan Pesak Gantung. Perhiasannya pula dikenakan dengan cucuk sanggul dan bunga di kepala bersama dokoh di dada dan kerikam (selendang pendek) di atas bahu.\nPAKAIAN TRADISIONAL MELAKA\n\nPAKAIAN TRADISIONAL PULAU PINANG\n\nPAKAIAN TRADISIONAL KEDAH\n\nPAKAIAN TRADISIONAL PERLIS\n\nPAKAIAN TRADISIONAL KELANTAN\n\nPAKAIAN TRADISIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN\n\nPAKAIAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN\nBaju Kurung Ibu Soko merupakan busana tradisional Negeri Sembilan. Ibu Soko merujuk kepada wanita atau perempuan yang berilmu dan berpengalaman tentang peradaban serta kehidupan perjalanan adat khususnya tentang salasilah kelompok kekeluargaannya.\nBaju Kurung Ibu Soko ini mempunyai leher Telok Belanga jahitan Tulang Belut dan mempunyai kain ikatan Tindih Kasih. Potongan baju ini pula berbentuk kembang payung, berpesak dan berkekek.\nBusana yang digayakan ibu soko adalah berbeza mengikut daerah di Negeri Sembilan. Ibu Soko daerah Kuala Pilah dilengkapi dengan sehelai kain samping ikatan ombak beralun di pinggang. Ibu Soko di daerah Jelebu memakai ikatan kain samping pada kedudukan paras dada.\nIkatan kain samping ini mempunyai maksud dan falsafah yang tertentu, iaitu melambangkan tanggungjawab yang harus dipertanggungjawabkan, tidak boleh berbuat semena-mena dalam bertindak.\nIbu Soko sering menggayakan ikatan kepala yang dipanggil telepok panggilan dikenali di daerah Kuala Pilah atau tengkolok di daerah yang lain. Telepok bukannya kain gerus yang dikenali umum tetapi berasal daripada perkataan lepok bahasa daerah negeri yang bermaksud terletak kedudukannya. Bentuk tengkolok ini datar di tengah-tengah bermaksud tempat musyawarah, melenggong ke kiri dan kanan, mencari kata sepakat seperti kata perbilangan \u2018bulat air dek pembetung, buat kata dek muafakat\u2019. Ibu Soko sering menggunakan selempang yang melambangkan kebesaran serta tanggungjwab terhadap beban, hak dan kewajipan yang menjadi tanggungjawabnya.\n\nPAKAIAN TRADISIONAL SELANGOR\n\nKebaya Selangor merupakan hasil asimilasi melalui perkahwinan Di Raja Selangor dengan kerabat Di Raja Perak dan Kedah. Di Selangor, Pemakaian baju Kebaya yang Labuh dan longgar telah mula dilihat semenjak awal abad ke- 19 dan tersebar ke seluruh daerah Selangor. \nKebaya Selangor atau dipanggil The Malay Dress dipadankan dengan kain sarung dan dipakai ketika melakukan aktiviti seharian dan menghadiri majlis perkahwinan.\u00a0\nAntara ciri Kebaya Selangor ialah berpesak empat dihadapan, lurus, longgar dan berkekek. Selain itu bajunya labuh melepasi lutut, dipakai secara selisih, dilipat sedikit dibahagian leher dan disemat dengan kerongsang.\u00a0\nBaju Kebaya Selangor bersifat longgar seperti baju kurung tradisional dan berbelah dihadapan. Kebaya Selangor dipadankan dengan kain songket, tenun Bugis atau batik mengikut kemampuan atau status pemakai. Kini penggunaan baju kebaya telah divariaikan mengikutyi citarasa si pemakai.\nPAKAIAN TRADISIONAL SABAH\n\nPAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK\n\nPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA\n\nPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA\n\n*Sumber : \n\nBahagian Seni Reka Istana Budaya\nJabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN)\n\nBaca juga: Tema, Konsep & Logo Hari Kebangsaan / Hari Merdeka 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dominos-pizza/", "title": "Menu Domino\u2019s Pizza, Promosi & Harga Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMENU DOMINO\u2019S PIZZA & SENARAI HARGA TERKINI\nSejak bertahun lamanya, Domino\u2019s kekal menjadi antara jenama pizza yang paling digemari rakyat Malaysia. \nTak hanya pizza, malah Domino\u2019s turut tawarkan aneka hidangan lain seperti pasta, lava cake serta pelbagai hidangan sampingan. \nKhas untuk anda yang ingin nikmati Domino\u2019s bersama rakan dan keluarga, jom kita semak menu Domino\u2019s Pizza, harga terkini serta promosi menarik. \n\nBaca Juga : Menu US Pizza, Senarai Harga & Promosi Terkini Jun 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Domino\u2019s Pizza & Harga Terkini 2022\n\n \nFirst Class Pizza\n\n \nPromosi Terkini Domino\u2019s Pizza\n\n \nMenu Terbaru Domino\u2019s serta Promosi Terkini Julai 2022\n\n \nPromosi Menarik Domino\u2019s Ssamjeang\n\n \nPromosi Ayam-Haseyo\n\n\nMenu Domino\u2019s Pizza & Harga Terkini 2022\nFirst Class Pizza\n\nMenuHargaChickensaurus PizzaRM 37.80Ultimate Hawaiian PizzaRM 37.80Meatasaurus PizzaRM 37.80Chicken Confidential PizzaRM 37.80Sambal Surf & Turf PizzaRM 37.80Prawn Sensation PizzaRM 37.80Tropical Sambal Prawn PizzaRM 37.80Prawn Passion PizzaRM 37.80\nCaj tambahan untuk pizza Personal (+RM 4.90), Regular (+RM6.90) dan Larga (+RM9.90)\nClassic\n\n\n\n\n\n\nMenuHargaClassic Chicken PizzaRM 35.80Smokey Pepperoni Mushroom PizzaRM 35.80Classified Chicken PizzaRM 35.80Spicy Sambal PizzaRM 35.80Meat Mania PizzaRM 35.80Spicy Sausage PizzaRM 35.80Extravaganza PizzaRM 35.80Top Secret Quattro PizzaRM 35.80Signature Quattro BeefRM 35.80Signature Quattro ChicRM 35.80\nCaj tambahan untuk pizza Personal (+RM 4.90), Regular (+RM6.90) dan Larga (+RM9.90)\nFavorites\n\nMenuHargaSimply CheeseRM 31.90Veggie GaloreRM 31.90Chicken PepperoniRM 31.90Seafood DelightRM 31.90Beef PepperoniRM 31.90Flaming TunaRM 31.90BBQ ChickenRM 31.90Aloha ChickenRM 31.90Smoky Beef & ChickenRM 31.90Tuna ExtremeRM 31.90Sambal VeggieRM 31.90Tuna TemptationRM 31.90Veggie FiestaRM 31.90Veggie QuattroRM 31.90\nSide Orders\nMenuHargaCrazy Chicken Crunchies \u2013 Tom YamRM 18.00Crazy Chicken Crunchies \u2013 OriginalRM 18.00Roasted Chicken DrummetsRM 18.00Chicken Wings BBQRM 18.00Chicken Wings Hot & SpicyRM 18.00Chicken Wings PlainRM 18.00\nParty Box\n\nMenuHargaFabulous FourRM 39.90\nBreads\n\nMenuHargaBanana Kaya Dessert (9\u201d/6\u201d)RM 12.90 / RM 9.50Garlic Twisty BreadRM 9.50Garlic French LoafRM 9.50BreadstixRM 11.40CinnastixRM 11.40Cheesy Mozzarella StixRM 11.90\nPasta\nMenuHargaSpaghetti Bolognese ChickenRM 18.00Spaghetti Bolognese VegetableRM 15.50Chicken LasagnaRM 15.50\nDesserts\n\nMenuHargaBlueberry CheesecakeRM 15.90Chocolate Lava CakeRM 15.90\nSides\nMenuHargaGarlic Cheese Onion RingsRM 9.50Salsa SauceRM 0.50Tangy Cheese DipRM 0.50Chilli FlakesRM 0.50Icing DipRM 0.50\nDrinks\nMenuHarga7-UpRM 9.90Bleu Mineral WaterRM 5.00Lipton Ice Lemon TeaRM 12.50Mountain DewRM 9.90Pepsi BlackRM 9.90PepsiRM 9.90Twister OrangeRM 15.50Pepsi (Can)RM 7.50Mountain Dew (Can)RM 7.507 Up (Can)RM 7.50Lipton Iced Tea (Can)RM 8.50\nPromosi Terkini Domino\u2019s Pizza\nBeli 1 Percuma 2 (Harga Bermula RM 31.90)\nTebuslah bersama promosi add-on Regular Pizza dengan harga RM 9.90 sahaja.\n\n3 Regular Pizza (Harga Bermula RM 49.90)\n\nDiskaun 50% Untuk Mana-Mana Saiz Pizza (Take Away Sahaja)\n\nUntuk dapatkan Domino\u2019s dengan harga promosi menarik, pesanlah menerusi laman web Domino\u2019s atau aplikasi Domino\u2019s di telefon bimbit anda. Jom dapatkan Domino\u2019s hari ni!\nMenu Terbaru Domino\u2019s serta Promosi Terkini Julai 2022\nDengan menggunakan ramuan segar serta sos Ssamjeang yang pedas, menu Ssamjeang yang ditawarkan oleh Domino\u2019s pasti bakal membuka selera anda! \nAntara menu Ssamnjeang yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nSsamjeang Tuna PizzaSsamjeang Chicken PizzaSsamjeang Beef Bulgogi PizzaAyam-Haseyo\n\n Promosi Menarik Domino\u2019s Ssamjeang\nBagi anda yang ingin nikmati Domino\u2019s Ssamjeang dengan lebih berbaloi, jom dapatkannya dengan harga yang menjimatkan menerusi promosi Buy 1 Free 2. \nPromosi yang berharga dari RM 31.90 ini menawarkan gabungan menu seperti berikut : \n1 Ssamjeang Tuna Pizza1 Garlic Twisty Bread1 Regular Pizza\n\nUntuk upgrade pizza regular kepada pizza Ssamjeang, anda hanya perlu tambah RM 3.90 untuk dapatkan Ssamjeang Chicken Pizza atau RM 7.90 untuk Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza. Berbaloi dan cukup menjimatkan! \n\n\nPromosi Ayam-Haseyo\nUntuk penggemar hidangan dengan citarasa ala Korea, jangan lupa untuk pesan Ayam-Haseyo iaitu ayam drumet yang disaluti dengan sos pedas Korea. Sekali cuba, pasti nak lagi. \nJom dapatkannya dengan harga add-on RM 17.90 bagi 8 ketul dan RM 26.90 untuk 12 ketul.\n\nMenu terbaru Domino\u2019s ini pasti bakal menjadi kegilaan penggemar hidangan Korea yang pedas tapi teramatlah sedap. \nBagi anda yang dah lama tak cuba Domino\u2019s, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda nikmatinya.\n Jangan lepaskan peluang untuk nikmati menu terbaru ini dengan harga promosi sementara stok masih ada! \nPesanlah pizza kegemaran anda secara atas talian atau walk-in ke cawangan Domino\u2019s terdekat. Dijamin lebih berbaloi!\nJom ikuti Facebook Domino\u2019s Pizza Malaysia untuk ketahui promosi serta menu terkini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/menteri-kabinet-anwar-ibrahim/", "title": "Senarai Menteri Kabinet & Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN SENARAI BARISAN KABINET OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM\nBarisan Jemaah Menteri PM Anwar Ibrahim telah diumumkan melalui sebuah sidang media pada jam 8.15 malam, 2 Disember 2022.\nDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.\nZahid akan memainkan peranan sebagai orang kedua terpenting negara selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nSementara itu, Timbalan Perdana Menteri kedua turut diumumkan iaitu DS Haji Fadzillah Jusoh.\nKekuatan Kerajaan Perpaduan dalam Parlimen sudah mencecah sekitar 2/3, di mana dengan mandat ini telah memberi mandat untuk membentuk Jemaah Menteri yang menumpukan pertumbuhan ekonomi yang segar.\nBarisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis angkat sumpah terbabit akan berlangsung jam 3 petang esok.\nSejurus itu, katanya beliau akan segera memanggil jemaah Menterinya untuk perjumpaan khas.\nBerikut dikongsikan senarai rasmi Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh PM Anwar Ibrahim.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n[RASMI] Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan\n\n \nPengumuman Senarai Anggota Kabinet Oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim\n\n\n[RASMI] Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan \nSumber: RTM\n\nBARISAN JEMAAH MENTERI KERAJAAN PERPADUAN\nSenarai Penuh Kerajaan Perpaduan Malaysia\nKementerian, Menteri dan Timbalan\nPerdana Menteri : Anwar Ibrahim\nTimbalan Perdana Menteri : Zahid Hamidi, Fadillah Yusof\nKewangan \nMenteri: Anwar Ibrahim\nTimb: Ahmad Maslan\nTimb: Steven Sim\nKemajuan Desa & Wilayah\nMenteri: Zahid Hamidi\nTimb: Hajah Rubiah\nPerladangan & Komoditi\n\n\n\n\n\n\nMenteri: Fadillah Yusof\nTimb: Siti Aminah Acing\nPengangkutan\nMenteri: Anthony Loke\nTimb: Hasbibullah\nPertanian & Keterjaminan Makanan\nMenteri: Mat Sabu\nTimb: Chang Fung Hin\nPembangunan & Kerajaan Tempatan\nMenteri: Nga Kor Ming\nTimb: Akmal Nasrullah\nMITI\nMenteri: Tengku Zafrul\nTimb: Liew Ching Tong\nPendidikan Tinggi\nMenteri: Khaled Nordin\nTimb: Yusuf Afdal\nSains, Teknologi, Inovasi\nMenteri: Chang Lih Kang\nTimb: Joseph Kurup\nPembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat\nMenteri: Nancy Shukri\nTimb: Aiman Nafirah Sabu\nPerdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup\nMenteri: Salahuddin Ayub\nTimb: Fuziah Salleh\nUndang-undang & Reformasi Institusi\nMenteri: Azalina Othman\nTimb: Ram Karpal Singh\nSumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim\nMenteri: Nik Nazmi\nTimb: Hwang Tiong Si\nPembangunan Usahawan & Koperasi\nMenteri: Ewon Benedict\nTimb: Saraswathi Kandasamy\nLuar Negeri\nMenteri: Zambry Kadir\nTimb: Mohd Al Amin\nPelancongan, Seni & Budaya\nMenteri: Tiong King Sing\nTimb: Khairul Firdaus Akhbar Khan\nKomunikasi & Digital\nMenteri: Fahmi Fadzil\nTimb: Teoh Nie Ching\nPendidikan\nMenteri: Fadhlina Sidek\nTimb: Lim Hui Ying\nBelia & Sukan\nMenteri: Hannah Yeoh\nTimb: Adam Adli\nKesihatan\nMenteri: Dr Zaliha Mustafa\nTimb: Lukanisman\nSabah & Sarawak\nMenteri: Armizan Ali\nTimb: Wilson Ugak\nEkonomi\nMenteri: Rafizi Ramli\nTimb: Hanifah Hajar Taib\nPertahanan\nMenteri: Mat Hasan\nTimb: Adli Zahari\nKerja Raya\nMenteri: Alex Nanti Linggi\nTimb: Abdul Rahmah Mohamad\nDalam Negeri\nMenteri: Saifuddin Nasution\nTimb: Shamsul Anuar Nasarah\nSumber Manusia\nMenteri: V. Sivakumar\nTimb: Mustafa @ Mohd Yunus\nKabinet\nJumlah Menteri: 28 orang\nTimbalan Menteri: 27 orang\nJumlah : 55 orang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaklumat lanjut: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/menteri\nPengumuman Senarai Anggota Kabinet Oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim\nPautan LIVE Streaming Pejabat Perdana Menteri (PMO Malaysia) : https://youtu.be/oUy_U104oDc\n\n\n\nFacebook PMO Malaysia : https://www.facebook.com/PejabatPerdanaMenteriMalaysia\nTwitter MalaysiaPMO : https://twitter.com/MalaysiaPMO\n\nTweets by MalaysiaPMO\n\nInstagram MalaysiaPMO : https://www.instagram.com/malaysiapmo/\nYoutube PMO Malaysia : https://www.youtube.com/c/PejabatPerdanaMenteriMalaysia\nTelegram PMO Info Channel : https://t.me/PejabatPerdanaMenteri\nPautan LIVE streaming Astro Awani : https://youtu.be/MA7uXZGqVcU\n\n\n\n\nSumber: BERNAMA\nBaca juga: \n\nManifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\nBiodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia\nBiodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myice/", "title": "MyICE: Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHebahan Geran MyICE \nMalaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) menawarkan Geran RM10,000 kepada Pertubuhan Berdaftar bagi Kategori :\nKEBAJIKANSOSIALKESELAMATANHAK ASASI\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang geran ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Geran MyICE?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nJumlah Peruntukan\n\n \nTarikh Semakan\n\n \nMuat Turun Manual Panduan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Geran MyICE?\nMalaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang mana ia bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nPertubuhan yang layak menerima MyICE adalah seperti berikut:\u00a0\nPertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.\u00a0Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori:\u00a0Kategori Kebajikan:\u00a0Ibu TunggalKebajikan MasyarakatKebajikan AhliOrang Kurang Upaya (OKU)Warga EmasKanak-KanakKategori Keselamatan:\u00a0Pencegahan JenayahBomba SukarelaKategori Hak Asasi\u00a0Alam SekitarPenggunaManusiaPendidikanKategori SosialAlumniPendidikanPendudukKeturunanPekerjaanPertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.\nCara Permohonan\nPertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di alamat www.eroses.gov.my. \nPermohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.\nPertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE.\u00a0Pemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.\n\nBaca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata\nTarikh Permohonan\nPermohonan MyICE boleh dibuat mulai 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022.\nJumlah Peruntukan\nJumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.\nSurat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh\u00a014 hari daripada tarikh pemakluman.\nTarikh Semakan\nKeputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang. \nKeputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD.\nMuat Turun Manual Panduan\nPanduan Pengguna\u00a0untuk mendaftar CawanganPanduan Pengguna\u00a0untuk mendaftar Persatuan Induk\nBIL\u00a0DOKUMEN\u00a0AKTIVITI1.\u00a0GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERANMUAT TURUN2.\u00a0CONTOH KERTAS KERJA PROGRAMMUAT TURUN3.\u00a0CONTOH LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAMMUAT TURUN\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut berkaitan permohonan geran ini, sila rujuk Soalan Lazim di pautan https://www.eroses.gov.my/\nMaklumat lanjut di https://www.eroses.gov.my/utama_p.php\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-pembatalan-insurans-atau-takaful/", "title": "Cara Pembatalan Insurans atau Takaful & Contoh Surat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanakah caranya melakukan pembatalan insurans atau takaful?\nTakaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.\nOleh itu, sekiranya tiada keperluan mendesak maka anda tidaklah perlu melakukan pembatalan insurans atau takaful anda kerana kita sama sekali tidak mengetahui bilakah musibah akan menimpa diri kita.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerbezaan Insurans atau Takaful\n\n \nPerkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membatalkan polisi\n\n \nCara membatalkan insurans atau takaful\n\n \nContoh surat pembatalan\n\n\nPerbezaan Insurans atau Takaful\nSecara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. \n\n\n\n\n\n\nTakaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.\nDari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). \nPersetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.\nPremium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans.\nAnda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.\nSama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga.\nWalau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan.\nKredit: PruBSN\nPerkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membatalkan polisi\nSeperti dinyatakan di atas, anda hanya digalakkan meneruskan proses pembatalan polisi insurns atau takaful anda sekira anda betul-betul terdesak sahaja.\nUntuk membantu anda membuat keputusan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda betul-betul ingin membatalkan polisi insurans atau takaful anda:\n\nBayaran penalti \u2013 Rujuk dengan ejen insurans / takaful anda sekiranya terdapat sebarang caj penalti yang dikenakan untuk mengelakkan masalah dikemudian hari\nJangan batalkan polisi sedia ada sekiranya anda tidak mempunyai alasan yang munasabah kerana kita tidak tahu bila kita akan ditimpa musibah\nBerbincang dengan ejen anda untuk restructure polisi anda \u2013 anda mungkin boleh meminta pengurangan caruman bulanan untuk mendapat manfaat yang kurang daripada manfaat sedia anda \n\nCara membatalkan insurans atau takaful\nSecara ringkas dan mudahnya, terdapat 2 cara untuk membatalkan isuran atau takaful anda:\n\nMaklumkan kepada syarikat insurans atau takaful kemudian isi borang yang disediakan mereka sekiranya perlu.\nAnda cuma perlu biarkan sahaja premium insurans takaful anda itu luput dengan cara tidak membayar premium insurans atau takaful tersebut.\n\nTetapi pembatalan insurans atau takaful melalui cara kedua ini agak berisiko kerana ia akan menjejaskan rekod sekaligus menyukarkan anda jika ingin memohon polisi lain di masa hadapan.\nBerikut merupakan cara yang betul untuk membatalkan polisi insurans atau takaful anda:\n\nHubungi talian Khidmat Pelanggan (boleh semak melalui laman web insurans atau takaful anda)\nProsedur pembatalan mungkin berbeza-beza antara syarikat penyedian insurans / takaful dimana anda mungkin diminta melakukan salah satu perkara di bawah:\n\nMenghantar emel\nMenghantar surat (lihat contoh surat dibawah)\nMengisi borang pengesahan pembatalan polisi insurans atau takaful\n\n\nDapatkan surat pengesahan pembatalan bagi mengelakkan masalah dikemudian hari\n\nContoh surat pembatalan\nSekiranya anda diminta menghantar surat pembatalan polisi, anda boleh menggunakan format ringkas di bawah:\nContoh-Surat-Pembatalan-Polisi-Insurans-atau-TakafulDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-raja-sehari-perkahwinan-johor/", "title": "Bantuan Raja Sehari RM1000 Untuk Pasangan Pengantin Di Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali berkahwin di negeri Johor kini dibuka untuk bukan anak jati Johor.\nPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata bantuan di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ) itu diberi kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan syarat, pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah.\n\u201cBukan anak jati Johor juga boleh mohon dengan syarat pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah dan salah seorang pasangan sudah menetap di negeri ini melebih tiga tahun.\u201d\nKerajaan negeri Johor mengalu-alukan semua masyarakat yang tinggal dan berkhidmat di Johor memohon bantuan berkenaan dengan dana RM10 juta diperuntukkan kerajaan negeri.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi bantuan berkenaan, RM6 juta diperuntukkan kepada pasangan Islam, manakala RM4juta untuk pasangan bukan Islam. Sejak permohonan dibuka April lalu, 200 pasangan sudah menerima bantuan berkenaan,\u201d katanya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Raja Sehari Negeri Johor untuk maklumat bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Raja Sehari 2022 (Bantuan Perkahwinan Johor)?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Raja Sehari 2022 (Bantuan Perkahwinan Johor)?\nBantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif menerusi Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.\nMenerusi bantuan ini, pasangan yang berkahwin akan menerima bantuan RM1000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan berumahtangga.\n\nSyarat Permohonan\nOrang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahunPerkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di NegeriJohor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawahPermohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendirimenghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.\n\nCara Permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022\nUntuk memohon, sila isikan borang seperti yang dilampirkan di bawah berserta dokumen yang diperlukan :\n\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022 adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan (Lelaki dan perempuan)Salinan buku bank / penyata bank (Lelaki dan perempuan)Salinan surat perakuan nikah (Sijil nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah / Pejabat Agama Islam DaerahSurat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua KampungSlip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung atau Penghulu.\nMUAT TURUN BORANG PDF : https://rb.gy/ujq2w5\nBORANG-TUNTUTAN-RAJA-SEHARI-RM1000Download\n\nTarikh Bayaran\nPembayaran akan dikreditkan ke akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak.\nSatu pasangan layak menerima sekali sahaja bantuan ini.\n\nDifahamkan bayaran telahpun mula dikreditkan.\n\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor, sila hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32.\nFacebook: Jabatan Agama Islam Negeri JohorLaman web: https://jainj.johor.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-ptptn-bajet-2023/", "title": "Diskaun Bayaran Balik PTPTN & Penangguhan (Belanjawan 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nINSENTIF DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI BELANJAWAN 2023\nMenteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\nKerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik sebanyak 20 peratus untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBelanjawan 2023: Insentif Kepada Peminjam PTPTN\n\n \nKadar Diskaun PTPTN Yang Diumumkan Dalam Belanjawan Madani 2023\n\n \nTempoh Diskaun PTPTN 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBelanjawan 2023: Insentif Kepada Peminjam PTPTN\nPembentangan Belanjawan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2023 (Jumaat) memberikan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\nPTPTN amat berterima kasih dan komited untuk melaksanakan inisiatif belanjawan tahun 2023 iaitu insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga (3) bulan bermula 1 Mac 2023. \n\n\n\n\n\n\nPTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam (6) bulan. \nPermohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023. Inisiatif ini menunjukkan keprihatin Kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan. Justeru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\n\nKadar Diskaun PTPTN Yang Diumumkan Dalam Belanjawan Madani 2023\nPemberian insentif yang diumumkan dalam Belanjawan Membangun Malaysia Madani oleh Kerajaan Perpaduan ini adalah mengikut ketentuan seperti berikut:\n\nDiskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman\nDiskaun 15% untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang\nDiskun 15% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual\nDiskaun 5% untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN\n\n\n*Rujuk cara buat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus : Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)\nSemoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan dan secara tidak langsung membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.\nJika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk artikel berikut:\nCara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini\nTempoh Diskaun PTPTN 2023\nTempoh diskaun bermula 1 Mac 2023 sehingga 31 Mei 2023.\nManakala permohonan untuk penangguhan bayaran juga boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.\n\nMaklumat Lanjut\nPTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023. \nUntuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:\n\nCareline PTPTN di 03 \u2013 2193 3000(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)\nLive Chat di\u00a0www.ptptn.gov.my\ne-Aduan di\u00a0https://eaduan.ptptn.gov.my/\nEksekutif Pemasaran PTPTN di\u00a0https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/\nMedia Sosial Rasmi @PTPTNOfficial\nFacebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)\nIkuti Telegram rasmi PTPTN untuk mendapatkan informasi terkini : https://t.me/ptptnofficial\n\nBagi mengetahui lebih lanjut tentang info terkini Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani, sila rujuk Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani\nATAU\nTerus layari laman web PTPTN untuk update terkini:\nhttps://www.ptptn.gov.my/\nBaca juga:\n\nBajet 2023: Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP\nBantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-ccris-online/", "title": "Semakan CCRIS Online \u2013 Bank Negara Malaysia (BNM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMulai hari ini pengguna individu baharu warganegara Malaysia boleh membuat semakan CCRIS dan mendaftar akaun eCCRIS mereka dengan mudah dari rumah. Tidak perlu lagi datang ke Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pendaftran eCCRIS! \nMudah dan lebih selamat, bukan?\nBagi yang belum tahu, CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan\u00a0peserta\u00a0untuk membantu mereka\u00a0memeriksa\u00a0sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.\nSistem ini mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan\u00a0peserta\u00a0dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan\u00a0peserta.\nContoh maklumat yang direkodkan termasuklah bayaran ansuran PTPTN.\nTetapi CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak ya!\nJom ketahui lebih lanjut tentang semakan CCRIS online ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah CCRIS Bank Negara Malaysia?\n\n \nSiapa yang boleh mengakses Laporan eCCRIS?\n\n \nApakah Maklumat Didapati Melalui Semakan CCRIS Online?\n\n \ni) Kredit Belum Berbayar\n\n \nii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas\n\n \niii) Permohonan Kredit\n\n \nCara Baca Laporan CCRIS\n\n \nKepentingan Laporan Kewangan\n\n \nCara Semakan CCRIS Online\n\n \nLangkah 1\n\n \nLangkah 2\n\n \nLangkah 3\n\n \nCara Semakan CCRIS Secara Manual\n\n \ni) Kios\n\n \nii) Agensi Pelaporan Kredit Yang Diluluskan\n\n \niii) Memohon melalui surat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah CCRIS Bank Negara Malaysia?\nCCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia.\n\nDimiliki dan dikendalikan oleh BNM untuk memudahkan\u00a0pengurusan risiko kredit\u00a0di antara bank.\nCCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan menggabungkannya menjadi laporan kredit.\nLaporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).\nPeminjam boleh mengakses laporan kredit mereka secara dalam talian menerusi eCCRIS tanpa bayaran.\n\nSebagai pengguna eCCRIS, anda boleh membuat semakan CCRIS online di mana sahaja dan bila-bila masa.\nTiada had ditetapkan untuk membuat semakan CCRIS online ini dan ianya percuma!\n\nSiapa yang boleh mengakses Laporan eCCRIS?\n\nMana-mana peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri;\nMana-mana peminjam individu untuk laporan kredit perniagaan sendiri, iaitu milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;\nInstitusi kewangan, untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada; dan\nAgensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.\n\nSelain itu, Laporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak:\n\nsyarikat, badan perniagaan atau profesional, oleh individu yang diberi kuasa oleh entiti;\npeminjam yang telah meninggal dunia, oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.\n\n\nApakah Maklumat Didapati Melalui Semakan CCRIS Online?\nMelalui semakan CCRIS online, anda akan mendapat Laporan Kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut:\ni) Kredit Belum Berbayar\nSemua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:\n\nnama sendiri;\nakaun bersama dengan peminjam lain;\nnama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;\nnama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau\nnama syarikat.\n\nKemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.\n\n\n\n\n\n\nii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas\nSemua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.\niii) Permohonan Kredit\nSemua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.\n\nCara Baca Laporan CCRIS\nSemua orang nak nombor \u20180\u2019 dalam CCRIS. Kenapa?\nIni contoh laporan CCRIS. Setiap huruf dan nombor tu ada MAKSUD TERSIRAT!\nKenapa nak \u20180\u2019 dalam rekod CCRIS?\n0 \u2013 Tiada tunggakan\n1 \u2013 Lewat 1 bulan\n2 \u2013 Lewat 2 bulan\n3 \u2013 Lewat 3 bulan\nJika tak bayar lebih dari 3 bulan, ada nama anda dah direkod dalam pemerhatian Akaun Perhatian Khas atau Special Attention Account (SAA)\nCuba ingat ada bayaran tertunggak tak? Kalau ada, jangan tangguhkan pembayaran, nanti nak apply loan memang susah pihak bank nak luluskan sebab rekod pembayaran dan CTOS score kita tak cantik.\n\nAntara kod penting dalam laporan CCRIS yang perlu anda tahu adalah:\n\nKod 10 : Pinjaman hartanah \nKod 00 : Pinjaman Peribadi \nKod 00 : Kad kredit \nKod 30 : Pinjaman kereta code 30\nKod 23 : Pinjaman ASB loan \nKod 90 : Pinjaman pajak gadai \n\n[Kod 00 ] adalah clean loan, pinjaman tidak ada pajakan seperti hutang personal loan & Kad kredit.\n[Kod 10] adalah pinjaman rumah kediaman, dalam laporan CCRIS & CTOS akan tulis pinjaman perumahan Kod 10\nKepentingan Laporan Kewangan\nJika rekod dalam CCRIS menunjukkan si pemohon itu mempunyai rekod membayar balik pinjamannya dengan baik, barulah bank akan meluluskan permohonannya.\nNamun jika kita tidak pernah mempunyai hutang, nama kita tidak timbul dalam CCRIS dan ia boleh menyukarkan kita apabila mahu memohon pinjaman pada masa depan.\nEh, kenapa pula ya?\nIni kerana, tanpa ada rekod dalam CCRIS, bank tidak tahu apakah kita seorang pembayar balik pinjaman yang berdisiplin ataupun sebaliknya.\nWalau bagaimanapun, institusi kewangan peserta masing-masing mempunyai dasar tersendiri apabila memproses permohonan pembiayaan. \nBaca juga : Pinjaman LPPSA : Semakan Kelayakan & Permohonan Online\nKeputusan pemberian pinjaman dan pembiayaan oleh institusi kewangan peserta bergantung pada maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk laporan kredit, kesanggupan mengambil risiko dan strategi perniagaan sesebuah institusi kewangan peserta.\nCCRIS tidak semestinya merupakan sumber maklumat tunggal yang digunakan oleh institusi kewangan peserta untuk menilai kepercayaan kredit pemohon atau peminjam.\nSistem Informasi rujukan seperti CTOS (Credit Tip Off Service) juga memaparkan maklumat kewangan anda dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank).\nContohnya;\ni. Kedai perabot, barangan elektrik, atau apa-apa barangan bayaran ansuran (contoh : Courts, Singer)ii. Kedai motoriii. Bil dengan syarikat komunkasiiv. Syarikat-syarikat lain di mana anda berhutang dengan bayar secara ansuran atau menjadi penjamin yang tertunggak bayarannya\n\nCara Semakan CCRIS Online \nDari manakah saya boleh mendapatkan Laporan CCRIS?\nJika anda warganegara Malaysia yang mempunyai akaun perbankan dalam talian dan BELUM mendaftar sebagai pengguna eCCRIS, sila mendaftar secara dalam talian melalui\u00a0portal eCCRIS.\nBagi lain-lain individu dan entiti, daftar untuk akses eCCRIS dengan menghantar\u00a0Borang Permohonan CCRIS/eCCRIS\u00a0berserta\u00a0dokumen sokongan\u00a0kepada\u00a0BNMTELELINK.\nJika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n\nLangkah 1\nMuat turun Borang Permohonan di bnm.my/ccrisform\nLangkah 2\nLengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:\n\n1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau\n1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)\n2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)\n\nLangkah 3\nHantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:\nhttps://telelink.bnm.gov.my\nAkhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.\n\nDalam laporan akan tunjukkan maklumat penting2 seperti tunggakan. Kalau semua \u20180\u2019, bagus dan cantik la tu. \nKalau banyak nombor lain 1,2,3,4,5 maksudnya ada tunggakan. \nBoleh semak lanjut dengan institusi tersebut untuk pengesahan.\nApply CCRIS ni free saja. CTOS kena bayar.\nCara Semakan CCRIS Secara Manual \nBagi yang tidak mahu membuat semakan CCRIS online, anda juga boleh melakukannya secara manual melalui cara berikut:\ni) Kios \nAnda boleh memohon laporan kredit peribadi melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.\nKiosk CCRIS terdapat di premis Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara.\nSila layari\u00a0laman web\u00a0dan\u00a0media sosial\u00a0AKPK untuk maklumat lokasi dan waktu operasi.\nSila bawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.\nii) Agensi Pelaporan Kredit Yang Diluluskan\nAnda juga boleh memohon laporan kredit peribadi CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM.\nAgensi Pelaporan Kredit yang diluluskan:\n\nCredit Bureau Malaysia Sdn Bhd\nCTOS Data Systems Sdn Bhd\nExperian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd\n\nAgensi Pelaporan Kredit mungkin mengenakan bayaran untuk khidmat mereka.\nSila bawa Mykad beserta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia). \nLaporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.\niii) Memohon melalui surat\nSekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut :\n\nBorang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);\nBorang Pengisytiharan Pinjaman;\nSalinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan\nMana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bil air;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bil elektrik;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bil telefon;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata akaun bank;\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata kad kredit; atau\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Penyata KWSP.\n\nBorang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau\u00a0klik di sini untuk muat turun borang.\nSila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:\nBNMTELELINKLINK dan Pejabat BNMBank Negara MalaysiaJalan Dato\u2019 Onn,P.O Box 10922,50929 Kuala Lumpur\nMaklumat Lanjut\nBagi mendapatkan butiran lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut\n\nTalian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi \u2013 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)\nE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nhttps://www.bnm.gov.my/ccris\n\neCCRIS_FAQ_enDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hong-leong-bank-online/", "title": "Hong Leong Bank Online: Login & Buka Akaun Tanpa Ke Kaunter", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini anda boleh buka akaun Hong Leong Bank secara online sahaja tanpa perlu lagi ke kaunter bank Hong Leong.\nPerubahan ini selarasa dengan garis panduan Electronic Know-Your-Customer (eKYC) yang diummkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30hb Jun 2020.\nLebih menarik, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) merupakan bank pertama di Malaysia yang akan memperkenalkan kemudahan ini.\nSegala urusan membuka akaun Hong Leong Bank ini boleh dilakukan melalui aplikasi [email\u00a0protected]\u00a0dan setelah selesai permohonan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMuat turun aplikasi [email\u00a0protected]\n\n \nProses membuka akaun Hong Leong Bank\n\n \nPemberian kad debit\n\n \nCara Login & Aktifkan Hong Leong Bank Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nMuat turun aplikasi [email\u00a0protected]\u00a0 \n\nBuat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS sahaja dan boleh dimuat turun secara percuma dengan mengklik pautan berikut:\nGoogle Play (Untuk pengguna Android)App Store (Untuk pengguna iOS)\nHarap maklum bahawa hanya individu yang berumur 18 tahun sahaja boleh buka akaun Hong Leong Bank secara dalam talian ini.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun Maybank\nProses membuka akaun Hong Leong Bank\nSetelah memuat turun aplikasi [email\u00a0protected], sila buka aplikasi tersebut di telefon pintar anda dan ikuti langkah-langkah berikut:\nMasukkan nombor kad pengenalan dan sahkan identiti anda dengan menghantar imej swafotoIsikan segala butiran maklumat peribadi yang dimintaCipta nama pengguna dan kata laluan \nPermohonan anda akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja selepas anda berjaya menghantar permohonan anda. \nE-mel dan SMS akan dihantar kepada anda. SMS memberitahu anda bahawa akaun anda akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.\nSistem akan menghantar pemberitahuan e-mel dan SMS kepada anda setelah permohonan berjaya dan pada masa yang sama akan memaklumkan anda untuk mendepositkan duit dalam masa 7 hari.\nPemberian kad debit\nAnda akan menerima kad debit anda melalui pos di alamat yang anda tetapkan dalam permohonan anda. \nKad debit anda akan dihantar kepada anda dalam masa 14 hari selepas anda berjaya membuat deposit pertama ke dalam akaun anda yang baru dibuka melalui pemindahan dalam talian.\nAnda boleh mengaktifkan kad debit anda dalam HLB Connect Online dengan mengikuti langkah mudah berikut: Log masuk > klik pada \u2018Perkhidmatan Lain\u2019 > klik pada \u2018Aktifkan Kad\u2019 di bawah Kad Debit / ATM dan ikut arahan yang diberikan.\nCara Login & Aktifkan Hong Leong Bank Online\nSetelah selesai mendaftar dan mendapat kad, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendaftar Perbankan Dalam Talian atau Perbankan Mudah Alih HLB Connect?\nJom kami kongsikan caranya:\nAnda memerlukan salah satu produk Hong Leong berikut:\nKad DebitKad Kredit PrinsipalAkaun Tetap atau SimpananAkaun Pembiayaan\ndan sediakan item bawah sebelum bermula:\nKad Debit/ Kredit atau butiran akaun seperti kad/ nombor akaun dan PIN 6-digit.Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.Pastikan nombor mudah alih anda telah berdaftar untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS.\nLangkah Pendaftaran adalah seperti berikut:\nKlik \u201cRegister\u201d di\u00a0www.hongleongconnect.myPilih jenis ID dan masukkan Nombor ID andaLengkapkan TAC yang diterima melalui SMSLengkapkan butiran Kad Debit/ Kredit atau Akaun andaCipta Nama Pengguna dan Kata Laluan andaPilih Gambar Keselamatan andaPendaftaran anda selesai!\nMaklumat Lanjut\nUntuk semua pertanyaan perbankan anda, sila hubungi 03 7626 8899 untuk bercakap dengan Pegawai Perhubungan Pelanggan bermula pukul 9 pagi \u2013 6 petang; Isnin hingga Sabtu.\nKhidmat laporan kad hilang serta transaksi yang meragukan tersedia 24/7.\nUntuk perkhidmatan berkaitan media, hubungi talian 03 2081 8888\nUntuk pertanyaan berkaitan pungutan dan pemulihan pinjaman, sila hubungi Jabatan Pungutan Bayaran di talian 03 7959 1888 atau emel [email\u00a0protected]\nPegawai Hong Leong Bank Online sedia membantu dari pukul 8.45 pagi \u2013 5.45 petang, Isnin hingga Khamis dan dari 8.45 pagi \u2013 4.45 petang pada hari Jumaat.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-hiv-pra-perkahwinan-temujanji/", "title": "Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROSEDUR PERMOHONAN TEMUJANJI UJIAN SARINGAN PRA PERKAHWINAN / HIV\nSekarang ni dah mudah sebab boleh buat booking temujanji HIV test di Klinik Kesihatan secara online sahaja melalui aplikasi MySejahtera.\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang ujian praperkahwinan HIV dan cara membuat temujanji.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?\n\n \nProsedur Ujian\n\n \nPROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.\n\n \nCara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera\n\n\nApakah Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?\nUjian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma.\n\n\n\n\n\n\nTujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.\nMana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.\nProsedur Ujian\nPROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.\n\nBakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta\u00a0 melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.\nUjian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik\nKeputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan\u00a0 ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.\n\nBagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test)\u00a0TIDAK REAKTIF:\n\nBakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.\nBakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.\nBagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 \u2013 6 bulan.\n\nBagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test)\u00a0REAKTIF:\n\nBakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian \u00a0pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 \u2013 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.\nKeputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.\nKeputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.\n\nCara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera\nBermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera\nPerkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti\u00a0yang berikut :\n\nRawatan Pesakit Luar\nInisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan\nSaringan Kesihatan PeKa B40\nPemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian\nSaringan Pra-Perkahwinan\nKhidmat Berhenti Merokok\nPerkhidmatan Perancang Keluarga\nProsedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)\n\nSila rujuk langkah-langkah membuat temujanji saringan pra perkahwinan / HIV online di MySejahtera\nUntuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan, sila ikuti langkah berikut:\n\nMuat turun aplikasi (Pilih Android, iOS atau Huawei). Setelah daftar, buka aplikasi MySejahtera dan login\nPergi ke menu \u2018Appointment\u2019 / \u2018Temujanji\u2019\nPilih individu yang ingin hadir ke klinik.\nPilih perkhidmatan yang ditawarkan.\nPilih lokasi Klinik Kesihatan.\nTetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.\nIsikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.\nSila sahkan maklumat sebelum tekan butang \u2018Hantar\u2019.\nPastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.\n\nPaparan utama MySejahtera. Klik menu \u2018Appointment\u2019 seperti yang ditandakan\nPilih nama individu yang ingin membuat temujanji\nPilih perkhidmatan yang ditawarkan \nCari lokasi klinik yang ingin dikunjungi\nPilih slot tarikh & waktu temujanji yang tertera\nKlik butang \u2018Confirm\u2019 selepas anda membuat semakan tarikh dan waktu temujanji Klinik Kesihatan KKM\nAnda akan menerima notifikasi temujanji anda.\nRUJUK LANGKAH-LANGKAH MELALUI VIDEO KKM DI BAWAH UNTUK LEBIH JELAS.\nSumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA\nUntuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim\nSemoga membantu!\nBaca juga: SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-biaya-kpkt/", "title": "i-Biaya : 3 Skim Pembiayaan Perumahan & Cara Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPada 14 April 2022, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) Reezal Merican Naina Merican dan YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang antara lain merupakan satu deliverable bagi mendukung agenda Satu Keluarga Satu Rumah.\nTahukah anda apakah itu i-Biaya dan bagaimana ia dapat memanfaatkan rakyat Malaysia untuk membeli rumah?\nBerikut kami kongsikan lebih lanjut tentang skim pembiayaan ini untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah i-Biaya?\n\n \n3 Skim Yang Ditawarkan\n\n \n1. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)\n\n \n2. Skim Rumah Pertamaku\n\n \n3. Skim PR1MA Rent-To-Own (RTO)\n\n \nCara Permohonan i-Biaya\n\n \n1. Cara Memohon SJKP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah i-Biaya?\nSelari dengan hasrat Satu Keluarga Satu Rumah, inisiatif Kerajaan dengan pelaksanaan oleh KPKT ini adalah satu usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.\ni-Biaya merupakan komponen di bawah Home Ownership Programme (HOPE), iaitu satu pendekatan integrationist yang merangkumi 3 skim iaitu :\nSkim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad, Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Syarikat Cagamas SRP Berhad (Cagamas) dan Skim Sewa Untuk Miliki (Rent-to-Own) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia, dengan sokongan institusi kewangan. \nPengenalan i-Biaya yang menawarkan tiga skim pembiayaan ini adalah bagi meningkatkan akses rakyat kepada pembiayaan perumahan. \nIni kerana masih belum mampu untuk menyediakan 10% deposit atau wang pendahuluan, begitu juga mereka yang bekerja secara freelance, tiada pendapatan tetap mahupun tidak mempunyai slip pendapatan. \n\n\n\n\n\n\nKesukaran seperti ini telah dapat dimudahkan melalui inisiatif strategik i-Biaya.\n\n3 Skim Yang Ditawarkan\nSeperti yang disebutkan di atas, terdapat 3 skim yang ditawarkan iaitu:\n1. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)\nSJKP memberi sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji, berpendapatan rendah, KWSP dan sebagainya.\nMembantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.\nPeminjam akan mendapat pembiayaan lebih tinggi sehingga 100%.\nKELEBIHAN SJKP\n Memudahkan proses permohonan pembiayaan perumahan individu bekerja secara freelance, tiada pendapatan tetap mahupun tidak mempunyai slip pendapatan. Golongan B40 dan M40Tanpa perlu membayar wang pendahuluan\n2. Skim Rumah Pertamaku\nSRP membantu pembeli rumah pertama memiliki sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.\nMembolehkan pembeli mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki Rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.\nKELEBIHAN SRP\nMenggalakkan pembeli rumah pertama untuk memiliki kediamanMembantu golongan B40 dan M40 tanpa perlu membayar wang pendahuluanPembiayaan sehingga 110% daripada institusi kewangan yang terlibat\n3. Skim PR1MA Rent-To-Own (RTO)\nPR1MA merupakan antara skim perumahan yang paling popular di Malaysia. \nBagi anda yang masih belum tahu, PR1MA ialah rancangan perumahan yang menyasarkan isi rumah berpendapatan sederhana (juga dikenali sebagai kumpulan M40). \nLokasi perumahan PR1MA dibangunkan di pusat-pusat bandar yang utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti hartanah: antara RM100,000 hingga RM400,000.\nKELEBIHAN PR1MA RTO\nSkim pemilikan perumahan berkonsep sewa beliMembantu pembeli rumah pertama dan kedua \nCara Permohonan i-Biaya\nUntuk memohon mana-mana skim di atas, sila rujuk proses dan infografik berikut:\n1. Cara Memohon SJKP\nBakal peminjam mengenalpasti kediaman yang dikehendaki. Memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada institusi kewangan yang terlibat.Institusi kewangan menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar kepada SJKP bagi Jaminan Pembiayaan.SJKP akan menyemak permohonan dan mengeluarkan jaminan pembiayaan keada institusi kewangan.Institusi kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan Jaminan Pembiayaan daripada SJKP.Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan.\n\nBaca selanjutnya: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)\n2. Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP)\nCari rumah idaman anda.Dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli . resit bayaran tempatan dan lain-lainSemak kelayakan anda untuk pembiayaan di bawah SRPSediakan dokumen sokongan anda seperti slip gaji, penyataHantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.\n\nBaca selanjutnya: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan\n3. Cara Memohon Rent-To-Own PR1MA\nPENDAFTARAN \u2013 Daftar akaun anda dan permohonan di www.pr1ma.myPEMILIHAN UNIT \u2013 Pemilihan unit sedia ada Offer0to-Purchase (OTP) akan dikeluarkanPERMOHONAN \u2013 Pemohon mula permohonan Skim RTO bersama Maybank di www.maybank2own.comPENGESAHAN \u2013 Wakil dari Maybank akan menghubungi Pemohon dan memproses kes tersebut.KELULUSAN \u2013 Maybank akan mengeluarkan email keputusan permohonan skim RTO kepada Pemohon.PENYEDIAAN PERJANJIAN \u2013 Perjanjian berkaitan mula disediakan untuk ditandatangani.TANDATANGANI PERJANJIAN \u2013 Hartanah : Perjanjian jual beli (SPA) di antara Pemohon dan PR1MA.SKim RTO : Perjanjianpembiayaan di antara Pemohon dan MaybankPENYERAHAN HARTANAH : Pemohon menerima kunci rumah daripada PR1MA\n\nBaca selanjutnya: Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim pada lampiran atau pautan berikut:\nhttps://www.kpkt.gov.my/\nHOPE-KPKT-IBIAYADownload\nhttps://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/LAMAN%20UTAMA/FLOATING_BANNER/HOPE_Q_A.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-cakna-suri/", "title": "Skim Cakna Suri 2023 : Bantuan RM200 One-off Untuk Surirumah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Skim Cakna Suri\u00a02023 kini dibuka untuk surirumah sepenuh masa!\nSkim ini sebagai tanda penghargaan buat suri rumah dengan memberikan sumbangan kepada suri rumah secara one-off RM200.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut berkenaan skim ini untuk makluman semua yang ingin memohon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Cakna Suri 2023?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan Skim Cakna Suri 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Cakna Suri 2023? \nMenyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program\u00a0termasuk Skim Cakna Suri ini diperkenalkan.\nPendaftaran Skim Suri Cakna Siri 1 bermula pada tahun 2020 oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan ia merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam.\n\n\n\n\n\n\nPada awalnya, skim ini khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020, dan ia masih diteruskan bagi tahun 2023.\n\nSyarat Kelayakan\nAntara syarat kelayakan menerima bantuan skim ini adalah :\n\nSuri rumah sepenuh masa\nBerumur 54 tahun dan ke bawah\nMempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan\nRakyat Negeri Kelantan\nPendapatan Isi Rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah\nBukan penerima Skim Cakna Suri 2022\n\nCara Permohonan\nBorang permohonan boleh dimuat turun pada link berikut :https://drive.google.com/\u2026/12OcWNI1Hl7\u2026\nATAU\nAnda juga boleh memuat turun melalui imej JPEG di bawah \n\nATAU\nLampiran PDF borang di sini :\nBORANG-PENDAFTARAN-SKIM-CAKNA-SURI-2023-ONLINEDownload\n\nBorang hendaklah DISERAHKAN ATAU POS sebelum atau pada 31 Januari 2023 (Selasa) kepada:\nPusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre),Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek, 15000 Kota Bharu, Kelantan\nNo Telefon Mawaddah Centre : 09-743 0497\nTarikh Permohonan Skim Cakna Suri 2023\nTarikh untuk isi borang dan penghantaran bermula 23 Januari 2023 (Isnin) dan tamat pada 31 Januari 2023 (Selasa)\u00a0\nMaklumat Lanjut \nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga di saluran berikut:\n\nFacebook : Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita\nTelefon : 013-983 6915 / 013-983 5912 / 09-747 6568 / 09-747 6569\nLaman web: https://upwkk.kelantan.gov.my\n\nUrus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri KelantanAras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu,Kelantan.Tel : 013-983 6915 / 013-983 5912 / 09-747 6568 / 09-747 6569\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-tiktok-affiliate-malaysia/", "title": "Cara Daftar TikTok Affiliate Program Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar TikTok Affiliate Di Malaysia\nTikTok kini bukan sahaja berfungsi sebagai aplikasi hiburan dan media sosial semata-mata. Malah, ia juga menjadi platform untuk membeli belah sejak TikTok Shop diperkenalkan.\nAdakah anda berminat untuk jana pendapatan sampingan sebagai TikTok Affiliate?\nJangan risau, anda tak perlu menjual atau simpan stok seperti peniaga lain. \n\n\n\n\n\n\nAnda hanya perlu hasilkan content bersesuaian dan letak pautan untuk promosikan produk.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui cara daftar TikTok Affiliate secara lebih lanjut. \nBaca Juga : Cara Daftar Tiktok Shop & Mula Berniaga Secara Percuma\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan TikTok Affiliate\n\n \nCara Daftar TikTok Shop\n\n \nCara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)\n\n \nSyarat Jadi Tiktok Affiliate (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)\n\n \nCara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Kurang 1,000 Followers)\n\n \nCara Pautkan TikTok Shop Dengan Profil\n\n \nCara Tambah Produk Affiliate Untuk Promosi Barang\n\n\nKelebihan TikTok Affiliate\nAntara kelebihan yang anda boleh nikmati sebagai TikTok affiliate adalah :\n\nAnda tak perlu keluarkan sebarang modal.\nAnda tak perlu pegang stok atau produk, hanya promosikan link produk di video anda.\nAnda akan dapat komisyen mengikut peratusan mungkin 10%, 20% atau 50%. Komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik jika pelanggan buat pembelian menggunakan link anda.\nAnda tak perlu berhubung dengan penjual produk kerana sistem ini berfungsi secara automatik.\nAnda tak perlu terlibat dalam urusan jual beli atau pengeposan barang.\n\n\nCara Daftar TikTok Shop\nSebelum mendaftar sebagai TikTok Affiliate, anda perlu mendaftar TikTok Shop terlebih dahulu. Ini adalah salah satu syarat yang anda perlu ikuti.\nTerdapat dua cara untuk daftar TikTok Shop iaitu :\n\nUntuk pemegang akaun dengan followers seramai 1,000 ke atas\nUntuk pemegang akaun dengan followers sedikit atau 1,000 ke bawah\n\nAyuh kita lihat cara daftar untuk pemegang akaun dengan followers lebih 1,000 ke atas terlebih dahulu.\nCara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)\n\nMasuk ke aplikasi TikTok, pergi ke akaun dan tekan pada tiga garis bertindih yang ada di bahagian kanan atas.\nPilih \u2018Creator tools\u2019. Di laman seterusnya, tekan TikTok Shop.\n\n\nSyarat Jadi Tiktok Affiliate (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)\nAnda akan dipaparkan dengan dua syarat untuk jadi affiliate iaitu seperti berikut :\n\nBerusia 18 tahun ke atas\nMempunyai lebih 1,000 followers\n\n\nTeruskan proses dengan Tick pada Terma dan Syarat dan tekan butang Apply.\nPada laman seterusnya, klik pada butang \u2018Start Earning\u2019.\nKemudian, masukkan nama penuh seperti yang tertera di kad pengenalan anda.\n\nCara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Kurang 1,000 Followers)\n\nPergi ke pautan https://seller-my.tiktok.com\nMasukkan nombor telefon, alamat e-mel dan kata laluan\nSebelum anda tekan Submit, pastikan negara yang dipaparkan di laman adalah Malaysia. Sekiranya salah, anda tidak dibenarkan untuk ubah.\n\n\n\nSatu nombor telefon hanya layak mendaftar untuk satu akaun TikTok Shop sahaja.\nSeterusnya, anda perlu pilih sama ada mendaftar secara individu (Individual) atau syarikat (Corporate).\nSekiranya anda mendaftar secara individu, anda perlu muat naik gambar kad pengenalan dan butiran akaun bank simpanan.\nSekiranya anda mendaftar sebagai syarikat, anda perlu muatnaik sijil SSM dan butiran akaun perniagaan.\nPendaftaran sebagai individu tidak boleh ditukar ke syarikat dan sebaliknya setelah selesai.\nAnda perlu menunggu emel sebagai tanda verifikasi atau pengesahan dalam masa 24 jam.\n\nSetelah pengesahan akaun selesai, anda perlu pautkan TikTok Shop dengan profil anda.\nCara Pautkan TikTok Shop Dengan Profil \n\nPergi ke Settings dan tekan \u2018Linked TikTok accounts\u2019, kemudian pilih \u2018Marketing Accounts\u2019. \nSeterusnya masukkan TikTok username anda (langkah ini untuk profil dengan kurang 1,000 followers sahaja)\nKemudian, tekan Send Invitation.\nSelepas itu, pergi ke Inbox, kemudian tekan Activity. Seterusnya tekan All activity dan pilih From TikTok.\nSeterusnya, tekan Monetization : new request. Kemudian, tekan New Request (pilihan paling atas) dan tekan butang \u2018Accept Request\u2019 dalam masa 48 jam.\nKemudian, ikon beg untuk TikTok Shop akan muncul di profil anda.\n\nCara Tambah Produk Affiliate Untuk Promosi Barang\nBila dah ada TikTok Shop, anda tak semestinya perlu berniaga. \nSebaliknya, anda boleh sertai program affiliate untuk promosikan produk daripada TikTok Shop lain.\nBerikut merupakan langkah-langkah untuk tambah produk affiliate :\n\nPergi ke profile dan tekan lambang beg TikTok Shop. Tekan butang Enter.\n\n\n\nSeterusnya, klik \u2018Add Affiliate Products\u2019.\n\n\n\nPada laman seterusnya, cari produk yang anda ingin promosikan. Anda juga boleh taipkan nama TikTok Shop yang anda ingin sertai sebagai Affiliate.\n\n\n\nSeterusnya, anda boleh lihat senarai produk yang anda boleh promosikan. \nAnda juga boleh lihat komisyen yang akan diterima bagi setiap 1 produk yang terjual.\n\n\n\nTekan Add untuk masukkan produk ke dalam TikTok Shop anda.\nKini, anda boleh mula hasilkan content yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing untuk promosikan produk sebagai Affiliator.\n\nSumber :\n\nFacebook Ct Nur Liyana Zalman \nTikTok @coachiraaziz \nLaman rasmi Tiktok\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-sumbangan-bakti-bantuan-persekolahan/", "title": "Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 (Koperasi Tentera)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 (Koperasi Tentera) kini dibuka kepada semua anggota KT. \nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS 2022)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS 2022)\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS 2022)\n\n\nApakah Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS 2022)?\nSkim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.\n\nSyarat Kelayakan\nTerbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan dibuka : 1 Ogos 2022Tarikh permohonan ditutup : 5 September 2022 \n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \u00a0KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera\nCara Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS 2022)\nBorang permohonan SBBS 2022 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran \nATAU \nMuat turun borang dipautan\u00a0https://bit.ly/3vpZUas\nBORANG-SBBS-2022Download\nPermohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yangberalamat di:Koperasi TenteraWisma Koperasi TenteraNo.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat53000 Kuala Lumpur(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)\nNOTA PENTING:\nPastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2021).Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.Sekiranya bayaran melalui cek \u201cpihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaanmenurut polisi KT dari semasa ke semasa\u201d.Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nPEMOHON (ANGGOTA KT)\nSalinan MyTentera (Anggota ATM)Salinan MyKad (Awam/Pesara)Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja SendiriSalinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota\nANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)\nSalinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri\nMaklumat Lanjut Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS 2022)\nUntuk pertanyaan, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran\nMuat turun borang dipautan\u00a0https://bit.ly/3vpZUas\nBaca juga: PKSK 2022: Permohonan Sekolah Khusus (SBP, MRSM, SMKA, SMT)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-housemen/", "title": "e-Housemen: Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan Lantikan Baru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-Housemen merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan Pegawai Pergigian Gred UD41 lantikan baru membuat permohonan penempatan mereka.\nCalon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan.\nDengan penggunaan porrtal ini, pilihan penempatan di dalam Borang Maklumat Diri (BMD) tidak lagi terpakai dalam urusan penempatan.\nSelai itu, permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip \u201cfirst come first serve\u201d.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan:\u00a0MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nProses permohonan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41\n\n \nCara daftar\n\n \nLog masuk sistem\n\n \nCara membuat permohonan penempatan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nPengenalan\ne-Housemen merupakan portal di bawah sistem e-Placement yang telah diperkenalkan pada bulan September 2022 yang lalu bagi membolehkan pegawai yang mendapat tawaran jawatan tetap di KKM membuat pemilihan penepatan secara dalam talian.\nPegawai yang berkaitan akan menerima emel notifikasi mengenai pembukaan permohonan untuk penempatan ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum permohonan dibuka.\nHarap maklum bahawa portal e-Housemen ini hanya boleh digunakan oleh pegawai perubatan yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian perubatan yang telah tamat pengajian.\nArtikel berkaitan: e-Placement: Permohonan Penempatan Pegawai KKM Lantikan Baru\nProses permohonan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41\n\nInfografik di atas adalah proses lantikan Pegawai Perubatan Gred UD41.\nJika anda boleh dilihat, pada langkah ke 4 barulah sistem e-Housemen boleh digunakan untuk membuat permohonan penempatan. \nCara daftar\nPemohon yang layak mendaftar adalah berdasarkan pengumuman surat tawaran yang diuruskan oleh pihak SPA dalam jangka waktu yang ditetapkan mengikut kumpulan (batch). \nPengumuman berkenaan dengan calon-calon pemohon jugayang layak juga akan dimaklumkan melalui secara email.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar dalam sistem e-Housemen:\n\nLayari laman web e-Housemen di alamat https://ehousemen.moh.gov.my/auth/main\nSila scroll ke bawah dan klik pada hyperlink \u201cPendaftaran Baru\u201c\nLengkapkan pendaftaran dengan melengkapkan butiran seperti yang diminta\nSetelah itu, anda akan mendapat emel pengesahan pendaftaran bersama-sama maklumat untuk log masuk ke akaun anda\n\nLog masuk sistem \nAnda boleh log masuk akaun e-Housemen anda melalui halaman utama.\nScroll ke bawah dan klik pada hyperlink \u201cLog Masuk\u201d di halaman tersebut.\nCara membuat permohonan penempatan\nPemohon yang ingin membuat permohonan penempatan boleh melihat manual panduan di bawah:\nManual_e-HousemenDownload\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah ketika menggunakan portal e-Housemen ini, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian 03-8883 2803/ 2653/ 2651\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sph-jakim/", "title": "SPH JAKIM: Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSPH JAKIM atau Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.\nSkim bantuan ini terbuka bagi para hafiz yang menyambung pengajian sepenuh masa dalam pelbagai peringkat pengajian seperti peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di institut pengajian tinggi dalam negara.\nProgram ini walau bagaimanapun tidak menaja program di peringkat di Diploma. \nSkim SPH bantuan ini telah diwujudkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai salah cara membantu para hafiz melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Pembiayaan Hefiz (SPH JAKIM) 2023\n\n \nPelajar Yang TIDAK LAYAK Memohon\n\n \nCara Memohon SPH JAKIM\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nPertanyaan dan Maklumat Lanjut\n\n \nborang tuntutan elaun latihan amali\n\n \nborang tuntutan elaun tesis (ijazah)\n\n \nborang permohonan penangguhan semester\n\n \nborang permohonan balik malaysia\n\n \nborang permohonan ke luar negara / lawatan ke luar negara\n\n \nprosedur permohonan balik malaysia dan ke luar negara\n\n \nborang pendaftaran tamat pengajian\n\n \nprosedur pendaftaran tamat pengajian\n\n \nprosedur permohonan penangguhan pengajian\n\n \nborang rayuan untuk dapatkan semula tajaan sph\n\n \nprosedur pembayaran elaun\n\n \nprosedur pembayaran yuran\n\n \nprosedur kebenaran berkahwin\n\n \nborang permohonan penangguhan semester\n\n \nborang tuntutan bayaran yuran pengajian\n\n \nborang permohonan berkahwin\n\n \ngaris panduan umum\n\n \nAssalamualaikum\n\n \nSOP PUSAT TEMUDUGA\n\n\nApakah Skim Pembiayaan Hefiz (SPH JAKIM) 2023\n\nSkim ini membiayai yuran dan elaun pengajian pelajar.\nKadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.\nElaun akan dibayar dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.\nWalau bagaimanapun, skim ini tidak membiayai wang pendahuluan dan tiket kapal terbang.\nPelajar-pelajar yang ditawarkan skim ini terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani (sila rujuk perjanjian untuk perincian).\nPelajar Yang TIDAK LAYAK Memohon\n\nCalon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;\nPelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti /\u00a0Foundation\u00a0/ Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;\nPenjawat awam; dan\nPelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.\n\nCara Memohon SPH JAKIM\nBagi pelajar yang berminat dengan SPH JAKIM, anda dipelawa untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memohon di alamat https://sph.islam.gov.my/ dan ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web di atas\nKlik butang \u201cMohon Sekarang\u201d dan \u201cDaftar Akaun Pemohon\u201d\nTandakan kotak setuju dengan terma dan syarat\nLengkapkan segala maklumat yang diminta dan klik butang \u201cDaftar\u201d\nLog masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan\nLengkapkan segala maklumat yang diminta\nMuat naik segala dokumen yang diperlukan\nHantar permohonan anda setelah segala maklumat telah dilengkapkan dan dokumen yang diminta telah dimuat naik\n\nSemakan Status Permohonan\nCalon- calon yang memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tahun 2023 boleh membuat Semakan panggilan temuduga melalui e-mel yang telah didaftarkan semasa membuat permohonan bermula *27 Mac 2023 (Isnin)*\n\n\n\n\n\n\n\ud835\uddd6\ud835\uddee\ud835\uddf9\ud835\uddfc\ud835\uddfb \ud835\uddf1\ud835\uddf6\ud835\uddfa\ud835\uddf6\ud835\uddfb\ud835\ude01\ud835\uddee \ud835\ude02\ud835\uddfb\ud835\ude01\ud835\ude02\ud835\uddf8 \ud835\uddfa\ud835\uddf2\ud835\uddfb\ud835\ude06\ud835\uddf2\ud835\uddfa\ud835\uddee\ud835\uddf8 \ud835\ude00\ud835\ude02\ud835\uddff\ud835\uddee\ud835\ude01 \ud835\uddfd\ud835\uddee\ud835\uddfb\ud835\uddf4\ud835\uddf4\ud835\uddf6\ud835\uddf9\ud835\uddee\ud835\uddfb \ud835\uddf1\ud835\uddee\ud835\uddfb \ud835\uddef\ud835\uddf2\ud835\uddff\ud835\ude00\ud835\uddf2\ud835\uddf1\ud835\uddf6\ud835\uddee \ud835\uddf1\ud835\uddf2\ud835\uddfb\ud835\uddf4\ud835\uddee\ud835\uddfb \ud835\uddf1\ud835\uddfc\ud835\uddf8\ud835\ude02\ud835\uddfa\ud835\uddf2\ud835\uddfb \ud835\uddee\ud835\ude00\ud835\uddee\ud835\uddf9 \ud835\ude06\ud835\uddee\ud835\uddfb\ud835\uddf4 \ud835\uddfd\ud835\uddf2\ud835\uddff\ud835\uddf9\ud835\ude02 \ud835\uddf1\ud835\uddf6\ud835\ude00\ud835\uddf2\ud835\uddf1\ud835\uddf6\ud835\uddee\ud835\uddf8\ud835\uddee\ud835\uddfb. \ud835\udde6\ud835\uddf2\ud835\uddef\ud835\uddee\ud835\uddff\ud835\uddee\ud835\uddfb\ud835\uddf4 \ud835\uddfd\ud835\uddf2\ud835\uddff\ud835\ude01\ud835\uddee\ud835\uddfb\ud835\ude06\ud835\uddee\ud835\uddee\ud835\uddfb \ud835\uddf9\ud835\uddee\ud835\uddfb\ud835\uddf7\ud835\ude02\ud835\ude01 \ud835\uddef\ud835\uddf2\ud835\uddff\ud835\uddf8\ud835\uddf2\ud835\uddfb\ud835\uddee\ud835\uddee\ud835\uddfb \ud835\ude01\ud835\uddf2\ud835\uddfa\ud835\ude02 \ud835\uddf1\ud835\ude02\ud835\uddf4\ud835\uddee \ud835\uddef\ud835\uddfc\ud835\uddf9\ud835\uddf2\ud835\uddf5 \ud835\uddf1\ud835\uddf6\ud835\uddee\ud835\uddf7\ud835\ude02\ud835\uddf8\ud835\uddee\ud835\uddfb \ud835\ude01\ud835\uddf2\ud835\uddff\ud835\ude02\ud835\ude00 \ud835\uddfa\ud835\uddf2\ud835\uddf9\ud835\uddee\ud835\uddf9\ud835\ude02\ud835\uddf6 \ud835\ude01\ud835\uddee\ud835\uddf9\ud835\uddf6\ud835\uddee\ud835\uddfb \ud835\udfec\ud835\udfef-\ud835\udff4\ud835\udff4\ud835\udff3\ud835\udfec\ud835\udff3\ud835\udfed\ud835\udff0\ud835\udfed/\ud835\udff3\ud835\udfed\ud835\udff0\ud835\udff2 /\ud835\udff3\ud835\udfed\ud835\udff0\ud835\udff5/\ud835\udff3\ud835\udfed\ud835\udfee\ud835\udff1.\n\ud835\uddd6\ud835\uddd4\ud835\udddf\ud835\udde2\ud835\udde1- \ud835\uddd6\ud835\uddd4\ud835\udddf\ud835\udde2\ud835\udde1 \ud835\uddec\ud835\uddd4\ud835\udde1\ud835\uddda \ud835\uddd5\ud835\uddd8\ud835\udde5\ud835\udddd\ud835\uddd4\ud835\uddec\ud835\uddd4 \ud835\uddde\ud835\uddd8 \ud835\udde3\ud835\uddd8\ud835\udde5\ud835\udddc\ud835\udde1\ud835\uddda\ud835\uddde\ud835\uddd4\ud835\udde7 \ud835\udde7\ud835\uddd8\ud835\udde0\ud835\udde8 \ud835\uddd7\ud835\udde8\ud835\uddda\ud835\uddd4 \ud835\uddd7\ud835\udddc\ud835\udde0\ud835\udddc\ud835\udde1\ud835\udde7\ud835\uddd4 \ud835\udde8\ud835\udde1\ud835\udde7\ud835\udde8\ud835\uddde \ud835\udde0\ud835\uddd8\ud835\udde1\ud835\uddec\ud835\uddd8\ud835\udde5\ud835\udde7\ud835\uddd4\ud835\udddc \ud835\uddd4\ud835\udde3\ud835\udddf\ud835\udddc\ud835\uddde\ud835\uddd4\ud835\udde6\ud835\udddc \ud835\uddea\ud835\udddb\ud835\uddd4\ud835\udde7\ud835\udde6\ud835\uddd4\ud835\udde3\ud835\udde3 \ud835\uddec\ud835\uddd4\ud835\udde1\ud835\uddda \ud835\udde7\ud835\uddd8\ud835\udddf\ud835\uddd4\ud835\udddb \ud835\uddd7\ud835\udddc\ud835\udde6\ud835\uddd8\ud835\uddd7\ud835\udddc\ud835\uddd4\ud835\uddde\ud835\uddd4\ud835\udde1 \ud835\uddd7\ud835\udddc \ud835\udde3\ud835\uddd4\ud835\udde8\ud835\udde7\ud835\uddd4\ud835\udde1 \ud835\uddd5\ud835\uddd8\ud835\udde5\ud835\udddc\ud835\uddde\ud835\udde8\ud835\udde7 : https://chat.whatsapp.com/CgORvzLquqr7P8dy7mciED\nPertanyaan dan Maklumat Lanjut\nSekiranya anda berminat dengan SPH JAKIM ini tetapi mempunyai sebarang persoalan atau memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM di talian 03-88707141/7125/7146/7149.\nMUAT TURUN BORANG\n1.\u00a0BORANG PERMOHONAN BERKAHWIN\n2.\u00a0BORANG PERMOHONAN BALIK MALAYSIA\n3.\u00a0GARIS PANDUAN UMUM\n4.\u00a0BORANG PERTUKARAN PUSAT TEMUDUGA\n5.\u00a0BORANG TUNTUTAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN\n6.\u00a0BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN TARIKH DAN PUSAT TEMUDUGA SPH\n7.\u00a0BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN SEMESTER\n8.\u00a0PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN\n9.\u00a0PROSEDUR PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN\n10.\u00a0PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN\n11.\u00a0BORANG RAYUAN UNTUK DAPATKAN SEMULA TAJAAN SPH\n12.\u00a0PROSEDUR PERMOHONAN PENANGGUHAN PENGAJIAN\n13.\u00a0PROSEDUR PENDAFTARAN TAMAT PENGAJIAN\n14.\u00a0BORANG PENDAFTARAN TAMAT PENGAJIAN\n15.\u00a0PROSEDUR PERMOHONAN BALIK MALAYSIA DAN KE LUAR NEGARA\n16.\u00a0BORANG PERMOHONAN KE LUAR NEGARA / LAWATAN KE LUAR NEGARA\n17.\u00a0BORANG TUNTUTAN ELAUN TESIS (IJAZAH)\n18.\u00a0BORANG TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI\nborang tuntutan elaun latihan amali\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/BORANG TUNTUTAN ELAUN AMALI.pdf\nborang tuntutan elaun tesis (ijazah)\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_tesis(1).pdf\nborang permohonan penangguhan semester\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_permohonan_penangguhan_semester.pdf\nborang permohonan balik malaysia\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_permohonan_balik_malaysia.pdf\nborang permohonan ke luar negara / lawatan ke luar negara\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/permohonan_lawatan_ke_luar_negara.pdf\nprosedur permohonan balik malaysia dan ke luar negara\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/prosedur_kebenaran_balik_malaysia_n_keluar_negara.pdf\nborang pendaftaran tamat pengajian\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_pendaftaran_tamat_pengajian.pdf\nprosedur pendaftaran tamat pengajian\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/prosedur_pendaftaran_tamat_pengajian.pdf\nprosedur permohonan penangguhan pengajian\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/prosedur_permohonan_tangguh_pengajian.pdf\nborang rayuan untuk dapatkan semula tajaan sph\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_rayuan_utk_dapat_tajaan_sph.pdf\nprosedur pembayaran elaun\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/prosedur_pembayaran_elaun.pdf\nprosedur pembayaran yuran\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/prosedur_pembayaran_yuran_pengajian.pdf\nprosedur kebenaran berkahwin\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/prosedur_permohonan_kebenaran_berkahwin.pdf\nborang permohonan penangguhan semester\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_permohonan_penangguhan_semester.pdf\nborang tuntutan bayaran yuran pengajian\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_tuntutan_bayaran_yuran_pengajian.pdf\nborang permohonan berkahwin\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/borang_permohonan_berkahwin_.pdf\ngaris panduan umum\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/garis_panduan_umum.pdf\nAssalamualaikum\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/assalam.jpg\nSOP PUSAT TEMUDUGA\nhttp://sph.islam.gov.my/dokumen/sop.jpg\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ilkkm-senarai-elaun-pelatih-separa-perubatan/", "title": "ILKKM: Elaun Pelatih Separa Perubatan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerapakah elaun yang diberikan kepada Pelatih Separa Perubatan?\nSepara Perubatan atau lebih dikenali sebagai Paramedik adalah seorang individu atau staf kakitangan terlatih dan berkemahiran dalam memberi pertolongan cemas dan sokongan kesihatan di klinik/hospital kerajaan dan pusat kesihatan swasta.\nDalam kata lainnya, mereka adalah staf sokongan kepada pengamal perubatan tradisional dalam menyediakan kemudahan perubatan atau dalam menghadapi keadaan kecemasann di hospital.\nIndividu yang berminat dalam bidang ini perlulah menjalani menjalani latihan Separa Perubatan di mana-mana Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nElaun Latihan Pelatih Separa Perubatan\n\n \n1. Peringkat Diploma\n\n \n2. Peringkat Sijil\n\n \nElaun bagi pelatih bukan tajaan KKM\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nElaun Latihan Pelatih Separa Perubatan\nMenariknya, individu yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang separa perubatan ini turut akan diberikan elaun pelatih separa perubatan sepanjang latihan.\nPemberian biasiswa dan elaun bagi calon pelatih Latihan Separa Perubatan tajaan KKM adalah seperti berikut:\n1. Peringkat Diploma\nBiasiswa / ElaunJumlahBiasiswa835.57 / sebulanElaun Buku250.00 / sekali setahunElaun Perkakas25.00 / sekali sepanjangpengajianElaun Kertas Projek90.00 / sekali setahunElaun Jahitan45.00 / sepasang\n2. Peringkat Sijil\nBiasiswa / ElaunJumlahBiasiswa755.06 / sebulanElaun Buku240.00 / sekali setahunElaun Perkakas25.00 / sekali sepanjangpengajianElaun Kertas Projek80.00 / sekali setahunElaun Jahitan45.00 / sepasang\nTuntutan tambang perjalanan\nSelain elaun yang disenaraikan di atas, calon pelatih tajaan KKM layak untuk menuntut tambang perjalanan sekali semasa lapor diri di ILKKM dan sekali lagi apabila tamat latihan.\nRawatan perubatan\nCalon pelatih tajaan KKM adalah layak untuk mendapat rawatan perubatan percuma setiap kali mendapatkan rawatan di Hospital-hospital Kerajaan sepanjang tempoh latihan dan sekiranya dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, calon pelatih tajaan KKM berkelayakan untuk Wad Kelas Dua.\nArtikel berberkaitan: SPA9 \u2013 Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023\nElaun bagi pelatih bukan tajaan KKM\nElaun dan kemudahan yang disenaraikan di atas hanya lagi bagi pelatih separa perubatan di bawah tajaan KKM sahaja.\nBagi pegawai dari Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi bukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, segala perbelanjaan dan tanggungan sepanjang latihan adalah di bawah tanggungjawab Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi masing-masing.\nPihak KKM / ILKKM tidak menyediakan elaun dan biasiswa, kemudahan asrama (penginapan), penyediaan makanan (makan/minum) dan pakaian seragam yang diperlukan oleh pegawai sepanjang tempoh Latihan Separa Perubatan ini.\nMaklumat lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Elaun Pelatih Separa Perubatan, anda boleh rujuk panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM di bawah:\n> GARIS PANDUAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (pdf)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/airasia-ride-malaysia/", "title": "Cara Daftar Pemandu AirAsia Ride Malaysia & Kelebihannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerminat untuk menjadi pemandu AirAsia Ride?\nAirAsia Ride merupakan antara syarikat pandu seru atau e-hailing yang terbaru di Malaysia dan merupakan alternatif bagi perkhidmatan seumpanya yang ditawarkan oleh Grab, Maxim, MyCar dan banyak lagi.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, dengan latar belakangnya sebagai anak syarikat kepada syarikat penerbangan Air Asia, pelanggan tidak perlu khuatir akan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.\nPerkhidmatan e-hailing yang ditawarkan ini juga boleh terus digunakan melalui aplikasi Air Asia, jadi pengguna sedia ada aplikasi ini tidak perlu memuat turun aplikasi lain semata-mata untuk menggunakan perkhidmatan AirAsiaRide ini.\nSeperti perkhidmatan e-hailing lain, AirAsiaRide juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri antaranya pilihan untuk tempahan kereta jenis \u201cLadiesONLY\u201d dimana pemandunya adalah wanita \u2013 sesuai untuk penumpang wanita yang berseorangan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPakej AirAsia Ride\n\n \nKelebihan Menjadi Pemandu AirasiaRide\n\n \nCara & Proses Pendaftaran\n\n\nPakej AirAsia Ride\nAirAsiaRide mempunyai pelbagai pakej e-hailing untuk setiap penumpang bersesuaian dengan bajet dan keperluan mereka:\nPremium MPV \u2013 Kereta MPV mewah muat sehingga 6 orang penumpangAllstar \u2013 Dipandu oleh krew AirAsia sendiriLadiesONLY \u2013 Pemandu wanitaAnyride \u2013 Kereta paling hampir dengan andaCompact \u2013 Harga paling jimat6-seater \u2013 Ruang lebih luas untuk ramai penumpang atau barangTaxi \u2013 Teksi berdekatan dengan andaPremium \u2013 Kereta mewah dan lebih selesa\nKelebihan Menjadi Pemandu AirasiaRide\nMesti mematuhi peraturan dan peraturan Kementerian PengangkutanDibekalkan dengan lesen PSV, permit e-hailing dan pelekatDilindungi oleh insuransMemerlukan pemeriksaan kenderaan PuspakomDiperlukan mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 3 tahunKenderaan mestilah berumur kurang daripada 10 tahunMempunyai akses kepada butang SOS kecemasan\nCara & Proses Pendaftaran\n\nSekiranya anda berminat menjadi pemandu AirAsiaRide, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah:\nBuka laman AirAsia dan lengkapkan borang di halaman https://www.airasia.com/aa/ride/driver.htmlDaftar akaun dengan aplikasi pemandu AirAsia RideKlik pada butang \u201cJoin as Driver\u201dLengkapkan segala maklumat seperti yang tertera dalam borang permohonanTunggu sehingga permohonan anda sebagai pemandu diterima oleh pihak AirAsia RideBuka semula aplikasi dan mula terima tempahan untuk menjana pendapatan anda!\nSelain itu, seperti syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap pemohon perlu mempunyai lesen PSV dan permit EPV untuk menjadi pemandu AirAsia Ride.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/johor-cuti-27-nov-ahad/", "title": "Johor Umum Cuti 27 Nov 2022 (Ahad) Sempena Piala Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJohor umum Ahad ini (27 Nov) cuti peristiwa sempena JDT mara perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 Sabtu ini \u2014 MB Johor\nKerajaan Negeri Johor telah menetapkan hari Ahad, 27 Nov 2022 sebagai hari cuti peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu, 26 November 2022.\nPerkara ini dimaklumkan oleh kenyataan akhbar Yang Berhormat Tan Sri Dato\u2019 Dr Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini.\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan tersebut, pemberian cuti peristiwa tersebut adalah untuk memudahkan para penyokong menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang dan mengatur perjalanan mereka agar tidak tergesa-gesa serta berada dalam keadaan selamat.\nUntuk makluman, perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 November 2022.\nPengisytiharan cuti ini adalah selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).\n\nSeperti yang kita sedia maklum, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa 28 November 2022 (Isnin) diisytiharkan sebagai Hari Cuti Umum bagi seluruh Malaysia.\nIni bermaksud, rakyat Johor akan bercuti panjang pada hujung minggu nanti dengan 2 hari cuti tambahan, tidak termasuk 2 hari cuti hujung minggu.\nSumber: BERNAMA TV\nBaca juga: \n\nIsnin 28 November Cuti Umum \u2013 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim\nBiodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-cabutan-bertuah/", "title": "15 Idea Hadiah Cabutan Bertuah Yang Praktikal & Wow!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCabutan bertuah biasanya dilakukan semasa majlis ataupun acara tertentu seperti promosi dan sebagainya. Proses cabutan bertuah bermula apabila tetamu yang datang diberikan nombor dan pihak penganjur akan mencabut nombor secara rawak untuk memanggil pemenang cabutan bertuah.\nPemenang hadiah cabutan bertuah adalah individu yang bertuah kerana terpilih tanpa mengambil kira faktor tertentu. Kebiasaannya, pihak penganjur akan menetapkan syarat dan terma yang perlu dipatuhi untuk layak mengikuti cabutan bertuah.\u00a0\n\nHadiah cabutan bertuah yang diberikan adalah mengikut pilihan penganjur majlis ataupun tema majlis tersebut. Boleh jadi hadiah yang bakal diberikan berupa wang tunai, cenderahati, bahkan hadiah-hadiah besar seperti kereta ataupun paket percutian.\u00a0\nSekiranya anda sedang tercari-cari idea untuk hadiah cabutan bertuah, anda boleh rujuk senarai dibawah untuk membantu anda. Tunggu apalagi, jom baca!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n15 Idea Hadiah Cabutan Bertuah\n\n \n1. Set Tupperware\n\n \n2. Set Periuk Dessini\n\n \n3. Beg Bagasi\n\n \n4. Pengering Rambut\n\n \n5. Casing Telefon Bimbit\n\n \n6. Televisyen\n\n \n7. Vakum Dyson\n\n \n8. Printer HP\n\n \n9. Fon Telinga Tanpa Wayar\n\n \n10. Set Cawan & Jug Elianware\n\n \n11. Powerbank\n\n \n12. Tetikus Tanpa Wayar Logitech\n\n \n13. Alpha Living Electric Barbeque Grill\n\n \n14. Motor\n\n \n15. Seterika Stim (Handheld Steamer Iron)\n\n\n15 Idea Hadiah Cabutan Bertuah\n1. Set Tupperware\nTupperware adalah merupakan salah satu pilihan hadiah yang popular untuk pelbagai jenis perkara termasuklah sebagai hadiah cabutan bertuah. Anda boleh pilih set Tupperware yang terkini untuk dijadikan sebagai hadiah bagi menarik perhatian peserta yang mengikuti cabutan bertuah tersebut.\nSet Tupperware: https://shopee.com.my/tupperwarebrands.my/3153370461\u00a0\n2. Set Periuk Dessini\nSekiranya peserta anda terdiri ramai daripada kalangan wanita, set periuk Dessini ini sememangnya pilihan hadiah yang tepat. Dengan pilihan warna dan jenis yang pelbagai, set periuk ini memang menjadi idaman semua wanita.\u00a0\nSet Periuk Dessini: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/5178606091\n3. Beg Bagasi\nHadiah cabutan bertuah beg bagasi ini sangat sesuai untuk ibu ayah yang mempunyai anak-anak untuk sambung belajar atau sedang merancang untuk pergi bercuti. \n\n\n\n\n\n\nSelain mempunyai kegunaannya tersendiri, harga sebuah beg bagasi di Shopee juga sangat mampu milik. Anda boleh rujuk salah satu pilihan beg bagasi yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan seperti di bawah.\u00a0\nBeg bagasi: https://shopee.com.my/casevalker/7218515763\n4. Pengering Rambut\nSalah satu jenama pengering rambut yang terkenal dengan kualitinya yang terbaik ialah Philips. Harganya juga mesra poket dan setanding dengan kualiti yang ditawarkan.\nPengering rambut ini sesuai untuk lelaki atau perempuan. Memang sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah yang tidak diketahui lagi siapa pemenangnya sebelum cabutan dibuat.\u00a0\nPengering rambut: https://shopee.com.my/jeremy888888.my/8354812934\n5. Casing Telefon Bimbit\nSekiranya anda berhajat untuk mencabut banyak nombor semasa cabutan bertuah tersebut, anda boleh sediakan beberapa jenis hadiah bermula daripada hadiah yang biasa-biasa sehinggalah yang istimewa.\u00a0\nCasing telefon bimbit adalah salah satu pilihan hadiah yang anda boleh pertimbangkan untuk diberikan secara banyak. Hal ini kerana, harganya yang murah dan sudah pasti ia akan berguna untuk pemenang kelak.\u00a0\nCasing telefon bimbit: https://shopee.com.my/fashioncase.my/12891453799\n6. Televisyen\nAnda boleh berikan televisyen sebagai hadiah utama. Pastikan anda memilih set TV yang berkualiti tinggi, tahan lama dan juga model terkini seperti dibawah. Sudah pasti ramai yang teruja untuk mengikuti cabutan bertuah yang anda anjurkan!\u00a0\nTelevisyen: https://shopee.com.my/thewhitegoods/191245514\n7. Vakum Dyson\nSelain televisyen, anda juga boleh jadikan vakum keluaran Dyson ini sebagai salah satu hadiah utama. Vakum ini memang terkenal dengan kualiti dan keupayaannya dalam membantu membersihkan rumah. Walaupun harganya agak mahal, namun ia sememangnya berbaloi untuk dimiliki.\nVakum Dyson: https://shopee.com.my/shopeco.my/18971041448\n8. Printer HP\nPrinter HP adalah merupakan salah satu keperluan dalam sebuah rumah lebih-lebih lagi apabila terdapat anak-anak yang masih bersekolah ataupun ibu bapa yang bekerja dan memerlukan printer. Jangan lupa masukkan printer dalam senarai hadiah cabutan bertuah anda ya!\nPrinter HP: https://shopee.com.my/hpbestbuy/2151790794\n9. Fon Telinga Tanpa Wayar\nFon telinga tanpa wayar juga salah satu pilihan hadiah cabutan bertuah yang menarik. Pada zaman teknologi ini, fon telefon tanpa wayar mempunyai banyak kegunaan contohnya seperti untuk pembelajaran secara dalam talian, mendengar lagu, bercakap dalam telefon ketika di tempat awam dan sebagainya.\u00a0\nFon telinga tanpa wayar: https://shopee.com.my/mygadgetmall/2805586743\n10. Set Cawan & Jug Elianware\nSet cawan & jug keluaran Elianware ini sememangnya salah satu kegemaran para ibu-ibu. Jadi, ia memang sesuai untuk dijadikan sebagai antara pilihan hadiah cabutan bertuah. Satu set cawan & jug ini boleh didapatkan dengan harga kurang daripada RM100!\nSet Jug & Cawan Elainware: https://shopee.com.my/elianware_malaysia/3381680499\n11. Powerbank\nPowerbank adalah merupakan keperluan asas pada masa kini lebih-lebih untuk individu yang suka berjalan jauh ataupun mempunyai bateri telefon bimbit yang cepat habis. \nAnda boleh pilih pelbagai jenis powerbank yang dijual oleh mygadgetmall di Shopee untuk dijadikan sebagai salah satu hadiah cabutan bertuah.\nPowerbank: https://shopee.com.my/mall4you.my/2080183798\n12. Tetikus Tanpa Wayar Logitech\nSekiranya target peserta anda terdapat pelajar sekolah, anak muda ataupun individu yang bekerja, tetikus tanpa wayar adalah salah satu pilihan hadiah yang terbaik. \nAnda boleh dapatkan tetikus keluaran Logitech untuk pilihan yang berkualiti tinggi agar tahan lama untuk digunakan.\u00a0\nTetikus Logitech: https://shopee.com.my/all_it.os/11986288986\n13. Alpha Living Electric Barbeque Grill\nAlat memasak seperti grill juga sangat \u2018digemari\u2019 ramai dan menjadi hadiah idaman para peserta. Anda boleh dapatkan Alpha Living Electric Barbeque Grill ini kerana ia mempunyai plug Malaysia, jadi ia amat mudah digunakan. Harganya pun sangat berpatutan.\u00a0\nAlpha Living Electric Barbeque Grill: https://shopee.com.my/alphaliving/67506784\n14. Motor\nSekiranya anda mempunyai bajet lebih, anda boleh jadikan motor sebagai antara hadiah yang paling istimewa. Pasti ramai yang beratur nak ikut serta cabutan bertuah tersebut. \nAnda boleh tempah motor pilihan anda melalui shopee namun apa yang penting pastikan anda memilih kedai yang dipercayai. Tak perlu susah-susah, anda boleh rujuk gambar di bawah. Ia adalah salah satu pilihan motosikal yang terbaik dan dijual oleh kedai yang dipercayai.\u00a0\nMotor: https://shopee.com.my/yesride/7802000763\n15. Seterika Stim (Handheld Steamer Iron)\nKalau dapat seterika stim yang mudah dibawa ke mana sahaja, pasti seronokkan. Jadi apa kata anda jadikan seterika stim ini sebagai salah satu pilihan hadiah untuk acara cabutan bertuah yang anda bakal anjurkan.\u00a0\nHandheld Steamer Iron: https://shopee.com.my/sudingzai01/9495173079\nSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-qunut-subuh/", "title": "Doa Qunut : Bacaan Dalam Solat Subuh & Maksud (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDoa Qunut : Bacaan Dalam Solat Subuh & Maksud (JAKIM)\nQunut\u00a0(\u0642\u0646\u0648\u062a) membawa maksud berdoa ketika berdiri dalam solat.\nDoa qunut ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :\nBacaan doaBacaan zikirBacaan selawat\nBahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari \u0627\u0644\u0644\u0647\u0645 \u0627\u0647\u062f\u0646\u0627 \u0641\u064a\u0645\u0646 \u0647\u062f\u064a\u062a sehingga \u0648\u0642\u0646\u0627 \u0634\u0631\u0645\u0627 \u0642\u0636\u064a\u062a dibaca KUAT/JELAS kerana ia satu bentuk doa. \nDalam konteks doa, Imam membaca dan makmum mengaminkannya.\nBahagian kedua iaitu bermula daripada \u0641\u0625\u0646\u0643 \u062a\u0642\u0636\u064a \u0648\u0644\u0627 \u064a\u0642\u0636\u0649 \u0639\u0644\u064a\u0643 hingga akhir dibaca PERLAHAN kerana ia adalah bacaan zikir.\nJika anda solat berjamaah bersama Imam, adalah afdhal untuk sama-sama membaca zikir ini secara perlahan. \nAda sebahagian Imam membaca KUAT/JELAS kembali pada bahagian ketiga iaitu bacaan selawat untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa & zikir sudah habis dan bersedialah untuk sujud.\nSudahkah anda menghafal doa qunut? Dan pernahkah anda benar-benar menghayati maknanya?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bacaan doa qunut bersama maksudnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Doa Qunut?\n\n \nBACAAN DOA QUNUT DALAM SOLAT SUBUH\n\n \nBacaan Doa Qunut Dalam Rumi\n\n \nMaksud / Erti\n\n \nHukum\n\n\nApakah Doa Qunut?\nDoa qunut berasal daripada perkataan Qunut yang mempunyai beberapa makna.\nDari segi bahasa, ia bermaksud taat, berdiri lama, diam, tunduk, khusyuk dan doa.\n\n\n\n\n\n\nManakala dari segi istilah, Qunut merupakan doa yang di baca ketika iktidal dalam solat.\nTerdapat tiga jenis Qunut dalam solat iaitu :\nQunut dalam solat SubuhQunut dalam solat witir Ramadhan Qunut Nazilah\nImam Syafi\u2019e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut.\nBerikut adalah bacaan yang dibacakan dalam qunut solat Subuh.\nSumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\nBACAAN DOA QUNUT DALAM SOLAT SUBUH\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0647\u062f\u0650\u0646\u0627 \u0641\u064a\u0645\u064e\u0646 \u0647\u062f\u064e\u064a\u062a\u060c\nYa Allah tunjukkanlah kami sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk\n\u0648\u0639\u0627\u0641\u0650\u0646\u0627 \u0641\u064a\u0645\u064e\u0646 \u0639\u0627\u0641\u064a\u062a\nDan sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan\n\u0648\u062a\u0648\u0644\u064e\u0651\u0646\u0627 \u0641\u064a\u0645\u064e\u0646 \u062a\u0648\u0644\u064e\u0651\u064a\u062a\u060c\nPimpinlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin\n\u0648\u0628\u0627\u0631\u0643\u0652 \u0644\u0646\u0627 \u0641\u064a\u0645\u0627 \u0623\u0639\u0637\u064a\u062a\u060c\nDan berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku\n\u0648\u0642\u0650\u0646\u0627 \u0634\u0631\u064e\u0651 \u0645\u0627 \u0642\u0636\u064a\u062a\u060c\nJauhkanlah dari kami sebarang kejahatan / takdir buruk yang Engkau tentukan (untuk hari ini).\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u0636\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0642\u0652\u0636\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\u060c \nSesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkausa menetapkan sesuatu selain dariapda Engkau\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0630\u0650\u0644\u064f\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u060c\nSesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu\n \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0650\u0632\u064f\u0651 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0627\u062f\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u060c\nDan tidak mulia orang yang Engkau musuhi\n \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064e \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\nTelah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, \n\u0641\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064c \u0639\u064e\u0644\u0649 \u0645\u0627 \u0642\u064e\u0636\u064e\u064a\u062a\u064e\nDan Maha Tinggi Engkau, Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.\n \u0648\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u064e\u062a\u064f\u0648\u0628\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e\nAku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau\n\u0648\u064e\u0635\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u0649\u064e \u0633\u064e\u064a\u064b\u0651\u062f\u064b\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0623\u064f\u0645\u0650\u0651\u064a\u0650 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e\nDan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya\nBacaan Doa Qunut Dalam Rumi\nAllahhumma dinii fiiman hadaitWa\u2019aa finii fiiman \u2018aafaitWatawallanii fiiman tawal-laiitWabaariklii fiimaa a\u2019thaitWaqinii syarramaa qadhaitFainnaka taqdhii walaa yuqdha \u2018alaikWainnahu laayadzilu man walaitWalaa ya\u2019izzu man \u2018aadaitTabaa rakta rabbanaa wata\u2019aalaitFalakalhamdu \u2018alaa maaqadhaitAstaghfiruka wa\u2019atuubu ilaikWasallallahu \u2018ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyiWa\u2019alaa aalihi washahbihi Wasallam\nMaksud / Erti \nYa Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan\nBerilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan\nPeliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan\nBerilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan\nSelamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan\nMaka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum\nMaka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin\nTidak mulia orang yang Engkau memusuhinya\nMaha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau\nMaha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan\nKu memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau\nSemoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.\nHukum \nMembaca doa qunut termasuk di dalam perkara sunat Ab\u2019adh. \nJika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.\nWalau bagaimana pun, solat subuh tetap SAH walaupun tanpa sujud sahwi.\nBaca juga: \nDoa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha (JAKIM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-ipt-maiwp/", "title": "Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT MAIWP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan IPT MAIWP / Bantuan Persediaan IPT MAIWP kini dibuka untuk membantu pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\nBerikut adalah syarat permohonan dan kelayakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan IPT MAIWP?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan IPT MAIWP\n\n\nApakah Bantuan IPT MAIWP?\nSesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab boleh memohon pelbagai Skim Bantuan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).\nAntaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.\n\n\n\n\n\n\nTerdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus untuk memohon Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP ini.\nBaca juga: Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Dari 1 Februari 2021\nSila rujuk syarat kelayakan di bawah.\nSyarat Kelayakan\nSyarat Umum\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah\u00a0(Kira kelayakan Had al-Kifayah)\nSyarat Khusus\nPengajian Sepenuh Masa / Separuh MasaPeringkat pengajian Sijil sehingga PhDBidang pengajian diiktiraf oleh MQA dan Kursus yang boleh dibantu (tidak termasuk Kursus Profesional)Permohonan setahun sekali mengikut tempoh pengajianTempoh pengajian 6 bulan ke atasBagi bekas pelajar di bawah institusi bawah MAIWP perlu melampirkan surat pengesahanBorang permohonan dan senarai semak borang bantuan sila rujuk laman web MAIWP atau Pusat Agihan Zakat yang berdekatan\n\nDokumen Yang Diperlukan\nUntuk membuat permohonan, berikut adalah dokumen yang diperlukan.\nBorang permohonanSatu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)Satu salinan kad pengenalan:PemohonSuamiIsteriAnak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau\u00a0disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.\u00a0 [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.\u00a0[ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]*Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampungSatu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkiniSatu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiamiSatu surat pengesahan pengajian di IPT dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia ASALSatu surat penajaan IPT samaada mendapat pinjaman / tajaan atau tidak dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Unit Biasiswa dan Kewangan IPT / Jabatan Bendari / Jabatan Penuntut Malaysia (ASAL)Satu salinan pengiktirafan pengajian Jabatan Perkhidmatan Awan / Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia dari Jabatan Akademik Pelajar ( bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kos professional dan eksekutif sahaja)Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.\nLain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan\u00a0\nKeluarga bercerai.:Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.Ahli keluarga telah meninggal dunia.:Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.Saudara baru.:Satu salinan kad memeluk Islam.Orang Kelainan Upaya.:Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).Pengidap sakit kronik.:Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.Sedang mengikuti pengajian di IPT.:Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.Keluarga bermasalah.:Satu salinan laporan polis/ surat penjara.Muflis.:Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.\nCara Permohonan\nBorang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter \u2013kaunter Baitulmal MAIWP\u00a0\nSila rujuk senarai kaunter Pusat Agihan Zakat MAIWP di sini.\nBaca juga: Tarikh Buka Sekolah 2021 Terkini Selepas PKP 2.0- KPM\nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan IPT MAIWP\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,\nAras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh, 51200Kuala LumpurTelefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-persediaan-banjir/", "title": "Senarai Barang Persediaan Banjir \u2013 Wajib Ada Dalam Beg Kecemasan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBencana alam seperti banjir boleh berlaku di kawasannya rendah serta kawasan yang berisiko tinggi contohnya seperti kawasan yang pernah mengalami banjir sebelumnya. \nOleh itu, apabila tiba musim tengkujuh, anda perlu sentiasa berhati-hati dengan pengumuman ataupun amaran bencana alam terutamanya di kawasan tempat tinggal anda.\n\nSehubungan dengan itu, masyarakat diingatkan untuk sentiasa membuat persediaan awal bagi menghadapi banjir serta bersedia untuk segala mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak jabatan penyelamat terutamanya apabila diarahkan untuk berpindah atau pun segera meninggalkan kawasan yang berisiko terkena banjir.\u00a0\nAnda dinasihatkan untuk menyediakan sebuah beg kecemasan yang mengandungi segala keperluan yang diperlukan kelak termasuklah dokumen-dokumen penting. \nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai barang persediaan banjir yang perlu ada di dalam beg kecemasan tersebut, mari teruskan membaca.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Barang Persediaan Banjir\n\n \n1. Wisel\n\n \n2. Lampu suluh\n\n \n3. Ubat-ubatan\n\n \n4. Selimut\n\n \n5. Pakaian\n\n \n6. Peralatan mandian\n\n \n7. Air minuman\n\n \n8. Makanan dalam tin\n\n \n9. Bateri tambahan (power bank)\n\n \n10. Fail kalis air\n\n \nPersediaan Awal Banjir\n\n\nSenarai Barang Persediaan Banjir\u00a0\n\n1. Wisel\nWisel adalah merupakan salah satu item yang sangat penting apabila berada dalam situasi kecemasan. Anda boleh meniup wisel tersebut untuk mendapatkan perhatian apabila ingin meminta pertolongan. Hal ini kerana, suara anda mungkin tidak kedengaran dalam jarak yang jauh ataupun situasi tertentu.\u00a0\nAnda boleh dapatkan wisel yang mempunyai tali untuk memudahkan anda memakainya di leher apabila berada dalam situasi kecemasan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nWisel: https://shopee.com.my/farjanmn/20616272945\n2. Lampu suluh\nApabila banjir melanda, bekalan elektrik akan diputuskan sebagai langkah keselamatan. Sehubungan dengan itu, peranan lampu suluh adalah sangat penting bagi membantu anda sepanjang waktu kecemasan tersebut. \nSelain itu, ia juga boleh digunakan untuk memberi signal menyalakan lampu suluh anda agar pasukan penyelamat mengetahui kedudukan anda apabila terperangkap semasa banjir berlaku.\u00a0\nLampu suluh: https://shopee.com.my/neworldmobile/8660215603\n3. Ubat-ubatan\nPastikan anda membawa semua ubat-ubatan yang diperlukan terutamanya sekiranya anda mempunyai penyakit tertentu. Anda juga boleh menyediakan ubatan seperti panadol, minyak angin, ubat gatal dan sebagainya sebagai persediaan. \nAnda boleh dapatkan beg simpanan ubat seperti di bawah untuk memudahkan anda menyimpan semua ubatan tersebut.\u00a0\nBeg simpanan ubat: https://shopee.com.my/bestbuyonline2u/19252493820\n4. Selimut\nSelimut adalah merupakan salah satu keperluan apabila berada di pusat pemindahan. Sebaiknya, dapatkan selimut yang ringan dan mudah dibawa. Anda boleh dapatkan selimut haba keluaran Mylar ataupun dikenali sebagai Mylar emergency thermal blanket di Shopee.\u00a0\nSelimut: https://shopee.com.my/greencamp.outdoor.malaysia/15322001237\n5. Pakaian\nSediakan beberapa helai pakaian untuk dipakai semasa di pusat pemindahan banjir. Elakkan membawa pakaian yang tidak perlu serta kurang selesa untuk digunakan. \nJangan lupa juga\u00a0 sehelai dua tudung sarung bagi wanita Muslim. Hal ini kerana, apabila berada di pusat pemindahan banjir, anda akan ditempatkan bersama lain jantina.\u00a0\nPakaian: https://shopee.com.my/elfashionstorree/19369813445\n6. Peralatan mandian\nBawa peralatan mandian seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, syampu, pencuci muka dan sebagainya yang dirasakan perlu. \nWalaubagaimanapun, pastikan anda membawanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk mengelakkan beg anda terlalu berat. Anda boleh meletakkan semua keperluan tersebut di dalam botol travel kit yang boleh di dapatkan di Shopee.\u00a0\nTravel kit botol: https://shopee.com.my/imallmy2u/16345596402\n7. Air minuman\nJangan lupa juga masukkan beberapa botol air minuman untuk persediaan apabila anda tidak mendapat bekalan minuman dalam tempoh masa yang lama. Apabila terjadinya banjir, sumber air bersih akan sukar untuk didapati.\u00a0 Oleh itu,\u00a0 pastikan anda membeli air minuman botol\u00a0 seawal yang mungkin sebagai persediaan.\u00a0\nAir mineral: https://shopee.com.my/momaspace/7433092238\n8. Makanan dalam tin\nSeterusnya, untuk mengelakkan anda berada dalam keadaan kelaparan sambil menunggu bantuan tiba,\u00a0 pastikan anda meletakkan beberapa buah makanan tin di dalam beg kecemasan tersebut. Makanan tin sangat mudah untuk dimakan dan tidak perlu dimasak terlebih dahulu.\nMakanan dalam tin: https://shopee.com.my/kfminimart/2815683773\n9. Bateri tambahan (power bank)\nUntuk kekal berhubung\u00a0 dan mendapat maklumat, pastikan juga anda membawa bateri tambahan. Jangan lupa cas penuh-penuh sebelum meletakkannya ke dalam beg kecemasan.\u00a0\nPowerbank: https://shopee.com.my/mall4you.my/2080183798\n10. Fail kalis air\u00a0\nFail kalis air adalah merupakan salah item terpenting yang anda perlu sediakan. Di dalam fail ini, anda boleh letakkan dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, geran dan sebagainya untuk mengelakkan basah.\u00a0\nFail kalis air: https://shopee.com.my/10q_store/11155340761\nPersediaan Awal Banjir\nSelain menyediakan barang-barang keperluan, antara persediaan awal lain yang perlu dilakukan ialah:\n\nPastikan anda sentiasa mengambil tahu hebahan semasa melalui radio, TV, media sosial,\u00a0 serta Bilik Gerakan Banjir Negeri.\nKenal pasti lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda.\nPindahkan barang berharga ke tempat yang lebih tinggi atau ke tempat lain.\nPutuskan sambungan peralatan elektrik.\u00a0\nMendengar arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.\u00a0\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-rayuan-matrikulasi/", "title": "Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi Sesi 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman Semakan Keputusan Rayuan Program Matrikulasi KPM Ambilan Sesi 2023 / 2024\nDimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 26 Jun 2023.\n\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan rayuan matrikulasi sesi 2023 / 2024 secara online dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuat pengesahan / setuju terima tawaran.\nNOTA: Bagi calon yang memohon Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Ujian aptitud pada 15 Jun 2023. Semak panggilan ujian pada 14 Jun 2023. SMS turut dihantar kepada calon terpilih. Bagi calon berjaya ujian aptitud temu duga secara dalam talian pada 19-20 Julai 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi 2023 / 2024\n\n \nTarikh Permohonan Rayuan Matrikulasi\n\n \nSemakan Keputusan Rayuan Matrikulasi\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nSENARAI MATRIKULASI\n\n\nSemakan Keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi 2023 / 2024\nPemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut: \u00a0matrikulasi.moe.gov.my\n\n\n\n\n\n\nCalon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran\n\nSurat tawaran\nPanduan pendaftaran pelajar\nMaklumat peribadi pelajar\nAkaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar\nPengakuan bebas penyalahgunaan dadah\nBorang perjanjian pelajar (dua salinan)\n\nTahniah diucapkan kepada calon yang berjaya!\nTarikh Permohonan Rayuan Matrikulasi\nBagi calon yang tidak berjaya, rayuan secara dalam talian bermula 26 Jun hingga 7 Julai 2023.\nSila layari : https://matrikulasi.moe.gov.my/\nSemakan Keputusan Rayuan Matrikulasi\nPengumuman semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2023/2024.\n14 Julai 2023 (Jumaat) jam 3.00 petang.\nLayari http://matrikulasi.moe.gov.my\n\nMaklumat Lanjut\nBerikut dilampirkan Soalan Lazim berkenaan kemasukan dan permohonan Matrikulasi 2023/2024:\nSoalan-Lazim-Kemasukan-Matrikulasi-Sesi-2023-2024-1Download\nSebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email\u00a0protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks\nATAU\nSila hubungi:\n\nBahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.No.Tel: 03 \u2013 8884 4083No.Faks: 03 \u2013 8888 4028\n\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai matrikulasi atau hubungi nombor telefon yang tertera di bawah:\nSENARAI MATRIKULASI\nInstitusi / AlamatTelefon / Faks\u00a0E-mel / Laman WebKolej Matrikulasi MelakaKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a078300 Masjid Tanah, Melaka.Tel:06-3832000Faks:06-3847190\u00a0E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmm.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Negeri SembilanKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a072000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Tel:06-4841825Faks:06-4841821\u00a0E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my\u00a0Kolej Matrikulasi Pulau PinangKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a013200 Kepala Batas, Pulau Pinang.\u00a0Tel:04-5756090Faks:04-5757389\u00a0E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my\u00a0Kolej Matrikulasi PerlisKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a002600 Arau, Perlis.\u00a0Tel:04-9868613, 04-9868614,\u00a004-9868615, 04-9868616Faks:04-9868542, 04-9868543\u00a0E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmp.matrik.edu.myKolej Matrikulasi LabuanKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Jalan OKK Daud, Merinding,\u00a0Peti Surat 81735,\u00a087027 Wilayah Persekutuan Labuan.Tel:087-465311, 087-465314Faks:087-466500E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kml.matrik.edu.myKolej Matrikulasi JohorKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Jalan Payamas,\u00a084900 Tangkak, Ledang, Johor.Tel:06-9781613Faks:06-9781595E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmj.matrik.edu.myKolej Matrikulasi PerakKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a031600 Gopeng, Perak.Tel:05-3594449, 05-3594600Faks:05-3594412, 05-3594413E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi KedahKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a006010 Changlun, Kedah.Tel:04-9286100Faks:04-9242186E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi PahangKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a026300 Gambang, Pahang.Tel:09-5495000Faks:09-5499612, 09-5498996E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmph.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.Tel:04-4682508Faks:04-4682281E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.myLaman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a026400 Bandar Jengka, Pahang.Tel:09-4677103Faks:09-4677102Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0KM 5, Jalan Kukup,\u00a0Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.Tel:07-6881629, 07-6881630Faks:07-6881631, 07-6882720E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.myKolej Matrikulasi SelangorKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Kathong Mukim Jugra,\u00a042700 Banting, Selangor.Tel:03-31201410Faks:03-31201372E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kms.matrik.edu.myKolej Matrikulasi KelantanKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Beg Berkunci No. 3,\u00a016810 Selising, Kelantan.Tel:09-7808000Faks:09-7808080E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.myKolej Matrikulasi SarawakKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Lot 216, Fasa II,\u00a0Taman Perindustrian Sejingkat,\u00a0Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.Tel:082-439100Faks:082-433108E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.myKolej MARA KulimJalan Junjong,\u00a009000 Kulim, Kedah.Tel:04-4906422Faks:04-4906426E-mel:info[@]kmkulim.edu.myLaman Web:http://www.kmkulim.edu.myKolej MARA Kuala NerangLot 556, Daerah Padang Terap,\u00a006300 Kuala Nerang, Kedah.Tel:04-7867250, 04-7867255Faks:04-7867254E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.myLaman Web:http://www.kmkn.edu.my\n\nLayari pautan seperti berikut untuk maklumat lanjut: https://matrikulasi.moe.gov.my\n\nBahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.No.Tel: 03 \u2013 8884 4083No.Faks: 03 \u2013 8888 4028\n\nBaca juga: \n\nTingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan\nSemak SYARAT UiTM: Semakan Kelayakan Kemasukan UiTM 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-keusahawanan-mains/", "title": "Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KEUSAHAWANAN MAINS (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN) 2022 UNTUK B40 \nHebahan skim bantuan keusahawanan bertujuan membantu golongan fakir, miskin dan B40 yang ingin berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi. \nUntuk makluman, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini membuka permohonan untuk Skim bantuan keusahawanan bagi pemohon yang menepati syarat-syarat ditetapkan.\nPermohonan dibuka sepanjang tahun.\nSila rujuk info selanjutnya di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Keusahawanan MAINS 2022\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Keusahawanan MAINS 2022\nBerikut dikongsikan syarat-syarat permohonan bantuan untuk bakal pemohon:\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia.Bermastautin di Negeri Sembilan.Perniagaan merupakan sumber pendapatan utama.Perniagaan dijalankan sepenuh masa.Tertakluk pada pengiraan had kifayah.\nCara Memohon\nJika berminat, anda boleh membuat permohonan melalui kaedah berikut:\nPERMOHONAN SECARA MANUAL\nBorang permohonan (Borang Am Kebajikan) boleh didapati di kaunter-kaunter Pejabat MAINS Daerah dan Cawangan atau imbas kod QR seperti dalam poster untuk muat turun borang.\nBaca juga: \nCara Daftar SSM Online Untuk Perniagaan Enterprise (ezBiz)Tawaran Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web MAINS atau scan kod QR yang terdapat dalam poster di atas.\nwww.mains.gov.my\nMAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN\nPejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan\n[email\u00a0protected]06-765 1402 / 06-765 140506-762 0648\nOrang Awam \u2013 Klik di sini untuk bertanyakan sebarang persoalan\nAnda juga boleh mengikuti media sosial Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui saluran pautan rasmi yang berikut:\nFacebook : https://www.facebook.com/majlisagamaislamnsInstagram : https://www.instagram.com/majlisagamaislamns/Tiktok : https://www.tiktok.com/@majlisagamaislamns\n\u2018ZAKAT TERURUS, ASNAF TERBELA\u2019\nBaca juga: \nSkim Khairat Kematian BKM RM1000: Cara Permohonan & Tarikh BayaranBantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semakan Status & Tarikh Bayaran\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gadang-scholarship-programme-2023/", "title": "Permohonan Gadang Scholarship Programme 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGadang Scholarship Programme 2023 \nSukacita dimaklumkan bahawa Syarikat Gadang kini membuka tawaran Gadang Scholarship Programme 2023 buat pelajar yang berprestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.\nBiasiswa ini diberikan bagi memberi peluang kepada pelajar yang memerlukan untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus melonjakkan lagi pembangunan Malaysia pada masa akan datang.\nUntuk makluman, Syarikat Gadang merupakan sebuah syarikat yang tidak asing dalam bidang Pembinaan, Kejuruteraan, Utiliti dan Pembangunan Hartanah.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai biasiswa ini. \n\nBaca Juga : Semakan Keputusan UPU Online Sesi 2022 / 2023 Lepasan STPM & Rayuan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Gadang Scholarship Programme 2023\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 1 November 2023. \nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon Gadang Scholarship Programme 2023 adalah seperti yang disenaraikan berikut :\nKejuruteraan awamStruktur, HidraulikGeo-teknikal/Lebuhraya/TurapanUkur BahanPengurusan BangunanKejuruteraan LebuhrayaPengurusan pembinaanKejuruteraan mekanikalKejuruteraan ElektrikPengurusan perniagaanSumber ManusiaKewangan & Perakaunan\n\nSyarat-Syarat Kelayakan Gadang Scholarship Programme 2023 \nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\nPemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 23 tahun dan ke bawah.Pemohon hendaklah menunggu kemasukan atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sepenuh masa dalam universiti tempatan.Pemohon merupakan pelajar universiti / kolej yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah mereka mesti memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5 daripada 4.00 dalam keputusan semester terkini mereka.Pemohon mestilah tidak mendapat biasiswa lain daripada organisasi lain untuk kursus pengajian yang sama (selain PTPTN).Mesti telah mencapai sekurang-kurangnya 5A dalam SPM/O-Level dan minimum 3A\u2019s STPM/A-Level atau setaraf, yang mana berkenaan.Menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.Mestilah dalam bahasa Inggeris lisan dan bertulis.Mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat.Menunjukkan keperluan untuk bantuan kewangan.\nCara Memohon\nPelajar yang berkelayakan boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\nMuat turun borang di bawah :\nGadang-Scholarship-Application-FormDownload\nIsikan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan hantarkan ke alamat e-mel [email\u00a0protected] atau alamat :\nGroup Human Capital Department, Wisma Gadang,\nNo 52, Jalan Tago 2,\nOff Jalan Persiaran Utama, Sri Damansara,\n52200 Kuala Lumpur, Malaysia.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Gadang Scholarship Programme 2023, sila layari laman web https://www.gadang.com.my/ atau hubungi 03-6279 6288/[email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-malaysian-rubber-council-mrc/", "title": "Permohonan Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysian Rubber Council (MRC) atau Majlis Getah Malaysia diperbadankan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat yang diberi jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).\nMRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. MRC ditugaskan untuk melakukan promosi pasaran produk getah dan getah Malaysia yang berkualiti di pasaran dunia.\nSebagai salah satu usaha komuniti kepada rakyat Malaysia, pihak MRC telah bermurah hati mewujudkan Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) untuk pengajian prasiswazah bagi calon lepasan SPM yang layak.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC)?\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nJurusan keutamaan\n\n \nCara permohonan\n\n \nTarikh tutup permohonan\n\n\nApakah Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC)?\n\nAnugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) adalah skim bantuan pelajaran untuk lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah.\nBagi penerima Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC), mereka akan menerima bantuan-bantuan berikut:\nYurang pengajianElaun perbelanjaanPeluang internshipPeluang diambil bekerja dengan syarikat industri selepas tamat pengajian \nSyarat kelayakan\nBagi individu yang ingin memohon, mereka perlulah memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan di bawah bagi membolehkan permohonan mereka dipertimbangkan oleh pihak MRC:\nMesti warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) / institusi pengajian tinggi swasta tempatan (IPTS)Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setaraf, serta program sarjana (jika ada)Sudah memperoleh tawaran atau sedang mengikuti program pengajian peringkat sarjana (Tahun 1 atau 2) di IPTA / IPTSTidak menerima biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain Mampu memberikan dua penjamin yang boleh dipercayai\nJurusan keutamaan\nSemua individu yang memenuhi syarat dan kriteria di atas layak memohon namun calon-calon daripada jurusan pengajian di bawah akan diberikan keutamaan untuk anugerah ini:\nKejuruteraan Kimia / Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Industri / Bahan / TenagaSains & Teknologi PolimerPembelajaran Alam SekitarEkonomi / Pemasaran / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Analisis StatistikIT / Sains Komputer / Kejuruteraan Sistem Komputer\nCara permohonan\nBagi individu yang memenuhi syarat kelayakan akademik dan melanjutkan pengajian siswazah dalam salah sattu jurusan atau bidang yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan dengan cara berikut:\nPermohonan secara online di MRC Scholarships Online ApplicationHantarkan permohonan anda yang lengkap dengan semua dokumen yang berkaitan\nTarikh tutup permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 20 September 2021.\nUntuk penjelasan lebih lanjut atau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nur Lina di talian 03-2782 2100 atau e-mel ke [email\u00a0protected]\n \n \n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysejahtera-2-0/", "title": "MySejahtera 2.0: Fungsi Baru & Kemaskini Rekod Imunisasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAplikasi MySejahtera 2.0 kini tampil dengan beberapa ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memantau maklumat kesihatan individu.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MySejahtera 2.0?\n\n \nTarikh Kemaskini Ciri Baharu\n\n \nLupa Kata Laluan MySejahtera\n\n \nMaklumat Lanjut Berkaitan MySejahtera 2.0\n\n\nApakah MySejahtera 2.0?\nKementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan orang ramai untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi menggunakan pelbagai perubahan baharu di apps tersebut.\n\n\n\n\n\n\nAntaranya, segala rekod vaksinasi COVID-19 pengguna akan diletakkan di bahagian bawah aplikasi dan tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama.\nSebaliknya, butiran tersebut kini telah diasingkan menerusi ruangan lain di aplikasi MySejahtera.\nRekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. \n\n\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini termasuk kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit.\nWalau bagaimanapun, fungsi ini hanya dapat dilihat di MySejahtera selepas bayi yang baru lahir diberi suntikan imunisasi Bacilus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Buat masa ini, hanya rekod imunisasi untuk bayi yang lahir selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.\nTarikh Kemaskini Ciri Baharu\nKemas kini aplikasi MySejahtera 2.0 anda mulai 16 Julai 2022 untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini.\nLupa Kata Laluan MySejahtera\nLangkah-langkah sekiranya anda lupa kata laluan:-\u00a01. Buka aplikasi MySejahtera anda.2. Klik pada LUPA KATA LALUAN3. Masukkan MySejahtera ID anda sama ada email atau nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini.4. Untuk nombor telefon,masukkan kod negara yang betul5. Untuk Malaysia,bermula dengan 6 sebelum memasukkan nombor telefon anda.6. Kemudian klik SAYA BUKAN ROBOT7. Jawab soalan dan ikut arahan yang diberikan8. Setelah selesai,tekan HANTAR9. Apabila berjaya,anda akan menerima notifikasi melalui email atau nombor telefon yang telah didaftarkan.10. Semak email atau sms dan tekan link yang diberikan.11. Bagi pengguna email, pastikan anda menyemak di Recycle Bin juga.12. Masukkan kata laluan anda yang baru dan masukkan lagi sekali untuk pengesahan13. Tekan SET SEMULA KATA LALUAN14. Anda akan menerima notifikasi BERJAYA apabila kata laluan anda berjaya di set semula15. Anda boleh menggunakan kata laluan anda yang baru untuk log masuk akaun\nMaklumat Lanjut Berkaitan MySejahtera 2.0\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MySejahtera di pautan berikut : https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/\nBaca juga: \nCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-InHarga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Turun 2 Minggu Lagi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/maxis-ekelas/", "title": "Maxis eKELAS: Belajar Online Untuk Pelajar Tahun 4 Hingga Tingkatan 5", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeiring dengan kemajuan teknologi, Maxis eKelas telah diperkenalkan oleh pihak Maxis dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, KL Shakespeare Players dan GuruLab.\neKelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. \nInisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.\nProgram ini diiktiraf sebagai sebahagian daripada Highly Immersive Programme (HIP) oleh KPM di mana pelajar layak untuk mendapat mata kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat\n\n \nCara daftar\n\n \nTahap pendidikan Maxis eKelas\n\n \nMisi Maxis eKelas\n\n \nCara pembelajaran\n\n\nManfaat \nSekiranya anda masih berteka-teki sama ada mahu mendaftarkan diri atau anak anda dalam Maxis eKelas, berikut adalah manfaat menyertai program ini:\nPendaftaran percuma Nota dan video mengikut tahap persekolahan pelajar Kandungan & aktiviti yang interaktif Selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan\nSehingga kini, menurut pihak eKelas lebih 50,000 murid telah pun menyertai program ini,\nCara daftar\n\nUntuk pendaftaran, sila layari laman rasmi eKelas di alamat https://www.ekelas.com.my/home/\n\n\n\n\n\n\nKlik pada butang \u201cDaftar\u201d dan lengkapkan butiran anda.\nSetelah melengkapkan pendaftaran akaun, ada boleh log masuk dengan mengklik butang \u201cLog Masukk\u201d pada halaman depan eKelas.\nTahap pendidikan Maxis eKelas\nMaxis eKelas memfokuskan kepada tiga subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 seluruh negara.\nPelajar yang menyertai program ini akan didedahkan kepada suasana e-pembelajaran yang menyeronokkan & ceria bersama dengan sukarelawan Maxis melalui:\nBengkel drama dan esei bahasa InggerisKem percutian eKelasBengkel keselamatan Internet dan sesi motivasiKlinik peperiksaan\nMisi Maxis eKelas\nMisi Maxis eKelas adalah untuk menyokong generasi akan datang bagi mencapai kecemerlangan akademik menerusi pendidikan digital dan memupuk pembangunan minda dan kemahiran untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dan berkembang maju pada masa akan datang.\nMelalui hab digital ini, pihak Maxis eKelas menawarkan:\nTutorial dalam talian secara langsung oleh guru berpengalamanAktiviti pembelajaran digital bersama pengurus komuniti portalKandungan peperiksaan terutamanya untuk UPSR, PT3 dan SPMKandungan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5\nCara pembelajaran \nPara pelajar yang mendaftar untuk Maxis eKelas akan menikmati pelbagai kaedah pembelajaran yang berkesan seperti yang berikut:\nBelajar melalui tutorial dalam talian secara langsung dengan guru eKelasRujuk video penerangan dan nota padat khasPeluang sertai aktiviti menarik dan seronokKenali dan berhubung dengan rakan dari seluruh Malaysia\nKandungan\nLebih\u00a03,000 jam\u00a0tutorial dalam talian\n12\u00a0guru berpengalaman\n2,000+\u00a0bahan pembelajaran eKelas dari nota, video ke lembaran kerja\n30+ video seminar\u00a0UPSR, PT3 dan SPM\n10,000 + eBook & 500 buku audio\u00a0dari Perpustakaan Negara Malaysia\nPenglibatan\n100 peserta\u00a0Kem Cuti Sekolah eKelas\n400+\u00a0pelajar yang dilatih dalam kemahiran literasi digital termasuk program Klik Dengan Bijak SKMM\n20+ sesi\u00a0motivasi\nPengiktirafan\nDiiktiraf sebagai sebahagian daripada Highly Immersive Programme (HIP) oleh KPM di mana pelajar layak untuk mendapat mata kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas.\nPemenang Terbaik dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (Anugerah Penilaian Bintang MCMC 2016)\nKandungan\nLebih\u00a03,000 jam\u00a0tutorial dalam talian12\u00a0guru berpengalaman2,000+\u00a0bahan pembelajaran eKelas dari nota, video ke lembaran kerja30+ video seminar\u00a0UPSR, PT3 dan SPM10,000 + eBook & 500 buku audio\u00a0dari Perpustakaan Negara Malaysia\nMaklumat lanjut: https://www.ekelas.com.my/home/#\nBaca juga: \nSenarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2022 (Forbes)PerantiSiswa 2022: Login & Semakan Status perantisiswa.kkmm.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gkp-4-0/", "title": "GKP 4.0 : Semakan Status Bayaran Fasa 2 (23 November 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMelalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 telah diluluskan kepada 1 juta usahawan.\nBantuan ini seiring untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa pandemik.\nTerkini, PM Ismail Sabri memaklumkan bahawa bayaran kedua Geran Khas Prihatin 4.0 ini akan dibuat bermula 23 November 2021.\nSemakan status dan kelulusan pula boleh disemak bermula Isnin, 22 November 2021.\n\nPerkara ini dimaklumkan melalui sebuah hantaran di media sosial Twitter dan Facebook Perdana Menteri, Dato\u2019 Sri Ismail Sabri.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah GKP 4.0 ?\n\n \nKadar & Tarikh Bayaran GKP 4.0 Fasa 1 dan Fasa 2\n\n \nTarikh Permohonan Baharu\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nCara Semakan Status\n\n\nApakah GKP 4.0 ?\nGKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.\nGKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara tahun lalu.\nGKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.\nGKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.\nPakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.\nBaca juga: i-Citra KWSP: Semakan Tarikh Bayaran Bulan September\n\nKadar & Tarikh Bayaran GKP 4.0 Fasa 1 dan Fasa 2\nBayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu:\nFasa 1 : Bayaran bermula pada 21 September 2021 (RM500) Fasa 2 : Bayaran pada 23 November 2021 (RM500)\nTerkini dimaklumkan bahawa penerima sudahpun dikreditkan jumlah bayaran Fasa 2 pada pagi ini, 23 November 2021.\n\nTarikh Permohonan Baharu\nKepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 adalah seperti berikut:\nBukan penerima GKP sebelum ini; danPemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; danPemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; danii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; danBerdaftar dengan agensi-agensi berikut;i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.\nCara Permohonan\nPermohonan perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut:\nhttps://gkp.hasil.gov.my\n\nSila lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan jika perlu.\nPastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.\nSemakan status boleh dibuat selepas maklumat dihantar dengan lengkap.\nCara Semakan Status\nLangkah semakan status pembayaran adalah seperti berikut:\nLayari laman web\u00a0https://gkp.hasil.gov.myLog masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan.Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.\n\nDifahamkan bayaran sudahpun dikreditkan mulai 23 November 2021 bagi pemohon yang berstatus lulus.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/\nUntuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari\u00a0https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/final-piala-dunia-2022/", "title": "Final Piala Dunia 2022 LIVE Di RTM: Argentina vs France", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJADUAL SIARAN LANGSUNG\u00a0PIALA DUNIA FIFA\u00a02022 PERINGKAT AKHIR (FINAL) DI\u00a0RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nPerlawanan yang dinanti-nantikan kini tiba! Siapakah yang bakal menjadi juara Piala Dunia Qatar 2022?\nJangan lepaskan peluang menonton siaran langsung perlawanan bersejarah ini yang hanya berlangsung sekali dalam setiap 4 tahun!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual Perlawanan Akhir Piala Dunia Qatar 2022 (Final World Cup 2022: Argentina vs France)\n\n \nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\n\n\nJadual Perlawanan Akhir Piala Dunia Qatar 2022 (Final World Cup 2022: Argentina vs France)\nPerlawanan bagi peringkat final World Cup 2022 bakal dilangsungkan mengikut tarikh dan waktu di bawah:\n\n\n\n\n\n\nJADUAL SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA FIFA 2022 PERINGKAT AKHIR (FINAL) \n\nArgentina lwn Perancis\n\nTarikh : Ahad, 18 Disember 2022 \nWaktu : 9.45 malam (waktu Malaysia)\nSiaran Langsung : TV2 dan TV Okey atau Platform Online RTMKlik\n\n\n\nPAUTAN LIVE STREAMING RTM TV2:\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2\n*Waktu Perlawanan Dinyatakan Dalam Waktu Malaysia\nSIARAN ULANGAN\n\nIsnin, 19 Disember 2022 (8.00 malam) di Sukan RTM\n\nBerikut adalah infografik senarai Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang telah diumumkan secara rasmi:\nRujuk jadual penuh :\u00a0JADUAL PERLAWANAN FIFA WORLD CUP 2022 QATAR\nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\nSetakat Piala Dunia FIFA 2018, dua puluh satu kejohanan akhir telah diadakan dan sebanyak 79 pasukan kebangsaan telah bertanding.\nTrofi Piala Dunia telah dimenangi oleh lapan pasukan kebangsaan.\nBrazil telah menang lima kali, dan mereka adalah satu-satunya pasukan yang bermain dalam setiap kejohanan.\nPemenang Piala Dunia yang lain ialah Jerman dan Itali, masing-masing dengan empat gelaran; Argentina, Perancis, dan pemenang sulung Uruguay, dengan dua gelaran setiap satu; dan England dan Sepanyol, masing-masing dengan satu gelaran.\n1930:\u00a0Uruguay\u00a01934:\u00a0Itali\u00a01938:\u00a0Itali1950:\u00a0Uruguay\u00a01954:\u00a0Jerman Barat1958:\u00a0Brazil\u00a01962:\u00a0Brazil\u00a01966:\u00a0England1970:\u00a0Brazil\u00a01974:\u00a0Jerman Barat\u00a01978:\u00a0Argentina\u00a01982:\u00a0Itali\u00a01986:\u00a0Argentina1990:\u00a0Jerman Barat\u00a01994:\u00a0Brazil1998:\u00a0Perancis\u00a02002:\u00a0Brazil\u00a02006:\u00a0Itali2010:\u00a0Sepanyol\u00a02014:\u00a0Jerman\u00a02018:\u00a0Perancis\nBaca juga: \n\nPembentangan Belanjawan & Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\nPiala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/touch-n-go/", "title": "Touch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar Touch n Go (TNG eWallet), Login & Topup\nTouch \u2018n Go eWallet telah melancarkan fungsi DuitNow Transfer yang membolehkan penggunanya memindahkan wang mereka dari mana-mana akaun perbankan dalam talian secara terus ke e-dompet tersebut.\nSelain memberikan fungsi dan fleksibiliti yang lebih besar kepada pengguna, ia mengembangkan Touch \u2018n Go eWallet ke ruang perkhidmatan kewangan digital dengan lebih jauh.\nDuitNow Transfer adalah fungsi pemindahan dana segera yang dimulakan dari akaun perbankan dalam talian dan juga eDompet yang mengambil bahagian.\u00a0\nIa dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bersama untuk pasaran kewangan Malaysia.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara login dan tambah nilai Touch n Go bagi yang baru mendaftar aplikasi ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Touch n Go eWallet?\n\n \nCara Daftar Touch n Go eWallet\n\n \nCara Tambah Nilai Kad Touch\u2019n Go Secara Online\n\n \nCara Aktifkan DuitNow Transfer\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Touch n Go eWallet?\nTouch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang). \n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). \nTNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.\nTNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan hidup anda.\nPindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lainTambah nilai prabayar telefon andaMembayar bil utiliti dan pascabayar andaBeli tiket wayangPembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWalletPembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWalletUntuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect\nCara Daftar Touch n Go eWallet\nUntuk mendaftar Touch \u2018n Go eWallet, sila rujuk langkah di bawah:\n\nMuat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tngdigital.ewallet&hl=en&gl=USApple App Store : https://apps.apple.com/my/app/touch-n-go-ewallet/id1344696702Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet \nUntuk lebih mudah, anda juga boleh merujuk video tutorial rasmi dari Touch \u2018n Go di bawah ini:\n\n\n\nBaca juga: Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun\nCara Tambah Nilai Kad Touch\u2019n Go Secara Online \nTahukah anda, jika anda telah membuat pautan kad Touch \u2018n Go dengan eWallet anda, bayaran tol dan parking di lokasi tertentu akan ditolak dari baki eWallet anda melalui fungsi\u00a0Paydirect.\nIa merupakan sebuah alternatif untuk membantu pengguna tol menambah nilai dengan mudah.\nJom ketahui lebih lanjut tentang fungsi PayDirect TNG.\n\nAPAKAH TOUCH\u2019N GO PAYDIRECT?\nDengan PayDirect, anda boleh melalui tol dengan mudah, tanpa perlu menambah nilai kad Touch\u2019n\u2019 Go anda secara fizikal.Anda hanya perlu memastikan bahawa eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi \u2013 dan anda boleh menambah nilai bila-bila masa, di mana sahaja. Anda tidak perlu bimbang tentang baki yang tidak mencukupi dalam kad Touch\u2019n Go anda di tol.Anda boleh melihat baki dan rekod transaksi kad Touch \u2018n Go anda sehingga 90 hari lepas.Baki kad Touch\u2019n Go dikemas kini setiap 48 jam.\n\nCARA AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP TOUCH \u2018N GO ONLINE\nLangkah 1: Lancarkan aplikasi Touch\u2019n Go eWallet.\nLangkah 2: Klik ikon PayDirect untuk tambah kad Touch\u2019n Go (Jika anda belum tambah kad Touch \u2018n Go ke dalam eWallet) Klik ikon PayDirect untuk menanda kotak persetujuan (Jika anda telah tambah kad Touch \u2018n Go ke dalam eWallet)\nLangkah 3: Tambah nilai \u00a0eWallet anda melalui kad kredit/debit, perbankan Internet FPX, atau dengan PIN Tambah Nilai TNG.\nLangkah 4: Gunakan kad Touch\u2019n Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian (imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG)\nLangkah 5: Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.\nNOTA:\nPada masa ini, PayDirect hanya boleh didapati di semua sistem tol terbuka di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. \nLihat senarai penuh lebuh raya yang mengambil bahagian dalam fungsi PayDirect di\u00a0pautan berikut: https://www.tngdigital.com.my/paydirect.\u00a0\nCara Aktifkan DuitNow Transfer \nUntuk mengaktifkan DuitNow Touch\u2019n Go bagi urusan pemindahan wang, sila ikuti langkah berikut:\n\nBuka aplikasi Touch\u2019n Go eWalletTekan pada ikon \u2018Profile\u2019Klik \u2018DuitNow\u2019Pilih \u2018Link eWallet with DuitNow\u2019Tekan \u2018Activate with TNG eWallet\u2019Tandakan (/) pada kotak kecil setelah membaca terma dan syarat. Tekan butang \u2018Setuju\u2019.Masukkan nombor OTP yang akan diterima di telefon bimbit anda.Selesai. Anda akan menerima notifikasi pengaktifan DuitNow di aplikasi Touch\u2019n Go anda.\nRujuk video di bawah untuk maklumat lanjut:\n\n\n\nBaca juga: Cara Check No Astro (Semakan Nombor Akaun Astro Anda)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Touch n Go eWallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-sarawak-energy/", "title": "Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2021 (Asasi & Sarjana Muda)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnak Sarawak yang ingin mendapatkan bantuan kewangan bagi pengajian tahun 2021, anda kini boleh membuat permohonan Biasiswa Sarawak Energy yang dibuka sehingga 31 Mei 2021.\nDi sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2021 untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Sarawak Energy?\n\n \nKelayakan\n\n \nKriteria Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n\nApakah Biasiswa Sarawak Energy?\nDimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, Sarawak Energy serta anak-anak syarikatnya bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan objektif ini dan pada masa sama diamanahkan untuk melindungi sumber mudik, juga merancang dan membina infrastruktur untuk penjanaan, pemancaran, pengagihan serta peruncitan tenaga elektrik. \nSemua ini dilaksanakan di bawah bimbingan Kerajaan Negeri, dalam lingkungan rangka kerja yang dikawal selia Kementerian Utiliti.\nDengan memfokuskan kepada potensi dan perkembangan individu, Sarawak Energy membuka biasiswa untuk pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan mempunyai sifat kepimpinan dalam aktiviti ko-kurikulum.\n\n\n\n\n\n\nBerikut disertakan maklumat lanjut tentang permohonan biasiswa Sarawak Energy 2021.\n\nKelayakan\nBidang yang tersenarai untuk kelayakan biasiswa Sarawak Energy adalah seperti berikut:\nKejuruteraan *Teknologi komunikasi dan maklumatUndang-undangPerakaunanPerdaganganKewangan\n*Program di atas mesti diakreditasi oleh Engineering Accreditation Council (EAC) Malaysia, semakan boleh dibuat melalui laman web www.eac.org.my\nBaca juga: eBelia PEMERKASA: Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet\nKriteria Permohonan\nProgram Asasi\nTidak melebihi 21 tahun semasa permohonan.Telah mendapatkan surat tawaran untuk program asas dari institusi pengajian tinggi tempatan.Program yang diiktiraf oleh Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA).Pada masa ini bukan penerima biasiswa atau bantuan kewangan lain.Sifat kepemimpinan yang kuat, pemain pasukan yang cemerlang, cemerlang dalam aktiviti dan sukan ekstra kurikular.Pada masa ini tidak ada ahli keluarga penerima Biasiswa Tenaga Sarawak.Minimum 8A dalam peperiksaan SPM.\nPrasiswazah (Ijazah Sarjana Muda)\nTidak boleh melebihi 24 tahun semasa permohonan.Semasa menjadi pelajar tahun pertama atau memohon Ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam dan / atau swasta yang diiktirafProgram yang diiktiraf oleh Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA).Pada masa ini bukan penerima biasiswa atau bantuan kewangan lain.Sifat kepemimpinan yang kuat, pemain pasukan yang cemerlang, cemerlang dalam aktiviti dan sukan ekstra kurikular.Tiada ahli keluarga yang kini merupakan penerima Biasiswa Tenaga Sarawak.Minimum 8A dalam peperiksaan SPM atau PNGK 3.30 dalam STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma\nPelajar Yang Kini Mendaftar Dalam Disiplin Yang Disenaraikan Di Bawah Akan Mempunyai Kelebihan Tambahan:\nKejuruteraan \u2013 Elektrik / Awam / Mekanikal / Geologi / PerlombonganTeknologi Maklumat & KomunikasiPerakaunanUndang-undang\nNOTA:\nPelajar yang mengikuti pengajian perubatan, pergigian, farmaseutikal, psikologi klinikal, teknologi makanan, seni rupa dan program selain daripada yang tersenarai di atas tidak akan dipertimbangkan di bawah program biasiswa ini.\nBaca juga: Permohonan Biasiswa MyBrain Sc 2021 (PhD, Master & Ijazah Pertama)\nCara Permohonan\nBiasiswa Sarawak Energy 2021 ini dibuka mulai 15 Februari hingga 31 Mei 2021.\nUntuk memohon, anda perlu menghantar borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:\nhttps://apply.unienrol.com/form/sarawak-energy-scholarship-2021\nMaklumat Lanjut\nJika ada sebarang pertanyaan, sila salurkan menerusi \nE-mel di [email\u00a0protected]Laman web https://www.sarawakenergy.com/careers/scholarship\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tesp-mara/", "title": "TESP MARA 2023: Program Penajaan Pengajian Tertiari", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Penajaan Pengajian Tertiari (TESP MARA 2023) Kini Dibuka!\nMARA mengalu-alukan pelajar lepasan asasi/STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP).\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang TESP MARA 2023 dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah TESP MARA 2023?\n\n \nBentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan TESP MARA 2023\n\n \nSemakan Status TESP MARA 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah TESP MARA 2023?\nTESP (Tertiary Education Sponsorship Programme) ialah Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)terpilih bagi sesi kemasukan dalam 2023.\nPelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.\n\n\n\n\n\n\nPinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.\nBentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima\nPinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi \n\nYuran Pengajian\nElaun Sara Hidup (ESH) \nElaun Pengangkutan\nElaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat Umum\nSyarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:\n\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia\nHad umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.\nMemenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.\nIbu,bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.\nTidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.\nBebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.\n\nSyarat Kelayakan Khusus\n\nBagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.\nBagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.\nPelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan\n\nBaca juga: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka bermula 5 Mei hingga 18 Mei 2023.\nCara Permohonan TESP MARA 2023\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA pada tarikh yang dinyatakan.\nPemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. \nPemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohoanan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.\n>>>\u00a0Garis Panduan Permohonan>>>\u00a0Syarat Kelayakan Program>>>\u00a0Soalan Lazim>>>\u00a0Panduan Permohonan>>>\u00a0Permohonan Atas Talian>>>\u00a0Panduan Pengguna Sistem\nSoalan Lazim:\nTertiary Education Sponsorship Programme (TESP) FAQ : https://mara.b-cdn.net/\u2026/uploads/2023/05/FAQ-TESP-2023.pdf\nSila layari permohonan : https://educationloan.mara.gov.my\nSemakan Status TESP MARA 2023\nPemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal MARA; http://www.mara.gov.my dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini. \nSekiranya dalam tempoh 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutuppermohonan pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi melalui emel seperti di alamat berikut; [email\u00a0protected]\n>>>\u00a0Garis Panduan Permohonan>>>\u00a0Syarat Kelayakan Program>>>\u00a0Soalan Lazim>>>\u00a0Panduan Permohonan>>>\u00a0Permohonan Atas Talian>>>\u00a0Panduan Pengguna Sistem\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-agihan-khas-zakat-kedah-lznk/", "title": "Permohonan Skim Agihan Khas Zakat Kedah COVID19 (LZNK)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLZNK telah membuka permohonan Skim Agihan Khas Zakat secara atas talian (online) kepada golongan asnaf di negeri Kedah. \nIni bertujuan bagi meringankan asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).\nBerikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara permohonan untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Agihan Khas Zakat Kedah?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nJumlah Bantuan Yang Akan Diterima\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Skim Agihan Khas Zakat Kedah LZNK\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Agihan Khas Zakat Kedah?\nLZNK telah membantu asnaf di negeri Kedah dengan pelbagai kaedah; antaranya adalah Agihan Khas Zakat ini yang diagih secara sekaligus (One Off) sebanyak RM 300 bagi setiap ketua keluarga yang terjejas pendapatan dan tinggal dalam negeri Kedah sahaja.\n\nSyarat Permohonan\nBeragama IslamWarganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahunPendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM2,000.00 sebulan (Gaji Kasar)Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggunganBukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah\nKriteria Kelayakan\n\n\n\n\n\n\nHilang pendapatan disebabkan sakit, diberhentikan kerja, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji sehingga boleh menimbulkan masalah emosi dan rumahtangga.Dibelenggu masalah kesihatan seperti penyakit kronik yang melibatkan kos rawatan yang tinggi atau jangkitan Covid-19 sehingga terhalang pergerakan untuk bekerja dan terpaksa dikuarintin.Dibelenggu masalah kesempitan hidup dan tertekan kerana kehabisan wang simpanan kecemasan.Mempunyai masalah bebanan hutang ketika Pandemik Covid-19 seperti hutang bil air, elektrik, sewa rumah, kenderaan, pendidikan dan lain-lain.Terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asas diri dan keluarga seperti makanan, ubat, susu bayi, pendidikan anak-anak, pengangkutan dan bukan hutang untuk tujuan bermewah.Peniaga yang terjejas perniagaan dan sedang menanggung hutang seperti sewa kedai, utiliti dan tunggakkan gaji pekerja.Hutang keperluan asasi asnaf miskin, guru-guru dan petugas di sekolah agama rakyat yang terjejas\nBaca juga: Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450 (2021) \u2013 KWKPK\nJumlah Bantuan Yang Akan Diterima\nRM 300 bagi setiap ketua keluarga / waris pemohon yang layak.\nTarikh Permohonan \nPermohonan ini akan dibuka selama 3 minggu bermula pada 18 Julai 2021 sehingga 7 Ogos 2021 secara atas talian (online) sahaja.\nCara Permohonan Skim Agihan Khas Zakat Kedah LZNK\nPermohonan melalui sistem atas talian (online) sahaja di pautan (link) berikut: https://agihan.zakatkedah.com.my/ dengan memilih Skim Agihan Khas Zakat.\nSila muat naik lampiran dokumen-dokumen berikut :\nKad Pengenalan Pemohon sahaja. (Diwajibkan Depan & Belakang).Sijil nikah / surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang TIDAK BEKERJA atau TIADA SLIP GAJI, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).Bukti Bermastautin Pemohon : Bil Elektrik / Air / Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan. (Jika ada).Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan\nBaca juga: Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Mulai 15 Julai 2021\nSoalan Lazim\nJika saya TIDAK BERKERJA atau TIADA SLIP GAJI, apakah tindakan yang perlu saya buat? 1. Anda perlu mencetak Surat Pengesahan Pendapatan (klik muat turun surat tersebut)2. Lengkapkan surat pengesahan pendapatan.3. Dapatkan pengesahan dari Imam / Penolong Amil Kariah / Ketua Kampung JPKK / Penghulu / Pegawai Kumpulan A3. Muat naik (upload) surat tersebut ke dalam Sistem Permohonan Agihan Zakat. Saya merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan dari lain-lain agensi seperti JKM, adakah saya layak untuk memohon skim zakat ini? Jika jumlah keseluruhan pendapatan kasar isi rumah melebihi RM 2,000.00, maka anda tidak layak. Sekiranya saya lahir di Perak dan menetap di Kedah melebihi 1 Tahun, adakah saya layak untuk memohon skim zakat ini? Layak bagi pemohon yang menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas. Jika saya lahir di Kedah tetapi menetap di luar Kedah seperti Perlis, adakah saya layak untuk memohon? Tidak Layak, kerana anda berada di luar negeri Kedah. Sila rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk permohonan zakat. Adakah golongan bujang layak memohon? Permohonan ini hanya dibuka kepada asnaf yang bekeluarga sahaja, kecuali bagi anak bujang yang menjadi wakil kepada ibu bapa yang sedang uzur. Bilakah jangkaan pembayaran bantuan ini akan dibuat? Pembayaran akan dibuat secara berperingkat selepas permohonan ditutup \nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat dan Pejabat Zakat Daerah Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian berikut:\nIbu Pejabat : 019-4181740Baling : 04-470 2428 / 013-4529155Bandar Baharu : 04-407 9670 / 019-4738255Kota Setar : 04-731 8005 / 019-5739155Kubang Pasu : 04-917 1561 / 019-4967255Kuala Muda : 04-441 1881 / 019-4122155Kulim : 04-490 0873 / 019-5732155Langkawi : 04-966 0179 / 019-4753155Padang Terap : 04-786 6239 / 019-5172155Pendang : 04-759 4515 / 019- 4123155Pokok Sena : 04-782 1513 / 019-518 6155Sik : 04-469 5895 / 019-4104255Yan : 04-468 3482/ 019-4804155\nPanjangkan makluman ini kepada keluarga asnaf yang layak supaya tidak tercicir dari mendapatkan zakat ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eprofiling/", "title": "eProfiling MOHE : Semakan Kelulusan Akademik & Inventori Kerjaya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPernah dengar mengenai laman eProfiling?\nMungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mempunyai sebuah laman web yang memudahkan pencarian maklumat semakan kelayakan akademik seseorang individu secara dalam talian sahaja.\nDikenali dengan nama eProfiling, semakan ini boleh dibuat dengan hanya memasukkan kad pengenalan seseorang individu itu sahaja.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFungsi laman eProfiling\n\n \nCara menyemak kelayakan akademik\n\n \nCara semak haluan kerjaya\n\n\nFungsi laman eProfiling\neProfiling adalah satu kemudahan yang disediakan di laman GReaT (Graduates Reference Hub for Employment and Training) milik Kementerian Pengajian Tinggi.\nLaman ini boleh diakses melalui pautan https://great.mohe.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nDengan fungsi semakan ini, seseorang majikan boleh membuat semakan kesahihan kelayakan seseorang calon yang memohon pekerjaan dengan mereka.\nSeorang penganjur program juga boleh menyemak kelayakan akademik seseorang penceramah atau pakar motivasi yang dijemput untuk sesuatu program.\nLaman sebegini amatlah berguna memandangkan terlalu ramai individu yang kini mendakwa memiliki kelayakan akademik dari sesebuah pengajian tinggi namun kesahihannya diragui.\nMalah, ada individu yang dengan beraninya mengaku mempuyai banyak pHd dari beberapa institusi pengajian tinggi \u2013 kesemuanya dinafikan oleh institusi pengajian tinggi tersebut.\nCara menyemak kelayakan akademik\nUntuk membuat semakan, layari laman eProfiling di alamat https://eprofiling.mohe.gov.my/\nDi halaman tersebut, masukkan nombor kad pengenalan yang ingin disemak.\nHarap maklum bahawa tidak semua maklumat mengenai individu akan dipaparkan di hasil carian kerana data yang dipaparkan adalah maklumat yang diperolehi melalui sistem Graduan SKPG iaitu, Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nCara semak haluan kerjaya\n\nSekiranya anda merupakan seorang graduan tetapi masih kurang pasti haluan kerjaya anda, laman eProfiling ini boleh membantu anda mencadangkan kerjaya yang boleh anda cuba berdasarkan kelayakan akademik anda dan mina anda.\nDi halaman eProfiling, masukkan nombor kad pengenalan anda.\nKemudian, masukkan butiran-butiran yang dimint seperti kelayakan akademik, alamat emel, nombor telefon dan sebagainya.\nKemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan sehingga lengkap semuanya.\nTerdapat\u00a03 bahagian yang perlu anda jawab\nBahagian A: KesukaanBahagian B: KecekapanBahagian C: Pekerjaan\nAnda akan dipaparkan dengan keputusan cadangan kerjaya yang boleh anda ceburi.\n\nMelalui keputusan yang dipaparkan, seseorang dapat menentukan haluan kerjaya dalam bidang yang diminati. \nSemoga membantu!\nBaca juga: \nSenarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2021 / 2022 & Bantuan IPT NegeriProgram-program Penajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-cukai-lhdn/", "title": "Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023\ne-Filing akan bermula 1 Mac ini. Sebelum boleh buat e-Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.\nSudahkah anda berdaftar dengan LHDN?\nAdakah anda layak dikenakan cukai?\nKetahui lebih lanjut tentang persoalan ini dan panduan daftar cukai LHDN melalui artikel ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSiapa Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN\n\n \nCara Daftar Cukai & e-Filing LHDN 2023\n\n \nLANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN\n\n \nLANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL\n\n \nPANDUAN NAVIGASI PORTAL MYTAX\n\n \nRebat Cukai\n\n \nJenis Taksiran\n\n \nPROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) BAGI TAHUN 2023\n\n\nSiapa Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN\nSeseorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut adalah seorang :\n\nIndividu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)\nIndividu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun\nIndividu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)\nPekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)\nIndividu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai\nIndividu yang menjual/membeli hartanah\n\nSetiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.\u00a0 \nIndividu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat\nLapor Pendapatan Tahunan\nBayar Cukai Pendapatan\n\nCara Daftar Cukai & e-Filing LHDN 2023\nNak declare income tax perlu submit borang cukai B atau BE.\nBerikut dikongsikan cara untuk daftar LHDN terlebih dahulu.\nLANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN\nKena ada nombor cukai pendapatan. Kalau tak tahu boleh semak dahulu.\nPendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :\ni) PENDAFTARAN ONLINE\n\ndalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax,\u00a0https://mytax.hasil.gov.my\n\nDokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :\nPendaftaran secara e-Daftar :\n\nPasport bagi bukan warganegara Malaysia\nSijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)\n\n\nii) PENDAFTARAN MANUAL\nPendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :\n\nManual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan.\n\nDokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut\n\nBorang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)\nKad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)\nSijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)\nPenyata pendapatan/slip gaji\n\nLANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL\nBerikut merupakan langkah-langkah bagi mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL:\n\nMendapatkan nombor PIN melalui :\n\nDalam talian menerusi Maklum Balas Pelanggan HASiL,\u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/\u00a0atau\nCawangan HASiL yang berdekatan.\n\n\nMelampirkan dokumen berikut dalam permohonan :\n\nSalinan kad pengenalan /passport pemohon; dan\nBorang CP55D \u2013 Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.\n\n\n\nNombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.\n\nLANGKAH 3 : WUJUDKAN KATA LALUAN E-FILING\nSila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my\nPengaktifan akaun MyTax adalah lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman \u201cSijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan\u201d dipaparkan.\nInfo tambahan : Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.\n\nPANDUAN NAVIGASI PORTAL MYTAX\nSILA RUJUK MANUAL PENGGUNA MYTAX DALAM LAMPIRAN DI BAWAH : \nPANDUAN-MYTAX-2023Download\nhttps://mytax.hasil.gov.my/ezHasil\nRebat Cukai\nRebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.\nNoRebat CukaiTahun Taksiran2001 \u2013 2008(RM)Tahun Taksiran2009 & Seterusnya(RM)aTaksiran BerasinganIsteriSuami\u2013350350\u2013400400bTaksiran BersamaIsteriSuami\u2013350350\u2013400400\u00a0Jumlah700800bTaksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah PendapatanIsteriSuami\u2013350350\u2013400400\u00a0Jumlah700800\nLain-Lain Rebat Cukai\nNoRebat Cukai(RM)aZakat/FitrahAmaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakanbLevi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011)Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakancLevi pelepasan bagi perjalanan umrah/perjalanan tujuan bagi keagamaan agama lainTerhad kepada 2 kali perjalananKelas PenerbanganASEAN [RM]ASEAN [RM]Selain ASEAN [RM]Ekonomi820Selain Ekonomi50150\nJenis Taksiran\nBerikut adalah pilihan jenis taksiran bagi individu:\n\nDiri Sendiri : bagi individu berstatus bujang / janda / balu / duda / individu berkahwin yang pasangannya tiada punca pendapatan\nBerasingan : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir berasingan\n\nBersama Atas Nama Suami /\u00a0 Isteri : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir bersama.\nTaksiran Bersama boleh dipilih sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi :\n\nSuami dan isteri tinggal bersama dalam tahun asas dan tidak berhenti tinggal bersama dalam tahun asas tersebut;\nMempunyai jumlah pendapatan untuk diagregatkan dengan jumlah pendapatan suami / isteri;\nSuami / isteri yang memilih taksiran bersama mesti warganegara Malaysia, jika tidak bermastautin;\nPengagregatan jumlah pendapatan hanya boleh dibuat dengan seorang isteri sahaja.\n\nBagi penjelasan cara pengiraan cukai, semakan boleh dibuat di pautan di bawah:\nKetetapan Umum No. 6/2018\u00a0: Percukaian Individu Bermastautin Bahagian III \u2013 Pengiraan Cukai Pendapatan Dan Cukai Kena Bayar.\nPROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) BAGI TAHUN 2023\n20230125-program-memfail-bn-bagi-tahun-2023Download\nMohon share supaya ramai yang tahu terutama peniaga-peniaga dan mereka yang bekerja sendiri.\nRujuk cara melaporkan pendapatan e-Filing melalui artikel berikut:\n\nezHASiL: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama\nByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lagu-negeri-selangor/", "title": "Lagu Negeri Selangor: Sejarah, Lirik, Audio, Video", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda pernah bersekolah rendah kebangsaan di negeri Selangor, anda pastinya pernah menyanyikan Lagu Negeri Selangor.\nSelain lagu Negaraku, Lagu ini biasanya akan dinyanyikan oleh para pelajar sewaktu perhimpunan pada waktu pagi.\nOleh itu, bagi kebanyakan pelajar yang pernah belajar di sekolah rendah di Selangor, lagu ini sememangnya sudah lama dihafal.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nSejarah\n\n \nLirik Lagu Negeri Selangor\n\n \nAudio & Video Lagu Negeri Selangor\n\n \nKontroversi\n\n \nLagu Kita Selangor\n\n\nPengenalan\n\u201cDuli Yang Maha Mulia\u201d adalah ialah tajuk lagu Negeri Selangor yang mula digunakan secara rasmi oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 1967. \nPenulis lirik tidak diketahui, tetapi muziknya ditulis oleh Saiful Bahri yang juga menulis dan mencipta lagu negeri Melaka, Melaka Maju Jaya.\n\n\n\n\n\n\nUngkapan \u201cDuli Yang Maha Mulia\u201d ini juga merupakan gelaran diraja, bersamaan dengan \u201cYang Mulia\u201d, digunakan untuk merujuk kepada raja-raja negeri di Malaysia. \nArtikel menarik: SPN Selangor: Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor\nSejarah\nLagu Selangor yang pertama digubah pada tahun 1908 berdsarkan tafsiran semula lagu rakyat Chantek Manis oleh Daniel Ortego. \nLiriknya adalah seperti berikut:\nAllah selamatkan Duli Yang Maha Mulia,Kekal dan selamat di-atas Takhta,Panjangkan umur dan aman sentosa,Adil mewah murah memerintah rata,Daulat!\nPada tahun 1967, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ketika itu, mengumumkan bahawa lagu itu akan digantikan dengan lagu negeri yang digunakan sehingga sekarang.\nLirik Lagu Negeri Selangor\nDuli Yang Maha MuliaSelamat di atas takhtaAllah lanjutkan usia TuankuRakyat mohon restu bawah Duli TuankuBahagia selama-lamanyaAman dan sentosaDuli Yang Maha Mulia\nSumber poster : Yayasan Selangor (YS)\nAudio & Video Lagu Negeri Selangor\n\n\n\nSekiranya anda belum pernah mendengar lagu ini, sila tonton video di atas untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.\nSumber : SUK Selangor\nKontroversi\nSeperti mana yang diketahui ramai, lirik Lagu Negeri Selangor ini ditulis oleh Allahyarham Saiful Bahri Elyas yang turut menghasilkan lagu negeri Melaku.\nWalau bagaimanapun, waris-waris Allahyarham mendakwa mereka belum mendapat pengiktirafan dalam \u00a0tuntutan hak cipta lagu ini biarpun ia diperjuangkan sejak 1993.\nMalah menurut mereka, mereka masih menanti perkembangan hadiah sebuah rumah yang pernah dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor walaupun surat pernah dikeluarkan mengenainya.\nTerdahulu, media melaporkan Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan janji menghadiahkan sebuah banglo bernilai RM1 juta kepada waris pencipta lagu itu ditunaikan sebelum akhir 2022.\nLagu Kita Selangor\n\n\n\nBaca lagi: Senarai Pasar Malam Selangor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tempat-terbaik-simpan-duit-raya-anak/", "title": "Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak (ASB, TH, SSPN, SSP)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSetiap kali raya, ibu bapa pasti pening mencari dimanakah tempat terbaik untuk simpan duit raya anak-anak.\nAda ibu bapa yang membenarkan anak-anak menggunakan 100% duit raya tersebut untuk membeli apa sahaja, namun adalah lebih baik sebahagian duit tersebut disimpan di untuk simpanan masa depan anak-anak.\nMemadaikah dengan hanya simpan duit raya ke dalam akaun simpanan di bank atau terdapat instrumen lain yang mampu memberikan pulangan lebih baik untuk anak-anak?\nJom baca selanjutnya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak\n\n \n1. Tabung Haji\n\n \n2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)\n\n \n3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)\n\n \n4. Emas\n\n \n5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)\n\n \n6. Simpan di bank\n\n\nTempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak\n1. Tabung Haji\nSekiranya anak anda belum mempunyai akaun Tabung Haji, ada baiknya anda membuka dan menyimpan di TH terlebih dahulu kerana dengan serendah RM100 deposit, anda boleh mendftarkan nama anak anda untuk giliran menunaikan Haji.\nSelain itu, setiap dividen yang diberikan TH setiap tahun juga sudah ditolak dengan bayaran zakat jadi keuntungan yang anda dapat adalah \u201cbersih\u201d.\n\n\n\n\n\n\nMungkin bukan kesemua simpanan duit raya anak anda diletakkan di TH, tetapi simpan sedikit duit raya anak dalam TH agar apabila tiba giliran mereka untuk menunaikan Haji kelak, mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.\nSekarang, anda boleh buka akaun Tabung Haji online untuk anak tau. Nak tahu macam mana caranya? Rujuk artikel berikut : Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (TH) Bayi / Kanak-kanak\n2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)\nDengan deposit serendah RM10, anda boleh menyimpan duit raya anak anda dalam ASB.\nDengan purata kadar dividen 5 \u2013 7 peratus (berubah-ubah ikut prestasi pelaburan), ASB merupakan antara alternatif terbaik berbanding menyimpan duit raya anak anda di bank.\nMaka, tak hairanlah ia menjadi salah satu instrumen paling popular untuk simpan duit raya anak!\nBerminat, jom daftar melalui langkah-langkah berikut : Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter\n3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)\nAnda juga boleh simpan duit raya anak anda dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional demi pendidikan masa hadapan anak-anak.\nSelain dividen, terdapat pelbagai lagi manfaat menyimpan di SSPN antaranya takaful, geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai dan banyak lagi.\nRujuk cara pendaftaran SSPN Online : SSPN Online: Pembukaan Akaun, Simpanan & Semakan Penyata\n4. Emas\nBagi yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan emas, boleh juga simpan duit raya anak dengan menukarkannya kepada emas.\nNamun awas, pastikan pelaburan emas yang anda sertai adalah sah memandangkan ramai mangsa yang telah menjadi mangsa pelaburan emas akibat tidak mempunyai ilmu.\n5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)\nAna juga boleh simpan duit raya anak anda di BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).\nBSN SSP\u00a0ialah produk mandat\u00a0Bank Simpanan Nasional\u00a0(BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan\u00a0BSN SSP\u00a0dan berpeluang\u00a0memenangi pelbagai hadiah menarik\nSSP adalah produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah.\nSImpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan. \nUntuk maklumat lanjut, layari laman web BSN SPP di https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Deposits-i/bsn-ssp?lang=ms-MY&csrt=9137449044850470729 atau kunjungi cawangan BSN berhampiran anda.\nBaca lagi: SSP BSN: Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium myBSN\n6. Simpan di bank\nSekiranya anda benar-benar tidak yakin dengan mana-mana pilihan di atas, simpan sahaja duit raya anak anda dalam bank.\nJangan simpan di rumah kerana anda tidak akan memdapat sebarang dividen.\nWalaupun dividen yang diberikan mungkin kurang berbanding mana-mana pilihan di atas, anda tetap mendapat dividen daripada setiap simpanan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/apdm/", "title": "Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid & Kehadiran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAplikasi Pangkalan Data Murid atau APDM 2023 KPM secara amnya merupakan satu Modul Pengurusan Murid yang diakses oleh guru-guru atau pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memasukkan e-kehadiran dan segala data berkaitan murid.\nUntuk tahun 2023 ini, berikut beberapa maklumat penting yang perlu anda tahu.\nPara ibu bapa / penjaga perlu mengemaskini beberapa maklumat asas melalui sistem ini.\nAntara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah:\n\nProfil anak jagaan\nAlamat anak jagaan\nMaklumat penjaga\nAsas kesihatan\nPerakuan maklumat\nCetak BMM\nCetak surat persetujuan kesihatan\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan Sistem APDM KPM\n\n \nSiapakah Yang Menggunakan APDM Online?\n\n \nPanduan Login APDM\n\n \nPanduan Isi Kehadiran Murid\n\n \nCara Mendaftar Maklumat Pelajar\n\n \n3. Mengeksport Data\n\n \n4. Kemaskini Maklumat Pelajar\n\n \n5. Kemaskini Data Guru\n\n \nLupa Kata Laluan APDM Kehadiran Murid\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKepentingan Sistem APDM KPM\nSistem ini merupakan satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertindak sebagai pangkalan untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting berkenaan murid. \nSistem ini sangat praktikal dalam mengendalikan data murid di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri JPN.\nGuru-guru boleh rujuk panduan SPLKPM 2023 baru ini.\nBaca juga : HRMIS Login Page : Panduan Kemaskini Data Penjawat Awam\n\nSiapakah Yang Menggunakan APDM Online?\nSelain pegawai pentadbir APDM di PPD dan JPN, guru kelas dan seorang pegawai yang ditugaskan di sekolah merupakan pengguna utama dalam sistem APDM ini bagi mengendalikan maklumat murid dan sekolah masing-masing.\nAntara maklumat\u00a0murid yang dimaksudkan ini termasuklah, biodata peribadi murid, kehadiran murid, dan banyak lagi.\nBerbeza dengan sistem SAPS Ibu Bapa, APDM lebih kepada rekod kehadiran murid manaka SAPS untuk semak keputusan peperiksaan pelajar.\n\n\n\n\n\n\nSila rujuk panduan penggunaan di bawah:\nPanduan Login APDM\n1. Layari Laman Web APDM\nUntuk memulakan akses ke sistem APDM, layari Aplikasi Pangkalan Data Murid iaitu,\u00a0http://apdm.moe.gov.my\n2. Login Dengan ID Yang Diberikan\nDi bahagian kiri laman sesawang, login APDM dengan mengisi\u00a0ID Pengguna\u00a0dan\u00a0Kata Laluan.\nID Pengguna: Kod sekolah (Gunakan huruf besar yang tiada spacebar. Sebagai contohnya, ABC1234)\nKata Laluan: ******(Kata laluan adalah default password\u00a0yang diberikan oleh sistem kepada Admin sekolah.)\n3. Tukar Kata Laluan\nAdmin sekolah disarankan supaya menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali atas sebab keselamatan akaun.\n4. Login Semula\nSelepas menukar kata laluan, login semula dengan menggunakan ID pengguna yang baru beserta kata laluan yang telah ditetapkan.\nSeterunsya login APDM semula dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan, tekan butang HANTAR.\nUntuk membuat tetapan selanjutnya, rujuk manual lengkap di SINI.\nPanduan Isi Kehadiran Murid\nAntara penggunaan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah seperti berikut:\n\nAplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah. \nCatatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.\ne-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.\nSelain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android.\n\nRujuk cara pengemaskinian kehadiran murid dalam APDM \ni) LOGIN MASUK : PENTADBIR SISTEM\n\n\n\n\n\nii) LOGIN MASUK : GURU KELAS\n\n\n\n\n\nMANUAL PENGGUNA APLIKASI MUDAH ALIH eKEHADIRAN MURID\n\n\n\nWaktu Pengemaskinian Kehadiran \n\nSesi pagi : Sebelum jam 10 pagi\nSesi petang sebelum jam 3 petang\n\n\nGuru boleh memuat turun borang maklumat murid melalui sistem ini dengan mudah dan efisien dengan menggunakan APDM. \nData ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas.\nAntara maklumat murid yang perlu dilengkapkan termasuklah seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi. \nSelain itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga perlu diisi.\nData ini sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperti Bantuan JKM dan sebagainya.\nCara Mendaftar Maklumat Pelajar\nBerikut dikongsikan secara ringkas cara mendaftar maklumat murid melalui sistem APDM.\n\nMurid boleh didafatarkan melaui guru kelas masing-masing melalui menu \u2018Data Murid\u2019.\nSemak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.\nSekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik \u2018Daftar Murid\u201d dan masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.\nKlik \u2018Kemaskini Maklumat\u2019 apabila selesai mengemaskini maklumat.\n\n3. Mengeksport Data\nSeperti yang kita tahu data yang terdapat didalam sistem ini adalah begitu lengkap dan menyeluruh.\nOleh sebab itu, ianya sangat berguna jika dapat di eksport ke dalam mana-mana sistem kerana semua data sudah ada tersedia.\nBagi memudahkan pengurusan, guru boleh terus login ke dalam sistem dan mengeksport data murid ini dengan cepat.\nBerikut dikongsikan secara ringkas cara muat turun maklumat data murid sekolah dalam bentuk Excel:\n\nMelawat ke laman sesawang APDM.\nLog Masuk sistem APDM dengan memasukkan\u00a0ID Pengguna,\u00a0Kata Laluan\u00a0dan klik\u00a0HANTAR.\nKlik Data Murid. Maklumat yang dimuat turun adalah mengikut tingkatan atau tahun. \nKlik\u00a0Muat Turun Excel\u00a0pada penjuru kanan di bahagian atas skrin untuk menyimpan ke dalam folder komputer supaya dapat diakses secara offline.\n\n4. Kemaskini Maklumat Pelajar\nRekod murid boleh dibuang / dipadam dari sistem melalui guru kelas masing-masing melalui menu \u2018 Data Murid\u2019.\n\nSemak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik \u2018Padam\u2019 di hujung nama murid tersebut.\nPilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.\nApabila selesai memilih sebab padam, klik \u2018Padam Murid\u2019 untuk memadam rekod tersebut.\n\nRujuk manual lengkap untuk panduan kemaskini maklumat di bawah:\ni) Kemaskini Maklumat Asas Murid \nINFORGRAFIK_KEMASKINI_APDMDownload\nii) Kemaskini Maklumat Bantuan\nkemaskini_maklumat_bantuan_muridDownload\n5. Kemaskini Data Guru\nJika ingin mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sediada, guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah supaya mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sedia ada dengan menggunakan menu \u2018Pendaftaran Kelas\u2019. \nLupa Kata Laluan APDM Kehadiran Murid\nJika guru terlupa kata laluan atau mengalami masalah untuk mengakses sistem portal APDM, hubungi pihak admin sekolah tersebut dan minta supaya katalaluan guru itu diresetkan.\n\nAdmin sekolah perlu menggunakan menu \u2018Pendaftaran Kelas\u2019 dan klik \u2018Reset Katalaluan\u2019 di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sedia ada kepada default password / kata laluan sementara.\nMaklumat Lanjut\nPERHATIAN: Sekiranya maklumat murid tidak dipaparkan (kosong) atau mesej kelas belum ditetapkan,\u00a0sila klik disini untuk bantuan\n1.Surat Arahan Pengemaskinian APDM Sesi 2023/2024\u00a0baharu!2.Surat Arahan Pengisian Maklumat Pemulihan Khas Di APDM\u00a0baharu!a.\u00a0Manual Pengguna Modul Pemulihan Khas (Admin Sekolah/Guru Pemulihan/PPD/JPN)\u00a0baharu!3.Pengisian Data Pelaporan COVID-19 Bagi Sekolah/Institusi Pendidikan Bawah KPM\u00a0baharu!a.\u00a0Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Pelaporan Data COVID-19 KPM\u00a0baharu!b.\u00a0Fitur Tambahan Aplikasi dan Pautan Panduan Aplikasi\u00a0baharu!4.Pengemaskinian Status Ibu/Bapa/Kedua-Dua Ibu Bapa Yang Meninggal Dunia Disebabkan COVID-19\u00a0baharu!5.Surat Pindaan Makluman Pengisian dan Pengemaskinian Maklumat Vaksinasi Murid\u00a0baharu!a.\u00a0Pengemaskinian Maklumat Vaksinasi COVID-19\u00a0baharu!6.Pengemaskinian Maklumat Bantuan Peranti Komputer\u00a0baharu!7.Surat Pelaksanaan KWAPM -APB8.Surat Kemaskini Maklumat Penjaga Secara Atas Talian9.Pengemaskinian Data Persediaan Pembukaan Semula Sekolah (COVID-19)10.Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid11.Pengumpulan Dan Perolehan Data Sekolah, Guru Dan Murid12.Proses Pengesahan Kelahiran JPN13.Manual Pengguna tagging murid DLP14.Panduan Kemaskini Maklumat Bukan Warga dan Warga Tanpa DokumenGURU\u00a0|\u00a0\u00a0ADMIN15.MANUAL PENGGUNA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA\u00a0\u00a0baharu!16.MANUAL APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)\u00a017.MANUAL PENGGUNA SUB-MENU APDM\u00a018.INFOGRAFIK APDM\u00a0\nUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang sistem ini, e-melkan kepada :\n\nBPSH 03-88849225 [email\u00a0protected] \nJOHOR 07-2371190 [email\u00a0protected] \nKEDAH 04-7745160 [email\u00a0protected] \nKELANTAN 09-7418112 [email\u00a0protected] \nMELAKA 06-2327201 [email\u00a0protected] \nNEGERI SEMBILAN 019-6233882 [email\u00a0protected] \nPAHANG 09-5715932 [email\u00a0protected] \nPERAK 05-55015143 [email\u00a0protected] \nPERLIS 04-9737723 [email\u00a0protected] \nPULAU PINANG 04-6521038 [email\u00a0protected] \nSABAH 088-537010 [email\u00a0protected] \nSARAWAK 082-473634 [email\u00a0protected] \nSELANGOR 03-55186231 [email\u00a0protected] \nTERENGGANU 09-6213310 [email\u00a0protected] \nWP KUALA LUMPUR 03-62046085 [email\u00a0protected] \nWP LABUAN 087-583351 [email\u00a0protected] \nWP PUTRAJAYA 03-88890000 ext. 0088 [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-subsidi-nextstep/", "title": "Program Subsidi NEXTStep: Daftar Kerusi Kanak-kanak Untuk B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBMW Group Malaysia dan Safe \u2018n Sound membuka pendaftaran bagi Program Subsidi NEXTStep!\nMenerusi inisiatif yang terkini oleh pengeluar kenderaan premium bagi menaungi kepentingan keselamatan kanak-kanak dalam kereta, program subsidi baharu ini bakal menawarkan akses ke atas kerusi kereta kanak-kanak dengan subsidi penuh buat golongan yang memerlukan.\nPada 10 Mei 2022, BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan Program Subsidi NEXTStep menerusi kolaborasi dengan rakan kongsi jangka panjangnya, Safe \u2018n Sound untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh buat para ibu bapa dalam kategori pendapatan B40.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Subsidi Carseat NEXTStep?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan Subsidi NEXTStep\n\n \nCara Memohon Subsidi NEXTStep\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nKerusi Kanak-kanak Yang Terlibat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Subsidi Carseat NEXTStep?\nProgram Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe \u2018n Sound telah diperkenalkan atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360\u00b0, berlatarkan kejayaan satu lagi program subsidi yang menyaksikan 300 buah kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi diserahkan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia sejak penghujung tahun 2019. \nProgram subsidi terbaharu ini akan membekalkan para ibu bapa kerusi kereta kanak-kanak dengan had berat sehingga 36 kg menerusi sumbangan yang dibuat sebelum ini oleh BMW Group Financial Services Malaysia.\nHans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut mengambil peluang untuk berkongsi, \u201cSejak lebih daripada lapan tahun, inisiatif BMW Safety 360\u00b0 telah memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendorong para keluarga untuk mengambil tindakan agar amalan keselamatan kereta yang lebih bertanggungjawab menjadi kebiasaan di Malaysia. Meskipun kami telah memberi penekanan yang tinggi ke atas kerusi kereta kanak-kanak sejak mutakhir ini menerusi pelbagai program dan usaha sama kami, kami sedar bahawa isu penerimagunaan yang rendah harus diatasi dengan melangkaui pendekatan yang bersifat verbal semata-mata ataupun menerusi pemberian subsidi separa, khususnya buat komuniti yang memerlukan pada saat ini. Dengan Program Subsidi NEXTStep, kami berhasrat untuk terus menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses buat para ibu bapa yang memerlukan.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nProgram Subsidi NEXTStep oleh BMW Group Malaysia dan Safe \u2018n Sound disediakan khas untuk keluarga yang \nbakal menimang cahaya mata atau berat anak sehingga 36 kgpendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500\nTarikh Permohonan Subsidi NEXTStep\nPermohonan ini dibuka mulai 10 Mei hingga 22 Mei 2022. \nCara Memohon Subsidi NEXTStep\nIbu bapa boleh mendaftar untuk mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak tersebut di laman web Safe \u2018n Sound.\nPROSEDUR PERMOHONAN:\n1) Isi Borang\nLengkapkan borang pendaftaran untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersubsidi penuh.\nMOHON DI SINI\n2) Terima mesej pengesahan\nPenerima kerusi keselamatan kanak-kanak yang terpilih akan menerima mesej pengesahan Whatsapp.\n3) Penuntutan\nPenerima di Lembah Klang perlu mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak di pusat khidmat pelanggan Safe\u2019n Sound di Alam Perdana Industrial Park, Puchong. Penerima perlu membawa kad pengenalan bersama, semasa mengambil kerusi keselamatan kanak-kanak baru anda.\nPenerima di luar Lembah Klang perlu kongsi alamat untuk penghantaran kerusi keselamatan kanak-kanak.\nPAUTAN PERMOHONAN\nKlik pautan di bawah untuk memohon kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh tersebut.\nMOHON DI SINI\nSemakan Status Permohonan\nIbu bapa yang layak akan dimaklumkan oleh Safe \u2018n Sound melalui WhatsApp, Ibu bapa yang terpilih di luar kawasan Lembah Klang akan dimaklumkan mengenai status penghantaran kerusi tersebut, manakala ibu bapa di dalam kawasan Lembah Klang akan diberi makluman tarikh, waktu dan lokasi untuk mengambil kerusi kereta kanak-kanak mereka.\nBMW Group Malaysia dan Safe \u2018n Sound akan memberi subsidi penuh bagi kerusi-kerusi berikut, termasuk caj penghantaran kepada penerima di luar Lembah Klang. \nKerusi Kanak-kanak Yang Terlibat\nKerusi yang bersesuaian akan dipilih untuk penerima mengikut berat dan tinggi anak-anak mereka, serta spesifikasi kenderaan masing-masing.\nProdukPenggunaan ProdukHarga Runcitsnskidz AceDari berat kelahiran hingga 13 kgRM199Kerusi snskidz Whizz ISOFIXDari berat kelahiran hingga 18 kgRM499Kerusi snskidz SportDari berat kelahiran hingga 18 kgRM279Kerusi snskidz Proto (dengan pilihan ISOFIX)Antara 13 kg hingga 36 kiloRM399Kerusi Booster MifoldAntara 15 kg hingga 36 kgRM199\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan tentang Program Subsidi NEXTStep, sila hantar e-mel ke\u00a0[email\u00a0protected]\nATAU\nSila layari laman web rasmi: https://www.safensound.com.my/pages/bmw-nextstep\nBaca juga: \nMyCRS : Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022Perintah Gaji Minimum \u2013 Warta Kerajaan Persekutuan (Mulai 1 Mei 2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/endowment-fund-sarawak/", "title": "Endowment Fund Sarawak (EFS) : Bantuan Kelahiran Bayi RM 1,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEndowment Fund Sarawak (EFS) : Bantuan Bayi Kelahiran Sarawak Sebanyak RM 1,000 ~ Bermula tahun 2019, setiap anak kelahiran Sarawak berpeluang untuk peroleh insentif sebanyak RM 1,000.\nInsentif yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak ini bertujuan untuk membantu anak kelahiran Sarawak bagi mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam dewasa kelak. \u00a0\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang EFS untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Endowment Fund Sarawak?\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Endowment Fund Sarawak Bagi Bayi Kelahiran Sarawak\n\n \nCara Memohon\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Endowment Fund Sarawak?\nEndowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.\nEndowment Fund Sarawak (EFS) adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.\nBaca Juga : BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022\nSyarat-Syarat Kelayakan Endowment Fund Sarawak Bagi Bayi Kelahiran Sarawak\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nMerupakan warganegara MalaysiaLahir di luar Sarawak atau luar SarawakKedua-dua atau salah seorang ibu bapa merupakan pemegang MyHad berstatus \u2018K\u2019Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran\nBagi kategori anak angkat :\nKedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat perlulah berstatus pemegang MyKad \u2018K\u2019 danMempunyai sijil pengangkatan yang sah\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan di semua 5 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS serta dokumen yang tersenarai seperti berikut :\nSalinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN,Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN atauSalinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus \u2018K\u2019 yang telah disahkan oleh pegawai JPN.Borang EFS yang diisi lengkap\nBorang EFS boleh didapati di bawah : \nCIF-01-Account-Opening-Form-for-EFS-programmeDownload\nSemakan Status Permohonan\nSemakan status permohonan boleh dibuat dalam 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau anda juga boleh layari website https://isarawakcare.sarawak.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-peribadi-bank-rakyat/", "title": "Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Online (Kerajaan & Swasta)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMemandangkan Pelan Pemulihan Negara masih belum menampakkan hasil, anda mungkin terdesak untuk mengambil pinjaman peribadi Bank Rakyat atau personal loan bagi meneruskan kelangsungan hidup.\nNamun perlu diingatkan, ianya bukanlah pilihan bijak memandangkan kadar faedahnya yang tinggi.\nJadikanlah pinjaman peribadi sebagai opsyen terakhir anda.\nKerajaan juga telah menyediakan pelbagai bantuan untuk B40 dan M40.\nYang terbaru Bantuan Khas COVID-19 yang akan mula diagihkan Ogos ini.\nSelain itu, anda juga boleh mengeluarkan i-Citra sehingga RM5,000.\n\n\n\n\n\n\nBagi PKS pula, anda layak menerima bantuan tambahan RM1,000 melalui GKP 4.0 di mana permohonannya dibuka Julai 2021.\nSekiranya bantuan-bantuan yang disalurkan tidak mencukupi, mungkin anda boleh jadikan pinjaman peribadi sebagai pilihan akhir.\nKami tidak menggalakkan anda menambah hutang terutama personal loan dalam keadaan ekonomi sekarang.\nNamun jika ianya pilihan terakhir anda (setelah meneliti kesemua risiko), maka artikel ini akan membantu anda tentang bagaimana untuk membuat permohonan pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPinjaman Peribadi Bank Rakyat\n\n \nPembiayaan Peribadi i-Sektor Awam\n\n \nKelayakan\n\n \nKelayakan Pembiayaan\n\n \nDokumen Diperlukan\n\n \nFi & Caj\n\n \nJadual Pembayaran\n\n \nPermohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat\n\n \nPembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta\n\n \nKelayakan\n\n \nKelayakan Pembiayaan\n\n \nDokumen Diperlukan\n\n \nFi & Caj\n\n \nJadual Pembayaran\n\n \nPermohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPinjaman Peribadi Bank Rakyat\nBank Rakyat terkenal menyediakan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan melalui pakej Pembiayaan Peribadi i-Sektor Awam.\nSelain itu, mereka juga menyediakan kemudahan pinjaman tunai untuk kakitangan swasta melalui Pembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta.\nYang menariknya, jumlah pembiayaan yang disediakan sehingga RM200,000. \nTiada jaminan diperlukan dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.\nJom kami kongsikan apakah syarat kelayakan untuk memohon personal loan Bank Rakyat ini.\nPembiayaan Peribadi i-Sektor Awam\nBerikut ciri-ciri pembiayaan peribadi i-Sektor Awam Bank Rakyat:\nAmaun pembiayaan sehingga RM200,000Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahunTiada jaminan diperlukanPerlindungan takaful atas pilihan pelangganPilihan kadar keuntungan tetap atau terapung\nKelayakan\nWarganegara MalaysiaBerumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaanBerpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetapBerkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilihTelah berkhidmat minimum tiga (3) bulan\nKelayakan Pembiayaan\nGaji kasar RM1,000 sebulan pun layak memohon. Berikut jadual kelayakan pembiayaan mengikut gaji:\n\nDokumen Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera.Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.Salah satu daripada dokumen di bawah: \u2013 Surat pengesahan jawatan daripada majikan. \u2013 Borang EA terkini.\nFi & Caj\nBerikut caj yang perlu anda bayar sekiranya pinjaman peribadi anda diluluskan:\n\nJadual Pembayaran\n\nPermohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat\nUntuk memohon, sila layari portal rasmi Bank Rakyat di sini.\nPembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta\nBank Rakyat juga menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 bagi kakitangan swasta.\nTiada penjamin diperlukan.\nTempoh pembiayaan sehingga 10 tahun bergantung kepada gaji kasar anda.\nKelayakan\nWarganegara MalaysiaBerumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaanGaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut:\u2013 Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas\u2013 Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas\nKelayakan Pembiayaan\n\nDokumen Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan MyKad.Salinan Slip Gaji 3 bulan terakhir.Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.Salah satu daripada dokumen di bawah:\u2013 Surat pengesahan jawatan daripada majikan.\u2013 Borang EA terkini.\u2013 Slip e-B LHDNM.\nFi & Caj\n\nJadual Pembayaran\n\nPermohonan\nUntuk memohon Pembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta, layari portal rasmi di sini.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kod-warna-cat-jotun/", "title": "Senarai Kod Warna Cat Jotun & Katalog Terkini 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKetahui kod warna cat Jotun popular untuk menceriakan mood rumah anda.\nJotun merupakan sebuah jenama cat untuk bangunan dan rumah yang bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi banyak negara lain.\nApabila mengecat warna rumah anda sama ada di bahagian dalaman atau luaran, maka anda perlulah tahu kod warna yang digunakan.\nSetiap jenama cat mempunyai kod warna yang tersendiri yang biasanya dipaparkan dalam katalog mereka.\nJadi, jom kita semak senarai warna popular dan kodnya agar anda dapat mendeko serta membuat pembelian dengan mudah dan tepat.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar belakang Cat Jotun\n\n \nKeistimewaan Cat Jotun\n\n \nKod Warna Popular\n\n \nMuat Turun Katalog\n\n\nLatar belakang Cat Jotun\nJotun ialah syarikat kimia multinasional Norway yang berurusan terutamanya dalam cat hiasan dan salutan prestasi (salutan marin, pelindung dan serbuk). \nIa adalah salah satu pengeluar cat dan produk salutan terbesar di dunia.\nJotun mengeluarkan cat dan varnis untuk tujuan marin dan perindustrian, resin sintetik, penutup lantai, busa poliuretana, salutan tugas berat, pengikat, poliester tak tepu, paip poliester bertetulang gentian kaca, tangki dan banyak lagi.\nJotun bergabung dengan tiga pengeluar cat lain pada tahun 1971 dan menjadi bukan sahaja pengeluar cat terbesar Norway tetapi juga salah satu syarikat terbesar di Norway.\nSehingga Januari 2021, syarikat itu mempunyai kehadiran di lebih 100 negara di seluruh dunia, dengan lebih 10,000 pekerja, 67 syarikat di 45 negara dan 40 kemudahan pengeluaran di 21 negara.\nArtikel menarik: PPAM : Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam\nKeistimewaan Cat Jotun\nCat Jotun menawarkan banyak variasi yang boleh anda pilih malah pelanggan boleh memilih pelbagai jenis cat bergantung pada keperluan mereka. \nSelain itu, Jotun juga menawarkan pelbagai kod warna cat yang cantik untuk segenap ruangan rumah anda. \nIa adalah cat yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan ini bermakna dengan cat Jotun, and diberi jaminan bahawa anda hanya mendapat kualiti terbaik, membolehkan anda menambah baik rupa keseluruhan rumah anda, tepat pada masa anda mahu atau memerlukannya.\n\nKod Warna Popular\nMungkin anda masih mencari cari inspirasi warna cat bagi rumah anda?\nUntuk permulaan, anda boleh cuba warna-warna popular Jotun berpandukan kod warna cat di bawah:\n\n1779 Slenna Orange (Kuning Muda)\n1456 Blonde Ambition (Kuning Lemon)\n2456 Maple Salmon ( Pink Cerah)\n2602 Butterfly (Pink Soft)\n3328 Royale Belly (Ungu Gelap)\n3203 Tomato (Ungu Muda)\n10429 Discrete (Abu Abu Tua/ Dark Grey)\n1877 Pebblestone (Abu Abu Muda)\n2846 Winery (Cokelat Tua/ Dark Brown)\n1361 Cocoa Root (Cokelat Muda)\n4497 Amethyne ( Ungu Muda)\n1016 Antique White (Putih Gelap)\n2604 Coral Dune (Merah Soft)\n2185 Oriental Red (Merah Maroon)\n4202 Parrot Blue (Biru Langit)\n4164 Blue Lagoon (Biru Muda)\n5281 Exude Honey (Biru Navi)\n5279 Daze Bayou (Biru Tosca)\n6032 Imperial Jade (Hijau Tosca)\n7418 Mosley (Hijau Segar)\n8331 Alda (Hijau Army)\n1628 Tangerine Blast (Orange)\n1105 SOYA MILK\n0567 DAZZLE LIGHT\n0566 IVORY WHITE\n1038 SMOOTH IVORY\n1154 OLD CREAM\n1966 TEAL BEIGE\n1155 BUTTERY CREAM\n8054 SUNNY SPOT\n1574 OLD LACE\n1108 LOTUS ROOT\n1075 NAVAJO WHITE\n1998 SPRING CHAMPAGNE\n10394 PURE YELLOW\n1153 QUICK SAND\n1158 YELLOW RIVER\n10406 GOLDEN LILY\n1188 UNICORN\n1177 NOBILE\n1246 CHATEAU\n1132 SAHARA SAND\n1133 MITO\n10012 MARS DUST\n1187 TRIBAL\n2206 YELLOW STONE\n\n\nUntuk membeli mana-mana cat di atas, pergi sahaja ke kedai hardware yang menjual cat Jotun dan nyatakan kod nombor warna yang tertera di atas untuk mmbmbeli cat pilihan anda.\nMuat Turun Katalog \nSetiap tahun, pihak Jotun juga mengeluarkan katalog senarai koleksi warna cat pilihan mereka beserta kod warna.\nSila klik pautan di bawah untuk lihat koleksi warna cat pilihan Jotun:\n\nKoleksi Tahun 2023\nKoleksi Tahun 2022\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-kira-bmi/", "title": "Cara Kira BMI Untuk Dewasa, Kanak-kanak & Ibu Mengandung", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara kira BMI adalah penting untuk kita mengetahui berat ideal bagi ketinggian yang bersesuaian dengan dengan merujuk carta BMI.\nMaka dengan berpandukan BMI, lebih mudah untuk kita meletakkan sasaran untuk memulakan diet, sama ada untuk peningkatan ataupun penurunan berat agar dapat mencapai berat badan yang unggul.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah BMI?\n\n \nCara Kira BMI Secara Manual\n\n \nCara Kira BMI Kanak-kanak\n\n \ni) Graf BMI Bayi 2 Tahun Ke Bawah\n\n \nii) Graf BMI Kanak-kanak 2 Tahun Hingga 5 Tahun\n\n \niii) Graf BMI Kanak-kanak & Remaja (5-19 Tahun)\n\n \nCara Kira BMI Ibu Mengandung\n\n \nApakah Keistimewaan Mempunyai Berat Badan Unggul?\n\n \nCara Mencapai Berat Badan Unggul Secara Realistik\n\n \nKesimpulan\n\n\nApakah BMI?\nBody Mass Index atau singkatannya BMI adalah indeks jisim badan iaitu ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.\nCara Kira BMI Secara Manual\nUntuk mengetahui cara kira BMI, kita cuma perlukan 2 maklumat utama iaitu BERAT BADAN (dalam kg) dan KETINGGIAN (dalam meter).\nDan daripada hasil kiraan nanti kita akan merujuk pula pada carta BMI untuk mengetahui sama ada normal, kurang berat, lebih berat badan atau obes. \nRingkasnya, cara kira BMI secara manual adalah dengan menggunakan formula ini:\nFORMULA KIRA BMI\n\n\n\n\n\n\nBMI\u00a0= Berat (kg) / ketinggian (m)\u00b2\u00a0\nContoh Pengiraan:\nBerat Badan = 70kgTinggi = 165cm = 1.65MMaka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7 \n*Lihat carta BMI di bawah untuk ketahui kategori berat badan ideal\nCARTA BMI (Dewasa)\nJika\u00a0BMI\u00a0anda kurang daripada 18.5kg/m\u00b2, anda adalah kurang berat badan.\nAnda adalah berlebihan berat badan jika\u00a0BMI\u00a0anda adalah 25 hingga kurang dari 30 kg/m\u00b2. Jika\u00a0BMI\u00a0anda adalah 30 atau lebih, anda adalah obes.\nJika\u00a0BMI\u00a0anda (kg/m\u00b2) adalah :Anda adalah :< 18.5Kurang berat badan18.5 \u2013 24.9Mempunyai berat badan unggul25 \u2013 30Berlebihan berat badan30 atau lebihObesKategori berat badan mengikut BMI (Dewasa)\n*Nota :\nCarta BMI di atas ini hanya sesuai untuk individu dewasa yang berusia antara 18 hingga 65 tahun.\u00a0\nBagi warga emas, kanak-kanak, dan ibu mengandung, cara kira BMI adalah sama namun carta BMI yang perlu dirujuk adalah berbeza.\nBaca juga : eKasih 2020: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan\nCara Kira BMI Kanak-kanak\nCara kira BMI bayi dan kanak-kanak adalah sama dengan dewasa, namun carta rujukannya adalah berbeza.\nBerikut adalah carta pertumbuhan bayi dan kanak-kanak yang boleh dirujuk untuk melihat tahap kesihatan mereka berdasarkan Graf BMI bayi dan kanak-kanak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\ni) Graf BMI Bayi 2 Tahun Ke Bawah\n\n\nSetiap carta rujukan pertumbuhan mempunyai kawasan berlainan yang menunjukkan kategori BMI anak anda:\nJika BMI anak berada pada kawasan merah carta \u2013 \u2018berlebihan berat badan\u2019 / \u2018kekurangan berat badan\u2019Jika BMI anak berada pada kawasan kuning carta -\u2018berisiko berlebihan berat badan / kekurangan berat badan\u2019Jika BMI anak berada pada kawasan putih carta \u2013 \u2018berat badan normal\u2019\nii) Graf BMI Kanak-kanak 2 Tahun Hingga 5 Tahun\n\nSumber : MyHealth.gov.my\niii) Graf BMI Kanak-kanak & Remaja (5-19 Tahun)\n\n\nCara Kira BMI Ibu Mengandung\nWanita yang hamil akan mengalami penambahan berat badan yang sihat ketika mengandung.\nPenambahan berat badan semasa hamil adalah berbeza bagi setiap wanita. \nKita boleh merujuk carta BMI ibu mengandung yang disarankan oleh KKM di bawah ini untuk memantau dan mengawal berat badan anda dengan lebih mudah.\n\nWanita dengan berat badan normal (BMI dari 18.5 \u2013 25) akan mengalami pertambahan kira-kira 11.5kg hingga 16kg ketika hamilWanita yang kekurangan berat badan (BMI <18.5) perlu mendapatkan lebih banyak berat, iaitu dari 12.5kg hingga 18kg.Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI> 25) sepatutnya tidak mengalami pertambahan berat badan yang banyak, iaitu dari 7kg hingga 11.5kg sahaja.Wanita yang obes (BMI> 30) pula disarankan mengurangkan pertambahan berat badan kepada 5kg hingga 9kg sahaja.\nPenambahan berat badan mengikut minggu (digunakan untuk\u00a0wanita hamil\u00a0dengan purata BMI dari 18.5-25):\nMinggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 0.9 hingga 2 kilogramMinggu 13-26 (trimester kedua): 4 hingga 5 kilogramMinggu 27-40 (trimester ketiga): 5 hingga 6 kilogram\nBaca juga : iSuri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah\nApakah Keistimewaan Mempunyai Berat Badan Unggul?\nAnda mempunyai berat badan unggul sekiranya\u00a0BMI\u00a0anda adalah di antara 18.5 hingga 24.9/km\u00b2.\nKajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai\u00a0BMI\u00a0unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai\u00a0BMI\u00a0yang lebih rendah atau tinggi.\nCara Mencapai Berat Badan Unggul Secara Realistik\nMenurut Portal MyHealth, berikut adalah antara cara realistik yang boleh dilakukan untuk mencapai berat badan unggul:\nTetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.Pastikan keperluan tenaga anda.Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 60 minit, lima hingga enam hari seminggu.Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.\nKesimpulan\nBMI adalah indikasi bagi mengetahui berat badan ideal berdasarkan ketinggian kita.\nIa membolehkan kita mengetahui tahap kesihatan dan membantu kita mencapai sasaran terutamanya dalam menetapkan diet harian.\nNamun, nilai BMI bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan kepastian berkenaan risiko kesihatan sebenar anda.\nMaka jika ada sebarang masalah kesihatan, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor bagi membincangkannya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-mandi-wajib/", "title": "Cara Mandi Wajib (Panduan Lengkap JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nOrang Islam perlulah tahu cara mandi wajib yang sempurna agar kita boleh membersihkan diri daripada hadas besar.\nMandi wajib juga dikenali sebagai mandi junub atau mandi hadas.\nOleh itu, cara melakukan mandi ini juga tidak boleh dipanding ringan.\nKita perlulah memastikan kita mandi hadas mengikut cara yang betul dan sempurna bagi memastikan ibadah kita diterima Allah SWT.\nUntuk mandi hadas, air mutlak perlulah digunakan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSebab Perlu Mandi Hadas\n\n \nRukun Mandi Wajib\n\n \nNiat Mandi Wajib\n\n \nLangkah-langkah\n\n \nWaktu Terbaik Mandi Wajib Selepas Haid\n\n \nMandi Junub Lepas Subuh, Sah Tak Puasa?\n\n\nSebab Perlu Mandi Hadas\n\nJimak\u00a0iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila\u00a0zakar\u00a0dimasukkan ke dalam\u00a0faraj\u00a0walaupun tidak keluar\u00a0air mani.\nKeluar\u00a0air mani\u00a0walaupun\u00a0zakar\u00a0tidak dimasukkan ke dalam\u00a0faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)\nKeluar darah\u00a0Haid\u00a0bagi wanita.\nNifas\u00a0iaitu darah yang keluar dari\u00a0faraj\u00a0wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)\nWiladah\u00a0\u2013 wanita yang melahirkan anak.\nMati kecuali mati syahid\nMasuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (\u201ckafir\u201d)\n\nArtikel berkaitan: Panduan Qiamullail (Ibadah / Solat Malam) \u2013 JAKIM\nRukun Mandi Wajib\n\nNiat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. \nMenghilangkan kotoran dan najis pada badan\nMeratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)\n\nNiat Mandi Wajib\nNiat mandi wajib secara ringkasnya adalah:\n\nErtinya: \u201cSahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala\u201d \nNiat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. \nLafaz niat yang lain:\n\nErtinya: \u201cSahaja aku mandi junub kerana Allah Taala\u201d\nUntuk wanita yang mandi wajib kerana hadas\u00a0haid, niat mandi wajib adalah:\n\nErtinya: \u201cSahaja aku mengangkat hadas\u00a0haid\u00a0kerana Allah Taala\u201d\u00a0\nBagi wanita yang habis\u00a0nifas, niat mandi wajib ialah\u00a0\n\nErtinya: \u201cSahaja aku mengangkat hadas\u00a0nifas\u00a0kerana Allah Taala\u201d.\nArtikel berkaitan: Panduan Solat Hajat : Hukum, Niat & Doa Lengkap (JAKIM)\nLangkah-langkah \n\nBerikut merupakan langkah-langkah dan cara mandi wajib yang sempurna mengikut panduan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): \n\nNiat ketika air sampai ke tubuh\nMembaca \u201cBismillah\u201d\nMencuci tangan sebanyak tiga kali\nMencuci kemaluan dengan tangan kiri\nMembersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun\nBerwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa (untuk melakukan solat) ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.\nMembasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu menyiramnya 3 kali dengan air.\nMemulakan dengan bahagian kanan tubuh.\nMeratakan air ke seluruh tubuh badan\nBerwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.\n\nSumber: Portal myHadith JAKIM\n\nWaktu Terbaik Mandi Wajib Selepas Haid\nHampir semua wanita mengalami haid, tapi dah yakin ke ketika kita mandi wajib tu, kita sudah betul-betul suci? \nKalau nak tahu masa terbaik untuk mandi hadas, jom kita fahami apa yang diperkatakan oleh Ustazah Siti Aisyah dengan lebih lanjut.\n\n\nSumber: Mingguan Wanita\nMandi Junub Lepas Subuh, Sah Tak Puasa?\nMandi junub lepas Subuh, sah tak puasa pada hari itu? Jom kita dengarkan jawapan daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid @ddaniyaldbiyajid dalam episod 1 Tanya Ustaz Don.\n\n\nSumber: Salam Muslim\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-sinar-kategori-1/", "title": "i-Sinar Kategori 1: Syarat, Cara Mohon & Amaun Yang Boleh Dikeluarkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang dimaklumkan oleh KWSP, permohonan i-Sinar Kategori 1 telah dibuka mulai 21 Disember untuk ahli yang layak.\ni-Sinar merupakan kemudahan pengeluaran Akaun 1 untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.\nDalam artikel ini kami akan kongsikan info untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang i-Sinar Kategori 1 termasuklah syarat kelayakan, cara permohonan dan amaun yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1 KWSP.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan i-Sinar\n\n \nCara Permohonan i-Sinar Kategori 1 (Mulai 21 Disember)\n\n \nTempoh Permohonan i-Sinar Kategori 1\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Kelayakan i-Sinar\nSyarat kelayakan permohonan i-Sinar Kategori 1 adalah:\n\n\n\n\n\n\nAhli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:\nAnda sudah lama tidak mencarumAnda seorang suri rumahAnda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gigAnda hilang pekerjaanAnda diberi cuti tanpa gajiAnda hilang sumber pendapatan\nTiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:\nTiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan;\u00a0ATAUMengalami\u00a0pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.\nBaca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)\nCara Permohonan i-Sinar Kategori 1 (Mulai 21 Disember)\nBagi memudahkan ahli membuat permohonan dalam tempoh pandemik ini, KWSP menyediakan kemudahan permohonan HANYA secara dalam talian (online).\nCara Permohonan i-Sinar Kategori 1 online adalah seperti berikut:\nLayari isinar.kwsp.gov.myIsikan No IC dan No Tel BimbitTekan TERUSKANIsikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.Tetapkan Amaun PilihanTetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKANLengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisiLengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKANSemak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan \u2713 sebelum tekan HANTARPermohonan telah diterima dan akan diproses\n\nNota:\nBagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk\u00a0mendaftar nombor telefon bimbit anda\u00a0di\u00a0cawangan atau kios KWSP\u00a0dan mengemas kini maklumat melalui\u00a0aplikasi atau portal i-Akaun.Pastikan\u00a0akaun bank\u00a0yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:Masih aktifMilik andaBukan akaun bersama (Joint Account)Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.\nBaca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya\nTempoh Permohonan i-Sinar Kategori 1\nTempoh permohonan bagi Kategori 1 akan dibuka selama 6 bulan mulai 21 Disember.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Sinar Kategori 1, layari laman web i-Sinar KWSP atau FAQ (Soalan Lazim.\nSebarang pertanyaan, sila hubungi talian HOTLINE i-Sinar di 03-8922 4848\nWaktu panggilan: 8.00 pagi-8.00 malam (Setiap Isnin-Jumaat)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-ibu-tunggal-anggun-niaga/", "title": "Bantuan Khas Usahawan Ibu Tunggal Anggun Niaga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBERITA BAIK UNTUK IBU TUNGGAL NEGERI PAHANG \u2013 BANTUAN KHAS USAHAWAN KECIL IBU TUNGGAL ANGGUN NIAGA 2022 KINI DIBUKA!\nDalam Bajet tahun lalu, Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan RM280,000 untuk melaksanakan Program Anggun Niaga yang menyediakan bantuan kewangan one-off bernilai RM1,000 setiap seorang membabitkan 280 usahawan kecil ibu tunggal di seluruh negeri.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal melalui Program Anggun Niaga bagi tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Program Anggun Niaga\n\n \nCara Memohon\n\n \nTarikh Akhir Permohonan\n\n\nSyarat Permohonan Program Anggun Niaga\nWarganegara Malaysia berumur 20-55 tahunIbu Tunggal semasa memohon\u00a0Telah menjalankan perniagaanBerminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan\nCara Memohon\n1. Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara atas talian dengan mengimbas QR code atau mengisi link di bawah\u00a0\nhttps://forms.gle/LoWkaMS5KsyN6jgh8\nNOTA: Terhad kepada 280 orang yang terpilih\nBaca juga: \nProgram Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/SetahunWiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan Sabah\nTarikh Akhir Permohonan\nTarikh tutup permohonan program bantuan ini adalah 28 Februari 2022\nHanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini di anggap tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Pahang dan laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkc-fasa-2/", "title": "BKC Fasa 2: Semakan Status Bayaran November 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta. \nPembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.\nBerikut dikongsikan kenyataan media Perdana Menteri yang terkini beserta jumlah bayaran yang akan diterima bagi BKC Fasa 2, tarikh bayaran dan kategori penerima yang layak.\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Khas COVID-19?\n\n \nCara Permohonan / Syarat Kelayakan\n\n \nJumlah Bantuan BKC Fasa 2\n\n \nTarikh Bayaran BKC Fasa 2\n\n \nPenerima Tunai BKC\n\n \nCara Semakan Status Bayaran BKC Fasa 2\n\n \nLupa Kata Laluan BKC\n\n \nBayaran Fasa 3 BKC\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Khas COVID-19?\nBantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.\nCara Permohonan / Syarat Kelayakan\nAnda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:\nKategori Penerima / Data Bantuan\nMiskin tegar \u2013 Permohonan BPR 2021B40 \u2013 Permohonan BPR 2021M40 \u2013 Percukaian (LHDNM)\nKaedah pembayaran dan kelayakan adalah mengikut semakan akaun masing-masing seperti berikut:\nMiskin Tegar \u2013 Akaun bank yang telah didaftarkan semasapermohonan BPR 2021B40 \u2013 Akaun bank yang telah didaftarkan semasapermohonan BPR 2021M40 \u2013 Akaun bank yang telah didaftarkan dalamrekod percukaian\nJumlah Bantuan BKC Fasa 2\nKategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nMiskin tegarB40M40\n\nPerincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah secara berfasa (dibayar 3 kali) seperti berikut:\nIsi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).Individu Bujang kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala Bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).\nTarikh Bayaran BKC Fasa 2\nPembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.\nSeperti yang kita sedia maklum, pembayaran BKC akan dibuat sebanyak 3 kali secara berfasa.\nFasa 1 \u2013 6 September 2021Fasa 2 \u2013 25 November 2021Fasa 3 \u2013 Disember 2021\nDifahamkan akaun BSN dah masuk awal dan ramai yang telah menerima bayaran Fasa 2 ini.\nBerikut antara status yang dikongsikan di media sosial:\n\n\nSila rujuk jadual pembayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori yang TERKINI seperti berikut:\n\n Sumber: FAQ BKC Terkini (Dikemaskini 9 September 2021) \nPenerima Tunai BKC\nBagi penerima tunai Bantuan Khas Covid-19 yang tiada akaun bank, anda boleh membuat tuntutan di mana-mana kaunter BSN mulai 25 November 2021.\nRujuk notis Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 2 di bawah:\n\nCara Semakan Status Bayaran BKC Fasa 2\nJika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC atau kategori anda, sila rujuk cara semakan status di bawah:\nA. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE\nSemakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan\u00a0https://bkc.hasil.gov.my\u00a0\nSemakan boleh dibuat seperti berikut:\nLog masuk ke Portal BKC di pautan https://bkc.hasil.gov.my/Masukkan Nombor MyKadPengesahan Kata Kunci KeselamatanMasukkan Kata LaluanMaklumat yang akan dipaparkanStatus PermohonanAmaun Keseluruhan DiterimaMaklumat PembayaranPaparan Borang\n*Status anda akan dipaparkan seperti di bawah:\n\nSila rujuk maklumat bayaran selanjutnya:\n\n\n\nB. SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL / TELEFON\nSemakan melalui\u00a0Hotline BKC\u00a0di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS\nAnda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu. \nFAQ_PEMULIH-_BantuanKhasCovid-19BKCDownload\n\nNota: Penerima tunai yang layak dan tiada akaun bank boleh pergi ke kaunter BSN mulai 25 November untuk menerima bayaran BKC Fasa 2.\n\nLupa Kata Laluan BKC\nSekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.\nSekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC. \nSelepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.\nBaca juga: Lupa Kata Laluan BSN Online? Ini Cara Tukar Password MyBSN\nBayaran Fasa 3 BKC\nPembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC\u00a0di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-haji/", "title": "Rayuan Haji TH 2023 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1444H / 2023 M bermula Isnin, 27 Mac 2023.\nPemohonan secara dalam talian ini adalah kemudahan yang disediakan TH bagi membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.\nSurat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.\nBakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.\nBagi yang tidak terpilih, rayuan_haji boleh dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan mahram diberikan keutamaan.\nAplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma daripada Google Play atau App Store. Ia akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji dan juga pertanyaan baki simpanan.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar Pengguna THiJARI\n\n \nCara Permohonan Rayuan Haji Online\n\n \nKategori & Contoh Alasan Rayuan\n\n \nSoalan Lazim Rayuan Haji\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Daftar Pengguna THiJARI\nPendeposit hanya perlu melakukan 3 langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.\n\nDapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).\nPendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.\nMemasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.\n\n\nCara Permohonan Rayuan Haji Online\nPermohonan rayuan bagi 1444H / 2023 M akan dibuka mulai Isnin, 27 Mac 2023.\nProses Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi www.thijari.com.my\nRayuan perlu diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan haji pada tahun sebelum ini. \nSila rujuk langkah berikut untuk membuat rayuan online melalui THiJARI:\n\nLogin ke THiJARI.\nPilih Menu Perkhidmatan Haji.\nPilih Menu Rayuan_Haji.\nBaca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan\nPilih Kategori Rayuan yang berkaitan.\nLengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.\nKlik pada ruangan Berikutnya.\nBaca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.\nKlik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.\nMaklumat Status Rayuan akan dipaparkan.\nSila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun\nSurat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.\nSalinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.\n\nLANGKAH PERMOHONAN RAYUAN-HAJI MELALUI THIJARI\nLOGIN KE THIJARI\n\nPILIH \u2018PERKHIDMATAN HAJI\u2019\n\nKLIK \u2018RAYUAN HAJI\u2019\n\n\n\n\nNYATAKAN SEBAB-SEBAB PERMOHONAN ANDA\n\nLENGKAPKAN BUTIRAN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN.\n\nKategori & Contoh Alasan Rayuan\nTerdapat beberapa pilihan kategori Rayuan iaitu:\n\nSuami menjadi mahram kepada isteri Terpilih\nLelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah)\nLelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas)\nIsteri untuk mengikut suami Terpilih\nIsteri untuk mengikut suami dan madu terpilih\nOrang Kurang Upaya (OKU)\nBakal haji Mualaf\nBakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas)\nBakal haji Daftar lama\nLain-lain Rayuan\n\n\nSoalan Lazim Rayuan Haji \nSila rujuk Soalan Lazim (FAQ) rayuan dalam infografik di bawah:\n\n\n\n\n\nPerlukah bakal haji yang telah membuat rayuan pada tahun lalu membuat semula rayuan haji mereka? Ya. Rayuan perlu dibuat semula kerana rayuan hanya sah pada tahun semasa sahaja. Bolehkah bakal Haji berumur lebih 65 tahun membuat rayuan? Buat masa ini Kerajaan Arab Saudi menetapkan jemaah haji perlu berumur 64 tahun ke bawah pada tahun 2022. Rayuan akan dipertimbangkan sekiranya ketetapan umur ini disemak semula oleh Kerajaan Arab Saudi. Bagaimanakah status bagi mahram yang mendaftar bersama Bakal Haji berumur lebih 65 tahun? Hanya bakal haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah disyaratkan perlu mempunyai mahram. Bagi wanita yang memerlukan mahram, mahramnya perlu berumur 64 tahun dan ke bawah. Bagi bakal haji lelaki, tidak perlu mahram untuk tunai haji. Adakah semua jemaah haji terpilih tahun 2020 perlu membuat rayuan? Bakal haji tahun peruntukan 1441/2020M yang terpilih pada tahun 2020 dan berumur 64 tahun dan ke bawah, tidak perlu membuat rayuan.Bagi bakal haji rayuan yang terpilih pada tahun 2020 perlu membuat rayuan semula kerana rayuan hanya terpakai pada tahun semasa sahaja. Rayuan boleh dibuat sekarang atau perlu menunggu senarai jemaah terpilih dikeluarkan? Rayuan boleh dibuat melalui aplikasi THiJARI mulai 19 April 2022 dan akan tamat pada 18 Mei 2022.Bakal haji tidak perlu menunggu sehingga tawaran terpilih dikeluarkan untuk membuat rayuan. \nBaca juga: Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI, Untuk Anak Pun Boleh\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-iks-sabah-baiks/", "title": "Permohonan Bantuan IKS (BAIKS) Untuk Usahawan Sabah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat usahawan kecil dan sederhana di negeri Sabah kerana pihak Jabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah telah membuka permohonan untuk bantuan/geran bagi usahawan dari Sabah yang layak.\nBAIKS adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah.\nProgram ini bertujuan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis Bantuan Yang Disediakan Oleh BAIKS Sabah\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nJenis perniagaan yang layak\n\n \nCara memohon BAIKS 2022\n\n \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\n\n\nJenis Bantuan Yang Disediakan Oleh BAIKS Sabah\nBantuan yang ditawarkan terdiri daripada 4 kategori iaitu:\nMesin dan peralatanPembungkusanE-dagang / digitalFrancais\nSyarat kelayakan\n\nKriteria untuk permohonan BAIKS adalah:\n\n\n\n\n\n\nIKS dari sektor pembuatan.Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah.Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.\nBaca juga: Tawaran Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022\nJenis perniagaan yang layak\n1. Semua syarikat IKS dalam SEKTOR PEMBUATAN yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan\n2. Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.\n3. Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.\n4. Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.\nCara memohon BAIKS 2022\n\n\n\nPermohonan bagi geran BAIKS dilakukan sepenuhnya secara dalam talian sahaja.\nBagi usahawan IKS yang memenuhi syarat kelayakann di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda di laman web rasmi di alamat https://smedidr.com.my/\nKlik pada butang Daftar.\nSetelah melengkapkan pendaftaran, klik pada butang Log Masuk untuk melengkapkan permohonan BAIKS anda.\nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan BAIKS ini, anda boleh terus berhubung dengan pegawai yang bertugas melalui salah satu cara di bawah:\nJabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah\nTingkat 1, 5, 7 & 8,Blok C Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing,88300 Kota Kinabalu,Sabah\nTelefon: 088-253445 (Tingkat 1) / 088-215035 (Tingkat 8) / 088-213701\nEmel: [email\u00a0protected]\nFaks:\u00a0088-213490 / 257814 / 216698\nBaca juga: Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spot-me/", "title": "Spot-Me: Login, Daftar & Semak Waktu Masuk / Keluar", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi penjawat awam, anda pastinya sudah biasanya dengan sistem Spot-Me. \nNamun, mungkin sesetengah daripada kita mungkin tidak pernah mendengar mengenai sistem Spot-Me ini memandangkan ianya baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2021.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Sistem Spot-Me\n\n \nSejarah\n\n \nObjektif / Fungsi Spot-Me\n\n \nPeringkat perlaksanaan\n\n \nCara mengakses\n\n \nPertanyaan\n\n\nPengenalan Sistem Spot-Me\nSpotMe ialah Sistem Pemantauan Operasi Tugas Pegawai yang telah dibangunkan oleh pihak MAMPU.\nSpotMe merupakan sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan bagi kakitangan sektor awam. \nSistem ini membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan secara dalam talian menerusi pelayar web yang pelbagai. \n\n\n\n\n\n\nDengan menggunakan sistem ini juga, pegawai yang berperanan sebagai Penyelia boleh memantau tugasan pegawai di bawah seliaannya secara harian.\nIanya telah dicadangkan untuk peluasan penggunaannya di agens kerajaan yang lain pada tahun 2021.\nSpotMe berfungsi sebagai sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web.\nDengan sistem ini, segalanya boleh dilakukan melalui internet tanpa perlu bergantung kepada sistem manual yang sudah ketinggalan zaman dan menyukarkan.\n\nArtikel berkaitan: SPA9 \u2013 Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023\nSejarah\nSpotMe diperkenalkan secara berperingkat kepada pelbagai agensi kerajaan.\nBerikut merupakan sejarah bagaimana idea penciptaan sistem ini tercetus. \n\nSurat Pekeliling Am Bil. 1/2004 \u2013 Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan\nPekeliling Perkhid. Bil. 11/2017 \u2013 Pelaksanaan Kebenaran Keluar Awal Satu Jam kepada Pegawai Wanita Mengandung\nPekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2019 \u2013 Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan\nJPA SARAAN(S) 256/6/31 JLD. 6(2) \u2013 Arahan Bekerja Dari Rumah\n\n\nObjektif / Fungsi Spot-Me\nSistem SpotMe ini dibangunkan untuk mencapai objektif-objekt yang berikut:\n\nMerekod waktu daftar masuk dan keluar di pejabat atau dari mana-mana lokasi\nMengurus isu kehadiran pegawai\nMenjana transaksi kehadiran pegawai.\nMemantau tugasan pegawai di bawah seliaan.\n\nPeringkat perlaksanaan\nBerikut merupakan peringkat-peringkat pengenalan sistem SpotMe:\n\nMula 2020\nMAMPU 8/2020\nJPA 11/2020\nUKAS 12/2020\nJPJ 1/2021\nMOT 2/2021\nCAAM 3/2021\nI-LEAD 3/2021\nMARDI 2/2021\nJAWHAR 2/2021\n\n\nCara mengakses\nSpotMe boleh diakses daripada laptop peribadi, komputer atau peranti mudah alih anda.\nSistem ini boleh diaksess melalui pautan http://spotme.mampu.gov.my \nID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dibekalkan oleh pentadbir sistem kepada pengguna kali pertama.\nRujuk manual penuh di bawah:\nManual-Pengguna-Sistem-SPOT-Me-Peranan-Pegawai_v1.1Download\nPertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan sistem Spot-Me ini, boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas seperti yang tertera di bawah:\nMAMPU, Jabatan Perdana Menteri,Level 3, Blok B, No. 3200,MKN Embassy Techzone,Jalan Teknokrat 2,63000 Cyberjaya, SelangorTelefon: +603 8000 8000Emel: [email\u00a0protected]\n \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-zakat-pelajar-uitm/", "title": "Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA UITM (ZAWAF)\nTawaran Bantuan Zakat Pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA kini dibuka mulai 26 September 2022 (Isnin).\nSehubungan dengan itu, semua mahasiswa adalah dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup iaitu 31 Oktober 2022.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Zakat Pelajar UiTM Sesi 1 2022 / 2023 Diploma & Ijazah Sarjana Muda (ZAWAF)\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nDokumen Sokongan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Memohon Zakat Pelajar UiTM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPermohonan Zakat Pelajar UiTM Sesi 1 2022 / 2023 Diploma & Ijazah Sarjana Muda (ZAWAF)\nDimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023.\nPermohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM berdasarkan tarikh permohonan yang telah ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nButiran permohonan adalah seperti berikut :\nTarikh Buka Permohonan : 26 September 2022 ( Isnin )Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022 ( Isnin )Tarikh Temuduga : 17 Oktober 2022 \u2013 16 Disember 2022\n\nBaca Juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nBeragama IslamPelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-DiplomaTidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universitiPermohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.\nDokumen Sokongan\nCalon juga WAJIB kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :\nSalinan kad matrik pelajarPengesahan pendapatan / Slip GajiSlip pengesahan akaunSurat perakuan doktor (jika perlu)Sijil kematian (jika perlu)\nTarikh Permohonan\nTawaran Bantuan Zakat Pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA kini dibuka mulai 26 September 2022 (Isnin).\nSehubungan dengan itu, semua mahasiswa adalah dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup iaitu 31 Oktober 2022.\nCara Memohon Zakat Pelajar UiTM\nMahasiswa yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian.\nUntuk memohon, sila scan QR code dalam poster di atas atau terus ke pautan berikut:\nhttps://zawaf.uitm.edu.my/\nPelajar juga boleh terus Whatsapp pada talian berikut: Zakat & Wakaf UiTM\nMaklumat Lanjut\nBAHAGIAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF (ZAWAF) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA\nAras Bawah, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, Shah Alam, Malaysia\nTelefon : 03-5544 3115\nhttps://zawaf.uitm.edu.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-menengah-agama/", "title": "Sijil Menengah Agama (SMA): Silibus dan Kepentingannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSijil Menengah Agama (SMA) adalah peperiksaan awam yang diduduki oleh semua pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Negeri.\nPeperiksaan ini dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Negeri.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan\n\n \nSilibus\n\n\nKepentingan\nMungkin ada yang masih mempertimbangkan sama ada pengajian di peringkat Sijil Menengah Agama (SMA) patut dipertimbangkan atau tidak.\nSijil Menengah Agama adalah sijil yang kita akan gunakan apabila hendak memohon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\n\n\n\n\n\n\nInshaAllah jika cemerlang, boleh sambung belajar di negara timur tengah seperti Mesir, Turki dan sebagainya.\nBagi yang tidak tahu, STAM ini adalah setaraf dengan STPM atau dianggap sebagai pengajian Pra-Universiti. \nSTAM melibatkan 11 subjek dan Malaysian University English (MUET).\nSelain itu, pada masa sekarang pengambilan untuk kursus persediaan Program Ijazah Perguruan di Institut Pendidikan Guru juga menggunakan Sijil SMA.\nArtikel berkaitan: Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)\nSilibus\nSijil Menengah Agama adalah sjil agama peringkat menengah yang menggunakan sukatan pelajaran daripada universiti Al-Azhar, dan SMA juga diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.\nPeperiksaan SMA adalah mengikut silibus Buuth Al-Azhar Mesir untuk pelajar tingkatan 4.\nBerikut merupakan senarai silibus yang perlu diambil oleh pelajar SMA:\n\n Adab Nusus\nMantiq\nFeqah\nTauhid\nHadis\nBalaghah\nTafsir\nInsya\u2019\nQuran\nNahu\n\nSatu ketika dahulu pelajar tingkatan 3 perlu menduduki 2 peperiksaan sijil dalam tahun yang sama iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Rendah Agama (SRA) kemudiannya SRA dihazafkan.\nSekiranya gagal di peringkat Sijil Menengah Agama, maka anda tidak boleh naik ke Tingkatan 5. \nAda yang mengulang semula tingkatan 4 atau berpindah ke sekolah menengah kebangsaan.\nDisebabkan semua mata pelajaran SMA dalam Bahasa Arab dan jawapan dalam bentuk karangan bukannya pilihan A,B,C dan D maka tentunya bukan mudah untuk mengarang bahkan menggoreng ayat sendiri.\nSelain daripada subjek di atas, pelajar yang mengambil SMA juga akan belajar subjek-subjek yang berikut:\n\nBahasa Malaysia\nBahasa Inggeris\nMatematik\nSejarah\nPendidikan Syariah Islam\nPendidikan Al-Quran AsSunnah\nSains\nEkonomi Asas\nBahasa Arab\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-hong-leong-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Yayasan Hong Leong Untuk Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Hong Leong kini dibuka untuk siswazah Diploma, Diploma Lanjutan atau Pengajian Prasiswazah yang berkelayakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nKadar Biasiswa\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Biasiswa Yayasan Hong Leong\n\n \nPanduan Untuk Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, \u00a0tempoh permohonan bagi Biasiswa Yayasan Hong Leong dibuka bermula 15 Mei sehingga 30 Jun 2022.\n\nKadar Biasiswa\nPenerima biasiswa yang terpilih bakal menerima dana seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nKursus prasiswazah di Universiti Awam : RM 8,500/= p.aKursus Diploma/Diploma Lanjutan di Universiti Awam dan Universiti Awam tempatan : RM 6,000/= p.aPengajian prasiswazah di Universiti Swasta tempatan (Program ijazah secara sepenuh masa dan di kampus) : Sehingga RM 24,000/=p.aKursus Perubatan/Pergigian di Universiti Swasta tempatan : Sehingga RM 32/= p.a\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan UMP Bagi Program Sarjana\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nMerupakan warganegara Malaysia berumur antar 17 hingga 25 tahunTelah menduduki peperiksaan SPM/STPM tahun sebelumnya dan menerima keputusan pada bulan Mac tahun iniMereka yang sedang mengikuti Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah (Tahun 1,2 atau 3) di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon.Jumlah pendapatan isi rumah mestilah RM 5,000 dan ke bawah sebulan.Mencapai keputusan akademik seperti berikut :\nMinimum 8A SPM atau 6A bagi UECSTPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda : Minimum CGPA 3.5\nKeutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mempamerkan sifat kepimpinan dan aktif dalam bidang ko-kurikulum, sukan atau khidmat masyarakat.Pelajar dari golongan kelainan upaya (OKU) digalakkan untuk memohon\nUntuk makluman, biasiswa ini tidak boleh dimohon bagi :\nPelajar yang sedang mengikuti kursus persediaan untuk memasuki kolej ( Program Asasi / Pra-Universiti)Pelajar yang mengikuti program \u2018twinning\u2019Pelajar Sarjana atau PhD atau program lepasan Ijazah yang berkaitan\nCara Memohon Biasiswa Yayasan Hong Leong\nCalon boleh kemukakan secara atas talian melalui pautan di bawah :\nHong Leong Foundation Scholarship 2022 Application \nPanduan Untuk Memohon\nCalon diminta untuk lengkapkan semua bahagian yang diwajibkan, pastikan semua butiran adalah tepat dan benar.Pemohon juga diminta untuk muat naik dokumen seperti berikut :\nKeputusan peperiksaan yang terkiniJumlah pendapatan isi rumah bulananKad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga\nPermohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayanJika calon disenarai pendek dan dipanggil untuk temu duga, calon akan diminta untuk bawa bersama sijil dan dokumen asal atau salinan yang sudah disahkan.Sila ambil maklum bahawa calon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari Yayasan sebulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Hong Leong, sila semak Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut :\nSOALAN LAZIM PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN HONG LEONG\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pbakl-2023-pesta-buku-antarabangsa-kuala-lumpur/", "title": "PBAKL 2023 : Peta Lokasi, Senarai Reruai, Waktu & Tarikh Acara", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPBAKL 2023 : Peta Lokasi, Senarai Reruai, Waktu & Tarikh Acara\nPBAKL 2023 KALI KE 40 INI DIJANGKA MENJADI PESTA BUKU PALING MERIAH DIMANA IA MENGUMPUL RAMAI PENULIS TEMPATAN DAN JUGA DARIPADA LUAR NEGARA- Pengerusi Pengelola PBAKL Encik Mohd Khair Ngadiron\nJangan lupa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 akan menemui anda dari 26 Mei hingga 4 Jun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur , mulai jam 10am \u2013 10pm. PBAKL kali ini juga diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.\nPesta Buku\u00a0terbesar di\u00a0Malaysia\u00a0akhirnya kembali lagi untuk kali yang ke-40! \nPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan satu acara tahunan yang memperingatkan kita akan kasih dan cinta terhadap buku dan sastera. \nIa merupakan sebuah pesta buku terkemuka yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak bermulanya pada tahun 1981, PBAKL telah menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar. \nDengan lebih dari 1.25 juta pengunjung untuk PBAKL 2022, PBAKL tahun ini bakal membawa lebih banyak kejutan dan aktiviti yang lebih menarik untuk disertai dari\u00a026 Mei hingga 4 Jun 2023\u00a0di WTCKL.\u00a0\nTerokai dan alami semua keterujaan yang telah dirancang khas buat pengunjung PBAKL kali ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh & Waktu Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2023)\n\n \nAda Apa Di PBAKL 2023?\n\n \nSenarai Pempamer / Pelan Lokasi Booth Di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2023\n\n \nTips / Peringatan Untuk Pengunjung PBAKL 2023\n\n \nPengangkutan / Parkir Kenderaan\n\n \nSurat Hebahan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh & Waktu Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2023)\n\nTarikh : 26 Mei hingga 4 Jun\nMasa : 10 pagi hingga 10 malam\n\n\nAda Apa Di PBAKL 2023?\nACARA PENTAS UTAMA PBAKL\nAcara pentas utama terletak di aras 2, bersebelahan dengan kauter pendaftaran. Antara acara menarik yang berlangsung di pentas utama adalah majlis perasmian, majlis pelancaran buku, dan sebagainya.\nACARA PENTAS REHAT & BACA\nRuang Rehat & Baca menyediakan ruang aktiviti untuk para penerbit, penulis swaterbit, penulis ilustrator, pelukis komik, editor dan ramai lagi penggiat industri buku untuk mengadakan aktiviti sampingan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung.\n\n\n\n\n\n\nMANDIRI [DI] PBAKL\nRuang Mandiri [di] PBAKL adalah ruang untuk penulis persendirian yang terbit buku sendiri, pembikin zine, illustrator, dan pengusaha buku foto. 30 reruai disediakan dengan beberapa nilai tambah khusus kepada pempamer mandiri. Antaranya Bicara Mandiri, Jaringan Mandiri, Resensi Buku dan Klinik Mandiri.\u00a0\n\n\n\nSENARAI PEMPAMER MANDIRI @ PBAKL 2023\nMandiri maksudnya swaterbit. Jadi, pempamer di reruai (booth) MANDIRI ini semuanya merupakan individu yang baru terbitkan buku. Ada 32 pempamer semuanya.\n\nCOSPLAY @ PBAKL\nBuat pertama kalinya, Cosplay @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ([email\u00a0protected]) atau Cosplay di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bekerjasama dengan LOL Cosplay Malaysia untuk menjayakan acara cosplay ini di Dewan Tun Razak, WTCKL.\n\u2018Cosplay Competition\u2019 ini akan berlangsung pada 2 \u2013 4 Jun 2023! \nBagi mereka yang meminati siri Anime, Komik, Manga, Manhwa dan Manhua, jangan lepaskan peluang untuk sertai acara ini kerana di akhir pertandingan, PBAKL telah menjanjikan hadian berbentuk wang tunai kepada pemenang-pemenang \u2018Cosplay Competition\u2019 ini. Kategori pertama yang akan dinilai oleh \u2018Special Guest Judges\u2019, KURISU dan Kinomoto Sakura, adalah \u2018Kids Cosplay Competition\u2019, yang akan diadakan pada 3 Jun 2023.\nBagi \u2018SOLO SKIT Cosplay Competition\u2019 pula, \u2018Special Guest Judges\u2019 yang akan menilai adalah PAAN REIGNS, ALICIASAMA, dan AhmadSTER. RM1000 sebagai hadiah utama untuk dimenangi pada 4 Jun 2023. \nJadi, ambil peluang ini untuk menunjukkan bakat kreatif anda.\u00a0Ganbatte!\nVendor dan doujin dialu-alukan untuk menyertai acara yang akan berlangsung pada 2-4 Jun 2023 ini.\n\nSenarai Pempamer / Pelan Lokasi Booth Di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2023\ni) Pelantaran Putra \u2013 Terletak di aras 2 WTCKL, kawasan Pentas Utama.\nSenarai pempamer / reruai / booth PBAKL 2023:\n\nUNIVERSITY BOOK STORE MALAYSIA (201 & 202)\nCM DIVERSE (203 & 204)\nKUBUKU INDONESIA (205 & 206)\nINSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (207 \u2013 213)\nUNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (214)\nMAKTABAH RUWAZ JAWI (215)\nPEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (PMWP) (216 & 217)\nTERTIB PUBLISHING (218 & 219)\nYAYASAN DAKWAH SULTAN MIZAN (220)\nKADOKAWA GEMPAK STARZ SDN BHD (221)\nSKILLSEED (222 & 223)\n\n\nii) Legar Putra \u2013 Terletak di aras 2 WTCKL, berhampiran dengan pintu masuk CIMB.\nSenarai pempamer / reruai / booth PBAKL 2023:\n\nPERBADANAN KOTA BUKU\u00a0(L01, L02, L03)\nEZRA SANDERS\u00a0(L04 \u2013 L07)\nFRAME ART STUDIO\u00a0(L08)\nKOMIKKITA STUDIO\u00a0(L09)\nTENAGA SUNNAH\u00a0(L10)\nPROLOG MEDIA\u00a0(L11-L13)\nAL QAWWIY BOOKSHOP\u00a0\u00a0(L014 & L015)\nKASEH ARIES / AL QAWWIY\u00a0\u00a0(L016)\nFAJAR ABADI RESOURCES\u00a0\u00a0(L017 \u2013 L019)\nPTS MEDIA GROUP\u00a0\u00a0(L73 \u2013 L76)\nANA MUSLIM SDN BHD\u00a0(L020 \u2013 L025, L038 \u2013 L042, L072)\nGERAKBUDAYA \u2013 ILMU IALAH KUASA\u00a0 (L026 & L027, L36 & L37)\nLATIP & KELUARGA\u00a0(L028 & L029, L034 & L035)\nSELVAN HOLDING (M) SDN BHD\u00a0(L030 & L031)\nBEKAZON UJANG & APO\u00a0(L043 & L044)\nHIKMAH SHARES\u00a0\u00a0(L047)\nHIJANAH\u00a0\u00a0(L045 & L046)\nHIJJAZ RECORDS\u00a0(L048 \u2013 L051)\nDARR OMAR AL MOKHTAR\u00a0(L052 \u2013 L056)\nBAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN\u00a0(L057 & L058, L064 & L065)\nPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA\u00a0(L59 \u2013 L63, L063B)\nEDU RESOURCES ENTERPRISE\u00a0(L066 \u2013 L071)\nKEDAI DR MASZLEE X BESTNYA\u00a0(L077 \u2013 L079)\nPERSATUAN KARYAWAN PULAU PINANG\u00a0(L080)\nHIJANAH\u00a0(L081)\nPENERBIT USM\u00a0(L082)\nLOVE NOVEL\u00a0(L083 & L084)\nIKIM FM\u00a0(L085, L086)\nIDEA KREATIF / SANTAI ILMU\u00a0(L087)\nTEBOOK HOUSE\u00a0(L088)\n\n\niii) Bilik Mawar \u2013 Terletak di aras 2 WTCKL, berhampiran dengan pintu masuk bersebelahan Hotel Seri Pasific.\nSenarai pempamer / reruai / booth PBAKL 2023:\n\nLOVE NOVEL PUBLISHING\u00a0(M01 & M02, M04 & M05)\nKADOKAWA GEMPAK STARZ SDN BHD\u00a0(M03)\nJABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN\u00a0(M06)\nKASI TERBIT-TERBIT SENDIRI-KOMIK MISI\u00a0(M07 \u2013 M12)\nONE SYABAB SDN BHD\u00a0(M13, M16)\nSRI AYU DISTRIBUTORS\u00a0(M14, M15)\nSHADANI BOOK SALE\u00a0(M17 & M18)\nMIND TO MIND\u00a0(M19 & M20)\nSPMGAMES [WWW.SPMGAMES.COM.MY]\u00a0 (M21)\nIDEA KREATIF PUBLICATION\u00a0 (M22)\nWHITECOAT\u00a0 (M23, M24)\nPENERBITAN FARGOES\u00a0 (M25 & M26, M33 & M34, M39 & M40)\nGEMILANG BOOKSHOP\u00a0 (M27 & M28)\nKASEH ARIES PUBLICATION\u00a0 (M29 & M30, M43)\nNUKILAN BIRUNI BOOKS\u00a0 \u00a0(M35 \u2013 M38)\nMOMMY HAPPY GROUP SDN BHD\u00a0 (M31 & M32, M41 & M42)\nSUARA HATI PUBLICATION\u00a0 (M44 \u2013 M47)\nBRAVO GLOBAL VENTURE\u00a0 (M48 & M49)\nEDUKID DISTRIBUTORS SDN BHD\u00a0 (M50 \u2013 M55)\n(MTCA) MALAYSIA TURKIYE CULTURAL ASSOCIATION\u00a0 (A01)\nNASEEHAT HOLDINGS SDN BHD\u00a0 (A02 \u2013 A03)\nINTERNATIONAL LAW BOOK SERVICES\u00a0 (A04 \u2013 A06)\nPENGUIN RANDOM HOUSE\u00a0 (A07 & A08)\n\n\niv) Bilik Melaka, Pulau Pinang & Bilik Kelantan / Johor / Kedah \nSenarai pempamer / reruai / booth PBAKL 2023:\n\nIDEA KREATIF PUBLICATION (A01-A08)\nARTQUESTZ REPUBLIC HOLDINGS SDN BHD (K01)\nKEMENTERIAN DALAM NEGERI (K03)\nPERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR (K04)\nPENERBIT MAHIR\u00a0(K05 \u2013 K06)\nNUSAMAS (K07 \u2013 K08)\nPENERBITAN KARYASENI (B01-B08, C01-C23)\n\nv) Dewan Tun Hussein Onn \u2013 Terletak di aras 2 WTCKL, bersebelahan dengan Dewan Tun Dr Ismail.\nSenarai pempamer / reruai / booth PBAKL 2023:\n\nBOOKCAFE.COM.MY\u00a0 (HA01 \u2013 HA05)\nKARYA PUBLIKA\u00a0 (HA06 & HA07)\nJIWA\u00a0 (HA08 & HA09)\nPOPULAR BOOK CO SDN BHD\u00a0 (HA10 \u2013 HA21)\nMANGOSTEEN BOOKS\u00a0 (HA22 & HA23)\nMERPATI JINGGA\u00a0 (HA24)\nTOKO BUKU RAKYAT\u00a0 (HA25)\nGRUP BUKU KARANGKRAF\u00a0 (HA26 \u2013 HA41)\nDAKWAH CORNER BOOKSTORE (M) SDN BHD\u00a0 (HA42 \u2013 HA50)\nPNI NEURON\u00a0 (HL01 \u2013 HL10)\nAYZARIS EMPIRE\u00a0 (HL11)\nNURANI MUTIARA ILMU\u00a0 (HL12 & HL13)\nHUMAIRA TRADING\u00a0 (HL14, HL16 \u2013 HL20)\nKADOKAWA GEMPAK STARZ SDN BHD\u00a0 (HL15)\nIIUM PRESS\u00a0 (HL21 & HL22)\nTADABBUR CENTER\u00a0 (HL23)\n\n\nvi) Dewan Tun Dr Ismail \u2013 Terletak di aras 2, WTCKL.\nSenarai pempamer / booth / reruai PBAKL 2023:\n\nJABATAN MUFTI BRUNEI\u00a0(TL01)\nLEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL\u00a0(TL02)\nJABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN)\u00a0(TL03)\nINSTITUT PENYELIDIKAN DAN PERHUTANAN\u00a0(TL04)\nPMB INVESTMENT\u00a0(TL05)\nUNGU PEN\u00a0(TL06)\nDARUL FIKIR\u00a0(TL07 & TL08)\nKEMENTERIAN KEBUDAYAAN , BELIA DAN SUKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM\u00a0(TL09 & TL10)\nPENERBIT UNIVERSITI MALAYA\u00a0(TL11)\nFIZZIANY\u00a0(TL12)\nHAMARE GROUP\u00a0(TL13 \u2013 TL16)\nKADOKAWA GEMPAK STARZ SDN BHD\u00a0(T01 \u2013 T10)\nPAVILION NEGARA TAMU \u2013 CHINA\n\n\nvii) Dewan Tun Razak 3 \u2013 Terletak di aras 3, WTCKL.\nSenarai pempamer / reruai / booth PBAKL 2023 : \n\nANJUNG BONDA NOR\u00a0\u00a0(3001 \u2013 3003)\nPUSTAKA PERMATA UMMAH\u00a0\u00a0(3004 \u2013 3009)\nGEMILANG BOOKSHOP\u00a0\u00a0(3010 & 3011)\nEZRA SANDERS\u00a0(3012 & 3013)\nPUSTAKA TOK KENALI\u00a0(3014 & 3015)\nKEDAI AMAL AMAN PALESTIN\u00a0(3016 & 3017)\nBUKU AIMAN BANNA & NABILAH\u00a0(3018)\nPUJANGGA BARU\u00a0(3019)\nUPIN & IPIN STORE [LC MERCHANDISING SDN BHD]\u00a0\u00a0(3020)\nPUSTAKA ANNURANI\u00a0(3021)\nTRANSIT SENI\u00a0(3022)\nAL-HIDAYAH\u00a0(3023 \u2013 3027, 3052 \u2013 3056)\nGALERI ILMU\u00a0(3028 \u2013 3030, 3049 \u2013 3051, 3068 \u2013 3070, 3089 \u2013 3091)\nTELAGA BIRU\u00a0(3031 \u2013 3034, 3045 \u2013 3048, 3071 \u2013 3074, 3085 \u2013 3088)\nAL AMEEN SERVE\u00a0(3035 \u2013 3044)\nRASZA LEGASI\u00a0(3057 \u2013 3059)\nMIND TO MIND\u00a0(3060 & 3061, 3098 & 3099)\nFAJAR PAKEER SDN BHD\u00a0(3062 \u2013 3067, 3092 \u2013 3097)\nHASANI BOOKS\u00a0(3075 \u2013 3079)\n\u00a0MPH BOOKSTORES SDN BHD\u00a0\u00a0(3080 \u2013 3084)\n\u00a0PTS Media group\u00a0\u00a0(3115 \u2013 3119 & 3263 \u2013 3267)\nAKADEMI JAWI MALAYSIA \u2013 TUKANG BUKU\u00a0\u00a0(3100 \u2013 3102)\nAPD BOOK SERVICES SDN BHD\u00a0(3103 \u2013 3105, 3135)\nRIHLA MEDIA X HALAQAH MUAMALAH\u00a0(3106 & 3107)\n\u00a0PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN BHD\u00a0\u00a0(3108 & 3109)\nSAP PUBLICATIONS (M) SDN BHD\u00a0\u00a0(3130)\n\u00a0TIGA ROS TRADING SDN BHD\u00a0\u00a0(3131)\n\u00a0RAK BUKU SHE\u00a0\u00a0(3135 & 3136)\nSASBADI HOLDING BERHAD\u00a0(3110 \u2013 3114, 3125 \u2013 3129, 3157 \u2013 3161, 3172 \u2013 3176)\nTENTANG KITA\u00a0(3120)\nDUBOOK PRESS\u00a0(3121 & 3122)\nSKOOL21\u00a0(3123 & 3124)\nTAFSIR TOK GURU X ALIM RABBANI\u00a0(3132 \u2013 3134)\nPUSTAKA CAHAYA KASTURI\u00a0(3136 & 3137)\nNUR INNAI BOOKS\u00a0(3138 & 3139)\nMUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)\u00a0(3140)\nPEANUTZIN COLLECTION\u00a0(3141)\nPELITA DHIHIN\u00a0(3142 \u2013 3145)\nSUARA HATI PUBLICATION\u00a0(3146 & 3147)\nILHAM BOOKS\u00a0(3148 \u2013 3154)\nDEWAN BAHASA DAN PUSTAKA\u00a0(3162 \u2013 3171, 3186 \u2013 3195)\nONE SYABAB SDN BHD\u00a0(3177 & 3178)\nNAQ\u00a0(3179 & 3180, 3201 & 3202)\nUUM PRESS\u00a0 (3181 \u2013 3183)\nINTEAM MARKETING SDN BHD\u00a0 (3184 & 3185)\nPENERBITAN PELANGI\u00a0 (3196 \u2013 3200, 3205 \u2013 3209, 3217 \u2013 3221)\nEDUKID DISTRIBUTORS SDN BHD\u00a0 (3203 & 3204, 3222 & 3223)\nNUR EL HIKMAH\u00a0 (3210 & 3211)\nTARBIAH SENTAP\u00a0 (3212 \u2013 3214)\nASTER EDU SDN BHD\u00a0 (3215 & 3216)\nGALLERY BOOKSTORE\u00a0 (3224 \u2013 3226)\nPENERBITAN JAYA BAKTI SDN BHD\u00a0 (3227 \u2013 3229)\nPUSTAKA TAYBAH PLT\u00a0 (3230)\nPUSTAKA DARUL IMAN\u00a0 (3231 & 3232)\nKADOKAWA GEMPAKSTARZ\u00a0 (3233)\nLEMONJAR SOFTWARE MEDIA\u00a0 (3234)\nPUSTAKA ISLAMIYAH SDN BHD\u00a0 (3235 & 3236)\nNB KARA\u00a0 (3237)\nSANTAI ILMU PUBLICATION\u00a0 (3238)\nMOMMYHANA CREATIVE\u00a0 (3239)\nMYINDOBOOK (THE PEOPLE MEDIA)\u00a0 (3240)\nRIMA ENTERPRISE SDN BHD\u00a0 (3241 & 3242)\nNUHA BOOKS\u00a0 (3243 \u2013 3246)\nSRI AYU DISTRIBUTORS SDN BHD\u00a0 (3247 \u2013 3249)\nPERPUSTAKAAN SELANGOR\u00a0 (3250 \u2013 3258)\nNEW STRAITS TIME\u00a0 (3259 & 3260)\nRIMBUNAN ILMU\u00a0 (3261, 3261B, 3262)\nHASSAN BAI\u00a0 (3268)\nPESTA BUKU & KOMIK\u00a0 (3269 & 3270)\n\n\nviii) Dewan Tun Razak 4 \u2013 Terletak di aras 4, WTCKL.\nSenarai pempamer / booth PBAKL 2023:\n\nMANES WORDSWORK\u00a0(4001 \u2013 4003)\nTHE BIBLIO PRESS\u00a0(4004 & 4005)\nKEDAI BLINK AIN MAISARAH\u00a0(4006 \u2013 4008)\nSYARIKAT MUDA OSMAN\u00a0(4009 \u2013 4018)\nIMAN\u00a0(4019 \u2013 4025, 4053 \u2013 4060, 4077 \u2013 4080)\nPATRIOTS PUBLISHING\u00a0(4026 \u2013 4028, 4050 \u2013 4052)\nTHE BIBLIOPHILE BOOKSHOP\u00a0(4029 \u2013 4031)\nBIBLIO NUSANTARA\u00a0(4032 & 4033)\nHIJJAZ RECORDS\u00a0(4034 \u2013 4036)\nJEJAK TARBIAH\u00a0(4037 \u2013 4040)\nTENAGA SUNNAH\u00a0(4041)\n3 PEARL I BOOK\u00a0(4042)\nDR. TENGKU ASMADI\u00a0(4043, 4044)\nMAP TRAINING & CONSULTANCY SDN BHD\u00a0(4043 & 4044)\nSRI AYU DISTRIBUTORS SDN BHD\u00a0(4045 \u2013 4049)\nBUKU IBDE\u00a0(4061 & 4062, 4075 & 4076)\nGEMILANG BOOKSHOP\u00a0(4063 & 4064)\nFAYYADHBOOK.COM\u00a0(4065 & 4066)\nPUSTAKA ALKHAIRI\u00a0(4067)\nLUQMAN MAKHTAR\u00a0(4068)\nIKON SYABAB RESOURCES\u00a0(4186)\nSIRAH NABI UNTUK ANAK-ANAK\u00a0 (4185)\nPUSTAKA AL EHSAN\u00a0 (4069 & 4070)\nKATA-PILAR BOOKS\u00a0 (4071 \u2013 4074)\nGRUP BUKU KARANGKRAF\u00a0 (4081 \u2013 4084)\nMAPIM\u00a0 (4085, 4086, 4088, 4089, 4096)\nUUM PRESS BOOKSTORE\u00a0 (4087)\nKOMIK SERAM\u00a0 (4090)\nBEKAZON UJANG & APO\u00a0 (4091-4095)\nHALAMAN (PENERBIT UM)\u00a0 (4097)\nMAPIM\u00a0 (4098, 4099, 4100, 4109, 4110, 4111, 4112, 4113)\nPTS MEDIA GROUP\u00a0 (4101 \u2013 4108, 4122 \u2013 4125, 4134 \u2013 4137)\nPUSTAKA ANNURANI\u00a0 (4114 \u2013 4116)\nMAPIM\u00a0 (4117, 4118, 4119, 4139, 4140)\nUNIMAS PUBLISHER\u00a0 (4120)\nLEGACY BOOKS CAF\u00c9\u00a0 (4121)\nBUKU FIXI\u00a0 (4126 \u2013 4131, 4148 & 4149)\nQURAN HUMAIRA\u00a0 (4132 & 4133, 4146 & 4147)\nPENERBITAN HAYRAT\u00a0 (4138)\nSTESEN BUKU\u00a0 (4142 & 4143, 4156 & 4157)\nPUSAT KAJIAN SYARIAH DARUL FITRI\u00a0 (4144)\n#LORONG BELAKANG\u00a0 (4145, 4152 \u2013 4155)\nNUSA CENTRE\u00a0 (4158 & 4159)\nYAYASAN DAKWAH ISLAM\u00a0 (4160 \u2013 4162)\nHILAL ASYRAF RESOURCES\u00a0 (4163 \u2013 4166, 4166B & 4166C)\nVERSA X ZAHIRAS\u00a0 (4167B, 4167 \u2013 4169)\nJABATAN KEMAJUAN ISLAM (JAKIM)\u00a0 (4170 \u2013 4172)\nCASAMAS RESOURCES\u00a0 (4173 & 4174, 4187)\nSRI SAUJANA MARKETING\u00a0 (4175 & 4176)\nSEBARKAN BAHAGIA\u00a0 (4177 & 4178)\nNURANI MUTIARA ILMU\u00a0 (4179 \u2013 4183)\nPUSTAKA NURUL IMAN\u00a0 (4184)\nNAINA CORNER\u00a0 (4188)\nSIFU MANDARIN\u00a0 (4189)\nHIKAYAT FANDOM SDN BHD\u00a0 (4190)\nUTM PRESS\u00a0 (4191)\nPENERBIT MARDI\u00a0 (4192)\nARAS MEGA (M) SDN BHD\u00a0 (4193 \u2013 4196)\n\n\nTips / Peringatan Untuk Pengunjung PBAKL 2023\nAdakah anda bakal hadir pertama kali di PBAKL?\nBerikut dikongsikan tips dan peringatan untuk anda jika ini adalah pertama kali anda ke PBAKL:\n1. Senaraikan buku yang anda ingin beli.\n2. Dapatkan maklumat lokasi booth / reruai PBAKL yang anda ingin tuju. (Untuk melihat keseluruhan pelan lantai terkini, sila skrol ke atas.)\n3. Bawa beg yang sesuai.\n4. Pakai pakaian yang selesa.\n5. Sediakan air mineral dan kipas supaya tidak dehidrasi.\n6. Jangan lupa wang yang secukupnya.\nPastikan anda rancang pergerakan anda.\nSelamat membeli belah di PBAKL2023!\n\nPengangkutan / Parkir Kenderaan\nBerita baik \u2013 Stesen LRT PWTC akan beroperasi SEMULA sempena KLIBF 2023 ini.\nTapak lama Hentian Putra di hadapan WTCKL juga sudah menjadi TEMPAT LETAK KERETA TERBUKA dengan kadar RM3 per entri.\nJom datang beramai-ramai!\nSurat Hebahan\nBerikut adalah surat hebahan PBAKL 2023. Anda boleh muat turun surat ini di sini \u2013https://klibf.my/\nKerjasama dimohon untuk memaklumkan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datu/Dr./tuan/puan bagi menggalakkan mereka mengunjungi PBAKL 2023. Pihak sekolah dimohon untuk mengemukakan permohonan lawatan melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. \nSebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada Urus Setia PBAKL 2023 (MBKM) di talian telefon 03-8321 7011 atau melalui email [email\u00a0protected].\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti saluran berikut:\n\nLaman web rasmi : http://www.klibf.my/\nFacebook : Pesta Buku_Antarabangsa Kuala Lumpur\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\nBaca juga:\n\nTakwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026\nLIMA 2023: Jadual Pameran, Senarai Peserta, Pembelian Tiket\nSenarai Pakej Cuti-cuti Cikgu 2023 \u2013 Tourism Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kwapm/", "title": "KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah bantuan secara \u2018one off\u2019 yang diberi kepada murid-murid yang layak pada setiap tahun.\nNamun demikian, adakah anda tahu bahawa terdapat satu kategori bantuan di bawah Bantuan KWAPM yang boleh dimohon sepanjang tahun?\nBerikut adalah maklumat terkini tentang bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin atau KWAPM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan KWAPM?\n\n \nKadar Bantuan KWAPM\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Membuat Permohonan\n\n \nPermohonan KWAPM Kecemasan\n\n \nSumbangan Ke Tabung KWAPM\n\n\nApakah Bantuan KWAPM?\nMenurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) faktor kemiskinan adalah punca keciciran dalam pelajaran dikalangan murid sekolah.\nBagi mengurangkan masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1).\nAntara objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dari semua golongan bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan sama sekali keciciran malahan dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara holistik.\nPelaksanaan Tabung KWAPM ini dibincangkan secara terperinci oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekelling Kewangan yang dikeluarkan sebaga Bilangan 2 Tahun 2017. \nKadar Bantuan KWAPM\nJenis Data/Status KemiskinanBantuan Am Persekolahan (BAP)i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)RM100 setahun \u2013 Sekolah Rendahii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)RM150 setahun \u2013 Sekolah Menengahiii. Data Murid Orang Asli sama ada berstatus Miskin dan Miskin TegarNota :* Bantuan Am Persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nBerikut dilampirkan kelayakan terkini bantuan KWAPM bagi tahun 2022\nKelayakan RMT, KWAPM, BPS 2022Isi Rumah: RM1169Per Kapita: RM310\n\nNOTA:\nPelajar yang berkelayakan mendapat bantuan perlu memenuhi syarat dan kriteria seperti berikut\nPelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah atau Menengah Kerajaan dan memperoleh Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1)Pelajar mestilah Warganegara Malaysia.Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan mendapat pengesahan status sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti jadual di bawah.Pelajar yang TIDAK menerima sebarang bantuan berbentuk kewangan sebagai persediaan ke sekolah daripada mana-mana pihak.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon, anda boleh mengisi borang berikut:\nBorang Permohonan Bantuan Persekolahan PB-1Borang Pengesahan Pendapatan PB-2Permohonan Biasiswa Persekutuan Kecil PB-3\nKepada waris-waris pelajar, borang ini boleh diisi dengan lengkap dan semua dokumen salinan perlu dicop dan kemudian diserahkan kepada pihak sekolah.\n\n\n\nNOTA: Borang di atas ini untuk pihak sekolah pilih yang mana layak untuk terima Bantuan Awal Persekolahan, KWAPM atau biasiswa.\nSemua murid Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di dalam sistem eKASIH dan murid Orang Asli yang berdaftar di dalam Sistem eDamak dan yang telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. \nSistem eDamak akan diselia oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) manakala Sistem eKASIH pula akan diselia oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).\nBagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, maka mereka boleh membuat permohonan melalui laman web eKasih.\nBagi murid Orang Asli Penan yang berdaftar, pihak sekolah perlu mengemukakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan dikemukakan kepada KPM pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1) dan pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6).\nBorang Permohonan KWAPM juga boleh dilakukan oleh Guru kelas mengemaskini maklumat di dalam Modul Pengurusan Murid \u2013 Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). \nSemak senarai murid di dalam menu Permohonan Sekolah dan bentang senarai nama murid tersebut di dalam mesyuarat JK Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) JBPS akan memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan KWAPM di dalam Mesyuarat JBPS berdasarkan SPK Bil. 2/2017. \nProses permohonan boleh dirujuk di Carta Aliran \nPermohonan KWAPM Kecemasan\nKWAPM Kes Kecemasan adalah bantuan yang boleh dipohon sepanjang tahun berdasarkan kes bencana dan syarat kelayakan pemohon.\nKes kecemasan ini termasuklah:\nMurid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang bersekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang Pendapatan Isi Rumah di bawah PGK Nasional 2016 semasa kes berlaku layak membuat permohonan.\nKetua Isi Rumah Meninggal DuniaBencana AlamKediaman TerbakarKetua Isi Rumah Hilang Upaya Untuk bekerjaCicir Akibat Kemiskinan\nKadar bantuan adalah RM300 bagi sekolah menengah manakala RM200 bagi sekolah rendah.\nSetiap permohonan adalah secara one-off, manakala tempoh permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan daripada berlakunya kes bencana.\n\nSumbangan Ke Tabung KWAPM\nSekirnya anda berminat membantu pelajar miskin boleh memberi sumbangan ke Tabung KWAPM melalu\nPermohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2020 Mengkredit terus sumbangan ke atas nama \u201cSUMBANGAN TABUNG KWAPM \u201c\natau seperti berikut:-\nPermohonan \u201cKumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2020\u201d No. Akaun: 5640 1611 7704 (Maybank)\nSetiap penyumbang dalah dipohon untuk memfakskan butiran diri dan transaksi (slip pembayaran) kepada:-\nUnit KWAPM \u2013 Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM bagi cetakan resit rasmi (Hubungi: 03-88847611/7509).\nSetiap sumbangan akan diberikan resit rasmi pengecualian cukaiPermohonan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM 2020.\nBagi kakitangan Awam boleh membuat sumbangan melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan (seperti di bawah) dan dikemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing.\u00a0\nMalahan boleh juga menghantar cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:\nKementerian Pendidikan MalaysiaBahagian KewanganAras 6-7, Blok e12Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerjaan Persekutuan62640, Putrajaya(Tel: 03-8000 8000)\u00a0\nUntuk maklumat berkaitan KWAPM boleh hubungi: \nUnit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin,Kementerian Pendidikan Malaysia,Bahagian Kewangan, Aras 6-7, Blok e12,Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604, Putrajaya.Telefon / Faks: +603-88847002/7091/7088/7020/7647/7303Emel: [email\u00a0protected] \nDisamping itu, pelajar dan Ketua Isu Rumah juga boleh merujuk Surat \u00a0Pekeliling Kewangan (SPK) Bil .1 Tahun 2019: Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untu makluman lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lupa-password-wifi/", "title": "Lupa Password Wifi? Ini Cara Dapatkan Semula Kata Laluan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIni cara mudah bagi anda yang lupa password WiFi untuk dapatkatn semula password tersebut. Untuk keselamatan sambungan WiFi dirumah, kita biasanya akan menetapkan katta kunci atau password untuk melindungi capaian internet kita daripada digunakan oleh orang luar.\nWalau bagaimanapun, setelah beberapa ketika kita mungkin sudah lupa password yang ditetapkan untuk router WiFi kita dirumah.\n\nAda kemungkinan, kita perlu mencari semula password tersebut untuk menyambungkan telefon pintar, tablet, komputer atau apa sahaja peranti baru dengan jaringan WiFi kita di rumah.\nApakah solusi yang ada? Bagaimanakah caranya kita ingin menyemak kembali password WiFi yang sudah dihubungkan dengan peranti elektronik kita?\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDapatkan semula password dari smartphone / tablet\n\n \nCara 1: Dapatkan semula password dari Windows\n\n \nCara 2: Dapatkan semula password dari Mac\n\n \nCara 3: Reset Router\n\n\nDapatkan semula password dari smartphone / tablet\nMalangnya tidak ada cara untuk anda melihat password WiFi yang sudah disambungkan ke telefon pintar anda, tidak kira sama ada anda mempunyai sistem operasi Android, iOS atau apa sahaja. \n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda telah menyambungkan WiFI anda dengan komputer atau komputer riba anda, anda boleh mengikuti salah satu cara dibawah untuk dapatkan semula password WiFi.\nCara 1: Dapatkan semula password dari Windows\nBagi anda yang lupa password WiFI dan menggunakan komputer yang menggunakan sistem operasi Windows, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk dapatkan semula password WiFi. \nUntuk melihat kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada Windows, buka senarai rangkaian wayarles dalam Control Panel.\nAnda boleh melakukannya dengan cepat dengan menekan Windows Key + R, menaip ncpa.cpl ke dalam kotak carian dan menekan Enter. \nKlik kanan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, pilih Status, dan klik butang \u201cWireless Properties\u201d. \nKlik pada tab \u201cSecurity\u201d dan tandakan kotak \u201cShow characters\u201d untuk melihat kata laluan Wi-Fi yang disimpan. \nAnda mesti mempunyai akses pentadbir kepada komputer untuk melihat maklumat ini. Cara ini \nAnda mesti mempunyai akses pentadbir kepada komputer untuk melihat maklumat ini. Cara ini hanya berfungsi jika komputer riba Windows anda sedang disambungkan ke rangkaian Wi-Fi.\nCara 2: Dapatkan semula password dari Mac \nBagi anda yang lupa password WiFI dan menggunakan komputer yang menggunakan sistem operasi iOS, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk dapatkakn semula password WiFi.\nUntuk mendapatkan semula kata laluan Wi-Fi yang disimpan pada Mac, buka aplikasi \u201cKeychain Access\u201d. \nTekan Command+Space, taip \u201cKeychain Access,\u201d dan kemudian tekan Enter. \nPilih kategori \u201cKata Laluan\u201d dan cari nama rangkaian Wi-Fi. Ia muncul sebagai \u201cAirPort network password\u201d. \nAnda boleh klik kanan nama rangkaian, dan kemudian pilih pilihan \u201cCopy password to clipboard\u201d. \nAtau, anda boleh mengklik kanan nama, pilih \u201cGet Info\u201d dan kemudian tandai kotak \u201cShow password\u201d. \nAnda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan Mac anda untuk melihat maklumat ini dan ia hanya akan berfungsi jika akaun anda ialah akaun pentadbir.\nCara 3: Reset Router \nSekiranya mana-mana cara di atas tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kembali password WiFi anda, ini mungkin merupakan cara terakhir yang anda boleh gunakan.\nDengan cara reset router anda kepada tetapan kilang tidak akan memberitahu anda kata laluan semasa, tetapi ia akan menukar kata laluan router kepada kata laluan asal yang didatangkan dari kilang yang dicetak di bahagian bawah atau belakang router.\nMenetapkan semula router anda juga akan memutuskan sambungan setiap perantib yang telah anda sambungkan ke router, ini bermakna semua peranti yang disambungkan kepadanya perlu disambung semula. Atas sebab ini, menetapkan semula router harus menjadi pilihan terakhir anda.\nCari butang \u201cReset\u201d router anda. Butang ini biasanya terletak di belakang router dan sangat kecil.Tekan dan tahan butang \u201cReset\u201d. Lakukan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan router diset semula sepenuhnya.Cari maklumat log masuk asal router anda. Maklumat ini biasanya ditemui di bahagian router merangkumi maklumat berikut:Nama rangkaian atau SSIDKata Laluan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-sunat-gerhana-matahari/", "title": "Niat & Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNiat & Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari \u2013 JAKIM\nRakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada 20 April 2023, mulai jam 11:00 pagi hingga 1:30 tengah hari dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.\nUmat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.\n\n\n\n\n\n\nDisertakan infografik berkaitan gerhana tersebut untuk makluman bersama.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Solat Sunat Gerhana?\n\n \nLafaz Niat\n\n \nPanduan Solat Sunat Gerhana Matahari\n\n\nApakah Solat Sunat Gerhana?\nSolat Sunat Gerhana Bulan / Matahari / Kusuf didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. \nApa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.\nSolat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. \nLafaz Niat\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cSahaja aku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana\u00a0Allah Taala\u201c\nSumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\nPanduan Solat Sunat Gerhana Matahari\nCara pelaksanaan solat sunat gerhana matahari yang lebih sempurna adalah seperti berikut: \nRakaat Pertama \n\nTakbiratul Ihram. \nMembaca doa iftitah. \nMembaca surah al-Fatihah. \nMembaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah. \nRuku\u2019 dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat. \nIktidal serta membaca surah al-Fatihah. \nMembaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah. \nRuku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat. \nIktidal. \nSujud dan membaca tasbih. \nDuduk antara 2 sujud. \nSujud kembali. \nBerdiri ke rakaat kedua. \n\nRakaat Kedua \n\nMembaca surah al-Fatihah. \nMembaca surah al-Nisa\u2019 atau mana-mana surah. \nRuku\u2019 dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat. \nIktidal serta membaca surah al-Fatihah. \nMembaca surah al-Maidah atau mana-mana surah. \nRuku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat. \nIktidal. \nSujud dan membaca tasbih. \nDuduk antara 2 sujud. \nSujud kembali. \nMembaca tasyahud akhir. \nMemberi salam.\n\n*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.Klik\u00a0DI SINI\u00a0untuk contoh Khutbah Gerhana Bulan yang dikeluarkan oleh JAKIM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembatalan-kelulusan-kit-ujian-kendiri-mda/", "title": "MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Covid-19 Di Pasaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBATALAN KELULUSAN BERSYARAT (CONDITIONAL APPROVAL) KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 OLEH MDA\nDua jenama kit ujian kendiri COVID-19 dibatalkan kelulusan bersyarat kerana gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).\nNotis itu memaklumkan, pembatalan kedua-dua jenama berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nPerkara ini dimaklumkan oleh pihak MDA melalui laman Facebook rasmi mereka, Medical Device Auhtority \u2013 MDA.\n\nHantaran itu turut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Public Health Malaysia supaya orang awam lebih peka terhadap pembatalan ini.\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut mengingatkan orang awam tentang penggantungan jenama 2 kit ujian berkenaan melalui sebuah hantaran Twitter terkini:\n\nSaya telah menerima beberapa aduan berkenaan kit ujian kendiri COVID-19 yang ada di pasaran. MDA telah menguji 22 jenama. Setakat ini, 12 keputusan telah diperolehi dan mendapati 2 kit tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan. Kelulusan 2 kit ini digantung serta-merta. pic.twitter.com/svwbHNRcKv\u2014 Khairy Jamaluddin \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\ud83c\udf3a (@Khairykj) April 11, 2022\nSumber: Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin\n\u201cPihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.\n\u201cPembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.\n\u201cBerikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,\u201d menurut makluman tersebut.\nSumber: Medical Device Auhtority \u2013 MDA.\nBaca juga: \nBantuan Khas Aidilfitri 2022 Penjawat Awam (RM500) & Pesara (RM250)Pelitup Muka Diperakui SIRIM : Pengguna Tidak Dikenakan Kompaun\n"]} {"url": "https://ecentral.my/selvax-senarai-ppv-vaksin-walk-in-selangor/", "title": "SELVAX: Senarai PPV \u2018Walk-In\u2019 Di Selangor / Lembah Klang 3-13 Ogos", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX KOMUNITI) KINI DIBUKA BAGI \u2018WALK-IN\u2019\nBagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin COVID-19 secepat mungkin dan mencapai \u2018herd immunity\u2019, Kerajaan Negeri Selangor kini membuka Program Vaksin Selangor (SelVAX Komuniti) kini dibuka untuk pra-pendaftaran dan \u2018walk-in\u2019.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program SELVAX dan cara membuat pendaftaran vaksin secara walk-in beserta senarai PPV yang terkini bagi program ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SELVAX?\n\n \nKelayakan Program SELVAX-KOMUNITI\n\n \nLokasi PPV Walk-In Selangor (SELVAX)\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SELVAX?\nProgram Vaksin Selangor adalah satu usaha Kerajaan Selangor sebagai langkah sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai sasaran imuniti kelompok. \nIa mengandungi program yang bertujuan mempercepatkanproses inokulasi di kalangan kumpulan sasar yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Selangor (Program Kerajaan Negeri) dan program untuk melindungi ekonomi negeri Selangor yang menyumbang kepada hampir 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara (Program Industri).\n\n\n\n\n\n\nProgram Kerajaan Negeri akan diberi secara percuma kepada 250,000 orang yang masih belum menerima suntikan vaksin. Antara golongan yang terlibat adalah ahli Skim PeduliSihat dan kumpulan B40. \nProgram Industri pula ialah program berbayar terbuka kepadasyarikat dan majikan secara sukarela dan bertujuan untuk memberi vaksin kepada lebih kurang 1,000,000 pekerja. Bagaimanapun, kos pemberian vaksin di bawah Program Industri ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan tidak dibenarkan untukmengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka.\nAnda boleh menggunakan kod baucer tertera di infografik tersebut bagi mendapatkan vaksin di PPV berhampiran anda bermula pada 3-13 Ogos 2021, 9 pagi-6 petang.\nKelayakan Program SELVAX-KOMUNITI\nProgram Vaksin Selangor (Selvax) ada 2 kategori iaitu Selvax Komuniti & Selvax Industri.\nBagi menyertai SELVAX-KOMUNITI, syarat kelayakan adalah seperti berikut:\nWarganegara dan bukan warganegara yang menetap di Lembah Klang (WPKL, Selangor dan Negeri Sembilan)Berusia 18 tahun ke atasBelum mendapat temujanji MySejahtera / PICK\n\nBaca juga: Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2021. Pengajian Percuma!\nLokasi PPV Walk-In Selangor (SELVAX)\nLokasi / slot vaksinasi bermula 3-13 Ogos pada lokasi berikut:\nBAGI WARGANEGARA:\nTorpicana Gardens Mall, Kota DamansaraEvo Mall, Bandar Baru BangiHotel De Palma, Shah AlamKompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya (3-9 Ogos sahaja)Aurora Place, Bukit JalilDewan Khas Komuniti (Sila rujuk laman web SELGATE atau aplikasi SELANGKAH)\n\nBAGI BUKAN WARGANEGARA\nSlot vaksinasi bagi bukan warganegara akan dibuka mulai dari 10-13 Ogos 2021.\nKompleks Sukan PKNS, Kelana JayaTapak-tapak khas yang ditetapkan. Sila rujuk laman sosial SELGATE atau aplikasi SELANGKAH untuk pengumuman lokasi / kod baucar.\nCara Pendaftaran\nAnda boleh mendaftar di laman web SELANGKAH Vax (https://vax.selangkah.my).\nMuat turun Selangkah di Playstore / App StoreTekan butang VaxTekan Temujanji > Semak Temujanji > Butang UnguMasukkan Kod BaucarPilih TarikhSlot anda telah dijadualkan. Sila hadir ke PPV dengan membawa kad pengenalan atau pasport.\nBaca juga: Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)\nMaklumat Lanjut\nDapatkan maklumat lanjut mengenai\u00a0Selvax di\u00a0http://vax.selangkah.my\u00a0atau hubungi 1-800-22-6600 untuk pertanyaan.\nInstagram & twitter: @selangorvax\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-warga-emas/", "title": "Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan (BWE JKM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warrga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan. \nMenerusi Belanjawan 2023, Kerajaan terus prihatin dengan meneruskan bantuan ini sekaligus memastikan bahawa kebajikan warga emas terus disejahterakan, terutama sekali mereka yang betul-betul memerlukan.\nJumlah bantuan sebanyak RM500 ini merupakan peningkatan jumlah dariapda RM350 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 terdahulu. \nBagi warga emas yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan. \n\n\n\n\n\n\nBantuan ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas atau orang tua yang layak agar mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat setempat.\nOleh itu, sekiranya anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan dalam kategori warga emas, anda boleh menghantarkan permohonan bagi pihak mereka. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKriteria kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Sokongan\n\n\nKriteria kelayakan\n\nHanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat:\n\nWarganegara yang bermastautin di Malaysia\nWarga emas berumur 60 tahun dan ke atas\nPendapatan isi rumah tidak melebihi:\n\nPendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau\nPendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa\n\n\nWarga emas yang bukan tinggal di:\n\nInstitusi kendalian JKM; atau\nPusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma\n\n\nPelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama\u00a0(Concurrent List)\u00a0antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 \u2013 Jadual Kesembilan Senarai Perundangan\n\nCara Permohonan\nPermohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. \nSetiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. \nBagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:\n\nJKM 18 Borang Permohonan Bantuan\nJKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan\n\nDokumen Sokongan\nSelain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan diri pemohon\nSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama\nSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,\nSalinan penyata gaji (jika ada)\nLain-lain dokumen yang berkaitan\n\n\nBWE adalah sebuah bantuan tunai yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.\nUntuk ketahui lebih lanjut seperti syarat kelayakan, cara memohon dan soalan lazim, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-spp/", "title": "Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 CoS (Contract of Service)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA DAN TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) BAGI CALON YANG DITEMU DUGA OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2021\nHebahan Keputusan Temu Duga Dan Tawaran Pelantikan Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara Kontrak (Contract Of Service) Bagi Calon Yang Ditemu Duga Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021\nSemakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara Kontrak (Contract of Service) bagi calon yang ditemu duga oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2021 boleh dibuat melalui pautan berikut : https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php\n\n\n\n\n\n\nSurat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.\nTINDAKAN CALON SELANJUTNYA :\nCalon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.\nSekiranya terdapat sebarang kesilapan nama dan nombor kad pengenalan pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email\u00a0protected].\nSila kemukakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. Suruhanjaya akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-off\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-off\nCalon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan berikut:https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php\n\nUrusan Pengambilan : 03 \u2013 8893 4019 / 03 \u2013 8893 4020\nBaca juga: eStart: Kredit Belia RM150 e-Skim Transaksi Tanpa Tunai\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:\nLaman web\u00a0https://www.spp.gov.my/Facebook:\u00a0https://www.facebook.com/SPPHQTwitter:\u00a0https://twitter.com/sppmy\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-dermasiswa-dalam-negara/", "title": "Tawaran Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022 Untuk Pelajar Asnaf", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022 Untuk Pelajar Asnaf ~ Sukacita dimaklumkan tawaran penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK kini dibuka kepada anak-anak asnaf yang berhasrat untuk lanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nBidang dan Peringkat Pengajian\n\n \nCara Memohon Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh permohonan dibuka bermula 16 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\n\u2013 Warganegara Malaysia; dan\n\u2013 Pelajar bermastautin di negeri Perak;\n\n\n\n\n\n\n\u2013 Pelajar daripada keluarga B40 (keutamaan kepada asnaf Fakir dan Miskin);\n\u2013 Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022;\n\u2013 Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT (dalam negara sahaja ) yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.\nBaca Juga : Permohonan Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022\nBidang dan Peringkat Pengajian\n1. Sains dan Teknologi \u2013 Diploma Sains Aktuari\n2. Klinikal dan Kesihatan \u2013 Diploma Fisioterapi / Asasi Sains Perubatan\n3. Kejuruteraan dan Teknikal \u2013 Asasi Sains Kejuruteraan\n\nCara Memohon Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK 2022\nPelajar asnaf yang berminat boleh lakukan permohonan melalui langkah-langkah berikut :\nDapatkan Borang Bantuan Zakat (Dermasiswa Dalam Negara) daripada pejabat MAIPK terdekat atau ; Muat turun borang secara atas talian daripada portal rasmi MAIPK atau dapatkannya menerusi di bawah :\nhttps://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20permohonan%20bantuan.pdf\nHantarkan borang serta dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPK terdekat atau poskan ke alamat berikut :\nUnit Pembangunan Pendidikan,\n Bahagian Agihan Zakat\nAras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, \nJalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga diminta untuk kemukakan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di bawah :\nSalinan surat tawaran pengajianSalinan slip peperiksaan terkiniSurat penolakan bantuan / tajaan daripada agensi lain (bagi permohonan kali pertama)Salinan borang RA pemohon/pasangan pemohon/ibu/bapa/penjaga\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lajut mengenai penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPK, sila hubungi nombor talian berikut: 019-5711383 (Pendidikan MAIPk).\nSemoga bantuan penajaan dapat membantu dalam meringankan beban para pelajar dalam melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-lepasan-spm-2021-2022/", "title": "Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2021 / 2022 & Bantuan IPT Negeri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM TAHUN 2021 / 2022 & BANTUAN IPT\nKeputusan SPM baru sahaja diumumkan pada 16 Jun yang lalu, dan kini tentu ramai pelajar lepasan SPM sedang giat membuat persediaan untuk memasuki IPT.\nTentunya kos pengajian menjadi satu bebanan terutama dalam tempoh pandemik ini, maka kami cuba kongsikan beberapa biasiswa dan bantuan yang boleh dimohon oleh para pelajar lepasan SPM tahun 2021.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan senarai biasiswa terkini dan bantuan IPT untuk pelajar lepasan SPM 2021 dalam semua bidang. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSENARAI BIASISWA LEPASAN SPM 2021 / 2022\n\n \nBiasiswa JPA Untuk Lepasan SPM 2021\n\n \nBantuan Zakat IPTA Setiap Negeri\n\n\nSENARAI BIASISWA LEPASAN SPM 2021 / 2022\nBerikut disenaraikan biasiswa lepasan SPM untuk calon-calon yang layak.\nMohon dikongsikan untuk anak-anak kita semua ya!\nKhazanah Watan Scholarship : https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-watan-scholarship-programmeTarikh tutup : 30 Jun 2022Khazanah Watan Scholarship : https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-global-scholarship 30 Jun 2022The Star Education Fund Scholarship Awards 2022 : https://www.thestar.com.my/edufundTarikh tutup : 30 Jun 2022Sin Chew Caily Education Fund : https://scedufund.sinchew.com.my/en/index.phpTarikh tutup: 29 Jun 2022Biasiswa Bank Negara Malaysia : https://www.bnm.gov.my/scholarshipTarikh tutup : 26 Jun 2022Biasiswa Penang Future Foundation : https://penangfuturefoundation.my/Tarikh tutup : 22 Julai 2022Biasiswa Great Eastern Scholarship Award 2022 : https://www.greateasternlife.com/my/en/about-us/company-profile/sharing-with-the-community-scholarship.htmlTarikh tutup : 15 Julai 2022Shell Malaysia Scholarship : https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.htmlTarikh tutup 30 Jun 2022PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) : https://educationsponsorship.petronas.com.my/OASTarikh tutup : 22 Jun 2022Yayasan Tenaga Nasional Berhad TNB : https://ytn.tnb.com.my/MBAM Master Builders Association Malaysia : http://mbam.org.my/scholarship/Tarikh tutup: 30 Jun 2022Yayasan Bank Rakyat : https://yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/ppbuOCBC Bank Scholarship : https://www.ocbc.com.my/group/careers/scholarships.html#generic-tabs-item-1Tarikh tutup: 30 Jun 2022Melaka United Berhad University Scholarship : https://unitedmalacca.com.my/sustainability/people/#1526615275282-cd6950d4-70cdTarikh tutup: 31 Julai 2022Biasiswa Yayasan Peneraju: https://yayasanpeneraju.com.my/professional-accounting-programmes/Tarikh tutup : 26 Jun 2022PNB Global Scholarship Award 2022: https://www.pnb.com.my/05_5Scholarship_EN.phpTarikh tutup: 24 June 2022UEM Scholarship : https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspxUPM ELS President\u2019s Scholarship : https://els.edu.my/els-ciep-scholarships/Tarikh tutup: Dibuka sepanjang tahun\nBiasiswa JPA Untuk Lepasan SPM 2021\n\n\n\nBiasiswa JPA (PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS JERMAN 2022) : https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/pdf/4f5b26e23398d46ad2ba1f1d1937de83/IKLAN%20JKPJ%202022.pdfPermohonan : https://esilav2.jpa.gov.my/Tarikh tutup : 26 Jun 2022Program Penajaan Nasional (PPN) : :\u00a0https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/pdf/182954dd7926d0226f0eaf1c5273cc65/Iklan%20PPN%202022.pdfPermohonan : https://esilav2.jpa.gov.my/Tarikh tutup : 26 Jun 2022Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) : https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/pdf/8211e036f4b55ecbb3103f758fbbf6bb/IKLAN%20LSPM%202022.pdfPermohonan : https://esilav2.jpa.gov.my/Tarikh tutup : 26 Jun 2022\nBantuan Zakat IPTA Setiap Negeri\nSelangor :\u00a0https://www.zakatselangor.com.my/WP :\u00a0https://www.maiwp.gov.my/Kedah : https://www.zakatkedah.com.my/Perlis :\u00a0https://www.maips.gov.my/Penang :\u00a0https://www.zakatpenang.com/Kelantan :\u00a0http://ipt-online.e-maik.my/frmlogin.aspxTerengganu :\u00a0http://www.maidam.gov.my/Perak :\u00a0http://online.maiamp.gov.my/Pahang : https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/N9 :\u00a0https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/bantuanMelaka : https://tapem.melaka.gov.my/1/Johor :\u00a0https://www.maij.gov.my/agihan/skim-bantuanSarawak :\u00a0https://www.tbs.org.my/Sabah : https://appszakat.sabah.gov.my/agihan_skim.phpDermasiswa Yayasan Perak : http://yayasanperak.gov.my/v5/dermasiswa-harapan-dalam-dan-luar-negara/Tarikh tutup :\u00a03 bulan\u00a0dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan : https://www.yns.gov.my/v7/ms\nSila rujuk laman web rasmi setiap biasiswa atau bantuan untuk memudahkan urusan permohonan.\nSelamat berjaya!\nBaca juga: Permohonan Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pondok-moden-maiwp/", "title": "Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah MAIWP 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 4 PONDOK MODEN AL-\u2018ABAQIRAH MAIWP SESI 2022\nCalon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dipelawa dan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah MAIWP secara online yang dibuka mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022.\nDi sini dikongsikan lebih lanjut tentang Sekolah Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah MAIWP.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-\u2018Abaqirah ?\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah MAIWP\n\n\nApakah Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-\u2018Abaqirah ?\nPondok Moden Wilayah Persekutuan Al-\u2018Abaqirah telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan hasil daripada permintaan masyarakat dan hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi.\nCetusan idea tersebut telah membawa kepada satu Mesyuarat Penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- \u2018Abaqirah Bil. 1/2014 yang diadakan pada 6 November 2014 dan dipengerusikan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan sendiri. \nMesyuarat tersebut telah bersetuju agar cadangan penubuhan pondok moden ini dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan dan Dakwah (JKPPD), MAIWP.\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat JKPPD Bil. 1/2014 yang bersidang pada 6 November 2014 telah membincangkan cadangan penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- \u2018Abaqirah ini serta bersetuju memperakukannya ke Mesyuarat MAIWP.\nDalam membina dan menubuhkan pondok moden ini, maka telah diadakan satu bengkel bagi merangka silibus dan kurikulum Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-\u2018Abaqirah dengan jayanya pada 17 hingga 18 Februari 2015 yang turut dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada institusi pendidikan awam dan swasta terdiri daripada ulama\u2019 dan asatizah.\nDalam kerangka untuk penubuhan pondok ini, pihak MAIWP telah mengadakan banyak siri lawatan semata-mata untuk melihat dan mengambil sejumlah maklumat agar pondok yang ditubuhkan benar-benar menepati kehendak dan objektif. \nAntara lawatan tersebut ialah pada 22-25 Februari 2015 telah melawat ke Selatan Thailand. Antara tempat yang diziarahi adalah Pondok Darul Furqan, Kampung Mundok Sungai Golok Narathiwat yang diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Ghazali bin Harun.\nSahah Tuan Guru Ismail Sepanjang Al-Fatoni di Kampung Dusun Sepanjang daerah Penarik Pattani.Jamiah Ulama\u2019 Fatoni Darulssalam di Yala di mana kebanyakkan mereka mempunyai pondok masing-masing.Sekolah Ma\u2019ahad Tarbiah Fatani dipimpin oleh Dr Kamil.Pondok Lubuk Tapah Pondok Rahmaniah, Kelantan.Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok Kelantan.Pada 10-12 Mac 2015 telah diadakan lawatan ke Gontor Ponorogo Jawa Timur, Indonesia. Lawatan tersebut ke Pondok Moden Darussalam Gontor yang dipimpin oleh Kyai Hassan selaku Pengasas pondok di sana.\nLawatan di teruskan ke Universiti Darussalam Gontor bersama Rektor Prof. Dr Amal Fathullah Zarkasyi dan lawatan balas dari pihak universiti ke MAIWP telah diadakan selepas itu.\nPada 16 ogos 2015 Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah dengan rasminya memulakan pengambilan pelajar baru seramai 44 orang. \nAlhamdulillah sehingga kini jumlah pelajar masih lagi kekal seramai itu. Pondok turut di sokong oleh tenaga pengajar seramai 9 orang termasuk Syeikh Al-Mudir.\nHasil daripada lawatan kerja tersebut, didapati sekolah-sekolah pondok yang telah beroperasi melaksanakan sistem pembelajaran yang hampir sama iaitu pembelajaran kitab turath dan ada juga yang menggabungkan ilmu kitab dan akademik.\nAlhamdulillah, pada 23 Mac 2015 Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil 1/2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah meluluskan penubuhan Pondok_Moden Al-\u2019Abaqirah.\n\nBaca juga: Permohonan Program JUMPER PUNB 2021, Elaun RM1,200 Sebulan\nSyarat Kemasukan \nWarganegara Malaysia (lelaki)Keutamaan bagi asnaf yang bermastatutin di Wilayah PersekutuanBerusia 16 tahun (Tingkatan 4)Cemerlang dalam akademik ATAU menghafaz 15 juzuk al-Quran (institusi tahfiz) atau menghafaz minimum Matan Ajrumiah & Matan Bina\u2019 (institusi pondok)Berminat mempelajari kitab-kitab Turath Arab dan JawiBerakhlak mulia dan aktif dalam ko-kurikulumLulus temuduga bertulis dan lisan\nTarikh Permohonan\n1 Disember \u2013 31 Januari 2022\nCara Permohonan Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah MAIWP\nPermohonan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://my02.awfatech.com/\u2026/stureg/stureg_status.php\u2026\nManual permohonan pelajar baharu boleh dirujuk melalui pautan berikut:\nVideo:\nLink: shorturl.at/uNPZ5Flipbook: https://anyflip.com/qmemg/gpgp/PDF: https://drive.google.com/\u2026/1G5aF50zPBO4Jj\u2026\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pondok_Moden Al-\u2018Abaqirah MAIWP, anda boleh mengikuti perkembangan di pautan berikut:\nFacebook: Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah MAIWPInstagram: https://www.instagram.com/pondok_moden_al_abaqirah/?hl=enTwitter: twitter.com/AlAbaqirah\nAnda juga boleh menghubungi melalui medium berikut:\nTelefon: 03-618 671 88Email: [email\u00a0protected]\nBaca juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP: Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40\n"]} {"url": "https://ecentral.my/liga-juara-juara-eropah-2022/", "title": "Liga Juara-Juara Eropah 2022: Undian Peringkat Kalah-Mati", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUndian 16 pasukan peringkat suku akhir bagi kejohanan Liga Juara-Juara Eropah 2022 telah diumumkan.\nKejohanan Liga Juara-Juara Eropah 2022 atau UEFA Champions League merupakan kejohan yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di Malaysia kerana ianya menampilkan pasukan-pasukan hebat seluruh Eropah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Champions League\n\n \nTiada lawan mudah\n\n \nUndian perlawanan kalah-mati\n\n\nLatarbelakang Champions League\nLiga Juara-Juara UEFA ialah kejohanan tahunan sepanjang musim yang mempertandingkan kelab-kelab terbaik dari liga teratas di Eropah menentang satu sama lain.\nPasukan yang layak bermain perlawanan Liga Juara-Juara secara berkala, pertengahan minggu semasa musim liga domestik biasa mereka.\n\n\n\n\n\n\nKejohanan Eropah ini bermula pada musim 1955-56 dengan 16 kelab bola sepak profesional dari seluruh benua bersaing untuk apa yang kemudiannya dipanggil Piala Eropah.\n Real Madrid menentang Stade de Reims dari Perancis pada perlawanan akhir pertama, dengan pasukan Sepanyol it muncul juara denga jaringan 4-3.\nKejohanan diteruskan, menambah pasukan dan mengubah format selama hampir empat dekad sehingga pertandingan itu dijenamakan semula sebagai Liga Juara-Juara UEFA untuk kejohanan 1994-95. \nDalam perlawanan Akhir Liga Juara-Juara sulung, Marseille dari Ligue 1 di Perancis menewaskan AC Milan dari Serie A di Itali.\nDari situ, Liga Juara-Juara berubah dan berevolusi sehingga menjadi seperti hari ini.\nTiada lawan mudah\nJuara bertahan, Real Madrid akan menentang Liverpool dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara, ulangan perlawanan akhir musim lalu, manakala Paris Saint-Germain akan menentang Bayern Munich.\nMadrid sedang berusaha untuk memenangi kejuaraan Eropah ke-15 pada perlawanan akhir Jun di Istanbul, setelah meraih kemenangan 1-0 ke atas Liverpool pada perlawanan akhir tahun lalu di Paris. Madrid juga menewaskan pasukan Jurgen Klopp pada perlawanan akhir 2018 di Kyiv.\nMadrid menewaskan Liverpool pada pusingan akhir 2018 dan 2022, untuk melanjutkan rekod Liga Juara-Juara mereka kepada 14 kejuaraan.\nSementara itu, PSG, yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan H, kekal memburu kejuaraan Liga Juara-Juara pertama mereka dan perlu melalui musuh biasa untuk melakukannya, setelah kali terakhir bertemu Bayern pada final 2020, di mana mereka mengalami kekalahan 1-0.\nDi tempat lain, Chelsea akan melawan Borussia Dortmund, bermakna penyerang Christian Pulisic akan kembali menentang bekas kelabnya buat kali pertama sejak berlepas ke Stamford Bridge pada 2019.\nManchester City melonjakkan kedudukan mereka ke puncak Kumpulan G dan dihadiahkan dengan perlawanan menentang RB Leipzig, manakala Tottenham Hotspur berdepan AC Milan.\nPusingan 16 pusingan pertama akan berlangsung pada 14-15 Februari dan 21-22 Februari, dengan perlawanan kedua akan diadakan pada 7-8 Mac dan 14-15 Mac.\nPerlawanan akhir dijadualkan pada 10 Jun di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul.\nUndian perlawanan kalah-mati\nRB Leipzig vs. Manchester CityClub Brugge vs. BenficaLiverpool vs. Real MadridAC Milan vs. Tottenham HotspurEintracht Frankfurt vs. NapoliBorussia Dortmund vs. ChelseaInter Milan vs. PortoParis Saint-Germain vs. Bayern Munich\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pencen-penakat-perkeso/", "title": "Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai antara kita yang tak pernah dengar tentang pencen PENAKAT PERKESO walaupun dah lama menjadi pencarum PERKESO.\nSebenarnya, ia adalah salah satu bentuk perlindungan bagi mereka yang kehilangan pasangan.\nDi bawah skim ini, kita boleh mendapat sekurang-kurangnya RM475 sebulan atau maksimum 65% dari gaji bulanan pencarum.\nMemandangkan musim wabak ini dijangka akan berlarutan, eloklah kita ambil tahu tentang pencen PENAKAT PERKESO untuk makluman bersama.\nBolehlah membantu serba sedikit bagi yang memerlukan dalam keadaan pandemik COVID-19 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pencen Penakat PERKESO?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTempoh Kelayakan Penuh\n\n \nKadar Pencen Penakat PERKESO\n\n \nOrang Tanggungan dan Kadar Harian\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pencen Penakat PERKESO?\nPencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.\n\n\n\n\n\n\nJika suami / isteri anda bekerja dan ada potongan KWSP dan SOCSO, apabila berlaku kematian suami atau kemalangan yang tidak boleh suami anda bekerja sepenuhnya, pencen Penakat boleh dituntut.\nJika berlaku kematian pasangan, suami / isteri boleh tuntut untuk pencen Penakat untuk diri anda serta anak-anak sehingga mereka habis belajar di Universiti.\nBerikut adalah syarat kelayakannya.\nSyarat Kelayakan\nOrang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya\nTempoh Kelayakan Penuh\nOrang Berinsurans disifatkan memenuhi tempoh kelayakan penuh jika:\nCaruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atauCaruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan\nBaca juga: Remote Hilang? Ini Cara Guna Smartphone sebagai Remote TV / Serbaguna\nKadar Pencen Penakat PERKESO\nKadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan. \nOrang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.\nContoh Pengiraan:Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulanTarikh masuk skim > 01/09/2011Tarikh kematian > 01/01/2015Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014\n\nCaruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayarTarikh masuk skim > 01/07/1999Tarikh kematian > 01/01/2015Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman\n\nBerdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen\u00a0dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti\u00a0pengiraan berikut:\n\nNota : Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.\nBaca juga: Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 (Jadual Bulanan SOCSO)\nOrang Tanggungan dan Kadar Harian\nKadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan\u00a0berikut:\n\nJika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lebih terperinci tentang Pencen Penakat Perkeso ini, sila rujuk pautan berikut\nhttps://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-keilatan.html\nATAU \nHubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:\nTalian Khidmat Pelangan\u00a0PERKESO 1-300-22-8000 Laman web PERKESO www.perkeso.gov.my\u00a0Facebook: https://www.facebook.com/PERKESO.Official\n"]} {"url": "https://ecentral.my/insentif-kerjaya-madani/", "title": "Insentif Kerjaya Madani: Peluang Kerjaya dan Cara Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nInsentif Kerjaya Madani merupakan satu insentif di bawah Belanjawan 2023 yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk diberikan kepada majikan.\nInisiatif ini dilakukan melalui PERKESO, sejajar dengan peranannya sebagai Perkhidmatan Pekerjaan Nasional yang merupakan satu inisiatif penambahbaikan Kerajaan dalam membantu kumpulan sasar dari sudut penempatan pekerjaan menerusi:\n\nProgram Daya Kerjaya\nProgram Daya Kerjaya TVET\nProgram Bina Kerjaya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nGolongan Sasaran Insentif Kerjaya Madani\n\n \ni) Program Dana Kerjaya\n\n \nii) Program Daya Kerjaya TVET\n\n \niii) Program Bina Kerjaya\n\n \nCara & Tempoh Permohonan Insentif Kerjaya Madani\n\n\nGolongan Sasaran Insentif Kerjaya Madani\nMenteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata penyediaan insentif melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membabitkan peruntukan RM313 juta itu adalah kesinambungan kepada inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang menumpukan usaha meningkatkan peluang serta penempatan pekerjaan kepada pelbagai kumpulan sasar.\nInsentif ini diwujudkan bagi menggalakkan para majikan menawarkan pekerjaan bagi kumpulan sasar yang merangkumi golongan-golongan berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu yang telah lama menganggur \nOrang asli\nWanita\nOrang kurang upaya (OKU)\nMiskin tegar\nIndividu diparol \nBekas banduan\n\nArtikel berkaitan: SKSPS PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri\n\n\n\n\n\n\ni) Program Dana Kerjaya\nInsentif kewangan sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan kepada majikan yang mengambil pekerja baharu melaui 1 Januari 2023 dari kalangan individu / belia yang lama menganggur dan golongan mudah terjejas seperti orang asli, wanita, OKU, miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan graduan TVET, ataupun lepasan sekolah yang mengganggur lebih dari 60 hari.\nProgram ini menyasarkan 58 ribu pengambilan pekerja oleh majikan.\nii) Program Daya Kerjaya TVET\nSatu Program Transisi Pekerjaan dikhususukan kepada Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah yang menganggur sekurang-kurangan bagi tempoh 60 hari untuk menjalani Program Peningkatan Kemahiran (training) menerusi tanggungan bayaran latihan sehinggan RM4,000 dengan sasaran sebanyak 17,000 permohonan.\niii) Program Bina Kerjaya\nMeningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahuluu atau Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, MIA.\nKadar bayaran latihan sehingga RM4,000 dan elaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan\nSasaran bagi program ini sebanyak 30,0000 permohonan.\nBaca lagi: Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan\nCara & Tempoh Permohonan Insentif Kerjaya Madani\nPermohonan bagi Insentif Kerjaya Madani dibuka bermula 1 Mei 2023 dan ditutup 31 Disember 2023.\n\u00a0Pemerkasaan pasaran buruh ini turut meliputi Pembangunan Pusat Satelit MYFutureJobs di UTC seluruh Malaysia yang akan dilaksanakan oleh PERKESO secara berperingkat.\nMajikan yang menggajikan pekerja baharu dalam kalangan belia atau individu lama menganggur bermula 1 Januari, boleh memohon insentif di bawah Insentif Kerjaya Madani ini.\nApabila dibuka untuk permohonan kelak, permohonan untuk Insentif Kerjaya Madani ini boleh dibuat melalui halaman rasmi PERKESO di alamat https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/\u200b\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bpr-tambahan/", "title": "BPR Tambahan: Semakan Bayaran Terkini September / Oktober 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang kita sedia maklum, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri telah diumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA+.\nSebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan tersebut bagi tujuan membantu kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh pandemik yang mencabar.\nBerikut dikongsikan info penuh tentang bayaran Bantuan Prihatin Rakyat tambahan yang diumumkan kepada penerima sedia ada dan penerima BPR Rayuan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu BPR Tambahan?\n\n \nJumlah Bantuan BPR Tambahan\n\n \nTarikh Bayaran Dikreditkan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Itu BPR Tambahan?\nBantuan BPR Tambahan adalah bayaran tambahan bagi BPR 2021 yang masih berlangsung secara berfasa.\n\n\n\n\n\n\nPenerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak akan menerima bayaran tambahan mengikut kategori masing-masing.\n\nJumlah Bantuan BPR Tambahan\nBerikut adalah jumlah bantuan BPR Tambahan yang diumumkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat\nBagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar tambahan sebanyak RM500 Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.Golongan bujang pula akan menerima RM100RM100 untuk kategori Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah\nTarikh Bayaran Dikreditkan\nBayaran tambahan itu telah dikreditkan ke akaun penerima BPR sedia ada pada hujung bulan Jun 2021 yang lalu.\nBayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September.\nTERKINI, bagi penerima Rayuan BPR, anda akan menerima bayaran BPR Tambahan mulai tarikh berikut:\nAda Akaun (BSN) : Bermula 28 September 2021Ada Akaun (Selain BSN) : Bermula 4 Oktober 2021Tiada Akaun / Gagal Kredit : Bermula 4 Oktober 2021 di Kaunter Cawangan BSN\n\nCara Permohonan \nBuat masa ini, tiada lagi permohonan yang boleh dibuat. \nSebaliknya, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi tahun 2021 / 2022.\nTarikh bayaran BKC Fasa 2 dijangka akan dibuat pada bulan November dan akan dimaklumkan oleh pihak LHDN dari semasa ke semasa melalui media sosial dan laman web.\nBaca juga: Baucar Perlindungan Tenang B40: Semakan Status & Penebusan RM50\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan bayaran tambahan ini, sila rujuk di saluran berikut:\nPortal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perkeso-covid-19/", "title": "PERKESO COVID 19: Cara Claim Faedah Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDimaklumkan bahawa pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang disahkan mendapat jangkitan Covid-19 di tempat kerja ataupun berkaitan dengan pekerjaannya boleh membuat permohonan Faedah Hilang Upaya Sementara yang disediakan di bawah Skim Bencana Kerja.\nSeiring peredaran negara memasuki Fasa \u2018Peralihan Ke Endemik\u2019, bermula 1 April 2022, semua permohonan tuntutan faedah COVID-19 akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.\nTahukah anda apakah syaratnya dan bagaimana untuk membuat tuntutan faedah PERKESO COVID 19 ini?\nJom kami kongsikan maklumat sepenuhnya.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \ni) Faedah PERKESO COVID-19 Di Bawah Skim Bencana Kerja (Kes Sebelum 1 April 2022)\n\n \nJumlah Bayaran Faedah Yang Akan Diterima\n\n \nCara Claim (Memohon Faedah) PERKESO Bagi Kes COVID-19\n\n \nii) Faedah PERKESO COVID-19 Di Bawah Skim Bencana Kerja (Selepas 1 April 2022)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\ni) Faedah PERKESO COVID-19 Di Bawah Skim Bencana Kerja (Kes Sebelum 1 April 2022)\nPencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat / terbit dari aktiviti pekerjaan sebelum 1 April 2022, layak dilindungi di bawah Skim Bencana PKerja yang menyediakan faedah berikut :\nFaedah PerubatanFaedah Hilang Upaya Sementara\u00a0Faedah Hilang Upaya Kekal\u00a0Elaun Layanan SentiasaKemudahan Pemulihan\u00a0\u00a0Faedah Orang Tanggungan\u00a0Faedah Pengurusan Mayat\u00a0Faedah Pendidikan\nBagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19\u00a0bukan\u00a0berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:\u00a0\u00a0\nPencen IlatBantuan IlatElaun Layanan SentiasaKemudahan PemulihanPencen PenakatFaedah Pengurusan MayatFaedah Pendidikan\nJumlah Bayaran Faedah Yang Akan Diterima\nKadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. \n\n\n\n\n\n\nKadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari. \n\nCara Claim (Memohon Faedah) PERKESO Bagi Kes COVID-19\nTuntutan faedah PERKESO COVID 19 boleh dibuat sama ada secara online ataupun secara manual.\nI) CARA CLAIM SKIM BENCARA PERKESO (COVID19) SECARA ONLINE\nMajikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang dijangkiti Covid-19 melalui Portal Faedah ( https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html ) atau boleh mengemukakan borang secara manual ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan bagi penentuan kes Bencana Pekerjaan.\nNota: Sila login Portal Faedah di sini: https://faedah.perkeso.gov.my/\nPortal ini hanya digunakan oleh pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan penduduk sementara).\nBorang tuntutan boleh diperolehi di pautan berikut:\nhttps://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf\nMUAT TURUN PDF : Borang_34-PERKESODownload\n\nRujuk panduan mengisi Borang 34 di sini:\nMUAT TURUN: Panduan_Mengisi_Borang_34Ver_Feb_2019Download\nhttps://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf\nBaca juga: Cara Check No PERKESO (Semakan Nombor SOCSO)\nII) CARA CLAIM SKIM BENCANA PERKESO COVID19 SECARA MANUAL\nTuntutan untuk bencana pekerjaan secara manual boleh dibuat dengan mengemukakan borang-borang berikut:\nButiran Notis dan Tuntutan Faedah \u2013 Borang 34Salinan Kad Pengenalan Pekerja (depan & belakang)Sijil Cuti Sakit Asal / Borang 13 (Klinik Panel)Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (disahkan oleh majikan) atau Surat Pengesahan Majikan (yang mengesahkan orang berinsurans hadir bertugas pada hari kemalangan jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)Laporan Polis (sekiranya melibatkan kemalangan jalanraya)Salinan muka hadapan buku akaun bank / penyata akaun simpanan pengesahan dijangkiti Covid-19 daripada KKM/ Salinan Aplikasi MySejahtera\n\nii) Faedah PERKESO COVID-19 Di Bawah Skim Bencana Kerja (Selepas 1 April 2022)\nBermula 1 April, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat.\nPERKESO dalam kenyataan memaklumkan, selain COVID-19 antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat ialah jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus).\nSekiranya Orang Berinsurans (OB) PERKESO ingin membuat tuntutan faedah bagi kes COVID-19, tuntutan itu masih layak dipertimbang, namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi, dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.\nPermohonan itu akan diproses sebagai Penyakit Khidmat dan OB yang layak, akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Pencen Penakat, Pencen Ilat dan Faedah Pengurusan Mayat, mengikut kelayakan masing-masing.\nSila rujuk pautan berikut untuk memohon: \nBorang Memohon Penyakit Khidmat\nSenarai Semak: \nhttps://www.perkeso.gov.my/images/borang/Penyakit%20Khidmat/SenaraiSemak_pk.pdf\nRujuk cara memohon faedah Penyakit Khidmat melalui perkongsian berikut:\nUtk penyakit khidmat, step pertama lepas habis je mc/home rest, download borang \u201cLaporan Perubatan bagi memohon penyakit khidmat\u201d dekat website. Borang hantar dekat medical report team dekat hospital. Ambik masa 2-4minggu baru ready kot then boleh collect.\nhttps://twitter.com/abbionamarsella/status/1000074744681529344/photo/1\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang cara claim PERKESO Covid-19, sila rujuk pautan rasmi berikut di laman web PERKESO : https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html\nSila layari laman sesawang www.perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-mrsm/", "title": "Rayuan MRSM 2023 / 2024 : Tarikh, Tips & Semakan Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH, TIPS & CARA PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE MRSM SESI 2023 / 2024\nMakluman buat ibu bapa serta murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang telah membuat permohonan ke MRSM, keputusan tawaran telah diumumkan pada 7 Mac 2023.\nSelain semakan online di portal MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.\nBagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan sehingga 14 Mac 2023.\nPermohonan rayuan MRSM dibuka secara atas talian (online) melalui laman web MARA.\nBerikut dikongsikan pautan dan cara untuk membuat semakan keputusan rayuan kemasukan MRSM secara atas talian.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRayuan Kemasukan MRSM Sesi 2023 / 2024\n\n \nTarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM Sesi 2023 / 2024\n\n \nTips Permohonan Rayuan MRSM\n\n \nSoalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nRayuan Kemasukan MRSM Sesi 2023 / 2024\nUntuk makluman, permohonan rayuan ke MRSM kini dibuka dari 7 Mac hingga 14 Mac 2023 secara dalam talian.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2023.\n\nCara membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:\n\nLogin dan buat semakan keputusan di pautan\n\nSemakan tawaran ke Tingkatan 1 MRSM https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/\nSemakan tawaran ke Tingkatan 4 MRSM https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/\n\n\nJika ada butang rayuan boleh buat rayuan online\nJika tiada butang rayuan, maksudnya:\n\nKeputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima\nIbu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)\n*Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.\n\n\n\nSebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email\u00a0protected]\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM Sesi 2023 / 2024\nKeputusan permohonan rayuan MRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel yang telah didaftarkan oleh pemohon.\nBagi tahun 2022, permohonan rayuan MRSM bagi ambilan kedua dibuka bermula 9 Mac hingga 15 Mac, dan semakan keputusan diumumkan pada 18 April 2022.\n\n\nTips Permohonan Rayuan MRSM\nTIP 1 : CONTOH SURAT PERMOHONAN RAYUAN MRSM\nKepada yang dah semak keputusan MRSM, jangan terburu-buru untuk tulis rayuan.\nTunggu dulu \u2026bawa bertenang. Ambil masa untuk drafkan terlebih dahulu surat permohonan dan tulis baik-baik.\nDicadangkan agar surat permohonan ditulis dalam bentuk point supaya senang dan jelas untuk dibaca.\nTulis sebab kita merayu.\nContoh:\n1. Anak sangat berminat dan berharap\u2026\n2. Anak menjadi contoh dan harapan keluarga ..\n3. Berbangga menjadi warga MRSM yg mendokong\u2026.\n4. Berminat dgn sistem pembelajaran di MRSM..\nBuat kajian sikit tentang MARA ..then relatekan dgn rayuan anak.\nKepada yg tiada butang rayuan\u2026sabar.\nSentiasa cek selalu link semakan selalu sebab kadang-kadang butang rayuan tiba-tiba muncul. Mungkin sebab dah ada yang menolak tawaran.\nBoleh rujuk lampiran di bawah yang boleh anda olahkan semula dengan memilih isi-isi yang penting sahaja.\nGood luck!\n\n\nKREDIT FB Syafarina\nTIP 2 : BAGAIMANA MRSM BOLEH MEMBANTU PENACPAIAN ANAK\nTentang rayuan dalam kotak rayuan tu, tak perlu tergesa2 untuk buat rayuan tu. Ambil masa untuk siapkan rayuan tu.\nKalau perlukan 4 jam untuk buat karangan 135 perkataan ke 150 perkataam tu, berikan 4 jam tu. Tak rugi sikit pun\u00a0kalau berikan lebih masa untuk siapkan karangan rayuan anak tu.\nJangan tulis meleret2. Tak perlu nak tulis tentang pencapaian anak di sekolah rendah dalam karangan itu.\nCeritakan apa yg MRSM boleh buat pada anak kita. Contohnya, nyatakan bagaimana MRSM boleh membentuk anak saya untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan juga menunjukkan kecemerlangan dalam aspek sahsiah, kepimpinan, personaliti, rohani & jasmani anak saya kerana MRSM mempunyai sistem pembelajaran yg cukup kondusif bagi membangun daya intelek, kreativiti, inovasi, rohani & jasmani anak saya..\n\u2018Saya\u2019 dalam rayuan itu adalah anak.\nKredit: FB Tarmixi Hashim\nSoalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022\nSila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2022 di bawah:\n\n\n\n\n\nBilakah semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat? Semakan tawaran kemasukan ke MRSM boleh dibuat mulai 7 hingga 15 Mac 2023. Bagaimana cara untuk membuat semakan tawaran? Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my Setelah berjaya mendapat tawaran ke MRSM, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil? Tindakan selanjutnya yang perlu diambilan adalah:1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.4. Membuat bayaran yuran pendaftaran. Setelah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM, bolehkah dibuat permohonan pertukaran program dan penempatan MRSM? Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan. Bilakah tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4? Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada 21 April 2023. Bolehkah rayuan dibuat sekiranya tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke MRSM? Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email\u00a0protected] Bila dan bagaimana keputusan rayuan boleh diketahui? Calon yang berjaya akan menerima makluman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan.Sekiranya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, rayuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA. \nFollow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:\n\nPortal rasmi MARA : www.mara.gov.my\nTelefon : 03-2613 2000\nFacebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT\n\nSebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email\u00a0protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483\n"]} {"url": "https://ecentral.my/boost-merchant/", "title": "Cara Daftar Akaun Boost Merchant (Untuk Peniaga)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda seorang peniaga, anda digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Boost Merchant bagi memanfaatkan aplikasi Boost eWallet yang begitu popular di Malaysia.\nMengikut statistik dari laman Boost sendiri, terdapat 8.8 juta pengguna Boost di Malaysia dengan lebih 200 ribu perniagaan telah mendaftarkan perniagaan mereka untuk menerima pembayaran melalui aplikasi Boost. \nBoost ialah e-dompet gaya hidup tempatan yang bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna berurus niaga setiap hari. \n\n\n\n\n\n\nDengan menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital termaju, Boost berusaha untuk menjadikan urus niaga lebih mudah, lebih pantas, lebih selamat & keseluruhannya pengalaman yang lebih bermanfaat untuk pengguna.\nArtikel berkaitan: Cara Daftar Boost eWallet, Kelebihannya & Promosi Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat dan kelebihan\n\n \nCara mendaftar\n\n \nMuat turun aplikasi Boost Business\n\n\nManfaat dan kelebihan\nSekiranya anda masih berkira-kira sama ada mahu mendaftarkan diri dengan Boost Merchant, berikut merupakan antara beberapa manfaat dan kelebihan mendaftarkan diri:\nCapaian pengguna \u2013 Jutaan pengguna Boost sedia adaPendedahan \u2013 Pelbagai tawaran dan promosi menarik oleh pihak Boost agar pengguna berbelanja lebih banyakMudah \u2013 Hanya beberapa klik sahaja untuk buat pembayaranSelamat \u2013 Setiap transaksi adalah selamat dan anda tidak lagi perlu membawa wang tunaiMurah \u2013 Aplikasi Boost Business adalah percuma untuk digunakan dan fi transaksi adalah antara yang terendah di pasaran.\nCara mendaftar\n\nLayari halaman Boost Biz di alamat https://www.myboost.com.my/businessKemudian, klik pada butang \u201cLogin\u201dDi halaman seterusnya, klik pada \u201cSign Up\u201dLengkapkan segala maklumat yang dikehendakiKlik butang \u201cNext\u201d\nDalam masa beberaap hari, anda akan menerima panggilan daripada pihak Boost untuk tujuan pengesahan dimana anda akan diminta untuk menghantar mereka beberapa dokumen sokongan untuk pengesahana perniagaan dan pengaktifan akaun Boost Business anda.\nMuat turun aplikasi Boost Business\nSetelah perniagaan anda diterima sebagai Boost Merchant, anda boleh menguruskan segala transaksi perniagaan ande melalui aplikasi Boost Business.\nPastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:\nGoogle Play\u00a0\u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store\u00a0\u2013 Untuk pengguna iOSApp Gallery\u00a0\u2013 Untuk pengguna Huawei\n"]} {"url": "https://ecentral.my/igems-bantuan-perkahwinan-selangor/", "title": "Bantuan Perkahwinan Selangor: Insentif Generasi Muda Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk pasangan dari negeri Selangor, jangan lupa mohon bantuan perkahwinan Selangor yang diberikan kepada pasangan yang baru berrkahwin.\nKos melangsungkan perkahwinan sememangnya tidak murah dan diharapkan dengan pemberian insentif sagu hati ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pasangan baru berkahwin.\nProgram bantuan perkahwinan di Selangor ini lahir setelah Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nInsentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)\n\n \nManfaat program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)\n\n \nSyarat permohonan berdasarkan individu\n\n \nSyarat kelayakan penerima Insentif RM300\n\n \nCara Memohon Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS 2022)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nInsentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)\n\nBantuan atau insentif kewangan diberikan di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).\n\n\n\n\n\n\nProgram Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.\nDengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.\nManfaat program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS)\nNilai insentif yang diberikan adalah RM 300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri \u2013 tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS).\nPemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM 300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.\nSyarat permohonan berdasarkan individu\nHanya calon yang memenuhi syarat-syarat di bawah akan dipertimbangkan untuk permohonan:\nPendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahajaWarganegara MalaysiaKelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri SelangorBermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor)Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuatTelah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuatPerkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuatBerumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuatPendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)\nSyarat kelayakan penerima Insentif RM300\nSuami atau isteri atau kedua-duanya sekali mesti memenuhi syarat Permohonan iGems.\nMereka WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri).\nHadir dan menamatkan modul kursus yang dilaksanakan.\nCara Memohon Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS 2022)\nUntuk permohonan dan maklumat terkini mengenai insenfif bantuan perkahwinan ini, sila layari laman web IGEMS di alamat https://yawas.my/igems.php\nUntuk semakan permohonan, boleh semak di halaman berikut https://igems.yawas.my/admin/semakan.php\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, sila rujuk laman web https://igems.yawas.my/\nATAU tonton video di bawah:\n\nBaca juga: \nCara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara OnlineSPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-komputer-riba-yayasan-negeri-sembilan-2022/", "title": "Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun 2022 kini dibuka.\nBantuan ini menyasarkan siswa/i daripada golongan B40 dan juga asnaf bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka.\nSeperti yang kita tahu, komputer riba sudah menjadi keperluan utama bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).\n\n\n\n\n\n\n Ditambah pula dengan mod pembelajaran secara atas talian kini sudah menjadi kelaziman buat para pelajar sejak wabak pandemik melanda negara. \nDengan adanya inisiatif ini, diharap ia dapat membantu meringankan beban para siswa/i dalam mengikuti kelas secara atas talian tanpa mengira tempat.\nBaca Juga : Tawaran Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Memohon\n\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nAnak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi\u00a0 telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun\u00a0 ( sila kemukakan sijil\u00a0 berhenti sekolah rendah dan menengah)Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)Pelajar IPTA / POLITEKNIK\u00a0 yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).Pelajar tahun pertama\u00a0 (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.\nDokumen Yang Diperlukan\nSenarai dokumen yang perlu di muat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut :\nSijil kad pengenalan.Surat tawaran belajar.Surat pengesahan belajar.Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.Penyata gaji bapa.Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).Penyata gaji ibu.Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).Salinan kad pengenalan bapa.Salinan kad pengenalan ibu.\nCara Memohon\nUntuk makluman, permohonan bagi bantuan ini hanya boleh dibuat secara atas talian. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut :\nSila layari pautan berikut untuk isi borang Google Form :\nBORANG BANTUAN KOMPUTER RIBA YAYASAN NEGERI SEMBILAN \nPastikan anda telah membaca syarat permohonan dan klik butang \u2018Next.\u2019\nIsikan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang permohonan dan klik butang \u2018Next.\u2019\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPeringatan kepada pemohon untuk mengelakkan sebarang masalah sila ambil perhatian tentang maklumat berikut ;\nSemua dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muatnaik di ruangan yang disediakanMaklumat pemohon yang didapati tidak lengkap serta dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolakPermohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang tersenarai di atas juga akan ditolak\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan ini , sila layari laman web\u00a0https://www.yns.gov.my/v7/ms\u00a0atau anda boleh terus buat panggilan di talian 06-762 8046 atau https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfBAdo0J7vexaWT5HVoCJDhViHOqRnmoiu8vxb6mXgakfHNXA/viewform\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pahanggo/", "title": "PahangGo: Aplikasi Bayaran Online Rakyat Pahang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPahangGo merupakan sebuah aplikasi sehenti dengan pelbagai kemudahan dalam talian yang dibangunkan untuk rakyat Pahang.\nSecara jujurnya, PahangGo lebih baik berbanding dompet digital yang dibangunkan di negeri lain seperti JohorPay, MelakaPay dan seumpanya kerana perkhidmatan yang disediakan sangat banyak tidak terhad kepada pembayaran kepada agensi kerajaan negeri sahaja.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenali PahangGo\n\n \nFungsi\n\n \nProses pendaftaran dan bayaran\n\n \nMuat turun aplikasi PahangGo\n\n\nKenali PahangGo\nAplikasi ini dibangunkan dan diselia oleh syarikat Pahang Go Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang.\n\n\n\n\n\n\nPahangGo sudah wujud lebih awal sebelum kewujudan MySejahtera dimana ketik fasa awal pandemik COVID-19, PahangGo digunakan secara meluas untuk check-in di premis-premis perniagaan seluruh Pahang.\nKewujudan MySejahtera menyaksikan fungsi check-in di aplikasi ini tidak lagi relevan tetapi aplikasi ini sangat memudahkan rakyat Pahang khususnya untuk melakukan pembayaran dalam talian seperti bayaran bil air, elektrik, Astro, parking dan sebagainya.\nFungsi\nTerdapat banyak fungsi yang dimuatkan dalam aplikasi ini:\n\nPembayaran parkir kenderaan di tapak parkir milik Majlis Bandaraya Kuantan\nGovPay: Bayaran kepada agensi-agensi kerajaan negeri seperti cukai, kompaun kenderaan, pelbagai jenis kompaun, sewaan permis dan sebagainya.\nHakmilik: PPencarian hakmilik\nZakat: Pembayaran pelbagai jenis zakat seperti pendapatan, perniagaan, saham, simpanan, pertanian dll.\nPendidikan: Bayaran pinjaman pendidikan dari pelbagai agensi\nBil Utiliti: Bayaran bil air, elektrik dan hiburan (Astro dan NJOI)\nMudah-alih: Bayar bil, topup prepaid\nBaucar: Tawaran pelbagai baucar dari pelbagai premis perniagaan\nPermainan: Pembelian kredit dari perlbagai permainan popular\n\nProses pendaftaran dan bayaran\nProses pendaftaran adalah sangat mudah dimana anda boleh mendaftar menggunakan emel atau menggunakan Gmail.\nBayaran boleh dibuat menggunakan kaedah perbankan internet.\nUntuk pembayaran parkir, anda perlu membeli token (dikenali sebagai \u201cFil\u201d).\nAnda akan diberikan notifikasi setiap kali tempoh bayaran parkir anda hampir tamat dan mempunyai pilihan untuk menambah tempoh parking terus dari aplikasi PahangGo ini.\nMuat turun aplikasi PahangGo\nKlik pada pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi ini dan pasang pada peranti mudah alih anda:\n\nGoogle Play\nApp Store\n\nPastikan anda hanya memuat turun aplikasi PahangGo daripada sumber yang sah sahaja bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah siber.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-resume/", "title": "Contoh Resume Terbaik Untuk Pencari Kerja & \u2018Fresh Graduate\u2019", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda seorang graduan dan mencari contoh resume terbaik?\nAntara langkah pertama seorang graduan dalam mencari pekerjaan adalah menghasilkan resume yang berkualiti dan disertakan dengan cover letter.\nAmat menyedihkan ramai graduan tidak mampu menghasilkan resume yang berkualiti kerana kebanyakan mereka tidak diajar dan didedahkan cara untuk menghasilkan resume yang bagus ketika di koleh atau univerisiti.\nPromo: Dapatkan pelbagai template resume terbaik pada harga serendah 50 sen di Shopee!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Resume?\n\n \nCiri-ciri Resume Yang Bagus\n\n \nContoh Template Resume\n\n \nContoh Resume 1\n\n \nContoh Resume 2\n\n \nContoh Resume 3\n\n \nResume Generator\n\n \nContoh Emel Memohon Kerja\n\n \nPerkongsian Tips Resume\n\n\nApa Itu Resume?\n\nResum\u00e9, kadangkala dieja resume atau dipanggil CV dalam bahasa Inggeris di luar Amerika Utara ialah dokumen yang dibuat dan digunakan oleh seseorang untuk membentangkan latar belakang, kemahiran dan pencapaian mereka. \u2018\nR\u00e9sum\u00e9 boleh digunakan untuk pelbagai sebab, tetapi selalunya ia digunakan sebagai dokumen dalam permohonan pekerjaan baharu.\nResume biasa mengandungi \u201cringkasan\u201d pengalaman kerja dan pendidikan yang berkaitan.\nResum\u00e9 biasanya merupakan salah satu dokumen pertama dan biasanya disertakan bersama-sama dengan surat cover letter untuk permohonan pekerjaan.\nResume biasanya digunakan oleh bakal majikan untuk menyaring pemohon dengan pantas berkaitan pengalaman kerja dan skill yang dimiliki mereka sebelum proses memanggil calon untuk temuduga.\nCurriculum vitae (CV) yang digunakan untuk mencari pekerjaan di UK (dan di negara Eropah yang lain) lebih mirip dengan resume \u2013 versi ringkasan pendidikan dan pengalaman seseorang yang lebih pendek \u2013 berbanding CV yang lebih panjang dan terperinci yang dijangkakan dalam kalangan ahli akademik AS.\nBaiklah, teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut bagaimana sesebuah resume itu mampu menjadi contoh resume yang mampu menarik perhatian majikan. \n\n\n\n\n\n\nCiri-ciri Resume Yang Bagus\n\nResume biasanya dihadkan kepada satu atau dua muka surat bersaiz A4 dan hanya menonjolkan pengalaman dan kelayakan yang dianggap paling relevan dengan jawatan yang dipohon.\nBanyak resume mengandungi kata kunci atau kemahiran yang dicari oleh bakal majikan melalui sistem penjejakan pemohon, menggunakan kata kerja aktif yang bersesuaian. \nMulakan dengan objektif resume yang menarik atau ringkasan resume.\nDokumenkan pengetahuan anda di bahagian resume pendidikan.\nFokuskan apa-apa pengalaman yang anda perolehi semasa pengajian anda yang mungkin berguna sekiranya ditawarkan pekerjaan atau jawatan yang dipohon.\nSenaraikan kemahiran dan kebolehan anda yang sepadan dengan iklan pekerjaan.\n\nContoh Template Resume\nBerikut merupakan contoh beberapa resume yang boleh dijadikan panduan untuk membina resume anda sendiri.\nContoh Resume 1\n\nContoh Resume 2\n\nContoh Resume 3\n\nResume Generator\nSekiranya anda memerlukan inspirasi atau tidak tahu di mana hendak bermula, sebenarnya terdapat beberapa laman web yang menyediakan kemudahan \u201cResume Generator\u201d di mana anda hanya perlu memasukkan maklumat yang berkaitan mengenai diri anda dan laman web tersebut akan membuat susun atur resume anda.\nResume tersebut kemudiannya boleh dimuat turun dan digunakan untuk memohon pekerjaan.\nBerikut merupakan beberapa laman web yang menyediakan kemudahan seperti ini:\n\nNovoResume\nZety\nResume Genius\n\nContoh Emel Memohon Kerja\nSubjek: Permohonan untuk Jawatan [Nama jawatan]\nYang Berusaha [Nama / Jawatan Pegawai],\nSelamat sejahtera,\nSaya, [Nama Anda], ingin memohon jawatan [Nama jawatan] yang telah dinyatakan dalam iklan di [tempat anda menemui maklumat jawatan kosong, misalnya di laman web syarikat atau laman web pekerjaan].\nSaya mempunyai pengalaman selama [jumlah tahun] dalam bidang [bidang atau industri berkaitan] dan mempunyai kemahiran yang sesuai untuk memenuhi keperluan jawatan ini. [Berikan beberapa contoh spesifik tentang pencapaian atau kemahiran anda yang berkaitan].\nSaya sangat berminat untuk berkhidmat bersama [nama syarikat] kerana [sebab-sebab anda memilih syarikat ini, misalnya misi syarikat, budaya kerja, reputasi, dll].\nSaya sangat menghargai pertimbangan anda dan berharap dapat berbincang dengan lebih lanjut tentang bagaimana saya dapat memberikan sumbangan kepada [nama syarikat]. Saya sertakan resume saya untuk rujukan anda.\nTerima kasih atas masa dan pertimbangan anda. Saya menanti balasan dari pihak tuan/puan.\nYang benar, [Nama Anda] [No. Telefon Anda]\nPerkongsian Tips Resume\n6 Tips Resume dan 8 Tips Fail Interview oleh Tuan Tuah Firdaus\n\nTIPS BUAT RESUME\nResume kena informatif tapi ringkas dan padat (max 2 muka surat). Tak macam CV (Curricular Vitae) yg kena informatif dan panjang lebar (> 2 muka surat).\nGuna template resume je kat Microsoft Words.\nBoleh letak maklumat mcm dalam gambar contoh. Print resume berwarna 1 copy utk letak dalam fail interview original. Interviewer akan nampak resume anda up-to-date dan khusus untuk company yang anda minta tu.\nDekat bahagian profile resume tu, letak siap-siap nama company yang temuduga anda. Eye-catching info untuk interviewer.\nTry create LinkedIn account. Link profile tu nanti boleh letak dalam resume.\nBila resume dah siap, boleh kemas fail interview pulak.\nTIPS FAIL INTERVIEW:\nInvest sikit beli fail yg berkualiti. Saya beli fail warna hitam. Kenapa invest? Sebab tu pelaburan kecil anda untuk dapat kerja tu.\nSaya buat tajuk di helaian pertama fail. Tulis maklumat: Job IV (Nama Jawatan) (Nama Syarikat) dan tarikh IV.\nBuat separator dalam fail IV ikut setiap skop mcm dalam gambar. Lepas satu separator, baru letak sijil-sijil yg berkaitan.\nSusun sijil ikut turutan yang paling terkini (latest) dan diikuti yang terdahulu (old).\nKita duduk kat Malaysia, jadi nama universiti atau nama sijil yang tulis dalam Bahasa Melayu tu tak perlu di-English-kan ok.\nFotostat 3 salinan resume dan sijil-sijil (hitam putih). Bind dan failkan. Ni abam guna fail warna putih. Oh saya failkan salinan-salinan sijil ni sebab nanti boleh bagi kepada interviewer anda. Be organized ok.\nUntuk isi dalam fail IV, abam dah set target dari dulu mmg nak cuba libatkan diri dalam semua benda sebab saya TAK PANDAI AKADEMIK. Jadi biar fail IV abam nanti penuh dengan sijil-sijil sukan, persatuan, dan aktiviti lain-lain. (Alhamdulillah Allah makbulkan).\nSo pesanan saya bagi yang tengah belajar tu, kumpul la sebanyak sijil. Bagi yang bekerja, buat baik dengan immediate boss sbb dorg berguna sebagai reference. Semua ni akan berguna masa IV nanti.\nTIPS SEBELUM IV:\nBuat solat hajat. Doa banyak-banyak.(Abam cakap kat abah abam, abam nervous masa IV kali ni. Abah abam cakap \u201cNak nervous apa, kita orang Islam, kita ada senjata; DOA\u201d. Abam terkedu).\nMinta mak ayah, mentua, suami/isteri, anak-anak, adik beradik semua doakan kita. Doa kedua ibu bapa dan anak2 kecil takda hijab tau.\nPakai baju formal, unless interviewer bagi dress code lain.\nHari IV tu korang datanglah sejam awal. Biarkan kalau nmpk macam \u2018gelabah ayam\u2019 tapi itu bukti korang betul2 nk kerja tu.\nBawak pen, gam dan gambar passport. Kalau tertinggal, pandai-pandai la korang bisik kat staf situ (saya bisik kat staf lain utk pinjam gam sbb lupa bawak. Jgn korang bisik kat interviewer tu).\nBaca doa2 kat bawah dah selawat dan tawakkal banyak2.\nJangan lupa study sikit background company yang korang nk pergi IV (En Google kan ade).Tu je kot.All the best ye.Dapat kerja baharu jangan lupa sujud syukur. Kalau tak dapat, percaya; Allah is The Best Planner and HE has got the Best plan for you in future. Trust me ok.Jangan lupa daftar online job portal mcm LinkedIn, Jobstreet dan Indeed. Mana tau kot ada sangkut salah satu.Kredit : Tuan Tuah Firdaus\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penilaian-sekolah-rendah-agama/", "title": "Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda apa itu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)?\nPeperiksaan ini di jalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama dan KAFA di negeri Selangor mengikut kehendak dan syarat-syaratnya.\nUjian PSRA ini adalah berbeza sama sekali dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau singkatannya UPKK.\nUPKK merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). \nPeperiksaan UPKK dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah Kafa seluruh Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Penilaian Sekolah Rendah Agama?\n\n \nSkop\n\n \nKepentingan\n\n \nSemakan keputusan PSRA\n\n \nKritikan Terhadap PSRA\n\n\nApakah Penilaian Sekolah Rendah Agama?\nPSRA merupakan ujian yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor.\nUjian Penilaian Sekolah Rendah Agama atau PSRA ialah satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam. \nArtikel berkaitan: Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023 \nSkop \nSkop sukatan pelajaran PSRA bermula dari darjah 4 hingga 6 sahaja.\nBidang yang dinilai adalah:\n\nAl-Quran dan Hafazan\nAkhlak/Sirah\nTajwid\nTauhid/Feqah\nBahasa Arab\nJawi, Khat\n\nDari segi pemarkahan dalam setiap subjek pula, markah akan diberikan berdasarkan pangkat seperti yang berikut:\n\nMumtaz (Cemerlang)\nJayyid Jiddan (Sangat baik)\nJayyid (Baik)\nMaqbul (Lulus)\nMusaadah (Perlu Bimbingan)\n\nKepentingan\nPelajar yang lulus dengan cemerlang (Mumtaz) di dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) berpeluang untuk menyambung pengajian ke:\n\nMaahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)\nSekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor\n\nKeputusan UPKK dan PSRA yang baik akan membantu para pelajar mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat di sekolah menengah agama Tingkatan 1 di negeri Selangor. \nSemakan keputusan PSRA\nSemakan bagi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama inni hanya boleh dibuat secara manual melalui sekolah masing-masing\n\nKritikan Terhadap PSRA\nUjian PSRA tidak lari dari kritikan kerana sesetengah pihak berpendapat perlunya penyeragama ujian bagi sekolah rendah agama. \nDi Johor, peperiksaan untuk sekolah agamanya dikenali sebagai Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), di Perak ia dinamakan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) dan di Wilayah Persekutuan pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).\nSecara keseluruhannya, walaupun mempunyai kepelbagaian bentuk nama penilaian namun objektif masih menuju ke matlamat yang sama iaitu menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam. \nPermohonan kemasukan ke Tingkatan Satu ke sekolah menengah agama kerajaan negeri adalah berdasarkan peperiksaan yang dikendalikan di negeri masing-masing.\nKepelbagaian jenis peperiksaan sekolah aliran agama ini sebenarnya sudah kerap menjadi perdebatan dalam kalangan ibu bapa. \nMereka tertanya-tanya apakah keperluan untuk melaksanakan penilaian secara berpusat dalam tempoh dua tahun.\nHal ini berlaku apabila ada sekolah yang menjalankan peperiksaan UPKK untuk murid Tahun Lima dan peperiksaan dikelolakan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) pada Tahun Enam.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/whatsapp-multi-device/", "title": "Cara Guna WhatsApp Di 4 Peranti Berbeza (WhatsApp Multi-Device)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda kini WhatsApp menyokong penggunaan sehingga 4 peranti serentak walaupun telefon anda tiada sambungan internet.\nMelalui WhatsApp multi-device ini, pengguna boleh terus menghantar WhatsApp walaupun bateri telefon anda mati.\nNamun satu akaun WhatsApp hanya terhad untuk satu telefon bimbit sahaja.\n\n\n\n\n\n\nBermakna pengguna tidak boleh menggunakan WhatsApp yang sama di dua telefon berbeza.\nDan sekiranya telefon tersebut tidak aktif selama lebih dari 14 hari, kesemua pautan empat peranti akan diputuskan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nWhatsApp Multi-Device\n\n \nCiri Yang Tidak Disokong\n\n\nWhatsApp Multi-Device\nUntuk aktifkan fungsi ini, anda perlu sertai program beta. Caranya:\nAndroid\nBuka WhatsApp > tekan More optionsTekan Linked DevicesTekan Multi-devices betaTekan JOIN BETA\niPhone\nPergi ke WhatsApp SettingsTekan Linked DevicesTekan Multi-devices betaTekan JOIN BETA\nCiri Yang Tidak Disokong\nBerikut antara ciri-ciri yang masih tidak disokong oleh WhatsApp Multi-Device ini:\n\nUntuk info lanjut, rujuk WhatsApp Help Center.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-baki-ptptn-online/", "title": "Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekarang ni dah tak perlu keluar rumah dan ke kaunter lagi sebab dah boleh buat semakan baki PTPTN online sahaja.\nSemuanya di hujung jari kerana Penyata PTPTN online boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.\nKita juga boleh membuat semakan tunggakan, ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal ini.\nKalau nak tahu cara buat semakan baki PTPTN online langkah demi langkah, jom rujuk info selanjutnya yang kami kongsikan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Buat Semakan Baki PTPTN Online\n\n \n1. Lawati Portal PTPTN\n\n \n2. Masukkan No. Kad Pengenalan\n\n \n3. Masukkan Kata Laluan\n\n \n4. Semak Penyata\n\n \nBayaran Balik PTPTN Melalui Debit Terus (Direct Debit)\n\n \nCara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN\n\n \ni) Memohon Penangguhan PTPTN\n\n \nii) Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Buat Semakan Baki PTPTN Online \nPenyata Online PTPTN\u00a0akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.\nJadi kita boleh check baki bila-bila masa saja dan tak perlu lagi nak keluar untuk berurusan dengan pihak PTPTN.\nBaca juga : MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen\nBerikut dikongsikan langkah-langkah mudah untuk mengakses portal PTPTN dan membuat semakan baki PTPTN online.\n1. Lawati Portal PTPTN \nPertama sekali, lawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon \u2018Semakan Penyata Pinjaman\u2019.\n\nAtau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:\n\n\n\n\n\n\nhttps://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/\n2. Masukkan No. Kad Pengenalan\nIsikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera.\n\nKlik \u2018Semak\u2019 untuk proses seterusnya.\n\n3. Masukkan Kata Laluan\nKemudian, masukkan kata laluan.\nJika terlupa, klik \u2018Lupa Kata Laluan\u2019 untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.\n*Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan sementara yang akan dihantar ke e-mel.\n**Untuk mendapat respon yang pantas, anda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\n\n4. Semak Penyata\nSetelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon \u2018Penyata Baki\u2019 atau \u2018Penyata Baki Terperinci\u2019.\n\nPenyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.\n\n\u2018Penyata Baki Terperinci\u2019 pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.\n\nPenyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang \u2018Cetak\u2019.\n\nBayaran Balik PTPTN Melalui Debit Terus (Direct Debit)\nUntuk membuat bayaran balik melalui kaedah debit terus, anda perlu:\n1. Mempunyai Akaun Semasa/ Simpanan daripada bank \u2013 bank yang seperti di bawah dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.\nAffin Bank BerhadAlliance Bank Malaysia BerhadAmBank Malaysia BerhadBank Islam MalaysiaBank Kerjasama Rakyat Malaysia BerhadBank Simpanan NasionalBank Muamalat Malaysia BerhadCIMB Bank BerhadHSBC Bank Malaysia BerhadHong Leong Bank BerhadKuwait Finance House (Malaysia) BerhadMalayan Banking Berhad (M2U)Malayan Banking Berhad (M2E)OCBC Bank Malaysia BerhadPublic Bank BerhadRHB Bank BerhadStandard Chartered BankUnited Overseas Bank\n2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) di PTPTN.\n3. Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.\n4. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman dalam masa 3 hari bekerja.\n5. Untuk manual permohonan debit terus,\u00a0KLIK DI SINI atau rujuk lampiran di bawah:\nPanduan-Manual-Debit-TerusDownload\n\u200bKlik pautan di bawah untuk membuat permohonan\u00a0pembayaran balik melalui kaedah debit terus:\nApple App Store \u200bhttps://apple.co/3JKH6rA\u00a0\u200b\nGoogle Play Store \u200bhttps://lnkd.in/djBFAXVA\u00a0\u200b\nHuawei App Gallery \u200bhttps://lnkd.in/dS9u5dpS\u200b\nCara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN\nTahukah anda, selain membuat semakan baki PTPTN online, terdapat pelbagai lagi e-Perkhidmatan yang boleh diakses oleh peminjam.\nJika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu:\nMemohon Penangguhan bayaran balik PTPTN; atauMemohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan\nBerikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.\ni) Memohon Penangguhan PTPTN\nPemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan, menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\nSurat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.Salinan surat tawaran pengajian.Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).\nNota:\nHanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.\nii) Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN\nBagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.\nPenjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.\nPenstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. \nMelalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.\nMaklumat Lanjut\nDiharapkan dengan perkongsian info ini, peminjam dapat melakukan urusan semakan baki PTPTN online dengan lebih lancar.\nFollow media sosial PTPTN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\nAnda boleh mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan respon yang pantas melalui admin PTPTN.\nAnda juga boleh terus membuat panggilan ke nombor telefon Careline: 03 \u2013 2193 3000, Faks: 03 \u2013 2193 1263 atau e-Aduan\u00a0iCare di portal rasmi PTPTN.\nSebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui pelbagai saluran lain melalui pos di alamat surat menyurat :\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,Tingkat Bawah, Menara PTPTN,Blok D, Megan Avenue II,No.12, Jalan Yap Kwan Seng,50450 Kuala Lumpur.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkss-8-0/", "title": "BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBeban warga Sarawak bulan ini kian terasa disebabkan BKSS 8.0 yang memberi diskaun 25% elektrik & air telah tamat bulan Jun yang lalu.\nRamai menjangkakan mereka terpaksa membayar kenaikan bil air dan elektrik bulan Julai.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang BKSS 8.0 yang telah diumumkan oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah BKSS 8.0?\n\n \nSenarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0\n\n \nRINGKASAN BKSS 8.0\n\n \nLain-lain Bantuan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah BKSS 8.0?\nKetua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan \u201cPemulihan Sosioekonomi Rakyat\u201d dengan perbelanjaan sebanyak RM285.47 juta pada Jumaat, 28 Januari 2022.\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akur dengan beban dan kesulitan dihadapi rakyat sepanjang tempoh pandemik Covid-19 telah melancarkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS 8.0) bernilai RM285.47 juta.\nKetua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan melancarkan BKSSS 8.0 yang melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai untuk terus membantu mengurangkan beban rakyat bernilai RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama 2022.\n\u201cIni merupakan antara kadar bantuan terbesar oleh sesebuah kerajaan negeri di negara ini. Ini tidak termasuk peruntukan khas berjumlah melebihi RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) bagi menampung perbelanjaan menangani pandemik Covid-19,\u201d katanya dalam ucapan semasa merasmikan Hari Perkhidmatan Awam 2022 menerusi laporan TVS.\n\nBeliau berkata, demi mengurangkan impak Covid-19, sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Sarawak telah melaksanakan tujuh pakej bantuan kepada rakyat, iaitu BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 dengan 30 program melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.30 bilion.\n\u201cSebagai ketua sebuah kerajaan yang sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, saya dan seluruh rakan-rakan kabinet, juga dengan kepimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Persekutuan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha untuk melindungi keselamatan dengan kesejahteraan rakyat kita,\u201d katanya.\nOleh itu, Abang Johari berkata, JPBN sentiasa bekerja sepanjang masa untuk memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara.\nBerikut disenaraikan antara insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022 ini.\nBaca juga: BKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Untuk KIR (RM250) & Bujang (RM500)\nSenarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRINGKASAN BKSS 8.0\nDiskaun Bil Elektrik 5% sehingga 25% kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM166.8 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.Diskaun Bil Air 10% hingga 25% untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Januari hingga Jun 2022 melibatkan diskaun berjumlah RM24.0 juta yang akan dibiayai Kerajaan Sarawak.Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Januari hingga Jun 2022. Kos keseluruhan diskaun melebihi RM2.6 juta.Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Januari hingga Jun 2022. Ia melibatkan kos sebanyak RM2.0 juta kepada Kerajaan Sarawak.Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja dan peniaga kecil akan diteruskan bagi bulan Januari hingga Jun 2022. Keseluruhan diskaun berjumlah RM1.7 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 akan diberi kepada pengusaha penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah di Sarawak bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang diperlukan. Ia melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM870,000.Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas Penjaja & Peniaga Kecil berjumlah RM1,000 secara one-off kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dalam tahun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM87.5 juta.\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang Geran Bantuan Penjaja & Peniaga Kecil BKSS 8.0, sila rujuk artikel terkini : BKSS Penjaja 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)\n\nLain-lain Bantuan\nSelain bantuan yang disebutkan di atas, difahamkan terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 iaitu:\nHousing Deposit Assistance Scheme (HDAS). Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. Peruntukan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut:\u00a0https://service.sarawak.gov.my/\nATAU\nRujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 melalui pautan ini\u00a0https://srms.sarawak.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-british-council-great/", "title": "Permohonan Biasiswa GREAT oleh British Council 2021 Bagi Pascasiswazah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGREAT Scholarships atau Biasiswa GREAT merupakan inisiatif pihak British Council yang menawarkan 30 biasiswa dari 21 universiti di UK, merangkumi pelbagai subjek untuk pelajar dari Malaysia. \nSetiap Biasiswa GREAT bernilai minimum \u00a3 10,000 untuk yuran pengajian untuk kursus pascasiswazah satu tahun.\n\n\n\n\n\n\nSetiap biasiswa dibiayai bersama oleh Kempen GREAT Britain kerajaan Britain dan British Council dengan institusi pendidikan tinggi UK yang mengambil bahagian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nInstitusi pendidikan yang terlibat\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara memohon\n\n\nInstitusi pendidikan yang terlibat \nUntuk tahun akademik 2021-22 terdapat beberapa insitusi yang terlibat untuk pelajar pascasiswazah di institusi berikut:\nAnglia Ruskin University\u00a0\u00a0\u00a0Bangor University\u00a0\u00a0Birmingham City University\u00a0\u00a0Bishop Grosseteste University\u00a0\u00a0Cranfield University\u00a0\u00a0\u00a0Imperial College, London\u00a0Keele University\u00a0\u00a0\u00a0Newcastle University\u00a0\u00a0Nottingham Trent University\u00a0\u00a0Oxford Brookes University\u00a0\u00a0Royal Agricultural University\u00a0\u00a0\u00a0Staffordshire University\u00a0\u00a0\u00a0University of Bristol\u00a0\u00a0University of Derby\u00a0\u00a0University of Dundee\u00a0\u00a0University of Edinburgh\u00a0\u00a0University of Exeter\u00a0\u00a0University of Glasgow\u00a0\u00a0University of Kent\u00a0\u00a0University of Nottingham\u00a0\u00a0University of Reading\u00a0\u00a0\nSyarat kelayakan\n\nUntuk layak, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:\nWarganegara Malaysia.Mempunyai ijazah sarjana yang akan membolehkan anda memasuki program pascasiswazah (diajar) di universiti UKMempunyai motivasi dan kelayakan akademik untuk mengikuti kursus pascasiswazah UKAktif di lapangan dengan pengalaman kerja atau minat yang terbukti dalam bidang pelajaranMemenuhi syarat kelayakan bahasa Inggeris universiti UKBersedia mewujudkan pengalaman Pengajian Tinggi UK dengan menghadiri kuliah dan tutorial dan terlibat dengan aktiviti ekstra kurikular dan bertindak sebagai duta untuk Pengajian Tinggi UK dengan mempromosikan nilai belajar di IPT di UKBersedia menjalin hubungan dengan pihak UK sebagai sarjana melalui pematuhan peribadi dan akademikMewakili standard tinggi GREAT dengan menjadi duta program biasiswa ini Bersedia menghadiri acara rangkaian semua sarjana GREAT yang berpusat di UK, untuk membincangkan pengalaman dan persepsi semasa belajar di UK.\nCara memohon\nLayari laman web British CouncilTapis universiti yang disenaraikan untuk pelajar dari Malaysia di halaman \u2018cari biasiswa\u2019 dan klik di halaman universiti untuk mengakses maklumat terperinci mengenai biasiswa yang ditawarkanMemohon biasiswa mengikut arahan yang diberikan di laman web biasiswa setiap universitiTarikh akhir untuk memohon Biasiswa GREAT berbeza mengikut setiap institusi. Untuk perincian mengenai tarikh akhir institusi masing-masing, sila lihat halaman institusiPara pemohon yang berjaya akan diberitahu oleh universiti masing-masing mengenai keputusan permohonan merekaPembiayaan biasiswa akan dikeluarkan kepada calon yang berjaya oleh universiti setelah pendaftaran\n"]} {"url": "https://ecentral.my/fa-cup-final-2023/", "title": "LIVE Perlawanan Akhir FA Cup Final 2023: Man City vs Man United", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n[LANGSUNG] Emirates FA Cup Final 2023: Man City lwn Man United\nPerlawanan akhir bagi tahun 2022/2023 ini merupakan perlawanan akhir yang penuh epik dan ditunggu-tunggu kerana kedua-dua kelab dari Manchester itu akan beraksi bersama buat kali pertama sepanjang Piala FA dipertandingan semenjak 1871.\nPerlawanan akhir ini juga menemukan dua orang pengurus yang mempunyai pengaruh dan gaya permainan yang hampir sama.\nPastinya, antara yang akan mencuri perhatian semua-semua penyokong-penyokong bola sepak dunia tentang ketajaman bahagian penyudah kedua-dua pasukan ini seperti Erling Haaland dan Marcus Rashford.\n\n\n\n\n\n\nKedua-kedua pemain ini akan menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara Piala FA pada edisi ke-152 ini.\nSelepas tersingkir tiga musim berturut-turut di separuh akhir, pasukan kendalian Pep Guardiola yang sedang memburu gelaran trebel, akhirnya menamatkan badi berkenaan setelah meraih kemenangan 3-0 ke atas pasukan divisyen dua, Sheffield United di Wembley.\n\n\n\nSementara itu, Manchester United yang telah berjaya melangkah ke final setelah bekerja keras dalam perlawanan berdepan Brighton & Hove Albion menerusi penentuan sepakan penalti.\nDalam perlawanan separuh akhir tersebut, perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas 120 minit tanpa jaringan gol kedua-dua belah pihak. \nEnam sepakan penalti berjaya disempurnakan kedua-dua pasukan, tetapi malang buat Brighton apabila sepakan penalti Solly March terbang melepasi palang dan ke arah penonton. Dan Victor Lindelof memastikan United layak ke final dengan sepakan penalti ketujuh sekaligus menyaksikan United mara dengan keputusan penalti 7-6.\n\n\n\nLIVE Perlawanan Akhir FA Cup Final 2023: Man City vs Man United\nPerlawanan Akhir Piala FA 2022/2023 : Manchester City vs Manchester UnitedVenue: Wembley, LondonHari: Sabtu, 3 Jun 2023Kick-off: 9 malam (waktu Malaysia)Siaran langsung / Live Streaming : Youtube The Emirates FA Cup, beIN SPORTS Asia, Stadium Astro & Astro Arena\nIkuti @EmiratesFACup di Twitter untuk highlights and update terkini perlawanan! https://twitter.com/emiratesfacup \n\nSINAR Viewing Party @ Strand Mall (Final Piala FA 2022/2023)\nPasukan manakah yang bakal merangkul Piala FA 2022/2023 kali ini? Jom alami detik bersejarah ini bersama SINAR Viewing Party @ Strand Mall sempena Final Piala FA / FA Cup.\nTemui personaliti SINAR @falyqhikyle @dinanadzir @putraanuar__ \n\nStrand Mall, Petaling Jaya\n3 Jun 2023 (Sabtu)\n9 Malam\n\nP/s: 200 orang terawal akan dapat minuman percuma!\n\nBaca juga: \n\nTema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023\ne-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Syarat & Cara Penebusan Kredit\nSenarai Pakej Cuti-cuti Cikgu 2023 \u2013 Tourism Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-insentif-anak-peneroka-siap/", "title": "Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) : Permohonan & Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kini dibuka untuk anak-anak peneroka yang berminat melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau Universiti Swasta.\nInsentif yang diwujudkan dengan kerjasama FELDA ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.\nSila ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut serta cara memohon Skim Insentif Anak Peneroka.\nBaca Juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Bantuan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKadar Bantuan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)\nKadar bantuan yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut :\nDiploma : RM 500Ijazah Dalam Negara : RM 1,000Ijazah Luar Negara : RM 1,500\nBantuan yang diberikan adalah secara one-off kepada setiap anak peneroka yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah di dalam negara mahupun luar negara.\n\nSyarat Permohonan\nAnak peneroka yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nAnak peneroka, anak turut atau anak angkat yang telah didaftarkan (pemohon perlu sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.Pemohon perlulah menepati had umur yang ditetapkan berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :\nPeringkat Diploma : 18 tahun hingga 23 tahun\nPeringkat Ijazah : 18 tahun hingga 25 tahun.\nPemohon TIDAK LAYAK untuk memohon sekiranya tergolong dalam :\nPeneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelalajaran.Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi, Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF).Pelajar DKPCF ke luar negara.\nCara Memohon\nCalon yang berkelayakan perlulah dapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA berhampiran.\nLengkapkan borang dan hantarkan semula bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA berhampiran.\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon perlulah sertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut\u00a0 :\nSurat tawaran kemasukan ke Universiti Awam / Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA\nSalinan Kad Pengenalan pemohonSalinan Kad Pengenalan penerokaSalinan penyata pendapatan peneroka terkini\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Insentif Anak Peneroka, sila layari laman web https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/status-kuning-mysejahtera-kontak-kasual/", "title": "Tiada Lagi Perubahan Status Kuning MySejahtera Bagi Kontak Kasual", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERUBAHAN STATUS KONTAK KASUAL (KUNING) DI MYSEJAHTERA\nBermula 1 Mac 2022, tiada perubahan status risiko di profil MySejahtera bagi mereka yang dikesan sebagai kontak kasual. Notifikasi akan dihantar sekiranya anda disahkan sebagai kontak kasual.\nPerkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui media sosial:\nKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah mengemas kini beberapa protokol dalam mengurus pandemik COVID-19 termasuk mengenai status Kontak Kasual.\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini apabila MySejahtera Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif COVID-19, status di aplikasi MySejahtera anda akan bertukar kepada Kontak Kasual (risiko kuning).\nKini TIADA LAGI perubahan status tersebut dalam usaha kita untuk persediaan memasuki fasa endemik kelak.\nNamun jika anda dikenal pasti sebagai Kontak Kasual, anda hanya akan menerima notifikasi di apikasi berkenaan. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri.\nPerubahan ini turut dimaklumkan melalui Twitter Rasmi MySejahtera.\n\nNOTIFIKASI KONTAK KASUAL\nBerikut adalah contoh notifikasi yang akan anda terima sekiranya dikesan sebagai kontak kasual@ casual contact.\n\nNotifikasi di telefon bimbit akan memaklumkan bahawa anda dikesan sebagai casual contact.\n\nNamun tiada perubahan status dari segi risiko, di mana status anda akan kekal sebagai low risk.\nTiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka yang dikesan sebagai casual contact ini.\nSebaliknya, anda hanya perlu mematuhi SOP dan menjalani ujian kendiri sekiranya bergejala.\n\nSebagai tambahan, Menteri Kesihatan turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan TRIIS bagi meningkatkan penilaian kendiri COVID-19, iaitu:\nTEST \u2013 Segera melakukan ujian saringan COVID-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom jangkitan seperti selsema, demam, batuk dan lain-lain.REPORT \u2013 Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahteraISOLATE \u2013 Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif. Patuhi perintah HSO yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.INFORM \u2013 Segera maklumkan kepada kontak rapat anda sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 anda positif dan maklumkan kepada pihak berwajib atau CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.SEEK \u2013 Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.\n\nSumber: Facebook Khairy Jamaluddin, Twitter MySejahtera\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-getah-sabah-terkini/", "title": "Harga Getah Sabah Terkini & Cara Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Getah Sabah Terkini & Cara Semakan \nDalam beberapa tahun ini, permintaan getah dilihat sangat tinggi.\n Namun, harga jualannya menurun akibat pengenalan getah sintetik. Yang terkesan dengan situasi ini tentunya pekebun getah negara.\nMenurut laporan akhbar tempatan, peneroka di Sabah\u00a0terpaksa teruskan perusahaan tanaman getah meskipun harganya tidak stabil kerana sudah terikat dengan skim Lembaga Industri Getah Sabah.\n\nBaca Juga : Harga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Harga Getah Sabah Terkini\n\n \nSenarai Cadangan Penambahbaikan Kerajaan Untuk Industri Tanaman Getah\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Harga Getah Sabah Terkini\nHarga getah di negeri Sabah pada 16 April 2022 adalah seperti berikut : \n\nHarga getah di negeri Sabah boleh disemak melalui laman web Lembaga Getah Sabah (LIGS) di pautan berikut :\nhttp://ligs.gov.my/\nSelain harga getah, maklumat lain turut disediakan seperti gred, susu getah atau sekrap di laman web tersebut.\nSenarai Cadangan Penambahbaikan Kerajaan Untuk Industri Tanaman Getah\nSeperti yang diumumkan dalam pembentangan bajet belanjawan 2022, kerajaan bercadang untuk menaikkan harga lantai semasa kepada sekurang-kurangnya RM 3.50 dan ke atas berbanding RM 2.50 sekilo gram bermula 1 Januari 2022.\nKerajaan juga bercadang untuk meningkatkan keluasan tanaman getah di Malaysia serta memantu dalam memudahkan lagi penjualan getah sekrap.\nSelain itu, kerajaan juga sedang dalam perancangan untuk menggunakan teknologi terbaru dari negara Thailand bagi meningkatkan penggunaan susu getah.\nKerajaan Malaysia berharap cadangan serta penambahbaikan ini dapat membantu tingkatkan pendapatan pekebun kecil getah dan kehidupan keluarga mereka selepas ini daripada aspek sosioekonomi.\nBaca juga: \nPermohonan & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA (BMT) RM500Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 (Borang & Permohonan)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan harga pasaran LIGS, sila rujuk di saluran berikut:\nLEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAHAras 3, Blok A, Wisma Pertanian Sabah Jalan Tasik off Jalan Maktab Gaya, 88300, Luyang Kota Kinabalu SabahTelefon : 088-212311 / 210472 / 210531 / 210561Faks : 088-234940 / 268586Emel : [email\u00a0protected]\nLaman web: http://ligs.gov.my/\nHarga getah semasa Sabah kini boleh diakses dengan lebih cepat melalui aplikasi mudahalih Lembaga Industri Getah Sabah untuk para pengguna telefon mudahalih Android. \nAnda boleh memuat turun aplikasi tersebut melalui Google Play dengan carian \u201cSabah Rubber\u201d. \nRujuk\u00a0laman web LIGS untuk keterangan lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-terbuka-aidilfitri-perdana-menteri/", "title": "Rumah Terbuka Malaysia Madani Perdana Menteri 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI LOKASI & MASA RUMAH TERBUKA MALAYSIA MADANI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI, ANWAR IBRAHIM 2023\nDi Malaysia rumah terbuka sudah menjadi satu tradisi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Gawai dan Krismas. Semasa perayaan, masyarakat tanpa mengambil kira kaum dan agama dijemput berkunjung ke rumah-rumah terbuka untuk bersama-sama merayakan majlis tersebut.\n\n\n\n\n\n\nRuamh\u00a0terbuka ini ditakrifkan sebagai suatu perayaan agama yang bukan sahaja disambut oleh penganut agama itu sendiri bahkan kaum lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di satu tempat yang lebih luas atau dewan untuk mewujudkan ruang keselesaan.\nOrang ramai dijemput hadir memeriahkan siri rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri di enam negeri, hingga Mei depan.\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI akan diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu serta Selangor.\n\n\u201cSemoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan, di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.\nLokasi & Masa Rumah Terbuka Malaysia Madani 2023 Bersama Perdana Menteri\nMajlis berkenaan akan diadakan di 6 lokasi berikut:\n\n29 April 2023 \u2013 Hotel Raia, Alor Setar, Kedah (bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang)\n6 Mei 2023 \u2013 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang (jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang)\n7 Mei 2023 \u2013 Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan (jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang)\n12 Mei 2023 \u2013 Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam)\n13 Mei 2023 \u2013 Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu (jam 7.00 malam hingga 10.30 malam) \n14 Mei 2023 \u2013 Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Selangor (jam 8.00 malam hingga 11.00 malam)\n\nBaca juga: \n\nKuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri\nHimpunan Lagu-Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman\n8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi \u2013 JAKIM\nTol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/proton-x90/", "title": "Proton X90: Spesifikasi, Varian, Pilihan Warna & Harga Rasmi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini, Proton X90 yang ditawarkan pada harga bermula RM123,800.\nPelancaran model SUV X90 ini juga adalah sempena dengan sambutan ulang tahun Proton yang ke 40 tahun ini.\nPelancaran Proton X90 bukan sahaja menambah model ketiga kepada rangkaian SUV jenama terkemuka di pasaran, tetapi ia juga merupakan tawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) syarikat.\nModel baharu itu dijana oleh enjin TGDi 1.5 liter yang juga menjadi pemenang anugerah, yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V, sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.\nIni juga menjadikan X90 model termurah dalam kalangan pesaingnya seperti Kia Sorento (RM211,498-RM255,228 ); Mazda CX-8 (bermula daripada RM177,674) dan Hyundai Santa FE.\nArtikel berkaitan: Proton X70 2022 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Proton X90\n\n \nRekabentuk\n\n \nSpesifikasi Proton X90\n\n \nHarga Rasmi Proton X90\n\n \nPilihan Warna\n\n \nTempahan & Maklumat Lanjut\n\n\nLatarbelakang Proton X90\nPROTON X90 adalah model ketiga dalam siri X PROTON, pemimpin pasaran SUV dari segi jualan di Malaysia. Dipasang di PROTON Tanjung Malim bersama PROTON X50 dan PROTON X70, PROTON X90 juga merupakan bukti komitmen syarikat untuk menyokong industri automotif tempatan dengan memperkenalkan teknologi baru kepada ekosistem.\n\n\n\n\n\n\nTersedia dalam empat varian, Standard hingga Flagship, SUV terbesar PROTON menawarkan ruang dan kebolehgunaan bukan sahaja dengan konfigurasi 7 tempat duduk tetapi juga tersedia sebagai 6 tempat duduk dengan kerusi individu untuk baris kedua. Siluet berotot model baharu ini menonjolkan evolusi terbaru ke arah identiti reka bentuk premium. \nBusur Ethereal yang direka semula mengalir di antara lampu hadapan menyerlahkan aura premium yang baru, mencipta penampilan yang kuat dan harmoni yang pasti akan memberi kesan yang hebat. \nKisi-kisi juga menakjubkan, dengan bentuk berlian yang terinspirasi dari corak songket, menunjukkan gerakan tidak terhingga, dan dengan pengamatan yang lebih dekat memperlihatkan corak berulang yang unik dalam \u201cWeave\u201d tanpa batas. \nDNA reka bentuk evolusi ini terinspirasi oleh kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.\u00a0\n\nRekabentuk\nModel baharu itu dijana oleh enjin TGDi 1.5 liter yang juga menjadi pemenang anugerah, yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V, sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.\nDaripada aspek rekaan luaran, Proton X90 tidak lagi menggunakan rekaan gril Infinite Weave seperti model terkini Proton yang lain, tetapi digantikan dengan rekaan seakan batu permata atau pin krom.\nGril berkenaan diapit oleh sepasang lampu hadapan LED yang juga menerima rekaan berbeza dari kembarnya di China dan Filipina iaitu Geely Haoyue/Okavango.\nIa membolehkan kluster lampu berkenaan menerima empat unit LED yang disusun, selain model berkenaan menerima lampu isyarat membelok LED dengan corak pencahayaan jenis \u2018sequential\u2019.\nMenurut PROTON, X90 dihasilkan dari platform Advanced Versatile, dan ia mengambil masa bekerja selama 96,000 jam untuk disiapkan.\nSpesifikasi Proton X90\nProton X90 menampilkan 45 peratus kandungan tempatan, dengan 500 komponen dibekalkan oleh vendor tempatan.\nProton X90 dijana oleh unit rangkaian kuasa hibrid ringkas 48-volt (MHEV), menjadikan ia bukan sahaja model hibrid pertama PROTON, malah kenderaan tenaga baharu pertama bagi jenama automotif berkenaan.\nUnit MHEV berkenaan menampilkan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan suntikan bahan api terus (T-GDI) dan dibantu oleh unit stater generator pacuan tali sawat (Belt-Driven Starter Generator atau BSG) bagi menghasilkan kuasa maksima 190 PS bersama tork maksima 300 Nm.\nAntara tumpuan rekaan pada bahagian dalaman X90 ini adalah penggunaan fungsi keterhubungan menerusi skrin infotaimen berdiri sendiri yang bersaiz 12.3-inci pada bahagian tengah, manakala pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.\nBagi skrin sistem infotainmen, ia menampilkan pemproses EO2, ram 6 GB dengan memori dalaman 64 GB serta resolusi paparan 1920 x720 piksel.\nIa hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Comfort dan Sport, selain beberapa aspek keselamatan termasuk brek parkir elektronik bersama fungsi \u2018auto hold\u2019, Amaran Pelanggaran Belakang dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.\nPerincian keselamatan lain yang turut dibekalkan termasuk dua cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix di belakang, bantuan Auto Park, kamera 360 darjah dengan imej 3D serta sistem pemantau tekanan angin tayar (TPMS).\n\n\n\n\n\nHarga Rasmi Proton X90\nDitawarkan dengan empat varian iaitu Proton X90 1.5 TGDI BSG Standard yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM123,800; Proton X90 1.5 TGDI BSG Executive (bermula RM130,800); Proton X90 1.5 TGDI BSG Premium (bermula RM144,800); dan Proton X90 1.5 TGDI BSG Flagship (bermula RM152,800).\n\nHarga rasmi Proton X90:\n\n1.5 TGDi Standard : RM 123,800\n1.5 TGDi Executive : RM 130,800\n1.5 TGDi Premium : RM 144,800\n1.5 TGDi Flagship : RM 152,800\n\nSpesifikasi enjin :\n\nEnjin : 1.5L TGDi 48V Mild-Hybrid\n190ps dan 300Nm tork\nTransmisi : 7-speed Dual Clutch Transmission (DCT)\n\n\nPilihan Warna\nTerdapat 4 pilihan varian dan 6 pilihan warna bagi model yang ditawarkan iaitu:\n\nSnow White\nArmour Silver\nJet Grey\nCinnamon Brown\nRuby Red\nMarine Blue\n\n\n\nTempahan & Maklumat Lanjut\nBaca selanjutnya pada pautan di laman web rasmi PROTON.\nBM: https://www.proton.com/\u2026/proton-unveils-new-suv-to\u2026/\nENG: https://www.proton.com/\u2026/proton-unveils-new-suv-to\u2026\nLaman web rasmi : http://www.proton.com/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/imstart-iskandar-malaysia-startup-grant/", "title": "IMSTART: Bantuan RM10,000 Untuk Peniaga / PKS (Iskandar Malaysia Startup Grant)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBuat peniaga sekalian! Jom mohon geran anjuran Iskandar Malaysia iaitu program \u2018Iskandar Malaysia Startup Grant\u2019 atau dikenali juga sebagai \u2018IMSTART\u2019 yang khusus untuk kembangkan perniagaan secara digital bagi peniaga individu atau Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Johor sempena \u2018Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia (IM15CC)\nDengan peruntukan sebanyak RM2,000,000 seramai 200 individu dan peniaga di bawah kategori Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) bakal memperoleh manfaat bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap perniagaan.\nBantuan ini selari dengan misi membantu peniaga mengembangkan perniagaan seperti membeli stok produk, menaik-taraf operasi dan sistem perniagaan dan mampu untuk mewujudkan platform e-dagang sendiri setanding dengan produk produk terkemuka di Malaysia.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah IMSTART?\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Iskandar Malaysia Startup Grant\n\n \nJumlah Bantuan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nCara Permohonan IMSTART 2021\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah IMSTART?\nIskandar Malaysia StartUp Grant (IMSTART)\u00a0merupakan inisiatif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berbentuk geran\u00a0\u2018one-off\u2019\u00a0yang\u00a0bernilai maksimum sehingga RM 10,000.\u00a0\nPeruntukan khas ini diwujudkan untuk membantu usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang menjalankan perniagaan di Negeri Johor dan kepada individu yang berusaha untuk memulakan perniagaan secara atas talian.\u00a0\nGeran ini bertujuan untuk meringankan beban kos permulaan perniagaan diatas talian kepada usahawan atau individu yang ingin memulakan perniagaan di platform e-dagang dan juga yang telah beroperasi sejak Mac 2020 untuk meningkatkan kapasiti operasi.\n\nSyarat-Syarat Permohonan Iskandar Malaysia Startup Grant \nPermohonan terbuka untuk usahawan dan individu yang mengendalikan perniagaan di\u00a0negeri Johor sahajaPermohonan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari\u00a018 tahun \u2013 45 tahun sahajaPerniagaan atas talian yang baru\u00a0atau\u00a0sedia ada sejak Mac 2020Perniagaan baru\u00a0perlu berdaftar dengan SSM dan juga platform e-dagangAktiviti perniagaan yang patuh\u00a0SyariahGeran ini hanya\u00a0untuk pembelian stok produk,keperluan asas premis operasi e-dagang dan peralatan digital sahaja (Pembelian Telefon bimbit tidak termasuk)Pemohon hendaklah menyerahkan sebutharga di atas nama pemohon atau syarikat dari pembekal yang tidak melebihi\u00a0RM 10,000.00Bantuan ini hanya disediakan untuk\u00a0200\u00a0individu atau pemilik syarikat yang terawal dan layak sahaja\nBaca juga: TEKUN eDokumen : Cara Pembelian Dokumen Sokongan SSM & Harga\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang disediakan adalah berbentuk geran\u00a0\u2018one-off\u2019\u00a0yang\u00a0bernilai maksimum sehingga RM 10,000.\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan geran ini adalah 15 September 2021. \nPermohonan yang berjaya akan menerima notifikasi melalui e-mel.\nCara Permohonan IMSTART 2021\nPermohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut:forms.office.com/r/MPUcB5apAB\nMaklumat Lanjut\nLihat link ni untuk info lebih lanjut,https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaOfficial/posts/4380477835376230\nATAU boleh juga e-mel kan ke,[email\u00a0protected]\nFB Page, https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaOfficialIG, https://www.instagram.com/iskandarmalaysia/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-saringan-covid-19-sekolah/", "title": "Ujian Saringan Covid-19 Akan Dijalankan Di Sekolah Rendah Mulai Isnin Ini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPutrajaya: Murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan bermula Isnin ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.\nKatanya, ia adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan (NTS) selain bertujuan untuk mengelakkan penularan kluster pendidikan di sekolah.\n\u201cAntara perkara di bawah strategi ini adalah keperluan untuk sekolah rendah, di mana muridnya adalah di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin, perlu menjalani ujian saringan.\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUjian ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya pada 10 peratus sampel (murid) daripada populasi murid sekolah secara bergilir-gilir, dan pada sampel yang berbeza setiap minggu,\u201d katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.\nKhairy berkata ujian saringan berkenaan perlu dilaksanakan kepada murid tanpa mengira sama ada mereka bergejala atau tidak.\nDokumen NTS juga boleh didapati di https://covid-19.moh.gov.my/reopeningsafely/nts sebagai rujukan.\nMenurut dokumen berkenaan, saringan perlu dilakukan dengan kit ujian kendiri RTK-Ag dengan pemantauan daripada pihak sekolah.\n\n\nBaca juga: \nPas Keluarga Malaysia: Pakej, Harga & Cara PembelianPakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40\n\u201cPelaksanaan National Testing Strategy (NTS) akan bermula Isnin ini, dan (dokumennya) telah dimuat naik dalam web. Dahulu kita tangguh (pelaksanaannya), tapi ia mula Isnin ini, dan NTS dengan jelas menggariskan bila, dan siapa yang perlu jalan ujian, dan ujian apa perlu dijalankan.\n\u201cSalah satu perkara daripada NTS yang ingin saya umum hari ini adalah keperluan untuk sekolah-sekolah rendah, iaitu murid-murid di bawah usia kelayakan untuk terima vaksin, perlu melaksanakan ujian mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel daripada pelajar sekolah yang ada di sekolah tersebut, dan mereka buat ujian secara bergilir-gilir pada sampel yang berbeza-beza setiap minggu,\u201d katanya lagi.\n(Sumber: Astro Awani, Harian Metro)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/promosi-menu-kenny-rogers-roasters/", "title": "Menu Kenny Rogers Roasters & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPromosi Terkini Kenny Rogers Roasters 2022 ~ Sejak lebih dua dekad lamanya, Kenny Rogers Roasters kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk nikmati ayam panggang berkualiti. \nDipadankan pula dengan hidangan sampingan yang serba enak, ramai yang sukar untuk lupakan rasa hidangan lazat dari restoran ini. \u00a0\nKhas buat penggemar Kenny Rogers Roasters, kini anda boleh nikmati menu istimewa daripada restoran ini dengan harga yang lebih murah!\nJom kita tengok promosi terkini Kenny Rogers Roasters!\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Menu Pizza Hut, Harga & Promosi Terkini 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Promosi Terkini Kenny Rogers Roasters\n\n \nPromosi Terkini Kenny Rogers Roasters di Grabfood\n\n \nPromosi KRR di ShopeePay\n\n\nMenu Promosi Terkini Kenny Rogers Roasters\n\nTawaran Happy Lunch Hour Deals kembali lagi! Promosi terkini ini cukup sesuai untuk anda nikmati makan tengah hari bersama rakan sepejabat.\n Dengan harga serendah RM 14.50, anda berpeluang untuk nikmati 7 jenis menu khas iaitu :\nRound-up Platter + Kenny\u2019s Mushroom & Chicken Soup (RM 14.50)Nasi Lemak Telur Sambal + Kenny Mushroom & Chicken Soup (RM 14.50)Crispy Chicken Cutlet Lite Meal + Kenny Mushroom & Chicken Soup (RM 19.90)Crispy Chicken Cutlet Rice Meal + Kenny\u2019s Mushroom & Chicken Soup (RM 19.90)Beef Meatballs Marinara Spaghetti + Kenny\u2019s Mushroom & Chicken Soup (RM 22.90)Classic Fish Meal + Kenny\u2019s Mushroom & Chicken Soup (RM 22.90)Kenny\u2019s Quarter Meal + Kenny\u2019s Mushroom & Chicken Soup (RM 28.20)\nUntuk nikmati promosi ini, pergi ke mana-mana cawangan KRR terdekat (kecuali KRR Express).\nTawaran ini terbuka pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 12 tengah hari hingga 3 petang sahaja.\nPromosi ini sah untuk pembelian secara dine-in sahaja. \nPromosi Terkini Kenny Rogers Roasters di Grabfood\nBuat anda yang tak berkesempatan untuk dine-in di restoran KRR, anda tak perlu risau.\n Dengan pembelian menerusi Grabfood, anda juga berpeluang untuk dapatkan potongan harga sehingga RM 8.50. \nTawaran ini sah sehingga 30 Jun 2022, jadi dapatkannya segera!\n\nPromosi KRR di ShopeePay\nUntuk pelanggan tetap Shopee, kini KRR menawarkan baucer serendah RM 1.88 untuk anda nikmati hidangan beli 1 percuma 1 untuk menu pasta dan Fish Meal!\n\nTak hanya itu, anda juga boleh dapatkan Macaroni & Cheese dengan harga Rm 4.25 menerusi pembelian baucer RM 0.01 di ShopeePay.\n\nJarang rasanya KRR buat tawaran sebegini. Jadi, rebutlah peluang untuk nikmati hidangan hebat dari Kenny Rogers menerusi promosi yang telah disenaraikan di atas.\nJangan lupa ikuti laman\u00a0Facebook Kenny Rogers Malaysia\u00a0untuk ketahui promosi hebat dari semasa ke semasa. Jom makan Kenny Rogers Roasters hari ini!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/login-egtukar-kpm/", "title": "eGTukar: Semakan & Permohonan Pertukaran Guru Online 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEGTUKAR SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGITAHUN 2023\nDimaklumkan bahawa permohonan dan semakan status eGTukar 2023 kini boleh dibuat secara online.\nSila rujuk artikel untuk cara semakan dan info lanjut yang berkaitan permohonan pertukaran.\n\nKEMASKINI PERTUKARAN GURU 2023 : PERMOHONAN 4 KALI SETAHUN, BOLEH DIBUAT SEPANJANG TAHUN\nMenteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata permohonan pertukaran guru kini tidak boleh dihalang guru besar atau pengetua yang sebelum ini diberi kuasa memberi kelulusan.\nBeliau turut mengumumkan pertukaran guru pula diubah kepada empat kali setahun berbanding hanya dua kali setahun sebelum ini.\nKementerian Pendidikan (KPM) telah menyusun semula proses pertukaran guru dengan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun melibatkan empat kali pertukaran setahun berbanding dua kali sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pertukaran yang dibuat pada setiap Mac, Jun, September dan Disember itu, mengikut kesesuaian tempat yang dipohon serta opsyen mata pelajaran di negeri terbabit, lapor Bernama.\nBeliau berkata pihaknya juga akan memastikan guru dapat mengajar subjek selain daripada iktisas kelayakan mereka supaya memberi kelebihan sewaktu meminta pertukaran nanti.\n\u201cLangkah itu adalah sebahagian daripada usaha menambah baik semula beberapa struktur sistem pendidikan negara. \nPenambahbaikan lain yang akan diberi perhatian adalah penyediaan platform aplikasi penyusunan jadual dan pengredan sekolah di seluruh negara,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 bertemakan \u2018Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\u2019 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.\nBerikut adalah maklumat terkini tentang eGTukar KPM dan cara membuat permohanan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Pertukaran Guru\n\n \nCara Permohonan eGTukar Online\n\n \nCara Login eGTukar KPM & Semakan Pertukaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan \nPermohonan pertukaran yang terkini dibuka sepanjang tahun, tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.\n\n\n\nSyarat Permohonan Pertukaran Guru \n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan\nGuru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan\nKPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan\nPenempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM\n\nGURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN\nBerikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:\n\nGuru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)\nGuru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji\nGuru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar\nGuru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib\nGuru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat\nGuru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat\n\nCara Permohonan eGTukar Online\nPermohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGtukar. \nPastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal\nTiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada\u00a0tarikh yang ditetapkan sahaja.\nSila layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my untuk permohonan.\nBaca juga: SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)\n\nCara Login eGTukar KPM & Semakan Pertukaran\nBerikut adalah langkah login eGTukar dan cara permohonan pertukaran guru.\nBerikut adalah cara dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:\n\nLayari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/\nMasukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan\nKlik OK\nAnda kini dalam sistem eGTukar\nKlik PERMOHONAN\nLengkapkan maklumat permohonan\nSila muat naik dokumen yang diperlukan\nKlik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar\nSave/Simpan salinan permohonan anda\nCetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu\nSila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan\n\n*Jika terlupa kata laluan, sila klik butang \u2018Lupa kata laluan egtukar\u2019 semasa login atau terus ke pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm\nNOTA: PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT GURU DIKEMASKINI MELALUI MODUL PENGURUSAN GURU E-OPERASI DAN DISAHKAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH TEKNIKAL.\nBaca juga: eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/.\nJika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:\n\nPejabat Pendidikan Daerah\n\nPermohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\n\nJabatan Pendidikan Negeri\n\nPermohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\u2013 Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\n\nBPLTV\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional\n\n\nBPI\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.\n\n\nBPSBP\n\nPermohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh\n\n\nBPKHAS\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional\n\n\nBSKK\n\nPermohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.\n\n\n\nRujuk\u00a0SOALAN LAZIM\u00a0untuk maklumat lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-ibu-sempena-meraikan-hari-istimewa/", "title": "Hadiah Untuk Ibu Sempena Meraikan Hari Istimewa \u2013 20 Pilihan Yang Menarik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIbu adalah merupakan insan istimewa yang hadir dalam hidup setiap individu. Mereka adalah insan yang sering berkorban demi kebahagiaan anak-anak. \nSebagai seorang anak, kita perlulah berusaha untuk menggembirakan hati seorang ibu. Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah dengan memberikan beliau hadiah pada hari istimewa.\u00a0\n\nSekiranya anda\u00a0 tidak tahu apa yang perlu diberikan kepada ibu anda\u00a0 atau sedang\u00a0 mencari idea hadiah untuk ibu yang terbaik, usah risau. \nPada artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa idea hadiah untuk ibu yang menarik dan pasti membuatkan mereka terharu sempena meraikan hari istimewa beliau. Apa yang menariknya, kesemua hadiah ini boleh didapati di Shopee!\nTunggu apalagi, mari teruskan membaca!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n20 Pilihan Hadiah Untuk Ibu\n\n \n1. Barang Kemas Habib\n\n \n2. Al-Quran\n\n \n3. Beg Tangan\n\n \n4. Pressure Cooker\n\n \n5. Set Sofa\n\n \n6. Kerusi Urut\n\n \n7. Cadar\n\n \n8. Jubah/Abaya\n\n \n9. Pokok Bunga Hiasan\n\n \n10. Kasut\n\n \n11. Stand Mixer\n\n \n12. Pengisar Buah\n\n \n13. Tasbih Digital\n\n \n14. Pasu Bunga\n\n \n15. Robot Vakum\n\n \n16. Set Periuk\n\n \n17. Tudung\n\n \n18. Set Tupperware\n\n \n19. Blood Pressure Monitor\n\n \n20. Sejadah Sandar\n\n\n20 Pilihan Hadiah Untuk Ibu\n1. Barang Kemas Habib\nApa salahnya sekali-sekala anda hadiahkan ibu barang kemas Habib yang\u00a0 mempunyai pelbagai rekabentuk moden dengan harga yang berpatutan. Antara pilihan yang anda boleh berikan kepada ibu anda ialah cincin,\u00a0 rantai,\u00a0 gelang ataupun anting-anting. Ibu anda pasti menyukainya!\u00a0\nHABIB Noah Diamond Bolo Bracelet: https://shopee.com.my/habib.os/5040049069\n2. Al-Quran\nApabila sudah beranjak ke usia senja, para ibu biasanya akan banyak menghabiskan masa berehat. Masa yang terluang boleh diisi dengan membaca al-quran ataupun beribadah. \nHadiahkan ibu anda senaskah al-quran yang mempunyai tulisan yang agak besar agar mudah dibaca lebih-lebih lagi apabila ibu anda mempunyai masalah penglihatan disebabkan oleh faktor usia.\u00a0 Secara tidak langsung, ini akan membantu menaikkan semangat ibu anda untuk terus membaca al-quran.\u00a0\nAl-Quran Tagging Humaira: https://shopee.com.my/wbmarketing/2681998398\n3. Beg Tangan\nBeg tangan juga adalah salah satu hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada sang ibu. Bolehlah ibu anda menggunakannya untuk ke majlis-majlis khas dan penting. \n\n\n\n\n\n\nTerdapat pelbagai jenis dan reka bentuk beg tangan yang anda boleh pilih. Anda boleh bertanya terlebih dahulu kepada ibu anda mengenai ciri-ciri beg tangan yang disukainya.\u00a0\u00a0\nBeg tangan: https://shopee.com.my/crocodilewomenbags.os/14219008380\n4. Pressure Cooker\nSekiranya ibu anda belum lagi mempunyai pressure cooker, inilah masa terbaik untuk anda hadiahkannya kepada ibu anda. Peralatan memasak seperti pressure cooker ini sangat membantu untuk memudahkan kerja memasak di dapur. Tugas memasak pun menjadi jauh lebih mudah dan cepat.\nPressure cooker: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/11500398059\n5. Set Sofa\nApabila melihat sofa di rumah ibu anda sudah agak lama dan tidak pernah berganti, jangan teragak-agak untuk membelikan ibu anda sofa baru sebagai hadiah di hari istimewanya. Kenalpasti gaya perabot dan tema ruang tersebut agar sofa yang anda beli kelak sesuai untuk diletakkan di ruang itu.\u00a0\nSet sofa: https://shopee.com.my/colorlifesdnbhd/6909907524\n6. Kerusi Urut\nSekiranya anda mempunyai bajet lebih, kerusi urut adalah pilihan hadiah yang terbaik. Terutamanya untuk ibu anda yang sudah berusia. Dengan adanya kerusi urut, ibu anda boleh melegakan sakit belakang, sakit kaki dan sakit badan setelah seharian penat menguruskan rumah. Ia sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh anda.\u00a0\nKerusi urut: https://shopee.com.my/ebestseller/17730304007\n7. Cadar\nHadiahkan ibu anda set cadar yang berkualiti tinggi dan selesa untuk membantu ibu anda mendapatkan rehat dan tidur yang sempurna.Terdapat pelbagai jenama cadar yang mempunyai kualiti yang terbaik serta corak-corak yang ditawarkan juga pelbagai dan menarik. Antara jenama cadar yang popular ialah Akemi, Dora Mill dan sebagainya.\nCadar Akemi: https://shopee.com.my/akemi.os/11763321882\n8. Jubah/Abaya\nPemberian jubah ataupun abaya sangat berguna untuk para ibu. Hal ini kerana, kebanyakan para ibu gemar memakai jubah ataupun kebaya ke mana-mana sahaja. Selain mudah untuk dipakai,\u00a0 ia juga sangat cantik dan sesuai untuk digayakan apabila pergi ke mana-mana sahaja.\u00a0\nJubah: https://shopee.com.my/yanase/22216878489\n9. Pokok Bunga Hiasan\nSekiranya ibu anda sangat suka pokok bunga dan juga minat menghias rumah, Apa kata hadiahkan ibu anda pokok bunga hiasan yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi ruangan di rumah ibu anda.\u00a0\nPokok bunga hiasan: https://shopee.com.my/nelsonwe/7655195514\n10. Kasut\nHadiahkan Ibu anda sepasang kasut yang selesa dipakai terutamanya untuk digunakan apabila perlu berjalan lama dan jauh. Hal ini kerana, menginjak usia senja kaki para ibu kebanyakannya sering sakit.\u00a0 \nJadi, pastikan anda memberikan hadiah kasut yang benar-benar selesa. Selain itu,\u00a0 pastikan juga anda mengetahui saiz kaki Ibu anda serta jenis kasut yang disukainya.\u00a0\nKasut wanita: https://shopee.com.my/drcardin.os/3849059335\n11. Stand Mixer\nUntuk para ibu yang suka membuat kek ataupun kuih, stand mixer pasti akan menjadi salah satu hadiah kegemaran mereka. Ia boleh membantu memudahkan proses pembuatan kek dan kuih serta membantu menjimatkan tenaga dan juga masa sang ibu berada di dapur.\u00a0\nStand Mixer DESSINI: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/5887515923 \n12. Pengisar Buah\nPengisar buah juga adalah merupakan salah satu hadiah yang terbaik untuk kesihatan para ibu. Dengan adanya pengisar buah, ibu anda boleh membuat jus buah atau smoothies dengan mudah. Ini akan membantu para ibu untuk kekal bersemangat mengamalkan diet sihat setiap hari.\u00a0\nPengisar buah: https://shopee.com.my/miuimalaysia/11111963950\n13. Tasbih Digital\nKebaikan tasbih digital berbanding dengan tasbih biasa ialah ibu anda tidak perlu lagi berzikir sambil mengira. Beliau hanya perlu fokus berzikir sambil menekan satu butang pada tasbih digital tersebut untuk membuat kiraan secara automatik. Mudah kan?\nTasbih digital: https://shopee.com.my/21secret/4177245534\n14. Pasu Bunga\nTerdapat pelbagai rekaan pasu bunga yang dijual pada masa kini. Pasu bunga dengan rekaan yang menarik boleh dijadikan sebagai hiasan rumah serta digunakan untuk meletakkan pokok hiasan. Setiap kali memandang pasu bunga yang anda berikan, pasti ibu anda teringatkan anda.\nPasu bunga: https://shopee.com.my/smartkidz.88/8543235732\n15. Robot Vakum\nMengemas rumah adalah satu pekerjaan yang meletihkan. Lebih-lebih lagi apabila ibu anda sudah berusia. Untuk membantu mengatasi masalah tersebut, hadiahkanlah ibu anda robot vakum ini. \nRobot vakum ini berfungsi untuk membersihkan segala kekotoran yang ada di lantai. Jadi, ibu anda tidak perlu lagi menyapu atau vakum lantai rumah sepanjang keberadaan robot vakum ini.\nRobot vakum: https://shopee.com.my/vapeesteam/15609056219\n16. Set Periuk\nPara ibu memang sukakan periuk. Jadi, apa kata anda hadiahkan ibu anda satu set periuk untuk digunakan apabila memasak lauk harian di rumah. Ibu anda pasti tersenyum girang setiap kali memasak untuk anda sekeluarga menggunakan set periuk yang baru.\u00a0\nSet Periuk DESSINI: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/5178606091\n\u00a017. Tudung\nTambahkan koleksi tudung ibu anda dengan menghadiahkan beliau tudung baru yang sudah lama diinginkannya. Atau, anda boleh memilih tudung yang sesuai dengan personaliti yang ibu anda miliki.\u00a0\nTudung: https://shopee.com.my/thejasminelook/5388357467\n18. Set Tupperware\nPercayalah, untuk mengambil hati ibu anda tidaklah sesukar mana. Hadiahkan sahaja set Tupperware yang menjadi kegemaran ramai kepada ibu anda. Terdapat bermacam-macam set tupperware yang dijual, anda boleh meminta ibu anda pilih yang mana beliau inginkan dalam koleksinya.\u00a0\nSet Tupperware: https://shopee.com.my/yongshengecommerce/1143251\n19. Blood Pressure Monitor\nUntuk memastikan kesihatan ibu anda dalam keadaan yang baik, anda boleh hadiahkan alat mengawal tekanan darah yang boleh digunakan membaca tekanan darah ibu anda secara rutin. \nMemantau bacaan tekanan darah adalah sangat penting untuk golongan berusia terutamanya yang mempunyai darah tinggi bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk terjadi apabila tekanan darah tidak terkawal.\u00a0\nBlood pressure monitor: https://shopee.com.my/vincentboo/16978980986\n20. Sejadah Sandar\nSejadah sandar merupakan produk yang popular dalam kalangan golongan ibu bapa pada masa kini kerana fungsinya yang boleh membantu anda untuk duduk bersandar sambil\u00a0 membaca al-quran selepas solat,\u00a0 mendengar ceramah,\u00a0 ataupun menunggu waktu solat masuk.\nSejadah ini mempunyai sandaran di bahagian belakang yang membolehkan anda duduk bersandar sekaligus mengelakkan sakit belakang.\u00a0\nSejadah Sandar: https://shopee.com.my/habibcarpet/8818805711\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ringgit-ke-rupiah/", "title": "Kadar Penukaran Ringgit Ke Rupiah Hari Ini & Cara Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKADAR TUKARAN RINGGIT (RM) KE RUPIAH HARI INI\nBagi individu dari Malaysia yang mahu ke Indonesia, mereka pastinya akan menukar wang mereka daripada ringgit ke rupiah.\nBerapakah kadar matawang Ringgit Malaysia (RM) jika dibandingkan dengan Rupiah Indonesia?\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenali matawang Rupiah Indonesia (IDR)\n\n \nKenali matawang Ringgit Malaysia (RM)\n\n \nHarga Terkini Tukaran Rupiah (IDR) ke Ringgit (RM) Hari Ini\n\n \nSemakan kadar tukaran semasa Ringgit Ke Rupiah Hari Ini Melalui Laman Web / Converter\n\n\nKenali matawang Rupiah Indonesia (IDR)\nRupiah Indonesia (IDR) adalah mata wang rasmi Indonesia dan dibahagikan kepada 100 sen. \nDikeluarkan dan dikawal oleh Bank Indonesia, kod mata wang ISO 4217nya ialah IDR. \n\n\n\n\n\n\nNama \u201crupiah\u201d berasal daripada perkataan Sanskrit untuk perak namun kadang-kadang, orang Indonesia juga secara tidak rasmi menggunakan perkataan \u201cperak\u201d (\u201cperak\u201d dalam bahasa Indonesia) dalam merujuk kepada rupiah dalam syiling. \nRupiah dibahagikan kepada 100 sen, walaupun inflasi yang tinggi telah menyebabkan semua syiling dan wang kertas dalam denominasi sen menjadi usang dan tidak lagi digunakan. \nKenali matawang Ringgit Malaysia (RM)\nRinggit Malaysia ialah mata wang Malaysia. \nIa dibahagikan kepada 100 sen (dahulu sen) dan matawang ini dikeluarkan dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.\nPerkataan ringgit adalah istilah lapuk untuk \u201cbergerigi\u201d dalam bahasa Melayu. \nPerkataan itu pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada tepi bergerigi duit perak dolar Sepanyol.\nDisebabkan oleh warisan bersama tiga mata wang moden \u2013 dolar Singapura dan dolar Brunei juga dipanggil ringgit dalam bahasa Melayu maka untuk membezakan antara ketiga-tiga mata wang tersebut, mata wang Malaysia dirujuk sebagai Ringgit Malaysia, oleh itu singkatan rasmi dan simbol mata wang yang digunakan adalah RM.\nDi peringkat antarabangsa, kod mata wang ISO 4217 untuk ringgit Malaysia ialah MYR.\nHarga Terkini Tukaran Rupiah (IDR) ke Ringgit (RM) Hari Ini\nHarga tukaran ringgit ke rupiah sentiasa berubah-ubah dan setiap tempat tukaran matawang seperti di bank dan pusat tukaran matawang swasta mungkin memberikan nilai yang berbeza-beza setelah mengambil kira kadar keuntungan mereka juga.\nKetika artikel ini ditulis, kadar tukaran yang diberikan oleh laman Xe adalah seperti dalam gambar di bawah dimana IDR1,000 adalah bersamaan dengan RM0.30.\n\nSemakan kadar tukaran Rupiah ke Ringgit menggunakan laman Google juga memberikan hasil yang serupa seperti dalam gambar rajah di bawah:\nRUPIAH KE RINGGIT\nhttps://www.google.com/search?q=google+rupiah+to+myr&oq=google+rupiah+&aqs=chrome.0.0i512j69i57j0i512l2j0i22i30l6.5111j1j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8\n\nRINGGIT KE RUPIAH\nhttps://www.google.com/search?q=ringgit+ke+rupiah&oq=ringgit+ke+rupiah&aqs=chrome..69i57j0i512l5j69i61j69i60.4624j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8\n\nSemakan kadar tukaran semasa Ringgit Ke Rupiah Hari Ini Melalui Laman Web / Converter\n\nTerdapat beberapa laman web yang menyediakan kemudahan semakan kadar pertukaran semasa daripada RM ke Rupiah secara dalam talian.\nAntara caranya:\nTaip di bahagian carian Google anda \u201cID to MYR\u201dLaman web XE.comLaman web The Money Converter\nBaca juga: \nHarga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2022 Serta KepentingannyaKad Touch N Go Baru (NFC) : Cara Beli, Daftar & Tambah Nilai Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kuatkan-signal-wifi/", "title": "6 Cara Kuatkan Signal Wifi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai pengguna internet, kita perlu tahu cara kuatkan signal WiFi agar kita dapat mengakses internet dengan pantas. \nInternet ialah utiliti yang sama pentingnya dengan air dan elektrik tetapi ada kalanya sambungan WiFi yang tidak stabil boleh merosakkan mood kita untuk bekerja.\nKelajuan WiFi anda mungkin berbeza-beza secara dramatik dari satu hari ke hari berikutnya, atau hanya tidak pernah menyampaikan kelajuan yang dijanjikan oleh pembekal perkhidmatan Internet (ISP) anda.\nBerikut merupakan beberapa langkah untuk kuatkan signal WiFi di rumah atau tempat kerja anda:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nUji kelajuan capaian internet anda\n\n \n1. Pastikan anda disambungkan ke jalur 5Ghz\n\n \n2. Letak router di kedudukan yang lebih baik\n\n \n3. Kemaskini perisian router WiFi anda\n\n \n4. Passtikan tiada pencuri internet anda\n\n \n5. Beli router baru atau tambahkan \u201cpemanjang\u201dextender\u201d\n\n \n6. Dapatkan antena luaran\n\n\nUji kelajuan capaian internet anda\nTerdapat banyak sebab mengapa anda mungkin mempunyai WiFi yang perlahan, jadi adalah baik untuk bermula dengan perkara asas agar anda boleh buat perbandingan sebelum kuatkan signal WiFi anda\nJalankan ujian kelajuan Internet untuk melihat jenis kelajuan internet yang dilihat oleh router anda sebelum ia ditukar kepada isyarat wayarless (WiFi).\nJika kelajuan yang anda perolehi tidak sepadan dengan pelan yang anda bayar, maka hubungi ISP anda atau pertimbangkan untuk menaik taraf router anda jika ia sudah lama.\n\n\n\n\n\n\nBaca lagi: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda\n1. Pastikan anda disambungkan ke jalur 5Ghz\nJika anda mempunyai router Wi-Fi dwi-jalur atau tri-jalur, anda harus menggunakan jalur 5GHz dan bukannya jalur 2.4GHz apabila boleh.\nBanyak peranti rumah pintar (seperti loceng pintu video dan pembesar suara pintar) hanya boleh menggunakan jalur 2.4GHz yang lebih perlahan, tetapi telefon, komputer riba, tablet dan TV anda semuanya harus disambungkan melalui 5GHz untuk memanfaatkan kelajuan yang jauh lebih tinggi yang ditawarkannya.\n2. Letak router di kedudukan yang lebih baik\nJika router anda lulus ujian kelajuan tetapi WiFi anda lembab atau banyak kali terputus hubungan internet, ia mungkin diletakkan di lokasi yang tidak bagus.\nIsyarat WiFi menghadapi masalah untuk menembusi bahan pepejal seperti dinding bata, peralatan logam (seperti peti sejuk) dan jumlah air yang besar, seperti tangki ikan.\nSecara umum, tempat terbaik untuk meletakkan router WiFi anda adalah di lokasi pusat dengan banyak ruang terbuka, jadi ia mempunyai peluang terbaik untuk sampai ke setiap penjuru rumah anda tanpa sebarang halangan.\nOleh itu, mengubah posisi router anda juga sedikit sebanyak memmbantu anda kuatkan signal WiFi rumah atau pejabat anda. \n3. Kemaskini perisian router WiFi anda\nJika perisian router tidak dikemas kini dalam masa yang lama atau tidak pernah dikemaskini langsung \u2013 prestasinya mungkin terjejas teruk.\nBeberapa router boleh mengemas kini perisian mereka secara automatik, jadi gunakan aplikasi mudah alih penghala (jika ada) atau log masuk ke panel kawalannya dan lihat sama ada perisian router boleh dikemas kini. \nProses ini mungkin sangat sukar jika anda mempunyai router yang lebih lama, jadi semak panduan pengguna anda untuk mendapatkan butiran lanjut mengenainya.\nWalau bagaimanapun, jika router anda terlalu lama, kemungkinan pengilang akan berhenti menyediakan kemas kini untuknya dan anda perlu menaik taraf router anda ke model lebih baru. \n4. Passtikan tiada pencuri internet anda\nWiFi anda mungkin menjadi lembab akibat beban banyak pengguna atau peranti yang semuanya menggunakan internet anda pada masa yang sama. \nJika anda tidak melindungi rangkaian WiFi anda dengan kata laluan yang kukuh, kemungkinan besar jiran sedang menyambung ke rangkaian anda dan menyedut lebar jalur anda. \nJika itu yang berlaku, anda harus menggunakan aplikasi mudah alih penghala atau panel kawalan pentadbir router anda untuk menukar kata laluan dengan segera dan pastikan kata laluan itu juga kuat.\n5. Beli router baru atau tambahkan \u201cpemanjang\u201dextender\u201d\nMenggantikan router anda sentiasa merupakan pilihan terakhir. Bukan sahaja router baharu boleh menjadi mahal, malah memerlukan banyak kerja untuk setup dan meminta pelbagai peranti anda menyertai rangkaian baru.\nTetapi jika router anda terhad kepada piawaian 802.11n atau 802.11g yang sudah lama, contohnya, anda mungkin ingin mencari router 802.11ac atau Wi-Fi 6.\nJika anda mempunyai rumah yang sangat besar dan router anda masih belum usang, anda mungkin mahu menambah satu atau lebih \u201cextender\u201d WiFi untuk kuatkan signal WiFi anda. \nIni adalah peranti kecil dan mampu milik yang menguatkan isyarat WiFi dan oleh itu meluaskan kawasan liputan di rumah anda.\n6. Dapatkan antena luaran\nPercaya atau tidak, router anda mempunyai antena, tetapi ia berada di dalam peranti yang anda tidak dapat melihatnya. \nMasalah dengan antena terbina dalam ini ialah ia cenderung lebih lemah daripada antena luaran, dan anda juga tidak boleh menggantikannya.\nNasib baik, kebanyakan pengeluar penghala akan membenarkan anda memasang antena luaran padanya, seterusnya dapat kuatkan signal Wifi anda. \nAntena tambahan itu mungkin disertakan dengan pembelian anda, tetapi jika tidak anda boleh membelinya di kedai komputer atau secara dalam talian. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/puasa-syaaban/", "title": "Niat Puasa Sunat Syaaban & Kelebihan Bulan Sya\u2019ban", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNiat Puasa Sunat Bulan Syaaban & Kelebihan Bulan Sya\u2019ban\nRejab bakal berlalu, manakala Syaaban 1444 H pula bakal menjelma. Moga diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan. \nRasulullah SAW menyarankan umatnya banyakkan berdoa terutama bila tiba tiga bulan ini;\n\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0640\u0640\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0640\u0650\u0649\u0652 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0644\u0650\u0651\u063a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\n\u201cYa Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.\u201d\n(HR Ahmad dan At Tabrani)\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelebihan bulan ini serta tarikh malam Nisfu Sya\u2019ban bagi tahun 2023 bersamaan 1444H.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Masuk Bulan Sya\u2019ban & Nisfu Sya\u2019ban 1444H\n\n \nKelebihan Bulan Sya\u2019ban & Malam Nisfu Syaaban\n\n \nKelebihan Puasa Sunat Bulan Syaaban\n\n \nNiat Puasa Sunat Sya\u2019ban :\n\n \nDoa Bulan Syaaban\n\n\nTarikh Masuk Bulan Sya\u2019ban & Nisfu Sya\u2019ban 1444H\nAwal Syaaban (1 Syaaban) = 22 Februari 2023, Rabu\n\n\n\n\n\n\nInsha Allah kita akan menyambut kedatangan 1 Syaaban setelah masuk waktu Maghrib, 21 Februari 2023 ini (Selasa).\n15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 8 Mac 2023, Rabu\nIni bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya\u2019ban akan disambut pada 7 Mac 2023 (Rabu) selepas masuk waktu Maghrib.\n\nKelebihan Bulan Sya\u2019ban & Malam Nisfu Syaaban\nMenurut info dari JAKIM, malam bulan Syaaban ini amalan tahunan kita diangkat malaikat kepada Allah SWT.\nJusteru, kita digalakkan untuk memperbanyak amalan soleh serta memohon keampunan kepada Allah SWT.\n\nKelebihan Puasa Sunat Bulan Syaaban \nUmat Islam digalakkan untuk memperbanyak puasa sunat dalam bulan Syaaban.\nHal ini berdasarkan sebuah hadis :\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064f\u0633\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0632\u064e\u064a\u0652\u062f\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0634\u064f\u0651\u0647\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064c \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u064f\u0644\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064c \u062a\u064f\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0641\u064e\u0623\u064f\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0627\u0626\u0650\u0645\u064c\n\u201cDaripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W; \n\u201cWahai Rasulullah S.A.W, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Syaaban. \nBaginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rabb semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa\u201d.\u201d\n(Hadis Riwayat an-Nasai No: 2317) Status: Hasan\n\u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0631\u0652\u0639\u0650 \u0648\u064e\u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u0633\u064e\u0642\u0652\u064a\u0650 \u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0631\u0652\u0639\u0650 \u0648\u064e\u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u062d\u0650\u0635\u064e\u0627\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0631\u0652\u0639\u0650\n\u201cBulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.\u201d\nSumber infografik: JAKIM \nDaripada Mu\u2019az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u064a\u064e\u0637\u064e\u0651\u0644\u0650\u0639\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u0650\u0647\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0635\u0652\u0641\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e \u0641\u064e\u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0644\u0650\u062c\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0639\u0650 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u0650\u0647 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0644\u0650\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0645\u064f\u0634\u064e\u0627\u062d\u0650\u0646\u064d\nMaksudnya: \u201cAllah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya\u2019ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan\u201d. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]\n\nAyuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban antaranya berpuasa sunat.\nNiat Puasa Sunat Sya\u2019ban :\n\u0646\u0648\u064a\u062a \u0635\u0648\u0645 \u0634\u0647\u0631 \u0634\u0639\u0628\u0627\u0646 \u0633\u0646\u0629 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649\n\u201cNawaitu sauma syahri sya\u2019ban sunnatan lillahi Ta\u2019ala.\u201d\nMaksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya\u2019ban kerana Allah Ta\u2019ala.\nDoa Bulan Syaaban\nJom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, in Shaa Allah.\nDoa-doanya ialah:\nDOA 1\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0644\u0650\u0651\u063a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya\u2019ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.\u201d\nDOA 2\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0644\u0650\u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u064f\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u064b\u0627\nMaksdunya: \u201cYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).\u201d\nMintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.\nSumber infografik : JAKIM Sabah\nNISFU SYA\u2019BAN TERMASUK 5 MALAM MUSTAJAB DOA \u2013 IMAM AS-SYAFI\u2019E RA\n\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0627\u0641\u0650\u0639\u0650\u0649\u064f\u0651 : \u0648\u064e\u0628\u064e\u0644\u064e\u063a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064f\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f : \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0639\u064e\u0627\u0621\u064e \u064a\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u064e\u0627\u0628\u064f \u0641\u0650\u0649 \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650 \u0644\u064e\u064a\u064e\u0627\u0644\u064d \u0641\u0650\u0649 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0635\u0652\u0641\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e.\nImam asy-Syafie berkata : \u201cDoa itu mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam raya adha, malam raya fitri, malam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu sya\u2019ban.\u201d\nSumber infografik : IKIM\nDiriwayatkan dalam:\nImam asy-Syafie, Al-Umm, Jilid 1/254, Dar El Fikr, 2009,\nImam al-Baihaq, Sunnah al-Kubra, 3/319, no: 6518.\nSyu\u2019bul Iman, 3/341, no: 3711.\nBaca juga: \n\nPanduan Solat Hajat : Hukum, Niat & Doa Lengkap (JAKIM)\nNiat Ganti Puasa Ramadan : Lafaz & Hukum Gabung Puasa Sunat\nDoa Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-bantuan-kewangan-bulanan-maiwp/", "title": "Tawaran Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP kepada golongan asnaf yang memerlukan.\nSkim bantuan kewangan ini akan diberikan dalam bentuk wang tunai melalui kepada paras asnaf yang berkelayakan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini dengan lebih lanjut.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP\n\n \nSyarat Umum\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP\nUntuk makluman, skim bantuan ini merupakan salah satu daripada 30 jenis skim bantuan zakat yang diuruskan di bawah MAIWP demi meringankan beban keluarga asnaf.\nBaca Juga : Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)\n\nSyarat Umum \nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\nBeragama Islam\nWarganegara Malaysia\nBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang 1 satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan\nTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.\n\nCara Memohon\nPemohon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan berpandukan langkah-langkah berikut :\n\nMuat turun borang permohonan di pautan\u00a0https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf.\nLengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nBorang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.\u00a0\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga dikehendaki untuk mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :\n\nSatu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)\nSatu salinan kad pengenalan:\u2013 Pemohon\u2013 Suami\u2013 Isteri\u2013 Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan)\nSatu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah\u00a0(Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan).\u2013 Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung\nSatu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.\nSatu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.\nSatu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami\n\nPemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen seperti di bawah sekiranya berkaitan :\n\nKeluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.\nAhli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.\nSaudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.\nOrang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).\nPengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.\nSedang mengikuti pengajian di IPT.: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.\nKeluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.\nMuflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP, sila rujuk pada pautan berikut :\nhttps://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-kewangan-bulanan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-kira-overtime/", "title": "Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan & Cara Kira Overtime", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHAK-HAK UTAMA PEKERJA DI BAWAH AKTA KERJA 1955 BERKAITAN HARI KELEPASAN AM BERGAJI \u2013 CUTI WAJIB & PILIHAN BAGI SEMUA MAJIKAN DI MALAYSIA \u2013 CARA KIRA OVERTIME BAGI PEKERJA\nTahukah anda? TIDAK semua cuti am wajib diambil oleh Majikan. \nSebenarnya hanya jumlah 11 hari diperuntukkan bagi cuti am sepanjang tahun di mana 11 hari ini terdiri daripada 5 hari wajib dan 6 hari pilihan majikan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cuti wajib dan cuti pilihan yang berkuatkuasa mengikut Akta Kerja 1955 supaya pekerja dan majikan lebih peka terhadap hak masing-masing.\nSumber: Jabatan Penerangan Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCuti Wajib & Pilihan Majikan Bagi Pekerja Di Bawah Hak Kelepasan Am Bergaji (Akta Kerja 1955)\n\n \nCara Kira Overtime (OT) \u2013 Bayaran Bekerja Lebih Masa\n\n\nCuti Wajib & Pilihan Majikan Bagi Pekerja Di Bawah Hak Kelepasan Am Bergaji (Akta Kerja 1955)\nMengikut Akta Kerja 1955, hanya ada 5 hari cuti umum wajib dan berbayar dalam satu tahun.\n\n\n\n\n\n\nCuti-cuti tersebut ialah:\n\nHari Pekerja (1 Mei)\nHari Keputeraan Raja-Raja / Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan\nHari Keputeraan YDP Agong (6 Jun)\nHari Kebangsaan (31 Ogos)\nHari Malaysia (16 September)\n\nSementara itu, 6 hari pilihan Majikan ini pula tertakluk kepada mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951.\nEnam hari kelepasan am yang lain ini perlu ditetapkan oleh Majikan pada awal tiap-tiap tahun.\nJika diperlukan dan diarahkan majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955]\nSeksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 pula merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang tidak diwartakan.\nCuti ini contohnya meraikan kemenangan pasukan bola atau sempena membentuk kerajaan baru selepas Pilihanraya umum diadakan.\nCara Kira Overtime (OT) \u2013 Bayaran Bekerja Lebih Masa\nAdakah anda selalu diminta bekerja oleh Majikan pada hari cuti? Berkuatkuasa 1 Januari 2023 ini, pekerja yang bergaji RM4,000 sebulan boleh dapat OT!\nBerikut dikongsikan cara pengiraan bagi mereka yang layak mendapat bayaran overtime jika bekerja pada hari cuti.\nKADAR OVERTIME :\n\nOT Hari Bekerja : Gaji sejam X 1.5\nOT Hari Cuti Umum : Gaji sejam x 3\nOT Hari Cuti Biasa / Rehat : Gaji sejam x 2\n\n1. Anda tengok jadual kerja dan lihat jumlah hari bekerja, tak boleh lebih 45 jam (mengikut pindaan Akta Kerja terbaru):\n\nJika 6 hari seminggu: 45 jam/6 hari = 7.5 jam sehari\nJika 5 hari seminggu: 45 jam/5 hari = 9 jam sehari\n\n2. Dah tahu jumlah hari dan jumlah jam bekerja sehari, kira kadar harian OT pula:\n\nORP (Gaji sebulan) : Gaji pokok / 26\nHRP (Gaji per jam) : Kalau jam bekerja 8 jam, bahagikan ORP dengan 8\n\n3. Tengok jenis hari anda / pekerja OT untuk dapatkan gandaan OT:\n\nHari biasa: 1.5\nHari Rehat : 2.0\nCuti Umum : 3.0\n\nKadar OT perlu dikira selepas jam bekerja sehari iaitu kalau waktu bekerja anda 8 jam maka, selepas daripada 8 jam barulah OT dikira.\nContoh pengiraan :\n\nGaji sebulan Amira : RM2000\nGaji Sehari (ORP) : RM2000 / 26 = RM76.92\nGaji Per Jam : RM76.92/8 = RM9.62\nBayaran Overtime (OT) : RM9.62 x 2 (jam) x 1.5 (kadar OT hari baisa) = RM28.85\n\nSumber: Soalan Lazim Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023\nBaca sepenuhnya: Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023 \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bpr-fasa-3/", "title": "BPR Fasa 3: Semakan Status & Baki Bayaran Mengikut Kategori", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerkini: Tarikh Bayaran BPR Fasa 3 Bagi Rayuan BPR Yang Berstatus LULUS\nAdalah dimaklumkan bahawa Rayuan BPR 2021 yang berstatus lulus dan masih belum menerima bayaran termasuk\u00a0status kredit (dalam proses pengkreditan), pembayaran adalah seperti berikut:\nAda akaun (BSN) \u2013 Bayaran mulai\u00a02 November 2021\u00a0secara berperingkatAda akaun (selain BSN) \u2013 Bayaran mulai\u00a05 November 2021\u00a0secara berperingkatTiada akaun \u2013 Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai\u00a05 November 2021\nPerkara ini dimaklumkan melalui laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).\n\nBagi penerima sedia ada, tarikh pembayaran BPR Fasa 3 telah bermula pada 28 September 2021.\n\n\n\n\n\n\nPembayaran ini telah dikreditkan bersekali dengan penerima BPR Fasa 3 bersekali pada penghujung September 2021 lalu.\nRujuk kenyataan rasmi Menteri Kewangan di bawah:\n\n\nRujuk cara semakan serta baki\u00a0bayaran yang akan diterima mengikut kategori melalui jadual di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah BPR?\n\n \nBilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?\n\n \nBerapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?\n\n \nCara Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah BPR?\nBantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.\nBPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).\nBayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.\n\nBilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?\nPermohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.\n\nTarikh bayaran BPR Fasa 3 akan diterima pada bermula 28 September 2021, manakala semakan status boleh dibuat bermula 18 September 2021 melalui portal BPR.\nBerapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?\nJumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:\nKategori Keluarga \nRM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)RM200 utk Isi Rumah >2501 \u2013 4000 (Kurang dari 1 anak)RM600 utk Isi Rumah >2501 \u2013 4000 (2 anak ke atas)RM100 utk Isi Rumah >4001 \u2013 5000 (Kurang dari 1 anak)RM200 utk Isi Rumah >4001 \u2013 5000 (2 anak ke atas)\n\nBerapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?\nKategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.\n\nCara Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3\nUntuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:\nLayari Portal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkanTekan butang \u2018Semak Status\u2019Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.\nBaca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan\nMaklumat Lanjut\nPortal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-syarikat-pengendali-umrah-motac/", "title": "Semakan Syarikat Pengendali Umrah & Pakej Berdaftar \u2013 MOTAC", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPastikan anda buat semakan syarikat pengendali Umrah sebelum membayar mana-mana syarikat untuk mengerjakan ibadah Umrah.\nSejak kebelakangan ini, kita banyak kali mendengar kes jemaah Umrah yang discam oleh syarikat yang menawarkan pakej Umrah.\nDisebabkan itulah anda perlu membuat semakan pengendali Umrah bagi memastikan anda tidak ditipu dan wang anda terjamin.\n\n\n\n\n\n\nKes-kes penipuan ini terjadi kerana penipu bijak mengambil peluang individu yang terburu-buru ingin mengerjakan Umrah tanpa menyemak latarbelakang pengendali Umrah tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nContoh Kes Penipuan Syarikat Umrah\n\n \nSemakan Syarikat Umrah Berdaftar\n\n \nSemakan Kelulusan Pakej Umrah\n\n \nTips Elak Penipuan Pakej Umrah\n\n\nContoh Kes Penipuan Syarikat Umrah\nPada tahun 2022, seorang individu telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah melibatkan penipuan pakej umrah ke Mekah dan ziarah ke Mesir terhadap 202 individu, antara tahun 2015 hingga 2016.\nMengikut fakta kes, tertuduh yang ketika melakukan kesalahan itu merupakan pengarah urusan syarikat Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn. Bhd. telah berurusan dengan seorang individu untuk mengadakan rombongan umrah dan perjalanan ke Mesir pada 2015.\nTertuduh telah menghantar itenari tiket kesemua peserta kepada pengadu di mana penerbangan dijadualkan pada 29 dan 30 Januari 2016, namun didapati dokumen yang dibekalkan tertuduh tidak sah dan tidak wujud.\nSemakan Syarikat Umrah Berdaftar\n\nSemakan pengendali Umrah berdaftar dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia) boleh dilakukan terus melalui laman web MOTAC.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk lakukan semakan dan carian pengendali Umrah Berdaftar:\n\nLayari laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/\nKlik \u201cCarian Lesen\u201d > \u201cAgensi Pelancongan\u201d pada bahagian menu utama\nPada ruangan carian, masukkan \u201cNama Syarikat\u201d atau \u201cNombor Lesen\u201d.\nKlik butang Cari.\nHasil carian akan dipaparkan.\nLihat pada kolum \u201cTempoh\u201d bagi memastikan lesen syarikat pengendali Umrah tersebut masih aktif\n\nBaca lagi: Harga Pakej Umrah Terkini 2023\nSemakan Kelulusan Pakej Umrah \nSelain semakan pengendali umrah berdaftar, anda juga boleh semak senarai kelulusan iklan Umrah bagi memastikan setiap pakej Umrah yang diiklankan telah didaftarkan dengan pihak MOTAC.\nIkuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/\nKlik \u201cCarian Lesen\u201d > \u201cKelulusan Iklan Umrah\u201d pada bahagian menu utama\nPada ruangan kotak carian, taip nama syarikat dan klik butang \u201cCari\u201d.\n\nTips Elak Penipuan Pakej Umrah\n\nLakukan semakan syarikat pengendali Umrah \u2013 pastikan berdaftar dengan MOTAC\nPastikan syarikat pengenali Umrah mempunyai lesen Umrah yang masih aktif\nPastikan mendapat bukti hitam putih setiap kali membuat pembayaran\nDapatkan rekomendasi rakan-rakan yang pernah menggunakan perkhidmatan sesebuah syarikat pengendali Umrah\nPastikan harga yang ditawarkan logik dengan membuat perbandingan harga dengan syarikat-syarikat lain\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-bantuan-masuk-sekolah-tawas/", "title": "Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2023 \u2013 TAWAS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bagi ahli Tabung Warisan Anak Selangor yang bakal masuk ke tahun 1 pada tahun 2023 akan berlangsung tidak lama lagi.\nSila kemaskini maklumat nombor telefon, alamat dan kawasan program pilihan bagi mengelakkan terlepas maklumat bagi sesi agihan yang akan datang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Tabung Warisan Anak Selangor dan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2023.\nBaca juga: \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah TAWAS?\n\n \nSemakan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2023\n\n \nKemaskini Maklumat\n\n \nPendaftaran Ahli TAWAS\n\n\nApakah TAWAS?\nTabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. \nTAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. \nProgram ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.\n\n\n\n\n\n\nPada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.\nBermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.\n\nSemakan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2023\nSesi serahan bagi Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS bagi ahli 2016 akan dilaksanakan di pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor \u2013 YAWAS dan akan bermula mengikut ketetapan dibawah:\nTarikh: 14 November 2022 hingga 2 Mac 2023.\nHari : Isnin hingga Khamis (Bagi serahan hari Ahad, sila rujuk jadual posting admin)\nMasa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.\nPemakluman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan diberi secara perperingkat kepada ibubapa/penjaga ahli bermula November 2022.\nSila pastikan ibubapa/penjaga telah memuat turun Aplikasi YAWAS di peranti pintar atau mendaftar di pautan https://rms.yawas.my/Member bagi memudahkan sesi pengambilan bantuan masuk sekolah anak anda.\n\nNota Penting:\nJika tidak terima SMS, ibubapa/penjaga boleh terus datang ke pejabat YAWAS untuk mengambil bantuan ahli TAWAS kelahiran 2016.\nSemakan ini adalah untuk ahli TAWAS yang\u00a0LAHIR PADA TAHUN 2016 SAHAJA.\nSila hubungi pusat tuntutan bantuan untuk maklumat lanjut.\nTuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan.Bawa mykid / kad TAWAS sewaktu hadir.Tidak dibenarkan menghantar wakil mengambil bantuan bagi pihak anak anda.\nSila buat semakan di pautan berikut:\nhttps://tawas.yawas.my/admin/semakan_pbms.php\nBaca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB \nKemaskini Maklumat\nKemaskini sekarang di\u00a0https://tawas.yawas.my\nPendaftaran Ahli TAWAS\nBorang Pendaftaran online sebagai ahli TAWAS boleh didapati di pautan berikut: https://pawas.yawas.my/\nPendaftaran hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut :\nSalinan MyKid dan Sijil Lahir AnakSalinan MyKad Ibu dan BapaSalinan MyKad Penjaga (jika perlu)Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)Cop Pengesahan Taraf Mastautin (bagi syarat II & III)Surat Pengesahan Penyakit Kronik Dan Masih Dalam Rawatan (Sekiranya Anak Mempunyai Penyakit Kronik)\nPenghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari Tarikh Pendaftaran Online dilakukan dan dihantar ke alamat berikut:\nYayasan Warisan Anak Selangor,Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.\nMaklumat Lanjut\nSila isikan borang di pautan di bawah jika anda mempunyai sebarang aduan dan juga pertanyaan berkenaan program di bawah IPR Selangor.\nhttps://icare.yawas.my/aduan/\nMAKLUM BALAS DAN JAWAPAN AKAN DIBUAT MELALUI PANGGILAN TELEFON ATAU EMAIL. SILA PASTIKAN MAKLUMAT NOMBOR TELEFON DAN EMAIL YANG DIBERIKAN ADALAH TEPAT.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-kkm/", "title": "Jawatan Kosong Terkini KKM (4,914 Kekosongan Jawatan Tetap)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJAWATAN KOSONG TERKINI KKM 2023\nTerkini, Menteri KKM memaklumkan bahawa terdapat 4,914 kekosongan jawatan tetap KKM akan ditawarkan, di mana permohonan akan dibuka mulai hari ini (6 Januari 2023) hingga 21 Januari 2023.\nMenterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).\nMenurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai hari ini sehingga 21 Januari.\n\u201cSaya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,\u201d katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di sini pada Jumaat.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kekosongan jawatan KKM dalam laman web SPA untuk makluman bersama, khususnya mereka yang sedang mencari kekosongan jawatan dalam sektor awam.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (Tarikh tutup 21 Januari 2023)\n\n \nPendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (Tarikh tutup 21 Januari 2023)\nIKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM\n======================================\nKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA\n\n\n\n\n\n\nIJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)\nJAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43\nKEKOSONGAN : 4,263\nTarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam\n\n\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :\nhttps://spa.gov.my/\u2026/ijazah\u2026/pegawai-perubatan-gred-ud41\nUntuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :\nhttps://spa9.spa.gov.my/login\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013\nJAWATAN : PEGAWAI FARMASI GRED UF41\nKEKOSONGAN : 316\nTarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam\n\n\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :\nhttps://spa.gov.my/\u2026/ijazah\u2026/pegawai-farmasi-gred-uf41\nUntuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :\nhttps://spa9.spa.gov.my/login\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013\nJAWATAN : PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41\nKEKOSONGAN : 335\nTarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam\n\n\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :\nhttps://spa.gov.my/\u2026/ijazah\u2026/pegawai-pergigian-gred-ug41\nUntuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :\nhttps://spa9.spa.gov.my/login\nPendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama\n\nCARA DAFTAR SPA 9 \nUntuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:\n\nLayari pautan https://spa9.spa.gov.my/login\nSkrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di atas\nIsi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *diiisi.\nSila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untukmengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuanpenetapan semula kata laluan(reset).\nMasukkan kata laluan dan kod keselamatan.\nPemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelummenghantar pendaftaran tersebut.\nKlik \u201cDaftar\u201d.\n\nPendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja\nUntuk mendaftar, Klik \u201cPendaftaran Pengguna\u201cuntuk ke Halaman Pendaftaran\n\n\n\nCARA LOGIN SPA9 UNTUK KALI PERTAMA\nSetelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama dengan mengikut langkah ini:\nSkrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:\n\nLayari laman web https://spa9.spa.gov.my/login\nSila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon\nMasukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yangdimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.\nKlik \u201cLog Masuk\u201d.\n\nJika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik \u201cPengguna Kali Pertama\u201d.\nJika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik \u201cLupa KataLaluan\u201d.\n\n\n\n*Rujuk manual penuh di bawah:\nManual_Pengguna_SPA9Download\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah sepanjang urusan menaik taraf, sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 \natau \nadukan pertanyaan melalui Sist\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-unishams/", "title": "Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS 2021 LZNK", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN , LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU\u2019ADZAM SHAH (UniSHAMS)\nKini dibuka kepada Pelajar Tahun 1 Kemasukan tahun 2021 !\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Biasiswa Pendidikan UniSHAMS Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) 2021.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Pelajar UniSHAMS?\n\n \nKadar Bantuan & Kelebihan\n\n \nSyarat Kelayakan Biasiswa UniSHAMS 2021\n\n \nCara Memohon Biasiswa UniSHAMS LZNK 2021\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Pelajar UniSHAMS?\nBiasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan pengajian kepada mahasiswa/i UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\nBantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.\n\n\n\n\n\n\nKadar Bantuan & Kelebihan\nDiploma (semua bidang pengajian) : RM 5,000.00 (semester), RM10,000 (setahun) Ijazah Sarjana Muda (semua bidang pengajian) : RM 6,000.00 (semester), RM12,000 (setahun)\nKELEBIHAN BIASISWA UniSHAMS 2021 LZNK\nTerbuka bagi tahun 1 kemasukan tahun 2021Tajaan penuh RM12, 000.00 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000.00 setahun bagi Diploma.Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMSPemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum\n\nBaca juga: Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK (Bayaran Hanya RM280 Sebulan)\nSyarat Kelayakan Biasiswa UniSHAMS 2021\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk memohon Biasiswa Penuh Pendidikan (UniSHAMS) seperti maklumat berikut :\nDiploma:\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahunPemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun)Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMSKeputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa MelayuLulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat)Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMSKeutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)\nIjazah Sarjana Muda:\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun)Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMSLulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAMKelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMSKeutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40)\nCara Memohon Biasiswa UniSHAMS LZNK 2021\nSila layari Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.myDaftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut.Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:Salinan Kad Pengenalan PemohonGambar pemohon berukuran passportSalinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau PenjagaSalinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan PendapatanSalinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggunganSalinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPTPermohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan :Bahagian PendidikanLembaga Zakat Negeri KedahMenara ZakatJalan Teluk Wan Jah05200, Alor SetarKedah Darul Aman.Telefon : 047331740\nPeringatan\nSetiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.\nSila pastikan anda klik pada HANTAR PERMOHONAN setelah selesai mengisi profil permohonan untuk hantar permohonan\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh permohonan DIBUKA dari 17 Mei 2021 sehingga 06 Jun 2021.\nCalon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.\nBaca juga: IPC Marii: Permohonan Latihan Kemahiran & Elaun RM1000 Sebulan\nMaklumat Lanjut\nSebarang persoalan boleh hubungi :\nBahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah\n04-7331740Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, KedahPortal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.myEmail : [email\u00a0protected]Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman\nInfo penuh: http://bit.ly/GarisPanduanUnishams\n\u201d Zakat Anda Merubah Asnaf \u201c\nPanjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf menyambung pengajian di Universiti Negeri Kedah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-kemasukan-ke-ipt-ibakipt/", "title": "iBAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan IPT Kerajaan Negeri Kedah RM300", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\niBAKIPT: BANTUAN / SUMBANGAN RM300 DARI KERAJAAN NEGERI KEDAH UNTUK KEMASUKAN PELAJAR KE IPT\nRakyat negeri kedah boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan One-Off Kemasukan Ke IPT ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan One-Off Kemasukan Ke IPT Kerajaan Negeri Kedah 2021 (iBAKIPT)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nDokumen Sokongan\n\n \nCara Memohon iBAKIPT 2021\n\n \nJumlah Kadar Bantuan iBAKIPT 2021\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBantuan One-Off Kemasukan Ke IPT Kerajaan Negeri Kedah 2021 (iBAKIPT)\nSistem Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan secara online untuk memohon bantuan awal kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi. \n\n\n\n\n\n\nIa diuruskan oleh Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah.\n\nSyarat Permohonan\nBerikut adalah syarat-syarat permohonan:\nPemohon atau Ibu atau Bapa lahir atau menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).Pemohon telah diterima masuk ke IPT Dalam Negara atau Luar Negara Sepenuh Masa dan telah membuat Pengesahan Pengajian dengan pihak IPT.Menyambung pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2021 sahaja.Permohonan hendaklah dibuat bagi kemasukan kali pertama sahaja bagi setiap tahap pengajian.Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat DUN / Penyelaras DUN Kawasan selewat-lewatnya 1 Disember 2021.\nDokumen Sokongan\nDokumen Sokongan yang wajib disediakan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan PemohonSalinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga (Salah seorang sahaja)Salinan Akaun Bank / Penyata BankSalinan Surat Tawaran Kemasukan / Pengesahan Pengajian IPT\n\nBaca juga: Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah\nCara Memohon iBAKIPT 2021\nPengguna boleh mengakses iBAKIPT dimana sahaja dan menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke pejabat mengisi atau menghantar borang permohonan. \nBerikut adalah modul-modul utama yang ada didalam sistem iBAKIPT:-\nLog masuk sistem permohonan iBAKIPTDaftar akaun Pengguna BaruIsi Maklumat pemohonTerlupa kata laluanKemaskini permohonan\nJumlah Kadar Bantuan iBAKIPT 2021\nMereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM300.\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan : 1 Disember 2021\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web rasmi sebagaimana pautan berikut;https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt/\nMaklumat Lanjut\nSebarang info dan maklumat lanjut, klik Soalan Lazim di bawah:\nIbu atau Bapa saya bermastautin (menetap) di Negeri Kedah. Adakah saya layak?Adakah pemohon yang mengikuti pengajian asasi/matrikulasi/sijil juga diberi peluang untuk memohon bantuan ini?Adakah dokumen yang diperlukan perlu diakui SAH sebelum dimuat naik ke dalam Sistem iBAKIPT?Saya belum bayar yuran pendaftaran pengajian, bolehkah saya muat naik surat tawaran pengajian sahaja?Saya tersilap isi maklumat Parlimen/DUN Kawasan.Dokumen yang dimuat naik terdapat kesilapan. Adakah saya perlu buat permohonan baru?Bagaimana saya ingin menghubungi Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan?Status permohonan saya TIDAK LENGKAP.Dokumen sokongan tiada cop pengesahan. Adakah saya perlu buat permohonan baru?\u00a0Status permohonan saya DAFTAR sedangkan saya sudah lengkapkan apa yang diminta.Saya sudah mengemaskini permohonan tapi sehingga hari ini masih berstatus DAFTAR.Bilakah permohonan saya akan diluluskan?Bilakah bayaran akan dibuat?Status permohonan saya PROSES BAYARAN.Status permohonan saya TIDAK LULUS.Bolehkan saya membuat rayuan?Status permohonan saya LULUS tapi saya masih belum menerima apa apa bantuan.Boleh saya tahu bila saya akan dapat bantuan kerana dah sebulan saya buat permohonan tapi tiada maklum balas.Adakah saya akan menerima panggilan telefon daripada Pejabat DUN untuk mengambil bantuan?\u00a0Adakah bantuan akan diberi secara online transfer ke akaun bank pelajar atau kena hadir ke Pejabat DUN?Jika bantuan dijalankan secara fizikal, bagaimana pula dengan pelajar yang berada di luar negeri Kedah?Saya nak daftar akaun baru tak boleh sebab nombor IC saya dah ada dalam Sistem iBAKIPT.Semasa mendaftar, saya tidak dapat e-mel pengesahan.\u00a0Saya tidak boleh Log Masuk untuk mengisi butiran.Saya terlupa kata laluan. Saya pernah Log Masuk tapi belum mohon lagi. Saya dah tekan banyak kali Lupa Kata Laluan tapi masih tiada e-mel diterima.\n*Sumber: https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kiosk-bantuan-mysejahtera/", "title": "Kiosk Bantuan MySejahtera : Lokasi, Tarikh & Waktu Operasi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman terkini berkaitan Kiosk Bantuan MySejahtera yang akan berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).\nKiosk Bantuan MySejahtera ini menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.\nInisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan \u2018helpdesk\u2019 atau kiosk bantuan secara fizikal bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera mendapat sambutan menggalakkan.\n\n\n\n\n\n\nKKM menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, kiosk bantuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu mula beroperasi hari ini dan mendapat sambutan baik sehingga kehabisan angka giliran.\nBerikut adalah info yang anda perlu tahu sebelum pergi ke Kiosk Bantuan berkenaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Kes Kontak Rapat @ Positif Covid TIDAK DIBENARKAN Hadir\n\n \n2. Lokasi Kiosk Bantuan MySejahtera\n\n \n3.Waktu Operasi & Tarikh Pembukaan Kiosk Bantuan MySejahtera\n\n \n4. Dokumen Yang Perlu Dibawa\n\n \n5. Maklumat Lanjut\n\n\n1. Kes Kontak Rapat @ Positif Covid TIDAK DIBENARKAN Hadir \nSila ambil perhatian bagi individu yang mempunyai masalah notis HSO lambat dikeluarkan, untuk kes kontak rapat atau positif COVID-19, tidak dibenarkan hadir ke kiosk bantuan MySejahtera.\n\n2. Lokasi Kiosk Bantuan MySejahtera\nBuat masa ini, Kiosk bantuan ini dibuka di 2 lokasi iaitu:\nWorld Trade Centre (WTC) KLIdeal Convention Centre (IDCC) Shah Alam\n\n3.Waktu Operasi & Tarikh Pembukaan Kiosk Bantuan MySejahtera\nTARIKH OPERASI: SETIAP HARI HINGGA 15 MAC 2022 (WTC KL)\nAtas sambutan yang menggalakkan, kiosk bantuan di World Trade Centre (WTC KL) akan DIBUKA SETIAP HARI sehingga 15 Mac 2022.\nWAKTU OPERASI : BERMULA 9 PAGI\nUntuk mengelakkan kesesakan dan pematuhan SOP, sebanyak 400 tiket akan dikeluarkan setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga habis.\n\n4. Dokumen Yang Perlu Dibawa\nKepada pengunjung yang ingin ke Kiosk Bantuan MySejahtera, jangan lupa untuk bawa bersama dokumen seperti yang disenaraikan di infografik dibawah.\nKad vaksinasi fizikalKad pengenalanDokumen vaksinasi daripada luar negaraPassportSurat Pengesahan tamat HSODokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negaraMemo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negaraDokumen VTL (Udara & air)\n\n5. Maklumat Lanjut\nUntuk info lanjut berkaitan MySejahtera, sila rujuk ke bahagian HelpDesk MySejahtera atau rujuk panduan lanjut pada artikel berikut:\nCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-InCara Buat QR Code MySejahtera Untuk Majlis Kenduri / KedaiPICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 \u2013 11 Tahun Di MySejahteraTak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset SemulaCara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahteraMySJ Trace: Fungsi, Cara Kemaskini & Maksud Interaksi Di MySejahteraKesilapan Teknikal Status MySejahtera Merah (HSO) / Kuning (PUS). Ini Apa Perlu BuatCara Kemaskini MySejahtera: Gagal Kemaskini Boleh Didenda\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-saman-jpj-2021/", "title": "Diskaun Saman JPJ 70% (18 Ogos \u2013 16 Sept 2021) & Cara Bayar Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik bagi semua rakyat Malaysia, mulai 18 Ogos 2021, akan bermulanya diskaun 70 peratus yang ditawarkan oleh JPJ bagi pembayaran saman.\nMenurut siaran media rasmi oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia itu, pemberian diskaun kepada orang ramai ini adalah bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang tawaran pengurangan / diskaun 70% saman JPJ bagi bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2021 ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Dapatkan Diskaun Saman JPJ 70% Mulai 18 Ogos 2021\n\n \nBAYARAN SAMAN SECARA MANUAL\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Dapatkan Diskaun Saman JPJ 70% Mulai 18 Ogos 2021\nPembayaran saman boleh dibuat melalui saluran berikut:\nSemua pejabat JPJ Negeri, Cawangan & UTCKiosk JPJPortal MySikap\nOrang ramai digalakkan untuk membayar saman mereka menerusi Portal MySikap secara dalam talian.\nIni memudahkan kerja kita dan tidak memudaratkan orang awam. Ia dapat elakkan kesesakan di kaunter.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan kenyataan penuh JPJ dan cara buat semakan dan bayaran saman online.\n\n\nBaca juga: e-Janji Temu Bank Rakyat: Permohonan Temujanji Online\nCARA BUAT SEMAKAN SAMAN JPJ \nUntuk membuat semakan saman JP secara online, sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan berikut:\nhttps://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman\n\nTekan butang Pilihan Carian dan pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:\nNo IDNo ID dan No Kenderaan\nPilih Kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.\nSaman JPJ akan dipaparkan sekiranya ada.\nAnda juga boleh membuat semakan dan bayaran melalui Portal MySikap JPJ.\nCARA BUAT BAYARAN SAMAN DAN DISKAUN 70% (2021)\nUntuk membuat bayaran saman online melalui MySikap, sila ikuti langkah berikut:\nLayari Portal MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.Sekiranya ada ID, boleh login seperti biasa. Jika masih belum ada ID, klik log masuk kali pertama.Setelah berjaya login, pilih menu Kesalahan dan Penalti.Tekan butang Cari untuk lihat saman yang ada. Paparan saman akan ditunjukkan. Lihat pada status kompaun, Boleh Dikompaun bermakna boleh dibayar.Bila dah klik pada kotak kecil, jumlah saman akan dipaparkan.Pilih kaedah pembayaran.Buat pembayaran dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.Tekan butang Teruskan dan masukkan nombor TAC sampai berjaya. Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran selesai.\nRujuk langkah bergambar di bawah:\nLANGKAH 1: LOG MASUK\n\nLANGKAH 2: PILIH MENU KESALAHAN & PENALTI\nLANGKAH 3: LIHAT BUTIRAN SAMAN\n\nSekiranya mahu check saman untuk orang lain dan bayar, pilih no pengenalan lain disebelah kanan.\nLANGKAH 4: BUTIRAN SAMAN\n\n\nLANGKAH 5: PILIH KAEDAH PEMBAYARAN\n\n\nLANGKAH 6: TERUSKAN PEMBAYARAN\nSELESAI\nBAYARAN SAMAN SECARA MANUAL\nBayaran dan diskaun saman JPJ 70% bagi tahun 2021 ini juga boleh didapatkan melalui pembayaran di kaunter-kaunter.\nUntuk memudahkan anda dan menjimatkan masa beratur, anda boleh menggunakan aplikasi JPJeQ, iaitu aplikasi nombor giliran bagi kegunaan cawangan JPJ seluruh Malaysia.\nSumber infografik: BERNAMA\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari\u00a0https://public.jpj.gov.my/\u00a0atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.\nPengguna disarankan agar merujuk\u00a0Panduan Umum\u00a0terlebih dahulu sebelum meneruskan ke pautan yang lain.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rmr-rahman-eperumahan-terengganu/", "title": "ePerumahan Terengganu : Permohonan RMR Rahman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk pengetahuan, permohonan Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) telah dibuka bermula 5 Januari sehingga 15 Februari 2023 secara online di Portal ePerumahan Terengganu.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR Rahman) bagi calon pemohon yang berminat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang setiap jenis dan skim yang ditawarkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR Rahman)?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nKadar Pembiayaan & Subsidi\n\n \nCara Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu / RMR Rahman\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR Rahman)?\nKerajaan Negeri mengadakan usahasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang berpengalaman luas dalam pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh Malaysia.\nPembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.\nKos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.\nPembiayaan ini adalah pembiayaan tanpa faedah dimana penawaran dan kutipan balik pembiayaan akan diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan Rumah Mampu Milik di negeri Terengganu.\nTerdapat 3 jenis skim yang ditawarkan iaitu: Jenis A, Jenis B dan i-Rahman.\n\nSyarat Permohonan\nAntara syarat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu seperti pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas.\nSila rujuk syarat terperinci di bawah mengikut kategori jenis A, B dan i-Rahman\nSYARAT KELAYAKAN JENIS A\n1. Pemohon atau pasangan merupakan\u00a0rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.\n\n\n\n\n\n\n2.\u00a021 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).\n3. Berkahwin;\u00a010 % diperuntukkan kepada golongan bujang\u00a0yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.\n4. Pemohon dan pasangan\u00a0belum pernah memiliki rumah.\n5. Pemohon dan pasangan\u00a0tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman\u00a0daripada pihak kerajaan.\n6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:\n\nPendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan\nPendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.\n\n7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang\u00a0bergred 1 hingga 22\u00a0sahaja layak memohon\n8.\u00a0Isteri kedua / ketiga / keempat\u00a0layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.\n9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM\u00a0sekali sahaja\u00a0dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.\n\n SYARAT KELAYAKAN JENIS B \n1. Pemohon atau pasangan merupakan\u00a0rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.\n2.\u00a021 tahun keatas\n3. Berkahwin;\u00a010 % diperuntukkan kepada golongan bujang\u00a0yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.\n4. Pemohon dan pasangan\u00a0belum pernah memiliki rumah.\n5. Pemohon dan pasangan\u00a0tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman\u00a0daripada pihak kerajaan.\n6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan)\u00a0tidak melebihi RM 7,000 sebulan.\n7.\u00a0Isteri kedua / ketiga / keempat\u00a0layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.\n8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM\u00a0sekali sahaja\u00a0dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.\n SYARAT KELAYAKAN i-RAHMAN \n1. Pemohon berumur\u00a021 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);\n2. Berkahwin;\u00a010 % diperuntukkan kepada golongan bujang\u00a0yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;\n3. Pemohon dan pasangan\u00a0tidak memiliki rumah sendiri;\n4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00\n5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut\n6. Pemohon atau pasangan merupakan\u00a0rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;\n7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang\u00a0bergred 1 hingga 22\u00a0sahaja layak memohon\n8.\u00a0Isteri kedua / ketiga / keempat\u00a0layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.\n9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM / RMR RAHMAN\u00a0sekali sahaja\u00a0dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.\n10. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50\u2032 lebar x 72\u2032 panjang) = 3600 kps; dan\n11. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.\nTempoh Permohonan \nPermohonan akan dibuka mulai 5 Januari hingga 15 Februari 2023 di pautan laman sesawang ePerumahan Terengganu.\nKadar Pembiayaan & Subsidi\nKADAR PEMBIAYAAN PEMBINAAN RUMAH\nPembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.\nKos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.\nKADAR PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH\nRumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja. \nTempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70. \nCara Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu / RMR Rahman\n\nLayari laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my dan buat pendaftaran online\nLog masuk\nPilih kategori \u2013 Beli rumah @ Bina rumah\nKemaskini dan isi maklumat pemohon\nPilih projek bagi kategori beli rumah (sekiranya ada iklan)\nBuat permohonan\n\n\nKesemua permohonan adalah secara atas talian sejak tahun 2014 melalui Portal ePerumahan Terengganu untuk memudahkan rakyat tanpa perlu hadir ke pejabat.\nPermohonan online dan syarat-syarat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut:\nhttps://eperumahan.terengganu.gov.my \nBaca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2023\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, boleh merujuk di laman web e-perumahan di pautan laman sesawang https://eperumahan.terengganu.gov.my mengenai syarat-syarat, dokumen yang diperlukan untuk membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).\nPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU(BAHAGIAN PERUMAHAN)TINGKAT BAWAH NO.28,PUSAT NIAGA PAYA KELADI,20000 KUALA TERENGGANU.\n+ 09-626 7999\u00a0+ 09-631 7999\nEmel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022/", "title": "Piala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPiala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan\nBagi peminat bola sepak, pertandingan Piala Dunia 2022 yang dianjurkan di Qatar pastinya satu pertandingan yang sangat dinanti-nantikan.\nPiala Dunia FIFA, sering dipanggil Piala Dunia, ialah pertandingan bola sepak persatuan antarabangsa yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki senior ahli-ahli F\u00e9d\u00e9ration Internationale de Football Association (FIFA), badan induk global sukan itu. \nKejohanan ini dianjurkan setiap empat tahun sejak kejohanan sulung pada tahun 1930, kecuali pada tahun 1942 dan 1946 apabila ia tidak diadakan kerana Perang Dunia Kedua..\n17 negara telah menjadi tuan rumah Piala Dunia. \nBrazil, Perancis, Itali, Jerman dan Mexico masing-masing telah menjadi tuan rumah dua kali, manakala Uruguay, Switzerland, Sweden, Chile, England, Argentina, Sepanyol, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan (bersama-sama), Afrika Selatan dan Rusia masing-masing menjadi tuan rumah sebanyak satu kali. \n\n\n\n\n\n\nQatar akan menjadi tuan rumah kejohanan 2022, dan 2026 akan dihoskan bersama oleh Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico, yang akan memberikan Mexico kelebihan sebagai negara pertama menganjurkan perlawanan dalam tiga Piala Dunia.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\n\n \nFormat Pertandingan\n\n \nSenarai Pasukan Yang Bertanding Dalam World Cup 2022\n\n \nGroup A\n\n \nGroup B\n\n \nGroup C\n\n \nGroup D\n\n \nGroup E\n\n \nGroup F\n\n \nGroup G\n\n \nGroup H\n\n \nJadual Piala Dunia FIFA 2022\n\n\nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\nSetakat Piala Dunia FIFA 2018, dua puluh satu kejohanan akhir telah diadakan dan sebanyak 79 pasukan kebangsaan telah bertanding. \nTrofi Piala Dunia telah dimenangi oleh lapan pasukan kebangsaan. \nBrazil telah menang lima kali, dan mereka adalah satu-satunya pasukan yang bermain dalam setiap kejohanan. \nPemenang Piala Dunia yang lain ialah Jerman dan Itali, masing-masing dengan empat gelaran; Argentina, Perancis, dan pemenang sulung Uruguay, dengan dua gelaran setiap satu; dan England dan Sepanyol, masing-masing dengan satu gelaran.\n1930:\u00a0Uruguay\u00a01934:\u00a0Itali\u00a01938:\u00a0Itali1950:\u00a0Uruguay\u00a01954:\u00a0Jerman Barat1958:\u00a0Brazil\u00a01962:\u00a0Brazil\u00a01966:\u00a0England1970:\u00a0Brazil\u00a01974:\u00a0Jerman Barat\u00a01978:\u00a0Argentina\u00a01982:\u00a0Itali\u00a01986:\u00a0Argentina1990:\u00a0Jerman Barat\u00a01994:\u00a0Brazil1998:\u00a0Perancis\u00a02002:\u00a0Brazil\u00a02006:\u00a0Itali2010:\u00a0Sepanyol\u00a02014:\u00a0Jerman\u00a02018:\u00a0Perancis\nFormat Pertandingan\nFormat semasa melibatkan fasa kelayakan, yang berlangsung dalam tempoh tiga tahun sebelumnya untuk menentukan pasukan mana yang layak ke fasa kejohanan. \nDalam fasa kejohanan, 32 pasukan, termasuk negara tuan rumah yang layak secara automatik, bersaing untuk merebut gelaran di tempat dalam negara tuan rumah selama kira-kira sebulan.\nSenarai Pasukan Yang Bertanding Dalam World Cup 2022\n\nGroup A\u00a0\nQatar, Ecuador, Senegal dan Netherlands\u00a0\nGroup B\u00a0\nEngland, IR Iran, Amerika Syarikat dan Wales\u00a0\nGroup C\u00a0\nArgentina, Aran Saudi, Mexico dan Poland\u00a0\nGroup D\u00a0\nPerancis, Australia, Denmark dan Tunisia\u00a0\nGroup E\u00a0\nSepanyol, Costa Rica, Jerman dan Jepun\u00a0\nGroup F\u00a0\nBelgium, Kanada, Morocco dan Croatia\u00a0\nGroup G\u00a0\nBrazil, Serbia, Switzerland dan Cameroon\u00a0\nGroup H\u00a0\nPortugal, Ghana, Uruguay dan Korea Republic\u00a0\nJadual Piala Dunia FIFA 2022\nPerlawanan pertama ditetapkan pada 20 November 2022 di Al-Bayt Stadium melibatkan pertembungan antara tuan rumah, Qatar menentang Ecuador.\nBerikut adalah senarai Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang telah diumumkan secara rasmi:\nRujuk jadual penuh : JADUAL PERLAWANAN FIFA WORLD CUP 2022 QATAR \nBaca juga: Gegar Vaganza 9 (GV 2022) : Konsert LIVE & Markah Terkini\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-chatime-menu/", "title": "Senarai Harga Chatime, Menu Bestseller & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun muncul banyak kedai yang menjual minuman Boba Tea, jenama Chatime masih kekal relevan sehingga kini.\nMalah, dengan ratusan cawangan kedai di seluruh Malaysia, kedudukannya juga agak kukuh dan ini berkemungkinan besar disebabkan jenama ini antara jenama awal yang mempopularkan minuman Boba Tea yang berasal dari Taiwan di Malaysia. \nDari semasa ke semasa, Chatime juga memperkenalkan menu baru yang ditawarkan dalam masa terhad bagi pelanggannya yang mahu mencuba sesuatu yang baru.\n\n\n\n\n\n\nDari segi harga pula harga minuman yang dijual oleh pihak Chatime tidak terlalu murah dan mahal, sesuai dengan rasanya da boleh dikatakan berada dalam kategori mampu milik.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai menu dan harga\n\n \nMilk Tea\n\n \nChocolatea Series\n\n \nDalgona Series\n\n \nCoffee Specialtea\n\n \nPromosi Terkini Chatime\n\n\nSenarai menu dan harga\n\nSecara umumnya, minuman yang dijual hadir dalam 2 pilihan saiz \u2013 Small (kecil) dan Regular (Sederhana).\nNota: Harga yang dipaparkan mungkin akan berubah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis daripada pihak Chatime. Untuk harga terkini, sila rujuk pada paparan Menu di kedai atau kiosk Chatime yang berdekatan. \nMilk Tea\nBagi penggemar teh susu, terdapat pelbagai variasi minuman Milk Tea dari Chatime yang boleh anda pilih daripada senarai di bawah:\nMenuHarga (S) / RMHarga (R) / RMPearl Milk Tea6.907.90Gras Jelly Roasted Milk Tea6.907.90Horlicks Milk Tea6.907.90Earl Grey Pearl Milk Tea7.908.90Red Bean Pearl Milk Tea7.908.90Jasmine Green Milk Tea6.907.90Brewed Oolong Milk Tea6.907.90Chatime Milk Tea5.906.90Roasted Milk Tea5.906.90\nChocolatea Series\nSekiranya anda lebih gemarkan minuman coklat, terdapat beberpa variasi minuman berperisa coklat untuk anda pilih daripada senarai di bawah:\nMenuHarga (S) / RMHarga (R) / RMSuperior Pure Cocoa6.907.90Strawberry Chocolate6.907.90Horlicks Cocoa6.907.90Hazelnut Chocolate6.907.90Cocoa Smootea with OREO Cookie Pieces\u20138.90Cocoa Latte6.907.90Caramel Pudding Smootea with OREO Cookies\u20138.90\nDalgona Series\nMinuman berkonsepkan Dalgona yang berasal dari Korea Selatan tiba-tiba ppular ketika musim pandemik Covid-19 lalu dan Chatime tidak ketinggalan menawarkan beberapa minuman berkonsepkan Dalgona seperti senarai menu di bawah:\nMenuHarga (RM)Dalgona Coffee Pearl10.90Dalgona Coffee Grass Jelly10.90Dalgona Grass Jelly Roasted Milk Tea12.90Dalgona Brown Sugar Pearl Milk Tea12.90Dalgona Chocolate10.90Dalgona Hazelnut Chocolate12.90Dalgona Oreo Chocolate13.90Dalgona Oreo Vanilla13.90\nCoffee Specialtea\nAnda seorang penggemar kopi sejati? \nPilih daripada pelbagai pilihan kopi yang ada daripada senarai di bawah:\nMenuHarga (S) / RMHarga (R) / RMAmericano7.90\u2013Cappucino8.90\u2013Caramel Latte8.90\u2013Cham Fusion\u20138.90Chatime Signature Coffee8.90\u2013Coffee Smootea\u20138.90Hazelnut Latte8.90\u2013Latte8.90\u2013Mocha8.90\u2013Premium Crush Coffee7.90\u2013Vanilla Latte8.90\u2013\nPromosi Terkini Chatime\n\n\n\nUntuk mengetahui promosi terkini dan minuman-minuman yang dijual dalam tempoh masa terhad, boleh ikuti laman Instagram Chatime di pautan https://www.instagram.com/chatime.malaysia/\nBaca juga: \nMenu Marrybrown, Harga dan Promosi Terkini Jun 2022Menu Domino\u2019s Pizza, Promosi & Harga Terkini Jun 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/saps-ibu-bapa/", "title": "SAPS Ibu Bapa: Login / Semak Keputusan Peperiksaan 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSAPS Ibu Bapa atau sistem analisis peperiksaan sekolah diperkenalkan untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak secara online.\nSelain itu, SAPS juga digunakan di dalam peperiksaan percubaan seperti Peperiksaan Percubaan SPM.\nSistem ini juga bertujuan sebagai pelengkap toolkit pembangunan sekolah (SIT).\nSemua guru mata pelajaran dan guru kelas wajib markah ujian bulanan dan ujian akhir tahun (termasuk ujian percubaan) ke dalam sistem SAPS.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa\n\n \nTakwim Kemasukan Markah Peperiksaan 2022\n\n \nKEPUTUSAN DAN JENIS PEPERIKSAAN YANG BOLEH DISEMAK\n\n \nLogin SAPS NKRA Ibu Bapa\n\n \nSemakan Keputusan Peperiksaan SPM 2021\n\n \nMaklumat Lanjut / Soalan Lazim SAPS 2022\n\n\nCara Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Ibu Bapa\nIbu bapa hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir. Kemudian pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah sebelum klik button semak.\nBerikut kami kongsikan gred pemarkahan sekolah rendah dan menengah.\nGred Sekolah Rendah\n80-100 Gred A Cemerlang65-79 Gred B Baik50-64 Gred C Memuaskan40-49 Gred D \u00a0Mencapai Tahap Minimum0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap MinimumTH Tidak Hadir\nGred Sekolah Menengah\n\n\n\n\n\n\n85-100 Gred A Cemerlang70-84 Gred B Kepujian60-69 Gred C Baik50-59 Gred D \u00a0Memuaskan40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap MinimumTH Tidak Hadir\nGred Menengah Atas\n90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi80-89 Gred A Cemerlang Tinggi70-79 Gred A- Cemerlang65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi60-64 Gred B Kepujian Tinggi55-59 Gred C+ Kepujian Atas50-54 Gred C Kepujian45-49 Gred D Lulus Atas40-44 Gred E Lulus0-39 Gred G GagalTH Tidak Hadir\nSemakan SAPS Ibu Bapa boleh dibuat di laman web\u00a0https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php\nSila login ke alamat berikut www.sapsnkra.moe.gov.myPilih butang SEMAKAN IBUBAPAMasukkan No. Kad Pengenalan pelajarKemudian pilih Sekolah Menengah dan Tahun peperiksaan yang perlu (Contoh : 123456789101, Sekolah Menengah, 2012)Kemudian klik SEMAK LAPORANPilih jenis Keputusan Peperiksaan yang ingin diperolehi (Contoh : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Kemudian pilih sama ada Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan)\nTakwim Kemasukan Markah Peperiksaan 2022\nDi bawah pula merupakan takwim yang digunakan untuk memasukkan markah peperiksaan 2022 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.\nJadi berpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan SAPS mengikut jadual yang disediakan tahun ini.\nAntara maklumat yang dikongsikan adalah jenis peperiksaan, tahun/tingkatan dan tarikh mula serta akhir masuk markah. Tarikh kemasukan markah SAPS sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia adalah seperti berikut:\nUjian Awal TahunTahun 6/Tingkatan 5: Peperiksaan Pertengahan TahunTahun 6/Tingkatan 5: Peperiksaan PercubaanTahun 6: Tingkatan 5: Peperiksaan Akhir TahunTahun 5/Tingkatan 4: \u2013\nKEPUTUSAN DAN JENIS PEPERIKSAAN YANG BOLEH DISEMAK\nBerikut adalah keputusan dan jenis peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS iaitu :\nKeputusan Sekolah Menengah:Tingkatan 1 \u2013 5Keputusan Sekolah Rendah:Darjah 1 \u2013 6\nJika anda perlukan bantuan berkaitan sistem SAPS, anda boleh hubungi pihak sekolah atau download manual penggunaan SAPS di sini.\n\nLogin SAPS NKRA Ibu Bapa\nSekiranya ibu bapa menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.\nIbu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.\nGK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).\nJika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.\nSUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:\n\n\n\nBegitu juga jika ejaan nama pelajar salah dalam sistem SAPS, ibu bapa perlu menghubungi guru kelas untuk memaklumkan hal tersebut.\nBaca juga: \nCara Scan Dokumen Guna Telefon Bimbit Android dan iOSPermohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\nSemakan Keputusan Peperiksaan SPM 2021\nUntuk peperiksaan SPM, calon boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:\nKAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH\nCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022.\nBagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.\n\nKAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE\nSemak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulaipukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau\n\nKAEDAH 3 : SEMAKAN SMS\nSemak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. \nSistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.\nMaklumat Lanjut / Soalan Lazim SAPS 2022\nBerikut antara isu yang terjadi ketika proses log in ke dalam sistem analisis peperiksaan sekolah 2022.\nQ: Saya tak dapat login SAPS Ibu Bapa A: Masalah ini terjadi disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar. Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke dalam sistem. Untuk selesaikan masalah ini sila hubungi HELPDESK. Q: Bolehkah saya mengubah ID atau Password? A: Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah: \n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baki-pinjaman-bank-rakyat/", "title": "Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi peminjam dari Bank Rakyat, anda digalakkan kerapa menyemak baki pinjaman Bank Rakyat untuk mengetahui status bayaran pinjaman anda.\nHal ini bagi memudahkan anda merancangan kewangan anda dan lebih penting lagi, sentiasa melakukan pembayaran semula pinjaman tanpa culas. \nLebih memudahkan, dengan kemajuan teknologi hari ini proses menyemak baki pinjaman Bank Rakyat anda boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja.\nTidak lagi perlu membazirkan masa anda untuk beratur panjang di mana-mana cawangan Bank Rakyat.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Semakan melalui web iRakyat\n\n \n2. Semakan melalui talian Tele-Rakyat\n\n \n3. Semakan melalui emel\n\n\n1. Semakan melalui web iRakyat\niRakyat merupakan portal kemudahan perbankan internet dari Bank Rakyat.\nTidak ramai pelanggan Bank Rakyat yang tahu bahawa melalui laman iRakyat, mereka boleh boleh menyemak terus status bayaran baki pinjaman dengan hanya beberapa klik sahaja. \nSekiranya anda belum mendaftarkan diri, klik panduan iRakyat: Daftar & Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online untuk mendaftarkan akaun di laman iRakyat.\nKemudian, ikuti langkah-langkah di bawah:\nLayari laman iRakyat di alamat https://www2.irakyat.com.my/personal/login/login.doLog masuk akaun anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunciPada bahagian menu, klik Account InfoKemudia, klik pada Loan & Financing\nMaklumat pinjaman anda akan dipaparkan pada dashboard akaun anda.\n2. Semakan melalui talian Tele-Rakyat\nSekiranya anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan perbankan di iRakyat atau tidak mempunyai sambungan internet yang baik, anda boleh juga membuat semakan baki pinjaman dengan membuat panggilan ke talian Tele-Rakyat.\nHubungi talian 1-300-80-5454 dari telefon mudah alih-anda dan bercakap dengan operator.\nKebiasaaannya pihak bank akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan akaun anda untuk pengesahan diri anda.\n3. Semakan melalui emel\nSelain 2 kaedah di atas, anda boleh juga memyemak baki pinjaman anda dengan menghantar emel kepada pihak bank di alamat [email\u00a0protected].\nBerikan maklumat-maklumat yang berkaitan dalam emel terrsebut seperti nombor akaun bank dan sebagainya.\nKaedah ini mungkin lebih lambat berbanding 2 kaedah di atas kerana pihak bank perlu membaca emel anda dan membalasnya secara manual namun tetap boleh digunakan.\nBagi memastikan anda dikenakan penalti dari pihak Bank Rakyat, pastikan anda sentias cakna dengan jadual pembayaran semula pinjaman anda dengan melakukan semakan dari semasa ke semasa menggunakan salah satu kaedah di atas. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/janji-temu-kwsp/", "title": "JTO: Janji Temu Online KWSP Dalam Tempoh PKP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERKHIDMATAN JANJI TEMU ONLINE KWSP (JTO)\nKWSP akan membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih bermula 1 Julai 2021, dari 8:30 pagi hingga 2:00 petang pada hari bekerja.\nTentunya ramai ahli yang ingin berurusan di KWSP selepas pengumuman i-Citra dalam Pakej PEMULIH tempoh hari.\nBerikut dikongsikan cara membuat janji temu online di pejabat / kaunter KWSP untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Janji Temu Online (JTO) KWSP?\n\n \nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui JTO\n\n \nWaktu Operasi Kaunter KWSP Dalam Tempoh PKP\n\n \nCara Memohon Slot Janji Temu Online KWSP\n\n \nKehadiran Lewat / Tukar Tarikh Janji Temu Online KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Janji Temu Online (JTO) KWSP?\nMulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online.\u00a0\nJanji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.\n\n\n\n\n\n\nHanya ahli yang membuat Janji Temu online dapat berurusan di kaunter KWSP.\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui JTO\nKhidmat Nasihat Persaraan (RAS)\u00a0(Sila\u00a0klik\u00a0di sini\u00a0untuk mengetahui lebih lanjut)\nPerundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60\u00a0 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)Perundingan Perancangan PersaraanPerundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah)\n*Perkhidmatan Perundingan KWSP adalah\u00a0PERCUMA\nKaunter\nPengeluaranPendaftaranAduan Majikan Gagal MencarumLain-lain Perkhidmatan\nSelain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli))\u00a0untuk membuat permohonan pengeluaran.\nBaca juga: i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran RM5,000 Bermula Ogos\nWaktu Operasi Kaunter KWSP Dalam Tempoh PKP\nKaunter\n8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja *.\nKhidmat Nasihat Persaraan (RAS)\nKhidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada\u00a029 Julai 2020.9.00 pagi hingga\u00a04.00 petang hari bekerja sahaja *.\n*Waktu Operasi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang\u00a0\u00a0terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.\n\nCara Memohon Slot Janji Temu Online KWSP\nUntuk membuat Janji Temu Online KWSP, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman web KWSP di pautan berikut: www.kwsp.gov.my/janjitemuIsikan maklumat diri dan pengesahan.Pilih cawangan dan waktu yang diingini untuk berurusan di kaunter KWSP.\nAhli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30\u00a0hari kalendar dan selewat-lewatnya 1\u00a0jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.\nSila klik\u00a0di sini\u00a0untuk muat turun Panduan Pengguna Janji Temu Online.\nContoh situasi memilih slot janji temu :\nSekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.\nBaca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen\nKehadiran Lewat / Tukar Tarikh Janji Temu Online KWSP\nAhli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.\nSelain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan\u00a0hand sanitiser.\nAhli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi\u00a0MySejahtera.\nJika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.\nAhli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8\u00a0jam sebelum tarikh yang ditetapkan.\nPermohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum hadir untuk berurusan di kaunter.\nAmalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. \nUtamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aircond-murah/", "title": "Senarai Aircond Murah 2021 + Voucher RM200 Shopee & Lazada", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTengah cari aircond murah?\nKenapa nak beli yang second hand kalau anda boleh beli yang baru siap dapat voucher RM200 lagi.\n\n\n\n\n\n\nVoucher ini disediakan oleh kerajaan melalui Program Save 2.0 yang diumumkan pada Belanjawan 2021 sebelum ini.\nNamun voucher tersebut hanya boleh dituntut melalui pembelian online sama ada di Lazada atau Shopee.\nUntuk barangan elektronik, kami lebih syorkan anda berbelanja di Lazada kerana lebih jimat dan dipercayai terutama pembelian di official store berstatus LazMall.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAircond Murah 2021\n\n \n#1 \u2013 Midea MSXD-09CRN8 1.0HP Xtreme Dura R32 Air Conditioner\n\n \n#2 \u2013 DAIKIN R32 1.0HP Standard Inverter Air Conditioner\n\n \n#3 \u2013 Midea 1.5hp Inverter Air Conditioner Xtreme Save MSXS-13CRDN8 Aircond\n\n \n#4 \u2013 Hisense Air Cond AN09CBG 1.0 HP Air Conditioner R32\n\n\nAircond Murah 2021\nJom kita lihat senarai aircond murah yang paling berbaloi anda beli tahun ini.\nKami pilih berdasarkan jenama-jenama aircond yang paling dipercayai di Malaysia contohnya Midea, Daikin, Hitachi, York, Acson, dan Panasonic.\n#1 \u2013 Midea MSXD-09CRN8 1.0HP Xtreme Dura R32 Air Conditioner\n\n\nCheck Harga Di Lazada\n\n\n#2 \u2013 DAIKIN R32 1.0HP Standard Inverter Air Conditioner\n\n\nCheck Harga Di Lazada\n\n#3 \u2013 Midea 1.5hp Inverter Air Conditioner Xtreme Save MSXS-13CRDN8 Aircond\n\n\nCheck Harga Di Lazada\n\n#4 \u2013 Hisense Air Cond AN09CBG 1.0 HP Air Conditioner R32\n\n\nCheck Harga Di Lazada\n\n#5 \u2013 Samsung 1.0HP S-Essential Air Conditioner AR09TGHQABUNME\n\n\nCheck Harga Di Lazada\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkpkk-bantuan-kewangan-kolej-komuniti/", "title": "Bantuan Kewangan Bagi Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti pengajian di peringkat SIjil datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, anda dipelawa untuk memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).\nGolongan sasaran bagi bantuan pelajaran ini adalah pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.\nBantuan ini terbuka untuk semua jenis bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti masing-masing. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kolej Komuniti?\n\n \nManfaat Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).\n\n \nCara Memohon\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nPermohonan dan pertanyaan\n\n\nApakah Kolej Komuniti?\nKolej Komuniti merupakan salah satu alternatif untuk pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran di peringkat Sijil.\n\n\n\n\n\n\nSijil Kolej Komuniti yang ditawarkan adalah seperti berikut:\nCertificate in Culinary ArtsCertificate in Food & Beverage ServiceCertificate In Recreational TourismCertificate in Room DivisionSijil AgroteknologiSijil AkuakulturSijil Animasi 2DSijil Animasi 3DSijil Dandanan RambutSijil Fesyen dan PakaianSijil KulinariSijil LandskapSijil Multimedia Kreatif PengiklananSijil Operasi PerhotelanSijil PastriSijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu MakananSijil Pengembaraan PelanconganSijil Pengendalian AcaraSijil Pengoperasian PerniagaanSijil Penyelenggaraan BangunanSijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat RodaSijil Penyeliaan Tapak BinaSijil Penyenggaraan IndustriSijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) Mod BridgingSijil Perkhidmatan LogistikSijil Rekabentuk DalamanSijil Rekabentuk dan Pembuatan PerabotSijil Seni Visual KreatifSijil Servis Kenderaan RinganSijil Servis Kenderaan Ringan Mod BridgingSijil Sistem Komputer dan RangkaianSijil Teknologi ElektrikSijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)Sijil Teknologi MaklumatSijil Teknologi Pembinaan BangunanSijil Teknologi PembuatanSijil Teknologi Pembuatan Mod BridgingSijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan UdaraSijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Mod BridgingSijil Teknologi Peranti Mudah AlihSijil Teknologi SenibinaSijil Teknologi TelekomunikasiSijil Terapi Kecantikan dan Spa\nManfaat Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)\n\nPelajar yang menerima BKPKK akan menerima bantuan untuk dua (2) semester sahaja. \u00a0\nTempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.\nSyarat Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).\nHanya pelajar yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja akan dipertimbangkan untuk bantuan pelajaran ini:\nPemohon hendaklah warganegara Malaysia;BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumahMenandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.\nCara Memohon \nPelajar yang ingin memohon BKPKK ini perlu memohon secara terus daripada pihak Kolej Komuniti masing-masing.\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan bagi BKPKK telah dibuka bagi tahun 2022 dan akan ditutup pada 31 Disember 2022.\nMaklumat lanjut boleh diperolehi dari laman rasmi BKPKK di alamat https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/docs/popup_doc/bkpkk.php\nPermohonan dan pertanyaan\nPelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. \nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi:\nUnit BiasiswaBahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya\nAnda juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian di bawah:\nTalian Utama : 03 \u2013 8888 1616Faks : 03 \u2013 8870 6839\nBaca juga: \nApple Pay Malaysia: Cara Buat Bayaran Melalui iPhone & iWatchSkim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/residensi-prihatin-program-rumah-pertama-golongan-b40-di-wilayah-persekutuan/", "title": "Residensi Prihatin: Program Rumah Pertama Golongan B40 di Wilayah Persekutuan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik bagi golongan B40 yang tinggal di WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang mahu membeli rumah pertama apabila kerajaan telah mengumum program perumahan mampu milik dikenali sebagai Residensi Prihatin.\nKementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa 40 ribu unit rumah mampu milik akan dibina di seekitar Kuala Lumpur, khas untuk mereka yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan sahaja.\nProjek ini akan bermula pada tahun 2021 dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2024. Permohonan untuk program ini sudah dibuka.\n\n\n\n\n\n\nProgram perumahan ini menawarkan rumah yang dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dapur, ruang makan, ruang tamu dan halaman rumah yang akan dibina secara konsep strata (apartment/flat).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat permohonan\n\n \nSenarai projek dan spesifikasi rumah\n\n \nCara memohon\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nSyarat permohonan \nDisebabkan program Residensi Prihatian ini difokuskan untuk golongan berpendapatan rendah sahaja, maka hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja layak memohon:\nWarganegara MalaysiaBerumumur 18 tahun keatasHanya untuk pemohon yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah PersekutuanPendapatan kasar isi rumah: Tidak melebihi RM5000Bagi permohonan untuk rumah pertama sahajaSekatan penjualan selama 10 tahunPemohon mestilah mendaftar di portal Residensi Prihatin\nSenarai projek dan spesifikasi rumah\nBuat masa ini, beberapa lokasi sudah dikenalpasti antaranya:\nRebana \u2013 Presint 5 PutrajayaSerunai \u2013 Presint 5 PutrajayaTanjung \u2013 Presint 5 PutrajayaSentral \u2013 Presint 7 PutrajayaCemara- Presint 11 PutrajayaCengkih- Presint 16 PutrajayaKenanga \u2013 Presint 19 PutrajayaMawar \u2013 Presint 19 PutrajayaCempaka \u2013 Presint 19 PutrajayaMelur \u2013 Presint 19 Putrajaya\nDIjangka lebih banyak projek akan ditambah pada masa hadapan setelah lokasi-lokasi baru untuk dibangunkan telah dikenalpasti.\nUntuk harga yang ditawarkan untuk setiap rumah ini serta spesifikasi setiap projek ini, sila layari laman web Projek Residensi Prihatin.\nCara memohon\n\nSekiranya anda berminat dengan program perumahan ini, sila ikuti langkah-langkah dibawah:\nPemohon mestilah mendaftar di portal Residensi PrihatinPemohon mestilah memuatnaik segala dokumen sokongan seperti yang diminta dalam portal tersebutTempoh sah laku permohonan adalah selama 1 tahun. Sekiranya permohonan tidak dilengkapkan dalam tempoh 1 tahun, permohonan tersebut akan terbatal.\nSemakan status permohonan juga boleh dibuat melalui portal di atas.\nSelain itu, pemohon juga akan dimaklumkan melalui emel oleh pihak urusetia sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. Pastikan alamat emel yang dimasukkan adalah betul. \nMaklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai program perumahnan Residensi Prihati ini, anda boleh menghubungi pihak urus setia berdasarkan maklumat di bawah.\nAlamat: Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN, Bahagian Sosio Ekonomi, Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Kementerian Wilayah Persekutuan, 62100 PutrajayaWaktu urusan : Isnin \u2013 Jumaat ( 8.30 pagi \u2013 4.30 petang )Faks:\u00a003-8889 7640Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-anniversary/", "title": "Hadiah Anniversary: 17 Item Yang Menarik Untuk Isteri Tercinta", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUlangtahun perkahwinan ataupun anniversary adalah merupakan tarikh yang terbaik untuk anda menunjukkan penghargaan kepada pasangan anda. Selain ucapan, hadiah istimewa untuk pasangan adalah salah satu cara terbaik untuk meraikan hari bermakna tersebut.\u00a0\n\nUntuk artikel kali ini, kami kongsikan beberapa idea hadiah anniversary yang menarik untuk diberikan kepada isteri tercinta. Semoga ia dapat memberi inspirasi untuk membantu anda semasa mencari hadiah.\u00a0\nTunggu apa lagi, jom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n17 Idea Hadiah Anniversary Untuk Isteri\n\n \n1. Barangan Kemas\n\n \n2. Beg Tangan\n\n \n3. Telekung Siti Khadijah\n\n \n4. Set Senduk Dessini\n\n \n5. Mesin Jahit Mini\n\n \n6. Mesin Urut Kaki\n\n \n7. Baju Tidur\n\n \n8. Set Pinggan\n\n \n9. Seterika Wap\n\n \n10. Meja Solek\n\n \n11. Mesin Pengering Baju\n\n \n12. Peti Ais Mini\n\n \n13. Al-Quran Tagging\n\n \n14. Pengering Rambut\n\n \n15. Ketuhar\n\n \n16. Tikar Yoga\n\n \n17. Buku Planner\n\n\n17 Idea Hadiah Anniversary Untuk Isteri\n1. Barangan Kemas\nHadiahkan isteri anda barang kemas sempena hari anniversary anda berdua. Barang kemas adalah merupakan aksesori yang menjadi pilihan kebanyakan wanita dan boleh menjadi aset yang menguntungkan pada masa hadapan.\u00a0\nDi Shopee, anda boleh dapatkan koleksi barang kemas daripada Habib Jewels. Pastikan anda membeli di kedai Habib yang official ya.\u00a0\u00a0\nHABIB Oro Italia Graffetta Jemisha Gold Bracelet: https://shopee.com.my/habib.os/12041707224\n2. Beg Tangan\nBeg tangan adalah merupakan salah satu item penting untuk setiap wanita. Bukan sahaja untuk digayakan, beg tangan juga mempunyai pelbagai kegunaan yang lain contohnya seperti tempat menyimpan barang penting dan sebagainya.\u00a0\nApa kata anda hadiahkan isteri anda sebuah beg tangan berjenama dengan kualiti yang terbaik serta sesuai digunakan ke mana-mana sahaja. Pasti isteri anda menyukainya!\nBeg tangan: https://shopee.com.my/drcardin.os/6996626382\n3. Telekung Siti Khadijah\nTelekung adalah salah satu hadiah yang sudah pasti disukai dan akan sentiasa digunakan oleh isteri anda. Bukan itu sahaja, anda sebagai pemberi juga pasti akan mendapat pahala setiap kali isteri anda menggunakannya. \nTelekung Siti Khadijah adalah merupakan salah jenama telekung yang popular dan digemari ramai. Anda boleh hadiahkan telekung ini mengikut warna kegemaran isteri anda.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTelekung Siti Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/16744812652\n4. Set Senduk Dessini\nIsteri anda pasti akan tersenyum lebar apabila mendapat hadiah set senduk dessini yang diperbuat daripada silikon berkualiti tinggi ini. Set senduk ini lengkap dengan 12 jenis item yang mempunyai fungsinya tersendiri.\u00a0\nSet senduk Dessini: https://shopee.com.my/dessini_malaysia/9581663552\n5. Mesin Jahit Mini\nDengan adanya mesin jahit mini ini, anda tidak perlu bersusah payah lagi menghantar pakaian yang koyak di kedai jahit. Isteri anda pasti bersedia untuk menggunakan kemahirannya bagi memudahkan urusan rumah tangga anda berdua.\nMesin jahit mini ini bersaiz kecil dan mudah dibawah ke mana sahaja. Nak simpan pun tak makan banyak ruang.\u00a0\nMesin jahit mini: https://shopee.com.my/herman.my/8344082573\n6. Mesin Urut Kaki\nSekiranya anda mempunyai bajet lebih, apa kata anda hadiahkan sebuah mesin urut kaki jenama Gintell ini untuk isteri anda tercinta. Selepas penat lelah, ke sana ke mari menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga, bolehlah isteri anda berehat sambil menggunakan mesin ini untuk melegakan kesakitan kakinya.\u00a0\nMesin urut kaki Gintell: https://shopee.com.my/alynsstore/13103535279\n7. Baju Tidur\nDapatkan sepasang baju tidur yang comel dan selesa untuk isteri anda. Terdapat pelbagai pilihan baju tidur couple di Shopee yang anda boleh beli. Anda juga boleh dapatkan baju tidur yang sedondon untuk dipakai bersama.\u00a0\nBaju tidur adalah salah satu idea hadiah anniversary yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta pasti akan digunakan oleh isteri anda. \nBaju tidur: https://shopee.com.my/ledora.butik/9375930014\n8. Set Pinggan\nSet pinggan juga adalah merupakan salah satu hadiah idaman setiap seorang isteri. Kebanyakan wanita pasti suka mengumpul koleksi set pinggan mangkuk untuk dipakai seharian ataupun pada hari-hari istimewa. \nBiasanya satu set pinggan mangkuk turut dilengkapi dengan beberapa jenis pinggan, cawan dan sebagainya.\u00a0\nSet pinggan: https://shopee.com.my/nt_kampar/13032441484\n9. Seterika Wap\nTerdapat pelbagai jenis teknologi yang dicipta bagi membantu memudahkan urusan seharian kita termasuklah seterika wap. Dengan adanya seterika wap, urusan menggosok baju untuk seisi rumah menjadi semakin mudah.\u00a0\nAnda boleh dapatkan seterika wap keluaran Konka ini kerana ia memang sangat berkualiti. Seterika ini sangat ringan dan yang paling penting sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.\nSeterika wap KONKA: https://shopee.com.my/adx_store/15333176358\n10. Meja Solek\nMeja solek diletakkan di dalam bilik tidur untuk digunakan menyimpan alat solekan dan sebagainya. Biasanya ia turut dilengkapi dengan cermin dan juga kerusi. Isteri anda pasti menyukai hadiah ini kerana boleh memudahkan si dia untuk bersiap dan bersolek.\u00a0\nMeja solek: https://shopee.com.my/galenshoppingcomplex/11189186917\n11. Mesin Pengering Baju\nMenguruskan pakaian seisi rumah adakalanya sangat memenatkan lebih-lebih lagi semasa musim hujan. Apabila ada mesin pengering baju, ia akan membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja isteri anda mengeringkan pakaian. Jadi, anda tidak perlu risau lagi isteri anda kepenatan akibat menguruskan pakaian anda sekeluarga.\u00a0\nMesin pengering baju: https://shopee.com.my/shinghing/2622376444\n12. Peti Ais Mini\nPeti ais mini ini sangat sesuai dijadikan hadiah untuk isteri anda yang sangat mementingkan penjagaan wajah. Dengan adanya peti ais mini, isteri anda boleh menggunakannya untuk meletakkan set penjagaan wajah dalam peti ais tersebut agar lebih segar semasa memakainya. Selain itu, peti ais mini tersebut juga boleh digunakan untuk menyimpan ubat-ubatan, buah-buahan atau makanan.\u00a0\nPeti ais mini: https://shopee.com.my/victorcwx94/10269418750\n13. Al-Quran Tagging\nAl-quran tagging adalah sebaik-baik hadiah anniversary yang sangat bermanfaat untuk isteri tercinta. Tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan hadiah yang menyebabkan seorang hamba lebih dekat dengan TuhanNya. \nAnda boleh dapatkan al-quran yang mempunyai terjemahan dan tagging ayat tertentu yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian.\u00a0\nAl-quran tagging: https://shopee.com.my/agsb.islamic/2499312280\n14. Pengering Rambut\nUntuk membantu isteri anda bersiap dengan lebih cepat,\u00a0 anda boleh hadiahkannya sebuah pengering rambut. Selalunya para isteri perlu mengambil masa lebih lama untuk mengeringkan rambut. \nJadi,\u00a0 dengan adanya pengering rambut ia akan bantu isteri anda untuk mengeringkan rambut dengan lebih mudah dan cepat. Anda boleh dapatkan set pengering rambut yang mempunyai beberapa peringkat kelajuan dengan keselarasan haba.\nPengering rambut: https://shopee.com.my/jeremy888888.my/8354812934\n15. Ketuhar\nKetuhar adalah salah satu peralatan dapur yang sangat berguna. Ia bukan sahaja akan memudahkan kerja dapur isteri anda namun memberikan manfaat kepada anda seisi keluarga. \nDengan adanya ketuhar, ia dapat membantu mempercepatkan proses memanaskan makanan dan beberapa fungsi yang lain. Hadiah ini sangat sesuai untuk para isteri yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak setiap hari disebabkan bekerja.\nKetuhar: https://shopee.com.my/costplusonline/1457193662\n16. Tikar Yoga\nApa kata anda hadiahkan isteri anda sebuah tikar yoga untuk membantu menaikkan semangat serta sebagai tanda sokongan kepada dirinya untuk melakukan senaman selalu. Sekiranya isteri anda memang suka melakukan senaman, hadiah ini sangat tepat sekali. \nTikar yoga mempunyai pelbagai jenis, warna dan juga saiz. Ciri yang paling penting anda perlu pastikan ialah, tikar yoga tersebut haruslah mempunyai ciri anti-slip,anti-bakteria dan anti-toksik.\nTikar yoga: https://shopee.com.my/ataslivingwholesale/10536047256\n17. Buku Planner\nBuku planner berfungsi untuk membantu pemiliknya melakukan apa-apa perancangan mengikut tempoh waktu ataupun kesesuaian masing-masing. Ia sangat bermanfaat untuk individu yang perlukan perancangan rapi dalam melakukan tugas. \nTerdapat banyak pilihan buku planner yang anda boleh dapatkan dengan reka bentuk dan corak yang sangat menarik. Ciri-ciri untuk setiap buku planner juga berbeza mengikut kepentingan.\u00a0\nBuku planner: https://shopee.com.my/macrom/21545805280\nAkhir kata, semoga hadiah anniversary yang anda berikan disukai oleh isteri tercinta dan perkahwinan yang dibina kekal selamanya. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-mycrs/", "title": "Rayuan Subsidi Carseat MyCRS & Dokumen Yang Diperlukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRAYUAN PEMBELIAN CARSEAT SUBSIDI MYCRS\nSudahkah anda membuat permohonan Tuntutan Subsidi MyCRS (Kerusi Keselamatan Kanak-kanak MIROS)?\nJika anda telah membuat permohonan tetapi masih belum mendapat jawapan atau tidak menerima kelulusan, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan.\nRayuan MyCRS kini dibuka kepada pemohon MyCRS yang telah membuat permohonan lebih dari 3 hari.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat rayuan dan dokumen yang diperlukan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (MyCRS) 2022?\n\n \nCara Membuat Rayuan Tuntutan Subsidi MyCRS\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (MyCRS) 2022?\nKerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems \u2013 CRS).\nCadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.\n\nPenerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga maksimum RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems \u2013 CRS).\nHarga ini adalah harga akhir selepas di jual oleh penjual.\nRujuk Jadual Program Subsidi di bawah berserta contoh pengiraan:\n\nContoh 1Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.\nContoh 2Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut.\nCara Membuat Rayuan Tuntutan Subsidi MyCRS\nBerikut dikongsikan cara membuat rayuan tuntutan subsidi secara atas talian:\nSila isikan borang rayuan di pautan https://form.jotform.com/MIROS_mycrs/borang-rayuan-mycrsSediakan dokumen seperti di bawah:Sijil lahir \u2013 Bukti mempunyai anak di bawah umur 12 tahunBuku pink \u2013 menunjukkan anak bakal dilahirkan sebelum 1 November 2022Bukti screenshot \u2013 Bukti yang anda adalah penerima BKM / BPR yang LULUSMuat naik dokumen di ruang yang disediakan dalam pautan.Sila semak keputusan rayuan dalam tempoh 1 minggu selepas menghantar borang.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk maklumat terperinci bahagian berikut:\nhttp://www.mycrs.gov.my/Panduan PenggunaSoalan LazimSenarai Wakil PenjualMyCRS : Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-guru-ganti-mystep/", "title": "Permohonan Guru Ganti MySTEP KPM 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut merupakan iklan kerja kosong guru ganti bagi tahun 2023 yang ditawarkan oleh beberapa buah sekolah KPM di Malaysia di bawah seliaan MySTEP.\nSegala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.\nSebagai peringatan, kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut dan info kekosongan jawatan tersebut seperti yang diiklankan di bawah. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Guru Ganti?\n\n \nApakah MySTEP?\n\n \nSyarat Umum\n\n \nIklan Permohonan Guru Ganti MyStep 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Guru Ganti?\nGuru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji,\u00a0berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan. \nKhidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.\nTUGAS GURU GANTI\n\nMelaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.\nBuku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.\nTerlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.\nSerta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.\n\nSumber: PPD Hulu Selangor\nApakah MySTEP?\nMalaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.\nInisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.\nTempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP:\n\nMinimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan\nTempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)\n\nSyarat Umum\n\nWarganegara Malaysia.\nSihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.\nBerumur antara 18 \u2013 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 \u2013 35 tahun (Siswazah).\nSekurang-kurangnya Kepujian dalam lima (5)\u00a0mata pelajaran termasuk Bahasa\u00a0Malaysia di\u00a0peringkat SPM.\nSyarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.\nSyarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina\u00a0(SPM).\nSyarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).\nKeutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan\n\nIklan Permohonan Guru Ganti MyStep 2023\nGaji / bayaran yang diperuntukkan untuk perkhidmatan guru ganti adalah bergantung kepada tahap kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MySTEP iaitu:\n\nSPM : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)\nDiploma / STPM / STAM : RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)\nIjazah : RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)\n\nSila rujuk kekosongan bagi setiap negeri di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat dan update terkini kekosongan di MyStep bagi negeri-negeri dan daerah berdekatan anda, anda boleh mendaftar di laman sesawang rasmi MyStep di pautan berikut : https://mystep.mof.gov.my/form\nSila rujuk : MySTEP 2023: Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-bsh/", "title": "Rayuan BSH Fasa 3: Permohonan Online Mulai 7 Ogos 2020", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRayuan BSH Fasa 3 bagi tahun 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September ini.\nSeperti yang diumumkan melalui siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran BSH Fasa 3 bagi tahun 2020 bagi permohonan yang lulus telah bermula pada 24 Julai 2020.\nBayaran dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dan secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.\nBaca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User \nBayaran BSH Fasa 3 ini dibuat kepada penerima yang layak berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH yang akan diterima.\nPeruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).\nJika anda gagal mendapatkan Bantuan Sara Hidup dan ingin membuat rayuan BSH Fasa 3, sila rujuk info berkaitan tarikh permohonan, syarat kelayakan serta langkah-langkah membuat rayuan dengan lebih lanjut melalui artikel ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Rayuan BSH Fasa 3\n\n \nCara Permohonan Rayuan\n\n \ni. Permohonan Rayuan Online (Secara Dalam Talian)\n\n \nii. Permohonan Rayuan Secara Manual Melalui Borang\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020\n\n \nSemakan Status Rayuan BSH Fasa 3\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Rayuan BSH Fasa 3 \nBagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh berikut:\nTARIKH RAYUAN BSH FASA 3 DIBUKA: 7 Ogos 2020\nTARIKH AKHIR RAYUAN BSH FASA 3: 6 September 2020. \nDengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM. \nUntuk perhatian, permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.\n*Kod Tidak Lulus BSH boleh dirujuk melalui contoh berikut: https://bsh.hasil.gov.my/Download/Kod_Tidak_Lulus2019&Dokumen_Sokongan.pdf\nCara Permohonan Rayuan\nAnda boleh membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 seperti berikut:\ni. Permohonan Rayuan Online (Secara Dalam Talian)\nPermohonan rayuan BSH online boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.\nPermohonan Rayuan BSH 2020 dengan mengikuti langkah berikut:\nPergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.myKlik pada ikon \u2018Rayuan\u2019 (mulai 7 Ogos 2020)Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.\nNOTA: Rayuan secara online juga boleh dibuat melalui Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.\nii. Permohonan Rayuan Secara Manual Melalui Borang\nBorang Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh didapati secarapercuma di:\nPortal Rasmi BSH LHDNM; atauCawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM\nSyarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020\nUntuk makluman pemohon yang ingin membuat rayuan, kategori yang layak bagi permohonan BSH 2020 adalah seperti berikut:\nA. Isi Rumah\nKahwin; atauIbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atauBujang (termasuk OKU) Berumur 60 tahun dan ke atas\nB. Bujang\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; danHad umur:40 tahun dan ke atas; atau18 tahun dan ke atas bagi kategori OKU\nBaca juga : Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA RM300 Online\nSemakan Status Rayuan BSH Fasa 3\nTarikh semakan status rayuan BSH Fasa 3 ini akan dimaklumkan oleh pihak LHDN selepas tarikh tutup rayuan, iaitu 6 September 2020.\nSemakan Status permohonan Rayuan BSH Fasa 3 2020 boleh dibuat seperti berikut:\nPortal Rasmi BSH LHDNMSemakan secara Aplikasi Mobile BSHHubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauTalian MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\nMaklumat Lanjut\nSebarang makluman lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh diperolehi pada\u00a0Portal Rasmi BSH\u00a0(https://bsh.hasil.gov.my). \nPemohon dinasihatkan untuk\u00a0ELAKKAN\u00a0daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.\nJika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi talian berikut untuk mengajukan soalan:\nHOTLINE BSH : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi \u2013 5.00 petang)HOTLINE MoF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nE-mel: [email\u00a0protected]\nAlamat surat-menyurat: Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 WP Putrajaya.\nUntuk maklumat lanjut, rujuk juga Soalan Lazim (FAQ) berkaitan Pendaftaran BSH dan BSH Fasa 3 di SINI.\nSila follow Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mendapatkan update terkini dan maklumat sahih tentang Bantuan Sara Hidup.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-mesra-usia-emas-smue/", "title": "Skim Mesra Usia Emas (SMUE): Semakan, Syarat & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSudahkah anda mendaftarkan ibu bapa anda di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?\nMelalui program ini ahli SMUE bakal menikmati manfaat baucer beli belah RM100.00 pada bulan kelahiran mereka setiap tahun. \nDengan mendaftar skim ini, setiap ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 100.00 pada bulan kelahiran dan juga khairat kematian bernilai RM 500.00. \nDi sini kami kongsikan info lanjut tentang skim ini dan bagaimana cara untuk mendapatkan manfaat melaluinya.\nSumber:\u00a0Media Selangor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?\n\n \nManfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE)\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKategori Warga Emas :\n\n \nKategori OKU :\n\n \nCara Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE 2022)\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Ahli & Kemaskini Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?\nSKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). \nIa diwujudkan bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan.\nBaca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\n\n\n\n\n\n\nSkim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008.\nSebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500. \nAhli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka.\nPemberian manfaat yang dikenali sebagai program \u2018Jom Shopping SMUE\u2019 ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.\nSelain itu, setiap juga akan menerima khairat kematian bernilai RM 500.00.\n\nManfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE)\nBermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:\n1. Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)\nAhli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.\n2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)\nTuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.Wang khairat kematian hanya dibayar secara\u00a0one-off\u00a0kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.\u00a0(rujuk\u00a0Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam\u00a0tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.\u00a0(tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)\nSyarat Kelayakan\nUntuk mendapatkan manfaat Jom Shopping SMUE ini, pemohon perlu mendaftar dahulu di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).\nBerikut adalah syarat kelayakan untuk mendaftar di bawah skim ini (mulai 2021).\nPermohonan SMUE terbahagi kepada 2 kategori iaitu:Kategori Warga Emas (60 tahun dan ke atas)Kategori Orang Kelainan Upaya(OKU)Permohonan boleh dibuat sama ada:Semasa hidupSelepas kematianDidaftarkan oleh pewaris\u00a0(rujuk Senarai Pewaris Terdekat)Kematian bermula\u00a0(1 Januari 2021)Permohonan mestilah dalam\u00a0tempoh 6 bulan selepas kematian\nKategori Warga Emas :\n(Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021)\nWarganegara Malaysia;\u00a0DANBerumur 60 tahun dan ke atas;\u00a0DANMasih hidup;\u00a0ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam\u00a0tempoh 6 bulan\u00a0dari tarikh kematian);\u00a0DANLahir di Negeri Selangor\u00a0ATAU\u00a0Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;\u00a0ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;\u00a0DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);\u00a0DANPengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.\nKategori OKU :\n(Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021)\nWarganegara Malaysia;\u00a0DANMasih hidup;\u00a0ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam\u00a0tempoh 6 bulan\u00a0dari tarikh kematian);\u00a0DANTiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;\u00a0ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;\u00a0DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);\u00a0DANPengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.\nNOTA:\u00a0Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.\n\nCara Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE 2022)\nPermohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di\u00a0e-mesra.yawas.my.Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuatSetiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap.\u00a0(Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaatPermohonan yang dibuat secara atas talian (online), boring dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam\u00a0tempoh 14 hari dari tarikh permohonan\u00a0online dibuat.Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU Pejabat YAWAS\nMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SMUE 2022:\nborangsmue2022Download\n*Sila rujuk video di bawah untuk penerangan lanjut:\n\nNOTA:\n\u00a0Permohonan atas talian boleh\u00a0Klik Disini\u00a0Permohonan secara manual perlu memuat turun borang dan hantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran. Borang permohonan boleh\u00a0Muat Turun Disini\u00a0Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonanPermohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuatKegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nBerikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kategori permohonan\u00a0SEMASA HIDUP\u00a0dan\u00a0SELEPAS KEMATIAN:\n\n\nNOTA PENTING:\nSekiranya hubungan pewaris yang didaftarkan bukan dalam kategori Senarai Keluarga Terdekat yang ditetapkan, maka pemohon/pewaris perlu melampirkan Surat Akuan Bersumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya SumpahNama pewaris yang dibenarkan untuk didaftarkan menjadi pewaris hanya tertakluk bagi dua (2) ahli SMUE sahaja. Sekiranya nama pewaris didapati telah didaftarkan di bawah skim ini melebihi daripada dua (2) nama ahli SMUE, maka pemohon perlu menyediakan nama pewaris yang lain\nBaca juga : Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2022\nSemakan Ahli & Kemaskini Permohonan\nJika anda pernah mendaftar atau pernah mendaftarkan ibu bapa di bawah skim ini, sila buat semakan terlebih dahulu dengan memasukkan nombor kad pengenalan melalui Sistem SMUE di SINI.\nSebarang pengemaskinian maklumat seperti nombor telefon, alamat, penukaran kawasan DUN, penukaran waris, maka ahli SMUE atau pewaris perlu mengisi\u00a0Borang Kemaskini Maklumat\u00a0yang boleh dimuatturun di laman web https://e-mesra.yawas.my atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN terdekat atau pejabat YAWAS.Jika terdapat keperluan munasabah untuk menukar nama pewaris yang baru, maka ahli SMUE/pewaris berdaftar hendaklah mengisi\u00a0Borang Kemaskini Maklumat\u00a0dan melampirkan dokumen yang diperlukan seperti berikut:Salinan kad pengenalan / sijil kematian pewaris lama.Salinan kad pengenalan ahli SMUE.Salinan kad pengenalan pewaris yang baru.Surat akaun sumpah / laporan polis (jika berkenaan seperti hubungan luar kekeluargaan /kematian / pewaris asal tidak dijumpai / lain-lain yang berkaitan).Lain-lain dokumen berkaitan jika perlu.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berhubung semakan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang http://e-mesra.yawas.my atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.\nE-mel : [email\u00a0protected] \nAlamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor \n"]} {"url": "https://ecentral.my/kenaikan-tarikf-elektrik-t20/", "title": "Kenaikan Kadar Tarif Elektrik TNB Hanya Untuk T20", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIF ELEKTRIK T20 | Rumah Guna Elektrik Berlebihan Harus Bayar Kos Sebenar\nIsi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah berlebihan tidak lagi akan menikmati subsidi elektrik.\nBagaimanapun, kerajaan tidak akan menaikkan kadar itu bagi golongan berpendapatan rendah (B40).\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pangkalan Data Utama (PADU) akan menyelaras penilaian agihan subsidi tersebut kepada golongan yang layak.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPemberian subsidi bersasar juga menjadi isu. Kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan untuk golongan T20. Saya jelaskan di sini untuk T20 sahaja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberi subsidi elektrik dan PADU dapat menyelaraskan semua angka-angka yang disebut.\n\n\u201cKita akan tambah bantuan kewangan haji kepada golongan B40, tetapi bukan kepada golongan T20. Tiada lagi subsidi daripada kerajaan untuk kumpulan ini. Mereka perlu menampung kos haji sepenuhnya kerana mereka dalam kalangan yang mampu,\u201d katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.\nMinggu lalu, Anwar berkata, hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.\nIa bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna domestik terutama golongan B40 dan M40.\nVideo : Tiada Subsidi Elektrik dan Bantuan Kewangan Haji Kepada Golongan T20\n\n\nSumber: Youtube Anwar Ibrahim\nGolongan berpendapatan tinggi (T20) tidak lagi akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji. \nPangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.\n\nGolongan berpendapatan tinggi (T20) tidak lagi akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji. #Parlimen #DewanRakyat #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/pfytTaDZAG\u2014 Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 22, 2023\n\nSebelum ini, kerajaan juga bersetuju tidak menaikkan tarif elektrik kecuali kepada pihak industri sektor tertentu.\nGolongan berpendapatan tinggi atau T20 juga tidak akan lagi menerima subsidi haji.\nDalam sebuah kenyataan pada terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyokong pemberian subsidi bersasar untuk meringankan tekanan kos ke atas golongan berpendapatan rendah.\nKerajaan juga telah mengumumkan pelaksanaan Skim Subsidi Elektrik Bersasar akhir tahun lalu untuk pengguna domestik, yang terus menikmati rebat tarif ke atas bil elektrik.\nBaca juga: \n\nmyTNB: Cara Semakan Bil Elektrik TNB Online (Harian & Bulanan)\nLirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/anugerah-pingat-emas-dan-hadiah-kecemerlangan-yayasan-terengganu/", "title": "Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu kini dibuka bagi pencapaian cemerlang anak-anak Terengganu untuk keputusan SPM, STPM dan STAM 2021.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan mulai 23 Ogos sehingga 22 September 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nCalon yang ingin memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:\n\u2013 Bagi peperiksaan SPM 2021: Semua A (A+,A & A-)\n\u2013 Bagi peperiksaan STPM 2021: PNGK (3.84 hingga 4.00)\n\u2013 Bagi peperiksaan STAM 2020: Semua mumtaz\nIbu atau bapa adalah rakyat Negeri Terengganu; atauIbu dan bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu;Ibu atau bapa mestilah pemilih berdaftar di DUN Negeri Terengganu.\nCara Memohon Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu\nPermohonan untuk Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu boleh dipohon berpandukan langkah-langkah berikut :\nLayari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.Pastikan semua maklumat permohonan adalah betul dan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon yang memohon juga perlulah memuatnaik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\n\u00a0Kad pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang telah disahkan.\nSurat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa bukan rakyat Terengganu yang telah disahkan.\nKeputusan peperiksaan SPM atau STPM atau STAM yang disahkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021, sila layari laman web\u00a0https://www.pingatemas.yt.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-penjual-shopee/", "title": "Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual / Peniaga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda seorang peniaga dan mahu mencari cara untuk daftar penjual Shopee?\nTidak dapat dinafikan bahawa laman edagang Shopee adalah laman yang sangat popular di Malaysia.\nIni dapat dilihat apabila rata-rata rakyat Malaysia akan berkongsi pautan ke Shopee apabila mencadangkan pembelian sesuatu kepada rakan-rakan dan kenalan mereka.\n\n\n\n\n\n\nSebagai penjual dan pemilik bisnes, ada seharusnya daftar penjual Shopee untuk mengambil manfaat daripada ratusan ribu atau jutaan pengguna berdaftar di Shopee yang menggunakan platform tersebut untuk mencari apa sahaja barangan yang mahu dibeli.\nJangan terkejut, ada juga penjual menjual barangan harian di Shopee!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan menjual di Shopee\n\n \nDaftar akaun Shopee\n\n \nDaftar sebagai penjual/peniaga\n\n\nKelebihan menjual di Shopee\nSekiranya anda masih mempertimbangkan sama ada mahu menjual di Shopee atau tidak, berikut adalah beberapa kelebihan kepada penjual atau peniaga yang menggunakan Shopee untuk berniaga:\nPendaftaran percumaTidak memerlukan lesen perniagaan SSMSangat mudah digunakanRatusan ribu pengguna Shopee sedia ada (pemasaran percuma)Mudah untuk menguruskan kempen (berbayar)Boleh memanfaatkan program Free ShippingBoleh terlibat dengan kempen semasa Shopee (sempena Hari Raya, 11.11, 12. 12 dan sebagainya)Tersedia dalam 3 bahasa \u2013 Bahasa Melayu, inggeris dan Mandarin\nDaftar akaun Shopee\n\nBagi anda yang pertama kali menggunakan Shopee dan mahu mendaftarkan akaun di Shopee, ikuti langkah-langkah di bawah:\nLayari laman Shopee di https://shopee.com.my/Klik pada tulisan \u201cDaftar\u201d pada bahagian atas kanan laman tersebutPada halaman berikut, anda boleh memilih sama ada hendak mendaftarkan akaun menggunakan nombor telefon, akaun Facebook atau akaun Gmail.Ikuti langkah-langkah yang diberikan dan lengkapkan segala maklumat yang diminta untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun Shopee anda.\nNota: Anda perlu menyelesaikan langkah ini terlebih dahulu sebelum boleh daftar penjual sebagai penjual di Shopee.\nDaftar sebagai penjual/peniaga\n\nSetelah anda melengkapkan pendaftaran akaun di Shopee, barulah anda boleh mendaftar sebagai penjual di Shopee dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nPada halaman utama Shopee, klik pada tulisan \u201cSeller Centre\u201d yan terletak pada bahagian atas kiri laman tersebut.Anda akan di bawah ke halaman Seller Centre di alamat berikut https://seller.shopee.com.my/portal/onboarding/Untuk memulakan proses pendaftaran, klik pada butang \u201cStart Registration\u201dLengkapkan pendaaftaran dengan melengkapkan ketiga-tiga tahap seperti berikut:Seller Information (Maklumat penjual)hop Information (Maklumat kedai maya anda)Shipping Channel (Cara pengeposan)\nSetelah melengkapkan pendaftaran, anda boleh mula menjual dengan memuatnaik gambar dan maklumat barangan yang ingin dijual.\nBagi yang pertama kali menjual di Shopee, anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk mempelajari cara menggunakan Shopee namun ianya tidak sukar dan apabila anda sudah mahir, segalanya akan menjaddi sangat mudah. \nBaca juga: \nePemula Shopee : Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Melalui ShopeePayCara Beli Barang Di Shopee Secara Ansuran (Installment)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perkara-yang-membatalkan-puasa/", "title": "Perkara Yang Membatalkan Puasa \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai Muslim, kita harus cakna perkara-perkara yang membatalkan puasa agar amalan Ibadah kita di bulan Ramadan tidak menjadi sia-sia.\nDari segi bahasa, \u201cpuasa\u201d itu ialah menahan diri. \nDari segi istilah, puasa ialah menahan diri daripada perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa daripada Subuh sehingga Maghrib.\nWalaupun kita dilarang makan dan minum, kedua perbuatan tersebut bukanlah satu-satunya perkara yang membatalkan puasa.\nArtikel berkaitan: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka\nBerikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa kita.\nPerkara Yang Membatalkan Puasa \u2013 JAKIM\n\n1. Makan dan minum dengan sengaja\n\n\n\n\n\n\nTidak kira sama ada sedikit atau banyak, sekiranya anda dengan niat sengaja untuk makan dan minum, maka ibdah puasa anda sama sekali terbatal.\nWalau bagaimanapun, sekiranya perbuatan ini dilakukan akibat anda terlupa atau tidak sengaja, maka puasa anda tidak terbatal dan anda wajib meneruskan puasa tersebut sehingga waktu berbuka.\nUntuk rujukan, sila Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).\n2. Memasukkan benda ke dalam rongga\nSampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. \nRuang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. \nLaluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.\nSekiranya ubat untuk keadaan darurat, ia tidak terbatal seperti vaksin dan lain-lain.\n3. Sengaja muntah\nMuntah dengan sengaja juga merupakan perbuatan yang membatalkan puasa. \nPerkara ini ada dinyatakan dengan jelas melalui hadis Nabi S.A.W. seperti yang beriku:\nRasulullah bersabda:\n\nBarangsiapa yang dipaksa muntah sedangkan dia dalam keadaan puasa, maka tidak ada qada\u2019 baginya. Namun apabila dia muntah (dengan sengaja), maka wajib baginya membayar qada\u2019.\u00a0(riwayat Abu Daud)\n\n4. Persetubuhan\nBersetubuh sama ada mengeluarkan air mani juga termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. \nImam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): \u201cJima\u2019 dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima\u2019 tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.\u201d\n5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja\nMengeluarkan air mani dengan sengaja juga boleh menyebabkan puasa kita terbatal.\nWalau bagaimanapun, sekiranya air mani tersebut keluar akibat kita bermimpi ketika tidur pada siang hari, maka tidaklah terbatal puasa kita padahari tersebut.\n6. Datang darah haid atau nifas\nWanita yang didatangi haid atau nifas diharamkan daripada berpuasa.\nSekiranya haid atau darah nifas tiba-tiba keluar ketika waktu berpuasa, maka puasa anda secra automatiknya terbatal dan perlu digantikan di kemudian hari.\n7. Gila atau Murtad\nSeseorang yang gila secara automatik terbatal puasanya kerana ibadah ini hanya diwajibkan untuk orang yang sempurna akalnya.\nOrang yang murtad juga terbatal ibadah puasanya kerana ibadah puasa ini hanya diwajibkan ke atas setiap orang Islam. \nSumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/iklan-permohonan-jawatan-tetap-ppp-dg41-spp-2022/", "title": "Iklan Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEBAHAN PERMOHONAN JAWATAN TETAP PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41\u00a0BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2022 MELALUI MYSPP\nSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan jawatan tetap bagi tahun 2022!\nCalon yang berminat boleh membaca syarat kelayakan, mendaftar, memohon dan mengemaskini permohonan secara atas talian melalui Portal SPP.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan jawatan yang ditawarkan:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan Permohonan Jawatan Guru DG41 SPP 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Kelayakan Permohonan Jawatan Guru DG41 SPP 2022\nSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa\u00a0Graduan Pendidikan\u00a0yang telah\u00a0menamatkan pengajian\u00a0dan memperolehi Keputusan Senat Universiti\u00a0bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nGraduan Pendidikan\u00a0yang berminat hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di\u00a0SINI\u00a0sebelum memohon atau mengemas kini maklumat permohonan.\nKLASIFIKASI_PERKHIDMATAN_PENDIDIKAN_DG41Download\n\u00a03.\u00a0\u00a0Graduan Pendidikan\u00a0yang\u00a0TIDAK LAYAK MEMOHON\u00a0adalah seperti berikut:\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (i)\u00a0 \u00a0 \u00a0Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (ii)\u00a0 \u00a0 Guru Interim;\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (iii)\u00a0 \u00a0Guru Kontrak (Lantikan SPP);\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (iv)\u00a0 \u00a0Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (v)\u00a0 \u00a0 Bukan seorang bankrap; dan\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 (vi)\u00a0 \u00a0 Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.\nBaca juga: Tema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\nCara Permohonan\nGraduan Pendidikan\u00a0yang memenuhi syarat-syarat lantikan dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada\u00a027 Mei 2022 (Jumaat).\nPemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat.\u00a0\nSebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.\nHanya\u00a0Graduan Pendidikan\u00a0yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga\u00a0mengikut opsyen\u00a0yang akan ditentukan oleh SPP dan\u00a0keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.\nGraduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup iklan sehingga 30 Jun 2022 (Khamis).\nBaca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk pautan: https://www.spp.gov.my/ms/login-pengumuman-berita-terkini/pengumuman-2022/pengumuman-guru/1195-hebahan-permohonan-jawatan-tetap-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-bagi-graduan-pendidikan-tahun-2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-tnb-prime-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 Tenaga Nasional Berhad", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kini membuka peluang bagi lepasan SPM 2021 untuk memohon penajaan biasiswa TNB PRIME.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nPeringkat Penajaan Yang Ditawarkan\n\n \nBidang Pengajian Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kelayakan Biasiswa TNB Prime\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan biasiswa ini dibuka bermula 1 Jun 2022.\n Permohonan perlu dilengkapkan dan hanya boleh dihantar secara online selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.\nBaca Juga :Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022\nPeringkat Penajaan Yang Ditawarkan\nPeringkat penajaan yang ditawarkan menerusi Biasiswa TNB Prime adalah seperti berikut :\nPeringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka Luar Negara.Peringkat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN- Kemasukan Sem 1, 2022/2023 (Sept 2022)Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam (Tawaran TIDAK DIBUKA buat masa ini)\n\nBidang Pengajian Yang Ditawarkan\nBiasiswa TNB Prime bakal menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nTNB Prime di Luar Negara\nPengambilan 2022\nKejuruteraan (Elektrik Kuasa)Kejuruteraan (Renewable Energy)Kejuruteraan (Kimia)Data Sains\nTNB Prime di UNITEN\nPengambilan 2022\nKejuruteraan (Elektrik Kuasa)Sains KomputerPemasaran Sumber Manusia / Keusahawanan\nTNB Prime di Universiti Awam (tiada tawaran dibuka buat masa ini)\nPengambilan 2021 :\nKejuruteraan (Elektrik Kuasa)PerakaunanSains KomputerSains Komputer / Teknologi Maklumat (Pengkhususan dalam Bidang Data Sains & Analitik, Bisnes Analitik dan yang berkaitan)Sains Aktuari\n*Bidang pengajian terkini akan dimaklumkan akan apabila tawaran 2022 dibuka kelak\nSyarat Kelayakan Biasiswa TNB Prime\nCalon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara MalaysiaCalon berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan biasiswa YTN.Calon mestilah aktif dalam bidang ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.Pemohon tak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.Calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :\nTNB Prime Luar Negara \nLulus peperiksaan SPM dengan pencapaian minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperoleh minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.\nTNB Prime UNITEN \nLulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.\nTNB Prime Universiti Awam \nLulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50, atau\nLulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/ PNGK 3.50\nCara Memohon\nCalon perlulah lakukan permohonan atas talian bermula 1 jun 2022 di porta permohonan YTN.\nSila ke pautan di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional di bawah :\nhttps://ytn.tnb.com.my/\nPemohon dinasihatkan untuk sentiasa buat semakan di portal permohonan YTN dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.\nSecara lazimnya, pemohon yang berjaya akan dihubungi menerusi SMS atau e-mel.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan melalui emel ke [email\u00a0protected] atau hubungi terus talian di 03-89247500.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-harapan-rakyat/", "title": "Rumah Harapan Rakyat (RHR) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRumah Harapan Rakyat merupakan sebuah bantuan pinjaman perumahan khusus untuk rakyat Negeri Sembilan.\nSeiring dengan kenaikan harga rumah yang kebanyakannya tidak masuk akal dan tidak selari dengan pertambahan gaji, banyak kerajaan negeri yang memperkenalkan program sebegini.\nJika di negeri Selangor ada program \u201cRumah Selangorku\u201d, di Negeri Sembilan pula ada program \u201cRumah Harapan Rakyat\u201d (walaupun konsepnya berbeza dari program Rumah Selangorku di Selangor)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nKos pembiayaan perumahan\n\n \nCara permohonan\n\n \nTempoh permohonan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTanggungjawab pemohon\n\n \nPertanyaan lanjut\n\n\nPengenalan\nKerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. \n\n\n\n\n\n\nProgram ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.\nKos pembiayaan perumahan\n\n\u201c Inisiatif ini diwujudkan bagi membantugolongan berpendapatan rendah dan keluargamiskin yang tidak mempunyai rumah tetapimempunyai tanah untuk membina rumah sendiriyang lebih sempurna dan selesa. \u201cYAB DATO\u2019 SERI HAJI AMINUDDIN BIN HARUNMENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN\nBagi tahun 2023, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak\u00a0RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak\u00a0RM75,000.00\u00a0sahaja. \nPinjaman pembiayaan ini adalah\u00a0tanpa faedah\u00a0dan bayaran balik selama\u00a0300 bulan (25 tahun).\n\nHarga Seunit \u2013\u00a0RM85,000.00\nPinjaman Pembiayaan \u2013\u00a0RM75,000.00\nBayaran Deposit 5% \u2013\u00a0RM3,750.00\nBayaran Balik \u2013\u00a0RM238.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)\n\n\nCara permohonan\nIndividu yang berminat dengan program RHR ini boleh memuat turun borang permohonan dari laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan melalui pautan di bawah:\nhttps://www.pknns.gov.my/perkhidmatan/muat-turun-dokumen/rumah-harapan-rakyat-1\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan Pasangan (Isteri/Suami).\nSalinan Kad Pengenalan Penjamin.\nSalinan Sijil Nikah/Salinan Daftar Perkahwinan/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian.\nSalinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir/Mykid Anak atau Tanggungan.\nSalinan Penyata Akaun Bank 3 Bulan Terkini Pemohon.\nSalinan Perakuan Pendaftaran Syarikat Dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Jika Berkaitan).\nSlip Gaji Terkini Pemohon \u2013 3 Bulan Terakhir (Jika Berkaitan).\nSlip Gaji Terkini Pasangan (Isteri/Suami) \u2013 3 Bulan Terakhir (Jika Berkaitan).\nSurat Pengesahan Pendapatan Yang Telah Lengkap Diisi Dan Disahkan (Jika Berkaitan).\nPenyata KWSP Pemohon (Jika Berkaitan ).\nPenyata KWSP Pasangan (Isteri/Suami) (Jika Berkaitan).\nGambar Rumah Terkini (Jika Ada).\nGambar Tapak Cadangan.\nSalinan Hakmilik Tanah.\nSalinan Sijil Carian Rasmi.\nPengesahan Ketua Adat (Jika Berkaitan).\nSurat Akuan Kebenaran Pemilik Tanah (Jika Berkaitan).\nMaklumat e-Kasih (Jika Berkaitan).\n\nBorang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dihantar melalui serahan tangan ke alamat berikut:\nPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.\nTempoh permohonan\nPermohonan bagi RHR bagi tahun 2023 ini dibuka dari 16 Januari 2023 hingga 14 April 2023.\nSyarat Permohonan\nHanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan dipertimbangkan untuk permohonan bagi program RHR ini:\n\nWarganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).\nKeutamaan diberikan kepada yang berkahwin.\nPendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.\nPemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.\nMemiliki tanah (Hak Milik Penuh / Perkongsian), tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari sebarang gadaian / bebanan ke atasnya.\nKeluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.\nTanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan luar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan berat.\nKeutamaaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-kasih.\n\n\nTanggungjawab pemohon\nBagi individu yang berminat dengan Rumah Harapan Rakyat ini, pastikan anda mengikuti prosedur-prosedur berikut:\n\nMengisi dan melengkapkan borang permohonan\nMenandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti setem\nMembuat pembayaran deposit 5% (RM3,750)\nMenyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan melalui spesifikasi\nMenyediakan dan membuat pemyambungan sumber bekalan air dan elektrik\nMembuka akaun dan membuat pembayaran bulanan\n\nPertanyaan lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor tertera di bawah:\nPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.\nTel: 06 761 6871\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0Faks: 06 761 6877\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bsp-3-0-bantuan-sabah-prihatin/", "title": "BSP 3.0 : Semakan & Senarai Bantuan Sabah Prihatin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Sabah telah meluluskan edisi ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\nKetua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata antara bantuan itu ialah bayaran RM300 sekali beri yang akan memanfaatkan 370,432 penerima dan akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.\nKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665.\n\nKatanya, Bantuan Sabah Prihatin 3.0 itu adalah bantuan tambahan kepada RM238,369,318 juta yang sudah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0 dan 2.0, sejak hujung tahun lalu.\n\n\n\n\n\n\n\u201cMesyuarat Kabinet Negeri. pada 9 Jun 2021 telah memutuskan pemberian Bantuan Khas 3.0 COVID-19. Bantuan Kerajaan Negeri ini adalah tambahan kepada pelbagai jenis bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat baru- baru ini termasuk Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM2.1 bilion serta Geran Khas Prihatin sebanyak RM1.5 bilion kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS).\nBantuan one-off RM300 melibatkan jumlah RM120,469,481 dan bantuan bakul makanan bernilai RM34,366,500 juta.\n\u201cDengan penambahan bantuan 3.0 ini, secara keseluruhannya sejumlah RM358,838,800 juta termasuk bantuan awal (bantuan 1.0 dan 2.0) telah dan akan diagihkan kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini. Saya berharap bantuan ini (Bantuan Sabah Prihatin 3.0) akan membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini,\u201d katanya.\nBerikut adalah senarai bantuan yang diumumkan dalam sidang media khas pada 10 Jun 2021.\nBaca juga: Borang Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 2021)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0)\n\n \nBantuan BSP 3.0 RM300 one-off\n\n \nBantuan RM1000 hingga RM5000 Untuk Hotel, Penginapan & Pengusaha Pelancongan\n\n \nCara Semakan Status Bayaran BSP 3.0 RM300\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSenarai Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0)\nBantuan BSP 3.0 RM300 one-off \nBantuan RM300 diperuntukkan kepada golongan berikut:\n\nKategori miskin, miskin tegar & e-Kasih\nUsahawan mikro dan kotej\nPenjaja Kecil\nPemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.\nNelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak , pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS\nPemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)\n\n\n\n\n\n\nBantuan RM1000 hingga RM5000 Untuk Hotel, Penginapan & Pengusaha Pelancongan\nBantuan sebanyak RM2,879,500 diperuntukkan untuk sektor pelancongan, antaranya seperti berikut:\n\nRM5000 \u2013 untuk hotel 4&5 bintang\nRM2000 \u2013 untuk hotel 3,2,1 bintang\nRM2000 \u2013 3,2,1, orkid\nRM1,000 \u2013 Persatuan Homestay\nRM1,000 \u2013 Hotel yang belum mendapat penarafan\nRM2,000 \u2013 pengusaha pelancongan\n\n\n\nHajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.\nKatanya, Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.\nBaca juga: GKP 3.0: Semakan Status & Bayaran RM1000 (Fasa 1) Mulai 8 Jun 2021\n\nCara Semakan Status Bayaran BSP 3.0 RM300\nUntuk membuat semakan status bayaran, sila layari laman web BSP 3.0 di pautan berikut:\nhttps://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/\n\nTarikh Bayaran\nTarikh bayaran dikreditkan bermula Julai 2021 secara berperingkat.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk semakan status dan maklumat lanjut, sila layari laman web https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bendera-malaysia/", "title": "Bendera Malaysia (Maksud Warna, Lambang & Sejarah)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBendera Malaysia merupakan identiti unik negara kita Malaysia. \nDikenali dengan nama Jalur Gemilang, simbol, warna dan lambang yang ada pada bendera ini mempunyai maksud tertentu yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia secara amnya. \nSebagai rakyat Malaysia, kita haruslah memahami maksud segala simbol, corak dan warna pada Jalur Gemilang agar semangat cintakan negara tersemat dalam sanubari diri kita. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud corak dan rekabentuk\n\n \nMaksud warna pada Jalur Gemilang\n\n \nSejarah penciptaan Bendera Malaysia\n\n\nMaksud corak dan rekabentuk\nBendera Malaysia terdiri daripada garisan 14 jalur merah dan putih berselang-seli dan lambang bulan sabit dan bintang 14 mata. dikenali sebagai Bintang Persekutuan. \n14 jalur, dengan lebar yang sama, mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini.\n\n\n\n\n\n\nBulan sabit mewakili agama Islam sebagai agama negara.\nMaksud warna pada Jalur Gemilang\n\nBiru: Latarbelakang bulan sabut dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.\nKuning: Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu. \nMerah: Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta\nPutih: Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum\nSejarah penciptaan Bendera Malaysia\nBendera yang mula diperkenalkan pada 16 September 1963 sempena penubuhan negara Malaysia ini jberasal dari bendera Persekutuan Tanah Melayu.\nSebelum penciptaan bendera kebangsaan, setiap negeri di Tanah Melayu mempunyai bendera sendiri yang kebanyakannya tidak berubah reka bentuknya sehingga ke hari ini.\nBendera Malaya telah direka oleh Mohamed Hamzah, seorang arkitek berusia 29 tahun yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Baharu, Johor. \nBeliau menyertai pertandingan reka bentuk bendera Malaya pada tahun 1947 dengan dua rekaan yang beliau siapkan dalam tempoh dua minggu. \nReka bentuk pertama ialah bendera hijau dengan keris biru di tengah, dikelilingi oleh 15 bintang putih manakala reka bentuk kedua, yang merupakan antara tiga finalis, adalah serupa dengan bendera Malaysia kini tetapi dengan bintang berbucu lima.\nDato\u2019 Onn Jaafar telh bertemu dengan Mohamed Hamzah selepas memenangi pertandingan itu dan mencadangkan bintang itu ditukar kepada mata 11 untuk mewakili semua negeri Malaya.\nBerikutan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, reka bentuk bendera Tanah Melayu telah diubah suai untuk mencerminkan dan menghormati negeri-negeri baru dalam persekutuan.\nTiga jalur tambahan telah ditambah pada bendera sedia ada dan bintang itu diberi 14 mata untuk menggambarkan persekutuan 11 negeri asal di Tanah Melayu ditambah Sabah, Sarawak, dan Singapura.\nReka bentuk kekal sama walaupun selepas pengusiran Singapura daripada persekutuan dua tahun kemudian. \nApabila Kuala Lumpur telah ditetapkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, jalur tambahan dan bucu dalam bintang telah diubah maksudnya untuk mewakili wilayah baru ini.\nPada tahun 1997, apabila rakyat Malaysia dijemput untuk menamakan bendera tersebut, maka Perdana Menteri Mahathir Mohamad memilih nama Jalur Gemilang untuk menonjolkan pemacuan negara ke arah pertumbuhan dan kejayaan yang berterusan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penyata-maybank/", "title": "Cara Dapatkan Bank Statement Maybank (Penyata Kewangan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda pelanggan Maybank dan ingin dapatkan penyata kewangan Maybank?\nSetiap kali menyelesaikan urusan perbankan internet, anda akan diberikan resit bukti transaksi tersebut sebagai simpanan.\nResit ini boleh menjadi rujukan untuk anda dan pihak penerima wang tersebut (sekiranya transaksi pemindahan wang dilakukan).\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, dalam sesetengah urusan yang lebih besar dan rasmi seperti pembelian kereta, rumah dan seumpamanya anda mungkin memerlukan penyata kewanga akaun anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu penyata kewangan atau account statement?\n\n \nDapatkan penyata Maybank secara online\n\n \nDapatkan penyata Maybank dari kaunter\n\n\nApa itu penyata kewangan atau account statement?\n\nPenyata kewangan adalah satu dokumen yang menyenaraikan urusan kewangan akaun anda, antaranya jumlah atau amaun duit debit dan kredit beserta tarikhnya.\nPenyata akaun biasanya diperlukan untuk urusan rasmi pembelian berjumlah besar seperti pembelian rumah dan kereta kerana pihak bank yang memberikan pinjaman mahu memastikan beberapa perkara berikut:\nPengurusan kewangan andaAliran keluar masuk duit andaDuit tunai yang anda miliki dalam akaun\nPenyata kewangan ini seterusnya akan memudahkan pihak bank yang memberikan pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta, contohnya, sama anda anda layak untuk membuat pinjaman tersebut ataupun tidak. \nDapatkan penyata Maybank secara online\nCara termudah untuk mendapatkan account statement adalah secara online sahaja melalui portal Maybank2u anda. \nBelum mendaftarkan akaun dengan Maybank2u?\nBaca tutorial Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja terlebih dahulu dan kemudian ikuti langkah-langkah berikut:\nLog masuk ke Maybank2uPada bahagian menu, pilih e-Bills & StatementsKlik pada tiga titik akaun anda (berada di penjuru kanan kotak) MAE/Savings Account dll.Pilih View StatementsPenyata Maybank anda akan dipaparkan. Anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebutKlik pada butang \u201cDowload\u201d atau \u201cMuat turun\u201d untuk memuat turun penyata Maybank tersebutSekiranya penyata kewangan ini perlu dihantar secara fizikal, maka print sahaja penyata kewangan ini.Selesai\nDapatkan penyata Maybank dari kaunter\nSekiranya anda mempunyai masalah mendapatkan account statement daripada laman Maybank2u, anda boleh mendapatkannya melalui cara konvensional iaitu dengan pergi sahaja ke kaunter di cawangan Maybank terdekat anda. \nAmbil nombor giliranHadir ke kaunter apabila nombor giliran anda dipanggilPastikan anda membawa bersama kad ATM atau debit Maybank anda kad pengenalan untuk pengesahan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ptptn-direct-debit/", "title": "Cara Daftar Bayaran Balik PTPTN Secara Direct Debit Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA DAFTAR BAYARAN BALIK PTPTN DIRECT DEBIT ONLINE\nSelaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.\nDiskaun yang diberikan adalah merangkumi :\nDiskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjamanDiskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (DIRECT DEBIT) mengikut jadual\nBagi anda yang belum tahu, direct debit bermaksud pemotongan bayaran balik secara automatik daripada akaun bank anda setiap bulan. \nKini anda boleh membuat permohonan bayaran balik PTPTN secara direct debit secara online saja dan boleh dapat diskaun 12 % seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Bayaran Balik PTPTN\n\n \nSemakan Penyata Pinjaman\n\n \nApakah Direct Debit PTPTN?\n\n \nCara Daftar Direct Debit PTPTN Online (Panduan Bergambar)\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Direct Debit PTPTN\n\n\nPengenalan Bayaran Balik PTPTN\nTahukah anda setiap peminjam perlu mula membayar balik pinjaman mereka selepas 12 bulan tamat pengajian.\nPeminjam tidak perlu menunggu notis (emel / surat) dari PTPTN untuk memulakan proses bayaran balik memandangkan penyata baki pinjaman boleh disemak secara online sahaja.\n\n\n\n\n\n\nKos upah atau lebih dikenali sebagai Ujrah akan dikenakan bermula bulan ke-13.\nTempoh bayaran balik PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman masing-masing.\nJumlah Prinsipal UjrahTempoh Bayaran BalikRM10,000 dan ke bawah5 tahunMelebihi RM10,000 hingga RM22,00010 tahunMelebihi RM22,000 hingga RM50,00015 tahunMelebihi RM50,00020 tahun\nSemakan Penyata Pinjaman \nJika anda ingin mengetahui berapa jumlah pinjaman yang tinggal, anda juga boleh membuat semakan secara online.\nSila ke PTPTN Login untuk semakan penyata pinjaman terkini anda.\n\nCaranya:\nLawati laman utama Portal PTPTN di\u00a0https://www.ptptn.gov.my/\u00a0Klik ikon \u2018Semakan Penyata Pinjaman\u2019.Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan.Untuk mendapatkan kata laluan sementara (login pertama kali), sila berhubung dengan pihak PTPTN terlebih dahulu.\nContoh Penyata Baki PTPTN\nApakah Direct Debit PTPTN?\nTahukah anda, salah satu cara pembayaran pinjaman PTPTN yang paling mudah adalah melalui DIRECT DEBIT (auto tolak dari account bank yang didaftarkan).\nSyarat untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :\nMempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank \u2013 bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit Simpan SSPN PRIME) di PTPTN.Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.Klik Mohon Direct Debit Simpan SSPN PRIME untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada\u00a0Pusat Khidmat Pelanggan\u00a0atau\u00a0e-Aduan.\n\nCara Daftar Direct Debit PTPTN Online (Panduan Bergambar)\nTerdapat 8 langkah \u2013 langkah yang anda harus lakukan untuk pendaftaran DIRECT DEBIT .\nSila rujuk langkah di bawah:\n\nLangkah 1 : Taip www.ptptn.gov.my dan klik di bahagian BAYARAN BALIK\nATAU lebih mudah, terus ke pautan : https://www.ptptn.gov.my/debit-terus\n\nLangkah 2 : Klik permohonan DIRECT DEBIT .\n\nLangkah 3 : Klik Mohon DIRECT DEBIT PINJAMAN\n\nLangkah 4 : Masukkan No Kad pengenalan berserta password dan log masuk\n\nLangkah 5 : Klik PENYATA BAKI\n\nLangkah 6 : Klik pendaftaran untuk DIRECT DEBIT\n\nLangkah 7 : Klik PERMOHONAN BARU\n\nLangkah 8 : Klik MOHON\nTahniah anda telah berjaya mengikuti langkah yang diberikan !\nUntuk melihat manual yang lebih terperinci, sila rujuk:\nmanual_pengguna_direct_debit_onlineDownload\n\nMaklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Direct Debit PTPTN\nUntuk info lanjut tentang bayaran balik PTPTN secara direct debit, sila rujuk pautan di Portal Rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysejahtera-verfied-sah/", "title": "MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi \u2018Sah\u2019 (Blue Tick Verified)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai telah berkongsi di media sosial bahawa MySejahtera mereka telah dikemaskini dengan fungsi \u2018Sahkan Segera\u2019 atau \u2018Verify Now\u2019 untuk mendapatkan status \u2018Sah\u2019 atau \u2018Verified\u2019.\nStatus seperti ini yang biasanya terdapat di media sosial seperti Facebook dan Twitter, kini boleh didapati di MySejahtra dengan mengesahkan makluman diri anda.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenapa Perlu Sahkan Akaun MySejahtera?\n\n \nCara Mendapatkan Tanda \u2018Sah\u2019 / \u2018Verified\u2019 Di MySejahtera\n\n\nKenapa Perlu Sahkan Akaun MySejahtera?\nAdalah penting untuk mengesahkan akaun MySejahtera anda dan tanggungan.\nMenurut sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, proses ini penting untuk memastikan aplikasi anda dapat berfungsi sepenuhnya untuk proses seperti berikut:\nkemaskini statusterima HSOterima HATlaporkan keputusan ujianlaporkan kontak rapattemujanji vaksinsijil vaksin \nAkaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya. \n\n\n\n\n\n\nContohnya, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.\n\nJom semak akaun anda sudah disahkan atau belum. Jika belum, sila sahkan segera!\nCara Mendapatkan Tanda \u2018Sah\u2019 / \u2018Verified\u2019 Di MySejahtera\nLangkah 1 : \nPastikan anda mengemas kini kepada MySejahtera versi 1.1.8 dan ke atas.\nAnda tidak perlu uninstall aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, hanya pergi ke Google Play Store / Apple App Store / HUAWEI AppGallery dan klik pada pilihan Kemas Kini.\nLangkah 2 : \nDalam skrin Daftar Masuk, anda akan melihat butang Sahkan Segera berwarna merah. \nKlik pada butang tersebut.\nLangkah 3 : \nDalam halaman Pengesahan, semak untuk memastikan butiran ini tepat :\nNama : Sila masukkan nama penuh anda, pastikan ia sepadan dengan MyKad atau pasport anda. Ini termasuk Bin, Binti, A/P atau A/L seperti yang diperlukan.No. Kad Pengenalan/Pasport : Semak nombor MyKad atau pasport yang anda telah daftarkan di bawah akaun MySejahtera ini.ID MySJ : Semak nombor telefon / alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun MySejahtera ini.Langkah 4 : Klik pada pilihan Edit untuk membuat perubahan yang diperlukan.\nLangkah 5 : \nSetelah anda selesai, klik Sahkan untuk menghantar butiran anda kepada pasukan MySejahtera.\n\nBaca juga: \nTempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 HariCara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk \nFacebook:\u00a0MySejahteraTwitter :\u00a0MySejahtera\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cidos/", "title": "CIDOS: Pendaftaran ID Akaun ePembelajaran (cidos.edu.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCIDOS adalah sebuah portal bagi CeLT (Pusat e-Pembelajaran dan Pengajaran), nama konseptual untuk Unit Pembelajaran Digital di bawah bidang Bahagian Pembelajaran Instruksional dan Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.\nCeLT dicipta untuk membantu penerapan agenda eLearning / Blended Learning di semua Politeknik Malaysia. Dengan ibu pejabatnya berada di Putrajaya, CeLT juga memiliki studio produksi yang terletak di Politeknik METRO Kuala Lumpur.\n\n\n\n\n\n\nCeLT percaya pada penggunaan teknologi untuk tujuan pembelajaran dan tidak semestinya pembelajaran didorong oleh kemajuan teknologi dan perkara ini dapat dilihat dari motto-nya, \u2013 Inspirasi Pembelajaran.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif dan Misi CeLT\n\n \nPerkhidmatan yang disediakan CIDOS\n\n \nPendaftaran ID Akaun ePembelajaran\n\n \nLog masuk akaun CIDOS\n\n\nObjektif dan Misi CeLT \n\nUntuk menyediakan akses ke program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Untuk mengembangkan kurikulum yang diterajui oleh industri dan meningkatkan kesediaan siswazah melalui penglibatan industri yang diselaraskan. Untuk menghasilkan graduan yang seimbang dan giat melalui program pengajian yang dinamik dan lestari. Untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa melalui kolaborasi dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET.\nPerkhidmatan yang disediakan CIDOS\nSecara umumnya, CIDOS adalah sebuah portal sehentian yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti yang berikut:\nLMSCOMEMOOCeDOLAHelpdeskSurvey System dll\nSecara umumnya, fungsi mempunyai pelbagai fungsi antaranya:\nMuat turun nota Menjawab kuiz secara onlineMenghantar tugasan secara onlieBerinteraksi dan berkomunikasi dengan pensyarah melalui fungsi chat dan forum\nPendaftaran ID Akaun ePembelajaran\nUntuk makluman, sistem dan fungsi yang disediakan di portal CIDOS adalah terhad untuk penggunaan para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik sahaja.\nOleh itu, para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik hendaklah merujuk kepada pihak pengurusan tempat anda belajar untuk proses pendaftaran ID akaun untuk membolehkan anda log masuk di portal CIDOS.\nLog masuk akaun CIDOS \nLayari portal CIDOS di pautan http://cidos.edu.my/Klik pada ikon Pengguna yang terletak di bahagian atas kananPilih \u201cLogin\u201d. Sekiranya terlupa kata llaluan klik pada \u201corgot Password\u201dMasukkan maklumat Usernama dan PasswrodKlik pada butang Login\nArtikel berkaitan: UPU Online: Semak Keputusan & Rayuan Kemasukan STPM/Setaraf Sesi 2021/2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengambilan-khas-spp-2023/", "title": "Pengambilan Khas SPP 2023 (Iklan Permohonan Guru KPM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengambilan Khas Perjawatan Guru One-off SPP 2023 (Permohonan mySPP 2023)\nPengambilan khas perjawatan guru secara sekali pengambilan atau \u2018one-off\u2019 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara, bermula hari ini, 7 April 2023 (Jumaat).\n\nSila rujuk maklumat lanjut dan kenyataan penuh SPP di bawah:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)\n\n \nIklan Pengambilan Khas SPP 2023 : Hebahan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023\n\n \nTarikh Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP 2023\n\n \nCara Mendaftar & Permohonan\n\n \nTarikh Temuduga\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatarbelakang SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)\nSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan\nSPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\n\n\nSehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.\nSPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.\nSPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.\n\nIklan Pengambilan Khas SPP 2023 : Hebahan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023\n\nHEBAHAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 TAHUN 2023\n\nSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan yang telah\u00a0menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini\u00a0bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.\nPermohonan jawatan ini terbuka kepada semua:\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0a.\u00a0GRADUAN PENDIDIKAN\u00a0bagi\u00a0lantikan tetap\u00a0dan syarat permohonan adalah di\u00a0sini; dan\nb.\u00a0GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN\u00a0bagi\u00a0lantikan secara Contract of Service (CoS)\u00a0dan syarat permohonan\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0adalah di\u00a0sini.\n\nGraduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada\u00a021 April 2023 (Jumaat).\nGraduan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP\u00a0bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 April 2023\u00a0TIDAK PERLU\u00a0membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.\nGraduan juga\u00a0TIDAK DIBENARKAN\u00a0untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula\u00a022 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.\nPemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat.\u00a0Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.\nHanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.\n\nSumber: https://www.spp.gov.my/ms/pengumuman-berita-terkini/pengumuman-2023/pengumuman-guru/1289-hebahan-permohonan-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-tahun-2023\n\n\n3 APRIL 2023 \u2013 SPM \u2013 PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2023\nTarikh Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP 2023\nTimbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pengambilan itu dibuka bermula hari ini (7 April) tetapi tiada tarikh tutup permohonan ditetapkan.\nJadi sesiapa yang berminat boleh memohon mulai hari ini melalui portal mySPP.\nBaca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan\nCara Mendaftar & Permohonan\n\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my.\nLengkapkan profil dan butiran-butiran yang diperlukan.\nSila rujuk manual lengkap melalui lampiran berikut: Panduan Pengguna (PDF)\n\nmanualPenggunaDownload\nTarikh Temuduga\nTemuduga dijangka akan dijalankan pada Jun-Julai 2023.\nCalon boleh membuat semakan keputusan melalui pautan berikut;\nhttps://semakan.spp.gov.my/semakan/\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:\n\nLaman web https://www.spp.gov.my/\nFacebook: https://www.facebook.com/SPPHQ\nTwitter: https://twitter.com/sppmy\n\nSila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP. \n\nTalian Hotline mySPP : Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020 \nUrusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022 \nSistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) : Klik Di sini\n\nBaca juga: \n\nPermohonan Pinjaman KWSP Bercagar BSN Dibuka 15 April 2023\ni-Akaun KWSP: Daftar Online, Login & Semakan Penyata\nProton X90: Spesifikasi, Varian, Pilihan Warna, Harga\nIhsan-i : Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (FSA2)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/thijari-biz/", "title": "ThiJARI Biz: Uruskan Potongan Gaji Pekerja dengan Mudah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTHiJARI Biz ialah perkhidmatan dalam talian yang membolehkan Majikan melaksanakan deposit bulanan ke dalam akaun TH Pekerja melalui potongan gaji.\nPotongan sebegini memudahkan para pekerja untuk mengasingkan terus simpanan bulanan yang ditentukan oleh mereka terus ke dalam akaun TH.\nTHiJARI Biz diperkenalkan sebagai inisiatif transformasi digital TH ke arah menambah baik perkhidmatan dalam talian dan proses kerja automasi, supaya perkhidmatan TH menjadi lebih cekap.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan\n\n \nLangkah Mendaftar (Caruman Potongan Gaji)\n\n \nCara Menggunakan THiJARI Biz\n\n\nKelebihan \nDengan penggunaan Biz THiJARI, semua urusan berkaitan potongan gaji boleh diuruskan sendiri oleh majikan melalui portal online, dan pengkreditan potongan gaji hanya akan mengambil masa satu hari bekerja dengan syarat semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan akaun aktif.\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, potongan gaji dibuat secara manual apabila butiran pembayaran potongan diterima daripada majikan melalui e-mel, surat atau transaksi di kaunter di cawangan Tabung Haji.\nInisiatif ini juga dapat menggalakkan lebih ramai pekerja daripada sektor swasta dan awam membuka akaun dengan TH dan merealisasikan impian mereka untuk menunaikan haji.\nLangkah Mendaftar (Caruman Potongan Gaji)\n\nMajikan mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan Tabung Haji dengan menghubungi THCC. \nMajikan dikehendaki melengkapkan \u201cBorang Maklumat Majikan\u201d untuk melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk TAC. \nTabung Haji akan memberikan Kod Majikan melalui e-mel dan Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).\nSetelah menerima kod pengaktifan, pengaktifan mesti dilakukan dalam masa 7 hari.\nBagi Majikan sedia ada yang telah berdaftar dengan Tabung Haji, Majikan boleh menghubungi THCC untuk menerima Kod Pengaktifan.\nMajikan juga boleh membuat semakan transaksi dalam talian manakala pekerja boleh menyemak rekod kredit mereka melalui aplikasi THiJARI mereka.\nCara Menggunakan THiJARI Biz\nTerdapat 3 langkah mudah bagi majikan yang ingin menggunakan perkhidmatan ini:\nLog masuk melalui www.thijari.com.my/thijaribizPentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan diikuti dengan penciptaan kata laluanPentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan kata laluan setiap kali untuk log masuk ke portal.\nKemudian, pentadbir boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan mudah.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-ipt-maidam/", "title": "Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Zakat IPT Pengajian Dalam dan Luar Negara MAIDAM\nBantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara Fasa Kedua bagi tahun 2022 akan dibuka mulai 1 Ogos 2022.\nJangan terlepas peluang untuk mengisi borang PERMOHONAN BANTUAN bagi yang belum membuat permohonan.\nJom kami kongsikan ifo lanjut tentang bantuan ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA MAIDAM\n\n \nKadar Bayaran Bantuan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Pengajian MAIDAM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA MAIDAM\nBantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM adalah bantuan yang diberikankepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).\nBantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.\n\n\n\n\n\n\nKadar Bayaran Bantuan\nUntuk Bantuan Awal Pengajian IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut:\nBilTahap PengajianDalam NegaraLuar Negara1Sijil RM 600\u20132DiplomaRM 800RM 800 3Ijazah Sarjana MudaRM 1000RM 20004SarjanaRM 1200RM 25005PhDRM 1500\u2013\n\nPemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeriTerengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga(3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.\nSyarat Permohonan\nBeragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/PraDiploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.\n\nBaca juga: \nBantuan MAIDAM: Cara Permohonan Zakat & Semakan Status OnlinePermohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online\nCara Permohonan Bantuan Pengajian MAIDAM\nPermohonan boleh dibuat secara \u2018online\u2019 menerusi laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM :\nhttp://yp.maidam.gov.my/iptonline\n\nISI BORANG PERMOHONAN ONLINE:\nBANTUAN-AWAL-IPT-MAIDAMDownload\nSerahan borang permohonan yang telah dicetak bagi Bantuan Awal Pengajian adalah melalui serahan di :\n1) Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM\n2) Melalui pos di alamat Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk manual permohonan berikut:\nGaris Panduan Pendaftaran Portal IPT Online Bagi Pemohon\ni) Garis Panduan Pendaftaran Portal [PDF]Garis panduan bantuan [ Awal IPT dalam dan Luar Negara ]\nii) Garis Panduan Permohonan Bantuan Awal IPT [PDF]\u00a0||\u00a0Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Awal IPT [PDF]Garis panduan bantuan [ Tambang Penerbangan IPT ]\niii) Garis Panduan Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan IPT [PDF]\u00a0||\u00a0Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Penerbangan IPT [PDF]Garis panduan bantuan [ IPT dalam dan Luar Negara ]\niv) Garis Panduan Permohonan Bantuan IPT [PDF]\u00a0||\u00a0Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan IPT [PDF]\nSebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah :\nKuala Terengganu 09-630 30 30Marang 09-618 33 17Hulu Terengganu 09-681 78 09Dungun 09-845 28 10Kemaman 09-859 45 45Setiu 09-609 03 07Besut 09-697 53 23Kerteh 09-826 64 63Kuala Nerus 09-662 2910\nAtau :\nYayasan Pendidikan MAIDAMLot 9 & 10 Tingkat 1,Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,20100 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.\nEmail : [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected]\nNo. Tel : 09-6223500 / 096225600\nDapatkan pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-memandu-percuma/", "title": "Ujian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing \u2013 Bajet 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUjian memandu percuma bagi lesen motorsikal Kelas B2, Teksi, Bas dan eHailing merupakan antara insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.\nWalau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata beliau sendiri mengakui sedikit terkejut dengan insiaitif baik ini dan memperincikannya terlebih dahulu perkara ini sebelum pelaksanaan dapat dimulakan.\nTambahnya lagi, beliau belum pasti berapa ramai yang dapat manfaat dan jumlah peruntukan kerana ia baru diumumkan dan kejutan gembira buat saya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Ujian Memandu Percuma Yang Diumumkan Dalam Belanjawan 2023?\n\n \nKategori Kelayakan\n\n \nHarga Lesen Memandu\n\n\nApakah Ujian Memandu Percuma Yang Diumumkan Dalam Belanjawan 2023?\nInsentif Ujian Memandu Percuma yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 ini rata-ratanya disambut dengan baik oleh banyak pihak kerana menyedari kos mengambil lesen memandu yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah individu.\n\n\n\n\n\n\nTujuan utama program bantuan lesen ini adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.\nTanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing ini untuk membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig.\nSelain bakal memanfaatkan golongan belia, Anthony Loke berkata pihaknya juga akan membincangkan dengan lebih lanjut kemungkinan untuk meluaskan inisiatif ujian memandu percuma ini kepada golongan sasar yang lain.\nSumber : Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)\nArtikel berkaitan: MyJPJ : Semakan Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Online\nKategori Kelayakan \nDalam pembentangan Bajet 2023, pemberian ujian memandu percuma ini hanya difokuskan untuk individu yang ingin mengambil lesen-lesen berikut:\n\nMotorsikal Kelas b3\nTeksi\nBas\neHailing\n\nHarga Lesen Memandu\nHarga mendapatkan lesen memandu adalah berbeza mengikut institusi pusat belajar memandu.\nSesetengah daripada pusat belajar memandu mungkin mengenakan harga yang sedikit mahal kerana didatangkan dengan pakej belajar sampai lulus, pengambil pelajar di rumah dan sebagainya.\nBerikut merupakan julat harga mendapatkan lesen memandu di Malaysia:\n\nMotorsikal B2: RM380 \u2013 RM450\nTeksi/eHailing: RM245 \u2013 RM250\nBas: RM 1170 \u2013 RM1417\n\nHarga yang dikenakan juga mungkin berubahah dari semasa ke semasa.\nAnda boleh mennghubungi pusat belajar memandu berdekatan tempat tinggal anda untuk mendapatkan harga terkini ujian belajar memandu.\nBaca lagi: Harga Lesen Memandu Terkini Di Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-tanpa-rekod/", "title": "Cuti Tanpa Rekod Untuk Penjawat Awam (Syarat & Tempoh Cuti)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelain cuti yang umum ketahui seperti cuti tahunan dan cuti sakit, terdapat pelbagai kategori cuti yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam. \nKemudahan cuti tanpa rekod ditawarkan bagi memudahkan urusan penjawat awam dalam menjalankan pelbagai urusan dan aktiviti yang tertentu. \nKategori cuti dan butirannya adalah seperti di bawah. \nBaca Juga : Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Cuti Tanpa Rekod Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam\n\n \ni) Cuti Ganti / Cuti Gantian\n\n \nii ) Cuti Latihan Pasukan Sukarela\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \niii) Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan / Persatuan\n\n \niv) Cuti Lain-Lain Kursus\n\n \nv) Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama\n\n \nvi) Cuti Memasuki Peperiksaan\n\n \nvii) Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas\n\n \nviii) Cuti Mengambil Bahagian dalam Olahraga / Sukan\n\n \nx) Cuti Tanpa Rekod Bagi Peserta Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa\n\n \nxii) Kemudahan Bagi Pegawai Yang Disapina Untuk Hadir di Mahkamah Sebagai Saksi / Memberi Keterangan Pakar\n\n \nxiii) Cuti Isteri Bersalin\n\n \nxiv) Cuti Kursus Sambilan\n\n \nxv) Cuti Bagi Menderma Organ\n\n \nxvi) Cuti Perayaan Vaisakhi\n\n \nxvii) Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat\n\n \nxviii) Cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai\n\n \nxix) Cuti Umrah\n\n \nxx) Cuti Keagamaan\n\n \nxxi) Cuti Perayaan Good Friday\n\n\nSenarai Cuti Tanpa Rekod Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam\ni) Cuti Ganti / Cuti Gantian\nPegawai Yang Layak Memohon\nPegawai yang tidak layak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa / sebarang bayaran khas lain.AKP yang tidak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa.Pegawai Kumpulan Pengurusan TertinggiPegawai Kumpulan P&P.Diarahkan bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.\nSyarat Kelayakan\nArahan dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa.Tugas lebih daripada masa bekerja biasa atau masa kecemasan, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.Cuti Gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa (tidak termasuk hari perjalanan).\nKategori Kerja Lebih Masa\nKerja-kerja kecemasanKerja-kerja yang dikehendaki oleh anggota melebihi bidang tugas biasanya.Kerja mustahak tidak boleh ditangguh kepada hari berikutnya (mudaratkan perkhidmatan jika ditangguh).\nii ) Cuti Latihan Pasukan Sukarela\nSyarat Kelayakan\nDihadkan bagi tujuan menghadiri latihan khemah tahunan sahaja di dalam / di luar negeri.Surat arahan dari Pemerintah Pasukan Sukarela yang menyatakan tempoh diperlukan.Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.Dicatatkan dalam kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti.\nPegawai Yang Layak\nPegawai merupakan ahli pasukan sukarela\nTempoh : Tidak melebihi 30 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik\nNota : Cuti rehat adalah bergantung kepada pertimbangan kuasa tertentu.\nSenarai Pasukan Sukarela\nAskar WataniahPasukan Sukarela Tentera Udara DirajaPasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DirajaPasukan Sukarela PolisPasukan Pertahanan Awam.Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).\n\niii) Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan / Persatuan\nSyarat Kelayakan\nMenghadiri kursus / latihan seperti yang disenarikan berikut :\n\n\n\n\n\n\nKursus LatihanKhemah Latihan TahunanMesyuarat Agung TahunanMesyuarat Luar BiasaSeminarAktiviti SukanAktiviti dalam Malaysia sahaja.Aktiviti luar Malaysia (Pertubuhan Pengakap & Pandu Puteri)Aktiviti sukan anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kerajaan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti mingguan / cuti am dan tidak menggunakan waktu pejabat.\nKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan perlu dicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nPegawai Yang Layak\nPegawai adalah ahli pertubuhan / persatuan atau Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan Kerajaan.Pertubuhan / Persatuan tergolong dalam 36 kumpulan yang berdaftar dengan pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.\nTempoh : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.\niv) Cuti Lain-Lain Kursus\nSyarat-Syarat Kelayakan\nMerupakan ahli kesatuan sekerja yang menghadiri :\nPersidangan Perwakilan di peringkat Kebangsaan / Antarabangsa.Mesyuarat Agung Tahunan / Luar Biasa di peringkat Kebangsaan.Kursus kesatuan sekerja yang dihadiri perlu terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia.Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan)Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).\nPegawai yang Layak\nPegawai-pegawai dikehendaki menghadiri :\nKursus Kepimpinan Belia & Bina Semangat yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.\nTempoh Cuti : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.\nv) Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama\nSyarat Kelayakan\nKursus / Latihan / Seminar / Mesyuarat Syarikat Kerjasama.Aktiviti syarikat kerjasama diluluskan oleh Ketua Pengarah KPDNKK.Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan).Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nPegawai Yang Layak\nPegawai-pegawai yang menjadi ahli Syarikat Koperasi dan membuat akuan untuk memegang jawatan di dalam Syarikat Koperasi.Akuan bertulis untuk memegang jawatan selama 2 tahun (selepas tamat kursus).\nvi) Cuti Memasuki Peperiksaan\nCuti untuk hadiri peperiksaan yang boleh membaiki peluang pekerjaan pegawai berkenaan.Terhad pada hari peperiksaan sahajaDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\n\n\n\nvii) Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas\nSyarat Kelayakan\nPerlu hadiri Mesyuarat Agung Tahunan / Mesyuarat Agung Luar Biasa/ Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatanDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nPegawai Yang Layak\nPegawai adalah ahli bagi salah satu daripada 53 Persatuan /Pertubuhan IkhtisasPersatuan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.\nviii) Cuti Mengambil Bahagian dalam Olahraga / Sukan\nSyarat Kelayakan\nAtlit / pengurus pasukan / pengadil / jurulatih.Ahli majlis Jawatankuasa pertandingan bagi menghadiri mesyuarat sebelum atau selepas pertandingan.Perlawanan sukan di peringkat wilayah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.Pertimbangan Kuasa Tertentu\nTempoh : Tidak melebihi 30 hari\nix) Cuti bagi Pegawai Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian dalam Lawatan Kebudayaan\nPegawai yang mengambil bahagian dalam lawatan atau pertunjukan kebudayaan anjuran MOTAC / KBS / Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)Cuti diambil berdasarkan tempoh aktiviti yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjurCuti dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.\nx) Cuti Tanpa Rekod Bagi Peserta Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa\nPegawai yang dipilih menyertai Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa atau program anjuran KBSDicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.Berdasarkan tempoh program yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjur.\nxi) Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat Bersama Kebangsaan / Jabatan\nPerlu hadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan / Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (Pihak Pekerja) /Konvensyen bagi memilih Ahli Majlis Pihak Pekerja /Mesyuarat yang dipanggil oleh Kerajaan (pegawai hadir mewakili Kesatuan Sekerja) /Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (Peringkat Kementerian / Jabatan).\nxii) Kemudahan Bagi Pegawai Yang Disapina Untuk Hadir di Mahkamah Sebagai Saksi / Memberi Keterangan Pakar\nSaksi Pihak Kerajaan\nDianggap sebagai tugas rasmiLayak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.\nSaksi Pihak Bukan Kerajaan (Dalam Stesen)\nDiberi pelepasan bagi tempoh diperlukan.Tidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.\nSaksi Pihak Bukan Kerajaan (Luar Stesen)\nLayak Cuti Tanpa Rekod bagi mahkamah di luar stesen.Tidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.Dicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.\nxiii) Cuti Isteri Bersalin\nUntuk pegawai lelaki lantikan tetap /PPP yang bertugas / diarah bertugas dalam Cuti Penggal persekolahanCuti terhad sebanyak 5 kali sepanjang perkhidmatanKelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.Cuti bermula pada hari isteri bersalin atau keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang)\n\n\n\nTempoh :\u00a07 hari termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.\nNota : Tempoh cuti bermula pada hari isteri bersalin ATAU keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang).\nTempoh cuti termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am. \nxiv) Cuti Kursus Sambilan \nCuti khusus untuk penjawat awam hadiri kuliah / tutorial / seminar / bengkel / Kolokium / Latihan Amali / Latihan Industri \nSyarat-Syarat\nPegawai telah mendapat kebenaran bertulis mengikuti kursus secara sambilan daripada Ketua jabatab. Pegawai yang dilantik berjawatan tetap dan disahkan dalam perkhidmatanKursus yang diikuti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. IPTA / IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Mengikuti pengajian dalam apa jua bidang di peringkat Diploma / Ijazah Pertama / Ijazah Lanjutan. Pegawai belum mempunyai kelayakan berkenaan, kecuali guru kerana pengajian yang dibenarkan hanya bidang yang diluluskan oleh BPG sahaja. \nxv) Cuti Bagi Menderma Organ \nSyarat Kelayakan \nPegawai lantikan tetap /sementara / kontrak (CoS) Sangkut / Guru Sandaran.Mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh KKM. Pembedahan dalam negara sahaja. \n Kemudahan Cuti Sakit \nTempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk jalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarikan discaj dari hospital. \nTempoh cuti : Tidak melebihi 42 hari mulai dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan. \nxvi) Cuti Perayaan Vaisakhi \nSyarat Kelayakan \nPenjawat awam merupakan penganut Sikh untuk menunaikn tanggungjawab keagamaan. \nTempoh : 1 hari (14 April setiap tahun). \n\nxvii) Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat \nTujuan : Membuat urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat dan untuk membantu waris jenazah. \nAhli keluarga terdekat termasuk :\nSuami / Isteri Anak kandung Ibu kandung / Ibu angkatBapa kandung / bapa angkat Ibu mentua Bapa mentua Anak angkat Anak angkat de facto Anak pelihara \nSyarat Kelayakan \nCuti bermula pada tarikh kematian ATAU hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat Cuti termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. \nTempoh Cuti : 3 hari berturut-turut \nxviii) Cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai \nSyarat Kelayakan \nPegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Hari Gawai 1 Jun / 2 Jun setiap tahun)Pegawai kelahiran Sabah atau WP Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Pesta Kaamatan 30 Mei / 31 Mei setiap tahun)\nxix) Cuti Umrah \nSyarat Kelayakan \nPegawai awam perkhidmatan awam persekutuan beragama Islam dan bertaraf Tetap. Permohonan cuti disertakan dengan dokumen perjalanan.Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Dicatat dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti. Menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. \nCuti tak termasuk :\nHari rehat mingguanHari kelepasan mingguanHari kelepasan am Cuti penggal persekolahan Cuti peristiwa\nTempoh cuti : 7 hari \nAnda boleh baca maklumat lanjut mengenai cuti umrah di pautan berikut : KEMUDAHAN CUTI UMRAH PENJAWAT AWAM\n\nxx) Cuti Keagamaan \nSyarat Kelayakan\nPegawai awam perkhidmatan awam persekutuan. Bukan beragama Islam Bertaraf tetap Mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat keagamaan dalam / luar negara. Permohonan disertakan dengan dokumen perjalanan.Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Dicatat dalam Kenyataan Perkhidmatan dan kenyataan cuti. \nCuti tak termasuk :\nHari rehat mingguan Hari kelepasan mingguan Hari kelepasan am Cuti penggal persekolahan Cuti peristiwa\nTempoh cuti : 7 hari (sekali /one-off sepanjang perkhidmatan)\nTempoh cuti bermula dari tarikh penerbangan / perjalanan sebenar bagi mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat keagamaan di dalam / luar megara. \nJika perlu lebih 7 hari, mohon CR / CRK / CTg. \nJika CTR kurang 7 hari, baki cuti tidak boleh dibawa ke hadapan.\nSekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan atau kelepasan am, maka perkiraan 7 hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya. \nxxi) Cuti Perayaan Good Friday \nSyarat Kelayakan \nPegawai perkhidmatan awam beragama Islam.Pegawai berkhidmat di negeri yang perayaan Good Friday merupakan hari kelepasan am.\nCuti Pegawai Perkhidmatan Awam yang ditawarkan ini pasti bakal memberi manfaat kepada setiap penjawat awam.\n Untuk keterangan lanjut, sila rujuk ke Bahagian Sumber Manusia di Jabatan masing-masing.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kewangan-ngo-kepenggunaan/", "title": "Tawaran Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) kini menawarkan Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan bagi tahun 2023.\nBadan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kepenggunaan yang berminat untuk memohon insentif ini bagi menjalankan aktiviti atau program kepenggunaan di kawasan masing-masing pada tahun hadapan dialu-alukan untuk memohon.\nPihak NGO yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Disember 2022.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan. \nBaca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkop Program\n\n \nCara Memohon Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nSkop Program\nSkop program yang akan dibiayai menerusi Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan ini adalah seperti berikut:\n\nKajian Consumer Empowerment Index (CEI) Tahun 2020 oleh Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan, KPDNHEP yang memfokuskan kepada 3 domain utama berkaitan pengguna iaitu:\u2013 Financial Literacy\u2013 Purchasing Decision\u2013 Redress\nPendidikan kesihatan pengguna.\nKesiapsiagaan menghadapi bencana alam.\nSekuriti makanan.\nAdvokasi kejatuhan mata wang\nPersiapan menghadapi krisis global dari sudut pengguna.\n\n\nCara Memohon Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan\nAnda boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\n\nMuat turun dan lengkapkan dokumen di pautan ini terlebih dahulu\u00a0https://tinyurl.com/NGOFormatCEI.\nKemudian, layari pautan berikut\u00a0https://tinyurl.com/PermohonanNGO2023.\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon dikehendaki untuk kemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\n\nRingkasan Permohonan 3 Tahun Terdahulu berdasarkan [Format Bahagian D] (bagi penerima peruntukan sebelum ini)\nSijil Pendaftaran\nPerlembagaan Persatuan\nPenyata ROS terkini (2022/2021 sahaja)\nPenyata bank terkini\nKertas Cadangan yang lengkap berdasarkan [Format Lampiran A1]\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Kewangan NGO Kepenggunaan Tahun 2023, sila hubungi En Aizat Hafiz di talian 03-8882 6447.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/atm-cash-out-mae-maybank/", "title": "ATM Cash-Out MAE Maybank : Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMaybank telah memperkenalkan ATM Cash-out di aplikasi MAE untuk memudahkan pengguna mengeluarkan wang dari mesin ATM dengan lebih mudah tanpa menggunakan kad!\nDengan perkhidmatan terbaru ini, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi ini di aplikasi MAE dan lakukan beberapa langkah berikut untuk membuat pengeluaran tunai secara tanpa sentuh (contactless).\nMacam mana nak guna agaknya tu kan?\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah ATM Cash-Out MAE Maybank?\n\n \nSiapa Boleh Menggunakan Perkhidmatan ATM Cash-Out Ini?\n\n \nDi Mana ATM Yang Menyediakan Perkhidmatan Ini?\n\n \nCara Mengaktifkan Fungsi ATM Cash-Out Di Apps MAE\n\n \nCara Membuat Pengeluaran Dengan Perkhidmatan ATM Cash-Out Maybank\n\n \nLangkah-langkah Keselamatan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah ATM Cash-Out MAE Maybank?\nIa adalah ciri dalam aplikasi MAE yang membolehkan anda mengeluarkan wang tunai di ATM Maybank hanya menggunakan telefon pintar tanpa menyentuh ATM, kecuali untuk mengambil wang tunai yang dikeluarkan.\n\n\n\n\n\n\nCiri ini membolehkan anda menikmati pengalaman tanpa sentuh apabila mengeluarkan wang tunai di ATM Maybank melalui aplikasi MAE.\n\nAnda masih mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran tunai di ATM Maybank menggunakan kad ATM fizikal anda.\nSiapa Boleh Menggunakan Perkhidmatan ATM Cash-Out Ini?\nSemua pemegang kad ATM Maybank sedia ada yang juga pengguna aplikasi MAE boleh mengaktifkan fungsi ini.\nDi Mana ATM Yang Menyediakan Perkhidmatan Ini?\nAnda boleh menggunakan ATM Cash-out untuk mengeluarkan wang di ATM Maybank Malaysia terpilih. \nPerkhidmatan ini akan dilancarkan kepada semua ATM Maybank seluruh negara tidak lama lagi.\nBuat masa ini, sila rujuk senarai berikut :\nSenarai ATM yang menyediakan perkhidmatan MAE Cash-Out\nTerdapat kod QR dipaparkan pada skrin ATM (rujuk gambar di bawah) untuk anda mengimbas menggunakan aplikasi MAE anda. \n\nCara Mengaktifkan Fungsi ATM Cash-Out Di Apps MAE\nSila muat turun aplikasi MAE di Google Play Store, Apple iOS Store atau Hua Wei App Gallery dan aktifkan fungsi ATm Cash-Out terlebih dahulu.\nRujuk langkah berikut:\n\n\n\nCara Membuat Pengeluaran Dengan Perkhidmatan ATM Cash-Out Maybank\nAnda perlu mengaktifkan ciri pada apl MAE anda terlebih dahulu.\nTerdapat tempoh 24 jam untuk semakan keselamatan sebelum anda boleh mula menggunakannya. \nSetelah pengaktifan berjaya, anda akan menerima SMS dan push notification.\n\nRujuk video berikut:\n\n\n\nLangkah-langkah Keselamatan\nPastikan tiada sesiapa berdiri berdekatan dan skrin telefon anda tidak kelihatan kepada mereka yang berdiri di belakang anda apabila anda log masuk ke apl MAE anda atau apabila anda memasukkan PIN apl MAE 6 digit anda.Sentiasa pastikan anda hadir secara fizikal dari awal hingga akhir semasa melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM anda, termasuk kutipan tunai.HANYA imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin ATM untuk melakukan transaksi Pengeluaran Tunai ATM, dan BUKAN mana-mana kod QR lain yang diletakkan pada ATM atau diperoleh dari tempat lain.Tiada akaun benefisiari diperlukan semasa transaksi Pengeluaran Tunai ATM. Sekiranya anda diminta memasukkan nombor akaun benefisiari, hentikan transaksi dengan serta-merta.Sekiranya anda tidak mengaktifkan ciri Pengeluaran Tunai ATM tetapi menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP) 6 angka melalui SMS untuk pengaktifannya, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.Jika anda menerima sebarang pemberitahuan transaksi Pengeluaran Tunai ATM yang dihantar melalui aplikasi MAE tetapi tidak melakukan sebarang transaksi Pengeluaran Tunai ATM, sila hubungi talian hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 dengan segera.Pastikan telefon pintar anda dilindungi PIN, corak atau biometrik dan JANGAN biarkannya tanpa pengawasan atau kongsi butiran log masuk keselamatan telefon anda dengan sesiapa sahaja.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk panduan berikut :\nhttps://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia\nhttps://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/digital_banking/faq-atm-cashout.pdf\nBaca juga: \nCara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun MaybankCara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ehasil-selangor/", "title": "Portal eHasil Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPortal eHasil Selangor diwujudkan bagi memudahkan urusan semakan dan pembayaran cukai tanah dan cukai petak. \nSemuanya boleh dilakukan secara atas talian melalui pelbagai kaedah pembayaran.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai portal eHasil Selangor.\nBaca Juga : Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : Senarai Perkhidmatan, Alamat\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Portal eHasil Selangor\n\n \nCara Buat Pembayaran Cukai Tanah Online Melalui Portal eHasil Selangor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nWAKTU PEJABAT\n\n \nWAKTU KAUNTER\n\n \nTERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN eHASIL SELANGOR\n\n \nHad Tanggungjawab\n\n \nPautan\n\n \nPenamatan\n\n \nPerubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan\n\n \nPengubahsuaian kepada Perkhidmatan\n\n \nUmum\n\n\nKelebihan Portal eHasil Selangor\nProses semakan dan pembayaran cukai tanah dan cukai petak kini lebih mudah dengan kaedah bayaran secara atas talian melalui FPX, kad kredit atau akaun B2B (Business-to-Business).\nPortal ini diwujudkan untuk menawarkan kelebihan seperti berikut :\nPembayaran Secara Atas Talian\nPengguna boleh membuat pembayaran secara atas talian dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet (FPX), kad kredit atau akaun perniagaan (B2B)\n\n\n\n\n\n\nMudah Diakses\nPortal eHasil mudah dicapai hanya menggunakan capaian internet dan tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.\nPembayaran Lebih Pantas\nDengan tetapan akaun kegemaran, pembayaran boleh dilakukan dengan lebih pantas tanpa perlu memasukkan nombor akaun.\nMuat Turun Salinan Bil dan Resit\nSalinan bil terkini boleh dimuat turun secara atas talian. Pengguna juga dapat melihat rekod sejarah transaksi pembayaran serta memuat turun salinan resit pembayaran.\nCara Buat Pembayaran Cukai Tanah Online Melalui Portal eHasil Selangor\nUntuk buat pembayaran secara atas talian, sila ke pautan https://ehasil.selangor.gov.my/ dan klik butang \u2018BUAT PEMBAYARAN SEKARANG\u2019.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila rujuk atau hubungi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor melalui butiran berikut :\nAlamat :\nPejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor\nBangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah\n40576, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan\nE-mel : [email\u00a0protected]\nTelefon :\nPejabat : 03-5544 7343 / 03-5544 7328 / 03-5520 5636\nFaks : 03-5513 6707\n\nWAKTU PEJABAT\nIsnin \u2013 Khamis\u00a0:\u00a08.30pg \u2013 5.00ptgJumaat\u00a0:\u00a08.30pg \u2013 12.15tgh2.45ptg \u2013 5.00ptgSabtu & Ahad\u00a0:\u00a0Tutup\nWAKTU KAUNTER\nIsnin \u2013 Khamis\u00a0:\u00a08.30pg \u2013 3.30ptgJumaat\u00a0:\u00a08.30pg \u2013 11.45tgh2.45ptg \u2013 3.30ptgSabtu & Ahad\u00a0:\u00a0Tutup\nTERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN eHASIL SELANGOR\nDi bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.\nHad Tanggungjawab\nAnda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau contoh, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:\n\nPenggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;\nKos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;\nAkses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;\nKenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau\nPerkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.\n\nPautan\nKami boleh menyediakan pautan kepada portal yang lain. Laman-portal tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.\nPenamatan\nKami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.\nPerubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan\nKami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.\nPengubahsuaian kepada Perkhidmatan\nKami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.\nUmum\nTajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama- sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.\nSumber : Laman eHasil.Selangor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-taska-di-malaysia/", "title": "Senarai Taska Di Malaysia & Kadar Yuran Terkini (2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Taska Di Malaysia \nTASKA atau Taman Asuhan Kanak-Kanak diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan serta perkembangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.\nTahukah anda terdapat beberapa jenis TASKA yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?\nJKM telah meletakkan pelbagai syarat serta kriteria yang perlu dipatuhi pengusaha TASKA bagi menjamin standard serta kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. \nIni juga penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak-anak jagaan.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai senarai taska di Malaysia secara lebih lanjut.\n\nBaca Juga : Checklist Barang Ke Taska: 15 Item Wajib Bawa\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis Taska di Malaysia\n\n \nSenarai Taska di Malaysia\n\n \nHarga Yuran Taska Terkini\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJenis Taska di Malaysia\nBerdasarkan perkongsian daripada Jabatan Kebajikan Malaysia, terdapat 4 kategori TASKA iaitu :\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 TASKA Institusi\n\nMenerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan\nDitubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 TASKA di Tempat Kerja\n\nMenerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan\nDitubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 TASKA Komuniti\n\nMenerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan\nMenerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri\n\n\nDitubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar\n\n4.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 TASKA Di Rumah\n\nMenerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan\nDijalankan di kediaman sendiri.\n\nSelain itu, TASKA KEMAS juga adalah satu lagi pusat jagaan kanak-kanak yang dipercayai ramai ibu-bapa.\nSenarai Taska di Malaysia\nAnda boleh semak senarai taska di Malaysia mengikut kategori seperti berikut :\n\nSenarai Taska Berdaftar\nSenarai Taska Komuniti Berdaftar\nSenarai Taska KEMAS (klik pada Senarai Alamat TASKA untuk semak senarai mengikut negeri)\n\nHarga Yuran Taska Terkini\nBerdasarkan perkongsian daripada laman web rasmi \u00a0KEMAS, harga yuran Taska KEMAS adalah seperti berikut :\n\nUntuk ketahui harga yuran terkini bagi TASKA Institusi, \u00a0TASKA Komuniti, Taska di Tempat Kerja dan TASKA di Rumah, sila rujuk atau hubungi pusat TASKA terdekat. \u00a0\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai taska yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), sila rujuk pada pusat TASKA berhampiran.\nAnda juga boleh layari laman web berkaitan di bawah untuk informasi lanjut :\n\u00a0Portal Rasmi KEMAS \nJabatan Kebajikan Malaysia (Kanak-Kanak) \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bas-nadiputra/", "title": "Bas Nadiputra : Tambang, Laluan & Jadual Perjalanan Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nWAKTU OPERASI & LALUAN PERKHIDMATAN BAS NADIPUTRA MULAI 1 JANUARI 2023\nPerkhidmatan bas henti-henti Putrajaya akan dioperasikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bermula 1 Januari 2023 dengan mengekalkan nama perkhidmatan bas sebagai Bas Nadiputra.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini untuk memudahkan anda membuat perancangan perjalanan sebaiknya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Perkhidmatan Bas Nadiputra?\n\n \nLaluan & Waktu Operasi\n\n \nKadar Tambang\n\n \nKaedah Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bas Nadiputra\n\n\nApakah Perkhidmatan Bas Nadiputra?\nPAPSB memulakan operasi bermula pada Mei 2007 sebagai pengendali bas henti-henti di Putrajaya setelah mengambil alih tanggungjawab kontraktor yang dilantik oleh Perbadanan Putrajaya iaitu salah satu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1999 hingga April 2007.\n\n\n\n\n\n\nSesuai dengan misi Perbadanan Putrajaya dalam merancang, mengurus dan membangunkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dengan berkesan dan cekap, nilai-nilai seperti kebersihan persekitaran akan dititikberatkan.\nPerkhidmatan bas henti-henti Putrajaya akan dioperasikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bermula 1 Januari 2023 dengan mengekalkan nama perkhidmatan bas sebagai Bas Nadiputra.\n\n\nLaluan & Waktu Operasi\nSebanyak tujuh (7) laluan diperkenalkan yang akan beroperasi pada ketetapan berikut:\n\nIsnin \u2013 Jumaat : 6.30 pagi hingga 8.00 malam \nSabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am : 7.00 pagi hingga 8.00 malam \n\nSila rujuk laluan baharu melalui grafik di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\nKadar Tambang\nKadar tambang sebanyak RM1 sehala untuk enam laluan manakala satu laluan iaitu laluan P101 adalah percuma.\nKaedah Bayaran\nPembayaran tambang secara tanpa tunai mengunakan kad Touch n\u2019 Go. Diskaun kadar tambang layak dimohon oleh golongan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar.\n\nPastikan kad mempunyai baki minima RM3.00\nDiskaun sebanyak 50% untuk pemegang Kad Konsesi MyRapid (warga emas, orang kurang upaya & pelajar)\n\n\nUntuk maklumat lanjut berkenaan permohonan Kad Konsesi MyRapid, sila layri https://www.myrapid.com.my/our-products/concession-cards/\nMaklumat Lanjut Tentang Bas Nadiputra\nMaklumat berkenaan operasi perkhidmatan bas henti-henti dan laluan ini boleh di dapati di: laman web: www.myrapid.com.my, Facebook: @myrapid, Talian Bantuan: 03-7885 2585 atau emel: [email\u00a0protected]\nBaca juga: \n\nMy50 : Pas Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid\nPelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk Pengguna Pengangkutan Awam\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mutiara-kata-hikmah-islamik/", "title": "30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik)\nPada saat-saat sukar dalam kehidupan, ada kalanya kita memerlukan kata-kata Islamik yang mampu memberikan kita kesedaran dan inspirasi untuk meneruskan kehidupn yang semakin mencabar ini.\nDalam hidup, kita sentiasa akan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah yang bertujuan untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih dekat kepada Allah.\nWalaupun telaga ilmu dalam Islam tidak terhingga, di sini kami telah mengumpulkan beberapa kata-kata Islamik yang diharapkan mampu memberikan anda inspirassi.\nSebahagian daripada koleksi kata-kata ini ini adalah daripada Al-Qur\u2019an, sabda Nabi Muhammad, doa, dan dari cendekiawan Islam moden kita, ahli falsafah, penyair dan seniman. \nDiharapkan koleksi kata-kata Islamik di bawah ini dapat memberikan anda inspirasi dan motivasi untuk terus mahu kehadapan.\nArtikel berkaitan: 30 Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMutiara Kata Dengan Tema Motivasi\n\n \nTema: Ketenangan Jiwa\n\n \nTema: Ikhlas dan Syukur\n\n\nMutiara Kata Dengan Tema Motivasi\nBerikut merupakan Kata-Kata Islamik bertemakan \u201cMotivasi\u201d:\n\u201cAllah tidak membebani seseorang melainkan apa yang mampu ditanggungnya.\u201d [Quran 2:286]\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaka janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berputus asa, padahal kamulah orang yang lebih tinggi kedudukannya jika kamu orang yang beriman.\u201d [Surah Ali Imran: 139]\n\u201cSesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.\u201d [Ar Rad: 11]\n\u201cJangan bersedih. Sesungguhnya pertolongan akan datang bersama kesabaran.\u201d [HR. Ahmad)\n\u201cKerjakanlah urusan duniamu seakan-akankamu hidup selamanya. Dan laksanakan urusan akhiratmu seakan-akan kamu akan mati besok.\u201d\n\u201cSiapa pun yang takut kepada Allah, Allah akan menemukan jalan keluar baginya (dari setiap kesulitan) dan Dia akan menyediakan untuknya dari sumber-sumber yang tidak pernah dia bayangkan.\u201d [At-Talaq: 2-3]\n\u201cBoleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.\u201d [Al-Baqarah: 216]\n\u201cManfaatkanlah lima hal sebelum datang lima hal; masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum masa sempit, masa hidup sebelum masa mati.\u201d\n\u201cJika kamu belajar dari kegagalan, maka kamu tidak akan pernah gagal.\u201d\n\u201cBila hijrahmu karena Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah lelah\u2019\n\nTema: Ketenangan Jiwa\nBerikut merupakan mutiara kata hikmah / Islamik bertemakan \u201cKetenangan Jiwa\u201d:\n\u201cKesabaran itu ada dua macam: Sabar atas sesuatu yang tidak kau inginkan dan sabar menahan diri dari sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.\u201d -Ali bin Abi Thalib\n\u201cJadilah seperti pohon yang tumbuh dan berbuah lebat. Dilempar dengan batu, tetapi membalasnya dengan buah.\u201d \u2013 Abu Bakar As Sidiq\n\u201cOrang yang terlalu cemburu berusaha untukmenyakiti dan melukai orang lain, tetapi pada akhirnya hanya merugikan diri sendiri.\u201d\n\u201cAllah selalu menjawab doamu dengan tiga cara. Pertama, langsung mengabulkannya. Kedua, menundanya. Ketiga, menggantinya dengan yang lebih baik untukmu.\u201d\n\u201cMusibah bagaikan air keruh, makin kau aduk, makin keruh. Bersabarlah kerana sebentar lagi ia akan menjadi jernih.\u201d\n\u201cKehidupan dunia ini hanyalah kenikmatan dari khayalan.\u201d [Ali Imran: 185]\n\u201cHidup bukan tentang mendapatkan apa yang kamu inginkan, tetapi tentang menghargai apa yang kamu miliki.\u201d\n\u201cKebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita menyesali apa yang belum kita capai.\u201d\n\u201cYang terbaik di antara kamu adalah mereka yang memiliki perilaku terbaik dan karakter terbaik.\u201d [Sahih Bukhari]\n\u201cJangan biarkan hatimu mendapat kesenangan kerana pujian dari orang lain, kamu akan sedih dengan kecaman mereka suatu hari nanti.\u201d -[Imam Ghazali]\nDihasilkan dengan Fotor\nTema: Ikhlas dan Syukur\nBerikut merupakan mutiara kata hikmah / Islamik bertemakan \u201cIkhlas dan Syukur\u201d:\n\u201cOrang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan perbuatan baiknya sebagaimana ia menyembunyikan perbuatan jahatnya.\u201d \u2013 Ibnu Al-Qayyim\n\u201cIkhlas itu seperti surat Al-Ikhlas, yang tidak ada kata ikhlas di dalamnya. Selama ikhlas masih terucap, itu berarti belum ikhlas karena hanya dia yang ikhlas, yang senantiasa berbuat tanpa pernah menyebut keikhlasannya.\u201d\n\u00a0\u201cIkhlas adalah melupakan pujian dari manusia dan hanya terus mencari redha dari Sang Pencipta. Barang siapa menghiasi dirinya di hadapan manusia dengan sesuatu yang tidak dimilikinya, maka ia telah jauh dari rahmat Allah.\u201d \u2013 Ibn Al-Qayyim\n\u201cBahagia itu sangat sederhana, kita hanya perlu mensyukuri dengan nikmat yang telah Allah berikan.\u201d\n\u201cApa pun yang kamu dapatkan di dalam dunia ini tidak akan sempurna apabila kamu tidak mensyukurinya.\u201d\n\u201cJangan pernah melihat nilai dari apa yang telah kamu berikan, tapi hitunglah apa yang telah kamu dapatkan.\u201d\n\u201cBersyukur, karena itu lebih baik daripada kamu terus saja mengeluh karena apa yang kamu ingin belum kau dapatkan.\u201d\n\u201cKeikhlasan boleh membuat amal yang kecil bernilai besar.\u201d\n\u201cHubunganmu dengan Allah bergantung pada hati yang bersih.\u201d \u2013 Nouman Ali Khan\n\u201cMengucapkan Alhamdulillah dengan seribu rasa sakit di dada adalah contoh dari keyakinan kamu yang dalam kepada Allah.\u201d\nBaca lebih banyak quote islamik : \n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-arab-saudi/", "title": "Tawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Bagi Pelajar Malaysia 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBiasisa Kerajaan Arab Saudi telah dibuka untuk permohonan!\nIni merupakan Berita baik buat pelajar dari Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Arab Saudi dengan biasiswa bagi tahun 2023.\nKementerian Pendidikan mengajak pelajar dari Malaysia memohon Biasiswa Kerajaan Arab Saudi yang dibuka untuk pelbagai tahap pengajian seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nDiploma\nIjazah Sarjana Muda\nIjazah Sarjana\nIjazah Kedoktoran\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKursus yang layak\n\n \nKelebihan belajar di Arab Saudi\n\n \nJenis biasiswa ditawarkan\n\n \nPilihan universiti\n\n \nCara memohon\n\n\nKursus yang layak\nBiasiswa kerajaan Arab Saudi ini tidak tertumpu kepada pengajian berasaskan keagama sahaja, tetapi layak untuk pelbagai bidang pengajian seperti yang berukut:\n\n\u00a0Sains Politik\nUndang-Undang\nPengkhususan Pendidikan\nPentadbiran Perniagaan\nEkonomi\nKejuruteraan\nSains Komputer\nPertanian\nSyariah\nPengajian Bahasa\u00a0\n\nKelebihan belajar di Arab Saudi\nBerikut merupakan antara sebab Arab Saudi merupakan destinasi pilihan untuk anda:\n\nKemajuan saintifik: Banyak universiti Saudi berada dalam 200 universiti terbaik di dunia\nPenyelidikan: Universiti mempunyai pusat penyelidikan yang maju\nPenjagaan yang cemerlang: Arab Saudi menawarkan tajaan yang sangat baik untuk pelajar antarabangsa\nBudaya yang kaya dan pelbagai: Pelajar dari lebih 170 negara di seluruh dunia belajar di universiti Saudi\n\nJangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian di sini dengan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi yang turut dibuka untuk para pelajar dari Malaysia.\nArtikel berkaitan: Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Phd, Master & Perakaunan Profesional ACCA\nJenis biasiswa ditawarkan\n\nGeran percuma: Di mana pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian sepenuhnya daripada sebarang kewajipan kewangan\nBiasiswa Separa: Di mana pelajar mendapat semua faedah dengan pengecualian daripada beberapa yuran kewangan\nKajian berbayar: Pengajian adalah dengan yuran kewangan mengikut keperluan pengajian dan peraturan universiti\n\nPilihan universiti\nAntara universiti pilihan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Arab Saudi adalah:\n\nUniversiti Raja Saud\nUniversiti Puteri Nora binti AbdulRahman\nUniversiti Al Baha\nUniversiti Imam Abdulrahman bin Faisal\nUniversiti Ummu Al Qura\nUniversiti Islam Imam Muhammad Bin Saud\nUniversiti Putera Sattam bin Abdulaziz\nUniversiti Puteri Nora binti AbdulRahman\nUniversiti Al-Jouf\nUniversiti Taif\nUniversiti Al Qussaim\nUniversiti Raja Khalid\n\u2026 dan banyak lagi.\n\nCara memohon\nCalon yang berminat dengan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi ini boleh membuat permohonan terus di laman https://studyinsaudi.moe.gov.sa/\nMemandangkan laman web ini adalah dalam Bahasa Arab, anda boleh menggunakan fungsi Google Translate untuk menterjemahkan laman web tersebut.\nSelain itu, anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan anda yang mempunyai kemahiran Bahasa Arab yang baik. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-mrsm-terbaik/", "title": "Senarai Ranking MRSM Terbaik 2023 (Keputusan SPM 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI MRSM TERBAIK 2023 SELURUH MALAYSIA BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2022\nKeputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).\nBerikut dikongsikan senarai ranking MRSM terbaik mengikut keputusan SPM 2022 yang baru diumumkan :\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Ranking MRSM Terbaik 2023 Di Seluruh Malaysia (SPM 2022)\n\n \nRanking MRSM 2022 (SPM 2021)\n\n\nSenarai Ranking MRSM Terbaik 2023 Di Seluruh Malaysia (SPM 2022)\nSENARAI MRSM TERBAIK BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2022\n\n\n\n\n\n\n\nKepala batas : 1.65\nLangkawi : 1.66\nTun Abdul Razak : 1.75\nTGB : 1.78\nJohor Baharu : 1.84\nAlor Gajah : 1.85\nPasir Tumboh : 1.92\nSg Besar : 1.95\nTaiping : 1.96\nKota Putra : 1.97\n\n\nBerikut adalah senarai rasmi bagi kesemua MRSM.\n\nBagi yang ingin membuat perbandingan dengan ranking tahun lalu (2021), sila rujuk lampiran seterusnya di bawah.\nRanking MRSM 2022 (SPM 2021)\nAnalisis Keputusan Peperiksaan SPM 2021 Maktab Rendah Sains MARA Berdasarkan Pencapaian Gred Purata Maktab (GPM)\n\nMRSM Taiping\nMRSM Tun Ghafar Baba\nMRSM Langkawi\nMRSM Tun Abdul Razak\nMRSM Alor Gajah\nMRSM Johor Bahru\nMRSM Kuala Kubu Bharu\nMRSM Pengkalan Chepa\nMRSM Kota Putra\nMRSM Kuantan\nMRSM Kuching\nMRSM Sungai Besar\nMRSM Parit\nMRSM Pengkalan Hulu\nMRSM Kuala Klawang \nMRSM Tumpat\nMRSM Bentong\nMRSM Pasir Salak\nMRSM Serting\nMRSM Tun Dr Ismail\n\n*Sila rujuk senarai penuh dalam lampiran di bawah\n\n2 MRSM Terbaik Mengikut Program\nTerdapat beberapa program yang ditawarkan di MRSM iaitu:\n\nPremier\n\nMengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA\n\n\nUlul Albab\n\nGabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran\n\n\nIGCSE\n\nMenawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM\n\n\nIB MYP (Middle Years Programme)\n\nMengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM\n\n\nTeknikal\n\nMenerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan\n\n\nBitara (Program Khas Pendidikan)\n\nMengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM\n\n\n\n\nBerikut adalah 2 MRSM terbaik mengikut program:\n\nProgram BITARA\n\nTaiping\nTun Ghafar Baba\n\n\nIGCSE\n\nLangkawi\nTun Abdul Razak\n\n\nIB MYP\n\nTun Dr Ismail\nBalik Pulau\n\n\nUlul Albab\n\nKota Putra\nSungai Besar\n\n\nPremier\n\nPengkalan Hulu\nPasir Salak\n\n\nTeknikal\n\nBentong\n\n\n\nInfo Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat penuh dan info lanjut tentang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila layari https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/\nBaca juga: Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik Malaysia SPM 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-argentina/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Argentina", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas kejayaan Copa America mereka, skuad bola sepak Argentina merangkul trofi Finalissima 2022 dengan menewaskan Itali dan kini antara pasukan pilihan untuk menjulang Piala Dunia 2022.\nLionel Scaloni telah membina sebuah pasukan yang mampu bekerja sebagai satu unit dan Lionel Messi berada dalam prestasi yang baik di tempat ketiga menyerang.\nDalam apa yang mungkin menjadi Piala Dunia terakhir Messi, peminat Argentina akan berharap Scaloni dapat mengumpulkan skuad yang kuat untuk kejohanan ini.\nBerikut merupakan senarai penuh 26 pemain skuad bola sepak Argentina yang telah diumumkan oleh jurulatih Lionel Scaloni untuk kejjohanan Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung d Qatar. \nSumber: FIFA World Cup 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Argentina\n\n \nPenjaga Gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Argentina\nPenjaga Gol\nNamaKelabEmiliano MartinezAston VillaGeronimo RulliVillarrealFranco ArmaniRiver Plate\nPenjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez nampaknya menjadi pilihan pertama untuk skuad bola sepak Argentina.\n\n\n\n\n\n\nFranco Armani, yang bermain untuk River Plate, memulakan kemenangan persahabatan Argentina 5-0 ke atas Estonia dan boleh menjadi pilihan lain untuk Scaloni di Qatar.\nPenjaga gol Villarreal Geronimo Rulli adalah penjaga gol ketiga dalam skuad ini.\nPertahanan\nNameClubNahuel MolinaAtletico MadridGonzalo MontielSevillaGerman PezzellaReal BetisNicolas OtamendiBenficaCristian RomeroTottenhamLisandro MartinezManchester UnitedNicolas TagliaficoLyonMarcos AcunaSevillaJuan FoythVillarreal\nSkuad bola sepak Argentina tidak mempunyai kebimbangan di bahagian belakang pada masa ini, dengan Nicolas Otamendi dan Cristian Romero kelihatan bersedia untuk menjadi gandingan permulaan.\nLisandro Martinez nampaknya bersedia untuk memperjuangkan tempatnya dalam barisan dengan persembahan mengagumkannya untuk kelab baharunya Manchester United, dengan Nicolas Tagliafico seorang lagi pemain yang baru-baru ini membuat perpindahan dan terdesak untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukannya.\nPemain tengah \nNamaKelabGuido RodriguezReal BetisRodrigo De PaulAtletico MadridExequiel PalaciosBayer LeverkusenAlexis Mac AllisterBrightonEnzo FernandezBenficaAlejandro GomezSevillaLeandro ParedesJuventus\nArgentina menimbulkan ancaman kuat dari bahagian tengah kerana mereka mempunyai gabungan pengalaman dan pemain muda yang bagus, walaupun mereka akan beraksi tanpa Giovano Lo Celso yang telah diketepikan kerana kecederaan.\nRodrigo De Paul adalah tonggak utama manakala Leandro Paredes juga menawarkan kekuatan tambahan di bahagian tengah sekiranya Scaloni membuat keputusan menggunakan kedua-duanya bersama-sama. \nBintang masa depan seperti Enzo Fernandez dan Alexis Mac Allister juga bersedia untuk memberi impak jika dipanggil.\nPenyerang\nNameClubLionel MessiPSGNicolas GonzalezFiorentinaLautaro MartinezInterPaulo DybalaRomaJulian AlvarezManchester CityJoaquin CorreaInterAngel Di MariaJuventus\nMessi telah berada dalam prestasi yang sangat baik untuk Argentina baru-baru ini dan penyerang PSG itu berharap untuk mempamerkan persembahan cemerlang untuk negaranya pada Piala Dunia 2022 di Qatar juga. \nKemungkinan ini akan menjadi Piala Dunia terakhirnya sebagai pemain bola sepak Argentina.\nPemain-pemain seperti Julian Alvarez dan Lautaro Martinez menawarkan sokongan yang sangat baik kepada Messi dan disebabkan itulah bahagian serangan adalah satu kawasan yang Scaloni tidak akan terlalu bimbang.\nBos Argentina itu hanya mahu pemainnya kekal cergas sehingga Piala Dunia bermula.\nTerdapat kebimbangan mengenai kecergasan Angel Di Maria dan Paulo Dybala namun kedua-dua pemain berada dalam skuad untuk kejohanan ini.\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/arah-kiblat-istiwa-adzam/", "title": "Istiwa Adzam 28 Mei 2023 Malaysia & Cara Semakan Arah Kiblat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIstiwa Adzam 2023 Di Malaysia & Cara Semakan Arah Kiblat\nMacam mana cara nak tentukan arah kiblat?\nPerlukah menggunakan kompas kiblat atau ada sebarang applikasi yang memudahkan kita mencari kiblat di rumah?\nAnda boleh membuat semakan ketepatan arah kiblat di rumah melalui perisitiwa Istiwa Adzam yang berlaku 2 kali setahun.\nSelain itu, Google dengan teknologi\u00a0augmented reality\u00a0(AR) menghasilkan satu web khas bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mencari arah kiblat dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua kaedah semakan kiblat ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nISTIWA ADZAM 2023 DI MALAYSIA\n\n \nCara Semakan Arah Kiblat Di Rumah (28 Mei 2023)\n\n \nSemakan Online Melalui Qibla Finder Google\n\n\nISTIWA ADZAM 2023 DI MALAYSIA\nAYUH SEMAK ARAH KIBLAT PADA 28 MEI INI\n\n\n\n\n\n\nIstiwa A\u2019dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit (Istiwa) atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua (2) kali setahun. Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara ini membuat semakan arah kiblat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.\nTarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.\nSumber: Planetarium Negara\nBilakah ia terjadi?\nPada tahun 2023 peristiwa Istiwa A\u2019dzam ini akan berlaku pada dua (2) tarikh dan masa seperti berikut:\u2022 28 Mei 2023 jam 5:18 PM; dan\u2022 16 Julai 2023 jam 5:26 PM.\nMarilah bersama membuat semakan Arah Kiblat kita semasa fenomena ini.\nSumber data:Almanak Falak Syarie Malaysia Tahun 2023 (AFSM 2023), JUPEM.\nCara Semakan Arah Kiblat Di Rumah (28 Mei 2023)\nBerikut adalah cara menyemak arah kiblat adalah berpandukan fenomena yang dikenali sebagai Istiwa Adzam.\nFenomena ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.\nPada jam 5.16 petang (28 Mei) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Fenomena ini juga berlaku pada jam 5.28 petang (16 Julai) setiap tahun.\nSumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM\nPada masa tersebut, kita boleh menyemak kedudukan kiblat dengan cara berikut:\nPeluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional\nBahan\u00b2 diperlukan:\n\nKayu lurus (sebaiknya yang ada [email\u00a0protected] berdiri tegak).\nMasking Tape.\nPen Marker.\n\nCara-cara:\n\nSetkan masa untuk membuat semakan pada 28 Mei 2023, tepat jam 5.16 petang (semak jam Waktu Standard SIRIM atau telefon 1051).\nPacakkan / Letakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).\nPastikan hari tidak mendung/hujan.\nGunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat pada jam ditentukan.\nLekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.\nBayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.\nSelesai tanda arah kiblat yang tepat.\n\nPenerangan:Fenomena Istiwa A\u2019dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 28 Mei* (kecuali Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia) \nPada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena \u2018Hari Tanpa Bayang\u2019 kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.\nIstiwa A\u2019dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).\n(Jika tahun lompat, maka fenomena tersebut jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.\np/s: Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu\u00b2 tu\u00a0(tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).\nSumber: JAKIM\n\nUntuk maklumat lanjut, anda boleh download PDF yang dihasilkan oleh FalakOnline di sini.\nSemakan Online Melalui Qibla Finder Google\n\nAplikasi berasaskan web yang dikenali Qibla Finder ini menggunakan lokasi Kaabah\u00a0\u00a0(Lat 21.4224779 Long 39.8251832) dan lokasi pengguna (GPS) untuk menentukan kiblat yang tepat.\nCara menggunakannya adalah seperti berikut:\n\nLayari Qibla Finder menerusi pelayar web anda (Chrome, Safari, Mozilla, etc)\nUntuk dapatkan arah kiblat yang lebih tepat sila buat gerakan angka 8\nKemudian halakan telefon anda ke arah Kaabah\n\nUntuk maklumat lanjut, layari Google Qibla Finder.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-sara-diri-kecemasan-mahasiswa-perak-2022/", "title": "Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Perak kini menawarkan permohonan Bantuan Kecemasan dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa. Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.\nBantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar dalam menampung perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Bantuan Sara Diri\n\n \nSyarat Bantuan Kecemasan\n\n \nCara Memohon\n\n \nSemakan Kelulusan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bagi bantuan ini dibuka secara atas talian mulai 1 April 2022 sehingga 30 Jun 2022.\n\nSyarat Bantuan Sara Diri\nPelajar yang berminat untuk memohon Bantuan Sara Diri perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu :\n1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut :-\nPemohon dan ibu atau bapa lahir di negeri Perak ; atau\nPemohon dan ibu atau bapa lahir di luar negeri Perak tetapi telah bermastautin di negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau\n\n\n\n\n\n\nPemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\nKeutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak\n2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\n3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.\n4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.\n5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).\n6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.\n7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.\n8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).\nSyarat Bantuan Kecemasan\nPelajar yang berminat untuk memohon Bantuan Kecemasan perlulah menepati syarat-syarat iaitu : \n1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut :-\n\u25e6 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau\n\u25e6 pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau\n\u25e6 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\n\u25e6 Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.\n2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\n3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.\n4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.\n5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)\n6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)\nCara Memohon\n1. Pergi ke pautan di bawah mengikut kategori bantuan :\nMohon Bantuan Sara Diri\nMohon Bantuan Kecemasan \n2. Isikan borang online dengan teliti. Baca dan fahamkan syarat serta terma yang dinyatakan. Muat naik dokumen yang diperlukan selengkapnya\n3.Tunggu Emel Pengesahan yang akan dihantar kepada pemohon kepada pemohon yang berjaya memuatnaik Borang Online\n4. Jawapan bagi kelulusan permohonan akan diberikan kira-kira 14 hari untuk diproses.\nSemakan Kelulusan\nCalon yang sudah hantar permohonan boleh lakukan semakan melalui pautan di bawah :\nhttps://hestechperak.com/statuspermohonan/\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :\n05-2538600 atau 05-2095000\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-langganan-astro-ke-njoi/", "title": "Cara Tukar Langganan Astro Ke Njoi (Tiada Bayaran Bulanan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak kebelakangan ini ramai yang memilih untuk menamatkan langganan ASTRO dan menukar perkhidmatan kepada perkhidmatan Astro Njoi yang tidak mengenakan sebarang bayaran bulanan. \nNJOI adalah perkhidmatan televisyen satelit bebas tontonan Malaysia yang dilancarkan pada 18 Februari 2012 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Astro. \nPerkhidmatan ini diumumkan secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 20 Disember 2011.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBayaran tukar langganan Astro ke Njoi\n\n \nLangkah-langkah Tukar langganan Astro ke Njoi\n\n \nTalian khidmat pelanggan\n\n\nBayaran tukar langganan Astro ke Njoi \nSetelah bertukar ke Njoi, pengguna tidak lagi perlu membayar bayaran bulanan seperti ketika menggunakan pakej langganan Astro.\nWalau bagaimanapun, pengguna akan dikenakan bayaran pertukaran (sekali bayar)) berjumlah RM50 untuk bertukar dari Astro ke Njoi.\nSelepas membuat permohonan pertukaran, pengguna masih boleh menggunakan dekoder Astro yang sama dan pertukaran siaran dari Astro ke Njoi ini mungkin mengambil masa sehingga 48 jam. \nArtikel berkaitan: Cara Terminate/Tutup Akaun Astro Tanpa ke Kaunter\nLangkah-langkah Tukar langganan Astro ke Njoi \n\nUntuk bertukar daripada langganan Astro ke Njoi, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman rasmi Astro di https://www.astro.com.my/Klik pada pautan \u201cContact Us\u201dKlik pada logo WhatsAppDi aplikasi WhatsApp anda, secara automatiknya anda akan diperikan beberapa pilihan. Pilih pilihan \u201c2 \u2013 Technical Help\u201d.Ikut arahan-arahan yang dinyatakan dalam mesej tersebutMaklumkan bahawa anda ingin bertukar dari Astro ke NjoiUntuk tujuan pengesahan, pegawai yang membalas pertanyaan anda itu akan meminta beberapa butiran antaranya:No akaun AstroMykadSekiranya terdapat bayaran tertunggak, anda akan diminta untuk menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahuluPihak Astro akan membatalkan langganan Astro anda terlebih dahulu sebelum mengaktifkan NjoiPertukaran mungkin mengambil masa sehingga 48 jam.Sekiranya pertukaran ini masih belum berlaku dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kembali pegawai Astro dengan mengulangi langkah 1 hingga 5 di atas.\nTalian khidmat pelanggan \nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk menukar langganan Astro ke Njoi, anda boleh menghubungi talian khidmat Astro melalui sala satu kaedah berikut:\nTelefon \u2013 03 9543 3838Self portal \u2013\u00a0www.astro.com.my/selfserviceFacebook \u2013 www.facebook.com/AstroTwitter di \u2013 www.twitter.com/astrolineLive Chat di www.astro.com.my/contactus\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tabung-usahawan-negeri-sembilan-tuns-2021/", "title": "TUNS 2021: Bantuan RM3,000 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil N9", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan bagi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi tahun 2021 kini dibuka semula.\nPeniaga yang berminat boleh memohon di pautan https://tuns.my bermula 1 Ogos 2021 sehingga 30 Ogos 2021.\nUntuk makluman, tahun 2021 adalah tahun ketiga pelaksanaan TUNS. Sejak permulaan pada 2019 yang lalu, inisiatif ini telah berjaya membantu seramai 3,069 orang peniaga.\nPara peniaga di seluruh pelusuk Negeri Sembilan untuk mengambil peluang ini bagi mengembangkan perniagaan sedia ada.\nMelalui tabung ini, usahawan mikro berpeluang mendapat pembiayaan secara geran sehingga RM3,000.\nBerikut adalah info lanjut yang pelru anda tahu tentang Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) beserta syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)\n\n \nSyarat Kelayakan TUNS 2021\n\n \nCara Permohonan TUNS 2021\n\n \nDokumen Sokongan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nPengesahan Dokumen\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)\nMelalui Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang bertemakan \u2018Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat\u2019, Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ketiga pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00juta.\n\n\n\n\n\n\nTUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan. \nObjektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini. \nDisamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya. \nTUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.\nSyarat Kelayakan TUNS 2021\nSyarat-syarat yang dipenuhi oleh usahawan yang ingin membuat permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) adalah seperti berikut:\nPemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ AktaPendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh enam (6) bulan sebelum permohonan dibuat;Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan;Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;Pemohon tidak berstatus muflis; danKelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.\nJenis Perniagaan Yang Layak\nMinuman dan makanan;Bakeri, pastri dan kuih-muih;Khidmat jahitan;Pertanian/penternakan/perikanan;Salon kecantikan dan gunting rambut;Kraf tangan dan cenderamata;Peruncitan;Fotografi; danLain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).\nJenis Perniagaan Yang Tidak Layak\nPerkhidmatan profesional;Homestay;Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh);Ejen jualan produk,\u00a0dropship dan\u00a0Multi-Level Marketing;Mesin layan diri (vending machine);Dobi layan diri;Kontraktor;Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik;Perniagaan yang salah disisi undang-undang;Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.\n\nCara Permohonan TUNS 2021\nPermohonan TUNS 2021 boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.\nKaedah permohonan TUNS kali ini adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS. \nDokumen Sokongan\nSalinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;Gambar formal pemohon berukuran passport;Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSMMasih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonanSalinan dokumen pendaftaran SSM;Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsianSijil perakuan pendaftaranMaklumat perniagaanMaklumat pemilik perniagaan terkiniSyarikat Awam Berhad atau Sendirian BerhadBorang 24/ Borang Seksyen 78Borang 49/ Borang Seksyen 58Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua\u00a0 rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS \u2013 hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).Salinan penyata kewangan/penyata bank perniagaan;Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat atau nama pemohon.Penyata akaun perniagaan/syarikat pemohon\u00a0yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.Tempoh penyata kewangan/penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut.Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan\u00a0online.\u00a0(Screenshot\u00a0daripada\u00a0transaction history\u00a0adalah tidak diterima).\u00a0Salinan penyata kewangan/ penyata bank peribadi;Akaun peribadi mestilah atas nama pemohon.Penyata akaun simpanan pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.Tempoh penyata kewangan/ penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut.Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan\u00a0online.\u00a0(Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima).Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.Gambar hadapan premis.Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara\u00a0atas talian hendaklah memberikan\u00a0screenshot\u00a0Laman Web, Facebook, Instagram atau mana-mana platform jualan atas talian yang boleh membuktikan perniagaan tersebut dijalankan.Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; danMasih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.Terpakai untuk permohonan yang memohon modal kerja (bayaran sewa premis dan bil utiliti).Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan;Sebut harga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/ nama perniagaan pemohon.Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model, spesifikasi, kuantiti dan harga.Maklumat pembekal mestilah lengkap seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, nombor telefon dan lain-lain. Keutamaan adalah kepada pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/ justifikasi pemilihan pembekal tersebut.Barang/ peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).Stok jualan dan bahan pembungkusan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.Kerja-kerja ubahsuai dan membina struktur adalah tidak termasuk di dalam komponen pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan bagi membina struktur pertanian atau kandang penternakan.Pembekal yang mengeluarkan sebut harga tidak boleh mempunyai sebarang kepentingan dengan pemohon. Sekiranya terdapat sebarang konflik kepentingan, permohonan akan ditulakserta merta.\nTarikh Permohonan \nPermohonan TUNS 2021 hanya dibuka dalam tempoh satu (1) bulan sahaja iaitu bermula 1 Ogos hingga 30 Ogos 2021\nPengesahan Dokumen\nSetiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/\u00a0 Pengerusi MPKK).\nTandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.\nPemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.\nSila muat turun dokumen ini untuk melihat senarai pegawai yang layak mengesahkan dokumen: Senarai Pegawai Layak Sahkan Dokumen\u00a0\nBaca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :\nPusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,70100 Seremban, Negeri Sembilan\nTelefon : 06-761 6871Faks : 06-762 6291Hotline :\u00a0019-752 3251E-mel :\u00a0[email\u00a0protected]Facebook :\u00a0Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan \u2013 PRUNS\nBantuan Teknikal\nPada Waktu Pejabat (Isnin \u2013 Jumaat)9.00 pagi hingga 5.00 petangSila Whatsapp ke\u00a0019-7523251\nSelepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)Sila Whatsapp ke\u00a0012-3968657\u00a0(Nik Fariz)\nSila rujuk Soalan Lazim berkaitan TUNS di SINI.\nPara usahawan yang berkelayakan adalah dijemput untuk membuat permohonan awal dan tidak menunggu saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan ketika dalam proses permohonan nanti. \nSekiranya memerlukan bantuan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian, tuan/puan boleh mendapatkan bantuan daripada Penyelaras Pusat Khidmat DUN masing-masing yang sentiasa bersedia untuk membantu. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/terbuka-malaysia-malaysia-open-2023/", "title": "Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open) 2023 adalah kejohanan pertama\u00a0Jelajah Dunia BWF 2023.\nKejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia dengan kebenaran daripad Badminton World Federation (BWF).\nKejohanan Terbuka Malaysia kali ini juga secara rasmi dikenali sebagai PETRONAS Malaysia Open 2023 kerana secara rasminya ditaja oleh PETRONAS.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah penganjuran\n\n \nLokasi dan Malaysia Open 2023\n\n \nHadiah ditawarkan\n\n \nSenarai pemain Malaysia\n\n\nSejarah penganjuran\nTerbuka Malaysia 2023 dan merupakan sebahagian daripada kejohanan Terbuka Malaysia.\nKejohanan ini mempunyai sejarah yang panjang dan telah dianjurkan sejak 1937, yakni sebelum Merdeka lagi!\n\n\n\n\n\n\nTerbuka Malaysia merupakan kejohanan badminton yang biasanya diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. \nKejohanan ini telah diadakan sejak 1937 dan telah berlangsung di beberapa venue berlainan seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Penang, Selangor.\nKejohanan ini tidak diadakan dua kali: dari 1942 hingga 1946 disebabkan oleh Perang Dunia II dan 1967 ke 1982. \nIa menjadi salah satu daripada Kejohanan BWF Super Series mulai 2007, dan dikenali sebagai Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia.\nKejohanan ini telah dinaik taraf kepada kejohanan Super 1000 dari 2023 dan seterusnya.\nLokasi dan Malaysia Open 2023\nUntuk Terbuka Malaysia 2023 kali ini, \u00a0akan berlangsung di\u00a0Arena Axiata,\u00a0Kuala Lumpur, Malaysia dari 10 hingga 15 Januari 2023.\nPeminat yang berminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM40 hinga RM600 yang boleh diberi secara dalam talian. \nKejohanan ini sentiasa menjadi tumpuan saban tahun kerana dibarisi oleh barisan pemain terbaik dunia.\nHadiah ditawarkan\nKejohanan yang kini berstatus Super 1000 ini menawarkan hadiah keseluruhan AS$1,250,000.\nJumlah keseluruhan wang tunai ini akan diagihkan kepada setiap pemenang mengikut peraturan BWF seperti yang berikut:\n\nSenarai pemain Malaysia\nPerseorangan Lelaki\u00a0\u2013 Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Liew Daren\nPerseorangan Wanita\u00a0\u2013 Goh Jin Wei\nBeregu Lelaki\u00a0\u2013 Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Man Wei Chong/Kai Wun Tee\nBeregu Wanita\u00a0\u2013 Tan Pearly/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Go Pei Kee/Teoh Mei Xing\nBeregu Campuran\u00a0\u2013 Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing\nUntuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari Prospektus Rasmi dalam laman BWF di pautan berikut: https://extranet.bwfbadminton.com/docs/events/4699/docs/PETRONAS%20Malaysia%20Open%202023%20-%20Prospectus%20-%20REVISED%2023%20November%202022.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-am-kebajikan-mains/", "title": "Permohonan Bantuan Am Kebajikan Negeri Sembilan (MAINS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengalu-alukan permohonan Bantuan Am Kebajikan kepada warga Negeri Sembilan yang memerlukan.\nPemohon yang berkelayakan boleh ikuti perkongsian kami di bawah untuk ketahui cara permohonan serta maklumat lanjut mengenai Bantuan Am Kebajikan MAINS. \nTarikh permohonan \u00a0Bantuan Am MAINS dibuka bila-bila masa kepada warga Negeri Sembilan.\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang MAINS\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSkim Bantuan Zakat Mengikut Asnaf\n\n \nCara Memohon Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatarbelakang MAINS\nMAINS adalah badan bertanggungjawab bagi pengurusan zakat, wakaf dan kaunseling di Negeri Sembilan.\n\nSyarat Kelayakan Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022\nBagi yang berhasrat untuk memohon, anda perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPermohonan mestilah dibuat atas nama KETUA KELUARGA.Sila isi borang dengan JELAS dan LENGKAP menggunakan HURUF BESAR.Permohonan yang tidak jelas/ tidak lengkap/ mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.Permohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa Masjid atau Pengerusi MPKK tempat tinggal pemohon.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan Kad Pengenalan PemohonSalinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ penjagaSalinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan tanggungan pemohonSalinan Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian jika adaSalinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang TERKINISalinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasanganSalinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank ( milik pemohon )Salinan Lesen Berniaga/ Lesen Pendaftaran SSM/ Lesen NelayanSalinan Penyata KWSPPenyata Bank Pinjaman Perumahan/ Pengesahan Tuan RumahSebutharga barang dari kedai (jika berkenaan)\nNota : Semua Salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi MPKK.\nSkim Bantuan Zakat Mengikut Asnaf\nFakir & Miskin :\nBantuan MakananBantuan Membaiki RumahBantuan Perubatan dan Peralatan PerubatanBantuan HemodialisisPembangunan Asnaf & ModalBantuan Hari RayaBantuan KewanganBantuan Persekolahan & PendidikanProgram Motivasi Fakir Miskin\nAmil :\nPengurusan AmilKursus AmilTambang & Elaun AmilUrusan Zakat Fitrah\nMuallaf :\nSaguhati Kemasukan Islam.Program Kefahaman Islam & KursusBantuan Kebajikan MuallafMembaiki Rumah dan Sewa RumahBantuan Perkahwinan MuallafBantuan Modal dan PerniagaanDermasiswa MuallafPertubuhan Muallaf\nGharimin :\nBantuan Membayar Hutang Keperluan Asasi (perlindungan, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan).Bantuan Bencana Alam/Musibah (banjir, rumah terbakar, kerosakan akibat tanah runtuh atau ribut taufan).\nFisabilillah :\nSaguhati Jawatankuasa MasjidPembiayaan Kursus Kefahaman IslamMengurus Jenazah Tanpa WarisBantuan Surau & MasjidDerma Perayaan IslamBantuan kepada Pertubuhan IslamBantuan Tahunan MasjidAktiviti Pusat KaunselingUsaha Penterjemahan KitabTahfiz Al-QuranBantuan kepada Badan Penguatkuasa Agama\nRiqab :\nDermasiswa PelajaranBantuan Sekolah Agama RakyatPembudayaan Al-Quran Dan IlmuBantuan kepada Sek.Men.Agama di Negeri SembilanBantuan Kebajikan Am IPTBantuan Kebajikan PersekolahanSaguhati Pelajar Timur TengahPembayaran Elaun Penyelia KafaBantuan Perpustakaan Sek.AgamaBantuan Aktiviti Institusi Pendidikan\nIbnu Sabil :\nBantuan Tambang MusafirBantuan Tambang PelajarInsentif Naik Haji Pegawai Masjid\nCara Memohon Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022\nAnda boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang di pautan berikut : BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM KEBAJIKAN MAINS\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai Bantuan Am MAINS, sila emel ke [email\u00a0protected] atau hubungi talian 06-765 1402 / 06-765 1405 / 06-762 0648.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-koperasi-tentera-derms-2022/", "title": "Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Skim Dermasiswa kini dibuka sehingga 28 Februari 2022. \nBerikut dikongsikan cara permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS) untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS 2022)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS 2022)?\nSkim Dermasiswa (DERMS) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkatsekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. \n\n\n\n\n\n\nSkim ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir.\n\nSyarat Kelayakan\nTerbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT)\nBaca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan dibuka : 24 Januari 2022 (Isnin)Tarikh permohonan ditutup : 28 Februari 2022 (Isnin)\nCara Permohonan\nMuat turun borang permohonan di\u00a0https://bit.ly/3tT5Bh7\u00a0Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (DERMS 2022).Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.Bayaran dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang ini. Pastikan akaun tersebut masih aktif.Sekiranya bayaran melalui cek \u201cpihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa\u201d.Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.\nBorang Permohonan\nBorang permohonan DERMS 2022 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau muat turunmenerusi lawan web KT di www.katmb.com.my.\nPermohonan Skim Dermasiswa kini dibuka sehingga 28 Februari 2022. \nBaca juga: Cara Kira GCR (Bayaran Cuti Rehat Penjawat Awam 2022)\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/panduan-qiamullail-jakim/", "title": "Panduan Qiamullail (Ibadah / Solat Malam) \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan Panduan Qiamullail bagi memudahkan orang Islam di Malaysia melakukan ibadah solat malam (Qiyamullail) dengan sempurna bersandarkan kepada sumber-sumber yang sahih.Q\nQiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti \u2018bangun malam\u2019 iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.\nAmalan Qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.\n\nDan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.\nSurah al-Isra\u2019 Ayat 79\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Qiamullail?\n\n \nKelebihan Qiamullail\n\n \nAmalan sunat Qiamuallail\n\n \nMuat Turun Panduan Lengkap\n\n\nApa Itu Qiamullail?\nDari sudut bahasa, \u2018Qiam\u2019 bermaksud berdiri, manakala \u2018Al-Lail\u2019 maksudnya malam.\n\n\n\n\n\n\n\u2018Qiam-allail\u2019 bermaksud bangun malam dan beribadat kepada Allah.\nBanyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan amalan ini.\n\nSepertimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa qiamullail merupakan amalan sunat yang sangat tinggi ganjarannya dari Allah SWT.\nAmalan ini boleh dikerjakan secara persendirian atau bersama anak isteri di rumah ataupun secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.\nJika dikerjakan secara persendirian atau bersama keluarga bolehlah dikerjakan di rumah sahaja.\nWaktu yang sebaik-baik bangun ialah sepertiga akhir malam (kira-kira jam 3-00 pagi).\nSetelah kita bangun dan mengambil wuduk lalu terus mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat atau lebih dan mengerjakan sunat lain seperti sunat Tasbih, sunat Taubat, sunat Hajat dan sunat Witir.\nSebagai rujukan, anda boleh muat turun panduan lengkap di bawah secara percuma. \nKelebihan Qiamullail\n\nDapat menyucikan jiwa dan keuatan rohani\nMendekatkan diri kepada Allah\nDapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan\nMemudahkan perjalanan menyeberang siratulmustaqim\nSaat mustajab untuk doa dikabulkan\nMemberi kesihatan baik\n\nAmalan sunat Qiamuallail\n\nSembahyang Sunat Awwabin\nSembahyang Sunat Tahajjud\nSembahyang Sunat Hajat\nSembahyang Sunat Taubat\n5. Sembahyang Sunat Tasbih\nSembahyang Sunat Witir\nMembaca al-Quran\nZikir\n\nMuat Turun Panduan Lengkap\nBagi memudahkan anda menunaikan Qiamullail dengan sempurna, sila muat turun panduan lengkap Qiamullail yang diterbitkan oleh JAKIM ini.\nPanduan lengkap ini turut dimuatkan dengan niat solat sunat, bacaan surah, zikir dan pelbagai lagi nota berkaitan Qiamullail.\nUntuk memuat turun panduan lengkap Qiamullail yang diterbitkan oleh JAKIM ini, sila klik \u201cDownload di bawah:\nPanduan_Qiamullail_JAKIMDownload\n\nUntuk panduan ibadah lain, anda boleh rujuk halaman muat turun JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/ms/ramadan-al-falah/panduan-ramadhan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-bayaran-i-citra/", "title": "Tarikh Bayaran i-Citra KWSP (Bulan Disember 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN TARIKH BAYARAN I-CITRA DISEMBER 2021\nRamai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra setiap bulan ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?\nDengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.\nSeperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 5 bulan. \nTerkini, KWSP telah memaklumkan bahawa bagi bulan Disember ini, bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 1 Disember 2021.\n\n\n\n\n\n\nNamun, tarikh bayaran penerima mungkin berbeza daripada bulan sebelum ini.\n\nPengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.\n\nBerikut adalah cara membuat semakan kelulusan (bagi yang baru memohon) dan caa melihat status / tarikh bayaran yang lebih tepat melalui i-Akaun ahli KWSP.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Membuat Semakan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP\n\n \nSemakan Tarikh Bayaran i-Citra (Jadual Bulanan)\n\n \nApakah i-Citra\n\n \nTarikh Bayaran Akhir i-Citra\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Membuat Semakan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP\ni) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui Laman Web i-Citra\nCara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Citra\nLayari laman web\u00a0https://icitra.kwsp.gov.my/Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUSIsikan maklumat yang dimintaStatus kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan\nii) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui i-Akaun\nBagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:\nBuka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web\u00a0https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-memberLogin menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkanSemak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWALKlik \u2018WITHDRAWAL HISTORY\u2019Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-CitraTarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah\n\nBaca juga: Cara Mohon i Citra KWSP (Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah)\nSemakan Tarikh Bayaran i-Citra (Jadual Bulanan)\nSeperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:\nAnda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian\u00a0\u2018Monthly Recurring Start Payment Date\u2019\u00a0di i-Akaun KWSP.\ntempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAUmaksimum dalam tempoh 2 minggu ATAUsebelum akhir bulan berkenaan\nMenurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.\nBaca juga: Cara Kemaskini No Telefon KWSP Online Bagi Proses OTP/TAC i-Citra\nApakah i-Citra\nPengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.Amaun pengeluaran yang boleh dikeluarkan adalah:Sehingga maksimum RM5,000Bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulanBayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpananBayaran minimum adalah RM50Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)\nTarikh Bayaran Akhir i-Citra\nPermohonan i-Citra telah dibuka mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.\nBayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai telah dibayar bermula bulan Ogos 2021.\nMaka, bagi anda yang membuat permohonan dan menerima bayaran pada bulan Ogos, bayaran akhir i-Citra adalah pada bulan Disember 2021 (tertakluk kepada baki dalam akaun).\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 \u2013 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI :\u00a0https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us\nAnda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi\u00a0Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-osk-foundation/", "title": "Biasiswa OSK Foundation Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, permohonan bagi Biasiswa OSK Foundation telah pun dibuka untuk permohonan untuk tahun pengajin 2022.\nProgram Biasiswa Yayasan OSK direka untuk membantu pelajar yang berpeluang cerah daripada latar belakang sosio-ekonomi yang mencabar, tanpa mengira jantina, etnik, agama dan kepercayaan, untuk mencapai pendidikan tinggi berkualiti yang seterusnya, meningkatkan kehidupan masa depan mereka dan keluarga mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nInformasi biasiswa\n\n \nTempoh dan cara permohonan\n\n \nManfaat biasiswa\n\n \nBidang pengajian yang layak memohon\n\n \nKriteria permohonan\n\n\nInformasi biasiswa\nPendidikan yang baik memainkan peranan penting dalam meningkatkan mobiliti sosial dan meningkatkan kesejahteraan peribadi, sambil menyediakan pelajar dengan keupayaan yang mereka perlukan untuk membangunkan mata pencarian yang mampan dan menyampaikan perubahan yang memberi kesan dalam komuniti.\n\n\n\n\n\n\nDiilhamkan oleh visi ini, Program Biasiswa Yayasan OSK berusaha untuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk golongan yang kurang bernasib baik dan mereka daripada keluarga berpendapatan rendah melalui biasiswa penuh yang disokong oleh perbelanjaan sara hidup bulanan. \nDibiayai oleh Yayasan OSK, cabang dermawan Kumpulan OSK, program biasiswa tahunan ini menyokong rakyat Malaysia yang sedang mengikuti program ijazah pertama mereka dengan rakan kongsi pendidikan kami:\nHELP UniversityTunku Abdul Rahman University College (TARUC)Taylor\u2019s UniversityUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)\nTempoh dan cara permohonan\nPermohonan untuk biasiswa OSK Foundation telah dibuka dan akan ditutup sehingga 28 Ogos 2022.\nPermohonan untuk biasiswa OSK Foundation ini boleh dibuat dengan melayari laman OSK Foundation di alamat https://www.oskfoundation.com/scholarship/\nManfaat biasiswa\n\nPelajar yang menerima biasiwa ini akan mendapat manfaat-manfaat berikut:\nYuran pengajian penuh dan elaun sara hidup bulanan sepanjang program ijazah;Program Pembangunan Ijazah untuk memupuk anda ke potensi penuh anda;Peluang bimbingan dan latihan amali; danPerancangan kerjaya berstruktur.\nBidang pengajian yang layak memohon\nHanya pelajar yang melanjutkan pengajian dalam salah satu bidang pengajian berikut sahaja yang akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk biasiswa OSK Foundation ini:\nKejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik Kewangan, Perakaunan dan Audit DalamanEkonomi Pengurusan perniagaan Pengurusan pembinaan Ukur Bahan Psikologi Pengurusan Hospitaliti Teknologi Maklumat, Sistem Maklumat dan Analisis Data\nKriteria permohonan\nHanya calon yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja yang akan dipertimbangkan permohonan mereka:\nWarganegara Malaysia, berumur 21 tahun dan ke bawah.Minimum 3A dan PNGK 3.00 dalam STPM atau kelayakan lain yang setaraf iaitu. A-Levels, UEC, Matrikulasi, Asasi atau Diploma.Minimum 6A dalam SPM (termasuk mata pelajaran teras dan elektif) atau kelayakan lain yang setaraf iaitu. O-Levels atau GCE.Telah diterima untuk melanjutkan pengajian peringkat pertama sepenuh masa dengan rakan kongsi pendidikan kami: Universiti HELP, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), Universiti Taylor dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).[Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan penguasaan bahasa Inggeris yang kuat.Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, bercita-cita tinggi, berdikari, didorong dan mempunyai keupayaan kepimpinan yang kukuh.Bersedia berkhidmat dalam Kumpulan OSK untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian.Pendapatan kasar isi rumah tidak boleh melebihi RM8,000 sebulan (keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan tunggal atau ibu bapa tunggal). Bukti keperluan kewangan diperlukan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-musim-tengkujuh-bmt/", "title": "Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 : Tarikh Bayaran & Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN / SEMAKAN / KEMASKINI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT 2023)\nGolongan pesawah dan pekebun kecil getah yang bertarung dengan cuaca tidak menentu terutama sewaktu musim tengkujuh, turut tidak terkecuali daripada mendapat manfaat dalam Belanjawan 2023 melalui pemberian pelbagai subsidi.\nPerdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi pesawah, kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.\nTerkini, dimaklumkan bahawa bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 telah ditambah kepada RM800.\nSebelum ini, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.\n\nBerikut dikongsikan maklumat-maklumat penting yang perlu anda tahu untuk membuat semakan dan permohonan BMT.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPERMOHONAN & PENGEMASKINIAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023 KINI DIBUKA\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)\n\n \nCara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Status Permohonan BMT\n\n \nJumlah Bantuan\n\n \nTarikh Bayaran BMT 2023\n\n \nKaedah Penerimaan Bantuan\n\n \nPermohonan Gagal\n\n\nPERMOHONAN & PENGEMASKINIAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023 KINI DIBUKA\nTarikh Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 adalah bermula 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023.\nPermohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara online.\nPermohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.\nRujuk cara permohonan dan syarat-syarat lanjut di bawah:\n\nSyarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)\nSYARAT SYARAT KELAYAKAN\n\n\n\n\n\n\n\n1 Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.\nSeorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.\n\nPekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)\n\nWarganegara Malaysia\nPekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA\nMempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar\nPemilik tanah yang sah\n1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan\n\nPenoreh (Bukan Pemilik Tanah)\n\nWarganegara Malaysia\nPenoreh yang berdaftar dengan RISDA\nMenoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar\n1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan\nMempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat\n\nCara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)\nPermohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/\nRujuk langkah bergambar berikut :\nLANGKAH 1\nBagi Penerima BMT2022, Log masuk ke Portal\u00a0https://pekebunkecil.risda.gov.my\u00a0seperti biasa.\nBagi pemohon baharu, daftar akaun dahulu.\n\nLANGKAH 2\nPenerima BMT2022: Sekiranya ada sebarang perubahan alamat, no telefon, akaun bank, emel atau lain\u00b2, boleh kemaskini di Profil Pengguna (hijau). \nSekiranya ada perubahan maklumat tanah, kemaskini di Profil Tanah (merah). \nSekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, klik Mohon Bantuan BMT (Jingga).\n\nLANGKAH 3\nPenerima BMT2022: Semak semua maklumat adalah tepat dan terkini.\n\nLANGKAH 4\nPenerima BMT2022: Pilih tanah milik anda untuk dimohon. \nJika tanah bukan lagi milik anda, sila kemaskini Maklumat Tanah yang baharu. \nTekan butang seterusnya jika tiada perubahan.\n\nLANGKAH 5\nPenerima BMT2022: Pastikan akaun bank anda masih aktif untuk menerima bantuan masuk kelak. Kemaskini jika ada perubahan. Tekan butang seterusnya.\n\nLANGKAH 6\nPenerima BMT2022: Anda boleh melihat Fail Terdahulu dengan menekan butang hijau untuk muat turun fail. \nSekiranya ada perubahan, sila muat naik fail baharu. Teruskan jika sehingga selesai.\n\nLANGKAH 7\nPenerima BMT2022: Pada halaman Pengesahan, pastikan semua maklumat anda adalah yang terkini dan tepat, pastikan anda menanda dua (2) kotak sebagai pengesahan dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan. \nTekan Hantar jika selesai. Tahniah, anda telah berjaya menghantar permohonan BMT2023!\n\nUntuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda. \nAnda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.\nSila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.\nRujuk manual penuh:\nBilPerkaraTindakan1Manual Pengguna \u2013 Pekebun KecilMuat Turun2Manual Pengguna \u2013 PenorehMuat Turun3Manual Pengguna \u2013 Ahli Isi RumahMuat Turun\nDokumen Yang Diperlukan\nAnda perlu membawa salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan.\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN\ni) Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi\n\nKad Pengenalan pemohon dan salinan; dan\nGeran asal tanah dan salinan; dan\nSalinan buku akaun bank yang aktif.\n\nii) Penoreh Bukan Pemilik\n\nKad Pengenalan pemohon dan salinan; dan\nSalinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan\nSalinan geran lot yang ditoreh; dan\nSalinan buku akaun bank yang aktif; dan\nSalinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan\nSurat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.\n\nPekebun Kecil di bawah Agensi\n\nKad Pengenalan pemohon dan salinan; dan\nGeran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan\nSalinan buku akaun bank yang aktif; dan\nSurat pengesahan daripada Agensi\nSalinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).\n\nSemakan Status Permohonan BMT\nJika anda sudah membuat permohonan BMT, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:\nPortal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/\nJumlah Bantuan\nKadar bantuan berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara online (EFT), iaitu terus ke akaun penerima pada November & Disember 2023 serta Januari & Februari 2024 sebanyak RM200 setiap bulan.\nTarikh Bayaran BMT 2023\nSumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:\n\nNovember 2023 \u2013 RM200\nDisember 2023 \u2013 RM200\nJanuari 2024 \u2013 RM200\nFebruari 2024 \u2013 RM200\n\nKaedah Penerimaan Bantuan\nPenerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.\nUntuk makluman pemohon, nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk bayaran bantuan.\nPermohonan Gagal\nBagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.\nJika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:\n\nKhidmat Bantuan/Cadangan/Maklumbalas klik\u00a0Di sini\nTalian Hotline :\u00a003-42510171\nEmel :\u00a0[email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pasar-malam-selangor/", "title": "Senarai Pasar Malam Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPasar malam sudah menjadi sebahagian daripada keperluan masyarakat kita. \nDi situlah kita boleh mendapatkan pelbagai makanan, barangan basah, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan. \nBagi yang belum tahu, terdapat kira-kira 335 buah pasar malam yang ada di negeri Selangor.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nJom kita lihat senarai pasar malam yang beroperasi di Selangor mengikut daerah. \n\nBaca Juga : Cuti Kelepasan Am Kerajaan Negeri Selangor 2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Pasar Malam Selangor\n\n \nPasar Malam Shah Alam\n\n \nPasar Malam Petaling Jaya\n\n \nPasar Malam Kawasan Majlis Perbandaran Klang\n\n \nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya\n\n \nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya\n\n \nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Selayang\n\n \nLokasi Pasar Malam Selangor di Kawasan Majlis Perbandaran Kajang\n\n \nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Sepang\n\n \nLokasi Pasar Malam Kawasan Majlis Daerah Kuala Langat\n\n \nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor\n\n \nLokasi Pasar Malam Kawasan Majlis Daerah Sabak Bernam\n\n\nSenarai Pasar Malam Selangor \nPasar Malam Shah Alam\nNoKawasanLokasi TapakHari Operasi1Seksyen 6Tempat Letak Kereta Pasar ModenSelasa & Jumaat2Seksyen 7Jalan Plumbum 7/98 (Belakang Gerai Majlis)Rabu3Seksyen 16Jalan 16/3Isnin4Seksyen 17Tempat Letak Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9Selasa5Seksyen 17Jalan Padang, Kg Padang JawaJumaat6Seksyen 18Jalan 18/A dan 18/2Isnin7Seksyen 19Jalan 19/D dan 19/ESabtu8Seksyen 20Jalan Singa C 20/CSabtu9Seksyen 24Jalan 24/B dan 24/15Rabu10Seksyen 25Jalan 25/38Jumaat11Seksyen 27Jalan 27/6Khamis12Seksyen 28Jalan 28/35Isnin13Seksyen 30Lorong Hj Yusof, Kg Jalan KebunSelasa14Seksyen 30Lorong Hj Said, Kg Jalan KebunJumaat15Seksyen 31Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning)Selasa16Seksyen 32Jalan Rezab Buang, Kg Bukit NagaJumaat17Seksyen 34Jalan Stering 34/6Isnin18Seksyen 36Jalan Sg Kandis, Kg Sungai KandisRabu19Seksyen 36Jalan Nagasari 36/1, Desa LataniaSabtu20Seksyen U2Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya)Jumaat21Seksyen U5Jalan Bulan BV U5/BV (Subang 2)Sabtu22Seksyen U5Kg Melayu Subang TambahanKhamis23Seksyen U5Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang)Rabu24Seksyen U6Dataran Pasar Tani, Kg Bertik SubangIsnin25Seksyen U6Dataran Pasar Tani, Kg Melayu SubangSabtu26Seksyen U16Taman Bukit SubangAhad27Seksyen U16Taman Bukit SubangRabu28Seksyen U19Kg Paya Jaras TengahSelasa, Khamis & Sabtu29Seksyen U20Jalan Perusahaan 1/AIsnin\nPasar Malam Petaling Jaya\nNoLokasi1Jalan SS 2/60, SS 2/61, SS 2/632Kg Sg Kayu Ara 13Sungai Way, Jalan SS 3/394PJS 6, Kg Lindungan5Seksyen 17/1A6Jalan TSB 9, Sungai Buloh7Jalan SS 3/29, Jalan SS 3/64 Lembah Subang8Putera Damai9Prima Damansara10Taman Sri Manja, PJS 3/3611Seksyen 5, Petaling Garden12Jalan SS 4C, Kelana Jaya13Kampung Cempaka, Jalan PJU 114PJS 8/4, Sunway Mentari15Taman Medan, Jalan 916Taman Dato Harun17Jalan SS 2/6, SS 2/10 Chow Yang18Kg Sg KayuAra, Jln 519Seksyen 3, Kota Damansara20Seksyen 51A, Kg Baiduri21Kg Sg KayuAra 222Damansara Damai, PJU 10/123SS 5A FAM, Kelana Jaya24Taman Medan, Jalan 925Seksyen 20/1626Jalan SS 24/8, Taman Megah27Taman Medan28PJS 10/32, Farlim\nPasar Malam Kawasan Majlis Perbandaran Klang\nNoLokasi1Taman Dato\u2019 Bandar (Meru Selatan)2Batu 12, Jalan Kapar, Tok Muda3Taman Sri Pekan4Jalan Teruntum 5, Jalan Meru5Kg Meru (Jalan Paip)6Kg Bt 4, Jalan Kapar7Batu 8, Kg Bukit Kapar8Taman Klang Perdana9Taman Cempakasari10Taman Meru Indah11Taman Klang Utama12Kg Rantau Panjang, Jalan Musran13Taman Meru 414Taman Bunga Melor15Jalan Susur, Jalan Dato\u2019 Tahir Manan, Taman Intan Kapar16Lorong Seri Kerayong 9, Taman Seri Kerayong, Kapar17Jalan Raja Mokhtar18Jalan Landasan, Jalan Bukit Kuda Klang19Jalan Pengasah 4, Bt 3 1/2, Jalan Kapar20Jalan Kluang21Lebuh Enggang, Taman Eng Ann22Jalan Kedah, Off Jalan Meru23Lorong Angsa, Taman Berkeley24Lorong Angsa, Taman Berkeley25Simpang Empat, Sungai Udang, Klang26Taman Kandis Permai27Jalan Jambu Bol / Mengkuang Klang28Jalan Pelasari, Taman Chi Liung, Klang29Taman Wangi30Jalan Sungai Bertek31Lorong Jelutong, Taman Selatan, Klang32Jalan Penghulu Abu Bakar33Flat Sri Bayu, Bayu Perdana34Kampung Delek, Klang35Taman Maznah36Jalan Sri Sarawak 14, Taman Sri Andalas37Taman Setia, Johan Setia38Jalan Tun Sambathan, Taman Sri Andalas39Taman Klang Jaya40Jalan Dato\u2019 Dagang 40, Taman Sri Sentosa41Jalan Hulubalang 26, Tmn Sentosa Klang42Dataran Era Bandar Putera, Klang43Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang44Kg Perigi Nenas, Pulau Indah45Jalan Mesra, Taman Chi Liung46Kota Pendamar, Telok Gong47Kelompok Camar, Bdr Sultan Suleiman48Kg Telok Nipah, Pulau Indah49Kg Nelayan Telok Gong50Kg Sg Pinang, Lorong Haji Umar, Pulau Indah51Pangsapuri Sri Perantau52Bandar Armada Putra, Pulau Indah53Taman Kem, Pelabuhan Klang54Jalan Petola, Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang55Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang56Jalan Tengah Kastam, Pelabuhan Klang57Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang58Kampung Raja Uda59Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas60Lorong Kasawari 4, Taman Eng Ann Klang61Jalan Penghulu Abu Bakar62Lintang Dato Tahir 163Kg Meru (Jalan Paip)65Taman Sg Kapar Indah66Jalan Khoo Khek Kheng, Kapar67Jalan Papan, Pandamaran68Lorong Sepat, Telok Pulai69Jalan Kedah70Jalan Seruling, Taman Klang Jaya71Taman Chi Liung72Flat Taman Chi Liung73Lorong Sungai Puloh 13\nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya\nNoLokasi1Keramat AU32Lembah Jaya3Keramat Permai4Cahaya Indah5Taman Melawati6Pandan Jaya7Pandan Indah8Kg Cheras Baru9Pandan Mewah10Taman Maju Jaya11Taman Sri Watan12Ukay Perdana13Bandar Baru Ampang14Tasik Tambahan15Ampang Mewah16Taman Seraya17Keramat AU418Taman Dagang19Ampang Indah20Desa Lembah Permai21Taman Melor22Lembah Jaya Flat23Taman Muda\nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya\nNoLokasi1Pangsapuri Angsana USJ 12SS 133USJ 14Taman Batu 3, Shah Alam5Putra Heights6Taman Puchong Indah7Batu 14, Puchong8Puchong Utama (JPN)9Puchong Prima10Taman Perindustrian Kinrara11Taman Bukit Kuchai12Taman Puncak Jalil13Taman Pinggiran Putra14Taman Universiti Indah15Pusat Perdagangan Seri Kembangan16Taman Seri Serdang17Taman Saujana Puchong18Taman Lestari Perdana19Serdang Raya20Perindustrian Bukit Serdang\nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Selayang\nZon 1 (Gombak)\nNoLokasiHari Operasi1Batu 6 Gombak UtaraRabu2Taman GreenwoodSelasa3Taman Selasih Fasa 1Khamis4Taman BoltonRabu5Kg BahteraKhamis6Taman Sri GombakSabtu & Isnin7Taman Pinggiran Batu CavesJumaat8Gombak JayaRabu9Gombak SetiaAhad10Taman Selasih Fasa 2Jumaat11Taman SamudraRabu\nZon 2 (Selayang)\nNoLokasiHari Operasi1Selayang UtamaRabu2Selayang JayaAhad3Selayang IndahSabtu4Selayang BaruSelasa5Bandar Baru SelayangKhamis6Prima SelayangRabu7Taman Bukit IdamanJumaat8Taman Indah PerdanaJumaat9Taman DayaRabu10Taman Sri SelayangAhad11Taman EhsanKhamis12Desa JayaIsnin13Taman JasaIsnin\nZon 3 (Kepong)\nNoLokasiHari Operasi1Kampung Melayu Sungai BulohAhad2Taman KIPSabtu3Matang PagarKhamis4Ehsan JayaSelasa5Kundang JayaSelasa6Kampung Baru Kundang JayaJumaat7Kampung Desa AmanJumaat8Taman Sri PutraSelasa\nZon 4 (Rawang)\nNoLokasiHari Operasi1Taman Garing UtamaKhamis2Rawang IntergetedIsnin3Taman PelangiJumaat4Bandar Country HomesAhad5Taman Bukit Rawang JayaRabu6Tun TejaJumaat7Sungai TerentangIsnin8Taman Setia RawangAhad9Batu ArangKhamis10Bdr Tasik Puteri Jalan 8A Medan PutriRabu11Bdr Tasik Puteri Blok 28 Green Square Green ValleyJumaat12Kampung Lee Kim SaiSelasa\nLokasi Pasar Malam Selangor di Kawasan Majlis Perbandaran Kajang\nNoLokasiHari Operasi1Taman Seri NandingJumaat2Sungai Serai Hulu LangatRabu, Ahad3Bandar Tasik KesumaIsnin, Khamis4Sek 1 Bandar Tek. KajangIsnin, Sabtu5Sek 3 Bandar Tek. KajangKhamis6Bandar RinchingIsnin7Taman Paling JayaRabu8Pekan SemenyihSabtu9Taman Pelangi SemenyihAhad10Taman Rakan Batu 12Isnin11Taman Suntex Bt 9, CherasAhad12Taman Cuepacs Bt 8Selasa13Taman Koop Cuepcas Bt 12Selasa14Bandar Sungai LongSelasa15Taman Segar PerdanaAhad16Bandar Mahkota CherasSabtu17Taman Taming JayaIsnin, Sabtu18Taman Tun PerakSelasa19Taman Impian EhsanSelasa, Khamis20Taman Cheras PerdanaRabu21Taman Desa SerdangRabu22Taman Damai PerdanaRabu23Taman MegahKhamis24Taman Indah Bt 11, CherasJumaat25Taman Cheras JayaRabu, Ahad26Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing BalakongRabu, Jumaat27Sek 7, BB BangiKhamis28Sek 16, Bandar Baru BangiSabtu, Selasa29Sek 4, Bdr Baru BangiRabu, Jumaat30Pekan BangiKhamis31Bandar Seri PutraSabtu, Selasa32Sek 9, Tmn Indah Kecil & Sederhana BB BangiRabu33Bdr Bukit Mahkota, BangiJumaat34Tmn Kajang UtamaAhad, Rabu35Tmn Bukit MewahAhad36Desa JenarisAhad37Tmn Setia Sg ChuaIsnin38Hentian KajangIsnin, Jumaat39Tmn Asa JayaRabu40Tmn JasminKhamis41Kg Baru Sg ChuaKhamis42Prima SaujanaKhamis43Tmn Sri LangatSelasa44Taman DelimaSabtu45Sg JelokJumaat46Taman Kenari, KajangAhad47Taman Kajang PerdanaSelasa\nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Perbandaran Sepang\nNoLokasi1Taman Murni2Taman Putra Prima3Pekan Dengkil4Desa Pinggiran Putra5Pekan Salak6Taman Mas7Taman Seroja8Taman Murni9Taman Putra Perdana 1A10Taman Dengkil Jaya11Kota Warisan12Sg Pelek13Taman Putra Perdana 5D/2\nLokasi Pasar Malam Kawasan Majlis Daerah Kuala Langat\nNoLokasi1Sg Rambai2Banting3Tg Sepat4Taman Dato Hormat5Taman Pahlawan6BSP 4/277Taman Perwira8Taman Langat Murni9Bandar Mahkota10BSP SP 8/111Tmn Sri Putra\nLokasi Pasar Malam di Kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor\nNoLokasi1Tanjung Karang2Kuala Selangor3Bandar Baru4Puncak Alam (Sabtu)5Puncak Alam (Rabu)6Saujana Utama7Desa Coalfields8Taman Alam Jaya (Jumaat)9Alam Jaya (Isnin)10Bestari Jaya11Pasir Penambang12Ijok13Bukit Rotan14Tiram Buruk15Jeram16Kampung Kuantan\nLokasi Pasar Malam Kawasan Majlis Daerah Sabak Bernam\nNoLokasi1Taman Sekinchan Jaya Sekinchan2Pekan Pasir Panjang3Pekan Sungai Nibong4Pekan Simpang Lima5Jalan Stadium Sungai Besar6Merbau Berdarah Parit 16 Sungai Panjang7Pekan Bagan Terap Sungai Besar8Dataran Tahah Lesen Parit Baru9Pekan Bagan Nakhoda Omar10Dataran Usahawan Sabak Bernam11Pantai Bagan Nakhoda Omar\nSumber :\nhttp://dewan.selangor.gov.my/question/pasar-malam-di-negeri-selangor/\nLaman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nama-anak-perempuan-dalam-islam/", "title": "300+ Nama Anak Perempuan Dalam Islam (Yang Indah & Bermakna)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan nama anak perempuan dalam Islam yang cantik dan bermakna.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \n\nInisiatif Cahaya Mata 2023\nNama Anak Lelaki Dalam Islam\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf A\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf B\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf C\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf D\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf E\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf F\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf G\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf H\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf I\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf J\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf K\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf L\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf M\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf N\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf Q\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf R\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf S\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf T\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf U\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf W\n\n \nNama anak perempuan dalam Islam huruf Y\n\n \nNama bayi perempuan dalam Islam huruf Z\n\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf A\n\n\nAabidah \u2013 Tekun beribadah\nAafiyah \u2013 Sihat, selamat\nAaira \u2013 Mulia, dihormati\nAaliya \u2013 Yang mulia, tinggi kedudukannya\nAamal \u2013 Harapan-harapan\nAamilah \u2013 Yang melakukan (perkara yang betul)\nAamily \u2013 Yang melakukan (perkara yang betul)\nAamina \u2013 Dapat dipercaya, aman\nAathifah \u2013 Belas kasih, perasaan\nAathirah \u2013 Harum\nAazeen \u2013 Cantik\nAbadah \u2013 Rajin beribadah\nAbadi \u2013 Yang Kekal\nAbda \u2013 Nampak\nAbeer \u2013 Haruman\nAbharina \u2013 Lautan kami\nAbirah \u2013 Wangi, harum\nAbiyah \u2013 Elok, mulia, lepas dari kehinaan\nAbsarina \u2013 Penglihatan kami\nAbyana \u2013 Nyata, jelas\nAbyati \u2013 Sebaik-baik sajak\nAbyatina \u2013 Sebaik-baik sajak kami\nAdabiah \u2013 Kesopanan, beradab\nAdara \u2013 Perawan, cantik (Greek)\nAdawiyah \u2013 Penawar, seorang perempuan Sufi\nAdeeba \u2013 Berpengetahuan, beradab\nAdelia \u2013 Keadilan kita\nAdibah \u2013 Berpengetahuan, beradab\nAdidah \u2013 Sepadan\nAdilah \u2013 Adil saksama\nAdira \u2013 Kuat\nAdiratna \u2013 Permata indah\nAdlah \u2013 Keadilan\nAdlina \u2013 Keadilan kita\nAdni \u2013 Salah satu nama syurga\nAdra \u2013 Perawan, cantik (Greek)\nAdresia \u2013 Tanda, fenomena\nAdriana \u2013 Nisbah\nAdriani \u2013 Teguh\nAdwa \u2013 Cahaya\nAfaf \u2013 Kesucian, kemurnian, kesopanan, punya harga diri\nAfeeya \u2013 Jujur, tulus\nAfiah \u2013 Sihat, selamat\nAfifah \u2013 Tenaga, kekuatan\nAfina \u2013 Kesejahteraan, Jujur, tulus\nAfiqah \u2013 Sangat pemurah, sangat berpengetahuan\nAflah \u2013 Beruntung\nAfnan \u2013 Pepohonan Yang berbuah, Kecantikan/seri\nAfra \u2013 Malam 13 Purnama\nAfrah \u2013 Hiburan, kesenangan\nAfraima \u2013 Subur\nAfrin \u2013 Beruntung\nAfrina \u2013 Putih kemerah-merahan\nAfruz \u2013 Menyukakan, menyenangkan\nAfwan \u2013 Kemaafan\nAfya \u2013 Tenaga, kekuatan\nAfza \u2013 Membesar\nAhidah \u2013 Janji\nAhlaiah \u2013 Impian\nAhlam \u2013 Paling sempurna, impian, kesabaran\nAida \u2013 Keberuntungan, imbalan, hadiah\nAidah \u2013 Kembali berhari raya\nAilah \u2013 Ahli rumah\nAileen \u2013 Cahaya terang\nAiman \u2013 Berkat, Yang bertuah, kanan\nAimuni \u2013 Keberkatan\nAimy \u2013 Keberkatan\nAin \u2013 Mata\nAina \u2013 Mempunyai mata yang cantik\nAinan \u2013 Mata air\nAinani \u2013 Dua buah mata air\nAini \u2013 Mataku\nAiniyah \u2013 Pohon rimbun yang bersemi\nAinul \u2013 Nama bidadari yg tercantik disyurga \nAiris \u2013 Sejenis bunga \u2013 iris\nAisyah \u2013 Isteri Rasulullah saw\nAiyani \u2013 Nisbah\nAkia \u2013 Kakak\nAkidah \u2013 Kuat, teguh\nAkifah \u2013 Wanita yang beri\u2019tikaf di masjid\nAkma \u2013 Pimpinan, Yang sempurna\nAlani \u2013 Ketinggian\nAlanna \u2013 Kami melunakkan\nAlawiah \u2013 Ketinggian\nAldariya \u2013 Mulia, lemah-lembut\nAleesa \u2013 Dilindungi Tuhan\nAleeya \u2013 Tinggi, yang paling mulia\nAliah \u2013 Yang tinggi\nAlifah \u2013 Ramah tamah dalam bersahabat\nAlifat \u2013 Teman pelipur, mesra\nAlilah \u2013 Yang memakai wewangian\nAlimah Yang berpengetahuan\nAlina \u2013 Sutera syurga, sangat lembut\nAlisha \u2013 Dilindungi Tuhan\nAliyah \u2013 Tinggi, yang paling mulia\nAlma \u2013 Pandai, terpelajar, yang bergemerlapan\nAlmas \u2013 Berlian\nAlmira \u2013 Puteri\nAlwani \u2013 Warna-warni\nAlya \u2013 Ketinggian\nAmali \u2013 Cita-citaku, harapanku\nAmalia \u2013 Cita-cita\nAmalina \u2013 Lanjut usia\nAmami \u2013 Julanganku, golonganku\nAmanda \u2013 Disayangi\nAmani \u2013 Cita-cita, ketenanganku, keinginan, kesejahteraanku\nAmanina Cita-cita kami, harapan kami\nAmaya \u2013 Hujan malam\nAmila \u2013 Harapan\nAmili \u2013 Yang melakukan (perkara yang betul)\nAmimah \u2013 Tubuh lenjang\nAminah \u2013 Boleh dipercayai\nAmira \u2013 Puteri, ratu\nAmirah \u2013 Puteri, ratu\nAmjad \u2013 Mulia, soleh, lebih mulia\nAmmara \u2013 Yang memakmurkan, yang kuat iman,\nAmna \u2013 Ketenangan\nAmnani \u2013 Ketenangan\nAmni \u2013 Ketenangan, Keamananku\nAmniyah \u2013 Cita-cita, hasrat\nAmra \u2013 Puteri\nAnan \u2013 Awan, cakrawala\nAnaqah \u2013 Cantik dan menarik\nAnati \u2013 Lemah lembutku\nAnbar \u2013 Wangi-wangian\nAndara \u2013 Yang berseri, bahagia, muda\nAneesa \u2013 Yang mesra, penglipur\nAni \u2013 Masak ranum, kesopanan\nAniqah \u2013 Cantik, lemah gemalai\nAnis \u2013 Yang mesra, teman setia, ramah tamah dalam pergaulan\nAnisah \u2013 Yang mesra, penglipur\nAnnur \u2013 Cahaya\nAnwah \u2013 Lembut, hati-hati\nAqeela \u2013 Yang terbaik\nAqidah \u2013 Kepercayaan, keimanan\nAqilah \u2013 Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar\nArafah \u2013 Padang Arafah\nAralyn \u2013 Lagu, simfoni yang indah\nArani \u2013 Aku mimpi melihat diriku\nArbahah \u2013 Nisbah\nArbanah \u2013 Yang fasih\nArdini \u2013 Isteri yang menyayangi\nAreej \u2013 Harum, keharuman\nArfa \u2013 Yang tinggi, mulia\nArfah \u2013 Gembira\nAriana \u2013 Suci (Yunani)\nAribah \u2013 Cerdik, terpelajar\nArifah \u2013 Yang mengetahui\nArikah \u2013 Pelaminan\nArimi \u2013 Yang besar\nArinah \u2013 Cergas, giat\nAriqah \u2013 Baik hati\nArisha \u2013 Ketinggian\nArissa \u2013 Azam, kuat\nArmel \u2013 Puteri\nArmita \u2013 Baik hati\nArshiya \u2013 Terbaik\nArwa \u2013 Memberi minum sampai puas, segar, terpenuhi, menyenangkan\nAsiah \u2013 Nama isteri Firaun, penawar\nAsiilah \u2013 Lemas dan Halus\nAsilah \u2013 Yang asli, yang mulia\nAsimah Yang memelihara\nAsirah Tawanan Perang\nAsiyah \u2013 Penawar hati\nAsla \u2013 Bergerak lunak\nAslah \u2013 Yang lebih baik\nAsma \u2013 Ketinggian, putri Abu Bakar Ash Shiddiq ra\nAsmah \u2013 Yang pemaaf\nAsmahan \u2013 Nama tokoh wanita\nAsyura \u2013 10 Muharram\nAthilah \u2013 Murni, mulia\nAthirah \u2013 Yang utama, yang mulia\nAthiyyah \u2013 Pemberian\nAtifah \u2013 Bersimpati, penyayang\nAtikah \u2013 Pemurah, berani, bersih, yang murni\nAtiya \u2013 Pemberian, hadiah\nAtma \u2013 Jiwa\nAtuf \u2013 Penyayang\nAudadi \u2013 Kesayanganku\nAufa \u2013 Yang setia, lebih tepat\nAuji \u2013 Ketinggianku, puncakku\nAuliya \u2013 Mulia\nAunah \u2013 Pertolonganku\nAuni \u2013 Lemah lembutku, ketenangan, Ketetapanku\nAura \u2013 Sinar atau Cahaya\nAyesha \u2013 Kekasih\nAwadah \u2013 Baik, lembut\nAwatif \u2013 Perasaan, kesayanganku\nAwfiyah \u2013 Berani, kuat\nAyesha \u2013 Kekasih\nAyun \u2013 Nama isteri Nabi Muhammad SAW\nAzeeza \u2013 Mulia, dihormati\nAzhara \u2013 Mata (jamak dari \u2018Ainun)\nAzimah \u2013 Agung, mulia\nAzita \u2013 Nama putri Iran\nAzizah \u2013 Sayang, berharga, kekuatan, dihormati, mulia\nAzra \u2013 Dara, perawan\nAzyan \u2013 Perhiasan\nAzza \u2013 Perhiasan\nAzzah \u2013 Perhiasan\nAzzalea \u2013 Kekal Abadi\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf B\n\nBaainah \u2013 Yang nyata\nBadaai \u2013 Keindahan\nBadiah \u2013 Indah, tak ada bandingnya, cantik\nBadihah \u2013 Cepat memahami\nBadilah \u2013 Mulia, pengganti\nBadirah \u2013 Bulan penuh, bulan purnama\nBadiyah \u2013 Nyata\nBadra \u2013 Bulan penuh, bulan purnama\nBadriah \u2013 Cantik seperti bulan purnama\nBadrina \u2013 Bulan kami\nBadriyyah \u2013 Bulan penuh, bulan purnama, wali\nBaheera \u2013 Cantik, berseri, elok, indah\nBahia \u2013 Manis\nBahiah \u2013 Gemilang, berseri\nBahijah \u2013 Bahagia, gembira, kesenangan, keindahan\nBahirah \u2013 Cantik, berseri, elok, indah\nBahithah \u2013 Pencari\nBahiya \u2013 Cemerlang, indah\nBahiyah \u2013 Cemerlang, indah\nBahja \u2013 Kebahagiaan\nBahjah \u2013 Keindahan, keriangan, kesenangan\nBahjan \u2013 Rupawan, Cemerlang\nBahriah \u2013 Kecantikan, kilauan\nBaiduri \u2013 Permata\nBaiyinah \u2013 Bukti\nBakhitah \u2013 Orang yang beruntung\nBakizah \u2013 Suci, wangi, Permata\nBakriyah \u2013 Berani, perawan\nBaligha \u2013 Penuh perasaan, pandai, fasih berbicara\nBalilah \u2013 Nama isteri Nabi Sulaiman\nBallanah \u2013 Titisan embun\nBalqis \u2013 Panjang umur, ratu Isteri Nabi Sulaiman AS\nBananah \u2013 Ujung jari-jemari\nBaqiyah \u2013 Yang tidak bersalah, yang bersih\nBarakah \u2013 Diberkati\nBariah \u2013 Mahir, cantik, tenang\nBaridah \u2013 Lapang dada\nBarika \u2013 Mekar, berjaya\nBarirah \u2013 Alim, baik hati\nBarizah \u2013 Yang bijak, menonjol\nBarkha \u2013 Hujan\nBarniyah \u2013 Cerdik, suci\nBashaair \u2013 Khabar baik\nBashasha \u2013 Kebahagiaan, kegembiraan\nBasheera \u2013 Kabar baik\nBashirah \u2013 Bijaksana, berakal\nBasilah \u2013 Berani\nBasimah \u2013 Selalu tersenyum\nBasirah \u2013 Kesenangan, keluasan\nBasmah \u2013 Senyuman\nBassamah \u2013 Selalu senyum\nBastah \u2013 Ya -ng lapang\nBasyirah \u2013 Penyampai berita gembira\nBatrisya \u2013 Cerdik, pintar\nBatrisyia \u2013 Cerdik, pintar\nBatul \u2013 Sangat rapi, tak bernoda\nBayati \u2013 Nisbah\nBayyinah \u2013 Bukti, dalil\nBazilah \u2013 Yang pintar\nBazla \u2013 Yang bijak\nBilqis \u2013 Permaisuri Sheba, nama ratu Sheeba yang masuk Islam\nBisyarah \u2013 Berita gembira\nBuraidah \u2013 Kesejukan, dingin\nBurairah \u2013 Berbakti, berbuat baik\nBurhanah \u2013 Alasan yang baik\nBushra \u2013 Kabar baik\nBusra \u2013 Kesegaran\nBussaina \u2013 Cantik menarik\nBusyra \u2013 Berita baik, kabar gembira\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf C\n\nCiara \u2013 Terang dan bersih\nChakira \u2013 Bersyukur\nClemira \u2013 Putri yang cemerlang\nCamilla \u2013 Termashyur\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf D\n\nDaaimah \u2013 Tetap, Langgeng\nDaaiyah \u2013 Juru dakwah\nDaamah \u2013 Tiang, Pilar\nDaawah \u2013 Seruan, panggilan, ajakan, jamuan\nDabayinah \u2013 Nisbah\nDafinah \u2013 Kekayaan yang tersembunyi\nDahab \u2013 Emas\nDahimah \u2013 Kuat, tangkas\nDahiyah \u2013 Pintar\nDahlia \u2013 Nama sejenis bunga\nDahmani \u2013 Nisbah\nDalal \u2013 Petunjuk, manja, memanjakan\nDalia \u2013 Pohon anggur, sejenis bunga \u2013 dahlia\nDalidah \u2013 Keturunan mulia\nDalila \u2013 Petunjuk, dalil, alasan\nDalilah \u2013 Petunjuk, bukti\nDalilati \u2013 Pemimpin\nDalili \u2013 Petunjuk, manja, memanjakan\nDaliyah \u2013 Pohon anggur\nDamaris \u2013 Wanita yg sopan dan santun (Yunani)\nDamiaa \u2013 Baik dan berkat\nDana \u2013 Cerdas, bijak\nDanah \u2013 Batu yang bernilai tinggi\nDaneen \u2013 Puteri\nDania \u2013 Hampir\nDaniyah \u2013 Dekat sekali, Buah yang mudah dipetik\nDara \u2013 Perawan\nDarayani \u2013 Mengetahui\nDariah \u2013 Yang mengetahui, lemah lembut\nDarin \u2013 Nama Bunga\nDarina \u2013 Nama suatu bunga\nDarirah \u2013 Lemah lembut\nDarisa \u2013 Pembaca, pelajar\nDariyah \u2013 Lemah-lembut\nDarsah \u2013 Faham, hafal\nDarwisyah \u2013 Ahli tasawuf\nDaulah \u2013 Kerajaan\nDawama \u2013 Berkekalan, terus menerus\nDayana \u2013 Yang gagah perkasa\nDayani \u2013 Kepatuhanku, ketaatanku\nDeeba \u2013 Sutera\nDeema \u2013 Awan mendung\nDelisha \u2013 Gembira dan membuat orang lain gembira\nDhabitah \u2013 Cakap, kuat ingatan\nDhafwatul \u2013 Kesenangan dan kelapangan hidup\nDhahikah \u2013 Yang suka tertawa, batu putih diatas gunung\nDhaifah \u2013 Tamu\nDhaliah \u2013 Keras dan kuat\nDhamanah \u2013 Jaminan\nDhamirah \u2013 Jiwa\nDhamrah \u2013 Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nDhaniyah \u2013 Yang bertambah, yang bermutu\nDhia \u2013 Sinaran\nDhiya \u2013 Cahaya, sinar\nDhuha \u2013 Waktu Dhuha\nDhuhwah \u2013 Waktu Dhuha\nDiaamah \u2013 Tiang, pilar\nDian \u2013 Cahaya\nDianah \u2013 Agama\nDina \u2013 Keagamaan\nDinah \u2013 Ketaatan, adat\nDinar \u2013 Wang emas\nDini \u2013 Agamaku\nDiya \u2013 Terang, cahaya\nDiyana \u2013 Agama\nDiyari \u2013 Kurnia\nDuha \u2013 Waktu dhuha\nDurar \u2013 Batu permata, Mutiara\nDurrah \u2013 Mutiara\nDurrani \u2013 Permataku\nDurriyah \u2013 Mutiara, cahaya mutiara, cemerlang, cerdas\nDuwaijah \u2013 Teladan\nDzahabiyah \u2013 Memiliki sifat emas\nDzaibah \u2013 Menghalau\nDzakirah \u2013 Yang mengingati Allah (dari perkataan zikir)\nDzakiyah \u2013 Pandai, cerdas, merah padam\nDzariaah -Jalan, wasilah\nDzihni \u2013 Pemahamanku, pengertianku\nDzihniyah \u2013 Menurut akal\nDzikra \u2013 Peringatan, pengajaran\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf E\n\n\nEijaz \u2013 Keajaiban\nEliya \u2013 Yang cantik dan membesar dalam ketenangan dan kasih sayang\nEliza \u2013 Unik, sangat bermakna\nElma \u2013 Epal\nErmina \u2013 Peramah\nEryna \u2013 Perempuan cantik\nEshal \u2013 Bunga syurga\nEzzah \u2013 Seseorang yang memberikan kehormatan, rasa hormat\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf F\n\nFaadhilah \u2013 Yang Mulia\nFaaeqa \u2013 Paling baik\nFadhilah \u2013 Kemuliaan, kelebihan, keutamaan\nFadhlah \u2013 Mulia\nFadiah \u2013 Pembela\nFadilah \u2013 Yang mulia, murah hati, yg utama\nFadiyah \u2013 Menyelamatkan, tebusan\nFadwa \u2013 Penyelamat, pengorbanan suci, penebus\nFadwah \u2013 Penyelamat, pengorbanan suci, penebus\nFaeezah \u2013 Pemimpin\nFaghira \u2013 Bunga melur\nFahimah \u2013 Yang bijak, memahami\nFahmidah \u2013 Cerdik, bijak\nFaida \u2013 Manfaat\nFaidah \u2013 Untung, laba\nFaidh \u2013 Melimpah, mengalir\nFaiha \u2013 Banyak kelebihan\nFaihanah \u2013 Harum, wangi\nFaiqa \u2013 Terkenal, terkemuka, bangun\nFaiqah \u2013 Mengungguli\nFaiqihah \u2013 Pandai, pintar\nFairuz \u2013 Batu permata yang berwarna biru agak kehijau-hijauan\nFaizah \u2013 Menang, berjaya\nFaizia \u2013 Berjaya\nFajriyah \u2013 Cahaya terang\nFakeehah \u2013 Menyenangkan, sedap\nFakhira \u2013 Agung, termasyur\nFakhirah \u2013 Kebanggaan\nFakhrani \u2013 Nisbah\nFakhriah \u2013 Kemegahan\nFakhriyah \u2013 Kebanggaan\nFalah \u2013 Berjaya, beruntung\nFalilah \u2013 Yang beruntung\nFalisha \u2013 Menyenangkan\nFaqihah \u2013 Yang mengerti, ahli fiqh, bijaksana\nFarah \u2013 Kegirangan, kesenangan, kebahagiaan\nFarha \u2013 Bahagia\nFarhah \u2013 Kegirangan\nFarhana \u2013 Riang gembira, senang\nFarhanah \u2013 Riang gembira, bergembira, senang\nFariaah \u2013 Tinggi, mulia\nFaridah \u2013 Yang istimewa, tunggal, permata yang mahal\nFariha \u2013 (Dia) merasa gembira\nFarihah \u2013 Riang, sukacita, gembira\nFarisah \u2013 Pengemudi mahir\nFarizah \u2013 Jelas\nFarwizah \u2013 Menang, berjaya\nFarzana \u2013 Bijak, pandai\nFarzanah \u2013 Petunjuk agung\nFashahah \u2013 Fasih berbicara\nFasihah \u2013 Fasih bercakap\nFatanah \u2013 Kebijaksanaan\nFataniah \u2013 Bijak\nFateen \u2013 Bijak\nFathiah \u2013 Pembukaan, kemenangan\nFatihah \u2013 Pembuka\nFatima \u2013 Putri Rasulullah SAW, yang tidak menyusu\nFatina \u2013 Menarik, mempesona, mengagumkan\nFatma \u2013 Bijaksana, mengagumkan, menarik\nFatnin \u2013 perhatian\nFatunah \u2013 Bijak\nFaudah Buah hati\nFauzah \u2013 Berjaya, berhasil\nFauziah \u2013 Kemenangan\nFauziyah \u2013 Kemenangan\nFawziyyah \u2013 Berjaya\nFayruz \u2013 Batu permata yang berwarna biru agak kehijau-hijauan\nFazia \u2013 Kemenangan\nFellah \u2013 Bunga melati\nFemida \u2013 Bijak\nFida \u2013 Pengorbanan\nFikriyah \u2013 Bijak, pandai, pemikiran\nFilzah \u2013 Belahan jiwa\nFirdaus \u2013 Nama syurga tertinggi\nFirdawsi \u2013 Nama syurga tertinggi\nFirjani \u2013 Hilang duka\nFiruz \u2013 Yang indah\nFiryal \u2013 Nama Putri kerajaan Mesir\nFirzanah \u2013 Pintar, bijak\nFitiya \u2013 Suci\nFitriyah \u2013 Fitrah kemanusiaan\nFityah \u2013 Orang muda\nFityati \u2013 Orang muda\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf G\n\nGhabirah \u2013 Yang lalu\nGhada \u2013 Gadis muda yang cantik\nGhadah \u2013 Gadis muda yang cantik\nGhadziyah \u2013 Menyenangkan\nGhaida \u2013 Berawan\nGhaisani \u2013 Cantik dan muda\nGhaliah \u2013 Yang mahal, berharga\nGhalibah \u2013 Menang\nGhaliyah Haruman\nGhaliyati \u2013 Yang mahal\nGhamirah \u2013 Yang mengembara\nGhaniah \u2013 Yang cantik\nGhanimah \u2013 Yang menang, penghasilan (kasab)\nGhaniyah \u2013 Cantik dan muda\nGhaniyyah \u2013 Kaya\nGhassani \u2013 Kecantikan dan kelembutanku\nGhauthiah \u2013 Pertolongan\nGhayda \u2013 Kecantikan dan kelembutan remaja\nGhazalah \u2013 Matahari terbit\nGhaziah \u2013 Pejuang\nGhazlina \u2013 Tenunan\nGhazwani \u2013 Kepahlawanan\nGhina \u2013 Kekayaan\nGhisyawah \u2013 Tutupan, akhir\nGhufrani \u2013 Keampunanku\nGhunwah \u2013 Nyanyian\nGhurrah \u2013 Putih berseri\nGhusni \u2013 Ranting\nGulnar \u2013 Bunga (Persian)\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf H\n\nHabbati \u2013 Kekasih, kesayangan\nHabeeba \u2013 Kekasih, sayang, dicintai\nHabibah \u2013 Kekasih, sayang, dicintai\nHabrah \u2013 Sukacita\nHabriyah \u2013 Pintar\nHadfah \u2013 Yang mempunyai matlamat\nHadharah \u2013 Kemajuan\nHadirah \u2013 Pandai, bijak\nHadiya \u2013 Yang memimpin, penunjuk jalan\nHadiyyah \u2013 Pemberian, hadiah, pemberi petunjuk\nHafawati \u2013 Sambutanku yang hangat\nHafeeza \u2013 Penjaga, pelindung\nHafidah \u2013 Cucu\nHafidhah \u2013 Pemelihara, penghafal\nHafiy \u2013 Yang memuliakan\nHafiya \u2013 Sangat baik\nHafiyah \u2013 Sambutan yang hangat\nHafizah \u2013 Pemelihara, penghafal\nHafsyah \u2013 Isteri Rasulullah SAW\nHafthah \u2013 Dipelihara, dilindungi\nHafziyah \u2013 Nisbah\nHaidah \u2013 Adil, jujur\nHaifa \u2013 Perempuan yg langsing\nHaimanah \u2013 Penguasaan\nHajar \u2013 Nama ibu Nabi Ismail, isteri Nabi Ibrahim As\nHajidah \u2013 Yang rajin sembahyang malam\nHakimah \u2013 Arif, Yang bijaksana\nHaliah \u2013 Yang memakai perhiasan\nHalifah \u2013 Perjanjian, persahabatan\nHalilah \u2013 Wanita keluarga\nHalili \u2013 Nisbah, halal\nHalimah \u2013 Lemah lembut, penyantun, sabar dan berakal\nHalumah \u2013 Pemaaf, penyabar\nHalwa \u2013 Yang manis, menarik\nHamamah \u2013 Burung merpati\nHamani \u2013 Memberi semangat\nHamdah \u2013 Pujian\nHamdiyah \u2013 Nisbah, terpuji\nHamidah \u2013 Terpuji, pujian\nHamimah \u2013 Kawan setia\nHamizah \u2013 Riang, gembira, yang bijaksana\nHammadah \u2013 Bijak memuji\nHamra \u2013 Kemerah-merahan\nHamudah \u2013 Terpuji\nHana \u2013 Kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan\nHanan \u2013 Kesayangan, kecintaan, rezki, berkah\nHanifah \u2013 Yang lurus, beriman, muslimah yang teguh\nHanina \u2013 Rindu\nHaninah \u2013 Penyayang\nHanini \u2013 Kerinduan\nHanisah \u2013 Yang bertakwa\nHaniyah \u2013 Kegirangan\nHannah \u2013 Kasih sayang\nHannani \u2013 Kesayanganku, kecintaanku\nHanun \u2013 Kesayangan\nHanunah \u2013 Penyayang\nHanzalah \u2013 Disegani, di hormati\nHariyah \u2013 Yang layak, yang patut\nHarizah \u2013 Kubu, benteng\nHasanah \u2013 Yang baik, kebaikan\nHaseena \u2013 Indah, baik\nHashinah \u2013 Benteng yang kuat\nHasibah \u2013 Keturunan baik-baik\nHasna \u2013 Cantik\nHasnah \u2013 Yang baik, yang cantik\nHasya \u2013 Kesempurnaan\nHasyash \u2013 Kelembutan\nHasyimah \u2013 Sopan, beradab, berakhlak\nHattal \u2013 Hujan lebat\nHaura \u2013 Wanita yang berkulit putih\nHawa \u2013 Nama isteri Nabi Adam\nHawani \u2013 Ibu penyayang\nHawilah \u2013 Penjamin, pemelihara\nHayani \u2013 Hidup\nHayat \u2013 Kehidupan\nHayati \u2013 Jiwa, hidup, kehidupanku\nHayfa \u2013 Lembut suaranya\nHazimah \u2013 Yang tegas, wanita yang sangat teliti\nHaziqah \u2013 Yang cerdik, pandai\nHazirah \u2013 Pilihan yang terbaik\nHaziyah \u2013 Disukai orang lain, yang dipuji, yang disayangi\nHazwani \u2013 Pemberianku\nHeidi \u2013 Adil, jujur\nHessa \u2013 Takdir\nHibah \u2013 Pelimpahan\nHibriyah \u2013 Kecantikan, keindahan\nHidanah Damai, tenang\nHidayah \u2013 Petunjuk Allah\nHidayati \u2013 Petunjuk Allah\nHidni \u2013 Subur\nHijanah \u2013 Keturunan yang mulia\nHilalah \u2013 Bulan sabit\nHilmiyah \u2013 Lembut, sopan\nHimanah \u2013 Memberi semangat\nHimayah \u2013 Terpelihara, terjaga\nHindun \u2013 Kerinduan asmara, sahabat wanita\nHisanah \u2013 Cantik\nHubwah \u2013 Pemberian\nHuda \u2013 Petunjuk kepada kebenaran\nHudiya \u2013 Diberi petunjuk\nHudna \u2013 Kembali ke pangkal jalan, bertaubat\nHudnati \u2013 Damai\nHulwah \u2013 Manis\nHumaira \u2013 Berpipi merah\nHumra \u2013 Mawar\nHuraiyah \u2013 Bidadari\nHuriya \u2013 Bermata elok, Pengikut setia\nHuriyyah \u2013 Bermata elok, Pengikut setia\nHusna \u2013 Kebaikan, cantik\nHusniah Indah\nHusniyah \u2013 Kebaikan, keindahan\nHusnul \u2013 Kesudahan yang baik Khotimah\nHuwainaa \u2013 Ketenangan\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf I\n\n\nIbadah \u2013 amal yang diredhai Allah\nIbrisim \u2013 Anak perempuan\nIbtihal \u2013 Emas murni\nIbtisam \u2013 Pengajaran\nIffah \u2013 Tahu harga diri\nIffat \u2013 Kesucian, kemurnian,\nIftikhar \u2013 kesopanan, kesederhanaan, Kehormatan diri\nIftinan \u2013 Kehormatan, pembawa\nIkbar \u2013 kehormatan, kebanggaan\nIklilah \u2013 Mahkota; permata\nIkram \u2013 Memuliakan\nIlham \u2013 Wahyu, ilham, isyarat yang baik\nIman \u2013 Iman, keimanan\nImani \u2013 Kepercayaanku\nImanina \u2013 Iman kami\nImarah \u2013 Pembangunan, kemakmuran\nImtinan \u2013 Anugerah Illahi\nImtithal \u2013 Ketaatan yang sopan\nInaam \u2013 Pemberian kenikmatan\nInan \u2013 Pemberian kenikmatan\nInas \u2013 Tali kendali\nInayah \u2013 Berkarisma, pintar\nIntisar \u2013 Kebaikan\nIntishar \u2013 Kemenangan\nIrdina \u2013 Pikiran tajam, akal\nIris \u2013 Kehormatan kami,\nIrsa \u2013 kebajikan/keberkatan\nIsaad \u2013 Sejenis bunga\nIsaaf \u2013 Pelangi\nIshmah \u2013 Terhindar dr dosa\nIshraq \u2013 Cahaya, sinar\nIsmah \u2013 Terhindar dari dosa\nIstiqamah \u2013 Kelurusan, ketulusan\nIsyq \u2013 Sayang\nItidal \u2013 Keseimbangan\nItimad \u2013 Percaya, Kepercayaan\nIzdihar \u2013 Berkilau, Perkembangan, kemajuan\nIzyan \u2013 Perhiasan\nIzz \u2013 Kekuatan\nIzzah \u2013 Mulia\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf J\n\nJabiroh \u2013 Penyambung patah tulang\nJadawil \u2013 Sungai-sungai kecil\nJadzwah \u2013 Bara yg menyala\nJahroh \u2013 Dengan terang/ nyata\nJaizah \u2013 Ijazah, piala\nJalilah \u2013 Mulia, agung\nJamaliah \u2013 Kecantikanku\nJameela \u2013 Cantik\nJamilah \u2013 Cantik\nJammana \u2013 Mutiara\nJannah \u2013 Syurga\nJasmin \u2013 Bunga melati\nJasmina \u2013 Bunga melati\nJaudah \u2013 Indah, utama\nJauharah \u2013 Batu permata\nJauza \u2013 Nama bintang\nJauzah \u2013 Kenari\nJawhara \u2013 Mutiara\nJayyana \u2013 Kekuatan\nJazeera \u2013 Sebuah pulau\nJazilah \u2013 Ketinggian/bijak bercakap, petah berkata-kata\nJidah \u2013 Kemewahan\nJihan \u2013 Nama tokoh wanita, Kemegahan\nJinan \u2013 Surga-surga\nJohara \u2013 Perhiasan\nJuani \u2013 Sinaranku\nJuhainah \u2013 Taman, kebun\nJuhairah \u2013 Nyaring, lantang\nJuhara \u2013 Perhiasan\nJumah \u2013 Jumaat\nJumanah \u2013 Mutiara putih\nJunainah \u2013 Taman, kebun\nJunnah \u2013 Perisai\nJuwairiyah \u2013 Nama wanita, gadis kecil\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf K\n\nKabira \u2013 Besar\nKadhimah \u2013 Yang dapat menahan diri\nKadziyah \u2013 Pohon berbunga memanjang harum baunya\nKahilah \u2013 Matanya dicelak\nKahla \u2013 Bola matanya hitam pekat, dewasa\nKaisara \u2013 Permaisuri\nKalafah \u2013 Kecintaan\nKaleela \u2013 Kekasih\nKamaliyah \u2013 Kesempurnaan\nKamila \u2013 Sempurna\nKamilah \u2013 Lengkap, sempurna\nKamilia \u2013 Pepohonan yang selalu hijau\nKareema \u2013 Murah hati, mulia\nKarida \u2013 Tidak disentuh\nKarimah \u2013 Mulia\nKausar \u2013 Sungai di syurga\nKautsar \u2013 Kenikmatan yang banyak\nKawakib \u2013 Bintang-bintang\nKawthar \u2013 Sungai di syurga\nKaysa \u2013 Berani\nKazhimah \u2013 Wanita cerdik dan bijaksana\nKeisha \u2013 Dapat menahan diri\nKeysha \u2013 Hidup dalam keadaan baik\nKhaira \u2013 Hidup dalam keadaan baik\nKhairani \u2013 Kebaikanku\nKhairiah \u2013 Kebaikan\nKhairin \u2013 Kebaikan\nKhairina \u2013 Kebaikan\nKhairunnisa \u2013 Sebaik-baik wanita\nKhaizuran \u2013 Ketua, pemimpin\nKhalda \u2013 Berkekalan\nKhaleeda \u2013 Abadi\nKhalida \u2013 Abadi\nKhalidah \u2013 Abadi\nKhalilah \u2013 Sahabat, Kesayangan\nKhalili \u2013 Sahabatku, Kesayanganku\nKhalishah \u2013 Murni\nKhansa \u2013 Nama pujangga Islam perempuan terdahulu, seorang pejuang Muslimah\nKharidah \u2013 Anak gadis\nKhatibah \u2013 Ahli pidato\nKhatimah \u2013 Penutup, pengakhiran\nKhaulah \u2013 Sahabat wanita terkenal, rusa betina\nKhayla \u2013 Cantik\nKhayra \u2013 Kebaikan\nKhayriyyah \u2013 Kebaikan, kebajikan\nKhazinah \u2013 Penyimpan harta yang tersimpan\nKhulaidah \u2013 Langgeng\nKhuzaimah \u2013 Tali kendali\nKulthum \u2013 Nama anak nabi Muhammad SAW\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf L\n\nLaaihah \u2013 Yang lahir, nyata\nLaaiqah -Patut, layak\nLaali \u2013 Permata-permata, mutiara\nLabibah \u2013 Sehat akal dan cerdik\nLabitsah \u2013 Yang tinggal di suatu tempat\nLadzidzah \u2013 Sedap, lazat\nLaela \u2013 Malam yang gelap\nLafifah \u2013 Berkumpul, bercampur\nLaila \u2013 Kerinduan, malam yang gelap\nLaimun \u2013 Buah jeruk yang manis\nLamees \u2013 Sentuhan lembut\nLamisa \u2013 Sentuhan lembut\nLashira \u2013 Bijak\nLatafat \u2013 Pelbagai\nLathifah \u2013 Lemah lembut\nLatifah \u2013 Lembut, bersopan\nLayanah \u2013 Kehalusan, kelemasan\nLayyin \u2013 Yang lembut\nLeena \u2013 Seorang yang setia\nLeyla \u2013 Kerinduan, malam yang gelap\nLillyann \u2013 Bunga lili (Latin)\nLily \u2013 Sejenis bunga\nLina \u2013 Seorang yang setia\nLiyana \u2013 Kehalusan, kelembutan\nLiyyan \u2013 Kehalusan, kelembutan\nLubna \u2013 Buah kenitu\nLujaina \u2013 Keputihan, perak\nLujmah \u2013 Bukit yang datar\nLuqyana \u2013 Perjumpaan kita\nLuthfia \u2013 Lemah lembut\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf M\n\nMaaijah \u2013 Yang berombak, bergelombang\nMaaiyah \u2013 Kebersamaan\nMaali \u2013 Tinggi\nMaamunah \u2013 Dipercaya\nMabrukah \u2013 Dapat berkah\nMadaniya \u2013 Kemajuan\nMadzanah \u2013 Menara tempat adzan sholat\nMaghfirah \u2013 Pengampunan\nMahbubah \u2013 Disenangi, dicintai\nMahdeya \u2013 Yang mendapat hidayah\nMahdia \u2013 Yang mendapat hidayah\nMaheem \u2013 Bulan penuh\nMahfuzhah \u2013 Terpelihara\nMahirah \u2013 Pandai, cakap\nMahjabeen \u2013 Kuat\nMahneera \u2013 Yang pertama dilahirkan dari kembar\nMaimanah \u2013 Keberkatan\nMaimunah \u2013 Beruntung, keberuntungan, diberkahi Allah\nMaisarah \u2013 Ketenangan, nyaman, kemakmuran,\nMaissa \u2013 kekayaan, kelapangan\nMaisun \u2013 Berjalan dengan berlenggang\nMajeeda \u2013 Berwajah dan bertubuh cantik\nMajidah \u2013 Mulia, Dihormati\nMakayla \u2013 Mulia, Dihormati\nMaknunah \u2013 Pemberian Allah\nMalaika \u2013 Menutup muka karena malu\nMalaiqa \u2013 Bidadari\nMalak \u2013 Bidadari\nMalihah \u2013 Cantik\nMalika \u2013 Pemilik\nManal \u2013 Sukses, prestasi\nManar \u2013 Terang\nManiah \u2013 Mulia, kuat\nMaqbulah \u2013 Diterima permintaannya\nMaram \u2013 Tujuan, maksud\nMardhiyah \u2013 Mendapat keredhaan Allah\nMariah \u2013 Isteri Rasulullah SAW, yang indah\nMariam \u2013 Ibu Nabi Isa\nMarissa \u2013 Seorang yg bersopan santun\nMaritza \u2013 Diberkati\nMariya \u2013 Yang indah, asli\nMarsya \u2013 Subur\nMarwa \u2013 Berhati-hati dalam memikirkan\nMarwah \u2013 Bukit Marwah di Masjidil Haram\nMaryam \u2013 Ibu Nabi Isa\nMasarrah \u2013 Kesenangan\nMashumah \u2013 Bebas dari dosa\nMasikah \u2013 Nama wanita sahabat nabi\nMasouda \u2013 Bertuah, bahagia\nMasyitah \u2013 Yang mati syahid oleh Fir\u2019aun\nMawaddah \u2013 Cinta kasih\nMawahib \u2013 Bakat, kemampuan, ketangkasan\nMawiyah \u2013 Cermin hidup\nMaya \u2013 Seorang ibu\nMayesa \u2013 Penampilannya membanggakan\nMaysun \u2013 Berwajah dan bertubuh cantik\nMayyadah \u2013 Jalan berlenggang\nMazaya \u2013 Istimewa\nMaznah \u2013 Gemilang\nMedina \u2013 Bandar al-Madinah\nMehar \u2013 Kebaikan\nMehbooba \u2013 Teman\nMehrunisa \u2013 Kebaikan, perempuan cantik\nMiftah \u2013 Pembuka, perintis\nMikayla \u2013 Pemberian Allah\nMiqaila \u2013 Pemberian Allah\nMirza \u2013 Anak yang baik\nMishal \u2013 Cahaya\nMiskinah \u2013 Merendah diri\nMisyah \u2013 Kegembiraan\nMuazara \u2013 Bantuan, pertolongan\nMudhiah \u2013 Menyinari\nMudrikah \u2013 Dapat memahami\nMufeeda \u2013 Memberi manfaat\nMufidah \u2013 Memberi manfaat\nMuhajirah \u2013 Yang berhijrah\nMukhbitah \u2013 Tunduk patuh\nMukminah \u2013 Beriman\nMuknisah \u2013 Teman yang menyenangkan\nMumtaz \u2013 Istimewa\nMuna \u2013 Cita-cita, keinginan\nMuneera \u2013 Hiasan cahaya, penerang\nMunifah \u2013 Kedudukan yang tinggi \u2013 menonjol\nMunirah \u2013 Bercahaya\nMuqsithah \u2013 Yang berbuat adil\nMuslimah \u2013 Beragama Islam\nMustajabah \u2013 Terkabul do\u2019anya\nMuthiah \u2013 Taat\nMuthmainnah \u2013 Tenang, tenteram\nMuzayyan \u2013 Dihiasi\nMuznah \u2013 Berdandan bagus\nMysha \u2013 Kegembiraan\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf N\n\n\nNaadhirah \u2013 Berseri, segar\nNaaifah \u2013 Kedudukan tinggi\nNaaila \u2013 Sesuatu yg istimewa\nNaamah \u2013 Halus, lunak\nNaaz \u2013 Kebanggan\nNaazneen \u2013 Cantik\nNabighah \u2013 Kenamaan, besar, mulia\nNabihah \u2013 Cerdik, mulia\nNabila \u2013 Ningrat, mulia, luhur\nNabilah \u2013 Cerdik, mahir\nNabilia \u2013 Kedermawanan\nNada \u2013 Embun di pagi hari\nNadeera \u2013 Berseri-seri, khusus, unik\nNadha \u2013 Embun di pagi hari\nNadhifah \u2013 Bersih\nNadhira \u2013 Yang berseri-seri\nNadia \u2013 Awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan\nNadiah \u2013 Awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan\nNadimah \u2013 Teman akrab\nNadirah \u2013 Berseri-seri, khusus, unik\nNadiyah \u2013 Awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan\nNadzifah \u2013 Bersih\nNafeesa \u2013 Yang amat berharga; berkedudukan tinggi\nNafhah \u2013 Aroma yang melegakan hati\nNafilah \u2013 Ibadah tambahan\nNafisah \u2013 Yang amat berharga; berkedudukan tinggi\nNafiyah \u2013 Bermanfaat\nNafla \u2013 Bunga matahari\nNageena \u2013 Permata\nNahda \u2013 Mulia\nNahilah \u2013 Yang menyumbangkan ilmu dan adab\nNahiyah \u2013 Pelaksana larangan (pencegah), larangan\nNahiyyah \u2013 Pelaksana larangan (pencegah), larangan\nNahla \u2013 Minuman Naifah,\nNaiah \u2013 Anugerah\nNailah \u2013 Yang suka memberi\nNailufar \u2013 Bunga teratai\nNaimah \u2013 Kenikmatan, halus, lunak\nNaina \u2013 Mata\nNajah \u2013 Keselamatan, Kemenangan\nNajat \u2013 Selamat\nNajdah \u2013 Berani, bantuan\nNajdiyyah \u2013 Datang dari tanah tinggi\nNajiah \u2013 Selamat\nNajiba \u2013 Keturunan yang mulia, utama, bernilai\nNajida \u2013 Berani, bantuan\nNajiyah \u2013 Selamat\nNajla \u2013 Yang bermata elok, Yang baik keturunannya\nNajmah \u2013 Bintang\nNajmi \u2013 Bintang, bintangku\nNajwa \u2013 Berbisik-bisikan\nNajya \u2013 Kemenangan\nNaqiba \u2013 Yang menjamin\nNaqila \u2013 Perawi\nNaqiyah \u2013 Jernih\nNaqiyyah \u2013 Jernih\nNarina \u2013 Berbau harum, segar (Parsi)\nNashida \u2013 Pelajar\nNashim \u2013 Tertib, teratur\nNashita \u2013 Bertenaga, bersemangat\nNashwa \u2013 Haruman\nNasiha \u2013 Pemberi nasihat, setia, loyal, ikhlas\nNasira \u2013 Pertolongan, kemenangan\nNasmah \u2013 Angin sepai-sepoi\nNasyiah \u2013 Perkembangan\nNathifa \u2013 Bersih, asli\nNatrah \u2013 Gembira\nNaufal \u2013 Pemurah, dermawan\nNaura \u2013 Bunga\nNaurah \u2013 Bunga\nNawad \u2013 Awal mula dari sesuatu\nNawal \u2013 Memperoleh sesuatu\nNawar \u2013 Bunga\nNawira \u2013 Bunga benteng\nNayla \u2013 Sesuatu yg istimewa\nNazahah \u2013 Bersih dari noda\nNazihah \u2013 Bersih dari noda\nNazili \u2013 Pakaian dan makanan yang berkat\nNazima \u2013 Penyajak\nNazirah \u2013 Bandingan\nNaziya \u2013 Berbangga\nNazma \u2013 Bintang\nNazmeen \u2013 Cahaya\nNazmia \u2013 Bintangku, keindahanku\nNazurah \u2013 Pemimpin Yang Disegani\nNeelophar \u2013 Bunga teratai biru\nNibal \u2013 Anak panah\nNibras \u2013 Pelita, pemberani, ujung tombak\nNida \u2013 Seruan\nNikmah \u2013 Kenikmatan\nNilaa \u2013 Sejenis bunga\nNiliyyah \u2013 Cantik\nNilofar \u2013 Bunga teratai\nNimrah \u2013 Suci, asli\nNisrin \u2013 Harum bunga mawar\nNisrina \u2013 Bunga mawar putih\nNoor -Cahaya\nNouf \u2013 Titik tertinggi di gunung\nNuda \u2013 Pelangi, cahaya matahari ketika terbit atau\nNudhar \u2013 terbenam\nNufa \u2013 Emas\nNuha \u2013 Yang sempurna tinggi dan kecantikannya\nNuma \u2013 Bijaksana\nNur \u2013 Cantik dan menyenangkan\nNurain \u2013 Cahaya\nNuraini \u2013 Cahaya mata\nNuri \u2013 Cahaya mataku\nNuriya \u2013 Cahayaku, bercahaya\nNurjannah \u2013 Cahaya surga\nNurjihan \u2013 Nama tokoh perempuan\nNurul \u2013 Cahaya\nNurulain \u2013 Cahaya mata\nNuryn \u2013 Bercahaya\nNusrati \u2013 Kemenanganku\nNuzhah \u2013 Rekreasi\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf Q\n\nQaidah \u2013 Pemimpin\nQaireen \u2013 Kebaikan\nQairina \u2013 Kebaikan\nQaisara \u2013 Permaisuri\nQaisarah \u2013 Permaisuri\nQamar \u2013 Bulan\nQamariyah \u2013 Berdasarkan bulan\nQamarul \u2013 Bulan\nQaniah \u2013 Merasa puas dan rela\nQanitah \u2013 Taat, berbakti, shlat lama berdiri\nQariah \u2013 Pembaca\nQaribah \u2013 Dekat\nQarirah \u2013 Pandangan yg sejuk\nQasamah \u2013 Keindahan dan kecantikan\nQasrina \u2013 Istana\nQatrunnada \u2013 Titisan embun\nQiblah \u2013 Arah solat\nQiladah \u2013 Kalung, perhiasan\nQimah \u2013 Harga sesuatu, kadarnya\nQismah \u2013 Bahagian, nasib\nQistina \u2013 Keadilan\nQisya \u2013 Hidup dalam keadaan baik. \n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf R\n\nRabbiya \u2013 Angin sejuk di musim semi\nRabiah \u2013 Yang keempat\nRabihah \u2013 Tanah yg tinggi\nRadeyah \u2013 Kesukaan, kepuasan\nRadhiyah \u2013 Yang redha\nRadwa \u2013 Kesukaan, kepuasan\nRafanda \u2013 Makmur, kaya, senang, beruntung\nRafiaah \u2013 Tinggi darjatnya\nRafidah \u2013 Papan atap, pemberi pertolongan\nRafifah \u2013 Berakhlak baik\nRafilah \u2013 Anggun, mewah\nRaghad \u2013 Nyaman, kenyamanan\nRahadatul \u2013 Kemakmuran\nRahidah \u2013 Lembut\nRahifah \u2013 Tipis\nRahilah \u2013 Perjalanan, pelancong\nRahimah \u2013 Kesayangan\nRahmah \u2013 Kasih sayang\nRaidah \u2013 Angin yg bertiup dgn lembut, pemimpin\nRaihah \u2013 Bau\nRaihanah \u2013 Tanaman yang harum, perempuan yang luhur\nRaiqah Bening, murni\nRaisha \u2013 Pemimpin, puteri\nRaissa \u2013 Yang beriman\nRajihah \u2013 Mantap timbangannya\nRajiyyah \u2013 Yang diharapkan\nRakhis \u2013 Lembut wataknya\nRakizah Emas, perak dlm tanah\nRamadhina \u2013 Penuh dgn rahmat\nRamizah \u2013 Orang yang terhormat\nRamlah \u2013 Tokoh sahabat wanita\nRamziyah \u2013 Isyarat\nRana \u2013 Menatap, melihat\nRania \u2013 Kesukaan, kesenangan\nRaniah \u2013 Mempesona\nRaninah \u2013 Gemerincing\nRaniyah \u2013 Menatap\nRannan \u2013 Gemerincing\nRaqiqah \u2013 Lembut\nRaqwan \u2013 Kemajuan\nRasanah \u2013 Tempat pemberhentian\nRasha \u2013 Kijang muda\nRasheeda \u2013 Mendapat petunjuk\nRasmiyah \u2013 Secara resmi\nRasyadah \u2013 Petunjuk jalan yg lurus\nRasyidah \u2013 Mendapat petunjuk\nRasyiqah \u2013 Bentuk tubuh yang indah\nRaudah \u2013 Taman\nRaudhah \u2013 Taman\nRawdha \u2013 Taman\nRazinah \u2013 Serius dalam perilaku\nRazita \u2013 Bunga\nReem \u2013 Kijang\nRiani \u2013 Gadis yang ceria, riang, gembira\nRida \u2013 Keredhaan\nRifa \u2013 Setuju, mufakat\nRifaat \u2013 Tinggi martabatnya\nRifdah \u2013 Pemberi pertolongan\nRifdatu \u2013 Pemberi pertolongan\nRihab \u2013 Luas dan lebar\nRiham \u2013 Hujan gerimis yang berkepanjangan\nRihana \u2013 Kemangi\nRima \u2013 Kijang\nRizqah \u2013 Rezeki, kurniaan Allah\nRosmiyah \u2013 Secara rasmi\nRozinah \u2013 Serius dalam perilaku\nRubina \u2013 Terang\nRudainah \u2013 Yang memintal benang\nRukan \u2013 Yakin\nRuksana \u2013 Cantik\nRuqayah \u2013 Kemajuan, nama putri Nabi SAW\nRusyda \u2013 Akal fikiran\nRusydah \u2013 Petunjuk jalan yg lurus\nRuwaidah \u2013 Berhati-hati, perlahan-lahan\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf S\n\nSaadah \u2013 Kebahagiaan\nSaadanah \u2013 Burung merpati, kebahagiaan\nSaarah \u2013 Isteri Nabi Ibrahim As\nSabaatuabhur \u2013 7 laut\nSabalik \u2013 Sepotong emas, perak\nSabikah \u2013 Penambang emas, nama sahabat Nabi SAW\nSabirah \u2013 Kesabaran\nSabreen -Kesabaran\nSabrina \u2013 Kesabaran\nSadika \u2013 Jitu, tepat sasaran, benar\nSadiqah \u2013 Yang benar, jujur, berkata sesuai kenyataan\nSafa \u2013 Yang benar, jujur, berkata sesuai\nSafanah \u2013 kenyataan\nSafiya \u2013 Yang bersih dan jujur\nSafiyyah \u2013 Yang bersih dan jujur\nSahlah \u2013 Mudah, senang\nSaidah \u2013 Berbahagia\nSaifanah \u2013 Lenjang seperti pedang terhunus\nSaihah \u2013 Bagus, berguna\nSaila \u2013 Cahaya matahari\nSaira \u2013 Burung\nSajidah \u2013 Bersujud\nSakeena \u2013 Ketenangan, ketentraman\nSakina \u2013 Lembut, hening, tenang, ketentraman\nSakinah \u2013 Ketenangan, ketentraman\nSalamah \u2013 Keselamatan, kesejahteraan\nSaleema \u2013 Aman, lengkap\nSaleha \u2013 Benar\nSalena \u2013 Bulan\nSalihah \u2013 Benar\nSalimah \u2013 Aman, lengkap\nSalma \u2013 Selamat, aman, sempurna\nSalsabila \u2013 Mata air di surga\nSalwa \u2013 Burung puyuh\nSamar \u2013 Bual petang\nSameeha \u2013 Lemah lembut, murah hati, dermawan\nSameera \u2013 Penghibur, teman berbicara\nSameh \u2013 Pemaaf\nSamihah \u2013 Lemah lembut, murah hati, dermawan\nSamirah \u2013 Penghibur, teman berbicara\nSamiyah \u2013 Kedudukan tinggi\nSanaa \u2013 Kenaikan tingkat derajat\nSaninah \u2013 Promosi, kenaikan tingkat\nSarah \u2013 Nama isteri Nabi Ibrahim AS\nSatirah \u2013 Wanita yang menutup-nutupi aib dan dosanya\nSausan Bunga Lili\nSayeeda Tuan, kepala kaum, pemimpin\nSayyidah \u2013 Pemimpin\nShaba \u2013 Berkelakuan anak muda\nShabab \u2013 Anak muda\nShabana \u2013 Mahsyur\nShabirah \u2013 Bersabar\nShadha \u2013 Haruman\nShadiqah \u2013 Benar, jujur\nShadiya \u2013 Menyanyi\nShadiyah \u2013 Penyanyi\nShadrina \u2013 Hati\nShafaa \u2013 Kejernihan\nShafhah \u2013 Pemaafan, Halaman buku\nShafiyah \u2013 Jernih, kawan tulus ikhlas\nShafiyyah \u2013 Jernih, kawan tulus ikhlas\nShafwah \u2013 Keiklasan dalam cinta\nShaheen \u2013 Penyayang, lembut\nShaheera \u2013 Masyhur\nShahmina \u2013 Yang cerdik\nShaibah \u2013 Yang benar\nShaighoh \u2013 Tukang emas\nShaima \u2013 Baik, alami\nShakeela \u2013 Indah\nShakira \u2013 Syukur, berterimakasih\nShalehah \u2013 Baik\nShama \u2013 Lampu\nShamina \u2013 Cantik\nSharifah \u2013 Yang Mulia\nShaza \u2013 Harum, wangi\nShazia \u2013 Harum, wangi\nShephali \u2013 Sejenis bunga\nShiba \u2013 Rindu\nShiddiqah \u2013 Membenarkan, sangat jujur\nShidqiyah \u2013 Benar, jujur\nShifwah \u2013 Sahabat yang akrab\nShiraz \u2013 Rupa yang elok\nShiyabah \u2013 Yang benar\nSholehah \u2013 Baik\nSiham \u2013 Anak panah\nSihhah \u2013 Yang sihat\nSirin \u2013 Wanita sahabat Nabi SAW\nSiti \u2013 Gelaran bagi perempuan\nSofia \u2013 Menawan\nSuaad \u2013 Bahagia\nSufi \u2013 Ahli tasawuf\nSuha \u2013 Bintang\nSuhaila \u2013 Cahaya bulan\nSuhailah \u2013 Mudah, Suka mengalah\nSuhaili \u2013 Kemudahanku\nSuhaimah \u2013 Keberuntungan\nSuhair \u2013 Waspada\nSuhayla \u2013 Kemudahanku\nSuhaymah \u2013 Anak panah kecil\nSukainah \u2013 Tenang, tentram\nSulaimah \u2013 Selamat\nSulthanah \u2013 Penguasa Wanita\nSumaira \u2013 Penghibur, teman berbicara, malam\nSumayyah \u2013 Kebanggaan\nSumera \u2013 Penghibur, teman berbicara, malam\nSunbulah \u2013 Nama Bintang, Tangkai yang berbuah\nSuraiya \u2013 Cantik\nSuraya \u2013 Cantik\nSurfina \u2013 Suci, bersih\nSyaairah \u2013 Pandai Menyusun Syair, Perasa\nSyadiyah \u2013 Pandai menyanyi, Menyamakan\nSyafia \u2013 Penyembuh\nSyafiqah \u2013 Belas kasih\nSyahidah \u2013 Mati syahid\nSyahirah \u2013 Terkenal, Ternama\nSyahrazad \u2013 Nama wanita dahulu\nSyaikhoh \u2013 Gelar Kehormatan, Lanjut Usia\nSyakira \u2013 Mensyukuri\nSyakura \u2013 Mensyukuri\nSyamaah \u2013 Lilin\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf T\n\n\nTaaibah \u2013 Yang bertaubat\nTaaliah \u2013 Beruntung\nTabassum \u2013 Senyum, tawa\nTabriz \u2013 Pengungkapan suatu kebaikan\nTadmar \u2013 Nama perempuan yang dijadikan nama kota di Jazirah Arab\nTadzkirah \u2013 Peringatan\nTaghrid \u2013 Kicauan burung, nyanyian\nTahajeeb \u2013 Budaya\nTahani \u2013 Ucapan selamat, salam, sambutan\nTahira \u2013 Murni, bersih\nTahiyyah \u2013 Kehormatan, selamat dari bahaya, salam\nTalibah \u2013 Pencari ilmu\nTamamah \u2013 Pelengkap, penyempurna\nTamimah \u2013 Kuat, tangkal, jimat\nTaqiyyah \u2013 Bertaqwa\nTarique \u2013 Bintang subuh, pengetuk hati\nTashfeen \u2013 Bersimpati\nTasleem \u2013 Tahniah\nThahirah \u2013 Bersih, suci\nThaiaah \u2013 Taat, patuh\nThaliqah \u2013 Lancar lidahnya, fasih\nTharifah \u2013 Ucapan baru yang digemari\nThawaf \u2013 Mengelilingi Ka\u2019bah\nThifal \u2013 Lembut, halus\nThiyah \u2013 Niat hati\nThoaah \u2013 Taat\nThoifah \u2013 Sekumpulan, yang mengelilingi\nThoilah \u2013 Kemampuan\nThorfa \u2013 Menepi\nThorifah \u2013 Ucapan baru yang digemari\nThoyyibah \u2013 Baik\nThufailah \u2013 Lembut dan halus\nTihani \u2013 Bahagia\nTsabitah \u2013 Tangguh, lurus, pemberani\nTsamarah \u2013 Buah, buah hati, keturunan\nTsana \u2013 Pujian\nTsaniyah \u2013 Yang kedua\nTsaqofah \u2013 Kebudayaan\nTsarwah \u2013 Kekayaan\nTsawab \u2013 Pahala\nTsuraya \u2013 Nama bintang\nTuadah \u2013 Ketenangan\nTuffahati \u2013 Buah epalku\nTuhfah \u2013 Hadiah\nTuhina \u2013 Salju\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf U\n\nUbadah \u2013 Sahabat nabi Muhammad SAW, tekun beribadah\nUbaidah \u2013 Hamba\nUdulah \u2013 Adil, menghukum dgn benar\nUdzah \u2013 Azimat, tangkal\nUdzrah \u2013 Halangan\nUfairah \u2013 Pemberani\nUjubah \u2013 Sesuatu yg mengherankan\nUlfah \u2013 Persahabatan\nUlya \u2013 Lebih tinggi, paling tinggi\nUmaimah \u2013 Dari kata Umumah (keibuan)\nUmairah \u2013 Nama wanita dahulu\nUmaiyah \u2013 Sahabat Nabi Muhammad SAW\nUmamah \u2013 Cucu Rasulullah SAW dari Zainab\nUmayma \u2013 Ibu muda\nUmmu \u2013 Putri Rasulullah SAW\nUmniah Cita-cita, cita-citaku\nUmniyati \u2013 Cita-cita, cita-citaku\nUnaizah \u2013 Kambing betina\nUrjuwanah \u2013 Pohon yang kemerah-merahan, warna merah yang indah\nUzdah \u2013 Ada unsur kelebihannya\nUzma \u2013 Terbaik\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf W\n\nWaaishah \u2013 Kelompok\nWaaizhah \u2013 Pemberi nasihat\nWabilah \u2013 Tongkat\nWabishah \u2013 Api\nWadaah \u2013 Lemah lembut\nWadaana \u2013 Makmur\nWadhiah \u2013 Yang bagus dan bersih\nWadiah \u2013 Aman, tenteram, tenang\nWadil \u2013 Nama tempat penanaman tanaman di Arab\nWadya \u2013 Aman, tenteram, tenang\nWafa \u2013 Kesempurnaan, kesetiaan\nWafia \u2013 Kesempurnaan, kesetiaan \nWafiyyah \u2013 Merpati, menepati, sempurna, lengkap\nWafiza \u2013 Angin segar\nWahidah \u2013 Cantik\nWaiza \u2013 Penasihat\nWajd \u2013 Waspada\nWajihah \u2013 Orang yang berkedudukan\nWarda \u2013 Bunga mawar\nWardani \u2013 Bunga mawar\nWareesha \u2013 Gembira\nWarisa \u2013 Pewaris\nWashfa \u2013 Yang punya sifat tertentu\nWashma \u2013 Terpelajar\nWasilah \u2013 Pendekatan diri kepada Allah, kedudukan dan pangkat\nWasimah \u2013 Rupawan\nWazirah \u2013 Menteri wanita\nWaznah \u2013 Pencari keadilan\nWiaam \u2013 Harmonis\nWidad \u2013 Kasih sayang, cinta, cita-cita\nWifaq \u2013 Kerukunan\n\nNama anak perempuan dalam Islam huruf Y\n\nYadawiyyah \u2013 Yang pandai\nYadira \u2013 Berbaloi, sesuai\nYafiaah \u2013 Yang luhur, dihormati, usia muda\nYalina \u2013 Sutera syurga, sangat lembut\nYamamah \u2013 Merpati, tujuan, nama kota di Arab\nYamha \u2013 Merpati\nYamnah \u2013 Arah/ sebelah kanan\nYaniaah \u2013 Matang\nYaqana \u2013 Penuh keyakinan\nYaqutah \u2013 Batu permata, batu-batuan syurga\nYara \u2013 Kupu-kupu kecil\nYaseera \u2013 Mudah, sedikit\nYasirah \u2013 Mudah, sedikit\nYasmeen \u2013 Bunga melati\nYasmin \u2013 Bunga melati\nYazeeda \u2013 Berkat, bertambah, lebih\nYumma \u2013 Kanan\nYumna \u2013 Kanan\nYusri \u2013 Kesenanganku,mudah\nYusrina \u2013 Kesenangan kami\nYusriyah \u2013 Mudah\n\nNama bayi perempuan dalam Islam huruf Z\n\nZaaimah \u2013 Pemimpin\nZaairah \u2013 Berkunjung\nZaamah \u2013 Kekuasaan\nZabarij \u2013 Perhiasan\nZada \u2013 Keberuntungan\nZafirah \u2013 Yang beruntung; yang menang\nZafrah \u2013 Kemenangan\nZahidah \u2013 Rendah hati, tidak rakus dunia\nZahira \u2013 Berkilau\nZahirah \u2013 Berkilau\nZahiyah \u2013 Elok\nZahrah \u2013 Bunga\nZahsy \u2013 Bunga, cantik, bintang\nZaitun \u2013 Suatu kelebihan\nZakhruf \u2013 Emas, Keindahan sesuatu\nZakiyah \u2013 Tumbuh dengan baik, Bersih\nZalfa \u2013 Kulit mutiara\nZanirah \u2013 Kecil dan Lembut, Tali\nZara \u2013 Puteri, bunga yang cantik\nZarin \u2013 Keemasan\nZarina \u2013 Permaisuri\nZatunnur \u2013 Pemilik cahaya\nZaynah \u2013 Cantik\nZeenat \u2013 Hormat\nZenia \u2013 Sejenis bunga\nZhafira \u2013 Selalu beruntung\nZhafirah \u2013 Yang beruntung; yang menang\nZhafrah \u2013 Kemenangan\nZhalilah Taman yang banyak pepohonannya\nZhufairah \u2013 Yang banyak mendapatkan kemenangan\nZubaidah \u2013 Tokoh wanita kerajaan Abbasiyah\nZuhailin \u2013 Yang tenang\nZuhaily \u2013 Yang tenang\nZuhaira \u2013 Yang berseri\nZuhayr \u2013 Terang berkilau\nZuhriyah \u2013 Bunga\nZuhur \u2013 Bunga-bunga\nZulaikha \u2013 Cantik\nZulal \u2013 Tawar, Air Tawar\nZuleykha \u2013 Cantik\nZulfa \u2013 Kedudukan yang dekat\nZurarah \u2013 Nama burung\nZuyyin \u2013 Dijadikan indah\n\nDiharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai nama anak perempuan dalam Islam dapat memberikan anda semua informasi dan panduan yang bermanfaat khususnya kepada para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/timbalan-perdana-menteri-malaysia/", "title": "Zahid Hamidi Diumum Timbalan Perdana Menteri Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.\nZahid akan memainkan peranan sebagai orang kedua terpenting negara selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nBarisan Jemaah Menteri PM Anwar Ibrahim telah diumumkan melalui sebuah sidang media pada jam 8.15 malam, 2 Disember 2022.\n\nSementara itu, Timbalan Perdana Menteri kedua turut diumumkan iaitu \nKekuatan Kerajaan Perpaduan dalam Parlimen sudah mencecah sekitar 2/3, di mana dengan mandat ini telah memberi mandat untuk membentuk Jemaah Menteri yang menumpukan pertumbuhan ekonomi yang segar.\nSumber: BERNAMA\nBARISAN JEMAAH MENTERI KERAJAAN PERPADUAN\nPerdana Menteri & Menteri Kewangan : Anwar Ibrahim\nTimbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa / Wilayah : DS Ahmad Zahid Hamidi /\n\n\n\n\n\n\nTimbalah Perdana Menteri & Menteri Perladangan dan Komoditi: DS Haji Fadzillah Jusoh\nMenteri Pengangkutan : Dato Anthony Loke\nMenteri Pertanian & Keterjaminan Makanan : Mohammad bin Sabu\nMenteri Ekonomi : Mohd Rafizi Ramli\nMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming\nMenteri Pertahanan : Mohamad Bin Haji Hassan\nMenteri Kerja Raya : Alexander Nanta Linggi\nMenteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution bin Ismail\nMenteri Perdagangan Antarabangsa & Industri : Tengku Zafrul\nMenteri Pendidikan Tinggi : DS Mohd Khalid Nordin\nMenteri Sains & Teknologi : Chan Lee Kang\nMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat : DS Nancy Shukri\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup : Salahuddin Ayub\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-Undang & Reformasi Institusi) : DS Azalina Binti Osman\nMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi bin Nik Ahmad\nMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Yuan Benedict\nMenteri Luar Negeri : DS Zamri Abd Kadir\nMenteri Pelancongan : DS Tiong King Sing\nMenteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Ahmad Fadil\nMenteri Pendidikan: Fadhlina Binti Sidek\nMenteri Perpaduan Negara : Datuk Aaron Ago anak Dagang\nMenteri Agama : Dato Dr Hj Mohd Naim Hj Makhtar (Ketua Hakim Mahkamah Syariah Sekarang)\nMenteri Belia & Sukan : Dr Hannah Yeoh\nMenteri Kesihatan: Dr Zaleha Mustafa\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah & Sarawak) \u2013 Armizan bin Muhammad Ali\nBaca juga: \n\n[RASMI] Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim\nFFM32: Festival Filem Malaysia 2022 [LIVE] & Senarai Finalis\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/latihan-kemahiran-akademi-binaan-malaysia-maidam/", "title": "Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia\u00a0Tajaan MAIDAM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa MAIDAM kini menawarkan Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia bagi golongan asnaf yang berkelayakan. \nProgram ini diperkenalkan bagi melatih anak-anak asnaf yang kurang berjaya dalam akademik agar dapat menguasai bidang-bidang kemahiran yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka di alam pekerjaan.\nSelain itu, kursus ini juga diperkenalkan bagi membina jati diri anak-anak asnaf agar berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik. \nUntuk makluman, program yang ditawarkan adalah Scaffolding Erection dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Timur). \nBaca Juga : Program Zero To Hero: Tajaan Jaminan Penempatan Kerja MAIPK\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nKelebihan Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia Tajaan MAIDAM\n\n \nTarikh Kemasukan Program\n\n \nSyarat-Syarat Kemasukan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon yang berkelayakan perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 11 Oktober 2022.\n\n\n\n\n\n\nKelebihan Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia\u00a0Tajaan MAIDAM\nManfaat yang bakal diperoleh peserta program ini adalah :\nPengajian yang selama 4 bulanProgram ditanggung sepenuhnya oleh MAIDAMElain bulanan diberikanPenginapan disediakanMakan dan minum ditanggung sepenuhnyaPeserta bakal diberikan kad hijau/OGSP\nTarikh Kemasukan Program\nUntuk makluman, program ini akan bermula pada 23 Oktober 2022\nSyarat-Syarat Kemasukan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :Merupakan rakyat negeri TerengganuBerumur antara 18 hingga 35 tahunMempunyai kelulusan SPM atau pengajian peringkat MenengahSihat tubuh badan\nCara Memohon\nCalon boleh muat turun borang permohonan di pautan berikut :\nhttps://ypmaidam.my/2022/06/22/bantuan-anak-asnaf/\nBorang permohonan hendaklah dicetak dan dokumen lengkap dihantar ke pejabat YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM beralamat di :\nLOT 9 & 10, TINGKAT 1, BAZAR MAIDAM,\nJALAN MASJID ABIDIN,\n\u00a020100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.\nNota : Calon akan dipilih dan disaring melalui proses temuduga. \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia\u00a0tajaan MAIDAM, sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM menerusi salah satu saluran berikut :\n\ud835\udc18\ud835\udc1a\ud835\udc32\ud835\udc1a\ud835\udc2c\ud835\udc1a\ud835\udc27 \ud835\udc0f\ud835\udc1e\ud835\udc27\ud835\udc1d\ud835\udc22\ud835\udc1d\ud835\udc22\ud835\udc24\ud835\udc1a\ud835\udc27 \ud835\udc0c\ud835\udc00\ud835\udc08\ud835\udc03\ud835\udc00\ud835\udc0c\nLot 9 & 10 Tingkat 1,\nBazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,\n20100 Kuala Terengganu,\nTerengganu Darul Iman.\nEmail : [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected]\nNo. Tel : 09-6223500 / 096225600 / 01126612500\nAnda juga boleh rujuk pada brochure program menerusi pautan berikut : \nhttps://ypmaidam.my/wp-content/uploads/2022/06/BROCHURE-ANAK-ASNAF-LOW.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/beg-kecemasan-bencana-metmalaysia/", "title": "11 Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana \u2013 MetMalaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBEG KECEMASAN KETIKA BANJIR\nJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu mengundang risiko berlaku hujan lebat berterusan dan peratusan banjir berskala besar adalah tinggi.\nMenurut Berita Harian, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan. Dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.\nMenurutnya juga,\u00a0 lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah manakala pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah.\nSekiranya berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, ia akan menyebabkan hujan berterusan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir besar. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.\nAntara negeri yang perlu berjaga-jaga termasuklah:\nSELANGORPAHANGKELANTANTERENGGANUPERAK\n\nPada 12 September 2022, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut yang dijangkakan bermula pada bulan November 2022 hingga Mac 2023.\nMesyuarat bersetuju supaya JPBD yang dipengerusikan Pegawai Daerah diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan.\nBagi aspek pengurusan mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti menempatkan 1,620,855 mangsa.\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia diarahkan memastikan asrama-asrama sekolah yang tidak dihuni pelajar ketika bencana boleh digunakan oleh mangsa banjir manakala di sekolah tanpa asrama yang digunakan sebagai PPS, semua fasiliti dinaik taraf seperti menyediakan bilik mandi dan sebagainya.\nMesyuarat juga bersetuju supaya bunyi amaran awal berbeza dengan bunyi siren yang lain seperti ambulans dan kereta peronda polis bagi mengelakkan kekeliruan.\nKeluarga Malaysia yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah dengan risiko banjir diminta supaya sentiasa peka dengan amaran awal dan segera berpindah sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBeg Kecemasan Untuk Persediaan Bencana\n\n \nTips & Contoh Persediaan Beg Kecemasan (Bug Out Bag)\n\n\nBeg Kecemasan Untuk Persediaan Bencana\nMalaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.\nBeg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.\nApakah itu BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.\nKalau datangnya apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.\n\nApa yang perlu ada dalam beg ini? \nIni yang disarankan oleh Malaysia Metrological Department :\nBeg WaterproofLampu SuluhDocument Case (Simpan semua dokumen asas yang penting)Emergency KitWiselMakanan Tahan Lama, contohnya:Energy Bar Biskut Susu tepung anakMakanan segera / dalam tinMineral WaterPower Bank & PhoneKit KebersihanMini RadioSedikit Wang Saku1 set pakaian\n\nJika anda masih sempat menyelamatkan barang untuk ke tempat selamat, anda juga boleh menyediakan barang lain ketika bencana :\nEmergency blanketEmergency Glow StickMultipurpose Knife\nAnda juga boleh rujuk senarai di bawah ini:\nDifahamkan bahawa senarai ini dibuat oleh\u00a0Md Nor Fahmy\u00a0sebagai panduan menyediakan beg kecemasan menghadapi bencana.\nBeliau memang selalu masuk hutan, banyak pengalaman persediaan yang sepatutnya. \n\nRasanya ini dah cukup untuk bertahan selama 48 jam sebelum bantuan datang. \nBoleh beli siap-siap sebab bencana ini datang diluar jangkaan kita. 1 Rumah 1 Beg Kecemasan.\nSemoga kita sentiasa dilindungi.\nSila rujuk perkongsian di bawah untuk contoh penyediaan beg kecemasan ini.\nBaca juga: \nCara Mohon Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA Yang Terjejas BanjirBantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Isi Rumah Terjejas Banjir\nTips & Contoh Persediaan Beg Kecemasan (Bug Out Bag)\nMasih belum lewat untuk mula Bug Out Bag.\nSaya pernah buat perkongsian beberapa tahun lepas berkenaan dengan apa yang ada dalam beg kecemasan yang ada di rumah kami. \nBeg kecemasan ni isinya bukannya untuk seminggu dua ya, tapi untuk digunakan dalam 2-3 hari bila berlaku bencana seperti banjir, taufan, gempa bumi dan sebagainya sebelum bantuan tiba.\nKali ni saya letakkan dalam bentuk gambar supaya mudah untuk dijadikan rujukan.\nAdalah penting untuk sediakan beg yang sesuai, tidak kecil tapi tidaklah sampai sukar untuk dibawa semasa kecemasan.\nSebaiknya beg sandang, jangan sesekali beg tarik ya. Sila tulis nama, dan sedikit maklumat ringkas di beg.\nKalau tidak menyusahkan, sebaiknya sediakan satu beg bagi satu orang (yang boleh angkat beg la).\nIsi Beg \n(Sila sediakan mengikut kesesuaian diri dan tempat. Senarai di bawah adalah mengikut kesesuaian di tempat sejuk)\n Air (jangan terlalu banyak sebab berat) Sedikit makanan yang tahan lama Tandas segera (ada dijual di Daiso / kedai-kedai online) Kit kecemasan dan ubat-ubatanPelitup mukaBagi wanita, tuala wanitaTisu basah, tisu tandasBagi kawasan sejuk, sediakan juga pemanas mudah alih, Jepun panggil KAIROBekas untuk isi air (saya punya dalam bentuk plastik boleh lipat)Plastik wrapLapik plastik (pelbagai guna ni)Baju hujanSelimut kecemasanSejadahPisau serbaguna (saya guna Swiss Army)Lilin dan mancisWiselTape pelekatTaliSarung tanganBateri dan pengecas (untuk telefon dan sebagainya)RadioLampu suluh (yang saya punya dah sekali dengan pengecas solar dan dinamo serta ada radio sekali)Kertas maklumat diri (nama, alamat, jantina, jenis darah, tarikh lahir, no telefon, no kecemasan, hospital yang biasa guna, ubatan yang diambil, alergi dan sebagainya)*Baju (boleh letak dalam beg lain sebab makan ruang)\nRujuk gambar di bawah:\nBeg kecemasan saya ni saiznya tak besar mana.Sekadar keperluan untuk 2~3 hari sahaja.Pastikan tulis nama ya\nMakanan yang dicadangkan adalah makanan seperti beras alpha, sedikit makanan dalam tin, gula-gula dan sebagainya\nAir minum, mudah cerita air mineral botol la\u2026.\nTandas segera, tuala wanita, kit kecemasan, ubat-ubatan, berus gigi (ubat gig sekali la), tisu basah pelitup muka\nTisu tandas, plastik lapik, sejadah, bekas isi air, baju hujan, selimut kecemasan, plastik wrap dan sebagainya\nLilin, mancis, pisau serbaguna, tali, tape plastik, sarung tangan, lampu, radio, pengecas, bateri, wayar, wisel\nMaklumat ringkas (nama, alamt, nombor telefon, jenis darah, hospital, alergi dan sebagainya)\nDiharap post ini dapat membantu bagi mereka yang mahu menyediakan beg kecemasan sendiri.\nSumber: Wan Ab Aziz\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rekalibrasi-tenaga-kerja-2-0-2023/", "title": "RTK 2.0 : Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nREKALIBRASI TENAGA KERJA (RTK 2.0) : PERMOHONAN DIBUKA 27 JANUARI 2023\nPada 10 Januari lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.\nKedua-dua perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nPelan Rekalibrasi Tenaga Kerja tamat pada 31 Dis lepas dan akan diteruskan selama setahun, berkuat kuasa serta-merta.\nUntuk makluman, majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program RTK 2.0 mulai 27 Januari ini.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara membuat permohonan.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2023)?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan PATI\n\n \nPermohonan / Proses Kerja Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2023)\n\n \nKos / Fi\n\n \nSoalan Lazim (FAQ) Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0)\n\n\nApa Itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2023)?\nProgram Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khasuntuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asingyang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syaratsyarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui JabatanImigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).\nBagi tahun ini, majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program RTK 2.0 mulai 27 Januari 2023.\nPerkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Dato\u2019 Sri Khairul Dzaimee bin Daud ketika menyampaikan taklimat kepada media mengenai program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 pada 18 Januari 2023.\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=0DJ9zXChC3M\n\nSyarat Permohonan\nSyarat kelayakan majikan adalah seperti berikut:\nSEKTOR YANG DIBENARKAN\n8 sektor yang dibenarkan + sub sektor:\n\nPerkilangan\nPembinaan\nPerlombongan & kuari\nPengawal keselamatan\nPerkhidmatan\nPertanian\nPerladangan\nPembantu Rumah Asing (Sektor baru yang ditambah)\n\nSEKTOR BEKU\n\nPerniagaan tekstil\nTukang emas\nTukang gunting rambut\nRumah kebajikan\nKitar semula\n\n\nSyarat Kelayakan PATI\nSyarat kelayakan bagi PATI adalah seperti berikut:\n\nMempunyai majikan yang sah\nTidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam\nPATI yang telah mendaftar di dalam Program Rehiring dan Program 6P\nMempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan\nTelah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) dan diperakui (fit to work)\n\n15 NEGARA SUMBER LAIN-LAIN SEKTOR\n\nThailang\nKemboja\nNepal\nMyanmar\nLaos\nVietnam\nFilipina\nIndonesia\nSri Lanka\nBangladesh\nTurksmenistan\nUzbekistan\nKazakhstan\nPakistan\nIndia\n\n9 NEGARA SUMBER UNTUK PRA SAHAKA\n\nThailang\nKemboja\nNepal\nLaos\nVietnam\nFilipina\nSri Lanka\nIndia\nIndonesia\n\n\nPermohonan / Proses Kerja Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2023)\n\nPermohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Jabatan Imigresen (JIM) https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main (Majikan daftarkan maklumat PATI secara online)\nPenetapan tarikh temujanji (STO)\nMajikan hadir bersama PATI\nProses verifikasi\nSekiranya lulus, kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan dikeluarkan\nPemeriksaan kesihatan FOMEMA dijalankan\nSekiranya lulus, majikan perlu membayar di rekalibrasi Visa, PLKS, pemprosesan dan levi.\nSetelah mendapat kelulusan muktamad, majikan boleh mencetak PLKS.\n\n\nKos / Fi \nBayaran yang dikenakan untuk setiap pekerja asing ialah RM1,500 untuk setiap sektor.\nSoalan Lazim (FAQ) Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0)\nSoalan-Soalan Lazim Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0\n\n\n\n\n\n\n\nRekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main\nPELAN KELONGGARAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING\nMenteri Sumber Manusia V. Sivakumar juga turut memaklumkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dilaksanakan bagi menyegerakan proses permohonan serta kelulusan penggajian pekerja asing bagi lima sektor dan subsektor kritikal.\n\nUntuk makluman, sila ikuti media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)\n\nFacebook: Jabatan Imigresen Malaysia https://www.facebook.com/imigresen\nTelegram: Jabatan Imigresen Malaysia https://t.me/imigresen\nTwitter: imigresenmy https://twitter.com/imigresenmy \nTik Tok: imigresenmy https://tiktok.com/@imigresenmy\nInstagram: Imigresen https://instagram.com/imigresen\nYouTube: Imigresen TV https://youtube.com/c/imigresentv\nPortal: Jabatan Imigresen Malaysia https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/delima-2-0-kpm/", "title": "DELIMa 2.0 KPM: Cara Login, Dan Daftar Akaun Guru, Murid & Ibu Bapa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL KPM, DIGITAL EDUCATIONAL LEARNING INITIATIVE MALAYSIA (DELIMa) VERSI 2.0\nSeiring keperluan masa kini, DELIMa telah dipertingkatkan ciri-cirinya dengan menggabungkan tiga perkara penting iaitu pembelajaran peribadi, pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dan penggunaan analisis data.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang DELIMA 2.0 dan langkah-langkah mengakses akaun pengguna.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah DELIMa 2.0?\n\n \nCiri Baharu\n\n \nCara Login DELIMa 2.0\n\n \nNavigasi Laman DELIMa 2.0\n\n \nTaklimat DELIMa 2.0\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah DELIMa 2.0?\nMenyahut seruan Education 4.0, pendekatan global dalam sektor pendidikan untuk menyantuni kebangkitan Revolusi Perindustrian Keempat, KPM menerusi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terus menerapkan unsur inovasi sebagai teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) nya.\n\n\n\n\n\n\nPlatform atas talian ini menggalakkan budaya inovatif, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah, baik dihadapi guru mahupun murid.\nCiri Baharu \nDELIMa 2.0 yang ditambahbaik ini membawa paparan pengalaman (User Experience) baharu dan personalisasi (personalisation) kepada semua guru dan murid. \nIa kini turut dilengkapi dengan chatbot DELIMa yang akan membantu menjawab sebarang pertanyaan mengenai DELIMa 2.0.\nTurut disertakan juga pautan untuk ke laman web rasmi berkaitan seperti e-Operasi, APDM, SPLKPM.\nCara Login DELIMa 2.0\nUntuk log masuk, sila ikuti langkah berikut:\nKlik ke pautan https://d2.delima.edu.myTandakan (/) pada kotak \u2018Accept Terms & Conditions\u2019Klik butang \u2018Click Here To Login\u2019Masukkan Username dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.\n\nNavigasi Laman DELIMa 2.0\nSila rujuk Pengalaman Baharu (Guru) melalui lampiran di bawah:\nGambar guru, nama guru, nama sekolahRuang carianRuang utamaPautan ke perkhidmatan dalam talian KPMPilihan bahasaSentimen diriMode dark / lightRuang Pembangunan ProfesionalRuang Pengajaran SayaButton pilihan ruang pengajaranRuang PengumumanRuang aktiviti pengajaran (Google Classroom)Ruang pertanyaan (Chatbot)\n\nSila rujuk Pengalaman Baharu (Murid) dalam lampiran di bawah:\nGambar murid, Nama murid, Nama sekolahDIGITAL ME \u2013 Digital badges yang diperolehi oleh muridRuang CarianRuang UtamaPautan ke perkhidmatan dalam talian KPMPilihan BahasaSentimen diriMode dark / lightRuang PengumumanRuang Pembelajaran SayaButton pilihan ruang pembelajaranRuang Tugasan (Gdrive)Ruang aktiviti pembelajaran (Google Classroom)Ruang pertanyaan (Chatbot)\n\nTaklimat DELIMa 2.0\nTAKLIMAT DELIMa 2.0 BERSAMA GPB & GPICT NEGERI PERAK ANJURAN SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN JPN PERAK\n\n\n\nSumber pautan: Youtube Jabatan Pendidikan Negeri Perak / Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Perak\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:\nPortal rasmi DELIMa 2. 0: https://d2.delima.edu.my/loginLaman Sokongan Ibu bapa : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/public/untuk-ibu-bapa\nBaca juga: \nLogin DELIMa KPM: Digital Educational Learning Initiative Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-penajaan-jpa-spm/", "title": "Program-program Penajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBanyak ruang dan peluang yang JPA sediakan, malah turut meliputi program tajaan pengajian bagi pelajar lepasan SPM.\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 yang memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk memohon Program-Program Penajaan JPA menerusi 3 penajaan berikut:\nProgram Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)Program Penajaan Nasional (PPN)\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang setiap program berikut:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram-program Penajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021\n\n \n1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)\n\n \n2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)\n\n \n3. Program Penajaan Nasional (PPN)\n\n\nProgram-program Penajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021\n1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) \nPenajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.\nPelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.\nSYARAT UMUM\n\n\n\n\n\n\nWarganegara MalaysiaMempunyai kesihatan yang baikIbu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPATidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.\n\nCARA PERMOHONAN\nUntuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my.\nTARIKH PERMOHONAN : 16-26 Jun 2022\nSaluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)\nE-mel : [email\u00a0protected]Telefon : 03-8885 3297\n2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)\nProgram Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.\nPenajaan secara berpakej daripada peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama akan ditawarkan bagi calon yang layak.\nSYARAT UMUM\nWarganegara MalaysiaMempunyai kesihatan yang baikIbu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPATidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.Keutamaan dberikan kepada calon daripada latarbelakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.\nTARIKH PERMOHONAN : 20-26 Jun 2022\n\nCARA PERMOHONAN\nUntuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my.\nTARIKH PERMOHONAN : 16-26 Jun 2022\nSaluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)\nE-mel : [email\u00a0protected]Telefon : 03-8885 3297\n3. Program Penajaan Nasional (PPN)\nProgram Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022 adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.\nCalon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikut pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).\n\nSYARAT UMUM\nWarganegara MalaysiaMempunyai kesihatan yang baikIbu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPATidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.Menduduki SPM 2021 buat kali pertamaUmur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.\nCARA PERMOHONAN\nUntuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my.\nTARIKH PERMOHONAN : 20-26 Jun 2022\nSaluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)\nE-mel : [email\u00a0protected]Telefon : 03-8885 3297\nBaca juga:\nPermohonan Young Talent Development Programme MARA (YTP 2022)Semak SYARAT UiTM: Semakan Kelayakan Kemasukan UiTM 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lpnm-rumah-mampu-milik-melaka/", "title": "LPNM: Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelaras dengan misi \u201cSatu Keluarga Sebuah Rumah\u201d,\u00a0 rakyat negeri Melaka atau pemastautin Melaka boleh memohon pelbagai kategori Rumah Mampu Milik di Melaka dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPNM).\nBerikut adalah cara permohonan dan syarat kelayakan bagi memiliki Rumah Mampu Milik di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Lembaga Perumahan Melaka\n\n \nKategori Rumah Mampu Milik Yang Ditawarkan Oleh Lembaga Perumahan Melaka\n\n \n1. Rumah PPR\n\n \n2. Rumah Kos Rendah\n\n \n3. Rumah Kos Sederhana Rendah\n\n \n4. Rumah Mampu Milik\n\n \n5. Rumah Belia\n\n \n6. Rumah Berkat\n\n \nCara Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka\n\n \ni) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Manual\n\n \nii) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Online\n\n \nSenarai Projek\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatarbelakang Lembaga Perumahan Melaka\nLembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan pada 17.12.2002 melalui Enakmen Lembaga Perumahan Melaka (ELPM) 2002 yang di warta pada 17.12.2002 seperti Warta Kerajaan Jilid 46 No. 25 Tahun 2002. \nSebelum Lembaga Perumahan Melaka ditubuhkan , ia terletak di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan. \nKerajaan Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang menubuhkan Lembaga selepas Kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan peranan Kerajaan Negeri di sektor perumahan. \nBaca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\nKategori Rumah Mampu Milik Yang Ditawarkan Oleh Lembaga Perumahan Melaka\n1. Rumah PPR \nSyarat Kelayakan:\nWarganegara MalaysiaPendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawahTidak pernah memiliki rumahBerumur 20 tahun ke atas\nHarga maksimum: RM42,000 /unit\nSpesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air\nKeluasan: Minimum binaan 750 persegi\n\n\n\n\n\n\nDokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah\n\n2. Rumah Kos Rendah\nSyarat Kelayakan:\nWarganegara MalaysiaPendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawahTidak pernah memiliki rumahBerumur 20 tahun ke atas\nHarga maksimum: RM42,000 /unit\nSpesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air\nKeluasan: Minimum binaan 750 persegi\n Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah \n\n3. Rumah Kos Sederhana Rendah\nSyarat Kelayakan:\nWarganegara MalaysiaPendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawahBerumur 20 tahun ke atas\nHarga maksimum: RM80,000 \u2013 RM100,000 / unit\nSpesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air\nKeluasan: Minimum binaan 850 persegi\n Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah \n\n4. Rumah Mampu Milik\nSyarat Kelayakan:\nWarganegara MalaysiaPendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawahBerumur 20 tahun ke atas\nHarga maksimum: RM180,000 / unit\nSpesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air\nKeluasan: Minimum binaan 1000 persegi\n Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah \n\n5. Rumah Belia\nSyarat Kelayakan:\nWarganegara MalaysiaPendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawahBerumur 18 hingga 35 tahun \nHarga maksimum: RM150,000 \u2013 RM180,000 /unit\nSpesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air\nKeluasan: Minimum binaan 1000 persegi\n Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah \n\n6. Rumah Berkat\nRumah Berkat adalah rumah sewa kos rendah dengan kadar sewaan RM150 sebulan.\nSyarat Kelayakan:\nPemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaBerkahwinPemohon berusia 20 hingga 35 tahunPemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiriPemohon bekerja di MelakaPendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000Tempoh penyewaan hanya 3 tahunTiada rekod jenayah\nHarga kadar sewaan: RM150 sebulan\nSpesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air\nKeluasan: Minimum binaan 750 persegi\n Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah \n\nCara Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka\ni) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Manual\nBorang permohonan rumah mampu milik boleh didapati di pejabat Lembaga Perumahan Melaka , kaunter LPM di UTC serta boleh dimuatturun secara online di laman web LPNM iaitu https://lpnm.gov.my/.\nWaktu operasi Pejabat Lembaga Perumahan Melaka adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.\nii) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Online\nPermohonan online boleh dilakukan melalui langkah berikut:\nPergi ke pautan https://espt.lpnm.gov.my/frontend/web/user/login Klik \u2018Daftar Pengguna\u2019.Isikan maklumat yang diminta.Buat pengesahan melalui e-mel.Pilih projek yang bersesuaian dengan kelayakanBuat permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.Hantar permohonan.Semak status dan maklumbalas dalam masa terdekat.\nNOTA:\nTawaran projek adalah tertakluk kepada kekosongan unit rumah dan jumlah permohonan.\nSenarai Projek\nUntuk melihat senarai projek penuh bagi setiap kategori, sila ke pautan berikut: https://lpnm.gov.my/projek/senarai-projek/ \nBaca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online\nMaklumat Lanjut\nPejabat Lembaga Perumahan Melaka\nNo. 9 \u2013 1, Jalan TU 49A,Kompleks Komersial Boulevard,Taman Tasik Utama,75450 Ayer Keroh.Tel: 6062320450 \n Pejabat Lembaga Perumahan Melaka Cawangan UTC\nAras 5, Bangunan UTC Melaka,Jalan Hang Tuah,Melaka.Tel : 6063333333 \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-kewangan-pesara-aidilfitri-2023/", "title": "Bantuan Khas Kewangan Untuk Pesara & Bantuan Aidilfitri 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR:\u00a0Golongan pesara akan turut menerima bantuan tunai langsung sebanyak RM350 walaupun perkara itu tidak disebut semasa pembentangan Bajet 2023 Jumaat lepas.\nKementerian Kewangan (MOF) hari ini menjelaskan bahawa peruntukan Bantuan Khas Kewangan RM350 kepada pesara bakal dibuat pada Januari 2023.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBantuan Kewangan Aidilfitri berjumlah RM300 pula bakal dibayar pada bulan Mac 2023 kepada satu juta pesara,\u201d demikian menurut MOF dalam kenyataan hari ini.\n\nMenurut kementerian itu, pihaknya mengambil maklum bahawa Bajet 2023 masih tertakluk kepada kelulusan Parlimen yang bakal bersidang semula selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), namun kementerian berpendapat pihaknya perlu memberi pencerahan mengenai beberapa perkara yang kurang jelas atau telah disalah tafsir berhubung Bajet 2023.\nMenurut MOF ini kerana terdapat kekangan masa untuk Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memperincikan segala butiran mengenai lebih 200 inisiatif semasa pembentangan belanjawan tersebut. \u2013\u00a0BERNAMA\nBaca juga:\nIntipati Bajet 2023 : Senarai Inisiatif & Bantuan RakyatBajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk\n"]} {"url": "https://ecentral.my/clab-construction-labour-exchange-malaysia/", "title": "CLAB: Proses Kemasukan Pekerja Binaan Asing Ke Malaysia CIDB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCLAB, singkatan bagi Construction Labour Exchange Malaysia ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh CIDB selaras dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengambilan Pekerja Asing (JKK-PA) untuk membawa masuk dan mengagihkan semula pekerja asing untuk syarikat atau organisasi di Malaysia. \nKewujudan organisasi ini jarang menjadi tajuk utama akhbar sehinggalah keputusan kerajaan baru-baru ini membenarkan entiti ini menguruskan sepenuhnya permohonan lebih 100 pekerja binaan asing masuk ke negara ini.\nCLAB ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk membawa masuk dan mengagihkan semula pekerja asing untuk syarikat dan organisasi di Malaysia.\nArtikel berkaitan: ePPAx: Syarat & Permohonan Penggajian Pekerja Asing Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan CLAB\n\n \nPeranan & Objektif Penubuhan\n\n \nCLAB menyediakan Pekerja Asing, Pekerja Tempatan dan Ekspatriat ke Industri Pembinaan di Malaysia.\n\n \nProses Permohonan Kuota Pekerja Binaan Asing\n\n \nMuat Turun Borang CLAB\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSejarah Penubuhan CLAB\nPada Julai 2002, 912,000 pekerja asing tanpa izin telah dihantar balik di bawah Program Pengampunan di mana 383,000 daripadanya terdiri daripada sektor pembinaan. \nAkibatnya, ia telah membawa kelembapan dan gangguan kepada penyiapan projek. \nPerbincangan telah diadakan antara agensi kerajaan dan persatuan pembinaan untuk menyelesaikan isu tersebut. \nSalah satu cadangan ialah penubuhan CLAB Pada 16 Jun 2006, satu kertas kerja telah diluluskan oleh JKK-PA untuk CLAB diberi hak pertama untuk menolak semua permohonan berjumlah 50 dan ke bawah untuk pekerja binaan asing di KHEDN. \nPada 19 Julai 2009, Keputusan JKK-PA menyatakan bahawa semua permohonan Buruh Binaan Asing (Foreign Construction Labour \u2013 FCL) di bawah jumlah 100 orang diuruskan oleh organisasi ini. \nPada tahun 2015, entiti ini telah dianugerahkan dan untuk menguruskan permohonan untuk Buruh Binaan Asing (FCL) melebihi 100 orang pekerja.\nPada Ogos 2022, telah dianugerahkan dan diberi mandat untuk menguruskan semua Pekerja Asing dalam Industri Pembinaan.\nArtikel berkaitan: Cara Daftar CIDB, Renew Online, Semakan Kursus & CCD Point\n\n\n\n\n\n\nPeranan & Objektif Penubuhan\nCLAB akan bertanggungjawab dalam memastikan majikan memenuhi semua keperluan kawal selia seperti Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), Akta 446 (Akta Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Minimum Pekerja), Akta 265 (Akta Pekerjaan) dan Akta 4 (Akta Keselamatan Sosia Pekerja). \nOrganisasi ini juga akan memantau pematuhan majikan terhadap akta ini dan peraturan lain yang berkaitan untuk memastikan kebajikan pekerja dijaga.\nPeranan organisasi ini dalam menguruskan pengambilan pekerja asing akhirnya akan menghapuskan sebarang penglibatan orang tengah. \nIni akan menjadikan proses pengambilan pekerja asing lebih cekap dan menjimatkan kos.\nCLAB menyediakan Pekerja Asing, Pekerja Tempatan dan Ekspatriat ke Industri Pembinaan di Malaysia.\nSelain itu, badan ini berfungsi:\n\nMempromosikan Pekerja Tempatan dalam industri pembinaan.\nMenerima daripada Kontraktor, Pekerja Binaan Asing dengan permit yang sah apabila mereka tidak mempunyai projek lagi.\nMengagihkan semula pekerja ini kepada syarikat pembinaan yang memerlukan mereka untuk projek mereka.\nMembawa masuk Pekerja Binaan Asing dari negara sumber untuk memenuhi keperluan industri pembinaan.\nMencipta laluan dan mempromosikan akreditasi dan peningkatan kemahiran pekerja ini\n\nProses Permohonan Kuota Pekerja Binaan Asing\nProses Permohonan Kuota dan Kemasukan Pekerja Binaan Asing yang dikemaskini pada 2 Febuari 2023 selepas Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing\nPanduan Permohonan G1 \u2013 G3 \n\nPendaftaran Syarikat\nPenyerahan dokumen di Kaunter CLAB\nKelulusan kuota\nBayaran levi kepada CLAB\nProses kemasukan pekerja binaan asing\n\n\nPanduan Permohonan G4 \u2013 G7\n\nKelulusan FWe dan eQuota dari https://fwcms.com.my\nPendaftaran syarikat\nBayaran levi kepada CLAB\nProses kemasukan pekerja binaan asing\n\n\nProses Kemasukan Pekerja Binaan Asing :\n\nMembuat permohonan VDR\nSemakan dokumen\nPemilihan biodata \nProses VISA di Negara Sumber\nKetibaan Pekerja Binaan Asing di Pintu Masuk Negara\nPenempatan Di Pusat Transit\nPenyerahan Pekerja di Pusat Transit\n\nMuat Turun Borang CLAB\nAplikasi VDR\n\nBorang Pendaftaran CLAB \u2013 RG01\n\n\nFCL Requisition Check List\n\nPermohonan Kontraktor G1, G2 DAN G3 Pekerja Asing\n\nBorang Permohonan G1 \u2013 G3\n\n\nSenarai semak G1 \u2013 G3\n\n\nNotis Perjanjian\n\n\nPerjanjian Penyediaan Majikan Pekerja Binaan Asing\n\n\nAku Janji Majikan CLAB\n\n\nArahan Pembayaran\n\nPermohonan Pekerja Asing Kontraktor G4,G5,G6 DAN G7\n\nSenarai semak G4 \u2013 G7\n\n\nArahan Pembayaran\n\nKontrak pekerjaan\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 India\n\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 Indonesia\n\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 Myanmar\n\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 Pakistan\n\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 Bangladesh\n\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 Filipina\n\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 Nepal\n\n\nKontrak Pekerjaan \u2013 Vietnam\n\n\nPLKS\nPermit Lanjutan/ Pembaharuan\n\nSenarai Semak \u2013 Pelanjutan Permit(Dikemas kini 26/07/2022)\n\n\nContoh Surat Pembaharuan Permit\n\n\nContoh Surat Wakil\n\nFOMEMA\n\nSenarai Semak FOMEMA untuk Pendaftaran Dalam Talian(Dikemas kini 4/7/2022)\n\n\nContoh Surat Permohonan FOMEMA\n\n\nPenyenaraian Kod Negara\n\n\nContoh Borang Senarai Pekerja\n\nMemo Periksa Keluar (COM)\n\nSenarai Semak Memo Periksa Keluar\n\n\nBorang Akuan Memo Periksa Keluar\n\n\nContoh Surat Memo Periksa Keluar\n\n\nPermohonan Surat Cuti Pekerja\n\n\nLOCAL TRANSFER\n\nSenarai Semak Local Transfer\n\n\nSenarai Semak untuk Program Pertukaran Majikan\n\n\nSenarai Semak Dokumen Permohonan (Majikan Baru) Pertukaran Majikan Bagi Penggajian Pekerja Binaan Asing CLAB\u00a0\n\n\nBorang Permohonan & Senarai Semak JTKSM\n\n\nBorang permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan Bagi Pengajian Pekerja Asing\u00a0 JTKSM\nSenarai Semak Dokumen Permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan Bagi Pengajian Pekerja Asing JTKSM\n\n\nSoalan Lazim\n\n\nPROSES\nKewangan\n\nSenarai Semak untuk Tuntutan Pembayaran dan Bayaran Balik\n\n\nBorang Butiran Akaun\n\nBorang Laporan Lokasi dan Gaji\n\nBorang Lampiran A (Dikemaskini 30/1/2020)\n\n\nLAIN-LAIN\n\nLaporan Kes Insiden FCL\n\n\nSenarai Semak Laporan Kemalangan FCL\n\n\nSenarai Semak Laporan Kemalangan Maut FCL\n\n\nBorang Lab90\n\nSambungan Kontrak Kerja \u2013 Indonesia\n\nSambungan Kontrak Kerja\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi CLAB di https://www.clab.com.my/\n\nCONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)Aras 2, Blok Annex, Menara Milenium,No 8, Jalan DamanlelaPusat Bandar Damansara\n50490 Kuala Lumpur.\n\u200bTel : 03-2095 9599Faks : 03-2095 9566E-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\n\nCONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)\nc/o CIDB Johor, Lot 2067,Batu 3, Jalan Tampoi,81200 Johor Bahru, Johor.\nTel: 07-235 9599Faks: 07-237 9566E-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\n\nCONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)\n12 Tingkat Bawah Jalan Todak 5,Pusat Bandar Seberang Jaya,Prai 13700 Pulau Pinang.\nTel : 04-397 9599Faks : 04-397 9566E-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\n\nCONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)\nPUSAT TRANSIT\nWestlite PKNS Petaling Jaya\nTINGKAT 8\nNo 12A, Jalan SS8/6,\u00a0\n47300 Petaling Jaya,\nSelangor\u00a0\nTel : 018-376 9599E-mel :\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-buka-sekolah-2023/", "title": "Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH BUKA SEKOLAH KPM SESI 2023 / 2024\nKPM memaklumkan ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan 13 Mac 2023 untuk Kumpulan B itu bertujuan supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.\nBerikut dikongsikan tarikh buka sekolah bagi sesi persekolahan 2023 / 2024 untuk semua sekolah rendah dan menengah KPM di Malaysia.\nKENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2023 / 2024\n\n\nBaca juga: Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off\nSenarai terkini dan info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan boleh diakses di www.moe.gov.my\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 Sesi 2022/2023\n\n \nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024\n\n \nKalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2023 / 2024 KPM\n\n \nTakwim Sekolah KPM Akan Kembali Kepada Januari\n\n\nKalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 Sesi 2022/2023\nNEGERI KUMPULAN A : Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah \n\n\n\n\n\n\nSesi Persekolahan : 1 Januari 2023 \u2013 16 Februari 2023\nCuti Persekolahan : 17 Februari 2023 \u2013 18 Mac 2023\nNEGERI KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan\nSesi Persekolahan : 3 Januari 2023 \u2013 17 Februari 2023\nCuti Persekolahan : 18 Februari 2023 \u2013 19 Mac 2023\n\nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024\nUntuk makluman, Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan ditambah cuti seminggu lagi bermula pada 13 Mac dan 12 Mac 2022 bagi seluruh sekolah KPM di Malaysia.\nKetetapan baharu KPM adalah seperti berikut:\n\nKump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023\nKump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023\n\nTarikh ini adalah berdasarkan Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.\nNOTA:\n\nKumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu\nKumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan\n\nSumber : Facebook Pendidik2u\n\nKalendar Akademik Sesi 2023 / 2024 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran A dan Lampiran B di bawah:\n\n\nKalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2023 / 2024 KPM\nBerikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2023 / 2024 yang diumumkan oleh KPM.\n\nTakwim Sekolah KPM Akan Kembali Kepada Januari\nKementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini, tidak lama lagi.\nMenterinya, Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa tidak perlu risau kerana kementeriannya sedang berusaha ke arah itu.\nBagaimanapun, katanya, perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun hadapan memandangkan perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.\n\u201cTidak dinafikan kita (KPM) banyak menerima permintaan supaya sesi persekolahan seperti sebelum ini (Januari) dapat dikembalikan semula.\n\u201cJangan risau, kita akan balik semula (takwim persekolahan) kepada Januari, cuma pada ketika ini kita perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi berhubung perkara ini terlebih dahulu mengikut kepada Akta Pendidikan.\n\u201cSebagai contoh jumlah hari bersekolah seperti dalam Akta Pendidikan hendaklah tidak kurang daripada 190 hari, disamping mengambil kira takwim sekolah di negeri kumpulan A dan B,\u201d katanya kepada pemberita di sini, hari ini.\n\nSebelum ini, sesi persekolahan berubah susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahan bagi sesi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.\nUntuk makluman, takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri. (Rujuk takwim dalam lampiran di atas)\nJelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\nPerincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.\nKongsikan-kongsikan ya!\nBaca juga: \n\nSenarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2023\nJadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pasta-panas/", "title": "Pasta Panas : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJenama pasta tempatan kesukaan ramai, Pasta Panas kian mendapat perhatian di kalangan penggemar hidangan pasta dan macaroni. \nYang membuatkan Pasta Panas menarik ialah menunya yang diberi sentuhan unik agar lebih menepati citarasa rakyat Malaysia. \nAntara menu terkenal dan sering mendapat permintaan ramai adalah LazaMac (lasagna + mac & cheese), Buttermilk Pasta serta Spicy Green Chili Pasta yang pedas memikat.\nBagi anda yang teringin nak mencuba hidangan di Pasta Panas, jom kita tengok senarai menu terkini serta harga yang ditawarkan.\nBaca Juga : 4Fingers : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPasta Panas : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nPasta\n\n \nPoco Meal\n\n \nDrinks\n\n \nGrabFood X Coca Cola\n\n \nSides\n\n \nPastries\n\n \nCakes\n\n \nCoffee\n\n \nSenarai Outlet Seluruh Malaysia\n\n\nPasta Panas : Senarai Menu & Harga Terkini\n\u00a0Pasta\nMenuHargaLaza MacRM 21.20Mac & CheeseRM 19.08BologneseRM 15.90CarbonaraRM 19.08Chili MacRM 16.96Aglio OlioRM 14.84Creamy TomatoRM 19.08Spicy Shoyu MacRM 23.32Spicy Green ChiliRM 23.32SholioRM 19.08ButtermilkRM24.38\nPoco Meal\nMenuHargaPoco Mac & CheeseRM 9.43Poco CarbonaraRM 9.43Poco BologneseRM 9.43\nDrinks\nMenuHargaCoke ClassicRM 3.71Minute Maid OrangeRM 3.71Heaven and Earth Ice Lemon TeaRM 3.71Dasani Mineral WaterRM 3.71Coke ZeroRM 3.71\nGrabFood X Coca Cola\n\nMenuHargaTreat Night ARM 45.58Treat Night BRM 45.58\nSides\nMenuHargaCheesy NachosRM 12.72\nPastries\nMenuHargaCinnamon RollRM 6.36Korean Garlic Cheese BunRM 8.48Cranberry Scones + Jam + ButterpatRM 6.36\nCakes\n\nMenuHargaBiscoff CheesecakeRM 15.90Burnt Cheesecake RM 15.90RM 15.90Pandan Coconut CakeRM 15.90Orange LoafRM 9.54Berry PavlovaRM 9.54Chocolate MuddyRM 12.72Red Velvet CupcakeRM 6.36Nuteela Chocolate CupcakeRM 6.36\nCoffee\n\nMenuHargaLatteRM 6.36CappucinoRM 6.36MochaRM 6.36MiloRM 4.24Caramel LatteRM 9.54AmericanoRM 5.30EspressoRM 5.30ChocolateRM 6.36Teh TarikRM 4.24\nWah, menariknya hidangan yang tersedia di Pasta Panas. Rupanya kek dan pastri pun ada! Semuanya nampak sedap untuk dicuba. \nJangan lepaskan peluang untuk terjah cawangan terdekat Pasta Panas bagi menikmati aneka spaghetti dengan citarasa lokal. \n\n\n\n\n\n\nSenarai Outlet Seluruh Malaysia\n1. Mydin Mall Bukit Mertajam\nGFS-06, Ground Floor, Mukim 06, Jalan Baru, 13600 Seberang Perai TengahOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n2. Mydin Senawang\nGB-24, Mydin Senawang, No.110 Jalan BPS 7, Bandar Prima Senawang,70450 SerembanOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n3. Petronas Seremban 2\nPetronas Seremban 2, Lot 6283, Garden Avenue, 70300 Seremban 2Operating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n4. Mydin Mall Kuala Terengganu\nGB-25, 26, 27, PT 1547 & Lot PT, Lot, 1548, Jalan Sultan Mohamad, Kuala TerengganuOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n5. Bandaraya Melaka\nNo. 1336D, Jalan Merdeka, Plaza Merdeka, 75000 Melaka Raya, Melaka\u200bOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n6. Mydin Mall Meru Raya\u00a0\nGFS 01 Mydin Mall Meru Raya Pt lot fp-03 Bandar Meru Raya, Jelapang, 30020 IpohOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n7. Petronas Cyberjaya\nLot PT 12099 HS (D) 7085, Site 1A, 63000 Cyberjaya, SelangorOperating Hours: 10AM \u2013 11PMLast Order 10:30PM\n8. Aeon Kota Bharu\nLot K05&K06, Delica Foodcourt G/F AEON Mall Kota Bharu,15050 Kota Bharu, KelantanOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 09:30PM\n9. Almizan Satay House Kg Ubi\nPTD 64399, Jalan Tebrau Kg. Ubi Baru, Taman Persiaran Ekoperniagaan, JBOperating Hours: 10AM \u2013 11PMLast Order 10:30PM\n10. AEON Tebrau\nCT-4 1, Persiaran Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor BahruOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n11. AEON Nilai\nCT-2 No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, NSOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n12. AEON Shah Alam\nFIRST FLOOR, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, SelangorOperating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n13. Setia Alam\nNo.26-G, Jalan Setia Gemilang BM U13/BM, Bandar Setia AlamOperating Hours: 10AM -12AMLast Order 11:15PM\n14. Petronas Kota Damansara\nSeksyen 2, Persiaran Surian, Kota Damansara, Mukim Sungai Buloh, SelangorOperating Hours: 11AM -9PMLast Order 8:15PM\n15. AEON Bandar Utama\nLot K08, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre (Old Wing)Operating Hours: 10AM \u2013 10PMLast Order 9:30PM\n16. Seksyen 7 Shah Alam\nNo.15, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SelangorOperating Hours: 10AM -12AMLast Order 11:15PM\n17. AEON IOI Mall Puchong\nArena Food Court G-07, Lot S37,\u00a0 Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong,\u00a0Operating Hours: 10AM \u2013 9PMLast Order 8:30PM\n18. AEON Taman Maluri\nCounter CT-07Jalan Jejaka, Maluri, 55100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurOperating Hours: 10AM \u2013 9PMLast Order 8:30PM\n19. K.Kemuning Delivery&Takeaway\nPetronas Kota Kemuning 1, Jalan Persiaran Anggerik Mokara, 40460 Shah AlamOperating Hours: 10AM -12AMLast Order 11:30PM\n20. Bangi\u00a0Delivery & Takeaway\nLot 22, Jalan P/5, Seksyen 13, Kawasan Perindustrian Bangi, Bandar Baru BangiOperating Hours: 10AM -11PMLast Order 10:30PM\n21. Sunway\nNo. 20, Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, 47500, Subang JayaOperating Hours: 10AM -11PMLast Order 10:15PM\n22. Bangsar\nNo.36, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru, 59100 Kuala LumpurOperating Hours: 10AM -12AMLast Order 11:15PM\n23. USJ Subang Jaya\nNo.27, Jalan USJ 8/2B, USJ 8, 47630 Subang Jaya, SelangorOperating Hours: 10AM -12AMLast Order 11:15PM\n24. Kiosk Kontena KLCW\nLot N7, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, 50450 Kuala LumpurOperating Hours: 11AM -7PMLast Order 6:30PM\n25. Petronas Jalan Kolam Ayer\u00a0Lama\nLot 36904, Jalan Kolam Air Lama, Mukim Ampang, 68000 Ampang, SelangorOperating Hours: 10AM -12AMLast Order 11:15PM\nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook Pasta Panas atau laman web rasmi http://www.pastapanas.com.my/ untuk anda mendapatkan perkembangan terkini serta promosi menarik. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pengajian-tinggi-sijil-kemahiran-mains/", "title": "Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini menawarkan Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran\u00a0buat anak-anak asnaf dan Fisabilillah MAIN yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi atau peringkat Sijil Kemahiran.\nAnak Negeri Sembilan yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon. \n\n\n\n\n\n\nTeruskan membaca untuk ketahui maklumat lanjut mengenai tawaran bantuan ini serta cara memohon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS\n\n \nAnak-Anak Asnaf MAINS\n\n \nFisabilillah\n\n \nCara Mohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nSyarat Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS\nAnak-Anak Asnaf MAINS\nIbu/bapa adalah asnaf fakir atau miskin yang berdaftar dengan MAINSCalon berumur 18 tahun dan ke atasCalon menerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta ; atauSedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta.\nFisabilillah\nBeragama IslamLahir dan menetap di Negeri sembilan atau bermastautin / menetap di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 1 tahun.Berumur 18 tahun dan ke atasMenerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta atauSedang belajar di mana-mana institusi pendidikan / swasta.\n\nCara Mohon\nPelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan dengan mengisi borang permohonan di bawah :\nBORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI / SIJIL KEMAHIRAN MAINS\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan Kad Pengenalan PemohonSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / penjagaSalinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungjawab pemohonSalinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungan pemohonSalinan Sijil Nikah / Surat Cerai / Sijil Kematian jika berkaitanSalinan Bil Air/ Bil Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.Salinan surat pengesahan belajar TERKINI dari IPTA / IPTS berkaitan.Salinan Buku Akaun / Penyata Akaun Bank (milik pemohon yang aktif).Salinan slip gaji terkini / pengesahan pendapatan (pemohon / Ibubapa)Semua salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid / Pengerusi Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.\nBorang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke kaunter pejabat MAINS Daerah.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ocb-sesb-online/", "title": "OCS SESB: Pendaftaran Akaun, Semakan Bil & Bayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda selain pembayaran secara tunai, anda juga boleh bayar dan menyemak jumlah bil elektrik anda melalui aplikasi Online Customer Service (OCS) SESB. \nAmat mudah !\nBerikut dikongsikan cara pendaftaran, semakan bil dan bayaran.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah OCS SESB?\n\n \nSyarat Pendaftaran\n\n \nCara Pendaftaran Akaun SESB Online\n\n \nSoalan Lazim (FAQ)\n\n \nTemujanji Online SESB\n\n\nApakah OCS SESB?\nOnline Customer Service (OCS) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) adalah sebuah portal yang membolehkan pengguna membuat semakan bil elektrik secara online / digital dan membuat pembayaran.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Pendaftaran\nSyarat-syarat untuk mendaftar sebagai pengguna OCB SESB adalah seperti berikut:\nAnda perlu mempunyai e-mel yang sah dan aktifAnda perlu mengaktifkan akaun di Portal atau Aplikasi OCB SESBPastikan nombor kad pengenalan yang betul didaftarkan.\n\nCara Pendaftaran Akaun SESB Online\nLayari laman web OCS di https://ocs.sesb.com.myKlik pautan \u2018create an account\u2019 untuk mendaftar akaun bagi pengguna jali pertama.Anda perlu mengisi maklimat yang dikehendaki di pautan \u2018Sign up for a new account\u2019.Setelah mengisikan maklumat pendaftaran, anda akan menerima e-mel untuk pengesahan status akaun OCS. Tekan pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil elektrik secara online,klik pada menu \u2018Account number\u2019 dan \u2018Click here to perform online payment\u2019.Sekiranya anda ingin mendaftarkan lebih daripada satu akaun, sila klik \u2018Add account\u2019.\n\nBaca juga: Diskaun Bil Elektrik (PEMULIH): Kadar Kelayakan & Kaedah Pengiraan\nSoalan Lazim (FAQ)\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk soalam lazim di bawah:\n\n\n\nFacebook: SESB Careline\nHotline : 15454 dan 088-515000\nLink: https://ocs.sesb.com.my/\nTemujanji Online SESB\nMemperkenalkan Sistem Temujanji Online bagi sesiapa yang ingin berurusan di kaunter perkhidmatan pelanggan SESB.\n\nAnda boleh tempah slot temujanji anda dengan menekan pautan berikut: temujanji.sesb.com.my*tertakluk pada terma dan syarat :\nSungguh mudah!\nBaca juga: BSP 3.0 : Semakan & Senarai Bantuan Sabah Prihatin 2021 RM300\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gkp-3-0-pemerkasa-rm500/", "title": "GKP 3.0 PEMERKASA+: Semakan Status & Bayaran Tambahan RM500", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri di bawah Pakej PEMERKASA+ bagi menyokong kelangsungan Perniagaan,kadar bantuan GKP 3.0 akan ditambah sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan GKP 3.0 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,500.\nJumlah RM1000 telah diterima mulai 8 Jun yang lalu, dan baki RM500 lagi akan dibayar pada bulan Julai ini.\nBerikut dikongsikan maklumat terkini untuk makluman bersama, khususnya penerima GKP.\nBaca juga: Semak Status Penerima PRIHATIN Kasih: RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah GKP 3.0 PEMERKASA+ ?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan GKP 3.0 PEMERKASA+\n\n \nJumlah Bantuan Tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nTarikh Semakan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah GKP 3.0 PEMERKASA+ ?\nProgram Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.\n\n\n\n\n\n\nPada 17 Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tambahan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) sebanyak RM500 pada 31 Mei 2021.\n\nSyarat Kelayakan\nBayaran tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ akan diberikan kepada penerima yang layak menerima GKP 3.0 seperti berikut:\nPenerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0Lulus Permohonan baharu GKP 3.0\nSekiranya bayaran terakhir GKP adalah Gagal Kredit dan penerima gagal mengemas kini maklumat akaun bank terkini dalam tempoh yang telah ditetapkan, penerima tidak layak menerima GKP 3.0 dan juga GKP 3.0 Pemerkasa+.\nCara Permohonan GKP 3.0 PEMERKASA+\nPenerima tidak perlu membuat sebarang permohonan. \nPenerima yang layak bayaran GKP3.0 PEMERKASA+ akan menerima bayaran yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing seperti telah telah didaftarkan semasa permohonan / kemaskini maklumat sebelum ini.\nJumlah Bantuan Tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+\nAmaun tambahan GKP3.0 PEMERKASA+ adalah sebanyak RM500.\nTarikh Bayaran\nPembayaran GKP3.0 PEMERKASA+ akan dilakukan pada Julai 2021. \nTarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\n\nKaedah Pembayaran\nKaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan Geran Khas Prihatin. \nMaklumat akaun bank juga berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP.\nPembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.\nTarikh Semakan\nKelayakan GKP3.0 PEMERKASA+ adalah berdasarkan status kelulusan GKP 3.0.\nSemakan kelulusan GKP 3.0 adalah mulai awal Jun 2021 di portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). \nTarikh sebenar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\nBaca juga: GKP 4.0 : Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai Julai\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Geran Khas Prihatin ( https://gkp.hasil.gov.my/) atau Soalan Lazim di SINI. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/myeg-login/", "title": "MyEG Login: Daftar & Renew Lesen Memandu / Roadtax / Insurans Kereta", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMyEG menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembaharuan lesen memandu, roadtax dan insurans kereta secara dalam talian sahaja.\nSeiring dengan kemajuan teknologi, pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN, Jabatan Imegresen Malaysia dan banyak lagi dapat dilakukan secara atas talian sahaja melalui portal atau aplikasi MyEG.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu MyEG?\n\n \nCara daftar MyEG\n\n \nCara Renew Lesen Memandu Roadtax / Insurans Kereta\n\n \nCara Renew Roadtax / Insurans Kereta\n\n\nApa itu MyEG?\n\nMYEG Services Berhad (\u201cMYEG\u201d) ialah pemegang konsesi untuk Aplikasi Utama MSC Kerajaan Elektronik Malaysia (\u201cE-Government).\n\n\n\n\n\n\nMYEG membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik untuk menyampaikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi Kerajaan kepada rakyat dan pemilik perniagan di Malaysia.\nBuat masa kini, sudah terdapat banyak servis yang ditawarkan melalui portal dan aplikasinya seperti yang berikut:\nPembaharuan lesen memanduSemak saman trafik PDRMSemakan resit cukai jalanSemakan status bankrapSemakan status pembantu rumahPembaharuan roadtaxPembaharuan insuran kereta\ndan banyak lagi. Dan tidak mustahil pada masa hadapan servis dan kemudahan ini akan diperluaskan lagi untuk lebih banyak agensi kerajaan.\nCara daftar MyEG \nProses pendaftaran akaun boleh dilakukan terus dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari portal MyEG di pautan https://www.myeg.com.my/Klik pada tulisan LOGIN / REGISTER pada bahagian atas kanan halaman tersebutKlik pada butang \u201cCreate Account\u201d untuk pendaftaran akaun baruIsikan segala maklumat yang dikehendakiKlik pada kotak \u201cI\u2019m not a robot\u201dKlik butang Enter DetailsEmel beserta link pengesahan akan dihantar ke emel andaBuka emel dan klik pada link pengesahan untuk mengaktifkan akaun anda\nCara Renew Lesen Memandu Roadtax / Insurans Kereta \nUntuk memperbaharui lesen memandu, ianya cukup mudah.\nLog masuk akaun andaKlik pada logo Jabatan Pengangkutan JalanPilih perkhidmatan yang dikehendaki dengan klik pada butang \u201cDriving License Renewal (CDL)\u201dLengkapkan segala butiran yang dikehendakiLengkapkan pembayaran secara dalam talianSetelah lengkap pembayaran, lesen baru anda akan di pos ke alamat yang didaftarkan dalam sistem\nCara Renew Roadtax / Insurans Kereta \nRoadtax dan insurans kereta dan motorsikal juga boleh diperbaharui dengan menggunakan portal ini.\nLog masuk akaun andaKlik pada logo Jabatan Pengangkutan JalanPilih perkhidmatan yang dikehendaki dengan klik pada butang \u201cAuto Insurance Renewal (Car)\u201d \u2013 Untuk kereta\u201cAuto Insurance Renewal (Motorcycle)\u201d \u2013 Untuk motorsikalAnda akan dibawa ke laman perkhidmatan \u201cCompare\u201d oleh MyEG dimana anda boleh membandingkan beberapa jenis insurans atau takaful untuk kenderaan andaMasukkan nombor plat kenderaan andaKlik butang \u201cNext\u201dSahkan maklumat kenderaan anda adalah betul dengan klik pada kotak pengesahanMasukkan segala maklumat yang dikehendakiSenarai pilihan syarikat/pakej insurans/takaful akan dipaparkanSetelah memilih pakej insurans/takaful, lengkapkan pembayaran secara dalam talian. Anda juga boleh pilih untuk perbaharui roadtax atau cukai jalan anda sekaligusRoadtax dan insurans/takaful anda akan di pos ke alamat yang didaftarkan dalam sistem\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lirik-lagu-malaysia-madani/", "title": "Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKarya bertajuk \u2018Malaysia MADANI\u2019 ciptaan dan nyanyian kumpulan muzik tempatan, Bunkface menjadi lagu tema rasmi bagi pentadbiran berkonsepkan MADANI diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diperdengarkan buat pertama kali pada Dialog Anak Muda, Temu Anwar pada 19 Mac 2023.\nMenurut Sam, melodi lagu ini digubah secara teliti, ia bersifat \u2018marching\u2019 iaitu bergerak, maju ke hadapan, mengajak pendengar dan rakyat Malaysia bersama secara positif dalam kehidupan.\n\nLima tahun lalu, kumpulan Bunkface menghasilkan lagu \u2018Kita Punya Malaysia\u2019 yang juga lagu tema Hari Kemerdekaan pada 2018 dan 2019.\nBerikut dikongsikan lirik dan video rasmi lagu berdurasi 2 minit 4 saat tersebut:\n\n\n\n\n\n\nLirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV\nVideo Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI \u2013 Bunkface\n\n\nSumber: Youtube Anwar Ibrahim\nMalaysia MADANI (Official Lyric Video)\n\n\n\nLirik Lagu \nKomposer : SamLirik : Sam & PidausPenerbit : Bunkface\nLirik :\nPeradaban kita bangunkanBina kota bina insanDari budi jadi budayaBina asas kemampananKesejahteraan masa depan\nC/OAyuh seluruh anak pertiwiBangunkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus meyakiniMalaysia Madani\nAyuh seluruh anak pertiwiSemarakkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus Kekal meyakiniMalavsia Madani\nKeyakinan jadi ikutanPendirian jiwa ihsanNilai hormat teras di mindaDaya cipta luar biasaKesejahteraan masa depan\nC/O\nMalaysia! Madani!\nBersatuUntukNegaraKita\n\nLagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/\nBaca juga:\n\nMalaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud & Konsep Pelaksanaan\nKalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-top-glove-foundation-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Top Glove Foundation 2022 Untuk Pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Biasiswa Top Glove Foundation 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Biasiswa Top Glove Foundation untuk tahun 2022 kini dibuka. \nPelajar prasiswazah dan pascasiswazah yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup.\nBiasiswa ini dibawa oleh Yayasan Top Glove bagi menyediakan dana untuk tujuan amal, pendidikan serta aktiviti berkaitan alam sekitar dan komuniti. \n\n\n\n\n\n\nYayasan Top Glove yang sudah wujud sejak tahun 2009 ini setia dalam menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan yang sedang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa iaitu prasiswazah dan pascasiswazah di universiti awam tempatan.\nBaca Juga : Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBidang Pengajian Yang Layak Memohon\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation 2022\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi biasiswa ini adalah pada 31 Mei 2022.\nBidang Pengajian Yang Layak Memohon\nPelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam salah satu bidang yang tersenarai di bawah layak untuk memohon :\nKejuruteraan/SainsKejuruteraan MekatronikKejuruteraan MekanikalKejuruteraan KimiaKejuruteraan PembuatanKejuruteraan Elektrik dan ElektronikKejuruteraan AwamKimia/Bio Kimia/Fizik/MatematikSains Polimer/Sains GunaanPengurusan perniagaanPerakaunan, Perdagangan dan KewanganStatistik/MatematikPemasaran/E-DagangEkonomiSains dan Teknologi KomputerSumber ManusiaPentadbiran/Pengurusan Perniagaan\nSyarat Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation 2022\nPelajar perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.Telah diterima masuk di mana-mana universiti awam dalam negara.Pemohon tidak memegang biasiswa/pinjaman lain daripada mana-mana perbadanan atau badan kerajaan lain.Pemohon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan serta mempunyai bakat kepimpinan yang baik.Pemohon mestilah dalam keadaan sihat dan fizikal yang tegapPemohon mestilah mendapat keputusan akademik yang baik:\u2013 9A dalam SPM di dalam mata pelajaran yang berkaitan.\u2013 Mendapat CGPA 3.5 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Levels\nCara Memohon\nPelajar yang berkelayakan boleh memohon berpandukan langkah-langkah seperti berikut :\nMuat turun borang permohonan di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/1eqi2w9FHS7r_QMJg-ou8Xo5pRKZfKK48/view?fbclid=IwAR36Hu6Mmk78kv7fxxoXvstAtwmUzmDz51tjQ-C1e32ljy6OGbaxL_lsM30.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar ke semua dokumen ke alamat berikut:Level 21, Top Glove Tower,16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam,Seksyen U13,40170 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.Untuk penilaian segera, pemohon boleh emelkan permohonan ke alamat emel [email\u00a0protected] sebelum tarikh tutup. \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nPemohon juga perlu sertakan dokumen sokongan untuk dihantar bersama borang permohonan seperti yang disenaraikan di bawah :\nGambar berukuran passport.Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).Salinan sijil akademik, kokurikulum, dan transkrip.Salinan sijil pencapaian akademik/anugerah.Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti.Testimoni (jika ada).\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Top Glove di talian 03-3362 3098.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-perantis-mercedes-benz/", "title": "Permohonan Program Perantis Mercedes-Benz & Peluang Kerjaya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik bagi yang berminat untuk menjadi mekanik kereta kerana pihak Mercedez-Benz Malaysia telah membuang peluang untuk menyerrtai program perantis Mercedes-Benz.\nProgram yang dikenali sebagai Mercedes-Benz Advanced Modern Apprenticeship Programme ini bertujuan untuk melatih individu yang layak sebagai Juruteknik Kereta Penumpang untuk rangkaian pengedar yang luas di Malaysia.\nDengan Akademi Latihan yang baru dibina dan canggih yang dibina di Puchong Kinrara, pihak Mercedes-Benz serius melabur dalam bakat, membangunkan kerjaya yang berjaya dan kecekapan mutlak dengan salah satu jenama gaya hidup mewah yang paling dikagumi di Asia Tenggara.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan\n\n \nPeluang kerjaya\n\n \nStruktur program\n\n \nSyarat kelayakan\n\n\nKelebihan\nProgram Perantisan Moden Lanjutan Mercedes-Benz ini memberi anda:\nKerjaya untuk meletakkan anda bersama beberapa bakat muda Malaysia yang paling cemerlangKerjaya dengan salah satu syarikat paling berprestij di duniaPeluang untuk menjana pendapatan sambil anda belajar\nPeluang kerjaya\nMercedes-Benz sedang mencari bintang muda yang bercita-cita tinggi untuk menyertai Program Perantisan mereka untuk 3 kerjaya utama bersama rangkaian pengedar yang meluas di Malaysia.\nJuruteknik Kereta PenumpangPenasihat Perkhidmatan BerkelayakanPakar dalam Voltan Tinggi\nStruktur program\n\nMercedes-Benz sangat percaya dalam membangun dan menarik bakat individu yang layak dan oleh itu menjemput rakyat Malaysia yang muda dan bersemangat untuk membina kerjaya bersama mereka melalui program berikut.\nProgram :\nLatihan 3 tahun + pekerjaan terjamin 4 tahunProgram khas di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (NDTS) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber ManusiaProgram latihan merangkumi pengetahuan teknikal dan kemahiran diagnostik terkini selaras dengan teknologi canggih produk Mercedes-Benz\nSijil berikut diberikan selepas setiap individu menamatkan pengajian mereka:\nNDTS Tahap 3 (disahkan oleh JPK)City & Guilds VRQ Tahap 3 DiplomaSijil Juruteknik Penyelenggaraan Berkelayakan Mercedes-BenzJuruteknik Sistem Berkelayakan Mercedes-Benz atau Penasihat Perkhidmatan Berkelayakan Mercedes-Benz atau Pakar Mercedes-Benz dalam Voltan TinggiKelayakan Voltan Tinggi Mercedes-BenzSijil Rangka Kerja AMA Mercedes-Benz\nSyarat kelayakan\nHanya individu-individu yang memenuhi syarat-syarat berikut yang akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk menyertai program perantis Mercedes-Benz ini:\nBerumur antara 17 dan 22Tamat SPM (atau setaraf) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan sekurang-kurangnya Lulus Bahasa InggerisSelesai IGCSE/O-Levels/UEC dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dan sekurang-kurangnya Lulus dalam Bahasa InggerisKolej vokasional dengan PNGK > 3.0Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik\nProgram ini adalah biasiswa penuh. \nSebagai perantis anda adalah pelatih sepenuh masa dan anda akan menerima elaun yang sangat kompetitif sebanyak RM800 sebulan untuk tempoh program 3 tahun.\nUntuk memohon, layari laman Mercedes-Benz Malaysia di alamat https://www.mercedes-benz.com.my/passengercars/the-brand/mbm-apprenticeship/mb-apprenticeship.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-netflix-malaysia/", "title": "Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar Netflix, Harga Pelan Langganan Bulanan & Pembatalan Akaun\nNetflix sememangnya salah satu streaming platform yang paling popular di Malaysia buat peminat drama atau filem terutamanya Hollywood dan Korea.\nDari K-drama, filem dokumentari, siri TV di US, Bollywood sehinggalah ke anime, anda pasti tidak akan jemu dengan pelbagai rancangan menarik yang ada di Netflix.\nSesetengah drama bersiri ekslusif dari Netflix juga berjaya mengumpul peminatnya sendiri seperti \u201cStranger Things\u201d, \u201cMoney Heist\u201d dan \u201cThe Umbrella Academy\u201d.\nNetflix juga sentiasa komited dalam menyajikan filem dan drama bersiri terbaru buat tontonan pelanggan. \nBermula dari harga RM 17 sahaja, anda boleh mendapat akses kepada beribu-ribu filem dan drama melalui telefon bimbit, tablet, PC dan TV.\nJom tengok bagaimana cara nak daftar akaun Netflix dan jenis pelan langganan yang boleh dipilih.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Netflix?\n\n \nChecklist Sebelum Daftar NetFlix\n\n \nJenis Pelan Langganan Netflix\n\n \nCara Daftar Netflix Malaysia\n\n \nAdakah Netflix Sesuai Untuk Keluarga / Kanak-kanak?\n\n \nCara Cancel Netflix / Tamatkan Langganan\n\n\nApakah Netflix?\nNetflix merupakan perkhidmatan penstriman yang membolehkan ahli kami untuk menonton rancangan TV dan filem tanpa iklan pada peranti yang disambungkan ke Internet.\nAnda juga boleh memuat turun rancangan TV dan filem pada peranti iOS, Android atau Windows anda dan menonton tanpa sambungan Internet.\nAnda boleh menonton Netflix melalui peranti disambungkan ke Internet yang menawarkan apl Netflix, termasuk TV pintar, konsol permainan, pemain media penstriman (PS4, X-box), set-top box, telefon pintar tablet dan komputer. \n\nChecklist Sebelum Daftar NetFlix\nSebelum anda mendaftar Netflix, pastikan anda menyediakan beberapa perkara di bawah ini :\nAkaun e-mel yang aktif dan boleh diaksesKad kredit / kad debit, ATAU pelan pascabayar seperti Digi, Maxis atau Celcom yang aktif untuk tujuan pembayaran di ruangan \u2018payment method\u2019 nanti.Capaian internet yang laju sekurang-kurangnya 0.5 Mbps atau sebaiknya 3Mbps ke atas .\nJenis Pelan Langganan Netflix\nTerdapat 4 pelan yang disediakan buat pelanggan mengikut keperluan atau kesesuaian bajet dengan harga RM 17 hingga RM 55. 4 pelan tersebut ialah Mobile, Basic, Standard dan Premium.\nWalaupun pelan Premium nampak mahal, namun ia lebih berbaloi untuk dikongsi dengan rakan atau keluarga. \nJika dibahagi 4, harga langganan sebulan hanyalah sekitar RM 14 sebulan untuk seorang kan?\n\nCara Daftar Netflix Malaysia\nIkut langkah mudah ini untuk memulakan tontonan di Netflix hari ini:\nLawati\u00a0netflix.com/signup.Pilih pelan\u00a0yang sesuai untuk anda.Cipta akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan mencipta kata laluan.Masukkan\u00a0kaedah pembayaran. Sebagai ahli Netflix, anda akan dikenakan caj sekali sebulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda.\nSelesai! Kini anda sudah boleh mula menonton Netflix untuk tempoh 30 hari sebelum langganan bulan seterusnya. \nMudah kan?\nAdakah Netflix Sesuai Untuk Keluarga / Kanak-kanak?\nDisebabkan kebanyakan konten Netflix berasal dari luar negara, terdapat beberapa filem dan drama yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. \nNamun, anda tidak perlu risau kerana Netflix juga menyediakan profil khas iaitu Netflix Kids bagi menyajikan hiburan animasi yang cukup menarik untuk anak-anak anda secara percuma! \nProfil khas ini membenarkan ibu bapa mengawal konten yang dibenarkan dengan nombor PIN tertentu, di mana ibu bapa juga boleh menghalang konten tertentu untuk anak-anak anda.\nTambahan pula pada tempoh PKP ini, anda bolehlah mengisi masa terluang dengan menyaksikan rancangan menarik pilihan anda di Netflix buat seisi keluarga.\nFilem animasi tempatan seperti Upin & Ipin dan Ejen Ali punada tau! \n\nBaca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak\nCara Cancel Netflix / Tamatkan Langganan\nJangan risau dengan komitmen apabila anda menjadi pelanggan Netflix kerana anda boleh tamatkan langganan bila-bila masa sahaja. \nAnda tidak akan terikat dalam tempoh kontrak tertentu seperti Astro.\nJika anda nak cancel atau ingin menamatkan langganan Netflix, anda hanya perlu:\nLogin ke akaun NetflixTekan menu AccountPilih butang \u2018Cancel Membership\u2019Untuk melihat maklumat penuh dan hari terakhir akaun anda aktif, sila klik pada bahagian \u2018Billing Details\u2019\nJika anda membuat pembatalan akaun dalam masa yang lebih awal daripada tempoh caj bulanan, anda boleh terus menonton Netflix hingga akaun anda ditutup secara automatik mengikut tempoh langganan bil.\nAnda tidak akan dicaj sehinggalah anda mengaktifkan akaun anda semula.\nMaklumat Lanjut\n\u00a0Untuk maklumat lanjut tentang Netflix Malaysia, sila layari https://www.netflix.com/my/ atau hubungi 1-800-819-742\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pbtpay-cukai-pintu-taksiran/", "title": "PBTPay: Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu & Kompaun Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA SEMAKAN / BAYARAN CUKAI PINTU @ CUKAI TAKSIRAN, KOMPAUN ONLINE MELALUI PBTPAY\nBagi memastikan perkhidmatan seperti pembersihan, pembaikan jalan, penyenggaraan lampu jalan serta lain-lain perkhidmatan perbandaran dilaksanakan dengan baik oleh pihak pihak PBT, adalah menjadi tanggungjawab bersama semua warga Malaysia untuk membayar cukai taksiran, seperti mana diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.\nMulai Januari 2022 tiada pengeluaran dan pengeposan bil cukai ini akan dikeluarkan oleh PBT ke arah bumi hijau dengan menggalakkan pembayaran secara atas talian (online).\nTahukah anda apakah itu cukai taksiran, mengapa kita perlu membayarnya, berapa jumlah yang dikenakan, dan bagaimana membuat semakan serta bayaran secara online?\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut supaya anda lebih jelas dan ambil maklum bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Cukai Taksiran?\n\n \nBagaimana Ia Dikenakan?\n\n \nBila Cukai Taksiran Perlu Dibayar?\n\n \nPerbezaan Cukai Taksiran Dengan Cukai Tanah\n\n \nContoh Kiraan Cukai Pintu\n\n \nCara Semakan Cukai Taksiran Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Cukai Taksiran?\nCukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :\nBangunan kediaman, perniagaan, perusahaan dan tanah kosong yang terletak didalam kawasan Majlis Daerah Kinta Barat.Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Carum Membantu Kadar\nBagaimana Ia Dikenakan?\nIa dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan.\n\u201cNilai Tahunan\u201d ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan.\n\n\n\n\n\n\nCukai taksiran dikenakan untuk membiayai:\nCukai taksiran adalah berdasarkan Nilai Tambah dan Kadar.Nilai Tambah dikira berasaskan aras nilaian bagi tanah dan bangunan pada tarikh nilaian.Manakala, kadar ialah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut yang perlu dibayar.Nilai Tambah bagi pegangan tersebut boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman terhadap pegangan tersebut.Kadar warta semasa adalah berdasarkan jenis hartanah, kawasan pembinaan dan kedudukan harta.\nBaca juga: Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)\nBila Cukai Taksiran Perlu Dibayar?\nCukai taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:\nPenggal Pertama \u2013 1 Januari hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun.Penggal Kedua \u2013 1 Julai hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun.\n\nPerbezaan Cukai Taksiran Dengan Cukai Tanah\nCukai Taksiran atau juga dikenali sebagai \u201cCukai Pintu\u2019 dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna merah. \nCukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.\nBaca juga: Login LHDN: Semakan No Cukai Individu / Syarikat\nContoh Kiraan Cukai Pintu\nJika sesuatu pegangan mempunyai :Nilai Tambah : RM 600,000Kadar Tahunan : 0.4 %\nMaka,\u00a0Cukai harta pegangan tersebut adalah seperti berikut :RM 600,000 x 0.4 % /100 = RM 2400.00 setahun\nCara Semakan Cukai Taksiran Online\nKini anda boleh membuat pembayaran dan semakan cukai taksiran dengan lebih mudah dan selamat, iaitu melalui Portal PBTPay.\n\nPBTPay\u00a0adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).\nPerkhidmatan yang disediakan di dalam\u00a0PBTPay\u00a0ini adalah khas untuk anda membuat pembayaran kepada semua PBT di seluruh negara secara atas talian.\n\nSeiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan visi JKT yang ingin menjadikan PBT sebagai sebuah agensi yang bertaraf dunia, portal ini dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang awam untuk membuat bayaran.\nPelbagai jenis bayaran seperti cukai, kompaun dan lesenBayar menggunakan FPXSemak dan dapatkan maklumat akaun dan pembayaran\nSila layari pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/ untuk membuat semakan & pembayaran cukai taksiran online bagi setiap negeri / daerah anda.\nRujuk cara semakan cukai pintu / cukai taksiran secara online menggunakan PBTPay di bawah\nLANGKAH 1\nLayari laman web PBTPay di pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/\nAnda akan dibawa ke paparan seperti di bawah.\nSila pilih jenis, PBT, dan masukkan no akaun / kompaun untuk semakan.\n\nIni contoh notis / bil cukai taksiran.\nSediakan siap-siap sebab nanti kita nak masukkan no akaun tu untuk semakan.\nLANGKAH 2\nTekan butang \u2018Semak\u2019 yang berwarna biru.\n\nLANGKAH 3\nButiran akan dipaparkan.\n\nMudah sangat kan?\nMaklumat Lanjut\nJabatan Kerajaan TempatanKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanNo.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, PutrajayaE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nLaman web: https://pbtpay.kpkt.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-minyak-shell/", "title": "Kad Minyak Shell: Transaksi Pembelian Lebih Mudah & Selamat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKad minyak Shell Malaysia atau Shell Fuel Card\u00a0adalah salah satu kad minyak yang paling banyak digunakan dan diterima di negara ini. \nSekiranya anda mencari liputan stesen minyak yang meluas, harga yang kompetitif serta bahan bakar berkualiti tinggi seperti Shell V-Power, ini adalah kad yang tepat untuk perniagaan anda.\nKad minyak ini adalah untuk kegunaan korporat atau syarikat sahaja, maka permohonan hanya dibukan untuk syarikat sahaja.\nDengan kad minyak Shell ini, pemilik bisnes akan lebih mudah menguruskan urusan pembelian minyak untuk kenderaan milik syarikat mereka yang dipandu oleh staf mereka.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat dan Kelebihan\n\n \nJenis-jenis kad minyak\n\n \nCara memohon kad minyak Shell\n\n\nManfaat dan Kelebihan\nBerikut merupakan beberapa manfaat menggunakan kad minyak Shell: \n\nAkses \u2013 Akses kepada lebih daripada 950+ stesen minyak di seluruh Malaysia, ini bermakna pemandu-pemandu anda tidak akan berjauhan dari tempat pengisian minyak\nKawalan \u2013 Kawal penbelanjaan minyak kenderaan syarikat anda dengan pilihan transaksi terhad untuk mengurangkan kemungkinan penipuan dan untuk meningkatkan aliran tunai\nKeselamatan \u2013 Kad bahan api ialah salah satu cara paling selamat untuk membeli bahan api anda, dengan perlindungan PIN pada semua kad dan pasukan penipuan yang berdedikasi memantau urus niaga, anda tidak akan menjadi lebih selamat. Jika kad anda hilang atau dicuri, anda boleh menghentikan penggunaan kad tersebut dengan segera melalui portal dalam talian Velocity.\nLaporan \u2013 Kawal penggunaan bahan api di seluruh kumpulan anda dan maksimumkan kecekapan kenderaan dan pemandu melalui alat pengurusan akaun Velocity yang unik dan berkuasa, yang disertakan sebagai standard dengan Kad Minyak Shell. Alat dalam talian ini akan membantu anda melihat ketidakcekapan dalam armada anda dan mengambil tindakan untuk meminimumkan kesannya.\nPemetaan \u2013 Cari stesen terdekat anda dengan peta e-laluan. Boleh diakses dalam talian, ia memberitahu anda dengan tepat di mana stesen terdekat pada rangkaian anda berada dan laluan terpantas untuk ke sana.\nPengurusan Bil \u2013 Manfaatkan invois dua kali sebulan yang terperinci dan dibahagi mengikut kad, mengurangkan beban perakaunan syarikat anda\n\nJenis-jenis kad minyak\n\nTerdapat 2 jenis kad minyak Shell yang boleh dipohon:\n\nKad minyak untuk kenderaan perdagangan\nKad minyak Pascabayar untuk Diesel Bersubsidi Kerajaan \u2013 Individu atau syarikat yang mempunyai satu atau lebih kenderaan diesel boleh memohon; asalkan mereka menerima surat Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MTDCC)\n\nJangan terkeliru, kad Bonuslink yang anda biasa gunakan di Shell adalah untuk mengumpul mata ganjaran bagi penubusan hadiah mankala Kad Minyak Shell ini adalah untuk urusan pembelian minyak petrol atau diesel di stesyen minyak Shell.\nArtikel berkaitan: Bonuslink : Cara Daftar, Aktifkan Kad, Semakan Points & Tebus Ganjaran\nCara memohon kad minyak Shell\nPermohonan untuk mendapatkan kad minyak Shell ini hanya boleh dilakukan secara online sahaja.\nAnda perlu mengisi permohonan secara dalam talian di halaman https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html\nSetelah permohonan anda diterima, pihak Shell akan menghubungi anda melalui telefon atau melalui e-mel. \nPerunding jualan yang berpengalaman akan memeriksa perincian yang diberikan dan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan perniagaan anda dan keperluan pengurusan kenderaan.\nMaklumat kewangan tertentu mungkin akan diperlukan pada peringkat ini dan akan disalurkan kepada jabatan kredit dalaman untuk pemeriksaan kredit anda. \nProses ini biasanya dalam masa 48 jam atau lebih cepat bergantung pada maklumat yang ada.\nAnda akan dimaklumkan sebaik sahaja permohonan anda diluluskan dan kad cetakan anda biasanya akan siap antara 10 hingga 14 hari bekerja.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-i-lestari/", "title": "Skim i-Lestari : Mohon Modal Pembiayaan Hingga RM100,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN: Kemudahan pembiayaan Skim i-Lestari 2022\nUntuk memberikan rangsangan kepada usahawan dalam mengembangkan lagi aktiviti perniagaan yang dijalankan, Hijrah Selangor melalui pembiayaan Skim i-Lestari menyediakan modal pembiayaan yang lebih besar dengan syarat mudah, cepat dan tidak membebankan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkim i-Lestari\n\n \nSyarat Pembiayaan Skim i-Lestari\n\n \nCara Permohonan Skim i-Lestari\n\n \nLatarbelakang Hijrah Selangor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSkim i-Lestari\nSkim i-Lestari menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan dari RM51,000 sehingga RM100,000 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah syarat kelayakan dan syarat-syarat pembiayaan:\nSYARAT KELAYAKAN\nWarganegara MalaysiaRakyat Selangor / bermastautin melebihi 5 tahunMengundi dalam negeri SelangorBerumur 18 hingga 65 tahunPerniagaan sudah beroperasiMempunyai premis perniagaan yang khususMempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakanMempunyai lesen / permit perniagaan yang sahTidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaanterlibat secara langsung dalam perniagaanSatu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan\n\nSyarat Pembiayaan Skim i-Lestari \nHad pembiayaan RM51,000 sehingga RM100,000Tempoh pembiayaan 50 minggu (setahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)Caj perkhidmatan 8% setahunWajib membuat tabunganBayar balik secara mingguan / bulanan (tertakluk kepada perubahan semasa)\nCara Permohonan Skim i-Lestari\nLayari https://www.hijrahselangor.com/skim-pembiayaan-i-lestari/Pergi ke menu PERKHIDMATANPilih tab SKIM PEMBIAYAAN i-LESTARISediakan dokumen permohonan seperti berikut:\n\nLatarbelakang Hijrah Selangor\nProgram Mikro Kredit Bersepadu atau dikenali sebagai\u00a0SKIM HIJRAH SELANGOR\u00a0merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015. \u00a0Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi\u00a0HIJRAH SELANGOR\u00a0memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.\nYayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang\u00a0mudah, cepat dan tidak membebankan\u00a0kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.\nBaca juga: \nAwas Taktik Terbaru Scammer LHDN Guna Nombor Pejabat!Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022\nMaklumat Lanjut\nLayari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atauHubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32Klik sekarang untuk permohonan secara atas talian di http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login\n**Nota: Muat naik dokumen menggunakan format pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 5MB.\nDapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:https://t.me/hijrahselangorofficial\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-no-perkeso-socso/", "title": "Cara Check No PERKESO (Semakan Nombor SOCSO)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUAT SEMAKAN NOMBOR SOCSO (CHECK NO PERKESO)\nTahukah anda, PERKESO / SOCSO memberikan pelbagai kemudahan kepada pekerja, terutamanya bantuan seperti kehilangan pekerjaan, perlindungan / pampasan akibat COVID-19 akibat jangkitan tempat kerja dan juga kecederaan.\nDalam situasi pandemik Covid-19 ini, anda mungkin boleh mendapat pelbagai faedah dan membuat tuntutan daripada PERKESO.\nMaka penting untuk pekerja mengetahui nombor SOCSO atau no PERKESO masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nJika anda terlupa bagaimanakah cara check nombor PERKESO / SOCSO, di sini dikongsikan cara mudah untuk buat semakan nombor ahli bagi memudahkan anda menguruskan hal pekerjaan.\n\nBaca juga : Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Semakan No SOCSO / PERKESO Melalui No IC\n\n \n2. Cara Semakan No SOCSO Melalui Slip Gaji\n\n \n3. Semakan No PERKESO Melalui Talian Hotline\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n1. Semakan No SOCSO / PERKESO Melalui No IC\nNombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.\nJika anda yakin bahawa anda pernah berdaftar dahulu, maka anda boleh membuat semakan ahli dengan menggunakan nombor IC sahaja.\nPerkara ini juga dimaklumkan melalui laman web PERKESO pada pautan di baawah:\nhttps://www.perkeso.gov.my/soalan-lazim.html#24-s-apakah-nombor-ahli-perkeso-saya\n2. Cara Semakan No SOCSO Melalui Slip Gaji\nSatu lagi cara adalah dengan membuat semakan pada slip gaji. Sesetengah slip gaji akan memaparkan no PERKESO untuk rujukan pekerja dan majikan.\nNamun jika tidak dinyatakan, anda mungkin boleh bertanya dengan HR di syarikat anda bekerja.\n\n3. Semakan No PERKESO Melalui Talian Hotline\nCara ketiga untuk mengetahui dan membuat semakan nombor PERKESO / SOCSO adalah dengan terus menghubungi pihak PERKESO di talian hotline 1-300-22-8000.\nAnda juga boleh bertanyakan soalan melalui media sosial rasmi PERKESO di Facebook atau Twitter seperti di pautan berikut:\nFacebook Rasmi PERKESO : https://www.facebook.com/PERKESO.OfficialTwitter Rasmi PERKESO : https://twitter.com/PERKESOofficial\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan semakan nombor PERKESO, sila rujuk laman web PERKESO di pautan berikut: http://www.perkeso.gov.my/\nAntara faedah yang boleh dituntut dan skim yang disediakan oleh PERKESO adalah seperti berikut: \nKerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Sehingga RM3,600SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO RM300SPS Prihatin Wanita (SPW): Bantuan Caruman RM163 PERKESOSPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baki-loan-kereta-cimb/", "title": "Cara Semak Baki Loan Kereta CIMB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi yang mengambil pembiayaan CIMB untuk kereta, sebenarnya anda boleh semak baki loan kereta CIMB secara online \u2013 lebih mudah dan pantas.\nDengan fungsi semak baki loan kereta CIMB secara dalam talian, anda boleh mengetahui mengenai status bayaran dan berapa baki pinjaman pembiayaan kereta yang perlu dilunaskan.\nBenar, anda boleh membuat semakan melalui kaunter CIMB di mana-mana cawangan CIMB tetapi sudah tentulah ia lebih rumit dan leceh kerana anda perlu menghadirkan diri di cawangan bank CIMB, ambil nombor giliran, beratur dan sebagainya.\nDengan kemajuan teknologi yang anda, baik kita manfaatkan sahaja capaian internet untuk membuat semakan baki loan kereta dengan CIMB secara online sahaja.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semak Baki Loan Kereta CIMB\n\n \ni) Semakan Melalui Laman Web CIMB\n\n \nii) Semakan Melalui Aplikasi CIMB Clicks\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Baki Loan Kereta CIMB\n\n\nCara Semak Baki Loan Kereta CIMB\ni) Semakan Melalui Laman Web CIMB\n\nKemudahan semakan baki loan kereta dari CIMB ini turut disediakan melalui laman CIMB Clicks namun malangnya ramai pelanggan yang tidak tahu bagaimana caranya.\nLayari laman CIMB Clicks di alamat https://www.cimbclicks.com.my/Log masuk akaun CIMB anda.Rujuk artikel Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking sekiranya anda belum mempunyai akaun di CIMB ClicksPada paparan menu, klik \u201cMuy Accounts\u201dPada halaman My Accounts Overview, lihat pada bahagian Loans/FinancingPerhatikan mombor pinjaman pembiayaan kereta andaBaki pinjaman kereta ada akan dipaparkan di sebelah nombor akaun anda\n\nii) Semakan Melalui Aplikasi CIMB Clicks\n\nSelain daripada website CIMB Clicks, anda boleh menggunakan aplikasi CIMB Clicks di telefon pintar anda.\nPastikan aplikasi CIMB Clicks tersebut dimuat turun daripada laman web yang sahih bagi mengelakkan akaun anda digodam oleh penjenayah yang boleh mencuri duit dalam akaun bank anda.\nCara untuk menyemak baki pinjaman pembiayaan kereta anda juga lebih kurang sahaja dengan cara semakan melalui laman web CIMB.\nkuti langkah-langkah berikut:\nLog masuk akaun CIMB anda melalui aplikasi di peranti mudah alih andaPada menu, klik pada AccountsKemudian, pilih My AccountKemudian, pilih LoansPada halaman seterusnya, baki pinjaman pembiayaan keret anda bersama CIMB Bank akan dipaparkan\nMudah bukan?\nKaedah semakan baki loan secara onlien melalui website atau aplikasi CIMB Clicks sememangnya lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding semakan secara manual di kaunter CIMB Bank.\nBuat masa ini juga, pihak CIMB tidak menyediakan kemudahan semakan baki loan melal khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS).\nAnda juga boleh merujuk video di bawah untuk melihat panduan lanjut:\n\n\n\nSumber: Youtube CIMB Malaysia\nMaklumat Lanjut Tentang Baki Loan Kereta CIMB\nJika anda memohon pinjaman dan ingin mengetahui status pinjaman anda, sila buat semakan melalui Status Checker di pautan berikut: https://www.cimb.com.my/en/personal/forms-apply/general/status-checker.html\nBagi pengguna CIMB Islamic, sila rujuk di pautanberikut: https://www.cimbislamic.com.my/en/business/online-current-account-i-application/check-status.html\nUntuk maklumat lanjut, anda juga boleh berhubung dengan pihak CIMB melalui pautan berikut:\nhttps://www.cimbclicks.com.my/whatsapp.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-air-darul-ehsan-sade/", "title": "Skim Air Darul Ehsan 2022 (SADE) \u2013 Bil Air Percuma Setiap Bulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRingankan perbelanjaan bulanan anda melalui program SADE ini kerana anda boleh mendapat bil air percuma setiap bulan!\u00a0\nSemak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) untuk mengetahui jika anda layak untuk menerima air percuma setiap bulan.\nBerikut dikongsikan penerangan lebih lanjut tentang program ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Air Darul Ehsan (SADE)?\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nCara Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)\n\n \nRayuan Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Air Darul Ehsan (SADE)?\nSkim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.\n\n\n\n\n\n\n*Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang)\n\nTujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.\nProgram bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.\nSyarat-syarat\nPemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).Premis kediaman mempunyai meter individu.Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.\nNota:Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga\u00a0Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).\nCara Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)\nPermohonan\u00a0SADE\u00a0boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang https://ssipr.selangor.gov.myBorang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:\u00a0www.airselangor.comKaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0ataumelalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.Nota:Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendaftaran adalah secara atas talian di\u00a0www.ssipr.selangor.gov.my. Pelanggan juga boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.airselangor.com dan borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke\u00a0[email\u00a0protected]\nBaca juga: Gaji Minimum RM1500 Dilaksana Akhir Tahun 2022\nRayuan Permohonan\nPemohon yang telah mendaftar untuk program Inisiatif Peduli Rakyat di portal Smart SSIPR dan telah mengemukakan permohonan\u00a0Skim Air Darul Ehsan\u00a0secara atas talian (online) dan berstatus gagal, pemohon hanya perlu\u00a0\u2018login\u2019\u00a0sistem SSIPR\u00a0di\u00a0https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login\u00a0dan tekan butang\u00a0\u2018Permohonan Rayuan\u2019\u00a0di bahagian bawah paparan skrin permohonan\u00a0Skim Air Darul Ehsan\u00a0beliau. \nSila kemaskini maklumat permohonan yang terkini dan tekan butang\u00a0\u2018Hantar\u2019.\u00a0\nPemohon juga boleh memuat turun\u00a0Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan\u00a0di laman sesawang Air Selangor di\u00a0www.airselangor.com\u00a0dan hantar borang yang lengkap dengan maklumat terkini ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd\nMaklumat Lanjut\nLayari\u00a0https://www.airselangor.com/residen\u2026/skim-air-darul-ehsan/\nSoalan Lazim (FAQ) : https://www.airselangor.com/uploads/2021/03/IPR_FAQ_BM_V3.pdf\nRujuk video:\n\n\n\nFacebook : Air Selangor\nBaca juga: \n"]} {"url": "https://ecentral.my/ebelia/", "title": "eBelia PEMERKASA: Cara Penebusan Kredit RM150 eWallet", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKhas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).\nBantuan terbaharu iaitu PEMERKASA yang mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu.\nAntara yang diperuntukkan adalah Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eBelia Wallet di bawah Program PEMERKASA.\nBaca juga: Rujuk Cara Menebus Kredit RM150 Di Shopee\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eBelia PEMERKASA?\n\n \nSyarat Kelayakan eBelia RM150\n\n \nTarikh Penebusan eBelia Wallet RM150\n\n \nCara Penebusan / Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nApakah eBelia PEMERKASA?\nMelalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz \u00a0melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.\nMenerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.\nMelalui program ini, diharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.\n\nSyarat Kelayakan eBelia RM150\nBerikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:\nBelia berumur 18 hingga 20 tahunBelia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)\nTarikh Penebusan eBelia Wallet RM150\nDalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.\nCara Penebusan / Permohonan \nSetiap belia yang layak boleh menebus RM150 e-Tunai menerusi program ini.\nPenebusan boleh mula dibuat dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 seperti kaedah sebelum ini, dengan menggunakan aplikasi eWallet seperti:\nTouch n Go eWalletBoostGrab PayBigPay\nBaca juga: PEMERKASA: Semakan Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR Mulai Jun 2021\nMaklumat Lanjut\nBerikut adalah kenyataan media terkini tentang cara penebusan dan tarikh tuntutan e-Tunai Belia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia:\n\n\nMaklumat lanjut mengenai\u00a0eBelia PEMERKASA\u00a0ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.\nSila layari laman web\u00a0https://www.mof.gov.my/\u00a0untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.\nSoalan Lazim\nApakah itu program eBelia Pemerkasa? Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar. Berapakah jumlah bantuan yang disediakan? Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai. Siapa yang layak memohon? Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021. Bagaimana untuk memohon? Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch \u2018n Go eWallet. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/stamps-setem-lhdn/", "title": "STAMPS LHDN: Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPembayaran duit setem LHDN kini lebih mudah dengan menggunakan sistem dalam talian yang dikenali sebagai STAMPS.\nSTAMPS merupakan singkatan atau akronim bagi \u201cStamp Assessment And Payment Syste\u201d atau Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem.\nSTAMPS bukanlah baru sebenarnya kerana telah diperkenalkan oleh pihak LHDN untuk urusan pembayaran duti setem sejak tahun 2012 lagi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem STAMPS LHDN?\n\n \nPedaftaran pengguna STAMPS LHDN\n\n \nCara Menggunakan STAMPS Untuk Urusan Pentaksiran & Duti Setem\n\n \npdf MANUAL PENGGUNA \u2013 INDIVIDU\n\n \npdf MANUAL PENGGUNA \u2013 PENGGUNA SYARIKAT (EJEN)\n\n \npdf MANUAL PENGGUNA \u2013 PENYETEMAN DOKUMEN PERIBADI DI KAUNTER\n\n \npdf MANUAL PENGGUNA \u2013 BYRHASIL\n\n \npdf MANUAL PENGGUNA \u2013 BAYARAN FPX\n\n \npdf PANDUAN CETAKAN SIJIL\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sistem STAMPS LHDN?\nWalaupun sistem STAMPS ini telah wujud setahun tahun 2012, namun pada peringkat awal pengenalannya, sistem ini khas untuk kegunaan sesetengah pihak sahaja antaranya syarikat, perbankan, firma guaman, agensi dan perniagaan yang berdaftar sahaja.\n\n\n\n\n\n\nNamun, bermula 1 Julai 2021, sistem STAMPS ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh orang awam untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem.\nPenggunaan STAMPS ini adalah bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).\nPedaftaran pengguna STAMPS LHDN\nSTAMPS merupakan perkhidmatan dalam talian yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai sambungan internet.\nUntuk pendaftaran, pengguna boleh melayari laman web rasm STAMPS di alamat https://stamps.hasil.gov.my/stamps/.\nPengguna boleh melakukan urusan taksiran dan bayaran duti setem sebaik sahaja pendaftaran diluluskan oleh pihak LHDN.\nUntuk mengelakkan sebarang masalah, pastikan pengguna mendaftarkan akaun mereka dengan betul sama ada sebagai Ejen STAMPS (Ejen) atau Individu STAMPS (Individu).\u00a0\nCara Menggunakan STAMPS Untuk Urusan Pentaksiran & Duti Setem\nWalaupun STAMPS merupakan sistem dalam talian, pengguna berstatus Individu tetap masih perlu menghadirkan diri ke kaunter di pejabat LHDN.\nMaklumat atau dokumen yang ingin di setemkan perlu diisi terlebih dahulu dalam STAMPS sebelum menghadirkan diri ke kaunter LHDN dengan membawa dokumen asal.\nMaklumat yang dimasukkan dalam sistem STAMPS akan disimpan sebagai deraf dan hal ini akan mempercepatkan proses penyeteman dokumen.\nSetelah bayaran diterima, sijil setem LHDN akan dikeluarkan kepada individu tersebut.\nGambar di bawah adalah carta aliran proses menggunakan STAMPS bagi urusan pentaksiran dan duti setem LHDN.\n\nMUAT TURUN MANUAL PENGGUNA:\npdf\u00a0MANUAL PENGGUNA \u2013 INDIVIDU\npdf\u00a0MANUAL PENGGUNA \u2013 PENGGUNA SYARIKAT (EJEN)\npdf\u00a0MANUAL PENGGUNA \u2013 PENYETEMAN DOKUMEN PERIBADI DI KAUNTER\npdf\u00a0MANUAL PENGGUNA \u2013 BYRHASIL\npdf\u00a0MANUAL PENGGUNA \u2013 BAYARAN FPX\npdf\u00a0PANDUAN CETAKAN SIJIL\nMaklumat Lanjut\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi\u00a0Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDNM\u00a0yang berdekatan atau emel kepada\u00a0STAMPS ([email\u00a0protected])\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-england/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak England", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJurulatih England, Gareth Southgage akhirnya mengumumkan senarai 26 pemain skuad bola sepak England bagi kejohanan Piala Dunia.\nKejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan setiap 4 tahun ini akan berlangsung di Qatar dan rata-rata pasukan telah mengumumkan senarai pemain mereka.\nBagi setiap pemain, peluang bermain di Piala Dunia sudah tentu menjadi impian paling besar mereka namun terdapat segelintir pemai hebat yang terpaksa disisihkan kerana kecederaan. \n\n\n\n\n\n\nBerikut merupakan senarai pemain yang terpilih untuk setiap posisi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak England\n\n \nPenjaga Gol\n\n \nPertahanan\n\n \nTengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak England\nSumber: FIFA World Cup 2022\nPenjaga Gol\nNamaKelabNick PopeNewcastle UnitedAaron RamsdaleArsenalJordan PickfordEverton\nJordan Pickford dari Everton terpilih ke Qatar sebagai penjaga gol No.1 Gareth Southgate untuk skuad bola sepak England.\nNick Pope dari Newcastle United dan Aaron Ramsdale yang mengagumkan yang terus menarik perhatian dengan prestasinya di Arsenal pula terpilih sebagai penjaga gol simpanan.\nPertahanan\nNamaKelabHarry MaguireManchester UnitedKyle WalkerManchester CityJohn StonesManchester CityEric DierTottenhamKieran TrippierNewcastle UnitedLuke ShawManchester UnitedTrent Alexander-ArnoldLiverpoolConor CoadyEvertonBenjamin WhiteArsenal\nTrent Alexander-Arnold, Luke Shaw dan Harry Maguire semuanya telah menerima kritikan hebat semasa kempen 2022-23 bersama kelab masing-masing, tetapi bintang Liverpool dan Manchester United ini telah diberikan peluang Piala Dunia 2022.\nSeementarra itu pemain pertahanan Chelsea, Reece James dan Ben Chilwell telah diketepikan daripada Piala Dunia kerana kecederaan, tetapi Kyle Walker dari Manchester City dipilih walaupun mengalami masalah fizikalnya sendiri.\nPrestasi Kieran Trippier di Newcastle, bersama-sama dengan ketiadaan pemain lain, memberikannya tempat di dalam skuad bola sepak England ini bersama bintang Arsenal yang serba boleh, Ben White.\nTengah \nNamaKelabJordan HendersonLiverpoolDeclan RiceWest HamMason MountChelseaJude BelliinghamBorussia DortmundKalvin PhillipsManchester CityConor GallagherChelseaJames MaddisonLeicester City\nEngland mempunyai pemain tengah yang muda dan berbakat termasuk Mason Mount, Declan Rice dan Jude Bellingham, manakala kapten Liverpool, Jordan Henderson adalah ketua berpengalaman yang sentiasa menjadi pilihan yang mudah untuk jurulatih England itu.\nConor Gallagher dari Chelsea dan perancang Leicester yang berbakat, James Maddison dimasukkan mendahului pemain seperti Emith Smith Rowe dan James Ward-Prowse.\nPenyerang\nNamaKelabRaheem SterlingChelseaHarry KaneTottenhamJack GrealishManchester CityBukayo SakaArsenalPhil FodenManchester CityCallum WilsonNewcastle UnitedMarcus RashfordManchester United\nTidak pernah ada keraguan tentang tempat Raheem Sterling, Harry Kane, Bukayo Saka dan Phil Foden dalam skuad 26 pemain skuad bola sepak England kerana prestasi semasa mereka.\nKreativiti Jack Grealish di bahagian sayap akan diperlukan, manakala penyerang Manchester United, Marcus Rashford kembali menemui sentuhan selepas mengharungi masa yang sukar pada kempen 2021-22.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/finalis-ajl-37/", "title": "Senarai Finalis AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2022/2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n30 buah lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah membuat persembahan bagi merebut 12 tempat ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 bagi tahun 2022 / 2023 (AJL 37).\nSenarai lagu yang mara ke AJL 37 telah diumumkan pada penghujung episod kedua Separuh Akhir Muzik Muzik yang berlangsung pada 25 dan 27 November 2022.\n12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak AJL 37 telah diumumkan oleh Muaz Mohamed bersama Izzue Islam selaku pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik. \u00a0\nUntuk penganjuran kali ini, TV3 mengangkat tema Dimensi Muzik yang menterjemahkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya dari pelbagai genre muzik.\nJom kita semak senarai lagu yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 nanti.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Lagu Yang Layak Ke AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2022/2023)\n\n \nKeputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 2023 #AJL37\n\n \nPengacara\n\n \nTarikh Siaran Langsung\n\n\nSenarai Lagu Yang Layak Ke AJL 37 (Anugerah Juara Lagu 2022/2023)\n\nAnugerah TerindahPenyanyi : Alif SatarLirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & RomeoKomposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis\n\n\n\n\n\n\nDebuPenyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir MasdiLirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap SalimKomposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim\nKorbanPenyanyi : Ernie ZakriLirik : Ernie ZakriKomposer : Ernie Zakri\nBahagiakan DiaPenyanyi : Liza Hanim & Shila AmzahLirik : Aliff Iskandar & Que AfiqKomposer : Aliff Iskandar\nSatu Malam Di TemasekPenyanyi : Joe Flizzow & SonaoneLirik : Joe Flizzow & SonaoneKomposer : Sonaone\nKembali TerangPenyanyi : Marsha MilanLirik : SennaKomposer : Senna & Ajin\nTerus HidupPenyanyi : Aina AbdulLirik : Aina AbdulKomposer : Aina Abdul\nNangPenyanyi : Iman TroyeLirik : Ezra Kong & A.RamleKomposer : Ezra Kong & A.Ramle\nSengsaraPenyanyi : Khai BaharLirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KKomposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K\nIramaPenyanyi : Shiha ZikirLirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John JeevesKomposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves\nPayung PelangiPenyanyi : Noki & MkLirik : Noki & MkKomposer : Noki & Mk\nMainanPenyanyi : Naim DanielLirik : Arisz Ab RahmanKomposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga\nTERKINI:\nKeputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 2023 #AJL37\nTahniah buat para pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)! \n\nJuara AJL37: Terus Hidup \u2013 Aina Abdul \nNaib Juara: Satu Malam Di Temasek \u2013 Joe Flizzow & SonaOne \nTempat Ke-3: Anugerah Terindah \u2013 Alif Satar & The Locos \nVokal Terbaik: Aina Abdul \nPersembahan Terbaik: Irama \u2013 Shiha Zikir \nPenyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar\n\n\nPengacara\nAcara kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) akan menyaksikan gabungan dua pengacara wanita terkenal iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad buat kali pertama. \nAJL37 yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari depan membawa tema \u2018Dimensi Muzik\u2019, menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang semakin rancak dengan karya dari pelbagai genre. \nTak sabar nak lihat gandingan Jihan dan Sherry nanti, pasti havoc!\n\nTarikh Siaran Langsung\nAnugerah Juara Lagu 37 akan bersiaran LIVE pada 12 Februari 2023, 9 malam hanya di TV3! \nAnda boleh strim LIVE HD eksklusif di tonton melalui pautan : https://watch.tonton.com.my/#/\nTahniah diucapkan kepada 12 finalis yang berjaya mara ke pentas AJL 37. \nUntuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Anugerah Juara Lagu 37, sila ikuti laman Instagram Muzik Muzik. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/nrhome-uitm/", "title": "NRHOME UiTM : Daftar Portal Rumah Sewa Pelajar UiTM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNRHOME UiTM : Daftar Portal Rumah Sewa Pelajar UiTM\nUnit Pengurusan Non Resident atau UPNR (sebelum ini digabungkan dengan Unit Kemudahan Asrama \u2013 UKKNR) merupakan unit di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEP). \nUnit ini biasanya akan membantu pelajar NR untuk mencari rumah di sekitar kawasan Shah Alam. \nUPNR beroperasi secara rasmi di Kompleks Teratai 1 pada 4 April 2006. \nUnit ini diketuai oleh 1 Pengurus NR, dibantu oleh 2 penolong Pengurus NR, 2 ketua pegawai dan 3 pembantu pejabat. Kini, unit ini dilaporkan terus kepada Timbalan Naib Pembatal (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sejak Jabatan Hal Ehwal Pelajar distrukturkan semula pada Ogos 2008. \nUnit ini terletak di Kompleks Prima Siswa iaitu antara Asrama Melati dan Asrama Teratai berhampiran Dataran Cendekia.Semua urusan Non Resident bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di aras 1, Kompleks Prima Siswa.\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan yang disediakan oleh NR:\nDatabase Perumahan untuk Pelajar NR Menyediakan garis panduan Sewa dan garis panduan keselamatan.Membantu program/aktiviti pelajar dan komuniti.Memberi kelulusan permohonan pelekat kereta.Membimbing mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Masyarakat/ Masjid/ dan pihak berkuasa tempatan.Lawatan Prihatin ke sewa pelajar NR.Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada pelajar NR yang memerlukan bantuan.Menjadi orang tengah antara keluarga pelajar dan tuan rumah / universiti dan juga menganjurkan Hari Terbuka NR.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Portal Rumah Sewa Non-Resident UiTM (NRHOME UiTM)\n\n \nContoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Portal Rumah Sewa Non-Resident UiTM (NRHOME UiTM)\nTerkini, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.\n\nPengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.\nCara untuk membuat carian dan mendaftar portal NRHome UiTM adalah seperti berikut:\nLog masuk ke pautan https://nrhome.uitm.edu.my/ menggunakan ID pelajar.Buat carian rumah sewa di kawasan berdekatan anda.Hubungi Tuan Rumah / Ejen yang berkenaan dan dapatkan maklumat yang secukupnya.Tandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.Kemaskini maklumat dalam Student Portal UiTM.\n\nBerikut disertakan infografik NRHome UiTM untuk rujukan tujuan pengiklanan oleh pemilik rumah sewa.\n\nContoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman\nNur Asmah HussinJL Auto Servis Kg. Jelor,16800 Pasir Puteh,Kelantan Darul Naim.013-3657043\n____________________________________________________________________Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022Aras 3, Kompleks BudisiswaUniversiti Teknologi MARA40450 Shah Alam, Selangor\nTuan,Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023\nBerhubung perkara di atas, saya Nur Asmah HussinNo. KP 920321-03-6234. No. Matrik IET 120007 ingin membuatrayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr NazrinShah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelahgagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaituKolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online danjuga kolej-kolej lain. \n2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana iamemerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.\n3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan keranasaya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin(Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satusemester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajartahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan diasrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalammenyiapkan \u2018\ufb01nal year paper project\u2019 dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi. \n4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagimembantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan menyiapkan \u2018\ufb01nal year paper project\u2019 yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.\n5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam \u2018LRT\u2019 yang memakan masa selama 45minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti. \nSaya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuansaya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Sayaberjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Responpositif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan sayadahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.\nTerima Kasih.\nYang Benar,(NUR ASMAH HUSSIN)\nMUAT TURUN / EDIT VERSI DOC. (FORMAT MICROSOFT WORD):\nSurat-Rayuan-Kolej-ContohDownload\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berhubung unit kemudahan Kolej UiTM, sila hubungi :\nUnit Kemudahan KolejAras 3, Kompleks BudisiswaUniversiti Teknologi MARA40450 Shah Alam, SelangorTel: (+603) 5544 3520Faks: (+603) 5544 3221Emel:\u00a0[email\u00a0protected]Whatsapp Business :\u00a0https://wa.me/message/ULX73D2HNRSJC1\nPortal Rasmi NRHome UiTM : https://nrhome.uitm.edu.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-pahang/", "title": "Biasiswa Yayasan Pahang 2022: Syarat, Permohonan & Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang tahun 2022 untuk Tingkatan 1 dan 4 kini dibuka. \nMelalui biasiswa ini, murid berpeluang mendapat bayaran RM600 setahun bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah RM600 setahun. \nBerikut adalah cara membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang (BSM)\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang?\nBiasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.\nKeutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.\nMulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan daripada kadar RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap Januari dan Mei.\n\nJika anda mempunyai anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti, anda juga boleh membuat permohonan BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Ibu atau bapa warganegara Malaysia.Pemohon / ibu / bapa lahir di negeri PahangJika pemohon / ibu / bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulumPemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahajaPendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.\nBaca juga: Tawaran Biasiswa Yayasan UMP Bagi Program Sarjana\nCara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang (BSM)\nBorang permohonan hanya boleh didapati di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). \nMurid wajib mengisi dan menyerahkan borang 1.0 / 2.0 kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod dan simpanan.\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.\nMaklumat Lanjut\nSila layari laman web www.yp.org.my untuk mendapatkan info serta maklumat lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tempoh-kuarantin-terkini/", "title": "Tempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOP Baharu Tempoh Kuarantin Terkini Bagi Kontak Rapat & Individu Positif Covid-19 Berkuat Kuasa 1 Mei 2022\nTERKINI : Individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan (HSO) sekiranya telah disahkan negatif melalui RTK kendiri yang diselia oleh pengamal perubatan pada hari ke-4 (Jika positif, masih perlu melengkapkan 7 hari kuarantin). \nPelepasan automatik akan diberikan selepas 7 hari jika tidak menjalani kuarantin.\nBerapa lama tempoh kuarantin kalau jadi kontak rapat atau positif Covid-19? Dan bagaimana prosedur pelepasan kuarantin jika negatif selepas 4 hari?\nRujuk info terkini yang dikongsikan di bawah.\n\n\n\n\n\n\nRujuk tempoh kuarantin terkini bagi kontak rapat dan kes positif dalam jadual di bawah:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Kuarantin Terkini (1 Mei 2022)\n\n \nProsedur Ujian dan Pelepasan Untuk Kes Positif Covid-19 Mulai 1 Mei 2022\n\n \nTEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF\n\n \nTEMPOH KUARANTIN BAGI KONTAK RAPAT\n\n \nTiada Lagi Kuarantin Untuk Kontak Rapat Yang Tidak Bergejala Tanpa Mengira Status Vaksinasi\n\n \nLangkah-langkah Pencegahan\n\n\nTempoh Kuarantin Terkini (1 Mei 2022)\nKementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan tempoh kuarantin seperti berikut:\nProsedur Ujian dan Pelepasan Untuk Kes Positif Covid-19 Mulai 1 Mei 2022\nTEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF\nBerkuatkuasa 1 Mei 2022, tempoh kuarantin untuk indidivu positif Covid-19 dikurangkan kepada 4 hari\nBerikut dikongsikan prosedurnya:\nJalani ujian RTK-Ag Covid-19 yang diselia (fizikal atau maya) pada Hari ke-4 kuarantinKeputusan ujian akan dimuat naik dalam MySejahtera oleh pengamal perubatanJika keputusan negatif dengan keputusan yang telah dikemaskini dalam MySejahtera, pesakit boleh menamatkan kuarantinJika keputusan positif, pesakit mesti melengkapkan 7 hari kuarantinTiada ujian lanjut diperlukan selepas hari ke-7\n\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\nTEMPOH KUARANTIN BAGI KONTAK RAPAT\nKontak Rapat Tanpa Mengira Status Vaksinasi\n\n\nA) BERGEJALA\nDigalakkan untuk kuarantin kendiriDigalakkan melakukan ujian RTK-Ag kendiri pada hari gejala bermula dan hari ketigaJika keputusan ujian RTK-Ag kendiri adalah negatif dan gejala berkurangan, boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan\nB) TIDAK BERGEJALA\nTIDAK PERLU KUARANTIN Tidak perlu melakukan ujian RTK-AgAmalkan langkah pencegahan dalam tempoh 5 hari dari hari terakhir pendedahan kepada kes positif COVID-19\nSumber: Public Health Malaysia\nTiada Lagi Kuarantin Untuk Kontak Rapat Yang Tidak Bergejala Tanpa Mengira Status Vaksinasi\nDalam Sidang Media Kementerian Kesihatan (KKM) 24 Februari 2022 sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan mengenai pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19.\nKontak rapat kepada kes COVID-19 yang tidak bergejala dan dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas serta telah menerima dos penggalak, kontak rapat yang tidak bergejala tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian (HSO).\n\nDalam protokol terkini berkuatkuasa 22 April 2022, Kementerian Kesihatan mengumumkan kontak rapat kes Covid-19 yang tidak bergejala kini tidak perlu lagi menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka.\nBaca juga: Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In\nLangkah-langkah Pencegahan\nSentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumahElakkan berada di tempat yang sesakMemastikan pengudaraan yang baikElakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggiMembuat perjalanan yang penting (essential) sahaja\nBaca juga: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkss-penjaja-8-0/", "title": "BKSS Penjaja 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBKSS 8.0 Penjaja: Geran Bantuan One-off Peniaga Kecil RM1000\nSeperti yang diumumkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg, terdapat 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri\u00a0Abang Johari Abang Openg\u00a0telah mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan \u201cPemulihan Sosioekonomi Rakyat\u201d dengan perbelanjaan sebanyak RM285.47 juta pada Jumaat, 28 Januari 2022.\nSalah satu inisiatif dalam BKSS 8.0 ini adalah bantuan untuk penjaja / peniaga kecil, iaitu Geran Bantuan Tunai Secara One-off berjumlah RM1000.\nDi sini kami kongsikan maklumat selanjutnya tentang bantuan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Geran BKSS 8.0 Peniaga / Penjaja?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKadar Bayaran Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nKaedah Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0\n\n\nApakah Geran BKSS 8.0 Peniaga / Penjaja?\nBantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0)\u00a0adalah bantuan untuk peniaga kecil dan penjaja yang terkesan akibat PKP dalam tempoh pandemik.\n7 INISIATIF BKSS 8.0 (2022)\nLANGKAH 1: Diskaun bil elektrikLANGKAH 2: Diskaun bil airLANGKAH 3: Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)LANGKAH 4: Pengecualian Bayaran Sewa Kepada Pengusahan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Badan Berkanun & GLC NegeriLANGKAH 5: Diskaun 50% Sewa Pasar & KedaiLANGKAH 6 : Insentif one-off kepadaPengusaha, penambang, pengendali vanPemandu teksiPengendali van dan bas sekolah di SarawakLANGKAH 7 : ONE-OFF GERAN KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELALUI SARAWAK PAY\n\nSyarat Kelayakan\nAntara syarat kelayakan adalah penjaga dan peniaga kecil tidak berlesen mestilah di kalangan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri ini berumur 18 tahun dan ke atas.\n\n\n\n\n\n\nBagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengekstrak maklumat mereka terus dari sistem perlesenan yang ada.\nPemohon yang layak adalah seperti berikut:\nGerai makanan;Pasar;Kedai kampung / kedai terpencil;Barber / salun rambut;Kantin (pemilik individu)\nOrang ramai diseru untuk memastikan maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran permohonan adalah tepat untuk memudahkan proses saluran bantuan.\nKadar Bayaran Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0\nPenerima akan dibayar sejumlah RM 1,000 secara one-off melalui SarawakPay.\nTarikh Bayaran\nMenurut DayakDaily, bantuan BKSS untuk penjaja bagi tahun 2022 ini telahpun dilancarkan pada 7 Februari 2022 yang lalu, di mana 15 orang penjaja dan peniaga kecil telah menerima Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0 RM1,000 di sebuah majlis bertempat di Hotel UCSI Kuching.\nTerkini, difahamkan sudah ada pengguna media sosial menerima bantuan ini yang dikreditkan melalui SarawakPay pada 3 Mac 2022.\n\n\nInfo media dari sosial Facebook oleh Azira Drahman: https://www.facebook.com/azira.drahman.14/posts/494101518986955\nKaedah Bayaran\nBayaran RM1000 yang diperuntukkan bagi setiap penjaja / peniaga kecil akan dibayar melalui SarawakPay @ Spay.\nBagi pemohon yang lulus menerima bantuan BKSS Penjaja, di sini disertakan langkah-langkah untuk memindahkan wang dari akaun SarawakPay ke akaun bank anda ;\n\n\n\n\n\n\nSumber info : Majlis Daerah Sri Aman (MDSA)\nBaca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022\nMaklumat Lanjut Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0\nUntuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila rujuk ke laman web rasmi Kerajaan Sarawak di pautan berikut:\na)\u00a0 \u00a0\u00a0 Laman Sesawang Rasmi : http//talikhidmat.sarawak.gov.my atau https://sarawak.gov.my/\nb)\u00a0 \u00a0\u00a0 Talian Telefon : 555999 (talian tetap seluruh Sarawak).\u00a0 Untuk pengguna telefon mudah alih,\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 sila dial \u00a0082-555999\nc)\u00a0 \u00a0\u00a0 Pesanan Ringkas (SMS) :\u00a0 Taip 555999 hantar dan hantar ke 62999\nd)\u00a0 \u00a0\u00a0 Laman Mobile :\u00a0https://w555999.sarawak.gov.my\ne)\u00a0 \u00a0\u00a0 Faksimili : 082-555888\nf)\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 Emel :\u00a0[email\u00a0protected]\ng)\u00a0 \u00a0\u00a0 Surat kepada :\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0PASUKAN PENGURUSAN TALIKHIDMAT\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Ketua Menteri\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tingkat 3, Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-harijadi-kanak-kanak/", "title": "15 Pilihan Hadiah Untuk Harijadi Kanak-Kanak Lelaki Yang Menarik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSambutan harijadi akan menjadi salah satu perkara yang akan dikenang oleh seorang kanak-kanak. Tidak kiralah untuk kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Biasanya, hadiah untuk kanak-kanak diberikan mengikut jantina untuk kesesuaian mereka.\u00a0\n\nPemberian hadiah untuk harijadi kanak-kanak sebaiknya haruslah berguna serta meninggalkan kenangan yang manis untuk si kecil. Jadi, sekiranya anda sedang mencari hadiah yang sesuai, berikut kami kongsikan beberapa pilihan hadiah untuk harijadi kanak-kanak yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki.\nJom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n15 Pilihan Hadiah Untuk Harijadi Kanak-Kanak Lelaki\n\n \n1. Tabung\n\n \n2. Set Lego\n\n \n3. Set Alat Tulis\n\n \n4. Buku Elektronik Mommy Hana\n\n \n5. Meja Belajar\n\n \n6. Skuter Mini\n\n \n7. Puzzle\n\n \n8. Botol Air\n\n \n9. Kolam Mini\n\n \n10. Trampoline\n\n \n11. Sejadah Digital Kanak-kanak\n\n \n12. Set Gelongsor Mini\n\n \n13. Komik\n\n \n14. Set Pensil Warna\n\n \n15. Beg Sekolah Kanak-kanak\n\n\n15 Pilihan Hadiah Untuk Harijadi Kanak-Kanak Lelaki\n1. Tabung\nAmalan yang baik perlu ditanamkan sejak daripada kecil, contohnya seperti amalan menabung.\u00a0 Oleh itu, anda boleh menghadiahkan tabung untuk hari jadi mereka. \nPilih tabung yang mempunyai corak menarik ataupun lukisan kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak untuk menggalakkan lagi mereka agar lebih berminat untuk menabung.\nTabung: https://shopee.com.my/tcchang/9971562337\n2. Set Lego\nPermainan Lego mempunyai banyak kelebihan untuk kanak-kanak tidak kira lelaki ataupun perempuan. Ia mampu melatih kemahiran berfikir, kemahiran mengetahui pelbagai jenis bentuk, mengenali warna serta membantu mengembangkan lagi kreativiti kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis rekabentuk lego yang anda boleh pilih mengikut umur ataupun kesukaan anak anda.\u00a0\nSet lego: https://shopee.com.my/jollybee.my/4183440239\n3. Set Alat Tulis\nSekiranya kanak-kanak tersebut sudah mula bersekolah, anda pertimbangkan untuk memberikan set alat tulis sebagai hadiah hari jadi. Set alat tulis ini boleh digunakan untuk di sekolah sekaligus membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa. \n\n\n\n\n\n\nBiasanya dalam satu set lengkap, terdapat pelbagai item yang disertakan sekali seperti pemadam, pengasah, pensel, pembaris dan sebagainya. \nSet alat tulis: https://shopee.com.my/vc_art_stat/4647586206\n4. Buku Elektronik Mommy Hana\nBuku elektronik keluaran mommy Hana adalah antara buku yang sangat sesuai untuk pembelajaran awal kanak-kanak. Buku elektronik ini mampu menarik minat kanak-kanak untuk membaca dan menyukai buku.\u00a0\nHal ini kerana, Buku ini mempunyai ilustrasi bergambar yang menarik serta bunyi yang dapat menarik perhatian kanak-kanak sekaligus membantu untuk mengelakkan ketagihan gadget.\nBuku elektronik Mommy Hana: https://shopee.com.my/yusliasuhana/4241655129\n5. Meja Belajar\nBagi menggalakkan kanak-kanak suka belajar,\u00a0 anda boleh hadiahkannya sebuah meja belajar. Terdapat pelbagai jenis meja belajar yang anda boleh pilih mengikut warna kesukaan anak anda. Dengan adanya meja\u00a0 belajar, ia dapat melatih kanak-kanak untuk fokus dan berdisiplin ketika belajar.\u00a0\nMeja belajar: https://shopee.com.my/llperfect/5791360307\n6. Skuter Mini\nUntuk kanak-kanak lelaki yang lasak, skuter mini memang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah. Pastikan anda beli alat keselamatan seperti helmet, pad lutut dan tangan, dan sebagainya juga. Bermain skuter boleh membantu meningkatkan koordinasi anak anda serta melatih keberaniannya.\u00a0\nSkuter mini: https://shopee.com.my/bubustore88/11755031392\n7. Puzzle\nSetiap anak mempunyai personaliti diri yang tersendiri. Sekiranya anak anda seorang yang suka mencuba dan pantang menyerah, anda boleh hadiahkan sebuah set puzzle untuknya. \nBermain puzzle sangat baik untuk melatih kesabaran, merangsang kemahiran berfikir serta cara untuk menyelesaikan masalah. Biasanya, puzzle sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas.\u00a0\nPuzzle: https://shopee.com.my/mamakiddy/5657135522\n8. Botol Air\nSetiap kanak-kanak digalakkan untuk membawa air sendiri apabila pergi ke sekolah. Sehubungan dengan itu, botol air adalah merupakan salah satu item yang diperlukan. \nAnda boleh hadiahkan sebuah botol air yang sesuai untuk kanak-kanak contohnya botol air yang mempunyai straw dan pemegang yang kukuh. Anda juga boleh pilih botol air yang mempunyai corak yang menarik ataupun ilustrasi kartun kegemaran anak anda.\u00a0\nBotol air: https://shopee.com.my/golittledeer/14686248969\n9. Kolam Mini\nDengan adanya kolam mini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membawa anak anda pergi bermandi-manda di luar rumah. Keselamatan anak-anak juga akan lebih terjamin. Oleh itu, hadiahkanlah anak anda dengan sebuah kolam mini yang mudah dibawa ke mana-mana dan mudah untuk digunakan.\u00a0\nKolam mini: https://shopee.com.my/wiseparadiseonline/4682812005\n10. Trampoline\u00a0\nBagi kanak-kanak yang suka memanjat ataupun melompat,\u00a0 trampoline adalah merupakan pilihan hadiah yang terbaik. Pastikan anda memilih trampolin yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk anak anda.\nTrampoline: https://shopee.com.my/mamakiddies/98498195\n11. Sejadah Digital Kanak-kanak\nBagi menggalakkan kanak-kanak belajar menunaikan solat, Anda boleh hadiahkan mereka sejadah digital yang membantu kanak-kanak belajar solat dengan lebih mudah. Dengan suara atau audio yang jelas dan mudah diikuti, kanak-kanak akan mudah memahami dan menghafal.\nSejadah digital kanak-kanak: https://shopee.com.my/alqurandigitaliqra/6534917430\n12. Set Gelongsor Mini\nSet gelongsor mini adalah merupakan salah satu pilihan idea yang terbaik untuk hari jadi kanak-kanak lelaki. Anda tidak perlu lagi risau untuk membawa anak-anak anda pergi ke taman permainan. Mereka boleh bermain sepuas hati dan pada bila-bila masa.\u00a0\nSet gelongsor mini: https://shopee.com.my/babykitty2020/5244508503\n13. Komik\nUntuk kanak-kanak yang sudah boleh membaca, anda boleh mempertimbangkan untuk memberikan mereka komik sebagai hadiah harijadi. \nMembaca komik dapat membantu menerapkan nilai murni,\u00a0 menambah imaginasi, menambah kosa kata dan sebagainya. Antara pilihan komik kanak-kanak yang popular ialah komik Ejen Ali (mempunyai 23 siri).\u00a0\nKomik Ejen Ali: https://shopee.com.my/kualitibooks/3735951661\n14. Set Pensil Warna\nBagi membantu mengembangkan kreativiti dan membolehkan kanak-kanak belajar mengenali warna secara tidak langsung, anda boleh hadiahkan mereka sebuah set pensil warna. \nAnda boleh pilih set pensil warna yang mempunyai lebih 12 warna untuk memberi lebih kepuasan dalam mewarna. Harga untuk satu set pensil warna juga sangat berpatutan dan mampu milik.\u00a0\nSet pensil warna: https://shopee.com.my/kidsventure/8998023564\n15. Beg Sekolah Kanak-kanak\nBeg sekolah adalah merupakan barang keperluan untuk kanak-kanak yang sudah bersekolah. Anda boleh membantu meringankan beban ibu bapa dengan menjadikan beg sekolah sebagai hadiah harijadi. Kira macam 2 in 1 lah. Jadi, tak perlu lagi beli beg sekolah bila diperlukan nanti. \nBeg sekolah: https://shopee.com.my/happyparcel/10700567602\nAkhir kata, semoga hadiah yang anda berikan memberi manfaat kepada penerimanya!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lagu-negeri-kelantan/", "title": "Lagu Negeri Kelantan: Sejarah, Lirik, Audio & Video", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelamat Sultan\u201d merupakan tajuk lagu rasmi negeri Kelantan Darul Naim.\nLagu ini biasanya dinyanyikan di acara-acara rasmi kerajaan negeri Kelantan.\nMalah, para pelajar di sekolah rendah juga sudah didedahkan dengan lagu ini dimana mereka akan menyanyikan lagu ini disamping lagu Negaraku ketika waktu perhimpunan pagi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLirik Lagu Negeri Kelantan\n\n \nSejarah\n\n \nVideo & Audio\n\n\nLirik Lagu Negeri Kelantan\n\nBerikut merupakan lirik penuh lagu negeri Kelantan:\n\n\n\n\n\n\nLanjutkan Usia Al-Sultan KamiSultan Kelantan Raja IkramiAman Sentosa Tuhan SiramiKekal Memerintah KamiKasih Dan Taat Setia DisembahkanKeriangan DiucapkanSegala Kebesaran Allah CucurkanBertambah Kemuliaan\nArtikel menarik: e-Qaryah : Permohonan Nikah Kelantan & Borang Online\nSejarah\nHaji Mohamed bin Mohamed Saaid, yang mana merupakan Ketua Pancaragam PDRM Kelantan pada ketika itu, diperintahkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni al-Marhum Sultan Muhammad ke-IV supaya menggubah irama lagu untuk dimainkan ketika sambutan hari keputeraan Baginda pada 5 Julai 1927.\nTiga tahun berikutnya yakni pada tahun 1930, Mahmood bin Hamzah, yang mana merupakan Setiausaha Negeri Kelantan pada ketika itu, menggubah seni kata bagi lagu tersebut, justeru melengkapkannya sebagai lagu negeri.\nPencipta lagu ialah Encik Abdul Aziz Abdullah, seorang guru pancaragam (Band Master) dalam Pasukan Polis Kelantan pada masa itu. \nManakala liriknya pula ditulis lapan tahun kemudian, iaitu pada tahun 1935, oleh Wan Ibrahim bin Wan Mustafa, seorang guru bahasa Melayu lepasan Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. \nSumber: Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan\nLagunya sehingga sekarang mengalami sedikit perubahan pada irama dan rentak manakala lirik kekal terpakai sehingga sekarang.\nLagu ini dimainkan pada majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan negeri atau agensi kerajaan negeri, terutamanya di majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.\nArtikel berkaitan: KelantanPay: Daftar dan Buat Pembayaran Online\nVideo & Audio\n\n\n\nSekiranya anda belum pernah mendengar lagu ini, sila tonton video di atas untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.\nArtikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ezbiz-ssm-online/", "title": "Cara Daftar SSM Online Untuk Perniagaan Enterprise (ezBiz)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKepada anda yang baru memulakan perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh mendaftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM online.\nBerikut dikongsikan cara buka perniagaan Enterprise atau Tunggal secara online sahaja.\nLebih cepat dan mudah!\nJom ketahui lebih lanjut tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar perniagaan anda.\nBaca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM\n\n \nSyarat Pendaftaran Perniagaan\n\n \nCara Daftar ezBiz SSM Online\n\n \nPendaftaran EzBiz Online Melalui Panggilan Video\n\n \nBayaran Pendaftaran ezBiz SSM\n\n \nPanduan Memilih Nama Perniagaan\n\n \nCara Renew SSM Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPerniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM\nMenurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). \n\n\n\n\n\n\nIni bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh didaftarkan.\nPerniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan danbentuk perniagaan adalah seperti berikut:\nPerniagaan Milik Tunggal \u2013 perniagaan dimiliki sepenuhnya olehseorang pemilik.Perniagaan Perkongsian \u2013 perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi\nSyarat Pendaftaran Perniagaan\nPemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk TetapPemilik mestilah berumur 18 tahun ke atasPemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.\nLain-lain panduan / syarat yang berkaitan:\nPendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.\nBaca juga : Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semak Permohonan & Tarikh Bayaran\nCara Daftar ezBiz SSM Online\nCara register SSM adalah melalui prosedur berikut:\nLayari laman web\u00a0https://ezbiz.ssm.com.my/Sila tekan butang\u00a0SIGN UP untuk pengguna kali pertama.Pada ruangan\u00a0ID TYPE, pilih\u00a0NRIC iaitu kad pengenalan.Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.Tekan butang REGISTER.Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION. Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:a) Nama perniagaanb) Tarikh permulaan perniagaanc) Alamat utama perniagaand) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)e) Maklumat pemilik dan rakan kongsif) Jenis perniagaan yang akan dijalankang) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.\nRujuk infografik di bawah:\n\n\n\nBaca juga: einfo SSM : Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia\nPendaftaran EzBiz Online Melalui Panggilan Video\nTahukah anda?\nPengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online boleh dilaksanakan melalui panggilan video bermula 4 Mac 2022.\nIa merupakan kaedah tambahan bagi pengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online untuk pendaftaran pengguna yang baharu.\n\nBerikut dikongsikan cara membuat pengesahan pengguna melalui perkhidmatan EzBiz Online melalui panggilan video.\nPerkhidmatan Pengesahan Melalui Panggilan Video Merupakan Kaedah Tambahan Bagi Pengesahan Pengguna Ezbiz Online Untuk Pendaftaran Pengguna Yang Baharu\n\nSila ikuti langkah berikut:\n\n\n\n\n\nBayaran Pendaftaran ezBiz SSM\nFi / bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM adalah seperti berikut:\nPerniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan \u2013 RM30.00.Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred \u2013 RM60.00.Pendaftaran cawangan \u2013 RM5.00 setiap cawangan.Cetakan Maklumat Perniagaan \u2013 RM10.00\n\nPanduan Memilih Nama Perniagaan\nPendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama \u2018Tred\u2019.\nAnda boleh juga menyemak sama ada nama perniagaan sudah didaftaran atau tidak di portal MyData SSM.\nNama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l MutusamyNama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.\nRujuk selanjutnya Panduan Daftar Nama Perniagaan oleh SSM.\nCara Renew SSM Online\nSekiranya perniagaan Enterprise anda sudah tamat tempoh dan anda berminat untuk memperbaharuinya secara online, sila rujuk artikel Cara Renew SSM Secara Online ini.\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumbalas mengenai cara daftar SSM boleh dikemukakan melalui:\nMENARA [email\u00a0protected]No 7, Jalan Stesen Sentral 5\u200bKuala Lumpur Sentral50623 Kuala Lumpur.\nPusat Panggilan SSMTel: 03-7721 4000Faks: 03-7721 4001Emel : [email\u00a0protected]\u200b\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cims-miti-3-0/", "title": "CIMS MITI: Semakan Status & Pendaftaran Syarikat Beroperasi PKP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam tempoh PKP yang diumumkan di seluruh negara, terdapat sektor-sektor yang masih boleh beroperasi namun perlu didaftarkan di sistem CIMS 3.0 MITI.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang CIMS 3.0 dan cara membuat pendaftaran bagi sektor yang dibenarkan beroperasi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MITI?\n\n \nApakah CIMS MITI?\n\n \nCara Pendaftaran / Permohonan Beroperasi\n\n \nSemakan Status\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MITI?\nPada April 1956, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah ditubuhkan dengan ibu pejabat di Pejabat Kerajaan di Jalan Raja.\nKementerian ini kemudiannya telah ditukar kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada Februari 1972. \nPada 27 Oktober 1990, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian berpecah kepada 2 Kementerian berasingan iaitu:\n\n\n\n\n\n\nKementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI); danKementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN).\nApakah CIMS MITI?\nCOVID19 Intelligent Management System (CIMS) adalah sebuah sistem pengisytiharan syarikat yang membolehkan pendaftaran secara sukarela oleh majikan.\nMelalui sistem ini, pengguna boleh memohon surat kebenaran untuk beroperasi berdasarkan sektor-sektor yang dibenarkan oleh kerajaan dalam tempoh PKP.\nSektor-sektor yang boleh berdaftar di CIMS 3.0 adalah:\nPerkilangan dan Perkhidmatan berkaitannyaPerkhidmatan ProfesionalPeruncitan, pemborongan dan pengedaranPembinaaneDagangSukan\n\nBaca juga: Saf[email\u00a0protected] MITI: Pendaftaran & Insentif Pelepasan Cukai RM50,000\nCara Pendaftaran / Permohonan Beroperasi\nUntuk mendaftar, syarikat boleh mengikuti langkah berikut:\nLayari https://notification.miti.gov.myDaftar sebagai penggunaIsikan maklumat syarikatMohon surat kebenaran beroperasi\nRujuk video di sini:\nhttps://youtu.be/CGwCIak7xs8\nSemakan Status\nSetelah mendaftar, anda boleh membuat semakan status dan mencetak surat kelulusan beroperasi dalam tempoh PKP.\nBagi yang menerima status \u201cKebenaran Beroperasi Digantung\u201d, anda perlu mengikuti langkah berikut:\nSila periksa semula sama ada sektor yang anda nyatakan dibenarkan beroperasi atau tidak semasa PKP.Rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara untuk sektor yang dibenarkan beroperasi.Jika syarikat anda tidak tersenarai dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, maka permohonan akan digantung walaupun mengeluarkan status lulus.Jika berlaku kesilapan pendaftaran, sila pergi ke menu \u2018Pendaftaran Borang Notifikasi Baru\u2019.Sila isikan maklumat yang berkaitan dan rujuk selanjutnya dalam infografik di bawah.\n\n\nKami kongsikan juga di sini direktori kementerian & agensi mengikut sektor untuk membantu syarikat-syarikat mendapatkan pencerahan mengikut skop industri masing-masing. \nKlik pautan inihttps://bit.ly/2R9135d\nMaklumat Lanjut\nInfo penuh dan tatacara pendaftaran MITI boleh dirujuk melalui laman web rasmi berikut :\u00a0https://www.miti.gov.my/miti/\nIbu Pejabat MITI\nMinistry of International Trade and Industry Menara MITI, No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.\nTel : 603-8000 8000 | Faks : 03-6206 4693 | Emel : webmiti[at]miti.gov.my | Website : http://www.miti.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dpli-ukm/", "title": "DPLI UKM 2023 : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) UKM EKSEKUTIF 2023\nBERMINAT MENYERTAI PROFESION PERGURUAN?\nGuru merupakan suatu kerjaya profesional yang memerlukan kemahiran dan ilmu pedagogi yang tinggi. Justeru, di Malaysia, sebelum seseorang calon diserap masuk ke jawatan tetap perguruan, beliau perlu mempunyai diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan.\nSekiranya anda seorang graduan ijazah pertama yang berminat menjadi seorang guru tetapi tidak mempunyai kelayakan ikhtisas tersebut, anda masih berpeluang dilantik sebagai guru sekolah dengan mengikuti program DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah DPLI UKM?\n\n \nInfo Ringkas Permohonan / Pengajian\n\n \nLokasi Pengajian\n\n \nYuran Pengajian\n\n \nKaedah Bayaran Yuran Pengajian\n\n \nTarikh Ambilan DPLI UKM 2023\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah DPLI UKM?\nProgram DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. \nAntara keistimewaan program ini, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.\nProgram Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial. \nKesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarakan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLIE) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).\n\nDi Fakulti Pendidikan di bawah kelolaan UKMShape dan KSBB yang terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma. \nMungkin ini peluang terakhir yang membolehkan anda untuk menjadi warga pendidik dengan kadar yuran berpatutan. Fakulti Pendidikan kini membuka tawaran kemasukan ke Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah bagi kemasukan ambilan 2023.\n\n\n\n\n\n\nKELEBIHAN PROGRAM DPLI EKSEKUTIF UKM\nYuran Pengajian berpatutanDijalankan semasa cuti persekolahanJangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggiPengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)\nInfo Ringkas Permohonan / Pengajian\nPemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.Tiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.Tiada had umur permohonan.\u00a0\u00a0\nStruktur:\u00a0Kerja Kursus & Praktikum (Rujuk Jadual Kursus Mengikut Semester)\n\nLokasi Pengajian\nUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, SelangorInstitut Pendidikan Guru Kota Bharu, KelantanInstitut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, SarawakUCSF Kota Kinabalu, Sabah\n*NOTA PENTING: Kampus utama untuk kelas bersemuka adalah di UKM Bangi, Selangor. Bagi lokasi lain, kelas bersemuka hanya akan dibuka berdasarkan bilangan pelajar di kawasan tersebut. Jika bilangan pelajar tidak mencukupi, kelas hanya akan dijalankan di kampus UKM Bangi, Selangor.\u00a0\nYuran Pengajian\nYURAN PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UKM\u00a0 EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH ADALAH SEBANYAK RM 10,200.00\nSEMESTER 1 (RM 3500)\nBAYARAN PERTAMA :\u00a0RM 1500\u00a0SEBELUM 02 SEPTEMBER 2022\nBAYARAN KEDUA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 OKTOBER 2022\nBAYARAN KETIGA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 NOVEMBER 2022\nSEMESTER 2 (RM 3500)\nBAYARAN PERTAMA :\u00a0RM 1500\u00a0SEBELUM 25 FEBRUARI 2023\nBAYARAN KEDUA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 MAC 2023\nBAYARAN KETIGA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 APRIL 2023\nYURAN SEMESTER 3 (RM 3200)\nBAYARAN PERTAMA :\u00a0RM 1200\u00a0SEBELUM 25 OGOS 2023\nBAYARAN KEDUA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 SEPTEMBER 2023\nBAYARAN KETIGA :\u00a0RM 1000\u00a0SEBELUM 25 OKTOBER 2023\nKaedah Bayaran Yuran Pengajian\nPembayaran yuran pengajian boleh dilakukan dengan cara:\nPORTAL PELAJAR (SISTEM PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN):\u00a0https://pay.diploma.lmsmalaysia.edu.my/\nLOG MASUK\u00a0\u2013\u00a0rujuk email peribadi\u00a0yang sama diisi seperti dalam borang permohonan\u00a0bagi mendapatkan maklumat\u00a0ID dan KATA LALUAN.\nSebarang pertanyaan berkaitan yuran pengajian, sila emel\u00a0[email\u00a0protected]\nTarikh Ambilan DPLI UKM 2023\nPermohonan DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah Ambilan September 2023 kini dibuka.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023.\u00a0\nCara Permohonan\nUntuk memuat turun borang permohonan, sila layari pautan berikut untuk mengisi borang online :\nhttps://koperasisiswazah.com/cara-permohonan-dplie/ \n\nBorang Permohonan boleh dihantar secara\u00a0EMEL (DIGALAKKAN)\u00a0atau\u00a0POS:\n1.\u00a0Emel:\u00a0Borang permohonan berserta dokumen (rujuk senarai semakan) dalam\u00a0BENTUK PDF\u00a0perlu diemelkan ke:\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0\nPastikan diletakkan juga maklumat ini di kandungan emel anda:\nNama PenuhNo Kad PengenalanAlamat EmelNo Telefon\n(BORANG PERMOHONAN YANG DIHANTAR SECARA EMEL BOLEH MEMPERCEPATKAN LAGI\u00a0 PROSES PENDAFTARAN DAN PENILAIAN PERMOHONAN ANDA)\n2.\u00a0Pos: Kepilkan\u00a0slip bayaran\u00a0bersama dokumen yang dipos.\nBorang Permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu\u00a0diposkan ke alamat:\nKoperasi Siswazah Bangi Berhad,Paras 1, Bangunan Pentadbiran,Kolej Keris Mas,Universiti Kebangsaan Malaysia43600, Bangi, Selangor\nSebarang pertanyaan berkaitan Program DPLI Eksekutif UKM (Mod Cuti Sekolah), sila hubungi:\nKoperasi Siswazah Bangi Berhad: +6018-2290929\nPuan Aimi Amalina: +6018-2099650\nCik Ahlam Mohd Kamel: +6014-9244386\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, jangan lupa untuk klik \u201clike\u201d pada laman Facebook Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan sertai group Telegram Intake 2023 untuk memudahkan interaksi antara urusetia program dan bakal pelajar di pautan GROUP TELEGRAM PROGRAM DPLI UKM EKSEKUTIF 2023 :\u00a0KLIK SINI\nSila ikuti info terkini melalui group Telegram/ Facebook / Website (https://koperasisiswazah.com/).\nBaca juga: \nDPLI UPSI : Permohonan Kemasukan 2023PGDE UUM : Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/parti-pejuang/", "title": "Parti Pejuang Tanahair : Sejarah, Organisasi & Calon PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPejuang Tanahair yang turut dikenali sebagai Parti Pejuang merupakan parti politik yang berada di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir. Ia juga merupakan salah satu parti daripada empat parti yang bergabung di bawah Gerakan Tanah Air.\nSempena pilihanraya umum ke-15 yang bakal berlangsung tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan beberapa informasi mengenai Parti Pejuang.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Perjuangan\n\n \nMaksud Logo Parti Pejuang\n\n \nREKABENTUK\n\n \nTIGA TITIK DI ATAS\n\n \nPERISAI\n\n \nJAWI\n\n \nGabungan Parti Pejuang Dalam PRU15 / Gerakan Tanah Air (GTA)\n\n \nOrganisasi Kepimpinan Pejuang\n\n \nSenarai Calon PRU15 Parti Pejuang\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSejarah Perjuangan\nPEJUANG ditubuhkan selepas bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, Dato\u2019 Amiruddin Hamzah, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik digugurkan keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 28 Mei 2020.\nWalaupun sudah didaftarkan sekitar Ogos 2020, namun Parti PEJUANG hanya diluluskan secara rasmi pada 8 Julai 2021 sebagai parti politik yang sah di Malaysia atas beberapa halangan.\nParti Pejuang akan mengunakan logo huruf jawi \u201cPa\u201d yang berbentuk seakan-akan perisai berserta tiga titik di atasnya dan mempunyai tulisan \u201cPEJUANG\u201d di bawahnya.\n\nMaksud Logo Parti Pejuang\nREKABENTUK\nLambang berbentuk huruf jawi \u201cPa\u201d yang berbentuk seakan-akan perisai berserta tiga titik di atasnya dan mempunyai tulisan \u201cPEJUANG\u201d berwarna hitam di bawahnya. Warna lambang parti adalah biru pantone.\nTIGA TITIK DI ATAS\nHidup ini asasnya bertunjangkan rukun yang dijunjung. Sebagai muslim dua rukun utama iaitu Rukun Iman, Rukun Islam dan sebagai rakyat Malaysia kita juga mesti menjunjung Rukun Negara. Maka lengkaplah perlambangan sebuah parti yang mempunyai asas yang amat kukuh. Antara lain, tiga perkara utama perjuangan politik PEJUANG ialah sentiasa berpandukan prinsip Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, dan Islam sebagai Agama Persekutuan.\nPERISAI\nPerisai adalah simbolik kepada pelindung, pertahanan dan para pejuang parti yang sentiasa sedia berkhidmat untuk masyarakat dan negara. Perisai PEJUANG ini secara khusus akan bertindak mempertahankan maruah Melayu dan rakyat Malaysia.\nJAWI\nJawi dan Melayu boleh dikatakan sebagai satu dan huruf jawi dipilih kerana ia amat sinonim dengan Melayu. Huruf jawi \u201cPa\u201d yang disusun gaya moden agar sentiasa bersesuaian dengan suasana negara, generasi era alaf baru dan masa depan. Penggunaan huruf Jawi (mewakili Melayu) juga selari dengan tujuan penubuhan dan keahlian parti PEJUANG khusus untuk Melayu yang bersifat inklusif dan moderat.\nBaca Juga : [RASMI] Senarai Calon GTA \u2013 Parti Pejuang Tanah Air Bagi PRU15\nGabungan Parti Pejuang Dalam PRU15 / Gerakan Tanah Air (GTA)\nKerajaan tidak meluluskan Gerakan Tanah Air (GTA), maka oleh itu GTA terpaksa mengguna Parti Pejuang Tanah Air sebagai gantinya dalam PRU 15.\nMenurut Pengerusinya, Tun Dr Mahathir bin Mohamad Gerakan Tanah Air ditubuhkan untuk melindungi dan memaju orang Melayu. Gerakan akan kembali kepada perjuangan asal UMNO.\n\n\n\n\n\n\nKerajaan GTA didakwa mampu memulihkan negara dan memajukan orang Melayu seperti UMNO dahulu kerana tumpuan mereka bukan untuk dapat tempat untuk diri sendiri tetapi untuk memulih politik, ekonomi dan kewangan negara, di samping mengatasi kemiskinan yang melemahkan ekonomi Melayu sehingga menjual tanah air mereka.\nGTA menggunakan Parti Pejuang dalam PRU 15 ini kerana Kerajaan tidak melulus pendaftaran GTA. Tetapi Pejuang seperti juga GTA adalah Gerakan Rakyat Melayu yang prihatin akan masalah orang Melayu yang tidak dipedulikan oleh UMNO.\nSumber : DR MAHATHIR BIN MOHAMAD\nOrganisasi Kepimpinan Pejuang\nPengerusi \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad\nPresiden \u2013 Mukhriz Mahathir\nTimbalan Presiden \u2013 Marzuki Yahya\nSetiausaha Agung \u2013 Amiruddin Hamzah\nBendahari \u2013 Dr Shahrudin Md Salleh\nKetua Penerangan \u2013 Ulya Husamudin\nKetua Pejuanita \u2013 Che Asmah\nKetua Pejuang Muda \u2013 Dr Abu Hafiz Salleh Hudin\nKetua Pejuanita Muda \u2013 Dr Nurul Ashikin Mabahwi\nPengerusi Biro Kebajikan \u2013 Abu Bakar Yahya\nPengerusi Biro Guaman \u2013 Mior Nor Haidir Suhaimi\nPengerusi Biro Ekonomi \u2013 Armin Baniaz Pahamin\nPengerusi Biro Perpaduan \u2013 Azman Mohd Hashim\nPengerusi Biro Penyelidikan \u2013 Akhramsyah Sanusi\nPengerusi Biro Agama \u2013 Ahamed Basheer Hussain\nPengerusi Biro NGO \u2013 Amir Khusyairi Mohamad Tanusi\nPengerusi Biro Latihan \u2013 Wan Azliana Wan Adnan\nPengerusi Biro Hubungan Antarabangsa \u2013 Tariq Ismail Mustafa\nPengerusi Biro Kepenggunaan \u2013 Afiqah Mohammad\nPengerusi Biro Hal Ehwal Sabah & Sarawak \u2013 Nicholas Sylvester @ Berry\nPengerusi Biro Perbendaharaan, Komunikasi & Multimedia \u2013 Nabil Nih Ramli\nAhli Jawatankuasa\nMohamad Nuhairi RahmatRuslin HassanSazmi MiahMohd Shaid RosliFyzul Adzwan Mustapha Kamal\nPengarah Jabatan Pilihanraya \u2013 Anas Hafiz Mustaffa \u00a0\u00a0\nSenarai Calon PRU15 Parti Pejuang\nCalon-calon yang bakal bertanding di bawah Parti Pejuang adalah seperti berikut :\nPerlis\nP.002 KANGAR \u2013 Nur Sulaiman Zolkapli\nP.003 ARAU \u2013 Abdul Razak Abdul Khalek\nKedah\nP.004 LANGKAWI \u2013 Tun Dr Mahathir MohamadP.005 JERLUN \u2013 Datuk Seri Mukhriz MahathirP.006 KUBANG PASU \u2013 Datuk Amiruddin HamzahP.007 PADANG TERAP \u2013 Razali Lebai SallehP.009 ALOR SETAR \u2013 Mohamad Nuhairi RahmatP.010 KUALA KEDAH- Ulya Aqamah HusamudinP.015 SUNGAI PETANI \u2013 Marzuki Yahya\nKelantan\nP.020 PENGKALAN CHEPA \u2013 Wan Ahmad Nasri Wan IsmailP.024 KUBANG KERIANG \u2013 Mohamad Rizal RazaliP.028 PASIR PUTEH\u00a0 \u2013 Wan Marzudi Wan OmarP.031 KUALA KRAI \u2013 Norashikin Che OmarP.032 GUA MUSANG \u2013 Dr. Samsu Adabi Mamat\nTerengganu\nP.033 BESUT \u2013 Wan Nazari Wan JusohP.034 SETIU- Wan Adnan Wan AliP.039 DUNGUN \u2013 Nur Aisah HassanP.040 KEMAMAN \u2013 Rosli Ab Ghani\nPerak\nP.058 BAGAN SERAI \u2013 Ahmad Luqman Ahmad Yahaya\u00a0P.059 BUKIT GANTANG \u2013 Mohd Shukri Mohd YusoffP.062 SUNGAI SIPUT \u2013 Ahmad Fauzi Mohd JaafarP.067 KUALA KANGSAR \u2013 Yusmalia Muhammad YusofP.069 PARIT \u2013 Faizol Fadzli MohamadP.072 TAPAH \u2013 Mior Nor Haidir SuhaimiP.074 LUMUT \u2013 Mazlan Abdul Ghani\nPahang\nP.079 LIPIS \u2013 Aishaton Abu BakarP.080 RAUB \u2013 Norkhairul Anuar Mohamed NorP.084 PAYA BESAR \u2013 Rosminahar Mohd AminP.085 PEKAN- Mohammad Radhi Abdul RazakP.087 KUALA KRAU \u2013 Shahruddin Mohamed Salleh\nSelangor\nP.094 HULU SELANGOR \u2013 Harumaini OmarP.096 KUALA SELANGOR- Mohd Shaid RosliP.107 SUNGAI BULOH \u2013 Mohd Akmal Mohd YusofP.108 SHAH ALAM- Muhammad Rafique Rashid AliP.101 HULU LANGAT \u2013 Markiman KobiranP.113 SEPANG \u2013 Datin Paduka Che Asmah IbrahimP.118 SETIAWANGSA \u2013 Bibi Sunita Sakandar KhanP.119 TITIWANGSA \u2013 Khairuddin Abu Hassan\nNegeri Sembilan\nP.128 SEREMBAN- Mohamad Jani Ismail\u00a0P.131 REMBAU \u2013 Ramly Awaluddin\nMelaka\nP.134 MASJID TANAH \u2013 Handrawirawan Abu BakarP.137 HANG TUAH JAYA \u2013 Sheikh Ikhzan Sheikh SallehP.139 JASIN \u2013 Mohd Daud Nasir\nJohor\nP.144 LEDANG \u2013 Rafidah RidwanP.149 SRI GADING- Mahdzir IbrahimP.150 BATU PAHAT \u2013 Nizam Bashir Abdul Kariem BashirP.154 MERSING \u2013 Nurfatimah IbrahimP.160 JOHOR BHARU \u2013 Mohd\u00a0 Akhiri Mahmood\nSabah\nP.167 KUDAT \u2013 Nur Alya Humairah Usun AbdullahP.168 KOTA MARUDU \u2013 Mohd Azmi ZulkifleeP.170 TUARAN \u2013 Muminin Kalingkong @ NorbinshaP.172 KOTA KINABALU \u2013 Roman LoP.175 PAPAR \u2013 Nicholas SylvesterP.179 RANAU \u2013 Azizul\u00a0 JulirinP.182 PERSIANGAN \u2013 Jamani Derimin @ GampalidP.183 BELURAN \u2013 Hausing Sudin @ SamsudinP.188 LAHAD DATU \u2013 Jani KulmenP.191 KALABAKAN \u2013 Nur Aini Abdul Rahman\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkembangan Parti Pejuang Tanah Air, sila ikuti laman Facebook rasminya dan layari laman web mereka di pautan https://pejuang.org.my/\nParti Pejuang Tanahair (PEJUANG), N-02-08, Blok N, Conezion Commercial Centre, Lebuhraya IRC3, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya\nTelefon : +603 7612 3388\nEmel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perutusan-khas-perdana-menteri-10-oktober-2022/", "title": "[LIVE] Perutusan Khas Perdana Menteri 10 Oktober 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan sebuah Perutusan Khas pada petang ini, 10 Oktober 2022 pada jam 3.00 petang.\nPerkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri melalui media sosial Facebook dan Twitter.\nDesas-desus sebelum ini menjangkakan dijangka perutusan itu dibuat bagi tujuan pembubaran Parlimen.\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut jadual hari ini, Ismail Sabri akan menghadiri Perhimpunan Agung MIC Di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 2.30 petang.\nSebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Ahad untuk memohon pembubaran Parlimen sejurus sebelum baginda berangkat ke London, pada malam Ahad.\nSementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, kemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.\nBeliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nParlimen Dibubarkan\n\n \n[LIVE] Perutusan Khas Perdana Menteri, 10 Oktober 2022\n\n\nParlimen Dibubarkan\nYang di-Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubar hari ini \u2013 PM Ismail SabriPM syor kerajaan negeri, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor bubar DUN pada tarikh sama, hari iniPRU: Tarikh hari penamaan calon, hari mengundi dan urusan lain berkaitan tertakluk keputusan SPRPembubaran dilaksana bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan pintu belakang dan tebuk atap\n[LIVE] Perutusan Khas Perdana Menteri, 10 Oktober 2022\nSaksikan Perutusan Khas Perdana Menteri ini secara langsung melalui media utama :\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=nXAM8khtqSQ\n\nRTM : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/1BERNAMA Live 24 Jam Astro Awani LIVE\nBaca juga: \nCara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR OnlineMySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eplks/", "title": "ePLKS: Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMajikan yang layak boleh mengambil peluang mengemukakan permohonan lanjutan\u00a0Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara dalam talian melalui ePLKS melalui bagi Program Rehiring seperti yang diumumkan oleh Jabatan Imegresen Malaysia (JIM).\nDengan lanjutan permit kerja ini, pekerja asing yang memegang PLKS boleh terus berkeja di Malaysia secara sah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat kelayakan permohonan lanjutan PLKS\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nProsedur permohonan PLKS\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nSyarat kelayakan permohonan lanjutan PLKS\nJabatan Imegresen telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk memohon lanjutkan PLKS ini antaranya:\npekerja dan majikan mestilah tidak melanggar apa-apa syarat pas yang dikeluarkan semasa penggajian di bawah Program Rehiring.Pekerja yang telah disenaraihitam adalah tidak layak untuk memohon lanjutan ini.Pekerja juga tidak boleh bertukar majikan atau sektor kecuali melalui kelulusan khas Kementerian Dalam Negeri (KDN)\nBagi yang layak, hanya majikan atau wakil majikan yang sah sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan ini secara dalam talian melalui ePLKS.\n\n\n\n\n\n\nTempoh Permohonan\nPermohonan melalui sistem ePLKS boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tamat permit kerja.\nDokumen berkaitan seperti FOMEMA/ SPIKPA/ SPKHPA/ SBPA/ IG hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum meneruskan permohonan menggunakan sistem ePLKS. \nUntuk maklumat lanjut, layari laman ePLKS di alamat https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main\nProsedur permohonan PLKS\n\nBerikut merupakan aliran proses permohonan lanjutan PLKS secara atas talian:\nDaftar / Log MasukPermohonan LanjutanMuatnaik DokumenHantar PermohonanBayaran Secara Atas TalianTerima PLKS\nBayaran bagi permohonan ini hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari setelah mendapat kelulusan dan kelulusan ini secara automatiknya terbatal sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut.\nSekiranya hal ini terjadi, maka majikan perlu membuat semula permohonan ePLKS. \nMaklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kmusykilan mengenai ePLKS, anda boleh menghubungi pihak Jabatan Imegresen Malaysia seperti yang berikut:\nNo Tel :\u00a003-88801452 (call center Unit Lanjutan Bahagian Pekerja Asing)(8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang \u2013 Setiap Hari)\nNo Tel :\u00a003-88801555 (Bilik Gerakan JIM)(8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam \u2013 Setiap Hari)\nNo Tel :\u00a003-88801468 (call center Unit Bahagian PRA)(8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang \u2013 Setiap Hari)\nEmail :\u00a0[email\u00a0protected]\nAlamat: Unit Lanjutan Bahagian Pekerja Asing,Jabatan Imigresen Malaysia,No.15, Tingkat 2 (Podium),Persiaran Perdana, Presint 2,62550, Putrajaya\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-pakej-umrah/", "title": "Harga Pakej Umrah Terkini 2023 & Senarai Syarikat Berlesen", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Pakej Umrah juga tidak terkecuali daripada terkesan akibat daripada kenaikan harga barangan dan pelbagai kos lain di Malaysia.\nKenaikan harga ini adalah disebabkan pelbagai faktor antaranya kenaikan harga tiket kapal terbang, harga penginapan di Mekah/Madinah dan pelbagai kos lain yang menyebabkan kenaikan harga pakej Umrah ini seperti tidak dapat dielakkan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga Umum Pakej Umrah 2023\n\n \nFaktor Perbezaan Harga Pakej Umrah Di Malaysia\n\n \n1. Tabung Haji Travel\n\n \n2. al Quds Umrah and Tours\n\n \n3. Felda Travel\n\n \n4. Tiram Travel\n\n \n5. Andalusia Travel & Tours\n\n \nSemakan Pengendali Umrah Yang Sah & Berdaftar Di Malaysia\n\n\nHarga Umum Pakej Umrah 2023\nMenurut laporan oleh Berita Harian pada 13 Januari 2023, Pakej umrah pada harga RM7,890 dengan kemudahan penginapan pada jarak kira-kira 300 meter, disaran sebagai rujukan oleh orang ramai dalam membuat pilihan, bersesuaian dengan kemampuan mereka.\nKadar itu dipersetujui hasil perbincangan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH).\nHarga ini boleh dijadikan sebagai rujukan oleh orang ramai dalam membuat pilihan pakej umrah yang bersesuaian dengan kemampuan. Harga pakej berkemungkinan lebih tinggi atau rendah bergantung kepada lokasi hotel, tempoh tempahan, musim perayaan dan sebagainya\n\nFaktor Perbezaan Harga Pakej Umrah Di Malaysia\nSetiap agensi mengenakan kadar harga yang berbeza untuk setiap pakej mereka.\n\n\n\n\n\n\nSebagai panduan, berikut merupakan antara faktor mengapa harga yang ditawarkan berbeza untuk setiap pakej.\n\nJumlah katil untuk setiap bilik \u2013 Cth: 2 kali sebilik lebih mahal dari 3 kali sebilik\nJarak tempat penginapan dari Masjidil Haram / Masjid Nabawi \nJenis penerbangan\nTarikh umrah \u2013 Umrah pada bulan Ramadan lebih mahal\nLain-lain perkhidmatan \u2013 Lawatan, umrah sunat, makanan dll.\n\nTentunya, harga untuk pakej Umrah adalah berbeza bagi setiap agensi kerana setiapnya menawarkan kemudahan yang berbeza. Mari kita lihat beberapa pakej Umrah oleh beberapa agensi popular seperti di bawah.\n1. Tabung Haji Travel\n\nSecara ringkasnya, pihak Tabung Haji Travel mempunyai dua pakej seperti yang berikut:\n\nPakej Fairuz: Harga dari RM8190\nPakej Nilam: Harga dari 10590\n\nUntuk maklumat lanjut mengenai setiap pakej, sila layari laman web rasmi THT di https://www.thts.com.my/umrah\nBaca juga: THiJARI: Login, Daftar & Semakan Penyata Tabung Haji Online\n2. al Quds Umrah and Tours\n\nSyarikat al Quds mempunyai 2 pakej seperti yang berikut:\n\nUmrah Anjum\nUmrah Safwah\n\nSila rujuk poster di atas untuk harga dan tarikh.\nUntuk maklumat lanjut berkaitan harga dan tarikh terkini, sila hubungi nombor yang tertera dalam poster di atas atau dengan melayari laman web rasmi al Quds Umrah and Tours di alamat https://www.alqudstravel.com/v1/\n3. Felda Travel\n\nFelda Travel juga mempunyai harga pakej Umrah yang menarik untuk anda yang berminat.\nBerikut merupakan antara pakej yang ditawarkan:\n\nPakej Nuhasi\nPakej Fiddi\nPakej Zahabi\n\nUntuk dapatkan sebut harga terbaik bagi perjalanan Umrah anda, anda boleh layari laman web Felda Travel di https://feldatravel.com.my/pakej-umrah/\n4. Tiram Travel\n\nTiram Travel merupakan salah satu syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan jemaah haji di Malaysia.\nSyarikat yang mempunyai ibu pejabat di Johor ini mempunyai banyak agensi di negeri-negeri di Malaysia maka tidak hairanlah kita biasa lihat mereka biasanya mempunyai jumlah jemaah yang besar ketika di lapangan terbang.\nTiral Travel mempunyai banyak pakej (namun tidak dinyatakan nama pakej) dan anda boleh mendapatkan sebut harga pakej Umrah melalui laman web rasmi Tiram Travel di https://www.tiram.com.my/\nUntuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus nmbor yang tertera dalam poster di atas. \n5. Andalusia Travel & Tours\n\nSyarikat Andalusia juga merupakan antara syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan jemaah Umrah.\nMalah, mereka juga mempunyai kuota untuk jemaah Haji dan mempunyai pakej-pakej pelanconngan yang lain juga.\nAntara pakej Umrah yang ditawarkan oleh syarikat Andalusia adalah:\n\nUmrah Ziarah\nUmrah Penerbangan Terus\nUmrah Penerbangan Transit\nUmrah Penerbangan Biasa\nUmrah Ramadhan\nUmrah Syawal\n\nUntuk semakan harga pakej Umrah, masukkan tarikh dalam kotak carian di halaman web rasmi Andalusia di https://www.umrahandalusia.com/servis/umrah dan anda akan dipaparkan dengan trip Umrah yang masih available beserta harga. \nSemakan Pengendali Umrah Yang Sah & Berdaftar Di Malaysia\nJemaah umrah dinasihatkan supaya membuat pengesahan awal terhadap pakej yang ditawarkan pengusaha pelancongan dan memastikan syarikat tersebut adalah pengendali umrah berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).\nSenarai syarikat pelancongan umrah berlesen ini boleh disemak menerusi laman web rasmi MOTAC di\u00a0https://www.motac.gov.my/semakan/umrah.\n\nSenarai Syarikat Yang Mempunyai Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah\nSenarai Syarikat Mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) Berstatus Muasassah Bagi Tahun 1440 Hijrah\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-jumper-punb/", "title": "Permohonan Program JUMPER PUNB 2021, Elaun RM1,200 Sebulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram JUMPER PUNB kini kembali lagi bagi sesi pengambilan Disember 2021.\nBerminat untuk menjadi sebahagian daripada perantis PUNB?\nJom ketahui lebih lanjut tentang Program JUMPER PUNB Sesi Disember ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program JUMPER PUNB?\n\n \nKeistimewaan Program\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nProses Permohonan\n\n \nCara Memohon Program Jumper PUNB\n\n \nSemakan Status Permohonan Program Jumper PUNB\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program JUMPER PUNB?\nSebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih. \nProgram ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.\nProgram ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.\n\nBaca juga: Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)\n\n\n\n\n\n\nKeistimewaan Program\nNak tahu apa keistimewaan yang akan anda perolehi apabila bergelar perantis Program JUMPER PUNB? \nJom baca di sini.\nPerantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulanProgram latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulanPerantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan PerniagaanPembiayaan patuh syariahSetelah tamat latihan, perantis yang berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan RM100,000 hingga RM400,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nBerminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan.\nTarikh Permohonan\nTarikh akhir permohonan bagi sesi Februari 2022 adalah pada 31 Disember 2021\nProses Permohonan\nAliran Program JUMPER\u00a0adalah seperti turutan di bawah:\nProses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti turutan di bawah:\nPeserta mendaftar dan disaring.\u200bMenghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek.Proses penempatan & kelulusan.Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan.Peserta lapor diri & latihan bermula.\nSiapakah Mentor Program ini?\nMentor tersiri daripada usahawan dari syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.\nSenarai Mentor boleh dirujuk dalam senarai di bawah:\nMENTOR-PUNB-2021Download\nhttps://jumper.punbbiz.com.my/storage/MENTOR%20PUNB%202021.pdf\nCara Memohon Program Jumper PUNB\nMohon sekarang bagi pengambilan sesi Disember 2021 di https://www.punbbiz.com.my/jumper atau imbas kod qr dalam poster di atas.\nSebelum Mengemukakan Permohonan:\nSila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB.\u200bMenghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.\nSemasa Mengemukakan Permohonan:\nSemua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.\u200bHanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.\nSebarang pertanyaan, sila emelkan ke\u00a0[email\u00a0protected]\nJadi, tunggu apa lagi? \nAmbil peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman perniagaan yang dicari selama ini. \nDaftarlah sekarang!\nSemakan Status Permohonan Program Jumper PUNB\nJika anda telah berdaftar, sila buat semakan status.\nUntuk semak status permohonan JUMPER, sila klik di pautan ini : https://jumper.punbbiz.com.my/login\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://www.punbbiz.com.my/jumper\natau \nDapatkan info terkini PUNB di saluran berikut:\nFacebook PUNB Official : https://www.facebook.com/punbofficial\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hpipt-selangor-2022/", "title": "HPIPT 2022: Permohonan Hadiah Kemasukan Ke IPT (RM1000)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN HPIPT KINI DIBUKA BERMULA 1 MAC 2022 HINGGA 31 MAC 2022 : Bantuan RM1,000.00 secara \u201cone-off\u201d untuk Siswa Baharu Anak Selangor.\nPemohon yang layak untuk memohon merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\nRujuk info selanjutnya tentang cara permohonan dan syarat kelayakan di bawah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah HPIPT 2022?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan HPIPT 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah HPIPT 2022?\nHadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak \u2013 anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. \n\nBaca juga: Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022 (WBS)\nSyarat Kelayakan\nSYARAT KELAYAKAN permohonan HPIPT 2022 adalah seperti berikut:\nPemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut.i. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;ii. Ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangoriii. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;iv. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; danPermohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.\nTarikh Permohonan HPIPT 2022\nPermohonan dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022.\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila klik:http://hpipt.selangor.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia HPIPT ditalian 03-55447385 atau 03-55215523.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengambilan-tentera-darat-perajurit-muda/", "title": "Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 197 DAN WANITA SIRI 48 TAHUN 2023 SECARA ATAS TALIAN\nAdalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 Tahun 2023 atas talian dibuka.\nPemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.\nRujuk artikel ini selanjutnya untuk melihat syarat-syarat dan kelebihan serta kemudahan yang ditawarkan apabila menyertai Tentera Darat Malaysia.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 197 / 2023\n\n \nSkim Gaji Kelayakan Akademik\n\n \nElaun & Kemudahan Tentera Darat\n\n \nELAUN\n\n \nKEMUDAHAN\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2022\n\n \nCara Pendaftaran Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 197 / 2023\nSYARAT ASAS PERMOHONAN\n\nWarganegara Malaysia\nKetinggian minimum lelaki 162cm, wanita 157cm\nSyarat minima, lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM\nBagi SVM, PNGK Akademik melebihi 2.0\nBMI 18.0-26.0\n\n\nHANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR\n\nPemeriksaan Kesihatan.\nUjian Kecergasan:\n\nLarian 2.4 KM \u2013 14 minit\nTekan Tubi \u2013 40 kali\nBangkit Tubi \u2013 45 kali\n\n\nUjian Bertulis:\n\nUjian Kecerdasan (IQ)\nUjian Psikologi\nUjian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)\n\n\n\nSkim Gaji Kelayakan Akademik\n\nSPM\u00a0\u2013 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\u00a0[Gaji Permulaan : RM1,459.00]\nSPVM\u00a0\u2013 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.\u00a0[Gaji Permulaan : RM1,564.00]\nSKM TAHAP 2\u00a0\u2013 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\u00a0[Gaji Permulaan : RM1,630.01]\nSKM TAHAP 3\u00a0\u2013 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\u00a0[Gaji Permulaan : RM1,696.02]\nDIPLOMA PERUBATAN\u00a0\u2013 Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.\u00a0[Gaji Permulaan : RM1,894.05]\nDIPLOMA KEJURUTERAAN\u00a0\u2013 Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.\u00a0[Gaji Permulaan : RM2,026.07]\n\nElaun & Kemudahan Tentera Darat\nELAUN\n\nElaun Sara Hidup\nElaun Khidmat\nBayaran Insentif Khas\nElaun Kepakaran\nElauan Imbuhan Perumahan\nElaun Perjalanan\n\nKEMUDAHAN\n\nPinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer\nRawatan Perubatan\nLembaga Tabung Angkatan Tentera\nInsurans Kelompok Angkatan Tentera\nPeluang melanjutkan pelajaran\nKemudahan Kediaman\n\nTarikh Permohonan\nTarikh Permohonan Dibuka : 13 hingga 31 Disember 2022\n\n\n\n\n\n\nCara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2022\n1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:\nPautan Permohonan Atas Talian:\n1. Pendaftaran Permohonan:\u00a0https://mims.mod.gov.my\n2. Pautan Isi Permohonan:\u00a0https://jmt.mod.gov.my\n3. Panduan Permohonan:\u00a0https://army.mil.my/\u2026/iklan-pengambilan/panduanpermohonan\n__________________________________________\n1. Sila sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran ketika sesi pendaftaran bersemuka nanti.\n2. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.\n3. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.\n4. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.\n5. Layari\u00a0https://army.mil.my\u00a0untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.\n6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470\nPENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.\n2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.\n3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.\n4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.\n5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.\nCara Pendaftaran Online\n1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:\n\nPendaftaran Baru/Daftar Masuk-\u00a0https://mims.mod.gov.my/sppmtd/\u00a0(tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )\natau\nJom Masuk Tentera \u2013\u00a0https://jmt.mod.gov.my/\n\n2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:\n\nNAMA PENUH\nNO KAD PENGENALAN\nJANTINA\nNO TELEFON (Boleh dihubungi)\nEMAIL (Aktif)\nKATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)\nTekan (Click) DAFTAR\n(Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)\n\n3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).\n4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.\n5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\n\nFacebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY\nPortal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/ \n\nSebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470\nLayari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.\nBaca juga: \n\nCara Scan Dokumen Guna Telefon Bimbit Android dan iOS\nCara Masukkan Tanda Tangan Dalam Email / Surat (Word)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/buka-akaun-cimb-octosavers/", "title": "Cara Buka Akaun Simpanan CIMB Online (OctoSavers)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan CIMB OctoSavers, anda kini boleh membuka akaun simpanan di CIMB Bank secara dalam talian!\nKebiasaannya, individu yang ingin membuka akaun simpanan di mana-mana bank perlu menghadirkan diri ke cawangan bank tersebut untuk proses pendaftaran dan pengesahan pengenalan diri.\nPandemik COVID-19 yang lalu menyaksikan banyak perkara kini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja termasuklah proses membuka akaun simpanan di CIMB dengan CIMB OctoSavers Saving Account-i.\nMenariknya, menurut pihak CIMB pelanggan yang membuka akaun simpanan dengan cara ini tidak dikenakan sebarang yuran tahunan untuk kad CIMB Octo Debit Mastercard.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Akaun Digital CIMB (Octosavers Account-i)\n\n \nKelebihan & Ganjaran CIMB Octosavers\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Buka Akaun CIMB Ocotosavers Online\n\n \nPengaktifan kad Octo Debit Mastercard\n\n\nPengenalan Akaun Digital CIMB (Octosavers Account-i)\nPelanggan kini boleh menikmati ganjaran & faedah hebat dengan akaun simpanan dalam talian. \n\n\n\n\n\n\nUntuk membuka akaun simpanan, individu hanya mohon melalui telefon bimbit anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. \nKad debit baharu anda akan dihantar kepada anda tanpa sebarang kos.\nMudah kan?\nJom ketahui selanjutnya.\nKelebihan & Ganjaran CIMB Octosavers\nPemegang akaun CIMB OctoSavers juga bakal menikmati pelbagai klebihan dan ganjaran menarik seperti yang berikut:\n\nTiada yuran tahunan bagi kad CIMB Octo Dbiet Mastercard\nNikmati 0.3% p.a. kadar keuntungan bagi baki akaun RM3,000 dan ke atas\nPermohonan dalam talian segera dan lengkap melalui telefon bimbit anda\nPenghantaran terus ke depan pintu anda bagi Kad Debit Octo baharu\nPerbankan Dalam Talian dengan CIMB Clicks\nKumpul kedua-dua mata CIMB Bonus Points dan OctobPoints untuk menebus eVoucher dan pelbagai hadiah menarik\nTawaran menarik sekiranya anda menempat tiket penerbangan dan hotel dengan CIMB Octo Debit Mastercard melalui CIMB OctoTravel App.\n\nArtikel berkaitan: SecureTAC CIMB : Cara Aktifkan Transaksi CIMB Clicks\nSyarat Kelayakan\nIndividu yang ingin membuka akaun simpanan secara dalam talian melalui CIMB OctoSavers Saving Account-i perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:\n\nIndividu berumur 18 tahun ke atas\nWarganegara Malaysia dengan MyKad sahaja\nAkaun bersama, amanah kecil (minor trust) dan akaun kecil (minor account) tidak dibenarkan\nMemegang nombor telefon bimbit berdaftar Malaysia dan alamat e-mel yang sah\nSetiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun OctoSavers-i\nTIDAK boleh mempunyai sebarang Akaun Semasa dan/atau Simpanan Asas/-i dengan CIMB. \nDeposit permulaan minimum RM20 melalui pindahan FPX dari akaun bank anda yang lain (di bawah nama peribadi anda sahaja)\n\nNota: Untuk pelanggan Asas dan/atau Akaun Simpanan/-i, anda boleh memohon untuk Akaun Simpanan lain yang tersedia dalam CIMB Clicks.\nBaca lagi: CIMB Clicks: Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking\nCara Buka Akaun CIMB Ocotosavers Online\nBerikut merupakan langkah-langkah mudah buka akaun CIMB OctoSavers bagi PENGGUNA BAHARU CIMB :\n\nMuat turun aplikasi CIMB Apply\n\nGoogle Play \nApp Store\n\n\nKlik pada \u201cOpen a New Account\u201d dan masukkan butiran peribadi anda\nScan MyKad anda dan aktifkan fungsi pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda\nIsi borang e-form\nLakukan pemindahan wang minimum RM20 daripada akaun peribadi anda dari bank lain\nCipta akaun CIMB Clicks\n\n\nKhas untuk pelanggan sedia ada CIMB, anda juga boleh membuka akaun Octosavers dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nNOTA : Akaun Simpanan-i OctoSavers hanya ditawarkan untuk pelanggan yang memenuhi syarat\u00a0 dan kelayakan produk. Produk ini tidak ditawarkan untuk pelanggan pinjaman dan / atau pembiayaan CIMB buat masa ini. Anda boleh memohon Akaun Simpanan/-i CIMB yang lain melalui laman web\u00a0CIMB.\nPengaktifan kad Octo Debit Mastercard\nKad debit anda akan dihantar ke alamat anda sebaik sahaja anda melengkapkan pembukaan akaun CIMB OctoSavers anda.\n\nKemudian, anda dikehendaki untuk mengaktifkan kad debit tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nMAKLUMAT LANJUT\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut serta terma dan syarat pembukaan akaun ini, sila rujuk pautan berikut : https://www.cimb.com.my/\n\nTerma & Syarat Pembukaan Akaun-i OctosaverDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-rayuan-bpn/", "title": "Semakan Rayuan BPN 2020: Tarikh Pembayaran Bermula 24 Jun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman anda yang telah membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional antara 11 hingga 31 Mei baru-baru ini, anda boleh mula membuat semakan rayuan BPN mulai 24 Jun 2020.\nSebentar tadi, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa sebanyak 181,000 rayuan BPN yang diluluskan akan menerima bayaran berjumlah RM162 juta pada akhir bulan Jun ini.\nMenurut beliau, bayaran-bayaran ini akan dibuat mulai\u00a024 Jun, 2020.\nSebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM1.5 bilion bagi bayaran BPN menjadikan angka keseluruhannya RM11.5 bilion membabitkan kira-kira 10.77 juta penerima.\n\n\n\n\n\n\nPenerima BPN dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama seramai 8.3 juta penerima menerima bayaran secara berperingkat dalam Fasa Pertama dan Kedua.\nBagi kumpulan kedua, ia membabitkan 2.3 juta penerima yang diumumkan pada 9 Mei lalu, dengan 2.08 juta daripadanya sudah menerima bantuan BPN yang dibuat secara sekali gus berjumlah RM1.57 bilion setakat 31 Mei lalu.\nKumpulan ketiga pula adalah mereka yang telah membuat rayuan antara 11 hingga 31 Mei baru-baru ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Rayuan BPN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Semakan Rayuan BPN\nUntuk membuat semakan rayuan BPN anda boleh mengikut langkah mudah ini\nLayari portal rasmi\u00a0https://bpn.hasil.gov.my Masukkan nombor IC andaIsi kod captcha yang dimintaMaklumat permohonan akan dipaparkan\nAnda juga boleh merujuk artikel ini untuk maklumat lebih lanjut tentang BPN : Semakan BPN: Permohonan Baru & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semakan keputusan rayuan BPN ini, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dari hari Ahad \u2013 Jumaat :\n03-8882 908903-8882 908703-8882 919103-8882 456503-8882 4566\nAnda juga boleh menghantar e-mel kepada [email\u00a0protected]atau [email\u00a0protected] bagi mengajukan sebarang pertanyaan.\nFollow media sosial Kementerian Kewangan untuk mendapatkan info terkini melalui:\nTelegram: PRE PRIHATINFacebook: Kementerian Kewangan Malaysia\nMaklumat berkaitan keputusan rayuan BPN ini juga boleh didapati melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).\nHubungi nombor telefon berikut untuk mendapatkan info lanjut:\n1-800 882 74703-8911 1000\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pkr-parti-keadilan-rakyat/", "title": "PKR (Parti Keadilan Rakyat) : Sejarah, Senarai Calon PRU 15, Struktur Organisasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPKR atau Parti Keadilan Rakyat adalah salah satu daripada tiga parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nSempena pilihan raya umum yang bakal menjelma tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan beberapa maklumat mengenai PKR.\nBaca Juga : Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Parti\n\n \nSenarai Calon PKR Untuk PRU15\n\n \nStruktur Organisasi Parti PKR\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSejarah Parti\nParti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. \nSekumpulan NGO dan sebuah parti kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). \nPendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.\n\n\n\n\n\n\nSelepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999\nSelepas Pilihan raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.\nPada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.\nPada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan.\nCalon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.\nParti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.\nSenarai Calon PKR Untuk PRU15\nSenarai calon PKR yang bakal bertanding dalam PRU15 boleh dirujuk menerusi pautan berikut :\nSenarai Calon PKR Untuk PRU15 \n\nStruktur Organisasi Parti PKR\nPimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat\nPresiden : Datuk Seri Anwar Ibrahim\nTimbalan Presiden : Rafizi Ramli\nNaib Presiden\nAmirudin ShariChang Lih KangNik Nazmi Nik AhmadAminuddin HarunSaraswathy KandasamyAwang Husaini SahariFadhlina Sidek (Ketua Wanita)Adam Adli (Ketua AMK)\nSetiausaha Agong : Saifuddin Nasution Ismail\nBendahari : William Leong\nKetua Penerangan : Fahmi Fadzil\nKetua Setiausaha Pengelola : Zahir Hasan\nPengarah Komunikasi : Lee Chean Chung\nPengarah Strategi : Akmal Nasrullah Mohd Nasir\nMPP\nDr Maszlee MalikFahmi ZainolMohd Yahya SahriNurin Aina SuripRomi IshakSiti Aishah Sheikh IsmailSyed Ibrahim Syed NohHans IsaacSimon Ooi Tze MinWong ChenRaiyan Abdul RahimTan Kar HingDavid Cheong Kian YoungHee Loy SianAmidi Abdul MananElizabeth WongMuhammad Bakhtiar Wan ChikG.ManivananChristina LiewAbun Sui AnyitRodziah IsmailR.YuneswaranSangkar RasamRoland Engan\nTimbalan Ketua Wanita : Juwairiya Zulkifli\nTimbalan Ketua AMK : Muhammad Kamil Abd Munim\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai Parti Keadilan rakyat sila ikuti laman Facebook rasmi PKR dan laman web keadilanrakyat.org .\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengambilan-pegawai-bomba-bantuan/", "title": "Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengambilan Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat 2022\nDimaklumkan bahawa kini sedang berlangsungnya pengambilan di Balai Bomba dan penyelamat bagi Pegawai Bomba Bantuan di Jabatan Bomba dan Penyelamat di Negeri Sembilan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bomba bantuan untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bomba Bantuan?\n\n \nPengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Terkini 2022\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan Asas\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bomba Bantuan?\nKhidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri mereka dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.\nPegawai Bantuan Bomba kemudiannya perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan siap siaga jika diperlukan.\nMereka yang terpilih akan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak.\n\n\n\n\n\n\nPengambilan ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menampung taburan balai bomba dan bilangan anggota yang tidak seimbang dengan keluasan kawasan perlu berisiko.\nPegawai Bomba_Bantuan juga akan menerima bayaran elaun berdasarkan tempoh waktu berkhidmat.\n\nKebaikan seorang pekerja untuk menyertai Pegawai BombaBantuan (PBB)\nMenambah pengetahuan dalam aspek kebakaran dan keselamatan kebakaranMempunyai kemahiran dalam first aid, BA dan sebagainyaMemberi publisiti yang baik kepada syarikatMempunyai tahap kecergasan yang tinggiMempunyai kebolehan bekerjasama sebagai satu pasukanMempunyai kebolehan berkomunikasi dengan cepat dan tepatMempunyai kebolehan membuat keputusan yang baik dalam keadaan tertekan dan mengikut arahan\nPengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Terkini 2022\nKini pengambilan Pegawai Bomba Bantuan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibuka bagi negeri Perak bagi kawasan berikut:\nBBP TrongBBP Ayer TawarBBP Batu KurauBBP GerikBBP GopengBBP Kampong GajahBBP LenggongBBP BidorBBP Pantai RemisBBP ParitBBP Pengkalan HuluBBP Pulau PangkorBBP Seri IskandarBBP TambunBBP Tanjung Malim\n\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 5 September 2022.\nSyarat Kelayakan Asas\nSyarat Kelayakan Umum Pegawai Bomba Bantuan adalah:\nWarganegara MalaysiaBukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulisBerumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonanSijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah\nSyarat-syarat khusus / fizikal boleh disemak melalui perincian iklan bagi setiap negeri yang membuat pengambilan.\n\n\nCara Permohonan\nPermohonan hendaklah menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati di balai-balai yang diiklankan atau Laman Facebook Bomba Perak atau muat turun melalui pautan / imbasan QR code yang disediakan di bawah.\nSemua permohonan hendaklah disertakan dengan:\nSekeping gambar terbaru berukuran pasportSalinan kad pengenalanSalinan sijil PMR atau setaraf serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.\nAlamat Permohonan:\nIBU PEJABATJABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIANEGERI PERAKPERSIARAN MERU UTAMA30020 IPOH PERAK\nMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN / GOOGLE FORM\nhttps://docs.google.com/document/d/1yB4CQMfeHptgS9idLpsX3ZYh17a7MAJU/edit\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScJ-8WSLy4nVODqrKRLRisNmwyy9Th6FwU4gqVsxIjNGzKc0w/viewform\n\n\n\n\n\nBaca juga: \nBaucar Perlindungan Tenang B40: Semakan Status & Penebusan RM75Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset Semula\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan di talian 06 \u2013 601 1900 samb. 407 atau 412.\nWaktu pejabat Isnin hingga Jumaat 08.00 pagi hingga 05.00 petang.\nFacebook: Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2\nMAKLUMAN AWAM\nUntuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bomba di pautan https://www.bomba.gov.my/\nJabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perodua-axia-2023/", "title": "Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerodua Axia 2023 : Tempahan Kini Dibuka!\nAdakah anda berminat untuk beli Perodua Axia? Axia 2023 Serba Baharu telahpun membuka tempahannya hari ini! \nSememangnya Axia merupakan antara pilihan paling popular bagi kereta yang bersaiz tidak terlalu besar namun lengkap dengan ciri-ciri yang menarik.\nKereta ini sesuai kegunaan mahasiswa, golongan bujang mahupun keluarga kecil. \nBagi yang mempunyai bajet yang rendah, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Perodua Axia memandangkan harganya yang berbaloi bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya.\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang model terkini Perodua Axia 2023 Serba Baharu dan cara membuat tempahan. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempahan Axia 2023 Kini Dibuka!\n\n \nPerbandingan Dengan Model Axia 2022\n\n \nMaklumat Lanjut & Cara Tempahan\n\n\nTempahan Axia 2023 Kini Dibuka!\nPerodua hari ini mengumumkan bahawa tempahan bagi model baharu Axia 2023 telah dibuka.\nPerkara itu dimaklumkan melalui media sosial Perodua.\nMenurut kenyataan tersebut, Axia 2023 menawarkan rekabentuk yang lebih bergaya, sistem keselamatan yang ditambahbaik, serta teknologi yang lebih canggih.\n\n\nTHE ALL-NEW AXIA \u2013 NOW OPEN FOR BOOKINGNew stylish look, enhanced safety features, advanced technology and more space than ever before. Visit https://t.co/rGIc3eIbUo for more info. #Perodua #TheAllNewAxia #PeroduaAxia #Axia2023 pic.twitter.com/90DCaKpRoz\u2014 Perodua (@perodua) January 31, 2023\n\n\nTHE ALL-NEW AXIA \u2013 PRETTY. SMART.Stylish, spacious, efficient and safety for all Malaysian. Book now https://t.co/7o1neC96ei #Perodua #TheAllNewAxia #PeroduaAxia #Axia2023 #PrettySmart #BijakBergaya pic.twitter.com/5Ka49oaGDh\u2014 Perodua (@perodua) February 14, 2023\n\nAntara ciri-ciri Axia 2023 Serba Baharu ini termasuklah :\n\nEnjin 1.0 liter 1KR-VE\nPlatform DNGA\nTransmisi D-CVT, tiada lagi transmisi manual\nAda enam beg udara, ABS, EBD, VSC, TRC\nSkrin infotainmen sembilan inci, skrin kluster tujuh inci\n\n\nDifahamkan Axia ini akan ditawarkan dalam 5 warna iaitu:\n\nCoral Blue (Baru)\nGlittering Silver\nGranite Gray\nIvory White (Solid)\n\n\nJom kami belanja serba sedikit gambar Perodua Axia yang dilancarkan 14 Februari 2023.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel terbaru ini mempunyai empat varian ditawarkan pada harga :\n\nG \u2013 RM38,600\nX \u2013 RM40,000\nSE \u2013 RM44,000\nAV \u2013 RM49,500\n\nLima warna ditawarkan iaitu:\n\nGranite Grey (kelabu)\nLava Red (merah)\nGlittering Silver (perak)\nIvory White (putih, solid)\nCoral Blue (biru, warna baharu).\n\nKredit: Pandu Laju\n\nMaklumat lanjut tentang perincian model sila rujuk laman web rasmi Perodua melalui pautan : https://www.perodua.com.my/\nBaca juga: \n\nHarga Perodua Bezza Baru (Facelift) Bermula Dari RM34,580\nHarga Proton Saga Baru (Model Auto & Manual)\n\nPerbandingan Dengan Model Axia 2022\n\nHarga kereta Axia bagi varian 2022 adalah seperti berikut : \nVarianAxia 1.0 AVAxia 1.0 SEAxia 1.0 STYLEAxia 1.0 GXTRAAXIA 1.0 GAxia 1.0 (M)HargaRM 41,427RM 37, 5151RM 37,515RM 33, 940RM 32, 485RM 23,367\nUntuk makluman anda, terdapat 6 varian Perodua Axia 2022 di pasaran :\n\n1.0 AV \u2013 Automatik\n1.0 SE \u2013 Automatik\n1.0 STYLE \u2013 Automatik\n1.0 GXTRA \u2013 Automatik\n1.0 G \u2013 Automatik\n1.0 E (M) \u2013 Manual\n\nButiran bagi ciri-ciri dan spesifikasi bagi setiap varian boleh dirujuk dalam jadual di bawah.\nSecara keseluruhannya, perbezaan ketara antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu.\nKesemua varian Axia turut tergolong dalam Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), jadi penggunaan bahan api pastinya tidak akan membebankan pemilik.\nBerikut kami senaraikan Harga Axia 2022 beserta spesifikasi dan jumlah pembayaran bulanan bagi loan kereta ini.\nSumber: https://perodua.my/\nMaklumat Lanjut & Cara Tempahan\nSehingga kini, Perodua Axia merupakan antara model kereta yang paling dicari oleh golongan belia di Malaysia.\nLebih mudah, semua orang boleh beli kereta perodua Axia idaman rakyat Malaysia secara atas talian sahaja.\nUntuk sebarang pertanyaan atau tempahan Perodua Axia, sila ke pautan laman web rasmi Perodua seperti di bawah : \n\nLaman web Perodua Malaysia : https://www.perodua.com.my/\nHotline : 1-800-88-6600\nTempahan : https://www.perodua.com.my/online-booking.html\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akademi-kemahiran-kemas/", "title": "Pengambilan Akademi Kemahiran KEMAS: Yuran Ditaja, Elaun Disediakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda berminat dalam bidang jahitan dan fesyen? Ingin mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia di Akademi Kemahiran KEMAS secara percuma? Anda juga akan menerima elaun bulanan!\nMenarik bukan?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Akademi Kemahiran KEMAS ini serta kelebihan program Sijil Kemahiran Malaysia dalam jurusan yang ditawarkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengambilan Akademi Kemahiran KEMAS Julai 2022\n\n \nSyarat Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI)\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBorang Permohonan\n\n\nPengambilan Akademi Kemahiran KEMAS Julai 2022\nAkademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) membuka tawaran Keluarga Malaysia yang berusia 18-30 tahun berminat dengan jahitan untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia dalam Jurusan Pembuatan Pakaian Wanita TAHAP 3 dan Pentadbiran Fesyen Dan Pakaian TAHAP 4 .\n\n\n\n\n\n\nSijil Kemahiran Malaysia ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia.\n\nKemudahan yang disediakan di AKKSI adalah:\nYuran ditaja oleh KEMASAsrama disediakanFasiliti pembelajaran disediakanElaun bulananSijil : RM250Diploma : RM300\nSyarat Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI)\nWarganegara Malaysia.Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.Kelayakan Akademik :\u27a2SPM / SPM (V) / SPVM\u27a2\u00a0Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).Status Perkahwinan : BujangBagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1( Mengikut bidang yang dipohon ).Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 ( Mengikut bidang yang dipohon ).Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 \u2013 ( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).Bagi calon untuk kemasukan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 \u2013 ( Pengurusan Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki DKM Tahap 4 (Eksekutif Fesyen dan Pakaian).Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.\nBaca juga:\nElaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+ PERKESO) RM300 SebulanBantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2022\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2022.\nTertakluk kepada terma dan syarat.\nhttps://www.kemas.gov.my/wp-content/uploads/2021/11/3.-LAMPIRAN-A-SYARAT-KEMASUKAN-AKKSI.pdf?fbclid=IwAR00QV8K35Bpo4ZKiiHZMHTP8PS2drLUzVMb_gqu0SFWiIGDnCOtAFV_5RY\nBorang Permohonan\nSila isikan borang permohonan online melalui pautan di bawah:\nhttps://drive.google.com/file/d/1EzAiDSMjNrqR9ND3Jq6yDmTERDPZmjZH/view?fbclid=IwAR0kRHAjSCuCozAFQdH8fh4rAO5wPSZoPXI9q0Ldz215_GVrSaQktrGyrsA\nHubungi 05-3712102 (KAMPUS) atau 03-8891 2763 (IBUPEJABAT KEMAS) untuk sebarang kemusykilan.\nBaca juga: Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/anak-yang-baik-lagi-cerdik-abc-kpm/", "title": "Konsep \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d (ABC) \u2013 KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali.\nIanya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan pelajar yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yng baik.\nSlogan ini dihasilkan sebagai usaha KPM untuk memberikan pemahaman yang mudah diterima oleh semua masyaratkat untuk dihayati. \n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAsas Konsep ABC \u2013 \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d\n\n \nInspirasi Konsep \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d (ABC)\n\n \nSelari Dengan Teras Utama KPM\n\n \nStrategi Melahirkan Generasi ABC\n\n\nAsas Konsep ABC \u2013 \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d\nMelalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan.\nBerikut merupakan 4 asas utama melahirkan generasi \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d:\n\nHati \u2013 Bekerja dari Hati\nIbadah \u2013 Bekerja sebagai Ibadah\nTrust and Inspirasi \u2013 Saling mempercayai dan memberi inspirasi\nManfaat \u2013 Sentiasa bermanfaat\n\nInspirasi Konsep \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d (ABC)\nDato Hj Pkharuddin Hj Ghazali menjelaskan beliau mendapat inspirasi mengenai konsep \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d ini sewaktu memangku jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.\nPada ketika itu, beliau melihat kebanyakan pelajar menghadapi tekanan untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.\nIbu bapa dilihat sanggup memperuntukkan wang ringgit yang banyak untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik namun kurang memberi penekanan dalam usaha melahirkan anak-anak yang mempunyai sahsia yang baik. \n\nSelari Dengan Teras Utama KPM\nKonsep \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d (ABC) ini juga selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek \u201cKaramah Insaniah\u201d melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang pelajar. \nBaca lagi: Memahami Konsep \u201cKaramah Insaniah\u201d KPM\nBerikut merupakan 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia:\n\nKomunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus\nMemberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu pembentukan adab, akhlak dan integriti\nKemiskinan berbilang dimensi B40: Malnutrisi, peranti dan ruang belajar\nKeciciran pendidikan dan masalah literasi dan rapatkan kesenjangan pendidikan\nKebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan\nUbah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak\nPeningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah\n\n\n\nSumber: Youtube DidikTV\nStrategi Melahirkan Generasi ABC\nBagi mencapai matlamat melahirkan generasi ABC, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah di dalam pembelajaran para pelajar:\n\nProgram yang meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak\nMenggalakkkan pelibatan komuniti dengan sekolah seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025\nMenasihatkan agar ibu bapa tidak bersikap lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab pendidikan sepenuhnya kepada para guru dan sekolah\nMemastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anak murid pulang ke rumah supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilakukan secara berterusan\n\nRujukan: https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/02/19/12421/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-keputusan-stam/", "title": "Semakan Keputusan STAM 2023 (Sijil Tinggi Agama Malaysia) Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan diumumkan pada 18 April 2023.\nKementerian Pendidikan\u00a0dalam kenyataan, hari ini memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari\u00a0sekolah masing-masing mulai jam 10\u00a0pagi manakala\u00a0bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang keputusan bagi calon STAM 2022 dan cara membuat semakan pada 18 April 2023 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah STAM?\n\n \nSenarai Mata Pelajaran STAM\n\n \nKaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM\n\n \nCara Semakan Keputusan STAM\n\n \nSemakan Semula Keputusan STAM 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah STAM?\nSijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. \nSTAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Mata Pelajaran STAM\nSenarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nBIDANGMATA PELAJARANBahasa Arab1. Nahu dan Sarf2. Insya\u2019 dan Mutala\u2019ah3. Adab dan Nusus4. \u2018Arudh dan Qafiyah5. BalaghahSyariah6. Fiqh7. Hadith dan MustolahUsuluddin8. Hifz Al-Quran dan Tajwid9. Tauhid dan Mantiq10. Tafsir dan Ulumuhu\nKaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM\nFormat penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:\nPERINGKATTAKRIFMumtazCemerlangJayyid JiddanSangat BaikJayyidBaikMaqbulLulusRasibGagal\nCara Semakan Keputusan STAM \nBerikut dikongsikan 3 kaedah semakan keputusan STAM yang akan diumumkan mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023.\n\n\nI) SEMAKAN DI SEKOLAH\nCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari\u00a0sekolah masing-masing mulai jam 10\u00a0pagi.\nManakala\u00a0bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.\nII) SEMAKAN ONLINE\nCalon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2022 mulai pukul 10\u00a0pagi pada 18 April 2023.\nIII) SEMAKAN SMS\nSelain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2022 dengan menaip\u00a0STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888\u00a0akan diaktifkan mulai pukul 10\u00a0pagi pada 18 April 2023.\nSemakan Semula Keputusan STAM 2022\nBagi calon yang ingin membuat semakan semula, tarikh penyemakan semula akan dibuka pada satu tarikh yang akan diumumkan.\nUntuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan STAM 2022, calon boleh mengikuti langkah berikut:\n\nMuat turun borang melalui laman web http://lp.moe.gov.my\nMenghantar melalui pos atau serahan tangan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.\nKeputusan akan dimaklumkan melalui pos.\n\nNOTA: \n\nTempoh permohonan semakan semula akan dibuka 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.\nCaj RM100 bagi setiap mata pelajaran dikenakan.\n\nKeputusan melalui pos:\n\nKekal : Slip keputusan sedia ada\nBerubah: Calon sekolah perlu menghubungi sekolah asal, manakala calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.\n\nCalon yang mendapat keputusan \u2018T\u2019 boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes \u2018T\u2019, dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis, melaksanakan Ujian Lisan STAM dan Kerja Kursus STAM tahun semasa bagi mata pelajaran yang berkaitan.\n\nUntuk maklumat lanjut berkaitan penyemakan semula keputusan STAM 2021, sila hubungi:\n\n[email\u00a0protected]\n03-8884 3402 / 3304 / 3306 / 3307 / 3309\nhttp://lp.moe.gov.my\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengajukan sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut:\n\nBaca juga: \n\nSemakan Status BKM & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia\nLogin APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid Online & Kehadiran\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bil-air-sarawak/", "title": "JBALB: Semakan Bil Air Sarawak & Cara Bayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi penduduk Sarawak, anda boleh menyemak dan menjelaskan bil air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) secara online.\nJabatan Bekalan Air Luar Bandar atau singkatannya JBALB adalah sebuah jabatan di negeri Sarawak yang mengurus dan menambah baik sistem bekalan air di Sarawak, mengambil alih peranan yang sebelum ini dipegang oleh JKR Sarawak. \nUntuk menjelaskan bil air JBALB secara online, terdapat beberapa cara pembayaran:\n\n\n\n\n\n\nPaybillsMalaysiaSarawak Pay\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Bil Air Sarawak\n\n \nBayaran menggunakan PaybillsMalaysia\n\n \nBayaran menggunakan Sarawak Pay\n\n\nSemakan Bil Air Sarawak\nSebelum menjelaskan bil air bulanan, anda boleh menyemak terlebih dahulu bil JBALB anda untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar pada setiap bulan.\nUntuk makluman, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan hanya akan dipaparkan apabila anda memilih salah satu cara pembayaran yang dinyatakan di atas.\nLayari laman rasmi JBALB dan pada paparan menu di web tersebut, anda boleh memilih cara pembayaran yang dikehendaki:\n\nBayaran menggunakan PaybillsMalaysia\nUntuk menjelaskan bil air JBALB hanya ikut langkah-langkah berikut:\nLayari laman rasmi PaybillsMalaysiaLog masuk akaun PaybillsMalaysiaSekiranya belum mendaftar, klik pada butang \u201cSign Up Now\u201dDi paparan menu, klik \u201cService Subscription\u201dKlik \u201cNew\u201dKlik pautan \u201cJabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Sarawak\u201dMasukkan nombor akaun bilMasukkan nama penggunaKlik butang \u201cContinue\u201dSetelah akaun didaftar, tunggu kelulusan untuk pendaftaran. Anda boleh menyemak status di bahagian \u201cService Subscription\u201d.Sekiranya diluluskan, akaun anda akan dipaparkan d akaun PaybillsMalaysia andaPilih bil yang hendak dibayarPilih mod pembayaran (perbankan internet, kad kredit dan lain-lain)Klik butang \u201cPay\u201dSemak jumlah bayaran yang ingin dibuatMasukkan kod sekuriti dan klik butang \u201cContinue\u201dSatu \u201cpop-up\u201d akan muncul. Semak butiran pembayaran dan klik \u201cContinue\u201d untuk meneruskan bayaranLengkapkan proses pembayaran. Sekiranya menggunakan perbankan internet, anda akan dibawa ke laman web perbankan internetResit akan terpapar sekiranya pembayaran diluluskan\nBayaran menggunakan Sarawak Pay\nSarawak Pay merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi memudahkan penduduk Sarawak khususnya membayar bil dan membuat pebelian secara dalam talian. \nUntuk menjelaskan bil air JBALB, ikuti langkah berikut:\nMuat turun aplikasi melalui Google Play Store atau Apple\u2019s App StoreBuka aplikasi dan log masuk akaun PaybillsMalaysia andaSekiranya anda untuk menambah nilai dompet anda, anda boleh menambah nilai melalui perbankan dalam talian atau kad debit/kreditDalam aplikasi, anda boleh menyemak bil JBALB Anda juga boleh membuat pembayaran bil JBALB (dan pelbagai bil lain) menggunakan dompet Sarawak Pay atau bayar terus menggunakan kad debit/kreditAnda boleh menyemak bil-bil yang pernah dijelaskan pada halaman History.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-pinjaman-peka-pks-3-0/", "title": "Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 Tanpa Faedah (RM5000 \u2013 RM20,000)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELANCARAN SKIM PINJAMAN TANPA FAEDAH SKIM PEKA PKS 3.0\nSkim Pinjaman PEKA PKS 3.0 dengan tabung sebanyak RM 5 juta dibuka kepada semua usahawan mikro, kecil dan sederhana khususnya mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Undang-Undang Darurat yang bermula sejak Januari 2021.\nTahukah anda apa itu Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 dan bagaimana untuk membuat permohonan?\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pinjaman PEKA PKS 3.0\n\n \nKadar Pinjaman\n\n \nCara Permohonan Skim PEKA PKS 3.0\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pinjaman PEKA PKS 3.0\nKerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini pada bulan April 2020 telah memperkenalkan Tabung Pinjaman PekaPKS sebanyak RM 30 juta dan Tabung Pinjaman Pelancongan RM10 juta bagi membantu golongan usahawan PKS dan pelancongan yang terjejas akibat perlaksanaan PKP 1.0. \nDi bawah skim yang pertama ini seramai 1, 651 telah mendapat pinjaman dibawah tabung Pinjaman Peka PKS dan 77 telah mendapat pinjaman di bawah Skim Pinjaman Pelancongan.\n\nBaca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022\nKerajaan Negeri Pulau Pinang menyedari ramai usahawan terkesan teruk akibat perlaksanaan PKP dan Undang- Undang Darurat bermula Januari 2021 diikuti pula PKP 3.0 pada bulan Mei kerana tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan mereka hilang punca pendapatan.\nMenyedari hakikat ini kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta tabung pinjaman untuk membantu dan memberi keutamaan kepada usahawan-usahawan ini.\nDengan pinjaman ini Kerajaan Negeri berharap para usahawan yang terkesan dapat bangkit semula meneruskan kelangsungan perniagaan seperti biasa dengan pematuhan SOP dan norma baharu dengan pengumuman pembukaan semula semua sektor ekonomi oleh kerajaan.\nKadar Pinjaman \nPinjaman bermula dari RM5,000 dengan maksima RM20,000 tanpa faedah dan tanpa cagaran dengan tempoh pembayaran balik pinjaman sebanyak 30 bulan termasuk moratorium 6 bulan yang pertama. \nCara Permohonan Skim PEKA PKS 3.0\nSemua permohonan pinjaman Skim PEKA PKS3.0 perlu membuat permohonan secara atas talian. \nPihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah dilantik sebagai urusetia bagi skim ini.\nBaca juga: eBantuan JKM: 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 (Online/Manual)\nMaklumat Lanjut\nSegala makluman dan pertanyaan berhubung skim pinjaman ini boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan (call centre) di talian 04-6340890/ 194/ 894/ 895/ 100 dan melayari pautan: https://form.jotform.com/PDCHelpdesk/skim-peka-pks\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-print-gambar-pasport/", "title": "Cara Print Gambar Pasport Sendiri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Print Gambar Pasport Sendiri \nTak lama lagi, anak-anak kita bakal memulai sesi persekolahan yang baharu. \nKetika inilah para ibu bapa sedang sibuk membuat pelbagai persiapan termasuklah menyediakan gambar pasport anak.\nKalau anak seorang, mungkin anda boleh terus buat di kedai gambar berdekatan. \nTapi kalau anak yang bersekolah sampai 3 ke 4 orang, banyak juga modal yang perlu dikeluarkan. \nMaklumlah, \u00a04 keping gambar untuk anak seorang sahaja sudah menelan kos sehingga RM 16!\n\n\n\n\n\n\nItu belum ditambah lagi dengan masalah anak yang kuat meragam atau susah untuk diajak bergambar. Lebih-lebih lagi yang baru nak masuk tadika.\nJadi, kalau nak senang dan jimat, anda bolehlah print gambar passport DIY dari rumah. Mudah sahaja caranya!\nJom kita tengok cara-cara yang dikongsikan oleh Nana Ruzanna di Facebook. Menurut kaedah yang dikongsikan, kos yang digunakan tak sampai RM 2!\nBaca Juga : MyOnline Pasport: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Print Gambar Pasport Sendiri Dari Rumah\n\n \nCara Duplicate Gambar Pasport\n\n\nCara Print Gambar Pasport Sendiri Dari Rumah\nSebelum kita mula, pastikan anda mempunyai :\nSmartphone\nUntuk anda ambil gambar dengan resolusi yang cantik.\nPC atau Laptop\nAnda akan gunakan PC atau laptop untuk edit gambar dan print gambar. \nPrinter Dengan Ink Berwarna\nTak kisah apa-apa brand asalkan ada setting untuk print menggunakan glossy paper. \u00a0\nPhoto Glossy Paper\nAnda boleh dapatkan photo glossy paper bersaiz A4\u00a0 secara online di Shopee atau Lazada dengan harga kurang daripada RM 10 untuk 20 keping. Tak kisah apa-apa jenama sekalipun. \n\nCara Edit Gambar Passport \u00a0\n\nSetelah anda berjaya dapatkan gambar yang cantik dan sesuai untuk dijadikan gambar pasport, pergi ke laman web fococlipping.com untuk buang background gambar.\nMuat naik gambar anak ke laman web tersebut. \nWebsite ini akan buang background gambar secara automatik.\nSeterusnya, crop gambar untuk dapatkan saiz yang diinginkan.\nPilih warna background yang anda mahukan dengan menekan butang Background.\nBila sudah selesai edit, tekan butang Download untuk muat turun gambar dalam bentuk PNG atau JPG.\n\n\nCara Duplicate Gambar Pasport \n\nKemudian, untuk duplicate gambar dalam satu A4 paper, pergi ke pautan makepassportphoto.com.\nDi ruangan Select Country, pilih Malaysia. Kemudian di ruangan Select Document Type, pilih Passport.\nSeterusnya, tekan pilihan Free iaitu yang paling bawah dan tekan butang Get Photo.\n\n\n\nDi laman seterusnya, muat naik gambar anak yang anda sudah edit tadi.\nUntuk paper size, pilih A4 kerana kita akan print dalam saiz tersebut. Kemudian, tekan butang Next.\nDi laman berikutnya, anda boleh adjust kedudukan gambar. Seterusnya, anda boleh adjust brightness gambar dan sebagainya.\nSkip bahagian Dress Up.\nTekan butang Download untuk muat turun gambar.\nGambar siap untuk dicetak menggunakan glossy paper. Pastikan anda tetapkan setting pada photo glossy paper dan pilih highest quality untuk dapatkan gambar passport yang cantik.\n\n\nSemoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!\nSumber : \nFacebook Nana Ruzanna\nYoutube : DIY gambar pasport:- edit dan print gambar pasport anak\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hot-fm/", "title": "Hot FM: Frekuensi Radio, Senarai DJ & Segmen Mingguan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHot FM merupakan sebuah stesen radio berbahasa Melayu yang cukup popular di Malaysia, bersaing rapat dengan ERA FM dan Sinar.\nStesen radio popular ini juga sejak dari awal penubuhannya turut dibarisi dengan nama-nama besar penyampai radio tanah air.\nStesen radio ini dimiliki oleh Synchrosound Studio Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima. Siaran yang dipancarkan dari dari Sri Pentas di Bandar Utama.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: ERA FM: Senarai DJ, Program dan Frekuensi Siaran\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan Hot FM\n\n \nFrekuensi Siaran Radio Hot FM\n\n \nSenarai penyampai radio / DJ\n\n \nSegmen / Program\n\n\nSejarah Penubuhan Hot FM\nHot FM sebelum ini beroperasi sebagai WOW FM, kemudian WaFM, yang dimiliki oleh penerbit dan pelakon Tiara Jacquelina. \nMedia Prima telah mengambil alih stesen radio ini tidak lama kemudian dan memulakan ujian penyiaran dari 15 Januari 2006 hingga 6 Februari 2006, di mana stesen Hot FM secara rasmi memulakan operasi yang diketuai oleh Sathiaseelan a/l Paul Thurai, yang merupakan bekas penyampai Era FM.\nPada tahun 2009, stesen radio ini mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya ia berada di tangga teratas di kalangan stesen radio lain di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, mendahului saingan tradisionalnya Era FM yang hanya mencapai 3.76 juta pendengar dalam satu minggu.\nFrekuensi Siaran Radio Hot FM\nHot FM boleh didengari oleh rakyat Malaysia dari semua negeri di Malaysia dengan menukaran frekuensi anda kepada frekuesni yang berikut:\nFrekuensi Lokasi / NegeriPemancar97.6\u00a0MHzLembah KlangGunung Ulu Kali88.2\u00a0MHzPerlis,, Kedah, Pulau PinangGunung Jerai90.5\u00a0MHzTaiping, PerakBukit Larut104.5\u00a0MHzIpoh, PerakGunung Kledang99.5\u00a0MHzSeremban, Negeri SembilanGunung Telapak Buruk104.3\u00a0MHzMelaka, Utara JohorGunung Ledang90.1\u00a0MHzJohor Bahru, Johor dan SingapuraGunung Pulai90.1\u00a0MHzBatam, IndonesiaGunung Pulai92.4\u00a0MHzKuantan, PahangBukit Pelindung105.0\u00a0MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung88.6\u00a0MHzKota Bharu, KelantanPeringat94.3\u00a0MHzKuching, SarawakGunung Sapi87.7\u00a0MHzKota Kinabalu, SabahBukit Karatong\nSelain itu, anda juga boleh mendengar siaran Hot FM secara langsung terus dengan strim daripada laman web mereka di https://www.hotfm.audio/\nSenarai penyampai radio / DJ\nBerikut merupakan senarai terkini penyampai radio dan DJ di HotFM :\n\nJohan\nFara Fauzana\nAG\nKeymi\nFizi Ali\nAisha\nImran Aqil\nAyu\n\nSegmen / Program\nHotFM sentiasa membawa sesuatu yang hangat dan info terkini dalam setiap segmennya.\nAntara segmen yang terdapat di stesen radio popular ini adalah:\n\nBekpes Hot\nFYP @ Hot\nHot Squad\nHot Flix\nHot Padu 40\nHot FM HMO\nCarta Muzik Muzik 37 Hot FM\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-penjagaan-covid-19-ppc/", "title": "Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Golongan B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC) UNTUK B40 KINI TELAH MULA DIEDARKAN\nKerajaan sangat komited dalam membantu melawan COVID-19 dan setakat ini, Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan (PIC) berjalan dengan melancar untuk mencapai sasaran 80% populasi dewasa di Malaysia mendapat vaksin. \nSejak COVID-19 melanda negara, kerajaan Malaysia sangat komited untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 yang sangat terkesan daripada segi kewangan. \nSelaras dengan itu, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakon telah mengumumkan bantuan terbaru yang dikenali sebagai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) khusus untuk golongan B40.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)\n\n \nGolongan yang layak untuk menerima PPC\n\n \nTarikh penerimaan PPC\n\n\nSenarai bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) \n\nObjektif utama bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) adalah meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan memudahkan mereka mengamalkan norma baharu ketika ini.\nBagi yang layak, mereka akan menerima kit bantuan PPC yang mengandungi beberapa barangan berikut:\nPek pelitup muka (4 keping setiap keluarga)Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga)Pulse oximeterTermometerRisalah panduan penggunaan dan info kesihatan\nGolongan yang layak untuk menerima PPC \n\nUntuk permulaan, pemberian PPC ini akan diberikan kepada mereka yang juga penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga.\nPenerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga ini biasanya mereka yang sudah berkahwin, sama ada memiliki atau belum mempunyai anak atau ibu bapa tunggal yang mempunyai anak. \nBuat masa ini, terdapat 8.4 juta penerima BPR namun untuk golongan yang layak menerima PPC ini, terdapat kira-kira 3.6 juta yang layak. \nSecara keseluruhannya, kerajaan akan memperuntukkan RM471.6 juta kepada golongan B40 untuk program Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.\nBaca juga:\nDiskaun Saman Trafik PDRM 50% (Disember 2021)Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)\n\nTarikh penerimaan PPC\nKerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.\nSebanyak 10,000 unit kotak PPC telah diedarkan bermula 29 November 2021.\nGambar-gambar berikut adalah proses pembungkusan semua peralatan kesihatan tersebut sebelum ianya diserahkan kepada Pos Malaysia untuk urusan penghantaran secara berfasa kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.\n\n\n\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penamaan-kwsp/", "title": "Penamaan KWSP: Cara Daftar dan Kepentingannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda adalah seorang pencarum KWSP, anda wajib tahu mengenai penamaan KWSP bagi memastikan caruman KWSP anda diuruskan dengan sebaiknya selepas kematian anda.\nRamai rakyat Malaysia yang mencarum KWSP terlepas pandang atau mengambil mudah akan perkara ini sehingga waris mereka menghadapi kesukaran untuk menuntut wang pencarum.\nIni merupakan satu kerugian besar dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk mendaftarkan penama KWSP bagi akaun KWS anda!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan Penamaan KWSP\n\n \nSalah Faham Mengenai Penama KWSP\n\n \nImplikasi Ahli KWSP Membuat Penamaan & Tanpa Penamaan\n\n \nIndividu Yang Layak Membuat Penamaan\n\n \nIndividu Yang Layak Dinamakan\n\n \nLangkah Membuat Penamaan KWSP Secara Online\n\n\nKepentingan Penamaan KWSP\nMemendekkan proses pengeluaranMengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/MahkamahMemastikan waris mewarisi simpanan anda\nSalah Faham Mengenai Penama KWSP\nAntara salah faham umur mengenai penama KWSP adalah individu yang dilantik sebagai penama KWSP bukanlah pemegang mutlak harta pusaka tersebut sebaliknya hanya dilantik untuk menguruskan wang caruman pemilik yang meninggal dunia.\n\n\n\n\n\n\nPenama hanya bertindak sebagai pengurus tadbir wang tersebut dan wang tersebut masih perlu dibahagikan secara hukum faraid (bagi orang Islam).\nSekiranya penama bertindak tidak jujur dengan tidak mengagihkan wang tersebut kepada waris si mati mengikut faraid, maka waris boleh memohon mahkamah mengeluarkan sijil faraid kepada penama agar wang tersebut dituntut untuk diagihkan secara faraid.\nNamun sekiranya penama masih enggan berbuat demikian, maka tindakan sama boleh diambil oleh waris kepada penama.\nSekiranya terdapat kekeliruan mengenai perkara ini disaran untuk anda rujuk kepada peguam yang bertauliah bagi menjernihkan sebarang kemusykilan yang timbul.\nImplikasi Ahli KWSP Membuat Penamaan & Tanpa Penamaan \nFahami kepentingan membuat penamaan dan implikasi jika tiada penamaan dibuat.\n\n\n\nMitosFaktaSimpanan akan dipindahkan ke ARB jika tidak dituntutSimpanan yang masih di KWSP hanya akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahunKematian membatalkan keseluruhan penamaanHanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja terbatalWaris perlu menuntut dalam masa 3 hari sahaja, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARBBagi ahli beragama Islam sahaja, penamaan akan terbatal jika Penama/Pentadbir (Wasi) tidak membuat permohonan pengeluaran dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian ahli\nIndividu Yang Layak Membuat Penamaan\nJangan bertangguh! Sekiranya anda sudah cukup syarat-syarat yang berikut, anda sudah layak membuat penamaan bagi pihak anda. \nBerumur 18 tahun katasWarganegara Malaysia ATAU Penduduk TetapPenamaan dibuat oleh pencarum/ahli sendiriMelengkapkan Borang KWSP 4 dengan lengkap\nIndividu Yang Layak Dinamakan\n\nBagi memastikan usaha anda membuat penamaan KWSP tidak sia-sia dan mencapai objektifnya, maka individu yang ingin dinamakan mestilah menepati syarat-syarat yang berikut:\nBagi yang Islam \u2013 menamakan mana-mana individu sebagai penama yang bertindak selaku wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang \u2013 Undang IslamBagi bukan Islam \u2013 menamakan mana-mana individu sebagai benefisiari yang berhak menerima simpanan ahli.Pencarum (Islam dan Bukan Islam) boleh melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama dimana ARB akan menguruskan 100% harta tersebut\nArtikel berkaitan: Semakan Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021 (6.1%)\nLangkah Membuat Penamaan KWSP Secara Online\nJom buat penamaan dengan mengikuti 6 langkah berikut!\n\n\n\n\nLayari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/nomination untuk info lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/salah-transfer-duit/", "title": "Salah Transfer Duit Ke Akaun Orang Lain, Ini Langkah Yang Perlu Dibuat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda pernah salah transfer duit ke akaun bank orang lain?\nSalah satu kelebihan perbankan internet adalah kemudahan memindahkan duit anda kepada orang lain dengan hanya beberapa klik sahaja. \nWalau bagaimanapun, ada ketikanya anda mungkin tidak menyemak nama penerima dengan sebaiknya atau terlepas pandang akan nama penerima akaun sehinggalah anda sedar bahawa anda tersilap memindahkan ke akaun bank orang lain.\nDalam kes seperti ini, apakah yang anda boleh lakukan? Adakah terdapat lagi peluang untuk wang tersebut dikembalikan kepada anda?\nInsyaAllah, anda masih mempunyai peluang untuk mendapatkan kembali wang anda yang tersilap transfer itu namun pastikan anda ikuti langkah-langkah di bawah ini dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mendapatkan kembali wang anda.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Dapatkan bukti transaksi\n\n \n2. Buat laporan kepada pihak polis\n\n \n3. Pergi ke cawangan bank berdekatan\n\n \n4. Tunggu respon dari penerima\n\n\n1. Dapatkan bukti transaksi\nSetelah anda membuat pemindahan wang tersebut, dapatkan bukti transaksi sama anda secara screenshot atau save sahaja fail PDF transaksi wang tersebut.\nSecara ringkasnya, info berikut mesti boleh dilihat dengan jelas daripada screenshot atau fail PDF yang anda simpan itu:\nNo akaun penerimaNama penerimaJumlah wang yang dipindahkan \n2. Buat laporan kepada pihak polis\nBukan mudah pihak bank boleh sewenang-wenangnya memulangkan kembali wang yang tersilap hantar tersebut kepada anda dan perkara ini dianggap kes besar.\nOleh itu, segera ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis.\nApabila membuat laporan polis, nyatakan butiran-butiran nama/nombor akaun penerima, jumlah dan nyatakan juga butiran tambahan seperti masa kejadian, jumlah wang yang dipindahkan dan sebagainya.\nApabila anda membuat polis, pihak bank akan mengambil serius akan perkara ini kerana laporan telah dibuat.\nWalau bagaimanapun sekiranya anda cuba menipu dengan membuat laporan palsu kepada pihak polis, anda boleh didakwa mengikut undang-undang kerana membuat dakwaan palsu.\n3. Pergi ke cawangan bank berdekatan\nPergi ke cawangan bank berdekatan dengan anda bersama-sama dengan laporan polis yang telah dibuat.\nJumpa dengan pegawai bank yang bertugas dan di kaunter dan nyatakan mengenai masalah anda \u2013 salah transfer duit ke akaun bank orang lain.\nKemudian, minta tolong pegawai bank tersebut mendapatkan kembali wang tersebut dengan menghubungi penerima wang yang ada tersilap pindahkan itu.\nArtikel berkaitan: Maksud IBG Transfer & Berapa Hari Tempoh Pemindahan\n4. Tunggu respon dari penerima\nApabila laporan polis telah dibuat dan pihak bank telah dimaklumkan, pihak bank perlu berhubung dengan pemilik akaun tersebut dan mendapatkan persetujuan mereka untuk memulangkan kembali duit yang diterima daripada anda.\nProses akan menjadi mudah sekiranya pihak bank dapat menghubungi pemilik akaun dan mereka bersetuju untuk memulangkan kembali duit tersebut kepada anda.\nWalau bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dihubungi atau enggan memberikan kerjasama memulangkan kembali duit anda, anda perlu membawa kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan. \nSementara itu, prosedur pemulangan semula wang tersebut kepada anda juga berbeza mengikut setiap bank. \nUntuk mengelakkan anda tersalah transfer duit pada masa akan datang, pastikan anda cek dengan teliti nama dan nombor akaun penerima sebelum memindahkan wang. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-wong-solo-malaysia/", "title": "Wong Solo : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenggemar hidangan Indonesia yang enak pasti cukup mengenali restoran Wong Solo. \nTerkenal dengan rasa sambalnya yang pedas dan seimbang dengan rasa, ramai yang memilih restoran ini bila teringin hidangan dengan citarasa asli daripada negara seberang.\nSetakat ini, restoran ini memiliki 11 cawangan di sekitar di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. \n\n\n\n\n\n\nSelain popular dengan hidangan nasi penyet dan pecel lele, restoran Wong Solo turut menawarkan pelbagai hidangan seperti mee, lauk pauk balado dan sayur-sayuran.\nBagi anda yang merancang untuk nikmati hidangan di restoran ini, jom kita tengok menu Wong Solo serta harga terkini yang ditawarkan.\nBaca Juga : \u00a0Bubblebee Malaysia : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Menu Wong Solo & Harga Terkini\n\n \nHidangan Utama (Set Nasi)\n\n \nNasi & Mee\n\n \nHidangan Balado\n\n \nHidangan Sayur\n\n \nHidangan Sampingan\n\n\nSenarai Menu Wong Solo & Harga Terkini\nHidangan Utama (Set Nasi)\n\nMenuHargaSet Ayam BakarRM 21.00Set Ayam PenyetRM 21.00Set Ayam GorengRM 21.00Set Ayam Kampung BakarRM 24.10Set Ayam Kampung PenyetRM 24.10Set Ayam Kampung GorengRM 24.10Set Pecel LeleRM 21.00Set Empal SapiRM 24.10Set Talapia BakarRM 22.50Set Talapia PenyetRM 22.50Set Talapia GorengRM 22.50\nAla Carte\nKredit : platselangor.com\nMenuHargaAyam BakarRM 12.70Ayam GorengRM 12.70Ayam PenyetRM 12.70Ayam Kampung BakarRM 15.60Ayam Kampung GorengRM 15.60Ayam Kampung PenyetRM 15.60Pecel LeleRM 12.70Empal SapiRM 15.50Talapia PenyetRM 13.90Talapia BakarRM 13.90Talapia GorengRM 13.90\nNasi & Mee\n\nMenuHargaNasi PutihRM 4.20Nasi Goreng BiasaRM 15.20Nasi Goreng AyamRM 24.10Nasi Goreng Ayam KampungRM 27.10Nasi Goreng SpecialRM 33.20Nasi Goreng Special KampungRM 36.31Nasi Goreng SeafoodRM 23.80Mee Goreng BiasaRM 15.20Mee Goreng AyamRM 24.10Mee Goreng Ayam KampungRM 27.10Mee Goreng SpecialRM 33.20Mee Goreng Special KampungRM 36.31Mee Goreng SeafoodRM 23.80\nHidangan Balado\nMenuHargaBalado PetaiRM 14.50Balado SotongRM 22.50Balado Sotong PetaiRM 24.60Balado UdangRM 22.50Balado Udang PetaiRM 24.60Balado TerungRM 12.11\nHidangan Sayur\nMenuHargaCah BrokoliRM 15.20Cap CayRM 24.20Sayur AsamRM 11.40Sup SayurRM 13.70Tumis KangkungRM 12.20\nHidangan Sampingan\nMenuHargaKepak Ayam GorengRM 15.20Sotong Goreng TepungRM 23.90Udang Goreng TepungRM 23.90Gado-GadoRM 15.20\nHidangan yang ditawarkan di Wong Solo semuanya nampak menarik untuk dicuba. Ia pastinya bakal menepati citarasa penggemar hidangan Indonesia. \nAyuh ajak rakan dan keluarga aneka menu yang menyelerakan di Wong Solo! Jangan ikuti laman Instagram Wong Solo untuk ketahui tawaran terkini dan promosi menarik dari restoran ayam penyet kegemaran rakyat Malaysia ini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/jom-masuk-tentera/", "title": "Jom Masuk Tentera: Permohonan Pegawai ATM 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH (GRADUAN) DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) BAGI TAHUN 2023\nAngkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).\nCalon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai \u2013 Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.\nSyarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.\nTarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2023.\nBerikut dikongsikan syarat kelayakan cara permohonan online melalui portal Jom Masuk Tentera bagi pengambilan ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Portal Jom Masuk Tentera (JMT)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Pengambilan Pegawai ATM Online (Portal Jom Masuk Tentera)\n\n \nTarikh Tutup Permohonan ATM 2023\n\n \nSemakan Status\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Portal Jom Masuk Tentera (JMT)?\nPortal Jom Masuk Tentera (JMT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya calon lepasan Ijazah Sarjana Muda menyertai \u00a0Perkhidmatan Tentera sebagai \u00a0Tentera Darat (TDM), Tentera Laut (TLDM) atau Tentera Udara (TUDM). \nCalon boleh mengisi dan menghantar permohonan untuk menyertai Tentera secara atas talian pada bila-bila masa di mana sahaja. Calon boleh menyemak keputusan permohonan melalui atas talian sahaja. \nPortal JMT juga dibangunkan menggunakan teknologi terkini dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 September 2020. \u00a0\u00a0\nSyarat Kelayakan\nSyarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.\n\nBerikut dikongsikan Gaji Permulaan Pegawai serta kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati bagi mereka yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia.\nGAJI PERMULAAN PEGAWAI\n\nKEMUDAHAN DALAM ATM\n\n\nPermohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2023 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php\nCara Permohonan Pengambilan Pegawai ATM Online (Portal Jom Masuk Tentera)\nPermohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2023.\nSila scan QR code di atas atau terus ke pautan Jom Masuk Tentera di:\n\nhttps://jmt.mod.gov.my/ \n\nTarikh Tutup Permohonan ATM 2023\nTarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2023.\nSemakan Status\nUntuk membuat semakan status permohon, sila login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.\n\nKeputusan status permohonan anda akan dipaparkan seperti berikut:\n\nSekiranya berjaya, sila semak tarikh kehadiran pemilihan akhir dan hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan.\nJangan lupa bawa bersama dokumen yang berkaitan semasa hadir.\nSila muat naik surat kelulusan dan cetak.\nBaca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\n\nFacebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY\n03-2071 2197\nPortal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/ \n\nBaca juga: TSOI: Prosedur, Tips & Pengalaman Temuduga Online In-situ SPA (2021)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lppsa-myfinancing/", "title": "LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLPPSA MyFinancing adalah sebuah aplikasi mudah alih yang diperkenalkan oleh \u00a0Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)\u00a0untuk mengakses ke akaun pembiayaan pengguna dengan lebih mudah dan cepat.\nMelalui aplikasi ini, pelbagai kemudahan kepada pemohon dan peminjam LPPSA disediakan bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan:\nStatus terkini permohonan pembiayaan.Amaun baki pembiayaan.Amaun pengeluaran bayaran.Amaun ansuran bulanan.Amaun tunggakan.Status akaun pembiayaan.Hebahan mengenai LPPSA.\nBaca juga: Pinjaman LPPSA 2020: Semakan Status Permohonan Online\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar & Menggunakan LPPSA MyFinancing\n\n \nCara Log Masuk Kali Pertama\n\n \nCara Semak Status & Baki Pinjaman LPPSA\n\n \nMuat Turun LPPSA MyFinancing\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Daftar & Menggunakan LPPSA MyFinancing\nUntuk menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu melakukan 4 langkah berikut:\nDaftar di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA: https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/Muat Turun Aplikasi Mudah Alih LPSSA MyFinancing Google Play: https://play.google.com/store/apps/details\u2026 iOS App Store \u2013 https://apps.apple.com/my/app/lppsa-myfinancing/id1499313637Daftar Pengguna Log Masuk menggunakan kata laluan yang didaftarkan\n\nCara Log Masuk Kali Pertama\nKlik ikon MyFinancing untuk membuka aplikasi mudah alih LPPSA MyFinancing.Paparan Log Masuk akan dipaparkan.Pengguna boleh memilih untuk:Log MasukDaftar Pengguna (Bagi Pengguna Kali Pertama)Lupa Kata LaluanKalkulatorPengguna baru pertama kali menggunakan Aplikasi Mudah Alih perlu untuk mendaftar pengguna terlebih dahulu.Tekan pada menu \u201cDaftar Pengguna\u201d atau Tekan perkataan \u201cDaftar di sini\u201dBagi pengguna yang telah mendaftar pada Aplikasi Mudah Alih boleh terus log masuk.Masukkan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan Pengguna.Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan pada pendaftaran pengguna Aplikasi Mudahalih.Tekan butang \u201cLOG MASUK\u201d\nCara Semak Status & Baki Pinjaman LPPSA\nJika pengguna telah mendaftar, anda boleh membuat semakan status pembiayaan dan baki pinjaman.\nCaranya adalah seperti berikut:\nLog masukLihat Paparan UtamaTekan pada Menu PermohonanMaklumat permohonan akan dipaparkanUntuk melihat baki pembiayaan, tekan Menu PembiayaanTekan Butang Maklumat Tambahan untuk melihat perincian pembiayaan, maklumat tunggakan, ansuran terkini, dan lain-lain.\nMuat Turun LPPSA MyFinancing\nKlik link berikut untuk muat turun aplikasi mobile LPPSA MyFinancing.\nLink untuk ke Google Playstore \u2013 http://bit.ly/MyFinancingLPPSA\nLink untuk ke iOS App Store \u2013 https://apps.apple.com/my/app/lppsa-myfinancing/id1499313637\nMaklumat Lanjut\nPusat Panggilan Utama\u00a0:\u00a003 \u2013 8880 1600\nLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)Kompleks Kementerian Kewangan,No.9,\u00a0 Persiaran Perdana, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pas-parti-islam-semalaysia/", "title": "PAS : Senarai Calon PRU15, Sejarah, Ahli Jawatankuasa Harian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Islam Se-Malaya (PAS) ditubuhkan pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai.\nSemenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. \nPAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui senarai calon PRU15 daripada PAS serta maklumat mengenai parti ini. \nBaca Juga : [RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah PAS\n\n \nSenarai Calon PRU15 Parti PAS\n\n \nAhli Jawatankuasa Harian PAS Pusat Sesi 2021-2023\n\n \nSenarai Ahli Majlis Syura \u2018Ulamak Parti Islam Se-Malaysia Sesi 2015-2025\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSejarah PAS\nPAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para ulamak menolak bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.\nKemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. \n\n\n\n\n\n\nKetiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia.\nKesedaran awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu.\nLonggokan kesedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walaubagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.\nPara ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang \u2019tawakuf\u2019 daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa.\nPara pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).\nDalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).\nDari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).\nKejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara.\n\nSemenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap \u2018ekstrem\u2019 menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor.\nSempena PRU15, PAS kini bergabung di bawah Parti Perikatan Nasional bersama dengan 3 parti lain iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).\nSenarai Calon PRU15 Parti PAS\nSenarai calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU15 adalah seperti berikut :\nP.019 Tumpat :Datuk Mumtaz Md NawiP.020 Pengkalan Chepa : Datuk Ahmad Marzuk ShaaryP.021 Kota Bharu : Datuk Seri Takiyuddin HassanP.022 Pasir Mas : Ahmad Fadhli ShaariP.023 Rantau Panjang :Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff P.024 Kubang Kerian : Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan ManP.025 Bachok : Mohd Syahir Che Sulaiman P.027 Tanah Merah : Dato\u2019 Sri Ikmal Hisham Abdul AzizP028 Pasir Puteh : Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh P.029 P030 Jeli : Zahari KechikP.031 Kuala Krai : Abdul Latiff Abdul Rahman P.032 Gua Musang : Mohd Azizi Abu NaimP.033 Besut : Datuk Che Mohamad Zulkifly bin JusohP.034 Setiu : Ust Shaharizukirnan bin Abd KadirP.035 Kuala Nerus : Dato\u2019 Dr Alias bin RazakP.036 Kuala Terengganu : Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimP.037 Marang : Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin AwangP.038 Hulu Terengganu : Dato\u2019 Rosol bin WahidP.039 Dungun : Ustaz Wan Hassan bin Mohd RamliP.040 Kemaman : Ustaz Che Alias bin HamidP.041 Kepala Batas : Dr. Siti Mastura MohamadP.088 Temerloh : Salamiah Mohd NoorP.109 Kapar : Dr. Halimah Ali\u00a0P.116 Wangsa Maju : Ustazah Hajah Nuridah Mohd SallehP.119 Titiwangsa : Dr. Rosni AdamP.149 Sri Gading : Zanariyah Abdul Hamid\n\n\nAhli Jawatankuasa Harian PAS Pusat Sesi 2021-2023\nPresiden : YB Tan Sri Dato\u2019 Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang\nTimbalan Presiden : YB Dato\u2019 Sri Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man\nNaib Presiden\nYB Senator Datuk Ustaz Haji Idris Haji AhmadYAB Dato\u2019 Seri Dr Haji Ahmad Samsuri MokhtarYB Ustaz Dato\u2019 Haji Mohd Amar Abdullah\nKetua Dewan Ulamak/PJ Kedah : YB Senator Ustaz Haji Ahmad bin Saad @Yahaya\nKetua Dewan Pemuda : YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari\nKetua Dewan Muslimat : YB Senator Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh\nSetiausaha Agung : YB Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan\nSenarai Ahli Majlis Syura \u2018Ulamak Parti Islam Se-Malaysia Sesi 2015-2025\nMursyidul Am : YBhg Tuan Guru Dato\u2019 Haji Hashim bin Jasin\nTimbalan Mursyidul Am : YAB Dato\u2019 Bentara Kanan, Ustaz Dato\u2019 Hj Ahmad bin Yakob\nSetiausaha : \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nYB Dato\u2019 Dr Nik Mohamad Zawawi bin Salleh\nAhli\nYB Dato\u2019 Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin AwangYB Dato\u2019 Sri Tuan Ibrahim bin Tuan ManYB Senator Ustaz Idris bin AhmadYB Dato\u2019 Dr Johari MatYBhg Tuan Guru Dato\u2019 Dr Mahfodz MohamedYBhg Dato\u2019 Taib Azamudden bin Md TaibYB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim (Bendahari)YBhg Prof Madya Dr Aminurraasyid bin YatibanYBhg Dr Wahibah binti Twahir @ H TahirYBhg Tuan Guru Hj Ahmad bin AliYBhg Profesor Datuk Dr Mohd Yakub Zulkifli bin Mohd YusoffYBhg Profesor Madya Dr Shukeri bin Mohamad\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkembangan PAS, sila ikuti laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat dan laman rasmi PAS di pautan https://pas.org.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/waktu-wukuf-doa-arafah/", "title": "Waktu Wukuf 2023 Di Malaysia / Arafah & Doa Hari Arafah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDOA AFDHAL SERTA WAKTU WUKUF DI ARAFAH & MALAYSIA 2023\nNabi \ufdfa bersabda:\u201c\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u0650 \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f\u0648\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u064a \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\u201dMaksud: \u201cSebaik-baik doa adalah doa pada hari \u2018Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah (Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu).\u201d\n(Sunan Tirmidhi, 3509 \u2013 dinilai hasan)\nDoa waktu wukuf di Arafah adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh & Waktu Wukuf 2023\n\n \nDoa Wukuf / Hari Arafah\n\n \nHIMPUNAN DOA PILIHAN SEMPENA WAKTU WUKUF / HARI ARAFAH\n\n \nTAMBAHAN: CONTOH DU\u2019A PADA HARI WUKUF / ARAFAH (BAHASA MELAYU)\n\n \nHARI ARAFAH DI MALAYSIA VS HARI ARAFAH DI ARAB SAUDI\n\n\nTarikh & Waktu Wukuf 2023\nWaktu wukuf bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.\nBagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing.\nWAKTU WUKUF DI MALAYSIA / WAKTU WUKUF DI MEKAH\nTarikh Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini adalah seperti berikut:\n\n27 Jun 2023 (Malaysia)\n\nWaktu afdhal dan mustajab untuk berdoa pada hari wukuf ini akan ditentukan oleh pihak berwajib di Malaysia.\nBerikan tumpuan untuk waktu wukuf ini, yang berpuasa siapkan juadah awal-awal.\nWaktu Doa Mustajab Arafah (Wukuf) bermula masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib\n9 Zulhijjah Selasa 27 Jun 2023 (waktu di Arafah)Zuhur (waktu mula) : 12:23pmMaghrib (waktu akhir) : 7:06pm\nBersamaan waktu Malaysia8 Zulhijjah Selasa 27 Jun 2023 (waktu di Malaysia)Waktu mula: 5:23pmWaktu akhir: 12:06am\nBagi yg berada di Malaysia, Puasa pada Hari SELASA di kira puasa hari TARWIYAH manakala Puasa pada hari RABU dikira puasa ARAFAH.\nBagi yg ingin mengambil manfaat waktu yg sama dgn waktu Arafah di Saudi, boleh rujuk perkongsian waktu seperti yang dinyatakan di atas.\nJangan lepaskan peluang untuk berdoa ya, doa banyak-banyak. Semoga Allah makbulkan doa kita semua \nDoa Wukuf / Hari Arafah\nBerikut dilampirkan contoh Doa Arafah untuk rujukan bersama:\n\n\n\n\n\n\nHIMPUNAN DOA PILIHAN SEMPENA WAKTU WUKUF / HARI ARAFAH \nAntara zikir dan doa pilihan yang boleh dibaca pada Hari Arafah ialah seperti berikut:\n1) ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH\nDaripada Abdullah bin \u2018Amr, Rasulullah SAW bersabda, \u201cSebaik-baik doa adalah doa pada hari \u2018Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\nMaksudnya: \u201cTiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.\u201d(HR Tirmizi, hadis hasan)\nKELEBIHAN MEMBACA ZIKIR INI 100 KALI:\nDaripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c \u0641\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u0651\u064e\u0629\u064d \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u062f\u0652\u0644\u064e \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0631\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u064d \u0648\u064e\u0643\u064f\u062a\u0650\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0645\u064f\u062d\u0650\u064a\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u064a\u0651\u0650\u0626\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u062d\u0650\u0631\u0652\u0632\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0647\u064f \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0628\u0650\u0623\u064e\u0641\u0652\u0636\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e\n\n\n\n\n\n\nMaksudnya: \u201cBarang siapa yang membaca\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\u2019\n\u2018Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa \u2018alaa kulli syai\u2019in qodir\u2019\n(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),\nsebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini\u201d.\n(HR Bukhari, hadis sahih)\n2) DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH\nDaripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0643\u064e\u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0648\u064e\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0646\u064f\u0633\u064f\u0643\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627\u064a\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u064e\u0622\u0628\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u062a\u064f\u0631\u064e\u0627\u062b\u0650\u064a \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0633\u0652\u0648\u064e\u0633\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0634\u064e\u062a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0651\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0621\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0651\u0650\u064a\u062d\u064f\nMaksudnya: \u201cYa Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.\u201d(HR Tirmidzi, hadis gharib)\n3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)\nDaripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:\n\u0633\u064e\u064a\u0651\u0650\u062f\u064f \u0627\u0644\u0650\u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u063a\u0652\u0641\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064e: \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u064a \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\u060c \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0651\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0646\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u0651\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\nMaksudnya: \u201cSayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau\u201d.(HR Bukhari, hadis sahih)\nKELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR\nNabi Muhammad SAW bersabda:\n\u00ab\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u064e\u060c \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064c \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0635\u0652\u0628\u0650\u062d\u064e\u060c \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629\u0650\u00bb\nMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga\u201d.(HR Bukhari, hadis sahih)\n4) DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT\nAbu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0638\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u064a \u0638\u064f\u0644\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u0651\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u064f \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u064f\nMaksudnya: \u201cYa Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.\u2019\u2019(HR Bukhari, hadis sahih)\n5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.\u201d(Surah Ibrahim 14: 41)\n6) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627\u0653 \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0671\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0671\u0644\u0631\u0651\u064e\u0670\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.\u201d(Surah al-Mukminun 23:109)\n7) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0627\u064e \u062a\u064f\u0632\u0650\u063a\u0652 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0647\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646 \u0644\u064e\u0651\u062f\u064f\u0646\u0643\u064e \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0647\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.\u201d(Surah Ali \u2018Imran 3: 8 )\n8 ) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u0670\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0631\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u064e\u0639\u0652\u064a\u064f\u0646\u064d \u0648\u0651\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u0651\u064e\u0642\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.\u201d(Surah al-Furqan 25: 74)\n9) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0632\u0650\u0639\u0652\u0646\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064e \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e \u0671\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0651\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0670\u0644\u0650\u062f\u064e\u0649\u0651\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u064e\u0670\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0649\u0670\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u0652\u0646\u0650\u0649 \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0643\u064e \u0671\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.\u201d(Surah al-Naml 27: 19)\n10) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0625\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0633\u064e\u0628\u064e\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u063a\u0650\u0644\u0651\u064b\u0627 \u0644\u0651\u0650\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0631\u064e\u0621\u064f\u0648\u0641\u064c \u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u064c\nMaksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.(Surah al-Hasyr 59:10)\nTAMBAHAN: CONTOH DU\u2019A PADA HARI WUKUF / ARAFAH (BAHASA MELAYU)\n1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar \u2013 selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.\n2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.\n3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).\n4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.\n5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.\n6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.\n7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.\n8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.\n9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi\n10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.\n11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.\n12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.\n13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).\n14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.\n15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.\n16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.\n17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.\n18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.\n19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.\n20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.\n21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.\n22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.\n23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.\n24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.\n25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.\n26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.\n27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..\n28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.\n29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.\n30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.\n31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.\nTutup dgn selawat.Aamiin Aamiin Ya Rabbal \u2018Aalamiin.\nWallahu-a\u2019lam.\nHARI ARAFAH DI MALAYSIA VS HARI ARAFAH DI ARAB SAUDI\nSetiap tahun pasti akan timbul pertanyaan,\n\u201cAdakah puasa Hari Arafah mengikut Hari Wukuf di Arab Saudi atau mengikut penentuan tarikh anak bulan Zulhijjah di Malaysia?\u201d\nPuasa Arafah adalah SUNAT MUAKKAD (Ibadah Sunat yang sangat digalakkan) bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji.\nPuasa pada Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun akan datang. Baginda Rasulullah SAW ber\u00adsabda :\n\u0635\u0650\u064a\u0627\u0645\u064f \u064a\u0648\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e\u060c \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0623\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0641\u0651\u0650\u0631\u064e \u0627\u0644\u0633\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u064a \u0642\u064e\u0628\u0644\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u0627\u0644\u0633\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u064a \u0628\u064e\u0639\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u0635\u0650\u064a\u0627\u0645\u064f \u064a\u0648\u0645\u0650 \u0639\u0627\u0634\u064f\u0648\u0631\u0627\u0621\u064e\u060c \u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0623\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0641\u0651\u0650\u0631\u064e \u0627\u0644\u0633\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u0650\u064a \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f\n\u201c Puasa Hari Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. \u201c\n(HR Muslim)\nSyeikh Khatib Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam Nawawi, \u201cApabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq.\u201d\n(Rujukan Mughni Muhtaj 1/619)\nAnalogi untuk mudah difahami ialah WAKTU SOLAT di Malaysia PASTI TIDAK SAMA dengan waktu solat di Makkah Madinah. Zon waktu di Malaysia lebih cepat 5 Jam berbanding Arab Saudi. \nDengan kata lain, jika Hari Arafah sudah masuk di Makkah tidak bermakna hari Arafah sudah masuk di Malaysia.\nJabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyebut ulama berbeza pandangan tentang Hari Arafah seperti berikut :\nI) Pendapat Pertama :Al Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali dan sebahagian Ulama mazhab Maliki berpendapat Hari Arafah adalah hari para Jemaah Haji wukuf di Arafah.\nII) Pendapat Kedua :Pendapat Mazhab Al-Syafie dan juga sebahagian Ulama mazhab Maliki seperti Al Imam Ibnu Abdil Barr bahawa Puasa Hari Arafah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijjah pada sesuatu negeri (iaitu tanggal 9 Zulhijjah itu sendiri di tempat masing-masing).\nJabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyebut, pendapat kedua adalah pendapat yang ditarjih (paling kuat) dalam Mazhab Syafi\u2019e dan sepakat terpakai di negara kita Malaysia.\nRujukan :Al Fadhil Ustaz Dr. Abdul Rahmanov (Dr. Man)\nSumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/679-bayan-linnas-siri-ke-110-kelebihan-hari-arafah-dan-hari-raya-aidiladha\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-ipt-anak-yatim-yayasan-pahang/", "title": "Tawaran Biasiswa IPT & Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pahang kini menawarkan biasiswa IPT dan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang.\nUntuk makluman, Biasiswa IPT ini diwujudkan bagi membuka peluang pendidikan kepada anak-anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan STPM yang cemerlang.\nBiasiswa Anak Yatim ini diwujudkan bagi memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada anak-anak yatim piatu yang kurang berkemampuan di Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Sesi Persekolahan 2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar Tajaan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSyarat Kelayakan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September 2022 sehingga 5 Oktober 2022.\nKadar Tajaan\nKadar penajaan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nBiasiswa IPT- RM3,000 setahun (elaun sara hidup)Biasiswa Anak Yatim- RM7,000 setahun (yuran pengajian dan sara hidup)\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\ni) Biasiswa IPT\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:\nPemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atauJika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-).Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40:\u2013 B40: Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.\u2013 M40: Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851\u2013RM10,970/bulan.Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.\n\nSyarat Kelayakan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang\n\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:\nPemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang.Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah. Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatanRM4,850/bulan dan kebawah.Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Minimum 5 kepujian.Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): Minimum CGPA 2.50Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Minimum Jayyid JiddanPemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.\nCara Memohon\nCalon boleh lakukan permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen/Home.aspx.Klik bahagian \u2018Permohonan Biasiswa\u2019Masuk di ruangan \u2018Log Masuk Dan Pendaftaran\u2019 dan klik pada \u2018Pendaftaran Pengguna Baru.\u2019Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Baca notis peringatan dan klik skim biasiswa yang ingin dipohon.Isi semua maklumat permohonan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.Cetak borang permohonan dan email kepada [email\u00a0protected].\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kedua-dua biasiswa ini, sila layari laman web Yayasan Pahang iaitu https://www.yp.org.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tta-plus-cadangan-waktu-perjalanan-plus-deepavali/", "title": "Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS Sempena Deepavali", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik akan melonjak sepanjang cuti perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula Jumaat, 21 Oktober hingga Rabu, 26 Oktober ini. \nOleh itu syarikat ini menasihatkan pelanggan lebuhraya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor supaya memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi. \nManakala, pelanggan lebuhraya dari negeri-negeri tersebut yang bergerak pulang ke Lembah Klang bermula 24 Oktober hingga 26 Oktober pula disarankan supaya memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi.\nUntuk perjalanan yang lebih selesa, PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan turut mengaktifkan Ujian Awam SmartLane di laluan Bukit Tambun-Plaza Tol Juru dan Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu untuk mengurangkan kesesakan selain mengeluarkan arahan supaya tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran trafik.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual TTA Deepavali PLUS 2022\n\n \nApakah TTA (Travel Time Advisory)?\n\n\nJadual TTA Deepavali PLUS 2022\n\n\u201cKami menjangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuhraya kami setiap hari semasa cuti perayaan Deepavali bermula 21 Oktober ini berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa. \n\n\n\n\n\n\nOleh yang demikian, PLUS mengeluarkan jadual TTA untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di samping membantu kami mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi. Jadual TTA ini boleh juga boleh dirujuk di laman web www.plus.com.my serta saluran-saluran media sosial PLUS,\u201d kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.\nApakah TTA (Travel Time Advisory)?\nTTA (Travel Time Advisory) oleh PLUS ini bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuhraya, terutamanya di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan, seperti Deepavali.\nIa direka untuk mengelakkan pelanggan yang menuju ke destinasi yang lebih jauh daripada \u2018bertembung\u2019 dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat. \nDengan mematuhi TTA, ia boleh memberikan kesan yang lebih baik kepada pengalaman perjalanan pelanggan lebuhraya.\nSelain daripada itu, PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan di lebuhraya kendaliannya di antara 21 hingga 25 Oktober ini bagi memastikan tiada gangguan terhadap perjalanan orang ramai. Namun begitu, lorong mungkin terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, pembersihan lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal dilaksanakan secepat mungkin.\n\u201cPada musim cuti perayaan ini juga, seramai 512 anggota PLUSRonda akan berada di lebuhraya untuk membuat rondaan dan membantu orang ramai. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 8% berbanding hari-hari biasa,\u201d tambah Datuk Zakaria.\nPLUS juga sedar keperluan untuk memastikan semua lorong dapat digunakan untuk melancarkan pergerakan trafik terutamanya di laluan-laluan yang kritikal.\n\u201cOleh yang demikian, PLUS, LLM dan PDRM akan sekali lagi mengaktifkan Ujian Awam SmartLane (melibatkan pembukaan dan penggunaan lorong kecemasan kepada kenderaan) di laluan di antara Bukit Tambun (KM150.6) menghala ke Plaza Tol Juru (KM146.2) bermula jam 3 petang hingga 6 petang pada 21 Oktober untuk melancarkan pergerakan trafik ke Utara. Bagi perjalanan ke Selatan pada 26 Oktober, Ujian Awam SmartLane akan diaktifkan di antara Persimpangan Sungai Petani Selatan (KM107.6) hingga Hentian Sebelah Tikam Batu (KM113) bermula jam 2 petang hingga 6 petang. \nHasil daripada Ujian Awam SmartLane ini akan dibentangkan kepada pihak berkuasa untuk diadaptasikan di lokasi lain pada masa yang akan datang,\u201d jelas Datuk Zakaria.\nPengguna lebuh raya juga dinasihatkan mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Touch \u2018n Go, atau e-Wallet untuk transaksi tol dengan pilihan pembayaran sama ada menggunakan kad Touch \u2018n Go, SmarTAG atau RFID sebelum memasuki lebuh raya bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk perjalanan yang jauh.\nDengan memuat turun Aplikasi PLUS, pelanggan lebuh raya boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. Sebagai alternatif, pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih. Pelanggan juga disaran menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map.\nSelamat menyambut Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya dan selamat memandu dengan cermat di musim perayaan ini!\nSumber: https://www.plus.com.my/\nBaca juga: \nKalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah MalaysiaJadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pkp-pemerkasa-tambahan/", "title": "Bantuan PKP 3.0: Senarai Bantuan PEMERKASA+ Yang Diumumkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej Bantuan PKP 3.0 yang dikenali sebagai PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+.\nMelalui pakej ini, sebanyak RM40 bilion diperuntukkan dengan tiga matlamat utama beserta 12 inisiatif terbaru.\n\n\n\n\n\n\nBerikut antara senarai bantuan PEMERKASA Plus yang diumumkan. Antaranya:\nPeruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatanLantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatanPercepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPVRM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung JunMoratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulanSkim rehabilitasi sewa beli bas dan teksiProgram MARA Prihatin \u2013 peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaranLanjutan Program Subsidi Upah selama sebulanGeran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada JulaiBantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolahBayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejasLanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021\nBantuan PEMERKASA+\nAntara yang menarik perhatian bantuan PEMERKASA+ semestinya BPR tambahan seperti berikut:\nTambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000Tambahan RM100 : Bujang\n\nSelain itu, GKP turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta PKS.\nMenteri juga tidak mengambil gaji selama 3 bulan.\nMulai 1hb esok, anda yang layak boleh menebus kredit RM150 melalui program eBelia.\nSedang dikemaskini\u2026 Sila \u201crefresh\u201d artikel ini untuk berita terkini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myvac/", "title": "MyVac: Pendaftaran Sukarelawan Bukan Kesihatan (Elaun RM50/Sehari)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN SUKARELAWAN MYVAC KINI DIBUKA\nAnak Muda Malaysia!\nAnda berusia 18 hingga 40 Tahun? \nAnda tidak bekerja? \nTidak ada apa-apa aktiviti? \nAyuh! \nKhidmat anda diperlukan bagi membantu proses pemberian vaksin pada seluruh rakyat Malaysia.\nSertai SUKARELAWAN MYVAC untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin seluruh Negara. \nDi sini dikongsikan lebih lanjut tentang apakah itu sukarelawan MyVac dan bagaimana membuat permohonan pendaftaran sebagai sukarelawan MyVac secara online.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyVac?\n\n \nSyarat Kelayakan & Skop Tugas\n\n \nElaun & Sijil Sukarelawan MyVac\n\n \nJangka Masa Bertugas\n\n \nCara Pendaftaran Sukarelawan MyVac\n\n \nSurat Sokongan\n\n \nSoalan Lazim (FAQ)\n\n\nApakah MyVac?\nMyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai \u201cHerd Immunity\u201d.\nOleh itu, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.\nProgram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.\nSemua orang dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dalam komuniti MyVAC. Daftar sebagai sukarelawan hari ini.\nSyarat Kelayakan & Skop Tugas\nProgram ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. \nTerdapat 2 jenis sukarelawan iaitu Sukarelawan Bukan Kesihatan dan Sukarelawan Kesihatan.\nSukarelawan boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah. \nAntara skop tugasan yang dikenalpasti :\nSukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu.\nAnda boleh membuat pilihan ini sewaktu pendaftaran di laman web. Bagaimanapun, untuk sukarelawan bukan kesihatan, bidang tugasan spesifik akan ditentukan oleh penyelia masing-masing di PPV nanti.\n\nBaca juga: Maybank EzyQ: Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusniaga Di Kaunter\nElaun & Sijil Sukarelawan MyVac\nMengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:\nRM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.\nKad pengenalan diri dan vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas. \nDi akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.\n\nJangka Masa Bertugas\nJangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:\nSatu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.\nSetiap sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas. Setiap syif bertugas adalah untuk tempoh 6 jam. \nPemilihan boleh dilakukan di dalam laman web setelah berjaya dipilih menjadi sukarelawan. \nSukarelawan perlu bertugas sekurang kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut. \nSetiap sukarelawan boleh memilih kawasan bertugas, tetapi ia bergantung kepada kekosongan di lokasi tersebut.\nCara Pendaftaran Sukarelawan MyVac\nDi bawah adalah proses menjadi sukarelawan MyVac:\nMendaftar minat anda untuk di www.myvac.com.myMengesahkan pendaftaran anda melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja).Seterusnya, anda perlu menghadiri satu latihan secara maya dan lulus. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).Lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat dan memuat naikan gambar profil anda.Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.Kemudian anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa dan lokasi akan diketahui serta-merta.Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri, anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil andaHadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh tugas bermula (atau seperti dipersetujui oleh penyelia PPV).\n\n\n\nBaca juga: Semak Keahlian RELA (MyRELA): Adakah Anda Ahli RELA Tanpa Rela?\nSurat Sokongan\nSurat sokongan pelepasan boleh dikeluarkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah. \nAnda boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat dengan anda setelah anda disahkan berjaya menjadi seorang sukarelawan MyVac. \nNamun begitu, pelepasan daripada tempat kerja/belajar adalah dimuktamadkan oleh majikan/institusi pengajian masing-masing.\nSoalan Lazim (FAQ)\nAdakah Sukarelawan MyVac akan mendapat vaksin lebih awal? Tidak. Suntikan vaksin akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bilakah tarikh tutup untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac? Buat waktu ini, tiada tarikh tutup yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac. Anda boleh mendaftar melalui link www.myvac.com.my. Bagaimanapun, kekosongan untuk menjadi sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan di PPV. Sekiranya bilangan sukarelawan di setiap PPV adalah mencukupi, anda akan diletakkan di dalam senarai simpanan dan akan dimaklumkan kelak sekiranya ada kekosongan di PPV. Siapakah yang boleh menjadi saksi untuk semua borang pengesahan? i) Deklarasi Kesihatan \u2013 Disahkan oleh sukarelawan itu sendiriii) Borang Penepian Liabiliti \u2013 Disaksikan oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atasiii) Borang Akta Rahsia \u2013 Disaksikan oleh pegawai penjawat awam (Gred 41 dan ke atas) dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau Kementerian Belia dan Sukan. Anda boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Belia dan Sukan/ Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan anda) Adakah saya perlu menghadiri latihan? Latihan sukarelawan akan diberikan secara maya. Kesemua sukarelawan haruslah menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul. Adakah saya perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan? Tidak, Sukarelawan hanya perlu melakukan pengesahan deklarasi kesihatan di dalam laman web. \nBersama kita memudahkan urusan pemberian vaksin pada seluruh rakyat Malaysia.\nDaftar sekarang di www.myvac.com.my\nMaklumat Lanjut\nMySukarela Hotline\nWaktu Operasi : 9am \u2013 6pmEmail : [email\u00a0protected]\nWhatsapp (Message Only) : (+60) 17-303 9042\n"]} {"url": "https://ecentral.my/etukar-bukan-guru/", "title": "eTukar Bukan Guru: Login, Permohonan & Semakan Status Pertukaran KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem eTukar Bukan Guru ini hanya untuk kegunaan kakitanganbukan guru (selain daripada guru) di Kementerian Pelajaran Malaysia\nSistem e-tukar bukan guru dapat menyediakan permohonansecara atas talian (online). \nSistem ini dapat memproses permohonan pertukaran secara sistematik dan efisyen melalui pangkalan data berpusat, secara langsung ianya dapat memendekkan tempoh pemprosesanpermohonan pertukaran.\nPertukaran bukan guru ini mempunyai 4 sesi sepanjang tahun, iaitupada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.\nDisini kami kongsikan cara membuat permohonan dan semakan status dalam sistem eTukar Bukan Guru.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eTukar Bukan Guru?\n\n \nPengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru\n\n \nCara Permohonan Pertukaran Online eTukar Bukan Guru\n\n \nKemaskini Maklumat Permohonan Pertukaran\n\n \nTarikh Penting Semakan Permohonan eTukar Bukan Guru 2021\n\n \nLupa Kata Laluan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah eTukar Bukan Guru?\ne-Tukar Bukan Guru adalah sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. \nPermohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. \n\n\n\n\n\n\nSistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah.\nProses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. \nPengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru\nBahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pendidikan Malaysia. \nPermohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:\nMengikut pasangan bertukarMencari pengalaman baruMasalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)\n\nCara Permohonan Pertukaran Online eTukar Bukan Guru\nUntuk membuat permohonan pertukaran, sila lengkapkan borang permohonan online di laman web https://etukar.moe.gov.my/\nSila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan. \nDokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :\nSijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitanSurat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitanSurat Pengesahan Doktor ; jika berkaitanSurat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitanSurat Kelahiran Anak ; jika berkaitanLaporan Polis; jika berkaitan danLain-lain dokumen berkaitan.\nPermohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM. Pengesah I adalah terdiri di kalangan guru besar / pengetua / pengarah-pengarah IPG / pengarah-pengarah kolej matrikulasi, pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan. \nManakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian dan lain-lain.\nPemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengesah I bagi memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada Pengesah II.\nKemaskini Maklumat Permohonan Pertukaran\nMaklumat dalam e-tukar pemohon boleh dikemaskini selagipermohonan belum dihantar dengan cara login atau log masuk ke laman e-tukar.\nSekiranya pemohon telah menghantar permohonan tersebut, pengguna tidak boleh mengemaskini maklumat berkenaan.\nBaca juga: PKSK 2022: Permohonan Sekolah Khusus (SBP, MRSM, SMKA, SMT)\nTarikh Penting Semakan Permohonan eTukar Bukan Guru 2021 \nKalendar Aktiviti Permohonan Pertukaran Bukan Guru KPM Bil. 2/2021PeringkatAktiviti.Tempoh Masa1Permohonan Atas Talian Oleh Pemohon bagi Sesi 2 Tahun 2021 (1 \u2013 31 Julai 2021)\u00a0*Pengesahan juga boleh dilakukan oleh Pengesah I sebaik sahaja permohonan dihantar oleh pemohon tanpa perlu menunggu tarikh yang telah ditetapkan.31 Hari2Pengesahan di peringkat Pengesah I (1 \u2013 9 Ogos 2021)\u2013 Pengesah I adalah terdiri di kalangan Ketua Jabatan tempat pemohon bertugas seperti Guru Besar/Pengetua/Pengarah IPG/Pengarah Kolej Matrikulasi dll.9 Hari3Pengesahan di peringkat Pengesah II (10 \u2013 19 Ogos 2021)\u2013 Pengesah II adalah terdiri di kalangan Ketua Jabatan di peringkat negeri atau bahagian seperti Pengarah-pengarah JPN/Pengarah-pengarah Bahagian.10 Hari4Pemprosesan kelulusan permohonan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (20 \u2013 27 Ogos 2021) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (28 Ogos \u2013 8 Oktober 2021)50 Hari5Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon (9 Oktober 2021)1 Hari6Pemohon berjaya melaporkan diri (25 Oktober 2021)1 Hari\nLupa Kata Laluan\nKlik pada lupa kata laluan, kata laluan baru akan dihantar melaluiemel yang telah didaftarkan. \nSekiranya pemohon tidak menerima sebarang emel ini bermakna emel yang didaftarkan tidak sah.Langkah seterusnya pemohon boleh emelkan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan namapenuh ke alamat [email\u00a0protected]. \nPihak pentadbir e-tukar akan membantu dan memberikan kata laluan baru kepada anda melalui emel.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya terdapat sebarang masalah/aduan berkaitan dengan Sistem e-TUKAR, sila maklumkan kepada pihak pentadbiran melalui email berikut:\u00a0[email\u00a0protected]\nNombor talian :\nJawatan Lantikan SPP Gred Lantikan :03-88847760 / 03-88847759 /03-88847846 / 03-88721550\nGred Hakiki, Naik Pangkat Bukan Guru :03-88721422 / 03-88847884\nJawatan Gunasama :03-88721424\nJawatan Kader :03-88847768\nTalian Bantuan boleh dihubungi pada waktu dan hari seperti berikut :\nWaktu Bekerja : 8.30 Pagi \u20135.30 Petang\nHari Bekerja : Isnin \u2013 Jumaat\nBaca juga: Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bpr-fasa-2/", "title": "Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 & Jumlah Baki Mengikut Kategori", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKemaskini: Baki bayaran BPR Fasa 2 Yang Akan Diterima Dan Tarikh Pembayaran Mengikut Kategori\nSetelah bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua.\nDi sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang BPR Fasa 2 untuk makluman bersama.\nBPR Fasa 3 dijangka dibuat pada bulan September / Oktober nanti. Tarikh akan dikemaskini di Telegram rasmi eCentral.\n\n\n\n\n\n\nBagi yang tidak lulus, permohonan rayuan BPR akan dibuka mulai 15 Jun nanti.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah BPR?\n\n \nBilakah Bayaran BPR Fasa 2 Akan Dibuat?\n\n \nJumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2\n\n \nSemakan Status Permohonan BPR Fasa 2\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah BPR?\nBantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.\nBPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).\nBayaran BPR dibuat dalam beberapa fasa dan Fasa 1 telah diagihkan bermula 24 Februari lalu.\nBilakah Bayaran BPR Fasa 2 Akan Dibuat?\nMenurut kenyataan oleh LHDN / Kementerian Kewangan yang terkini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua akan dibuat mulai 7 Mei 2021.\nBerikut adalah kenyataan penuh oleh Kementerian Kewangan tentang maklumat pembayaran yang akan dibuat:\n\n\n\nJumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2\nBaki bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua ini berbeza mengikut Kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga,\nJumlah bayaran yang akan diterima boleh dirujuk melalui jadual di bawah ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNOTA:\nUntuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:\nKategori Isi Rumah : RM300Kategori Bujang: RM150\nBaca juga: Permohonan MyKasih Kapital, Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000\nBagi yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa Pertama tempoh hari, anda boleh membuat panggilan terus ke LHDN atau membuat semakan status secara online mengikut langkah di bawah.\nSemakan Status Permohonan BPR Fasa 2\nSemakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:\nLayari Portal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkanTekan butang \u2018Semak Status\u2019Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.\nBaca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan\nMaklumat Lanjut\nPortal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sekolahku-sejahtera-kpm/", "title": "Sekolahku SEJAHTERA KPM: Lagu, Lirik, Konsep & 14 Elemen Nilai Murni", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA bakal melahirkan generasi berdaya saing di peringkat dunia.\nMenteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia boleh dicapai menerusi 14 elemen Sekolahku Sejahtera yang diketengahkan kementerian.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep Sekolahku SEJAHTERA, 14 elemen nilai murni yang diumumkan oleh KPM, serta lagu dan lirik rasmi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Konsep Sekolahku Sejahtera?\n\n \n14 Elemen Nilai Murni\n\n \nLagu & Lirik\n\n\nApakah Konsep Sekolahku Sejahtera?\nKonsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.\nKonsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.\n\nBaca juga: \n\n\n\n\n\n\nTema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\u2018Kami Guru Malaysia\u2019 : Lirik Lagu & Video Rasmi KPM\n14 Elemen Nilai Murni\nSekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.\n14 elemen tersebut adalah:\nS \u2013 Selamat, Seronok dan SihatE \u2013 Etika dan EmpatiJ \u2013 Jati DiriA \u2013 Adab SopanH \u2013 HarmoniT \u2013 Tekun, Teliti dan TerampilE \u2013 EksplorasiR \u2013 RasionalA \u2013 Artikulasi\nSecara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia.\nKonsep ini bukanlah satu mata pelajaran baharu atau sisipan mata pelajaran sedia ada. \nMalah konsep ini tidak akan menambah beban tugas guru termasuk pelaporan tentang pelaksanaannya. \nApa yang penting adalah untuk guru serta masyarakat bersama-sama menerapkan konsep ini dalam diri generasi pewaris negara supaya nilai murni tersebut sentiasa tersemat di hati mereka.\nLagu & Lirik \nBerikut dikongsikan lagu dan lirik yang dicipta khas bagi mendukung konsep ini.\n\n\n\nSekolahku SEJAHTERA\nPenyanyi: Haqiem RusliPenulis Lirik: Dr Radzi JidinKomposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K. & Anas DamianTerbitan & Rakaman: Iqie Hugh & Omar KSusunan Muzik: Iqie HughAdunan: Audi MokPenyanyi Latar: Firdaus Rahmat & Haqiem Rusli\nLirik:VerseDi sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercintaSeronok belajar, selamat sentiasaSekolahku SEJAHTERA\nPre Chorus 1Kesihatan diutama, kebersihan dijagaSama perkasa etika, integriti di jiwaKita selami empati, bina kasih insaniTeguh jati diri, adab sopan hidup harmoni\nChorusSekolahku_SEJAHTERASekolahku_SEJAHTERABangkitlah,Generasi pewaris negara\nSekolahku_SEJAHTERASekolahku_SEJAHTERAGemilanglah,Malaysia di mata dunia\nPost ChorusSEJAHTERASekolahku SEJAHTERAAyuh kita jayakan bersama\nPre Chorus 2Hidup mulia berjaya, terus tekun usahaTeliti dalam bekerja, diri cekap terampilEksplorasi ilmu berguna, bertindak rasionalMantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti\nEduwebTV : Laman web rasmi : http://eduwebtv.moe.edu.my\nMuat turun video:\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-bantuan-b40/", "title": "Maksud B40 & Senarai Bantuan B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar istilah B40 dan bantuan-bantuan oleh kerajaan untuk golongan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan B40?\nSecara ringkasnya, ia adalah pengklasifikasian taraf kewangan seseorang individu atau keluarga di Malaysia. \nB40, M40 dan T20 masing-masing mewakili 40% Bawah (Bottom 40%), 40% Tengah (Middle 40%) dan 20% Atas (Top 20%). \nSama seperti pengklasifikasian cukai pendapatan anda, klasifikasi pendapatan ini digunakan untuk mengkategorikan rakyat Malaysia mengikut pendapatan isi rumah mereka.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Maksud Kategori Miskin Tegar, B40, M40 & T20\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan klasifikasi pendapatan isi rumah\n\n \nHad pendapatan B40\n\n \nBantuan untuk B40\n\n\nKepentingan klasifikasi pendapatan isi rumah\nKlasifikasi ini bukanlah sekadar untuk tahu betapa miskin atau kayanya seseorang individu itu sahaj, tetapi ianya penting untuk membantu kerajaan merancang dengan secukupnya skim keselamatan sosial dan penggubalan rancangan pembangunan negara.\nOleh itu, kriteria untuk B40, M40 dan T20 ini adalah angka yang dikeluarkan bersandarkan kepada angka daripada Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas (HIS) yang dijalankan dua kali setiap lima tahun.\nHad pendapatan B40\n\nJika dilihat daripada jadual di atas, kelas B40 juga dibahagian kepada 4 taraf yakni B1, B2, B3 dan B4. \nDaripada jadual di atas juga, had pendapatan bagi setiap kelas ini ini juga dinyatakan pada kolum paling kanan dan jadual ini diperoleh daripada data yang dikumpulkan oleh Habtan Perangkaan Malaysia. \nSatu perkara yang perlu anda perhatikan adalah perbezaan taraf hidup di banda dan luar bandar yang sangat jauh berbeza.\nDisebabkan itulah individu dari golongan M40 di luar bandar boleh menjadi golongan \u201cmiskin bandar\u201d apabila mereka tinggal di bandar kerana perbezaan taraf hidup dimana harga rumah, barangan dan makanan sememangnya lebih tinggi di bandar. \nBantuan untuk B40\nDisebabkan golongan ini berada paling bawah dalam sistem kelas sosial, maka kerajaan Malaysia lebih banyak memfokuskan bantuan untuk golongan ini.\nHaruslah diketahui bahawa bantuan ini tidaklah mengkayakan golongan ini, sebaliknya sekadar cukup untuk mengurangkan kesukaran hidup yang mereka alami, lebih-lebih dalam fasa pandemik COVID-19 yang menyebabkan kesukaran hidup. \nBerikut merupakan antara bantuan untuk golongan B4):\nBPN 2.0Skim Peduli KesihatanSkim Perlindungan MySalamPenjana 2.0Bantuan Khas COVD-19 (BKC)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-zakat-khas-maiwp-insani/", "title": "MAIWP Insani : Tawaran Bantuan Zakat Khas Untuk Golongan Asnaf", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini menawarkan bantuan zakat khas di bawah Program MAIWP Insani bagi menangani bebanan kewangan asnaf berikutan inflasi negara.\nBantuan khas ini menyasarkan penerimaan kepada 30,200 asnaf yang berkelayakan.\nBaca Juga : Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang MAINPP Untuk Pemilik Bengkel\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nTarikh Bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan MAIWP Insani yang ditawarkan adalah sebanyak RM 500.\nTarikh Bayaran Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani\nPenerima yang berkelayakan akan menerima bantuan khas secara berperingkat seperti berikut :\nFasa 1 : Mulai 19 Ogos 2022 (RM 250)\nFasa 2 : Mulai Disember 2022 (RM 250)\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.Tertakluk kepada pengiraan Had al-KifayahPemohon merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Khas MAIWP Insani bakal diberitahu kemudian sekiranya terdapat perkembangan terbaru daripada MAIWP.\nAnda juga boleh ikuti laman Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk ketahui maklumat terkini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-zakat-pelajar-semester-khas-uniten/", "title": "Tawaran Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas Uniten", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Insentif Zakat Pelajar Semester Khas Uniten ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas untuk siswa muslim Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kini dibuka.\nUntuk makluman anda, bantuan ini disediakan oleh Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) bagi pelajar UNITEN yang berkelayakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nPeringkat Pengajian Yang Layak Memohon\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nPertanyaan Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bagi bantuan ini bermula 23 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk Pelajar UKM\nPeringkat Pengajian Yang Layak Memohon \nBantuan zakat ini ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan serta sedang mengikuti salah satu kursus pengajian seperti berikut :\nAsasiDiplomaIjazah Sarjana MudaIjazah Sarjana\nDi samping itu, pelajar yang mengalami finance blocking atas sebab-sebab tertentu juga dibenarkan untuk buat permohonan.\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nMerupakan warganegara Malaysia.Beragama IslamMerupakan pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (status aktif) pada semester semasa.Tiada rekod masalah disiplin/rekod jenayah.Mendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa).Telah melengkapkan proses permohonan.Hadir ke temu duga yang ditetapkan.\nCara Memohon\nPermohonan bagi bantuan zakat ini boleh dilakukan mengikut langkah-langkah berikut :\nKlik pada pautan laman web TAZU iaitu https://amanahuniten.my/.Pergi ke bahagian \u201cKhidmat Online\u201d dan klik \u201cDaftar Akaun.\u201dIni maklumat akaun dan klik butang \u201cDaftar.\u201dLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Ikuti arahan seterusnya dan buat permohonan sehingga selesai.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas UNITEN ini, sila hubungi :\nPuan Majdah Binti Sulaiman : 03-8921 2033 ([email\u00a0protected])\nCik Siti Mawahidah Binti Zainol : 03-8921 2020 samb: 1325 ([email\u00a0protected])\nSemoga bantuan yang ditawarkan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di UNITEN. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-program-pslk-mains/", "title": "Program Pelatih Skim Latihan Singkat Negeri Sembilan (PSLK MAINS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kini menawarkan Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS (PSLK MAINS) kepada graduan lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Timur Tengah dan tempatan yang berkelayakan.\nBaca Juga : Tawaran Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nJenis Tawaran Latihan PSLK MAINS\n\n \nTempoh Program\n\n \nManfaat Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian mulai 2 Ogos 2022 (Selasa) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin).\n\n\n\n\n\n\nJenis Tawaran Latihan PSLK MAINS\nJenis latihan yang ditawarkan menerusi Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS adalah seperti berikut :\nZakatWakafKaunselingEkonomiKewanganUkur BahanPentadbiran dan Sumber ManusiaKhidmat PelangganTeknologi MaklumatMultimediaMedia BaharuKorporatPengurus Mal (Harta Orang Awam)\n\nTempoh Program\nUntuk makluman, program ini akan memberi peluang kepada peserta untuk jalani latihan secara kontrak selama 12 bulan di MAINS.\nManfaat Yang Ditawarkan\nPeserta akan ditawarkan beberapa kemudahan seperti berikut :\nBayaran RM1,500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana MudaBayaran RM1,200.00 sebulan bagi Diploma.Caruman KWSP dan PERKSEO.Tuntutan kerja lebih masa, elaun perjalanan, dan lain-lain faedah yang berkaitan.\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara MalaysiaKeutamaan kepada anak-anak Negeri SembilanSihat tubuh badanBerkemahiran menggunakan komputerBertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat\nCara Memohon\nPemohon yang berkelayakan boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti di bawah :\nSila layari laman sesawang di pautan\u00a0https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/Tekan butang \u201cProgram Pelatih Skim Latihan Khas MAINS 3.0\u201dTekan butang \u201cKlik Di Sini Untuk Memohon.\u201dTekan butang \u201cDaftar Baru.\u201dLengkapkan maklumat dengan lengkapTekan butang \u201cSign Up.\u201dIsi no. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.Lengkapkan permohonan sehingga selesai.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai PSLK MAINS, sila layari laman web MAINS di pautan\u00a0https://www.mains.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/liga-super-malaysia-2022/", "title": "Carta Kedudukan Liga Super Malaysia 2022 & Penjaring Terbanyak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan berakhirnya saingan Liga Super pada 15 Oktober 2022, Johor Darul Ta\u2019zim layak ke AFC Champions League 2023 sebagai juara Liga Super, manakala Terengganu FC turut menempah slot di AFC Cup 2023 sebagai naib juara.\nTahniah diucapkan! \nSatu lagi slot ke AFC Cup 2023 akan ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.\nBerikut adalah carta kedudukan Liga Super Malaysia bagi tahun 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCarta Kedudukan Liga Super Malaysia 2022\n\n \nPenjaring Terbanyak LS2022\n\n\nCarta Kedudukan Liga Super Malaysia 2022\nSumber: Malaysia Football League\nPenjaring Terbanyak LS2022\nPenyerang Johor Darul Ta\u2019zim, Bergson da Silva sah bergelar penjaring terbanyak dengan 29 gol!\nBeliau turut memecahkan rekod jumlah gol terbanyak dalam semusim yang sebelum ini dipegang oleh Ifedayo Omosuyi (26 gol).\n\n\n\n\n\n\n\nPELUANG KE ASIA MASIH TERBUKA UNTUK SEMUA KELAB YANG BERAKSI PADA KEMPEN TM PIALA MALAYSIA\nSlot AFC Champion League (ACL) dan AFC Cup tahun 2023 adalah seperti berikut:\nPILIHAN PERTAMA\nKEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023\nJohan Liga Super = AFC Champions League\nJuara Piala FA = AFC Cup\nKedua Liga Super = AFC Cup\nJika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:\nPILIHAN KEDUA\nKEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023\nJohan Liga Super = AFC Champions League\nJuara Piala Malaysia = AFC Cup\nKedua Liga Super = AFC Cup\nJika sekiranya Johan Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:\nPILIHAN KETIGA\nKEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023\nJohan Liga Super = AFC Champions League\nKedua Liga Super = AFC Cup\nKetiga Liga Super = AFC Cup\nOleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke AFC Cup 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.\nNamun slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.\nBaca juga: \nTM Piala Malaysia 2022 : Keputusan Undian & Jadual PerlawananPiala AFC : Tarikh Perlawanan Akhir 2022 & Slot Kelayakan 2023\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-bulan-rejab/", "title": "Doa Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Digalakkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDoa Bulan Rejab\nSedar tak sedar, pada hari Isnin, 23 Januari 2023, kita akan sama-sama melangkah masuk ke bulan Rejab. \nKurang daripada 70 hari pula kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan.\nSeperti bulan Ramadan, Rejab juga merupakan salah satu bulan yang tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam.\n\n\n\n\n\n\nSempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, jom kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\nBaca Juga : Amalan Sunat Bulan Rejab\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDoa Masuk Bulan Rejab\n\n \nAmalan Sunat Bulan Rejab\n\n\nDoa Masuk Bulan Rejab\nDoa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0644\u0650\u0651\u0651\u063a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\nAllahumma baarik lana fii rajabi wasya\u2019ban wa ballighna ramadhan\nMaksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.[HR Baihaqi]\n\nAmalan Sunat Bulan Rejab\nMenurut perkongsian daripada laman rasmi Mufti WP, bulan Rejab tidak memiliki kelebihan yang khusus seperti amal ibadat tertentu. Ini selaras dengan hadith-hadith sahih.\nMeskipun begitu, ini tidak menjadi penghalang bagi seseorang untuk mengerjakan amal ibadah dengan syarat tidak beri\u2019tiqad (mempercayai) bahawa amalan yang dilaksanakan mempunyai kelebihan yang tertentu.\nSelain membanyakkan berdoa, kita sebagai umat Islam juga sangat digalakkan untuk menghiasi bulan Rejab dengan ibadah seperti puasa, solat sunat dan berzikir.\nIni juga sebagai latihan atau persediaan untuk menuju ke bulan Ramadan nanti.\nSemoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang sedang membuat persiapan menyambut bulan Rejab.\nSelamat beramal dan semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin Ya Rabbal \u2018 Alamin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-biasiswa-zamalah-pendidikan-maik-2022/", "title": "Tawaran Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK kini dibuka.\n Pelajar kelahiran Kelantan yang mendapat tempat di Institut Pengajian Awam atau Swasta dialu-alukan untuk memohon.\nProgram Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada pelajar yang sudah mendapat tempat di IPTA atau IPTS sama ada di semester pertama atau seterusnya.\nTujuan program ini digerakkan adalah bagi membantu para pelajar melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat pengajian di IPT Dalam Negara.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nSyarat-Syarat Khusus\n\n \nCara Memohon Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nTarikh Permohonan \nUntuk makluman, tawaran ini terbuka sehingga 30 Aprill 2022.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Top Glove Foundation 2022 Untuk Pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah\n\nBidang Pengajian\nProgram biasiswa ini terbuka kepada mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat kepada para pelajar.\nNamun, bidang perubatan tidak menjadi keutamaan untuk melayakkan pelajar mendapatkan program biasiswa ini.\nSyarat-Syarat Permohonan\nPelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nTerbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.Merupakan warga negara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana- mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA).\nSyarat-Syarat Khusus\nTerdapat juga syarat khusus yang perlu dipenuhi pelajar bergantung pada peringkat pengajian :\ni) Sijil Kemahiran\nSKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2; atauSijil Kemahiran lain perlu sekurang- kurangnya lulus SPM.\nii) Diploma\nPNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya; atauBerkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.\niii) Ijazah Sarjana Muda\nPNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya; atauDiploma PNGK 3.5 ke atas; atauSTPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas; atauSTAM yang setara dengan STPM; atauMatrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.\nCara Memohon Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK\nPelajar yang berminat boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nLayari portal permohonan iaitu\u00a0http://eagihan.e-maik.my/.Pilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.Klik butang \u2018Semak Kelayakan.\u2019Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang \u2018Semak.\u2019Lengkapkan permohonan dengan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan tersebut.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik oleh pemohon adalah seperti berikut:\nSalinan Surat Beranak dan Kad Pengenalan pemohon/pasport (sekiranya berkaitan).Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/penjaga.Surat Beranak/Mykid/ Kad Pengenalan tanggungan ibu bapa/penjaga.Slip gaji/pencen/surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga (jika tidak bekerja/bekerja sendiri).Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM/keputusan peperiksaan terakhir (bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian).Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (SKM/Diploma/ Ijazah Dalam Negara)/ Surat Pengesahan pengajian terkini.Salinan sijil-sijil kegiatan luar/ko kurikulum.Salinan sijil-sijil yang berkaitan.Salinan penyata akaun bank.Borang pengesahan maklumat pemohon.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, sila hubungi 09-7421519 atau menghantar email ke [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bayaran-tanpa-tunai-fasiliti-kkm/", "title": "Bayaran Tanpa Tunai Di Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemua fasiliti Kementerian (KKM) dijangka akan menerima bayaran tanpa tunai mulai 1 Oktober depan.\nDalam satu pekeliling Ketua Setiausaha KKM, yang bertarikh kelmarin menyatakan, pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi itu ditetapkan menerusi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia Tahun 2021 bagi peringkat Persekutuan dan negeri.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkara ini untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPelaksanaan Bayaran Tanpa Tunai Di Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober 2022\n\n \nUrusan Lebih Cepat, Mudah & Selamat\n\n\nPelaksanaan Bayaran Tanpa Tunai Di Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober 2022\nRangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan.\nOleh itu, KKM akan melaksanakan bayaran tanpa tunai (cashless) mulai 1 Oktober 2022.\nWalau bagaimanapun, bayaran secara tunai MASIH DITERIMA sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad ATM/debit atau kad kredit atau e-dompet.\nSumber: Infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\nUrusan Lebih Cepat, Mudah & Selamat\nKutipan hasil akan lebih cepat, mudah dan selamat. Selain itu, berlaku pengurangan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan pengurangan risiko jangkitan COVID-19 di kaunter bayaran disebabkan \u2018contactless platform\u2019.\nPekeliling itu menyebut, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) perlu mengambil langkah bagi kelancaran inisiatif berkenaan, antaranya memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus transaksi terimaan tanpa tunai di setiap fasiliti masing-masing serta mengenal pasti PTJ bagi pelaksanaan terimaan bayaran tanpa tunai menggunakan Terminal Point of Sale (TPOS) dan DuitNow.\nMereka juga perlu mengenal pasti bilangan kaunter yang perlu dilengkapkan dengan TPOS bagi setiap PTJ; memastikan semua PTJ yang dikenal pasti mempunyai Akaun Terimaan Kecil Perbendaharaan (ATKP) dan tidak dorman.\nSelain itu, memastikan semua petugas kaunter dilatih dengan penggunaan TPOS dan kaedah rekod perakaunan. \nBahagian kewangan KKM dan bahagian akaun KKM akan menyelaraskan latihan mengikut zon, memastikan petugas kaunter mempromosi pembayaran tanpa tunai dan merekod statistik bulanan terimaan tanpa tunai.\nApa pendapat anda? Sudah tentu ia akan memudahkan, bukan?\nBaca juga: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semakan Status & Tarikh Bayaran\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembiayaan-program-perakaunan-profesional/", "title": "Tawaran Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) kini menawarkan pembiayaan pendidikan bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) bagi menyertai program perakaunan profesional FIA-ACCA.\nUntuk makluman, Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA merupakan program yang memberi peluang kepada graduan untuk mendapat persijilan ACCA, iaitu badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat global untuk mereka meneruskan karier dalam bidang perakaunan.\nPembiayaan ini akan memberi peluang kepada graduan bagi mendapatkan pengiktirafan di peringkat global.\n\n\n\n\n\n\nObjektif pembiayaan ini adalah bagi meringankan bebanan dan tanggungan keluarga yang kurang berkemampuan untuk anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mempunyai kebolehpasaran dalam industri.\nGraduan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) yang berminat boleh kemukakan permohonan bagi kemasukan sesi September 2022.\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Kemasukan Ke [email\u00a0protected] Yayasan Sejahtera Kulai\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Permohonan Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nBumiputeraBerumur tidak melebihi 25 tahun.Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakauanan dengan minimum PNGK 3.0 daripada universiti yang diakreditasi.Mendapat pengecualian penuh daripada ACCA.Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian menerusi pautan ini https://mypac.org.my/mypac-fia-acca-programme/.\nKlik butang \u2018Apply Now\u2019 pada pautan tersebut untuk membuat permohonan pembiayaan yang ditawarkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp, sila hubungi MyPAC di talian 012-9190210.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/toyota-vios-2023/", "title": "Toyota Vios 2023: Varian, Spesifikasi, Harga (Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nToyota Vios 2023 kini secara rasminya telah dibuka untuk tempahan.\nUMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah membuka tempahan untuk pembelian Toyota Vios 2023, generasi ke empat model ini yang bakal dikeluarkan dalam 2 varian. \nToyota Vios model terbaru in kini dipasarkan sebagai \u201cfastback\u201d dan bukannya sedan dan memperoleh beberapa peningkatan ketara berbanding model sebelumnya. \nArtikel berkaitan: Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFungsi dan aksesori\n\n \nVarian dan Harga Toyota Vios 2023 Baharu\n\n \nWaranti\n\n \nMaklumat Lanjut & Tempahan\n\n\nFungsi dan aksesori\nToyota Vios 2023 ini dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5 liter (juga dengan Dual VVT-i) dengan 107 PS dan 140 Nm.\n\n\n\n\n\n\nSistem Audio Paparan 9-inci yang tersedia (unit nipis) kini didatangkan dengan sokongan untuk Android Auto tanpa wayar dan Apple CarPlay (sebelum ini berwayar sahaja).\nModel baharu ini juga kini didatangkan dengan lohong udara belakang serta brek letak kereta elektronik dengan penahan brek automatik. \nBilangan mod pemanduan juga telah meningkat kepada tiga iaitu Power, Eco dan Normal (sebelum ini hanya Eco dan Sport).\nModel terbaru ini juga didatangkan dengan roda aloi 17-inci, paddle shifter dan monitor pandangan panoramik.\nLeaflet rasmi bagi Vios model terbaru ini boleh dilihat di laman web rasmi Toyota Malaysia di https://www.toyota.com.my/en/models/vios.html?gclid=Cj0KCQiAgOefBhDgARIsAMhqXA61QDTMALsS_9v2nfO-DprQEYJGv-OrTQsA5AUwgkb6CMQdKtsW1c0aAkUkEALw_wcB\nVarian dan Harga Toyota Vios 2023 Baharu\nToyota Vios 2023 ini bakal dilancarkan dengan 2 model varian.\nAnggaran harga bermula pada RM90,000 di atas jalan tanpa insurans untuk varian asas 1.5E.\nSementara itu, bagi varian 1.5G yang didatangkan dengan pelbagai fungsi tambahan pula dijual pada julat berharga RM96,000. \nYa, hanya dua varian yang dijual untuk model terbaru ini \u2013 1.5J tahap permulaan dan GR-S yang lebih sporty telah dihentikan buat masa ini.\nToyota Vios 2023 juga akan didatangkan dengan 5 pilihan warna termasuk Silver Metallic, Attitude Black, Nebula Blue Metallic dan Spicy Scarlet, yang terakhir ialah warna hero. \nPilihan warna kelima ialah Platinum White Pearl yang akan menelan kos tambahan RM400.\nArtikel berkaitan: Toyota Veloz Malaysia : Harga, Spesifikasi, Varian & Interior\n\nCiri keselamatan\n\nLane Departure Prevention\nLane Departure Warning\nFront Departure Alert\nPre-Collision System\nLane Keeping Control\nAdaptive Cruise Control\nAuto High Beam\n\n\nArtikel berkaitan: Perodua Alza 2022 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & Warna\nWaranti\nSetiap pembelian didatangkan dengan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had.\n\n\n\nMaklumat Lanjut & Tempahan\n\nUntuk tempahan: https://www.toyota.com.my/en/models/v\u2026\nHotline : +1 800-886-9682\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-maksimum-ayam-naik/", "title": "Skim Harga Maksimum Berakhir 30 Jun, Harga Ayam Dijangka Naik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini.\nPada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.\n\n\n\n\n\n\nSumber: KPDNHEP\nSebelum ini dilaporkan pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.\nNanta berkata, penamatan skim harga maksimum ayam bukan bermaksud kerajaan tidak mempedulikan pengguna, tetapi ia boleh menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang, termasuk keadaan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport.\n\u201cSebab itu perlu diteliti secara mendalam, dan seharusnya kita hentikan harga maksima dan bantu pengguna yang berpendapatan rendah cara lain, bukan lagi subsidi pukal,\u201d katanya.\nNanta dalam pada itu mengingatkan pemain industri agar tidak menggunakan kesempatan menerusi harga apungan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya.\nApabila harga diapungkan, katanya KPDNHEP akan turut memantau aspek harga dan jika perlu akan menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya terdapat peniaga mencatut, yakni mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan.\n(Sumber: BERNAMA)\nBaca juga:\nMenu IKEA Malaysia & Promosi Terkini Jun 2022Cara Kira BMI Untuk Dewasa, Kanak-kanak & Ibu MengandungCara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tanpa Lantik Lawyer, Kos Kecil Saja\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bpkns-biasiswa-negeri-sarawak/", "title": "Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2021/2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT IJAZAH SESI 2021/2022\nSuruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar peringkat Ijazah Sepenuh Masa yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA) untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022.\nBerikut dikongsikan info penuh tentang Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan BPKNS 2021/2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2021/2022\nBPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk:\n\n\n\n\n\n\nYuran PengajianElaun Sara HidupElaun PengangkutanElaun Buku, Pakaian dan lain-lain\nPelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.\nBaca juga: Pinjaman LPPSA 2021: Semakan Status Permohonan Online\nTarikh Permohonan\nTEMPOH PERMOHONAN : 2 sehingga 15 Oktober 2021\nSyarat Permohonan BPKNS 2021/2022\nAnak jati SarawakTelah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di PERINGKAT IJAZAH daripada IPTA atau UA (Bagi kemasukan baru sesi 2021/2022 atau yang sedang dalam pengajian)Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali PENDIDIKAN (Perguruan) atau PERUBATANPegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah TIDAK LAYAK memohon\nINFO TAMBAHAN\nPermohonan yang tidak lengkap akan DITOLAKHanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYAKeutamaan diberi kepada pelajar daripada kumpulan B40\nCara Permohonan\nSemua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui https://escholarship.sarawak.gov.my\nSila layari laman web rasmi BPKNS untuk PANDUAN PERMOHONAN\nSila rujuk poster bagi maklumat pegawai yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.\n\nBaca juga: Pendaftaran Pakej Peranti / Pakej Remaja Keluarga Malaysia\nMaklumat Lanjut\nSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak\nTingkat 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok, 93400 Kuching Sarawak.\nTelefon: 014-6866 089 / 017-8436031\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-bayaran-perkeso-2023/", "title": "Tarikh Bayaran Bulanan Pencen PERKESO / Faedah Tahun 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBersempena dengan kedatangan tahun 2023, PERKESO telahpun mengeluarkan jadual terkini bagi bayaran faedah / pencen PERKESO.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran faedah atau pencen PERKESO dan tarikh pembayaran bagi tahun 2023 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bayaran Faedah PERKESO 2023?\n\n \nTarikh Bayaran Pencen PERKESO 2023\n\n \nTentang PERKESO\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bayaran PERKESO 2023\n\n\nApakah Bayaran Faedah PERKESO 2023?\nKonsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income). \nPerlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102;\u00a0Minimum Standard for Social Security. \nDalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan. \n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. \nBaca juga: EIS PERKESO Login: Daftar & Mohon Elaun Kehilangan Pekerjaan (SIP)\nTarikh Bayaran Pencen PERKESO 2023\nTarikh\u00a0bayaran PERKESO\u00a02023 telah diumumkan melalui Jadual rasmi di bawah.\nBil.BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan1Januari17 Januari 2023Selasa22 Januari 2023 bersamaan Tahun Baru Cina2Februari1 Mac 2023Rabu\u20133Mac31 Mac 2023Jumaat\u20134April17 April 2023Isnin22 April 2023 bersamaan Hari Raya Puasa5Mei25 Mei 2023Khamis30 Mei 2023 bersamaan Pesta Keamatan1 Jun 2023 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak6Jun23 Jun 2023Jumaat29 Jun 2023 bersamaan Hari Raya Qurban7Julai1 Ogos 2023Selasa\u20138Ogos1 September 2023Jumaat\u20139September29 September 2023Jumaat\u201310Oktober1 November 2023Rabu\u201311November7 November 2023Selasa12 November 2023 bersamaan Hari Deepavali12Disember19 Disember 2023Selasa25 Disember 2023 bersamaan Hari Krismas\nSumber: https://www.perkeso.gov.my/\ni) Skim Keilatan\nSeseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal. \nSkim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.\nii) Skim Bencana Pekerjaan\nSkim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.\n\nKemalangan Semasa Kecemasan\n\nKemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau\u00a0berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi\u00a0tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang\u00a0mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.\n\nPenyakit Khidmat\n\nPenyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan\u00a0sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan\u00a0Sosial Pekerja 1969.\nContoh Penyakit Khidmat:\n\nHilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi\u00a0yang berterusan\nPenyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan\u00a0pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia\u00a0yang merbahaya dan sebagainya\n\nSemua yang dinyatakan di atas ini layak untuk menerima bayaran PERKESO 2021.\nTentang PERKESO\nPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. \nPada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.\nMaklumat Lanjut Tentang Bayaran PERKESO 2023\nUntuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/samsung-galaxy-s23-ultra/", "title": "Samsung Galaxy S23 Ultra \u2013 Spesifikasi dan Harga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerdapat ura-ura Samsung Galaxy S23 Ultra bakal dikeluarkan tidak lama lagi.\nSudah tentu, Samsung Galaxy S23 Ultra ini merupakan edisi terbaru Samsung Galaxy S22 yang dikeluarkan tidak lama dahulu.\nWalaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Samsung sendiri, terdapat beberapa maklumat mengenai telefon pintar ni telah tersebar daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh pelancaran\n\n \nHarga\n\n \nSpesifikasi\n\n\nTarikh pelancaran\nSamsung secara tidak sengaja mengesahkan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S23 Ultra ialah 1 Februari 2023. \nLaman web Samsung Columbiaa telah menerbitkan secara ringkas tarikh Galaxy Unpacked yang akan datang bersama-sama dengan slogan \u201cSe acercan momentos \u00e9picos en\u201d, iaitu bahasa Sepanyol untuk \u201cMomen epik akan datang \u201d. \n\n\n\n\n\n\nSelain itu, turut dipaparkan adalah tiga kamera individu dalam formasi lampu isyarat yang kelihatan seperti paparan S23.\nHarga\nKos bagi Samsung Galaxy 23 Ultra ini dijangkakan akan menelan kos sekurang-kurangnya sekitar $1,200, seperti S22 Ultra semasa. \nHarga ura-ura ini tidak jauhh daripada saingan terdekatnya, iPhone 14 Pro Max, murah sedikit pada $1,100.\nAda kemungkinan bahawa Samsung belum memutuskan berapa banyak yang perlu dicaj, walaupun dengan tarikh keluaran yang dikhabarkan semakin hampir.\nKini satu khabar angin bahawa keseluruhan siri S23, termasuk S23 Ultra akan menyaksika sedikit kenaikan harga tahun ini.\nSeorang individu medakwa melalui tweet, memetik SKTelecom sebagai sumber, bahawa Galaxy S23 Ultra akan bermula pada 1,599,400 won ($1,253). \nIni adalah sekitar $54 lebih daripada harga permulaan S22 Ultra tahun lepas dan kira-kira peningkatan 5% harga\nArtikel berkaitan: Remote Hilang? Ini Cara Guna Smartphone sebagai Remote TV / Serbaguna\nSpesifikasi\nJika Galaxy S23 Ultra berubah sedikit seperti yang dikatakan khabar angin, maka kita mungkin akan melihat reka bentuk yang hampir sama dengan Galaxy S22 Ultra dengan sudut segi empat sama, paparan melengkung dan kamera yang dibenamkan secara individu di bahagian belakang. \nIni juga bermakna satu lagi S Pen terbenam untuk keperluan coretan anda, salah satu ciri paling unik S22 Ultra.\nNamun itu bukan bermakna tiada perubahan yang mungkin berlaku. \nTerdapat ura-ura bahawwa Samsung Galaxy 23 Ultra mungkin lebih panjang dan lebar sedikit daripada S22 Ultra.\nPaparan dan sisi juga mungkin lebih rata, yang mungkin menggembirakan pengguna yang tidak suka mengetik atau menulis pada skrin melengkung.\nSamsung baru sahaja mengumumkan paparan Ultra Dynamic Range (UDR) yang mampu mencapai 2,000 nits kecerahan maksima tetapi tidak jelas sama ada panel itu akan digunaka pada siri Galaxy S23.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spin-tekun/", "title": "SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Pembiayaan Informal ( SPIN TEKUN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). \nAntara objektif Skim Pembiayaan Informal (SPIN) ini adalah untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19. \nJumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.\nBerikut kami kongsikan maklumat lanjut tentang program ini khusus bagi usahawan yang berminat.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN?\n\n \nJumlah Pembiayaan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan / Muat Turun Borang Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN\n\n\nApakah Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN?\nSkim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi \u00a0Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).\n\n\n\n\n\n\nSemua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah boleh dipohon melalui skim ini.\nAntara kriteria bagi SPIN ialah warganegara Malaysia yang mempunyai bukti perniagaan selain premis mereka akan turut dikunjungi oleh wakil TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan.\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nJumlah Pembiayaan\nJumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.\nKadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4%\u00a0setahun.\nSyarat Permohonan\nWarganegara MalaysiaBumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.Usahawan perlu menyertakan Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini bersama dengan borang permohonan pembiayaan (JPTT/Borang/02,JPTT/Borang/03, JPP/Borang/02 atau JPP/Borang/07)\nBorang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04) adalah dokumen yang mengantikan Lesen atau Pendaftaran Perniagaan (SSM)Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini perlu dicop dan disahkan oleh Pemimpin Tempatan/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua PSAT.\nBaca juga: LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman\nCara Permohonan / Muat Turun Borang Permohonan\nPeserta boleh memuat turun Borang Permohonan Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN di bawah.\nJPP Borang 02 \u2013 Borang Permohonan Pembiayaan TEKUNJPP Borang 07 \u2013 Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan, Bertindih atau BerasinganJPTT Borang 02 \u2013 Borang Permohonan Pembiayaan TEMAN TEKUNJPTT Borang 03 \u2013 Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan, Bertindih atau Berasingan Skim TEMAN TEKUNJPTT Borang 04 \u2013 Surat Pengesahan Perniagaan\nKepada yang berminat boleh terus menghubungi pejabat TEKUN yang berhampiran atau mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.\nProses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja.\u00a0(Tertakluk pada terma dan syarat)\nSila rujuk senarai Pejabat TEKUN Nasional di setiap negeri di bawah ini:\n\n\nhttps://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/\n\nMaklumat Lanjut Tentang Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN\nMaklumat lanjut tentang pembiayaan ini boleh didapati melalui laman web rasmi TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my\nATAU\nHubungi ibu pejabat TEKUN di\nTEKUN NASIONALIbu Pejabat TEKUN NasionalT5-01-01, Menara 5,Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),57000 Bandar Tasik Selatan,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nNo.\u00a0Telefon: 03-9059 8888. No. Faks: 03-9059 9292. Emel: mailbox@tekun.gov.my\n\nhttps://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-spin/?fbclid=IwAR2cdPfRFzWhvTmWywlnrMf2DN8jf5Kfa8AD5wb4Eh0NGKOc5Ykwv_u8NmI\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dos-penggalak-vaksin-covid19/", "title": "Dos Penggalak COVID-19 Kini Diperluas Untuk 40 Tahun Ke Atas \u2013 KJ", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSuntikan dos penggalak vaksin COVID-19 akan diperluaskan kepada individu berusia 40 tahun ke atas mulai 10 November 2021.\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, orang ramai akan menerima janji temu melalui MySejahtera bagi mendapatkan suntikan berkenaan.\n\u201cSekarang ini kita dah mula program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Booster atau dos penggalak kepada penduduk di Malaysia.\n\u201cMereka yang layak ialah berusia 40 tahun dan ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi.\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka menerima janji temu melalui MySejahtera,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Twitter.\n\nDos penggalak dapat meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19. Jika anda menerima janji temu, pastikan anda hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda. #PICKBooster pic.twitter.com/uBjtEvMReE\u2014 Vaksin COVID-19 \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe (@JKJAVMY) November 10, 2021\n\nKhairy turut menggesa orang ramai yang sudah menerima janji temu menerusi MySejahtera untuk hadir pada tarikh dan masa ditetapkan.\n\u201cApabila terima janji temu melalui MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda. Ini akan meningkatkan perlindungan kita terhadap COVID-19,\u201d katanya.\nProgram pemberian dos penggalak yang bermula 13 Oktober lalu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap imunisasi yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas mendapat dos lengkap dan bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19.\nBaca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMengapa Perlu Dos Penggalak Vaksin COVID-19?\n\n \nPerbezaan Dos Tambahan & Booster Dose\n\n\nMengapa Perlu Dos Penggalak Vaksin COVID-19?\nSeperti yang dimaklumkan oleh KKM, dos penggalak atau booster dose ini bertujuan memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan COVID-19.\n\nPenerima dos ketiga meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan termasuk pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan serta individu dengan komorbid.\nJika anda menerima temujanji dos penggalak melalui MySejahtera, sila lakukan persediaan berikut:\nTidur secukupnyaMengambil sarapan / makan tengahari sebelum ke pusat pemberian vaksinSihat dan tiada gejala pada hari vaksinasiMemakai pakaian yang sesuai dan sopanPakai pelitup mukaMembawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diriBawa kad vaksinasi sebagai bukti anda telah menapat dos lengkap\n\nPerbezaan Dos Tambahan & Booster Dose\nTahukah anda, terdapat perbezaan antara dos tambahan dan dos penggalak (booster dose).\nDos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala booster dose pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.\n\nBaca juga: Kesilapan Teknikal Status MySejahtera Merah (HSO) / Kuning (PUS). Ini Apa Perlu Buat\n(Sumber: Berita Harian, JKJAV, KKM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bsn-myringgit-i-banjir/", "title": "BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tannpa Faedah Hingga RM10,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBIAYAAN PERIBADI MYRINGGIT-I BANJIR BSN\nBSN menawarkan\u00a0kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.\nJumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir, BSN MyRinggit-i Banjir ditingkatkan kepada sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, susulan kenyataan terkini kerajaan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang BSN My Ringgit-i.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah BSN MyRinggit-i Banjir?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMAKLUMAT PEMBIAYAAN\n\n \nTEMPOH PEMBIAYAAN 3 TAHUN\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah BSN MyRinggit-i Banjir?\nBSN MyRinggit-i Banjir\u00a0menawarkan\u00a0kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5\u00a0tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan\u00a0buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.\nKemudahan BSN MyRinggit-i Banjir ini meupakan pembiayaan peribadi yang bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia.Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).Bukan seorang yang muflis.Hanya satu (1) permohonan sahaja daripada satu isi rumah.\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan akan dibuka mulai\u00a027 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022.\nMangsa-mangsa terjejas banjir boleh memohon dengan melengkapkan dokumen secara atas talian mulai tarikh yang dinyatakan.\nCara Permohonan\nUntuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian\u00a0melalui laman web rasmi BSN,\u00a0www.bsn.com.my atau terus ke https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir\nBagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.\n\nBorang permohonan secara dalamtalian boleh didapati melalui laman sesawanghttps://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx . \nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad PengenalanSalinan bil elektrik rumah yang terjejasSurat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas\nMAKLUMAT PEMBIAYAAN\nKadar Keuntungan0.00%Had PembiayaanSehingga RM10,000Tempoh Pembiayaan3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulananKaedah Bayaran\u00a0Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/\u00a0e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN\nTEMPOH PEMBIAYAAN 3 TAHUN\nAmaun Pembiayaan (RM)Kadar Keuntungan0.00%1,000282,000563,000844,0001125,0001396,0001677,0001958,0002239,00025010,000278\nNOTA:\u00a0Jadual ini hanyalah sebagai rujukan.\nSemakan Status Permohonan \nPihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistempesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikhpermohonan dilakukan. \nPelanggan juga boleh menyemak statuspermohonan dari semasa ke semasa melalui pautanhttps://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx/\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut boleh didapati di\u00a0www.bsn.com.my\u00a0atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.\nLihat\u00a0Surat Pengesahan Status Kediaman Terjejas Akibat Banjir.Lihat\u00a0Prosedur Permohonan \u2013 Bagaimana ingin memohon? (Infografik).Muat turun\u00a0Brosur Produk.Lihat\u00a0Soalan-soalan Lazim.Lihat semua\u00a0kadar perbankan.Lihat\u00a0Penyata Pendedahan Produk.Tertakluk kepada Terma & Syarat.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-segak-kpm/", "title": "Ujian SEGAK KPM (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) \nPelaksanaan Ujian SEGAK sebanyak 2 kali setahun adalah sejajar dengan hasrat KPM memastikan murid sentiasa aktif melakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal bagi mendapatkan kesihatan diri yang optimum.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan ujian ini di peringkat sekolah-sekolah KPM seluruh Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Ujian SEGAK?\n\n \nPelaksanaan Ujian SEGAK\n\n \n5 Komponen Yang Dilaksanakan\n\n \nTarikh Ujian SEGAK KPM 2023 / Lampiran / Surat Edaran KPM (2023)\n\n\nApakah Ujian SEGAK?\nStandard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. \nKomponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.\nMenurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan adalah keupayaan sistem badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. \nKomponen Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi badan. \nTahap kecergasan berdasarkan kesihatan yang tinggi memberifaedah kepada seseorang itu memiliki kesihatan yang baik, bertenaga, dan mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dengan berkesan.\nKajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1986 hingga kini menunjukkan kadar peningkatan peratus rakyat Malaysia mengidap penyakit kronik, penyakit tidak berjangkit, dan obesiti adalah amat membimbangkan. \n\n\n\n\n\n\nMasyarakat Malaysia perlu mengubah cara hidup sedentari kepada cara hidup aktif dan sihat dengan memberi fokus kepadameningkatkan tahap kecergasan fizikal. \nKecergasan fizikal yang optimum boleh membantu seseorang itu melaksanakan aktiviti harian dengan aktif tanpa berasa letih. \nSelaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang di sekolah perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur dan norma yang ditetapkan.\nPada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. \nSEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. \nPelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. \nMelalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.\nSEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kalisetahun diharap dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. \nMelalui SEGAK murid dilatih supaya lebih bertanggungjawab dalam membina masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, dan harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara.\nPelaksanaan Ujian SEGAK\nSemua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahunhingga 17 tahun WAJIB menjalani Ujian Kecergasan Fizikal yangdicadangkan dalam panduan ini.\n\nProsedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan murid, dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.\nUmur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa untuk rujukan norma.\nUjian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada HARI YANG SAMA. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan peralatan.\nMurid digalakkan membuat latihan ujian SEGAK secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.\nBateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:\n\nIndeks Jisim Badan (Body Mass Index \u2013 BMI);\nNaik Turun Bangku 3 minit;\nTekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan;\nRingkuk Tubi Separa; dan\nJangkauan Melunjur.\n\n\nUkuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat SEBELUM melakukan ujian-ujian lain.\nUjian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut TURUTAN SECARABERTERUSAN oleh murid yang sama seperti turutan.\nSEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. \nBagi murid yang tidak sihat, ujian SEGAK boleh dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.\nBagi murid berkeperluan khas TIDAK perlu menjalani ujian SEGAK kerana ujian ini adalah khusus untuk murid-murid normal.\n\n\n5 Komponen Yang Dilaksanakan\nSEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. \nKomponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. \nBateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina. \nBerikut adalah 5 komponen yang akan direkodkan dalam ujian ini:\n1. Ukur Tinggi & Berat \u2013 BMI\n\n2. Naik Turun Bangku \u2013 Daya Tahan Sistem Kardiovaskular\n3. Tekan Tubi / Tekan Tubi Suaian \u2013 Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot Tangan\n4. Bangkit Ringkuk Separa \u2013 Daya Tahan Otot dan Kekuatan Otot Abdomen\n5. Jangkau Melunjur \u2013 Kelenturan / Fleksibiliti Tubuh\nSumber gambar : Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 -Rasmi\nTarikh Ujian SEGAK KPM 2023 / Lampiran / Surat Edaran KPM (2023)\n1. Ujian SEGAK Pertama dijalankan bermula 8 Mei 2023 sehingga 28 Jun 2023.\n2. Manakala Ujian Kedua dijalankan bermula 2 Oktober 2023 hingga 30 November 2023.\n3. Kemaskini data iaitu dengan kunci masuk data dan pengesahan data mestilah mengikut tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.\n4. Pihak sekolah perlu melaksanakan Ujian ini dengan mematuhi prosedur Buku Panduan SEGAK 2016 dan Buku Panduan BMI 5-9T 2022. (Rujuk lampiran di bawah)\nSurat edaran di bawah:\n\n\n\nBUKU PANDUAN SEGAK 2016\nPanduan-Standard-Kecergasan-Fizikal-Kebangsaan-Untuk-Murid-Sekolah-Malaysia-SEGAKDownload\nMUAT TURUN : https://www.moe.gov.my/muat-turun/pentaksiran-berasaskan-sekolah/5506-panduan-standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan-untuk-murid-sekolah-malaysia-segak/file\n Buku Panduan BMI 5-9T 2022\nPanduan-Standard-Kecergasan-Fizikal-Kebangsaan-Untuk-Murid-Sekolah-Malaysia-SEGAK-1Download\n\nMUAT TURUN : http://bpk.moe.gov.my/images/2022/Document/Buku_Panduan_Standard_Pengukuran_BMI_untuk_Murid_Sekolah_Malaysia_5-9T.pdf\nKaedah pelaksanaan UjianSEGAK Norma Baharu dalam bentuk video boleh dilayari melalui link Youtube berikut : https://youtu.be/V3SKk9stuDM\n\n\n\nStandard-Kecergasan-Fizikal-Kebangsaan-Untuk-Murid-Sekolah-Malaysia-SEGAKDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tren-tambahan-ets/", "title": "Tren Tambahan ETS Sempena Tahun Baru Cina 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKTM baru mengumumkan tren tambahan ETS sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina 2023 pada 21 dan 22 Februari kelak.\nPengumuman mengenai perkara ini telah dibuat melalui laman Facebook Rasmi KTMB dan ini merupakan berita baik memandangkan ramai yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan tren ETS dari KTMB kerana ianya cukup selesa.\nIni bukanlah kali pertama pihak KTM menyediakan tren tambahan ETS kerana ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) yang lalu, mereka turut menyediakan tren tambahan ETS bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tangungjawab mengundi.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPertambahan jumlah trip\n\n \nCara beli tiket ETS\n\n\nPertambahan jumlah trip\nTerdapat satu perkhidmatan tambahan ETS dari KL ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL dari 19 Januari (Khamis) hingga 24 Januari (Selasa). \nTren harian menghala ke selatan (9283) akan berlepas dari Padang Besar pada pukul 11 \u200b\u200bpagi dan sampai ke KL pada pukul 4.36 petang, manakala tren menghala ke utara (9286) akan berlepas dari KL pada pukul 5.05 dan sampai ke Padang Besar pada pukul 10.34 malam.\nSatu perkhidmatan tambahan setiap hari, setiap arah, bermakna terdapat tambahan 12 perjalanan sempena Tahun Baru Cina pada kali ini. \nTiket dibuka untuk jualan pada 9 Januari di aplikasi Mudah Alih KTMB atau laman web KTM. \nETS ialah alternatif yang baik daripada menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya dan dalam kesesakan, malah terdapat koc kelas \u201cbusiness\u201d untuk mereka yang inginkan keselesaan tambahan.\nCara beli tiket ETS\nKebiasaannya tiket untuk ETS habis awal terutamanya ketika musim perayaan sebegini.\nNamun, sekiranya anda ingin membeli tiket bagi Tren Tambahan ETS ini, anda boleh melakukannya melalui pelbagai cara. \nIkuti langkah-langkah berikut: \n\nLayari laman KTMB Online di alamat\u00a0https://online.ktmb.com.my/\nPilih lokasi bertolak dan destinasi anda\nPilih tarikh bertolak dan tarikh pulang (anda juga boleh memilih untuk membli tiket sehaja sahaja)\nPilih bilangan penumpang\nKlik pada butang \u201cSearch\u201d\n\nUntuk maklumat lanjut, boleh baca artikel Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan untuk panduan lengkap.\nPihak KTM tidak menyiarkan jadual lengkap untuk tren tambahan ETS ini tapi anda boleh melihat tiket/kerusi yang masih boleh dibeli apabila melakukan pembelian melalui laman web rasmi KTM seperti pautan di atas.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-sawit-terkini/", "title": "Harga Sawit Terkini & Semakan Harga Semasa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Sawit Terkini & Semakan Harga Semasa ~ Permintaan minyak sawit pada peringkat global dijangka akan meningkat sekaligus menyebabkan harganya bakal melonjak naik bagi beberapa bulan mendatang.\nMenurut pemerhatian seorang profesor ekonomi dari Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng, sektor berasaskan sumber serta komoditi terutamanya minyak sawit dan getah dijangka akan berkembang berikutan peningkatan harganya.\n\nBaca Juga : Harga Getah Sabah Terkini & Cara Semakan\nIni seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara yang dilihat kian berkembang dengan usaha negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada awal bulan April 2022. \nSelain faktor pertumbuhan ekonomi tempatan, harga minyak sawit juga dijangka akan meningkat dan kekal tinggi sehingga RM 9,000 bagi setiap satu tan metrik pada pertengahan tahun ekoran peperangan antara Rusia dan Ukraine.\nPeperangan antara dua negara ini menyebabkan penghasilan minyak sayuran lain seperti minyak soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari menurun.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Minyak Sawit\n\n \nPokok Sawit & Hasilnya\n\n \nSemakan Harga Sawit Terkini 2022\n\n \nFaktor Turun Naik Harga Minyak Sawit Mentah\n\n\nPengenalan Minyak Sawit\nSawit atau nama saintifiknya, Elaeis guineensis Jacq, berasal dari Afrika Barat. Ia pertama kali dibawa masuk ke negara ini oleh orang Inggeris pada tahun 1870-an sebagai tanaman hiasan.\nNamun, negara-negara lain sudah mengenalinya berdasarkan bukti awal penggunaannya:\nKesan minyak sawit yang dijumpai dalam tempayan pengebumian yang berusia 5000 tahun di Abydos, Mesir.Sebagai bahan pertukaran dalam sistem barter untuk mendapatkan garam berkurun dahulu.Sebagai minyak pelincir jentera dan bahan asas untuk menghasilkan lilin, sabun dan marjerin pada kurun ke-19 di Eropah.\nPenanaman sawit bermula secara besar-besaran di Malaysia pada tahun 1960-an. Ini diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai skim untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup di kalangan penduduk luar bandar.\nKini, tanaman sawit tumbuh dan berkembang di ladang yang terdapat di seluruh negara, dari Perlis hingga Sabah.\nPokok Sawit & Hasilnya\nPokok sawit benar-benar menguntungkan. Ia boleh mengeluarkan hasil yang berterusan selama 20 hingga 30 tahun. \nPenanaman sawit memerlukan keluasan tanah yang lebih kecil berbanding tanaman minyak sayuran lain.\n\nBUAH SAWIT\nPokok sawit yang sihat dapat menghasilkan kira-kira 26 Buah Tandan Segar (BTS) setiap tahun. \nApabila buah sawit masak, ia akan bertukar menjadi warna merah keemasan. \nIa mestilah dituai dan dihantar ke kilang dengan segera untuk memastikan minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi.\nBuah sawit menghasilkan 2 jenis minyak:\nMinyak sawit dihasilkan dari bahagian sabut (mesocarpa)Minyak isirung sawit dihasilkan dari bahagian isirung (biji)\nSumber: https://sawit.com.my/\nSemakan Harga Sawit Terkini 2022\nMenerusi laman web MPOB, harga minyak sawit terkini pada 14 April 2022 adalah RM 6,639.00.\nCara Semakan Harga Sawit Semasa \nSemakan harga semasa bagi minyak sawit boleh dilakukan dengan melayari pautan rasmi MPOB seperti berikut :\nI) Harga Harian Minyak Sawit Mentah \u2013 Malaysia (RM/Tan)\n\nII) Laman web rasmi FELDA\nSelain itu, anda juga boleh membuat semakan harga sawit di Malaysia melalui laman web FELDA di pautan:\nhttps://www.felda.gov.my/kerjasama-strategik/info-kewangan\n\nFaktor Turun Naik Harga Minyak Sawit Mentah\nMenurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin, permintaan kembali minyak sawit merupakan peluang untuk Malaysia membuktikan kebaikan produk tempatan kepada negara luar.\nPerkara ini turut dipersetujui oleh Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir yang menjangka hasil yang lebih tinggi daripada eksport minyak sawit yang lebih tinggi pada tahun ini ekoran kekurangan bekalan minyak sayuran global ketika ini.\nDr Sathia Varqa dari Palm Oil Analytics (POA) telah menggariskan beberapa faktor yang bakal mempengaruhi harga minyak sawit mentah dunia iaitu:\nPerkembangan penularan COVID-19 di mana ia meletakkan prospek ekonomi yang tidak menentu dan lemahProspek pengeluaran kacang soya di Amerika SyarikatDasar percukaianPersaingan hargaDasar biodoeselKetengan hubungan politik dan perdagangan antara China dan ASJurang minyak kelapa mentah dan minyak inti kelapa sawitImpak daripada mandat B30 Indonesia yang dilaksanakan akan terus menyokong harga minyak sawit kerana sebahagian besar kuantiti diserap oleh program ini.Sentimen antikelapa sawit yang berterusan di Eropah dan desakan untuk menghentikan penggunaan bahan api biologi (biofuel) minyak sawit menjelang 2030 akan menjejaskan harga kerana ekonomi utama Eropah akan fokus kepada memaksimumkan pengeluaran minyak biji bijian mereka sendiri.\nSumber: DagangNews, Harian Metro\n"]} {"url": "https://ecentral.my/prn-2023/", "title": "PRN 2023 : [TERKINI] Tarikh Mengundi & Penamaan Calon SPR", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTentu ramai yang tertanya-tanya, bilakah tarikh PRN 2023 akan diadakan dan mungkin sesetengah daripada rakyat Malaysia keliru mengapakah pilihan raya diadakan lagi bagi 6 negeri yang terpilih.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pilihan Raya Negeri bagu tahun 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan : Kenapa PRN 2023 Diadakan Di 6 Negeri?\n\n \nNegeri Yang Terlibat Dalam PRN 2023\n\n \nTarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)\n\n \nPembubaran DUN\n\n \nBilangan Kerusi DUN Yang Dipertandingkan Dalam PRN 2023\n\n \nSemakan Daftar Pemilih\n\n\nPengenalan : Kenapa PRN 2023 Diadakan Di 6 Negeri?\nPada November 2022 yang lalu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah diadakan. \nKetika PRU15 tersebut, negeri-negeri Perlis, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan Melaka telah mengikut kerajaan pusat untuk membubarkan Parlimen dan DUN serentak.\nWalau bagaimanapun, 6 negeri lain tidak bersetuju untuk membubarkan DUN kerana bimbang jika berlakunya kejadian banjir.\nUntuk makluman, PRN dan PRU boleh dilakukan secara serentak kerana ia lebih menjimatkan wang negara. Dalam konteks kewangan, satu-satu pilihan raya memerlukan kos yang besar. Adalah difahamkan jika ianya dibuat secara berasingan, maka SPR terpaksa menanggung beban kewangan yang bertambah selain terpaksa melakukan kerja yang berbeza.\n\n\n\n\n\n\nNamun, ada negeri yang memilih untuk mengadakan pilihan raya secara berbeza kerana mereka ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu yang berlaku di dalam negeri pada masa-masa tertentu. \nPada masa sama, calon yang bertanding juga boleh memastikan bahawa isu yang dibawa bersifat lokal.\nNegeri Yang Terlibat Dalam PRN 2023\n6 buah negeri yang akan terlibat dalam PRN 2023 adalah:\n\nSelangor\nNegeri Sembilan\nPulau Pinang\nKedah\nKelantan\nTerengganu\n\n\nTarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini, Rabu, 5 Julai 2023 berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan 6 negeri.\nSetiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas SPR menerima notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.\nMesyuarat Khas tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.\nBerikut dikongsikan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri 2023 yang telah ditetapkan oleh SPR.\n\nTERKINI: TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI (PRN 2023)\n\n Hari Penamaan Calon : 29 JULAI 2023 (SABTU)\nHari Mengundi Awal : 8 OGOS 2023 (SELASA)\nHari Mengundi : 12 OGOS 2023 (SABTU)\n\nPembubaran DUN\nKesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi 6 negeri tersebut sebelum ini telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada Jun.\nPerkara 54 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan atau kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut.\nPenulis Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia yang juga penganalisis politik G Manimaran, sebelum ini menjangkakan PRN enam negeri tersebut akan dilakukan selewat-lewatnya pada 12 Ogos depan.\nIa mengambil kira beberapa faktor termasuk kepulangan jemaah haji, dengan penamaan calon dijangka pada 29 Julai ini.\nBilangan Kerusi DUN Yang Dipertandingkan Dalam PRN 2023\nBerikut adalah kekosongan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri 2023 :\n\n36 kerusi Dewan Negeri Kedah\n43 kerusi Dewan Negeri Kelantan\n32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu\n40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang\n56 kerusi Dewan Negeri Selangor\n36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Daftar Pemilih\nPara pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).\nRujuk langkah berikut untuk membuat semakan daftar pemilih SPR.\n\nAnda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web SPR di\u00a0https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan\nKlik pada \u201cSemakan Daftar Pengundi\u201d\nMasukan Nombor Kad Pengenalan\nMasukkan Captcha seperti yang tertera\nKlik pada butang Semak\nHasil carian akan dipaparkan\n\nJika anda masih belum pernah mendaftar atau mengaktifkan akaun MySPR, sila rujuk panduan video di bawah:\n\nArtikel berkaitan:\u00a0MySPR Semak \u2013 Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi\nJika anda ingin mengetahui cara untuk membuat penukaran alamat atau tempat mengundi, sila rujuk : Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-akhir-awal-tahun-awal-hijrah-jakim/", "title": "Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH (JAKIM)\nPetang ini penutup bagi tahun 1443 Hijrah dan Maghrib nanti akan bermula tahun 1444 Hijrah.\nSempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1444H bersamaan 1 Muharram 1444H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.\nBerikut dikongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang boleh dibacakan selepas solat Asar atau ketika hampir masuk waktu Maghrib hari ini, 29 Julai 2022 bersamaan 29 Zulhijjah 1443H.\nIni kerana berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAWAL MUHARAM, BERMULANYA HIJRAH NABI SAW\n\n \nDOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH 2022\n\n\nAWAL MUHARAM, BERMULANYA HIJRAH NABI SAW\nAwal Muharam adalah salah satu dari hari penting bagi kita umat islam kerana ia menandakan bermulanya tahun baru dalam kelendar islam. Ia di ambil dari tarikh perpindahan (hijrah) nabi kita Muhammad S.A.W yang berpindah dari Mekah ke bumi Madinah.\nSebagai umat Islam, kita digalakkan untuk menghayati dan mempraktiskan konsep hijrah ini dalam kehidupan kita. Ini tidak bermaksud kita perlu berpindah dari satu tempat ke satu tempat pada setiap tahun tetapi cukuplah sekadar berhijrah dari sifat yang tidak baik kepada yang lebih baik. Ini juga dikira sebagai hijrah.\nDOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH 2022\nDOA AKHIR TAHUN HIJRAH\nDoa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443H bersamaan 29 Julai 2022 (Jumaat).\n\nDOA AWAL TAHUN HIJRAH\nDoa Awal Tahun Hijrah (1444H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022 (Jumaat) bersamaan 1 Muharram 1444H. \nSumber: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)\nKedua-dua doa ini boleh dibaca secara bersendirian atau berjemaah sama ada di masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.\nMemandangkan Awal Muharam juga jatuh pada hari Jumaat, jom ambil kesempatan ini untuk kita semua berselawat dan jangan lupa baca surah al Kahfi ya.\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\nDaripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u064d\u061b \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u062a\u064f\u0639\u0652\u0631\u064e\u0636\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0641\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u064d\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0642\u0652\u0631\u064e\u0628\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u064e\u0646\u0652\u0632\u0650\u0644\u064e\u0629\u064b\nMaksudnya: \u201cPerbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).\u201d [Riwayat al-Baihaqi (5995)]\nSemoga dengan doa yang kita baca ini dikurniakan rahmat dan keberkatan daripada Allah dan dilindungi daripada segala perbuatan maksiat yang ditegahNya. Dan niatkan agar dosa kita yang dahulu dan akan datang diampunkan.\nSelain itu, titipkan niat agar sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah pada masa akan datang.\nSeperkara lagi, jangan lupa titipkan doa kita untuk semua sahabat handai!\nBaca juga: Doa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki \u2013 JAKIM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-kemasukan-pelajar-ipt-15-oktober/", "title": "SOP Kemasukan Pelajar Ke IPT Secara Fizikal Mulai 15 Oktober 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOP Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT \u2013 Sempena Pembukaan Semula IPT Bermula 15 Oktober 2021 Bagi Semua Fasa PPN\nMenteri Pengajian Tinggi, Dato\u2019 Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bahawa kemasukan pelajar ke IPT secara fizikal akan bermula pada 15 Oktober 2021.\nKemasukan ini akan melibatkan pelajar lengkap divaksin bagi semua kategori dan Fasa PPN, di mana keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.\n\n\n\n\n\n\nSelain pelajar, staf akademik dan bukan akademik lengkap vaksin dan tempoh keberkesanan dibenarkan masuk kampus, tertakluk kapasiti IPT.\n\n\n\nBaca juga: Tawaran Pengajian Dengan Tajaan Penuh Biasiswa AIU 2021\nSOP Pengoperasian Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nBerikut adalah antara SOP yang akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar IPT menjelang kemasukan pada 15 Oktober 2021.\nIPT perlu kenal pasti pelajar, tentukan jadual pergerakan dan pastikan warga IPT lalui proses saringan kesihatan yang ketatBagi IPT di Semenanjung, hanya surat kebenaran kembali ke kampus daripada IPT diperlukanPelajar IPT di Sarawak, Sabah, Labuan perlu dapat surat kebenaran rentas daerah/negeri daripada polis dan jalani saringan RT-PCRIPT perlu sediakan pusat pengasingan di IPT masing-masing bagi uruskan kes-kes bergejala atau jangkitanPengurangan yuran 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam bagi Semester 1 Sesi 2021/2022Bagi kursus/program dalam talian, pelajar boleh pilih teruskan PdP di lokaliti masing-masingKemasukan pelajar antarabangsa dari UK, pelajar program Mobiliti dan Edutourism beserta tanggungan sah dibenarkan\nBagi pelajar IPT yang masih belum mendapatkan vaksin, sila rujuk ke mana-mana PPV terdekat bagi Program Vaksinasi Pelajar IPT Secara Walk-In.\nUntuk maklumat lanjut berkaitan SOP pembukaan IPT dan kemasukan pelajar ke IPT, sila hubungi saluran berikut:\nBilik Gerakan COVID-19 KPT : 03-8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628 (Beroperasi 24 jam)Laman web KPT : https://www.mohe.gov.my/Hubungi Pegawai Penyelaras IPT masing-masing\nINFOGRAFIK PERGERAKAN KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS & SOP IPT SECARA BERPERINGKAT MULAI 15 OKTOBER 2021\nSila rujuk infografik di bawah untuk info berkaitan pergerakan pelajar kembali ke kampus bagi makluman bersama:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: SOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN\n*Sumber: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-banjir-pahang/", "title": "Bantuan RM200 Sebulan Selama 6 Bulan Bagi Mangsa Banjir Di Pahang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMangsa banjir di negeri Pahang yang kehilangan kediaman dalam bencana itu akan menerima bantuan RM200 sebulan selama enam bulan bagi meringankan beban mereka.\nMenteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.\n\n\u201cKerajaan negeri sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini. Kita akan mendapatkan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah.\n\u201cApabila permohonan mereka diproses, mereka yang layak akan menerima RM200 sebulan untuk enam bulan. Ini adalah usaha kerajaan negeri membantu mereka,\u201d katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Ubai di sini, hari ini.\n\n\n\n\n\n\nIni merupakan satu lagi usaha murni dari Kerajaan Pahang demi membela nasib rakyat yang terkesan. \n\nBaca juga: Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir\nMengiringi YAB Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Pekan petang tadi.\nBeliau menyerahkan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 daripada Kerajaan Pahang serta bantuan bakul makanan kepada 77 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPS SMK Dato\u2019 Mahmud Mat, PPS SK Pulau Serai, PPS Kampung Ganchong Hulu, dan PPS SMK Ubai yang disalurkan bermula hari ini kepada mangsa banjir di negeri ini.\n\nBaca juga: Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1000 Untuk Mangsa Banjir\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProsedur & Cara Permohonan Bantuan Banjir Di Pahang\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nProsedur & Cara Permohonan Bantuan Banjir Di Pahang\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan bantuan banjir bagi mangsa-mangsa terjejas di negeri Pahang.\n\nPROSEDUR PENYALURAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN KEPADA MANGSA BANJIR\nBagi memudahkan mangsa yang terjejas membuat pendaftaran dan proses penyaluran bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah, borang boleh diperolehi dan dihantar terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun di https://bit.ly/3mvnVbw manakala senarai JPKK di pautan https://bit.ly/3pne1Lc.Selain itu, Dokumen boleh dimuat turun melalui menu Pengumuman di Portal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.\nMUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN MANGSA BANJIR\nBorang-Pendaftaran-Mangsa-BanjirDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan JPKK di dalam senarai PDF di bawah:\nSENARAI ANGGOTA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG JPKK SETIAP DAERAH NEGERI PAHANG 2021\nSenarai-Anggota-JPKK-2020-2021Download\nSumber : \nhttps://pahangmedia.my/kerajaan-pahang-akan-beri-bantuan\u2026/https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/905108/mangsa-banjir-hilang-rumah-di-pahang-terima-rm200-sebulan-selama-6?fbclid=IwAR0MzvmZ-pI6P-83BjPZvQlPuIqzzlPK6ICVT4RmPN5JOnOeNLkCvKC6L7AFacebook Pahang Media : https://www.facebook.com/PahangMedia/photos/a.115464059862979/684960576246655/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pemulih-newbiz/", "title": "PEMULIH Newbiz: Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKepada individu termasuk graduan yang ingin memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah (home-based), membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan, atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing dan seumpamanya ditawarkan kemudahan terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu PEMULIH Newbiz.\nTahukah anda apakah kelebihan program ini dan bagaimana anda boleh memanfaatkannya?\nAyuh, ketahui lebih lanjut mengenainya melalui artikel ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Pembiayaan PEMULIH Newbiz?\n\n \nKadar & Had Pembiayaan PEMULIH Newbiz\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTempoh Pembiayaan\n\n \nKadar Keuntungan\n\n \nTempoh Moratorium\n\n \nMaklumat Lanjut PEMULIH Newbiz\n\n\nApakah Program Pembiayaan PEMULIH Newbiz?\nProgram pembiayaan yang ditawarkan kepada individu (yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan. \n\n\n\n\n\n\nDalam ucapan Perdana Menteri dalam MAHA 2022, Kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi PEMULIH Newbiz.\nKemudahan pembiayaan ini melibatkan pembelian aset tetap dan modal pusingan kepada aktiviti perniagaan yang ditetapkan seperti berikut ;\nPengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan seumpama dengannya;Menjalankan aktiviti perniagaan secara home-based yang melibatkan aktiviti seperti berikut:Pengedaran dan penghantaran makanan termasuk pembelian bahan mentah, mesin dan pembelian motorsikal yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti tersebut.Pemprosesan dan penyediaan makanan atau bahan asas bagi menyediakan makanan sebelum dihantar ke tapak atau mana-mana premis perniagaan yang dibenarkan.Menjalankan aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen seperti gerai burger atau mana-mana yang seumpama dengannya\n\n\n\nKadar & Had Pembiayaan PEMULIH Newbiz\nSecara pembiayaan berperingkat (Step up Financing) seperti berikut :\nPeringkat Pertama : sehingga RM5,000.00\nSelepas 12 bulan dari tarikh pengeluaran kemudahan pembiayaan peringkat kedua, pelanggan layak untuk memperolehi mana-mana kemudahan pembiayaan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.\nPeringkat Kedua : Sehingga RM10,000.00 (mengambil kira baki kemudahan pembiayaan pada peringkat pertama) \nSelepas tempoh 12 bulan dari tarikh kemudahan pembiayaan peringkat pertama dikeluarkan.Bagi pembiayaan peringkat kedua, terma dan kredit adalah dirujuk kepada PEMULIH Mikro Kredit.\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia;Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh kemudahan pembiayaan);Individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan kegawatan ekonomi semasa sepertimana berikut :Individu yang hilang pekerjaan bermula Mac 2020.Graduan universiti atau kolej yang telah menamatkan pengajian dan masih manganggur atau belum memperolehi pekerjaan yang stabil pada tarikh permohonan dibuat;Individu yang dikategorikan sebagai golongan asnaf.\nTempoh Pembiayaan \nTempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun\nKadar Keuntungan\n0% dalam tempoh enam (6) bulan pertama (iaitu dalam tempoh moratorium) dan bulan ke-7 dan seterusnya kadar keuntungan dikenakan pada kadar 3% setahun;\nPengiraan keuntungan adalah berdasarkan baki bulanan.\n\nTempoh Moratorium\nSehingga 60 bulan termasuk enam (6) bulan tempoh moratorium.\nMoratorium hanya layak bagi kemudahan pembiayaan peringkat pertama sahaja.Tempoh minimum pembiayaan adalah 12 bulan termasuk tempoh moratorium.\nSumber: BERNAMA\nMaklumat Lanjut PEMULIH Newbiz\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web AgroBank di pautan: https://www.agrobank.com.my/\nE-mel: [email\u00a0protected]\nBaca juga: Rider P-Hailing Bakal Disyaratkan Miliki Lesen GDL\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-pembantu-tadbir/", "title": "Jawatan Kosong Pembantu Tadbir W19 (285 Kekosongan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik! JPA dan KKM kini membuka 285 peluang kerjaya kepada individu yang layak untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W19 bagi lepasan SPM dan SKM.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang jawatan kosong yang ditawarkan serta cara untuk anda membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPeluang Kerjaya Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (Semenanjung) JPA & KKM (285 Kekosongan, 500 Simpanan)\n\n \nSyarat Kelayakan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19\n\n \nDeskripsi Tugas Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPeluang Kerjaya Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (Semenanjung) JPA & KKM (285 Kekosongan, 500 Simpanan)\nPembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19\nKlasifikasi Perkhidmatan: KewanganKumpulan Perkhidmatan: PelaksanaKementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan\nJADUAL GAJI\nGaji Minimum : RM1,353.00Gaji Maksimum : RM4,005.00Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00\n\n\nSyarat Kelayakan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia; danBerumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; danSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)\nSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nSENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM\nSila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).\nDeskripsi Tugas Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19\nBertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 21 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.\nCara Permohonan \nCalon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan https://spa9.spa.gov.my\nCalon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.\nWalau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.\nHanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.\nJika anda belum mendaftar sebagai pengguna SPA9, sila rujuk panduan lengkap di sini : Panduan Pendaftaran & Permohonan SPA9, Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2022\nMuat turun panduan permohonan : Panduan Pengguna SPA9 (PDF)\nManual_Pengguna_SPA9Download\nBaca juga: MyResume SPA : Panduan Isi Borang & Cara Upload Dokumen di SPA9\nMAKLUMAT TAMBAHAN\nPemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu \u201cMaklumat Pemohon\u201d -> \u201cMaklumat Kelayakan Akademik\u201d -> \u201cSKM\u201d.\nPemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu \u201cMaklumat Pemohon\u201d -> \u201cMaklumat Kelayakan Akademik\u201d -> \u201cProfesional/Ikhtisas\u201d.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk :\nSoalan Lazim (FAQ)Glosari Urusan Pengambilanhttps://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-tadbir-kewangan-gred-w19\nSebarang pertanyaan teknikal berhubung Sistem SPA9, sila layari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA (https://spa.spab.gov.my/)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pemerhati-pru15-spr/", "title": "Permohonan Sebagai Pemerhati Pilihanraya PRU15 \u2013 SPR", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka permohonan kepada mana-mana pihak untuk menjadi pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula sekarang sehingga 21 Oktober ini.\nSetiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.\nPemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi, penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pemerhati PRU15 untuk makluman mereka yang berminat.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif Program Pemerhati PRU15 SPR\n\n \nSyarat & Kelayakan\n\n \nSkop Pemerhatian\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nPanduan Permohonan Sebagai Pemerhati PRU15\n\n\nObjektif Program Pemerhati PRU15 SPR\nMembina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; danMembawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.\nNota\nPermohonan mula dibuka pada hari ini\u00a011 Oktober 2022\u00a0dan ditutup pada\u00a021 Oktober 2022Sebarang permohonan yang diterima lewat tidak akan diproses.\nSyarat & Kelayakan\nTerbuka kepada :\u00a0\u2013\nAgensi Kerajaan;Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan);Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.\nSyarat-syarat kelayakan\u00a0:\u00a0\u2013\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;Tidak bankrap;Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;WAJIB\u00a0menghadiri latihan yang disediakan; danMembuat pemerhatian dalam satu Parlimen SAHAJA iaitu di dalam bahagian pilihan raya parlimen yang didaftarkan.\nContoh\u00a0: Individu yang berdaftar sebagai pemilih di P.102 Bangi hanya boleh menjadi pemerhati di bahagian pilihan raya P.102 Bangi SAHAJA. (semak bahagian pilihan raya anda di laman sesawang\u00a0mysprsemak.gov.my)\nNota\u00a0:\u00a0\nTiada ganjaran kewangan akan diberikanLatihan dan taklimat disediakan kepada pemerhati yang dilantik\n\n\u00a0Skop Pemerhatian\nProses Penamaan Calon;Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;Kempen Pilihan Raya;Proses Undi Awal;Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;Proses Pengundian Biasa;Proses Pengiraan Undi Awal;Proses Pengiraan Undi Pos;Proses Pengiraan Undi; danProses Penjumlahan Rasmi Undi.\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan sijil pendaftaran SSM/ROS dan muat turun borang-borang yang disediakan;Laporan aktivitiProfil pertubuhanPerlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS)Surat permohonanMaklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasiLampiran A (Senarai semak keperluan)Lampiran B (Borang permohonan)Lampiran C (Kod Etika dan Akujanji)Lampiran D (Senarai nama pemerhati)\nNota :\nPengecualian dokumen [1,2,3 dan 4]\u00a0kepada agensi kerajaan yang menyertai program ini.\n\nPanduan Permohonan Sebagai Pemerhati PRU15\nRujuk bahagian\u00a0LAMAN DOKUMEN DIPERLUKAN\u00a0dan muat turun borang-borang yang disediakan;Isikan borang permohonan berserta kod etika dan akujanji dan senarai nama pemerhati;Emelkan semua dokumen yang telah lengkap di isi kepada\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0(pemohon perlu memastikan setiap emel yang dihantar mengandungi saiz dokumen tidak melebihi 10 MB).\nNota :\nPermohonan mula dibuka pada hari ini\u00a011 Oktober 2022\u00a0dan ditutup pada\u00a021 Oktober 2022.Sebarang permohonan yang diterima lewat tidak akan diproses.\nBaca juga: \nPermohonan Undi Pos SPR Online Dalam & Luar Negara (PRU15)Penetapan Tarikh PRU-15 & Penamaan Calon \u2013 SPRCara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cimb-clicks/", "title": "CIMB Clicks: Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pemilik akaun CIMB Bank, proses mendaftar CIMB Clicks sebenarnya tidaklah sukar. \nSeperti mana-mana bank di Malaysia, pihak CIMB Bank turut menawarkan perkhidmatan perbankan internet melalui CIMB Cllick untuk semua pemilik akaun CIMB.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu CIMB Clicks?\n\n \nCara daftar CIMB Clicks\n\n \nCara aktifkan CIMBC Clicks\n\n \nCara login CIMB Clicks\n\n\n Apa itu CIMB Clicks? \n\nCIMB Clicks adalah kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak CIMB Bank untuk para pelanggannya.\nTerdapat banyak fungsi-fungsi menarik yang dimuatkan untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan antaranya:\nSemakan akaun \u2013 Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata & banyak lagi 24/7, semuanya dari satu tempat.Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata & banyak lagi 24/7, semuanya dari satu tempat.Pemindahan Wang \u2013 Memindahkan wang dalam dan luar negara dengan mudah. Dengan DuitNow, anda boleh menikmati pemindahan tempatan yang lebih pantas menggunakan nombor mudah alih penerima.Membayar bil Bayar bil/Kad/Pinjaman \u2013 Lebih 2,000 penerima bil melalui JomPAY di seluruh negara. Tambah nilai \u2013 Anda boleh memuat semula kredit dengan serta-merta dan selamat melalui CIMB Clicks.Mohon & Melabur \u2013 Letakkan simpanan tetap, beli unit amanah, pelaburan emas, eIPO, ASNB, TravelCurrency & banyak lagi.QR Pay \u2013 Buat pembayaran tanpa tunai dengan cepat apabila anda membuat pembayaran di juruwang dengan aplikasi CIMB Clicks.Pemindahan Asing \u2013 Hantar wang anda ke luar negara dengan selamat melalui Pemindahan Telegraf Asing atau SpeedSend.\ndan banyak lagi.\nCara daftar CIMB Clicks\nUntuk pendaftaran CIMB Clicks, anda perrlu ke mesin ATM CIMB terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah berikut:\nMasukkan kad dan nombor PINPada menu, pilihan Branchless BankingPilih pendaftaran CIMB ClicksKemudian, anda perlulah mendaftarkan nombor telefon dan menetapkan 6 digit no PIN Kemudian anda akan diminta menetapkan password. Password ini boleh diubah kemudian secara online.Kemudian, masukkan nombor handphone.Seterusnya, anda boleh cetak resit bukti pendaftaran untuk rujukan andaKod pengaktifan akan dihantar ke telefon bimbit anda. \nCara aktifkan CIMBC Clicks\nSetelah menetapkan nombor PIN dan nombor telefon anda, anda boleh mengaktifkan CIMB Clicks anda berpandukan langkah-langkah mudahh berikut:\nLayari laman CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/Pada bahagian menu, klik \u201cRegister for Clicks\u201dLangkah satu: Pilih \u201cCIMB ATM/DEBIT & Credit Card\u201dMasukkan nombor kad ATM, 6 digit nombor pin ATM dan tulisan CAPTCHA pada skrinKemudian, tandakan pada kotak persetujuan Terma dan SyaratKlik butang NextTunggu kod pengaktifan OTP dihantar ke nombor telefon andaMasukkan User ID dan kata laluan andaMasukkan nama ibu, emel dan juga perkataan keselamatanAbaikan bahagian \u201cIntroducer\u2019s Details\u201dKlik butang I Agree & Submit\nCara login CIMB Clicks\nSetelah selesai proses pendaftaran di atas, anda boleh terus login masuk ke akaun anda untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk setiap pemilik akaun.\nPada halaman utama, klik butang Login to ClicksMasukkan User IDKlik butang LoginPastikan gambar SecureWord sama dengan SecureWord yang anda tetapkanKemudian, klik pada kotak \u201cYes, This is my SecureWord\u201dMasukkan passwordKlik butang Login\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hpipt-selangor/", "title": "Permohonan HPIPT Selangor 2019: Hadiah Pengajian IPT RM1,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNak mohon HPIPT Selangor 2019?\nBerikut dikongsikan panduan permohonan hadiah RM1,000 khas untuk anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam / swasta.\nPermohonan terbuka kepada semua anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma atau ijazah sarjana muda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nProses Permohonan HPIPT Selangor 2019\n\n\nSyarat Kelayakan\nBerikut senarai syarat kelayakan terkini untuk memohon HPIPT ini. Antaranya:\n\n\n\n\n\n\nMestilah Warganegara Malaysia\u00a0sahajaPemohon\u00a0lahir\u00a0dan\u00a0menetap\u00a0di Negeri Selangor; atauIbu atau bapa pemohon\u00a0lahir\u00a0dan\u00a0menetap\u00a0di Negeri Selangor; atauPemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari\u00a011 tahun\u00a0dan\u00a0menetap\u00a0di Negeri Selangor dan\u00a0ibu atau bapa\u00a0telah\u00a0bermastautin\u00a0dan\u00a0menetap\u00a0di Negeri Selangor selama\u00a011 tahunPemohon mestilah telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajianHanya terbuka untuk pelajar tahun pertama sahajaMemiliki sijil SPMDari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan\nNamun pelajar Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK)\u00a0tidak layak memohon.\nSekiranya permohonan anda diluluskan, wang RM1,000 akan dikreditkan ke akaun yang telah dinyatakan dalam borang permohonan.\nSetiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.\nSemakan status pembayaran boleh dibuat secara online melalui laman web Sistem Permohonan HPIPT di https://hpipt.selangor.gov.my/\nBagi yang tidak layak, anda boleh pertimbangkan Wang Pendahuluan RM1,500 dari PTPTN.\nBaca juga: Permohonan Program Dermasiswa B40 Untuk Program Diploma / Sijil\nProses Permohonan HPIPT Selangor 2019\nPermohonan HPIPT Selangor boleh dibuat secara online di laman web rasmi HPIPT.\nSetiap permohonan perlu disertakan beberapa lampiran dokumen seperti berikut:\nSalinan Sijil Kelahiran PemohonSalinan Kad Pengenalan PemohonSalinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohonSalinan Sijil Kematian sekiranya telah meninggal duniaSalinan Surat Perakuan Cerai sekiranya berkaitanSurat Akuan Sumpah sekiranya berkaitanSurat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja)Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPTSalinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5)Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atauSurat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN /\u00a0 \u00a0Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok /\u00a0 \u00a0Pengerusi KRT; atauKad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan)Salinan Penyata Akaun Bank pemohon\nDokumen-dokumen tersebut hendaklah dihantar ke alamat:\nUrus Setia Hadiah Pengajian IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S40503 Shah Alam.\nUntuk maklumat lanjut berkaitan HPIPT, anda boleh hubungi talian 03- 5544 7385 / 03-5521 2306\n"]} {"url": "https://ecentral.my/johor-cuti-esok-piala-fa/", "title": "Cuti Peristiwa Di Johor Sempena Kemenangan Piala FA 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJohor Cuti Peristiwa pada 11 Sept 2022 sempena kemenangan JDT merangkul Piala FA \u2013 MB Johor\nJohor Bahru: Kerajaan Johor mengisytiharkan esok sebagai Cuti Khas Peristiwa, sempena kemenangan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dalam aksi final Piala FA, tadi.\nSetiausaha Kerajaan Negeri Johor,Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pengisytiharan cuti khas itu sekali gus menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.\n\u201cSempena kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala FA 2022, kerajaan Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 11 September atau esok sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama Johor Darul Ta\u2019zim.\n\u201cKeputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\nSementara itu, Menteri Besar Johor turut berkongsi hantaran terkini untuk mengucapkan tahniah dan mengumumkan cuti khas sempena kemenangan ini di media sosial.\nCuti Peristiwa Di Johor Sempena Kemenangan Piala FA 2022\nSyukur Alhamdulillah di atas kejayaan JDT merangkul Piala FA 2022 menentang Terengganu FC, dengan jaringan gol 3 \u2013 1.\nBagi meraikan kemenangan ini, kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 11 September 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.\nIni sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong skuad Harimau Selatan. Terima kasih juga kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.\nLuaskan Kuasamu Johor!\nAllah Peliharakan SultanAllah Berkati Johor\nYAB DATO ONN HAFIZ BIN GHAZIMENTERI BESAR JOHOR\nSumber: Facebook Onn Hafiz\nBaca juga: SOP Terkini Pelitup Muka Di Tempat Awam & Sekolah KPM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembiayaan-pendidikan-yayasan-angkasa/", "title": "Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk bakal pelajar IPT, permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Angkasa akan dibuka mulai tarikh 1/8/2022\u00a0hingga\u00a031/10/2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Yayasan Angkasa?\n\n \nKeistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa\n\n \nSyarat Kelayakan Asas\n\n \nPendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Yayasan Angkasa?\nYayasan ANGKASA didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Disember 2010. \nKewujudan Yayasan ANGKASA dengan penubuhan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK). \nYayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD. \nPembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah.\n\n\n\n\n\n\nselain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)\nKeistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa\nPembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian Kelas dan Gred Pengijazahan. Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang Faedah.Merangkumi tahap pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang bagi mod Sepenuh/Separuh Masa.\nSyarat Kelayakan Asas\nWarganegara MalaysiaAnggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasiTelah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian TinggiHanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)\nSyarat-syarat PermohonanUmur1) Anak anggota koperasi (ahli ANGKASA)Tidak Melebihi 25 tahun2) Anggota koperasi (ahli ANGKASA)Tidak Melebihi 40 tahun\n\n\nBaca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera\nPendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA\nYayasan ANGKASA menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah bagi melanjutkan pengajian sepenuhmasa/ separa masa/ PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.\nPenerangan Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA\nPermohonan akan dibuka pada\u00a01/8/2022\u00a0hingga\u00a031/10/2022Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui laman web https://www.yayasanangkasa.coop/ dengan\u00a0pembelian nombor pin\u00a0melalui\u00a0JomPAY.Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman\u00a0khidmat pesanan ringkas (SMS).Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus\u00a0mendaftar\u00a0di\u00a0portal pelajar\u00a0(https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).Pemohon\u00a0diwajibkan\u00a0untuk\u00a0melengkapkan\u00a0semua maklumat permohonan yang diminta.Hanya permohonan yang\u00a0lengkap\u00a0sahaja akan\u00a0diproses\u00a0oleh pihak Yayasan ANGKASA.\nCara Permohonan\nBerikut adalah 3 langkah mudah untuk membuat permohonan:\nLANGKAH 1 : Pembayaran PIN PPYA\u00a0\nPembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYAPembayaran boleh dibuat melalui JomPAYMasukkan Biller Code 86231\u00a0(YAYASAN ANGKASA PIN)Ref-1 : No. Kad Pengenalan AndaRef-2 : Nombor Telefon Anda\n*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda\nLANGKAH 2 : Terima SMS\nAnda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti\nYayasan ANGKASA :\u00a0\u00a0[Kad Pengenalan ANDA]\u00a0Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2022. Pin permohonan adalah\u00a0[XXXXX]\n*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)\nLANGKAH 3 : Daftar\nSelepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link\u00a0https://www.yayasanangkasa.coop/pya \nBaca juga: GrEP MARA 2022: Pinjaman Pasca Siswazah (Sarjana & Doktor Falsafah)\nMaklumat Lanjut\nKeterangan lanjut sila hubungi :\nBahagian Operasi (Hal Ehwal Pelajar) Yayasan ANGKASATel : 03-7880 9358Emel : [email\u00a0protected]\nBahagian Kewangan & Pentadbiran Yayasan ANGKASATel : 03-7880 6358Emel : [email\u00a0protected]\nBahagian Kutipan Balik Yayasan ANGKASATel : 03-7880 5358Email : [email\u00a0protected]\nRujuk iklan tawaran: https://www.yayasanangkasa.coop/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/minggu-perpaduan-negara/", "title": "Minggu Perpaduan Negara 2023 \u2013 Tema, Tarikh & Lokasi Sambutan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKementerian Perpaduan Negara (KPN) akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan Negara yang akan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei 2023 secara serentak di seluruh Malaysia.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Minggu Perpaduan Negara 2023 yang julung kali diadakan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Minggu Perpaduan Negara\n\n \nTarikh Sambutan\n\n \nTema Sambutan Minggu Perpaduan Negara 2023\n\n \nLokasi Sambutan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Minggu Perpaduan Negara\nSambutan ini merupakan usaha memperkukuhkan penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum di samping memperkasa penghayatan Rukn Negara.\nMenteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penganjuran tersebut adalah sebahagian daripada program flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Sambutan\nSambutan Minggu Perpaduan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei 2023 secara serentak di seluruh negara.\nPerdana Menteri Anwar Ibrahim menyantuni kanak-kanak ketika menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. / Sumber gambar: BERNAMA\nVIDEO \u2013 SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN, 21 Mei 2023\n\n\n\nTema Sambutan Minggu Perpaduan Negara 2023\nPelancaran sambutan tahun 2023 ini bertemakan \u2018Perpaduan Dalam Kepelbagaian\u2019, telah disempurnakan oleh SBP Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Waterfront Kuching, Sarawak.\n\nMUAT TURUN : https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/perpaduan_dalam_kepelbagaian/mobile/index.html\nBaginda bertitah, rakyat juga harus mengurangkan perbezaan antara mereka dengan merapatkan jurang antara kaum dan agama.\n\u201cSeperti pepatah Inggeris, \u2018charity begins at home\u2019, berpatutanlah saya menyatakan di sini iaitu \u2018unity begins at home\u2019 ataupun perpaduan bermula dari rumah,\u201d titah baginda semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Negara.\nMajlis turut dihadiri TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.\nLokasi Sambutan\nSambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan \u2018Perpaduan Dalam Kepelbagaian\u2019 ini akan diadakan di seluruh negara mulai 20 hingga 28 Mei 2023 di 16 lokasi berbeza.\nIa akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :\n\nBaca juga:\n\nePeneroka FELDA: Login, Daftar & Semakan Penyata Hutang Online\nKenaikan Kadar Tarif Elektrik TNB Hanya Untuk T20\nLirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang sambutan ini, sila ikuti saluran berikut:\n\nFacebook Kementerian Perpaduan Negara\nLaman web rasmi : https://www.perpaduan.gov.my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penyata-pencen/", "title": "Semakan Penyata Pencen Online (JPA Pencen)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda ingin mengetahui cara mudah menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan?\nAntara kelebihan bagi seorang pesara kerajaan tentulah duit pencen yang diterima setiap bulan.\nBagi pesara, sudah tentulah mereka mahu menyemak penyata wang persaraan bagi duit yang diterima setiap bulan, terutamanya penyata wang bersara bagi bulan Januari memandangkan terdapat kenaikan sebanyak 2% duit persaraan yang diterima setiap tahun. \nKini, segalanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dan kali ini mari lihat betapa mudahnya untuk menyemak penyata pencen bagi pesara kerajaan secara online sahaja. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara kira kenaikan wang persaraan\n\n \nSemakan Penyata Bayaran Pencen\n\n \nAplikasi MyPesara\n\n\nCara kira kenaikan wang persaraan\nKerajaan telah bersrsetuju memberikan kenaikan 2% setiap tahun bagi wang persaraan yang diterima.\nBagaimakah caranya untuk mengetahui jumlah terbaru wang persaraan yang bakal diterima setiap bulan selepas kenaikan ini?\nMudah sahaja.\nAnggarkan wang persaraan yang anda terima adalah RM10002% daripada jumlah tersebut adalah bersamaan dengan RM20. Maka kenaikan yang diterima anda adalah RM20.Dengan kenaikan 2% ini, maka wang persaraan baru selepas kenaikan pada bulan Januari adalah RM1020.\nSemakan Penyata Bayaran Pencen\n\nKerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.\nUntuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari portal Penyatan Bayaran Pencen di alamat https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaranMasukkan No. Kad PengenalanMasukkan No. Akaun PencenPilih pilihan TahunTandakan pada kotak pengesahan CaptchaKlik pada butang HantarPenyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul\nBagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.\nArtikel berkaitan: \nTarikh bayaran pencen PERKESOJHEV: Semakan Jadual Pencen Pesara Tentera / Penyata Veteran ATM17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum PencenTarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022 (Jadual Bulanan)\nAplikasi MyPesara\nPihak Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) juga telah membangunkan aplikasi MyPesara bagi kemudahan pesara kerajaan menyemak penyata pencen yang diterima mereka.\nUntuk memuat turun aplikasi percuma ini, hanya klik pautan di bawah:\nApp Store \u2013 Pengguna iOSGoogle Play \u2013 Untuk pengguna Android\nSila muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai sahaja bagi mengelakkan maklumat peribadi anda daripada dicuri oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/4fingers-malaysia/", "title": "4Fingers : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n4Fingers menawarkan ayam goreng dan burger yang berjus dan seimbang dengan rasa ala Korea. \nPenggemar ayam goreng pasti cukup kenal dengan keenakan rasa ayam gorengnya yang diperap bersama sos istimewa yang memikat. Memang sedap untuk dinikmati bersama nasi atau kentang goreng.\n\n\n\n\n\n\nSelain ayam gorengnya yang popular, ramai yang turut menggemari burger 4Fingers yang bersaiz besar dan teramatlah lazat. Memang wajib untuk dicuba!\nTeringin nak mencuba hidangan di 4Fingers? Jom kita tengok senarai menu serta harga yang ditawarkan!\nBaca Juga : Baker\u2019s Cottage Malaysia : Senarai Menu Terkini dan Harga\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n4Fingers : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nCluckin\u2019 Cripsy Chicken\n\n \nLook Ma, No Bones! (Boneless Chicken Menu)\n\n \nJawbreakers Burger\n\n \nRice, Rice Baby! (Rice Menu)\n\n \nSeafood, Buy Food, Eat Food (Seafood Menu)\n\n \nEat Clean & Green Menu\n\n \nSide Dish Menu\n\n \nDrinks\n\n\n4Fingers : Senarai Menu & Harga Terkini\nCluckin\u2019 Cripsy Chicken\nMenuHarga6 pcs Wingettes & Drumettes ComboRM 25.9012 pcs Wingettes & Drumettes ComboRM 49.9018 pcs Wingettes & Drumettes ComboRM 72.903 Pcs Drumstics ComboRM 24.906 pcs Drumsticks ComboRM 44.509 pcs Drumsticks ComboRM 64.901 Drumstick & 3 Wings ComboRM 25.906 pcs Wingettes & Drumettes A La CarteRM 18.9012 pcs Wingettes & Drumettes A La CarteRM 34.9018 pcs Wingettes & Drumettes A La CarteRM 51.903 Pcs Drumsticks A La CarteRM 17.906 Pcs Drumsticks A La CarteRM 30.909 Pcs Drumsticks A La CarteRM 44.901 Drumstick & 3 Wings A La CarteRM 18.90\nLook Ma, No Bones! (Boneless Chicken Menu)\nMenuHarga6 pcs Boneless Chicken Bites ComboRM 24.9012 pcs Boneless Chicken Bites ComboRM 44.50Tofu Chicken Bites ComboRM 23.906 pcs Boneless Chicken Bites A la CarteRM 17.9012 pcs Boneless Chicken Bites A la CarteRM 30.90Tofu Chicken Bites A la CarteRM 16.90\nJawbreakers Burger\n\nMenuHargaChicc Crisp ComboRM 21.90Monster Tower ComboRM 24.90Nacho Cheez-Stacks ComboRM 23.90Chicc Crips Ala CarteRM 18.90Monster Tower Ala CarteRM 21.90Nacho Cheez-Stacks Ala CarteRM 20.90\nRice, Rice Baby! (Rice Menu)\n\nMenuHargaDrumstick Rice Box ComboRM 21.90Wings Rice Box ComboRM 22.90Seafood Rice Box ComboRM 23.90Tofu Rice Box ComboRM 20.90Boneless Chicken Bites Rice Box ComboRM 21.90Drumstick Rice Box A la CarteRM 18.50Wings Rice Box A la CarteRM 19.50Seafood Rice Box A la CarteRM 20.50Tofu Rice Box A la CarteRM 17.50Boneless Chicken Bites Rice Box A la CarteRM 18.50\nSeafood, Buy Food, Eat Food (Seafood Menu)\nMenuHargaCalamari ComboRM 25.90Shrimp ComboRM 25.90Calamari & Shrimp ComboRM 25.90Calamari A la CarteRM 18.90Shrimp A la CarteRM 18.90Calamari & Shrimp A la CarteRM 18.90\nEat Clean & Green Menu\nMenuHargaChicken Katsu Salad ComboRM 24.90Tofu Salad ComboRM 23.90Chicken Katsu Salad A la CarteRM 17.90Tofu Salad A la CarteRM 16.90\nSide Dish Menu\n\nMenuHargaKimslawRM 6.90Plain Fries (Large)RM 6.50Kimchi Fries (Large)RM 6.50Seaweed Fries (Large)RM 6.50Japanese Rice (Plain)RM 3.50Japanese Rice (Teriyaki Sauce)RM 4.00Hainanese Rice (Plain)RM 4.49Hainanese Rice (Teriyaki Sauce)RM 4.99Tofu Nuggets (12 pcs)RM 6.50Nacho Cheese DipRM 2.70Choco Hazelnut Sandwich RM 4.512 Pcs MochiRM 4.90Cheesy Cheesy SticksRM 7.90Japanese Loaded FriesRM 7.90Cheesy Loaded FriesRM 8.90\nDrinks\nMenuHargaPepsi (Large)RM 4.30Pepsi Black (Large)RM 4.30Mirinda Strawberry (Large)RM 4.30Iced Lemon Tea (Large)RM 4.30Bottled Water (600ml)RM 3.70\nBanyak rupanya menu yang ditawarkan di 4Fingers! Bukan setakat ayam goreng dan burger, rupanya makanan laut, salad dan hidangan berasaskan tofu pun ada! Semuanya nampak sedap dan menarik untuk dicuba. \nJom ikuti laman Facebook 4Fingers Malaysia untuk ketahui promosi terkini! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/promosi-sushi-bonanza/", "title": "Promosi Sushi Bonanza & Tawaran Menarik Sushi King", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPromosi Sushi Bonanza & Tawaran Menarik Sushi King Tiba Lagi!\nKeenakan sushi yang dibuat segar setiap hari kekal menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lamanya. \nSempena Julai ini, terdapat pelbagai promosi dan tawaran menarik menanti penggemar Sushi King.\n Jom kita lihat promosi yang berlangsung pada bulan ini!\nBaca Juga : Menu Mr Dakgalbi dan Harga Terkini Jun 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Sushi Bonanza Terkini\n\n \nSushi King Easy Bites\n\n \nSushi King Happy Hour\n\n\nTawaran Sushi Bonanza Terkini\nKhas untuk peminat setia Sushi King, tawaran Sushi Bonanza kini kembali! Jom nikmati lebih daripada 43 jenis sushi yang lazat dan segar dengan harga serendah RM 3.18 sahaja.\nWaktu inilah anda boleh makan sushi puas-puas bersama rakan dan keluarga.\nJangan lepaskan peluang untuk nikmati Sushi Bonanza bermula 18 Julai hingga 21 Julai 2022. \nAnda juga berpeluang untuk rebut hadiah wang tunai bernilai sehingga RM 300,000 menerusi pertandingan Spin & Win!\nTawaran ini terhad untuk semua lokasi Sushi King di Semenanjung Malaysia sahaja.\n\nSushi King Easy Bites\nBagi anda yang ingin nikmati Sushi King dengan harga yang lebih berbaloi, jom dapatkan menu Easy Bites serendah RM 11.48!\nPromosi yang sah dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi ini cukup sesuai buat anda yang ingin nikmati brunch dengan harga yang menjimatkan.\nPelbagai menu menarik menanti anda dalam promosi Easy Bites antaranya :\nCalifornia Maki Set (RM 11.48)Salmon Maki Set (RM 17.28)Kitsune Udon Set (RM 11.48)Tori Udon Set (RM 11.48)\nCukup menarik dan berbaloi untuk dinikmati. Jom dapatkan promosi Easy Bites sementara stok masih ada pada setiap hari bekerja di cawangan Sushi King terpilih.\n\n\nSushi King Happy Hour\nNikmati 20% potongan diskaun pada tempoh Happy Hour bagi semua menu yang ditawarkan di Sushi King. Untuk dapatkan ganjaran ini, anda hanya perlu jadi ahli Sushi King yang berdaftar.\nPelbagai hidangan Jepun yang menyelerakan menanti anda dengan potongan diskaun istimewa dari 3.00 petang hingga 6.00 petang pada setiap hari bekerja.\n\n Jangan lupa untuk daftar sebagai ahli Sushi King! Pelbagai tawaran khas dan diskaun hebat menanti anda!\n*Promosi tertakluk pada terma & syarat.\nJom layari laman Facebook Sushi King untuk ketahui menu terbaru dan promosi terkini khas untuk semua penggemar sushi!\n\u2018\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-latihan-untuk-siswazah-yayasan-peneraju/", "title": "Program Latihan Untuk Siswazah Ambilan Oktober 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Latihan Untuk Siswazah Yayasan Peneraju\nSukacita dimaklumkan bahawa Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Bumiputera Malaysia kini menawarkan lepasan Diploma dan Ijazah untuk menyertai Program Latihan Untuk Siswazah bagi yang berminat.\nGraduan yang berkelayakan dan berminat boleh memohon untuk sertai program ini. Program Latihan Untuk Siswazah ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 3 Oktober 2022.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : PROTEGE Trainee Programme Sime Darby 2022/2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kelayakan Program Latihan Untuk Siswazah\n\n \nKelebihan Program\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nECP Mechatronics (PLC Technology)\nECP PLC\n\nSyarat Kelayakan Program Latihan Untuk Siswazah\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nCalon merupakan Bumiputera Warganegara (Lepasan Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan / Teknologi dengan pencapaian PNGK minimum 2.50)Berumur antara 21 hingga 24 tahun semasa memohonTidak melebihi tempoh 3 tahun selepas bergraduasi.Calon tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan\nKelebihan Program\nAntara manfaat yang program ini tawarkan adalah seperti berikut :\nDitaja sepenuhnya oleh Kerajaan MalaysiaKemudahan asrama dan pengangkutan disediakanPeluang menimba pengalaman dengan sektor industriMakan dan minum disediakan sepanjang pengajianLatihan diiktiraf serta berkaitan dengan sektor industriJaminan pekerjaan selepas tamat pengajianElaun RM 500 sebulan sepanjang pengajian\nCara Memohon\nGraduan yang berminat untuk mengikuti program latihan ini boleh membuat pendaftaran sekarang dengan menghubungi pegawai bertugas di talian Whatsapp berikut :\nwww.wasap.my/60136732766/PLUS\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Puan Huda di talian +6013-6732766 atau hantarkan emel ke alamat [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-pengajian-diploma-ppum/", "title": "Permohonan Kemasukan Ke Program Pengajian Diploma PPUM Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan ke Program Pengajian Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi sesi akademik 2022/2023 kini dibuka.\n Lepasan SPM 2020 dan 2021 dialu-alukan untuk memohon. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nProgram Pengajian Diploma Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nSyarat Kelayakan Akademik\n\n \nSyarat Kelayakan Wajib\n\n \nCara Memohon Program Pengajian Diploma PPUM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon yang berminat perlulah kemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022\nProgram Pengajian Diploma Yang Ditawarkan\nUntuk makluman, antara program pengajian Diploma yang ditawarkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nDiploma Kejururawatan (MQA/FA8919)Dploma Teknologii Makmal Perubatan (MQA/SWA0813)Diploma Radiografi (MQA/SWA0812)\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon lepasan SPM yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nSyarat Kelayakan Akademik\nDiploma Kejururawatan\nCalon hendaklah memperolehi KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)\nDiploma Teknologi Makmal Perubatan\nCalon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Kimia dan Biologi)\nDiploma Radiografi\nCalon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Fizik dan Biologi)\nSyarat Kelayakan Wajib\nSelain kelayakan akademik, calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan wajib seperti berikut :\nMerupakan warganegara MalaysiaLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.Mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan LULUS mata pelajaran Sejarah.Calon mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahunCalon berstatus bujangSihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.\nCara Memohon Program Pengajian Diploma PPUM\nCalon yang berhasrat untuk memohon boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :\nBuat pembelian no. Pin PPUM berharga RM 10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 April 2022.Lengkapkan permohonan secara atas talian menerusi Sistem Pengambilan Pelajar, Kolej Sains Kesihatan di talian [email\u00a0protected].Pastikan anda sertakan bersama no. pin dalam permohonan secara online.\nNota : \nHanya calon Diploma Kejururawatan yang akan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.\u00a0Panggilan temu duga boleh disemak dengan menggunakan no. ID PPUM melalui\u00a0http://spp.ummc.edu.my.Tiada sesi temu duga bagi calon Program Diploma Radiografi dan Program Diploma Teknologi Maklumat Perubatan. Sebarang maklumat tarikh temuduga bagi calon Diploma Kejururawatan dan tarikh pendaftaran kemasukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut mengenai tawaran kemasukan program Diploma PPUM ini, sila layari pautan http://www.ummc.edu.my/cohes \nCalon juga boleh kemukakan sebarang pertanyaan melalui saluran berikut : \nTelefon : \u00a003-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 /\u00a003-2028 7015 /\u00a003-2028 7010\nEmel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/prn-negeri-sembilan/", "title": "PRN Negeri Sembilan: Senarai DUN & Calon Parti Bertanding", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSetelah pengumuman berkenaan tarikh Pilihan Raya Negeri 2023 dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari mengundi bagi PRN Negeri Sembilan secara rasminya akan dilakukan pada 12 Ogos 2023. \nBerikut merupakan tarikh-tarikh penting sempena PRN Negeri Sembilan:\n\nHari Penamaan calon: 29 Julai 2023 (Sabtu)\nHari Mengundi Awal: 8 Ogos 2023 (Selasa)\nHari Mengundi: 12 Ogos 2023 (Sabtu)\n\nArtikel berkaitan: MySPR Semak \u2013 Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai calon bertanding\n\n \nDewan Undangan Negeri Sembilan\n\n \nStatistik PRU ke 14 (2018)\n\n\nSenarai calon bertanding\n*Akan dikemaskini pada Hari Penamaan Calon PRN Negeri Sembilan pada 29 Julai 2023\nDewan Undangan Negeri Sembilan\nDUN Negeri Sembilan diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang Timbalan.\nDUN Negeri Sembilan diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang timbalan.Dewan Undangan Negeri Sembilan dianggotai oleh 36 orang individu yang mewakili\u00a0bahagian pilihan raya\u00a0masing-masing yang dipanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).\nSelain 36 orang anggopta terpilih, DUN Negeri Sembilan turut dianggotai secara ex-officio oleh\u00a0Setiausaha Kerajaan Negeri,\u00a0Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.\nArtikel berkaitan: Lagu Negeri Sembilan: Sejarah, Lirik, Audio & Video\nStatistik PRU ke 14 (2018)\nBerikut merupakan senarai kerusi yang dimenangi oleh calon dan parti politik pada PRU14 yang lalu:\nNo.KawasanNamaPartiN01ChennahLoke Siew Fook\u00a0\u00a0DAPN02PertangNoor Azmi Yusof\u00a0\u00a0UMNON03Sungai LuiMohd Razi Mohd Ali\u00a0\u00a0UMNON04KlawangBakri Sawir\u00a0\u00a0AmanahN05SertingShamsulkahar Mohd Deli\u00a0\u00a0UMNON06PalongMustapha Nagoor\u00a0\u00a0UMNON07Jeram PadangManickam Letchuman\u00a0\u00a0MICN08BahauTeo Kok Seong\u00a0\u00a0DAPN09LenggengSuhaimi Kassim\u00a0\u00a0AmanahN10NilaiArul Kumar Jambunathan\u00a0\u00a0DAPN11LobakChew Seh Yong\u00a0\u00a0DAPN12TemiangNg Chin Tsai\u00a0\u00a0DAPN13SikamatAminuddin Harun\u00a0\u00a0KeadilanN14AmpanganMohamad Rafie Ab Malek\u00a0\u00a0KeadilanN15JuassehIsmail Lasim\u00a0\u00a0UMNON16Seri MenantiAbdul Samad Ibrahim\u00a0\u00a0UMNON17SenalingAdnan Abu Hassan\u00a0\u00a0UMNON18PilahMohamad Nazaruddin Sabtu\u00a0\u00a0KeadilanN19JoholSaiful Yazan Sulaiman\u00a0\u00a0UMNON20LabuIsmail Ahmad\u00a0\u00a0KeadilanN21Bukit KepayangNicole Tan Lee Koon\u00a0\u00a0DAPN22RahangMary Josephine Pritam Singh\u00a0\u00a0DAPN23MambauYap Yew Weng\u00a0\u00a0DAPN24Seremban JayaGunasekaren Palasamy\u00a0\u00a0DAPN25ParoiMohamad Taufek Abd Ghani\u00a0\u00a0AmanahN26ChembongZaifulbahri Idris\u00a0\u00a0UMNON27RantauMohamad bin Hasan\u00a0\u00a0UMNON28KotaAwaludin Said\u00a0\u00a0UMNON29ChuahYek Diew Ching\u00a0\u00a0KeadilanN30LukutChoo Ken Hwa\u00a0\u00a0DAPN31Bagan PinangTun Hairuddin Abu Bakar\u00a0\u00a0UMNON32LinggiAbd Rahman Mohd Redza\u00a0\u00a0UMNON33Sri TanjungRavi Munusamy\u00a0\u00a0KeadilanN34GemasAbdul Razak Said\u00a0\u00a0UMNON35GemenchehMohd Isam Mohd Isa\u00a0\u00a0UMNON36RepahVeerapan Superamaniam\u00a0\u00a0DAP\nMaklumat rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri boleh diperolehi melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/keputusan-svm-pasm/", "title": "Semakan Keputusan SVM 2022/2023 (Sijil Vokasional Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTentunya anak-anak calon peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) menunggu keputusan Semester 4 Sesi 2 / 2022 bagi tahun 2023.\nBerikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung semakan keputusan SVM semester terkini.\n\nKEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) SEMESTER 2 TAHUN 2022\nKeputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dikeluarkan pada Khamis, 6 Julai 2023.\nCalon boleh memperoleh keputusan peperiksaan SVM daripada Kolej Vokasional masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.\n\n\n\n\n\n\nSemakan keputusan peperiksaan SVM turut boleh dilakukan secara dalam talian mulai 10.00 pagi pada 6 Julai 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 12 Julai 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Semakan Keputusan SVM 2023\n\n \nCara Semakan\n\n \nInfo Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM\n\n \nApakah PASM?\n\n\nTarikh Semakan Keputusan SVM 2023\nTarikh semakan keputusan SVM 2023 adalah 10.00 pagi pada 6 Julai 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 12 Julai 2023.\n\nCara Semakan\nCalon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautanhttps://myresultsvm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 6 Julai 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 12 Julai 2023.\nLaman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah.\nSila buat pilihan peperiksaan semester pelajar untuk mula membuat semakan keputusan.\n\nKEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SEMESTER 4 SESI 2/2022\nKEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SEMESTER 4 SESI 2/2022 (CALON MENGULANG)\nKEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA BAHASA MELAYU DAN SEJARAH SETARA SESI 2/2022 (CALON MENGULANG)\n\nSlip keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) juga boleh diperoleh dari kolej vokasional / sekolah masing-masing mulai.\nBagi sebarang pertanyaan, sila rujuk talian berikut : 013-362 5452 atau 013-390 7879\nInfo Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM\nSYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM\nTerdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai \u201ctidak melepasi tapisan\u201d walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.\nSPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM/SVM.\nApakah maksud kelayakan minimum bagi SPM/SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam?\nRujuk poster hebahan ini sebagai panduan dan rujukan.Semoga dapat membantu!\n\n\n\n\nMQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:\n\nKepujian Bahasa Melayu 1104;\nPNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;\nPNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan\nKompeten semua modul vokasional.\n\nBagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.\nSehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).\nApakah PASM?\nPentaksiran Alternatif dalam PASM boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional yang mana menggunakan ujian pensil-kertas\nAPLIKASI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAHhttps://mypasm.moe.gov.my/mypasm/login\nBaca juga: \n\nPendaftaran Sukarelawan SUKMA XX & PARA SUKMA XX MSN 2022\nSemakan Status BKM & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lagu-negaraku/", "title": "Lagu Negaraku : Lirik, Sejarah, Pencipta & Muat Turun Audio", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLagu Negaraku : Sejarah, Maksud, Lirik & Muat Turun Audio\nLagu kebangsaan merupakan lambang kebesaran sesebuah negara selain daripada bendera. Ia juga melambangkan identiti dan jati diri sesebuah negara tersebut.\nSebagai rakyat Malaysia, kita wajar menghayati sejarah serta maksud di sebalik lagu Negaraku yang kita nyanyikan sejak di bangku sekolah.\n\nLagu Negaraku telah diangkat sebagai lagu kebangsaan Malaysia dan diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. \nBermula dari detik itu, lagu Negaraku terus kekal menjadi lagu rasmi negara.\nMungkin ada yang belum tahu, namun lagu ini mempunyai sejarah yang cukup menarik. Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai lagu Negaraku.\nBaca Juga : Rukun Negara Malaysia : 5 Prinsip, Teks & Sejarah Pembentukan\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Lagu Negaraku\n\n \nJawatankuasan Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan\n\n \nPemilihan Lagu Kebangsaan Berdasarkan Lagu Kebesaran Negeri\n\n \nAkta Lagu Kebangsaan 1968\n\n \nMaksud Lirik Lagu Negaraku\n\n \nKepentingan\n\n \nMuat Turun Audio\n\n\nSejarah Lagu Negaraku\nSemasa negara berada di ambang kemerdekaan sekitar tahun 1956, semua negeri di Tanah Melayu sudah pun mempunyai kebesarannya sendiri. Jadi, wajarlah negara kita mempunyai satu lagu untuk diangkat sebagai lagu kebangsaan.\nYTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang menggalas jawatan Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika itu telah membuat keputusan bahawa sebuah kebangsaan perlu dicipta sebelum negara mencapai kemerdekaan.\nOleh itu, sebuah pertandingan mencipta lagu kebangsaaan telah diadakan. Lebih menarik lagi, penyertaan tidak hanya terhad kepada penduduk tempatan, malah ia turut menerima penyertaan dari seluruh dunia. Difahamkan sebanyak 514 lagu telah diterima dari serata dunia.\n\n\n\n\n\n\nSumber : Jabatan Penerangan Malaysia\nJawatankuasan Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan \nLagu kebangsaan tidaklah dipilih sewenang-wenangnya, malah sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi membuat pilihan tepat. Jawatankuasa ini terdiri daripada :\nPengerusi :\nYTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj\nAhli-ahli :\n\nHaji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja Mealyu mewakili Raja-Raja\nTun Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran\nTan Sri Ya\u2019akob Latiff, Pengarah Penerangan\nDSP Croft, Pengarah Muzik, Band Polis Persekutuan\nKapt Lenthall, Pengarah Muzik, Askar Melayu\nAT Read, Pengarah Penyiaran Radio\n\nSetiap lagu yang diterima telah diteliti satu persatu. Namun, jawatankuasa berpendapat bahawa tiada lagu yang sesuai untuk dipilih dan dijadikan lagu kebangsaan.\nOleh itu, jawatankuasa kemudiannya mencadangkan untuk mempelawa beberapa orang penggubah lagu terkenal dan bertaraf antarabangsa untuk mencipta lagu kebangsaan iaitu :\n\nBenjamin Britten\nSir William Walton\nGian Carlo Menetti\nZubir Said\n\nMereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu yang bermutu tinggi namun jawatankuasa berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka masih tidak sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.\nPemilihan Lagu Kebangsaan Berdasarkan Lagu Kebesaran Negeri\nAkhirnya, jawatankuasa membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu kebesaran negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti lagu yang sesuai dijadikan lagu kebangsaan.\nPada 5 Ogos 1957, lagu kebesaran negeri Perak \u201cAllah Lanjutkan Usia Sultan\u201d telah dipilih menjadi lagu kebangsaan kerana didapati mempunyai unsur kemelayuan. \nUpacara pemilihan lagu kebangsaan telah berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.\nSebanyak empat buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancawagam Polis Diraja. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan.\nKeputusan ini kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan telah dipersetujui.\nApabila telah memilih lagu kebangsaan, tajuk dan seni kata lagu kebangsaan perlu ditambah baik. \nKerajaan menawarkan RM 1,000 kepada penggubah untuk mencipta seni kata lagu kebangsaan. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri bin Elyas.\n\nAkta Lagu Kebangsaan 1968\nSeperti yang termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968, lirik lagu Negaraku hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu dan ia mesti dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.\nOleh itu, penggunaan bahasa lain diibaratkan tidak menghormati isi kandungan akta tersebut.\nMaksud Lirik Lagu Negaraku\nLIRIK LAGU NEGARAKU\nNegarakuTanah tumpahnya darahku,Rakyat hidupbersatu dan maju,Rahmat bahagiaTuhan kurniakan,Raja kitaselamat bertakhta,Rahmat bahagiaTuhan kurniakan.Raja kitaselamat bertakhta\nBerdasarkan perkongsian daripada Jabatan Penerangan Malaysia, lirik lagu Negaraku membawa maksud seperti berikut : \n\nMenyeru rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.\nMemohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara Malaysia.\nBerdoa kepada Tuhan untuk keselamatan negara.\nMenuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara.\nMenggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.\n\nCeleration of 60th Merdeka day 2017 in Dataran Merdeka. .- Art Chen / The Star.\nKepentingan \nLagu kebangsaan turut memainkan peranan penting bagi negara iaitu :\n\nMeningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja.\nMenyerlahkan semangat patriotik.\nMenyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.\nMemupuk perpaduan dan keharmonian.\nMeningkatkan usaha untuk memajukan diri sendiri.\nLambang kemegahan dan kebanggaan rakyat Malaysia.\n\n\nLagu Negaraku merupakan simbol semangat patriotik yang mekar dalam setiap rakyat Malaysia. \nAdalah tanggunggjawab kita untuk menghayati maksud dan serta memeliharanya demi kedaulatan negara. Semoga perkongsian ini dapat menanam rasa cinta yang lebih mendalam pada negara.\nSumber : Jabatan Penerangan Malaysia\nMuat Turun Audio\nEDARAN LAGU NEGARAKU \u2013 DISEMBER 2022\nDengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.\n2. Bersama-sama ini disertakan Lagu Negaraku \u2013 Disember 2022 yang telah diterbitkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk / Dato\u2019 / YBrs Tuan / Puan jua. Mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato\u2019 / YBrs Tuan / Puan untuk memanjangkan edaran lagu ini kepada semua Jabatan/Agensi/Bahagian yang berkaitan.\nPAUTAN: https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1rqP_Wfx3Pl5hBWasQOwf14VPjRCBZQho?fbclid=IwAR1iyOhIgyH-TfQ6SnVx3pVfbqRZc9E6lWvZb4rYUayX1M440P3qggbGDAY\n3. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk / Dato\u2019 / YBrs Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Fadhlina binti Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam di talian 03-2288 7200 atau e-mel [email\u00a0protected]\n4. Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Dato\u2019 / YBrs Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.\nSekian.\n\u201cBERKHIDMAT UNTUK NEGARA\u201d\nSaya yang menjalankan amanah,\nINTAN NADIA BINTI YATIM\nBahagian Komunikasi Strategik dan Korporat\nKementerian Komunikasi Digital\n"]} {"url": "https://ecentral.my/emunakahat-sarawak/", "title": "eMunakahat Sarawak : Permohonan & Borang Nikah Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan eMunakahat Sarawak disediakan melalui laman Khidmat Isla Sarawak (KISWA) bagi pasangan Islam di Sarawak yang ingin melangsungkan perkahwinan.\nSelain itu, perkhidmatan portal eMunakahat Sarawak ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian lain.\nArtikel berkaitan: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Perkhidmatan eMunakahat Sarawak\n\n \nBorang Nikah Online\n\n \nKad Perakuan Nikah Sarawak\n\n\nSenarai Perkhidmatan eMunakahat Sarawak\nMelalui laman web ini, pengguna boleh membuat permohonan untuk pelbagai urusan antaranya:\n\nPermohonan Pendaftaran Kursus Pra Perkahwinan \u2013 Kursus persediaan bagi pasangan yang ingin berkahwin yang mengandungi modul yang komprehensif.\nPermohonan Nikah \u2013 Permohonan kebenaran berkahwin sebelum suatu perkahwinan hendak dilangsungkan hendaklah diperolehi.\u00a0\nPermohonan Daftar Nikah Luar Negeri \u2013 Setiap perkahwinan yang telah diakad nikah hendaklah di daftar di bawah Ordinan Undang Undang Keluarga Islam 2001. Oleh yang demikian perkahwinan yang telah di akad nikah di luar negeri atau perkahwinan terdahulu hendaklah didaftarkan melalui permohonan ini.\u00a0\nPermohonan Kad Perakuan Nikah \u2013 Permohonan untuk mendapatkan Kad Perakuan Nikah setelah memperolehi Surat Perakuan Nikah. Pemohon hendaklah mendaftar perkahwinan dibawah Ordinan Undang Undang Keluarga Islam 2001 untuk membolehkan pemohon memohon kad perakuan nikah.M\nPermohonan Khidmat Nasihat \u2013 Permohonan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling profesional dalam menangani, mendepani dan menyelesaikan isu-isu berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan.\nPermohonan Pendaftaran Perceraian & Pembatalan Nikah \u2013 Urusan pendaftaran perceraian setelah mendapat perintah untuk mendafttarkan perceraian diperolehi daripada Mahkamah Syariah\nPermohonan Ruju\u2019\nPermohonan Gantian Surat Nikah, Cerai dan Ruju\u2019\n\nArtikel berkaitan: Cara Daftar Kursus Kahwin Online Setiap Negeri Di Malaysia\nBorang Nikah Online \nBagi pasangan yang ingin berkahwin, anda boleh melengkapkan permohonan nikah di terus di eMunakahat Sarawak di alamat https://kiswa.sarawak.gov.my/kiswa/main/portal/services/?service_id=1\n\n\n\n\n\n\n\nLog masuk dengan SarawakID anda\nPilih jenis permohonan\nLengkapkan borang nikah dengan maklumat peribadi diri dan pasangan.\nSediakan dokumen lampiran berdasarkan senarai semak yang ditetapkan\nTekan butang Simpan dan Hantar\nCetak dan tandatangan borang permohonan untuk dikumpulkan bersama dokumen lampiran lain\nHadir ke pejabat agam dengan membawa dokumen lampiran asal bagi tujuan pengesahan permohonan\nMembuat pembayaran bagi pengeluaran borang kebenaran berkahwin\n\nBorang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 180 hari dari tarikh cadangan akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.\nNota: Akaun SarawakID merupakan akaun sama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke aplikasi SarawakPay, eRecruitment dan portal kerajaan Sarawak yang lain.\nKad Perakuan Nikah Sarawak\nNow Sarawak dah boleh apply kad nikah untuk pengantin beragama Islam. Tak perlu lagi gunakan sijil sebesar A4 \u2013 lebih mudah nak dibawa ke mana-mana kan?\n\nNak memohon kena daftar akaun Sarawak ID dulu untuk memudahkan urusan online berkaitan Sarawak.\nCara-caranya seperti berikut:\n\n1. Login ke page Khidmat Islam Sarawak (KISWA):\nhttps://kiswa.sarawak.gov.my/kiswa/main/portal/services/\u2026\n\n2. Login menggunakan Sarawak ID \nhttps://sarawakid.sarawak.gov.my/\n\n3. Isi maklumat sikit & attach gambar.\nPilih perkhidmatan \u2013 Munakahat. Lepas tu pilih permohonan kad nikah.\n4. Simpan & hantar.\n\n5. Tunggu e-mel makluman permohonan dah berjaya.\n6. Pergi opis & jangan lupa bawa salinan yang diperlukan. (Rujuk slip hadir ke pejabat)\nRujukan:\n1.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1946578282140193&id=1247686682029360\n2.https://www.facebook.com/449321305262048/posts/1421702771357225/\n3.https://www.facebook.com/449321305262048/posts/1435075186686650/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/agihan-zakat-pelajar-pondok-lznk/", "title": "Tawaran Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok Dalam & Luar Negara LZNK", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini membuka permohonan bagi Agihan Zakat untuk pelajar Pondok dalam dan luar negara.\nAgihan ini diwujudkan bagi membantu pelajar berkelayakan dalam pembiayaan kos pembelian kitab dan peralatan pengajian sepanjang menuntut pengajian di Institusi Pondok secara sepenuh masa.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai tawaran ini dengan lebih lanjut.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Kulim Smart Parking: Pendaftaran, Pas Bulanan & Bayar Online\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk maklumat, tawaran bagi agihan zakat ini dibuka mulai 11 November 2022 sehingga 26 November 2022.\nKadar Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok\nKadar agihan zakat yang bakal diterima pelajar adalah seperti berikut :\nRM 500.00 bagi pelajar dalam negara.RM 1,000 bagi pelajar luar negara.\nSyarat Kelayakan\nPelajar yang ingin memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nPelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurang kurangnya 2 tahun.Pelajar berumur antara 13 hingga 25 Tahun pada tahun 2022.Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.Pelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara sepenuh masa sekurang-kurangnya satu tahun.Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dan diiktiraf oleh pihak berautoriti seperti kedutaan, institut pengajian atau persatuan pelajar berkaitan bagi Pondok Luar Negara.\nCara Permohonan\nCalon boleh ikuti kaedah permohonan seperti berikut :\nLayari laman web\u00a0https://bit.ly/AgihanPelajarPondok.Klik butang \u201cPermohonan Baharu\u201dIsi maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u201cHantar Permohonan.\u201d\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga perlu muat naik dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\n\u00a0\u00a0Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar).Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga.Borang Pengesahan Status Pengajian oleh Pusat Pengajian yang boleh didapati di pautan :\u00a0https://bit.ly/BorangPengesahanStatus.Salinan Sijil/Maklumat Pendaftaran Pondok dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau JAKIM.Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (pelajar).Bagi Pelajar yang pengajian di Luar Negara sila muat naik surat/sijil kebenaran operasi pondok dari agensi kerajaan dan visa/passport pelajar (bagi pemohon yang belajar di luar negara sahaja).\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-7331740.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-minyak-masak/", "title": "Harga Minyak Masak Terkini Di Malaysia (8 Mac \u2013 7 April 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Siling Minyak Masak Bulan Ini (Mac 2023)\nSeperti yang kita sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2022.\nTindakan ini adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.\nTerkini, harga runcit maksimum minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh 8 Disember hingga 7 Januari depan kekal seperti bulan sebelumnya.\n\n\n\n\n\n\nKetua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, harga itu tidak berubah walaupun harga purata minyak mentah (CPO) sepanjang November mencatatkan peningkatan berbanding Oktober.\n\u201cPenetapan harga ini adalah hasil kerjasama daripada pihak industri minyak masak yang telah bersetuju untuk mengekalkan harga maksimum Disember sama dengan November,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\nHarga minyak botol bagi 1 kilogram (kg) ditetapkan RM6.90, manakala bagi 2kg pula adalah RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).\nDatuk Azman berkata, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga Ditetapkan Secara Bulanan\n\n \nHarga Maksimum Minyak Masak Botol Seluruh Malaysia\n\n \nHarga Maksimum Minyak Masak Bersubsidi (Polibeg)\n\n\nHarga Ditetapkan Secara Bulanan\nHarga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)\nKaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.\nBagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada.\nHarga Maksimum Minyak Masak Botol Seluruh Malaysia\nPENETAPAN HARGA SILING RUNCIT SECARA BULANAN BAGI MINYAK_MASAK TULEN KEMASAN BOTOL SELURUH MALAYSIA.\n\nJadual harga maksimum Harga Siling Minyak_Masak Sawit Tulen Kemasan Botol (8 Mac \u2013 7 April 2023)\n\n1 kg : RM6.90 ( kekal )\n2 kg : RM13.30 ( kekal )\n3 kg : RM19.60 ( kekal )\n5 kg : RM30.90 ( kekal )\n\nHarga Maksimum Minyak Masak Bersubsidi (Polibeg)\nUntuk makluman, harga siling minyak sawit tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.\n\nHarga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi harga kawalan yang dijual adalah RM2.50!\nLaporkan kepada KPDNHEP jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 Kg melebihi harga kawalan.\nBaca juga: \n\nHarga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel\nSenarai Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim\n\nJika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP\u00a0melalui:\n\nTalian bebas tol (1-800-886-800)\nSistem e-Aduan:\u00a0http://e-aduan.kpdnhep.gov.my\nWhatsapp\u00a0\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/separuh-akhir-muzik-muzik-2022/", "title": "Separuh Akhir Muzik Muzik 2022 : Senarai Lagu, Tarikh & LIVE", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMuzik Muzik bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk kali ke 37 pada 25 November dan 26 November 2022.\nRancangan carta muzik mingguan tempatan terkenal yang dihoskan oleh Muaz Mohamad ini telah mengumumkan 30 lagu yang layak ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 2022. \nBaca Juga : Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 2022)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh\n\n \nSenarai Penuh Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 2022\n\n \nLIVE Separuh Akhir Muzik-muzik 37\n\n\nTarikh\nSeparuh Akhir Muzik Muzik 2022 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang) di TV3. \nSenarai Penuh Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 2022\nDebaran Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 semakin terasa! Siapakah antara mereka yang bakal ke peringkat seterusnya di Anugerah Juara Lagu 37? Sama-Sama kita nantikan!\nBerikut adalah senarai penuh lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 :\nANUGERAH TERINDAH\nPenyanyi : Alif SatarLirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & RomeoKomposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis\nESOK\nPenyanyi : Amir MasdiLirik : Amir Masdi, Shazee Ishak & Audi MokKomposer : Amir Masdi, Shazee Ishak & Audi Mok\n\u00a0TAK SANGKA\n\n\n\n\n\n\nPenyanyi : YonnyboiiLirik : Yonnyboii, Zynakal & Asyraf NasirKomposer : Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir\nDEMI KAMU\nPenyanyi : Indah RuhailaLirik : KhaleelKomposer : Johan John\n\nDEBU\nPenyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir MasdiLirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim.Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim.\nCUKUP DERITA ITU\nPenyanyi : Siti NordianaLirik : Siti RosmizaKomposer : Tam Spider\n\nNANG\nPenyanyi : Iman TroyeLirik : Ezra Kong & A.RamleKomposer : Ezra Kong & A.Ramle\n\nTAKLUK CINTA\nPenyanyi : Hafiz SuipLirik : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & John JevesKomposer : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & John Jeves\n\nKORBAN\nPenyanyi : Ernie ZakriLirik : Ernie ZakriKomposer : Ernie Zakri\n\nBERANI\nPenyanyi : DollaLirik : John Jeeves & Firdaus RahmatKomposer : John Jeeves & Firdaus Rahmat\nBERAKHIRLAH PENCARIANKU\nPenyanyi : Hafiz Suip & Ernie ZakriLirik : Ikhwan Fatanna & Wan SalehKomposer : Dato A.Aida\n\nBAHAGIAKAN DIA\nPenyanyi : Liza Hanim & Shila AmzahLirik : Aliff Iskandar & Que AfiqKomposer : Aliff Iskandar\n\nSENGSARA\nPenyanyi : Khai BaharLirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KKomposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K\n\nPAYUNG PELANGI\nPenyanyi : Noki & MKLirik : Noki & MKKomposer : Noki & MK\n\nPEREMPUAN\nPenyanyi : Jaclyn VictorLirik : KhaleelKomposer : Johan John\n\nKHILAF ASMARA\nPenyanyi : Shila AmzahLirik : AmyleaKomposer : Amylea\n\nKISAH HATI LARA\nPenyanyi : NaqiuLirik : Khaleel, Wit & MohsenKomposer : Johan John & Naqiu\n\nKEMBALI TERANG\nPenyanyi : Marsha MilanLirik : SennaKomposer : Senna & Ajin\nIRAMA\nPenyanyi : Shiha ZikirLirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John JeevesKomposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves\nSEMPURNA\nPenyanyi : INSOMNIACKSLirik : Iqie & DanialKomposer : Insomniacks\n\nHITAM SAKSI PUTIH\nPenyanyi : Haqiem RusliLirik : Haqiem RusliKomposer : Haqiem Rusli\nTERUS HIDUP\nPenyanyi : Aina AbdulLirik : Aina AbdulKomposer : Aina Abdul\nMAINAN\nPenyanyi : Naim DanielLirik : Arisz Abd RahmanKomposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga\nDAMBA\nPenyanyi : Khai BaharLirik : Iqie Hugh & Omar KKomposer : Iqie Hugh & Omar K\nSAMA SEPERTI DULU\nPenyanyi : Hael HusainiLirik : Hael HusainiKomposer : Hael Husaini & Iqie Hugh\n\nHABIS SINI\nPenyanyi : Naim Daniel & Joe FlizzowLirik : Naim Daniel, Joe Flizzow, Sonaone, Mas Dewangga & Firdaus RahmatKomposer : Naim Daniel, Joe Flizzow, Sonaone, Mas Dewangga & Firdaus Rahmat\n\nSATU MALAM DI TEMASEK\nPenyanyi : Joe Flizzow & SonaoneLirik : Joe Flizzow & SonaoneKomposer : Sonaone\n\nMAKUTA\nPenyanyi : Hazama, Kmy Kmo, Luca SiktaLirik : Kmy Kmo, Luca SiktaKomposer : Kmy Kmo, Luca Sikta\n\nSUMPAHAN SALJU\nPenyanyi : Ara JohariLirik : JerryKomposer : Ziin\n\n24434\nPenyanyi : Floor88Lirik : Achoi Floor88Komposer : Zai Hamzah\n\nLIVE Separuh Akhir Muzik-muzik 37\nSeparuh Akhir Muzik Muzik 2022 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang) di TV3. Anda juga boleh strim secara langsung di www.tonton.com.my.\nPautan pantas: https://linktr.ee/tv3malaysia\nUntuk perkembangan terkini mengenai Muzik Muzik 37, sila ikuti laman Instagram Muzik Muzik Official. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-elak-kena-add-telegram/", "title": "Cara Elak Kena Add Ke Group / Channel Bukan-bukan Di Telegram", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Elak Kena Add Dalam Group & Channel Telegram Asing\nTelegram adalah salah satu aplikasi media sosial yang mempunyai jutaan pengguna. Bukan sekadar untuk berhubung, malah Telegram mempunyai pelbagai fungsi untuk memudahkan pengguna mendapat informasi, berjual beli dan sebagainya.\nNamun, ada kalanya Telegram membuatkan privasi pengguna terganggu apabila profile peribadi dimasukkan ke dalam group yang asing. \nLebih teruk lagi, sesetengah group ini juga mempunyai unsur yang tak disenangi seperti judi, Forex dan spam. Ia merupakan salah satu isu yang pasti berlaku di kalangan pengguna Telegram.\nSebenarnya, terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti bagi mengelakkan perkara ini berlaku di Telegram anda.\n\n\n\n\n\n\nJom kita ikuti perkongsian Rosfadzillah Mohamed Yusof di Facebook untuk ketahui caranya dengan lebih lanjut.\n\nBaca Juga : Cara Guna WhatsApp Di 4 Peranti Berbeza (WhatsApp Multi-Device)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Elak Kena Add Dalam Group Telegram Yang Tak Dikenali\n\n \nCara Elakkan Profile Anda Kena Add Dalam Group & Channel Telegram Asing\n\n\nCara Elak Kena Add Dalam Group Telegram Yang Tak Dikenali\nPertama, buka aplikasi Telegram dan tekan Setting.Seterusnya, pilih tetapan Privacy and Security.Kemudian, pilih Group & Channel.Di ruangan Who can add me to group chats?, pilih My Contacts. Jika anda pilih Everybody, anda membolehkan sesiapa untuk add anda dalam Group atau Channel tanpa sebarang sekatan.\nSelesai! Kini anda bolehlah gunakan Telegram tanpa rasa runsing. Group atau Channel yang tak dikenali pasti tak akan muncul lagi pada masa akan datang.\nAnda juga boleh rujuk langkah bergambar seperti di bawah : \nCara Elakkan Profile Anda Kena Add Dalam Group & Channel Telegram Asing\nLangkah 1 \nBuka aplikasi Telegram dan tekan Setting.\n\nLangkah 2 \nKemudian, pilih tetapan Privacy and Security.\n\nLangkah 3 \nSeterusnya, pilih Group & Channel. \n\nLangkah 4 \nKemudian, Di ruangan Who can add me to group chats?, pilih My Contacts. Pastikan bulatan di bahagian kanan My Contacts berubah menjadi biru. \n\nJangan lupa kongsikan tips berguna ini pada rakan dan keluarga anda! Untuk keterangan lanjut mengenai aplikasi ini, anda boleh pautan FAQ Telegram di https://telegram.org/faq.\nKredit : Rosfadzillah Mohamed Yusof\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tabung-simpanan-pendidikan-anak-perak/", "title": "Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 (RM200 Setiap Bayi)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022\nKerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah PTPTN.\nBerikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara memohon Tabung Simpanan Pendidkan Anak Perak 2022.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tabung Simpanan Anak Perak 2022?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Tabung Simpanan Anak Perak 2022\n\n \nTarikh Permohonan Tabung Simpanan Anak Perak 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Tabung Simpanan Anak Perak 2022?\nTabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan SSPN-i untuk masa hadapan anak-anak.\nJumlah bantuan adalah pemberian RM200 kepada bayi yang dilahirkan di Negeri perak mulai tahun 2010.\n\nSyarat Permohonan\nPenerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran \u00a0Negeri Perak mulai 1 Januari 2010.Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak atauIbu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi\u00a0 SEDANG \u00a0beralamat di luar Negeri Perak dan\u00a0TELAH\u00a0bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun, \u2014 SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK\u00a0LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan atauIbu atau bapa kelahiran\u00a0LUAR\u00a0Negeri Perak dan\u00a0TELAH\u00a0 bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun \u2014 SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK\u00a0LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukanatauIbu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi\u00a0ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN\u00a0dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) \u2013 SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK\u00a0dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.\nCara Permohonan Tabung Simpanan Anak Perak 2022\nBorang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my\nSebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Perak di talian 05 255 2929/253 7779.\nBaca juga: \nPermohonan / Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Negeri Selangor (JAIS)Rumah Perakku: Permohonan Rumah Mampu Milik Serendah RM70,000\nTarikh Permohonan Tabung Simpanan Anak Perak 2022\nPermohonan dibuka sepanjang tahun.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas boleh dibuat melalui:\nEmel ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau\u00a0Aduan ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atauWhatsapp Rasmi +60 13 434 5300Maklumbalas di laman web Yayasan Perak\u00a0 ruangan\u00a0>>Maklum Balas.Melalui Media Sosial Yayasan Perak (Facebook di\u00a0Yayasan Perak \u2013 Rasmi, Instagram\u00a0@YayasanPerak, Twitter\u00a0@YayasanPerak\nYayasan Perak menyediakan bantuan-bantuan pendidikan untuk semua peringkat bermula dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT.\nSelain itu, Yayasan Perak adalah rakan strategi dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan sosial rakyat Negeri Perak melalui beberapa program berbentuk bantuan perumahan serta bantuan pinjaman mikro kepada usahawan sekaligus memastikan bantuan kepada golongan sasar rakyat Negeri Perak dapat dilaksanakan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ssp-bsn/", "title": "SSP BSN 2023: Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium myBSN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSSP BSN atau Sijil Simpanan Premium di Bank Simpanan Nasional merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.\nBerbeza dengan simpanan biasa, SSP adalah satu simpanan berbentuk pelaburan patuh syariah yang menawarkan pulangan dividen setiap tahun. \nApa yang menariknya, ramai yang menyertai Sijil Simpanan Premium BSN ini kerana ia melayakkan seseorang memenangi hadiah menarik setiap bulan serta RM1,000,000. \nBerdasarkan dokumen Terma dan Syarat yang disediakan oleh pihak BSN, ia \u2018dikendalikan mengikut prinsip Mudharabah serta tertakluk kepada Akta Bank Simpanan Nasional (BSN) 1974\u2019 dan \u2018menggunakan kaedah PER (Profit Equalisation Reserve) dalam menguruskan pulangan ke atas deposit akaun-akaun di bawah konsep Mudharabah.\u2019\nIanya boleh dikatakan mirip dengan pelaburan ASB dan untuk mengetahui perbezannya, baca selanjutnya di SINI.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Sijil Simpanan Premium BSN\n\n \nTarikh Cabutan\n\n \n6 Cara Menyimpan Dengan SSP BSN\n\n \n1. Melalui Perbankan SMS\n\n \n2. Melalui Mesin ATM\n\n \n3. Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)\n\n \n4. Melalui Mesin Deposit Tunai\n\n \n5. Melalui Perbankan Internet myBSN\n\n \n6. Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)\n\n \nCara Semakan Pemenang\n\n \n1. Melalui Perbankan Internet myBSN\n\n \n2. Melalui Cawangan / Kaunter BSN\n\n \n3. Melalui Facebook BSN (FB)\n\n \nCara Membuat Tuntutan Dividen / Jualan Balik (Pengeluaran)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelebihan Sijil Simpanan Premium BSN\n\nMerupakan produk simpanan Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan Bertuah.\nSimpanan Sijil Premium oleh BSN ini dijamin oleh kerajaan.\nSemua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.\nIndividu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al-Aiman.\nIndividu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah BSN SSP.\n\nBaca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\n\n\n\n\n\n\nTarikh Cabutan\nBerikut adalah tarikh cabutan SSP BSN sepanjang tahun 2023:\n\nJanuari \u2013 04/02/2023\nFebruari \u2013 04/03/2023\nMac \u2013 01/04/2023\nApril \u2013 06/05/2023\nMei \u2013 03/06/2023\nJun \u2013 08/07/2023\nJulai \u2013 05/08/2023\nOgos \u2013 02/09/2023\nSeptember \u2013 07/10/2023\nOktober \u2013 04/11/2023\nNovember \u2013 02/12/2023\nDisember \u2013 06/01/2024\n\nKesemua cabutan akan dibuat di Auditorium Wisma BSN Jalan Ampang.\nBagi BSN SSP RM1 juta, cabutan akan dibuat dari Februari sehingga Disember 2023.\nManakala bagi cabutan \u201cMillionaire Bonanza Draw\u201d, cabutan akan dibuat pada bulan Disember 2023 nanti dimana pemenang akan menerima BSN SSP RM1,000,000 dan BMW X5.\n6 Cara Menyimpan Dengan SSP BSN\nTerdapat 6 cara kita boleh menyimpan dengan Sijil Simpanan Premium atau SSP BSN. \n1. Melalui Perbankan SMS\n\nDaftar di mana-mana cawangan BSN.\nTaip \u201cSSPmpinamaun\u201d.\n\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.\nBalas \u201cCONFIRM 7212\u201d untuk pengesahan atau \u201cCANCEL 5740\u201d untuk pembatalan BSN SSP.\n\n2. Melalui Mesin ATM\n\nMasukkan kad ATM/Debit BSN.\nPilih bahasa.\nMasukkan nombor PIN.\nPilih \u2018Simpanan BSN SSP\u2019.\nMasukkan amaun dalam gandaan RM10.\nSahkan simpanan dan simpan resit transaksi.\n\n3. Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)\n\nMasukkan kad ATM/Debit BSN.\nPilih bahasa.\nMasukkan nombor PIN.\nPilih \u2018Simpanan BSN SSP\u2019.\nPilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).\nDepositkan wang dalam gandaaan RM10.\nSahkan simpanan dan simpan resit transaksi.\n\n4. Melalui Mesin Deposit Tunai \n(Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan sedia ada sahaja)\n\nPilih bahasa.\nPilih \u2018Simpanan BSN SSP\u2019.\nMasukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.\nDepositkan wang dalam gandaaan RM10.\nSahkan simpanan dan simpan resit transaksi.\n\n5. Melalui Perbankan Internet myBSN\n\nKunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my\nPilih \u2018Simpanan BSN eSSP\u2019.\nPilih \u2018nombor akaun\u2019 daripada senarai.\nLengkapkan maklumat yang diperlukan.\nSahkan simpanan dan cetak resit transaksi.\n\nNOTA PENTING:\n*Sijil SSP BSN tidak akan dikeluarkan apabila anda membeli SSP secara online.\u00a0 \n*Anda perlu semak dan sahkan alamat anda sebelum meneruskan pembelian SSP.\u00a0 \n*Jika alamat anda belum dikemas kini, jangan teruskan pembelian. Pergi ke cawangan bank dahulu untuk mengemas kini alamat anda.\n6. Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)\n\nKemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.\nEB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.\nSahkan simpanan dan simpan resit transaksi .\nSimpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.\n\nCara Semakan Pemenang \n\nPanduan Menyemak Keputusan SSP BSN adalah melalui 3 cara yang dinyatakan berikut:\n1. Melalui Perbankan Internet myBSN \n\nKunjungi www.mybsn.com.my \nPilih \u201cIslamic\u201d pada bahagian Menu Perbankan\nDi bawah \u201cDeposits-i\u201d, klik \u201cBSN SPSP Draw Results\u201d\nMasukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau Nombor Sijil BSN SSP dan kemudian klik \u2018Hantar\u2019. \nAnda akan menerima mesej yang menyatakan sama ada anda menang atau tidak. \n\n2. Melalui Cawangan / Kaunter BSN \nSinggah di mana-mana kaunter BSN dan semak dengan pegawai kami yang mesra. \n3. Melalui Facebook BSN (FB) \nKeputusan akan diumumkan melalui media sosial Facebook Rasmi BSN Malaysia.\nKunjungi www.facebook.com/bsnmalaysia dan follow untuk update terkini.\nCara Membuat Tuntutan Dividen / Jualan Balik (Pengeluaran)\nAnda boleh membuat tuntutan dividen SSP ini di cawangan BSN yang berdekatan dengan mengisi borang pengeluaran. \nHanya perlu bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai BSN di talian 03-21623222 Samb. 12620 / 15694 / 15686 / 15667.\nPertanyaan juga boleh disalurkan melalui pos atau terus berurusan di cawangan BSN terdekat atau Unit BSN SSP di alamat berikut:\nUnit BSN SSP,Bahagian Deposit & Inisiatif Kerajaan,Jabatan Operasi Perbankan,Tingkat 8, Wisma BSN,117, Jalan Ampang,50450 Kuala Lumpur.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-keluarkan-duit-asb-online/", "title": "Cara Keluarkan ASB Online, Had Pengeluaran & Tempoh", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Pengeluaran Duit ASB Secara Online 2023\nDah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB.\nAnda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!\nDuit ASB dah boleh keluar secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.\nJom kami kongsikan cara keluarkan duit ASB anda sama ada secara online ataupun di kaunter, berserta had pengeluaran bagi setiap akaun.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengeluaran myASNB Secara Dalam Talian\n\n \nCara Keluarkan Duit ASB Online\n\n \nHad Pengeluaran ASB (2023)\n\n \nTempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengeluaran myASNB Secara Dalam Talian\nKemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.\nPemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.\nPelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.\nBagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!\nSila rujuk:\n\n\n\n\n\n\nCara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter\n\nCara Keluarkan Duit ASB Online\nUntuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.\nJika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen\nBagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:\n\nLog in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my\nPergi ke menu \u201cPortfolio\u201d. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.\nTekan \u201cTransaksi\u201d. Pilih \u201cJualan Balik\u201d.\nPilih \u201cSeterusnya\u201d.\nAkan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.\nIsikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.\nDuit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.\nLepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.\n\n*Rujuk panduan bergambar di bawah:\nCARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE\n\nLANGKAH 1 \nLog masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/\n\nLANGKAH 2\nKlik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik\n\nLANGKAH 3\nSemak maklumat bank untuk pemindahan dana.\n\nLANGKAH 4\nTandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.\n\nLANGKAH 5\nPilih amaun > Klik Seterusnya\n\nLANGKAH 6\nSemak semula butiran bank dan klik Teruskan.\n\nLANGKAH 7\nKlik Permintaan TAC > Seterusnya\n\nSELESAI!\nHad Pengeluaran ASB (2023)\nHad pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.\nKenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.\n\nHAD MINIMUM & MAKSIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE SETIAP BULAN \n\nHad MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100\nHad MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.\nNamun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.\n\nContoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:\nTarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan MacStatus urus niaga18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya\nUrus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.\nHAD BILANGAN URUSNIAGA ASB\nUrus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.\nContoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac :\nTarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Bilangan Urus Niaga Jualan Balikyang dibenarkan bulan OgosStatus urus niaga8/3ASBRM800.002Berjaya10/3ASBRM200.001Berjaya16/3ASB 3 DidikRM600.000Berjaya22/3ASNRM100.000Tidak berjaya\nUrus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih 3 kali dalam bulan Mac.\nTempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank\nSekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan. \nWang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya. \nNamun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:\n\nMaklumat akaun bank tidak sah/ tepat.\nMengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).\nMaklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).\nAkaun bank tidak wujud atau tidak aktif.\n\nSila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.\nSekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php\n\nFacebook: Amanah Saham Nasional Berhad\nHotline ASNB: 03-7730 8899\n\nShare laju-laju. Ramai yang belum tahu!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/prn-kedah/", "title": "PRN Kedah 2023: Senarai DUN dan Calon Parti Bertanding", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi rakyat negeri Kedah, jangan lupa untuk turun mengundi pada 12 Ogos 2023 (Sabtu) sempena PRN Kedah 2023 nanti.\nPengumuman berkenaan tarikh Pilihan Raya Negeri 2023 dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah DUN Negeri Kedah bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan\u00a0pada 27 Jun yang lalu.\nBerikut merupakan tarikh-tarikh penting sempena PRN Kedah yang turut diselarikan dengan PRN dari kesemua 6 negeri yang terlibat:\n\nHari Penamaan calon: 29 Julai 2023 (Sabtu)\nHari Mengundi Awal: 8 Ogos 2023 (Selasa)\nHari Mengundi: 12 Ogos 2023 (Sabtu)\n\nArtikel berkaitan:\u00a0MySPR Semak \u2013 Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai calon bertanding PRN Kedah 2023\n\n \nDewan Undangan Negeri Kedah\n\n \nSenarai DUN dan Parlimen bagi PRU / PRN Kedah\n\n \nStatistik PRU ke 14 (2018)\n\n\nSenarai calon bertanding PRN Kedah 2023\n*Akan dikemaskini pada Hari Penamaan Calon PRN Kedah pada 29 Julai 2023\nDewan Undangan Negeri Kedah\nSejarah pembentukan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman bermula sejak 101 tahun yang lalu apabila Pengisytiharan Diraja Penubuhan Majlis Negeri (State Council) diluluskan pada 10 Jamadilawal 1322 bersamaan 23 Julai 1905 bertampat di Balai Besar Negeri.\nDewan Undangan Negeri Kedah terdiri daripada 36 kawasan DUN. \nPemilihan ADUN dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah \nDewan Undangan Negeri Kedah dinaungi oleh\u00a0Sultan Kedah\u00a0sebagai Ketua Negeri.\nKesemua ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bersidang di Kompleks Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.\nSenarai DUN dan Parlimen bagi PRU / PRN Kedah \n\nSumber: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah\nIngorafik di atas adalam peta yang memaparkan senarai DUN di Kedah sempena PRN Kedah 2023 akan datang. \nStatistik PRU ke 14 (2018)\nBerikut merupakan senarai kerusi yang dimenangi oleh calon dan parti politik pada PRU14 yang lalu:\nDunKawasanNamaPartiN01Ayer HangatJuhari BulatBersatuN02KuahMohd Firdaus AhmadBersatuN03Kota SiputehSalmee SaidAmanahN04Ayer HitamAzhar IbrahimPASN05Bukit Kayu HitamHalimaton Shaadiah SaadBersatuN06JitraMukhriz MahathirBersatuN07Kuala NerangMohammad Yusoff @ Munir ZakariaPASN08PeduMohd Radzi Md AminPASN09Bukit LadaSalim MahmoodPASN10Bukit PinangRomani Wan SalimPASN11DergaTan Kok YewDAPN12Suka MenantiZamri YusufDAPN13Kota Darul AmanTeh Swee LeongDAPN14Alor MengkuduPhahrolrazi Mohd ZawawiAmanahN15Anak BukitAmiruddin HamzahBersatuN16Kubang RotanMohd Asmirul Anuar ArisAmanahN17Pengkalan KundorIsmail SallehAmanahN18TokaiMohd Hayati OthmanPASN19Sungai TiangSuraya YaacobUMNON20Sungai LimauMohd Azam Abd SamatPASN21Guar ChempedakKu Abd Rahman Ku IsmailUMNON22Gurun*kosong\u2013N23BelantekMohd Isa ShafiePASN24JeneriMuhamad Sanusi Md NorPASN25Bukit SelambauSummugam RengasamyPKRN26Tanjong DawaiHanif GhazaliPASN27Pantai MerdekaAhmad Fadzli HashiPASN28Bakar ArangOoi Tze MinPKRN29SidamRobert Ling Kui EePKRN30BayuAbd Nasir IdrisPASN31KupangNajmi Haji AhmadPASN32Kuala KetilMansor ZakariaPASN33Merbau PulasSiti Ashah GhazaliPASN34LunasAzman NasrudinPKRN35KulimYeo Keng ChuanPKRN36Bandar BaharuNorsabrina Mohd NoorUMNO\nSama-sama kita nantikan keputusan PRN Kedah 2023 yang akan datang.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-sekolah-teknik-kolej-vokasional/", "title": "Semakan Tawaran Sekolah Teknik (SMT) & Kolej Vokasional (KV)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Tawaran Sekolah Teknik (SMT) / Kolej Vokasional (KV)\nTARIKH & CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) & KOLEJ VOKASIONAL (KV) KHUSUS SESI 2023 / 2024\nKemasukan ke Sekolah Khusus termasuklah permohonan bagi sekolah-sekolah berikut:\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Teknik (SMT)\nKolej Vokasional (KV)\nMaktab Tentera Diraja (MTD)\n\nTarikh semakan adalah pada 17 Mac 2023 (Khamis).\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan cara semakan dan pautan online.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Semakan Keputusan Kemasukan Ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik Sesi 2023 / 2024\n\n \nCara Semakan\n\n \nRayuan Kemasukan Ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik Sesi 2023 / 2024\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Semakan Keputusan Kemasukan Ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik Sesi 2023 / 2024\nDimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2023 boleh mula disemak bermula pada:\n17 MAC 2023 (JUMAAT)\nCara Semakan\nMakluman bahawa Ibu bapa/penjaga/pelajar boleh menyemak mengikut pautan berikut:\n\nTingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/\nTingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/\n\nRayuan Kemasukan Ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik Sesi 2023 / 2024\nPermohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2023 boleh dibuat bermula pada tarikh yang dinyatakan pada borang semakan.\n\ne-Rayuan boleh diakses secara online melalui:\n\nTingkatan Satu :\u00a0https://spskt1.moe.gov.my\nTingkatan Empat :\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\n\n\nPemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.\nSila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.\nSila pilih senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional (KV) yang diinginkan atau terus ke SMT / KV yang berkenaan.\n\nSila rujuk : \n\nSenarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kursus Ditawarkan\nSenarai Kolej Vokasional dan Kursus Ditawarkan Seluruh Malaysia\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk :\nBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPMAras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nBahagian Pendidikan Islam KPMAras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nBahagian Pengurusan Maklumat KPMAras 3-4 Blok E11, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 WP Putrajaya.Tel: 03- 8884 3509 / 3684(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nInfo terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\u00a0http://www.moe.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-vetting/", "title": "e-Vetting: Cara Daftar, Login Penjawat Awam & Cetakan Sijil", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProses pendaftaran e-Vetting sebenarnya tidaklah sukar.\ne-Vetting adalah langkah kerajaan untuk memastikan semua penjawat awam mempunyai rekod baik sepanjang berkhidmat dengan kerajaan.\nE -vetting juga adalah tapisan keselamatan secara online bagi penjawat awam lantikan baru yang masih dalam tempoh percubaan sebelum di sahkan jawatan penjawat awam.\nMalah, kontraktor yang hendak memasuki bekerja di kawasan keselamatan tahap tinggi seperti loji kilang Petronas misalnya, juga diwajibkan untuk mendaftar dalam sistem e-Vetting sebelum mereka dibenarkan masuk.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu e-Vetting?\n\n \nCara daftar e-Vetting\n\n \nCara Membuat Permohonan\n\n \nCara Daftar eVetting Untuk Guru Baru\n\n\nApa itu e-Vetting? \ne-Vetting secara mudah difahami adalah satu sistem tapisan keselamatan atas talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dibawah seliaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.\nDi bawah sistem ini, setiap individu akan mempunyai rekod atas talian dan ianya membantu kerajaan menghindari unsur-unsur sabotaj, subversif, espionaj dan keganasan.\nDalam sistem e-Vetting, terdapat 3 jenis permohonan iaitu:\nPermohonan Individu (Sektor Awam)Permohonan Syarikat/JabatanPengesah Jabatan \nBaca juga: Bonuslink : Cara Daftar, Aktifkan Kad, Semakan Points & Tebus Ganjaran\nCara daftar e-Vetting\n\nLayari laman rasmi e-Vetting di pautan https://evetting.cgso.gov.my/cgso/Para bahagian menu, klik pada \u201cDaftar\u201dPilih jenis pendaftaranPilih jenis IDMasukkan maklumat yang dikehendaki \u2013 ID Pengguna, Nama, Emel dan Imej \u201cCaptcha\u201d.Nama dan ID Pengguna mesilah sama dengan maklumat pada Kad Pengenalan atau PasportKlik butang \u201cDaftar\u201dSekiranya berjaya, mesej \u201cPendaftaran Pengguna berjaya dihantar. Sila semak emel anda.\u201d akan dipaparkanBuka akaun emel anda dan sahkan pendaftaran dengan mengklik pautan yang diberikanKini, anda sudah berjaya mendaftar akaun di e-Vetting\nCara Membuat Permohonan\nSetelah selesai mendaftar akaun anda, anda perlu membuat permohonan pula dalam sistem e-Vetting. \nSila ikuti langkah-langkah berikut:\nLog masuk akaun e-Vetting andaPada paparan menu di bahagian kiri, klik pada pilihan \u201cPermohonan Baru\u201dTerdapat 7 jenis permohonan:Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Pentadbiran Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Lantikan Badan BerkanunLantikan Jawatan Keselamatan BerjadualTapisan Keselamatan KhasLantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)Tapisan Pelajar TajaanLantikan Instalasi (Warganegara)Sekiranya anda adalah seorang pekerja swasta, pilih pilihan iniMasukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian \u201cMaklumat Profil\u201dGambar berukuran pasportNo. Kad Pengenalan BaruPekerjaanTarikh LahirTempat LahirJantinaAgamaAlamat TetapNegeri BandarPoskodMasukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian \u201cMaklumat Sayrikat\u201dNo. Pendaftaran SyarikatNama syarikatMasukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian \u201cLokasi perkhidmatan\u201dKod InstalasiAlamat InstalasiKedua-dua maklumat ini biasanya akan diberikan oleh tempat/kilang/loji anda bekerjaIsi kesemua butiran maklumat yang dikehendaki pada bahagian seterusnya:Maklumat peribadiMaklumat pasanganKesalahan yang menyalahi undang-undangPerakuanSetelah selesai memasukkan kesemua maklumat yang dikehendaki (bertanda *), klik butang \u201cSimpan dan Hantar\u201dKemudian, anda akan dibawa ke halaman \u201cPertanyaan Status\u201dKlik butang \u201cCetak Permohonan\u201d sekiranya anda perlu memberikan bukti pendaftaran di sistem e-Vetting kepada majikan atau klien anda\n\nCara Daftar eVetting Untuk Guru Baru\nE -vetting ialah tapisan keselamatan secara online bagi penjawat awam lantikan baru yang masih dalam tempoh percubaan. Tempoh percubaan dalam masa 3 tahun sebelum di sahkan jawatan penjawat awam\nCara nak print dan dapatkan sijil e vetting\nMasuk laman web evetting.cgso.gov.myMasukkan ID pengguna (nom ic) dan kata laluan (kalau lupa tekan lupa kata laluan n letak email. Nanti akan dpt id n kata laluan baru di email)Ambil pertanyaan statusKlik cariKlik keputusan yg ada tiada apa2 buruk diketahui setakat iniKlik cetak sijilSerahkan pada kerani sebb masa daftar penempatan dalam surat semak perlu kita letak sijil e-vetting\nBagi yang belum buat e vetting.\nSign up e vettingKlik permohonan baruAmbil pilihan 6 (lantikan suruhanjaya perkhidmtan pelajaran SPP)Isi maklumat diperlukan dan hantar(sediakan softcopy gambar berukuran pasport)\nBaca juga: DELIMa 2.0 KPM: Cara Login, Dan Daftar Akaun Guru, Murid & Ibu Bapa\n"]} {"url": "https://ecentral.my/data-internet-selangor-dis/", "title": "Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMulai Oktober 2021, golongan sasaran akan berpeluang menerima Data Internet Selangor secara percuma!\nProgram Data Internet Selangor ini akan memanfaatkan 70,000 golongan sasar termasuk penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.\nSelama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan Data Internet Selangor ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Data Internet Selangor (DIS)?\n\n \nSyarat Kelayakan / Golongan Sasaran\n\n \nPakej Yang Ditawarkan\n\n \nTarikh Pendaftaran\n\n \nCara Permohonan Data Internet Selangor\n\n \nSemakan Status Permohonan Berjaya\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Data Internet Selangor (DIS)?\nGolongan sasaran akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.\n\n\n\n\n\n\nInisiatif Data Internet Selangor (DIS) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (\u201cTELCO\u201d), bertujuan memberi bantuan\u00a0kad SIM.\nMenerusi inisiatif ini, MBI akan membayar subsidi terus kepada syarikat telekomunikasi.\n*Golongan sasaran adalah penduduk bermastautin di Selangor dan termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan di bawah.\nSyarat Kelayakan / Golongan Sasaran\nGolongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di SelangorPara penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di SelangorGRAB\u00a0riders\u00a0yang bermastautin di SelangorPara pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan SelangorKetua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di SelangorKetua-ketua kampung bagan di SelangorKetua-ketua komuniti India di SelangorNazir, imam, bilal dan siak di SelangorGolongan petani di SelangorGolongan ibu-ibu tunggal di SelangorKomuniti Orang Asal di SelangorPeniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar\nBaca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\nPakej Yang Ditawarkan\nPakej internet percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nTarikh Pendaftaran\nPendaftaran akan dibuka bermula 15 Julai 2021Pendaftaran insentif akan ditutup pada 15 September 2021 Pemohon dijangka menerima kad sim bermula pada 1 Oktober 2021\nCara Permohonan Data Internet Selangor\nGolongan sasaran dan individu yang layak boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan butiran berikut:\nNama penuh seperti di dalam kad pengenalanNombor kad pengenalanAlamat rumah (bukti bermastautin di Selangor)Nombor telefon untuk dihubungiTELCO pilihan\nCara permohonan adalah bergantung kepada segmen sasaran, sila rujuk jadual berikut:\nSegmen SasaranCara MemohonPemohon-pemohon yang ditentukan oleh Pusat Khidmat DUNHubungi senarai\u00a0wakil DUNPara pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan SelangorHubungi\u00a0institusi-institusi berkenaanKetua-ketua kampung, Setiausaha MPKK di SelangorYB Tuan Borhan Bin Aman ShahExco Pembangunan Luar Bandar & KebudayaanKetua-ketua kampung bagan di SelangorYB Tuan Ng Tze HanExco Kerajaan Tempatan & Pengangkutan AwamKetua-ketua komuniti India di SelangorYB Tuan Ganabatirau A/L VeramanExco Kebajikan Masyarakat, Pekerja & Kerajaan PrihatinNazir, imam, bilal dan siak di SelangorYB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad MughniExco Agama Islam, Pengguna & Industri HalalGolongan petani di SelangorYB Tuan Ir Izham Bin HashimExco Infrastruktur Dan PertanianGolongan ibu-ibu tunggal di SelangorYB Puan Dr Siti Mariah Binti MahmudExco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & KeluargaKomuniti Orang Asal di SelangorYB Tuan Hee Loy SianExco Pelancongan Dan Alam SekitarGRAB riders yang bermastautin di SelangorRujuk\u00a0www.platselangor.com\u00a0-> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang PermohonanPara penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di SelangorRujuk\u00a0www.platselangor.com\u00a0-> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan\nBaca juga: SISM40 : Skim Internet Selangor M40 \u2013 Pakej Keluarga, Bujang & Asas\nSemakan Status Permohonan Berjaya\nPemohon yang berjaya akan dihubungi oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda sebelum 1 Oktober 2021.\nMaklumat Lanjut\nSila emelkan pertanyaan kepada\u00a0[email\u00a0protected]\natau layari https://dis.borangmbiselangor.com/\nApakah Inisiatif Data Internet Selangor (DIS)? Inisiatif Data Internet Selangor (\u201cDIS\u201d) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (\u201cKNS\u201d) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (\u201cTELCO\u201d), bertujuan memberi bantuan\u00a0kad SIM.Selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan. Bilakah inisiatif Data Internet Selangor akan bermula? Permohonan dibuka : 15 Julai 2021Permohonan ditutup: 15 September 2021Pengguna terima Kad SIM DIS: Bermula 1 Oktober 2021 Sekiranya saya berhenti menggunakan kad SIM tersebut, adakah akan ada apa-apa penalti? Sekiranya pengguna didapati tidak menggunakan kad SIM tersebut (contoh : pihak TELCO melaporkan pengguna tidak menggunakan sebarang data langsung dalam tempoh 1 bulan), maka pihak MBI dalam budi bicara mutlak berhak untuk tidak membayar subsidi DIS untuk bulan tersebut dan/atau menghentikan subsidi tersebut Siapa yang layak memohon inisiatif ini? \u2013 Golongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor\u2013 Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor\u2013 GRAB\u00a0riders\u00a0yang bermastautin di Selangor\u2013 Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor\u2013 Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor\u2013 Ketua-ketua kampung bagan di Selangor\u2013 Ketua-ketua komuniti India di Selangor\u2013 Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor\u2013 Golongan petani di Selangor\u2013 Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor\u2013 Komuniti Orang Asal di Selangor\u2013 Peniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-am-persekutuan/", "title": "Bantuan Am Persekutuan: Cara Memohon dan Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Am Persekutuan merupakan satu lagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.\nKerajaan amat peka dengan keperluan Rakyat yang memerlukan. \nOleh itu, Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara memohon\n\n \nMaklumat lanjut dan pertanyaan\n\n\nPengenalan\nBantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti\n\n\n\n\n\n\nKadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga\nPermohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.\nArtikel berkaitan: Borang Permohonan Bantuan Kebajikan JKM (PDF & Online)\nSyarat kelayakan\nHanya individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk bantuan khas ini.\n\nWarganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan\nPendapatan isi rumah tidak melebihi:\n\nPendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau\nPGK purata miskin Per Kapita Semasa\n\n\nGolongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain\n\nSetiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri.\nSyarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri.\nBaca lagi: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM\nCara memohon\nBagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda untuk dipertimbangkan.\nBerikut merupakan cara-cara memohon Bantuan Am Persekutuan ini:\n\nLayari halaman Bantuan Am Persekutuan di alamat https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html?fbclid=IwAR0oQ26j0jhSs3zCNGkkyFOD3J1QkMkX3o4eHPSmyRXWO3FxESjgn2BjdZU\nKlik pada butang \u201cMohon Di Sini\u201d untuk muat turun borang permohonan\nLengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut\nHantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan\n\nMaklumat lanjut dan pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila dapatkan bantuan dengan menghubungi pegawai JKM yang bertugas di talian di bawah:\n03-8882 466603-8882 9089\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-penuh-tajaan-felda-fgv/", "title": "Tawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran BIASISWA PENUH tajaan FELDA / FGV kepada pelajar lepasan SPM 2021 khususnya kepada Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA dan Kumpulan FELDA kini dibuka melalui Program Global Digital Leadership 2022.\nSila rujuk syarat permohonan dan info tawaran dalam maklumat yang dikongsikan di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSenarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Di Bawah Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021\nFELDA mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2021 yang layak untuk memohon ke Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2022.\n\n\n\n\n\n\nTawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)Elaun Sara Hidup sepanjang pengajianKemudahan penginapanProgram tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme (IEP)Neuro Linguistic Programming (NLP)\nSyarat Permohonan\nMemperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA / Anak petugas FELDA & Kumpulan FELDALepasan SPM Tahun 2021Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukanMempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik\n\nUntuk permohonan, sila imbas Kod QR atau pautan seperti di bawah:\na) Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDAhttps://tinyurl.com/3dym6phk\nb) Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDAhttps://tinyurl.com/mryvpypk\\\nTarikh Tutup Permohonan\nTARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 JUN 2022 | RABU\nSenarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Di Bawah Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021\nSila rujuk senarai program melalui poster yang dipaparkan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi\nNorhana : Bahagian Latihan Yayasan FELDA) : 016-491 0711Shahrul : (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA) : 013 \u2013 260 1304\nRujuk poster di atas atau scan QR code yang tertera pada poster.\nLayari laman web Asia Pacific University of Technology & Innovation melalui pautan : https://www.apu.edu.my\nBaca juga: \nSenarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2021 / 2022 & Bantuan IPT NegeriPermohonan Biasiswa PETRONAS (PESP 2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ph-pakatan-harapan/", "title": "Pakatan Harapan: Sejarah, Parti Gabungan & Organisasi PH", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPakatan Harapan yang juga dikenali sebagai PH merupakan gabungan parti politik di bawah kepimpinan Dato\u2019 Seri Dr Anwar Ibrahim.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Parti Pakatan Harapan (PH). \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar Belakang PH\n\n \nParti Gabungan Di Bawah Pakatan Harapan\n\n \nMisi PRU15\n\n \nStruktur Organisasi Pakatan Harapan\n\n \nSenarai Calon PRU15\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatar Belakang PH\nDitubuhkan pada tahun 2015 sebagai parti pembangkang, parti ini menyaksikan kemenangan pada pilihan raya ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. \nBuat pertama dalam sejarah Malaysia, kepimpinan negara diambil daripada genggaman Barisan Nasional apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan Perdana Menteri pertama dari Pakatan Harapan.\nNamun, pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan tak bertahan lama apabila Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.\nSeiring dengan itu, 26 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan 11 Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat turut menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan sehingga menjejaskan majoriti kerajaannya di Parlimen.\nKesannya, PH tumbang dan Perikatan Nasional berjaya memperoleh gabungan untuk majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.\nSempen pilihan raya umum ke-15, Pakatan Harapan bangkit kembali dengan gabungan parti baharu.\n\n\n\n\n\n\n\nParti Gabungan Di Bawah Pakatan Harapan\nSenarai parti yang bergabung di bawah Pakatan Harapan (PH) adalah :\nParti Tindakan Demokratik (DAP)Parti Keadilan Rakyat (PKR)Parti Amanah Negara (Amanah)Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)\nMisi PRU15\nDalam PRU15, Pakatan Harapan mempunyai misi dan visi yang jelas untuk rakyat.\nKetahui apakah tawaran mereka dalam Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\n\nApakah 10 Keutamaan Tawaran HARAPAN?Jemput baca di https://t.co/QjWL0LDFaO#KitaBoleh pic.twitter.com/Cks5fzL2GP\u2014 Pakatan Harapan (@pakatanharapan_) November 2, 2022\n\nStruktur Organisasi Pakatan Harapan\nPengerusi : Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim\nPresiden : Dato\u2019 Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail\nTimbalan Presiden\nLoke Siew FookHaji Mohamad SabuWilfred Madius Tangau\nNaib Presiden\nChong Chien JenSalahuddin AyubM. KulasegaranChristina LiewDonald Peter Mojuntin\nKetua Setiausaha : Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail\nBendahari : Datuk Haji Husam Musa\nKetua Wanita : Raj Munni Sabu\nKetua Pemuda : Howard Lee Chuan How\nSenarai Calon PRU15\nUntuk pilihan raya umum kali ini, Pakatan Harapan dikatakan telah menaruh calon paling ramai berbanding parti lain.\nSenarai calon yang bakal bertanding dalam PRU15 untuk PH adalah seperti berikut : \nPerlis\nP.001 Padang Besar \u2013 Mohammad bin Saad @ Yahya (AMANAH)P.002 Kangar \u2013 Noor Amin Ahmad (PKR)P.003 \u2013 Arau \u2013 Fathin Amelina Fazlie (PKR)\nKedah\nP.004 Langkawi \u2013 Zabidi Yahya (AMANAH)P.005 Jerlun \u2013 Mohamed Fadzil Mohd Ali (PKR)P.006 Kubang Pasu \u2013 Aizuddin Ariffin (PKR)P.007 Padang Terap \u2013 Muaz Abdullah (AMANAH)P.008 Pokok Sena \u2013 Mahfuz Omar (AMANAH)P.009 Alor Setar \u2013 Simon Ooi Tze Min (PKR)P.010 Kuala Kedah \u2013 Azman Ismail (PKR)P.011 Pendang \u2013 Zulkifly Mohamad (PKR)P.012 Jerai \u2013 Zulhazmi Shariff (DAP)P.013 Sik \u2013 Latifah Md Yatim (AMANAH)P.014 Merbok \u2013 Nurin Aina (PKR)P.015 Sungai Petani \u2013 Mohammed Taufiq Johari (PKR)P.016 Baling \u2013 Johari Abdullah (AMANAH)P.017 Padang Serai \u2013 M. Karupaiya (PKR)P.018 Kulim/Bandar Baharu \u2013 Saifuddin Nasution Ismail (PKR)\nKelantan\nP.019 Tumpat \u2013 Wan Mohd Johari Wan Omar (AMANAH)P.020 Pengkalan Chepa \u2013 Nik Faizah Nik Othman (AMANAH)P.21 Kota Bharu \u2013 Hafidzah Mustakim (AMANAH)P.022 Pasir Mas \u2013 Husam Musa (PKR)P.023 Rantau Panjang \u2013 Wan Shah Jihan Wan Din (AMANAH)P.024 Kubang Kerian \u2013 Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (AMANAH)P.025 Bachok \u2013 Nor Azmiza binti Mamat (PKR)P.026 Ketereh \u2013 Rahimi bin L.Muhamad (PKR)P.027 Tanah Merah \u2013 Mohamad Suparadi bin Md Noor (PKR)P.028 Pasir Puteh \u2013 Muhammad bin Husain (AMANAH)P.029 Machang \u2013 Rosli Allani bin S Abdull KadirP.030 Jeli \u2013 Md Razi Wahab (AMANAH)P.031 Kuala Krai \u2013 Mohd Hisyamuddin Ghazali (AMANAH)P.032 Gua Musang \u2013 Asharun bin Uji (PKR)\nTerengganu\nP.033 Besut \u2013 Abd Rahmad @ Abd Aziz bin Hj Abbas (AMANAH)P.034 Setiu \u2013 Mohamad bin Ngah (PKR)P.035 Kuala Nerus \u2013 Suhaimi Hashim (AMANAH)P.036 Kuala Terengganu \u2013 Raja Kamarul Bahrin Shah (AMANAH)P.037 Marang \u2013 Azhar Abd Shukur (AMANAH)P.038 Hulu Terengganu \u2013 Alias bin Ismail (PKR)P.039 \u2013 Dungun \u2013 Mohd Johari b Mohamad (PKR)P.040 Kemaman \u2013 Hasuni bin Sudin (PKR)\nPulau Pinang\nP.041 Kepala Batas \u2013 Danial Abdul Majeed (MUDA)P.042 Tasek Gelugor \u2013 Nik Abdul Razak Nik Md Redzuan (AMANAH)P.043 Bagan \u2013 Lim Guan Eng (DAP)P.044 Permatang Pauh \u2013 Nurul Izzah binti Anwar (PKR)P.045 Bukit Mertajam \u2013 Steven Sim (DAP)P.046 Batu Kawan \u2013 Chow Kon Yeow (DAP)P.047 Nibong Tebal \u2013 Fadhlina Sidek (PKR)P.048 Bukit Bendera \u2013 Syarleena Abdul Rashid (DAP)P.049 Tanjong \u2013 Lim Hui Ying (DAP)P.050 Jelutong \u2013 RSN Rayer (DAP)P.051 Bukit Gelugor \u2013 Ramkarpal Singh (DAP)P.052 Bayan Baru \u2013 Sim Tze Tzin (PKR)P.053 Balik Pulau \u2013 Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (PKR)\nPerak\nP.054 Gerik \u2013 Ahmad Tarmizi Mohd Jam (DAP)P.055 Lenggong \u2013 Jurey Latiff bin Mohd Rosli (PKR)P.056 Larut \u2013 Zolkarnain Abidin (AMANAH)P.057 Parit Buntar \u2013 Mujahid Yusof Rawa (AMANAH)\u00a0P.059 Bukit Gantang- Fakhruldin Mohd Hashim (AMANAH)P.060 Taiping \u2013 Wong Kah Woh (DAP)P.061 Padang Rengas \u2013 Muhammad Kamil bin Abdul Munim (PKR)P.062 Sungai Siput \u2013 Kesavan Subramaniam (PKR)P.063 Tambun \u2013 Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim (PKR)P.064 Ipoh Timor \u2013 Lee Chuan How (DAP)P.065 Ipoh Barat \u2013 M.Kulasegaran (DAP)P.066 Batu Gajah \u2013 V. Sivakumar (DAP)P.067 Kuala Kangsar \u2013 Ahmad Termizi Ramli (AMANAH)P.068 Beruas \u2013 Ngeh Koo Ham (DAP)P.069 Parit \u2013 Nurthaqaffah Nordin (AMANAH)P.070 Kampar \u2013 Chong Zhemin (DAP)P.071 Gopeng \u2013 Tan Kar Hing (PKR)P.072 Tapah \u2013 Sawatahy Kandasamy (PKR)P.073 Pasir Salak \u2013 Nik Omar bin Nik Ab Aziz (PKR)P.074 Lumut \u2013 Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH)P.075 Bagan Datok \u2013 Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin (PKR)P.076 Teluk Intan \u2013 Nga Kor Ming (DAP)P.077 Tanjung Malim \u2013 Chang Lih Kang (PKR)\nPahang\nP.078 Cameron Highlands \u2013 Chiong Yoke Kong (DAP)P.079 Lipis \u2013 Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)P.080 Raub \u2013 Chow Yu Hui (DAP)P.081 Jerantut \u2013 Hassan Basri bin Awang Mat Dahan (PKR)P.082 Indera Mahkota \u2013 Zuraidi bin Ismail (PKR)P.083 Kuantan \u2013 Fuziah binti Salleh (PKR)P.084 Paya Besar \u2013 Ahmad Azam Mohamad Salleh (AMANAH)P.085 Pekan \u2013 Mohd Naim bin Zainal Abdin (PKR)P.086 Maran \u2013 Ahmad Shuhor Awang (AMANAH)P.087 Kuala Krau \u2013 Juhari Osman (AMANAH)P.088 Temerloh \u2013 Mohd Hasbie Muda (AMANAH)P.089 Bentong \u2013 Young Syufera Othman (DAP)P.090 Bera \u2013 Abas bin Awang (PKR)P.091 Rompin \u2013 Erman Shah Jaios (PKR)\nSelangor\nP.092 Sabak Bernam \u2013 Shamsul Ma\u2019arif Ismail (AMANAH)P.093 Sungai Besar \u2013 Saipolyazan Mat Yusop (PKR)P.094 Hulu Selangor \u2013 Sathia Prakash Nadarajan (PKR)P.095 Tanjung Karang \u2013 Siti Rahayu Baharin (MUDA)P.096 Kuala Selangor \u2013 Dzulkefly Ahmad (AMANAH)P.097 Selayang \u2013 William Leong (PKR)P.098 Gombak \u2013 Amirudin Shari (PKR)P.099 Ampang \u2013 Rodziah Ismail (PKR)P.100 Pandan \u2013 Rafizi Ramli (PKR)P.101 Hulu Langat \u2013 Mohd Sany Hamzan (AMANAH)P.102 Bangi \u2013 Syahredzan Johan (DAP)P.103 Puchong \u2013 Yeo Bee Yin (DAP)P.104 Subang \u2013 Wong Chen (PKR)P.105 Petaling Jaya Lee Chean Chung (PKR)P.106 Damansara \u2013 Gobind Singh Deo (DAP)P.107 Sungai Buloh \u2013 R. Ramanan (PKR)P.108 Shah Alam \u2013 Azli Yusof (AMANAH)P.109 Kapar \u2013 Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)P.110 Klang \u2013 Ganabatirau Veraman (DAP)P.111 Kota raja \u2013 Mohamad Sabu (AMANAH)P.112 Kuala Langat \u2013 G.Manivanan (PKR)P.113 Sepang \u2013 Raja Munni @ Aiman Athirah (AMANAH)\nWilayah Persekutuan\nP.114 Kepong \u2013 Lim Lip Eng (DAP)P.115 Batu \u2013 Prabakaran A/l M Parameswaran (PKR)P.116 Wangsa Maju \u2013 Zahir Hassan (PKR)P.117 Segambut \u2013 Hannah Yeoh (DAP)P.118 Setiawangsa \u2013 Khalid Abd Samad (AMANAH)P.119 Titiwangsa \u2013 Khalid Abd Samad (AMANAH)P.120 Bukit Bintang \u2013 Fong Kui Lun (DAP)P.121 Lembah Pantai \u2013 Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR)P.122 Seputeh \u2013 Teresa Kok (DAP)P.123 Cheras \u2013 Tan Kok Wai (DAP)P.124 Bandar Tun Razak \u2013 Dato\u2019 Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR)P.125 Putrajaya \u2013 Noraishah Mydin Abdul Aziz (PKR)\nNegeri Sembilan\nP.126 Jelebu \u2013 Zulkefly Mohamad bin Omar (AMANAH)P.127 Jempol \u2013 Norwani Ahmat (AMANAH)P.128 Seremban \u2013 Loke Siew Fook (Anthony Loke) (DAP)P.129 Kuala Pilah \u2013 Nor Azman Mohamad (PKR)P.130 Rasah \u2013 Cha Kee Chin (DAP)P.131 Rembau \u2013 Jufitri bin Joha (PKR)P.132 Port Dickson \u2013 Aminuddin bin Harun (PKR)P.133 Tampin \u2013 Muhammad Faiz Fadzil (AMANAH)\nMelaka\nP.134 Masjid Tnaah \u2013 Mutalib Uthman (MUDA)P.135 Alor Gajah \u2013 Adly ZahariP.136 Tangga Batu \u2013 Rusnah binti Aluai (PKR)P.137 Hang Tuah Jaya \u2013 Adam Adli bin Abd Halim (PKR)P.138 Kota Melaka \u2013 Khoo Poay Tiong (DAP)P.139 Jasin \u2013 Harun Mohamed (AMANAH)\nJohor\nP.140 Segamat \u2013 Yuneswaran a/l Ramaraj (PKR)P.141 Sekijang \u2013 Zaliha binti Mustafa (PKR)P.142 Labis \u2013 Pang Hok Liong (DAP)P.143 Pagoh \u2013 Iskandar Shah bin Abd Rahman (PKR)P.144 Ledang \u2013 Syed Ibrahim Syed Noh (PKR)P.145 Bakri \u2013 Tan Hong Pin (DAP)P.146 Muar \u2013 Syed Saddiq (MUDA)P.147 Parit Sulong \u2013 Mohd Faizal Dolah (AMANAH)P.148 Ayer Hitam \u2013 Sheikh Omar (DAP)P.149 Sri Gading \u2013 Aminolhuda Hassan (AMANAH)P.150 Batu Pahat \u2013 Onn bin Abu Bakar (PKR)P.151 Simpang Renggam \u2013 Maszlee Malik (PKR)P.152 Kluang \u2013 Wong Shu Qi (DAP)P.153 Sembrong \u2013 Hasni bin Abas (PKR)P.154 Mersing \u2013 Fatin Zulaikha Zaidi (DAP)P.155 Tenggara \u2013 Zuraidah Zainab binti Mohd Zain (PKR)P.156 Kota Tinggi \u2013 Onn Jaafar (AMANAH)P.157 Pengerang \u2013 Che Zakaria Mohd Salleh (AMANAH)P.158 Tebrau \u2013 Jimmy Puah Wee Tse (PKR)P.159 Pasir Gudang \u2013 Hassan bin Abdul Karim (PKR)P.160 Johor Bahru \u2013 Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (PKR)P.161 Pulai \u2013 Salahuddin Ayub (AMANAH)P.162 Iskandar Puteri \u2013 Liew Chin Tong (DAP)P.163 Kulai \u2013 Teo Nie Ching (DAP)P.164 Pontian \u2013 Shazwan Dzainal (DAP)P.165 Tanjong Piai \u2013 Lim Wei Jiet (DAP)\nSabah\nP.166 Labuan \u2013 Ramli Tahir (AMANAH)P.167 Kudat \u2013\u00a0 Thonny Chee (PKR)P.168 Kota Marudu \u2013 Shahrizal Denci (MUDA)P.169 Kota Belud \u2013 [email\u00a0protected] Bangali \u00a0P.170 Tuaran \u2013 Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO)P.171 Sepanggar \u2013 Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud (PKR)P.172 Kota Kinabalu \u2013 Chan Foong HinP.173 Putatan \u2013 Awang Husaini bin Sahari (PKR)P.174 Penampang \u2013 Ewon BenedickP.175 Papar \u2013 Henry Shim Chee OnP.176 Kimanis\u00a0 \u2013 Rowindy Lawrence OdongP.177 Beaufort \u2013 Dikin MusahP.178 Sipitang \u2013 Lahirul Latigu (AMANAH)P.179 Ranau \u2013 Taufik Haji Dahlan (PKR)P.180 Keningau \u2013 Grelydia Gillod (PH)P.181 Tenom \u2013 Noorita binti SualP.182 Pensiangan \u2013 Sangkar bin Rasam (PKR)P.184 Libaran \u2013 Dr Peter Jr NaintinP.185 Batu Sapi \u2013 Liau Fui FuiP.186 Sandakan \u2013 Vivian Wong Shir YeeP.188 Lahad Datu \u2013 Sia Yu HockP.189 Semporna \u2013 Arastam PandorongP.190 Tawau \u2013 Liew Chin Jin (PKR)P.191 Kalabakan \u2013 Noraini Abd Ghapur (PKR)\nSarawak\nP.192 Mas Gading \u2013 Mordi Bimol (DAP)P.193 Santubong \u2013 Mohamad Zen Peli (AMANAH)P.194 Petra Jaya \u2013 Sopian JulaihiP.195 Bandar Kuching \u2013 Dr Kelvin Yii (DAP)P.196 Stampin \u2013 Chong Chien Jen (DAP)P.197 Kota Samarahan \u2013 Abg Abdul Halil Abg Naili (AMANAH)P.198 Puncak Borneo \u2013 Diog DiosP.199 Serian \u2013 Learry Anak JabulP.200 Batang Sadong \u2013 Lahaji Lahiya (AMANAH)P.201 Batang Lupar \u2013 Wel @ Maxwel AK RojisP.202 Sri Aman \u2013 Naga Libau @ Tai Wei WeiP.203 Lubok Antu \u2013 Langga LiasP.204 Betong \u2013 Patrick KamisP.205 Saratok \u2013 Ibil JayaP.206 Tanjong Manis \u2013 Zainab SuhailiP.207 Igan \u2013 Andri Zulkarnaen HamdenP.208 Sarikei \u2013 Roderick Wong (DAP)P.210 Kanowit \u2013 Joseph NyambongP.211 Lanang \u2013 Alice Lau King YiengP.212 Sibu \u2013 Oscar Ling Chai Yew (DAP)P.213 Mukah \u2013 Abdul Jalil BujangP.214 Selangau \u2013 Umpang Sabang , Joseph UsauP.215 Kapit \u2013 Pangkas AK UnggangP.216 Hulu Rajang \u2013 Abun Sui AnyitP.217 Bintulu \u2013 Tony Chiew Chan Yew (DAP)P.218 Sibuti \u2013 Zolhaidah SubohP.219 Miri \u2013 Chiew Choon ManP.220 Baram \u2013 Roland EnganP.221 Limbang \u2013 Racha BalangP.222 Lawas \u2013 Hj Japar Suyut\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkembangan PH sempena PRU15, sila ikuti laman Facebook Pakatan Harapan atau laman web https://harapan.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/smka-sekolah-menengah-kebangsaan-agama/", "title": "Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSMKA atau Sekolah Menengah Agama Kebangsaan adalah salah satu pilihan yang ada bagi pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah rendah.\nSetelah menamatkan sekolah rendah, pelajar mempunyai pelbagai alternatif antaranya MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SMK, SMKA dan lain-lain.\nBacaan lanjut: Perbezaan Sekolah SMKA dan SMK\nSekiranya ingin menyambung pengajian di SMKA, terdapat banyak sekolah sebegini yang ditawarkan di seluruh Malaysia.\nJom kami kongsikan apakah itu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)?\n\n \nKeistimewaan\n\n \nSenarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Di Malaysia\n\n \nSelangor / KL\n\n \nPerlis\n\n \nKedah\n\n \nPulau Pinang\n\n \nPerak\n\n \nNegeri Sembilan\n\n \nMelaka\n\n \nJohor\n\n \nPahang\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)?\nSejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. SMKA telah berkembang kepada 61 buah SMKA pada tahun 2022.\nIdea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baharu.\nPenubuhan SMKA seiring dengan usaha Pemodenan Sistem Pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato\u2019 Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato\u2019 Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.\nPada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.\n\n\n\n\n\n\nKebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. \nFenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.\nKeistimewaan \n\nBerusaha mengamalkan budaya hidup Islam\nBanyak peluang melanjutkan pelajaran\nMenguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran\nPotensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam\nLahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab\n\nSumber: KPM\nSenarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Di Malaysia \nBerikut merupakan senarai penuh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terdapat di seluruh Malaysia:\nSelangor / KL\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala SelangorPasir Penambang, 45000Kuala SelangorTel: 03-32895509Fax: 03-32895518Website: www.smkakselangor.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad HamidiahJalan Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang,Tel: 03-87376300Fax: 03-87376295Website: www.smkamh.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima45300 Sungai BesarTel: 03-32242894Fax: 03-32243423Website: www.smkasl.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala LumpurBandar Manjalara, Kepong 52200Tel: 03-62744754Fax: 03-62758923Website: www.smkakl.net\nPerlis\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Kangar02600 ArauTel: 04-9760336Fax: 04-9770834Website: www.smkapkangar.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau02600 ArauTel: 04-9861246Fax: 04-9861246Website: www.smkaarau.net\nKedah \nSekolah Menengah Kebangsaan AgamaKedah\nJalan Sultanah 05350 Alor SetarTel: 04-7314345Fax: 04-7353459Website: www.smkakedah.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling09100 BalingTel: 04-4705303Fax: 04-4705387Website: www.smkabaling.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan06900 YanTel: 04-4657366Fax: 04-4657366Website: www.smkayan.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik08200 SikTel: 04-4693270Fax: 04-4693267Website: www.smkasik.net\nPulau Pinang\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L)Jalan Air Itam 10460Tel: 04-2296790Fax: 04-2296790Website: www.smkalmashoor.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad13220, Jalan Pokok Sena, 13220 Kepala BatasTel: 04-5731237Fax: 04-5731237Website: www.smkasmai.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong TebalJalan Permatang Tok Mahar 14300 NibongTebal Seberang Perai SelatanTel: 05-7172403Fax: 05-7175697Website: www.smkant.net\nPerak\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan ShahSeri Iskandar 32600 BotaTel: 05-3711689Fax: 05-3712360Website: www.smkasas.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama KerianKg Selamat 34400 Simpang Empat SemanggolTel: 05-8904997Fax: 05-8905490Website: www.smkakerian.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River35800 Slim RiverTel: 05-4529534Fax: 05-4529925Website: www.smkaslimriver.net\nNegeri Sembilan\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd SaidJalan Tuanku Kurshiah, 70400 SerembanTel: 06-7623778Fax: 06-7627276Website: www.smkasms.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas71400 PedasTel: 06-6857162Fax: 06-6858160Website: www.smkapedas.net\nMelaka\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan MuhammadBatu Berendam, 75350Tel: 06-2325434Fax: 06-2316275Website: www.smkasm.net\nJohor\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad MuarJalan Junid, 84000 MuarTel: 06-9521943Fax: 06-9543145Website: www.smkamm.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat85000 Segamat Baru, SegamatTel: 07-9432284Fax: 07-9436332Website: www.smkasegamat.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor BharuJalan Anggerik, Taman Johor Jaya, 81100 Johor BharuTel: 07-3517057Fax: 07-3517054Website: www.smkajb.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar81900 Kota TinggiTel: 07-8222071Fax: 07-8223749Website: http://smkabpenawar.bpi.edu.my\nPahang\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang27000 Jerantut, PahangTel: 09-2663330Fax: 09-2667472Website: www.smkatahap.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah RodziahTelok Mas 75460Tel: 06-2618944Fax: 06-2616518Website: www.smkasr.net\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang26700 Muadzam Shah PahangTel: 09-4523901Fax: 09-4525370Website: www.smkapahang.net\nMuat Turun Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\u00a0(18 KB)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman Kementerian Pendidkan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/johorpay/", "title": "JohorPay: Kemudahan Bayaran Online Rakyat Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJohorPay merupakan salah satu usaha kerajaan Johor untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai untuk segala jenis pembayaran di negeri itu. \nJohorPay telah diperkenalkan sejak Oktober 2021 dalam usaha pendigitalan sistem pentadbiran kerajaan negeri Johor.\nSeiring dengan pengenalan aplikasi ini, aplikasi ini sentiasa ditambah baik dengan kerajaan negeri menjangkakan penggunaan pembayaran menggunakan aplikasi ini akan mencecah setinggi 70% menjelang tahun 2025 kelak. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah JohorPay?\n\n \nBayaran yang diterima\n\n \nMod pembayaran\n\n \nPendaftaran JohorPay\n\n \nTempoh Kemaskini Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah JohorPay?\nJohorPay adalah platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. \nPerkhidmatan juga akan diperluaskan kepada pihak swasta dan pihak-pihak lain di masa akan datang.\nJohorPay merupakan Hak Cipta Terpelihara Kerajaan Negeri Johor yang diselia oleh [email\u00a0protected].\n\n\n\n\n\n\n\nBayaran yang diterima\nJohorPay berfungsi seperti eWallet lain seperti Boost, Wavpay dan banyak lagi.\nIa adalah platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. \nPerkhidmatan juga akan diperluaskan kepada pihak swasta dan pihak-pihak lain di masa akan datang.\nAntara terimaan bayaran melalui aplikasi adalah:\n\nBayaran cukai tanah\nBayaran hasil bukan cukai tanah\nBayaran lesen halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor\nBayaran perkhidmatan Veterinar\u00a0(Akan Datang)\nBayaran perkhidmatan perhutanan\u00a0(Akan Datang)\nBayaran perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan\nBayaran perkhidmatan bagi Badan Berkanun\u00a0(Akan Datang)\n\nDengan JohorPay, pembayaran perkhidmatan pelbagai agensi Kerajaan dapat dibuat setempat.\n\nMod pembayaran\nMod pembayaran yang disediakan mellui aplikasi ini adalah:\n\nFPX Individu\nFPX Korporat\nKad Kredit / Debit\nAmerican Express\nDuitNow / E-wallet\u00a0(Akan Datang)\n\nPendaftaran JohorPay\nPendaftaran boleh dibuat melalui portal JohorPay atau aplikasi mudah alih JohorPay.\nUntuk proses pendaftaran, anda hanya perlu mengisikan maklumat asas tentang diri anda sebelum anda menggunakan perkhidmatan daripada platform ini. \nAnda perlu menyediakan maklumat yang tepat seperti ID Pengenalan (No. Kad Pengenalan / Pasport / No Syarikat / No Polis / No Tentera), Nombor Telefon Bimbit dan Alamat e-mel semasa pendaftaran. \nMaklumat-maklumat ini wajib diisi dengan betul bagi memudhkan anda dihubungi pada masa hadapan untuk rujukan.\nUntuk daftar, sila ikuti langkah-langkah mudah seperti yng berikut:\n\nLayari laman web utama di alama https://johorpay.johor.gov.my/\nDi bahagia log masuk, klik pada \u201cDaftar baru\u201d\nPilih kategori \u201cIndividu \u2013 Warganegara\u201d sekiranya anda mendaftarkan akau bagi pihak anda sendiri\nSetelah melengkapkan segala maklmat yang diminta dalam borang online, klik pada butang Hantar.\nAnda kemudiannya akan diminta untu melakukan pengesahan dengan memasukkan ko TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda. \n\nTempoh Kemaskini Pembayaran\nBayaran anda akan dikemaskini dalam masa satu (1) ke lima (5) hari waktu bekerja.\nMaklumat Lanjut\nSila baca syarat-syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian kami. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran melalui platform JohorPay, anda secara langsung menerima terma & syarat yang dinyatakan. \nJika anda tidak menerima syarat-syarat yang dikemukakan ini, anda adalah dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan ini.\nSemua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR \u2013 Malaysia Ringgit.KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul atau maklumat pembayaran yang tidak tepat. \nKami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda walau apa jua sebab.\nJika institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan menolak pembayaran anda, KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. \nAnda perlu menyemak dengan institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kuota-internet-percuma-hari-raya/", "title": "Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat pengguna pakej prabayar! Kerajaan telah mengumumkan kuota internet tambahan PERCUMA dan pulangan TUNAI sempena Hari Raya Aidilfitri.\nMenarik kan?\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang tawaran ini untuk semua pakej prabayar yang terlibat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPemberian Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 \u2013 Menteri Komunikasi dan Digital\n\n \nSyarikat Komunikasi Yang Terlibat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPemberian Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 \u2013 Menteri Komunikasi dan Digital\nPengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.\n\n\n\n\n\n\nSyarikat Komunikasi Yang Terlibat\nInisiatif ini disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi:\nMaxis \u2013 bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeli & sah hingga 15 Mei ini.\nCelcomDigi \u2013 pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video & tempoh sah laku selama empat hari, atau hingga 15 Mei ini.\nUnifi Mobile \u2013 pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G & 5G tanpa had & panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.\nUmobile \u2013 bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan & sah hingga 31 Mei 2023\nYES \u2013 bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari & sah hingga 15 Mei.\n*Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan.\nSila rujuk kenyataan media rasmi melalui lampiran di bawah:\n\n\nUsaha Kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.\nSemoga kemeriahan hari raya tahun ini lebih terasa apabila kita dapat berhubung dengan keluarga, sanak saudara, dan rakan-rakan.\nBaca juga:\n\nDiskaun Saman PDRM \u2013 Kadar Khas RM50 Setiap Saman\nTol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\nCuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran kuota internet percuma ini, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda atau layari laman web rasmi berikut:\n\nMaxis : https://www.maxis.com.my/\nCelcomDigi : https://www.celcom.com.my/\nUmobile : https://www.u.com.my/\nYES : https://www.yes.my/\nFacebook Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital)\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mykad-ic-hilang-online/", "title": "IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIC hilang apa nak buat? Ini yang anda perlu tahu sama ada anda pernah hilang kad pengenalan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.\nIC, MyKad atau kad pengenalan adalah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana. \nDisebabkan boleh dibawa ke mana-mana, maka lagi senanglah IC hilang! \nMyKad yang disalahguna oleh orang yang tak bertanggungjawab boleh membahayakan kita. \nMacam mana pun anda hilang IC tersebut, tindakan perlu dilakukan secepatnya untuk mendapatkan kad pengenalan baru.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Gantian MyKad Secara Online\n\n \nCara Permohonan Gantian IC Hilang Online\n\n \nPerlukah Buat Laporan Polis Jika MyKad Hilang?\n\n \nSediakan Dokumen Untuk Memohon Kad Pengenalan\n\n \nKadar Denda IC Hilang / Caj Membuat Kad Pengenalan Baru\n\n \nWaktu Operasi dan Temujanji untuk ke JPN\n\n \nPermohonan Gantian MyKAD Melalui Telefon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPermohonan Gantian MyKad Secara Online\nJika anda pertama kali kehilangan MyKad, anda boleh memohon kad pengenalan gantian secara online tau!\nMelalui penambahbaikan perkhidmatan sistem atas talian, Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan tersebut melalui pautan https://gantianmykad.jpn.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nHanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :1) Gantian Kerosakan Fizikal Kad2) Gantian Kerosakan Cip3) Gantian Biasa4) Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)\n\nCara Permohonan Gantian IC Hilang Online\nUntuk memohon kad pengenalan baru secara online, sila rujuk langkah di bawah:\nSemua pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mesti mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk kepada sistem.Bagi pendaftaran baru atau sedia ada, pada laman utama sila klik pautan \u201cDaftar akaun sekarang\u201d seperti yang dipaparkan (Maklumat pendaftaran akan ditunjukkan pada halaman yang seterusnya).Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran.Pengguna baru akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang didaftarkan.Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.Setelah pengguna berjaya log masuk,di halaman utama, pengguna akan dipaparkan rekod permohonan MyKad yang pernah dipohon secara atas talian. Bagi tujuan permohonan gantian. Sila klik pada Permohonan di menu utama atau pada pautan \u201cMohon di sini\u201d.Pengguna akan dipaparkan laman Akuan Penafian. Klik pada butang \u201cSetuju\u201d untuk meneruskan permohonan.Bagi tujuan permohonan penggantian, pengguna perlu memasukkan semua butiran maklumat permohonan yang diperlukan.Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di redirect kan ke Payment Gateway.Pengguna boleh samada untuk klik pada Menu \u201cRekod Transaksi \u201c atau klik pautan klik sini untuk melihat status kemaskini permohonan.Sila cetak resit pembayaran dan bawa bersama untuk mengambil kad pengenalan baru anda di kaunter.\n\nRujuk manual penuh di SINI: https://mykadganti.jpn.gov.my/mykadganti/public/manual/manual_myganti_2018.pdf\nWaktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN adalah seperti berikut :\nIsnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.30 petangSabtu dan Ahad : Sistem ditutupCuti Umum : Sistem ditutup\nTempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan dalam talian yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut :\nSelepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung MalaysiaSelepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak\nBaca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas\nPerlukah Buat Laporan Polis Jika MyKad Hilang?\nAnda disarankan agar bersegera ke balai polis untuk membuat laporan MyKad hilang.\nSalinan laporan polis itu boleh digunakan sementara anda belum membuat kad pengenalan baru dan perlu dikemukakan kepada JPN semasa permohonan kad pengenalan baru. \nSediakan Dokumen Untuk Memohon Kad Pengenalan\nBagi kehilangan kad pengenalan akibat kecuaian atau kecurian, laporan polis dengan butiran penting kehilangan kad pengenalan sudah mencukupi. \nDokumen lain juga perlu disediakan bergantung kepada golongan pemohon atau kehilangan akibat bencana alam seperti kad kebajikan untuk golongan orang kurang upaya atau miskin daif, atau surat pengesahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Pejabat Daerah bagi kehilangan kad pengenalan akibat bencana alam. \nKadar Denda IC Hilang / Caj Membuat Kad Pengenalan Baru\nCaj yang dikenakan bagi mengganti kad pengenalan bergantung kepada berapa kali permohonan telah dibuat. \nBuat kad pengenalan bagi kali pertama akan dikenakan bayaran RM 110.00, RM 310.00 untuk kali kedua dan RM 1010.00 bagi ketiga. \nJPN mengambil berat akan isu ini dan menggalakkan orang ramai untuk menjaga dokumen tersebut sebaik mungkin. \nWaktu Operasi dan Temujanji untuk ke JPN\nAnda boleh semak pejabat JPN yang beroperasi di pautan https://www.jpn.gov.my/. \nPermohonan Gantian MyKAD Melalui Telefon\nAnda boleh memohon gantian MyKad melalui perkhidmatan talian telefon dengan menghubungi 03-8880 8066.\nPermohonan ini adalah khas untuk Gantian MyKad Biasa atau Cip / Kad Rosak.\nBayaran permohonan RM10 akan dikenakan semasa pengambilan kad.\nPermohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh Pemilik MyKad sendiri sahaja.\nPemohon di bawah 18 tahun perlu ditemani ibu / bapa atau penjaga yang sah semasa membuat kutipan.\nMyKad sedia dikutip di semua Pejabat Percetakan Teragih dalam masa 30 minit selepas selesai permohonan.\nSebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar tidak dibenarkan.\nCaj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.\n\nMaklumat Lanjut\nDengan panduan yang diberikan, semoga sedikit sebanyak dapat membantu urusan penggantian kad pengenalan yang hilang. Jangan melambatkan prosedur penggantian kad pengenalan dan ikutilah langkah di atas. \nBuat laporan polis, atur temujanji dan sediakan dokumen yang diperlukan supaya urusan lebih lancar di JPN nanti. \nSila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara untuk maklumat lanjut di talian berikut:\nTelefon: 03-8000 8000http://www.jpn.gov.my[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sistem-bersepadu-kpm-moeis/", "title": "Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLogin Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Menggunakan ID Pengguna idMe\nUntuk makluman semua warga KPM, anda dikehendaki mempunyai ID pengguna untuk pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).\nBagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan, guru perlu mendaftar idMe bagi mendapatkan ID pengguna individu.\nBagi yang masih belum mendaftar, anda boleh merujuk panduan dan penerangan lanjut dalam artikel ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem Bersepadu (MOEIS) KPM?\n\n \nTarikh Pendaftaran ID Pengguna idMe\n\n \nCara Pendaftaran idMe\n\n \nCara Daftar Akaun Untuk Pengguna Baharu\n\n \nCara Tukar Kata Laluan idMe\n\n \nPanduan Video idMe / MOIES\n\n \nMuat Turun Panduan Penuh (PDF)\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Dan Pendaftaran idMe\n\n\nApakah Sistem Bersepadu (MOEIS) KPM?\nKementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Transformasi ICT (ITP) 2019-2023 KPM pada Januari 2019 bagi menyokong visi KPM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta menjadi sumber rujukan utama dalam membuat perancangan keperluan ICT KPM.\nSalah satu daripada inisiatif ICT yang telah digariskan dalam ITP KPM ialah pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang meliputi pembangunan semula sistem yang bersepadu merangkumi sistem pengurusan murid, guru dan institusi pendidikan.\nSetiap pengguna MOEIS perlu mempunyai ID pengguna secara individu. Atas faktor keselamatan serta untuk mengelakkan penyalahgunaan ID pengguna, penggunaan bersama atau berkongsi ID tidak lagi dibenarkan.\nBerikut dikongsikan cara untuk mendaftar dan membuat kemaskini maklumat pengguna melalui Sistem Pengurusan IDentiti (idMe).\n\nTarikh Pendaftaran ID Pengguna idMe\nSemua GURU dikehendaki mendaftar SEBELUM 2 Januari 2023 (Isnin).\n\n\n\n\n\n\nCara Pendaftaran idMe \nSistem Pengurusan IDentiti (idMe / IDMS) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam. \nSetiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan perananpengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. \nKomponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.\nCara Pendaftaran idMe Untuk Mengakses MOEIS\n\nLayari pautan https://idme.moe.gov.my/login dan masukkan ID Pengguna.\nKlik butang Daftar Masuk\nKlik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di medan yang disediakan\nKlik butang Daftar Masuk\nKlik Daftar Baru untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.\n\n\nCara Daftar Akaun Untuk Pengguna Baharu\n\nUntuk pengguna baharu yang belum mempunyai akaun, Klik Daftar Baru.\nIsikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.\nKlik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.\nKlik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.\n\n\nNota : Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.\nCara Tukar Kata Laluan idMe\nSekiranya anda lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan.\n\nSeterusnya, masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.\nMasukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.\nAnda akan mendapat e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Klik butang \u201cPenetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.\u201d\nSemestinya masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.\nMasukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang \u201cMenetapkan Semula Kata Laluan\u201d untuk teruskan proses.\n\n\nPanduan Video idMe / MOIES\nPengenalan Sistem idMe\n\n\n\n\nManual Pengguna Tetapan Murid : \n\n\n\nManual Pengguna Tetapan Kelas : \n\n\n\n\nManual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Peristiwa :\n\n\n\nManual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Gantian :\n\n\n\nManual Pengguna Pengesahan Bulanan :\n\n\n\nManual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Kelas :\n\n\n\nManual Pengguna Penetapan Guru Mata Pelajaran :\n\n\n\nManual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Murid :\n\n\n\nManual Pengguna Padam Murid :\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=NlP0vJOqv7U&list=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W&index=9\n\nManual Pengguna Mendaftar Akaun Baharu : \n\n\n\nManual Pengguna Selenggara Kurikulum Institusi :\n\n\n\nManual Pengguna Analisis DLP :\n\n\n\nManual Pengguna Analisis MP :\n\n\n\nManual Pengguna Analisis STEM :\n\n\n\nManual Pengguna Daftar Murid :\n\n\n\nManual Pengguna Kehadiran Murid : \n\n\n\nFULL PLAYLIST : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W\nMuat Turun Panduan Penuh (PDF)\nSila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna\nFull_Awam_Manual_Pengguna Sistem IDMSDownload\nMaklumat Lanjut Tentang Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Dan Pendaftaran idMe\nUntuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS), sila kemukakan ke\nKementerian Pendidikan Malaysia,Bahagian Pengurusan Maklumat,Aras 3 \u2013 4 Blok E8 Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya\nNo. Tel : 03-88843501\nNo. Fax : 03-88895244\nEmail : [email\u00a0protected]\nBaca juga: Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ihsan-i-kwsp-mbsb/", "title": "Ihsan-i : Semakan FSA2 KWSP MBSB & Jadual Bayaran Bulanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMBSB Bank Berhad (MBSB Bank), menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) @ Pinjaman Bercagar KWSP patuh Syariah Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.\nKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang ditawarkan oleh MBSB Bank ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n27,202 Permohonan Pinjaman KWSP FSA2 MBSB Bank (Ihsan-i) Telah Diluluskan\n\n \nApakah Ihsan-i MBSB?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Ihsan-i MBSB\n\n \nSemakan Status\n\n \nJadual & Kadar Bayaran Bulanan\n\n \nMaklumat Lanjut Ihsan-i MBSB\n\n\n27,202 Permohonan Pinjaman KWSP FSA2\u00a0MBSB Bank (Ihsan-i) Telah Diluluskan\nMBSB Bank Berhad (MBSB Bank) mengesahkan menerima 108,284 permohonan bagi pembiayaan peribadi patuh syariah Ihsan-i melalui program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\u00a0Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)\u00a0setakat 8 Mei.\nMBSB Bank dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, permohonan yang layak adalah sebanyak 49,130 dengan 27,202 permohonan telah diluluskan melibatkan nilai keseluruhan pembiayaan berjumlah RM561 juta.\n\u201cKeseluruhan proses Ihsan-i daripada peringkat permohonan ke peringkat pengeluaran pembiayaan telah dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa perlunya\u00a0pemohon\u00a0hadir ke cawangan MBSB Bank.\n\u201cPemprosesan permohonan ini masih giat dijalankan oleh MBSB Bank dalam usaha untuk memastikan pemohon dapat menerima maklum balas daripada pihak bank dengan kadar segera,\u201d kata kenyataan itu.\nMenurut MBSB Bank, bagi permohonan Ihsan-i tidak berjaya, ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemohon berstatus muflis dan dan nisbah khidmat hutang pemohon yang tinggi.\nBagaimanapun MBSB Bank mengambil maklum bahawa terdapat pemohon berstatus muflis telah menerima kelulusan dan ini disebabkan oleh jumlah permohonan diterima adalah sangat tinggi dalam tempoh masa singkat dengan membawa kepada berlakunya keralatan sistem.\n\u201cPemohon-pemohon tersebut pula telah membuat pengisytiharan yang mereka bukan muflis ketika membuat permohonan,\u201d jelas kenyataan itu.\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, MBSB Bank berkata, demi kepentingan para pemohon yang terbabit ini, pihaknya tidak akan mengenakan sebarang caj terhadap jumlah pembiayaan Ihsan-i yang telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan mereka.\n\nApakah Ihsan-i MBSB?\nFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\u00a0adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.\nKemudahan Ihsan-i yang disediakan oleh MBSB Bank ini bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.\nAnsuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan saja.\n\nKONSEP\nAhli KWSP yang layak mendapatkan pembiayaan ini masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh yang dipilih.\nApabila tiba usia mereka antara 50 hingga 55 tahun yang melayakkan mereka mengeluarkan caruman dari Akaun 2 KWSP, ahli boleh membuat permohonan pengeluaran dan menyelesaikan baki pembiayaan mereka kepada bank.\nKELEBIHAN\n\nIhsan-i oleh MBSB Bank adalah berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq.\nKadar keuntungan pinjaman KWSP oleh MBSB Bank yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.\nPemberian rebat atau Ibra\u2019 atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.\n\nSYARAT-SYARAT LAIN PEMBIAYAAN\n\nPembayaran keuntungan untuk 12 bulan pertama. Kemudian Prinsipal + Pembayaran Keuntungan (Ansuran Penuh)\nTiada tempoh berkuinci. Tiada penjamin dan cagaran diperlukan.\nCara bayaran : Di kaunter dan Arahan tetap\n\n\nRINGKASAN\nKonsep Shariah : Tawarruq\nKelayakan\n\nSemua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.\nMesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.\nPemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP.\n\nJumlah Pembiayaan\n\nMinima: RM3,000\nMaksima: RM50,000\n\nTenure / Tempoh\n\nMinima: 2 tahun\nMaksima: 10 tahun\n\nKadar Keuntungan\nKadar pembiayaan yang kompetitif pada SBR + 1.75% setahun dengan kadar siling 15% setahun.\nCiri-ciri / Faedah\n\nKelulusan pantas melalui permohonan dalam talian\nTiada caj penyelesaian awal\n\nKaedah Pembayaran\nPembayaran pembiayaan boleh dibuat di mana-mana cawangan MBSB Bank di seluruh negara atau sebagai alternatif melalui pembayaran elektronik melalui Giro Interbank / Pemindahan Segera atau Arahan Tetap / Debit Auto.\nTarikh Permohonan\nPermohonan Ihsan-i FSA2 KWSP oleh MBSB Bank akan dibuka secara online mulai 7 April 2023 menerusi laman web rasmi MBSB Bank.\nCara Permohonan Ihsan-i MBSB \nLANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN\n\nSila layari pautan https://www.fsa2mbsbbank.com untuk membuat permohonan.\nPastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon:\n\nMempunyai KWSP i-Akaun (jika tidak, sila rujuk cara mendaftar di SINI)\nBaki minima Akaun 2 sebanyak RM3,000\nBerumut 40 hingga 54 tahun.\nPermohonan pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000\n\n\nTeliti Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.\nIsikan maklumat yang diperlukan di Borang Kelayakan Pembiayaan.\nKlik TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui Nombor TAC.\nIsikan jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain pada Borang Permohonan.\nPermohonan akan diproses berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap anda.\nSekiranya permohonan anda dilulukskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.\n\n\nUntuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR dalam poster di atas.\nLayari https://www.fsa2mbsbbank.com/ untuk membuat permohonan bermula 7 April 2023.\nSemakan Status\nAnda akan menerima pengesahan melalui SMS sebaik sahaja permohonan anda diterima.\nSila layari https://www.fsa2mbsbbank.com mulai 15 April 2023 untuk menyemak status permohonan anda.\n\nSila ikuti panduan berikut selepas menerima SMS berkaitan kelulusan permohonan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadual & Kadar Bayaran Bulanan\nUntuk makluman, pelanggan perlu membuat bayaran bulanan untuk Ihsan-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang telah ditetapkan oleh MBSB Bank.\nBayaran boleh dibuat melalui:\n\nKaunter cawangan MBSB Bank\nArahan tetap \u2018Standing Instruction\u2019 atau\nPemindahan melalui perbankan dalam talian\n\n\nJadual bayaran bagi Ihsan-i FSA2 ini boleh dirujuk pada pautan berikut: \nSumber: https://www.mbsbbank.com/sites/default/files/2023-04/FA%20-%20FSA2%20%28BM%29_0.pdf\nFA-FSA2-BM_0Download\n\nhttps://www.mbsbbank.com/consumer-banking/financing/fsa\nMaklumat Lanjut Ihsan-i MBSB\nUntuk info sepenuhnya, sila rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah:\nFAQ_Ihsan-i_BM_v1.12Download\nMaklumat berkaitan jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan akan dipaparkan dalam laman web MBSB.\nUntuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini: https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch\nSila rujuk sidang media rasmi MBSB Bank yang dilampirkan di bawah ini:\n\n\n\nAnda juga boleh menghubungi MBSB Bank melalui saluran berikut:\n\nLaman web : https://www.mbsbbank.com/ atau https://www.fsa2mbsbbank.com/\nFacebook : MBSB Bank\nTel:\u00a003-2096 3000\nFaks:\u00a003-2096 3292\nEmel Pertanyaan :\u00a0[email\u00a0protected]\nEmel Aduan :\u00a0[email\u00a0protected]\nWaktu Operasi :\n\nPertanyaan Umum: 9.00 pagi \u2013 6.00 petang (Isnin \u2013 Jumaat)\nPertanyaan M Journey Online Banking: 7.00 pagi \u2013 12.00 tengah malam (Setiap Hari termasuk Cuti Umum)\nPertanyaan Cash Recycling Machine (CRM): 7.00 pagi \u2013 12.00 tengah malam (Setiap Hari termasuk Cuti Umum)\nLaporkan Kad Debit Hilang atau Dicuri \u2013 24jam (termasuk Cuti Umum)\n\n\n\nBaca juga: STR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sumbangan-asas-rahmah/", "title": "Sumbangan Asas Rahmah (SARA) -Bantuan Tambahan STR 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBERIAN STR TAMBAHAN @ SUMBANGAN ASAS RAHMAH BAGI KATEGORI PENERIMA STR YANG LAYAK\nTERKINI : Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 bermula Isnin, 17 Julai 2023.\nPerkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan pada Jumaat, 14 Julai 2023.\n\nTerdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 sementara Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500.\nPenambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, serta tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.\nStatus kelayakan ini juga akan dipaparkan pada ruangan status STR Fasa 3, seperti dalam tangkap layar di bawah:\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\n\n \nKategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\n\n \nSemakan Kelayakan\n\n \nKadar Bantuan & Kaedah Penyaluran\n\n \nTarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\nSTR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\nPemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:\ni. Isi Rumah \na) Kahwin; atau b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. \nii. Warga Emas Tiada Pasangan \na) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. \niii. Bujang \na) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. \nNota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.\n\nKerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.\nKategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\nKadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. \nKelayakan kadar tambahan ini terhad kepada: \n\npenerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan \nmestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan\n\n\nSemakan Kelayakan \nBagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/\n\nJika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran di sini: eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima\nCARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH\n\nLayari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=\nPada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS\nMasukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX\nKemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.\nTekan pada butang Semak Status untuk semakan.\n\n\nContoh paparan bagi penerima yang layak.\nPautan semakan pantas:\nhttps://apps.mykasih.net\n\nJika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.\nKadar Bantuan & Kaedah Penyaluran\nSumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.\nSumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).\nSila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023\nTarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\nBantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula Isnin, 17 Julai 2023.\nBantuan ini akan diberikan selama 6 bulan iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023.\nSila rujuk jadual berikut :\n\nSARA 1 \u2013 Julai 2023 (RM100)\nSARA 2 \u2013 Ogos 2023 (RM100)\nSARA 3 \u2013 September 2023 (RM100)\nSARA 4 \u2013 Oktober 2023 (RM100)\nSARA 5 \u2013 November 2023 (RM100)\nSARA 6 \u2013 Disember 2023 (RM100)\n\nSumber : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html\n\nMaklumat Lanjut\nPemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my\u00a0bagi maklumat lanjut.\nSOALAN LAZIM\n\nSumbangan Tunai Rahmah\nPermohonan Baharu dan Kemas Kini STR\nPembayaran STR Fasa 3\nMySTR\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mytv/", "title": "MYTV : Pendaftaran, Saluran & Pemasangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMYTV dilantik untuk membangun dan mengendalikan kemudahan infrastruktur dan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia untuk menghijrahkan sistem penyiaran negara dari analog ke digital.\nMenerusi TV digital, MYTV menawarkan platform berekuiti untuk membangunkan saluran perolehan baru kepada semua penyedia kandungan dan aplikasi.\nDengan adanya MYTV, rakyat Malaysia boleh nikmati manfaat seperti kualiti audio-visual terbaik, lebih banyak saluran TV, akses kepada EPG, sarikata pelbagai bahasa dengan tontonan TV dalam kualiti HD.\nSiaran TV Digital MyTV adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang caj bulanan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai siaran digital ini dengan lebih lanjut.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Cara Daftar Sooka, Platform Strim Langsung (Malaysia)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Akses MYTV\n\n \nCara Dapatkan MYTV\n\n \nSaluran TV MYTV\n\n \nCara Pemasangan MYTV\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Akses MYTV\nSaluran TV digital ini boleh dinikmati menggunakan TV baharu dan lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF.\nUntuk menyemak keserasian televisyen anda, sila rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama televisyen tersebut.\nCara Dapatkan MYTV\n\nAnda tidak perlu mendaftar untuk mengakses MYTV. Sebaliknya anda perlulah mendapatkan dekoder seperti yang dinyatakan.\nDekoder DVB-T2 dan TV digital boleh didapati melalui dua cara :\n\nBoleh dibeli secara online menerusi laman web Pensonic. \nDi kedai-kedai elektrik terpilih di seluruh negara. \n\nNota :\n\nAnda boleh dapatkan rundingan daripada Wakil Penjual yang sah berdekatan kawasan anda.\nWakil penjual MYTV adalah terlatih dan boleh berikan maklumat dan khidmat nasihat mengenai liputan siaran dan cara pemasangan sekiranya perlu.\n\nKelebihan Siaran Digital MYTV\nKelebihan yang ditawarkan kepada pengguna siaran digital MYTV adalah :\n\nImej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi\nAudio yang berkualiti tinggi\nPenambahan perkhidmatan dan saluran TV\nTanpa bayaran bulanan\n\nSaluran TV MYTV\nSaluran TV digital yang ditawarkan di MYTV adalah seperti yang disenaraikan berikut :\nSaluran TVNomborTV1 (HD)101TV2 (HD)102TV3 (HD)103Wow Shop (Melayu)104Wow Shop106NTV71078TV108TV9109TV Okey (HD)110Sukan RTM (HD)111Awesome TV (HD)112TV6113TV Al-Hijrah (HD)114SUKETV116Astro Go Shop120Bernama News Channel121TVS (HD)122Berita Semasa RTM123\nSaluran Radio\nSaluran RadioNomborNasional FM701Traxx FM702Minnal FM703Ai FM704Klasik FM705Asyik FM706Sabah FM707Sabah FM708Sarawak FM709Wai FM710\nCara Pemasangan MYTV\nCara 1: Dekoder\nSekiranya anda menggunakan set TV biasa, sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.\nCara 2: IDTV\n\nSambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda\nSet TV lama memerlukan dekoder DVB-T2 untuk menonton Siaran TV Digital sekiranya ia dilengkapi input AV/HDMI.\nAnda disyorkan untuk guna aerial luaran untuk dapatkan isyarat yang lebih jelas dan lancar. \n\nAnda juga boleh rujuk tutorial pemasangan MYTV seperti di pautan berikut : \nTUTORIAL VIDEO PEMASANGAN\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pemasaran MYTV, sila berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300-80-6988 atau hantarkan e-mel ke [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-kuarantin-hfmd/", "title": "Cuti Kuarantin HFMD: Syarat Kelayakan, Tempoh & Prosedur Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEMUDAHAN CUTI KUARANTIN UNTUK PENYAKIT HFMD & PENYAKIT BERJANGKIT\nTahukah anda, dengan pekeliling yang ditambahbaik berkuatkuasa 4 Mac 2022, ibu bapa kini boleh mendapatkan kemudahan cuti menjaga anak yang dikuarantin (maksima 5 hari).\nPerkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 7 Mac 2022.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang kemudahan ini, syarat dan cara permohonan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kemudahan Cuti Kuarantin HFMD?\n\n \nSyarat Kelayakan Cuti Kuarantin HFMD\n\n \nKadar / Tempoh Cuti\n\n \nProsedur Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Kemudahan Cuti Kuarantin HFMD?\nPenyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) termasuk dalam salah satu penyakit berjangkit yang tersenarai dan layak mendapat cuti kuarantin.\nSENARAI PENYAKIT BERJANGKIT YANG LAYAK MENDAPAT CUTI KUARANTIN ADALAH\nHFMDDemam denggiCampak (Measles)Chicken PoxDifteriaMalariaLain-lain penyakit berjangkit yang diperaku oleh pegawai perubatan\n*Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai, tambahan \u201clain lain penyakit berjangkit\u201d memberi lebih banyak kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja.\n\nSyarat Kelayakan Cuti Kuarantin HFMD\nNama Kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada\u00a0\u201cCuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan.\u201d\nDiberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit dan perlu kuarantin.\n\nBaca juga: \nPekeliling Sijil Cuti Sakit Swasta Bagi Penjawat Awam 2022Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022\nKadar / Tempoh Cuti\nKadar tempoh cuti / bilangan hari cuti terhad maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.\nPegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.\nKetua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR).\nProsedur Permohonan\nDapatkan perakuan dari pegawai perubatan Kerajaan atau swastaLengkapkan Borang Permohonan Cuti KuarantinHantar Kepada Ketua Jabatan\nSumber: Public Health Malaysia\nMaklumat Lanjut\nUntuk rujukan, boleh muat turun dokumen seperti senarai di bawah pada pautan https://www.jpa.gov.my/\u2026/2458-penambahbaikan-kemudahan\u2026 atau imbas Kod QR di poster.\nSurat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 ( 8 ) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR5.4.4 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan)Soalan Lazim \nPertanyaan lanjut:\nTel: 03-8885 5660/ 5692/ 5689/ 5609 atau emel [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pelaporan-pentaksiran-bilik-darjah-pbd/", "title": "Pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Format & Templat Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) : TAHAP PENGUASAAN MURID, FORMAT & TEMPLAT PELAPORAN PBD\nPBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang apakah itu Pelaporan Bilik Darjah, cara membuat pelaporan PBD, serta pautan muat turun format dan templat berkenaan.\nTERKINI : PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SESI AKADEMIK TAHUN 2022 / 2023\nUntuk makluman semua guru, pada 15 Februari 2023, KPM telah mengumumkan bahawa perekodan dan pelaporan PBD boleh dilakukan sama ada secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara hidbrid.\nTemplat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022 / 2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.\nIni adalah bagi mengurangkan beban tugas guru dan memastikan guru terpelihara.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang PBD dan cara membuat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pelaporan Bilik Darjah (PBD)?\n\n \nMata Pelajaran Yang Terlibat\n\n \nMengapakah PBD Penting?\n\n \nCara Pelaksanaan\n\n \nTahap Penguasaan Murid\n\n \nMuat Turun Templat PBD UASA Secara Manual (Offline)\n\n \nPanduan, Templat & Format Pelaporan Penguasaan Murid Dalam PBD Online\n\n \nPelaporan PBD Tahap 1\n\n \nSoalan Lazim (FAQ)\n\n\nApakah Pelaporan Bilik Darjah (PBD)?\nPentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. \nPBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.\nPBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.\n\nMata Pelajaran Yang Terlibat \nSemua mata pelajaran KSSR dan KSSM.\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.\nMengapakah PBD Penting?\nPBD dapat membantu guru dalam:\n\nMengesan perkembangan murid secara menyeluruh\nMengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran\nMengetahui keberkesanan pengajaran\nMerancang dan mengubah suai kaedah pengajaran\nMengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta\n\nCara Pelaksanaan\nPBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. \nPBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:\n\nPemerhatian\nPenulisan\nLisan\nMelalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.\n\nPelaporan ini dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.\n\nTahap Penguasaan Murid\nMurid akan dinilai mengikut tahap penguasaan berikut iaitu TP 1 sehingga TP 6.\nTP1 \u2013 Tahu : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.\nTP2 \u2013 Tahu dan Faham : Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.\nTP3 \u2013 Tahu, Faham dan Boleh Buat : Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi\nTP4 \u2013 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.\nTP5 \u2013 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi abharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.\nTP6 \u2013 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali : Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif falam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.\nApa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?\nTahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut.\nTahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.\nMuat Turun Templat PBD UASA Secara Manual (Offline)\nUntuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan dimuat naik ke portal BPK.\n\nBagi sekolah yang memilih mengisi PBD secara offline, KPM telah menyediakan template perekodan dan pelaporan bilik darjah bagi Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 secara luar talian:\nDownload melalui portal KPM di sini\u00a0https://www.moe.gov.my/\u2026/templat-perekodan-dan\u2026\n\nTemplat Perekodan dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Bagi Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 Secara Luar Talian\u00a0(335 KB)\n\n\nPelaporan Luar Talian\u00a0(2.80 MB)\n\nSekolah_Rendah_Tahun 6Download\nSekolah_Rendah_Tahun 5Download\nSekolah_Rendah_Tahun 4Download\nMenengah_Rendah_Tingkatan 3Download\nMenengah_Rendah_Tingkatan 2Download\nMenengah_Rendah_Tingkatan 1Download\n\nManual Pengguna Pelaporan Luar Talian\u00a0(10.99 MB)\n\n\nManual-PBD-OfflineDownload\n\nTUTORIAL VIDEO PELAPORAN PBD OFFLINE\n\nPanduan, Templat & Format Pelaporan Penguasaan Murid Dalam PBD Online\nTemplat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. \nIni bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. \nManakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.\nTemplat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.\nPelaporan PBD Tahap 1\n\n\n\nBorang Data Bagi Mata Pelajaran Untuk Kegunaan di Google Drive\nBorang-Data-Bagi-Mata-Pelajaran-Untuk-Kegunaan-Di-Google-DriveDownload\n\nPanduan Menggunakan Google Drive (Pengisian Templat PBD Tahap 1)\nPanduan-Menggunakan-Google-Drive-Pengisian-Templat-PBD-Tahap-1\nPanduan-Menggunakan-Google-Drive-Pengisian-Templat-PBD-Tahap-1Download\n\nSURAT MAKLUMAN MUAT NAIK TEMPLATE PELAPORAN PBD TAHAP 1 VERSI TERJEMAHAN\nSurat-Makluman-Muat-Naik-Template-Pelaporan-PBD-Tahap-1-Versi-TerjemahanDownload\n\nSurat Pemakluman Perubahan Template Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap Satu\nSurat-Makuman-Perubahan-Templat-PBD-Tahap-1Download\n\nTEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 1 (TERJEMAHAN)\nTEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 1 Translation V3.1APR2020.xls\n\nTEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 2 (TERJEMAHAN)\nTEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 2 Translation V3.1APR2020.xls\nTEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 3 (TERJEMAHAN)\nTEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 3 Translation V3.1APR2020.xls\nSoalan Lazim (FAQ)\n1) Bagaimanakah PBD dilaporkan?\nTahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.\n2) Apakah Pertimbangan Profesional?\nPertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.\n3) Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?\nPihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.\n4) Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?\n\nBuku Panduan\nPortal http://bpk.moe.gov.my/\nJPN\nPPD\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/insentif-siswa-yayasan-perak/", "title": "Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak (Dalam dan Luar Negara)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak membuka permohonan bagi Bantuan Insentif Siswa (INSIS YP) bagi pelajar negeri Perak yang berkelayakan.\nIkuti perkongsian berikut untuk mengetahui mengenai program ini dengan lebih lanjut. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak?\n\n \nTahap Pengajian\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak?\nBantuan Insentif Siswa Yayasan Perak bertujuan bagi membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian sepenuh masa Semester Pertama di Tahun Pertama ke IPTA,IPTS, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak.\nBaca Juga : Permohonan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak\nTahap Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak memohon bantuan ini adalah :\n\n\n\n\n\n\nDalam Negara\n\nSijil\nSijil & Diploma Vokasional\nDiploma\nDiploma Lanjutan\nIjazah Sarjana Muda\nIjazah Sarjana\nIjazah Doktor Falsafah (PhD)\n\nLuar Negara\n\nDiploma\nDiploma Lanjutan\nIjazah Sarjana Muda\nIjazah Sarjana\nIjazah Doktor Falsafah (PhD)\n\n\nBagi pengajian LUAR NEGARA, pusat pengajian mestilah yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sahaja. \nPemohon yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar/ Mobiliti Pelajar/ Program Berkembar/ Latihan Industri di IPT Luar Negara tidak termaktub dalam bantuan ini.\nTarikh Permohonan \nTarikh permohonan bagi Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara dibuka sepanjang tahun. Namun, permohonan ditutup 3 BULAN daripada tarikh pendaftaran masuk IPT.\nSyarat Kelayakan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti yang termaktub di dalam Enakmen Negeri Perak No.1 Tahun 1952 para 4 (f)(i) iaitu :-\n\nPemohon dan ibu dan bapa lahir di Negeri Perak, atau :\nPemohon dan ibu dan bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau\nPemohon dan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\n\n2. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak (bagi INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK LUAR NEGARA).\n3. Isi rumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM5,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.\n4. Kemasukan pengajian SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA\u00a0 sahaja ke IPT yang tersenarai dalam negara.\n5. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA ke IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA.\n6. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (one-off)\nCara Memohon Tawaran Insentif Siswa Yayasan Perak\n\nCalon boleh lakukan permohonan secara atas talian dengan melayari pautan http://yayasanperak.gov.my/v5/permohonan-online/.\nKlik pada nama program \u2018Dermasiswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara\u2019.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga diminta untuk menghantar senarai dokumen ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online.\n\nMaklumat Permohonan yang DICETAK selepas membuat permohonan dan mendapat\u00a0sokongan PENGHULU/ KETUA KAMPUNG DAN perakuan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)\nSalinan\u00a0SURAT TAWARAN TERKINI\u00a0yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nSalinan\u00a0Pengesahan SETUJU TERIMA atau TOLAK Tawaran\u00a0yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nSalinan\u00a0KAD PENGENALAN\u00a0(Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nSalinan\u00a0Penyata Akaun Bank Pelajar\u00a0yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nSalinan\u00a0Slip \u2018Bank-In\u2019 Yuran Pendaftaran\u00a0yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nPENYATA PENDAPATAN\u00a0(Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas).Sekiranya\u00a0BEKERJA SENDIRI\u00a0atau\u00a0PESARA\u00a0sila kepilkan Salinan\u00a0Penyata Pencen Bulanan\u00a0atau dapatkan\u00a0Surat Pengesahan Pendapatan\u00a0daripada Penghulu/ Ketua Kampung.\nSalinan Surat Kematian atau Surat Bercerai\u00a0(jika berkaitan).\n\nDokumen-dokumen berikut perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui\u00a0POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER/PUSAT KHIDMAT DUN\u00a0selewat-lewatnya\u00a01 minggu\u00a0daripada tarikh permohonan. \nPermohonan yang\u00a0TIDAK LENGKAP atau TIDAK\u00a0disertakan dokumen yang diperlukan akan\u00a0DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.\nSemakan Permohonan\nPemohon boleh membuat semakan secara talian/ online dalam tempoh\u00a0SEBULAN\u00a0dari tarikh penghantaran dokumen dibuat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Insentif Siswa Yayasan Perak, sila hubungi 05-255 2929.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dos-penggalak-kedua-kkm/", "title": "Dos Penggalak Kedua Covid-19: Kelayakan, Syarat & Selang Masa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKKM Tawar Pemberian Dos Penggalak Kedua COVID-19 Kepada Golongan Berisiko Tinggi dan Pengembara\nPerlukah kita ambil dos penggalak kedua?\nAdakah ianya diwajibkan?\nSiapa yang disyorkan untuk mengambil dos kedua booster ini?\nDi sini kami kongsikan info lanjut untuk makluman bersama.\nIndividu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak pertama telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu (waning imunity) terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko kumpulan ini untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 masih tinggi. \n\n\n\n\n\n\nOleh itu, pengambilan pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah digalakkan bagi kumpulan ini.\nDikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.\nKKM juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara SUKARELA.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nGolongan Yang Digalakkan Untuk Mengambil Dos Penggalak Kedua\n\n \nJenis Vaksin Yang Disediakan\n\n \nTempoh / Selang Masa Dos Penggalak Kedua\n\n \nCara Daftar Temujanji Dos Penggalak Kedua Di MySejahtera\n\n \nAdakah Ia Wajib?\n\n\nGolongan Yang Digalakkan Untuk Mengambil Dos Penggalak Kedua\nIndividu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos booster kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.\nMenurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludddin, keputusan itu dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian-kajian santifik serta kajian kohort Malaysia yang menunjukkan bahawa individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan diabetis berisiko lebih tinggi untuk mendapat gejala serius dan kematian dalam COVID-19.\nSelain itu, individu \u2018moderate or severe immunocompromised\u2019 berumur 12 tahun dan ke atas boleh diberikan dos booster dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.\n\nBaca juga: \nSOP Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital KerajaanSyarat Penjaga & Pelawat Hospital KKM (Berkuatkuasa 23 April 2022)\nJenis Vaksin Yang Disediakan\nBuat masa ini, vaksin mRNA Comirnaty (Pfizer-BioNTech) merupakan vaksin yang disyorkan bagi dos booster kedua berdasarkan data saintifik yang tersedia.\nTempoh / Selang Masa Dos Penggalak Kedua\nKumpulan umur 60 tahun ke atas4-6 bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertamaKumpulan umur 18-59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk4-6 bulan selepas menerima dos penggalak pertamaSelepas berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar\n*seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain\nBagi individu berumur 60 tahun dan ke atas yang telah lengkap mengambil suntikan penggalak dan didapati mengalami jangkitan COVID-19, mereka layak menerima booster kedua, tiga bulan selepas mereka pulih sepenuhnya.\nIndividu yang ingin ke luar negara pula boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya satu bulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara.\n\nCara Daftar Temujanji Dos Penggalak Kedua Di MySejahtera\nBerikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan pautan janji temu dos penggalak kedua, yang hanya diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas. \nPautan janji temu ini boleh didapati pada garis masa vaksinasi di aplikasi MySejahtera. \nBuat masa ini, hanya vaksin Pfizer yang diberikan bagi dos penggalak kedua.\nSila rujuk infografik berikut.\n\nAdakah Ia Wajib?\nBooster dos kedua adalah pilihan individu tanpa arahan pengambilan wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nSyor terbaharu ini tidak akan menjejaskan status vaksinasi lengkap individu berisiko tinggi yang tidak mengambil dos kedua tersebut.\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengemas kini Garis Panduan Klinikal yang akan memperincikan perlaksanaan tersebut.\nSumber: Berita RTM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dividen-sspn/", "title": "Kadar Dividen SSPN 2022 & Semakan Penyata Terkini 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 & Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2022 sebanyak 3.05 peratus.\nDalam masa yang sama, PTPTN turut mengumumkan Ganjaran Kesetiaan 2023 sebanyak satu peratus bagi pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime dari tahun 2004 hingga 31 Disember 2019.\u00a0\nKempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 tersebut menawarkan peluang ganjaran sehingga RM8,000 dan tempoh kempen adalah dari 5 April hingga 31 Julai 2023.\u00a0\nMenteri Pendidikan Tinggi, YB Dato\u2019 Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan agihan dividen Simpan SSPN bagi tahun 2022 kepada pendeposit Simpan SSPN. \nTurut hadir YB Dato\u2019 Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato\u2019 Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Pengurusan Tertinggi KPT, Lembaga Pengurusan PTPTN serta Pengurusan PTPTN.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDividen SSPN\n\n \nKadar Dividen SSPN 2022 & Ganjaran Kesetiaan\n\n \nSemakan Penyata SSPN\n\n \nPanduan Mudah Daftar E-SSPN Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nDividen SSPN\nPendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.\nMajlis pengumuman dividen Simpan SSPN 2022 dan Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023.\nPendeposit Simpan SSPN boleh membuat semakan agihan dividen di penyata simpanan masing-masing secara dalam talian di portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN mulai 6 April 2023 (Khamis).\n\n\n\n\n\n\nKadar Dividen SSPN 2022 & Ganjaran Kesetiaan\nUntuk makluman dividen SSPN 2022 adalah 3.05% dan ganjaran kesetiaan adalah 1%.\nDividen ini akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.\nDividen ini naik 0.5 peratus berbanding tahun 2021 yang lalu.\n\nGanjaran Kesetiaan satu peratus bagi 2023 yang telah di umum tadi, memberi manfaat kepada pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.00. \nTempoh promosi bermula 5 April 2023 hingga 31 Julai 2023 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019.\nSemakan Penyata SSPN\nPenyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN mulai 6 April 2023.\nSila layari laman web rasmi : https://sspni.sspn.my/link/panduan-esspn\nE-SSPN Online dibangunkan oleh PTPTN untuk memudahkan pendeposit untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit dan lain-lain. \nAnda boleh rujuk panduan dibawah untuk membuat pendaftaran kali pertama. Jika anda telah mendaftar E-SSPN Online sila klik \u201cSemakan Penyata\u201d untuk akses.\nSemakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.\n\nPanduan Mudah Daftar E-SSPN Online\n1. Layari Portal Rasmi PTPTN, atau klik pada pautan dibawah:https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html\n2. Klik pada \u201cDaftar Pengguna Baru\u201d\n3. Masukkan No. Akaun SSPN\n4. Masukkan alamat email semasa pendaftaran SSPN secara online.\n5. Sila sahkan alamat email yang diberikan.\n6. Masukkan No. KP (Penerima Manfaat) semasa pendaftaran SSPN.\n7. Masukkan poskod. Poskod mestilah sama seperti pendaftaran akaun SSPN dibuat.\n8. Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456\n9. Sila sahkan kata laluan yang digunakan.\n*Masukkan kod abjad/angka yang dipaparkan pada skrin anda.\n10. Klik pada SIMPAN.\n11. Sila buka PETI MASUK email anda untuk semakan pengesahan pembukaan. Sila klik pada pautan berwarna biru untuk pengesahan.\nNota: Jika tiada dalam PETI MASUK, sila semak pada folder lain, seperti SPAM, Junk atau lain-lain.\nEmail digunakan adalah:\u00a0[email\u00a0protected]\n12. Masukkan No. Kad Pengenalan pendeposit tanpa \u201c-\u201c. Contoh: 861322035052\n13. Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan.\nSetelah berjaya log masuk, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.\n14. Klik pada No. Akaun SSPN untuk membuat semakan baki terperinci/terkini.\n15. Klik pada bahagian \u201cPengeluaran SSPN\u201d jika pendeposit ingin membuat pengeluaran.\nNota: Untuk kekal aktif minimum baki RM20 perlu ditinggalkan untuk pengeluaran.\n16. Pendaftaran direct debit jika pendeposit untuk membuat caruman bulanan, melalui potongan akaun bank.\n17. Penyata hasil untuk pendeposit mendapatkan bagi pelepasan cukai taksiran untuk gunaan pihak HASIL.\nMaklumat Lanjut\nKesetiaan pendeposit Simpan SSPN dihargai dengan pengumuman berita baik bagi tahun 2023 ini.\n\u200bJangan ketinggalan untuk menyaksikan Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 & Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 yang bakal disempurnakan oleh YB Dato\u2019 Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dan bersiaran secara langsung pada:\u200b\n\n\u200b\u00a05 April 2023 (Rabu)\u200b\n1.30 Tengah Hari\n\n\nFacebook PTPTNOfficial https://www.facebook.com/PTPTNOfficial\nFacebook MOHEOfficial https://www.facebook.com/MOHEOfficial\nYoutube PTPTN TV https://www.youtube.com/@PTPTNTV\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hdas-skim-bantuan-deposit-perumahan-sarawak/", "title": "HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHOUSING DEPOSIT ASSISTANCE SCHEME (HDAS) /SKIM BANTUAN DEPOSIT PERUMAHAN SARAWAK 2022\nSkim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak boleh mula dipohon mulai Januari ini.\nHDAS merupakan bantuan bayaran deposit sehingga RM10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli atau membina rumah kediaman.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim bantuan ini dan cara membuat permohonan serta projek perumahan terkini yang dibuka untuk pembelian.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSenarai Projek Terkini HDAS (Januari 2022)\n\n \nCara Permohonan\n\n\nApakah HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak)?\n HDAS merupakan bantuan bayaran deposit sehingga RM10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli atau membina rumah kediaman. \nSkim ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri khususnya golongan muda.\nSkim ini akan diuruskan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd dengan Kerajaan Sarawak akan membayar deposit rumah maksimum RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik.\nPermohonan bagi skim ini boleh dibuat menerusi pemaju yang tersenarai bagi projek yang diluluskan atau skim Mutiara Mortgage and Credit.\n\nBaca juga: \nBKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) 2022\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia berasal dari Sarawak.Permohonan mestilah berusia 21 tahun dan ke atas.Permohonan tidak berstatus bankrup.Semua jenis pembangunan perumahan yang dibiayai adalah di bawah Housing Development Corporation (HDC) dan skim rumah mampu milik yang telah diluluskan oleh Kerajaan.\nDokumen Yang Diperlukan\nSurat tawaran daripada Housing Development Corporation (HDC).Borang permohonan pembiayaan.Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.Bukti pendapatan (slip gaji, baucer pembayaran dsb..) termasuk penyata bank akaun.\nSenarai Projek Terkini HDAS (Januari 2022)\nSenarai terkini setakat hari ini 25 Januari 2022, senarai nama pemaju pemaju perumahan yang telah berdaftar dengan MUTIARA untuk program HDAS. \n\nSila hubungi pemaju pemaju berdekatan dengan anda untuk pertanyaan. \nCara Permohonan\nMereka yang berminat boleh menghantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Groud Floor of The Left Wing, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak dengan nombor telefon 082-313035 dan emel [email\u00a0protected].\n\nHubungi MUTIARA ditalian 082-313035 atau layari https://mutiaracredit.com.my/ untuk pertanyaan lanjut.\nHarap maklum.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-lain-lain-dan-kebenaran-tak-hadir-penjawat-awam/", "title": "Cuti Lain-Lain & Kebenaran Tidak Hadir Untuk Penjawat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelain cuti tahunan, cuti sakit, serta cuti tanpa rekod, terdapat kebenaran tidak hadir serta cuti lain-lain yang diperuntukkan untuk penjawat awam. \nTeruskan membaca untuk ketahui butiran mengenai kemudahan khas yang ditawarkan.\nBaca Juga : Cuti Tanpa Rekod Untuk Penjawat Awam (Syarat & Tempoh Cuti)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCuti Lain-Lain Untuk Penjawat Awam\n\n \ni) Cuti Menjaga Anak\n\n \nii) Cuti Kuarantin\n\n \niii) Cuti Haji\n\n \niv) Cuti Berkursus\n\n \nCuti Akademi Menghapuskan Cuti Rehat\n\n \nCuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan\n\n \nv) Cuti Khas Untuk Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus\n\n \nKebenaran Tidak Hadir\n\n \nPeraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Sebab Kecemasan Am\n\n \nSuami / Isteri Yang Dikehendaki Mengiringi Pegawai ke Majlis Rasmi\n\n \nKelayakan Pegawai Kerajaan Menghadiri Upacara Penganuegarahan Pingat /Darjah Kebesaran\n\n \nKebenaran Pulang Awal 1 Jam Bagi Pegawai Wanita Yang Mengandung\n\n\nCuti Lain-Lain Untuk Penjawat Awam\ni) Cuti Menjaga Anak \nSyarat-Syarat Umum\nTidak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat yang berkelayakan. Tidak menjejaskan kelayakan Cuti Separuh Gaji (PAC 13/51) dan Cuti Tanpa Gaji (PAC 14/52). Layak PGT secara isyarat tertakluk kepada maksimum 3 kali sepanjang tempoh perkhidmatan (Cuti Menjaga Anak (CMA) > 180 hari dalam 1 tahun kalendar). Pegawai tertakluk kepada semua peraturan yang berkuat kuasa termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tempoh percubaan pegawai dibekukan. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Pegawai hilang kekananan sepanjang tempoh CMA. Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat yang ditetapkan. Tempoh CMA tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan. Tempoh CMA adalah termasuk rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik tamat CMA atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak dan pegawai dikenehdaki mematuhinya. Pegawai boleh pada bila-bila masa dalam tempoh CMA memohon untuk memendekkan tempoh CMA sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh kembali. Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai kembali bertugas pada tarikh yang dipohon atau pada mana-mana tarikh, bergantung kepada kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pegawai. \nii) Cuti Kuarantin \nSyarat-Syarat\nPegawai (lantikan tetap dan contract of service) yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin. Pegawai hendaklah diberi hak penjagaan sekurang-kurangnya 1 bulan secara berterusan. \nJenis Penyakit \nPenyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Campak (Measles) ChickenpoxMalariaDifteriaDemam Denggi lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta.\n\nTafsiran Anak \n\n\n\n\n\n\nAnak kandung / anak tiri tanggungan / anak angkat de facto / anak angkat / anak pelihara Berumur di bawah 18 tahun / di bawah 21 tahun jika masih belajar. Tiada had umur \u2013 cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekali sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. \nKuasa Melulus : Oleh Ketua Jabatan dan direkod dalam BPK pegawai. \nSiapa Yang Tidak Layak Cuti Kuarantin? \nIbu dan bapa yang bimbang anaknya berjangkit dengan penyakit berjangkit. Ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi TASKA / sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin. Bagi setiap kes ATAU selama tempoh perakuan (atas nama anak) yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan / swasta. \nTempoh cuti adalah 5 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. \nBoleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan (tidak semestinya berturut-turut). \n\niii) Cuti Haji \nSyarat Kelayakan \nPegawai beragama Islam dan bertujuan untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah. Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan.Pegawai berjawatan sementara perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun secara berterusan.Pegawai berjawatan kontrak (warganegara) perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun. \nTempoh cuti : 40 hari termasuk cuti hujung minggu, kelepasan am dan cuti penggal persekolahan. \niv) Cuti Berkursus \nSyarat Kelayakan\nPegawai yang dipilih/ dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus, latihan atau pengajian Cuti bergaji penuh / separuh gaji / tanpa gaji. Cuti diambil untuk penjawat awam ikuti pengajian peringkat diploma / ijazah asas / kursus lanjutan. \nKategori Kursus \njangka Pendek ( 3 bulan dan ke bawah) Jangka Sederhana (3 bulan hingga 12 bulan) Jangka Panjang (12 bulan ke atas). \nCuti Akademi Menghapuskan Cuti Rehat \ni) Tempoh Kursus : 12 bulan ke bawah\nPegawai tak layak mendapat kemudahan Cuti Rehat dalam tempoh kursus. \nii) Tempoh Kursus : 12 bulan dan ke atas \nPegawai dianggap telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus. \nCuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan \nTempoh : tidak lebih 7 hari \nSyarat Kelayakan\nPegawai masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus Cuti perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan. \nv) Cuti Khas Untuk Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus\nCuti layak diambil oleh pegawai agensi awam / swasta / antarabangsa yang bertugas atau berkursus di dalam atau luar negara yang tempohnya melebihi 3 bulan. Dianugerahkan bantuan kewangan oleh kerajaan atau mana-manainstitusi dalam / luar negara yang menawarkan pembiayaan kursus. Pegawai disahkan menerima dan melapor diri mengikuti kursus di insitusi pengajian (perbelanjaan sendiri). Pegawai perlu berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas terutamanya yang melibatkan kepentingan jawatan tertentu. Tempoh : Tidak tertakluk. Syarat kembali bertugas 1 tahun untuk permohonan CTGIP berikutnya. Kuasa melulus oleh Ketua Jabatan\nKebenaran Tidak Hadir \nPeraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Sebab Kecemasan Am\nSyarat Kelayakan \nBanjir / tanah runtuh / gempa bumi / jambatan runtuh / lain-lain malapetaka dan bencana alam / Perintah Berkurung / Perintah Sekatan Am. Terhalang perjalanan ke tempat kerja.Bencana dan kemalangan ke atas peribadi / harta benda tidak termasuk dalam istilah kecemasan am dan perlu mohon Cuti Rehat. Pegawai perlu kemukakan borang perakuan sebaik sahaja kembali bertugas. Ketua Jabatan boleh membenarikan pegawai tidak hadir ke pejabat akibat kecemasan. Boleh memotong Cuti Rehat pegawai / Cuti Tanpa Gaji sekiranya tidak berpuas hati dengan perakuan pegawai. Perlu mengesahkan kejadian melalui Pegawai Daerah / Penghulu / Pejabat Polis / Jabatan Penerangan / Jabatan Kebajikan.\n\nSuami / Isteri Yang Dikehendaki Mengiringi Pegawai ke Majlis Rasmi \nMenyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan yang melibatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong / DYMM Sultan / TYT Yang Dipertua Negeri / YAB Menteri Besar / Ketua Menteri. Hanya Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, YB SUK Negeri, Ketua Jabatan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah (atau wakil masing-masiing) yang dititah /diarah dan dikehendaki membawa isteri / suami bagi menyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. \nKelayakan Pegawai Kerajaan Menghadiri Upacara Penganuegarahan Pingat /Darjah Kebesaran \nPerlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu sekiranya kehadiran diperlukan. Penerima dan tetamu dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun. \n\n\nKebenaran Pulang Awal 1 Jam Bagi Pegawai Wanita Yang Mengandung\nSyarat Kelayakan Untuk Pegawai Wanita Mengandung\nPegawai perkhidmatan awam memegang jawatan tetap dan kontrak (contract of service). Mengandung 5 bulan (22 minggu) dan ke atas. Bagi guru yang mengajar di sekolah / institusi pendidikan secara sepenuh masa, penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan. \nSyarat Kelayakan Untuk Suami Kepada Pegawai Perkhidmatan Yang Mengandung\nSuami (penjawat awam) dan bekerja di lokasi berdekatan. Pulang bersama isterinya yang mengandung 5 bulan ke atas bagi membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan. Tertakluk isteri pegawai telah diuluskan untuk menggunakan kemudahan ini. \nTempoh Pelepasan : 1 jam daripada waktu bekerja\nBoleh digunakan pada bila-bila masa, bermula usia kandungan 5 bulan. \nTempoh kemudahan kebenaran meninggakan pejabat tempoh 4 jam adalah termasuk dalam tempoh penggunaan kemudahan ini. \nPada bulan Ramadhan, pegawai boleh memilih untuk menggunakan kemudahan ini ATAU WPP Bulan Ramadhan. \nCuti lain-lain serta kebenaran bersyarat yang ditawarkan pasti bakal memberi manfaat kepada setiap penjawat awam.\nUntuk keterangan lanjut, sila rujuk ke Bahagian Sumber Manusia di Jabatan masing-masing.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eppax/", "title": "ePPAx: Syarat & Permohonan Penggajian Pekerja Asing Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nePPAx atau Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu\u00a0merupakan satu\u00a0platform\u00a0yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan proses permohonan penggajian pekerja asing oleh majikan yang merangkumi pelbagai jenis mekanisma pengambilan yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.\nePPAx juga seiring dengan kemajuan teknologi dimana bagi memudahkan proses pengambilan pekerja warga asing dilakukan oleh majikan secara dalam talian sahaja.\nSistem ini bukanlah baru sebaliknya telah diperkenalkan dan digunakan secara menyeluruh sejak tahun 2013 lagi.\nPembangunan sistem ini melibatkan kerjasama di antara Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan pekerja asing di Semenanjung Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah ePPAx ?\n\n \nSasaran Pengguna\n\n \nDaftar & Log Masuk ePPAx\n\n \nSyarat & Proses Permohonan Pekerja Asing Melalui ePPAx\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah ePPAx ?\nPlatform\u00a0secara atas talian seperti ePPAx amat signifikan bagi melancarkan serta mempercepatkan proses pengendalian permohonan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).\n\n\n\n\n\n\nIni seterusnya memabantu mencapai sasaran tempoh masa pengeluaran sokongan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada tahun 2011.\u00a0\nSelain itu,\u00a0platfom\u00a0ini juga dibangunkan untuk mengawal serta mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa di setiap peringkat terlibat dalam pemberian sokongan dan kelulusan penggajian pekerja asing. \nSistem ini dibangunkan dengan hasrat untuk mengelakkan pemalsuan dokumen permohonan dan penipuan data/maklumat majikan serta memudahkan pemantauan terhadap isu-isu perburuhan dan urusan-urusan berkaitan penggajian pekerja oleh pelbagai pihak.\nSasaran Pengguna\nSistem ePPAx dibangunkan untuk sasaran pengguna berikut:\n\nMajikan swasta\nPegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)\nPegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN)\nAgensi Kawal Selia (AKS) bagi setiap sektor terlibat dalam penggajian pekerja asing\n\nBagi mengelakkan pemalsuan dokumen pekerja dan pnipuan data/maklumat majikan, ini, sistem ePPAx menjalinkan kerjasama dengan Agensi/Jabatan berkaitan menerusi integrasi pelbagai sistem.\nMenerusi integrasi dengan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), majikan yang disenarai hitam akan dihalang daripada meneruskan permohonan di Sistem ePPAx.\u00a0\nMenerusi integrasi dengan\u00a0Centralize Information Management System\u00a0(CIMS) di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bilangan kuota kelayakan bagi sektor pembinaan akan dikira dan disyorkan oleh pihak CIDB berdasarkan kelayakan sebenar majikan.\nBaca lagi: Cara Daftar CIDB, Renew Online, Semakan Kursus & CCD Point\nIntegrasi Sistem ePPAx dengan sistem-sistem berkaitan sentiasa ditambahbaik mengikut keperluan bagi memenuhi keputusan-keputusan terkini Kerajaan berkaitan pengurusan pekerja asing.\nDaftar & Log Masuk ePPAx\nSistem ePPAx boleh diakses di alamat https://www.eppax.gov.my/\nDi halaman hadapan laman web tersebut, pengguna (pemohon) boleh log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.\nBagi pengguna, klik pada \u201cDaftae Baharu\u201d pada borang log masuk tersebut.\nSyarat & Proses Permohonan Pekerja Asing Melalui ePPAx\nKerajaan telah menetapkan pra syarat kepada majikan yang berhasrat untuk memohon atau sedang menggajikan pekerja asing seperti berikut:\n\nMengiklankan kekosongan jawatan dalam tempoh 30 hari sebelum permohonan dibuat\nMembuat pembayaran gaji pekerja asing melalui bank\nMenyediakan penginapan kepada semua pekerja asing yang digajikan\nMemastikan semua pekerja asing bercarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)\n\nBagi majikan yang masih baru, sila rujuk infografik di bawah untuk proses pekerja warga asing. \n\nMaklumat Lanjut\n\nPENDAFTARAN MAJIKAN: LIHAT MANUAL\nPERMOHONAN BAHARU :\u00a0LIHAT MANUAL\nPERMOHONAN RAYUAN :\u00a0LIHAT MANUAL\nPEMBATALAN PERMOHONAN :\u00a0LIHAT MANUAL\nKALKULATOR SEMAKAN KELAYAKAN :\u00a0LIHAT MANUAL\nMEJA BANTU :\u00a0LIHAT MANUAL\nMOBILE APPS :\u00a0LIHAT MANUAL\nPELAPORAN DAN DASHBOARD :\u00a0LIHAT MANUAL\nPERMOHONAN PERMIT :\u00a0LIHAT MANUAL\nKEMASKINI MAKLUMAT VDR DAN BAYARAN LEVI :\u00a0LIHAT MANUAL\n\nUnit Kawalselia dan Penggajian Pekerja AsingBahagian Pekerja AsingJabatan Tenaga Kerja Semenanjung MalaysiaAras 5, Blok D3, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62530 Putrajaya,Wilayah Persekutuan PutrajayaNo Telefon:\u00a003-8886 5192Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/selangor-saring/", "title": "Program Selangor Saring : Pengesanan Awal Penyakit Penduduk Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Selangor baru-baru ini telah mengumumkan program Saring Selangor yang bakal memberikan manfaat kepada ramai rakyat Selangor.\nPengumuman ini dibuat melalui Belanjawan Selangor 2022 di mana sejumlah RM 3.4 juta akan dibelanjakan bagi tujuan ini.\nSejumlah RM 1.5 juta diperuntukkan bagi saringan penyakit kronik, RM 800 000 bagi saringan pelbagai jenis kanser, RM 100 000 bagi kesihatan mata, dan RM 300,000 diperuntukkan bagi intervensi obesiti.\nMelalui pengumuman program ini, diharapkan sasaran seramai 39 ribu penduduk di Selangor yang layak di kesemua 56 DUN di negeri Selangor akan mendapat manfaatnya.\n\n\n\n\n\n\nProgram saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang seseoran individu itu untuk sembuh. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif program\n\n \nJenis-jenis penyakit disaring\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara pendaftaran\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nObjektif program\n\nMencegah sememangnya lebih baik daripada mengubati penyakit.\nMelalui program ini, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:\nPenyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darahtinggi dan buah pinggang.Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.\nJenis-jenis penyakit disaring\n\nBerikut merupakan kategori penyakit yang difokuskan bagi program Selangor Saring ini.\nKategori A: Penyakit Tidak Berjangkit\nJantungDarah TinggiKencing ManisBuah Pinggang\nKategori B: Kanser\nKolorektalProstatServiksPayudara\nKategori C: Mata\nRabunGlaucomaRetina\nSyarat kelayakan\nUntuk makluman, program ini bukanlah untuk kesemua rakyat Selangor sebaliknya individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.\nProgram ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.\nSekiranya anda mempunyai ibu bapa atau kenalan yang tergolong dalam kategori individu yang layak untuk program saringan ini, sila maklumkan pada mereka untuk mendaftarkan diri.\nCara pendaftaran\nPendaftaran bagi program Selangor Saring ini boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah mulai 6 Mei 2022.\nSementara itu, maklumat lanjut berkenaan program ini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi program ini di alamat https://selangorsaring.selangkah.my/\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh berhubung dengan urusetia bertugas di talian Hotline Selcare di talian 1-800-22-6600\nSelain itu, anda boleh juga menggunakan Telegram Khidmat Pelanggan Selangkah di pautan\u00a0https://t.me/SELANGKAHMY_bot\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-perakuan-nikah-selangor/", "title": "Permohonan / Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Negeri Selangor (JAIS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan / Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Negeri Selangor\nKad Perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan. \nKad nikah ini lebih memudahkan pasangan yang bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang didaftarkan di negeri Selangor untuk membawanya bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.\nBerikut dikongsikan cara untuk anda memohon kad perakuan nikah pintar bagi negeri Selangor serta pautan temujanji untuk mengambil kad pintar tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Permohonan / Gantian Kad Nikah Pintar Selangor\n\n \nSyarat Permohonan / Gantian\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nHarga / Caj Bayaran\n\n \nWaktu Operasi Kaunter\n\n \nJANJI TEMU PERMOHONAN / GANTIAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR\n\n \nPautan Janji Temu\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nJANJI TEMU PENGAMBILAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR\n\n \nPautan Janji Temu\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Permohonan / Gantian Kad Nikah Pintar Selangor\nKad Perakuan Nikah Pintar boleh dimohon di:\nKaunter One Stop Centre (OSC),Aras Bawah (G), Menara Selatan,Jabatan Agama Islam Selangor,Bangunan Sultan Idris Shah,Persiaran Masjid Bukit SUK,40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.\nNOTA: Dalam tempoh PPN ini, permohonan / gantian kad nikah boleh dibuat di Jabatan Agama Islam Selangor dengan temujanji terlebih dahulu (rujuk cara buat temujanji online dan pautan di bawah).\n\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan / Gantian\nPermohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Selangor sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Selangor.Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).\nContoh kad nikah pintar Selangor\nBaca juga: \u00a0SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia\nDokumen Yang Diperlukan\nSatu salinan Surat Perakuan Nikah (suami ATAU isteri)Gambar berukuran passport:Suami (1 keping, pakaian bersesuaian)Isteri (1 keping, pakaian menutup aurat & bertudung litup)Bayaran tunaiRM40.00 untuk 2 keping kad(suami dan isteri)Bayaran tunai dijelaskan di kaunter semasa permohonan dibuat\nHarga / Caj Bayaran\nBayaran untuk mendapatkan kad perakuan nikah adalah RM40.00 SAHAJA (untuk 2 keping kad suami dan isteri).\nPemohon boleh mengambil Kad Perakuan Nikah Pintar di\u00a0Kaunter OSC selepas 10 hari waktu bekerja\u00a0(tidak termasuk cuti am) dengan membawa\u00a0resit pembayaran.\nWaktu Operasi Kaunter\nIsnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) : 8.00 pagi \u2013 4.30 petang\n\nJANJI TEMU PERMOHONAN / GANTIAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR\nJanji temu ini adalah bagi urusan Permohonan Baru / Gantian Kad Perakuan Nikah di One Stop Centre (OSC), JAIS Shah Alam sahaja.\nTuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.\nKebenaran masuk ke kaunter bagi tujuan permohonan kad hanya kepada mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.\nPautan Janji Temu\nIsikan borang permohonan di pautan berikut untuk urusan Permohonan Baru / Gantian Kad Nikah Pintar Selangor :\u00a0https://bit.ly/3u6sfRg\nDokumen Yang Diperlukan\nSila sediakan dan kemukakan dokumen berikut di kaunter yang berkenaan:\na) Salinan (fotostat) Surat Perakuan Nikah lelaki ATAU perempuan (depan DAN belakang)b) Gambar lelaki berukuran passport \u2013 1 KEPING (RAMBUT TIDAK PANJANG DAN TIDAK BERWARNA)c) Gambar perempuan berukuran passport \u2013 1 KEPING (WAJIB BERTUDUNG LITUP)d) Bayaran untuk 2 keping kad RM40.00 SAHAJA\nPENTING:\n* Kad siap SELEPAS 10 HARI waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima.\n* Kad yang tidak dituntut LEBIH DARI 2 TAHUN akan DILUPUSKAN.\n* Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-5514 3468 atau emel kepada [email\u00a0protected]\nJANJI TEMU PENGAMBILAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR\nJanji temu ini adalah bagi urusan mengambil Kad Perakuan Nikah yang telah dipohon di One Stop Centre (OSC), JAIS Shah Alam.\nTuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.\nKebenaran masuk ke pejabat bagi tujuan pengambilan kad hanya kepada mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.\nSila bawa resit atau salinan kad pengenalan.\nPautan Janji Temu \nIsikan borang permohonan di pautan berikut untuk urusan Pengambilan Kad Nikah Pintar Selangor :\u00a0https://bit.ly/2WnsHOM\nSebarang pertanyaan sila hubungi 03-5514 3468 atau emel kepada [email\u00a0protected]\nBaca juga: Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Golongan B40\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi [email\u00a0protected] atau telefon 03-5514 3600 \nSila dapatkan janji temu anda sekarang. \nLink Permohonan Baru/Gantian Kad : https://bit.ly/3u6sfRgLink Pengambilan Kad : https://bit.ly/2WnsHOM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ezyq-maybank/", "title": "Maybank EzyQ: Cara Buat Temujanji Online Untuk Urusniaga Di Kaunter", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUAT TEMUJANJI ONLINE MAYBANK MELALUI MYEZYQ\nBagi menyokong usaha membendung pandemik ini dan menjaga keselamatan pelanggan dan kakitangan, cawangan Maybank akan beroperasi secara temu janji sahaja mulai 2 Jun 2021 sehingga diberitahu kelak, manakala beberapa cawangan akan ditutup buat sementara waktu.\nAnda boleh membuat temu janji secara dalam talian dengan mudah melalui Maybank EzyQ di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u (maybank.my/ezyq). \nWarga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil akan terus diberi keutamaan perkhidmatan dan layanan khas walaupun tanpa janji temu.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan EzyQ Maybank.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah EzyQ Maybank?\n\n \nCara Buat Temujanji Online Untuk Berurusan Di Kaunter Maybank\n\n \nUrusniaga Yang Boleh Dibuat Melalui EzyQ Maybank\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah EzyQ Maybank?\nMaybank telah melancarkan MaybankEzyQ untuk melancarkan proses temu janji.\nPelanggan boleh menetapkan hari dan waktu yang diingini untuk melakukan temu janji dengan wakil bank mereka menerusi aplikasi Maybank2U.\nBaca juga: Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja\n\nCara Buat Temujanji Online Untuk Berurusan Di Kaunter Maybank\nRujuk langkah di bawah untuk mengetahui cara buat temujanji online Maybank.\nLayari https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/Nyatakan perkhidmatan perbankan yang diperlukan.Pilih cawangan yang ingin dikunjungi. * (Sila rujuk cawangan yang buka dan beroperasi di bawah)Pilih tarikh dan waktu yang sesuai.Isikan maklumat peribadi dan hantar.Anda akan menerima e-mel pengesahan untuk nombor rujukan temujanji anda. Tunjukkan nombor rujukan ini kepada staf apabila anda hadir ke cawangan untuk urusniaga di kaunter.\nNOTA:\nDalam tempoh PKP Penuh, semua cawangan Maybank beroperasi dari jam 9:30 pagi hingga 2:00 petang sahaja.\nJanji temu juga boleh dibuat sehingga 15 hari lebih awal dari lawatan yang dijadualkan melalui MaybankEzyQ.\nPara pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai cawangan Maybank yang beroperasi dalam tempoh PKP ini boleh melayari laman sesawang rasmi https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/personal/announcement/2020/Mbb-Branch-List_Covid-19\n\n\n\n\n\nUrusniaga Yang Boleh Dibuat Melalui EzyQ Maybank\nAntara transaksi yang boleh dilakukan menerusi temu janji EzyQ ialah\u00a0:\nmembuka akaunpertanyaan mengenai kad debit pertanyaan mengenai produk\nEzyQ boleh diakses terus dari laman Maybank2U sahaja pada waktu ini dan tidak menerusi aplikasi.\nSelain mengurangkan risiko jangkitan Covid di kalangan pelanggan, MaybankEzyQ akan membantu juga mengurangkan tempoh menunggu keran slot pertemuan dengan wakil bank telahpun ditempah terlebih dahulu.\nBaca juga: SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online (2021)\nMaklumat Lanjut\nAnda digalakkan untuk melakukan transaksi perbankan melalui saluran digital Maybank dari kediaman anda dengan selamat.\nUntuk bantuan penggunaan Maybank EzyQ, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-pinjaman-yayasan-pahang-40-peratus/", "title": "Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBersempena ulangtahun Yayasan Pahang yang ke 40 (1982-2022), Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40% bayaran balik pinjaman kepada peminjam-peminjam.\nUntuk makluman, pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.\nSejak penubuhannya sehingga kini (1982 \u2013 2021), Yayasan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan bagi manfaat 1.684 juta orang penerima di seluruh Pahang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang diskaun ini, khususnya untuk peminjam-peminjam Yayasan Pahang.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kempen Diskaun 40% Yayasan Pahang?\n\n \nTempoh Pembayaran Diskaun\n\n \nCara Semakan Penyata Pinjaman Yayasan Pahang\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Kempen Diskaun 40% Yayasan Pahang?\nDiskaun 40 peratus ini akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.\n\n\n\n\n\n\nLangkah ini merupakan tanda kerprihatinan Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu para peminjam menyelesaikan baki pinjaman sekali gus membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Pahang berpeluang membuat pinjaman dengan Yayasan Pahang bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.\nLangkah ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam-peminjam yang terkesan akibat penularan COVID-19 sejak 2 tahun lalu serta ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.\n\nTempoh Pembayaran Diskaun\nBayaran balik boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022 untuk mendapat diskaun ini.\nCara Semakan Penyata Pinjaman Yayasan Pahang\nPenyata pinjaman dan jadual bayaran balik boleh diperolehi secara atas talian di laman web rasmi Yayasan Pahang https://www.yp.org.my atau terus ke pautan https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx\nRujuk info di bawah untuk langkah-langkah membuat semakan.\nLANGKAH 1\nTuan/Puan boleh menyemak penyata bayaran balik melalui atas talian\u00a0dengan log masuk id pengguna dan kata laluan menggunakan nombor kp peminjam cth:890603065194\n\nLANGKAH 2\n\nLANGKAH 3\n\nLANGKAH 4\n\nLANGKAH 5\n\nLANGKAH 6\n\nLANGKAH 7\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang kesulitan tuan/puan boleh berhubung terus melalui talian 09-5181800 / 09-5181885 / 09-5181886/ 09-5181882 / 09-5181883 / 09-5181898 / 09-5181820.\n*Tertakluk kepada terma dan syarat.\nFacebook: Yayasan Pahang\nBaca juga: \nPermohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022DB40 : Program Dermasiswa B40 JPA 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perodua-alza-2022/", "title": "Perodua Alza 2022 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & Warna", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerodua Alza 2022 Serba Baharu, dengan fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan, kini dibuka untuk tempahan\nPerodua secara rasmi menerima tempahan untuk Perodua Alza Serba Baharu pada 23 Jun 2022 dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.\nIa juga telah \u2018mendarat\u2019 dan dilancarkan di Malaysia pada hari ini, 20 Julai 2022.\nDifahamkan setakat hari ini Perodua telah menerima lebih 30,000 tempahan model terbaru ini!\nDengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Malaysia Barat, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza 2022 Serba Baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.\nBerikut dikongsikan info lanjut dan butiran tentang Perodua Alza 2022 ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCiri Rekabentuk Terbaru Perodua Alza 2022\n\n \nHarga & Varian Perodua Alza 2022\n\n \nWarna\n\n \nCiri Keselamatan\n\n \nMaklumat Lanjut & Tempahan\n\n\nCiri Rekabentuk Terbaru Perodua Alza 2022\n\u201cKami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak para pelanggan kami, dan Perodua Alza Serba Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu,\u201d kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato\u2019 Zainal Abidin Ahmad.\n\u201cSalah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik, dan untuk itu, kami telah menambahbaik Ground Clearance Perodua Alza Serba Baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan untuk sebuah MPV,\u201d katanya berkata.\nFoto kredit: Pandulaju.my\nFoto kredit: Pandulaju.my\nFoto kredit: Pandulaju.my\nRUANG LEBIH BESARPENYAMAN UDARA BAHAGIAN BELAKANG\nDato\u2019 Zainal berkata Perodua Alza Serba Baharu mempunyai ruang yang lebih besar berbanding pendahulunya, terutama sekali di barisan ketiga ruangan kenderaan serta unit penyaman udara bahagian belakang.\nKECEKAPAN BAHAN API DIPERTINGKAT\n\u201cSelain itu, potensi kecekapan bahan api Perodua Alza Serba Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter, yang juga antara yang terbaik dalam kelasnya (MPV),\u201d kata beliau.\nKAPASITI BAGASI\nUntuk ruang penyimpanan, Perodua Alza Serba Baharu mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.\n4 KATEGORI PSDA\nPerodua Alza Serba Baharu turut didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.\n\n\n\u201cPerubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,\u201d kata Dato\u2019 Zainal.\nCiri-ciri terkini bagi model Perodua termasuk Pandangan Panoramik 360\u2070, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.\n\n\n\nBaca juga: \nPerodua Ativa (D55L) : Senarai Harga, Gambar Interior & ExteriorHarga Kereta Perodua Bezza Baru (Model Terkini 2022)Proton X70 2022 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi\nHarga & Varian Perodua Alza 2022\nHarga 3 Varian Perodua Alza Baru :\nPERODUA ALZA 1.5 X AT \u2013 RM 62,000PERODUA ALZA 1.5 H AT \u2013 RM 68,000PERODUA ALZA 1.5 AV AT \u2013 RM 75,000\n*Harga di atas adalah tanpa SST\n**Pengecualian cukai SST ditawarkan kepada pembeli sebelum 30 Jun 2022 dan pendaftaran kenderaan hendaklah sebelum 31 Mac 2023.\n\n\n\n\nWarna \nNEW ALZA 1.5X CVTNEW ALZA 1.5 H CVTNEW ALZA 1.5AV CVT\nPerodua Alza Serba Baharu didatangkan dalam 5 warna: \nIvory White, Glittering Silver, Garnet Red, Elegant Black (BAHARU) dan Vintage Brown (BAHARU).\n\nCiri Keselamatan\nAntara ciri keselamatan standard model baharu ini termasuk 6 bag udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta.\nSelain itu, Perodua Alza Serba Baharu menyeragamkan ciri Advanced Safety Assist\u201d atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert.\nSemua varian juga mempunyai sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention. Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.\nMaklumat Lanjut & Tempahan\nPara pelanggan dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana daripada 188 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara atau layari laman web rasminya untuk maklumat lanjut : https://www.perodua.com.my/our-models/new-alza.html\nTempahan online: https://bit.ly/PeroduaBookOnline\nSumber: Siaran Media Perodua Alza Baharu 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sppim-pendaftaran-perkahwinan-online/", "title": "SPPIM: Cara Daftar Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin Islam Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, Sistem Pendaftaran Pernikahan kini boleh dibuat secara online melalui SPPIM, iaitu laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).\nDisini dikongsikan maklumat lanjut tentang SPPIM dan cara-cara untuk mendaftar perkahwinan di laman sesawang tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPPIM?\n\n \nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Secara Online Di SPPIM\n\n \ni) Permohonan Berkahwin Online\n\n \nii) Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online\n\n \niii) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara\n\n \niv) RundingCara Online\n\n \nCara Pendaftaran SPPIM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SPPIM?\nSistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)\u00a0merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur. \nModul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Secara Online Di SPPIM\nBerikut adalah perkhidmatan online yang boleh dilakukan di laman web SPPIM:\ni) Permohonan Berkahwin Online\nPasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. \n\n\n\n\n\n\nPermohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri \u2013 negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.\nPermohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di :\nNegeri SembilanMelakaPerlisKedahPerakWilayah Persekutuan Johor \nWalaubagaimanapun, kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.\nii) Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online\nPendaftaran PraPerkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.\nPemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran. \nPendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri berikut:\nNegeri SembilanMelaka Perlis\nNamun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.\niii) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara\nModul NCR Luar Negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia. \nAnda boleh memilih perihal urusan yang diperlukan mengikut kategori berikut:\nPENGESAHAN KEBENARAN & STATUSPengesahan ke atas Dokumen Kebenaran Berkahwin atau pengesahan status diri pemohon sama ada belum atau telah berkahwin dan tiada halangan untuk berkahwin dari pejabat kedutaan. Permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri.PENGESAHAN DOKUMEN NIKAHPengesahan Dokumen Pernikahan adalah merupakan satu perakuan daripada Pejabat Perwakilan Malaysia terhadap mana-mana dokumen pernikahan yang telah dikeluarkan oleh Badan, Majlis atau Institusi Agama di luar negara yang menguruskan perkahwinan pasangan berkenaan. Pengesahan ini tidak mengesahkan keabsahan perkahwinan dari sudut syarak.KETERANGAN NCRKeterangan Nikah, Cerai dan Rujuk adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia berdasarkan maklumat daripada Surat Perakuan Nikah, Surat Perakuan Cerai atau Surat Persekedudukan Semula (Ruju\u2019) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kegunaan semasa tinggal di negara berkenaan.\u00a0\nBaca juga: Daftar Sistem Temujanji Online Jabatan Imigeresen Malaysia (STO)\niv) RundingCara Online\nRundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri \u2013 negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.\nPemohon juga boleh mendapatkan temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah. \nPermohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi negeri berikut:\nNegeri SembilanMelakaPerlisKedahPerak Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).\nCara Pendaftaran SPPIM\nCara daftar Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia adalah seperti berikut:\nLayari laman web http://www.sppim.gov.myPilih menu Benar Nikah OnlinePilih butang Permohonan BaruTekan butang SeterusnyaIsi maklumat bertanda (*) di ruangan lelaki pepermpuan, maklumat kebenaran dan waliKlik butang Seterusnya dan HantarKlik butang Saya Bersetuju dan tekan HantarCetak Borang dan Senarai Semak. Hantar ke Pejabat Kadi bersama dokumen.\n\nBaca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh menghubungi :\nNegeri Sembilan : 06-6771352\u00a0Melaka : 06-333 3333 samb 5630 / 5631 / 5634Perlis : 04-979 4401, Kedah : 04-774 5530 / 5423 / 5424, Perak : 05-208 4853Wilayah Persekutuan : 03-2274 9333 samb 3312 / 3306JAKIM : 03-8870 7527 / 7528\nMasa : 09:00 pagi \u2013 04:00 petang | Email : [email\u00a0protected]\nhttp://www.sppim.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/yayasan-sabah/", "title": "Tawaran Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYayasan Sabah baru sahaja mengumumkan berita baik buat pelajar anak jati Sabah atau ibu bapanya yang berasal dari Sabah kerana tawaran tajaan biasiswa dan pinjaman Pengajian Tinggi bagi siri tahun 2022 baru sahaja dibuka.\nPemohon yang berkelayakan boleh memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.\nArtikel berkaitan: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenali Yayasan Sabah\n\n \nSyarat permohonan\n\n \nJenis tajaan\n\n \nKelayakan akademik\n\n \nCara permohonan\n\n\nKenali Yayasan Sabah\nYayasan Sabah, hari ini secara rasminya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No 8 Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966.\nIndividu di sebalik penubuhan Yayasan Sabah ialah Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, yang berwawasan untuk mempromosikan kesedaran Malaysia di kalangan rakyat Sabah. \nObjektif yayasan adalah menyediakan kemudahan pendidikan dan pendidikan untuk semua rakyat Malaysia di Sabah; mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat di Sabah, dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa bencana alam.\nSyarat permohonan\nHanya pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja yang akan dipertimbangkan permohonan mereka:\n(i) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah; atau(ii) Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari negeri Sabah; atau(iii) Pemohon, ibu atau bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.\nJenis tajaan\n\nBiasiswaBiasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian IslamBiasiswa Ulum IslamiahBiasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-KanakBiasiswa IPTA/IPTSBiasiswa Pelancongan/PerhotelanDermasiswaDermasiswa YSCT/Politeknik/UiTMDermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)Pinjaman Pengajian \u2013 Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa /Biasiswa.\nKelayakan akademik\nPihak Yayasan Sabah telah menetap syarat kelayakan akademik yang spesifik untuk setiap biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian yang ditawarkan. \nUmntuk syarat kelayakan akademik secara spesifik, sila rujuk Iklan Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022 di pautan berikut http://www.yayasansabahgroup.org.my/docs/documents/2022/IKLAN%20PERMOHONAN%20Tajaan%20Biasiswa%20%20Pinjaman%20Pengajian%20SIRI%202%202022%20-%2016%20Jun%20Daily%20Express%20(2).pdf\nCara permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di http://www.yayasansabahgroup.org.my melalui pautan https://ysedu-online.net.my/.\nPemohon perlu mendaftar dengan e-mel peribadi. \nSila maklum bahawa borang permohonan secara dalam talian (online) ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer riba(laptop) atau komputer peribadi (PC) dan menggunakan pelayar Google Chrome.\nSila klik \u201cDAFTAR AKAUN\u201d dan isi kan nama, nombor MyKad, e-mel yang sah dan juga negeri asal / daerah asal.Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, sila tekanbutang \u201cDaftar\u201d.Selepas daftar, pemohon akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan Kata Laluan (password).Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian (Online).Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yangdisediakan sebelum menekan butang \u201cHANTAR\u201d.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/le-tour-de-langkawi/", "title": "Le Tour de Langkawi 2022 : Jadual Perlumbaan & Trek Laluan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLe Tour de Langkawi merupakan sebuah acara lumba basikal yang sudah lama dianjurkan di Malaysia dan mempunyai reputasi yang baik dalam kalendar basikal antarabangsa.\nTrek atau laluan acara Le Tour de Langkawi akan melalui beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan akan tamat d Langkawi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Le Tour De Langkawi\n\n \nFormat Acara LTDL 2022\n\n \nJadual & Trek Laluan\n\n \nMakluman Penutupan Jalan\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 1\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 2\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 3\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 4\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 5\n\n \nPenutupan Lebuhraya LEKAS\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 6\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 7\n\n \nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 8\n\n \nIkuti Perkembangan Terkini\n\n\nLatarbelakang Le Tour De Langkawi \nTour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia dan ia dinamakan sempena kepulauan Langkawi, di mana edisi pertama bermula dan berakhir. \nPerlumbaan ini telah diadakan setiap tahun sejak 1996, terutamanya pada bulan Februari. \nIa biasanya terdiri daripada segmen (peringkat) selama 10 hari selama 10 hari, tetapi telah dikurangkan kepada lapan peringkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. \nWalaupun laluan berubah setiap tahun, pendakian Genting Highlands, yang paling sukar dalam acara ini , sentiasa disertakan. \nTour de Langkawi diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan jalan raya 2.HC dalam kalendar Jelajah Asia UCI. \nPerlumbaan ini akan menjadi sebahagian daripada UCI ProSeries baharu pada tahun 2020.\nFormat Acara LTDL 2022\nSemua peringkat ditetapkan masa sehingga penamat. \nMasa untuk setiap peringkat selesai dikompaun; pelumba yang mempunyai masa agregat paling rendah adalah pendahulu perlumbaan dan boleh memakai jersi kuning. \nSelain jersi kuning, terdapat lagi beberapa jersi yang menjadi buruan peserta antaranya seperti Raja Pecut, Raja Bukit, Pelumba Asia Terbaik, Pasukan Terbaik dan Pasukan Asia Terbaik. \nJadual & Trek Laluan\n\nGambar di atas adalah gambar rasmi jadual dan laluan yang dikeluarkan oleh pihak Le Tour de Langkawi:\n\n\n\n\n\n\nStage 1: Kuala Pilah \u2013 Kuala Lumpur (Selasa 11 Oktober)Stage 2: Kuala Klawang \u2013 Raub (Rabu 12 Oktober)Stage 3: Putrajaya \u2013 Genting Highlands (Khamis 13 Oktober)Stage 4: Sabak Bernam \u2013 Meru Raya (Jumaat 14 Oktober)Stage 5: Kuala Kangsar \u2013 Kulim (Sabtu 15 Oktober)Stage 6: Georgetown \u2013 Alor Setar (Ahad 16 Oktober)Stage 7: Kuah \u2013 Gunung Raya, Langkawi (Isnin 17 Oktober)Stage 8: Kuah, Langkawi Loop (Selasa 18 Oktober)\n\nMakluman Penutupan Jalan\nPENUTUPAN Jalan akan dilakukan bagi perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi peringkat 1 yang akan bermula di Kuala Pilah dan berakhir di KLCC Kuala Lumpur pada tarikh dan waktu seperti berikut;\n\nTarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)\nMasa : Penutupan berperingkat\nLokasi Penamat : Jalan Ampang berhadapan KLCC\nLokasi Penutupan :\n1. Jalan Ampang \u2013 dari jam 10 pagi \u2013 6 ptg\n2. Jalan P. Ramlee \u2013 dari jam 3 ptg \u2013 5 ptg (Ketibaan Pelumba)\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 1\nKejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.\n\nPenutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kelancaran lalu lintas serta keselamatan di lokasi yang terlibat.\nPeringkat 1: Seri Menanti, Negeri Sembilan \u2013 KLCC, Kuala Lumpur (157.3 km)\n\nTarikh: 11/10/2022Hari: SelasaLokasi Pelepasan: Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti, Negeri SembilanMasa Pelepasan: 12.30 tengah hariLokasi Penamat: KLCC, Kuala LumpurJangkaan Masa Sampai: 4.17 petang\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nSeri Menanti \u2013 Kuala Pilah \u2013 Senaling \u2013 Kampung Inas \u2013 Bukit Miku \u2013 Rembau \u2013 Pedas \u2013Senawang \u2013 Seremban \u2013 Mantin \u2013 Beranang \u2013 Semenyih \u2013 Jalan Sg. Lalang \u2013Jalan Sg. Tekali \u2013 Bukit Hantu \u2013 Pekan Batu 14 \u2013 Ampang Look Out Point \u2013 AmpangWaterfront \u2013 Jalan Taman Putra \u2013 Ampang Point \u2013 Balai Polis Jalan Tun Razak \u2013Wisma MCA \u2013 KLCC.\nOrang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 2\nPeringkat 2: Kuala Klawang, Negeri Sembilan \u2013 Dataran Raub, Pahang (178.9 km)\n\nTarikh: 12/10/2022Hari: RabuLokasi Pelepasan: Menara Jam, Kuala Klawang, Negeri SembilanMasa Pelepasan: 12.15 tengah hariLokasi Penamat: Dataran Raub, PahangJangkaan Masa Sampai: 4.32 petang\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nKuala Klawang \u2013 Jalan Kuala Klawang \u2013 Simpang Pertang \u2013 Simpang Durian \u2013Manchis \u2013 Telemong \u2013 Karak \u2013 Jambu Rias \u2013 Lanchang \u2013 Mempateh \u2013 Bukit Damar \u2013 Mempaga Lurah Bilut \u2013 Raub.\nOrang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 3\nPeringkat 3: Putrajaya \u2013 Genting Highland, Pahang (123.7 km)\n\nTarikh: 13/10/2022Hari: KhamisLokasi Pelepasan: Dataran Putra, PutrajayaMasa Pelepasan: 12.40 tengah hariLokasi Penamat: Genting Highland, PahangJangkaan Masa Sampai: 3.54 petang\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nDataran Putra \u2013 Persiaran Perdana \u2013 Lebuh Gemilang \u2013 Persiaran Selatan \u2013Jalan Bukit Dugang \u2013 Bangi Avenue \u2013 Setia Ecohill Semenyih \u2013 Sungai Lalang \u2013Pekan Batu 14 \u2013 Ampang Look Out Point \u2013 Ampang Waterfront \u2013 Ampang Point Mall \u2013 MRR2 \u2013 Ulu Klang \u2013 Melawati \u2013 Taman Melati \u2013 Tol Gombak \u2013Genting Sempah \u2013 Goh Tong Jaya \u2013 Awana \u2013 Genting Highland.\nLebuhraya Kuala Lumpur \u2013 Karak menghala ke Kuantan, Pahang akan ditutup sepenuhnya bermula jam 1.45 petang hingga 4.00 petang.\nOrang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.\nUntuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web LTdL 2022 di www.ltdlangkawi.my.\n[MAKLUMAN PENUTUPAN PENUH LEBUHRAYA KUALA LUMPUR \u2013 KARAK ARAH KE KUANTAN]\nSemua laluan masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah ke Kuantan akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara sukan antarabangsa, Le Tour De Langkawi dari 1.45 petang sehingga 4 petang pada 13 Oktober 2022 (Khamis).\n\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 4\n\nPeringkat 4: Sabak Bernam, Selangor \u2013 Meru Raya, Ipoh, Perak (137.9 km)\nTarikh: 14/10/2022Hari: JumaatLokasi Pelepasan: Sabak Bernam, SelangorMasa Pelepasan: 2.45 petangLokasi Penamat: Meru Raya, Ipoh, PerakJangkaan Masa Sampai: 6.04 petang\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nSabak Bernam \u2013 Hutan Melintang \u2013 Teluk Intan \u2013 Kg. Gajah \u2013 Tg. Tualang \u2013Batu Gajah \u2013 Pusing \u2013 Menglembu \u2013 Jelapang \u2013 Lebuh Meru Raya \u2013 Meru Raya.\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 5\nPeringkat 5: Kuala Kangsar, Perak \u2013 Dataran Kulim, Kedah (172 km)\nTarikh: 15/10/2022Hari: SabtuLokasi Pelepasan: Dataran Kuala Kangsar, PerakMasa Pelepasan: 12.30 tengah hariLokasi Penamat: Dataran Kulim, KedahJangkaan Masa Sampai: 4.36 petang\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nKuala Kangsar \u2013 A11 (Jalan Kuala Kangsar \u2013 Chemor) \u2013 A157 (Jalan Baling- Kuala Kangsar) \u2013 Kati \u2013 Sauk \u2013 Jalan Kampung Ngor \u2013 Kampung Jenalik \u2013 Kuak \u2013 Tasik Raban \u2013Lenggong \u2013 Sumpitan \u2013 Redang Panjang \u2013 Kubu Gajah \u2013 Selama \u2013 Jalan Selama \u2013 Kuala Dingin \u2013 K169 (Jalan Kulim \u2013 Mahang) \u2013 Karangan \u2013 Kulim Hi-Tech \u2013 Perdana Highway \u2013 Jalan Kulim Mahang \u2013 Jalan Tunku Putra \u2013 Jalam Tunku Mansor \u2013 Jalan Tunku Asaad \u2013 Dataran Kulim.\nPenutupan Lebuhraya LEKAS\n\nMAKLUMAN: Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) ditutup sementara mulai jam 5 petang Sabtu hingga 4 pagi esoknya (Ahad) sempena acara berbasikal.\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 6\n\nPeringkat 6: Padang Kota, Georgetown, Pulau Pinang \u2013 Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah (120.4 km)\nTarikh: 16/10/2022Hari: AhadLokasi Pelepasan: Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau PinangMasa Pelepasan: 9.00 pagiLokasi Penamat: Masjid Zahir, Alor Setar, KedahJangkaan Masa Sampai: 11.56 pagi\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nPadang Kota Lama \u2013 Lebuh Light \u2013 Pengkalan Weld \u2013 Lebuh Raya Lim Chong Eu \u2013 Jambatan Pulau Pinang \u2013 Jalan Perusahaan \u2013 Bagan Ajam \u2013 Kepala Batas \u2013 Tikam Batu \u2013 Sg. Petani \u2013 Sg. Lalang \u2013 Bedong \u2013 Gurun \u2013 Guar Chempedak \u2013 Simpang Ampat \u2013 Kota Sarang Semut \u2013 L/Raya Sultanah Bahiyah \u2013 Jalan Kuala Kedah \u2013 Persiaran Sultan Abdul Hamid \u2013 Jalan Sultan Muhammad Jiwa \u2013 L/Raya Darul Aman \u2013 Masjid Zahir.\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 7\nPeringkat 7: Pekan Kuah, Langkawi, Kedah (98.3 km)\n\nTarikh: 17/10/2022Hari: IsninLokasi Pelepasan: Pekan Kuah, Langkawi, KedahMasa Pelepasan: 2.15 petangLokasi Penamat: Pekan Kuah, Langkawi, KedahJangkaan Masa Sampai: 4.30 petang\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nKuah \u2013 Kelibang \u2013 Bukit Malut \u2013 Kedawang \u2013 Jalan Padang Mat Sirat \u2013 Kuah \u2013Jalan Ayer Hangat \u2013 Ayer Hangat \u2013 Jalan Teluk Yu \u2013 Telaga Harbour Marina \u2013 Jalan Nyior Chabang \u2013 Ulu Melaka \u2013 Kuah \u2013 Lebuh Raya Langkawi Lap \u2013 Kuah.\nLTdL 2022: PETA LALUAN PERINGKAT 8\nPeringkat 8: Pekan Kuah, Langkawi (115.9 km)\n\nTarikh: 18/10/2022Hari: SelasaLokasi Pelepasan: Pekan KuahMasa Pelepasan: 1.30 petangLokasi Penamat: Pekan Kuah, LangkawiJangkaan Masa Sampai: 4.18 petang\nAntara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-\nKuah \u2013 Kelibang \u2013 Bukit Malut \u2013 Kedawang \u2013 Jalan Padang Mat Sirat \u2013 Kuah \u2013 Jalan Ayer Hangat \u2013 Ayer Hangat \u2013 Jalan Teluk Yu \u2013 Telaga Harbour Marina \u2013 Jalan Nyior Chabang \u2013 Ulu Melaka \u2013 Kuah \u2013 Lebuh Raya Langkawi Lap (3xLoop) \u2013 Kuah.\nIkuti Perkembangan Terkini\nBagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terbaru Le Tour de Langkawi, anda boleh ikuti sumber-sumber berikut:\nLama web rasmi: http://www.ltdlangkawi.my/Facebook rasmi: https://www.facebook.com/ltdlangkawi/\nBaca juga: \nTM Piala Malaysia 2022 : Keputusan Undian & Jadual PerlawananCara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/egumis-wang-tak-dituntut/", "title": "Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) \u2013 eGumis", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPortal eGUMIS boleh diakses secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) online.\nSemakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Portal eGumis & cara membuat semakan WTD anda secara atas talian.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Wang Tak Dituntut?\n\n \nFungsi Portal eGumis\n\n \nCara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Portal eGumis\n\n \nProses Tuntutan WTD\n\n\nApa Itu Wang Tak Dituntut?\nWTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya. \nWang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. \nTahukah anda bahawa sehingga Mac 2023 yang lalu, sebanyak RM11bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\nWang tak dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun. \nContohnya:\n\ngaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;\ndividen;\nkeuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;\ntuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;\ndraf bank, cashier\u2019s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;\nsimpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;\ncagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;\npemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.\n\nSelain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:\n\nAkaun simpanan;\nAkaun semasa;\nSimpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).\n\n\nBaca juga: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online\nFungsi Portal eGumis\nPortal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut\n\nmembuat bayaran serahan WTD melalui FPX;\nmemuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;\nmenyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;\nmemuatturun resit serahan WTD;\nmemuatturun surat kuiri serahan WTD; dan\nmengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.\n\nIndividu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.\nTerdapat kemudahan semakan WTD secara online disediakan oleh Pendaftar. Sila rujuk cara semakan di bawah:\nCara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Portal eGumis\nBagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.\nUntuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:\nLangkah 1\u00a0: Layari pautan portal\u00a0https://egumis.anm.gov.my/Langkah 2\u00a0: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.\u00a0Langkah 3\u00a0: Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.\u00a0Langkah 4\u00a0: Kemaskini maklumat pengguna.\u00a0Langkah 5\u00a0: Klik pada \u201cKLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT\u201d untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)\nUntuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.\nSistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.\n\nContoh gambar dalam semakan ini menunjukkan RM269.41 Wang Tak Dituntut.\nTekan kotak biru \u2018Teruskan Dengan Permohonan\u2019 untuk proses tuntutan.\nProses Tuntutan WTD\nJika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.\nPermohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:\n\nEmpunya/pemilik WTD sendiri;\u00a0\nPentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;\npelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan\u00a0\nIndividu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau\nSuruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap\n\nSetelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.\n\nUntuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.\nManual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini.\nBaca juga: KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lokasi-menu-rahmah/", "title": "Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia \u2013 KPDN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai mengeluh mereka sukar mengentahui lokasi restoran yang menawarkan Menu Rahmah yang berhampiran.\nInisiatif MENU RAHMAH merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.\nMenu Rahmah yang telah diperkenalkan beberapa bulan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak dengan rata-rata memuji inisiatif ini.\nWalau bagaimanapun, bukankah lebih baik sekiranya terdapat sebuah direktori atau aplikasi yang menyenaraikan restoran yang menawarkan Menu Rahmah agar rakyat boleh menikmatinya?\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Menu Rahmah?\n\n \nSenarai Restoran / Lokasi Menu Rahmah KPDN\n\n \nPendaftaran untuk peniaga\n\n \nPertanyaan dan soalan\n\n\nApa itu Menu Rahmah?\nDefinisi sebenar Menu Rahmah ini adalah makanan tengah hari atau malam yang seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga RM5 sepinggan atau kurang. \n\n\n\n\n\n\nHidangan yang disediakan bagi Menu Rahmah tidak terikat dengan ketetapan khusus, dengan hidangan lazim yang dijual termasuk nasi berlauk dan mi, dengan minuman ringkas seperti air kosong.\nMenu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak\u00a0Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup\u00a0(KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek,\u00a0Payung Rahmah, dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.\nAntara rakan strategik lain yang mengambil bahagian dalam Menu Rahmah adalah pasar raya Mydin, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.\nSatu perkara yang perlu diketahui adalah kerajaan tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk pemberian subsidi bagi program ini sebaliknya menu yang ditawarkan oleh penjual adalah atas kekreatifan mereka sendiri.\nBaca lagi: Menu Rahmah RM5 : Set Nasi + Ayam / Ikan + Sayur (KPDN)\n\nSenarai Restoran / Lokasi Menu Rahmah KPDN\nBerbekalkan cadangan daripada orang ramai, sebenarnya pihak KPDN telah pun membantungkan sebuah direktori lokasi Menu Rahmah.\nMelalui direktori yang dibangunkan oleh KPDN ini, pengguna boleh melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran / cafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera / gerai).\nSelain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.\nUntuk rekod, Burger King merupakan restoran makanan segera pertama yang melancarkan Menu Rahmah kepada pelanggan dengan menawarkan sajian BK Chick\u2019N Crisp (ayam) atau Cheesy Beef (daging) dengan sebotol air mineral.\nSila rujuk senarai lokasi restoran yang melaksanakan inistiatif Menu Rahmah setiap negeri berikut:\n\nJohor\nKedah\nKelantan\nMelaka\nNegeri Sembilan\nPahang\nPulau Pinang\nPerak\nPerlis\nSelangor\nTerengganu\nSabah\nSarawak\nW.P Kuala Lumpur\nW.P Labuan\nW.P Putrajaya\n\nDirektori penuh ini boleh diakses melalui pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/\n\nPendaftaran untuk peniaga\nAntara satu fungsi menarik yang ada pada direktori ini adalah kemudahan bagi peniaga yang menyediakan Menu Rahmah untuk mendaftarkan perniagaan mereka di portal Direktori Menu Rahmah KPDN ini.\nIanya adalah percuma tetapi peniaga perlulah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak KPDN.\nUntuk mendaftarkan perniagaan anda yang menawarkan Menu Rahmah, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:\n\nLayari laman web Direktori Menu Rahmah KPDN di alamat https://menurahmah.kpdn.gov.my/\nKlik \u201cDaftar\u201d pada bahagian Menu\nLengkapkan segala butiran dalam borang dalam talian seperti:\n\nNama restoran\nJenis restoran\nAlamat\nPoskod\nNegeri\nDaerah\nTempoh Promosi\nJenis Persatuan\nJenis Media Sosial\nNama Media Sosial\nEmel Restoran\nNombor telefon Restoran\n\n\nKlik butang \u201cHantar\u201d\n\nPertanyaan dan soalan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan, bolehlah menghubungi pegawai KPDN yang bertugas menyelia direktori Menu Rahmah KPDN di talian berikut:\n\n\u00a0Nombor telefon: +603 8882 5903\n\u00a0Emel: [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-jaringan-prihatin/", "title": "Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMasihkah anda ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?\nMelalui pakej ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile.\nTerkini SKMM telah mengumumkan pakej bantuan ini dilanjutkan sehingga 30 September 2021.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTentang Program Jaringan Prihatin\n\n \nKelayakan\n\n \nNilai Bantuan / Subsidi\n\n \nTarikh Pendaftaran\n\n \nCara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin\n\n \nAntara Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40\n\n \n1. Digi\n\n \n2. U Mobile\n\n \n3. Celcom\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nTentang Program Jaringan Prihatin\nProgram Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.\nSebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.\nDaripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.\n\n\n\n\n\n\nKelayakan\nKELAYAKAN: Untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)\u2800\u2800\nNilai Bantuan / Subsidi\nManfaat yang didapati oleh B40 dan penerima BPR menerusi Jaringan Prihatin ini adalah bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.\nNilai manfaat berjumlah RM3.5 bilion (RM2b dari Kerajaan dan RM1.5b faedah padanan dari syarikat telekomunikasi)\u2800\u2800\nTerdapat 2 kategori yang layak anak menerima bantuan berikut:\nADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun\u2800\u2800TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun \u2800\u2800\n\nTarikh Pendaftaran\nTarikh pendaftaran adalah mulai 5 Mei \u2013 30 September 2021. \n\nCara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin\nSemak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:Pembelian peranti baharuPembelian pelan data internet bulananSelesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!\n\nUntuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:\nCelcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin\u2800Digi: https://digi.my/prihatin\u2800Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin\u2800Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin\u2800redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr\u2800speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin\u2800Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin\u2800U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin\u2800unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin\u2800XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en\u2800YES: https://www.yes.my/kasiupB40\u2800Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin\u2800\u2800\nAntara Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40\nAnda boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:\n1. Digi\n\nDaftar Digi Jaringan Prihatin\n2. U Mobile\n\nDaftar U Mobile Jaringan Prihatin\n3. Celcom\n\nDaftar Celcom Jaringan Prihatin\n4. Unifi\n\nDaftar Unifi Jaringan Prihatin\nSoalan Lazim\nApa itu Program Jaringan Prihatin B40? Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (\u201cBPR\u201d), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi. Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini? Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet. Siapakah yang layak memohon? Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini. Bilakah saya boleh mendaftar program ini? Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain? Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain. Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti? Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021. Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya? Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan. \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/manifesto-ph-tawaran-harapan-pru15/", "title": "Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Pakatan Harapan PRU15 dalam Manifesto PH 2022\nPakatan Harapan (PH) memberi 10 tawaran utama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan.\nTawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah serta menyediakan negara untuk mendepani pelbagai cabaran masa depan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\n\n \nTangani Kos Sara Hidup\n\n \nHapuskan Kartel\n\n \nBekalan Cukup\n\n \nInsentif Tingkat Pengeluaran\n\n \nMengkaji Semula Konsesi Lebuhraya\n\n\nTawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\nHARAPAN berazam untuk membina semula Malaysia setelah dibelenggu pelbagai krisis termasuk kemelut kesihatan, pekerjaan, makanan, dan pendidikan.\nSelama lebih 30 bulan pentadbiran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, kepincangan dasar dan kepimpinan mereka telah membebankan rakyat, mengabaikan cabaran generasi yang tercicir (lost generation) sementara kesenjangan masyarakat, dan krisis iklim kian meruncing.\n\n\n\n\n\n\nVisi HARAPAN adalah untuk membangunkan Malaysia yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan (MADANI).\nTawaran HARAPAN menggariskan tekad PH dalam menggembleng tenaga sesama penggerak perubahan demi melakar masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia bagi mencapai tiga matlamat berikut:\nKita Boleh Menjamin Kesejahteraan Rakyat\u00a0\u2013 Menjana pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan demi kesejahteraan yang holistik buat rakyat.Kita Boleh Mewujudkan Pentadbiran Beramanah\u00a0\u2013 Memulihkan keyakinan dan mewujudkan kepercayaan yang menyeluruh antara rakyat dengan kerajaan.Kita Boleh Mempersiap Negara untuk Masa Hadapan\u00a0\u2013 Memperkasa rakyat untuk menghadapi cabaran perubahan iklim, perpaduan kaum, reformasi pendidikan serta kerancakan daya cipta\nBerikut dikongsikan sebahagian infografik Tawaran Harapan PRU15:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMUAT TURUN SEPENUHNYA:\nKita-Boleh-Tawaran-HARAPAN-PRU15Download\nBerikut 10 keutamaan Tawaran Harapan PRU15 yang diumumkan oleh PH :\nTangani isu kos sara hidup Perangi Rasuah dan Kukuhkan Institusi Demokrasi Perkasa Peluang Ekonomi Belia dengan Terokai Sektor Manusiawi Selamatkan generasi tercicir dalam pendidikan Bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan Tangani isu doktor kontrak Hapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosioekonomi wanita Perkasa wilayah Sabah dan Sarawak Tingkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia Pelihara khazanah alam demi anak cucu kita\nAntara yang menjadi perhatian:\nTangani Kos Sara Hidup\nKita sedia maklum akan permasalahan dan cabaran kos sara hidup tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.\nTahun 2021, kos inflasi (2.1%) dan meningkat kepada (4.7%) untuk tempoh Januari hingga Ogos 2022.\nOleh itu, HARAPAN juga bertekad untuk mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu kos sara hidup dan bukannya solusi jangka pendek. Antaranya :\nHapuskan Kartel\nHapuskan monopoli dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas bagi menggalakkan persaingan dan membasmi kegiatan kaut keuntungan melampau (profiteering).\nSecara tidak langsung, kita dapat memberi peluang kepada usahawan baharu.\nBekalan Cukup\nMewujudkan kerjasama dengan pihak pembekal supaya bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi. Usaha ini perlu terutama sekali ketika musim perayaan di mana isu kehabisan bekalan sentiasa menjadi punca kepada kenaikan harga barangan.\nInsentif Tingkat Pengeluaran\nMemberikan insentif yang secukupnya untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan keperluan asas supaya tekanan kenaikan harga boleh dikurangkan dalam jangka masa panjang.\nMengkaji Semula Konsesi Lebuhraya\nKerajaan HARAPAN telah menunjukkan komitmen dengan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik, dengan pencapaian pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).\nHARAPAN bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS kepada milik awam.\nBaca juga:\nBKM Fasa 4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap KategoriTarikh Penting PRU-15, Penamaan Calon & Hari Mengundi \u2013 SPR\nUntuk mengetahui lebih lanjut dan melihat senarai lengkap Manifesto PH melalui Tawaran Harapan PRU15, anda boleh rujuk di web https://kitaboleh.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-istikharah-doa/", "title": "Solat Sunat Istikharah & Doa Memohon Pilihan Yang Baik \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOLAT SUNAT ISTIKHARAH\nPernah tak kita berada dalam dilema untuk memilih antara beberapa pilihan \u2013 walaupun sudah bertanyakan pendapat orang lain, membuat perbandingan dan mengkaji latarbelakang kesemua pilhan itu, namun kita masih berbolak-balik dan keliru. \nKita risau, takut, sangsi dan asyik terfikir yang mana satukah pilihan yang terbaik untuk kita.\nAntara tanda kebergantungan kita kepada Allah adalah dengan memohon petunjuk daripadaNya dalam melakukan apa-apa perkara, terutamanya apabila melibatkan keputusan yang berat dan besar untuk diputuskan.\nJika anda berada dalam situasi ini, lakukanlah solat istikharah \u2013 walaupun ia melibatkan perkara yang kecil. Solat sunat 2 rakaat ini amat mudah dikerjakan.\n\n\n\n\n\n\nMenurut laman web Mufti WP, tidak harus bagi seseorang memperkecilkan apa-apa perkara walaupun ianya nampak remeh. Lalu dia meninggalkan istikharah. Berkemungkinan, perkara yang diremehkannya itu nanti pada masa akan datang menjadi mudarat baginya.\nAyuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang ibadah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nHukum\n\n \nCara Solat Istikharah\n\n \nDoa Istikharah\n\n\nPengenalan\nIstikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.\nIa adalah di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw. Ini berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah :\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u064a\u064f\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0627\u0650\u0633\u0652\u062a\u0650\u062e\u064e\u0627\u0631\u064e\u0629\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u064f\u0645\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0648\u0631\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0642\u064f\u0631\u0652\u0622\u0646\u0650 \u060c \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f : \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0631\u0652\u0643\u064e\u0639\u0652 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0641\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064e\u0629\u0650 \u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u0650\u064a\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 : \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u062e\u0650\u064a\u0631\u064f\u0643\u064e \u0628\u0650\u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u0650\u0643\u064e \u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0642\u0652\u062f\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0628\u0650\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u062f\u0650\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0623\u064e\u0642\u0652\u062f\u0650\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u0627\u064e\u0651\u0645\u064f \u0627\u0644\u063a\u064f\u064a\u064f\u0648\u0628\u0650 \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a \u062f\u0650\u064a\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0634\u064e\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0642\u0650\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0627\u062c\u0650\u0644\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u0648\u064e\u0622\u062c\u0650\u0644\u0650\u0647\u0650 \u060c \u0641\u064e\u064a\u064e\u0633\u0650\u0651\u0631\u0652\u0647\u064f \u0644\u0650\u064a \u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u060c \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e \u0634\u064e\u0631\u064c\u0651 \u0644\u0650\u064a \u0641\u0650\u064a \u062f\u0650\u064a\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0634\u064e\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0642\u0650\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0627\u062c\u0650\u0644\u0650 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u064a \u0648\u064e\u0622\u062c\u0650\u0644\u0650\u0647\u0650 \u060c \u0641\u064e\u0627\u0635\u0652\u0631\u0650\u0641\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a \u060c \u0648\u064e\u0627\u0635\u0652\u0631\u0650\u0641\u0652\u0646\u0650\u064a \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u060c \u0648\u064e\u0627\u0642\u0652\u062f\u064f\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0627\u0644\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e \u062d\u064e\u064a\u0652\u062b\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650\u0646\u0650\u064a \u0628\u0650\u0647\u0650 \u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0648\u064e\u064a\u064f\u0633\u064e\u0645\u0650\u0651\u064a \u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f.\nMaksudnya\u00a0:\u201d Rasulullah saw\u00a0pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.\u201d\nRiwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383) .Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih ghorib\nHukum\nHukum solat isktikharah adalah sunat.\nSolat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.\n\nCara Solat Istikharah\nCara melakukan solat ini amat mudah iaitu:\n\nNiat : Usolli sunnatal istikharati rak\u2019ataini lillahi taala (\u0623\u0635\u0644\u064a \u0633\u0646\u0629 \u0627\u0644\u0625\u0633\u062a\u062e\u0627\u0631\u0629 \u0631\u0643\u0639\u062a\u064a\u0646 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649)\nRakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, anda boleh membaca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan\nRakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan\nSetelah selesai solat, berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai seperti doa di bawah :\n\n\nDoa Istikharah\nYa Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.\nYa Allah! Jika jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.\nBerkatilah ditiku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (SEBUT SEPERTI SEBELUM INI).\nJika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.\nKemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.\nSumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia \u2013 JAKIM\nBaca juga:\n\nNiat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya\nKelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah & Amalan Sunnah Dianjurkan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-cover-letter/", "title": "Contoh Cover Letter Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda sedang mencari pekerjaan dan mencari contoh cover letter yang boleh digunakan bersama-sama dengan CV atau resume anda ketika menghantar permohonan kerja kepada bakal majikan?\nRamai pencari kerja di Malaysia terutamanya yang baru sahaja menamatkan pengajian tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan mengenai kepentingan cover letter ketika menghantar permohonan kerja melalui emel.\nTeruskan bacaan untuk mengetahui contoh cover letter terbaik yang boleh anda gunakan sebagai contoh dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Cover letter\n\n \nCiri-ciri Coverletter Yang Bagus\n\n \nContoh Coverletter Bahasa Melayu\n\n \nContoh Coverletter Bahasa Inggeris\n\n\nApa itu Cover letter\n\nCover letter ialah surat pengenalan yang dilampirkan atau disertakan bersama dokumen lain seperti resume atau curriculum vitae.\nCover letter (surat iringan) juga dikenali sebagai cover letter, covering letter, motivation letter atau motivational letter.\n\n\n\n\n\n\nPencari kerja kerap menghantar cover letter berserta dengan curriculum vitae ata resume sebagai cara memperkenalkan diri mereka kepada bakal majikan dan menjelaskan kesesuaian mereka untuk jawatan yang dipohon.\nMajikan boleh menyaring calon individu yang memohon pekerja dengan melihat kepada ketelitian surat cover letter yang ditulis sebagai satu kaedah untuk menyaring pemohon yang berminat dengan jawatan mereka dan/atau tidak mempunyai kemahiran asas yang dipelukan untuk jawatan yang dipohon. \nCiri-ciri Coverletter Yang Bagus\nMenurut kajian, surat lamaran yang baik harus mempunyai ciri-ciri berikut:\nSpesifik dan terkiniMenggunakan tanda baca dan ejaan yang baikBetul dari segi tatabahasaIa harus bebas daripada kesilapanGunakan garis masa untuk menyerlahkan maklumat kronologi, merujuk kepada jawatan pekerjaan terkini, paling rapat berkaitan dengan jawatan yang dimohon oleh seseorang\nContoh Coverletter Bahasa Melayu\nBerikut merupakan contoh cover letter sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel:\n\nSubjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja]\nSelamat Sejahtera Tuan/Puan [Nama Penerima] \nSaya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan oleh syarikat Tuan/Puan.\nSaya merupakan graduan ijazah [kelayakan pelajaran] dari [tempat belajar] dan percaya ilmu yang diperolehi boleh diaplikasikan di alam pekerjaan dengan sebaiknya.\nKetika praktikal selama 6 bulan di [nama syarikat], saya telah mempelajari [senaraikan ilmu dan skill yang diperolehi].\nPaling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami [senaraikan ilmu / skill penting yang boleh dimanfaatkan sekiranya diterima bekerja]\nSaya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya mengasimilasikan dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.\nDi samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.\nDengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.\nSekian, terima kasih.\n[Nama][No. Telefon]\n\nContoh Coverletter Bahasa Inggeris\nBerikut merupakan contoh cover letter dalam Bahasa Inggeris bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian:\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-kekompetenan-penjaga-jentera-elektrik/", "title": "Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Untuk Warga India B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik & Pencantum Kabel Bertauliah Untuk Warga India B40\nSukacita dimaklumkan bahawa MITRA (Unit Transformasi Masyakarakat India Malaysia) dengan kerjasama TNB dan ILSAS kini menawarkan Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dan Pencantum Kabel Bertauliah. Program ini dikhaskan untuk masyarakat India B40.\nProgram ini akan mengambil tempat di The Integrated Learning Solution, ILSAS Bangi, Selangor.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA Untuk Wanita Bangsa India B40\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup bagi permohonan program ini adalah pada 31 Disember 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan Asas\n1. Warganegara Malaysia.\n2. Umur tidak kurang dari 20 tahun.\n3. Tamat Tingkatan Lima sekolah bantuan penuh kerajaan\n4. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun di persekitaran di mana terdapat kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan elektrik hidup. Pemohon dikehendaki mengemukakan buku log kerja harian sebagai bukti bagi tempoh tersebut semasa sesi temuduga. \n5. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.\n6. Memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga seperti di bawah ini. (Sila rujuk www.st.gov.my untuk keterangan lanjut)\nKelayakan Teknikal Penjaga Jentera\nKategori A1\nMemenuhi kelayakan asas Penjaga Jentera Elektrik serta syarat-syarat di bawah:\nMemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 (OPEN) tidak kurang daripada 1 tahun. (Sijil perakuan A0 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurangkurangnya 1 tahun sebelum tarikh permohonan) Memiliki pengalaman Talian Atas Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahun Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.\nATAU\nMemiliki Talian Atas Voltan Rendah & Low Voltage Switching tidak kurang SATU (1) tahun Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (SEKIRANYA ADA) WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.\nKategori A4\nMemenuhi kelayakan asas Penjaga Jentera Elektrik serta syarat-syarat di bawah:\nMemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 tidak kurang daripada DUA (2) tahun. (Sijil perakuan A0 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya DUA (2) tahun sebelum tarikh permohonan)\u00a0Memiliki pengalaman Talian Atas Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahun dan Sistem Tunggu Sedia (Genset) & Penyegerakan Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahun.\u00a0Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.\nATAU\nMemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A1 tidak kurang daripada SATU (1) tahun. (Sijil perakuan A1 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun sebelum tarikh permohonan)\u00a0Memiliki pengalaman Sistem Tunggu Sedia (Genset) dan Penyegerakan Voltan Rendah tidak kurang SATU (1) tahunSemua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.\nKategori B0\nMemenuhi kelayakan asas Penjaga Jentera Elektrik serta syarat-syarat di bawah:\nMemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik kategori A4 tidak kurang daripada Dua (2) tahun. (Sijil perakuan A4 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya Dua (2) tahun sebelum tarikh permohonan)Memiliki pengalaman Kendalian dan Senggaraan Pencawang 11kV tidak kurang Dua (2) tahunSemua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun\nKelayakan Teknikal Pencantum Kabel\nPencantum Kabel (Tahap 1 1kV \u2013Voltan Rendah)\nMemenuhi kelayakan asas Pencantum Kabel serta syarat-syarat di bawah:\nMempunyai pengalaman kerja dalam bidang mencantum,menyambung dan menamatkan kabel tidak kurang dari TIGA (3) tahunSemua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun\nATAU\nPemegang Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik AO dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari TIGA (3) tahun atau pemegang perakuan Penjaga Jentera Elektrik yang lebih tinggi dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari DUA (2) tahun.\u00a0Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun\nPencantum Kabel (Tahap 2 11kV \u2013Voltan Tinggi)\nMemenuhi kelayakan asas Pencantum Kabel serta syarat-syarat di bawah:\nMemegang perakuan kekompetenan Pencantum Kabel Tahap 1 tidak kurang daripada SATU (1) tahun. (Sijil perakuan Pencantum Kabel Tahap 1 perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurangkurangnya SATU (1) tahun sebelum tarikh permohonan) Semua sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga WAJIB berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.\nCara Memohon\nCalon boleh lakukan permohonan secara atas talian dengan melayari pautan :\nBORANG PERMOHONAN PROGRAM KEKOMPETENAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK DAN PENCANTUM KABEL\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dan Pencantum Kabel, sila hubungi talian Hotline 019-2677282 dan ikuti laman Facebook MITRA JPM. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/no-baucar-bpr-fasa-2/", "title": "Semakan Nombor Baucar BPR Fasa 2 Untuk Penerima Tunai (Dari 17 Mei)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Semakan No Baucar BPR Fasa 2 Bagi Penerima Tunai / Tiada Akaun Bank / Gagal Kredit\nSeperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bayaran BPR fasa 2 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak bermula 7 hingga 12 Mei.\nManakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.\n\n\n\n\n\n\nSumber: LHDN\nSetakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion (merangkumi BPN2.0 RM1.91b + BPR Fasa 1 RM1.93b + BPR Fasa 2 RM2.75b)\nBaca juga: Permohonan MyKasih Kapital, Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan No Baucar BPR Fasa 2\n\n \nTempoh Rayuan BPR Fasa 2\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Semakan No Baucar BPR Fasa 2\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan no baucar BPR Fasa 2:\nLayari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/LoginMasukkan nombor MyKad anda di ruang kosongTekan butang \u2018Semak\u2019Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.Berikut ialah maklumat yang dipaparkan.NamaFasaJumlah bayaranStatus kreditTarikh tunaiNama tunai bankNama bankNo akaun bankKod tidak berjaya Nombor baucarSila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian tersebut.\n\nNo baucar ini boleh disimpan dalam handphone dan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan.\nJangan risau jika anda berstatus LULUS namun tiada no baucar yang dipaparkan, anda masih boleh membuat penebusan bayaran BPR Fasa 2 ini.\nSila pastikan anda membawa kad pengenalan untuk membuat penebusan.\nTempoh Rayuan BPR Fasa 2\nJika anda tidak lulus Fasa 2 tetapi lulus Fasa 1 tanpa alasan yang munasabah, anda boleh membuat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan oleh LHDN.\nTempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.\nBaca juga: Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 (Mulai 15-30 Jun 2021)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nPortal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/notis-penangguhan-urus-niaga-asb/", "title": "Notis Penangguhan Urus Niaga ASB Bermula 22 Disember 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenangguhan Urus Niaga ASB bermula 22 Disember 2022\nMakluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada 22 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023.\nUrus niaga ASB akan dibuka semula pada 3 Januari 2023.\nPenangguhan urus niaga ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran elektronik dan dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, perbankan internet ejen-ejen iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kiosk di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (Automated Teller Machine) di Maybankdan CIMB Bank. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Notis Penangguhan ASNB khas untuk makluman semua pemegang amanah ASB.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Penangguhan Sementara Urus Niaga ASB\n\n \nAmanah Saham Nasional Berhad (ASNB)\n\n \nmyASNB\n\n\nTempoh Penangguhan Sementara Urus Niaga ASB\nPelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buatlah transaksi lebih awal agar pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan, iaitu dari 22 Disember hingga 3 Januari 2023.\nJadi, anda perlu melaksanakan transaksi ASNB anda sebelum 22 Disember 2022.\nUrus niaga di semua saluran iaitu kaunterakan dibuka semula pada 3 Januari 2023 manakala platform dalam talian akan beroperasi mulai 1 Januari 2023.\nPengeluaran secara dalam talian hanya boleh dilakukan menerusi portal www.myasnb.com.my dan aplikasi myASNB dengan had maksimum sebanyak RM2,000 atau pengeluaran tiga (3) kalidalam sebulan. Urus niaga pengeluaran dalam talian yang berjaya dilaksanakan akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.\nSebarang pertanyaan, pemegang unit boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau e-mel kepada [email\u00a0protected]y.\nKenyataan akhbar: https://asnb.my/\nBaca juga: Cara Keluarkan ASB Online, Had Pengeluaran & Tempoh Urusniaga\nAmanah Saham Nasional Berhad (ASNB)\nSyarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua tabung yang dilancarkan oleh PNB. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 tabung unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.\nASNB menawarkan tabung unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Bumiputera 3 \u2013 Didik (ASB 3 Didik), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 \u2013 Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Imbang 3 Global, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2. \nTabung-tabung ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa hadapan mereka.\nASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang meluas bagi memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka. \nKemudahan tersebut boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB seluruh negara. Di samping itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi terpilih dalam talian melalui portal dan aplikasi mudah alih myASNB\u00a0www.myasnb.com.my. \nEjen-ejen ASNB juga turut menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect. \nPelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.\nmyASNB\nmyASNB adalah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pemegang unit ASNB membuat transaksi secara atas talian yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini. \nPortal myASNB juga disediakan dalam bentuk aplikasi mudah alih.\nPerkhidmatan yang disediakan di portal myASNB:\n\nTambah pelaburan terus daripada akaun bank anda\nSemak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini\nKemas kini maklumat peribadi\nMengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak anda\nPerkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto Labur\n\nLayari: www.myasnb.com.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pesawah/", "title": "Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Untuk 6 Bulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.\nBeliau berkata bantuan itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.\n\u201cSebanyak RM200 untuk tiga bulan untuk dua musim iaitu enam bulan bagi membantu mereka sementara menunggu padi dituai,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48.\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri juga bersetuju jika penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian dinaikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Pesawah 2022?\n\n \nTempoh / Tarikh Bantuan Pesawah 2022\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Pesawah 2022?\nBantuan ini adalah bantuan tunai berjumlah RM200 kepada pesawah untuk 6 bulan sementara menunggu hasil tuaian.\n\nTempoh / Tarikh Bantuan Pesawah 2022\nBantuan itu telah dibincangkan bersama dengan kementerian kewangan dan akan dimasukkan dalam belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.\nCara Memohon\nCara permohonan akan dimaklumkan dalam masa terdekat setelah ia dinilai dan diperhalusi oleh pihak Kementerian yang terlibat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk video di bawah:\n\n\nSumber: Jabatan Penerangan Malaysia\nYAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan bantuan RM200 bagi tempoh enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-permai-teksi-bas-ehailing/", "title": "Semakan Bantuan PERMAI RM500 Untuk Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan PERMAI RM500 untuk Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas Persiaran, Bas Sekolah dan e-Hailing akan diberikan secara \u2018one off\u2019 di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dengan peruntukan RM15 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 lalu. \nIni adalah sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak COVID-19.\nUntuk mempercepatkan proses pembayaran, pemandu yang telah menerima bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bagi menerima bantuan PERMAI 2021 dan hanya saringan lesen sahaja yang perlu dibuat.\nBaca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan PERMAI RM500 Untuk Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing\n\n \nCara Semakan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nPejabat APAD\n\n\nBantuan PERMAI RM500 Untuk Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing\nPENERIMA PRIHATIN 2020 LAYAK MENDAPATKAN BANTUAN TUNAI \u2018ONE OFF\u2019 RM500 BAWAH PAKEJ PERMAI TANPA MELALUI SARINGAN KRITERIA KELAYAKAN\nBantuan tunai PERMAI ini akan memanfaatkan kepada 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.\n\nPemandu teksi dan kereta sewa\nSemua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.\nPemandu bas persiaran\nSemua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.\nPemandu bas sekolah\nSemua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.\nPemandu\u00a0e-hailing\nSyarat pendapatan minima RM1,200 untuk pemandu\u00a0e-hailing\u00a0bagi mendapatkan bantuan PRIHATIN sebelum ini dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020.\nKementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.\nCara Semakan\nUntuk membuat permohonan dan semakan status, sila ikuti langkah berikut:\nLayari Agensi Pengangkutan Awam Darat di pautan http://permai2021.apad.gov.my/Tekan menu Kategori PermohonanKlik kategori TeksiBas PersiaranBas Sekolahe-HailingSemak kriteria kelayakan dan klik butang SETUJUSila masukkan nombor MyKad tanpa sengkangTekan butang Semak / DaftarTeruskan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.Tekan butang simpan setelah selesai.\nMaklumat Lanjut\nPejabat APAD\nAgensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,No. 25 Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur03 \u2013 2603 6600\nhttps://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1833542020146627http://permai2021.apad.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-witir/", "title": "Niat & Panduan Solat Sunat Witir (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNiat & Panduan Ringkas Solat Sunat Witir\nSolat sunat witir bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan sahaja, malah hendaklah dilaksanakan pada setiap malam kerana solat sunat witir hukumnya sunat muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.\nWaktu mengerjakan sembahyang sunat witir ialah sepanjang malam, iaitu selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak sehinggalah menjelang sebelum masuk waktu sembahyang fardu Subuh.\nMenurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang sunat Tarawih sebanyak 3 rakaat.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLafaz Niat\n\n \nPanduan Solat Sunat Witir\n\n \nDoa, Selawat & Wirid Antara Solat\n\n\nLafaz Niat \nLafaz Niat Witir 2 Rakaat :\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\u201cSahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\nLafaz Niat Witir 1 Rakaat : \n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0648\u0650\u062a\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nUsolli Sunnatan Witrin rakaatan Lillahi Ta\u2019ala\n\u201cSahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.\u201d\nPanduan Solat Sunat Witir\nSunat Witir ini ditunaikan sepertimana solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.\nSecara ringkasnya, berikut adalah cara sembahyang sunat witir 3 rakaat yang mudah:\nKaifiat Solat Sunat Witir Dua Rakaat Pertama\nDilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)\nBilangan rakaat Solat Witir adalah dalam bilangan ganjil iaitu satu salam bagi setiap dua rakaat, dan ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.\nBoleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:\n\nRakaat pertama \u2013 surah Al-A\u2019la\nRakaat kedua \u2013 surah Al-Kafirunn\n\n\nKaifiat Solat Sunat Witir Satu Rakaat Akhir\nSelepas selesai melaksanakan dua rakaat pertama dengan satu salam, hendaklah ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.\n\nRakaat ketiga \u2013 surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas\n\n\nNOTA:\n\nPada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.\n\nDoa, Selawat & Wirid Antara Solat\nAcara selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat tarawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.\nNamun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.\n\n\nDoa Solat Witir\n\u201cYa Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,\ndan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.\nMaka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.\nSumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/persediaan-e-filing/", "title": "5 Persediaan e-Filing 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPersediaan e-Filing sebaiknya dilakukan awal bagi mengelakkan kita terlupa atau tersilap memasukkan maklumat pengecualian cukai.\nWalaupun ada yang sudah bertahun-tahun memfailkan cukai, persediaan untuk e-filing tetap perlu dilakukan kerana ada kalanya kita boleh terlupa memandangkan proses e-filing cukai ini hanya dilakukan sekali sahaja setiap tahun.\nBaca lagi: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023\nTeruskan bacaan untuk mengetahui 5 persediaan penting e-filing bagi tahun ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Borang EA / EC\n\n \n2. Penyata Komisen\n\n \n3. Penyata Untung Rugi\n\n \n4. Penyata / Resit Yang Berkaitan\n\n \n5. Jelaskan Tunggakan Cukai\n\n\n1. Borang EA / EC\nBorang EA pasti tidak asing bagi pekerja swasta yang sudah layak mengisytiharkan cukai.\nSementara itu Borang EC pula ada bagi penjawat awam. \nSecara umumnya, Borang EA/EC adalah borang penyata jumlah gaji beserta elaun, bonus dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan cukai.\nPastinya nilai yang anda masukkan ketika e-filing adalah sama dengan nilai yang dipaparkan dalam Borang EA/EC ini.\nKebiasaannya majikan akan memberikan borang ini dalam bulan Mac bagi membolehkan anda melakukan proses e-filing namun andaikata mereka terlupa atau terlewat, anda boleh brtanyakan kepada mereka. \n\nBorang EA (format terbaru PDF) boleh dimuat turun melalui pautan berikut:https://www.hasil.gov.my/\u2026/borang_c.p.8a__ea___format\u2026\n\n\n\n\n\n\nBorang EA (format terbaru Excel) boleh dimuat turun melalui pautan berikut:https://www.hasil.gov.my/\u2026/borang_c.p.8a__ea___format\u2026\nNota Panduan EA 2022 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:https://www.hasil.gov.my/\u2026/nota_panduan_borang_ea___ec.pdf\n2. Penyata Komisen\nOrang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.\nBorang CP58 ini perlu diserahkan kepada ejen, pengedar atau wakil berkenaan sebelum 31 Mac 2023.\n\nMuat turun Borang CP58 (Format PDF) :https://phl.hasil.gov.my/\u2026/Borang_CP58_Pin_012022_1.pdf\nMuat turun Borang CP58 (Format Excel) :https://phl.hasil.gov.my/\u2026/Borang_CP58_Pin_012022_1.xlsx\nMuat turun Nota Panduan Pengisian Borang CP58 :https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Panduan_CP58_1.pdf\n3. Penyata Untung Rugi\nPersediaan e-Filing ini fokus untuk pemilik bisnes.\nRamai pemilik bisnes salah faham, kalau bisnes rugi maka mereka tidak perlu isytiharkan cukai. \nSebenarnya rugi ke, untung ke, tetap kena isytiharkan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n3 Kategori yang ada di dalam laporan ini adalah:\n1. SALES/JUALAN\nNilai jualan yang dihasilkan oleh syarikat termasuk nilai jualan yang masih belum dibayar.\nContoh: RM500,000 nilai jualan ini termasuk RM100,000 yang masih belum diterima bayarannya dari pelanggan.\n2. COST OF GOODS SOLD / KOS JUALAN\nNilai pembelian daripada pembekal termasuk yang belum berbayar. Sama seperti jualan tadi, cumanya kos jualan adalah terhad kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan jualan.\nContoh restoran, hasil jualan adalah dari harga makanannya manakala kos jualan adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan jualan tersebut\n3. EXPENSES / BELANJA\nKos-kos yang terlibat secara tidak langsung untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut. Walaupun tiada jualan, perniagaan perlu juga membayar belanja tersebut. Contohnya, sewa kedai, utiliti dan gaji pekerja.\nDari situ kita dapat lihat DUA angka iaitu UNTUNG KASAR dan UNTUNG BERSIH. Untung bersih ini akan digunakan sebagai pengiraan cukai perniagaan anda.\nPenyata Untung Rugi ini hanya akan menunjukkan amaun untuk tahun semasa sahaja dan tidak akan dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya.\n\n4. Penyata / Resit Yang Berkaitan\nSegala bayaran yang boleh mendapat pengecualian cukai mestilah disimpan rapi kerana pihak LHDN boleh memintanya pada bila-bila masa.\nAda menabung SSPN-i untuk anak? Maka simpan penyatan SSPN-i tersebut.\nIni adalah persediaan penting ketika e-filing bagi mengelakkan anda dikenakan denda.\n\nSetiap pembayaran yang dikecualikan cukai mestilah disertakan dengan resit antaranya zakat, takaful/insurans, resit alatan sukan, resit alatan penyusuan, resit gaya hidup dan banyak lagi.\nWalaupun pihak LHDN tidak meminta anda menghantar resit-resit ini setiap kali melakukan e-filing, anda mungkin diminta untuk menghantarnya pada masa akan datang.\nSetiap tahun, pihak LHDN akan memilih segelintir individu untuk menghantar resit dan segala dokumen berkaitan bagi tujuan semakan.\nSekiranya tiada, jangan terkejut sekiranya anda dikenakan denda atau penalti kerana dianggap melakukan tuntutan palsu bagi pengecualian cukai.\n5. Jelaskan Tunggakan Cukai \nAkhir sekali, jangan lupa membuat semakan dan menjelaskan tunggakan cukai terdahulu sekiranya ada.\nRujuk : Cara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax\nJika tak mampu bayar sekaligus, anda juga boleh meminta ansuran dari pihak LHDN.\nBagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan. \nNamun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.\n\nArtikel berkaitan: \n\nLogin LHDN: Semakan No Cukai Individu / Syarikat\nMyTax : Semakan Status Cukai LHDN & Tunggakan\n\nUntuk penguman terbaru, sila ikuti laman Facebook rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-permohonan-uitm/", "title": "Permohonan UiTM : Semakan Surat Tawaran & Pendaftaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN SURAT TAWARAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA UITM SESI 1 2022 (OKTOBER 2022) MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN BERIKUT:\n(1) PERMOHONAN MELALUI ONLINE UPU\nLEPASAN STPM /MATRIKULASI KPM /ASASI /STAM /DIPLOMA UiTM /DVM /DKM /DLKM /DIPLOMA IPT LAIN\nBOLEH DISEMAK MULAI 27 SEPTEMBER 2022 (SELASA) MULAI JAM 12.00 TGH.\n\n(2) PERMOHONAN MELALUI ONLINE UiTM (PENERAPAN)\nLEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005)LEPASAN PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UITMLEPASAN DIPLOMA UiTM (YANG MEMOHON PROGRAM PERUBATAN, PERGIGIAN & FARMASI)\nBOLEH DISEMAK MULAI 27 SEPTEMBER 2022 (SELASA) MULAI JAM 12.00 TGH.\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat permohonan ke UITM dan program pengajian yang ditawarkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Permohonan Kemasukan Ke UITM\n\n \nKalendar Akademik Semester Oktober 2022\n\n \nPermohonan Bagi Program Asasi Undang-undang, Diploma & Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina\n\n \nSyarat Permohonan Ke UITM\n\n \nProgram Pengajian Yang Ditawarkan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Semakan Permohonan Kemasukan Ke UITM\nSila ke pautan berikut untuk membuat semakan keputusan permohonan anda secara online:\nhttps://online.uitm.edu.my/\n\nPANDUAN BAGI MENYEMAK KAEDAH SEMAKAN SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN ATAS TALIAN BOLEH DITONTON DI YOUTUBE CHANNEL BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR SEPERTI DI BAWAH:\n\n\n\nKalendar Akademik Semester Oktober 2022\nSemester Oktober 2022 akan bermula pada 10 atau 11 Oktober 2022, Kalendar Akademik UiTM boleh dicapai di pautan berikut : https://hea.uitm.edu.my/\u2026/calendars/academic-calendar\nPermohonan Bagi Program Asasi Undang-undang, Diploma & Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina\nPermohonan kemasukan program Asasi Undang-Undang UiTM, Diploma UiTM dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina UiTM bagi sesi 2 2022/2023 bagi lepasan SPM /setaraf, dibuka mulai 29 Ogos hingga 31 Oktober 2022.\n\nPASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.\nPermohonan : online.uitm.edu.my\nSemak Syarat : selangkah.uitm.edu.my\nSyarat Permohonan Ke UITM\nAntara syarat umum ke UITM adalah seperti berikut:\nBerumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pemohon adalah warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sarawak / Orang Asli Semenanjung sahajaMenenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohonTidak pernah disabitkan aras sebarang kesalahan jenayarh dan bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.Pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar Diploma UITM.\nProgram Pengajian Yang Ditawarkan\nSarjana Muda 164 ProgramRujuk : online.uitm.edu.myUnik ID BSN Program 10 = RM17.00Lepasan STPM / Matrikulasi KPM / STAM / Asasi UiTM/ Asasi Sains UM / Asasi Pintar UKM / Diploma UiTM / KKB UiTM / Diploma IPT LainPenerapan164 ProgramRujuk : online.uitm.edu.myUnik ID BSN Program 7 = RM10.00Semester Akhir Diploma UiTM / KKB / UiTM Ke Sarjana Muda UiTMSemester Akhir Asasi Undang-undang UiTM (PI005) Ke Sarjana Muda UiTM\nBaca juga: \nUiTM Student Portal: Login iStudent & Semakan (simsweb.uitm.edu.my)NRHOME UiTM : Daftar Portal Rumah Sewa Pelajar UiTMe-Kolej UiTM : Semakan Penempatan Kolej Kediaman UiTM\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari online.uitm.edu.my dan semak syarat permohonan di laman web selangkah.uitm.edu.my.\nPertanyaan juga boleh disalurkan ke:\nUnit Sarjana Muda\nNo. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174 / 2798 / 2797 / 3277Emel Rasmi Unit : [email\u00a0protected]Live chat: https://tawk.to/bppuFacebook: Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM\nPengarahBahagian Pengambilan PelajarKompleks AntarabangsaUniversiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSELANGOR DARUL EHSAN\n"]} {"url": "https://ecentral.my/save-3-0/", "title": "Program SAVE 3.0: e-Rebat RM400 Barangan Elektrik Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJadilah bijak tenaga dengan membeli kelengkapan elektrik melalui program SAVE 3.0. Boleh dapat banyak penjimatan tau!\nJom kongsikan maklumat ini bersama keluarga dan rakan-rakan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program SAVE 3.0?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKategori e-Rebat / Baucar SAVE 3.0\n\n \nKadar Baucar / Rebat SAVE 3.0\n\n \nCara Dapatkan Baucar Di Platform e-Dagang\n\n \nCara Penebusan Di Shopee\n\n \nTempoh Penebusan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nAdakah SAVE 3.0 Hanya Untuk Mangsa Banjir?\n\n\nApakah Program SAVE 3.0?\nSustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 3.0 ialah program yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).\nProgram SAVE 3.0 adalah kesinambungan kepada Program SAVE 2.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini.\nKementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan Kementerian yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan SAVE 3.0 dan SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga (ST).\nOBJEKTIF\nObjektif utama Program SAVE 3.0 adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nMenambah jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran; danMeningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:\nRebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada \u2018first come first serve basis\u2019.Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.\nRujuk syarat kelayakan dalam jadual di bawah:\nPENGGUNA AKAUN ELEKTRIK DOMESTIK BERDAFTAR SAVE 2.0(2021)SAVE 3.0KATEGORI 1SAVE 3.0KATEGORI 2Peralatan ElektrikPeti Sejuk atau Penghawa Dingin;Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.PENGGUNA ATelah menebusSAVE 2.0 e-Rebate pada 2021x/PENGGUNA BTidak menebusSAVE 2.0 e-Rebate pada 2021//PENGGUNA CTidak menebusSAVE 2.0 e-Rebate pada 2021Telah menebusSAVE 3.0 e-Rebate padaearly 2022/(Masih boleh menebus Kategori 2 pada bila-bila masa dalam tahun 2022)PENGGUNA DTidak menebusSAVE 2.0 e-Rebate pada 2021/(Masih boleh menebus SAVE 3.0 Kategori 1 apada bila-bila masa dalam tahun 2022)Telah menebusSAVE 3.0 e-Rebate pada awal 2022\nKategori e-Rebat / Baucar SAVE 3.0\nProgram ini memberikan sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) kepada isi rumah domestik yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan 4 atau 5 bintang label kecekapan tenaga daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.\nKategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan\nKategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.\n\nKadar Baucar / Rebat SAVE 3.0\nSetiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang. \nSila rujuk gambar rajah di bawah untuk penerangan lanjut.\n\nCara Dapatkan Baucar Di Platform e-Dagang\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara untuk menebus rebat / voucher tersebut di platform online atau kedai elektrik berdaftar secara manual.\nLANGKAH 1\nBuat carian SAVE 3.0 di laman e-dagang.\nLANGKAH 2\nHantar mesej kepada penjual yang akan bantu anda mohon baucar SAVE_3.0.\nLANGKAH 3\nSebaik diluluskan, penjual akan hantar kepada anda kod baucar.\nLANGKAH 4\nKetika daftar keluar, masukkan kod baucar yang diberikan.\n\nCara Penebusan Di Shopee\nUntuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:\n\n\nUntuk maklumat lanjut, layari:\nShopee : https://shopee.com.my/m/program-saveLazada : https://www.lazada.com.my/program-savePG Mall : https://www.pgmall.my/Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)\nTempoh Penebusan\nTempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.\nMaklumat Lanjut\nSpecial Team for the SAVE 3.0 ProgramTechnical Development and Facilities DivisionSEDA Malaysia03-8870 5800[email\u00a0protected]www.saveenergy.gov.my\nBaca juga: \nPerantiSiswa: Semakan Tarikh Terima Peranti & Permohonan Fasa KeduaCara Buat Semakan Baki Loan LPPSA Secara Online\nAdakah SAVE 3.0 Hanya Untuk Mangsa Banjir?\nTidak, setiap isi rumah boleh mendapatkan e-Rebat maksimum RM400 untuk membeli barangan elektrik cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).\nBagi mangsa banjir, anda boleh menerima tambahan baucar rebat RM500 melalui Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500.\nNOTA:\nPenebusan e-rebat Program SAVE 3.0 boleh dimohon oleh mereka yang terjejas banjir walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik.Ini kerana kedua-duanya merupakan program rebat yang berbeza tetapi menggunakan platform SAVE yang sama.Jika anda ingin mengetahui tentang Bantuan Rebat Elektrik SEDA RM500 (Banjir), sila rujuk artikel berikut: Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penangguhan-ptptn-banjir/", "title": "Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang cara untuk anda memohon penangguhan ini dan dokumen yang diperlukan. \nPermohonan boleh dibuat secara online.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Penangguhan PTPTN Akibat Banjir?\n\n \nCara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir\n\n \nSemakan Kelulusan\n\n \nSemakan Baki Pinjaman PTPTN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Penangguhan PTPTN Akibat Banjir?\nNegara kita sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19. \n\n\n\n\n\n\nOleh itu, kepada para peminjam yang telah terkesan dengan bencana ini, PTPTN akan memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan.\nPenangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua (2) bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.\n\nBaca juga: \nDiskaun PTPTN Hingga 15% Mulai 1 November 2021 (Bajet 2022)Cara Daftar Bayaran Balik PTPTN Secara Direct Debit Online\nCara Mohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir\nBagi memudahkan urusan peminjam PTPTN, pelaksanaan penangguhan bayaran balik ini adalah seperti berikut \nPeminjam boleh mengemukakan permohonan mulai 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 melalui portal rasmi PTPTN di (www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran. \nTiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.\n\nSemakan Kelulusan\nKelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan. \nUntuk itu, peminjam adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.\nSemakan Baki Pinjaman PTPTN\nPenyata Online PTPTN\u00a0akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.\nUntuk membuat semakan secara online, boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:\nhttps://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut sila hubungi saluran berikut:\nTelefon : 03-2193 3000 (Careline)Live Chat : www.ptptn.gov.my Eksekutif Pemasaran : https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn e-Aduan : https://eaduan.ptptn.gov.my/Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) \n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-bantuan-peralatan-pesakit-untuk-veteran-atm/", "title": "Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM kini dibuka untuk permohonan.\n Inisiatif ini digerakkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) untuk veteran ATM dan orang tanggungan mengikut keperluan pesakit.\nBaca Juga : Cara Daftar Kad Tentera Veteran ATM & Skim Bantuan JHEV\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n \nCara Mohon Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM\nBantuan ini merupakan bantuan kewangan kepada veteran ATM atau tanggungan mereka untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tingkat, katil, tilam dan peralatan sokongan lain yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\n\nKadar Bantuan\nUntuk makluman, sumbangan akan diberikan secara sekaligus dengan jumlah maksim RM 5,000.\nSyarat Kelayakan\nPemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nPemohon memiliki kad veteranPemohon tidak diberhentikan atas dasar tatatertibAnak yatim veteran berusia di bawah 18 tahun. Tiada had umur bagi anak tanggungan yang cacat kekalPermohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian atau syor pegawai perubatan. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.Permohonan hendaklah disertakan dengan laporan atau memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian.\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nPemohon dikehendaki untuk sertakan dokumen-dokumen seperti berikut :\nBorang JHEC.BK.2019Buku PerkhidmatanSiji kematian veteran / pasanganKad veteranMykad veteran/pasangan/anakLaporan perubatan (RM 2,000 ke atas)Sijil lahir /sijil anak angkatSijil angkatBuku akaun bankKad OKU3 sebutharga dari 3 pembekal berbezaResit asal\nCara Mohon Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM\nPemohon yang menepati syarat kelayakan boleh lakukan permohonan dengan menghantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.\nBorang permohonan boleh di muat turun di pautan di bawah : \u00a0\nBORANG-KEBAJIKAN-JHEV.BK_.2019-LATEST-AS-AT-2.9.2020-1-4Download\nNota : Pastikan semua butiran adlaah tepat serta benar. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. \nPermohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari pautan berikut :\nhttps://www.jhev.gov.my/\nPemohon juga boleh hubungi talian Call Centre JHEV di : 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan. \u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/era-fm/", "title": "ERA FM: Frekuensi Radio, Senarai DJ, Program & Siaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEra FM merupakan sebuah stesen radio popular tanah air, bersaing rapat dengan stesen Hot FM.\nMenyasarkan pendengar berbahasa Melayu, stesen radio ini ERA FM merupakan stesen radio milik Astro Radio Sdn Bhd, anak syarikat Astro All Asia Networks yang turut memiliki beberapa lag stesen radio di Malaysia antaranya Gegar, Hitz, Mix, Raaga, Sinar dan banyak lagi.\nBaca lagi: THR Gegar: Senarai DJ, Program dan Frekuensi Siaran\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan Era FM\n\n \nFrekuensi Siaran Radio ERA FM\n\n \nSenarai penyampai / DJ\n\n \nSegmen / program\n\n\nSejarah Penubuhan Era FM\nERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. \n\n\n\n\n\n\nStesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. \nStesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam\u00a0Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. \nLagu pertama yang diputarkan ialah dari\u00a0Zainal Abidin\u00a0iaitu \u201cHijau\u201d. Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.\nPada 1 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk mengintegrasikan pelbagai platform di bawah jenama tersebut. Logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.\nSlogan stesen radio ERA FM juga telah berubah beberapa kali sejak penubuhannya, selari dengan proses penjenamaan popular stesen radio popular ini:\n\nRentak Muzik Terkini (1998-2009)\nMuzik Terkini (2009-2011) \nKini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik (2011-2012)\nMuzik Hit Terbaik (2012-2022) \nMuzik Hit Terkini (2022-Kini)\n\nFrekuensi Siaran Radio ERA FM\nBagi anda yang ingin mendengar siaran ERA FM di seluruh Malaysia, anda boleh menukar frekuensi radio anda kepada frekuensi berikut:\n\n\n\n \n\n\nFrekuensi\nLokasi\n\n\n103.3 MHz\nLembah Klang\n\n\n103.3 MHz\nKota Bharu,\u00a0Kelantan\n\n\n103.6 MHz\nAlor Setar,\u00a0Kedah\u00a0dan\u00a0Perlis\n\n\n103.6 MHz\nPulau Pinang\n\n\n103.6 MHz\nSeremban,\u00a0Negeri Sembilan\n\n\n90.7 MHz\nLangkawi,\u00a0Kedah\n\n\n95.2 MHz\nTaiping,\u00a0Perak\n\n\n103.7 MHz\nIpoh,\u00a0Perak\n\n\n90.3 MHz\nMelaka\u00a0dan\u00a0Johor Utara\n\n\n104.5 MHz\nJohor Bahru, Johor dan Singapura\n\n\n104.5 MHz\nKota Batam,\u00a0Kepulauan Riau,\u00a0Indonesia\n\n\n98.0\u00a0MHz\nKuantan,\u00a0Pahang\n\n\n102.8\u00a0MHz\nKuala Terengganu,\u00a0Terengganu\n\n\n\nAnda juga boleh mendengar siaran stesen radio ini secara dalam talian melalui laman web SYOK di alamat https://era.syok.my/\nSenarai penyampai / DJ\n\nSejak awal penubuhannya, ERA FM sentiasa dibarisi barisan penyampai radio dan DJ yang berkualiti dan popular.\nHal ini sedikit sebanyak telah menarik ramai pendengar baru untuk menjadikan stesen radio ini sebagai pilihan stesen radio pilihan mereka. \nBerikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio ERA FM:\n\nAzad Jasmin\nNabil Ahmad\nRadin Amir Affendy\nMunaabella\nIsha Norsham\nHaniff Hamzah\nRay\nFazziq Muqris\nAmira Husna (Era Terengganu)\nChris (Kota Kinabalu)\nIly (Kota Kinabalu)\nBeebey (Kota Kinabalu)\nLopz Wala (Kota Kinabalu)\nKim (Kota Kinabalu)\nJay Jay (Kota Kinabalu)\nOsha (Kuching)\nAfick (Kuching)\nChopie (Kuching)\nSyaz (Kuching)\nFir Affandi (Kuching)\nElly Mazlein\nZahier Yusoff\nMunabella\nDottie\nIsha Norsham\nFazziq Muqris\nNamie\nHawa Rizwana\n\nSegmen / program\nBerikut merupakan senarai segmen harian dan minggu di ERA FM:\nIsnin \u2013 Jumaat \nSegmenPenyampaiMasaMuzik Hit Terkini00:00 \u2013 06:003 Pagi ERAAzad Jasmin, Nabil & Radin06:00 \u2013 10:00ERAthonMunaabella10:00 \u2013 13:00Gempak Hit ERAIsha Norsham13:00 \u2013 16:00101 ERAHaniff & Ray16:00 \u2013 20:00PM 40 ERAFazziq Muqris20:00 \u2013 00:00\nSabtu\nSegmenPenyampaiMasaMuzik Hit Terkini00:00 \u2013 07:00Sabtu Pagi ERANamie & Hawa Rizwana07:00 \u2013 10:00RIM CHART ERAIsha Norsham10:00 \u2013 11:00Hujung Minggu ERAN/A11:00 \u2013 15:00Carta ERA 40Elly Mazlein15:00 \u2013 19:00Terbaik 3 Pagi ERAN/A19:00 \u2013 20:00Non Stop ERAN/A20:00 \u2013 22:00Flow ERAZahier22:00 \u2013 23:00Hallyu ERAMunabella23:00 \u2013 00:00\nAhad\nSegmenPenyampaiMasaMuzik Hit Terkini00:00 \u2013 06:00Terbaik 3 Pagi ERAN/A06:00 \u2013 08:00Carta ERA 40\u00a0(ulangan)Elly Mazlein08:00 \u2013 12:00Lagu Baru Nak UpZahier12:00 \u2013 14:00Hujung Minggu ERAN/A14:00 \u2013 18:00Ulangan RIM CHART ERAIsha Norsham18:00 \u2013 19:00Terbaik 101 ERAN/A19:00 \u2013 20:00Non Stop ERAN/A20:00 \u2013 23:00Hallyu ERA\u00a0(ulangan)Munabella23:00 \u2013 00:00\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akaun-cds-rhb/", "title": "Panduan Buka Akaun CDS RHB Investment Bank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIngin buka akaun CDS dengan RHB Investmen bank?\nSekiranya anda berminat untuk mula melabur dalam Bursa Malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan akaun CDS anda. \nPelabur boleh menggunakan Sistem Depositori Pusat (Central Depository System atau singkatannya CDS) untuk memindahkan sekuriti dari satu akaun CDS ke akaun lain, dengan syarat pemindahan adalah mengikut sebab yang diluluskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. \n\n\n\n\n\n\nUrus niaga lain yang boleh dilakukan oleh pendeposit melalui Sistem Depositori Pusat adalah mendaftar maklumat akaun bank, pengemaskinian butir-butir akaun, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, deposit sijil saham, pengeluaran saham syarikat yang dinyahsenarai dan penutupan akaun CDS.\nArtikel berkaitan: Cara Buka Akaun CDS Online Untuk Jual Beli Saham\nTerdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmtan CDS ini dan salah satu daripadanya adalah RHB Investment Bank.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDokumen untuk pendaftaran\n\n \nBuka akaun CDS secara online\n\n \nBuka akaun CDS melalui cawangan bank\n\n\nDokumen untuk pendaftaran \nSekiranya anda berminat membuka akaun CDS bersama RHB Investment Bank, anda mestilah menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk pemprosesan pendaftaran:\nSalinan Kad Pengenalan \u2013 5 salinanSalinan penyata bank 3 bulan terkini \u2013 2 salinanSalinan slip gaji 3 bulan terkini \u2013 1 salinan\nSecara umumnya, terdapat 2 cara untuk membuka akaun CDS bersama RHB Investment Bank:\nSecara dalam talian atau onlineMelalu cawangan\u00a0RHB Investment Bank.\nBuka akaun CDS secara online\nPendaftaran akaun CDS secara online boleh dilakukan melalui laman web RHB Trade Smart dengan mengikuti langkah-langka berikut:\nLayari laman RHB Trade Smart di alamat https://rhbtradesmart.com/index.htmlPilih BranchKlik butang NextMasukkan butiran-butiran yang diminta seperti:NamaAlamat EmailNombor TelefonPilih Jenis AkaunJenis ID\u00a0Anda.Kad PengenalanUsernamePasswordNama IbuSelepas memasukkan semula password anda, klik butang Submit.\nPegawai yang bertugas akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja. ,\nBuka akaun CDS melalui cawangan bank\nUntuk pembukaan akaun CDS bersama RHB Investment Bank, anda boleh mengnujingi cawangan RHB Investment bank di alaamat berikut:\nRHB Centre, 426, Jalan Tun Razak, Kuala LumpurNo. 5 & 7, Jalan Pandan Indah 4/33 Pandan Indah24, SS2/63, 47300 Petaling Jaya +603 2113 8118\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myjpj/", "title": "MyJPJ : Semakan Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n[TERKINI] Pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online MyJPJ\nPelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai \u2018roadtax\u2019, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.\nMulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).\nPerkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.\nPeruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang persoalan-persoalan berkaitan pelaksanaan baharu ini serta cara untuk daftar dan membuat semakan cukai jalan dan lesen memandu secara digital.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSoalan Lazim (FAQ) Tentang Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital\n\n \nCara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ\n\n\nSoalan Lazim (FAQ) Tentang Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital\nSelepas pengumuman MOT bahawa pelekat \u201croad tax\u201d tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, timbul pelbagai persoalan. \nBerikut adalah pencerahan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada soalan-soalan yang sering ditanya;\n\n1) Adakah wajib untuk download apps \u201cMyJPJ\u201d?\nTidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.\n2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?\n\n\n\n\n\n\nTidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.\n3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?\nYa. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.\n4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?\nJangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.\n5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?\nSenang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan\u2026pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.\n6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?\nSeperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.\nMenurut Loke, beliau sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut dan menghormati semua pandangan serta cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin\nBeliau juga menegaskan bahawa beliau bersama pasukan MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk video penerangan di bawah:\nSumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook\nCara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ online dengan menggunakan ID MySikap Awam.\nLOG MASUK MENGGUNAKAN ID AWAM MYSIKAP\n\nDaftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/\nMuat turun aplikasi MyJPJ\nLog masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap\nBuat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.\n\nDOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:\n\nGoogle Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info\nApple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311\n\n\n\nJika anda masih belum berdaftar di Portal MySikap, sila daftar terlebih dahulu.\nSila rujuk langkah-langkah di bawah untuk tutorial pendaftaran ID MySikap:\nLANGKAH 1 : Tekan \u2018Daftar Akaun Baharu\u2019\n\nLANGKAH 2: Masukkkan nombot kad pengenalan tanpa sengkang\n\nLANGKAH 3 : Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan\n\nLANGKAH 4 : Jawab soalan keselamatan\n\nSimpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.\n\nLANGKAH 5 : Tetapkan kata laluan\n\nSELESAI!\nAnda akan dibawa ke paparan utama seperti berikut:\n\nSEMAKAN LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN DIGITAL\nSetelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.\nAntaranya:\n\nBidaan nombor kenderaan\nSemakan nombor terkini\nSemakan lesen kenderaan\nSemakan lesen memandu\nSemakan keputusan Ujian\nSemakan saman\nSemakan senarai hitam\n\nSelain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.\nOrang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.\nSEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)\nSemakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.\nBerikut adalah paparan yang akan anda lihat :\n\nAnda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:\n\nSEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR eLKM (CUKAI JALAN / ROAD TAX)\nAnda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor dan memuat turun secara digital.\n\nBerikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :\n\nPAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ\n\nGoogle Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info\nApple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311\n\n\n\nSiaran Media Pelaksanaan Paparan Digital Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM):\n\n\n\n\nSumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)\nBaca juga: Pengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain\nAnda juga boleh panduan berikut untuk mendaftar secara online : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sekolah-seni-malaysia-essem/", "title": "Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023 (eSSEM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia bagi Sesi 2023 / 2024\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang\u00a0eSSEM\u00a0bermula 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022.\nBerikut dikongsikan syarat-syarat dan info lanjut tentang Sekolah Seni Malaysia dan cara permohonan bagi kemasukan tahun 2023 / 2024.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sekolah Seni Malaysia?\n\n \nLokasi / Senarai Sekolah Seni Malaysia\n\n \nSubjek Yang Diajar Di Sekolah Seni Malaysia\n\n \nSyarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSesi Ujibakat\n\n \nSemakan Keputusan\n\n \nPermohonan Rayuan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sekolah Seni Malaysia?\nPenubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 \u2013 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.\nSekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.\nDefinisi Sekolah Seni Malaysia\nSebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.\nFalsafah Sekolah Seni Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSuatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.\nLokasi / Senarai Sekolah Seni Malaysia\nLokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:\ni. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.\nSebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:i. SMK Elopura, Sandakan, Sabah\nSekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ),Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,Bandar Seri Alam,\u00a081750, Masai,Johor Darul Takzim.Tel. : 07-3870215Faks : 07-3860215Emel :\u00a0[email\u00a0protected]Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS),Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,Jalan Sultan Tengah,\u00a093050 Santubong,Kuching, SarawakTel : 082-510356 / 536185Faks : 082-513917Emel :\u00a0[email\u00a0protected]Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL),Jalan Seladang Off Jalan Pasar,55100, Kuala Lumpur,Emel :\u00a0[email\u00a0protected]Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP),Kampung Baharu, Simpang Jalong,31100, Sg. Siput (U),Perak.Tel : 05-5951350Faks : 05-5951351Emel :\u00a0[email\u00a0protected]Program Pendidikan Seni,SMK Elopura,Peti Surat 1091,\u00a090712, Sandakan,Sabah.Tel : 089-532036Faks : 089-533960Emel :\u00a0[email\u00a0protected]\nSubjek Yang Diajar Di Sekolah Seni Malaysia\nBidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:a) Muzik;b) Tari;c) Teater;d) Seni Visual\nBagi tingkatan 1 \u2013 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:\na) Pendidikan Kesenian \u2013 seni muzik;b) Pendidikan Kesenian \u2013 seni tari;c) Pendidikan Kesenian \u2013 seni teater;d) Pendidikan Kesenian \u2013 seni visual;e) Bahasa Melayu;f) Bahasa Inggeris;g) Matematik;h) Sains;i) Sejarah;j) Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan;k) Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.\nBagi tingkatan 4 \u2013 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:Teras:\na) Bahasa Melayu;b) Bahasa Inggeris;c) Sejarah;d) Matematik Moden;e) Sains;f) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral;\nElektif Kesenian\na) Muzik; b) Tari; c) Teater; d) Seni Halus;e) Komunikasi Visual;f) Reka Bentuk.\nElektif Kemanusiaan\na) Prinsip Akaun;b) Perdagangan;c) Kesusasteraan Melayu.\nSyarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia\nWarganegara MalaysiaBerbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)Sihat tubuh badanHanya permohonan secara \u2018Online\u2019 akan diproses\nSyarat Kemasukan\nCalon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkanMurid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkanMengemukakan rekod kesihatan muridPermohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan\nTarikh Permohonan\nSistem Permohonan ke Sekolah Seni dibuka mulai 20 Julai sehingga 30 September 2022.\nBaca juga: MyFutureJobs: Daftar Program Insentif Pengambilan Pekerja\nCara Permohonan\nPermohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses.Pemohon perlu malalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video).Hanya pemohon yang melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan.\n\nSila rujuk manual pengguna di bawah:\nMANUAL PENGGUNA PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA Download\nSesi Ujibakat\nBagi permohonan kemasukan 2022, uji bakat dilaksanakan melalui rakaman video. Calon yang membuat permohonan perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan.Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat.Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan No KP Pemohon (rujuk panduan yang diberikan dalam borang permohonan yang telah dimuat turun).Sila muat naik fail tersebut ke dalam google drive masing-masing. Dapatkan pautan (link) dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan.\nSemakan Keputusan\nStatus permohonan masuk ke Sekolah Seni KPM atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan Disember 2022/Januari 2023 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan).\nSemakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni KPM atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my\nBaca juga: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2023\nPermohonan Rayuan\nRayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.\nKeputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:\nPn Zuraini Binti Abu HassanTel : 03-88721616Cik Noor Azilah Binti IsmailTel : 03-88721760 Atau emelkan pertanyaan ke :Email : [email\u00a0protected]\nATAU\nSila ajukan pertanyaan kepada Unit Sistem Aplikasi Dalam Taliandi talian 03 8872 1616 / 03 8872 1760 atau emel ke [email\u00a0protected]\nATAU\nRujuk Manual Pengguna dan Soalan Lazim di bawah:\nManual PenggunaFAQ\n"]} {"url": "https://ecentral.my/budak-tebing-3/", "title": "Budak Tebing 3 : Sinopsis & Barisan Pelakon", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDrama Budak Tebing kini kembali dan memasuki musim ke-3. Jalan cerita dilihat semakin rancak dan sulit membuatkan ramai penggemar setia drama ini teruja untuk ketahui nasib yang bakal terjadi kepada setiap watak.\nDiterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Nizam Zakaria, Budak Tebing 3 merupakan sambungan kepada dua musim terdahulu atas sambutan yang hangat daripada penonton.\nBaca Juga : Drama Rindu Kasih : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Ep 1-15\n\nDrama bersiri sepanjang 13 episod ini telah memulakan tayangan di slot Lestary TV3 pada 14 Disember 2022 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSinopsis Budak Tebing 3\n\n \nSenarai Pelakon Budak Tebing 3\n\n \nSedutan Episod 1 -3\n\n\nSinopsis Budak Tebing 3\nDrama ini meneruskan kisah mengenai sekumpulan remaja yang berhadapan dengan pelbagai masalah serta dugaan dalam hidup masing-masing. \nPada musim terbaharu ini, Arif (Adam Lee) mula berubah sikap selepas diduga dengan pelbagai musibah dalam hidupnya.\n\n\n\n\n\n\nDisebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, hubungan Arif semakin renggang dengan adiknya Yoyol (izz Ilham) dan rakannya Talam (Firdaus Ghufran). Kehadiran Kylo yang mula rapat dengan kumpulan budak tebing pula membuatkan Arif kurang senang.\nSementara itu, Ira pula masih dibelenggui trauma akibat diperkosa oleh ayah angkatnya.\nMotif watak baharu iaitu Badass lakonan Azhar Sulaiman pula masih menjadi tanda tanya di kalangan penonton. Siapakah Badass dan apakah tujuan sebenar dia mendekati budak-budak tebing?\nAdakah Arif akan menerima Kylo sebagai sebahagian budak tebing atau sebaliknya? Kalau nak tahu kesudahannya, anda kenalah tonton drama ini sampai habis!\n\nSenarai Pelakon Budak Tebing 3\nKebanyakan pelakon utama bagi drama Budak Tebing 3 masih dikekalkan pada musim ketiga. \nBeberapa wajah baru turut diperkenalkan bagi merancakkan lagi plot cerita.\nBarisan pelakon bagi drama ini adalah seperti berikut :\nWatakPelakonAedy AshrafTongkiAdam LeeArifNabil AqilKyloIzz IlhamYoyolEyka FarhanaIraFirdaus GhufranTalamNelissa NizamMariaNia AtashaHusnaAzhar SulaimanBadass\n\u00a0Jangan lupa untuk tonton Budak Tebing 3 di TV3 setiap hari Rabu hingga Sabtu di slot Lestary. \nJikalau anda terlepas, tak perlu risau. Anda kini boleh layan drama Budak Tebing 3 secara ekslusif, iaitu satu jam selepas tayangan di TV3 menerusi aplikasi atau laman web iQIYI. \u00a0\nSedutan Episod 1 -3\nEpisod 1- https://www.youtube.com/watch?v=UxQxfI1kZbU\n\n\n\nEpisod 2 \u2013 https://www.youtube.com/watch?v=aIrYtw5ebbc\n\n\n\nEpisod 3 \u2013 https://www.youtube.com/watch?v=oZ1S9JQl7do\n\n\n\nEpisod 4 : https://www.youtube.com/watch?v=wNakIdUQ6W4\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3 menerusi pautan berikut :\nFacebook :\u00a0https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA\nTwitter :\u00a0https://twitter.com/tv3malaysia\nYoutube :\u00a0https://www.youtube.com/@tv3malaysia\nInstagram :\u00a0https://www.instagram.com/tv3malaysia/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bank-digital-malaysia/", "title": "5 Penerima Lesen Bank Digital Bank Negara Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPada 29 April yang lalu, pihak Bank Negara Malaysia akhirnya telah mengumumkan senarai 5 penerima lesen Bank Digital yang pertama di Malaysia. \nSelepas sebulan kelewatan, Bank Negara Malaysia akhirnya mengumumkan lima pemohon yang berjaya untuk lesen bank digital seperti yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Malaysia.\nPengumuman ini dibuat setelah Bank Negara Malaysia bahawa ia telah menerima 29 permohonan untuk lesen bank digital di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 selama tempoh permohonan selama 6 bulan, yang berakhir pada 30 Jun 2021.\nPelbagai pihak telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen ini antaranya daripada bank, konglomerat industri, firma teknologi, pengendali e-dagang, pemain FinTech, koperasi dan kerajaan negeri.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Bank Digital?\n\n \nSenarai Penerima Lesen Digital Banking Malaysia\n\n \nProses Penilaian\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu Bank Digital?\nPerbankan digital mengubah cara kita membuat urusan bank tetapi tidak perbankan itu sendiri.\n\n\n\n\n\n\nJadi, kita masih memerlukan akaun bank untuk membayar wang, menyimpan dan, sudah tentu untuk membayar wang.\nPerbezaannya ialah kebanyakan tugasan ini boleh dilakukan dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih.\nPerbankan digital membolehkan anda mengurus akaun anda di mana-mana dan bila-bila masa anda mahu \u2013 selagi anda mempunyai sambungan internet.\nSenarai Penerima Lesen Digital Banking Malaysia\n\nPemohon berikut akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013:\nSebuah konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank BerhadSebuah konsortium yang diketuai oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. BhdSebuah konsortium yang diketuai oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.\nPemohon berikut akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013:\nKonsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc.Sebuah konsortium yang diketuai oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.\nTiga daripada lima konsortium itu dimiliki majoriti rakyat Malaysia iaitu Boost Holdings dan RHB Bank Berhad, Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn. Bhd. dan KAF Investment Bank Sdn. Bhd.\nProses Penilaian\n\nKriteria penilaian meliputi karakter dan integriti pemohon, sifat, dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan, dan kebolehlaksanaan rancangan perniagaan dan teknologi serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara bermakna.\nSepanjang proses penilaian, BNM melaksanakan prosedur tadbir urus dan pertimbangan yang rapi bagi memastikan penilaian yang mantap, objektif dan konsisten bagi semua 29 permohonan yang diterima. Penilaian yang dilaksanakan melalui empat tahap yang disokong oleh satu pasukan teknikal bersilang fungsi, satu pasukan yang menyemak permohonan dan pemerhati bebas dalaman daripada jabatan risiko dan jabatan undang-undang BNM. Syor muktamad kepada Menteri Kewangan telah dibincangkan dan disahkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pengurusan BNM.\nGabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah berkata, \u201cBank digital dijangka dapat meningkatkan lagi rangkuman kewangan. Melalui penerapan teknologi digital secara lebih meluas untuk transaksi harian, kami dapat memberikan lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi dengan mengatasi halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik.\n\u201cBank digital boleh membantu individu dan perniagaan mendapatkan akses yang lebih baik kepada penyelesaian yang lebih khusus berteraskan analisis data. Apabila perniagaan dilakukan secara dalam talian, perbankan digital turut menyediakan cara membuat transaksi yang lebih selamat dan mudah,\u201d tambah beliau.\nBerikutan pengumuman ini, pemohon yang berjaya akan melalui tempoh persediaan dari segi operasi yang akan disahkan oleh BNM melalui audit sebelum pemohon boleh memulakan operasi. Proses ini mungkin mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan.\nSejajar dengan lima teras strategik yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, BNM akan terus bekerjasama dengan industri kewangan dan fintech serta pihak berkepentingan yang berkaitan untuk terus meningkatkan akses perkhidmatan kewangan di seluruh negara dan merentas semua segmen masyarakat.\nMaklumat Lanjut\nhttps://www.bnm.gov.my/-/digital-bank-5-licences-bm\nBaca juga: \nCara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank NegaraSkim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/majlis-tilawah-menghafaz-al-quran-antarabangsa-mthqa/", "title": "Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 1444H / 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAlhamdulillah, MTHQA kali ke-62 pada tahun ini akan bermula pada 19 sehingga 24 Oktober 2022 bertempat di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) jam 8.45 malam. \nOrang ramai boleh hadir secara fizikal dan tempat adalah terhad.\nSebagaimana kita sedia maklum bahawa Malaysia saban tahun tidak pernah gagal untuk menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa. \nMalahan Malaysia pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al-Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize Of Holy Quran.\nNamun, semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, penganjuran MTHQA juga turut terjejas seketika demi untuk memelihara keselamatan dan mengawal penularan wabak tersebut.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan serba serdikit tentang majlis ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKategori / Penyertaan\n\n \nTarikh & Masa\n\n \nSiaran Langsung Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 1444H [LIVE Streaming]\n\n\nKategori / Penyertaan\nSeramai 41 orang peserta melibatkan 31 buah negara menyertai MTHQA Ke-62 kali ini dan akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum. \nUntuk makluman, kebiasaannya penganjuran MTHQA melibatkan dua (2) kategori iaitu pertandingan tilawah Al-Quran secara tartil dan pertandingan hafazan Al-Quran 30 juzuk. Namun, penganjuran MTHQA pada kali ini hanya melibatkan kategori pertandingan tilawah Al-Quran sahaja.\nMenurut siaran media oleh YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD, Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui Portal JAKIM, Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-62 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi saringan. \nSesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-62 tersebut telah selesai dijalankan pada 1 hingga 7 Julai 2022 yang lalu secara atas talian yang melibatkan penyertaan 64 orang peserta daripada 40 buah negara.\nSesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-62 telah dinilai oleh barisan jemaah hakim yang berpengalaman dan memiliki ilmu yang luas dalam bidang Al-Quran. \nTarikh & Masa\nMajlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 1444H akan bermula pada tarikh dan waktu berikut:\nTarikh: 19 hingga 24 Oktober 2022M.\nWaktu: 8.45 malam \u2013 11.30 malam\nPelbagai pengisian menarik akan disajikan untuk anda semua sepanjang MTHQA ini berlangsung.\nLihat poster hebahan di bawah untuk mengetahui antara tokoh dan selebriti yang akan hadir pada majlis tersebut.\n\nSiaran Langsung Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 1444H [LIVE Streaming]\nSaksikan juga secara langsung di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 8.45 malam.\nSila rujuk pautan berikut untuk menonton:\n\n\n\nLIVE Streaming Youtube TV Jakim : https://www.youtube.com/watch?v=U__E_SNGtioRTMKlik TV1 : https://rtmklik.rtm.gov.my/Facebook LIVE JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia \u2013 JAKIMTikTok JAKIM : https://www.tiktok.com/@myjakim\nBaca juga: \nTarikh Cuti Sekolah Akhir Tahun 2022Solat Jamak Dan Qasar : Panduan, Syarat & Niat (JAKIM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-jepun/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Jepun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSiapa yang dipilih jurulatih skuad bola sepak Jepun untuk Piala Dunia 2022 di Qatar?\nKetua jurulatih Hajime Moriyasu agak mengejutkan telah mengenepikan gandingan Celtic Kyogo Furuhashi dan Reo Hatate dalam apa yang kelihatan seperti skuad yang agak kuat untuk Piala Dunia 2022, dengan Takefusa Kubo, Takehiro Tomiyasu dan Takumi Minamino sebagai nama yang menonjol dalam senarai 26 pemain mereka.\nPrestasi terbaik Jepun di Piala Dunia telah mara ke Pusingan 16 pada tiga edisi berbeza dan mereka akan berusaha untuk mengejutkan peminat bola sepak di seluruh dunia pada edisi 2022 mengenai penampilan ketujuh berturut-turut pasukan itu pada kejohanan itu.\nMoriyasu akan menarik nafas lega apabila pasukannya mengesahkan kelayakan selepas semua selepas permulaan yang sukar untuk kempen kelayakan mereka, dengan Jepun akhirnya menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka di belakang Arab Saudi walaupun tewas dua daripada tiga perlawanan pembukaan mereka.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Jepun\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Jepun\nSumber: J.League (Japan Professional Football League)/J\u30ea\u30fc\u30b0\nPenjaga gol\nNamaKelabEiji KawashimaStrasbourgShuichi GondaShimizu S-PulseDaniel SchmidtSint-Truiden\nMoriyasu mempunyai kumpulan penjaga gol yang bagus untuk dipilih, dengan penjaga gol berpengalaman Eiji Kawashima muncul sebagai salah satu pilihan yang mudah.\nShuichi Gonda dan Daniel Schmidt adalah dua lagi penjaga gol sandaran.\nIni bemakna calon-clalon seperti Kosei Tani, Keisuke Osako dan Zion Susuki terlepas peluang mereka untuk Piala Dunia edisi kali ini.\nPertahanan\nNamaKelabMiki YamaneKawasaki FrontaleShogo TaniguchiKawasaki FrontaleYuto NagatomoFC TokyoTakehiro TomiyasuArsenalHiroki SakaiUrawa Red DiamondsKo ItakuraBorussia MonchengladbachMaya YoshidaSchalkeHiroki ItoStuttgart\nSkuad bola sepak Jepun akan mempunyai campuran pemain muda dan pengalaman untuk bermain dalam kumpulan bakat pertahanan mereka menjelang Piala Dunia.\nVeteran Yuto Nagatomo dan Maya Yoshido sentiasa menjadi pilihan utama ke ke Qatar, manakala Takehiro Tomiyasu, salah seorang pemain harapan Jepun yang kini bermain di Liga Perdana, juga menjadi pilihan.\nDan terdapat pemain-pemain seperti Ko Itakura dan Hiroki Ito yang semuanya berjaya ke Qatar juga.\nSementara itu, Ayumu Seko, Sho Sasaki, Shinnosuke Hatanaka, Naomichi Ueda dan Sei Muroya semuanya menyaksikan impian mereka untuk beraksi di Qatar berakhir secara tiba-tiba.\nYuta Nakayama pada mula terpilih tetapi kemudian terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan bersama Huddersfield.\nPemain tengah\nNamaKelabWataru EndoStuttgartGaku ShibasakiLeganesTakumi MinaminoMonacoHidemasa MoritaSporting CPDaichi KamadaEintracht FrankfurtAo TanakaFortuna DusseldorfRitsu DoanFreiburgYuki SomaNagoya Grampus\nPemain tengah serangan Monaco, Takumi Minamino, yang pernah berkhidmat dalam Liga Perdana bersama Liverpool dan Southampton, akan menjadi pilihan untuk Jepun di bahagian tengah.\nWataru Endo dan Daichi Kamada akan sentiasa yakin untuk mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia juga, tetapi ace Celtic Reo Hatate dan Genki Haraguchi dari Union Berlin pastinya kecewa kerana tidak terpilih dalam skuad bola sepak Jepun kali ini.\nPenyerang\nNamaKelabDaizen MaedaCelticTakefusa KuboReal SociedadAyase UedaCercle BruggeTakuma AsanoVfL BochumJunya ItoReimsKaoru MitomaBrighton\nSkuad bola sepak Jepun yang berbakat mengandungi beberapa pilihan menarik dalam serangan juga dengan Real Sociedad wonderkid Kubo dan penyerang Celtic Daizen Maeda, walaupun rakan sepasukan kelabnya Furuhashi agak mengejut diketepikan.\nKedua-dua Yoshinori Muto dan Yuya Osako juga berharap untuk terpilih ke Piala Dunia di Qatar, tetapi tidak terpilih.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eprestasi-kpm/", "title": "e-Prestasi KPM: Login eprestasi.moe.gov.my", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan Penilaian Pertama Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tahun melalui e-Prestasi KPM akan dibuka semula untuk sesi penilaian akhir.\nMohon Pegawai Penilai (PP) yang dilantik menyemak serta memastikan senarai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan, paparan borang skor PYD dan instrumen PYD adalah TEPAT berdasarkan bidang tugas PYD.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang PBPPP dan ePrestasi KPM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah e-Prestasi KPM?\n\n \nApakah PBPPP?\n\n \nTempoh Penilaian\n\n \n3 Fasa Penilaian ePrestasi KPM\n\n \nPanduan Mengisi Borang Keberhasilan 2021 (Penilaian Akhir \u2013 November)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah e-Prestasi KPM?\nePrestasi\u00a0merupakan salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, dimana sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.\nLaman sesawang ePrestasi ini boleh dilayari oleh semua pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan PBPPP melalui Modul Manual Pengguna. \nMelalui modul tersebut, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun.\nLaman sesawang ini hanya boleh diakses (log masuk) oleh JK PBPPP dan PP yang dilantik sahaja. \nIntegriti pegawai yang layak untuk akses perlu dijaga supaya pihak yang berkenaan tidak menyalahgunakan sistem tersebut.\nPP juga boleh menyemak status penilaian PYD di bawah seliaan mereka melalui aplikasi mudah alih bagi sistem e-Prestasi iaitu MyPBPPP.\n\n\n\n\n\n\nSistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.\nApakah PBPPP?\nPBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).\nPenilaian ini juga merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 \u20132025.\nBaca juga: APDM: Manual Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM\nPBPPP memberi fokus kepada elemen:\n\nKompentensi\nPotensi\nKeberhasilan\u00a0Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas. Penilaian ini diwujudkan berdasarkan\u00a0Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi.\u00a0Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.\n\nTerdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu PdP, PT (A), PT (B), Fasilitator dan Jurulatih.\n\nTempoh Penilaian\nFleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim yang dikeluarkan oleh KPM.\nSila rujuk Takwim PBPPP di bawah untuk senarai tarikh penting untuk penilaian:\n\n\n\n3 Fasa Penilaian ePrestasi KPM\nPPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.\nPenilaian dibuat mengikut aspek dalam instrumen dan prestasi pencapaian PYD diberikan mengikut aras penilaian sama ada Cemerlang, Baik, Sederhana, Memuaskan atau Lemah berdasarkan rubrik yang ditetapkan.\n\n\nSepanjang tempoh setahun pelaksanaan, terdapat tiga fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.\nFASA 1: Prapenilaian\nPerkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:\n\nKetua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) melantik ahli-ahli dalam JK PBPPP di organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.\nJK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia.\nPengerusi perlu mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.\nJK PBPPP memutuskan pelantikan PP peringkat organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.\nJK PBPPP melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi pada tahun semasa.\nJK PBPPP menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP peringkat organisasi.\nPP menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu\n\nFASA 2: Semasa Penilaian\nPerkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:\n\nPP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.\nPP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.\nPP1 dan PP2 memasukkan skor melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun.\nPP dan PP2 memaklumkan kepada PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan.\nPP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).\nPP1 dan PP2 menyimpan dan menghantar skor PYD melalui sistem e-Prestasi.\nPP1 dan PP2 membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.\nPP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.\nJK PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan.\n\nFASA 3 : Pascapenilaian\nPerkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:\n\nJK PBPPP perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak tekal antara PP1 dan PP2.\nJK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar melalui sistem e-Prestasi.\nPYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS selepas dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM.\n\nPanduan Mengisi Borang Keberhasilan 2021 (Penilaian Akhir \u2013 November)\nBagaimana cara mengisi borang keberhasilan (PBPPP)?\nMungkin masih ramai yang kurang jelas, di sini kami kongsikan info untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuat turun Templat Borang Keberhasilan di bawah:\ni) Template Borang Keberhasilan (xls)ii) Template Borang Keberhasilan (xlsx)\nContoh Borang Keberhasilan : https://drive.google.com/file/d/1KVct6295aa_7gmbK4Y3XEah0SJpW6u9M/view?fbclid=IwAR0u7HyR4jhDGmgKmdKbKIkL0TaxdXmTYr9RAuYB-XITy6BRu93fR0PbyvQ\n(Sumber: Herna Nordin)\na-PANDUAN-KEBERHASILANDownload\n\n4-CONTOH-PENULISAN-KEBERHASILANDownload\n\n5-Buku-Garis-Panduan-PBPPP-Dokumen-LengkapDownload\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang ePrestasi KPM, sila layari https://eprestasi.moe.gov.my/manual.html\nAlamat:\nUNIT PENILAIAN KOMPETENSI,CAWANGAN LATIHAN DAN KOMPETENSI,BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,ARAS 4, BLOK E12, KOMPLEKS E,PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.\nTelefon:\n03-8884 7294/ 7287/ 72884\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-spm-2022-2023/", "title": "Tarikh & Jadual SPM 2022 \u2013 2023 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJADUAL TERKINI TARIKH PELAKSANAAN SPM 2022 \u2013 2023 \nLembaga Peperiksaan Malaysia telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2022 yang akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2023.\n\nBerikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk makluman semua, khususnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai lampiran seperti berikut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual & Tarikh SPM 2022 \u2013 2023 (Ujian Bertutur, Mendengar & Amali)\n\n \nJadual & Tarikh SPM 2022 \u2013 2023 (Peperiksaan Bertulis)\n\n \nINFO TERKINI: Penjadualan Semula Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia\n\n \nARAHAN AM\n\n\nJadual & Tarikh SPM 2022 \u2013 2023 (Ujian Bertutur, Mendengar & Amali)\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadual & Tarikh SPM 2022 \u2013 2023 (Peperiksaan Bertulis)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nINFO TERKINI: Penjadualan Semula Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia\n\n\nARAHAN AM\n\nCalon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.\nCalon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.\nCalon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.\nCalon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.\n\nJadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melaluiportal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut : Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022\nTARIKH-JADUAL-WAKTU-SPM-2022Download\nhttp://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual_waktu-peperiksaan-spm_2022\nSehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.\n\nBaca juga:\n\nPerkhidmatan Patching Sijil SPM \u2013 Lembaga Peperiksaan Malaysia\nCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-main-catur-chess/", "title": "Cara Mudah Belajar Main Chess / Catur Dalam 5 Minit", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk bermain catur atau chess and perlu tahu cara main chess terlebih dahulu.\nBerbanding permainan papan (board game) lain, chess sedikit sukar dipelajari kerana anda perlu mengetahui terlebih dahulu bagaimana setiap buah catur itu boleh bergerak dalam papan catur.\nSebagai contoh, \u201cKuda\u201d (Knight) bergerak dalam bentuk L, sementara \u201cGajah\u201d (Bishop) bergerak secara diagonal dan sebagainya.\nTeruskan bacaan untuk mengetahui cara main chess yang sebenar.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMengenali Papan Catur\n\n \nMengenali Buah Catur dan Pergerakannya\n\n \n1. Raja (King)\n\n \n2. Ratu (Queen)\n\n \n3. Gajah (Bishop)\n\n \n4. Kuda (Knight)\n\n \n5. Benteng / Kota (Castle/Rook)\n\n \n6. Bidak (Pawn)\n\n \nObjektif Permainan Catur \u2013 Cara Nak Menang Main Catur\n\n \nCara Main Catur\n\n\nMengenali Papan Catur\n\nGambar di atas merupakan susunan buah catur di papan catur.\nSetiap permainan catur dimainkan oleh 2 orang pemain di mana seorang pemain akan menggunakan buah catur putih sementara seorang pemain lagi akan menggunakan buah catur berwarna hitam.\nPemain dengan buah putih akan memulakan pergerakan terlebih dahulu dan kedua-dua orang pemain ini akan menggerakkan buah catur secara berselang-seli.\n\n\n\n\n\n\nPapan catur terdiri dari 64 petak ang sama besar dan petak-petak itu diberi warna terang dan warna gelap secara berselang-seli. \nDalam istilah catur, warna terang selalu disebut Putih dan warna gelap disebut Hitam\nMengenali Buah Catur dan Pergerakannya\n\nBuah Catur adalah apa yang anda gerakkan di papan saat bermain catur dan untuk main chess, anda perlu tahu cara setiap buah catur ini digerakkan.\nAda enam jenis buah catur dan setiap pemain akan akan mempunyai 16 buah catur pada awal permainan.\nBerikut merupakan nama-nama buah catur (bahasa Inggeris dalam kurungan) dan jumlahnya untuk setiap pemain.\n\nRaja (King) \u2013 1\nRatu (Queen) \u2013 1\nGajah (Bishop) \u2013 2\nKuda (Knight) \u2013 2\nBenteng/Kota (Castle/Rook) \u2013 2\nBidak/Askar (Pawn) \u2013 8\n\n1. Raja (King)\nRaja adalah buah catur yang paling penting, tetapi adalah salah satu yang paling lemah. \nRaja hanya boleh menggerakkan satu segi empat sama ke mana-mana arah \u2013 atas, bawah, ke sisi dan menyerong.\n2. Ratu (Queen)\nRatu adalah buah catur yang paling berkuasa. \nDia boleh bergerak ke mana-mana arah lurus \u2013 ke hadapan, ke belakang, ke sisi atau menyerong \u2013 sejauh mungkin selagi dia tidak bergerak melangkaui mana-mana buah catur lain.\n3. Gajah (Bishop)\nGajah boleh bergerak sejauh yang dia mahu, tetapi hanya menyerong. \nSetiap gajah bermula pada satu warna kotak (terang atau gelap) dan mesti sentiasa kekal pada warna itu.\n4. Kuda (Knight)\nKuda bergerak dengan cara yang sangat berbeza daripada buah catur lain \u2013 pergi dua petak dalam satu arah, dan kemudian satu lagi bergerak pada sudut 90 darjah, sama seperti bentuk \u201cL\u201d.\n5. Benteng / Kota (Castle/Rook)\nBenteng boleh bergerak sejauh yang diingini, tetapi hanya ke hadapan, ke belakang, dan ke sisi.\n6. Bidak (Pawn)\nBidak adalah luar biasa kerana mereka bergerak dan menangkap dengan cara yang berbeza: mereka bergerak ke hadapan tetapi menangkap secara menyerong. \nBidak hanya boleh bergerak ke hadapan satu petak pada satu masa, kecuali untuk langkah pertama mereka di mana mereka boleh bergerak ke hadapan dua petak.\nObjektif Permainan Catur \u2013 Cara Nak Menang Main Catur\n\n\n\nObjektif utama untuk memenangi permainan catur adalah menangkap buah Raja, keadaan yang dinamakan \u201cCheckmate\u201d.\nSila tonton video di atas yang menunjukkan keadaan di mana Raja dalam keadaan \u201cCheck\u201d dan \u201cCheckmate\u201d.\nCara Main Catur\nUntuk belajar bermain catur, tidak memadai melalui pembacaan sahaja sebaliknya anda kerana belajar secara visual dan praktikal.\nCara terbaik untuk belajar cara main chess adalah secara 1 on 1 bersama orang yang sudah tahu asas bermain catur.\nWalau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai kenalan untuk mengajar anda, anda boleh menononton video asas bermain catur di bawah ini:\n\n\n\nPertandingan catur juga tertakluk dengan peraturan yang ditetapkan oleh FIDE, iaitu Federasi Catur Antarabangsa.\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi FIDE di alamat https://www.fide.com/\nBaca juga: \n\nKalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM\nCara Mudah Pakai Samping (Berserta Video Tutorial)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semak-baki-loan-kereta-rumah-public-bank/", "title": "Cara Semak Baki Loan Kereta / Rumah Public Bank Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNak check baki loan online?\nBerikut dikongsikan cara semak baki loan kereta / rumah Public Bank secara online.\nMudah sangat. Tak perlu beratur panjang di bank semata-mata nak semak baki loan anda.\nDan tak perlu tunggu berjam-jam semata-mata nak bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan Public Bank lagi.\n\n\n\n\n\n\nTetapi sebelum itu, anda perlu tahu dua benda ini bagi membolehkan anda semak baki loan secara online, iaitu:\nNombor akaun loan andaNote number loan tersebut\nKemudian jom kita ke langkah seterusnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLink Akaun Loan Anda Terlebih Dahulu\n\n \nSemak Baki Loan Kereta / Rumah Public Bank\n\n\nLink Akaun Loan Anda Terlebih Dahulu\nUntuk link akaun loan kereta atau rumah anda dengan akaun Public Bank, sila ikuti langkah berikut:\n1. Login ke akaun PBE Bank (https://www.pbebank.com) dan klik \u201cProfile Maintenance\u201d\n\n3. Klik \u201cManage Profile\u201d\n2. Kemudian klik \u201cAdd / Delete Account\u201d\n\n3. Pilih jenis akaun sama ada Hire Purchase untuk kereta atau Loans untuk pinjaman perumahan.\n4. Masukkan maklumat seperti nombor kad pengenalan, number akaun untuk loan, dan note nombor.\nSegala maklumat ini anda boleh rujuk semula bahagian transaction history akaun anda.\n\n5. Kemudian request PAC dan siap!\nSemak Baki Loan Kereta / Rumah Public Bank\nSelepas ini bolehlah anda semak berapa baki hutang bank yang tinggal terus dari aplikasi PB engage MY.\nDan anda juga boleh ikut langkah di atas untuk link akaun kad kredit Public Bank.\nSatu lagi cara bagaimana anda boleh semak kesemua baki pinjaman anda ialah dengan memuat turun laporan CCRIS anda.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-banjir-koperasi-tentera-2022/", "title": "Permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan bantuan banjir Koperasi Tentera telahpun dibuka bagi tahun 2022.\nSeperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Koperasi Tentera Malaysia telah meneruskan bantuan bagi ahli koperasi yang terjejas akibat banjir yang melanda seluruh Malaysia saban tahun.\nPeruntukan khas ini boleh dipohon oleh setiap ahli koperasi yang layak dan memerlukan bantuan ini dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nMuat turun borang permohonan\n\n \nDokumen sokongan\n\n \nCara memohon\n\n\nPengenalan\nPermohonan Bantuan Banjir adalah sumbangan yang diberikan kepada anggota-anggota KT yang ditimpa musibah banjir bagi tujuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.\n\n\n\n\n\n\nHanya ahli koperasi sahaja yang layak memohon bantuan khas ini tidak kira sama ada anda masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara, orang awam dll asalkan anda merupakan ahli sah persatuan koperasi ini.\nMuat turun borang permohonan\nSeperti tahun-tahun sebelumnya, permohonan bagi Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022 ini mesti dibuat dengan melengkapkan dan menghantar borang permohonan.\nBorang permohonan bagi tahun ini boleh dimuat turun di pautan berikut:\nhttps://www.katmb.com.my/wp-content/uploads/2022/12/KTSKBANJIR-FNL.pdf\nDokumen sokongan\nBagi memastikan hanya ahli koperasi yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan khas ini, setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut:\n\nMyTentera (bagi anggota ATM)\nMyKad (bagi orang Awam atau pesara)\nLaporan polis terkini atau borang Pusat Peminndahan Sementara (PPS)\nSurat Pengesahana akaun bank\n\nBagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.\nSelain itu, rumah yang terjejas banjir adalah rumah yang diduduki oleh pemohon.\nArtikel berkaitan: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera\nCara memohon\nBerikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk permohonan bantuan banjir bagi ahli Koperasi Tentera:\n\nMuat turun borang permohonan\nLengkapkan borang permohonan dengan mengisi segala butiran yang diminta\nDapatkan pengesahan dan tandatangan sokongan daripada Pegawai/Majikan/Ketua Kampung/JKK\nHantar borang permohonan yang telah lengkap ke cawangan Koperasi Tentera yang berdekatan\nSebagai alternatif, anda boleh scan borang permohonan yang telah lengkap tersebut dan hantar melalui emel ke [email\u00a0protected]\n\nSekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Koperasi Tentera di talian 1300 8000 58\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mylesen-gdl-2-0/", "title": "MyLesen GDL 2.0: Program Pemandu Kenderaan Perdagangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTeringin mendapat gaji yang lumayan tetapi tidak tahu caranya? Program MyLesen GDL 2.0 mungkin apa yang anda cari.\nTidak ramai yang tahu bahawa gaji seorang pemandu lori perdagangan adalah cukup besar, namun ianya juga sangat mencabar kerana anda perlu banyak berkorban masa bersama ahli keluarga. \nStatistik yang dikeluargakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan di Malaysia masih memerlukan ramai pemandu yang layak untuk bekerja dengan mereka. \n\n\n\n\n\n\nMalangnya, ramai yang tidak mampu untuk mengeluarkan duit pelaburan awal untuk mendapatkan lesen GDL yang bersesuai dengan jenis jentera atau kenderaan yang ingin mereka pandu. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 (MyLesen GDL 2.0)\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nTerma dan syarat program\n\n \nCara permohonan dan tarikh tutup\n\n\nProgram Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 (MyLesen GDL 2.0)\nSalah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik. \nDi bawah inisiatif ini, satu program iaitu Program MyLesen GDL 2.0 telah dirangka bertujuan untuk menarik dan melatih calon warganegara Malaysia yang layak dan berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan dengan menawarkan subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi. \nSyarat kelayakan\n\nSebelum memohon, calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:\nBerumur 21 tahun ke atas Mempunyai kelas D (tempoh memegang lesen sekurang-kurangnya satu tahun) atau kelas E Competent Driving License (CDL) Tiada dalam senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM\nTerma dan syarat program \nMematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej iniCalon yang layak akan ditemuduga oleh syarikat logistik / pengangkutan dan ditawarkan pekerjaan / penempatan di syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan di Institut Memandu (IM) yang terpilih.Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.Peserta akan diberikan elaun RM500 secara one-off (pembayaran untuk sekali) ketika tempoh latihan dijalankan.Peserta perlu mengikuti kursus, latihan, amali dan lesen E Full & GDL Bersendi mengikut SOP yang ditetapkan.\nCara permohonan dan tarikh tutup\nPermohonan untuk program MyLesen GDL 2.0 ini akan ditutup setelah kuota penuh.\nCalon yang berminat boleh mengisi borang permohonan di borang Google Form (sila klik).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/melakapay/", "title": "MelakaPay: Cara Daftar & Pembayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMelakaPay merupakan satu aplikasi atau platform khusus dibangunkan oleh kerajaan negeri Melaka untuk penduduk Melaka melakukan pelbagai transaksi pembayaran tanpa tunai.\nAplikasi MelakaPay ini dibangunkan dan diuruskan oleh dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk memudahkan anda mendaftar dan membuat pembayaran online.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MelakaPay?\n\n \nFungsi\n\n \nKelebihan MelakaPay\n\n \nCara Daftar MelakaPay\n\n \nMengapa anda perlu mendaftar?\n\n \nCara Membuat Bayaran Online\n\n \nAgensi Yang Menyertai MelakaPay\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n\nApakah MelakaPay?\nKerajaan Negeri Melaka membangunkan Melaka Pay One Stop Centre bagi memudahkan urusan semakan dan pembayaran pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri melalui Aplikasi Mobile Apps.\nKetua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri itu dijangka boleh dimuat turun secara Percuma menerusi Google Play Store dan App Store dijangka bermula 1 April 2022.\n\n\n\n\n\n\nDengan portal MelakaPay, anda tidak perlu mengakses portal berbilang agensi untuk membuat pembayaran bil anda.\nAnda boleh membayar bil anda kepada pelbagai agensi yang mengambil bahagian seperti:\n\nTabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka\nPusat Zakat Melaka\nMajlis Perbandaran Alor Gajah\nMajlis Perbandaran Jasin\nMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya\nMajlis Melaka Bandaraya Bersejarah\nZakat Melaka\nMajlis Agama Islam Melaka\nSyarikat Air Melaka Berhad (SAMB)\n\nTambahan pula, anda boleh memudahkan pengalaman pembayaran anda dengan beberapa ciri lain seperti mendaftarkan akaun penerima kegemaran anda, menyemak bil semasa anda dan menyemak status transaksi terdahulu anda dalam tempoh 3 bulan yang lalu.\nArtikel berkaitan: JohorPay: Kemudahan Bayaran Online Rakyat Johor\n\nFungsi\nAplikasi atau sistem ini didatangkan dengan pelbagai fungsi untuk kemudahan pengguna:\n\nCukai Tanah\nCukai Petak\nCarian Persendirian\nCukai Taksiran\nKompaun Letak Kenderaan\nCaj Warisan\nPinjaman Pendidikan TAPEM\nBayaran Pelbagai Zakat\nBil Utiliti Air (SAMB)\nPembelian Borang Abstraksi Air (BKSA)\nBayaran Bil Abstraksi Air (BKSA)\nPembelian Dokumen Sebutharga\nBayaran Caj Langganan STOM\nPermohonan Sewa (MPAG)\nPembelian Data Spatial\nCaj Pengguna MelGIS\nPembelian Borang Rumah Mampu Milik\nBayaran Sewa Gerai (MPJ)\nBayaran OSC Online (MPJ)\nZakat Fitrah\nSaham Wakaf\nFidyah\nLuqatah\nWang Tidak Patuh Syariah\nWang Orang Berhutang\nTabung Musaadah COVID19\n\nKelebihan MelakaPay\n\nBayar bil anda bila-bila masa dan di mana sahaj dengan pantas, mudah dan selamat\nPerkhidmatan pembayaran cukai, bil, kompaun, pinjaman pendidikan, zakat, wakaf dan banyak lagi\nMudah dan selesa kerana bayaran boleh dibuat terus secara atas talian\nSemak dan jejak semua transaksi pembayaran terus daripada aplikasi MelakaPay\n\nCara Daftar MelakaPay\nPendaftaran adalah mudah dan boleh dilakukan secara terus melalui laman rasmi MelakaPay di alamat https://melakapay.melaka.gov.my/\nHanya klik butang Daftar di laman utama dan mula mengisi butiran anda seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat emel, nombor telefon, alamat dan kata laluan. \nMengapa anda perlu mendaftar?\n\nPaparan bil persendirian.\nPaparan rekod bayaran terdahulu.\nStatus Transaksi akan dihantar melalui emel.\nPaparan carian persendirian terdahulu\nMengurus akaun berdaftar\nPendaftaran keahlian adalah PERCUMA.\nSemua maklumat yang diberi akan dirahsiakan\n\n\nCara Membuat Bayaran Online\nSelepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan untuk mengaktifkan akaun anda. Sebaik sahaja anda telah mengaktifkannya, anda boleh mula menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal MelakaPay dan aplikasi mudah alih.\nPerkhidmatan FPX boleh didapati dari 1:00 pagi hingga 12:00 tengah malam setiap hari, tujuh hari seminggu, 365 hari setahun. \nWalau bagaimanapun, Perkhidmatan FPX juga bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan Internet Banking oleh bank-bank yang terlibat.\nSekiranya anda mendapati sebarang kesukaran mendapatkan maklumat bayaran selepas transaksi, sila ikuti langkah ini:\n\nSila hubungi bank anda untuk mengesahkan pembayaran anda.\nSebaik sahaja anda telah mendapat maklumat terperinci mengenai butiran transaksi anda, sila hubungi pegawai agensi-agensi berkaitan untuk bantuan. Sila berikan ID transaksi yang telah dibekalkan oleh pihak bank.\nSebagai alternatif, anda boleh menghubungi pentadbir kami di talian 06-3333333 (ext. 7656) atau e-mel kepada kami di\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0untuk bantuan lanjut.\n\nAgensi Yang Menyertai MelakaPay\n\nPejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka\nPejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah\nPejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah\nPejabat Daerah dan Tanah Jasin\nTabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)\nMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah\nMajlis Perbandaran Alor Gajah\nMajlis Perbandaran Jasin\nMajlis Perbandaran Hang Tuah Jaya\nZakat Melaka\nSyarikat Air Melaka Berhad\nBadan Kawal Selia Air (BKSA)\nUnit Kerajaan Tempatan\nJabatan Ketua Menteri Melaka (STOM)\nJabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka\nLembaga Perumahan Melaka\nMajlis Agama Islam Melaka\nJabatan Kerja Raya Melaka\nPerbadanan Kemajuan Negeri Melaka\nJabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka\n\n\nMuat turun aplikasi\nPortal MelakaPay boleh dilayari pada pautan https://melakapay.melaka.gov.my ataupun\nmuat turun aplikasi mobil MelakaPay melalui Play Store ataupun Appstore\nHanya sekali sahaja pendaftaran dan boleh di gunakan di kedua-dua platform.\nUntuk kemudahan pengguna, anda boleh memuat turun aplikasi MelakaPay di telefon mudah alih anda melalui pautan berikut:\n\nGoogle Play\nApp Store\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-str-kemaskini/", "title": "Semakan Status STR 2023 Fasa 2 (Sumbangan Tunai Rahmah)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Status STR 2023 & Kemaskini Maklumat Pemohon Bantuan Tunai Rakyat *Dijenamakan Semula Sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\nDifahamkan mulai 15 Januari 2023, orang ramai telah mula menerima wang Bantuan Tunai Rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato\u2019 Sri Anwar Ibrahim dalam Mini Bajet 2023 sebelum ini.\nDalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat \u2013 20 Disember 2022 lalu, beliau memaklumkan bahawa bayaran bantuan kewangan yang dijenamakan sebagai Sumbangan Tunai Ramah 2023 Fasa 1 akan diteruskan dan telah diawalkan pada Januari ini berbanding Mac seperti tahun sebelumnya.\nDalam pembentangan Bajet 2023 pula, Kerajaan mengumumkan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin mengikut data e-Kasih. \nSumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai 600 ringgit kepada mereka, bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum 3,100 ringgit.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023) Dijenamakan Semula Sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\n\n \nSiapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR 2023?\n\n \nSemakan Syarat Kelayakan STR 2023\n\n \nJumlah Bayaran STR Fasa 1 \u2013 Fasa 4 (Kemaskini Belanjawan 2023)\n\n \nTarikh Bayaran STR 2023 Fasa 1, 2 3 dan 4 (Kemaskini Belanjawan 2023)\n\n \nPermohonan Baru / Kemaskini STR 2023\n\n \nLangkah Kemaskini Permohonan\n\n \nCara Semakan Status STR\n\n \nLupa Kata Laluan STR / Semakan Password BKM\n\n \nSoalan Lazim STR 2023\n\n\nBantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023) Dijenamakan Semula Sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\nBTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.\nBantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.\nKerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.\nSelaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.\nMaka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.\nSiapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR 2023?\nRamai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.\nPemohon yang perlu membuat\u00a0permohonan baharu\u00a0STR adalah seperti berikut:\n\nPemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta\nBerpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau\nBerpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.\n\nPemohon yang perlu membuat\u00a0kemas kini permohonan\u00a0STR adalah seperti berikut:\n\nTidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022\nPenerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini\n\nUntuk makluman, berikut adalah kenyataan media rasmi daripada pihak LHDNM berkenaan pemohon yang perlu membuat semakan dan kemaskini bagi permohonan STR 2023.\n\n\nUntuk makluman tarikh permohonan / kemas kini STR 2023 boleh dibuat secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 dan secara manual mulai 08 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 tertakluk kepada pindaan dari semasa\u00a0ke semasa akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. \nUntuk maklumat lanjut dan semakan STR, sila rujuk soalan lazim di pautan berikut :\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/\u2026/SOALAN_LAZIM_(FAQ\u2026\n\n\n\n\n\n\n\nSumber : FAQ Sumbangan Tunai Rahmah\nSemakan Syarat Kelayakan STR 2023\nPemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:\ni. Isi Rumaha) Kahwin; ataub) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\nii. Warga Emas Tiada Pasangana) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danb) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\niii. Bujanga) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danb) Had umur adalah 21-59 tahun; danc) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\nNota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.\n\nJumlah Bayaran STR Fasa 1 \u2013 Fasa 4 (Kemaskini Belanjawan 2023)\nBerikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan : \n\nBerikut adalah jadual dan jumlah bayaran yang akan diterima dari Fasa 1 hingga Fasa 4 :\n\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 2\ni) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200\nii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)\nPendapatan RM5000 ke bawah : RM100\niii) Kategori Bujang 21-59 tahun\nPendapatan RM2500 ke bawah: RM100\niv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun\nPendapatan RM2500 ke bawah: RM100\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 3i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM4003-4 anak: RM6005 anak dan lebih: RM800B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM1503-4 anak: RM2005 anak dan lebih: RM250ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM150\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 4i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM6003-4 anak: RM9005 anak dan lebih: RM1200B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM03-4 anak: RM3005 anak dan lebih: RM500ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM0\nBerikut adalah jumlah bayaran tambahan yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :\n\nKategori PenerimaPendapatanBil. AnakBayaran 1Jul-23Bayaran 2Ogos-23Bayaran 3Sept-23Bayaran 4Okt-23Bayaran 5Nov-23Bayaran 6Dis-23**Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023(RM)Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023(RM)* Isi Rumah Miskin TegarTiada Had Umur(Tambahan RM600)\u2264 PGK Miskin Tegar RM1,16901001001001001001006001,6001-21001001001001001006002,1003-41001001001001001006002,600\u2265 51001001001001001006003,100\n\nNota:\n\nBantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan\nKumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100\n\nTarikh Bayaran STR 2023 Fasa 1, 2 3 dan 4 (Kemaskini Belanjawan 2023)\nTarikh pembayaran STR bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :\n\nFasa 1 \u2013 Januari 2023\nFasa 2 \u2013 April 2023\nFasa 3 \u2013 Julai 2023\nFasa 4 -November 2023\n\n\nTarikh bayaran tambahan STR untuk kategori miskin tegar :\n\nJulai 2023\nOgos 2023\nSeptember 2023\nOktober 2023\nNovember 2023\nDisember 2023\n\n\n*Tarikh bayaran dan serahan bantuan akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.\n\nTerkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.\nIni bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.\nSumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia\nPermohonan Baru / Kemaskini STR 2023\nMenurut kenyataan media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.\nIni bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan.\nBagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.\n\n\n\nPermohonan baru dan proses kemaskini STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:\nPERMOHONAN DALAM TALIAN\n\nTarikh : 1-31 Mac 2023\nMelalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my\n\nMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN :\n\n\nPERMOHONAN SECARA MANUAL / FIZIKAL\n\nTarikh : 8-31 Mac 2023\nPemohon boleh mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR dengan hadir ke :\n\nPejabat LHDNM\nPejabat Satelit (PS) LHDNM\nPusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM\nPusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM\n\n\n\nKata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022\nLangkah Kemaskini Permohonan\nUntuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:\nLANGKAH 1\nSila layari portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my\u00a0\nKlik butang Log Masuk.\n\nLANGKAH 2\nKlik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.\n\nLANGKAH 3\n\nLANGKAH 4\nSemak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.\n\n\n\n\n\nMUAT TURUN PANDUAN KEMASKINI STR 2023 (PDF)\nPanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2Download\nhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2.pdf\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : SITUASI YANG MEMERLUKAN PENGEMUKAAN BORANG PERMOHONAN STR KE PEJABAT LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/\n\nCara Semakan Status STR\nSemakan status pembayaran Fasa 1 telah dibuka mulai 17 Januari 2023.\nSemakan online boleh dibuat melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.\n\nLOG MASUK MYSTR\nMaklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.\nPendaftaran MySTR\n\nKlik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023\nMasukkan Maklumat Keselamatan\nMasukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan\nPendaftaran berjaya\n\n\nSemakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:\n\nKlik Log Masuk MySTR\nMasukkan Nombor MyKad Pemohon\nPengesahan Kata Kunci Keselamatan\nMasukkan Kata Laluan\nKlik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1\nMaklumat yang akan dipaparkan\n\nNama Pemohon\nNo Mykad Pemohon\nStatus Permohonan\nMaklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)\n\n\n\n\nUntuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nLupa Kata Laluan STR / Semakan Password BKM\nLog Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\nSekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \nSebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\nRujuk : Lupa Kata Laluan STR, Ini Cara Dapatkan Semula Password\nSoalan Lazim STR 2023\nBerikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2023 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :\n\n\n\nMuat turun PDF : \n\nSOALAN LAZIM (FAQ)\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023\nKemaskini STR Sumbangan Tunai Rahmah 2023 : Portal Belanjawan 2023\n\n\nSOALAN_LAZIM_FAQ_PEMBAYARAN_FASA_1_STR2023Download\nBaca juga: \n\nBantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)\nPermohonan Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-prn-selangor/", "title": "PRN Selangor 2023: Semakan Calon, Tempat & Tarikh Mengundi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Besar Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat dan ini bermakna Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran DUN \u2013 mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).\nTarikh pembubaran DUN Selangor dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Jun lalu.\nPRN Selangor kali ini dilihat cukup menarik memandangkan ianya tidak diadakan sekali dengan PRU15 beberapa bulan yang lalu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh PRN Selangor 2023\n\n \nPertembungan Hebat\n\n \nSemakan Daftar Pemilih\n\n\nTarikh PRN Selangor 2023\n\n\ud835\udde7\ud835\uddd4\ud835\udde5\ud835\udddc\ud835\uddde\ud835\udddb-\ud835\udde7\ud835\uddd4\ud835\udde5\ud835\udddc\ud835\uddde\ud835\udddb \ud835\udde3\ud835\uddd8\ud835\udde1\ud835\udde7\ud835\udddc\ud835\udde1\ud835\uddda \ud835\udde3\ud835\udddc\ud835\udddf\ud835\udddc\ud835\udddb\ud835\uddd4\ud835\udde1\ud835\udde5\ud835\uddd4\ud835\uddec\ud835\uddd4 \ud835\uddd8\ud835\udde1\ud835\uddd4\ud835\udde0 \ud835\udde1\ud835\uddd8\ud835\uddda\ud835\uddd8\ud835\udde5\ud835\udddc\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan Mesyuarat Khas pada Rabu (5 Julai 2023) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri termasuk Selangor.\n\n\n\n\n\n\nTarikhnya ditetapkan seperti berikut:\n\u274e Hari Penamaan Calon :29 JULAI 2023 (SABTU)\n\u274e Hari Mengundi Awal :8 OGOS 2023 (SELASA)\n\u274e Hari Mengundi :12 OGOS 2023 (SABTU)\nArtikel berkaitan: 10 Langkah Mengundi & Ciri-ciri Undi Rosak \u2013 SPR\nPertembungan Hebat\nNegeri Selangor sejak sekian lamanya telah dikuasai oleh pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sejak 2008 yang asalnya dengan nama Pakatan Rakyat (PR).\nHampir 15 tahun, pentadbiran negeri tidak pernah bertukar, manakala prestasi kerajaan PH dilihat agak baik memandangkan ia antara negeri termaju dan berdekatan dengan pusat pemerintahan negara.\nWalau bagaimanapun, senario pada PRN Selangor kali ini agar berbeza memandangkan PH telah melakukan kerjasama dengan Barisan Nasional yang dianggotai UMNO, MCA dan Gerakan \u2013 parti yang dahulunya dihumban keluar dari Selangor.\nSekiranya prestasi PH pada peringkat Persekutuan tidak begitu baik dan kerjasaman dengan BN diambilkiri, keputusan PRN Selangor mungkin akan terkesan.\nPada masa yang sama, kita tidak boleh memandang rendah pada gelombang biru Perikatan Nasional di mana keputusan yang dicatatkan pada PRU15 yang lalu cukup mengejutkan ramai pemerhati politik. \nNamun, apa yang pasti medan PRN Selangor kali ini akan menjadi kayu ukur utama dalam menguji kesepaduan ideologi kedua-dua gabungan besar.\n\n\nSemakan Daftar Pemilih\nSekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di negeri Selangor, anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web SPR di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan\nKlik pada \u201cSemakan Daftar Pengundi\u201d\nMasukan Nombor Kad Pengenalan\nMasukkan Captcha seperti yang tertera\nKlik pada butang Semak\nHasil carian akan dipaparkan\n\nPerincian mengenai lokasi mengundi akan diberikan setelah tarikh PRN Selangor dimuktamadkan oleh pihak SPR.\nArtikel berkaitan: MySPR Semak \u2013 Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/oldtown-white-coffee-menu-harga-lokasi/", "title": "OldTown White Coffee : Senarai Menu, Harga & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia tak kira masa, Oldtown White Coffee setia menyajikan hidangan klasik dengan citarasa tempatan.\nBagi anda yang merancang untuk ke Oldtown, di sini kami akan kongsikan menu, harga dan lokasi terkini. \nBaca Juga : Senarai Kek Secret Recipe, Harga, Menu Bestseller & Promosi Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Oldtown White Coffee & Harga Terkini Jun 2022\n\n \nBread & Toast Series\n\n \nDim Sum\n\n \nNoodles\n\n \nNasi Lemak\n\n \nFlavored Rice Series\n\n \nLight Bites\n\n \nMeatless Series\n\n \nOldtown White Coffee Series\n\n \nSpecialty Coffee Series\n\n \nOldtown Tea & Favourites\n\n \nCoolers & Others\n\n \nPromosi Jumbo Makan Box\n\n \nCara Pesan Jumbo Makan Box Oldtown White Coffee\n\n \nMenu Jumbo Makan Box Oldtown\n\n \nLokasi\n\n\nMenu Oldtown White Coffee & Harga Terkini Jun 2022\nBread & Toast Series\n\nMenuHargaKaya & Butter Toast (Double)RM 6.60Peanut Butter Toast (Double)RM 6.60Garlic ToastRM 6.50Egg ToastRM 7.90Chciken Cheese Toast SandwichRM 8.90Egg Mayo Toast SandwichRM 7.90\nDim Sum\n\nMenuHargaSteamed Dim Sum A \u2013 4 Pcs \u00a0(1 Pandan Kaya, 1 Pau Kacang Merah & 2 Tauhu Kering Ayam)RM 9.90Steamed Dim Sum B \u2013 \u00a06 Pcs (2 BBQ Chicken Pau, 1 Spinach Dumpling, 1 Carrot Dumpling, 2 Beancurd Rolls)RM 13.90Steamed Dim Sum C \u2013 5 Pcs \u00a0(2 Chicken Siew Mai, 1 BBQ Chicken Pau, 2 Beancurd Rolls)RM 13.90Assorted Dumplings \u2013 8 Pcs \u00a0(2 Siew Mai Ayam, 2 Siew Mai Lada Hitam, 2 Ladu Ayam Lobak Merah dengan Sengkuang & Bayam)RM 18.90Golden Jade Sesame Balls \u2013 5 PcsRM 9.90Crispy Seafood Beancurd RollRM 9.90Rice Roll Chee Cheong Fun (Curry)RM 13.90Rice Roll Chee Cheong Fun (Sweet Sauce)RM 13.90\nNoodles\n\n\nMenuHargaOldtown Prawn Mee Hoon & MeeRM 17.70Oldtown Asam LaksaRM 14.90Chicken Chop Springy NoodleRM 16.60Special Springy Noodles SoupRM 14.90BBQ Chicken & Fried Wantan Dry Egg NoodlesRM 16.60BBQ Chicken & Fried Wantan Egg Noodles SoupRM 16.60Pan Mee SoupRM 14.90Oldtown Ipoh Chicken Hor FunRM 16.60Oldtown Curry MeeRM 16.60\nNasi Lemak\nMenuHargaOldtown Nasi Lemak with Chicken RendangRM 23.90Oldtown Nasi LemakRM 14.90Oldtown Nasi Lemak with Sotong PedasRM 23.90Oldtown Nasi Lemak with Crispy ChickenRM 18.90Oldtown Nasi Lemak with Curry ChickenRM 21.90\nFlavored Rice Series\nMenuHargaBBQ Chicken with Flavored RiceRM 18.30Mushroom & Chicken Steamed RiceRM 17.30Ginger Chicken Steamed RiceRM 17.30Hainanese Chicken Chop RiceRM 19.90\nLight Bites\nMenuHargaChicken Sausage BasketRM 7.80Golden NuggetRM 7.80Curry NuggetRM 7.80Fried Wantan BasketRM 7.80Chicken Bites BasketRM 7.80Vegeteble Spring RollRM 7.80French FriesRM 7.80Fried Chicken & ChipsRM 15.90\nMeatless Series\nMenuHargaAssam Pedas Dry Pan MeeRM 14.90Golden Crab Cake BasketRM 9.90Crispy Fish Slice BasketRM 8.90\nOldtown White Coffee Series\n\nMenuHotIcedOldtown White CoffeeRM 8.90RM 9.90Oldtown White Coffee \u2013 HazelnutRM 8.90RM 9.90Oldtown White Coffee \u2013 ChamRM 8.90RM 9.90Oldtown\u2019s Nan Yang \u2013 ORM 8.90RM 9.90Oldtown White Coffee \u2013 GaoRM 8.90RM 9.90Salted Caramel White CoffeeRM 8.90RM 9.90\nSpecialty Coffee Series\nMenuHotColdWhite Coffee LatteRM 11.90RM 12.90Coconut Candy White CoffeeRM 12.90RM 13.90Double Enriched ChocolateRM 12.90RM 13.90Black Sesame White CoffeeRM 12.90RM 13.90\nOldtown Tea & Favourites\nMenuHotColdOldtown Teh TarikRM 8.90RM 9.90Oldtown Enriched ChocolateRM 8.90RM 9.90Honey Lemon BeverageRM 8.90RM 9.90Fresh Lemon TeaRM 8.90RM 9.90Black TeaRM 8.90RM 9.90Lime Drink\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013RM 9.90Soya MilkRM 8.90RM 9.90Air Mata Kucing Cincau\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013RM 9.90\nCoolers & Others\nMenuHargaMineral WaterRM 4.00Honey BRM 6.90Honey Ginger Tea (Hot)RM 10.90Pink Lychee CoolerRM 12.90Honey Ginger CoolerRM 12.90Asamboi Pandan LimeRM 10.80Asamboi Rose LycheeRM 12.90\nPromosi Jumbo Makan Box\nOldtown kini memperkenalkan Jumbo Makan Box, set aneka hidangan istimewa dari Oldtown dengan harga yang cukup berbaloi. \n\n\n\n\n\n\nSesuai untuk dinikmati dari 5 hingga 8 orang. Namun, ia perlu ditempah sehari lebih awal, tiada pesanan walk-in tersedia. \u00a0\nSebelum kita lihat menu yang menarik dari Jumbo Makan Box, jom kita lihat cara pesan hidangan ini.\n\nCara Pesan Jumbo Makan Box Oldtown White Coffee\nPergi ke cawangan Oldtown White Coffee yang tawarkan menu ini.Pratempah set menu yang anda inginkan di kaunter.Buat pembayaran penuh dan ambil pesanan anda pada keesokan harinya.\nAnda boleh semak cawangan Oldtown White Coffee yang tawarkan menu Jumbo Makan Box menerusi pautan di bawah :\nCawangan Oldtown White Coffee Yang Tawarkan Hidangan Jumbo Makan Box\u00a0\nMenu Jumbo Makan Box Oldtown\nTerdapat 4 set hidangan yang anda tersedia untuk anda : \nJMB01 (RM 138.00)\nMeehoon classicOldtown Nasi LemakFried WantanFried Fish BallsGolden NuggetsVegetable Spring RollChicken SausageChicken Bites\n\nJMB02 (RM 158.00)\nOldtown Nasi LemakChicken RendangChicken BitesCurry Potato\n\nJMB03 (RM 158.00)\nMeehoon ClassicOldtown Nasi LemakChicken RendangChicken BitesVegetable Spring Roll\n\nJMB04 (RM 155.00)\nOldtown Heritage BiscuitsMeehoon ClassicVegetable Spring RollFried WantanGolden NuggetChicken BitesCurry PuffChicken SausageKaya & Butter ToastGarlic Toast\n\nLokasi \nUntuk semak cawangan Oldtown terdekat, anda boleh rujuk pautan di bawah : \nOldtown Store Locator\nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook Oldtown White Coffee Malaysia untuk ketahui promosi serta tawaran terkini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tracking-postage-jnt/", "title": "Senarai Harga Postage J&T Terkini Dan Semakan No Tracking", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN NO TRACKING J&T DAN HARGA POSTAGE\nJ&T Express adalah salah sebuah syarikat kurier dan penghantaran barangan yang menyediakan perkhidmatan ke seluruh Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).\nHarga postage J&T boleh dikira agak kompetetif jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain di Malaysia seperti Pos Laju, DHL, Ninja Van dan banyak lagi.\nSecara umumnya, servis yang ditawraakan oleh J&T Express agak memuaskan namun semua bergantung juga pada lokasi penghantar barang dan penerima. \n\n\n\n\n\n\nSelepas bermula di Indonesia pada 2015, ia telah berkembang ke Malaysia, Vietnam pada 2017, Filipina dan Thailand pada 2018, Singapura dan Kemboja pada 2019 dan China pada 2020.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTrack & Trace JnT\n\n \nPengiraan harga postage J&T\n\n \nSemakan tracking no J&T Express\n\n \nKhidmat pelanggan J&T Express\n\n\nTrack & Trace JnT\n\nJ&T Express (secara rasminya dikenali sebagai PT Global Jet Express) ialah sebuah syarikat logistik yang ditubuhkan dan mula beroperasi di Indonesia. \nDitubuhkan pada 2015, syarikat ini secara amnya terlibat dalam logistik dan penghantaran pakej dan J&T menggunakan gudang pengasingan automatik di Indonesia dan Singapura.\nJ&T Express turut mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Jenama Terbaik Indonesia pada 2018 dan 2019. Sehingga April 2021, syarikat itu dinilai oleh pelabur pada USD $8 bilion.\nPengiraan harga postage J&T\nSecara umumnya, pengiraan harga postage J&T bergantung kepada lokasi, saiz atau dimensi barangan dan berat barangan yang dihantar itu. \nMalah, terdapat perbezaan bagi harga postage mengikut jenis barangan sama ada jenis baranga tersebut berbentuk dokumen atau bungkusan. \nUntuk pengiraan mudah, anda boleh menggunakan kalkultor pengiraan yang disediakan oleh pihak J&T Express sendiri pada pautan J&T Shipping Rate.\nPada halaman tersebut, anda hanya perlu memasukkan butiran-butiran berikut:\nMy locations \u2013 Poskod penghantar baranganDestination \u2013 Poskod penerima baranganWeight (kg) \u2013 Berat barangan yang dihantar\nKemudian, klik pada butang Calculate dan halaman tersebut akan memberikan anggaran harga yang perlu dibayar oleh penghantar barangan.\nSemakan tracking no J&T Express\nBagi memudahkan pelanggan mereka (penghantara dan penerima barangan), pihak J&T juga menyediakan perkhidmatan menjejak barangan yang dihantar berpandukan kepada tracking number yang diberikan kepada penghantar barangan tersebut.\nUntuk menyemak barangan dengan tracking number, ikut langkah-langkah berikut:\nLayari laman J&T Track & TraceMasukkan nombor tracking pada borang yang disediakan. Anda boleh memasukkan sehingga 10 nombor tetapi setiap nombor perlulah dijarakkan dengan tanda koma. Klik pada butang GOHasil keputusan akan menunjukkan lokasi semasa barangan atau dokumen yang dihantar\n\nKhidmat pelanggan J&T Express\nDalam sesetengah keadaan yang jarang berlaku, terdapat kemungkinan barang yang dihantar hilang, disimpan terlalu dan pelbagai masalah lain yang menyebabkan proses penghantaran menjadi lambat.\nSekiranya terdapat sebarang masalah dengan barangan atau dokumen yang dihantar, anda boleh menelefon pihak J&T Express untuk mengutarakan sebarang persoalan atau kemusykilan dengan menghubungi nombor dibawah:\n1300-80-9000www.jtexpress.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-lajukan-internet/", "title": "5 Cara Berkesan Lajukan Internet Lembab Di Rumah & Handphone", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda tak tips untuk lajukan kembali internet anda?\nMemang menyakitkan hati apabila sambungan internet kita terlalu perlahan, tidak seperti yang dijanjikan oleh penyedia servis perkhidmatan internet.\nSebagai pengguna, kita harus tahu lajukan kembali internet kita, barulah wang yang dibayar untuk melanggan pakej internet tertentu berbaloi dengan kelajuan internet yang diperolehi.\nKali ini, mari kita cuba beberapa tips yang boleh dicuba untuk mengembalikan kelajuan internet anda.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Berkesan Nak Lajukan Internet Rumah & Handphone\n\n \n1. Laporkan aduan pada SKMM\n\n \n2. Bersihkan cache App\n\n \n3. Reset sambungan Internet\n\n \n4. Factory reset\n\n \n5. Langgan pakej internet lain\n\n\nCara Berkesan Nak Lajukan Internet Rumah & Handphone\n1. Laporkan aduan pada SKMM\nSebagai pengguna, kita haruslah cakna berapakah kelajuan internet yang sepatutnya kita perolehi secara purata dalam sehari.\n\n\n\n\n\n\nKemudian, semak kelajuan internet yang kita perolehi.\nSekiranya kelajuan internet yang kita perolehi jauh daripada dijanjikan dalam pakej internet yang dilanggan, kita boleh membuat aduan kepada pihak SKMM.\n\nBuka laman aduan SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1\nJenis aduan: Complaint\nJenis perkhidmatan: Cellular Services / Fiber Services\nKategori: Poor Coverage\nSubkategori: Poor coverage\nPembekal perkhidmatan: Masukkan nama syarikat pembekal perkhidmatan internet\nLengkapkan maklumat peribadi diri anda dan lampirkan gambar (screenshot) yang berkaitan\nKlik butang \u201cHantar\u201d untuk menghantar aduan kepada pihak SKMM\n\n2. Bersihkan cache App\nAda kalanya cache yang terlalu banyak boleh menggunakan RAM yang banyak, seterusnya mengganggu prestasi dan kelajuan telefon anda.\nOleh itu, anda boleh bersihkan cache pada telefon bimbit anda terutamanya pada aplikasi yang menggunakan sambungan internet.\nUntuk bersihkan cache di telefon pintar Android, ikuti langkah-langkah berikut:\n\nBuka \u201cSettings\u201d\nPilih \u201cApps\u201d\nKemudian, pilih aplikasi yang anda kerap gunakan \u2013 Contohnya Facebook, Tiktok dll.\nPaparan info aplikasi tersebut akan dipaparkan.\nKlik pada \u201cStorage\u201d, kemudian klik \u201cClear Cache\u201d pada bahagian Cache.\n\n\n3. Reset sambungan Internet\nAntara cara lain untuk lajukan kembali sambungan internet anda adalah reset sambungan internet anda.\nJika anda menggunakan WiFi dirumah, reset router anda.\nJika anda menggunakan data di telefon pintar anda, anda boleh reset sambungan internet dengan mengaktifkan mod \u201cAirplane Mod\u201d buat seketika dan tutupnya kembali.\n4. Factory reset\nSekiranya anda telah melakukan kesemua tips di atas, maka Factory reset mungkin pilihan terakhir yang anda ada. \nAda kalanya sambungan internet boleh jadi terlalu perlahana kerana telefon pintar anda sendiri sudah bermasalah, misalnya terlalu banyak fail/aplikasi mencurigakan dan sebagainya.\nWalau bagaimanapun, harap maklum sekiranya anda membuat Factory Reset segala fail dan aplikasi dalam telefon pintar anda akan dibuang jadi pastikan anda membuat backup terlebih dahulu.\n5. Langgan pakej internet lain\nTidak semua kawasan yang menyediakan sambungan internet yang bagus dan konsisten untuk semua syarikat penyedia perkhidmatan internet.\nSebagai contoh, sekiranya anda menggunakan servis daripada Maxis, namun anda berpindah ke sesuatu kawasan baru maka anda kemungkinan coverage Maxis di situ tidak bagus sehingga menjejaskan kelajuan internet anda.\nDalam hal ini, anda tidak mempunyai banyak pilihan selain melanggan pakej internet daripada syarikat penyedian perkhidmatan internet yang lain.\nTerdapat pelbagai promosi melalui Pakej Perpaduan yang ditawarkan bagi tahun 2023, sila rujuk:\n\nPakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023\nPakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023\n\nUntuk membuat semakan kelajuan perkhidmatan internet di kawasan anda, rujuk artikel berikut: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda\n"]} {"url": "https://ecentral.my/axia-e-manual-2023/", "title": "Perodua Axia E Manual 2023, Model Paling Murah Harga Rahmah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerodua Termurah, Axia E Manual 1.0 2023, (Type R @ Rahmah) Kini Dilancarkan Di Pasaran \u2013 Harga Dari RM22,000 Sahaja!\nBerita baik! Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) telah memperkenalkan Axia versi transmisi manual, Axia E.\nMenariknya, model ini ditawarkan pada harga hanya RM22,000, atas jalan, tanpa insurans. \nIa datang dengan pilihan 3 warna iaitu Granite Gray, Glittering Silver dan juga Ivory White.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang model terkini 2023 Perodua Axia E, transmisi manual 1.0 yang baru dilancarkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerodua Axia E, 1.0 Manual, Model Paling Murah (Axia Rahmah)\n\n \nPilihan Warna\n\n \nSpesifikasi\n\n \nHarga Perodua Axia E Manual 2023\n\n \nBrochure & Senarai Aksesori\n\n \nTempahan & Maklumat Lanjut\n\n\nPerodua Axia E, 1.0 Manual, Model Paling Murah (Axia Rahmah)\nPerusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans.\n\n\n\n\n\n\nIni menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.\nPerodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal kumpulan untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.\nPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model terbaharu Axia E itu direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.\nBeliau berkata, Axia E mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan.\nBerikut fakta ringkas mengenai Perodua Axia E:\n\nDikuasakan oleh enjin petrol 1.0L 3-silinder\nHanya ditawarkan dalam versi transmisi manual lima kelajuan\nAda Aircond, ada Power Steering, ada Power Window\nServis setiap 10,000 KM, Warranty 5 tahun\nSpesifikasi paling asas, tiada ABS\n\nPilihan Warna\nTiga pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver dan Granite Grey\n\n\n\n\nSpesifikasi\nAxia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).\nPerodua Axia E, katanya didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey.\nHarga Perodua Axia E Manual 2023\nHarga model ini adalah RM22,000 tanpa insurans.\nHarga ansuran bulanan pula adalah dalam anggaran RM250-RM300 sahaja, berbaloi kan?\nJika dibandingkan dengan model Perodua Axia transmisi automatik, perbezaan harga adalah seperti berikut:\n\nAxia 1.0L AV : RM49,500\nAxia 1.0L SE : RM44,000\nAxia 1.0L X : RM40,000\nAxia 1.0L G : RM38,600\nAxia 1.0L E : RM22,000\n\nNOTA: Kelainan yang dilaksanakan PERODUA bagi model Axia E ini juga adalah memperkenalkan harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak\u00a0adalah\u00a0berbeza.\nRujuk lampiran di bawah untuk perincian harga.\n\nRujuk spesifikasi penuh & perbandingan model Perodua Axia di pautan berikut: https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html\n\nBrochure & Senarai Aksesori\n\n\nKesimpulannya, kereta ini amat berbaloi untuk dibeli terutamanya bagi mereka yang bujang atau memerlukan kenderaan sebagai keperluan asas.\nBagi yang mahir memandu kereta manual, anda juga boleh buat Grab Car untuk jana pendapatan sampingan.\nBayangkan, dengan bayaran bulanan sekitar RM250-RM300 sahaja sebulan, lebih kurang sama dengan bayar ansuran motosikal baru kan?\nPetrol memang jimat lah! Kos penyelenggaraan pun jimat!\nJika anda berminat untuk mendapatkan Perodua Axia transmisi automatik terbaharu 2023, sila rujuk artikel berikut: Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini\nTempahan & Maklumat Lanjut\nUntuk membuat tempahan, sila berkunjung ke showroom terdekat Perodua \natau\nDapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi Perodua di pautan berikut : https://www.perodua.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/belanjawan-johor-2023/", "title": "Belanjawan Johor 2023 : Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan Johor 2023: Makmur Bersama Rakyat\nBelanjawan Johor 2023 telah dibentangkan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor secara langsung menerusi live streaming di Facebook pada 1 Disember 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya warga Johor.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBelanjawan Johor 2023\n\n \nIntipati Bantuan Untuk Rakyat Johor 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBelanjawan Johor 2023\nKerajaan negeri Johor telah membentangkan Belanjawan Johor 2023 yang merupakan belanjawan lebihan RM2.44 juta selepas dua tahun berturut-turut mempersembahkan belanjawan defisit pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.\n\n\n\n\n\n\nKali terakhir kerajaan Johor membentangkan belanjawan lebihan ialah Belanjawan 2020 pada November 2019.\nMenteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hasil negeri pada tahun hadapan dijangka kira-kira RM1,734.18 juta dengan unjuran perbelanjaan negeri pada tahun 2023 ialah kira-kira RM1,731.74 juta, yang kemudiannya mencatatkan lebihan sebanyak RM2.44 juta.\nMembentangkan Belanjawan 2023 buat kali pertama, beliau berkata anggaran hasil pada tahun hadapan dijangka meningkat sebanyak 3.75 peratus manakala perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama menurun sebanyak 11.56 peratus.\nOnn Hafiz berkata belanjawan tersebut yang bertemakan \u201cMaju Johor: Makmur Bersama Rakyat\u201d disifatkan sebagai satu kesinambungan perjuangan yang memartabatkan pertumbuhan ekonomi Johor yang gemilang.\n\u201cSebagai kerajaan yang prihatin, saya akan perincikan pelbagai inisiatif dalam Belanjawan Johor 2023 ini yang bertujuan untuk mengurangkan impak ekonomi global serta memastikan sasaran pertumbuhan dapat dipacu yang insya-Allah akan mempertingkatkan kesejahteraan Bangsa Johor,\u201d kata beliau ketika berucap pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.\nOnn Hafiz berkata perbelanjaan negeri tahun hadapan terdiri daripada perbelanjaan pembangunan sebanyak RM600 juta manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.126 bilion.\n\u201cBelanjawan Johor 2023 ini dirangka dengan 3.8 juta rakyat Johor sentiasa berada di hati dan benak fikiran kerajaan negeri Johor. Suara hati, jiwa dan minda mereka kita selami bersama keadaan dan situasi semasa maka lahirlah Belanjawan Johor 2023 ini.\n\u201cKita berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar (tahun hapadan). Apa yang penting adalah kita perlu menyediakan perancangan ekonomi yang mampan, berdaya tahan serta reserve simpanan yang mencukupi bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang,\u201d kata beliau tambahnya ekonomi Malaysia pastinya tidak terkecuali daripada berhadapan dengan impak yang sama.\nMeskipun negara berada dalam fasa pemulihan, ketidaktentuan ekonomi global ini tentunya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuk negeri Johor yang berekonomi terbuka, kata Onn Hafiz.\n\n\n\nIntipati Bantuan Untuk Rakyat Johor 2023\n\nPindahmilik tanah melalui Perintah Hibah sesama ahli keluarga DIKECUALIKAN BAYARAN PENDAFTARAN BORANG 14A\nMajlis Agama Islam Johor\u00a0pasang Wifi di 140 sekolah agama Kerajaan Johor, memberi manfaat 190 ribu pelajar\nMajlis Agama Islam Johor\u00a0peruntuk RM400 ribu bagi Program Pembangunan Usahawan Asnaf\nMembina 21,139 unit Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh 5 tahun\nSuri rumah berdaftar e-Kasih seramai 12,864 dicarumkan KWSP sebanyak RM60 setahun berjumlah RM771 ribu\nRM9.4 juta penyelenggaraan dan baik pulih peralatan dan perabot sekolah-sekolah agama Johor\nRM28.7 juta bagi perkhidmatan percuma Bas Muafakat Johor di 72 laluan seluruh Johor\nBantuan Pendidikan melalui Jawatankuasa Khas Biasiswa & Bantuan Pendidikan sebanyak RM16.5 juta\nProgram Youngsters Coding RM400 ribu, Program Young Dronegineers RM400 ribu\nKenaikan RM50 elaun Guru Al Quran Khas dan Am melibatkan peruntukan RM1.039 juta setahun kepada 1,733 guru\nBantuan Khas Kewangan 2022 kepada semua penjawat awam, guru KAFA, PDK dan Guru Tadika Islam Johor SEBULAN GAJI\n\nBantuan tersebut akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada akhir bulan ini dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 2023\n\n\nRM100,000 peruntukan untuk caruman SSPN Prime sebanyak RM100 bagi setiap bayi kelahiran di Johor bagi mereka yang berpendapatan RM7,000 ke bawah\nBajet RM1.5 juta untuk Geran Usahawan Bangsa Johor untuk meningkatkan purata pendapatan 240 usahawan mikro melalui pemberian barangan dan peralatan\nPeruntukan sebanyak RM7.2 juta untuk memperluaskan penggunaan JohorPay sebagai platform pembayaran atas talian bagi perkhidmatan kerajaan\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lengkap tentang Belanjawan Johor 2023, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di pautan berikut:\nhttps://www.johor.gov.my/kerajaan/bajet-johor/tahun-2023\nBaca juga: \n\nJPKA Sabah : Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)\nFFM32: Festival Filem Malaysia 2022 [LIVE] & Senarai Finalis\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jhev-vibes-2-0/", "title": "VIBES 2.0 : Semakan Penyata & Tarikh Jadual Pencen JHEV", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELAKSANAAN GO-LIVE PORTAL VIBES 2.0\nSemakan penyata pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.\nAdalah dimaklumkan bermula\u00a08 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal baharu ini dan cara untuk mengaksesnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFungsi & Peranan Portal VIBES 2.0 Bagi Pesara JHEV / ATM\n\n \nKebaikan Sistem Online JHEV\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nKemaskini Maklumat Dalam Sistem\n\n \nLangkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM\n\n \nJadual Pembayaran Pencen JHEV 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nFungsi & Peranan Portal VIBES 2.0 Bagi Pesara JHEV / ATM\nHasil usaha JHEV ATM menyediakan khidmat portal bagi kemudahan menyemak penyata pencen kini dilancarkan dan sedia untuk digunakan. \nKini segala\u00a0urusan semakan berada di hujung jari anda. Menjimatkan masa, pantas dan boleh di semak pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.\nSemakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang vibes.jhev.gov.my untuk mendaftar akaun portal Vibes 2.0 dengan beberapa langkah mudah. Anda boleh mendaftar masuk setiap kali ingin menyemak penyata pencen anda secara ekspres.\nJHEV ATM akan sentiasa prihatin akan kebajikan veteran dan akan terus berusaha mencapai objektif dalam memelihara hal ehwal kebajikan veteran. Sokongan dan usaha bersama untuk JHEV ATM memberikan yang terbaik buat anda.\n\n\n\n\n\n\n\nBagi mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.\n\nKebaikan Sistem Online JHEV\nAntara kebaikan sistem online ini adalah:\nMemudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talianMerupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.\nCara Pendaftaran\nPergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.Pilih \u2018Jenis Pengguna\u2019.Isikan maklumat yang diperlukan. Kemudian, klik \u2018Semak\u2019 untuk membuat pengesahan.Tanda persetujuan \u2018Terma dan Syarat\u2019, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.\nRujuk panduan pengguna melalui infografik berikut:\nI) VETERAN ATM / WARIS\n\nII) PENGGUNA DALAMAN\n\nIII) SYARIKAT\n\nBaca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2022\nVideo Tutorial\nSumber: JHEV ATM\nKemaskini Maklumat Dalam Sistem\nUntuk makluman, pihak JHEV ATM juga telah membangunkan VETERAN INTEGRATED BENEFIT SYSTEM 2.0 (VIBES) bagi kemudahan Veteran ATM membuat pelbagai urusan yang berkaitan perkhidmatan JHEV ATM.\nPengguna perlu\u00a0membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan diportal VIBES 2.0. Sila baca manual pengguna yang disediakan sebelum membuat pendaftaran.\nPautan Portal VIBES 2.0;\nhttps://vibes.jhev.gov.my/portal/\nTuan/puan boleh terus membuat pengemaskinian maklumat setelah login disistem VIBES 2.0. \nUntuk pengemaskinian sila muat naik dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan kelulusan pegawai. \nSila baca manual pengguna yang disediakan bagi tatacara pengemaskinian maklumat.\nDokumen berkaitan perlu dimuat naik bagi pengemaskian maklumat :\nBuku perkhidmatan setiap mukasurat (pengemaskian perkhidmatan)Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (pengemaskinian maklumat anak)Mykad veteran dan pasangan (pengemaskinian status diri atau agama)Sijil nikah (jika berkaitan)Sijil cerai (jika berkaitan)Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)\nJika bermasalah untuk pengemaskinian, sila hantarkan pengemaskinian di ruangan aduan beserta muat naik dokumen untuk dikemaskini.\nLangkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM\nLayari Portal JHEV https://vibes.jhev.gov.my/Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.Anda akan dibawa ke halaman utama.Pilih menu SEMAKAN PENYATA.Pilih TAHUN PENYATA.Masukkan kod pengesahan.Tekan butang Cetak Penyata Pencen.Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.\n\nJadual Pembayaran Pencen JHEV 2022\nJADUAL PEMBAYARAN PENCEN TAHUN 2022\nJHEV ATM telah menyediakan Sistem Penyata Online bagi memudahkan Veteran ATM untuk membuat semakan dan muat turun penyata. Sila daftar di pautan ini;\u00a0https://penyata.jhev.gov.my/penyata/\nSebarang pertanyaan/masalah boleh terus emelkan permasalahan dan butiran peribadi ke [email\u00a0protected] atau hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.\nJadual pembayaran pencen tahun 2022 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:\nJanuari : 21 / 01/ 2022Februari : 22 / 02/ 2022Mac : 22 / 03 / 2022April : 21 / 04 / 2022Mei : 23 / 05 / 2022Jun : 21 / 06 / 2022Julai : 21 / 07 / 2022Ogos : 22 / 08 / 2022September : 20 / 09 / 2022Oktober : 13 / 10 / 2022November : 22 / 11 / 2022Disember : 15 / 12/ 2022\n\nMaklumat Lanjut\n1) Sebarang pertanyaan pengemaskinian sila hubungi talian Unit Maklumat Veteran di talian 03-2050 8078 / 8113.\n2) Sebarang pertanyaan/masalah berkaitan sistem sila hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.\nHarap maklum, terima kasih.\nKHIDMAT PELANGGAN JHEV ATM\n: 03-2697 6600 / 03-2050 8000\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dos-penggalak-sinovac-mac-2022/", "title": "2 Juta Penerima Vaksin Sinovac Yang Tidak Mengambil Dos Penggalak Akan Hilang Status \u201cLengkap Vaksinasi\u201d", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada \u201cLengkap Vaksinasi\u201d ke \u201cTidak Lengkap Vaksinasi\u201d di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.\n\u201cBagi penerima vaksin primer Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka. Tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Februari 2022, kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022.\u201d \u2013 Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenerima Sinovac Perlu Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 April 2022 Untuk Elak Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap\n\n \nIsu Tiada Sijil Vaksinasi Bagi Warga Emas & Penerima Vaksin Sinovac\n\n\nPenerima Sinovac Perlu Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 April 2022 Untuk Elak Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap\nWarga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta penerima Sinovac 18 tahun ke atas perlu ambil dos penggalak bagi status vaksinasi lengkap sebelum 1 April 2022 ini, katanya dalam siaran langsung sidang media KKM terkini.\nKementerian Kesihatan telah melanjutkan tempoh masa bagi penerima vaksin Sinovac, di mana sebelum ini, individu terbabit perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekiranya tidak berbuat demikian, status anda akan berwarna putih pada Mac ini dan dianggap tidak divaksin sepenuhnya di MySejahtera\u201d.\nIndividu ini juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan penerima dos lengkap vaksin COVID-19.\nIa turut membabitkan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang sudah menerima semua jenis vaksin.\n\u201cMulai 1 April status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak,\u201d kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media KKM.\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=NfqKrgiPFik\n\nDalam sidang media Menteri Kesihatan, turut diumumkan prosedur terkini kemasukan ke Malaysia serta pembukaan sempadan Malaysia Singapura.\nSelain itu, orang ramai sekali lagi diseru mendapatkan dos penggalak tanpa mengira jenis vaksin.\nIni kerana risiko jangkitan teruk boleh berlaku terutamanya di kalangan warga emas.\nBaca juga: \nPICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 \u2013 11 Tahun Di MySejahteraCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In\nIsu Tiada Sijil Vaksinasi Bagi Warga Emas & Penerima Vaksin Sinovac\nBermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada \u201cLengkap Vaksinasi\u201d ke \u201cTidak Lengkap Vaksinasi\u201d sekiranya tidak mengambil dos penggalak.\nLaporkan kepada interaktif helpdesk melalui Pilihan K sekiranya sijil digital vaksinasi anda masih tidak terpapar di MySejahtera anda.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/vaksinasi-pelajar-ipt-walk-in/", "title": "Program Vaksinasi Pelajar IPT Secara Walk-In, Hanya Perlu Tunjuk Kad Matrik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELAKSANAAN PROGRAM VAKSINASI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) SECARA WALK-IN\nLebih 200,000 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang belum divaksin, kini boleh berbuat demikian secara \u2018walk-in\u2019 di pusat pemberian vaksin (PPV).\nKeputusan ini telah diumumkan oleh Dato\u2019 Seri Dr Adham Baba, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merupakan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 8 September 2021.\nVaksinasi pelajar IPT ini sangat penting bagi membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam kampus kelak.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Panduan Vaksin Ibu Mengandung / Menyusu Terkini & Cara Kemaskini Status MySejahtera\nCara Dapatkan Vaksinasi Walk-In Pelajar IPT\nSusulan daripada perjumpaan Menteri Pengajian Tinggi dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia pada minggu lalu, kerajaan telah bersetuju supaya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan vaksin secara \u201cwalk-in\u201d di PPV terbuka.\nBerikut adalah cara untuk mendapatkan vaksin bagi pelajar IPT secara walk-in :\nBagi mendapatkan vaksin, pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV yang berkenaan.\nBagi pelajar baharu, mereka boleh mengemukakan surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan untuk maksud tersebut.\n\nBesarlah harapan Kementerian agar setiap warga IPT dapat mengambil peluang ini untuk divaksinasi sepenuhnya bagi membentuk imuniti kelompok di dalam kampus IPT masing-masing.\nUntuk maklumat lanjut berkaitan pemberian vaksinasi IPT ini, sila rujuk laman Facebook Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)\nATAU\nDapatkan maklumat terkini yang sahih melalui laman web https://www.vaksincovid.gov.my/ atau Facebook JKJAV https://www.facebook.com/jkjavmy \nATAU\nNombor telefon : 1-800-88-8828\nBaca juga: Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-ke-rumah-pengasuh/", "title": "Checklist Barang Ke Rumah Pengasuh: Pastikan Semua Ada!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMeninggalkan anak di rumah pengasuh bukanlah perkara yang mudah untuk semua ibubapa. Walaubagaimanapun, dalam situasi tertentu perkara tersebut tidak dapat dielakkan terutamanya apabila ibubapa perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup.\u00a0\n\nKeadaaan di rumah pengasuh sudah pasti tidak akan sama seperti berada di rumah sendiri. Oleh itu, sebagai ibu bapa anda perlu membuat persiapan barang yang perlu dibawa ke rumah pengasuh dengan teliti. \nHal ini adalah bagi memastikan anak anda sentiasa berada dalam keadaan yang selesa sepanjang berada di sana kelak terutamanya sekiranya anda masih lagi bayi atau berusia 2 tahun ke bawah.\u00a0\nAnda boleh rujuk checklist barang ke rumah pengasuh pertama kali yang dikongsikan di bawah untuk membantu anda membuat persiapan. Tunggu apalagi, jom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nChecklist Barang Ke Rumah Pengasuh\n\n \n1. Kerusi Makan Bayi (Feeding chair)\n\n \n2. Tilam dan Bantal\n\n \n3. Buaian (Baby Swing)\n\n \n4. Set Botol Susu\n\n \n5. Susu Bayi\n\n \n6. Sabun Mandi Bayi\n\n \n7. Pakaian\n\n \n8. Bedung Instant\n\n \n9. Pampers\n\n \n10. Cawan Richell\n\n \n11. Minyak Telon\n\n \nKesimpulan\n\n\nChecklist Barang Ke Rumah Pengasuh\nSebelum itu, anda perlu memastikan pengasuh yang anda pilih adalah pengasuh yang berkemahiran untuk menguruskan bayi serta berdaftar. Selain itu, pastikan anda membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak anda ke rumah pengasuh tersebut.\u00a0\nKetika membuat tinjauan, inilah masa yang paling sesuai untuk anda bertanya mengenai arang keperluan yang perlu dibawa sekiranya ingin menghantar anak anda ke situ. \nSetiap pengasuh mempunyai cara dan juga kemudahan yang berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui barang yang diperlukan agar anda boleh sediakannya semasa menghantar anak anda.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBerikut ialah antara barang ke rumah pengasuh yang biasanya diperlukan terutamanya buat yang pertama kali;-\n1. Kerusi Makan Bayi (Feeding chair)\nSekiranya bayi anda berumur 6 bulan dan ke bawah, pastikan anda membawa kerusi makan bayi. Hal ini kerana, kebiasaannya bayi masih belum lagi mampu duduk dengan stabil ketika makan. Dengan adanya kerusi makan, ia membantu memudahkan pengasuh untuk memberi makan.\u00a0\nFeeding chair: https://shopee.com.my/rylbabyshop_/8262854403\n2. Tilam dan Bantal\u00a0\nSediakan juga tilam dan bantal untuk anak anda. Jadi, tak perlulah berkongsi dengan bayi lain sekiranya anda. Anda boleh pilih set tilam dan bantal bayi yang comel-comel jual dekat Shopee. Harganya pun sangat berpatutan.\u00a0\nSet tilam dan bantal: https://shopee.com.my/farra_effarikha/7377045262\n3. Buaian (Baby Swing)\nSekiranya perlu, bawa juga buaian untuk bayi anda tidur lebih lena lebih-lebih lagi apabila di rumah pengasuh tersebut tidak mempunyai buaian. \nSebaiknya, beli buaian yang automatik jadi taklah lenguh tangan pengasuh tersebut mengayun anak anda. Anda boleh cuba buaian automatik keluaran MAMAKIDDIES seperti di bawah ini.\u00a0\nBuaian MAMAKIDDIES: https://shopee.com.my/mamakiddies/6634296050\n4. Set Botol Susu\nJangan lupa sediakan botol susu untuk dibawa ke rumah pengasuh. Ini adalah salah satu item yang paling utama. Untuk memudahkan lagi, anda boleh beli set botol susu yang siap dengan berus botol dan puting tambahan.\u00a0\nSet susu botol: https://shopee.com.my/henrytan/19548475\n5. Susu Bayi\nSelain set botol susu, pastikan juga anda menyiapkan susu yang biasanya anak anda minum. Ini adalah untuk memastikan kesihatan anak anda terjamin dan mengelakkan reaksi alergi.\nSusu Enfagrow: https://shopee.com.my/enfagrow_official_store/5197410\n6. Sabun Mandi Bayi\nSesetengah bayi mempunyai reaksi alergi terhadap bahan tertentu yang ada di dalam sabun mandi. Oleh itu, sebaiknya, bekalkan anak anda sabun mandi yang memang sesuai digunakannya. Salah satu jenama sabun mandi bayi yang popular ialah Johnson\u2019s Baby\u00a0\nSabun mandi Johnson\u2019s Baby: https://shopee.com.my/johnsonandjohnson.os/1078312248\n7. Pakaian\nPastikan juga anda menyiapkan pakaian yang terdiri daripada baju dan seluar. Sebaiknya sediakan baju dan seluar lebih. Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan baju dan seluar bayi yang comel dan berkualiti melalui Shopee. Harganya murah pula tu.\u00a0\nSet baju dan seluar: https://shopee.com.my/loveandbrave/7963040719\n8. Bedung Instant\nSekiranya anak anda masih menggunakan bedung, jangan lupa siapkan juga beberapa helai bedung. Untuk memudahkan lagi kerja pengasuh, anda boleh bekalkan bedung segera yang ada dijual di Shopee seperti di bawah. Bedung ini sangat mudah digunakan dan menjimatkan masa.\u00a0\nBedung Instant: https://shopee.com.my/xiewenmin/837491953\n9. Pampers\nAnda boleh letakkan terus satu paket pampers di rumah pengasuh untuk mengelakkan anda lupa meletakkannya di dalam beg anak anda setiap hari.\u00a0\nPampers: https://shopee.com.my/21secret/18253215548\n10. Cawan Richell\nSekiranya bayi anda dah boleh minum air biasanya, anda boleh sediakan cawan Richell ini untuk mengelakkan air tertumpah dan memudahkan anak anda minum.\u00a0\nCawan Richell: https://shopee.com.my/momsprecious/7624040491\n11. Minyak Telon\nPastikan juga anda menyediakan ubat-ubatan khusus untuk anak anda sekiranya ada. Anda juga boleh bekalkan minyak telon bagi membantu melegakan kembung perut dan untuk memberi keselesaan pada anak anda.\nMinyak telon: https://shopee.com.my/mamaschoicemalaysia/21762362372\nKesimpulan\nPastikan anda kerap berhubung dengan pengasuh anak untuk mengetahui sekiranya terdapat kekurangan barang kelengkapan yang diperlukan oleh anak anda. Jangan sesekali berkira untuk \u2018melabur\u2019\u00a0 demi keselesaan anak anda.\u00a0\nUntuk barang-barang peribadi, pastikan anda meletakkan nama anak anda untuk mengelakkan tertukar. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-peralihan-endemik-1-april-2022/", "title": "SOP Fasa Peralihan Ke Endemik Mulai 1 April 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNegara masuk Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April 2022 \u2013 Muat Turun SOP Fasa Peralihan Endemik MKN \nBermula 1 April 2022, Malaysia akan memansuhkan beberapa SOP dan mengemaskini SOP yang terpakai buat masa ini.\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.\n\n\n\n\n\n\nSerentak itu, Malaysia turut mengumumkan membuka semula sempadannya kepada pelawat luar.\n\n\n\nBaca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSOP Peralihan Endemik Bermula 1 April 2022\n\n \nTERKINI: Perincian SOP #ReopeningSafely Bagi Setiap Sektor (MKN)\n\n \n9 Garis Panduan Fasa Peralihan Ke Endemik\n\n\nSOP Peralihan Endemik Bermula 1 April 2022\nBerikut adalah ringkasan pengumuman Perdana Menteriserta SOP yang akan dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022.\nPelitup muka masih wajib di tempat awam.Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial. (sudah boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.Vaksinasi \u2013 had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan. MyTravelPass akan dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.Vaksinasi lengkap \u2013 tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.Tiada Vaksin \u2013 Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)\n\nTERKINI: Perincian SOP #ReopeningSafely Bagi Setiap Sektor (MKN)\nMajlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mengumumkan perincian Prosedur Operasi Standard bagi setiap sektor untuk rujukan semua.\n\nPerincian fasa peralihan ke endemik bagi setiap sektor boleh dimuat turun seperti di bawah.\nMKN-SOP_ReopeningSafely_vF-BM_CleanDownload\nMKN_Garis_Panduan_Keagamaan_Perkahwinan_dan_Pengebumian_220309Download\nMKN_Garis_Panduan_Aktiviti_Peruncitan_Makanan_dan_Minuman_220309Download\nMKN_Garis_Panduan_Aktiviti_dan_Fasiliti_Sukan_Rekreasi_dan_RiadahDownload\nMKN_Garis_Panduan_Acara_Majlis_Hiburan_dan_Tarikan_Pelancong_220309Download\nMKN-Garis-Panduan_Ruang-Kerja-Tertutup_220309_vFDownload\nMKN-Garis-Panduan_Penjagaan-dan-Pendidikan_220309_vFDownload\nMKN-Garis-Panduan_Pengangkutan-dan-Perjalanan_220309_vFDownload\nMKN-Garis-Panduan_Kawasan-Kerja-Terbuka_220309_vFDownload\nMKN-Garis-Panduan_Hotel-dan-Penginapan-Tetamu_220309_vFDownload\n\nSumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)\nBaca juga: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat\n9 Garis Panduan Fasa Peralihan Ke Endemik\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitternya pada 9 Mac 2022 terdahulu memaklumkan 9 garis panduan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalani aktiviti harian fasa Endemik selepas 1 April.\nMenurutnya biarpun 9 garis panduan itu tidak dikuatkuasakan tetapi amat digalakkan untuk dipatuhi untuk kekal berwaspada dengan Covid-19.\n\n\n9 Garis Panduan turut dibangunkan bagi membantu rakyat buat pilihan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti harian selepas 1 April.9 Garis Panduan ini TIDAK AKAN DIKUATKUASAKAN tetapi AMAT DIGALAKKAN untuk dipatuhi supaya kita kekal berwaspada dgn #COVID19#ReopeningSafely pic.twitter.com/Nxb5N0SZla\u2014 Hishammuddin Hussein \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe (@HishammuddinH2O) March 9, 2022\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-sra-jawi/", "title": "Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022 SRA JAWI Bermula 9 Mac 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN PENDAFTARAN SRA JAWI: KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022 SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) \nDimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuka permohonan tahun 1 sesi 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SRA JAWI?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan / Pendaftaran SRA Jawi Online\n\n \nSenarai SRA JAWI\n\n \nTarikh Semakan Keputusan Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SRA JAWI?\nSekolah Rendah Agama (SRA) di Kuala Lumpur ialah merupakan sekolah di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).\nSekolah ini dibuka adalah dengan permintaan dari masyarakat setempat yang menginginkan anak-anak di bawah jagaan mereka mendapat didikan agama khususnya dalam menghadapi berbagai cabaran yang mendatang.\nDengan segala kemudahan insfrastuktur dan prasarana yang lengkap membuatkan sekolah ini sentiasa menjadi pilihan ibubapa.\n\n\n\n\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka bermula 09 \u2013 31 Mac 2021 secara atas talian (online).\nBorang permohonan manual juga boleh didapati pada ketetapan berikut :\nTarikh: 09 hingga 31 Mac 2021Tempat : Pejabat sekolahMasa. : 8.30 pg \u2013 12.00 tghri, 2.30 \u2013 4.00 ptg\nCara Permohonan / Pendaftaran SRA Jawi Online\nPERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022\nSEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA).\nIbu bapa/penjaga yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 perlu mendapatkan QR KOD dan mengisi borang online.\nQR KOD dapat diperolehi melalui:\nLaman Web Jabatan JAWI (FB)FB SekolahSekolah yang dipohonBanner (seperti yang di bawah)\n\nIbubapa/Penjaga mengimbas QR KOD dan isikan data yang diminta dan hantar.\nTarikh akhir pengisian sebelum atau pada 31 Mac.\nBaca juga: Biasiswa Yayasan Pahang 2021: Syarat, Permohonan & Semakan\nSenarai SRA JAWI\nSenarai Sekolah Rendah Agama JAWI boleh dilihat di pautan ini:\nhttps://www.jawi.gov.my/\nTarikh Semakan Keputusan Permohonan\nIbu bapa boleh membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran SRA JAWI bermula 21 Mei 2021.\nJika berjaya, ibu bapa perlu membuat pengesahan pendaftaran di sekolah yang dipohon.\nDokumen yang perlu disertakan semasa pengesahan pendaftaran adalah seperti berikut:\nSalinan Sijil Lahir anakSalinan Sijil Lahir anak (1 keping)Salinan Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga (1 keping)Salinan surat nikah/surat cerai ibubapaSalinan bil utiliti (letrik, air untuk bukti tempat tinggal).Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan) 3 keping anak gambar berukuran passport.\nBerikut disertakan Carta Alir Proses Permohonan Pendaftaran Kemasukkan Murid Tahun Satu (2022).\n\nhttps://drive.google.com/\u2026/14KjxRorcaflRM7wg\u2026/view\u2026\nMaklumat Lanjut\nJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Kompleks Pusat Islam,Jalan Perdana,50676 Kuala LumpurTel: 03-22749333Faks: 03-22731575Emel: aduan [at] jawi [dot] gov [dot] my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-sunat-khusuf-gerhana-bulan/", "title": "Panduan Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFENOMENA GERHANA BULAN PENUH & CARA SOLAT SUNAT KHUSUF\n\nPada 8 November 2022 (Selasa) akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang fenomena ini dan panduan solat sunat khusuf / gerhana bulan untuk umat Islam.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFenomena Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022\n\n \nSolat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf)\n\n \nLafaz Niat\n\n \nLangkah-langkah\n\n \nAmalan-amalan Sunat Ketika Gerhana\n\n\nFenomena Gerhana Bulan Penuh 8 November 2022\nFenomena Gerhana Bulan Penuh dijangka berlaku mulai sekitar jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu tempatan, lapor MYSA. \n\nFenomena ini berlaku apabila bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan yang menyebabkan cahaya matahari terlindung oleh bumi dan tidak dapat sampai sepenuhnya ke bulan ketika bulan penuh. \nMasyarakat di Malaysia boleh menyaksikan fenomena ini dengan mata kasar, dengan jelas selepas matahari terbenam.\nBerikut adalah fasa-fasa gerhana yang dihitung di Kuala Lumpur, Malaysia mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM);\nTARIKH\n8 November 2022\nWAKTU\nPenumbra Bermula : 16:03Umbra Bermula : 17:10Gerhana Penuh Bermula : 18:17Gerhana Penuh Maksimum : 18:59Gerhana Penuh Berakhir : 19:41Umbra Berakhir : 20:49Penumbra Berakhir : 21:55\n\n\n\n\n\n\nSumber Data : Almanak Falak Syarie Malaysia 2022, JUPEM\nDisediakan oleh : Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM\nSolat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf)\nSolat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.\nSolat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.\n\nHUKUM SOLAT GERHANA\nDi dalam mazhab Syafie, mendirikan solat sunat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya.\nHal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:\n\u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0670\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u064f\u06d7 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0633\u0652\u062c\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0633\u0652\u062c\u064f\u062f\u064f\u0648\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u0647\u064f\u0646\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0646\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u062a\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f\u0648\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cDan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.\u201d\n(Surah Fussilat: 37)\nWAKTU SOLAT SUNAT GERHANA\nSolat gerhana bulan boleh dilakukan bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan tamat dengan berakhirnya gerhana serta naiknya matahari.\nLafaz Niat\ni) Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (Bersendirian)\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064f \u0627\u0644\u062e\u064f\u0633\u064f\u0648\u0641\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nMaksudnya: \u201cSahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.\u201d\nii) Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (Berjemaah)\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064f \u0627\u0644\u062e\u064f\u0633\u064f\u0648\u0641\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627/\u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nMaksudnya: \u201cSahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.\u201d\n\nLangkah-langkah\nRujuk panduan dan langkah-langkahnya seperti berikut :\nRAKAAT PERTAMA\nNiat solat GerhanaTakbiratul IhramBaca Surah Al-Fatihah dan surahRukuk yang panjangI\u2019tidalBaca Al-Fatihah dan surahRukuk yang panjangI\u2019tidalSujud yang panjang\nRAKAAT KEDUA\nTakbiratul Ihram rakaat ke-2Baca Al-Fatihah dan surah.Rukuk yang panjangI\u2019tidalBaca Al-Fatihah dan surahRukuk yang panjangI\u2019tidalSujud yang panjangTahiyyat Akhir\nAmalan-amalan Sunat Ketika Gerhana\nDisunatkan ketika gerhana untuk memperbanyakkan doa berlindung dari azab kubur, takbir dan sedekah.\nANTARA HADIS BERKAITAN SOLAT GERHANA & AMALAN YANG DIANJURKAN:\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0627\u0626\u0650\u0634\u064e\u0629\u064e \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u062a\u0652: \u062e\u064e\u0633\u064e\u0641\u064e\u062a\u0652 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064f \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e\u060c \u0641\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650\u060c \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0645\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0631\u064f\u0651\u0643\u064f\u0648\u0639\u064e\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0642\u064e\u0627\u0645\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062f\u064f\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0631\u064f\u0651\u0643\u064f\u0648\u0639\u064e \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062f\u064f\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u0631\u064f\u0651\u0643\u064f\u0648\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0633\u064e\u062c\u064e\u062f\u064e \u0641\u064e\u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0644\u064e \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u062c\u064f\u0648\u062f\u064e\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0641\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0643\u0652\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u062b\u064e\u0651\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064f\u0648\u0644\u064e\u0649\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0646\u0652\u0635\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e \u0648\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0627\u0646\u0652\u062c\u064e\u0644\u064e\u062a\u0652 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064f\u060c \u0641\u064e\u062e\u064e\u0637\u064e\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064e \u0641\u064e\u062d\u064e\u0645\u0650\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u062b\u0652\u0646\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e \u0622\u064a\u064e\u062a\u064e\u0627\u0646\u0650\n\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0622\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0633\u0650\u0641\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064d \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0644\u0650\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0643\u064e\u0628\u0650\u0651\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064f\u0651\u0648\u0627 \u0648\u064e\u062a\u064e\u0635\u064e\u062f\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627\u060c \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u0629\u064e \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d! \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064d \u0623\u064e\u063a\u0652\u064a\u064e\u0631\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0632\u0652\u0646\u0650\u064a\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0647\u064f \u0623\u064e\u0648\u0652 \u062a\u064e\u0632\u0652\u0646\u0650\u064a\u064e \u0623\u064e\u0645\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f\u060c \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064f\u0645\u064e\u0651\u0629\u064e \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d! \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0648\u0652 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0644\u064e\u0636\u064e\u062d\u0650\u0643\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0628\u064e\u0643\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627!\nDari \u2018Aisyah RA berkata: \u201cPada masa Rasulullah SAW, telah terjadi gerhana matahari. Kemudian Rasulullah SAW solat bersama masyarakat. Dalam solat, Nabi SAW berdiri dengan sangat lama.\nKemudian ruku\u2019 yang sangat lama juga.\nKemudian baginda kembali berdiri lama, tapi lebih singkat dari berdiri yang pertama.\nLalu baginda ruku\u2019 lagi dengan lama, tapi lebih singkat dari ruku\u2019 yang pertama.\nSetelah itu, Nabi sujud dengan sangat lama.\nBaginda melakukan hal yang sama pada rakaat kedua.\nSetelah solat, matahari telah kembali tampak jelas.\nSetelah itu Nabi menyampaikan khutbah yang dimulai dengan memuji dan meuliakan Allah. Baginda pun bersabda: Matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Dua gerhana tersebut muncul bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Jika kalian melihatnya, maka berzikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah!\nNabi melanjutkan peringatannya: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hamba-Nya yang berzina. Wahai umat Muhammad! Demi Allah, jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis!\u201d [riwayat al-Bukhariy].\nDalam riwayat lain: \u201cKemudian Nabi memerintahkan para sahabat untuk berlindung kepada Allah dari seksa kubur\u201d [riwayat al-Bukhariy].\nDalam riwayat lain: \u201cJika kalian melihat gerhana, segeralah berzikir, berdoa, dan meminta pengampunan-Nya\u201d [riwayat al-Bukhariy].\nDalam riwayat lain: \u201cNabi berdiri sangat lama kira-kira seperti membaca surah al-Baqarah\u201d [riwayat al-Bukhariy].\nDalam riwayat lain: \u201cAisyah berkata: Aku belum pernah sujud dalam solat lebih lama dari ia (ketika solat gerhana bersama Nabi SAW)\u201d [riwayat al-Bukhariy].\nKredit:\nDr Kamilin Jamilin \u2013 Seni Hadith\nSumber: JAKIM\nBaca juga: \nDoa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki \u2013 JAKIMSolat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha (JAKIM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-terengganu/", "title": "Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Phd, Master & Perakaunan Profesional ACCA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Phd, Master & Perakaunan Profesional ACCA Kohort 2\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Terengganu kini menawarkan biasiswa kepada mahasiswa kelahiran Terengganu yang bakal menyambung pelajaran dalam negara.\nBiasiswa ini ditawarkan bagi membantu para pelajar Terengganu yang akan menyambung pengajian terutamanya yang tergolong daripada keluarga B40.\nTawaran biasiswa ini terbuka kepada pelajar berkelayakan yang bakal menyambung pengajian ke peringkat berikut :\nProgram Perkakaunan Professional ACCA Kohort 2Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD)\nBaca Juga : Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Ambilan Oktober 2022/2023\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu\n\n \nSyarat Umum\n\n \nSyarat Khusus\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTempoh Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu\nPermohonan bagi biasiswa ini boleh dilakukan mulai 23 November 2022 hingga 7 Disember 2022.\nSyarat Umum \nPemohon perlulah menepati syarat-syarat umum yang telah ditetapkan seperti berikut :Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah iaitu B40.\n\nSyarat Khusus\nSyarat khusus adalah tertakluk kepada peringkat pengajian yang diambil pemohon seperti berikut :\ni)\u00a0Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Program Perakaunan Professional ACCA\nBagi lepasan ijazah, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nLulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.Pemohon berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh masa) dan 32 tahun (separuh masa)Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) subjek ACCA\nBagi lepasan Certified Accounting Technician (CAT)/Matrikulasi JPPro, syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nMendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.Pemohon berumur tidak lebih daripada 21 tahun.Pemohon telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.\nPemohon lepasan Diploma Perakaunan pula perlu memenushi syarat khusus berikut iaitu:\nPemohon mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik\u00a0 dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.Pemohon berumur tidak lebih daripada 22 tahun.Pemohon telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.\nii) Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Program Sarjana\nBagi pemohon biasiswa yang ingin memohon bagi program sarjana, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nLulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.Telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.Pemohon berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.Untuk pemohon dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.\niii) Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk PhD\nPemohon bagi program PhD pula perlu memenuhi syarat khusus iaitu:\nLulus Ijazah Sarjana (mod penyelidikan) atau sekurang-kurangnya CGPA 3.50 (mod kerja kursus atau campuran) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.Pengajian mestilah dalam sepenuh masa dan pemohon tidak bekerja.Pemohon berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.\nCara Memohon\nCalon boleh lakukan permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu berpandukan langkah-langkah berikut :\nLayari laman web\u00a0https://ytklik.terengganu.gov.my/\u00a0atau\u00a0http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.Klik bahagian \u2018Daftar Akaun.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan serta klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nUntuk makluman, penawaran biasiswa atau pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan dan Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Terengganu, sila hubungi pihak Yayasan Terengganu di talian 09-6221733. \nAnda juga boleh ikuti laman Facebook Yayasan Terengganu untuk ketahui perkembangan terkini mengenai biasiswa yang ditawarkan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/hannah-yeoh/", "title": "Biodata Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kerajaan Perpaduan, Hannah Yeoh dikenali sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 hingga 2020.\nDengan kemenangan pada PRU15 baru-baru ini, Hannah Yeoh juga secara rasminya menyambung jawatan sebagai Ahli Parlimen Segambut yang telah dipegang sejak 2018.\n\nBeliau merupakan satu-satunya pemimpin wanita daripada parti DAP yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.\nBerikut kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai biodata serta latar belakang Hannah Yeoh.\nBaca Juga : Biodata DS Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia\nBerikut merupakan serba sedikit latar belakang bagi Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik baru-baru ini. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiodata Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan\n\n \nPerjalanan Karier & Politik Hannah Yeoh\n\n\nBiodata Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan\nNama Penuh : Hannah Yeoh Tseow Suan\nParti Politik : Democratic Action Party (DAP)\nTarikh Lahir : 9 Januari 1979 (43 tahun)\nStatus : Berkahwin, mempunyai 2 orang anak \nSuami : Ramachandran Muniandy\nAhli Parlimen : P117 Segambut\nPencapaian : Young Global Leader, Class of 2018 (World Economic Forum)\nPendidikan : Sarjana Muda Undang-Undang LLB, University of Tasmania\nPengalaman:\n\nBekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2018 \u2013 2020)\nBekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (2013 \u2013 2018)\nBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N31 Subang Jaya (2008 \u2013 2018)\nJawatan Politik Dalam DAP :\n\nJawatankuasa Eksekutif Pusat, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan\nNaib Pengerusi of Wanita DAP\nAhli Jawatankuasa FT DAP\n\n\n\nFacebook : Hannah Yeoh\n\nPerjalanan Karier & Politik Hannah Yeoh\nSebagai pemegang ijazah dalam jurusan Undang-Undang, Hannah memulakan karier sebagai peguam di Malaysia dan Australia.\nSelepas tiga tahun bekerja di sebuah firma guaman di Petaling Jaya, Hannah kemudiannya menyertai syarikat pengurusan acara pada 2006.\nPembabitannya dalam politik bermula hasil dorongan rakan sekolah, Edward Ling dan keduanya-duanya menyertai DAP pada akhir 2006.\nHannah juga merupakan Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2013 hingga 2018 sekaligus menjadikan beliau sebagai Speaker wanita yang pertama dan termuda bagi mana-mana dewan negeri dalam Malaysia.\n\nSebelum bertanding dalam peringkat Parlimen, Hannah Yeoh dahulunya berkhidmat selama 2 penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Subang Jaya.\nPeranan beliau dalam parti politik DAP adalah sebagai Timbalan Pengerusi bagi Wanita DAP serta ahli bagi FT DAP.\nSumber : hannahyeoh.com\nFacebook Rasmi : https://www.facebook.com/hannahyeoh/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-gkp/", "title": "Semakan GKP & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin 30 November", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang telah memohon Geran Khas Prihatin, semakan GKP 2.0 boleh dibuat bermula 27 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my.\nPembayaran akan mula dibuat bermula 30 November nanti.\nMenurut petikan akhbar Berita Harian, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0.\nGKP 2.0 telah dibuka semula untuk permohonan baru sepanjang bulan Oktober.\nPerkara ini diumumkan oleh PM petang tadi bersama dengan BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.\nDaripada 642,976 jumlah permohonan yang diterima, sebanyak 76% permohonan telah diluluskan.\n\n\n\n\n\n\nManakala 12.6% permohonan masih dalam proses, dan baki 11.3% permohonan gagal.\nPermohonan yang gagal masih berpeluang membuat rayuan di portal GKP bermula 3-15 Jun nanti.\nPembayaran RM3,000 secara one-off akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Jun 2020.\nSekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan GKP 2.0 RM3,000\n\n \nTarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin\n\n \nSyarat Permohonan GKP\n\n \nBantuan Lain\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nSemakan GKP 2.0 RM3,000\nUntuk membuat semakan status permohonan Geran Khas Prihatin, anda perlu melayari pautan rasmi https://gkp.hasil.gov.my/\nMasukkan nombor kad pengenalanKlik Enter / CariStatus kelulusan GKP akan dipaparkan sama ada LULUS / DALAM PROSES / GAGAL\nKemungkinan besar pautan tersebut sukar dilayari buat masa sekarang kerana ramai berpusu-pusu untuk semak permohonan masing-masing.\nAnda boleh semak semula pada sebelah petang / malam.\nTarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin\nSeperti dimaklumkan, tarikh pembayaran GKP akan bermula pada 15 Jun.\nPembayaran akan dibuat secara berperingkat secara terus ke akaun masing-masing.\nSyarat Permohonan GKP\nBagi yang sudah lupa, berikut dikongsikan antara syarat permohonan Geran Khas Prihatin 2020.\nMestilah Warganegara MalaysiaMempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000Mempunyai jumlah pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)Mestilah berdaftar dengan LHDNM /\u00a0SSM\u00a0sebelum 31 Disember 2019Masih aktif menjalankan perniagaanSemakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF\nBantuan Lain\nSekiranya GKP tidak mencukupi, anda mungkin boleh memohon pelbagai bantuan kerajaan yang diperkenalkan sepanjang PKP ini. Antaranya:\nSebagai majikan, anda juga boleh memohon bantuan PERKESO melalui program Subsidi Upah.KWSP turut membenarkan anda untuk keluarkan RM500 sebulan melalui program iLestari.Manakala ASB juga membenarkan pengeluaran secara online melalui MyASNB.\nSemoga bantuan-bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban anda menghadapi pandemik COVID-19 ini.\nSoalan Lazim\nBerapakah jumlah bantuan GKP 2.0? Geran Khas Prihatin adalah bantuan kerajaan kepada PKS secara one-off sebanyak RM3,000. Bilakah tarikh keputusan akan diumumkan? Semakan status GKP boleh dibuat bermula 13 November 2020. Bilakah pembayaran akan dibuat? Pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula akhir bulan November. Siapa yang layak memohon? Sila rujuk syarat kelayakan seperti yang tertera di atas. Apakah syarat utama untuk memohon Geran Khas Prihatin? Pemohon mestilah memiliki SSM dan berdaftar dengan LHDNM. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-bantuan-pendaftaran-ipt-yayasan-pasir-gudang-2022/", "title": "Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022 \u00a0 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta untuk pelajar yang menetap di Pasir Gudang kini dibuka.\nBantuan ini ditawarkan sebagai tanda pengiktirafan Yayasan pasir Gudang kepada siswazah setmpat yang berjaya mlanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.\nUntuk malkuman, bantuan ini dibuka mengikut fasa. Pada waktu ini, permohonan bagi fasa keempat kini dibuka.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nPeringkat Pengajian Yang Layak Memohon\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nCara Mohon Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022\n\n \nSecara Manual\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah RM 300 seorang.\n\n\n\n\n\n\nPeringkat Pengajian Yang Layak Memohon\nBantuan ini ditawarkan bagi siswazah yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke peringkat berikut :\nDiplomaIjazah Sarjana Muda\nSyarat-Syarat Permohonan \nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nMerupakan warganergara Malaysia dan Kad Pengenalan beralamat di majlis Bandaraya Pasir Gudang.Diploma/Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama.Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTSPendapatan isi rumah/keluarga tidak melebihi RM 4,000\nCara Mohon Tawaran Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pasir Gudang 2022 \u00a0\nPelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan selewat-lewatnya pada Jun 2022.\nPermohonan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu :\nSecara Online\nPermohonan secara atas talian boleh dilakukan melalui pautan di berikut :\nBANTUAN PENDAFTARAN IPTA YAYASAN PASIR GUDANG\nPemohon juga dikehendaki untuk muat naik salinan kad pengenalan diri, ibu bapa, slip gaji ketua isi rumah dan surat tawaran kemasukan IPTA/S.\nSecara Manual\nPemohon boleh dapatkan borang permohonan melalui pautan di bawah dan hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang.\nBorang-Permohonan-Bantuan-Pendaftaran-IPTA-PENDIDIKAN-YPG-2021Download\nPemohon mestilah kembalikan borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen yang diminta pada tarikh yang ditetapkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :\n019- 329 8714\n014- 690 4745\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skpmg2/", "title": "SKPMG2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKPMG2 atau \u201cStandard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2\u201d merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada maklum balas pelbagai pihak. \nSKPMG2 telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan proses penyampaian pendidikan.\nPenambahbaikan kepada SKPMG2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang SKPMG2 serta panduan untuk membuat pelaporan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu SKPMG2?\n\n \nInstrumen yang ditekankan\n\n \nAkses portal\n\n \nPemetaan SKPMG2\n\n \nStandard 1 : Kepimpinan\n\n \nStandard 2 : Pengurusan Organisasi\n\n \nStandard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid\n\n \nStandard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan\n\n \nStandard 5 : Kemenjadian Murid\n\n \nMuat Turun Panduan SKPMG2\n\n \nLagu Tema\n\n\nApa Itu SKPMG2?\nSKPMG2 telah dibina dengan format baharu yang dibangunkan khusus sebagai panduan kepada pentadbir dan warga sekolah dengan instrumen berorientasikan tindakan, menitikberatkan kualiti dan berasaskan evidens.\nPenilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan Mac, Julai dan November.\nInstrumen yang ditekankan\nDraft pertama yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan \u00a0tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang.\nBerikut merupakan instrumen SKPMG2 yang perlu diberikan penekanan:\n\nKepimpinan\nPengurusan organisasi\nPengurusan kurikulum\nKokurikulum dan Hal ehwal murid\nPembelajaran dan Pemudahcaraan\nKemenjadian murid\n\nPenekanan diberikan melalui peranan guru besar/pengetua sebagai peneraju, pembimbing, dan pendorong dalam melaksanakan tugas kepimpinan di sekolah selain peranan guru juga ditekankan sebagai pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.\nAkses portal\nSistem SKPMG2 boleh diakses melalui portal NKR di alamat https://nkra.moe.gov.my/.\nNKRA merupakan singkatan kepada \u201cNational Keys Result Areas\u201d yang bermaksud Bidang Keberhasilan Utama Negara.\nSumber: https://www.moe.gov.my/\n\nMUAT TURUN LAZIM (FAQ) :\nSoalan_Lazim_SKPMg2Download\nPemetaan SKPMG2\nStandard 1 : Kepimpinan\n\nPGB sebagai Peneraju\nPGB sebagai Pembimbing\nPGB sebagai Pendorong\n\nNota: PGB = Pengetua / Guru Besar\nStandard 2 : Pengurusan Organisasi\n\nPengurusan Sumber Manusia\nPengurusan Aset\nPengurusan Kewangan\nPengurusan Sumber Pendidikan\nIklim\nPengurusan Perpaduan\nPermuafakatan Strategik\n\nStandard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid\n\nKurikulum\n\nKetetapan Pelaksanaan Kurikulum\nPengurusan Mata Pelajaran\nPengurusan Masa Instruksional\nPengurusan Penilaian Murid\n\n\nKokurikulum\n\nKetetapan Pelaksanaan Kokurikulum\nPengurusan Kelab / Persatuan\nPengurusan Badan Beruniform\nPengurusan Sukan / Permainan\nPengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum\nPengurusan Sukan Untuk Semua\nPengurusan Pentaksiran Kokurikulum\n\n\nHal Ehwal Murid\n\nKetetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid\nPengurusan Disiplin Murid\nPengurusan Keselamatan Murid\nPengurusan Kesihatan Murid\nPengurusan Bantuan Pelajaran Murid\nPengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling\n\n\n\nStandard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan\n\nGuru Sebagai Perancang\nGuru Sebagai Pengawal\nGuru Sebagai Pembimbing\nGuru Sebagai Pendorong\nGuru sebagai Penilai\nMurid sebagai Pembelajar Aktif\n\nStandard 5 : Kemenjadian Murid\n\nKemenjadian Murid Dalam Akademik\nKemenjadian Murid Dalam Kokurikulum\nKemenjadian Sahsiah Murid\u00a0\n\nMuat Turun Panduan SKPMG2\n\nNama DokumenDokumen Muat Turun\u00a0Panduan SKPMg2\u00a0MUAT TURUN\u00a0e-Book SKPMg2\u00a0MUAT TURUNVersi PelancaranMUAT TURUN\nPanduan-SKPMG2Download\nLagu Tema\nMuat turun Lagu Tema SKPMG2 : https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/UKK/2017/09_Sept/2.%20SKPMg2.mp3\nMuat turun Minus One : https://www.moe.gov.my/images/kpm/KPM/UKK/2017/09_Sept/3.%20SKPMg2%20MINUS1.mp3\n"]} {"url": "https://ecentral.my/alat-pantau-covid-19/", "title": "3 Alat Wajib Ada Di Rumah Untuk Pantau Gelaja Awal Covid-19", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan jumlah kes keseluruhan hampir mencecah 1.3 juta, kita boleh lihat hari ini orang yang terdekat dengan kita positif Covid-19.\nDengan erti kata lain kita mungkin hidup dalam kalangan mereka yang positif.\nAtau anda sendiri telah positif tetapi tidak menunjukkan sebarang gelaja.\nSekiranya anda positif Covid-19 dan tidak bergelaja dan tidak berisiko tinggi, anda tidak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan. Anda cuma perlu menjalani kuarantin di rumah sahaja.\nTapi tak bermakna kesihatan anda tidak akan bertambah serius.\n\n\n\n\n\n\nDr. Izzar Anwari dalam Instagramnya berkata, ada perkara penting yang perlu dipantau iaitu oksigen level dalam darah (SpO2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAlat Pantau Gelaja Awal Covid-19\n\n \n1- Pulse Oximeter\n\n \n2 \u2013 Blood Pressure Monitor\n\n \n3 \u2013 Thermometer\n\n\nAlat Pantau Gelaja Awal Covid-19\n\n4 perkara tersebut boleh dipantau sendiri dengan menggunakan 3 alat berikut:\n1- Pulse Oximeter\n\nPulse oximeter ialah alat untuk memantau paras oksigen dalam darah (SpO2) dan kadar denyutan jantung (pulse rate).\nParas oksigen normal ialah 95-100%.\nManakala pulse rate normal ialah 50-90 beats per minute (bpm) untuk dewasa. Bawah 100 dikira cukup bagus.\nUntuk pesakit Covid-19, ada satu fenomena iaitu \u2018Happy Hypoxia\u2018 di mana SpO2 dalam darah rendah tetapi pesakit tiada masalah bernafas dan tak bergejala. \n\nSetiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, \u2018Pulse Oximeter\u2018 kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.\n\nKlik di sini untuk dapatkan Pulse Oximeter di Shopee\n\n View this post on Instagram A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) \n2 \u2013 Blood Pressure Monitor\n\nTahukah anda sebanyak 58.3 peratus pesakit Covid-19 yang dirujuk ke rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi.\nKKM dalam satu kenyataan media menyarankan supaya rakyat di negara ini mengawal tekanan darah khususnya bagi mengelak terdedah kepada jangkitan Covid-19.\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati, pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi atau tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit Covid-19.\nBerikut jadual bacaan tekanan darah yang betul:\n\n\nKlik di sini untuk dapatkan Blood Pressure Monitor di Shopee\n\n3 \u2013 Thermometer\nAntara alat wajib ada dalam setiap rumah walaupun bukan musim pandemik semestinya thermometer.\nJika boleh elakkan beli thermometer murah yang hanya tunjuk suhu yang sama.\nLaburlah untuk thermometer yang berjenama sedikit yang bacaannya lebih tepat dan berbaloi dengan harga.\n\nKlik di sini untuk dapatkan Thermometer di Shopee\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengeluaran-kwsp-dibenarkan/", "title": "Pengeluaran KWSP Dibenarkan Dengan Cagaran Bank \u2013 PM Anwar", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KWSP | Perdana Menteri mencadangkan KWSP membenarkan ahlinya yang menghadapi beban kewangan, menggunakan simpanan mereka sebagai cagaran untuk membuat pinjaman bank.\nSebuah akhbar tempatan melaporkan, Kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.\nMemetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan, dengan cagaran daripada agensi terbabit.\n\u201cKita kena ingat prinsip KWSP itu adalah simpanan hari tua, kita bagi kelonggaran (pengeluaran) masa Covid-19 dan semua negara luluskan (kaedah itu).\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.\n\u201cMaka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,\u201d katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, 9 Mac 2023.\nAnwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada pencarum yang mempunyai wang dalam KWSP.\n\u201cSaya cadangkan yang mempunyai peluang\u2026 ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat dekat situ.\n\u201cDia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.\n\u201cOleh itu saya kata, tak pelah kita buat kolateral, dia tidak withdraw (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran,\u201d katanya.\n\n\u201cSaya cadang, perkenal kaedah, bagi permudah orang (ahli KWSP) yang\u00a0terdesak, tetapi\u00a0ada wang saya\u00a0pastikan\u00a0KWSP memberi ruang bagi pencarum terdesak, pinjam dari bank, dengan cagaran daripada\u00a0caruman simpanan KWSP mereka, ini yang terbaik,\u201d beliau berkata demikian semasa sesi Pergulungan Belanjawan 2023 yang dilaporkam oleh Buletin TV3.\nMenurut Datuk Seri Anwar, beliau tidak bersetuju untuk\u00a0membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan persaraan mereka.\nMalah, beberapa negara seperti Peru, Australia dan Chile yang melaksanakan langkah sama semasa pandemik, telah menghentikan skim pengeluaran itu.\nSumber: https://bit.ly/3ZQLywA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-go-digital-selangor/", "title": "Skim Go Digital: Pembiayaan Perniagaan Hingga RM5000 Hijrah Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPINJAMAN PERNIAGAAN SKIM GO DIGITAL SEHINGGA RM5,000\nJom Mendigitalkan Perniagaan Anda Bersama Hijrah Selangor!\nMemasarkan perniagaan dengan menggunakan platform digital menjadi pilihan kepada setiap para peniaga sama ada kecil atau besar pada abad ini.\nMungkin ada segelintir peniaga yang masih tidak memandang serius dengan hal ini kerana kebanyakannya mempunyai pemikiran bahawa pemasaran di atas talian tidak menguntungkan.\n\n\n\n\n\n\nKepada para peniaga diluar sana, pastikan anda menggunakan platform digital bagi memastikan hasil jualan anda ditahap maksima.\nHijrah Selangor menawarkan pinjaman perniagaan melalui Skim Go Digital bagi membantu para peniaga untuk memaksimumkan hasil jualan melalui platform digital.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Skim Go Digital ini.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Go Digital Selangor?\n\n \nSyarat Kelayakan Skim Go Digital Selangor\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Go Digital Selangor?\nPenggunaan digital dalam kalangan usahawan mikro dan kecil membantu memasarkan produk dan sercis mereka secara meluas, memudah, mempercepat proses pesanan dan pembayaran.\nSkim pembiayaan Go Digital ini akan ditawarkan oleh Syarikat Peneraju secara pakej yang mengandungi:\nSistem dan PeralatanPemasaranLatihanPemantauanPerkhidmatan Jalur Lebar (Selangor Data Internet)\nBaca juga: SISM40 : Skim Internet Selangor M40 \u2013 Pakej Keluarga, Bujang & Asas\n\n\nSyarat Kelayakan Skim Go Digital Selangor\nSYARAT KELAYAKAN:\nPINJAMAN DARI RM1,000-RM5,000MEMPUNYAI LOKASI PREMIS YANG TETAP.MEMPUNYAI SSM.RAKYAT SELANGOR @ BERMASTAUTIN LEBIH DARI 5 TAHUN.DOKUMEN PERMOHONAN:-GAMBAR BERUKURAN PASSPORT PEMOHON (2 KEPING)SALINAN IC PEMOHONSALINAN LESEN SSMPENGESAHAN AKAUN BANK\n\nBaca juga: eBantuan JKM: Permohonan 11 Skim Bantuan JKM 2021 (Online/Manual)\nCara Permohonan\nBerminat dengan skim ini?\nAnda boleh menyemak sama ada anda layak di talian 03-5519 1692 atau mengisi Borang Permohonan Online di pautan berikut:\u00a0https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6\nLatarbelakang Hijrah Selangor\nSejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi\u00a0HIJRAH SELANGOR\u00a0memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.\nYayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang\u00a0mudah, cepat dan tidak membebankan\u00a0kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.\nMaklumat Lanjut\nAnda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari pautan ini http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32 \n\nhttps://www.hijrahselangor.com/?page_id=5526\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-myvi-baru-2022/", "title": "Harga Perodua Myvi Baru 2022 & Pengecualian Cukai Jualan Kereta", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai yang teruja dengan pengumuman Perodua Myvi yang terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan tentunya nak tahu berapa agaknya harga tu kan?\nUntuk makluman, Myvi generasi ketiga Perodua telah menerima penambahbaikan dan kini dibuka untuk tempahan, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).\nPengeluar kereta itu menjelaskan Myvi baharu itu akan didatangkan dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik dan varian ini termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.\n\n\n\u201cPenambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan standard terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,\u201d kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan.\n\u201cKami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi Baharu ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,\u201d tambah beliau.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga Myvi Baru 2022\n\n \nPengecualian Cukai Jualan Kereta (Bajet 2022)\n\n\nHarga Myvi Baru 2022\nJulat harga bagi Myvi Baharu ini ialah dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).\nBagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan Perodua Myvi ini di pautan\u00a0https://bit.ly/PeroduaBookOnline\u00a0atau melalui tempahan di mana-mana showroom Perodua berdekatan anda.\nUntuk makluman, pengecualian cukai jualan kereta juga masih ditawarkan bagi tahun 2022 hingga 30 Jun 2022, seperti yang diumumkan melalui Bajet 2022.\nBaca juga: Subsidi 50% Atau RM150 Pembelian Carseat Kanak-kanak (Bajet 2022)\n\nApakah harga Myvi jika anda membelinya dalam tempoh pengecualian jualan kereta ini?\nSila rujuk penerangan di bawah:\nPengecualian Cukai Jualan Kereta (Bajet 2022)\nKerajaan mengumumkan lanjutan pengecualian cukai jualan kereta ke atas semua kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2022 dalam pembentangan Bajet 2022. \nPengecualian cukai jualan kereta ini yang dijadualkan berakhir 31 Disember tahun ini akan dilanjutkan untuk tempoh enam (6) bulan lagi sehingga Jun 2022 untuk mengalakkan pemilikan kereta, merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dan memacu momentum perkembangan sektor automotif. \nPerkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bejet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.\nPengecualian cukai jualan kereta ini kekal seperti mana sebelum ini \u2013 ia melibatkan pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD). \nManakala, pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus dikenakan ke atas kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) termasuk MPV dan SUV merangkumi CBU import baharu dan CBU import terpakai. \nPengecualian cukai jualan kereta ini pertama kali diumumkan pada Jun 2022 bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi tempatan dan membantu rakyat yang terjejas disebabkan oleh Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan untuk membendung penularan wabak\u00a0Covid-19.\nBerikut merupakan senarai harga Myvi model terdahulu selepas pengecualian cukai jualan kereta yang diumumkan oleh syarikat pengeluar kereta di Malaysia. \n*Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman semasa syarikat pengeluar kereta.\nVarianHarga (Dengan SST)Harga (Tidak termasuk cukai jualan kereta (SST) \u2013 sehingga 31 Disember 2021)1.3 G (AT)RM44,590RM43,0291.3 Premium X (AT)RM46,590RM44,9591.5 High (AT)RM50,290RM46,5301.5 Advance (AT)RM54,090RM52,197Sumber: Carsome.my\n\nBaca juga: Perodua Ativa (D55L) 2021: Senarai Harga, Gambar Interior & Exterior\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pindahkan-data-telefon-baru/", "title": "Cara Pindahkan Data Telefon (Tukar HP Lama Ke Baru)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda kalanya kita perlu menukar telefon pintar maka wajiblah kita pindahkan data ke telefon baru. \nData-data dari telefon lama hendaklah dipindahkan agar segala gambar, video, nombor telefon dan pelbagai maklumat lain boleh dilihat atau digunakan di telefon baharu.\nProses memindahkan data dari telefon lama ke telefon baru biasanya agak rumit tetapi menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu caranya. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Menggunakan aplikasi CLONEit\n\n \n2. Menggunakan akaun Google\n\n \n3. Menggunakan Google Photos\n\n\n1. Menggunakan aplikasi CLONEit\nProses pindahkan data telefon baru menjadi lebih mudah dengan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai CLONEit.\n\n\n\n\n\n\nDengan aplikasi ini, anda boleh memindahkan sekali gus segala data seperti log panggilan, media, fail, tetapan sistem dan banyak lagi.\nUntuk proses pemindahan data ke telefon baru, kedua-dua telefon anda (telefon lama dan baru) mestilah memasang aplikasi ini dimana telefon lama akan berfungsi sebagai Sender (Penghantar) manakala telefon baru akan berfungsi sebagai Receiverr (penerima).\nDisebabkan saiz fail yang dipindahkan besar, anda digalakkan untuk melakukan proses pemindahan data ini menggunakan WiFi internet untuk proses yang lebih laju dan stabil.\n2. Menggunakan akaun Google\nSekiranya anda berpindah dari peranti Android ke Android, anda boleh melakukan proses pindahkan data ke telefon baru dengan mudah menggunakana aplikasi Google Drive.\nAnda perlu memastikan bahawa semua data yang berkaitan pada telefon lama anda disandarkan ke storan awan sebelum anda beralih ke telefon baharu anda. \nGoogle menyandarkan kenalan, log panggilan, teks dan tetapan secara automatik ke Google Drive, jadi anda akan dapat memulihkan semua data itu ke telefon baharu anda hanya dengan log masuk menggunakan akaun Google anda semasa konfigurasi awal.\nBuka Tetapan daripada Tetapan Pantas atau daripada aplikasi anda.Tatal ke bawah ke bahagian bawah halaman.Pergi ke menu Sistem.Ketik Sandaran.Pastikan togol untuk Sandaran ke Google Drive ditetapkan kepada aktif. Tekan Sandaran sekarang untuk menetapkan data terkini pada telefon dengan Google Drive.\n3. Menggunakan Google Photos\nGoogle Photos merupakan perkhidmatan storan awan yang memfokuskan pada simpanan gambar dan video.\nMemandangkan data disandarkan ke awan, anda akan dapat mengakses foto dan video anda daripada telefon baharu anda dan di web.\nMemandangkan data disandarkan ke awan, anda akan dapat mengakses foto dan video anda daripada telefon baharu anda dan di web.\nBuka Google Photos pada telefon anda.Ketik gambar profil anda di penjuru kanan sebelah atas skrin.Pilih tetapan FotoPilih Sandaran & penyegerakan. Pastikan togol untuk Sandaran & penyegerakan ditetapkan kepada Hidup. Pastikan mod Sandaran ditetapkan kepada Kualiti Tinggi.\nSetelah foto dan video anda disandarkan dengan selamat ke Google Photos, anda boleh mula menyediakan telefon baharu anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/iltizam-pdp-ekuinas/", "title": "ILTIZAM PDP: Professional Development Programme 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nILTIZAM PDP 2022 / 2023 : Panggilan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan dan menghadapi masalah dalam temuduga!\nILTIZAM Professional Development Programme (PDP) adalah program yang sesuai untuk anda. \nPembukaan untuk sesi 2023 dibuka sekarang.\nJom ketahui lebih lanjut tentang program ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah ILTIZAM Professional Development Programme?\n\n \nKelebihan Program ILTIZAM PDP\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSyarikat Yang Terlibat Dalam ILTIZAM Professional Development Programme 2023\n\n \nCara Permohonan ILTIZAM PDP 2023\n\n \nLatar Belakang\n\n\nApakah ILTIZAM Professional Development Programme?\nPDP ILTIZAM ialah program 12 bulan yang menyediakan graduan Bumiputera yang berkelayakan dengan penempatan kerja selama setahun sebagai Pelatih Eksekutif di Ekuinas, syarikat portfolio dan syarikat rakan kongsi. \nSelain pembelajaran dan latihan di tempat kerja, modul latihan berstruktur akan mendedahkan graduan kepada pengetahuan yang berkaitan, pembangunan peribadi, kecekapan teknikal dan kemahiran insaniah yang penting untuk bersaing dan berjaya di tempat kerja.\nGraduan juga akan belajar memasarkan dan menjenamakan diri mereka sendiri. \nKomponen latihan akan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehpasaran mereka dengan ketara.\n\nKelebihan Program ILTIZAM PDP\nLatihan Sambil Bekerja Selama 12 BulanModul latihan berstruktur untuk kemahiran insaniah, teknikal dan kepimpinan serta pembangunan kendiri.95% Kadar Kejayaan95% Graduan PDP 2021 memperoleh pekerjaan tetap dalam tempoh 6 bulan selepas programGaji Bulanan RM2500EPF dan SOCSO, faedah perubatan dan insuran disediakan.\nSyarat Kelayakan\nMinimum 3.0 PNGK \u2013 Lepasan Ijazah Sarjana Muda IPTS / IPTA tempatan dalam mana-mana bidang boleh memohonKemahiran komunikasi yang baik, berbakat sebagai ketua pemimpin dan pemain pasukanPendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000Siswazah yang tidak bekerja atau menganggur sekurang-kurangnya 6 bulanHad umur 28 tahun\nSyarikat Yang Terlibat Dalam ILTIZAM Professional Development Programme 2023\nHabib Jewels Sdn BhdAl-Ikhsan Sports Sdn BhdDagang Nexchange BerhadMalayan Flour Mills BerhadANZ Engineering Sdn BhdYayasan Peneraju Pendidikan BumiputeraTenby Schools MalaysiaAhlan Academy for Excellence Sdn BhdEfficient Frontier Consulting Sdn BhdCoach2Success Consultancy Sdn BhdCosmopoint Sdn BhdUNITAR International UniversityMalaysian Gas AssociationAlfameli Sdn BhdMyParcel Asia Sdn BhdGFM Services BerhadTresGo Sdn BhdHATI International Sdn BhdSOCIO Intelligence Sdn BhdDesaru Development Holdings One Sdn BhdAlam Flora Sdn BhdWetlands InternationalEthis Ventures Sdn BhdMaySky (M) Sdn BhdZaahara Ventures Sdn BhdZ&SR Architechtural Ventures Sdn BhdChartered Institute of\u00a0 Islamic Finance ProfessionalsEYTC Group and Resources Sdn BhdMedKad Sdn BhdNanoC Ventures Sdn BhdThe ECEOs Sdn BhdRevenue Valley Sdn Bhd\nCara Permohonan ILTIZAM PDP 2023\nUntuk pendaftaran sila klik : https://pdp.ekuinas.com.my/\nLatar Belakang\nILTIZAM bermaksud komitmen, keazaman dan kemahuan dalam Bahasa Malaysia. Ia mencerminkan semangat yang tidak dapat dipecahkan dalam mengejar matlamat, keupayaan untuk mengatasi halangan dan keinginan untuk mengubah kesukaran menjadi peluang positif melalui kerja keras dan komitmen.\nMelalui ILTIZAM, Ekuinas berharap dapat memberi inspirasi dan membolehkan mereka yang berhasrat mencapai visi mereka dan mendedahkan potensi sepenuhnya mereka.\nInisiatif sosial korporat kami bermula pada 2013 apabila pekerja menawarkan masa mereka untuk menyokong usahawan tempatan dan komuniti terpilih. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan semangat altruisme dalam kalangan pekerja dan latihan ini menghasilkan manfaat yang ketara kepada penerima. Ia juga sangat bermanfaat pada peringkat korporat dan peribadi.\nRangka Kerja Tanggungjawab Sosial Korporat Ekuinas telah dilancarkan pada akhir 2013, memformalkan komitmen syarikat ke arah menyumbang kepada masyarakat yang lebih luas. Dua tahun kemudian, ia dijenamakan sebagai ILTIZAM, dan dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2016.\nUntuk keterangan lanjut mengenai ILTIZAM PDP, sila layari di https://iltizam.ekuinas.com.my/pillars/education/pdp/\nBaca juga: \nPengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) 2022Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022iBantuan Terengganu: Bantuan Ibu Tunggal, OKU & Pencen Rakyat\n"]} {"url": "https://ecentral.my/koperasi-tentera-kt-online/", "title": "KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Tentera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKoperasi Tentera adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). \nKoperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Koperasi Tentera dan cara membuat pendaftaran dan semakan secara online.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Koperasi Tentera (KT)?\n\n \nPembiayaan / Pinjaman Koperasi Tentera & Produk-produk Lain\n\n \nApakah KT Online?\n\n \nPendaftaran KT Online\n\n \nSemakan Dividen\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Koperasi Tentera (KT)?\nKoperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift & loan). \nSesuai dengan konsep penubuhan, koperasi ini menyediakan kemudahan menabung yang terjamin kepada anggota dengan pulangan dan ganjaran menarik. \nKaedah ini menggalakkan ahli koperasi menguruskan kewangan dengan lebih berhemah menerusi sikap menabung. \nSelaras dengan objektif ini, Koperasi Tentera memperkenalkan Polisi Pinjaman pada tahun 1966. Polisi ini bertujuan untuk mendidik anggota dan mengurangkan tabiat kerap meminjam yang sering berlaku.\nPada tahun 1976 pula KT memperkenalkan produk insurans berkelompok untuk perlindungan ahli disusuli dengan pelancaran Skim Pendidikan Tinggi pada tahun 1983. \n\n\n\n\n\n\nDekad 90-an menyaksikan perkembangan KT dengan penerimaan anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia. \nPada dekad berikutnya (2000-an) koperasi ini terus menerima anugerah kecemerlangan. Pada dekad ini juga Koperasi Tentera dianugerahkan Sijil Piawaian MS ISO.\nDengan objektif utama untuk menjaga kebajikan anggota ATM, KT tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.\nSesuai dengan visi, misi dan objektif untuk meningkatkan taraf hidup ahli, KT menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan. \nPembiayaan / Pinjaman Koperasi Tentera & Produk-produk Lain\nAntara produk yang ditawarkan oleh KT ialah pembiayaan peribadi, perlindungan Takaful, pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pembiayaan SME dan kemudahan pelaburan kepada anggota.\nPinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, dan pembiayaan takaful dan cukai jalan. \nSemua pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik yang patuh Syariah. \nSkim takaful koperasi tentera pula menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan dan takaful am. \nPelan perlindungan takaful yang ditawarkan ini adalah hasil daripada kerjasama antara KT dengan syarikat-syarikat takaful di Malaysia. \nSelain daripada pembiayaan peribadi, KT juga menawarkan pembiayaan berjangka kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME. \nPelan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh 10 tahun.\nAntara perkhidmatan KT yang popular adalah Pajak Gadai Ar-Rahnu (AR-RahnuKT). Perkhidmatan ini dibahagikan kepada dua produk utama iaitu Ar-Rahnu Prihatin dan Ar-Rahnu Prima. \nAr-Rahnu Prihatin membenarkan pinjaman sehingga RM5,000 manakala Prima pula membenarkan pinjaman sehingga RM100,000. Produk ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.\nBaca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak\nApakah KT Online?\nSistem koperasi tentera online iaitu KT Online dibangunkan untuk memudahkan ahli membuat transaksi kewangan di atas talian. \nSistem ini bukan sahaja boleh diakses melalui pelayar web, tetapi juga boleh digunakan melalui aplikasi KT Online untuk telefon pintar, Android dan juga iOS. \nMelalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, dan juga pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan dan takaful.\n\nPendaftaran KT Online\nSekiranya anda berminat untuk menjadi ahli KT, anda boleh daftar koperasi tentera secara online dengan muatturun borang permohonan menjadi anggota di laman web rasmi KT iaitu di pautan https://www.ktonline.com.my\nCara Login Kali Pertama\nBerikut merupakan cara untuk anda login kali pertama LOGIN KOPERASI TENTERA(KT).\n\nAnda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama :\u00a0https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin\nPilih jenis pengenalan berikut:\n\nTentera ID\nNo kad pengenalan\nNo passport\n\n\nKlik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan\nKlik hantar OTP\nOTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)\nMasukan ID pengguna\nCipta dan tetapkan kata laluan\nMasukan semula kata laluan\nPilih imej dan frasa keselamatan\nJawab soalan keselamatan\nPendaftaran anda telah Berjaya\n\nAnda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ktonline.mb&hl=en&gl=US\nLogin Koperasi Tentera (KT Online)\nSetelah mendaftar, anda boleh login koperasi tentera anda dengan langkah berikut:\n\nKlik pautan\u00a0https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login\nMasukan id pengguna\nTekan teruskan\nSahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan\nTekan masuk @ login\nPaparan akan menunjukkan akaun koperasi anda\n\nFoto: Angkatan Tentera Malaysia\nBaca juga: JHEV: Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM\nSemakan Dividen\nAnda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.\n\nKlik pautan\u00a0https://www.ktonline.com.my/\nMasukan ID pengguna\nTekan teruskan\nSahkan ID pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan\nTekan masuk @ login\nPaparan akan menunjukkan akaun koperasi anda\nKlik pada menu nombor akaun anda\nAnda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda\nJika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi\n\nMaklumat Lanjut\nNo 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia\nUntuk makluman Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT telah bertukar kepada nombor baharu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2303 0000\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-insentif-agropelancongan-lpnm/", "title": "Tawaran Geran Insentif Agropelancongan LPNM (Lembaga Industri Nanas Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Lembagan Perindustrian Nanas Malaysia kini menawarkan tawaran geran insentif buat pengusaha agropelancongan yang menjalankan perniagaan berasaskan nanas.\n Agropelancongan merupakan satu cabang dalam aktiviti pelancongan berkaitan industri pertanian, perinakan, ternakan serta industri asas tani.\nObjektif Program Agropelancongan adalah:-\n\n\n\n\n\n\n\nMenarik minat pengunjung dalam industri nanas\nMemperkenalkan pelbagai varieti nanas segar dan ornamental yang ada di dunia\nMempromosikan produk-produk makanan dan bukan makanan yang berasaskan nanas\nMenyampaikan maklumat berkaitan industri nanas kepada pengunjung\nMemperkenalkan Taman Agroteknologi Nanas kepada orang ramai\nMenyediakan aktiviti yang menarik untuk pengunjung\n\nAktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman dalam bidang pertanian khususnya tanaman nanas.\nIkuti perkongsian kami untuk maklumat lanjut mengenai insentif yang ditawarkan.\nBaca Juga : Tawaran Skim Pembiayaan Mudah (IPPKS) Untuk Pekebun Kecil Sawit\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKomponen Produk\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Permohonan Geran Insentif Agropelancongan LPNM\n\n \nSkop Pembiayaan\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKomponen Produk\nKomponen produk yang dibenarkan untuk memohon Geran Insentif Agropelancongan LPNM ini adalah seperti berikut :\n\nProduk berasaskan ladang dan kebun\nProduk Berasaskan Inapan Desa (Homestay)\nProduk Berasaskan Kraftangan/Kraftani\nProduk Berasaskan Makanan\n\nSyarat-Syarat Kelayakan Permohonan Geran Insentif Agropelancongan LPNM\nPengusaha yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nWarganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas\nPengusaha yang sedang menjalankan elemen-elemen agropelancongan seperti :\n\n\nProjek penanaman nanas; atau\nPemprosesan makanan dan bukan makanan berasaskan nanas; atau\nKraftangan/kraftani berasaskan nanas; atau\nMenyediakan penginapan seperti Inapan Desa (Homestay) berkonsepkan agronanas\n\n\nEntiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau enterprise yang diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).\nKoperasi yang berdaftar dengan suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)\nPertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia\nPengusaha-pengusaha dibawah kategori pengusaha kecil dan mikro iaitu yang memperoleh nilai jualan tahunan kurang atau tidak melebihi RM 3 juta.\nBersedia memeberikan kerjasama kepada pegawai pemeriksa semasa pemantauan dibuat\n\nSkop Pembiayaan\nSkop pembiayaan bagi Geran Insentif Agropelancongan LPNM adalah seperti berikut : \n\nJalan crusher run, mini tar dan pembaikan laluan masuk\nPembinaan dan baikpulih surau\nPembinaan dan naiktaraf dewan, galeri jualan, tandas awam dan pusat informasi pengunjung\nPengindahan landskap; dan\nPembinaan dan baikpulih papan tanda\nPembinaan dan naiktaraf longkang/sistem perparitan dan perpaipan dalam kawasan.\n\nNota : Skop secara berasingan atau kombinasi adalah tertakluk kepada ketetapan terma dan syarat.\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM 200,000 maksimum bagi setiap pemohon.\nCara Memohon\n\nMuat turun borang di bawah.\n\nTawaran-Insentif-Projek-Agropelancongan-LPNM-2023Download\n\nBorang perlulah diisi dengan maklumat yang tepat dan betul serta diserahkan ke pejabat LPNM Wilayah atau Negeri yang berdekatan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Geran Insentif Agropelancongan LPNM, sila ajukan e-mel ke [email\u00a0protected] atau hubungi 07-236 1211 / 17-236 1012. \nAnda juga boleh ikuti laman Facebook Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk ketahui perkembangan terkini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/myairline/", "title": "MyAirline: Tempah Tiket Penerbangan Online & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat penerbangan berkos rendah MyAirline, bakal memulakan operasi pada 1 Disember 2022. \nMyAirline bermatlamat untuk menawarkan penerbangan dengan harga mampu milik kepada semua di samping memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.\nSyarikat ini turut mengamalkan pendigitalan berinovasi serta amalan teknologi hijau bagi setiap proses harian, produk serta perkhidmatan.\n\nPenumpang juga pasti bakal terkesima dengan penampilan krew dan anak kapal yang mengenakan jaket dan seluar serta sneakers putih ketika terbang bersama mereka. Sememangnya lain daripada yang lain!\nMeskipun syarikat penerbangan ini baharu, namun warga kerjanya memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang penerbangan di bawah kepimpinan pengarahnya iaitu Rayner Teo Kheng Hock.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempahan Tiket & Promosi Terkini MyAirline\n\n \nCara Tempah Tiket, Tambah Add-On Meals, Bagasi, Pemilihan Tempat Duduk\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTempahan Tiket & Promosi Terkini MyAirline\nBagi meraikan pengoperasiannya, syarikat MyAirline kini menawarkan jualan penerbangan kos rendah bagi 3 lokasi.\n\nJangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket penerbangan dengan harga promosi bagi destinasi berikut :\n\nKLIA2 \u2013 Langkawi (serendah RM 48 sehala)\nKLIA2 \u2013 Kuching (serendah RM 68 sehala)\nKLIA2 \u2013 Kota Kinabalu (serendah RM 88)\n\nButiran jualan adalah seperti berikut :\n\nTempoh jualan : 26 November hingga 30 November 2022\nTarikh penerbangan : 1 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023\n\nCara Tempah Tiket, Tambah Add-On Meals, Bagasi, Pemilihan Tempat Duduk\nUntuk membuat tempahan tiket penerbangan, sila ke pautan https://www.myairline.my/.\nTempahan tiket boleh dibuat secara online selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu penerbangan.\nBerikut adalah had bagasi yang dibenarkan bagi setiap penerbangan dan caj tambahan yang dikenakan bagi bagasi mengikut berat.\n\nSelepas membuat tempahan tiket penerbangan, anda juga boleh buat penambahan seperti berikut :\n\n\u00a0Add-on makanan (harga bermula RM 12)\nBagasi tambahan (harga bermula RM 30)\nPemilihan tempat duduk (harga bermula RM 10)\n\n\nCaranya ialah dengan ke pautan https://www.myairline.my dan pergi ke Manage Bookings.\nDaftar masuk menggunakan nombor tempahan (Booking Reference Number) dan nama pertama (surname) untuk mula buat penambahan dengan harga serendah RM 10 sahaja.\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nMyAirline juga dijangka bakal mengumumkan lebih banyak destinasi penerbangan tak lama lagi seperti Sibu, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Tawau.\nUntuk ketahui perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai MyAirline, sila layari pautan https://www.myairline.my/ dan ikuti laman media sosial MyAirline di pautan berikut :\nInstagram : https://www.instagram.com/flymyairline/\nFacebook : https://www.facebook.com/FlyMYAirline/\nTikTok : https://www.tiktok.com/@flymyairline\nTwitter : https://twitter.com/flymyairline\nFAQ (Soalan Lazim) : https://www.myairline.my/faq/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/grep-mara-2022/", "title": "GrEP 2022: Program Graduan Cemerlang MARA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) MARA 2022\nMARA menawarkan Graduate Excellence Programme (GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan program ini serta syarat-syaratnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan GrEP MARA 2022\n\n \nSyarat Umum Permohonan\n\n \nTempoh Pinjaman GrEP MARA\n\n \nPanduan Permohonan GrEP MARA 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan GrEP MARA 2022\nPermohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 5 September 2022 (Isnin) hingga 22 September 2022 (Khamis).\n\nSyarat Umum Permohonan\nPemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:SARJANADalam Negara : <40 tahunLuar Negara : <35 tahunDoktor FalsafahDalam Negara : <45 tahunLuar Negara : <40 tahunPemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.\nRujuk Syarat Kelayakan Akademik dan pautan Soalan Lazim di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan boleh dibuat melalui:\nhttps://myeduloan.mara.gov.my/v3/\nInfografik:\nhttp://online.anyflip.com/shdgj/ycck/mobile/\nManual Sistem:\nhttp://online.anyflip.com/shdgj/ftij/mobile/index.html\nBaca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan\nTempoh Pinjaman GrEP MARA\nTempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:\nSarjana : 2 tahunDoktor Falsafah : 4 tahun\nPanduan Permohonan GrEP MARA 2022\nPermohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA mulai 5 September hingga 22 September 2022.\n>>>\u00a0Garis Panduan Permohonan>>> Syarat Kelayakan Program\u00a0[versi pdf],[versi infografik]>>>\u00a0Soalan Lazim>>>\u00a0Permohonan Online>>>\u00a0Manual Sistem\nPermohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.\nBaca juga: DanaNITA MARA : Skim Pembiayaan Khas Usahawan Wanita \nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:\nBahagian Penganjuran PelajaranTingkat 10, Ibu Pejabat MARA21 Jalan MARA, 50609 Kuala LumpurTelefon : 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)\nE-mel:\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan dalam negara)[email\u00a0protected] (bagi permohonan luar negara)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/selamat-hari-raya-aidiladha/", "title": "Selamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper) & Contoh Ucapan Whatsapp, Telegram & Media Sosial\nSecara rasminya, tarikh Hari Raya Aidiladha 1444H / 2023M telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah proses melihat anak bulan dilakukan.\n1 Zulhijjah 1444H bersamaan 20 Jun 2023M (Selasa)\n10 Zulhijjah 1444H bersamaan 29 Jun 2023M (Khamis)\n\u201cOleh itu kerjakanlah sembahyang, kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).\u201d \u2013 Surah Al-Kauthar 108:2\nBagi yang mencari background / wallpaper yang bertemakan Hari Raya Haji / Hari Raya Korban, anda bolehlah mendapatkannya melalui imej di bawah.\nImej ini dikumpulkan melalui media-media sosial dan boleh dimuat turun atau digunakan untuk backdrop membuat ucapan Whatsapp, Telegram, buku program, brosur, surat jemputan dan lain-lain.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSelamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper)\n\n \nContoh Ucapan Hari Raya Korban\n\n\nSelamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Hazeem Azemi\nBaca juga :\n\nTakbir Raya Haji : Waktu, Panduan Lafaz Takbir Aidiladha\nSolat Sunat Aidiladha : Panduan, Lafaz Niat Berjemaah & Sendirian\n\nContoh Ucapan Hari Raya Korban\nUCAPAN 1\nIndah Langit Kerana Awan,Indah Laut Kerana Kebiruan,Indah Aidilfitri kerana Kemaaafan,Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan.\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0644\u064e\u0627\u0627\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nRasulullah SAW telah bersabda,\n\u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u062d\u0652\u0631\u0650\n\n\n\n\n\n\nMaksudnya : \u201dSesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.\u201d\nRiwayat Imam Ahmad\nSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh Keluarga serta sahabat semua. Semoga ibadah korban kita kali ini dapat dilakukan dengan sempurna dan diberkati. Semoga segala ibadah yang dikerjakan diterima Allah S.W.T.\nUCAPAN 2\nSemoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.\n\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652\n\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0639\u064e\u0627\u0645\u064d \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064d\nSelamat Hari Raya Aidiladha\nUCAPAN 3\nSaat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, Melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail, Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan.\nSalam Aidiladha\nUCAPAN 4\nSemoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.\nUCAPAN 5\n\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e\u0627\u062a\u064f\u0647\u064f\nSELAMAT HARI RAYA AIDILADHA \nUcapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua saudara Islam di atas muka bumi Allah.\nSemoga kita semua dapat mengambil iktibar dan memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah S.W.T untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah S.W.T.\nMudah-mudahan ibadah korban kita kali ini dapat dilakukan dengan sempurna dan diterima Allah S.W.T.\nUCAPAN 6\nNabi Muhammad SAW bersabda dengan maksudnya :\n\u201cSesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah,\u201d (Hadis riwayat Imam Abu Daud).\nSemoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT.\nBulan Zulhijjah bulan mulia,Disambut dengan hati gembira,10 Zulhijjah kini menjelma,Ucapan dikirim maaf dipinta.\nUCAPAN 7\n\u0628\u0633\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0631\u062d\u0645\u0646 \u0627\u0644\u0631\u062d\u064a\u0645\n\u0627\u0644\u0633\u0644\u0627\u0645 \u0639\u0644\u064a\u0643\u0645 \u0648\u0631\u062d\u0645\u0629 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0628\u0631\u0643\u0627\u062a\u0647\nNabi SAW bersabda:\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya Allah SWT telah mengantikan dua hari tersebut dengan yang lebih baik iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.\u201d\n(Riwayat Abu Daud)\nKami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam.\nSemoga kita semua dapat menghayati ibrah dan pengajaran atas peristiwa yang berlaku pada bulan Zulhijjah yang mulia ini.\n\u0643\u0644 \u0639\u0627\u0645 \u0648\u0623\u0646\u062a\u0645 \u0637\u064a\u0628\u064a\u0646\n\u062a\u0642\u0628\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0645\u0646\u0643\u0645 \u0635\u0627\u0644\u062d \u0627\u0644\u0623\u0639\u0645\u0627\u0644\nUCAPAN 8\nFirman Allah SWT:\n\ufd3f\u0644\u064e\u0646 \u064a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0644\u064e \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0644\u064f\u062d\u064f\u0648\u0645\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062f\u0650\u0645\u064e\u0622\u0624\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0670\u0643\u0650\u0646 \u064a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0644\u064f\u0647\u064f \u0671\u0644\u062a\u064e\u0651\u0642\u06e1\u0648\u064e\u0649\u0670 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u06e1\u06da \u0643\u064e\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u064e\u0628\u0650\u0651\u0631\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u06e1\u06d7 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0634\u0650\u0651\u0631\u0650 \u0671\u0644\u06e1\u0645\u064f\u062d\u06e1\u0633\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\u0663\u0667\ufd3e\n\u201cDaging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kalian. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kalian supaya kalian membesarkan Allah kerana mendapat ni\u2018mat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.\u201d (Surah al-Hajj: 37)\nSalam Aidiladha buat semua.\nUCAPAN 9\nSaat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN.\nBulan Zulhijjah bulan mulia,Disambut dengan penuh makna,Aidiladha kini menjelma,Semoga amalan kita semua diterima.\nSalam AidilAdha\nUCAPAN 10\nCantik sungguh bunga melati,Disusun molek berhati-hati,Bahagia sukar kita nikmati,Tanpa berkorban sepenuh hati,\nMerdunya zikir sebagai selingan,Penyejuk jiwa dikala keseorangan,Aidilfitri merayakan kemenangan,Aidiladha pelengkap pengorbanan.\nSumber : Facebook\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spim-tekun/", "title": "Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) TEKUN 2022 Kini Dibuka!\nBerita baik untuk peniaga / PKS mikro!\nSkim Pembiayaan Informal & Mikro TEKUN ini menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus (0%) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.\nKetahui lebih lanjut tentang SPIM Tekun melalui penerangan di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Pembiayaan Informal TEKUN 2022? (SPIM)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nNilai Pembiayaan\n\n \nJenis Perniagaan Yang Boleh Memohon\n\n \nCara Permohonan SPIM TEKUN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Pembiayaan Informal TEKUN 2022? (SPIM)\nSkim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.\n\n\n\n\n\n\nObjektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat asas pembiayaan adalah sama seperti syarat pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:\nBumiputera / India dan warganegara Malaysia.Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapanAktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.\nBaca juga: \nTarikh Bayaran Pencen PERKESO / Faedah Tahun 2022JaminKerja PERKESO: Permohonan Insentif & Kelayakan\nNilai Pembiayaan\nNilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.\nRM1,000 \u2013 RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).RM1,000 \u2013 RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).\nKadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.\nJenis Perniagaan Yang Boleh Memohon\nUsahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services)\nCara Permohonan SPIM TEKUN\nCalon yang berminat boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:\nPejabat cawangan berhampiran dengan premis.\nSenarai pejabat cawangan TEKUN: https://www.tekun.gov.my/ms/connections/\nSecara dalam talian https://tekunfin.tekun.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut :\u00a0https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/\nApakah Skim Pembiayaan Informal & Mikro TEKUN? Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro. Apakah objektif pembiayaan ini? Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal. Berapa lamakah tempoh kelulusan? Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja.\u00a0(Tertakluk pada terma dan syarat) Adakah pembiayaan ini dilindungi insurans? Pembiayaan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) juga dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan. Adakah peminjam TEKUN sedia ada layak memohon? Ya, anda layak memohon skim ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan Bagaimana cara memohon? Boleh berhubung\u00a0dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian \u2013\u00a0https://tekunfin.tekun.gov.my/ \nSOALAN LAZIM: https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-mikro-spim/\nTALIAN HOTLINE: 03-9059 8888\n"]} {"url": "https://ecentral.my/portal-aduan-buli-kpm/", "title": "Portal Aduan Buli KPM (https://www.moe.gov.my/aduanbuli)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPortal Aduan Buli KPM telah dilancarkan hari ini, 18 Ogos 2022, bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.\nPortal tersebut dilancarkan dalam sebuah Program Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat usaha kerjasama antara KPM dengan KDN dalam menangani permasalahan disiplin dan salah laku, khususnya dalam kalangan murid di institusi pendidikan bawah KPM. \nBagi tujuan ini, KPM akan terus memantapkan lagi kolaborasi dengan KDN menerusi PDRM dan AADK untuk mencegah salah laku disiplin murid serta keterlibatan dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.\n\nDalam menjayakan usaha ini, penglibatan seluruh lapisan masyarakat termasuk murid, guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa juga diharap dapat bersama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab menangani sebarang permasalahan disiplin dan salah laku yang boleh memberi kesan kepada masa depan anak-anak generasi pewaris negara.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal aduan ini dan bagaimana cara untuk menggunakan portal tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Portal Aduan Buli KPM?\n\n \nCara Mengakses & Membuat Aduan\n\n \nApakah Jenis Aduan Buli Yang Boleh Dilaporkan?\n\n \nHukuman Kepada Pembuli\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Portal Aduan Buli KPM?\nPortal Aduan Buli bagi membolehkan penyaluran maklumat berkaitan perbuatan buli yang berlaku di institusi pendidikan KPM. \nSebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui sistem aduan buli, e-mel dan juga talian telefon yang beroperasi 24 jam sehari. \nPortal ini juga menyediakan maklumat mengenai tatacara pengendalian isu buli di sekolah yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada kita semua.\nCara Mengakses & Membuat Aduan \nPortal ini boleh diakses melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli dan kejadian juga boleh dilaporkan dengan menghubungi talian 03-8884 9325 / 014-800 9325 atau menerusi e-mel [email\u00a0protected]. \nSemoga inisiatif ini dapat membantu usaha menangani kejadian buli dan seterusnya mencegah perlakuan yang menyalahi undang-undang di semua institusi pendidikan KPM.\n\nApakah Jenis Aduan Buli Yang Boleh Dilaporkan?\nBuli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah untuk menangani masalah kes buli dalam kalangan murid. \n\n\nPenerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murid yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah khususnya murid. KPM akan menyediakan portal aduan buli sebagai usaha menambah baik pendekatan memerangi kes buli di sekolah.\nHukuman Kepada Pembuli\n\nMenurut laman web tersebut, antara hukuman disiplin yang boleh dikenakan kepada pembuli termasuklah:\nDirotan tidak lebih daripada 3 kali ;Digantung dari sekolah semasa 14 hari ; atauDibuang dari sekolah\n\u201cKementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana sekolah yang cuba menyorok kejadian buli yang berlaku dalam kalangan murid atau pelajar.\u201d\u2013\u00a0MENTERI KANAN PENDIDIKAN\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nSistem Aduan SISPAA\u00a0E-mel: [email\u00a0protected]Telefon :\u00a00388849325 (Waktu bekerja)Whatsapp / Telefon 24 Jam :\u00a00148009325\nBaca juga: \nSekolahku SEJAHTERA KPM: Lagu, Lirik, Konsep & 14 Elemen Nilai MurniCara Gantung Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) Dengan Betul\n"]} {"url": "https://ecentral.my/plan-program-literasi-dan-numerasi-sekolah-rendah/", "title": "PLaN: Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak tahun 2019, KPM telah memansuhkan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap l termasuk Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS2.0).\nSejak Mac 2020, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah mula dilaksanakan.\nTahukah anda apakah itu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah?\nDi sini kami kongsikan maklumat selanjutnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu PLan (Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Itu PLan (Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)?\nPLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah.\nIa merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021\nOBJEKTIF PLaN\nObjektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.\n\nUntuk makluman, hala tuju baharu program ini adalah berbeza daripada Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (2013-2018) dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan.\nFOKUS AKTIVITI PLaN\nFokus Aktiviti PLaN adalah seperti berikut:\nPembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarikKomuniti pembelajaran guru yang aktifPenyediaan bahan pentaksiran yang memenuhi keperluan muridPemantapan pengurusan pentadbir sekolahPenetapan sasaran pencapaian muridKempen Kesedaran Ibu Bapa / Penjaga / Komuniti\n\nPihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.\u00a0\nDengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke arah membina asas pencapaian baik sekolah. \nPegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurangkurangnya TP3 tercapai.\nPERANAN IBU BAPA / PENJAGA & KOMUNITI\nBagi menjayakan matlamat PLaN, ibu bapa, penjaga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing.\nBerikut adalah antara peranan tersebut:\n\n\nIMPAK POSITIF PLaN\nImpak positif melalui Program ini adalah seperti berikut:\nPeningkatan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan mengiraMurid lebih seronok untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu yang lainMembina keyakinan diri murid untuk belajar dan berkomunikasi dengan berkesan\n\nBaca juga: Semakan UKKM 2021: Tarikh Ujian, Status Permohonan & Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan 4\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang pelaksanaan Program PLaN, sila rujuk sumber berikut:\nhttps://padlet.com/bpk025/pelaksanaanplan\nGaris Panduan Pelaksanaan (PLaN)\u00a0\nMuat turun Modul PLaN:\nPLaN Literasi: http://bit.ly/molib-literasi2PLaN Numerasi: http://bit.ly/molib-numerasi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/belanjawan-selangor-2022/", "title": "Senarai Bantuan Rakyat Selangor Dalam Belanjawan Selangor 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan Selangor 2022: Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.\nBantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 Selangor pada 26 November dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.\n\nDato\u2019 Menteri Besar Dato\u2019 Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai Februari 2022 bagi membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \nProduk Roti Gardenia Naik Harga Dari 10-45 Sen Mulai 1 Disember IniPermohonan Rumah Idaman Selangor Untuk B40 & M40\nSelain itu, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menawarkan biasiswa diperkenal bagi membantu wanita negeri ini menyambung pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana pelbagai bidang.\nInisiatif bawah Wanita Berdaya Selangor dengan biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.\nSelangor menyediakan pelan pembangunan untuk tempoh lima tahun mulai 2022 bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi pascapandemik dan memacu agenda negeri, kata Dato\u2019 Menteri Besar.\nInfo lanjut tentang cara permohonan dan semakan kelayakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\nBerikut adalah antara \u2018highlight\u2019 bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2022 hari ini:\nBantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)RM300 sebulan / RM3,600 setahunSkim Mesra Usia Emas (SMUE)RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiranRM500 khairat kematianIltizam Anak SelangorRM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri SelangorBantuan Anak Yatim COVID-19RM500 setiap anakInisiatif Wanita Berdaya Selangor Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.Pemberian bot, enjin dan alat pengesan lokasi (GPS) ikan antara bantuan terbaharu Kerajaan Negeri bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.Kerajaan Negeri memperkenal Program Permit Khas yang membenarkan tanah pertanian diguna untuk kegiatan lain, kata Dato\u2019 Menteri Besar.Kerajaan Negeri membangunkan aplikasi rasmi pelancongan Go Selangor yang dijangka tersedia kepada orang ramai awal Februari tahun depan.Bantuan Khas Kewangan Kedua \u2013 Penjawat AwamSatu bulan gaji dengan minimum RM1,000Akan dibayar pada 29 Disember 2021\nRujuk senarai ringkasan penerima manfaat Belanjawan Selangor 2022 di dalam jadual infografik di bawah:\n\nSumber: SelangorKini\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kasih-asnaf-baitulmal-maiwp-back-to-school/", "title": "Cara Tebus Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2022 Dengan Boost", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKASIH ASNAF BACK TO SCHOOL 2022 \u2013 BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP\nMakluman bagi para penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda kini boleh membuat semakan dan menebus kelengkapan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost sempena MAIWP Kasih Asnaf Back To School.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang MAIWP Kasih Asnaf Back To School.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School?\n\n \nLangkah Menebus Kelengkapan Sekolah Kasih Asnaf Back To School 2022\n\n \nVideo Panduan Pendaftaran\n\n \nMaklumat Lanjut & Bantuan\n\n\nApakah Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School?\nMAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.\n\n\n\n\n\n\nBerbeza dengan tahun 2022, proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi bantuan ini dibuat menerusi aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.\nJangan ketinggalan untuk membuat semakan bagi melayakkan anda membuat penebusan kelengkapan peralatan persekolahan anak anda dengan aplikasi Boost.\n\nLangkah Menebus Kelengkapan Sekolah Kasih Asnaf Back To School 2022\nSila ikuti langkah berikut untuk menebus kelengkapan sekolah anak bagi program ini dengan aplikasi Boost.\n\nSila layari laman web dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau terus ke pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/Klik pada Semakan Status Bantuan.Masukkan nombor kad pengenalan muridSila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Wallet adalah betul dan terkiniStatus e-Wallet Boost anda akan dipaparkan.Jika nombor telefon tidak berdaftar, sila daftarkan nombor telefon terlebih dahulu untuk menebus bantuan ini.\n\n\n\n\nPastikan Nombor Telefon yang didaftarkan di BOOST adalah sama dalam semakan bantuan. \nRujuk gambar di bawah untuk membuat pengesahan identiti.\n\nhttps://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022-muat-turun-aplikasi-boost/\n\nVideo Panduan Pendaftaran\nRujuk Manual Pendaftaran Boost dalam video di bawah:\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=ficKy74nXaI\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=RnvU_mXsCC8\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=lvunW50zjRM\n\n*Hanya bagi penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP\nBaca juga: \nCara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun BankCara Semak Nombor Telefon Scammer Online (CCID PDRM)\nMaklumat Lanjut & Bantuan\nSekiranya anda tidak berjaya untuk mengesahkan akaun dalam masa 24 jam, sila cuba sekali lagi.\nJika anda memerlukan bantuan, sila e-mel ke [email\u00a0protected]\nUntuk info lanjut, sila rujuk laman web MAIWP di pautan berikut:\nhttps://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bahasa-inggeris-ke-bahasa-melayu/", "title": "Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (Cara Translate BI to BM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBahasa Inggeris ke Bahasa Melayu (Cara Translate BI to BM)\nDengan kemajuan teknologi, untuk mengalih bahasa (atau translate) dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bukanlah perkara yang sukar.\nSegalanya boleh dilakukan secara online, tidak seperti dahulu di mana anda perlu menyemak kamus yang tebal untuk mencari perkataan yang ingin diterjemahkan itu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Guna Google Translate (Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu)\n\n \nCara Guna Kamus\n\n \nTips Belajar Bahasa Inggeris\n\n \n1. Banyakkan bertutur dalam bahasa Inggeris\n\n \n2. Baca buku\n\n \n3. Menonton rancangan berbahasa Inggeris\n\n\nCara Guna Google Translate (Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu)\n\nUntuk translate dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, anda boleh menggunakan fungsi Google Translate.\n\n\n\n\n\n\nTaip sahaja \u201cGoogle Translate\u201d di carian pelayar web anda ATAU atau terus ke pautan https://translate.google.com.my/ Anda akan dibawa ke laman Google Translate seperti paparan di atas.Pilih \u201cEnglish\u201d daripada pilihan bahasa yang ingin diterjemahkanPilih \u201cMalay\u201d sekiranya anda ingin terjemahkan ke Bahasa MelayuDalam ruangan kota (rujuk gambar di atas), tulis atau paste sahaja ayat atau perkataan bahasa Inggeris yang ingin diterjemahkanTerjemahan dalam bahasa Melayu akan dipaparkan (rujuk nombor 5 di atas)\nCara Guna Kamus\n\nWalaupun telah wujud kemudahan seperti Google Translate, boleh dikatakan terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang diberikan tidaklah tepat, lebih-lebih lagi untuk kegunaan formal.\nUntuk terjemahan yang lebih tepat, anda masih perlu menggunakan buku kamus yang sebenar.\nTerdapat beberapa kamus yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai buku, antara yang dipercayai adalah daripada penerbit-penerbit berikut:\nKamus Dwibahasa \u2013 Oxford FajarKamus Inggeris Melayu \u2013 Dewan Bahasa dan Pustaka\nTips Belajar Bahasa Inggeris\n1. Banyakkan bertutur dalam bahasa Inggeris\nApabila anda serius mahu belajar da memantapkan lagi bahasa Inggeris anda, andda mesti kerap mempraktikkannya dengan banyakkan bertutur dalam bahasa Inggeris.\nJangan risau akan tatabahasa (grammar) kerana kebanyakan penutur bahasa Inggeris sebenarnya tidak kisah sekiranya tatabahasa yang anda gunakan salah.\nLebih bagus, cari kawan yang suka bercakap dalam bahasa Inggeris dan mulakan bertutur dengannya dalam bahasa Inggeris.\n2. Baca buku\nMembaca buku merupakan antara kaedah paling efektif untuk melatih penguasaan bahasa Inggeris anda.\nDaripada pembacaan, anda boleh belajar mengenai penggunaan kosa kata dan struktur ayat yang bagus.\nDengan kemudahan seperti Google Translate, anda boleh membaca dengan lebih pantas kerana boleh melakukan terjemahan di hujung jari sahaja.\n3. Menonton rancangan berbahasa Inggeris\nPercaya atau tidak, ramai kanak-kanak belajar bahasa Inggeris dengan menonton kartun atau animasi di kaca televisyen.\nBelajar secara visual adalah salah satu kaedah yang efektif kerana anda boleh belajar cara pertuturan yang betul dan belajar memahami ayat bahasa Inggeris melalui pendengaran. \nBaca juga: \nMySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi BaruCara Tunaikan Cek Di Mesin Deposit & Kaunter Bank\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gcr-gantian-cuti-rehat/", "title": "Gantian Cuti Rehat (GCR) : Kadar Maksimum & Award Wang Tunai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan penebusan awal award wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 90 hari dan pengumpulan GCR sehingga 180 telah diperincikan dalam pekeliling terkini 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) 2023 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam?\n\n \nKenaikan Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2023\n\n \nCara Kira GCR Penjawat Awam\n\n \nCara Permohonan dan Kelulusan GCR\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam?\nGCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.\nGCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.\n\nKenaikan Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2023\nKENAIKAN KADAR MAKSIMUM GCR & PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI\nKerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:\n\nKenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari\nPemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.\n\nPegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n(a) tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun\n\n\n\n\n\n\n(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat\n(c) jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari\n(d) bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib\n(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.\nPemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.\nRujukan punca kuasa:\n(i)Surat edaran JPA/PEN/228/26/6-13 Jld. 5 (29) bertarikh 12 Mei 2023\n(ii) Ceraian PP.1.3.1.: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti_Rehat (GCR)\n(iii) Ceraian PP.1.3.3.: Kebenaran Gantian Cuti_Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan\n(iv) Ceraian PP.1.3.4.: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti_Rehat\n(v) Soalan lazim\nPautan: https://www.jpa.gov.my/\u2026/3015-surat-edaran-kenaikan\u2026\nMaklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke:\n\nE-mel :[email\u00a0protected]\nTelefon : 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729\n\n\n\nSurat Edaran Penambahbaikan Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Dan Penambahbaikan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR\nMuat Turun :\n1.\u00a0Surat Edaran :JPA/PEN/228/26/6-13 Jld.5(29)\n2.\u00a0MyPPSM Ceraian PP.1 \u2013 Persaraan Faedah Persaraan\n\nCeraian PP.1.3.1 : Pemberian Award Wang Tunai GCR\nCeraian PP.1.3.3 : Kebenaran GCR Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan\nCeraian PP.1.3.4 : Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR\n\n3.\u00a0Soalan Lazim\nCara Kira GCR Penjawat Awam\n\nPengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.\nPengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut: 1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR .\nJabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut.\u00a0\nhttp://www.jpapencen.gov.my/gcr/BukuPanduanGCRVersi1.2021.pdf\n\n\nBukuPanduanGCRVersi1.2021Download\nDikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kira Betul-Betul!\n\nCara Permohonan dan Kelulusan GCR\nUntuk memohon Gantian Cuti Rehat, \n\nPegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.\nKetua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.\n\n\nDokumen yang diperlukan:\n\n1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.\n1 salinan kenyataan cuti\n2 salinan penyata kiraan cuti\n1 salinan kad pengenalan\n1 salinan surat permohonan pesara/waris.\n\nDokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.\nSemua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. \nSurat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.\nBaca juga: \n\nPinjaman LPPSA : Cara Permohonan Online, Semakan Status & Baki\nAKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) ini, sila rujuk ke Portal JPA di pautan berikut:\nhttps://www.jpa.gov.my/\nMaklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pantun-kanak-kanak/", "title": "30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSedar atau tidak, sejak di bangku sekolah rendah lagi kita sebenarnya sudah didedahkan dengan koleksi pantun termasuklah pantun kanak-kanak.\nPantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat, pedoman, teguran, kata-kata semangat dan sebagainya.\nMenurut Za\u2019ba, perrkataan \u2018pantun\u2019 dipercayai datang hasil terbitan \u2018sepantun\u2019 yakni bermaksud \u2018seperti\u2019, \u2018seumpama\u2019 atau \u2018macam\u2019.\nSelain daripada peribahasa, pantun mempunyai fungsi yang istimewa khususnya dalam memanifestasikan nilai, norma, sikap dan pemikiran serta akal budi orang Melayu. \n\nSejenis puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut\u00ad-sambutan;\nSumber: Dewan Bahasa dan Pustaka\nPantun Melayu menyentuh pelbagai aspek kehidupan individu; daripada kanak-kanak hingga warga tua, lelaki dan perempuan; daripada ekonomi, agama dan kepercayaan kepada budipekerti dan hubungan sosial hinggalah kepada cinta dan kasih sayang.\nPantun ialah karya seni bahasa Melayu tulen.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCiri-ciri Pantun\n\n \nJenis-jenis Pantun\n\n \nContoh Pantun Nasihat Kanak-kanak\n\n \nContoh Pantun Kanak-kanak Dua Kerat\n\n\nCiri-ciri Pantun\nPantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman-berzaman lagi.\nPantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian. \nTiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud.\nSetiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. \n\n\n\n\n\n\nPantun kanak-kanak juga mempunyai ciri-ciri pantun yang dinyatakan di atas.l\nJenis-jenis Pantun\nPantun dapat dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung pada jumlah kerat dan kandungannya.\nBerikut merupakan antara jenis-jenis pantun:\n\nJumlah Kerat \u2013 Pantun 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16,, 18, 20\nMengikut kandungan\n\nPantun Teka-teki\nPantun Jenaka\nPantun Kasih Sayang\nPantun Nasihat\nPantun Budi\nPantun Nasib\nPantun Adat\nPantun Agama\nPantun Kanak-kanak\n\n\n\nArtikel menarik: Contoh Ucapan, Puisi & Pantun Guru\nContoh Pantun Nasihat Kanak-kanak\nTarikan kanak-kanak kepada pantun yang dikarang khas untuk mereka ialah kata-kata dengan makna yang sesuai untuk mereka, selain rima dan irama yang sedap, maka mudah diterima dan diingat lebih-lebih lagi setelah berulang-ulang kali didendangkan ibu, pengasuh dan adik-beradik.\nBerikut merupakan antara pantun kanak-kanak popular yang sesuai diajarkan buat anak-anak dan pelajar sebagai nasihat dan pedoman buat mereka.\nBerakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ketepian,Bersakit-sakitlah dahulu,Bersenang kemudian.\nPergi ke sawah membawa peti,Peti berisi setangkai padi,Jadilah anak yang rendah hati,Pasti mengerti balas budi.\nBalik dari\u00a0kota,Beli tudung saji,Baik tutur kata,Semua orang puji.\nBaju dicuci harus dibilas,Saat dijemur, diinjak unggas,Jadi murid tak boleh malas,Harus kerjakan semua tugas.\nBuah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,Saya budak baharu belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.\nBeli kukur kelapa,Letak atas para,Baik tegur sapa,Kawan lekas mesra.\nMain layangan di tengah taman,Duduk sendiri di atas tikar,Saling sayang bersama teman,Saat bermain jangan bertengkar.\nBuah manggis di rumpan keladi,Mari dibelah berpangsa-pangsa,Yang manis bernama budi,Yang indah bernama bahasa.\nBuai tinggi-tinggi,Sampai cucur atap,Belum tumbuh gigi,Sudah pandai baca kitab.\nJikalau tuan mengangkat peti ,Tolong masukkan segala barang,Jikalau anak-anak bersatu hati ,Kerja yang susah menjadi senang .\nHari malam gelap-gelita,Pasang lilin jalan ke taman,Sopan santun budaya kita,Jadi kebanggaan zaman berzaman.\nAdik ke kedai membeli halia,Emak memesan membeli laksa,Jadilah insan berhati mulia,Baik hati berbudi bahasa.\nBudak-budak berkejar-kejar,Suka-suka bermain di sana,Kalau kita rajin belajar,Tentu kita akan berjaya.\nLompat si katak lompat,Lompat dalam perigi,Cepat adik cepat,Pergi mandi cuci gigi.\nKain panjang kain batik,Lama terpakai jadi lusu,Ingin jadi kakak yang baik,Adik manis mesti diasuh.\nDepan rumah pohon mangga,Sebelahnya ada pohon suji,Jika ingin masuk syurga,Jangan lupa untuk mengaji.\nAda awan tutupi fajar,Bulan bintang terletak sejajar,Ayo kawan kita belajar,Agar cita-cita mudah dikejar.\nPeta di buku tiada arahnya,Jalan ke seberang buat latihan,Anak yang patuh orang tuanya,Akan disayang oleh Tuhan.\nPergi ke pantai berkacamata,Duduk sendiri di tengah taman,Selalu jaga perkataan kita,Jangan sakiti perasaan teman.\nNasi dimakan terasa mentah,Ubi dikukus bersama tebu,Jadi anak jangan membantah,Rajin membantu ayah dan ibu.\n\nSumber infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia\nContoh Pantun Kanak-kanak Dua Kerat \nPagi-pagi minum kopi,Apa khabar selamat pagi.\nTerima kasih daun keladi,Kalau boleh hendak lagi.\nIkan siakap ikan senohong,Banyak cakap banyak bohong.\nEmas perak tembaga suasa,Malas gerak tidak merasa.\nPagi petang siang malam,Hati terang senang faham.\nKumbang jarak kumbang jagung,Berani buat berani tanggung.\nTunggu durian Teluk Emas,Siapa kemudian kena kemas.\nBuah cempedak dalam gantang,Siapa hendak dia datang.\nPeriuk belaga pasu kuali,Busuk nama menipu mencuri.\nSaya kata itik awak kata ayam,Sudah kena jentik baru nak diam.\nPecah kaca pecah gelas,Sudah baca harap balas.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/wang-pendahuluan-ptptn-wpp/", "title": "Wang Pendahuluan PTPTN: Cara Semakan WPP 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNak semak wang pendahuluan PTPTN sebanyak RM1,500?\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut kaedah permohonan serta syarat WPP 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nSemakan Wang Pendahuluan PTPTN\n\n \nCara Menunaikan WPP PTPTN\n\n \nSyarat-syarat & Cara Permohonan\n\n \nTempoh Sahlaku\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan\n[SIARAN MEDIA] 42,946 PELAJAR KE IPTA BAKAL TERIMA WANG PENDAHULUAN PINJAMAN\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa berusaha untuk membantu serta menjaga kebajikan pelajar yang akan memasuki Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan menyediakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). \nWPP berjumlah RM1,500 diberikan kepada setiap pelajar yang layak untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki IPTA.\n\n\n\n\n\n\nPTPTN telah menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta kepada seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPTA bagi kemasukan sesi Julai 2023. \nBantuan wang pendahuluan ini bertujuan meringankan beban ibu bapa membiayai kos kemasukan anak-anak ke universiti awam.\n\nSemakan Wang Pendahuluan PTPTN\nPermohonan WPP boleh dibuat ketika proses mengisi UPUOnline.\nSekiranya layak, WPP boleh ditunaikan di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa beberapa dokumen seperti berikut:\n\nSurat tawaran WPP yang boleh dicetak secara online di portal rasmi PTPTN\nMyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan)\n\nSemakan tawaran WPP boleh dibuat di portal rasmi https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/\nWPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh diluluskan.\nCara Menunaikan WPP PTPTN\nWPP boleh ditunaikan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh negara mulai 18 Julai 2023 dengan membawa surat tawaran WPP serta MyKad pelajar.\n*Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN\nSyarat-syarat & Cara Permohonan\nWang Pendahuluan PTPTN ini diberikan kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang :\n\nTelah memberi persetujuan menerima WPP semasa memohon melalui UPUOnline atau kemasukan IPTA\nIbu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\nMemenuhi kriteria yang ditetapkan\n\nPara pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya.\nPelajar yang ingin memohon PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).\nTempoh Sahlaku\nTempoh sahlaku WPP adalah selama 2 bulan bermula 18 Julai 2023 hingga 18 September 2023.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dalam lampiran yang disertakan di bawah:\n\n\nNamun perlu diingatkan wang pendahuluan PTPTN ini bukanlah percuma.\nSetiap semester pemotongan sebanyak RM500 akan dibuat secara automatik selama tiga (3) semester berturut-turut.\nNasihat kami agar anda cuma memohon wang pendahuluan ini sekiranya betul-betul terdesak sahaja.\nIni kerana pemotongan RM500 setiap semester bukanlah satu amaun yang kecil.\nBanyak benda yang boleh dibuat dengan amaun tersebut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-pengambilan-pdrm/", "title": "e-Pengambilan PDRM: Permohonan Polis 2023 & Semakan Status", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-PENGAMBILAN PDRM : CARA PERMOHONAN POLIS, SEMAKAN UJIAN SPIER & PANGGILAN TERKINI 2023\nUntuk makluman sahabat-sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara-mara / rakan-rakan / kenalan rapat, mungkin ramai yang berminat untuk menyertai pasukan Polis, tetapi tak tahu bagaimana cara membuat permohonan jawatan di PDRM.\nPermohonan jawatan biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.\nBagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.\nSila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.\nBaca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengambilan Jawatan Polis Terkini PDRM 2023\n\n \nPendaftaran e-Pengambilan PDRM\n\n \nSemakan Jawatan\n\n \nLog Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang\n\n \nCara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM\n\n \nCara Semakan Status Permohonan\n\n \nSemak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengambilan Jawatan Polis Terkini PDRM 2023\nPengumuman :Permohonan Pengambilan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.\n\n\n\n\n\n\nSemua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :\n26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023\n\nSetelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:\n1. Masukan \u2018ID Pengguna\u2019 dan \u2018Kata Laluan\u2019;2. Klik butang \u2018Log Masuk\u2019;3. Klik butang \u2018Permohonan Baru\u2019;4. Klik butang \u2018Pengesahan\u2019 untuk sahkan maklumat calon; dan5. Klik butang \u2018Serah\u2019.\nSebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.\nSumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia\nPendaftaran e-Pengambilan PDRM\nePengambilan PDRM ialah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.\nMelalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.\n\nProses pengambilan polis PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.\nPemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.\nRujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:\nBerikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web \u00a0https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.\n\nKlik pada butang untuk membuat pendaftaran.\nIsikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.\nTunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.\nSekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.\nSekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].\nSekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].\n\n\n\nSemakan Jawatan\nJika terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada Skim Jawatan berkenaan.\nRujuk cara membuat semakan di bawah:\n\nKlik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syaratkelayakan memohon.\nSekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak\nJawatan yang di buka untuk pendaftaran.\nDalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.\nKlik pada ikon tersebut untuk keterangan.\n\n\n\nLog Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang\n\nIsikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang LogMasuk.\nKlik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.\nDalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.\nDalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.\nDalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.\n\nBaca juga: \n\nSTR Fasa 3 : Semakan Status & Bayaran Mulai 26 Jun \u2013 MOF\ne-Tunai Belia Rahmah : Cara Penebusan Kredit Boost, TNG & Setel\n\nCara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM\n\nKlik pada menu Permohonan Polis > Permohonan Baru.\nSila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.\nDalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.\nKlik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.\nDalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.\nDalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.\nKlik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.\n\nBagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.\nCara Semakan Status Permohonan \nCalon dikehendaki untuk \u2018Log Masuk\u2019 dan klik di \u2018Semak Status Permohonan\u2019 dan klik \u2018Semak\u2019 untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.\nSemakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 ( Lelaki/ Wanita) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)\n\n\nCalon dikehendaki untuk \u2018Log Masuk\u2019 dan klik di \u2018Semak Status Permohonan\u2019 dan klik \u2018Semak\u2019 untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.\n\nPergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx\nMasukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.\nStatus Pengambilan akan dipaparkan.\nSila cetak surat panggilan tersebut.\n\nSemua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.\nSebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.\nSemak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM\nJika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.\n\nPergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx\nMasukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.\nStatus Pengambilan akan dipaparkan.\nSila cetak surat panggilan tersebut.\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.\nUntuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-minit-mesyuarat/", "title": "Contoh Minit Mesyuarat Persatuan / Syarikat / Kerajaan (Format WORD)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCONTOH MINIT MESYUARAT\nAdakah ini kali pertama anda ditugaskan untuk mencatat minit mesyuarat? \nJika ya, anda perlu faham bahawa ia adalah tugas yang amat penting.\nTerdapat beberapa perkara tentang minit mesyuarat yang perlu ditekankan dan diambil perhatian.\nDi sini dikongsikan apakah itu minit mesyuarat dan cara membuat catatan yang betul bagi memudahkan urusan syarikat / persatuan / perbincangan anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Minit Mesyuarat?\n\n \nKomponen Penting Dalam Minit Mesyuarat\n\n \nFormat (Boleh Copy / Edit)\n\n \nMuat Turun Template / Contoh Minit Mesyuarat\n\n\nApakah Minit Mesyuarat?\nMinit mesyuarat adalah satu rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu kumpulan.\nJika tiada catatan, segala perbincangan tidak akan ada tindakan susulan.\nBaca juga: eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online\nKomponen Penting Dalam Minit Mesyuarat\nSecara asasnya, komponen penting yang perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat adalah:\nAluan PengerusiPengesahan Minit Mesyuarat dan Pindaan (daripada mesyuarat lalu)Perkara-Perkara BerbangkitPembentangan Kertas Kerja atau\u00a0Mengemukakan LaporanHal-Hal LainPenangguhan\nContoh Minit Mesyuarat Persatuan / Kelab\nContoh minit mesyuarat yang ringkas\nBaca juga: Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Ringkas (Dalam Word & PDF)\n\n\n\n\n\n\nContoh Minit Meysuarat Kerajaan\nContoh minit mesyuarat kerajaan / Sumber: KKR\n\n\n\nContoh Minit Mesyuarat Syarikat\n\nFormat (Boleh Copy / Edit)\nTAJUK : (Catatkan nama mesyuarat dan bilangan mesyuarat)\nTARIKH :\nTEMPAT :\nMASA / HARI :HADIR :\n(Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuaratberkenaan, bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat.\nSusunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklahmengikut kekananan.)\nSetiausaha dicatat diakhir susunan.\nTURUT HADIR :\nSenaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakanahli, tetapi dijemput khas untuk menghadiri mesyuarat atautelah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan.Susunan nama hendaklah mengikut kekananan.\nTIDAK HADIR DENGAN MAAF : \nSusunan nama hendaklah mengikut kekananan.\nURUSETIA :\nSenaraikan nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetiamesyuarat.\nSusunan nama hendaklah mengikut kekananan.\nPENDAHULUAN/ALUAN PENGERUSI\nRuangan ini mengandungi catatan mengenai perkaraperkara penting yang telah dibangkitkan oleh Pengerusimesyuarat. \nPerkara-perkara penting ini tidak semestinyadibangkitkan semasa mesyuarat membincangkan perkaraperkara berbangkit atau semasa membincangkan kertaskertas kerja atau di akhir mesyuarat.\nPENGESAHAN MINIT MESYUARAT\nCatatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu samaada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertaklukkepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan,menyatakan pindaan-pindaan berkenaan\nPERKARA-PERKARA BERBANGKIT\nRuangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas. \nTajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan.\nUntuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.\nJika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukantindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlumengambil tindakan.\nSemasa agenda ini dibentangkan Setiausaha hendaklahmelaporkan status tindakan berdasarkan keputusan yangtelah dibuat di mesyuarat yang lepas.\nSetiap keputusan mesyuarat hendaklah di\u2019log\u2019 dandinyatakan status terkini (status semasa pra mesyuaratatau semasa fail diedarkan kepada ahli) serta dimaklumkantarikh selesai tindakan diambil.\nIa bertujuan memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawakeputusan-keputusan yang telah dibuat telah diambiltindakan dan berlaku pengesanan tindakan yang dipantauoleh urusetia bagi setiap keputusan yang telah dibuat olehjawatankuasa berkenaan.\nContoh Tindakan Telah Selesai (tindakan telah selesai diambil semasa status dilaporkan di dalam mesyuarat yang sedang berlangsung).Contoh Tindakan Belum Selesai (tindakan yang belum selesai diambil semasa status dilaporkan di dalam mesyuarat yang sedang berlansung)\nPERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA\nBagi mesyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan. \nPerkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:\nTajuk kertas kerja berkenaan; Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakanIsu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan;CadanganImplikasi KewanganTindakan oleh mesyuarat (mesyuarat diminta untuk mengambil maklum/melulus/mengesah/ memperakukan permohonan)Jabatan yang menyediakan kertas kerja berkenaan;Semasa perbincangan pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan hendaklah diminitkan.Keputusan mesyuarat hendaklah dicatatkan beserta dengan tindakan pihak bertanggungjawab.\nHAL-HAL LAIN\nRuangan ini merekodkan perkara-perkara lain yangdibincangkan di dalam mesyuarat, yang pada mulanyatidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.\nPENUTUP\nRuangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:\nBila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan;Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat;Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.\nTandatangan Pengerusi : \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\n(minit ditandatangan pada tarikh mesyuarat berikutnya iaitu selepas disahkan)\nTarikh :\nMuat Turun Template / Contoh Minit Mesyuarat \nMINIT MESYUARATDownload\nCONTOH MINIT MESYUARAT KERAJAANDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mae-maybank2u/", "title": "Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun Maybank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDi Facebook anda mungkin nampak ramai kawan-kawan ajak buka akaun MAE Maybank2u kan?\nMana taknya, setiap kawan yang buka akaun MAE, Maybank akan hadiahkan anda RM10 on the spot!\nSampai ada yang berjaya buat RM1,000 sehari dari program ini (tengok bukti di bawah):\n\n\n\n\n\n\n\nAnda pun boleh sekiranya dah ada akaun MAE.\nTapi jika belum anda, sila daftar sekarang menggunakan code MAA090528 (tak guna code ini tak dapatlah RM10).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar Akaun MAE Maybank2u\n\n \nApa Itu MAE?\n\n\nCara Daftar Akaun MAE Maybank2u\n\nDownload MAE Maybank untuk Android atau iPhoneSetelah selesai download, buka aplikasi tersebutPilih Existing M2u sekiranya anda dah ada akaun Maybank; atauPilih Apply for MAE untuk yang tiada akaun MaybankMasukkan referral code MAA090528 untuk tebus RM10 anda\n\n\n\nSelesai!\nKini anda dah pun ada akaun MAE.\nApa Itu MAE?\n\n\n\nMAE merupakan aplikasi e-dompet dari Maybank.\nSama seperti Touch N\u2019 Go eWallet, Boost dan sebagainya, aplikasi ini menyediakan banyak ciri menarik termasuk menjejaki perbelanjaan dan menabung secara berkumpulan.\nUntuk maklumat lanjut boleh rujuk portal rasmi Maybank.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kementerian-sumber-asli-alam-sekitar-perubahan-iklim-nrecc/", "title": "Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNama Rasmi dan Singkatan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMakluman Nama Rasmi dan Singkatan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)\n\n \nPROFIL Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)\n\n \nAGENSI DI BAWAH KASA\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nMakluman Nama Rasmi dan Singkatan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)\nUntuk makluman, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah digabungkan menjadi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. \nYB Menteri pada 13 Disember 2022 telah bersetuju agar \u201cNRECC\u201d digunakan sebagai akronim bagi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.\n\n\n\nPROFIL Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)\nMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim \u2013 YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad\nTimbalan Menteri \u2013 YB Dato\u2019 Sri Huang Tiong Sii\nVISIPeneraju pelestarian alam sekitar dan air yang mampan.\nMISIMemastikan pelestarian alam sekitar dan air yang mampan melalui penggubalan dasar, pematuhan perundangan, aktiviti mitigasi, adaptasi dan pendidikan, selaras dengan standard serta amalan antarabangsa.\n\n\n\n\n\n\nPELANGGAN\n\nKementerian/ Jabatan/ Agensi;\nKerajaan Negeri;\nBadan Bukan Kerajaan (NGO);\nPengguna secara pukal atau runcit perhidmatan bekalan air dan pembetungan (domestik/komersial/industri/ institut);\nPengguna berpotensi/ Pengguna akhir; dan\nSektor Swasta dan pemain industri.\n\nAGENSI DI BAWAH KASA\n1) ALAM SEKITAR\nPengurusan alam sekitar, aduan pencemaran, perundangan\ni \u2013 Jabatan Alam Sekitar\nRamalan cuaca, senarai gempa bumi, pencerapan, iklim kemarau, meteorologi pertanian, ramalan bermusim\nii \u2013 Jabatan\u00a0Meteorologi\u00a0Malaysiaiii \u2013 Jabatan Biokeselamatan\niv \u2013 Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC)\nv \u2013 Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)\n2) AIR DAN PEMBETUNGAN\nPengurusan lembangan sungai dan zon pantai, pengurusan sumber air dan hidrologi, pengurusan banjir, saliran mesra alam\ni \u2013 Jabatan Pengairan dan Saliran\nPenyelidikan dan Perundingan Hidraulik dan Persekitaran Air\nii \u2013 Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)\nPelaksanaan Projek dan Khidmat Nasihat Teknikal Pembetungan\niii \u2013 Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)\niv \u2013 Bahagian Bekalan Air (BBA)\nKawal selia perkhidmatan air dan pembetungan, aduan pencemaran bekalan air\nv \u2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)\nvi \u2013 Indah Water Konsortium (IWK)\nvii \u2013 Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)\nMaklumat Lanjut\nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim\nBlok F11, Kompleks FLebuh Perdana Timur, Presint 1Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62000 Putrajaya, Malaysia\n+603 8091 700\nLaman web rasmi : https://www.kasa.gov.my/\nFacebook rasmi : Kementerian_Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim\nBaca juga: Maksud Kerajaan Perpaduan \u2013 Jabatan Penerangan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rhb-online/", "title": "RHB Online Banking : Login, Pendaftaran & Pengaktifan Kali Pertama", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA PENDAFTARAN RHB ONLINE BANKING & LOGIN KALI PERTAMA\nJika anda merupakan pengguna RHB Bank atau anda berminat untuk menggunakan bank ini untuk tujuan perbankan atas talian, di sini kami kongsikan cara daftar RHB online dengan mudah dan cepat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah RHB Online Banking?\n\n \nCara Daftar RHB Online Banking\n\n \nCara Daftar RHB Mobile Banking Apps\n\n \nCara Kemaskini Nombor Telefon RHB Bank\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah RHB Online Banking?\nRHB Bank Berhad adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia Akta Syarikat 1965 dan memiliki lesen untuk melaksanakan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan memiliki pejabat berdaftar di Level 9, Tower One, RHB Centre Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.\nSeperti mana bank-bank lain, RHB juga menawarkan perbankan internet untuk pengguna mereka.\nJika anda telah mepunyai akaun RHB, kini anda boleh mendaftar dan mengaktifkan perkidmatan RHB online banking dengan langkah yang ditunjukkan di bawah.\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar RHB Online Banking\nSebelum anda daftar online banking, pastikan sediakan dulu beberapa butiran ini :\nKad debit / ATMButiran pengenalan diriTelefon bimbit (untuk terima nombor OTP)\n\nKami kongsikan langkah-langkah pendaftaran RHB online banking di bawah:\n\nCara Daftar RHB Online Banking\nLayari laman web https://logon.rhb.com.my/Tekan butang \u2018I want to register\u2019Pilih \u2018ATM / Debit Card\u2019Sila masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit andaIsikan Username dan Password.Baca \u2018Terma & Syarat\u2019 sebelum menekan butang \u2018I Agree\u2019 \n\nBaca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online\nCara Daftar RHB Mobile Banking Apps\nUntuk menggunakan aplikasi mudah alih RHB di telefon bimbit, sila muat turun di Google Play Store atau iOS seperti di bawah:\nAndroid: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rhbgroup.rhbmobilebankingiOS : https://apps.apple.com/my/app/rhb-mobile-banking/id1440953606\n\nBagi pendaftaran baru, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:\n\nKlik Next\nPastikan \u2018Secure word\u2019 sama masa kita daftar tadi, kemudian masukkan password.\n\nOk dah boleh login menggunakan RHB Mobile Apps!\n\nJika ada sebarang masalah, hubungi Customer Care Center RHB di talian 03-9206 8118 atau melalui\u00a0email.\nCara Kemaskini Nombor Telefon RHB Bank\nJika anda perlu kemaskini nombor telefon, ikut langkah di bawah ini:\nPergi ke mesin ATM dan masukkan nombor pin seperti biasaTekan \u2018Lain-lain\u2019Pilih \u2018Kemaskini No Tel\u2019Tekan RHBNow OTP\nFoto Kredit: Amirah Azmi\nAnda akan menerima mesej notifikasi begini.\n\nPENTING!\nJangan kongsikan mesej ini untuk tujuan keselamatan ya! \nMesej OTP ini penting sebagai pengesahan untuk anda semasa membuat semua unrusniaga secara online nanti.\nBaca juga: Kad Bank Hilang : Ini 6 Prosedur Kena Buat Supaya Duit Tak \u2018Lesap\u2019\nMaklumat Lanjut\nSila layari laman web rasmi RHB dihttps://www.rhbgroup.com/others/highlights/index.html untukmaklumat terkini dan sebarang perkembangan terbaharu.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/carta-epl-2022-2023/", "title": "Keputusan Perlawanan & Carta EPL 2022-2023 Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi peminat EPL, carta EPL mingguan pastinya menjadi tempat rujukan mereka setiap hujung minggu bagi mendapatkan perkembangan terkini pasukan kegemaran masing-masing.\nBerikut merupakan latarbelakang Liga Perdana Inggeris dan carta EPL terkini yang telah dikemaskini bagi EPL Musim 22/23.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Liga Perdana Inggeris (EPL)\n\n \nSenarai Pasukan & Stadium\n\n \nCarta EPL 22/23\n\n \nFakta Menarik Liga Perdana Inggeris\n\n\nSejarah Liga Perdana Inggeris (EPL)\nLiga Perdana Inggeris ialah liga sukan paling banyak ditonton di dunia, disiarkan di 212 wilayah kepada 643 juta rumah dan potensi penonton TV sebanyak 4.7 bilion orang.\nLiga Perdana Inggeris ialah peringkat tertinggi sistem liga bola sepak Inggeris lelaki. \n\n\n\n\n\n\nSetiap musim, 20 kelab akan berlawan sepanjang musim yang biasanya berlangsung dari Ogos hingga Mei dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan (bermain kesemua 19 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat lawan).\nKebanyakan permainan dimainkan pada petang Sabtu dan Ahad, dengan perlawanan petang hari minggu sekali-sekala.\nArtikel berkaitan: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini\n\nSenarai Pasukan & Stadium\nBerikut adalah senarai 20 pasukan yang bertanding dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2022/2023.\nTeamStadiumArsenalEmirates StadiumAston VillaVilla ParkBournemouthDean CourtBrentfordBrentford Community StadiumBrighton & Hove AlbionFalmer StadiumChelseaStamford BridgeCrystal PalaceSelhurst ParkEvertonGoodison ParkFulhamCraven CottageLeeds UnitedElland RoadLeicester CityKing Power StadiumLiverpoolAnfieldManchester CityEtihad StadiumManchester UnitedOld TraffordNewcastle UnitedSt James\u2019 ParkNottingham ForestCity GroundSouthamptonSt Mary\u2019s StadiumTottenham HotspurTottenham Hotspur StadiumWest Ham UnitedLondon StadiumWolverhampton WanderersMolineux Stadium\nCarta EPL 22/23\nSejak awal musim, Arsenal meletakkan diri mereka lebih keterhadapan berbanding pesaing-pesaing lain dalam carta EPL.\nPasukan bimbingan Mikel Arteta seakan-akan suukar digugat dengan kekuatan skuad yang seimbang dan taktikal yang lebih baik daripada musim-musim sebelumnya.\nJuara musim 21/22, Manchester City merupakan pencabar utama Juara EPL bagi Musim 22/23 namun terpaksa mengharapkan Arsenal terus mencicirkan mata sekiranya mereka ingin merangkul sekali lagi sebagai juara pada musim kali ini.\nKehebatan Erling Haaland semenangnya cukup digeruni lawan dengan jumlah gol yang dijaringkan namun Manchester City tetap perlu mengharapkan Arsenal mencicirkan mata agar mereka boleh mengejar.\n\n\n\n\nNota:\n\n4 pasukan teratas dalam carta EPL layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan\n3 pasukan tercorot akan relegasi ke liga bawahan\n\nSumber: https://www.sofascore.com/tournament/football/england/premier-league/17\nFakta Menarik Liga Perdana Inggeris\nLiga Perdana yang sering disebut sebagai Liga Perdana Inggeris atau\u00a0EPL\u00a0di luar England merupakan tahap teratas dalam sistem liga bola sepak Inggeris.\nBerikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai pertandingan liga boleh sepak berprestij ini;\n\nMan Utd mencatatkan kejayaan paling banyak dengan 13 gelaran dalam 30 musim setakat ini.\nMan City mempunyai rekod Liga Perdana untuk margin kemenangan terbesar, apabila mereka menamatkan 19 mata di depan Manchester United di tempat kedua pada 2017/18.\nMargin kemenangan paling kecil iaitu +8 perbezaan gol datang pada 2011/12 apabila jaringan Sergio Aguero, pada masa kecederaan pada hari terakhir musim, memberikan Man City gelaran dalam penamat Liga Perdana yang paling dramatik.\nArsenal pimpinan Arsene Wenger adalah satu-satunya pasukan yang mengharungi keseluruhan kempen Liga Perdana Inggeris tanpa kalah.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/teka-teki-lawak/", "title": "30 Teka-Teki Lawak & Jawapan \u2013 Mesti Terhibur!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebahagian daripada kita suka bertanyakan soalan berbentuk teka-teki yang ada kalanya susah, tetapi boleh jug menjadi begitu lucu.\nTiada panduan untuk menjawab soalan teka-teki memandangkan jawapannya juga adakalanya mengelirukan dan tidak masuk akal langsung.\nKebiasaannya, sesuatu teka-teki itu diperturunkan daripada generasi ke generasi namun anda juga teka-teki baharu yang dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.\nSiapa nak Voucher Shopee RM120 x 2? Klik sini untuk CLAIM SEKARANG!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nJenis Teka-teki\n\n \nContoh Teka-teki Lawak & Jawapannya\n\n\nPengenalan\nMengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan \u201cteka-teki\u201d mempunyai definisi berikut:\n\nsoalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, soalan utk menduga akal: kanak-kanak biasanya sangat suka akan ~; \nsesuatu per\u00adkara yg susah atau sulit diselesaikan: manusia itu selalu merupakan ~ yg setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terduga-duga; ~ silang (kata) teka-teki dgn mengisi huruf dll dlm petak-petak; ~ terbang teka-teki dgn menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus dijawab dgn kata yg dieja dgn huruf-huruf itu; berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dgn teka-teki: biasanya percakapannya itu dijalankan dgn ~.\n\nSumber: Dewan Bahasa dan Pustaka\nJenis Teka-teki\nTeka-teki terdiri daripada dua jenis: \n\nEnigma \u2013 merupakan masalah yang umumnya dinyatakan dalam bahasa kiasan atau metafora yang memerlukan kepintaran dan pemikiran yang teliti untuk penyelesaiannya,\nConundrum \u2013 merupakan pertanyaan yang bergantung kepada kesannya terhadap hukuman dalam soalan atau jawapannya.\n\nContoh Teka-teki Lawak & Jawapannya\nMari lihat beberapa contoh teka-teki popular di bawah yang anda boleh main dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja.\nDisertakan juga jawapan bagi setiap satunya.\nSoalan 1: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?Jawapan: Zip\n\n\n\n\n\n\nSoalan 2 : Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).\nSoalan 3 : Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?Jawapan: Beruang (ber-wang).\nSoalan 4 : Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?Jawapan: Anak kucing.\nSoalan 5 : Mee apa paling berat dalam dunia?Jawapan: Mee wantan (One tan).\nSoalan 6 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?Jawapan: Donut.\nSoalan7 : Benda apa yang lebih kecil dari kuman?Jawapan: Anak kuman.\nSoalan 8 : Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.Jawapan: Seluar dalam.\nSoalan 9 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?Jawapan: Sebab tak hujan.\nSoalan 10: Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?Jawapan: SALAH.\nArtikel berkaitan: Ujian Psikometrik SPA : Contoh Soalan, Jawapan & Panduan\nSoalan 11: Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau?Jawapan: Ketika makan tembikai.\nSoalan 12 : Bom apakah yang tidak boleh meletup?Jawapan: Bomba.\nSoalan 13: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?Jawapan: Semua bulan la.\nSoalan 14 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?Jawapan: Kuih-Teow.\nSoalan 15 : Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?Jawapan: Taugeh.\nSoalan 16 : Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?Jawapan: Bunga tayar.\nSoalan 17 : Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?Jawapan: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.\nSoalan 18 : Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi? Jawapan: Tumpah la.\nSoalan 19 : Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya? Jawapan: Lampu Isyarat.\nSoalan 20 : Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji. Apakah itu? Jawapan: Habuk kayu.\nArtikel berkaitan: Cara Jawab Soalan \u201cTell Me About Yourself\u201d Dalam Temuduga\nSoalan 21: Kotak apa yang tak boleh buka? Jawapan: Kotak penalti.\nSoalan 22: Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia? Jawapan: Telur\nSoalan\u00a023: Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam? Jawapan: Ikan sardin cap ayam.\nSoalan\u00a024: Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais? Jawapan: Milo ais.\nSoalan\u00a025\u00a0: 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah? Jawapan: Sebab tak hujan.\nSoalan\u00a026: Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?Jawapan: Telinga kita.\nSoalan 27: Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?Jawapan: Nombor 2.\nSoalan 28: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?Jawapan: Bil api\nSoalan 29: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?Jawapan: Anak mancis\nSoalan 30: Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati.Jawapan: Jantung\nBONUS: 10 SOALAN TAMBAHAN\nJawapan : Paku, Gergaji\nSoalan: Tempat ini memberi makanan, minimum dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?Jawapan: Penjara\nJawapan : 201\nJawapan : Mata Kail\nLagi teka-teki : 25 Koleksi Pantun Teka-Teki Beserta Jawapannya (Susah Tau!)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jadual-tarikh-bayaran-pencen/", "title": "Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH BAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN / EMOLUMEN BULANAN TAHUN 2023\nBulan hadapan, pada Januari 2023 akan ada kenaikan 2% dari kadar pencen yang diterima pada Disember 2022. \nKenaikan ini berlaku sejak 2013.\nBeberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.\nBerikut dikongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTARIKH BAYARAN PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nKenaikan Pencen Tahunan 2%\n\n \nPindaan Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013\n\n\nTARIKH BAYARAN PENCEN BULANAN BAGI TAHUN 2023\nBerikut dikongsikan tarikh bayaran emolumen pesara bulanan bagi tahun 2023 yang dikongsikan oleh Bahagian Pencen JPA.\n\n\n\n\n\n\n\n\u200bBULAN\u200bTARIKHHARI\u200b\u200bCATATAN\u200bJANUARI\u200b16.01.2023\u200bISNINTahun Baru Cina22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)\u200bFEBRUARI20.02.2023\u200bISNIN\u200bMAC20.03.2023\u200bISNIN\u200b\u200bAPRIL13.04.2023KHAMIS\u200bHari Raya Puasa\u00a022 & 23\u00a0April 2023 (Sabtu & Ahad)\u200bMEI18.05.2023KHAMISHari Pesta Kaamatan\u00a030 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)\u200bJUN19.06.2023\u200bISNINHari Gawai\u00a001 & 02 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)Hari Raya Haji29 & 30 Jun\u00a02023 (Khamis & Jumaat)\u200bJULAI\u200b20.07.2023KHAMIS\u200b-\u200bOGOS\u200b21.08.2023ISNIN\u200b-\u200bSEPTEMBER\u200b21.09.2023\u200bKHAMIS\u200b-\u200bOKTOBER\u200b19.10.2023KHAMIS\u2013\u200bNOVEMBER\u200b20.11.2023\u200bISNIN\u200bHari Deepavali12 November 2023 (Ahad)\u200bDISEMBER\u200b14.12.2023\u200bKHAMIS\u200bHari Kri\u200bsmas25 Disember 2023\u00a0(Isnin)\u200b\u200b\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari:\n\nJPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/\nKumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my\n\nBaca juga: \n\nPencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu\nTarikh Bayaran Faedah PERKESO 2023 (Jadual Bulanan SOCSO)\n\nKenaikan Pencen Tahunan 2%\nPada Januari setiap tahun akan ada kenaikan 2% dari kadar pencen yang diterima pada Disember tahun sebelumnya.\nKenaikan ini berlaku sejak 2013.\nBoleh dapatkan \u2018penyata pembayaran pencen\u2019 dari pautan ini. https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran atau boleh dapatkan dari aplikasi MyPesara.\n\u200bSelaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\nInisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.\nSenarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:\n\nMenguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;\nMemproses bayaran faedah persaraan yang merang\u200bkumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;\nMemproses penyelarasan pencen;\nMemproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;\nMemproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;\nMemproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen\n\u200bPengurusan fail dan dokumentasi persaraan\u200b\u200b\n\nPindaan Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013\nTerkini, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kerajaan Malaysia berhubung pindaan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang telah melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan, lapor Utusan Malaysia pada 27 Jun 2023.\nSehubungan itu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang membatalkan pindaan tersebut.\nIa sekali gus mengekalkan keadaan semasa sebelum pindaan Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 1980 itu dibuat.\nMenurut penghakiman ringkas yang dibaca oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, pindaan yang dibuat pada Seksyen 3 dan 7 akta tersebut telah mengakibatkan responden, Aminah Ahmad telah mengalami situasi yang kurang memberi manfaat terhadapnya.\n\u201cRayuan yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang merit.\n\u201cKeputusan kami adalah sebulat suara yang mana tiada sebarang merit dalam rayuan. Penghakiman Mahkamah Rayuan adalah dikekalkan dan tiada sebarang perintah berhubung kos,\u201d kata Hakim Mohamad Zabidin.\nAminah, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar, menyaman atas kapasiti peribadinya dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, mendakwa pindaan kepada Akta Penyelarasan Pencen mengakibatkan keadaan \u2018agak merugikan\u2019 kepada beliau berbanding dengan skim pelarasan persaraan sebelum ini di bawah Akta Pelarasan Pencen 1980.\nDi bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred tersebut. Bagaimanapun, pindaan 2013 diperkenalkan berdasarkan kadar rata (flat rate) dua peratus kenaikan tahunan.\nPada 13 Januari 2022, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada Aminah dan memberikan pengisytiharan bahawa pindaan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang berkuat kuasa mulai Januari 2013 adalah terbatal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.\nMahkamah Rayuan memutuskan bahawa dengan pengisytiharan itu, keadaan semasa sebelum pindaan Seksyen 3 Akta Pelarasan Pencen 1980 akan terus diguna pakai.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/self-check-in-malaysia-airlines/", "title": "Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSecara umumnya, pihak Malaysia Airlines menyediakan 4 cara untuk melakukan check in sebelum penerbangan anda iaitu:\nKaunterKiosk layan diriWebAplikasi mudah alih\nSemua pelanggan diwajibkan untuk check in dan perkhidmatan ini akan ditutup satu jam sebelum penerbangan anda sama ada bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.\nUntuk self check in secara dalam talian, anda boleh melakukan kaedah nombor 3 atau 4 daripada senarai di atas.\n\n\n\n\n\n\nAnda penumpang AirAsia? Cara Self Check In Air Asia Secara Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDaftar masuk melalui web\n\n \nDaftar masuk melalui aplikasi MHmobile\n\n\nDaftar masuk melalui web\n\n\n\nSekiranya anda tidak mempunyai aplikasi MHmobile, anda boleh check in terus melalui laman Malaysia Airlines dengan langkah-langkah berikut:\nLayari laman Malaysia Airlines.Pada bahagian menu, klik pada Check In dan anda akan di bawa ke halaman https://online.malaysiaairlines.com/ssci/identificationPilih tarikh penerbangan andaMasukkan kod rujukan tempahan atau nombor e-tiket anda dan ikuti langkah mudah sehingga selesai untuk melengkapkan proses daftar masuk.Pilih pilihan pas masuk pilihan anda dan bawa bersama anda ke lapangan terbang:CetakPas masuk mudah alihApple PassbookJika anda mempunyai bagasi untuk daftar masuk, teruskan ke kaunter daftar bagasi sekurang-kurangnya 60 minit sebelum penerbangan anda.Jika anda hanya mempunyai bagasi yang dibawa, sila tunjukkan pas masuk dan dokumen pengenalan diri anda di tempat keselamatan dan teruskan ke pintu masuk (sila ambil perhatian pintu masuk ditutup 30 minit sebelum waktu berlepas).\nDaftar masuk web boleh dibuat dari 48 jam dan sehingga 90 minit sebelum berlepas.\nDaftar masuk melalui aplikasi MHmobile\n\n\n\nAnda juga boleh check in penerbangan Malaysia Airlines anda melalui aplikasi MHmobile.\nPertama, pastikan anda sudah memuat turun dan memasang aplikasi MHmobile di peranti mudah alih anda.\nUntuk muat turun, klik pada pautan di bawah:\nGoogle PlayApp Store\nUntuk check in, masukkan kod rujukan tempahan atau nombor e-tiket.\nDengan aplikasi MHmobile, pelanggan Malaysia Airlines dapat melakukan perkara lagi antaranya menguruskan penerbangan dan mengakses segala maklumat penerbangan dengan mudah.\nUntuk mengelakkan kesesakan di lapangan terbang, setiap penumpang Malaysia Airlines sangat digalakkan untuk melakukan proses check in sendiri melalui web atau aplikasi MHmobile seperti yang ditunjukkan di atas.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/duit-kertas-rosak/", "title": "Duit Kertas Rosak : Garis Panduan Pertukaran Nilai Di BNM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJangan buang wang kertas @ duit syiling rosak anda! \nAnda boleh tukar wang kertas yang rosak tetapi nilai pertukaran bergantung pada keadaannya.\n\nWang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012. \nSelain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama. \nJika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama.\nNamun, terdapat pelbagai kes di mana wang kertas menjadi rosak dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nStandard Kualiti Wang Kertas Dalam Edaran\n\n \nGaris Panduan Pertukaran Nilai Duit Kertas Rosak\n\n \nCara Tukar Duit Kertas Rosak\n\n\nStandard Kualiti Wang Kertas Dalam Edaran\nWang kertas yang bersih/sesuai memudahkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan. \nWang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria yang berikut:\nTulen dan bukan palsuTidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanyaBersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotorWarna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan AgongTidak berconteng\nGaris Panduan Pertukaran Nilai Duit Kertas Rosak\ni) Kes Wang Kertas Rosak Yang Jelas Nilainya\nAnda boleh menukar wang kertas rosak di mana-mana institusi kewangan @ Bank Negara Malaysia.\nNamun, nilainya adalah bergantung kepada keadaan duit tersebut.\nBagi kes wang kertas rosak yang JELAS NILAINYA ini, anda akan diberikan ganti nilai pada HARI YANG SAMA.\n\nUmumnya, kadar wang masih diterima untuk pertukaran dengan nilai asal adalah bagi wang rosak yang memiliki ciri berikut:\nSaiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asalTidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politikTidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain\nii) Kes Wang Kertas Rosak Yang Kurang Jelas Nilainya\nBagi sesetengah kes wang kertas rosak yang KURANG JELAS NILAINYA seperti di bawah, wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian. \nNilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian.\n\n\nBaca juga: Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank\nCara Tukar Duit Kertas Rosak\nDuit kertas / wang syiling yang rosak boleh ditukar di mana-mana institusi kewangan.\nSila layari https://bnm.gov.my/proper-handling-of-banknotes untuk info penuh berkaitan duit kertas dan syiling rosak.\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di alamat berikut:\nJabatan Pengurusan & Operasi MatawangBank Negara MalaysiaJalan Dato\u2019Onn50480 Kuala LumpurTelefon : 03-26988044 samb. 7284 / 7307 / 8252 / 8278Faksimile : 03-26913410 / 03-26915859Laman Web : www.bnm.gov.my\natau\nBNMTELELINKTelefon : 1-300-88-5465Faksimile : 03-21741515 / 03-21741616E-Mel : [email\u00a0protected]ataumana-mana Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-placement/", "title": "e-Placement: Permohonan Penempatan Pegawai KKM Lantikan Baru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-Placement merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan permohonan penempatan pegawai KKM yang berkaitan.\nPermohonan penempatan melalui portal e-Placement hanya boleh dibuat untuk pegawai-pegawai lantikan baharu yang berikut sahaja:\n\nPegawai Perubatan Gred UD41\nPegawai Pergigian Gred UG41\nPegawai Farmasi Gred UF41\n\nCalon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan. \nDengan penggunaan porrtal ini, pilihan penempatan di dalam Borang Maklumat Diri (BMD) tidak lagi terpakai dalam urusan penempatan.\nSelai itu, permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip \u201cfirst come first serve\u201d.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nPermohonan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41 (Lantikan Baru)\n\n \nPermohonan penempatan Pegawai Pergigian Gred UG41 (Lantikan Baru)\n\n \nPermohonan penempatan Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Baru)\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nPengenalan\ne-Placement telah diperkenalkan pada bulan September 2022 yang lalu bagi membolehkan pegawai yang mendapat tawaran jawatan tetap di KKM membuat pemilihan penepatan secara dalam talian.\nPegawai yang berkaitan akan menerima emel notifikasi mengenai pembukaan permohonan untuk penempatan ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum permohonan dibuka.\nDalam portal ini, pemohon boleh membuat permohonan penempatan melalui salah satu portal berikut:\n\neHousemen\neDentist\nePharmacist\n\nPermohonan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41 (Lantikan Baru)\nPegawai Perubatan Gred UD41 lantikan baru boleh membuat permohonan penempatan melalui web eHousemen di alamat https://ehousemen.moh.gov.my/auth/main\nBerikut merupakan proses permohonan penempatan bagi Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi lantikan baru.\n\nPermohonan hanya dibuka pada masa tertentu sahaja dan semua individu yang berkenaan akan mendapat makluman melalui emel. \nHanya calon yang telah mendapat lantikan tetap sahaja boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui e-Placement ini.\nUntuk permohonan kali pertama, klik pada \u201cPendaftaran Baru\u201d di halaman tersebut sebelum memulakan permohonan penempatan anda. \nPermohonan penempatan Pegawai Pergigian Gred UG41 (Lantikan Baru)\nPegawai Pergigian Gred UG41 lantikan baru boleh membuat permohonan penempatan melalui web eDentist di alamat https://edentist.moh.gov.my/auth/main\nBerikut merupakan proses permohonan penempatan bagi Pegawai Pergigian Gred UG41 bagi lantikan baru.\n\nPermohonan hanya dibuka pada masa tertentu sahaja dan semua individu yang berkenaan akan mendapat makluman melalui emel. \nHanya calon yang telah mendapat lantikan tetap sahaja boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui e-Placement ini.\nPermohonan penempatan Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Baru)\nPegawai Farmasi Gred UF41 lantikan baru boleh membuat permohonan penempatan melalui web ePharmacist di alamat https://epharmacist.moh.gov.my/auth/main\nBerikut merupakan proses permohonan penempatan bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 bagi lantikan baru.\n\nPermohonan hanya dibuka pada masa tertentu sahaja dan semua individu yang berkenaan akan mendapat makluman melalui emel. \nHanya calon yang telah mendapat lantikan tetap sahaja boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui e-Placement ini.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh hubungi pegawai di Bahagian Sumber Manusia yang bertugas seperti yang berikut:\n\nUrusan\u00a0Housemanship \u2013 03-8883 2735/2805\u00a0atau\u00a0[email\u00a0protected]\nUrusan lantikan semula/lantikan teta \u2013 03-8883 2785/2809\u00a0atau\u00a0[email\u00a0protected]\nUrusan\u00a0eDentist \u2013 03-8883 2796 / 2803\u00a0atau\u00a0[email\u00a0protected]\nUrusan ePharmacist \u00a003-8883 2795/ 2798/ 2803\u00a0atau emelkan kepada\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/epsa/", "title": "Login EPSA: Daftar Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai penjawat awam, terutamanya guru-guru, anda boleh menggunakan Portal EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) bagi mendaftar kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM.\nPenubuhan EPSA\u00a0telah dicetuskan oleh tuntutan pembelajaran sepanjang hayat supaya keperluan latihan dapat disokong sepenuhnya, terutama dengan cabaran fenomena ekonomi global silang yang tidak lagi boleh menyokong sesi pembelajaran di dalam kelas sahaja.\nBerasaskan keperluan yang mendesak ini, penyampaian pembelajaran melalui penggunaan latihan tradisional dan insititusi konvensional tidak lagi mencukupi.\nDi sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang E-Pembelajaran Sektor Awam untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah EPSA?\n\n \nSiapakah Yang Boleh Mendaftar EPSA?\n\n \nCara Pendaftaran Keahlian\n\n \nCara Daftar Kursus EPSA\n\n \nKaedah Pembelajaran\n\n \nSurat Tamat Kursus\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah EPSA?\nE-Pembelajaran Sektor Awam merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. \nSetiap penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak menjadi ahli EPSA\u00a0yang disediakan bebas dan mudah. \n\n\n\n\n\n\nSemua keahlian bagaimanapun, tertakluk kepada dasar privasi.\nIni dapat meningkatkan peluang dan capaian penjawat awam kepada pengetahuan dan latihan melalui EPSA secara berterusan dan sepanjang hayat bila-bila masa dimana jua.\nSiapakah Yang Boleh Mendaftar EPSA?\nPegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem E-Pembelajaran Sektor Awam ini.\nCara Pendaftaran Keahlian\nPendaftaran Keahlian EPSA\u00a0hanya sekali sahaja di sepanjang perkhidmatan. Untuk mendaftar keahlian pada sistem EPSA, pengguna perlu klik butang \u2018Daftar\u2019. \nLangkah-langkah pendaftaran keahlian adalah seperti berikut:\nPengguna yang mempunyai\u00a0e-mel rasmi jabatanIsi maklumat no. KP, nama dan e-melKlik butang \u2018Daftar\u2019Terima e-mel 1: Pengguna perlu klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum ia luputTerima e-mel 2: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSAPengguna yang\u00a0tidak mempunyai e-mel rasmi jabatanKlik Surat Pengesahan Majikan dan isi maklumat yang diperlukan. Cetak surat tersebut dan dapatkan tandatangan penyeliaIsi maklumat no. KP, nama dan e-mel persendirianPengguna perlu memuat naik imbasan surat pengesahan yang telah ditandatangani oleh penyeliaKlik butang \u2018Daftar\u2019Tunggu kelulusan pendaftaran keahlian akan diproses dalam tempoh tiga hingga lima (3-5) hari waktu bekerjaTerima e-mel: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA\n\n\nBaca juga: HRMIS Login Page: Panduan Kemaskini Data Penjawat Awam\nCara Daftar Kursus EPSA\nPengguna boleh mendaftar kursus di EPSA\u00ae\u00a0melalui Katalog Kursus dengan langkah-langkah seperti berikut:\nKlik \u2018Log Masuk\u2019 ke Portal E-Pembelajaran Sektor AwamKlik Menu \u2018Katalog Kursus\u2019. Pengguna boleh melihat senarai kursus EPSA\u00a0mengikut kategori. Kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus.\nKaedah Pembelajaran\nPembelajaran melalui Portal EPSA adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf satu (1) hari bersamaan 6 jam melalui EPSA. Sebagai contoh Kursus Amalan 5S bernilai 12 jam 6 bersamaan dua (2) hari kursus.\nBahan pembelajaran adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna.\nSurat Tamat Kursus\nPengguna boleh mencetak sendiri Surat Tamat Kursus dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:\nKlik pada menu \u2018Sijil\u2019.Dipaparkan senarai kursus yang telah tamat. Klik \u2018Jana Sijil\u2019 pada kursus yang dikehendaki.\nSyarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus adalah mengikut kriteria seperti berikut:\nPastikan Tiang Bar setiap topik dan sub-topik tamat/selesai.Pastikan memenuhi \u2018Tempoh Minimum Pembelajaran\u2019.\nSebagai contoh Kursus Amalan 5 S, \u2018Tempoh Minimum Pembelajaran\u2019 = 1 jam. Pengguna perlu menghabiskan kursus tersebut dalam tempoh masa >= 1 jam dan boleh diperiksa di\u00a0Progress Report\u00a0atau\u00a0My Progress. \nPembelajaran dalam tempoh satu (1) jam boleh disambung pada hari berikutnya.\nBagaimana untuk mengisi Buku Log Kursus / Latihan?\nBagi tujuan menulis kehadiran kursus Pembelajaran Kendiri melalui EPSA, daripada Surat Tamat kursus terdapat Tarikh Tamat Kursus. \nTarikh Mula Kursus adalah tarikh dianjak ke belakang daripada Tarikh Tamat Kursus. \nSebagai Contoh Kursus Amalan 5 S, nilai jam kursus adalah 12 jam = 2 hari kursus. Tarikh Tamat Kursus adalah 9 April 2020, maka Tarikh Mula Kursus adalah 8 April 2020.\nBaca juga: APDM KPM: Manual Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM\nMaklumat Lanjut\nSekiranya pengguna terlupa kata laluan, maka pengguna perlu klik hiperangkai \u2018Lupa Kata Laluan\u2019 di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna/No. Kad Pengenalan di dalam petak \u2018Lupa Kata Laluan\u2019. \nKata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada pengguna menerusi e-mel. \nJika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi Bantuan EPSA\u00a0di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702 (Isnin-Jumaat:8.30 pagi \u2013 4.30 petang, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: TUTUP) .\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-smanj-permohonan-sekolah-menengah-agama-johor/", "title": "E-SMANJ: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nE-SMANJ : Permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2023\nBahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa para murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat serta minat yang tinggi untuk mengikuti Sistem Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.\nPermohonan adalah secara dalam talian dan pautan pendaftaran akan dibuka bermula 01 Disember 2022 sehingga 26 Disember 2022.\nRujuk maklumat penuh dan syarat-syarat permohonan di bawah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ?\n\n \nSEKOLAH-SEKOLAH YANG DITAWARKAN\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Penting\n\n \nUjian Kelayakan SMANJ\n\n \nMaklumat Lanjut SMANJ\n\n\nApakah Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) ?\nMaahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Maahad Johor Lil Banat (MJLB), SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ), Maahad Pontian (MP), SMA Parit Raja (SMAPR) dan SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG).\nSEKOLAH-SEKOLAH YANG DITAWARKAN\nRujuk senarai setiap sekolah dengan lebih terperinci di sini: \n1) Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor\n\n\n\n\n\n\n072232710 / 32\n\nMelaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM\nMenawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun\nTurut menawarkan pengajian di peringkat STAM\nKhas untuk murid lelaki sahaja\n\n2) Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor\n072232710 / 32\n\nMelaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)\nKhas untuk murid lelaki sahaja\n\n3) Maahad Johor Lil Banat (MJLB)\n072232710 / 32\n\nMelaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama\nTurut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun\nMerupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja\n\n4) SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)\n077715482\n\nMelaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM\nTurut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun\n\n5) Maahad Pontian (MP)\n076874470\n\nMelaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM\nTurut menawarkan pengajian peringkat STAM\n\n6) SMA Parit Raja Batu Pahat (SMAPR)\n074545710\n\nMelaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM\nTurut menawarkan pengajian peringkat STAM\n\n7) SMA Bugisiah Tampok Pontian (SMABG)\n074241901\n\nMelaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM\nMenawarkan hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih\nTurut menawarkan pengajian peringkat STAM\n\nsistem-pendidikan-sekolah-menengah-agama-negeri-johorDownload\nSyarat Permohonan\nSYARAT ASAS PERMOHONAN\n\nWarganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.\nSihat tubuh badan dan boleh berdikari.\nCalon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011.\n\nCara Permohonan\n\nPermohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang\u00a0daftar-smanj.net/t1/2022/\nPermohonan dibuka mulai\u00a0Khamis 01 Disember 2022 (12.00 tengahari) dan akan ditutup pada Isnin 26 Disember 2022 (05.00 petang)\nCalon perlu merujuk kepada\u00a0Buku Panduan Permohonan SMANJ\u00a0sebelum membuat permohonan secara dalam talian\nCalon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ\nSebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing\n\nTarikh Penting\nSila ambil perhatian tarikh-tarikh penting sepanjang proses permohonan.\n\nBaca juga: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda\nUjian Kelayakan SMANJ\nHanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada 2-5 Januari 2023 (Isnin-Khamis) di tempat yang akan ditetapkan. \nSila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting sepanjang tempoh permohonan.\nMAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN\nTerbahagi kepada tiga bahagian iaitu;\n1. Ujian Bertulis\n\nDijalankan selama 1 jam 15 minit\nMerangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.\n\n2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.\n3. Ujian Lisan\n\nBacaan surah al Fatihah\nBacaan 3-5 baris ayat Al Quran\nTasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.\n\nMaklumat Lanjut SMANJ\nUntuk maklumat lanjut, sila layari http://daftar-smanj.net/t1/2023/ atau layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.\nBaca juga: PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-tingkat-ekonomi-produktiviti-pahang-2022/", "title": "Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP IATn 2022) Untuk Usahawan Mikro", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bantuan geran bagi usahawan mikro Industri Asas Ternakan (IATn) menerusi Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) kini dibuka.\nProgram STEPP merupakan insentif berbentuk geran pemadanan yang diberikan kepada usahawan mikro IATN yang menetap di negeri Pahang.\nProgram ini memberi peluang kepada usahawan mikro IATn untuk menerima bantuan berdasarkan kategori berikut :\n\n\n\n\n\n\nTahap 1: Nilai jualan kasar tahunan adalah sama atau di bawah RM50,000Tahap 2: Nilai jualan kasar tahunan adalah lebih RM50,000 sehingga sama atau di bawah RM100,000\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkop Insentif\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar & Nilai Geran Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSkop Insentif\nSkop Insentif yang bakal diterima oleh usahawan yang berkelayakan adalah merangkumi :\nKajian nutrisi dan jangka hayat produkReka bentuk pembukusan dan pelabelanPeningkatan kapasiti pengeluaranPenambahbaikan premisPerolehan papan tanda perniagaan\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup bagi permohonan bantuan ini adalah pada 24 Jun 2022. \nKadar & Nilai Geran Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP)\nKadar geran bagi skop insentif kajian nutrisi dan jangka hayat produk, usahawan akan menerima geran penuh 100% dengan maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap permohonan yang dibuat.\nBagi skop insentif yang lain, usahawan akan menerima geran pemadanan (geran 90%, usahawan 10%) dengan nilai maksimum RM10,000 setiap permohonan (termasuk kajian nutrisi dan jangka hayat produk jika dipohon secara kombinasi).\nBaca Juga : Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2022 / 2023)\n\nSyarat Permohonan\nUsahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:\nWarganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Pahang dan berumur antara 18 hingga 60 tahun.Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 1 tahun.Keutamaan akan diberikan kepada permohonan usahawan pada Tahap 1 dan Tahap 2.Mempunyai produk yang menggunakan produk hasilan ternakan.Mempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih.Tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan dibuat. Kelonggaran syarat ini adalah atas pertimbangan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang sekiranya projek dilaksanakan dirasakan memerlukan tambahan suntikan insentif untuk berkembang baik dan kekal mampan.Tidak disenarai hitam oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.Membuat permohonan menggunakan borang permohonan Program STEPP dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan jabatan.Pemohon yang berjaya diwajibkan menandatangani perjanjian program dan bersedia dipantau dalam tempoh 2 tahun setelah menerima bantuan.\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti panduan permohonan seperti di bawah :\nMuat turun borang permohonan di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/11eLunl4Har-_0C4Kn2OFgL3ymu7HJ0ty/view?fbclid=IwAR1gozG0JYFq-7SP9US9pgmbP65Cs_QaQaTX529z8o64Pev49sSdOi9mczk.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar dokumen-dokumen tersebut ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.\nDokumen Yang Diperlukan\nUsahawan perlulah kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :\nMemorandum and Articles of AssociationPenyata kewangan syarikat yang terkini (jika berkenaan)Lesen perniagaanSalinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM); atauSalinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai STEPP, sila layari laman web\u00a0https://dvs.pahang.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-persijilan-mains/", "title": "Tawaran Program Persijilan MAINS Pengambilan Sesi Februari 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Program Persijilan MAINS (Asas Pengajian Islam) \nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kini membuka tawaran bagi Program Persijilan MAINS untuk sesi Februari 2023.\nBaca Juga : Tawaran Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok Dalam & Luar Negara LZNK\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nButiran Program Persijilan MAINS 2023\n\n \nKeistimewaan Program\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nButiran Program Persijilan MAINS 2023\nUntuk makluman, program ini menawarkan Sijil Asas Pengajian Islam khas untuk penyertaan saudara Muslim, mualaf dan anak-anak mualaf tanpa mengira bangsa.\nProgram ini akan berlangsung selama 3 semester atau 1 tahun 6 bulan dan akan mengambil tempat di Kompleks As-Sa\u2019adah, MAINS, Seremban.\nKeistimewaan Program\nProgram ini menawarkan manfaat seperti berikut :\nYuran melalui peruntukan zakat Majlis Agama Islam yang terlibat.Elaun disediakan melalui peruntukan zakat Majlis Agama Islam yang terlibat.Silibus pengajian melibatkan asas utama pengetahuan agama Islam berdasarkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Saudara Muslim.\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Disember 2022.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia.Saudara Muslim/mualaf/anak-anak mualaf.Berumur antara 18 hingga 40 tahun.Boleh membaca dan menulis.\nCara Memohon\nCalon boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSel3S8y-HY7wRp9vfJJxxN70Urcf8NROhvHHhE-yj6JfLwjKQ/viewform\nCalon diminta mengisi borang dengan maklumat yang tepat dan lengkap.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Persijilan MAINS 2023, sila hubungi 06-763 7916/018-352 4376 atau Whatsapp nombor 014-2592212 . \nIkuti laman Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk ketahui perkembangan terkini mengenai program ini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/khairat-kematian-covid19/", "title": "Permohonan Bantuan Khairat Kematian RM1000 Disebabkan COVID19", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian berjumlah RM 1,000 kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan Covid19, selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.\nDi sini dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk maklumat bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Khairat Kematian COVID19 Kita Selangor?\n\n \nSyarat Permohonan Khairat Kematian COVID19 Kita Selangor 2.0\n\n \nJumlah Bantuan\n\n \nTarikh Permohonan / Bantuan Khairat Kematian COVID19 RM1000\n\n \nCara Permohonan\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n\nApakah Khairat Kematian COVID19 Kita Selangor?\nInisiatif ini merupakan sumbangan khairat kematian yang diberikan kepada keluarga pesakit COVID19 yang meninggal dunia pada tahun 2021 bagi membantu meringankan beban mereka.\nBantuan ini diumumkan melalui Pakej Selangor Kita 2.0 oleh Menteri Besar Selangor.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: SISM40 : Skim Internet Selangor M40 \u2013 Pakej Keluarga, Bujang & Asas\nSyarat Permohonan Khairat Kematian COVID19 Kita Selangor 2.0\nSyarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaPemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahunDisahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematianMeninggal dunia di negeri SelangorMeninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahajaTerhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahajaBantuan ini terhad kepada 1,500 orang penerima sahaja\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang diperuntukkan ialah RM1000 bagi setiap waris / keluarga terdekat.\nKerajaan Negeri mengutamakan waris terdekat seperti berikut:\nSekiranya berkahwin : suami atau isteri si matiSekiranya belum berkahwin : ibu atau bapa si mati atau adik beradik sekiranya ibu/bapa uzurIbu/bapa tunggal : ibu atau bapa si mati atau anak berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun bank.\nTarikh Permohonan / Bantuan Khairat Kematian COVID19 RM1000\nPermohonan bagi bantuan ini akan dibuka bermula 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021 atau sehingga habis peruntukan inisiatif ini.\nCara Permohonan\nPermohonan bantuan khairat kematian ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.selangorprihatin.com.\nWaris hendaklah memastikan segala keterangan dan dokumen yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat. \nPihak Kerajaan Negeri berhak membatalkan permohonan sekiranya didapati maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau melanggarsyarat permohonan.\nKaedah Pembayaran\nPenyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh disalurkan menerusi talian hotline 24 jam, 1-800-22-6600.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kedai-eco-shop-harga/", "title": "Eco Shop Malaysia Naik Harga Di Semua Rangkaian Mulai 1 Jun 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTak lama lagi harga di Kedai Eco Malaysia akan naik lagi RM 0.20! \nDalam musim ekonomi yang tidak menentu, ramai di antara kita memilih untuk berbelanja dan membeli barang keperluan di kedai harga jimat, contohnya yang menawarkan harga RM2 seperti kedai Ninso, Zon Jimat, dan paling popular, rangkaian Eco Shop Malaysia.\nEco Shop antara lokasi membeli belah pilihan ramai lantaran harganya yang mudah. Bukan sahaja menawarkan barangan pada harga serendah RM2.20, pelbagai jenis produk dijual membuatkan kita rambang mata.\n\n\n\n\n\n\nKedai Eco Umum Naik Harga RM0.20 Di Semua Rangkaian\nEco Shop bakal menaikkan harga baharu RM2.40 di Semenanjung Malaysia, menerusi sekeping gambar yang tular di laman sosial yang berkongsi notis perubahan harga dipamerkan di salah sebuah cawangan di Subang Jaya.\nSumber gambar: Facebook\nManakala bagi cawangan di Sarawak, harga akan dinaikkan dari RM2.40 kepada RM2.60 mulai tarikh yang sama.\nSumber gambar: Facebook Nick Nichol\n\u201cKami memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, harga bagi setiap barangan di Eco-Shop akan ditukar daripada RM2.20 kepada RM2.40 disebabkan faktor peningkatan kos.\n\u201cDengan itu, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat,\u201d kata kenyataan dalam poster tersebut.\nRata-rata pengguna berasa kecewa kerana walaupun hanya naik RM0.20 bagi setiap barang, namun kadar itu tetap dapat dirasakan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.\nKali terakhir notis perubahan harga Kedai Eco diumumkan adalah pada 1 Disember 2021, di mana harga mengalami kenaikan dari RM2.10 kepada RM 2.20 di Semenanjung manakala RM2.30 kepada RM2.40 di Sabah dan Sarawak.\nJadi, bagi anda yang masih nak beli barang dalam masa terdekat, bolehlah rancang perbelanjaan dan mungkin boleh beli lebih awal sebelum tarikh yang dinyatakan iaitu 1 Jun 2022 ini ya!\nBaca juga: \nKadar OPR Naik Kepada 2.00%, Ini Kesannya Kepada KitaHarga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-naik-kenderaan/", "title": "Bacaan Doa Keluar Rumah, Doa Naik Kenderaan & Maksudnya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai orang Islam, kita digalakkan dan disunatkan untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan tid kira perjalanan jauh atau dekat. \nDoa adalah salah satu senjata atau kekuatan umat Islam. \nOleh itu, di dalam Islam sangat dituntut memulakan sesuatu perkara dengan doa sama seperti doa menaiki kenderaan.\u00a0\nMendahului sesuatu perjalanan dengan membaca doa naik kenderaan ini sesuai dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran:\n\nMaksudnya : \u201cDan Tuhanmu berfirman: \u201cBerdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina\u201d\u00a0\n(Al-Ghafir: Ayat ke 60)\nBacaan doa ini juga merupakan satu bentuk pengharapan kepada Allah SWT agar perjalanan kita sentiasa dilindung dan diredhai.\n\n\u201cTidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.\u201d \n(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)\nArtikel berkaitan: Koleksi Doa Untuk Majlis Yang Ringkas & Mudah Dibaca (Rumi)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBacaan Doa Naik Kenderaan\n\n \nBacaan Doa Naik Kenderaan Laut / Udara\n\n \nDoa Apabila Keluar Rumah\n\n \nVideo Bacaan Doa Naik Kenderaan\n\n \nSunnah & Adab Bermusafir\n\n \nTips Keselamatan Sebelum Memulakan Perjalanan\n\n\nBacaan Doa Naik Kenderaan\nSebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membaca doa seperti berikut:\nSumber: JAKIM\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u0649 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0651\u0631\u064e \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064f\u0642\u0652\u0631\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u064f\u0646\u0642\u064e\u0644\u0650\u0628\u064f\u0648\u0646\u064e\nMaha Suci (Allah) yang menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelum ini tidak mampu. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.\nSurah Al-Zukhruf : Ayat 13-14\nBacaan Doa Naik Kenderaan Laut / Udara\nSebelum memulakan perjalanan, kita digalakkan membaca doa seperti berikut:\n\nMaksudnya : \u201c Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh sesungguhnya Tuhanku Maha Pemaaf lagi Pengasih.\u201d\u00a0(Hud : 41)\nDoa Apabila Keluar Rumah\nBanyak sekali bahaya disekitar kita, yang secara tidak langsung kita tidak pernah mengetahuinya. \nOleh itu, selalu membaca doa agar terhindar dari bahaya sangat dianjurkan.\nDOA 1\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u064e\u0651\u0644\u0652\u062a\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0644\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\nBacaan Rumi : Bismillahi tawakkaltu \u2018alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah\nMaksud : Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.\nDOA 2\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u0649 \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0636\u064f\u0631\u064f\u0651 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0633\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064c \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u0650\u064a\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064f\n\u201cDengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)\nVideo Bacaan Doa Naik Kenderaan\n\n\n\nBagi yang sukar menghafal doa di atas, anda boleh belajar menghafal dengan bersama-sama menonton video Omar & Hana di atas ini.\nMalah, video di atas juga merupakan pendedahan yang bagus kepada anak-anak kecil terutamanya agar mereka dapat menginngati doa ini dengan mudah.\nBaca lagi: Doa Dipermudahkan Urusan\nSunnah & Adab Bermusafir\nBerikut merupakan perkara-perkara sunat dan adab ketika dalam perjalanan:\n\nMembaca doa naik kenderaan\nUtamakan orang yang lebih memerlukan\nMenghormati orang lain\nMenjaga kebersihan\nBanyakkan bersabar dan elakkan dari mengeluar kata-kata negatif\nBanyakkan berselawat dan berzikir dalam kenderaan\nBerdisiplin di jalan raya \u2013 patuhi had laju, hormati pemandu lain\nTidak berebut-rebut semasa menaiki kenderaan\nTidak membawa terlebih muatan\nElak dari menggunakan telefon ketika memandu\n\nTips Keselamatan Sebelum Memulakan Perjalanan\nBagi memastikan keselamatan anda dan kesemua penumpang dalam kenderaan, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti:\n\nPastikan kenderaan yang ingin dipandu dalam keadaan baik dan selamat\nPastikan suis elektrik dan semua peralatan elektrik sudah dimatikan dan plug dicabut juga dari soket\nSimpan semua barang yang berharga\nNyalakan lampu rumah\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cukai-jualan-barang-import-rm500-ke-bawah/", "title": "Cukai Jualan 10% Beli Barang Import RM500 Ke Bawah Mulai 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, bermula 1 Januari 2023, setiap pembelian barangan RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara akan dikenakan cukai jualan 10%.\nIni bermaksud, \u00a0semua pembelian dalam talian yang dibawa masuk dari luar negara atau berlabel \u201cshipped from oversea\u201d , contohnya Shopee, Lazada dan sebagainya bakal dikenakan cukai tersebut.\nPresiden Institut Percukaian Malaysia (CTIM), Chow Chee Yen berkata, ketika ini pembeli yang membeli barangan daripada peniaga luar melalui mana-mana platform e-dagang tidak dikenakan sebarang cukai. \nDifahamkan bentuk cukai ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih adil kepada peniaga tempatan yang dikenakan cukai.\n\u201cIni kerana jika anda membeli sama ada dari dalam atau luar negara selepas ini, kedua-duanya akan dikenakan cukai,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nKerajaan turut menganggarkan kutipan RM200 juta melalui pengenalan baharu ini.\n\nKementerian Kewangan membentangkan dua rang undang-undang (RUU) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat termasuk RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 pada 4 Ogos 2022.\nBacaan kali pertama RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 itu bertujuan meminda Akta Cukai Jualan 2018 bagi mengenakan cukai jualan ke atas barangan import bernilai rendah (LVG) dijual secara dalam talian.\nDi bawah RUU itu, Seksyen 11A baharu akan diwujudkan yang akan mentakrifkan LVG sebagai \u201csebarang barangan atau kelas barangan yang ditetapkan di luar Malaysia yang dijual dan dibawa masuk ke Malaysia\u201d.\n\n\n\nDewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan Pindaan 2022 yang mengandungi 10 fasal, dan RUU Cukai Perkhidmatan Pindaan 2022, yang mengandungi tujuh fasal.\nPindaan terhadap Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806), membabitkan pindaan ke atas empat seksyen sedia ada, dan mewujudkan lima seksyen, satu jadual serta satu bahagian baharu dalam akta berkenaan.\nSumber: SoyaCincau\nRUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022\nPindaan ke atas empat seksyen sedia ada dan mewujudkan lima seksyen, satu jadual dan satu bahagian baharu dalam akta tersebut.\nTimbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah, berkata antara pindaan akta tersebut adalah bagi meluaskan skop kenaan cukai jualan dengan mengenakan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian dan barang tersebut diimport masuk ke Malaysia.\nPada masa ini, LVG bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport masuk ke Malaysia selaras dengan kemudahan de minimis. (Rujuk : PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014)\nMohd Shahar berkata ini telah menyebabkan layanan tidak adil kepada peniaga tempatan kerana barangan yang diimport tidak dikenakan cukai, sedangkan barangan keluaran tempatan tertakluk kepada kenaan cukai jualan pada kadar yang ditetapkan.\nRUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 adalah bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) yang antara lain bertujuan memberi fasilitasi kepada industri dan pembayar cukai lanjutan tempoh masa daripada yang telah ditetapkan di bawah akta tersebut.\nMohd Shahar berkata pindaan ini juga berbentuk pentadbiran am yang bertujuan memberi kemudahan kepada pemain industri dan pembayar cukai.\n\n*Sumber: Berita Harian, Buletin TV3\nBaca juga: \nSemakan Cukai Tanah Setiap Negeri & Cara Bayaran OnlineezHASiL: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-fitri/", "title": "i-Fitri 2023: Bantuan Aidilfitri Rakyat Terengganu & Perantau", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN I-FITRI 2023 KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN BARU & KEMASKINI PENERIMA 2022\ni-Fitri merupakan bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.\nBagi tahun 2022, bantuan i-Fitri yang disalurkan bernilai RM400 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala bagi tahun ini, bantuan kewangan adalah berjumlah RM300.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan i-Fitri 2023 ?\n\n \nKadar Bantuan i-Fitri 2023\n\n \ni) Bantuan i-Fitri 2023\n\n \nii) Bantuan i-Fitri Perantau\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan i-Fitri 2023 ?\nKerajaan Terengganu mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40.\nBantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.\nBantuan ini pertama kalinya diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan \u2018Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua\u2019 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 15 November 2022.\nBantuan ini kemudiannya diteruskan lagi bagi tahun 2023 ini.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023) \u2013 Jumlah & Tarikh Bayaran\nKadar Bantuan i-Fitri 2023\nKadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nRM300 one-off\n\ni) Bantuan i-Fitri 2023\n\nRakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.\nMaklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)\nPemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.\nPermohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.\n\nSYARAT KELAYAKAN BANTUAN I-FITRI 2023\n\nPenerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalamsistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.\nPemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).\nPeniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.\nSemua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.\nPemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.\nPemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan\nPERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap\n\n\nDOKUMEN LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN\nPermohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan\nSalinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan\n\nNOTA: Muatnaik dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG & GIF\n\nii) Bantuan i-Fitri Perantau\nBantuan i-Fitri Perantau akan dibuka bagi rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri Terengganu.\nTarikh permohonan adalah bermula pada 6 April hingga 20 April 2023.\n\nRujuk syarat kelayakan bantuan ini seperti di bawah:\nSYARAT PERMOHONAN\n\nRakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).\nPemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil RakyatTerengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link)\nPemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).\nPermohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.\n\nSYARAT KELAYAKAN BANTUAN i- FITRI PERANTAU\n\nPendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semuaelaun).\nSemua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAKLAYAK memohon\nPENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihiRM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempattinggal semasa.\nPemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkanoleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan\nPemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan\nPERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap\n\n\nDOKUMEN LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN\nPermohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan\nSalinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan\nSalinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil Elektrik atau Air\n\nNOTA: Muatnaik dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG & GIF\n\nTarikh Permohonan\nBANTUAN I-FITRI \n\nTarikh permohonan dibuka : 19 Mac 2023\nTarikh akhir permohonan: 31 Mac 2023\n\nBANTUAN I-FITRI PERANTAU\n\nTarikh permohonan dibuka : 6 April 2023\nTarikh akhir permohonan: 20 April 2023\n\nCara Permohonan\nCara permohonan bantuan i-Fitri adalah secara atas talian.\nPermohonan online boleh dibuat melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my mulai 19 Mac 2023 manakala pemohon bagi kategori PERANTAU boleh memohon mulai 1 April 2023.\nHOTLINE NEGERI :\n\n011- 5368 1120\n011- 1526 5561\n\nBORANG PRT20\nALL_BORANG_PRT20Download\n\nBorang Kemaskini PRT20\nkemaskiniDownload\n\n\nBaca juga: iRAHMAN : Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (RMR Rahman)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Bantuan i-Fitri ini, sila rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu 2023 di SINI.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-jerman/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Jerman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkuad bola sepak Jerman akan berusaha untuk menebus prestasi mereka pada Piala Dunia 2018 apabila mereka bertandang ke Qatar untuk edisi kejohanan tahun ini kerana mereka secara mengejut menduduki tempat tercorot peringkat kumpulan kali terakhir di Rusia.\nItu kemudiannya disusuli dengan satu lagi persembahan kurang memberangsangkan di Euro 2020, di mana England terbukti terlalu kuat pada pusingan 16.\nItu menyaksikan Hansi Flick menggantikan Joachim Low sebagai ketua jurulatih, dengan bekas bos Bayern Munich itu terdesak untuk memberi impak pada kejohanan utama pertamanya sebagai pemain utama.\nMari lihat senarai penuh skuad bola sepak Jerman untuk kejohanan Piala Dunia 2022 kali ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Jerman\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Jerman\nSumber: DW Bundesliga Kick off\nPenjaga gol\nNamaKelabManuel NeuerBayern MunichKevin TrappEintracht FrankfurtMarc-Andre ter StegenBarcelona\nPenjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer akan menjadi pemain di Qatar.\nMarc-Andre ter Stegen dari Barcelona dan Kevin Trapp dari Eintracht Frankfurt telah dipilih sebagai penjagaa gol sandaran.\nPertahanan \nNamaKelabAntonio RudigerReal MadridMatthias GinterSC FreiburgThilo KehrerWest HamNiklas SuleDortmundArmel Bella-KotchapSouthamptonNico SchlotterbeckDortmundLukas KlostermannRB LeipzigChristian GunterSC FreiburgDavid RaumLeipzig\nAntonio Rudiger pasti akan bermula sebagai salah seorang bek tengah dengan Niklas Sule dari Dortmund.\nThilo Kehrer dan David Raum juga pastinya akan mendapatkan peluang mereka sebagai pilihan utama dalam skuad bola sepak Jerman.\nPilihan lain termasuk Matthias Ginter dengan pemain muda yang berpotensi, Armel Bella-Kotchap juga berprluang untuk menyerlah.\nPemain tengah\nNameClubJoshua KimmichBayern MunichJamal MusialaBayern MunichIlkay GundoganManchester CityLeon GoretzkaBayern MunichJulian BrandtDortmundJonas HofmannBorussia MonchengladbachMario GotzeEintracht Frankfurt\nFlick mempunyai banyak pilihan di bahagian tengah, kedua-duanya mengenai pemain yang berfikiran bertahan dan pemain yang lebih kreatif.\nJoshua Kimmich merupakan antara pilihan utama di bahagian tengah dan pemain seperti Ilkay Gundogan, Leon Goretzka dan Julian Brandt juga akan bersaing untuk mendapatkan tempat permulaan.\nPemain muda yang berpotensi Jamal Musiala akan menambah sedikit bakat dan kreativiti, manakala Mario Gotze telah kembali ke barisan Jerman selepas lima tahun tidak hadir \u2013 beliau menjaringkan gol kemenangan mereka pada final Piala Dunia 2014 dan kini bermain untuk Eintracht Frankfurt.\nPenyerang\nNamaKelabKai HavertzChelseaSerge GnabryBayern MunichThomas MullerBayern MunichLeroy SaneBayern MunichKarim AdeyemiDortmundYoussoufa MoukokoDortmundNiclas FullkrugWerder Bremen\nSkuad bola sepak Jerman ini juga mempunyai banyak bakat untuk dipilih dari bahagian seranganjuga.\nPemain Chelsea Kai Havertz dan duo Bayern Munich Thomas Muller dan Serge Gnabry juga telah dipanggil.\nLeroy Sane mengalami sedikit kebimbangan selepas mengalami masalah otot, tetapi kembali beraksi semasa Bayern menang 3-2 ke atas Hertha dan akan menaiki penerbangan ke Qatar.\nKemudian ada bakat yang semakin meningkat seperti Karim Adeyemi dan wonderkid Borussia Dortmund berusia 17 tahun Youssoufa Moukoko, yang akan berharap untuk mendapatkan cap senior pertamanya di Piala Dunia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ranking-universiti-terbaik-malaysia/", "title": "Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2023-2024)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI RANKING TERKINI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2023 \u2013 2024 (TIMES HIGHER EDUCATION UNIVERSITY RANKING 2024 & QS WORLD UNIVERSITY RANKING 2024)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nQS World University Ranking 2024\n\n \nSENARAI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2024 (QS World University Ranking)\n\n \n20 Universiti Terbaik Di Asia Tenggara 2024\n\n \nTHE Times Higher Education World University Rankings 2023\n\n \nSENARAI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2023 (THE Times Higher Education World University Rankings)\n\n\nQS World University Ranking 2024\nPada 27 Jun 2023 yang lalu, senarai QS World University Ranking 2024 telah diumumkan untuk ribuan universiti seluruh dunia, termasuklah Malaysia.\nBerikut merupakan senarai 10 universiti terbaik dunia mengikut senarai terbaharu yang dikeluarkan:\n\nMassachusetts Institute of Technology (MIT)\u00a0\nUniversity of Cambridge\u00a0\nUniversity of Oxford\u00a0\nHarvard University\u00a0\nStanford University\u00a0\nImperial College London\u00a0\nETH Zurich \u2013 Swiss Federal Institute of Technology\u00a0\nNational University of Singapore (NUS)\u00a0\nUniversity College London (UCL)\u00a0\nUniversity of California, Berkeley (UCB)\u00a0\n\nInstitusi di Eropah dan Amerika mendominasi kedudukan 10 teratas, kebanyakannya menerima markah sempurna 100 dalam petunjuk seperti: \u2018Reputasi Akademik\u2019, \u2018Reputasi Majikan\u2019 dan \u2018Nisbah Fakulti/Pelajar\u2019.\nUniversiti Nasional Singapura (NUS), adalah satu-satunya institusi dari Asia yang menduduki 10 teratas ini.\nUniversiti California (UCB) ialah satu-satunya institusi yang memperoleh skor sempurna 100 dalam penunjuk \u2018Kemampanan\u2019 (Sustainability) \u2013 diikuti rapat oleh Universiti Pennsylvania (kedudukan ke-12), Universiti Toronto (kedudukan ke-21) dan Universiti British Columbia (kedudukan ke-34) \u2013 semuanya dengan markah 99.9.\nTahun ini menampilkan 85 peserta baharu \u2013 lebih separuh daripada Asia, dengan Bangladesh (11 institusi baharu), Indonesia (10), India dan Malaysia (masing-masing lima) dan Kazakhstan (empat) mempunyai perwakilan tertinggi. \nDua daripada peserta baharu berada dalam kedudukan 10 Teratas: Universiti Nasional Singapura dan Universiti California, Berkley.\n\n\n\n\n\n\nLokasi baharu lain yang dipaparkan dalam ranking tahun ini termasuk Iceland dan Luxemburg (dengan satu institusi setiap satu), serta Nigeria (dua) dan Ethiopia (satu). \nKeputusan terbaik dalam kalangan peserta baharu ditunjukkan oleh Universiti Hamad bin Khalifa dari Qatar dan Universiti Luxemburg, memastikan tempat mereka dalam kedudukan 400 teratas.\nSENARAI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2024 (QS World University Ranking)\nSumber: EduAdvisor\n\nUniversiti Malaya (65)\nUniversiti Sains Malaysia (137)\nUniversiti Putra Malaysia (158)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (159)\nUniversiti Teknologi Malaysia (188)\nTaylor\u2019s University (284)\nUCSI University (300)\nUniversiti Teknologi Petronas (307)\nUniversiti Utara Malaysia (538)\nUniversiti Teknologi MARA (555)\n\nInfografik di atas menyenaraikan universiti-universiti utama di Malaysia yang disenaraikan dalam ranking ini beserta perubahan ranking dari tahun sebelumnya (2023).\nDaripada infografik ini, kita dapat lihat Universiti Malaysia mencatatkan peningkatan 5 anak tangga ke kedudukan 65 pada tahun 2024 sementara Universiti Sains Malaysia (USM) pula mencatatkan peningkatan 6 anak tangga ke kedudukan 137 dunia pada tahun 2024.\nUniversiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berada di tempat ke 3 dan 4 masing-masing pula mencatatkan sedikit penurunan daripada tahun sebelumnya.\nSecara umumnya, kedudukan 5 teratas dalam ranking pada tahun 2024 ini dipelopori oleh universiti awam IPTA.\nTaylor\u2019s University yang menduduki tangga ke 284 dunia pula berada di kedudukan nombor 6 bagi senarai universiti terbaik di Malaysia mengikut senarai yang dikeluarkan oleh pihak QS.\nIni juga bermakna Taylor\u2019s University merupakan universiti swasta terbaik di Malaysia bagi tahun 2024 mengikut senarai yang dikeluarkan ini, kedudukan yang sama di peringkat global dan Malaysia seperti tahun 2023.\nUntuk senarai penuh, sila rujuk laman web rasmi QS\nEdisi tahunan ke-19 Times Higher Education World University Rankings, yang diterbitkan pada 12 Oktober, menunjukkan trend yang menunjukkan pengurangan universiti Amerika Syarikat dalam 100 universiti terbaik dunia, manakala negara-negara Asia yang dipimpin oleh China, dan universiti di Timur Tengah menunjukkan trend yang semakin meningkat.\n20 Universiti Terbaik Di Asia Tenggara 2024\nBerikut adalah Top 20 Universiti Terbaik di Asia Tenggara mengikut senarai yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings 2024:\n\n\nNational University of Singapore (NUS) -8\nNanyang Technological University (NTU) -26\nUniversiti Malaya (UM) -65\nUniversiti Sains Malaysia (USM)-137\nUniversiti Putra Malaysia (UPM) -158\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) -159\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)-188\nChulalongkorn University -211\nUniversitas Indonesia-237\nUniversitas Gadjah Mada ( UGM)-263\nBandung Institute of Technology -281 \nTAYLOR\u2019S UNIVERSITY-284\nUCSI University -300 \nUniversiti Teknologi PETRONAS -307 \nUniversiti Airlangga-345\nMahidol University-382\nUniversiti Brunei Darussalam-387\nUniversity of the Philippines (UP)-404\nInstitut Pertanian Bogor (IPB)-489\nUniversiti Teknologi Brunei -525\n\nSumber : https://www.topuniversities.com/\u2026/world\u2026/2024\u2026\u00a0\nTHE Times Higher Education World University Rankings 2023\nTimes Higher Education (THE) telah menjadi barometer yang diawasi dengan teliti bagi perubahan dalam inovasi global dan ekonomi pengetahuan, menyokong penggubalan dasar kerajaan dan keputusan strategik pemimpin universiti, serta menyokong berjuta-juta pelajar mudah alih antarabangsa untuk memutuskan siapa untuk mempercayai pendidikan mereka.\nTHE World University Rankings adalah berdasarkan 13 metrik prestasi yang berasingan, meliputi rangkaian penuh misi teras universiti penyelidikan berfokus antarabangsa: pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan pandangan antarabangsa. Edisi 2023 adalah berdasarkan analisis lebih 15.5 juta penyelidikan penerbitan \u2013 dan lebih 112 juta petikan untuk penerbitan tersebut \u2013 serta tinjauan lebih daripada 40,000 ahli akademik di seluruh dunia tentang reputasi akademik antarabangsa setiap sekolah, di samping data tentang pendapatan institusi dan demografi fakulti, termasuk pengambilan bakat antarabangsa dan kerjasama penyelidikan.\n10 tangga teratas didominasi oleh universiti terkenal di United Kingdom dan Amerika Syarikat iaitu:\n\nUniversity of Oxford (UK)\nHarvard University (UK)\nUniversity of Cambridge (UK)\nStanford University (US)\nMassachusetts Institute of Technology (US)\nCalifornia Institute of Technology (US)\nPrinceton University (US)\nUniversity of California, Berkeley (US)\nYale University (US)\nImperial College London (UK)\n\nSumber: Times Higher Education\nChina yang sebelum ini mempunyai 2 universiti dalam kedudukan 100 teratas dunia telah meningkat kepada 7. Hong Kong mempunyai 5 universiti dalam kelompok 100 teratas, manakala Korea Selatan, 3, dan Singapura dan Jepun masing-masing 2.\nBerikut disertakan senarai 10 universiti terbaik di Asia menurut Times Higher Education World University Rankings 2023.\n\nTshinghua University (China)\nPeking University (China)\nNational University of Singapore (Singapura)\nUniversity of Hong Kong (Hong Kong)\nNanyang Technological University, Singapore (Singapura)\nThe University of Tokyo (Jepun)\nChinese University of Hong Kong (Hong Kong)\nFudan University (China)\nShanghai Jiao Tong University (China)\nSeoul National University (Korea Selatan)\n\nSumber: Times Higher Education\nSENARAI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2023 (THE Times Higher Education World University Rankings)\nBerikut pula dikongsikan 10 universiti terbaik di Malaysia mengikut carta THE Times Higher Education World University Rankings 2023:\n\nUniversiti Malaya UM (351-400)\nUniversiti Teknologi Petronas UTP (401-500)\nUniversiti Utara Malaysia UUM (401-500)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia UKM (601-800)\nUniversiti Putra Malaysia UPM (601-800)\nUniversiti Sains Malaysia USM (601-800)\nUniversiti Teknologi Malaysia UTM (601-800)\nUniversiti Malaysia Pahang UMP (801-1000)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris UPSI (801-1000)\nSunway University (801-1000)\n\nSumber infografik : Edu Advisor\nApakah Universiti yang tersenarai dalam senarai terbaik di dunia? Berikut adalah senarai universiti terbaik di Malaysia (ranking terkini 2023 / 2024)1. Universiti Malaya (65)2. Universiti Sains Malaysia (137)3. Universiti Putra Malaysia (158)4. Universiti Kebangsaan Malaysia (159)5. Universiti Teknologi Malaysia (188)6. Taylor\u2019s University (284)7. UCSI University (300)8. Universiti Teknologi Petronas (307)9. Universiti Utara Malaysia (538)10. Universiti Teknologi MARA (555) Apakah universiti terbaik di Malaysia? Universiti Malaya (UM) mendahului institusi pendidikan di Malaysia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024 dan mengekalkan tempatnya dalam kalangan 100 universiti terbaik antarabangsa untuk tahun kelima berturut-turut. Apakah universiti awam yang terbaik di Malaysia? Universiti Malaya adalah universiti terbaik di Malaysia secara keseluruhan dan juga merupakan universiti awam terbaik di negara ini. Apakah universiti swasta terbaik di Malaysia? Taylor\u2019s University dinamakan universiti swasta nombor satu di Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut, menduduki tempat ke-284 keseluruhan (2022 / 2023) daripada tempat ke-332 tahun lalu. Pada tahun 2024, Taylor\u2019s University masih mengekalkan kedudukannya. Apakah QS World University Ranking? QS World University Rankings ialah penerbitan tahunan kedudukan universiti yang dijalankan oleh Quacquarelli Symonds (QS).Sistem QS kini terdiri dari keseluruhan dan juga terdiri dari subjek peringkat global, bersama lima rantau bebas (Asia, Amerika Latin, Eropah dan Asia Tengah, Wilayah Arab, dan BRICS).Ini ialah satu-satunya kedudukan antarabangsa yang telah menerima persetujuan dari International Ranking Expert Group (IREG),dan dari jenis yang dipandang sebagai salah satu yang paling banyak dibaca, bersama dengan Academic Ranking of World Universities dan Times Higher Education World University Rankings. \nLATARBELAKANG QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS\nQS World University Rankings ialah penerbitan tahunan kedudukan universiiti yang dijalankan oleh Quacquarelli Symonds (QS). QS World University Rankings dahulunya dikenali sebagai THE-QS World University Rankings, bekerja sama dengan majalah Times Higher Education (THE) untuk menerbitkan jadual liga antarabangsa dari 2004-2009 sebelum keduanya mulai mengumumkan versi mereka sendiri. QS kemudian memilih untuk tetap menggunakan metodologi yang sudah ada sementara THE mengguna pakai yang baru. \nSistem QS kini terdiri dari keseluruhan dan juga terdiri dari subjek peringkat global, bersama lima rantau bebas (Asia, Amerika Latin, Eropah dan Asia Tengah, Wilayah Arab, dan BRICS).Ini ialah satu-satunya kedudukan antarabangsa yang telah menerima persetujuan dari International Ranking Expert Group (IREG),dan dari jenis yang dipandang sebagai salah satu yang paling banyak dibaca, bersama dengan Academic Ranking of World Universities dan Times Higher Education World University Rankings.\nNamun, peruntukan beban yang tidak semestinya untuk indikator subjektif dan memiliki hasil yang sangat turun naik ialah kritikan utama dari pemeringkatan kedudukan ini\nBaca juga:\n\nKitar Semula: Senarai Barangan & Pusat Pengumpulan Kitar Semula\nSenarai Terkini Lokasi Kamera AES/AWAS di Seluruh Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ekhutbah-jumaat-jakim/", "title": "eKhutbah JAKIM : Muat Turun Khutbah Jumaat Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\neKhutbah JAKIM : Muat Turun Khutbah Jumaat Online\nKhutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.\nKhutbah ini adalah salah satu daripada syarat sah solat Jumaat, tanpanya, solat Jumaat tidak sah.\nJadi, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB.\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDari Ibnu Umar RA meriyatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri\u201d\u00a0\nHadis riwayat Muslim\nBagi yang tidak tahu, setiap teks Khutbah Jumaat disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing sementara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM menyediakan teks khutbah bagi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan melalui portal eKhutbah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-syarat Sah Solat Jumaat\n\n \nRukun Khutbah Jumaat\n\n \nSyarat Sah Khutbah\n\n \neKhutbah : Koleksi Khutbah Jumaat oleh JAKIM\n\n\nSyarat-syarat Sah Solat Jumaat\n1. Ditunaikan pada tempat khas.2. Dituniakan dalam waktu Zohor.3.\u00a0 Secara berjemaah.4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.5. Didahului 2 khutbah sebelum solat Jumaat.\nBaca lagi: Solat Jumaat: Niat, Syarat Wajib, Syarat Sah & Panduan Ringkas\nRukun Khutbah Jumaat\nBerikut merupakan rukun Khutbah Jumaat:\n\nKhutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: \u201cAlhamdulillah\u201d.\nDiikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: \u201cAllahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad.\u201d\nKhutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: \u201cbertaqwalah kamu kepada Allah.\u201d\nMembaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.\nMendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: \u201cRahima-kumullah.\u201d\n\n\nSyarat Sah Khutbah\nBerikut adalah syarat-syarat sah Khutbah:\n\nTelah masuk waktu Zohor\nDidahulukan bacaan Khutbah sebelum Solat Jumaat\nMembaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab\nDilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah \u00a0dgn solat Jumaat\nKhatib hendaklah seorang lelaki\nKhatib hendaklah berdiri jika mampu\nKhatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah\nKhatib hendaklah menutup aurat\nKhutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah\nKhatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.\nKhatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)\n\neKhutbah : Koleksi Khutbah Jumaat oleh JAKIM\nDi zaman moden, khutbah Jumaat sering disiarkan melalui media-media moden seperti radio, telefon dan siaran langsung di kaca televisyen.\nKesemua teks ucapan Khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM turut dipaparkan di halaman rasmi JAKIM untuk dimuat turun dan di manfaatkan oleh orang ramai.\n\nUntuk muat turun koleksi Khutbah ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari halaman e-Khutbah di laman web JAKIM di alamat https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah\nKlik pada mana-mana tajuk Khutbah yang disusun mengikut tarikh yang terkini\nKemudian anda boleh klik fail PDF untuk memuat turun Khutbah dalam 2 edisi \u2013 Edisi Rumi dan Edisi Jawi\n\nTerdapat kotak carian di halaman e-Khutbah untuk anda membuat carian berdasarkan topik tertentu.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pipoa-pusat-intelek-pelajar-orang-asli/", "title": "PIPOA (Pusat Intelek Pelajar Orang Asli)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Kemasukan PIPOA (Pusat Intelek Pelajar Orang Asli)\nSukacita dimaklumkan bahawa Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) kini menawarkan pengambilan pelajar baharu bagi murid Orang Asli lepasan sekolah rendah.\nUntuk makluman PIPOA merupakan pusat pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA).\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai pengambilan pelajar baharu yang ditawarkan.\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Dermasiswa MUIP Untuk Pelajar Tahfiz, Pondok & IPT\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PIPOA (PIPOA (Pusat Intelek Pelajar Orang Asli) ?\n\n \nLokasi\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Kemasukan PIPOA\n\n \nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah PIPOA (PIPOA (Pusat Intelek Pelajar Orang Asli) ?\nMula beroperasi pada 1 Januari 2011, PIPOA ditubuhkan bagi memenuhi matlamat seperti berikut :\n\nMelahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.\nMenyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan yang selesa kepada pelajar Orang Asli.\nMeningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli di peringkat menengah.\nMenambah bilangan cerdik pandai Orang Asli yang mendapat pendidikan yang berterusan.\nMengurangkan kadar keciciran di kalangan generasi muda Orang Asli.\nMenampung keperluan peluang belajar yang lebih luas kepada pelajar masyarakat Orang Asli yang tidak mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh kerajaan.\nMemenuhi keperluan program kemasyarakatan Orang Asli (program pendidikan).\n\n\nLokasi\nPelajar yang diterima bakal bersekolah di PIPOA yang terletak di alamat berikut :\nPusat Intelek Pelajar Orang Asli,Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA),KM1, Jalan Sabak,26800 Kuala Rompin,Pahang Darul Makmur.\nTarikh Tutup Permohonan\nPelajar Orang Asli yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 16 Februari 2023.\nSyarat Kemasukan PIPOA\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nWarganegara Malaysia.\nHanya mereka yang menepati takrifan di bawah seksyen 3 di dalam Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang layak memohon kemasukan ke PIPOA.\nMenandatangani borang persetujuan penerimaan dan borang perjanjian ibu bapa/penjaga dengan pengurusan asrama.\nPenempatan asrama dan sekolah ditetapkan JAKOA.\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian seperti berikut :\n\nPergi ke pautan\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdE1FOFYGyt4g1F7kiwbeiavei3B1Zhpy9MQrSvP9oPNo3ZXA/viewform?fbclid=IwAR3bT3TQeS2XUHNrVAhm8OYb5pvTTgy5ZtNDPyS0MDu53BbqcDFZpMnt59g.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nSemua maklumat hendaklah diisi dengan lengkap dan betul.\nKlik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai tawaran kemasukan PIPOA, sila hubungi Unit Pendidikan Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) seperti berikut :\n\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor: 07-224 3901\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang: 09-515 6425\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak/Kedah: 05-254 0009\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan/Terengganu: 09-744 3488\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan/Melaka: 06-763 8815\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan: 03-5519 0375\nPejabat Pusat Intelek Pelajar Orang Asli, Rompin Pahang: 09-414 5053\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-akaun-kwsp-online/", "title": "i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login & Semakan Penyata", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPanduan Pendaftaran Ahli KWSP, Pengaktifan i-Akaun & Semakan Penyata KWSP Online\nLanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).\nTentu ramai yang nak buat pengeluaran @ pinjaman ini dan nak semak baki Akaun 2 kan?\nSebagai pekerja, perasan tak setiap bulan ada sebahagian gaji kita akan dipotong sedikit untuk dicarum ke KWSP?\nSelain bahagian gaji kita, terdapat juga bahagian yang dicarum oleh majikan untuk kita.\nBagi yang bekerja sendiri, kita juga digalakkan untuk mencarum dalam KWSP.\nSebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli KWSP. \nBerikut dikongsikan bagaimana mendaftar dan membuat semakan penyata KWSP online ini.\nJom baca selanjutnya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah KWSP?\n\n \n5 Kelebihan Menjadi Ahli KWSP\n\n \nCara Pendaftaran Ahli KWSP\n\n \nPendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)\n\n \nCara Daftar i-Akaun Online (View Mode)\n\n \nSemakan Penyata KWSP Online\n\n \nSemakan Kelayakan Pinjaman Bercagar @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 KWSP)\n\n \nMuat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah KWSP?\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu menyimpan wang bagi kegunaan pada hari tua. \nIni kerana simpanan KWSP memastikan kita mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja. \n\n\n\n\n\n\nOleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri. \nBukan sekadar menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai dalam kes-kes tertentu seperti:\n\nmembeli rumah / hartanah\nmengurangkan pinjaman perumahan\nmenyelesaikan pinjaman pendidikan\nmenerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara\n\nJika anda telah memohon pengeluaran i-Citra, anda boleh gunakan panduan ini untuk menyemak baki akaun 1 & 2 setelah membuat pengeluaran setiap bulan.\n5 Kelebihan Menjadi Ahli KWSP\nSelain dapat membantu kita lebih berdisiplin untuk membuat simpanan persaraan, antara kelebihan menjadi ahli KWSP adalah seperti berikut:\n\nPelaburan Terjamin : Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu. \nBantuan Hilang Upaya : Bantuan sebanyak RM5,000 dibayar kepada ahli yang layak dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya. \nPendaftaran Haji : Ahli KWSP layak untuk membuat pendaftaran Haji KWSP dengan mengemukakan Penyata Ahli KWSP. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Lembaga Tabung Haji (LTH)\u00a0sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi. \nBantuan Kematian Kepada Waris : Bantuan sebanyak RM2,500 dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli (mengikut budi bicara KWSP), apabila Pengeluaran Kematian dibuat. \nPelepasan Cukai : Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM4,000\u00a0tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa). \n\nNOTA: KWSP bukan hanya untuk majikan dan pekerja tetap, pekerja freelance seperti rider FoodPanda atau yang berniaga sendiri juga boleh mendaftar secara sukarela di bawah skim i-Saraan KWSP.\nCara Pendaftaran Ahli KWSP \nTerdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP :\n1. PENDAFTARAN AUTOMATIK OLEH MAJIKAN\nApabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.\nPendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang\u00a0KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).\n2. PENDAFTARAN DI KAUNTER\nHanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.\nJika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan\u00a0Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.\n3. I-AKAUN MAJIKAN\nMajikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.\nAnda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.\n4. KIOSK\nAnda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.\nAnda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.\n5. PENDAFTARAN SENDIRI\nJika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.\nSila rujuk : i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan\n\nPendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)\nSekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun.\ni-Akaun ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online, seperti\n\nKemaskini profil peribadi\nSemak kelayakan pengeluaran\nSemak baki simpanan\nSemak penyata KWSP\nSemak rekod caruman\nMemohon e-Pengeluaran\nMenyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya\nMenyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran\nMenukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah\nMenyemak maklumat penamaan\nMengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan\nMenyemak transaksi caruman KWSP terkini\nMenyemak log aktiviti i-Akaun\n\n\nLangkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:\n\nHadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda \nLayari laman web www.kwsp.gov.my\n\nPilih \u2018Log Masuk\u2019 dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU\nMuat turun aplikasi mobil i-Akaun\n\n\nMasukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS\nSetelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda\nSelepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.\n\n\nCara Daftar i-Akaun Online (View Mode)\nSekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke kaunter atau pejabat KWSP, anda boleh buat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online sahaja tanpa perlu ke kios / kaunter KWSP. \nCaranya mudah, anda hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (8am-5pm).\nBagaimanapun, kemudahan i-Akaun (view mode) adalah terhad kepada:\n\nSemakan Baki Akaun\nSemakan Caruman Semasa\nSemakan Profil\nSemakan Sejarah Pengeluaran\nSemakan Kelayakan Pengeluaran\nPush Notifications/i-Akaun Secured Inbox\n\n*Untuk akses penuh i-Akaun seperti kemudahan reset kata laluan, e-Pengeluaran, Penamaan, muat turun penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, ahli perlu hadir ke kios/kaunter di cawangan KWSP untuk pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari. \nKlik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios/kaunter.\n\n\n\nBaca juga: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)\nSemakan Penyata KWSP Online\nKWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah. \nJadi, macam mana nak buat semakan penyata KWSP online?\nBerikut dikongsikan langkah demi langkah:\n\nLog masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan\u00a0ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.\nKlik tab \u2018Akaun Peribadi\u2019.\nPilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan \u2018Cari\u2019.\nMaklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.\n\n\nPenyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.\n\nAnda juga boleh melihat penyata bagi tahun sebelumnya.\n\nIa juga boleh dicetak untuk kegunaan dokumen sokongan dalam membuat pinjaman perumahan dan sebagainya.\n\nJika anda bekerja sebagai penjawat awam dan ingin membuat pinjaman perumahan LPPSA, baca selanjutnya di SINI.\nSemakan Kelayakan Pinjaman Bercagar @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 KWSP)\nUntuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:\n\nDaftar dan aktifkan i-Akaun sekiranys perlu* (Rujuk cara mendaftar i-Akaun KWSP : i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata)\nSemak kelayakan di i-Akaun\nMohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)\n\nDaftar dan aktifkan i-Akaun di\u00a0Self Service Terminal (SST)\u00a0di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor\u00a0Transaction Authorisation Code (TAC)\u00a0bagi tujuan semakan kelayakan.\nLayari\u00a0https://fsa2.kwsp.gov.my/\u00a0untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini atau rujuk artikel berikut:\u00a0FSA2 \u2013 Fasiliti Sokongan Akaun 2 \n\nMuat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP\nSelain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui \n\nAplikasi i-Akaun di Google Apps Store\nAplikasi i-Akaun di Apple Apps Store\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan :\u00a0http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services\u00a0atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000 \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tabung-usahawan-yayasan-perak/", "title": "Program Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak Untuk Peniaga IKS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak kini menawarkan Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk pemilik bisnes Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya daripada golongan B40.\nInisiatif ini merupakan satu bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan negeri Perak yang berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022 (RM200 Setiap Bayi)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif Program Tabung Usahawan Yayasan Perak\n\n \nJumlah & Tempoh Pinjaman\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n \nPerniagaan Tidak Layak Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nObjektif Program Tabung Usahawan Yayasan Perak\nProgram ini diwujudkan bagi mencapai matlamat seperti berikut :\n\nMembangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.\nMelahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.\nMeningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.\nMemperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.\n\n\nJumlah & Tempoh Pinjaman\nKadar pinjaman yang ditetapkan menerusi program ini adalah antara RM 5,000 sehingga RM 20,000 (bergantung kepada kemampuan).\nTempoh pinjaman yang ditetapkan pula adalah sehingga 5 tahun serta bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.\nSyarat Permohonan\nPemilik bisnes yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan :\n\nPemohon berumur antara 18 hingga 59 tahun serta\u00a0 menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.\nPemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.\nPemohon bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.\nPemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.\nMenjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.\nPerniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.\nPerniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.\n\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\n\nMuat turun borang borang permohonan menerusi pautan berikut\u00a0https://yayasanperak.gov.my/v6/wp-content/uploads/2022/03/BorangPinjamanTabungUsahawan(08032022).pdf.\nIsi borang tersebut dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111, Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan\n\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut : \u00a0\n\nBorang/Surat Permohonan (wajib).\nSalinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.\nSalinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.\nSalinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.\nPelan lokasi perniagaan yang disahkan.\nSalinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.\nDokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan \u2013 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.\nSenarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.\nPengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.\nSalinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.\n\nPerniagaan Tidak Layak Memohon\nSenarai perniagaan yang tidak layak memohon bagi program pinjaman ini adalah seperti berikut :\n\nUrusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan\u00a0(usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).\nUrusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.\nPerniagaan barangan lusuh/Kitar semula (mengikut pasaran semasa).\nPembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi (perniagaan bermusim).\nPerniagaan secara orang tengah atau agen\u00a0 perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau \u00a0hartanah) dan yang seumpamanya.\nKontraktor Pembangunan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau 05-246 0998. \nAnda juga boleh ikuti laman Facebook rasmi Yayasan Perak di pautan https://www.facebook.com/yayasanperakYP. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-bantuan-isejahtera/", "title": "Program Bantuan iSejahtera RM100 \u2013 RM150 Setahun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK IBU TUNGGAL, WARGA EMAS, OKU, SURIRUMAH, PELAJAR DAN BAYI\nSistem iSejahtera merupakan sistem yang dibangunakan selaras dengan Hasrat kerajaan negeri untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang dan dapat diakses melalui pautan\u00a0iSejahtera.\nSistem ini dimulakan dengan Program Penghargaan Warga Emas dan diperluas lagi untuk program-program kebajikan seperti berikut:\na) \u00a0Program Ibu Tunggalb) \u00a0Program OKUc) \u00a0Program Anak Emasd) \u00a0Program Pelajar Emase) \u00a0Program Ibu Emasf) \u00a0Program Bantuan\u00a0One-off\nSistem ini digunakan oleh orang awam,Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran. Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang\n\nBaca juga: Akaun Bank Bekas Suami Akan Dibekukan Jika Tidak Bayar Nafkah\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis Bantuan iSejahtera 2022\n\n \nSyarat Bantuan iSejahtera\n\n \n1. PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS\n\n \n2. PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL\n\n \n3. PROGRAM SURI EMAS\n\n \n4. PROGRAM BANTUAN OKU\n\n \n5. PROGRAM ANAK EMAS\n\n \nCara Pendaftaran iSejahtera\n\n \nSemakan Status\n\n \nJumlah Bantuan\n\n \nTarikh Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJenis Bantuan iSejahtera 2022\nTerdapat beberapa jenis program bantuan yang boleh dimohon bagi tahun 2022 iaitu:\na) \u00a0Program Warga Emasb) \u00a0ProgramBantuanIbuTunggalc) \u00a0ProgramKemiskinanAESd) \u00a0Program Bantuan OKUe) \u00a0Program Anak Emasf) \u00a0Program Ibu Emas\nSyarat Bantuan iSejahtera\nSyarat-syarat permohonan:\n1. PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\n1.Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.\u00a0KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH\n\n\n\n\n\n\nDOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN\u00a0\n1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.2.Salinan Kad Pengenalan Waris.3.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).\u00a0KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR\n2. PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\n1.Warganegara Malaysia.2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.\u00a0KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH3.Bercerai atau kematian suami4.Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar5.Tidak berkahwin semula.6.Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak\nDOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN\n1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.2.Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.4.Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.5.Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.6. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.\u00a07.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).\u00a0KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR\n3. PROGRAM SURI EMAS\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\n1.Warganegara Malaysia.2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.\u00a0KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.3.Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap4.Wanita masih berumahtangga.5.Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.\nDOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN\u00a0\n1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.2.Salinan Kad Pengenalan Suami.3.Salinan Sijil Perkahwinan.4.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.5.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).\u00a0KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR\n4. PROGRAM BANTUAN OKU\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\n1.Warganegara Malaysia.2.Menetap di Negeri Pulau Pinang.3.Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.\nDOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN\u00a0\n1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.2.Salinan Kad Pengenalan Waris.3.Salinan Kad Pendaftaran OKU.4.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.\n5. PROGRAM ANAK EMAS\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\n1.Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.2.Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.3.Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.\u00a0KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH\nDOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN\u00a0\n1.Salinan Sijil Kelahiran anak.2.Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.3.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).\u00a0KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR\n\nCara Pendaftaran iSejahtera\nPemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh mendaftar secara atas talian (online).\nPermohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.\nBagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).\u00a0KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR\nSemakan Status\nStatus Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing. \nJumlah Bantuan\nBAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN\nProgram Penghargaan Warga Emas : RM150Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100Program Ibu Emas : RM100Program Bantuan OKU : RM150\nBAYARAN SEKALI SECARA\u00a0ONE-OFF\nProgram Anak Emas : RM200Khairat Kematian : RM1,000\n\nTarikh Pembayaran\nPembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.\nBayaran Fasa 2/2022 kepada penerima Program i-Sejahtera yang belum menerima bayaran bagi tahun 2022 dijangka akan bermula pada hujung bulan April 2022 dan selesai sepenuhnya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. \nMengikut rekod, terdapat 31,818 orang pemohon yang belum mengemaskini maklumat akaun bank. Pada masa yang sama, bayaran tertunggak bagi tahun 2020 dan 2021 akan turut dipertimbangkan untuk dibayar pada Fasa Bayaran 2/2022 sekiranya pemohon membuat pengemaskinian maklumat akaun bank selewat-lewatnya sebelum 7 April 2022.\nPengemaskinian maklumat akaun bank boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui Sistem i-Sejahtera ataupun terus ke kaunter Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) atau ke Pejabat Daerah dengan mengemukakan salinan maklumat akaun bank yang masih aktif. \nPemohon yang mempunyai sebarang masalah berkaitan pengemaskinian maklumat akaun bank adalah dimohon untuk menghubungi Pusat Khidmat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) untuk meja bantuan. \nMaklumat Pusat Khidmat boleh dirujuk melalui Portal i-Sejahtera pada bahagian \u2018Hubungi Kami\u2019.\nPautan Sistem i-Sejahtera : https://isejahtera.penang.gov.my/\nBaca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kulim-smart-parking/", "title": "Kulim Smart Parking: Pendaftaran, Pas Bulanan & Bayar Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKulim Smart Parking merupakan satu inisiatif baru daripada pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menambah baik sistem tempahan dan bayaran parking di kawasan di bawah seliaan MPKK.\nDengan pengenalan Kulim Smart Parking, MPKK menjadi majlis berkuasan tempatan pertama di negeri Kedah yang menggunakan sistem meletak kereta pintar pertama seumpanya.\nUntuk pembangunan sistem parking yang lebih efisien ini, kerajaan telah mendapatkan usahasama dengan syarikat HeiTech Padu Berhad yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang selama lebih 25 tahun.\nPengenalan sistem Smart Parking ini juga merupakan salah satu langkah strategik untuk mentransformasikan daerah Kulim kearah sebuah bandar maju dan hub pelaburan berteknologi tinggi. \nBerikut dikongsikan cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar Kulim Smart Parking (KSP)\n\n \nBayaran Menggunakan e-Dompet\n\n \nCara Bayar Tempat Letak Kereta\n\n \nCara Beli Pas Bulanan\n\n \nPROGRAM PENUKARAN KUPON GORES TEMPAT LETAK KERETA MPKK KEPADA KREDIT EWALLET DALAM APLIKASI KULIM SMART PARKING\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Daftar Kulim Smart Parking (KSP)\nSila muat turun aplikasi KSP terlebih dahulu di pautan berikut: \nHuawei App Gallery: https://appgallery.huawei.com/app/C107057023Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/id1641449291Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mpkulim.kspapp\n\nBayaran Menggunakan e-Dompet\n\n\n\nSatu perkara menarik mengenai sistem Kulim Smart Parking ini adalah segala urusan pembayaran parking boleh dilakukan secara terus melalui aplikasi yang dibangunkan menggunakan e-dompet.\n\n\n\n\n\n\nKemudahan ini sememangnya memudahkan kebanyakan pengguna kerana sebahagian besar daripada kita sememangnya sudah menggunakan kemudahan e-dompet untuk pelbagai urusan pembayaran.\nMaka, anda tidak lagi perlu membayar menggunakan duit tunai untuk membeli kupon parking setiap kali meletakkan kenderaan anda di petak-petak parking berbayar.\nCara Bayar Tempat Letak Kereta\nSetelah anda mendaftarkan akaun, setiap kali meletakkan kenderaan anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah berikut untuk membayar tempat letak parking:\nKlik butang \u201cPark N Pay\u201dMasukkan nombor lot tempat parking kereta \u2013 setiap lot parking berbayar akan mempunyai nombor lotPilih nombor plat kereta dan jumlah masaTekan butang \u201cProceed\u201dSahkan maklumat dan klik butang \u201cPay Parking\u201d untuk membuat bayaran\nCara Beli Pas Bulanan\nSekiranya anda kerap meletakkan kenderaan di petak meletak kenderaan berbayar di sekitar Kulim, lebih jimat sekiranya anda terus beli pas bulanan berbanding bayaran secara harian atau jam.\nDengan sistem baru ini, anda boleh beli pas bulanan untuk setiap kenderaan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nBuka aplikasiKlik butang \u201cMonthly Pass\u201dPilih nombor plat kenderaan untuk pembelian pas bulananPilih pas bulanan yang dikehendakiKlik butang \u201cProceed to Payment\u201d untuk membuat pembayaran\nNota: Penggunaan setiap pas bulanan adalah terhad untuk satu kenderaan sahaja kerana anda perlu memasukkan nombor plat kenderaan untuk pembelian pas bulanan ini.\nPROGRAM PENUKARAN KUPON GORES TEMPAT LETAK KERETA MPKK KEPADA KREDIT EWALLET DALAM APLIKASI KULIM SMART PARKING\n\nProgram penukaran kupon gores kepada kredit eWallet dalam Aplikasi Kulim Smart Parking telah bermula pada 1 Okt 2022 hingga 31 Jan 2023. Dengan menyertai program ini, pengguna bersetuju dengan syarat-syarat di bawah ini.\n1. Program ini terbuka kepada pemegang kupon gores yang belum tamat tempoh dan masih belum digunapakai bagi tahun 2022 hingga 2024.\n2. Kupon gores perlulah;\n2.1. Belum digunapakai\n2.2. Dalam keadaan baik dan tidak luput\n2.3. Maklumat di kupon gores boleh dibaca dengan jelas\n2.4. No siri kupon tertera dengan jelas dan tidak menimbulkan sebarang keraguan\n3. Pengguna perlu hadir ke kaunter MPKK atau kaunter bergerak Kulim Smart Parking dikawasan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\n4. Proses pengkreditan nilai akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dan pengesahan kupon.\n5. Pihak KSP berhak untuk:\n5.1. menolak untuk mengkreditkan nilai pada pengguna, sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:\n\u2022 dimana pengguna tidak jujur;\n\u2022 di mana pengguna dengan cara yang tidak wajar mendapatkan kelebihan yang tidak adil terhadap KSP.\nKeputusan pihak KSP untuk semua perkara yang berkaitan dengan program ini adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:\n[email\u00a0protected]1-300-13-3088Facebook : https://www.facebook.com/kulimsmartparking/\nPAUTAN MUAT TURUN / DOWNLOAD APP KSP\nHuawei App Gallery: https://appgallery.huawei.com/app/C107057023Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/id1641449291Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mpkulim.kspapp\nVIDEO TUTORIAL\n\nhttps://www.facebook.com/watch/111693328248325/771486407253313/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dlaksa-malaysia/", "title": "D\u2019Laksa : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nD\u2019Laksa : Senarai Menu & Harga Terkini\nAroma hidangan D\u2019Laksa yang berlegar di pusat membeli-belah boleh buat sesiapa sahaja terpikat. \nBila sebut sahaja tentang jenama laksa ini, anda pasti sudah terbayang kuahnya yang masam, pedas, pekat dan padat dengan rasa.\nD\u2019Laksa komited dalam mengekalkan kualiti dalam setiap hidangan dengan resepi yang sama sejak tahun 2012. \n\n\n\n\n\n\nSehingga ke hari ini, D\u2019Laksa berjaya membuka sehingga 42 cawangan termasuk di Singapura.\nSelain popular dengan hidangan Asam laksanya, D\u2019Laksa turut menawarkan aneka menu lain seperti Fruit Rojak, Asam Fish Ball dan Asam Lobster Ball.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang outlet D Laksa dan serba sedikit tentang latarbelakangnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang\n\n \nD\u2019Laksa : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nBeverages\n\n \nMeal Set\n\n\nLatarbelakang\nD\u2019Laksa dimulakan oleh seorang penggemar makanan kelahiran Pulau Pinang yang ingin memperkenalkan makanan terkenal dari tempat kelahirannya iaitu \u2018Asam Laksa\u2019. \nIni mencetuskan idea baru untuk memulakan syarikat sendiri di mana dia boleh berkongsi rasa cintanya kepada makanan dengan semua orang. \nOleh itu, syarikat itu telah ditubuhkan sejak 2012 serta membuat pembangunan dan penambahbaikan berterusan untuk mencipta hidangan lazat yang luar biasa dan luar biasa ini.\nBagi yang anda teringin untuk nikmatinya bersama rakan dan keluarga, jom kita tengok senarai menu serta harga yang ditawarkan.\n\nBaca Juga :Pasta Panas : Senarai Menu & Harga Terkini\nD\u2019Laksa : Senarai Menu & Harga Terkini\nMenuHargaAsam LaksaRM 10.90Asam Laksa GO BIGRM 12.90Fruit RojakRM 7.90Fruit Rojak Up SizeRM 10.90Asam Lobster BallRM 8.90Asam FishballRM 7.90\nBeverages\nMenuHargaCokeRM 3.00Lemon TeaRM 3.00Green TeaRM 3.00Heaven & Earth PassionfruitRM 3.00Mineral WaterRM 2.00\nMeal Set\n\nMenuHargaD\u2019light Deal for 2 (2 Asam Laksa + \u00a01 Asam Fishball, 1 Fruit Rojak + 2 beverages)RM 43.60Set A ( 1 Asam Laksa + 1 Asam Fishball/Fruit Rojak) *tambah RM 2.00 untuk tukar kepada Asam Lobster BallRM 18.80Set B (1 Asam Fishball + 1 Asam Lobster Ball + 1 Fruit Rojak)RM 24.70Set C (1 Asam Laksa + 1 Asam Fishball (tambah RM 2 untuk tukar kepada Asam Lobster Ball) + 1 Fruit RojakRM 26.70Set D (2 Asam Laksa + 1 Asam Fish Ball + 1 Asam Lobster Ball + I Fruit Rojak)RM 46.50\nWah, semua menu yang ditawarkan nampak enak dan menarik untuk dicuba. Kalau nak lagi jimat, bolehlah beli Meal Set untuk dikongsi bersama. Lebih murah dan berbaloi!\nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook D\u2019Laksa Malaysia untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik daripada jenama laksa kegemaran rakyat Malaysia ini. Jumpa anda di D\u2019Laksa! \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bakul-prihatin-negara-jkm/", "title": "Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Setiap Keluarga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBakul Prihatin Negara ini adalah hasil cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri, sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. \nSebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). \nKerajaan terus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan apabila melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan \u201cWhole of Society\u201d melibatkan Kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\n\nDi sini dikongsikan maklumat lanjut tentang Bakul Prihatin ini dan cara untuk membuat permohonan bagi setiap keluarga di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bakul Prihatin Negara?\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nApakah Bakul Prihatin Negara?\nBakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemikCOVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.\nBakul Prihatin ini mengandungi barang keperluan asas seperti berikut:\nBeras (5 Kg)Gula (1 Kg)Tepung (2 Kg)Bihun (400 Gm)Kicap (650 Ml)Sardin (230 Gm)BiskutKopi\nSetiap keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.\nBaca juga: MyKasih: Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)\nCara Permohonan\nKepada mana-mana rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, boleh mengemukakan permohonan melalui 4 kaedah berikut:\nMenghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negaraMenghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999. Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atauMenghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.\nJKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.\n\nBorang Permohonan Bakul Prihatin \n\n\n\nMaklumat lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.\nATAU\nMuat turun borang permohonan & info di bawah\n1.\u00a0FAQ Bakul Prihatin Negara2.\u00a0Carta Alir Permohonan3.\u00a0Slide Prihatin Negara3.\u00a0Barang Bakul Prihatin 4.\u00a0Lampiran A \u2013 Borang Permohonan5.\u00a0Lampiran B \u2013 Akuan Penerimaan Bakul Prihatin \nKlik\u00a0disini\u00a0untuk muat turun keseluruhan dokumen diatas.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-emas-hari-ini/", "title": "Harga Emas Hari Ini & Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda berminat membuat pelaburan dan instrumen emas, anda mestilah mengetahui harga emas hari ini bagi memastikan anda dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangan risiko.\nSeperti mana instrumen pelaburan lain, harga emas juga menyaksikan trend penurunan turun dan naik harganya pada setiap hari.\nPaling penting, pastikan anda membuat urusan jual-beli emas anda di penjual atau agen yang dipercayai sahaja kerana pelaburan emas juga merupakan lubuk buat scammer atau penipu menjalankan kegiatan penipuan mereka terutamanya bagi pelabur yang tidak cakna akan hal ini. \nPelaburan emas biasanya digalakkan untuk individu yang ingin membuat pelaburan jangka masa panjang dan sanggup menuggu apabila ingin menukarkan kepada wang kerana emas tidak mudah dicairkan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerbezaan kadar emas semasa\n\n \nHarga Emas Hari Ini\n\n \nCara dapatkan harga emas terkini\n\n \nKadar Jangkaan Naik Turun Harga Emas\n\n\nPerbezaan kadar emas semasa\n\nApabila anda melihat kadar emas semasa, anda perlu memerhatikan beberapa perkara:\n\n\n\n\n\n\nUnit \u2013 Sama ada harga per gram, auns, kilogram dan sebagainyaGred \u2013 Sama ada harga yang dinyatakan untuk emas 999, 950, 916, 875 sebagainya\nPaparan di atas merupakan contoh harga emas hari ini (28/3/22) yang dipaparkan dalam laman web Ar-Rahnu YaPEIM yang dibezakan mengikut gred emas dan harganya dinyatakan untuk setiap gram emas. \nKesilapan kecil seperti tersilap melihat gred emas dan unit harga yang dipaparkan akan menyebabkan anda kerugian besar dalam pelaburan emas. \nHarga Emas Hari Ini\nHarga emas hari ini turun RM259.28 pergram, turun sebanyak RM-3.03 berbanding semalam RM262.31 pergram. \nIndeks emas semasa 9798 pada 11-5-2022 jam 08-57 via https://live.hargaemas.my\n\nBaca juga: \nHarga Sawit Terkini & Semakan Harga SemasaHarga Perodua Bezza Baru (Facelift) Bermula Dari RM34,580\nCara dapatkan harga emas terkini\n\nSeperti yang dimaklumkan di atas, harga emas berubah setiap hari dan cara terbaik untuk mendapatkan harga emas hari ini adalah dengan menyemak laman web penjual emas sendiri atau sumber-sumber yang boleh dipercayai.\nBerikut merupakan beberapa pautan yang boleh dilayari untuk mengetahui harga emas hari ini.\nGold RatePublic GoldAr-Rahnu YaPEIMAr-Rahnu Bank RakyatLive Harga Emas\nHarap maklum bahawa harga emas yang dinyatakan oleh setiap laman di atas mungkin berbeza kerana setiap penjual boleh menetapkan sendiri harga jualan atau belian emas mereka.\nMalah, lokasi yang berbeza contohnya antara Kuala Lumpur dan Melaka juga mungkin akan menyaksikan sedikit perbezaan harga emas. \nContoh semakan harga emas terkini di laman web Live Harga Emas\n\nKadar Jangkaan Naik Turun Harga Emas\nAntara topik hangat dalam kalangan pelabur emas adalah harga ramalan atau kadar jangkaan turun naik emas dalam beberapa bulan akan datang.\nSecara jujurnya, tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat berapakah harga emas pada masa akan datang da berapakah kadar turun naik harga emas pada masa hadapan.\nHarga emas ditentukan oleh pelbagai faktor yang seperti keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik dan sebagainya.\nMalah, panndemik COVID-19 yang melanda kita juga sedikit sebanyak mempengaruhi pasaran harga emas dimana para pelabur ketika itu mula beralih kepada pelaburan emas bagi mengurangkan risiko yang meningkat dalam fasa pandemik. \nKadar turun naik matawang dollar AS juga mempunyai kesan ke atas harga emas hari ini memandangkan emas sendiri mempunyai atribut monetori tertentu.\nSekiranya anda berminat untuk memulakan pelaburan dalam emas dan membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang, cara terbaik adalah dengan membuat kajian anda sendiri melalui pembacaan daripada isu-isu semasa dan analisa daripada orang-orang lain. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-siswa/", "title": "Rumah Siswa : Cara Daftar Rumah Sewa Untuk Pelajar IPTA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar Rumah Siswa Untuk Pelajar IPTA ~ Berita baik untuk semua pelajar IPTA yang ingin mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing, kini mereka boleh lakukannya menerusi Portal Rumah Siswa yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nInisiatif ini dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 bagi menangani isu pengurusan serta keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus.\nDengan adanya Rumah Siswa ini, ia akan secara tidak langsung akan membantu pihak IPT untuk mentadbir, menelaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : GsPel GIATMARA: Permohonan Pengambilan Pelatih Baru 2022 Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Portal Rumah Siswa?\n\n \nIPTA Yang Terlibat\n\n \nCara Mendaftar Rumah Siswa\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Portal Rumah Siswa?\nPortal Rumah Siswa adalah platform khas yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.\nIni bagi memastikan bahawa pelajar IPTA tidak teraniaya apabila membuat persediaan mencari rumah sewa berdekatan kampus.\n\n\nIPTA Yang Terlibat\nPortal ini melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti berikut :\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Malaya (UM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nCara Mendaftar Rumah Siswa\nPelajar yang berminat untuk mendaftar ke Portal Rumah Siswa boleh ikuti langkah-langkah berikut :\nLayari laman web\u00a0https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.Klik butang \u2018Daftar\u2019 di bahagian atas kanan laman web.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang \u2018Verify Email Address\u2019 untuk mengesahkan email.Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang \u2018Cari.\u2019Senarai kediaman dipaparkan untuk rujukan pelajar.\nRUJUK VIDEO TUTORIAL:\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai \u00a0Portal Rumah Siswa, sila layari laman web\u00a0https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-futureready-ytar/", "title": "FutureReady YTAR: Syarat & Cara Permohonan Bagi Graduan B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman kini menawarkan Program FutureReady YTAR. \nProgram ini terbuka buat graduan universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.\nProgram yang dibangunkan dengan kerjasama Accenture Malaysia bagi membantu belia dari golongan B40 untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan pada masa kini.\n\n\n\n\n\n\nFutureReady juga bakal memberi peluang kepada belia untuk meningkatkan kemahiran utama dalam industri perkhidmatan profesional.\nBaca Juga : Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Program FutureReady YTAR\n\n \nTempoh Program\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelebihan Program FutureReady YTAR\nAntara manfaat yang bakal diterima oleh peserta Program FutureReady YTAR adalah :\nPendedahan untuk selesaikan masalah seperti perunding.Peluang untuk ikuti bimbingan serta jalinkan hubungan bersama ahli korporat profesional.Tawaran untuk memperoleh geran pendidikan sebanyak RM 150,000\n\nTempoh Program\nProgram ini bakal berlangsung selama 4 bulan iaitu daripada bulan September hingga Disember. \nSepanjang tempoh ini, peserta akan didedahkan dengan latihan praktikal serta bimbingan secara peribadi untuk mempelajari selok-belok perundingan teknologi moden.\nPada akhir program, peserta akan menjalani cabaran kajian kes (case study) di mana mereka akan diminta untuk kemukakan penyelesaian kepada panel hakim yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi dari Accenture Malaysia dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.\nSyarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat kelayakan seperti berikut :\nMerupakan warganegara Malaysia daripada universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian. YTAR akan mengutamakan pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir, pelajar Sarjana tahun akhir dan graduan menganggur.Memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi.Berasal daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah).\n\u00a0Tarikh Tutup Permohonan\nCalon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 12 Ogos 2022 jam 11.59 malam.\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nLayari pautan berikut\u00a0http://bit.ly/FutureReadyMY.Klik butang \u2018Apply Here.\u2019Klik butang \u2018Next\u2019 dan isi semua maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program FutureReady YTAR, sila layari laman web https://bit.ly/FutureReadyMY\n"]} {"url": "https://ecentral.my/honda-hr-v-baru/", "title": "Harga Honda HR-V Baru Di Malaysia & Bayaran Bulanan (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHonda HR-V generasi baru baru sahaja di dilancarkan oleh pihak Honda Malaysia pada bulan Julai lalu walapun pelancarannya di peringkat global telah dilakukan beberapa bulan lalu.\nSudah semestinya pelancaran ini menarik minat peminat kenderaan kelas HRV ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nVarian\n\n \nSpesifikasi\n\n \nBayaran bulanan\n\n\nVarian\nTerdapat empat varian HR-V 2022 dan tiga rangkaian kuasa. \nVarian S dikuasakan oleh enjin 1.5L aspirasi semulajadi dan berharga RM114,800. \nMajoriti jualan dijangka disalurkan kepada varian Turbo E (RM129,800) dan Turbo V (RM134,800) dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang kini dikenali. \n\n\n\n\n\n\nVarian teratas ialah RS e:HEV hibrid yang dijual pada harga RM140,800. \nSemua harga adalah di atas jalan tidak termasuk insurans, dengan cukai jualan.\nKesemua kenderaan didatangkan dengan pakej waranti tanpa had jarak perjalanan selama lima tahun, dan bateri lithium-ion hibrid mendapat waranti tanpa had jarak perjalanan selama lapan tahun yang berasingan. \nSeperti rangkaian Honda Malaysia yang lain, Honda HR-V baru ini dipasang secara tempatan di Pegoh, Melaka.\nSecara ringkasnya berikut merupakan harga untuk Honda HR-V baru ini:\nHonda HR-V 1.5 S \u2013 RM114,800Honda HR-V 1.5 Turbo E \u2013 RM129,800Honda HR-V 1.5 Turbo V \u2013 RM134,800Honda HR-V 1.5 RS e:HEV \u2013 RM140,800\nSpesifikasi\nMalaysia boleh menjadi satu-satunya pasaran di dunia yang mendapat ketiga-tiga pilihan enjin untuk siri RV HR-V \u2013 NA, turbo dan hibrid. \nSebagai contoh, Eropah dan Thailand hanya mendapat varian hibrid sahaja, Indonesia mendapat NA dan turbo, manakala Australia adalah NA dan hibrid. \nVarian S didatangkan dengan enjin 1.5L yang terdapat dalam model City petrol, empat silinder DOHC i-VTEC aspirasi semula jadi yang menghasilkan 121 PS dan tork 145 Nm pada 4,300 rpm. \nEnjin ini mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam 12.1 saat dan kelajuan tertinggi ialah 187 km/j.\nGred E dan V dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang dinilai pada 181 PS dan 240 Nm tork yang dihasilkan antara 1,700 dan 4,500 rpm. \nKedua-dua NA dan turbo digandingkan dengan CVT, dan turbo menambah mod pemacu Sport, Normal dan Econ.\nVarian E ialah HR-V terpantas dengan kemampuan mencatatkan kelajuan 0-100 km/j selama 8.7 saat, sepersepuluh lebih pantas daripada V dimana kelajuan tertinggi ialah 200 km/j.\nBayaran bulanan\nSebelum mengambil keputusan membeli Honda HR-V baru ini, ada baiknya anda mengetahu berapakah anggaran bayaran bulanan untuk membeli mana-mana varian HR-V ini:\nKredit: Carlist\nJadual di atas merupakan anggaran bayaran bulanan sekiranya anda membayar duit muka 10% daripada harga kereta dengan kadar faedah 2.5% (mungkin berbeza mengikut bank).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-ikram-kpkt/", "title": "Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nINISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAH IKRAM KPKT) UNTUK RAKYAT YANG MEMERLUKAN\nPada 15 September 2022, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican dan pasukan KPKT memperkenalkan RUMAH IKRAM KPKT \u2013 iaitu sebuah Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia khusus kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.\nMenariknya, inisiatif ini menawarkan rumah sewa yang selesa serendah RM124 sahaja untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Rumah IKRAM KPKT supaya mereka yang terkesan akibat COVID-19, boleh memanfaatkan inisiatif ini. \nJom ketahui lebih lanjut tentang syarat-syarat, cara permohonan dan senarai Rumah IKRAM di seluruh Malaysia melalui artikel ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Rumah IKRAM KPKT?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nLokasi Rumah\n\n \nCiri-ciri PPR\n\n \nCara Permohonan Rumah IKRAM KPKT\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Rumah IKRAM KPKT?\nKita tahu di luar sana ada rakyat yang kekurangan atau kehilangan pendapatan dan pekerjaan mereka sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi akibat pandemik ini. \nAda di kalangan mereka dihalau keluar dari rumah sewa atau terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan.\nInisiatif ini akan menawarkan sewaan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sehingga dua tahun pada kadar yang paling minimum iaitu RM124 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor pada peringkat permulaan ini.\nDalam masa terdekat, usaha ini akan turut diperluaskan ke negeri-negeri lain tidak lama lagi.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat bagi permohonan inisiatif kediaman ini adalah seperti berikut:\nGolongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-\nPemohon dan pasangan warganegara Malaysia;Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; danPendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan\n\nLokasi Rumah \nProjek yang terlibat adalah seperti berikut:\nPPR Sentul Murni, Kuala LumpurPPR Lembah Subang 2, SelangorPPR Amanjaya, KedahPPR Kota Setar, KedahPPR Sinar Intan 3, KedahPPR Kota Bharu, KelantanPPR Gua Musang, KelantanPPR Sg. Melana 2, Johor\n\nCiri-ciri PPR\nKawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkatKawasan pinggir bandar: Jenis rumah teresKeluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegiBinaan \u2013 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirKemudahan Asas:Dewan Komuniti/Ruang Orang RamaiSurau/Ruang SolatGerai Makan/Ruang NiagaTadikaKemudahan OKUTaman Permainan/Kawasan LapangRumah Sampah\nCara Permohonan Rumah IKRAM KPKT\nPermohonan mendapatkan RUMAH IKRAM ini boleh dibuat di portal TEDUH melalui capaian https://teduh.kpkt.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rumah IKRAM ini, sila rujuk pautan:\nhttps://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah-ikram-keluarga-malaysia\nAnda juga boleh berhubung dengan pihak KPKT untuk pertanyaan lanjut melalui saluran berikut:\nJabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanAras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya\nPertanyaan Program Skim PPR :\n03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)\nKalau ada rakan, saudara atau ahli keluarga yang memerlukan, terkesan akibat COVID-19 ini, pelawa mereka untuk memohon RUMAH IKRAM KPKT ini.\nBanyak lagi inisiatif KPKT yang boleh dimanfaatkan seperti berikut:\nPermohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2022Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penjana-kerjaya-3-0-pemulih/", "title": "Penjana Kerjaya 3.0: Program Insentif Pengambilan Pekerja (PEMULIH)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenambahbaikan program PenjanaKerjaya atau Penjana Kerjaya 3.0 telah diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) khusus untuk merangsang pengambilan pekerjaan oleh majikan dan pencarian pekerjaan kepada pencari kerja.\nEkoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.\nSama ada anda merupakan majikan ataupun pencari kerja, anda mungkin layak untuk menerima manfaat daripada program ini.\nJom ketahui lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara daftar PENJANAKERJAYA 3.0 ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Penjana Kerjaya 3.0?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan PenjanaKerjaya 3.0 Untuk Majikan\n\n \nPermohonan Bagi Pencari Kerja\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Penjana Kerjaya 3.0?\nProgram Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan dikalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan sertakebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.\nKementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program PENJANA KERJAYA melalui PERKESO.\n\n\n\n\n\n\nSecara ringkasnya, PENJANA KERJAYA adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.\nSemua kategori lain di bawah PenjanaKerjaya 2.0 dikekalkan dengan penambahbaikan pada Kategori Malaysianization.\nBerikut adalah penambahbaikan yang diumumkan:\nMalaysianization\nPenambahan insentif untuk kategori Malaysianization dengan pengurangan kadar gaji minimum kepada RM1200 bagi setiap pekerja yang digajikan bagi jawatan yang kebiasaannya diisi oleh pekerja asing.Majikan akan menerima 40% daripada kadar gaji dan insentif sebanyak 20% dari kadar gaji akan dibayar terus kepada pekerja.\nGolongan Mudah Terjejas\nKelonggaran tempoh kontrak penggajian kepada 6 bulan bagi semua insentif di bawah PenjanaKerjaya 2.0 untuk kumpulan berikut:OKUbekas banduan50 tahun ke atas\nProgram KerjayaGig\nPenambahbaikan program KerjayaGig dengan peluasan skop insentif pengambilan pekerja meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig untuk golongan penganggur tegar (lebih 180 hari).Pekerja akan menerima RM600 sebulan selama tempoh maksimum 6 bulan.Majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang digajikan.\nInsentif Penempatan Pekerjaan Oleh Agensi Pekerjaan Swasta\nPenambahbaikan insentif bagi penempatan pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan Swasta untuk kategori penempatan pekerja berkemahiran rendah.Kadar insentif adalah seperti berikut:RM300 bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan lansung dengan tawaran gaji RM4000 ke atas.RM200 \u2013 Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji RM3000 ke atas.RM200 \u2013 Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji bawah RM3000.\nMajikan yang telah membuat pengambilan pekerja mulai 15 Jun 2021, boleh memohon Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 3.0 bagi mana-mana kategori yang dinyatakan di bawah (sila rujuk infografik).\n\n\nPermohonan akan mula dibuka mulai 15 Julai 2021 (Khamis) secara dalam talian di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.\nBaca juga: GKP 4.0 : Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai 15 Julai\nTarikh Permohonan\nPermohonan PenjanaKerjaya 2.0 akan dibuka sehingga 7 Julai 2021 bagi mana-mana majikan yang menggajikan pekerja dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.\nBagi majikan yang telah menggajikan pekerja baharu mulai 15 Jun 2021, boleh membuat permohonan bagi Program Penjana Kerjaya 3.0 yang akan dibuka mulai 15 Julai 2021.\nSila layari pautan https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/\n\nCara Permohonan PenjanaKerjaya 3.0 Untuk Majikan\nBagi majikan yang ingin memohon insentif yang ditawarkan di bawah program PenjanaKerjaya, berikut adalah langkahnya:\nMajikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.myKekosongan pekerjaan perlu didaftarkan di Portal MYFutureJobs walaupun kekosongan pekerjaan tersebut telah didaftarkan di dalam mana-mana portal pekerjaan yang lain;Sekiranya terdapat pengambilan pekerja baru, majikan perlu mendaftarkan pekerja tersebut di sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diriMajikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my\nPermohonan Bagi Pencari Kerja\nBagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.\nBerikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:\nUntuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.myDaftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang \u2018Jobseeker Sign In\u2019Klik butang \u2018Register Here\u2019 sebagai pengguna kali pertamaIsikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukanSetelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkanKemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi PERKESO di pautan https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html atau follow Facebook PERKESO untuk info-info terkini.\nhttps://www.facebook.com/PERKESO.Official/photos/pcb.4533283393351152/4533253786687446\n"]} {"url": "https://ecentral.my/fasiliti-sokongan-akaun-2-kwsp/", "title": "FSA2 \u2013 Fasiliti Sokongan Akaun 2 (Pinjaman Cagaran KWSP)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan ahli membolehkan pengeluaran bersyarat KWSP ahli yang berusia bawah 55 tahun.\nMenerusi perkhidmatan ini, satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemudahan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPinjaman Cagaran KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\n\n \nKadar Faedah Pinjaman Cagaran KWSP\n\n \nJumlah Pembiayaan Maksimum\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nFasa Pelaksanaan Pinjaman Cagaran KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSemakan Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nApakah kesan kepada ahli yang membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?\n\n \nCara Pengiraan Amaun Kelayakan\n\n \nCara Semak Baki Akaun 2 KWSP\n\n \nSoalan Lazim Pengeluaran Bersyarat KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\n\n\nPinjaman Cagaran KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\nFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. \nSimpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.\nPermohonan awal ini akan membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun, tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.\n\nKadar Faedah Pinjaman Cagaran KWSP\nPinjaman cagaran KWSP ini ditawarkan dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) adalah antara 4% \u2013 5%, iaitu lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% \u2013 15%.\n\n\n\n\n\n\nJumlah Pembiayaan Maksimum\nTambah KWSP, jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000 tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.\nSyarat Permohonan\n\nAhli KWSP warganegara Malaysia yang berumur40 \u2013 54 tahun (Fasa 1)\nWarganegara Malaysia\nPermohonan adalah sekali sahaja\nPermohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan\nPermohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak\nAmaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP\nAmaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000\nAmaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli\nMemenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon\n\nNota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.\n\nFasa Pelaksanaan Pinjaman Cagaran KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\nFasiliti pinjaman bersyarat KWSP ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa, di mana Fasa Pertama dibuka kepada ahli yang berumur 40 tahun ke atas. Ini kerana tempoh maksimum pembiayaan peribadi di bawah fasiliti ini adalah 10 tahun, dan bagi melayakkan Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dibuat, hanya ahli berumur 40 tahun ke atas sahaja yang boleh menyertai fasiliti ini buat masa ini.\nContoh: Jika ahli memohon pinjaman bersyarat KWSP ini pada umur 40 tahun, maka pembiayaan peribadi ini akan matang apabila ahli berumur 50 tahun, seterusnya ahli boleh membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun.\nFasa Kedua pula akan dibuka kepada ahli di bawah umur 40 tahun setelah semua perkara berkaitan terma dan syarat berkaitan pembiayaan peribadi tersebut telah dimuktamadkan oleh semua pihak yang terlibat.\nTarikh Permohonan\nBermula 7 April 2023.\n\nSemakan Kelayakan\nLawati https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak status kelayakan serta dapatkan maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 bermula 5 April 2023.\n\nCara Permohonan\nPermohonan dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. \nBuat masa ini, 2 yang bank menyediakan kemudahan pinjaman itu iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.\nKWSP mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.\nTerdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:\n\nMembuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;\nMembuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan;\nMembuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.\n\nBermula 5 April 2023, ahli boleh melawat\u00a0https://fsa2.kwsp.gov.my\u00a0untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon, serta soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini\n\nNOTA PERMOHONAN:\ni) Ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.\nii) Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.\n\nApakah kesan kepada ahli yang membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?\nSetelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:\n\ni) Amaun tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga 55 tahun (seperti yang dipilih oleh ahli); dan\nii) Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.\n\nCara Pengiraan Amaun Kelayakan\nAmaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.\nIlustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:\nAhmadRitaSaraBaki simpanan Akaun 2RM70,000RM3,000RM7,500Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskanRM10,000TiadaRM5,500Amaun kelayakan awalRM50,000Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000RM3,000RM0Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000\nWalau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.\n\nCara Semak Baki Akaun 2 KWSP\nAhli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 melalui:\ni) i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau\nii) Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP\n\nSoalan Lazim Pengeluaran Bersyarat KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) \nSoalan lazim Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP (Sumber lampiran dari BERNAMA).\n\n\n\n\n\n\nMaklumat lanjut boleh didapati melalui hebahan rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pengurusan-jenazah-kelantan/", "title": "Bantuan Khas RM1500 Bagi Pengurusan Jenazah B40 Kelantan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kelantan akan menyalurkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada golongan B40 bagi pengurusan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19, kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.\n\u201cKerajaan negeri faham situasi yang dihadapi seluruh penduduk terutama golongan B40 yang terjejas ekoran pandemik COVID-19,\u201d katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu pada 11 Ogos 2021.\nMengulas lanjut, Ahmad berkata buat masa ini, peruntukan yang disediakan bagi bantuan khas pengurusan jenazah COVID-19 itu adalah antara RM200,000 dan RM300,000 secara keseluruhannya berdasarkan bilangan kes kematian akibat jangkitan wabak itu, ketika ini.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Permohonan Bantuan RM1500 Bagi Pengurusan Jenazah\n\n \nTarikh Permohonan\n\n\nCara Permohonan Bantuan RM1500 Bagi Pengurusan Jenazah\nUntuk memohon, keluarga jenazah hanya perlu mengisi borang serta menyediakan beberapa dokumen yang diminta pihak berkaitan bagi proses permohonan bantuan itu.\nTarikh Permohonan\nInisiatif ini akan bermula pada 15 Ogos 2021. \nLain-lain Inisiatif\nDalam kenyataan media tersebut, beliau turut mengumumkan kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan elaun tambahan sebanyak RM150 kepada semua imam tua serta imam muda masjid di mukim selain kenaikan elaun RM50 bagi bilal bermula Julai lepas.\nDitanya mengenai kelonggaran aktiviti sosial kepada individu lengkap vaksinasi, beliau berkata berdasarkan maklumat dan pemerhatian pihaknya berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan orang ramai di pasar awam.\nJusteru, Ahmad mengingatkan seluruh penduduk Kelantan supaya terus mematuhi dan mengamalkan SOP walaupun kerajaan persekutuan mengumumkan beberapa kelonggaran aktiviti sosial kepada penerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.\nMaklumat Lanjut\nSila layari laman web rasmi Kerajaan Kelantan di https://www.kelantan.gov.my/ untuk maklumat terkini tentang pelbagai bantuan dan info semasa.\nSumber: BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-lazada-seller/", "title": "Cara Daftar Sebagai Lazada Seller dan Menjual di Lazada", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLazada merupakan salah satu laman e-dagang popular Malaysia dan anda boleh memanfaatkan popularitinya dengan mendaftarkan akaun sebagai Lazada Seller secara mudah dan percuma sahaja. \nWalaupun Shopee cukup popular di Malaysia, Lazada tetap mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri di Malaysia dan sebagai penjual, lebih baik anda mendaftarkan akaun untuk kedua-dua laman popular e-daggang ini. \nProses pendaftaran akaun Lazada Seller ini boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih atau laman web Lazada.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Daftar & Menjual Di Lazada\n\n \n2 Jenis Akaun Lazada\n\n \nPerbezaan \u201cMarketplace\u201d dan \u201cLazMall\u201d\n\n \nCara Daftar Sebagai Penjual Di Lazada\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelebihan Daftar & Menjual Di Lazada\nPendaftaran akaun sebagai penjual adalah percumaAnda boleh mula menjual sebaik sahaja akaun anda diaktifkanPlatform yang memilih ratusan ribu akaun aktif setiap bulanUrusan pembayaran diuruskan oleh pihak Lazada sebagai \u201corang tengah\u201d. Duit dari pembeli akan dikreditkan kepada anda sebaik sahaja pembeli menerima barangan mereka. Berpeluang menyertai pelbagai kempen dan promosi dari pihak Lazada daripada semasa ke semasa\n2 Jenis Akaun Lazada\nTerdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan di Lazada, iaitu \u2018Corporate\u2019 dan \u2018Individual\u2019.\nAnda boleh memilih akaun \u2018Corporate\u2019 sekiranya anda telah berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan yang sah.\nSekiranya tidak, anda boleh mendaftarkan akaun individu.\n\nBaca juga: Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual / Peniaga\nPerbezaan \u201cMarketplace\u201d dan \u201cLazMall\u201d\nSetiap individu atau syarikat boleh mula menjual di Marketplace dengan memasukkan maklumat-maklumat berikut sewaktu mendaftar sebagai Lazada Seller:\nNama penuh / Nama syarikatMaklumat bankTetapkan nama kedaiAlamat perniagaanEmelNombor telefon \nWalau bagaimanapun, bagi pendaftaran LazMall, anda perlu menghantar dokumen-dokumen tambahan seperti sijil pendaftara perniagaan SSM, penyata bank syarikat, sijil cap dagangan atau surat kebenaran produk.\nPendaftaran sebagai penjual di LazMall menjadikan kedai anda lebih dipercayai oleh pengguna Lazada.\n\nCara Daftar Sebagai Penjual Di Lazada\nUntuk mendaftar akaun sebagai Lazada Seller, anda terlebih dahulu perlulah mempunyai akaun pengguna terlebih dahulu.\nLayari laman pendaftaran di alamat https://sellercenter.lazada.com.my/apps/register/index?spm=a1zawi.15058717.third_party.d_go_to_register.2e874edfZ2Rr1r&tbpm=3Masukkan nombor telefonKlik butang \u201cNext\u201dMasukkan 6 digit kod yang dihantar telefon mudah alih andaKlik butang NextPilih jenis akaun:Individu \u2013 Sekiranya anda mahu menjual sebagai seorang individuSyarikat \u2013 Sekiranya anda mahu menjual sebagai sebuah syarikatMasukkan alamat emelMasukkan kata kunci dan masukkan sekali lagi kata kunci untuk pengesahanLengkapkan segala butiran yang diminta seperti alamat, nombor akaun dan sebagainya untuk melengkapkan proses pendaftaran\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara daftar Lazada, sama ada sebagai pembeli atau penjual, sila rujuk FAQ berkaitan penjualan di laman Lazada https://sellercenter.lazada.com.my/seller/helpcenter/faqs-%E2%80%93-lazada-seller-basics-10097.html?spm=a2a16.helpcenter-psc-topic.articles-list.3.535d4d45ul7Ius\nMuat turun aplikasi atau laman web rasmi Lazada di pautan: https://www.lazada.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-ihsan-komputer-2-0/", "title": "Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2023 (BAIK 2.0)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah kini menawarkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi tahun 2023 untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nBAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.\nProgram BAIK ini merupakan inisiatif kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang dimulakan sejak tahun 2021 dan diteruskan pada tahun 2022. \u00a0\nProgram ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\n\n\n\n\n\n\nPerlaksanaan inisiatif Fasa 1 yang dijalankan pada tahun lepas melibatkan peruntukan sehingga RM 15 juta dan mampu memberikan manfaat kepada 10,000 orang pelajar.\nPelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon bantuan yang disediakan ini.\nMenyedari akan manfaat dan kepentingan program BAIK ini, maka inisiatif ini diteruskan lagi pada tahun 2023 ini.\nBaca Juga : Tawaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS) Untuk Warga Selangor\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKriteria Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2023 (BAIK 2.0)\n\n \nPermohonan Secara Online (BAIK 2.0)\n\n \nPermohonan Secara Manual\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nPertanyaan dan Maklumat Lanjut\n\n\nKriteria Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2023 (BAIK 2.0)\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nPermohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.\nSatu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.\nIbu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.\nCalon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba.\n\n\nPermohonan Secara Online (BAIK 2.0)\nPemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\n\nPermohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/\nBaca poster yang dipaparkan untuk memastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan Komputer 2023 ini.\nPada bahagian bawah halaman tersebut, klik pada butang \u201cPermohonan\u201d\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nPastikan semua maklumat diisi dengan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nPermohonan Secara Manual\nPermohonan boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas seperti di alamat di bawah:\nTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)Jabatan ketua MenteriAras 29, Blok A, Menara Kinabalu,8840 Kota Kinabalu, Sabah\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\n\nSalinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.\nSalinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.\nSalinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.\n\nPertanyaan dan Maklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer 20230, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau layari laman web https://mttk.sabah.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/karnival-kerjaya-digital-melaka-careertrans-2021-lebih-5500-peluang-kerjaya-ditawarkan/", "title": "Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021: Lebih 5500 Peluang Kerjaya Ditawarkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBaru dibuang kerja kerana pandemik COVID-19? Mahu mencari peluang kerjaya yang lebih baik? Pendaftaran untuk Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans sudah dibuka!\nPandemik COVID-19 menyaksikan ramai yang terkesan teruk da ramai rakyat yang terjejas pendapatan mereka kerana pengurangan gaji mahupun dibuang pekerjaan.\nSetelah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan dan kelonggaran SOP dilakukan, keadaan ekonomi rakyat dijangka lebih baik kerana kedai-kedai perniagaan sudah boleh beroperasi seperti dahulu.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaklumat program\n\n \nPoster rasmi program\n\n \nTemuduga secara online\n\n \nCara penyertaan\n\n \nPertanyaan dan persoalaan\n\n\n Maklumat program \nKarnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans ini merupakan anjuran PERKESO Negeri untuk semua warganegara Malaysia dan khusus bagi rakyat Malaysia yang menetap di Melaka.\nKhusus buat penduduk negeri Melaka memandangkan syarikat-syarikat yang menyertainya serta peluang kerjaya yang ditawarka adalah di Melaka namun bagi yang tidak kisah untuk berpindah dan kerja di Melaka, anda amat dialu-alukan untuk menyertai karnival ini. \nProgram: Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021Tarikh: 16 OktoberMasa: 9 pagi \u2013 5 petangKekosongan kerja: 5,500 jawatanPenganjur: PERKESO MelakaKaedah temuduga: Atas talian\nPoster rasmi program \n\nTemuduga secara online\nKarnival yang dijalankan secara digital ini akan disertai oleh puluhan syarikat yang mempunyai peluang kerjaya untuk direbut oleh mereka yang melepasi temuduga yang dijalankan. \nPeluang kerjaya sebanyak 5,500 kekosongan jawatan boleh dipohon untuk pelbagai tahap kerjaya dan mereka yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga secara online!\nCara penyertaan\nBagi anda yang mencari peluang pekerjaan dan berminat untuk menyertai karnival digital ini, anda mestilah membuat pra-pendaftaran dengan mengisi borang secara online yang disediakan.\nBagi yang berminat, sila isikan maklumat yang dikehendaki dalam borang PRA-PENDAFTARAN KARNIVAL KERJAYA DIGITAL MELAKA CAREERTRANS 2021.\nSetelah mengisi maklumat yang dikehendaki, sila klik butang SUBMIT di penghujung borang tersebut\nPertanyaan dan persoalaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan sebarang maklumat lanjut mengenai Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021 ini, boleh menghubungi mereka melalui kaedah di bawah:\nPrivate mesej di Facebook page PERKESO MelakaHubungi pegawai bertugas di talian 03-251 6888\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-banjir-bank/", "title": "Cara Mohon Bantuan Banjir Bank : Agrobank & Bank Islam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Banjir Bank : Agrobank & Bank Islam\nSukacita dimaklumkan bahawa Agrobank dan Bank Islam kini menawarkan bantuan khas kepada pelanggan yang diduga dengan bencana banjir pada waktu ini.\nPelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan seperti Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dia-alukan untuk memohon.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.\nBaca Juga : Permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Banjir Bank : Agrobank\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nProgram Prihatin (Banjir) Bank Islam\n\n \nCara Memohon\n\n\nBantuan Banjir Bank : Agrobank\nBantuan Banjir Agrobank 2022/2023 adalah tawaran bantuan khas yang ditawarkan oleh Agrobank kepada pelanggan yang terkesan akibat banjir sehingga mengalami kesukaran untuk teruskan pembayaran pembiayaan.\nAntara bentuk bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nPenangguhan sementara bayaran ansuran bulanan untuk tempoh sehingga 6 bulan (Moratorium); dan\nPenjadualan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan.\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nPelanggan sedia ada bank yang terjejas akibat bencana banjir\nAkaun pembiayaan pelanggan masih belum tamat tempoh / matang.\nPemohon / lokasi perniagaan mestilah bertempat di kawasan yang berlakunya banjir dan termasuk dalam senarai kawasan yang terkesan sepertimana yang diisytiharkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara.\nPembiayaan pelanggan mestilah tidak mempunyai baki tunggakan melebihi 90 hari dari tarikh permohonan dibuat.\n\nNota :\n\nPenangguhan sementara bayaran ansuran bulanan untuk tempoh sehingga enam (6) bulan Moratorium ditawarkan buat jenis pembiayaan berkonsepkan pembiayaan berjangka sahaja.\nPenjadualan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan adalah untuk kesemua jenis pembiayaan.\n\nCara Memohon\nPelanggan boleh memohon melalui salah satu cara berikut :\n\nBuat permohonan atas talian di pautan : https://www.agrobank.com.my/my/flood2022/\nKunjungi cawangan Agrobank berdekatan.\n\nAnda boleh rujuk Soalan Lazim bagi Bantuan Banjir Agrobank seperti yang dilampirkan di bawah :\nFAQ-Bantuan-Banjir-Agrobank-2022-2023_BMDownload\nProgram Prihatin (Banjir) Bank Islam\nPelanggan Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang diduga dengan musibah banjir serta memenuhi syarat-syarat kelayakan dialu-alukan untuk memohon.\nSyarat-Syarat Kelayakan\n\nAkaun pelanggan tidak tertunggak melebihi 90 hari dan tidak diklasifikasikan sebagai pembiayaan tidak berbayar DAN;\nPelanggan bukan seorang yang bankrap semasa tarikh permohonan dibuat.\nBagi pembiayaan Perumahan, kediaman yang dibiayai telah pun siap sepenuhnya, diduduki oleh pelanggan dan terkesan akibat bencana banjir.\nBagi Pembiayaan Peribadi / Pembiayaan Kenderaan, pelanggan beralamat di lokasi di mana bencana banjir berlaku.\n\n\nCara Memohon\nAnda boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\n\nLayari laman web berikut iaitu:\u00a0https://www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/.\nMuat turun borang permohonan.\nSediakan 1 surat/dokumen sokongan berikut:\u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); atau\u2013 Ketua Kampung; atau\u2013 Penghulu; atau\u2013 Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK); atau\u2013 Agensi berkaitan (Agensi Pengurusan Bencana Negara/Majlis Keselamatan Negara; atau\u2013 Laporan Polis\nHantar semua borang permohonan dan dokumen ke Bank Islam terdekat.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai bantuan Banjir Agrobank & Bank Islam, sila hubungi talian di bawah :\n\nAgrobank: 1-300-88-2476\nBank Islam: 03-26 900 900\u00a0/ e-mel : [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/manifesto-barisan-nasional-bn-pru15/", "title": "Manifesto Barisan Nasional (BN PADU) Untuk PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nManifesto Barisan Nasional \u2013 Perancangan Amal dan Usaha (PADU)\nBarisan Nasional menampilkan Manifesto yang dinamanakan Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran untuk rakyat Malaysia dalam memberikan mandat bagi membentuk kerajaan Persekutuan kelak.\nBerikut dikongsikan ringkasan serta lampiran penuh manifesto tersebut untuk makluman bakal pengundi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManifesto Barisan Nasional \u2013 Perancangan Amal dan Usaha (PADU)\n\n \nUcapan Penuh Pelancaran Pelan Amal dan Usaha (PADU)\n\n\nManifesto Barisan Nasional \u2013 Perancangan Amal dan Usaha (PADU)\nManifesto BN P.A.D.U atau Perancangan Amal Dan Usaha mempunyai 99 Tawaran yang telah disediakan untuk seluruh rakyat Malaysia.\nAntara perkara yang menarik di dalam PADU ini adalah :\n1. Menghapuskan kemiskinan mutlak melalui Skim Bantuan Pendapatan Asas yang dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada semua isi rumah berpendapatan kurang daripada RM 2,208 sebulan.\n2. Memberi potongan cukai pendapatan sebanyak 2% khusu kepada kelompok M40, dengan julat pendapatan RM 50 ribu hingga RM 100 ribu setahun.\n\n\n\n\n\n\n3. Mengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan (0%) selama 5 tahun kepada semua wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya.\n4. 100% liputan internet di seluruh negara dalam masa 30 bulan dan 100% liputan 5G di semua sekolah dalam 18 bulan.\n5. Pendidikan awal dan asuhan nasional percuma untuk semua kanak kanak berumur 6 tahun ke bawah.\n6. Sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba percuma kepada semua pelajar B40.\n7. Memperkenalkan subjek \u201ccoding\u201d dan bahasa komunikasi asas seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun dan bahasa etnik lain di semua sekolah.\n8. Pengajian tinggi percuma kepada semua individu dari keluarga B40.\n9. Akta khusus dan segera bagi melindungi hak, kebajikan dan pendapatan pekerja gig.\n10. Menghapuskan permit import (AP) kenderaan elektrik (EV) bagi meningkatkan akses kepada penggunaan kenderaan mesra alam mampu milik.\nIni adalah diantara 99 tawaran yang tersedia untuk semua.\nRujuk ucapan penuh oleh Presiden Barisan Nasional dan lampiran penuh di bawah untuk senarai lengkap tawaran Manifesto BN PADU.\n\n\n\n\n\nAntara tawaran dalam manifesto Barisan Nasional (BN) \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUcapan Penuh Pelancaran Pelan Amal dan Usaha (PADU)\nAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh\nSalam Sejahtera\nRakyat Malaysia yang saya hormati,\nTiga minggu dari sekarang, kita akan memilih Kerajaan yang baharu, In Sha Allah.\nIni adalah saat yang sangat penting, kerana Malaysia memerlukan permulaan yang baharu, setelah empat tahun yang sangat tidak menentu.\nBagi bersama-sama memastikan permulaan baharu ini berlaku dengan selayaknya, kita semua memikul tugas dan tanggungjawab yang sama.\nKita mesti memilih parti yang boleh membentuk kerajaan yang bertanggungjawab, yang pragmatik dan yang mempunyai rencana yang jelas untuk Malaysia.\nAtas kesedaran bahawa sesebuah parti yang berhasrat menjadi kerajaan, perlu mempunyai agenda dan pelan yang konkrit untuk negara, maka Barisan Nasional tampil menawarkan kestabilan dan kemakmuran yang Malaysia perlukan.\nSebelum menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada para pengundi untuk memilih yang terbaik, Barisan Nasional sedar bahawa kami mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menawarkan yang terbaik kepada negara.\nUntuk itu, kami menetapkan dua keutamaan penting iaitu:\nPertama, kami akan mewujudkan kestabilan politik dengan membentuk sebuah Kerajaan yang kuat.\nKerajaan yang berupaya mengakhiri segala politik jelik dan pelik, lompat melompat, ugut-mengugut dan tekan-menekan. Kerajaan yang akan menoktah segala sandiwara yang membawa ketidakstabilan dan ketidaktentuan dalam politik dan kerajaan.\nKedua, kami akan menguruskan Malaysia agar menjadi sejahtera dan makmur.\nIn Sha Allah, ini akan dicapai dengan melaksanakan pelbagai pelan dan perancangan yang bersifat prorakyat, propembaharuan, prokemajuan dan mengutamakan keterangkuman.\nJusteru, pada malam ini, saya dengan sukacitanya menampilkan Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional untuk Malaysia yang tercinta atau ringkasnya, PADU.\nRakyat Malaysia yang saya hormati,\nPADU adalah tawaran baharu yang segar atau \u2018\u00a0a new and fresh deal\u2019 daripada BN kepada rakyat Malaysia.\nDi dalam PADU ini terdapat\u00a099 Amal dan Usaha BN\u00a0yang akan menjadi panduan kami dalam mengemudi tanah air kita menjadi negara berkemajuan.\nPADU bukan janji-janji manis dan indah. PADU bukan tentang segala-galanya percuma. PADU bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi.\nTetapi, PADU adalah pelan yang serius dan rasional. Pelan yang mempunyai sasaran yang jelas. Dan pelan yang BN akan amal dan usahakan dengan sebaiknya demi kemaslahatan semua, Insya-Allah.\nSaya ingin memfokuskan kepada lima (5) idea besar yang mendasari tawaran utama di bawah PADU.\nPertama, PADU adalah penyelesaian nasional yang komprehensif bagi menjawab pelbagai isu paling mendesak seperti kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi.\nUntuk itu, PADU akan melakukan satu revolusi besar-besaran dalam sistem pengagihan bantuan di seluruh negara dengan memperkenalkan\u00a0skim bantuan pendapatan asas atau \u201cAssistive Basic Income\u201d.\nMelalui skim ini, kerajaan akan memasukkan atau mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2208.\nIa adalah \u2018top up\u2019 atau\u00a0tambahan pendapatan bulanan\u00a0bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya pendapatan RM2208 sebulan.\nSkim ini adalah jalan paling adil, munasabah dan strategik. Bukan sahaja bagi menangani kos sara hidup yang sangat membebankan. Namun bagi memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan. Atau dalam erti kata lain, selepas ini, insiden kemiskinan mutlak hanya akan tinggal sejarah di Malaysia.\nBagi mereka yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50 ribu hingga RM100 ribu pula, kita akan memberi\u00a02% potongan cukai pendapatan. Ini sudah pasti akan membolehkan kuasa beli golongan M40 meningkat dan mengurangkan beban kewangan mereka.\nBagi menggalakkan wanita kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya (career break), kita akan mengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan iaitu 0% bagi tempoh lima (5) tahun.\nInisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan wanita yang masih aktif untuk kembali ke pasaran pekerjaan dan pengecualian cukai ini akan meringankan beban kewangan setelah berehat daripada kerjaya.\nSelain tiga tawaran utama yang bersifat secara langsung ini, PADU turut memuatkan beberapa lagi inisiatif yang akan secara tidak langsung membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup.\nKedua, PADU adalah tentang tekad BN untuk melakukan beberapa pembaharuan yang radikal dan bersifat struktural dalam negara kita.\nBN akan membawa perubahan-perubahan besar yang akan mengubah kehidupan dan keseluruhan cara kita menguruskan masyarakat. Ini akan dilaksanakan dengan masukkan perkara yang paling diperlukan negara dan paling bertanggungjawab untuk dilakukan.\nApakah perkara-perkara tersebut?\nPertama, menyedia dan memperkasa pendidikan awal yang terbaik melalui\u00a0sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma untuk semua kanak-kanak berusia enam (6) tahun dan ke bawah.\nIni bermakna, selain sistem sekolah rendah dan sekolah menengah, selepas ini Malaysia akan turut mempunyai sistem pendidikan awal dan asuhan percuma di seluruh negara.\nIa tidak lagi bersifat serpihan-serpihan atau bergantung kepada budi bicara atau tahap kemampuan ibu bapa. Sebaliknya, ia akan diwujudkan sebagai sebuah sistem universal yang tersedia untuk semua di seluruh negara.\nMemperkenalkan sistem pendidikan awal dan asuhan ini, ia bukan sahaja akan mengurangkan sebahagian besar kos penjagaan dan pendidikan kanak-kanak di seluruh negara, tetapi menjadi bukti, komitmen dan pelaburan besar negara, dalam memastikan asuhan dan pendidikan awal, \u00a0dilakukan dengan cara terbaik.\nSemoga perubahan radikal ini akan menjadi titik mula, dalam ikhtiar kita untuk membangun keupayaan kognitif anak-anak kita, \u00a0agar mereka membesar menjadi generasi yang kuat, cerdas dan berkemahiran.\nKedua, di peringkat sekolah pula, agenda pendigitalan pendidikan akan dilakukan secara besar-besaran. BN akan memperkenalkan\u00a0Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks\u00a0yang akan menyaksikan pembelajaran berlangsung menggunakan\u00a0laptop\u00a0atau komputer riba. Untuk itu, 2 inisiatif besar BN untuk perkara ini adalah\u00a0memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40\u00a0dan\u00a0memastikan 100% liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan.\nPerkara ini akan membantu menyelesaikan isu-isu seperti beg sekolah yang berat serta membolehkan kemas kini sukatan pelajaran dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.\nPada peringkat pengajian tinggi pula, Barisan Nasional akan memberikan\u00a0pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak dalam kalangan B40. Ini adalah sebahagian usaha serius kita untuk membasmi kemiskinan secara strategik, adil dan bersifat jangka panjang.\nSelain pengajian tinggi tanpa yuran kepada semua individu dari kelompok B40,\u00a0universiti awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara akan menawarkan sistem pengajian anjal. Iaitu 50% pengajian di kampus, dan 50% lagi secara dalam talian atau jarak jauh, yang akan sekali gus mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.\nMalah, selepas ini, bagi menghapuskan eksploitasi,\u00a0semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan latihan amali atau\u00a0internship\u00a0akan diwajibkan bayaran elaun oleh majikan.\nPerkara-perkara ini kita usahakan kerana kita sedar, pendidikan bukan sahaja pertahanan terbaik atau\u00a0our best defence,\u00a0malah senjata ampuh atau\u00a0our best weapon\u00a0dalam memerangi kekurangan serta kesenjangan hidup.\nSeterusnya, memandangkan Malaysia sedang bergerak menjadi sebuah negara tua (aged nation), perubahan radikal ketiga yang akan dilakukan adalah mewujudkan ekosistem perlindungan dan penjagaan warga emas yang lebih baik.\nIni termasuklah\u00a0penggubalan Akta Penjagaan Warga Emas\u00a0dan\u00a0memantapkan fungsi dan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang mengendalikan pusat penjagaan warga emas dan OKU dengan peruntukan RM105 juta untuk lima (5) tahun.\nTidak dilupakan sektor pekerjaan GIG yang semakin berkembang dengan penglibatan ramai anak-anak muda, Barisan Nasional akan merangka Akta khusus dengan segera bagi meleindungi hak, kebajikan dan pendapatan pekerja gig.\nSemua ini adalah pembaharuan struktural yang kita perlukan untuk melonjak Malaysia menjadi negara yang meletakkan kesejahteraan dan keadilan sosial pelbagai kumpulan masyarakat pada tahap terbaik dan selayaknya.\nWarga Malaysia yang saya hormati,\nPerkara ketiga yang PADU akan tampilkan ialah keterangkuman dan pengiktirafan kerencaman.\nBN tidak mahu sesiapa pun tertinggal, tercicir dan terpisah. Kita sedar, dalam fabrik sosial masyarakat Malaysia yang kaya dengan latar belakangnya, mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian adalah satu-satunya jalan mengekalkan keharmonian dan nilai muhibah antara kita.\nBN percaya dan yakin bahawa formula untuk Malaysia yang stabil dan sejahtera ialah pembangunan yang terangkum.\nUntuk itu BN akan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai medan menyubur keharmonian dan menyemai nilai menghargai satu sama lain.\nSelain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kini diajar di semua sekolah, di bawah BN nanti,\u00a0semua sekolah akan turut mengajar bahasa-bahasa komunikasi asas yang lain seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun dan bahasa-bahasa etnik yang lain.\nIa bukan sahaja akan menjadikan pembelajaran sesi yang menyeronokkan, malah sekolah akan menjadi tempat semua pelajar bersahabat dan membesar sebagai rakyat yang bersatu-padu.\nBN akan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan untuk pendidikan semua. Malah BN akan menjadikan sekolah sebagai tempat kita memupuk minda terbaik melalui pengajaran\u00a0kemahiran baharu seperti pengkodan atau\u00a0coding\u00a0dan kreativiti.\nYang pasti, sekolah akan dijadikan medan paling ampuh untuk memupuk kesedaran kemajmukan dan perpaduan.\nDi peringkat swasta pula, kita ingin memastikan para majikan mengambil pekerja daripada pelbagai bangsa, gender dan latar belakang dengan menawarkan\u00a0insentif cukai kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kemajmukan pada peringkat pengurusan.\nSelain itu, kita mahu isu gangguan seksual, ketidaksaksamaan gaji, imbuhan dan layan kerana perbezaan gender dihapuskan sama sekali dengan meneliti\u00a0kesesuaian penubuhan Tribunal Kesaksamaan Gender dan menubuhkan Tribunal Anti Gangguan Seksual.\nPada masa yang sama, atas nama keterangkuman juga, kita tidak lagi mahu, anak-anak yang dilahirkan melalui perkahwinan campur, atau mereka yang berbeza identiti bangsa dan agama dinafikan hak untuk menjadikan Malaysia tanahair tercinta.\nOleh itu, saya tegaskan di sini bahawa BN bersedia untuk\u00a0meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing.\nIni kita lakukan atas kesedaran bahawa patriotisme dan nilai sayangkan negara itu hadir dari kerencaman dan keterangkuman.\nSaudara dan saudari sekalian,\nPerkara keempat, PADU adalah satu penggandaan usaha untuk kita meletakkan asas-asas penting untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.\nProses pembinaan negara yang berjaya dan masyarakat yang sejahtera adalah tugas dan tanggungjawab yang mengambil masa.\nSesetengah kudrat dan keringat yang kita tumpahkan, hanya akan menampakkan hasil sedekad dari sekarang. Atau pada satu tempoh yang lebih lama. Atau mungkin pada suatu ketika yang tidak sempat pun untuk kita sendiri saksikan hasilnya.\nAkan tetapi, itu tidak bermakna kita tidak harus berusaha dari sekarang. Masa depan yang baik untuk semua harus dimulakan dari sekarang.\nUntuk itu, BN nekad memastikan amalan politik di negara ini dihidupkan hanya dengan cara yang bertanggungjawab dan telus melalui\u00a0penggubalan Akta Pendanaan Politik.\nPada masa yang sama,\u00a0pelantikan jawatan utama negara seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi SPR akan melalui saringan jawatankuasa khas Parlimen.\nMelalui wakil mereka di Parlimen, rakyat akan diberikan mandat untuk meneliti dan terlibat dalam tapisan pelantikan jawatan awam terpenting di negara ini.\nMasa depan Malaysia juga mesti lestari dan selamat. Untuk itu kita akan\u00a0menghapuskan semua permit import atau AP untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.\nDan kita juga akan berusaha menambah\u00a0litupan kawasan berhutan negara kepada 60 peratus keluasan dengan kerjasama kerajaan negeri.\nWarga Malaysia yang saya hormati,\nPerkara kelima dan terakhir yang ingin saya tegaskan adalah, perlunya kerajaan yang kuat dan stabil dengan pasukan kerja yang terbaik.\nPerancangan yang baik mesti disusuli dengan amalan yang berstrategi dan usaha yang gigih. Ini bagi memastikan 99 perkara dalam PADU ini dapat diterjemah dan dijayakan.\nBersandarkan kesedaran ini, Insya-Allah PADU akan didukung dan diusahakan dengan mengumpul bakat-bakat terbaik dalam kalangan calon yang terpilih.\nBN akan membentuk pasukan yang mempunyai ilmu, pengalaman dan berwibawa yang diperlukan dalam menjadikan PADU satu realiti.\nPasukan yang jiwa dan raga mereka, didedikasikan kepada rakyat dan negara tercinta. Pasukan yang bersedia memberikan yang terbaik demi menterjemahkan PADU.\nNamun, BN tidak boleh berseorangan dalam ikhtiar besar ini. Kami memerlukan sokongan dan penglibatan semua. Sesungguhnya 99 Amal dan Usaha yang kami nukilkan dalam PADU ini adalah sesuatu yang kami rasakan terbaik untuk negara dan masyarakat kita.\nJusteru, saya pulangkan semuanya kepada pertimbangan baik saudara dan saudari yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.\nSaya jemput semua untuk meneliti pelan amal dan usaha kami. Lihatkan dengan berlapang dada bagaimana semua itu akan mengubah negara dan masa depan kita.\nSaya akui, ini bukan pelan yang sempurna. Tapi saya dan seluruh pasukan BN percaya, ia mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.\nDengan rendah hati, saya menyeru sokongan dan doa daripada semua. Semoga apa yang kita lakukan bersama ini membuahkan hanya yang terbaik untuk tanah air, Insya-Allah.\nUndilah kestabilan. Undilah Kemakmuran. Undilah Barisan Nasional.\nSaya dengan penuh insaf dan kesedaran menawarkan Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional untuk pertimbangan saudara saidari semua.\nSekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.\nTerima kasih.\nSumber: https://www.bnnewsonline.com/\nLAMPIRAN PENUH: MANIFESTO BARISAN NASIONAL (PADU) BN UNTUK PRU15\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk maklumat lanjut tentang Manifesto BN ini, sila rujuk laman web rasmi Barisan Nasional dan saluran media sosial berikut.\nFacebook BN COMMSTwitter https://twitter.com/bnrasmi\nBaca juga: \nManifesto Perikatan Nasional (Tawaran PN BEST PRU15)Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mybsn-online/", "title": "myBSN: Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini kita dah tak perlu ke kaunter lagi untuk daftar BSN online melalui portal myBSN. \nSeperti mana bank-bank lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga menyediakan khidmat perbankan online yang mudah dan cepat.\nSelain digunakan untuk menjalankan transaksi kemasukan, pengeluaran dan pemindahan wang, BSN online juga biasa digunakan untuk tujuan pembelian pin Unik UPU.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang myBSN serta langkah pendaftaran yang lengkap dan mudah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah myBSN?\n\n \nCara Daftar BSN Online @ myBSN\n\n \nCara Login MyBSN Pertama Kali\n\n \nPerkhidmatan Perbankan Internet BSN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah myBSN?\nIanya merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.\nKita juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti: \n\nPertanyaan Baki \nPemindahan Dana\nPembayaran Bil\nPembayaran Kad Kredit\nPembelian SSP\nPembelian Pin \ndan banyak lagi.\n\nCara Daftar BSN Online @ myBSN\nSebelum mula daftar BSN online, pastikan kita dah ada kad ATM dan ingat nombor telefon yang didaftarkan.\nJika tidak, sila ke kaunter BSN untuk daftar / tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar BSN online.\nLANGKAH 1\nUntuk daftar BSN online sila layari laman web mysBSN di:\nhttps://www.mybsn.com.my/\nKlik \u2018Register\u2019.\n\nTandakan butang \u2018Accept\u2019 untuk \u2018First Time Registration\u2019.\n\n\n\n\n\n\nLANGKAH 2\nMasukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2.\nMasukkan 16 digit no kad bank anda yang tertera pada kad ATM.\nKemudian isikan nombor cvv2 (3 nombor di bahagian belakang kad ATM anda) serta tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).\n\nLANGKAH 3\nMasukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.\n\nLANGKAH 4\nMasukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.\nTekan \u2018Request OTP\u2019. \nNombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS. \nMasukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran.\nKemudian pilih 1 \u2018online image\u2019 yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).\n\nSELESAI\nJika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.\nAnda boleh login semula dan melihat senarai akaun di menu \u2018Account Overview\u2019.\nSila rujuk panduan video di bawah :\n\n\nSumber: [Jom Daftar Perbankan Internet myBSN] Youtube BSN Malaysia \nCara Login MyBSN Pertama Kali\nAnda perlu login semula dengan menggunakan username dan password tadi.\nSebagai pengguna pertama kali, anda perlu mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.\nButiran lain boleh juga diisi jika mahu.\nSelepas itu, anda sudah boleh memulakan transaksi online BSN internet banking!\nJika anda terlupa KATA LALUAN atau ID yang didaftarkan, sila rujuk : Lupa Kata Laluan BSN Online? Ini Cara Tukar Password MyBSN\nPerkhidmatan Perbankan Internet BSN \nSetelah login, anda boleh mengakses dan pelbagai maklumat akaun BSN anda dan melakukan aktiviti perbankan seperti:\ni) Pemindahan Dana\nHad maksimum harian untuk Pemindahan Dana bagi pihak ketiga ialah RM10,000.\nTiada apa-apa caj dikenakan bagi pemindahan antara akaun BSN.\nii) Semak Rekod Transaksi\nSelepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan. \u00a0\nKemudian, klik \u2018View MyBSN Transaction History\u2019. \u00a0Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.\niii) Pembayaran Pinjaman \nDengan IBG, anda boleh melaksanakan pemindahan dana serta pembayaran kad kredit, pinjaman dan bayaran ansuran sewa beli kepada bank lain yang tersenarai.\nHad maksimum harian untuk Transaksi IBG ialah RM10,000.00.\nBaca juga : Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini\niv) Pembayaran Bil\nKemudahan pembayaran yang membolehkan anda membayar bil kepada badan-badan penerima yang tersenarai melalui myBSN.\nPerkhidmatan Pembayaran Bil kami adalah percuma.\nv) Pembelian Pin\nDengan BSN, anda boleh membeli PIN UPU online untuk diri sendiri atau orang lain.\nCuma masukkan nombor Kad Pengenalan pelajar/calon.\nvi) Beli Sijil Simpanan Premium (SSP)\nSSP BSN direka khusus untuk pelanggan BSN sahaja. \nAnda mesti ada\u00a0Kad ATM BSN yang sah dan mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet sebelum membeli SSP secara online.\nSemak dan sahkan alamat anda terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian SSP.\u00a0 \nTiada had untuk pembelian SSP melalui myBSN. \nBaca juga : Cara Buat Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)\nMaklumat Lanjut\nJika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). \nTalian ini dibuka 24 jam sehari.\nUntuk melihat Soalan Lazim tentang cara daftar BSN online dan perkhidmatan yang disediakan, sila rujuk di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/faq?lang=ms-MY&csrt=1467993480280683042\nUntuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/\n \n"]} {"url": "https://ecentral.my/dividen-bank-rakyat/", "title": "Dividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMasuk bulan April, ahli Bank Rakyat mungkin mula tertanya-tanya bilakah dividen akan diumumkan dan berapa agaknya kadarnya pada tahun ini kan?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang dividen Bank Rakyat dan cara membuat semakan pengkreditan bagi ahli-ahli terlibat.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Dividen Bank Rakyat?\n\n \nTarikh Dividen Bank Rakyat 2022\n\n \nKadar Dividen Bank Rakyat 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nInfo Bank Rakyat\n\n\nApakah Dividen Bank Rakyat?\nBank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM111.75 bilion berakhir Disember 2020.\nBerbeza dengan ASB, unit amanah Bank Rakyat adalah terhad dan tidak dibuka untuk penjualan atau pembelian sepanjang tahun.\nSebaliknya, anda perlu menunggu tarikh penawaran baru dari bank atau mencari pemegang saham untuk membeli unit daripada mereka.\nMerujuk kepada laman web rasmi Bank Rakyat pula, Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:\nPemohon individu:Warganegara MalaysiaBerumur 18 hingga 65 tahunBagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersamaPermohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.Pemohon institusi \u2013 Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dll\nJumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (*Berbeza mengikut dana)\nTarikh Dividen Bank Rakyat 2022\nDividen Bank Rakyat biasanya diumumkan sekitar bulan April setiap tahun.\n\n\n\n\n\n\nTahun 2021 contohnya, dividen telah dikreditkan kepada ahli pada 12 April.\nBank akan membuat pembayaran dividen setelah ianya mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkenaan. \nPengumuman Dividen Bank Rakyat dan Prestasi Kewangan Kumpulan Bank Rakyat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 akan diumumkan pada 25 April 2022 mulai jam 11.15 pagi secara langsung di laman media sosial rasmi Bank Rakyat\n\nPautan Facebook Rasmi Bank Rakyat: https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT/\nKadar Dividen Bank Rakyat 2022\nBerapa agaknya kadar dividen bagi tahun 2022 ini?\nTERKINI: Bank Rakyat mengumumkan kadar dividen ialah 15% bagi tahun 2021.\n\nBank Rakyat umum bayaran dividen 15 peratus bagi 2021 berbanding 13 peratus pada 2020, melibatkan pembayaran sebanyak RM429.50 juta.\nPembayaran dividen ini akan dikreditkan mulai 25 April 2022.\nDi sini kami kongsikan sejarah kadar dividen bagi 5 tahun sebelumnya.\nTahunKadar Dividen202013%201914%201813%201715%201615%201513%201415%201315%201218%201120%201015%\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan info terkini dan maklumat sahih berkenaan tarikh pengumuman dan kadar dividen Bank Rakyat, sila rujuk saluran berikut:\nFacebook Bank Rakyat : https://www.facebook.com/myBANKRAKYATLaman web rasmi Bank Rakyat : https://www.bankrakyat.com.my/Talian Hotline Bank Rakyat : 1-300-80-5454\nBaca juga: \nKadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap KategoriBantuan Khas Aidilfitri 2022 Penjawat Awam (RM500) & Pesara (RM250)\nInfo Bank Rakyat\nBank Rakyat telah ditubuhkan pada Bulan September 1954 dibawah Ordinan Koperasi 1948, berikutan perkembangan pergerakan koperasi di Semenanjung Malaysia.\nBagi memudahkan perkembangan pergerakan koperasi, pihak koperasi telah menubuhkan bank persatuan masing-masing bagi menyediakan kemudahan kewangan kepada ahli-ahli mereka.\nPada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan membuat keputusan untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank)\nPada tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad telah menggantikan Bank Agong dengan membuka keahlian tidak hanya terhad kepada koperasi, tetapi juga kepada individu. Berikutan pertukaran kepada undang-undang kecil juga telah menyebabkan penubuhan subsidiari syarikat dan pembukaan cawangannya bagi melayan pelanggan dan juga keahlian.\nPada 6 Januari 1973, nama Bank tersebut telah ditukar kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.\nBank Rakyat diselia oleh Undang-undang dan Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad 1978 (Peruntukan Khas 202), yang membenarkan Bank Rakyat menyediakan pembiayaan kepada bukan ahli.\nPada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi dan Kementerian Kewangan.\nPada tahun 1993, Akta Koperasi telah disemak semula bagi membenarkan Bank beroperasi di Sabah dan Sarawak.\nPada bulan Mei 8 1993, Bank Rakyat telah mengorak langkah ke arah bank koperasi syariah dengan memperkenalkan produk perbankan islam di empat cawangannya.\nBank Rakyat menjadi bank koperasi islam sepenuhnya pada tahun 2002. Sehubungan itu, dengan perkembangan penting ini, Bank Rakyat telah mencipta satu lagi peristiwa penting dimana ianya telah menjadi bank ketiga yang menawarkan produl perbankan islam secara sepenuhnya di Malaysia.\nPada 15 Februari 2002, Bank Rakyat bersama-sama dengan enam institusi kewangan dan pembangunan telah diletakkan dibawah kawalan Bank Negara Malaysia menurut Akta Pembangunan Institusi Kewangan (DFIA).\nPada 27 Mac 2004, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan.\nPada 15 April 2009, selepas penyusunan semula kabinet, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Kewangan dan kemudiannya dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Pada tahun 2018, Bank Rakyat diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang memainkan peranan terhadap pembangunan keusahawanan negara dan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).\nSehingga kini, Bank Rakyat mempunyai sebanyak 147\u00a0cawangan yang menawarkan kemudahan perbankan Islam kepada pelanggannya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-hilangkan-sakit-kepala/", "title": "Ini 20 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dalam 5 Minit!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSakit kepala adalah salah satu masalah kesihatan yang paling biasa dan boleh menjadi sangat mengganggu. Walaupun ubat-ubatan adalah pilihan yang biasa, terdapat pelbagai cara hilangkan sakit kepala dengan bahan semula jadi yang boleh membantu meredakan masalah tersebut.\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa alternatif cara hilangkan sakit kepala yang mungkin berguna untuk anda.\nBaca juga: Simptom Omicron & Jangkitan Covid\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Minum air secukupnya\n\n \n2. Ambil magnesium\n\n \n3. Elakkan alkohol\n\n \n4. Dapatkan rehat yang cukup\n\n \n5. Cuba diet yang rendah histamin\n\n \n6. Menggunakan minyak esensial\n\n \n7. Mengurangkan stres\n\n \n8. Melakukan senaman\n\n \n9. Mengurangkan pengambilan makanan berproses\n\n \n10. Mencuba akupunktur\n\n \n11. Minum teh herba\n\n \n12. Menghindari lampu yang terang\n\n \n13. Mengawal pengambilan kafein\n\n \n14. Makan secara teratur\n\n \n15. Jangan merokok\n\n \n16. Menggunakan tuam sejuk\n\n \n17. Mengambil vitamin B\n\n \n18. Mencuba yoga\n\n \n19. Elak makanan penyebab sakit kepala\n\n \n20. Berjumpa dengan doktor\n\n \nKesimpulannya\n\n\n1. Minum air secukupnya\n\nDehidrasi boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, memastikan anda cukup minum air setiap hari boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala. \nBukan sahaja minum air, tetapi juga mengelak makanan dan minuman yang meyebabkan dehidrasi seperti kopi, alkohol, dan minuman bergula.\n2. Ambil magnesium\nMagnesium adalah mineral penting yang memainkan peranan dalam berbagai fungsi tubuh, termasuk pengekalan fungsi saraf dan otot. \nKekurangan magnesium telah dikaitkan dengan sakit kepala dan migrain. Oleh itu, mengambil suplemen magnesium boleh menjadi cara yang baik untuk meredakan sakit kepala.\n3. Elakkan alkohol\n\nBagi beberapa orang, alkohol bukan sahaja boleh menyebabkan sakit kepala tetapi juga migrain. \nMengurangkan atau mengelakkan alkohol sepenuhnya boleh membantu mencegah sakit kepala.\n\n\n\n\n\n\n4. Dapatkan rehat yang cukup\nKurang tidur adalah salah satu punca utama sakit kepala. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam untuk mencegah dan meredakan sakit kepala.\n5. Cuba diet yang rendah histamin\nHistamin adalah bahan kimia yang tubuh anda hasilkan semasa tindak balas alergi. Beberapa orang mungkin sensitif terhadap histamin, yang boleh menyebabkan sakit kepala. \nMengurangkan makanan yang tinggi histamin seperti keju lama, bir, wain, dan ikan masin boleh membantu mencegah sakit kepala.\n6. Menggunakan minyak esensial\n\nMinyak esensial adalah cecair yang dihasilkan dari tumbuhan dengan bau yang kuat. \nBeberapa minyak esensial seperti minyak lavender dan minyak pudina dikatakan dapat membantu meredakan sakit kepala.\n7. Mengurangkan stres\nStres adalah penyebab umum sakit kepala. Melakukan aktiviti yang meredakan stres seperti yoga, meditasi, dan pernafasan dalam-dalam boleh membantu mengurangkan sakit kepala.\n8. Melakukan senaman\n\nSenaman adalah cara yang baik untuk meningkatkan sirkulasi darah dan meredakan tekanan, yang boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala.\n9. Mengurangkan pengambilan makanan berproses\nMakanan berproses sering mengandungi MSG, natrium, dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan sakit kepala. \nMengurangkan pengambilan makanan jenis ini boleh membantu mencegah sakit kepala.\n10. Mencuba akupunktur\n\nAkupunktur adalah teknik perubatan tradisionisional China yang melibatkan penyisipan jarum halus ke dalam titik-titik tertentu pada kulit. \nIa telah ditunjukkan dalam beberapa kajian untuk menjadi berkesan dalam meredakan sakit kepala dan migrain.\n11. Minum teh herba\nTeh herba seperti chamomile atau teh peppermint adalah cara yang baik untuk meredakan sakit kepala. \nMereka mempunyai sifat menenangkan dan boleh membantu anda merasa lebih rileks, yang pada gilirannya dapat meredakan sakit kepala.\n12. Menghindari lampu yang terang\nLampu yang terang, terutama dari skrin komputer atau telefon, boleh menyebabkan sakit kepala. \nCubalah untuk mengambil istirahat dari skrin atau menggunakan kaca mata yang melindungi mata anda dari cahaya biru.\n13. Mengawal pengambilan kafein\n\nWalaupun kafein dalam dos yang sederhana dapat membantu mencegah sakit kepala, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pengawalan pengambilan kafein adalah penting.\n14. Makan secara teratur\nMelewatkan makan boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah, yang boleh menyebabkan sakit kepala. \nMakan secara teratur dan memastikan anda mendapatkan cukup nutrien adalah penting untuk mencegah sakit kepala.\n15. Jangan merokok\nRokok mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang saraf di otak dan menyebabkan sakit kepala. \nJika anda seorang perokok, berhenti merokok boleh membantu mencegah sakit kepala.\n16. Menggunakan tuam sejuk\nMeletakkan tuam dingin di dahi atau belakang leher boleh membantu meredakan sakit kepala. \nIni boleh dilakukan dengan menggunakan sehelai tuala yang dibasahi dengan air sejuk atau sebungkus ais.\n17. Mengambil vitamin B\nVitamin B, terutama B2 (riboflavin), B9 (asid folik), dan B12, telah ditunjukkan dalam beberapa kajian untuk dapat membantu meredakan sakit kepala dan migrain. \nOleh itu, mengambil suplemen vitamin B boleh menjadi cara yang baik untuk meredakan sakit kepala.\n18. Mencuba yoga\n\nYoga adalah cara yang baik untuk meredakan stres dan melancarkan peredaran darah, yang boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala.\nIngatlah bahawa walaupun kaedah-kaedah ini boleh membantu, mereka mungkin tidak berkesan untuk semua orang. \nJika sakit kepala anda berterusan atau bertambah teruk, anda harus berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional.\n19. Elak makanan penyebab sakit kepala\n\nBeberapa makanan dan minuman boleh menjadi pemicu sakit kepala. Contohnya, makanan yang mengandungi monosodium glutamat (MSG), kafein, atau tiramin dapat menyebabkan sakit kepala pada sesetengah orang. \nCuba kenal pasti makanan atau minuman apa yang mempengaruhi anda dan elakkan mereka dalam diet harian anda.\n20. Berjumpa dengan doktor\nSekiranya anda mengalami sakit kepala yang berulang atau teruk, adalah penting untuk berjumpa doktor. Doktor akan dapat mendiagnosis punca sakit kepala anda dan memberikan rawatan yang sesuai. \nMereka juga boleh mengesyorkan ubat yang sesuai untuk mengurangkan rasa sakit atau mengawal kekerapan serangan sakit kepala berlaku.\nKesimpulannya\nKesimpulannya, sakit kepala adalah masalah yang dapat mengganggu kehidupan seharian jika tidak dirawat dari awal.\nJusteru, dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul dan merawat diri dengan baik, anda dapat mengurangkan risiko sakit kepala dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia.\nRujukan:\n\nArtikel asal diterbitkan di\u00a0Mysihat\nRemedies to Get Rid of Headaches Naturally. Healthline\nTips to Get Rid of a Headache. WebMD\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/google-forms/", "title": "Google Forms : Panduan Mudah Buat Borang Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGoogle Form merupakan salah satu aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Google.\nMenariknya, aplikasi Google Forms ini boleh digunakan oleh semua pengguna akaun Gmail secara percuma sahaja \u2013 tiada sebarang bayaran dikenakan.\nSelain Google Forms, pihak Google juga mempunyai banyak aplikasi atau servis (sama ada percuma atau berbayar) antaranya Google Adsense, Meet, Classroom dan banyak lagi.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang GoogleForm yang amat berguna untuk anda tahu.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Google Forms?\n\n \nKelebihan Google Forms\n\n \nPanduan Membuat Borang Online\n\n \nCara Berkongsi Borang Online\n\n\nApakah Google Forms?\nAda kalanya kita perlu membuat borang dalam talian untuk mengumpulkan data yang diperlukan.\nAntara contoh penggunaan GoogleForms:\nBorang pendaftaranUjian dalam talianKuizBorang maklum balasBorang tinjauan\u2026 dan banyak lagi\nDengan integrasi Gmail, kesemua maklumat yang dimasukkan akan diintegrasikan denga akaun Gmail anda.\nKelebihan Google Forms\nSelain percuma, GoogleForms sangat mudah untuk digunakan.\nWalaupun anda bukan orang yang mahir dalam teknologi, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan borang dalam talian.\nUntuk membina sebuah borang online juga hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik sahaja.\nPanduan Membuat Borang Online\nLog masuk akaun Gmail andaBuka laman Google FormsKlik pada \u201cBlanks\u201d untuk mula membina borang baruMasukkkan soalan andaPilih jenis atau format jawapan yang diingin sama ada jawapan pendek, jawapan panjang, dropddown dan sebagainya.\n\nTips:\nPada bahagian bawah borang tersebut, tentukan sama ada soalan tersebut wajib dijawab atau tidak. Klik pada butang \u201c+\u201d di bahagian kanan untuk menambah soalanAnda turut boleh menambahkan gambdar dan video pada borang anda untuk menjadikannya lebih interaktif\n\nCara Berkongsi Borang Online\nSetelah menghabiskan borang yang dibuat, anda boleh berkongsi pautan (link) borang Google Forms tersebut untuk dikongsikan kepada orang ramai.\nSegala jawapan yang dimasukkan oleh orang lain dapat dilihat dan diakses oleh anda dengan mudah.\nSila ikuti langkah berikut untuk berkongsi borang tersebut:\nBuka GoogleForms yang telah disiapkan.Di bahagian atas kanan, klik More.Klik Add collaborators.Klik \u201cInvite people.\u201dDi bahagian \u201cAdd editors\u201d tambahkan alamat email untuk berkongsi melalui e-mail.Klik Send.\n\nPada bahagian Tetapan (Settings), anda juga boleh menetapkan sama ada masih menerima respon atau tidak. Sekiranya tidak, orang ramai masih boleh mengakses Google Forms anda tetapi notis pemberitahuan akan dipaparkan yang memaklumkan bahawa borang itu tidak lagi menerima sebarang respon.\nTetapan sebegini sangat berguna apabila anda telah menetapkan tarikh akhir atau tarikh tutup borang penyertaan \u2013 mereka yang lewat tidak akan dapat menghantar respon mereka melalui borang anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mohon-permit-umrah/", "title": "Cara Mohon Permit Umrah (Eatmarna & Tawakkalna)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi bagi bagi rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah Umrah ketika Ramadhan kerana kerajaan Arab Saudi telah membuka permohonan permit Umrah melalui aplikasi Eatmarna & Tawakkalna.\nPengumuman mengenai perkara ini telah diumumkan sendiri oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi dan permohonan telah dibuka seawal 6 Mac lagi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Tawakkalna?\n\n \nTata cara penggunaan Tawakkalna\n\n \nApa itu Eatmarna?\n\n \nCara mohon permit Umrah\n\n\nApa itu Tawakkalna?\nSecara mudah difahaminya, aplikasi Tawakkalna umpama aplikasi Mysejahtera yang kita gunakan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nDi Arab Saudi, orang luar atau penduduk setempat yang ingin memasuki ke mana-mana kedai, banngunan atau kawasan turut dikehendaki untuk scan kod bar yang ada bagi memudahkan pengesanan koontak rapat.\nAplikasi ini juga memudahkan pelbagai urusan lain seperti pendaftaran hotel, kemasukan ke pelbagai permis perniagaan dan sebagainya.\nTata cara penggunaan Tawakkalna\nRakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci wajib memuat turun aplikasi ini yang akan digunakan oleh mereka disana.\nAplikasi ini juga akan turut mengemaskinikan status vaksinasi anda boleh membolehkan anda menunaikan ibadah Umrah dengan lancar.\nMuat turun aplikasi Tawakkalna:AppStoreGoogle PlayDaftar akaun andaPilih akauan Visitor dan masukkan butiran diriBarcode status vaksin anda akan dipaparkan dan perlu ditunjukkan sekiranya diminta oleh pemilik permistaw\nApa itu Eatmarna?\n\n\nAntara permohonan permit yang boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna adalah:\nTunaikan UmrahSolat Fardhu di Masjidil HaramZiarah RaudhahZiarah Makam RasulullahMencium dan memegang Hajarul AswadSolat di Hijr Ismail\nCara mohon permit Umrah\nMuat turun aplikasi Eatmarna:AppStoreGoogle PlayDaftar akaun baru dengan melengkapkan butiran diriLengkapkan pendaftaran dengan memasukkan kata laluan yang dihantarPilih permit yang ingin dimohonLengkapkan maklumat peribadiPilih tarikh permit yang ingin dimohonPilih slot masa permit yang ingin dimohonPilih pusat pengangkutanSemak butiran dan lakukan pengesahanSetelah permohonan selesai, anda akan menerima mesej yang mengatakan permohonan permit anda telah berjaya\nSekiranya anda ingin menukar tarikh permohonan, anda dikehendaki membatalkan permohonan lama anda terlebih dahulu.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-sunat-aidiladha/", "title": "Solat Sunat Aidiladha : Panduan, Lafaz Niat Berjemaah & Sendirian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEsok, inshaa Allah sama-sama kita meraikan hari raya Aidil Adha. Berikut dikongsikan sedikit panduan untuk kita bersama mengikuti beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAmalan Sunnah Pagi Hari Raya Aidiladha\n\n \nWaktu Solat Sunat Aidil Adha\n\n \nCara Solat Sunat Aidiladha\n\n \nLafaz Niat\n\n \nCara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha\n\n \nKhutbah Aidiladha\n\n\nAmalan Sunnah Pagi Hari Raya Aidiladha\nAntara amalan sunat yang boleh dilakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah:\nMandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah oleh syarak.\nRasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: \u201cHiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).\u201d (Hadis riwayat al-Thabrani).\nPada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.\nBerikut dikongsikan panduan dan kaifiat mengerjakan Solat Sunat Aidiladha.\n\n\n\n\n\n\nWaktu Solat Sunat Aidil Adha\nSembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. \nWaktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.\nDisunatkan untuk tidak mengambil sarapan sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha.\nDiriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya, katanya:\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0631\u064f\u062c\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u0637\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0637\u0652\u0639\u064e\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a\nMaksudnya: Nabi Muhammad SAW tidak keluar ke tempat solat pada Aidilfitri sehinggalah baginda makan terlebih dahulu. Dan baginda tidak makan pada Aidiladha sehinggalah baginda solat terlebih dahulu.\u201d\n(HR at-Tirmidzi, hadis sahih)\nCara Solat Sunat Aidiladha\nSolat sunat Aidiladha dilakukan sebanyak 2 rakaat, seperti mana solat sunat biasa.\nSyarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.\nLafaz Niat\nLafaz niat solat sunat aidiladha (untuk seorang)\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649\u0652 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nSahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.\n\nSumber infografik: Pejabat Mufti WP\nCara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha\ni) Rakaat Pertama\nMulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.Membaca doa iftitah.Lafaz takbir 7 kali diselangseli dengan tasbih.\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064fMembaca surah Al-Fatihah.Membaca mana-mana surah (Dicadangkan membaca surah Al-A\u2019laa.)Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.\nii) Rakaat kedua\nMulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).Lafaz takbir lima kali diselangseli dengan tasbih.\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064fMembaca surah Al-Fatihah.Membaca mana-mana surah dari al-Quran. (Dicadangkan membaca surah Al-Ghahiyah atau Al-Ikhlas.)Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.Memberi salam.\nKhutbah Aidiladha\nAdalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.\nNamun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.\nBaca juga: Takbir Raya Haji 2022: Waktu, Panduan Lafaz Takbir Aidiladha\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ptptn-semak/", "title": "Semakan No Pinjaman PTPTN & Kemaskini Maklumat Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai peminjam PTPTN, penting untuk kita tahu cara mengakses portal PTPTN dan menggunakan kemudahan onlinenya. \nUntuk menggunakan kemudahan di portal PTPTN ini, peminjam perlu tahu nombor pinjaman PTPTN masing-masing.\nBerikut dikongsikan cara membuat PTPTN semak no pinjaman dan bagaimana untuk kemaskini permohonan PTPTN anda secara online.\nDengan mengetahui nombor pinjaman PTPTN, ia akan dapat menjimatkan masa dan menyingkatkan urusan para peminjam, kerana peminjam tidak perlu lagi hadir di kaunter PTPTN atau wakilnya di agensi kerajaan lain setiap kali ingin membuat urusan.\nSebaik sahaja memiliki nombor pinjaman PTPTN, kita boleh menyelesaikan banyak perkara mengenai bayaran balik pinjaman secara dalam talian (online) sahaja dan ini adalah suatu perkhidmatan yang sangat mesra pelanggan dan mementingkan kecekapan.\nAntara kemudahan dalam talian di portal PTPTN yang memerlukan peminjam memasukkan nombor pinjaman ialah memohon pertukaran pinjaman konvensional kepada ujrah, pengesahan baki pinjaman atau surat penyelesaian hutang, serta membuat pengemaskinian maklumat peminjam (e-mel dan nombor telefon).\u00a0\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Dapatkan No Pinjaman PTPTN\n\n \nKemaskini Maklumat PTPTN Online\n\n\nCara Dapatkan No Pinjaman PTPTN\n1. Melalui Hotline PTPTN\nSalah satu cara yang paling mudah adalah dengan menghubungi\u00a0Careline PTPTN\u00a0di talian 03-2193 3000. Nombor ini memang tersedia di portal PTPTN untuk mudah dirujuk oleh para peminjam.\u00a0\nApabila menelefon nombor ini, beritahu kepada pihak PTPTN bahawa anda ingin mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda.\nPeminjam yang telah memperolehi nombor pinjaman PTPTN, terus boleh mengakses menu e-Perkhidmatan di portal PTPTN pada bahagian \u2018Bayaran Balik\u2019.\n2. Melalui Mesej Di Facebook\nAnda juga boleh mendapatkan nombor pinjaman melalui mesej di Facebook rasmi PTPTN :\nhttps://www.facebook.com/PTPTNOfficial\n\nKemaskini Maklumat PTPTN Online\nSelain daripada menguruskan bayaran balik secara online, para peminjam juga boleh mengemas kini maklumat PTPTN secara online melalui portalnya.\nUntuk tujuan kemas kini maklumat peminjam, nombor pinjaman ini sangat diperlukan sama seperti di atas. Jika tidak akses kepada portal tidak dapat dibuat.\nSesetengah kita mungkin bertanya, kenapakah kita perlu kemas kini maklumat PTPTN lagi? Bukankah PTPTN sudah ada maklumat kita semasa kita membuat pinjaman dahulu. Sudah ada alamat lengkap surat-menyurat, nombor telefon dan e-mel.\nBetul, tetapi itu dahulu. Seringkali, apabila kita terpaksa menangguh bayaran balik selama beberapa lama, maklumat peribadi peminjam juga telah berubah dalam tempoh itu.\u00a0\nKita mungkin tidak tinggal bersama ibu bapa lagi, sudah bertukar kerja beberapa kali, bertukar nombor telefon dan menggunakan alamat e-mel yang baharu.\nAda sistem memanfaatkan nombor telefon pengguna mereka untuk kiriman kemas kini terbaharu melalui SMS dan sebagainya. Justeru, nombor telefon ini sangat penting dikemas kini.\u00a0\nBegitu juga dengan e-mel. Menghantar surat cara lama sudah menjadi cara perhubungan yang kurang berkesan dan lambat pada hari ini, jadi PTPTN memerlukan alamat e-mel terkini untuk berhubungan tentang hal pinjaman.\nMaka, kemas kini ini sudah tentunya berfaedah dan efisien bagi kedua-dua pihak, iaitu peminjam dan PTPTN.\u00a0\nDengan adanya nombor pinjaman, kerja kemas kini ini semudah ABC sahaja.\nJadi, usahlah bertangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan nombor pinjaman dan menyelesaikan hutang PTPTN. Mudah bukan caranya? Hanya telefon nombor hotline PTPTN yang tertera, dan catatkan nombor yang diberikan kepada kita. Yang paling penting, hutang kena langsai.\nUntuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/epromise/", "title": "ePromise: Sistem Tandatangan Digital Dokumen Perjanjian JPA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan ePromise, proses menandatangani secara digital dokumen perjanjian JPA dipermudahkan lagi seiring dengan kemajuan teknologi.\nWalau bagaimanapun, bagi mengekalkan integriti sesuatu dokumen itu, prose menandatangani dokumen ini perlulah melalui proses yang betul bagi mengelakkan ianya disalahguna.\nLaman web dan kemudahan ePromise bertujuan untuk mempermudahkan urusan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProses Tandatangan Dokumen Perjanjian ePromise\n\n \nProses Pendaftaran Sijil Digital (Aplikasi MyTrustID)\n\n \nMaklumat Lanjut & FAQ\n\n\nProses Tandatangan Dokumen Perjanjian ePromise\nPelajar \u2013 Pelajar mendaftar sijil digital dengan log masuk ke ePROMISE dan menandatangi dokumen. Emel akan dihantar ke penjamin untuk tandatangan.Penjamin: Penjamin mendaftar sijil digital dengan log masuk ke ePROMISE dan menandatangani dokumenWakil kerajaan: Wakil kerajaan atau Pegawai JPA menandatangani dokumen perjanjianPemurnian: Dokumen perjanjian yang siap ditandatangani akan di hantar ke pelajar melalui emel. \nBagi penjamin, penjamin perlu mendaftar sama seperti pelajar.\n\n\n\n\n\n\n\nProses Pendaftaran Sijil Digital (Aplikasi MyTrustID)\nCari \u201cmmytrustid\u201d dan install dari Google Playstore atau App StoreIsi maklumat peribadi, gambar MyKAD depan/belakang, selfies da nombor telefonSet 6 digit kata keselamatan (PIN)Tambah sijil digital ePROMISE di bahagian \u201cCertificates\u201dPendaftaran selesai kini anda boleh log masuk ePROMISE\n\n\nMaklumat Lanjut & FAQ\nSekiranya permohonan digital berada pada status \u201cPending\u201d di MyTrustID app, anda perlu menunggu sehingga pihak pihak Registration Authority (RA) membuat semakan identiti yang mengambil masa 3-5 hari bekerja.\nJangan uninstall, install dan register semula kerana ini akan membuat duplicate request dan akan melambatkan proses semakan identiti.\nSekiranya anda mendapat ralat\u00a0\u201cSijil digital anda telah tamat tempoh\u201d\u00a0semasa log masuk, anda boleh aktifkan semula sijil digital anda melalui salah satu cara di bawah:\nJika menggunakan aplikasi\u00a0mobile MyTrustID, buka app, di muka\u00a0\u2018Home\u2019, klik ikon\u00a0\u2018Certificates\u2019, klik\u00a0\u2018Add Digital ID\u2019\u00a0dan pilih\u00a0Jabatan Perkhidmatan Awam.Mendaftar semula melalui\u00a0web portal\nSebarang permasalahan mengenai pendaftaran sijil digital MyTrustID dan sistem e-PROMISE boleh menghubungi\nEmel:\u00a0[email\u00a0protected]\nSekiranya anda mempunyai kesulitan menggunakan portal ePromise, sila layari portal ePromise dan baca panduan yang disediakan di halaman tersebut.\nMUAT TURUN MANUAL PENGGUNA E-PROMISE\n1) Pendaftaran sijil digital pelajar/penjamin\u00a0[Muat Turun]\n2) Manual Pengguna (Pelajar) \u2013 Tandatangan dokumen perjanjian melalui ePROMISE\u00a0[Muat Turun]\n3) Manual Pengguna (Penjamin) \u2013 Tandatangan dokumen perjanjian melalui ePROMISE\u00a0[Muat Turun]\nBaca juga: MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nestle-management-training-program/", "title": "Nestle Management Training Program : Peluang Kerja Bersama Nestle Buat Graduan Lepasan Universiti", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Nestle Malaysia kini membuka peluang bagi graduan lepasan universiti untuk sertai Nestle Management Trainee Program (program latihan pengurusan).\nUntuk maklumat anda, program ini merupakan program latihan kerja selama 2 tahun bagi menyediakan graduan muda yang berpotensi tinggi demi menjadi pemimpin perniagaan masa depan.\nPeserta yang terpilih akan mendapat bimbingan oleh pihak pengurusan yang berpengalaman sepanjang 2 tahun berlangsungnya program ini. \n\n\n\n\n\n\nPeserta akan diterapkan dengan latihan kemahiran serta ilmu perniagaan sebaiknya.\nBaca Juga : Program Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nManfaat Peserta Program Nestle Management Trainee Program\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2022.\nBidang Pengajian\nGraduan dari bidang pengajian berikut adalah dipelawa untuk mohon :\nSalesMarketingFinanceHuman ResourceSupply ChainEngineeringProductionQuality AssurancePackaging\nSyarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk sertai Nestle Management Training Program perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPemegang Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minimum 3.20 atau setaraf dengannyaGraduan baru atau graduan dengan pengalaman kerja tidak lebih dari 2 tahunTerlibat secara akti dalam aktiviti kokurikulumTahap komunikasi Bahasa Inggeris lisan dan penulisan yang baikKemahiran analitik yang kuatMempunyai kemahiran kempipinan yang kuat dan berkeyakinanMampu bekerja dengan baik secara bebas dan dalam satu pasukan\nManfaat Peserta Program Nestle Management Trainee Program\nPeluang pekerjaan termasuk tugasan di luar negaraGanjaran menarik dari Syarikat NestleLatihan kepimpinan bagi meningkatkan potensi diri\n\nCara Memohon\nGraduan yang berminat untuk ikuti Nestle Management Training Program boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :\nPermohonan Nestle Management Trainee Programme 2022 https://www.nestle.com.my/jobs/career-areas/management-trainee?fbclid=IwAR326yEfGKbwAa0STt9h6ojN4T1JSlyx_zu7fmONn38QIieJcfU07wWKT0cCipta profile peribadi anda dan isi butiran diri yang diperlukanLengkapkan penilaian diri mengenai personaliti, budaya kerja serta kemahiran yang berkenaan.Jawab 3 soalan mudah dengan merakan video singkat.Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi penilaian.Calon yang berjaya akan dipanggil untuk temuduga secara bersemuka.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila layari laman web Nestle di sini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/ajl-anugerah-juara-lagu/", "title": "Live Streaming AJL 37: Tonton Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDebaran Anugerah Juara Lagu 2023 (AJL 37) kian terasa! 12 peserta kini bakal bertempur di atas satu pentas yang berprestij untuk merebut satu gelaran yang sama! Siapakah yang bakal membawa gelaran juara untuk tahun ini?\nAJL37 yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Februari ini membawa tema \u2018Dimensi Muzik\u2019, menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang semakin rancak dengan karya dari pelbagai genre. \nTonton AJL 37 secara langsung (live streaming) di TV3 bermula jam 9 malam, Ahad, 12 Februari 2023 ini.\nPenonton boleh menyaksikan kerjasama Alha Alfa Cosmetics dan TV3 pada AJL 37 yang akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari depan, jam 9 malam.\nManakala, Sherry Alhadad dan Jihan Muse akan bergandingan selaku hos bagi mengendalikan acara berprestij tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTentang AJL 37\n\n \nFinalis Anugerah Juara Lagu\n\n \nKeputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 2023 #AJL37\n\n \nSenarai Pemenang AJL 1986 \u2013 2022\n\n \nLIVE Streaming AJL 37 [ Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 2023 ]\n\n \nHIGHLIGHT: Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 | #AJL37 (12 Feb 2023)\n\n\nTentang AJL 37\nAnugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986. \nSetiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.\nAnugerah Juara Lagu 35 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.\nFinalis Anugerah Juara Lagu\nBerikut senarai finalis AJL 35 pada malam ini:\nLAGUPENYANYIKOMPOSERLIRIKMainan Naim DanielFirdaus Rahmat, Omar K & Mas DewangaArisz Ab RahmanPayung PelangiNoki & MkNoki & MkNoki & MkIramaShiha ZikirIqie Hugh, Firdaus Rahmat & John JeevesIqie Hugh, Firdaus Rahmat & John JeevesSengsaraKhai BaharJohn Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KJohn Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KNangIman TroyeEzra Kong & A.RamleEzra Kong & A.RamleTerus HidupAina AbdulAina AbdulAina AbdulKembali TerangMarsha MilanSenna & AjinSennaSatu Malam Di Temasek Joe Flizzow & SonaoneSonaone Joe Flizzow & SonaoneBahagiakan DiaLiza Hanim & Shila AmzahAliff IskandarAliff Iskandar & Que AfiqKorbanErnie ZakriErnie ZakriErnie ZakriDebuDayang Nurfaizah & Amir MasdiMas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap SalimMas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap SalimAnugerah TerindahAlif SatarAlif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry ArwisAlif Satar, Shah Shamshiri & Romeo\nKeputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 2023 #AJL37\nTahniah buat para pemenang Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)! \n\nJuara AJL37: Terus Hidup \u2013 Aina Abdul \nNaib Juara: Satu Malam Di Temasek \u2013 Joe Flizzow & SonaOne \nTempat Ke-3: Anugerah Terindah \u2013 Alif Satar & The Locos \nVokal Terbaik: Aina Abdul \nPersembahan Terbaik: Irama \u2013 Shiha Zikir \nPenyanyi Pilihan Alha Alfa: Khai Bahar\n\nSenarai Pemenang AJL 1986 \u2013 2022\nBerikut senarai pemenang AJL dari tahun 1986 \u2013 2022.\nTAHUNAJLLAGUPENYANYI19861Sekadar Di PinggiranFRANCISSCA PETER19872Menaruh HarapanZAITON SAMEON19883Kau Kunci Cintaku Di Dalam HatimuRAMLAH RAM19894IsabellaSEARCH19905Janji ManismuAISHAH19916Takdir Dan WaktuMEGA19927Pada Syurga Di WajahmuDATO\u2019 NASH19938Teratai Layu Di Tasik MaduFAUZIAH LATIFF19949Tanya Sama Itu Hud HudDATUK M. NASIR199510Cinta Beralih ArahAISHAH199611Jerat PercintaanDATO\u2019 SRI SITI NURHALIZA199712Ghazal Untuk RabiahDATUK M. NASIR & DATO\u2019 JAMAL ABDILLAH199813CindaiDATO\u2019 SRI SITI NURHALIZA199914AndalusiaDATUK M. NASIR200015BalqisDATO\u2019 SRI SITI NURHALIZA200116Mimpi LailaYASIN200217KeliruNURUL & AJAI200318Bunga-Bunga CintaMISHA OMAR200419Relaku PujukSPIDER200520GemilangJACLYN VICTOR200621Terlalu IstimewaADIBAH NOOR200722Itu KamuESTRANGED200823Lagu UntukmuMEET UNCLE HUSSAIN200924PergiAIZAT AMDAN201025Tolong Ingatkan AkuANA RAFFALI201126Awan NanoHAFIZ SUIP201227Terukir Di BintangAIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA201328Bahagiamu DeritakuHAFIZ SUIP201429Apa KhabarJOE FLIZZOW FT. SONAONE201530PotretAKIM & THE MAJISTRET201631Lelaki TeragungDAYANG NURFAIZAH201732JampiHAEL HUSAINI201833HaramDAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI201934SumpahNAIM DANIEL202035GilaKAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B 202136Pelukan AngkasaSOG & SHILA AMZAH202237Terus HidupAINA ABDUL\n\nLIVE Streaming AJL 37 [ Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 2023 ]\nAnugerah Juara Lagu 37 akan bersiaran LIVE pada 12 Februari 2023, 9 malam hanya di TV3! \nAcara Karpet Merah dan liputan \u201cbackstage\u201d secara strim langsung eksklusif di Tonton bermula jam 8 malam.\nStrim langsung HD hanya di Tonton juga saksikan di TV3. Download aplikasi Tonton atau layari https://www.tonton.com.my \n\nhttps://www.tonton.com.my/ajl37/\nAnda boleh strim LIVE HD eksklusif di tonton melalui pautan : https://watch.tonton.com.my/#/\natau Youtube TV3 Malaysia:\nhttps://youtube.com/@tv3malaysia\nHIGHLIGHT: Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 37 |\u00a0#AJL37\u00a0(12 Feb 2023)\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=PLVVd2BDl5o\n\nTahniah diucapkan kepada 12 finalis yang berjaya mara ke pentas AJL 37. \nUntuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Anugerah Juara Lagu 37, sila ikuti laman Instagram Muzik Muzik. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/takwim-mssm-2023/", "title": "Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTakwim bagi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2023 sudah dikeluarkan pihak sekolah, penganjur dan pelajar yang terlibat untuk melakukan persiapan rapi dengan sebaiknya.\nKejohanan MSSM merupakan kejohanan peringkat tinggi di peringkat sekolah setelah atlet yang terdiri daripada para pelajar melepasi kejohanan peringkat sekolah, (MSSD) dan negeri (MSSN).\nHanya sukan-sukan tertentu sahaja yang akan dipertandingkan di setiap tahun di peringkat MSSM dan takwim akan dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan pemilihan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri dibuat terlebih dahulu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTema MSSM 2023\n\n \nSejarah MSSM\n\n \nJenis-jenis sukan dipertandingkan\n\n \nTakwim 2023\n\n \nLokasi penganjuran\n\n\nTema MSSM 2023\nTema rasmi bagi penganjuran MSSM 2023 adalah \u201cSukan Nadi Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)\u201d.\n\n\n\n\n\n\nPemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep \u2018Anak Yang Baik Lagi Cerdik\u2019 dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.\nSukan sebagai asas dan penggerak utama dalam usaha membudayakan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.\nBaca lagi: Konsep \u201cAnak Yang Baik lagi Cerdik\u201d (ABC) \u2013 KPM\nSejarah MSSM\nMajlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah\u00a0 Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri. \nMesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.\nSelepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.\n Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran. \nTujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.\nPada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996. \nSebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.\u00a0\u00a0\nJenis-jenis sukan dipertandingkan\n\nUntuk makluman, hanya 24 jenis sukan yang telah diwartakan untuk dipertandingkan mengikut takwim MSSM:\n24 jenis sukan ini adalah seperti yang berikut:\n\nAkuatik\nBadminton\nBola Baling\nBola Keranjang\nBola Tampar\nBoling Tenpin\nCatur\nGimnastik Artistik\nGImrama\nGolf\nHoki\nKriket\nMemanah\nPelayaran\nPing Pong\nRagbi\nSepak Takraw\nSkuasy\nTenis\nBola Sepak\nBola Jaring\nSofbol\nOlahraga\nMerentas Desa\n\nTakwim 2023\n\n\nUntuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan rasmi MSSM 2023 di https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/home\nLokasi penganjuran\nPeta di bawah adalah senarai lokasi tuan rumah dan jenis-jenis sukan yang dipertandingkan di setiap lokasi.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-rahmah-kfc/", "title": "Menu Rahmah KFC Malaysia \u2013 Senarai Set, Cara Order & Harga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah merasmikan Majlis Pelancaran Menu Rahmah KFC & Pizza Hut di Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai menu dan makanan yang ditawarkan khas dengan harga promosi tersebut.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nSet Menu Rahmah KFC (2023)\n\n \nOutlet KFC Yang Terlibat\n\n \nLagi Restoran Yang Menawarkan Menu Rahmah\n\n\nPengenalan\nProgram Menu Rahmah khusus untuk golongan miskin tegar telah dilancarkan pada 31 Januari 2023.\nPelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor, di mana Mydin antara yang paling awal menyambut inisiatif berkenaan dengan menawarkan set lengkap makan tengah hari dan makan malam dengan harga RM4.90.\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kadar inflasi makanan di luar rumah menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus sejak inisiatif yang dipelopori pengusaha makanan secara sukarela itu diperkenalkan pada Januari lepas.\n\n\n\n\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Sdn Bhd, Nechal Khanna, berkata pihaknya percaya bahawa pengenalan inisiatif Menu Rahmah itu adalah amat penting dan tepat pada masanya.\nSumber gambar : KFC Malaysia\nSet Menu Rahmah KFC (2023)\nDengan hanya RM5, anda boleh menikmati set kombo berikut :\n\nseketul ayam goreng (Original or Hot & Spicy)\nsebiji ban \nsebotol air mineral\n\nMenu ini adalah ditawarkan pada setiap Isnin-Jumaat, jam 2.00 \u2013 5.00 petang.\nCara order Menu Rahmah ini adalah dengan membuat pesanan di restoran atau mesin layan diri di restoran KFC seluruh Malaysia kecuali yang terkecuali. (Sila rujuk di bawah)\n*Tertakluk pada terma dan syarat.\n\nSemestinya mampu milik dan lazat! \nOutlet KFC Yang Terlibat\nOrang ramai kini boleh menikmati hidangan itu di 1,227 rangkaian restoran KFC di seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland bagi Menu RAHMAH KFC Meal tersebut.\nBaca juga : \n\nMenu Rahmah McD: Set Bubur, Burger, Minuman McDonald\u2019s RM5\nTarikh Keputusan SPM 2022 & Cara Semakan Online 2023\n\nLagi Restoran Yang Menawarkan Menu Rahmah\nDi mana lagi boleh dapat Menu Rahmah dalam Malaysia?\nBagi memudahkan orang ramai mendapatkan tawaran istimewa ini, KPDN telah membangunkan sebuah direktori lokasi Menu Rahmah.\nMelalui direktori yang dibangunkan oleh KPDN ini, pengguna boleh melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran / cafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera / gerai).\nSelain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.\nSila rujuk senarai lokasi restoran yang melaksanakan inistiatif Menu Rahmah setiap negeri berikut:\n\nJohor\nKedah\nKelantan\nMelaka\nNegeri Sembilan\nPahang\nPulau Pinang\nPerak\nPerlis\nSelangor\nTerengganu\nSabah\nSarawak\nW.P Kuala Lumpur\nW.P Labuan\nW.P Putrajaya\n\nDirektori penuh ini boleh diakses melalui pautan\u00a0https://menurahmah.kpdn.gov.my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/10-orang-terkaya-di-dunia/", "title": "10 Orang Terkaya di Dunia (2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n10 Orang Terkaya di Dunia\nKekayaan jutawan terkenal dunia memang sukar untuk dibayangkan. \nApakah bidang perniagaan yang mereka ceburi sehingga dapat mengumpul kekayaan sehingga berbillion ringgit? \nApa pula kepakaran yang mereka miliki untuk berjaya seperti hari ini?\nTanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat siapakah 10 orang terkaya di dunia yang disenaraikan oleh FORBES / Real Time Billionaires.\n\nBaca Juga : Biodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n10 Orang Terkaya di Dunia\n\n \n1.Bernard Arnault\n\n \n2.Elon Musk\n\n \n3.Gautam Adani\n\n \n4. Jeff Bezos\n\n \n6. Warren Buffet\n\n \n7. Bill Gates\n\n \n8. Carlos Slim Hel\u00fa\n\n \n9. Mukesh Ambani\n\n \n10. Fran\u00e7oise Bettencourt Meyers\n\n\n10 Orang Terkaya di Dunia\n1.Bernard Arnault\n\nNama yang tidak asing lagi dalam industri barangan mewah, Bernard Arnault merupakan pengarah eksekutif bagi syarikat gergasi Mo\u00ebt Hennessy Louis Vuitton (LVMH).\nMengungguli carta sebagai manusia terkaya di dunia dengan mencatatkan kekayaan sehingga RM 907 billion, syarikat milik Arnault memegang sehingga 70 jenama mewah termasuk Louis Vuitton, Christian Dior, Marc Jacobs, Sephora, Celine dan Fendi.\nSelain mendominasi industri fesyen dan barangan mewah, Arnault juga memiliki beberapa aset bernilai seperti hotel serta kapal persiaran ekslusif. \u00a0\n2.Elon Musk\n\nWalaupun Tesla mencatatkan kerugian kira-kira 200 billion sejak November 2021, Elon Musk kekal teguh pada kedudukan manusia kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 632 billion. \nElon Musk juga menjadi buah mulut warganet serata dunia apabila dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik media sosial Twitter. \u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat pembinaan roket kapal angkasa untuk NASA, Space Exploration Technologies (SpaceX).\n3.Gautam Adani\n\nPengasas Adani Group, Gautam Adani merupakan orang terkaya di Asia dengan kekayaan mencecah RM 556 billion. \u00a0\nKekayaan beliau bersumber daripada 6 syarikat gergasi India di bawah pemiikannya iaitu Adani Enterprises, Adani Power, Adani Transmissions, Adani Ports & Special Economic Zone, Adani Green Energy dan Adani Total Gas.\n4. Jeff Bezos\n\nTerkenal sebagai pemilik syarikat e-commerce gergasi Amazon, nama Jeff Bezos juga sering disebut sebagai antara orang terkaya di dunia dengan kekayaan mencecah RM 535 billion.\nPada tahun 1994, Jeff Bezos mengasaskan Amazon.com daripada garajnya di Seattle. \nWalaupun Amazon bermula sebagai kedai buku atas talian, kini ia berkembang menjadi pusat membeli-belah pelbagai produk untuk pelanggan dari serata dunia. \nAmazon juga dijangka bakal memintas Walmart sebagai peruncit terbesar dunia menjelang tahun 2024.\nStok Amazon juga semakin menjulang tinggi pada tahun 2020 disebabkan permintaan pembelian atas talian yang cukup tinggi.\n Selain Amazon, Bezos juga terlibat dalam bisnes lain seperti projek aeroangkasa yang dikenali sebagai Blue Origin. Pada tahun 2013, beliau turut membeli hakmilik bagi akhbar The Washington Post.\n5. Larry Ellison\n\nTercatat dalam kedudukan kelima, Larry Ellison merupakan pengasas kepada Oracle, syarikat perisian kedua terbesar di dunia yang menawarkan pelbagai program pengkomputeran termasuk Java, kod Linux dan platform pengkomputeran Oracle Exadata. \nBeliau juga pernah menganggotai lembaga pengarah Tesla namun sudah meletakkan jawatan pada tahun 2022.\n6. Warren Buffet\n\nMerupakan Pengarah Eksekutif bagi syarikat Berkshire Hathaway, kekayaan Warren Buffet dilaporkan mencecah sehingga RM 478 billion. \nSyarikat gergasi tersebut juga terkenal sebagai pemilik bagi 60 syarikat lain antaranya GEICO, Duracell, dan Dairy Queen.\nWarren Buffet juga merupakan ikon bagi industri pelaburan sehingga digelar sebagai Oracle of Omaha kerana komuniti pelaburan sering memandang beliau sebagai role model yang disegani dalam bidang tersebut.\n7. Bill Gates\n\nSinonim dengan jenama perisian komputer terbesar dunia iaitu Microsoft, Bill Gates tercatat sebagai orang ketujuh terkaya dunia dengan kekayaan sebanyak RM 449 billion.\nSelain Microsoft, Gates juga pernah menjadi anggota lembaga pengarah bagi syarikat Berkshire Hathaway namun telah meletakkan jawatan di kedua-dua syarikat pada tahun 2020.\nWalaupun terkenal sebagai pengasas Microsoft, Bll Gates meraih sebahagian besar daripada kekayaannya daripada syarikat Cascade Investment LLC, iaitu sebuah syarikat pengoperasian, jentera berat dan pengangkutan. \nSyarikat ini turut memegang pemilikan bagi beberapa syarikat besar seperti Canadian National Railway, Deere, Republic Services serta beberapa hartanah dan syarikat tenaga swasta.\n8. Carlos Slim Hel\u00fa\n\nCarlos Slim Hel\u00fa memegang kekayaan sebanyak RM 389 biliion sekaligus mencatatkan namanya sebagai individu terkaya di Mexico. \nKeluarga Hel\u00fa memiliki Am\u00e9rica M\u00f3vil, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di kawasan Amerika Latin.\nBeliau juga memegang stok penting dalam pelbagai industri seperti pembinaan, galian, hartanah serta media.\nKeluarga Hel\u00fa juga merupakan sebahagian penting bagi konglomerat terbesar Amerika Latin iaitu Grupo Carso.\n9. Mukesh Ambani\n\nDengan kekayaan mencecah RM 383 billion, Mukesh Ambani merupakan jutawan yang cukup disegani dari India. \nBeliau merupakan Pengarah Urusan dan Pengerusi bagi Reliance Industries, sebuah syarikat penapisan minyak terbesar dunia.\n Selain itu, syarikat ini juga terlibat dengan pengoperasian petrokimia, peruncitan dan media.\nSyarikat gergasi tersebut diasaskan oleh bapa Ambani, iaitu Dhirubhai Ambani. \nAsalnya ditubuhkan sebagai syarikat tekstil, kini Reliance Industries terkenal sebagai salah satu penyumbang ekonomi terbesar di India.\nMukesh Ambani juga memiliki Antilia, sebuah kompleks hartanah di Mumbai yang bernilai RM 1.77 billion.\n Pada tahun 2016, Ambani melancarkan jaringan telefon 4G di serata India dengan pendaftaran lebih daripada 420 juta pengguna. \nBeliau juga bercadang untuk melancarkan perkhidmatan 5G pada masa hadapan.\n10. Fran\u00e7oise Bettencourt Meyers\n\nMerupakan cucu kepada pengasas jenama kosmetik terkemuka L\u2019Oreal, Fran\u00e7oise Bettencourt Meyers dinobatkan sebagai wanita terkaya di dunia. \nMeskipun dunia dibadai pandemik, syarikat ini dilaporkan berjaya mencatat hasil jualan sehingga 152.8 billion pada tahun 2021.\nKeluarga Bettencourt Meyers memegang saham Syarikat L\u2019Oreal sebanyak 33%. Beliau juga merupakan pengerusi bagi syarikat tersebut.\nWanita ini juga meneruskan legasi sebagai presiden bagi yayasan yang ditubuhkan oleh keluarganya untuk pembangunan Perancis dari sudut sosial, seni dan sains. \u00a0\nSeperti yang kita boleh lihat, semua jutawan yang tersenarai merupakan pemegang saham besar dalam syarikat yang dipimpin.\n Mereka juga memainkan peranan penting dalam syarikat bertaraf global seperti Tesla, L\u2019Oreal, Microsoft dan Louis Vuitton.\nMereka juga mempunyai sifat kepimpinan yang boleh mengubah dunia dan layak dijadikan inspirasi buat semua. \nSemoga perkongsian ini dapat menyuntik semangat agar lebih ramai dapat mencontohi kewibawaan daripada 10 orang terkaya di dunia seperti yang disenaraikan.\nSumber : Forbes, RTM \n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-wukuf-zikir-arafah/", "title": "Zikir Nabi Ketika Hari Arafah & Doa Waktu Wukuf", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nZikir Nabi Ketika Hari Arafah & Doa Waktu Wukuf\nHari ini merupakan Hari Arafah, hari yang dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.\nMarilah kita bersama-sama memanfaatkan hari ini dengan membaca semua himpunan doa\u2019 di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nWaktu Wukuf Di Mekah / Malaysia\n\n \nZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH\n\n \nHimpunan Doa & Zikir Yang Boleh Dibacakan Pada Hari Arafah / Wukuf (Waktu Mustajab Doa)\n\n\nWaktu Wukuf Di Mekah / Malaysia\nWaktu dan tempoh wukuf bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:\nSelasa, 27 Jun 2023Waktu Malaysia \u2013 5.23pm \u2013 12.05amWaktu Mekah \u2013 12.23pm \u2013 7.05pm\nZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH\nBerikut adalah doa / zikir nabi yang diamalkan semasa Hari Arafah / Wukuf.\nNabi Muhammad SAW bersabda,\n\u201cSebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,\n\u201c\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u201d\n(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).\u201d\nHR Tarmizi, 3585\nSumber: Zakat Melaka\nBaca juga: \n\nTakbir Raya Haji 2023: Waktu, Panduan Lafaz Takbir Aidiladha\nNiat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya\n\nHimpunan Doa & Zikir Yang Boleh Dibacakan Pada Hari Arafah / Wukuf (Waktu Mustajab Doa)\nAMALKAN DOA-DOA / ZIKIR PILIHAN HARI ARAFAH / WUKUF \u2013 OLEH USTAZAH ASMA\u2019 HARUN\nSaat ini para jemaah haji sedang bersedia untuk melaksanakan salah satu rukun dalam ibadah haji iaitu wukuf di padang Arafah.\nDetik ini ialah detik yang paling dinanti-nantikan kerana mustajabnya doa yang dipanjatkan. Daripada Abdullah bin \u2018Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0639\u064e\u0627\u0621\u0650 \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e\nMaksudnya: \u201cSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.\u201d\n(HR Tirmizi, hadis hasan)\n\n\n\n\n\n\nSahabat semua yang berada di Malaysia, usah lepaskan peluang ini untuk menggandakan amal dan doa juga. Wukuf di Arafah jatuh pada hari Selasa, 27 Jun 2023 bersamaan waktu di Malaysia iaitu jam 5.23 petang sehingga jam 12.06 pagi ini. Berdoa dan beramallah dengan sungguh-sungguh dalam waktu yang barakah ini. \nAntara zikir dan doa pilihan yang boleh dibaca ialah seperti berikut:\n1) ZIKIR NABI SAW SEMASA HARI ARAFAH\nDaripada Abdullah bin \u2018Amr, Rasulullah SAW bersabda, \u201cSebaik-baik doa adalah doa pada hari \u2018Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\nMaksudnya: \u201cTiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.\u201d\n(HR Tirmizi, hadis hasan)\nKELEBIHAN MEMBACA ZIKIR INI 100 KALI:\nDaripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c \u0641\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064e \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651\u0629\u064d \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u062f\u0652\u0644\u064e \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0631\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u064d \u0648\u064e\u0643\u064f\u062a\u0650\u0628\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0645\u064f\u062d\u0650\u064a\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u064f \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u064e\u0629\u064d \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u062d\u0650\u0631\u0652\u0632\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0647\u064f \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0628\u0650\u0623\u064e\u0641\u0652\u0636\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e\nMaksudnya: \u201cBarang siapa yang membaca\n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\u2019\n\u2018Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa \u2018alaa kulli syai\u2019in qodir\u2019\n(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),\nsebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini\u201d.\n(HR Bukhari, hadis sahih)\n2) DOA PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH\nDaripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0643\u064e\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0648\u064e\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0646\u064f\u0633\u064f\u0643\u0650\u064a \u0648\u064e\u0645\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627\u064a\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0645\u064e\u0622\u0628\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u064e\u0643\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u062a\u064f\u0631\u064e\u0627\u062b\u0650\u064a \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0642\u064e\u0628\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0648\u064e\u0633\u0652\u0648\u064e\u0633\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0634\u064e\u062a\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u0650\u064a\u0621\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0650\u0651\u064a\u062d\u064f\nMaksudnya: \u201cYa Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.\u201d\n(HR Tirmidzi, hadis gharib)\n3) SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)\nDaripada Syaddad bin Aus r.a., Rasulullah SAW bersabda:\n\u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u064f \u0627\u0644\u0650\u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u063a\u0652\u0641\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064e: \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\u060c \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u064a \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0646\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f\u060c \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0628\u064f\u0648\u0621\u064f \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u064f\u0651\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e\nMaksudnya: \u201cSayyidul Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau\u201d.\n(HR Bukhari, hadis sahih)\nKELEBIHAN SAYYIDUL ISTIGHFAR\nNabi Muhammad SAW bersabda:\n\u00ab\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650 \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0645\u0652\u0633\u0650\u064a\u064e\u060c \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u064f\u0648\u0642\u0650\u0646\u064c \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0635\u0652\u0628\u0650\u062d\u064e\u060c \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0646\u064e\u0651\u0629\u0650\u00bb\nMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga\u201d.\n(HR Bukhari, hadis sahih)\n4) DOA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT\nAbu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0638\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652\u062a\u064f \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u064a \u0638\u064f\u0644\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u064f\u0651\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0641\u064f\u0648\u0631\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u064f\nMaksudnya: \u201cYa Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.\u2019\u2019\n(HR Bukhari, hadis sahih)\n5) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.\u201d\n(Surah Ibrahim 14: 41)\n6) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0622 \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0641\u064e\u0671\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u0670\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.\u201d\n(Surah al-Mukminun 23:109)\n7) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0627\u064e \u062a\u064f\u0632\u0650\u063a\u0652 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0647\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646 \u0644\u064e\u0651\u062f\u064f\u0646\u0643\u064e \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0647\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.\u201d\n(Surah Ali \u2018Imran 3: 8 )\n8 ) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0631\u0650\u0651\u064a\u0651\u0670\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0631\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u064e\u0639\u0652\u064a\u064f\u0646\u064d \u0648\u064e\u0651\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u064e\u0651\u0642\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.\u201d\n(Surah al-Furqan 25: 74)\n9) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0632\u0650\u0639\u0652\u0646\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064e \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e \u0671\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0670\u0644\u0650\u062f\u064e\u0649\u064e\u0651 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u064e\u0670\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0649\u0670\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u0652\u0646\u0650\u0649 \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0643\u064e \u0671\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.\u201d\n(Surah al-Naml 27: 19)\n10) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0625\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0633\u064e\u0628\u064e\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u063a\u0650\u0644\u064b\u0651\u0627 \u0644\u0650\u0651\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0631\u064e\u0621\u064f\u0648\u0641\u064c \u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u064c\nMaksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.\n(Surah al-Hasyr 59:10)\n\n\n\nMari sahabat semua, ajak seluruh keluarga dan sahabat untuk sama memperbanyakkan doa dengan penuh sungguh dan harap, mudah-mudahan Allah SWT mendengar setiap rintihan dan rayuan dari para hamba yang sedang meminta kepada-Nya pada Hari Arafah dan tempoh wukuf ini. Allahumma ameen.\nSumber : Ustazah Asma\u2019 binti Harun & Tim Penyelidikan\nJangan lepaskan peluang untuk membacakan doa dan zikir pada pada Hari Arafah dan Waktu Wukuf ini!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-sekolah-agama-kerajaan-johor-tadika/", "title": "Pendaftaran Tadika Agama Johor (TAJ) & Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAKLUMAN PENDAFTARAN TADIKA AGAMA JOHOR (TAJ) DAN DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR (SAKJ)BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR MEMBUKA PENDAFTARAN BAGI KEMASUKAN TADIKA AGAMA JOHOR (TAJ) DAN DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR (SAKJ) BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2023 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR YANG BERHAMPIRAN.\nBerikut dikongsikan makluman dan tatacara pendaftaran pendaftaran kemasukan ke Tadika Agama Johor dan Sekolah Agama Kerajaan Johor untuk rujukan ibu bapa dan penjaga.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Tadika Agama Johor & Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ) Sesi 2023\n\n \nSyarat Kemasukan Tadika Agama Johor (TAJ)\n\n \nSyarat Kemasukan Ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ)\n\n \nCara Permohonan\n\n \ni) Tadika Agama Johor (TAJ)\n\n \nii) Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ)\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nTarikh Permohonan Tadika Agama Johor & Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ) Sesi 2023\n1 JULAI 2022 HINGGA 31 OKTOBER 2022\nSyarat Kemasukan Tadika Agama Johor (TAJ)\nSyarat-syarat kemasukan\n1. Warganegara Malaysia2. Berumur 5 atau 6 tahun pada tahun berkenaan\nPendaftaran dan yuran\n1. Yuran bulanan * tertakluk kepada pihak sekolah2. Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah\nSyarat Kemasukan Ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ)\nCara Permohonan\ni) Tadika Agama Johor (TAJ)\nUNTUK PENDAFTARAN TADIKA AGAMA JOHOR (TAJ) SILA IMBAS QR KOD ATAU TEKAN DAN DAFTAR DI LINK INI :\n1) DAERAH JOHOR BAHRU\nhttps://forms.gle/UEGYhg9zfDFm54hD6\n2) DAERAH MUAR\n\n\n\n\n\n\nhttps://forms.gle/kpBpBWwS9Unqyfup6\n3) DAERAH BATU PAHAT\nhttps://forms.gle/14fVesXk1LgCbYaMA\n4) DAERAH KLUANG\nhttps://forms.gle/5dN7wbZwefBscr8M7\n5) DAERAH KOTA TINGGI\nhttps://forms.gle/r8qEdwzVFGz58Hrw6\n6) DAERAH PONTIAN\nhttps://forms.gle/S1FeRuDB11GyB3vC7\n7) DAERAH SEGAMAT\nhttps://forms.gle/6ShnfCPcG7XQv9jL8\n8) DAERAH MERSING\nhttps://forms.gle/74HguGNNzU87KXrVA\n9) DAERAH KULAI\nhttps://forms.gle/UspDcybLtpsxtk8J9\n10) DAERAH TANGKAK\nhttps://forms.gle/qKk8gqS4UkDvr3cR9\nii) Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ)\nLINK GOOGLE FORM PERMOHONAN KEMASUKAN DARJAH SATU SESI 2023 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR (SAKNJ) BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR\n1) DAERAH JOHOR BAHRU\nhttps://forms.gle/RkPzrMB1ANY9r3199\n2) DAERAH MUAR\nhttps://forms.gle/YcssVqBuE7KqQxY37\n3) DAERAH BATU PAHAT\nhttps://forms.gle/3GwsMSPyGyseVyaZ7\n4) DAERAH KLUANG\nhttps://forms.gle/7n6YKjjqAJa15nih6\n5) DAERAH KOTA TINGGI\nhttps://forms.gle/dKGEHgVDmQZchLt46\n6) DAERAH PONTIAN\nhttps://forms.gle/47k7sDdeyknDR6jF6\n7) DAERAH SEGAMAT\nhttps://forms.gle/QyqYw5UeiK8y77Gd6\n8) DAERAH MERSING\nhttps://forms.gle/nxZbSCRtVwoctzDL7\n9) DAERAH KULAI\nhttps://forms.gle/ddHTG1a6NMgmegUT6\n10) DAERAH TANGKAK\nhttps://forms.gle/xSSP8MoY3VPJcXqR6\nDokumen Yang Diperlukan\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN :1) SIJIL KELAHIRAN2) SURAT PENGESAHAN ANAK ANGKAT JIKA BERKAITAN3) SIJIL NIKAH IBU BAPA / PENJAGA4) KAD PENGENALAN IBU BAPA / PENJAGA5) SLIP GAJI6) BIL API / AIR / BIL UTILITI RUMAH KEDIAMAN7) 4 KEPING GAMBAR MURID BERUKURAN PASPORT\nDOKUMEN TERSEBUT HENDAKLAH DI HANTAR KE SEKOLAH YANG DIPOHON DALAM TEMPOH PENDAFTARAN ATAU SEMASA SESI PENGESAHAN YANG AKAN DITETAPKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk ke saluran berikut:\nFacebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri JohorTelefon : 07-228 2928\nBaca juga: \nePrasekolah KPM: Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ayat-pickup-line/", "title": "Ayat Pickup Line Lawak Tapi Romantik Untuk Lelaki & Perempuan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebut sahaja \u201cayat pickup line\u201d kita pasti sudah boleh membayangkan ayat-ayat jiwang yang mampu mencuri hati pasangan kita.\nAyat pikat ini makin popular apabila ia sering digunakan khususnya dalam media sosial, termasuklah televisyen, komedi dan drama-drama terbaru.\nNamun, ada segelintir yang menggunakan ayat-ayat pickup line ini sekadar untuk mengusik individu lain.\nSekiranya digunakan pada tempat yang betul, menggunakan ayat pickup line yang bersesuaian dengan pasangan kita juga dilihat satu perbuatan yang sangat sweet dan menjadi pengikat kasih sayang kepada pasangan kita.\nWalaupun sudah berkahwin, pasangan suami isteri sebenarnya sangat digalakkan untuk menggunakan ayat-ayat manis ini untuk pasangan anda untuk mengingatkan pasangan anda betapa sayangnya anda pada mereka. \nArtikel berkaitan: 30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nContoh Ayat Sweet\n\n \nPickup Line Lawak\n\n \nContoh Pickup Line Power\n\n\nContoh Ayat Sweet\nBerikut adalah beberapa contoh Ayat Pickup Line yang sweet yang boleh anda cuba dengan pasangan anda:\n\u201cAwak cuci muka pakai gula eh?\u201d\u201cSebab muka awak nampak manis sangat buat saya\u201d\n\u201cAwak tahu apa beza awak dengan ubi?\u201d\u201cTak tahu\u201d\u201cUbi tu diam-diam berisi, awak tu diam-diam saya jatuh cinta\u201d\n\u201cJom saya hantar awak balik rumah mak awak!\u201d\u201cKenapa?\u201d\u201cSebab nak ucap terima kasih pada awak sebab lahirkan seorang yang penyabar macam awak\u201d\n\n\n\n\n\n\n\u201cAwak jangan kerap keluar malam tau.\u201d\u201cTaklah, saya tak keluar malam pun\u201d\u201cHabis tiap-tiap malam awak datang dalam mimpi saya tu apa\u201d\n\u201cApa beza awak dengan mahkota?\u201d\u201cTak tahu\u201d\u201cMahkota bertakhta di kepala tapi awak bertakhta di hati saya\u201d\n\u201cRemember me? \u201c\u201cI am Joe?\u201d\u201cJoe who?\u201d \u201cJoedoh awak\u201d\n\u201cKalau awak tutup mata awak nampak apa?\u201d\u201cGelaplah!\u201d\u201cMacam tu lah hidup saya tanpa awak\u201d\n\u201cAwak sayang diri awak?\u201d\u201cMestilah sayang\u201d\u201cSaya rasa tak patut, sebab itu tanggungjawab saya untuk menyayanyi awak\u201d\n\u201cAwak nak tau tak apa beza awak dengan banduan?\u201d\u201cApa?\u201d\u201cBanduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya\u201d\u00a0\n\u201cTahu tak, saya sampai sekarang masih belum boleh membaca\u201d\u201cYeke, awak nak baca apa?\u201d\u201cBaca isi hati awak\u201d\n\u201cAwak lebih suka milo atau kopi?\u201cHmm.. saya pilih kopi\u201d.\u201cKopi?\u201d\u201cYa kopi. Kopi nang (ku pinang) kau dengan Bismillah\u201d.\n\u201cKenapa pandang saya macam tu?\u201d\u201cMana ada saya pandang awak\u201d\u201cHabis tu awak pandang apa?\u201d\u201cSaya tengah pandang ibu kepada anak-anak saya nanti\u201d\n\u201cApa beza kita dgn Facebook..?\u201d\u201cApa dia??\u201d\u201cFacebook dihubungkan dgn internet..\u201d\u201cKita dihubungkan dengan akad nikah\u2026\u201d\nPickup Line Lawak\nBerikut adalah beberapa contoh Ayat Pickup Line yang lawak yang boleh anda cuba dengan pasangan anda:\n\u201cNama penuh awak apa ya?\u201d \u201cNama saya [gantikan nama anda], kalau nak panggil baby pun boleh\u201d\n\u201cAwak tak penat ke berlari hari-hari?\u201d\u201cMestilah penat\u201d\u201cMacam tulah saya penat mengejar cinta awak\u201d\n\u201cAwak suka kicap kan?\u201d\u201cSuka\u2026\u201d\u201cTapi saya suka awak\u201d\n\u201cHi, is you name Aina?\u201d\u201cCause aina ajak you keluar boleh?\n\u201cKenapa awak pakai cermin mata hitam malam-malam ni?\u201d\u201cSebab masa depan kita terlalu cerah\u201d\n\u201cApa beza awak dengan toyol?\u201d\u201cTak tahu, apa beza dia?\u201d\u201cToyol curi duit, tapi awak curi hati saya\u201d\n\u201cAwak tahu apa persamaan awak dengan kentut?\u201d\u201cTak tahu, apa persamaanya?\u201d\u201cDua-dua saya tak boleh tahan\u201d\n\u201cAwak tahu persamaan awak dengan dodol?\u201d\u201cTak tahu, apa dia?\u201d\u201cPersamaan dia, dua-dua saya nak kacau\u201d\n\u201cAku cinta padamu dalam bahasa inggeris apa ya awak?\u201d\u201cI love you\u2026\u201d\u201cI Love You Too\u201d\n\u201cAwak tahu apa rasa cuka?\u201d\u201cTahu, rasa masam\u2026\u201d\u201cTapi ada cuka manis\u2026\u201d\u201cCuka apa?\u201d\u201cSaya cuka pada awak\u201d\n\u201cAwak tahu apa perbezaan awak dengan kentut?\u201d\u201cTak tahu, apa dia\u201d\u201cDua-dua saya tak boleh tahan\u2026!\u201d\n\u201cApa beza awak dengan awan?\u201d\u201cAwan bawa hujan, awak bawa cinta saya\u201d\nArtikel menarik: 30 Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan\nContoh Pickup Line Power\nBerikut adalah beberapa contoh Ayat Pickup Line padu yang boleh anda cuba dengan pasangan anda:\n\u201cAwak dah makan nasi?\u201d\u201cDah, saya kalau tak makan nasi sehari saya lemau\u201d\u201cSaya pun sama kalau tak ada awak\u201d\n\u201cMintak maaf cik..boleh saya pinjam telefon cik kejap?\u201d\u201cMak saya pesan, kalau saya dah jatuh cinta, telefon dia cepat-cepat\u201d\n\u201cAwak dah makan nasi?\u201d\u201cSudah, kalau tak makan nasi saya lemau\u201d\u201cMacam tu la saya lemau kalau takda awak\u201d\n\u201cAwak tahu apa beza awak dengan kamera?\u201d\u201cTak tahu\u201d\u201cKamera menyimpan kenangan, awak mencipta kenangan dengan saya\u201d\n\u201cApa beza awak dengan gula-gula?\u201d\u201cApa beza dia?\u201d\u201cGula-gula manis di mulut, tapi awak manis di hati saya\u201d\n\u201cAwak hari ini hari apa?\u201d\u201cHari ni hari Rabu\u201d\u201cSalah! Hari ni hari awak cantik sangat\u201d\n\u201cAwak saya sakit lah\u201d\u201cSakit apa?\u201d\u201cSakit mencintai awak secara diam-diam\u201d\n\u201cAwak ni cantik tau tapi sayang\u2026\u201d\u201cKenapa sayang?\u201d\u201cAkhirnya awak panggil saya sayang\u201d\n\u201cAwak tahu apa beza awak dengan tenggiling?\u201d\u201cTak tahu!\u201d\u201cTenggiling itu eksotik, awak fantastic!\u201d\n\u201cBanyak ayat-ayat pickup line saya dah kongsikan, tapi sebenarnya tak pandai pun pickup line ni\u201d\u201cYe ke?\u201d\u201cYe betul, saya tak tak pandai pickup line, tapi pikat awak saya pandai\u201d\n\u201cAwak asal mana?\u201d\u201cSaya asal Sg Petani\u201d..\u201cSalah, awak sebenarnya asal dari Tulang Rusuk Kiri Saya\u201d..\n\u201cAgak-agak rumah ape yang paling indah?\u201d\u201cRumah banglo?\u201d..\u201cSalah, rumah yang paling indah adalah Rumah Tangga yang bakal kita bina\u201d.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mybayar-saman/", "title": "MyBayar Saman: Semakan & Bayaran Saman PDRM Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSempena Hari Polis ke-214, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan perkhidmatan digital baharu yang dinamakan sebagai MyBayar Saman.\nPengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada.\nBerbeza dengan sistem semakan saman sebelum ini, anda kini boleh terus membuat bayaran setelah membuat semakan saman melalui portal tersebut.\nAnda juga boleh mendapatkan pelbagai diskaun yang ditawarkan pada hari-hari tertentu.\nTERKINI:\nKADAR KHAS BAYARAN SAMAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2023\nPada petang tadi, YAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). \n\n\n\n\n\n\nSetiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.\n\nJusteru, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman mereka bemula 21 April 2023 jam 8.00 pagi melalui saluran berikut :\ni) Aplikasi Mybayar Saman\nii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)\niii) Mesin ATM Maybank seluruh negara\niv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia\nJangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.\nJom ketahui diskaun saman terkini dan cara buat bayaran melalui portal MyBayar Saman.\nDalam artikel ini kami akan kongsikan cara membuat semakan saman dan bayaran saman online di Portal PDRM MyBayarSaman.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyBayar Saman?\n\n \nCara Pendaftaran MyBayar Saman\n\n \nCara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MyBayar Saman?\n\nPerkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).\nAnda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.\nBaca juga: e-Pengambilan PDRM 2023: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia\n\nCara Pendaftaran MyBayar Saman\nBerikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.\n\nLayari Portal MyBayarSaman :\u00a0https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.\nKlik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.\nIsikan maklumat dan isi pengesahan OTP.\nLog masuk setelah selesai mendaftar.\nBuat Semakan\u00a0Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.\nBuat\u00a0Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih\n\n\nGambar di bawah menunjukkan contoh saman yang direkodkan dalam Portal MyBayar Saman.\n\nCara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman\nUntuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.\nKlik butang \u2018Daftar.\u2019\nIsi maklumat peribadi dengan betul.\nKemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.\nLog masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.\nButiran saman dipaparkan.\nKlik butang \u2018Bayar\u2019 di butiran saman.\nSemak saman yang ingin dibayar.\nPilih mod pembayaran dan klik butang \u2018Bayar.\u2019\nPembayaran selesai.\n\nBaca juga: MySPR Daftar: Daftar Pengundi Online & Kemaskini Alamat Mengundi\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.\nOrang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayarSaman melalui :\ni) Portal \u2013 https://mybayar.rmp.gov.my\nii) Google playstore \u2013 https://play.google.com/store/apps/details\u2026\niii) Apple store \u2013 https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016\niv) Huawei Appstore \u2013 https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205\nJangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-gkp/", "title": "Prosedur Permohonan Rayuan GKP 2.0 & Senarai Dokumen Diperlukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang telah GAGAL pada pemilihan pertama Geran Khas Prihatin 2.0, anda boleh membuat permohonan rayuan GKP bermula 7 Disember 2020.\nPermohonan rayuan hanya boleh dibuat secara online di portal rasmi gkp.hasil.gov.my\nBerikut dikongsikan prosedur permohonan dan senarai dokumen diperlukan sepanjang proses tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRayuan GKP 2.0\n\n \nKod Alasan Tidak Lulus\n\n \nDokumen Diperlukan\n\n \nTarikh Pembayaran Rayuan GKP\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nRayuan GKP 2.0\nPerlu diingatkan pertukaran perniagaan bagi tujuan rayuan GKP tidak dibenarkan.\n\n\n\n\n\n\nContohnya anda memiliki perniagaan A yang berstatus tidak lulus, namun ingin membuat rayuan semula menggunakan perniagaan B \u2014 adalah tidak dibenarkan.\nKod Alasan Tidak Lulus\nKod AlasanAlasan Tidak LULUSKeterangan01TIDAK BEROPERASI 2020Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang02JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300KJualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan03JUALAN >= 300KJualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi04TIDAK WUJUD DI AGENSIPemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 202005PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan06PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi07ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1Perniagaan melebihi satu permohonan\nBaca juga:\nSemakan GKP & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin 30 NovemberGeran Khas Prihatin (GKP) Permohonan RM3,000 Untuk PKSRayuan BSH Fasa 3: Permohonan Online Mulai 7 Ogos 2020Rayuan BPN: Proses Isi Semula Permohonan Bantuan Prihatin NasionalJadual / Tarikh Pembayaran BPN Fasa 1 Bermula 6 April 2020\nDokumen Diperlukan\nBerikut senarai semak dokumen yang diperlukan bagi proses rayuan mengikut kategori.\n\nSetiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen. \nFormat dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.\nTarikh Pembayaran Rayuan GKP\nTarikh pembayaran rayuan akan diumumkan dari semasa ke semasa.\nSebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).\nAtau layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my\nSoalan Lazim\nBilakah permohonan rayuan GKP 2.0 dibuka? Anda boleh membuat rayuan semula bermula 7 Disember di portal rasmi gkp.hasil.gov.my Bolehkah saya membuat rayuan menggunakan perniagaan lain? Tidak boleh. Berapakah jumlah bantuan Geran Khas Prihatin? RM3,000 secara one-off. Apakah dokumen diperlukan untuk proses rayuan semula? Sila rujuk di sini. Sekiranya rayuan diterima, bilakah tarikh pembayaran akan dibuat? Tarikh pembayaran rayuan GKP akan diumumkan dari semasa ke semasa. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/jopac/", "title": "JOPAC Fasa 2: Mohon Bantuan Johor Packet Food Delivery Services", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN JOPAC 2021 FASA 2 KINI DIBUKA\u203c\ufe0f\nKerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta\u2019zim (YPKDT) telah meneruskan inisiatif khas untuk rakyat Johor dalam meningkatkan ekonomi keluarga.\nPermohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) 2021 (Fasa 2) kembali menemui anda.\nJom ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara membuat permohonan bagi yang berminat.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah JOPAC?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan JPAC Fasa 2\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah JOPAC?\nKerajaan Johor melalui YPKDT mengambil inisiatif berbentuk bantuan keusahawanan kepada kumpulan sasar dalam membantu merangsang pertumbuhan ekonomi keluarga / rakyat melalui aktiviti perniagaan secara domestic yang dikenali sebagai\u00a0Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service (JOPAC).\u00a0\nJohor Packet Food & Delivery Services (JoPac Services) kini telah beroperasi secara rasminya pada 16 Ogos 2020.\nOBJEKTIF PROJEK\nMeningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi teknologi terkini.Mewujudkan komuniti perniagaan secara\u00a0on-line\u00a0yang lebih cepat, mudah, tidak memerlukan modal yang besar serta mengikut\u00a0trend\u00a0semasa bagi membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mampu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi.Menggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembeling tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara\u00a0home-based.Memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :\nWarganegara Malaysia.Berumur 18 tahun ke atas.Keutamaan diberikan kepada golongan sasar (B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia dan ketua keluarga)Digalakkan kepada pemohon yang telah menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga.Memiliki kenderaan sendiri (lesen B2, D).Borang dan dokumen sokongan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.\n\nBaca juga: Bajet 2022 : Senarai Bantuan Yang Akan Diumumkan Untuk Rakyat\nCara Permohonan JPAC Fasa 2\nUntuk memohon sila imbas QR kod pada poster yang disediakan atau klik pada link yang disediakan\nhttps://forms.gle/vHcfdedDHHNKYao78\nPANDUAN MENGISI BORANG1. Tulisan menggunakan HURUF BESAR.2. Sertakan sekeping gambar berukuran passport & satu salinan kad pengenalan diri.\nYAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA\u2019ZIMTINGKAT 1 & 2, BANGUNAN DATO\u2019 MOHAMAD IBRAHIM MUNSYIKOTA ISKANDAR, 79603, ISKANDAR PUTERI, JOHOR DARUL TA\u2019ZIM\nNO PEJABAT : 07-2666526 , NO FAKS : 07-2661222\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembangunan Strategik YPKDT di talian 07-2666526 (waktu pejabat Ahad- Khamis | 8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nATAU\nLayari http://ypkdt.org.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ebanker-pro-bank-islam/", "title": "eBanker Pro Bank Islam : Cara Login, Daftar & Pemindahan Wang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBank Islam (BIMB) telah memperkenalkan eBanker Pro untuk memudahkan pengurusan tunai dengan lebih pantas dan efisyen.\nBerikut dikongsikan ciri-ciri yang ditawarkan, cara mendaftar / login dan langkah penggunaan perkhidmatan ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eBanker Pro Bank Islam?\n\n \nCiri Yang Ditawarkan\n\n \nKelayakan\n\n \nCaj & Yuran\n\n \nWaktu Operasi & Tempoh Pengkreditan\n\n \nCara Daftar eBanker Bank Islam\n\n \nCara Login Kali Pertama\n\n \nPakej\n\n \nMaklumat Lanjut / Helpline Talian Telefon eBanker Pro\n\n\nApakah eBanker Pro Bank Islam?\neBanker Pro ialah penyelesaian berasaskan internet yang inovatif dan komprehensif dengan ciri yang dipertingkatkan yang membolehkan anda melaksanakan transaksi kewangan dan mendapatkan maklumat akaun dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. \nIa adalah cara yang mudah dan selamat untuk menguruskan transaksi perbankan harian anda.\nCiri Yang Ditawarkan\ni) Akses Tanpa Had 24/7\nMemberi anda perkhidmatan dalam talian yang mudah dengan perbankan masa nyata dan kebolehaksesan akaun. Dengan eBanker Pro, anda tidak akan terlepas dan proses penyelarasan hanya dengan satu klik sahaja.\nii) Aplikasi Mudah Alih Yang Selamat\n\n\n\n\n\n\nBenarkan transaksi eBanker Pro anda dengan aplikasi mudah alih Entrust Soft Token, dilengkapi dengan pengesahan dua faktor, keselamatan lapisan tambahan. Lakukan transaksi perniagaan dengan ketenangan fikiran, di mana sahaja anda berada.\niii) Pembayaran DuitNow dan JomPAY Secara Pukal\nLakukan berbilang pembayaran bil melalui JomPAY secara pukal dan pembayaran masa nyata melalui DuitNow pukal serentak dalam eBanker Pro. Jimat masa dan tanpa kerumitan.\niv) Melihat Berbilang Akaun Perniagaan Dengan Akses Tunggal\nLihat dan uruskan berbilang baki dan aktiviti akaun perniagaan dengan lebih cekap dengan satu log masuk ke eBanker Pro\nKelayakan\neBanker Pro diperluaskan kepada pelanggan Perniagaan sahaja (Syarikat / PKS / Perkongsian / Profesional / Persatuan / Kelab / Pertubuhan / Masjid / Surau dan Badan Kerajaan) yang membuka akaun korporat dengan Bank Islam Malaysia Berhad.\nCaj & Yuran\nBerikut dilampirkan caj dan yuran dikenakan bagi transaksi eBanker Pro.\n\n\nAppendix-A-Fees-and-Charges-eBanker-ProDownload\nWaktu Operasi & Tempoh Pengkreditan\nUntuk mengetahui cut-off time dan tempoh pengkreditan bagi pemindahan atau transaksi yang dilakukan, sila rujuk lampiran di bawah:\nCUT-OFF-TIME-AND-CREDITING-TIMEDownload\nCara Daftar eBanker Bank Islam\nLangkah 1: Sila klik link dibawah untuk pendaftaran secara online\nhttps://vao.bankislam.com.my/ebanker/index.aspx\nLangkah 2: Lengkapkan borang secara atas talian, cetak dan hantar ke cawangan Bank Islam yang berdekatan berserta tandatangan yang sah di dalam borang tersebut.\nLangkah 3: Anda akan menerima email & sms (kecuali pengguna Data Entry bagi eMasjid / eBanker Lite) untuk pengaktifan.\nSebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-2782 1315/1314/1318/1335\n\nCara Login Kali Pertama\nBerikut dikongsikan cara untuk login kali pertama bagi pengguna eBanker Pro:\n\n\n\n\n\nA) CARA LOGIN KALI PERTAMARujuk manual di sini.\nB) CARA RESET AKAUN (STATUS = AKTIF)Rujuk manual di sini.\nC) CARA RESET AKAUN (STATUS = BLOCKED)Rujuk manual di sini.\nD) CARA MELAKUKAN BERBILANG TRANSAKSI UNTUK URUSAN PENGGAJIAN Rujuk manual di sini.\nPakej \nBerikut dikongsikan kategori eBanker yang ditawarkan oleh Bank Islam (BIMB).\n\nAccount ManagementAccount InquiryTransaction HistoryTrade Finance\nTrade Finance InquiryTreasury Services\nView FX rateCorporate Payment Services Fund TransferDuitNow (Single and Bulk)Pay to Other BanksPay to BIMB AccountsRemittanceRENTASForeign Telegraphic TransferBill PresentmentMyGST PaymentBill Payment Fund TransferDirect BillJomPAY (Single and Bulk)Financing Repayment\nBulk Payment\nPayroll\nStatutory PaymentKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)SOCSOLembaga Tabung Haji (TH)ZakatDirect Debit\nSalary Plus\nPACKAGEAVAILABLE ROLESINQUIRYCorporate System AdministratorCorporate System AuthoriserMONETARYCorporate System AdministratorCorporate System AuthorisereLITE (INQUIRY)ObservereLITE (MONETARY)MakerAuthorisereMASJID (INQUIRY)ObservereMASJID (MONETARY)MakerAuthoriser\nBaca juga: \nCara Cetak Penyata Akaun Bank Islam Online Tanpa Ke KaunterCara Tukar Transfer Limit Bank IslamCara Daftar Bank Islam Online (www.bankislam.biz)\nMaklumat Lanjut / Helpline Talian Telefon eBanker Pro\nUntuk sebarang maklumat berkaitan, sila hubungi Nombor telefon Pengurus Penyelesaian eBanker Pro BIMB di talian berikut:\n\nBank Islam Contact CentreVia phone at +603-26 900 900Via email:\u00a0[email\u00a0protected]\nCustomer HelpdeskVia phone: +603 2782 1314/1315Via email:\u00a0[email\u00a0protected]\nUntuk info lanjut klik\u00a0https://www.bankislam.com/busines\u2026/cash-management-system/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-ucapan-hari-bapa/", "title": "Selamat Hari Bapa \u2013 Contoh Ucapan, Pantun Untuk Ayah / Abah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelamat Hari Bapa \u2013 Contoh Ucapan Kreatif & Menyentuh Hati\nBagi mengenang jasa dan pengorbanan bapa, rata-rata pasti ramai yang mengambil peluang untuk menyambut Hari Bapa pada setiap tahun. \nKetika zaman teknologi di hujung jari ini, kita dapat sampaikan ucapan menerusi pelbagai platform media sosial sama ada Facebook, Instagram, Whatsapp mahupun Telegram kepada bapa walaupun berjauhan. \nKredit gambar: verywellfamily.com\nBaca Juga : Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri Yang Kreatif & Menarik\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Sambutan\n\n \nContoh Ucapan Hari Bapa Yang Istimewa Khas Buat Ayahanda Tersayang\n\n \nKoleksi Ucapan Hari Bapa Bagi Yang Sudah Tiada\n\n \nUcapan Hari Bapa Yang Menyentuh Hati\n\n \nPantun Hari Bapa\n\n\nTarikh Sambutan\nHari Bapa atau Father\u2019s Day di Malaysia disambut pada minggu ketiga bulan Jun.\nBagi tahun 2023 ini, ia bakal disambut pada 18 Jun 2023 (Ahad).\nJom kita tengok beberapa contoh ucapan Hari Bapa yang istimewa khas buat ayah tercinta sempena sambutan Hari Bapa yang bakal menjelma tak lama lagi!\nContoh Ucapan Hari Bapa Yang Istimewa Khas Buat Ayahanda Tersayang\nCONTOH 1\nSetiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah\nCONTOH 2\nKasihnya Ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Selamat Hari Bapa buat ayahanda tercinta.\n\n\n\n\n\n\nCONTOH 3\nAyah! Biarpun diri ayah telah tiada, namun pengorbanan dan perjuanganmu tetap anak-anakmu kenang. Ayah tidak pernah mengeluh, malah sentiasa tabah dan tenang. Terima kasih Ayah.\nCONTOH 4\nSelamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.\nCONTOH 5\nTerima Kasih Ayah. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.\nCONTOH 6\nAyah, Tiada ucapan melainkan titipan doa buat ayah. Ayah pergi membawa separuh dari jiwa kami, kami semua rindu belaian dari seorang ayah. Selamat hari bapa buat ayah. Moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.\n\n\nKoleksi Ucapan Hari Bapa Bagi Yang Sudah Tiada\nCONTOH 7\nAyah, walau ragamu tak lagi di sisi, walau kita tidak lagi berpijak pada bumi yang sama, dan walau kini kita telah berbeda dimensi, aku percaya di suatu tempat sana doa dan harapan tulus kami akan selalu sampai padamu melalui tuhan. Selamat Hari Bapa. Moga dikau tenang disana. Tetaplah tersenyum di pangkuan illahi.\nCONTOH 8\nSelamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.\nCONTOH 9\n\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064f \u0627\u0646\u0652\u0642\u064e\u0637\u064e\u0639\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064e\u0629\u064d: \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064d \u062c\u064e\u0627\u0631\u0650\u064a\u064e\u0629\u064d\u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u064d \u064a\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e\u0641\u064e\u0639\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650\u060c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u062f\u064d \u0635\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u064d \u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648 \u0644\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cApabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.\u201d\u00a0[Riwayat Muslim (1631)]\n\nUcapan Hari Bapa Yang Menyentuh Hati\nCONTOH 10\nSetiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.\nCONTOH 11\nSetiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.\nCONTOH 12\nAyah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.\nCONTOH 13\nBuat Ayah, walau dimana sekalipun kau disaat ini. Semoga tuhan selalu memberkati, menjaga dan mencintaimu.\nCONTOH 14\nAbah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!\nCONTOH 15\nAyah,Dalam senyuman, Terlindung keperitan,Tertanam kepahitan,Tertutup kedukaan,Demi anak kesayangan.Benarlah kata pepatah,Kasih ibu membawa ke syurga,Kasih ayah sepanjang masa.\n\nPantun Hari Bapa\nPANTUN 1\nMencari daun buah beringin,Tersadung akar menopang pohonnya,Kasih ayah umpama lilin,Membakar diri memberi cahaya.\nPANTUN 2\nDaun selasih daun pegaga,Masam manis si buah rawa,Memori ayah bersemi di raga,Kasih tak luput di dalam jiwa.\nPANTUN 3\nDada bersirat bercerai nyawa,Masakan cepat memberi mati,Semangat ayah penguat jiwa,Manakan dapat ku cari ganti.\nPANTUN 4\nTumbuhlah liar petai di kota,Selasih tiada sebeban pegaga,Sungguhlah benar bagai dikata,Kasih ayahanda berkorban tenaga.\n(Sumber: Club Pantun Dan Seloka Melayu)\nPANTUN 5\nSirih bertanda sudah diserta,Lepat dibancuh hendak diniaga,Kasih ayahanda bernoktah tiada,Tempat berteduh tunggak keluarga.\nPANTUN 6\nKelapa diperah sebelah saja,Serawa dimasak lama sehari,Sungguhpun jarang menutur kata,Kasihnya ayah kami mengerti.\n\nUcapan manakah yang akan anda sampaikan buat ayah? Apapun, semoga ucapan yang diberikan dapat menambah makna lagi bagi sambutan Hari Bapa pada tahun ini. \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-umum-pelajaran-ukm/", "title": "Tawaran Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk Pelajar UKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk Pelajar UKM ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran UKM Sem 2 Sesi 2021/2022 untuk pelajar UKM kini dibuka. Bantuan yang disediakan adalah bantuan umum pelajaran sama ada untuk biaya yuran pengajian mahupun sara diri.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Umum Pelajaran UKM\n\n \nCara Permohonan Bantuan Umum Pelajaran UKM\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nProsedur Temuduga\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, pelajar boleh memohon bantuan zakat bermula 28 Mac 2022 hingga 7 Julai 2022. \u00a0\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Johor Sesi Mac \u2013 Ogos 2022\nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Umum Pelajaran UKM\nPelajar perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nMerupakan pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah atau Pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.Beragama IslamPelajar sepenuh masaTelah mendaftar semester\nCara Permohonan Bantuan Umum Pelajaran UKM\nPermohonan boleh dibuat melalui atas talian sahaja di pautan berikut :\nhttps://zakat.ukm.my\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPelejar yang memohon juga diminta untuk kemukakan dokumen secara atas talian seperti berikut :\ni. Salinan Penyata Gaji / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.\n\n\n\n\n\n\n(Borang Pendapatan dilampiran)\n*Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk mastautin keluarga.\nii) Lain-lain dokumen seperti dilampiran sistem zakat online.\nProsedur Temuduga\nPelajar akan diminta untuk jalani temuduga secara atas talian. Tarikh temuduga perlu diperakukan oleh pensyarah.\n(Sila klik di \u201cStatus Permohonan\u201d untuk memilih tarikh temuduga). Pilihan JADUAL TEMUDUGA hanya pilih (Kampus Bangi sahaja)\nTatacara Hadir Temuduga :\n1. Temuduga akan dijalankan secara atas talian sahaja pada tarikh temuduga yang dipilih. (secara panggilan telefon)\n2. Tetapi jika perlu, pelajar akan diminta hadir ke Kaunter Zakat bagi urusan temuduga permohonan.\nJika status \u201cDisokong/ Permohonan disokong urusetia dan dibawa untuk penilaian kelulusan\u201d, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.\nJika status \u201cDisokong/ Rayuan \u2013 Permohonan dalam tindakan untuk dibawa ke Mesyuarat\u201d, bermaksud permohonan telah diproses (tanpa ditemuduga). Semakan kelulusan di sistem boleh dibuat selepas 2-3 bulan daripada tarikh temuduga\nJika status \u201cPulang Borang\u201d, sila baca ulasan penemuduga yang diberikan dan lengkapkan butiran/ dokumen seperti yang diminta.\nJika status masih \u201cTunggu Temuduga\u201d Satu (1) hari SELEPAS tarikh temuduga yang telah dipilih, mohon untuk hubungi kami di talian 03-8921 4225/5820 (Bangi) atau 03-9145 6526 (HCTM/KKL).\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan, pelajar boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM : \nKaunter Zakat UKM Bangi\nAras 1, Masjid UKM\nUniversiti Kebangsaan Malaysia,\n43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,\nSelangor Darul Ehsan\nTel : 03-8921 4225 / 5820\nPejabat Unit Zakat UKM (Cawangan KKL)\nAras 1, Blok Klinikal,\nHospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),\nJalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,\n56000 Cheras, Kuala Lumpur,\nNo Tel : 03-9145 6526\nUntuk sebarang pertanyaan dan cadangan, pemohon boleh hantarkan email ke [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sakit-perut-sebelah-kiri/", "title": "Bahaya! Ini Antara #6 Punca Sakit Perut Sebelah Kiri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRasa sakit atau ketidakselesaan di bahagian bawah perut sebelah kiri boleh berlaku atas pelbagai sebab. Kadang-kadang, sakit ini boleh menjadi tidak nyata, sementara pada masa lain, ia mungkin cukup teruk sehingga mengganggu rutin harian anda. \nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai faktor yang menyebabkan sakit perut sebelah kiri dan rawatan yang boleh diambil. \nBaca juga: Tanda & Kesan Strok Haba\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenyebab sakit perut sebelah kiri\n\n \n1. Masalah pencernaan\n\n \n2. Ovulasi\n\n \n3. Gastritis\n\n \n4. Penyakit buah pinggang\n\n \n5. Radang pankreas\n\n \n6. Radang usus besar\n\n \nRawatan sakit perut sebelah kiri\n\n \nKesimpulan\n\n\nPenyebab sakit perut sebelah kiri\nBanyak organ dalam tubuh kita yang berada dalam kawasan ini, termasuk usus besar, kandungan, dan buah pinggang sebelah kiri. \nKerosakan atau masalah dengan mana-mana organ ini boleh menyebabkan sakit di bahagian bawah perut sebelah kiri. Berikut beberapa penyebab sakit perut sebelah kiri yang perlu diketahui:\n1. Masalah pencernaan\nPenyebab yang kerap melibatkan masalah pencernaan, seperti sembelit atau gas dalam usus. Di sisi lain, keadaan yang lebih serius, seperti batu karang atau divertikulitis, juga boleh menjadi punca. \n\n\n\n\n\n\nSembelit adalah keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran atau kegagalan untuk membuang air besar secara berkala. \nGas pula biasanya disebabkan oleh penyerapan udara semasa makan atau minum, atau melalui proses pencernaan makanan oleh bakteria dalam usus besar. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan sakit dan ketidakselesaan di perut sebelah kiri.\nBatu karang adalah batu kecil yang terbentuk dalam buah pinggang dan boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat. \nDivertikulitis pula adalah keadaan di mana kantung kecil (divertikula) dalam dinding usus besar menjadi meradang atau berjangkit.\n2. Ovulasi\nRasa sakit atau kram di bahagian perut ketika proses ovulasi adalah fenomena normal yang biasa berlaku kepada kaum wanita. \n3. Gastritis\nMasalah lain yang dapat menjadi penyebab sakit perut sebelah kiri adalah gastritis. Hal ini terjadi ketika lapisan perut mengalami peradangan, atau pengikisan hingga menimbulkan rasa sakit.\n4. Penyakit buah pinggang\nDi samping itu, penyakit yang berunsurkan buah pinggang seperti jangkitan buah pinggang dan batu karang adalah salah satu faktor yang tidak dapat dielakkan pada masalah sakit perut bahagian kiri.\n5. Radang pankreas\nRamai tidak peka, terdapat organ penting lain yang berada di sisi kiri perut setiap orang iaitu pankreas.\nApabila berlaku gangguan pada organ tersebut, maka akan timbul perasaan sakit pada perut dibahagian kiri atas hingga ke punggung.\u00a0\n6. Radang usus besar\nRadang usus besar juga merupakan penyebab terjadinya masalah sakit perut sebelah kiri. Penyakit ini terjadi lantaran dinding saluran pencernaan kita mengalami peradangan.\nRawatan sakit perut sebelah kiri\nRawatan untuk sakit di bahagian bawah perut bergantung kepada penyebabnya.\n\nSembelit: rawatan biasanya melibatkan perubahan diet dan peningkatan pengambilan cecair. Dalam kes gas, mengurangkan pengambilan makanan yang memicu gas, seperti kacang-kacangan dan sayuran tertentu, boleh membantu.\nBatu karang: biasanya memerlukan rawatan perubatan, seperti penggunaan ubat-ubatan untuk membantu melarutkan batu atau, dalam kes yang lebih serius, pembedahan untuk mengeluarkannya.\nDivertikulitis: mungkin memerlukan rawatan dengan antibiotik, dan dalam kes yang lebih serius, pembedahan mungkin diperlukan.\nCyst ovarium dan ectopic pregnancy: memerlukan rawatan perubatan segera. Dalam kes cyst ovarium, pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkan cyst.\n\nApabila anda mengalami sakit di bahagian bawah perut sebelah kiri, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan. \nIni kerana gejala boleh berubah dari tidak serius hingga berbahaya, dan rawatan yang betul sangat penting untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin ada. \nSelain itu, jika anda mengalami sakit yang tiba-tiba dan teruk, atau jika sakit disertai dengan gejala lain seperti demam, muntah, atau pendarahan, anda harus mendapatkan rawatan kecemasan segera.\nSekiranya anda merasakan sakit yang berterusan atau memburuk di bahagian bawah perut sebelah kiri, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor juga.\nDoktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mungkin akan memesan ujian tambahan, seperti ultrasound atau CT scan, untuk menentukan penyebab sakit.\nKesimpulan\nSakit di bahagian bawah perut sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dari masalah pencernaan hingga keadaan perubatan yang lebih serius. \nMemahami gejala dan menyedari bila perlu mencari bantuan perubatan boleh membantu mencegah komplikasi dan memastikan anda mendapatkan rawatan yang sesuai.\nRujukan:\n\nArtikel asal diterbitkan di MySihat\nWhat Causes Pain In The Lower Left Abdomen? Medical News Today\nWhat\u2019s Causing Pain in My Lower Left Abdomen? Healthline\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-my5-2021/", "title": "Program My5 : 5 Bantuan Khas Untuk Warga Wilayah Persekutuan 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKementerian Wilayah Persekutuan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program My5 Wilayah?\n\n \n1. [email\u00a0protected]\n\n \n2. [email\u00a0protected]\n\n \n3. [email\u00a0protected]\n\n \n4. [email\u00a0protected]\n\n \n5. [email\u00a0protected]\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang My5 Wilayah\n\n\nApakah Program My5 Wilayah?\nKementerian Wilayah Persekutuan telah memulakan program MY5 sekitar pertengahan tahun lepas dengan kapasiti yang kecil.\nMenurut Tan Sri Annuar Musa, dalam tahun 2021, program ini akan diperluaskan lagi meliputi 5 aspek berikut:\npekerjaan [email\u00a0protected], persekolahan ([email\u00a0protected]),barangan keperluan asas ([email\u00a0protected]), makanan ([email\u00a0protected]) dan perubatan ([email\u00a0protected]).\nBaca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online\n\n\n\n\n\n\n1. [email\u00a0protected]\n[email\u00a0protected] bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam 6 bidang pekerjaan termasuk \nperkhidmatan, pembinaan, penyelenggaraan, pembersihan, pembuatan dan pembungkusan\n\n2. [email\u00a0protected]\n[email\u00a0protected] yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.\n\n3. [email\u00a0protected]\nProgram [email\u00a0protected] menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.\n\nBaca juga: Selangor Kerjaya: Pendaftaran 10,000 Peluang Pekerjaan Warga Selangor\n4. [email\u00a0protected]\nSumbangan beras menerusi program [email\u00a0protected] akan dilaksanakan mulai 1 Feb sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.\nUntuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan\n\n5. [email\u00a0protected]\n[email\u00a0protected] menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.\n\nMaklumat Lanjut Tentang My5 Wilayah\nSelain program My5 ini, terdapat pelbagai lagi inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan yang disalurkan melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, KWP ialah seperti berikut:\nBantuan Perumahan Bandar:Bantuan Bina Baru RumahBantuan Baik Pulih RumahProgram Menjana Pendapatan Melalui KeusahawananProgram Pembangunan Minda InsanProgram Bina Upaya Di BandarBantuan Sewa Rumah\nUntuk maklumat lanjut berkaitan semua inisiatif ini, sila layari laman web Kementerian Wilayah Persekutuan di http://www.kwp.gov.my/ \nATAU\nFacebook Kementerian Wilayah Persekutuan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/beli-tiket-ets-online/", "title": "Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPANDUAN PEMBELIAN TIKET KERETAPI ETS ONLINE\nSelain perkhidmatan kapal terbang dan bas, perkhidmatan kereta api ETS juga merupakan alternatif bagus sekiranya anda ingin melakukan perjalanan antara antara bandar, misalnya dari Kuala Lumpur ke kampung halaman anda di Alor Setar. \nPembelian tiket cukup mudah menggunakan perkhidmatan ETS Online. \nBerikut dikongsikan panduan lanjut dan info berkaitan untuk rujukan bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu ETS?\n\n \nCara beli tiket\n\n \nHarga Tiket ETS Online\n\n \nJadual Perjalanan\n\n \nLaman Alternatif Pembelian Tiket ETS Online\n\n\nApa itu ETS?\nBagi yang tidak tahu, KTM ETS (dikenali secara komersial sebagai ETS, singkatan kepada \u2018Perkhidmatan Tren Elektrik\u2019) ialah perkhidmatan penumpang rel antara bandar yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) menggunakan tren elektrik berbilang unit (EMU). \n\n\n\n\n\n\nKTM ETS ialah perkhidmatan kereta api elektrik kedua yang dikendalikan oleh syarikat kereta api Malaysia, selepas perkhidmatan KTM Komuter, dan perkhidmatan kereta api antara bandar kedua, selepas KTM Intercity. \nETS ialah perkhidmatan kereta api tolok meter terpantas di Malaysia dan beroperasi di sepanjang laluan elektrik dan landasan berkembar di Laluan Pantai Barat antara Gemas dan Padang Besar di Semenanjung Malaysia, yan sebelum ini digunakan oleh KTM Intercity.\nArtikel berkaitan: Tarikh Penting PRU15\nCara beli tiket\nUntuk pembelian tiket ETS Online, anda boleh melakukannya melalui halaman rasmi KTM.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk pembelian ETS secara online:\nLayari laman KTMB Online di alamat https://online.ktmb.com.my/Pilih lokasi bertolak dan destinasi andaPilih tarikh bertolak dan tarikh pulang (anda juga boleh memilih untuk membli tiket sehaja sahaja)Pilih bilangan penumpangKlik pada butang \u201cSearch\u201d\nHarga Tiket ETS Online\n\nGambar di atas adalah contoh harga yang dipaparkan untuk pembelian tiket ETS secara online. \nAnda boleh memilih masa berlepas / bertolak daripada senarai jadual yang dipaparkan. \nHarga tiket ETS biasanya dibezakan oleh jenis pakej, misalnya dalam gambar di atas terdapat perbezaan antara pakej Gold dan Platinum.\nUntuk pembelian, anda dikehendaki log masuk ke akaun anda terlebih dahulu. Jika tidak mempunyai akaun, anda boleh mendaftarkan akaun.\nJadual Perjalanan\nBerikut merupakan jadual terkini perjalanan ETS berkuatkuasa Januari 2022). Jadual ini mungkin diubah oleh pihak KTM pada masa hadapan.\n\n\nUntuk paparan yang lebih jelas dan jadual terkini, boleh rujuk laman rasmi KTM di alamat https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html\nLaman Alternatif Pembelian Tiket ETS Online\nSelain laman rasmi ETS Online, pembelian tiket ETS secara dalam talian juga boleh dilakukan melalui beberapa aplikasi atau portal pihak ketiga. \nAntara laman web yang boleh dirujuk adalah seperti berikut:\nBusonlineticket.comEasybook.com\nSesetengah penumpang lebih gemar menggunakan perkhidmatan pembelian pihak ketiiga untuk pembelian tiket ETS kerana mereka sudah biasa menggunakannya kerana laman-laman yang disebutkan di atas juga turut menjual tiket bas dan feri.\nMalah, segelintir pengguna lebih gemar menggunakan perkhidmatan pihak ketiga kerana mereka mungkin mempunyai kupon atau baucaer diskaun daripada laman-laman tersebut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-khas-prihatin/", "title": "Geran Khas Prihatin (GKP) Permohonan RM3,000 Untuk PKS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGeran Khas Prihatin (GKP) diwujudkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\nMelalui inisiatif ini, geran khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.\nBaca juga : Semakan BPN Fasa 2: Bayaran Bantuan Prihatian Nasional 4 Mei 2020\nBerikut adalah info lanjut tentang Geran Khas Prihatin yang penting untuk kita tahu, terutamanya bagi pemilik perniagaan kecil dan sederhana yang terjejas dengan COVID-19.\nSemakan GKP sudah boleh dibuat bermula 4 Jun 2020.\n\n\n\n\n\n\nPembayaran secara one-off akan dibuat bermula 15 Jun nanti.\nBagi permohonan yang gagal, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan GKP bermula 3 Jun di portal rasmi gkp.hasil.gov.my\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nBentuk Bantuan Yang Diberikan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \n1. Warganegara Malaysia\n\n \n2. Menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)\n\n \n3. Perusahaan Telah Berdaftar Sebelum 31 Disember 2019\n\n \n4. Masih Aktif Menjalankan Perniagaan\n\n \n5. Semakan Silang Data\n\n \nCara Permohonan\n\n \nKeputusan / Cara Semakan Status\n\n \nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan Geran Khas Prihatin ini dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.\nBentuk Bantuan Yang Diberikan\nJumlah bantuan kewangan secara \u2018one-off\u2019 sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.\nIni bertujuan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat tempoh PKP dan kesan daripada wabak COVID-19.\nSyarat Kelayakan\n1. Warganegara Malaysia\nPemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.\n2. Menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)\nPemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)mikro seperti berikut:\nJumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripadaRM300,000; Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;\n3. Perusahaan Telah Berdaftar Sebelum 31 Disember 2019\nBerdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya SyarikatMalaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.\n*Perusahaan yang didaftarkan dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM juga layak memohon.\n4. Masih Aktif Menjalankan Perniagaan\nMasih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan\n5. Semakan Silang Data\nSemakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.\nCara Permohonan\nPermohonan secara manual tidak akan diterima dan perlu dibuat secara atas talian (online).\nBerikut adalah cara membuat permohonan Geran Khas Prihatin secara online.\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan.Klik butang \u2018Permohonan Baharu\u2019 untuk membuat permohonan.Isikan maklumat diri, pasangan dan perniagaan yang didaftarkan dengan tepat.Hantar maklumat dan tunggu maklumbalas penerimaan.\nKeputusan / Cara Semakan Status\nPemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.\nPembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.\nPembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Oleh itu, pastikan akaun bank yang didaftarkan adalah aktif.\nBaca juga : i-Lestari Online: Semak Status Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan melalui 4 kaedah yang diumumkan oleh LHDNM seperti berikut :\nHasil Care Line (HCL) yang mengendalikan talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara) Melalui HASiL Live Chat, disediakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.Media sosial rasmi LHDNM, iaitu Facebook \u2013 https://www.facebook.com/LHDNM, Twitter https://twitter.com/LHDNMofficialPortal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-tahun-1-2022-2023/", "title": "Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAKLUMAN MURID TAHUN 1 (2022) : SEMAKAN TAHUN 1 & PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN ONLINE BAGI SESI 2022 / 2023\nMohon ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2022, sila buat semakan semula dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.\nSurat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Februari nanti.\nAdalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2023 / 2024 di sistem SPATKPM akan dibuka mulai 1 Ogos 2022 untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.\nJadi, bagi ibu bapa yang dah lupa dekat mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak bulan Mac 2022 ini, jangan lupa buat semakan dan war-warkan juga pada ibu bapa yang lain ya.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2023 dan 2024 bermula 1 Mac yang lalu.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024\n\n \nPermohonan Rayuan\n\n \nTerlupa Kata Laluan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024\nPENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian.\nTarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1 \nTarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2022Tempoh rayuan : 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2022Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022\nNOTA:\nRayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.\nProses pengesahan dan semakan penempatan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:\nBerikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.\nLayari laman web\u00a0https://public.moe.gov.my/Tekan butang\u00a0Log masukKlik pada\u00a0Semakan Status Permohonan Tahun 1Setelah itu, pilih\u00a0Semakan PenempatanStatus permohonan murid akan dipaparkan.Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.\nRujuk contoh surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:\n\nBaca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan\nTINDAKAN IBU BAPA\nBerikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.\nPERAKUAN PENEMPATAN\nIbu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.\nPermohonan Rayuan\nSekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.\nsila rujuk panduan di bawah:\nPermohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.\nTINDAKAN SEKOLAH\nMUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut. \nBaca juga: \u00a0Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)\nTerlupa Kata Laluan\nBagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?\nTekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)\nMaklumat Lanjut\nSegala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui sistem SPS di pautan https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mykkp/", "title": "Login MyKKP: Panduan Pelaporan JKKP8 & Semakan Rekod", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, sistem MyKKP dalam fasa major migration iaitu perpindahan server dari Pusat Data Sektor Awam (PDSA), MAMPU ke Pusat Data KSM. \nProses migrasi yang dijadualkan selesai pada 31 Januari 2022 terpaksa dilanjutkan kepada 3 Februari 2022. \nJabatan akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa berkenaan perkembangan terkini.\nOleh yang demikian sebarang pematuhan terhadap mana-mana peruntukan perundangan, contohnya Seksyen 10(3) Peraturan \u2013 Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit) 2004 boleh dilakukan setelah Sistem MyKKP kembali pulih seperti biasa.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPanduan Menghantar / Menyelenggara Rekod Pelaporan JKKP8\n\n \nApakah MyKKP?\n\n \nSenarai OYK\n\n \nCara Pendaftaran Akaun Di MyKKP\n\n \nSemakan OYK di MyKKP\n\n \nCara login MyKKP\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nPanduan Menghantar / Menyelenggara Rekod Pelaporan JKKP8\nRekod ini dikehendaki di bawah Peraturan 10, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit) 2004 dan hendaklah di simpan di tempat kerja selama 5 tahun. \n\n\n\n\n\n\nKegagalan untuk menyenggara dan menghantar merupakan kesalahan di bawah Peraturan.\nMajikan dikehendaki menyenggara semua rekod kemalangan dan penyakit yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang berlaku di tempat kerja.\nRujuk Panduan Pelaporan JKKP 8 :http://mykkp.dosh.gov.my/\u2026/JKKP8/User%20Manual%20JKKP8.pdf\nUser-Manual-JKKP8Download\nApakah MyKKP?\nPihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department of Occupational Safety And Health (DOSH) telah memperkenalkan portal MyKKP bagi memudahkan individu orang yang kompetan (OYK) untuk mendaftar dengan pihak JKKP.\nBagi memperoleh kelayakan menjadi OYK, seseorang individu tersebut mestilah menamatkan latihan tertentu dan melepasi ujian yang dijalankan. \nSetelah melepasi kesemua ujian, seseorang individu yang menepati kesemua syarat yang ditetapkan oleh pihak JKKP perlu mendaftarkan nama dan kelayakan mereka di portal MyKKP bagi membolehkan mereka mendapat kelayakan sebagai OYK.\nSenarai OYK\n\nPegawai Keselamatan dan KesihatanPenyelia Tapak BinaPenguji Gas Bertauliah dan Penyelia KemasukanPengendali Perancah (Asas, Pertengahan dan Tertinggi)Operator Kren (Menara, Bergerak dan Derik)Drebar Enjin Pembakaran Dalam (Gred 1 dan Gred 2)Drebar Enjin Stim (Gred 1 dan Gred 2)\u2026 dan banyak lagi\nCara Pendaftaran Akaun Di MyKKP \nSekiranya anda sudah mengikuti latihan dan melepasi kesemua ujian yang disyaratkan untuk menjadi OYK, anda boleh mendaftar di portal MyKKP dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari portal MyKKP di alamat http://mykkp.dosh.gov.my/Default.aspxPada bahagian menu, klik pada PENDAFTARANMasukkan kesemua maklumat yang dikehendakiSetelah selesai mengisi kesemua maklumat pada halaman pertama, klik pada butang SETERUSNYALengkapkan semua maklumat pada halaman berikutnyaMasukkan Login ID dan Password yang ingin digunakanKlik butang DAFTARLengkapkan pengesahan akaun dengan mengklik link yang dihantar pada emel yang didaftarkan\nSemakan OYK di MyKKP\nDi portal MyKKP, anda juga boleh membuat semakan OYK berdasarkan beberapa kriteria antaranya nama dan disiplik OYK.\nMasukkan maklumat yang ingin dicari pada kotak carian dan hasil carian akan dipaparkan.\nFungis semakan ini sangat berguna sekiranya anda ingin membuat pengesahans taatus OYK atau mencari seseorang OYK untuk melakukan kerja-kerja tertentu berdasarkan kelayakan mereka di kilang, premis atau projek anda. \nCara login MyKKP\nSetelah anda menyelesaikan proses pendaftaran, anda boleh log masuk ke dalam akaun MyKKP dengan mengikuti langkah-langka berikut:\nLayari laman MyKK di alamat http://mykkp.dosh.gov.my/Default.aspxPada bahagian menu, klik pada \u201cLog Masuk\u201dMasukkan maklumat yang diperlukan seperti \u201cLog ID\u201d dan \u201cKata Laluan\u201dKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d\nSoalan Lazim \nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan portal MyKKP, anda boleh menghubungi terus dengan pihak pentadbiran portal tersebut dengan menghubungi mereka di talian 03-8886 6496 / 03-8886 6497.\nHarap maklum bahawa talian tersebut hanya boleh dihubungi pada masa dan hari yang berikut:\nHari: Isnin \u2013 JumaatMasa: 8.30pagi \u2013 1.00petang / 2.00petang \u2013 5.30petang) kecuali Hari Kelepasan Am untuk negeri yang bekerja pada hari AhadAlamat: Aras 1, 3, 4 & 5 Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 W. P. PutrajayaFaks: 03-8889 2443\nUntuk soalan-soalan lazim berkaitan tatacara penggunaan porta ini, anda juga boleh melayari laman FAQ MyKKP di pautan berikut http://mykkp.dosh.gov.my/FAQ.aspx\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-isteri/", "title": "15 Pilihan Hadiah Untuk Isteri Yang Baru Bersalin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda mesti pernah dengarkan pepatah orang putih, \u201cHappy wife, happy life\u201d?\nTerdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk menggembirakan dan menunjukkan penghargaan kepada isteri anda.\u00a0\nSelain memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya, menghadiahkan sesuatu yang istimewa juga salah satu cara yang paling ampuh untuk menunjukkan penghargaan kepada isteri. Antara waktu yang paling terbaik, adalah setelah si dia bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda.\u00a0\n\nSekiranya anda tidak mempunyai idea dan tidak tahu memilih hadiah untuk isteri anda, usah risau. Pada artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa pilihan hadiah untuk isteri yang baru bersalin yang boleh anda jadikan sebagai rujukan ketika mencari hadiah kelak.\u00a0\n\u00a0Jom baca!\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n15 Pilihan Hadiah Untuk Isteri\n\n \n1. Body & Earth Bath Spa Lavender Scent Gift Set\n\n \n2. Pengisar Buah\n\n \n3. Barang Kemas Habib\n\n \n4. Gelang Pandora\n\n \n5. Periuk Pressure Cooker Noxxa\n\n \n6. Set Pinggan Mangkuk Claytan\n\n \n7. Seterika Wap\n\n \n8. Tudung\n\n \n9. Kerongsang\n\n \n10. Beg Tangan\n\n \n11. Lipstick\n\n \n12. Smart Watch\n\n \n13. Kasut\n\n \n14. Baju Tidur\n\n \n15. Patung (Quby Plush Bear)\n\n\n15 Pilihan Hadiah Untuk Isteri\n1. Body & Earth Bath Spa Lavender Scent Gift Set\nHadiahkan isteri anda set spa dan penjagaan diri keluaran Body & Earth ini untuk membantu si dia menenangkan diri selepas berhempas pulas menguruskan bayi.\nTerdapat pelbagai item yang disertakan sekali dalam set ini bagi membolehkan isteri anda merasa seperti berada di spa walaupun hanya di rumah!\u00a0\nBody & Earth Bath Spa Lavender Scent Gift Set: https://shopee.com.my/bodyearth.os/10732789827\n2. Pengisar Buah\nPenjagaan kesihatan selepas melahirkan anak adalah sangat penting. Para ibu yang baru bersalin sangat digalakkan untuk mengambil buah-buahan dalam pemakanan harian. \n\n\n\n\n\n\nSalah satu cara yang mudah adalah dengan meminum jus buahan. Dengan adanya pengisar buah, ia akan membantu isteri anda untuk menghasilkan jus buah dengan mudah untuk minum setiap hari.\u00a0\nPengisar buah: https://shopee.com.my/cintababy/7355798017\n3. Barang Kemas Habib\nSelain penjagaan kesihatan,\u00a0 penjagaan emosi dan kestabilan mental juga adalah penting untuk ibu yang baru bersalin. Salah satu cara yang memang \u2018konfem\u2019 boleh menggembirakan isteri anda adalah dengan menghadiahkan si dia barang kemas Habib!\nAnda boleh pilih set barang kemas mengikut bajet dan kesukaan isteri anda. Tak perlu bersusah payah, anda boleh melakukan pembelian melalui Shopee (HABIB Official Store).\u00a0\nBarang kemas Habib: https://shopee.com.my/habib.os/12958136572\n4. Gelang Pandora\nSalah satu gelang Pandora yang sering menjadi pilihan ramai ialah Pandora Pink & Clear Sparkly Slider Bracelet. Ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk isteri anda yang tercinta. Selain mempunyai rekaan yang elegan dan menarik, gelang ini juga mempunyai harga yang harga berpatutan dan mampu milik.\nPandora Pink & Clear Sparkly Slider Bracelet: https://shopee.com.my/pandora.os/10000945678\n5. Periuk Pressure Cooker Noxxa\nMempunyai teknologi tekanan udara panas yang berupaya untuk membantu menjimatkan masa memasak, periuk pressure cooker ini sememangnya menjadi dambaan para isteri. Antara jenama pilihan periuk pressure cooker yang popular ialah Noxxa.\u00a0\nWalaupun harganya agak mahal, namun ia sangat berbaloi untuk membantu isteri anda memasak di dapur. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Anda tidak perlu lagi membeli peralatan memasak yang lain. Periuk ini boleh masak macam-macam!\u00a0\nPeriuk Pressure Cooker Noxxa: https://shopee.com.my/cuckoo4you/4444513093\n6. Set Pinggan Mangkuk Claytan\nPasti isteri anda tersenyum lebar apabila mendapat hadiah set pinggan mangkuk yang sudah lama diidamkannya. Anda boleh dapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat daripada seramik keluaran Claytan. Set pinggan mangkuk ini sememangnya diakui berkualiti tinggi dan mempunyai corak yang sangat menarik hati.\u00a0\nSet Pinggan Mangkuk Claytan: https://shopee.com.my/claytantablewareofficialstore/16938220754\n7. Seterika Wap\nDengan wujudnya teknologi seperti seterika wap amat membantu dalam mengenakan urusan kerja rumah isteri. Oleh itu, anda boleh pertimbangkan untuk memberikan seterika wap sebagai hadiah untuk isteri anda. Ia berupaya untuk membantu menjimatkan masa menyeterika baju dan sangat mudah digunakan.\u00a0\nSeterika wap: https://shopee.com.my/adx_store/15333176358\n8. Tudung\nWalaupun sudah memiliki berpuluh koleksi tudung, namun sekiranya anda memberikan isteri anda tudung sebagai hadiah,\u00a0si dia pasti tetap akan menyukainya. Anda boleh perhatikan jenis tudung yang digemarinya dan juga warna tudung yang belum dimilikinya.\u00a0\nTudung bawal Immalis: https://shopee.com.my/sarahusna_store/14000017730\n9. Kerongsang\nKerongsang adalah merupakan salah satu item yang sering diperlukan namun juga sering hilang daripada penglihatan isteri anda. 10 kali beli, 10 kali jugalah hilang!\nApa kata, kali ini hadiahkan isteri anda set kerongsang yang mempunyai 30 hingga ke 100 buah untuk satu set. Jadi, tidak ada lagi masalah kerongsang tak jumpa apabila hendak digunakan.\u00a0\nKerongsang: https://shopee.com.my/beautonkorea/13915038809\n10. Beg Tangan\u00a0\nInilah masanya untuk anda hadiahkan sebuah beg tangan berjenama mewah kepada isteri anda. Selain menjadi pelengkap aksesori diri,\u00a0 anda boleh hadiahkan beg tangan yang bersaiz sederhana besar untuk isteri anda meletakkan kelengkapan bayi dan juga dirinya sendiri apabila berjalan-jalan di luar kelak.\u00a0\nKalau tak mampu beli yang mahal-mahal, cukuplah anda membeli beg tangan mengikut citarasa isteri anda. Sudah pasti si dia akan tersenyum gembira!\nBeg tangan: https://shopee.com.my/ifashion168.com/21909884362\n11. Lipstick\nWalaupun sudah bergelar ibu, tidak semestinya isteri anda perlu tampil selekeh. Bantu isteri anda untuk tampil menarik lagi seperti dirinya yang dahulu dengan menghadiahkan set lipstick kegemarannya. Anda boleh tanya terus kepada si dia ataupun beli senyap-senyap dekat Shopee dan berikan sebagai kejutan untuknya!\nLipstick: https://shopee.com.my/wardahshops.my/17073326557\n12. Smart Watch\nSmart watch mempunyai pelbagai fungsi yang boleh membantu isteri anda untuk memantau kesihatannya dan juga beberapa ciri menarik yang lain. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, anda boleh mempertimbangkan untuk memberikan hadiah smart watch kepada isteri anda.\u00a0\nApple watch: https://shopee.com.my/switch_os/12896866521\n13. Kasut\nHadiahkan sebuah kasut yang selesa untuk digunakan semasa berjalan-jalan terutamanya apabila perlu berulang-alik ke hospital untuk melakukan pemeriksaan untuk bayi dan isteri anda. Pemilihan kasut yang selesa dan amat penting untuk memastikan keselamatan dan juga mengelakkan kaki isteri anda sakit.\nKasut Dr Cardin: https://shopee.com.my/drcardin.os/7956219045\n14. Baju Tidur\nApabila sudah memiliki anak, kebanyakan masa tidur isteri anda menjadi tidak teratur. Sepasang baju tidur yang baru mungkin boleh membantu isteri anda untuk tidur lebih lena dan mendapat rehat secukupnya.\u00a0\nBaju tidur: https://shopee.com.my/dahliamelatistore/9593942807\n15. Patung (Quby Plush Bear)\nWalaupun kelihatan simple, namun ia pasti tetap bermakna untuk isteri anda. Dengan bajet kurang daripada RM100, anda sudah mampu memberikan kegembiraan untuk isteri anda yang tercinta. Jarang-jarang ada wanita yang tak sukakan patung tau, lebih-lebih apabila patung comel seperti Quby Plush Bear ini!\nQuby Plush Bear: https://shopee.com.my/kaitoonscollection19/12012165528\nApapun, semoga isteri anda menyukai hadiah yang anda berikan!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/str-fasa-3/", "title": "STR Fasa 3 : Semakan Status, Jadual Bayaran & Pengkreditan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 : TARIKH BAYARAN, SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA\nKerajaan telah memutuskan pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023.\nIni adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat, kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim.\nDengar kata, dah ramai yang dah mula terima STR ke akaun bank mereka!\n\n\nBerikut dikongsikan sidang media terkini untuk makluman semua penerima STR khususnya.\nTERKINI: SIARAN MEDIA BERKENAAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3 (STR 3) DISALURKAN SECARA BERPERINGKAT MULAI 26 JUN 2023\nSTR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\nYAB Datuk Seri\u00a0Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.\nPembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun \u2013 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan\u00a0BSN Malaysia\u00a0mulai 26 Jun 2023.\n\n\n\n\n\n\nPembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:\n\nMempunyai Akaun Bank : Tarikh pembayaran mulai 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023 (Dikreditkan terus ke akaun bank)\nTiada Akaun Bank : Tarikh pembayaran mulai 26 Jun 2023 (Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)\n\nSumber : Kementerian Kewangan, 22 Jun 2023\nBerikut dikongsikan juga notis oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tunai / pengguna akaun BSN.\nUntuk makluman, penerima bantuan tunai perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.\nHanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.\n\nPastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.\nKerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih. \nBayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelulusan Penerima STR Fasa 3\n\n \nTarikh Semakan Status Lulus STR & Rayuan\n\n \nTarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3\n\n \nJUMLAH BAYARAN STR FASA 3\n\n \nCara Semakan STR Fasa 3\n\n \nCara Membaca Status STR Terkini\n\n \nAlasan Tidak Lulus STR Fasa 3\n\n \nLupa Kata Laluan STR\n\n \nSoalan Lazim (FAQ STR Fasa 3) & Maklumat Lanjut\n\n\nKelulusan Penerima STR Fasa 3\nLHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.\nIni bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.\n\nTarikh Semakan Status Lulus STR & Rayuan\nSemakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. Bagi mereka yang TIDAK LULUS, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023. \n\nTarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3\nTERKINI : Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada 26 Jun 2023.\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 3 \nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM3001-2RM4003-4RM6005 dan lebihRM800\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 \u2013 RM50000RM01-2RM1503-4RM2005 dan lebihRM250\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150\n\n\nSumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html\nCara Semakan STR Fasa 3\nSemakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nSila rujuk panduan melalui infografik di bawah:\n\nKlik lok masuk MySTR\nMasukkan nombor Mykad pemohon\nPengesahan kata kunci keselamatan\nMaklumat yang akan dipaparkan :\n\nNama pemohon\nNo Mykad pemohon\nStatus permohonan\nMaklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)\n\n\nKlik menu Semakan Pembayaran Fasa 1\nMasukkan kata laluan\n\nDisertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.\n\nCara Membaca Status STR Terkini\nBagi anda yang telah membuat semakan, mungkin ada yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan LULUS \u2013 kerana terdapat 2 status lulus yang tertera.\nSalah satunya adalah berkaitan Kelulusan Asas STR, manakala satu lagi adalah berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).\n\nUntuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah adalah STR Tambahan berjumlah RM100 sebulan bagi 6 bulan untuk penerima miskin tegar yang mempunyai rekod dalam e-Kasih.\n\nSementara itu, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran Fasa 3.\nIni adalah kerana pemohon ini:\n\nTidak lulus permohonan STR 2023\nPerubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan\nLulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.\n\nSebarang semakan lanjut, rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ATAU rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran Fasa 3.\nAlasan Tidak Lulus STR Fasa 3\nSila rujuk kod TIDAK LULUS STR yang dilampirkan di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRujuk sepenuhnya: Rayuan STR \u2013 Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan\nLupa Kata Laluan STR\nUntuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.\nOleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.\nLog Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\nBerikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:\n\nLayari laman web STR di pautan\nKlik \u201cTerlupa Kata Laluan\u201c\nMasukkan nombor MyKad 12 digit dan klik \u201cSemak\u201d.\nMasukkan e-mel yang didaftarkan & klik \u201cSeterusnya\u201d.\nSemak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik \u201cYa\u201d.\nJawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik \u201cSeterusnya\u201d.\nMasukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik \u201cTukar Kata Laluan\u201d.\nAnda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.\n\nSekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \n\nSebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\n\nSoalan Lazim (FAQ STR Fasa 3) & Maklumat Lanjut\nSila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 melalui lampiran di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :\n\nLaman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nHotline STR LHDNM\u00a0\nHotline STR MoF\u00a0\nTalian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM\n\nUntuk info lanjut, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link\u00a0https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html\nBaca juga: STR Tambahan \u2013 Kelayakan, Tarikh & Kadar Bantuan Tambahan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/amalan-sunat-hari-raya-aidilfitri/", "title": "8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Berdasarkan Sunnah \u2013 JAKIM\nHari Raya Aidilfitri merupakan\u00a0hari kemenangan Umat Islam.\nIa disambut sebagai hari kegembiraan bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan, serta untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas rahmat dan petunjukNya. \nFirman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:\n\u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0671\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064f\u0646\u0632\u0650\u0644\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0671\u0644\u0652\u0642\u064f\u0631\u0652\u0621\u064e\u0627\u0646\u064f \u0647\u064f\u062f\u064b\u06ed\u0649 \u0644\u0650\u0651\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0648\u064e\u0628\u064e\u064a\u0650\u0651\u0646\u064e\u0640\u0670\u062a\u064d\u06e2 \u0645\u0650\u0651\u0646\u064e \u0671\u0644\u0652\u0647\u064f\u062f\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0671\u0644\u0652\u0641\u064f\u0631\u0652\u0642\u064e\u0627\u0646\u0650 \u06da \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646 \u0634\u064e\u0647\u0650\u062f\u064e \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0644\u0634\u064e\u0651\u0647\u0652\u0631\u064e \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0635\u064f\u0645\u0652\u0647\u064f \u06d6 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0633\u064e\u0641\u064e\u0631\u064d\u06e2 \u0641\u064e\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064c\u06ed \u0645\u0650\u0651\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0623\u064f\u062e\u064e\u0631\u064e \u06d7 \u064a\u064f\u0631\u0650\u064a\u062f\u064f \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0644\u0652\u064a\u064f\u0633\u0652\u0631\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0631\u0650\u064a\u062f\u064f \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0644\u0652\u0639\u064f\u0633\u0652\u0631\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u0652\u0645\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u0644\u0652\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u064e\u0628\u0650\u0651\u0631\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0661\u0668\u0665\n\u201c\u2026 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur\u201d.\nJusteru bagi mendapat keberkatan dalam menyambut perayaan ini semua umat Islam hendaklah menghayati sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.\nBerikut dikongsikan sunnah aidilfitri yang boleh dijadikan amalan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi \u2013 JAKIM\n\n \nSelamat Beramal\n\n\n8 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi \u2013 JAKIM\n1. Menghidupkan malam\nMenghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya. \nSabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: \n\n\u201cSesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati\u201d \nH.R Ibnu Majah\n2. Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri\nTempoh mandi sunat ini bermula dari pertengahan malam dan sunat dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.\nSumber: JAKIM\n3. Mengemaskan diri\nMencukur bulu-bulu, mengetip/memotong kuku dan merapikan janggut.\n4. Memperbanyakkan Takbir\nTakbir Aidilfitri boleh dibacakan bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat Hari Raya.\nAd-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.\n5. Memakai pakaian yang terbaik\nWalaupun kita digalakkan memakai pakaian terbaik, kita tidak semestinya memakai pakaian yang baharu. \nSebaliknya, pilihlah pakaian yang paling indah mengikut kemampuan dan tidak membazir.\n6. Berwangi-wangian dan berhias\nImam Syafie pernah berkata:\n\u201cAku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.\u201d\n7. Bersarapan\nMakan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata : \n\n\u201cSesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.\u201d \nHR Bukhari\n8. Menunaikan Solat Hari Raya\nSolat hari raya ialah sunat muakkad.\u00a0\nIni kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.\u00a0\nBegitu juga para sahabat Baginda terus melakukannya selepas itu.\nSelamat Beramal \nJangan lupa menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin, serta ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim, serta \u00a0mengucapkan sebarang ucapan yang baik. \nPara sahabat Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama mereka pada hari Raya mereka menyebut :\u062a\u0642\u0628\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0645\u0646\u0627 \u0648\u0645\u0646\u0643 \u00a0(semoga Allah menerima amal kami dan juga amalmu).\nBaca juga : Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Kreatif & Menarik\nSemoga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan sunnah ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myfuturejobs-login/", "title": "MyFutureJobs : Daftar & Login Portal Pekerjaan Negara 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik bagi semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mencari pekerjaan dan menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh PERKESO untuk pencari kerja.\nEkoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.\nAyuh, daftar MyFutureJobs untuk mendapatkan manfaat ini!\nKami kongsikan lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara membuat pendaftaran.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyFutureJobs PERKESO?\n\n \nCara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja\n\n \nCara Memohon Pekerjaan Melalu MyFutureJobs\n\n \nInsentif & Manfaat Pencari Kerja 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MyFutureJobs PERKESO?\nSecara ringkasnya, MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.\nKementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program melalui National Employment Services, PERKESO.\n\n\n\n\n\n\nDi bawah inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).\nAnda berpeluang membina kerjaya anda melalui portal MYFuture Jobs dan menikmati pelbagai kelebihan dari portal tersebut.\nTerdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara!\n\nCara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja\nBagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFuture Jobs ini boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.\nBerikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:\nUntuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.myDaftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang \u2018Jobseeker Sign In\u2019Klik butang \u2018Register Here\u2019 sebagai pengguna kali pertamaIsikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukanSetelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkanKemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.\nUntuk melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFuture Jobs atau maklumat lanjut boleh hubungi atau layari:\nNo. Telefon: 1-300-22-8000 / 03-80915300Emel: [email\u00a0protected]Portal MyFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my\nSila rujuk lampiran berikut untuk manual penuh pencari kerja.\nMYFutureJobs-Jobseeker-ManualDownload\nCara Memohon Pekerjaan Melalu MyFutureJobs\nUntuk mengetahui peluang pekerjaan terbaru di MyFuture Jobs, anda boleh melakukan langkah berikut:\nIkuti media sosial MyFuture Jobs di Facebook : https://www.facebook.com/myfuturejobsofficial/Twitter : https://twitter.com/MYFJOfficialLaman web : www.myfuturejobs.gov.my\nAnda boleh membuat carian di laman web MyFuture_Jobs dengan mudah.\nSila buat carian mengikut :\nJenis pekerjaanLokasiStatus pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)\n\nPekerjaan juga kadangkala diiklankan di media sosial melalui poster untuk makluman.\n\nInsentif & Manfaat Pencari Kerja 2022\nBukan itu saja, anda juga boleh menerima Elaun Mencari Pekerjaan jika anda menghadiri temuduga!\nPeluang ini terbuka kepada semua individu menganggur yang bukan pencarum PERKESO, termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal untuk mencari pekerjaan melalui SIP GIG 2022 dan JAMINKERJA 2022.\n\nMenerusi JaminKerja Keluarga Malaysia, anda berpeluang mendapat Insentif Penggajian pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs. \n\nMari ambil peluang di atas insentif yang disediakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2022 ini sekarang. \nPermohonan kini dibuka mulai 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022. Mohon sekarang di https://jaminkerja.perkeso.gov.my\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui:Talian Khidmat Pelanggan:\u00a01 300 22 8000Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\nAnda boleh mengunjungi Pejabat PERKESO berhampiran seperti berikut:\nPUTRAJAYAIbu PejabatLevel 2, Wisma Perkeso Putrajaya, No. 6 Persiaran Perdana,Presint 2, 62100 Putrajaya03-8091 5100KUALA LUMPURPengarahPERKESO Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wisma PERKESO,No. 155, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur03-2687 2600SELANGORPengarahPejabat PERKESO Negeri Selangor, Wisma PERKESO, Lot 141,Seksyen 6, Jalan Selangor, 46990 Petaling Jaya, Selangor03-7949 8888PengurusPejabat PERKESO Klang, Wisma PERKESO, No. 2,Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor03-3344 2501PengurusPejabat PERKESO Tanjung Karang, No. 38, Jalan Ria Mas,Taman Ria Mas, 45500 Tanjung Karang, Selangor03-3269 9001PengurusPejabat PERKESO Rawang, 29, Jalan Setia Rawang 1, KM 25,Jalan Ipoh, 48000 Rawang, Selangor03-6091 6519\u00a0/03-6091 6937\u00a0/03-6091 2427PERAKPengarahPejabat PERKESO Negeri Perak, Wisma PERKESO No. 83,Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak05-253 8477\u00a0/05-254 5487PengurusPejabat PERKESO Taiping, No. 2 & 4,Persiaran Taiping, 34000 Taiping, Perak05-805 7050PengurusPejabat PERKESO Kuala Kangsar, No. 8E/8F,Plot 3000 & 3001, 33000 Kuala Kangsar, Perak05-773 3000\u00a0/05-776 5930PengurusPejabat PERKESO Tapah, Lot 5399, No. 6 & 7,Jalan Bidor, 35000 Tapah, Perak05-401 1226PengurusPejabat PERKESO Teluk Intan, No. 8 \u2013 10, Medan Sri Intan,Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan, Perak05-622 1935PengurusPejabat PERKESO Sri Manjung, No 125 & 126 Jalan PPMP 3/3Pusat Perniagaan Manjung Point 32040 Sri Manjung, Perak05-688 2600PULAU PINANGPengarahPejabat PERKESO Negeri Pulau Pinang, Wisma PERKESO,No. 3012, Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang04-388 7666PengurusPejabat PERKESO Georgetown, Wisma PERKESO, No. 269,Jalan Burma, 10538 GeorgeTown, Pulau Pinang04-238 9888KEDAHPengarahPejabat PERKESO Negeri Kedah, Wisma PERKESO, Lot. 186,Jalan Teluk Wanjah, 05538 Alor Setar, Kedah04-774 6666PengurusPejabat PERKESO Langkawi, No. 17, Persiaran Bunga Raya,Langkawi Mall, 07000 Langkawi, Kedah04-969 8701PengurusPejabat PERKESO Sungai Petani, No. 30 & 31, Lengkok Cempaka 1,Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah04-448 1200PengurusPejabat PERKESO Kulim, 582 & 583, Lorong Kemuning 1,Taman Kemuning, 09000 Kulim, Kedah04-496 2203PERLISPengarahPejabat PERKESO Negeri Perlis, No. 6A & 8A,Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis04-976 7100NEGERI SEMBILANPengarahPejabat PERKESO Negeri Sembilan, Wisma PERKESO, Lot 3757,Lot 52, Jalan Sg. Ujong, 70000 Seremban, Negeri Sembilan06-766 9000PengurusPejabat PERKESO Kuala Pilah, No. 8 & 9, Jalan Melang 1,Pusat Komersial Melang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan06-482 1934\u00a0/06-482 1935MELAKAPengarahPejabat PERKESO Negeri Melaka, Wisma PERKESO,Jalan Persekutuan MITC, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka06-251 6888\n"]} {"url": "https://ecentral.my/academy-in-factory-aif-mpc/", "title": "Academy in Factory : Program Kerja Sambil Belajar Di Kilang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram \u2018Academy in Factory\u2019 (AiF) bakal menawarkan sebanyak 300,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 merentasi sektor yang berimpak tinggi seperti subsektor elektrikal dan elektronik (E&E), automotif, kimia dan bahan termaju serta sains hayat dan teknologi perubatan kepada anak belia seluruh negara.\nMaklumat daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) ini telah dikongsikan dalam ucapan perasmian perhimpunan atau rapat Majlis Pelancaran \u2018Academy in Factory\u2019 (AiF) Sempena Karnival Belia Produktif \u201cBersama Membangunkan Negara\u201d yang dianjurkan oleh MPC dan dihadiri oleh warga Gombak termasuk komuniti Orang Asal.\nBerikut dikongsikan info sepenuhnya untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Academy in Factory?\n\n \nSyarat Penyertaan Academy in Factory (AiF) 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Academy in Factory?\nProgram Academy in Factory (AiF) adalah program bekerja sambil belajar di kilang & syarikat berdaftar di bawah AiF. \nIa melibatkan lebih 25 syarikat/kilang dalam sektor seperti kimia, sains hayat & teknologi perubatan, semikonduktor dan automatif.\nInisiatif AiF yang melibatkan tenaga belia merupakan inovasi penyelesaian serampang dua mata dalam menangani cabaran membangunkan tenaga kerja mampan dan meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan rakyat Malaysia.\n\nhttp://aif.mpc.gov.my\nSyarat Penyertaan Academy in Factory (AiF) 2022\nBerikut disenaraikan syarat-syarat penyertaan AiF:\nWarganegara MalaysiaBerumur 18-35 tahunMahir 3M (menulis, membaca dan mengira)Tiada masalah kesihatan seriusLulus ujian saringan AiF\n*Peserta terpilih akan jalani modul selama 18 bulan, menjurus kepada operasi syarikat / kilang berkaitan\nCara Permohonan\nUntuk menyertai program AiF ini, berikut adalah proses yang perlu dilakukan:\nDaftar permohonan di pautan berikut: http://aif.mpc.gov.my/user/registerJalani ujian saringan AiF.Sekiranya berjaya, anda akan ditawarkan surat berjayaSeterusnya, anda akan ditawarkan surat penempatan AiF untuk proses bekerja sambil belajar.Setelah melengkapkan tempoh belajar & bekerja, anda akan menerima sijil AiF.Anda akan meneruskan kerjaya di Syarikat / IPT berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Academy in Factor (AiF), sila rujuk saluran berikut:\nLaman web : http://aif.mpc.gov.my/Facebook Malaysia Productivity Corporation (MPC) : https://www.facebook.com/MPCHQ\n\n\n\nBaca juga: \nElaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+ PERKESO) RM300 SebulanSIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tiada-lagi-saman-pelitup-muka/", "title": "Tiada Lagi Saman Pelitup Muka Di Tempat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.\nTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu yang telah berkuat kuasa minggu lepas.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTiada Lagi Saman Pelitup Muka\n\n \nSOP Baharu Pelitup Muka (Berkuatkuasa 7 September 2022)\n\n \nBagaimana Mengurangkan Risiko Jangkitan COVID-19\n\n\nTiada Lagi Saman Pelitup Muka\n\u201cKerajaan tidak kenakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan tidak akan saman sesiapa lagi.\n\u201cRakyat sudah biasa dan faham tentang kesihatan awam ini dan hampir kepada kehidupan seperti biasa malah sosial dan ekonomi juga telah dibuka dan perkumpulan sudah dibenarkan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi kita perlu menjaga diri sendiri dan mengamalkan norma baharu termasuk memakai pelitup muka sekiranya mempunyai simptom Covid-19 dan mengasingkan diri sendiri selain membuat laporan dalam aplikasi MySejahtera,\u201d katanya.\nAhli Parlimen Bagan Serai itu berkata demikian pada sidang media sempena Perbincangan Meja Bulat Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) yang turut dihadiri Ahli Pemegang Amanah yayasan itu Prof Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad di sini hari ini.\nDr. Noor Azmi berkata orang ramai bagaimanapun digalakkan memakai pelitup muka di tempat sesak dan pemakaian diwajibkan ketika menaiki pengangkutan awam atau berada di fasiliti kesihatan.\nPada 7 Sept lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu namun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau sebaliknya.\nDalam pada itu, beliau berkata Malaysia sedang menunggu pengisytiharan untuk negara ini memasuki fasa endemik Covid-19 kerana sudah merekodkan jumlah jangkitan kes yang rendah dalam kalangan komuniti ketika ini.\nMenurutnya, pengisytiharan itu bergantung kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menentukan status fasa endemik sesebuah negara.\n\u201cKita memasuki fasa peralihan ke endemik sebelum ini disebabkan masih ada kes Covid-19 yang dilaporkan dan ada perkara kita masih kena jaga dan kawal,\u201d katanya.\nSOP Baharu Pelitup Muka (Berkuatkuasa 7 September 2022)\n\nPemakaian pelitup muka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut:\nKes positif COVID-19;Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; danSemasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya\nRujuk SOP penuh : SOP Terkini Pelitup Muka Di Tempat Awam & Sekolah KPM\nBagaimana Mengurangkan Risiko Jangkitan COVID-19\nPemakaian pelitup muka kini merupakan pilihan kecuali untuk situasi tertentu seperti dalam pengangkutan awam dan di kemudahan penjagaan kesihatan.\nNamun, virus yang menyebabkan COVID-19 masih berada di sekeliling kita.\nBerikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko anda mendapat jangkitan COVID-19.\nSumber : KKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-khas-perisitiwa-2-mei-johor/", "title": "Johor Umum Cuti Khas Peristiwa Pada 2 Mei 2022 (Isnin) \u2013 MB Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCUTI KHAS PERISITIWA JOHOR PADA 2 MEI 2022\nMenyedari ramai Bangsa Johor yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan cuti kelepasan am pada 2 Mei 2022 (Isnin).\nPerkara itu dimaklumkan melalui sebuah kenyataan media rasmi oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi pada hari ini, 27 April 2022.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Cuti Khas Perisitiwa 2 Mei ini.\nCuti Khas Peristiwa Johor (2 Mei 2022)\nHari Kelepasan Am ini terpakai kepada semua jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan negeri, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta di negeri Johor.\nKerajaan mengistiharkan 2 Mei 2022 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Khas Peristiwa bagi Negeri Johor) setelah mengambil kira perkara-perkara berikut:\nMemudahkan perancangan perjalanan keluarga sempena sambutan Hari Raya AidilfitriMengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan jalan raya pada hari Isnin sebelum perayaan bagi mereka yang bekerja dan tergesa-gesa untuk pulang menyambut hari perayaan.Memberi ruang kepada keluarga melapangkan masa lebih lama bersama-sama setelah dua tahun tidak dapat meraikan Aidilfitri dengan meriah ekoran PKPMeningkatkan motivasi dan kebajikan pekerja dengan memberi cuti lebih awalMemberi kemudahan kepada keluarga membuat persiapan hari raya dengan tenang dan selesa.Memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi menguruskan anak-anak yang tidak bersekolah dan masih kecil kerana pusat penjagaan kebanyakannya akan ditutup apda tarikh tersebut.\nKuasa bagi mempertimbangkan kelulusan cuti kelepasan am (Cuti Khas Perisitiwa) merujuk kepada Seksyen 9 (1) \u2013 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).\n\n\n\nSemoga kita semua beroleh manfaat dari cuti perayaan bagi bersama-sama keluarga, sanak-saudara serta rakan taulan meraikan hari lebaran.\nRancanglah perjalanan anda dengan baik agar sentiasa lancar dan selamat ke destinasi masing-masing.\nSumber: Kenyataan Media Menteri Besar Johor, 27 April 2022\nBaca juga: \nSenarai Kelonggaran SOP Covid-19 Berkuatkuasa 1 Mei 2022 \u2013 KKMDos Penggalak Kedua Covid-19: Kelayakan, Syarat & Selang MasaHari Raya Aidilfitri 2022: Tarikh Cuti Hari Raya Puasa Seluruh Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sukarelawan-sukma-2022/", "title": "Pendaftaran Sukarelawan SUKMA XX & PARA SUKMA XX MSN 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJom daftar sebagai sukarelawan SUKMA XX dan PARA SUKMA XX MSN 2022!\nPendaftaran dibuka mulai 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skop kerja dan tugasan bagi sukarelawan SUKMA 2022.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022?\n\n \nApakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan?\n\n \nApakah peranan dan tanggungjawab saya sebagai sukarelawan? Dalam bidang apakah saya boleh menawarkan sumbangan saya?\n\n \nTugas-Tugas Am Sukarelawan SUKMA 2022\n\n \nTarikh SUKMA XX 2022\n\n \nTarikh PARA SUKMA XX 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022?\nProgram Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara. \n\n\n\n\n\n\nProgram ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.\nApakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan?\nSumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini. \nOleh itu, anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas. \nMaka pihak MSN memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara.\nApakah peranan dan tanggungjawab saya sebagai sukarelawan? Dalam bidang apakah saya boleh menawarkan sumbangan saya?\nPertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah. \nSecara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini. \nApabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan.\nTugas-Tugas Am Sukarelawan SUKMA 2022\nAnti DopingTeknologi Mak;lumat & KomunikasiPengangkutanMediaKesihatan Dan PerubatanSajianPenginapanPersiapan Venue\nTarikh SUKMA XX 2022\n16 September 2022 \u2013 24 September 2022\nTarikh PARA SUKMA XX 2022\n01 November 2022 \u2013 06 November 2022\nBaca juga: \nTema, Konsep & Logo Hari Kebangsaan 2022MyEzyCover : Insurans Kenderaan & Cukai Jalan Untuk Penjawat Awam\nMaklumat Lanjut \nRujuk perincian bidang tugas di SINI.\nBaca TERMA & SYARAT di SINI.\nScan QR code di bawah untuk terma, syarat dan borang pendaftaran.\nUntuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari pautan rasmi https://portal.sukarelawanmsn2022.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cristiano-ronaldo/", "title": "Biodata Cristiano Ronaldo : Latar Belakang, Karier, Pencapaian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNama Cristiano Ronaldo sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. \nWalaupun anda bukan penggemar sukan, namun anda pasti mengenali pemain bola sepak popular ini.\nRonaldo sudah bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak sejak berusia 14 tahun. \nImpian Ronaldo menjadi nyata apabila beliau menjadi pemain berdarah Portugis pertama yang direkrut dalam kelab bolasepak Manchester United.\nDalam kelab tersebut, beliau menyambung legasi sebagai penyarung jersi nombor 7 yang turut pernah digunakan oleh pemain bola sepak terkenal seperti David Beckham, Eric Cantona dan George Best.\n\nNama beliau kembali menjadi topik di kalangan warganet apabila Ronaldo turut menyertai Piala Dunia FIFA 2022 sebagai kapten bagi pasukan Portugal. \nPiala Dunia FIFA 2022 di Qatar sekaligus menjadi saksi kepada penyertaan beliau yang terakhir bagi acara tersebut.\n\n\n\n\n\n\nMeskipun pasukannya tewas di tangan pasukan Maghribi di peringkat suku akhir, beliau dilaporkan masih belum bersedia untuk bersara dalam bidang sukan.\n\nDi sini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut mengenai latar belakang Ronaldo.\nBaca Juga : Piala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiodata Cristiano Ronaldo\n\n \nKarier Cristiano Ronaldo dalam Arena Bola Sepak\n\n \nPencapaian Cristiano Ronaldo Dalam Arena Bola Sepak\n\n\nBiodata Cristiano Ronaldo\nNama Penuh : Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro\nNama Gelaran : CR, CR7, Cris, C.Ronaldo, Rocket Ronaldo \u00a0\nTarikh Lahir : 5 Februari 1985 (37 tahun)\nTempat lahir : Madeira, Portugal\nTinggi : 1.85 meter\nNet worth : US$ 450 juta\nKarier Cristiano Ronaldo dalam Arena Bola Sepak\n2002 \u2013 2003 : Sporting Clube de Portugal\n2003 \u2013 sekarang : Portugal\n2003 \u2013 2009 : Manchester United FC\n2009 \u2013 2018 : Real Madrid CF\n2018-2021 : Juventus FC\n2021-2022 : Manchester United FC\n\nPencapaian Cristiano Ronaldo Dalam Arena Bola Sepak\nKejayaan beliau dalam menjaringkan 4 gol ketika menentang Arsenal pada FA Cup Final musim 2004-2005 merupakan turning point paling besar dalam kariernya. \nSejak itu, nama Cristiano Ronaldo menjadi buah mulut penggemar bola sepak dari serata dunia.\nMemetik talksport.com, Cristiano Ronaldo melakarkan sejarah sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dengan rekod 819 gol dalam 1,144 perlawanan sejak beliau aktif pada 2001 hingga sekarang.\nRekod ini mengalahkan Lionel Messi yang memegang kedudukan kedua dengan rekod jaringan 796 gol. \nTidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Ronaldo adalah salah satu pemain bola sepak terbaik dunia.\nBuktinya, sepanjang kariernya, Cristiano berjaya merangkul sehingga 34 anugerah bertaraf dunia termasuk 10 kali dinobatkan sebagai Footballer of the Year, pemenang Champions League sebanyak 5 kali, Golden Boot Winner (5 kali), FIFA World Cup Winner (4 kali), UEFA Best Player in Europe (3 kali) dan banyak lagi.\nWajah beliau juga sering muncul dalam iklan bagi jenama besar seperti Shopee, Coca-Cola, Nike dan Unilever.\nBeliau dikatakan berjaya meraih keuntungan kira-kira $45 juta setahun hasil daripada penglibatan dalam iklan sahaja.\nMeskipun beliau sudah mengesahkan tidak akan menyertai Piala Dunia FIFA, namun rata-rata masih ramai penggemar bola sepak yang tetap menunggu beliau beraksi di perlawanan lainnya.\nMenurut sumber, Ronaldo merancang untuk bersara pada usia 40 tahun. \nJika dihitung dengan usianya sekarang, masih berbaki 3 tahun lagi untuk Ronaldo akhiri kariernya sebagai pemain bola sepak. Sama-sama kita nantikan perkembangan Ronaldo pada masa akan datang.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-dermasiswa-pendidikan-maij/", "title": "Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAIJ Sesi 2021/2022 (Jordan & Mesir)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM DERMASISWA MAIJ 2021 / 2022 BAGI PELAJAT DI MESIR & JORDAN\nUntuk pelajar-pelajar Johor di negara Mesir dan Jordan, tawaran dermasiswa pendidikan MAINJ sesi 2021/2022 telah dibuka bermula 20 Oktober 2021 sehingga 20 November 2021.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAIJ Sesi 2021/2022 (Jordan & Mesir)\n\n \nWaktu Urusan Pejabat & Kaunter\n\n \nAlamat Ibu Pejabat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAIJ Sesi 2021/2022 (Jordan & Mesir)\nPermohonan hendaklah di buat menggunakan Borang Bantuan Dermasiswa yang boleh di dapati melalui laman web www.maij.gov.my bermula 20 Oktober 2021 sehingga 20 November 2021.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :2.1 Sekeping gambar berukuran passport.2.2 Salinan kad pengenalan pelajar.2.3 Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga.2.4 Salinan Slip Gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga.2.5 Surat tawaran pengajian universiti.2.6 Salinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)*2.7 Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)2.8 Salinan keputusan peperiksaan tahun pertama sehingga semasa (terkini)2.9 Pengesahan tahun pengajian oleh Atase Pendidikan Johor di Mesir atau PejabatEducation Malaysia Jordan.Borang beserta lampiran sokongan yang telah lengkap boleh dihantar ke email [email\u00a0protected] (bagi Skim Dermasiswa).Permohonan hendaklah dihantar ke email, manakala permohonan di Mesir salinan hardcopy hendaklah diserahkan kepada Pegawai Atase sebelum 20 November.Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3)bulan daripada tarikh temuduga dilaksanakan, hendaklah menganggappermohonan mereka TIDAK BERJAYA.Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa Dan Pinjaman Pelajaran) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282935 07- 2282999 07-2282929 07-2282937 ext 308 atau melalui email.\nSyarat kelayakan dan permohonan boleh dirujuk seperti di lampiran di bawah\n\n\n\n\n\n\n\n\nATAU terus klik pautan berikut :\nhttps://www.maij.gov.my/portfolio/skim-bantuan-dermasiswa\nMUAT TURUN:\ndermasiswa_MAIJ2021Download\nBorang_SkimBantuanDermasiswa_MAIJDownload\nWaktu Urusan Pejabat & Kaunter\nAhad \u2013 Rabu(8.00 pagi \u2013 4.00 petang)Khamis(8.00 pagi \u2013 3.00 petang)\n*Tertakluk kepada waktu operasi kaunter dalam tempoh PKP/PKPB yang dimaklumkan dari masa ke semasa.*Jumaat & Sabtu (Cuti)\nAlamat Ibu Pejabat\nMAJLIS AGAMA ISLAMNEGERI JOHORAras 5, Blok \u2018B\u2019, Pusat Islam Iskandar Johor,Jalan Masjid Abu Bakar, 80990,Johor Bahru, Johor Darul Takzim.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa Dan Pinjaman Pelajaran) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282935 07- 2282999 07-2282929 07-2282937 ext 308 atau melalui email.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-anak-angkat/", "title": "Prosedur Permohonan Anak Angkat di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan mengambil anak angkat bukanlah satu perkara yang mudah, namun tidak begitu sukar sekiranya anda mengikut saluran dan prosedur yang betul.\nTidak semua pasangan yang berkahwin dikurniakan zuriat atas pelbagai sebab dan mengambil anak angkat merupakan antara salah satu solusi bagi pasangan yang mahukan pewaris mereka.\nProses permohonan anak angkat perlu dilakukan dengan teliti mengikut prosedur yang betul bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.\n\n\n\n\n\n\nPermohonan pengangkatan di Semenanjung boleh dibuat melalui Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) (terpakai untuk bukan Islam) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) (Pendaftaran De Facto) terpakai untuk Islam dan bukan Islam.\nPermohonn Pendaftaran anak angkat di Sabah dibuat berdasarkan Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No.23 Tahun 1960), Native Adoption Regulations 1961 dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004 dan kaedah-kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (amalan dan tatacara pengambilan anak angkat) 2006.\nPermohonan \u00a0pengangkatan di negeri Sarawak dibuat berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah. \nPermohonan pengangkatan \u00a0boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Negeri Sarawak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Memohon Anak Angkat Di Malaysia\n\n \nSyarat-syarat Permohonan Anak Angkat JKM\n\n \nDokumen-dokumen Permohonan\n\n\nCara Memohon Anak Angkat Di Malaysia\nSecara umumnya, terdapat 2 cara untuk mendapatkan anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia:\n\nSecara terus daripada ibu bapa kandung kanak-kanak yang ingin diambil sebagai anak angkat itu\nPermohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\nBagi cara nombor 1 di atas, anda perlu mengikuti beberap prosedur untuk memastikan status anak-anak itu sah di sis undang-undang iaitu melalui salah satu cara di bawah:\n\nPermohonan di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi dalam masa 3 bulan selepas menerima Notis Pengangkatan\nPermohonan di Jabatan Pendaftaran Negara\n\nBagi permohonan anak angkat melalui JKM, permohonan boleh dibuat melalui surat, faks, telefon, emel atau yang sebaiknya datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berdekatan tempat anda tinggal.\nBaca lagi: Talian Kasih: Senarai Nombor Telefon Bilik Gerakan JKM Setiap Negeri\nSyarat-syarat Permohonan Anak Angkat JKM\nPihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi agar permohonan anak angkat ini boleh dipertimbangkan:\n\nWarganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.\nBerusia 25 hingga 60 tahun.\nPerkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).\nBagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif ataukesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.\nPeluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.\nPemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.\nMempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.\nHendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.\nBebas dari rekod kesalahan jenayah.\nKeadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.\nMenganut agama yang sama dengan kanak-kanak.\n\n\nDokumen-dokumen Permohonan\nPastikan setiap pasangan yang ingin membuat permohonan pengambilan anak angkat menyediakan dokumen-dokumen berikut:\n\nGambar ukuran pasport (suami/isteri).\nSurat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).(Sila klik untuk muat turun)\nSalinan kad pengenalan (suami/isteri).\nSalinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.\nSlip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).\nLain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-syariah/", "title": "e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang tidak tahu bahawa kerajaan sudah mewujudkan portal e-syariah iaitu satu pangkalan data mengenai status perkahwinan dan penceraian seseorang individu.\nLaman ini juga berguna sekiranya anda ingin menyemak dahulu status sebenar calon pasangan anda sama ada sudah berkahwin atau tidak.\nDengan e-syariah, maka seseorang individu lelaki beragama Islam tidak lagi boleh membuat helah masih solo/duda untuk berkahwin lain dengan sewenang-wenangnya.\nUntuk menikmati kemudahan yang disediakan dalam portal ini, anda perlulah membuat pendaftaran keahlian terlebih dahulu.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan percuma untuk ahli\n\n \nSemakan status di e-Syariah\n\n \nPerkhidmatan atas talian untuk orang awam\n\n \nSoal-jawab perkahwinan\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nPerkhidmatan percuma untuk ahli\n\nSebagai pengguna portal, anda akan menikmati perkhidmatan berikut secara percuma:\nPra-Pendaftaran Dalam Talian.Langganan Surat Berita E-Syariah.Penyemakan Status Kes Syariah Dalam Talian.Ahli yang berdaftar sebagai Peguam Syarie boleh menyemak status kes klien di seluruh negeri.Ahli yang berdaftar sebagai Pendakwa Syarie boleh menyemak status kes di seluruh Negara dalam talian.\nSemakan status di e-Syariah\nSemua orang Islam yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah mengikut undang-undang di Malaysia boleh mendaftarkan permohonan dan tuntutan di mana-mmana Mahkamah Syariah tempat mereka bermastautin. \nUntuk melakukan semakan status perkahwinan, layari portal e-Syariah di alamat http://www.esyariah.gov.my/.\nSemakan boleh dibuat dengan memasukkan maklumat nombor kad pengenalan dan maklumat perkahwinan atau penceraian seseorang individu tersebut akan dipaparkan dalam laman porrtal ini.\nUntuk makluman, segala maklumat yang dipaparkan dalam laman ini diperolehi daripada kesemua Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak).\nPerkhidmatan atas talian untuk orang awam\nBagi orang awam, laman e-Syariah menyediakan pelbagai kemudahan atas talian untuk anda antaranya:\nSemakan kesCarian Peguam SyarieMaklumat Peguam SyariePermohoonan Peguam SyariePermohonan Peguam Syarie dengan Pembayaran\nSoal-jawab perkahwinan\nLaman ini juga menyediakan beberapa soal-jawab ringkas beberapa isu penting antaranya:\nPerceraianPerkahwinanFasakhLi\u2019anHadhanahFaraidMutaahUmum\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai topik-topik di atas, anda boleh melayari halaman Soalan Lazim.\nMaklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi terus pihak pengedali portal e-Syarah melalui salah-satu kaedah berikut:\nJabatan Kehakiman Syariah Malaysia Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia. Telefon: 03-8887 9200Faks: 03-8887 9500\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-keperluan-bayi-baru-lahir/", "title": "Barang Keperluan Bayi Baru Lahir \u2013 Senarai Yang Wajib Ada!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenerima kehadiran insan baru di dalam kehidupan adalah merupakan salah satu anugerah yang tidak ternilai terutamanya buat pasangan yang baru bergelar ibu dan ayah. Kehadiran permata hati yang ditunggu selama 9 bulan membawa sinar kebahagian kepada seluruh ahli keluarga.\u00a0\n\nSebagai ibu dan ayah yang baru pertama kali menimbang cahaya mata, pastinya banyak\u00a0 perkara yang ingin disiapkan untuk menyambut kehadiran permata hati. Sehubungan dengan itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bayi baru lahir untuk menjadi panduan anda.\u00a0\nTunggu apa lagi, jom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBarang Keperluan Bayi Baru Lahir\n\n \n1. Baju bayi\n\n \n2. Pampers bayi\n\n \n3. Mitten & booties\n\n \n4. Tuala bayi\n\n \n5. Selimut bayi\n\n \n6. Kain muslin\n\n \n7. Baby wipes Pureen\n\n \n8. Tikar (Changing Mat)\n\n \n9. Cotton balls\n\n \n10. Putik kapas\n\n \n11. Minyak telon\n\n \n12. Tub mandian bayi\n\n \n13. Set tempat tidur bayi Anakku\n\n \n14. Beg simpanan susu Anakku\n\n \n15. Bedung \u2018Instant\u2019\n\n \nKesimpulan\n\n\nBarang Keperluan Bayi Baru Lahir\n1. Baju bayi\nSebaiknya sediakan beberapa baju lengan panjang yang mempunyai butang bahagian hadapan untuk memudahkan anda memakaikannya. Hal ini kerana, bayi yang baru lahir masih ada tali pusat.\nBaju bayi newborn: https://shopee.com.my/ichibansheng/3653861799\n2. Pampers bayi\nSediakan pampers yang sesuai dengan saiz bayi baru lahir. Terdapat pelbagai jenama pampers newborn yang anda boleh pilih antaranya ialah Mamypoko, Drypers, Huggies, Petpet dan sebagainya.\u00a0\nPampers Huggies: https://shopee.com.my/huggies.os/2450831733\n3. Mitten & booties\n\u2018Mitten\u2019 adalah merupakan sarung tangan bayi manakala \u2018booties\u2019 merujuk kepada sarung kaki bayi. Anda boleh beli beberapa pasang untuk mengelakkan bayi kesejukan atau mencakar wajahnya.\n\n\n\n\n\n\nMitten & booties: https://shopee.com.my/liewwendy90/5317700904\n4. Tuala bayi\nPilih tuala bayi yang diperbuat daripada kapas lembut agar mudah menyerap air dan tidak kasar untuk kulit bayi yang sensitif. Jadi anda boleh mengeringkan anak anda dengan pantas dan selesa.\nTuala bayi: https://shopee.com.my/crt9999/3928453876\n5. Selimut bayi\nSebaiknya pilih selimut yang ada hoodies jadi anda tidak perlu lagi menyediakan topi untuk mengelakkan kepala anak anda terdedah.\nSelimut hoodies:\u00a0https://shopee.com.my/baby_dmc/6718005900\n6. Kain muslin\nKain muslin adalah merupakan sejenis yang lembut dan seperti berjaring-jaring halus. Ia mempunyai pelbagai kegunaan antaranya ialah sebagai selimut bayi, bedung, lampin dan sebagainya. Kain jenis ini digunakan kerana ia panas dan sangat sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.\u00a0\nKain muslin: https://shopee.com.my/ecobb.os/9252005807\n7.\u00a0 Baby wipes Pureen\nSecara umumnya baby wipes adalah merupakan tisu basah namun khusus untuk bayi termasuk bayi yang baru lahir. Biasanya ia digunakan untuk mengelap bahagian tubuh bayi selepas bayi berak ataupun kencing. \nIa juga boleh digunakan untuk membersihkan badan bayi. Antara jenama baby wipes yang dapat banyak review terbaik ialah baby wipes jenama Pureen yang warna oren ni.\u00a0\nBaby wipes Pureen: https://shopee.com.my/pureenmalaysia/187222924\n8. Tikar (Changing Mat)\nTikar untuk menukar lampin adalah sangat penting untuk mengelakkan najis bayi terkena tilam atau lantai. Anda boleh pilih tikar yang dibuat daripada kain (boleh dibasuh) ataupun tikar getah.\u00a0\nChanging mat: https://shopee.com.my/ecobb.os/9730061980\n9. Cotton balls\nCotton balls adalah merupakan gumpalan kapas yang digunakan untuk membersihkan bahagian tertentu tubuh bayi seperti telinga, kelopak mata, tali pusat dan sebagainya. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang masih sensitif.\nCotton balls: https://shopee.com.my/babymommy.my/12623545168\n10. Putik kapas\nSelain cotton balls, anda juga perlukan putik kapas (cotton buds) untuk membersihkan kawasan telinga bayi. Pastikan anda membeli putik kapas yang khusus untuk bayi. Anda boleh dapatkan putik kapas bayi jenama Fiffy di shopee Fiffy Official.\u00a0\nPutik kapas Fiffy: https://shopee.com.my/fiffybabyofficial/20607788858\n11. Minyak telon\nMinyak telon digunakan bagi membantu mengelakkan kembung perut bayi. Biasanya ia disapu pada bahagian perut atau kaki bayi.\u00a0\nMinyak telon: https://shopee.com.my/fannytew33/1823158844\n12. Tub mandian bayi\nDengan adanya tub mandian, ia akan memudahkan anda untuk memandikan bayi anda.\u00a0\nTub mandian: https://shopee.com.my/babymommy.my/21916152705\n13.\u00a0 Set tempat tidur bayi Anakku\nSet tempat tidur bayi atau sleeping cot bedding set adalah merupakan tempat tidur untuk bayi khususnya. Sleeping cot jenama Anakku ini sangat sesuai untuk dipakai untuk bayi yang baru lahir. \nHal ini kerana, ia diperbuat oleh bahan yang berkualiti tinggi dan selesa digunakan. Anda boleh dapatkan terus daripada Shopee Anakku Official Shop.\nSet tempat tidur bayi Anakku: https://shopee.com.my/anakku.os/21961582640\n14. Beg simpanan susu Anakku\u00a0\nBeg simpanan susu atau milk storage bag adalah merupakan beg untuk menyimpan susu ibu. Beg simpanan susu keluaran Anakku ini mempunyai ciri-ciri menarik, antaranya ialah berupaya mengesan suhu susu yang disimpan bagi memastikan ia sesuai untuk diberikan kepada bayi.\u00a0\nBeg simpanan susu Anakku\u00a0: https://shopee.com.my/anakku.os/6743938450\n15. Bedung \u2018Instant\u2019\nTahukah anda, sekiranya anda belum lagi menguasai cara membedung bayi, anda boleh dapatkan bedung \u2018instant\u2019 ini. Ia berupaya untuk membantu membedung bayi anda dengan mudah dan selesa.\u00a0\nBedung instant: https://shopee.com.my/xiewenmin/837491953\nKesimpulan\u00a0\nAkhir kata, berpada-padalah apabila anda membeli persiapan untuk bayi anda. Hal ini kerana, bayi akan cepat membesar dan kebanyakan item yang dibeli tidak akan dipakai dalam tempoh yang lama. Semoga perkongsian ini bermanfaat!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tac-bank-islam/", "title": "Cara Tukar No Telefon Bank Islam Untuk Terima TAC", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda merupakan pemilik akaun Bank Islam dan sudah menggunakan perkhidmatan perbankan internet oleh Bank Islam, anda past sudah tahu apa itu TAC Number Bank Islam.\nPenggunaan TAC Number merupakan salah satu cara untuk memastikan setiap transaksi perbankan internet pelanggan Bank Islam sentiasa terselamat.\nHanya nombor telefon yang didaftarkan dengan pihak Bank Islam sahaja yang akan menerima TAC Number melalui SMS dan oleh itu apabila anda menukar nombor telefon peribadi, anda perlu menukar nombor telefon yang didaftarkan pada akaun anda.\n\n\n\n\n\n\nUntuk keselamatan anda, jangan sesekali berkongsi nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Tukar No Telefon Bank Islam Untuk Terima TAC\n\n \n1. Tukar melalui ATM\n\n \n2. Tukar melalui perbankan internet\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Tukar No Telefon Bank Islam Untuk Terima TAC\nTerdapat 2 cara untuk membuat pertukaran iaitu:\n1. Tukar melalui ATM\nAntara cara paling mudah untuk menukar nombor telefon bagi menerima TAC Number Bank Islam adalah melalui mesin ATM Bank Islam.\nMesin ATM Bank Islam boleh ditemui di setiap cawangan Bank Islam atau mana-mana lokasi tumpuan ramai seperti pusat beli belah, UTC dan sebagainya (namun sukar ditemui jika dibandingkan dengan mesin ATM Maybank dan CIMB).\nUntuk menukar nombor telefon anda, ikuti langkah-langkah mudah berikut:\nMasukkan kad bank andaMasukkan Nombor PINPada bahagian Menu, pilih Online Banking atau Perbankan InternetMasukkan nombor baru andaSahkan dan simpan resit yang dikeluarkan untuk rujukan di masa hadapan\n2. Tukar melalui perbankan internet\nNamun, anda juga cara yang lebih mudah iaitu melalui web atau aplikasi perbankan internet Bank Islam.\nUntuk menukar nombor telefon anda kepada nombor telefon baru bagi urusan penerimaan TAC Number, ikuti langkah-langkah di bawah:\nLayari laman https://www.bankislam.biz/Log masuk ke akaun anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunciPada bahagian menu, pilih SettingsKemudian, pilih Mobile MaintenanceKemudian, Save untuk menyimpan perubahan yang dilakukan.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mengalami sebarang kesukaran atau masalah menggunakan salah satu cara di atas, anda boleh segera ke cawangan Bank Islam berhampiran untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai yang bertugas.\nSebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Bank Islam untuk maklumat lanjut.\nLaman web : http://www.bankislam.com/Hotline : 03-2690 0900E-mel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-rumah-ppr-online/", "title": "Permohonan Rumah PPR 2022 (Program Perumahan Rakyat)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRumah PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).\u00a0 \nPermohonan Rumah PPR masih dibuka sepanjang tahun 2022 bagi setiap negeri bagi yang layak.\nJabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek dan permohonan rumah PPR di seluruh Malaysia.\u00a0 \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n2 Kategori Rumah PPR\n\n \nCiri-ciri Rumah PPR\n\n \nSyarat Permohonan Rumah PPR\n\n \nCara Permohonan\n\n \n1. Daftar Portal TEDUH\n\n \n2. Aktifkan Akaun & Log Masuk\n\n \n3. Pilih Skim\n\n \n4. Masukkan Maklumat Pemohon\n\n \n5. Pilih Projek\n\n \n6. Muatnaik Dokumen Sokongan\n\n \n7. Pengesahan & Hantar\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n2 Kategori Rumah PPR\nRumah PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu:\n PPR Disewa Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan. PPR Dimiliki Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.\n\nCiri-ciri Rumah PPR\nSemua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).\nKawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;Binaan \u2013 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air; Kemudahan Asas: Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,Surau/Ruang Solat, \u00a0Gerai Makan/Ruang NiagaTadikaKemudahan OKUTaman Permainan/Kawasan LapangRumah Sampah\nSenarai penuh projek di setiap negeri boleh disemak di pautan berikut: https://teduh.kpkt.gov.my/project\nBaca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\nSyarat Permohonan Rumah PPR\nSyarat-syarat bagi Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atasPendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulanPemohon belum memiliki rumahMengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri\nCara Permohonan \nProses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.\nPemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR setiap negeri di alamat INI.\n\n\n\n\n\n\nBagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di\u00a0https://teduh.kpkt.gov.my\nTEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. \nSistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang \u2018one-stop centre\u2019 bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.\nBerikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rumah PPR online melalui Portal TEDUH:\n1. Daftar Portal TEDUH\nLayari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/\nPemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN\nLengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.\n2. Aktifkan Akaun & Log Masuk\nSetelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.\nKlik pada \u2018Log Masuk Pemohon\u2019 menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.\n3. Pilih Skim\nSila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. \nTerdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. \nIni bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan. \nSeterusnya, klik butang \u2018Pilih Skim\u2019 sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.\nNOTA:\nAnda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.\nProgram Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.\nProgram ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.\nRumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun. \nPenyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.\n4. Masukkan Maklumat Pemohon\nMasukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.\nSetelah lengkap, klik butang \u2018Simpan\u2019.\n5. Pilih Projek\nKlik pautan \u2018Projek\u2019 untuk memohon projek.\u2019\nKlik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projekmenggunakan nama projek dan negeri.\nKlik butang \u201cMohon Unit Ini\u201d untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.\nKlik butang \u201cYa\u201d untuk meneruskan proses dan butang \u201cTidak\u201d untuk membatalkan proses pengesahan.\n\n6. Muatnaik Dokumen Sokongan\nMuatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikutkeperluan.\nMuat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.\n7. Pengesahan & Hantar\nTandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang \u201cSah & Hantar Permohonan\u201d untuk menghantar permohonan.\n*Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.\nBaca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online\nMaklumat Lanjut\nKEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANAras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 Putrajaya.\nWaktu Perkhidmatan :\nIsnin hingga Khamis9:00 am \u2013 1:00 pm1:00 pm \u2013 2:00 pm (Rehat)2:00 pm \u2013 4:30 pm\nJumaat9:00 am \u2013 12:00 pm12:00 pm \u2013 2:45 pm (Rehat)2:45 pm \u2013 4:30 pm\nSkim PPR :03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)\nBahagian Pemantauan Swasta :Tel : 03-8891 4200\nTeknikal / Masalah Sistem :Tel : 03-8891 4475Emel : [email\u00a0protected]\nMeja Bantuan :https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk\n"]} {"url": "https://ecentral.my/alexander-nanta-linggi/", "title": "Biodata Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAlexander Nanta Linggi baru sahaja diumumkan sebagai Menteri Kabinet kerajaan Perpaduan yang memegang portfolio Menteri Kerja Raya.\nPortfolio ini bukanlah jabatan yang mudah memandangkan kita serba maklum bahawa kebanyakan kerja-kerja membaiki jalan di Malaysia sangat menyedihkan.\nDiharapkan dengan perlantikan ini, Alexander Nanta Linggi akan menjalankan kerjanya dengan amanah dan jujur agar tiada lagi mangsa kemalangan akibat kerosakan jalan raya di Malaysia.\nMari lihat sedikit sebanyak latar belakang dan karier politik beliau. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar Belakang Alexander Nanta Linggi\n\n \nKarier politik\n\n\nLatar Belakang Alexander Nanta Linggi\nNama penuh: Alexander Nanta Linggi\nTarikh lahir: 16 Jun 1958\nAsal: Sarawak \nParti politik: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu\u00a0(PBB) dan Gabungan Parti Sarawak\u00a0(GPS)\nBeliau ialah cucu kepada bekas pemimpin Sarawak Jugah anak Barieng dan anak kepada bekas ahli politik Leonard Linggi.\nBeliau juga seorang ahli perniagaan, pernah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd.\nKarier politik\n\nDatuk Alexander Nanta Linggi mempunyai karier politik yang panjang dan telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sejak tahun 1999 lagi.\nUntuk 5 edisi PRU sejak 1999, beliau telah memenangi kerusi parlimen Kapit dengan majoriti yang besar.\nBeliau merupakan Setiausaha Agung kedua-dua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan parti gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS).\nBeliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Disember 2022. \nBeliau berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022 dan penggal pertamanya dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dari Mac 2020 hingga keruntuhan pentadbiran PN pada Ogos 2021.\nSelain itu, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Shafie Apdal dan Ismail Sabri Yaakob dari Mei 2013 hingga kejatuhan pentadbiran BN pada Mei 2018. \nBaca juga: \n\nBiodata Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital\nBiodata Mat Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan\nBiodata Tengku Zafrul, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri\nBiodata Tok Mat, Menteri Pertahanan Msia (Mohamad Bin Hasan)\nBiodata Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-hong-leong/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022 Kini Dibuka", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat para pelajar yang ingin memohon biasiswa pendidikan kerana permohonan bagi biasiswa Yayasan Hong Leong 2022 baru sahaja dibuka. \nDitubuhkan pada tahun 1992, Yayasan Hong Leong ialah yayasan korporat yang dibiayai oleh sumbangan daripada syarikat Kumpulan Hong Leong. \nAntara misi utama yayasan ini adalah untuk mengenal pasti dan membangunkan program inovatif yang memajukan pendidikan dan pembangunan masyarakat di Malaysia, selaras dengan piagam Yayasan.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, yayasan ini turut menyediakan geran untuk projek berimpak tinggi dan mampan yang membantu masyarakat negara yang kurang mendapat perkhidmatan.\nSeterusnya, penubuhan Yayasan Hong Leong ini juga berperanan untuk memudahkan perkongsian pintar dengan badan amal, badan bukan kerajaan dan organisasi komuniti untuk meneruskan mandat dermawan Yayasan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKategori biasiswa ditawarkan\n\n \nJumlah biasiswa yang ditawarkan\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara memohon\n\n \nTarikh tutup permohonan\n\n\nKategori biasiswa ditawarkan\nBiasiswa ini hanya ditawarkan untuk pelajar yang menyambung pengajian dalam tahap atau kursus pengajian berikut sahaja:\nPengajian peringkat Pra-siswazah \u2013 universiti awamPengajian peringkat Diploma / Diploma Lanjutan \u2013 universiti awam dan universiti swasta tempatanPengajian peringkat \u2013 universiti swasta tempatanKursus perubatan / pergigian \u2013 universiti swasta\nJumlah biasiswa yang ditawarkan\nJumlah biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Hong Leong adalah berbeza mengikut tahap pengajian atau kursus pengajian yang diambil, seperti yang berikut:\nPengajian peringkat Pra-siswazah \u2013 RM8,500.00Pengajian peringkat Diploma / DIploma Lanjutan \u2013 RM6,000.00Pengajian peringkat \u2013 sehingga RM24,000.00Kursus perubatan / pergigian \u2013 sehingga RM32,000.00\nSyarat kelayakan\nBiasiswa ini TIDAK terpakai untuk:Kursus persediaan untuk universiti atau kolej (cth. pengajian asas pra-universiti atau pra-kolej dan/atau program)Program berkembar antarabangsaSarjana atau PhD atau mana-mana program pasca siswazah yang lainMesti warganegara MalaysiaMestilah sekurang-kurangnya 17, dan di bawah umur 25 tahunMendapat keputusan akademik minimum:8A dalam SPM atau 6A dalam UEC; dan/atauPNGK 3.5 dalam STPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/IjazahTelah memohon dan berkemungkinan untuk menerima tawaran untuk program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus di mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)(http://bit.do/MalaysianQualificationsAgency).Jumlah pendapatan isi rumah bulanan mestilah RM 5,000 dan ke bawah.Dapat membuktikan keperluan untuk bantuan kewangan yang tulen untuk melanjutkan pelajaranKeutamaan akan diberikan kepada pemohon yang menunjukkan kualiti kepimpinan; yang cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan/atau sukan; dan/atau yang terlibat secara aktif dalam khidmat masyarakat.Orang kurang upaya digalakkan untuk memohon.\nCara memohon \n\nPelajar yang berminat boleh memohon dengan mengisi Google Form di pautan berikut:\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScGhqaeg1g6mziJLDqPx3auZJIC1Pl0MDTHaHtVJQYvfKEUJA/viewform?fbclid=IwAR3USnn_N7h4ekwswQIA0euGQEWAnc8dR62XvjRs9FN8YTsH5Nre36TuOos&fbzx=5693516186528994821\nTarikh tutup permohonan\nPermohonan dibuka: 15hb Mei 2022 \nTarikh Tutup : 30 Jun 2022\nHarap maklum bahawa hanya calon yang disenarai pendek untuk biasiswa ini yang akan dihubungi untuk fasa seterusnya iaitu temuduga\nUntuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Hong Leong Foundation di alamat https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/education/scholarships/undergraduate-scholarship\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pru-15/", "title": "Tarikh Penting PRU-15, Penamaan Calon & Hari Mengundi \u2013 SPR", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENETAPAN TARIKH PRU-15 & PROSES PENAMAAN CALON PRU15\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\nSementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.\nPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15 bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.\n\u201cSehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan satu PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.\n\u201cTarikh Keluar Writ pada 20 Oktober; Hari Penamaan Calon (5 November); Hari Mengundi Awal (15 November) dan Hari Mengundi pada 19 November,\u201d katanya dalam sidang akhbar PRU15 di Menara SPR, di sini, pada Khamis.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh-tarikh Penting PRU-15\n\n \nHari Penamaan Calon \u2013 5 November 2022\n\n \nPusat Penamaan Calon PRU 15\n\n \nTempoh Berkempen\n\n \nProses Pilihan Raya\n\n \nWaktu Keluar Mengundi PRU15\n\n \nSemakan Daftar Pemilih\n\n\nTarikh-tarikh Penting PRU-15\nSURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh \u2013 tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).\nBerikut dikongsikan tarikh-tarikh penting #PRU15 yang diumumkan oleh SPR:\nTarikh Keluar Writ : 20 Oktober 2022Penamaan Calon: 5 November 2022Undi Awal: 15 November 2022Hari Pengundian: 19 November 2022\n\nHari Penamaan Calon \u2013 5 November 2022\nPenamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).\nTurut diadakan serentak adalah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.\nPada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiganya sekali.\nSelain dari penyerahan\u00a0borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.\nBorang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses penamaan calon.\nJika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.\n\n\n\n\n\n\nPusat Penamaan Calon PRU 15\nBerikut merupakan lokasi pusat penamaan calon dan waktu penamaan calon yang menjadi kebiasaan dilakukan.\nPejabat-pejabat DaerahMajlis PerbandaranMajlis DaerahDewan Orang RamaiBangunan-bangunan sekolahatau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh SPR.\nPenyerahan Kertas Penamaan Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.\nTempoh Berkempen\nSementara itu, dalam kenyataan berasingan, SPR memaklumkan, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November (Jumaat).\nUntuk makluman, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan PRK DUN Bugaya adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Ogos yang dikemaskini sehingga 9 Oktober.\nDPPR tersebut mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih.\n\nPAUTAN LIVE STREAMING\nTV1 : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1\nFacebook SPR: https://www.facebook.com/sprgovmy/videos/669907184421712/\n\n\n\nBILA DAN BAGAIMANA PROSES PENETAPAN TARIKH PILIHANRAYA (PRU-15) ?\nSumber: BERNAMA\nApabila Parlimen bubar, SPR diberi masa 60 hari untuk melangsungkan pilihan raya. \nBagi memastikan persediaan dilaksanakan teratur, memaksimumkan tempoh berkenaan adalah langkah terbaik\u00a0 bergantung kepada keadaan. \nDalam tempoh 60 hari yang diperuntukkan sebelum berlangsungnya pilihanraya, SPR akan bermesyuarat khas untuk\u00a0menentukan Tarikh Penamaan Calon, Undi Awal dan Hari Mengundi. \nSelepas mesyuarat khas, SPR akan keluar writ kepada semua Pegawai Pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya (dalam konteks PRU, 222 Pegawai Pengurus akan diberikan writ setelah nama2 mereka diperkenankan YDP Agong.\nSelepas Penamaan Calon, bermulalah tempoh berkempen selama 10-14 hari. Kemudian barulah kita akan keluar mengundi.\nSetiap kali PRU melibatkan beratus ribu petugas. Untuk PRU-15, hampir 400,000 petugas seluruh negara akan bertugas memastikan semua pengundi dalam mengundi.\nPilihan Raya merupakan Hari Raya terbesar negara kita, semua rakyat akan meraikannya.\n\nProses Pilihan Raya\nSecara lebih terperinci, berikut adalah 10 proses pilihanraya yang diterangkan di laman web SPR:\n1. Pembubaran Parlimen\n2. SPR Terima Pemakluman Rasmi Daripada Speaker\nSetelah pembubaran dewan rakyat, SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada speaker menyatakan dewan rakyat telah di bubarkan maka tidak kurang 4 hari dan tidak lebih 10 hari SPR akan mengadakan mesyuarat khas.\n3. Mesyuarat Khas SPR\nMesyuarat Khas SPR adalah bertujuan untuk menentukan tarikh-tarkh penting Pilihan Raya PRU15 yang telah ditetapkan seperti:\n\u2013 Tarikh Hari Penamaan Calon;\u2013 Tarikh Hari Undi Awal; dan\u2013 Tarikh Hari Mengundi PRU15\n4. Pegawai Pengurus Terima Writ Daripada SPR\nSetelah mengadakan mesyuarat khas dan menentukan tarikh-tarikh. \nSPR akan melantik Pegawai Pengurus melalui Writ. \nWrit Pilihan Raya adalah surat kuasa yang dikeluarkan oleh SPR kepada Pegawai Pengurus untuk melaksanakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil apabila berlaku kekosongan di bahagian pilihan raya berkenaan.\n5. Pegawai Pengurus Keluar Notis\nSetelah dilantik Pegawai Pengurus akan mengeluarkan suatu NOTIS PEMBERITAHUAN kepada orang ramai tentang kekosongan Dewan Rakyat/DUN dan pelawaan untuk penamaan calon bagi mengisi kerusi tersebut. \nNotis mengandungi butiran masa dan tempat penamaan calon. Notis perlu di tampal di tempat-tempat awam yang mudah dilihat.\n6. Penamaan Calon\nPenamaan Calon adalah suatu hari yang ditetapkan bagi membolehkan mana-mana rakyat yang layak dan ingin menjadi Calon untuk bertanding Hadir bersama Pencadang dan Penyokong bagi menyerahkan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.\n7. Kempen\nSetelah diumumkan suatu bahagian pilihan raya itu dipertandingkan Calon-calon boleh mula berkempen dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi. \nKempen dipantau oleh Pasukan Penguat kuasa kempen Pilihan Raya.\n8. Pengundian Awal\nPengundian Awal akan dijalankan tidak kurang daripda 3 hari sebelum Hari Mengundi. \nPengundian awal melibatkan :\n\u2013 Polis\u2013 Tentera dan Pasangan\u2013 PGA dan Pasangan\nMana-mana orang yang tidak dapat hari pengundian awal kerana bertugas pada hari mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos.\n9. Pengundian\nHari mengundi adalah Hari yang telah ditetapkan oleh SPR untuk pemilih yang berdaftar di bahagian pilihan raya yang telah ditetapkan untuk mengundi dijalankan dan berakhir apabila keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus.\nTarikh PRU15 akan ditetapkan dan akan dikemaskini di sini.\n10. Penjumlahan Rasmi Undi / Keputusan\nPegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing akan menjumlah undi yang diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos dan mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi bahagian pilihan raya masing-masing.\nSetelah mendapat keputusan rasmi daripada semua bahagian pilihan raya di semua negeri, SPR disuatu tempat yang ditetapkan bagi tujuan mengumumkan keputusan pilihan raya seterusnya mengisytiharkan parti yang mendapat majoriti mudah/ dua pertigas untuk membentuk kerajaan.\n\nBerikut ialah tarikh dan peristiwa utama yang membawa kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14:\n28 MacPerdana Menteri\u00a0Najib Razak\u00a0membentangkan laporan penyusunan semula Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Rakyat6 AprilNajib Razak mengumumkan hasratnya untuk membubarkan\u00a0Parlimen Malaysia7 AprilPembubaran rasmi Parlimen10 AprilPengerusi\u00a0Suruhanjaya Pilihan Raya\u00a0Hashim Abdullah mengumumkan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 9 Mei 201828 AprilProses penamaan calon untuk pilihan raya umum bermula, dan tarikh akhir (10 pagi) untuk penghantaran kertas pencalonan calon28 AprilTempoh berkempen 11 hari bermula5 MeiPengundian awal bermula9 MeiHari pengundian10 MeiAngkat sumpah Perdana Menteri yang baru\u00a0Mahathir Mohamad\nWaktu Keluar Mengundi PRU15\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh masa pengundian selama satu jam supaya orang ramai mempunyai masa mencukupi untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).\n\nSemakan Daftar Pemilih\nSudahkah anda membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR bagi persediaan PRU-15 ini?\nJika belum, anda boleh membuat semakan melalui langkah berikut: : MySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022\n\nBaca juga :\nPermohonan Sebagai Pemerhati Pilihanraya PRU15 \u2013 SPRPermohonan Undi Pos SPR Online Dalam & Luar Negara (PRU15)Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR OnlineMySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi Baru\n"]} {"url": "https://ecentral.my/coffee-bean-tea-leaf-malaysia/", "title": "The Coffee Bean & Tea Leaf : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nThe Coffee Bean & Tea Leaf sering menjadi sebutan di kalangan penggemar kopi. Ramai yang kata kopi dari Coffee Bean teramatlah sedap setanding jenama kopi mahal.\nSelain popular dengan bagelnya yang enak dinikmati panas-panas, Coffee Bean turut menawarkan aneka hidangan yang lazat seperti pasta, pizza dan aneka kek serta pastri.\n\n\n\n\n\n\nIngin tahu apa lagi yang disajikan di The Coffee Bean? Jom kita tengok senarai menu serta harga yang ditawarkan!\nBaca Juga : Taco Bell : Senarai Menu & Harga Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nThe Coffee Bean & Tea Leaf : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \n25th Anniversary Specials\n\n \nBehold the Cold (Fruit Tea)\n\n \nCold & Bold\n\n \nHazelnut Special\n\n \nFully Caffeinated\n\n \nMidnight\n\n \nGibraltar Beverages\n\n \nEspresso & Coffee Beverages\n\n \nCaf\u00e9 Beverages\n\n \nCoffee Ice Blended\n\n \nNon-Coffee Ice Blended\n\n \nTea Ice Blended\n\n \nBreakfast All Day\n\n \nSalads\n\n \nSandwiches\n\n \nPizza\n\n \nPasta\n\n \nPastries\n\n \nMuffins\n\n \nScones\n\n \nCookies\n\n \nCakes\n\n \nTea Latte\n\n \nCold Brew Tea\n\n \nBrewed Hot (Black Tea)\n\n \nBrewed Hot (Flavored Black Tea)\n\n \nBrewed Hot (Green Tea)\n\n \nBrewed Hot (Herbal & Fruit Tea)\n\n \nHold The Caffeine\n\n \nBottled Beverages\n\n\nThe Coffee Bean & Tea Leaf : Senarai Menu & Harga Terkini\n25th Anniversary Specials\n\nMenuHargaTwilight Berry (Slice)RM 15.90Murasaki Blondie (Petite)RM 55.00Coco Yam Tart (Slice)RM 13.90Purple SwirlRM 9.50Asam Beef PandesalRM 10.90Pecan Caramel MuffinRM 9.50Lavender Cold Brew LatteRM 14.50\nBehold the Cold (Fruit Tea)\n\nMenuHargaSparkling Peach Jasmine Cold Brew TeaRM 14.90Peach Jasmine Cold Brew Sweet TeaRM 13.90Mango Cold Brew Sweet TeaRM 13.90Sparkling Mango Cold Brew TeaRM 14.90Mango GranitaRM 15.90\nCold & Bold\n\nMenuHargaMidnight Mocha Cold Brew LatteRM 14.50Cold Brew BlackRM 11.50Cold Brew LatteRM 12.50\nHazelnut Special\nMenuHargaMatcha Hazelnut Ice BlendedRM 16.40Matcha Hazelnut Tea LatteRM 16.40Iced Hazelnut LatteRM 15.50Hazelnut Iced BlendedRM 15.90Hot Hazelnut LatteRM 15.50\nFully Caffeinated\nMenuHargaDirty Chai LatteRM 15.60Matcha Espresso LatteRM 15.60Red EyeRM 11.30Ultimate Mocha Affogato Ice BlendedRM 18.70Ultimate Vanilla Affogate Ice BlendedRM 18.70\nMidnight\n\nMenuHargaMidnight Cookies & Cream Ice BlendedRM 17.90Pure Midnight Cookies & Cream Ice BlendedRM 17.90Belgian Midnight Chocolate Ice BlendedRM 17.90\nGibraltar Beverages\n\nMenuHargaIced Gibraltar AmericanoRM 10.80Iced Gibraltar LatteRM 13.80Iced Gibraltar Mocha LatteRM 14.80Hot Gibraltar AmericanoRM 10.80Hot Gibraltar LatteRM 13.80Hot Gibraltar Mocha LatteRM 14.80\nEspresso & Coffee Beverages\nMenuHargaHot CappuccinoRM 13.00Iced CappuccinoRM 13.00Iced Caramel MacchiatoRM 14.90Hot AmericanoRM 10.00Hot Hazelnut AmericanoRM 13.00Hot Caf\u00e9 LatteRM 13.00Iced Mocha LatteRM 14.50Iced Vanilla LatteRM 14.50Iced Caramel LatteRM 15.50Iced Double Chocolate LatteRM 15.50Espresso MacchiatoRM 8.10Hot Caramel MacchiatoRM 14.90Iced AmericanoRM 10.00Iced Hazelnut AmericanoRM 13.00Iced Caf\u00e9 LatteRM 13.00Hot Mocha LatteRM 14.50Hot Vanilla LatteRM 14.50Hot Caramel LatteRM 15.50Hot Double Chocolate LatteRM 15.50\nCaf\u00e9 Beverages\nMenuHargaToday\u2019s BrewRM 9.50Caf\u00e9 MochaRM 13.70Caf\u00e9 VanillaRM 13.70Caf\u00e9 HazelnutRM 13.70\nCoffee Ice Blended\n\nMenuHargaVanilla Cookies & Cream Ice BlendedRM 16.90Mocha Cookies & Cream Ice BlendedRM 16.90The Original Mocha Ice BlendedRM 14.90The Original Vanilla Ice BlendedRM 14.90Double Chocolate Ice BlendedRM 15.90The Ultimate Mocha Ice BlendedRM 16.90The Ultimate Vanilla Ice BlendedRM 16.90Caramel Ice BlendedRM 15.90\nNon-Coffee Ice Blended\nMenuHargaPure Vanilla Cookies & Cream Ice BlendedRM 16.90Pure Chocolate Cookies & Cream Ice BlendedRM 16.90Pure Double Chocolate Ice BlendedRM 15.90Pure Vanilla Ice BlendedRM 15.90\nTea Ice Blended\nMenuHargaMatcha Green Ice BlendedRM 15.90\nBreakfast All Day\n\nMenuHargaBrek \u2018O\u2019 DayRM 24.00Egg BenRM 22.00Egg & SalmonRM 26.00Egg Club SandwichRM 24.00Food For ThoughtRM 18.50Poppy Seed Bagel SetRM 16.50Jalapeno Cheese Bagel SetRM 16.50The OG Bagel SetRM 16.50All-in-One Bagel SetRM 16.50\nSalads\nMenuHargaMacaroni SaladRM 20.80Caesar SaladRM 19.80Cranberry SaladRM 19.80\nSandwiches\n\nMenuHargaKung Pow ChickenRM 22.00Teriyaki ChickenRM 22.00Chef\u2019s TunaRM 19.00Poppy Seed Salmon BagelRM 25.00Jalapeno Cheese Salmon BagelRM 25.00Salmon OG BagelRM 25.00All-in-One Salmon BagelRM 25.00\nPizza\n\nMenuHargaBreakfast PizzaRM 21.00Salmon & Mushroom PizzaRM 25.50Margherita PizzaRM 18.00Hawaiian PizzaRM 24.00\nPasta\nMenuHargaTomato Herb SpaghettiRM 18.50Chicken LasagnaRM 19.50Salmon & Mushroom Aglio OlioRM 23.50Chicken & Mushoom SpaghettiRM 21.50\nPastries\nMenuHargaSpicy Chicken Bagel BunRM 8.90Jalapeno Cheese Bagel With Cream CheeseRM 10.00Poppy Seed bagel with Cream CheeseRM 10.00Homemade Chicken PieRM 12.80The OG BagelRM 10.00All-In-One Bagel with Cream CheeseRM 10.00Summer Berries TartRM 21.00\nMuffins\nMenuHargaChocolate Chip MuffinRM 8.50\nScones\nMenuHargaChicken & Scallion SconeRM 7.50My Mum\u2019s SconeRM 7.50\nCookies\nMenuHargaChocolate Chip CookieRM 6.00\nCakes\n\nMenuHargaBrownie MeltRM 14.90Chicago CheesecakeRM 13.90Homestyle Carrot CakeRM 12.90Royal Chocolate CakeRM 14.90Royal Chocolate Cake (Petite)RM 55.00\nTea Latte\nMenuHargaIced Matcha Green Tea LatteRM 13.80Iced Chai Tea LatteRM 13.80 \u00a0Dark Chocolate Chai Tea LatteRM 14.50Iced English Breakfast Tea LatteRM 13.00Iced Vanilla Ceylon Tea LatteRM 13.00Iced Moroccan Mint Tea LatteRM 13.00Hot Chai Tea LatteRM 13.80Hot Matcha Green Tea LatteRM 13.80Hot English Breakfast Tea LatteRM 13.00Hot Vanilla Ceylon Tea LatteRM 13.00Hot Moroccan Mint Tea LatteRM 13.00\nCold Brew Tea\n\nMenuHargaSwedish Berries Cold Brew TeaRM 11.20Ceylon Black Cold Brew TeaRM 11.20\nBrewed Hot (Black Tea)\nMenuHargaChaiRM 9.80English BreakfastRM 9.80Estate DarjeelingRM 9.80\nBrewed Hot (Flavored Black Tea)\nMenuHargaTropical PassionRM 9.80Earl GreyRM 9.80Southern BlendRM 9.80Vanilla CeylonRM 9.80Dong Ding OolongRM 9.80\nBrewed Hot (Green Tea)\nMenuHargaTropical PassionRM 9.80SenchaRM 9.80Moroccan MintRM 9.80Jasmine Dragon PearlRM 9.80Lung Ching DragonwellRM 9.80GenmaichaRM 9.80\nBrewed Hot (Herbal & Fruit Tea)\nMenuHargaGinseng PeppermintRM 9.80Lemon ChamomileRM 9.80Swedish BerriesRM 9.80African SunriseRM 9.80\nHold The Caffeine\nMenuHargaIced Double Chocolate (HTC)RM 13.00Hot Double Chocolate (HTC)RM 13.00\nBottled Beverages\nMenuHargaNatural Mineral WaterRM 5.50Apple JuiceRM 9.90Orange JuiceRM 9.90\nWah, tak sangka ada pelbagai variasi makanan dan minuman yang ditawarkan di The Coffee Bean & Tea Leaf.\nDari aneka bagel hingga menu sarapan sepanjang hari, semuanya menarik untuk dicuba. \nJadi, tunggu apa lagi? Jom ke Cofee Bean hari ini! Jangan lupa ikuti laman Facebook \u00a0The Coffee Bean & Tea Leaf \u2013 Malaysia untuk ketahui promosi terkini dan tawaran menarik. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/cacar-monyet/", "title": "Cacar Monyet : Punca, Gejala dan Peringkat Jangkitan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCacar monyet atau monkeypox merupakan wabak jangkitan virus yang berpunca daripada haiwan. Penyakit ini pertama kali dikenalpasti pada tahun 1970 di Congo, Afrika.\nPada tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih daripada 3,400 kes monkeypox dari lebih 50 buah negara dengan satu kematian.\nBaca Juga : Dos Penggalak Kedua Covid-19: Kelayakan, Syarat & Selang Masa\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPunca Jangkitan Cacar Monyet\n\n \nGejala\n\n \nPeringkat Jangkitan Cacar Monyet\n\n \nBila Perlu Berjumpa Doktor\n\n\nPunca Jangkitan Cacar Monyet\nPemerhatian WHO didapati sebilangan besar kes cacar monyet ini berlaku di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki. \nPenyebaran penyakit monkeypox antara manusia berlaku melalui sentuhan langsung dengan luka di kulit, air liur dan cecair dari tubuh yang tersebar melalui batuk dan bersin serta permukaan yang tercemar dengan virus cacar monyet.\nIa juga boleh berjangkit menerusi cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti.\n\n\n\n\n\n\nGejala\nSecara umumnya, gejala penyakit cacar monyet ini mirip dengan penyakit cacar (smallpox). Antara gejala yang boleh dikenalpasti adalah :\nDemamRuam kulit yang melepuhBengkak pada kelenjar getah bening (lymph node) pada bahagian ketiak.\n\nPeringkat Jangkitan Cacar Monyet\nMenurut perkongsian daripada WHO, jangkitan cacar monyet boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Peringkat Jangkitan dan Peringkat Kemunculan Ruam Pada Kulit (Skin Eruption).\nPeringkat Jangkitan\nPeringkat jangkitan ini berlaku dalam 5 hari pertama setelah pesakit terdedah pada virus untuk kali pertama.\n Ketika pesakit berada dalam peringkat ini, pesakit akan menunjukkan beberapa gejala cacar monyet seperti :\nDemamSakit kepala yang terukBengkak pada kelenjar getah bening di bahagian ketiakSakit pinggang dan ototBadan terasa lemah (asthenia)\nPeringkat Kemunculan Ruam Pada Kulit (Skin Eruption)\nPeringkat ini bermula setelah pesakit mengalami demam selama kira-kira 3 hari. Gejala utama peringkat ini adalah kemunculan ruam pada kulit.\nRuam ini pertama kali muncul di muka kemudian merebak ke seluruh tubuh. \nKawasan yang didapati tumbuh ruam paling ketara adalah pada bahagian muka dan telapak tangan.\n\nRuam pada awalnya muncul sebagai bintikan pada kulit, kemudian ia berubah sebagai ruam berisi air. \nDalam beberapa hari, ruam akan menjadi kering dan membuatkan permukaan kulit berkuping. Fasa perkembangan ruam ini mengambil masa kira-kira 10 hari. \nUntuk memastikan seluruh kuping pada kulit hilang dengan sendirinya, ia boleh mengambil masa sehingga 3 minggu.\nBila Perlu Berjumpa Doktor\nJika anda merasakan berlakunya sentuhan dengan seseorang atau haiwan liar yang terjangkit virus ini, rujuklah pada doktor secepat mungkin. \nLebih-lebih lagi, jika anda baru pulang dari negara yang mencatatkan kes cacar monyet.\nSetakat ini, pakar masih belum menemukan penawar khusus bagi penyakit cacar monyet. Namun, ia dapat ditangani dengan pengurusan gejala serta penggunaan ubat antivirus untuk rawatan cacar (smallpox).\nMeskipun negara kita masih terselamat daripada jangkitan wabak cacar monyet setakat ini, namun kita masih perlu ambil langkah berjaga-jaga.\nTambahan pula, terdapat kes yang dicatatkan di negara jiran kita, Singapura. \nOleh itu, kita perlulah kekal menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan dengan sabun serta amalkan penjarakan sosial serta penggunaan pelitup muka ketika berada di tempat awam\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kes-covid-19-tertinggi/", "title": "Kes Harian Covid-19 Melonjak Ke 31,199, Tertinggi Sejak Januari 2020", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSHAH ALAM, 24 FEB: Kadar jangkitan harian Covid-19 melonjak 4,020 kes semalam, kepada 31,199 iaitu tertinggi sejak ia mula dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.\nDaripada jumlah itu, 31,080 adalah kes tempatan dan baki 119 adalah kes import.\nSebelum ini, kes jangkitan COVID-19 tertinggi dicatatkan pada 19 Februari lalu, iaitu 28,825 kes.\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, kes kategori kategori 3, 4, dan 5 kekal rendah iaitu 194 kes atau 0.62 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) pula sebanyak 31,005 kes atau 99.38 peratus.\nSebanyak 45 kes atau 23.20 peratus daripada kategori 3, 4, 5 yang direkodkan membabitkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, manakala 108 atau 55.67 peratus sudah menerima dua dos vaksin tetapi masih belum menerima dos penggalak, 43 kes atau 21.13 peratus sudah menerima dos penggalak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKes Covid-19 Tertinggi Sejak Januari 2020\n\n \nSidang Media Menteri Kesihatan 24 Februari 2022\n\n\nKes Covid-19 Tertinggi Sejak Januari 2020\nPecahan kes mengikut kategori adalah seperti berikut:\nKategori 1 : 10, 171 kes (32.60 peratus)Kategori 2 : 20,834 kes (66.78 peratus)Kategori 3 : 102 kes (0.32 peratus)Kategori 4 : 46 kes (0.15 peratus)Kategori 5 : 46 kes (0.15 peratus)\n\u201cKKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga di luar negara menerusi maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,\u201d kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.\nSetakat semalam, seramai 7,725 pesakit atau 2.8 peratus dirawat di hospital, 265,339 kes atau 95.5 peratus menjalani tempoh kuarantin di rumah manakala 4,460 atau 1.6 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.\nAngka kematian turut meningkat sebanyak 12 kes kepada 55 termasuk 23 kematian di luar hospital menjadikan keseluruhan jumlah terkumpul kematian kepada 32,488 kes.\nJumlah kes terkumpul setakat semalam adalah 3,305,157.\nRujuk kenyataan media penuh di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Simptom Omicron & Garis Masa Jangkitan Covid-19 Yang Anda Perlu Tahu\nSidang Media Menteri Kesihatan 24 Februari 2022\n\nSaksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.00 petang ini secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gaji-penjawat-awam-2022/", "title": "Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2022 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri di Malaysia.\nJadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 yang disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).\nJadual Bayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022\n\n \nPenyata Gaji Online Penjawat Awam\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022\n\nJadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022\n(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)\n\n\n\n\n\n\nBULANTARIKHHARICATATANJanuari25.01.2022Selasa\u00a0Februari25.02.2022JumaatTahun Baru Cina \u2013 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)Mac25.03.2022Jumaat\u00a0April25.04.2022Isnin\u00a0Mei25.05.2022RabuHari Raya Puasa \u2013 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu) Hari Pesta Kaamatan \u2013 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)Jun24.06.2022JumaatHari Gawai \u2013 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)Julai25.07.2022IsninHari Raya Haji \u2013 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)Ogos25.08.2022Khamis\u00a0September23.09.2022Jumaat\u00a0Oktober18.10.2022SelasaHari Deepavali \u2013 24 Oktober 2022 (Isnin)November25.11.2022Jumaat*Gaji diawalkan ke 17 November 2022 sempena PRU15(Rujuk: https://ecentral.my/gaji-awal-penjawat-awam-november-2022-pru15/)Disember19.12.2022IsninHari Krismas \u2013 25 Disember 2022 (Ahad)Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia\n\nNOTA:\nTarikh bonus (Bantuan Khas Penjawat Awam adalah pada 22 Januari, iaitu bersekali dengan bayaran gaji).\nSila rujuk: Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam & Pesara 2022\nPenyata Gaji Online Penjawat Awam\nKini penjawat awam boleh mendapatkan e-Penyata Gaji melalui https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/\nSistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan\u00a0Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:\n\n18 bulan terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Gaji Bulanan; dan\n7 tahun terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Pendapatan Tahunan.\n\nAdalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan\u00a0SEBELUM\u00a0dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata\u00a0SELEPAS\u00a0tempoh tersebut adalah\u00a0TIDAK DILAYAN.\nSistem ePenyata Gaji dan Laporan\u00a0versi mobile\u00a0sedia untuk dimuat turun di\u00a0App Store\u00a0dan\u00a0Play Store\u00a0melalui carian \u201cePayslip JANM\u201d. Panduan Pengguna boleh didapati\u00a0 di Halaman Utama ePayslip JANM mobile.\u00a0\nSila rujuk langkah-langkah semakan slip penyata gaji penjawat awam di artikel ini: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Tarikh bayaran gaji Penjawat Awam atau Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) iniboleh dirujuk kepada pihak berikut:\nPengarahBahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)Jabatan Akauntan Negara MalaysiaAras 4, Kompleks Kementerian KewanganNo.1, Persiaran Perdana62594, Presint 2Putrajayau.p. : Unit Pengurusan Prestasiemel : [email\u00a0protected]No. Tel. : 03 \u2013 8882 1624/1612/1622/1611\nSila rujuk maklumat lanjut dan tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2022 yang ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1 (15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 \u2013 Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(1) bertarikh 29 Oktober 2021: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022.\nSPANM_BIL_5_TAHUN_2021_Tarikh_dan_Peraturan_Pembayaran_Emolumen_Tahun_2022Download\n\n*Sumber: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2021 \u2013 TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2022 (https://www.anm.gov.my/arkib-pengumuman/pengumuman/2021/arkib-berita-pengumuman-2021/11024-spanm-bil-5-tahun-2021-tarikh-dan-peraturan-pembayaran-emolumen-tahun-2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kira-kalori-makanan/", "title": "Cara Kira Kalori & Kandungan Kalori Dalam Makanan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIlmu tentang cara kira kalori makanan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mengekalkan berat badan yang ideal.\nSecara purata, setiap lelaki dan perempuan dewasa memerlukan jumlah kalori yang berikut:\n\nLelaki : 2000 \u2013 2500 kcal sehari\nPerempuan : 1600 \u2013 2000 kcal sehari\n\nTips mudah untuk mengurangkan berat badan adalah mengamalkan kalori defisit, iaitu pengambilan makanan dan minuman harian yang kurang daripada kalori harian yang diperlukan.\nArtikel berkaitan: Cara Kira BMI\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Kalori?\n\n \nKandungan Kalori Dalam Makanan Di Malaysia\n\n \nCara kira kalori menggunakan apikasi mudah alih\n\n\nApa Itu Kalori?\nKalori, seperti joule, adalah unit tenaga.\nWalaubagaimanapun, kalori biasanya digunakan untuk satu unit tenaga makanan. \n\n\n\n\n\n\nSatu kalori adalah sama dengan jumlah tenaga per unit jisim yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air sebanyak 1\u00b0 C. \nSatu kalori adalah bersamaan dengan 4.18 joule.\n Kalori makanan, seperti yang dibaca pada label pemakanan, sebenarnya adalah kilokalori (sering dilambangkan sebagai \u201cKalori\u201d dengan huruf besar C). \nTerdapat 1,000 kalori dalam satu kilokalori, atau Kalori makanan. \n\nKandungan Kalori Dalam Makanan Di Malaysia\nKalorimeter ialah peralatan yang direka untuk mengukur tenaga yang dikeluarkan atau diserap semasa tindak balas kimia atau perubahan fasa. \nKalorimetri makanan membolehkan kita menentukan bilangan kalori setiap gram makanan.\nSebagai orang awam, amat mustahil untuk kita membuat eksperimen saintifik untuk mengetahui kalori setiap makanan dan minuman yang diambil.\nWalau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pemakanan telah menyediakan senarai purata kalori hampir kebanyakan makanan yang mudah didapati malaysia antaranya nasi lemak, air teh, kaipap ayam, roti dan lain-lain.\nRujukan senarai kalori setiap makanan boleh dirujuk di pautan berikut: https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2018/02/BeSS_Bank%20Calorie%20Bahagian%20Pemakanan.pdf\nBeSS_Bank-Calorie-Bahagian-PemakananDownload\nCara kira kalori menggunakan apikasi mudah alih \n\nBagi yang tidak tahu, anda juga boleh menjejaki pengambilan kalori anda setiap hari menggunakan aplikasi dari telefon mudah alih anda. \nAntara aplikasi menarik yang boleh anda cuba untuk kira kalori harian adalah MyFitnessPal yang boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:\n\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna Android\nApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\n\nIa menjejaki berat badan anda dan mengira pengambilan kalori harian yang disyorkan selain turut mempunyai diari makanan yang direka dengan baik dan log senaman.\nHalaman utama memberikan gambaran yang jelas tentang jumlah kalori yang telah anda makan pada siang hari. \nDi samping itu, ia menunjukkan baki pengambilan disyorkan anda dan berapa banyak kalori yang telah anda bakar dengan bersenam.\nJika anda menggunakan peranti penjejakan kecergasan, MyFitnessPal boleh memasukkan datanya dalam log latihan.\nSelain itu, pengimbas kod bar MyFitnessPal membolehkan anda memasukkan maklumat pemakanan beberapa makanan yang dengan serta-merta.\nAplikasi ini turut memaparkan carta pai, menunjukkan pecahan karbohidrat, protein dan lemak anda, membantu anda kira kalori harian dengan lebih efektif.\nWalaupun aplikasi ini mungkin tidak mengandungi data untuk kebanyakan makanan dari Malaysia, anda boleh memasukkan data baru dan menyimpannya data tersebut dalam aplikasi ini untuk menggunakanny berkal-kali pada masa hadapan.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/m-journey-mbsb-online/", "title": "M Journey \u2013 Login MBSB Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelari dengan kemajuan teknologi, MBSB Online turut menawarkan perkhidmatan perbankan internet yang dikenali sebagai M Journey.\nDengan M Journey, para pelanggan boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan secara terus melalui peranti mudah alih anda.\nTerutamanya bagi pemohon Ihsan-i (i-Cagar KWSP), anda perlulah mempunyai akaun ini bagi memudahkan anda memantau aliran wang masuk serta pembayaran anda.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu M Journey?\n\n \nCara Daftar Akaun M Journey MBSB Online\n\n \nPendaftaran menggunakan Kad Debit\n\n \nPendaftaran melalui Akaun Pembiayaan\n\n \nPendaftaran dengan Akaun Deposit\n\n \nPengaktifan Akaun\n\n \nLogin Akaun MJourney MBSB Online\n\n \nSemakan Status Permohonan FSA2 (i-Cagar KWSP)\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nApa itu M Journey?\nM Journey adalah kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak MBSB untuk para pelanggannya.\n\n\n\n\n\n\nTerdapat banyak fungsi-fungsi menarik yang dimuatkan untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan antaranya:\n\nPemindahan DuitNow\nBayaran Pembiayaan\nPindahan Dana Asing (FTT)\nPindahan Dalam Bank\nGIRO Antara Bank (IBG)\nJomPAY\nPenempatan Deposit Berjangka-i\nPengeluaran Deposit-i Bertempoh\nMuat semula e-dompet MBSB Bank\nBayaran\nBayaran kepada KWSP\nTambah Nilai Prabayar\nPembiayaan Ihsan-i \n\nArtikel berkaitan: Ihsan-i : Semakan FSA2 KWSP MBSB & Jadual Bayaran Bulanan\n\nCara Daftar Akaun M Journey MBSB Online\nUntuk menggunakan segala kemudahan di M Journey MBSB, anda perlu mendaftarkana akaun anda dan mengaktifkannya sekiranya anda merupakann pengguna kali pertama.\nAnda boleh mendaftar untuk M Journey melalui Kad Debit atau Akaun Pembiayaan atau Akaun Deposit dengan mengikuti lanngkah-langkah berikut:\n\nPergi ke www.mbsbjourney.com/rib\n Pilih \u201cPengguna Baru? Daftar Sekarang\u201d pautan di halaman Log Masuk M Journey\nPilih pendaftaran melalui Kad Debit atau Akaun Pembiayaan atau Akaun Deposit\n\nPendaftaran menggunakan Kad Debit\n\nMasukkan Nombor Kad Debit dan PIN 6 Digit\nMasukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman\nMinta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya\nMasukkan butiran peribadi anda\nPilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan anda dan klik Seterusnya\nSahkan butiran anda dan klik Hantar\nTetapkan Soalan dan Jawapan 3-Keselamatan\nMinta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Hantar\nTerima pengesahan SMS\n\nPendaftaran melalui Akaun Pembiayaan\n\nMasukkan Nombor Akaun Pembiayaan\nPilih Jenis ID anda dan masukkan nombor pengenalan\nMasukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman\nMinta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya\nMasukkan butiran peribadi anda\nPilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan dan klik Seterusnya\nSahkan butiran anda dan klik HantarTetapkan Soalan dan Jawapan 3-Keselamatan\nMinta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Hantar\nTerima pengesahan SMS\n\nPendaftaran dengan Akaun Deposit\n\nMasukkan Nombor Akaun Deposit\nPilih Jenis ID anda dan masukkan nombor pengenalan\nMasukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman\nKlik butang \u201cSeterusnya\u201d untuk meneruskan\nMinta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya\nTerima pengesahan SMS\n\n\nPengaktifan Akaun\nTiada langkah tambahan untuk mengaktifkan akaun M Journey anda.\nAnda boleh terus log masuk setelah melengkapkan proses pendaftaran melalui salah satu kaedah di atas.\nLogin Akaun MJourney MBSB Online\nSetelah mendaftarkan akaun, anda boleh terus log masuk akaun M Journey anda melalui halaman depan MBSB di https://www.mbsbjourney.com/rib/\nAkses anda akan disekat selepas 3 percubaan log masuk gagal. \nSila hubungi Bank MBSB Pusat Sokongan di +603 2096 3000 untuk menyahsekat Nama Pengguna anda selepas pengesahan.\nSemakan Status Permohonan FSA2 (i-Cagar KWSP)\nMakluman pada yang dah lulus FSA2 (i-Cagar KWSP) telah menerima pembiayaan, anda boleh membuat semakan tarikh pembayaran bermula pada bahagian yang telah di tandakan seperti di bawah sebagai contoh.\n\nApply : 11 April 2023Lulus : 18 April 2023 (serentak duit masuk)Tarikh Bayaran : 1 Jun 2023 (Bulan Pertama)\n\nSeperti pembiayaan/pinjaman lain, tarikh bayaran adalah selepas sebulan setelah penerimaan duit yang dikreditkan ke akaun anda. Cara bayaran boleh terus dilakukan di dalam apps M Journey MBSB. \nMBSB menyediakan perkhidmatan pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Ihsan-i untuk membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah kewangan.\nSetelah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan permohonan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan:\u00a0https://www.fsa2mbsbbank.com/check-my-application\nMasukkan No Kad Pengenalan dan No Telefon kemudian tekan submit\nPaparan status permohonan anda akan tertera\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan MBSB berhampiran.\nSebagai alternatifnya, anda juga boleh hubungi Pusat Sokongan MBSB Bank di +603 2096 3000.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-tasyrik/", "title": "Hari Tasyrik: Pengertian, Amalan Fadilat & Kelebihan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHARI TASYRIK : PENGERTIAN, AMALAN & FADILAT / KELEBIHAN\nRasulullah SAW bersabda : \u201cHari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.\u201d (HR Muslim (1141)\nHari-hari Tasyrik 2023 jatuh pada 3 hari berikut \u2013 30 jun, 1 & 2 Julai 2023 bersamaan 11,12 dan 13 Zulhijjah 1444H.\nTahukah anda apakah maksud hari ini dan signifikannya dalam Islam?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengertian Hari Tasyrik\n\n \nLarangan Berpuasa\n\n \nAMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA\n\n\nPengertian Hari Tasyrik\nHari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam Hijrah. \nPada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.\nIbadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.\nUmat Islam boleh melakukan ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga sebelum masuk waktu Maghrib hari tersebut.\n\n\n\n\n\n\nTakbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. \nDi dalam kenderaan, waktu sedang memandu, di dalam rumah, waktu sedang menguruskan hal-hal kerja, bersantai, di jalanan ketika waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir. \nMereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat baru hendak bertakbir.\nBerbeza dengan Takbir Raya AidilFitri, Takbir Raya AidilAdha ini boleh dilaungkan hingga selepas solat Asar pada hari terakhir Hari Tasyrik, iaitu 13 Zulhijjah.\nAntara amalan yang boleh dilakukan pada 3 hari ini adalah :\n\n MEMPERBANYAKKAN SYUKUR NIKMAT\n MEMPERBANYAKKAN DOA DAN ZIKIR\n MENINGKATKAN TAAT DAN TAKWA\n\n\nLarangan Berpuasa \nPada hari-hari Tasyrik, umat Islam (Muslim) sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud \u201cHari Makan Minum\u201d.\nHadis Rasulullah yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: \u201dRasulullah bersabda: \u201dHari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.\u201d(Hadis Riwayat Imam Muslim)\nIkuti video penerangan berikut:\n\nAMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDILADHA\nPada waktu pagi hari raya Aidul Adha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:\n1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.\n2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.\n3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.\n4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.\n5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.\n6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.\n7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).\n8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.\n9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.\n10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.\n11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.\nTAKBIR\nRasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: \u201cHiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).\u201d (Hadis riwayat al-Thabrani).\nPada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.\nIBADAH KORBAN\nAidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata Adha\u2019 adalah bentuk jamak daripada kata dahiyah\u2019 yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an\u2019am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.\nNabi Muhammad SAW telah bersabda:\n\u201cTiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.\u201d Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.\nIbadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.\nHIKMAH AIDIL ADHA\n1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.\n2 Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.\nWALLAHU A\u2019LAM\u2026SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN.\nSumber : JAKIM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sps-prihatin-wanita-spw-perkeso/", "title": "SPS Prihatin Wanita (SPW): Bantuan Caruman RM163 PERKESO", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAntara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh PERKESO menerusi PEMERKASA adalah Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 dan SPS Prihatin Wanita (SPW).\nProgram SPW dan inisiatif-inisiatif tersebut telah diumumkan oleh kerajaan menerusi Pakej PEMERKASA pada 17 Mac yang lalu.\nMelalui program ini, kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman, iaitu RM163 sementara usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim itu.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SPS Prihatin Wanita.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPS Prihatin Wanita?\n\n \nApakah SKSPS?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan SPS Prihatin Wanita PERKESO\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SPS Prihatin Wanita?\nSejumlah RM10 juta telah diperuntukkan Kerajaan bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri untuk program SPW. \nMenerusi program ini, Kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman tersebut, iaitu sebanyak RM163.00 sementara para usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim tersebut.\n\nApakah SKSPS?\nBagi yang tertanya-tanya apakah SKSPS, ia adalah singkatan kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).\nSkim ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.\nIa berfungsi memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.\nIa juga menyediakan faedah tunai kepada pencarum dan tanggungannya, di samping rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.\nTerdapat 4 pelan yang ditawarkan oleh SKSPS di mana kadar caruman bergantung pendapatan yang diinsuranskan berdasarkan kepada pelan yang dipilih.\n\nBagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri, mereka akan mendapat manfaat daripada Dana Padanan 70 peratus untuk caruman di bawah Pelan 2 SKSPS iaitu perlindungan pendapatan sebanyak RM1,550.\nBaca juga: eBelia PEMERKASA: Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet\nTarikh Permohonan\nPermohonan Program SPW boleh dilakukan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.\nCara Permohonan SPS Prihatin Wanita PERKESO\nPermohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PERKESO mulai 1 April.\nBayaran caruman bulanan secara online boleh dibuat seperti langkah yang ditunjukkan dalam infografik di bawah:\n\nSPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders\nMaklumat Lanjut\nUJntuk maklumat lanjut berhubung SPS Prihatin Wanita atau inisiatif-inisiatif dalam PEMERKASA, anda boleh rujuk di laman sesawang https://www.perkeso.gov.my/ atau emel kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baik-pulih-rumah-majlis-daerah-baling/", "title": "Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Baik Pulih Rumah Untuk Warga Baling\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Baling, Kedah kini membuka permohonan bagi baik pulih rumah bagi warga Baling yang menetap dalam kawasan operasi PBT.\nInisiatif yang dilancarkan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) demi mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Ambilan Oktober 2022/2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nKriteria Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Disember 2022.\nKriteria Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023\nKriteria kelayakan bagi penerima program ini adalah seperti berikut :\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT sahaja;KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.\nCara Memohon\nBorang permohonan boleh diambil di kaunter khidmat pelanggan Majlis Daerah Baling atau boleh muat turun imej di bawah.\n\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut :\nSalinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)Gambar Penuh Rumah (dari luar)Gambar Kerosakan (Sila nyatakan jenis kerosakan)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Permohonan Baik Pulih Rumah bagi warga daerah Baling, sila hubungi Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat di talian 04-4701800 atau layari laman Facebook rasmi Majlis Daerah Baling.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-keputusan-spm/", "title": "Semakan Keputusan SPM 2022 / 2023 \u2013 Lembaga Peperiksaan KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN SPM 2022 & CARA SEMAKAN ONLINE (2023)\nKeputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis). Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 pada tahun 2023 ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pengumuman Keputusan SPM 2022 / 2023\n\n \nKaedah Semakan Keputusan SPM\n\n \nSemak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia\n\n\nTarikh Pengumuman Keputusan SPM 2022 / 2023\nBagi calon yang telah mengambil peperiksaan tahun 2022, tarikh keputusan SPM akan diumumkan pada 8 Jun 2023.\nCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \n\nTakwim Persekolahan KPM 2023/2024\nCuti Kuarantin HFMD: Syarat Kelayakan, Tempoh & Prosedur Permohonan\n\nKaedah Semakan Keputusan SPM\nUntuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:\nKAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH\nCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.\nBagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.\nKAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE\nSemak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulaipukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 ; dan/atau\nKAEDAH 3 : SEMAKAN SMS\nSemak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan slip peperiksaan SPM 2022 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. \nSistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.\n\nINFO KPM: Informasi berkaitan semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022.\n\nSila rujuk kenyataan rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam lampiran dan infografik di bawah:\n\n\nBaca juga: \n\ne-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP): Daftar Semakan Jadual & Cetak Salinan Sijil Peperiksaan\nFasa Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2022/2023\n\nSemak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia\nSistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.\nSemakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.\n\n\n\nKaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:\n\nBagi Permohonan Melalui Pos\n\nPembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.\nCek persendirian tidak diterima sama sekali.\n\n\nSekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan\n\nPembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.\nPembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.\n\n\nCek persendirian tidak akan diterima sama sekali.\n\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri melalui nombor telefon yang tertera di bawah:\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-perempuan/", "title": "Hadiah Untuk Perempuan: 15 Idea Unik Dengan Harga Berpatutan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPening kepala mencari hadiah untuk perempuan? Tak kiralah sama ada untuk teman wanita, isteri, ibu atau rakan anda, pencarian hadiah boleh jadi sangat meletihkan terutamanya apabila anda tidak mengetahui atau mempunyai gambaran apa yang individu tersebut inginkan.\u00a0\n\nSetiap individu mempunyai citarasa tersendiri. Oleh itu, sebaiknya elakkan untuk membelikan hadiah yang sama kepada dua individu yang berbeza kerana belum tentu hadiah tersebut benar-benar disukai\u00a0 walaupun individu yang lain menyukainya.\u00a0\nJadi, pada artikel kali ini kami akan kongsikan senarai hadiah untuk perempuan yang unik dengan harga berpatutan bagi membantu anda mendapatkan idea dan pilihan tanpa perlu membazirkan banyak masa dan tenaga.\u00a0\nJom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n20 Idea Hadiah Untuk Perempuan\n\n \n1. Pengering Rambut\n\n \n2. Kotak Menyimpan Barang Kemas\n\n \n3. Set Alat Solekan\n\n \n4. Kuali Anti-Lekat\n\n \n5. Ketuhar\n\n \n6. Ikat Rambut\n\n \n7. Patung\n\n \n8. Dompet Wanita\n\n \n9. Buku\n\n \n10. \u2018Mask\u2019 Muka\n\n \n11. Set Spa Luxetique\n\n \n12. Lilin Pewangi\n\n \n13. Tudung\n\n \n14. Baju Tidur\n\n \n15. Bunga Lego\n\n\n20 Idea Hadiah Untuk Perempuan\u00a0\n1. Pengering Rambut\nKebanyakkan wanita menyimpan rambut yang panjang. Oleh itu, pengering rambut adalah merupakan item yang sangat berguna untuk wanita. Ia boleh menjadi salah satu hadiah terbaik untuk diberikan kepada kakak, isteri, ibu atau rakan perempuan anda.\u00a0\nPengering rambut: https://shopee.com.my/victorcwx94/5218257995\n2. Kotak Menyimpan Barang Kemas\nApabila memiliki kotak menyimpan barang kemas, ia pasti akan memudahkan untuk para wanita untuk menyimpan barang kemas mereka dengan lebih teratur dan juga selamat. Maka, jangan lupa hadiahkan sebuah sempena meraikan hati istimewa mereka!\nKotak simpan barang kemas: https://shopee.com.my/tnk_online/11457234430\n\n\n\n\n\n\n3. Set Alat Solekan\nWanita dan solekan tidak dapat dipisahkan. Terdapat pelbagai jenis set alat solekan yang anda boleh jadikan sebagai hadiah. Contohnya seperti, set berus solekan, \u2018makeup palette\u2019, maskara, bedak, dan seumpamanya.\u00a0\nSet alat solekan: https://shopee.com.my/sevich.os/9249858918\n4. Kuali Anti-Lekat\nKuali anti-lekat sangat sesuai untuk wanita yang gemar memasak. Anda boleh pilih pelbagai jenama dan juga saiz mengikut bajet anda. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, anda boleh memilih set yang mempunyai beberapa saiz kuali yang berbeza dalam satu pakej.\u00a0\nKuali anti lekat: https://shopee.com.my/smiyonlineshop.my/19159843645\n5. Ketuhar\nHadiahkan set ketuhar untuk perempuan kesayangan anda terutamanya mereka yang suka membuat kek atau kuih. Anda boleh pilih pelbagai jenis ketuhar bermula daripada harga yang paling murah sehinggalah mahal. Selain untuk membakar kuih dan kek, ketuhar juga mempunyai pelbagai fungsi lain untuk memudahkan urusan dapur.\u00a0\nKetuhar: https://shopee.com.my/costplusonline/1457193662\n6. Ikat Rambut\nTahukah anda, kaum perempuan seringkali \u2018kehilangan\u2019 ikat rambut apatah lagi selepas baru bangun daripada tidur. Oleh itu, hadiahkanlah mereka ikat rambut yang comel-comel untuk dipakai setiap hari sama ada ketika berada di rumah ataupun berjalan-jalan di luar rumah (untuk wanita tidak bertudung).\u00a0\nIkat rambut: https://shopee.com.my/dudu.inmalay/23213994165\n7. Patung\nJadikan anak patung sebagai hadiah istimewa untuk insan tersayang anda. Kenal pasti karakter individu yang anda ingin beri hadiah dan hadiahkannya sebuah anak patung mengikut personalitinya. Pasti si dia akan menjadikan anak patung tersebut sebagai \u2018rakan baiknya\u2019!\nPatung comel: https://shopee.com.my/nanawcz/6561573716\n8. Dompet Wanita\nDompet juga adalah merupakan salah satu hadiah terbaik untuk diberikan kepada orang lain. Selain boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang, ia juga sangat bermanfaat untuk kegunaan harian. Setiap kali memandangnya, mereka pasti akan teringat anda sebagai pemberinya!\nDompet wanita: https://shopee.com.my/alyssaa.handbag/11129609130\n9. Buku\nSekiranya individu tersebut suka membaca, tak perlu susah-susah, hadiahkan sahaja buku untuknya. Cari buku yang dihasilkan oleh penulis kegemarannya atau kenalpasti genre buku kesukaannya. Atau, anda juga boleh memilih buku tertentu yang anda mahu si dia membacanya.\u00a0Buku resepi macam kat bawah ni pun menarik!\nBuku resepi: https://shopee.com.my/syarikat_adam/5655070889 \n10. \u2018Mask\u2019 Muka\n\u2018Mask\u2019 muka mempunyai pelbagai kelebihan antaranya ialah ia berfungsi untuk membantu melembabkan, mengecilkan pori-pori, menjadikan kulit lebih bermaya dan sebagainya. Kaum perempuan memang suka sangat pakai \u2018mask\u2019 ni terutamanya waktu sebelum tidur. \nTerdapat beberapa jenama \u2018mask\u2019 muka yang terkenal contohnya seperti Garnier, Watson Fruity Mask, Innesfree Nature Republic dan macam-macam lagi. Anda boleh dapatkan di drugstore atau beli melalui online sahaja!\nMask Innesfree: https://shopee.com.my/khannie/6350887399\n11. Set Spa Luxetique\nSet spa luxetique ini memang sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa. Ia merangkumi beberapa set penjagaan diri seperti sabun mandi, losyen, skrub, \u2018bath bomb\u2019 dan sebagainya. Si penerima pasti akan rasa seronok sangat bila dapat set ni sebab boleh buat ala-ala spa dekat rumah sendiri!\nSet Spa Luxetique: https://shopee.com.my/bodyearth.os/10748592775\n12. Lilin Pewangi\nLilin pewangi adalah salah satu hadiah yang sangat menarik yang anda boleh berikan kepada kaum perempuan terutamanya yang sukakan bau-bauan wangi. Lilin pewangi rumah ini biasanya dinyalakan untuk menaikkan bau harum pada ruangan rumah ataupun bilik.\u00a0\nLilin pewangi: https://shopee.com.my/tsusumi/8286274056\n13. Tudung\nUntuk wanita yang bertudung pula, anda boleh hadiahkan tudung keluaran terkini yang sedang viral untuk mereka. Dari segi pemilihan warna tudung, anda boleh pilih warna kesukaan individu tersebut.\u00a0\nTudung Fazura: https://shopee.com.my/fazuraofficialstore/14449138139\n14. Baju Tidur\nBaju tidur atau pajamas juga sesuai untuk diberikan kepada sebagai hadiah. Sebelum itu, pastikan anda mengetahui saiz individu yang bakal menerima hadiah tersebut untuk mengelakkan baju tersebut tidak muat ataupun terlalu besar.\u00a0\nBaju tidur: https://shopee.com.my/lanxuemengmy.my/20004393356\n15. Bunga Lego\nKalau nak beli bunga segar tapi rasa membazir sebab bunga tersebut akan layu dan dibuang, hah apa kata anda hadiahkan bunga lego pula. Bunga lego diperbuat daripada lego yang boleh membentuk pelbagai jenis kuntuman bunga. Cantik sangat!\nBunga lego: https://shopee.com.my/tommytoy_01/21233740024\nAkhir kata, semoga anda mendapat inspirasi dalam mencari hadiah terbaik untuk rakan wanita anda melalui perkongsian ini!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengiraan-pencen-faedah-persaraan/", "title": "Cara Pengiraan Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFormula Cara Kira Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam\nAdakah anda penjawat awam yang bakal bersara?\nSeperti yang kita tahu, penjawat awam akan mendapat pelbagai faedah persaraan apabila cukup syarat perkhidmatan yang ditetapkan.\nDi sini kami kongsikan info daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) berkenaan formula cara pengiraan pencen dan faedah persaraan yang akan diterima.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFormula Pengiraan Pencen & Faedah Persaraan Yang Akan Diterima\n\n \nAnggaran Kadar Faedah Persaraan Wajib / Pilihan\n\n\nFormula Pengiraan Pencen & Faedah Persaraan Yang Akan Diterima\nDisebabkan ramai yang bertanya tentang formula pengiraan faedah persaraan, berikut disenaraikan untuk makluman bersama:\nGANJARAN PERKHIDMATAN7.5% x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok AkhirPENCEN BULANAN*1/600 x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok AkhirAWARD WANG TUNAI GCR1/30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji Pokok Akhir\n*Terhad kepada 360 bulan (Bagi tempoh perkhidmatan 360 bulan dan ke atas pengiraan pencen bulanan diambil terus 60% dari gaji pokok akhiratau 3/5 daripada gaji pokok akhir)\n\nDi bawah ini kami kongsikan formula pengiraan dengan pautannya sekali.\nAnggaran Kadar Faedah Persaraan Wajib / Pilihan\nUntuk pengiraan secara automatik, sila klik pada pautan yang dikongsi di bawah, supaya anda boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila kalian berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan.\nMasukkan maklumat yang tepat, kalian boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul.\nTertakluk maklumat yang anda masukkan.\nKlik pautan di bawah ini bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Wajib\nhttp://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html\nKlik pautan di bawah ini, bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Pilihan\nhttp://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html\nSekian harap bermanfaat. \nP/S : Sambil berehat nanti, dah lapang-lapang boleh lah buat anggaran pengiraan. Fikir sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan.\nSumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)\nBaca juga: \nSemakan Penyata Pencen Online (JPA Pencen)17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pemaju-perumahan-blacklist/", "title": "Senarai Pemaju Blacklist Di Malaysia, Semak Sebelum Beli! (Terkini 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN STATUS PEMAJU PERUMAHAN BLACKLIST DI MALAYSIA *TERKINI 2022\nTahukah anda, jika anda ingin membeli rumah denga pemaju perumahan (developer), anda amat digalakkan untuk membuat semakan status pemaju tersebut.\nIni kerana semakan ini dapat membantu anda untuk memastikan pembelian anda tidak bermasalah dan berisiko menjadi projek terbengkalai.\nSenarai ini telah dikenalpasti oleh Jabatan Perumahan Negara dan dikumpulkan melalui sebuah portal yang boleh boleh diakses secara atas talian untuk semakan umum.\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan status bagi bakal pembeli rumah.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Status Senarai Pemaju Perumahan \u2018 Blacklist \u2018\n\n \nSenarai Projek Sakit dan Senarai Projek Terbengkalai\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Status Senarai Pemaju Perumahan \u2018 Blacklist \u2018\nBahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) bertanggungjawab terhadap maklumat Senarai Hitam Pemaju Perumahan di atas beberapa kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].\nSila rujuk senarai di sini:\nSenarai Hitam Pemaju Perumahan Tanpa LesenSenarai Hitam Pemaju Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)Senarai Hitam Pemaju Gagal Membayar KompaunSenarai Hitam Pemaju Terlibat Dengan Projek Perumahan Terbengkalai\nBaca juga: \nCara Kira Kelayakan Beli Rumah (Formula DSR)CTOS: Login & Semak Laporan Kredit Online Sebelum Buat Loan Bank\nSenarai Projek Sakit dan Senarai Projek Terbengkalai\nBerikut disenaraikan juga projek perumahan yang bermasalah, terbengkalai atau dalam proses pemulihan.\nPastikan rumah yang anda nak beli tidak tersenarai dalam senarai ini untuk mengelakkan masalah / pembelian berisiko:\nSENARAI PROJEK TERBENGKALAI / DALAM PROSES PEMULIHAN\nSENARAI PROJEK DI DALAM PERANCANGAN PEMULIHAN\u00a0SENARAI PROJEK SEDANG DALAM PROSES PEMULIHAN\u00a0\nSTATUS PROJEK SAKIT (BERMASALAH)\nPemajuan Strata Highrise\u00a0Pemajuan Strata Landed\u00a0Pemajuan Landed\u00a0\nMaklumat Lanjut\nSila klik pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat serta info lanjut:\nhttps://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/607\nBahagian PenguatkuasaanJabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanAras 35, No.51, Persiaran Perdana Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 Putrajaya, MALAYSIA\nNo. Tel : 603 \u2013 8891 4356\nNo. Fax : 603- 8891 4226\nE-mel: [email\u00a0protected]\nBaca juga: \nCara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank NegaraTips Apply Loan Rumah Untuk Peniaga Kecil. Sediakan 5 Dokumen Ni!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-korea-selatan/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Korea Selatan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkuad bola sepak Korea Selatan kendalian Paulo Bento bolah bermegah dengan bahagian serangan yang kuat dengan kehadiran penyerang Tottenham Son Heung-min\nKorea Selatan membuat penampilan sulung Piala Dunia mereka pada tahun 1954 dan telah layak untuk setiap edisi sejak 1986, dengan penamat terbaik mereka datang pada tahun 2002 apabila mereka mara ke separuh akhir.\nPada 2018, mereka keluar awal daripada pertandingan selepas tersingkir dari peringkat kumpulan.\nBolehkah mereka melakukan yang lebih baik kali ini?\nMereka telah diundi dalam Kumpulan H bersama Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo, pasukan kuasa Amerika Selatan Uruguay, dan wakil Afrika Ghana.\n\n\n\n\n\n\nPaulo Bento berharap skuadnya boleh menyebabkan melakukan beberapa kejutan di peringkat kumpulan dan layak ke peringkat kalah mati.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Korea Selatan\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Korea Selatan\nSumber: Ssh Tv\nPenjaga gol\nNamaKelabKim Seung-gyuAl-ShababJo Hyeon-woo\u00a0Ulsan HyundaiSong Bum-keunJeonbuk Hyundai Motors\nKim Seung-gyu sepatutnya menjadi pilihan pertama penjaga gol untuk skuad bola sepak Korea Selatan kali ini.\nPemain berusia 31 tahun itu adalah pemain tetap untuk Al-Shabab dan telah berada dalam prestasi luar biasa di peringkat teratas Arab Saudi.\nJo Hyeon-woo adalah seorang lagi pesaing untuk tempat permulaan kerna beliau telah menunjukkan konsistensi dengan Ulsan Hyundai.\nSong Bum-keun yang mengkagumkan sebelum ini dengan pasukan Bawah-23 turut disertakan setelah hanya membuat satu penampilan senior untuk negaranya.\nPertahanan\nNamaKelabKim Jin-su\u00a0Jeonbuk Hyundai MotorsHong Chul\u00a0Daegu FCKim Moon-hwanJeonbuk Hyundai MotorsKim Young-gwon\u00a0Ulsan HyundaiKwon Kyung-wonGamba OsakaKim Tae-hwanUlsan HyundaiCho Yu-minDaejon Hana CitizenKim Min-jaeNapoliYoon Jong-gyuFC Seoul\nBento mahukan pasukannya dengan barisan belakang empat orang.\nKim Young-gwon akan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal pertahanan kerana beliau adalah salah seorang calon paling berpengalaman dengan hampir 100 caps antarabangsa.\nRakannya di tengah-tengah pertahanan berkemungkinan Kim Min-Jae yang bermai dengan pasukan Serie A Napoli. \nBeliau suka menjaringkan gol penting semasa set-piece, yang akan berguna untuk skuad bola sepak Korea Selatan di Piala Dunia.\nKim Jin-Su dari Jeonbuk Hyundai Motors dan veteran Chul Hong dari Daegu FC akan bersaing untuk mendapatkan tempat permulaan di bek kiri.\nDi belakang kanan, Kim Moon-hwan dan Kim Tae-Hwan adalah dua pesaing dan Bento akan mempunyai pilihan yang sukar untuk memilih salah satu daripada dua kerana mereka telah berada dalam prestasi yang mengagumkan dalam Liga K.\nPemain tengah\nNamaKelabJung Woo-young\u00a0Al-SaddNa Sang-hoSeoulPaik Seung-hoJeonbuk Hyundai MotorsSon Jun-hoShandong TaishanSong Min-kyuJeonbuk HyundaiKwon Chang-hoonGimcheon SangmuLee Jae-sungMainzHwang In-beomOlympiacosLee Kang-inMallorca\nPasukan Taegeuk Warriors mempunyai bahagian tengah yang lengkap dengan gabungan pemain muda dan berpengalaman yang betul.\nHwang In-beom mempunyai kehadiran yang mantap di bahagian tengah dengan keupayaannya untuk mematahkan serangan lawan dan memenangi kembali penguasaan bola.\nBeliau dilengkapkan dengan sempurna oleh Lee Jae-Sung dari FSV Mainz yang memberikan keyakinan terhadap bola dan suka mengawal tempo perlawanan.\nPenyerang\nNamaKelabHwang Ui-jo\u00a0OlympiacosCho Gue-sungJeonbuk Hyundai MotorsSon Heung-minTottenham HotspurHwang Hee-ChanWolverhampton WanderersJeong Woo-yeongFreiburg\nKawasan terkuat pasukan Korea Selatan sudah pasti serangan mereka. \nSon Heung-min adalah nama yang menonjol, dan pemain sayap Tottenham itu akan pergi walaupun diragui kecederaan selepas mengalami kecederaan muka dalam Liga Juara-Juara.\nDia disertai oleh Hwang Hee-chan yang bermain untuk Wolves dalam Liga Perdana, dan kedua-duanya akan bermain bersama Hwang Ui-jo dan Cho Gue-sung untuk lebih jauh ke padang.\nYang pertama bermain untuk Olympiacos secara pinjaman dari Nottingham Forest, manakala yang terakhir bermain untuk Jeonbuk Hyundai Motors dan telah menjaringkan empat gol dalam lapan perlawanan musim ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-perguruan-persekutuan-ismp-2022/", "title": "ISMP 2022: Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian (online).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan ISMP 2022 untuk makluman calon yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP?\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa ISMP 2022\n\n \nBidang-bidang Yang Layak Memohon\n\n \nTarikh Permohonan Biasiswa ISMP 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan Keputusan Panggilan Menduduki eUKCG\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP?\nProgram Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.\n\n\n\n\n\n\nBagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.\n\nSyarat Permohonan Biasiswa ISMP 2022\nCalon mestilah Warganegara Malaysia;Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan);Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya olehKerajaan;Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untukmemohon;Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; danPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.\nSila rujuk info penuh melalui pautan\u00a0https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.\nBidang-bidang Yang Layak Memohon\nBidang-bidang yang layak memohon adalah seperti dalam rajah di bawah:\nBahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaBahasa TamilPendidikan IslamPendidikan MoralPendidikan Jasmani dan KesihatanPendidikan Seni VisualPendidikan KhasDiniMatematikSejarahGeografiReka bentuk dan TeknologiBimbingan dan KaunselingTeknologi Elektrik dan ElektronikTeknologi Automotif\n*Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan \n*Pelajar Universiti Awam sahaja\nTarikh Permohonan Biasiswa ISMP 2022\nTarikh permohonan adalah mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.\nBaca juga: SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)\nCara Permohonan\nUntuk membuat permohonan biasiswa ISMP 2022, sila ikuti langkag berikut:\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan\u00a0https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 \u2013 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranyaterpilih.Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.\nBaca juga : MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi \u2018Sah\u2019 (Blue Tick Verified)\nSemakan Keputusan Panggilan Menduduki eUKCG\nSukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://pismp.moe.gov.my/ismp/ mulai 31 Mei 2022 (Selasa), jam 10:30 pagi.\n\nMaklumat Lanjut\nKepada calon-calon yang berminat untuk memohon. Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, sila hubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat lanjut:\nPuan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154E-mel: [email\u00a0protected]Pautan pantas: https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm\n"]} {"url": "https://ecentral.my/back-to-school-mbi-selangor/", "title": "Bantuan Back To School MBI Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa bantuan Back To School MBI Selangor kini dibuka untuk permohonan.\nUntuk makluman, had pendapatan kini ditetapkan bawah RM 4,000 untuk permohonan sesi persekolah tahun hadapan berbanding RM 2,500 sebelum ini.\nMBI Selangor adalah badan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No : 3 1994) pada 21 September 1994.\nBadan ini diwujudkan khas untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili kerajaan negeri bagi melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.\n\n\n\n\n\n\nBadan ini turut memainkan peranan dalam menyokong pembangunan negeri Selangor serta menjalankan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.\nIbu bapa warga Selangor yang berkelayakan boleh ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Belanjawan Selangor 2023: Intipati Bantuan Untuk Rakyat\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Back To School MBI?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Back To School MBI Selangor\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nApakah Bantuan Back To School MBI?\nBantuan Back To School MBI Selangor merupakan inisiatif tunai berjumlah RM 100 yang diperuntukkan kepada 300 penerima bagi setiap DUN.\nTarikh Permohonan\nTarikh bagi permohonan bantuan ini telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023.\n\nSyarat Permohonan Bantuan Back To School MBI Selangor\nPemohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nIbu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.\nPengundi di DUN yang dipohon.\nPendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.\nPelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.\nPemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.\n\nKaedah Permohonan\nPermohonan perlu dilakukan menerusi pejabat DUN atau penyelaras DUN di tempat tinggal pemohon.\nAnda boleh hubungi pejabat DUN / penyelaras DUN dengan merujuk senarai direkori Pusat Khidmat DUN di pautan berikut :\nDIREKTORI PUSAT KHIDMAT DUN \nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga dikehendaki untuk bawa bersama ke pejabat DUN atau penyelaras DUN untuk buat permohonan :\n\nSalinan Kad Pengenalan Bapa\nSalinan Kad Pengenalan Ibu\nSalinan Kad Pengenalan Anak\nSalinan Slip Gaji terkini atau Pengesahan Pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk)\nPengesahan mastautin (Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Nazir/Pengurusan Sekolah)\n\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN kawasan anda.\nSumber : selangorkini.my \n"]} {"url": "https://ecentral.my/cermin-gelap-jpj/", "title": "Peraturan Cermin Gelap JPJ 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIngin mengetahui syarat dan peraturan terbaru cermin gelap JPJ?\nAntara isu yang sering dibangkitkan saban tahun oleh pemilik kenderaan terhadap pihak Jabatan Pengangkutan Jalan adalah peraturan cermin gelap di kenderaan mereka.\nIsu ini mendapat perhatian memandangkan pemilik kenderaan yang secara suka hati memasang cermin gelap di kenderaan peribadi mereka boleh dikompaun oleh pihak JPJ.\nSelain itu, kadang-kala pihak JPJ membuat pemindaan terhadap undang-undang cermin gelap di kenderaan ini berdasarakan keperluan mereka dan berikut merupakan perkembangan terbaru mengenai peraturan cermin gelap JPJ.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPERATURAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP JPJ (Peraturan Ketelusan Cahaya (VLT))\n\n \nPihak yang layak\n\n \nPermohonan Berasaskan KESIHATAN\n\n \nPermohonan Berasaskan KESELAMATAN\n\n \n(i) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat:\n\n \n(ii) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan:\n\n \n(iii) Kenderaan milikan kakitangan Kedutaan / Kedutaan:\n\n \nProses permohonan Cermin Gelap JPJ\n\n\nPERATURAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP JPJ (Peraturan Ketelusan Cahaya (VLT))\nMulai 8 Mei 2019 dibenarkan gelap sepenuhnya cermin belakang & cermin sisi penumpang belakang dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cermin pemantul kanan & kiri.\nCermin Depan Kekal 70 %\nCermin sisi bahagian pemandu & cermin sisi penumpang hadapan kekal 50%\n\nFacebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia\nhttps://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/\nPihak yang layak\nMengikuti perkembangan terkini bagi tahun 2022, tidak semua rakyat Malaysia boleh sesuka hati memasang \u201ctinted\u201d di cermin kereta mereka. \nRakyat Malaysia yang bercadang menggunakan cermin tinted di kenderaan mereka perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada pihak JPJ dan berikut merupakan golongan yang layak membuat permohonan ini:\nPermohonan Berasaskan KESIHATANPermohonan Berasaskan KESELAMATAN\nPermohonan Berasaskan KESIHATAN\nPemilik kenderaan syarikat atau persendirian yang memohon perlulah menghantar bersama laporan perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan/SwastaPemohon perlulah membawa bersama borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftarBagi permohonan jenis ini,Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas mereka\nPermohonan Berasaskan KESELAMATAN\nBagi permohonan jenis ini, pemohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk permohonan:\n(i) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat:\nDokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu)Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftarFi Permohonan sebanyak RM 50.00Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap\n(ii) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan:\nSurat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00) Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00\n(iii) Kenderaan milikan kakitangan Kedutaan / Kedutaan:\nSurat permohonan daripada KedutaanFi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap\nProses permohonan Cermin Gelap JPJ\n\nBayaran Fi Permohonan (RM 50.00) \u2013 mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ Permohonan akan disemak satu jawatankuasa kahasSurat keputusan akan dikeluarkanSetelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian di Portal Awam JPJ. \nNota: Bagi urusan permohonan cermin gelap JPJ di pejabat JPJ, pastikan anda mendapatkan nombor giliran menggunakan JPJEQ bagi memudahkan urusan. \nUntuk perubahan terkini anda boleh melayari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan \n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-mrsm-2023/", "title": "Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman buat ibu bapa, pelajar dan penjaga, permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2023 kini dibuka mulai 1 September hingga 4 November 2022.\nUntuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIklan Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4\n\n \nPengenalan Tentang MRSM\n\n \nProgram Yang Ditawarkan Di MRSM\n\n \nSyarat Kemasukan Umum\n\n \nLokasi MRSM\n\n \nTarikh Permohonan MRSM 2023\n\n \nCara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4\n\n \nMUAT TURUN BUKU PANDUAN PERMOHONAN MRSM\n\n \nSoalan Lazim (FAQ) : Permohonan MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Sesi 2023\n\n \nSEMAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM 2022)\n\n \nSemakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM\n\n \nCara Semakan UKKM MRSM 2023\n\n \nTarikh Ujian UKKM 2023\n\n \nDokumen Yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian\n\n \nSubjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2023\n\n \nUjian Kecenderungan Kemasukan MRSM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nIklan Permohonan Kemasukan MRSM 2023 Bagi Tingkatan 1 & 4\nMARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.\nPelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. \nPautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.\nPengenalan Tentang MRSM\nMRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka. \nKerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep \u2018Keluarga Malaysia\u2019.\nMenteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid,\u00a0berkata cadangan perubahan diumumkan sebelum ini, tidak diguna pakai selepas perbincangan bersama wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA).\n\u201cSaya hendak tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM dikembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini, bagi memberi peluang semua pelajar memohon.\n\u201cIni bermaksud semua pelajar dari Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM.\n\nBaca juga : Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia\nProgram Yang Ditawarkan Di MRSM\nMaktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti. \nTerdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut: \n\n\n\n\n\n\n\nPremier \n\nMengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA\n\n\nUlul Albab\n\nGabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran\n\n\nIGCSE\n\nMenawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM\n\n\nIB MYP (Middle Years Programme)\n\nMengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM\n\n\nTeknikal\n\nMenerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan\n\n\nPKP (Program Khas Pendidikan)\n\nMengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM\n\n\n\n\nUntuk maklumat tambahan, sila rujuk\u00a0Syarat dan Pilihan Program MRSM\u00a0serta\u00a0FAQ\u00a0yang disediakan di pautan ini.\nBaca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\nSyarat Kemasukan Umum\n\nCalon warganegara Malaysia\nIbu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia\nCalon memohon secara dalam talian (online)\nCalon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)\nCalon sihat tubuh badan dan mampu berdikari\nCalon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.\nIbu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.\n\nBagi mengetahui maklumat lanjut mengenai SPMRSM, syarat kemasukan, program bantuan dan kebajikan MRSM, serta Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) sila klik pautan >> https://www.mara.gov.my/sistem-pendidikan-mrsm-tahun-2023/\nLokasi MRSM\nTerdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.\n\nBerikut adalah senarai MRSM mengikut program yang ditawarkan.\n\n\n\n\n\n\nTarikh Permohonan MRSM 2023\n1 September hingga 4 November 2022\nCara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4\nBerikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.\n\nPergi ke laman web rasmi MARA di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/\nPastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI.\nBagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4). \nBagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).\n Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya. \nLog masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.\nSila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.\nDi bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (\u2714) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar). \nSatu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar. \nSila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi. \n\nMUAT TURUN BUKU PANDUAN PERMOHONAN MRSM\n1. Calon perlu merujuk kepada\u00a0Buku Panduan Permohonan MRSM\u00a0sebelum membuat permohonan secara dalam talian.\n2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.\n3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.\n4.\u00a0Pemohon perlu mengisi keputusan PBD dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.\nRujuk Sistem Pendidikan MRSM 2023: https://www.mara.gov.my/sistem-pendidikan-mrsm-tahun-2023/\nSoalan Lazim (FAQ) : Permohonan MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 Sesi 2023\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM 2022)\nMajlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2023 sesi pertama mulai 27 November 2022.\nSemua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat.\nMakluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel.\nCalon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.\nSila rujuk info dan FAQ di bawah untuk persediaan bakal-bakal calon UKKM.\n\nSemakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM \nTarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian bermula jam 12.30 tengah hari, 23 November 2022.\nSemakan bolej dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.\nCara Semakan UKKM MRSM 2023\nUntuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:\nCara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1\n\nLayari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)\nIsikan nombor kad pengenalan dan log masuk\nStatus pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan\n\nCara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4\nBerikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:\n\nLayari laman web rasmi MRSM di sini:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)\nIsikan nombor kad pengenalan dan log masuk\nStatus pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan\n\nTarikh Ujian UKKM 2023\n\nSesi 1 : November dan Disember 2022\nSesi 2 : Januari 2023 \nSesi 3 : Februari 2023\n\nDokumen Yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian\nCalon diwajibkan membawa:\n\n2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE\nKad Pengenalan calon (MyKad / MyKid)\n1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)\n1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik . Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.\nAlat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil)\nKalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).\n\nSubjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2023\nUKKM merangkumi subjek berikut:\n\nBahasa Melayu\nMatematik\nSains\nKeperibadian (format soalan objektif)\n\nBilakah permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023 dibuka dan bagaimanakah cara membuat permohonan? Permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023 dibuka bermula 1 September hingga 4 November 2022.Iklan dikeluarkan pada 31 Ogos 2022 melalui akhbar utama di seluruh negara dan disiarkan dalam media sosial rasmi MARA.Pemohon perlu melayari laman web https://www.mara.gov.my/ untuk mendapatkan pautan permohonan dan membuat pendaftaran pengguna bagi mendapatkan kata laluan sebelum membuat permohonan kemasukan ke MRSM secara dalam talian.Pemohon perlu merujuk Buku Panduan Permohonan MRSM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Apakah syarat kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023? Syarat Kemasukan: i. Calon warganegara Malaysia. ii. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia. iii. Calon perlu memohon dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2023 iv. Calon wajib menduduki: \u2013 Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau \u2013 Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau\u2013 Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE.v. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari. vi. Umur Persekolahan Calon: \u2013 Tingkatan 1 2022 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011, atau \u2013 Tingkatan 4 2022 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008. vii. Ibu bapa/ penjaga tidak disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA viii. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tarikh lahir saya bukan seperti di dalam syarat kemasukan MRSM? Sekiranya calon tidak memenuhi syarat umur yang ditetapkan, calon dikehendaki e-melkan dokumen berikut kepada [email\u00a0protected]Dokumen yang diperlukan: I. Salinan sijil kelahiran calon II. Salinan surat pengesahan kohort umur Adakah saya boleh menggunakan telefon pintar untuk membuat permohonan secara dalam talian? Boleh, tetapi pemohon perlu memastikan dapat melihat keseluruhan paparan di setiap halaman permohonan. Pemohon boleh menggunakan kaedah putar (rotate) telefon bimbit secara melintang. Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan membuat permohonan menggunakan komputer/ desktop/ komputer riba dengan pelayar (browser) yang terkini. Saya cuba untuk mendaftar permohonan tetapi terdapat popup \u201cSila masukkan nombor kad pengenalan (12 digit) yang betul\u201d, apa yang perlu saya lakukan? Pemohon hendaklah memastikan bilangan nombor kad pengenalan calon yang diisi mencukupi 12 digit tanpa tanda (-).Contoh : No kad pengenalan : 100101010101 Saya cuba untuk mendaftar permohonan tetapi terdapat popup \u201cTidak memenuhi syarat permohonan MRSM\u201d, apa yang perlu saya lakukan? Pemohon perlu memastikan memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan seperti yang tertera dalam iklan permohonan MRSM 2023. Ibu atau bapa saya bukan warganegara dan tidak dapat mengisi nombor passport kerana ruangan kad pengenalan memerlukan 12 digit, bolehkah saya membuat permohonan? Boleh, salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara. Bagi permohonan yang menggunakan nombor passport (bukan nombor kad pengenalan) perlu lengkapkan 12 digit pada ruangan nombor kad pengenalan dengan menambahkan digit kosong (0) di belakang nombor passport. Contoh AG3215670000. Bolehkah saya mengemas kini permohonan saya selepas permohonan dihantar? Bagaimanakah untuk memastikan permohonan saya berjaya dihantar? Boleh, permohonan yang telah dihantar boleh dikemas kini sehingga tarikh tutup permohonan pada 4 November 2022. Calon akan menerima pop up \u201dPermohonan telah berjaya dihantar\u201d sejurus selepas menekan butang hantar dan perlu mencetak permohonan untuk simpanan dan rujukan. Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat nama calon/ e-mel/ nama sekolah/ aliran sekolah sekiranya terdapat kesilapan? Pemohon perlu e-melkan maklumat lengkap calon (nama serta nombor kad pengenalan) dan maklumat yang ingin dikemas kini kepada [email\u00a0protected]PERKARA: KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN (AWANG) Nama : Awang bin Seman No kad Pengenalan: 10111111111 Maklumat untuk kemaskini: \u2026\u2026\u2026 Anak saya tidak memohon secara dalam talian. Adakah permohonan bersurat akan diterima? Tidak, hanya permohonan secara dalam talian sahaja diterima dan akan diproses. Saya telah mengisi permohonan dalam talian, perlukah saya menghantar salinan permohonan yang dicetak kepada Bahagian Pendidikan Menengah? Salinan permohonan tidak perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Menengah. Apakah UKKM dan siapa yang perlu menduduki UKKM? UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua calon yang membuat permohonan secara dalam talian wajibmenduduki UKKM. Sekiranya nama ibu dan/ atau bapa telah disenaraihitamkan oleh pihak MARA, adakah anak saya masih boleh membuat permohonan dalam talian? Pemohon boleh membuat permohonan MRSM tetapi dalam masa yang sama, ibu dan/ atau bapa perlulah membuat semakan status senarai hitam dan pemutihan status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Pihak MARA jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan MRSM? Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email\u00a0protected] atau melalui Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARAiaitu03-26134531/ 32/ 33/ 17/ 16/ 78/ 65/ 39/ 40/ 34/ 35/ 38/ 37/ 34494 \nSumber: https://www.mara.gov.my/bm/soalan-lazim-faq/soalan-lazim-tawaran-kemasukan-ke-tingkatan-1-4-mrsm/\nUjian Kecenderungan Kemasukan MRSM\nSemua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). \nBagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.\nTempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek. \nUKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan. \nSila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM. \nPemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan. \nMaklumat Lanjut\nSila klik pautan permohonan >> https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/NOTA: Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi mulai tarikh yang dinyatakan.\nSila rujuk syarat-syarat lanjut dan buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 4 November 2022.\nLink permohonan online: https://www.mara.gov.my/\nPermohonan Kemasukan ke MRSM 2022 [\u00a0Tingkatan 1\u00a0] [\u00a0Tingkatan 4\u00a0]\nProgram MRSM [\u00a0Klik di sini\u00a0]\nSila layari portal MARAhttp://www.mara.gov.my\nTalian utama: 03-261 32000\nE-mel : [email\u00a0protected] \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tempat-ketiga-piala-dunia-2022/", "title": "Penentuan Tempat Ketiga Piala Dunia Qatar 2022 : Croatia lwn Maghribi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSiaran Langsung Penentuan Tempat ke-3/4 Piala Dunia 2022 di RTM Malaysia : Croatia vs Morocco (Maghribi)\nMaghribi yang menewaskan Portugal 1-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia, mengakhiri kemaraan mereka selepas tewas 0-2 kepada Perancis pada aksi separuh akhir tempoh hari.\nNamun, semangat mereka tidak terhenti di situ kerana masih terdapat perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang akan berlangsung pada 17 Disember 2022 nanti.\nBakal berentap, Croatia yang cemerlang menewaskan Brazil turut kecewa setelah dua gol yang dijaringkan penyerang Julian Alvarez dan satu sepakan penalti sumbangan Lionel Messi memberikan kemenangan 3-0 kepada Argentina dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia 2022.\nDalam Piala Dunia 2018 yang lalu, Croatia mara ke final Piala Dunia FIFA buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan England 2-1 di Moscow.\n\n\n\n\n\n\nMaka tentunya perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat ini bakal menyajikan aksi yang menarik dan menjadi satu pertemuan yang sengit buat kedua-dua pasukan.\nJangan lupa saksikan Morocco vs Croatia dalam perlawanan penetuan ini!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga / Keempat Piala Dunia Qatar 2022 : Croatia lwn Maghribi\n\n \nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\n\n\nJadual Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga / Keempat Piala Dunia Qatar 2022 : Croatia lwn Maghribi\nJADUAL SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA FIFA 2022 \u2013 PENENTUAN TEMPAT KETIGA / KEEMPAT\n\nTarikh : Sabtu, 17 Disember 2022\nTempat : Khalifa International Stadium, Qatar\nWaktu : 10.30 malam \nSiaran langsung di RTM2, TV Okey dan Strim Langsung di Portal Online RTMKlik\n\n\nSIARAN ULANGAN\n\nAhad, 18 Disember 2022, 8.00 malam\nSaluran Sukan RTM\n\n\nPerlawanan bagi peringkat final World Cup 2022 bakal dilangsungkan mengikut tarikh dan waktu di bawah:\nJADUAL SIARAN LANGSUNG PIALA DUNIA FIFA 2022 PERINGKAT AKHIR (FINAL) \n\nArgentina lwn Perancis\n\nTarikh : Ahad, 18 Disember 2022 \nWaktu : 10 malam (waktu Malaysia)\nSiaran Langsung : TV2 dan TV Okey atau Platform Online RTMKlik\n\n\n\nPAUTAN LIVE STREAMING RTM TV2:\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2\n\nRujuk : Final Piala Dunia 2022 LIVE Di RTM: Argentina vs France\nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\nSetakat Piala Dunia FIFA 2018, dua puluh satu kejohanan akhir telah diadakan dan sebanyak 79 pasukan kebangsaan telah bertanding.\nTrofi Piala Dunia telah dimenangi oleh lapan pasukan kebangsaan.\nBrazil telah menang lima kali, dan mereka adalah satu-satunya pasukan yang bermain dalam setiap kejohanan.\nPemenang Piala Dunia yang lain ialah Jerman dan Itali, masing-masing dengan empat gelaran; Argentina, Perancis, dan pemenang sulung Uruguay, dengan dua gelaran setiap satu; dan England dan Sepanyol, masing-masing dengan satu gelaran.\n1930:\u00a0Uruguay\u00a01934:\u00a0Itali\u00a01938:\u00a0Itali1950:\u00a0Uruguay\u00a01954:\u00a0Jerman Barat1958:\u00a0Brazil\u00a01962:\u00a0Brazil\u00a01966:\u00a0England1970:\u00a0Brazil\u00a01974:\u00a0Jerman Barat\u00a01978:\u00a0Argentina\u00a01982:\u00a0Itali\u00a01986:\u00a0Argentina1990:\u00a0Jerman Barat\u00a01994:\u00a0Brazil1998:\u00a0Perancis\u00a02002:\u00a0Brazil\u00a02006:\u00a0Itali2010:\u00a0Sepanyol\u00a02014:\u00a0Jerman\u00a02018:\u00a0Perancis\nBaca juga: \n\nTarikh Pembentangan Belanjawan & Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\nPiala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-penyata-gaji/", "title": "e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Gaji Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENAMBAHBAIKAN SISTEM e-PENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)\nPENGUMUMAN:\nYBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato\u2019 Seri/Dato\u2019 Sri/Datuk/Dato\u2019/Tuan/Puan,\nPelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Pembayaran Emolumen Pegawai Awam\nAdalah dimaklumkan, semakan tambahan (second validation) ke atas pembayaran emolumen pegawai awam akan dilaksanakan pada suku pertama 2023 bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti pembayaran Kerajaan.\nSehubungan itu YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato\u2019 Seri/Dato\u2019 Sri/Datuk/Dato\u2019/Tuan/Puan, perlu memastikan maklumat\u00a0Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank\u00a0di dalam sistem iGFMAS adalah\u00a0SAMA\u00a0dengan maklumat di sistem bank.\nPerbezaan maklumat\u00a0antara sistem iGFMAS dan sistem bank akan menyebabkan\u00a0pembayaran gaji pegawai tidak berjaya.\nKerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato\u2019 Seri/Dato\u2019 Sri/Datuk/Dato\u2019/Tuan/Puan dipohon untuk menyemak dan mengemas kini maklumat Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank (jika perlu) di dalam sistem iGFMAS atau sistem bank.\nSekian, terima kasih\nJabatan Akauntan Negara Malaysia\n29 Disember 2022\n(Sumber: Laman web rasmi ePenyata Gaji ANM)\n\nSebelum ini, difahamkan JANM telah selesai melaksanakan Aktiviti Penyelenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) dan ePayslip JANM Mobile. \nSehubungan itu, Sistem eSPGL dan ePayslip JANM Mobile telah dapat diakses untuk mendapatkan penyata gaji bulan September 2022.\nSebelum ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia memaklumkan aktiviti penyelenggaraan melalui media sosial rasmi mereka di Facebook.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang info dan update berkaitan laman web ini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah ePenyata Gaji?\n\n \nCiri Keselamatan Baharu e-Penyata Gaji (ePaySlip)\n\n \nCara Semakan e-Penyata Gaji Online\n\n \nMaklumat Yang Ditunjukkan Dalam Penyata Gaji\n\n \nePaySlip JANM\n\n \nFungsi Aplikasi ePayslip JANM\n\n \nPeringatan Penting:\n\n \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\n\n\nApakah ePenyata Gaji?\ne-Penyata Gaji merupakan sistem online oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) untuk memberi akses kepada Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.\nPortal ini akan memudahkan lagi urusan harian yang melibatkan penggunaan slip gaji seperti pinjaman kewangan, mengisi maklumat persekolahan anak-anak dan permohonan bantuan kewangan seumpamanya.\nSistem daftar e-Penyata ini juga secara tidak langsung akan menjimatkan masa, kos, serta menjadikan urusan lebih efisyen.\nBagi pekerja sektor swasta, anda dinasihatkan untuk mencarum ke dalam Skim Insurans Pekerjaan PERKESO bagi melayakkan anda untuk terima pelbagai bantuan kerajaan seperti program ERP dan Subsidi Upah.\nCiri Keselamatan Baharu e-Penyata Gaji (ePaySlip)\nJabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) juga ingin memaklumkan bahawa eSPGL mula boleh dicapai dengan ciri keselamatan baharu berikut :\n1. Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem.\n2. Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.\n3. Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.\n4. Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan.\n5. Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.\n6. Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke [email\u00a0protected]\n7. ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh digunakan bermula Disember 2022.\nPANDUAN MEMASUKKAN KATA LALUAN BAHARU SISTEM EPENYATA GAJI\nSekiranya ada kesukaran bagi memasukkan kata laluan baharu di sistem ePayslip, boleh rujuk panduan berikut.\nPenggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan ePayslip :\n+ Jumlah character kata laluan hendaklah 8-12 character\n+ Mengandungi sekurangnya 1 huruf besar\n+ Mengandungi sekurangnya 1 huruf kecil\n+ Mengandungi sekurangnya 1 nombor\n+ Mengandungi sekurangnya 1 aksara khas (simbol dibenarkan \u2013 @$!%*?&)\nContoh : [email\u00a0protected]\nCara Semakan e-Penyata Gaji Online \nBerikut adalah cara membuat semakan penyata gaji online untuk penjawat awam.\n1. LAYARI LAMAN WEB E-PENYATA GAJI\nPergi ke pautan berikut untuk melayari laman web rasmi e-Penyata Gaji: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx\n2. DAFTAR PENGGUNA BARU\nUntuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru \u201cPertama Kali Mendaftar\u201d.\nSkrin Pendaftaran Pengguna Baru berikut akan dipaparkan seperti berikut:\n\n3. ISIKAN MAKLUMAT\nSila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. \nSemak dan pastikan semua maklumat yang diisi disahkan sahih oleh sistem.\n\nSetelah selesai anda mengisi semua maklumat tersebut, sila tekan butang \u201cOK\u201d dan skrin DAFTAR MASUK akan dipaparkan.\n4. DAFTAR MASUK\nLogin e-Penyata Gaji dengan menekan klik pada butang \u201cDaftar Masuk\u201d.\nMasukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau KodPengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang \u201cDaftar Masuk\u201d.\n5. KEMASKINI MAKLUMAT \nSebelum memuat turun penyata gaji, anda dikehendaki untuk mengemaskini profil anda dengan memasukkan No H/P dan Alamat e-mel.\nLangkah ini adalah penting bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.\n6. MUAT TURUN PENYATA GAJI\nSetelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat yang dikehendaki, barulah anda boleh klik pada submenu \u201dSendiri\u201d untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.\ni) Menyemak Penyata Gaji Bulanan\n\nBuat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang \u201dCari\u201d. \nKlik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. \nKemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda. \n\n\nii) Menyemak Penyata Gaji Tahunan\n\nKlik \u201dPenyata Pendapatan Tahunan\u201d yang terdapat di bawah submenu \u201dSendiri\u201d.\n Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem. \nKlik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan. \nKemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.\n\n\nBaca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (JANM)\nMaklumat Yang Ditunjukkan Dalam Penyata Gaji\nPenyata Gaji yang dipaparkan akan menunjukkan maklumat berikut:\n\nJumlah Pendapatan\u00a0\u2013 bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.\nJumlah Potongan\u00a0\u2013 amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan\n\nJumlah amaun untuk apa-apa\u00a0Potongan Tetap\u00a0adalah: potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji. \nMajikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun. \nJumlah\u00a0amaun pendapatan bersih\u00a0adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari\u00a0E-Penyata Gaji. \nePaySlip JANM\nJangan lupa muat turun apps ePayslip JANM Mobile di telefon bimbit anda. \nPengguna disaran menggunakan peranti Android (minima Versi 4.4) atau iOS (minima Versi 11) bagi pemasangan ePayslip JANM Mobile App.\nAplikasi juga memerlukan pengguna memasang perisian PDF Reader didalam peranti masing- masing bagi memudahkan proses muat turun atau serta paparan Penyata Gaji, Penyata Tahunan dan Penyata Untuk Pinjaman.\n\n\nFungsi Aplikasi ePayslip JANM\nBagi memudahkan lagi pengguna untuk menyemak e-Penyata Gaji, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui smartphone, versi mobile kini sedia untuk dimuat turun di\u00a0AppStore\u00a0dan\u00a0Play Store\u00a0melalui carian \u201cePayslip JANM\u201d. \nIa menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu \n\nuntuk memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan, \nuntuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja), \nuntuk menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan \nuntuk menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan. \n\nPANDUAN PENGGUNA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeringatan Penting:\n*Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat\u00a0Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan,\u00a0Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun\u00a0dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan\u00a0terkini sahaja. \n*Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. \n*Adalah menjadi\u00a0tanggungjawab masing-masing untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive\u00a0untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan. \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nE-melkan Masalah atau Aduan\u00a0berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0dengan menyertakan\u00a0Nama Penuh ,No.KP,\u00a0No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan,\u00a0No.Kod Jabatan\u00a0dan\u00a0No.Kod Pusat Pembayar. \nTelefon : 03-8882 1000\nFacebook: Jabatan Akauntan Negara Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/virtual-mini-job-hunt-ptptn/", "title": "Virtual Mini Job Hunt: Jawatan Kosong Untuk Peminjam PTPTN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi peminjam PTPTN yang sedang mencari pekerjaan, anda dialu-alukan untuk mendaftar bagi program \u2018Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers\u2019 minggu ini bagi menghadiri sesi temuduga dengan majikan.\nMenurut BERNAMA, sebanyak 4,609 peluang pekerjaan daripada 20 majikan dalam pelbagai bidang ditawarkan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).\nMenarik kan?\nJom ketahui lebih lanjut tentang program \u2018Virtual Mini Job Hunt\u2019 bagi peminjam PTPTN ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program \u2018Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers\u2019?\n\n \nTujuan Program\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTempoh Program\n\n \nPerjalanan Program\n\n \nAgensi Terlibat\n\n \nCara Pendaftaran \u2018Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers\u2019\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program \u2018Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers\u2019?\nKhas buat peminjam PTPTN yang menghadapi masalah sukar mencari pekerjaan, pelbagai bidang ditawarkan dalam program pencarian kerja \u2018Virtual Mini Job Hunt\u2019 ini.\nAntaranya pekerjaan dalam bidang pendidikan,\u00a0pembuatan dan perkhidmatan, perbankan dan runcit. \nGaji paling rendah yang ditawarkan melalui program \u2018Virtual Mini Job Hunt\u2019 ini mestilah melebihi gaji minimum dan gaji paling tinggi adalah sekitar RM4,000 ke RM5,000.\nMelalui program \u2018Virtual Mini Job Hunt\u2019 ini juga peserta dapat mengetahui persediaan yang perlu dilakukan serta cara untuk memohon pekerjaan yang sesuai dengan profil kerjaya dari pakar.\nTujuan Program\nProgram ini merupakan inisiatif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan inisiatif berikut:\nMembantu peminjam PTPTN yang telah bergraduat dan masih belum mendapatkan pekerjaan melalui Program Mencari Pekerjaan Perkeso.Menyediakan peluang pekerjaan kepada peminjam PTPTN untuk mempersiapkan diri dengan mengadakan webinar dan latihan bagi membekalkan graduan-graduan ini sebelum proses temuduga.Menggalakkan peminjam PTPTN yang memerlukan pekerjaan mendaftar diri dalam portal PERKESO iaitu EISJob Melibatkan kolaborasi menganjurkan \u2018Career Program\u2019, katanya.\nBaca juga : Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO\n\nSyarat Kelayakan\n\u2018Virtual Mini Job Hunt for Borrowers\u2019\u00a0 ini adalah terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang tamat pengajian dari institusi pengajian tinggi dan politeknik termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi ingin meningkatkan kerjaya mereka.\nPeminjam yang telah disenaraihitam (blacklist) juga layak memohon pekerjaan melalui program ini.\nPeminjam yang berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program berkenaan, gaji mereka tidak akan ditolak secara automatik untuk membayar pinjaman PTPTN.\nTempoh Program\nProgram ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 30 Jun 2020 hingga 3 Julai 2020.\n\nPerjalanan Program\nDalam tempoh 4 hari, program ini akan dibahagikan kepada 2 sesi iaiti :\nSESI 1: 30 Jun dan 1 Julai \u2013 Diadakan sesi webinar yang mendedahkan peminjam PTPTN mengenai kaedah mempersiapkan diri.SESI 2 : 2 dan 3 Julai \u2013 Diadakan proses temu duga secara dalam talian.\n\n\nAgensi Terlibat\nPrgoram ini merupakan anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).Membabitkan lebih 20 majikan / syarikat\nCara Pendaftaran \u2018Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers\u2019\nBerikut adalah langkah untuk mencari pekerjaan melalui program \u2018Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers\u2019 secara online :\n\nPergi ke laman web https://careerfair.perkeso.gov.my/Isikan nombor kad pengenalan peminjam PTPTN.Isikan butiran diri dan klik \u2018Register\u2019.Login ke laman web semula dan pilih jawatan yang dipohon.Permohonan yang diterima akan disemak oleh pegawai Pendaftaran PERKESO.Setelah permohonan anda diluluskan, e-mel beserta pautan ke \u2018Lobby Room\u2019 sesi temuduga akan dihantar.Pautan untuk \u2018Interview Room\u2019 bagi sesi \u2018Temuduga Bersama Majikan\u2019 akan diberikan.Klik pada pautan yang diberikan dan sesi temuduga akan bermula.Setelah selesai sesi temuduga, klik butang \u2018Leave Meeting\u2019.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berhubung program ini, sila hubungi pegawai terlibat melalui talian berikut:\n019-249 2606 (En Neil)017-339 8583 (En Dianhazri)019-658 5507 (En Azman)\nAnda juga boleh mendapatkan update terkini tentang program ini melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Laman Rasmi Eis Perkeso.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/parti-bersatu/", "title": "Parti BERSATU : Latar Belakang, Organisasi & Calon PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Parti BERSATU juga akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding. \nIkuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat terkini serta informasi mengenai Parti BERSATU termasuk calon-calon yang telah dimuktamadkan untuk PRU15. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar Belakang\n\n \nTujuan dan Matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia\n\n \nPengumuman Calon PRU15\n\n \nMajlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatar Belakang\nParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 14 Januari 2017.\nPengerusi pertama bagi parti ini adalah Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyaksikan penyertaan sulung BERSATU dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Ketika itu, BERSATU memimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Barisan Nasional (BN).\nKewibawaan BERSATU dalam PH melakar sejarah penting dalam politik Malaysia apabila PH berjaya mengambil alih pentadbiran Malaysia sambil BERSATU menyumbang sebanyak 13 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan PH.\nSelepas kemenangan PRU14, Tun Dr Mahathir Mohammad mengangkat sumpah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara, pada 10 Mei 2018. Bagaimanapun Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BERSATU pada 24 Februari 2020.\nBagi menyelamatkan negara daripada krisis politik dan kepimpinan, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-lapan. \n\n\n\n\n\n\nSokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.\nMeskipun jawatan Perdana Menteri Malaysia kini digalas oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kepimpinan BERSATU masih kekal di tangan Tan Sri Dato\u2019 Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin sebagai Presiden parti.\n\nBaca Juga : [RASMI] Pengumuman Calon Perikatan Nasional PRU15\nTujuan dan Matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia\nTujuan dan Matlamat parti adalah seperti berikut :\nMenegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan.Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak dalam Perlembagaan Persekutuan yang sah untuk semua kaum.Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.Menyertai pilihan raya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihan raya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri.\nPengumuman Calon PRU15\n\nUntuk makluman, dalam PRU15 nanti Parti Bersatu akan membentuk gabungan dengan parti-parti berikut di bawah Perikatan Nasional :\nParti Pribumi BERSATU MalaysiaParti Islam Se-Malaysia (PAS) PusatParti Gerakan Rakyat Malaysia\nUntuk melihat calon-calon yang disenaraikan mewakili Parti Bersatu dan Perikatan Nasional, sila rujuk senarai lengkap di sini : [RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15\nMajlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu\nPresiden\nYB Tan Seri Dato\u2019 Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin\nTimbalan Presiden\nYB Dato\u2019 Seri Ahmad Faizal Dato\u2019 Azumu\nNaib Presiden\nYB Datuk Seri Dr Ronald KiandeeYB Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md JidinYB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen\nKetua Srikandi\nYB Datuk Seri Rina Mohd Harun\nKetua Armada\nYB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal\nSetiausaha Agung\nYB Dato\u2019 Seri Hamzah Zainudin\nBendahari Agung\nYBhg Dato\u2019 Mohamed Salleh Bajuri\nKetua Penerangan\nYBhg Datuk Wan Saiful Wan Jan\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dipilih)\nYB Dato\u2019 Sri Ikmal Hisham Abdul AzizYBhg Encik Abdul Hakim Gulam HassanYB Dato\u2019 Zainol Fadzo PaharudinYBhg Dato\u2019 Iskandar Dzulkarnain Abdul KhalidYB Senator Datuk Razali IdrisYB Dato\u2019 Eddin Syazlee ShithYB Dato\u2019 Seri Mustapa MohamedYBhg Datuk Wan Saiful Wan JanYBhg Puan Azlinda Abdul LatifYBhg Encik Mohd Taufik YaacobYBhg Puan Hajjah Faizah Haji BaharomYBhg Encik Mohd Rafiq Mohd AbdullahYBhg Datuk Seri Panglima Lajim Haji UkinYBhg Dato\u2019 Suhaili Abdul RahmanYB Dato\u2019 Dr Sahruddin JamalYBhg Dato\u2019 Mohamed Farid Mohamed ZawawiYBhg Tuan Haji Mohd Zulkifli ZakariaYBhg Encik Mohd Yazid Mohd YunusYB Datuk Shabudin YahayaYB Dato\u2019 Rosol WahidYBhg Puan Shamsilah Siru\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dilantik)\nYB Datuk Seri Mohd Redzuan Md YusofYB Dato\u2019 Dr Abdul Latiff AhmadYB Dato\u2019 Seri Mohamed Azmin AliYB Datuk Abdul Rashid AsariYBhg Dr Muhammad Faiz Na\u2019amanYBhg Tan Sri Radzi Shaikh Ahmad\nBiro dan Jawatankuasa\nBiroKetua BiroBiro PolitikYAB Tan Sri Dato\u2019 Hj. Muhyiddin Hj. Mohd YassinBiro PengurusanYAB Dato\u2019 Seri Ahmad Faizal Dato\u2019 AzumuBiro PeneranganYBhg Datuk Wan Saiful Wan JanBiro Pilihanraya Dan KajianYB Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBiro Latihan Dan PerkaderanYB Senator Dr. Mohd Radzi Md JidinBiro Penambahan Ahli Dan CawanganYB Datuk Mohd Rafiq NaizamohideenBiro AgamaYB Datuk Haji Shabudin YahayaBiro EkonomiYB Dato\u2019 Sri Mustapa MohamedBiro AntarabangsaYB Dato\u2019 Seri Mohamed Azmin AliJawatankuasa Semakan PerlembagaanYB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin\nJawatankuasa\nJawatanNamaPengerusi Jawatankuasa Pemilihan PartiYBhg Tan Sri Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar AlbarPengerusi Lembaga DisiplinYBhg Tan Sri Megat Najmuddin Dato\u2019 Seri Dr. Megat KhasPengerusi Lembaga RayuanYBhg Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad\nMaklumat Lanjut\nUntuk perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai Parti BERSATU, sila ikuti laman Facebook rasmi Parti Pribumi BERSATU Malaysia dan layari laman rasmi Parti Bersatu di https://bersatu.org/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hijrah-asnaf-tanaman-lznk/", "title": "Tawaran Hijrah Asnaf Tanaman LZNK Untuk Usahawan Agrotani Belia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Hijrah Asnaf Tanaman LZNK Untuk Usahawan Agrotani Belia\nSukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini menawarkan bantuan bagi usahawan agrotani daripada golongan belia.\nInisiatif ini diwujudkan oleh LZNK dengan kerjasama Agrobank dan syarikat CocoJack bagi meringankan beban para usahawan agrotani agar penghasilan tanaman serta pendapatan mereka dapat ditingkatkan.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan.\nBaca Juga : Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Ambilan Oktober 2022/2023\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nManfaat & Kemudahan Program Hijrah Asnaf Tanaman\n\n \nSyarat Penyertaan\n\n \nCara Mendaftar\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nPenyertaan Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUsahawan belia yang berminat boleh kemukakan permohonan untuk menjadi peserta program sebelum tarikh tutup iaitu pada 25 Disember 2022. \nUntuk makluman, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berasal daripada kawasan Merbau Pulas dan sekitarnya.\nManfaat & Kemudahan Program Hijrah Asnaf Tanaman\nPeserta bakal ditawarkan manfaat menerusi program ini seperti yang disenaraikan berikut :\n\nTapak Projek Daerah Kulim\nModal Permulaan\nModul dan Teknik\nBimbingan oleh Pakar Agrotani\nProduk dan Pembeli\nElaun Sementara Menunggu Hasil\n\nSyarat Penyertaan\nPemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat kelayakan berikut :\n\nBerasal daripada keluarga dari kumpulan asnaf.\nBelia daripada Negeri Kedah.\nBerumur 18 tahun ke atas.\nSihat tubuh badan.\nBerminat dalam bidang yang dipohon.\n\nCara Mendaftar\nUntuk menyertai program ini, anda boleh ikuti panduan pendaftaran seperti berikut :\n\nLayari pautan berikut iaitu\u00a0https://bit.ly/usahawanagrotani.\nIsi maklumat pendaftaran yang diperlukan.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen seperti berikut :\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga.\n\nPenyertaan Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Hijrah Asnaf Tanaman, sila hubungi Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK di talian 04- 7331740/0194654255 (Whatsapp).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/epangkat-kpm/", "title": "ePangkat: Login Sistem Kenaikan Pangkat KPM Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nePangkat KPM : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2022\nUntuk melihat senarai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang terlibat dalam urusan kenaikan pangkat secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) melalui sistem ePangkat bagi Julai hingga Disember 2022, sila rujuk lampiran di bawah:\n\nMuat turun info lanjut:\nSurat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat PPP 2022 TBBKDownload\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah ePangkat\n\n \nObjektif ePangkat\n\n \nDaftar dan login ePangkat\n\n \nTips Kenaikan Pangkat Melalui e-Pangkat KPM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSejarah ePangkat\nSistem e-Pangkat KPM ini diperkenalkan sekitar tahun 2008 bagi mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat seperti tempoh masa yang lama untuk memproses dan sebarang kesilapan yang mungkin timbul.\nIanya merupakan satu sistem yang menyediakan maklumat kenaikan pangkat fleksibel bagi semua guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nDengan sistem ini, semua maklumat dan informasi para guru akan disimpan dalam sistem, seterusnya memudahkan pihak KPM menguruskan hal-hal berkaitan pertukaran pangkat pra guru. \nDengan adanya sistem bersepadu ePangkat, ianya dapat mengelakkan sebarang kesilapan dan pengurusan KPM untuk memantau kenaikan pangkat para guru. \nDengan sistem ini juga, para guru sendiri dapat mengemaskini maklumat terbaru mereka dan menyemak bagi memastikan tiada sebarang kesilapan mengenai maklumat diri mereka. \nObjektif ePangkat\n\nSejak diperkenalkan, ePangkat mempunyai beberapa objektif utama antaranya:\nMemudahkan para guru mengemaskini maklumat terkini mereka bagi mengelakkan urusan kenaikan pangkat mereka mempunyai sebarang masalahMenyediakan satu sistem pengurusan kenaikan pangkat yang tersusunMemudahkan dan mengautomasikan semua proses dan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatanMemudahkan perancangan urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran jawatanMemastikan urusan kenaikan pangkat yang lebih sistematik dngan memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat \nDaftar dan login ePangkat\nUntuk makluman, sistem ini hanya berguna untuk para guru yang mempunyai gred DG 41 ke 44, DG 42 ke DG 44, DG 52 ke DG 54 sahaja.\nLayari laman e-Pangkat KPM di alamat https://epangkat.moe.gov.my/login.phpBagi yang mahu mendaftar, anda boleh berbuat demikian dengan mengklik butang \u201cBelum Berdatar?\u201dUntuk mendaftarkan akaun, masukkan butiran seperti Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan Alamat Emel.Kemudian, klik butang \u201cHantar\u201d\nTips Kenaikan Pangkat Melalui e-Pangkat KPM\nKenaikan Pangkat Secara Time Based Kecemerlangan (TBBK) DG44adalah satu proses yang ditawarkan setiap tahun. \nDi sini kami kongsikan sedikit tips dan pengalaman oleh Mierul Mraz dari Facebook untuk panduan bersama.\n\nBanyak orang dah lalui fasa ni. Untuk kesan proses saya sendiri & kongsi pengalaman, saya abadikan di sini. \nSENTIASA ALERT DENGAN TEMPOH PERKHIDMATANLantikan PPPS perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun.PPLD pula ada pengiraan tahun berkhidmat yang boleh diguna dalam kenaikan pangkat. Nak guna masa naik DG48 pun boleh.IKLAN KENAIKAN PANGKATIklan ni kita semak di website ePangkat. Tak perlu cukup tempoh berkhidmat pun untuk daftar.Iklan dikeluarkan 2 kali setahun untuk lantikan Jan \u2013 Jun & Julai \u2013 Disember (tak pasti bulan).PERSEDIAAN AWALPT / Ketua Jabatan akan minta sedia beberapa dokumen:i. Surat Lantikan SPPii. Surat Pengesahan Pelantikan SPPiii. Surat Penempatan Sekolahiv. Surat Pengesahan Dalam PerkhidmatanPT akan upload dokumen ni setelah iklan keluar & dibuka untuk permohonan. Boleh rujuk carta alir untuk tengok tarikh2 penting proses permohonan. Sediakan juga dokumen sampingan:i. Ijazah / Sijil Akademikii. Sijil Kelulusan Ikhtisas ( untuk Twinning Programme, bagi surat dari IPG yang menyatakan ijazah dari univeristi tu setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)PERMOHONANAda 2 jenis permohonan; secara online & manual. Online untuk yang tak ada isu seperti Cuti Tanpa Gaji, Cuti Belajar. Boleh rujuk surat keluaran JPA untuk maklumat tepat. Manual untuk yang ada isu-isu tersebut. Saya cerita yang online saja okay\u2026PT & KJ akan upload 3 dokumen penting termasuk Buku Rekod Perkhidmatan (BRP). Yang ni kita tak ada akses, disimpan di PPD. Mereka akan uruskan. Jadi kalau ada pertukaran sekolah, PPD, negeri berkhidmat, semak betul-betul ya. Di BRP ni juga ada nombor rujukan surat, jadi pastikan surat tu sama macam dalam BRP.Ketua Jabatan akan semak & isi maklumat berkaitan seperti markah LNPT untuk 3 tahun terkini. Syaratnya mesti lebih 85% kalau tak silap untuk wajaran ketiga-tiga tahun tersebut.Dah selesai semua, kita log in menggunakan ID e-Pangkat kita untuk semak & pastikan kita lengkapkan maklumat seperti pinjaman pendidikan, tindakan tatatertib & lain-lain.Setelah selesai, kilik Mohon. Kita boleh cetak slip permohonan kita di bahagian TBBK.Jangan sesekali mohon kalau maklumat belum dikemaskini oleh PT & KJ.PROSESKita ada dapat beberapa borang seperti:i. Butir-Butir Calon Tapisan Keutuhan (SPRM)ii. Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) 1a untuk gred 41.iii. Akuan Pilihan bagi Calon Gred DG41/DG42 ke DG44 (ExPPLD)iv. Surat Pengesahan Markah LNPT Tahun (2020, 2019, 2018)Sediakan juga:i. Salinan dokumen yang dimuatnaik dalam ePangkat (rujuk siaran KPM: Para 5 \u2013 m/s 4-5)ii. Slip permohonan yang kita cetak masa membuat permohonan di 3(e).Serahkan semuanya lengkap di isi untuk disahkan oleh pihak sekolah sebab dokumen kita akan dikemukakan ke Unit Naik Pangkat JPN masing-masing (sebelum 20 Januari mengikut JPN).\nNOTA:\nAda borang yang kita boleh download saja dari website e-Pangkat.Contoh Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) tu banyak ja di internet. Boleh tengok contoh ayat. Kita kena isi sumbangan kita 3 tahun terkini.Rajin-rajin tanya PT & KJ kalau ada kekeliruan.Borang KC: https://epangkat.moe.gov.my/\u2026/Borang%20Kategori%201a%20\u2026Surat Siaran: https://epangkat.moe.gov.my/IKLAN%20FASA%201%202022.pdf\nKalau ada yang salah atau nak kongsi pengalaman, feel free to comment. \nKita sama-sama belajar.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah, persoalan atau pertanyaan mengenai sistem e-Pangkat KPM, anda boleh berhubung terus dengan pegawai yang bertugas melalui salah satu kaedah yang berikut:\nNo. Tel: 03-8884 7963 / 7863 / 7816\nEmel: [email\u00a0protected]\nAlamat: Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kolej-yayasan-felda-2022/", "title": "Tawaran Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda Ambilan Mei & Jun 2022 Untuk Lepasan SPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa pengambilan pelajar baharu untuk kemasukan ke Kolej Yayasan Felda ambilan Mei & Jun 2022 kini dibuka. \nPeluang ini terbuka kepada warga Felda dan bukan Felda yang berkelayakan untuk ikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat Diploma.\nKursus dalam pelbagai bidang dan kemahiran ditawarkan di Kolej Yayasan Felda bagi pelajar yang berminat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kolej ini dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Yayasan Felda?\n\n \nLokasi Kolej Yayasan Felda\n\n \nProgram Yang Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Yayasan Felda?\nYayasan Felda ditubuhkan untuk memberi peluang kepada warga felda dan juga bukan warga felda yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil dan seterusnya ke peringkat diploma. \n\n\n\n\n\n\nPeluang keemasan ini dibuka kepada pelajar yang berminat dalam mempelajari kemahiran dan akan diajar dalam bidang seperti Masakan, Pastry, Catering, Pengurusan Pengacaraan, Jahitan, Pengursan Pejabat dan Kursus Kesihatan. \nYayasan felda juga mempunyai 3 buah kolej yang terletak di Kolej Yayasan Felda Pahang, Felda Wilayah Mempaga, Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja Alias . \nKolej_Yayasan_Felda Perak, Felda Wilayah Trolak adalah bagi pelajar yang mengikuti Kursus intensif Bahasa inggeris bertujuan meningkatkan tahap Bahasa inggeris para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.\n\nLokasi Kolej Yayasan Felda\nUntuk makluman, Yayasan Felda mempunyai institut pengajian yang terletak di lokasi berikut :\nYayasan Felda Pahang, Felda Wilayah MempagaYayasan Felda Negeri Sembilan, Felda Wilayah Raja AliasYayasan Felda Perak, Felda Wilayah Trolak\nBaca Juga : Permohonan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti 2022\nProgram Yang Ditawarkan\nAntara program pengajian yang ditawarkan di Kolej_Yayasan Felda berdasarkan lokasi adalah seperti berikut :\nKolej Yayasan Felda Pahang\nKolej ini menawarkan sembilan (9) kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia iaitu :\nDiploma \u2013 Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan MakananDiploma \u2013 \u00a0Pengurusan Bahagian Makanan dan MinumanSijil \u2013 Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 2 dan 3)Sijil \u2013 Operasi Servis Makanan dan Minuman (Tahap 2 dan 3)Sijil \u2013 Pembuatan Pastri (Tahap 2 & 3)Sijil \u2013 Koordinasi Pengurusan Acara\nKolej Yayasan Felda Negeri Sembilan\nKolej ini menawarkan lapan (8) kursus kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, dan Kursus Intensif Bahasa Inggeris dengan kerjasama City & Guilds, UK.\nDiploma \u2013 Pentadbiran Fesyen dan PakaianDiploma \u2013 Pengurusan PentadbiranSijil \u2013 Pembuatan Pakaian Wanita (Tahap 2 &3)Sijil \u2013 Pembantu Dialisis (Tahap 1 dan 2)Sijil \u2013 Pengurusan Pejabat (Tahap 2 dan 3)Sijil \u2013 Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki (Tahap 3)Sijil \u2013 Penyeliaan Pembantu Dialisis (Tahap 3)\nKolej Yayasan Felda Perak\nKolej Yayasan_Felda_Perak, Felda Wilayah Trolak menempatkan pelajar yang ingin mengikuti Kursus Insentif Bahasa Inggeris untuk tingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris buat para pelajar lepasan sekolah untuk persediaan di peringkat lebih tinggi.\n\nCara Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon untuk lanjutkan pengajian di Kolej Yayasan_Felda dengan mengikuti program Sijil atau Diploma yang ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut : https://kyf.yayasanfelda.org/\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kemasukan pelajar ke Kolej Yayasan_Felda, sila layari laman web rasmi Yayasan_Felda di pautan https://kyf.yayasanfelda.org/\nAnda juga boleh hubungi Yayasan Felda di talian 03-2693 4224 atau emelkan ke alamat [email\u00a0protected] untuk sebarang pertanyaan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-ibu-bersalin/", "title": "Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2023 (BIB) RM450", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita gembira buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, kerajaan Negeri Sarawak menyediakan Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 untuk anda.\nSegala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan maklumat terkini yang tertera di portal rasmi kerajaan negeri.\nBerikut dikongsikan cara membuat permohonan dan syarat kelayakan terkini.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan ini, syarat-syarat dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nDokumen Diperlukan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMuat turun aplikasi iSarawak Care\n\n \nKaedah Penghantaran Borang\n\n \nMuat Turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin\n\n \nLain-lain Bantuan Berkaitan\n\n \nPeringatan Penting\n\n\nApakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?\nYAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020. \nBahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).\nPermohonan terbuka kepada semua rakyat Sarawak yang bakal bergelar ibu.\nAnda boleh memohon bantuan ini setiap kali anda bersalin dengan syarat permohonan mesti dibuat sebelum usia bayi menjejak 3 bulan kelahiran. \nSyarat Kelayakan\nBerikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan ibu bersalin negeri Sarawak.\n\nMestilah warganegara Malaysia\nIbu merupakan pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus \u2018K\u2019 atau isteri kepada pemegang kad tersebut\nMestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak\nPerlu memohon paling lewat selepas 3 bulan melahirkan\n\nBorang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, maka segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian. \nDokumen Diperlukan\nAntara dokumen-dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan adalah seperti di bawah:\n\nSalinan kad pengenalan permohon (depan & belakang)\nSalinan kad pengenalan suami / penjaga (depan & belakang)\nSalinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus \u2018K\u2019\nSalinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan)\nSalinan muka hadapan buku akaun / penyata akaun\nSalinan nota discaj / sijil lahir bayi\n\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:\n\nOnline melalui pautan ini http://isarawakcare.sarawak.gov.my/mohon-sekarang atau\nManual melalui Borang Permohonan\n\nBorang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:\n\nBoleh dimuat turun di pautan https://drive.google.com/file/d/1p32HKRZG08LWM2GtQ6XXm67Svm6_HOon/view atau\nBoleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)\n\n\n\nBaca juga: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga\nMuat turun aplikasi iSarawak Care\n\nPermohonan juga boleh dibuat terus melalui aplikasi mudah alih iSarawak Care.\nUntuk muat turun, boleh dapatkan melalui halaman https://kenyalanggold.com/isarawakcare-app/\nBuat masa ini aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja dan aplikasi untuk pengguna iOS bakal tersedia pada masa hadapan.\nKaedah Penghantaran Borang\nPenghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:1) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)\nBagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui:\n\n1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat);\n2) Facebook: https://www.facebook.com/iSarawakCare atau\n3) E-mel: [email\u00a0protected]\n\nBaca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas\nMuat Turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin \nKLIK\u00a0DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan\u00a0Bantuan_Ibu Bersalin (BIB)\nlnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)\n\nLain-lain Bantuan Berkaitan\nPemberitahuan mengenai perkhidmatan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak\u00a0\ni. Taska dan Pusat Jagaan\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\nii. Pembangunan Ekonomi\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\niii. Bantuan Kesejahteraan Sosial\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\niv. Pembangunan Komuniti Sukarela\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\nv. Pengurusan Bencana\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\nvi. Khidmat Sokongan Sosial\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\nvii. Perlindungan Kanak-Kanak\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\nviii. Perkhidmatan Kaunseling\u00a0\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\n3.\u00a0Pemberitahuan mengenai perkhidmatan di bawah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak\u00a0\ni. Wisma Wanita Traning Centre (WWTC)\nSila Klik\u00a0DISINI\u00a0untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.\nPeringatan Penting\nSekiranya terdapat maklumat palsu yang digunakan ketika mengisi borang permohonan, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya terdapat persoalan lain mengenai bantuan ini, anda boleh merujuk bahagian yang mengendalikan bantuan ini seperti maklumat berikut:\nUrus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-KanakTingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya93050 Kuching, SarawakTel: 082-311340 / 082-311718E-mel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pembelian-barangan-keperluan-banjir-rm2500/", "title": "Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir JPM (RM2500)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR RM2500\nPerdana Menteri telah mengumumkan pelbagai pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa banjir yang terjejas pada Disember 2021.\nSalah satu daripada bantuan tersebut adalah Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Melalui ICU, JPM.\nMungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara untuk memohon atau mendapatkan bantuan ini?\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan info terkini tentang bantuan ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir ?\n\n \nJumlah Sumbangan\n\n \nKelayakan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir RM2500\n\n \nKaedah Sumbangan / Bayaran Bantuan Banjir RM2500\n\n \nCara Permohonan / Proses Penyaluran Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir\n\n \nNo Talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir ?\nBantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada 31 Disember 2021.\nBantuan berjumlah RM10,000 tersebut merangkumi 6 bentuk bantuan iaitu:\nBANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500\u2800REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBERDISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000\nSalah satu bantuan yang tersenarai adalah Bantuan Pembelian Barang Keperluan yang akan kami kongsikan lebih lanjut dalam artikel ini.\n\nJumlah Sumbangan\nJumlah sumbangan bagi bantuan ini adalah RM2,500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).\nKelayakan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir RM2500\nSyarat kelayakan bagi memohon atau mendapatkan bantuan ini adalah:\nUnit rumah yang ditenggelami air\nMereka yang tidak layak mendapatkan bantuan ini adalah:\nUnit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri) yang tidak terjejasPremis perniagaan\nKaedah Sumbangan / Bayaran Bantuan Banjir RM2500\nBayaran akan diberikan dalam bentuk:\nSumbangan tunaiPemindahan elektronik \u2013 EFT (Electronic Fund Transfer)\nUnit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan pelaksana yang terlibat untuk menguruskan bantuan ini.\nPelaksanaan bantuan ini akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah masing-masing.\n\nCara Permohonan / Proses Penyaluran Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir\nUntuk memohon, sila ikuti mekanisme penyaluran berikut:\nMenghubungi dan memberi data KIR kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)Senarai penerima yang layak akan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)Senarai akan dikemukakan kepada ICU JPMSerahan wang tunai / EFT oleh ICU JPM / Pejabat Daerah akan dibuat kepada penerima.\n\nNo Talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)\n https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/pkob \nMaklumat Lanjut \nUntuk mengetahui maklumat lanjut tentang Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila rujuk :\nBantuan Banjir Keluarga Malaysia : 6 Inisiatif Yang Boleh DimohonFacebook : Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana MenteriSenarai PKOB : https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/pkob\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-temuduga-upu/", "title": "Semakan Temuduga UPU Online Sesi 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UPU DAN / ATAU UJIAN UPUONLINE 2023 / 2024\nPROGRAM PENGAJIAN BUKAN PENDIDIKAN\nLEPASAN STPM / SETARAF | SESI AKADEMIK 2023/2024\nCALON YANG MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN BERTEMU DUGA DAN / ATAU UJIAN (#), BOLEH MELAYARI URL UNIVERSITI AWAM TERLIBAT SEPERTI DI BAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BERMULA PADA 16 MEI 2023 (SELASA)\n\n\n\n\n\n\n\nSila layari laman web berikut mulai 16 Mei 2023:\n\nUPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga\nUTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/\nUNISZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran/\nUITM : https://online.uitm.edu.my\nUMT : https://intake.umt.edu.my/temuduga\nUMS : https://bpa.ums.edu.my/semakanums\nUKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah\nUM : https://kemasukan.um.edu.my\nUPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga\nUSIM : https://etasjil.usim.edu.my\nUSM : https://pohon.usm.my\nUTM : https://jpt.utm.my\nUUM : http://uum.edu.my/kemasukan\nUNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga\nUIAM : https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga\nUPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga\nUMK : https://capsule.umk.edu.my/admission/interview\n\nSemakan Panggilan Temuduga UPU dan /atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2023 / 2024\nPerhatian kepada calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan, anda boleh melayari URL seperti di bawah untuk membuat semakan bermula 8 Mei 2023 (Isnin).\nBerikut dikongsikan pautan dan cara semakan online bagi setiap institusi pengajian.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Panggilan Temuduga UPU dan / atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2023 / 2024\n\n \nTips Temu Duga Bagi Program Pengajian Pendidikan\n\n\nSemakan Panggilan Temuduga UPU dan / atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2023 / 2024\nTarikh semakan: Bermula 8 Mei 2023\n\nUPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/\nUTHM: https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/\nUiTM : https://online.uitm.edu.my\nUniSZA : https://unisza.edu.my/tawaran/\nILJTM : https://apps.jtm.gov.my/semakantemuduga/\nJPPKK: http://ambilan.mypolycc.edu.my/semakanpoliteknik/temuduga/index_baru.asp\nUPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/\n\nSila hubungi Universiti Awam yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.\nTips Temu Duga Bagi Program Pengajian Pendidikan\nBerikut dikongsikan maklumat berkaitan Temuduga Program Pendidikan terutamanya tips dan panduan menghadapi temuduga tersebut: \nMaklumat Penting Temuduga Sebelum menghadiri temuduga, calon perlu mengambil perhatian terhadap maklumat berikut: \n\nSesi temuduga diadakan setelah calon melepasi kelayakan minimum\u00a0akademik bagi sesuatu program yang dipohon. \nSatu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan. \nSatu sesi dijalankan dalam tempoh 10 hingga 30 minit. Panel temuduga merupakan pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.\nPenilaian bermula seawal calon mula melangkah ke dalam bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak-geri dan pertuturan calon diperhatikan.\n\nTerdapat banyak kaedah yang digunakan oleh panel untuk menilai calon sewaktu temuduga. \nAntaranya adalah: \n\nMock-Teaching\n\nCalon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar. (Nota: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar) \n\n\nDebat\n\nPasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel. (Nota: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang)\n\n\nIsu Semasa\n\nLengkapkan diri anda dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa pendidikan. (Nota: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara) \n\n\nPengetahuan Bidang\n\nSelidik bidang pengajian yang ingin dipohon. Program seperti Kimpalan, Aircond, catering bukanlah satu mata pelajaran di peringkat sekolah. Jadi, calon mesti membuat penyelidikan tentang bidang ini agar tidak salah menjawab apabila disoal. (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)\n\n\n\nRujukan :\u00a0https://www.ipendidikan.my/tips-temuduga-program-pendidikan.html\nBaca juga: \n\nUjian MEdSI: Contoh Soalan, Tips dan Panduan Temuduga\nBKM Fasa 3 Atau 4 Mungkin Ditambah Jika Kenaikan Harga Berterusan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-budi-mara/", "title": "Program Budi MARA: Bantuan Pelajar MRSM B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSecara ringkasnya, program Budi MARA merupakan inisiatif pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi para pelajarnya yang melanjutkan pelajaran di mana-mana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhususkan bagi mereka yang layak.\nMelalui program Budi ini, pelajar daripada keluarga golongan B40 berpeluang mendapat kesamarataan dengan para sebaya mereka melalui pelbagai kemudahan yang diberikan agar mereka dapat menjalani pembelajaran dengan sempurna. \nPerlaksanaan program ini juga selari dengan dasar pengambilan pelajar MRSM dimana sekurang-kurangnya 60% pelajar adalah daripada golongan B40.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Program Budi MARA Untuk Pelajar B40 Di MRSM\n\n \nSyarat Kelayakan Program Budi MARA\n\n \nBentuk Bantuan Yang Diberikan\n\n \nProgram Secara Menyeluruh\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Program Budi MARA Untuk Pelajar B40 Di MRSM\nBagi yang tidak tahu, program Budi MARA bukanlah satu program baru sebaliknya sudah diperkenalkan sejak tahun 2005.\n\n\n\n\n\n\nPada awalnya program ini dikenali dengan nama Program Bantuan Khas (PBK) sebelum dijenamakan semula kepada program Budi pada tahun 2006. \nSejak tahun 2005, pihak MARA telah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi kepada lebih 6,000 orang pelajar yang layak diberi bantuan berdasarkan kritera yang ditetapkan.\nBantuan yang diberikan tidak terhad kepada yuran persekolahan semata-mata tetapi mencakupi pelbagai perbelanjaan lain seperti pakaian sekolah dan keperluan peribadi lain. \nArtikel berkaitan: Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM 2022 / 2023\nSyarat Kelayakan Program Budi MARA \nTidak semua pelajar yang masuk melanjutkan pelajaran ke MRSM automatik layak menerima bantuan, sebaliknya para pelajar ini akan disaring mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:\nPendapatan isi rumah kurang RM1,500Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSMKeluarga mempunyai tanggugan 5 orang dan ke atas\nPihak pengurusan MRSM sendiri akan mengenalpasti calon-calon yang layak dan akan disenarai pendek untuk dimajukan ke dalam mesyuarata bagi pertimbangan untuk program Budi MARA ini. \nBentuk Bantuan Yang Diberikan\n\nPelajar yang terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan seperti di atas akan menerima bantuan RM1,100 yang merangkumi perkara-perkara berikut:\nYurang persekolahanPakaian sekolahBarangan keperluan harianPeralatan pembelajaranTambang perjalanan cuti semestaPakaian sukanBarangan keperluan peribadiWang saku bulanan RM50Pengecualian bayaran wang caruman\nProgram Secara Menyeluruh\nMelalui program ini, pegawai MARA Negeri, Pegawai MARA Daerah dan warga pendidik MRSM berperanan mengadakan lawatan ke rumah pelajar yang kurang berkemampuan dengan menilai latar belakang keluarga, keadaan kediaman, menilai status ekonomi keluarga bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima BUDI MARA.\nProgram ini juga melibatkan komitmen penajaan daripada pelbagai pihak sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:\nPortal rasmi MARA : www.mara.gov.myTelefon : 03-2613 2000Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT\nSebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email\u00a0protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483\n"]} {"url": "https://ecentral.my/vaksin-kanak-kanak-5-11-tahun/", "title": "PICKIDS: Pelanjutan Tarikh Akhir Vaksin Kanak-kanak Hingga 31 Mei Ini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPICKIDS : Tarikh Akhir Dos 1 Vaksin Kanak-kanak 31 Mei Ini\nMengambil kira Hari Raya Aidilfitri dan cuti kelepasan am yang jatuh pada tarikh akhir pemberian vaksin dan penutupan PPV, tarikh pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dilanjutkan hingga 30 Mei 2022.\nSebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata tarikh akhir ditetapkan pada 15 Mei oleh mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) memandangkan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.\n\u201cBagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan pengilang, penetapan tarikh akhir dos satu ini perlu dibuat.\nWalaubagaimanapun, tarikh akhir pendaftaran atas talian dikekalkan pada 8 Mei 2022, dan tempahan janjitemu tidak akan diterima lagi selepas tarikh itu.\n\u201cSelepas tarikh ini, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta,\u201d katanya.\nBagaimanapun, beliau berkata keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum mencapai usia lima tahun pada 15 Mei ini, sementara perincian mengenai vaksinasi kumpulan ini akan diperjelas dalam masa terdekat.\nSelain itu, katanya mesyuarat CITF-C turut bersetuju membuat pindaan pada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun di mana borang baharu ini tidak lagi mempunyai klausa 2, iaitu ayat \u201cSaya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya\u201d.\n\u201cPengguguran klausa ini bertujuan mengelakkan kekeliruan dan menzahirkan amalan sedia ada yang mana KKM tidak pernah mengabaikan dan sentiasa bersedia menyediakan bantuan kesihatan sewajarnya apabila berlaku kesan sampingan yang berkaitan akibat penerimaan vaksin,\u201d katanya.\nSementara itu, Dr Noor Azmi berkata ibu bapa yang telah mendaftarkan anak di aplikasi MySejahtera, namun masih belum disuntik akan dihubungi petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi Covid-19 kepada anak-anak mereka.\n\n\n\n\n\n\n\u201cIbu bapa yang bersetuju akan diberikan tarikh janji temu sebelum tarikh akhir dos pertama. Ibu bapa yang belum mendaftarkan anak mereka dalam MySejahtera pula boleh berbuat sedemikian selewat-lewatnya 8 Mei ini bagi membolehkan pautan kepada janji temu dapat diberikan sebelum tarikh akhir dos pertama.\nSaya menyeru ibu bapa yang masih belum membuat keputusan untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan vaksin secara percuma melalui PICKids sebelum tarikh akhir. Pilihlah untuk vaksinkan anak anda bagi mengelakkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang teruk,\u201d katanya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Vaksinasi Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun (PICKIDS).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Vaksinasi Kanak-kanak 5-11 Tahun (PICKIDS)\n\n \nTarikh Pendaftaran\n\n \nSejauh Mana Keselamatan Dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 Kepada Kanak-kanak?\n\n \nCara Pendaftaran PICKIDS\n\n \nVaksin COVID19 Yang Diluluskan Untuk Kanak-kanak 5-11 Tahun\n\n \nCOMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection\n\n \nCOMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection\n\n\nProgram Vaksinasi Kanak-kanak 5-11 Tahun (PICKIDS)\nKerajaan telah memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula 3 Februari ini (PICKIDS).\nProgram vaksinasi tersebut dilaksanakan melihat kepada keperluan untuk melindungi populasi kanak-kanak, susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan golongan tersebut mutakhir ini.\nVaksin Comirnaty (Pfizer) dengan formulasi kanak-kanak adalah vaksin yang diberi keutamaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).\nSiapakah Yang Layak?\nKanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun disarankan untuk menerima vaksin Covid-19.Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.\n\nSiapakah Yang Tidak Layak?\nSejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis terhadapUbat, makanan, atau bahan yang tidak diketahuiSebarang reaksi atau alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19\nTarikh Pendaftaran\nSistem tempahan janji temu melalui MySejahtera dibuka hingga 8 Mei 2022.\nSebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka.\nBagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei 2022 dan memilih tarikh vaksinasi sebelum atau pada 31 Mei 2022, boleh meneruskan janji temu yang dipilih.Bagi ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei 2022, tetapi memilih tarikh vaksinasi selepas 31 Mei 2022, janji temu dalam aplikasi MySejahtera akan terbatal secara automatik.Ibu bapa yang mendaftar selepas 8 Mei 2022, pautan tempahan janji temu dalam aplikasi MySejahtera tidak akan diberikan.Bagaimanapun ibu bapa dalam kategori (b) dan (c) masih boleh membawa anak untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara walk-in di Klinik Kesihatan KKM sehingga 31 Mei 2022.\nSelepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi ditawarkan vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKIDS. Mereka perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta.\nPengecualian diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022 kerana mereka dijangkiti COVID-19.\nMengambil kira komplikasi MIS-C yang mungkin berlaku, ibu bapa disarankan membawa anak mendapatkan vaksinasi secara walk-in ke Klinik Kesihatan dalam tempoh 6 minggu selepas sembuh dari jangkitan atau selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022.\nUntuk makluman ibu bapa juga, pemakluman ini TIDAK TERPAKAI bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia 5 tahun pada atau selepas 31 Mei 2022.\n\n\n\nSejauh Mana Keselamatan Dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 Kepada Kanak-kanak?\nUntuk makluman, kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos uang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.\nUjian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.\nKesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.\nPemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka masa panjang akibat jangkitan Covid-19.\n\nCara Pendaftaran PICKIDS\nUntuk mendaftar, sila ikuti 3 langkah berikut:\nBuka aplikasi MySejahteraKlik pada menu \u2018COVID19 Vaccination\u2018Pilih tab \u2018Add Vaccine Dependent\u2018Isikan nama dan maklumat anak sebagai dependent anda.Sahkan pendaftaran dan jawab soalan untuk mengesahkan pendaftaran.\n*Perlu diingat bahawa setiap anak hanya boleh didaftarkan pada 1 akaun MySejahtera sahaja.\n\n\n\nPengguna aplikasi MySejahtera perlu mengemas kini tarikh lahir tanggungan untuk mendapatkan pautan janji temu vaksinasi tanggungan. \nUntuk langkah mengemas kini tarikh lahir tanggungan, sila rujuk infografik ini.\n\nVaksin COVID19 Yang Diluluskan Untuk Kanak-kanak 5-11 Tahun\nKementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-386 yang telah bersidang pada 6 Januari 2022 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Pfizer (COMIRNATY) untuk kanak-kanak.\nKKM dalam sebuah sidang media tersebut menjelaskan bahawa vaksin yang diluluskan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah seperti berikut:\nCOMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection\nMerupakan vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.\nSediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.\nInfografik oleh BERNAMA\nCOMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection\nMerupakan vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (1 bulan) apabila disimpan pada suhu 2\u00b0C hingga 8\u00b0C setelah dinyahbeku.\nIndikasi COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi COVID-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas.\nUntuk makluman, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.\nCORONAVAC (SINOVAC)\nTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian vaksin berkenaan hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atas faktor kesihatan.\nVaksin Sinovac ini hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun pada tarikh lahir dan bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan selang masa empat minggu. \n\nBaca juga:\nMySJ Trace Ganti Fungsi Checkout, Ini Cara Kemaskini Di Aplikasi MySejahteraCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In\nAdakah vaksin Covid19 ini diwajibkan buat kanak-kanak? Buat masa ini, PICKIDS tidak diwajibkan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, tiada sekatan akan dikenakan kepada kanak-kanak yang tidak divaksin. \nSumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/vaksin-ibu-mengandung-walk-in/", "title": "Panduan Vaksin Ibu Mengandung / Menyusu Terkini & Cara Kemaskini Status MySejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPanduan Vaksinasi Ibu Mengandung / Menyusu Terkini & Cara Kemaskini Status MySejahtera\nWanita hamil lebih cenderung untuk mengalami sakit yang lebih teruk daripada jangkitan COVID-19 berbanding wanita yang tidak hamil. Mendapatkan vaksinasi semasa hamil akan melindungi anda daripada mengalami penyakit COVID-19 yang teruk.\nBerikut dikongsikan panduan terkini dari KKM serta info penting tentang vaksinasi bagi ibu mengandung (hamil) atau menyusu yang perlu anda tahu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRisiko / Kebaikan Vaksin COVID19 Untuk Ibu Mengandung\n\n \nRisiko / Kebaikan Vaksin COVID19 Untuk Ibu Menyusu\n\n \nMendapat Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung / Menyusu Adalah Pilihan Peribadi\n\n \nPanduan Terkini Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi KKM\n\n \nCara Kemaskini Status Menyusu / Hamil Di MySejahtera\n\n \nTemujanji Vaksinasi Walk-In\n\n\nRisiko / Kebaikan Vaksin COVID19 Untuk Ibu Mengandung\nPusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG), Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) telah mengesahkan kebaikan mengambil vaksinasi semasa hamil. \nData terkini mengenai vaksinasi COVID-19 tidak dapat mengenal pasti sebarang masalah keselamatan daripada pemberian vaksin kepada wanita hamil mahupun pada bayi dalam kandungan.Data ini khususnya merujuk kepada vaksin jenis mRNA seperti vaksin keluaran Moderna dan Pfizer BioNTech.\n\n\n\n\n\n\nBegitu juga dengan vaksin jenis vektor virus yang juga digunakan kepada wanita hamil seperti semasa ujian vaksinasi berskala besar yang dijalankan untuk virus Ebola. \nSemasa ujian vaksinasi ini tiada kesan advers dikenal pasti berlaku kepada ibu mahupun bayi. Walaubagaimanapun, data yang ada pada masa ini mengenai penggunaan vaksin vektor virus untuk COVID-19 (J&J dan AstraZeneca) adalah tidak mencukupi. \nRisiko / Kebaikan Vaksin COVID19 Untuk Ibu Menyusu\nLaporan terkini menunjukkan wanita yang menyusukanbayi yang telah menerima vaksin COVID-19 mempunyaiantibodi dalam susu mereka yang dapat membantumelindungi bayi yang disusukan.\nOleh itu, bukti semasa menunjukkan vaksinasi COVID-19 tidak mendatangkan risiko kepada wanita yang menyusukan bayi, terutama sekali untuk vaksin mRNA dan AstraZeneca.\nMendapat Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung / Menyusu Adalah Pilihan Peribadi\nJike anda hamil dan menghadapi dilema sama ada untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 ataupun tidak, sila pertimbangkan:\nRisiko anda terdedah kepada COVID-19Risiko sakit yang terukFaedah vaksinasi yang sedia diketahuiBukti terhad tetapi semakin meningkat mengenai keselamatan vaksinasi semasa hamil\nPanduan Terkini Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi KKM \nSila rujuk Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi KKM dalam bentuk infografik di bawah:\n\n\n\n\n\nCara Kemaskini Status Menyusu / Hamil Di MySejahtera\nCiri ibu mengandung / menyusukan bayi di MySejahtera boleh dikemaskini dengan membuat pengesahan seperti berikut:\nBuka aplikasi MySejahteraTekan butang \u2018TUTUP\u2019 (Close)Pergi ke menu\u00a0\u2018Vaksinasi COVID19\u2019 (COVID-19 Vaccination)Pilih \u2018Vaccine for ____(nama anda)____\u2019Klik pada butang\u00a0\u2018Click if pregnant / breastfeeding\u2019Tandakan maklumat yang sesuai dan tekan butang\u00a0\u2018Submit\u2019Selesai\n\nTemujanji Vaksinasi Walk-In \nIbu mengandung kini boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KK), tanpa perlu berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera.\nTimbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata arahan serta garis panduan daripada beberapa pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) sudah sedia diperoleh bagi proses vaksinasi ibu mengandung, termasuk penetapan mengenai usia kehamilan di antara tempoh 14 hingga 33 minggu.\nJusteru, katanya, golongan terbabit, setakat ini, tidak dimasukkan sebagai golongan yang layak menerima pelalian secara tanpa temu janji (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).\n\u201cPanggilan vaksin bagi ibu mengandung adalah di bawah urusan klinik kesihatan ibu dan anak. Mereka boleh mendapatkan temu janji suntikan melalui premis kesihatan ini dan akan dirujuk ke PPV untuk menerima vaksinasi.\n\u201cMereka tidak perlu melalui temu janji di aplikasi MySejahtera dan kaedah ini sebenarnya lebih cepat berbanding \u2018walk-in\u2019,\u201d katanya mengulas cadangan supaya wanita hamil dibenarkan \u2018walk-in\u2019 untuk vaksinasi.\nBaca juga: SELVAX: Senarai PPV \u2018Walk-In\u2019 Di Selangor / Lembah Klang\nDr Noor Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan yang mungkin timbul dalam kalangan ibu mengandung susulan kematian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, hari ini akibat COVID-19 ketika sarat mengandungkan anak keempat.\nDifahamkan, Siti Sarah ketika hayatnya masih belum mendapatkan pelalian vaksinasi COVID-19.\nBagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menyambut baik cadangan untuk memasukkan golongan ibu mengandung sebagai penerima vaksin secara \u2018walk-in\u2019, namun mungkin hanya akan dilaksanakan selepas urusan vaksinasi warga emas dan golongan komorbid selesai.\n*Sumber: Berita Harian, 9 Ogos 2021\nBaca juga: Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun\n"]} {"url": "https://ecentral.my/moratorium-pkp-3-0/", "title": "Moratorium PKP 3.0 : Kelayakan & Cara Permohonan (B40, M40 & T20)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 yang lalu, telah diumumkan beberapa jenis bantuan untuk rakyat Malaysia termasuklah bantuan moratorium PKP 3.0.\nBantuan moratorium ini meliputi semua golongan terjejas terutamanya golongan B40.\nBantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik. \nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang bantuan moratorium yang boleh dimohon dalam tempoh PKP 3.0.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMoratorium PKP 3.0 Juga Dibuka Untuk M40\n\n \n2 Kategori Penerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium PKP 3.0\n\n \nKATEGORI 1\n\n \nKATEGORI 2\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nMoratorium PKP 3.0 Juga Dibuka Untuk M40\nDalam sebuah makluman terkini, Tengku Zafrul telah memaklumkan bahawa golongan M40 juga layak menerima bantuan moratorium. \u2800\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, jika anda kehilangan pekerjaan, tidak kira anda M40 atau T20, anda layak untuk menerima moratorium secara automatik. \u2800\nJika anda menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira anda M40 atau T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan. \u2800\n2 Kategori Penerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium PKP 3.0\nBerikut adalah 2 kategori pemohon yang layak menerima bantuan moratorium:\n\nKATEGORI 1\nGolongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T20)Golongan B40 (penerima BSH atau BPR)Perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors) \nJenis Bantuan Yang Layak Diterima:\nPenerima dalam kategori 1 ini layak memilih sama ada:\nMoratorium automatik selama 3 bulan atau Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan secara automatik.\nKATEGORI 2\nPeminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20)\nJenis Bantuan Yang Layak Diterima:\nMereka boleh mendapat pengurangan bayaran balik ansuran yang bersesuaian, selaras dengan pendapatan yang berkurang. \nPendekatan ini membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. \u2800\nPeminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada bank. \nKelulusan adalah secara automatik. \u2800\nBaca juga: BPR Tambahan: Semakan Bayaran RM100, RM300 & RM500 Akhir Jun Ini\nMaklumat Lanjut\nFakta yang tepat boleh dirujuk daripada sumber rasmi seperti\u00a0dari Bank Negara Malaysia di laman web rasmi https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html\u00a0dan\u00a0https://www.facebook.com/83552599871/posts/10159341710829872/? yang merupakan pengawal selia sektor perbankan di Malaysia.\nAnda juga boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan lebih kepastian tentang cara membuat permohonan.\nSila rujuk senarai penuh: Bantuan PKP 3.0: Senarai Bantuan PEMERKASA+ Yang Diumumkan\n#PEMERKASAPlus\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-sumbangan-skum-2023/", "title": "Geran Sumbangan SKUM 2023 (JKT Kebudayaan) Peringkat Kebangsaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Geran Sumbangan SKUM 2023 (Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia) kini dibuka.\nProgram Geran Sumbangan SKUM (GSS) adalah program tahunan yang dilancarkan oleh SKUM bagi menyalurkan sumbangan kewangan untuk perlaksanaan aktiviti, program atau projek berkaitan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan.\nUntuk makluman, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia untuk melaksanakan program dan aktiviti berteraskan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan termasuklah mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals \u2013 SDGs) menjelang tahun 2030.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : BikeCare-1000 : Bantuan Pembelian Motosikal Untuk Pekerja Gig Selangor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Geran Sumbangan SKUM 2023\n\n \nCara Memohon\n\n \nPeruntukan Yang Tidak Akan Diluluskan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan bagi geran ini adalah pada 9 Januari 2023.\nSyarat Permohonan Geran Sumbangan SKUM 2023\nSyarat permohonan bagi geran ini adalah seperti berikut :\n\nKeutamaan permohonan diberikan kepada non-governmental organisation (NGO), civil society organisation (CSO) serta persatuan/kelab berkaitan UNESCO seperti ASPnet, Kelab UNESCO, UNESCO Chair dan lain-lain.\nPermohonan dibuat melalui JKT SKUM, mengikut skop bidang tugas kementerian.\nProgram berasaskan penyelidikan persendirian adalah tidak dibenarkan.\nPemohon wajib menyatakan secara khusus pencapaian SDG terlibat (contoh: SDG 4, SDG Target 4.7, SDG Indicator 4.7.1) terutamanya yang berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO.\nKeutamaan permohonan adalah kepada program yang mempunyai impak jangka masa panjang dan penglibatan masyarakat.\nTempoh program yang dipohon adalah tidak melebihi 6 bulan.\nProgram yang dipohon perlu menyatakan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan (sekiranya ada).\nPemohon perlu mengemukakan profil pertubuhan/institusi serta maklumat tambahan (sekiranya berkaitan).\nMengemukakan salinan penyata bank (yang telah disahkan) bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank persendirian adalah tidak dibenarkan.\nPermohonan perlu menggunakan format Borang Permohonan yang telah disediakan dan disokong oleh JKT yang berkaitan. Kertas kerja yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.\n\n\nCara Memohon\nPemohon boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :\n\nLayari pautan permohonan\u00a0https://www.motac.gov.my/pengumuman/program-geran-sumbangan-suruhanjaya-kebangsaan-unesco-malaysia-skum-tahun-2023?fbclid=IwAR0QjHfmmMhn9oo5h15V-NHBoWUc01WfPP1QVFHG2Jet5DSPGcAipF2x8ww.\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan betul. \nHantar borang permohonan melalui email ke alamat\u00a0skum.jktkebuda[email\u00a0protected]\u00a0dan salinan kepada\u00a0[email\u00a0protected].\n\nPeruntukan Yang Tidak Akan Diluluskan\nPermohonan yang tidak akan diluluskan adalah seperti berikut :\n\nPembelian aset dan projek infrastruktur;\nPembayaran emolumen (contoh: elaun Pembantu Penyelidik, enumerator dan lain-lain)\nTuntutan perjalanan dan penginapan.\nHadiah pertandingan dan bayaran saguhati peserta.\nPerkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Geran Sumbangan SKUM 2023 sila layari laman web MOTAC.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penerima-gkp-akan-terima-bkm/", "title": "Penerima GKP Yang Layak Akan Terima BKM \u2013 Tengku Zafrul", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENERIMA GKP YANG LAYAK AKAN TERIMA BKM \u2013 Berita gembira untuk #KeluargaMalaysia khususnya penerima GKP!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenerima GKP Yang Layak Akan Terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)\n\n \nTarikh Permohonan & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)\n\n \nTarikh Pembayaran BKM\n\n \nCara Memohon / Membuat Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia\n\n\nPenerima GKP Yang Layak Akan Terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)\nPenerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.\u2800\nPerkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul, melalui sebuah hantaran status terkini beliau di media sosial.\n\nMenurut hantaran tersebut, penerima GKP yang layak akan turut menerima bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta rakyat. \u2800\n\n\n\n\n\n\n\n\u2800Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain seperti e-Kasih, bantuan JKM, dan penghuni Perumahan Awam serta Projek Perumahan Rakyat, juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.\u2800\n\nTarikh Permohonan & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)\nBagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. \nIni adalah bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan turut diberikan peluang untuk memohon.\n\nBaca juga: \nKWSP Bakal Lancar Skim i-Sayang Awal Tahun 2022 IniCaruman Baharu Pengeluar i-Citra, i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun 1 KWSPSemakan Status & Jadual Bayaran Bulanan JKM 2021\nTarikh Pembayaran BKM\nPembayaran BKM ini akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran BKM pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022. \nMaklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) di portal LHDNM atau kenyataan media di bawah:\n\nCara Memohon / Membuat Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia\nData penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.\nPermohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.\nSila layari\u00a0https://bkm.hasil.gov.my/\u00a0untuk kemaskini dan permohonan online.\n*Sumber: Tengku Zafrul / Kementerian Kewangan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ezycash-i-koperasi-tentera/", "title": "EzyCash-i Koperasi Tentera \u2013 Semakan, Permohonan Pembiayaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEzyCash-i merupakan satu kemudahan pembiayaan segera oleh Koperasi Tentera bagi ahli-ahlinya yang layak.\nSelain Koperasi Tentera, kemudahan pinjaman peribadi EzyCash-i turut disediakan oleh sesetengah bank antaranya Maybank.\nPihak Koperasi Tentera menyediakan penyelesaian perbankan patuh Syariah yang dibuat khusus untuk memenuhi keperluan individu anda dan berpandukan prinsip Islam yang kukuh.\nSelain EzyCash-i, pihak Koperasi Tentera juga menyediakan pelbagai skim pembiayaan lain antaranya Pembiayaan Peribadi dengan Penjamin, Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin, Pembiayaan Ekspres 1, Pembiayaan Ekspres 2 dan Pembiayaan Ekspres 3.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPembiayaan EzyCash-i Koperasi Tentera\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nYuran & Caj\n\n \nKeunikan pembiayaan EzyCash-i\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nPembiayaan EzyCash-i Koperasi Tentera\nJumlah Pembiayaan : Dari RM500 hingga maksimum RM6,000\nTempoh Pembiayaan : Dari 6 bulan hingga maksimum 48 bulan\nKadar Keuntungan : 7.65% setahun\nTempoh Pemprosesan : 1 hari bekerja\nArtikel berkaitan: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Tentera\nSyarat Kelayakan \nEzyCash-i oleh Koperasi Tentera ini hanya layak dipohon oleh ahli Koperasi Tentera yang masih dalam perkhidmatan sahaja.\nBerikut merupakan terma dan syarat bagi pembiayaan EzyCash-i oleh Koperasi Tentera ini:\n\nPemohon mesti telah membayar yuran bulanan untuk tempoh minimum 6 bulan (untuk ahli baharu) atau 12 bulan (untuk kemasukan semula). Keahlian perlu disahkan untuk tempoh yang sama.\nJumlah pembiayaan mesti dicagarkan terhadap yuran.\nTerdapat had dua belas (12) permohonan dibenarkan dalam setahun \u2013 hanya sekali sebulan.\nBayaran mesti dibayar melalui tunai di kaunter atau pindahan masuk pada tarikh yang ditetapkan.\nSekiranya berlaku keingkaran pembayaran kembali, bayaran yang dicagarkan akan digunakan untuk penyelesaian.\nSekiranya penyelesaian telah dibuat melalui potongan fi yang dicagarkan sebanyak tiga (3) kali, permohonan tidak lagi dibenarkan selama 12 bulan dari pembiayaan pertama yang diluluskan.\nTiada pembiayaan bertindih membenarkan.\n\nYuran & Caj \nCaj Perkhidmatan: RM 10 untuk setiap permohonan\nDuti Setem : RM 5 untuk setiap permohonan\nKeunikan pembiayaan EzyCash-i\nBerikut merupakan sebab-sebab mengapa pembiayaan EzyCash-ii menjadi pilihan ramai: \n\nTiada caj kadar keuntungan\nTiada penilaian pemarkahan kredit\nTiada keperluan pengebilan\nProses minima dengan kelulusan cepat\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web EzyCash-i Koperasi Tentera di alamat https://www.katmb.com.my/en/ezycash-i/.\nSelain itu, anda boleh hadirkan diri ke cawangan Koperasi Tentera berhampiran atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KT di talian 03-2303 0000.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkc-bantuan-khas-covid19/", "title": "BKC: Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1, 2 dan 3", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, PM Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa bayaran Fasa 1 BKC akan mula dibuat pada 6 September secara berperingkat.\nBayaran bagi Fasa 2 dan Fasa 3 pula dijadualkan dalam bulan November dan Disember 2021.\nSebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk BKC di bawah pakej PEMULIH.\nBerikut dikongsikan kadar bayaran BKC yang akan diterima mengikut kategori.\nUntuk bayaran BKC BSN, boleh semak di sini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Khas COVID-19?\n\n \nJumlah Bantuan BKC Ogos\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nSemakan Status\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nApakah Bantuan Khas COVID-19?\nBantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.\nJumlah Bantuan BKC Ogos\nKategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:\nMiskin tegarB40M40\n\nPerincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:\nIsi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan NovemberIsi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan OgosIsi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.\n\nCara Permohonan\nAnda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:\nKategori Penerima / Data Bantuan\nMiskin tegar \u2013 Permohonan BPR 2021B40 \u2013 Permohonan BPR 2021M40 \u2013 Percukaian (LHDNM)\nTarikh Bayaran\nPembayaran akan dibuat seperti berikut:\n\nKaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:\nMiskin Tegar \u2013 Akaun bank yang telah didaftarkan semasapermohonan BPR 2021B40 \u2013 Akaun bank yang telah didaftarkan semasapermohonan BPR 2021M40 \u2013 Akaun bank yang telah didaftarkan dalamrekod percukaian\n\nSemakan Status\nSemakan melalui laman web rasmi boleh dibuat melalui pautan\u00a0https://bkc.hasil.gov.my\u00a0\nSemakan boleh dibuat seperti berikut:\nKlik Log Masuk atau Semakan StatusMasukkan Nombor MyKadPengesahan Kata Kunci KeselamatanMasukkan Kata LaluanMaklumat yang akan dipaparkanStatus PermohonanAmaun Keseluruhan DiterimaMaklumat PembayaranPaparan Borang\nB. SEMAKAN STATUS BAYARAN SECARA MANUAL / TELEFON\nSemakan melalui\u00a0HotlineBKC\u00a0di talian 1-800-88-2747.\nAnda juga boleh terus ke kaunter LHDN dengan membuat temujanji terlebih dahulu. \nSoalan Lazim\nBerapakah jumlah bantuan BKC? Dari RM100 sehingga RM1,300 mengikut kategori. Siapa yang layak memohon Bantuan Khas COVID19? Kategori miskin tegar, B40 dan M40. Bilakah pembayaran BKC akan dibuat? Bermula 6 September, November dan Disember. \nFAQ_PEMULIH-_BantuanKhasCovid-19BKCDownload\nSumber: https://bkc.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_PEMULIH%20_BantuanKhasCovid-19(BKC).pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-ayah/", "title": "Hadiah Untuk Ayah Yang Bermakna \u2013 14 Pilihan Yang Istimewa!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Adakalanya kita terlepas pandang pengorbanan seorang ayah dalam kehidupan kita. Sekali-sekala apa salahnya kita memberikan hadiah yang istimewa dan bermakna untuk ayah.\u00a0\nApabila mencari hadiah untuk ayah, ia memerlukan kita berfikir secara kreatif. Hal ini kerana, biasanya para ayah selalunya mendakwa bahawa mereka sudah mempunyai segala-galanya dan tidak mahu apa-apa. Walaubagaimanapun, apabila menerima hadiah mereka pasti merasa sangat seronok.\n\nOleh itu, untuk memudahkan pencarian hadiah untuk ayah, berikut kami kongsikan beberapa item menarik dan mudah didapati yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk ayah. Anda boleh dapatkan semua item yang disenaraikan dibawah ini secara dalam talian dengan pembelian melalui aplikasi Shopee.\u00a0\nJom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n14 Idea Menarik Hadiah Untuk Ayah\n\n \n1. Topi\n\n \n2. Penggantung Kunci Kereta\n\n \n3. Jaket\n\n \n4. Mug Kopi\n\n \n5. Mesin Pembuat Kopi\n\n \n6. Dompet\n\n \n7. Baju\n\n \n8. Seluar\n\n \n9. Kain Pelikat\n\n \n10. Kit Pencukur\n\n \n11. Mesin Urut Kaki\n\n \n12. Kerusi Malas\n\n \n13. Alat Menukang\n\n \n14. Aksesori Kereta\n\n \nKesimpulan\n\n\n14 Idea Menarik Hadiah Untuk Ayah\u00a0\n1. Topi\nTopi boleh membantu melindungi wajah ayah anda daripada terkena sinaran panas matahari lebih-lebih lagi apabila beliau bekerja pada siang hari dan terdedah kepada matahari. \nIa akan menjadi salah satu hadiah yang sangat bermanfaat untuknya. Bukan itu sahaja, topi juga sesuai digayakan dengan pelbagai gaya untuk membantu ayah anda tampil lebih muda!\nTopi: https://shopee.com.my/allblue5367/16047659643\n2. Penggantung Kunci Kereta\nPenggantung kunci kereta adalah merupakan salah satu item yang boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk ayah anda. Dengan memiliki penggantung kunci, tak perlu risau lagi kunci kereta ayah anda hilang!\n\n\n\n\n\n\nPenggantung Kunci Kereta: https://shopee.com.my/bnbecommerce/12853339176\n3. Jaket\nHadiahkan sepasang jaket yang bergaya dan praktikal untuk ayah anda pakai terutamanya apabila beliau sering bekerja pada waktu malam. Pastikan anda membeli jaket yang selesa dan mengikut citarasa beliau agar jaket tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya.\nJaket: https://shopee.com.my/trulylocal.my/4355946668\n4. Mug Kopi\nMug kopi adalah salah satu hadiah yang paling mudah untuk diberikan kepada ayah anda. Anda boleh beli mug kosong dan hantar ke kedai untuk meletakkan gambar anda bersama ayah anda di mug tersebut. Jadi, apabila memakai mug tersebut, beliau akan langsung teringatkan anda!\nMug: https://shopee.com.my/kfcjunjun2018.my/2182907355\n5. Mesin Pembuat Kopi\nWah, mesti ayah ada senyum selebarnya apabila mendapat mesin pembuat kopi ini! Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat suka menikmati kopi. Walaupun harganya agak mahal, namun untuk kegembiraan ayah anda, ia pasti satu pelaburan yang berbaloi!\nMesin pembuat kopi: https://shopee.com.my/mypropappa/13226899476\n6. Dompet\nSekiranya anda perasan dompet ayah anda sudah lama tidak berganti dan dalam keadaan yang uzur, inilah masanya untuk anda hadiahkan sebuah dompet untuknya. Sebaiknya, hadiahkan dompet yang berkualiti agar ia boleh dipakai lama.\nDompet lelaki: https://shopee.com.my/jsuniquestore/4126185068\n7. Baju\nMemakai baju baru akan menjadikan ayah anda tampak lebih segar dan bersemangat. Anda boleh memilih untuk memberikan beliau hadiah baju t-shirt, baju kemeja ataupun baju yang sesuai dipakai untuk pergi ke masjid. Terdapat banyak pilihan baju yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian, keperluan dan juga citarasa ayah anda.\u00a0\nBaju: https://shopee.com.my/dressupbyzahid/14713980963\n8. Seluar\nSelain baju, seluar juga adalah merupakan salah satu keperluan yang jarang-jarang diambil kisah oleh para ayah. Selagi boleh pakai, selagi itulah mereka akan menggunakannya walaupun sudah lusuh. \nJadi untuk mengelakkan ayah anda memakai seluar yang lusuh, ada baiknya anda hadiahkan sepasang seluar yang selesa untuk ayah anda. Tidak kiralah seluar bekerja, seluar bersukan ataupun seluar untuk dipakai harian di rumah.\u00a0\nSeluar lelaki: https://shopee.com.my/desince/8322774038\n9. Kain Pelikat\nKain pelikat adalah merupakan kesukaan para ayah. Selain mudah untuk dipakai, ia juga sangat selesa dipakai apabila berada di rumah. Terdapat pelbagai pilihan kain pelikat dengan harga yang berpatutan yang boleh anda dapatkan di Shopee.\nKain pelikat: https://shopee.com.my/pelikatkubahmas/12336857972\n10. Kit Pencukur\nHadiahkan sebuah kit pencukur untuk memudahkan ayah anda menjaga penampilan dan juga kebersihan dirinya. Pastikan anda memilih kita pencukur yang berkualiti tinggi, tahan karat, serta mudah untuk digunakan.\nKit pencukur: https://shopee.com.my/lavine_1122/14183777561\n11. Mesin Urut Kaki\nSekiranya anda mempunyai bajet lebih, apa kata hadiahkan sebuah mesin urut kaki untuk ayah anda yang tercinta. Hal ini kerana, apabila sudah mencapai usia senja, bahagian kaki seringkali sakit dan mudah penat. \nSelain itu, ia juga boleh membantu untuk melegakan kesakitan kaki selepas seharian bekerja (jika masih bekerja).\nMesin urut kaki: https://shopee.com.my/emascare/4689040802\n12. Kerusi Malas\nKerusi malas adalah merupakan kerusi yang bersaiz panjang dan mempunyai sandaran yang landai. Ia seringkali digunakan untuk berehat. \nAyah anda pasti tersenyum gembira apabila menerima hadiah kerusi malas ini. Beliau boleh menggunakannya semasa sedang menonton TV ataupun berehat di kaki lima rumah.\nKerusi malas: https://shopee.com.my/mall_murah/8670226543\n13. Alat Menukang\nDapatkan satu set alat menukang yang lengkap dengan pelbagai alat sebagai hadiah untuk ayah anda. Ini akan memudahkan ayah anda untuk melakukan kerja-kerja menukang serta membaiki sesuatu.\nAlat menukang: https://shopee.com.my/treny_brand/10103488124\n14. Aksesori Kereta\nTerdapat pelbagai jenis aksesori kereta yang anda boleh hadiahkan untuk ayah anda. Antaranya ialah:\n\nTempat letak telefon (car phone holder): https://shopee.com.my/allblue5367/3638580524\nKotak tisu kereta: https://shopee.com.my/ironwork/11537946584\nPenyangkut barang pelbagai guna: https://shopee.com.my/68online.my/4758719867\nKamera perakam video (dash cam): https://shopee.com.my/klsam/1507779424\nPengecaj telefon (USB) jenis fast-charging: https://shopee.com.my/kaxoewh.my/2401888440\n\nKesimpulan\nHadiah yang bermakna tidak semestinya perlu mahal-mahal. Apa yang penting ialah, hadiah tersebut bermanfaat, boleh digunakan dalam tempoh yang lama dengan sebaiknya serta mampu menggembirakan ayah anda.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-kemaskini-no-telefon-kwsp/", "title": "Cara Kemaskini No Telefon KWSP Online Bagi Proses OTP / TAC", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman ahli KWSP yang menghadapi masalah membuat permohonan i-Citra kerana telah tukar no telefon, di sini kami kongsikan cara kemaskini atau meneruskan permohonan tanpa hadir ke kaunter KWSP.\nMenurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:\nJawab soalan keselamatanMengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLangkah Kemaskini No Telefon KWSP Yang Telah Didaftarkan Semasa Permohonan Terdahulu\n\n \nBerapa Lamakah Tempoh Update?\n\n \nBolehkah Permohonan Pengeluaran Khas Dibuat Tanpa Kemaskini No Telefon Baru?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLangkah Kemaskini No Telefon KWSP Yang Telah Didaftarkan Semasa Permohonan Terdahulu\nUntuk daftar / kemaskini nombor telefon TAC / OTP, mohon hadir ke kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari. \nUntuk dapatkan lokasi kiosk KWSP yang terdekat dengan lokasi anda, sila buat carian di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.\n\n\n\n\n\n\nAnda juga boleh membuat proses mengemaskini di kaunter atau cawangan KWSP yang dibuka. \nBagi mendaftar i-Akaun, sila rujuk artikel berikut: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata\nBerapa Lamakah Tempoh Update?\nNombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios. \nPermohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.\nBaca juga: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)\nBolehkah Permohonan Pengeluaran Khas Dibuat Tanpa Kemaskini No Telefon Baru?\nJika anda ingin membuat permohonan Pengeluaran Khas tanpa menukar nombor telefon atau tanpa keluar ke kiosk / kaunter KWSP, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan di bawah.\n\nPastikan anda menjawab soalan ini dengan betul kerana soalan itu berkaitan dengan soalan yang kita setkan semasa memohon i-Sinar sebelum ini.\nApabila dah jawab semua betul soalan keselamatan, anda boleh log masuk tanpa membuat kemaskini nombor telefon di kios KWSP.\nSemasa permohonan, anda boleh kemaskini maklumat no telefon baru.\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah permohonan Pengeluaran Khas kerana telah bertukar nombor telefon.\nBaca juga: Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Hanya Untuk Suka-suka\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/KWSP\u00a0www.kwsp.gov.myHotline : 03-8922 4848Facebook KWSP: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/duit-hilang-dalam-akaun-bank/", "title": "Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDuit hilang dalam akaun?\nPastikan anda mengetahui hak anda sebagai pelanggan bank dan tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kembali duit simpanan anda.\nSekiranya anda pernah mempunyai pengalaman wang simpanan anda dalam akaun bank tiba-tiba lesap, anda tentulah panik lebih-lebih lagi sekiranya amaun wang tersebut besar.\nNamun, sekiranya jumlah wang tersebut hanyalah kecil, itu tidak bermakna anda boleh membiarkannya sahaja kerana ianya tetap hak anda!\nBerikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil anda dengan segera bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Maklumkan kepada pihak bank\n\n \n2. Laporkan kepada pihak polis\n\n \n3. Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan\n\n \n5. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia\n\n \nPengalaman Duit Hilang Dalam Akaun Bank\n\n\n1. Maklumkan kepada pihak bank\nSebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun, segera hubungi pihak bank melalui nombor yang tertera di belakang kad debit atau kredit anda.\nBagi memudahkan urusan pihak bank, pastikan anda mencatat butiran-butiran penting berikut:\n\n\n\n\n\n\nJumlah wang yang hilangAnggaran masa transaksi wangNombor akaun atau nama penerima wang (sekiranya ada), boleh disemak melalui akaun perbankan internet anda (Maybank22u, CIMB Clicks, iRakyat dll)\nLebih baik sekiranya bukit-bukti ini boleh disertakan sekali melalui gambar/screenshot untuk dikongsikan dengan pihak bank.\nBergantung kepada sesuatu kes, bank mungkin akan membekukan akaun anda sehingga selesai menjalankan siasatan dan menghalang transaksi dari akaun penerima yang sama.\n2. Laporkan kepada pihak polis\nSila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balaii polis berhampiran anda dengan membawa bersama bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.\nDapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank.\nDapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).\n3. Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan\nHantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.\nPastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.\nPihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli sehingga tempoh 14 hari bekerja. \nSentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.\n5. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia\nAnda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:\nBorang telelink BNMTalian BNM:Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888Luar Negara: +603-21741717Cawangan BNM negeri anda\nPengalaman Duit Hilang Dalam Akaun Bank \nSementara itu, beberapa orang pengguna media sosial turut berkongsi antara pengalaman mereka yang berjaya menuntut semula wang apabila mengalami perkara yang sama (duit tiba-tiba lesap dalam akaun) akibat scammer.\n\nBerikut dikongsikan antara posting tersebut untuk rujukan kita bersama:\nDUIT BANK HILANG BOLEH DAPATKAN SEMULA?\nSaya ada terbaca tulisan Puan Eqienura Mokhtar tentang pengalaman beliau apabila berhadapan situasi duit beliau hilang kerana ada transaksi luar negara yang tidak diketahui.\nTidak pasti berapa amoun duit dari akaun beliau yang lesap. Apa yang saya faham, beliau merupakan Pendeposit Maybank.\nMenurut beliau, transaksi kad debit/kredit to \u201cMerchant in US\u201d memang tidak ada TAC atau MSOS CODE atau apa-apa notifikasi. Ini menyebabkan ramai Pendeposit yang tidak sedar duit dalam akaun bank mereka berkurangan.\nBaik, ini apa yang beliau buat :\n1- Hubungi nombor belakang kad Bank.2- Laporkan ada transaksi yang tidak diketahui menggunakan Kad Debit kita.3- Muat turun \u201cDispute Form\u201d, isi dan hantar.4- Email \u201cDispute Form\u201d beserta tangkap layar transaksi-transaksi meragukan tersebut ke Bank berkenaan dan cc ke Bank Negara Malaysia ([email\u00a0protected])5- Buat Kad Debit baru & aktifkan ATM & Online.6- Duit diterima semula dalam seminggu kerana dilindungi PIDM.\nKerap semak akaun bank anda supaya jika berlaku pengurangan yang ketara atau transaksi meragukan, kita boleh ambil tindakan segera sebelum terlambat.\nTerima kasih kepada Puan tersebut yang sudi berkongsi untuk manfaat semua.\nSaya share di sini supaya ia boleh jadi rujukan saya sendiri kelak jika berhadapan situasi yang tak diingini.\n(Facebook Shada Mazan)11.09.2022 | Melaka\nPENGALAMAN 1: DUIT SIMPANAN LESAP DALAM AKAUN MAYBANK\n\nPengalaman aku, duit simpanan lesap dalam akaun #maybank .Ada scammer buat illegal transaction melalui kad debit. Yang bengangnya #maybank silent jek langsung tak notified aku. pic.twitter.com/sFbqsZfcWA\u2014 A (@lailalaleila) April 4, 2020\n\nPENGALAMAN 2 : \n\nKalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni.CARA DAPATKAN BALIK DUIT HILANG DALAM AKAUN BANK \ud83d\udc47 pic.twitter.com/aMLEk4fjFK\u2014 AS (@anisssurayaaa) May 10, 2022\n\nPENGALAMAN 3 : DUIT RM163K HILANG DALAM AKAUN (PUBLIC BANK, CIMB, BANK RAKYAT & MAYBANK)\nRujuk pautan hantaran asal : https://www.facebook.com/azura.adnan.7/posts/pfbid0ogYBUy3PzEfssgohMAVCubvdX96Z763CrrnVTADRcyk8mAKqzzHwneriCFwyi6YNl\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-ukm/", "title": "Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Terkini\nUniversiti Kebangsaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di UKM bagi memohon jawatan seperti dalam lampiran berikut.\nPermohonan dibuka bermula 1 Oktober hingga 14 Oktober 2021.\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nJawatan Kosong UKM Terkini\n\n \nSyarat-syarat Pelantikan Pensyarah Universiti DS51\n\n \nSyarat-syarat Pelantikan Pensyarah Perubatan DU51\n\n \nCara Permohonan Jawatan Kosong UKM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh Buka Iklan : 1 Oktober 2021 (Jumaat)Tarikh Tutup Iklan: 14 Oktober 2021 (Khamis)\nJawatan Kosong UKM Terkini\nPENSYARAH UNIVERSITI DS51\nSyarat-syarat Pelantikan Pensyarah Universiti DS51\nKelayakan\na) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;\n\n\n\n\n\n\nb) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:\nmenerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS51(semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D;telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan dalam bidang pengajian danmempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.\nc) Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D\nJadual GajiDS51: RM5,855.00 \u2013 RM12,445.00\nKeperluan BahasaCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia ataukelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.\nUmurCalon bagi lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan pegawai yang sedang berkhidmat had umur ditetapkan seperti berikut:\n54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.\n*Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan masing-masing.\nPENSYARAH PERUBATAN DU51\nSyarat-syarat Pelantikan Pensyarah Perubatan DU51\nKelayakan Akademik\na) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau\nb) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau\nc) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;\nd) Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan.\ne) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya:\nmenerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit atau tiga (3) case report dalam jurnal diindeks oleh Scopus/ISI sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Perubatan DU51 (semasa berkhidmat sebagai Pensyarah Pelatih atau pengajian di peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran);telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali dalam persidangan dalam bidang pengajian; danmempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.\nJadual GajiDU51: RM5,862.00 \u2013 RM12,492.00\nKeperluan BahasaCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.\nUmurCalon bagi lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan pegawai yang sedang berkhidmat had umur ditetapkan seperti berikut:\n54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.\nBaca juga: Kerja Kosong UiTM Terkini 2021 (Jawatan Akademik & Pentadbiran)\nCara Permohonan Jawatan Kosong UKM\nCara memohon jawatan pelantikan;\nSila layari laman web UKM www.ukm.my/kerjaya bagi membuat permohonan secara dalam talian.Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.\n**Pengisian jawatan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi:Unit Perjawatan dan Kenaikan PangkatBahagian Sumber ManusiaJabatan PendaftarAras 1, Bangunan Perpusatakaan Lingkungan Ke-2Universiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor\nEmel : [email\u00a0protected]\nMuat turun lampiran iklan penuh :\nPENSYARAH PERUBATAN DS51PENSYARAH UNIVERSITI DU51\nBaca juga: Skim Perantisan Nasional (SPN): Program Kerjaya Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-ibnu-haitham-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Ibnu Haitham 2022 MMU", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, biasiswa ini merupakan tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU).\nBiasiswa ini turut menyasarkan bantuan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau B 40 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. \u00a0\nTajaan biasiswa ini dibuka kepada semua pelajar yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di MMU bagi peringkat Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda. \u00a0\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Khas Sagong Tasi Untuk Pelajar IPT Orang Asli Selangor\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Biasiswa Ibnu Haitham 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 15 September 2022.\nManfaat Biasiswa Ibnu Haitham 2022\nPenerima bakal nikmati 100% Biasiswa Penuh* bagi :\nKos yuran pengajian dan asramaElaun sara hidupElaun bukuProgram pembangunan pelajar\n*Tertakluk pada terma dan syarat\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaBerkelayakan Asnaf Muslim Fakir & Miskin sahajaBerkelayakan akademik seperti berikut :SPM \u2013 Minimum 4 ASTPM / Diploma / Asasi \u2013 PNGK 3.00 dan ke atas\nCara Memohon Biasiswa Ibnu Haitham 2022\nPelajar yang berminat boleh kemukakan secara atas talian di pautan :\nhttps://yum.mmu.edu.my/assistance/scholarship/ibnu-haitham-scholarship/\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Ibnu Haitham, sila hubungi talian +03 \u2013 8312 5103 / 5040 / 5043 atau hantarkan e-mel ke alamat [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-rahmah-mcd/", "title": "Menu Rahmah McD: Set Bubur, Burger, Minuman McDonald\u2019s RM5", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNampaknya McD juga tidak ketinggalan memperkenalkan Menu Rahmah mereka.\nInisiatif Menu Rahmah yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bukan sahaja berjaya menarik perhatian restoran dan gerai-gerai kecil, tetapi juga menarik minat restoran-restoran besar.\nDemi menyahut program inisiatif ini, McDonald\u2019s juga telah memperkenalkan pilihan Menu Rahmah mereka sendiri yang pastinya sangat berbaloi dan berpatutan. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Menu Rahmah?\n\n \nPilihan Set Menu Rahmah McD\n\n \nCara Membuat Pesanan\n\n\nApa itu Menu Rahmah?\nMenu Rahmah adalah makanan tengah hari atau malam yang ditawarkan pada harga RM5 sepinggan atau kurang.\n\n\n\n\n\n\nHidangan yang disediakan bagi Menu Rahmah tidak terikat dengan ketetapan khusus, dengan hidangan lazim yang dijual termasuk nasi berlauk dan mi, dengan minuman ringkas seperti air kosong.\nMenu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak\u00a0Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup\u00a0(KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek,\u00a0Payung Rahmah, dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.\nBagi menyahut dan menyokong usaha kerajaan Malaysia melalui KPDN ini, pihak McDonald\u2019s Malaysia turut sama memperkenalkan kombinasi Menu Rahmah mereka yang menggambungkan satu hidangan makanan dan cawan minuman.\nBaca lagi: Senarai Lokasi Menu Rahmah Serata Malaysia\nPilihan Set Menu Rahmah McD\nSumber: McDonald\u2019s Malaysia\nDi McD, terdapat beberapa pilihan makan dan menuman yang dijual pada harga Rahmah seperti yang berikut:\n\nMenu Rahmah\u00a0Burger Ayam + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\nMenu Rahmah Bubur Ayam McD (kecil) + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\nMenu Rahmah McEgg + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\nMenu Rahmah Cheeseburger + Teh Ais Limau (kecil) : RM4.72\n\nSesuai dengan harganya, kombinasi makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak McD ini sebenarnya cukup berbaloi dan mengenyangkan.\nJika masih tidak kenyang, anda boleh beli 2 set ataupun menambah hidangan tambahan lain bersama-sama menu ini.\n\nCara Membuat Pesanan\nBerminat untuk mendapatkan kombo Menu Rahmah McD ini?\nSenang sahaja, hadirkan diri anda ke kaunter self-service di mana-mana cawangan McDonald\u2019s dan ikuti langkah-langkah berikut:\n\nKlik \u201cStart Order\u201d\nPilih \u201cEat In\u201d sekiranya hendak makan di McD, atau \u201cTake Away\u201d sekiranya ingin makan dirumah.\nKlik \u201cMenu Rahmah\u201d pada menu sebelah kiri\nPilih Menu Rahmah anda\nTeruskan pilihan dan lengkapkan pesanan dengan membuat bayaran\n\nMenu Rahmah McDonald\u2019s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald\u2019s seluruh negara.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pelajaran-maipk/", "title": "Skim Bantuan Am Pelajaran Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah MAIPk 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM BANTUAN AM PELAJARAN MAIPk 2021\nMAIPk Menyediakan Bantuan Zakat Kepada Pelajar Yang Layak.\nBantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian. \nBantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian.\nJom semak kelayakan anak-anak anda dan memohon secara online. Jangan ketinggalan!\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan info penuh tentang Skim Bantuan Zakat Pelajaran MAIPk.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Pelajaran MAIPk?\n\n \nSyarat Memohon Bantuan Pelajaran MAIPk 2021\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Bantuan Pelajaran MAIPk?\nMajlis Agama Islam dan \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk) adalah sebuah organisasi yang menguruskan hal-hal berkaitan ZAKAT, Agihan wang zakat dan Baitulmal.\nBantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian. \nBantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti di bawah:\nPeringkat Pengajian\nSIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV)Jumlah Bantuan : RM 500.00DIPLOMA / DPMV(KV)Jumlah Bantuan : RM 600.00IJAZAHJumlah Bantuan : RM 700.00\nSyarat Memohon Bantuan Pelajaran MAIPk 2021\nSyarat permohonan:\nTarikh memohon TIDAK MELEBIHI 3 BULAN dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS.Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.Pemohon mestilah BERMASTAUTIN dalam Negeri Perak.Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/\nIsi maklumat dengan betul.\nJika layak anda akan dihubungi semula.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web http://online.maiamp.gov.my/ atau Muat Turun Manual Pengguna.\nAnda juga boleh mendapatkan info melalui saluran berikut\n05-208 4000Facebook https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk\nJom galakkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Cari ilmu sebanyaknya. Dengan ilmu boleh jadi insan berguna.\n\u2018Share Posting\u2019 ini. Biar ramai anak-anak Perak tahu. Pendidikan diutamakan kepada anak negeri. Demi melahirkan bangsa merdeka berilmu.\nBerikut dikongsikan antara kisah pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dengan bantuan MAIPk. \nSaksikan contoh kisah mereka dalam pautan di bawah:\nKisah Pelajar di negara Jordan: https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk/posts/3008430022728000Kisah pelajar ACCA dalam negara: https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk/posts/3002209426683393\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-jabatan-pendidikan-negeri/", "title": "Senarai Jabatan Pendidikan Setiap Negeri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Jabatan Pendidikan Setiap Negeri~ Jabatan Pendidikan Negeri memainkan peranan yang sangat penting dalam kelangsungan sistem pendidikan setempat. \nJadi, adalah penting bagi ibu bapa serta murid untuk ketahui butiran mengenai JPN di lokasi masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami sertakan Senarai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh Malaysia bagi memudahkan anda untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri terdekat.\nBaca Juga : Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Mulai 1 Mei 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Jabatan Pendidikan Setiap Negeri\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Perlis\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Kedah\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Perak\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Selangor\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Sembilan\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Melaka\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Johor\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Pahang\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Terengganu\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Kelantan\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Sabah\n\n \nJabatan Pendidikan Negeri Sarawak\n\n \nJabatan Pendidikan Kuala Lumpur\n\n \nJabatan Pendidikan Putrajaya\n\n \nJabatan Pendidikan Labuan\n\n\nSenarai Jabatan Pendidikan Setiap Negeri \nJabatan Pendidikan Negeri Perlis\nAlamatJalan Tun Abdul Razak,01990 Kangar, Perlis.No. Telefon\u00a004-9737777No. Faks04-9767080Laman Webhttps://jpnperlis.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Kedah\nAlamatKompleks Pendidikan,Jalan Stadium,05604 Alor Star,Kedah Darul Aman.\u00a0\u00a0No. Telefon04-740 4000No. Faks04-740 4342Laman Webhttps://jpnkedah.moe.gov.my/Alamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang\nAlamatJalan Bukit Gambir,11700 Pulau PinangNo. Telefon04-6575500No. Faks04-6582500Laman Webhttps://jpnpp.moe.gov.my/Alamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Perak\nAlamatJalan Tun Abdul Razak30640 IpohPerak Darul Ridzuan\u00a0\u00a0No. Telefon05-5015000No. Faks05-5277273Laman Webhttps://jpnperak.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Selangor\nAlamatJalan Jambu Bol 4/3E,Seksyen 4,40604 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan\u00a0No. Telefon03-55186500No. Faks03-55102133Laman Web\u00a0https://jpnselangor.moe.gov.my/Alamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Sembilan\nAlamatJalan Dato\u2019 Hamzah,70990 Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus.\u00a0\u00a0No. Telefon06-7653100No. Faks06-7639969Laman Webhttps://www.jpnns.gov.myAlamat e-mel\u00a0[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Melaka\nAlamatJalan Istana,75450 Bukit Beruang, MelakaNo. Telefon06-232 3776/777/778/779No. Faks06-232 0500Laman Webhttps://jpnmelaka.moe.gov.my/Alamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Johor\nAlamatWisma Pendidikan,Jalan Tun Abdul Razak,80604 Johor Bharu,Johor Darul TakzimNo. Telefon07-2310000No. Faks07-2347132Laman Webhttps://jpnjohor.moe.gov.my/Alamat e-mel[email\u00a0protected]\u00a0\u00a0\u00a0\nJabatan Pendidikan Negeri Pahang\nAlamatBandar Indera Mahkota,25200 Kuantan,Pahang Darul Makmur\u00a0No. Telefon09-5715700No. Faks09-5734857Laman Webhttps://jpnpahang.moe.gov.my/Alamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Terengganu\nAlamatJalan Bukit Kecil,20604 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman\u00a0\u00a0\u00a0No. Telefon09-621 3000 / 3001No. Faks09-622 7207 / 09-623 8415Laman Webhttps://jpnterengganu.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Kelantan\nAlamatBandar Baru Tunjong,16010 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim\u00a0\u00a0\u00a0No. Telefon09-7418000No. Faks09-7482554Laman Webhttps://jpnkelantan.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\u00a0\u00a0\nJabatan Pendidikan Negeri Sabah\nAlamatWisma Jabatan Pendidikan Negeri SabahJalan Punat Tanah, Likas88450 Kota Kinabalu, Sabah\u00a0No. Telefon088-537010No. Faks088-234828Laman Webhttps://jpnsabah.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Negeri Sarawak\nAlamatJalan Diplomatik Off Jalan Bako,Petra Jaya,93050 Kuching, SarawakNo. Telefon082-473473 / 473494No. Faks082-473478Laman Webhttps://jpnsarawak.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Kuala Lumpur\nAlamatJabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,50604 Kuala Lumpur.\u00a0\u00a0\u00a0No. Telefon03-6204 6000No. Faks03-6204 6801Laman Webhttps://jpwpkl.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Putrajaya\nAlamatJabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya,Aras 7,Lobi 2, Blok E2,Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya\u00a0\u00a0\u00a0No. Telefon\u00a003-8890 3073/ 0000No. Faks03-8890 3087Laman Webhttps://jpwpp.moe.gov.my/Alamat e-mel\u00a0[email\u00a0protected]\nJabatan Pendidikan Labuan\nAlamatAras 10, Blok 4,Kompleks Ujana Kewangan,Peti Surat 81097,87020 Wilayah Persekutuan Labuan.\u00a0\u00a0\u00a0No. Telefon087-583351 / 583357No. Faks087-583352Laman Webhttps://jpnsabah.moe.gov.myAlamat e-mel[email\u00a0protected]\nSemoga maklumat yang kami sertakan dapat membantu anda dalam menghubungi pihak JPN dengan lebih mudah.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-aff-mitsubishi-electric-2022/", "title": "Piala AFF Mitsubishi Electric 2022: Keputusan, Jadual Perlawanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSecara rasminya, Piala AFF 2022 akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.\nHal ini disebabkan penajaan oleh syarikat Mitsubishi Electric sebagai penaja rasmi bagi kejohanan ini.\nEdisi kali ini akan menjadi edisi ke-14 Kejohanan AFF, kejohanan bola sepak negara yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan merupakan edisi pertama di bawah nama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFormat Piala AFF Mitsubishi 2022\n\n \nJadual Perlawanan Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)\n\n \nSenarai Pemain Harimau Malaya\n\n \nSenarai Juara Piala AFF Terdahulu (1996-2022)\n\n \nVenue Utama Perlawanan Piala AFF 2022\n\n \nTERKINI : KEMAS KINI HARGA TIKET AFF\n\n\nFormat Piala AFF Mitsubishi 2022\nPiala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan mengikut format 2018, perubahan daripada format 2020 dengan venue berpusat akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara.\nDalam format semasa, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan ranking ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan dua perlawanan. \n10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan berlima dan bermain sistem round robin dengan setiap pasukan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.\nUndian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah.\n\n\n\n\n\n\nJadual Perlawanan Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)\nKejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023 dan sudah pastinya kita mendoakan kejayaan pasukan Harimau Malaya.\n\nSetiap kumpulan akan dianggotai oleh 5 pasukan negara seperti yang berikut:\nKumpulan A menempatkan juara bertahan Thailand bersama Filipina, Indonesia, Kemboja dan satu lagi pasukan, sama ada Brunei atau Timor-Leste yang akan ditentukan melalui perlawanan play-off. .\nPasukan negara kita, Harimau Malaya telah diletakkan dalam Kumpulan B bersama dua pesaing utama, Vietnam dan Singapura bersama-sama dengan Myanmar dan Laos yang melengkapkan 5 pasukan dalam Kumpulan B.\nHanya 2 pasukan dengan mata tertinggi akan layak ke peringkat seterusnya yang akan bermain secara kalah mati.\nJadual Perlawanan Kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022\n\nYangon\u00a0\u2013 21 Disember\nKuala Lumpur\u00a0\u2013\u00a024 Disember\nHanoi\u00a0\u2013\u00a027 Disember\nKuala Lumpur\u00a0\u2013\u00a03 Januari 2023\n\n\nArtikel berkaitan: Piala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan\nSenarai Pemain Harimau Malaya\nBerolit adalah senarai akhir 23 pemain Malaysia yang akan beraksi di Piala AFF Mitsubishi Electric bermula 20 Disember 2022.\nNampaknya semua muka-muka baru yang diberi peluang oleh Kim Pan Gon.\nSelamat Maju Jaya Harimau Malaya!\n\nSaksikan highlight perlawanan melalui video di bawah:\nYoutube : AFF Mitsubishi Electric Cup\nSenarai Juara Piala AFF Terdahulu (1996-2022)\n\u00a0TAHUNJUARASKORRUNNER-UP1996Thailand1-0Malaysia1998Singapura1-0Vietnam2000Thailand4-1Indonesia2002Thailand2-2 (aet)(pen 4-2)Indonesia2004Singapura3-1, 2-1(agg 5-2)Indonesia2007Singapura2-1, 1-1(agg 3-2)Thailand\u00a02008Vietnam2-1, 1-1(agg 3-2)Thailand\u00a02010Malaysia3-0, 1-2(agg 4-2)Indonesia2012Singapura3-1, 0-1(agg 3-2)Thailand2014Thailand2-0, 2-3(agg 4-3)Malaysia2016Thailand1-2, 2-0(agg 3-2)Indonesia2018Vietnam2-2, 1-0(agg 3-2)Malaysia2020Thailand4-0, 2-2(agg 6-2)Indonesia2022\u00a0\u00a0TBC\u00a0TBC\u00a0TBCSumber: Goal.com\n\nVenue Utama Perlawanan Piala AFF 2022\nWalaupun keadaan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil masih diragui, pihak FAM telah mengumumkan pemiliha Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue utama bagi pasukan kebangsaan Malaysia.\nDiharapkan untuk Piala AFF Mutsibishi Electric 2022, pasukan Harimau Malaya dapat menampilkan sekali lagi persembahan cemerlang seperti yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023 ketika Jun lalu.\n\nTERKINI : KEMAS KINI HARGA TIKET AFF\nPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan penurunan harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura.\nAtas rasa prihatin dan selepas mengambil kira keluhan penyokong Harimau Malaya serta mendengar pandangan daripada banyak pihak, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah mengarahkan Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Dato\u2019 Posa Haji Majais untuk membincangkan perkara berkenaan.\nSelepas membuat pertimbangan sewajarnya, Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah membuat keputusan untuk harga tiket tempat duduk Terbuka diturunkan ke RM45, Premium diturunkan ke RM60 dan Grandstand diturunkan ke RM70. Bagaimanapun, harga tiket kanak-kanak kekal pada harga RM10.\nBagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal, proses pemulangan (refund) untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline.\nSemoga penurunan harga tiket ini akan dapat mengurangkan sedikit beban para penyokong untuk ke stadium bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan berkenaan.\nUntuk makluman semua, Datuk Haji Hamidin sentiasa prihatin mendengar apa juga keperluan penyokong dan sangat menghargai sokongan tidak berbelah bagi yang telah diberikan oleh anda semua, penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang pasukan.\nNoor Azman Hj Rahman\nSetiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)\nKlik di sini untuk pembelian terus https://www.tickethotline.com.my/\u2026/AFF\u2026/19/FAM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-tt-lhdn/", "title": "e-TT Hasil : Cara Buat Bayaran Cukai LHDN MyTax", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem e-TT Hasil telah diperkenalkan pada 1 April 2022 yang lalu dan mungkin ramai yang kurang arif menggunakannya.\ne-TT merupakan sebuah sistem yang menjana Nombor Virtual Account (VA) sebagai identiti pengenalan bayaran bagi tujuan bayaran cukai menggunakan Mod Telegraphic Transfer.\u00a0\nUntuk keselamatan pengguna, setiap nombor VA adalah terhad kepada satu transaksi sahaja.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem ini untuk panduan semua pembayar cukai di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem e-TT?\n\n \nJenis-jenis Cukai\n\n \nCara Buat Bayaran LHDN Melalui Sistem e-TT\n\n \nKaedah bayaran e-TT LHDN\n\n \nSoalan Lazim & Pertanyaan Lanjut\n\n\nApakah Sistem e-TT?\nSistem e-TT diperkenalkan bagi bayaran cukai melalui kaedah TT, EFT dan IBG dari dalam dan luar negara bagi pelbagai jenis bayaran cukai pendapatan.\nSistem ini akan menjana Nombor Akaun Maya (Nombor VA) sebagai identiti pengenalan bayaran.\n\nJenis-jenis Cukai \nJanaan nombor VA di e-TT hanya dibenarkan bagi tujuan bayaran cukai daripada dalam dan luar negara yang terdiri daripada jenis cukai berikut:\n\nCukai Pendapatan\nCukai Pegangan (WHT)\nCukai Pendapatan Petroleum (PITA)\nKompaun\nPenghibur Awam\nBayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) \u2013 Tertakluk di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Borang CKHT502)\n\nBaca lagi: ByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online\n\n\nCara Buat Bayaran LHDN Melalui Sistem e-TT\nPembayar cukai yang ingin membuat bayaran cukai menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dari dalam dan luar negara dikehendaki untuk mengakses Sistem e-TT yang boleh dicapai dengan langkah mudah seperti yang berikut:\n\nLayari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau terus ke pautan https://ett.hasil.gov.my.\nKlik Perkhidmatan ezHasil > submenu e-TT;\nIsi maklumat bayaran dengan lengkap untuk menjana Nombor VA\nNombor VA yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dikaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik.\nKeluar sistem. Pembayar cukai meneruskan proses bayaran.\n\n\nContoh Slip Verifikasi e-TT LHDN\n\nDengan pengenalan Sistem e-TT, empat jenis bayaran berikut yang pada masa kini hanya boleh dilakukan di Kaunter Bayaran HASiL, juga boleh dibuat menerusi kaedah e-bayaran:\n\nKompaun\nCukai Penghibur Awam (Seniman Kembara)\nCukai Pegangan \nCKHT \u2013 Pegangan Cukai 3% oleh Pemeroleh Aset (Seksyen 21B, ACKHT 1976)\n\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MANUAL PENGGUNA melalui sistem e-TT, sila ke ikon \u2018Panduan Pengguna\u2019 di Muka Hadapan laman MyTax seperti dalam infografik di bawah:\n\nKaedah bayaran e-TT LHDN\nBayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:\n\nPortal perbankan internet menerusi IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang;\nKaunter Bank : IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang sahaja (Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan)\nMesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)\n\nArtikel berkaitan: MyTax Hasil: Daftar, Semakan Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023\nSoalan Lazim & Pertanyaan Lanjut\nRujuk soalan lazim pelaksanaan sistem e-TT melalui video di bawah:\nSumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai sistem e-TT ini, boleh hubungi pegawai yang bertugas di menerusi salah satu kedah berikut:\n\nHasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)\nHASiL Live Chat\nBorang Maklum Balas di portal LHDNM\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/igcse-mrsm/", "title": "MRSM Program IGCSE : Lokasi, Kurikulum & Silibus", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram MRSM IGCSE adalah sistem pendidikan MRSM yang mengintegrasikan International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE). \nIa adalah sistem Pendidikan MRSM yang baharu berfokuskan kepada keperluan local dan global dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantara dan akan melahirkan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar rujuk dalam pelbagai bidang dan bahasa asing. \nPada tahun 2011, MRSM Tun Abdul Razak, Pekan telah menjadi pusat rintis dengan pengambilan pertama pelajar seramai 180 orang Tingkatan 1.\nMatlamat MARA untuk lebih ke depan dengan menggunakan sistem Pendidikan MRSM baharu dan menjadikan MRSM sebagai pusat kecermerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia serta menyediakan pelajar Bumiputera yang berpontensi tinggi dalam semua bidang terutamanya sains dan teknologi.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program IGCSE MRSM?\n\n \nApakah Cambridge IGCSE?\n\n \nKelebihan IGCSE MRSM\n\n \nSenarai MRSM Yang Menawarkan IGCSE\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nPeperiksaan & Yuran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program IGCSE MRSM?\nMRSM IGCSE atau dikenali juga sebagai program pendidikan gabungan antara 3 kurikulum berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nKurikulum kebangsaan\nKurikulum khas MRSM berteraskan STEM\nKurikulum Cambridge IGCSE\n\nKetiga-tiga kurikulum ini turut merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nPelajar-prlajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Pembangunan Sahsiah.\nIntegrasi kurikulum ini akan memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar.\nPelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada tahun akhir tahun Tingkatan 4 dan SPM pada akhir tahun Tingkatan 5. \n\nApakah Cambridge IGCSE?\nCambridge IGCSE dikenali di peringkat global danditerima oleh universiti terkemuka serta majikan di seluruhdunia.\nSUBJEK DITAWARKAN\nCambridge IGCSE menawarkan 70 subjek, termasuk 30 bahasa dalam pelbagai kombinasi. \nKurikulum Core dan Extended juga disediakan dalampelbagai subjek untuk pelajar yang pelbagai keupayaan.\nSekolah-sekolah bebas untuk membangunkan kurikulum yang sesuai dengan keperluan pelajar.\nKONSEP\nCambridge IGCSE direka bentuk dengan dua konsep: piawaian antarabangsa dan pembelajaran kontekstual. Kandungan silibusnya bersesuaian dengan pelbagai jenis sekolah dan terhindar daripada bias budaya.\nPENDEKATAN SILIBUS\nSilibusnya menggunakan pendekatan inkuiri dan berpusatkan pelajar dalam pembelajaran. Cambridge IGCSE membangunkan kemahiran pemikiran kreatif, enkuiri dan penyelesaian masalah.\nPENTAKSIRAN / PENILAIAN PELAJAR\nPelajar akan ditaksir pada akhir kursus. Struktur linear ini memberi lebih masa tanpa mengganggu waktu pengajaran. Pelajar akan dianugerahkan gred A* hingga G bagi setiap subjek, dan A* ialah gred tertinggi.\n\nKelebihan IGCSE MRSM\nMENGAPA IGCSE?\nBerikut adalah antara kelebihan pelaksanaan IGCSE di MRSM :\n\nPelajar MRSM ialah pelajar yang \u2018above average\u2019, maka mereka memerlukan kurikulum yang mencabar dan terbeza.\nTerdapat 80% hingga 85% persamaan bagi kurikulum subjek Sains dan Matematik untuk SPM dan IGCSE.\nPendekatan IGCSE fokus kepada membina kemahiran lisan dan praktikal.\nKurikulum IGCSE menyediakan pelajar menghadapi masa hadapan, membantu mereka membangunkan rasa ingin tahu dan semangat yang berkekalan untuk pembelajaran.\nProgram dan kelayakan IGCSE menjadi satu penanda aras global bagi pendidikan antarabangsa. Program ini disediakan oleh pakar subjek yang mempunyai latar belakang akademik tegar dan penyelidikan terkini.\n\nSenarai MRSM Yang Menawarkan IGCSE\nBerikut adalah merupakan senarai MRSM yang menawarkan program IGCSE bagi kemasukan Tingkatan 1:\n\nMRSM Johor Bahru, Johor\nMRSM Kubang Pasu, Kedah\nMRSM Langkawi, Kedah\nMRSM Tumpat, Kelantan\nMRSM Alor Gajah, Melaka\nMRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan\nMRSM Kuantan, Pahang\nMRSM Tun Abdul Razak, Pahang\nMRSM Parit, Perak\nMRSM Kota Kinabalu, Sabah\nMRSM Kuching, Sarawak\nMRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor\n\nSyarat Kemasukan\n\nCalon warganegara Malaysia\nIbu / bapa adalah warganegara Malaysia\nCalon boleh memohon online dan WAJIB menduduki Ujian Kecendurangan Kemasukan MRSM (UKKM)\nCalon sihat tubuh badan dan mampu berdikari\nIbu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam oleh MARA\nKeutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan\n\nPeperiksaan & Yuran\n\nCambridge IGCSERM341.90 per subjek.\nCambridge CheckpointRM130.00 per subjek.\n\n*Yuran peperiksaan adalah di bawah tanggungan ibu bapa.*Yuran peperiksaan akan berubah tertakluk kepada CIE.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MRSM IGCSE, sila layari laman web \u00a0https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/\nBaca juga: \n\nSemakan UKKM 2023: Tarikh, Masa & Tempat Ujian MRSM\nSenarai Ranking MRSM Terbaik 2022 (Keputusan SPM 2021)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mycar-malaysia/", "title": "Cara Daftar Sebagai Pemandu MyCar Malaysia (eHailing)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda berminat untuk daftar sebagai pemandu MyCar?\nMyCar merupakan salah satu penyedia perkhidmatan pandu seru (e-hailing) yang sudah beberapa tahun beroperasi dan boleh dikatakan alternatif kepada Grab, inDriver, Maxim dan sebagainya. \nSelain perkhidmatan pandu seru mengambil dan menghantar penumpang ke destinasi mereka, MyCar turut menambah perkhidmatan penghantaran barangan yang dikenali sebagai MyDelivery untuk semua pelanggan mereka.\nPerkhidmatan MyDelivery ini dibuka untuk semua jenis kenderaan daripada motorsikal, kereta, van dan lori.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDokumen untuk lesen PSV\n\n \nAplikasi MyCar\n\n \nPermohan EVP (E-hailing Vehicle Permit)\n\n\nDokumen untuk lesen PSV\nSelari dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Malaysia, setiap pemandu yang berminat menjadi pemandu My Car wajib memiliki lesen PSV.\nBagi yang belum mempunyai lesen PSV, anda dikehendaki untuk mempunyai dokumen-dokumen berikut untuk mengikuti kelas PSV:\nKad pengenalanLesen memandu kompetanBorang pemeriksaan kesihatan\nBagi kemudahan semua bakal pemandu, pihak MyCar turut menyediakan kelas PSV seperti butiran yang berikut:\nHari: SelasaMasa: 9.00 pagiLokasi: HQ MyCarYuran: RM55.00\nUjian bagi mendapatkan lesen PSV akan diadakan pada setiap hari Jumaat.\nAlamat HQ MyCar adalah seperti yang berikut:\n31-G,Jalan Setia Utama AT U13/AT, Setia Taipan 2, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor\nAplikasi MyCar\n\nUntuk memuat turun aplikasi My Car, sila klik pada pautan di bawah:\nGoogle Play \u2013 Bagi pengguna peranti Android\nSila muat turun hanya daripada sumber yang sah sahaja bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah dan dipasang perasian hasad. \nBuat masa ini, aplikasi MyCar hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja dan mengikut laman rasmi MyCar, aplikasi untuk pengguna iOS dan Huawei akan datang dalam masa terdekat.\nPermohan EVP (E-hailing Vehicle Permit)\nSetelah selesai mendapatkan PSV, anda dikehendaki memohon E-hailing Vehicle Permit (EVP).\nDokumen-dokumen berikut diperlukan untuk permohonan EVP:\nGeran kenderaanLesen PSVBorang pemeriksaan kesihatan\nUntuk memohon EVP, buka laman rasmi My_Car, skrol ke bawah dan klik pada butang \u201cEVP Application\u201d.\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengnenai PSV atau EVP, sila berhubung terus dengan pihak MyCar melalui talian +6037661 6208.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/takbir-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Takbir Hari Raya Aidilfitri : Lafaz, Maksud & Panduan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTakbir Raya merupakan cara untuk kita mengagungkan dan membesarkan Allah SWT sebagai tanda kesyukuran kepadanya setelah berjaya menunaikan ibadah berpuasa sebulan lamanya dalam bulan Ramadan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Takbir Hari Raya Aidilfitri\n\n \nTempoh Masa Bertakbir\n\n \nLafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri\n\n \nVideo Takbir Syawal\n\n\nPengenalan Takbir Hari Raya Aidilfitri\nSambutan hari raya Aidilfitri disambut dengan gema takbir bagi menggambarkan syiar Islam di samping meraikan kemenangan dalam menghadapi ujian dan dugaan di bulan Ramadan. Takbir pada hari raya merupakan perkara yang disunatkan berdasarkan firman Allah SWT:\n\u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u0652\u0645\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u064e\u0628\u0650\u0651\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\nMaksudnya: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.\nAl-Baqarah (185)\nUmat islam disyariatkan supaya melaungkan takbir apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan dengan suara yang lantang bagi menggambarkan kegembiraan dan menunjukkan syiar islam. Imam al-Khatib al-Syirbini menyebutkan di dalam karyanya:\n\u0648\u064e\u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0644\u064f\u0651\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u064a\u064e\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0648\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u064a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f\u0647\u064f \u0634\u0650\u0639\u064e\u0627\u0631\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650\nMaksudnya: Ini semuanya berkaitan hukum pada takbir yang dilaungkan dengan suara yang lantang dan dijadikannya sebagai syiar pada hari itu (hari raya).[1]\nBegitu juga umat islam disunatkan untuk melakukannya tanpa mengira waktu dan tempat bermula terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan sehinggalah imam mengangkat takbiratul ihram untuk menunaikan solat Aidilfitri. Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u0642\u0627\u0644 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0647\u0648\u0631: \u064a\u0643\u0628\u0631 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0645\u0646\u0627\u0632\u0644 \u0648\u0627\u0644\u0645\u0633\u0627\u062c\u062f \u0648\u0627\u0644\u0623\u0633\u0648\u0642 \u0648\u0627\u0644\u0637\u0631\u0642 \u0623\u064a \u0639\u0646\u062f \u0627\u0644\u063a\u062f\u0648 \u0625\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629 \u062c\u0647\u0631\u0627\u064b\u060c \u0625\u0644\u0649 \u0623\u0646 \u062a\u0628\u062f\u0623 \u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629\nMaksudnya: Menurut pandangan jumhur ulama: Melaungkan takbir ketika di rumah, masjid, pasar dan jalan. Iaitu pada hari sebelum solat (solat sunat hari raya) secara lantang sehinggalah hendak memulakan solat (solat sunat hari raya).[2]\nOleh itu, jelas bahawa sunat melaungkan takbir raya dengan suara yang lantang untuk menunjukkan kegembiraan dan syiar islam serta ianya disyariatkan pada hari raya dan juga hari tasyriq sahaja.\nSelain Takbir Raya, kita juga digalakkan untuk bertahlil, takbir, tahmid dan taqdis. Ini berdasarkan hadis daripada riwayat Anas:\n\u201cHiasilah kedua hari raya kamu dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis.\u201d (Riwayat Abu Nuaim)\nSelain itu, terdapat hadis lain riwayat Anas seperti yang bermaksud:\n\u201cHiasilah hari raya kamu dengan bertakbir.\u201d (Riwayat al-Tabarani)\nUntuk nas-nas lain berkaitan galakan bertakbir, boleh rujuk halaman Mufti Wilayah Persekutuan. \n\nTempoh Masa Bertakbir\nTakbir Raya juga dikategorikan sebagai Takbir Mursal (juga dikenali sebagai Takbir Mutlak) kerana pelaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat.\nTakbir ini boleh dimulakan pada malam Hari Raya Aidilfitri iaitu selepas terbenamnya matahari (masuk waktu Maghbir) 1 Syawal sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya Aidilfitiri.\nKita digalakkan bertakbir sepanjang malam antara dua waktu ini.\nTempoh Takbir Raya Aidilitri ini adalah berbeza daripada tempoh Takbir Raya bagi Hari Raya Aidiladha. \nNamun begitu, tujuan keduanya adalah sama yakni untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari kebesaran dan perayaan bagi orang Islam.\n\nLafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri\nAntara lafaz masyhur untuk bertakbir adalah berdasarkan lafaz yang warid daripada Rasululllah SWT antaranya yang ditulis dalam kitab Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi (no.6280):\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062c\u064e\u0644\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627\nSelain itu, Imam An-Nawawi turut menyebut dalam kitabnya al-Majmu\u2019 Syarh al-Muhadzdzab (2/81) lafaz yang berikut:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nMaksudnya: \n\u201cAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.\u201d\nSelepas itu, disunatkan juga untuk menambah lafaz yang berikut:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0625\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f [ \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0651 \u062c\u064f\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f ] \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0627\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f [ \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f]\nMaksudnya: \u201cAllah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian\u201d\nBACAAN TAKBIR RAYA AIDILFITRI (RUMI)\nAllahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , (3 kali)\nAllahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila .\nLa illaha il Allah sadaqa wa\u2019dah ,wa nasara abda, wa a\u2019azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,\nLa illaha il Allah ,wa laa na\u2019budu illa iyyah, mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.\nLa illaha il Allahu wallahu Akbar, Allahu Akbar walillahil Hamd\nVideo Takbir Syawal\nTakbir Raya Radio Televisyen Malaysia \u2013 Dibawah pimpinan Ustaz Mohd Firdaus Muhamad\n\nSemoga lafaz takbir dan maksudnya ini dapat membantu kita menghayati lebih mendalam maksud disebalik takbir ini dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.\nBaca juga: \n\nHari Raya Aidilfitri 2023: Tarikh Cuti Hari Raya Puasa Seluruh Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ibantuan/", "title": "iBantuan Terengganu: Daftar, Mohon, Semak Status Kelayakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\niBantuan Terengganu merupakan sebuah portal sehenti bagi semua program bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Terengganu.\nSistem iBantuan ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kemudahan semakan pemohon.\nMaklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui iBantuan.\nPenggunaan sistem iBantuan ini selari dengan kemajuan teknolog yang membolehkan segala proses permohonan dan semakan dilakukan secara dalam talian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar iBantuan Terengganu\n\n \nSyarat Pendaftaran\n\n \nCara Memohon Bantuan Melalui iBantuan Terengganu\n\n \nLesen Motor Terengganu Sejahtera\n\n \nSyarat kelayakan LMTS\n\n \nBantuan i-Fitri 2023\n\n \nSyarat kelayakan i-Fitri\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nCara Daftar iBantuan Terengganu\n\nPemohon wajib mendaftar sebagai pengguna iBantuan sebelum mereka membuat permohonan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar:\n\nLayari laman web iBantuan Terengganu di https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/\nKlik pada tulisan \u201cDaftar\u201d di bawah borang log masuk \nMasukkan nombor kad pengenalan\nIsi katalaluan\nUlang semula kata laluan\nKlik butang Daftar\n\nSekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.\nPemohon boleh MUAT TURUN Borang PRT20 melalui laman web iBantuan atau boleh rujuk JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk memperolehi borang PRT20 A & B.\nPemohon wajib ISI semua Maklumat dlm Borang PRT20 A & B, kemudian hantar terus kepada JPKK atau Pihak PKMD dalam tempoh permohonan\nSyarat Pendaftaran\n\nPemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.\nMaklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).\nPemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.\nPermohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem iBantuan.\n\nSyarat khusus bagi setiap jenis bantuan yang diberikan adalah berbeza.\nSebagai contoh, bagi Bantuan i-Fitri 2023 dan Lesen Motor Terengganu Sejahtera, terdapat syarat khusus yang perlu dipatuhi oleh setiap pemohon bagi membolehkan permohonan mereka dipertimbangkan.\nCara Memohon Bantuan Melalui iBantuan Terengganu\n\nSetelah mendaftar akaun iBantuan, anda boleh log masuk dan lihat senarai bantuan yang dibuka untuk permohonan.\nSetiap jenis bantuan hanya dibuka untuk tempoh masa tertentu sahaja.\nSetelah log masuk akaun iBantuan anda, lihat senarai bantuan yang dibuka untuk permohonan dan klik pada butang \u201cMohon\u201d.\nSila baca dengan teliti setiap syarat kelayakan yang dinytakan kerana setiap program bantuan mempunyai syarat-syarat kelayakan khusus yang perlu dipatuhi oleh pemohon.\nLesen Motor Terengganu Sejahtera\nBantuan \u201cLesen Motor Terengganu Sejahtera\u201d adalah tajaan kos mengambil lesen bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.\nSyarat kelayakan LMTS\nSyarat-syarat permohonan adalah seperti yang berikut:\n\nPemohon berumur 16 tahun hingga 40 tahun semasa tarikh permohonan dibuka (Bagi pemohon16 & 17 tahun, permohonan mestilah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga pemohon).\nPenerima yang lulus LMTS pada tahun sebelum ini, TIDAK LAYAK memohon bagi LMTS 2023.\nPemohon yang BEKERJA, pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.\nPemohon yang TIDAK BEKERJA, jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan.\nPemohon mestilah bebas daripada KES SAMAN dan MAHKAMAH.\nPemohon OKU layak memohon untuk lesen B2 sahaja.\nLatihan/kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) yang berdaftar dengan pihak TSISsahaja.\nKos yang ditanggung melibatkan kos membuat lesen, MYeG, SST dan insurans sahaja.\nKelulusan program LMTS hanya sekali SAHAJA bagi setiap pemohon.10.Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat TIDAK BENAR dan TIDAK LENGKAP\n\nBantuan i-Fitri 2023\nBantuan khas sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri agar segala perbelanjaan untuk sambutan ini dapat diringankan sedikit buat semua umat Islam yang menyambutnya.\nSyarat kelayakan i-Fitri\n\nPenerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalamsistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.\nPemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlahpendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elauntetap).\nPeniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripadaRM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.\nSemua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAKmemohon.\nPemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkanoleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.\nPemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan\nPERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap\n\nBaca lagi: i-Fitri 2023: Bantuan Aidilfitri Rakyat Terengganu & Perantau\n\nMaklumat lanjut\nSekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan \u201cLesen Motor Terengganu Sejahtera\u201d dan \u201ci-Fitri\u201d sila layari portal iBantuan Terengganu di alamat https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/calon-pkr-pru15/", "title": "[RASMI] Senarai Calon PKR Yang Bertanding Dalam PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nParti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan semua calon yang akan bertanding di Semenanjung atas tiket Pakatan Harapan (PH).\nMajlis pengumuman calon dan ceramah tersebut diadakan di Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang malam ini (Jumaat, 28 Oktober 2022) bermula jam 830 malam selepas Isyak.\nCalon-calon untuk Sabah dan Sarawak akan diumumkan masing-masing di Kota Kinabalu dan Miri minggu depan.\nDalam majlis tersebut, para pengundi dijemput untuk hadir dan mengenali lebih rapat calon-calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Calon PKR Yang Akan Bertanding Dalam PRU15 (Pakatan Harapan)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSenarai Calon PKR Yang Akan Bertanding Dalam PRU15 (Pakatan Harapan)\nSelain Anwar yang bertanding di Parlimen Tambun, beberapa nama besar turut dicalonkan di negeri itu dengan anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar diumumkan bertanding di Parlimen Pasir Salak.\nSementara itu, bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin pula diletakkan di Parlimen Bagan Datuk, dijangka berentap dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\nMulai hari ini, profail dan latar belakang calon akan mula dihantar kepada pengundi-pengundi di kerusi parlimen masing-masing melalui media sosial dan WhatsApp.\nBerikut dikongsikan senarai calon-calon Parti Keadilan Rakyat yang telah diumumkan.\nSENARAI CALON PKR YANG BERTANDING DALAM PRU15\nPKR menamakan 72 calon parti itu yang akan bertanding atas tiket PH pada PRU15.\nAntara nama-nama besar yang diumumkan termasuklah :\nDr Wan Azizah Wan Ismail diumum calon bagi Parlimen Bandar Tun RazakSetiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution Ismail bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar BaharuMenteri Besar Selangor Amirudin Shari diumum calon bagi kerusi Parlimen GombakNaib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad diumum calon bagi kerusi Parlimen SetiawangsaMPP PKR Rodziah Ismail diumum calon bagi kerusi Parlimen AmpangKetua Penerangan Parti Keadilan Fahmi Fadzil diumum calon bagi kerusi Parlimen Lembah PantaiNaib Presiden Parti Keadilan Chang Lih Kang diumum calon bagi kerusi Parlimen Tanjung MalimNaib Presiden Parti Keadilan Nurul Izzah Anwar diumum calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh\nRujuk senarai penuh di bawah:\n\n\n\nSebaik saja calon-calon diumumkan, rakyat Malaysia boleh meneliti biodata setiap calon di laman www.calonkeadilan.org\nAkuan bersumpah pengisytiharan harta setiap calon juga akan dipaparkan di laman tersebut untuk memudahkan pengundi membuat carian dan mengenali mereka.\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://calonkeadilan.org/\nBaca juga: \nTarikh Penting PRU-15, Penamaan Calon & Hari Mengundi \u2013 SPRSenarai Calon PRU 15 (PKR, BN, PN, PAS, GRS, PBS)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kolej-ijn/", "title": "Permohonan Ke Kolej IJN Untuk Lepasan SPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Institut Jantung Negara (IJN) kini mengalu-alukan lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di Kolej Institut Jantung Negara.\nMungkin ada yang belum tahu tentang kewujudan Kolej IJN, namun ia menawarkan pelbagai bidang pengajian yang menarik. Bukan sekadar bidang Kesihatan, malah terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara seperti Perakaunan, Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Dept) dan sebagainya.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui cara untuk memohon serta maklumat lanjut mengenai tawaran kemasukan ke Kolej Institut Jantung Negara.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Kemasukan Ke [email\u00a0protected] Yayasan Sejahtera Kulai\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Yang Ditawarkan di Kolej IJN\n\n \nKelebihan Pelajar Kolej IJN\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Kemasukan ke Kolej Institut Jantung Negara\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nProgram Yang Ditawarkan di Kolej IJN\nAntara program pengajian yang ditawarkan di Kolej Institut Jantung Negara adalah :\nDiploma in PharmacyDiploma in PsychologyDiploma in Healthcare ManagementDiploma in PhysiotherapyDiploma in Occupational Safety & HealthDiploma in Business AdministrationDiploma in Human Resources ManagementDiploma in Accounting\n\nKelebihan Pelajar Kolej IJN\nAntara manfaat yang ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Kolej Institut Jantung Negara adalah :\nPemberian elaun sebanyak RM 450 sebulan.Asrama disediakanPengangkutan disediakanPeluang pekerjaan bersama IJN GroupPercuma \u201cProfessional Courses with Certificate\u201dPeruntukan RM 200 untuk tiket penerbangan ke KLIA khas untuk pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nLepasan SPM yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nMerupakan warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atas.Lulus SPM dengan minima 3 kredit (kecuali Program Diploma in Physiotherapy yang memerlukan minimum 5 kredit).\nCara Memohon Kemasukan ke Kolej Institut Jantung Negara\nCalon yang berminat serta berkelayakan boleh ikuti temuduga pengambilan pelajar di masa dan lokasi berikut :\nLokasi : Institut Jantung Negara Kuala Lumpur\nMasa : 10 September 2022 (Sabtu, 9.00 pagi)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kemasukan pelajar ke Kolej Institut Jantung Negara, sila hubungi pegawai bertugas di talian Whatsapp 013 5801286. \nAnda juga boleh ikuti laman Facebook Kolej IJN untuk ketahui perkembangan terkini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tbrs-tekun-skim-pemulihan-perniagaan/", "title": "TBRS TEKUN: Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan Hingga RM10,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTEKUN Nasional memperkenalkan satu lagi inisiatif untuk membantu perusahaan mikro untuk membangunkan semula perniagaan mereka, terutamanya yang terjejas akibat wabak COVID-19, iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TEKUN Business Recovery Scheme) atau TBRS TEKUN.\nJika anda salah seorang usahawan dan berminat untuk mendapatkan pembiayaan dengan TEKUN Nasional melalui TBRS TEKUN, dalam artikel ini dikongsikan maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, jumlah pembiayaan, tempoh permohonan dan bayaran balik serta cara membuat permohononan TBRS TEKUN.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTentang TEKUN Nasional\n\n \nInisiatif Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TEKUN Business Recovery Scheme)\n\n \nSyarat Kelayakan TBRS TEKUN\n\n \nCara Memohon TBRS TEKUN\n\n \nSemakan / Kelulusan\n\n \nTempoh / Jadual Bayaran Balik\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTentang TEKUN Nasional\nTEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. \nMatlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. \nKini TEKUN Nasional diletakkan di bawah Kementerian\u00a0Pembangunan Usahawan.\nMulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. \nKini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.\n\n\n\n\n\n\nInisiatif Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TEKUN Business Recovery Scheme)\nTBRS TEKUN atau Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TEKUN Business Recovery Scheme) ialah skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.\nJumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh TBRS TEKUN melalui Skim Pembiayaan Mikro \u2013 PENJANA adalah dari RM1,000 hingga RM 10,000.\nBaca juga : Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN\nSyarat Kelayakan TBRS TEKUN\nBagi melayakkan usahawan mikro memohon TBRS TEKUN, kriteria yang perlu dipenuhi adalah seperti di bawah :\nUsahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19Warganegara Malaysia ( Bumiputera / India )Berumur 18- 60 tahunTerlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankanMempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sahBebas daripada tindakan kebankrapanMempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)\nCara Memohon TBRS TEKUN\nBuat masa ini, permohonan TBRS TEKUN adalah secara manual sahaja, di mana segala permohonan perlu dibuat di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran dengan premis perniagaan.\nSila klik link senarai Pejabat TEKUN Cawangan di pautan ini untuk merujuk lokasi yang paling dekat dengan anda: \u00a0https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/\n*Setakat ini permohonan online hanya untuk Skim TEKUN Mobilepreneur sahaja.\nATAU\nMuat turun borang secara online dan hantarkan borang lengkap ke pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran dengan premis perniagaan.\ni) Cetak borang permohonan melalui pautan di bawah:\nBorang JPP01 \u2013 Senarai SemakBorang JPP 02 \u2013 Borang Permohonan Pembiayaan TEKUNBorang JPP 11 \u2013 Borang PenamaJPP Borang 17 \u2013 Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu\nii) Dokumen yang perlu dilampirkan bersama adalah seperti berikut:\nBorang Permohonan Pembiayaan TEKUN ( JPP/BORANG/02 )Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu ( JPP/BORANG/17 )Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sahSalinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkiniSalinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik / air / telefon / syarikat TV berbayar )\nSemakan / Kelulusan\nSelepas borang permohonan yang lengkap diterima, tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan adalah :\ni) 5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada \nii) 7 hari bekerja untuk usahawan yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN \nBaca juga : Cara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank Negara\nTempoh / Jadual Bayaran Balik\nTempoh bayaran balik bagi pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan (TBRS) TEKUN ini adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun.\nKadar faedah yang dikenakan pula adalah sebanyak 3.5% setahun.\nDi bawah ini dilampirkan jadual bayaran balik bagi rujukan anda.\n\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, Skim Pemulihan Perniagaan (TBRS) TEKUN ini telah dibuka untuk permohonan mulai 13 Julai 2020.\nTempoh permohonan adalah sehingga dana yang diperuntukkan habis.\nNOTA PENTING:\nPihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan permbiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS TEKUN).\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim Pemulihan Pembiayaan TEKUN (TBRS) sila layari\u00a0www.tekun.gov.my\u00a0atau ajukan pertanyaan melalui Facebook Rasmi TEKUN Nasional.\nNombor telefon : 03-9059 8888\nE-mel : [email\u00a0protected]\nAnda juga boleh menghantar maklum balas dan aduan di laman web TEKUN Nasional di SINI.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pengajian-tinggi-pij/", "title": "Bantuan Pengajian Tinggi PIJ RM700 \u2013 RM1,000 One-off", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN PENGAJIAN TINGGI PIJ\nPermohonan bantuan secara one-off untuk kemasukan ke pengajian tinggi PIJ (Perbadanan Islam Johor) telah dibuka untuk kemasukan pelajar ke IPT.\nCalon yang layak boleh membuat permohonan sehingga 30 September 2021.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk anda membuat permohonan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Pengajian Tinggi PIJ?\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Pengajian Tinggi PIJ?\nBantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Islam Johor (PIJ) dalam meringankan beban bagi individu kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran ke Pengajian Tinggi.\n\nBaca juga: Cara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Dorman (Lebih 7 Tahun)\nSyarat-syarat\nSyarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia beragama IslamBangsa Johor atau yang telah menerap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahunTelah mendapat tawaran menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi TempatanPendapatan isi rumah / keluarga tidak melebihi RM4,000 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga)Terbuka kepada kemasukan semester pertama sahaja.\nKadar Bantuan\nIjazah : RM1,000Diploma : RM700\nTarikh Permohonan\nPermohonan bantuan secara one-off untuk kemasukan ke pengajian tinggi telah dibuka sehingga 30 September 2021.\nSemoga bantuan yang diberikan ini dimanfaatkan sebaiknya dan membantu melahirkan individu berpendidikan tinggi.\nBaca juga: SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021\nCara Permohonan\nPermohonan dibuka secara online di laman web PIJ : https://www.pij.gov.my/\nMuat turun borang di sini: BORANG BANTUAN PELAJARAN\nMaklumat Lanjut\nPERBADANAN ISLAM JOHOR\nPerbadanan Islam Johor ataupun PIJ yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) telah ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor. Perbadanan telah memulakan operasi pada 1 Januari 1977.\nhttp://www.pij.gov.my/[email\u00a0protected]07-336 9200Facebook: https://www.facebook.com/islamic.corp\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aturan-waktu-kerja-fleksibel-akta-1955/", "title": "Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) Mulai 1 September 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMulai 1 September 2022, pekerja di negara ini dibenar memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955.\nTimbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.\n\u201cMajikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari dari tempoh permohonan.\n\n\n\n\u201cDalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan,\u201d katanya seperti dipetik akhbar tempatan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Permohonan Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955)\n\n \nTidak \u2018Mengikat\u2019 Majikan Melaksanakannya\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Permohonan Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955)\nBerikut cara membuat permohonan mulai 1 September 2022:\n\n\n\n\n\n\nMembuat surat permohonan dengan menyatakan:perubahan waktu bekerjaperubahan hari bekerjaperubahan tempat kerjaHantar kepada majikan dan tunggu jawapan dalam masa 60 hari.\nRujuk : Akta Kerja 1955\nTidak \u2018Mengikat\u2019 Majikan Melaksanakannya\nSebelum ini, tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian mendapati, kira-kira 62 peratus pekerja sepenuh masa di negara menyatakan kesediaan untuk bekerja secara fleksibel berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu.\nSecara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibiliti adalah sebanyak 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat.\nMengulas lanjut, Awang menjelaskan, keputusan kerajaan dalam AKF itu bagaimanapun tidak memaksa majikan melaksanakannya, sebaliknya ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.\nKatanya, pihaknya bersedia membuat kajian mengenai dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti mula dilaksanakan di beberapa negara maju.\nNamun, kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan secara menyeluruh kerana terdapat majikan yang terkesan atas faktor produktiviti rendah.\n\u201cJadi majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM,\u201d katanya.\nAdakah anda seorang pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955? Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000.00 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji. Jika anda seorang pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955.. Berapakah hari cuti rehat yang pekerja dapat di bawah Akta 1955? Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan. Berapakah hari cuti rehat yang pekerja dapat di bawah Akta 1955? Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan. Berapakah kadar bayaran kepada pekerja yang bekerja lebih masa? Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut: Pada hari kerja biasa, 1 1/2 kali kadar gaji sejam. Pada hari rehat, 2 kali kadar gaji sejam. Pada hari cuti am, 3 kali kadar gaji sejam. \nMaklumat Lanjut\nSila rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut:\nSOALAN LAZIM : https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/pertanyaan/\nAKTA-KERJA-1955Download\nUntuk makluman, sektor Kerajaan telah melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara.\nwaktu-bekerja-fleksiDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/toyota-veloz-malaysia/", "title": "Toyota Veloz Malaysia : Harga, Spesifikasi, Varian & Interior", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHARGA & SPESIFIKASI TOYOTA VELOZ (MALAYSIA)\nSebaik sahaja Toyota Veloz diumumkan, ramai penggemar kereta pastinya tidak dapat lari daripada membandingkannya dengan kereta Perodua Alza terbaru.\nPerbandingan antara kedua kereta ini sudah dijangka kerana terdapat beberapa persamaan (dan perbandingan) antara keduanya.\nSoalan paling popular adalah, adakah berbaloi membelanjakan membayar lebih RM20k untuk membeli Toyota Veloz berbanding Perodua Alza?\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCiri & Spesifikasi Toyota Veloz Malaysia\n\n \nHarga & Varian Toyota Veloz Di Malaysia\n\n \nInterior\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCiri & Spesifikasi Toyota Veloz Malaysia \nSeperti Alza, kereta model ini yang menggantikan Avanza terletak pada platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) moden dan kedua-duanya berkongsi rangkaian kuasa yang sama. \n\n\n\n\n\n\nPerbezaan luaran antara keduanya ialah tayar dan dimensi, dengan Veloz didatangkan dengan tayar 17 inci manakala Alza pula 16 inci.\n\nDari segi dimensi, kedua-duanya mempunyai jarak roda 2,750 mm yang sama, tetapi bamper Veloz bermakna ia lebih panjang 50 mm daripada Alza AV pada 4,475 mm. \nKereta ini didatangkan dengan 7 tempat duduk dan dimensi 4395 mm panjang x 1730 mm lebar x 1700 mm tinggi.\n\nMPV Toyota ini juga lebih lebar sedikit pada 1,750 mm (+20 mm) kerana lengkungan rodanya yang menonjol, yang berbeza dengan Alza yang mempunyai ceruk.\n\nModel kereta ini dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5L dengan 106 PS dan torque 138 Nm pada 4,200 rpm. \nUnit Dwi VVT-i dipasangkan dengan kotak gear D-CVT yang memacu roda hadapan. \n\nCVT mempunyai mod manual dan pemandu boleh memilih daripada tiga mod pemacu (Eko, Normal, Kuasa).\nKereta ini juga didatangkan dengan pengecas wayarles Qi yang terletak pada konsol tengah.\n\n\n\nHarga & Varian Toyota Veloz Di Malaysia\nToyota Veloz 2021 \u2013 2022 ditawarkan dalam 1 varian \u2013 yang ditawarkan pada harga RM 95,000, model asas ialah Toyota Veloz 1.5 AT 2022 iaitu pada harga RM 95,000.\nVeloz adalah kereta keluarga yang hebat dan kereta ini sangat selesa untuk pemanduan jara jauh bersama keluarga.\n\nRuang di semua baris adalah agak baik dan tempat duduknya berkusyen dengan baik untuk memastikan perjalanan yang selesa.\nRujuk spesifikasi lengkap dalam lampiran di bawah:\nLAMPIRAN SPESIFIKASI \n\n\nLAMPIRAN HARGA\n\nInterior\nBarisan belakang mendapat penghawa dingin yang mencukupi, jadi anda boleh berehat dengan selesa walaupun semasa anda berada di tempat duduk belakang. \n\nTindak balas stereng adalah tepat pada kelajuan sederhana dan dinamik pemanduan keseluruhan Veloz cukup baik untuk menjadikan masa anda memandunya sangat menyeronokkan.\n\nPrestasinya bagus dan anda boleh belayar dengan selesa di lebuh raya. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Toyota Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-buat-email/", "title": "Cara Buat Email Melalui Gmail & Panduan Menghantar Email", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda sedang mencari cara untuk buat email peribadi?\nSelain nombor telefon, emel merupakan satu lagi cara untuk berhubung terutamanya secara rasmi.\nMalah, pendaftaran di kebanyakan laman web, portal dan akaun media sosial juga selalunya menghendaki anda menggunakan emel untuk melengkapkan pendaftaran. \n\n\n\n\n\n\nTerdapat banyak penyedia perkhidmatan emel percuma di internet namun yang paling popular sudah tentulah emel Gmail yang disediakan oleh syarikat gergasi teknologi dunia, Google.\nLebih menarik, pendaftaran untuk buat email Google juga adalah percuma selama-lamanya dan cukup mudah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Gmail\n\n \nCara mendaftar emel Gmail\n\n \nPanduan menghantar emel\n\n\nKelebihan Gmail\nMungkin anda yang tertanya-tanya, mengapakah Gmail menjadi pilihan?\nPercumaPendaftaran mudahIntegrasi dengan aplikasi Google yang lainRuang storan yang besarFungsi POP dan IMAP percumadan banyak lagi\nCara mendaftar emel Gmail\n\nBuka pelayar internet anda sama ada menggunakan komputer mahupun gajetLakukan carian \u201cGmail\u201d atau taip sahaja \u201cgmail.com\u201d (klik)Klik pada \u201cCreate account\u201dPilih \u201cFor myself\u201d sekiranya anda mendaftarkan diri sendiriMasukkan maklumat \u201cFirst name\u201d dan \u201cLast name\u201dMasukkan \u201cUsername\u201d yang diingini, sekiranya username tersebut telah didaftarkan anda diminta untuk menggunakan username lainMasukkan \u201cPassword\u201dMasukkan sekali lagi katakunci yang samaKlik butang \u201cNext\u201dMasukkan nombor telefon untuk pengesahan dan pengaktifan emel anda\nTips: Sekiranya anda mendaftarkan emel untuk tujuan kerja atau professional, sila pilih username yang lebih profesional dan tidak seperti kebudak-budakkan. \nPanduan menghantar emel\nLog masuk akaun Gmail andaKlik pada butang \u201cCompose\u201d yang terletak pada bahagian kiri atasPada ruangan \u201cTo\u201d, masukkan alat emel penerima. Anda boleh menghantar emel kepada lebih daripada satu penerima dengan mengasingkan emel menggunakan tanda komaPada ruangan \u201cSubject\u201d masukkan subjek atau topik emel tersebutKemudian, tulis emel anda dengan ringkas dan padat, tidak perlu berjela-jela.Anda turut mempunyai piilihan untuk menyunting emel yang dikarang seperti menggunakan fungsi bold, italic, underline, text color, align dan sebagainya bagi memastikan mesej atau emel yang ditulis lebih menarik dan jelasKlik pada butang \u201cSubmit\u201d\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-pusat-anak-genius-negara/", "title": "Permohonan Program Anak Genius Negara Di Pusat Anak Genius 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM GENIUS NEGARA DI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 2023 TELAH DIBUKA\nBagi ibubapa/ penjaga yang berminat untuk menghantar anak- anak menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) sila rujuk maklumat berikut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Genius Negara?\n\n \nKeistimewaan Program Genius Negara\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSenarai Lokasi Pusat Anak Genius Negara\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Genius Negara?\nPada 5 April 2019 nama PERMATA ditukar kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut.\nTerdapat 7 program di bawah Bahagian GENIUS Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.\n\n\n\n\n\n\nProgram GENIUS Negara menyediakan\u00a0asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun\u00a0terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.\nProgram ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.\nPerkembangan menyeluruh kanak-kanak juga dibentuk dengan menggalakkan mereka mengguna kelima-lima deria mereka dalam proses memerhati, meniru, meneroka, cuba-jaya, mengaplikasikan terhadap persekitaran di sekeliling sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan mereka.\n\nKeistimewaan Program Genius Negara\nMerupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruhMenggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistikMenggunakan pedagogi belajar melalui bermainMenekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami\u00a0(Exploring, Experimenting and Experiencing)\nBaca juga: Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera RM100/Setahun\nSyarat Permohonan\nWarganegara Malaysia (anak)Berumur 4 tahun ke bawahKeutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.\n\nTarikh Permohonan\nMulai 1 Jun hingga 30 September 2022\nCara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila lengkapkan borang permohonan di bawah:\nLampiran-A-2-Borang-Permohonan-Anak-v2Download\nSetelah melengkapkan borang, sila sediakan dokumen dalam senarai semak yang dilampirkan ini:\nSalinan surat beranakSalinan MyKid anakSalinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkanSurat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)\nBaca juga: TKWBNS: Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021\nSenarai Lokasi Pusat Anak Genius Negara\nSetakat tahun 2021 ini, terdapat 89 buah Pusat Anak Genius Negara yang dikendalikan di setiap negeri seluruh Malaysia.\nPautan berikut merupakan senarai kepada lokasi Pusat Genius ini:\nMaklumat-PAGN-dan-PPAK-IGDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Anak Genius di Pusat Anak Genius Negara, anda boleh menghubungi Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8880 5151.\nFacebook: https://www.facebook.com/programgeniuskpm\n*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-albukhary/", "title": "Tawaran Program Biasiswa Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Albukhary International University (AIU) kini menawarkan Biasiswa Albukhary bagi pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum. \nBiasiswa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke AIU.\nAIU merupakan antara universiti bertaraf antarabangsa yang unggul di Malaysia. \u00a0\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Biasiswa Albukhary\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nProses Saringan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Kelayakan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nBerumur antara 18 hingga 22 tahun.Status perkahwinan bujang.Pendapatan isi rumah di bawah USD 300 untuk pemohon antarabangsa dan MYR 2,400 (Sabah dan Sarawak), MYR 5,300( W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya & W.P Labuan) atau MYR 2,900 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang).Biasiswa hanya ditawarkan kepada satu penerima sahaja dalam satu keluarga. Pelajar tak dibenarkan untuk bekerja semasa melanjutkan pelajaran di AIU. Pemegang biasiswa tidak boleh menerima bantuan atau biasiswa daripada pihak lain sepanjang tempoh tajaan Biasiswa Albukhary. \nCara Memohon Biasiswa Albukhary\nPelajar yang berminat untuk memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\nMengisi borang permohonan\u00a0secara atas talian.Muat turun\u00a0Manual Tatacara Permohonan Biasiswa.Melengkapkan dokumen sokongan.Menulis 3 karangan bertajuk di bawah:Mengapakah Yayasan Albukhary perlu menaja anda?Bagaimanakah biasiswa akan memberi kesan kepada masa depan anda?Apa yang menjadikan anda calon yang sesuai dan baik \u2013 sebarang kemahiran, pengalaman atau pencapaian yang berkaitan yang diperoleh daripada pendidikan, kerja atau aktiviti lain.Pelajar yang layak ke peringkat seterusnya akan dipanggil untuk temuduga.\nNota : Karangan perlulah ditulis sekurang-kurangnya 150 perkataan dalam Bahasa Inggeris.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga perlu sertakan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah :\nSurat biasiswa \u2013 hanya jika anda ditaja oleh pihak lainPengenalan (ID) bapa atau sijil kematianPengenalan (ID) atau sijil kematian ibuSlip pendapatan bapa *Borang Akuan Bukti PendapatanSlip pendapatan ibu *Borang Akuan Bukti PendapatanBil utiliti (bil elektrik atau air)Surat pengesahan oleh salah seorang pengadil *Contoh Templat Surat Pengesahan BiasiswaTiga (3) Gambar rumah keluarga \u2013 pemandangan dari luar, ruang tamu, dapur *Contoh Gambar Rumah Keluarga\nProses Saringan\nPelajar yang berkelayakan serta menepati kriteria akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon akan dinilai berdasarkan asperk-aspek berikut :\nStatus Sosioekonomi 40%Kemahiran Komunikasi 25%Personaliti & Sikap 20%Pertahanan Kenyataan Peribadi 15%\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Albukhary, sila hubungi Unit Biasiswa menerusi saluran berikut :\nNo. Tel : +60 47747 392 / +60 4774 7426\nAlamat emel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-mengundi-pru15-2022/", "title": "Kerajaan Umum Cuti Mengundi 18 & 19 November Sempena PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerkini : Kerajaan Umum Cuti Kelepasan Am 18 & 19 November Sempena Mengundi PRU15\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCuti Kelepasan Am 18 & 19 November Sempena Mengundi PRU15\n\n \nTol Percuma\n\n\nCuti Kelepasan Am 18 & 19 November Sempena Mengundi PRU15\nKerajaan menetapkan 18 dan 19 November ini (Jumaat dan Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan ini diawalkan pada 17 November dan bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerkara ini diharap dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,\u201d katanya.\n\nTol Percuma\nBagi memudahkan pengundi balik mengundi 30 konsesi lebuh raya bersetuju menawarkan kadar tol percuma selama dua hari kepada pengguna.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tol percuma akan bermula dari jam 12.01 pagi 18 November hingga 11.59 malam pada 19 November melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuhraya.\n\nAyuh, gunalah peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab anda dengan keluar mengundi.\nSumber:\nhttps://www.buletintv3.my/politik/pru-15-18-19-nov-ditetapkan-hari-kelepasan-am/\nBaca juga: Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-hilangkan-sakit-gigi/", "title": "14 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Bahan Di Rumah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai orang terlepas pandang yang kaedah atau cara hilangkan sakit gigi ini sebenarnya boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah kita sendiri!\nJimat kos dan masalah sakit gigi kita pun boleh hilang dengan cepat. Apa yang paling penting, kebanyakkan adalah olahan dari khasiat yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan semula jadi. \nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda 15 cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan menggunakan bahan yang mudah dan ringkas. \nBaca juga: Temujanji Klinik Gigi Kerajaan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPunca-punca berlaku sakit gigi\n\n \nCara hilangkan sakit gigi dengan mudah\n\n \n1. Tuam menggunakan kain sejuk / ais\n\n \n2. Gunakan produk kumur mulut\n\n \n3. Tuam uncang teh pudina\n\n \n4. Berkumur dengan air garam\n\n \n5. Tempelkan bawang putih\n\n \n6. Gigit bunga cengkih\n\n \n7. Berkumur dengan air garam hangat\n\n \n8. Berkumur dengan air rebusan daun sirih\n\n \n9. Kurangkan makanan dan minuman panas atau sejuk\n\n \n10. Jus limau nipis\n\n \n11. Gosok gusi dengan soda bikarbonat\n\n \n12. Air rebusan serai\n\n \n13. Daun thyme\n\n \n14. Konsultasi dengan doktor gigi\n\n \nKesimpulan\n\n\nPunca-punca berlaku sakit gigi\nAntara faktor yang menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah sakit gigi adalah kerana berlaku:\n\nKerosakan Gigi (Karies): Ini adalah merupakan punca sakit gigi yang popular. Jangkitan di dalam gigi boleh disebabkan oleh gigi berlubang dan sebagainya. Makanan yang tersekat di dalam gigi yang rosak (berlubang dll) menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan jangkitan yang boleh menjadi punca sakit gigi.\u00a0\n\n\nKeradangan Gusi:\u00a0Keradangan gusi yang berlaku akibat penjagaan gusi yang tidak baik boleh melarat kepada radang periodontitis (gusi dan struktur periodontal (sekitar gigi) mengalami keradangan).\n\n\nGigi Sensitif: Anda merasakan sakit gigi apabila memakan makanan atau minuman yang sejuk atau panas.\u00a0\n\nCara hilangkan sakit gigi dengan mudah\nTerdapat pelbagai cara hilangkan sakit gigi secara alami sama ada menggunakan cara dan petua tradisional mahupun moden. Antara caranya adalah:\n1. Tuam menggunakan kain sejuk / ais\n\nAnda boleh cuba menggunakan cara ini pada awal kesakitan gigi. Kain sejuk atau ais berupaya untuk membantu mengecutkan salur darah pada kawasan gigi yang sakit sekaligus mengurangkan rasa sakit.\nCaranya mudah sahaja, tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selama 20 minit. Ulang langkah tersebut sehingga sakit gigi anda berkurangan.\u00a0\n2. Gunakan produk kumur mulut\n\nProduk di farmasi untuk kumur mulut mengandungi hidrogen peroksida, sejenis bahan yang mempunyai pelbagai jenis manfaat untuk penjagaan oral.\nIa boleh membantu memberikan kelegaan sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi.\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh mendapatkannya di farmasi ataupun melalui deskripsi doktor gigi. Ikut arahan penggunaan yang diberikan. Selepas berkumur, buangkan sahaja ceciar tersebut.\n3. Tuam uncang teh pudina\nSekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif (tidak boleh gunakan kain sejuk/ais), anda boleh ikhtiar menggunakan cara ini.\u00a0\nAmbil uncang\u00a0teh\u00a0pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit. \nPastikan uncang tersebut tidak panas. Namun, jika anda lebih selesa dengan uncang teh sejuk (letakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit), ia juga berkesan.\n4. Berkumur dengan air garam\u00a0\nIni merupakan cara yang paling mudah. Anda hanya perlukan sesudu garam dan secawan air panas. \nLarutkan garam tersebut dan biarkan seketika sehingga suhu air menjadi suam. Kemudian, berkumur-kumurlah dengan menggunakan larutan air garam tersebut.\u00a0\nGaram dipercayai mempunyai sifat antibakteria yang boleh mengurangkan jangkitan bakteria pada gigi anda.\u00a0\n5. Tempelkan bawang putih\u00a0\n\nAmbil seulas bawang putih dan kupaskan. Hiris bawang tersebut tipis-tipis dan tempelkan pada gigi yang sakit. \nKemudian biarkan selama sejam atau lebih, sehingga sakit gigi anda semakin berkurangan.\u00a0\n6. Gigit bunga cengkih\n\nSekiranya anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakan petua ini. Ambil tiga biji bunga cengkih kemudian tumbuk sehingga hancur. \nLetakkan serbuk bunga cengkih tadi ke kawasan gigi yang sakit dan tutup lubang gigi tersebut menggunakan kapas. Gigit kapas tersebut sehingga sakit gigi beransur hilang.\n7. Berkumur dengan air garam hangat\nBerkumur dengan air garam hangat adalah cara yang efektif untuk mengatasi sakit gigi. \nCampurkan setengah sudu teh garam ke dalam segelas air hangat, dan kacau hingga garam larut sepenuhnya. \nBerkumurlah dengan larutan garam ini selama beberapa minit sebelum meludahkannya semula.\nKhasiat garam akan membantu mengurangi peradangan dan membunuh bakteria di sekitar gigi yang sakit.\n8. Berkumur dengan air rebusan daun sirih\n\nDaun sirih telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional untuk mengatasi masalah gigi dan mulut. \nDaun sirih mengandung khasiat antibakteri yang dapat membantu mengurangi rasa sakit dan peradangan pada gigi yang sakit. \nCaranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun sirih segar, cuci bersih, dan kunyahlah di sisi gigi yang terasa sakit selama beberapa minit. \nAir liur yang dihasilkan akan membantu meredakan rasa sakit dan memberikan kesan antiseptik pada gigi yang sakit.\n9. Kurangkan makanan dan minuman panas atau sejuk\nApabila anda mengalami sakit gigi, disyorkan untuk mengelakkan makanan dan minuman panas atau sejuk. \nSuhu ekstrem boleh meningkatkan rasa sakit dan ketidakselesaan pada gigi yang sensitif atau bengkak. \nOleh itu, ambil makanan dan minuman yang berada pada suhu bilik untuk mengelakkan peningkatan rasa sakit.\n10. Jus limau nipis\nJus limau nipis mempunyai sifat antibakteria yang membantu mengurangkan kuman dalam mulut dan merawat sakit gigi. Ambil sebiji limau nipis, perah dan campurkan dengan sedikit air. \nKumur campuran jus limau nipis itu dalam mulut selama beberapa minit sebelum meludahkannya. Ia membantu membersihkan kuman dan meredakan keradangan pada kawasan yang sakit.\n11. Gosok gusi dengan soda bikarbonat\n\nSoda bikarbonat atau baking soda, boleh menjadi penawar semulajadi yang berkesan untuk sakit gigi. Campurkan satu sudu teh soda bikarbonat dengan air panas untuk membuat larutan. \nGosokkan larutan ini ke gusi yang sakit menggunakan jari anda. Ia membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kesan sejuk yang menyegarkan.\n12. Air rebusan serai\n\nAir rebusan\u00a0serai\u00a0juga adalah pilihan terbaik untuk mengubati\u00a0sakit gigi. Hal ini kerana, minyak serai\u00a0memiliki banyak kandungan yang ternyata cukup berkhasiat dalam meredakan rasa sakit.\nDikutip di laman Clove Dental, minyak serai kaya dengan vitamin C, A dan E dan memiliki sifat\u00a0antibakteria yang mana mampu menghilangkan bakteria di rongga mulut, mencegah kerosakan gigi serta penyakit gusi.\n13. Daun thyme \nTymye juga juga mempunyai ciri antibakteria dan antioksidan yang kuat.\nIa boleh membantu merawat sakit gigi, dan melawan bakteria yang menyumbang kepada kerosakan gigi. \nKaedahnya boleh digunakan melalui minyak pati thyme atau berkumur dngan menambah setitik minyak ke dalam segelas kecil air.\n14. Konsultasi dengan doktor gigi\n\nJika sakit gigi anda tidak sembuh dalam jangka waktu tertentu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi.\nDoktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mungkin memberikan ubat untuk penghilang rasa sakit atau antibiotik jika diperlukan. \nJika perlu, perawatan yang lebih lanjut, seperti pembersihan gigi atau pencabutan gigi yang rosak akan dilakukan kepada anda.\nKesimpulan\nKesimpulannya, sakit gigi boleh mengganggu dan menyebabkan ketidakselesaan yang teruk. \nDengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat mengatasi sakit gigi dengan cara alami dan mengurangi rasa sakit yang dirasai.\nNamun begitu, pastikan juga anda sentiasa menjaga kebersihan gigi dan mulut secara teratur untuk mencegah sakit gigi di masa akan datang.\nRujukan: \n\nToothache Home Remedies. WebMD\nHome and Natural Remedies for Toothache Pain. Healthline\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-kursus-kahwin-online/", "title": "Cara Daftar Kursus Kahwin Online Setiap Negeri Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini lebih mudah kerana pasangan yang ingin membina rumah tangga boleh menghadiri kursus kahwin online sahaja tanpa perlu menghadiri kelas secara bersemuka.\nBagi pasangan yang pertama kali ingin berkahwin, mereka diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.\nBagi perkahwinan kedua dan seterusnya, seseorang individu itu tidak lagi perlu menghadiri kursus perkahwinan. \n\n\n\n\n\n\nSijil kursus perkahwinan ini diperlukan apabila menghantar dokumen permohonan perkahwinan kepada pejabat agama Islam daerah masing-masing.\nDisarankan untuk menghadiri kursus perkahwinan awal dan tidak menunggu di saat akhir kerana dikhuatiri tiada kekosongan untuk anda. \nMalah, sekiranya anda masih belum mempunyai calon pasangan sekalipun, anda sudah boleh menghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil kursus yang diperlukan untuk memohon pendaftaran perkahwinan kelak. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysim (SPPIM)\n\n \nPanduan daftar kursus kahwin melalui SPPIM\n\n\nSistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysim (SPPIM)\n\nKini, JAKIM telah mempermudahkan urusan pendaftaran kursus kahwin online dengan mewujudkan sebuah laman web khusus bagi pendaftaran kursus kahwin bagi semua negeri di Malaysia melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sahaja.\nLaman web SPPIM boleh dilayari di alamat https://www.sppim.gov.my/sppim/home\nMelalui laman web ini, setiap individu boleh membuat carian kursus pra-perkahwinan mengikut lokasi masing-masing.\nHarap maklum bahawa anda dikehendaki mengikuti kursus pra-perkahwinan di negeri asal anda atau di negeri tempat anda ingin melangsungkan pernikahan tersebut.\nSebagai contoh, sekiranya anda berasal dari Perlis tetapi kini bekerja di Kuala Lumpur, maka anda mesti mendaftarkan kursus perkahwinan untuk negeri Perlis sekiranya merancang untuk bernikah di Perlis.\nPanduan daftar kursus kahwin melalui SPPIM\nSila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan kursus perkahwinan anda:\nLayari laman SPPIM di pautan https://www.sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/homeKlik butang \u201cDaftar Kursus\u201dLakukan carian mengikut kriteria berikut:NegeriDaerahPenganjurTarikh kursusPilih tempat dan lokasi kursus berdasarkan hasil carian yang dipaparkanTeruskan pendaftaran dengan memasukkan maklumat yang tepat mengenai diri anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, emel, nombor telefon dan sebagainyaKlik pada kota perakuan yang mengatakan anda bersetuju dengan syarat dan termaSetelah berjaya, satu laman khas akan memaparkan maklumat mengenai jumlah yuran, nama penganjur, cara pembayaran dan pelbagai info berkaitan.\nPastikan anda menghadiri kesemua modul dan bahagian dalam kursus perkahwinan yang didaftarkan bagi membolehkan anda lulus dan layak mendapat sijil kursus pra-perkahwinan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kelonggaran-sop-1-mei-2022/", "title": "Senarai Kelonggaran SOP Covid-19 Berkuatkuasa 1 Mei 2022 \u2013 KKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kesihatan telah mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan mengambil pendekatan selamat dan cermat.\nBerkuatkuasa 1 Mei 2022, berikut adalah prosedur yang telah dikemaskini berkaitan pengurusan Covid-19 di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelonggaran SOP Covid-19 Mulai 1 Mei 2022\n\n \nKelonggaran SOP Hari Raya Aidilfitri\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelonggaran SOP Covid-19 Mulai 1 Mei 2022\nKKM telah menyemak semula beberapa SOP berkaitan Covid-19 seperti berikut:\n\n1. Protokol Uji & Lepas Bagi Kes Positif Covid-19 \nIndividu boleh dilepaskan daripada pengasingan sekiranya telah disahkan negatif melalui RTK kendiri pada hari ke-4 yang diselia oleh pengamal perubatan (Jika positif, masih perlu melengkapkan 7 hari kuarantin). \nPelepasan automatik akan diberikan selepas 7 hari jika tidak menjalani kuarantin.\n\n\n\n\n\n\n\n2. Kemasukan Ke Premis Tanpa Mengira Status Vaksinasi\nKemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. \nIndividu yang TIDAK dibenarkan adalah yang positif Covid-19 dan yang sedang menjalani kuarantin (HSO).\n3. Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Terbuka TIDAK DIWAJIBKAN\nPemakaian pelitup muka adalah WAJIB di kawasan tertutup, manakala DIGALAKKAN di kawasan terbuka \u2013 TIDAK WAJIB. \nWalaubagaimanapun, di luar bangunan pemakaian adalah amat digalakkan di kawasan sesak dan berisiko tinggi.\nPemakaian pelitup muka adalah MASIH DIWAJIBKAN di dalam bangunan, termasuk:\nDi dalam bagunan, pejabatan, pusat membeli-belah, lifDalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, dan kenderaan e-hailingDalam bilik darjah\n\n4. Penjarakan Fizikal\nPenjarakan fizikal tidak diperlukan, namun amat digalakkan bagi keadaan yang sesak dan berisiko tinggi.\n5. Imbasan Kod QR MySejahtera TIDAK DIWAJIBKAN\nImbasan kod Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. \nWalau bagaimanapun, kes positif COVID-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.\nNamun aplikasi MySejahtera masih penting bagi tujuan pelaporan ujian COVID-19 dan HSO digital.\nMySejahtera juga akan ditambahbaik dengan fungsi terbaru untuk mengawal penularan penyakit berjangkit.\n\n6. Prosedur Untuk Pengembara\nUjian COVID-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap divaksinasi untuk memasuki Malaysia mulai 1 Mei 2022.\n\n7. Senarai Negatif\nSenarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan.\nSemua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.\nKelonggaran SOP Hari Raya Aidilfitri\nRumah terbuka atau majlis hari raya dalam bangunan dibenarkan dengan syarat memakai pelitup mukaPenjarakan fizikal antara individu tidak diperlukanStatus COVID-19 dilaporkan secara mingguan, tiada lagi laporan harian Ziarah tanah perkuburan dibenarkan dengan digalakkan memakai pelitup muka MySejahtera dikekalkan untuk pelaporan COVID-19, pemantauan mereka diisolasi di rumah \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan info lanjut tentang kelonggaran SOP yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, sila rujuk Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nBaca juga: Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 : Tarikh & Senarai Laluan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-agensi-pelancongan-motac/", "title": "Semakan Agensi Pelancongan Berdaftar Dengan MOTAC", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMOTAC (Ministry of Tourism, Arts, and Culture) atau Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ialah sebuah kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelancongan, kebudayaan, arkib, perpustakaan, muzium, warisan, seni, teater, kraftangan, seni visual, konvensyen, pameran, pelancongan dan kraf Islam.\nMenteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mentadbir fungsinya melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan pelbagai agensi kerajaan lain. \nDalam kabinet Anwar Ibrahim, kementerian ini dinamakan semula kepada Kementerian Pelancongan dengan penyingkiran portfolio seni dan budaya daripada namanya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKes Penipuan Agensi Pelancongan\n\n \nSemakan Agensi Berdaftar MOTAC\n\n \nCara Semak Agensi Pelancongan Berdaftar MOTAC\n\n \nSenarai Agensi Tidak Berdaftar & Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992\n\n\nKes Penipuan Agensi Pelancongan\nDengan pertambahan aktiviti melancong, banyak pihak yang telah menawarkan pelbagai pakej percutian menarik melalui agensi pelancongan.\n\n\n\n\n\n\nMalangnya, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual pakej-pakej pelancongan yang tidak wujud dengan niat untuk menipu rakyat Malaysia yang mahu melancong. \nElakkan diri anda ditipu oleh scammer sebegini dengan melakukan semakan dengan pihak Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mentadbir fungsinya melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mengenai sesebuah agensi pelancongan tersebut.\nSemakan Agensi Berdaftar MOTAC\nMelalui laman web rasmi MOTAC, anda boleh melakukan pelbagai semakan untuk agensi yang telah berdaftar dengan pihak Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mentadbir fungsinya melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.\nAntara semakan yang boleh dilakukan adalah:\n\nAgensi pelancongan\nAgensi Pelancongan (Umrah)\nSenarai Kelulusan Iklan Umrah\nSyarikat MM2H Berlesen\nHotel Berdaftar\nPenggredan Hotel\nPenggredan Green Hotel\nPemandu Pelancong Berlesen\nPenggredan Spa\nPenggredan Pusat Urutan Kaki (PUK)\nMalaysi Tourism Quality Assurance (MyTQA)\nPremis Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR)\n\nCara Semak Agensi Pelancongan Berdaftar MOTAC\nBagi mengelakkan anda ditipu oleh agensi pelancongan tidak bertanggungjawab, anda digalakkan hanya menggunakan perkhidmata agensi pelancongan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sahaja.\nIni bagi memudahkan anda membuat aduan/semakan/tuntutan di kemudian hari kerana segala maklumat mengenai agensi pelancongngan berdaftar ini boleh diperolhi melalui pihak MOTAC.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk melakukan semakan agensi pelancongan berdaftar:\n\nLayari laman web rasmi MOTAC di alamat https://www.motac.gov.my/\nPada bahagian menu, klik pada \u201cSemakan\u201d\nKlik pada \u201cAgensi Pelancongan\u201d\nMasukkan Nama Syarikat atau No. Lesen pada ruangan kotak carian\nKlik butang Cari\n\n\nHasil carian melalui laman web MOTAC yang dilakukan juga akan memaparkan maklumat-maklumat berikut:\n\nNama penuh syarikat\nAlamat\nNombor telefon\nNo. Lesen\nTempoh sah lesen\nJenis lesen\nBidang lesen\n\nSenarai Agensi Tidak Berdaftar & Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992\nSelain membuat semakan agensi pelancongan berdaftar, MOTAC juga menyenaraikan entiti yang TIDAK berdaftar dan syarikat yang melanggar Akta Industri Pelancongan 1992.\nAnda boleh membuat semakan sebelum membeli mana-mana pakej percutian di pautan berikut: https://www.motac.gov.my/semakan/senarai-entiti-syarikat-tidak-berlesen\n\nPERHATIAN: Mana-mana entiti yang telah berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) atau mempunyai bukti-bukti bahawa tiada pelanggaran Akta Industri Pelancongan 1992, sila berhubung dengan Kementerian ini di alamat emel\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau talian telefon 03-8891 7214 / 7261 untuk dikeluarkan daripada senarai ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baki-loan-kereta-maybank/", "title": "Cara Semak Baki Loan Kereta Maybank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda membuat pinjaman pembiaayaan dengan Maybank, anda boleh membuat semakan baki loan kereta Maybank anda dengan mudah melalui beberapa cara.\nMaybank merupakan antara bank popular di Malaysia yang memberikan kemudahan pinjaman pembiayaan bagi pembelian kereta.\nUntuk kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman sebegini, anda boleh hadir ke kaunter cawangan Maybank terdekat anda untuk maklumat lanjut dan atawaran-tawaran terkini.\nSekiranya anda salah seorang pelanggan Maybank yang membuat pinjaman pembiayaan kereta, anda mestilah cakna mengenai baki loan kereta and bagi memudahkan anda merancangan kewangan anda. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Semakan di kaunter cawangan Maybank\n\n \n2. Semak melalui Maybank2u\n\n \n3. Semak melalui mesin ATM\n\n\n1. Semakan di kaunter cawangan Maybank\nIni merupakan cara paling konvensional tetapi mungkin tidak sempat dilakukan sekiranya anda seorang yang sibuk.\nApa yang anda perlu lakukan adalah hadirkan diri ke kaunter cawangan Maybank berdekatan anda dengan membawa bersama butiran dan maklumat berkaitan pinjaman anda bersama pihak Maybank.\nCara ini mungkin lebih mudah bagi anda yang mungkin tidak celik tekknologi.\n2. Semak melalui Maybank2u\nMaybank2u merupakan perkhidmatan sehenti perbankan internet yang dibangunkan Maybank untuk para pelanggannya.\nPelbagai kemudahan perbankan boleh diuruskan melalui portal atau aplikasi Maybank2u namun mungkin ramai yang tidak tahu anda juga boleh membuat semakan baki loan kereta anda melalui Maybank2u sahaja.\nSekiranya anda belum pernah mendaftarkan diri di Maybank2u, baca panduan Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja untuk mendaftarkan akaun anda.\nKemudian, ikuti langkah-langkah di bawah untuk semak baki pinjaman kereta anda:\nLayari laman Maybankk2u di alamat https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.doLog masuk akaun Maybank2u anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunciPilih Paay & Transfer pada bahagian menuPilih PayPilih PayeePilih Maybank Hire PurchasePilih Amount and Effective Payment Date\nMaklumat mengenai baki pinjaman kereta anda akan dipaparkan\n3. Semak melalui mesin ATM\nRamai juga yang tidak tahu anda boleh membuat semakan baki loan kereta Maybank and mellaui mesin ATM tidak kira di mana-mana sama ada di cawangan bank, pusat beli-belah dan sebagainya asalkan mesin ATM tersebut mestilah mesin ATM Maybank.\nIkuti langkah berikut untuk semak baki loan anda:\nMasukkan kad ATM dan PIN andaPilih Other TransactionPilih PaymentPilih Express PaymentPilih Loan/FinancingPilih\u00a0Vehicle Loan/Hire Purchase.Masukkan\u00a0Acc.No. or Vehicle no.\nMaklumat mengenai pinjaman anda akan dipaparkan pada skrin mesin ATM tersebut.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spm-ulangan-spmu/", "title": "SPMU \u2013 Cara Daftar SPM Ulangan 2023 (sppat.moe.gov.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA DAFTAR SPM ULANGAN 2023 (SPMU)\nOrang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (Calon Mengulang) atau Murid sekolah dan orang perseorangan yang pertama kali menduduki peperiksaan (Calon Baharu) berdasarkan syarat yang ditetapkan LP boleh memohon untuk menduduki SPM Ulangan (SPMU).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat dan cara mendaftar untuk calon-calon.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nTarikh SPM Ulangan\n\n \nCara Mendaftar\n\n \nPeringatan Kepada Calon Yang Mendaftar SPMU 2023\n\n\nPengenalan\nPeluang kedua bagi calon yang telah menduduki SPM 2022 atau sebelumnya! Anda masih boleh mendaftar untuk menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (Ulangan) bagi subjek yang anda inginkan.\n3 Mata Pelajaran dan Kertas Peperiksaan yang ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.\nAyuh, isikan permohonan dan daftar sebelum tarikh tutup bagi tahun ini, iaitu pada 16 Jun 2023.\nTarikh SPM Ulangan\nPerkaraTarikh1. Tempoh pendaftaran calon persendirian SPMU\u00a0202308/04/2023 \u2013 16/06/20232. Tarikh semakan status pendaftaran calon persendirian SPMU\u00a02023mulai 01/08/20233. Tarikh peperiksaan SPMU\u00a02023*Sila rujuk jadual peperiksaan SPMU\u00a02023\nCara Mendaftar\nBerikut adalah cara mendaftarkan permohonan anda sebagai calon persendirian SPMU\u00a02023:\n\nPergi ke laman https://sppat.moe.gov.my kemudian klik \u201cSistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)\u201d. Klik \u201cDaftar\u201d untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU.\nMasukkan maklumat No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran bagi peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.\nSahkan maklumat yang diisi. Pastikan No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan.\nIsikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.\nPilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.\nPilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.\nSemak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.\nMesej pengesahan maklumat akan dipaparkan sebelum borang pendaftaran anda dihantar. Klik butang OK.\nKemudian sistem akan bawa anda ke laman bayaran perbankan elektronik selepas borang dihantar untuk melengkapkan proses pendaftaran. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.\n\n\nSila rujuk panduan langkah demi langkah pendaftaran calon persendirian SPMU di\u00a0sini.\nPanduan-Permohonan-Pendaftaran-Calon-Persendirian-SPM-mengulangDownload\nNOTA PENTING:\n\nSebelum pendaftaran peperiksaan secara dalam talian dilaksanakan, semua pemohon perlu memastikan pilihan peperiksaan yang perlu didaftarkan iaitu SPM atau SPMU atau SPM dan SPMU. \nLembaga Peperiksaan TIDAK AKAN MENGEMBALIKAN BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN sekiranya calon membatalkan pendaftaran peperiksaan setelah urusan pendaftaran peperiksaan diselesaikan oleh pemohon. \nSemua urusan pembayaran pendaftaran peperiksaan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian sepenuhnya (FPX).\n\nPeringatan Kepada Calon Yang Mendaftar SPMU 2023\n\nPermohonan calon persendirian hanya dilakukan secara atas talian\u00a0sahaja\u00a0di laman sesawang\u00a0sppat.moe.gov.my.\nCalon hendaklah memastikan semua maklumat yang diberikan adalah:benar seperti dalam dokumen pengenalan diri;mata pelajaran yang dimohon adalah tepat; sertaE-mel dan no. telefon bimbit yang boleh dihubungi.Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.\nPendaftaran\u00a0Calon Mengulang\u00a0hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPMU/SPMU(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.\nMembuat pendaftaran SPMU di portal Pendaftaran Calon Persendirian SPMU\u00a02023 antara\u00a008/04/2023 sehingga 16/06/2023.\nPembayaran dilaksanakan melalui\u00a0kaedah perbankan elektronik. (sila simpan resit untuk rujukan).\nSemakan pendaftaran boleh disemak mulai\u00a001/08/2023.\nSila cetak\u00a0Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP)\u00a0Ujian Bertutur/Lisan/Ujian Bertulis yang mempunyai\u00a0angka giliran, pusat peperiksaan calon dan jadual waktu peperiksaan. Sila bawa\u00a0PPP dan dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan semasa peperiksaan\u00a0dijalankan.\nPermohonan pindah pusat peperiksaan\u00a0hendaklah dimohon di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar antara\u00a007/06/2023 sehingga 14/06/2023\u00a0berserta bayaran.\nPermohonan pembetulan maklumat calon/mata pelajaran\u00a0hendaklah dimohon di JPN tempat calon mendaftar antara\u00a007/06/2023 sehingga 14/06/2023\u00a0berserta bayaran.\nSila\u00a0cetak semula PPP\u00a0jika terdapat pengemaskinian maklumat/mata pelajaran yang telah diluluskan.\nKenyataan Semakan\u00a0bukanlah dokumen rasmi pendaftaran. Ia adalah sebagai makluman awal bahawa calon telah melaksanakan pendaftaran.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semak-semula-keputusan-spm/", "title": "Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan pada keputusan yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 8 Jun 2023, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2022 anda.\nPelajar dan ibubapa yang curiga dengan keputusan SPM 2022 yang telah pun diumumkan itu, boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nCara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM\n\n \n1. Mengisi Borang Permohonan Secara Online\n\n \nKeputusan Permohonan\n\n\nTempoh Permohonan\nPermohonan semakan semula keputusan dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.\nCara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM\nMenurut Kementerian Pendidikan terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM. \n\n\n\n\n\n\nPelajar dan ibubapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut langkah yang dikongsikan di bawah:\n1. Mengisi Borang Permohonan Secara Online\nPERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM\nCalon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat Permohonan Penyemakan Semula Keputusan melalui langkah berikut:\n\nLayari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/\nTempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan\nCaj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran\nSila isikan borang permohonan secara online.\n\n\nMAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI\n\n[email\u00a0protected]\n03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132\nhttps://lp.moe.gov.my\n\nCalon yang mendapat keputusan \u2018T\u2019 boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes \u2018T\u2019.\n\nLayari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/\nTempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan\nTiada caj dikenakan.\nSila isikan borang permohonan secara online.\n\n\nDengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.\nMAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI\n\n[email\u00a0protected]\n03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132\nhttps://lp.moe.gov.my\n\nKeputusan Permohonan\nKeputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.\nPeraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2021 yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-\n\nPastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.\nPermohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaanlp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.\nSatu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020,markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.\nSekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.\n\nBorang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dansijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkansetem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan \u201cKES TSPM\u201d pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:Pengarah PeperiksaanLembaga PeperiksaanKementerian Pendidikan MalaysiaAras 8, Blok E11Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA(u.p.: Unit Menengah Atas)\n\n\nAdalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.\nKeputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.\nSila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.\n\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk:\n\n[email\u00a0protected]\n03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132\nhttps://lp.moe.gov.my\n\nBagi anda yang pertama kali mendaftar sebagai pengguna di laman web Lembaga Peperiksaan atau menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan, sila rujuk : e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Jadual & Sijil\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gerhana-matahari-april-2023-malaysia/", "title": "Gerhana Matahari Separa Di Malaysia \u2013 20 April 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia bakal mengalami Gerhana Matahari Separa pada 20 April 2023 ini, bersamaan dengan hari Khamis.\nSementara itu, beberapa kawasan lain pula akan mengalami Gerhana Matahari Hidbrid pada tarikh tersebut.\nBerikut dikongsikan maklumat rasmi dari MYSA tentang kedua-dua fenomena itu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Gerhana Matahari Hidbrid?\n\n \nFasa Lintasan\n\n \nTarikh & Waktu Gerhana Matahari Separa Di Malaysia (20 April 2023)\n\n\nApakah Gerhana Matahari Hidbrid?\nGerhana Matahari Hibrid ialah gerhana yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak Bulan dan Matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.\nGerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. Ia dipanggil \u2018hibrid\u2019 kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.\n\n\n\n\n\n\nJenis gerhana yang kita dapat lihat adalah bergantung kepada lokasi pemerhati di sepanjang laluan gerhana tersebut (bahagian bayang Bulan yang kita berada).\n\nFasa Lintasan\nFenomena Gerhana Matahari Hibrid pada 20 April 2023 akan berlaku di Hemisfera Selatan mulai jam 09:35:34.3 dan berakhir pada 15:00:31.9 waktu tempatan. \nFenomena tersebut (Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Penuh) boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) manakala Gerhana Matahari Separa boleh dilihat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.\n\nFenomena Gerhana Matahari Hibrid ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km. Magnitud Gerhana Matahari Hibrid kali ini adalah 1.0132.\nLaluan gerhana selebar 49km ini bermula di Lautan Hindi ketika Matahari terbit dan berakhir ketika Matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat. \n\nKetika fenomena ini berlaku, gerhana anulus akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (~ 1 minit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat). Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Asia Tenggara termasuk Malaysia, Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.\nTarikh & Waktu Gerhana Matahari Separa Di Malaysia (20 April 2023)\nDi Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh / Gerhana Matahari Anulus kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut. \nSebaliknya, kita hanya berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa mulai jam 11:00 am hingga 1:30 pm dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.\n\nPemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan lain-lain untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku. \nSila rujuk jadual di bawah yang disediakan oleh MYSA :\n\n\ud835\udde1\ud835\uddfc\ud835\ude01\ud835\uddee \ud835\uddde\ud835\uddee\ud835\uddf8\ud835\uddf6:\n\nUmbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap (bayang Bumi atau Bulan).\nPenumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan).\nAntumbra adalah bahagian bayang yang muncul di luar umbra pada jarak tertentu dari objek yang menghasilkan bayang. Ia hanya wujud jika sumber cahaya mempunyai diameter yang lebih besar daripada objek.\nMagnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).\nEclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).\nLitupan adalah peratusan cakera Matahari dilitupi semasa gerhana maksimum\n\nAnda boleh juga menyemak waktu dan laluan Gerhana Matahari tersebut dengan merujuk kepada peta gerhana interaktif oleh Xavier Jubier,\u00a0http://xjubier.free.fr/\u2026/HSE_2023_GoogleMapFull.html\u2026.\nPERINGATAN\nOrang awam adalah dinasihatkan untuk menggunakan penuras khas bagi menyaksikan fenomena Gerhana Matahari. \nBerikut adalah panduan melihat gerhana matahari separa yang dikongsikan oleh Kementerian Sains Dan Inovasi (MOSTI ) dengan kerjasama Planetarium Negara.\n\nMelihat terus ke arah Matahari tanpa mengunakan sebarang penuras yang sesuai adalah dilarang kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kerosakan mata atau mengakibatkan buta kekal.\nBaca juga: Niat & Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari \u2013 JAKIM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-hitam-ptptn-2/", "title": "Senarai Hitam PTPTN (Blacklist Imigresen Ke Luar Negara)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda tersenarai dalam Senarai Hitam PTPTN, secara automatiknya nama anda akan di blacklist oleh pihak Jabatan Imegresen Malaysia (JIM)untuk ke luar negara.\nTindakan membuat senarai hitam ini diambil akibat tindakan ramai bekas peminja PTPTN yang enggan atau culas untuk membayar kembali pinjaman pelajaran.\nTindakan menyenarai hitam pelajar ini merupakan langkah terakhir setelah pelbagai amaran dan peringatan yang diberikan kepada peminja PTPT tidak diendahkan mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSebab dihalang ke luar negara\n\n \nSemakan di portal PTPTN\n\n \nSemakan di laman web Imegresen\n\n \nSemakan di kaunter PTPTN / JIM\n\n\nSebab dihalang ke luar negara\nMengikut undang-undang Malaysia, rakyat Malaysia boleh di halang daripada meneruskan perjalan ke luar negara atas beberapa sebab.\n\n\n\n\n\n\nAntara sebab seseorang individu itu boleh disenarai hitamkam daripada ke luar negara:\n\nGagal membayar cukai pendapatan\nKegagalan membayar pinjaman PTPTN\nGagal membayar levi pekerja asing\nTerlibat dalam kes jenayah\nBankrap\nMenetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara\n\nOleh itu, sebelum membeli tiket penerbangan ke luar negara, pastikan nama anda bersih daripada disenarai hitamkan oleh pihak Imegresen daripada ke luar negara.\nArtikel berkaitan: Diskaun Bayaran Balik PTPTN & Penangguhan (Belanjawan 2023)\nSemakan di portal PTPTN\nSemakan senarai hitam PTPTN boleh dibuat terus melalui portal PTPTN di http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm\nAnda hanya perlu memasukkan butiran yang diminta seperti no kad pengenalan dan nombor telefon.\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda tidak pernah culas membayar kembali pinjaman tetapi nama anda disenaraihitamkan, sila hubungi pihak PTPTN dengan kadar segera kerana besar kemungkinan terdapat kesalahan pada sistem.\nAnda boleh menghubungi talian Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.\nSemakan di laman web Imegresen\nAnda juga boleh menyemak nama anda terus melalui laman web rasmi Imegresen di http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx\nWalau bagaimanapun, anda boleh disenarai hitamkan oleh pihak Imegresen atas pelbagai sebab seperti disenaraikan di atas) dan bukan disebabkan kegagalan membayar pinnjaman PTPTN semata-mata.\nSemakan di kaunter PTPTN / JIM\nSelain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan senarai hitam terus di cawangan PTPTN / JIM yang berdekatan.\nHadirkan diri ke kaunter untuk bertanyakan kepada pegawai bertugas.\nSekiranya dalam hal-hal kecemasan dimana peminjam yang disenarai hitamkan perlu ke luar negara, maka anda perlulah berunding secara terus dengan pihak PTPTN untuk menstrukturkan kembali pembayaran kembali pinjaman pelajaran anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-20-tiket-penerbangan-uitm/", "title": "Tawaran Diskaun 20% Tiket Penerbangan Ekslusif Untuk Konvokesyen UiTM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa syarikat penerbangan Firefly dan Malaysia Airlines kini menawarkan potongan diskaun tiket penerbangan sebanyak 20% untuk para graduan serta keluarga sempena Majlis Konvokesyen University Teknologi MARA (UiTM) yang bakal berlangsung tak lama lagi.\nTawaran diskaun ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak Filrefly dan Malaysia Airlines bagi memastikan graduan dan keluarga dapat hadir bersama dalam majlis konvokesyen terutamanya melibatkan kampus yang jauh.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pembelian Tiket dan Penerbangan\n\n \nTarikh Majlis Konvokesyen\n\n \nKod Promo\n\n \nKelas Penerbangan\n\n \nCara Pembelian Tiket\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Pembelian Tiket dan Penerbangan\nTawaran diskaun ini sah bagi untuk pembelian sehingga 10 Jun 2022 bagi penerbangan bertarikh 12 Jun hingga 7 Julai 2022.\nTarikh Majlis Konvokesyen\nTarikh majlis konvokesyen yang bakal diadakan pada tahun ini mengikut kampus adalah seperti berikut :\nTarikh KonvokesyenKampus14 Jun sehingga 28 Jun 2022UiTM Shah Alam30 Jun sehingga 1 Julai 2022UiTM Sabah4 Julai sehingga 6 Julai 2022UiTM Sarawak\nKod Promo\nPara graduan serta ahli keluarga yang berminat untuk dapatkan diskaun ini boleh sertakan bersama kod promo seperti berikut :\nMalaysia Airlines : MHUITM 2022Firefly : FYUITM22\nKelas Penerbangan\nDiskaun tiket ini sah untuk pembelian kelas penerbangan seperti berikut :\nKelas Ekonomi (Business Class)Kelas Perniagaan (Economy Class)\nCara Pembelian Tiket\nPembelian tiket boleh dilakukan di laman web Malaysia Airlines dan Firely.\nBuat pembelian tiket dan masukkan kod promo yang telah diberikan untuk tebus diskaun tiket penerbangan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai tawaran diskaun 20% tiket penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly ini, sila layari laman web https://www.malaysiaairlines.com/my/en/campaign/uitm.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/idme-kpm/", "title": "idMe KPM \u2013 Login Sistem Pengurusan IDentiti", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPanduan Login & Penggunaan Sistem Pengurusan IDentiti KPM (idMe)\nSistem Pengurusan IDentiti (IdMe) akan menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.\nSetiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk mementukan kebolehcapaian modul dalam sistem.\nKomponen ini adalah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem. \u00a0\n\nIkuti perkongsian berikut untuk mengetahui cara pengunaan sistem idMe serta panduan video mudah oleh KPM untuk rujukan.\nBaca Juga : Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)\nPEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SESI AKADEMIK TAHUN 2023\nUntuk makluman semua guru, pada 15 Februari 2023, KPM telah mengumumkan bahawa perekodan dan pelaporan PBD boleh dilakukan sama ada secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara hidbrid.\nTemplat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022 / 2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.\nIni adalah bagi mengurangkan beban tugas guru dan memastikan guru terpelihara.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu IdMe?\n\n \nCara Login idMe Untuk Guru\n\n \nCara Daftar Masuk idMe\n\n \nCara Login & Daftar idMe Untuk Ibu Bapa (Pendaftaran Tahun 1)\n\n \nCara Tukar Kata Laluan\n\n \nPanduan Video idMe / MOIES\n\n \nMuat Turun Panduan Penuh (PDF)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Itu IdMe?\nTahukah anda apa itu idMe?\nidMe adalah Sistem Pengurusan IDentiti, idMe merupakan Pintu Gerbang untuk log masuk Modul-modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).\nSistem apa yang boleh diakses melalui idMe?\n\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Awam\nPengurusan Murid\nPengurusan Institusi\nPengurusan Pentaksiran\nPengurusan Guru\nPenubuhan dan Pendaftaran Institusi\n\n\nCara Login idMe Untuk Guru\nCara Daftar Masuk idMe\nLANGKAH 1 : Google link https://idme.moe.gov.my/login\nLANGKAH 2 : KLIK [daftar baru]\nLANGKAH 3 : Lengkapkan semua data pengguna anda\n* email guna email yang aktif/DELIMA\nLANGKAH 4 : Klik butang Saya bukan robot\nLANGKAH 5 : Masukkan Captcha yang diberikan\nLANGKAH 6 : Klik DAFTAR\nLANGKAH 7 : Keluar [Pengguna berjaya didaftarkan Sila semak email untuk dapatkan kata laluan anda\nLANGKAH 8 : Klik pada email Pentadbir idME\nLANGKAH 9 : Snip Maklumat kata laluan anda dan SAVE\nLANGKAH 10 : KLIK PAUTAN PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA\nLANGKAH 11 ; MASUKKAN SEMULA NO IC DI MUKA DEPAN idME\nLANGKAH 12 : KLIK DAFTAR MASUK\nLANGKAH 13 : SEMAK KATA KUNCI DAN KLIK YA\nLANGKAH 14 : MASUKKAN KATA LALUAN YANG SNIP\nLANGKAH 15 : KLIK DAFTAR TERUS MASUK DASHBOARD idME\nLANGKAH 16 : Hasilkan kata laluan anda yg baru\nLANGKAH 17 ; Klik submit\nLANGKAH 18 : Daftar masuk semula dengan kata laluan baru cikgu\nLANGKAH 19 : Klik dashboard dan klik aplikasi untuk melihat [website]\n\nCara Login & Daftar idMe Untuk Ibu Bapa (Pendaftaran Tahun 1)\n\nUntuk pengguna baharu yang belum mempunyai akaun, Klik Daftar Baru.\nIsikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.\nKlik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.\nKlik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.\n\n\nNota : Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.\nCara Tukar Kata Laluan\nSekiranya anda lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan.\n\nSeterusnya, masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.\nMasukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.\nAnda akan mendapat e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Klik butang \u201cPenetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.\u201d\nSemestinya masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.\nMasukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang \u201cMenetapkan Semula Kata Laluan\u201d untuk teruskan proses.\n\n\nPanduan Video idMe / MOIES\nPengenalan Sistem idMe\n\n\n\n\nManual Pengguna Tetapan Murid : \n\n\n\nManual Pengguna Tetapan Kelas : \n\n\n\n\nManual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Peristiwa :\n\n\n\nManual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Gantian :\n\n\n\nManual Pengguna Pengesahan Bulanan :\n\n\n\nManual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Kelas :\n\n\n\nManual Pengguna Penetapan Guru Mata Pelajaran :\n\n\n\nManual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Murid :\n\n\n\n\nManual Pengguna Mendaftar Akaun Baharu : \n\n\n\nManual Pengguna Selenggara Kurikulum Institusi :\n\n\n\nManual Pengguna Analisis DLP :\n\n\n\nManual Pengguna Analisis MP :\n\n\n\nManual Pengguna Analisis STEM :\n\n\n\nManual Pengguna Daftar Murid :\n\n\n\nManual Pengguna Kehadiran Murid : \n\n\n\nFULL PLAYLIST : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W\nMuat Turun Panduan Penuh (PDF)\nSila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna\nFull_Awam_Manual_Pengguna Sistem IDMSDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS), sila kemukakan ke\nKementerian Pendidikan Malaysia,Bahagian Pengurusan Maklumat,Aras 3 \u2013 4 Blok E8 Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya\nNo. Tel : 03-88843501\nNo. Fax : 03-88895244\nEmail : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-kwsp-bsn-fsa2/", "title": "MyRinggit Insan-i : Semakan Status Pinjaman KWSP BSN (FSA2)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nINSAN-i : PINJAMAN KWSP BERCAGAR / FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2) BSN OLEH BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) \nLanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum umur 50 tahun dan 55 tahun.\nPermohonan FSA2 boleh dibuat melalui 2 bank buat masa ini, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang akan ditawarkan oleh BSN.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)\n\n \nFasiliti Sokongan Akaun 2 / Pinjaman Bercagar KWSP (FSA2 BSN)\n\n \nTarikh Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN\n\n \nSemakan Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Insan-i (Pinjaman Bercagar KWSP BSN)\n\n \nSemakan Status\n\n \nPembayaran Ansuran Bulanan Insan-i BSN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)\nFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\u00a0adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.\nFasiliti Sokongan Akaun 2 / Pinjaman Bercagar KWSP (FSA2 BSN) \nBank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 14 April 2023.\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah maklumat pembiayaan:\nMAKLUMAT PEMBIAYAAN\nKadar Keuntungan*KAS + 1.75%Had PembiayaanMinimum: RM3,000Maksimum: RM50,000Tempoh PembiayaanSehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu.Kaedah Bayaran Ansuran BulananTunai di kaunter BSNArahan Tetap Akaun BSN Giro/i (Standing Instruction)Arahan Tetap dari Institusi Kewangan lainIBG/ e-payment ATM/ CDM/ myBSN\nTarikh Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN\nPermohonan FSA2 KWSP oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) akan dibuka secara online mulai\u00a014 April 2023\u00a0hingga 4 April 2024 menerusi laman web rasmi BSN.\n\nSemakan Kelayakan\nAntara syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak BSN adalah seperti berikut:\n\nBerumur 40 \u2013 50 tahun sewaktu memohon\nAhli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP\nMemahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN\nMelepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan\n\nUntuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:\n\nDaftar dan aktifkan i-Akaun sekiranys perlu* (Rujuk cara mendaftar i-Akaun KWSP : i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata)\nSemak kelayakan di i-Akaun\nMohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)\n\nDaftar dan aktifkan i-Akaun di\u00a0Self Service Terminal (SST)\u00a0di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor\u00a0Transaction Authorisation Code (TAC)\u00a0bagi tujuan semakan kelayakan.\nLayari\u00a0https://fsa2.kwsp.gov.my/\u00a0untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini atau rujuk artikel berikut:\u00a0FSA2 \u2013 Fasiliti Sokongan Akaun 2 (Pinjaman Cagaran KWSP)\n\nCara Permohonan Insan-i (Pinjaman Bercagar KWSP BSN)\nUntuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nSila layari laman web rasmi BSN yang berikut untuk membuat permohonan : https://www.bsn.com.my/page/Insan-i\nMemahami dan menerima Kesedaran & Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2\nIsi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.\nKlik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.\nIsikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.\nLengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.\nPermohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.\nNotifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.\nAnda boleh menyemak status permohonan melalui https://www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.\n\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN:\n\nSalinan Kad Pengenalan (depan & belakang).\nBorang Permohonan (atas talian).\nNotis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.\nPenyata Pendedahan Produk.\nKesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).\nDokumen pendapatan atas permintaan BSN.\nDokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.\n\nSemakan Status\nSemak status permohonan anda melalui di pautan https://www.bsncheckin.com.my/BSNmyringgitinsan-portal/login.aspx dari semasa ke semasa.\n\nUntuk makluman, status permohonan juga boleh diketahui melalui SMS atau Whatsapp.\n\nPembayaran Ansuran Bulanan Insan-i BSN\nAdakah saya perlu membuat pembayaran ansuran bulanan atau menunggu sehingga pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP pada umur 50 sehingga 55 tahun di tolak sebagai pembayaran penuh?\nYa, anda perlu membayar secara ansuran setiap bulan sehingga penyelesaian penuh.\nSekiranya pembiayaan anda berjaya,\na) Bayaran ansuran bulanan pertama akan bermula pada tarikh amaun pembiayan penuh diterima pada bulan seterusnya dan/atau pada tarikh yang akan diputuskan oleh BSN mengikut budi bicara.\nb) Ansuran bulanan untuk bulan-bulan berikutnya adalah pada tarikh yang sama setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan.\nPembayaran ansuran bulanan boleh dilakukan melalui: \n\nSecara tunai di kaunter BSN;\nArahan Tetap Akaun Giro-i BSN ; \nArahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain \nMelalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN \n\nJika berlaku sebarang kegagalan/kelewatan pembayaran ianya akan menjejaskan rekod kewangan / kredit di dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip-Off Service (CTOS) pelanggan.\ninsan-i_faqDownload\n*Untuk membuat permohonan melalui MBSB Bank, sila baca selanjutnya di sini : Ihsan-i : Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (FSA2)\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk maklumat sepenuhnya tentang pinjaman bercagar KWSP BSN Insan-i di sini:\n\nLihat semua\u00a0kadar perbankan.\nLihat semua\u00a0fi & caj.\nLihat\u00a0Penyata Pendedahan Produk.\nLihat\u00a0Soalan-soalan lazim.\nLihat\u00a0Proses Permohonan Pembiayaan.\nTertakluk pada Terma & Syarat.\n\nDapatkan maklumat terkini oleh BSN melalui saluran berikut:\n\nLaman web rasmi BSN : https://www.bsn.com.my/\nHotline BSN : 1300 88 1900\nFacebook : BSN Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-pelajar-anugerah-gemilang-ekelas-2022-maxis/", "title": "Tawaran Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas 2022 Maxis", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Maxis kini menawarkan Anugerah Gemilang eKelas untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.\nAnugerah Gemilang eKelas merupakan inisiatif daripada Maxis untuk mengiktiraf usaha pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.\nDi samping itu, anugerah ini juga diperkenalkan bagi memberi inspirasi serta motivasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran mereka.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Sesi Persekolahan 2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas\n\n \nKriteria Pemilihan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKadar Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas\nPenerima bakal memperoleh anugerah dalam bentuk simpanan berjumlah RM600 dan RM1,200 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN Plus oleh PTPTN.\n\nKriteria Pemilihan\nUntuk makluman, penilaian Anugerah Gemilang eKelas ini dibuat berdasarkan 2 perkara:\nPeningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/Percubaan SPM 2022 yang dibandingkan dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2021.Peningkatan dalam keputusan ujian Penilaian Akhir eKelas yang dibandingkan dengan keputusan ujian Pra-Penilaian eKelas.Murid perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred atau mengekalkan gred A, contohnya:\nGred E meningkat ke DGred D meningkat ke CGred C meningkat ke BGred B meningkat ke AGred A kekal di Gred A\nPemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih di Maxis, dan kriteria tahun 2022 mungkin berlainan dengan tahun sebelumnya.\nSemua keputusan akhir adalah hak jawatankuasa tersebut.\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nSemua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang telah mendaftar akaun sebagai Pelajar dalam portal eKelas sebelum 31 Januari 2023.Berasal dari keluarga B40 (pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan).\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\nLayari laman web\u00a0https://www.ekelas.com.my/.Daftar masuk ke dalam portal eKelas.Klik menu \u201cCompetition\u201d dan klik \u201cAnugerah Gemilang.\u201dAmbil ujian Pra-Penilaian dan Akhir yang terdapat dalam bahagian modul di bawah laman tersebut.Isi borang permohonan Anugerah Gemilang.Muat naik semua dokumen yang diperlukan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Anugerah Gemilang eKelas, sila layari laman web https://www.ekelas.com.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ssdm/", "title": "SSDM KPM: Login Sistem Sahsiah Diri Murid & Panduan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem Sahsiah Diri Murid atau SSDM merupakan sebuah portal atau sistem yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurus dan merekod sahsiah dan disiplin para pelajar di sekolah.\nSistem ini mementingkan \u201cAmalan Baik\u201d sebagai mekanisme untuk membudayakan amalan nilai-nilai murnin dalam kalangan murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan.\nDengan memasukkan elemen mata (skor) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.\nSSDM pada dahulunya adalah dipanggil sebagai\u00a0 Sistem Salahlaku Disiplin Murid namun telah diubah kepada Sistem Sahsiah Diri Murid kerana terdapat penambahaikan dimana amalan baik murid turut akan direkodkan dalam sistem ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMatlamat dan objektif\n\n \nFungsi SSDM\n\n \nTahap Pengguna\n\n \nLogin SSDM KPM\n\n \nPanduan Penggunaan SSDM\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nMatlamat dan objektif\nSistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dibangunkan untuk mencapai matlamat yang berikut: \n\nMembangunkan satu sistem yang boleh mengukur status sahsiah murid secara holistik dan valid dengan mengambil kira kelakuan positif dan kelakuan negatif seseorang murid sebagai status sahsiah mereka. \nMembudayaka Amalan Baik murid dengan menggalakkan murid mengamalkan nilai-nilai murni sebagai amalan harian mereka. \nMenambah baik sistem SSDM sedia ada\nMembantu pihak sekolah dalam proses penentuan tindakan / hukuman suapaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas, peraturan-peraturan sedia serta Standard Operasi Prosedur (SOP)\nMembantu pihak sekolah memantapkan pengurusan sahsiah dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi\nMemastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling\nMenjalin rangkaian keraja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga\nSebagai pengkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan, khasnya pengeluaran Sijil AKuan Sahsiah sebagai pengiktirafan status sahsiah murid sejajar dengan peringkat persekolahan secara profresif\nPenyediaan data sahsiah (Amalan Baik dan Salah Laku) yang tepat untuk kegunaan PPD, KPN dan KPM sebagai pengiktirafan status sahsiah murid sejajar dengan peringkat persekolahan secara progresif\n\nArtikel menarik: Google Scholar: Tips, Panduan dan Cara Guna\nFungsi SSDM\n\nBerikut merupakan fungsi utama sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) ini:\n\nMerekod kes-kes salahlaku/perilaku baik murid\nMenyimpan perincian\u00a0maklumat murid dan sekolah\nMenjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku dan amalan baik murid\nMenjana surat amaran ponteng mengikut tahap\n\nTahap Pengguna\nSistem ini hanya boleh diakses oleh 4 tahap pengguna seperti yang disenaraikan di bawah ini: \n\nSekolah\nPejabat Pendidikan Daerah (PPD)\nJabatan Pelajaran Negeri (JPN)\nBahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)\n\nLogin SSDM KPM\nSekiranya anda merupakan salah seorang daripada 4 tahap pengguna di atas, anda boleh log masuk portal SSDM dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:\n\nLayari laman web\u00a0https://ssdm.moe.gov.my/.\nMasukkan ID dan katalaluan dan klik butang \u2018Masuk\u2019 \n\nPengguna boleh mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan dengan menghubungi pegawai SSDM di JPN/Bahagian\n\n\nPerkara-perkara yang berkaitan dengan murid boleh diakses melalui bahagian \u2018Maklumat Murid\u2019 seperti yang disediakan.\nMelalui bahagian ini juga, pengguna boleh mengemaskini maklumat seperti senarai salah laku dan disiplin, perbuatan baik dan sebagainya.\nSurat amaran juga boleh dicetak selepas maklumat disiplin dan salah laku dikemaskini melalui bahagian tersebut.\n\nArtikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM\nPanduan Penggunaan SSDM\nUntuk panduan penuh cara menggunakan sistem Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) seperti memasukkan rekod salahlaku murid, kemaskini maklumat murid, melihat laporan statisitik salah laku dan sebagainya, sila klik pautan di bawah:\n> Manual Pengguna SSDM\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sistem ini, sila hubunngi pegawai yang bertugas seperti maklumat yang tertera di bawah: \nUnit Pembangunanan Sahsiah MuridSektor Hal Ehwal MuridBahagian Pengurusan Sekolah HarianKementerian Pendidikan MalaysiaAras 3 & 4, Blok E2,Parcel E, 62604 PutrajayaTel : 03-88849339\n"]} {"url": "https://ecentral.my/amalan-kelebihan-bulan-zulhijjah/", "title": "Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah & Amalan Sunnah Dianjurkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKELEBIHAN / KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH SERTA AMALAN SUNNAH YANG DIANJURKAN\nAlhamdulillah, umat Islam di Malaysia telah mengumumkan masuknya bulan Zulhijjah pada 20 Jun 2023. \nTerdapat pelbagai kelebihan bulan Zulhijjah kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini.\nBagi mereka yang melakukan ibadah korban pula, disunatkan TIDAK memotong kuku dan rambut apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah.\nTahukah anda apakah keistimewaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah?\nBerikut dikongsikan beberapa kelebihannya berdasarkan hadis Nabi SAW:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKeistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah\n\n \n1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad\n\n \n2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun\n\n \n3. Hari Yang Dicintai Allah\n\n \nAmalan Sunnah Yang Dianjurkan\n\n\nKeistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah\n1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad\nTahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? \nSabda Rasulullah:\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0641\u0652\u0636\u064e\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u200f\u201d\u200f\u200f.\u200f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u200f\u201d\u200f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f\u060c \u0625\u0650\u0644\u0627\u0651\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e \u064a\u064f\u062e\u064e\u0627\u0637\u0650\u0631\u064f \u0628\u0650\u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0628\u0650\u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u200f\u201d\u200f\u200f.\u200f\u201cTiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)\nMengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? \nMenurut al-Imam Ibn Hajar:\u0648\u0627\u0644\u0630\u064a \u064a\u0638\u0647\u0631 \u0623\u0646 \u0627\u0644\u0633\u0628\u0628 \u0641\u064a \u0627\u0645\u062a\u064a\u0627\u0632 \u0639\u0634\u0631 \u0630\u064a \u0627\u0644\u062d\u062c\u0629 \u0644\u0645\u0643\u0627\u0646 \u0627\u062c\u062a\u0645\u0627\u0639 \u0623\u0645\u0647\u0627\u062a \u0627\u0644\u0639\u0628\u0627\u062f\u0629 \u0641\u064a\u0647 \u060c \u0648\u0647\u064a \u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629 \u0648\u0627\u0644\u0635\u064a\u0627\u0645 \u0648\u0627\u0644\u0635\u062f\u0642\u0629 \u0648\u0627\u0644\u062d\u062c \u060c \u0648\u0644\u0627 \u064a\u062a\u0623\u062a\u0649 \u0630\u0644\u0643 \u0641\u064a \u063a\u064a\u0631\u0647\u201cSecara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)\n2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun\n10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun. \n\n\n\n\n\n\nSabda Rasulullah:\u0623\u064e\u0641\u0652\u0636\u064e\u0644\u064f \u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u062f\u0651\u064f\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650\u201cSebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.\u201d\nSehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. \nKata beliau:\u0623\u064a\u0627\u0645 \u0639\u0634\u0631 \u0630\u064a \u0627\u0644\u062d\u062c\u0629 \u0623\u0641\u0636\u0644 \u0645\u0646 \u0623\u064a\u0627\u0645 \u0627\u0644\u0639\u0634\u0631 \u0645\u0646 \u0631\u0645\u0636\u0627\u0646 \u0648\u0627\u0644\u0644\u064a\u0627\u0644\u064a \u0627\u0644\u0639\u0634\u0631 \u0627\u0644\u0623\u0648\u0627\u062e\u0631 \u0645\u0646 \u0631\u0645\u0636\u0627\u0646 \u0623\u0641\u0636\u0644 \u0645\u0646 \u0644\u064a\u0627\u0644\u064a \u0639\u0634\u0631 \u0630\u064a \u0627\u0644\u062d\u062c\u0629Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu\u2019 al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]\n3. Hari Yang Dicintai Allah\nSabda Rasulullah:\u0645\u0627 \u0645\u0646 \u0623\u064a\u0627\u0645 \u0623\u0639\u0638\u0645 \u0639\u0646\u062f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0633\u0628\u062d\u0627\u0646\u0647 \u0648\u0644\u0627 \u0623\u062d\u0628 \u0625\u0644\u064a\u0647 \u0627\u0644\u0639\u0645\u0644 \u0641\u064a\u0647\u0646 \u0645\u0646 \u0647\u0630\u0647 \u0627\u0644\u0623\u064a\u0627\u0645 \u0627\u0644\u0639\u0634\u0631. \u0641\u0623\u0643\u062b\u0631\u0648\u0627 \u0641\u064a\u0647\u0646 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u062a\u0647\u0644\u064a\u0644 \u0648\u0627\u0644\u062a\u0643\u0628\u064a\u0631 \u0648\u0627\u0644\u062a\u062d\u0645\u064a\u062f\u201cTidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid\u201d (HR al-Tabrani)\nAmalan Sunnah Yang Dianjurkan \nTernyata terdapat banyak kelebihan sehingga Rasulullah meletakkan 10 hari terawal Zulhijjah hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. \nBaginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. \nAntara amalan bulan Zulhijjah yang disarankan untuk kita melakukan amal soleh sebanyaknya, seperti:\n1. ANJURAN UNTUK TIDAK MEMOTONG, MENCABUT DAN MENCUKUR RAMBUT, BULU MAHUPUN KUKU KE ATAS ORANG YANG MELAKUKAN IBADAH KORBAN\nSunat untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku bagi orang yang melakukan ibadah korban bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih.\nRasulullah SAW bersabda:\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0630\u0650\u0628\u0652\u062d\u064c \u064a\u064e\u0630\u0652\u0628\u064e\u062d\u064f\u0647\u064f \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064f\u0647\u0650\u0644\u0651\u064e \u0647\u0650\u0644\u064e\u0627\u0644\u064f \u0630\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u062c\u0651\u064e\u0629\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062e\u064f\u0630\u064e\u0646\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0638\u0652\u0641\u064e\u0627\u0631\u0650\u0647\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0626\u064b\u0627 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064f\u0636\u064e\u062d\u0651\u0650\u064a\u064eMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang mempunyai haiwan korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.\u201d[HR Muslim, hadis sahih]Rasulullah SAW bersabda:\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u0648\u064e\u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0623\u064f\u0636\u0652\u062d\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064c \u064a\u064f\u0631\u0650\u064a\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0636\u064e\u062d\u0651\u0650\u064a\u064e \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0623\u0652\u062e\u064f\u0630\u064e\u0646\u0651\u064e \u0634\u064e\u0639\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0642\u0652\u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0651\u064e \u0638\u064f\u0641\u064f\u0631\u064b\u0627Maksudnya: \u201cApabila masuknya sepuluh (hari Zulhijjah) dan seseorang itu mempunyai haiwan korban yang dia hendak menyembelihnya, maka janganlah dia memotong rambutnya dan jangan dia memotong kukunya.\u201d[HR Muslim, hadis sahih]Anjuran untuk tidak memotong rambut, bulu dan kuku ini sepertimana pendapat al-Imam al-Syafi\u2019e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi\u2019e.\n\n2. BERPUASA PADA HARI ARAFAHHari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardhu bagi umat Islam yang menunaikan ibadah haji.\nBagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, dianjurkan untuk berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari tersebut.\nDaripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhhamd SAW bersabda:\u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064c \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e \u0623\u064e\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0641\u0651\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u064a \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064fMaksudnya: \u201cBerpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada Allah agar adalah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.\u201d[HR Muslim, hadis sahih]\n3. MEMPERBANYAKKAN BERDOA\nKelebihan bulan Zulhijjah juga terletak pada doa yang diucapkan, terutamanya pada Hari Arafah (9 Zulhijjah).\nNabi Muhammad SAW bersabda:\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0639\u064e\u0627\u0621\u0650 \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e\u060c \u0648\u064e\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0644\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f\u0648\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650\u064a: \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f\u060c \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\u060c \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0651\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0631\u064fMaksudnya: \u201cSebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku ialah, tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.\u201d[HR al-Tirmizi, hadis hasan]Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0639\u0652\u062a\u0650\u0642\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0644\u064e\u064a\u064e\u062f\u0652\u0646\u064f\u0648 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064f\u0628\u064e\u0627\u0647\u0650\u0649 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0644\u0627\u064e\u0626\u0650\u0643\u064e\u0629\u064e \u0641\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u064e\u0627\u062f\u064e \u0647\u064e\u0624\u064f\u0644\u0627\u064e\u0621\u0650Maksudnya: \u201cTidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba dari neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: \u201cApa yang mereka inginkan?\u201d[HR Muslim, hadis sahih]\n4. MENGHIDUPKAN SUASANA HARI RAYA DENGAN TAKBIRSabda Nabi Muhammad SAW:\u0632\u064e\u064a\u0651\u0650\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u064a\u064e\u0627\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0643\u0652\u0628\u064a\u0631Maksudnya: \u201cKamu hiasilah hari raya dengan takbir.\u201d[HR al-Thabarani]\nAl-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a. keluar ke pasar pada 10 hari awal Zulhijjah, lalu mereka bertakbir sehingga menyebabkan orang ramai turut bertakbir bersama mereka.\n\u2018Affan turut menceritakan peristiwa ini. Beliau berkata:\u201cAbu Hurairah dan Ibnu Umar datang ke pasar pada 10 hari terawal bulan Zuhijjah, kemudian meraka bertakbir dan orang ramai turut bertakbir bersama mereka. Mereka berdua tidak datang melainkan untuk bertakbir.\u201dTerdapat dua jenis takbir pada hari raya:i. Takbir Mursal atau Muthlaq (\u0627\u0644\u0645\u0631\u0633\u0644 \u0623\u0648 \u0627\u0644\u0645\u0637\u0644\u0642)\u2022 Bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya.ii. Takbir Muqayyad (\u0627\u0644\u0645\u0642\u064a\u062f)\u2022 Bermula bermula dari solat Subuh Hari \u2018Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).\nBaca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\n5. MEMPERBANYAKKAN BERZIKIR\nAntara cara merebut kelebihan bulan Zulhijjah juga adalah dengan memperbanyakkan zikir.\nHadis Nabi Muhammad SAW:\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u064d \u0623\u064e\u0639\u0652\u0638\u064e\u0645\u064f \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u0651\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0646\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0646\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u064a\u062f\u0650Maksudnya: \u201cTidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.\u201d[HR Ahmad]\n\n6. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH\nDaripada Abu Umamah al-Bahili berkata, Rasulullah SAW bersabda:\u0635\u064e\u0646\u064e\u0627\u0626\u0650\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0639\u0652\u0631\u064f\u0648\u0641\u0650 \u062a\u064e\u0642\u0650\u064a \u0645\u064e\u0635\u064e\u0627\u0631\u0650\u0639\u064e \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0648\u0621\u0650, \u0648\u064e\u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0633\u0650\u0651\u0631\u0650\u0651 \u062a\u064f\u0637\u0652\u0641\u0650\u0626\u064f \u063a\u064e\u0636\u064e\u0628\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0628\u0650\u0651, \u0648\u064e\u0635\u0650\u0644\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u0645\u0650 \u062a\u064e\u0632\u0650\u064a\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u0645\u0652\u0631Maksudnya: \u201cOrang-orang yang melakukan kebaikan akan memelihara diri mereka dari nasib buruk. Sedekah secara rahsia menghapuskan kemurkaan Tuhan dan silaturahim pula menambahkan umur.\u201d[HR al-Thabarani]\n7. MENTADABBUR AYAT AL-QURAN\nTadabbur bermaksud menghayati atau merenung kisah-kisah di dalam al-Quran sewaktu membacanya.\nFirman Allah SWT:\u0623\u064e\u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u06cc\u064e\u062a\u064e\u062f\u064e\u0628\u0651\u064e\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0671\u0644\u06e1\u0642\u064f\u0631\u06e1\u0621\u064e\u0627\u0646\u064e\u06da \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u06e1 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u06e1 \u0639\u0650\u0646\u062f\u0650 \u063a\u064e\u06cc\u06e1\u0631\u0650 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0648\u064e\u062c\u064e\u062f\u064f\u0648\u0627\u06df \u0641\u0650\u06cc\u0647\u0650 \u0671\u062e\u06e1\u062a\u0650\u0644\u064e\u0640\u0670\u0641\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u06cc\u0631\u0627Maksudnya: \u201cPatutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.\u201d[Surah al-Nisa\u2019: 82]\n8. MELAKUKAN IBADAH KORBAN BAGI YANG MAMPU\nDaripada Aisyah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:\u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0622\u062f\u064e\u0645\u0650\u064a\u0651\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064d \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u0651\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0625\u0650\u0647\u0652\u0631\u064e\u0627\u0642\u0650 \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0645\u0650\u060c \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0642\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0628\u0650\u0642\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u0639\u064e\u0627\u0631\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0638\u0652\u0644\u064e\u0627\u0641\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0645\u064e \u0644\u064e\u064a\u064e\u0642\u064e\u0639\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0628\u0650\u0645\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064d \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0642\u064e\u0639\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650\u060c \u0641\u064e\u0637\u0650\u064a\u0628\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064b\u0627Maksudnya: \u201cTidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). \nSesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).\u201d[HR al-Tirmizi, hadis hasan]\n9. MAKAN DAGING KORBAN DAN BERIKAN SEDEKAH KEPADA ASNAF DAN FAKIR MISKIN\n\u0641\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0627\u06df \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0637\u0652\u0639\u0650\u0645\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0653\u0626\u0650\u0633\u064e \u0671\u0644\u0652\u0641\u064e\u0642\u0650\u064a\u0631\u064eMaksudnya: \u201cMaka makanlah sebahagian daripadanya (haiwan korban) dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.[Surah al-Hajj: 28]\n10. LARANGAN BERPUASA PADA HARI-HARI TASYRIK\nHari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan amalan melontar jamrah di Mina bagi yang mengerjakan ibadah haji. Selain itu, umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, digalakkan untuk melakukan ibadah korban pada tarikh tersebut.\nKita juga dianjurkan untuk menikmati makanan dan minuman sebagai bentuk syukur atas nikmat Allah SWT. Rasulullah SAW menyebutkan Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.\nSabda Nabi Muhammad SAW:\u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650\u064a\u0642\u0650 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0644\u064d \u0648\u064e\u0634\u064f\u0631\u0652\u0628\u064dMaksudnya: \u201cHari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.\u201d[HR Muslim, hadis sahih]\nBaca juga: Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha\nSemoga kita dapat sama-sama memanfaatkan 10 hari terawal Zulhijjah ini dengan amalan-amalan yang bermanfaat seperti mana yang dianjurkan oleh Nabi SAW.\nAyuh, jom imarahkan 10 hari yang penuh keberkatan ini!\nRUJUKAN\n\nLaman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Bayan Li al-Haj Siri ke-32: Keistimewaan Dan Fadhilat 10 Awal Zulhijjah: Marilah Kita Beramal.\nLaman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Bayan Linnas Siri Ke-110: Kelebihan Hari Arafah Dan Hari Raya Aidiladha.\nUstazah Asma Harun \nDr Ahmad Sanusi\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/check-scammer/", "title": "Cara Check Scammer Online Melalui Portal PDRM (Semakmule)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA CHECK SCAMMER ONLINE (SEMAKMULE PDRM)\nAdalah penting untuk semak scammer (nombor telefon, nombor akaun) apabila melakukan pembayaran transaksi secara dalam talian.\nPada masa kini, terdapat banyak cara si penjenayah atau scammer menipu pembeli dengan pelbagai modus operandi dan boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. \nSebagai pembeli, kita haruslah bijak untuk mengenalpasti ciri-ciri scammer melalui kaedah-kaedah berikut:\n\n\n\n\n\n\nMenyemak nombor telefon scammerMenyemak nombor akaun scammer\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSistem CCID PDRM\n\n \nCara Check Scammer Online Melalui Semakan Nombor Telefon\n\n \nCara Check Nombor Akaun Scammer\n\n \nAplikasi CCID\n\n\nSistem CCID PDRM\n\nKebiasaannya, seorang scammer akan menggunakan nombor telefon yang sama (atau beberapa nombor telefon) bagi menjalankan penipuan mereka.\nAdalah sukar untuk penjenayah ini mendaftarkan banyak nombor telefon kerana setiap pendaftaran nombor telefon memerlukan penggunaan kad pengenalan mereka untuk pengaktifan nombor telefon tersebut.\nPihak PDRM mempunyai pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang diwujudkan berdasarkan maklumat daripada laporan yang diterima oleh mangsa-mangsa penipuan secara online ini dalam portal CCID mereka.\nCCID merupakan singkatan bagi Commercial Crime Investigation Department atau Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial.\nBerikut dikongsikan cara untuk check scammer online melalui portal tersebut.\n\nCara Check Scammer Online Melalui Semakan Nombor Telefon\nPortal CCID ini boleh diakses melalui pautan berikut https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi tujuan untuk semak scammer . \nLayari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ Pilih kategori Nombor TelefonMasukkan nombor telefon yang ingin disemakMasukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahanKlik \u201cSemak Maklumat\u201dMaklumat berrikut akan dipaparkan:\u201cTiada Laporan Diperolehi\u201d \u2013 Sekiranya nombor telefon yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRMSekiranya nombor telefon tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.\nNota: Walaupun berkemungkinan nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor telefon baru.\nRujuk video tutorial semakan di bawah:\n\nCara Check Nombor Akaun Scammer\nLayari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ Pilih kategori Akaun BankMasukkanNombor Akaun Bank yang ingin disemakMasukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahanKlik \u201cSemak Maklumat\u201dMaklumat berrikut akan dipaparkan:\u201cTiada Laporan Diperolehi\u201d \u2013 Sekiranya nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRMSekiranya nombor Akaun Bank tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.\nNota: Walaupun berkemungkinan nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor akaun orang lain sebagai tumpangan bagi menerima duit anda.\nBaca juga: \nAwas Taktik Terbaru Scammer LHDN Guna Nombor Pejabat!Cara Buat Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)\nAplikasi CCID\nSekiranya anda kerap melakukan transaksi secara online, anda boleh memuat turun aplikasi CCID secara percuma melalui pautan di bawah:\nGoogle Play \u2013 Untuk Android\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kira-cgpa-uitm/", "title": "Cara Kira CGPA UiTM (Result Pointer)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pelajar UiTM, anda perlulah tahu mengira CGPA anda bagi memudahkan anda mengetahui prestasi semasa akademik anda untuk subjek-subjek yang sedang diambil.\nKebiasaannya, kita akan memanggil CGPA ini sebagai pointer jadi jangan hairan dan peliklah sekiranya anda yang bertanyakan \u201cberapakah pointer anda?\u201d.\nMengetahui cara mengira CGPA UiTM anda penting kerana banyak syarikat akan melihat jumlah CGPA anda sebelum memanggil anda untuk menghadiri temuduga kerja di syarikat mereka.\nJangan risau, hendak mengira CGPA bukanlah satu perkara yang sukar malah kini sudah ada kalkulator dalam talian yang memudahkan kerja-kerja pengiraan ini.\nNamun, anda perlulah mengetahui terlebih dahulu bagaimana CGPA dikira bagi memudahkan anda merancangan strategi dan menetapkan target markah berapakah yang anda perlu dapat untuk mencapai CGPA yang diingini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerbezaan Antara GPA Dan CGPA\n\n \nGred & Markah CGPA UiTM\n\n \nContoh Pengiraan GPA\n\n \nContoh Pengiraan CGPA UiTM\n\n\nPerbezaan Antara GPA Dan CGPA\nPertama sekali, anda haruslah tahu perbezaan antara kedua terma ini \u2013 GPA dan CGPA.\nGPA merupakan akronimm atau singkatan bagi Gred Point Average.\nCGPA pula merupakan akronim atau singkatan bagi Cumulative Gred Point Average.\nSecara ringkasnya, GPA adalah pointer anda untuk sesuatu semester itu sahaja.\nSementara itu, CGPA pula adalah \u201ccumulative\u201d iaitu kumulatif/pertambahan point GPA untuk setiap semester sehingga semester terkini.\nContoh mudah:\n\n\n\n\n\n\nSem 1: GPA anda adalah 4.0Sem 2: GPA anda adalah 3.0. Maka, CGPA anda ketika Sem 2 adalah 3.5 kerana mengambil kira GPA Sem 1 dan 2. Namun, kiraan ini hanya betul sekiranya jumlah mata kredit bagi subjek yang diambil kedua-dua semester adalah sama.\nGred & Markah CGPA UiTM\nSetiap markah yang diperolehi dalam setiap subjek akan diberikan gred dan pointer.\nSesetengah universiti menggunakan gred dan pointer yang berlainan dan berikut merupakan gred dan pointer CGPA yang digunakan oleh pihak UiTM.\n\nKredit: https://fka.uitm.edu.my/images/postgraduate/forms_coursework/Academic_Rules_and_Regulations_for_Postgraduate_(Coursework).pdf\nContoh Pengiraan GPA\nAndaikah di bawah ini adalah keputusan ujian Sem 1 anda:\nSubjekKreditGredMata NilaiJumlah Mata NilaiSubjek 13B3.09.00Subjek 23B3.09.00Subjek 33A-3.7011.10Subjek 42A-3.707.40Subjek 52B-2.705.40Subjek 62B-2.705.40Subjek 72B+3.306.60\nPengiraan GPA bagi Sem 1:\nGPA = (Hasil tambah Jumlah Mata Nilai) / (Hasil tambah Jumlah Kredit)\nGPA = (9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60) / (3+3+3+2+2+2+2)\nGPA: 3.17 (Sem 1)\nNota: Simbol sempang \u201c/\u201d adalah bermaksud operasi \u201cbahagi\u201d dalam matematik.\nContoh Pengiraan CGPA UiTM\nSetelah anda faham caraan kiraan GPA UiTM, maka lebih mudah anda memahami cara kiraan CGPA pula.\nCGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester / Hasil tambah semua kredit bagi semua semester\nLihat penerangan oleh Pn Sha- Perunding Pendidikan seperti di bawah:\nKredit: Kredit/Sumber :\u00a0http://sgkkclo.blogspot.com/\u2026/cara-nak-kira-gpa-dan\u2026\nDalam pengiraan GPA dan CGPA ni yang penting ada beberapa perkara yang perlu anda tahu iaitu\n1. Gred dan Mata Nilai Gred2. Jam kredit/unit kredit/pemberat matapelajaran/subjek ( Boleh dirujuk pada pelan pengajian program masing2 \u2013 bahagian akademik IPT anda)3. Jumlah Mata Nilai = Mata Nilai Gred x Unit Kredit4.GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata/(bahagi) NilaiHasil tambah semua kredit5.CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester /(bahagi) Hasil tambah semua kredit bagi semua semester\nBerikut adalah contoh gred dan mata nilai gred .\nGred Mata Nilai Gred\u2014\u2014\u2013 \u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013A+ 4.00A 4.00A- 3.70B+ 3.30B 3.00\u00a0B- 2.70C+ 2.30C 2.00C- 1.70D+ 1.30D 1.00E 0.70F 0.00\nGambar adalah contoh Jam /Unit Kredit . Biasanya nilainya ialah 1.00 -12.00\u00a0\n****\nBerikut adalah Contoh Kiraan GPA\nKeputusan Semester 1\nSub Kredit Gred M.Nilai Jum.MNilai\u00a0\u00a0Gred\u2014\u2013 \u2014\u2014\u2014 \u2014\u2014 \u2014\u2014\u2014- \u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014Prog. For.. 3 B 3.00 9.00\u00a0Statics. 3 B 3.00 9.00\u00a0Thermo dyn. 3 A -3.70 11.10\u00a0Laboratory 2 A -3.70 7.40\u00a0Calculus. 2 B- 2.70 5.40\u00a0English For 2 B- 2.70 5.40\u00a0Islamic And 2 B+ 3.30 6.60\u00a0\nPengiraan GPA Bagi Semester 1 :-GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai /Hasil tambah semua kredit\nGPA=9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60 /3+3+3+2+2+2+2\nGPA = 53.90/17GPA sem 1 = 3.17\u00a0\u00a0\nKeputusan Semester 2\nSub Kredit Gred M.Nilai Jum.MNilai\u00a0\u00a0Gred\u2014\u2013 \u2014\u2014\u2014 \u2014\u2014 \u2014\u2014\u2014- \u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014Dynamics 3 B 3.00 9.00\u00a0EngineeringD. 3 B+ 3.30 9.90\u00a0Material Sc. 3 C- 1.70 5.10\u00a0Engineer.Mat. 3 B- 2.70 8.10\u00a0Islamic And. 2 B- 2.70 5.40\u00a0Swimming I. 1 A 4.00 4.00\u00a0\nPengiraan GPA Bagi Semester 2 :-\nGPA=9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00 /(3+3+3+3+2+1)\nGPA. =41.50/15GPA sem 2. =2.77\u00a0\u00a0\nSekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.\nPengiraan CGPA Bagi Semester 1:-Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.\nCGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/ Hasil tambah semua kredit bagi semua semester\nCGPA. =53.90/17CGPA sem 1 =3.17\u00a0\u00a0\nPengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.\nCGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/ Hasil tambah semua kredit bagi semua semester\nCGPA =53.90+41.50/(17+15)CGPA =95.40/ 32CGPA sem 2. =2.98\n****Kalau nak kira CGPA sem 3 sama je guna formula diatas yang penting tengok JUM mata gred sem semasa dan sem berikutnya serta jumlah kredit\nContoh JUM mata Gred sem 3 = 60.00Jum kredit sem 3 = 15CGPA sem 3. = 53.90 + 41.50 + 60.00 / (17 + 15 + 15)CGPA sem 3. =155.40/(47) = 3.306 (Bundarkan kpd 2 titik perpuluh)CGPA sem 3. = 3.31\nBaca juga: \nUFUTURE UiTM : Login, Lupa Kata Laluan & Pengisian Exit Survey SuFo\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-perkahwinan-terengganu/", "title": "WalimatulUrus Perdana: Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda atau pasangan anda merupakan rakyat Terengganu yang sedang mencari bantuan perkahwinan Terengganu?\nDalam Islam, proses perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita sebenarnya amat mudah iaitu melalui perkahwinan.\nNamun, sepanjang, sebelum dan selepas pernikahan untuk ada kalanya pasangan yang mendirikan rumah tangga ini perlukan bimbingan dan bantuan sama ada dari segi kewangan, ilmu, emosi dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nAtas sebab ini, kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan program WalimatulUrus Perdana khas buat rakyat Terengganu yang memerlukan bantuan perkahwinan. \nArtikel berkaitan: Bantuan perkahwinan Selangor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Perkahwinan Terengganu?\n\n \nKriteria Pemilihan Bantuan Perkahwinan Terengganu\n\n \nBantuan dan faedah WalimatulUrus Perdana\n\n \nMaklumat lanjut dan soalan\n\n\nApakah Bantuan Perkahwinan Terengganu?\n\nProgram WalimatulUrus Perdana ini diwujudkan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:\nMembantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep \u201cmawaddah wa rahmah \u201d.Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan \u201cDari Kerajaan Kepada Rakyat\u201d yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.\nKriteria Pemilihan Bantuan Perkahwinan Terengganu\nMungkin ada yang tertanya-tanya adakah anda layak untuk menyertai program ini.\nBagi memastikan hanya pasangan yang benar-benar layak sahaja, mereka mestilah memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria berikut untuk dipertimbangkan bagi program WalimatulUrus Perdana ini. \nBantuan dan faedah WalimatulUrus Perdana\nSetiap pasangan pengantin yang terpilih untuk program ini akan menerima bantuan dan faedah-faedah berikut:\n1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.Cenderahati untuk tetamu yang hadir.\nMaklumat lanjut dan soalan\nSekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini atau mungkin mempunyai pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas di talian 09-624 9355\nUntuk maklumat lanjut mengenai program bantuan perkahwinan untuk rakyat Terengganu ini juga, sila layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di alamat https://www.ypkt.gov.my/index.php/ms/walimatulurus-perdana\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-tren-ekspres-khas-keluarga-malaysia-ktmb-untuk-warga-pantai-timur/", "title": "Tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB Untuk Warga Pantai Timur", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan satu perkhidmatan tren khas iaitu Ekspres Khas Keluarga Malaysia.\nPerjalanan tren yang akan bermula pada 29 April 2022 ini merupakan satu inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dan KTMB sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia yang akan pulang berhari raya dengan selamat serta harga tambang yang berpatutan.\nDengan membawa slogan \u201cMaghi Kelik Kampung\u201d, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata perkhidmatan ini dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya yang sering dihadapi warga pantai Timur setiap kali musim perayaan tiba. Sebanyak 516 tiket ditawarkan bagi tren khas ini.\n\nBaca Juga : Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia\n\n \nJadual Perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia\n\n \nKemudahan Yang Ditawarkan Oleh Tren Khas\n\n \nTarikh Pembelian & Harga Tiket Tren Khas\n\n \nPerkhidmatan ETS Tambahan\n\n \nCara Pembelian Tiket Tren Khas Dan Tren Tambahan ETS\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPerjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia\nPerkhidmatan ini akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur dan bakal memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.\nTren ini dijadualkan akan berlepas pada 29 April 2022, jam 11 malam dari KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen iaitu :\nBandar Tasik SelatanKajangNilaiSerembanPulau SebangMentakabJerantutGua MusangPasir MasTumpat\nPerjalanan tren ini dijangka akan tiba di Stesen Tumpat pada 30 April pada jam 3.55 petang.\nSementara itu, perjalanan balik dari Stesen Tumpat pula adalah pada 7 Mei 2022 jam 10.50 malam dan dijadualkan akan tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei jam 3.04 petang.\nJadual Perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia\nJadual perjalanan tren ekspres khas ini adalah seperti berikut :\n\nKemudahan Yang Ditawarkan Oleh Tren Khas\nDi samping menawarkan harga yang berpatutan, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh tren khas iaitu :\nKoc katilKoc tempat duduk premier dan superiorKoc buffetKoc chillax untuk aktiviti solat, moreh atau santai bersama penumpang lainCenderahati khas\nTarikh Pembelian & Harga Tiket Tren Khas\nUntuk makluman, tarikh pembelian perkhidmatan tren khas bakal dijual mulai 15 April 2022.\nHarga yang ditawarkan pula bermula daripada RM 55.00 hingga RM 83.00 bagi perjalanan sehala.\n\nPerkhidmatan ETS Tambahan\nDi samping itu, KTMB turut menawarkan dia perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan dengan 4,368 tiket ekoran permintaan yang tinggi sempena musim perayaan ini.\nPertambahan ini melibatkan perjalanan KL Sentral \u2013 Padang Besar dan sebaliknya bagi tarikh 29 April hingga 2 Mei dan 6 Mei hingga 8 Mei.\nTarikh-tarikh ini ditetapkan berikutan status jualan tiket yang habis dijual pada tempoh tersebut.\nJualan tiket untuk tren tambahan akan bermula pada 15 April 2022.\nCara Pembelian Tiket Tren Khas Dan Tren Tambahan ETS\nPengguna disarankan untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman rasmi KTMB.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, mengenai Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia dan tren tambahan, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari saluran media sosial rasmi KTMB.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bayar-saman-di-atm/", "title": "Cara Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM Maybank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUAT SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM MELALUI MESIN ATM MAYBANK\nDengar kata masih ramai yang tak dapat akses Portal MyBayar Saman untuk dapatkan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.\nNak beratur di IPD tu punyalah panjang barisannya\u2026 Tak sanggup nak bersesak kan?\nSiapa yang tak dapat nak bayar saman lagi tu boleh guna kaedah ini.\nHanya bayar saman di mesin ATM sahaja.\nYang ni mesin ATM Maybank ya.\nNak tahu caranya?\n\n\n\n\n\n\nJom baca selanjutnya!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021\n\n \nCara Bayar Saman Melalui Mesin ATM Maybank\n\n\nLanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021\nYDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.\nOrang ramai boleh menjelaskan saman melalui :\nDi Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar SamanPejabat Pos MalaysiaATM Maybank\nDi sini kami kongsikan cara buat bayaran saman PDRM melalui ATM Maybank.\nCara Bayar Saman Melalui Mesin ATM Maybank\nSimple saja caranya, boleh rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.\nTEKAN PAYBILLSTEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRMTERUSKANMASUK KAN NO ICTEKAN UTK BUAT BAYARAN\nRujuk langkah bergambar di bawah:\nLANGKAH 1\n Tekan Paybills\n\nLANGKAH 2\nTekan Pembayaran Saman PDRM.\n\nLANGKAH 3\nTekan Teruskan.\n\nLANGKAH 4\nMasukkan nombor IC / kad pengenalan anda.\n\nLANGKAH 5\nTeruskan pembayaran anda.\n\nSimpan resit untuk rujukan.\n\nSettle!\nSemoga bermanfaat\u2026 Mudah kan\u2026 Dah tak perlu lagi nak beratur panjang di balai polis.\nJangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan sekali ok!\nUntuk semakan saman secara online, sila rujuk :\u00a05 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS\nKredit: mrsharul iman\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini di media sosial\u00a0Kementerian Pengangkutan Malaysia,\u00a0Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik \u2013 JSPT)\u00a0dan\u00a0Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-kerajaan-negeri-sabah/", "title": "Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat anak jati negeri Sabah kerana permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka!\nBiasiswa ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini dan butiran lanjut permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 ?\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nBidang & Peringkat Pengajian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022\n\n \n1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\n\n \n2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\n\n \n3. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\n\n \n4. Pengajian ke Luar Negara\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022\n\n \nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\n\n\nApakah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 ?\nKerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibubapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.\n\n\n\n\n\n\nTempoh Permohonan \nPermohonan bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2022 ini dibuka mulai 21 Jun 2022.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2022 dan permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.\n\nBidang & Peringkat Pengajian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 \nBiasiswa ini hanya ditawarkan bagi pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang-bidang tertentu sahaja bagi menampung kekurang sumber tenaga kerja dalam bidang-bidang yang dianggap kritikal.\n1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nAktuari Sains PerikananJuru Ukur PertanianKejuruteraanSains TulenKesihatan dan Perusahaan Ternak Seni Bina (Architecture)Maritim Teknologi MaklumatPengurusan Hartanah Ukur BahanPerakaunan\n2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nAktuari SainsPengurusan HartanahEkonomiPerakaunanFarmasiPergigianKejuruteraanPerhutananKesihatan dan Perusahaan TernakPerikananKeusahawananPertanianJuru UkurPerubatanPerindustrianPerubatan VeterinarPelancongan dan HospitalitiSains Alam SekitarPendidikan\nMatematikSains KomputerPengajian IslamSeni Bina (Architecture)Bahasa InggerisSeni KreatifBahasa CinaUkur Bahan\nPengajian IslamUndang-UndangPengurusan LadangPerlombongan & GeologiRenewable EnergyOil & Gas\n3. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\nBidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.\n4. Pengajian ke Luar Negara\nPenajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.\nSyarat Kelayakan\nHanya calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut yang akan dipertimbangkan untuk biasiswa ini:\nPemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.Melepasi syarat-syarat akademik bagi setiap peringkat dan bidanng pengajian seperti yang dipaparkan dalam Iklan BKNS Tahun 2022 di pautan https://biasiswa.sabah.gov.my/iklan-bkns-2022.pdf\nCara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 \nPermohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web https://biasiswa.sabah.gov.my/\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nSekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau mempunyai sebarang persoalan, boleh berhubung dengan:\nJabatan Perkhidmatan Awam Negeri SabahBahagian Biasiswa NegeriAras 3, Blok A, Menara KinabaluJalan Sulaman, Teeluk Likas88400 Kota Kinabalu\nTel: 088-368600, 088 -368676\nEmel: bkns. [email\u00a0protected]\nRujuk: >>>\u00a0IKLAN TAWARAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022\u00a0<<<\nBaca juga: \nSemakan Status BKM & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga MalaysiaBISTARI : Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Untuk Anak Kelahiran Sabah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/temujanji-klinik-gigi-mysejahtera/", "title": "Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh membuat temujanji klinik gigi terus daripada aplikasi MySejahtera.\nMySejahtera sentiasa ditambah baik fungsinya walaupun tidak lagi digunakan untuk mendaftar masuk atau check-in ketika fasa-fasa COVID-19 yang lalu.\nAntara fungsi menarik yang telah ditambah pada aplikasi MySejahtera ini adalah fungsi membuat temujanji klinik gigi dan beberapa temujanji yang lain.\nDengan itu, anda tidak perlu membuang masa untuk ke klinik gigi untuk membuat temujanji secara manual.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Sistem Temujanji KKM\n\n \nSenarai Tempahan Temujanji Melalui MySejahtera\n\n \nCara Tempah Temujanji Klinik Gigi Di MySejahtera\n\n\nKelebihan Sistem Temujanji KKM\nIa merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.\nTujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:\n\nMengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran\nMengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama\nMemberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian\nMemberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan\n\nKemudahan sistem tempahan untuk temujanji ini selari dengan usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 \u2013 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu. \u00a0\nArtikel berkaitan: Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera\n\nSenarai Tempahan Temujanji Melalui MySejahtera\nSelain tempahan temujanji klinik gigi, melalui aplikasi MySejahtera juga rakyat Malaysia boleh membuat tempahan temujanji-temujanji yang berikut:\n\nRawatan Pesakit Luar\nInisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan\nSaringan Kesihatan PeKa B40\nPemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian\nSaringan Pra-Perkahwinan\nKhidmat Berhenti Merokok\nPerkhidmatan Perancang Keluarga\nProsedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)\n\nBaca lagi: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera\nCara Tempah Temujanji Klinik Gigi Di MySejahtera\nUntuk membuat temujanji di klinik gigi cukup mudah melalui aplikasi MySejahtera.\nPertama sekali, pastikan peranti anda telah dipasang dengan aplikasi MySejahtera pada versi terbaru.\nKemudian, ikuti langkah-langkah berikut:\n\nBuka aplikasi MySejahtera anda\nKlik pada \u201cAppointments\u201d\nKlik pada nama anda\nTatal ke bawah dan klik pada \u201cDental Check Up\u201d\nPada butang carian, taipkan lokasi anda. Contohnya \u201cSelangor\u201d\nPilih Klinik Gigi untuk tempahan klinik gigi anda\nPilih tarikh temujanji. Anda akan dipaparkan sekiranya masih terdapat slot untuk tarikh tersebut\n\nUntuk rujukan anda, sila rujuk paparan gambar infografik di bawah:\nSumber: MySejahtera\nPANDUAN MEMBUAT TEMPAHAN (APPOINTMENT) TEMU JANJI PEMERIKSAAN KESIHATAN KLINIK GIGI MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA\n\n\n\nSumber : MySejahtera\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bmtkm/", "title": "Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM)\nPenyertaan seramai kira-kira 10,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar merupakan inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan Keluarga Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).\n\u201cHasil daripada pengalaman melaksanakan BMTKM Fasa 1 akan digunakan untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif yang telah ditetapkan.\n\u201cBerdasarkan statistik bank data kemiskinan nasional, sejumlah 130,709 KIR miskin tegar direkodkan di seluruh negara hingga 15 Sept tahun ini.\n\u201cOleh itu, kerajaan menyeru semua pihak untuk tampil bagi bersama-sama menjayakan matlamat ini dengan mengguna pakai pendekatan keseluruhan negara yang akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun enam bulan,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\u201cProjek yang dikenal pasti ialah tanaman serai, halia serta cendawan tiram kelabu dan kesemua peserta ini telah menandatangani aku janji sebagai komitmen mereka untuk memanfaatkan bantuan yang diberikan,\u201d katanya.\nBeliau berkata sehingga kini pelaksanaan projek BMTKM Fasa 1 telah melibatkan 70 lokaliti di seluruh negara dengan membabitkan 1,536 KIR dengan kos berjumlah kira-kira RM17.2 juta.\n(Sumber: BERNAMA)\nTahukah anda apakah itu Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) dan apakah manfaat / bantuan yang boleh diterima daripada Kerajaan?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang BMTKM untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah BMTKM ?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nJenis Bantuan Yang Akan Disalurkan\n\n \nTempoh Pelaksanaan BMTKM\n\n \nCara Permohonan BMTKM\n\n \nKaedah Bantuan / Pelaksanaan Fasa 1, 2 dan 3\n\n \nLokaliti Terlibat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah BMTKM ?\nMesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 Bilangan 1 Tahun 2021 pada 6 Disember 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyelaras dan memudah cara Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2022. \nBMTKM ini akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025.\nSyarat Kelayakan\nKriteria pemilihan peserta BMTKM adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih dan diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar;Berumur di antara 15 \u2013 60 tahun ke atas; danMempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.\nJenis Bantuan Yang Akan Disalurkan\nBMTKM akan menggunakan pendekatan kumpulan sasar berasaskan isi rumah, komuniti atau hibrid. \nSelanjutnya, BMTKM akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti penjanaan pendapatan, pembangunan kapasiti dan kapabiliti serta minda yang sesuai berdasarkan potensi lokaliti serta profil peserta BMTKM. \nSecara amnya, program dan inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:\nPenjanaan pendapatanBantuan/Insentif pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, perkhidmatan.Peningkatan kapasiti/modal insanPembangunan Modal Insan dan Minda; danLatihan Kemahiran dan TVET.Pembangunan KeusahawananLatihan dan bimbingan keusahawanan;Bantuan modal permulaan perniagaan;Bantuan peralatan dan mesin;Pembungkusan, pelabelan dan pensijilan.Bantuan peralatan dan mesin;Peluang pekerjaanPenyediaan pekerjaan.PemasaranPembangunan pusat pengumpulan produk;Pemasaran; danPendigitalan.\n\nTempoh Pelaksanaan BMTKM\nBMTKM akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan enam bulan bermula 2022 hingga 2025.\nCara Permohonan BMTKM\nMereka yang ingin menyertai BMTKM mestilah berdaftar di dalam sistem eKasih; Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih;Mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih dan tergolong sebagai miskin tegar sahaja yang akan terlibat sebagai peserta BMTKM; danSegala prosedur permohonan eKasih boleh dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (http://www.icu.gov.my/).\n\nKaedah Bantuan / Pelaksanaan Fasa 1, 2 dan 3\nSelaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April 2022 (Rabu) dan perbincangan dengan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), BMTKM akan dilaksanakan seperti berikut:\n(i) Pelaksanaan BMTKM selama 3 tahun 6 bulan (2022-2025) bermula dengan fasa 1 secara rintis melibatkan 80 lokaliti dan kira-kira 3,000 KIR miskin tegar bermula pada penghujung Mei 2022.;\u00a0\n(ii) Pelaksanaan BMTKM Fasa 2 akan bermula pada bulan September 2022, diikuti Fasa 3 pada bulan Disember 2022 dan fasa seterusnya bermula tahun 2023;\n\nLokaliti Terlibat\nPelaksanaan Program berkaitan pembasmian kemiskinan tegar seperti pembangunan minda dan motivasi, pengurusan kewangan, pemasaran, keusahawanan, kemahiran teknikal, pertanian dan pemadanan pekerjaan pihak berkuasa koridor, DBKL dan PL seperti berikut:\nBil.\u00a0Agensi Pelaksana\u00a0Negeri\u00a0Bil. Lokaliti\u00a01.Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)\u00a0\u2022 Kelantan\u00a0\u2022 Pahang\u00a0\u2022 Terengganu\u00a023\u00a02.Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)\u00a0\u2022 Johor\u00a04\u00a03.Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)\u00a0\u2022 Kedah\u00a0\u2022 Perak\u00a0\u2022 Perlis\u00a0\u2022 Pulau Pinang\u00a018\u00a04.Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA)\u00a0\u2022 Sarawak\u00a010\u00a05.Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA)\u00a0\u2022 Sabah\u00a010\u00a06.Akan dimaklumkan kemudian\u00a0\u2022 Melaka\u00a0\u2022 Negeri Sembilan\u00a0\u2022 Selangor\u00a09\u00a07.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)\u00a0\u2022 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\u00a04\u00a08.Perbadanan Labuan (PL)\u00a0\u2022 Wilayah Persekutuan Labuan\u00a02\u00a0\u00a0\u00a0Jumlah\u00a080\nMaklumat Lanjut\nUnit Perancang EkonomiJabatan Perdana MenteriMenara PrismaNo. 26, Persiaran Perdana, Presint 3Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62675 Putrajaya\nLaman web: https://www.epu.gov.my/ms/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jkm-pendaftaran-oku/", "title": "MyDaftar OKU: Cara Pendaftaran & Keistimewaan Berdaftar Dengan JKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN OKU DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)\nAdakah anda warganegara Malaysia, merupakan seorang yang di kategorikan sebagai Orang Kurang Upaya ? Jom Daftar OKU!\nTahukah anda terdapat banyak kelebihan jika anda mendaftar sebagai OKU berdaftar.\nPendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.\nKepada warga OKU yang belum mendaftar, pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian yang berdekatan.\nPendaftaran OKU akan akan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan di samping menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Yang Dimaksudkan Dengan OKU?\n\n \nKenapa OKU Perlu Didaftarkan?\n\n \nKeistimewaan Pendaftaran OKU Dengan JKM\n\n \nCara Pendaftaran OKU Dengan JKM\n\n \nA. Pendaftaran Baharu\n\n \nB. Pendaftaran Semula\n\n \nC. Perubahan Kategori / Sub Kategori OKU\n\n \nD. Penggantian Kad\n\n \nMyDaftar OKU\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Yang Dimaksudkan Dengan OKU?\nMengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, \u201cOKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat\u201d.\n7 Kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nKurang Upaya PendengaranKurang Upaya PenglihatanKurang Upaya PertuturanKurang Upaya FizikalKurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme dan sebagainya)Kurang Upaya MentalKurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.)\nTerkini, OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran. \nTerdapat 6 sub kategori di bawah kategori OKU Pembelajaran, iaitu:\nGlobal Developmenl Delay (GDD), Sindrom Down Intelektual. Autisme (Autism Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD); Masalah pembelajaran spesifik (Spesific LD) seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.\nOKU yang bertaraf warganegara Malaysia adalah digalakkan untukmendaftar sebagai OKU secara sukarela. \nInisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\nBaca juga : Bantuan JKM 2021 / 2022: Daftar & Semak Status Pembayaran Online\nKenapa OKU Perlu Didaftarkan?\nPendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:\nUntuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; danUntuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.\u00a0\n\nKeistimewaan Pendaftaran OKU Dengan JKM\nAntara keistimewaan OKU berdaftar termasuklah:\nBantuan Kewangan (Bantuan Am) -bayaran bulanan berbeza mengikut negeriElaun Pekerja Cacat (EPC)Bantuan bagi OKU yang tidak berupaya bekerjaBantuan penjagaan OKU TerlantarGeram PelancaranBantuan Alat Tiruan / Alat sokonganPengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada Kadar RM2.00 bagi Kenderaan Nasional Tanpa Ubahsuai dan RM1.00 bagi Kenderaan yang DiubahsuaiPotongan harga sebanyak 50% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)Program Pendidikan NasionalBantuan Kewangan Pelajar OKU di SekolahBantuan Kewangan Pelajar OKU di IPTBantuan Kewangan Program Pendidikan Khas(PPK) di Politeknik/Kolej KomunitiSaluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTAPeluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan kepada OKUPengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat di SSMKemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai PendapatanKadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNBPengecualian Bayaran Rawatan PerubatanPengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil KematianPengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)\nRujuk terma dan syarat dan cara memohon bantuan OKU selanjutnya di SINI.\nCara Pendaftaran OKU Dengan JKM \n\nA. Pendaftaran Baharu \nPendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU yang dibuat untuk kali pertama.\u00a0 \nPermohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:\nBorang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)\u00a0 sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.\nB. Pendaftaran Semula\nPendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. \nPemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:\nSemua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.\u00a0 Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas\nC. Perubahan Kategori / Sub Kategori OKU\nBagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.\nD. Penggantian Kad\nPermohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:\nKad OKU rosak/ hilangPerubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; danCetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis\nPenggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.\nCETAK dan MUAT TURUN Borang Permohonan Pendaftaran OKU (Orang Kurang Upaya) di SINI.\nUntuk maklumat lanjut, anda boleh layari Portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawahhttps://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=WjdtTnluUS9QY0ZpMTRnVXNIZ1lSZz09\n\nMyDaftar OKU\nMYDAFTAR OKU PERMUDAH PENDAFTARAN OKU\nMyDaftar OKU merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menambahbaik sistem pendaftaran sedia ada.\nSistem ini akan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada OKU dalam urusan pendaftaran selari dengan Teras Strategik 8: Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang menggariskan tentang keperluan mewujudkan pangkalan data OKU dan sistem maklumat yang komprehensif bagi meningkatkan pendaftaran OKU.\nSistem MyDaftar OKU ini penting bagi membolehkan pihak Kerajaan membuat perancangan teliti secara holistik dan dapat menggubal dasar yang bersesuaian dengan keperluan OKU berdasarkan data-data yang tepat dan menyeluruh. Ianya juga bagi memastikan tiada golongan OKU yang tercicir dan ketinggalan daripada perhatian Kerajaan serta mendapat kesaksamaan dan peluang penyertaan golongan OKU ke dalam masyarakat tercapai.\nSumber : https://www.facebook.com/photo?fbid=253214040185293&set=a.228231892683508\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran OKU, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian berikut:\n03-8323 1656 / 03-8323 1658\nATAU\nSalurkan pertanyaan anda melalui Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-zakat-ramadhan-maidam/", "title": "Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini menawarkan Bantuan Zakat Ramadhan buat mualaf atau saudara kita. \nBantuan ini disediakan bagi membantu golongan ini dalam menampung perbelanjaan serta persiapan menyambut bulan Ramadhan tahun 2023M/1444 H.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan secara lebih lanjut.\nBaca Juga : Bantuan MAIDAM: Cara Permohonan Zakat & Semakan Status Online\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Bantuan Zakat Ramadhan MAIDAM\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan perlulah dilakukan sebelum atau pada 17 Januari 2023.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon dari golongan mualaf / saudara kita perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan berikut :\n\nMemeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.\nMemeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.\nMemeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu di tetapi TIDAK mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.\n\nSaudara Kita yang TIDAK LAYAK :\n\nMemeluk Islam di Terengganu dan menetap di luar Terengganu\nMemeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di luar Terengganu\n\nNOTA :\n\nBayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun pemohon.\nBagi pemohon yang tiada akaun, pemohon wajib hadir dengan membawa kad pengenalan asal serta kad akuan memeluk agama Islam sebagai bukti.\nTidak dibenarkan wakil untuk menerima zakat tersebut.\nTarikh agihan akan dimaklumkan kemudian.\nPemohon yang tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran MAIDAM hendaklan mengisi Borang Akuan Bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Penghulu/Amil Zakat/ Pengerusi MPKK.\n\nCara Memohon Bantuan Zakat Ramadhan MAIDAM\nAnda boleh muat turun borang permohonan Bantuan Zakat Ramadhan seperti di bawah.\n\n\n\n\nBorang permohonan serta dokumen yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Dakwah-Saudara Kita sebelum atau pada 17 Januari 2023.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon dikehendaki untuk kemukakan senarai dokumen sokongan bersama borang permohonan :\n\nSalinan Kad Memeluk Islam / Pengesahan Memeluk Islam\nSalinan MyKad / Passport / Visa Pemohon\nSalinan MyKad Suami / Isteri\n\n\nSalinan MyKad/ MyKid / Sijil Lahir anak-anak di bawah tanggungan:\n\n\nAnak belum bersekolah\nAnak sekolah rendah\nAnak sekolah menengah\nAnak pengajian tinggi\nAnak OKU\n\n\nSalinan nombor akaun bank/ muka depan buku bank (kecuali Tabung Haji & ASB)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai permohonan Bantuan Zakat Ramadhan, sila hubungi MAIDAM di butiran :\nNo. Telefon : 09 \u2013 6303030\nE-mel : [email\u00a0protected]\nLaman Web : maidam.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/surat-rasmi/", "title": "Surat Rasmi : Format, Contoh & Muat Turun Template", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSecara amnya, surat rasmi adalah satu dokumen yang ditulis untuk tujuan rasmi seperti permohonan, surat rayuan dan sebagainya.\nJika dibandingkan dengan surat tidak rasmi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara keduanya terutaman dari segi format. \nDisebabkan dokumen ini digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi, adalah penting untuk memastikan surat yang ditulis adalah menggunakan format yang betul supaya surat yang dihantar nampak lebih profesional.\nDi Malaysia, para pelajar di peringkat sekolah menengah biasanya akan didedahkan dengan format penulisan surat rasmi dalam subjek pendiidkan Bahasa Melayu.\nMalah, para pelajar juga biasanya akan diuji dalam peperiksaan berkaitan dengan karangan penulisan surat rasmi.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIsi dan format\n\n \nContoh surat\n\n \nMuat turun template\n\n\nIsi dan format\nSebelum kita lihat contoh surat rasmi, mari kita lihat perkara-perkara atau isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam sesebuah surat.\nAntara isi-isi penting yang perlu ada adalah:\nAlamat pengirim \u2013 Hendaklah ditulis nama penuhNama penerima \u2013 Nyatakan nama penuh penerima, jawatanAlamat penerima \u2013 Nyatakan alamat penuh penerima. Sekiranya penerima mewakili sesuatu organisasi/jabatan/agensi, nyatakan sebelum alamatTarikh surat dihantar \u2013 Diletakkan pada sebelah kanan sebaris dengan negeri alamat penerima)Perkara (Subjek utama atau tujuan surat tersebut dihantar)Isi surat \u2013 Nombor perenggan ditulis pada setiap perenggan kecuali perenggan pertamaTanda tangan dan nama penghantar \nContoh surat\n\nBerikut merupaka contoh surat yang boleh digunakan bagi tujuan permohonan menyewa dewan orang ramai\nSaiful Bin Norman,No 34A, Jalan Cenderawasih,Taman Mewah,40123 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan 26 November 2021_______________________________________________________________\nZamani Ahmad bin Mansor\nYang DiPertua Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Wisma MBSA Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia\u00a0 \u00a0\u00a0\n\u00a0Tuan,\nPERMOHONAN SEWAAN DEWAN MBSA SEKSYEN 9, SHAH ALAM\nSemoga Tuan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Saya iful Bin Norman ingin membuat permohonan bagi sewaan Dewan MBSA Seksyen 9, Shah Alam. Tujuan sewaan ini dijalankan adalah untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan saya yang dijangka akan dilangsungkan pada 1 April 2021 iaitu pada hari Sabtu\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat meluluskan permohonan sewaan ini bagi tujuan tersebut. Kerjasama pihak Tuan dalam mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini amat saya alu-alukan dan saya ucapkan ribuan terima kasih.\nSekian, terima kasih.\nYang benar,\n\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.SAIFUL BIN NORMAN \nMuat turun template\nSekiranya anda berminat, boleh muat turun template surat rasmi dengan mengklik gambar di bawah dan \u201csave image as\u201d untuk menggunakannya sebagai rujukan.\n\nSelain itu, untuk contoh lain boleh lihat Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nandos-chicken/", "title": "Menu Nando\u2019s Chicken, Harga & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun terdapat banyak restoran yang menawarkan hidangan berasaskan ayam, restoran Nando\u2019s Chicken sememangnya menyajikan sesuatu yang berlainan bagi penggemar hidangan berasaskan ayam.\nNando\u2019s merupakan restoran yang pakar dalamm hidangan ayam panggang yang diperap selama 24 jam untuk memastikan setiap gigitan penuh dengan rasa. \nMenu Nando\u2019s Chicken menawarkan pelbagai pilihan yang pasti ada sesuatu untuk semua orang.\nMenariknya, anda boleh memadankan semua hidangan menu anda dengan sisi sos PERi-PERi dengan tahap kepedasan daripada biasa hingga lebih panas. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu dan harga terkini\n\n \nPERi-PERi Chicken\n\n \nBowls\n\n \nVeg PERidise\n\n \nSharing Platters\n\n \nSnacks & Shareables\n\n \nBurger & Wrap\n\n \nPromosi terkini\n\n\nMenu dan harga terkini\n\nBerikut merupakan menu dan harga terkini hidangan yang ditawarkan di Nando\u2019s Chicken dan harga ini mungkin berubah pada masa hadapan tanpa sebarang notis daripada pihak Nando\u2019s sendiri.\n\n\n\n\n\n\nHarga yang dipaparkan adalah benar ketika artikel ini ditulis dan untuk senarai harga terkini, sila rujuk di halaman rasmi Nando\u2019s atau lawati mana-mana cawangan restoran Nando\u2019s berdekatan dengan anda.\nArtikel berkaitan: Menu KFC, Promosi Bulan Ini & Harga Terkini\nPERi-PERi Chicken\nSukakan ayam? Pilih daripada pelbagai hidangan berasaskan ayam. \nMenu HargaVUSA XXHot MealRM 27.90Saucy Chicken BowlRM 16.901/4 Chicken+1 Side RM 20.90 / +2 Sides RM 24.901/2 Chicken+1 Side RM 33.90 / +2 Sides RM 37.90Chicken Butterfly+1 Side RM 26.90 / +2 Sides RM 30.90Chicken Chop+1 Side RM 26.90 / +2 Sides RM 30.90Chicken Chop with 2 Sides + DrinkRM 31.90The Greatest Chicken MealRM 32.90Whole ChickenRM 53.90Grilled Chicken Tenders+1 Side RM 16.90 / +2 Sides RM 20.906 Wingettes and Drumettes with Sides+1 SideRM 20.90 / +2 Sides RM 24.9016 Wingettes and DrumettesRM 43.90Wing RouletteRM 43.901/4 Chicken (On its Own)RM 16.90\nBowls\nMahukan hidangan lebih lengkap? Pilih dari senarai menu Bowls ini.\nMenuHargaVeggie Carnival BowlRM 21.90Ultimate Trio Chicken BowlRM 27.90Happy Trio Chicken BowlRM 21.90\nVeg PERidise\nKhusus untuk anda yang vegetarian\nMenuHargaPortobello Mushroom with Tofu BurgerRM 21.90Portobello Mushroom with Tofu WrapRM 27.90Veggie Carnival BowlRM 21.90\nSharing Platters\nPembelian yang berbaloi sekiranya anda menikmati hidangan beramai-ramai\nMenuHargaMeal Platter (for 2)RM 78.90Full Platter (for 3-4)RM 78.90Jumbo Platter (For 4-6)RM 160.90\nSnacks & Shareables\nHidangan sampingan untuk melengkapkan hidangan anda\nMenuHargaSweet Po-Tri-To Chips with PERinaiseRM 17.90PERi-PERi Soup (on its own)RM 6.90Tofu Sticks & DipRM 7.90Garlic Cheesy PitaRM 8.90PERi-PERi Soup with Garlic BreadRM 10.90Portobello Mushroom BowlRM 15.904 Wingettes and DrumettesRM 13.90Chicken Livers and Portuguese RollRM 14.90Sweet Potato Chips with PERinaiseRM 15.90\nBurger & Wrap\nAnda penggemar burger atau wrap?\nMenuHargaPortobello Mushroom with Tofu Burger+1 Side RM 24.90 / +2 Sides RM 28.90 / On Its Own RM 20.90Portobello Mushroom with Tofu Wrap+1 Side RM 24.90 / +2 Sides RM 28.90 / On Its Own RM 20.90Nandoca\u2019s Choice Burger+1 SideRM 21.90 / +2 Sides RM 25.90 / On Its Own RM 17.90Crispy Cheese Burger+1 SideRM 24.90 /+2 SidesRM 28.90 / On Its Own RM 20.90Crispy Cheese Wrap+1 SideRM 24.90 / +2 Sides RM 28.90 / On Its Own RM 20.90\nUntuk hidangan penuh beserta harga, lihat laman web rasmi Nando\u2019s Chicken di alamat https://nandos.com.my/nandos-menu/\nPromosi terkini\n\nPihak Nando\u2019s Chicken mempunyai promosi-promosi terkini untuk para pelanggannya.\nSebagai contoh, anda boleh mengumpul mata ganjaran yang dipanggil \u201cChilli\u201d sehari. \nAnda boleh mengumpul 1 \u201cChilli\u201d sehari dan untuk mengumpul \u201cChilli\u201d, anda mesti memenuhi perbelanjaan minimum RM30 melalui makan di restoran atau bawa pulang.\nUntuk setiap 3 \u201cChilli\u201d, anda layak mendapat 1 hidangan ayam.\nUntuk setiap 50 \u201cChilli\u201d, anda layak mendapat hidangan \u201cFull Platter\u201d.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-tukar-amaun-isinar/", "title": "Cara Buat Pindaan Amaun i-Sinar Kepada Jumlah Pengeluaran Maksimum", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA TUKAR AMAUN ISINAR (Mulai 8 Mac 2021)\nRamai yang tertanya-tanya, bolehkah tukar amaun pengeluaran iSinar walaupun telah lulus dan menerima sebahagian bayaran?\nJawapannya boleh.\nBagaimana cara tukar amaun dan apakah syaratnya?\n\n\n\n\n\n\nJom kita baca selanjutnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Tukar Amaun iSinar\n\n \nBerapakah Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan?\n\n \nTarikh Permohonan Pindaan Maklumat Pengeluaran i-Sinar\n\n \nCara Tukar Amaun i-Sinar Online\n\n \nTarikh Bayaran / Kelulusan Amaun Baru\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Tukar Amaun iSinar\nBerdasarkan FAQ i-Sinar yang terkini oleh KWSP, ahli boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran\u00a0i-Sinar\u00a0walaupun sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada syarat berikut:\nPilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat\u00a0sekali\u00a0sahaja.Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.\nMaka, sila semak betul-betul kerana tiada lagi perubahan maklumat boleh dibuat sekiranya anda tersilap memilih jumlah pengeluaran.\nBaca juga: Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat 2021\nBerapakah Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan?\nJumlah pengeluaran iSinar Tanpa Syarat bergantung kepada amaun simpanan Akaun 1 ahli.\nBagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak\u00a0RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.Bagi ahli yang mempunyai\u00a0lebih dari RM100,000 (Akaun 1),\u00a0mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.\n\nTarikh Permohonan Pindaan Maklumat Pengeluaran i-Sinar\nTarikh akhir permohonan\u00a0i-Sinar\u00a0adalah pada 30 Jun 2021.\nBagaimanapun, tarikh akhir Ahli boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan\u00a0i-Sinar\u00a0adalah sebelum 31 Disember 2021.\n\n\nCara Tukar Amaun i-Sinar Online\nUntuk mengubah amaun pengeluaran yang tersilap tempoh hari, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman web isinar.kwsp.gov.myKlik menu\u00a0\u2018PINDAAN PENGELUARAN Kemudian, isikan butiran diri anda seperti dalam permohonan sebelumnya.Pada bahagian \u2018Amaun Dimohon\u2019, isikan amaun yang anda inginkan.Sila buat semakan sebelum membuat pengesahan.PENTING: Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat\u00a0sekali\u00a0sahaja.Klik \u2018Hantar\u2019.\nNOTA: Selain amaun pengeluaran, anda boleh meminda butiran maklumat pengeluaran\u00a0i-Sinar\u00a0seperti berikut:\nNombor telefon bimbit; dan/atauAlamat surat menyurat; dan/atauButiran akaun bank; dan/atauMaklumat bayaran : Nama Bank, Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) dan/atau Pilihan Lokasi Serahan Arahan Bayaran.\nTarikh Bayaran / Kelulusan Amaun Baru\nProses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu\nPerbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.\nBaca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya\nMaklumat Lanjut\nJika ada sebarang pertanyaan tentang permohonan baharu dan pindaan amaun i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.\nUntuk maklumat lanjut berkaitan cara tukar amaun i-Sinar atau maklumat yang berkaitan, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://isinar.kwsp.gov.my/faq\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rakyatpreneur-2-0/", "title": "RakyatPreneur 2.0: Dana Perniagaan & Bim\u00adbingan Kemahiran Untuk PKS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin meningkatkan perniagaan mereka, RakyatPreneur 2.0 kini dibuka untuk permohonan.\nMungkin ada yang belum tahu, sebelum ini projek rintis Rakyatpreneur telah dijalankan, di mana ia adalah program yang bertujuan menyokong pembangunan perniagaan mikro B40 dan asnaf yang berpotensi tinggi untuk memperkembangkan perniagaan mereka. \nIni juga selari dengan usaha MEDAC dalam membantu usahawan B40.\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Program RakyatPreneur 2.0 oleh Bank Rakyat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Rakyatpreneur 2.0?\n\n \nKonsep\n\n \nSyarat Kelayakan Rakyatpreneur 2.0\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan RakyatPreneur 2.0\n\n \nContoh Kategori Perniagaan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Rakyatpreneur 2.0?\nProgram RAKYATpreneur 2.0 merupakan inisiatif kewangan sosial Bank Rakyat bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.\nAntara kelebihan program ini adalah\nDapat meningkatkan prestasi perniagaan dengan suntikan danaMendapat pengetahuan tentang perniagaan dari pelbagai aspekBerpeluang untuk memohon produk pembiayaan di Bank RakyatMenyediakan peluang pekerjaan dalam pasaran\n\nKonsep\n200 peserta RAKYATpreneur.Peserta RAKYATpreneur akan menerima suntikan dana berdasarkan perniagaan mereka.Peserta RAKYATpreneur akan menjalani sesi bimbingan dan latihan keusahawanan serta pemantauan berterusan.\nSyarat Kelayakan Rakyatpreneur 2.0\nProgram ini terbuka kepada kepada semua usahawan asnaf warganegara Malaysia.\nKriteria pemohon adalah seperti berikut:\nBeragama Islam.Usahawan berstatus asnaf*Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.Berumur 18 tahun dan ke atasMempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi minimum 6 bulan dengan pendapatan perniagaan purata bulanan antara RM1,000 hingga RM8,000.Jenis perniagaan/produk dan perkhidmatan patuh syariah.Tidak mempunyai mana-mana pembiayaan daripada institusi kewangan.Tiada rekod jenayah.\nTarikh Permohonan\nPermohonan bagi menyertai program ini adalah mulai 01 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021.\nKeputusan permohonan program RAKYATpreneur 2.0 akan dimaklumkan mulai 15 Julai 2021.\nCara Permohonan RakyatPreneur 2.0\nPermohonan boleh dibuat dengan mendapatkan borang penyertaan program RAKYATpreneur 2.0 di semua cawangan Bank Rakyat mulai tarikh di atas.Pemohon hendaklah mengembalikan borang yang telah dilengkapkan ke cawangan berdekatan berserta dokumen sokongan berikut :Salinan kad pengenalanSalinan bil utiliti (air/elektrik) 3 bulanPerakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.Gambar produk / premis perniagaan\nBaca juga: Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK (Bayaran Hanya RM280 Sebulan)\nContoh Kategori Perniagaan\nMakanan dan minumanPertanianKedai runcitJahitanKraftanganKedai gunting rambutPercetakanBengkel kenderaanLain-lain\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454; atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat; atau layari laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pelepasan-mengundi/", "title": "Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, semua majikan dalam sektor swasta perlu memberi kebenaran / pelepasan untuk pekerja keluar mengundi pada PRU15 nanti.\nMajikan yang mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh didakwa di mahkamah.\nMenteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan tindakan itu adalah kesalahan mengikut subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].\n\n\n\n\n\n\n\u201cSehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia menggesa semua majikan untuk memberikan kebenaran kepada pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\nBeliau berkata, mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan mengikut subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.\nPerkara itu diumumkan dalam sebuah kenyataan media rasmi oleh Menteri Sumber Manusia pada 10 November 2022 yang lalu.\n\nMengulas lanjut, Datuk Seri M. Saravanan berkata, majikan perlu berbincang dengan pekerja berkenaan dengan opsyen untuk pemberian \u2018time-off\u2019, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan keluar pengundi.\n\u201cSelain itu, majikan boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi \u2018time-off\u2019 kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.\n\u201cBagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan,\u201d katanya.\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian manakala 15 November untuk pengundian awal.\nSudahkah anda membuat semakan tempat mengundi? Jika belum, sila rujuk MySPR Semak \u2013 Semakan Pusat Mengundi SPR Online\nAdakah anda pengundi kali pertama dalam PRU15 ini? Jom ketahui lebih lanjut tentang langkah-langkah mengundi dan undi rosak : 10 Langkah Mengundi PRU15 & Ciri-ciri Undi Rosak \u2013 SPR\n"]} {"url": "https://ecentral.my/siapa-perlu-bayar-cukai/", "title": "Siapa Perlu Bayar Cukai? Ini Pendapatan Yang Layak Kena Cukai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSIAPA PERLU BAYAR CUKAI? KENAPA KENA CUKAI? BERAPA GAJI YANG KENA ISYTIHAR DENGAN LHDN?\nSetiap tahun, individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e-filing atau mengisytiharkan cukai individu kepada LHDN.\nBagi yang pertama kali bekerja, atau mereka yang pertama kali menguruskan cukai sendiri, mungkin anda tertanya-tanya adakah anda layak membayar dan mengisytihar cukai tersebut.\nDi sini kami kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan cukai individu dan siapa sebenarnya yang perlu dikenakan cukai.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Cukai Pendapatan LHDN?\n\n \nSiapa Perlu Bayar Cukai?\n\n \nAmbang Jumlah Pendapatan Individu Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2022\n\n\nApa Itu Cukai Pendapatan LHDN?\nCukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:\na)\u00a0\u00a0\u00a0 Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;\nb)\u00a0\u00a0\u00a0 Laba / keuntungan daripada penggajian;\n\n\n\n\n\n\nc)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dividen, faedah atau diskaun;\nd)\u00a0\u00a0\u00a0 Sewa, royalti atau premium;\ne)\u00a0\u00a0\u00a0 Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan\nf)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.\nAkta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.\nLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.\nSiapa Perlu Bayar Cukai?\nCukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.\nSeseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan\u00a0MELEBIHI\u00a0nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.\nSkop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.\nIndividu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.\nSebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.\nAmbang Jumlah Pendapatan Individu Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2022\nPENDAPATAN PENGGAJIAN\nIndividu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.\nPengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira\u00a0pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan\u00a0asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut\u00a0tidak melebihi RM35,000.\nBerikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu\u00a0TIDAK DIKENAKAN CUKAI\u00a0mengikut jenis taksiran :\nJENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111Berasingan1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,1112. Berkahwin + 1 Anak\u00a0\u00a03. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444Bersama1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,0002. Berkahwin + 1 Anak50,0004,1673. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333\nNota:\n* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000\n** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak\n*** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000\n\nPENDAPATAN PERNIAGAAN\nKeuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).\n\u2014\u2014-\nPerniagaan terdiri daripada:\n\nMilikan Tunggal / Bekerja Sendiri\n\nIndividu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan\n\n\nPerkongsian\n\nMeliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :\n\nIndividu-individu\nDua syarikat\nIndividu dan syarikat\nIndividu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian\n\n\n\n\n\nContoh Perniagaan :\n\nPerniagaan Runcit\nPerniagaan Pasar Malam / Gerai\nPerniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)\nBidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk\nKomisen / Kelas Tuisyen / Penceramah\nPerniagaan Jualan Langsung / Stokis\nBidang Penulisan /\u00a0Youtuber / Blogger\nPertanian dan Penternakan\nKlinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional\nPemandu Teksi / e-hailing\n\nMaklumat Lanjut: https://www.hasil.gov.my/individu/pengenalan-cukai-pendapatan-individu\nBaca juga: \n\nLogin e-PCB: Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan / Tuntutan\nSenarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tips-temuduga-spp-online/", "title": "Tips & Pengalaman Temuduga SPP One-off DG41 (Norma Baharu)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTIPS / PENGALAMAN TEMUDUGA SPP NORMA BAHARU (SECARA ATAS TALIAN)\nRamai yang dah dapat keputusan dan panggilan temuduga SPP untuk ambilan guru DG41 one-off ni kan?\nPanggilan Temuduga One-off Fasa 3 pun baru diumumkan semalam, jadi mungkin ada yang tercari-cari tips temuduga dan perkongsian pengalaman mereka yang pernah melalui temuduga SPP, terutamanya dalam norma baharu ini.\nDi sini kami kongsikan pengalaman dan tips berguna daripada Cikgu Mohd Sabri dan Cikgu Farid Rezza, antara calon yang telah LULUS temuduga SPP pada April dan Julai lalu.\nSemoga perkongsian beliau dapat memberi sedikit panduan dan gambaran untuk menghadapi temuduga nanti!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPERKONGSIAN UMUM TIPS TEMUDUGA SPP (Secara Atas Talian @ Secara Norma Baharu)\n\n \n#1 TIPS & PENGALAMAN INTERVIEW SPP ONLINE\n\n \n1. Persediaan FIZIKAL\n\n \n2. Persediaan MENTAL\n\n \n#2 TIPS & PENGALAMAN INTERVIEW SPP ONLINE\n\n \nTIPS TAMBAHAN : NOTA RINGKAS & TAJUK YANG BOLEH DIULANGKAJI\n\n\nPERKONGSIAN UMUM TIPS TEMUDUGA SPP (Secara Atas Talian @ Secara Norma Baharu)\n #1 TIPS & PENGALAMAN INTERVIEW SPP ONLINE \nOLEH CIKGU MOHD SABRI\n\nAssalamualaikum. Disini saya ingin kongsikan sedikit tips secara umum berkaitan temuduga SPP bagi jawatan PPP Gred DG41 yang akan dijalankan secara atas talian @ norma baharu. \nAda 2 persediaan yg perlu dipersiapkan oleh calon-calon guru iaitu persediaan FIZIKAL dan persediaan MENTAL. Semoga bermanfaat untuk semua calon.\n\n\n\n\n\n\n1. Persediaan FIZIKAL\n1) Pastikan segala peralatan mencukupi (boleh guna handphone atau laptop). Data internet @ wifi elemen yg paling penting utk iv online. Pastikan internet stabil.2) Bagi yg menggunakan handphone, pastikan kedudukan handphone stabil ketika iv (kalau boleh sediakan tripod).3) Pastikan kamera pada handphone atau laptop berfungsi dgn baik, penggunaan kamera tambahan dan mikrofon/handsfree digalakkan bagi memastikan suara anda dpt didengari oleh panel.4) Pastikan pencahayaan berada dlm keadaan baik. (guna light ring pun ok)5) Pastikan berpakaian lengkap dan profesional sebagaimana pakaian seorang guru (walaupun interview dlm bilik atau rumah sendiri)\nUkuran NAMETAG sesuai ikut ukuran yg ditetapkanBagi calon lelaki, digalakkan memakai kemeja formal, blazer, tali leher dan seluar slack sbb ada sebahagian panel yg suruh calon berdiri utk melihat pakaian calon dari atas sampai bwh.Bagi calon perempuan, pastikan berpakaian sopan, digalakkan berbaju kurung dan bernametag. Pemakaian blazer adalah tidak wajib tetapi dibolehkan.\n***Pemakaian adalah salah satu elemen PENTING dalam Temuduga SPP ni sebab ada markah ya.\n2. Persediaan MENTAL\n1) Pada kebiasaannya, terdapat 3 panel penilai yang dilantik (wakil SPP, wakil jabatan/KPM, dan wakil GC bagi opsyen yang ditemuduga) dan terdapat 5-6 calon dalam satu sesi temuduga. Sesi temuduga berlangsung lebih kurang 1-2 jam.\n2) Urusetia akan memberi sedikit taklimat dan memperkenalkan panel-panel yg terlibat serta gelaran atau panggilan untuk mereka.\n3) Pengenalan diri calon\nNama, asal, graduan IPT mana, ijazah yang diambil, penglibatan ko-kurikulum dekat universiti, sumbangan, latar belakang keluarga\n4) Pastikan tahu tentang dasar-dasar pendidikan, ilmu pendidikan abad 21 dan program-program pendidikan yang dijalankan di Malaysia (Falsafah Pendidikan, PAK21, KBAT, KSSM, PPPM2013-2025, Program TS25 dan sebagainya)\n5) Kaitkan kaedah dan teknik pembelajaran yg sesuai digunakan dalam pembelajaran norma baharu (PdPR dlm fasa pandemik)\n6) Belajar sedikit tentang isu-isu semasa yg berlaku di Malaysia (kaitkan dalam bidang pendidikan seperti pandemik, program vaksinasi dan sebagainya)\n7) Pastikan setiap calon dpt menguasai ilmu berkaitan opsyen yang calon duduki semasa interview (kaitkan dengan situasi sekarang dan pelajar). Fokus dengan opsyen pilihan calon, lupakan seketika kos calon di universiti.\nPastikan setiap jawapan yang diberikan RINGKAS & PADAT. Setiap calon akan dapat peluang untuk menjawab. Elakkan bagi jawapan yang panjang berjela. Dalam satu atau dua ayat pun ok yang penting jawapan berkualiti (jangan bawa nota pulak.)\n9) Untuk menjawab soalan, ikut turn masing-masing dan jangan sesekali memotong percakapan calon lain mahupun panel.\n10) Yakin dengan jawapan yang diberikan, sentiasa senyum, ucapkan terima kasih setiap kali lepas jawab soalan dan jangan lupa \u201ceye contact\u201d.\n11) Selebihnya berdoa, buang perasaan nervous jauh-jauh, dan hadap skrin handphone atau laptop dengan tenang.\nEXTRA: Beberapa hari sebelum interview, cuba la dulu ber webex dengan kawan-kawan, test [email\u00a0protected], test mic, test video dan sebagainya supaya tak kelam kabut dihari temuduga SPP tu nanti.\n**Selamat berjuang dan semoga berjaya kepada semua calon yang bakal menjalani temuduga guru One-off (Fasa 3 dan seterusnya).\nSekian dari saya, guru baru dalam norma baharu.\n(*Sumber asal perkongsian dipetik daripada Facebook Mohd Sabri)\n\n\n#2 TIPS & PENGALAMAN INTERVIEW SPP ONLINE \nOLEH FARIDH REZZA\n\nPERSIAPAN MENGHADAPI TEMUDUGA SPP (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41) SECARA ONLINE (VERSI COVID)\nSEBELUM:\nSila pastikan dokumen2 asal yang diminta oleh pihak SPP ada bersama dan dimuatnaik sebelum tarikh tutup.Sila scan dokumen2 asal dengan kemas dan tersusun. Jangan scan cincai.Sila pakai gambar pasport yang sesuai dan melambangkan seorang pendidik.Buat ulangkaji semampu yang boleh.Baca dasar2 kerajaan, perlembagaan, YDPA, kabinet, nama2 menteri (terutama Menteri Pendidikan, dasar2 pendidikan, iTHINK, PAK21, MUET, TS25, PdPR, DLP.Kena tahu isu2 semasa. Fasa2 PPN, fasa2 PKP, jenis2 vaksin, kadar vaksinasi negara (guru).Sila berpakaian kemas (blazer, kemeja plain, tali leher untuk lelaki, baju kurung minimalist untuk perempuan).Pastikan rambut tidak terlalu panjang bagi lelaki dan perempuan sila ikat rambut secara kemas.Pakai nametag (satu perkataan untuk nama sahaja, contohnya REZZA).Pastikan kualiti webcam dan mic dalam keadaan baik.\nSEMASA:\n ila pastikan anda tidak menggunakan artificial background. Gunakan background asli semasa ditemuduga.Digalakkan menggunakan laptop / desktop semasa sesi temuduga untuk mengelakkan masalah teknikal sekiranya menggunakan phone. Sila peka terhadap arahan yang diberikan oleh urusetia supaya tidak melambatkan proses temuduga.Sila beri respon berdasarkan soalan yang ditanya. Sekiranya panel tidak menyuruh anda menghurai, tidak perlu.Kurangkan penggunaan perkataan \u201clah\u201d \u201cemm\u201d \u201caaa\u201d \u201chmm\u201d.Jangan buat perkara lain seperti minum, main phone, meninggalkan tempat duduk semasa panel sedang bertanya soalan kepada calon2 lain. Sila hormat calon2 lain.Ucap terima kasih kepada panel2 dan juga urusetia setelah selesai temuduga.\nSELEPAS:\nJangan muatnaik apa2 perkara yang sensitif dan confidential ke dalam socmed anda. Anda mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib.Jangan muatnaik status2 yang mempunyai unsur2 mengecam, memperlekehkan, menyoal sistem mahupun panel2 dan urusetia SPP.\nTunggu keputusan keluar dan semoga berjaya . Jadilah bakal pendidik yang berdedikasi dan profesional.\nSekian,Rezza\n(Sumber asal perkongsian ini dipetik daripada perkongsian Faridh Rezza di Facebook: https://www.facebook.com/rezaavenue/posts/1741720582682257)\nTIPS TAMBAHAN : NOTA RINGKAS & TAJUK YANG BOLEH DIULANGKAJI\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKredit : Nabilah Md Harun / Cikgu Naqib\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-pendidikan-senheng/", "title": "Biasiswa Pendidikan Senheng (SEA) Untuk Pelajar IPT Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Program Bantuan Biasiswa Pendidikan Senheng (SEA) kini dibuka buat pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master).\nProgram yang diwujudkan oleh Senheng Education Assistance (SEA) diwujudkan bagi membantu para pelajar di Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\nPenerima Bantuan Pendidikan Senheng \u00a0berpeluang untuk memperoleh bantuan sebanyak RM 20,000 dan akan diambil bekerja oleh Senheng selepas tamat pengajian.\n\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang berminat untuk memohon bantuan ini, sila ikuti perkongsian kami di bawah.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nKelebihan Bantuan Pendidikan Senheng (SEA)\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Mohon Biasiswa Pendidikan Senheng\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 31 Julai 2022.\nKelebihan Bantuan Pendidikan Senheng (SEA)\nAntara manfaat yang bakal dinikmati penerima Bantuan Pendidikan Senheng adalah :\nBantuan pendidikan bernilai RM 20,000Peluang bekerja bersama Senheng selama 3 tahun selepas tamat pengajian.Tawaran bekerja sebagai pelatih di Senheng semasa cuti semester.\nSyarat Kelayakan\nCalon yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\u00a0Pemohon perlulah berumur tidak melebihi 25 tahunCalon mestilah memiliki rekod akademik yang baikPemohon perlulah menunjukkan pencapaian yang baik dalam aktiviti korikulum tambahan dan/atau penyertaan dalam aktiviti sukarelawan.Pendapatan tahunan isi rumah pemohon mestilah tidak melebihi RM 50,000.Pemohon perlulah memilih kursus pengajian serta Institut Pengajian yang telah dihadkan oleh Senheng seperti yang disenarakan dalam borang permohonan.\nCara Mohon Biasiswa Pendidikan Senheng\nCalon yang berminat untuk memohon boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :\nhttps://sys.senheng.com.my/educationassistance_apply/\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga diminta untuk kemukakan dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah :\nSijil SPM dan Pra-Universiti /Diploma (untuk pemohon Ijazah Sarjana Muda) dan Ijazah (untuk pemohon Sarjana).Salinan kad pengenalan pemohon bahagian depan dan belakang.Sebarang dokumen sokongan, sijil pencapaian, dan surat pengesyoran yang boleh memberikan kelebihan kepada permohonan calon.Bukti pendapatan kedua ibu bapa.\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Senheng, sila layari pautan berikut : \nhttps://www.senheng.com.my/education-assistance\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tanda-awal-kehamilan/", "title": "Elak Terlambat! Ini 5 Tanda Awal Kehamilan Ibu Mengandung", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKehamilan merupakan perjalanan yang menggembirakan dan penuh cabaran. Salah satu cara untuk memastikan kehamilan berjalan lancar adalah dengan mengenal pasti gejala awal kehamilan atau tanda awal kehamilan yang betul.\nArtikel pada kali ini, kami akan membincangkan tentang tanda awal kehamilan, garis masa, dan tanda-tanda yang perlu diwaspadai sebagai langkah berjaga-jaga.\nBaca juga: Janji Temu Klinik Kesihatan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Gejala sebelum haid terlambat\n\n \n2. Gejala selepas haid terlambat\n\n \n3. Gejala mengikut minggu\n\n \n4. Gejala yang perlu diwaspadai\n\n \n5. Ujian kehamilan dan pemeriksaan perubatan\n\n \nTips untuk mengurangkan gejala kehamilan\n\n \nKesimpulan\n\n\n1. Gejala sebelum haid terlambat\n\nSebelum wanita menyedari bahawa haid mereka terlambat, terdapat beberapa tanda awal yang mungkin dialami. Antaranya ialah:\n\nKeletihan\nKembung perut\nSusah tidur\nPerubahan mood\nSakit kepala\nPenurunan selera makan\n\n2. Gejala selepas haid terlambat\n\nSelepas haid terlambat, gejala kehamilan mungkin lebih jelas dan mudah dikenali. Beberapa gejala tersebut termasuklah:\n\n\n\n\n\n\n\nTidak datang haid\nPayudara bengkak dan sakit\nKeletihan yang berterusan\nLoya dan muntah\nKeinginan makan yang aneh\nSerangan emosi yang mendalam\nPerubahan pada kulit dan rambut\n\n3. Gejala mengikut minggu\nGejala kehamilan juga boleh berubah mengikut minggu. Berikut adalah garis masa gejala kehamilan mengikut minggu:\n\nMinggu 1-4: Wanita mungkin tidak menyedari bahawa mereka hamil. Gejala biasanya ringan dan boleh disalah anggap sebagai gejala haid biasa.\nMinggu 4-6: Gejala seperti keletihan, sakit kepala, dan kembung perut mungkin muncul. Wanita mungkin mula mengalami loya dan muntah, serta payudara bengkak dan sakit.\nMinggu 6-8: Gejala seperti loya, muntah, dan perubahan selera makan mungkin bertambah teruk. Wanita juga mungkin mengalami pening, peningkatan frekuensi kencing, dan sakit punggung.\nMinggu 8-12: Gejala kehamilan mungkin mencapai puncak pada minggu ini. Kebanyakan gejala akan beransur-ansur mereda selepas minggu ke-12.\n\n4. Gejala yang perlu diwaspadai\n\nWalaupun kebanyakan gejala kehamilan adalah normal, terdapat beberapa gejala yang mungkin menunjukkan masalah. Gejala-gejala ini termasuklah:\n\nPendarahan atau keluaran cecair abnormal\nSakit perut yang teruk atau kram\nDemam atau menggigil\nSakit kepala yang teruk atau penglihatan kabur\nKehilangan berat badan atau penurunan berat badan yang ketara\n\nJika anda mengalami gejala-gejala tersebut, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.\n5. Ujian kehamilan dan pemeriksaan perubatan\nJika anda mengalami gejala-gejala kehamilan, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan di rumah sebagai langkah pertama. \nUjian kehamilan ini biasanya boleh dibeli di farmasi dan sangat mudah untuk digunakan. \nSekiranya ujian kehamilan menunjukkan hasil positif, anda perlu membuat temujanji dengan doktor anda untuk mengesahkan kehamilan dan mendapatkan nasihat perubatan yang diperlukan.\n\nDoktor anda kemungkinan akan melakukan pemeriksaan fizikal, mengambil sejarah perubatan, dan menjalankan ujian darah untuk mengesahkan kehamilan. \nSelain itu, doktor juga akan merancang jadual pemeriksaan prenatal dan memberi nasihat mengenai pemakanan, senaman, dan gaya hidup yang sihat semasa kehamilan.\nTips untuk mengurangkan gejala kehamilan \nWalaupun kebanyakan gejala kehamilan adalah normal dan tidak membahayakan, mereka boleh menyebabkan ketidakselesaan dan gangguan kepada kehidupan seharian. \nBerikut adalah beberapa tips yang boleh membantu mengurangkan gejala kehamilan:\n\nRehat yang cukup: Pastikan anda tidur yang mencukupi dan berehat sepanjang hari.\nPemakanan seimbang: Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan nutrien untuk membantu tubuh anda menghadapi perubahan semasa kehamilan.\nHidrasi: Minum banyak air untuk membantu mencegah dehidrasi dan mengurangkan gejala seperti kembung perut dan sembelit.\nSenaman ringan: Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berenang, atau yoga boleh membantu mengurangkan keletihan dan stres.\nElakkan makanan yang merangsang loya: Elakkan makanan yang berlemak, pedas, atau berbau kuat jika anda mengalami loya dan muntah.\n\nKesimpulan\nMengenali gejala awal kehamilan adalah penting untuk memastikan anda mendapatkan rawatan dan sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. \nJika anda mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas, lakukan ujian kehamilan di rumah dan berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan kehamilan.\nIngatlah, setiap kehamilan adalah berbeza dan gejala yang anda alami mungkin berbeza dengan wanita lain. \nOleh itu, adalah penting untuk berkomunikasi dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan atau masalah yang anda hadapi semasa kehamilan. \nDengan pengetahuan yang betul dan sokongan yang sesuai, anda akan dapat menikmati perjalanan kehamilan yang sihat dan memuaskan.\nRujukan:\n\nArtikel asal diterbitkan di\u00a0Mysihat\nEarly Pregnancy Symptoms. Healthline\nSymptoms of Pregnancy: What Happens First. Mayo Clinic\nEarly Pregnancy Symptoms. Web Md\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/login-lhdn/", "title": "Login LHDN: Semakan No Cukai Individu / Syarikat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Login LHDN & Buat Semakan No Cukai Individu / Syarikat\nSudahkah anda mendaftar cukai / e-filing atau adakah anda pernah berdaftar tapi terlupa kata laluan?\ne-Daftar adalah aplikasi pendaftaran fail cukai pendapatan individu syarikat, majikan, perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) melalui internet.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara semakan no cukai (tax no) serta cara pendaftaran kali pertama bagi yang baru ingin mendaftar dengan LHDN.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSiapa Yang Perlu Mendaftar Fail Cukai Pendapatan ?\n\n \nPendaftaran Cukai / Login LHDN\n\n \nDokumen Pendaftaran (e-Daftar)\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n \nLogin LHDN / Semakan Nombor Cukai e-Daftar\n\n \nTerlupa Kata Laluan Login LHDN\n\n \nLogin LHDN Untuk E-Filing\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSiapa Yang Perlu Mendaftar Fail Cukai Pendapatan ?\nIndividu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukaiIndividu yang menjalankan perniagaanPekerja baru yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)Syarikat yang belum berdaftar dengan LHDNMPerniagaan atau syarikat yang mempunyai pekerja hendaklah mendaftar fail cukai majikanPerkongsian yang belum berdaftar dengan LHDNMPLT yang belum berdaftar dengan LHDNM\nPendaftaran Cukai / Login LHDN\nPermohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.\n\n\n\n\n\n\nDokumen Pendaftaran (e-Daftar)\nSila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:\nSatu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).\nBorang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau anda boleh mendaftar secara on-line di e-Daftar.\ne-Daftar adalah aplikasi permohonan fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baharu mendapatkan nombor cukai pendapatan.\nPengemukaan dokumen bagi tujuan pendaftaran fail cukai pendapatan juga boleh dimuat naik melalui aplikasi e-Daftar menggunakan no. permohonan yang telah diberi selepas menghantar Borang Pendaftaran.\n\nSila rujuk panduan mengisi borang Pendaftaran Pemabayar Cukai Individu Secara Dalam Talian dalam lampiran di bawah:\nPanduan-eDaftar-LHDNDownload\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nKategoriDokumen Sokongan1.Individu tidak menjalankan perniagaanKad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)2.Individu menjalankan perniagaanKad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)Sijil Pendaftaran Perniagaan3a.Syarikat Tempatan\u2013 Syarikat Sdn. Bhd.\u2013 Syarikat Bhd.Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 atau perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah seksyen 58 Akta Syarikat 20163b.Syarikat AsingNotis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016Perubahan Atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567(1) Akta Syarikat 20164.PerkongsianSalinan sijil pendaftaran perniagaan perkongsian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Senarai ahli-ahli kongsi5..PerkongsianLiabiliti TerhadSalinan notis pendaftaran PLT atau salinan perakuan pendaftaran PLT (jika ada) di bawah seksyen 11 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012ATAUSalinan notis pendaftaran penukaran kepada PLT di bawah seksyen 32 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (jika berkenaan) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Senarai pekongsi\nHantar dokumen sokongan melalui :\nBorang Maklum Balas Pelanggan:\u00a0Klik disiniFaks : 03-8922 1676(Penting : Sila Nyatakan No. Permohonan Anda)Masalah/Aduan/Komen :\u00a0Hubungi\u00a003-8913 3800\nBila nombor Cukai Pendapatan akan diperolehi ?\nDalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian.\nNombor permohonan akan diberikan untuk menyemak status permohonan anda.\n\nLogin LHDN / Semakan Nombor Cukai e-Daftar\nSelepas mendaftar, anda boleh membuat semakan melalui sistem e-Daftar untuk :\nMenyemak Status PermohonanCheck the status of the applicationMuat Naik Dokumen PengenalanUpload Identification DocumentMencetak Maklumat PendaftaranPrint Registration Information\nCaranya:\nKlik pautan untuk ke\u00a0e-DaftarMasukkan nombor cukai pendapatan (Jika lupa, boleh buat semakan di sini https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php)Untuk login ezHasil, sila klik di sini https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx\n\nTerlupa Kata Laluan Login LHDN\nJika anda terlupa kata laluan, anda boleh dapatkannya semula dengan mengikuti 3 langkah berikut:\nSila ke laman web ezHasil dan klik TERLUPA KATA LALUANJika anda mempunyai no tlefon bimbit tberdaftar dengan LHDNM, sila mohon Kod Pengaktifan Sementara melalui SMSHadir ke cawangan LHDNM yang terdekat\nLogin LHDN Untuk E-Filing\nUntuk membuat semakan e-filing, sila login LHDN melalui pautan berikut: https://ez.hasil.gov.my/CI/\nBagi pengguna yang pertama kali login LHDN, sila rujuk panduan berikut untuk e-filing: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi LHDN melalui saluran berikut:\nPortal rasmi\u00a0www.hasil.gov.my\u00a0atauHasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)\nBaca juga: URUS B50: Permohonan Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan\n \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tsoi-tips-temuduga-online-in-situ-spa/", "title": "TSOI: Prosedur, Tips & Pengalaman Temuduga Online In-situ SPA (2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTSOI: TIPS, PROSEDUR & PENGALAMAN TEMUDUGA SECARA ONLINE IN-SITU SPA 2021 \nSeperti yang kita maklum, dalam tempoh pandemik ini beberapa prosedur terpaksa dilakukan dengan norma baharu, termasuklah juga dengan proses pengambilan kerja dan temuduga.\nRamai antara kita yang berharap dapat menjawat jawatan awam dan telahpun membuat permohonan di Portal SPA9.\nBagi yang telah menerima panggilan temuduga, di sini kami ingin kongsikan tips temuduga online in-situ SPA (TSOI) oleh Khairun Naimah yang dikongsikan di media sosial.\nIa tentunya dapat memberi sedikit pencerahan dan membantu persediaan anda.\nRujuk perkongsian beliau sepenuhnya di bawah:\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTips, Prosedur & Pengalaman Menghadiri Temuduga Online In-Situ SPA (TSOI)\n\n \nEMAIL PANGGILAN TEMUDUGA (1/3)\n\n \nEMAIL SIMULASI TSOI (2/3)\n\n \nEMAIL TSOI BAGI JAWATAN\u2026. (3/3)\n\n \nTIPS TAMBAHAN & PANDUAN TEKNIKAL TSOI\n\n\nTips, Prosedur & Pengalaman Menghadiri Temuduga Online In-Situ SPA (TSOI)\nAssalamualaikum & Salam Sejahtera.\nSaya baru selesai menghadiri Temuduga Online (TSOI) SPA bagi Jawatan Penolong Pustakawan S29 pada 23/07/2021. \nJadi saya nak kongsikan pengalaman saya menghadiri TSOI supaya lebih ramai akan mendapat gambaran yang lebih jelas.\nEMAIL PANGGILAN TEMUDUGA (1/3)\nSaya menerima email panggilan temuduga pada 05/07/2021, dalam email dinyatakan beberapa perkara PENTING :\nTarikh temuduga (23/07/2021)Peringatan untuk melengkapkan MyResume di https://myresume.spa.gov.my/LAMPIRAN A (Persetujuan Aku Janji Integriti), calon perlu mengisi borang ini & dimuatnaik dalam ruangan Maklumat Akademik di MyResumeDiwajibkan menghadiri sesi simulasi (sehari sebelum temuduga)\n\nEMAIL SIMULASI TSOI (2/3)\nCalon akan menerima email selewatnya 1 hari sebelum tarikh simulasi, saya telah menerima email 1 minggu sebelum iaitu pada 16/07/2021.\n Dalam email dinyatakan :\nMasa simulasi (10am)Pautan (link) untuk menghadiri sesi tersebut\nHARI SIMULASI\nBersedia pada masa yang ditetapkanMasuk ke link 10minit sebelum masa yang ditetapkanCalon perlu memasukkan Nama & Email kemudian tekan \u2018Join As Guest\u201dAkan terdapat \u2018preview\u2019 & kemudian boleh tekan butang \u2018Join Meeting\u2019Calon akan melihat paparan \u201cYou can join the meeting after the host admits you\u201dCuma perlu tunggu sehingga host admit, tempoh menunggu bagi setiap calon adalah berbeza bergantung kepada situasi** Saya menggunakan laptop semasa sesi temuduga ini **\nAKTIVITI SEMASA SIMULASI\nPetugas SPA cuma nak check keadaan internet calonDia cakap semua ok, gambar nampak clear, suara jelas & video tak tersekat-sekat, cuma minta perbetulkan kedudukan lebih dekat dengan laptopKemudian dia bagi peringatan untuk lengkapkan MyResume, masuk ke link 10minit sebelum masa temuduga & tak dibenarkan membuat rakamanPERINGATAN PENTING untuk semak email selepas simulasi pada hari yang sama, info mengenai masa temuduga & link akan diberiKemudian boleh tanya jika ada sebarang persoalan lainSesi simulasi selesai dalam masa 2-3 minit sahaja\nEMAIL TSOI BAGI JAWATAN\u2026. (3/3)\nDalam email ini terdapat :\nMasa temuduga 8:20amLink untuk temuduga** Pastikan anda menerima 3 EMAIL penting ini **\nHARI TEMUDUGA\nBersedia awalMasuk ke link 10 minit sebelum masa yang ditetapkan & tunggu sehingga host admitSebelum bermula boleh berkomunikasi dengan panel untuk memastikan kelancaranMasa saya pada 8:20am, host admit pada 8:30am, sesi temuduga berlangsung lebih kurang selama 30 minitSelesai temuduga calon boleh klik \u2018leave meeting\u2019 atau boleh tunggu sahaja sehingga di \u2018removed from meeting\u2019\n\nBaca juga: Senarai Menteri Kabinet Terkini PM Ismail Sabri (27 Ogos 2021) \nTIPS TAMBAHAN & PANDUAN TEKNIKAL TSOI\nSaya cuma nak share headphone yang digunakan semasa simulasi, semasa temuduga ada sedikit kesilapan teknikal di pihak saya yang buatkan saya tak pakai headphone (guna speaker yang sedia ada di laptop sahaja). \nBerdasarkan semasa simulasi memang jelas suara kita bercakap & boleh dengar jelas suara orang yang bercakap. \nYang penting semasa temuduga selain kita nak bagi panel dengar suara kita dengan jelas, semestinya kita nak dengar apa yang panel katakan juga dengan jelas. \nCuma nak diingatkan, headphone / earphone / microphone ni hanyalah peralatan tambahan. \nKalau laptop / handphone anda boleh diguna dengan baik, tak perlu pun peralatan tambahan. Guna sahaja apa yang dah sedia ada.\nUntuk panduan teknikal & sebagainya sila rujuk 2 panduan yang telah disediakan oleh SPA di bawah:1- https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/tsoi/PANDUAN-MENGHADIRI-TEMU-DUGA-SECARA-ONLINE-INSITU-TSOI-PORTAL.pdf2- https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/tsoi/PANDUAN-TEKNIKAL-CALON-TEMU-DUGA-SECARA-ONLINE-INSITU-TSOI-PORTAL.pdf\nSemoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada calon TSOI yang akan datang. \nSemoga semua urusan kita dipermudahkan.\nSumber asal: Facebook Khairun Naimah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-guru-malaysia-sgmy/", "title": "Sijil Guru Malaysia (SGMy) Versi Baru 2023 \u2013 Muat Turun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJom Muat Turun Sijil Guru Malaysia (SGM) versi baharu\nKPM tidak lagi mencetak dan pos Sijil Guru Malaysia kepada guru-guru. \nPara guru kini boleh muat turun sijil digital SijilGuruMalaysia (SGM) dari portal Sistem Guru Malaysia (SGMy).\n\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang penganugerahan ini dan cara memuat turun sijil.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSGMy (SistemGuruMalaysia)\n\n \nPanduan Muat Turun Sijil Guru Malaysia\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSGMy (SistemGuruMalaysia)\n\u201cMENJADI GURU MALAYSIA\u201d\u00a0merupakan penjenamaan semula bagi pensijilan guru. Inisiatif ini dirangka dalam memastikan tahap profesionalisme guru dapat dipertingkatkan setaraf dengan profesion profesional yang lain. Inisiatif Menjadi Guru Malaysia yang meliputi peringkat kelayakan, pendaftaran dan pelesenan guru adalah selaras dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu Anjakan Saujana Pendidik: Dasar Profesionalisme Keguruan. \nOBJEKTIF\n\nMenjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional.\nMemastikan individu dalam profesion keguruan sentiasa berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.\nGuru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.\n\nMelalui inisiatif ini, KPM dapat memastikan hanya guru yang terbaik berada dalam Sistem Pendidikan Negara.\nPanduan Muat Turun Sijil Guru Malaysia\nLangkah 1:Log masuk ke Sistem Guru Malaysia (SGMy) di pautan berikut: https://sgmy.moe.gov.my/\nLangkah 2:Pilih Modul Individu\nLangkah 3:Log In di bahagian Guru KPM\nLangkah 4:\n\nMasukkan No IC\nMasukkan kata laluan (kata laluan adalah sama seperti kata laluan SPLKPM)\nKlik Hantar\n\nLangkah 5:Klik Cetak (Bahasa Malaysia) untuk SijilGuruMalaysia versi Bahasa Malaysia\natau pilih\nKlik Print (English) untuk SijilGuruMalaysia versi Bahasa Inggeris\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sistem ini, sila hubungi saluran berikut:\nBAHAGIAN PROFESIONALISME GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAARAS 3-6, BLOK E13, PARCEL EKOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA\nNombor Telefon (Teknikal) :03-8884 1302Meja Bantuan:[email\u00a0protected]\nBaca juga: \n\nTema Hari Guru 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani\nPISMP 2023: Permohonan Calon Guru Tajaan KPM\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/peka-b40/", "title": "PeKa B40: Semakan Kelayakan, Tuntutan Manfaat & Senarai Klinik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk golongan B40, anda boleh menerima pelbagai manfaat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nSkim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).\nJom ketahui lebih lanjut tentang PeKa B40 dan semak kelayakan anda sekarang!\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PeKa B40?\n\n \n4 Manfaat Skim Peka B40\n\n \nManfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up)\n\n \nManfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000)\n\n \nManfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000)\n\n \nManfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000)\n\n \nSemakan Kelayakan Peka B40\n\n \nSenarai Klinik PeKa B40\n\n \nCara Buat Temujanji Online Untuk Saringan Kesihatan PeKa B40\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah PeKa B40?\nPeKa B40 ini merupakan:\n\nInisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).\nLayak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas.\nHanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan\n\n\nMakluman buat seluruh rakyat Malaysia!!\nProtectHealth Corporation Sdn Bhd sukacita ingin memaklumkan tentang pengemaskini data kelayakan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 atau PeKa B40 bagi tahun 2023 berdasarkan data Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun 2022 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\nSenarai yang berstatus aktif dan penerima BKM bagi tahun 2022 adalah layak secara automatik untuk menerima PeKa B40 untuk tahun 2023. \n4 Manfaat Skim Peka B40\nMelalui skim ini, anda boleh menerima pelbagai manfaat seperti berikut:\n\nSaringan Kesihatan PERCUMA\nBantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)\nInsentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000\nInsentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3)\n\n\nRujuk perincian manfaat seperti di bawah:\nManfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up)\nPenerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).\nSaringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.\nSaringan kesihatan merangkumi:\n\n\n\n\n\n\n\npengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan\nsaringan kesihatan mental\npemeriksaan fizikal\npemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko\nujian darah dan ujian air kencing\n\nSpesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.\nPenerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.\nPenerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.\nSekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. \nBuat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.\n\nManfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000)\nManfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.\nHad maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.\nManfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:\n\nStent untuk jantung\nAlat sendi tiruan\nAlat bantuan pendengaran\nPerentak jantung\nProstesis dan implan untuk tulang belakang\nProstesis dan ortosis tulang anggota\nKanta mata intraokular\nAlat terapi pernafasan dan oxygen concentrator\nBantuan sokongan nutrisi\nKerusi roda\n\nSaringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.\nManfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.\n\nManfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000)\nManfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.\nRM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.\nSaringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.\nInsentif dipecahkan kepada dua (2) kali:\n\nRM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser\nRM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.\n\nPembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.\nPermohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.\n\nBaca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\nManfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000)\nManfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.\nPenerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.\nHad maksimum bantuan yang boleh diterima:\n\nRM500 untuk Semenanjung Malaysia\nRM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan\n\nJumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.\nPermohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.\nPembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.\nBaca juga: MySalam: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\n\nSemakan Kelayakan Peka B40\nProsedur Mendapatkan Manfaat PeKaB40 adalah seperti berikut:\nLangkah 1 :\u00a0Semak kelayakan.\nLangkah 2 :\u00a0Sekiranya layak, lawati Klinik PeKaB40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKaB40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.\nLangkah 3 :\u00a0Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.\nLangkah 4 :\u00a0Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.\nTiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai skim ini.\nSemak kelayakan anda melalui pautan berikut:\nhttps://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan\nSenarai Klinik PeKa B40\nSila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di pautan ini https://bms.pekab40.com.my/provider\nCara Buat Temujanji Online Untuk Saringan Kesihatan PeKa B40\n\u201cSemak kelayakan dan buat temujanji PeKaB40 di MySejahtera?\u201d\nKini anda boleh menyemak kelayakan dan membuat temujanji Program Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 atau PeKa B40 melalui MySejahtera. \nIkuti langkah-langkah seperti gambar di atas untuk menyemak kelayakan dan membuat temujanji PeKaB40 anda.\n\n\nMaklumat Lanjut\nPeka B40 dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.\nUntuk maklumat lanjut layari website PeKa B40 di\u00a0https://protecthealth.com.my/peka-b40/\u00a0atau hubungi +603-8687 2525.\nSila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini:\nTALIAN UTAMA+603-8687 25258:30pagi \u2013 5:30petang (Isnin \u2013 Jumaat)9:00pagi \u2013 4:00petang (Sabtu & Ahad)\nEMEL[email\u00a0protected][email\u00a0protected] [email\u00a0protected] [email\u00a0protected]\nALAMATF01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,Century Square, Jalan Usahawan,63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan\u200b\nLAMAN WEBhttps://protecthealth.com.my/peka-b40/\nMEDIA SOSIALProtectHealth Corporation\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-permata-sejahtera/", "title": "Skim Permata Sejahtera 2023 : Permohonan & Kadar Sumbangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Permata Sejahtera 2023 Untuk Anak Kelahiran Terengganu ~ Anak kelahiran Terengganu berpeluang untuk menerima sumbangan khas Simpanan SSPN-i daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerusi Skim Permata Sejahtera.\nTawaran ini terbuka kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kelahiran Terengganu. \nSumbangan ini boleh dimanfaatkan oleh penerima untuk tujuan pendidikan ketika mereka berumur 18 tahun.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Permata Sejahtera?\n\n \nJumlah Sumbangan\n\n \nManfaat SSPN-i\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Permata Sejahtera?\nKepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini. \n\n\n\n\n\n\nSumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).\nPengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah dibuat permohonan oleh pihak ibu bapa dan mendapat pengesahan daripada JKKK pemimpin masyarakat.\nJumlah Sumbangan\nKadar baharu sumbangan tabung pendidikan menerusi Skim Permata Sejahtera dinaikkan iaitu RM200 bagi anak pertama dan kedua, RM300 bagi anak ketiga hingga kelima manakala RM500 bagi anak keenam hingga ke-10.\n\nAnak pertama hingga ke-2: RM200.00\nAnak ke-3 hingga ke-5: RM300.00\nAnak ke-6 hingga ke-10: RM500.00\n\n\nManfaat SSPN-i\nIbu bapa yang memohon bakal menikmati 6 keistimewaan utama daripada sumbangan SSPN-i ini iaitu :\n\nPelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.\nPelindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.\nKadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.\nPemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.\nSimpanan dijamin oleh kerajaan.\nLayak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nIbu bapa yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\n\nBayi dilahirkan di Negeri Terengganu bermula Januari 2022 hingga Disember 2022.\nIbu atau Bapa bayi mestilah Rakyat Terengganu yang lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.\nBorang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan MyKAD Ibu dan Bapa serta MyKID @ Sijil Kelahiran Bayi.\n\nCara Memohon\nPemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\n\nLayari pautan permohonan berikut iaitu\u00a0https://bit.ly/SSPN-iYPKT.\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Next\u2019 bagi setiap paparan.\nMuat naik salinan dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon diminta untuk muat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut :\n\nSalinan Sijil Kelahiran Bayi dan salinan MyKid bayi.\nSalinan MyKad ibu dan bapa.\nSalinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.\nSalinan Sijil Kelahiran atau MyKid/MyKad kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai skim Permata Sejahtera, sila layari laman web YPKT iaitu\u00a0https://www.ypkt.gov.my/\u00a0atau hadir ke mana-mana Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan.\nJemput baca tentang Belanjawan 2023 Terengganu di pautan berikut :\nbit.ly/3h18A39\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spmu/", "title": "Semakan Keputusan SPMU 2022 (myresultspmu.moe.gov.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Keputusan Peperiksaan & Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022/2023\nKeputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dikeluarkan pada Khamis, 20 Oktober 2022.\nPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 telah dilaksanakan bermula 12 hingga 14 September ini melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kenyataan media KPM dan cara membuat semakan online keputusan SPMU 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU)?\n\n \nPendaftaran\n\n \nCara Semakan Keputusan SPMU 2022 (myresultspmu.moe.gov.my)\n\n \nPerkhidmatan Patching Sijil SPM\n\n\nApakah Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU)?\nKPM memberi peluang kedua untuk mengulang kertas SPM sebagai calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.\nMenurut Lembaga Peperiksaan Kebangsaan, jika anda fikir SPM telah memperoleh sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan E-level (tahap terendah) dalam mata pelajaran sejarah. \n\n\n\n\n\n\nPendaftaran\nPendaftaran peperiksaan SPM Ulangan lazimnya akan dibuka selepas pengumuman keputusan SPM.\nSila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya.\u00a0\nCara mendaftar bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:\nPENDAFTARAN ONLINE:\nPendaftaran SPMU (tarikh tutup 23/6/2022) dan Ulangan SPM Persendirian (tarikh tutup 10/7/2022). Pendaftaran secara online melalui portal http://sppat.moe.gov.my/.\nSila rujuk manual di bawah:\nPemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Jabatan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri terdekat semasa waktu pejabat.Bayaran untuk calon adalah RM32. Calon mesti membayar JPN atas nama pengarah peperiksaan / pendidikan negeri tempat kiriman wang / pesanan pos didaftarkan.Selain borang pendaftaran dan pembayaran calon SPMU, dokumen yang perlu dibawa termasuk salinan sijil SPM (untuk calon berulang), salinan kad pengenalan / pasport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / sijil doktor (jika berkenaan), pos Sampul surat sampul surat dan 4 setem.\nSebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785 atau rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:\nhttps://www.moe.gov.my/en/orang-awam/spm-ulangan-spmu-dan-spm-calon-persendirian\n\nCara Semakan Keputusan SPMU 2022 (myresultspmu.moe.gov.my)\nKeputusan SPMU bagi tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis, 20 Oktober 2022.\nBerikut adalah 3 cara untuk membuat semakan keputusan / slip peperiksaan calon:\n\nI) SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE\nSemakan keputusan SPMU boleh dibuat melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.\nII) SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI SMS\nTaip SPMUAngkaGiliran dan hantar ke 15888.\nTalian ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 20 Oktober dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.\nIII) SEMAKAN SECARA MANUAL\nBagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, anda boleh berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2022.\nRujuk manual semakan di bawah:\nManual-Pengguna-Cetakan-Slip-Keputusan-CP_JPN_31102021Download\nPerkhidmatan Patching Sijil SPM\nBagi anda yang telah menduduki semula peperiksaan SPM dan ingin menggabungkan keputusan terbaik dalam satu sijil, anda boleh mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia. \nRujuk caranya di sini: Perkhidmatan Patching Sijil SPM \u2013 Lembaga Peperiksaan Malaysia\nBaca juga: \nPermohonan Semak Semula Keputusan SPM 2022UPUOnline 2022 / 2023: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysikap-jpj/", "title": "MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk memudahkan urusan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, kini anda boleh melakukannya secara atas talian melalui Portal MyJPJ, namun anda perlu mempunyai ID MySikap JPJ. Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga mengumumkan bahawa cukai jalan digital boleh digunakan berkuatkuasa 10 Februari 2023.\nTerdapat banyak manfaat apabila anda mendaftar sebagai pengguna MySikap.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal mySikap, cara mendaftar, dan perkhidmatan yang boleh dibuat secara online melalui portal MyJPJ ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah mySikap JPJ?\n\n \nSyarat Pendaftaran Pengguna MySikap\n\n \n2 Kategori Pengguna Berdaftar\n\n \nCara Daftar Pengguna MySikap JPJ (Individu Persendirian)\n\n \nCara Login Kali Pertama\n\n \nCara Daftar Syarikat\n\n \nSenarai Dokumen Yang Diperlukan Berdasarkan Jenis PendaftaranPerniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian\n\n \nSenarai Perkhidmatan Online JPJ Melalui Portal MySikap\n\n \nLogin MyJPJ\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah mySikap JPJ?\nmySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.\nTidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu. \nAntara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:\n\nKenderaan\u00a0: Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan \u00a0untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.\nLesen Memandu\u00a0: Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal\u00a0mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.\nKesalahan dan Penalti\u00a0: Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.\nPengurusan Profil\u00a0: Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.\nPerkhidmatan Lain\u00a0: Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.\n\nSyarat Pendaftaran Pengguna MySikap \nUntuk mendaftar sebagai pengguna, berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan:\n\nPendaftaran dibuka kepada\u00a0orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) \u2013 Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf;\nBagi pemegang\u00a0MyKad, MyPR dan Paspot\u00a0, anda haruslah berumur\u00a016 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi\u00a0dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi \u2013 anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya; dan\nPendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai\u00a0nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh\u00a0tarikh pendaftaran.\n\n\n\n2 Kategori Pengguna Berdaftar\nPengguna Awam yang ingin menggunakan mySIKAP perlu mendaftarkan ID mereka terlebih dahulu. \nTerdapat dua kategori pengguna awam iaitu:\n\nPERSENDIRIAN\n\nPengguna yang terdiri daripada orang persendirian yang akan hadir ke kaunter JPJ untuk mendaftarkan ID mereka. Nombor Rujukan akan dijana di kaunter dan diserahkan kepada pengguna; \nNombor rujukan boleh juga dijana secara online untuk eID Awam\nTerdapat 2 tahap capaian* iaitu\n\neID Standard (tanpa cap jari, boleh daftar online)\neID Advanced (perlu cap jari di kaunter)\n\n\n\n\nSYARIKAT\n\nPengguna yang merupakan wakil daripada syarikat/pertubuhan/perbadanan yang akan mendaftarkan id mereka secara atas talian dan Nombor Rujukan akan dihantar melalui emel. Seterusnya, pengguna akan hadir ke kaunter JPJ dengan membawa No. Rujukan dan dokumen sokongan untuk pengesahan.\n\n\n\n*NOTA: Perbezaan ketara antara ID Standard & Advanced adalah seperti berikut:\n\nID Awam Standard\n\nrenew lesen online / roadtax\nbeli no running semasa\n\n\nID Awam Advanced\n\nrenew lesen online / roadtax\nbeli no running semasa\nsalinan rtax\ntukar nama pemilik\ntukar nama pembeli\nbelian maklumat kenderaan\n\n\n\n\nCara Daftar Pengguna MySikap JPJ (Individu Persendirian)\nPendaftaran peribadi ialah bagi kategori pengguna awam seperti berikut:-\n\nOrang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah;\nPenduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau\nPemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh pendaftaran ID mySIKAP.\n\nLangkah membuat pendaftaran adalah seperti berikut:\n\nKlik pautan\u00a0https://public.jpj.gov.my/\nLengkapkan borang pendaftaran dengan mengisi ruang yang bertanda * sahaja\nMasukkan kod sekuriti yang dipaparkan\nKlik\u00a0Teruskan\nSemak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.\nKlik\u00a0Teruskan.\nNotifikasi\u00a0Pengesahan\u00a0Pendaftaran\u00a0akan dipaparkan.\nID Pengguna\u00a0dan\u00a0Kata Laluan Sementara\u00a0akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.\n\n*Rujuk langkah bergambar di bawah:\nPENDAFTARAN PERIBADI\n\n\n\n\n\n\n1.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0DAFTAR MASUK KALI PERTAMA\nSkrin\u00a0Utama\u00a0akan dipaparkan seperti di bawah:-\n\n2. Klik pautan\u00a0Daftar Masuk.\u00a0\nSkrin seperti berikut akan dipaparkan:-\n\n3. Masukkan\u00a0No. Rujukan;\nKlik [Teruskan]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau\nKlik [Isi Semula] untuk mengisi semula No. Rujukan;\n\nNota : \u00a0Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya akaun anda telah diaktifkan:-\n\n4. Kemaskini\u00a0Alamat Emel,\u00a0Telefon Bimbit\u00a0dan\u00a0Telefon Rumah;\nNota : Pengguna hanya dibenarkan mengemaskini alamat emel, nombor telefon bimbit dan nombor telefon rumah sahaja.\n5. Klik [Teruskan]. Skrin\u00a0Pengesahan\u00a0akan dipaparkan seperti di bawah:-\n\n6. Klik [Ya]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-\n\n7. Klik [Tutup]. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-\n\nSkrin di atas akan dipaparkan sekiranya pendaftaran berjaya.\u00a0ID Pengguna\u00a0dan\u00a0Kata Laluan Sementara\u00a0akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. \nContoh emel dipaparkan seperti di bawah:-\n\nCara Login Kali Pertama\nSetelah menerima e-mel rasmi dari mySikap, anda bolehlah login ke portal tersebut mengikut langkah seperti di bawah:\n\nKlik pautan\u00a0https://public.jpj.gov.my/\nMasukan\u00a0ID Pengguna\u00a0dan\u00a0Kata Laluan\u00a0Sementara\u00a0yang diberikan melalui e-mel\nMasukkan\u00a0Kata Laluan Sementara,\u00a0Kata Laluan Baharu\u00a0dan\u00a0Sahkan Kata Laluan Baharu\u00a0untuk setkan password baru\nPilih\u00a0Soalan Sekuriti\u00a0mengikut keutamaan\nMasukkan jawapan pada semua soalan sekuriti\nKlik\u00a0Simpan. Selesai.\n\n\nCara Daftar Syarikat\nPendaftaran ID Syarikat adalah untuk mendaftarkan Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi. ID bagi Wakil Syarikat dan Pelulus Transaksi digunakan untuk Pertukaran Hak Milik Secara Atas Talian. Terdapat tiga (3) jenis pendaftaran di bawah pendaftaran Syarikat iaitu Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian, Syarikat Sendirian Berhad / Berhad dan Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar).\nSyarat-syarat pendaftaran syarikat adalah seperti berikut:\n\nBilangan Pelulus bagi\u00a0Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian\u00a0yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah\u00a0minima satu (1) orang dan maksima tiga (3) orang\u00a0sahaja;\nBilangan Pelulus bagi\u00a0Syarikat Sendirian Berhad / Berhad\u00a0yang dibenarkan untuk mendapatkan ID adalah\u00a0minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang\u00a0sahaja; dan\nBilangan pelulus bagi\u00a0Pertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)\u00a0mestilah\u00a0minima dua (2) orang dan maksima lima (5) orang.\n\nLANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN ID SYARIKAT\n\nLayari laman web\u00a0https://public.jpj.gov.my/\nPilih\u00a0Pendaftaran Syarikat\u00a0melalui\u00a0drop down list.\nMasukkan\u00a0No. \u00a0Rujukan\u00a0yang diperolehi melalui emel yang diterima oleh wakil syarikat;\nSemak dokumen yang dimuatnaik oleh wakil syarikat. \nOperator kaunter perlu mengesahkan dokumen tersebut dengan melakukan pengesahan biometrik.\nWakil syarikat tersebut akan menerima emel yang mengandungi\u00a0ID Pengguna\u00a0dan\u00a0Kata Laluan Sementara\u00a0untuk mengakses mySIKAP.\n\n*Rujuk langkah bergambar di bawah:\n1. Layari https://public.jpj.gov.my\nSkrin\u00a0Utama\u00a0akan dipaparkan seperti di bawah:-\n\n2. Klik pautan\u00a0Pendaftaran ID Syarikat. \nSkrin seperti berikut akan dipaparkan:-\n\n3. Pilih\u00a0Jenis Pendaftaran\u00a0sebagai\u00a0Wakil\u00a0Syarikat\u00a0melalui\u00a0drop down list. \nSkrin seperti berikut akan dipaparkan:-\n\n4. Pilih\u00a0Jenis Syarikat\u00a0melalui\u00a0drop down list. Contoh jenis syarikat adalah\u00a0Syarikat Sendirian Berhad / Berhad;\n5. Masukkan\u00a0No. Pendaftaran\u00a0dan\u00a0Nama Syarikat;\n6. Masukkan\u00a0Tarikh Luput No. Pendaftaran. Rujuk\u00a0Panduan Umum\u00a0untuk panduan menggunakan kalendar.\nNota: Skrin seperti berikut akan dipaparkan sekiranya tarikh luput no. pendaftaran kurang dari enam (6) bulan dari tarikh semasa.\n\n7. Masukkan\u00a0Telefon,\u00a0Faks,\u00a0Alamat,\u00a0Negeri,\u00a0Bandar,\u00a0Poskod\u00a0dan\u00a0E-mel;\n8. Masukkan\u00a0Nama Wakil\u00a0dan\u00a0No. MyKad Wakil\u00a0pada ruangan\u00a0Butiran Wakil (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan);\n9. Muat Naik\u00a0Dokumen\u00a0yang diperlukan.\nNota: Hanya dokumen di dalam format .PDF dengan saiz kurang dari 1024kb setiap satu sahaja dibenarkan.;\n10. Klik [Teruskan]. Skrin\u00a0Proses Pendaftaran Tamat\u00a0akan dipaparkan seperti di bawah atau klik [Isi Semula] untuk memasukkan butiran pendaftaran yang lain;\n\n11. Klik [Cetak] untuk mencetak\u00a0Nombor Rujukan Pendaftaran. \nSkrin seperti berikut akan dipaparkan:-\n\nWakil yang dilantik dikehendaki menghadirkan diri di mana \u2013 mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan dan\u00a0perlu membawa slip\u00a0seperti di atas dan\u00a0dokumen sokongan asal\u00a0dalam tempoh\u00a0tujuh (7) hari dari tarikh nombor rujukan dijana\u00a0untuk membuat pengesahan. No. Rujukan yang di cetak juga dihantar ke e-mel wakil yang telah didaftarkan. \nKlik\u00a0di sini\u00a0untuk mendapatkan senarai alamat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.\nID Pengguna\u00a0dan\u00a0Kata Laluan Sementara\u00a0akan dihantar ke e-mel berdaftar setelah proses pengesahan di kaunter selesai.\nSenarai Dokumen Yang Diperlukan Berdasarkan Jenis PendaftaranPerniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian\n\nMyKad wakil perniagaan\nBorang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan)\nLesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah / Sarawak)\nSurat Lantikan Sebagai Wakil Perniagaan\n\nSyarikat Sendirian Berhad / Berhad\n\nMyKad Wakil Syarikat\nBorang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) / Borang 13 (Sijil Tukar Nama)\nSurat Lantikan sebagai wakil syarikat\n\nPertubuhan Koperasi (Yang Berdaftar)\n\nMyKad Wakil Pertubuhan\nBorang 3 ROS (Sijil Pendaftaran)\nSurat Lantikan Sebagai Wakil Pertubuhan\n\nSetelah login, anda boleh melakukan pelbagai perkhidmatan online di portal ini.\nJenis perkhidmatan atas talian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam senarai di bawah.\nSenarai Perkhidmatan Online JPJ Melalui Portal MySikap\n\nBaca juga: Daftar Sistem Temujanji Online Jabatan Imigeresen Malaysia (STO)\nSENARAI URUSAN MELALUI ID PORTAL ORANG AWAM mySIKAP JPJ KENDERAAN\n\nPermohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)\nPermohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)\nPermohonan PEK Maklumat Kenderaan\nPermohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan\nPermohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)\nPermohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)\nSemakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)\nSemakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini\n\nLESEN MEMANDU\n\nPermohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)\nPermohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM)\nPermohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM)\nPermohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)\nPermohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM)\nRayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh\nSemakan Pertukaran Lesen Memandu\nSemakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal\nSemakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah Memandu\nSemakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia\nSemakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara\nSemakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu\n\nKESALAHAN & PENALTI\n\nBayaran Saman JPJ\nPertanyaan Senarai Hitam\nPertanyaan Saman / Notis\nPertanyaan Tempoh Lesen Digantung / Batal\nPertanyaan Mata Demerit\n\nKEJURUTERAAN AUTOMOTIF\n\nPermohonan Status Kenderaan Vintaj / Klasik\nPermohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan\nPermohonan Cop Semula No.Casis\nPermohonan Cop Semula No. Enjin\nPermohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light)\nPermohonan Pengubahsuaian Kenderaan\n\nLogin MyJPJ\nSetelah mempunyai ID MySikap, anda kini boleh log masuk aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan Lesen Memandu dan Cukai Jalan Digital.\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi MyJPJ, cara semakan dan muat turun, sila rujuk : MyJPJ: Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.\nPengguna disarankan agar merujuk\u00a0Panduan Umum\u00a0terlebih dahulu sebelum meneruskan ke pautan yang lain.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/syoknya-naik-keretapi-2-0/", "title": "Syoknya Naik Keretapi 2.0 : Diskaun RM 15 Untuk ETS & KTM Intercity", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa KTMB bersama Tourism Malaysia kini menawarkan diskaun sebanyak RM 15 menerusi kempen Syoknya Naik Keretapi 2.0. \nSecara tidak langsung, kempen Syoknya Naik Keretapi 2.0 ini menjadi salah satu usaha KTMB dan Tourism Malaysia bagi menggalakkan penggunaan kereta api bagi tujuan pelancongan di dalam negara.\nDiharap promosi yang ditawarkan ini dapat merancakkan kembali industri pelancongan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : MySafeTravel VTL-Land: Daftar Perjalanan Malaysia \u2013 Singapura\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Perjalanan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Tebus Diskaun Syoknya Naik Keretapi 2.0\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTempoh Perjalanan\nUntuk makluman, tempoh perjalanan bagi pembelian tiket dengan diskaun Syoknya Naik Keretapi 2.0 adalah bagi perjalanan bertarikh 29 April 2022 sehingga 30 November 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nOrang ramai yang berminat untuk dapat diskaun ini perlulah penuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti beirkut \u00a0:\nTerbuka kepada warganegara Malaysia sahajaMendaftar dan mempunyai Passenger Name Record dalam KTMB Integrated Ticketing System (KITS)Pembelian tiket adalah bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity sahaja dan tidak merangkumi Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter dan KTM Komuter Utara.Pembelian tiket adalah bagi penumpang dewasa dan kanak-kanak sahaja.Tidak layak untuk pembelian bagi semua tiket konsesi.Diskaun hanya tertakluk atas tambang penuh satu tiket (pergi dan balik) bersamaan atau melebihi RM 16.Pengguna layak menebus kod promosi ini 1 kali sahaja bagi kempen ini dengan memasukkan kod promo sebelum membuat pembayaran :\nPembelian tiket bagi perjalanan sehala dalam 1 transaksi atauPembelian 1 tiket bagi perjalanan 2 hala yang dibuat dalam 1 transaksi.\nKod promo adalah tertakluk pada \u2018first come, first serve\u2019.\n\nCara Tebus Diskaun Syoknya Naik Keretapi 2.0\nUntuk dapatkan diskaun sebanyak RM 15 bagi pembelian tiket keretapi, anda mestilah gunakan kod promo CUTIKERETAPI2 .\nPembelian tiket mesti dilakukan melalaui transaksi seperti di bawah :\nSecara atas talian (online) melalui laman web https://www.ktmb.com.my/ atau ;Mesin layan diri tiket (TVM) atauKaunter tiket\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kempen Syoknya Naik Keretapi 2.0 ini, sila layari laman web rasmi KTMB di pautan https://www.ktmb.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pt3-dimansuhkan-2022/", "title": "PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022 Ini \u2013 KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan (KPM) memutuskan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini.\nPerkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada sidang akhbar khas hari ini.\nSebelum ini, PT3 ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPT3 Dimansuhkan Mulai 2022\n\n \nPenambahbaikan & Format Baharu Pentaksiran Bilik Darjah\n\n \nPKSK Kekal Dilaksana Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus / Sekolah Berasrama\n\n\nPT3 Dimansuhkan Mulai 2022\n\n\nSumber: https://www.facebook.com/watch/?v=747282339786197\nPengumuman PT3 dimansuhkan ini mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan juga pelajar sendiri.\u00a0\n\n[TERKINI] PT3 dimansuhkan mulai tahun 2022 \u2013 Menteri Kanan Pendidikan @RadziJidin pic.twitter.com/vNpWgESfKA\u2014 BERNAMA TV \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe (@BernamaTV) June 2, 2022\n\nPenambahbaikan & Format Baharu Pentaksiran Bilik Darjah \nDalam sidang media berkenaan, Dr Radzi Jidin juga telah memaklumkan beberapa perkara tentang pendidikan negara.\nIni merangkumi penambahbaikan format baharu Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif yang akan dilaksanakan mulai sesi akademik tahun ini.\nUjian akhir sesi akhir akademik dimantapkan bagi 5 mata pelajaran terpilih peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran peringkat sekolah menengah.\nPKSK Kekal Dilaksana Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus / Sekolah Berasrama\nMenjawab sama ada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun ini akan digunakan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama, Dr Radzi menjawab bahawa PKSK akan terus dilaksanakan bagi membuka tawaran kemasukan murid ke Sekolah Khusus \nPemilihan aliran di Tingkatan 4 pula akan dijalankan melalui perbincangan yang terperinci antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.\nBaca juga: \nTarikh & Semakan Keputusan SPM 2021 Secara OnlineSPPAT KPM \u2013 Sistem Peperiksaan Atas Talian\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jisoo-korean-fried-chicken/", "title": "Jisoo Korean Fried Chicken : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Menu Jisoo Korean Fried Chicken, Harga Terkini & Status Halal\nAdakah anda penggemar hidangan ayam goreng Korea? Di sini kami ingin perkenalkan kepada anda satu lagi restoran dengan aneka menu ala Korea Selatan yang cukup menyelerakan iaitu Jisoo Korean Friend Chicken.\n\n\n\n\n\n\nBagi yang teringin untuk cuba hidangan di sini dengan rakan dan keluarga, jom kita lihat senarai menu serta harga yang ditawarkan. \nBaca Juga : Menu Myeongdong Topokki & Harga Terkini 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJisoo Korean Fried Chicken : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nJjigae Section\n\n \nBibimbap\n\n \nChicken Section\n\n \nMix & Match\n\n \nRamyeon Section\n\n \nSandwich & Salads\n\n \nSide Dish\n\n \nCan Drinks\n\n \nIce Blended\n\n \nSpecialty Lemonade\n\n \nOther Drinks\n\n \nAdakah Jisoo Korean Fried Chicken Halal?\n\n\nJisoo Korean Fried Chicken : Senarai Menu & Harga Terkini\nJjigae Section\nMenuHargaBudae Jjigae (Army Stew)RM 44.80Kimchi Jjigae (Kimchi Stew)RM 44.80Buldak Cheese (Dakgalbi) Single PortionRM 20.80Buldak Cheese (Dakgalbi) \u2013 Double PortionRM 40.80Budae Jjigae Combo (2-3 pax)RM 65.80Kimchi Jjigae Combo (2-3 pax)RM 65.80Buldak Cheese Combo (2-3 pax)RM 64.80\nBibimbap\n\nMenuHargaBibimbap with Boneless Thigh MeatRM 19.80Bibimbap with Boneless TenderRM 19.80\nChicken Section\n\nMenuHargaHalf Chicken ( 2 flavours)RM 25.50Whole Chicken (4 flavours)RM 48.506 pcs Wings & Drumlettes (1 flavour)RM 16.5012 pcs Wings & Drumlettes (2 flavours)RM 32.00Boneless Thigh Meat (1 flavour)RM 15.80Boneless Tenders (1 Flavour)RM 15.80\nMix & Match\nMenuHarga2 pcs Wings + 2 pcs DrumlettesRM 16.805 pcs Boneless TenderRM 16.805 pcs Boneless Thigh Meat ComboRM 16.808 pcs Fried Oyster MushroomRM 16.803 pcs Boneless Thigh Meat & 3 pcs Fried Oyster MushroomRM 16.80\nRamyeon Section\n\nMenuHargaCheesy Tteokbokki RamyeonRM 13.50Kimchi Ramyeon with Fried ChickenRM 16.80Buldak Ramyeon with Fried ChickenRM 16.80Carbonara Buldak Ramyeon With Fried ChickenRM 16.80Mushroom Ramyeon With Fried ChickenRM 16.80Jjajangmen With Fried ChickenRM 16.80\nSandwich & Salads\n\nMenuHargaChicken SandwichRM 15.80Chicken Sandwich + Wedges + Iced Lemon TeaRM 20.80SaladRM 12.50Boneless Tender SaladRM 16.80Fried Oyster Mushroom SaladRM 16.80Wrap & WedgesRM 12.80\nSide Dish\n\nMenuHargaSpring Onion PancakeRM 14.80Kimchi PancakeRM 15.80Cheesy Tteokbokki with EggRM 9.50Potato WedgesRM 8.50Onion RingRM 8.50Fried King Oyster MushroomRM 7.80Seaweed RiceRM 4.00\nCan Drinks\nMenuHargaCan DrinksRM 6.50Grape JuiceRM 6.50Orange JuiceRM 6.50Pear JuiceRM 6.50SikhyeRM 6.50MilkisRM 6.50Apple DemisodaRM 6.50Lemon DemisodaRM 6.50Orange DemisodaRM 6.50\nIce Blended\nMenuHargaChocolate SmoothiesRM 10.80Matcha SmoothiesRM 10.80Mocha SmoothiesRM 10.80Lychee SmoothiesRM 10.80Blueberry SmoothiesRM 10.80\nSpecialty Lemonade\nMenuHargaHoney YujaRM 7.50LemonadeRM 7.50Pomegranate LemonadeRM 7.50Apple LemonadeRM 7.50Lychee LemonadeRM 7.50Blueberry LemonadeRM 7.50Grapefruit LemonadeRM 7.50\nOther Drinks\nMenuHargaKorean (3 in 1) CoffeeRM 4.20Honey LemonRM 6.20Fresh Brew Ice Lemon TeaRM 6.20Ice Lemon with Sour PlumRM 5.20Korean Green TeaRM 3.80Barley TeaRM 2.00Mineral WaterRM 3.80\nAdakah Jisoo Korean Fried Chicken Halal?\nMungkin ramai yang tertanya-tanya, adakah Jisoo Korean Fried Chicken ini berstatus halal?\nUntuk makluman, buat masa ini, restoran Jisoo Korean Fried Chicken berstatus mesra Muslim (no pork, no lard, no alcohol). \nPenerangan tentang status halal Jisoo Korean Fried Chicken\nHidangan Korea yang ditawarkan di Jisoo Korean Fried Chicken semuanya nampak enak dan menarik untuk dicuba. \nKhas buat penggemar hidangan dengan citarasa Korea, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Jisoo Korean Fried Chicken di cawangannya sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-kertas-kerja/", "title": "Contoh Kertas Kerja Program Di Pejabat / Sekolah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda sedang mencari contoh kertas kerja untuk pelaksanaan sesuatu program di sekolah, agensi atau jabatan kerajaan?\nSekiranya anda telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi sesuatu program sama ada di peringkat sekolah, organisasi atau jabatan, anda biasakan akan diminta untuk memberikan cadangan untuk menjayakan sesuatu program tersebut.\nKebiasaannya cadangan ini akan ditulis dalam bentuk kertas kerja.\n\n\n\n\n\n\nSesetengah pihak mengatakan bahawa kertas kerja merupakan perkara yang merumitkan namun realitinya dengan menyediakan kertas kerja program yang dirancangkan, anda dapat melihat keseluruhan program daripada aspek kewangan, aturcara dan lain-lain lagi bagi memastikan idea tersebut sama ada realistik ataupun tidak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu kertas kerja?\n\n \nContoh program yang memerlukan kertas kerja\n\n \nPerkara wajib dinyatakan dalam kertas kerja\n\n \nContoh kertas kerja\n\n\nApa itu kertas kerja?\nKertas kerja merupakan dokumen rasmi cadangan untuk menyakan sesuatu program yang turut disertakan dengan beberapa butiran penting seperti yang berikut:\nBajet kewangan ObjektifTarikhMasa dan aturcara programNama AJK yang terlibat sebagai pelaksanaTempat\u2026 dan segala butiran lain yang dirasakan perlu bagi memastikan idea atau cadangan yang dinyatakan dalam kertas kerja ini mudah difahami dan dipertimbangkan\nContoh program yang memerlukan kertas kerja\n\nBerikut merupakan antara program-program yang memerlukan penganjur menyediakn kertas-kerja bagi menyakan program-program ini:\nProgram lawatan sambil belajarProgram sukanekaProgram keceriaan kelasMesyuarat PIBGProgram merentas dewaAcara sukan tahunanProgram seminar motivasi PMR/SPMPertandingan kawad kakiPerarakan bulan kemerdekaanSambutan Hari GuruProgram pemantapan sahsiah muridProgram Anugerah Pelajar CemerlangProgram Majlis PersaraanKem Motivasi PelajarProgram Perkhemahan PerdanaSeminar Teknik Menjawab Soalan PMR/SPMdan lain-lain lagi\nPerkara wajib dinyatakan dalam kertas kerja\nBerikut merupakan panduan perkara-perkara yang mesti dinyatakan dalam kertas kerja anda agar kertas kerja tersebut lebih mudah difahami dan diterima.\nPendahuluan \u2013 Nyatakan secara ringkas berdekanaan latar belakang programMatlamatObjektifTarikh pelaksanaanSenarai ahli jawatankusaa \u2013 Nyatakan nama dan jawatan setiap ahliAnggaran perbelanjaan \u2013 Nyatakan butiran perbelanjaanJadual dan atur cara programdan butiran-butiran lain yang diperlukancontohnya sekiranya anda ingin menjemput penceramah dari luar, anda perlu juga menyediakan surat jemputan rasmi kepada pihak penceramah. Anda juga boleh memasukkan sedikit sebanyak profil penceramah, memperlihatkan sebab mengapa penceramah tersebut layak dipanggil untuk memberikan ceramah bagi program yang dianjurkan\n\nContoh kertas kerja\nSekiranya anda berminat untuk memuat turun contoh atau template kertas kerja, anda boleh klik pautan di bawah untuk memuat turun contoh kertas kerja yang disediakan di laman Jabatan Kebajikan Masyarakat.\n>>> Muat turun contoh template kertas kerja\nBaca juga: \nCara Kira Kelayakan Beli Rumah (Formula DSR)Contoh Email Mohon Kerja Yang Ringkas & Padat (BM & BI)Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myproton/", "title": "MyProton: Temujanji Servis Kereta & Pandu Uji Proton", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMyProton merupakan sebuah aplikasi bagi peranti mudah alih yang dibangunkan oleh Proton Holdngs Berhad untuk pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan mereka.\nHari ini, kebanyakan daripada kita bergantung kepada telefon pintar dalam pelbagai situasi seperti membuat temu janji, mendapatkan maklumat, dan untuk membeli produk serta mendapatkan perkhidmatan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nFungsi & Kemudahan Aplikasi MyProton\n\n \nCara Buat Temujanji Servis & Penyelenggaraan Kereta Proton\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n\nPengenalan\nJika Perodua memiliki aplikasi Ufirst, maka Proton pula mempunyai aplikasi MyProton yang mempunyai fungs yang seakan-akan sama dengan aplikasi Ufirst.\nDengan aplikasi mudah alih MyProton, pelanggan kini boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat temu janji menyelenggara dan memandu uji kereta Proton.\nPihak Proton menyediakan akses kemudahan untuk pelanggan bagi mendapatkan maklumat di hujung jari seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin moden,\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: UFirst Perodua: Cara Daftar & Semakan Temujanji Servis Kereta\nFungsi & Kemudahan Aplikasi MyProton\n\nMelalui aplikasi ini, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:\n\nTemu janji untuk memandu uji kereta Proton;\nTemu janji bagi servis atau penyelenggaraan kereta;\nSambungan ke panggilan Mobile Assist untuk bantuan;\nMaklumat mengenai semua model Proton;\nMaklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa;\nLokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan;\nKatalog alat ganti;\nSambungan ke saluran media sosial PROTON \u2013 Facebook, Instagram dan Youtube; dan\nKalkulator pengiraan pinjaman\n\nCara Buat Temujanji Servis & Penyelenggaraan Kereta Proton\nSelain menelefon terus ke pusat servis Proton, anda boleh menempah slot servis kereta Proton anda terus daripada aplikasi MyProton ini.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk membuat tempahan slot perkhidmatan servis kereta anda:\n\nBuka aplikasi MyProton\nKlik pada \u201cService\u201d\nPilih Model Kereta Anda\nPilih Negeri\nPilih Bandar\nPilih cawangan pusat servis\nPilih jenis servis\nKlik butang Next dan lengkapkah tempahan slot perkhidmatan servis anda\n\nRujuk infogarfik di bawah:\n\nContoh paparan:\n\nSiapa sini booking servis kereta guna website atau MyProton app, anda akan terus dapat email dan kemudian Service Center akan call kita untuk confirmation.\nSeterusnya anda juga akan dapat SMS.. mudah kannn! \nTak perlu nak gusar hati untuk pergi walk-in lock appointment atau call tunggu pick-up & tanya tarikh masa yang kita suka!\nMuat turun aplikasi\nAplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk pelbagai paltform peranti mudah alih anda.\nSila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MyProton ini:\n\nGoogle Play (Android)\nApp Store (iOS)\n\nPastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini daripada sumber yang sahih sahaja untuk mengelakkan peranti anda daripada digodam.\nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi MyProton, lawati laman sesawang rasmi PROTON:\nhttps://www.proton.com/en/shopping-tools/myproton-app\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-suami-menemani-isteri-bersalin-di-hospital-kerajaan/", "title": "SOP Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOP Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan (KKM)\nAdalah dimaklumkan bahawa kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak di wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkuatkuasa pada Oktober 2021, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat kepada SOP yang ditetapkan.\nPolisi serta garis panduan yang dikeluarkan ini adalah bersifat dinamik bergantung kepada situasi COVID-19 semasa. \nDalam sebuah makluman bertarikh 9 Mac 2022, KKM sekali mengingatkan SOP terkini yang perlu dipatuhi oleh suami untuk menemani isteri di wad bersalin Hospital Kerajaan (KKM).\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin\nSOP Suami Menemani Isteri Bersalin Di Hospital Kerajaan (Terkini)\nBerikut adalah SOP dan kriteria terkini bagi suami / ahli keluarga untuk menemani ibu hamil semasa bersalin:\nA) Suami / ahli keluarga telah melengkapkan Vaksinasi Covid-19 iaitu\n14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis 2 dos iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca28 hari selepas menerima vaksin jenis 1 dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson\nB) Suami / ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian\nATAU\nC) Suami / ahli keluarga memberi kit ujian kendiri Covid-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan\n\nBegitu juga, pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.\nKKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.\nSemak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\nBaca juga: SOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sarjana-pendidikan-ukm-cuti-sekolah/", "title": "Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN SARJANA PENDIDIKAN UKM MOD CUTI SEKOLAH UNTUK SESI KEMASUKAN TAHUN 2023 TELAH DIBUKA!!!\nBerita yang ditunggu-tunggu telahpun tiba! \n\nJika anda guru sekolah yang ingin bersedia untuk masa hadapan.\nJika anda ingin meningkatkan daya saingan dalam kerjaya.\nJika anda tidak dapat meluangkan masa setiap hari dan setiap minggu untuk melanjutkan pengajian.\nJika anda bercita-cita menjadi pensyarah.\nJika anda dapat meluangkan masa ketika cuti sekolah.\n\nAyuh, dapatkan maklumat serta borang permohonan secara online sahaja!\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 JANUARI 2023. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah?\n\n \nTempoh Pengambilan\n\n \nSyarat Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023\n\n \nBidang Yang Ditawarkan\n\n \nLokasi Pusat Pengajian\n\n \nCara Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah?\nProgram sarjana ini merupakan program pengajian peringkat sarjana (Master in Education) yang direka khas untuk dijalankan sewaktu cuti sekolah di bawah kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMShape), dan Koperasi Siswazah Bangi Berhad. \n\n\n\n\n\n\nIa bukan sahaja terbuka kepada semua warga pendidik, tetapi juga kepada orang awam yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana tanpa mengganggu kerja hakiki masing-masing. \nProgram ini bakal memasuki tahun ke-7 dan sesi pengambilan pelajar baharu tahun 2023 akan bermula tidak lama lagi.\nAyuh, kembangkan potensi diri dan kerjaya anda ke peringkat yang lebih tinggi dengan segulung ijazah sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi dengan yuran berpatutan.\nLanjutkan pengajian anda di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA menerusi Program Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah untuk sesi kemasukan 2023! \nPengajian hanya dijalankan semasa cuti sekolah, maka anda tidak perlu tinggalkan karier anda untuk menyambung pengajian.\n\nKEISTIMEWAAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH:\n\nIjazah sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) \u2013 tempat ke-30 dalam QS Asia University Rankings 2023, tempat ke-129 dalam QS World University Rankings 2023 dan tempat ke-138 dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2022 (dan semakin cemerlang saban tahun).\nPengiktirafan MQA \u2013 Struktur kursus, jam kredit, dan pensyarah berpengalaman sama seperti pengajian arus perdana.\n4 lokasi pengajian \u2013 UKM Bangi, Kota Bharu, Kuching, dan Kota Kinabalu.\n20 bidang pengajian pengajian untuk dipilih \u2013 boleh dipohon oleh semua pemegang ijazah sarjana muda pelbagai latar belakang.\nKuliah hanya dijalankan sewaktu cuti sekolah \u2013 sesuai untuk warga pendidik dan warga kerja yang berminat melanjutkan pengajian. Anda tidak perlu korbankan kerjaya untuk melanjutkan pengajian.\nMod kerja kursus \u2013 tiada tesis atau viva di akhir pengajian.\nKadar yuran pengajian yang kompetitif \u2013 boleh dibayar secara ansuran sebanyak 12 kali.\nBoleh dibiayai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga RM19,000 sepanjang pengajian.* Yuran juga boleh dibayar menggunakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\nKemudahan Penginapan di UKM \u2013 Anda tidak perlu risau mengenai hal penginapan ketika menghadiri kuliah di UKM. Kami akan uruskan bagi pihak anda.\n\nTempoh Pengambilan\nPengambilan pelajar program ini dibuat setahun sekali sahaja.\nSyarat Kemasukan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023\nProgram sarjana ini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dari apa jua bidang.\nCalon sarjana program ini perlu menghabiskan 40 jam unit kerja kursus DAN menerbitkan satu prosiding/artikel jurnal berwasit bersama penyelia.\nMod pengajian adalah secara Kerja Kursus.\n\nBidang Yang Ditawarkan\n20 bidang pengajian ditawarkan iaitu:\n\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)\nKurikulum dan Pedagogi\nPendidikan Khas\nPendidikan Bahasa Melayu\nPendidikan Islam\nPendidikan Sains\nPendidikan Perniagaan dan Keusahawanan\nPengurusan Sukan\nPentadbiran Pendidikan\nSosiologi Pendidikan\nPendidikan Sejarah\nPendidikan matematik\nPsikologi Pendidikan\nPendidikan Prasekolah\nPenialaian dan Pengukuran\nPendidikan Ekonomi\nPendidikan Bahasa Arab\nPendidkan Sumber dan Teknologi Maklumat (Teknologi Pendidikan)\nPendidikan Komputer\nPendidikan Sastera\n\nLokasi Pusat Pengajian\n4 lokasi pusat pengajian untuk dipilih iaitu:\n\nUKM Bangi\nKota Bharu\nKota Samarahan\nKota Kinabalu\n\nCara Permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023\n\nLayari\u00a0www.koperasisiswazah.com\u00a0untuk mendapatkan maklumat serta borang permohonan.\nHantarkan borang yang lengkap diisi kepada pihak urusetia di e-mel [email\u00a0protected].\u00a0\n\n\nUntuk maklumat lanjut sila hubungi :\nUKMShape\n\nEn Syahir Hazmi : wa.link/f8dhy0\nPuan Normaulida : wa.link/kw2ptp\n\nKoperasi Siswazah Bangi Berhad\n\nCik Ahlam Kamel : wa.link/eaoc67\nCik Farah Elisha : wa.link/h9mjnj\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, sertai TELEGRAM melalui pautan berikut:\nChannel Utama:https://t.me/sarjanapendidikanUKM\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014Group UKM Intake 2023:https://t.me/+A1oi-HeRRalkMGQ9\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014Group Kota Bharu Intake 2023:https://t.me/+HLXsvoK3-6Q1NjE1\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014Group IPTAR Kota Samarahan Intake 2023:https://t.me/+voEi4Jaqul1hZDI1\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014Group Kota Kinabalu Intake 2023:https://t.me/+UExiLrGfK3YyZDk1\nBaca juga: DPLI UKM 2022 : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kemaskini-upuonline/", "title": "Fasa Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFASA KEMASKINI UPUONLINE 2023/2024 \nFasa Pengemaskinian UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024\nPemohon lepasan SPM 2022 boleh mengemaskini pilihan program pengajianyang LAYAK berdasarkan keputusan SPM 2022 bermula 11 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua calon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFasa Kemaskini UPUOnline\n\n \nTempoh Kemaskini\n\n \nApakah Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline?\n\n \nCara Kemaskini UPUOnline\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nFasa Kemaskini UPUOnline\nLEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024\nBERMULA 10 JUN 2023 | JAM 12.00 TENGAH HARI\n\n\n\n\n\n\nSEHINGGA 13 JUN 2023 | JAM 5.00 PETANG\nTapisan syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan kepada calon yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.\nCalon diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline.\n\nDi sini dikongsikan maklumat lanjut tentang tarikh dan cara membuat kemaskini UPUOnline.\nTempoh Kemaskini \nBermula 11 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang.\n\nApakah Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline?\nPemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.\nPemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.\nPemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.\nMana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.\nMaka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon. \nBuat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.\nJangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.\nBaca juga: eUKCG: Semakan Keputusan & Tarikh Ujian VKF & VP\nCara Kemaskini UPUOnline\n\nPemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/\nKemudian, klik pada bahagian \u2018Permohonan Kemasukan\u2018.\nLog masuk seperti biasa.\nCalon boleh mengemaskini pada ruangan\u00a0yang dikehendaki seperti\u00a0maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.\nSetelah selesai pengemaskinian, klik\u00a0pada butang \u2018SAH\u2018 dan \u2018HANTAR\u2018.\n\n\nBaca juga: STR Tambahan: Tarikh, Jumlah & Semakan Status Bayaran \nMaklumat Lanjut\nJangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :~\n\n\u00a0TikTok : @bkpaupu\n\u00a0Facebook : kemasukan bkpa jpt\n\u00a0Telegram : UPUONLINE CHANNEL\n\u00a0Instagram : @kemasukanbkpa\n\u00a0YouTube : bkpaUPU\n\nSebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:-\n\n\u00a0Hotline UPU: 03-86842363\n\u00a0Maklumbalas UPU:\u00a0https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/\n\u00a0E-mel: [email\u00a0protected]\n\u00a0UPUChat:\u00a0https://upuchat.org/\n\nBahagian Kemasukan Pelajar IPTAJabatan Pendidikan Tinggi,Kementerian Pengajian TinggiAras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya\nTALIAN HOTLINE\u00a0 : 03 8870 8200FAKS\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 : 03 8870 6864ALAMAT EMEL\u00a0 \u00a0 \u00a0:\u00a0[email\u00a0protected]\nSila layari laman web rasmi BKPA :https://upu.mohe.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aduan-potholes-dbkl/", "title": "Aduan Potholes DBKL: Cara Hantar Aduan Melalui WhatsApp", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan talian aduan melalui aplikasi WhatsApp dikenali sebagai \u2018Aduan Potholes DBKL\u2019 bagi kemudahan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota.\nDatuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah berkata aplikasi yang dilancarkan pada 7 Jan lepas itu membantu DBKL untuk segera membaiki sebarang jalan raya rosak atau berlubang berdasarkan maklumat orang ramai bagi memastikan ibu negara bebas daripada jalan berlubang.\n\n\n\n\n\n\nAduan Potholes DBKL ini diwujudkan demi keselamatan pengguna jalan raya berikutan banyak kes kemalangan dilaporkan berlaku sejak beberapa minggu ini berpunca daripada terdapatnya jalan berlubang di atas jalan raya.\nBaca juga: SPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Buat Aduan Potholes DBKL\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Buat Aduan Potholes DBKL\nUntuk membuat aduan kerosakan jalan kepada DBKL, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan:\nSila ambil gambar potholes / kerosakan jalan yang terlibatHantarkan ke aplikasi whatsapp Aduan Potholes DBKL \u2013 011 62396652 atau https://wa.link/jobdg3 atau scan QR code di atasSila berikan lokasi yang tepat bagi membolehkan pihak DBKL melaksanakan kerja baikpulih dengan lebih pantas.\nSila rujuk contoh aduan di bawah:\n\n\n\n\nBaca juga: Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos: Harga & Dokumen Yang Perlu Dibawa\nMaklumat Lanjut\nSelain aplikasi tersebut, DBKL juga mempunyai pelbagai saluran bagi orang awam memanjangkan aduan berkaitan jalan berlubang, antaranya melalui\nLaman web aduan ISPAAAHotline DBKL (pusat panggilan)Biro Pengaduan AwamAplikasi i-Tegur (KPKT)E-mel, telefon, bersurat selain aduan bersemuka melalui Pejabat Cawangan DBKL.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/subsidi-pembelian-telefon/", "title": "PEMERKASA: Subsidi Pembelian Telefon RM300 Untuk Isi Rumah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebentar tadi PM telah pun mengumumkan beberapa bantuan tambahan di bawah insentif PEMERKASA.\nJika sebelum ini kerajaan telah menyediakan subsidi RM200 untuk pembelian aircond / peti sejuk, kini melalui PEMERKASA kerajaan memperkenalkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM300.\nBantuan ini khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah dengan peruntukan RM2 bilion.\n\n\n\n\n\n\nKerajaan dijangka menawarkan subsidi ini bermula Mei depan.\nSubsidi Pembelian Telefon RM300 (PEMERKASA)\nKerajaan menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 dalam Belanjawan 2021 kepada RM300 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).\nPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subsidi itu disediakan untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.\n\u201cJika Belanjawan 2021 telah diumumkan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak 180 kepada semua penerima BPR, sukacita diumumkan tambah baik subsidi ini kepada RM300.\n\u201cKhusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Oleh itu, peruntukan program ini akan ditingkatkan kepada RM2 bilion dan akan dilancarkan pada awal Mei nanti.\n\u201cSaya menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan,\u201d katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rebat-vaksin-grab-selangor/", "title": "Rebat Pengangkutan Grab RM20 Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor telah meluaskan manfaat rebat pengangkutan Grab untuk tujuan vaksin COVID19 di Selangor bernilai RM20 bagi setiap individu.\nRebat RM20 kos tambang pergi dan balik (RM10 sehala) bagi tujuan pengambilan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai dengan membuat pesanan pengangkutan melalui aplikasi Grab ditawarkan mulai 20 Jun 2021 yang meliputi warga emas.\nNamun kini, keseluruhan warga Selangor dapat menikmati rebat sebanyak RM20 per individu.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang rebat ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nInisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19\n\n \nKelayakan\n\n \nTarikh Permohonan / Sahlaku\n\n \nCara Permohonan Rebat Vaksin Grab\n\n \nCara Penebusan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nInisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19\nInisiatif Rebat Pengangkutan Kepada Pengguna Grab Bagi Pengambilan Vaksin Covid-19 merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (\u201cKNS\u201d) melalui agensi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (\u201cMBI\u201d) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan pengangkutan (\u201cGRAB\u201d), bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasar mendapatkan pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih sekaligus memberi galakan kepada penerima vaksin untuk mematuhi jadual temujanji vaksin yang telah ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nSelaras dengan pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato\u2019 Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021, seramai 50,000 orang penerima vaksin di negeri Selangor bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan pemberian subsidi kos pengangkutan adalah sebanyak RM20 seorang merangkumi kos tambang pergi dan balik (RM10 sehala).\nBaca juga: GKP 3.0 PEMERKASA+: Semakan Status & Bayaran Tambahan RM500\nKelayakan\nRebat ini boleh ditebus oleh semua rakyat Selangor yang mempunyai akaun Grab sahaja.\nMuat turun aplikasi Grab di App Store ataupun Google Play Store dan daftarkan akaun menggunakan nombor telefon bimbit anda.\n\nTarikh Permohonan / Sahlaku\nPermohonan dibuka : 20 Jun 2021Permohonan ditutup: 29 September 2021Tempoh sah penggunaan ganjaran : Bermula 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021\nCara Permohonan Rebat Vaksin Grab\nSekiranya berminat, anda boleh membuat permohonan melalui pautan laman web https://rebatpengangkutangrabvaksin.borangmbiselangor.com/\nSila isikan borang permohonan yang tertera seperti dalam rajah di bawah.\nIsikan maklumat anda dengan lengkap dan anda akan menerima \u201cRewards\u201d dalam akaun Grab anda.\nPergi ke \u201cMy Rewards\u201d dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah \u201cActive Rewards\u201d.\n\nBaca juga: MyKasih: Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan (Cashless)\nCara Penebusan\nTerdapat 2 cara menebus ganjaran rebat vaksin ini iaitu seperti berikut:\nBuka aplikasi Grab anda.Klik pada ikon \u201cPoints\u201d anda.Pergi ke \u201cMy Rewards\u201d dan anda akan melihat ganjaran diskaun anda di bawah \u201cActive Rewards\u201d.Klik \u201cUse Now\u201d dan anda akan berada pada halaman tempahan Car.Masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.\nATAU\nMuat turun aplikasi Grab di App Store ataupun Google Play Store dan daftarkan akaun menggunakan nombor telefon bimbit anda.Pilih \u201cCar\u201d dan masukkan perjalanan tempahan anda bersama pusat vaksinasi anda di \u201cWhere to?\u201d.Seterusnya, tekan \u201cConfirm Pick Up\u201d.Sebelum menempah perjalanan anda, tekan pada \u201cOffer\u201d untuk ke ganjaran diskaun anda.Klik \u201cUse Now\u201d untuk menikmati potongan harga perjalanan anda.\n\nSetelah permohonan anda disahkan, anda akan mendapat ganjaran diskaun pada masa berikut:\nPastikan anda mendaftar di\u00a0https://platselangor.com/\u00a0untuk penebusan rebat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila e-melkan pertanyaan anda ke [email\u00a0protected] atau rujuk Facebook Plat Selangor : https://www.facebook.com/officialplatselangor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mybrainsc/", "title": "Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2022 (PhD, Master & Ijazah Pertama)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian, permohonan biasiswa MyBrainSc 2021 kini dibuka.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut untuk makluman anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa MyBrainSc 2022?\n\n \nObjektif Program\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan MyBrainSc 2022\n\n \nCara Permohonan MyBrainSc 2022\n\n \nDokumen Sokongan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa MyBrainSc 2022?\nBiasiswa MyBrain Sc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah(Ijazah Sarjana dan PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.\nProgram ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai\u00a0Nobel Laureate.\n\n\n\n\n\n\nObjektif Program\nMelahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi;Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate; danMenjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.\n\nBidang Pengajian\nFizikBiologiKimiaMatematik\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai pada 15 Mac 2022 sehingga 14 April 2022.\nBaca juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022\nSyarat Permohonan MyBrainSc 2022\nSyarat Permohonan MyBrainSc 2022 adalah berdasarkan tahap pengajian iaitu:\nA) Kedoktoran (PhD)\nCalon adalah warganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi\u00a035 tahun pada 1 Januari 2023;Calon telah mendapat\u00a0keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; danCalon yang\u00a0sedang mengikuti pengajian Ph.D\u00a0atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.\nB) Sarjana\nCalon adalah warganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi\u00a028 tahun pada 1 Januari 2023;Calon telah mendapat\u00a0keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; danCalon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.\nC) Ijazah Pertama\nCalon adalah warganegara Malaysia;Umur tidak melebihi\u00a021 tahun pada 1 Januari 2023;Calon memperolehi sekurang-kurangnya\u00a0PNGK 3.60\u00a0dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;Pelajar-pelajar yang berada di\u00a0semester akhir di peringkat Asassi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/ 1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;danPelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.\nCara Permohonan MyBrainSc 2022\nPermohonan dibuka mulai pada\u00a015 Mac 2022 sehingga 14 April 2022.Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di\u00a0https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu\u00a0LOG MASUK\u00a0di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.Klik sini untuk\u00a0panduan mengimbas dokumen sokongan.Klik sini untuk\u00a0panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/ Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat.\nBaca juga:Pakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\ni) Permohonan peringkat Ijazah Pertama :\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).Gambar berukuran passport.Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.Surat Tawaran Universiti (jika ada).\nii) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana :\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).Gambar berukuran passport.Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Transkrip penuh Ijazah Pertama.Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.Surat Tawaran Universiti (jika ada).\niii) Permohonan peringkat PhD :\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).Gambar berukuran passport.Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Transkrip penuh Ijazah Pertama.Skrol Ijazah Sarjana.Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.Surat Tawaran Universiti (jika ada)Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK,pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yangmenerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/ atau rujuk Manual Pengguna di SINI.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-gelembung-pelancongan-langkawi/", "title": "Senarai SOP Terkini Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOP Gelembung Pelancongan Langkawi\nKepada bakal pelancong ke Pulau Langkawi, berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSOP Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)\n\n \nJENIS PERCUTIAN YANG DIBENARKAN\n\n \nKATEGORI PELANCONG\n\n\nSOP Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)\nKerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 September 2021 menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan melalui cara-cara berikut:\n\n\n\n\n\n\nMenjalani ujian pengesanan Covid-19 ( Rt-PCR atau RTK-AG) dimana- mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas; atauPelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan COVID- 19 di tempat saringan yang disediakan; atauPelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.\n\nPengesanan awal kes COVID-19 dengan menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) ini boleh membantu individu-individu untuk memantau kesihatan dan menilai risiko kendiri bagi mendapatkan rawatan kesihatan sebelum terlambat sekali gus mengurangkan kes-kes Brought-in-Dead (BID). \nSelain itu, kit ujian RTK-Ag (kendiri) COVID-19 ini adalah mudah dan pantas untuk dijalankan di samping mempercepatkan proses individu yang positif dikenal pasti dan seterusnya diasingkan supaya risiko penyebaran kepada individu lain terutamanya golongan rentan dapat dikurangkan.\nJENIS PERCUTIAN YANG DIBENARKAN\nBerikut adalah jenis percutian yang dibenarkan di Langkawi dengan kebenaran PDRM:\nPercutian harianPercutian bermalamPercutian dengan tempahan penginapan / tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu\n\nBukti dokumen seperti berikut diperlukan untuk memohon kebenaran PDRM bagi pergerakan menggunakan jalan darat:\nresit pembayaran penginapan tiket pengangkutan sewaan kenderaan di Langkawi tiket masuk pusat tarikan pelancongan\nMEDIUM PENGANGKUTAN & PERGERAKAN YANG DIBENARKAN\n\n\nKATEGORI PELANCONG\nKategori pelancong yang dibenarkan adalah seperti di bawah:\nIndividu yang telah lengkap divaksinSemua warganegara MalaysiaBukan warganegara Malaysia\nRujuk penerangan lanjut di bawah:\n\nJadilah pelancong yang bertanggungjawab. Bersama-sama kita jayakan projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.\nJom melancong!\nMaklumat terperinci SOP boleh dilayari di www.motac.gov.my/covid19\nSOP_MOTAC_Gelembung_Pelancongan_Domestik_Berkuatkuasa_16_September_2021-_Dikemaskini_15_September_2021Download\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kssr/", "title": "Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.\nKSSR merupakan akronim bagi urikulum Standard Sekolah Rendah, sebuah standard silibus pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia \nIanya digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).\nKSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang secara dasarnya membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKomposisi Kurikulum\n\n \nStrategi Pengajaran dan Pembelajaran\n\n \nPerbezaan KSSR dan KBSR\n\n\nKomposisi Kurikulum\nKomposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada:\n\nModul Teras Asas\nModul Teras Tema\nModul Elektif\n\nModul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.\nModul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.\nModul Elektif pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.\nStrategi Pengajaran dan Pembelajaran\nKurikulum Standard Sekolah Rendah menegaskan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kesan yang optimum. \nAntara pendekatan P&P yang digunakan adalah seperti berikut :\n\nHands-on learning\nPembelajaran melalui permainan\nInkuiri penemuan\nPembelajaran berasaskan projek\nPembelajaran luar bilik darjah\nPembelajaran secara kontekstual\nPembelajaran secara konstuktivisme\nPembelajaran secara masteri\n\nStrategi pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam KSSR lebih berpusat kepada murid. \nMenurut Kementerian Pelajaran Malaysia, pendekatan yang digunakan memberikan peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid.\u00a0\nArtikel berkaitan: Pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Format & Templat Terkini\nPerbezaan KSSR dan KBSR\nCIRI-CIRIKBSRKSSRFokus PembelajaranMementingkan umurMementingkan tahapReka bentuk kurikulumMenekankan 3 aspek :\u00b7 Komunikasi\u00b7\u00a0Perkembangan diri individu\u00b7\u00a0Manusia dan alam sekelilingBerasaskan enam tunjang\u00b7\u00a0Komunikasi\u00b7\u00a0Kemanusiaan\u00b7\u00a0Perkembangan fizikal dan estetika\u00b7\u00a0Keterampilan diri\u00b7\u00a0Kerohanian, sikap dan nilai\u00b7\u00a0Literasi sains dan teknologiOrganisasi KurikulumTahap 1 :\u00b7\u00a0Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.Tahap 2 :\u00b7\u00a0Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.Tahap 1 :\u00b7\u00a0Modul Teras Asas\u00b7\u00a0Modul Teras\u00a0 Tema\u00b7\u00a0Modul ElektifTahap 2 :\u00b7\u00a0Modul Teras Asas\u00b7\u00a0Modul ElektifFokusFokus 3M ( Membaca, mengira dan menulis )Fokus 4M (Membaca, mengira, menulis dan menaakul)Bahan KurikulumSukatan pelajaranDokumen Standard KurikulumKaedah pentaksiranPenilaian yang ketara kepada pentaksiran sumatifPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)\u00b7\u00a0Dijalankan secara berterusan\u00b7 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran\u00b7\u00a0Bersifat autentik dan holistik.\nRujukan: http://pekanbatukurau.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/34-perbezaankbsrdankssr\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-menu-kenny-hills-bakers/", "title": "Kenny Hills Bakers : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKenny Hills Bakers : Senarai Menu & Harga Terkini\nBermula sebagai perniagaan bakeri kecil setengah lot, kini Kenny Hills Baker berkembang dengan adanya lima cawangan sekitar Lembah Klang. \nSeawal 8 pagi, kafe ini sudah mula menyajikan aneka menu yang segar dan menyelerakan buat semua penggemar pastri serta hidangan citarasa fusion.\nKenny Hills Bakers bukan saja menawarkan roti, malah variasi menu seperti gourmet sandwich, salad, nasi lemak, pasta serta pizza yang dibakar menggunakan kayu api turut menanti pelanggan.\nKafe ini juga cukup terkenal dengan Peach Strudelnya yang rapuh dan cair di mulut. Ramai yang sanggup datang dari jauh dan beratur untuk mencubanya!\n\n\n\n\n\n\nSuasana kafe ini juga cukup redup dan santai menjadikan ia lokasi yang sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga dan yang tersayang.\nUntuk makluman, Kenny Hills Bakers menggunakan ramuan daripada pembekal yang disahkan halal. \nNamun, terdapat dua menu kek yang menggunakan alkohol sebagai ramuan dan telah dilabel dengan jelas untuk makluman pelanggan Muslim. \n\u00a0Nak tahu apa yang ditawarkan di Kenny Hills Bakers? Jom kita tengok senarai menu serta harga terkini.\n\nBaca Juga : Kula Cakes : Senarai Menu & Harga Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenny Hills Bakers : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nBreakfast\n\n \nSignature Sandwiches\n\n \nWaffles\n\n \nHouse Favourite Toasties and Rillettes\n\n \nMinuman\n\n \nOrganic Tea\n\n \nHouse Coolers\n\n \nSuperfood Smoothies\n\n \nHouse Cold Pressed Juice\n\n \nSoup & Salad\n\n \nClassics\n\n \nBurgers & Buns\n\n \nPastas\n\n \nSides\n\n \nDinner Specialties\n\n \nFreshly Baked Wood-Fired Bread and Dips\n\n \nOrganic Wood-Fired Sourdough Pizzas\n\n \nPastries\n\n \nSavoury\n\n \nOur Signature Pies\n\n \nWeekend Specials\n\n \nCakes\n\n \nPies, Tarts & Fruits\n\n \nLoaves & Squares\n\n\nKenny Hills Bakers : Senarai Menu & Harga Terkini\n\nBreakfast\nMenuHargaThe Big BreakfastRM 38.00Our Basmati Nasi LemakRM 30.00Nasi KerabuRM 34.00The Old MalayanRM 16.00Eggs FlamencoRM 28.00Vegetarian Eggs FlamencoRM 28.00Truffled Eggs and Smoked SalmonRM 34.00\nSignature Sandwiches\n\nMenuHargaThe LafayetteRM 29.00Croissant Croque MonsieurRM 26.00Tuna Melt CroissantRM 26.00Smoked Salmon & Avocado CroissantRM 26.00Roasted Chicken & Avocado CroissantRM 26.00Salt Beef BagelRM 28.00Smoked Salmon BagelRM 28.00Roast Beef SandwichRM 30.00\nWaffles\n\nMenuHargaStrawberry & CreamRM 26.00BananutellaRM 26.00Fried Chicken & Maple SyrupRM 28.00\nHouse Favourite Toasties and Rillettes\nMenuHargaScrambled Egg & Cheese ToastieRM 28.00Truffle & Raclette ToastieRM 30.00Smoked Chicken ToastieRM 30.00Salt Beef Reuben ToastieRM 32.00Smoked Salmon RilletteRM 26.00Prawn RiletteRM 28.00\nMinuman\nCoffee\n\nMenuHotColdEspressoRM 10.00\u00a0 \u2013Espresso MacchiatoRM 11.00\u00a0 \u2013BlackRM 11.00RM 13.00PiccoloRM 11.00\u00a0 \u2013CortadoRM 11.00\u00a0 \u2013LatteRM 12.00RM 14.00CappucinoRM 12.00RM 14.00Flat WhiteRM 12.00\u00a0 \u2013ChocolateRM 13.00RM 15.00MochaRM 14.00RM 16.00\nOrganic Tea\nMenuHotColdEnglish BreakfastRM 11.00RM 13.00Earl GreyRM 11.00RM 13.00Chamomile HerbalRM 11.00RM 13.00Green TeaRM 11.00RM 13.00PeppermintRM 11.00RM 13.00Chai LatteRM 15.00RM 17.00Matcha LatteRM 15.00RM 17.00Hojicha LatteRM 15.00RM 17.00\nHouse Coolers\n\nMenuHargaIce Lemon TeaRM 15.00Ice Peach TeaRM 15.00Korean Plum & RosemaryRM 15.00Yuzu OrangeRM 15.00Ginger Lime AssamboiRM 15.00Fresh Passion Fruit & Wild Organic HoneyRM 15.00Lemongrass HoneyRM 15.00Sparkling WaterRM 8.00Mineral WaterRM 5.00\nSuperfood Smoothies\nMenuHargaBanana BerriesRM 19.00Avo ControlRM 19.00GrapefulRM 19.00\nHouse Cold Pressed Juice\nMenuHargaABC JuiceRM 15.00Green JuiceRM 15.00OG JuiceRM 15.00Pure Apple JuiceRM 15.00\nSoup & Salad\nMenuHargaSoup of The Day with Garlic BreadRM 22.00Chef\u2019s Salad of The DayRM 32.00Smoked Salmon and Honey-Chia Seed SaladRM 34.00Superfood Salad with Goat CheeseRM 34.00Crabmeat & Avocado SaladRM 36.00Rib-Eye Roast Beef Thai SaladRM 36.00\nClassics\nMenuHargaMoroccan Lamb Shepherd\u2019s PieRM 32.00Fish & ChipsRM 42.00Steak & ChipsRM 76.00\nBurgers & Buns\n\nRangkaian menu burger berjus ini dihidangkan bersama Fries dan Salad\nMenuHargaThe KHB Beef BurgerRM 42.00Crispy Fried Chicken BurgerRM 34.00Soft Shell Crab BurgerRM 34.00\nPastas\n\nMenuHargaTruffle Mac and CheeseRM 42.00Pesto PastaRM 30.00CarbonaraRM 35.00Salted Egg Yolk PastaRM 39.00Spaghetti & MeatballsRM 39.00Soft Shell Chili CrabRM 39.00LasagnaRM 39.00Seafood Aglio OlioRM 42.00\nSides\nMenuHargaRegular FriesRM 15.00Sweet Potato FriesRM 18.00Truffle FriesRM 22.00Side SaladRM 8.00Garlic BreadRM 6.00Extra ToastRM 5.00\nDinner Specialties\nMenuHargaChef\u2019s Slow-Cooked Beef Short RibsRM 83.00Wood Fire Roasted Chicken (Half Chicken)RM 58.00Wood Fire Roasted Chicken (Whole Chicken)RM 98.00\nFreshly Baked Wood-Fired Bread and Dips\nMenuHargaPita BreadRM 10.00ManeeshRM 14.00Truffle BreadRM 18.00\nDips\nMenuHargaClassic HummusRM 15.00Baba GanoushRM 15.00Fresh Basil PestoRM 16.00Feta Cheese & Olive OilRM 16.00\nOrganic Wood-Fired Sourdough Pizzas\n\nMenu8 Inci12 InciMargherita with BurrataRM 36.00RM 48.00SicilianRM 32.00RM 44.00Al FunghiRM 36.00RM 48.00Thee CheeseRM 32.00RM 44.00Beef PepperoniRM 32.00RM 44.00HawaiianRM 32.00RM 44.00Portobello Mushroom & SpinachRM 32.00RM 44.00MediterraneanRM 32.00RM 44.00Smoked SalmonRM 34.00RM 46.00SeafoodRM 34.00RM 46.00Half & Half\u2013RM 50.00\nPastries\n\nMenuHargaChocolate Chip CookieRM 6.00CaneleRM 8.00Signature Egg TartRM 8.00Pain Au ChocolatRM 9.00Pain Au RaisinRM 9.00Cinnanom DanishRM 9.00Plain CroissantRM 8.00SconeRM 8.00Almond CroissantRM 10.00Nutella CroissantRM 9.00BananatellaRM 9.00Peach StrudelRM 18.00\nSavoury\n\nMenuHargaHomemade Sausage RolllRM 8.00Tuna PuffRM 8.00Chicken Curry PuffRM 9.00Mushroom TartRM 16.00Turkey Ham, Gruyere & Tomato TartRM 16.00Quiche of The DayRM 24.00\nOur Signature Pies\nMenuHargaChicken & Portobello PieRM 27.00Beef & Portobello PieRM 29.00Fish PieRM 30.00\nWeekend Specials\nMenuHargaChelsea BunRM 6.00Morning BunRM 6.00Kaya CroissantRM 9.00Kouign AmmanRM 9.00Cruffin (Tiramisu or Salted Egg Yolk)RM 10.00Doghnuts (Salted Egg Yolk, Jam, Lemon Curd, Chocolate)RM 10.00Chocolate BabkaRM 13.00Blueberry DanishRM 14.00\nCakes\nCounter Cakes\n\nMenuHargaBanana BreadRM 12.00Butter Cake LoafRM 15.00Lemon Pistachio CakeRM 15.00Pecan PieRM 15.00Nutella Marshmallow BrownieRM 16.00Classic Apple PieRM 18.00Orange Polenta CakeRM 15.00Baklava TartRM 16.00Chocolate Almond Butter TartRM 17.00\nChilled Cakes & Tarts\nMenuHargaChocolate EclairRM 12.00Chocolate Truffle TorteRM 16.00Crumble CheesecakeRM 16.00Salted Caramel Apple CheesecakeRM 16.00Tiramisu CakeRM 16.00Black Forest CakeRM 16.00Onde-Onde CakeRM 16.00Snickers CakeRM 16.00Burnt CkeesecakeRM 16.00PavlovaRM 16.00Macadamia CheesecakeRM 18.00Tiramisu (mengandungi alkohol)RM 18.00Guiness Bailey\u2019s Chocolate Cake (mengandungi alkohol)RM 18.00Key Lime PieRM 16.00Lemon Meringue PieRM 16.00Salted Caramel Chocolate TartRM 16.00Strawberry TartRM 18.00\nHomemade Bottled Goods\nMenuHargaPeanut ButterRM 26.00Stone-Ground Almond ButterRM 36.00Homemade Strawberry JamRM 16.00Homemade KayaRM 16.00\nPies, Tarts & Fruits\nMenuHargaPecan PieRM 150.00 (saiz 9\u201d)Classic Apple PieRM 160.00 (saiz 9\u201d)Salted Caramel Chocolate TartRM 160.00 (saiz 9\u201d)Pavlova \u00a0RM 160.00 (saiz 10\u201d) / RM 190 (double layer)Strawberry TartRM 180.00 (saiz 9\u201d)Lemon Meringue PieRM 160.00 (saiz 9\u201d)Key Lime PieRM 160.00 (saiz 9\u201d)\nLoaves & Squares\nMenuHargaButter Cake LoafRM 130.00Nutella & Marshmallow BrownieRM 140.00Banana BreadRM 120.00\nWah, banyak rupanya menu yang ditawarkan di Kenny Hills Bakers. Sampai rambang mata dibuatnya! Semuanya nampak sedap dan menarik untuk dicuba. \nJadi, tunggu apa lagi? Jom rancang bersama rakan dan keluarga untuk ke kafe ini dan nikmati aneka hidangan yang membuka selera! \nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook Kenny Hills Bakers bagi ketahui promosi serta tawaran terkini!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lupa-password-bsn-online-mybsn/", "title": "Lupa Kata Laluan BSN Online? Ini Cara Tukar Password MyBSN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJika anda pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking, tapi dah lupa pula kata laluan (password) untuk login ke akaun anda \u2013 jangan risau. \nDi sini kami kongsikan cara tukar / reset semula password tu agar boleh diakses semula.\nJom tengok langkah-langkahnya di bawah:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLupa Kata Laluan, Ini Cara Tukar Password BSN Online Banking\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLupa Kata Laluan, Ini Cara Tukar Password BSN Online Banking\nBeberapa persediaan sebelum membuat langkah menukar kata laluan, pastikan anda:\n\nMempunyai internet yang stabil \u2013 seeloknya gunakan laptop\nSediakan kad ATM / kad debit BSN beserta nombor pin\nMasih menggunakan nombor telefon yang didaftarkan dengan BSN (Sebab nanti anda akan menerima nombor OTP dan TAC untuk segala urusan transaksi. Jika nombor telefon yang didaftarkan belum dikemaskini, sila hubungi BSN terlebih dahulu).\n\nRujuk langkah-langkah di bawah untuk tukar password BSN online banking:\nLANGKAH 1\n\n\n\n\n\n\nLayari\u00a0mybsn.com.my/mybsn/login/login.do\nJangan sesekali buka melalui link yang tidak disahkan.\nTerus tekan Forgot Password.\n\nLANGKAH 2\nIsi username, debit card number, no pin kad atm (Paparan ini akan muncul sejurus sahaja anda taip nombor kad debit yang 16 digit tu).\nIsi cvv2 (3 angka dkt belakang kad), expiry date (Depan kad ada bahagian tertulis Valid Thru) serta IC anda.\nTekan submit.\n\n LANGKAH 3 \nKemudian tuliskan password baru anda. \nPassword ini perlu unik dan anda perlu ingat / simpan elok-elok.\nContohnya Minah_5678\nKombinasi kata laluan ini kena ada huruf besar, huruf kecil, nombor dan seeloknya letak skali simbol.\n\nLANGKAH 4\nTaip semula password tadi dan selepas itu tekan Request OTP. Rujuk gambar di bawah.\n\nSudah dpt OTP, sila isi nombor tersebut di ruangan OTP NUMBER.\nTekan submit.\n LANGKAH 5 \nKalau tak ada apa-apa masalah, proses ini dikira berjaya dan anda akan terima notis.\nAnda bolehlah login semula menggunakan password baru yang telah ditukar tadi.\nSelesai.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi HOTLINE BSN di talian\u00a01300 88 1900\u00a0atau e-mel ke\u00a0\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau layari\u00a0https://www.bsn.com.my/\nBaca juga: \n\nPerbankan SMS BSN: Pendaftaran, Kod & Perkhidmatan Yang Ditawarkan\nSkim Perumahan Belia BSN: Permohonan & Semakan Status\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-kerajaan/", "title": "SPA9 Jawatan Kosong Kerajaan Jun 2021. Mohon Sekarang!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTengah cari jawatan kosong kerajaan sepanjang tahun 2021?\nBerikut kami kongsikan senarai kerja kosong terkini yang diiklankan melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).\nUntuk makluman, kesemua jawatan ini boleh dimohon secara online melalui portal rasmi SPA9 yang baru.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Kosong Kerajaan 2021\n\n \nPermohonan SPA9\n\n\nJawatan Kosong Kerajaan 2021\nBerikut adalah senarai jawatan kosong yang masih dibuka sepanjang bulan Jun 2021. Antaranya:\nJAWATANTARIKH TUTUP PERMOHONANPengajar Gred U41 (Juruteknologi Makmal Perubatan)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Juruteknologi Pergigian)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Juru X-Ray)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Jurupulih Perubatan Anggota)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Jurupulih Perubatan Cara Kerja)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Jururawat)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Jururawat Pergigian)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Farmasi)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)\u00a08 Jun 2021Pengajar Gred U41 (Penolong Pegawai Perubatan)8 Jun 2021Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19\u00a06 Jun 2021Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L196 Jun 2021Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik7 Jun 2021\nUntuk maklumat lanjut tentang jawatan yang ditawarkan, anda boleh rujuk deskripsi tugas dan senarai gaji di portal rasmi SPA.\nPermohonan SPA9\nSeperti sedia maklum, SPA kini telah menggantikan sistem permohonan jawatan kosong kerajaan sebelum ini yang dikenali sebagai borang SPA8i kepada sistem yang lebih efisyen iaitu SPA9.\nMelalui sistem ini, segala data anda telah dikemaskini termasuk taraf pendidikan dan sebagainya.\nSekiranya anda belum mendaftar ke sistem baru tersebut, sila rujuk tutorial pendaftaran SPA9 yang telah kami sediakan di sini.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-ibu-tunggal-negeri-melaka-2022-ppwn/", "title": "Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 PPWN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA 2022 (PPWN)\nSukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022\n\n \nKategori Pemohon Yang Layak\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPermohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022\nPermohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan bermula 5 Ogos hingga 31 Ogos 2022.\nBorang permohonan boleh didapati di :\nPejabat Pembangunan Wanita Negeri MelakaAras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka\nWaktu Operasi:\n\n\n\n\n\n\nIsnin \u2013 Khamis8.00 Pagi \u2013 1.00 Petang2.00 Petang \u2013 5.00 PetangJumaat8.00 pagi \u2013 12.15 tgh hari2.45 petang \u2013 5.00 petang\nATAU\nPejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, KPWKMAras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka\nWaktu Operasi:\nIsnin \u2013 Khamis I Sabtu & Ahad8.00 Pagi \u2013 1.00 Petang2.00 Petang \u2013 5.00 PetangJumaat8.00 pagi \u2013 12.15 tgh hari2.45 petang \u2013 5.00 petang\nATAU\nKompleks-Kompleks JAPERUN berdekatan anda seperti dalam senarai berikut:\nDAERAH : MELAKA TENGAH\nBILNAMA JAPERUNALAMAT1AYER KEROHKOMPLEKS JAPERUN AYER KEROH, DEWAN KASTURI AYER KEROH HEIGHTS, LORONG UTAMA AYER KEROH, 75450 MELAKA2AYER MOLEKKOMPLEKS JAPERUN AYER MOLEK, KM 10 JALAN AYER MOLEK, 75460 MELAKA3BUKIT KATILKOMPLEKS JAPERUN BUKIT KATIL, DEWAN DATO\u2019 DEMANG HUSSIN, KM 9, JALAN BUKIT KATIL, 75450 MELAKA4PENGKALAN BATUKOMPLEKS JAPERUN PENGKALAN BATU, JALAN BACHANG, 75350 MELAKA5SUNGAI UDANGKOMPLEKS JAPERUN SUNGAI UDANG, KM 20, SUNGAI UDANG, 76300 MELAKA6KLEBANGKOMPLEKS JAPERUN KLEBANG,JALAN GANGSA 1, KLEBANG KECIL, 75250 MELAKA7PAYA RUMPUTKOMPLEKS JAPERUN PAYA RUMPUT, KM 11 JALAN CHENG, 75250 MELAKA8PANTAI KUNDURKOMPLEKS JAPERUN PANTAI KUNDOR, KM 14, KAMPUNG GELAM, 76400 TANJUNG KLING, MELAKA9TELOK MASKOMPLEKS JAPERUN TELOK MAS, \u00a0LOT 1137, JALAN LAMA TELOK MAS, 75460 MELAKA10BANDAR HILIRKOMPLEKS JAPERUN BANDAR HILIR, NO 322, JALAN PARAMESWARA, 75000 MELAKA11DUYONGKOMPLEKS JAPERUN DUYONG,NO 3123-1 KM 5, LEBUH AMJ, TAMAN SEMABOK EMAS, 75050 MELAKA12KOTA LAKSAMANAJAPERUN KOTA LAKSAMANA, LORONG TUN MAMAT 3,KAMPUNG MORTEN, 75300 MELAKA13KESIDANGKOMPLEKS JAPERUN KESIDANG, TAMAN MELAKA BARU FASA 3, 75350 MELAKA\nDAERAH ALOR GAJAH\nBILNAMA JAPERUNALAMAT1KUALA LINGGIKOMPLEKS JAPERUN KUALA LINGGI, BANGUNAN MARA, KUALA SUNGAI BARU, 78200 MELAKA2TANJUNG BIDARAKOMPLEKS JAPERUN TANJUNG BIDARA, PENGKALAN BALAK, 78300 MASJID TANAH,MELAKA3AYER LIMAUKOMPLEKS JAPERUN AYER LIMAU, 78100 LUBOK CHINA, MELAKA.4LENDUKOMPLEKS JAPERUN LENDU, 78300 MASJID TANAH, MELAKA5TABOH NANINGKOMPLEKS JAPERUN TABOH NANING, KAMPUNG PERNAU,SIMPANG EMPAT, 78000 ALOR GAJAH MELAKA6REMBIAKOMPLEKS JAPERUN REMBIA,BT 13, JALAN SUNGAI PETAI, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA7GADEKKOMPLEKS JAPERUN GADEK, JALAN TANJUNG RIMAU LUAR, 78000 ALOR GAJAH,MELAKA8MACHAPKOMPLEKS JAPERUN MACHAP, KAMPUNG BUKIT BULAT, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA9DURIAN TUNGGALKOMPLEKS JAPERUN DURIAN TUNGGAL, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA\u00a0\u00a0\u00a0\nDAERAH: JASIN\nBILNAMA JAPERUNALAMAT1BEMBANKOMPLEKS JAPERUN BEMBAN, 77200 JASIN MELAKA\u00a0\u00a02ASAHANKOMPLEKS JAPERUN ASAHAN,JALAN MELANGKAN, 77100 ASAHAN, MELAKA.3RIMKOMPLEKS JAPERUN RIM,BANDAR BARU JASIN 2, 77000 JASIN, MELAKA4SERKAMKOMPLEKS JAPERUN SERKAM, KM 18 JALAN SERKAM BEMBAN, 77200 JASIN, MELAKA5MERLIMAUKOMPLEKS JAPERUN MERLIMAU, LIPAT KAJANG, 77000 JASIN, MELAKA.6SUNGAI RAMBAIKOMPLEKS JAPERUN SUNGAI RAMBAI, 77400 SUNGAI RAMBAI MELAKA\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\nBaca juga: \nTarikh Cutu Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 Bantuan Awal Persekolahan :Semakan Kelayakan RM150 One-off\nKategori Pemohon Yang Layak\nPerempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori :\nIbu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan; atauMempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan); atauIbu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.\nSyarat- syarat kelayakan\nPemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap(tinggal) di Melaka; danWanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalamtafsiran definisi Ibu Tunggal; danMempunyai pendapatan seisi rumah di bawah PendapatanGaris Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,289.00 atau RM337.00 per-kapita; danMempunyai tanggungan berusia 17 tahun dan ke bawah sertamasih bersekolah.\nMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nJabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka\nAras 15 Menara PersekutuanJalan Persekutuan, MITC Ayer Keroh75450 Melaka\njpw.gov.my\n06-231 0334\n[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/larangan-penjawat-awam-membuat-pernyataan-di-media-sosial/", "title": "Larangan Penjawat Awam Membuat Pernyataan Di Media Sosial", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLARANGAN MEMBUAT PERNYATAAN AWAM DI MEDIA SOSIAL BAGI PENJAWAT AWAM : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]\nIntegriti adalah amalan bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat. Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan walaupun tidak diperhatikan atau diawasi.\nMembentuk diri untuk menjadi seorang individu yang berintegriti bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, setiap manusia harus memiliki sifat integriti agar urusan kehidupan kita menjadi lebih teratur dan harmoni.\nPembudayaan amalan integriti dapat melahirkan warga kerja yang lebih efisien, produktif dan beretika. Keadaan ini akan mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar dipatuhi.\nSistem tadbir urus sektor awam yang baik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan utama dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Integriti Media Sosial Penjawat Awam yang patut anda tahu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIntegriti Media Sosial Dalam Kalangan Penjawat Awam\n\n \nEtika Penggunaan Media Sosial oleh Penjawat Awam\n\n \nTindakan Tatatertib\n\n \nMuat Turun : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]\n\n \nBuku Etika Penjawat Awam\n\n\nIntegriti Media Sosial Dalam Kalangan Penjawat Awam\nSeseorang pegawai TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis tanpa kebenaran bertulis YB Menteri :\nSeseorang pegawai TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau yang boleh memalukan Kerajaan atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan\nMembuat apa-apa pernyataan awam mengenai dasar, program, atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu\nMemberi apa-apa maklumat faktual berhubung jabatannya\nMemberi apa-apa penjelasan atau laporan berhubung apa-apa insiden di jabatannya\n\nEtika Penggunaan Media Sosial oleh Penjawat Awam\nPenjawat awam hendaklah mengamalkan etika penggunaan media sosial dengan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] sebelum membuat pernyataan awam:\nTIDAK menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi ketika waktu pejabatTIDAK mendedahkan maklumat rasmi dalam media sosialTIDAK membuat komen berbentuk serangan peribadi atau isu-isu yang melibatkan agensiSEMAK ketepatan dan sensitiviti maklumat sebelum dihantarPASTIKAN perkongsian/penggunaan maklumat berkenaan dengan hak cipta atau harta intelek mendapat kebenaran\n\nTindakan Tatatertib\nTindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai didapati bersalah yang boleh membawa hukuman maksimum buang kerja kerana perbuatan tersebut ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan menjejaskan imej perkhidmatan awam.\n(Sumber : Surat KPPA 15 Julai 2016)\n\nMuat Turun : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]\nPeraturan-Peraturan-Pegawai-Awam-Kelakuan-Dan-Tatatertib-1993Download\nhttps://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PA/pua3951993/\nBuku Etika Penjawat Awam\nInstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerbitkan buku Etika Perkhidmatan Awam.\nBuku ini mengandungi panduan praktis etika-etika yang perlu diterapkan oleh penjawat awam di Malaysia selaras dengan penyampaian perkhidmatan terbaik.\nBagi melahirkan penjawat awam yang berintegriti dan profesional, buku Etika Perkhidmatan Awam ini boleh menjadi panduan kepada penjawat awam untuk menerapkan nilai, integriti dan etika yang tinggi menerusi pemahaman dan penghayatan daripada sumber yang komprehensif.\nJusteru, buku ini boleh dilayari dan dimuat turun melalui pautan seperti berikut:\nhttp://www.psp.edu.my/pspweb/files/staf/Etika%20Perkhidmatan%20Awam%202021_30jun2021_210716_231504.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myspp-online/", "title": "mySPP: Daftar Permohonan Pengambilan Guru SPP 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENDIDIKAN GRED DH41 2023 DI PORTAL MYSPP\nMulai 15 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan mySPP yang dinaiktaraf.\nBagi pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 yang telah mendaftar sebelum atau pada 21 April 2023, tidak perlu mendaftar akaun baharu sehingga diberitahu kelak.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan jawatan melalui mySPP.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MySPP?\n\n \nCara Daftar mySPP 2.0 (Versi Baru 2023)\n\n \nCara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online\n\n \nCara Membuat Semakan Status Permohonan\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MySPP?\nUntuk makluman para pencari kerja, mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP.\nSPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.\nSPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.\nSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :\n\nMelantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.\nMengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.\nMeluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.\nKawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.\nMeluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.\nBerperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.\n\nNOTA:\nDi bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.\nCara Daftar mySPP 2.0 (Versi Baru 2023)\nUntuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n1. Pendaftaran Baharu\nSila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/\nAnda akan dibawa ke halaman berikut.\n\nKlik pada \u2018Daftar Akaun Baharu\u2019\n2. Isi Maklumat\nPastikan semua medan bertanda * diisi. \nNombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.\nSelepas semua medan diisi, klik butang \u2018Daftar\u2019.\nSkrin Maklumat Pra Pendaftaran Baru Pemohon dipaparkan:\n\nPastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor Kad Pengenalan dan Nama mestilah sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan. \nAlamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP. \n3. Klik Hantar\nSetelah selesai memasukkan semua medan, klik butang Hantar.\n4. Pengaktifan Akaun\nPenghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan. \nSila semak semula medan-medan berkaitan sekiranya ralat berikut dipaparkan:\n\n5. Log Masuk\nAnda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.\nBaca juga : Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini\nSetelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.\nJadi, kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!\n\nRujuk panduan penuh dalam manual berikut:\nPanduan Pengguna mySPP 2.0 (Versi Baharu 2023) : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/panduan_pengguna.pdf\npanduan_pengguna-myspp-2023Download\nCara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online\nPemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP.\nPemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. \nRujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.\nLangkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:\n\nLog Masuk Portal mySPP\nKlik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).\nKlik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).\nIsikan Maklumat \u2018Pegawai Sedang Berkhidmat\u2019 sekiranya berkaitan.\nKlik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.\nKlik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu \u201cJawatan SPP\u201d dan sub-menu \u201cJawatan PDRM/LAIN\u201d.\nCalon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang \u2018Jawatan Yang Dipohon\u2019.\nPilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.\nSekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. \nSlip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.\n\n\nMUAT TURUN MANUAL PENGGUNA MYSPP\nPanduan lanjut, sila rujuk manual pengguna mySPP berikut:\nmanualPengguna-mySPPDownload\nCara Membuat Semakan Status Permohonan \nPemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan \u201cSemakan Permohonan\u201d di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php\nPemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. \nSkrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).\n\nSekiranya paparan \u201cTiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan\u201d bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.\nJika paparan \u201cTidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya\u201d bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.\n\n*Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.\nBaca juga : Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO\nSoalan Lazim\nSILA RUJUK SOALAN LAZIM (FAQ) MYSPP BERIKUT:\nfaq-mySPPDownload\n1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP? \u2013 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);\u2013 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:\u2013 Pembantu Tadbir (Perkeranian\u00a0dan Operasi) Gred N19;\u2013 Penyelia Asrama Gred N19;\u2013 Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;\u2013 Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;\u2013 Pembantu Makmal Gred C19;\u2013 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;\u2013 Pembantu Operasi Gred N11; dan\u2013 Pemandu Kenderaan Gred H11 2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut? Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP\u00a0di\u00a0https://myspp.spp.gov.my 3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan? SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.\u00a0Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu. 4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses\u00a0pendaftaran di JobsMalaysia? Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon. 5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP? Ya.Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya. \nMaklumat Lanjut\nBagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi \n\nSOALAN LAZIM : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php?pages=faq\nInfografik : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/pendaftaran.pdf\nTalian Hotline mySPP : \n\ni) Urusan Pengambilan : 03-8893 4019/4020\nii) Urusan Teknikal : 03-8893 4021\n\n\nSistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI.\n\nAlamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/egtukar/", "title": "eGTukar: Semakan & Permohonan Pertukaran Guru Online 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEGTUKAR SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGITAHUN 2023\nDimaklumkan bahawa permohonan dan semakan status eGTukar 2023 kini boleh dibuat secara online.\nSila rujuk artikel untuk cara semakan dan info lanjut yang berkaitan permohonan pertukaran.\n\nKEMASKINI PERTUKARAN GURU 2023 : PERMOHONAN 4 KALI SETAHUN, BOLEH DIBUAT SEPANJANG TAHUN\nMenteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata permohonan pertukaran guru kini tidak boleh dihalang guru besar atau pengetua yang sebelum ini diberi kuasa memberi kelulusan.\nBeliau turut mengumumkan pertukaran guru pula diubah kepada empat kali setahun berbanding hanya dua kali setahun sebelum ini.\nKementerian Pendidikan (KPM) telah menyusun semula proses pertukaran guru dengan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun melibatkan empat kali pertukaran setahun berbanding dua kali sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pertukaran yang dibuat pada setiap Mac, Jun, September dan Disember itu, mengikut kesesuaian tempat yang dipohon serta opsyen mata pelajaran di negeri terbabit, lapor Bernama.\nBeliau berkata pihaknya juga akan memastikan guru dapat mengajar subjek selain daripada iktisas kelayakan mereka supaya memberi kelebihan sewaktu meminta pertukaran nanti.\n\u201cLangkah itu adalah sebahagian daripada usaha menambah baik semula beberapa struktur sistem pendidikan negara. \nPenambahbaikan lain yang akan diberi perhatian adalah penyediaan platform aplikasi penyusunan jadual dan pengredan sekolah di seluruh negara,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 bertemakan \u2018Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\u2019 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.\nBerikut adalah maklumat terkini tentang eGTukar KPM dan cara membuat permohanan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Pertukaran Guru\n\n \nCara Permohonan eGTukar Online\n\n \nCara Login eGTukar KPM & Semakan Pertukaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan \nPermohonan pertukaran yang terkini dibuka sepanjang tahun, tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.\n\n\n\nSyarat Permohonan Pertukaran Guru \n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan\nGuru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan\nKPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan\nPenempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM\n\nGURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN\nBerikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:\n\nGuru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)\nGuru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji\nGuru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar\nGuru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib\nGuru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat\nGuru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat\n\nCara Permohonan eGTukar Online\nPermohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGtukar. \nPastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal\nTiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada\u00a0tarikh yang ditetapkan sahaja.\nSila layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my untuk permohonan.\nBaca juga: SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)\n\nCara Login eGTukar KPM & Semakan Pertukaran\nBerikut adalah langkah login eGTukar dan cara permohonan pertukaran guru.\nBerikut adalah cara dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:\n\nLayari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/\nMasukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan\nKlik OK\nAnda kini dalam sistem eGTukar\nKlik PERMOHONAN\nLengkapkan maklumat permohonan\nSila muat naik dokumen yang diperlukan\nKlik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar\nSave/Simpan salinan permohonan anda\nCetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu\nSila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan\n\n*Jika terlupa kata laluan, sila klik butang \u2018Lupa kata laluan egtukar\u2019 semasa login atau terus ke pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm\nNOTA: PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT GURU DIKEMASKINI MELALUI MODUL PENGURUSAN GURU E-OPERASI DAN DISAHKAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH TEKNIKAL.\nBaca juga: eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/.\nJika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:\n\nPejabat Pendidikan Daerah\n\nPermohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\n\nJabatan Pendidikan Negeri\n\nPermohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\u2013 Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah\n\n\nBPLTV\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional\n\n\nBPI\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.\n\n\nBPSBP\n\nPermohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh\n\n\nBPKHAS\n\nPermohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional\n\n\nBSKK\n\nPermohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.\n\n\n\nRujuk\u00a0SOALAN LAZIM\u00a0untuk maklumat lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-menyambut-ramadan/", "title": "Doa Menyambut Ramadan & Melihat Anak Bulan \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDOA MENYAMBUT RAMADAN & DOA SETELAH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN\nPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah di Malaysia melalui radio dan televisyen.\nPengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia itu akan dibuat selepas mendapat laporan melihat anak bulan Ramadan di beberapa lokasi mencerap di seluruh negeri yang diadakan lewat petang pada hari Rabu, 22 Mac 2023.\nDalam pada itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan hilal rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).\nPengisytiharan hari mula puasa bulan Ramadhan 2023 di Malaysia akan diumumkan di saluran RTM TV1 (jam 8:00 malam, 22 Mac 2023).\n\n\n\n\n\n\nDoa Menyambut Ramadan & Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan\nPara salafussoleh menyambut kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan banyak berdoa kepada Allah.\nMereka berdoa supaya direzekikan bertemu Ramadhan dan diberikan keberkatan, keimanan, keselamatan untuk menempuhi Ramadhan dengan ibadah-ibadah yang diterima.\nAntara doa yang diriwayatkan adalah doa ini.\nDOA MENYAMBUT BULAN RAMADAN\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0644\u0650\u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u064f\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u064b\u0627\n[Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.]\nMaksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).\n[Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dalam Kitab\u00a0al-Du\u2019a (913)]\nSumber: JAKIM\nDOA APABILA MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN\nRasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0647\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u064a\u064f\u0645\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0633\u0652\u0644\u0627\u0645\u0650\u060c \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a \u0648\u064e\u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\nAllahumma ahillahu \u2018alaina bil yumni wal iman was salamati wal Islam rabbi warrabbukallah\nMaksudnya: \u201cYa Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.\u201d\nSumber : JAKIM\nPerbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.\nSemoga Ramadan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat \u2018mardhatillah\u2019 yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani. Ingatlah sabda Nabi SAW:\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0627\u0645\u064e \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u062d\u0652\u062a\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064b\u0627 \u063a\u064f\u0641\u0650\u0631\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064e\u062f\u064e\u0651\u0645\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. [Riwayat Al-Bukhari (38)]\nJadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2023 / 1444H\n#NEGERI1Sabah2Wilayah Persekutuan Labuan3Sarawak4Johor5Melaka6Negeri Sembilan7Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya8Selangor9Pahang10Terengganu11Kelantan12Perak13Kedah14Perlis15Pulau Pinang\n"]} {"url": "https://ecentral.my/protege-rtw-ssm/", "title": "Permohonan Protege-RTW Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan bagi program Protege-RTW (Ready to Work) oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini telah pun dibuka bagi tahun 2023.\nGraduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 6 Januari 2023.\nTerdapat 40 kekosongan pelbagai Bahagian di Ibu Pejabat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kuala Lumpur.\nPermohonan ini adalah bagi kemasukan bulan Mac 2023.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nKemudahan yang diterima\n\n \nKeutamaan bidang pengajian\n\n \nCara memohon\n\n \nPersoalan / Pertanyaan\n\n\nSyarat kelayakan\nHanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut akan dipertimbangkan unuk permohonan untuk program Protege-RTW SSM ini:\n\nWarganegara Malaysia\nMemiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang yang diiktiraf\nAktif dalam bidang sukan / kokurikulum\nTamat pengajian kurang dari tempoh 1 tahun\n\nKemudahan yang diterima\nCalon-calon yang diterima masuk dalam program Protege-RTW SSM ini kelak akan mendapat kemudahan-kemudahan seperti yang berikut:\n\nElaun bulanan RM2000\nCuti tahunan\nCaruman PERKESO\nRawatan hospital kerajaan (pesakut luar)\nCuti Sakit \u2013 Dikira sebagia Cuti Tanpa Gaji\n\nKeutamaan bidang pengajian\nSelari dengan keperluan SSM, keutamaan untuk pemilihan program Protege-RTW ini akan diberikan kepada graduan dalam bidang pengajian berikut:\n\nPerakaunan (Accounting)\nUndang-undang (Law)\nSains Komputer (Computer Science) / Teknologi Maklumat (Information Technology)\nPengurusan Projek (Project Management)\nSains Aktuari (Actuarial Science)\nPentadbiran Perniagaan (Business Administration)\nKomunikasi Massa (Mass Communication)\nEkonomi (Economics)\nSumber Manusia (Human Resource)\nReka bentuk grafik (Graphic design) / Multimedia (Multimedia)\nLain-lain bidang pengajian yang setara dengnan keperluan SSM\n\nArtikel berkaitan: einfo SSM : Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia \nCara memohon\n\nIndividu yang berminat untuk program ini boleh memohon dengan melengkapkan borang dalam talian dengan segala maklumat yang diperlukan.\nBorang dalam talian ini boleh diakses melalui pautan di bawah:\nhttps://www.surveymonkey.com/r/protegessm2023?fbclid=IwAR0lDlY1uRxsHSOP2JOm4V7IcwSMFfOm0KazZczlQeCNbWIuE2mqkXvLNdc\nTarikh tutup permohonan bagi program Protege-RTW ini adalah pada 6 Januari 2023 jadi jangan lepaskan peluang ini bagi graduan baru yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas. \nPenempatan bagi program Protege-RTW adalah di Menara [email\u00a0protected] \nPersoalan / Pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, persoalan atau sekadar ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian 03-22994543 / 4791\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dana-kreatif-perak-port/", "title": "Skim Dana Kreatif Perak RM10,000 Untuk Penggiat Kreatif 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM DANA KREATIF PERAK @ PORT 2021 KINI DIBUKA.\nDANA KREATIF [email\u00a0protected] ini bertujuan membantu para penggiat seni dan budaya di Perak meneruskan pengkaryaan masing-masing dengan lebih lancar.\nHantarkan proposal lengkap projek anda selewat-lewatnya 26 Disember 2021 melalui emel [email\u00a0protected] ataupun terus ke pejabat PORT. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Dana Kreatif Perak @ PORT ?\n\n \nKategori Dana\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nTerma & Syarat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Dana Kreatif Perak @ PORT ?\nDana Kreatif [email\u00a0protected] merupakan satu skim bantuan seni yang sistematik dengan memberi keutamaan kepada para pengkarya dan golongan usahawan bidang seni kreatif kelahiran Perak.\n\n\n\n\n\n\nTujuan utama dana ini adalah untuk membantu menyokong pergerakan dan perkembangan penggiat seni.\nObjektif-objektif lainnya adalah untuk:\nMeluaskan penciptaan karya dalam bidang seni dan kreativitiMeringankan bebanan kos para penggiat seni untuk menyertai pameran, pementasan, konsert, bengkel dan forum di dalam dan di luar negara.Membantu menaikkan nama negeri Perak di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.\n\nKategori Dana\nSeni visual Seni halusSeni fotografiSeni mural / graffitiFesyenKartunKomikSeni videoFilem pendekKraftanganSeramikSeni PersembahanTarianTeaterPuisidraMonologDramaMimePuppetrySeni MuzikEksperimentalIndependenBrass bandNasyidBuskers\nTarikh Permohonan\nProposal perlu dihantar sebelum 26 Disember 2021.\nBaca juga: Harga Perodua Myvi Baru 2022 & Pengecualian Cukai Jualan Kereta\nTerma & Syarat\nTerma dan syarat permohonan boleh rujuk pada poster di bawah.\n\nBajet 2022 juga menyediakan pelbagai bantuan untuk para belia dan penggiat seni. Rujuk sepenuhnya senarai bantuan Bajet 2022 di sini:\nBantuan Kredit RM150 & Senarai Bantuan Belia Dalam Bajet 2022\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari\nhttps://www.portipoh.com.my/\n\u00a0Tentang PORT\nPORT (People Of Remarkable Talents) merupakan jenama bagi Kampung Karyawan Amanjaya, sebuah agensi kebudayaan yang didanai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak, Malaysia.\nDiasaskan pada tahun 2011, objektif utama PORT adalah untuk mengetengahkan bidang seni ke mata masyarakat melalui program-program berkaitan seni yang melibatkan personaliti-personaliti seni dan budaya dari dalam dan luar negara.\nObjektif utama PORT adalah untuk menyediakan peluang khususnya bagi para belia di Perak untuk mengembangkan bakat mereka di dalam seni visual, seni persembahan, sastera, filem dan lain-lain bidang kreatif, selain menambah ilmu pengetahuan melalui anjuran program-program bicara seni dan forum.\n Motto \u201cUnity Thru Arts\u201d menekankan kepentingan seni dan budaya sebagai satu platform penting untuk merayakan serta menjambatani bermacam jenis praktis dan pemikiran yang merentas bangsa dan latarbelakang.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ssm-oba/", "title": "SSM OBA : Semakan Perniagaan Penipu Dalam Talian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSSM OBA, singkatan bagi SSM Online Business Alert merupakan inisiatif terbaru daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menangani kes penipuan jual beli dalam talian.\nSeiring dengan peningkatan transaksi jual beli dalam talian, kes penipuan dalam talian oleh scammer juga semakin meningkat dengan kerugian dianggarkan jutaan ringgit. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SSM OBA?\n\n \nFungsi & Peranan SSM OBA\n\n \nSemakan Senarai Syarikat Yang Melakukan Penipuan\n\n \nLaporan penipuan kepada SSM\n\n\nApakah SSM OBA?\nSenarai entiti yang disyaki boleh dilayari secara online melalui portal \u2018Online Business Alert\u2019 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).\nOrang ramai kini boleh mendapatkan maklumat entiti perniagaan yang disyaki terlibat dengan penipuan atas talian.\n\n\n\n\n\n\nFungsi & Peranan SSM OBA\nSSM ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian. \nKewujudan portal SSM OBA merupakan satu inisiatif daripada pihak SSM untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika. \nIa bertujuan membantu orang awam agar lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan dalam yang ditawarkan di atas talian (online).\nSila pastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM dengan membuat semakan Online Business Alert (OBA).\n\nSemakan Senarai Syarikat Yang Melakukan Penipuan\nMelalui laman atau portal SSM OBA, pihak SSM telah membuat senarai syarikat yang dilaporkan telah melakukan penipuan perniagaan dalam talian.\nSenarai syarikat yang sudah mempunyai rekod penipuan dalam perniagaan secara dalam talian ini akan dikemaskini secara manual oleh pihak SSM sendiri daripada semasa ke semasa.\n\nCara untuk membuat semakan senarai syarikat ini adalah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nMelayari laman SSM OBA di alamat https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Quick_Link/SSM-OBA.aspxKlik pada perkataan \u201cSSM OBA\u201d pada perenggan akhir di laman tersebutMaklumat berkaitan syarikat yang dilaporkan telah melakukan penipuan dalam talian dipaparkan\nWalau bagaimanapun, bagi mana-mana pemilik perniagaan yang disenaraikan di laman tersebut, sekiranya anda merasalah penyenaraian syarikat anda di laman tersebut adalah satu kesalahan atau kekeliruan andA boleh membuat permohonan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengeluarkan nama syarikat anda dengan menghantar emel kepada\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0untuk pertimbangan.\nLaporan penipuan kepada SSM\nPihak SSM hanya akan menaraikan syarikat atau entiti perniagaan yang telah dilaporkan kepada pihak mereka sahaja.\nSekiranya anda pernah mempunyai pengalaman pernah ditipu oleh mana-mana pihak ketika melakukan transaksi jual beli secara online, anda boleh melaporkan kepada pihak SSM dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nHantar emel aduan kepada alamat berikut [email\u00a0protected]Sertakan segala bukit penipuan Sertakan bukti laporan polis\nLaporan yang dibuat oleh anda dapat mengelakkan lebih ramai individu yang menjadi mangsa penjenayah scammer yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas orang ramai. \nBaca juga: Naik Lagi! Ini Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bayaran-bpr-fasa-1/", "title": "Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Bujang & Isi Rumah (Dipercepatkan Kepada Februari)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan mulai 22 Februari 2021, ada pemohon yang telah menerima bayaran BPR Fasa 1 (BSN).\nUntuk makluman, bayaran BPR Fasa Pertama ini akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.\nTerkini satu kenyataan rasmi telah dibuat di portal rasmi BPR di mana pembayaran akan dibuat bermula 24 Februari.\n\n\n\n\n\n\nSukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion. Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut:\n\nJika anda telah memohon ataupun merupakan penerima BSH dan BPN sebelum ini, anda bolehlah membuat semakan melalui langkah di bawah:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Status Permohonan BPR 2021\n\n \nKaedah bayaran\n\n \nKadar Bayaran BPR Fasa 1\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bayaran BPR Fasa 1\n\n\nSemakan Status Permohonan BPR 2021\nSemakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:\nLayari Portal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkanTekan butang \u2018Semak Status\u2019Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.\nKaedah bayaran \nSeperti BSH dan BPN sebelum ini, kaedah bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan.\nPembayaran tunai pula akan dilakukan melalui kaunter BSN mengikut tarikh yang akan diberitahu secara rasmi dalam masa terdekat ini.\nBaca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\n\nKadar Bayaran BPR Fasa 1\nBayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:\nFasa 1 \u2013 Februari 2021Fasa 2 \u2013 September / Oktober 2021\nNilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:\nIsi rumah berpendapatan bawah RM2,5001 orang anak RM1,2002 orang anak atau lebih RM1,800Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 \u2013 RM4,0001 orang anak RM8002 orang anak atau lebih RM1,200Bujang berpendapatan bawah RM2,50021 tahun ke atas RM350\nBaca juga: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan\nMaklumat Lanjut Tentang Bayaran BPR Fasa 1\nUntuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:\nPortal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my; atauHubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-vaksinasi-dari-rumah-kkm/", "title": "Pendaftaran Program Vaksinasi Dari Rumah Untuk Warga Emas \u2013 KKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan YB Khairu Jamaluddin, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan suntikan dos penggalak bagi meningkatkan perlindungan diri daripada virus COVID-19 \u2013 terutamanya menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya tak lama lagi.\nBermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer Sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada \u201cLengkap Vaksinasi\u201d ke \u201cTidak Lengkap Vaksinasi\u201d di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.\nBerita baik bagi warga emas yang menghadapi masalah logistik atau tidak dapat hadir ke PPV, perkhidmatan Home Vaccination kini disediakan oleh Kerajaan untuk memperluaskan dan mempercepatkan vaksinasi terus ke rumah.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Home Vaccination bagi warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Home Vaccination?\n\n \nCara Pendaftaran Vaksinasi Dari Rumah KKM\n\n \nCara Mohon Vaksinasi Di Rumah Melalui My Sejahtera\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Home Vaccination?\nPerkhidmatan Home Vaccination adalah inisiatif Kerajaan untuk memperluaskan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima vaksin yang tidak mendapat dos penggalak selewa-lewatnya pada 31 Mac 2022.\nIa juga adalah satu langkah melindungi warga emas kerana mereka adalah golongan yang berisiko.\nPendaftaran bagi perkhidmatan ini boleh dibuat melalui talian hotline untuk Home Vaccination iaitu 1700-811-007 setiap hari mulai 28 Mac dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.\nSebagai alternatif, orang ramai juga boleh menghantar teks melalui applikasi WhatsApp di talian +6012-6787911 dan anda akan menerima maklum balas dalam masa satu hingga tiga hari.\nCara Pendaftaran Vaksinasi Dari Rumah KKM\nDikongsikan cara-cara untuk memohon pendaftaran vaksinasi di rumah:\n1) Dial 1700-811-0072) WhatsApp 01267879113) Mohon vaksinasi di rumah melalui MySejahtera (rujuk langkah di bawah)\nPilih pilihan C\nCara Mohon Vaksinasi Di Rumah Melalui My Sejahtera\nPergi ke Helpdesk MySejahteraKlik Pilihan A \u2013 Temu Janji Vaksinasi PenggalakKlik Pilihan C \u2013 Saya / tanggungan (dependent) saya terlantar dan memerlukan vaksin di rumahSila isikan butiran di bawah dan muat naik surat daripada doktor anda untuk pertimbangan KKM dan CITF bagi program imunisasi di rumah anda.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, dilampirkan kenyataan media oleh ProtectHealth \n\n\n\nBaca juga: \n2 Juta Penerima Vaksin Sinovac Yang Tidak Mengambil Dos Penggalak Akan Hilang Status \u201cLengkap Vaksinasi\u201dProsedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/suria-fm/", "title": "Suria FM: Frekuensi Radio, Senarai DJ & Program", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSuria FM merupakan salah satu stesen radio berbahasa Melayu yang sudah lama bertapak di Malaysia dan mempunyai ribuan pendengarnya yang tersendiri.\nSehingga 2018, Suria FM merupakan salah satu daripada 5 stesyen radio bahasa Melayu paling popular di Malaysia.\nStesen radio ini berada di bawah Kumpulan Radio Media Star, sebuah syarikat milik Star Media Group Berhad.\nStesen radio ini pertama kali disiarkan pada 24 November 2005. \nPengaturcaraan stesen radio disasarkan kepada orang Melayu moden, berumur antara 25 hingga 35 tahun. S\n\n\n\n\n\n\nSiaran ini menampilkan gabungan lagu kegemaran tempatan sepanjang masa dan lagu-lagu hits teratas carta dengan beberapa lagu Indonesia dan K-pop terkini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFrekuensi Suria FM Di Setiap Negeri Seluruh Malaysia\n\n \nPenyampai / DJ\n\n \nSegmen / Program\n\n\nFrekuensi Suria FM Di Setiap Negeri Seluruh Malaysia\nPada masa kini, siaran radio ini hanya boleh didapati di bahagian Semenanjung Malaysia sahaja setelah stesen radio ini menamatkan penyiaran di di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 November 2019.\nSelain itu, radio ini juga boleh didengar dari Singapura.\nBagi yang ingin mendengar stesyen radio Suria, anda boleh menukar frekuensi radio anda kepada frekuensi-frekuensi berikut:\nFrekuensiLokasi / NegeriPemancar105.3\u00a0MHzKlang ValleyGunung Ulu Kali106.9\u00a0MHzPerlis,\u00a0Kedah\u00a0and\u00a0PenangGunung Jerai91.7\u00a0MHzTaiping, PerakBukit Larut96.0\u00a0MHzIpoh,\u00a0PerakGunung Kledang107.0\u00a0MHzSeremban,\u00a0Negeri SembilanGunung Telapak Buruk88.5\u00a0MHzMelaka dan Utara JohorGunung Ophir101.4\u00a0MHzJohor Bahru,\u00a0Johor dan\u00a0SingaporGunung Pulai96.1\u00a0MHzKuantan,\u00a0PahangBukit Pelindung102.4\u00a0MHzKuala Terengganu,\u00a0TerengganuBukit Jerung106.1\u00a0MHzKota Bharu,\u00a0KelantanTelipot\nBagi yang memiliki UnifiTV, anda boleh ke siaran 956 untuk mendengar Suria FM.\nSelain itu, anda juga mendengar siaran radio ini secara dalam talian melalui website rasmi Suria di https://www.suria.my/\nBaca lagi: MYTV : Pendaftaran, Saluran & Pemasangan\nPenyampai / DJ\n\nSuria FM juga pernah dibarisi dengan nama-nama besar penyampai radio tanah air seperti Halim Othman dan Adibah Noor.\nSenarai DJ dan penyampai radio stesen ini pada masa kini adalah:\n\nShuib Sepahtu\nAjak\nRoslinda Abdul Majid\u00a0(DJ Lin)\nFeeya Iskandar\nSharifah Shahirah (Rara)\n\nArtikel berkaitan: Astro Njoi: Cara Melanggan, Saluran TV, Harga & Caj Pemasangan\nSegmen / Program\nStesen radio ini juga mempunyai pelbagai segmen dan program untuk pelbagai lapisan umur dan konten-konten segar buat hiburan seisi keluarga.\nIni sesuai dengan tagline stesen radio ini iaitu \u201cSegalanya Hiburan\u201d.\nBerikut merupakan segmen-segmen yang terdapat di stesen radio ini:\n\n60 Minit Muzik Tanpa Henti\nMorning Morning Suria\nGaya Suria\nSuria Petang\nMuzik Top Suria\nRefleksi Di Suria\nSuria Cinta\nCarta Suria Top 40\nHello Suria\nCarta Rockmantika\nSuria Pagi Show Bersama Anna J\nInfo Trafik d Di Suria \n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kelonggaran-sop-sekolah-kpm-terkini/", "title": "Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Mulai 1 Mei 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Terkini Mulai 1 Mei 2022\nMenteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah mengadakan sidang media khas berkaitan kelonggaran pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bermula 1 Mei ini selaras pelonggaran SOP yang diumumkan KKM semalam.\nSecara umumnya sesi persekolahan kini kembali beroperasi sebagaimana sebelum datangnya pandemik COVID-19 dua tahun lalu.\nAntara SOP yang masih dikekalkan adalah pemakaian pelitup muka namun, hanya diwajibkan ketika berada di ruangan tertutup di dalam kawasan sekolah.\nBerikut dikongsikan infografik berhubung kelonggaran dan garis panduan terkini pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM untuk tindakan murid, guru, pihak sekolah dan ibu bapa.\nAyuh, kongsikan maklumat ini untuk manfaat bersama!\nKelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Terkini Mulai 1 Mei 2022\nSumber: Sidang Media Khas Dr Radzi Jidin, Khamis 28 April 2022\n\nIMBASAN KOD QR MYSEJAHTERA\n\n\n\n\n\n\nTidak diwajibkan apabila memasuki premis institusi pendidikan.\n\nPELITUP MUKA\nWajib dipakai ketika berada di ruangan tertutup dalam premis sekolah.\nKelonggaran diberikan jika:\nBersendirianSemasa mengajar di hadapan kelasSemasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmaniKanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawahIndividu berkeperluan khasIndividu mempunyai masalah pernafasan (Perlu mengemukakan laporan perubatan)\n\nDigalakkan memakai pelitup muka jika:\nBerada di luar bangunan dan kawasan terbuka di dalam premis sekolahSedang melakukan aktiviti secara berkumpulan\n\nPENJARAKAN FIZIKAL\nTiada lagi penjarakan fizikal, namun digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.\n\nUJIAN KENDIRI COVID-19\nDilaksanakan jika bergejala.\n\nPENGURUSAN MURID BERGEJALA DAN POSITIF COVID-19 \nMengasingkan murid di bilik isolasi.\nManjalankan ujian kendiri:\nJika negatif, murid boleh mengikuti pembelajaran tetapi perlu memakai pelitup mukaJika positif, guru perlu menghubungi ibu bapa untuk menjemput anak mereka dari institusi pendidikan masing-masing\n\nKEHADIRAN GURU, PEGAWAI PENGURUSAN DAN AKP\n\nKEHADIRAN MURID\n\nMAKAN DI KANTIN / KAFETERIA\nGuru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan dibenarkan makan di kantin / kafeteria.\nWaktu rehat berperingkat boleh dilaksanakan sekiranya perlu.\n\nAKTIVITI SUKAN & KOKURIKULUM\nSemua aktiviti sukan dan kokurikulum termasuk penganjuran pertandingan / kejohanan di dalam / luar sekolah dibenarkan.\nMurid / guru / jurulatih yang bergejala tidak dibenarkan sertai aktiviti sukan / kokurikulum.\n\nPENGURUSAN SURAU / MASJID\n\nKEBENARAN MASUK KE INSTITUSI PENDIDIKAN\n\nPENGURUSAN ASRAMA\nHanya murid yang sihat / tidak bergejala sahaja dibenarkan kembali ke asrama.\nMurid yang bergejala dibenarkan mendaftar namun perlu menjalani ujian kendiri COVID-19.\n\nMELAWAT ANAK DI ASRAMA\n\n\n\nPAKAIAN SERAGAM SEKOLAH\n\nMaklumat lanjut: Facebook Dr Radzi Jidin, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\nBaca juga: \nSOP Pemakaian Pelitup Muka Terkini Mulai 1 Mei 2022 (Tidak Wajib)Senarai Kelonggaran SOP Covid-19 Berkuatkuasa 1 Mei 2022 \u2013 KKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-b40-rm500-pemerkasa/", "title": "PEMERKASA: Semakan Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR Mulai Jun 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMERKASA: B40 Hilang Pendapatan Terima Bantuan RM500\nDalam pengumuman PEMERKASA sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.\nBeliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR\n\n \nKelayakan\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nCara Permohonan\n\n \nPEMERKASA\n\n\nBantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR \nBerikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.\nPenerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.\nBaca juga: PEMERKASA: Subsidi Pembelian Telefon RM300 Untuk Isi Rumah\nKelayakan\nBantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatanBayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah\nTarikh Bayaran\nTarikh bayaran RM500 untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan mulai bulan Jun 2021.\nCara Permohonan\nMenurut pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi, penerima yang layak menerima bantuan RM500 ini tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.\nIni kerana, bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).\nSemakan boleh dibuat apabila tarikh bayaran diumumkan kelak.\nBagi yang belum mempunyai akaun bank, sila rujuk panduan: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nPEMERKASA\nPEMERKASA bernilai RM20 bilion menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.\nTerdapat 5 fokus utama pelaksanaan Pemerkasa yang telah diumumkan iaitu:\nMengawal Penularan COVID-19Memacu Pemulihan EkonomiMemperkukuhkan Daya Saing NegaraMemastikan Agenda Keterangkuman Wilayah dan MasyarakatMentransformasi Ekonomi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/marrybrown-app-promo/", "title": "Cara Daftar Marrybrown App, Percuma Ayam Goreng & Diskaun 40%", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar Marrybrown App, Percuma Ayam Goreng dan Diskaun 40% Untuk Pengguna ~ Untuk dapatkan penjimatan berganda bila nikmati Marry Brown, anda bolehlah muat turun aplikasi terbaru iaitu Marrybrown App.\nAntara tawaran menarik yang menanti pengguna aplikasi ini adalah promosi diskaun sehingga 40% dan ayam goreng percuma.\nBaca Juga : Senarai Kek Secret Recipe, Harga, Menu Bestseller & Promosi Terkini\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat dan Ganjaran Menarik di Marrybrown App\n\n \nCara Daftar Profil di Marrybrown App\n\n \nCara Tebus MB Deals\n\n\nManfaat dan Ganjaran Menarik di Marrybrown App\nBukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang untuk nikmati pelbagai ganjaran ekslusif dari aplikasi ini iaitu :\nGanjaran Hari JadiKumpul mata dan tebus makanan percumaPromosi terkiniPerkhidmatan Pesanan Tanpa Sentuh (Contactless Ordering)\n\n\nCara Daftar Profil di Marrybrown App\nPenggemar Marry bown yang berminat bolehlah ikuti langkah-langkah untuk daftar akaun di Marrybrown App seperti berikut :\nMuat turun aplikasi Marrybrown App menerusi Google Play Store, App Store atau AppGallery di telefon anda.Masukkan nombor telefon untuk mula daftar.Isikan kod verifikasi yang telah dihantar ke telefon anda menerusi SMS.Cipta akaun anda dengan masukkan butiran yang diperlukan.Siap! Anda kini boleh gunakan profil untuk tebus tawaran khas di aplikasi Marrybrown.\nCara Tebus MB Deals\nLepas dah ada akaun di aplikasi ini, anda bolehlah tebus ganjaran menarik dari Marrybrown App di MB Deals.\nPelbagai diskaun hebat menanti anda untuk pelbagai menu seperti Bubur Ayam Combo, Chicken Nuggets dan Potato Wedges. Anda boleh tebus ganjaran menerusi cara-cara di bawah : \u00a0\nUntuk pilih hidangan kegemaran anda, pergi ke Deals dan pilih Available Deals.Kemudian, pilih menu dan tekan Redeem untuk simpan baucer.Seterusnya, pergi ke View at My Reward untuk semak baucer yang sudah disimpan.Untuk tebus Reward, walk-in ke cawangan Marrybrown terdekat anda!\n\n*Tawaran sah untuk pembelian secara dine-in atau bungkus sahaja. Tertakluk pada\u00a0Terma\u00a0&\u00a0Syarat.\nSemestinya lebih berbaloi bila anda membeli hidangan lazat di Marrybrown dengan menggunakan aplikasi ini. \nPelbagai manfaat dan diskaun ekslusif menanti anda. Jom muat turun aplikasi dari Marry brown hari ini menerusi Google Play Store, App Store atau Huawei App Gallery. \n\nUntuk dapatkan promosi terkini dan tawaran hebat dari Marry brown, jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Marrybrown Malaysia. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-menu-soul-brew-dan-harga-terkini/", "title": "Soul Brew : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPernah cuba rangkaian kopi yang ekslusif daripada Soul Brew? Ia dikatakan agak unik kerana hanya boleh didapati secara ekslusif menerusi aplikasi Foodpanda! \nJika dilihat pada namanya, ramai yang mungkin menganggap Soul Brew hanya menawarkan minuman kopi semata-mata. \n\n\n\n\n\n\nRupanya, ada banyak lagi pilihan menu minuman yang ditawarkan seperti Soda, Yogurt Smoothies dan Milk Shake.\nBagi anda yang teringin nak mencuba Soul Brew, jom kita tengok senarai menu serta harga yang ditawarkan.\nBaca Juga : Nasken Coffee : Senarai Menu & Harga\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSoul Brew : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nHot Drinks\n\n \nCold Drinks\n\n \nCombo\n\n \nFrappe\n\n \nFrappe Blends\n\n \nMilky Boba\n\n \nMacchiato\n\n \nCrafted Tea\n\n \nYogurt Smoothies\n\n \nMilk Shake\n\n \nSoda\n\n\nSoul Brew : Senarai Menu & Harga Terkini\nHot Drinks\nMenuHargaDouble EspressoRM 5.50AmericanoRM 6.00Flat WhiteRM 7.50CappucinoRM 8.50LatteRM 8.50Vanilla LatteRM 10.90Hazelnut LatteRM 10.90Caramel LatteRM 10.90MochaRM 11.00Creme BruleeRM 10.90Hot ChocolateRM 10.50\nCold Drinks\nMenuHargaCold Cafe LatteRM 10.50Cold Cafe VanillaRM 11.90Cold Cafe Hazelnut LatteRM 11.90Cold Cafe Caramel LatteRM 11.90Cold CappuccinoRM 10.50Cold Deep ChocolateRM 11.90Cold Cafe MochaRM 12.50Signature Brown Sugar LatteRM 8.50Cold AmericanoRM 8.90Golden Caramel LatteRM 8.50Japanese Matcha LatteRM 8.50\n\nCombo\u00a0\nMenuHargaHot ComboRM 17.00Cold ComboRM26.00Frappe ComboRM 31.00Milk Shake ComboRM 25.00\nFrappe\u00a0\nMenuHargaCoffee FrappeRM 12.90Coffee & Hazelnut FrappeRM 13.00Caramel Macchiato Frappuccino\u00a0RM 13.00Butterscotch FrappuccinoRM 13.50Black Forest MochaRM 13.50Mocha Chips FrappuccinoRM 13.00White Coffee FrappuccinoRM 13.00Double Chocolate Chips FrappeRM 13.00Pepper Mint Oreo Chocolate ChipsRM 13.50Strawberry Chocolate ChipsRM 13.00\nFrappe Blends\nMenuHargaStrawberry Pudding Cream FrappeRM 11.05Cocoa Cream FrappeRM 12.75Dark Mocha FrappeRM 11.05Caramel Oat Milk FrappeRM 12.75Golden Caramel FrappeRM 11.05Matcha Adzuki Oat Milk FrappeRM 12.75Summer Strawberry FrappeRM 11.05Tropical Mango FrappeRM 11.05\nMilky Boba \nMenuHargaSignature Brown Sugar BobaRM 11.05Classic Vanilla BobaRM 11.05Roasted Hazelnut BobaRM 11.05Golden Caramel BobaRM 11.05Dark Mocha BobaRM 11.05\nMacchiato\nMenuHargaSummer Strawberry MacchiatoRM 11.05Golden Caramel MacchiatoRM 9.35Japanese Matcha MacchiatoRM 9.35Signature Brown Sugar MacchiatoRM 9.35Tropical Mango MacchiatoRM 11.05\nCrafted Tea \nMenuHargaBritish Earl Grey Tea LatteRM 8.50British Earl GreyRM 9.35Japanese Matcha MacchiatoRM 9.35\nYogurt Smoothies\nMenuHargaBlueberry Yogurt SmoothiesRM 13.50Strawberry Yogurt SmoothiesRM 13.50Raspberry Yogurt SmoothieRM 13.90Kiwi Yogurt SmoothieRM 13.90Plain Yogurt SmoothieRM 13.50R&B Berry SmoothieRM 13.90\u00a0Banana Yogurt SmoothieRM 13.50Mango Yogurt SmoothieRM 13.50Chocolate Yogurt Smoothie\u00a0RM 13.50\nMilk Shake\nMenuHargaChocolate Milk ShakeRM 10.96Mango Milk ShakeRM 10.96Yoghurt Milk ShakeRM 10.63Blue Ocean Milk ShakeRM 10.96Strawberry Milk ShakeRM 10.96Blueberry Milk ShakeRM 10.96Vanilla Oreo Milk ShakeRM 11.22Pepper Mint Milk ShakeRM 10.96Raspberry Milk ShakeRM 10.96Kiwi Milk ShakeRM 10.96Lychee Milk ShakeRM 10.96\n\nSoda\nMenuHargaBlue Ocean Lychee SodaRM 10.20Blueberry Lychee SodaRM 10.20Strawberry Lychee SodaRM 10.20Raspberry Lychee SodaRM 10.20\n\nJom ajak rakan dan keluarga untuk nikmati minuman yang menyegarkan daripada Soul Brew! \nSoul Brew boleh didapati daripada lebih 30 lokasi di seluruh negara sama ada melalui penghantaran atau pengambilan sendiri di Foodpanda. Anda boleh semak cawangan terdekat menerusi aplikasi ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-insentif-makanan-ternakan-ruminan/", "title": "Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Tawaran Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan Untuk Penternak Kecil Ruminan ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) kini dibuka.\n Insentif yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini memberi peluang kepada penternak kecil untuk mendapatkan manfaat harga bekalan makanan ruminan yang lebih rendah.\nBantuan ini selaras dengan usaha JPEV untuk membantu penternak kecil dalam meringankan beban mereka.\nBaca Juga : AGRONet: Cara Login Dan Daftar Agrobank Online\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Mohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bantuan insentif ini dibuka sehingga 31 Mei 2022.\nSyarat Kelayakan\nPermohonan ini terbuka kepada penternak kecil yang menepati syarat-syarat seperti berikut :\nPemohon berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan mempunyai ID Premis (Pendaftaran hendaklah dilakukan pada atau sebelum 31 Disember 2021)Makanan ternakan mestilah menggunakan Dedak Isirong Sawit (PKC)Mestilah penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah :\nLembu / Kerbau : 50 ekor dan ke bawahKambing / Bebiri : 100 ekor dan ke bawah\nCara Mohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan\nPenternak kecil yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor / Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran pada atau sebelum 31 Mei 2022.\nBorang permohonan bagi bantuan ini boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berdekatan atau dimuat turun di bawah :\nBorang-permohonan-PKC-update-05042022Muat Turun\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah : \nBorang permohonan yang telah lengkap diisiSalinan kad pengenalan pemohonSalinan resit pembelian dedak isirong sawit (PKC)Salinan nombor akaun Agrobank pemohon\nPenghantaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima.\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat.\nBagi mengetahui perkembangan serta pengumuman terkini, sila ikuti laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.\nSemoga insentif ini dapat menjadi batu loncatan bagi penternak untuk kembangkan lagi perusahaan mereka dalam bidang penternakan ruminan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-persediaan-berpantang/", "title": "13 Senarai Barang Persediaan Berpantang Untuk Ibu Baru Bersalin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas bertarung nyawa melahirkan anak kini tibalah masanya untuk si ibu berpantang. \nBarang persediaan berpantang ini boleh disediakan oleh si ibu sendiri ataupun dengan bantuan suami dan ahli keluarga yang terdekat. Setiap individu memerlukan barang yang berbeza bergantung kepada keperluan individu tersebut.\u00a0\n\nUntuk memudahkan anda membuat persediaan, sila rujuk perkongsian di bawah.\u00a0\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Barang Persediaan Berpantang\n\n \n1. Kain Batik/Skirt\n\n \n2. Baju Tidur\n\n \n3. Stokin\n\n \n4. Tudung Sarung\n\n \n5. Breast Pad\n\n \n6. Breast Relief Thermo Pads\n\n \n7. Krim Untuk Nipple\n\n \n8. Bra Menyusu\n\n \n9. Nursing Pillow\n\n \n10. Postpartum Mesh Panties\n\n \n11. Bantal Donut\n\n \n12. Bengkung\n\n \n13. Set Sariayu Param, Pilis, Tapel\n\n \nKesimpulan\n\n\nSenarai Barang Persediaan Berpantang\n1. Kain Batik/Skirt\nBagi mudahkan pergerakan anda, sediakan hari beberapa helai kain batik ataupun untuk digunakan terutamanya pada hari-hari terawal anda berpantang.\nKain Batik/ Confinement Batik: https://shopee.com.my/sepoyo/20248042253\n2. Baju Tidur\nBaju tidur yang disyorkan ialah baju tidur yang berbutang hadapan dan berlengan panjang. Ini adalah untuk memudahkan anda menyusukan bayi serta mengelakkan dan kesejukan terutamanya pada waktu malam.\u00a0\nBaju tidur: https://shopee.com.my/ledora.butik/11570538109\n\n\n\n\n\n\n3. Stokin\nSediakan beberapa helai stokin untuk anda gunakan sepanjang berpantang. Pilihlah stokin yang comel-comel untuk membangkitkan mood anda.\u00a0\nStokin: https://shopee.com.my/amoomle/12333107876\n4. Tudung Sarung\nSudah pasti ramai yang akan datang melawat anda dalam tempoh berpantang, jadi jangan lupa sediakan sehelai dua tudung sarung untuk memudahkan anda menjaga aurat.\nTudung sarung: https://shopee.com.my/aryshi22/18862949751\n5. Breast Pad\nBreast pad digunakan untuk mengelakkan air susu ibu terkena baju sehingga boleh menyebabkan baju basah di kawasan dada. Anda boleh dapatkan breast pad pakai buang ataupun boleh dicuci melalui Shopee. Cari yang jenama Autumnz okay.\nBreast pad: https://shopee.com.my/the3c.mall/13605191511\n6. Breast Relief Thermo Pads\nFungsi breast relief thermo pads ini adalah untuk membantu melegakan bengkak susu. Cara menggunakannya mudah sahaja. Anda perlu memasukkan pad ini ke dalam microwave sebelum digunakan. Cari yang jenama Autumnz juga ya.\nBreast relief thermo pad: https://shopee.com.my/bonniewong/339824336\n7. Krim Untuk Nipple\nKrim ini boleh digunakan sekiranya puting payudara anda pedih atau luka. Terutamanya pada masa awal-awal baru bersalin dan menyusukan. Anda boleh dapatkan nipple krim keluaran Mama\u2019s Choice.\nKrim untuk nipple: https://shopee.com.my/mamaschoicemalaysia/488876\n8. Bra Menyusu\nSediakan beberapa helai bra menyusu atau nursing bra untuk keselesaan anda semasa menyusukan. Anda tidak perlu menanggalkan bra anda lagi sekiranya menggunakan nursing bra ini.\u00a0\nBra menyusu: https://shopee.com.my/nursingbra520/4646378734\n9. Nursing Pillow\nNursing pillow adalah bantal yang direka khusus untuk memberikan keselesaan kepada si ibu dan juga si bayi ketika penyusuan.\u00a0\nNursing pillow: https://shopee.com.my/sumohome.os/2416682258\n10. Postpartum Mesh Panties\nSekiranya anda bersalin secara czer, seluar dalam ini memang membantu sangat untuk mengelakkan kesakitan pada bahagian bawah anda. Kainnya lembut sangat. Memang selesa kalau pakai. Anda boleh dapatkan postpartum mesh panties jenama Shapee untuk kualiti yang memang terjamin.\u00a0\nPostpartum mesh panties: https://shopee.com.my/bonniewong/13715504948\n11. Bantal Donut\u00a0\nBantal ini berbentuk bulat dan mempunyai lubang di tengahnya. Ya, persis macam donut. Biasanya bantal ini digunakan untuk duduk bagi mengelakkan luka bekas bersalin sakit terkena permukaan lantai atau kerusi.\u00a0\nBantal donut: https://shopee.com.my/marshaenacollection/53725295\n12. Bengkung\u00a0\nPemakaian bengkung bukan sahaja untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan yang asal, tetapi ia amat berguna untuk membantu menampung perut dan rahim yang sedang berada dalam keadaan lemah.\nBengkung: https://shopee.com.my/mamaschoicemalaysia/110036\n13. Set Sariayu Param, Pilis, Tapel\nTak perlu pening kepala, anda beli sahaja set Sariayu ini daripada Shopee. Semua lengkap untuk anda berpantang dengan selesa.\nSet Sariayu Param, Pilis, Tapel: https://shopee.com.my/mumdream.bangi/5432210997\nKesimpulan\nSekiranya mempunyai bajet lebih, anda boleh dapatkan perkhidmatan penjagaan wanita berpantang untuk memudahkan anda melalui hari-hari berpantang anda. Biasanya perkhidmatan ini merangkumi penjagaan ibu dan bayi. Jadi, anda tidak perlu risau apa-apa dah, hanya berehat secukupnya sahaja.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/monkeypox-malaysia/", "title": "Monkeypox: Simptom, Bahaya, Rawatan & Risiko Jangkitan Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTidak habis dengan jangkitan COVID-19, kini penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikatakan sedang meningkat hingga 20 kali ganda berbanding tahun lalu, dan tiba-tiba muncul pula wabak terbaru iaitu Monkeypox yang kini tular di media sosial tentang penularannya di Malaysia.\nTahukah anda apakah itu penyakit Monkeypox dan bagaimana ia boleh merebak? Dan adakah ia merbahaya kepada kita?\nJom kita ketahui maklumat yang sahih tentang virus Monkeypox ini melalui info oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MonkeyPox?\n\n \nBagaimana Ia Merebak?\n\n \nTanda & Gejala Jangkitan Cacar Monyet\n\n \nBerita Tular Tentang Jangkitan Monkeypox Di Malaysia\n\n \nRisiko Jangkitan MonkeyPox di Malaysia\n\n \nRawatan\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nApakah MonkeyPox?\nPenyakit cacar monyet adalah mirip penyakit cacar (smallpox) yang telah dibasmikan pada tahun 1980 berikutan program imunisasi cacar yang berjaya di seluruh dunia. \nIa disebabkan oleh jangkitan virus monkeypox daripada kumpulan orthopoxviruses.\n\n\n\n\n\n\nBagaimana Ia Merebak?\nVirus ini boleh ditularkan kepada manusia melalui :\nGigitan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan atau luka haiwan yang dijangkitiMelalui titisan pernafasan (apabila terdapat kontak bersemuka yang berpanjangan)Kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian.\n\nTanda & Gejala Jangkitan Cacar Monyet\nTempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.\nAntara tanda dan gejala jangkitan virus ini adalah:\nRuam makulapapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lainDemamKeletihanSakit kepalaLenguh tubuh badanSakit bahagian belakang atau sendiKejang ototPembengkakan kelenjar limfa\nBerita Tular Tentang Jangkitan Monkeypox Di Malaysia\nSehingga 24 Mei 2022 jam 5.00 petang, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej beserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.\nSekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.\u00a0\nOrang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan.\n\nRisiko Jangkitan MonkeyPox di Malaysia\nSehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki, telah dilaporkan di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. \nKes cacar monyet yang berlaku di negara selain kawasan endemiknya kemungkinan mempunyai kaitan dengan kemasukan kes import. Risiko penularannya di Malaysia adalah sangat rendah kerana penularan dari manusia ke manusia adalah terhad.\nJusteru, pengecaman awal kes adalah penting supaya pengurusan awal kes termasuk pengasingan dan pengesanan kontak dapat segera dilakukan.\nRawatan\nAdakah penyakit ini boleh dirawat?\nUntuk makluman, lazimnya jangkitan cacar monyet ini akan sembuh sendiri tanpa rawatan khusus dalam tempoh 2 hingga 4 minggu.\nGejala yang teruk biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ia berkait dengan tahap pendedahan kepada virus dan status kesihatan pesakit. CDC Atlanta melaporkan bahawa wabak cacar monyet boleh dikawal dengan vaksin cacar (smallpox), ubat antivirus cidofovir, tecovirimat dan Vaccinia immunoglobulin (VIG).\nSoalan Lazim\nKKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions \u2013 FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan.\nBerikut adalah soalan lazim mengenai jangkitan monkeypox bagi menjelaskan lagi mengenai penyakit ini.\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: CPRC Kebangsaan \u2013 Kementerian Kesihatan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-growbiz-2023-sme-corp/", "title": "Program GrowBiz 2023 SME Corp", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSME Corp. Malaysia sedang mencari perusahaan mikro yang dinamik dan didorong oleh pertumbuhan untuk menyertai Program GrowBiz 2023.\nADAKAH ANDA\nPerusahaan mikro yang ingin meneroka potensi perniagaan dan pertumbuhan sepenuhnya?\nBersedia untuk melangkah ke arah transformasi dan melonjakkan perniagaan anda ke tahap seterusnya?\nSekiranya YA, jangan lepaskan PELUANG untuk menyertai GrowBiz!\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program GrowBiz 2023 SME Corp?\n\n \nPelaksanaan Program\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nYuran\n\n \nCara Permohonan GrowBiz 2023\n\n \nTarikh Akhir Permohonan GrowBiz 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program GrowBiz 2023 SME Corp?\nProgram GrowBiz merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corp. Malaysia yang menyasarkan secara khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menaiktaraf perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil.\nGrowBiz akan dikendalikan oleh Rakan Pelaksana berkelayakan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan PMKS.\nGrowBiz menggunakan pendekatan hand-holding bermodul yang berstruktur merangkumi elemen bimbingan perniagaan dan latihan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta pemantauan perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro mentransformasi perniagaan mereka ke tahap seterusnya.\n\nPelaksanaan Program\n\nGrowBiz menawarkan latihan intensif kepada perusahaan mikro yang layak untuk menyertai.\nSesi latihan dan bimbingan untuk perusahaan mikro yang menyertai akan dikendalikan secara hands-on\u00a0oleh Rakan Pelaksana.\nPerusahaan mikro yang menyertai akan dipantau bagi tujuan penilaian oleh Rakan Pelaksana dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sesi latihan bermula dan enam (6) bulan selepas tamat program.\nPerusahaan mikro yang menyertai perlu menjalani penarafan SCORE oleh SME Corp. Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Program GrowBiz bagi menilai prestasi semasa syarikat.\nPerusahaan mikro yang menyertai perlu membuat Pendaftaran Status PMKS oleh SME Corp. Malaysia bagi mengesahkan sesuatu syarikat / perniagaan adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh program dijalankan.\n\nSemua peserta GrowBiz disyaratkan supaya menjalani modul latihan khusus dan disesuaikan yang merangkumi:\n\nTransformasi Kendiri\nKembara Keusahawanan\nKomunikasi Perniagaan\nPengurusan Operasi\nPemasaran & Penjenamaan\nPengurusan Sumber & Kewangan\nPematuhan & Perundangan Perniagaan\nTransformasi Teknologi & Digitalisasi\nPengurusan Perhubungan Pelanggan\nModel & Sistem Perniagaan\n\nSyarat Kelayakan\n\nPerusahaan Mikro dengan jualan tahunan sekurang-kurangnya RM200,000 dengan keutamaan diberikan kepada perniagaan yang telah mencapai jualan tahunan sekurang-kurangnya RM250,000.\nPerusahaan Mikro yang berdaftar dengan Akta Syarikat 1965 atau 2016 / Pendaftaran Perniagaan (1956) / Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 / Ordinan Perniagaan, Profesion & Perlesenan Perdagangan (HANYA untuk Sabah dan Sarawak) / berdaftar dengan mana-mana badan profesional yang diiktiraf oleh undang-undang.\nSekurang-kurangnya 60% ekuiti milikan warganegara Malaysia.\nBeroperasi di premis perniagaan yang sah dan mempunyai Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.\nSyarikat perlu mengemukakan Penyata Kewangan Diaudit / Akaun Pengurusan sekurang-kurangnya satu (1) tahun (terkini).\nKeutamaan akan diberikan kepada syarikat yang telah menerima penarafan sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam MCORE atau 1 Bintang dalam SCORE.\nPerusahaan mikro yang terlibat dalam industri berimpak tinggi seperti berikut digalakkan untuk memohon:\n\nPertanian pintar\nAeroangkasa\nElektrik dan elektronik\nPeranti perubatan\nIndustri Halal\nPelancongan\nMinyak & gas\nBiojisim / Bioteknologi\nKesihatan & gaya hidup\n\n\n\nNota:\nPemohon daripada mana-mana perusahaan mikro yang pernah menyertai Program GrowBiz terdahulu tidak layak untuk menyertai Program GrowBiz 2023.\n\nSesi temuduga akan dikendalikan bagi pemilihan peserta.\nSME Corp. Malaysia berhak ke atas pemilihan akhir peserta. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan.\n\nYuran\nSME Corp. Malaysia akan membiayai 70% daripada kos pakej program untuk semua peserta GrowBiz. \nPerusahaan mikro yang menyertai hanya perlu membayar baki 30% sebagai yuran penyertaan bersama dengan caj RM600.00 bagi pendaftaran Status PMKS dan penarafan SCORE.\nCara Permohonan GrowBiz 2023\nSekiranya anda berminat untuk menyertai Program GrowBiz 2023, sila hantar\u00a0permohonan\u00a0anda kepada:\nBahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif\nSME Corp. MalaysiaAras 6, Blok C, Platinum SentralJalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala Lumpur\nPerhatian:Urusetia Program GrowBiz\u00a0[email\u00a0protected]Infoline: 1 300 30 6000\nMuat turun Borang Permohonan Program GrowBiz 2023\u00a0\nTarikh Akhir Permohonan GrowBiz 2023\n15 Februari 2023\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut & permohonan sila layari\u00a0http://www.smecorp.gov.my/\nBaca juga: \n\n13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nGeran Agropreneur Muda : Jenis Bantuan, Syarat-Syarat & Cara Memohon \u00a0\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sspn-online/", "title": "SSPN Online: Pembukaan Akaun, Simpanan & Semakan Penyata", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman bagi yang ingin buka akaun SSPN untuk anak, anda kini boleh daftar SSPN online dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter atau berurusan di pejabat.\nBagi yang belum tahu apakah akaun SSPN dan apakah perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)\n\n \nI) SSPN PRIME\n\n \nII) SSPN PLUS\n\n \nPerbezaan Akaun SSPN PRIME dengan SSPN PLUS\n\n \nCara Daftar Akaun SSPN Secara Online\n\n \nPenutupan Akaun SSPN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)\nSkim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN\u00a0adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. \nKini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN PRIME (dahulunya SSPN-i) selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep \u201cWakalah Bil Istithmar\u201d di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.\nSementara itu, SSPN PLUS pula dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus.\nI) SSPN PRIME\nSkim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga dikenali sebagai SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.\nKini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai\u00a0Simpan SSPN Prime\u00a0yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.\nSYARAT-SYARAT\n\nWarganegara Malaysia\nPendeposit berumur 18 tahun ke atas\nPenerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun\nPenerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak kandung/ anak jagaan yang sah sahaja\n\nKELEBIHAN / KEISTIMEWAAN SSPN PRIME\n\nPATUH Syariah\nSIMPANAN Dijamin Kerajaan\nPELEPASAN TAKSIRAN CUKAI Sehingga RM 8,000\nPERLINDUNGAN TAKAFUL Percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas\nLAYAK MEMOHON Pinjaman PTPTN\nGERAN SEPADAN Sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak\nDIVIDEN Kompetitif\nPENAMA Pengeluaran simpanan Simpan\u00a0SSPN oleh\u00a0waris\n\nPelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan Simpan SSPN Prime :\n\nIbu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;\nIbu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;\nIbu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan\nIndividu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.\n\nII) SSPN PLUS\nSimpan SSPN Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan\u00a0Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT),\u00a0Great Eastern Takaful Berhad (GETB)\u00a0dan\u00a0Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB)\u00a0sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.\n\n\n\n\n\n\nIa menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia.\nPakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nPakej Intan: RM30 / sebulan\nPakej Delima: RM50 / sebulan\nPakej Topas: RM 100 / sebulan\nPakej Zamrud: RM 200 / sebulan\nPakej Nilam: RM300 / sebulan\nPakej Berlian: RM500 / bulan\n\n\nKELEBIHAN / KEISTIMEWAAN SSPN PLUS\n\nDIVIDEN Kompetitif\nMANFAAT TAKAFUL Penyakit Kritikal\nMANFAAT PERLINDUNGAN Sehingga RM 1.2 Juta\nELAUN Kemasukan Hospital\nPELEPASAN TAKSIRAN CUKAI Dalam Tabungan Bersih\nKHAIRAT KEMATIAN (Pasangan & Anak)\nTIADA PEMERIKSAAN Kesihatan\nKOMITMEN Serendah RM30 Sebulan\nSIMPANAN Dijamin Kerajaan\nLAYAK MEMOHON Pinjaman PTPTN\nPENAMA Pengeluaran simpanan Simpan\u00a0SSPN oleh\u00a0waris\n\n\nPelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan Simpan SSPN PLUS :\n\nPelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).\nMelalui Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.\nJika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.\n\nPerbezaan Akaun SSPN PRIME dengan SSPN PLUS\nJadi, apa perbezaan antara SSPN-i dengan SSPN-i Plus ni yang perlu ibu bapa fahamkan?\nSecara ringkasnya, kedua-dua merupakan simpanan masa depan yang berbaloi untuk anak-anak.\nNamun SSPN PRIME berbeza dengan SSPN PLUS kerana SSPN PLUS menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang tetap.\n\nBerikut adalah perbezaan antara SSPN PLUS dengan SSPN PRIME:\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan ASB, anda boleh baca selanjutnya melalui artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen\nCara Daftar Akaun SSPN Secara Online\nDi sini kami kongsikan cara daftar akaun SSPN online untuk anak-anak dengan sangat mudah.\n1. Buka Laman Web\nUntuk mendaftar SSPN online, pergi ke laman web rasmi SSPN : https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/\n\n2. Pilih Skim / Pakej\nAnda boleh memilih untuk daftar SSPN PRIME atau SSPN PLUS, dan klik pada salah satu butang tersebut.\nBagi SSPN PLUS*, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan seperti di bawah.\n\n*Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit. \n*Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.\n3. Isi Maklumat Anak / Peribadi\nIsi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.\n4. Pilih Kaedah Potongan\nAnda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN.\nFahami terma dan syarat yang ditetapkan.\nKlik \u2018Setuju\u2019.\n5. Buat Bayaran\nMasukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.\n(Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)\nPilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.\n6. Pengesahan\nMaklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.\nSelepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.\nLebih mudah dan cepat tanpa perlu keluar dan beratur di kaunter lagi!\nMudah kan?\nDengan adanya akaun SSPN ini, anak-anak juga akan layak secara automatik untuk mendapat bantuan pinjaman PTPTN apabila menyambung pelajaran nanti.\nBaca juga : Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini\nPenutupan Akaun SSPN \nI) PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SSPN PRIME\nPendeposit boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.\nDokumen yang diperlukan:\n\nSlip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau\u00a0Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.\nMengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit. Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama.\n\nII) PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SSPN PLUS\n\nPendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun; dan\nMempunyai jumlah minimum yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.00\nKaedah pengeluaran adalah seperti berikut :\n\nKaunterPermohonan OnlinePerlu mengisi: -Slip Pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus-Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ CawanganMembuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui\u00a0Portal Rasmi PTPTN.\nMaklumat Lanjut\nIngin ketahui maklumat tambahan, layari laman web rasmi SSPN di pautan https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/\nTalian hotline SSPN: 03-2193 3000\nAnda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akaun-simpanan-shariah-kwsp/", "title": "Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN / CARA TUKAR KE AKAUN SIMPANAN SHARIAH KWSP\nAnda pernah dengar mengenai Simpanan Shariah KWSP? \nBagaimana reaksi masyarakat terhadapnya sejak diwujudkan pada tahun 2016?\nBetul ke ramai orang lagi suka sistem patuh syariah, atau masih ramai lagi yang belum bertukar dari akaun konvensional kepada akaun syariah?\nApa pula hukumnya jika masih kekalkan akaun konvensional KWSP?\nAyuh, ketahui lebih lanjut tentang Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Akaun Simpanan Shariah KWSP?\n\n \nMengapa Perlu Tukar Akaun Syariah?\n\n \nKadar Dividen Akaun Simpanan Syariah vs Akaun Konvensional\n\n \nPerbezaan Akaun Konvensional VS Akaun Shariah\n\n \nPenyucian Dividen\n\n \nCara Tukar Akaun Konvensional Ke Akaun Shariah\n\n\nApakah Akaun Simpanan Shariah KWSP?\nSimpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.\nBagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.\n\n\n\n\n\n\nKonsep Pelaburan Patuh Syariah adalah seperti berikut:\n\nSelain daripada pelaburan beretika yang bebas daripada pelaburan dalam sektor yang menghasil dan mempromosi antara lain alkohol, perjudian, hiburan dewasa dan senjata ketenteraan, semua aset pelaburan juga akan melalui proses saringan syariah berdasarkan kriteria dan garis panduan syariah yang ditetapkan oleh JKPS bagi menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah), gharar (ketidakpastian dalam kontrak), maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak halal.\nUntuk memastikan pematuhan syariah menyeluruh ke atas pelaburan Simpanan Shariah, JKPS telah menetapkan polisi syariah berkaitan pematuhan dan pengawasan pelaburan patuh syariah yang dikemaskini dari semasa ke semasa.\nOleh kerana jumlah aset pelaburan syariah KWSP (portfolio syariah) adalah lebih besar daripada jumlah simpanan ahli Simpanan Shariah, Simpanan Konvensional akan turut sama melabur di dalam portfolio syariah.\nPendapatan yang terhasil daripada portfolio syariah dialokasikan kepada Simpanan Shariah mengikut bahagiannya di dalam portfolio tersebut.\n\nMengapa Perlu Tukar Akaun Syariah?\nBagi yang beragama Islam,\n\nMembantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.\nMemastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.\nMembantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.\n\n\nBagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.\nIa sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:\n\nObjektif pelaburan dan profil risiko yang sama.\nAlokasi aset strategik yang sama.\nHanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.\nPendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.\n\nKadar Dividen Akaun Simpanan Syariah vs Akaun Konvensional\nKadar dividen akaun simpanan shariah dan akaun konvensional adalah kompetitif.\nMalah, lebih mudah lagi kerana akaun simpanan shariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.\nPerbezaan Akaun Konvensional VS Akaun Shariah\nBerikut adalah perbezaan antara Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional KWSP:\nSimpanan ShariahSimpanan KonvensionalKeahlianSemua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah.Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan ShariahAkad (Kontrak Shariah)Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad WakalahTidak berkenaanKadar dividenKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh SyariahKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus SyariahTidak berkenaanPertukaran akaunAhli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasaAhli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah\n\nPenyucian Dividen \nJom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam. \n\nBertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.\n\nBertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.\nTahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)20216.105.6520204.905.2020195.005.4520185.906.1520176.406.90Sumber dari laman web rasmi KWSP : Sila rujuk (link ke\u00a0Sejarah Kadar Dividen)\n\nSila rujuk (link ke\u00a0Sejarah Kadar Dividen)\nCara Tukar Akaun Konvensional Ke Akaun Shariah\nAhli perlu mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.\nCaranya:\nLANGKAH 1\nLog masuk ke i-Akaun (Ahli)\n\nLANGKAH 2\nPilih tab Simpanan Shariah\n\nLANGKAH 3\nIkut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah.\n\nAnda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.\n\nRujuk: \n\nAkad Simpanan Shariah\nE-Akad Simpanan Shariah\nE-Notis Pembatalan Simpanan Shariah\nNotis Pembatalan Simpanan Shariah\n\n\nNOTA:\nAhli TIDAK BOLEH memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa.\nDapatkan maklumat lanjut di https://bit.ly/3h0LOZj\nUntuk maklumat lanjut tentang Akaun Shariah KWSP, sila rujuk pautan berikut:\nhttps://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-sayangi-rumahku/", "title": "Program Sayangi Rumahku 2022: Mohon Bantuan Baikpulih Rumah Uzur", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku 2022\nBantuan baik pulih dan bina baharu rumah yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur kini ditawarkan bagi pemohon yang layak.\nDi sini kami kongsikan info lanjut tentang syarat, cara permohonan untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Sayangi Rumahku?\n\n \nKriteria Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Sayangi Rumahku?\nProgram ini menawarkan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah TANPA BAYARAN bagi rakyat negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.\nTerdapat 2 jenis bantuan yang ditawarkan iaitu:\nBantuan Baik Pulih Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaikiBantuan Bina BaharuBantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki\nKriteria Permohonan\nWarganegara Malaysia dan BerkahwinBerumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri PerakBerdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua KampungStatus tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu)Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lainStatus Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)\n\nBaca juga: \nCara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulani-Biaya : Cara Mohon Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia\nCara Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku\nBorang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05 255 2929 / 05-246 0998.\nATAU\nSila rujuk ke \nPejabat Yayasan PerakTingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000, Ipoh, Perak\nPejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)\nPejabat ADUN\nPejabat Daerah / Pejabat Penghulu\nBaca juga: \nCara Terminate ASB Loan, Tempoh & Prosedur (CIMB, RHB, Maybank, dll)Viu Malaysia: Cara Daftar & Harga Langganan Pakej Viu Terkini (2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kemaskini-bkc/", "title": "Kemaskini Maklumat BKC (Bantuan Khas Covid-19) Mulai 7 Oktober 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) BERMULA 7 OKTOBER HINGGA 21 OKTOBER 2021\nMakluman penting buat penerima BKC, anda kini boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayararan fasa seterusnya.\nPerkara ini dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui akaun sosial Facebook bertarikh 7 Oktober 2021.\nBerikut kami kongsikan cara membuat kemaskini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Kemaskini\n\n \nSemakan Status BKC\n\n \nCara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC\n\n \nCara Kemaskini Maklumat Wakil BKC\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Kemaskini \nTarikh dibuka: 7 Oktober 2021Tarikh akhir: 21 Oktober 2021\n\nSemakan Status BKC\nSebelum anda mengemaskini, anda boleh semak dahulu status BKC untuk memastikan sama ada maklumat akaun anda telah lengkap atau perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun.\nSemakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan\u00a0https://bkc.hasil.gov.my.\nSemakan boleh dibuat seperti berikut:\nKlik Log Masuk atau Semakan StatusMasukkan Nombor MyKadPengesahan Kata Kunci KeselamatanMasukkan Kata LaluanMaklumat yang akan dipaparkanStatus PermohonanAmaun Keseluruhan DiterimaMaklumat PembayaranPaparan Borang\nCara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC\nKemaskini maklumat akaun bank penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat secara online (atas talian) atau secara manual.\nCara membuat kemaskini adalah seperti berikut:\nBuka laman web https://bkc.hasil.gov.my/Tekan butang Log MasukIsikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkanTekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda\nCara Kemaskini Maklumat Wakil BKC\nPengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu. \n Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/Tekan butang Log MasukIsikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkanTekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda\nUntuk makluman, proses pengkreditan bagi Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi kategori B40 telah bermula secara berperingkat pada 6 September 2021 dan M40 pada 9 September 2021.\nMaklumat lanjut tentang pembayaran BKC Fasa 1 boleh dirujuk di sini : Semakan BKC Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Tunai / Akaun Bank\nBagi Fasa 2, anda boleh lihat kategori penerima dan tarikh bayaran melalui artikel berikut: BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Bayaran (Miskin Tegar, B40, M40)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web\u00a0https://bkc.hasil.gov.my\u00a0atau\u00a0Hotline BKC\u00a0di talian 1-800-88-2747 atau\u00a0TALIAN KHAS BKC.\nUntuk berurusan di kaunter LHDN, sila rujuk pauta https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji Temu online.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengeluaran-khas-kwsp-10k-dibenarkan/", "title": "Pengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan \u2013 PM Ismail Sabri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBENARKAN\nKerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.\nBerdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.\nKerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.\n\n\n\n\n\n\nJusteru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.\nPenjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.\n\nMenurut Perdana Menteri, ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.\nPerkara ini diumumkan dalam sebuah Pengumuman Khas Perdana Menteri pada jam 1.30 tengah hari sebentar tadi (16 Mac 2022).\n\n\u201cWalaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.\u201d\n\u201cSaya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.\u201d\nSumber: Sidang Media Rasmi Perdana Menteri Ismail Sabri, 16 Mac 2022\nVIDEO: Pengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan\nSila rujuk video siaran langsung Perdana Menteri dalam Pengumuman Khas #KELUARGAMALAYSIA di bawah:\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=2TZpYHxqDPc\n\nPerkara ini turut diumumkan melalui media sosial Perdana Menteri di Facebook dan Twitter.\nRata-rata ia mendapat respon yang begitu positif di mana rakyat mengucapkan terima kasih dan gembira dengan keputusan ini serta keprihatinan Kerajaan.\n\nKerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.Perincian pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh @MOFmalaysia dan @KWSPMalaysia pic.twitter.com/iY4rfVWgFf\u2014 Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 16, 2022\n\nSebelum ini, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif, telah mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan \u2018i-Ceria\u2019 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.\nRujuk artikel berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang i-Ceria KWSP : Cadangan Pengeluaran One-off Kali Terakhir\nBaca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mykasih/", "title": "MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah, dan Program Bantuan KASIH JOHOR juga telah dilaksanakan bagi rakyat di negeri Johor. Terkini, difahamkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) iaitu bantuan tambahan STR akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima yang layak.\nTahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?\nDi sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyKasih Foundation?\n\n \nBagaimanakah Ia Berfungsi?\n\n \nKategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\n\n \nTERKINI: Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023\n\n \nKadar Bantuan & Kaedah Penyaluran\n\n \nTarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\n\n \nTarikh Pengkreditan, Penebusan & Pembelian\n\n \nCara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)\n\n \nCara Daftar / Permohonan MyKasih\n\n \nMaklumat Lanjut & Soalan Lazim\n\n\nApakah MyKasih Foundation?\nMyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.\nBagaimanakah Ia Berfungsi?\nApabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.\nPenerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian. \nMyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.\nPenerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.\n\nBaca juga: Diskaun Bil Elektrik (PEMULIH): Kadar Kelayakan & Kaedah Pengiraan\nKategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\nKadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. \nKelayakan kadar tambahan ini terhad kepada: \n\npenerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan \nmestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan\n\nTERKINI: Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023\nTerdapat 2 cara untuk anda membuat semakan status sumbangan Asas Rahmah ini , iaitu sama ada melalui laman web MyKasih atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR).\n\nSEMAKAN MELALUI PORTAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2023)\nStatus kelayakan Sumbangan Asas Rahmah atau SARa ini boleh disemak melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.\nMereka yang layak akan mendapat status seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\nBagi yang tidak layak, anda akan mendapat status seperti berikut:\n\nCARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH\n\nLayari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=\nPada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS\nMasukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX\nKemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.\nTekan pada butang Semak Status untuk semakan.\n\n\nContoh paparan bagi penerima yang layak.\nPautan semakan pantas:\nhttps://apps.mykasih.net\n\nJika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.\nKadar Bantuan & Kaedah Penyaluran\nSumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.\nSumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).\nSila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023\nTarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\nPembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:\n\n17 Julai 2023 \u2013 RM100\n1 Ogos 2023 \u2013 RM100\n1 September 2023 \u2013 RM100\n1 Oktober 2023- RM100\n1 November 2023 \u2013 RM100\n1 Disember 2023- RM100\n\nSumber : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html\nTarikh Pengkreditan, Penebusan & Pembelian \nLebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini, 17 JULAI 2023.\nJadual bayaran adalah seperti berikut:\n\n17 Julai 2023 \u2013 RM100\n1 Ogos 2023 \u2013 RM100\n1 September 2023 \u2013 RM100\n1 Oktober 2023- RM100\n1 November 2023 \u2013 RM100\n1 Disember 2023- RM100\n\nBaki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. \nWalau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu\u00a031 Disember 2023\u00a0akan luput secara automatik.\nCara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)\nPenerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.\nSecara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:\n\nRujuk tutorial berikut:\n\n\n\nRujuk senarai kedai yang menerima sistem ini : \u00a0Senarai Kedai\nCara Daftar / Permohonan MyKasih\nPenerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.\nUntuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk di laman pautan berikut: eKasih 2023: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan\nMaklumat Lanjut & Soalan Lazim\nPENGENALAN\n1. Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.\n2. Siapa yang layak menerima SARA?Kelayakan SARA adalah terhad kepada:\nWarganegara Malaysia;\nLulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan\nTersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023\n3. Adakah saya perlu memohon SARA?Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023 sahaja.\n4. Bagaimanakah program SARA dilaksanakan?Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:Penerima daripada\u00a0negeri Semenanjung Malaysia\u00a0(SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) \u2013 Penerima\u00a0akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai \u2013 Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.\u00a0Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.Penerima daripada negeri\u00a0Sabah,\u00a0Sarawak\u00a0dan\u00a0W.P. Labuan \u2013 Bayaran RM600 secara sekaligus adalah melalui kaedah\u00a0pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023Nota: Alamat penerima adalah berdasarkan alamat berdaftar dalam permohonan STR 2023\nBerapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM600 seperti berikut:Bil.Kategori Kelulusan STR 2023Amaun Bayaran1.Isi Rumah (Kahwin, Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak) \u2013 RM6002.Warga Emas Tiada Pasangan \u2013 RM6003.Bujang \u2013 RM600\n5. Bagaimanakah cara untuk saya semak kelayakan SARA?Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:\ni. Surat pemakluman\nHubungi MyKasih: 03-7720 1800(waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nii. Laman web : https://www.mykasih.com.my/\n6. Kenapa pelaksanaan SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak sama seperti negeri di Semenanjung Malaysia?Kaedah pelaksanaan adalah secara\u00a0pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023. Bayaran RM600 adalah secara sekaligus kepada penerima layak.Kaedah pelaksanaan ini merupakan kaedah terbaik buat masa sekarang mengambil kira akses rangkaian dan kesukaran penerima yang berada di kawasan pedalaman untuk hadir membuat pembelian.Kemudahan tambahan bagi penerima Sabah dan Sarawak selain pengkreditan terus ke akaun bank penerima dan tuntutan tunai di kaunter BSN adalah seperti berikut:Sabah & Sarawak\u00a0\u2013 kemudahan bank bergerakPenerima tunai pedalaman Sabah & Sarawak\u00a0\u2013 program penunaian anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah & Perbendaharaan Malaysia Sarawak\n7. Saya baru bercerai dan Ketua Isi Rumah berdaftar dalam sistem eKasih adalah suami. Adakah saya layak SARA memandangkan saya (ibu) yang diberi hak penjagaan untuk menganggung anak-anak?Kelayakan SARA adalah berdasarkan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023 yang berstatus lulus STR 2023. Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARA secara berasingan. Kaedah semakan kelayakan SARA rujuk jawapan soalan 6.\n8. Pihak PPN / ICU JPM akan turun padang bagi tujuan bancian penerima eKasih. Apakah tindakan selanjutnya sekiranya terdapat penerima SARA yang dikenal pasti tidak berkemampuan (penerima OKU / uzur / sakit terlantar) untuk membuat pembelian di kedai runcit / pasar raya terlibat?Pihak PPN / ICU JPM perlu mengemukakan senarai nama penerima SARA terlibat kepada pihak Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya.\n9. Adakah rayuan akan dibuka sekiranya saya tidak layak SARA?Tiada rayuan akan dibuka berdasarkan ketetapan semasa. Sebarang maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.\nKAEDAH PELAKSANAAN SARA (NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA)\n10. Bagaimanakah program SARA akan dilaksanakan di negeri semenanjung Malaysia?Setelah penerima daripada alamat semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.\n11. Jika saya terlepas sesi orentasi, apakah yang perlu saya lakukan?Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih.\n12. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia?Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:i. Portal Rasmi MyKasih,\u00a0www.mykasih.com; atauii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800\n13. Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.\n14. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya rosak / hilang?Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.\n15. Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. \nPembayaran pertama akan dilakukan mulai 17 Julai 2023 manakala bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:Julai 2023 \u2013 RM100Ogos 2023 \u2013 RM100September 2023 \u2013 RM100Oktober 2023- RM100November 2023 \u2013 RM100Disember 2023- RM100\n16. Di manakah boleh saya membeli barangan makanan asas di bawah program ini?Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:\u00a0senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.\n17. Saya telah berpindah / berada di luar kawasan tempat tinggal saya. Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?Ya. (Rujuk jawapan soalan 17)\n18. Apakah barangan makanan asas yang boleh saya beli?Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu\u00a0beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. \nBarangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. \nContoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:\nBagaimanakah kaedah pembelian barang keperluan?Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:Pilih Barangan KeperluanPenerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.Tunjuk MyKad Untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.Imbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.Bayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.Simpan Resit Untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.\n19. Bagaimanakah kaedah semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima?Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:i. Semakan portal rasmi MyKasih:\u00a0pautan portal MyKasihii. Semakan resit pembelian:\n20. Saya merupakan penerima SARA yang memerlukan bantuan barangan selain makanan keperluan asas seperti ubat-ubatan dan lain-lain. Bolehkah SARA digunakan bagi tujuan selain barangan makanan asas yang telah ditetapkan?Tidak. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan yang telah ditetapkan bagi program ini. (Rujuk jawapan soalan 19)\n21. Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.\n22. Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu\u00a031 Disember 2023\u00a0akan luput secara automatik.\n23. Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2023.\n24. Saya mempunyai pasar raya / kedai runcit dan berminat untuk menjadi rakan runcit bagi program SARA. Siapakah yang perlu saya rujuk bagi tujuan tersebut?Anda boleh berurusan / hubungi pihak MyKasih Foundation untuk penerangan lanjut. Pemilihan rakan runcit adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MyKasih Foundation.\nJika anda perlukan maklumat lanjut,sila rujuk saluran berikut:\n\nhttp://www.mykasih.com.my/\nSebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline Mykasih 03-77201800\n[email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/burger-king/", "title": "Menu Burger King, Harga & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBurger King menawarkan aneka menu burger yang berjus serta digril segar setiap hari. \nTak hanya popular dengan menu Whopper, malah restoran ini menawarkan pelbagai hidangan lain untuk penggemarnya seperti Croissan\u2019wich untuk sarapan pagi, Fried Chicken, Tendergrill dan banyak lagi. \nUntuk waktu terhad, Burger King juga sedang adakan promosi kupon digital yang cukup menjimatkan. Jom kita lihat harga serta promosi menarik dari Burger King! \nBaca Juga : Menu IKEA Malaysia & Promosi Terkini Jun 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Burger King & Harga Terkini 2022\n\n \nTawaran Kupon Digital Terkini (Sah Sehingga 18 Julai 2022)\n\n \nMenu Terbaru : Kakiage Burger\n\n\nMenu Burger King & Harga Terkini 2022\nBreakfast\n\nMenuAla CarteSetBeefacon Croissan\u2019wich\u00a0\u00a0\u00a0 RM 8.90\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 RM 12.80Cheesy Caramelized Onion Croissan\u2019wich\u00a0\u00a0\u00a0 RM 5.90\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0RM 9.81Chicken Strips Croissan\u2019wich\u00a0\u00a0 RM 6.90\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0RM 10.80Mushroom Swiss Beef Croissan\u2019wich\u00a0 RM 12.50\u00a0\u00a0 \u00a0RM 16.40Mushroom Swiss Chic N Crisp\u2122 Croissan\u2019wich\u00a0 RM 11.90\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0RM 15.80\nSalad & Veggies Menu\nMenuHargaSaladRM 5.50Mushroom Veggie BurgerRM 6.50\nMenu Ayam Goreng & Burger Ayam\n\nMenuAla CarteSet MediumSet Large2pcs Fried Chicken (Crispy Chicken)\u00a0 RM 19.90\u00a0\u00a0 RM 21.902pcs Fried Chicken (Flaming Chicken)\u00a0 RM 19.90\u00a0\u00a0 RM 21.90BK Chick\u2019n Crisp\u2122\u00a0 RM 8.40\u00a0RM 13.40\u00a0\u00a0 RM 15.40French Chicken\u00a0 RM 15.90\u00a0 RM 20.90\u00a0\u00a0 RM 22.90Long Chicken \u00a0RM 11.90\u00a0 RM 16.90\u00a0\u00a0 RM 18.90Mushroom Swiss Tendergrill\u00a0 RM 17.90\u00a0 RM 22.40\u00a0\u00a0 RM 24.40Tendercrisp\u2122 \u00a0RM 14.90\u00a0 RM 19.90\u00a0\u00a0 RM 21.90Tendergrill RM 13.40\u00a0 RM 18.40\u00a0 RM 20.41Chick n Crisp RM 8.40RM 13.40RM 15.40\nMenu Burger Daging\n\nMenuAla CarteSet MediumSet LargeWhopperRM 15.70\u00a0RM 20.70\u00a0RM 22.70Whopper With Cheese\u00a0RM 18.70\u00a0RM 23.70\u00a0RM 25.70Whopper Jr\u00a0RM 9.40RM 14.40\u00a0RM 16.40\u00a0Supreme Nachos Deluxe TendercrispRM 17.90\u00a0RM 22.90\u00a0RM 24.90Triple Whopper\u00ae Jr with CheeseRM 18.40\u00a0RM 23.40RM 25.40\u00a0Steakhouse Whopper \u00a0RM 18.80RM 23.80\u00a0RM 25.80\u00a0\u00a0Supreme SalmonRM 18.80\u00a0\u00a0RM 23.80\u00a0RM 25.80\u00a0Mushroom SwissRM 12.40\u00a0RM 17.40RM 19.40\u00a0\u00a0Mushroom Swiss DoubleRM 16.90\u00a0\u00a0RM 21.90\u00a0RM 23.90\u00a0BBQ BeefaconRM 12.40\u00a0RM 17.40\u00a0RM 19.40\u00a0\u00a0Double BBQ Beefacon \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 16.90RM 21.90\u00a0RM 23.90\u00a0\u00a0Cheeseburger RM 9.40\u00a0RM 14.40\u00a0RM 16.40Double CheeseburgerRM 13.90RM 18.90RM 20.90Long Cheesy Onion BeefRM 15.40RM 20.40RM 22.40\nMenuAla CarteSet MediumSet LargeFish n CrispRM 9.40\u00a0RM 14.90\u00a0RM 16.40\nMenu Side Dish\n\nMenuSides Fried Chicken 1 PieceRM 7.50French Fries Medium\u00a0RM 5.50French Fries LargeRM 6.90Cheesy FriesRM 6.50Cheesy Loaded FriesRM 7.50Tri Colour FriesRM 8.50Onion Rings MediumRM 5.90Onion Rings LargeRM 8.50\u00a09 Pcs Nugget with Nacho CheeseRM 13.90\u00a05 Pcs Nugget With Nacho CheeseRM 9.50Mozarella Cheese Stick LargeRM 11.50Mozarella Cheese Stick Medium\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 7.50\nPencuci Mulut \n\nMenuSidesTaro PieRM 4.99Pineapple Pie\u00a0RM 4.99Apple PieRM 4.99Banana PieRM 4.99 \nMinuman \nMenuSingle SizeMedium LargeCoca-Cola \u2013RM 3.90RM 4.90\u00a0Sprite \u2013 RM 3.90RM 4.90Heaven & Earth Ice Lemon Tea \u2013 RM 3.90RM 4.90Fanta Grape \u2013RM 3.90RM 4.90\u00a0Coke Zero \u2013RM 3.90\u00a0RM 4.90Hot Americano\u00a0RM 6.50 \u2013 \u2013Iced AmericanoRM 7.50\u00a0 \u2013 \u2013Hot CappucinoRM 7.50 \u2013 \u2013Hot LatteRM 7.90 \u2013\u00a0 \u2013Iced LatteRM 9.50\u00a0 \u2013 \u2013Hot Milo\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 6.50 \u2013 \u2013Hot Teh TarikRM 5.50 \u2013 \u2013Hot TeaRM 4.50 \u2013 \u2013Mineral Water 600 mlRM 3.90 \u2013 \u2013 \nTawaran Kupon Digital Terkini (Sah Sehingga 18 Julai 2022)\nUntuk masa terhad, anda juga berpeluang untuk nikmati hidangan Burger King dengan harga yang lebih berbaloi. \nHanya tunjukkan kupon pilihan anda di bawah atau sebutkan kod kupon untuk tebus di mana-mana cawangan Burger King.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Terbaru : Kakiage Burger\nJangan lupa untuk cuba menu terbaru dari Burger King iaitu Kakiage Burger dengan dua pilihan iaitu ayam dan daging. \n\n\nBanyak rupanya menu serta tawaran menarik yang patut dicuba. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati Burger King dengan kupon digital, semestinya lebih berbaloi untuk anda nikmati bersama rakan dan keluarga.\nJangan lupa ikuti laman Facebook Burger King Malaysia untuk ketahui promosi terkini serta tawaran hebat. Jom ke Burger King hari ini! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-guru-tabika-perpaduan/", "title": "Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan / Penolong Guru JPNIN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKLAN JAWATAN KOSONG GURU TABIKA / PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN JPNIN\nAdalah dimaklumkan anda yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan berikut :\nPenolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Guru Tabika S29)Pembantu Operasi (Penolong Guru S11)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nButiran Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan 2021\n\n \nBorang Permohonan Jawatan Kosong Guru Tabika / Penolong Guru Tabika\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nTARIKH BUKA : 11 OKTOBER 2021TARIKH TUTUP : 21 OKTOBER 2021\nButiran Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan 2021\nJawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Guru)\nGred : S29Taraf Jawatan : KontrakKekosongan : 6 (enam) kekosonganBilangan Calon Simpanan : 30 (Tiga puluh)Agensi : JPNIN Negeri Pahang\nSila rujuk butiran jawatan dan syarat-syarat permohonan di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJawatan : Pembantu Operasi (Penolong Guru)\nGred : N11Taraf Jawatan : KontrakKekosongan : 4 (empat) kekosonganBilangan Calon Simpanan : 20 (Dua puluh)Agensi : JPNIN Negeri Pahang\n Sila rujuk butiran jawatan dan syarat-syarat permohonan di bawah: \n\n\nBaca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan\nBorang Permohonan Jawatan Kosong Guru Tabika / Penolong Guru Tabika\nMereka yang berkelayakan dan memenuhi kriteria adalah dipelawa memohon. \nBorang permohonan dan iklan kekosongan boleh dimuat turun di pautan berikut :\nBORANG-PERMOHONAN-JAWATANDownload\nhttps://drive.google.com/drive/folders/1S7JUa05-AFWNXqHmLACHRxnYFDjpf73c?fbclid=IwAR1DRXxHoGgaIIjNlQY6xDMNOvht7rN7z_mblJvjwPr4qOsWqIIRgG64By8\nBaca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang jawatan yang diiklankan, sila rujuk JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI PAHANG di saluran berikut:\nJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang (Kementerian Perpaduan Negara)Tingkat 2, Blok A-B,No. 211,213, 217 & 218,Bangunan Centre Point,Jalan Haji Abdul Rahman,25000 Kuantan,Pahang\nTelefon+(6) 09-516 1533/+(6) 09-514 0040/+(6) 09-516 2492/+(6) 09-514 6949\nFaks+(6) 09-516 3404\nE-mel : [email\u00a0protected]\nLaman web / direktori pegawai : https://www.jpnin.gov.my/ms/direktori/carian/226\n"]} {"url": "https://ecentral.my/prosedur-masuk-malaysia-terkini/", "title": "Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROSEDUR MASUK KE MALAYSIA TERKINI \u2013 BERMULA 1 APRIL 2022\nSejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID-19, kerajaan bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi bermula 1 April 2022.\nLaluan untuk pekerja yang berulang-alik secara harian juga telah dibuka, dan dipermudahkan dengan pemansuhan kuarantin, dan tidak perlu menjalani ujian PCR/RTK pada pra-pelepasan dan ketibaan.\nPembukaan semula sempadan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui sebuah Sidang Media Rasmi KKM.\n\n\n\n\n\n\n\nHighlights from my PC at @KKMPutrajaya. Protocols for travelers effective 1 April plus arrangements between Malaysia & Singapore. #ReopeningSafely\u2014 Khairy Jamaluddin \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\ud83c\udf3a (@Khairykj) March 24, 2022\n\nBerikut dikongsikan prosedur kemasukan ke Malaysia bermula 1 April 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProsedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022\n\n \nDefinisi Status Vaksinasi Bermula 1 April 2022\n\n \nProsedur Masuk Ke Malaysia Yang Dimansuhkan\n\n \nPembukaan Sempadan Darat Malaysia \u2013 Singapura\n\n\nProsedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022\nSEBELUM BERLEPAS\nMuat turun aplikasi MySejahteraLengkapkan borang sebelum berlepas (pre-departure form melalui ikon Traveller di MySejahtera)Lengkap Divaksinasi : Kad Pengembara Digital akan diberikanTidak Lengkap Vaksinasi : Perintah Kuarantin (HSO) digital akan diberikanLakukan ujian PCR 2 hari sebelum berlepas bagi pengembara 7 tahun ke atasBekas pesakit COVID-19 (jangkitan 6-60 hari sebelum berlepas), haya perlu menjalani RTK-Ag prefesionalPastikan telah memiliki polisi insurans COVID-19 dan bagi pengembaraan bagi bukan warganegara\nSELEPAS KETIBAAN\nLakukan ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaanJalani kuarantin selama 5 hari bagi yang tidak lengkap atau tidak divaksinUjian RTK-AGUjian RTK-Ag profesional boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatanUjian nafas pengesanan COVID-19 (breathalyser test) ATAU RTK-Ag profesional turut disediakan semasa ketibaan di lapangan terbang.Kos RTK-Ag profesional ditanggung pengembaraKanak-kanak 6 tahun dan ke bawah dikecualikan daripada ujian RTK-Ag profesional\n\nProsedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022.\n\nDefinisi Status Vaksinasi Bermula 1 April 2022\nBerikut adalah definisi status vaksinasi bagi 18 tahun ke atas berkuatkuasa 1 April 2022.\n\nProsedur Masuk Ke Malaysia Yang Dimansuhkan\nUntuk memudahkan perjalanan dan urusan pengembara, perkara di bawah akan dimansuhkan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia bermula 1 April 2022:\nPermohnoan kuarantin di rumahGelembung pelancongan Pulau LangkawiPenjejak digitalSenarai negara berisiko tinggiUjian PCR dari KKM di KLIAMyTravelPassProgram OSC (one Stop Centre) di bawah MIDA\n*Operasi saringan COVID-19 oleh fasiliti kesihatan swasta masih dijalankan kerana pengembara mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag profesional atau ujian nafas pengesanan (breathalyser) sebaik tiba di lapangan terbang.\n\nBaca juga: \nTempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin\nPembukaan Sempadan Darat Malaysia \u2013 Singapura\nPengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat Malaysia dan Singapura bermula 1 April 2022.\nPengembara yang telah lengkap vaksinasi TIDAK PERLU lagi:\nMemohon kelulusan kemasukanMenjalani kuarantinMelakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepasMelakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan\n\nKeistimewaan ini diberi kepada semua pengembara yang menggunakan pengangkutan darat tanpa mengira jenis kenderaan.\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baucar-pakej-berpantang-terengganu/", "title": "Baucar Pakej Berpantang RM200 Bagi Ibu Di Terengganu 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBaucar Pakej Berpantang RM200 Bagi Bakal Ibu Terengganu 2023\nKerajaan negeri Terengganu bakal memperkenal bantuan baharu buat para ibu bersalin melalui Baucer Pakej Berpantang dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.\nMenteri Besar, Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bantuan tersebut bakal memberi manfaat kepada wanita yang berkelayakan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Baucar Pakej Berpantang Terengganu 2023?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Baucar Pakej Berpantang Terengganu 2023?\nBantuan Baucar Pakej Berpantang yang diumumkan dalam Belanjawa 2023 Terengganu menjadi salah satu inisiatif dalam Teras 1, Rakyat Disantuni menjangkaui seluruh kelompok masyarakat di negeri tersebut.\n\u201cKhusus untuk wanita yang baru melahirkan anak, dengan ini diumumkan Baucar Pakej Berpantang bernilai RM200 bagi penjagaan selepas bersalin.\n\u201cBantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 orang wanita yang layak,\u201d katanya dalam ucapan Belanjawan Terengganu 2023 Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempar Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, pada 29 November 2022 yang lalu.\nSelain itu, pemberian Pencen Rakyat bernilai RM600 juga akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM15 juta melibatkan 25,000 penerima.\n\n\u201cSelain Pencen Rakyat, kerajaan juga berhasrat meneruskan program Kad Sejahtera dengan penambahan jumlah penerima kepada 25,000 orang pada tahun hadapan selain RM4 juta lagi bagi program Wad Kelas 3 Percuma di semua hospital kerajaan di negeri ini,\u201d tambahnya.\nKerajaan Negeri membentangkan Belanjawan bagi 2023 dengan jumlah RM1.991 bilion berbanding RM1.657 bilion tahun lalu bertemakan \u2018Memacu Terengganu Berdaya Tahan\u2019.\nSumber: URUSETIA PENERANGAN DARUL IMAN\nBaca juga: \n\nSkim Permata Sejahtera 2023 : Permohonan & Kadar Sumbangan\nCara Keluarkan ASB Online, Had Pengeluaran & Tempoh Dikreditkan\n\nMaklumat Lanjut\nJemput baca tentang Belanjawan 2023 Terengganu di pautan berikut : bit.ly/3h18A39\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-baru-kemaskini-isinar-kwsp/", "title": "Permohonan Baru & Kemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar (8 Mac 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMulai 8 Mac 2021, ahli KWSP yang berminat untuk mengeluarkan simpanan akaun 1 anda boleh berbuat demikian melalui permohonan baru i-Sinar.\nBagi ahli yang sudah membuat permohonan sebelum ini dan berminat untuk tukar amaun pengeluaran, anda boleh kemaskini permohonan sedia ada dengan membuat pindaan amaun yang dibenarkan.\nNamun pindaan hanya dibenarkan satu kali sahaja.\nJumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Contohnya:\n\n\n\n\n\n\nBagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak\u00a0RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.Bagi ahli yang mempunyai\u00a0lebih dari RM100,000 (Akaun 1),\u00a0mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Baru\n\n \nKemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar\n\n \nSiapa Yang Tidak Layak Memohon iSinar\n\n\nPermohonan Baru\nPermohonan baru boleh dibuat melalui portal rasmi iSinar Online mulai 8 Mac 2021.\nStatus kelulusan akan diumumkan selepas 5 hari waktu bekerja.\nPermohonan baru hanya untuk ahli yang belum membuat permohonan sahaja.\nAhli yang memohon sebelum ini hanya boleh mengemaskini / meminda amaun pengeluaran sahaja.\nKemaskini Amaun Pengeluaran i-Sinar\n\nKWSP dalam pemberitahuan di laman sosial berkata, kemaskini terkini sistem i-Sinar juga membolehkan ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan terdahulu, melakukan pembetulan.\n\u201cJika ahli tersalah meletakkan jumlah had pengeluaran semasa permohonan asal dibuat atau jumlah yang dipilih bukan had kelayakan maksimum, anda boleh membuat pindaan hanya satu kali di i-Sinar Online.\nCaranya:\nLayari portal i-Sinar (\u00a0iSinar.kwsp.gov.my\u00a0) dan klik \u2018Semak Status Permohonan\u2019Masukkan No. IC dan No. telefon yang telah didaftarkanPaparan status \u2018Permohonan Sedang Diproses\u2019 akan ditunjukkan, klik \u2018Kemas Kini Dan Muat Naik Dokumen\u2019Isikan semula amaun pilihan yang baharuKemaskini Maklumat Pemohon seperti No Akaun Bank sekiranya ada perubahanMuat Naik Dokumen Sokongan di Maklumat Pengurangan Pendapatan dan klik \u2018Teruskan\u2019Sahkan permohonan dengan melihat semula maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik Hantar\n\u201cAhli boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun, ia tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.\n\u201cTetapi jika ahli sudah memohon jumlah kelayakan maksimum ketika permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan boleh dilakukan,\u201d kata kenyataan itu.\nSiapa Yang Tidak Layak Memohon iSinar\nHanya dua kategori ahli KWSP yang tidak layak memohon pengeluaran iSinar iaitu:\nBaki Akaun 1 kurang dari RM150Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas\nBagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah\u00a0Pengeluaran Umur 55 Tahun.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-lengkap-vaksin-2-dos/", "title": "Senarai Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin (Mulai 10 Ogos)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman Khas Perdana Menteri : Senarai kemudahan-kemudahan / kelonggaran SOP bagi individu yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap.\nPerdana Menteri hari ini telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap.\nBerikut dikongsikan senarai kelonggaran sop tersebut untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-syarat Penerima Vaksin Lengkap\n\n \nKELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP \u2013 DI SEMUA NEGERI / FASA PPN\n\n \nKELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP DI NEGERI FASA 2 & SETERUSNYA\n\n\nSyarat-syarat Penerima Vaksin Lengkap\nTelah menerima 2 dos vaksin (Pfizer / AstraZeneca / Sinovac) dan hanya terpakai selepas 14 hari suntikan kedua vaksinasi tersebut.Bagi vaksin 1 dos (Johnson & Johnson / Cansino), kelonggaran ini terpakai selepas 28 hari menerima vaksin tersebut.\nKesemua kemudahan vaksinasi lengkap itu berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos.\nKELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP \u2013 DI SEMUA NEGERI / FASA PPN\nKemudahan bagi mereka yang lengkap divaksinasi untuk semua Fasa PPN:\nSuami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap vaksinasi.Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap\u2063Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat\u2063\n\u2063\u2063Rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah:\n\n\n\n\nBaca juga: Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)\nKELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP DI NEGERI FASA 2 & SETERUSNYA\nSenarai kemudahan sektor sosial bagi penduduk yang lengkap divaksinasi di negeri yang berada pada Fasa 2 PPN dan seterusnya :\nRentas daerah dibenarkan bagi individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa Dua dan seterusnya\u2063Aktiviti dine-in (makan di restoran) dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya \u2063\u2063Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnyaPelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan.\u2063\n Rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah: \n\nKemudahan diberi bukan bermakna rakyat boleh abaikan SOP yang ditetapkan\u2063.\u2063Kerajaan tidak teragak-agak tarik semula kemudahan yang diberikan jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau SOP\u2063 yang ditetapkan.\u2063PM Muhyiddin arah Menteri Dalam Negeri pastikan kementerian, agensi bertanggungjawab pergiat penguatkuasaan dan pemantauan atas kemudahan diberi.\nSementara itu, kemudahan di sektor ekonomi sedang dibincang, dipertimbang di peringkat Sidang Khas MKN dan akan diumum dalam waktu terdekat\u2063.\nBaca juga: BKSS 7.0: Permohonan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga\n*Sumber: BERNAMA, MKN\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysj-trace-mysejahtera/", "title": "MySJ Trace: Fungsi, Cara Kemaskini & Maksud Interaksi Di MySejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAplikasi MySejahtera kini mempunyai satu ciri tambahan yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.\nPerkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan beliau di Twitter.\nMenurut beliau, ciri baharu ini boleh dimuat turun mulai 26 Disember 2021.\n\nBerikut perkongsian lanjut tentang fungsi baharu tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenggantikan Fungsi \u2018Check Out\u2019\n\n \nCara Kemaskini Tetapan Fungsi MySJ Trace Di MySejahtera\n\n \nCara Ia Berfungsi\n\n \nApa Maksud \u2018Interaksi\u2019 Di MySJ Trace?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nMenggantikan Fungsi \u2018Check Out\u2019\nMengulas lanjut, Menteri Kesihatan berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.\n\n\n\n\n\n\nIni kerana \u2018MySJ Trace\u2019 yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.\n\n\u201cJika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,\u201d katanya.\nBeliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.\nKhairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.\n\u201cSudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,\u201d katanya.\n\nBaca juga: \nTarikh Buka Sekolah KPM 2022 Terkini (Ditangguhkan Seminggu Susulan Banjir)Cara Semakan Dividen ASB Online & Kaedah Pengiraan\nCara Kemaskini Tetapan Fungsi MySJ Trace Di MySejahtera\nUntuk mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:\nBuka aplikasi MySejahteraPaparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan seperti di bawahTekan butang MULATekan butang SETUJUSila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ TraceTetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan\n*Rujuk langkah bergambar di bawah:\n\n\n\n\nCara Ia Berfungsi\nSeseorang yang disahkan positif COVID19 akan diberikan notifikasi bagi dapatkan kebenaran kongsi maklumat kontak rapat mereka.Jika dibenarkan, MySejahtera akan beri akses kepada KKM bagi menilai risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan.Keseluruhan proses pengesanan kontak & penyimpanan data dijamin keselamatan / kerahsiaan oleh kerajaan.\n\nBaca juga: Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In\nApa Maksud \u2018Interaksi\u2019 Di MySJ Trace?\nUntuk makluman, MySJ Trace boleh mengesan isyarat Bluetooth dari sejauh 10 meter.\nPertukaran maklumat melalui bluetooth di antara telefon bimbit pengguna MySJ Trace dengan pengguna MySJ Trace yang lain adalah dikenali sebagai \u2018interaksi\u2019.\nJadi jangan bimbang jika anda menerima notifikasi \u20188 interaksi hari ini\u2019 di aplikasi MySejahtera anda.\nIa tidak bermaksud bilangan pesakit COVID19 yang berada di sekeliling anda.\nSebaliknya, ia bermaksud bahawa terdapat 9 orang berdekatan anda yang mengaktifkan fungsi MySJ Trace termasuk anda.\n\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk soalan lazim berkaitan fungsi MySejahtera Trace seperti dalam lampiran di bawah:\n\n\n\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/\nMySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak Covid-19 di negara ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/str-fasa-4/", "title": "STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA\nDalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.\nSTR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\nKerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih. \nBayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 4.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Bayaran STR Fasa 4\n\n \nJumlah Bayaran Setiap Kategori\n\n \nCara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4\n\n \nLupa Kata Laluan STR\n\n \nKadar Tambahan Bayaran STR 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Bayaran STR Fasa 4\nTarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2023.\nJumlah Bayaran Setiap Kategori\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 4 \n\n\n\n\n\n\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM2001-2RM6003-4RM9005 dan lebihRM1200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 \u2013 RM50000RM01-2RM03-4RM3005 dan lebihRM500\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0\n\nCara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4\nSemakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nSila rujuk panduan melalui infografik di bawah:\n\nKlik lok masuk MySTR\nMasukkan nombor Mykad pemohon\nPengesahan kata kunci keselamatan\nMaklumat yang akan dipaparkan :\n\nNama pemohon\nNo Mykad pemohon\nStatus permohonan\nMaklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)\n\n\nKlik menu Semakan Pembayaran Fasa 1\nMasukkan kata laluan\n\nDisertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.\n\nLupa Kata Laluan STR\nUntuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.\nOleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.\nLog Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\nBerikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:\n\nLayari laman web STR di pautan\nKlik \u201cTerlupa Kata Laluan\u201c\nMasukkan nombor MyKad 12 digit dan klik \u201cSemak\u201d.\nMasukkan e-mel yang didaftarkan & klik \u201cSeterusnya\u201d.\nSemak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik \u201cYa\u201d.\nJawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik \u201cSeterusnya\u201d.\nMasukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik \u201cTukar Kata Laluan\u201d.\nAnda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.\n\nSekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \n\nSebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\n\nKadar Tambahan Bayaran STR 2023\nKadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:\n\npenerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih\nmestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan\n\nSumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.\n\nBaca juga: Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari\nUntuk maklumat lanjut tentang pembayaran STR bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah dalam ruangan di bawah:\nSOALAN_LAZIM_FAQ_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAHSTRDownload\nBilakah pendaftaran STR 2023 dibuka? Permohonan STR boleh dibuat:Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa Bagaimanakah cara membuat Permohonan STR 2023? Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:i. Permohonan Secara Dalam Talianhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/ii. Permohonan Melalui BorangBorang Permohonan STR didapati secara percuma di:a. Portal Rasmi STR 2023 LHDNM; ataub. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan? Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perludikemukakan adalah seperti berikut:i. Pemohon:a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataub. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauc. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataud. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamahe. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)ii. Pasangan:a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataub. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadaniii. Anak:a. Anak Kandung \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Lahirb. Anak Angkat \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPNBorang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian. Bilakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima? BKM Fasa 2 akan diterima mulai April 2023. Berapakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran STR Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.JUMLAH BAYARAN STR FASA 2i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM100 Bilakah STR Fasa 3 akan dikreditkan? Bayaran STR Fasa 3 akan dibayar pada Julai 2023. Berapakah bayaran STR Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.JUMLAH BAYARAN STR FASA 3i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM4003-4 anak: RM6005 anak dan lebih: RM800B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM1503-4 anak: RM2005 anak dan lebih: RM250ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM150 Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat? Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan diterima pada November 2023. Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4? JUMLAH BAYARAN STR FASA 4i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM6003-4 anak: RM9005 anak dan lebih: RM1200B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM03-4 anak: RM3005 anak dan lebih: RM500ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM0 Berapa kalikah bayaran STR akan diterima? Bayaran akan dibuat sebanyak 4 kali. Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori Bujang? RM350 Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori warga emas? RM600 \nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :\n\nLaman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nHotline STR LHDNM\u00a0\nHotline STR MoF\u00a0\nTalian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM\n\nBaca juga: STR Tambahan \u2013 Kelayakan, Tarikh & Kadar Bantuan Tambahan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-bantuan-dermasiswa-sukan-majlis-sukan-negeri-johor/", "title": "Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Negeri Johor kini ditawarkan kepada atlet atau bekas atlet negeri Johor yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi.\nBantuan ini digerakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor untuk membantu atlet atau bekas atlet negeri Johor untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Biasiswa OSK Foundation Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor\nUntuk makluman, tarikh tutup bagi permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Sukan ini adalah pada 1 September 2022 iaitu pada hari Khamis.\nSyarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPemohon mestilah anak jati Negeri Johor, atau telah bermastautin di negeri tersebut tidak kurang 5 tahun berturut-turut.Pemohon mestilah telah mendaftar tempat di mana-mana IPT di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA).Pemberian Dermasiswa Sukan hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berasaskan kepada semester pengajian dengan syarat keputusan peperiksaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor.Pemohon hendaklah menggunakan Borang DS-MSNJ yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor.\n\nCara Memohon\nPemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut\u00a0https://drive.google.com/file/d/1aDlIdwlnSgyir2hTKF0gklRaPQNExs5d/view?fbclid=IwAR1pPSQiD8fXbRB6-tHb-3Xb193VuLP4XRzWjCxXyrpm12_9phMM_uEsH4Q.Isi borang permohonan dengan lengkap.Pastikan setiap maklumat betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar semua dokumen ke alamat berikut:Majlis Sukan Negeri Johor,Aras 1, Bangunan Dato\u2019 Muhamad Ibrahim Munsyi,Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.(Up : Urus Setia Skim Bantuan Dermasiswa)\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga perlu kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak.Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Institusi Pengajian Tinggi.Salinan surat pengesahan pendaftaran/keputusan peperiksaan bagi setiap penggal/semester.Salinan Sijil berhenti persekolahan dan surat akaun (Testimonal).Salinan sijil-sijil persekolahan: SPM/STPM/SPMV/HSC/Diploma/Ijazah dan lain sijil jika ada.Salinan suratisijil pengesahan mewakili Negeri Johor di Sukan Malaysia (SUKMA)Lain-lain dokumen yang berkaitan jika ada.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor, sila layari Facebook Majlis Sukan Negeri Johor \u2013 MSNJ iaitu\u00a0https://www.facebook.com/riseupjohor.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-latihan-kemahiran-inklusiviti/", "title": "Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia kini dibuka untuk golongan belia Autisme. \nProgram ini bakal berlangsung di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), iaitu sebuah institusi kemahiran di bawah Kenterian Belia dan Sukan (KBS) bagi melahirkan tenaga mahir negara dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi sama ada dari sudut kemahiran, pengetahuan dan sahsiah bagi membangunkan modal insan yang baik untuk masa depan negara. \nBaca Juga : Pro-P MARA: Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nProgram Latihan Yang Ditawarkan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan \nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi program ini adalah pada 28 Ogos 2022. \n\n\n\n\n\n\n\nProgram Latihan Yang Ditawarkan\nTerdapat dua program yang ditawarkan iaitu :\nConejo [email\u00a0protected] (Program Cafe Management)\nProgram latihan kemahiran dalam bidang cafe dan makanan. Antara modul utama ialah Pengoperasian Cafe dan Standard Prosedur Operasi cafe dan pembangunan produk.\nLokasi Program : IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang\n[email\u00a0protected] (Program Merchandise)\nBidang latihan bagi penghasilan cenderamata. Antara modul utama ialah penghasilan cenderamata seperti mug, t-shirt, jam, plate, key chain, dan design (AI).\nLokasi Program : IKBN Kuala Selangor, Selangor\nSyarat Permohonan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme \nCalon yang berminat untuk sertai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut : \nWarganegara Malaysia.Berumur 17 hingga 30 tahun.Terdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.Boleh membaca, menulis dan mengira.Boleh berdikari dan lulus temu duga.\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut : \nKlik pautan permohonan\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeALeZahSNX4MMRvBsY7-y4cBblz844h1OPJd0PenRSrD0oPw/viewform.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Pilih kursus kemahiran yang ingin diambil.Semak dan pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat permohonan.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme), sila hubungi :\nPuan Maizun: 04-522 5288En Basirul: 03-3180 1670Puan Hanita: 03-8871 37701\nUntuk sebarang pertanyaan, pemohon juga boleh menghantar emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-lahir-hilang-surat-beranak/", "title": "Sijil Lahir Hilang? Ini Cara Mohon Semula Di JPN Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSIJIL LAHIR HILANG? JANGAN RISAU, BOLEH MOHON GANTIAN SECARA ONLINE SAJA!\nSurat beranak atau sijil lahir merupakan antara dokumen terpenting yang diperlukan sehinggalah anda dewasa.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, bagi anda yang kehilangan dokumen penting ini akibat pelbagai faktor seperti seperti hilang dicuri, banjir, kebakaran dan sebagainya, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN\n\n \nProses pendaftaran pengguna\n\n \nLog masuk ke akaun\n\n \nProses permohonan\n\n\nKelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN\nPermohonan bagi mendapatkan salinan dokumen penting ini hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:\nPemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;Firma Guaman;Badan Berkanun;Agensi kerajaan.\nProses pendaftaran pengguna\n\nLayari portal JPNKlik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran Bagi penggguna baru, klik pada butang \u201cDaftar Pengguna Baru\u201d. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang \u201cLog Masuk\u201dLaman pendaftara pengguna baru akan dipaparkanPengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.Setelah selesai pendaftara, pengguna akan menerima emel dari \u201c[email\u00a0protected]\u201d.Klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun. Selepas mengklik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.\nLog masuk ke akaun\nSetelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.\nDi halaman log masuk, masukkan nombor MyKad atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkanPengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama sistem\nProses permohonan\nPengguna mestilah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkanSekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonanPengguna perlu memilih kategori permohonan \u2013 pemilik atau warisWaris terdiri daripada golongan berikut:Ibu bapaAdik-bradikPasanganSekiranya pengguna adalah \u201cPemilik\u201d, lengkapkan borang permohonan yang dipaprkanSekiranya pengguna adalah \u201cWaris\u201d, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkanSetelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah berjayaCetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnyaSekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera\nArtikel berkaitan: Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-ptptn/", "title": "Permohonan PTPTN: Panduan, Syarat & Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum membuat pinjaman PTPTN, elok sekali kalau kita tahu lebih dahulu apakah syarat permohonan PTPTN.\u00a0\nKalau ada syarat yang belum dipenuhi, mungkin masih ada peluang untuk kita mencari jalan mematuhinya jika berniat memohon PTPTN.\nHebahan berkenaan pembukaan permohonan PTPTN bagi sesi Oktober 2022 \u2013 Februari 2023\n\nDisertakan juga Panduan Lengkap Permohonan Pinjaman PTPTN . Pelajar yang berminat boleh merujuk seperti di bawah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN\n\n \nSyarat Permohonan PTPTN\n\n \nWang Pendahuluan Pinjaman RM1,500\n\n\nPANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN\nSila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan pinjaman secara online:\n\n1. Sila layari Portal Rasmi PTPTNhttps://www.ptptn.gov.my/\n2. PINJAMAN PENDIDIKANBagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya, sila klik butang e-Perkhidmatan di bahagian Pinjaman Pendidikan.\n3. PERMOHONAN PINJAMAN KALI PERTAMABagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman\u00a0kali pertama, sila klik selanjutnya di bahagian Permohonan Pinjaman Kali Pertama.\nPerhatian\u00a0\u2013\u00a0Kepada pelajar yang\u00a0pernah membuat Permohonan Pinjaman PTPTN atau yang pernah membeli no pin ptptnsebelum ini, tetapi tidak melengkapkan permohonan sehingga selesai dan mengakibatkan perjanjian terbatal. Anda boleh buat permohonan semula pada semester yang akan datang. Sila buat semakan jadual permohonan\u00a0DI SINI\nAnda perlu klik terus\u00a0permohonan kali kedua/ seterusnya\u00a0kerana anda telah mempunyai rekod akaun sebelum ini. Untuk permohonan kali ke dua terus rujuk\u00a0Langkah 6 No. 13.\nPelajar yang baru mohon untuk kali pertama, sila ikut turutan.\n4.\u00a0PENTING!\u00a0SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMANSebelum membuat permohonan pinjaman, pastikan anda telah menyediakan 4 perkara ini:\nTelah menerima surat tawaran daripada IPT.Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN.*Sila rujuk panduan pembukaan akaun\u00a0Simpan SSPN Prime\u00a0atau\u00a0Simpan SSPN Plus.Mempunyai akaun bank mengikut panel IPT anda.*Sila hubungi IPT anda untuk pengesahan panel bank.Telah membuat semakan\u00a0jadual permohonan\u00a0dan bayaran pinjaman\n5. Dah cukup 4 perkara di atas, Sila klik Pendaftaran Permohonan Pinjaman\n6. PELAJAR YANG MEMBELI NO PIN DI BSNPelajar yang membeli No Pin di kaunter BSN, Sila Klik\u00a0DI SINI.\u00a0Sila rujuk gambar rajah di atas.\u00a0Langkah 5. No.6\n\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang membeli no pin di Kaunter BSN. Selesai mengisi maklumat, terus pergi ke\u00a0langkah 6 No. 13\u00a0untuk log masuk ke akaun PTPTN,\u00a0bagi meneruskan proses permohonan pinjaman.\n______________________Bagi Pelajar Yang Belum Beli No. Pin PTPTN, Sila ikuti langkah di bawah.\nBorang dalam gambar rajah merupakan pembelian No. Pin secara atas talian bagi pelajar\u00a0yang masih belum mempunyai No. Pin PTPTN.\nPENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMANBagi pelajar yang tidak mempunyai No. Pin PTPTN sila lengkapkan maklumat\u00a0disini. Ini\u00a0adalah ruangan untuk anda membeli No Pin secara atas talian. RM5.00 akan dikenakan caj\u00a0kepada anda untuk pembelian No. Pin PTPTN.\nPerhatian \u2013\u00a0Pelajar yang membeli No Pin secara online, anda tidak akan diberikan No. Pin seperti pelajar yang membeli di\u00a0kaunter (BSN). Anda boleh terus Log masuk selepas pembayaran berjaya dibuat. Pastikan anda ingat kata laluan yang anda\u00a0daftar sewaktu membeli No. Pin PTPTN itu tadi. Kata laluan yang anda masukkan sewaktu membeli No. Pin akan\u00a0digunapakai untuk Log masuk akaun PTPTN.\n7. No. MyKadMasukkan Nombor Kad Pengenalan anda dengan betul dan TEPAT.\n8. Kata LaluanMasukkan kata laluan anda yang mudah diingati. Kata laluan ini akan digunakan untuk log masuk akaun PTPTN sewaktu ingin membuat permohonan pinjaman.\u00a0Rujuk langkah 7 No. 15\n9. Pengesahan Kata LaluanMasukkan kata laluan yang sama.\n10. E-melMasukkan E-mel yang terkini dengan betul dan TEPAT.\n11. Baca & FahamiTerma & Syarat pembelian No. Pin PTPTN.\n12. DaftarPastikan maklumat anda betul dan TEPAT sebelum menekan butang Daftar.\nTeruskan sehingga pembayaran RM5.00 berjaya ditolak dalam akaun perbankan anda.\n\nSekiranya menerima notifikasi seperti di atas. Skip bahagian ini dan terus ke\u00a0langkah 6 No. 13\n13. STEP SETELAH MEMPUNYAI NO PIN PTPTNMasuk semula di bahagian Pinjaman dan pilih Permohonan Pinjaman Kali Kedua dan seterusnya.\nPerhatian \u2013\u00a0Walaupun anda pertama kali untuk mohon pinjaman PTPTN, anda perlu klik di bahagian ini juga untuk Log masuk ke akaun PTPTN bagi proses permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya.\nManual Permohonan:\nPERMOHONAN-PINJAMAN-PTPTNDownload\n\nhttps://sspnportal.com/langkah-permohonan-pinjaman/\nhttps://sspnportal.com/langkah-permohonan-pinjaman/\nDi Dalam website ini lengkap panduan dari mula sehingga pelajar berjaya membuat permohonan.\nBagi pelajar yang berminat boleh terus membuat permohonan di laman web PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/e-perkhidmatan-pinjaman\nDan disertakan link Group Discussion PTPTN (Telegram) untuk bantuan 24 jam kepada pelajar.\nhttps://t.me/ptptndihatiku\nSelain itu, mari kita fahamkan apa beza pinjaman PTPTN dengan Wang Pendahuluan Pinjaman bernilai RM1,500 yang selalu disebut-sebut.\nSyarat Permohonan PTPTN\nSecara amnya, kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS tempatan dan meliputi skop yang dihuraikan di bawah.\nSyarat-syarat permohonan pinjaman pula sangat luas dan mencakupi ramai bakal peminjam.\u00a0\nTerbuka kepada Pelajar IPTA dan IPTS tempatan\nBerdasarkan tujuan asal, wujudnya dana PTPTN adalah untuk memberi kemudahan kepada semua pelajar membiayai pengajian mereka sama ada sepenuhnya atau sebahagian.\nMaka PTPTN membuka peluang yang luas kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan untuk memohon pinjaman PTPTN.\nIPTA dan IPTS yang dimaksudkan termasuk yang ditubuhkan di bawah undang-undang berikut:\nAkta Universiti dan Kolej Universiti 1971;Akta Institut Teknologi MARA 1976;Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;Politeknik di bawah kendalian Menteri melalui Akta Pendidikan 1996; danLain-lain IPT yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan ditentukan sebagai IPT menurut budi bicara Menteri.\nPerkara ini termaktub melalui Seksyen 2 Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).\nSkop Pinjaman Pendidikan PTPTN\nPeringkat pengajian utama yang dibenarkan memohon pinjaman pendidikan ialah Diploma (sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh, dan lanjutan), Ijazah (pertama sepenuh masa dan separuh masa), Sarjana (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh) dan Doktor Falsafah (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh).\nSelain itu, pelajar Kursus Profesional (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh) juga boleh membuat permohonan.\nAda lagi syarat yang ditetapkan di bawah skop pinjaman, iaitu kategori IPT yang dibiayai bagi setiap jenis peringkat pengajian. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web PTPTN di sini.\nSyarat-syarat Permohonan PTPTN\nBerikut pula merupakan syarat-syarat mereka yang layak memohon:\nPeminjam mestilah seorang warganegara Malaysia;Usia peminjam tidak lebih 45 tahun ketika memohon;Tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik memenuhi syarat kelayakan masuk seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);Kursus yang ditawarkan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN. Ini bermaksud PTPTN ada kursus tertentu sahaja yang diluluskan tajaan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Siapa yang menentukan kursus mana yang ditaja? Menjadi tanggungjawab IPT yang menawarkan kos tersebut untuk memohon supaya tajaan diberi kepada pelajar daripada dana PTPTN.Khas bagi pelajar IPTS, kursus yang ingin diambil mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan sijil itu masih dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;Sekiranya pelajar memegang kelayakan berbeza, pengesahan daripada jabatan atau agensi yang dinyatakan perlu diperolehi;Semasa memohon, perlu ada baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun;Bakal peminjam mestilah memiliki akaun SSPN-i/SSPN-i Plus. Nombor akaun bakal peminjam pula mesti mempunyai 15 digit kerana hanya pemegang akaun begini sahaja layak memohon. Oleh itu, jika ada niat memohon pastikan anda menyemak nombor akaun SSPN-i lebih dahulu, sama ada 15 digit atau bukan.\nWang Pendahuluan Pinjaman RM1,500\nApa pula yang dikatakan Wang Pendahuluan Pinjaman RM1500? Apa bezanya dengan pinjaman pendidikan PTPTN itu sendiri?\u00a0\nWang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 ialah wang pendahuluan yang diberikan oleh pihak PTPTN kepada pelajar yang cukup syarat sebelum pendaftaran di IPT lagi.\nTujuannya adalah untuk membantu para pelajar kurang berkemampuan membuat persiapan asas untuk menyambung pengajian mereka.\nWPP berbeza daripada pinjaman pendidikan PTPTN itu sendiri.\u00a0\nMalah apabila pinjaman PTPTN telah diluluskan untuk pelajar, wang pinjaman pendidikan itu akan ditolak sebanyak RM500 setiap semester untuk membayar balik Wang Pendahuluan Pinjaman ini.\nSyarat-syarat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)\nJadi, siapakah yang layak mendapat WPP? Adakah syarat kelayakannya sama dengan permohonan pinjaman PTPTN?\nJawapannya, tidak.\nPelajar atau penjaga pelajar yang layak menerimanya mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).\nMereka juga perlu merupakan warganegara Malaysia yang mendapat tawaran belajar di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam (UA) dan Politeknik.\nOleh itu, mereka yang belajar secara separuh masa atau jarak jauh tidak layak memohon. Begitu juga mereka yang sudah sampai ke peringkat pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah.\nSelain itu, bakal peminjam haruslah tidak memiliki hutang WPP lain sebelumnya. Contohnya, sudah ada hutang WPP semasa Diploma yang belum langsai, maka tidak boleh lagi menerima WPP untuk masuk ke program Sarjana Muda.\nCara Membuat Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)\nCara permohonan WPP jauh lebih mudah daripada pinjaman pendidikan.\u00a0\nApabila bakal pelajar mengisi permohonan masuk ke IPTA dalam Portal UPU atau IPT, mereka perlu mengisi ruang pengesahan, sama ada mereka bersetuju untuk menerima WPP jika mendapat tawaran ke IPT.\nData inilah yang digunakan oleh PTPTN, menjadikan permohonan WPP lebih mudah dan terjamin.\nDengan mengetahui syarat-syarat permohonan PTPTN dan Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500, maka bakal pelajar dapat membuat keputusan sewajarnya sebelum menyerahkan permohonan. Ini dapat membantu pelajar mendapatkan biaya pengajian yang mungkin sukar diperolehi daripada sumber yang lain.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-pksk/", "title": "Semakan Permohonan & Tarikh PKSK Sesi 2023/ 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan PKSK Sesi 2023: MAKLUMAN TARIKH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2023\nPROSES PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) AMBILAN 2023\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Semakan PKSK\n\n \nTarikh Menduduki PKSK\n\n \nSemakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4\n\n \nPersediaan Menduduki Ujian PKSK\n\n \nFormat Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus ( PKSK ) Sesi 2022\n\n \nKeputusan PKSK\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Semakan PKSK\nTarikh semakan pusat ujian PKSK bermula pada 15 Disember 2022.\nIbu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan ujian PKSK dan kemasukan Sekolah Khusus tahun 2023.\nJenis sekolah khusus:1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)4. Kolej Vokasional (KV)5. Maktab Tentera Diraja (MTD)\nTarikh Menduduki PKSK\nTarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 akan diadakan pada tarikh berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nTingkatan 1 : 6 \u2013 16 Feb 2023\nTingkatan 4 : 25 Januari \u2013 3 Februari 2023\n\nDi bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\n\nSemakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4 \nSemakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 melalui pautan\u00a0https://spskt1.moe.gov.my\nSemakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 melalui pautan\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\n\nSila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.\nSila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.\nRujuk senarai persediaan di bawah untuk maklumat lanjut:\nPersediaan Menduduki Ujian PKSK\nSusulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).\nBaca juga: Semakan UKKM 2023: Tarikh Ujian, Status Permohonan & Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan 4\nMesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:\n\nSatu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point\nSatu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus\n\n\nMakluman bagi calon yang bakal menduduki PKSK, sila sediakan:\n\nKad Pengenalan Diri\nSlip Pendaftaran Ujian\nBorang Deklarasi Kesihatan\nAlat tulis\n\nSerta lengkap berpakaian uniform sekolah, sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga SOP sepanjang sesi ujian dijalankan. \n\n\nCalon dinasihatkan supaya datang awal mengikut jadual yang dilampirkan di bawah.\n\nFormat Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus ( PKSK ) Sesi 2022\nBahagian A: Kecerdasan Insaniah\n\nUntuk kenalpasti karakter murid;\nSkop merangkumi EQ, SQ, SSQ;\n30 soalan objektif;\nTiada jawapan betul / salah;\nSkor markah 70%\n\nBahagian B: Kecerdasan Intelek\n\nUkur tahap kognitif pelajar; \nMerangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah;\nSoalan Math & Sains bersifat kualitatif & Kuantitatif;\n10 soalan Bahasa Inggeris uji tahap penguasaan & kefahaman;\nTempoh ujian 90 minit;\n70 soalan objektif;\nBetul 1 markah, Salah 0 markah;\nSkor markah 70%\n\nBahagian C: Artikulasi Penulisan\n\nMelihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan;\n3 tajuk karangan dan pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu;\n100 patah perkataan (minima) untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4;\nTempoh masa 45 minit;\nSkor markah 10%.\n\nBaca juga: UPU Online: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan\nKeputusan PKSK\nKeputusan pemilihan murid akan diumumkan pada\u00a015 Mac 2022.\nRujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:\n\nPautan semakan PKSK Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my\n\n\nPautan semakan PKSK Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di\n\nLaman web rasmi https://www.moe.gov.my/ \nFacebook Kementerian Pendidikan Malaysia d\nTwitter KPM\n\nATAU\nHubungi KPM di talian berikut:\n\nBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400\nBahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200\nBahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154\nMaktab Tentera Diraja : 03-8946 5562\n\nNOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pahang-pride-kid/", "title": "Pahang Pride Kid 2023 (Program Anak Kebanggaan Pahang)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDi bawah Belanjawan 2023 Negeri Pahang, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid).\nIa boleh digunakan untuk simpanan dan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Anak Kebanggaan Pahang yang diumumkan melalui Belanjawan 2023 Negeri Pahang.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPahang Pride Kid 2023\n\n \nSyarat-syarat Permohonan\n\n \nCara Memohon Pahang Pride Kid 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPahang Pride Kid 2023\nPROGRAM ANAK KEBANGGAAN PAHANG\nKerajaan Pahang bersetuju menaikkan jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300 bermula tahun 2023.\n\n\n\n\n\n\nProgram ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2023)\nYAB Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut dinaikkan bagi menggalakkan kadar kelahiran di negeri ini yang masih rendah.\n\nSetiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM300.(RM50 dalam bentuk barangan bayi, RM100 dalam bentuk simpanan bank rakyat dan RM150 gold bar)\nSumbangan RM300 yang diperuntukkan diberikan dalam insentif berikut:\n\nRM50 untuk barang keperluan bayi\nRM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat)\nRM150 dalam bentuk Gold Bar\n\nSyarat-syarat Permohonan\n\nBayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia\nBayi dilahirkan di negeri Pahang\nDilahirkan pada tahun 2023\n\n\nCara Memohon Pahang Pride Kid 2023\nIbu/ bapa/ penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara atas talian dengan mengimbas QR code pada poster di atas atau mengisi link berikut\nhttps://erakyat.pahang.gov.my/\nSila isikan butiran anda dalam borang yang tersedia secara atas talian.\n\nAnda boleh membuat semakan setelah menghantar borang permohonan melalui butang Semakan.\nCara Pembukaan Akaun Bank Rakyat NURI\nIbu bapa / penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut :\n\nKad pengenalan ibu bapa / penjaga sah\nSijil lahir bayi\nSijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023\nSlip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan\n\nSebarang pertanyaan boleh hubungi talian yang tertera dibawah.\n09-5124043/09-5124039(Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang)\nBaca juga: \n\nPahang Pride Student 2023\nDana Didik Johor 2023: RM100 Bagi Setiap Kelahiran Bayi\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:\n\nLaman web rasmi Kerajaan Pahang : https://www.pahang.gov.my/\nTelefon : 09-512 6600\nFacebook: Kerajaan Negeri Pahang\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bonus-bantuan-khas-kewangan-penjawat-awam-2022/", "title": "Bantuan Khas Penjawat Awam 2022, Jumlah Bonus & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH BAYARAN BONUS (BANTUAN KHAS KEWANGAN) PENJAWAT AWAM & PESARA 2022\nSejumlah 1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara menerima bayaran bantuan khas kewangan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji Januari ini.\nSecara umum, penjawat awam yang layak akan dibayar bonus dalam gaji bulan Januari 2022, iaitu pada 25 Januari 2022.\nSila rujuk info lengkap dan surat edaran yang dilampirkan di bawah.\n\nTerkini, dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 akan ditangguhkan bagi penjawat awam yang tidak mendapatkan dos lengkap vaksinasi COVID-19.\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjelaskan, penjawat awam hanya layak dibayar bantuan kewangan itu jika melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun depan.\nArahan penangguhan bayaran bantuan sebanyak RM700 itu terkandung dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertarikh semalam.\nKetua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata hanya pegawai yang tidak mendapatkan suntikan vaksin berkenaan atas sebab kesihatan dan memperoleh pengesahan pengamal perubatan berdaftar, dikecualikan daripada arahan terbabit.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBonus Penjawat Awam 2022\n\n \nJumlah Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam\n\n \nTarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2022\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nLain-lain Kebajikan Penjawat Awam Yang Diumumkan Dalam Bajet 2022\n\n\nBonus Penjawat Awam 2022\nMenerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan terima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh mencabar ini. \nSatu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.\nJumlah Bayaran Bantuan Khas Penjawat Awam\nPenjawat awam: RM700Pesara : RM300\nSumber infografik : Utusan Online\nMenteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 1.3 bilion.\nBayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 \u2013 Bajet 2020 dan Bajet 2019).\n\u201cIa bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.\nTarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2022\nMengikut kebiasaan, bayaran gaji penjawat awam disalurkan setiap 25 hari bulan yang mana jika pada bulan tersebut terdapat perayaan tertentu, maka bayaran gaji dibayar lebih awal.\nBonus ini akan dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji 25 Januari 2022 ini.\nMuat turun surat edaran JPA.800-3/2/1 (32) dan soalan lazim di pautan https://tinyurl.com/52zxtuu9 atau imbas Kod QR pada poster di atas.\nSyarat Kelayakan\nSyarat-syarat kelayakan boleh dirujuk melalui Surat Edaran di bawah:\n\n\n\nMuat Turun :\u00a0Surat Edaran JPA.800-3/2/1(32)\u00a0/\u00a0Soalan Lazim\nSOALAN-LAZIM-BONUS-KERAJAAN-2022Download\nBaca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2022 & Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022.\nNOTA:\nPegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Januari tahun depan, layak diberi Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700. Bantuan khas ini akan dibayar pada 25 Januari tahun depan dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.\nPembayaran bantuan khas kewangan ini tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf, termasuk pegawai yang memangku, dipinjam, ditukar sementara serta penempatan khas ke gred jawatan utama atau gred khas.Seterusnya, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari tahun ini hingga 25 Januari 2022, serta pegawai ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam bagi tempoh sama.Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 hingga 25 Januari tahun depan, dan pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan.Pegawai yang ditahan kerja, digantung atau mempunyai rekod surat pertuduhan dikeluarkan pihak berkuasa tatatertib, juga akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2022. Pegawai terbabit hanya layak dibayar jika pihak berkuasa tatatertib mendapati individu berkenaan tidak bersalah.\nLain-lain Kebajikan Penjawat Awam Yang Diumumkan Dalam Bajet 2022\n\nSelain itu, antara kebajikan penjawat awam yang diumumkan dalam Bajet 2022 adalah:\nKadar keuntungan skim pembiayaan komputer & telefon pintar turun kepada 2%Perlindungan kemalangan diri sehingga RM100,000 untuk peminjam baharu LPPSA diteruskanKadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan dinaikkan kepada RM200 sebulanElaun Penugasan Seukarelawan Simpanan Polis (PV) dinaikkan kepada RM9.80 sejam (pegawai) dan RM8 sejam (anggota)Gantian cuti rehat dinaikkan kepada 160 hari\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-peperiksaan/", "title": "Doa Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDOA-DOA SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN\nSELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2023!\nPeperiksaan SPM 2023 akan bermula esok hari. \nBerikut dikongsikan senarai doa-doa yang boleh diamalkan oleh para pelajar dan sesiapa sahaja yang akan menduduki peperiksaan.\nSemoga semua calon diberikan ketenangan, kesihatan dan dibukakan keluasan fikiran ketika menjawab soalan. \nSelamat maju jaya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDoa Ketika Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)\n\n \nDoa Dipermudahkan Urusan\n\n \nDoa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan\n\n\nDoa Ketika Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)\nDoa Supaya Mudah Faham Pelajaran\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0631\u0652\u0632\u064f\u0642\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0647\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u062d\u0650\u0641\u0652\u0638\u064e \u0627\u0644\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u0625\u0644\u0652\u0647\u064e\u0627\u0645\u064e \u0627\u0644\u0645\u064e\u0644\u0627\u064e\u0626\u0650\u0643\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0645\u064f\u0642\u064e\u0631\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e\u0629\u064d \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\nAllahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifzol mursaliina walhaamal malaaikatil muqorrobiina fii \u2018aafiyah, yaa arhamar rohimiin\n\n\n\n\n\n\nMaksudnya : \u201cYa Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih\u201d\nDoa Sebelum Masuk ke Dewan Peperiksaan\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0622 \u0627\u0670\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0651\u062f\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0651\u0647\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0634\u064e\u062f\u064b\u0627\nRobbanaa aatina mil ladunka rahmatan wahayyi\u2019 lanaa min amrina roshada\nMaksudnya : \u201cWahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami\u201d.\nDoa Apabila Lupa Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u064e\u0646 \u0644\u0627\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0645\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0633\u0652\u0647\u064f\u0648. \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0630\u064e\u0643\u0650\u0651\u0631\u0652\u0646\u0650\u064a \u0645\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0650\u064a\u062a\u064f\nSubhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu\nMaksudnya: \u201cMaha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa\u201d.\nDoa Mohon Kejayaan Cemerlang\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0646\u064a \u0623\u0633\u0652\u0623\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0641\u064e\u0648\u0652\u0632\u064e \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u064e\u0627\u0632\u0650\u0644\u064e \u0627\u0644\u0634\u064f\u0647\u064e\u062f\u0622\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0639\u064e\u064a\u0652\u0634\u064e \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0639\u064e\u062f\u0622\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0635\u0652\u0631\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0623\u0639\u0652\u062f\u0622\u0621\u0650\nAllahumma innii as a lukal fauza \u2018indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa \u2018aisyas su\u2019adaa i wan nosru \u2018alal a\u2019daa i.\nMaksudnya : \u201cYa Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh\u201d.\n\nDOA & ZIKIR TAMBAHAN \n\nIstighfar \u2013 70 kali\nYa Latiff \u2013 100 kali\nYa Fattah Ya Wahhab \u2013 25 kali\nRabbi Yassir Wakaa Tu\u2019assir Yaa Kariim \u2013 25 kali\nSurah As-Syarh (Alam Nasyrah Laka Sodrak) \u2013 8/3 kali\nSurah al-Quraisy \u2013 8 / 3 kali\nRobbisy Roh Li Sodri \u2013 3 kali : \n\n\n\u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0634\u0652\u0631\u064e\u062d\u0652 \u0644\u0650\u0649 \u0635\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650\u0649, \u0648\u064e\u064a\u064e\u0633\u0650\u0651\u0631\u0652 \u0644\u0650\u0649 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0649, \u0648\u064e\u0627\u062d\u0652\u0644\u064f\u0644\u0652 \u0639\u064f\u0642\u0652\u062f\u064e\u0629\u064b \u0645\u0650\u0651\u0646 \u0644\u0650\u0651\u0633\u064e\u0627\u0646\u0650\u0649, \u064a\u064e\u0641\u0652\u0642\u064e\u0647\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a\u00a0\nMaksudnya : \u201cYa Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku\u201d.\n\nSumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan\nSemoga kita beroleh kejayaan yang diimpikan setelah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Insha Allah\u2026.\nBaca juga: Doa Dipermudahkan Urusan \u2013 JAKIM\nDoa Dipermudahkan Urusan\nDaripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u0627 \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0645\u0627 \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u0627\u064b\u060c \u0648\u0623\u0646\u0652\u062a\u064e \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u062d\u064e\u0632\u0652\u0646\u064e \u0625\u0630\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u0627\u064b\n\n\nMaksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.\n\nDoa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan\n.\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0646\u0650 \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645ALFATIHAH\u0628\u0650\u0633\u06e1\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0647\u0650 \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u06e1\u0640\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0671\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u0640\u064a\u0645\u0650\u0627\u064e\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f \u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u0649\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e\u0641\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0623\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621 \u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0621\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u064a\u0646\nYA ALLAH,Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.\nYA ALLAH,Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.\nYA ALLAH,berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.\nYA ALLAH,Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.\nYa ALLAH,kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.\nYA ALLAH,Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.\nYA ALLAH,Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.\nYA ALLAHPerkenankanlah doa kami ini.\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0638\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0644\u0645\u064e \u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652\u0644\u064e\u0646\u064e\u0627\u0648\u064e\u062a\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0643\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0652\u0644\u062e\u064e\u0627\u0633\u0650\u0631\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e.\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652\u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0650\u0644\u0627\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0627\u064e\u0651\u0644\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0633\u064e\u0628\u064e\u0642\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0652\u0644\u0627\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0641\u0650\u0649 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0652\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u063a\u0650\u0644\u0627\u064b\u0651 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0652\u0627 \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0631\u064e\u0624\u064f\u0648\u0652\u0641\u064c \u0631\u064e\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u064c.\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0622\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0652\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650\u0650.\u0631\u064e\u064e\u064e\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u0650\u064a\u0652\u0639\u064f \u0627\u0652\u0644\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0645\u064f \u0648\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0648\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u064f. \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u0649\u064e \u0633\u064e\u064a\u0650\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0649\u064e \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e. \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0650\u0651\u0643\u064e \u0631\u064e\u0628\u0650\u0650\u0651 \u0627\u0652\u0644\u0639\u0650\u0632\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627 \u064a\u064e\u0635\u0650\u0641\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e\u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0627\u064e\u0645\u064c \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0652\u0644\u064f\u0645\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0652\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0650\u0651 \u0627\u0652\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e.\n\u0627\u0645\u064a\u0646 \u064a\u0627 \u0631\u0628 \u0627\u0644\u0639\u0627\u0644\u0645\u064a\u0646.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mytax/", "title": "MyTax Hasil: Cara Daftar & Login e-Filing 2023 Kali Pertama", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan digalak memanfaatkan gerbang dalam talian MyTax LHDN.\nPengarah Operasi Negeri Sabah, Seksyen Khidmat Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Mohamad Razli Mohamad Ali berkata pengisytiharan pendapatan melalui gerbang dalam talian MyTax memudahkan urusan seperti melihat tunggakan, lebihan, potongan menerusi e-lejar dan e-kemaskini.\n\u201cSemua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN, MyTax ataupun platform ezHASiL,\u201d katanya semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital di sini, pada Selasa.\nDi samping itu, para pembayar cukai juga diingatkan agar menyimpan setiap dokumen percukaian sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun bukan sahaja bagi membantu urusan LHDN, sebaliknya juga memberikan peluang kepada para pembayar cukai meneliti dengan merujuk semula laporan cukai masing-masing.\nJadi, bagi yang masih belum ada akaun bolehlah daftar di portal ini.\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal MyTax LHDN.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyTax LHDNM?\n\n \nCara Pendaftaran MyTax & Login Kali Pertama\n\n \nCara Akses e-Filing 2023 Di MyTax\n\n \nCara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax\n\n \nPermohonan No Pin MyTax\n\n \nSemakan Sekatan Perjalanan Imigresen Malaysia\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MyTax LHDNM?\nPortal ini berfungsi sebagai portal maklumat sehenti untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing.\nApa yang kita boleh semak di portal ini? \nBerikut adalah perkara yang kita boleh semak sendiri di portal MyTax :\n\nBaki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit\nTarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita\nSenarai PCB yang majikan potong dari gaji kita tu ( semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum je )\nRingkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini\nPerincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini\nSenarai ansuran CP500\nRekod SPC\n\nSelain itu portal ini juga menyediakan pautan terus ke lain-lain perkhidmatan seperti ByrHasil (baca Bayar Hasil), e-Filing, e-Kemaskini dan beberapa \u2018e\u2019 lagi.\n\n\n\n\n\n\nLepas ni kalau setakat nak semak status terkini cukai pendapatan kita, atau nak semak PCB yang majikan buat dah masuk ke lejar kita ke belum, cubalah semak di portal ni dulu. \n\nCara Pendaftaran MyTax & Login Kali Pertama\nPendaftaran MyTax boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar si Portal MyTax iaitu\u00a0https://mytax.hasil.gov.my\nDokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :\nPendaftaran secara e-Daftar :\n\nPasport bagi bukan warganegara Malaysia\nSijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)\n\n\nLog Masuk Kali Pertama\nBagi anda yang telah berdaftar tetapi tiada Sijil Digital, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan untuk mendaftar iaitu:\n\ne-CP550 \u2013 permohonan di web\ne-KYC \u2013 pengecaman identiti wajah di mobile\n\nSila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.\n\nKemudian log masuk setelah anda menetapkan kata laluan serta frasa keselamatan.\nSila rujuk manual penuh :\nPANDUAN-MYTAX-2023Download\n\nCara Akses e-Filing 2023 Di MyTax\nBerikut adalah langkah-langkah untuk login MyTax untuk memulakan e-filing 2023 seperti yang dikongsikan oleh Azri Johan di Facebook.\nLANGKAH 1 : LOGIN MENGGUNAKAN IC\n\nLANGKAH 2: KLIK BUTANG MENU\n\nLANGKAH 3: PILIH MENU EZHASIL SERVICES\n\nLANGKAH 4 : PILIH E-FILING\n\nLANGKAH 5 : PILIH TAHUN TAKSIRAN 2022 \n\nSumber gambar : Facebook Azri Johan\nCara Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN Di Portal MyTax\nJika anda pernah berdaftar dan mempunyai nombor pin, anda hanya perlu log masuk ke pautan berikut dengan mengisikan nombor kad pengenalan : https://mytax.hasil.gov.my/\n\nAnda juga akan melihat paparan Dashboard seperti ini.\n\nMudah kan?\nBagi yang belum berdaftar, klik pada LOG MASUK KALI PERTAMA.\n\nKemudian sila masukkan No. PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik\u00a0Hantar.\nPermohonan No Pin MyTax\nPembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM boleh mendapatkan/menyemak\u00a0No. PIN\u00a0untuk akses ke MyTax melalui kaedah berikut :\n\n\nMelalui cawangan LHDNM yang berdekatan.\nPermohonan secara dalam talian \n\nPanduan Pengguna MyTAX LHDNMDownload\nBaca juga: Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank\nSemakan Sekatan Perjalanan Imigresen Malaysia\nSelain semakan LHDN, semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia.\nPembayar cukai boleh menyemak status senarai hitam dan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen (Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia) di\u00a0https://sspi.imi.gov.my/sspi/\n\nAnda hanya perlu isikan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.\nSelepas itu, tekan butang Semak dan keputusan akan dipaparkan serta-merta.\nMudah kan?\nJadi lepas ni jangan kalut kalau ada orang telefon kata kita ada tunggakan cukai semua.\nKita boleh check sendiri status cukai yang terkini dan sahih oleh LHDNM di Portal MyTax!\nSemoga bermanfaat.\nBaca juga: Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online (CCID PDRM)\nMaklumat Lanjut\nSila layari portal rasmi LHDNM melalui perkhidmatan ezHasil dan pautan pantas berikut untuk info lanjut berkaitan:\n\nSekatan perjalanan https://sspi.imi.gov.my/sspi/;\nBaki cukai https://mytax.hasil.gov.my/;\nBayaran cukai https://byrhasil.hasil.gov.my/;\nMaklum Balas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/epemula-shopee-shopeepay/", "title": "ePemula Shopee : Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Melalui ShopeePay", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan memperkenalkan program ePemula iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Shopee, Grab, TNG dan BigPay.\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang ePemula Shopee untuk yang ingin menebus dan menggunakan kredit ini melalui ShopeePay.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Inisiatif ePemula?\n\n \nSiapakah Yang Layak Menerima Kredit ePemula ini?\n\n \nCara Penebusan Kredit ePemula ShopeePay\n\n \n1. Cara Tebus ePemula ShopeePay\n\n \nApakah Yang Saya Boleh Buat Dengan Kredit ePemula Shopee?\n\n \nApakah Baucar Tambahan ePemula Yang Shopee Tawarkan?\n\n \nTarikh Permohonan ePemula Shopee 2022\n\n \nTempoh Penebusan Kredit ePemula\n\n \nSenarai Rakan Jenama Yang Menerima Bayaran Dengan ShopeePay\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Inisiatif ePemula?\nProgram ePemula merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022.\nProgram ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.\nProgram ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui ShopeePay serta penyedia perkhidmatan yang terpilih.\nPada masa yang sama, penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk bancar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran dan reward points (coins).\n\n\n\n\n\n\nSiapakah Yang Layak Menerima Kredit ePemula ini?\nSyarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaMencapai umur 18-20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004) ATAUMerupakan pelajar sepenuh masa TANPA HAD UMUR di peringkat setara Diploma SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar dengan salah satu Kementerian berikut:Kementerian Pendidikan TinggiKementerian PendidikanKementerian Belia dan SukanKementerian Pertanian dan Industri MakananKementerian Pembangunan Luar BandarKementerian Sumber ManusiaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan\nCara Penebusan Kredit ePemula ShopeePay\nBerikut adalah cara membuat penebusan bagi setiap rangkaian e-Wallet yang terlibat:\n1. Cara Tebus ePemula ShopeePay\nBuka aplikasi Shopee.\nJika anda telah mengaktifkan ShopeePay, anda akan mendapat paparan seperti di bawah.\n\nSila tekan \u2018Claim ePemula RM150\u2019.\n\nCara Penebusan:\nAktifkan dan buat pengesahan akaun (verify) ShopeePay andaUntuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi andaRM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!Penebusan bermula mulai jam 8 pagi, 11 April 2022\n\nApakah Yang Saya Boleh Buat Dengan Kredit ePemula Shopee?\nSecara ringkasnya, anda boleh menggunakan kredit ini untuk mana-mana pembayaran kedai runcit luar talian yang menerima kaedah transaksi ShopeePay.\nSecara lebih terperinci, anda boleh menggunakan kredit RM150 ShopeePay untuk sebarang pembayaran luar talian KECUALI YANG BERIKUT:\npemindahan rakan ke rakanpengeluaran tunaipembayaran bil utiliti bersepadu aplikasipembayaran bersepadu aplikasi yuran / Pembayaran berkaitan kerajaanpembayaran bersepadu bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan bil prabayarpembelian games di aplikasipembayaran parkingaktiviti berkaitan pelaburane-dagang atau transaksi dalam talian\nSumber: FAQ ShopeePay ePemula\nApakah Baucar Tambahan ePemula Yang Shopee Tawarkan?\nShopeePay akan menawarkan tambahan baucar RM500 ShopeePay, ShopeeFood dan ShopeeMall untuk semua pemohon ePemula yang layak.\nBaucar tambahan ini akan dikreditkan kepada anda secara langsung dalam tempoh 1 hari selepas pemohon ePemula berjaya.\nTarikh Permohonan ePemula Shopee 2022\nProgram ePemula ini akan bermula pada 11 April 2022.\nTempoh Penebusan Kredit ePemula\nProses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.\nSenarai Rakan Jenama Yang Menerima Bayaran Dengan ShopeePay\nTak boleh shopping online, jadi macam mana nak belanjakan ePemula ni?\nAnda boleh menggunakan ewallet ShopeePay di kedai-kedai yang tersenarai seperti di bawah:\n\n\nBaca juga: ePemula: Cara Tebus RM150 Kredit ShopeePay, GrabPay, TNG & BigPay\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk Soalan Lazim ePemula ShopeePay di bawah:\nBilakah Saya Boleh Memohon Kredit RM150 ePemula? Pemohon yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula sekali sahaja, bermula 11 April 2022 (mulai jam 8.00 pagi) hingga 1 Jun 2022 (11.59 malam). Bilakah Kredit ePemula Akan Tamat Tempoh? Setelah dituntut, kredit ePemula ShopeePay mesti digunakan sebelum 10 Jun 2022 (11.59 malam).Jika tidak dituntut sebelum tarikh berkenaan, sebarang kredit ePemula yang tidak digunakan akan dialih keluar secara automatik oleh ShopeePay. Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2021, adakah saya layak untuk program ini? Tidak. Warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini kecuali memenuhi syarat sebagai pelajar IPT sepenuh masa. Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak? Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 31 Januari 2022 adalah layak untuk ePemula Shopee. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di IPT berdaftar dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak? Pelajar sepenuh masa di IPTberdaftar yang bakal atau telah menamatkan pengajian pada tahun kalendar 2022 masih layak menerima kredit ePemula. Mengapa permohonan kredit ePemula Shopee saya lambat diluluskan? Semasa tempoh penyerahan tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit ePemula anda.Anda boleh menghubungi [email\u00a0protected] untuk penjelasan lanjut.Anda mungkin memerlukan maklumat tambahan tertentu untuk pengesahan, \nMaklumat lanjut: https://shopee.com.my/m/shopee-epemula-frequently-asked-questions\nBaca juga: PerantiSiswa 2022: Cara Permohonan Peranti Percuma Untuk Pelajar IPT\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kupon-minyak-masak-bersubsidi/", "title": "Cadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCadangan Sistem Kupon Pembelian Minyak Masak Bersubsidi \nCadangan penggunaan sistem kupon pembelian minyak masak pek polibeg satu kilogram bersubsidi akan dibawa pada Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan.\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, selain disasarkan kepada isi rumah B40, sistem kupon berkenaan turut dinikmati pengusaha industri Kecil Dan Sederhana (IKS).\nAdakah anda bersetuju dengan sistem ini? Ikuti berita selanjutnya di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\nCadangan Sistem Kupon Beli Minyak Masak Bersubsidi\nPUTRAJAYA: Cadangan penetapan harga melalui sistem dua peringkat dan kupon pembelian minyak masak peket bersubsidi akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.\nBeliau berkata kedua-dua cadangan tersebut merupakan hasil sesi libat urus yang diadakan hari ini bersama pemain industri dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak.\n\u201cPelaksanaan harga minyak masak dua peringkat yang dicadangkan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) ini akan diperincikan dan mengambil kira semua aspek.\n\u201cCadangan kupon pula telah dikemukakan menteri sebelum ini tetapi masih belum dilaksanakan. Jadi kedua-dua cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL,\u201d katanya.\nSalahuddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak Malaysia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sini.\nSemalam media melaporkan, Salahuddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi hari ini bagi mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut.\n\nMenyifatkan sesi libat urus itu sebagai suatu perbincangan terbuka antara kementerian dan pemain industri, Salahuddin yang juga urus setia NACCOL berkata cadangan yang dikemukakan amat berguna dan akan dicerakinkan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.\n\u201cIni bagi memastikan situasi menang-menang dapat dihasilkan kepada pengilang, peniaga dan pengguna,\u201d katanya.\nPada mesyuarat 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.\n\u2014 BERNAMA\nBaca juga: \n\nJadual Perlawanan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022\nHarga Telur Terkini \u2013 Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-semakan-dividen-asb-kira-asbf/", "title": "Cara Semakan Dividen ASB Online & Kira Pendapatan ASBF", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Buat Semakan Pengagihan Pendapatan (Dividen ASB) Secara Online & Kaedah Pengiraan ASBF\nBulan Disember adalah bulan yang dinanti-nanti oleh mereka yang menabung dan membuat simpanan dalam Amanah Saham Nasional Berhad khususnya ASB.\nUntuk makluman, PNB telah mengumumkan dividen 4.60 sen seunit untuk ASB, dengan jumlah pembayaran agihan pendapatan RM8.9 bln kepada 10.6 juta pemegang unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.\n\n\nDividen \u2013 4.6%\nBonus \u2013 0.5%\n\nPengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.\nUrus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.\nKenyataan akhbar: https://asnb.my/KAASB22\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB online.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTentang Amanah Saham Bumiputera\n\n \nSejarah Pengagihan Pendapatan ASB\n\n \nCara Pengiraan Dividen ASB 2022\n\n \nContoh Kiraan Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah\n\n \nSemakan & Cara Kira Dividen (ASB Financing )ASBF\n\n \nTarikh Semakan Dividen ASB 2022\n\n \nCara Semakan Dividen ASB\n\n \nZakat ASB\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTentang Amanah Saham Bumiputera\nAmanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.\nMengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.\nASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.\nBagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.\nSejarah Pengagihan Pendapatan ASB\nSepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.\nNamun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.\nDi bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini di mana menyaksikan prestasi dividen ASB semakin tahun semakin menurun.\nSEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 1990-2020\n\n\nYang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?\nCara Pengiraan Dividen ASB 2022\nRamai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?\nCara kira dividen ASB adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:\n\nDapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.\nSetiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.\nBahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.\nKemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. \n\nContoh mudah:\n\n\n\n\n\n\nFormula\n4.6% x Purata BMB = \u2026\u2026\u2026.\n0.5% x 1st 30K Purata BMB = \u2026\u2026\u2026\nKiraan ASB yg tepat ialah dengan mengira Purata Baki Minimum Bulanan (BMB). Tapi jika sebut BMB, ramai yg x faham walaupun dah berpuluh kali explain.\nJadi untuk kira mudah, dibawah ialah berapa yg korg akan dapat duit nanti. Kalau dalam akaun ASB korang ada duit cash yang banyak, mungkin lari lah sikit kiraan ni. \nSebab kiraan dividen bonus ASB ni ikut sijil ASBF + Cash.\nASBF 200k\nDividen : *RM9,200*\nBonus 30k : *RM150*\nTotal : *RM9,350*\nASBF 150k\nDividen : *RM6,900*\nBonus 30k : *RM150*\nTotal : *RM7,050*\nASBF 100k\nDividen : *RM4,600*\nBonus 30k : *RM150*\nTotal : *RM4,750*\nASBF 50k\nDividen : *RM2,300*\nBonus 30k : *RM150*\nTotal : *RM2,450*\nContoh 1\nKatakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu. \nCara kiraannya adalah seperti berikut\n= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)\n= RM600\nContoh 2\nKatakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun. \nDan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000. \nJadi cara kiraannya adalah seperti berikut : \n= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)\n= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325\nDividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan. \nIni adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran. \nItu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan. \nJadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.\nContoh Kiraan Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah\nContoh Kiraan (1): \n\nJumlah simpanan RM50,000 x 5 / 100 = RM2,500 dividen setahun.\nJumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)\n\nContoh kiraan (2): \n\nJumlah simpanan RM50,000 x 0.05 sen = RM2,500\nJumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)\n\nSemakan & Cara Kira Dividen (ASB Financing )ASBF\nCara kira. Contoh kita ada buat ASBF 100k\nMaka :\n4.60% x 100k = RM4600\n0.5% x 30k = RM150\nTOTAL DAPAT = RM4750 \nIf apply ASBF Pertengahan Tahun, kena kira prorate lah. Contoh apply bulan 7. Maka tahun ni bayar untuk 6bulan dari 12bulan.\nMaka cara kira :\n4.60% x 100k x (6/12)= RM2300 \n0.5% x 30k = RM150\nTOTAL DAPAT = RM2450 \nSEMOGA BERMANFAAT\nCara semakan & kira Dividen ASBF (Tak sampai 12 bulan)*Contoh baru buat 10 bulan dan buat ASBF RM100K.ASBF RM100K = Dividen Tahunan RM5,000(Bahagikan dengan 12 untuk dapatkan anggaran dividen sebulan)RM5,000 / 12 = RM417.(Darabkan dengan 10 untuk dapakan anggaran dividen 10 bulan)RM417 x 10 bulan = RM4,170\nBaca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak\nTarikh Semakan Dividen ASB 2022\nSeperti yang dimaklumkan sebelum ini, penangguhan urusniaga ASB bermula 22 Disember 2022 31 Disember bagi platform online MyASNB manakala sehingga 3 Januari 2023 bagi semakan manual di kaunter ASNB dan ejen.\n\nOleh itu, semakan boleh dibuat mulai 1 Januari 2023 secara online di Portal MyASNB manakala pembukaan semula urusniaga di kaunter bermula pada 3 Januari 2023.\n\nPerkara ini diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB.\n\n\n\nCara Semakan Dividen ASB \nKini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.\nUntuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.\nmyASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).\nIa adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.\nLangkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:\n\nDaftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)\nSenarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan\nSemak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan \nBoleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan\n\n\n\n*Rujuk tarikh penangguhan urusniaga ASB di bawah.\nJika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen\nZakat ASB\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).\nMesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.\n\nRingkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti\u00a0jadual berikut:\n\nKaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada\u00a0peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.\nKaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :\n\nPerkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.\nWalau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.\nContoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = \u2026.. x2.5% = Zakat*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa\nJadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya!\nMaklumat Lanjut \nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2022 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my\nSebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi \u2013 10 malam) atau emel ke\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah/", "title": "Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah & Alasan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda kalanya seseorang pelajar tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah atas pelbagai alasan \u2013 dalam sesetengah perkara amatlah digalakkan untuk menghantar surat tidak hadir sekolah bagi memberikan penjelasan rasmi kepada pihak guru.\nSekiranya pelajar tidak dapat hadir atas alasan kesihatannya yang tidak mengizinkan, maka surat cuti sakit atau MC boleh digunakan.\nNamun, sekiranya ketidakhadiran pelajar tersebut adalah atas sebab-sebab lain, maka para ibu bapa digalakkan menulis surat tidak hadir sekolah untuk anak-anak mereka.\nSurat ini boleh dikirim kepada anak untuk diberikan kepada guru kelas mereka. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nContoh Situasi Yang Memerlukan Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\n\n \nFormat Surat Rasmi\n\n \nContoh Surat\n\n \nMuat Turun : Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\n\n\nContoh Situasi Yang Memerlukan Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\nSeseorang pelajar mungkin tidak dapat hadir ke sekolah atas alasan-alasan berikut:\n\nIbu bapa sakit\nMasalah kewangan\nKematian\n\u2026 dan pelbagai lagi alasan yang munasabah\n\nApa jua sebabnya, para ibu bapa digalakkan untuk surat tidak hadir sekolah bagi pihak anak mereka untuk mengelakkan salah faham dengan pihak sekolah yang mungkin menyangka anak-anak sengaja ponteng atau tidak menghadirkan diri.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, penulisan surat ini mampu memudahkan pihak sekolah menawarkan sebarang bantuan sekiranya keluarga pelajar tersebut mempunyai masalah yang boleh dibantu.\nFormat Surat Rasmi\nSecara ringkasnya, surat ini menggunakan format surat rasmi kerana ia adalah sebuah dokumen rasmi yang diberikan kepada pihak sekolah.\nSecara ringkasnya, bentuk surat ini sama sahaja dengan surat tunjuk sebab tidak hadir kerja kecuali tajuk dan isinya sahaja yan berbeza.\nSecara umumnya, surat ini mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:\n\nNama\nAlamat\nTarikh\nNama guru\nNama dan alamat sekolah\nTajuk:\u00a0KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH / TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH KERANA [masukkan sebab ketidakhadiran]\nIsi surat:\n\nNyatakan dengan jelas tarikh tidak hadir dan sebab ketidakhadiran.\u00a0Contohnya: \u201cPada tarikh 29 Januari 2022, anak tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana menghadiri majlis pengebumi datuknya yang baru sahaja meninggal dunia\u201c\nNyatakan akujanji akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan guru kepada kelas\n\n\n\nContoh Surat\nIzzat bin AzizNo 70, Jalan Mega Jaya 1,Taman Mega Jaya,43650 Bandar Baru Bangi Selangor.\n\nGuru Darjah 1 Cerdik,Sekolah Menengah Mega Jaya,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 20 Jun 2022\nTuan / Puan\nTidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 19 Jun 2022\nMerujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak saya [NAMA ANAK] tidak dapat hadir ke sekolah pada 19 Jun 2022.\n2. Ini kerana keluarga kami perlu menghadiri majlis pengebumian datuknya yang baru meninggal dunia di Lenggong, Perak.\n2. Saya, Izzat bin Aziz, bapa kepada [NAMA ANAK] akan memastikan anak saya menyoapkan tugasan setelah kembali ke sekolah.\nKerjasama Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.\n\nYang benar,\n________________\n\nSurat ini bukanlah satu kewajipan tetapi sangat digalakkan bagi mengelakkan salah faham dengan pihak guru kelas dan sekolah.\nSelain itu, ia secara tidak langsung mengajar anak akan adab untuk menghormati guru dengan memberitahu mereka dengan jujur sebab ketidak hadiran ke sekolah.\nMuat Turun : Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\nUntuk memudahkan anda mencetak dan edit surat ini, anda boleh muat turun template surat di bawah:\nsurat-tidak hadir ke sekolah \u2013 CONTOH TEMPLATEDownload\nBaca juga: \n\neProfiling MOHE : Semakan Kelulusan Akademik & Inventori Kerjaya\nDELIMa 2.0 KPM: Cara Login, Dan Daftar Akaun Guru, Murid & Ibu Bapa\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-beli-tiket-wayang-online/", "title": "Cara Beli Tiket Wayang Online (MBO, GSC, TGV, LFS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan adanya kemudahan pembelian tiket online, anda tak perlu lagi beratur di pawagam untuk beli tiket wayang bagi menonton filem kegemaran anda.\nBeli saja secara online dari mana pun anda berada. Caranya juga sangat mudah.\nTanpa melengahkan masa, jom kita ikuti cara-cara pembelian tiket wayang secara online di MBO, GSC dan TGV.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Beli Tiket Wayang Online (MBO)\n\n \nCara Beli Tiket Wayang GSC Online\n\n \nCara Beli Tiket Wayang TGV Online\n\n \nCara Beli Tiket Wayang Online LFS Cinema\n\n\nCara Beli Tiket Wayang Online (MBO)\nIngin beli tiket wayang MBO? Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut :\n\nBuka aplikasi MBO Cinema (Google Playstore/ Apple Store) atau layari pautan https://mbocinemas.com/browsing/\nUntuk buat pembelian tiket, anda perlu log masuk menggunakan akaun anda. Jika anda pengguna baharu, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu.\nCari pawagam berdekatan atau pawagam pilihan anda dengan klik pada ikon Menu (garis tiga bertindih) dan klik Cinemas.\nKlik pada View Showtimes untuk lihat senarai filem yang sedang dimainkan di pawagam. Anda juga boleh klik pada search untuk pilih filem yang anda ingin tonton.\nKlik pada filem pilihan anda. Seterusnya, senarai waktu tayangan akan dipaparkan mengikut lokasi pawagam. Pilih salah satu waktu tayangan.\nKemudian, anda perlu buat pilihan jenis tiket mengikut jumlah dan kategori yang ditawarkan seperti berikut :\n\n\nAdult Standard\nChild Standard\nSingle Pack (Adult Standard + Single Pack Combo Voucher)\nShare Pack (Adult Standard + Share Pack Combo Voucher)\nShare Pack Included Combo\nAdult Couple\n\n\n\nKemudian, klik Continue untuk buat pilihan tempat duduk yang masih kosong.\nSeterusnya, semak pengesahan yang tertera dan klik Checkout.\nIsikan butiran yang diperlukan secara lengkap dan klik Continue.\nPilih kaedah pembayaran yang anda inginkan, tandakan pada kotak terma dan syarat dan tekan Pay Now. Buat pembayaran sehingga selesai.\nProses pembelian tiket selesai.\n\nCara Beli Tiket Wayang GSC Online\n\nMuat turun aplikasi GSC Cinema di Google Playstore / Apple Store atau layari laman web GSC di pautan https://www.gsc.com.my/main/home\nPelanggan baharu perlu daftar/ Sign Up untuk buat tempahan tiket secara online. Pelanggan yang sudah ada akaun boleh Sign In seperti biasa.\nSelepas anda log masuk, pergi ke laman utama dan pilih filem yang anda ingin tonton. Anda juga boleh tekan ikon Search untuk cari filem pilihan anda.\nTekan pada filem pilihan anda dan pilih pawagam berhampiran serta tarikh dan masa tayangan yang anda inginkan.\nKemudian, anda akan dibawa ke bahagian pemilihan tempat duduk. Pilih seat yang masih kosong dan tekan Confirm.\nSeterusnya, anda perlu pilih tiket berdasarkan kategori dan bilangan sama ada dewasa, kanak-kanak, OKU, warga emas atau pelajar.\nTekan Confirm untuk sahkan pembelian tiket. Setelah itu, anda boleh buat pembelian tambahan untuk makanan jika anda mahu. Jika tidak berminat, anda boleh skip langkah ini dan terus ke proses pembayaran.\nPada laman Summary, semak semua maklumat dan pastikan ia betul. Kemudian, tandakan tick pada Terma dan Syarat. Selepas itu, tekan Checkout & Pay.\nPilih kaedah pembayaran dan lengkapkan proses pembayaran hingga selesai.\nPembelian tiket GSC secara online selesai. Anda boleh semak pembelian tiket di Profile > My Tickets.\n\n\n\u00a0Cara Beli Tiket Wayang TGV Online\nBerikut merupakan cara-cara untuk beli tiket wayang TGV secara online :\n\nBuka aplikasi TGV Cinema (Google Play/Apple Store) atau layari pautan TGV di https://www.tgv.com.my/\nLog masuk akaun anda. Jika anda baru pertama kali ingin membeli secara online, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu.\nAnda boleh pilih filem-filem yang sedang ditayang di halaman utama. Anda juga boleh cari filem pilihan anda di bahagian Search.\nUntuk mula menempah tiket, pilih lokasi pawagam TGV berdekatan dengan klik pada ikon Cinemas.\nSeterusnya, akan dipaparkan senarai filem, tarikh dan waktu mengikut lokasi pawagam yang anda pilih. Di sini, anda perlu tetapkan tarikh dan hari tayangan pada bahagian atas untuk buat tempahan.\nSeterusnya, scroll ke bawah dan pilih waktu tayangan bagi filem yang anda nak tonton.\nKemudian, Sign in jika anda mempunyai akaun TGV. Jika ingin mendaftar sebagai ahli, tekan butang Join Now.\n\n\nNota : Anda juga boleh beli tanpa mendaftar dengan klik butang Continue as Guest. Masukkan alamat e-mel yang aktif serta nombor telefon pada bahagian Guest Details dan tekan Proceed.\n\nPilih tempat duduk yang masih tersedia atau belum ditempah. Selepas itu, tekan butang Continue.\nAnda akan dibawa ke bahagian Select Ticket Type utuk pilih jenis tiket mengikut kategori yang disenaraikan berserta jumlah harga tiket. Tekan Continue.\nSelepas itu, anda boleh tambah makanan atau minuman yang ditawarkan TGV. Tekan butang Continue untuk teruskan pembelian.\nSemak semua butiran pembelian dan pastikan semuanya tepat. Kemudian, tekan Pay Now.\nPilih kaedah pembayaran yang anda ingin gunakan dan lengkapkan proses hingga selesai.\nPembelian tiket anda dikira berjaya jika status pembelian tiket dipaparkan.\n\nCara Beli Tiket Wayang Online LFS Cinema\n\nUntuk membeli tiket secara online, anda perlu mendaftar sebagai ahli di laman web www.lfs.com.my.\nJika anda sudah mendaftar, terus log masuk akaun anda.\nPergi ke \u2018Quick Book\u2019 dan pilih tarikh, tajuk filem, lokasi pawagam, waktu tayangan serta tempat duduk yang anda inginkan.\nKemudian, isikan butiran pembayaran dalam sistem e-ticketing untuk sahkan tempahan.\nSetelah pembayaran selesai, anda akan menerima e-mel pengesahan tempahan tiket wayang termasuk nombor tempahan dan ID.\n\n\nSecara keseluruhannya, keempat-empat langkah pembelian tiket online adalah hampir sama untuk memudahkan penonton.\nUntuk keterangan lanjut mengenai pembelian tiket, sila layari laman web pawagam masing-masing. \nAkhir kata, selamat menonton dan semoga perkongsian ini dapat membantu anda buat pembelian dengan lebih lancar. Selamat mencuba!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/modenas-elegan-250-ex/", "title": "Modenas Elegan 250 EX: Spesikasi dan Harga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nModenas Elegan 250 EX baru sahaja dilancarkan oleh syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).\nSeperti dijangka motorsikal jenis skuter Modenas Elegan EX 350 ini didatangkan dengan beberapa ciri yang ditambah baik dan sedikit peningkatan harga daripada keluaran sebelumnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nModenas Elegan 250 EX Baharu!\n\n \nSpesifikasi\n\n \nVarian & Harga Modenas Elegan 250 EX\n\n \nBrochure & Maklumat Rasmi\n\n\nModenas Elegan 250 EX Baharu!\nModenas Elegan 250 EX ini merupakan versi tambah baik daripada keluaran sebelumnya, Elegan 250 ABS yang dikeluarkan pada tahun 2020.\nSelain beberapa ciri menarik terbaru, model terbaru ini juga kini mematuhi peraturan pelepasan ekzos Euro 4.\nOleh itu, model ini dibina dengan antipelepasan tambahan bagi memastikan toksin dalam gas ekzos dapat dikurangkan semasa pelepasan apabila enjin berjalan.\n\n\n\n\n\n\nDengan enjin Euro 4, skuter Modenas model baharu ini pastinya akan menjadi lebih cekap bahan api dan akan mengurangkan kerosakan kepada bumi.\n\n\nSpesifikasi\nModenas Elegan 250 EX (2023) ialah basikal skuter maxi premium yang dikuasakan oleh enjin SOHC 4-lejang, 250cc penyejuk cecair dengan transmisi CVT.\nIa menghasilkan kuasa 22.1 Hp pada 7000 RPM dan tork maksimum 22.4 Nm pada 6500 RPM.\nModel baharu ini mempunyai penampilan keanggunan baharu dan memberikan keselamatan tambahan (Dual Channel ABS) untuk pengalaman menunggang yang unggul. \nSebagai tambahan kepada reka bentuk luaran yang dipertingkatkan, model ini kini didatangkan dengan lampu depan projektor agresif yang serba baharu yang dilengkapi dengan lampu belakang berbentuk \u201cX\u201d yang unik yang menerangi jalan pada waktu malam. \nSkuter ini juga memenuhi keperluan utama penunggang jarak jauh: keselesaan & kecekapan bahan api melalui tempat duduk yang luas dan ergonomik untuk kedua-dua penunggang dan pembonceng serta konfigurasi enjin EURO 4.\nSkuter enjin empat lejang SOHC, silinder tunggal berkapasiti 250cc.\nSkuter ini didatangkan dengan ABS dua saluran Bosch, pengapit cakera hidraulik 260 mm di hadapan dan 240 mm di belakang, dengan roda bersaiz 14 inci di hadapan dan 13 inci di belakang. \nBerat untuk Elegan 250 EX disenaraikan pada 198 kg dengan 12.4 liter bahan api dibawa dalam tangki yang terletak di bawah papan lantai.\n\n\nArtikel berkaitan: Yamaha NVX V3 Baru & Harga Di Malaysia\nVarian & Harga Modenas Elegan 250 EX\nHarga untuk pasaran Malaysia bagi mode ini adalah RM16,997, naik sedikit berbanding harga 2020 Modenas Elegan 250 ABS keluaran 2020 yang berharga RM15,315.\nTerdapat dua pilihan warna yang tersedia untuk Elegan 250 EX \u2013 Matte Silver Crystal dan Petroleum Blue.\nModenas Elegan 250 EX ini didatangkan dengan jaminan pembuatan selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu), ciri-ciri hebat yang lebih banyak, ergonomik yang baik dan sokongan selepas jualan yang luar biasa.\nBrochure & Maklumat Rasmi\nSekiranya anda ingin melihat brochure dan maklumat rasmi mengenai motorsikal terbaru keluaran Modenas ini, sila klik pautan https://modenas.my/product/elegan/elegan-ex\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tvet-instructor-eprofiling-system-tips/", "title": "TVET Instructor EProfiling System (TiPS): Login & Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTVET Instructor EProfiling System (singkatannya TiPS) atau Sistem Profil Pengajar Kemahiran Malaysia merupakan sebuah aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama-sama Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk golongan pengajar dan penuntut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).\nPelancaran aplikasi TiPS telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST pada 19 Ogos 2020 yang lalu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nPengguna TiPS\n\n \nKelebihan Sistem TiPS\n\n \nPendaftaran TiPS\n\n \nLog Masuk TiPS\n\n \nProsedur penggunaan TiPS\n\n \nPendaftaran Pengajar\n\n \nKemaskini Maklumat Personel\n\n \nPenilaian Komptensi\n\n \nLaporan Kompetensi\n\n \nPerancangan Latihan\n\n \nPelaksanaan Latihan Menggunaan Platform TiPS\n\n \nPengajar melengkapkan penilaian Kompetensi selepsas hadir kursus\n\n \nPentaksiran Pengajar\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nPengenalan \nTVET Instructor EProfiling System (TiPS) merupakan sebuah sistem yang digunakan untuk mengenalpasti tahap kompetensi tenaga Pengajar TVET dengan kaedah yang sistematik supaya perancangan dan pelaksanaan latihan yang tepat dan berstruktur dikenalpassti dan dilaksanakan.\n\n\n\n\n\n\nAntara fungsi TiPS adalah:\n\nPangkalan data profil\nPengurusan pembangunan pengajar\nPengukur tahap kompetensi\n\nPengguna TiPS\nPendaftaran TVET Instructor EProfiling System (TiPS) terbuka kepada\u00a0\n\nSemua pengajar TVET\nPersonel yang dilantik untuk mengurus sistem eProfiling\n\nArtikel berkaitan: Program Asasi TVET 2023 \u2013 Syarat, Lokasi & Permohonan\nKelebihan Sistem\u00a0TiPS\n\n\u00a0Penilaian Berasaskan CUDBAS\n\u00a0Penilaian dan analisa yang sistematik\n\u00a0Capaian yang pantas dan luas\n\u00a0Sokongan pelbagai peranti/skrin\n\u00a0Keputusan dan hasil yang segera\n\u00a0Right Trainer, Right Training & Right Time\n\n\nPendaftaran TiPS\nTerlebih dahulu anda perlu melengkapkan pendaftaran akaun sebelum boleh menggunakan segala fungsi yang terdapat dalam sistem TVET Instructor EProfiling System (TiPS):\n\nLayari laman https://www.ciast.gov.my/profiling/\nKlik pada \u201cPendaftaran\u201d di bahagian menu\nKlik pada butang \u201cDaftar Sekarang\u201d\nMasukkan nombor Kad Pengenalan dan klik butang \u201cPeriksa\u201d\nLengkapkan semua maklumat yang diminta dan klik butang \u201cDaftar\u201d\nBuka emel yang digunakan untuk pendaftaran dan klik pada pautan yang dihantar untuk mengesahhkan pendaftaran akaun anda\n\nKemudian, anda perlu menghubungsi Admin Institut (AI) untuk mengaktifkan akaun eProfiling anda.\nCarian Admin Institut boleh dilakukan di halaman https://eprofiling.ciast.gov.my/index.php/site/admin-list\nLog Masuk TiPS\nSelepas anda melengkapkan pendaftaran, anda boleh teru log masuk ke akaun anda dengan mengikuti langkah berikut: \n\nLayari laman https://www.ciast.gov.my/profiling/\nKlik pada \u201cLog Masuk\u201d di bahagian menu\nMasukkan kata nama dan kata laluan\n\nProsedur penggunaan TiPS\nPendaftaran Pengajar\n\nPengajar mendaftar dalam TiPS\nAdmin institut mengaktifkan akaun\nPengajar mengesahkan emell dan log masuk menggunakan katalaluan sementara\n\nKemaskini Maklumat Personel\n\nPengajar mengemaskini maklumat personel, perjawatan, kelulusan, bidang kompetensi, penglibatan, anugerah dan tukar katalaluan\nAdmin institus mengesahkan maklumat personal pengajar\n\nPenilaian Komptensi\n\nAdmin Institut (AI) menngemaskini maklumat bidang di institut\nPengajar menambah bidang kompetensi\nPengajar melengkapkan penilaian kompetensiPenyelia menilai kompetensi pengajar di bawah seliaan\n\nLaporan Kompetensi\n\nLaporan peta abiliti pengajar diperolehi\nLaporan analisan kompetensi pengajar dapat dijana\n\nPerancangan Latihan\n\nInstitut dapat merancang dan merekabentuk latihan kepada pengajar berdasarkan analisa kompetensi TiPS\n\nPelaksanaan Latihan Menggunaan Platform TiPS\n\nLatihan/Kursus kepada pengajar (Reskilling, Upskilling, Sijil Profesional)\nLatihan Sangkutan Indusstri (LSI)\nPerkongsi Kepakaran Industri (PKI)\nCoaching & Mentoring & Latihan Kendiri\n\nPengajar melengkapkan penilaian Kompetensi selepsas hadir kursus\n\nKompetensi pengajar selepas hadir latihan/kursus dapat diperolehi\n\nPentaksiran Pengajar\n\nPentaksiran pengajar dapat dilaksanakan berdasarkan laporan kompetensi dan latihan yang dihadiri melalui platform TiPS\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sistem TVET Instructor EProfiling System (TiPS) ini, sila hubungi pegawai yang bertugas seperti yang tertera di bawah ini:\nPusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)Jalan Petani 19/1,Seksyen 19,40900 Shah AlamSelangor Darul EhsanTel: 03-5543 8200Faks: 03-5543 8359\n"]} {"url": "https://ecentral.my/my-aia-online/", "title": "My AIA : Cara Daftar & Login AIA Takaful Berhad Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda merupakan seorang pelanggan AIA Takaful Berhad, anda digalakkan untuk mendaftarkan akaun di portal My AIA yang menawarkan pelbagai fungsi.\nKebiasaannya apabila anda melanggan mana-mana polisi Takaful atau insurans, anda akan diberikan sijil polisi termasuk buku yang menerangkan lebih mendalam mengenai polisi yang dilanggan.\nNamun, ada kalanya anda mungkin tidak menyimpan buku dan sijil dengan baik dan tidak menemuinya apabila sangat memerlukannya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu My AIA?\n\n \nAplikasi Telefon Mudah Alih\n\n \nCara Daftar Akaun My AIA\n\n \nCara Login\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu My AIA?\nDengan My AIA, perkara ini tidak menjadi masalah kerana anda boleh menyemak dan melihat sijil polisi anda pada bila-bila masa, terus daripada akaun anda secara atas talian.\n\n\n\n\n\n\nMelalui portal ini, anda boleh menyemak polisi anda tanpa perlu merujuk kepada agen anda terlebih dahulu.\n\nAplikasi Telefon Mudah Alih\nLebih menarik, anda bukan sahaja dapat menikmati segala kemudahan yang disediakan melalui laman web mereka sahaja sebaliknya boleh juga memuat turun aplikasi telefon mudah alih mereka untuk mengakses akaun anda daripada peranti mudah alih anda.\nDemi keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja bagi mengelakkan risiko akaun dalam talian anda digodam da dicuri penjenayah. \nUntuk memuat turun aplikasi ini, sila klik pada pautan di bawah:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApple Store \u2013 Untuk pengguna iOSApp Gallery \u2013 Untuk pengguna Huawei\nCara Daftar Akaun My AIA\nLayari laman rasmi di alamat https://www.aia.com.my/en/my-aia/myaia-login.htmlPIlih jenis polisi dan masukkan nombor polisi yang sudah anda langganMasukkan Nombor kad pengenalan andaKlik butang NextSemak jenis polisi, nombor polisi, nombor kad pengenalan dan nombor telefon andaKod pengesahan anda dihantar ke telefon anda. Masukkan kod pengesahan ini.Klik Verify, kemudian Next.Masukkan User ID pilihan.Tetapkan Password pilihan anda. Kemudian masukkan sekali lagi kata kunci yang sama untuk pengesahan.Masukkkan alamat emel yang sahaja.Tandakan pada kotak Terma dan Syarat.Klik butang Submit\nNota: Harap maklum bahawa pendaftaran hanya boleh dibuat sekiranya anda merupakan pelanggan polisi sahaja.\nSila rujuk manual penuh melalui video dan lampiran PDF di bawah:\n\n\n\nMy-AIA-How-To-Register-09092021Download\nCara Login\nAnda boleh login ke akaun anda sama ada melalui laman web atau melalui aplikasi yang telah dimuat turun.\nMasukkan User ID dan Password yang sudah didaftarkan.Klik LoginTandakan pada kotak dan klik butang SubmitAnda akan menerima SMS yang mengandungi Kod Pengesahan aplikasiKlik YesKlik Set Pin Code Tetapkan 6 digit nombor PIN andaMasukkan sekali lagi 6 digit PIN anda untuk pengesahanKlik Save\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila hubungi:\nMenara AIA, 99, Jalan Ampang,50450 Kuala LumpurAIA Bhd.1300-88-1899\nUntuk pelanggan di luar Malaysia603 2056 1111\nAIA PUBLIC Takaful Bhd.1300-88-8922\nAIA General Berhad1300-88-1899\nAIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.1300-22-7771\nAIA Auto Assist / Roadside Assist1-800-88-8733\n"]} {"url": "https://ecentral.my/takbir-raya-haji-aidiladha/", "title": "Takbir Raya Haji 2023: Waktu, Panduan Lafaz Takbir Aidiladha", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAKBIR RAYA HAJI 2022: TAKBIR MUTLAQ DAN MUQAYYAD KETIKA AIDILADHA\nTakbir mutlak di sunnahkan di awal bulan Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik.\n\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0643\u0628\u0631 \u060c \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0643\u0628\u0631\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0643\u0628\u0631\u060c \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u060c \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647\u0623\u0643\u0628\u0631 \u0627\u0644\u0644\u0647\u060c \u0623\u0643\u0628\u0631 \u0648\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u062d\u0645\u062f.\nAntara sunnah yang dianjurkan pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah memperbanyakkan takbir.\nAntara lafaz takbir yang dianjurkan adalah :\n\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0643\u0628\u0631 \u060c \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0643\u0628\u0631\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0643\u0628\u0631\u060c \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u060c \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0643\u0628\u0631 \u0627\u0644\u0644\u0647\u060c \u0623\u0643\u0628\u0631 \u0648\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u062d\u0645\u062f.\nSepertimana yang pernah dilafazkan oleh para sahabat, atau yang masyhur dengan panggilan \u2018takbir raya\u2019 dalam kalangan kita.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerbezaan Takbir Raya Aidilfitri & Aidiladha\n\n \nWAKTU TAKBIR RAYA HAJI 2023\n\n \nLAFAZ TAKBIR RAYA HAJI\n\n \nLAFAZ TAKBIR RAYA HAJI / AIDILADHA\n\n\nPerbezaan Takbir Raya Aidilfitri & Aidiladha\nTakbir pada bulan Zulhijjah terbahagi kepada dua. Takbir MUTLAQ dan MUQAYYAD.\nTakbir MUTLAQ adalah takbir yang tidak terikat dengan apa-apa waktu dan tempat. Maka disunatkan untuk kita bertakbir dengan bermulanya Zulhijjah sehingga selesai hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. \nIni adalah berdasarkan kenyataan Al-Bukhari Rahimahullah di dalam kitab Sahihnya :\n\u0623\u0646 \u0627\u0628\u0646 \u0639\u0645\u0631\u060c \u0648\u0623\u0628\u0627 \u0647\u0631\u064a\u0631\u0629 \u0643\u0627\u0646\u0627 \u064a\u062e\u0631\u062c\u0627\u0646 \u0625\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0633\u0648\u0642 \u0641\u064a \u0623\u064a\u0627\u0645 \u0627\u0644\u0639\u0634\u0631 \u064a\u0643\u0628\u0631\u0627\u0646\u060c \u0648\u064a\u0643\u0628\u0631 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0633 \u0628\u062a\u0643\u0628\u064a\u0631\u0647\u0645\u0627\n\u201cBahawasanya Ibn Umar dan Abu Hurairah Radhiallahu \u2018Anhuma keluar ke kawasan pasar pada 10 hari pertama Zulhijjah dan melaungkan takbir, lalu orang ramai melaungkan takbir seperti mereka berdua\u201d.\n\n\n\n\n\n\nAdapun Takbir MUQAYYAD, ia dinamakan muqayyad kerana ia terikat dengan waktu tertentu. \nMaka disunatkan untuk kita bertakbir setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu bermula SUBUH hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga ASAR terakhir hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah. \nIni adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah Rahimahullah daripada \u2018Ali bin Abi Thalib Radhiallahu Anhu :\n\u0623\u0646\u0647 \u0643\u0627\u0646 \u064a\u0643\u0628\u0631 \u0628\u0639\u062f \u0635\u0644\u0627\u0629 \u0627\u0644\u0641\u062c\u0631 \u064a\u0648\u0645 \u0639\u0631\u0641\u0629 \u060c \u0625\u0644\u0649 \u0635\u0644\u0627\u0629 \u0627\u0644\u0639\u0635\u0631 \u0645\u0646 \u0622\u062e\u0631 \u0623\u064a\u0627\u0645 \u0627\u0644\u062a\u0634\u0631\u064a\u0642\n\u201cBahawasanya dia(Ali) bertakbir selepas solat Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah), sehingga solat Asar padah hari terakhir daripada hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah).\u201d\nSumber: Galeri Ilmu\nWAKTU TAKBIR RAYA HAJI 2023\nTakbir raya Aidiladha (Takbir Muqayyad) bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) iaitu 28 Jun 2023 (Rabu) dan berterusan hingga ke Asar hari Tasyrik yang ketiga (13 Zulhijjah) iaitu hari Ahad, 2 Julai 2023.\nTakbir Muqayyad bermaksud takbir yang dibaca setelah selesai setiap solat fardhu bermula pada hari 9 Zulhijjah dan berakhir selepas solat asar 13 Zulhijjah.\nSumber: Pejabat Mufti WP\nLAFAZ TAKBIR RAYA HAJI\nTAKBIR HARI RAYALAFAZ DAN HUKUM\nDisunatkan bertakbir apabila tiba hari raya yakni hari raya Fitrah dan hari raya Adha. Disunatkan bertakbir raya ini samada secara sendirian atau berjemaah.\nDALIL DISUNATKAN TAKBIR\nFirman Allah Taala :\n\u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u0652\u0645\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0652\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u064e\u0628\u0650\u0651\u0631\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\nArtinya : \u201cDan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu semua menjadi orang yang bersyukur.\u201d (Al-Baqarah : 185)\nFirman Allah :\n\u0648\u064e\u0627\u0630\u0652\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\u0645\u064d \u0645\u064e\u0639\u0652\u062f\u064f\u0648\u062f\u064e\u0627\u062a\u064d\nartinya : \u201cDan berzikirlah kamu sekelian dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari-hari tertentu (yakni hari-hari tasyrik).\u201d (Al-Baqarah : 203)\nMaksud berzikir di sini ialah mengucapkan takbir dan talbiah pada ketika mengerjakan ibadah haji.\nTelah diriwayatkan dari Ummu Athiyah r.a. berkata :\n\u0643\u064f\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0646\u064f\u0624\u0652\u0645\u064e\u0631\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0646\u064e\u062e\u0652\u0631\u064f\u062c\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u0650\u060c \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0646\u064f\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u064e \u0627\u0644\u0652\u0628\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062e\u0650\u062f\u0652\u0631\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u0646\u064f\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064f\u064a\u0651\u064e\u0636\u064e \u0641\u064e\u064a\u064e\u0643\u064f\u0646\u0651\u064e \u062e\u064e\u0644\u0652\u0641\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650\u060c \u0641\u064e\u064a\u064f\u0643\u064e\u0628\u0651\u0650\u0631\u0652\u0646\u064e \u0628\u0650\u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652\u060c \u0648\u064e\u064a\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0626\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e\u0629\u064e \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0637\u064f\u0647\u0652\u0631\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f\u200f.\u200f\nArtinya : \u201cAdalah kami diperintahkan keluar pada hari raya sehingga kami suruh keluar gadis-gadis yang masih dara dari rumah kediamannya dan sehingga kami suruh keluar juga wanita-wanita yang sedang haidh maka duduk mereka itu di belakang manusia. Maka mereka semua bertakbir dengan takbir orang ramai. Dan berdoa pula mereka itu dengan doa orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari raya tersebut dan kesuciannya.\u201d (Hadith Bukhari)\nDan telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. kata beliau :\n\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e : \u201d \u0632\u064e\u064a\u0650\u0651\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u064a\u064e\u0627\u062f\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u0650 \u201c\nArtinya : \u201cRasulullah saw telah bersabda : Hiasilah hari-hari perayaan kamu dengan bertakbir.\u201d (Hadith At-Tabarani)\nLAFAZ TAKBIR RAYA HAJI / AIDILADHA\nAda beberapa lafaz takbir yang diucapkan oleh para sahabat dan salafusolih.\nAntara lafaznya ialah :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nTelah diriwayatkan dari Abdullah bin Mas\u2019ud r.a. adalah beliau mengucapkan :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nErtinya : \u201cAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.\u201d (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)\nDiriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. mengucapkan takbir seperti berikut :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062c\u064e\u0644\u064f\u0651 , \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u060c \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\n(Musannaf Ibnu Abi Syaibah).\nBerkata Imam As-Son\u2019ani :\n\u0648\u0641\u064a \u0627\u0644\u0634\u0631\u062d \u0635\u0641\u0627\u062a \u0643\u062b\u064a\u0631\u0629 \u0648\u0627\u0633\u062a\u062d\u0633\u0627\u0646\u0627\u062a \u0639\u0646 \u0639\u062f\u0629 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0623\u0626\u0645\u0629 \u060c \u0648\u0647\u0648 \u064a\u062f\u0644 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u062a\u0648\u0633\u0639\u0629 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0623\u0645\u0631 \u0648\u0625\u0637\u0644\u0627\u0642 \u0627\u0644\u0622\u064a\u0629 \u064a\u0642\u062a\u0636\u064a \u0630\u0644\u0643\nErtinya : \u201cDan tersebut pada syarah tentang takbir raya terdapat beberapa rupa yang banyak yang dikira elok di sisi imam-imam mujtahid. Dan ia menjadi dalil atas luasnya perintah bertakbir dan kemutlakan ayat menghendaki yang demikian itu.\u201d (Kitab Subulusslam)\n\nTAKBIR AIDILADHA YANG LEBIH PANJANG\nDan harus pula mengucapkan takbir yang lebih panjang seperti yang diucapkan olih umat Islam di Malaysia yaitu :\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u0627\u064b\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0652\u0631\u0627\u064b\u060c \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0644\u0627\u064b\u060c \u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\u060c\n\u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0651 \u062c\u064f\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u0627\u064e\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\n\u0644\u0622 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nBerkata Imam As-Syafie :\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0632\u064e\u0627\u062f\u064e \u0641\u0642\u0627\u0644 : \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u0647 \u0627\u0644\u062f\u064e\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0627\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f : \u0641\u064e\u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064c\nErtinya : \u201cJikalau seorang yang bertakbir menambah dengan menyebut sebagai sebutan di atas maka ia adalah elok.\u201d (Kitab Al-Umm)\nSelamat bertakbir.\nBaca juga: Waktu Wukuf 2022 & Doa Hari Arafah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tm-speed-test/", "title": "TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMahu membuat TM Speed Test untuk semak kelajuan langganan pakej Unifi dan Streamyx dari Telekom Malaysia (TM)?\nSetiap pakej langganan perkhidmatan internet yang disediakan oleh pihak TM menjanjikan kelajuan internet yang berbeza-beza dan sebagai pelanggan, anda berhak untuk mengetahui berapakah kelajuan sebenar internet yang diterima di rumah anda. \nSemakan kelajuan ini penting untuk dilakukan kerana sekiranya kelajuan internet yang diterima anda tidak mencapai tahap kelajuan internet seperti yang dijanjikan dalam kontrak langganan internet, anda berhak menuntut pihak penyedia perkhidmatan meningkatkan kelajuan internet mereka seperti yang dijanjikan. \n\nSekiranya pihak penyedia perkhidmatan tidak berusaha meningkatkan perkhidmatan mereka, maka anda sebagai pengguna boleh membuat laporan kepada pihak yang lebih berautoriti sepertiSuruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM).\nMenariknya, anda boleh menggunakan pelbagai peranti seperti komputer, telefon pintar, komputer riba dan apa sahaja peranti yang mempunyai sambungan internet untuk melakukan TM Speed test ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIstilah-istilah asas internet\n\n \n1. Upload\n\n \n2. Download\n\n \n3. Ping\n\n \n4. Jitter\n\n \nCara cek kelajuan sambungan internet TM\n\n \nAlternatif untuk cek kelajuan internet\n\n\nIstilah-istilah asas internet \nDalam pakej langganan internet yang disediakan oleh pihak TM (atau apa sahaja penyedia perkhidmatan seumpamanya) biasanya mereka akan menggunakan beberapa istilah seperti \u201cdownload\u201d, \u201cupload\u201d dan sebagainya.\nMaka, adalah penting untuk kita faham apa yang dimaksudkan dengan terma-terma ini terlebih dahulu agar kita dapat membuat perbandingan yang adil dengan data yang diperolehi daripada aplikasi untuk membuat TM Speed test. \n1. Upload\nUpload jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud \u201cmuat naik\u201d.\nIni adalah kelajuan internet untuk memuat naik sesuatu maklumat (seperti gambar, fail) daripada komputer atau peranti anda ke sesuatu laman web (contohnya Facebook).\nKelajuan upload ini biasanya ditunjukkan dengan unit Mbps dan tahap kelajuan upload ini biasanya tidak sama dengan tahap kelajuan ketika download (muat-turun) fail dari internet.\n2. Download\nDownload bermaksud \u201cmuat turun\u201d, istilah yang digunakan untuk memuat turun sesuatu fail dari internet seperti gambar, fail, video, lagu dan sebagainya.\nKelajuan download ini juga boleh digunakan untuk merujuk kepada kelajuan internet ketika anda memainkan (stream) sesuatu video di internet contohnya daripada laman web Youtube.\n3. Ping\nSecara mudah difahaminya adalah tempoh masa yang diperlukan oleh komputer atau peranti anda untuk berhubung dengan menara pemancar telekomunikasi yang berdekatan.\n 4. Jitter \nJitter ialah apabila kelewatan masa dalam penghantaran paket data melalui sambungan rangkaian internet anda dan ini sering terjadi disebabkan oleh kesesakan rangkaian.\nCara cek kelajuan sambungan internet TM \nMenariknya, pihak TM sendiri sudah menyediakan satu kemudahan di laman web mereka sendiri untuk memudahkan para pelanggan TM untuk menyemak kelajuan sambungan internet mereka.\nIkut membuat TM speed test, hanya ikuti langkah-langkah mudah berikut:\nLayari laman https://speedtest.tm.com.my/Klik pada butang GO\nHalaman tersebut akan memaparkan data-data penting seperti Download, Upload, Ping dan Jitter.\nAlternatif untuk cek kelajuan internet \nSelain daripada laman web di atas, terdapat lagi beberapa laman web alternatif untk menyemak kelajuan capaian internet anda antaranya adalah:\nSpeedtest.netFast.com\nSetelah membuat semakan kelajuan rangkaian internet anda, bandingkan pula dengan kelajuan yang dijanjikan dalam kontrak langganan internet anda.\nSekiranya kelajuan internet yang disemak terlalu jauh daripada kelajuan internet yang dinyatakan dalam pakej anda, anda berhak menuntut pihak penyedia perkhidmatan internet anda untuk meningkatkan kelajuan tersebut dengan terus berhubungan dengan servis Khidmat Pelanggan mereka. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/google-meet/", "title": "Panduan Google Meet Untuk Mesyuarat & Kelas. Guna HP Pun Boleh!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAntara aplikasi popular bagi mereka yang bekerja dari rumah (BDR) atau anak-anak yang mengikuti sesi pengajian dan pembelajaran di rumah (PdPR) adalah Google Meet.\nTerdapat beberapa aplikasi alternatif lain antaranya Zoom dan Microsoft Team namun biasanya Google Meat menjadi pilihan kerana ianya percuma, mudah digunakan dan ramai yang menggemarinya kerana aplikasi ini menggunakan data internet yang sendiri.\nKali ini, mari kami tunjukkan buat link Google Meet dengan mudah menggunakan telefon pintar atau komputer anda. \n\nBaca juga: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 (Muat Turun)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Google Meet\n\n \nCara Memulakan Panggilan Video / Meeting\n\n \nTutorial Penggunaan Google Meet Pada Handphone\n\n \nCara Menjadualkan Perjumpaan Video Dari Aplikasi Google Calendar\n\n\nKelebihan Google Meet\nMungkin ada diantara anda yang masih mempertimbangkan untuk menggunakan Google Meet untuk mesyuarat atau kelas berbanding aplikasi lain seperti Zoom dan Microsoft Team. \nBerikut adalah sebab mengapa Google Meet menjadi pilihan ramai:\nSelamat \u2013 Meet menggunakan perlindungan yang sama dengan yang digunakan Google untuk melindungi maklumat anda dan melindungi privasi anda. Persidangan video Meet dienkripsi setiap masa dan pelbagai langkah keselamatan sentiasa dikemaskin dan diperbaharui untuk perlindungan tambahan.Fleksibel \u2013 Kumpulkan seluruh kru di Google Meet, di mana anda boleh berbincang, bekerjasama atau hanya bersemuka di mana sahaja.Pelbagai peranti \u2013 Tetamu yang dijemput boleh menyertai persidangan video dalam talian dari komputer mereka boleh terus join meeting dengan mudah melalui apa-apa jenis peranti. Pada peranti mudah alih, mereka dapat bergabung dari aplikasi Google Meet.Tiada gangguan \u2013 Google Meet menyesuaikan tetapan dengan kelajuan rangkaian anda, memastikan panggilan video berkualiti tinggi di mana sahaja anda berada. Peningkatan AI baru menjadikan panggilan anda jelas dan taklah asyik terputus-putus!Sentiasa berhubung \u2013 Penjadualan yang mudah, rakaman yang mudah dan susun atur yang mudah membantu orang untuk terus melibatkan diri dalam setiap perbincangan dan sentiasa berhubung.Perkongsian skrin \u2013 Persembahkan dokumen, slaid, dan spreadsheet dengan menunjukkan keseluruhan skrin atau hanya tetingkap anda.Mengadakan mesyuarat besar \u2013 Jemput hingga 250 peserta dalaman atau tetamu dari luar ke dalam mesyuarat.Siarkan acara dalaman secara siaran langsung \u2013 Acara siaran langsung boleh disiarkan kepada sehingga 100,000 penonton dalam domain anda.\nMenarik kan?\n\nCara Memulakan Panggilan Video / Meeting\nOk untuk memulakan Google Meet, sila ikuti panduan berikut:\nBuka / muat turun aplikasi Meet\nLayari dan muat turun aplikasi GoogleMeet di Play Store ATAU terus ke pautan https://meet.google.com/Di peranti mudah alih anda, buka aplikasi GoogleMeet tersebut\nCara memulakan meeting video di GoogleMeet\nBuka aplikasi GoogleMeetKlik pada \u201cNew meeting\u201cPilih salah satu pilihan berikut:Get a meeting link to share: Pilihan Ini akan menghasilkan pautan video mesyuarat yang boleh anda kongsi untuk bertemu pada masa sekarang atau kemudian. Untuk menjemput orang lain, klik pada butang \u201cShare\u201c. Untuk menyertai mesyuarat, salin kod ke medan \u201cGabung dengan kod\u201dStart an instant meeting: Buat mesyuarat yang anda sertai sekarang.Schedule in Google calendar: Untuk menjadualkan mesyuarat, anda akan diarahkan ke aplikasi Google Kalendar.\n\nBaca juga: SPdPR KPM: Sistem Pelaporan PdPR Standard Untuk Guru Setiap Negeri\nTutorial Penggunaan Google Meet Pada Handphone\nKepada mereka yang baru nak menggunakan aplikasi GoogleMeet melalui video tutorial oleh Pusat Internet Komuniti Tasek Mengkuang Besut buat rujukan anda. \nDi dalam video ini dikongsikan beberapa info :\nPengenalan ringkas GoogleMeetCara memuat turun melalui Play StoreTutorial mengadakan sesi perjumpaan dan berkongsi link melalui Google Meet (Screen sharing, in chat message etc)\n\nCara Menjadualkan Perjumpaan Video Dari Aplikasi Google Calendar \nAnda juga boleh menjadualkan video anda dengan menggunakan aplikasi Google Calendar. Ikuti langkah mudah berikut:\nBuka aplikasi Google CalendarKlik pada + EventTambah \u201cGuess\u201dKlik Done > Save\nDiharapkan artikel ringkas buat link Google Meet ini membantu para pelajar yang sedang PdPR ataupun anda yang masih bekerja dari rumah.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal-maipk-2022/", "title": "Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL\nPermohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 mula dibuka dari 21 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.\nPermohonan ini melibatkan kemasukan ke Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022, anjuran Program Pembangunan Pendidikan Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022.\n\nBaca juga: MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi \u2018Sah\u2019 (Blue Tick Verified)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK 2022\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSkim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK 2022\nSkim bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar berpotensi dari golongan yang memerlukan.\n\n\n\n\n\n\nManfaat:a. Menerima biasiswa tahunanb. Berpeluang mengikuti tuisyen tajaanc. Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk\nSyarat Permohonan\nSYARAT UMUM\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia.Bermastautin di Negeri Perak.Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah(had kecukupan).Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan satu (1),empat (4) dan lima (5) sahaja.Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.\nSYARAT KHUSUS\na. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022b. Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskinc. Pencapaian pelajar mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.\nRUJUK SYARAT PENUH:\nhttps://www.maiamp.gov.my/index.php/en/info/news/1696-skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal.html\nCara Permohonan\nSekiranya berminat, dapatkan segera BORANG BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL daripada pejabat MAIPk terdekat atau boleh dimuat turun daripada portal rasmi MAIPk di pautan berikut:\nhttps://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20biasiswa%20pelajaran%20baitulmal.pdf?fbclid=IwAR3l0m-xESJxyc0_JNs91gqwdWeuwHxeSi8uZ4CefFqOifED6kfA4FcJlu4\nSertakan dokumen:\ni. KP Pemohonii. KP Ibubapaiii. Slip gaji / pengesahan pendapatan ibubapaiv. Salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah\nHantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:\nUnit Pembangunan Pendidikan,Bahagian Agihan ZakatAras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak.\nUntuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut:019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)\nBaca juga: eSPKWS KPM : Login Sistem Perakaunan Sekolah (spkws.moe.gov.my)\nTarikh Permohonan\nTarikh buka: 21 Mac 2022 \nTarikh tutup: 15 April 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Zakat Perak atau hubungi saluran berikut:\nUnit Pembangunan Pendidikan,Bahagian Agihan ZakatAras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak.\n019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)\nBertekadlah untuk menuntut ilmu, moga kalian mendapat berkat dan dapat berkhidmat untuk keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.\nSumber : Zakat Perak-MAIPk\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-alamat-ic/", "title": "Cara Mohon Tukar Alamat IC (Kad Pengenalan / Mykad) JPN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang\u00a0 seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih perlu tukar alamat pada kad pengenalan IC / Mykad.\nJadi, bagaimana cara nak tukar alamat pada IC kita?\nDi sini kami kongsikan caranya.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-syarat Tukar Alamat IC\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nBayaran / Fi Tukar Alamat Pada MyKad\n\n \nMyJanjiTemu JPN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat-syarat Tukar Alamat IC \nPemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjagaPemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen Pemohon (Asal)Kad Pengenalan.Dokumen SokonganBagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)\nBaca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online\nBayaran / Fi Tukar Alamat Pada MyKad\nWarganegara\u2013 Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00Bukan Warganegara\u2013 Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00\n\nMyJanjiTemu JPN \nDalam tempoh PKP ini, semua perkhidmatan urusniaga JPN perlu membuat janjitemu terlebih dahulu.\nPemohon akan membuat pilihan tarikh janji temu sendiri melalui sistem tertakluk kepada kekosongan slot.\nSila buat permohonan di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my\nISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu\nMaklumat Lanjut\nIbu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,\u00a0No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.\u00a0\nTelefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |Emel(@jpn.gov.my): pro\nTeknikal : [email\u00a0protected] Am: 03-8880 7077\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-unimel/", "title": "Jawatan Kosong Universiti Melaka (UNIMEL) Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELUANG KERJAYA BERSAMA UNIVERSITI MELAKA (UNIMEL) \u2013 PELBAGAI JAWATAN KOSONG DITAWARKAN!\nWarganegara Malaysia yang berkelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan yang dibuka bagi kekosongan jawatan di Universiti Melaka (UNIMEL).\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Jawatan Kosong Universiti Melaka (UNIMEL) Terkini 2022\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nLatarbelakang Universiti Melaka (UNIMEL)\n\n\nTawaran Jawatan Kosong Universiti Melaka (UNIMEL) Terkini 2022\nIklan Jawatan Kosong Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan:\nJawatan Akademik :\n\n\n\n\n\n\nPENSYARAH GRED DS51 (PENGURUSAN)PENSYARAH GRED DS51 (KEPIMPINAN & PENGURUSAN PENDIDIKAN)PENSYARAH GRED DG41 (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)PENSYARAH GRED DG41 (BAHASA INGGERIS)PENSYARAH GRED DG41 (USULUDDIN)PENSYARAH GRED DG41 (TAHFIZ AL-QURAN & WAL QIRAAT)PENSYARAH GRED DG41 (BIDANG SYARIAH \u2013 FIQH & USUL)PENSYARAH GRED DG41 (BIDANG SYARIAH & UNDANG-UNDANG)PENSYARAH GRED DG41 (BIDANG SYARIAH \u2013 MUAMALAT)\nJawatan Pentadbiran :\nPEMBANTU TADBIR GRED N19PEMBANTU OPERASI GRED N11PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11PEMANDU KENDERAAN GRED H11\nSyarat Kelayakan\nSyarat-Syarat Permohonan Adalah Seperti Yang Tertera di Lampiran Hebahan Ini:\n\n\n\n\n\nCara Permohonan\nPermohonan hendaklah dihantar melalui e-mel: perjawata[email\u00a0protected] dan disertakan bersama salinan yang diakui sah :Borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Universiti Melaka www.unimel.edu.my\nSila sertakan bersama salinan yang diakui sah :\nBorang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Universiti Melaka www.unimel.edu.myResume / butir-butir peribadi dan salinan kad pengenalan pemohon .Salinan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda SPM, STPM, Diploma dan dokumen yang berkaitan.Sijil \u2013 sijil / dokumen yang berkaitan.Slip gaji 3 bulan terkini (sekiranya ada)\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup permohonan jawatan adalah sebelum / pada 30 JUN 2022 (KHAMIS). \nNOTA PENTING:\nSila tuliskan nama jawatan yang dipohon beserta nama pemohon di bahagian subjek e-mel mengikut tatacara berikut:\nSubjek : Pensyarah (DS51) (Nama bidang yang dipohon) _ Nama PemohonContoh : Pensyarah (DS51) (Pengurusan) _ Nama PemohonSubjek : Pensyarah (DG 41) (Nama bidang yang dipohon) _ Nama PemohonContoh : Pensyarah (DG 41) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) _ Nama PemohonSubjek : Pembantu Tadbir (N19) _ Nama PemohonSubjek : Pembantu Operasi (N11) _ Nama Pemohon\nLatarbelakang Universiti Melaka (UNIMEL)\nKUIM adalah sebuah IPTS yang ditubuhkan pada Disember 1992 dan keputusan itu telah dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka pada 9 Disember 1992 dan disahkan pada 30 Disember 1992.\nUniversiti Melaka (UNIMEL) secara rasmi menerima perakuan universiti penuh di bawah Akta Pendidikan Universiti Swasta pada 15 Mac 2022.\nKUIM kini telah diluluskan penubuhannya menjadi universiti penuh pada 8 April 2022 dan dikenali sebagai Universiti Melaka (UNIMEL).\nUNIMEL terletak di pekan Kuala Sg. Baru di mana lokasinya adalah lebih kurang 40 km di selatan pantai peranginan Port Dickson dan lebih kurang 40 km ke utara dari Bandaraya Melaka.\nUNIMEL telah mempunyai kampus pengajian tetap, tenaga pengajar berpengalaman dalam pelbagai bidang, infrastruktur dan prasarana yang lengkap bersesuaian dengan tarafnya sebagai universiti penuh.\nUNIMEL adalah milik penuh Kerajaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka\u00a0YAB Datuk Sulaiman bin Md Ali\u00a0dan YB.\u00a0Datuk Dr. Hasan bin Bahron\u00a0adalah sebagai Canselor dan\u00a0Datuk Prof. Dr. Hj.\u00a0Mohd Taib bin Hj.Dora\u00a0sebagai Naib Canselor.\nKursus-kursus ditawarkan di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Jenis-jenis kursus yang ditawarkan ada disenaraikan di menu Informasi Mahasiswa.\nBaca juga: \nContoh Email Mohon Kerja Yang Ringkas & Padat (BM & BI)i-Biaya : 3 Skim Pembiayaan Perumahan & Cara Permohonan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysg-kpm/", "title": "MySG KPM: Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah & Rendah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMySG ialah garis panduan pengurusan sekolah komprehensif dan sistematik, bertujuan mengatasi isu kekaburan peranan guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) di sekolah serta menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti daripada Bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 bagi tahun 2021 telah menerbitkan MySG (Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia:\u00a0Malaysia School Governance)\nBaca juga: Duit Kertas Rosak : Garis Panduan Pertukaran Nilai Di BNM\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan MySG\n\n \nJadual Waktu Bekerja & Tugas Guru\n\n \nMuat Turun\n\n\nTujuan MySG\nMySG bertujuan mengurangkan kekaburan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian pendidikan. \n\n\n\n\n\n\nIa sebenarnya mahu memastikan guru menjalankan tanggungjawab berasaskan kepada peraturan dan pekeliling sedia ada.\nMenurut KPM, MySG merupakan satu panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan dan menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti dari Bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.\nPenyediaan senarai tugas guru merupakan merupakan salah satu pelan rangka jangka panjang yang terkandung dalam tindak susul Kajian Inisiatif #97 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Menangani Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah-sekolah KPM.\nMesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-214 Bil. 8/2017 bertarikh 5 Oktober 2017 telah bersetuju Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM menjadi peneraju kepada inisiatif ini.\nWalaubagaimanapun, penerbitan MySG ini tidak menghalang pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merancang dan melaksanakan amalan terabik (program dan aktiviti) di negeri dan daerah masing-masing yang bersesuaian dengan keupayaan sumber di sekolah.\nJadual Waktu Bekerja & Tugas Guru\nMySG menggariskan waktu bekerja penjawat awam di negara ini dalam seminggu adalah 45 jam seperti ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan selaras ketetapan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).\n\n\nBaca juga: Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid Online & Kehadiran\nMuat Turun\nMesyuarat Profesional KPM Bil. 11/2021 bertarikh 23 Mac 2021 bersetuju dan meluluskan penggunaan garis panduan tadbir urus sekolah Malaysia yang dinamakan\u00a0Malaysian School Governance\u00a0(MySG) sebagai rujukan rasmi pengurusan sekolah-sekolah KPM.\nDokumen setebal hampir 350 muka surat itu boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KPM atau klik sahaja melalui pautan di bawah.\ni) MySG_Sekolah Rendah : Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\nMySG_Sekolah-Rendah-KPMDownload\n\nii) MySG_Sekolah Menengah : Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\nMySG_Sekolah-Menengah-KPMDownload\n\nPautan Muat Turun:\nMySG Sekolah MenengahMySG Sekolah RendahSPI Bil.4/2021 \u2013 Malaysian School Governance (MySG)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-pengambilan-tudm-kerjaya/", "title": "e-Pengambilan TUDM 2022 (Tentera Udara Diraja Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membuka pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) secara atas talian melalui laman web e-Pengambilan TUDM mulai 12 Ogos 2022 hingga 23 September 2022.\nBerikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan, gaji, elaun keistimewaan dan cara membuat permohonan dan mendaftar akaun di e-Pengambilan TUDM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan Umum\n\n \nGaji / Elaun / Keistimewaan\n\n \nCara Permohonan & Pendaftaran e-Pengambilan TUDM\n\n\nSyarat Kelayakan Umum\nLelaki warganegara MalaysiaBerumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.Lepasan SPM atau SVM.Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.\nCALON LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN\nCalon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.\nCALON LEPASAN DIPLOMA\nCalon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.\n\n\n\n\n\n\nKELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM / SVM\nCalon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.\nKeutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:\nBahasa InggerisMatematikSains FizikKimia\nTARAF KESIHATAN\nTaraf Kesihatan \u2013 Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.\nPenglihatan \u2013 Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.\nSyarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)\nTinggi Minimum : 1.65 meterBerat Minimum : 49kgBMI : 18 hingga 25\n\nGaji / Elaun / Keistimewaan\nGAJI PERMULAAN\nLatihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00Skim SPM atau SVM : RM1,879.00Skim SKM Tahap 2 : RM 1,945.01Skim SKM Tahap 3 : RM 2011.02Skim Diploma Kejuruteraan : RM 2,341.07\nJumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)\nKENAIKAN TAHUNAN\nKenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.\nBAYARAN ELAUN DAN INSENTIF\nBayaran Insentif Khas Pasukan UdaraBayaran Insentif Krew kapal TerbangBayaran Insentif Sabah / Sarawak / SemenanjungTuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat BertugasTuntutan Cuti Tahunan\nKEISTIMEWAAN\nRawatan perubatan dan pergigianPakaian seragamWaran perjalanan tahunanSajian dan tempat tinggal bagi yang bujangCaruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera\n\nCara Permohonan & Pendaftaran e-Pengambilan TUDM\nBORANG PERMOHONAN\u00a0PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 66/23 (LELAKI)\u00a0AKAN DIBUKA BERMULA\u00a012 OGOS 2022\u00a0SEHINGGA\u00a023 SEPTEMBER 2022. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI AKAUN PEMOHON UNTUK MEMOHON\nBagi calon yang berminat, sila layari laman sesawang http://kerjaya.airforce.mil.my untuk mendaftar Akaun Pemohon dan mengisi borang permohonan.\nPermohonan secara walk-in ke Pusat Pemiliohan adalah TIDAK diterima.\nSebarang pertanyaan sila hubungi :Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDMNo Tel : 03-40170100 / 013-6893814Hari : Isnin \u2013 JumaatMasa : 9.00pg \u2013 4.00ptgFacebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM\nBaca juga:\ne-Pengambilan PDRM : Permohonan Polis & Semakan PanggilanJom Masuk Tentera: Permohonan Pengambilan Pegawai ATM 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-buta-warna/", "title": "Ujian Buta Warna: Contoh Soalan dan Kepentingannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUjian buta warna adalah ujian yang dilakukan untuk mengenalpasti sekiranya seseorang individu itu buta warna atu tidak.\nOrang yang buta warna tidak dapat melihat warna tertentu atau semua. \nMengikut undang-undang jalan raya, individu yang memiliki masalah buta warna ini biasanya tidak dibenarkan untuk mengambil ujian lesen memandu jalan raya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis-jenis Buta Warna\n\n \n1. Buta Warna Merah-Hijau\n\n \n2. Buta Warna Biru-Kuning\n\n \n3. Buta Warna Lengkap\n\n \nKepentingan melakukan ujian\n\n \nContoh Soalan Ujian\n\n\nJenis-jenis Buta Warna\nSecara umumnya, terdapat beberapa kategori buta warna seperti yang berikut:\n\nButa Warna Merah-Hijau\nButa Warna Biru-Kuning\nButa Warna Lengkap\n\n1. Buta Warna Merah-Hijau\nIni adalah jenis buta warna yang paling biasa ditemui di mana individy tersebut tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.\nTerdapat empat 4 jenis buta warna merah-hijau:\nDeuteranomaly: Orang yang menderita Deuteranomaly melihat warna hijau lebih merah \u2013 dianggap sebagai buta warna ringan kerana ia tidak menjejaskan aktiviti rutin biasa.\nProtanomaly: Orang yang mempunyai Protanomaly melihat warna merah sebagai lebih hijau dengan kurang kecerahan \u2013 dianggap sebagai ringan dan biasanya tidak mengganggu aktiviti biasa dengan ketara.\n\n\n\n\n\n\nProtanopia dan deuteranopia: Menjejaskan orang dengan cara mereka tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.\n2. Buta Warna Biru-Kuning\nButa warna biru-kuning menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti perbezaan antara biru dan kuning serta warna kuning dan merah. \nButa warna jenis ini kurang ditemui di kalangan awam. \nBerikut adalah 2 jenis buta warna biru-kuning:\nTritanomaly: Menjadikannya sukar untuk membuat perbezaan antara biru dan hijau, dan antara warna kuning dan merah.\nTritanopia: Menyebabkan kesukaran membezakan antara warna biru dan hijau, warna ungu dan merah serta warna kuning dan merah jambu.\n3. Buta Warna Lengkap\nOrang yang mengalami masalah buta warna sepenuhnya tidak dapat melihat warna sama sekali.\nKeadaan perubatan ini dipanggil monokromasi dan agak jarang berlaku.\nOrang yang mengalami monokromasi bukan sahaja menghadapi masalah untuk melihat dengan jelas tetapi juga lebih sensitif kepada cahaya.\nKepentingan melakukan ujian\nKeabnormalan ini boleh berbahaya dan menyebabkan kemalangan serius di jalan raya. \nOleh kerana papan tanda dan penunjuk lalu lintas mengikut skema pewarnaan di peringkat antarabangsa, orang yang buta warna tidak layak untuk mendapatkan lesen memandu. \nBaca lagi: Harga Lesen Memandu Terkini di Malaysia\nSebaik sahaja buta warna disedari, sila hubungi doktor optometri anda dengan segera.\nUntuk mendapatkan lesen memandu Malaysia, calon perlu menjawab ujian buta warna untuk sebarang kemungkinan masalah buta warna dan kekurangan penglihatan. \nLulus ujian buta warna adalah prasyarat untuk mencuba ujian tanda lalu lintas dan peraturan berasaskan komputer, dan ujian pemanduan praktikal.\nContoh Soalan Ujian\nTempoh ujian ini adalah 15 minit sahaja. \nJumlah 8 soalan akan ditanya. Untuk lulus ujian, calon perlu mencapai 100% markah. \nSekiranya calon gagal dalam ujian buta warna, JPJ akan mengarahkan calon tersebut mendapatkan nasihat perubatan dan pemeriksaan mata. \nWalau bagaimanapun, format dan jenis soalan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ mungkin berubah dari semasa ke semasa.\n\n\n\nKenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 15\n\n\n\nKenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 7\n\n\n\n\n\nKenalpasti nombor plat. Jawapan: WJH 718\n\n\n\nKenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 16\n\n\n\n\n\nKenalpasti warna dipaparkan. Jawapan: Hijau\n\n\n\nKenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 57\n\n\n\n\n\nKenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 26\n\n\n\nKenalpasti nombor dipaparkan. Jawapan: 56\n\n\n\nSumber rujukan: http://www.myhealth.gov.my/rabun-warna/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/elaun-sara-hidup-pelajar-tajaan-mara/", "title": "Jadual Bayaran Elaun MARA 2022 & Kadar Kenaikan Baharu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKERAJAAN LULUS KENAIKAN KADAR ELAUN SARA HIDUP PELAJAR TAJAAN MARA MULAI BULAN INI\nRintihan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan kenaikan kadar elaun sara hidup mereka mulai bulan ini.\nBerita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia bersama 3,000 pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Universiti Awam dan Institut Pendidikan Swasta di German-Malaysian Institute, di sini hari ini.\nMenurut Ismail Sabri, kenaikan elaun sara hidup itu membabitkan sejumlah 62,998 pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara.\n\u201cKadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian dalam negara akan diseragamkan kepada satu kadar sahaja mengikut peringkat pengajian.\nDalam ucapannya juga Ismail Sabri berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk peningkatan kos sara hidup serta kekangan kewangan ibu bapa pelajar khususnya kumpulan B40.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya harapkan seluruh pelajar Keluarga Malaysia sama ada di dalam dan di luar negara dapat merancang dan menguruskan elaun sara hidup yang disalurkan itu dengan sebaik mungkin agar aspek pembelajaran di institusi masing-masing berjalan lancar,\u201d katanya.\nTurut hadir, YB Dato\u2019 Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YBhg. Dato\u2019 Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YB Dato\u2019 Sri Haji Abdul Rahman Mohamad,Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YBhg. Dato\u2019 Ramlan Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), YBhg. Dato\u2019 Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan YB Senator Dato\u2019 Wira Othman Aziz, Pengerusi MARA Corporation Sdn. Bhd.\nBerikut dikongsikan kadar baharu elaun sara hidup MARA 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Baharu Elaun Sara Hidup Pelajar MARA 2022 (Mulai september 2022)\n\n \nTarikh Bayaran Elaun MARA\n\n \nSemakan & Kadar Bayaran\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nKadar Baharu Elaun Sara Hidup Pelajar MARA 2022 (Mulai september 2022)\nKadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian luar di semua negara diseragamkan kepada dua kadar sahaja iaitu kadar A dan B.\nIa juga merupakan inisiatif kerajaan dan MARA dalam meringankan beban pelajar Keluarga Malaysia dalam mendepani isu kos sara hidup dan inflasi.\nUntuk bidang pengajian bermula peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah akan dinaikkan kepada satu kadar sahaja iaitu pada kadar minima RM650 sebulan sehingga maksima RM950 sebulan.\n\nKadar ini dinaikkan kepada kadar minima RM1,380 sebulan sehingga maksima RM7,600 sebulan bermula dari peringkat pengajian Sarjana Muda sehinggalah peringkat Doktor Falsafah.\nManakala pelajar luar negara pula diseragamkan kepada Kadar A dan B sahaja termasuk Amerika Syarikat yang mana Kadar C dimansuhkan.\n\nSebelum ini kadar elaun sara hidup pelajar luar negara adalah antara RM1,200 hingga RM5,712 sebulan.\nUntuk rekod, kadar elaun sara hidup pelajar dalam negara sebelum ini adalah berdasarkan Kadar A bagi kawasan bandar besar dan Kadar B bagi kawasan luar bandar iaitu minima RM535 hingga maksima RM885 sebulan dari peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah.\nTarikh Bayaran Elaun MARA\nTransaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.\nUntuk pertanyaan, sila rujuk ke MARA Sponsorship Division.\nSemakan & Kadar Bayaran \nSemakan online: https://apps.mara.gov.my/ebakiv2\nSoalan Lazim\nSaya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya. Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya. Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elaun untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya? Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya. Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup. Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bank pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masingmasing. Saya menerima amaun yuran (DLYD) di akaun bank saya. Apakah yang perlu saya lakukan? Bermula 1 September 2016, pembayaran yuran (DLYD) adalah terus kepada akaun bank bagi kumpulan pelajar tajaan MARA di IPTA, Sarjana, Doktor Falsafah dan Professional ACCA. Adalah menjadi tanggung jawab setiap pelajarmembuat pembayaran yuran kepada institusi pengajian masing-masing. Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600 (kurang RM600)? Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan).Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman Pendahuluan MARA. Tajaan MARA saya lambat diluluskan oleh itu saya telah membuat pembayaran yuran semester terdahulu menggunakan wang simpanan KWSP ibubapasaya. Bagaimana saya boleh menuntut semula yuran berkenaan kerana ia juga dalam tempoh tajaan MARA? Tuntutan pembayaran yuran boleh dibuat dengan menghantar surat tuntutan dan resit asal pembayaran kepada alamat di bawah:-Pengarah Penganjuran Pelajaran MARAUnit Bayaran (u/p Puan Fairussalmi binti Abd Ghafar)Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA21 Jalan MARA 50609 Kuala LumpurEmel: [email\u00a0protected] \nBahagian Penganjuran PelajaranTingkat 10, Ibu Pejabat MARANo. 21, Jalan MARA50609 Kuala Lumpur(u/p: Unit Pengurusan Bakat)Pengajian Dalam Negara: Unit Pengurusan Bakat Dalam Negara;[email\u00a0protected]Pengajian Luar Negara: Unit Pengurusan Luar Negara; [email\u00a0protected]\nBaca juga: SKIPMA : Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (MARA)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sarawak-id/", "title": "Sarawak ID : Login & Daftar Akaun Portal Kerajaan Sarawak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSarawak ID membolehkan anda untuk akses servis digital dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berserta dengan servis-servis lain yang menyokong Sarawak ID.\nSudahkah anda mendaftar? \nDi sini kami kongsikan cara mendaftar, login dan manfaatkan perkhidmatan ini bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SarawakID?\n\n \nCara Daftar Sarawak ID\n\n \nCara Mengaktifkan Sarawak ID\n\n \nTerlupa Kata Laluan\n\n \nTukar Kata Laluan Sarawak ID Untuk eBooking & SarawakPay\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SarawakID?\nSarawakID memudahkan transaksi perkhidmatan atas talian di mana anda hanya perlu daftar masuk sekali saja untuk mencapai semua perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, contohnya e-Recruitment permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan, memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) dan eMunakahat Sarawak.\nSistem ini juga digunakan untuk eWallet Kerajaan Negeri Sarawak iaitu SarawakPay.\n\n\n\n\n\n\nSebelum mendaftar, sila pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah, dan anda mengingati kata laluan emel tersebut. \nIni adalah sangat penting kerana ia akan digunakan dalam proses seperti reset kata laluan, pemberitahuan maklumat penting, dan lain-lain. \n\nCara Daftar Sarawak ID\nRujuk langkah berikut untuk mendaftar:\nLayari laman web Kerajaan Negeri Sarawak di pautan laman web https://sarawak.gov.my/ atau terus ke https://sarawakid.sarawak.gov.mySelepas itu, cari butang Pendaftaran di menu Sarawak ID dan ikut langkah-langkah yang diberikan. Sila gunakan nama penuh dan nombor Mykad yang sah ketika pendaftaran.Pemegang akaun SarawakID yang telah berdaftar juga boleh mengesahkan akaun anda dengan MyKad melalui eKiosk Service Sarawak. Pengesahan SarawakID dengan Mykad membolehkan anda mendapat perkhidmatan yang lebih menyeluruh pada masa akan datang.\n\n\nCara Mengaktifkan Sarawak ID\nSila pergi ke\u00a0Hantar Semula Pautan Pengaktifan\u00a0di halaman log masuk Sarawak ID, dan ikuti langkah-langkah yang tersedia untuk menghantar semula pautan pengaktifan ke emel anda.\nJika anda masih mengalami masalah, anda boleh\u00a0mendaftar semula\u00a0akaun baru.\nJika anda masih tidak menerima pautan pengaktifan setelah membuat semua langkah-langkah di atas, sila teruskan untuk melapor masalah ini kepada SAINS Contact Centre.\nTerlupa Kata Laluan \nSekiranya anda terlupa kata laluan anda, sila pergi ke halaman log masuk Sarawak ID di\u00a0sini\u00a0dan klik \u201cTerlupa Kata Laluan\u201c.\u00a0\nSelepas itu, anda perlu memasukkan nombor Mykad untuk pengguna Mykad, ataupun nombor pasport bagi bukan pengguna Mykad dan emel yang berkaitan dengan akaun anda.\u00a0Sistem akan menghantar satu emel pengesahan kepada emel tersebut. \nSeterusnya, anda perlu klik pautan pengesahan yang diberi dan anda boleh reset kata laluan anda. \nSekiranya anda terlupa emel berdaftar atau pasport berdaftar anda, sila hubungi SAINS Contact Centre\nBaca juga:\neHealth Sarawak: Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022\nTukar Kata Laluan Sarawak ID Untuk eBooking & SarawakPay\nUntuk menetapkan semula kata laluan anda, sila\u00a0ke laman sesawang yang tertera di bawah untuk maklumat tambahan:\neBooking :\u00a0https://ebooking.sarawak.gov.my/eBooking/public/faq.htmSarawakPay :\u00a0https://sarawakpay.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=faq\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila hubungi :\nState SecretarySarawak State Secretary Office,Level 20 , Wisma Bapa MalaysiaPetra Jaya, 93502 KuchingTel :082-441957Fax :082-441677Email: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/securetac-cimb/", "title": "SecureTAC CIMB : Cara Aktifkan Transaksi CIMB Clicks", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMulai 5 Disember 2022, CIMB Bank melancarkan pengukuhan keselamatan terbaharu iaitu SecureTAC mandatori menerusi aplikasi CIMB Clicks bagi urus niaga bernilai RM 100 ke atas.\nMenurut Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan CIMB Datuk Abdul Rahman Ahmad, pelanggan tidak lagi akan menerima TAC SMS bagi urus niaga ini dan sebaliknya mereka perlu memuat naik aplikasi CIMB Clicks dan meluluskan urus niaga menerusi SecureTAC.\nDi samping itu, pelanggan yang ingin log masuk aplikasi pertama juga akan melalui pengesahan panggilan pelanggan bermula 26 Disember 2022. \nProses ini diperkenalkan bagi memastikan pemegang akaun itu sendiri memulakan sebarang percubaan log masuk kali pertama atau pertukaran peranti.\nLangkah-langkah keselamatan baharu ini perlu diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran perbankan yang lebih selamat.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai sistem keselamatan yang baru diperkenalkan ini. \nBaca Juga : Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBagaimana Pula Dengan Proses Transaksi RM 100 ke Bawah?\n\n \nCara Aktifkan SecureTAC CIMB Bank\n\n \nCara Luluskan Transaksi Menggunakan SecureTAC\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBagaimana Pula Dengan Proses Transaksi RM 100 ke Bawah?\nUntuk transaksi atas talian bernilai kurang daripada RM 100, anda mempunyai pilihan untuk mohon TAC melalui SMS selepas 50 saat. \nSila ambil maklum bahawa proses pengesahan SecureTAC adalah tidak sah selepas pengguna meminta TAC menerusi SMS.\n\n\u00a0Cara Aktifkan SecureTAC CIMB Bank\nUntuk mula gunakan Secure TAC, pengguna bank perlu muat turun aplikasi CIMB Clicks di sini :\n\nAplikasi Android \nAplikasi IOS \n\nNota : Untuk menggunakan Aplikasi CIMB Clicks, peranti mudah alih anda perlulah sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi:\n\niPhone : iOS 12 dan ke atas\nAndroid: Android 9 dan ke atas\n\nCara Luluskan Transaksi Menggunakan SecureTAC\nLangkah-langkah untuk luluskan transaksi menggunakan SecureTAC adalah seperti berikut :\nUntuk Transaksi di Aplikasi Telefon\nLangkah 1 : Sahkan butiran transaksi pada laman pengesahan. Pastikan semua butiran tepat dan betul sebelum ke langkah seterusnya. \nLangkah 2 : Skrol ke bawah dan tekan butang \u2018Approve\u2019 untuk sahkan transaksi.\n\nUntuk Transaksi Perbankan Atas Talian\nLangkah 1 : Hantarkan permintaan bagi transaksi\nLangkah 2 : Buka aplikasi CIMB Clicks dan buka notifikasi SecureTAC\nLangkah 3 : Sahkan transaksi dengan menekan butang \u2018Approve\u2019.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai penggunaan SecureTAC CIMB, sila semak Soalan Lazim yang dikongsikan oleh pihak CIMB di laman web mereka :\nSOALAN LAZIM SecureTAC CIMB \nAnda juga boleh hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan untuk sebarang bantuan atau pertanyaan :\nConsumer Contact Centre (24 jam) : +603 6204 7788\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-pembiayaan-pendidikan-dual-ijazah-ump-jerman/", "title": "Cara Mohon Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Mohon Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman\nSukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini menawarkan Skim Pembiayaan Pendidkan Program Dual Ijazah UMP-Jerman. \nUntuk makluman, skim pembiayaan ini merupakan hasil kerjasama antara UMP dan institusi pendidikan di Jerman yang sudah terjalin lebih daripada 100 tahun.\n\n\n\n\n\n\nSkim pembiayaan ini menyasarkan bantuan bagi pelajar UMP yang berasal daripada keluarga B40 dan M40.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui cara memohon serta butiran mengenai skim pembiayaan ini.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar UA Cemerlang\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSyarat Penjamin\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman\nPelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 17 November 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia.Kategori B40 atau M40.Pelajar sekurang-kurangnya perlu memohon pinjaman PTPTN.Mempunyai rekod permohonan penajaan luar seperti MARA/JPA tetapi ia ditolak atau gagal.Kedudukan akademik PNGK 3.0 ke atas pada semester semasa.Jumlah pembiayaan yang ditaja selepas ditolak penjanaan separa daripada agensi lain seperti PTPTN.Pembiayaan adalah hanya untuk yuran pengajian dan penginapan asrama UMP sahaja.\nSyarat Penjamin\nPermohonan skim pembiayaan ini turut menetapkan syarat penjamin seperti yang disenaraikan berikut :\nPerlu dijamin oleh 1 orang sahaja.Penjamin bermastautin di Malaysia.Penjamin tidak diisytihar bankrap.Gaji bersih bulanan tidak kurang daripada 40% setelah ditolak jumlah ansuran bulanan pemohon pembiayaan.\nCara Memohon\nPelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan berpandukan langkah-langkah berikut :\nLayari laman web\u00a0https://cdn.me-qr.com/pdf/2051563.pdf.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan tersebut.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke pejabat Pusat Kerjasama Strategik Akademik UMP.\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\nKad Pengenalan (Pemohon dan Penjamin).Slip gaji/pendapatan (Penjamin).Surat tawaran UMP (Pemohon).Transkrip akademik UMP (Pemohon).Dokumen sokongan yang menunjukkan permohonan penajaan daripada agensi luar ditolak (Pemohon),\nNota : Semua salinan dokumen yang dinyatakan seperti di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu Mukim/Ketua Masyarakat atau lain-lain yang setaraf.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Pembiayaan Pendidikan Program Dual Ijazah UMP-Jerman, sila hubungi 09-4315663/012-9831100 atau menghantar emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-tac-cimb/", "title": "Cara Tukar / Kemaskini No Telefon CIMB Untuk Terima TAC", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAC Number adalah kod 6 digit yang dihantar melalui servis perkhidmatan mesej pesanan ringkas untuk setiap transaksi perbankan internet CIMB Online.\nPenggunaan TAC Number ini merupakan salah satu langkah untuk memastikan setiap transaksi yang dilakukan oleh pelanggan CIMB Bank secara online lebih selamat.\nSetiap TAC Number hanya terhad kepada satu transaksi sahaja dan untuk melakukan transaksi seterusnya, pelanggan perlu mendapatkan nombor TAC baru.\nKebiasaannya, pelanggan akan menerima SMS yang mengandungi transaksi tersebut sebaik sahaja mengklik butang di portal atau aplikasi CIMB Online.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenukaran nombor telefon\n\n \nCara tukar nombor telefon\n\n\nPenukaran nombor telefon\nTAC Number merupakan salah satu ciri keselamatan dalam perbankan internet kerana hanya pemilik nombor telefon sahaja yang akan menerima SMS yang mengandungi TAC Number tersebut.\nOleh itu, apabila pelanggan menukar telefon sekalipun, mereka tetap akan menerima SMS yang mengandungi kod TAC tersebut.\nNamun, bagaimana pula sekiranya pelanggan berhasrat untuk menukar nombor telefon atas sebab-sebab tertentu?\nDalam hal ini, mereka perlu menukar nombor telefon yang telah didaftarkan atas akaun mereka ke nombor terbaru dan terkini yang digunakan.\nLalu, bagaimanakah caranya untuk mengemaskini nombor telefon anda agar anda tetap menerima TAC Number untuk setiap transaksi yang dilakukan?\nArtikel berkaitan: Cara Tukar Transfer Limit CIMB\nCara tukar nombor telefon\n\nMenurut laman web rasmi CIMB, terdapat hanya satu cara sahaja buat masa kini untuk mengemaskini nombor telefon mudah alih anda untuk penerimaan TAC Number iaitu melalui mesin ATM.\nTidak kira sama ada mesin ATM di cawangan bank CIMB atau tempat lain seperti UTC dan pusat beli-belah, asalkan mesin ATM tersebut kepunyaan CIMB.\nUntuk tukar dan kemaskini nombor telefon anda, hanya ikuti-langkah-langkah berikut:\nLawati ATM CIMB terdekatMasukkan PIN ATM andaPilih \u201cLAIN-LAIN\u201d dari menu utamaPilih \u201cCIMB Clicks\u201dMasukkan nombor mudah alih baharu anda dan pilih \u201cPROCEED\u201d untuk mengemas kini nombor baharu anda untuk TAC.\nWalau bagaimanapun sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk pertukaran nombor, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan CIMB Bank di talian +603 6204 7788.\nTalian ini dibuka 24 jam.\nSebagai alternatif, anda juga boleh ke kaunter cawangan bank berdekatan tempat tinggal anda untuk mendapatkan bantuan lanjut atau mengajukan sebarang soalan tambahan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myezycover-com/", "title": "MyEzyCover : Insurans Kenderaan & Cukai Jalan Untuk Penjawat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan myezycover.com yang boleh dimanfaatkan oleh kira-kira 1.6 juta penjawat awam termasuk yang bertaraf kontrak, dilaksanakan secara dalam talian serta turut menawarkan pelbagai manfaat untuk melindungi kenderaan daripada kemalangan serta bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.\nProgram pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com itu telah diumumkan Ismail Sabri pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja 2022 bertemakan \u2018Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara\u2019.\nPembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com, yang berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba, dilancarkan hari ini untuk penjawat awam bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang insurans ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyEzyCover.com?\n\n \nApa Yang Ditawarkan?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Pembelian\n\n \nSiapakah MyEzyCover?\n\n\nApakah MyEzyCover.com?\nMelalui myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat dan pantas. Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh 5 minit.\nIa bercirikan kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus dengan bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan boleh dibuat melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA).\nProgram pembiayaan insurans kenderaan myezycover.com itu merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementerian Sumber Manusia dan swasta, yang dimeterai oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan A Tech Insure Sdn Bhd.\nUsaha ini dapat membantu pegawai kerajaan mengurangkan tekanan kewangan, setiap kali mereka memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan.\nApa Yang Ditawarkan?\nPinjaman 0% FaedahPinjaman sifar faedah untuk pembaharuan takaful kereta dan cukai jalanAnsuran Sehingga 10 BulanPembayaran ansuran yang ditawarkan untuk tempoh 3, 6 atau 10 bulanSkim Bayaran Balik MudahPembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji (Skim Potongan Gaji ANGKASA SPGA)\n\nSyarat Kelayakan\nPenjawat awam tetap dan bertaraf kontrak layak memohon skim pembiayaan insurans itu dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.\nCara Pembelian\nAnda boleh mendapatkan perlindungan pelan takaful atau insurans untuk kereta anda dengan 3 langkah berikut:\nLayari https://myezycover.com.my/Masukkan maklumatMasukkan nama penuh, nombor telefon bimbit, e-mel, mykad, nombor kenderaan & poskodBandingkan sebuthargaPilih tawaran harga yang terbaikBuat bayaranMohon pinjaman 0% atau buat pembayaran terus\n\nSiapakah MyEzyCover?\nMyEzyCover\u00a0adalah jenama di bawah naungan A Tech Insure Sdn Bhd\nIa adalah firma aplikasi digital teknologi insurans yang terlibat dalam industri takaful am dan insurans am. Ia juga menawarkan pinjaman sifar faedah untuk pelanggan yang layak untuk pembelian produk takaful kenderaan. Tiada caj terselindung!\n*tertakluk pada terma & syarat\nLayari\u00a0media sosial INI untuk maklumat lanjut.\nBaca juga: \nSkim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat AwamPerodua Alza 2022 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & Warna\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-insentif-integrasi-tanaman-dan-ternakan-dengan-sawit/", "title": "Tawaran Skim Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat pekebun kecil sawit, anda kini berpeluang untuk optimumkan lagi penggunaan tanah melalui tanaman dan ternakan menerusi Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (Ita) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (Ite). \nInsentif yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :\nMengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan dan amalan penternakan.Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit.Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.\nJusteru itu, pekebun kecil sawit yang berminat dialu-alukan untuk memohon.\nBaca Juga : Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP IATn 2022) Untuk Usahawan Mikro\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkop Bantuan Skim Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSkop Bantuan Skim Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit\nSkop bantuan yang akan ditawarkan kepada pekebun kecil yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:\ni) ITa\n\n\n\n\n\n\nTanaman Nenas \u2013 RM7,000 bagi setiap hektar plot tanamanTanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik \u2013 RM3,000 bagi setiap hektar plot tanaman\n\nii) ITe\nPemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek iaitu:\nAyam daging/kampungItik penelur\nPecahan skop bantuan adalah seperti berikut:\nRM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:\nPemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.Pekebun kecil persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta dari lain-lain agensi persekutuan atau negeri.Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah.Mempunyai lesen MPOB yang sah.Bukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuan (bagi ITe sahaja).Hanya layak untuk memohon satu jenis projek ternakan sahaja (bagi ITe sahaja).Jika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka seorang sahaja layak memohon (bagi ITe sahaja).Umur pokok sawit tidak lebih dua tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut segitiga sama (jika melaksanakan integrasi tanaman) (bagi ITa sahaja).Belum melaksanakan kerja-kerja tanaman kontan semasa permohonan dibuat (bagi ITa sahaja).\nCara Memohon\nPekebun yang berminat boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\nDapatkan borang permohonan di Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan ke alamat:\nLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)\nNo. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,\n43000 Kajang, Selangor.\n(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti:\nBorang permohonan yang lengkap diisi.\nSalinan kad pengenalan.Salinan dokumen pemilikan tanah.Salinan lesen MPOB.Surat akuan sumpah sebagai pekebun untuk mengesahkan penanaman di lokasi yang dipohon/Surat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan).Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan).\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lajut mengenai lanjut mengenai skim ITa dan ITe ini, sila hubungi:\ni) Skim ITa\nPn. Noraini Abdullah \u2013 03-8769 3935 ([email\u00a0protected])\nPn. Nor Syamira Hasri \u2013 03-8769 3933 ([email\u00a0protected])\nii) Skim ITe\nPn. Noor Asrani Ab Rahman \u2013 03-8769 4982 ([email\u00a0protected])\nEn. Mohd Anuar Roselee \u2013 03-8769 3968 ([email\u00a0protected])\nUntuk perkembangan terkini, sila ikuti Facebook Malaysian Palm Oil Berhad. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-check-saman-online/", "title": "Cara Check & Bayar Saman Trafik, JPJ & AES (Online / SMS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSempena diskaun saman trafik RM50 yang diumumkan Perdana Menteri, mesti ramai yang nak check saman tertunggak!\nMana tidaknya, tiga saman yang berjumlah RM500 kini cuma perlu dibayar pada harga RM150 sahaja. Jimat berganda!\n\nBerikut kami kongsikan lima cara anda boleh semak saman sama ada saman trafik PDRM, JPJ atau AES secara online dan SMS.\nSekarang dah ada banyak cara semak saman Polis, JPJ atau AES dengan mudah dan pantas, semuanya di hujung jari!\nKadangkala kita tak perasan yang kita ada lakukan kesalahan jalan raya, sama ada melalui kesilapan yang direkodkan oleh pegawai JPJ, Polis Trafik, ataupun AES, iaitu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).\nJadi untuk mengelakkan saman terkumpul, kita bolehlah membuat semakan agar bayaran dapat dibuat terutamanya ketika tempoh ditawarkan diskaun atau promosi.\n\n\n\n\n\n\nCara ini memang sangat membantu sebab kita tak perlu lagi ke kaunter dan boleh terus membuat bayaran sekaligus melalui kemudahan atas talian ini.\nBaca juga : MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS\n\n \n1. Cara Check Saman Polis Di MyBayar Saman\n\n \n2. Cara Semak Saman Melalui Laman Web Rasmi JPJ\n\n \n3. Cara Semak Saman Melalui Sistem MYeG\n\n \n4. Cara Check Saman Melalui SMS\n\n \nCara Dapatkan Diskaun Saman Polis\n\n\nCara Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS \nJom kami kongsikan 5 cara untuk anda check saman secara online atau melalui SMS tanpa perlu ke kaunter.\n1. Cara Check Saman Polis Di MyBayar Saman\n\nPerkhidmatan digital terkini MyBayar Saman baru dilancarkan bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).\nCara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar Saman adalah seperti berikut:\n\nLayari Portal MyBayarSaman :\u00a0https://mybayar.rmp.gov.my\nKlik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.\nIsikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.\nBuat Semakan\u00a0Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.\nBuat\u00a0Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%.\n\n\nTengok, dapat diskaun dari RM250 jadi RM50 saja!\n\n2. Cara Semak Saman Melalui Laman Web Rasmi JPJ\n\nSemakan saman JPJ dan AES boleh dibuat melalui laman web rasmi JPJ di pautan berikut:\nhttps://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman\nCara-caranya adalah seperti berikut:\n\nSila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja\u00a0ATAU\u00a0Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.\n(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia \u2013 MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).\nSenarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.\n\nUntuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-8000 8000.\nBaca juga : HRMIS Login Page: Panduan Kemaskini Data Penjawat Awam\n3. Cara Semak Saman Melalui Sistem MYeG\n\nCara semak saman dengan MyEG adalah antara cara yang paling mudah dan pantas kerana anda juga boleh membuat bayaran terus sekiranya terdapat saman yang perlu dijelaskan. \nApa yang perlu anda lakukan sekarang adalah seperti langkah berikut:\n\nPergi ke laman web rasmi MyEG Services Berhad di pautan berikut :\u00a0http://www.myeg.com.my)\nUntuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus\u00a0login\u00a0dengan username dan password anda.\nUntuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda. \nTekan butang \u2018Daftar Sekarang\u2019.\nBorang akan keluar dan anda perlu isi segala butiran diri seperti yang di minta. \nSetelah selesai, klik \u2018Hantar\u2019 dan Log in menggunakan username dan password anda. \nPilih tab untuk semak saman trafik polis (PDRM)\nMasukkan IC/Nombor Syarikat/Nombor plat kereta anda kemudian klik \u2018Hantar\u2019.\nSenarai saman akan dipaparkan jika kenderaan anda direkodkan melakukan kesalahan.\nJika ingin membuat bayaran saman, anda boleh memilih sama ada membayar menggunakan kad kredit/debit atau online banking. \nJika memilih online banking, akan disenaraikan beberapa bank terpilih dan anda boleh terus membuat pembayaran.\nUntuk rekod dan salinan, segala transaksi boleh dilihat di dalam profail akaun MyEG masing-masing.\u00a0\n\nUntuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-7664\u00a08000.\n4. Cara Check Saman Melalui SMS\nPDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). \nTerdapat 3 cara semak saman melalui SMS iaitu:\nCara 1 \n\nTaip: POLIS SAMAN hantarkan ke 32728.\nContoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728\n\nCara 2 \n\nTaip POLIS SAMAN dan hantar ke 15888\nContoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke 15888\n\n\nCara 3\n\nTaip POLIS SAMAN hantar kepada 32728\nContoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728\n\nCara Dapatkan Diskaun Saman Polis \nKebiasaannya, pihak PDRM akan mengadakan diskaun atau promosi bagi menggalakkan orang awam menjelaskan bayaran saman.\nUntuk mendapatkan maklumat ini, kita perlu peka dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak mereka.\nUntuk mendapatkan update terkini tentang diskaun saman polis, follow Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di SINI.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-perodua-bezza-baru/", "title": "Harga Kereta Perodua Bezza Baru (Model Terkini 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerminat nak pakai Perodua Bezza ? Ini harga Perodua Bezza terkini (OTR) bagi tahun 2022 yang perlu anda tahu.\nBerikut kami kongsikan segala maklumat terkini tentang kereta sedan Perodua Bezza Facelift baru!\nUntuk makluman, tempahan Bezza telah dibuka sebelum pelancaran rasmi pada 8 Januari nanti.\nSejak dilancarkan pada 2016, ternyata model sedan pertama Perodua ini mendapat sambutan rakyat Malaysia dengan jualan 184,000 unit.\n\n\n\n\n\n\n\nTerkini, usahawan dan Youtuber terkenal Khairul Aming yang dikatakan menggunakan Perodua Bezza telah menjadikan kereta ini kembali popular sebagai pilihan rakyat Malaysia.\nBaca: Semak Wang Tak Dituntut Online eGUMIS\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nModel Varian Kereta Perodua Bezza\n\n \nHarga Perodua Bezza\n\n\nModel Varian Kereta Perodua Bezza\nBezza ditawarkan dalam empat varian, bermula dengan model asas Bezza 1.0 GX Manual berharga RM34,580, Bezza 1.0 GX Automatik berharga RM36,580, Bezza 1.3 X Automatik berharga RM43,980 dan model tertinggi Bezza 1.3 AV berharga RM49,980. \nPembelian Bezza 2020 didatangkan sekali dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana dahulu).\nKesemua varian akan hadir standard dengan lampu hadapan LED,\u00a0skirt\u00a0sisi dengan warna badan, penderia undur serta sistem brek ABS bersama EBD.\nSelain itu bagi model pertengahan Bezza X dan model tertinggi Bezza AV akan menerima sistem kestabilan elektronik (ESC) dan juga kawalan cengkaman (TRC).\nLebih menarik Bezza AV turut hadir dengan sistem bantuan pemanduan ASA 2.0 yang merangkumi sistem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC) \u2013 semuanya berfungsi melalui kamera pada cermin utama.\nModel X dan AV juga akan hadir dengan pelbagai ciri premium lain antaranya sistem kunci pintar bersama butang penghidup enjin, penderia parkir hadapan, gril dengan kemasan krom dan juga rim aloi bersaiz 15-inci. Walau bagaimanapun, hanya Bezza AV yang diberikan cermin sisi boleh lipat berkuasa.\nBezza hadir dengan enam pilihan warna \u2014 Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue\u00a0dan\u00a0Sugar Brown\u00a0sedia ada, bersama dua warna baharu iaitu\u00a0Garnet Red\u00a0(untuk varian-varian 1.3 liter sahaja) dan\u00a0Granite Grey.\nSumber: perodua.my\nHarga Perodua Bezza\nAnggaran harga asas bagi Perodua Bezza adalah antara RM 33.5k \u2013 48.4k.\nBerikut harga Perodua Bezza tahun ini:\nVarian 1.0 G MT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown & Granite Grey) \u2013\u00a0RM34,792 Bayaran bulan RM418 (Full loan)Varian 1.0 G AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown & Granite Grey) \u2013\u00a0RM36,791Bayaran bulan RM442 (Full loan)Varian 1.3 X AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey & Garnet Red) \u2013\u00a0RM41,171Bayaran bulan RM530 (Full loan)Varian 1.3 AV AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey & Garnet Red) \u2013\u00a0RM50,175Bayaran bulan RM603 (Full loan)\n*NOTA PENTING : Harga mungkin berbeza sedikit mengikut lokasi dan servis caj yang dikenakan oleh setiap ejen jualan / pengedar\nUntuk info lanjut atau tempahan, anda boleh layari portal rasmi Perodua Bezza di sini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tablet-terbaik/", "title": "Tablet Terbaik 2021: Senarai Tablet Paling Berbaloi Untuk PdPR Tahun Ini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTengah cari tablet terbaik untuk sesi PdPR anak-anak di rumah?\nIni antara pilihan terbaik yang berbaloi untuk anda miliki hari ini.\nSenarai ini sentiasa berubah mengikut teknologi terkini yang cepat berkembang.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTablet Terbaik Tahun 2021\n\n \n1. Apple iPad 2020 (10.2 inch)\n\n \n2. Apple iPad Air (2020)\n\n \n3. Samsung Galaxy Tab A7\n\n \n4. Apple iPad Pro 2020\n\n \n5. Huawei MatePad T10\n\n\nTablet Terbaik Tahun 2021\nSecara ringkasnya, berikut antara tablet terbaik sepanjang tahun ini.\niPad 10.2 (2020)iPad Pro 11 / iPad Pro 12.9 (2018)iPad Air 4 (2020)iPad 10.2 (2020)Samsung Galaxy Tab S7 PlusiPad Mini (2019)iPad Pro 10.5 (2017)iPad Air (2019)Samsung Galaxy Tab S6 LiteiPad 10.2 (2019)Samsung Galaxy Tab S6\n(Kredit gambar: Apple)\n1. Apple iPad 2020 (10.2 inch)\nCPU:\u00a0A12 Bionic |\u00a0Camera Resolution:\u00a08MP (rear), 1.2MP (front) |\u00a0Display:\u00a010.2 inches, 2160 x 1620 pixels |\u00a0Storage:\u00a032GB, 128GB |\u00a0Ports:\u00a0Lightning, Headphone |\u00a0Dimensions:\u00a09.8 x 6.8 x 0.3 inches |\u00a0Weight:\u00a01.1 pounds |\u00a0Wi-Fi:\u00a0802.11a/b/g/n/ac with optional LTE\n[su_list icon=\u201dicon: plus-circle\u201d icon_color=\u201d#48f03f\u201d]\n\nCip A12 yang laju\nMenyokong Apple Pencil dan Smart Keyboard\nPaparan skrin yang cantik\n\n[/su_list]\n(Kredit gambar: Apple)\n2. Apple iPad Air (2020)\nCPU:\u00a0A14 Bionic |\u00a0Display:\u00a010.9-inch (2360 x 1640 pixels) Liquid Retina |\u00a0Storage:\u00a064GB/256GB |\u00a0Ports:\u00a0USB-C |\u00a0Dimensions:\u00a09.7 x 7 x 0.24 inches |\u00a0Weight:\u00a01 pound |\u00a0Wi-Fi:\u00a0Wi-Fi 6, optional 4G LTE\n(Kredit gambar: Samsung)\n3. Samsung Galaxy Tab A7\nCPU:\u00a0Qualcomm SM6115 |\u00a0Display:\u00a010.4-inch, 2000\u00d71200-pixel |\u00a0Storage:\u00a032GB |\u00a0Memory:\u00a03GB |\u00a0Ports:\u00a0USB-C, microSD |\u00a0Dimensions:\u00a09.7 x 6.2 x 0.3 inches |\u00a0Weight:\u00a01.1 pounds\n(Kredit gambar: Apple)\n4. Apple iPad Pro 2020\nCPU:\u00a0A12Z Bionic |\u00a0Camera Resolution:\u00a012MP (rear, wide) 10MP (rear, ultra wide), 7MP True Depth (front) |\u00a0Display:\u00a012.9 inches, 2732 x 2048 pixels |\u00a0Storage:\u00a0128GB, 256GB, 512GB, 1TB |\u00a0Ports:\u00a0USB-C, Smart Connector |\u00a0Dimensions:\u00a011 x 8.5 x 0.2 inches |\u00a0Weight:\u00a01.4 pounds |\u00a0Wi-Fi:\u00a0802.11ax Wi-Fi 6 with optional LTE\n(Kredit gambar: Huawei)\n5. Huawei MatePad T10\nCPU:\u00a0A14 Bionic |\u00a0Display:\u00a010.9-inch (2360 x 1640 pixels) Liquid Retina |\u00a0Storage:\u00a064GB/256GB |\u00a0Ports:\u00a0USB-C |\u00a0Dimensions:\u00a09.7 x 7 x 0.24 inches |\u00a0Weight:\u00a0450 g |\u00a0Wi-Fi:\u00a0Wi-Fi 6, optional 4G LTE\n[su_button url=\u201dhttps://www.lazada.com.my/products/huawei-matepad-t10-wifi-2gb-ram-32gb-rom-tablet-free-simple-home-gift-package-free-shipping-i1354676384-s4221422242.html?spm=a2o4k.searchlistcategory.list.1.2f5149ceBBGKxH&search=1\u2033 target=\u201dblank\u201d background=\u201d#ef8e2d\u201d icon=\u201dicon: search\u201d]Check harga di Lazada[/su_button]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-rnr-plus-dibuka/", "title": "Senarai R&R PLUS Dibuka & Kebenaran Aktiviti Dine-In Mulai 11 Okt 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan pengumuman rentas negeri yang dibenarkan mulai 11 Oktober 2021, pihak PLUS telah memaklumkan senarai R&R dan hentian yang dibuka beserta panduan SOP dan kebenaran aktiviti dine-in.\nPelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan, memastikan baki kad Touch \u2018n Go mencukupi & patuhi SOP yang ditetapkan.\nAktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS seperti yang tertera dalam visual di bawah.\nSelain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut. \n\n\n\n\n\n\n\nPastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R.\nRujuk senarai lokasi R&R yang dibuka di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nWaktu Operasi R&R PLUS Mulai 11 Oktober 2021\n\n \nSenarai R&R PLUS Yang Dibuka\n\n \nPra-pesanan Makanan\n\n\nWaktu Operasi R&R PLUS Mulai 11 Oktober 2021\nR&R PLUS akan dibuka dari jam 6:00 pagi -12 tengah malam.\nSenarai R&R PLUS Yang Dibuka\nAktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS terpilih sahaja mulai tarikh berikut: \n8 Oktober 2021\nR&R Gurun (Arah Utara & Selatan)Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)R&R Rawang (Arah Utara)OBR Sg. BulohR&R Hentian Sebelah Sg.Buloh (Arah Selatan)R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)R&R Seremban (Arah Utara & Selatan)R&R Mambau (Arah Timur & Barat)OBR Ayer Keroh- R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)R&R Machap (Arah Utara & Selatan)\n11 Oktober 2021\nR&R Ajil (Arah Utara)R&R Paka (Arah Utara & Selatan)R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)- R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)\n\nBaca juga: Kebenaran Rentas Negeri Berkuatkuasa 11 Oktober 2021\n\nPastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R. \nBerikut adalah panduan Operasi R&R dan Hentian Sebelah Lebuhtraya PLUS:\nSentiasa memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal dalam kawasan R&RGerai makanan & minuman dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malamSurau dibuka, sila bawa peralatan solat sendiriPra-pesanan dibuka melalui aplikasi PLUS atau pautan orderdisini.com.myTandas awam masih dibukaKemudahan vending machines ada disediakanStesen minyak masih beroperasi 24 jamKedai serbaneka dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.Gazebo telah dibuka. Namun tapak permainan masih ditutup.\n\nBaca juga: Senarai SOP Terkini Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)\nPra-pesanan Makanan\nOleh itu, selain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut. \nPengguna juga boleh membuat pra-pesanan makanan terlebih dahulu melalui https://orderdisini.plus.com.my/\nMaklumat Lanjut :\nhttps://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad/http://www.plus.com.my/03-7801 6666\n"]} {"url": "https://ecentral.my/marriott-club/", "title": "Cara Join Marriott Club & Dapatkan Diskaun Hotel", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMaksimakan pengalaman percutian anda dengan promosi ekslusif serta pelbagai potongan harga di pelbagai hotel elit dengan keahlian Marriott Club. \nIngin tahu cara untuk mendaftar serta kelebihan yang ditawarkan? Jom ikuti perkongsian daripada kami untuk ketahui dengan lebih lanjut. \nBaca Juga : Cara Daftar Kad Mesra Petronas Online dan Tebus Mata Ganjaran\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Marriott Club\n\n \nCara Join Marriott Club\n\n \nCara Tebus E-Voucher Club Marriott\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelebihan Marriott Club\nMarriott ingin mengajak anda cipta pengalaman indah bersama rakan dan keluarga dalam suasana yang serba ekslusif dan mewah menerusi keahlian.\nSebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli Marriott Club, anda berpeluang untuk nikmati pelbagai kelebihan seperti berikut :\nPengalaman Dine-In Yang Unik Dengan Harga Berpatutan\n\n\n\n\n\n\nAneka hidangan yang membuka selera dan dipersembahkan khas daripada chef bertaraf dunia sedia menanti anda bila anda menjadi sebahagian daripada Marriott Club.\nNikmati diskaun sehingga 30% di hotel terpilih dan potongan harga sebanyak 20% di lebih 1,000 restoran yang bertempat di serata Asia Pasifik.\n\nDiskaun Penginapan Hotel\nLebih daripada 330 hotel sekitar Asia Pasifik sedia untuk menyambut pelancong yang berdaftar bersama Marriott Club. \nPelbagai tawaran bilik hotel termasuk penginapan percuma di lokasi terpilih serta diskaun sehingga 20% tersedia untuk anda.\nAntara hotel tempatan yang turut serta dalam menawarkan keistimewaan buat ahli Marriott Club adalah :\n\nElement Kuala Lumpur\nLe Meridien Kota Kinabalu\nCourtyard by Marriott Penang\nFour Points by Sheraton Kuala Lumpur\nThe Westin Langkawi Resort & Spa\n\n\nRatusan lagi hotel antarabangsa turut tersenarai antaranya :\n\nJW Marriott Hotel Seoul, Korea Selatan\nFour Points by Sheraton Singapore, Riverview\nSheraton Grand Macao, Macau\n\nDiskaun Spa\nManjakan diri anda dengan sesi aromaterapi, urutan badan, refleksologi serta pelbagai perkhidmatan spa pada potongan harga sehingga 20% di hotel terpilih turut ditawarkan secara ekslusif buat ahli Marriott Club.\nUntuk lihat senarai penuh hotel dan restoran yang menawarkan keistimewaan buat ahli, sila layari pautan berikut :\nhttps://myclubmarriottt.com/hotel/hotelskitchensbars/en\nSelain itu, anda juga berpeluang untuk nikmati pelbagai tawaran istimewa seperti ganjaran Hari Jadi, diskaun khas bermusim dan sebagainya. \n\nCara Join Marriott Club\n\nBerminat untuk sertai Marriott Club? Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut :\nPergi ke laman web https://myclubmarriottt.com/home/homepage/en dan klik di butang \u2018Become a Member\u2019.\nIsi borang dengan butiran peribadi anda secara lengkap dan tepat. Kemudian, klik butang Submit.\nAnda akan terima e-mel dan akan dihubungi selepas 2 hari bekerja bagi proses seterusnya.\n\nSetelah anda berjaya mendaftar sebagai ahli, anda akan terima e-mel alu-aluan (Welcome) bagi pengaktifan keahlian digital (digital membership). Untuk aktifkan keahlian secara digital :\n\nKlik pada butang \u201cActivate Account\u201d pada e-mel yang anda terima\nIsikan maklumat yang diperlukan beserta OTP yang bakal dihantar menerusi SMS.\nKemudian, tekan butang \u2018Submit\u2019. Anda akan terima e-mel untuk sahkan pengaktifan e-mel.\nSeterusnya, muat turun aplikasi Club Marriott di telefon pintar anda untuk mula nikmati pelbagai manfaat.\n\nNota : Anda dikehendaki untuk aktifkan keahilian digital dalam masa 14 hari selepas menerima e-mel Welcome.\nCara Tebus E-Voucher Club Marriott\nAnda tak perlu muat turun atau print untuk tebus e-voucher bagi mendapatkan diskaun hotel, spa atau makanan. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut :\n\n\u00a0Cari e-voucher pilihan dalam aplikasi telefon Club Marriot di bahagian \u2018My Vouchers\u2019.\nTekan butang \u2018Redeem\u2019. Kemudian semak dan terima terma dan syarat yang ditetapkan.\nMasukkan \u2018Member PIN\u2019 dan \u2018Outlet PIN\u2019. (Outlet PIN akan disediakan oleh petugas hotel bilan anda check-in atau dine-in). Seterusnya, klik butang \u2018Submit\u2019.\nKlik butang OK untuk sahkan penebusan baucer.\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai tawaran terkini di Marriott Club, sila ikuti laman Facebook Marriott Club dan layari laman web Club Marriott di pautan https://www.facebook.com/clubmarriott.official/. \nAnda juga boleh dapatkan bantuan berkenaan keahlian Club Marriottt menerusi pautan https://www.myclubmarriottt.com/home/contactus/\nSemak Soalan Lazim mengenai keahlian Marriott di pautan berikut :\nhttps://myclubmarriott.com/home/faqs/en\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-dermasiswa-muip/", "title": "Tawaran Bantuan Dermasiswa MUIP Untuk Pelajar Tahfiz, Pondok & IPT", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kini membuka permohonan Bantuan Dermasiswa bagi pelajar Pelajar Tahfiz, Pondok dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berlayakan.\nInsentif ini ditawarkan bagi membantu pembiayaan pendidikan pelajar dan sebagai galakan kepada anak-anak Pahang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup\n\n \nKadar Bantuan Dermasiswa MUIP 2023\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup\nPelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Mei 2023.\n\nKadar Bantuan Dermasiswa MUIP 2023\nKadar bantuan yang ditawarkan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :\n\nDiploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200\nDiploma/Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam): RM800\nTahfiz/Pondok: RM2,400\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Mesir: RM1,200 sehingga RM3,000\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Mesir: RM6,000 sehingga RM9,000\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Jordan: RM1,200 sehingga RM3,000\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Jordan: RM7,000 sehingga RM10,000\nLain-lain negara: RM1,200 sehingga RM4,000\n\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nPemohon adalah beragama Islam.\nMerupakan rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang.\nPemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok/Thafiz/Diploma atau Sarjana Muda sepenuh masa sahaja.\nPemohon telah lulus keputusan peperiksaan tahun atau semester terkini.\n\nSyarat Tambahan (Pelajar Pondok)\nBagi pelajar pondok, mereka juga perlu menepati syarat-syarat tambahan seperti berikut :\n\nPemohon mestilah berusia di antara 13 tahun hingga 25 sahaja.\nPusat pengajian atau pondok berdaftar dengan Jabatan/ Majlis Ugama Islam Negeri sahaja.\nJumlah Dermasiswa MUIP yang telah diterima setakat 3 kali sahaja.\n\nCara Memohon\nAnda boleh ikuti panduan permohonan Bantuan Dermasiswa MUIP seperti berikut :\n\nLayari laman web iaitu\u00a0https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.\nKlik bahagian \u2018Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.\u2019\nKlik bahagian \u2018Daftar sebagai Pengguna Baharu.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Proses Pendaftaran Pengguna.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.\nBuat permohonan sehingga selesai.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa MUIP bagi pelajar Tahfiz,Pondok dan Institut Pengajian Tinggi (IPT), sila layari laman rasmi MUIP di pautan : http://www.muip.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/yamaha-y16zr/", "title": "Yamaha Y16ZR Malaysia: Harga Dari RM10,888 & Pilihan Warna 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYsuku 2021 telah dilancarkan secara rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) dengan nama baru Yamaha Y16ZR.\nY16ZR menggunakan enjin yang sama dengan NVX, R15 dan MT-15 iaitu unit satu silinder 155 cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan (klac\u00a0slip & assist) untuk menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm. \nJumlah kuasa ini bagaimanapun kurang sedikit berbanding R15 yang mencatat 19 hp dan 14.7 Nm tork.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSpesifikasi Yamaha Y16ZR\n\n \nHarga Y16ZR 2021\n\n\nSpesifikasi Yamaha Y16ZR\n\nTidak seperti enjin terdahulu, sistem VVA ini pula dapat mengubah pemasaan injap. \nInjap enjin akan dibuka dan ditutup cepat ketika RPM rendah, dan dibuka serta ditutup dengan lebih lambat pada RPM tinggi.\nOleh yang demikian, enjin yang baharu ini dapat memberikan lebih kuasa pecutan pada RPM rendah serta kuasa maksima yang lebih tinggi pada RPM tinggi. \nDalam istilah mudah, seseorang penunggang seakan mendapat dua enjin dalam satu.\nPergi kepada bahagian meter, Y16ZR VVA menggunakan unit digital LCD baru yang dapat memaparkan semua informasi dengan terang termasuk kelajuan, tahap rpm serta kedudukan gear. Pada bahagian butang kawalan di pemegang, selain fungsi biasa, penunggang juga disediakan dengan butang\u00a0kill switch\u00a0serta lampu memotong (pass light).\n\nDisebabkan semua panel badan model ini adalah serba baru, tempat duduknya direka semula, dengan mempunyai bentuk yang lebih sporty. Di bawahnya, terdapat tangki bahan api yang lebih besar berbanding Y15ZR, iaitu 5.4 liter.\nHarga Y16ZR 2021\nTerdapat tiga pilihan warna untuk pasaran Malaysia iaitu Phantom Grey, Arrow Blue, dan Ragin Yellow.\n\n\n\nHarga jualan bermula dari RM10,888, dan 5,000 pembeli pertama akan berpeluang mendapat key pouch dengan ukiran nombor pendaftaran yang boleh didapati secara percuma apabila mereka berkunjung ke mana-mana cawangan Royal Selangor.\nRujukan: Careta, Paultan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/zakat-kwsp/", "title": "Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Hanya Untuk Suka-suka", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nZAKAT KWSP DIWAJIBKAN BAGI PENGELUARAN SUKA-SUKA TANPA ADA BEBANAN / MASALAH KEWANGAN\nAdakah anda salah seorang yang berhasrat untuk mengeluarkan wang KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan?\nDalam sebuah laporan oleh Berita AlHijrah yang bertarikh 18 Mac baru-baru ini, Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman berkata pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.\nIni kerana pembayaran zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2.5 peratus adalah wajib ke atas individu yang membuat pengeluaran KWSP berjumlah RM10,000 seperti yang dibenarkan kerajaan bermula 1 April nanti.\n\u201cBagi individu yang tidak menghadapi sebarang masalah dari sudut bebanan kewangan, hutang, ekonomi dan seumpamanya, maka bagi mereka ini diwajibkan untuk membayar zakat daripada pengeluaran KWSP yang telah dibuat,\u201d katanya kepada Berita AlHijrah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Pengecualian Zakat KWSP 2.5%\n\n \nFatwa Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)\n\n \nNISAB DAN KADAR\n\n\nSyarat Pengecualian Zakat KWSP 2.5%\nNamun jangan keliru, kerana pembayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran wang tersebut atas keperluan sumber pendapatan yang mendesak.\n\u201cJika pengeluaran dibuat oleh individu terbabit melibatkan pengeluaran untuk meneruskan kehidupan ataupun disebabkan oleh desakan ekonomi dan seumpamanya, maka pengeluaran yang sebegini tidak dikenakan zakat,\u201d katanya.\nAntara syarat pengecualian zakat ialah,\nIndividu yang berdepan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupanGolongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segeraPengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas atau mustahak seperti perubatan, pendidikan, dan seumpamanya. \n\n\n\nBaca juga: \nNADMA: Bantuan Kuarantin Covid-19 RM100 Sehari Bagi Yang Hilang PendapatanTarikh Permohonan & Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000\nSumber : Berita AlHijrah Online\nFatwa Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)\u00a0\nMesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-120 yang bersidang pada 1 November 2019M\u00a0 Bersamaan 4 Rabiulawal 1441H (Jumaat) telah membincangkan dan membuat keputusan seperti berikut:\nBagi skim pengeluaran yang memenuhi syarat\u00a0milk al-taam\u00a0dan bukan bagi tujuan perbelanjaan\u00a0hajah asliyahdan tiada had pengeluaran seperti pengeluaran simpanan melebihi RM 1 juta, pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun, pengeluaran meninggalkan \u00a0negara, pengeluaran pekerja berpencen dan pesara pilihan, maka\u00a0ZAKAT DIWAJIBKAN\u00a0ke atas keseluruhan amaun yang boleh dikeluarkan pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul. \nManakala baki simpanan KWSP dalam kategori ini yang tidak dikeluarkan selepas setahun (haul), adalah tertakluk kepada \u00a0hukum zakat simpanan berdasarkan baki wang simpanan yang telah genap setahun (haul) sekiranya mencapai nisab.\nBagi pengeluaran sebahagian di dalam akaun 2 apabila mencapai Umur 50 tahun,\u00a0ZAKAT DIKENAKAN\u00a0ke atas amaun yang dikeluarkan sahaja pada kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu \u00a0haul.\nBagi ahli yang tidak membuat pengeluaran pada umur 50 tahun, maka apabila mencapai umur 51 tahun\u00a0WAJIBdikenakan zakat ke atas keseluruhan amaun yang boleh dikeluarkan kerana telah memenuhi \u00a0syarat\u00a0milk al-taam\u00a0kadar 2.5% tertakluk kepada nisab tanpa perlu menunggu haul. Manakala baki simpanan di dalam akaun 2 yang tidak \u00a0dikeluarkan tidak perlu dizakatkan, kerana tidak memenuhi syarat\u00a0milk \u00a0al-taam.\nBagi skim pengeluaran untuk tujuan\u00a0hajah\u00a0asliyah\u00a0seperti pengeluaran perumahan, pengeluaran pendidikan, pengeluaran kesihatan dan pengeluaran hilang upaya kekal mesyuarat \u00a0memutuskan bahawa\u00a0TIDAK DIKENAKAN\u00a0zakat ke atas pengeluaran-pengeluaran tersebut.\n\nNISAB DAN KADAR \nNisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)\nKiraan Zakat KWSP\nJumlah Wang KWSP yang dikeluarkan**\u00a0x 2.5%\ncontoh : RM10,000.00 x 2.5 %\nJumlah Zakat = RM250.00\n**Mengikut jenis-jenis pengeluaran yang diwajibkan zakat. Rujuk Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-120 (di atas).\nSumber: Pusat Pungutan Zakat MAIWP\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sism40/", "title": "SISM40 : Skim Internet Selangor M40 \u2013 Pakej Keluarga, Bujang & Asas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGolongan M40 di negeri Selangor boleh memohon Skim Internet Selangor (SISM40) yang ditawarkan kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mulai 1 Julai 2021.\nInisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui perkhidmatan unifi yang mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi Internet khusus kepada M40.\nMenteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim berkenaan melengkapi inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan sebelum ini.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang pakej internet yang ditawarkan melalui program ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SISM40 ?\n\n \nSyarat Permohonan SISM40\n\n \nPakej Yang Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan / Pendaftaran SISM40\n\n \nTempoh / Tarikh Permohonan\n\n \nBayaran Pendahuluan\n\n \nSemakan Kelulusan\n\n \nKontrak\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SISM40 ?\nSISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.\nPakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data\nSyarat Permohonan SISM40\nPermohonan Skim Internet Selangor M40 adalah terbuka untuk:\nSemua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atasBerumur 18 tahun dan ke atasTidak disenarai\u00a0HITAM\u00a0oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasiPakej ini adalah untuk\u00a0langganan baharu sahaja\u00a0dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)Satu (1) isi rumah layak memohon satu (1) pakej sahajaBagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej iniKhusus untuk kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 \u2013 RM10,970)\nPakej Yang Ditawarkan\nTerdapat lapan (8) pakej tawaran SISM40 melalui\u00a0Pakej Keluarga,\u00a0Pakej Bujang\u00a0dan\u00a0Pakej Asas.\nRujuk perincian setiap pakej seperti berikut:\ni) PAKEJ KELUARGA\n\nPAKEJ BUJANG\n\nPAKEJ ASAS\n\nCara Permohonan / Pendaftaran SISM40\nPendaftaran boleh dibuat melalui :\nLaman sesawang SISM40\u00a0https://www.sism40.com.my/Di semua 56 buah Pejabat DUN SelangorTalian bantuan di 03-5030 4595/4596(9.00pg \u2013 5.00ptg : Isnin \u2013 Jumaat) kecuali pada cuti umum.\nTempoh / Tarikh Permohonan\nSISM40 ini terbuka untuk permohonan selama (1) tahun bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.Peringkat permulaan tempoh permohonan bermula dari\u00a01 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.\nBayaran Pendahuluan\nTerdapat caj bayaran pendahulan untuk perkhidmatan jalur lebar unifi Home sebanyak RM100.Bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya.Sementara itu, bayaran pendahuluan untuk pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) dan tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portalibity \u2013 MNP).\n\nSemakan Kelulusan\nSekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja.Pelanggan akan dimaklumkan melalui alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran.Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang SISM40\u00a0https://www.sism40.com.my\nKontrak\nDengan memilih salah satu daripada tawaran ini, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.Sekiranya anda memilih untuk menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran penalti sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan.Namun, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih.\nBaca juga: Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun\nMaklumat Lanjut\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila dapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran melalui laman sesawang\u00a0https://www.sism40.com.my/\u00a0atau di talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin \u2013Jumaat 9.00 pagi \u2013 5.00 petang) kecuali pada cuti umum.\nATAU \nSembang Langsung di\u00a0https://unifi.com.my/chat/index.html\u00a0atau melalui aplikasi myunifiKomuniti di\u00a0https://community.unifi.com.my/Facebook di\u00a0https://www.facebook.com/weareunifi/Twitter di @helpmeunifiCawangan TMpoint yang terdekat\nRujuk soalan lazim di bawah:\nApa itu SISM40? SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja. Bolehkah saya mendaftar lebih daripada satu akaun? Ya Boleh. Pelanggan boleh memohon lebih dari satu (1) akaun bagi pemasangan di alamat kediaman yang berbeza. Bolehkah saya melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS)? Anda boleh melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS) untuk pelan sedia ada.Pendaftaran boleh dilakukan melalui unifi.com.my atau aplikasi myunifi. Anda juga boleh membuat permohonan di TMpoint berdekatan.Perkhidmatan VAS seperti penggalak Wi-Fi (Mesh Wifi) atau unifi Plus Box tidak termasuk di dalam tawaran promosi satu (1) bulan langganan percuma ini. Bolehkah saya memindahkan pelan unifi saya kepada orang lain? Tidak. Sebarang pertukaran atau pemindahan hak milik tidak dibenarkan sepanjang tempoh kontrak di bawah SISM40.Sekiranya anda ingin meneruskan pindah milik, harga bagi talian mudah alih akan bertukar kepada harga komersial sekiranya anda tidak mempunyai akaun jalur lebar unifi Home yang aktif. Bagaimana jika saya berpindah ke negeri lain setelah melanggan SISM40? Pelanggan yang berpindah keluar dari negeri Selangor tidak layak untuk terus menikmati pakej tawaran dibawah SISM40.Permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana cawangan TMpoint berhampiran.Anda tidak akan menikmati diskaun dibawah SISM40 dan pelan akan dipindahkan kepada pakej unifi semasa yang setara.Kontrak juga akan diperbaharui kepada 24 bulan dengan pakej komersial semasa. Bagaimanakah cara membuat bayaran untuk pakej ini? Pembayaran boleh di buat di saluran digital unifi.com.my atau melalui aplikasi myunifi.Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kiosk yang terdapat di TMpoint berdekatan. Bagaimanakah cara jika saya ingin menamatkan langganan saya? Langkah 1Anda perlu memberi notis 30 hari sebelum penamatan dilakukan melalui saluran seperti berikut:Live Chat melalui unifi.com.my atau myunifi appEmail ke [email\u00a0protected]TMpoint di seluruh MalaysiaLangkah 2Pihak TM akan memberikan jumlah kasar baki bil semasa anda. Wakil TM akan berhubung dengan anda dalam tempoh (7) hari untuk pengesahan permohonan penamatan. Setelah bayaran baki bil telah dijelaskan, pihak TM akan meneruskan permohonan penamatan pada hari ke-31 daripada tarikh notis permohonan.Langkah 3Anda akan merima maklumat status penamatan melalui SMS. Kemudian, and perlu memulangkan kembali Broadband Termination Unit (BTU) di TMpoint berdekatan dalam tempoh (7) hari bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang caj kelewatan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-bantuan-kewangan-kpt/", "title": "Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, terdapat pelbagai Program Biasiswa dan Bantuan Kewangan yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk para pelajar.\nBerikut kami kongsikan status penawaran biasiswa dan bantuan kewangan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang terkini beserta tarikh permohonan untuk makluman bersama.\n\nBaca juga: Kempen Buka Akaun Tabung Haji Online (VAO) & Dapat Tabung Percuma\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2021)\n\n \n1. Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)\n\n \n2. Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)\n\n \n4. YBM Pengajian Tinggi \u2013 Atlet Cemerlang IPT\n\n \n5. YBM Pengajian Tinggi \u2013 Anugerah Tokoh Siswa\n\n \n6. Bantuan Kewangan Asasi IPTA\n\n \n7. Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)\n\n \n9. Malaysia International Scholarship (MIS)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSenarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2021)\nRujuk senarai biasiswa & bantuan KPT di bawah:\n1. Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)\nPenajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. \nProgram ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.\n\n\n\n\n\n\n2. Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)\nPenajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. \nProgram ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.\n3. MyBrainSc\nPenajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league. \nProgram ini dilaksanakan bagi\u00a0 menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.\n4. YBM Pengajian Tinggi \u2013 Atlet Cemerlang IPT\nPenajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. \nProgram ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.\n5. YBM Pengajian Tinggi \u2013 Anugerah Tokoh Siswa\nPenajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana. \nProgram ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.\n6. Bantuan Kewangan Asasi IPTA\nPenajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.\n7. Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)\nBantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. \nProgram ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.\n8. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas (PPK)\nBantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja. \nPelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja). \nBantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat\u00a0 kelayakan.\n9. Malaysia International Scholarship (MIS)\nPenajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum. \nProgram ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui syarat permohonan, tarikh penawaran dan maklumat lanjut sila ke pautan berikut: https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa#\nUntuk info terkini, sila follow Facebook Kementerian Pengajian Tinggi dan kunjungi laman web rasmi KPT atau hubungi pegawai seperti tertera di infografik.\nBaca juga: Bantuan Tunai Pendaftaran IPT RM2,000 Secara One-off (BUDI 2021)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-projek-pertanian-2023-negeri-pahang/", "title": "Bantuan Projek Pertanian 2023 Negeri Pahang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Pahang kini menawarkan Bantuan Projek Pertanian 2023 kepada pengusaha pertanian di Pahang yang mempunyai tanah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon Bantuan Projek Pertanian 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPengusaha pertanian yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 15 September 2022.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.Mempunyai tanah geran/syrat hak pemilik/surat kebenaran mengusaha yang dibenarkan serta mempunyai tanah sekurang-kurangnya 0.40 HA (1 ekar).Memberikan komitmen sepenuhnya terhadap projek dan boleh berdikari sendiri serta menunjukkan daya usaha terhadap projek.Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.\n\nCara Memohon Bantuan Projek Pertanian 2023\nPemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut\u00a0https://cdn.me-qr.com/pdf/8621812.pdf.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar semua dokumen ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.\nPemohon perlulah sertakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan kad pengenalanSalinan Geran/Surat Kuasa/Resit Bayaran Cukai/Surat PerjanjianSalinan permit pekerja asing (jika berkenaan)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Projek Pertanian 2023, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah terdekat di talian berikut :\nPejabat Pertanian Daerah Kuantan: 09-5366566Pejabat Pertanian Daerah Pekan: 09-4221394Pejabat Pertanian Daerah Rompin: 09-4140151Pejabat Pertanian Daerah Maran: 09-4771528Pejabat Pertanian Daerah Temerloh: 09-2901200Pejabat Pertanian Daerah Bera: 09-2557353Pejabat Pertanian Daerah Jerantut: 09-2662300Pejabat Pertanian Daerah Bentong: 09-2236040Pejabat Pertanian Daerah Raub: 09-3551267Pejabat Pertanian Daerah Lipis: 09-3121231Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands: 05-4901661\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-pembiayaan-online-tekun-nasional/", "title": "Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional Untuk Usahawan Bumiputera dan India", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa TEKUN Nasional kini menawarkan Skim Pembiayaan Online atau SPOT kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).\nPerkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar dalam satu program sesi dialog baru-baru ini. \nSebagai permulaan, sebanyak RM 10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1,000 usahawan terutamanya usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan online mereka.\n\n\n\n\n\n\nTeruskan membaca untuk ketahui maklumat serta cara mohon pembiayaan SPOT bagi usahawan secara atas talian yang berkelayakan. \nBaca Juga : Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar Pembiayaan Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUsahawan yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bermula 20 Ogos 2022.\nKadar Pembiayaan Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional\nUntuk makluman, kadar pembiayaan SPOT adalah dari RM 1,000 sehingga RM 10,000.\nNota : Caj pengurusan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun menggunakan konsep Tawarruq.\n\nSyarat Kelayakan\nUsahawan yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nBerumur antara 18 hingga 65 tahunMerupakan usahawan informal dan mikroMerupakan Bumiputera dan India\nCara Memohon\nPemohon boleh menghadirkan diri ke Pejabat Cawangan TEKUN menerusi perkhidmatan di kaunter untuk kemukakan permohonan.\nSenarai pejabat cawangan TEKUN boleh dirujuk menerusi pautan di bawah :\nhttps://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Pembiayaan Online TEKUN, sila layari laman web https://www.tekun.gov.my/ms/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/limit-maybank/", "title": "Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai langkah keselamatan, pihak Maybank telah memperkenalkan limit Maybank2u bagi menetapkan had atau limit transaksi yang boleh dilakukan oleh pengguna mereka.\nMaybank2u sememangnya sebuah aplikasi perbankan milik Maybank yang banyak memudahkan transaksi wang dilakukan secara dalam talian melalui komputer atau apa jua peranti yang mempunyai capaian internet.\nMelalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pelbagai transaksi akaun Maybank mereka antaranya:\n\n\n\n\n\n\nPindahan wang ke akaun pihak ketigaPembayaran bilPeriksa baki akaun semasa dan akaun simpanandan banyak lagi. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHad limit Maybank2u\n\n \nCara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui Laman Maybank2U\n\n \nCara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui aplikasi Maybank2U\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nHad limit Maybank2u \n\nSecara umumnya berikut adalah had limit transaksi pemindahan wang melalui Maybank2u namun amaun ini boleh diubah:\nPindahan wang ke akaun pihak ketiga \u2013 RM3,000Pindahan wang antara Bank GIRO \u2013 RM3,000Pindahan wang antara bank Segera \u2013 RM3,000Pindahan Telegrafik Asing \u2013 RM10,000Pindahan DuitNow \u2013 RM3,000\nNamun, sekiranya amaun transaksi anda melebihi amaun di atas, anda perlulah membuat penukaran limit terlebih dahulu. \nCara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui Laman Maybank2U \nAnda boleh membuat penukaran limit Maybank2u ini terus melalui laman web Maybank2u yang boleh dilayari melalui kompter atau peranti anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman Maybank2u di Maybank2u.com.myLog masuk ke akaun anda Pada bahagian menu atas laman tersebut, klik pada SettingsKlik Pay & TransferKlik Transfer LimitKlik pada ikon pensel untuk menukar limit transaksi. Klik butang Save ChangesTunggu sehingga dapat nombor TAC melalui SMSMasukkan nombor TACKlik butang Confirm. \nAnda boleh memilih untuk membuat penukaran limit untuk kesemua kategor transaksi atau kategori tertentu sahaja seperti yang diingini. \nSila rujuk video di bawah untuk memudahkan anda lebih faham.\n\n\n\nCara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui aplikasi Maybank2U \nKetika artikel ini ditulis, pihak eCentral cuba membuat penukaran limit melalui aplikasi Maybank2u tetapi malangnya buat masa ini fungsi penukaran limit ini tidak terdapat pada aplikasi Maybank2u.\nOleh itu, satu-satunya cara untuk membuat penukaran limit adalah melalu laman web rasmi Maybank2u sahaja.\nArtikel berkaitan:\nCara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara OnlineCara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun Maybank\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web Maybank2u melalui pautan berikut https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/faq/online_banking/online_settings_faq.page\n"]} {"url": "https://ecentral.my/saiz-kaki-kasut/", "title": "Cara Ukur Saiz Kaki Untuk Membeli Kasut", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda bagaimana caranya untuk ukur saiz kaki anda dengan betul?\nKebiasaannya sebelum membeli kasut (atau selipar) baru, kita biasanya membeli kasut berdasarkan saiz yang biasa kita beli sebelum itu.\nMisalnya, jika anda biasa membeli kasut bersaiz 7, biasanya anda akan membeli kasut bersaiz 7 juga lebih-lebih lagi jika anda beli kasut secara dalam talian.\nSama ada anda sedang mencari kasut sukan berprestasi tinggi atau kasual setiap hari, adalah penting untuk memakai kasut yang sesuai yang menyokong kaki anda dengan selesa. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBahaya Tersilap Saiz\n\n \nKepentingan Mengetahui Saiz Kaki & Kasut Yang Sesuai\n\n \nCara Ukur Saiz Kaki & Menentukan Saiz Kasut Yang Sesuai\n\n\nBahaya Tersilap Saiz\nSaiz kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kaki anda berasa tidak selesa, sakit atau melecet. \nDan malangnya, ramai orang yang sebenarnya memakai kasut / selipar yang salah saiz.\nKajian 2018 daripada Journal of Foot and Ankle Research mendapati bahawa sehingga dua pertiga orang mungkin memakai kasut yang tidak sesuai dan memakai saiz yang salah dikaitkan dengan sakit kaki dan kesihatan kaki yang lebih teruk secara keseluruhan.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Barang Keperluan Hiking: 13 Senarai Barang Yang Perlu Dibawa\nKepentingan Mengetahui Saiz Kaki & Kasut Yang Sesuai\nSecara umumnya, terdapat perbezaan saiz bagi setiap jenama kasut di dunia ini.\nWalaupun perbezaannya mungkin begitu kecil sahaja, ianya tetap memberi impak dan kesan yang besar kepada kaki anda.\nSebagai contoh, kasut sukan saiz 7 dari jenama Nike mungkin tidak sesuai bagi individu yang biasa menggunakan kasut sukan sazi 7 dari jenama Asices.\nDengan mengetahui saiz kaki anda, anda boleh bandingkan dengan carta saiz sesuatu jenama kasut itu sebelum membelinya.\nKasut dengan saiz yang sesuai sangat penting dan memberikan manfaat yang berikut:\n\nDapatkan kesesuaian yang terbaik dan paling selesa\nMaksimumkan prestasi\nElakkan kemungkinan kecederaan dan melecet\nKurangkan geseran yang boleh menjejaskan ketahanan kasut anda\n\nBaca lagi: 15 Cadangan Hadiah Untuk Lelaki\nCara Ukur Saiz Kaki & Menentukan Saiz Kasut Yang Sesuai\nSebenarnya, mengukut saiz kaki anda tidaklah sesukar yang disangka.\nAnda hanya memerlukan 3 bahan berikut untuk mengukur saiz kaki anda dengan tepat:\n\nKertas\nPen atau pensel\nPita pengukur atau pembaris\n\nSebenarnya sangat mudah untuk mengukur saiz kaki anda.\nBerikut merupakan panduan untuk ukur kaki anda dengan tepat yang diberikan oleh pihak Asics, syarikat pengeluar kasut sukan popular dari Jepun. \nLangkah 1\n\nLetakkan sekeping kertas dan tumit anda pada dinding. \nMenggunakan pen anda, lukis bentuk tapak kaki anda sedekat mungkin. \nAdalah penting untuk melakukan ini untuk KEDUA-DUA kaki kerana satu kaki biasanya lebih panjang daripada yang lain.\nLangkah 2\n\nDengan garis besar, ukur garis lurus dari tumit anda ke jari kaki yang paling panjang. \nIni memberikan anda panjang kaki anda dalam sentimeter.\nLangkah 3\n\nBandingkan ukuran kaki anda dengan carta saiz sesebuah jenama kasut untuk mengetahui saiz kasut anda untuk jenama tersebut.\nAnda boleh menambah 1- 1.5 sentimeter kepada ukuran kaki anda untuk mengambil kira sekali stokin yang bakal dipakai bersama kasut tersebut.\nBerikut dilampirkan juga perbandingan standard bagi saiz yang biasa digunakan di negara-negara utama seperti US, UK dan China.\n\nSelamat mencuba!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembiayaan-pendidikan-boleh-ubah-bank-rakyat-ppbu/", "title": "PPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) Peringkat Ke-2 2022Yayasan Bank Rakyat telah membuka tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tahun 2022 ini buat pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:\nIjazah Sarjana MudaSarjanaSijil ProfesionalDoktor Falsafah\nPermohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat 2022 dibuka mulai 12 September hingga 14 Oktober 2022.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan pembiayaan yang ditawarkan serta cara membuat permohonan dan semakan keputusan tawaran.\n\nBaca juga: Cara Dapatkan eStatement Bank Rakyat (Penyata Kewangan)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PPBU Bank Rakyat?\n\n \nKelebihan PPBU Bank Rakyat\n\n \nJumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan\n\n \nKursus Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kelayakan PPBU Bank Rakyat 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan Keputusan Tawaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah PPBU Bank Rakyat?\nPPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak. \nMatlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.\nPPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC). \nPPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.\n\n\n\n\n\n\nKelebihan PPBU Bank Rakyat\nPeminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas! \nBagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 \u2013 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.\nRujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:\nCGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK3.50-4.00100%0%3.33-3.4990%10%3.00-3.3280%20%2.75-2.9950%50%2.50-2.7430%70%<2.500%100%\nJumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan\nJumlah yang ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:\na. Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun\nb. Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun\nc. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)\nd. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)\ne. Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).\nf. Sijil Kemahiran: : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).\nKursus Yang Ditawarkan\nTerbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).\nKeutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:\nPerakaunanPerbankanPengurusan perniagaanSumber ManusiaEkonomiKomunikasi MediaUndang-undangSains Aktuari\nKedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.\nSijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.\n\nSyarat Kelayakan PPBU Bank Rakyat 2022\nWarganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-\nBerumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional). Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.\nRujuk syarat lanjut di pautan:\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila layari laman web Yayasan Bank Rakyat untuk maklumat lanjut.\nhttps://application.yayasanbankrakyat.com.my/\n*Permohonan adalah secara atas talian sahaja.\n**Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00\n\nSemakan Keputusan Tawaran\nKeputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 2022 \u2013 Diploma Kemahiran & Diploma telah dikeluarkan.\nSemakan boleh dilakukan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:\nhttps://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui info lanjut tentang Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut: \nwww.yayasanbankrakyat.com.my \nALAMAT:Yayasan Bank Rakyat,8th Floor, Tower 1,Menara Kembar Bank Rakyat,No.33, Jalan Rakyat,50470, Kuala Lumpur, Malaysia\nTELEFON:+603 2612 9600\nEMAIL:[email\u00a0protected]\nWAKTU OPERASI:Isnin \u2013 Khamis8:00am-1:00pm2:00pm-5:00pmJumaat8:00am-12:30pm2:30pm-5:30pm\nBaca juga: Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi November 2022/2023\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-bengkel-zakat-mainpp/", "title": "Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang MAINPP Untuk Pemilik Bengkel", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEPADA PEMILIK BENGKEL BERKENAAN, ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMOHON BANTUAN KHAS ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP\nMajlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan bagi menyalurkan bantuan kepada pemilik bengkel.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan tersebut untuk info bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Zakat Pulau Pinang\n\n \nBantuan Khas Zakat Pulau Pinang (MAINPP) Bagi Pemilik Bengkel\n\n \nSyarat Kelayakan Pemohon\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang (MAINPP) Bagi Pemilik Bengkel 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatarbelakang Zakat Pulau Pinang \nZakat Pulau Pinang memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.\nKini, Zakat Pulau Pinang telah menambah enam (6) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.\n\n\n\n\n\n\nPada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru.\nBantuan Khas Zakat Pulau Pinang (MAINPP) Bagi Pemilik Bengkel\nBantuan Khas Zakat Pulau Pinang ini adalah khusus untuk pemilik bengkel berikut,\nBengkel membaiki kereta / motorBengkel mengimpal / mengecatMembaiki barangan elektrik / elektronik / pengahwa dinginBengkel besiBengkel perabot\nSyarat Kelayakan Pemohon\nPemastautin dan mempunyai premis / bengkel yang beroperasi di negeri Pulau Pinang.Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBTBelum menerima bantuan perniagaan tahun 2021 / 2022Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka bermula 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 22 Ogos 2022 (Isnin).\nCara Permohonan Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang (MAINPP) Bagi Pemilik Bengkel 2022\nDapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi talian terus 011 \u2013 2872 4558 (Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP).\nWaktu Urusan Kaunter:\nIsnin \u2013 Khamis: 8:00 pagi hingga 4:30 petang\nJumaat: 8:00 pagi hingga 4:30 petang\nRehat: 12:15 tengah hari hingga 2:45 petang\nHari\u00a0Sabtu dan\u00a0Ahad Tutup\n\u00a0**Hari Sabtu Minggu pertama setiap bulan dibuka dari jam 9.00 pagi \u2013 3.00 petang.\n** Rujuk senarai kaunter Zakat Pulau Pinang : https://v2.zakatpenang.com/kaunter-perkhidmatan-zakat/\nLaman web : zakatpenang.com\nFacebook : Zakat Pulau Pinang\nBaca juga: Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2022 / 2023\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mat-sabu/", "title": "Biodata Mat Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu bernama Mat Sabu ini sekali lagi diangkat menjadi Menteri Kabinet dengan memegang portfolio Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan dalam Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinnn Datuk Seri Anwar Ibrahim. \nPasca PRU14 dahulu, beliau pernah dilantik selaku Menteri Pertahanan, langkah yang dilihat sesetengah pengkritik sebagai mengejutkan.\nPerlantikannya sebagai Menteri Kabinet tidak mengejutkan memandangkan beliau merupakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bersama-sama dalam Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang lalu.\nMari lihat sedikit sebanyak latar belakang Mat Sabu dan perjalanan karier politiknya sehingga kini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar Belakang Mat Sabu\n\n \nKarier Politik Mat Sabu\n\n \nKontroversi Mat Sabu\n\n \nPencapaian\n\n \nPenglibatan Politik\n\n\nLatar Belakang Mat Sabu\nNama Penuh: Mohamad bin Sabu \nTarikh lahir: 14 October 1954\n\n\n\n\n\n\nAsal: Tasek Gelugor, Pulau Pinang\nPendidikan: Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) dalam bidang Diploma Seni Kulinari. Bagaimanapun, beliau tidak menamatkan kursus itu.\nKarier Politik Mat Sabu\nMat Sabu mempunyai karier politik yang panjang dan penuh berliku.\nKerjaya politiknyabermula apabila beliau menyertai Pergerakan Pemuda Islam Malaysia (ABIM) pada 1975. \nBeliau menyertai PAS pada 1981 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS, bekas parti komponen pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Alternatif (BA), dari 2011 hingga 2015. \nBeliau dipilih sebagai Timbalan Presiden parti pada 2011, berjalan secara sederhana. platform menentang penyandang konservatif Nasharudin Mat Isa. \nBeliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden parti sebelum pemilihannya sebagai Timbalan Presiden parti.\nBeliau merupakan orang bukan alim pertama yang dipilih dalam kepimpinan parti atau Timbalan Presiden dalam tempoh lebih 25 tahun.\nPada 6 Mei 2015, Mat Sabu dan pemimpin PAS progresif lain (dirujuk sebagai G18) telah digulingkan pada pemilihan pimpinan Parti PAS 2015. \nMereka kemudiannya melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) dan mengambil alih Parti Pekerja Malaysia (PPPM) yang tidak aktif selepas percubaan mereka untuk menubuhkan parti baharu bernama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri.\nGHB kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan Mat Sabu sebagai Presiden pertamanya.\n\nKontroversi Mat Sabu\nBeliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1984 hingga 1986 di bawah tuduhan terlibat dalam gerakan ekstremis dan dari 1987 hingga 1989 akibat Operasi Lalang, operasi yang masih kontroversi dalam politik Malaysia.\nBeliau juga pernah dikecam hebat kerana mengatakan bahawa bahasa Sarjan Hassan dan kesemua polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong bukan seorang wira kerana mereka bekerja untuk kerajaan British pada ketika itu. \nPada 31 Julai 2018, Mat Sabu mendedahkan kepada akhbar bahawa hanya empat daripada 18 jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang beroperasi \u2013 satu tindakan yang dikecam hebat kerana mendedahkan kepada orang luar tahap kesiapsiagaan pasukan TUDM yang boleh mengancam keselamatan negara.\nPencapaian\nKerjaya:\n\nAhli Parlimen Kota Raja (2018 hingga kini)\nMenteri Pertahanan (2018 hingga 2020)\nAhli Parlimen Kuala Kedah (1999\u20132004)\nAhli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan (1995 \u2013 1999)\nAhli Parlimen Nilam Puri Kelantan (1990 \u2013 1995)\n\nJawatan disandang dalam politik:\n\nPresiden Amanah (16 September 2015 hingga kini)\nPengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Penggerak PRU14 PH (2018)\nPesuruhanjaya Pas Pulau Pinang (2013-2015)\nTimbalan Presiden Pas (2011-2015)\nAnggota Jawatankuasa Pas Pusat (2009-2011)\nNaib Presiden Pas (2007-2011)\nTimbalan Pesuruhanjaya Pas Kedah (2001)\nAnggota Jawatankuasa Kerja Pas (1999-2003)\nTimbalan Ketua Pemuda Pas (1993-1995)\nAnggota Majlis Eksekutif (1993-1995)\nAnggota Jawatankuasa Kerja Pas (1991-1993)\nTimbalan Ketua Pemuda Pas (1989-1991)\nSertai Pas (1981)\n\nPenglibatan Politik\nParti Gabungan:\u00a0Pakatan HarapanParti:\u00a0AMANAHPilihan Raya Umum Terbaru:\u00a0PRU15\nKerusi Bertanding PARLIMEN:\n\nPRU12-\u00a0P36\u00a0KUALA TERENGGANU\nPRU13-\u00a0P11\u00a0PENDANG\nPRU14-\u00a0P111\u00a0KOTA RAJA\nPRU15-\u00a0P111\u00a0KOTA RAJA\n\nKerusi Bertanding DUN:\u00a0Tiada\nKredit: Sinar Harian, Parti Amanah Negara\n"]} {"url": "https://ecentral.my/opendosm-nextgen/", "title": "OpenDOSM NextGen: Katalog Data Statistik Percuma Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nOpenDOSM NextGen merupakan sebuah platform untuk membuka capaian data yang berkaitan dengan statistik rasmi yang dihasilkan oleh DOSM dan agensi kerajaan lain.\nOpenDOSM telah dilancarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia atau The Department of Statistics Malaysia (DOSM) pada 12 Januari 2023 oleh Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah OpenDOSM NextGen?\n\n \nContoh Data Yang Diperolehi Melalui OpenDOSM\n\n \nKawasanKu : Kenali kawasan anda!\n\n \nCara Membuat Carian Menggunakan OpenDOSM NextGen\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah OpenDOSM NextGen?\nPlatform OpenDOSM NextGen menawarkan akses kepada data terbuka dengan prestasi lancar, masa \u201cdowntime\u201d minimum dan loading sepantas bagi membolehkan ramai pengguna mengakses data secara serentak, mengukuhkan kekuatan keseluruhan platform.\nKetua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidi berkata platform ini selaras dengan usaha agensi itu untuk berinovasi dan menggalakkan penyebaran data yang betul dan tepat untuk kegunaan awam.\nDunia penuh dengan data dan kebanjiran data ini meningkatkan permintaan untuk statistik dan maklumat yang boleh dipercayai dalam membuat keputusan.\nPlatform ini menawarkan antara muka moden yang direka untuk pelbagai peringkat pengguna termasuk penggubal dasar, perniagaan, penyelidik, belia, pelajar, wartawan, saintis data serta orang awam secara amnya.\n\n\n\n\n\n\n\nContoh Data Yang Diperolehi Melalui OpenDOSM\nPortal OpenDOSM merupakan peningkatan besar kepada piawaian semasa berkaitan perkongsian data di negara ini dan diharapkan akan menggalakkan agensi yang berbeza untuk menjadi lebih telus dengan data mereka.\nPlatform ini menggalakkan perkongsian data antara agensi dan jabatan untuk memberikan lebih nilai bukan sahaja untuk kerja berkaitan kerajaan tetapi juga untuk menjadikannya lebih berharga untuk orang lain.\nKerana jika data sebanyak itu hanya terhad kepada kerajaan, ia tidak membantu usaha mempromosikan data dan pendigitalan kepada masyarakat Malaysia. \nLampiran di bawah adalah antara data yang dapat dijana melalui OpenDOSM:\nKeratan rentas: Gaji Purata mengikut Negeri (2021)\n\nNegeriGaji Purata (RM)Johor2,853Kedah2,465Kelantan2,543Melaka2,937Negeri Sembilan3,045Pahang2,708Pulau Pinang3,080Perak2,608Perlis2,588Selangor3,544Terengganu2,490Sabah2,826Sarawak2,826W.P. Kuala Lumpur4,013W.P. Labuan3,268W.P. Putrajaya4,504\n\n\nUntuk maklumat lanjut berkaitan topik ini, sila rujuk Laporan Survei Gaji dan Upah, 2021, edisi terkini bagi statistik gaji dan upah tahunan yang diterbitkan oleh DOSM.\nKawasanKu : Kenali kawasan anda!\nAdakah kawasanku lebih baik berbanding kawasan lain? Apakah ciri-ciri demografinya? Bagaimanakah keadaan tenaga buruhnya? Adakah kemudahan awam mencukupi? \nDOSM mempunyai misi untuk memastikan jawapan kepada persoalan sebegini di hujung jari rakyat. \nMenerusi kejayaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (MyCensus 2020), DOSM buat pertama kali dalam sejarah menerbitkan data populasi penduduk di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). \nDashboard Kawasanku bertujuan untuk membolehkan rakyat, penggubal dasar dan komuniti antarabangsa menerokai set data tersebut.\n\nCara Membuat Carian Menggunakan OpenDOSM NextGen\nOpenDOSM NextGen adalah wajah baharu capaian data terbuka berkaitan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM dan agensi kerajaan yang lain dengan penambahan ciri dan fungsi baharu sedia ada OpenDOSM.\nUntuk membuat carian data, sila ke pautan https://open.dosm.gov.my/ms-MY]\nPaparan dashboard seperti di bawah akan memudahkan anda untuk membuat navigasi di laman tersebut.\n\nPlatform OpenDOSM diharapkan dapat menjadi pusat sehenti untuk pelbagai jenis data.\nSemua set data yang terdapat pada OpenDOSM tersedia secara percuma untuk dimuat turun sama ada sebagai set data mentah, jadual atau carta. \nMereka juga boleh diambil (scrap) menggunakan bahasa pengaturcaraan Python.\nAntara data yang tersedia setakat ini ialah kadar pengangguran, kadar pertukaran, Indeks Harga Pengguna, Keluaran Dalam Negara Kasar, statistik pengundian dan Covid-19.\nMaklumat Lanjut\nOpenDOSM boleh diakses di pautan rasminya di https://open.dosm.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bless-2-0/", "title": "BLESS 2.0: Pendaftaran, Semakan & Borang Permohonan Lesen", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFARAN, SEMAKAN & PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN BAGI LESEN PERNIAGAAN MELALUI PORTAL BLESS 2.0 SECARA ONLINE\nBLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau dalam Bahasa Malaysia, Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia. \nBLESS 2.0 adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia.\nBLESS menyediakan akses maklumat yang luas tentang Kerajaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan. Ia juga menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen / kelulusan / permit, serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS.\nSemua lesen / kelulusan /permit bagi menjalankan perniagaan dalam semua sektor ekonomi di Malaysia boleh dipohon menerusi BLESS.\nPremis perniagaan contohnya, diminta untuk memohon lesen runcit gula, minyak masak dan tepung bagi penjualan barang ini dan telah diterangkan cara untuk memohon di dalam sistem BLESS 2.0.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang BLESS dan apakah kelebihannya jika anda mendaftarkan perniagaan anda di Portal ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCiri-ciri & Kelebihan Mendaftar BLESS\n\n \nCara Permohonan BLESS 2.0\n\n \nSemakan Status BLESS 2.0\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCiri-ciri & Kelebihan Mendaftar BLESS\nPortal BLESS merupakan \u2018PUSAT SETEMPAT\u2019 secara atas talian bagi memohon lesen/kelulusan/permit daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. \nIa juga memberikan peluang kepada pemohon untuk mengesan tahap kemajuan sesuatu permohonan sehingga selesai. Platform BLESS menyediakan ciri-ciri komunikasi dan maklum balas bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan penjelasan.\nBLESS menyediakan capaian mudah terhadap maklumat-maklumat berkaitan dengan menjalankan perniagaan di Malaysia kepada orang awam serta pelabur dan peniaga tempatan dan luar negeri. \nIa juga merupakan sebuah pusat setempat yang membolehkan pelanggan untuk menghantar dan mengesan sesuatu permohonan di samping membolehkan\u00a0stakeholder\u00a0untuk memantau dan meluluskan permohonan.\u00a0 \nMenerusi BLESS, pemohon tidak perlu pergi ke pelbagai agensi Kerajaan untuk menyerahkan permohonan mereka.\n\nCara Permohonan BLESS 2.0\nBerikut dikongsikan cara membuat permohonan lesen dan mendaftarkan syarikat melalui sistem ini secara online di portal https://bless2.bless.gov.my/bless2/login\nCARA MEMOHON LESEN BERKAITAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN BLESS\nLangkah 1 : Daftar butiran peribadi dan syarikat anda bagi mewujudkan akaun pengguna BLESSLangkah 2 : Daftarkan perunding anda (jika perlu).Langkah 3 : Daftar masuk ke aplikasi utama BLESS untuk memohon lesen berkaitan perniagaan.Langkah 4 : Klik pada pautan \u201cSUBMISSION\u201d di laman utama dan pilih jenis lesen yang dipohon.Langkah 5 : Lengkapkan borang komposit dan hantar permohonan secara serentak.\n\n\n\n\n\n\n\nCARA MENDAFTARKAN SYARIKAT DENGAN BLESS 2.0\nLangkah 1: Daftarkan diri anda dengan BLESS. Sila klik imej \u201cMohon Lesen Perniagaan Di Sini\u201d yang terdapat di bahagian bawah halaman utama Portal BLESS.\u00a0 Teruskan dengan pendaftaran individu.Langkah 2 : Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.Langkah 3 : Klik tab \u201cUpdate Profile\u201dLangkah 4 :Klik sub tab \u201cCompany Profile\u201dLangkah 5 : Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda dan teruskan dengan\u00a0 butang \u201cUpdate\u201dLangkah 6 : Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.\u00a0 Bayaran bagi pendaftaran ini adalah sebanyak RM 15.90.Langkah 7 : Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.\nNota : Butiran syarikat anda akan dimaklumkan kepada agensi-agensi berkaitan yang memproses permohonan lesen anda.\u00a0 Anda tidak lagi perlu mengemukakan dokumen syarikat seperti Borang 24 dan Borang 49.\nNOTA: \nPemohon yang ingin memperbaharui Kebenaran PDA 1 dan Lesen CSA (runcit) bagi mengusahakan stesen minyak perlu membuat pembaharuan menerusi Permohonan Baharu dan memilih nama lesen \u2013 Kebenaran Menjalankan Aktiviti Di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA). Pemohon diminta memuatnaik (upload) kesemua dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan pembaharuan dalam permohonan tersebut (sila rujuk senarai semak dalam Garis Panduan Kebenaran PDA 1).Semakan Notifikasi Emel BLESS \u2013 Notifikasi pemakluman akan dihantar melalui emel kepada pengguna BLESS. Sekiranya pengguna tidak menerima sebarang notifikasi emel, sila semak folder SPAM pada emel tuan/puan.\nSemakan Status BLESS 2.0\nSetelah selesai mendaftar, anda boleh membuat semakan status melalui langkah berikut:\n\nLawati Laman Web BLESS di alamat https://www.bless.gov.my Klik pada butang \u201cSEMAK STATUS PERMOHONAN\u201d.Untuk carian berdasarkan\u00a0Jenis Organisasi, sila buat pilihan berdasarkan \u201cdropdown list\u201d yang disediakan.Isikan maklumat yang diperlukan.Untuk membuat carian berdasarkan\u00a0No.Pendaftaran,\u00a0sila masukkan samada No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad.Untuk membuat carian berdasarkan\u00a0No.Rujukan, sila masukkan nombor serahan BLESS. Contoh: BL2014050246.Selepas memasukkan maklumat berkaitan, sila klik butang\u00a0\u201cHantar\u201d.Selepas proses penghantaran selesai, status keputusan akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.Sekiranya ingin membuat semakan status permohonan yang lain sila klik butang\u00a0\u201cPadam\u201d.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Call Centre BLESS di talian 1-300-88-1020 atau melalui emel [email\u00a0protected]. \nAnda juga boleh menggunakan fungsi pertanyaan dan maklum balas pada maklumat lesen perniagaan yang terdapat di portal. \nFungsi ini boleh digunakan oleh pengguna untuk mengemukakan soalan dan menyediakan kemudahan perbincangan antara pemohon dengan agensi. \nSila rujuk pada \u2018BANTUAN\u2019 bagi mengetahui fungsi ini dengan lebih lanjut.\nBaca juga: \neinfo SSM : Semakan Maklumat Syarikat Di MalaysiaSPPP: Pendaftaran SSM Percuma Untuk Semua Pelajar & Usahawan B40\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-perpaduan-prabayar-internet-mudah-alih/", "title": "Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih diperkenal pada harga RM30, berada di pasaran pada Februari 2023.\nPakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ditawar kepada belia sehingga 30 tahun, B40, OKU, warga emas dan veteran pasukan beruniform.\nPengguna bakal nikmati Internet mudah alih pada harga rendah, kelajuan internet tiga kali ganda.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pakej ini dan cara untuk mendapatkannya di pasaran.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih?\n\n \nHarga Yang Ditawarkan\n\n \nGolongan Sasar\n\n \nSyarikat Telco Yang Menawarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih\n\n \nTarikh Jualan & Pembelian\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nPerbezaan Pakej Internet Perpaduan Prabayar (Prepaid) & Tetap (Fixed Broadband)\n\n\nApakah Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih?\nPakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan harga RM30.\nKerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan inisiatif terbaharu ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar unruk memiliki perkhidmatan Internet sebagai utiliti asas bagi rakyat.\n\n\n\n\n\n\nIa menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari).\nPakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia serta veteran polis.\nPengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.\nHarga Yang Ditawarkan\nHarga : RM30 \nKelajuan Internet : 3 Mbps\nKuota : 30GB untuk 6 bulan\nPakej ini merupakan pakej asas yang disedaiakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.\nGolongan Sasar\nPakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.\nSyarikat Telco Yang Menawarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih\nPakej ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.\nTarikh Jualan & Pembelian\nPakej Prabayar Internet Perpaduan ini boleh didapati di pasaran mulai Februari 2023. Manakala bagi pakej Jalur Lebar akan berada di pasaran mulai Mac 2023.\n\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk makluman penuh melalui kenyataan media oleh Kementerian Komunikasi dan Digital di bawah:\n\n\nSumber: Menteri KKD, YB\u00a0Fahmi Fadzil\nPerbezaan Pakej Internet Perpaduan Prabayar (Prepaid) & Tetap (Fixed Broadband)\nMungkin ada yang tertanya-tanya, apakah perbezaan antara Pakej Prabayar Internet Mudah Alih dengan Jalur Lebar Tetap yang ditawarkan dalam Pakej Internet Perpaduan.\nAda bezanya ya\u2026\nPakej prabayar adalah pakej internet yang menggunakan \u201cmobile data\u201d telefon. Manakala jalur lebar tetap adalah pakej internet yang melibatkan WiFi di rumah.\nRujuk infografik di bawah:\nSumber: Jabatan Penerangan WPKL\nUntuk mengetahui tentang Pakej Jalur Lebar Tetap yang dimaksudkan, sila rujuk artikel berikut: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023\nBaca juga: \n\nBantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)\nIntipati Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\nKenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-gambar-ke-word/", "title": "Cara Tukar Gambar Ke Word (Teks) Tanpa Menaip", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila anda ingin menukar teks bercetak (gambar)O atau tulisan tangan kepada salinan digital, anda tidak perlu melakukannya secara manual. \nAnda juga tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk alatan profesional. Semua boleh dilakukan dengan menggunakan program \nKami akan menunjukkan kepada anda tujuh program OCR terbaik yang menukar imej kepada teks secara percuma.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah itu OCR?\n\n \nPerisian OCR percuma untuk tukar gambar ke word\n\n \n1. Photo Scan\n\n \n2. (a9t9)\n\n \n3. Capture2Text\n\n\nApakah itu OCR?\n\nOptical character recognition (OCR) atau perisian pengecaman aksara optik adalah teknologi menukar gambar, atau bahkan tulisan tangan, kepada teks.\nAlat OCR menganalisis dokumen dan membandingkannya dengan jenis tulisan (font) yang disimpan dalam pangkalan data mereka, dan/atau dengan mencatat ciri tipikal setiap aksara. \nSesetengah aplikasi OCR juga melakukannya melalui penyemak ejaan untuk \u201cmeneka\u201d perkataan yang tidak dikenali. \n\n\n\n\n\n\nKetepatan 100% sukar dicapai, tetap anggaran atau tekaan yang hampir adalah perkara yang cuba dilakukan oleh kebanyakan perisian OCR. \nPerisian OCR boleh boleh menjadi \u201cshortcut\u201d dan meningkatkan produktiviti untuk pelajar, penyelidik dan pekerja pejabat.\nJadi mari kita beberapa perisian OCR terbaik untuk keperluan anda.\nPerisian OCR percuma untuk tukar gambar ke word \n1. Photo Scan\n\nPhoto Scan ialah aplikasi Windows 10 OCR percuma yang boleh anda muat turun dari Microsoft Store. \nDicipta oleh Define Studios, aplikasi ini ialah pengimbas OCR dan pembaca kod QR yang digabungkan menjadi satu.\nHalakan aplikasi kepada imej atau cetakan fail untuk tukar gambar ke word. \nAnda juga boleh menggunakan kamera web PC anda untuk memberikan imej untuk dilihat. \nTidak seperti beberapa aplikasi lain dalam artikel ini, Photo Scan tidak berfungsi dengan fail PDF. Teks yang dikenali dipaparkan dalam tetingkap bersebelahan.\n> Muat turun perisian Photo Scan\n2. (a9t9)\n\n(a9t9) adalah perisian OCR untuk Platform Windows Universal untuk tukar gambar ke word. \nJadi anda boleh menggunakannya dengan mana-mana peranti Windows yang anda miliki. \nTerdapat juga aplikasi OCR setara dalam talian yang dikuasakan oleh API yang sama.\n(a9t9) menyokong 21 bahasa untuk menghuraikan imej dan PDF anda kepada teks. \nAplikasi ini juga percuma untuk digunakan dan sokongan iklan boleh dialih keluar dengan pembelian dalam aplikasi. \nSeperti kebanyakan program OCR percuma, ia adalah idea untuk dokumen bercetak dan bukan teks tulisan tangan.\n> Muat turun aplikasi (a9t9)\n3. Capture2Text\n\nCapture2Text ialah perisian OCR percuma untuk Windows yang memberi anda pintasan papan kekunci untuk OCR apa-apa pada skrin dengan pantas. \nCapture2Text menggunakan enjin OCR Google dan menyokong 100+ bahasa. \nIa menggunakan Terjemahan Google untuk menukar teks yang ditangkap kepada bahasa lain. \n> Muat turun Capture2Text \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-prihatin-zakat-banjir-pahang-2021-2022/", "title": "Bantuan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAGIHAN PRIHATIN ZAKAT MANGSA BANJIR PAHANG 2021\nProgram agihan bantuan ini adalah sebahagian inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam negeri PAHANG tahun 2021/2022.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022\nAgihan ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir.\nSyarat-syarat\nWarganegara MalaysiaBeragama IslamPemastautin/Menetap di dalam negeri PahangMangsa Banjir di dalam negeri Pahang Yang DisahkanTelah Berkahwin/Duda/Ibu Tunggal\nTarikh Permohonan\nPermohonan untuk bantuan ini dibuka mulai 3 Januari 2022.\nTarikh TUTUP permohonan adalah pada 15 Februari 2022.\nCara Permohonan Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022\nPermohonan secara atas talian (online) boleh dibuat di pautan ini:http://easnaf.muip.gov.my\nNOTA: Bagi mangsa banjir yang masih bujang, boleh terus buat permohonan di pejabat MUIP berhampiran tidak melalui online.Sebagai makluman pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang hanya mengendalikan urusan kutipan atau bayaran dan penerangan kewajipan zakat sahaja. Manakala urusan bantuan dan agihan zakat dikendalikan oleh MUIP.\nBaca juga: \nBantuan Banjir Keluarga Malaysia : 6 Inisiatif Yang Boleh DimohonPermohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh whatsapp di sini:http://www.wasap.my/601130163882\nMajlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu PahangKompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Istana Permai, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.Tel : 6+09 4221311 | Fax : 6+09 4221885e-mail: [email\u00a0protected]\nBantu sebarkan atau \u201cshare\u201d kepada mereka yang amat memerlukan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-terminate-tutup-akaun-astro-tanpa-ke-kaunter/", "title": "Cara Terminate / Tutup Akaun ASTRO Tanpa Ke Kaunter", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan langganan televisyen berbayar, ASTRO atau nama penuhnya All-Asian Satellite Televison and Radio Operator\u00a0sering dikecam kerana gemar menayangkan program atau siaran yang sama secara berulang-ulang secara kerap.\nSelain itu, kewujudan perkhidmatan seumpamanya dari UnifiTV, Netflix, Disney+ dan banyak lagi telah memberikan saingan yang sihat kepada Astro yang telah lama mendominasi perkhidmatan siaran televisyen berbayar di negara ini. \nSekiranya anda hendak menamatkan langganan ASTRO, anda perlu melakukannya dengan cara yang betul kerana segelintir pelanggan mendakwa masih menerima bil walaupun telah berhenti melanggan.\n\n\n\n\n\n\nTerdapat beberapa cara untuk berhenti melanggan, terminat atau menutup akaun ASTRO anda dan kali ini kami akan kongsikan caranya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Terminate ASTRO Melalui Panggilan ke Customer Service Center\n\n \nCara Terminate ASTRO Melalui Emel\n\n \nAdakah kita wajar terminat akaun ASTRO?\n\n \nPertanyaan dan persoalan\n\n\nCara Terminate ASTRO Melalui Panggilan ke Customer Service Center \n\nCara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.\nDail nombor 03-9543-3838Setelah berjaya bercakap dengan operator, sila lakukan langkah-langkah berikut:Semak baki kontrak akaun ASTRO andaSemak baki bayaran bil ASTRO andaDapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnyaSemak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidakJelaskan baki bil anda (jika ada)Maklumkan kepadapihak operator hasrat anda untuk mnghentikan langgananSetelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkanSekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO untuk semakan semula status penamatan langganan\nCara Terminate ASTRO Melalui Emel\nUntuk menamatkan langganan ASTRO, anda juga boleh melakukannya melalui emel, ianya tidak perlu dalam bahasa Inggeris tetapi perlulah ditulis dengan professional.\nPastikan anda memasukkan butiran-butiran penting berikut dalam emel yang dihantar ke pihak ASTRO:\nAlamat emel: [email\u00a0protected]Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRONyatakan tujuan emel tersebut dihantar:\u201cDengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO\u201dSertakan butiran akaun ASTRO Nama pemilik akaunNombor kad pengenalanNombor akaun ASTROAlamatNo telefonAkhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera\nAdakah kita wajar terminat akaun ASTRO?\nSegalanya terpulang kepada anda kerana pada masa kini kita mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dengan 10 tahun lalu dimana perkhidmatan seperti Netflix, DisneyPlus dan seumpamanya belum wujud atau masuk ke Malaysia.\nApa-apa pun segalanya bergantung kepada keperluan dan status kewangan masing-masing kerana anda juga yang akan membayar bil setiap bulan.\nPertanyaan dan persoalan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau persoalan mengenai cara terminate ASTRO, sila layari halaman FAQ ASTRO dimana anda boleh menghubungi mereka melalui Chat di WhatsApp atau mengisi borang pertanyaan secara online.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rapidkl-percuma-30-day-free-ride/", "title": "30 Hari Tambang Percuma RapidKL MRT, LRT, Monorel, BRT & Bas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERJALANAN PERCUMA 30 HARI BERSAMA RAPIDKL /RAPID KL 30-DAY FREE RIDE (RKLFR) \u2013 INFO UNTUK PELANGGAN My50\nTambang percuma pengangkutan awam di kesemua rangkaian bas dan rel Rapid KL telah diaktifkan, serentak dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 semalam.\nIa adalah salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat disamping mempromosikan penggunaan pengangkutan awam. Tambang percuma ini ditawarkan mulai 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tambang Percuma Sebulan Rapid KL?\n\n \nTerma Dan Syarat Perkhidmatan Percuma RapidKL\n\n \nTempoh Perkhidmatan Percuma RapidKL\n\n \nCara Menebus\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Tambang Percuma Sebulan Rapid KL?\nRapid KL 30-Day Free Ride (RKLFR) adalah tawaran 30-HARI PERJALANAN PERCUMA kepada semua pengguna sedia ada ataupun mereka yang berminat untuk menaiki perkhidmatan Rapid KL dari 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.\nTerma Dan Syarat Perkhidmatan Percuma RapidKL\nTerbuka kepada semua pelanggan Rapid KL termasuk My50/ Pas Konsesi/ Kad Touch \u2018N Go.Muat turun aplikasi MyRapid PULSE untuk menebus 30 hari perjalanan percuma.Pelanggan dikehendaki melengkapkan sentuhan masuk dan keluar token, pas atau kad di setiap perjalanan.Bagi pelanggan yang telah membeli pas My50 pada 16 Jun 2022, anda mesti menebus perjalanan percuma 30 hari di antara 23 hingga 25 Julai 2022 SAHAJA iaitu selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya. Pelanggan dikehendaki menyimpan resit sebagai bukti pembelian.Bagi pelanggan My50 sedia ada yang mempunyai tamat tempoh pas antara 17 Jun hingga 15 Julai 2022, anda boleh menikmati perjalanan percuma selama 30 hari pada pembelian My50 yang seterusnya selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya.Perjalanan percuma 30 hari ini TIDAK SAH untuk perkhidmatan Rapid Penang dan Rapid Kuantan.\n\nTempoh Perkhidmatan Percuma RapidKL\nRKLFR bermula 16 Jun 2022 6 pagi hingga 15 Julai 2022 11.30 malam untuk semua perkhidmatan Rapid KL (LRT/ MRT Laluan Kajang / Monorel / BRT/ Bas Rapid KL / Bas Pengantara MRT) dan 16 Jun 2022 3 petang hingga 15 Julai 2022 11.30 malam untuk MRT Laluan Putrajaya.\nCara Menebus\nBagi menebus tambang percuma:\n\n\n\n\n\n\nMYRAPID PULSE\n1. Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi MyRapid PULSE yang tersedia di dalam Google Play atau Apple Store, dan mendaftar akaun serta mengisi maklumat menerusi borang yang disediakan. Setelah borang dilengkapkan, pengguna hanya perlu membuat tangkapan skrin dan menunjukkannya kepada pegawai di stesen ketika melalui gantri untuk ke landasan rel atau apabila menaiki bas.\n2. Borang turut disediakan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL, hab bas terpilih, di dalam bas dan boleh juga dimuat turun menerusi laman web dan platform media sosial Rapid KL. Pengguna perlu mengambil gambar atau bahagian atas borang yang telah lengkap untuk menikmati RKLFR.\n3. Kad TouchN\u2019Go masih perlu disentuh seperti biasa untuk keluar dan masuk. Ini adalah untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan.\nPEMEGANG PAS MY50\nBagi para penumpang yang melanggan pas perjalanan tanpa had My50, jika mereka telah membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022:\n1. Tebus 30 hari tambang percuma selepas pas tamat\n2. Aktifkan tambang percuma dalam tempoh 23 \u2013 25 Julai 2022\n3. Sebaiknya bawa resit sebagai pengesahan pembelian\nManakala, jika pas My50 pengguna akan tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022, tambang percuma akan dimasukkan ke dalam pas dan diaktifkan serta merta sehari selepas pas tamat.\nPengguna mesti memastikan nilai simpanan minimum RM5.00 dikekalkan dalam pas My50, kad Touch \u2018N Go dan kad konsesi mereka.\n\n\nPENGGUNAAN TOKEN\nBagi pengguna yang tidak mempunyai kad TouchN\u2019Go atau sebarang pas, mereka boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan dengan mengisi maklumat menerusi aplikasi MyRapid PULSE atau borang yang disediakan sebelum memasuki stesen.\nMaklumat lanjut mengenai terma dan syarat berkaitan pakej penawaran tambang percuma ini boleh didapati di laman web myrapid.com.my dan platform media sosial Rapid KL.\nRapid KL menyeru seluruh Keluarga Malaysia khususnya mereka yang belum pernah menaiki pengangkutan awam agar mengambil peluang ini untuk merasai pengalaman menaiki tren dan bas Rapid KL.\nPerjalanan dipermudahkan dengan aplikasi mudah alih MyRapid PULSE yang menyediakan mempunyai beberapa fungsi penting bagi seperti Perancang Perjalanan, penjejak waktu ketibaan masa sebenar atau Real Time ETA untuk perkhidmatan bas, Paparan Notifikasi atau Push Notifications dan Kalkulator Tambang.\nMyRapid PULSE turut memaparkan peta stesen-stesen tren dan bas dan tempat-tempat menarik di persekitarannya seperti pusat membeli-belah, tempat makan, minum dan santai serta tarikan pelancong bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan dan aktiviti mereka.\nBagi keselesaan pengguna, Rapid KL turut menggalakkan warga kota yang ingin menikmati tambang percuma untuk tujuan santai agar merancang perjalanan pada waktu luar puncak bagi mengelakan kesesakan di stesen dan platform.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emelkan kepada kamidi [email\u00a0protected] atau hubungi kami di 03-7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7 pagi hingga 8.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7 pagi hingga 5.30 petang.\nUntuk terma dan syarat yang lengkap sila ke: https://myrapid.com.my/\u2026/rapid-kl-30-day-free-ride-2022/\nBaca juga: \nMy50 : Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 LRT, MRT, Monorel & Bas RapidPelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk Pengguna Pengangkutan Awam\n"]} {"url": "https://ecentral.my/smeef-2-0-dana-kecemasan-pks/", "title": "SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PKS 2.0 Tahun 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) menyediakan bantuan pinjaman pembiayaan kepada PKS yang terjejas akibat banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai atau tanah runtuh.\nSyarikat di bawah kategori Perusahaan Kecil & Sederhana boleh memohon pembiayaan SMEEF 2.0 ini.\nBerikut dikongsikan syarat dan kelebihan pembiayaan tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0)?\n\n \nSyarat Kelayakan SMEEF 2.0\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0)?\nDana Kecemasa PKS 2.0 (SMEEF 2.0) adalah untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh.\n\n\n\n\n\n\nPerincian pembiayaan adalah seperti butiran berikut:\nJumlah pembiayaan : RM50,000 \u2013 RM100,000Peratusan pembiayaan : Sehingga 100%Tempoh pembiayaan : Sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratoriumKadar pembiayaan : 0%\nBaca juga: Semakan Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021\nSyarat Kelayakan SMEEF 2.0\nUntuk layak, syarikat anda mestilah memenuhi syarat berikut:\nBerdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sahBeroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencanaMenyediakan bukti kesan bencana alam i.e, surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polisSyarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomi\nKelayakan minimum: Jualan tahunan : RM300,000 dan ke atas; atau Pekerja sepenuh masa; 5 orang dan ke atas.\nPembiayaan Yang Layak\nPembiayaan AsetModal Kerja\n\nCara Permohonan\nAnda juga boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 secara dalam talian di https://biz.financing.growyourbusiness.midf.com.my/ atau scan QR code dalam poster di atas.\nNota: PKS terjejas harus mengemukakan permohonan dalam masa 6 bulan dari tarikh kejadian.\nMaklumat Lanjut\nUntuk butiran mengenai Dana Kecemasan PKS 2.0, sila layari www.growyourbusiness.com.my.\nATAU\nHubungi MIDF di saluran berikut:\n1-300-88-6433E-mail: [email\u00a0protected]https://bit.ly/3uQj7m5\nBaca juga: BKSS Penjaja 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-debit-cimb/", "title": "Cara Aktifkan Kad Debit CIMB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan kad debit CIMB bagi pelanggan CIMB semenangnya memudahkan.\nKad ini bukan sahaja berfungsi untuk pengeluaran wang simpanan di mesin ATM sahaja, tetapi boleh digunakan untuk membuat pembayaran secara fizikal tanpa perlu anda keluarkan wang terlebih dahulu.\nPembayaran menggunakan kad debit ini juga dianggap pembayaran secara cashless.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, sebelum boleh menggunakannya anda perlulah mengaktifkannya terlebih dahulu sama ada melalui mesin ATM atau portal Cimb Clicks. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKad debit vs kad kredit\n\n \nCara pengaktifan melalui mesin ATM\n\n \nCara pengaktifan melalui Cimb Clicks\n\n\nKad debit vs kad kredit\n\nWalau bagaimanapun, satu perkara yang harus diketahui adalah dengan kad debit, anda perlulah mempunyai wang dalam akaun anda untuk digunakan dimana setiap pembayaran akan ditolak terus daripada akaun simpanan anda di CIMB.\nIni berbeza dengan kad kredit dimana anda diberikan kredit atau pinjaman wang yang boleh dibayar semula kemudiannya.\nOleh itu, jumlah yang ingin dibayar melalui kad debit tertakluk pada jumlah wang yang ada dalam akaun anda sahaja.\nSekiranya belum mendaftar dan mengaktifkan fungsi CIMB Clicks, sila baca panduan mengaktifkan perkhidmatan online banking CIMB di artikel CIMB Clicks: Cara Daftar dan Login CIMB Online Banking. \nCara pengaktifan melalui mesin ATM\nMassukkan kad debit dan PINPilih Menu Perkhidmatan ATM Luar NegaraIkuti langkah-langkah yang terpampang dalam skrin mesin ATM sehingga selesai\nCara pengaktifan melalui Cimb Clicks\nWalau bagaimanapun, lebih mudah sebenarnya sekiranya anda mengaktifkannya melalui perkhidmatan Cimb Clicks sahaja. Langkah-langkahnya adalah:\nLayari laman CIMB Clicks di alamat https://www.cimbclicks.com.my/ Masukkan kata nama dan kata kata kunciPada bahagian Settings (Tetapan), pilih Services (Perkhidmatan)Pilih Overseas Spending & WithdrawalKlik link pada nombor kadTukarkan status Deactivated kepada status TemporaryPilih tarikh pengaktifan sementaraKlik Request TACKlik butang Submit\nUntuk langkah keselamatan, pastikan anda sentiasa menyimpan dan mengingati nombor PIN kad anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-cv-curriculum-vitae/", "title": "Contoh CV & Cara Membuat Daftar Riwayat Hidup Terlengkap", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCurriculum Vitae (CV) merupakan salah satu item yang harus Anda persiapkan apabila hendak melamar pekerjaan. \nAgar lamaran Anda lebih dipertimbangkan, ada baiknya mempersiapkan CV yang lebih baik salah satunya dengan melihat contoh CV yang sudah ada.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Daftar Riwayat Hidup (CV)?\n\n \nApa Beda CV dengan Resume?\n\n \nTips Membuat CV yang Menarik\n\n \nIsi CV Lamaran Kerja\n\n \nContoh CV\n\n \nDaftar Riwayat Hidup\n\n\nApa Itu Daftar Riwayat Hidup (CV)?\nSetiap kali melamar kerja, pasti diwajibkan melengkapi surat lamaran dengan daftar riwayat hidup atau CV. \nCV merupakan salah satu sarana untuk memperkenalkan diri ke pihak HRD atau personalia sehingga perusahaan bisa mengetahui latar belakang pendidikan maupun pengalaman kerja Anda. \nItu sebabnya pada CV biasanya dicantumkan data diri Anda yang lengkap, mulai dari informasi pribadi, riwayat pendidikan dan pengalaman kerja. \nMelalui dokumen daftar riwayat hidup tersebut, pihak personalia perusahaan bisa mengetahui pengalaman dan potensi seorang calon karyawan. \nMereka bisa menilai apakah calon karyawan tersebut memenuhi kriteria karyawan yang dibutuhkan perusahaan. \nBisa dikatakan Curriculum Vitae memiliki peran yang penting terhadap diterima atau tidaknya Anda bekerja pada suatu perusahaan.\nApa Beda CV dengan Resume?\nPerusahaan biasanya tak hanya meminta Curriculum Vitae, tapi juga resume dari calon karyawan. \nTerkadang masih ada calon karyawan yang bingung mengenai perbedaan antara CV dan resume. \nApa perbedaan antara CV dan resume?\nCurriculum Vitae yang bisa diartikan sebagai \u201cCourse of Life\u201d menunjukkan informasi pribadi, pendidikan, pengalaman kerja dan pencapaian prestasi yang pernah diraih baik itu di bidang akademik maupun pengalaman profesi. \n\n\n\n\n\n\nJadi, CV cenderung menunjukkan apa saja yang sudah pernah Anda lakukan atau capai sepanjang karir Anda. \nSedangkan resume memiliki bentuk layaknya CV namun formatnya lebih singkat. \nDokumen ini mencantumkan pengalaman profesional, pencapaian dan tujuan karir Anda. \nBila CV bentuknya lebih statis dan tak banyak berubah, resume bersifat fleksibel dan bisa disesuaikan dengan kebutuhan lowongan pekerjaan yang tersedia. \nSetiap bagian resume bisa diatur sedemikian rupa dengan penekanan pada pencapaian tertentu. \nData pada CV biasanya ditulis secara kronologis dan mendetail, sedangkan resume bisa ditulis tanpa memperhatikan kronologis dan disesuaikan dengan kebutuhan.\nDi Indonesia belum ada standar mengenai bentuk resume maupun CV. \nTapi, bila Anda melamar pekerjaan di perusahaan luar negeri seperti di Eropa misalnya, maka harus mengikuti European Union CV Format. \nTerlepas dari hal tersebut, sebaiknya Anda memastikan konten CV maupun resume sesuai dengan kondisi yang sebenarnya dan tidak mengada-ada. \nHal ini karena CV maupun resume merupakan tiket awal Anda untuk bisa berhasil bekerja di perusahaan impian.\nTips Membuat CV yang Menarik\nAda beberapa langkah yang harus Anda lakukan apabila ingin membuat CV lebih menarik. \nTahapan pembuatan CV tersebut di antaranya :\nMencari informasi pekerjaan\nSebelum membuat CV tentu Anda harus mencari informasi pekerjaan yang hendak Anda lamar secara mendetail. \nCari tau apa saja yang dibutuhkan di dalam berkas lamaran pekerjaan tersebut. \nPastikan posisi pekerjaan yang Anda lamar sesuai dengan keterampilan yang Anda miliki. \nKenali bagaimana budaya dan etos kerja perusahaan tersebut sehingga Anda bisa memasukkan informasi yang sesuai ke dalam CV.\nMemahami isi CV\nMemahami isi CV juga penting terutama bagi Anda yang belum pernah membuat CV sebelumnya. \nPerhatikan contoh-contoh CV yang ada di internet dan jadikan inspirasi untuk membuat CV sendiri. \nBuat CV yang menarik dengan memasukkan informasi-informasi yang penting dan relevan ke dalam CV.\nCek ulang CV\nSetelah membuat CV, jangan lupa untuk mengecek kembali CV tersebut. \nPastikan tak ada kesalahan penulisan ejaan. \nBaca ulang CV tersebut dan posisikan diri Anda sebagai HRD perusahaan yang akan membaca CV setiap calon karyawan. \nDengan begitu Anda bisa menilai apakah CV tersebut menarik atau masih perlu dibenahi.\nIsi CV Lamaran Kerja\nAgar konten CV dipertimbangkan oleh perusahaan, penting bagi calon karyawan untuk mengetahui isi CV yang banyak dipakai oleh pencari kerja. \nMempelajari isi contoh CV juga membantu Anda mengingat bagian penting dari CV yang bisa Anda perbaiki sehingga lebih menarik. \nBerikut ini beberapa point penting yang harus Anda masukkan ke dalam CV.\nInformasi data diri \u2013 Informasi data diri wajib Anda masukkan ke dalam CV. Informasi data diri ini meliputi nama lengkap, tempat lahir, tanggal lahir, alamat tempat tinggal, agama, email dan nomor telepon yang bisa dihubungi.Riwayat pendidikan \u2013 Perusahaan biasanya akan mengecek latar belakang pendidikan Anda yang berkaitan dengan posisi yang hendak dilamar. Sebaiknya dalam mencantumkan riwayat pendidikan tulis yang singkat saja. Hal ini karena perusahaan jarang sekali mengecek secara keseluruhan mulai dari pendidikan SD sampai SMA. Pelatihan yang pernah diikuti \u2013 Apabila Anda pernah mengikuti kursus atau pelatihan tertentu, cantumkan informasi pelatihan tersebut di dalam CV. Informasi pelatihan yang dicantumkan sebaiknya yang berkaitan dengan posisi yang hendak dilamar. Keahlian atau skill \u2013 Cantumkan keahlian Anda baik itu soft skill maupun hard skill di CV. Informasi ini bisa menjadi point yang menarik ketika HRD membaca CV Anda.Prestasi akademik dan non akademik \u2013 Agar CV lebih menarik, Anda juga bisa mencantumkan prestasi akademik maupun non akademik ke dalam CV. Riwayat pekerjaan \u2013 Informasi mengenai riwayat pekerjaan juga menjadi point penting dari sebuah CV. Dari informasi riwayat pekerjaan tersebut, HRD bisa menilai skill dan pengalaman calon karyawan. Semakin banyak skill dan pengalaman kerja menunjukkan semakin banyak pekerjaan yang pernah ditangani oleh calon karyawan.Informasi pribadi \u2013 Informasi mengenai riwayat hidup, hobi atau makanan yang disukai juga bisa Anda cantumkan apabila sesuai dengan posisi yang hendak dilamar.Referensi \u2013 Apabila Anda memiliki rekan yang pernah bekerja sebelumnya, informasi tersebut bisa Anda cantumkan sehingga perusahaan bisa mengetahui informasi lainnya tentang diri Anda dari pribadi tersebut. \u00a0\nContoh CV\nSetelah mengetahui tahapan membuat CV dan informasi apa saja yang harus Anda masukkan ke dalam CV, kini saatnya membuat CV. \nAnda bisa mencari contoh CV di Internet sebagai referensi kemudian menyesuaikan isinya dengan data yang dibutuhkan untuk profesi yang Anda lamar. \nSebagai contoh, Anda bisa menjadikan contoh CV sederhana berikut ini sebagai patokan membuat CV.\nDaftar Riwayat Hidup\nDATA PRIBADI\nNama \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : Andika WijayaJenis Kelamin \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : Laki-lakiTempat, Tanggal Lahir \u00a0\u00a0\u00a0 : Surabaya, 8 November 1992Kewarganegaraan \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : IndonesiaStatus Perkawinan \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : Belum MenikahAgama\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : IslamKesehatan \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : Sangat BaikAlamat Lengkap \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : Jl. Sudirman No. 48 YogyakartaNomor Telepon \u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0 : 081243741461\nPENDIDIKAN Formal\n1999 \u2013 2005 : SD N 3 Slawi Wetan2005 \u2013 2008 : SMP N 1 Medari2008 \u2013 2011 : SMA N 1 Seyegan2011 \u2013 2015 : S1-Universitas Pembangunan Nasional Veteran Yogyakarta (Ekonomi)\nPENGALAMAN KERJA\nBekerja di PT. Squish Life Sebagai Marketing Agustus 2015 \u2013 Desember 2016Bekerja di PT. Levino Clean Sebagai Marketing Manager Februari 2017 \u2013 Sekarang\nPRESTASI\nJuara Debat Tingkat SMA Provinsi Yogyakarta (2008 \u2013 2009)Seleksi Nasional PON Yogyakarta (2009 \u2013 2011)\nDemikian Daftar Riwayat Hidup saya buat dengan benar dan sesuai kondisi sesungguhnya.\nYogyakarta, 17 September 2018\nAndika Wijaya\nContoh CV di atas merupakan contoh yang sederhana, Anda bisa menambahkan informasi lainnya yang lebih relevan sesuai dengan posisi yang hendak Anda lamar. \nBila perlu gunakan format penulisan Curriculum Vitae bawaan Microsoft Word sehingga tampilan CV tak monoton dan membosankan.\nSumber: Semakan Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-perakku/", "title": "Rumah Perakku: Permohonan Rumah Mampu Milik Serendah RM70,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin masih ada yang belum tahu bahawa terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan melalui\u00a0skim perumahan kerajaan untuk golongan B40 dan M40 di setiap negeri, antaranya Rumah Perakku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ini.\nIa lebih kurang sama dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang menawarkan\u00a0Program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)\u00a0dan Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenal Program\u00a0Rumah Selangorku (RSKU).\nDalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Projek Perumahan Perakku dan cara membuat permohonan, pendaftaran dan pembelian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Rumah Perakku?\n\n \nHarga Rumah Perakku\n\n \nSyarat Pendaftaran\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Rumah Perakku?\nProjek perumahan yang dibangun dan dikawal selia oleh LPHP untuk rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.\nRumah kos rendah ditawarkan pada harga bermula RM70,000 bagi kawasan daerah dan RM90,000 untuk kawasan bandar.\n\n\n\n\n\n\nBagi kategori rumah kos sederhana pula, ia ditawarkan bermula RM150,000 untuk kawasan daerah dan RM180,000 bagi kawasan bandar. \nRumah mampu milik pula dijual pada harga RM250,000 ke bawah.\n\nHarga Rumah Perakku\nRumah Kos Rendah\nZon A \u2013 RM90,000 ke bawahZon B \u2013 RM70,000 ke bawah\nRumah Kos Sederhana\nZon A \u2013 RM90,001 \u2013 RM180,000Zon B \u2013 RM70,001 \u2013 RM140,000\nRumah Perakku Mesra Milik\nZon A \u2013 RM180,001 \u2013 RM250,000Zon B \u2013 RM140,001 \u2013 RM240,000 .\nAntara projek Rumah Perakku\nSyarat Pendaftaran\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000\nBaca juga: Musaadah Tijariyyah: Mohon Bantuan Modal Perniagaan MAIWP 2021\nMAKLUMAN / PERINGATAN PENTING\nSetiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti.Paparan borang Pendaftaran Perumahan lebih sesuai mengunakan komputer bukan telefon pintar.\nCara Pendaftaran\nPendaftaran projek Rumah Perakku boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut: http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranbaru_lprumah.php\nSila isikan maklumat dan borang permohonan dengan lengkap.\nUntuk melihat senarai projek perumahan yang ditawarkan, sila rujuk di pautan ini: http://lphp.perak.gov.my/projek_perakku.php\nDokumen Yang Diperlukan\nAntara senarai dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ialah:\nSalinan kad pengenalan terbaru pemohon dan isteri/ suami.Salinan sijil nikah/ daftar perkahwinan.Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.Salinan sijil kematian/ penceraian sekiranya pemohon berstatus Balu/Duda/Janda.Salinan slip gaji terkini bagi tiga (3) bulan berturut-turut dan penyata Kumpulan Wangs Simpanan Pekerja (KWSP) pemohon dan isteri/ suami.Salinan surat\u00a0CCRIS\u00a0dan\u00a0CTOS\u00a0(Jika Ada)Surat pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan\u00a0Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.Sekeping gambar warna berukuran pasport (terbaru).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan projek terkini, sila rujuk laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di http://lphp.perak.gov.my/\nATAU\nLembaga Perumahan dan Hartanah PerakAras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak.Tel : 05-209 5000Fax : 05-253 0001\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bayaran-isinar-tanpa-syarat/", "title": "Semakan Kelulusan i-Sinar Tanpa Syarat & Tarikh Bayaran (Mulai 8 Mac)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan iSinar Tanpa Syarat\u00a0: Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, anda akan mula diberi kelulusan automatik oleh KWSP bermula 8 Mac 2021.\nHal ini diumumkan oleh KWSP melalui kenyataan media bertarikh 18 Februari 2021 seperti berikut:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Buat Semakan Status Bayaran iSinar Tanpa Syarat\n\n \nJumlah Bayaran Bulanan / Perincian Pengeluaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Buat Semakan Status Bayaran iSinar Tanpa Syarat\nUntuk mengetahui status dan maklumat bayaran i-Sinar, ahli boleh membuat semakan melalui i-Akaun KWSP dengan mudah secara atas talian.\nCaranya adalah seperti langkah berikut: \n\n\n\n\n\n\nSila layari laman web rasmi KWSP di sini:\u00a0https://kwsp.gov.my/Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)Klik pada menu WITHDRAWAL / PengeluaranAkan dipaparkan ringkasan maklumat akaun andaKemudian klik WITHDRAWAL HISTORY / Sejarah PengeluaranKlik pada i-Sinar yang terdapat dalam kotak WITHDRAWAL TYPETarikh pembayaran akan dipaparkan pada MONTHLY RECURRING PAYMENT END DATE \nSila rujuk panduan bergambar di bawah:\nLogin i-Akaun.\n\nKlik Pengeluaran / Withdrawal.\n\nKlik Sejarah Pengeluaran / Withdrawal History\n\nPilih i-Sinar\n\nNanti akan keluar maklumat bayaran terperinci termasuklah tarikh dan jumlahnya.\n\nNota: Jika anda belum mendaftar i-Akaun, sila daftar terlebih dahulu.\nSila rujuk panduan mendaftar i-Akaun di sini: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya\nUntuk makluman, pendaftaran i-Akaun perlu diaktifkan di kaunter atau kiosk KWSP sebelum boleh menggunakan kemudahan online. \nRujuk senarai kiosk KWSP berhampiran anda di SINI.\nJumlah Bayaran Bulanan / Perincian Pengeluaran\nPencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah \u2013 boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula \u2013 boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.\nMaklumat Lanjut \nUntuk maklumat lanjut tentang semakan iSinar tanpa syarat, sila rujuk hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.\nTalian ini beroperasi Isnin \u2013 Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka \u00a0dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.\nUntuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan :\u00a0http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services\u00a0atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000\n"]} {"url": "https://ecentral.my/7-teras-kpm/", "title": "7 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTujuh (7) Teras Utama Yang Menjadi Tumpuan KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara\nKementerian Pendidikan (KPM) akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama dengan memastikan pelbagai inisiatif yang disediakan akan dikekalkan serta ditambah baik mengikut keperluan.\nMenteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tujuh teras utama itu termasuk memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.\n\u201cSaya juga akan bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak dapat dibantu dengan wajar,\u201d katanya pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan pada 15 Disember 2022.\nTurut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.\nFadhlina berkata KPM juga akan memberikan perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan selain memfokuskan kepada kebajikan guru kerana golongan itu teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.\nJusteru, beliau akan memastikan golongan guru diberi sokongan profesional berterusan sewajarnya dan memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi mereka disebabkan beban tugas serta berjauhan daripada pasangan.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, beliau berkata KPM juga akan meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah dengan kementerian akan membuat libat urus bersama agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan di bawah KPM.\n\nMenjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus; memberi penekanan kepada aspek \u2018karamah insaniah\u2019 melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dan memberi tumpuan kepada usaha untuk mengubah suai dan menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak, juga antara tujuh fokus utama KPM.\nAhli Parlimen Nibong Tebal itu juga mengumumkan KPM akan meneruskan dasar sedia ada dan menambah baik proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya memandangkan kementerian itu meneruskan budaya meneliti serta mengkaji secara berhemah setiap perkara hendak diputuskan.\nKatanya hasrat dan keutamaan KPM adalah untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera, justeru kementerianya akan mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM).\nBeliau juga mengakui menguruskan jangkaan umum adalah cabaran harus dipikul KPM bagi memastikan satu titik pertemuan yang adil dan saksama dapat direalisasikan oleh pentadbiran kerajaan perpaduan.\n\u2013 BERNAMA\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n7 Teras Utama KPM 2023\n\n \nTema / Slogan\n\n\n7 Teras Utama KPM 2023\n\n7 Teras KPM :\nTERAS 1\nKementerian mahu menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus\nTERAS 2\nKPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti\nTERAS 3\nMemberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40\nTERAS 4\nMemberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi\nTERAS 5\nFokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampian pendidikan\nTERAS 6\nMemberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak\nTERAS 7\nMeningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah\nTema / Slogan \n\u201cMurid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera\u201d\nSumber: Kementerian Pendidikan Malaysia\nBaca juga: \n\nSPA9 \u2013 Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023\nAPDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Maklumat Murid (SPS KPM)\nPeKa B40: Semakan Kelayakan, Tuntutan Manfaat & Senarai Klinik\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-telur/", "title": "Harga Telur Terkini \u2013 Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat Sabu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang tertunggu-tunggu harga baru telur ayam yang dikhabarkan akan diumumkan oleh Menteri Pertanian Kerajaan Perpaduan, Mohamad Sabu.\nDalam sebuah kenyataan media terkini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.\nMenterinya, Mohamad Sabu, berkata itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan\u00a0telur ayam\u00a0yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.\nSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet, memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Mohamad dan akan mengumumkan\u00a0harga telur ayam yang lebih rendah, hari ini.\nAnwar berkata, langkah terbabit diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kartel.\nBagaimanapun, dalam kenyataan Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini, harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu tidak dinyatakan.\nNak telur kekal segar? Dapatkan bekas telur ini sekarang!\n\nKENYATAAN MEDIA\n\n\n\n\n\n\nKETERJAMINAN BEKALAN TELUR AYAM DALAM NEGARA\nPUTRAJAYA, 6 Disember 2022 \u2013 Merujuk kepada Sidang Media YAB Perdana Menteri pada 5 Disember 2022 (Isnin) berkenaan keterjaminan bekalan telur ayam dalam negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyedari keperluan bekalan telur ayam yang merupakan makanan seharian berprotein yang popular di kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan.\nSehubungan itu, sebagai pelan jangka pendek, Kementerian telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam Negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran. Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan Kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi.\nInisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam Negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga. Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.\nSaya juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian untuk melihat impak mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada, dan Agrobank untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini.\nKementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam Negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. Kementerian yakin isu kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai pihak.\nYB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU\nMENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN\n6 DISEMBER 2022\nSumber: Facebook Mohamad Sabu\nBerikut dikongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022)\n\n \nPerbezaan Ayam Standard & Ayam Super\n\n \nCara Buat Aduan Harga Barang\n\n\nHarga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022)\nPENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022.\n\nI) AYAM\nKabinet memutuskan pemberian subsidi akan diteruskan dengan harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.\nII) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C\nMenteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;\u00a0 gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.\nHarga Di Sarawak / Sabah\nBagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.\nSila rujuk jadual KPDNHEP di atas untuk rujukan.\nPerbezaan Ayam Standard & Ayam Super\nAyam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual DENGAN kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)\nAyam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hato dan hempedu).\n\nCara Buat Aduan Harga Barang\nJika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.\nAnti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga. Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu.\n\nSelain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal. Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.\nHarga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut. \nPeniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.\nTahukah anda jenis telur ayam yang dikawal harganya di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam?\nSila rujuk infografik di bawah:\n\nJika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP\u00a0melalui:\n\nTalian bebas tol (1-800-886-800)\nSistem e-Aduan:\u00a0http://e-aduan.kpdnhep.gov.my\nWhatsapp\u00a0\n\nBaca juga: \n\nHarga Maksimum Minyak Masak (8 Oktober \u2013 7 November 2022)\nHarga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-pinjaman-kwsp/", "title": "Pinjaman KWSP FSA2 : Semakan Status Terkini / Duit Masuk", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Status Pinjaman KWSP FSA2 (MBSB & BSN)\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan dibawah\u00a0Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\u00a0semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun\u00a0boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan syarat\u00a0mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.\nBerikut dikongsikan cara semakan status bagi anda yang telah membuat permohonan FSA2.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\n\n \nSyarat & Cara Permohonan\n\n \nSemakan Status FSA2 KWSP\n\n \nSemakan Status Pinjaman KWSP BSN\n\n \nSemakan Status Pinjaman KWSP MBSB\n\n\n\u00a0Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\nJumlah\u00a0pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2\u00a0KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.\n\n\n\n\n\n\nSetelah\u00a0permohonan diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat\u00a0Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang\u00a0telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.\nSimpanan dalam Akaun 2\u00a0hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal\u00a0Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada\u00a0yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).\nBagaimanapun, pengeluaran ini adalah\u00a0bersyarat di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli\u00a0telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.\nSyarat & Cara Permohonan\nAhli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak\u00a0kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon, serta soalan-soalan lazim\u00a0berserta jawapan berkenaan fasiliti ini.\nSemakan Status FSA2 KWSP\nKalau nak semak dari KWSP i-Akaun, ini caranya:\n\nLogin ke KWSP i-Akaun anda\nKlik \u201cWithdrawal\u201d\nKlik \u201cWithdrawal History\u201d\nKlik \u201cConditional Withdrawal Age 50/55\u201d\n\nAnda akan dapat status \u201cApproved\u201d untuk yang dah lulus dan buat penerimaan FSA2\nKalau tak nampak barisan ini, click ke muka surat terakhir sebab ia ada di barisan yang last sekali\n\n\nMaka ditunjukkan info dan status \u201cUnpaid\u201d atau \u201cPaid\u201d\n\nRujuk contoh yang di bawah ni status \u201cUnpaid\u201d, Mjourney duit belum masuk.\n\n\n\n\n\nKWSP link: https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member\nSemakan Status Pinjaman KWSP BSN\n\nSemak status permohonan pinjaman KWSP anda melalui di pautan https://www.bsncheckin.com.my/BSNmyringgitinsan-portal/login.aspx dari semasa ke semasa.\n\nUntuk makluman, status permohonan juga boleh diketahui melalui SMS atau Whatsapp.\n\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut : MyRinggit Insan-i : Semakan Status Pinjaman KWSP BSN (FSA2)\nSemakan Status Pinjaman KWSP MBSB\nAnda akan menerima pengesahan melalui SMS sebaik sahaja permohonan anda diterima.\n\nSila layari https://www.fsa2mbsbbank.com mulai 15 April 2023 untuk menyemak status permohonan anda.\n\nSila ikuti panduan berikut selepas menerima SMS berkaitan kelulusan permohonan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut : Ihsan-i : Semakan FSA2 KWSP MBSB & Jadual Bayaran Bulanan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-tanaman-lada-baru-dan-lada-matang/", "title": "Permohonan Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa insentif bantuan Tanaman Lada Baru dan Tanaman Lada Matang kini dibuka.\nPermohonan dialu-alukan bagi dua kategori pekebun lada yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di atas.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Skim Tanaman Lada\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi bantuan ini adalah pada atau sebelum 30 Jun 2022.\n\n\n\n\n\n\nSyarat-Syarat Permohonan Skim Tanaman Lada\nSyarat-syarat kelayakan bagi permohonan bantuan adalah mengikut kategori seperti berikut :\nSyarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Baharu\nWarganegara Malaysia;Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;Mengusahakan tanaman lada baharu yang berusia di bawah tiga (3) tahun;Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Matang;Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); danPekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.\n2. Syarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Matang \nWarganegara Malaysia;\u00a0\u00a0Mengusahakan tanaman lada matang berusia tiga (3) tahun dan ke atas;\u00a0\u00a0Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Baharu;\u00a0\u00a0Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); dan\u00a0\u00a0Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.\u00a0\u00a0Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nSenarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :\nSalinan muka hadapan kad pengenalan pemohonSalinan belakang kad pengenalan pemohonSalinan muka hadapan kad pengenalan pasanganSalinan belakang kad pengenalan pasangan\nCara Memohon\nPekebun yang berminat boleh lakukan permohonan melalui dua cara iaitu :\nPermohonan atas talian dengan melayari pautan berikut :\nSistem Permohonan Skim Bantuan Lada \n2. Dapatkan borang secara percuma dari semua Pejabat Wilayah atau Cawangan Lembaga Lada Malaysia.\n3. Borang permohonan serta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dimuatnaik secara atas talian atau dikemukakan ke Pejabat Wilayah atau Lembaga Lada Malaysia yang berhampiran.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan skim yang ditawarkan, sila layari laman media sosial rasmi Lembaga Lada Malaysia melalui pautan di bawah :\nMalaysian Pepper Board \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-industri-pelancongan-negeri-sembilan/", "title": "Bantuan One-off Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN BANTUAN ONE-OFF INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN 2021\nKerajaan Negeri menyedari situasi yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan di negeri ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda sejak Mac 2020 yang lalu. \nKekurangan atau hampir tiada pelancong mahupun pengunjung, ditambah sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian seperti cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor ini.\nMenyedari akan perkara ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyalurkan bantuan dan insentif seperti perincian berikut:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Bantuan One-Off Untuk Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021\n\n \n1. Bantuan One-off RM2000 Kepada Persatuan Pelancongan\n\n \n2. Bantuan One-off RM2000 Untuk Homestay Berdaftar\n\n \n3. Bantuan One-off RM250 Kepada Pemandu Pelancong\n\n \n4. Diskaun / Rebat Cukai Taksiran\n\n \n5. Diskaun / Rebat Fi & Lesen Perniagaan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Industri Pelancongan Negeri Sembilan\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n\nSenarai Bantuan One-Off Untuk Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021\n\n1. Bantuan One-off RM2000 Kepada Persatuan Pelancongan\nBantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak RM2,000. \nPersatuan yang akan mendapat manfaat ini adalah Malaysia Association of Hotel (MAH NS), Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA NS), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA). \n\n\n\n\n\n\nBantuan ini dijangka akan memanfaatkan hampir 20 buah persatuan yang berdaftar di Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM40,000.00.\nBaca juga: MM2H: Bantuan RM3000 Syarikat Pengendali Pelancongan PEMERKASA\n2. Bantuan One-off RM2000 Untuk Homestay Berdaftar\nBantuan tunai one-off sebanyak RM2,000 kepada Pengurusan Rumah Inap atau Homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). \nSebanyak tujuh (7) buah Pengurusan Rumah Inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan akan mendapat manfaat ini iaitu Homestay Pelegong, Seremban; Homestay Lonek, Jempol; Homestay Rawa, Lenggeng; Homestay Pachitan, Port Dickson; Homestay Kuala Klawang Jelebu; Homestay D\u2019 Pelanduk Best, Port Dickson; dan Homestay Kampung Sg. Buloh, Jelebu. Keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM14,000.00.\n3. Bantuan One-off RM250 Kepada Pemandu Pelancong\nBantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak RM250 yang akan memanfaatkan sejumlah 91 orang Pemandu Pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA). \nBantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM22,750.00.\n4. Diskaun / Rebat Cukai Taksiran\nDiskaun atau rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi penggal kedua tahun 2021. \nInsentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.51 juta.\n5. Diskaun / Rebat Fi & Lesen Perniagaan\nDiskaun atau rebat bagi Fi atau Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi tahun 2022. \nInsentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM123,000.00. Kedua-dua diskaun dan rebat ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 150 buah hotel dan penginapan di seluruh Negeri Sembilan.\nCara Permohonan Bantuan Industri Pelancongan Negeri Sembilan\nPermohonan secara online boleh dibuat melalui emel [email\u00a0protected]\nSila sertakan dokumen seperti dalam infografik di bawah:\n\nBaca juga: eSPMB YAKIN: Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021 / 2022\nKaedah Pembayaran\nKeseluruhan bantuan tunai one-off, diskaun dan rebat ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.71 juta. Semua bantuan tunai one-off ini akan diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS). \nManakala bagi diskaun dan rebat cukai taksiran serta fi lesen perniagaan akan diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.\nMaklumat Lanjut \nUntuk maklumat lanjut, sila e-melkan pertanyaan kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan melalui saluran berikut:\n[email\u00a0protected]06-765 9725 / 9734Facebook: https://www.facebook.com/n9tourism/\nKerajaan Negeri berharap bantuan dan insentif ini dapat mencerminkan manifestasi Pentadbiran ini bersama semua pihak dalam sektor pelancongan yang menerima impak pandemik COVID-19 ini. \nSemoga kerjasama antara Kerajaan Negeri dan semua penggiat industri dapat terus dikekalkan, malahan ditambah baik dalam waktu sukar sebegini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dr-zaliha-mustafa-menteri-kesihatan/", "title": "Biodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDr Zaliha Mustafa adalah antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai Menteri Kesihatan, dengan seorang lagi adalah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan.\nRamai yang tertanya-tanya, siapakah sosok wanita yang menerajui KKM ini?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang profil dan biodata wanita ini.\nBiodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia\n\nPROFIL\nZALIHA BINTI MUSTAFA\nUmur : 58 tahun \u2013 Dilahirkan pada 26 Jun 1964 di Johor\nStatus : Telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Ahmad Adzlan, seorang doktor. Mempunyai 4 orang anak\nAhli Parlimen : P141 Sekijang (Johor)\n\n\n\n\n\n\nProfesion : Pernah bertugas sebagai doktor perubatan dan memiliki klinik sendiri iaitu Klinik Murni, Bandar Putra, Kulai, Johor\nFacebook : Dr. Zaliha Mustafa\nPENDIDIKAN\nSEKOLAH PEREMPUAN SULTAN IBRAHIM (SIGS)\nMRSM, KOTA BHARU \u2013 1981\nMATRIKULASI MRSM, SEREMBAN \u2013 1982\nFAKULTI PERUBATAN UKM \u2013 1983-1989\nKERJAYA\nDOKTOR SISWAZAH, HSAJB \u2013 1989/90\nDOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL DAERAH PEKAN \u2013 1990\nDOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL TAIPING \u2013 1991\nDOKTOR PERUBATAN SWASTA, POLIKLINIK PENAWAR \u2013 1993\nDOKTOR PERUBATAN SWASTA, KLINIK MURNI \u2013 1995\nSETIAUSAHA POLITIK MENTERI, KPWKM, PUTRAJAYA \u2013 2018\nPENGLIBATAN POLITIK\nKETUA WANITA JOHOR BAHRU, PARTI KEADILAN NASIONAL \u2013 1999\nKETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN NASIONAL \u2013 2000\nKETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2003\nPENGERUSI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2005\nNAIB KETUA WANITA, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2007\nAHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT (DIPILIH), PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2018\nPENGERUSI BIRO STRATEGI, DASAR & LATIHAN, MPWP, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2020\nPENGARAH STRATEGI NEGERI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2021\nPENGERUSI JK PEMILIHAN PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2022\nCALON DUN TANJUNG PUTERI, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2004\nCALON PARLIMEN GELANG PATAH, PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2008\nPENGETUA AKADEMI KEADILAN (ARK), PARTI KEADILAN RAKYAT \u2013 2009\nSumber: https://calonkeadilan.org/candidate/P141\nBaca juga: \n\nBiodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\n[RASMI] Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-guru-kafa-pulau-pinang/", "title": "Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang Sesi 2 / 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJAWATAN KOSONG GURU KAFA PULAU PINANG SESI 2/2022\nJabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengalu-alukan individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan Guru KAFA Pulau Pinang bagi sesi kedua tahun 2022 ini.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang info hebahan permohonan bagi jawatan ini dan cara untuk membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan Permohonan Jawatan Guru KAFA Pulau Pinang 2022\n\n \nCara Memohon\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU KAFA PULAU PINANG BIL. 2/2022\n\n\nSyarat Kelayakan Permohonan Jawatan Guru KAFA Pulau Pinang 2022\nSyarat kelayakan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang sahajaBerumur 18 hingga 40 tahun\n*Sila ambil maklum bahawa keutamaan diberi kepada warganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang SAHAJA.\n\n\n\n\n\n\nMempunyai Sijil SPM dengan Kepujian:\nBahasa Malaysia danPendidikan Islam atauPendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atauPendidikan Syariah Islamiah atau\nMempunyai Sijil SPM dengan Kelulusan:\nBahasa Arab Tinggi atauBahasa Arab (komunikasi)\nCara Memohon \nUntuk membuat permohonan, sila lakukan salah satu daripada cara berikut:\nSCAN QR CODE seperti tertera dalam iklan atauTekan link yang diberikan seperti berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDOrI9dXcvwwI8TiL3g7IlGBbGi-XuKhzsW3ML0-KHk6qvow/viewform\nSila rujuk IKLAN yang dilampirkan di bawah:\nSumber: Bahagian Pendidikan Jab. Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang\\\nBaca juga: \nSenarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)Proton X70 2022 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi\nTarikh Tutup Permohonan \nTarikh tutup permohonan adalah pada:\n23 Jun 2022\nBORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU KAFA PULAU PINANG BIL. 2/2022\nSebelum mengisi Borang Permohonan Gur KAFA, sila pastikan tuan/puan menyediakan dokumen berikut dalam bentuk pdf/jpeg:\nGambar berukuran passportKad PengenalanSijil SPM\nSILA PASTIKAN, EMAIL YANG DIISI ADALAH BETUL DAN AKTIF. CALON YANG LAYAK AKAN DIHUBUNGI MELALUI EMAIL\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat dan info terkini berkaitan permohonan jawatan ini, sila hubungi saluran berikut:\nBahagian PendidikanJabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)10300 Lebuh Pantai, Pulau Pinang\nNombor Telefon: 04 \u2013 684 7000\nBaca juga: \nBantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semakan Status Terkini & Tarikh BayaranBantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/latihan-menulis-abc/", "title": "Latihan Menulis ABC: Tips dan Muat Turun Lembaran Kerja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSetelah anak-anak kecil diperkenalkan dengan huruf, maka guru atau ibu bapa bolehlah mula mendedahkan mereka latihan menulis huruf ABC sehingga Z. \nPaling penting, ibu bapa bapa atau guru perlulah mengetahui langkah mendedahkan anak-anak dengan latihan menulis ABC secara step by step agar mereka dapat mempelajarinya dengan seronok dan tidak tertekan.\nBergantung pada seseorang anak itu, kebiasaan anak-anak yang berumur 4 atau 5 tahun boleh didedahkan dengan latihan menulis ABC setelah mereka diperkenalkan dengan huruf-huruf tersebut.\nUntuk permulaan, boleh mulakan dengan menyambungkan titik-titik berbentuk huruf A sampai Z \u2013 latihan yang dapat meningkatkan koordinasi psikomotor anak-anak kecil.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Latihan Mewarna: Muat Turun Template Mewarna Percuma\n\nContoh poster ABC bergambar\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMuat Turun Latihan Menulis ABC\n\n \nTips Berkesan Belajar Menulis Untuk Kanak-kanak Prasekolah\n\n\nMuat Turun Latihan Menulis ABC\nUntuk permulaan, anda boleh memuat turun template di bawah, cetak dan berikan pada anak-anak untuk latihan menulis ABC mereka.\nPada fasa ini juga, anda boleh mengajar merek membezakkan antara huruf kecil dan besar.\nAnda boleh muat turun, cetak dan gunakan plastik laminasi agar sumber latihan ini boleh diulang pakai menggunakan pen dakwat tanpa toksik dan gunakan yang mudah dipadam agar anak-anak boleh membuat latihan berulang kali dan boleh digunakan untuk kelas yang berbeza. \nJimat serta memelihara alam sekitar. \nSekiranya anda hanya menggunakan lembaran kerja ini dirumah untuk anak-anak dan hanya digunakan sekali, disarankan untuk mencetak lembaran kerja ini menggunakan tetapan ton jimat dakwat pada mesin pencetak anda.\nSumber berkualiti ini dihasilkan oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bilik darjah agar pelaburan anda menjadi berbaloi demi perkembangan pendidikan awal anak-anak.\n\n\n\n\n\n\nMuat turun lembaran kerja penuh ABC\n\n\n\nAnda juga boleh muat turun melalui Facebook di sini : Bahan Prasekolah https://www.facebook.com/yannraisbahanprasekolah/posts/pfbid08d3fjh2Y3geN7pL9PbfR6rDBgat2nKXDytexH5X4MFLZLmqU8nGrU17VXvTHLdr1l\nTips Berkesan Belajar Menulis Untuk Kanak-kanak Prasekolah\nBerikut merupakan beberapa tips berguna yang boleh digunakan oleh ibu bapa atau guru dalam menyediakan latihan menulis ABC buat kanak-kanak kecil:\n\nPastikan pelajar dalam mood yang baik\nKenalpasti tahap potensi pelajar dan ajar ikut potensi diri mereka \u2013 ada anak-anak yang memerlukan masa lebih lama untuk belaja sesuatu yang baru\nSelang-selikan dengan subjek pembelajaran lain agar kanak-kanak tidak mudah bosan\nSetelah anak-anak mahir menyambung titik-titik yang membentuk huruf, barulah biasakan mereka menulis huruf sendiri tanpa panduan dari titik-titik. \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sps-lindung-perkeso-sksps/", "title": "SPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBermula 1 Januari 2021, Kerajaan akan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri yang menghantar barangan dan makanan (Delivery Riders) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO yang dikenali sebagai SPS Lindung. \nPerlindungan daripada bencana pekerjaan ini dikenali sebagai SPS Lindung. \nBerikut adalah maklumat lanjut tentang SPS Lindung beserta manfaatnya untuk anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPS Lindung?\n\n \nManfaat\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan Status Kelulusan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang SPS Lindung\n\n\nApakah SPS Lindung?\nSPS Lindung atau juga dikenali sebagai Skim Bencana Pekerjaan di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 6 November 2020.\nIa bertujuan bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosialdi bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS).\n\n\n\n\n\n\nBantuan Kerajaan ini adalah merupakan pakej penambahbaikan keatas inisiatif PenjanaGig yang sedia ada diberikan kepada kumpulan ini sejak 15 Jun 2020.\n\nManfaat \nInisiatif ini ditanggung oleh Kerajaan sepenuhnya iaitu sebanyak RM232.80 seorang untuk tempoh perlindungan setahun dengan menggunakan peruntukan Belanjawan 2021. \nPembiayaan penuh Pelan 2 SKSPS ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 orang mulai 1 Januari 2021.\nBerikut adalah faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri atau SPS Lindung.\n\nBaca juga: Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021\nSyarat Kelayakan\nKumpulan sasaran OBS di bawah program inisiatif Kerajaan ini adalah Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima seramai 40,000 orang.\nDelivery Riders di sini merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motorsikal, basikal ataupun berjalan kaki.\nSyarat-syarat kelayakan SPS Lindung adalah seperti berikut:\nbertaraf warganegara Malaysia / permastautin tetap;tanpa mengira had umur;OBS bekerja sendiri di bawah kategori delivery riders iaitu penghantar barangan atau makanan;iekerja sepenuh masa atau separuh masa; danOBS (orang bekerja sendiri) bekerja di Malaysia.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat terus kepada pejabat PERKESO atau melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing.\nDokumen yang diperlukan untuk delivery riders adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan;Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan; danSalinan lesen motorsikal.Bagi yang berbasikal ataupun berjalan kaki, pekerja hendaklah mengemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang berkaitan.\nBaca juga: Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 (Jadual Bulanan SOCSO)\nSemakan Status Kelulusan \nOBS boleh menyemak pendaftaran dan caruman melalui:\nSistem Matrix (https://matrix.perkeso.gov.my) iaitu melalui status Pengesahan Bekerja Sendiri;Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh Negara; danOBS yang berjaya menyertai program SPS Lindung akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel.\nMaklumat Lanjut Tentang SPS Lindung\nInfo lanjut, boleh rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) SPS Lindung \u2013 Delivery Riders PERKESO Bil. 1/2021 di https://www.perkeso.gov.my/\u2026/312220_-_FAQ_SPS_LINDUNG.pdf\nATAU\nSila hubungi Pegawai Perkhidmatan PelangganPERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bank-statement-bsn/", "title": "Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), ada kalanya anda memerlukan penyata kewangan atau bank statement BSN atau untuk pelbagai tujuan lain antaranya pembelian rumah, kereta dan sebagainya.\nPenyata kewangan ini penting bagi membolehkan penjual menilai prestasi kewangan anda sebelum pembelian atau permohonan anda diteruskan.\nJika dahulu penyata kewangan ini boleh dilihat terus pada buku bank anda, kini segalanya lebih mudah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara dapatkan penyata kewangan BSN\n\n \nDapatkan penyata kewangan melalui emel\n\n \nDapatkan penyata kewangan melalui laman MyBSN\n\n \nDapatkan penyata kewangan melalui ATM\n\n\nCara dapatkan penyata kewangan BSN \n\nDapatkan penyata kewangan melalui emelDapatkan penyata kewangan melalui laman MyBSNDapatkan penyata kewangan melalui ATM\nPilihan nombor 1 dan 2 akan memberikan anda penyata kewangan yang lebih terperinci sementara pilihan nombor 3 akan memberikan anda sekadar ringkas penyata kewangan. \nDapatkan penyata kewangan melalui emel \nSekiranya anda mahukan bank statement anda dihantar terus ke alamat emel anda, caranya adalah seperti berikut:\nBuka aplikasi penghantaran SMS di telefon mudah alih andaTapi seperti yang berikut: STMTNo.KPalamat emel\u00a0Contoh: STMT 990123051235 [email\u00a0protected]Hantar ke\u00a066300\nKemudian, anda akan menerima penyata kewangan anda yang boleh dimuat turunt dan dicetak. \nDapatkan penyata kewangan melalui laman MyBSN \nUntuk memuat turun penyata kewangan dari laman MyBSN, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu akaun dengan MyBSN.\nKemudian, ikuti langkah-langkah berikut untuk memuat turun penyata kewangan BSN anda secara percuma:\nLayari laman web MyBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/Masukkan UsernameKlik butang LoginSahkan Security ImageMasukkan PasswordKlik Account OverviewKlik E-StatementKlik Account NameKlik Transaction HistoryKlik Print\nDapatkan penyata kewangan melalui ATM \nSekiranya di tempat anda terdapat mesin ATM BSN yang berdekatan, anda boleh ke mesin ATM tersebut untuk mencetak penyata kewangan anda terus daripada mesin ATM tersebut.\nWalau bagaimanapun, penyata kewangan yang dicetak adalah sekadar ringkas transaksi keluar masuk anda sahaja.\nSekiranya anda perlukan perincian penyata kewangan anda, maka disarankan untuk dapatkan bank statement anda melalui emel atau dari laman web MyBSN seperti yang dinyatakan dalam poin di atas.\nNamun sekiranya anda menghadapi kesukaran mendapatkan bank statement BSN, boleh terus berhubung dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-lejar-lhdn/", "title": "e-Lejar LHDN : Semakan Transaksi Percukaian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-Lejar ialah satu kemudahan yang disediakan kepada pembayar cukai untuk menyemak Butiran Peribadi, Transaksi Lejar dan Kedudukan terkini baki cukai.\nMalangnya, tidak ramai yang tahu akan kewujudan kemudahan e-Lejar ini.\nBagi yang tahu pula, tidak ramai yang benar-benar memanfaatkannya dengan sebaiknya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMyTax: Portal pusat sehenti LHDN\n\n \nManfaat penggunaan\n\n \nCara muat turun e-Lejar\n\n\nMyTax: Portal pusat sehenti LHDN\nMyTax merupakan sebuah portal baharu yang bertujuan untuk menyediakan orang ramai akses mudah kepada pelbagai maklumat berkaitan cukai dan data interaktif dari satu tempat dan dengan satu log masuk. \n\n\n\n\n\n\nMyTax boleh diakses melalui laman web dan aplikasi mudah alihnya sendiri,\nAntara kemudahan yang disediakan termasuk butiran seperti transaksi lejar, status pembayaran balik pinjaman dan potongan cukai bulanan. \nPengguna MyTax juga akan mempunyai peti mel dan akses ID mereka sendiri kepada pelbagai perkhidmatan LHDN. \nBeberapa perkhidmatan yang boleh anda gunakan daripada portal ini termasuk byrHASIL, e-Filing, e-Daftar, e-Lejar dan e-Kemaskini.\nManfaat penggunaan\nApakah manfaat kemudahan e-Lejar ini?\n\nPembayar cukai dapat menentukan sama ada butiran peribadi seperti alamat dan nombor akaun telah direkodkan dengan betul oleh pihak LHDNM.\nMelalui paparan transaski lejar, pembayar cukai dapat menyemak rekod transaksi percukaian seperti taksiran cukai, bayaran cukai dan pembayaran balik cukai. \n\nDengan menggunakan kemudahan e-Lejar LHDNM ini, ianya akan memudahkan anda membuatkan semakan transaksi percukaian dan mengelakkan sebarang kecuaian. \nMalangnya, ramai yang tidak tahu kewujudan kemudahan lejar percukaian ini walaupun kemudahan ini sebenarnya telah diwujudkan sejak tahun 2010 lagi.\nCara muat turun e-Lejar\n\nBagi yang ingin memuat turun, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nBuka pelayar internet anda dan layari mytax.hasil.gov.my\nLog Masuk akaun anda (perhatikan kotak bahagian atas kanan)*\nSetelah masuk ke dashboard akaun anda, klik pada \u201cStatus MyTax\u201d (lihat gambar di atas)\nKemudian pilih \u201cLejar\u201d\nBoleh pilih sama ada untuk melihat e-Lejar \u201cCukai Pendapatan\u201d atau \u201cCukai Keuntungan Harta Tanah\u201d\nPilih tahun cukai\nKlik pada butang \u201cCetak\u201d\n\n*Sekiranya anda baru pertama kali menggunakan web Mytax, sila baca panduan MyTax Hasil: Cara Daftar & Login e-Filing Kali Pertama terlebih dahulu.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bigpay-epemula/", "title": "Cara Daftar BigPay & Tebus Kredit ePemula RM 150", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar BigPay & Tebus Kredit ePemula RM 150 ~ Program ePemula merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.\n Program ini menyasarkan golongan belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun yang juga merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.\nMelalui program ePemula, para belia bakal menerima RM 150 yang akan dikreditkan secara one-off ke dalam e-dompet (e-Wallet).\nBaca Juga : ePemula: Cara Tebus RM150 Kredit ShopeePay, GrabPay, TNG & BigPay\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nE-Wallet Yang Terlibat Dalam ePemula\n\n \nApakah Bigpay?\n\n \nCara Pendaftaran Online\n\n \nCara Aktifkan Kad Bigpay\n\n \nCara Tebus ePemula Melalui BigPay\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nE-Wallet Yang Terlibat Dalam ePemula\nBerdasarkan kenyataan terkini dari Kementerian Kewangan, rangkaian e-Wallet yang terlibat dalam program ini adalah : \n\n\n\n\n\n\nTouch n Go eWalletShopeePayGrab PayBigPay\nAntara rangkaian e-Wallet yang terlibat dalam program ini, Big Pay merupakan antara aplikasi e-Wallet yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan antaranya baucer ekslusif, diskaun tiket AirAsia dan tawaran cashback dari pelbagai jenama seperti Watsons, Zalora dan Kinokuniya. \nNak tahu cara daftar Big Pay untuk tebus ePemula ? Teruskan membaca ! \nApakah Bigpay?\nBigPay ialah aplikasi mudah alih dengan kad yang menyediakan antara muka yang mudah untuk anda berbelanja, menghantar, menerima dan menjejak wang \u2013 di mana-mana sahaja di dunia. \nIa boleh didapati secara PERCUMA. \nTidak seperti e-dompet, kad BigPay anda diterima di seluruh dunia.\nMenariknya, ia adalah 3 dalam 1 di mana anda akan mendapat :\nkad prepaid mastercard, yang mana fungsinya seperti mana-mana kad mastercard biasa.eWallet untuk anda terima dan simpan duit untuk digunakan bila masa diperlukan.aplikasi untuk anda buat transaksi bil, hantar duit dan menguruskan kad anda.\n\nCara Pendaftaran Online\nIkuti langkah di bawah untuk mendaftar Bigpay secara online.\nDownload aplikasi Big Pay \u2013 Challenge Banking di\u00a0Google Play Store\u00a0untuk Android, manakala di\u00a0App Store\u00a0untuk iOS.Setelah muat turun, buka aplikasi tersebut.Kemudian, tekan butang \u2018Sign Up\u2019.Pilih tempat negara anda menetap. Pada ruangan No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.Tekan butang \u2018Send Code\u2019, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah \u2018Enter your OTP\u2019.Seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta Passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda\u00a0 dan sahkan sekali lagi passcode anda.Semak terma dan syarat dengak klik \u2018Terms & Conditions\u2019. Kemudian tandakan pada kotak.Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.Pada laman seterusnya, sila isikan butiran peribadi.Setelah lengkap semuanya, klik \u2018Next\u2019.Akan keluar mesej tertera \u2018Verification in progress\u2019. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.Kemudian, tunggu kad Big Pay untuk tiba ke alamat anda secara pos.Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran anda akan selesai.\n\nCara Aktifkan Kad Bigpay\n1.\u00a0\u00a0 Setelah selesai semua proses, anda perlu tunggu kad BigPay untuk dipos ke rumah dalam masa kira-kira 5 \u2013 7 hari bekerja.\n2\u00a0\u00a0 Bila kad Big Pay anda sudah sampai ke rumah, buka aplikasi BigPay anda\n3.\u00a0\u00a0 Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad Big Pay anda\n4.\u00a0\u00a0 Kad BigPay anda telah AKTIF dan boleh digunakan\nKredit : aimanabdullah.com\nCara Tebus\u00a0ePemula Melalui BigPay\nBerikut merupakan langkah-langkah ringkas untuk\u00a0tebus\u00a0ePemula menerusi BigPay :\nPastikan anda sudah download dan install aplikasi BigPayBuka aplikasi BigPayAnda akan lihat paparan\u00a0Level up with BigPayTekan butang\u00a0Claim my RM150Sila tandakan kotak setuju dengan\u00a0Terms & ConditionsTekan butang\u00a0Apply NowTekan butang\u00a0Get BigPay nowIsikan maklumat seperti dipinta dalam\u00a0Permohonan ePemulaTekan butang HantarSila tunggu notifikasi daripada pihak Big Pay untuk status penghantaran dan kemasukan kredit. \nNota : Pembayaran sebanyak RM 150 mungkin akan mengambil masa beberapa hari sebelum dikreditkan ke akaun anda. \nSetakat ini pihak BigPay belum mengumumkan apa-apa mengenai pembayaran ePemula.\nSemoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan anda dalam urusan penebusan kredit ePemula. \nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut, sila semak senarai Soalan Lazim mengenai ePemula Bigpay di pautan berikut : \nhttps://www.bigpayme.com/post/epemula-faq-en . \nPengguna juga boleh ajukan pertanyaan melalui emel ke alamat [email\u00a0protected] \n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-belgium/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Belgium", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBolehkah bola sepak Belgium mengatasi kedudukan ketiga mereka di Piala Dunia 2018 dengan gelaran pertama mereka di Qatar?\nPasukan nombor satu dunia antara September 2018 dan Februari 2021, Belgium kekal sebagai salah satu kuda hitam untuk memenangi Piala Dunia 2022, tanpa mengira prestasi terkini mereka yang agak mengecewakan.\nPasukan bola sepak Belgium telah membuat 13 penampilan Piala Dunia, tetapi masih belum menjulang trofi yang diidamkan, dengan tempat ketiga di Rusia pada 2018 prestasi terbaik mereka.\nMasa nampaknya semakin suntuk untuk nama-nama bintang seperti Thibaut Courtois, Jan Vertonghen, Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan kapten Eden Hazard, tetapi Generasi Emas Belgium ini akan mendapat peluang terakhir di Qatar.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Belgium\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Belgium\nSumber: The Peninsula Newspaper\nPenjaga gol\nNamaKelabThibaut CourtoisReal MadridSimon MignoletClub BruggeKoen CasteelsWolfsburg\nPenjaga gol terbaik Piala Dunia 2018, bintang Real Madrid Thibaut Courtois masihmahu menjadi penjaga gol pertama untuk mengekalkan anugerah Sarung Tangan Emas.\nSimon Mignolet terpilih sebagai pilihan kedua dengan Koen Casteels akan menjadi penjaga gol keiga dalam skuad bola sepak Belgium kali ini. \nPertahanan\nNamaKelabToby AlderweireldAntwerpArthur TheateRennesZeno DebastAnderlechtJan VertonghenAnderlechtThomas MeunierDortmundTimothy CastagneLeicester CityWout FaesLeicester City\nBekas pemain Tottenham Jan Vertonghen dan Toby Alderweireld adalah yang paling berpengalaman dalam kalangan pilihan pertahanan Belgium, termasuk Thomas Meunier dari Dortmund dan Timothy Castagne dari Leicester City.\nPemain tengah\nNamaKelabAxel WitselAtletico MadridKevin De BruyneManchester CityYouri TielemansLeicester CityYannick CarrascoAtletico MadridLeandro TrossardBrightonAmadou OnanaEvertonLeander DendonckerAston VillaHans VanakenClub BruggeThorgan HazardDortmund\nBelgium mempunyai banyak bakat di bahagian tengah.\nAxel Witsel, Kevin De Bruyne dan Youri Tielemans ialah nama-nama hebat dalam pasukan bola sepak Belgium yang disertai oleh Yannick Carrasco, Leandro Trossard dan lain-lain lagi.\nAmadou Onana dari Everton dan Thorgan Hazard dari Dortmund juga mendapat peluang, tetapi Adnan Januzaj dari Sevilla terlepas peluang.\nPenyerang\nNamaKelabLois OpendaLensEden HazardReal MadridDries MertensGalatasarayCharles De KetelaereAC MilanMichy BatshuayiFenerbahceRomelu LukakuInterJeremy DokuRennes\nRomelu Lukaku adalah penjaring terbanyak Belgium sepanjang zaman dengan 68 dan lazimnya sudah pasti akan bermula dalam kesebalasan utama dalam skuad bola sepak Belgium kali ini.\nPemain Inter itu telah bergelut dengan masalah kecederaan sepanjang kempen 2022-23, bagaimanapun, mendapat persetujuan untuk menyertai skuad kali ini walaupun akan terlepas beberapa perlawanan pertama.\nEden Hazard akan berada di sana tanpa mengira prestasinya untuk Real Madrid, manakala Dries Mertens adalah seorang lagi pemain yang berpengalaman.\nWalau bagaimanapun, terdapat banyak bakat penyerang yang baru, dengan Charles De Ketelaere dan Jeremy Doku semuanya mendapat lampu hijau.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-bantuan-tadika-selangor-tunas/", "title": "Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) YAWAS 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR TUNAS 2022 \u2013 YAWAS\nUntuk makluman semua pendaftaran TUNAS bagi sesi 2022 telah dibuka!\nProgram subsidi yuran tadika sebanyak RM50.00 sebulan akan diberikan kepada ahli yang layak.\u00a0\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) ?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan & Dokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut TUNAS Selangor\n\n \nEmel Kami\n\n\nApakah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) ?\nProgram ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. \n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. \nBantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang\u00a0mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)\n\nSyarat Permohonan\nPemohon mestilah warganegara MalaysiaPemohon mestilah sama ada:Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di SelangorATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di SelangorATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggalPendapatan isi rumah RM3,000 ke bawahSuami dan isteri bekerja atau tidak bekerjaAnak yang berumur 5 dan 6 tahun sahajaUntuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.KLIK SINI UNTUK LIHAT SENARAI\nNOTA: Tahukah anda, yuran tadika / taska juga boleh ditolak dalam pelepasan cukai! Rujuk : Senarai Pelepasan Cukai 2021 Untuk e-Filing 2022\nCara Permohonan & Dokumen Yang Diperlukan\nPermohonan dibuka secara atas talian melalui pautan berikut: https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php\nSila isikan kad pengenalan dan lampirkan dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:\nCetak Borang PermohonanSalinan Sijil Lahir / Mykid AnakSalinan MyKad IbuSalinan MyKad BapaSalinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja\u00a0*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat\u00a0Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat\u00a0Cop Pengesahan Tadika\u00a0Tempat Anak BelajarBagi Pemohon Yang\u00a0Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu DilampirkanSalinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBUCop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)\nDokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel [email\u00a0protected] atau alamat berikut :\u00a0Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7Persiaran Kayangan\u00a040000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.No Tel 03-5481 8800\nSebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.\n\nBaca juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022\nMaklumat Lanjut TUNAS Selangor\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) melalui saluran berikut:\nAlamat\nAras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.\n03 5481 8800\nIsnin Hingga Jumaat\u00a010pagi \u2013 2petang\nEmel Kami\n[email\u00a0protected]\nJangan lepaskan peluang ini, Layari laman sesawang\u00a0www.tunas.yawas.my\u00a0untuk memohon.\nYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baucar-buku-semarak-membaca-2022/", "title": "Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJangan lepaskan peluang untuk membeli banyak bahan bacaan melalui baucar buku Semarak Membaca!\nBagi menggalakkan dan memupuk semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia telah memperkenalkan program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM).\nBBSM adalah inisiatif awal untuk merancakkan kembali industri buku yang telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan Malaysia khususnya sejak penghujung tahun 2019.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif BBSM\n\n \nCara penebusan\n\n \nBBSM @ Kedai Fizikal\n\n \nBBSM @ Edagang\n\n \nBBSM @ Dalam Talian\n\n\nObjektif BBSM\n\nObjektif utama program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) adalah seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\nMembantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatanMemberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli bukuMenambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka\nCara penebusan\nSecara umumnya, terdapat 3 cara untuk membuat penebusan baucar BBSM:\nBBSM @ Kedai FizikalBBSM @ EdagangBBSSM @ Dalam Talian \nBBSM @ Kedai Fizikal\nBaucar BBSM boleh digunakan di sebanyak 170 kedai fizikal seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam program ini.\nDengan penebusan baucar ini, anda layak mendapat diskaun sebbanyak RM10 bagi setiap pembelian buku.\nSenarai kedai buku fizikal boleh disemak di laman rasmi BBSM di alamat https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/\nBBSM @ Edagang\nSekiranya kedai buku berhampiran tempat tinggal anda tidak menjual buku yang ada ingini, anda boleh juga membeli buku tersebut secara online melalui laman Edagang Shopee.\nSebanyak 200 buah kedai dalam talian mengambil bahagian dalam program BBSM ini dan anda boleh menggunakan baucar buku Semarak Membaca untuk mendapatkan diskaun apabila membeli buku daripada kedai-kedai dalam talian ini.\nUntuk melihat senarai kedai buku yang mengambil bahagian, sila lawati halaman khas BBSM di alamat https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/\nBBSM @ Dalam Talian\nPilihan ketiga adalah membeli buku daripada laman e-Sentral. \ne-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. \nSehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.\nAnda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore daripada pautan di bawah:\nApp Store \u2013 Untuk pengguna iOSGoogle Play \u2013 Untuk pengguna Android\n"]} {"url": "https://ecentral.my/check-iphone-original/", "title": "Cara Check iPhone Original", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTidak sukar sebenarnya untuk tahu sesebuah iPhone itu original atau tidak.\nLambakan iPhone tiruan di pasaran menyebabkan kita perlu berhati-hati apabila ingin membeli iPhone, lebih-lebih lagi sekiranya kita ingin membeli iPhone 2nd hand daripada seseorang individu.\nMalah jangan terkejut banyak juga kedai fizikal dan kedai online (Shopee, Instagram, Tiktok dan seumpamanya) yang menjual iPhone klon tetapi mendakwanya sebagai iPhone original.\niPhone klon ini biasanya dijual pada harga jauh lebih murah namun ada juga yang harganya lebih kurang sahaja dengan yang original!\n\n\n\n\n\n\nMaka sebagai pengguna, kita haruslah tahu bagaimana mahu menyemak ketulenan iPhone yang dibeli agar tidak mudah tertipu dengan sindiket penipuan iPhone klon ini.\nArtikel berkaitan: Iphone 14: Harga Terkini dan Spesifikasi Model\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan serial number\n\n \nSokongan App Store\n\n \nSokongan iTunes\n\n\nSemakan serial number\nSama seperti mana-mana telefon pintar, setiap iPhone juga mempunyai serial number yang tersendiri.\nNombor siri ini adalah unik bagi setiap unit iPhone dan tidak akan sama dengan unit iPhone yang lain.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk menyemak status iPhone original anda:\n\nBuka halaman Settings pada iPhone anda\nKemudian, pilih \u201cGeneral\u201d dan klik pada \u201cAbout\u201d\nPada halaman \u201cAbout\u201d ini ada boleh melihat nombor siri iPhone anda.\nKlik dua kali pada nombor tersebut untuk menyalin nombor siri anda.\nBuka halaman semakan Apple di https://checkcoverage.apple.com/\nLengkapkan Captcha\nKlik pada butang Continue\n\nStatus ketulenan iPhone anda akan dipaparkan di halaman keputusan.\nHalaman ini bukan sahaja memaparkan ketulenan iPhone anda, tetapi juga status waranti telefon anda.\nSokongan App Store\nHanya iPhone yang sebenar yang menggunakan sistem operasi iOS sahaja mempunyai sokongan terhadap App Store.\nKebiasaannya iPhone klon di pasaran akan menggunakan sistem operasi Android kerana ianya adalah percuma.\nOleh itu, anda boleh cek sama ada sesebuah iPhone itu original atau fake dengan menyemak sama ada ianya mempunyai sokongan App Store atau tidak.\nSokongan iTunes\niTunes adaah sebuah aplikasi yang boleh diintegrasikan dengan kesemua produk Apple, termasuklah iPhone.\nMaka, hanya iPhone original sahaja yang boleh disambungkan dengan iTunes.\nOleh itu, cuba sambungkan iPhone tersebut ke iTunes dan lihat sama ada aplikasi tersebut dapat mengesan peranti anda atau tidak.\nSekiranya iPhone anda tidak dapat dikesan, besar kemungkinan ianya adalah iPhone klon.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/qr-code-qr-pay/", "title": "Cara Dapatkan QR Code QR Pay Untuk Terima Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini pemilik bisnes, gerai dan kedai makan boleh menerima bayaran daripada pelanggan mereka dengan memanfaatkan aplikasi QR Pay.\nPandemik COVID-19 menyaksikan orang ramai mula menggunakan teknik bayaran tanpa tunai bagi mengurangkan sentuhan antara penjual dan pembeli, seterusnya mengurangkan risiko penularan virus koronavirus. \nDengan memanfaatkan QR Pay juga, kita sebenarnya dapat mengurangkan risiko kecurian kerana tidak lagi perlu membawa wang tunai yang banyak ke mana-mana sahaja.\nSekiranya anda seorang peniaga tidak kira hanya gerai di tepi jalan sekalipun, amat disarankan untuk memaparkan QR Code bagi memudahkan pelanggan membayar menggunakan QR Pay. \n\n\n\n\n\n\nMalah, QR Pay sangat memudahkan kerana anda tidak perlu khuatir sekiranya anda tidak mempunyai duit baki untuk dipulangkan kembali kepada pelanggan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu pembayaran menggunakan QR Code?\n\n \nKelebihan menggunakan QR Pay\n\n \nCara dapatkan QR Code untuk perniagaan anda\n\n\nApa itu pembayaran menggunakan QR Code?\n\nMalah, aplikasi MySejahtera juga menggunakan fungsi QR Code ini untuk menjejak lokasi pengguna \u201cCheck-In\u201d di sesuatu tempat. \nPembayaran menggunakan kod QR ialah kaedah pembayaran tanpa sentuh dimana pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR daripada aplikasi mudah alih.\nUntuk membuat pembayaran menggunakan kod QR, pengguna mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh peniaga dengan telefon pintar mereka untuk membayar barangan mereka.\nMereka kemudiannya memasukkan jumlah yang perlu mereka mahu bayar dan sahkan jumlah yang dibayar.\nCara pembayaran sebegini sememangnya lebih selamat berbanding cara pembayaran tradisional.\nKelebihan menggunakan QR Pay\nTerdapat beberapa kelebihan menggunakan QR Pay bagi menerima bayaran di kedai anda:\nRekod transaksi jual beli \u2013 Sangat berguna bagi mengelakkan ketirisan transaksi jual beli syarikat andaJimatkan masa \u2013 Bayaran boleh dilakukan dalam masa kurang 1 minitMengelakkan sentuhan rapat \u2013 Dapat kurangkan risiko penyakit berjangkitKurangkan risiko kecurian \u2013 Bagi peniaga sendiri, anda dapat mengurangkan risiko kecurian kerana tidak perlu memegang wang tunai dalam jumlah yang besar\n\nCara dapatkan QR Code untuk perniagaan anda\nAdakah anda seorang peniaga dan mencari cara memaparkan kod QR di kedai anda?\nTerdapat banyak bank yang sudah menerima bayaran menggunakan kod QR, antara yang popular adalah Maybank.\nUntuk contoh ini, mari lihat bagaimana menerima bayaran daripada pelanggan ke akaun Maybank anda. \nBuka dan Login ke akaun MAEKlik pada logo QR CodeKlik pada tab \u201cReceive\u201dKod QR untuk menerima bayaran anda sudahpun tersedia.Klik pada butang \u201cShare\u201dKemudian pilih lokasi anda ingin kongsikan kod tersebutUntuk paparkan kod tersebut di kedai, anda boleh print kod tersebut dan letakkan di tempat yang bersesuaian di kedai anda.Untuk memastikan kod tersebut tahan laman dan tidak mudah pudar, anda boleh laminate kertas yang dicetak kod QR tersebut. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/iclean-selangor-cara-lupuskan-sampah-pukal-barang-terpakai/", "title": "iClean Selangor: Cara Lupuskan Sampah Pukal / Barang Terpakai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi penduduk yang menetap di Selangor, kini lebih mudah anda hendak melupuskan barangan terpakai seperti tilam, perabut, perkakasan elektrik dan seumpamanya dengan aplikasi iClean Selangor.\nElakkan membuang barang-barangan bersaiz besar yang tidak digunakan lagi di tempat yang tidak sepatutnya dan jadilah rakyat Selangor yang bertanggungjawab dengan menggunaka perkhidmatan iClean Selangor yang percuma ini.\nYa, perkhidmatan mengutip barangan di rumah anda yang hendak dilupuskan ini sememangnya percuma dan anda hanya perlu menghantar info kepada pihak pengurusan iClean Selangor sahaja dan mereka akan datang ke rumah anda.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu iClean Selangor?\n\n \nCara menggunakan perkhidmatan iClean Selangor\n\n\nApa itu iClean Selangor? \n\nSecara mudahnya, iClean Selangor adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengutip barang-barang besar yang ingin dilupuskan oleh penduduk yang tinggal di Selangor.\nPerkhidmatan ini dikatakan telah diwujudkan sejak tahun 2016 sebelum sepi seketika namun kita dikatakan telah kembali aktif memungut barang-barang yang ingin dilupuskan.\nPerkhidmatan ini diurus dan dikendalikan oleh syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) yang ditubuhkan dengan objektif untuk menguruskan pengumpulan sampah domestik dan perkhidmatan pembersihan awam di Selangor.\nSyarikat ini menawarkan khidmat ini kepada kesemua 12 kawasan perbandaran/bandaraya berikut:\nMajlis Perbandaran Klang (\u201cMPK\u201d)Majlis Perbandaran Selayang (\u201cMPS\u201d)Majlis Perbandaran Ampang Jaya (\u201cMPAJ\u201d)Majlis Perbandaran\u00a0Kuala Langat (\u201cMPKL\u201d)Majlis Perbandaran Kajang (\u201cMPKj\u201d)Majlis Bandaraya Petaling Jaya (\u201cMBPJ\u201d)7) Majlis Perbandaran Sepang (\u201cMPSp\u201d)8) Majlis Daerah Hulu Selangor (\u201cMDHS\u201d)9) Majlis Daerah Sabak Bernam (\u201cMDSB\u201d)10) Majlis Daerah Kuala Selangor (\u201cMDKS\u201d)11) Majlis Bandaraya\u00a0Subang Jaya (\u201cMBSJ\u201d)12) Majlis Bandaraya Shah Alam (\u201cMBSA\u201d)\nSejak 2019, KDEBWM diberi kepercayaan untuk menguruskan pengumpulan sampah domestik dan sampah besar di Industri, Komersial dan Institusi (\u00cfCI \u201c) serta pembersihan taman awam.\nCara menggunakan perkhidmatan iClean Selangor\nUntuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah dibawah:\nMuat turun plikasi iClean Selangor terlebih dahuluAndroid: Google PlayiOS: AppStoreLog masuk akaun. Untuk pengguna baru, sila daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang diperlukan. Pilih jenis aduan dan sub-aduanMuat naik gambar berkaitan aduan yang dibuat\nPihak KDEBWM kemungkinan akan menelefon anda terlebih dahulu sebelum datang mengutip barang-barang yang ingin dilupuskan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/myspr-semakan-spr/", "title": "MySPR Semak \u2013 Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMySPR: Semakan Daftar Pemilih, Tempat Pengundi SPR Online 2023 (mySPRSemak) & Cara Tukar Pusat Mengundi Online\nAdalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. \nSebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah didaftarkan sebagai pemilih. \nAnda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kaedah membuat semakan dan pendaftaran.\nSelain itu, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian. \nIanya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTERKINI : Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)\n\n \nTarikh Semakan Tempat Mengundi PRN 2023\n\n \nSyarat Kelayakan Mendaftar MySPR\n\n \nSemakan Daftar Pemilih SPR Bagi PRN 2023\n\n \nCara Daftar Pengundi Online / Permohonan Akaun Baru\n\n \nCara Tukar Alamat Tempat Mengundi Online\n\n \nCara Memohon Undi Pos Online\n\n \nCara Daftar & Membuat Semakan Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual\n\n \nSistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR\n\n \nMuat Turun Aplikasi MySPRSemak\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTERKINI : Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)\nSPR telah mengadakan menyuarat khas untuk mengisi kekosongan kerusi berikutan pembubaran :\n\n36 kerusi Dewan Negeri Kedah\n43 kerusi Dewan Negeri Kelantan\n32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu\n40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang\n56 kerusi Dewan Negeri Selangor\n36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan\n\nSPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut: \n\nTarikh Keluar Writ : 5 Julai 2023 (Rabu)\nHari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu)\nHari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa)\nHari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu)\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Semakan Tempat Mengundi PRN 2023\nPara pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).\nSyarat Kelayakan Mendaftar MySPR\nAntara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:\n\nWarganegara Malaysia \nBerumur 21 tahun ke atas.\nBermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan\nTidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.\n\nBaca juga : Proses Tukar Nama / Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Meninggal Dunia\nSemakan Daftar Pemilih SPR Bagi PRN 2023\nMySPR Semak \u2013 Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi Bagi PRN 2023\n\n\n\n\n\n\nPara pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).\nBagi membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:\n\nMuat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;\nKlik butang [Semakan Daftar Pemilih]\nIsikan nombor kad pengenalan 12 angka\nTekan butang \u2018Semak\u2019.\nMaklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.\nCetak dan simpan maklumat untuk rujukan. \n\n\n\n\n\nSemakan Maklumat Pilihan Raya Umum Ke-15 boleh dilakukan dengan dua kaedah; sama ada melalui aplikasi telefon pintar MySPR Semak, atau melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih\n\n\nNota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.\nJika anda masih belum mendaftar atau tidak didaftarkan, atau jika anda ingin membuat pertukaran alamat mengundi, sila rujuk langkah di bawah.\nSila layari\u00a0www.spr.gov.my\u00a0untuk maklumat lanjut\nCara Daftar Pengundi Online / Permohonan Akaun Baru\nSPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.\nAnda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.\n\nLangkah 1: Permohonan Akaun Pengguna\nSila layari laman web https://myspr.spr.gov.my\nUntuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.\nKlik pada \u2018Permohonan Akaun Baru\u2019.\nUntuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:\n\nNombor telefon bimbit yang sah\nEmel yang sah\nGambar depan kad pengenalan\nGambar swafoto bersama kad pengenalan\n\nPermohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.\nManakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.\nPegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual. \nSebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.\nUntuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.\n\nLangkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna\nApabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.\nLogin menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.\nLangkah 3: Isi Borang A\nSelepas berjaya login, klik \u2018Status Saya\u2019.\nSekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).\nIsi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang \u2018Hantar\u2019.\nRUJUK MANUAL :\nPanduan-Pengguna-MySPRDownload\n\nCara Tukar Alamat Tempat Mengundi Online\nPERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA / PERTUKARAN STATUS (TUKAR TEMPAT MENGUNDI SPR)\n\nSila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login\nLog masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.\nKlik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.\nPilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.\nIsikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.\nMuat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.\nSemak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.\nAnda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.\nAnda akan menerima notifikasi \u201cBorang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia\u201d melalui e-mel.\n\n\nPERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT DI MYKAD\nPengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.\n\nSila rujuk makluman dari JPN yang terkini dalam infografik di atas.\nBaca juga : SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak\nCara Memohon Undi Pos Online\nUntuk memohon undi pos, sila rujuk langkah berikut:\n\nDaftar Akun MySPR dan aktifkan akaun pengguna\nLog masuk akaun MySPR\nKlik [Permohonan Undi Pos]\nLengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan\nE-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.\n\n\nCara Daftar & Membuat Semakan Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual\nBagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:\n\nKaunter Pendaftaran PemilihIbu Pejabat SPR MalaysiaAras G, Menara SPRNo.2, Jalan P2T, Presint 262100 Putrajaya\nPejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri\nPejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara\nKaunter SPR yang dibuka melalui Program\u00a0Outreach\u00a0di kawasan tumpuan orang ramai\nPejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar NegeriSila klik pada\u00a0http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission\nPenolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan\n\nSila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:\nhttps://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr\nSistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR\nSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.\nDasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.\nSPR menjalankan 2\u00a0jenis pendaftaran pemilih iaitu:\n\nPendaftaran Baru\n\npendaftaran pemilih buat pertama kali.\n\n\nPendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya\n\npermohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.\n\n\n\nMuat Turun Aplikasi MySPRSemak\nAnda kini boleh memuat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:\nApple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101\nGoogle Play: https://play.google.com/store/apps/details\nMaklumat Lanjut\nUntuk butiran lanjut tentang MySPRSemak sila hubungi hotline SPR di \nNo. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018\nATAU\nAjukan soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/labbaikallah-humma-labbaik-talbiyah/", "title": "Labbaikallah Humma Labbaik \u2013 Lafaz Talbiah & Maksudnya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam musim haji ini, seringkali kita dengar ucapan talbiah, iaitu \u201cLabbaikallah humma labbaik\u201d.\nTahukah kita apa maksud kalimah ini dan bilakah ia boleh dilafazkan?\nBerikut dikongsikan selanjutnya untuk makluman kita semua, khususnya umat Islam.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Talbiah\n\n \nWaktu Ia Dibacakan\n\n \nLafaz Talbiah : Labbaikallah Humma Labbaik\n\n\nPengenalan Talbiah\nTalbiah merupakan satu ucapan yang menandakan kehadiran para Jemaah Haji yang dilafazkan oleh setiap jemaah haji. \nUcapan ini dilaungkan setelah berihram ketika berada di tanah suci. \nTalbiah sememangnya digalakkan oleh Nabi SAW bagi setiap jemaah haji. Bahkan, perkara ini dianggap sunat (mustahab).\n\n\n\n\n\n\n\nWaktu Ia Dibacakan\nSunat membaca laungan talbiah ini dimulai daripada berniat ihram hingga permulaan tawaf bagi yang mengerjakan umrah dan hingga mulai melontar jamrah al-Kubra atau mulai tawaf atau bercukur mengikut amalan mana yang didahulukan bagi yang mengerjakan haji.\nDalam hadis As-Sa\u2019ib bin Khallad, Rasulullah SAW bersabda:\n\u0623\u064e\u062a\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a \u062c\u0650\u0628\u0652\u0631\u0650\u064a\u0644\u064f \u0641\u064e\u0623\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0622\u0645\u064f\u0631\u064e \u0623\u064e\u0635\u0652\u062d\u064e\u0627\u0628\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0635\u0652\u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0625\u0650\u0647\u0652\u0644\u0627\u064e\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0644\u0652\u0628\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650\nMaksudnya:\u00a0\u201cTelah datang kepadaku Jibril A.S, maka dia memerintahkan aku untuk memerintahkan sahabat-sahabatku agar mengangkat suara-suara mereka ketika berihlal atau bertalbiah\u201d\nRiwayat al-Tirmizi (829)\nBacaan talbiah disunatkan bagi lelaki untuk menyaringkan dan meninggikan suara dan tidak pula disunatkan bagi wanita. Justeru, bacaan talbiah akan berterusan, berulang-ulang dan bergema di seluruh tanah haram Mekah dimana berkumpulnya semua jemaah haji.\nFirman Allah SWT:\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0630\u0650\u0651\u0646 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u062c\u0650\u0651 \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u064f\u0648\u0643\u064e \u0631\u0650\u062c\u064e\u0627\u0644\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0636\u064e\u0627\u0645\u0650\u0631\u064d \u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0641\u064e\u062c\u064d\u0651 \u0639\u064e\u0645\u0650\u064a\u0642\u064d\nMaksudnya:\u00a0\u201cDan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.\u201d\n\nLafaz Talbiah : Labbaikallah Humma Labbaik\n\u0644\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u0652\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u0652\u0643\u064e\n\u0644\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u0652\u0643\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0644\u064e\u0628\u064e\u0651\u064a\u0652\u0643\u064e\n \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0639\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0652\u0644\u0645\u0644\u0652\u0643\u064e \u0644\u064e\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0652\u0643\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e\nLabbaik Allah humma labbaik\nLabbaika la sharika laka labbaik\nInnal hamda wanni\u2019mata\nLaka walmulk Laa sharika lak\nMaksud yang dikehendaki dari laungan talbiah ini ialah menyahut seruan Allah SWT, pembuka ucapan dan pengakuan atau ikrar, iltizam serta komitmen perjanjian dan kata-kata langsung atau berdialog dengan Allah SWT.\nMaksudnya:\u00a0\u201cHamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.\u201d\nSumber: BAYAN LI AL-HAJ SIRI 25 : PENGERTIAN TALBIAH DAN WAKTUNYA\nBaca juga: Selamat Hari Raya Aidiladha (Background / Wallpaper)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-dapatkan-password-wifi/", "title": "Cara Dapatkan Password WiFi Yang Sudah Disimpan di Telefon Android", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memudahkan uruskan, kebiasaannya apabila sudah menghubungkan telefon Android anda dengan rangkaian internet di rumah atau tempat kerja, kita biasanya akan menyimpan password WiFi tersebut.\nNamun, satu ketika kita mungkin lupa akan password tersebut apabila hendak menyambungkan gajet lain pula ke WiFi yang sama. \nBagaimanakah caranya anda menyemak semula password WiFI yang sudah disimpan dalam telefon Android anda?\nHarap maklum bahawa cara di bawah ini hanya boleh digunakan sekiranya anda sudah berjaya menyambungkan telefon atau gajet Android anda dengan sambungan WiFi terlebih dahulu. \n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Lupa Password Wifi? Ini Cara Dapatkan Semula Kata Laluan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemak password tanpa Root\n\n \nSemak password WiFi untuk Android 9 kebawah\n\n\nSemak password tanpa Root \n\nBermula dalam Android 10, anda kini boleh melihat kata laluan WiFi untuk rangkaian anda yang disimpan tanpa peranti tanpa keperluan untuk Root peranti tersebut terlebih dahulu.\nMari lihat cara melakukannya pada stok Android 11 dan prosesnya mungkin kelihatan sedikit berbeza bergantung pada telefon dan versi Android anda.\nUntuk melihat kata laluan Wi-Fi pada Android 10 atau lebih baharu, sila ikuti langkah-langka berikut:\nBuka Settings (Tetapan)Pergi ke\u00a0Network & internet (Rangkaian & Internet)Ketik Wi-FiAnda akan melihat rangkaian Wi-Fi semasa anda di bahagian atas senaraiPilihnya (atau sambungan lepas dalam senarai Rangkaian yang disimpan di bawah) untuk melihat pilihan untuk rangkaianPada halaman ini, pilih butang Share (Kongsi)Anda perlu mengesahkan muka/cap jari anda, atau masukkan kod PIN anda untuk meneruskanSebaik sahaja anda melakukannya, anda akan melihat kata laluan WiFi rangkaian anda disenaraikan di bawah kod QR.Jika kata laluan tidak muncul atas sebab tertentu, anda boleh mengimbas kod QR pada peranti lain untuk menambahkannya pada rangkaian\nSemak password WiFi untuk Android 9 kebawah\nJika and masih menggunakan Android 9 atau lebih awal atau telefon anda tidak menampilkan pilihan di atas, anda perlu beralih kepada kaedah lain untuk mendedahkan kata laluan Wi-Fi anda.\nMalangnya, kaedah ini semuanya memerlukan peranti Android yang telah di Root dan hanya sesuai untuk pengguna yang lebih advance sahaja. \nIni kerana fail yang menyimpan maklumat WiFi untuk rangkaian yang disimpan berada dalam direktori storan telefon anda yang dilindungi. \nAnda tidak mempunyai kebenaran untuk melihat folder atau fail di dalamnya melainkan anda telah di-root.\nJika anda telefon telah di-root, ikuti langkah-langkah berikut:\nBuka direktori /data/misc/wifi menggunakan aplikasi penjelajah fail yang menyokong fungsi direktoriBuka wpa_supplicant.conf dan anda akan melihat nama rangkaian anda (ssid) dan kata laluannya (psk).\nSekiranya kaedah ini tidak berhasil atau anda ingin mencuba kaedah lain, anda boleh cuba menggunakan aplikasi pemapar kata laluan WiFi Android seperti WiFi Password Viewer [ROOT] di Google Play di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.simonedev.wpv\nAplikasi ini membolehkan anda memilih rangkaian yang disimpan untuk melihat kata laluan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/garis-panduan-pengurusan-pengoperasian-sekolah-3-0/", "title": "Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 (Muat Turun)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGaris Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0\nGaris Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 inimerupakan dokumen yang telah dikemas kini berdasarkan GarisPanduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam NormaBaharu 2.0 yang telah dikeluarkan pada 9 Februari 2021.\nGaris panduan ini disediakan dengan mengambil kira PelanPemulihan Negara (PPN) sebagai langkah persediaan untukpembukaan sekolah secara bersemuka. \nAspek penting yang diberi perhatian adalah keselamatan dan kesihatan warga sekolah serta persekitaran sekolah yang selamat.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Format Baru UPKK : Diganti Secara Penilaian Penuh\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0\n\n \nObjektif\n\n \nMuat Turun Garis Panduan & Pengurusan Sekolah 3.0\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTujuan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 \nGaris panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) danpentadbir serta guru di sekolah dalam mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).\nGaris panduan ini terpakai kepada semua\nsekolah rendah dan sekolah menengah termasuk prasekolah, kolej vokasional dan kolej tingkatan enam bawah KPM dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM.\nGaris panduan ini disediakan berdasarkan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).\nObjektif\nObjektif garis panduan ini adalah untuk memastikan:\npengurusan sekolah dan asrama dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar;persekitaran sekolah yang selamat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid sepanjang mereka berada di sekolah dan asrama;proses PdP dilaksanakan dalam keadaan selamat; danpentaksiran pusat dan peperiksaan awam dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.\nMelalui panduan ini, diharapkan pembukaan sekolah dan institusi pendidikan akan menjadi lebih lancar.\nMuat Turun Garis Panduan & Pengurusan Sekolah 3.0\nSila rujuk garis panduan sepenuhnya di bawah & muat turun untuk simpanan dan rujukan anda.\nGaris-Panduan-Pengurusan-dan-Pengoperasian-Sekolah-3.0Download\nMuat Turun di Pautan Ini : \nhttps://www.moe.gov.my/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/4641-garis-panduan-pengurusan-dan-pengoperasian-sekolah-3-0/file\nBACA JUGA:\nTarikh Buka Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPNSOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web rasmi Kementerian Pendidikan MalaysiaLaman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia Laman Twitter rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ikm-tvetmara-institut-kemahiran-mara/", "title": "Institut Kemahiran MARA: Senarai Lokasi IKM & Kursus Ditawarkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi\u00a0Sesi Januari 2023 kini dibuka!\nTahukah anda apakah syarat kemasukan ke Institut Kemahiran MARA dan kursus yang ditawarkan di sini?\nJom kami kongsikan info lanjut serta kelebihan yang bakal anda terima.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Institut Kemahiran MARA?\n\n \nSyarat Kelayakan / Kemasukan\n\n \nProgram Yang Ditawarkan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nLokasi Institut Kemahiran MARA\n\n \nCara Permohonan Kemasukan Ke IKM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Institut Kemahiran MARA?\nObjektif institusi kemahiran di bawah MARA adalah membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi di samping menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal di industri.\nInstitusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. \nInstitut Kemahiran MARA (IKM) menawarkan program Sijil. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa IKM yang menawarkan program Diploma.\n\n\n\n\n\n\nJenis kluster yang disediakan di IKM antaranya termasuklah:\nElektronikAlam BinaSeni Dan RekabentukAutomotifAwamElektrikMekanikal PembuatanMinyak Dan GasMekanikal Servis\nKesemua program berkenaan dijalankan secara sepenuh masa. Calon pelajar hendaklah berusia 17 tahun hingga 45 tahun.\n\n\n\nSyarat Kelayakan / Kemasukan\nSyarat minimum untuk program\u00a0Sijil\u00a0adalah sekurang-kurangnya Lulus SPM atau setara dengannya. Manakala, syarat minimum untuk program\u00a0Diploma\u00a0adalah sekurang-kurangnya lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut : Matematik, Kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/ MPV / MPAV, mata pelajaran lain dan lulus Bahasa Inggeris\nSyarat kemasukan khusus adalah berlainan mengikut program yang ditawarkan.\nProgram Yang Ditawarkan\nSila rujuk lampiran di bawah untuk melihat senarai program yang ditawarkan berserta syarat kelayakan minimum bagi setiap program.\nSYARAT-KEMASUKAN-IKM-2022Download\nRUJUK BOOKLET IKM : \nhttp://www.tvetmara.edu.my/booklet/ikm/index-h5.html#page=1\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan bagi sesi Januari 2023 dibuka bermula 3 Oktober hingga 30 Oktober 2022.\nLokasi Institut Kemahiran MARA\nTerdapat 14 IKM di seluruh Malaysia iaitu:\nZON UTARA\nIKM Beseri \u2013 PerlisIKM Alor Setar \u2013 KedahIKM Sik \u2013 KedahIKM Sungai Petani \u2013 KedahIKM Seberang Perai Utara \u2013 Pulau Pinang\nZON TENGAH\nIKM Lumut \u2013 Perak IKM Kuala Lumpur \u2013 KL\nZON TIMUR\nIKM TSYA \u2013 PahangIKM Besut \u2013 Terengganu\nZON SELATAN\nIKM Johor Bahru \u2013 JohorIKM Jasin \u2013 Melaka\nZON MALAYSIA TIMUR\nIKM Kuching \u2013 SarawakIKM Kota Kinabalu \u2013 SabahIKM Bintulu \u2013 Sarawak\nCara Permohonan Kemasukan Ke IKM\nSila layari:https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kemasukan/ikm\nSila Klik\u00a0apponline.mara.gov.my\u00a0\natau\u00a0upu.mohe.gov.my\nTUTORIAL ISI BORANG ONLINE UNTUK KEMASUKAN\u00a0KE IKM \nhttps://www.youtube.com/watch?v=dwZRSv4IUBA\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut boleh didapati di Portal\u00a0TVET MARA.\nBaca juga: Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-banjir-keluarga-malaysia/", "title": "Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI BANTUAN / INISIATIF BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA 2022\nSelaras dengan pengumuman YAB PM semalam, berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Banjir Keluarga Malaysia : 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon\n\n \n1: BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000\n\n \n2. BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500\n\n \n3. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000\n\n \n4. REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500\u2800\n\n \n5. REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBER\n\n \n6. DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000\n\n\nBantuan Banjir Keluarga Malaysia : 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon\n1: BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000\nBantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.\nBantuan Wang Ihsan (atau BWI) telah dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini. \nBayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan. \n\n\n\n\n\n\nIni akan memanfaatkan lebih 45,000 Ketua Isi Rumah. \nAngka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS). \nSetakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.\n\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk: Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir\n2. BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500\nSumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 ini dikhaskan bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.\nMemandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai ini khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing. \nPemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.\n\n3. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000\nBantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas. \nBagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah.\n\n4. REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500\u2800\nRebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir.\n\n5. REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBER\nRebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember\n6. DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000\nDiskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. \nSyarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan\u2800\u2800Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.\n\n\nBaca juga: Banjir: Perodua Tawar Rebat, Diskaun & Pemeriksaan Kenderaan Percuma\nSecara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.\nSemoga semua bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara.\u2800\nSumber: Kementerian Kewangan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kemasukan-perda-tech-ambilan-julai-2022/", "title": "Tawaran Kemasukan PERDA-TECH Ambilan Julai 2022 Bagi Peringkat Sijil dan Diploma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Kemasukan PERDA-TECH Ambilan Julai 2022 Bagi Peringkat Sijil dan Diploma ~ Sukacita dimaklumkan tawaran kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) kini dibuka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nPERDA-TECH merupakan institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang bertempat di Bukit Panchor, Nibong Tebal menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma.\nUntuk makluman anda, institusi ini telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda Ambilan Mei & Jun 2022 Untuk Lepasan SPM\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarik Tutup Permohonan\n\n \nKemudahan Yang Disediakan di Institut PERDA-TECH\n\n \nProgram Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Am\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarik Tutup Permohonan\nCalon yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian sebelum 30 Jun 2022.\nKemudahan Yang Disediakan di Institut PERDA-TECH \nKemudahan yang disediakan di Institut PERDA-TECH ini untuk pelajar adalah seperti berikut:\nYuran pengajian adalah PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)Elaun sara diri \u2013 RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut:\ni) Peringkat Diploma\nDiploma Multimedia Kreatif (DCP)Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM)Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT)Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK)\nii) Peringkat Sijil\nSijil Teknologi Elektrik (CEE)Sijil Teknologi Kimpalan (CWE)Sijil Teknologi Automotif (CAT)Sijil Seni Reka Pakaian (CAD)Sijil Multimedia Kreatif (CCM)Sijil Kejuruteraan Pertanian (CAE)Sijil Kejuruteraan Mekanikal (CME)Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)Sijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD)Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)\n\nSyarat Am\nSyarat am untuk kemasukan ke institut ini adalah seperti berikut:\nMerupakan warganegara Malaysia.Memiliki SPM atau setaraf.Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.Lulus sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas).Berumur tidak kurang 18 tahun.Tidak mengalami masalah rabun warna.Mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi 3 kaedah iaitu:\nLaman Web : https://www.perda-tech.edu.my/Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH: http://intake.perda-tech.edu.myGoogle form: http://tiny.cc/PermohonanSesiJulai-2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke PERDA-TECH, sila hubungi di talian 04-599 1100/011-5675 0438.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-transformasi-sekolah-ts25/", "title": "Program Transformasi Sekolah TS25", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25\nProgram TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program TS25 ini untuk makluman semua.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Transformasi Sekolah (TS25)?\n\n \nMatlamat Program\n\n \nObjektif TS25\n\n \nKonsep Program Transformasi Sekolah (TS25)\n\n \nElemen Kemenjadian Murid :\n\n \nElemen Sekolah Berkualiti :\n\n \nPeranan Rakan Elit\n\n\nApakah Program Transformasi Sekolah (TS25)?\nMesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).\nProgram Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.\n\n\n\n\n\n\nTS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM\u00a0 2013 \u2013 2025).\nProgram TS25 bermula bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017, sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018, sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang terlibat sebanyak 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula, tambahan sebanyak 500 buah sekolah lagi telah dilibatkan dalam program ini di seluruh Malaysia.\nProgram TS25 melibatkan sokongan\u00a0Master Trainer (MT)\u00a0dan Rakan\u00a0Educational Leadership and Instructional Team\u00a0(Rakan\u00a0ELIT) yang terdiri daripada kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pegawai SIPartners+ dan Pegawai SISC+.\nMenjelang tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\n\nMatlamat Program\nMatlamat Program TS25 adalah untuk :\n\nKepimpinan\n\nMemantapkan kepimpinan sekolah;\n\nKualiti Pengajaran dan Pembelajaran\n\nMemaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP); dan\n\nPenglibatan Komuniti\n\nMengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.\n\nObjektif TS25\nObjektif utama program TS25 adalah untuk :\n\nmengaplikasi konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP);\nmembangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan (GPK),\u00a0School Improvement Partners Plus (SIPartners+)\u00a0dan\u00a0School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+);\u00a0dan\nmembangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.\n\nKonsep Program Transformasi Sekolah (TS25)\nKonsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :\n\nPersekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.\nPenglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.\nDisokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.\nGuru yang kompeten, beraspirasi tinggi.\nKomitmen komuniti yang padu.\n\n\nElemen Kemenjadian Murid :\nPendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025.\nElemen Sekolah Berkualiti :\nSekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.\n\nPeranan Rakan Elit\nRakan ELIT Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),\u00a0School Improvement Partners Plus (SIPartners+)\u00a0dan\u00a0School\u00a0Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+)\u00a0berperanan\u00a0memberi sokongan profesional\u00a0kepada sekolah-sekolah di bawah Program TS25.\n*Sokongan profesional : Bimbingan / Pementoran / Kunjung bantu / Khidmat nasihat /\nKonsultasi / Perundingan / dll.\nSumber: https://jpnpp.moe.gov.my/pendidik/program-transformasi-sekolah-2025\nBaca juga: \n\nBiodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\nBorang Permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ubes-3-0/", "title": "UBES 3.0: Permohonan Program Usahawan Belia Sejahtera 3.0", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEBAHAN PENCARIAN PESERTA UBES 3.0 (PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA)\nSukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menawarkan sebuah Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) untuk semua belia / beliawanis yang berminat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0)?\n\n \nSyarat Kelayakan UBES 3.0\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0)?\nUBES 3.0 merupakan salah satu inisiatif oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu untuk membantu memajukan usahawan muda.\n\n\n\n\n\n\nObjektif Program\nMembantu belia dan beliawanis lepasan SPM dan Sijil Kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke IPTA / IPTS dan berminat untuk menceburi / mengembangkan perniagaan sedia ada.\nKeistimewaan program ini termasuklah:\nLatihan dan bimbinganGeran peralatan sehingga RM5000Geran pembangunan perniagaan sehingga RM2000Coacing dan pemantauan perniagaan\n\nBaca juga: \nPermohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022)Touch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online\nSyarat Kelayakan UBES 3.0\nSyarat-syarat Kelayakan:-\nWARGANEGARA MALAYSIA berumur tidak kurang daripada 18 \u2013 35 tahun.BUMIPUTERA dan beragama ISLAM.RAKYAT TERENGGANU terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Terengganu (Perantau).Tahap pendidikan minima SPM.Lengkap 2 dos vaksin.Berminat menjadi usahawan sepenuh masa.Sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi.\nCara Permohonan\nUntuk Pendaftaran Sila klik pautan berikut:\nhttps://bit.ly/permohonan-UBES\nTarikh Tutup Permohonan\n16 Januari 2022 (Ahad, jam 12 tengah malam)\nMaklumat Lanjut\nHubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan @ 09-6242424 (Bahagian Pembangunan Usahawan)\nLatarbelakang Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)\nYayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 di bawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai Syarikat Jaminan Terhad (\u2018LIMITED BY GUARANEE\u2019).\nYPU telah mula beroperasi pada 1 Julai 1994 di Wisma Darul Iman sebagai Agensi Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu yang mengkhususkan kepada usaha untuk Mewujud dan Menyelaras Program Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu.\n\u201cBERSAMA MEMBINA KECEMERLANGAN\u201c\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-juara-piala-dunia-fifa/", "title": "Piala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPiala Dunia FIFA atau FIFA World Cup hanya beberapa bulan sahaja lagi dan rata-rata pasukan yang layak sedang berada dalam fasa terakhir latihan bagi memantapkan pasukan masing-masing.\nSiapakah yang bakal menjadi juara FIFA World Cup pada tahun ini?\nAdakah Perancis? Brazil? Jerman? England? Sama-sama kita nantikan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penganjuran Piala Dunia FIFA\n\n \nSenarai Juara Piala Dunia Dari Tahun 1930 Hingga 2018\n\n \nNegara Pemenang Paling Banyak\n\n \nInfo World Cup FIFA 2022\n\n\nSejarah Penganjuran Piala Dunia FIFA\nSebelum Piala Dunia dianjurkan seperti pada masa kini, kejohanan bola sepak yang diatur sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik Musim Panas diberi prestij paling tinggi. \nTetapi pada tahun 1920-an, permainan ini menghadapi peralihan kepada profesionalisme yang tidak selaras dengan semangat Olimpik. \n\n\n\n\n\n\nOleh itu, badan kerajaan, FIFA, membuat perancangan untuk menganjurkan kejohanan ini. \nKeputusan penyusunan edisi pertama secara rasmi diisytiharkan pada 26 Mei 1928.\nPiala Dunia rasmi pertama telah dimainkan di Uruguay 1930 dan sejak itu kejohanan ini diadakan setiap tahun keempat (dengan pengecualian akibat gangguan akibat Perang Dunia Kedua). \nWalau bagaimanapun, terdapat beberapa kejohanan pra-FIFA tidak rasmi pada penghujung 1800-an, pada masa yang hanya terdapat beberapa pasukan kebangsaan. \nSatu lagi \u201cpiala dunia\u201d tidak rasmi yang diatur sebelum 1930 ialah Sir Thomas Lipton Trophy yang diadakan pada 1909 dan 1911. \nSelain FIFA World Cup, pertandingan bola sepak Olimpik Musim Panas akan menjadi tanda pasukan kebangsaan terbaik sebelum 1930. \nKejohanan Olimpik bagaimanapun hanya daripada pasukan amatur oleh itu pertandingan Piala Dunia menjadi pertandingan tingkat tertinggi bola sepak.\nSenarai Juara Piala Dunia Dari Tahun 1930 Hingga 2018\nBerikut merupakan pemenang bagi setiap edisi sejak penganjuran kali pertamanya pada tahun 1930:\n1930 \u2013 Uruguay1934 \u2013 Itali1938 \u2013 Itali1950 \u2013 Uruguay1954 \u2013 Jerman Barat1958 \u2013 Brazil1962 \u2013 Brazil1966 \u2013 England1970 \u2013 Brazil1974 \u2013 Jerman Barat1978 \u2013 Argentina1982 \u2013 Itali1986 \u2013 Argentina1990 \u2013 Jerman Barat1994 \u2013 Brazil1998 \u2013 Perancis2002 \u2013 Brazil2006 \u2013 Itali2010 \u2013 Sepanyol2014 \u2013 Jerman2018 \u2013 Perancis\nSumber: BERNAMA Radio\nNegara Pemenang Paling Banyak\nSecara statistiknya, berikut merupakan negara yang paling banyak memenangi kejohanan ini:\nBrazil \u2013 5Jerman \u2013 4Itali \u2013 4Argentina \u2013 2Perancis \u2013 2Uruguay \u2013 2Sepanyol \u2013 1England \u2013 1\nInfo World Cup FIFA 2022\nPiala Dunia FIFA 2022 akan menjadi kejohanan ke-22, sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan daripada ahli persatuan FIFA. Ia akan diadakan di Qatar pada 2022. \nIni akan menjadi Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Dunia Arab dan yang pertama di negara majoriti Muslim.\nKejohonan kali ini akan menjadi kejohanan kedua yang diadakan sepenuhnya di Asia selepas kejohanan 2002 di Korea Selatan dan Jepun.\nDi samping itu, kejohanan ini akan menjadi yang terakhir untuk melibatkan 32 pasukan, dengan peningkatan kepada 48 pasukan yang dijadualkan pada kejohanan 2026. \nBaca selanjutnya: Piala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sistem-maid-online-smo/", "title": "Sistem Maid Online (SMO): Permohonan Pembantu Rumah Asing", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang sedang mencari pembantu rumah asing, kini anda boleh menggunakan Sistem Maid Online (SMO) untuk memudahkan majikan membuat permohonan secara atas talian.\nUntuk makluman, Kerajaan telah membenarkan majikan untuk memohon PRA secara terus dalam talian dan akan bermula pada\u00a01 Januari 2018.\nBerikut kami kumpulkan maklumat lanjut tentang proses dan cara permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara online.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem Maid Online?\n\n \nSyarat Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA)\n\n \nSiapa Yang Tidak Layak?\n\n \nSyarat-syarat kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)\n\n \nCara Permohonan Melalui Sistem Maid Online (SMO)\n\n \nKos Permohonan PRA\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Sistem Maid Online (SMO)\n\n\nApakah Sistem Maid Online?\nMenerusi sistem ini, majikan boleh mengemukakan permohonan secara terus dan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal https://maid-online.imi.gov.my\nMajikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada 9 buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara\u00a0\n\n\n\n\n\n\nIndonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.\nProgram ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.\nSyarat Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA)\nApakah syarat-syarat kelayakan\u00a0bagi majikan dan bakal PRA yang layak untuk mengemukakan permohonan ini?\nAntara syarat-syarat kelayakan Majikan adalah:\nMajikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahajaMajikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)Anak kelainan upaya (tiada had umur)Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzurIbu bapa yang uzur/ sakit; atauAhli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelasPermohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahajaKelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 (mengikut negara sumber)Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masaBagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utamaIbu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA.Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahajaMajikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja.Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.Majikan juga hendaklah mengambil Polisi Insuran untuk menggajikan PRA dimana polis tersebut mestilah merangkumi aspek kemalangan, kematian dan rawatan perubatan\nBilNegara SumberJumlah Pendapatan Majikan1IndonesiaRM 3,000.002FilipinaRM 5,000.003Sri LankaRM 5,000.004ThailandRM 3,000.005KembojaRM 3,000.006IndiaRM 5,000.007LaosRM 3,000.008VietnamRM 3,000.009NepalRM 5,000.00\nBaca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)\nSiapa Yang Tidak Layak?\nMajikan berikut tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:\nDiisytiharkan muflis oleh pihak berkuasaDisenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja atauMempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia\nSyarat-syarat kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)\nBakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonanBakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut: Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam JabatanBakal PRA telah melepasi pemeriksaan kesihatan (FOMEMA).Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.\nCara Permohonan Melalui Sistem Maid Online (SMO)\nUntuk membuat permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA), sila ikuti langkah mudah ini:\nBuka laman web Sistem Maid Online (SMO)Daftar di pautan ini: https://maid-online.imi.gov.my/maid/main?registerLogin sebagai penggunaIsikan maklumat dan Kemaskini Maklumat MajikanMuat naik dokumen yang disenaraikanHantar permohonan Maid Online\n*Untuk langkah yang lebih terperinci, sila rujuk Manual Pengguna di SINI.\nProsedur permohonan PRA bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sah adalah mengikut carta alir berikut:\n\nKos Permohonan PRA\nPecahan kos yang terlibat adalah seperti berikut:\n\n*Nota:\nBayaran MEV dan SEV adalah berdasarkan negara-negara sumber\n\nBaca juga: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021\nMaklumat Lanjut Tentang Sistem Maid Online (SMO)\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan boleh dirujuk secara terus kepada\u00a0call centre\u00a0Unit Pembantu Rumah Asing melalui talian 03-88801468 atau boleh buat pertanyaan melalui emel\u00a0[email\u00a0protected]\nLain-lain pertanyaan mengenai permohonan ini turut boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 \u2013 88801555.\nRujuk laman web https://maid-online.imi.gov.my atau berhubung melalui Facebook Jabatan Imigresen Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pelitup-muka-selangor-peniaga/", "title": "Semua Peniaga / Pengendali Makanan Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemua peniaga, penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajib memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan mulai 1 Januari 2023 ini.\nMajlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam hantaran di Facebook berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan itu.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang penguatkuasaan berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemua Peniaga / Pengendali Makanan Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka\n\n \nTarikh Kuatkuasa\n\n\nSemua Peniaga / Pengendali Makanan Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka\n\u201cMerujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor, mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor berkuatkuasa 1 Januari 2023.\u201d\n\u201cSemua penyedia dan pengendali makanan di Negeri Selangor wajib mematuhi arahan tersebut sebagai salah satu kaedah untuk menjaga kebersihan.\u201d\n\u201cTindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan.\u201d\nSumber: Majlis Perbandaran Selayang\n\nMerujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor, mensyaratkan pemakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor berkuatkuasa 1 Januari 2023. pic.twitter.com/p2hRnknCH4\u2014 MPSelayang (@MPSelayang) December 27, 2022\n\nPortal kerajaan negeri, Selangorkini, memetik Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain sebagai berkata keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor itu dibuat pada 7 September lalu dalam mesyuarat bulanannya.\n\u201cLangkah ini adalah untuk memastikan pekerja yang mengendalikan mananan dan minuman mengutamakan kebersihan di premis perniagaan,\u201d katanya.\nTarikh Kuatkuasa\n1 Januari 2023\n\nBaca juga: \n\nTarikh Pembentangan Belanjawan 2023 / Bajet 2023\n11 Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana \u2013 MetMalaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/umno/", "title": "UMNO : Sejarah, Senarai Majlis Tertinggi & Organisasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUMNO terkenal sebagai parti bercorak demokratik yang tertua di Malaysia. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui informasi lanjut mengenai UMNO. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan UMNO\n\n \nKerjasama UMNO Dengan Parti Berbilang Kaum\n\n \nAsas dan Tujuan Penubuhan\n\n \nMajlis Tertinggi UMNO\n\n \nBadan Perhubungan Negeri UMNO\n\n \nJemaah Penasihat dan Majlis\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSejarah Penubuhan UMNO\nDitubuhkan pada 11 Mei 1946, UMNO atau United Malays National Organization menyaksikan kepimpinan pertama oleh Dato\u2019 Onn Jaafar dalam usaha mengukuhkan semangat kebangsaan Melayu dan dikatakatan menjadi pencetus kepada perkembangan politik dan ekonomi orang-orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu.\nBaca Juga : Barisan Nasional : Organisasi, Struktur Kepimpinan, Ahli Parlimen\n\nKerjasama UMNO Dengan Parti Berbilang Kaum\nKehidupan berbilang kaum di Malaysia turut menggerakkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.\nKemenangan yang mereka peroleh menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.\nPilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955 turut menyaksikan perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum.\nAsas dan Tujuan Penubuhan\nUMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.\n\n\n\n\n\n\nTujuan-tujuan UMNO adalah seperti berikut :\nMenegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara.Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membelaKepentingan Raja-raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri di Malaysia.Membela nasib rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum.Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli khasnya serta rakyat Malaysia amnya.Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang kuat dan\u00a0bersatu berasaskan prinsip-prinsip hak Asasi Manusia dan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli.\n\nMajlis Tertinggi UMNO\nPresiden\n\u00a0YB Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi\nTimbalan Presiden\nYB Dato\u2019 Seri Utama Mohamad bin Hasan\nNaib Presiden\nYB Dato\u2019 Seri Ismail Sabri bin YaakobYB Dato\u2019 Seri Diraja Haji Mahdzir bin KhalidYBhg Dato\u2019 Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin\nKetua Wanita\nYB Datuk Seri Noraini binti Ahmad\nKetua Pergerakan Pemuda\nYBhg Dato\u2019 Dr Asyraf Wajdi bin Dato\u2019 Dusuki\nKetua Pergerakan Puteri\nYBhg Dato\u2019 Zahida binti Zarik Khan\nSetiausaha Agung\nYB Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan\nBendahari Agung\nYB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor\nKetua Penerangan\nSaudara Shahril Sufian bin Hamdan\nAhli Majlis Kerja Tertinggi\nYB Dato\u2019 Seri Diraja Dr Zambry bin Abd KadirYB Datuk Dr Shamsul Anuar bin NasarahYB Dato\u2019 Seri Reezal Merican bin Naina MericanYB Dato\u2019 Sri Hj Mohd Sharkar bin Hj ShamsudinYBhg Datuk Seri Abd Rahman bin DahlanYBhg Datuk Seri Razali bin IbrahimYB Dato\u2019 Sri Azalina binti Dato\u2019 OthmanYB Dato\u2019 Sri Bung Moktar bin Haji RadinYB Dato\u2019 Md Alwi bin Che AhmadYBhg Datuk Rosnah binti Hj Abdul Rashid ShirlinYB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez bin Abdul RahimYB Tan Sri Noh bin Haji OmarYBhg Dato\u2019 Sri Ahmad Shabery bin CheekYBhg Mejar Jen Dato\u2019 Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B)YBhg Dato\u2019 Dr Fathulbari bin Mat JahyaYBhg Dato\u2019 Azian bin OsmanYB Datuk Khaidhirah binti Daro\u2019 Seri Abu ZaharYB Dato\u2019 Ahmad Jazlan bin YaakubYB Dato\u2019 Jalaluddin bin AliasYB Datuk Seri Utama Ir Hj Hasni bin MohammadYB Datuk Zahidi bin Zainul AbidinYB Datuk Suraya binti Yaacob\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (Dilantik)\nYB Datuk Seri Abdul Rahman bin MohamadYB Datuk Rosni binti SoharYB Sen Dato Arman Azha bin Abu HanifahYB Datuk Haji Yaakub KhanYBhg Dato\u2019 Norliza bt Abdul RahimYB Datuk Rais bin Datuk Wira YassinNurul Amal bt Mohd FausiYB Datuk Mohd Puad bin ZarkashiYBhg Datuk Johan bin Abd AzizYBhg Datuk Ir Dr Shaik Hussein bin MydinYBhg Datuk Mohd Razlan bin Muhammad RafiiSdr Hizatul Isham bin Abd JalilYB Datuk Hj Rizam IsmailAhli Majlis Kerja Tertinggi (Turut Hadir)YAB Datuk Seri Wan Rosdy Bin Wan IsmailYAB Dato\u2019 Seri Azlan Bin ManYB Dato\u2019 Saarani Bin MohamadYBhg Datuk Haji Musa Bin Haji Sheikh FadzirYBhg Datuk Seri Haji Johari Bin Abdul GhaniYB Dato Sri Ab Rauf Bin YusohYB Dato\u2019 Seri Ahmad Bin SaidYB Dato\u2019 Haji Ismail Bin LasimYB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali\nSetiausaha\nYBhg Dato\u2019 Mohd Sumali Bin Reduan\nBadan Perhubungan Negeri UMNO\nYB Dato\u2019 Sri Bung Moktar Bin Haji Radin (Sabah)YAB Dato\u2019 Seri Azlan Bin Man (Perlis)YBhg Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom (Kedah)YBhg Datuk Haji Musa Bin Haji Sheikh Fadzir (P.Pinang)YB Dato\u2019 Saarani Bin Mohamad (Perak)YBhg Datuk Seri Haji Johari Bin Abdul Ghani (Wilayah Persekutuan)YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar (Selangor)YB Dato Seri Utama Mohamad Bin Hasan (Negeri Sembilan)YBhg Dato\u2019 Sri Ab Rauf Bin Yusoh (Melaka)YB Dato\u2019 Ir Hasni Bin Mohammad (Johor)YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub (Kelantan)YB Dato\u2019 Seri Ahmad Bin Said (Terengganu)YAB Datuk Seri Wan Rosdy Bin Wan Ismail (Pahang)\nJemaah Penasihat dan Majlis\nJemaah Penasihat UMNO\nYBM Tengku Razaleigh Hamzah\nPengerusi Majlis dan Sekretariat UMNO Malaysia\nYB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Syiar Islam)YB Dato\u2019 Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan (Pengerusi Majlis Hak Asasi dan Kepentingan Melayu/Bumiputera)YB Dato\u2019 Sri Mahdzir Khalid (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Kedaulatan Raja-Raja)YB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Perlembagan dan Perundangan)YBhg Dato\u2019 Seri Haji Khaled Nordin (Pengerusi Majlis Dasar Awam (Public Policy))YB Tan Sri Datuk Seri Haji Annuar Musa (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Bahasa dan Kebudayaan)YB Dato\u2019 Dr Shamsul Anuar Nasarah (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Komunikasi dan Media)YBhg Datuk Seri Haji Johari Ghani (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan)\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai UMNO, sila ikuti laman Facebook UMNO Online dan laman rasmi UMNO di pautan https://umno.org.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-cuti-penjawat-awam-pesara/", "title": "Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 \u2013 Tourism Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.\nProgram yang mendapat kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato\u2019 Sri Hajah Nancy Shukri di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pakej Cuti Penjawat Awam 2021 / 2022 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 / 2022?\n\n \nDiskaun & Pakej Yang Terlibat\n\n \nCara Buat Tempahan\n\n \nTarikh Tempahan & Sahlaku\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 / 2022?\nSebanyak 457 pakej telah dibangunkan melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang. \n\n\n\n\n\n\nPakej yang dilancarkan adalah inisiatif utama di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari MOTAC, penebusan insentif dalam bentuk diskaun/rebat/baucar yang ditawarkan kepada Keluarga Malaysia.\nKeluarga Malaysia dalam kalangan para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tempahan hotel, tiket masuk tempat percutian, pakej penginapan dan diskaun aktiviti menarik sehingga 30 peratus.\n\n\nDiskaun & Pakej Yang Terlibat\nAntara produk pelancongan yang tersenarai ialah Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Mulu, Royal Belum, Kilim Geoforest Park, Danum Valley, Wakaf Che Yeh, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi.\nBerikut dikongsikan sedikit screenshot antara tawaran yang boleh diperolehi dari laman web Tourism Malaysia untuk penjawat awam.\n\n\nCara Buat Tempahan\nSemua Pejawat Awam dan Pesara Kerajaan, anda boleh mendapatkan lebih 400 pakej yang menarik dengan harga berpatutan dari seluruh negara melalui Portal Rasmi Tourism Malaysia di pautan :\n https://deals.malaysia.travel/deals. \nMaklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.\nTarikh Tempahan & Sahlaku\nTempahan boleh dibuat mulai 31 Oktober di laman web Tourism Malaysia.\nTempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2022.\nBaca juga: eStart: Kredit Belia RM150 e-Skim Transaksi Tanpa Tunai\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/espbt/", "title": "Login eSPBT KPM: Sistem Pesanan Buku Teks SPBT (espbt.moe.gov.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem eSPBT adalah versi baru Sistem Pesanan Buku Teks bagi memesan buku kegunaan tahun hadapan. \nApabila mula tahun baru, setiap murid perlu memesan buku teks sekolah yang baharu.\nJika dilakukan secara manual, tentu ianya memakan masa dan menyukarkan sistem kerja pegawai yang terlibat.\nDalam artikel ini dikongsikan serba sedikit tentang sistem eSPBT secara ringkas.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eSPBT?\n\n \nCara Buat Pesanan Buku Teks Melalui eSPBT\n\n \nSenarai Tajuk Bahan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah eSPBT?\nBagi memudahkan pengurusan skim pinjaman buku teks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan buku teks online.\n\n\n\n\n\n\nSistem eSPBT ini telah dibangunkan dan ditambahbaik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa iaitu secara atas talian dan capaian internet melalui laman web https://espbt.moe.gov.my.\nVersi sistem pesanan terdahulu adalah\u00a0BTBT Online\u00a0yang telah dibangunkan menggunakan ORACLE 6i.\nPengguna bagi sistem ini terdiri daripada\u00a0Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT)\u00a0selaku pentadbir dan urus setia sistem.\nBaca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online\nCara Buat Pesanan Buku Teks Melalui eSPBT\nBerikut dikongsikan secara umum tentang cara membuat pesanan buku sekolah melalui sistem ini.\nSila klik ke laman web rasmi Sistem Pesanan Buku Teks\u00a0https://espbt.moe.gov.my/Anda digalakkan menggunakan sistem browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mengakses laman web ini.Masukkan kod sekolah anda serta kata laluan (password) untuk login ke sistem ini.Pastikan sebelum anda melakukan pesanan buku teks secara online (atas talian), anda muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebutSetelah berjaya login, sila klik butang \u2018PROFIL\u2019 untuk melakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang tepat dan terkiniKemudian, klik butang \u2018PRA PESANAN\u2019 di mana anda perlu download \u2018Borang Maklumat Stok Buku\u2019 untuk anda lengkapkanENROLMEN MURID perlu dilakukan bagi mengesahkan murid yang mendapat buku teksGuru besar atau Pengetua Sekolah perlu login dengan ID pengguna dan password untuk mengesahkan segala butiran yang telah diisikan.\nAnda boleh rujuk panduan lengkap bergambar melalui Manual Pengguna eSPBT Sistem Pengurusan Buku Teks KPM di bawah:\neSPBT-MANUAL-PENGGUNA-MODULSEKOLAHDownload\nProsedur pesanan buku SPBT adalah seperti berikut:\nTaklimat Pesanan Buku Teks SPBTJana Dan Penyediaan Data Pra PesananPengisian dan Pengesahan Data Enrolmen Murid dan Data Unjuran Enrolmen MuridSemakan Data Enrolmen Dan Data Unjuran Enrolmen MuridPengesahan Data Enrolmen Dan Unjuran Enrolmen MuridKemasukan Data PesananPengesahan Data PesananSemakan Status Pesanan SekolahSemakan dan Pembetulan Data / Agihan DalamanPembentangan Data dan Kos Pesanan untuk kelulusan Pengarah JPNSerahan data pesanan kepada BSTP mengikut format yang ditetapkanKelulusan untuk penurunan waran dan penentuan kelompok pesananSemak Jumlah Naskhah, Perbelanjaan dan Penyata BTBT481, 451 dan bandingkan dengan Penyata BTBT320Penyediaan Kontrak Pesanan (Contract Order)Jana dan Simpan Penyata Pesanan BTBT320, 481, 451Serah Kontrak Pesanan (Contract Order) berserta Penyata BTBT481, 451 kepada PenerbitPembekalan Buku TeksPemantauan Pembekalan dan Tuntutan Pembayaran\nBaca juga: SPLKPM: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)\nSenarai Tajuk Bahan\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan berikut beserta borang yang disertakan.\nSENARAI TAJUK BAHAN1.Panduan Am Pesanan Buku Teks Arus Perdana Tahun 20202.Borang Unjuran Enrolmen Murid Arus Perdana3.Borang Unjuran Enrolmen Murid Program DLP Arus Perdana4.Panduan Am Pesanan Buku Teks Pendidikan Khas Tahun 20205.Borang Unjuran Enrolmen Murid Pendidikan Khas6.Borang Maklumat Stok Pendidikan Khas\nMaklumat Lanjut\nJika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :\nBahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP)Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara,50604 Wilayah Persekutuan KL.\nFaks : 03-20817788\nTelefon : 03-20818111 / 03-20818085 / 03-20818194 / 03-20818121\natau\nUnik Aplikasi Sekolah (UAS)Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Aras 3 &4, Blok E11,Kompleks E,62604 Putrajaya.\nE-mel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/alternatif-google-adsense/", "title": "5 Alternatif Google Adsense Untuk Pengiklanan Website Anda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJika anda ingin menjana sedikit pendapatan tambahan daripada blog anda, anda boleh cuba meletakkan iklan di tapak anda menggunakan Google Adsense atau beberapa alternatif Google Adsense.\nKali ini, mari lihat beberapa syarikat pengiklanan lain bagi Google Adsense yang boleh anda cuba letak di halaman website anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMengapa bukan Google Adsense?\n\n \n1. Media.Net\n\n \n2. PropellerAds\n\n \n3. InfoLinks\n\n \n4. Bidvertiser\n\n \n5. Revcontent\n\n\nMengapa bukan Google Adsense?\n\nJika Google tidak membenarkan blog anda untuk akaun AdSense, anda memerlukan rangkaian pengiklanan dengan keperluan kelulusan yang lebih santai untuk bermula.\nDalam sesetengah kes akaun Adsense anda mungkin dibekukan kerana melanggar terma dan syarat Adsense, maka anda boleh menggunakan pengiklan alternatif Goggle Adsense untuk menjana duit bagi blog anda. \nSesetengah syarikat pengiklan juga menetapkan jumlah yang lebih sedikit untuk membolehkan anda mengeluarkan duit pendapatan anda, berbanding Google Adsense.\n\n\n\n\n\n\n1. Media.Net\nMedia.net ialah peneraju dalam pengiklanan kontektual. \nPerkhidmatan ini dikendalikan oleh Bing dan Yahoo dan ia secara meluas dianggap sebagai alternatif AdSense untuk penerbit dan pengiklan. \nMedia.net menawarkan berbilang jenis iklan paparan dan iklan asli untuk desktop dan mudah alih, dan anda boleh mengharapkan untuk memperoleh pendapatan yang sama daripada iklan ini seperti yang anda lakukan dengan AdSense.\nInfo lanjut: https://www.media.net/\n2. PropellerAds\nPropellerAds ialah platform yang berkembang pesat yang menyediakan peluang menjana pendapatan untuk kedua-dua tapak blog baharu dan lama. \nPropellerAds terkenal dengan iklan popunder, yang dimuatkan di belakang tetingkap (browser) semasa dan muncul apabila tetingkap ini ditutup.\nInfo lanjut: https://propellerads.com/\n3. InfoLinks\nInfoLinks menyediakan alternatif yang kompetetif untuk memaparkan iklan \u2014 keistimewaannya ialah peletakan pengiklanan dalam teks.\nInfoLinks mencari kata kunci dalam kandungan teks blog anda dan secara automatik mengaitkan iklan dengan coretan teks yang berkaitan.\nInfo lanjut: https://www.infolinks.com/\n4. Bidvertiser\nBidvertiser beroperasi pada sistem kempen pembidaan.\nDaripada meletakkan iklan secara automatik, Bidvertiser menjual ruang iklan paparan di tapak web anda kepada mana-mana pengiklan yang membayar paling banyak.\nInfo lanjut: https://www.bidvertiser.com/\n5. Revcontent\nRevcontent ialah peneraju dalam iklan native dan alternatif Google Adsense lain, yang direka untuk memadankan rupa dan mood kandungan blog anda. \nIklan ini sangat disasarkan untuk membantu mereka bergabung di halaman web anda agar rekabentuknya nampak lebih natural.\nRevcontent juga menawarkan iklan dalam format lain seperti paparan, mudah alih dan video.\nInfo lanjut: https://www.revcontent.com/\nSelamat mencuba!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-saman/", "title": "Diskaun Saman PDRM \u2013 Kadar Khas RM50 Setiap Saman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKADAR KHAS BAYARAN SAMAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2023\nPada petang tadi, YAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). \nDengan tawaran ini, orang ramai boleh melunaskan setiap saman boleh dengan hanya RM50!\nAyuh jangan lepaskan peluang ini ! \nDaftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.\n\n\n\n\n\n\nJom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDiskaun Saman PDRM / Kadar Khas Bayaran Saman Sempena Hari Raya Aidilfitri\n\n \nTempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman\n\n \nCara Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut / Muat Turun Aplikasi MyBayar Saman\n\n\nDiskaun Saman PDRM / Kadar Khas Bayaran Saman Sempena Hari Raya Aidilfitri\nJabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.\nKadar Khas ini terpakai bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). \nSetiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.\nTempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman\nKadar khas ini bermula 21 April 2023 jam 8.00 pagi.\n\nCara Pembayaran\nPolis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyediakan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memastikan orang ramai boleh membayar saman mereka melalui saluran berikut :\ni) Aplikasi Mybayar Saman\nii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)\niii) Mesin ATM Maybank seluruh negara\niv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia\nJangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.\nMaklumat Lanjut / Muat Turun Aplikasi MyBayar Saman\nOrang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :\ni) Portal \u2013 https://mybayar.rmp.gov.my\nii) Google playstore \u2013 https://play.google.com/store/apps/details\u2026\niii) Apple store \u2013 https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016\niv) Huawei Appstore \u2013 https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205\nSumber / info sahih daripada : Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-keputusan-muet/", "title": "Semakan Keputusan MUET 2023 Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN KEPUTUSAN MUET SESI 1 TAHUN 2023 DAN RAYUAN SEMAK SEMULA\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan secara online atau melalui SMS.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2023\n\n \nRayuan Semakan Semula Keputusan MUET\n\n \nKomponen Ujian MUET\n\n \nPendaftaran MUET 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2023\nKEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 1 TAHUN 2023\nUntuk makluman, keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2022 boleh disemak mulai 8 Jun 2023, jam 10.00 pagi.\nSemakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:\nKAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE\n\n\n\n\n\n\nSila ke pautan : https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/\nKAEDAH 2 : SEMAKAN SMS\nMelalui SMS \nSila taipkan : MUETRESULTNo. KP \ndan hantar ke 15888.\nContoh: MUET RESULT 09050310xxx\nJika ada sebarang pertanyaan, sila e-mel ke: [email\u00a0protected]\n\nRayuan Semakan Semula Keputusan MUET\nSekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula keputusan MUET, anda boleh rujuk maklumat di bawah dengan teliti.\nSemua jenis calon boleh memohon semak semula keputusan:\n\nCalon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM\u00a0http://www.mpm.edu.my\u00a0atau url\u00a0http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.\nYuran bagi rayuan penyemakan semula ialah\u00a0RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui\u00a0FPX\u00a0(dikenakan caj tambahan sebanyak\u00a0RM2.00) atau melalui\u00a0Kad Kredit/Kad Debit\u00a0(dikenakan caj tambahan\u00a0RM2.50).\nTarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah\u00a0seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan\u00a0bagi setiap sesi.\nKeputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM\u00a0http://www.mpm.edu.my\u00a0selepas 18 hari\u00a0permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan\u00a0mengeluarkan Sijil MUET baharu\u00a0kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja\n\nBaca juga: \n\nCara Padam Akaun Facebook Lama (Yang Dah Lupa Password)\n\nKomponen Ujian MUET\nPeperiksaan MUET meliputi empat kertas iaitu:\n\nListening (30 minit)\nSpeaking (30 minit)\nReading (90 minit)\nWriting (90 minit)\n\nKeputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah\u00a0lima tahun\u00a0mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.\nPendaftaran MUET 2023\nPendaftaran MUET boleh dilakukan secara dalam talian (online). \nBayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan https://muet.mpm.edu.my\nCalon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.\nSila rujuk : Pendaftaran MUET 2022 & Kalendar Tarikh Peperiksaan Terkini\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/ \natau\nhubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email\u00a0protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-ippks/", "title": "Tawaran Skim Pembiayaan Mudah (IPPKS) Untuk Pekebun Kecil Sawit", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Skim Pembiayaan Mudah (IPPKS) Untuk Pekebun Kecil Sawit\nSukacita dimaklumkan bahawa Agro-Bank Malaysian Palm Oil Board (MPOB) kini menawarkan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) kepada pengusaha sawit yang berkelayakan.\nSkim IPPKS ini ditawarkan bagi membantu pekebun kecil sawit membeli input pertanian seperti baja, anak benih serta racun serangga perosak untuk pengurusan kebun.\nPembiayaan khas kepada peladang sawit ini juga bermatlamat untuk menggandakan lagi hasil pertanian mereka dan seterusnya dapat menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai IPPKS dengan lebih lanjut.\nProses pembajaan kini cuma 3-4 jam sahaja dengan menggunakan baja sawit ini. Dapatkannya sekarang!\nBaca Juga : Semakan BMT RISDA (Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2022)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar & Tempoh Pembiayaan Skim IPPKS\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n\nKadar & Tempoh Pembiayaan Skim IPPKS\nKadar serta tempoh pembiayaan bagi skim ini adalah seperti berikut :\n\n\u00a0Kadar pembiayaan = RM2,500 bagi setiap hektar\nJumlah pembiayaan maksima = RM16,250\nTempoh pembiayaan = 24 bulan\n\n\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 58 tahun.\nPekebun kecil persendirian dengan jumlah pemilikan tanah tidak melebihi 40.66 hektar.\nMemiliki sawit berusia kurang daripada 22 tahun.\nMemiliki lesen MPOB.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu dapatkan borang permohonan di cawangan Agro Bank terdekat atau Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara.\nBorang permohonan perlu diisi dan dihantar bersama yang diperlukan ke mana-mana cawangan Agro Bank terdekat.\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nPemohon dikehendaki untuk hantar borang bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\n\nSalinan kad pengenalan.\nSalinan dokumen pemilikan tanah.\nSalinan lesen MPOB.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim IPPKS, sila hubungi Pn. Rahmahwati Rasuddin iaitu di talian 03-8769 3855 ([email\u00a0protected]) atau hubungi talian di bawah:\n\n03-8769 4370\n03-8769 4255\n03-8769 3930\n\nAnda juga boleh layari laman web MPOB di pautan https://www.mpob.gov.my/ untuk maklumat lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-pemandu-buddy-driver/", "title": "Cara Daftar Sebagai Pemandu Buddy Driver", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPernah dengar mengenai Buddy Driver (atau singkatannya BD) dan ingin daftar sebagai pemandu?\nDi Malaysia, begitu banyak syarikat yang sudah menawarkan perkhidmatan pandu seru dan in merupakan perkara yang sihat kerana mampu memberi saingan kepada Grab.\nSecara tidak langsung, persaingan ini akan menggalakkan setiap syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing ini memberikan perkhidmatan terbaik mereka untuk memenangi hati pelanggan mereka. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKeunikan Buddy Driver\n\n \nAplikasi Buddy Driver\n\n \nDaftar sebagai pemandu\n\n\nKeunikan Buddy Driver\nBerbanding Grab, Maxim, inDriver dan penyedia e-hailing lain, konsep Buddy Driver agak unik dan istimewa.\n\n\n\n\n\n\nDengan Buddy Driver, anda boleh \u201cmenyewa\u201d seorang pemandu peribadi dengan kadar tertentu serendah RM30/jam.\nKemudahan e-hailing mengenakan caj berdasarkan destinasi namun apabila anda perlu ke banyak destinasi dalam masa yang singkat, anda perlu mendapatkan pemandu baru setiap kali hendak ke destinasi seterusnya.\nDengan BD, anda boleh meminta pemandu untuk tunggu anda sementara anda menyelesaikan urusan anda sebelum ke destinasi seterusnya.\nDengan Buddy Driver, anda seolah-olah menyewa seorang pemandu peribadi dalam jangka masa terhad dengan tawaran harga yang kompetetif. \nSemasa tempoh pengenalan BD, kadar ditetapkan pada RM30 untuk jam pertama, dan RM20 untuk setiap jam berikutnya.\nAplikasi Buddy Driver\n\nSekiranya anda seorang penumpan atau pemandu Buddy Driver, anda boleh memuat turun aplikasi Trevo di peranti mudah alih anda.\nBuddy Driver merupakan perkhidmatan yang disediakan melalui aplikasi Trevo.\nSila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi Trevo secara percuma:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nDaftar sebagai pemandu\nBagi memastikan keselamatan setiap penumpang, Buddy Driver telah memperkenalkan syarat-syarat tertentu bagi memastikan pemandu yang diterima memenuhi ciri-ciri yang diingini.\nContohnya, semua Pemandu Buddy mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, warganegara Malaysia, memegang lesen pemandu yang sah, dan telah lulus latihan syarikat serta pemeriksaan latar belakang.\nSemakan latar belakang dilakukan melalui semakan menyeluruh terhadap kredibiliti dan rekod lampau setiap calon pemandu.\nCalon yang berjaya kemudiannya akan menyertai latihan wajib sebelum menjadi pemandu sepenuhnya.\nSepanjang tempoh perkhidmatan, prestasi mereka akan dipantau dengan teliti, dan pemandu yang berprestasi rendah akan dihalang daripada menyediakan perkhidmatan pemandu.\nBagi yang berminat menjadi pemandu, boleh menghantar emel kepada pihak BD melalui halaman Contact Us di pautan berikut https://www.buddydriver.my/contact-us\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-innovalues-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 & Jaminan Pekerjaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat pelajar lepasan peringkat Asasi atau mereka yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa kerana pihak syarikat Innovalues Precision telah membuka permohonan untuk biasiswa Innovalues bagi tahun 2022.\nBagi yang tidak tahu, Innovalues \u200b\u200bPrecision Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang beroperasi dengan kilang mereka di Johor dan diasaskan dan mula beroperasi pada tahun 1997. \nSyaikat perniagaan utama syarikat ini termasuk termasuk pembuatan aksesori alat mesin and alatan mesin cetak.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh dan cara permohonan\n\n \nKursus pengajian\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nTempoh dan cara permohonan\nPermohonan bagi biasiswa Innovalues ini dibuka daripaa 01 Julai 2022 hingga 31 Ogos 2022.\nBagi calon yang berminat, anda hendaklah melengkapkan segala maklumat dalam borang dalam talian di alamat https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=SuvVBXDMkUOAubFVwIR6mhvab8aodW5JuQzEFLCta3NUMUE5R040Rk1IUVVKN0JQWERXM1NMODYwWS4u\nPastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan kerana permohonan yang lewat tidak akan diterima sama sekali\nKursus pengajian\n\nSatu perkara yang menarik mengenai biasiswa Innovalues ini adalah pelajar yang mendapat biasiswa ini akan mendapat tawaran kerja daripada pihak syarikat Innovalues Precision Sdn. Bhd.\nOleh itu, tawaran biasiswa ini hanya terbuka buka pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPT dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh syarikat ini sahaja. \nKejuruteraan Mekanikal atau setaraf Pembuatan/ Kejuruteraan Industri atau Sistem Pembuatan atau setaraf Kejuruteraan MekatronikKejuruteraan elektronik\nSyarat kelayakan\nHanya pelajar yang menepati syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka.\nWarganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di bawah umur 25 tahun.Pengesahan pelajar kemasukan dari Universiti Tempatan untuk kursus ijazah sepenuh masa.Pelajar Ijazah sedia ada .Bukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.Pelajar yang berjaya akan berkhidmat di bawah perkhidmatan wajib Innovalues \u200b\u200b3 tahun selepas tamat pengajian.Amaun biasiswa : Maks. RM32,00.00\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkaitan biasiswa Innovalues ini, anda boleh menghantar emel ke [email\u00a0protected] atau menghubungi 07-2536 000.\nAdakah anda calon yang dicari oleh pihak Innovalues?\nJangan lepaskan peluang untuk memohon, mana tahu rezeki anda untuk mendapat biasiswa pengajian ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/latihan-mewarna/", "title": "Latihan Mewarna: Muat Turun Template Mewarna Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak daripada kecil, kita sudah dibiasakan dengan latihan mewarna.\nSelain menulis, mewarnakan sesuatu gambar merupakan satu latihan penting bagi kanak-kanak untuk mengasah daya kreativiti mereka dengan cepat dan selamat.\nPaling penting, kanak-kanak secara umumnya gemarkan aktiviti ini dimana mereka bebas mewarnakan sesebuah gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMuat turun template mewarna\n\n \nKelebihan guna template mewarna\n\n \nTips latihan mewarna\n\n\nMuat turun template mewarna\n\nUntuk memudahkan anak-anak melakukan latihan mewarna, kita boleh membeli Buku Mewarna yang biasanya dijual di mana-mana kedai buku di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nBuku Mewarna ini biasanya akan memuatkan lukisan-lukisan mudah yang tidak diwarnakan bagi membolehkan kanak-kanak mewarnakannya mengikut kreativiti mereka.\nSebenarnya, untuk mendapatkan template bagi latihan mewarna ini, anda boleh mendapatkan secara percuma dari internet sahaja.\nAnda hanya perlu memuat turun template tersebut dan print sahaja.\nContoh template latihan mewarna untuk kanak-kanak boleh dimuat turun melalui gambar di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber : Kidz Art Fun \u2013 Belajar Cara Melukis Untuk Kanak-Kanak\nBerikut merupakan sumber template-template mewarna menarik yang boleh anda muat turun dan cetak untuk latihan mewarna anak-anak anda:\n\nTemplate mewarna Hari Kebangsaan\nTemplate mewarna program Sekolah Rendah\n\nNamun, sekiranya anda ingin memuat turun template mewarna yang lebih banyak seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bangunan, karakter dan banyak lagi, sila kunjungi laman web berikut:\n\nCrayola\nPrintable Free Coloring\n\nArtikel berkaitan: Semakan MyKid JPN \u2013 Status & Permohonan Online\n\nKelebihan guna template mewarna\nDengan memuat turun dan mencetak sendiri template mewarna ini, anda bebas untuk memilih dan menentukan sendiri jenis lukisan yang anda mahu anak-anak anda warnakan yang boleh disesuaikan dengan silibus pembelajaran mereka.\nMisalnya, andaikata anda sedang mengajar anak-anak anda nama-nama haiwan, maka anda boleh mencetak template mewarna haiwan-haiwan yang sedang diperkenalkan kepada mereka.\nDengan memuat turun dan mencetak sendiri template mewarna anda, anda juga boleh mengelakkan pembaziran.\nKebiasaannya buku latihan mewarna yang dijual di pasaran agak tebal dan anak-anak anda tidak akan mewarnakan kesemuanya, jadi dengan mencetak sendiri anda hanya perlu mencetak jumlah helaian yang ingin diwarnakan sahaja.\nDengan mencetak sendiri template latihan mewarna, anda boleh memilih lukisan-lukisan yang sesuai buat anak anda.\nTips latihan mewarna\nBagi ibu bapa dan guru, berikut adalah beberapa tips latihan mewarna bagi anak-anak kecil:\n\nSesuaikan lukisan dan umur kanak-kanak \u2013 Gunakan imej yang besar dan kurang \u201cdetail\u201d bagi anak-anak yang lebih kecil.\nBiarkan anak-anak mewarnakan gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri\nSesuaikan gambar yang dipilihan dengan silibus pembelajaran anak-anak\nMulakan dengan krayon kerana saiznya yang lebih besar, sesuai untuk anak-anak kecil melatih grip tangan mereka\nBeri pilihan kepada anak-anak untuk memilih sendiri lukisan yang ingin diwarnakan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kabinet-baru-malaysia-2021-ogos/", "title": "Senarai Menteri Kabinet Terkini 27 Ogos 2021 (PM Ismail Sabri)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Menteri Kabinet Baru Malaysia di bawah PM DS Ismail Sabri telah diumumkan dalam siaran langsung jam 11 pagi hari ini, 27 Ogos 2021.\nBarisan Kabinet yang dibentuk merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.\nMenurut beliau, Barisan Kabinet baharu dipilih daripada mereka yang berpengalaman, diyakini mampu bantu pulih ekonomi dan tingkat keyakinan pelabur.\n\n\n\n\n\n\nPM Ismail Sabri akan pastikan barisan Kabinetnya komited jayakan agenda negara melalui kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi.\nBerikut dikongsikan senarai Menteri Kabinet Malaysia baru: \nSenarai Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob \n\nMenteri Kanan \u2013 Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein\nMenteri Kanan \u2013 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohammed Azmin Ali\nMenteri Kewangan \u2013 Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz\nMenteri Kanan \u2013 Menteri Pendidikan Dr Md Radzi Jidin\nMenteri Kanan \u2013 Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) \u2013 Dr Maximus Johnity Ongkili\nMenteri Alam Sekitar \u2013 Tuan Ibrahim Tuan Man\nMenteri Pengangkutan \u2013 Wee Ka Siong\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) \u2013 Mustapa Mohamed\nMenteri Kesihatan \u2013 Khairy Jamaluddin\nMenteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat \u2013 Rina Mohd Harun\nMenteri Wilayah Persekutuan \u2013 Shahidan Kassim\nMenteri Pengajian Tinggi \u2013 Dr Noraini Ahmad\nMenteri Tenaga dan Sumber Asli \u2013 Takiyuddin Hassan\nMenteri Pertanian dan Industri Makanan \u2013 Dr Ronald Kiandee\nMenteri Luar \u2013 Saifuddin Abdullah\nMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan \u2013 Reezal Merican\nMenteri Komunikasi dan Multimedia \u2013 Annuar Musa\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna \u2013 Alexander Nanta Linggi\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi \u2013 Dr Adham Baba\nMenteri Belia dan Sukan \u2013 Ahmad Faizal Azumu\nMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi \u2013 Zuraidah Kamaruddin\nMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi \u2013 Noh Omar\nMenteri Dalam Negeri \u2013 Hamzah Zainuddin\nMenteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan \u2013 Nancy Shukri\nMenteri Sumber Manusia \u2013 M. Saravanan\nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) \u2013 Idris Ahmad\nMenteri Perpaduan Negara \u2013 Halimah Mohamed Sadique\nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) \u2013 Wan Junaidi Tuanku Jaafar\nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) \u2013 Dr Abdul Latiff Ahmad\nMenteri Pembangunan Luar Bandar \u2013 Mahdzir Khalid\n\nAgong perkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia pada 30 Ogos, 2.30 petang di Istana Negara.\nPM berharap pelantikan Kabinet ini akan beri keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu lawan COVID-19.\nBeliau akan memastikan Kabinet tekankan budaya kerja berprestasi tinggi, setiap kementerian perlu buat perancangan jangka pendek dan jangka panjang.\nSila rujuk senarai penuh Menteri & Timbalan Menteri baru Malaysia beserta portfolio dalam lampiran di bawah:\nKABINET BARU MALAYSIA DI BAWAH PM ISMAIL SABRI (27 OGOS 2021)\n\n\n\n\n\nSumber: BERNAMA\nMaklumat lanjut: http://www.kabinet.gov.my/\nBaca juga: \n\nBKC: Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 \nTarikh Bayaran i-Citra KWSP (Bulan September 2021)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkm-fasa-4/", "title": "BKM Fasa 4 : Semakan Status & Jumlah Bayaran Setiap Kategori", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KELUARGA MALAYSIA : SEMAKAN STATUS DAN TARIKH BAYARAN BKM FASA 4\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).\nPembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan. Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.\nUntuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.\nKeputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.\nSemakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTerkini: Bayaran BKM Fasa 4 Dipercepat\n\n \nDah Ada Yang Terima Bayaran!\n\n \nJumlah Bayaran BKM Fasa 4\n\n \nJumlah BKM Fasa 4 Bagi Penerima Rayuan\n\n \nPenunaian Di Kaunter BSN\n\n \nSemakan Status\n\n \nTarikh Bayaran BKM Fasa 4\n\n \nMaklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia\n\n\nTerkini: Bayaran BKM Fasa 4 Dipercepat\nKenyataan Media YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 Disalurkan Bermula 15 November 2022 (Selasa) \u2013 10 November 2022.\n\n\nDah Ada Yang Terima Bayaran!\nDi media sosial telah dikongsikan beberapa penerima BKM, khususnya yang menggunakan bank BSN telah menerima BKM Fasa 4.\n\nDifahamkan wang ini dikreditkan lebih awal berbanding tarikh yang ditetapkan iaitu 15 November 2022.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengguna juga boleh membuat semakan status terkini pengkreditan melalui Portal BKM bagi setiap bank penerima.\nJika tertulis dalam proses pengkreditan, maksudnya ia masih dalam proses lagi dan belum masuk ke akaun ya. \nPenerima tunai atau gagal kredit juga boleh membuat semakan status sebelum membuat tuntutan di BSN.\nSumber: Facebook\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran BKM Fasa 4, iaitu bayaran fasa terakhir Bantuan Keluarga Malaysia yang bakal diterima oleh setiap kategori termasuk rayuan.\nJumlah Bayaran BKM Fasa 4\nBerapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori?\nJumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:1-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahPendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiadav) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150Seperti sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak.\n\n\n\nJumlah BKM Fasa 4 Bagi Penerima Rayuan\nBerikut adalah jumlah bayaran bagi Fasa 4 (Disember) yang akan diterima oleh penerima rayuan yang telah lulus rayuan dalam Fasa 3 tempoh hari.\n\n\nBaca juga: Rayuan BKM 2022: Semakan Status & Jumlah Bayaran\nPenunaian Di Kaunter BSN\nPenerima tunai adalah individu yang:\nTiada akaun bankGagal kredit\nUntuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.\nHanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. \nPastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.\nRujuk kaedah semakan status melalui langkah di bawah.\n\nSemakan Status\nBagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.\nSila rujuk langkah di bawah:\nLayari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini :\u00a0https://bkm.hasil.gov.my.Klik [LOG MASUK BKM].Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.Klik Menu [Semakan Status].Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.Selesai.\n\n\nTarikh Bayaran BKM Fasa 4\nTarikh semakan status dan pengkreditan amaun akhir Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 4) adalah pada 15 November 2022, walaupun pada awalnya dijadualkan pada Disember 2022.\nPerkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataan terbaru pada 10 November 2022.\nMaklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia\nInfo lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :\nHotline BKK LHDNM\u00a0: 1800 88 2747Hotline BKK MoF\u00a0: 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel :\u00a0[email\u00a0protected]Laman web BKM:\u00a0https://bkm.hasil.gov.my/Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):\u00a0https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html\nBilakah pendaftaran BKM 2022 dibuka? Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan). Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022? Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:i. Permohonan Secara Dalam TalianPermohonan BKM 2022 boleh dibuat di:a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; ataub. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /App Store pada telefon bimbitii. Permohonan Melalui BorangBorang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:a. Portal Rasmi BKM LHDNM; ataub. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan? Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perludikemukakan adalah seperti berikut:i. Pemohon:a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataub. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauc. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataud. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamahe. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)ii. Pasangan:a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataub. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadaniii. Anak:a. Anak Kandung \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Lahirb. Anak Angkat \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPNBorang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian. Saya telah menghantar permohonan BKM 2022. Sekiranya ada perubahan maklumat,adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan? Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022. Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian? Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu /Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diprosesoleh LHDNM.Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan kecawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula. Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022? Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dankelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan. Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan? Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula 28 Mac 2022. Berapakah jumlah bayaran BKM Fasa 1 bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 1 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM200v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima? BKM Fasa 2 akan diterima mulai 27 Jun 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiadav) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan? Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 5001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM700B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM4001-2 anak : RM4003 anak dan ke atas: RM400iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM8003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM600iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat? Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiadav) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima? Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali. Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang? RM350 Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas? RM600 : Warga emas bujang / tiada pasanganRM900 \u2013 RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas Rujuk jadual di bawah: NOTA:Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja. Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori keluarga / berkahwin? Penerima BKM Isi Rumah (kategori berkahwin / keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM1000 \u2013 RM3000, bergantung kepada jumlah pendapatan dan bilangan anak serta kadar tambahan.Sila rujuk jadual di bawah:NOTA:Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat;\u00a0atauTambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja. Bilakah rayuan BKM akan dibuka? Rayuan BKM akan dibuka bermula pada 2 Mei selama 1 bulan.Pemohon boleh mengemukakan dokumen untuk semakan semula kelayakan oleh LHDN. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/maksud-lampu-dashboard-kereta/", "title": "Maksud 13 Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard Anda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pemilik atau pemandu kereta, anda pasti perasan di dashboard atau panel kereta anda, terdapat banyak lampu-lampu penunjuk dengan pelbagai simbol unik.\nBagi yang tidak tahu, setiap simbol ini mempunyai maksud tertentu dan adalah sama untuk kesemua kenderaan di pasaran.\nMungkin ramai di antara kita yang masih tidak tahu apakah maksud setiap simbol penunjuk lampu ini dan hari ini mari kita belajar sama-sama apakah maksud setiap satu daripadanya. \nInterior / dashboard kereta MyVi / Sumber gambar: Perodua\nUntuk maksud setiap lampu penunjuk dashboard kereta ini, sila rujuk nombor pada gambar di atas dan penerangan baginya di bawah ini:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud 13 Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard Anda\n\n \n1. Lampu brek tangan\n\n \n2. Lampu check engine\n\n \n3. Lampu bateri\n\n \n4. Lampu sistem ABS\n\n \n5. Lampu Traction Control System(TCS)\n\n \n6. Lampu tahap minyak\n\n \n7. Lampu tali pinggang keledar\n\n \n8. Lampu suhu enjin\n\n \n9. Lampu minyak enjin\n\n \n10. Lampu untuk Electric power steering (EPS)\n\n \n11. Lampu beg SRS\n\n \n12. Lampu pintu kereta\n\n \n13. Lampu mod ECO\n\n\nMaksud 13 Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard Anda\n1. Lampu brek tangan\nLampu ini merupakan indikator brek tangan anda masih digunakan. \nApabila meletakkan kenderaan anda untuk tempoh yang lama atau parking, pastikan lampu ini menyala \u2013 menunjukkan brek tangan sudah digunakan.\nApabila hendak bergerak, pastikan lampu pada simbol ini tidak menyala yan menandakan brek tangan sudah dimatikan.\n\n\n\n\n\n\n2. Lampu check engine\nLampu penunjuk kereta ini merupakan indikator keadaan enjin anda.\nSekiranya kereta anda tidak boleh dihidupkan atau menghadapi kesukaran untuk dihidupkan dan lampu ini menyala, besar kemungkinan terdapat masalah pada enjin anda.\nSila hubungi bengkel kereta yang berdekatan untuk untuk melakukan pemeriksaan lanjut pada enjin kereta anda. \n3. Lampu bateri\nSekiranya lampu ini sudah menyala, menandakan bahawa bateri kereta anda mungkin sudah rosak atau lemah dan sudah tiba masanya untuk menukar dengan bateri yang baru.\n4. Lampu sistem ABS\nAntilock Braking System atau singkatannya ABS adalah satu sistem kompleks untuk mengelakkan roda kereta anda terkunci apabila membrek.\nSekiranya simbol ini menyala ketika anda menekan brek, bermakna sistem ABS anda berfungsi dengan baik.\nNamun, sekiranya simbol lampu penunjuk kereta ini menyala walaupun anda tidak membrek, besar kemungkinan terdapat masalah pada sistem ABS anda dan segera ke bengkel kereta untuk pemeriksaan. \n5. Lampu Traction Control System(TCS)\nSimbol yang menyerupai gambar sebuah kereta seperti tergelincir ini merupakan indikator untuk Traction Control System(TCS), sebuah sistem yang mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman.\nLampu ini akan menyala sekiranya sistem TCS dimatikan (secara manual) dan akan menyala dan berkelip apabila sedang berfungsi.\n6. Lampu tahap minyak\nLampu ini biasanya akan menyala apabila tahap bahan bakar kereta anda berada di tahap yang rendah.\nSegera ke petrol minyak yang berdekatan untuk mengisi minyak.\n7. Lampu tali pinggang keledar\nLampu indikator yang menandakan tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu.\nSesetengah kereta turut mengeluarkan amaran sekiranya penumpan di hadapan tidak memasang tali pinggang keledar apabila kereta sedang bergerak. \n8. Lampu suhu enjin\nSekiranya simbol ini berwarna biru, bermakna enjin anda masih belum cukup panas (biasanya pada awal pagi) untuk pemanduan optimum \u2013 pandu perlahan terlebih dahulu untuk menjaga kesihatan enjin anda.\nNamun sekiranya berwarna panas, terdapat masalah pada enjin anda \u2013 kemungkinan tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas.\nDalam keadaan ini, berhentikan kenderaan anda di tempat yang selamat untuk biarkan ia sejuk dan segera lakukan pemeriksaan. \n9. Lampu minyak enjin\nIni merupakan lampu amaran kuantiti minyak enjin.\nSekiranya menyala ketika anda sedang memandu, enjin anda berkemungkinan besar kekurangan minyak hitam / minyak enjin.\n10. Lampu untuk Electric power steering (EPS)\nLampu amaran ini akan menyala apabila kunci anda diputar ke posisi ON dan akan terpadam sebaik sahaja enjin dihidupkan.\nNamun, jika masih menyala apabila enjin kereta sudah dihidupkan, besar kemungkinan sistem Electric power steering (EPS) mempunyai masalah \u2013 anda akan rasa stereng anda sangat berat untuk dipusingkan.\n11. Lampu beg SRS\nApabila lampu amaran bagi beg SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kereta anda kerana ini merupakan indikator amaran bahawa beg keselamatan udara kereta anda sedang mempunyai masalah.\n12. Lampu pintu kereta\nLampu penunjuk kereta ini akan menyala apabila salah satu pintu kereta atau bonet anda tidak ditutup rapat.\n13. Lampu mod ECO\nLampu ini hanya terdapat pada sesetengah kereta baru yang mempunyai mod Economy.\nPerkataan ECO disini merupakan singkatan kepada Economy yang bermakna anda sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/sdka-sijil-darjah-khas-agama/", "title": "Jadual Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDarjah Khas Agama atau SDKA merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim.\nPengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini adalah program lanjutan pembelajaran di Sekolah Agam Kerajaan Johor di bawah Institusi Pendidikan Agama Johor.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Pengenalan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)\n\n \nObjektif\n\n \nTempoh pengajian\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nJadual SDKA 2023\n\n\nSejarah Pengenalan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)\nWalaupun Darjah Khas Agama mungkin kurang dikenali di luar negeri Johor, SDKA sebenarnya sudah lama diwujudkan.\nSDKA diperkenalkan secara formal pada tahun 1923 lagi.\nSistem pengajian diwujudkan untuk diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.\n\n\n\n\n\n\nPengajian SDKA ini disediakan untuk lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA).\nBahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di SDKA agar mudah difahami.\nPengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.\nArtikel berkaitan: Pendaftaran Tadika Agama Johor (TAJ) & Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) 2023\nObjektif\nPengajian di peringkat Darjah Khas Agama ini diwujudkan untuk mencapai objektif yang berikut:\n\nMemberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.\nMemupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap\nMelahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat\nMembentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.\n\nTempoh pengajian\nTempoh pengajian bagi Darjah Khas Agama adalah setahun, dari bulan Februari hingga November.\nJumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama adalah cuti.\nHari pengajian bagi SDKA hanyalah 1 hari persekolahan dalam seminggu di mana masa pembelajaran daripada 8 pai hingga 1 tengah hari (5 jam sahaja).\nKebiasaannya, jumlah murid dalam setiap kelas antara 35 hingga 40 orang. \nSyarat kelayakan\nPelajar yang hanya memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan diterima masuk melanjutkan pengajian dalam sistem Darjah Khas Agam ini:dka\n\nWarganegara\u00a0Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.\nLulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum\u00a02005\nLulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005\n\natau\n\nKelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya\n\nJadual SDKA 2023\nJADUAL PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS AGAMA (SDKA) SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023\nJadual Rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) bagi sesi persekolahan 2022/2023 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan telah diedarkan kepada semua pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor.\nPeperiksaan akan berlangsung pada 26 Februari 2023 hingga 02 Mac 2023.\n\n\n\n\nSelamat maju jaya diucapkan.\nMuat turun dalam Format PDF:\nhttps://drive.google.com/\u2026/1Zx2cohUMUkYrqNEuprl\u2026/view\u2026\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-lindung-kwsp/", "title": "i-Lindung KWSP : Cara Beli Perlindungan Guna Akaun 2", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nI-LINDUNG | KWSP Benarkan Ahli Beli Perlindungan Guna Akaun 2\nSemua Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini berpeluang membeli produk insurans dan takaful pada premium berpatutan daripada akaun 2.\nPengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, ia boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung, dengan tawaran perlindungan berkuat kuasa serta merta.\nTahukah anda apakah syarat dan manfaat i-Lindung? Jom baca lebih lanjut!\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah i-Lindung KWSP?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nJenis Perlindungan Yang Ditawarkan\n\n \nTempoh Perlindungan i-Lindung KWSP\n\n \nHarga Premium / Sumbangan\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nCara Permohonan i-Lindung KWSP\n\n\nApakah i-Lindung KWSP?\ni-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). \nMelalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. \n\n\n\n\n\n\nIni adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.\nCIRI-CIRI UTAMA:\nProses yang lancar, tidak perlu pemeriksaan kesihatanSebut harga serta-merta secara dalam talian sahajaKemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk ditawarkan sebelum membuat pilihanMemaparkan maklumat yang terperinci secara keseluruhanKelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua!\n\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaPengguna i-Akaun (Ahli)Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP\n\nJenis Perlindungan Yang Ditawarkan\nPerlindungan HayatPerlindungan Penyakit Kritikal\n\nTempoh Perlindungan i-Lindung KWSP\nBuat masa ini, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun.\nPerlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT. \nPolisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.\nHarga Premium / Sumbangan \nPremium / sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. \nFaktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.\nTarikh Bayaran\nSetelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.\nAnda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.\nCara Permohonan i-Lindung KWSP\nLog masuk ke i-Akaun (Ahli) Klik pada tab i-Lindung Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT Lengkapkan maklumat di portal SIT Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP Penerimaan penyata maklumat dari SIT\nRujuk langkah-langkah yang dikongsikan di media sosial oleh Aida Mazlan :\nAda yang belum tahu sekarang anda boleh beli takaful dari kwsp melalui i lindung.\nCara nak beli:\nLogin iakaunKlik tab ilindungPilih produkProduk yang dicover adalah kematian , Kecacatan kekal dan Penyakit kritikal\nAda beberapa syarikat yang anda boleh pilih\nFwdEtiqaPrudential\n*pastikan bagi muslim, pilih produk takaful.Untuk produk agak straight foward. Berbeza jumlah pampasan sahaja. DW suggest pilih paling tinggi pampasan.atau sesuai dengan budget anda.\nBayaran secara tahunan dari akaun 2\nUntuk critical illness:\nFWD tawarkan early Ci coverage maksima 100KPrudential tawarkan 45 Critical illness termasuk pampasan penyakit dangue rm500Etiqa tawarkan maksima 50K penyakit kritikal\nHarga mengikut umur, jantina, merokok atau tidak.jenis takaful ini ialah jenis standalone. tiada investment atau simpanan.\nDah ada semua ni sekurangnya anda kena cover dah, jangan lupa declare sakit anda jika pernah sakit.\nBagi yang sihat cecepatlah apply.\nLepas ada semua ni tinggal anda ambil sendiri tambahan sahaja dan medikal kad.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Facebook Aida Mazlan\nMaklumat Lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-bpr-fasa-2/", "title": "Semakan Status Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN STATUS RAYUAN BPR FASA 2 \nIndividu yang merayu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), hujung bulan ini (September 2021).\nTimbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) berdasarkan data lulus BPR.\n\u201cJika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian.\n\nBerikut adalah kenyataan terkini Menteri Kewangan tentang tarikh semakan dan bayaran rayuan BPR yang boleh dibuat bermula 18 September 2021.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika mereka memenuhi syarat golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40), mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.\n\u201cKita sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah,\u201d katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan BKC, di Triang di sini hari ini.\nMohd Shahar berkata, Kementerian Kewangan sentiasa mengemas kini data bagi mengelakkan orang ramai tercicir daripada menerima bantuan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRayuan BPR Fasa 2\n\n \nKod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2\n\n \nTarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2\n\n \nTarikh Semakan Status Lulus / Bayaran\n\n \nCara Semakan Status Permohonan Rayuan BPR Fasa 2\n\n \nJumlah Bayaran Yang Akan Diterima\n\n \nSyarat Kelayakan BPR\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nRayuan BPR Fasa 2\nMenurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.\n\nHal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).\nDalam FAQ tersebut juga dinyatakan bahawa kelayakan tidak semua penerima Fasa Pertama BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.\n\nKod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2\nAntara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:\n05 \u2013 Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan12 \u2013 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad36 \u2013 Pemohon / pasangan adalah penerima\u00a0GKP31 \u2013 Status perkahwinan perlu pengesahan39 \u2013 Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan\nBaca juga: Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 & Jumlah Baki Mengikut Kategori\nTarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2\nUntuk makluman, permohonan rayuan BPR Fasa 2 telah dibuka pada 15-30 Jun 2021 yang lalu.\nTarikh Semakan Status Lulus / Bayaran\nSemakan status / bayaran Rayuan BPR Fasa 2 dijangka akan dibuat pada bulan Ogos 2021, mengikut kenyataan oleh Menteri Kewangan.\n\nCara Semakan Status Permohonan Rayuan BPR Fasa 2\nSemakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat mulai Ogos 2021 dengan langkah berikut:\nLayari Portal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkanTekan butang \u2018Semak Status\u2019Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.\nJumlah Bayaran Yang Akan Diterima \nTerdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :\nIsi Rumah\nMerupakan pasangan yang telah berkahwin; atauTerdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atauBelum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas\nBujang\nMerupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anakBerumur 21 tahun hingga 59 tahunBagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun\nSyarat Kelayakan BPR \nKategori Isi Rumah BPR\nPemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di MalaysiaMerupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKASSekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sahMemiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta\n\u00a0Kategori Bujang BPR\nPemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di MalaysiaBerpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU\nRujuk jumlah yang akan diterima mengikut kategori seperti dalam jadual di bawah:\n\n\nBaca juga:\u00a0Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan\nMaklumat Lanjut\nPortal Rasmi BPR LHDNM,\u00a0https://bpr.hasil.gov.my;Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-keperluan-hiking/", "title": "Barang Keperluan Hiking: 13 Senarai Barang Yang Perlu Dibawa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda gemar melakukan aktiviti lasak seperti hiking? Artikel ini memang untuk anda!\nAktivit hiking atau mendaki adalah merupakan aktiviti yang popular terutamanya dalam kalangan anak muda\u00a0 lagi-lagi pada musim cuti sekolah. \nUntuk memastikan perjalanan hiking anda berjalan dengan lancar, pastikan anda menyediakan barang keperluan hiking sebelum melakukan aktiviti tersebut.\n\nNak tahu apa saja barang keperluan hiking? Jom teruskan membaca!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n15 Senarai Barang Keperluan Hiking\n\n \n1. Beg Galas\n\n \n2. Kasut Sukan\n\n \n3. Baju Tshirt\n\n \n4. Seluar Sukan\n\n \n5. Windbreaker\n\n \n6. Stokin\n\n \n7. Botol Air\n\n \n8. Tongkat/ Walking Stick\n\n \n9. Mosquito Repellent\n\n \n10. Wisel\n\n \n11. First Aid Kit\n\n \n12. Filter/ Pil klorin\n\n \n13. Energy Bar\n\n \nKesimpulan\n\n\n15 Senarai Barang Keperluan Hiking\n1. Beg Galas\u00a0\nUntuk mengisi barang keperluan anda, pastikan anda menggunakan beg galas yang sesuai. Ciri-ciri beg galas yang sesuai adalah, kalis air dan bersaiz 35L hingga 50L. Saiz beg sebaiknya bersesuaian dengan saiz tubuh anda serta muat dengan barang yang anda ingin bawa.\nBeg galas hiking: https://shopee.com.my/bigbag.jb/12080811938\n2. Kasut Sukan\nKasut adalah merupakan salah satu perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk aktiviti hiking. Pilih kasut sukan yang sesuai digunakan untuk mendaki. Elakkan menggunakan kasut yang mempunyai tapak yang sudah licin kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda semasa mendaki.\n\n\n\n\n\n\nKasut sukan: https://shopee.com.my/vidivelocity/5117006895\n3. Baju Tshirt\nPakai pakaian yang sesuai untuk mendaki contohnya seperti baju t-shirt yang diperbuat daripada material sintetik agar ia dapat kering dengan cepat setelah menyerap peluh anda. Ini adalah untuk membantu memberi keselesaan anda semasa melakukan pendakian.\nBaju tshirt sukan: https://shopee.com.my/triadcollection.my/21132185744\n4. Seluar Sukan\nSelain baju, pastikan Juga anda memakai seluar sukan yang sesuai. Elakkan memakai seluar yang diperbuat daripada material yang berat seperti seluar jeans ataupun seluar slek. \nAnda juga digalakkan untuk memakai seluar panjang bagi melindungi kaki anda daripada gigitan serangga atau pun terkena sesuatu yang tajam seperti duri dan sebagainya.\u00a0\nSeluar sukan: https://shopee.com.my/jdex.os/19309446454\n5. Windbreaker\nSediakan juga windbreaker ataupun baju hujan untuk digunakan semasa situasi kecemasan contohnya seperti hujan ataupun dalam keadaan yang bersuhu rendah. Simpan windbreaker ini di dalam beg galas anda siap-siap agar tidak terlupa nanti.\nWindbreaker: https://shopee.com.my/decathlon.official.store/96808\n6. Stokin\nSekiranya anda bercadang untuk tidur di puncak gunung, Pastikan anda membawa stokin lebih untuk mengelakkan anda kesejukan semasa tidur. Hal ini kerana, biasanya suhu di puncak adalah sangat sejuk berbanding di bawah.\nStokin: https://shopee.com.my/bmrmilitaryshop2020/21932668129\n7. Botol Air\nBawa air yang mencukupi sekurang-kurangnya 1.5 liter air mineral untuk mengelakkan anda kehausan\u00a0 semasa mendaki. Gunakan botol air yang mempunyai penggantung, jadi anda boleh menggantungkannya di beg anda. \nAtau, masukkan sahaja ke dalam beg. Jangan lupa juga bawa air isotonik untuk membantu mengekalkan tenaga anda bagi meneruskan pendakian.\u00a0\nBotol air: https://shopee.com.my/unichamp/8853670453\n8. Tongkat/ Walking Stick\nAnda mungkin perlukan tongkat atau walking stick untuk membantu pendakian anda. Selain itu, penggunaan tongkat juga membantu untuk mengurangkan tekanan pada lutut semasa mendaki.\u00a0\nTongkat/Walking Stick: https://shopee.com.my/emascare/1474897151\n9. Mosquito Repellent\nSeperti yang kita tahu, apabila berada di trek hutan sudah pasti banyak serangga yang ada terutamanya nyamuk. Oleh itu, jangan lupa sediakan mosquito repellent untuk mengelakkan anda digigit nyamuk dan serangga.\u00a0\nMosquito repellent: https://shopee.com.my/chomel.os/15326739874\n10. Wisel\nSekiranya anda mendaki bersama ahli kumpulan, pastikan setiap ahli mempunyai wisel masing-masing. Hal ini kerana, wisel dapat digunakan untuk kecemasan terutamanya apabila tersesat. Anda boleh meniup wisel sekiranya memerlukan pertolongan dan untuk memberi amaran bahaya semasa aktiviti mendaki.\nWisel: https://shopee.com.my/3bwondermart/1182287350\n11. First Aid Kit\nSalah satu daripada ahli kumpulan hiking anda perlu membawa first aid kit. Biasanya, ketua kumpulanlah yang akan bawa. First aid kit ini amat penting kerana sesungguhnya malang itu tidak berbau. Jadi, tiada salahnya kita bersedia. Untuk dapatkan first aid kit beserta isinya, anda boleh rujuk link Shopee di bawah.\u00a0\nFirst aid kit: https://shopee.com.my/vitalfour/4009856492\n12. Filter/ Pil klorin\nJika anda risau untuk meminum air sungai, anda boleh bawa pil klorin atau filter untuk menapis air sungai tersebut sebelum diminum. Didihkan air tersebut terlebih dahulu kemudian baru campurkan dengan pil klorin setelah air tersebut menjadi suam.\nWter filter: https://shopee.com.my/roofless_adventure/2523176473\n13. Energy Bar\nBawa bekal beberapa buah energy bar untuk membantu anda mendapatkan tenaga semula semasa pendakian. Atau, anda juga boleh membawa makanan seperti kacang, kismis, pisang, roti, coklat dan sebagainya. Sekiranya anda bermalam di puncak, anda boleh membawa makanan tin beserta alat-alat kelengkapan masak yang perlu.\u00a0\nEnergy bar: https://shopee.com.my/infoodnity/5457036928\nKesimpulan\nBarang keperluan hiking yang diperlukan berubah mengikut jenis trek dan kawasan pendakian. Lakukan banyak pembacaan mengenai trek yang anda ingin lalui bagi memastikan anda benar-benar bersedia.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-nama-pemilik-kenderaan/", "title": "Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Online (MySikap)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pemilik kenderaan, kini anda boleh tukar nama kenderaan anda dengan mudah secara online sahaja melalui portal MySikap.\nDengan kemudahan teknologi, perkara sebegini turut boleh dilakukan secara online sahaja sekaligus lebih menjimatkan masa kerana anda tidak perlu beratur panjang dengan ke kaunter.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu MySikap?\n\n \nPerkhidmatan yang disediakan MySikap\n\n \nCara tukar nama\n\n \n1. Pemilik lama\n\n \n2. Pemilik baru\n\n\nApa itu MySikap?\nMySikap merupakan sistem dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai.\nPenggunaan sistem sebegini memberikan fleksibiliti masa kepada orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan dengan JPJ tanpa mengira masa dan lebih penting turut menjimatkan masa mereka kerana tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter. \nPerkhidmatan yang disediakan MySikap\nBerikut merupakan antara servis dan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak JPJ melalui portal MySikap:\nSemakan saman JPJPembayaran saman secara onlineRayuan bagi lesen memandu tamat tempoh Pindah milik nama kenderaanPerbaharui dan batalkan lesen kenderaan motor (LKM) dan cukai jalanPembaharuan lesenPermohonan permit memandu antarabangsa\nPerkhidmatan yang disediakan melalui portal MySikap mungkin berubah atau bertambah dari semasa ke semasa. \nCara tukar nama\n\nBagi urusan penukaran nama pemilik kenderaan, kedua-dua pihak berikut perlu mengikut langkah-langkah di bawah bagi melengkapkan urusan tukar nama kenderaan mereka:\nPemilik kenderaan lamaPemilik kenderaan baru\n1. Pemilik lama\nLayari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikapBagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log MasukKlik pada tab KenderaanKlik pada pilihan \u201cPermohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan\u00a0(Pemilik Berdaftar)Masukkan nombor plat kenderaaKlik butang TeruskanMasukkan Nombor Kad Pengenalan dan emel pemil baruSahkan permohonan\nHanya setelah langkah-langkah di atas telah dilengkapkan, pemilik baru boleh melakukan langkah-langkah di bawah untuk melengkap keseluruhan proses tukar nama kenderaan ini.\n\n\n2. Pemilik baru\nLayari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikapBagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log MasukKlik pada tab KenderaanKlik pada pilihan \u201cPermohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan\u00a0(Pemilik Baharu)Masukkan nombor plat kenderaanKlik butang SeterusnyaLengkapkan pengisytiharaan kenderaan \u2013 Pilih Semenanjung sekiranya anda tinggal di Semenanjung MalaysiaKlik SetujuLengkapkan pembayaranCetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/prs-online/", "title": "Daftar & Login PRS Online (Private Retirement Scheme Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRancang kewangan anda di usia tua dengan Private Retirement Scheme Malaysia atau PRS Online.\nKebanyakan individu menghadapi kesukaran di hari tua kerana mereka tidak merancang dengan sebaiknya kewangan mereka apabila bersara kelak.\nWalaupun komitmen selepas bersara mungkin berkurangan, anda tetap memerlukan wang perbelanjaan selepas bersara untuk urusan harian dan kecemasan.\nMaka, Private Retirement Scheme Malaysia atau Skim Persaraan Swasta adalah antara caranya.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah itu PRS?\n\n \nKelebihan PRS\n\n \nPenyelia PRS Online\n\n \nCara daftar PRS Online\n\n \nCara login\n\n\nApakah itu PRS?\n\nPRS online adalah skim simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang secara sukarela yang direka bagi membantu anda menyimpan lebih banyak wang untuk persaraan dan hari tua. \nTerdapat banyak jenis PRS dan setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana individu boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat dan toleransi risiko mereka sendiri.\nPRS memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan mereka di bawah struktur persekitaran yang kukuh dan dikawal selia.\nHarap maklum bahawa PRS hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. \nArtikel berkaitan: Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu\nKelebihan PRS\nDireka untuk persaraan \u2013 Berapa banyak wang yang anda mahukan selepas persaraan? Maka anda tetapkan sendiri caruman bulanan anda berdasarkan sasaran simpananSimpanan yang berpatutan \u2013 Anda boleh tetapkan sendiri jumlah simpanan berdasarkan keperluan persaraaan dan kemampuan kewangan semasaPelbagai Pilihan Penyedia PRS \u2013 Pilih skim pelaburan berdasarkan toleransi risiko andaInsentif Cukai \u2013 Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun tertakluk kepada terma dan syaratPentadbir Pusat PRS \u2013 Pengurusan akaun seumur hidupRangka kerja yang dikawal selia \u2013 Pelaburan sah yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ternyata selamat berbanding skim-skim pelaburan lain yang kemungkinan besar adalah scam.\nPenyelia PRS Online\nSebenarnya terdapat banyak jenis PRS online yang sudah diwujudkan dimana setiap satunya mempunyai jenis dan risiko pelaburan yang berlainan.\nAntara penyelia PRS yang boleh dipilih adalah:\nAmFunds Management Bhd Affin Hwang Asset Management Bhd Public Mutual BhdAIA Pension and Asset Management Sdn. BhdKenanga Investors Bhd RHB Asset Management Sdn. BhdManulife Investment Management (M) Bhd Principal Asset Management Bhd \nSebelum memilih, disarankan membaca secara teliti setiap satunya kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. \nCara daftar PRS Online\nProses mendaftarkan akaun PRS online juga tidak sukar, silr ikuti langkah-langkah yang berikut:\nLayari laman PRS di https://prsenrolment.ppa.my/Baca terma dan syaratMasukkan Nama Penuh seperti dalam kad pengenalanMasukkan emelMasukkan nombor telefon Klik ada \u2018Agreen & Verify\u2019Pada halaman \u2018Verification\u2019, masukkan semua maklumat yang dimintaPada halaman \u2018ID Verification & Funds\u2019, muat naik salinan kad pengenalanPada halaman \u2018Choose PRS Providers & Funds\u2019, pilih penyedia perkhidmatan PRS dan tetapkan jumlah caruman andaSelesai\nCara login\nLayari halaman login di pautan https://www.prsmember.my/login/Masukkan Username dan Password andaKlik butang Login\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kursus-pastri-percuma-imskill-2-0/", "title": "Tawaran Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0 Untuk Warga Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0 Untuk Warga Johor\nSukacita dimaklumkan bahawa IMSKILL 2.0 atau Iskandar Malaysia Business Upskilling for Youth kini menawarkan kursus pastri percuma buat belia Johor.\nIMSKILL 2.0 merupakan satu inisiatif di bawah Dana Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) anjuran IRDA dan Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (HAB) bagi meningkatkan kemahiran golongan belia khususnya di Iskandar Malaysia.\nProgram ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada belia untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi dan menjamin peluang pekerjaan. Terhad kepada 25 orang, peserta juga bakal menerima elaun sebanyak RM 180.\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kursus ini, peserta akan pelajari :\nAsas pembuatan pastri menerusi latihan praktikal dan teori.Teknik untuk menggunakan serta menyelenggara peralatan bakeri.Penghasilan 4 jenis menu pastri.\nBaca Juga : Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA Untuk Wanita Bangsa India B40\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nButiran Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup pendaftaran bagi kursus ini adalah pada 24 November 2022.\nButiran Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0\nBerikut merupakan butiran bagi kursus yang dinyatakan :\nTarikh Kursus : 10 & 11 Disember 2022Masa : 9.00 pagi \u2013 5.00 petangLokasi : Johor Bahru\nSyarat Permohonan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara MalaysiaMenetap di JohorBerumur dari 18 hingga 40 tahun\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga dikehendaki untuk muatnaik dokumen yang diperlukan seperti berikut :\n1 Salinan Kad Pengenalan Depan & Belakang1 Salinan Bil Utiliti Terkini (Mestilah sama dengan alamat tempat tinggal yang didaftarkan)1 Salinan SSM, Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilik Perniagaan (Sekiranya ada)\nCara Memohon\nCalon perlulah mendaftar secara atas talian dengan mengisi borang Google Docs berikut :\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeBLpMT6yrebk5y98ECQQ-ShTw_ewhxrtJNCw9qunZ0FLYIkA/viewform\nHanya pendaftaran yang tepat dan lengkap sahaja yang akan diterima dan diproses.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Kursus Pastri Percuma IMSKILL, sila hubungi Pn Mila di talian 012-345 4695. Anda juga boleh layari laman rasmi IMSKILL di pautan https://iskandarmalaysia.com.my/hab/. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/padam-akaun-facebook-lama/", "title": "Cara Padam Akaun Facebook Lama (Yang Dah Lupa Password)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBolehkah kita padam akaun Facebook lama yang sudah tidak aktif atau digunakan bertahun-tahun lamanya?\nSedar atau tidak, sudah lebih 10 tahun laman sosial media Facebook digunakan rakyat Malaysia secara meluas.\nAda sesetengah daripada kita yang masih menggunakan akaun yang sama sejak mereka pertama kali menggunakan Facebook. \nSementara itu, ada juga yang sudah beberapa kali terpaksa mencipta akaun baru disebabkan akaun lama tidak boleh diakses atas pelbagai sebab antaranya lupa emel, lupa password, lupa username dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nIni merupakan satu perkara yang biasa terjadi lebih-lebih lagi apabila kita sudah lama tidak aktif di laman Facebook, bertukar telefon atau telefon kita dicuri.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBolehkah delete akaun Facebook lama?\n\n \nMelaporkan akaun lama sebagai akaun palsu\n\n\nBolehkah delete akaun Facebook lama?\nJawapan ringkasnya, tidak mudah. Namun ada caranya. \nTanpa bukti yang kukuh, Facebook tidak akan semudah-mudahnya akan menerima permintaan anda untuk delete sesuatu akaun itu kerana ia melibatkan data peribadi dan privasi seseorang individu itu.\nSelain itu, Facebook juga perlu pengesahan daripada pihak anda bahawa akaun yang anda mahu delete itu adalah milik anda dan bukan akaun orang lain.\nOleh itu, secara ringkasnya adalah hampir mustahil untuk anda request pihak Facebook untuk delete akaun lama anda.\nWalau bagaimanapun, anda mungkin tetap mahukan akaun tersebut dibuang terus dari Facebook kerana ianya mungkin mengandungi posting atau gambar-gambar anda di zaman awal-awal menggunakan Facebook yang mahu dibuang terus daripada Facebook kerana tidak mahu disalahgunakan atau isu privasi.\nAdakah trick untuk \u201cmemaksa\u201d Facebook padam akaun facebook lama anda itu?\nMelaporkan akaun lama sebagai akaun palsu \n\nWalaupun Facebook membuat proses pemadaman akaun lama sukar, mereka mempunyai satu fungsi yang membolehkan pengguna melaporkan sesuatu akaun itu sebagai palsu.\nDan disebabkan Facebook sangat mengambil serius akan kewujudan akaun palsu di laman mereka, mereka tidak akan teragak-agak untuk memadamkan sesuatu akaun tersebut sekiranya dilaporkan oleh pengguna lain dan terbukti akaun tersebut palsu. \nBagaimanakah ingin melakukannya?\nApa yang perlu anda lakukan adalah melaporkan sendiri kepada pihak Facebook bahawa akaun lama anda itu adalah palsu.\nBeberapa orang individu telah melakukan perkara ini dan pihak Facebook telah mengambil langkah memadamkan terus akaun tersebut.\nBagaimanakah caranya?\nLog masuk ke dalam akaun Facebook semasa andaDengan menggunakan fungsi carian di Facebook, taip nama akaun andaBuka akaun lama andaPada bahagian profil akaun tersebut, terdapat butang denngan 3 titik. Klik pada butang tersebut.Pilih \u201cFind Support or Report Profile\u201dPilih \u201d Pretending to be someone\u201dPilih \u201cMe\u201dKlik butang \u201cSubmit\u201dKlik butang \u201cNext\u201dKlik butang \u201cDone\u201d\nFacebook akan meneliti laporan yang dibuat dan mungkin akan memberikan feedback kepada anda dalam masa beberapa hari. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysejahtera-problem-masalah-teknikal/", "title": "MySejahtera Sedang Mengalami Masalah Teknikal & Tidak Dapat Diakses", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman untuk semua pengguna MySejahtera, buat masa ini sistem tersebut sedang mengalami masalah teknikal dan tidak dapat diakses.\nDifahamkan pengguna tidak dapat menggunakan aplikasi ini untuk membuat imbasan dan mengemaskini maklumat.\nNotifikasi seperti di bawah akan muncul pada aplikasi berkenaan.\n\nBaca juga: \n\n\n\n\n\n\nProgram Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5-11 Tahun Bermula Februari IniKesan Sampingan Vaksin: Cara Lapor & Mohon Bantuan Khas Kewangan Mudarat Vaksin COVID-19Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset Semula\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMySejahtera Problem? Sistem Sedang Mengalami Masalah Teknikal\n\n \nTemujanji Di PPV Masih Boleh Dihadiri\n\n \nApakah MySejahtera?\n\n \nMAKLUMAT LANJUT TENTANG MASALAH DI MYSEJAHTERA\n\n\nMySejahtera Problem? Sistem Sedang Mengalami Masalah Teknikal\nMasalah teknikal ini dimaklumkan melalui Twitter MySejahtera pada pukul 4.33 petang, 20 Januari 2022.\n\nPengumuman terkini berkenaan aplikasi MySejahtera yang tidak didapat di akses buat masa kini. Sebarang kesulitan amat dikesali.#MySejahtera #Mysejahteratrace #reopeningssafely pic.twitter.com/tY8HR8WN0o\u2014 MySejahtera (@my_sejahtera) January 20, 2022\n\nCiapan tersebut berbunyi:\nPengumuman terkini berkenaan aplikasi MySejahtera yang tidak didapat di akses buat masa kini.\nSebarang kesulitan amat dikesali.\n\nTemujanji Di PPV Masih Boleh Dihadiri \nWalau bagaimanapun, anda masih boleh menghadiri temujanji anda di PPV seperti yang dijadualkan.\nSebarang info terbaharu akan dikemaskini dan dimaklumkan oleh pihak MySejahtera dalam masa terdekat.\nSila ikuti laman web rasmi dan media sosial MySejahtera yang berikut:\nTwitter MySejahtera : https://twitter.com/my_sejahteraFacebook MySejahtera : https://www.facebook.com/RAKYATMalaysiaSejahtera\nApakah MySejahtera?\nMySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.\nAplikasi ini menjadi satu keperluan buat rakyat Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.\nMySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.\nMAKLUMAT LANJUT TENTANG MASALAH DI MYSEJAHTERA\nJika anda masih mengalami masalah berhubung data vaksinasi atau akses ke aplikasi MySejahtera, cuba dapatkan bantuan HelpDesk :\nLayari pautan HelpDesk MySejahtera:\u00a0https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/Klik MulaKlik pada pilihan Saya Tidak Boleh Log/Aksess Masuk Ke AplikasiKlik pada masalah berkaitanAkan terpapar cara penyelesaian masalah anda\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-dividen-kwsp/", "title": "Cara Semakan Dividen KWSP 2022-2023 Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN & SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022 \nBeberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan dividen bagi 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021, namun kekal kompetitif berdasarkan situasi pasaran pelaburan amat mencabar tahun lalu.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Dividen KWSP?\n\n \nTarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023\n\n \nDividen KWSP 2023 (Tahun Kewangan 2022)\n\n \nSejarah Kadar Dividen KWSP Tahun 2021 Dan Sebelumnya\n\n \nCara Semakan Dividen KWSP\n\n \nPenyucian Dividen\n\n \nAplikasi i-Akaun\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Dividen KWSP?\nTahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.\nOleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.\nNOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.\n\nTarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023\nSetiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.\n\n\n\n\n\n\nSemua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter.\u00a0\nBagi tahun 2022 yang lalu, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 2021 pada tengah hari 2 Mac 2022.\nBagi tahun 2023, dividen bagi tahun kewangan 2022 telah diumumkan pada 4 Mac.\nDalam artikel ini akan diterangkan lebih lanjut cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.\nDividen KWSP 2023 (Tahun Kewangan 2022)\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.\nMenurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, usaha mempelbagaikan pelaburan berjaya mengawal ketidaktentuan pasaran sekali gus memberikan pulangan stabil kepada KWSP.\n\n\n\nAhli boleh menyemak penyata terkini bermula 4 Mac 2023 dan digalakkan membuat semakan melalui i-Akaun.\n\n(Rujuk cara semakan di bawah)\nLembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.\nKetua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.\nSecara umumnya ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2021 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.\nBerikut dikongsikan tarikh pengumuman dividen KWSP 2022 dan cara membuat semakan secara online.\nSejarah Kadar Dividen KWSP Tahun 2021 Dan Sebelumnya \nBerikut adalah Kadar Dividen_KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:\n\n\nTahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)20216.105.6520204.905.2020195.005.4520185.906.1520176.406.902016\u20135.702015\u20136.402014\u20136.752013\u20136.352012\u20136.152011\u20136.002010\u20135.802009\u20135.652008\u20134.502007\u20135.802006\u20135.152005\u20135.002004\u20134.752003\u20134.502002\u20134.252001\u20135.002000\u20136.001999\u20136.841997 \u2013 1998\u20136.701996\u20137.701995\u20137.501988 \u2013 1994\u20138.001983 \u2013 1987\u20138.501980 \u2013 1982\u20138.001979\u20137.251976 \u2013 1978\u20137.001974 \u2013 1975\u20136.601972 \u2013 1973\u20135.851971\u20135.801968 \u2013 1970\u20135.751965 \u2013 1967\u20135.501964\u20135.251963\u20135.001960 \u2013 1962\u20134.001952 \u2013 1959\u20132.50Sumber dari laman web rasmi KWSP : Sila rujuk (link ke\u00a0Sejarah Kadar Dividen)\n\nBaca juga: Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP \nCara Semakan Dividen KWSP\nKWSP mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion dan 4.75 % untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2022 sebanyak RM51.14 bilion.\nBerikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.\n\nLayari\u00a0www.kwsp.gov.my\nPergi kepada ikon Login\nMasukkan\u00a0ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan\nKlik View Details di bahagian menu Dividend\nPerincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan\n\n*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP \n\nPenyucian Dividen \nJom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam. Semoga bermanfaat!\n\nBertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.\nRujuk cara membuat pertukaran ke Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini : Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online\nDapatkan maklumat lanjut mengenai Dividen KWSP 2022 di https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/epf-delivers-competitive-returns-amid-tough-investment-climate-in-2022-reaffirms-focus-to-rebuild-members-savings\nAplikasi i-Akaun\nSelain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui\n\nAplikasi i-Akaun di\u00a0Google Apps Store\nAplikasi i-Akaun di\u00a0Apple Apps Store\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan :\u00a0http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services\u00a0atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000\nBaca juga: Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkss-7-0/", "title": "Semakan & Permohonan BKSS 7.0 & BKSS 7.0 Plus Untuk Peniaga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BKSS 7.0 Dan BKSS 7.0+, SEMAKAN KELAYAKAN & TARIKH PEMBAYARAN\nKetua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan melancarkan BKSS 7.0 di Dewan Serbaguna, Yayasan Sarawak Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petrajaya.\nMenurut Abang Johari, bantuan ini memberi fokus kepada perusahaan dan perniagaan yang sihat setelah menghadapi beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan pelbagai aktiviti ekonomi tertangguh dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 dan BKSS 1.0 \u2013 6.0 kini melibatkan perbelanjaan RM4.5 billion.\nAntara bantuan yang diberikan di bawah BKSS 6.0 termasuklah bantuan tunai bagi isi rumah B40, elaun enam bulan kepada petugas barisan hadapan, bantuan kepada peniaga kecil dan penjaja, pemandu \u2018e-hailing\u2019 dan guru memandu, individu bujang, pemilik dan pengusaha penambang, pengusaha van berlesen, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan pengusaha van sekolah, pemandu pelancong, dan pemandu pelancong Taman Negara, Agensi Pelancongan Berlesen, Operator \u2018Homestay\u2019 Berlesen dan Pemandu Kenderaan Perlamcongan Berlesen.\nBantuan lain termasuklah diskaun bil air dan elektrik, kadar cukai taksiran, diskaun 30% cukai tanah, bakul makanan dan sewa bagi penerima yang layak.\nKerajaan negeri turut meneliti kegiatan ekonomi perusahaan dan perniagaan yang masih menanggung kos peralatan, gaji pekerja dan sewa yang mengganggu aliran tunai membantutkan perkembangan ekonomi mereka sejak pandemik COVID-19 melanda serta berbincang dengan wakil persatuan perusahaan dan perniagaan bagi membincangkan usaha atau strategi memulihkan kegiatan ekonomi terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).\n\u201cEkonomi dijangka akan beransur pulih semasa tempoh peralihan fasa PKP dengan pembukaan sektor ekonomi berperingkat setelah Program Vaksinasi Sarawak mencapai 80 peratus,\u201d ujar Abang Johari.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang BKSS 7.0 untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah BKSS 7.0 ?\n\n \nSiapakah Yang Layak Menerima Bantuan Ini?\n\n \nApakah BKSS 7.0 Plus?\n\n \nSemakan Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan & Kemaskini\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Bayaran BKSS 7.0 & BKSS 7.0+\n\n \nCara Bayaran BKSS 7.0\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah BKSS 7.0 ?\nBKSS 7.0 menyediakan bantuan kewangan RM10 ribu ringgit (\u2018one-off\u2019) untuk perniagaan aktif yang berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2021 kepada lebih kurang 40 ribu perniagaan melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa dan upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).\n\nSiapakah Yang Layak Menerima Bantuan Ini?\nSyarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang aktif dan telah berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020 layak mendapat bantuan khas kewangan one-off sebanyak RM10,000.\nPKS merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Sarawak.\nWalau bagaimanapun, definisi ini tidak termasuk entiti awam yang berada di papan utama dan subsidiari seperti berikut:(i) Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;(ii) Syarikat multinasional (MNCs);(iii) Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs),(iv) Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan(v) Perusahaan milik Kerajaan Negeri.\nRujuk video ini untuk info lebih lanjut: https://bkssonlinesme.sarawak.gov.my/sme_api/video/T0-Introduction.mp4\nApakah BKSS 7.0 Plus?\nPengumuman Bantuan BKSS 7.0 Plus\u00a0telah diumumkan pada 14 Oktober 2021 oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.\nMenerusi bantuan tambahan ini, wang tunai RM3,000 akan diberikan kepada semua usahawan mikro yang berdaftar dengan Perkeso pada 31 Mac 2021.\n\nSemakan Kelayakan\nSemakan kelayakan boleh dibuat secara online melalui pautan https://service.sarawak.gov.my/\nPihak Kerajaan Sarawak juga akan memaklumkan kepada PKS yang layak menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 melalui surat-menyurat kepada alamat berdaftar atau emel rasmi PKS yang telah dikemukakan oleh pihak PERKESO.\nTarikh Permohonan & Kemaskini\nPermohonan telah dibuka mulai 7 Oktober lalu dan kemaskini permohonan dibuka sehingga 27 November.\nSila rujuk pautan berikut untuk membuat semakan kelayakan dan kemaskini:\nhttps://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/\n\nCara Permohonan\nKelayakan diberi kepada syarikat-syarikat di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana yang aktif menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan dan berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020.\nUntuk mendaftar, PKS perlu melayari laman web rasmi Kerajaan Sarawak di\u00a0https://sarawak.gov.my/.\nSila muatnaik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam infografik di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.\nSila rujuk panduan permohonan lengkap di pautan berikut: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/333/\nSesetengah PKS yang layak juga telah menerima surat rasmi daripada Unit Perancang Ekonomi Sarawak.\nRujuk surat di bawah:\n\n\nTarikh Bayaran BKSS 7.0 & BKSS 7.0+\nBayaran bantuan sebanyak RM5000 pada awalnya dijadualkan akan diagihkan pada bulan Oktober dan baki RM5000 pada Disember 2021. \nBantuan BKSS 7.0 Plus dijangka akan dibayar pada Disember 2021 dan memberi manfaat kepada 24,600 usahawan mikro, dengan kos kepada kerajaan sekitar RM73.8 juta.\nCara Bayaran BKSS 7.0\nPembayaran akan dikreditkan ke akaun bank rasmi PKS yang dimaklumkan kepada pihak Kerajaan Sarawak iaitu dalam 2 peringkat, RM5,000 pada Oktober 2021 dan RM5,000 pada Disember 2021.\n\nBaca juga: BKSS Peniaga 2021: Semakan Tarikh Bayaran RM1500 (Fasa 1 & Fasa 2)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/\nATAU hubungi saluran berikut\nOnline : \u00a0https://talikhidmat.sarawak.gov.my/Telephone\u00a0: +6082-555999Email : [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-menu-harga-terkini-gigi-coffee/", "title": "Gigi Coffee : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak Gigi Coffee mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019, ramai yang cukup menggemari keenakan kopinya yang tiada tandingan. \nRasa kopinya yang dibru segar makin enak bila dinikmati bersama aneka kek, muffin dan pastry yang dibuat segar setiap hari. \n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang berminat untuk nikmati Gigi Coffee bersama rakan dan keluarga, jom kita lihat senarai menu dan harga yang ditawarkan! \nBaca Juga : Mokti\u2019s Ice Cream : Harga & Menu Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nGigi Coffee : Menu & Harga Terkini\n\n \nEssential Coffee\n\n \nSignature Coffee\n\n \nNon-Coffee Latte\n\n \nG \u2013 Frappe\n\n \nG-Fizz\n\n \nPremium Tea\n\n \nCakes\n\n\nGigi Coffee : Menu & Harga Terkini\nEssential Coffee\n\nHargaMenuEspressoRM 6.00AmericanoRM 8.00Caffe LatteRM 10.00CappucinoRM 10.00\nSignature Coffee\nMenuHargaVanilla LatteRM 10.00Hazelnut LatteRM 10.00Pecan Praline LatteRM 12.00Monday Blue Cookies LatteRM 12.00Pink Friday Strawberry LatteRM 12.00Almond Macadamia LatteRM 12.00Dark Choco MochaRM 12.00Seasalt Caramel MacchiatoRM 14.00Seasalt Choco Cream MochaRM 14.00\nNon-Coffee Latte\nMenuHargaChocolate LatteRM 10.00Dark Choco LatteRM 10.00\nG \u2013 Frappe\n\nMenuHargaEspressoRM 14.00Mocha MoreRM 14.00Dark Choco MochaRM 14.00ChocochipRM 14.00Dark ChocoRM 14.00Green TeaRM 14.00Mango LimeRM 12.00Lemon BlueRM 12.00\nG-Fizz\n\nMenuHargaMango StrawberryRM 10.00LimeadeRM 10.00Mango LimeRM 10.00\nPremium Tea\nMenuHargaOolong RoseRM 8.00ChamomileRM 8.00French Earl GreyRM 8.00\nCakes\nMenuHargaBurnt CheesecakeRM 14.00Oreo CheesecakeRM 14.00Apple Crumble CheesecakeRM 14.00\nPastry\n\nMenuHargaCurry Chicken PastryRM 6.00Tomyam Chicken PastryRM 6.00Chocolate DanishRM 6.00DoughnutRM 5.00Salted Egg CroissantRM 9.00Green Tea CroissantRM 9.00\nMuffin\nMenuHargaBanana Chocolate MuffinRM 8.00Red Velvet MuffinRM 8.00Blueberry MuffinRM 8.00\nMinuman serta aneka pastri dan muffin yang ditawarkan di Gigi Coffee sememangnya cukup menarik untuk dicuba. \nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook Gigi Coffee Malaysia untuk dapatkan tawaran menarik serta promosi terkini daripada Gigi Coffee. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/separuh-akhir-piala-aff/", "title": "Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi (Malaysia lwn Thailand)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeparuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022-2023\nSeperti yang kita sedia maklum, Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.\nKejayaan skuad kendalian Kim Pan Gon itu sekali gus melayakkan pasukan negara mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang jadual perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi 2022 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi 2022\n\n \nJadual Separuh Akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022\n\n \nHarga Tiket\n\n \nFormat Piala AFF Mitsubishi 2022\n\n\nJadual Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi 2022\nPasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7 dan 10 Januari ini.\nSatu lagi aksi separuh akhir akan menemukan juara kumpulan B, Vietnam yang akan berhadapan naib juara kumpulan A, Indonesia.\nJadual Separuh Akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022\nSumber: Football Association of Malaysia\nSEPARUH AKHIR 1\nMALAYSIA\u00a0lawan\u00a0THAILAND\n\n\n\n\n\n\nSabtu, 7 Januari 2023 (8.30 malam)\nTempat: Stadium Nasional Bukit Jalil\nSiaran LIVE: https://rtmklik.rtm.gov.my/\nTayangan siaran langsung aksi perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Malaysia lwn Thailand di 14 lokasi seluruh negara\nAyuh rakyat Malaysia! Tunjukkan sokongan padu untuk team #HarimauMalaya kita!!!\n\nSEPARUH AKHIR 2\nTHAILAND\u00a0lawan\u00a0MALAYSIA\nSelasa, 10 Januari 2023 (8.30 malam waktu Malaysia)\nTempat: Thammasat Stadium, Bangkok\nHarga Tiket\nSiaran Media: FAM Kekal Harga RM30 Untuk Tiket Separuh Akhir AFF 2022\nPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk mengekalkan harga sama seperti perlawanan peringkat kumpulan bagi tiket Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia lwn Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini (7 Januari 2023).\nIni bermakna, tiket bagi aksi separuh akhir pertama itu akan dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.\nKeputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di stadium sejurus selepas perlawanan menentang Singapura, malam tadi.\nIa sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 setakat ini.\nTiket bagi perlawanan separuh akhir pertama itu hanya akan dijual secara dalam talian di\u00a0www.tickethotline.com.my\u00a0bermula jam 3.00 petang ini. Tiada penjualan di kaunter.\nSebagai perbandingan, harga tiket RM30 bagi tempat duduk Terbuka ini sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lwn Thailand pada Piala Suzuki AFF 2018 dan adalah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia lwn Vietnam.\nBagaimanapun, hanya sejumlah 59,000 keping tiket yang akan dijual bagi perlawanan separuh akhir pertama, Sabtu ini memandangkan sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa \u2018dikosongkan\u2019 kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.\nSituasi ini tidak dapat dielakkan yang mana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan aksi skuad Harimau Malaya di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 ini tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.\nDiharap para penyokong Harimau Malaya dapat meneruskan sokongan padu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand, Sabtu ini, jam 8.30 malam.\nSkuad Harimau Malaya kemudian akan terbang ke Bangkok pada Ahad bagi menghadapi pula perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Thammasat pada Selasa, 10 Januari 2023.\nDalam pada itu, FAM turut ingin menasihati para penyokong supaya berhati-hati dengan pembelian tiket selain daripada secara dalam talian di\u00a0www.tickethotline.com.my.\nIni kerana, bagi perlawanan menentang Singapura semalam, FAM telah mendapati bahawa terdapat penjualan tiket palsu.\nFAM berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama ini dan tindakan keras akan diambil terhadap pelaku.\nNoor Azman Hj RahmanSetiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)\n\nFormat Piala AFF Mitsubishi 2022\nPiala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan mengikut format 2018, perubahan daripada format 2020 dengan venue berpusat akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara.\nDalam format semasa, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan ranking ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan dua perlawanan.\n10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan berlima dan bermain sistem round robin dengan setiap pasukan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.\nUndian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah.\nSenarai Juara Piala AFF Terdahulu (1996-2022)\n\u00a0TAHUNJUARASKORRUNNER-UP1996Thailand1-0Malaysia1998Singapura1-0Vietnam2000Thailand4-1Indonesia2002Thailand2-2 (aet)(pen 4-2)Indonesia2004Singapura3-1, 2-1(agg 5-2)Indonesia2007Singapura2-1, 1-1(agg 3-2)Thailand\u00a02008Vietnam2-1, 1-1(agg 3-2)Thailand\u00a02010Malaysia3-0, 1-2(agg 4-2)Indonesia2012Singapura3-1, 0-1(agg 3-2)Thailand2014Thailand2-0, 2-3(agg 4-3)Malaysia2016Thailand1-2, 2-0(agg 3-2)Indonesia2018Vietnam2-2, 1-0(agg 3-2)Malaysia2020Thailand4-0, 2-2(agg 6-2)Indonesia2022\u00a0\u00a0TBC\u00a0TBC\u00a0TBC\nBaca juga: \n\nCara Semakan Dividen & Baki ASB Guna MAE Maybank\nPiala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/puasa-sunat-rejab/", "title": "Niat Puasa Rejab, Doa & Amalan Sunat Yang Digalakkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNiat Puasa, Doa & Amalan Sunat Bulan Rejab\nTanpa disedari, kita bakal memasuki bulan Rejab tak lama lagi. Tergolong sebagai salah satu bulan haram, adalah kelaziman buat kita umat Islam untuk perbanyakkan ibadah. \nKemuliaan bulan Rejab juga terletak pada peristiwa Israk Mikraj, satu mukjizat Nabi Muhammad SAW yang perlu kita hayati dan ambil iktibar daripadanya.\nIni juga sebagai persiapan buat kita untuk menyambut bulan Ramadan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui amalan sunat bulan Rejab yang anda boleh praktikkan.\nBaca Juga : Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Bulan Rejab\n\n \nTarikh 1 Rejab 1444H / 2023\n\n \nDoa Masuk Bulan Rejab\n\n \nNiat Puasa Sunat Bulan Rejab\n\n \nLafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha\u2019 Puasa Ganti)\n\n \nWaktu Untuk Niat Ganti Puasa\n\n \nHukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat\n\n \nKesimpulan\n\n\nKelebihan Bulan Rejab\nREJAB BULAN HARAM\n\u0625\u0646\u064e\u0651 \u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0634\u064f\u0651\u0647\u064f\u0648\u0631\u0650 \u0639\u0650\u0646\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u0650 \u0627\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0634\u064e\u0631\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e\u0629\u064c \u062d\u064f\u0631\u064f\u0645\u064c \u06da\n\u201cSesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati\u2026\u201d\n[Surah at-Taubah 36]\nBulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.\n\n\n\n\n\n\nDaripada Sayidina Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda:\n\u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0646\u064f \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u062f\u064e\u0627\u0631\u064e \u0643\u064e\u0647\u064e\u064a\u0652\u0626\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u060c \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u064f \u0627\u062b\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0634\u064e\u0631\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064b\u0627\u060c \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e\u0629\u064c \u062d\u064f\u0631\u064f\u0645\u064c\u060c \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064e\u0629\u064c \u0645\u064f\u062a\u064e\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u064a\u064e\u0627\u062a\u064c: \u0630\u064f\u0648 \u0627\u0644\u0642\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0648 \u0627\u0644\u062d\u0650\u062c\u064e\u0651\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0645\u064f\u062d\u064e\u0631\u064e\u0651\u0645\u064f\u060c \u0648\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064f \u0645\u064f\u0636\u064e\u0631\u064e\u060c \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u062c\u064f\u0645\u064e\u0627\u062f\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\n\u201cWaktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (ZulKaedah, ZulHijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadil Akhir dan Sya\u2019ban.\u201d\n(HR al-Bukhari)\nRejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya. Perkataan jama\u2019 bagi Rejab adalah Arjab (\u0623\u0631\u062c\u0627\u0628) dan jika digabungkan Rejab dan Sya\u2019ban dinamakan sebagai Rajaban (\u0631\u062c\u0628\u0627\u0646).\n(Lihat: Mukhtar as-Shihah)\nRejab merupakan bulan ketujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.\nSultan Ulamak, Syeikh Izzuddin Ibni Abdissalam dan al-Hafiz Ibnu Solah sepakat berfatwa bahawa berpuasa pada bulan Rejab adalah ibadah yang digalakkan. Melarang puasa Rejab adalah tindakan yang tidak tepat.\nAl-Hafiz Ibnu Solah dalam Fatawa berkata: \u201cMemang tiada hadis khas yang menetapkan kelebihan puasa Rejab. Akan tetapi, perkara ini tidak boleh menjadi alasan untuk meninggalkan puasa tersebut kerana masih banyak hadis yang menggalakkan puasa secara mutlak. Hadis Abu Dawud dan lain-lain yang menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram cukup untuk menggalakkan perkara ini.\u201d\nSultan Ulamak, Syeikh Izzuddin Ibni Abdissalam juga berkata: \u201cKalangan ahli hadis yang menghalang berpuasa pada bulan Rejab adalah jahil. Tidak halal mentaqlid (mengikut) pandangannya.\u201d\nBerkata Abu Bakar al-Warraq rahimahullah: \u201cBulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.\u201d\n(Lihat: Lathaif al-Ma\u2019arif)\nBersempena memasuki bulan Rejab yang mulia ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita terutamanya menjaga solat lima waktu dan solat-solat sunat.\nSumber: Bahagian Dakwah, Jakim\nTarikh 1 Rejab 1444H / 2023\nTarikh 1 Rejab bagi tahun 1444H atau 2023 adalah pada 23 Januari 2023.\nKalendar Islam yang telah dikemaskini oleh JAKIM (Sumber: https://www.e-solat.gov.my/)\nTARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah12 RABI\u2019ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul\nSumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.\nDoa Masuk Bulan Rejab\nDoa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0644\u0650\u0651\u0651\u063a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\nAllahuma baariklana fi rajabi wasya\u2019ban wa ballighna ramadhan\nMaksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.\n[HR Baihaqi]\n\nNiat Puasa Sunat Bulan Rejab\nAnda boleh bacakan niat puasa Rejab ini untuk puasa esok hari, atau mana-mana hari dalam bulan Rejab :\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0641\u0650\u0649 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u0650 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nNawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta\u2019ala\nErtinya : \u201cSahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta\u2019ala\u201d\n\nLafaz Niat Ganti Puasa Ramadan (Qadha\u2019 Puasa Ganti)\nLafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :\n\u00a0\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0636\u064e\u0627\u0621\u064d \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064b \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nMaksudnya : \u201cSahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala\u201d\n\nWaktu Untuk Niat Ganti Puasa\nMenerusi perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW : \n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0628\u064e\u064a\u0650\u0651\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0645\u0650\u0646 \u0627\u0644\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya:\u00a0Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya.\nRiwayat al-Nasaie (2334)\nHukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat\nBerdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis. \nSebahagian ulama\u2019 mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda. \nKesimpulan\nDalam kita perbanyakkan beribadah pada bulan Rejab, harus diingat bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan khusus. \nMenurut perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, tiada hadis sahih yang menyatakan bulan tersebut mempunyai keistimewaan seperti amal ibadat tertentu.\nSalah satu hadis yang menjelaskan mengenai bulan Rejab adalah seperti berikut :\nAl-Hafiz Ibn Hajar berkata:\u00a0\u201cTidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus\u201d.\u00a0[Tabyin al-\u2018Ajab, 9]\nNamun begitu, ini tidak menghalang seseorang untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah, berzikir serta ibadah lain dengan syarat tidak beri\u2019tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.\nIni kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.\nSempena ketibaan bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama memantapkan lagi amal ibadah kita. \nSemoga Allah menerima segala ibadah kita serta memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal \u2018 Alamin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/berak-berdarah/", "title": "Berak Berdarah Tanda Kanser? Fahami Punca, Gejala, dan Rawatannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMasalah berak berdarah atau pendarahan ketika membuang air besar boleh menjadi petanda masalah kesihatan yang serius yang anda hadapi.\nSungguhpun begitu, terdapat juga sebab-sebab lain yang kurang serius yang boleh menyebabkan berlakunya situasi sedemikian.\nArtikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang punca, gejala, dan rawatan untuk masalah berak berdarah yang perlu anda tahu.\nBaca juga: \n\nSakit Perut Sebelah Kiri\nTanda Gastrik dan Pencegahannya\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPunca darah dalam najis\n\n \n1. Hemoroid\n\n \n2. Fissure anus\n\n \n3. Divertikulosis\n\n \n4. Radang usus\n\n \n5. Polip atau kanser usus\n\n \nGejala pesakit berak berdarah\n\n \nRawatan sesuai untuk mengatasinya\n\n \n1. Hemoroid\n\n \n2. Fissure anus\n\n \n3. Divertikulosis dan divertikulitis\n\n \n4. Radang usus\n\n \n5. Polip atau kanser usus\n\n \nPencegahan najis berdarah\n\n \nBila perlu berjumpa dengan doktor?\n\n \nKesimpulan\n\n\nPunca darah dalam najis\n\n1. Hemoroid\nHemoroid merupakan pembesaran atau bengkak pada saluran darah di sekitar dubur dan rektum yang sering menyebabkan kesakitan, gatal, dan pendarahan.\nDarah dari hemoroid biasanya berwarna merah terang dan boleh dilihat pada tisu selepas membersihkan diri.\n2. Fissure anus\nFissure anus adalah luka kecil atau robekan pada kulit yang melapisi bahagian lubang dubur. \nIa boleh menyebabkan kesakitan yang teruk semasa buang air besar dan mengeluarkan darah merah terang pada najis atau tisu.\n\n\n\n\n\n\n3. Divertikulosis\nDivertikulosis adalah keadaan di mana kantung kecil (divertikula) terbentuk di dinding usus besar. \nDivertikula ini boleh menjadi meradang atau pecah, serta menyebabkan divertikulitis yang mana mengakibatkan pendarahan dalam usus dan darah dalam najis.\n4. Radang usus\nRadang usus, seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif, adalah gangguan autoimun yang menyebabkan peradangan kronik pada saluran pencernaan. \nKeadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dalam usus dan berak berdarah.\n5. Polip atau kanser usus\nPolip usus adalah pertumbuhan yang tidak normal pada dinding usus. Sesetengah polip boleh menjadi kanser usus jika tidak dirawat. \nKedua-dua polip dan kanser usus boleh menyebabkan pendarahan dalam usus dan darah dalam najis.\nGejala pesakit berak berdarah\n\nSelain darah dalam najis, gejala lain yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan yang lebih serius termasuklah:\n\nSakit perut yang teruk atau berterusan\nPenurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan\nNajis yang berwarna hitam atau berdarah\nKeletihan atau kelesuan yang berterusan\nDemam atau menggigil\n\nRawatan sesuai untuk mengatasinya\nRawatan untuk berak berdarah adalah bergantung kepada punca masalah tersebut. Rawatan mungkin termasuk:\n1. Hemoroid\nRawatan hemoroid mungkin termasuklah seperti ubat-ubatan, krim atau sapuan luaran, dan sesetengah kes pesakit turut memerlukan pembedahan.\n2. Fissure anus\nRawatan untuk fissure anus biasanya melibatkan langkah-langkah untuk melegakan sakit dan mengurangkan tekanan pada robekan, seperti penggunaan ubat pencair najis dan krim atau krim luaran.\n3. Divertikulosis dan divertikulitis\n\nRawatan untuk divertikulosis melibatkan penukaran pola diet harian yang lebih sihat dan sesuai, seperti peningkatan pengambilan serat, dan antibiotik mengikut nasihat doktor\nDivertikulitis yang lebih teruk semestinya memerlukan rawatan dengan antibiotik, hospitalisasi, atau pembedahan.\n4. Radang usus\nRawatan untuk radang usus biasanya melibatkan penggunaan ubat anti-radang, imunosupresan, dan perubahan gaya hidup, seperti pengubahsuaian diet dan pengurusan tekanan. \nDalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan untuk mengelakkan diri dari bahaya.\n5. Polip atau kanser usus\nRawatan untuk polip usus melibatkan pengangkatan polip melalui pembedahan atau prosedur endoskopi. \nRawatan kanser usus mungkin termasuk pembedahan, kemoterapi, radioterapi, atau kombinasi rawatan tersebut.\nPencegahan najis berdarah\n\nBeberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko darah dalam najis termasuklah seperti:\n\nMenjaga diet yang seimbang dan kaya dengan serat untuk mengurangkan sembelit dan tekanan pada saluran pencernaan.\nMinum banyak air untuk membantu pencernaan dan melancarkan pergerakan usus.\nMengelakkan anggur yang berlebihan, yang boleh menyebabkan sembelit dan tekanan pada usus.\nBerhenti merokok, kerana ia boleh menyebabkan peradangan dan memperburuk masalah pencernaan.\nMenjalani pemeriksaan kolonoskopi secara berkala, terutama jika anda berusia lebih 50 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang ada masalah polip atau kanser usus.\n\nBila perlu berjumpa dengan doktor?\n\nAnda harus segera berjumpa dengan doktor jika anda mengalami darah dalam najis disertai gejala lain yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan yang lebih serius.\nHal ini termasuklah seperti sakit perut yang teruk, penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, atau keletihan yang berterusan. \nDoktor akan menilai gejala anda dan mungkin menjalankan ujian seperti kolonoskopi atau pemeriksaan darah untuk menentukan punca masalah yang sebenar.\nKesimpulan\nKesimpulannya, masalah berak berdarah boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius atau kurang serius. \nBagi kesihatan sendiri, adalah penting untuk kita mengetahui punca, gejala, dan rawatan yang berkaitan dengan keadaan ini, serta mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai. \nJangan ragu untuk berbincang dengan doktor anda jika mengalami masalah darah dalam najis atau gejala lain yang mengkhawatirkan.\nKerana diagnosis dan rawatan yang tepat dan cepat boleh membantu mengatasi masalah kesihatan dari akar umbi dan mencegah komplikasi yang lebih serius.\nDiharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai masalah berak berdarah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.\nRujukan:\n\nArtikel asal diterbitkan di Mysihat\nBlood in Stool. Webmd\nNajis Tidak Normal. My Health\nWhen To Worry About Blood In Your Stool. MD Anderson Center\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-tanaman-nanas-lpnm/", "title": "LPNM: Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi 2021 kini dibuka oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk pemohon warganegara Malaysia yang layak.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut info yang berkaitan untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas LPNM 2021\n\n \nSkop Projek\n\n \nCiri-ciri Projek\n\n \nKriteria dan Kelayakan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan Tanaman Nanas LPNM\n\n\nBantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas LPNM 2021\n\nSkop Projek\nSkop projek yang telah digariskan dalam melaksanakan projek ini adaah seperti berikut;\n\n\n\n\n\n\nPemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas dengan sulur nanas (tanam baru) atau Baja;Pembiayaan Geran bantuan meliputi input pertanian sahaja sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun) (Pindaan 2011).\nCiri-ciri Projek\nBagi peserta individu hendaklah mempunyai keluasan minima 5 ekar dan maksima kurang daripada 100 ekar;Bagi peserta yang mempunyai keluasan dibawah 5 ekar, pelaksanaan akan dibuat melalui pendekatan kelompok bagi memudahkan pengurusan dan mengurangkan kos operasi;Peserta mesti menanam dengan tanaman tunggal dan jumlah kepadatan yang disyorkan oleh LPNM atau sekurang-kurangnya 15,000 pokok.Peserta hendaklah mengguna pakai amalan teknologi (Amalan Pertanian Baik) terkini; danPenentuan dan penetapan varieti adalah tertakluk kepada LPNM.\nKriteria dan Kelayakan\nWarganegara Malaysia;Taraf milik tanah yang sah;Berdaftar dengan LPNM dan berdaftar dengan Koperasi/ Kelompok;Tanaman tunggal;Tanaman Nanas perlu ditanam sekurang-kurangnya 15,000 pokok/ekar; danPekebun kecil sahaja\nJenis-jenis dan bentuk geran bantuan\nBAJA SEBATIAN (50KG/BEG)\nBILINPUTGERAN BANTUAN / EKARanggaran KOS BANTUAN / EKAR (RM)1.BAJA NPK HIJAU(15:15:15)12 BEG2,200.002.BAJA NPK BIRU(12:12:17:2+TE)6 BEG\nATAU\nBAHAN TANAMAN\nBILBAHAN TANAMANKUANTITI SULURKOS BANTUAN / EKAR1.SULUR NANAS15,000 X RM 0.15RM 2,250.00\nKaedah Perlaksanaan:\nUntuk Bantuan Bahan Tanaman \u2013 hanya diberikan kepada Lot-Lot Tanah yang\u00a0tidak pernah menerima sulur/benih\u00a0sebelum ini\u00a0di bawah mana-mana projek penanaman nanas LPNM\u00a0seperti: Projek di bawah 15 Ekar, Projek Tanam Baru (RTB), Projek Ladang Kontrak, Projek Khas, Projek Transformasi Pengeluaran Nanas (PTPN), Projek Kluster dan sebagainya.Untuk Baja Sebatian \u2013 pengusaha yang tidak pernah menerima benih/sulur nanas di lot-lot tanah LAYAK untuk memilih sama ada untuk mendapatkan\u00a0Baja Sebatian\u00a0ATAU\u00a0Sulur/Benih\nTatacara Permohonan\nPermohonan Untuk Geran Penaman / Penanaman Semula NanasSurat Akuan BerkanunSurat Pelepasan TanggunganPermohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun ( Borang IV)\nDengan Menyediakan dokumen\u2013dokumen seperti berikut :-\nSalinan Kad PengenalanSalinan Geran / Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah)Surat / Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini.\n* Permohon bolehlah menghubungi Cawangan-cawangan LPNM yang berhampiran anda :\nBaca juga: Cara Bayar Kad Kredit & Kenapa Mesti Elak Buat Bayaran Minimum\nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan Tanaman Nanas LPNM\nKepada yang berminat untuk memohon boleh menghubungi LPNM di talian 06-7616591 atau menghadirkan diri ke Pejabat LPNM Negeri Sembilan / Melaka.\nUntuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mpib.gov.my/projek-pengukuhan/ untuk jenis-jenis bantuan tanaman nanas yang disediakan oleh LPNM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ikea-malaysia/", "title": "Ikea Malaysia : Katalog Terkini, Cara Beli Online & Kos Pemasangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKEA Malaysia merupakan antara pusat barangan perabut popular di Malaysia kerana menawarkan pelbagai seleksi perabot dengan rekaan yang menarik untuk hiasan dalaman.\nDi Malaysia, IKEA sudah mempunyai beberapa cawangan antaranya IKEA Cheras, IKEA Damansara, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan. \nDengan tawaran pelbagai makanan menarik di cafe yang terdapat di IKEA, ramai juga rakyat Malaysia sebenarnya yang datang ke IKEA semata-mata untuk menikmati pelbagai juadah menarik yang dijual antaranya meatball, karipap dan sebagainya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKatalog terkini\n\n \nCara belian dalam talian\n\n \nKos pemasangan\n\n\nKatalog terkini\nPihak IKEA Malaysia sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa pilihan perabut yang dijual dengan rekaan terbaru dan lebih moden.\nOleh itu, jangan pelik perabut yang anda beli dari IKEA beberapa tahun lalu tidak lagi dijual kerana IKEA telah membawa masuk perabut dengan rekaan yang lebih baru.\n\n\n\n\n\n\nBagi memudahkan pelanggan membuat pilihan terlebih dahulu, pihak IKEA biasanya akan menyediakan katalog sama ada buku katalog atau katalog dalam talian sahaja.\nUntuk katalog dalam talian, anda boleh lawati laman Brochure di web IKEA Malaysia melalui alamat https://www.ikea.com/my/en/customer-service/brochures/\nPasti rambang mata dibuatnya!\nSekiranya anda gemarkan mana-mana perabut dalam katalog IKEA, anda hanya perlu mengambil kod produk yang dipaparkan dan datang ke kedai IKEA untuk membuat pembelian.\nSelain itu, IKEA turut menawarkan pembelian secara atas talian yang semestinya lebih memudahkan para pembeli.\nCara belian dalam talian\nSeiring dengan kamajuan teknologi dan permintaan dari para pelanggan, pihak IKEA juga telah memperkenalkan kemudahan pembelian atas talian.\nPelanggan hanya perlu pilih barang dari website IKEA, lakukan bayaran secara atas talian dan tunggu sehingga pihak servis kurier hantar barangan terus kepada anda.\n 3 langkah mudah membeli secara dalam talian dengan IKEA:\nPilih produk andaPilih servis yang diinginkan \u2013 penghantaran dan/atau pemasanganTunggu sehingga produk IKEA anda dihantar ke rumah anda\nUntuk maklumat lanjut mengenai pembelian secara online produk IKEA, rujuk halaman rasmi IKEA Malaysia di https://www.ikea.com/my/en/customer-service/shopping-at-ikea/how-to-shop-online-pub4fa3b600\nSekiranya terdapat sebarang masalah untuk pembelian secara dalam talian, anda boleh menghubungi pihak Khidmat Pelanggan IKEA di nombor 03 7952 7575 atau menghantaremel ke alamat\u00a0[email\u00a0protected].\nKos pemasangan\nIKEA terkenal dengan produk perabutnya yang perlu dipasang sendiri oleh pembeli.\nNamun, untuk kemudahan pelanggan pihak IKEA Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pemasangan produk yang dibeli dari IKEA pada harga yang berpatutan.\nPerkhidmatan ini sesuai bagi anda yang tidak mempunyai kemahiran memasang perabut atau tidak mempunyai masa melakukannya sendiri. \nBerikut merupakan senarai harga yang diberikan:\nPemasangan perabut \u2013 10% dari harga perabut. Tidak termasuk kerja-kerja tambahan seperti kerja elektrikal, paip dan sebagainya. Baiki kaki atau alas sofa \u2013 RM9/modul sofa Barangan yang memerlukan kerja-kerja drilling \u2013 RM4 bagi setiap lubang yang ditebuk\nBayaran untuk perkhidmatan ini hendaklah dibayar secara terus kepada kontraktor yang dilantik.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bonuslink/", "title": "Bonuslink : Cara Daftar, Aktifkan Kad, Semakan Points & Tebus Ganjaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda gemar mengisi minyak di Shell, anda berkemungkinan besar sudah mempunyai kad Bonuslink untuk mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus dengan pelbagai hadiah menarik.\nMalah, terdapat juga beberapa pusat membeli-belah yang menawarkan anda points untuk setiap ringgit wang yang dibelanjakan di kedai mereka.\nMenariknya, pendaftaran untuk kad Bonus link sememangnya adalah percuma sahaja. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar Dan Pengaktifan Kad Bonuslink\n\n \nA. Pendaftaran di website\n\n \nB. Pendaftaran di Stesen Shell\n\n \nAplikasi Mudah Alih\n\n \nSemakan Points / Mata Ganjaran Bonuslink\n\n \nPenebusan hadiah\n\n\nCara Daftar Dan Pengaktifan Kad Bonuslink\nMenjadi Ahli BonusLink dan mendaftar untuk Kad baharu adalah mudah! \nCuma ikut langkah di bawah dan mula menikmati ganjaran hari ini!\nA. Pendaftaran di website \nLayari halaman Membership Application di alamat https://www.bonuslink.com.my/EN/MemberApplication.aspxLengkap segala maklumat yang dikehendaki dalam borang yang disediakanKlik pada \u201cSupplementary Card\u201d sekiranya anda memerlukannya dan lengkapkan segala maklumat yang berkaitanKlik butang \u201cSubmit\u201d untuk melengkapkan proses pendaftaranKad anda akan dihantar ke alamat anda dalam tempoh 2 \u2013 3 minggu. Kad anda boleh digunakan sebaik saha diterima.\nB. Pendaftaran di Stesen Shell\nDatang ke mana-mana stesyen Shell di Malaysia dan minta daripada staff yang bertugas borang pendaftaran Bonuslink anda.Daftarkan kad Bonuslink anda menggunakan salah satu kaedah berikut:Daftar melaui SMS dengan menghantar mesej berikut ke 62666: BLINK16-Digit Card Numberemail addressRegister melalui halaman Register Instant Card di alamat https://www.bonuslink.com.my/EN/UpdateProfile.aspxDaftar melalui aplikasi mudah alih Bonuslink. Klik pada \u201cRegister Instant Card\u201d dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk melengkapkan pendaftaran anda\nAplikasi Mudah Alih\n\nUntuk kemudahan pengguna berdaftar, anda boleh memuat turun aplikasi Bonus link ke telefon mudah alih anda.\nUntuk keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari sumber yang sah sahaja.\nKlik pautan berikut untuk memuat turun aplikasi bergantung kepada peranti yang anda gunakan:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nSemakan Points / Mata Ganjaran Bonuslink\nSetelah mendaftar akaun anda, anda boleh login ke akaun Bonuslink anda sama melalui website atau aplikasi mudah alih untuk menyemak mata terkumpul anda.\nBaca juga: \nATM Cash-Out MAE Maybank : Cara Keluarkan Duit Tanpa KadCara Dapatkan Kad Pelajar Marry Brown 2022 & Diskaun Terkini\nPenebusan hadiah\nDengan points yang terkumpul, anda boleh membuat penebusan pelbagai hadiah menarik di Shell.\nAntara hadiah yang ditawarkan adalah tuala, payung, beg, baucar dan sebagainya bergantung kepada stok yang anda di stesyen minyak tersebut.\nUntuk perkembangan terkini dan promosi-promosi menarik, boleh ikuti laman Facebook rasmi mereka di alamat https://www.facebook.com/BonusLink/?ref=page_internal\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-soalan-muet/", "title": "Contoh Soalan MUET & Format Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCONTOH SOALAN MUET & FORMAT TERKINI 2022 (LISTENING, READING, WRITING, SPEAKING)\nMalaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).\nTujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.\nKertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:\nKod KertasNama Kertas\u00a0800/1\u00a0Listening\u00a0(50 minit)\u00a0800/2\u00a0Speaking\u00a0(30 minit)\u00a0800/3\u00a0Reading\u00a0(75 minit)\u00a0800/4\u00a0Writing\u00a0(75 minit)\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang format terkini peperiksaan MUET yang dikemaskini serta contoh-contoh soalan bagi bakal calon yang akan menduduki peperiksaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKadar Bayaran MUET\n\n \nFormat & Contoh Soalan MUET Terkini\n\n \nMuat Turun Contoh Soalan MUET 2022\n\n\nSyarat Kelayakan\nSYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET\n\n\n\n\n\n\nTiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.\nTEMPOH SAH LAKU\nKeputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.\nPERATURAN\nSila rujuk Peraturan dan Spesifikasi Ujian MUET yang terkini melalui lampiran di bawah:\nUPDATED__MUET_Regulations_and_Test_SpecificationsDownload\nKadar Bayaran MUET\nBayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:\n\u00a0Calon WarganegaraCalon Bukan WarganegaraYuran pendaftaranRM\u00a0 40.00RM\u00a0 120.00Yuran mata pelajaranRM\u00a0 60.00RM\u00a0 230.00JumlahRM 100.00RM\u00a0 350.00\nPembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian IndividuPembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my. \nPIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.\nPembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi\ni. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.\nii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.\na.Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.b.Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan\u00a0https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.Nota:\u00a0Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan).c.Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi\u00a0tidak akan dikembalikan\u00a0sekiranya calon\u00a0gagal mendaftar\u00a0pada tarikh yang telah ditetapkan dan\u00a0tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya.\nBayaran yang telah dibuat akan terpapar pada\u00a0Penyata Pendaftaran MUET\u00a0untuk rujukan calon.\u00a0\u00a0\nFormat & Contoh Soalan MUET Terkini\nKertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat komponen seperti yang berikut:\nKod Kertas / Nama Kertas\n800/1 Listening (50 minit)800/2 Speaking (30 minit)800/3 Reading (75 minit)800/4 Writing (75 minit)\nSila muat turun lampiran di bawah (PDF) untuk rujukan bersama:\n\n\n\n\n\n\nNOTA: Untuk mendapatkan set soalan penuh sila muat turun fail PDF di bawah:\nSAMPLE_QUESTIONS-muet-2022Download\nMuat Turun Contoh Soalan MUET 2022\nNO.DOCUMENT NAME\u00a01Test Specifications & Regulations for 2021 onwardLihat\u00a0|\u00a0\u00a0Muat Turun2Sample QuestionsLihat\u00a0|\u00a0\u00a0Muat Turun\nMaklumat lanjut sila rujuk\u00a0Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions\u00a0yang dapat diperoleh melalui Portal Majlis Peperiksaan Malaysia\nBaca juga: MUET On Demand (MoD) 2022 : Cara Pendaftaran & Semakan Keputusan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tekun-mobilepreneur-4-0/", "title": "TEKUN Mobilepreneur 4.0: Bantuan Hingga RM10,000 Untuk Rider", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTEKUN Nasional membuka peluang kepada golongan yang hilang mata pencarian termasuk para belia untuk menjadi \u2018rider\u2019 bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian melalui Program TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang telah dilancarkan bagi tahun 2021.\nSebelum ini pembiayaan melalui TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 telah dilancarkan dengan mensasarkan untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP.\nAdakah anda berminat untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?\nJom baca syarat kelayakan dan butiran lebih lanjut tentang skim ini di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nJumlah Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?\nIa adalah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.\nProgram ini adalah merupakan insiatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional untuk membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu.\nMelalui skim ini, pembiayaan disediakan kepada usahawan untuk tujuan berikut:\nPembelian motosikalBaik pulih motosikalModal pusingan\n\nSyarat Kelayakan\nBerikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Program Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0.\nWarganegara Malaysia (Bumiputera / India)Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).Pemohon bukan seorang yang muflis.Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah \u2013 bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah \u2013 bagi permohonan membeli motosikal.Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.\n\nJumlah Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0\nNilai Pembiayaan RM1,000 \u2013 RM10,000 mengikut tujuan permohonan adalah seperti berikut:\nPembelian motosikalBaik pulih motosikalModal pusingan\nTempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 tahun sehingga 3 tahun.\nKadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.\n\nBaca juga: Aduan Potholes DBKL: Cara Hantar Aduan Melalui WhatsApp\nCara Permohonan\nSesiapa yang berminat boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.\nDokumen Yang Diperlukan\nBerikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0.\nBorang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)Gambar pemohon ukuran passportSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) \u2013 muka hadapan dan belakangSalinan lesen memandu B1 / B2 yang sahSebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah \u2013 bagi permohonan membeli motosikalSalinan geran motosikal yang sah \u2013 bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusinganSalinan cukai jalan motosikal yang sah \u2013 bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusinganGambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) \u2013 bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusinganSurat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-HailingSalinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan\n\nBaca juga: SPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur, sila berhubung dengan pihak TEKUN Nasional di talian 03-9059 8888.\nAnda juga boleh mendapatkan info terkini serta mengajukan sebarang pertanyaan melalui Facebook Rasmi TEKUN Nasional di pautan https://www.facebook.com/tekunasional/posts/238477901644622\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-lembaga-peperiksaan-malaysia-elp/", "title": "e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Slip & Sijil", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPanduan Calon Peperiksaan bagi Peperiksaan SPM Tahun 2022 e-Lembaga Peperiksaan Malaysia & Cetakan Semula Sijil Hilang Melalui eLP \nDi sini dikongsikan cara untuk calon-calon mendaftar aplikasi eLembaga Peperiksaan dan membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan dan semakan keputusan peperiksaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPanduan Calon Peperiksaan SPM 2022\n\n \nCara Pendaftaran Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (eLP)\n\n \nCARA MOHON SALINAN SIJIL SPM / PMR / SRP / SPMU / DLL YANG HILANG @ ROSAK SECARA ONLINE MELALUI PORTAL E-LEMBAGA PEPERIKSAAN (ELP)\n\n \nCara Permohonan Manual (Di Kaunter)\n\n \nBorang Permohonan Manual\n\n \nSetiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama \u201cAKAUNTAN NEGARA MALAYSIA\u201d.\n\n \nCek persendirian tidak diterima.\n\n \nCaj Yang Dikenakan Bagi Setiap Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan\n\n \nTempoh Pengeluaran Salinan Sijil Peperiksaan\n\n \nMaklumat Lanjut e-Lembaga Peperiksaan (eLP)\n\n\nPanduan Calon Peperiksaan SPM 2022\nAPA-CALON-PERLU-BUAT-SPM-2021_S2-v2Download\nSila rujuk panduan dan semakan jadual berikut:\n\nTingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan\nPermohonan Semak Semula Keputusan SPM Secara Online\n\nCara Pendaftaran Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (eLP)\nSila ikuti langkah berikut:\nLANGKAH 1\nSila ke laman web e-Lembaga Peperiksaan di pautan berikut:\nhttps://elp.moe.gov.my/auth/login\n\nLANGKAH 2\nKlik pada bahagian Daftar Akaun.\n\nLANGKAH 3\nIsi maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.\n\nSelesai isi, klik butang Daftar.\n\n\n\n\n\n\nLANGKAH 4\nAnda akan terima notifikasi seperti di bawah setelah PENDAFTARAN BERJAYA.\n\nCheck e-mail dan sila klik pada link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.\n\nAnda akan menerima notifikasi seperti dalam gambar di bawah:\n\nLANGKAH 5\nSekarang pergi semula ke Portal Lembaga Peperiksaan untuk login menggunakan e-mail dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.\n\nCARA MOHON SALINAN SIJIL SPM / PMR / SRP / SPMU / DLL YANG HILANG @ ROSAK SECARA ONLINE MELALUI PORTAL E-LEMBAGA PEPERIKSAAN (ELP)\nNak interview tak lama lagi, tapi tak jumpa pula sijil SPM. Macam mana nak dapatkan salinan sijil yang baharu?\nJangan risau! Anda kini boleh mengemukakan borang permohonan ke Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan salinan baharu bagi sijil LCE, SRP ,PMR, MCE dan SPM yang hilang atau rosak.\nDi sini kami kongsikan caranya step-by-step untuk makluman bersama ok. Mudah je\u2026\nUntuk mendapatkan salinan bagi sijil peperiksaan seperti SPM, PMR, SRP dan lain-lain, anda boleh mohon secara online saja di Portal e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP).\nLANGKAH 1\nBila dah boleh login lepas daftar, inilah paparan di halaman utama.\nBagi yang nak memohon salinan sijil SPM yang hilang tu, boleh klik pada ikon Salinan Keputusan.\n\nLANGKAH 2\nKlik pada simbol + untuk memulakan permohonan.\n\nLANGKAH 3\nPilih salinan sijil peperiksaan yang anda inginkan.\n\nSkrol ke bawah dan tekan butang Cari.\n\nLANGKAH 4\nSemak dan sahkan maklumat.\nIsi maklumat tambahan di bahagian yang kosong.\nDekat sini anda perlu masukkan alamat terkini bagi tujuan pengeposan sijil yang hilang nanti.\n\nLANGKAH 5\nDah siap check dan isi, sila PROCEED untuk kaedah penghantaran.\nCaj yang dikenakan ialah RM30.00 untuk salinan, dan tambahan RM10.00 bagi yang memilih kaedah kiriman pos untuk dapatkan salinan sijil terus ke rumah anda!\n\nDah siap boleh klik butang Mohon dan buat bayaran.\nSelesai!\nBaca juga: Perkhidmatan Patching Sijil SPM \u2013 Lembaga Peperiksaan Malaysia\nCara Permohonan Manual (Di Kaunter)\nPermohonan salinan sijil yang hilang atau rosak boleh juga dibuat secara manual melalui 3 cara iaitu:\nI) Secara Terus ke LEMBAGA PEPERIKSAAN (LP)\nPemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Sijil yang terletak di lobi utama aras Bawah, Blok E11, LP Putrajaya, bayaran RM30.00 dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan dan salinan keputusan (jika ada).\nII) Mewakili Pihak Ketiga (Ibubapa/suami/isteri dan adik beradik)\nPemohon boleh mewakili permohonan Salinan Keputusan kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan keputusan (jika ada) dan surat wakil (boleh didapati di laman web LP).\nPermohonan Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan\nIII) Permohonan Melalui Pos\nPemohon boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1.06. \nBorang yang telah lengkap diisi beserta salinan Kad Pengenalan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web LP.\nBorang Permohonan Manual\nBorang Permohonan Salinan Keputusan\u00a0LP/SIJIL/Pin 1/06\u00a0boleh didapati di kaunter sijil, LP Putrajaya atau boleh dimuat turun di pautan berikut:\nBorang-Permohonan-Salinan-Keputusan-LPSIJILPin-106Download\nSetiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak\u00a0RM30.00\u00a0dikenakan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama \u201cAKAUNTAN NEGARA MALAYSIA\u201d. \nCek persendirian tidak diterima.\nCaj Yang Dikenakan Bagi Setiap Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan\nSetiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak RM30.00 dikenakan. \nBagi permohonan online, anda boleh memilih sama ada untuk menerima salinan sijil melalui pos atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Peperiksaan terdekat.\nWang pos sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi kiriman pos.\nBayaran boleh dibuat secara online, wang tunai atau menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Money (Money Order) atas nama \u201cAKAUNTAN NEGARA\u201d. Cek persendirian tidak diterima.\nSebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.\nBaca juga: SePKM : Cara Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM\nTempoh Pengeluaran Salinan Sijil Peperiksaan\nTempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut:\n\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 \u2013 satu (1) jam\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 \u2013 tujuh (7) hari bekerja\nPenilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 \u2013 satu (1) jam\nPenilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 \u2013 tujuh (7) hari bekerja\nLain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja\n\nMaklumat Lanjut e-Lembaga Peperiksaan (eLP)\nUntuk info lanjut berkenaan peperiksaan, sila rujuk laman web rasmi \n\nhttp://lp.moe.gov.my/\nhttps://elp.moe.gov.my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/str-fasa-2/", "title": "STR Fasa 2 : Semakan Status & Jumlah Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSTR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga\nBantuan Tunai Rakyat (BTR) kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima mulai 5 April 2023.\nDalam pembentangan Belanjawan 2023, PM mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.\nKerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. \nSumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.\nIni bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSumbangan Tunai Rahmah Fasa 2\n\n \nTarikh Bayaran STR Fasa 2\n\n \nNotis Penunaian Tunai STR \u2013 BSN Malaysia\n\n \nJumlah Bayaran STR Fasa 2\n\n \nCara Semakan STR Fasa 2\n\n \nLupa Kata Laluan STR\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 \nKerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR. \nUntuk tahun 2023, BTR iaitu (Bantuan Tunai Rakyat) telah diumumkan dalam pembentangan Mini Bajet 2023. Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).\nKerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.\nSTR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.\nSIARAN MEDIA 8.7 JUTA GOLONGAN B40 AKAN MENERIMA STR FASA 2 BERNILAI RM 1.26 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 5 APRIL 2023.\n\n\n\nTarikh Bayaran STR Fasa 2\nMengikut Portal Belanjawan yang dikemaskini pada 24 Februari 2023, tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai 5 April 2023.\nSumber infografik : Jabatan Penerangan WPKL\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April \u2013 dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.\nBagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.\nTerkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.\nIni bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.\nSumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia\nNotis Penunaian Tunai STR \u2013 BSN Malaysia\nNotis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2#BSNMalaysia\n\nJumlah Bayaran STR Fasa 2\nJADUAL BAYARAN STR FASA 2 \nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 \u2013 RM50000RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM100\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100\n\n\nCara Semakan STR Fasa 2\nSemakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nSila rujuk panduan melalui infografik di bawah:\n\nKlik lok masuk MySTR\nMasukkan nombor Mykad pemohon\nPengesahan kata kunci keselamatan\nMaklumat yang akan dipaparkan :\n\nNama pemohon\nNo Mykad pemohon\nStatus permohonan\nMaklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)\n\n\nKlik menu Semakan Pembayaran Fasa 1\nMasukkan kata laluan\n\nDisertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.\n\nLupa Kata Laluan STR\nUntuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.\nOleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.\nLog Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\nBerikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:\n\nLayari laman web STR di pautan\nKlik \u201cTerlupa Kata Laluan\u201c\nMasukkan nombor MyKad 12 digit dan klik \u201cSemak\u201d.\nMasukkan e-mel yang didaftarkan & klik \u201cSeterusnya\u201d.\nSemak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik \u201cYa\u201d.\nJawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik \u201cSeterusnya\u201d.\nMasukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik \u201cTukar Kata Laluan\u201d.\nAnda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.\n\nSekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \n\nSebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :\n\nLaman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nHotline STR LHDNM\u00a0\nHotline STR MoF\u00a0\nTalian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kursus-pastri-dan-bakeri-percuma-mitra/", "title": "Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA Untuk Wanita Bangsa India B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Unit Transformasi Masyarakat India atau MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri kini mengalu-alukan pendaftaran bagi menyertai Kursus Pastri dan Bakeri secara percuma khas untuk golongan wanita berbangsa India.\nProgram Memperkasakan Usahawan Wanita dalam Pastri dan Bakeri ini diwujudkan bagi melahirkan golongan usahawan India yang berkemahiran tinggi.\nBaca Juga : Senarai Lokasi dan Kursus IKBN (Institut Kemahiran Bina Negara)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nButiran Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA\n\n \nModul Kursus\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nBagi yang berminat, anda boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 24 November 2022.\nButiran Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA\nUntuk makluman, program ini akan berlangsung selama 5 hari iaitu pada 5 Disember hingga 9 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 hingga 16 Disember 2022.\nKursus ini akan dijalankan di King\u2019s College, Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.\nPeserta yang berjaya menamatkan kursus bakal menerima sijil.\nModul Kursus\nPeserta akan didedahkan kepada kemahiran pastri dan bakeri berdasarkan modul berikut :\nPengenalan program dan prosedur perniagaan pastri dan bakeri.Kek span \u201cGluten Free\u201d dan rendah kalori dan seni bergaya dan hiasan.California Raisin Meringue Pai.Pumpkin Scone dan Kek Pisang Kelapa.Keusahawanan dan e-Dagang.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia berbangsa India daripada golongan B40.Berumur di antara 18 hingga 35 tahun.Berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang perniagaan pastri.Hanya 60 peserta yang memenuhi syarat kelayakan akan dimaklumkan.\nCara Memohon\nCalon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\nLayari pautan untuk buat permohonan secara atas talian : \u00a0https://docs.google.com/forms/d/1ZckL4KwR0BhOT5AUYFTBeRqgIeCKv4WMt8cayJrXwb8/viewform?edit_requested=true&fbclid=IwAR29de1my6EoNP7nqhOa6a8y9NzqR5aTjOtn9KdSqEUmNo-3OnluhMihZdo.Isikan maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk hantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA, sila sila hubungi talian berikut:\n018-222 5398018-222 1563018-222 1789\n"]} {"url": "https://ecentral.my/refund-touch-n-go/", "title": "Cara Refund Duit Dalam Kad Touch N Go Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA REFUND TOUCH N GO ONLINE JIKA KAD ROSAK, EXPIRED ATAU HILANG\nTahukah anda, kad Touch \u2018n Go anda mempunyai jangka hayat selama 10 tahun.\nSelepas tarikh luput, kad tidak boleh digunakan dan anda harus tukar ganti kad baharu untuk terus menggunakan perkhidmatan Touch \u2018n Go.\n\nJika anda masih mempunyai baki dalam kad yang telah luput, rosak atau hilang, anda boleh mendapatkan baki duit yang masih terdapat dalam kad tersebut.\nProses refund ini boleh dibuat secara online sahaja.\nDi sini kami kongsikan caranya.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Refund Touch N Go Jika Kad Hilang, Rosak / Expired\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Refund Touch N Go Jika Kad Hilang, Rosak / Expired\nJika anda menghadapi masalah berkenaan dengan caj atau masih mempunyai baki dalam kad yang sudah luput, anda boleh mohon bayaran balik dengan 4 langkah mudah.\n\nLayari: https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/\nIsikan maklumat penting berkaitan kad anda\nIsikan maklumat penting peribadi, pastikan nama penuh di isi mengikuti kad pengenalan\nPilih alasan dan kaedah bayaran balik wang anda.Proses bayaran balik boleh mengambil masa 30 hari dari tarikh permintaan.Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi Careline Touch n Go.\n\nRujuk langkah bergambar di bawah:\nLANGKAH 1\nLayari: https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/\n\nLANGKAH 2\nIsikan maklumat penting berkaitan kad anda.\n\nLANGKAH 3\nIsikan maklumat penting peribadi, pastikan nama penuh di isi mengikuti kad pengenalan.\n\nLANGKAH 4\nPilih alasan dan kaedah bayaran balik wang anda.\nProses bayaran balik boleh mengambil masa 30 hari dari tarikh permintaan.\n\nJika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi Careline Touch n Go di pautan berikut: https://www.touchngo.com.my/customer-service/contact-us/\nJika anda belum pernah mendaftar kad Touch n Go secara online, sila rujuk artikel berikut:\nTouch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online\nAnda juga boleh ketahui lebih lanjut dan membuat semakan RFID di sini\nRFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai pertanyaan tentang bayaran balik baki kad kad Touch n Go, anda boleh baca selanjutnya melalui pautan ini: https://www.touchngo.com.my/erefund/\nCara pembelian kad baharu online \u2013https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/articles/5319418799641-Bagaimanakah-cara-untuk-membeli-kad-Touch-n-Go-TNG-yang-dinaik-taraf-ini-melalui-Touch-n-Go-eWallet-\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penebusan-gcr-awal/", "title": "Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENEBUSAN AWAL AWARD WANG TUNAIGANTIAN CUTI REHAT (GCR) MULAI 2022\nKerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.\nSekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Penebusan GCR Awal\n\n \nCara Penebusan & Pengiraan Gantian Cuti Rehat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Penebusan GCR Awal\nPegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\n\n\n\n\n\n(a) tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun;(c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.\nJumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari. \nPemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.\nCara Penebusan & Pengiraan Gantian Cuti Rehat\nKetua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal JPAPencen melalui pautan http://www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR. \nKetua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.\nSemua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. \nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim melalui lampiram di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\nSurat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.\nMaklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email\u00a0protected].\nJabatan Perdana Menteri Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/10-bangunan-tertinggi-di-dunia/", "title": "10 Bangunan Tertinggi Di Dunia (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSaban tahun, banyak bangunan tertinggi di dunia telah dibina.\nSesetengah negara membina bangunan pencakar langit sebagai simbolik kuasa ekonomi negara tersebut.\nPertubuhan NGO antarabangsa Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) telah ditubuhkan pada tahun 1969 untuk mengumpulkan data-data mengenai bangunan paling tinggi di seluruh dunia.\nCTBUH juga telah menetapkan piawaian untuk mengukur bangunan dan telah menyediakan senarai 100 bangunan siap tertinggi di dunia.\nBerikut merupakan senarai 10 bangunan paling tinggi di dunia sehingga saat ketika artikel ini ditulis dan tidak mustahil senarai ini akan berubah pada masa hadapan apabila bangunan-bangunan yang lebih tinggi dibina. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n10 Bangunan Tertinggi Di Dunia\n\n \n10. CITIC Tower (China Zun) \u2013 527.7 meter\n\n \n9. Pusat Kewangan CTF Tianjin \u2013 530 meter\n\n \n8. Pusat Kewangan CTF Guangzhou \u2013 530 meter\n\n \n7. One World Trade Center \u2013 541.3 meter\n\n \n6. Lotte World Tower \u2013 554.5 meter\n\n \n5. Pusat Kewangan Ping An \u2013 599.1 meter\n\n \n4. Menara Jam Mekah (Abraj Al-Bait)- 601 meter\n\n \n3. Menara Shanghai \u2013 632 meter\n\n \n2. Menara Merdeka 118 \u2013 678.9 meter\n\n \n1. Burj Khalifa \u2013 832 meter\n\n\n10 Bangunan Tertinggi Di Dunia\n10. CITIC Tower (China Zun) \u2013 527.7 meter\nMenara CITIC (atau dikenali sebagai China Zun) ialah sebuah bangunan pencakar langit yang sangat tinggi di Daerah Pusat Perniagaan Beijing. \nBangunan 109 tingkat, 528 m (1,732 kaki) ini adalah yang tertinggi di bandar ini, mengatasi Menara Pusat Dagangan Dunia China III sebanyak 190 meter.\nNama panggilan China Zun berasal daripada \u201czun\u201d, sebuah kapal wain Cina purba yang memberi inspirasi kepada reka bentuk bangunan ini, menurut pemaju Kumpulan CITIC.\n\n\n\n\n\n\nSumber gambar : https://www.kpf.com/project/citic-tower\n9. Pusat Kewangan CTF Tianjin \u2013 530 meter\nBangunan Pusat Kewangan CTF Tianjin ialah sebuah bangunan pencakar langit yang sangat tinggi yang terletak di CBD TEDA Binhai, Tianjin, China. \nPembinaan bermula pada 2013 dan siap pada 2019.\nSumber gambar : https://www.skyscrapercenter.com/\n8. Pusat Kewangan CTF Guangzhou \u2013 530 meter\nPusat Kewangan Chow Tai Fook Guangzhou, juga dipanggil Menara East merupakan bangunan pencakar langit di Guangzhou, Guangdong, yang telah siap pada Oktober 2016. \nIa adalah bangunan paling tinggi di Guangzhouu dan yang ketiga tertinggi d China.\nSumber gambar : https://wonderfulengineering.com/\n7. One World Trade Center \u2013 541.3 meter\nOne World Trade Center (juga dikenali sebagai One World Trade, One WTC, dan dahulunya Freedom Tower) ialah bangunan utama kompleks Pusat Dagangan Dunia yang dibina semula di Lower Manhattan, New York City.\nOne World Trade Center menjadi struktur tertinggi di New York City pada 30 April 2012, apabila ia melepasi ketinggian Bangunan Empire State.\nSumber gambar : https://www.usglassmag.com/\n6. Lotte World Tower \u2013 554.5 meter\nMenara Dunia Lotte ialah sebuah bangunan pencakar langit setinggi 555.7 meter (1,823 kaki) 123 tingkat yang terletak di Sincheon-dong, Daerah Songpa, Seoul, Korea Selatan. \nIa dibuka kepada orang ramai pada 3 April 2017, dan kini merupakan bangunan tertinggi di Korea Selatan dan keenam tertinggi di dunia.\nSumber gambar : https://m.pulsenews.co.kr/\n5. Pusat Kewangan Ping An \u2013 599.1 meter\nPusat Kewangan Ping An ialah sebuah bangunan pencakar langit i setinggi 115 tingkat, 599 m di Shenzhen, Guangdong, China. \nBangunan itu telah direka oleh firma seni bina Amerika Kohn Pedersen Fox Associates. \nIa telah siap pada 2017, menjadi bangunan tertinggi di Shenzhen, bangunan ke-2 tertinggi di China.\nSumber gambar : https://group.schindler.com/\n4. Menara Jam Mekah (Abraj Al-Bait)- 601 meter\nMenara Jam Mekah ialah sebuah kompleks milik kerajaan tujuh hotel pencakar langit di Mekah, Arab Saudi. M\nMenara-menara ini adalah sebahagian daripada Projek Wakaf Raja Abdulaziz yang bertujuan untuk memodenkan bandar ini dalam memenuhi keperluan jemaah hajinya. \nSumber gambar : https://makkah-madinah.accor.com/discover-abraj-al-bait/\n3. Menara Shanghai \u2013 632 meter\nMenara Shanghai adalah bangunan pencakar langit Lujiazui, Pudong, Shanghai.\nIa adalah bangunan tertinggi di China dan bangunan kedua tertinggi di dunia mengikut ketinggian ke puncak. \nIa berkongsi rekod (bersama-sama dengan Pusat Kewangan Ping An) yang mempunyai dek pemerhatian tertinggi di dunia dalam bangunan atau struktur pada 562 m.\nSumber gambar : Pinterest\n2. Menara Merdeka 118 \u2013 678.9 meter\nMenara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tertinggi di Asia Tenggara dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun 2022.\nKetinggian puncak menara atau spire Merdeka 118 adalah berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan. \nBerat ini adalah bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga. \nIa diperbuat daripada keluli dan panel aluminium, dan tempoh pemasangan mengambil masa tiga bulan.\nMenara Merdeka 118 dimiliki oleh anak syarikat milik penuh PNB iaitu PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.\nMerdeka 118 terletak di lokasi yang sama dengan beberapa bangunan bersejarah negara seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara, Victoria Institution dan Stadium Chin Woo, serta melambangkan penyatuan luar biasa antara yang bersejarah dan yang baharu, yang merupakan titik pertemuan antara kawasan Jalan Petaling, Kampung Attap dan Pudu.\nAntara objektif projek pembinaan menara Merdeka 118 adalah untuk menghidupkan kembali kawasan strategik dengan kegiatan ekonomi dan pada masa sama memberi manfaat kepada warga kota Kuala Lumpur khasnya dan penduduk Malaysia pada keseluruhannya.\nSumber gambar : The Edge Market\n1. Burj Khalifa \u2013 832 meter\nBurj Khalifa, dikenali sebagai Burj Dubai sebelum perasmiannya pada 2010, ialah sebuah bangunan pencakar langit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dengan jumlah ketinggian 829.8 m/\nBurj Khalifa telah menjadi struktur dan bangunan tertinggi di dunia sejak ia mendahului pada 2009, menggantikan Taipei 101, pemegang status tersebut sebelum ini.\nSumber gambar : https://www.burjkhalifa.ae/en/the-tower/facts-figures/\nBaca juga: \nSenarai Perdana Menteri Malaysia & Biodata RingkasSenarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kwsp-bersasar/", "title": "Pengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPelbagai pihak menggesa kerajaan mengutamakan dan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan termasuklah membenarkan pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023.\nPerdana Menteri juga ditanya sama ada pengeluaran KWSP dalam pertimbangan kerajaan bagi Belanjawan 2023.\nDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mencari jalan lain selain simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu kumpulan yang mengalami masalah kos sara hidup tinggi.\n\u201cKita kena timbang. Kita sedang cari jalan kurangkan beban mereka tanpa menimbulkan beban lain pada masa mereka bersara nanti,\u201d katanya kepada media selepas menyampaikan Syarahan Ulung Siddiq Fadzil \u2013 Pemikiran Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (UNISEL) hari ini, 9 Februari 2023.\nTambah beliau, kerajaan sedang mencari alternatif lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti.\nPerdana Menteri menjelaskan beliau memahami isu mengenai kebenaran pengeluaran KWSP itu seperti yang dibangkitkan banyak pihak.\nMemetik laporan oleh Harian Metro hari ini, beliau berkata sudah banyak kali kebenaran dibenarkan dan ada simpanan yang semakin berkurangan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya kalau ikut, (itu) wang dia. Dia nak keluar biar dialah.\n\u201cTapi kalau wang dia tinggal RM5,000 (dalam KWSP), keluar RM3,000, pencen nanti dia anak beranak macam mana?\u201d katanya\nSementara itu, ditanya mengenai tumpuan Belanjawan 2023, Perdana Menteri berkata, seperti yang sudah saya umumkan sebelum ini tumpuan sudah tentu terarah kepada isu menangani defisit, digital dan sekuriti makanan.\nKatanya, dalam masa yang sama isu keselesaan dan masalah kos sara hidup rakyat jadi tumpuan utama.\n\u201cPerkara yang lain, akan saya bentangkan dalam belanjawan itu nanti,\u201d katanya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain\n\n \nPencarum ada baki cukup untuk membuat pengeluaran \u2013 Kajian PGIRM\n\n\nPengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain\nSebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menegaskan bahawa adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat yang terjejas serta kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik.\n\u201cKalau tengok orang-orang yang simpan KWSP, duit itu sedikit sekali. Jadi saya perlu pertimbang tentang keperluan yang mendesak dan juga masa depan mereka. Terlalu kecil saya semak jumlah yang ada majoriti pencarum itu sangat kecil. Saya bimbang tentang masa depan mereka.\n\u201cJadi lebih baik kerajaan cari jalan untuk membantu mereka,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Perlis pada 16 Januari lalu.\n\n16 Januari \u2013 Pengeluaran KWSP : Nasib dan masa depan pencarum perlu dipertimbang, kerajaan cari alternatif lainhttps://t.co/uYHnNbs7TR'Yang sahih di Berita RTM'#RTM #BeritaRTM #AnwarIbrahim #KWSP pic.twitter.com/QL4jLOo2ey\u2014 Berita RTM (@beritartm) January 16, 2023\n\nPencarum ada baki cukup untuk membuat pengeluaran \u2013 Kajian PGIRM\nMenurut laporan Buletin TV3, berdasarkan kajian dijalankan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), yang mendapati 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki Akaun Satu lebih RM10,000, manakala selebihnya kurang RM10,000.\nPresidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata kajian itu dijalankan selama 12 hari bermula 20 Disember lalu, bagi menyediakan data sokongan tambahan untuk tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.\n\u201cDaripada kaji selidik ini, ternyata pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar, mempunyai jumlah baki mencukupi untuk membuat pengeluaran,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.\nSebelum ini, PGIRM dilaporkan membawa suara 270,000 pencarum yang memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.\nPermohonan daripada pencarum itu diterima melalui borang dalam talian dari Julai hingga November lalu, antaranya disebabkan desakan hidup yang sukar akibat inflasi, pengurangan pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pasca pandemik COVID-19.\nMengulas lanjut, Azmi berkata, laporan kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur pada Januari 2023, pasti akan memberi kesan lebih teruk terhadap rakyat.\n\u201cPGIRM percaya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cakna dan prihatin terhadap suara serta kesusahan rakyat.\n\u201cJusteru, kami berharap diberi peluang bertemu Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar ini, dalam masa terdekat.\n\u201cRakyat khususnya pencarum, sudah teruk terhimpit dengan kesusahan. Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang sudah dan bercadang mengambil \u2018jalan pintas\u2019 untuk menyelesaikan masalah,\u201d katanya.\nSebelum ini juga, Perikatan Nasional (PN) mendakwa bersedia melaksanakan penilaian semula pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar, jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).\nPengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyuarakan kesediaan itu biarpun perkara itu tidak termaktub dalam manifesto gabungan itu.\n\u201cSebelum ini, kita sudah membenarkan beberapa kali pengeluaran KWSP termasuk i-Sinar dan i-Lestari.\n\u201cUntuk pelaksanaan ini (pengeluaran KWSP) secara bersasar, kita perlu melihat jumlah simpanan (pencarum) terlebih dahulu.\n\u201cIni kerana, pengeluaran tidak boleh dibuat jika sudah tiada simpanan (dalam KWSP),\u201d katanya ketika sesi \u2018townhall\u2019 Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST di sini, malam ini.\nLihat video ucapan beliau di bawah:\n\n\n\nBaca juga:\n\ni-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata\nSemakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tok-mat-menteri-pertahanan-malaysia/", "title": "Biodata Tok Mat, Menteri Pertahanan Msia (Mohamad Bin Hasan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSusuk tubuh yang lebih mesra dipanggil \u201cTok Mat\u201d ini baru sahaja dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baru dalam bawah Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nPemilihannya sebagai seorang Menteri Kabinet sememangnya sudah dijangka memandangkan Tok Mat seorang pemimpin berkaliber dari parti UMNO.\nNama beliau bukan lagi asing di Negeri Sembilan. Namun, mungkin tidak cukup dikenali oleh orang luar.\nDisebabkan itu, pemilihan portfolionya sebagai Menteri Pertahanan turut dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui latarbelakang pendidikan, kerjaya dan sejarah penglibatan beliau dalam politik.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang individu bernama Dato\u2019 Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Menteri Pertahanan Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiodata Tok Mat (Mohamad Bin Hasan)\n\n \nKerjaya Politik\n\n\nBiodata Tok Mat (Mohamad Bin Hasan)\nNama penuh: Dato\u2019 Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan\nTarikh lahir: 2 Mei 1956\nGelaran: Dato\u2019 Seri Utama Haji\nLaman web rasmi: https://www.mohamadhasan.com/\nFacebook : Dato\u2019 Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan\nAnugerah: PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS)\nPendidikan: \n\nSekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman,\u00a0Rantau\nSekolah Menengah Kebangsaan Rantau. \nSekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah,\u00a0Seremban (Tingkatan 6)\nUniversiti Malaya (1976).\n\nKerjaya:\n\nPelatih Bank Negara Malaysia\nPenolong Pengurus di\u00a0Malayan Banking Berhad\nPengurus di\u00a0Arab Malaysian Merchant Bank Berhad\nBank Bumiputra Malaysia Berhad\nPengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992)\nKetua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994)\nPengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).\n\nSelain daripada itu, Tok Mat juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di\u00a0Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah\u00a0Sepang International Circuit (SIC).\nKerjaya Politik\nSebelum bertanding di peringkat Parlimen, Tok Mat terlebih dahulu telah bertanding di peringkat DUN.\nSetelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri\u00a0Rantau, Tok Mat mengangkat sumpah menjadi\u00a0Menteri Besar Negeri Sembilan\u00a0pada 25 Mac 2004. \nSetelah berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Sembilan selama 14 tahun, kerjaya politiknya bertukar dari peringkat negeri ke peringkat persekutuan pada 2018.\nJawatan Tok Mat dalam UMNO adalah:\n\nBeliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau\nAhli Majlis Tertinggi\u00a0UMNO\u00a0Malaysia \nTimbalan Presiden\u00a0UMNO\u00a0Malaysia.\n\nTok Mat telah berjaya memenangi kerusi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 dengan menewaskan Annuar Musa. \nIa sekaligus menggantikan Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas tersebut selepas Ahmad Zahid Hamidi.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-pemandu-grab/", "title": "Cara Daftar Pemandu Grab (E-Hailing, GrabCar, GrabExpress)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai individu tertarik untuk daftar sebagai pemandu Grab kerana berikutan reputasinya sebagai penyedia perkhidmatan pandu seru (e-hailing) paling popular di Malaysia.\nTidak hairanlah, ramai pemandu Grab yang mendakwa mereka mampu memperoleh lebih RM3 ribu sebulan dengan memandu Grab sepenuh masa. \nWalau bagaimanapun, semua bergantung pada lokasi anda dan berapakah komitmen yang anda sanggup luahkan untuk memandu kenderaan untuk mengambil dan menghantar penumpang setiap hari.\nSelain menyediakan perkhidmatan e-hailing, Grab turut menawarkan perkhidmatan GrabPay bagi memudahkan pembayaran dilakukan tanpa tunai. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Sebagai Pemandu Grab (Grab Benefits)\n\n \nBonus Sehingga RM 1,000 Apabila Anda Mula Memandu!\n\n \nTerma & Syarat\n\n \nSyarat Kelayakan Sebagai Pemandu Grab (Grab Driver @ e-Hailing)\n\n \nSyarat Tambahan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nLangkah-langkah Memohon Sebagai Pemandu Grab (E-Hailing / Grab Taxi)\n\n \nPenghantar Grab (Kereta)\n\n \nSyarat Kelayakan Sebagai Penghantar Grab (GrabFood, GrabMart, GrabExpress)\n\n \nSyarat Kelayakan Sebagai Grab Rider / GrabFood (Motosikal)\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Memohon Sebagai Grab Rider\n\n\nKelebihan Sebagai Pemandu Grab (Grab Benefits)\nBerikut adalah antara kelebihan menjadi rakan penghantar Grab melalui GrabTaxi dan e-Hailing.\nPerlindungan kemalangan peribadi percuma atau bercaj untuk anda dan ahli keluarga anda. Kemudahan mencarum\u00a0KWSP\u00a0(tambahan 10% oleh Grab bagi yang layak) dan\u00a0PERKESO.Jimat kos harian dengan diskaun untuk petrol, barangan keperluan, pembaikan kereta dan banyak lagi! Guna\u00a0Shop Now, Pay Later (Beli Dahulu, Bayar Kemudian)\u00a0untuk lebih fleksibiliti. Kos lesen PSV yang dikenakan ke atas pemandu e-hailing ditaja oleh Grab.Tingkatkan kemahiran anda dengan kursus-kursus seperti latihan celik digital (Microsoft), latihan celik kewangan (Standard Chartered) dan banyak lagi, secara percuma.\nBonus Sehingga RM 1,000 Apabila Anda Mula Memandu!\nIngin menjana pendapatan lebih? Dari 1 Jun \u2013 15 September 2022 dapatkan\u00a0bonus sehingga RM 1,000\u00a0apabila anda daftar dan mula memandu sebagai Pemandu Grab*.\u00a0*Tertakluk pada terma & syarat\n\n\n\n\n\n\nBagaimana untuk memperoleh bonus sehingga RM 1,000?\nTekan\u00a0di sini\u00a0dan daftar sebagai pemandu Grab.Lengkapkan latihan dalam talian anda dan pengesahan bersemuka.Dapatkan Lesen PSV anda.Dapatkan Permit Kenderaan e-Hailing (EVP) anda daripada Grab dan mula memandu.\nKempen Mekanik\nAkaun driver Grab mesti diaktifkan dari 1 Jun \u2013 15th September 2022.Mesti melengkapkan\u00a030 perjalanan (e-Hailing) selewat-lewatnya pada 30 September 2022 untuk dapat bonus RM 500 ATAUMesti melengkapkan 60 perjalanan (e-Hailing) selewat-lewatnya pada 30 September 2022 untuk dapat bonus RM 1,000.Bonus akan dibayar ke dompet tunai Grab.\u00a0\nTerma & Syarat\nKempen akan dijalankan dari 1 Jun \u2013 15 September 2022. Rakan-pemandu perlu mengaktifkan akaun didalam tempoh masa yang ditetapkan untuk layak menyertai kempen ini.Rakan-pemandu mesti melengkapkan 30 perjalanan (e-Hailing) selewat-lewatnya pada 30 September 2022 untuk mendapatkan bayaran RM 500, ATAU 60 perjalanan (e-Hailing) selewat-lewatnya pada 30 September 2022 untuk mendapatkan bayaran RM 1,000.Bayaran bonus RM 500 atau RM 1,000 akan dibayar ke dalam dompet tunai pemandu.Perjalanan (e-Hailing) untuk bonus ini hanya akan dikira berdasarkan bandar asal rakan-pemandu.Rakan-pemandu mestilah pemandu BARU. Ini tidak termasuk MyTeksi/GrabCar sedia ada /ex GrabCar-fleet dan pemandu yang telah ditamatkan atau dilarang sebelum ini.Semua keputusan adalah muktamad termasuk butiran Ganjaran Mingguan/Bulanan dan surat-menyurat tidak akan dilayan.Terpakai kepada semua pemandu baharu di seluruh negara.\nHarap diingatkan bahawa semua ahli komuniti Grab dikehendaki mematuhi\u00a0Tatakelakuan\u00a0dan\u00a0Syarat Perkhidmatan.\nSyarat Kelayakan Sebagai Pemandu Grab (Grab Driver @ e-Hailing)\nBagi memastikan reputasi pihak Grab sentiasa terpelihara dan kualiti perkhidmatan pemandu mereka sentiasa mengikut piawaian, setiap individu yang ingin daftar sebagai pemandu Grab mestilah memenuhi kesemua syarat-syarat di bawah:\nWarganegara Malaysia 21-69 tahun (IC Biru)Lesen Memandu Malaysia Penuh (Lesen P tidak diterima)Mesti menggunakan Akaun Bank peribadi yang dibuat di bawah ICBoleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa MalaysiaKereta yang tidak digunakan memenuhi senarai semak kenderaan yang layak digunakan. Senarai semak ini boleh didapati di halaman https://www.grab.com/my/grab-service-types/Pemeriksaan perubatan yang telah disahkan (50 \u2013 69 tahun berdasarkan tahun lahir)Tidak mempunyai keadaan perubatan sedia ada yang boleh menyebabkan anda tidak sihat untuk memanduSemakan latar belakang bersihTiada Rekod JenayahTidak lebih daripada 3 saman trafik dalam tempoh satu tahun kebelakangan ini (Termasuk memandu laju, langgar dan lari, pemanduan berbahaya dan lain-lain)\nSyarat Tambahan\nSelain syarat-syarat kelayakan di atas, anda juga haruslah memenuhi syarat-syarat berikut:\nPemeriksaan kereta Puspakom (Jika kereta anda lebih tua daripada 3 tahun). Menduduki latihan & peperiksaan PSV. Markah peperiksaan mestilah 80%.Tambahan insurans e-Hailing. Bayaran insurans harian boleh didapati daripada Grab.Terima EVP (Permit Kenderaan e-Hailing) anda/ Grab akan memohon bagi pihak anda apabila anda menyerahkan geran kereta/VOC (Sijil Pemilik Kenderaan).Dokumen yang diperlukan\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPastikan anda mengemukakan dokumen-dokumen berikut:\nKad pengenealan biruLesen memandu kompeten MalaysiaAkaun bank peribadi dibuat dengan kad pengenalan yang samaLesen PSV e-Hailing \nLangkah-langkah Memohon Sebagai Pemandu Grab (E-Hailing / Grab Taxi)\nBagi memastikan permohonan anda sebagai pemandu Grab diterima, pastikan anda mengikuti langkah-langkah di bawah:\nDaftar melalui halaman pendaftara Grab di alamat https://register.grab.com/my/, isi borang dan muat naik dokumen yang berkaitan.Lengkapkan latihan dalam talian melalui Akademi Grab.Tunggu SMS yang mengesahkan bahawa akaun anda telah diaktifkan.\nPenghantar Grab (Kereta)\nSelain e-hailing dan GrabTaxi, berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh penghantar Grab menggunakan kereta:\ni) GrabFood\u00a0\nGrabFood ialah perkhidmatan makanan kami yang membawa makanan terbaik dari restoran tempatan, terus ke depan pintu pelanggan yang kelaparan.\u00a0\nii) GrabExpress\u00a0\nGrabExpress ialah perkhidmatan permintaan kami yang menyediakan kemudahan penghantaran kepada pengguna. Dengan GrabExpress, anda boleh menghantar item seperti dokumen, bungkusan, dan hadiah kepada rakan kongsi perniagaan, keluarga dan rakan anda. Rakan-Penghantar GrabExpress mengambil dan menghantar serta-merta selepas tempahan disahkan.\u00a0\niii) GrabMart\u00a0\nGrabMart ialah perkhidmatan permintaan kami yang menyediakan penghantaran barangan harian kepada pengguna. Proses penghantarannya sama seperti GrabFood, tetapi berbanding menghantar makanan dan minuman, sebaliknya anda akan menghantar pesanan daripada farmasi, kedai serbaneka, kedai buku, dan lain-lain.\niv) GrabSupermarket\u00a0\nIni merupakan peluasan daripada GrabMart. Pesanan GrabSupermarket terdiri daripada hasil segar (daging, buah-buahan, sayur-sayuran, dsb.) dan barangan pengguna yang dibungkus (minuman, snek, produk kecantikan, dsb.).\nSyarat Kelayakan Sebagai Penghantar Grab (GrabFood, GrabMart, GrabExpress)\nBerumur antara 18 \u2013 69 tahun. Laporan pemeriksaan kesihatan diperlukan jika anda berumur lebih 50 tahun \u2013 dapatkan borang\u00a0di sini.\u00a0Mempunyai kereta (bermula 6 Oktober 2021 semua model dan umur kenderaan diterima).Memiliki pelan insurans.Mestilah memiliki telefon pintar.Memiliki sekurang-kurangnya lesen \u2018P\u2019.Latar belakang yang bersih (tiada rekod jenayah).\nDokumen Yang Diperlukan\nKad Pengenalan biruLesen memanduInsurans Nota PerlindunganLaporan perubatan (hanya untuk pemohon berumur 50-69 tahun) \u2013 dapatkan borang\u00a0di sini.\nLangkah-langkah Memohon Sebagai Penghantar Grab (Kereta)\nDaftar di\u00a0sini,\u00a0isi borang dan muat naik dokumen diperlukan.Lengkapkan dan lulus latihan secara talian.Grab akan menjalankan semakan latar belakang dan selepas lulus, akaun anda akan diaktifkan!Anda akan menerima notis untuk menjalani latihan\u00a0GrabFood, GrabMart, dan GrabExpress.Selepas latihan selesai, anda akan dimasukkan ke dalam platform Grab dan sudah boleh menerima tugasan!\nSyarat Kelayakan Sebagai Grab Rider / GrabFood (Motosikal)\nJika anda berminat untuk mendaftar sebagai penunggang motosikal Grab, sila rujuk syarat kelayakan di bawah:\nBerumur antara 18 ke 69 tahun.(Laporan pemeriksaan perubatan diperlukan jika anda berumur lebih 50 tahun) (sila hantar borang\u00a0ini\u00a0).Warganegara Malaysia, dengan Kad Pengenalan biru.Boleh menunggang motosikal (Lesen L tidak dibenarkan).Mestilah memiliki telefon pintar dengan aplikasi Appstore/Playstore.Tiada akaun GrabFood,\u00a0 GrabExpress,\u00a0 GrabCar, GrabTaxi sedia ada.Lulus semakan latar belakang untuk memastikan tiada rekod jenayah.Mempunyai rekod bersih dalam mana-mana platform Grab.\nDokumen Yang Diperlukan\nKad PengenalanLesen memanduCukai jalan\nCara Memohon Sebagai Grab Rider\nDaftar di\u00a0sini, pilih jenis perkhidmatan\u00a0Bike\u00a0dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.Lulus latihan dalam talian GrabFood. Kemudian, sahkan dokumen yang diperlukan di Pusat Pemandu Grab (Grab Driver Centre atau GDC) (kecuali Negeri Sembilan yang dilakukan secara maya).Buat bayaran yuran deposit Beg, ambil Beg/Kit Pemula di GDC terdekat dan mula!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sppat-kpm/", "title": "SPPAT KPM \u2013 Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelaras dengan kemajuan teknologi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan SPPAT, sebuah sistem pengurusan peperiksaan atas talian.\nSPPAT atau nama penuhnya Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian merupakan satu sistem komprehensif bagi pengurusan pelbagai jenis peperiksaan yang boleh diakses oleh pihak sekolah, JPN, PPD dan sebagainya.\nDengan SPPAT juga, calon peperiksaan boleh menyemak keputusan ujian mereka dengan pantas dan mudah apabila keputusan peperiksaan telah diumumkan. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Keputusan Peperiksaan SPM Ulangan\n\n \nKaedah Semakan Keputusan SPM\n\n \nPendaftaran Calon Persendirian / Ulangan SPM\n\n \nMaklumat terkini peperiksaan\n\n\nSemakan Keputusan Peperiksaan SPM Ulangan\nDari semasa ke semasa, calon peperiksaan bagi peperiksaan SPM Ulangan boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka dengan pantas melalui portal atau sistem SPPAT ini iaitu:\n\nLayari pautan SPPAT di https://sppat.moe.gov.my\nCalon yang mahu membuat semakan keputusan mereka hanya perlu memasukkan maklumat berikut:\n\nNombor kad pengenalan\nNombor angka giliran peperiksaan\n\n\nKeputusan peperiksaan akan dipaparkan.\n\nPastikan kedua-dua maklumat ini diisikan dengan betul bagi memastikan maklumat yang benar dipaparkan di portal SPPAT ini.\n\n\n\n\n\n\nRujuk Manual Pengguna Cetakan Slip Keputusan Calon Persendirian (JPN) melalui lampiran di SINI.\nManual-Pengguna-Cetakan-Slip-Keputusan-CP_JPN_31102021Download\nKaedah Semakan Keputusan SPM\nUntuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:\nKAEDAH 1\nCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023.\nBagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 8 Jun 2023.\nKAEDAH 2\nSemak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulaipukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau\nKAEDAH 3\nSemak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. \nSistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.\n\nPendaftaran Calon Persendirian / Ulangan SPM\nMelalui portal SPPAT juga, calon persendirian bagi peperiksaan SPM juga boleh mendaftarkan diri di halaman.\nPerkara sama juga boleh dilakukan oleh calon ulangan, iaitu para pelajar yang berhasrat mengulang semula beberapa subjek dalam SPM bagi memperbaiki markah SPM mereka. \nTidak semua subjek yang terlibat sebaliknya hanya subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik sahaja yang ditawarkan untuk peperiksaan ulangan SPM ini. \nMaklumat terkini peperiksaan\nSPPAT juga berfungsi sebagai portal sehenti bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR.\nPada bahagian kanan portal ini, terdapat ruangan \u201cMakluman Terkini\u201d di sebelah kanan skrin komputer anda yang memaparkan beberapa perkara-perkara penting peperiksaan yang diambil.\n\nMaklumat lanjut:\nhttps://sppat2.moe.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-polis/", "title": "Hari Polis 2023 : Tarikh & Tema Sambutan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUpacara sambutan ini telah diadakan di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur, lokasi biasa Sambutan Hari Polis setiap tahun. \nTahun 2023 merupakan sambutan Hari Polis ke 216 dan untuk sambutan pada kali ini, seramai 543 pegawai kanan dan pegawai rendah polis dari pelbagai jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai perbarisan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTema sambutan\n\n \nKedatangan tetamu kehormat\n\n \nTarikh Sambutan\n\n \nAturcara sambutan\n\n\nTema sambutan\nTema Sambutan Hari Polis pada tahun 2023 adalah \u201cPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada\u201d.\nSambutan ini diadakan adalah sebagai penghargaan kepada warga PDRM atas khidmat bakti dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan serta keselamatan negara.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Diskaun Saman Polis Sempena Hari Polis\nKedatangan tetamu kehormat\nAntara tetamu kehormat pada sambutan kali ini adalah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\nSambutan pada kali ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya Sambutan Hari Polis dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya.\nTurut hadir dalam istiadat berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.\nArtikel berkaitan: Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)\nTarikh Sambutan\nSambutan Hari Polis 2023 secara rasminya telah berlangsung pada 20 Mac 2023.\nAturcara sambutan\nSeperti biasa, acara sambutan dimulakan dengann upacara perbarisan. \nPegawai Pemerintah Baris telah melapor perbarisan kepada Baginda sebelum Al-Sultan Abdullah berkenan memeriksa perbarisan, ditemani Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.\nIstiadat kemudian diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam cepat masa oleh Kawalan Kehormatan dan semua kontinjen.\nKetua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kemudiannya menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih selepas perbarisan berjalan lalu selesai.\nSambutan kali ini turut menampilkan pentomin persembahan istimewa tragedi berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu di Sabah yang berlaku 10 tahun lalu.\nPersembahan berkenaan diadakan untuk mengenang jasa pegawai dan anggota polis yang terkorban ketika tragedi itu.\nSambutan kali ini turut melibatkan 80 anggota detachment pancaragam, 50 detachment kenderaan aset PDRM untuk diperagakan termasuklah Unit Berkuda PDRM dan Unit Anjing Pengesan K9 PDRM serta tiga helikopter.\nArtikel berkaitan: e-Reporting PDRM: Sistem Repot Polis Online & Panduan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-tambang-penerbangan-pelajar-ipt-maidam/", "title": "Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN TAMBANG PENERBANGAN PELAJAR IPT MAIDAM KINI DIBUKA!\nYayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan Bantuan Tambang Penerbangan kepada pelajar IPT di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sama ada dalam negara atau luar negara.\nSila rujuk syarat-syarat dan cara permohonan melalui artikel ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM?\nObjektif program ini adalah untuk membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.\n\n\n\n\n\n\n* Tertakluk kepada terma dan syarat permohonan bantuan\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat bantuan adalah seperti berikut\nPemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.Tahap pengajian yang akan dipertimbangkan hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.Bagi pelajar luar negara, mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran tajaan mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak serta tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekuranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.Permohonan tidak layak dipertimbangkan sekirnaya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhnya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengahian dalam dan luar negara.\n\nCara Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM\nUntuk memohon, sila ke pautan berikut: http://yp.maidam.gov.my/iptonline/\n\nSenarai Semak Dokumen\nSalinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaanpengajian sepanjang tempoh pengajian.Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradikdalam tanggungan.Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.Salinan asal tiket kapal terbang.Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar NegeriTerengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga(3) tahun berturut-turut.Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).Slip permohonan.\n*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.\n**Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)\n\nRujuk Manual:\nGaris Panduan Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan IPT [PDF]\u00a0Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Penerbangan IPT [PDF]\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nYayasan Pendidikan MAIDAM\nLot 9 & 10 Tingkat 1,Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,20100 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman.\nEmail : [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected]\nNo. Tel : 09-6223500 / 096225600\nPelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam\nBaca juga: \nJaminKerja 2.0 PERKESO: Semakan Insentif & KelayakanMy50 : Pas Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sabah-trace-pendaftaran-majlis-sosial-pemilik-premis-perniagaan/", "title": "Sabah Trace: Pendaftaran Majlis Sosial / Pemilik Premis Perniagaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSabah Trace adalah kaedah pemeriksaan tanpa sentuhan dan kebersihan di setiap pelanggan dan pelanggan di suatu lokasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.\nIndividu yang berpotensi melakukan hubungan rapat dengan orang yang disahkan dijangkiti COVID-19 akan diberitahu dengan segera oleh pihak berkuasa yang berkenaan mengenai langkah pencegahan seterusnya yang harus diambil.\nAnda boleh membuat pendaftaran premis atau pendaftaran majlis sosial melalui aplikasi ini.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Sabah Trace dan langkah-langkah membuat pendaftaran.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sabah Trace?\n\n \nDi Manakah Sabah Trace Digunakan?\n\n \nPendaftaran Sabah Trace\n\n \nPENDAFTARAN PEMILIK PREMIS\n\n \nDAFTAR MASUK KOD QR\n\n \nDAFTAR MASUK MANUAL\n\n \nPendaftaran Majlis Sosial\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sabah Trace?\nSabahTrace ialah sistem daftar masuk secara digital yang diletakkan di ruang hadapan premis-premis terpilih di negeri Sabah seperti premis pejabat kerajaan untuk perkhidmatan perlu (essential services), kawasan khas pelawat dan ruangan orang awam untuk membolehkan individu membuat pendaftaran nama dan nombor telefon mudah alih bagi memudahkan usaha pengesanan kontak.\nSeperti juga MySejahtera, penggunaan aplikasi ini membolehkan pengesanan sosial di antara komuniti. Ini memudahkan orang ramai mendaftar masuk dengan cepat di lokasi tanpa perlu beratur menulis pendaftaran di dalam buku log.\nSabahTrace digunakan untuk mengumpul dan mengesahkan data di\u00a0pintu masuk\u00a0melalui (1) imbasan kod QR seperti yang dipaparkan di lokasi atau (2) memasukkan secara manual QR ID yang dipaparkan di imej kod QR dalam laman web :\u00a0https://sabahtrace.my.\nBaca juga: MySejahtera: Cara Daftar QR Code & Check-In Untuk Ahli Keluarga\nDi Manakah Sabah Trace Digunakan?\nPenggunaan SabahTrace adalah diwajibkan untuk tempat-tempat yang padat dengan orang ramai yang boleh menyebabkan kesesakan dalam jarak yang dekat untuk tempoh yang lama atau tempat yang tertutup atau tempat tumpuan orang ramai.\nTempat-tempat yang menggunakan SabahTrace ialah :\nKedai makan contohnya restoran, medan selera, pusat penjaja, kedai kopiTempat kerja contohnya pejabat, kilangSekolah dan Institut PengajianPusat penjagaan kesihatan contohnya hospital, klinik dan klinik TCMRumah penjagaan kesihatan contohnya kediaman perawatanPra-sekolahKedai gunting rambutPasar rayaPasar keding atau basah yang terpilihPusat beli belahHotel\nSabahTrace akan dilancarkan secara berperingkat kepada lain-lain perkhidmatan contohnya tempat terbuka kunjungan orang ramai, teksi dan bas untuk menyokong usaha pengesanan kontak.\nSenarai tempat-tempat yang menggunakan SabahTrace akan dikemaskini melalui\u00a0https://sabahtrace.my.\nPendaftaran Sabah Trace\nPENDAFTARAN PEMILIK PREMIS\nLayari\u00a0http://sabahtrace.myPilih\u00a0Pendaftaran Premis.Masukkan butiran yang diperlukan dengan maklumat yang tepat.Setelah pendaftaran selesai, anda akan menerima QR Code dan e-mel dengan salinan kod QR yang boleh dicetak.Cetak dan paparkan salinan ini di pintu masuk premis di mana-mana bahagian yang sesuai.\nDAFTAR MASUK KOD QR\nImbas Kod QR premis yang telah anda kunjungi.Dapatkan bacaan suhu.Masukkan nama, IC, nombor telefon bimbit dan bacaan suhu untuk meneruskan daftar masuk.\nDAFTAR MASUK MANUAL\nAkses halaman daftar masuk melalui URL (http://sabahtrace.my) dan masukkan ID QR.Dapatkan bacaan suhu.Masukkan nama, IC, telefon bimbit dan bacaan suhu dan teruskan ke daftar masuk.\n\nBaca juga: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan\nPendaftaran Majlis Sosial\nKerajaan Negeri Sabah menggalakan orang ramai / individu yang ingin mengadakan majlis sosial atau acara persendirian agar mendaftar melalui web aplikasi Sabah Trace yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri di pautan\u00a0https://sabahtrace.my/. \nLangkah ini bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan ke lokasi majlis yang didaftarkan. Penganjur majlis disaran sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan kompaun.\nLayari\u00a0http://sabahtrace.myPilih\u00a0Menu Acara.Masukkan butiran yang diperlukan dengan maklumat yang tepat.Setelah pendaftaran selesai, anda akan menerima QR Code dan e-mel dengan salinan kod QR yang boleh dicetak.Cetak dan paparkan salinan ini di pintu masuk premis di mana-mana bahagian yang sesuai.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Sabah Trace, sila layari laman web atau rujuk Set Soalan Lazim di pautan berikut:\nhttps://sabahtrace.my/index.cfm?lang=BM§ion=Home&action=FAQ\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-prihatin-pahang/", "title": "Bantuan Prihatin Pahang 2022 (BPP): Semakan Kelayakan & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHAMPIR 300,000 PENERIMA BAKAL NIKMATI BANTUAN PRIHATIN PAHANG 2022\nKerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April hingga Julai.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelayakan untuk bantuan ini, tarikh penyaluran bayaran dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Prihatin Pahang 2022?\n\n \nKelayakan\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nTarikh Bayaran Bantuan Prihatin Pahang 2022\n\n\nApakah Bantuan Prihatin Pahang 2022?\nMajlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun Satu Sesi 2022 Peringkat Negeri Pahang bertempat di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah diadakan pada 13 April 2022.\nMajlis pelancaran disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. DIMK selaku Wakil YAB Menteri Besar bagi Kawasan Parlimen Indera Mahkota menerima Replika BPP berjumlah RM360,800.00. Murid Tahun Satu Sesi 2022 akan menerima sumbangan awal persekolahan berjumlah RM100.00.\n\n\n\n\n\n\n\nKelayakan \nBantuan Prihatin Pahang yang berjumlah keseluruhan hampir RM30 juta ini bakal dinikmati lebih 297,013 penerima di bawah 4 kluster utama iaitu:\n Pelajar dan Anak MudaPelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pelajar Tahfiz, Pelajar Universiti, Politeknik, Anak muda 18 hingga 21 tahun dan anak muda yang berniaga Golongan B40Anak Yatim, Ibu tunggal, gelandangan, nelayan dan pemandu teksi Kluster UmumKampung tradisi, peneroka, orang Asli, penjaja harian, pengusaha bot dan pemandu pelancong Kluster ApresiasiVeteran Tentera dan Polis\nBaca juga: \nKadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap KategoriSkim Khairat Kematian BKM RM1000: Cara Permohonan & Tarikh Bayaran\nKadar Bantuan\nBerikut disenaraikan perincian bayaran BPP 2022 yang akan disalurkan:\n\nAntara bentuk bantuan yang bakal diterima termasuklah:\nTunai RM200 \u2013 untuk veteran tentera dan polis, nelayan, penjaja harian, pemandu teksi, pelajar universiti, anak yatim, ibu tunggal, pengusaha e-hailing, pengusaha bot, pemandu pelancong serta anak muda lepasan SPM.Tunai RM100 \u2013 untuk pelajar tahun 1, pelajar tahfiz, gelandangan, pelajar SPM dan STPM.Tunai RM300 \u2013 untuk penggiat di media sosial.160,000 Kotak Aidilfitri \u2013 untuk penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli.\nKemampuan menyalurkan BPP 2022 ini merupakan hasil kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh pada masa kini.\nKerajaan Negeri Pahang akan terus mengusahakan yang terbaik demi memelihara kebajikan rakyat di era pasca pandemik ini.\n**rujuk poster di bawah untuk perincian Bantuan Prihatin Pahang 2022 lebih lanjut.\nKLUSTER PELAJAR & ANAK MUDA\n\n\nKLUSTER B40\n\n\nKLUSTER UMUM\n\n\nKLUSTER APRESIASI\n\n\nTarikh Bayaran Bantuan Prihatin Pahang 2022\nBayaran Bantuan_Prihatin Pahang (BPP) 2022 bermula April hingga Julai.\nSemoga bantuan ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh mereka bagi menempuh era baru agar dapat mengapai cita-cita untuk berjaya pada masa akan datang.\nSumber: Menteri Besar Pahang\nInfo lanjut : \nKerajaan Negeri Pahang (Facebook)Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang: https://www.pahang.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/zakat-fitrah-shopee/", "title": "Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee & Terima 100 Shopee Coins", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda pembayaran zakat fitrah kini boleh dibuat di Shopee.\nNamun buat masa sekarang, aplikasi ini hanya menyokong pusat zakat di bawah:\nPusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ)Majlis Agama Islam Dan \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk)Zakat Sabah (MUIS)\nBerikut dikongsikan panduan cara membayar zakat fitrah di Shopee.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengertian Zakat Fitrah\n\n \nKadar Zakat Fitrah\n\n \nCara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee\n\n\nPengertian Zakat Fitrah\n\nKadar Zakat Fitrah\nKadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya.\n\n\n\n\n\n\nNamun kadar ini berbeza mengikut negeri masing-masing.\nUntuk maklumat lanjut anda boleh rujuk kadar zakat fitrah 2021.\nCara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee\n1. Buka aplikasi Shopee anda dan klik pada bahagian Deals, Top-Ups & Bills > Zakat Fitrah\n\n2. Pilih pusat zakat negeri anda.\n\n3. Pilih kadar zakat fitrah anda dan jumlah individu yang anda ingin bayar.\n\n4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat emel, nombor telefon, dan alamat surat menyurat.\nKemudian klik \u201cTeruskan\u201d untuk membuat pembayaran.\n\n5. Lafaz niat zakat fitrah anda sebelum membuat pembayaran.\nInilah wang {jumlah} sebagai menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri saya / tanggungan saya pada tahun ini kerana Allah Ta\u2019ala.\u00a0\n\n6. Pilih kaedah pembayaran seperti di bawah:\nShopee PayKad debitPerbankan onlinePembayaran tunai di 7-Eleven\n\n7. Selepas selesai, anda boleh memuat turun resit pembayaran zakat anda.\n\nUntuk maklumat lanjut, layari portal rasmi Zakat Fitrah Shopee.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kemaskini-tarikh-lahir-mysejahtera/", "title": "Kemaskini Tarikh Lahir Di MySejahtera Untuk Status Vaksinasi Lengkap", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSudahkah anda mengemaskini tarikh lahir anda di profil MySejahtera?\nPihak MySejahtera telah mengeluarkan notis makluman bertarikh 1 April 2022 untuk mengingatkan pengguna agar mengambil tindakan mengemaskini tarikh lahir anda di aplikasi berkenaan.\nMenurut notis itu, kegagalan mengemaskini tarikh lahir ini boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukarkan kepada tidak lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi.\n\n\n\n\n\n\n\nPihak MySejahtera juga turut mengingatkan pengguna untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dalam boleh menggunakan ciri-ciri terbaru pada aplikasi berkenaan.\nSalah seorang pengguna media sosial menunjukkan bagaimana sijil vaksin anaknya bertukar kepada \u2018Partially Vaccinated\u2019 sedangkan sudah lengkap mendapat 2 dos vaksin.\n\nNamun setelah mengemaskini tarikh lahir, barulah statusnya bertukar kepada \u2018Fully Vaccinated\u2019 semula.\n\nJadi, siapa yang belum kemaskini, boleh ikut langkah yang ditunjukkan di bawah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Kemaskini Tarikh Lahir Di MySejahtera\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Kemaskini Tarikh Lahir Di MySejahtera\nAnda boleh mengemaskini tarikh lahir anda pada aplikasi berkenaan dengan cara berikut:\nPergi ke halaman \u201cProfil\u201dTekan pada ikon menu di penjuru atas kananPilih \u201cButiran Peribadi Saya\u201dKemaskini tarikh lahir anda di ruangan yang disediakan\nIngat, status vaksinasi lengkap anda tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya anda tidak kemas kini maklumat ini. \nJangan lupa, sila kemas kini maklumat tarikh lahir anda dengan segera ya!\nBaca juga: \nCara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak RapatPICKIDS: Daftar Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5 \u2013 11 Tahun Di MySejahtera\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk\nFacebook:\u00a0MySejahteraTwitter :\u00a0MySejahtera\nARTIKEL BERKAITAN\nCara Isytihar Sebagai Kontak RapatCara Kemaskini Status Covid-19 Di MySejahtera Jika PositifBila Perlu Ke Hospital / Pusat Kuarantin (CAC)?Bagaimana Cara Kuarantin Di Rumah?Talian Hotline CAC & Lokasi Terdekat Di Setiap NegeriCara Kemaskini MySejahtera (Kepada Status Terkini)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/estatement-bank-rakyat/", "title": "Cara Dapatkan eStatement Bank Rakyat (Penyata Kewangan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda pelanggan Bank Rakyat dan mahu tahu cara mendapatkan eStatement Bank Rakyat?\nSecara umumnya, eStatement atau Penyata Kewangan adalah rekod transaksi kewangan untuk akaun bank anda yang memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun anda.\nKebiasaannya, penyata kewangan ini diperlukan apabila anda hendak membuat pembelia besar seperti rumah, kenderaan da sebagainya.\nMelalui penyata kewangan ini jugalah status kewangan anda boleh dinilai oleh pihak bank atau penjual dalam menentukan sama ada anda layak atau tidak membuat pinjaman pembelian tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara dapatkan penyata kewangan Bank Rakyat\n\n \nDapatkan melalui mesin ATM Bank Rakyat\n\n \nDapatkan melalui kaunter Bank Rakyat\n\n \nDapatkan melalui iRakyat\n\n\nCara dapatkan penyata kewangan Bank Rakyat\nTerdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan penyata kewangan ini secara percuma, seperti yang berikut:\nMelalui mesin ATM Bank RakyatMelalui onlineMelalui kaunter cawangan Bank Rakyat\nDapatkan melalui mesin ATM Bank Rakyat \nSekiranya terdapat mesin ATM Bank Rakyat berdekatan dengan tempat anda, anda boleh mendapatkan penyata kewangan terus melalui perkhidmatan yang disediakan di mesin ATM tersebut.\nCaranya adalah seperti yang berikut:\nMasukkan kad ATM Bank RakyatMasukkan nombor PIN Pada pilihan Menu, pilih \u201cLain-lain Urusniaga / Others\u201dPilih Khidmata PenyataPilih Penyata MiniPilih Cetak\nWalau bagaimanapun, penyata kewangan yang dicetakan hanyalah ringkasan penyata kewangan anda. \nSekiranya anda mahukan penyata kewangan yang lebih details, anda boleh mengikut cara lain yang dinyatakan di bawah ini.\nDapatkan melalui kaunter Bank Rakyat \nSekiranya anda tidak begitu mahu menggunakan perkhidmatan online Bank Rakyat, anda boleh sahaja ke kaunter Bank Rakyat berdekatan dengan tempat tinggal anda.\nSeperti biasa, bawa dokumen penting seperti IC dan kad ATM anda untuk pengesahan akaun.\nMaklumkan pada pengawal anda mahu dapatkan penyata kewangan melalui kaunter dan anda mungkin akan diberikan nombor giliran.\nSetelah nombor giliran anda dipanggil, nyatakan kepada pegawai yang bertugas anda mahukan penyata kewangan anda.\nDapatkan melalui iRakyat \nBank Rakyat turut mempunyai perkhidmatan perbankan dalam talian atau online yang dikenali sebagai iRakyat.\nMelalui iRakyat pengguna boleh melakukan pelbaga transaksi perbankan online seperti pemindahan wang, semakan baki akaun, pembayaran bil, cetakan penyata kewangan dan lain-lain lagi.\nCara untuk dapatkan eStatement Bank Rakyat adalah seperti yang berikut:\nLayari laman iRakyat di pautan https://www.irakyat.com.my/Log masuk akaun iRakyat andaPada menu, pilih e-StatementKemudian, pilih Account / CardPilih penyata daripada bulan tertentuKlik Open untuk melihat penyataAnda juga boleh memilih untuk Save dan Print penyata kewangan tersebut\nAdakah anda pelanggan BSN? Baca artikel Cara Dapatkan Bank Statement BSN\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-b40-drb-hicom/", "title": "Permohonan Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJangan lepaskan peluang bagi mendapatkan Biasiswa Penuh Dermasiswa B40 tajaan DRB HICOM University of Automotive Malaysia untuk pelajar yang keluarganya dalam golongan B40.\nApakah Dermasiswa B40 DRB HICOM dan bagaimana cara untuk memohon?\nJom kami kongsikannya untuk makluman calon yang berminat!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nNilai Anugerah / Biasiswa DRB HICOM B40\n\n \nProgram Yang Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan\n\n\nApakah Dermasiswa B40 DRB HICOM 2022?\nDermasiswa B40 DRB HICOM University adalah biasiswa penuh khas untuk golongan pelajar B40.\nSyarat minimum 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Melayu & Sejarah. \u200b\n\n\n\n\n\n\nBiasiswa ini turut meliputi elaun sara diri bulanan & asrama percuma diberikan sepanjang tempoh pengajian.\u200b\nLATARBELAKANG DRB HICOM UNIVERISTY OF AUTOMOTIVE MALAYSIA\nSejak permulaannya sebagai Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) pada April 2010, Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM menjadi universiti sepenuhnya pada Oktober 2015. \nBeroperasi dari kampus seluas 42 ekar yang difasilitasi dengan baik yang terletak secara strategik di DRB-HICOM Automotive Kompleks di Pekan, universiti itu kini menempatkan dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan & Teknologi dan Fakulti Perniagaan & Pengurusan. \nPada masa ini universiti itu menawarkan 51 program daripada pengajian diploma, ijazah dan pasca siswazah dengan memberi penekanan kepada ekosistem automotif.\nSumber: https://www.en.dhuautomotive.edu.my/about-us/\nSyarat Kelayakan \nWarganegara Malaysia.Kriteria akademik:Lulus SPM dengan 5 kepujian dan ke atasTiada rekod tindakan tatatertib.Kemahiran kepimpinan yang kuat, aktif dalam kurikulum tambahan, aktiviti sosial dan sukarela.Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga yang sah adalah dalam kategori B40.\n(*Nota: B40 bermaksud layak menerima Bantuan Sara Hidup)\nHanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses pemilihan.\nNilai Anugerah / Biasiswa DRB HICOM B40\nYuran pengajian penuh, yuran lain, yuran penginapan dan elaun bulanan.\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan bagi Program Dermasiswa B40 adalah seperti yang tertera:\nDiploma in Automotive TechnologyDiploma in Occupational Safety dan HealthDiploma in Procurement Management\n\nCara Permohonan\nUntuk memohon Dermasiswa B40 ini, sila isikan borang online melalui pautan https://tinyurl.com/DRMSB40 atau terus ke laman web rasmi DRB HICOM dengan klik di link ini https://www.en.dhuautomotive.edu.my/scholarship/\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nFacebook : DRB \u2013 HICOM University of Automotive MalaysiaTwitter : https://twitter.com/drbhicom_uLaman web rasmi DRB HICOM University : https://www.dhuautomotive.edu.my @ https://www.en.dhuautomotive.edu.my/scholarship/\nAlamat : DRB-HICOM Automotive Complex Lot 1449, PT 2204 Peramu Jaya Industrial Area, 26607 Pekan, Pahang\nTelefon : 09-4242400\nBaca juga: \nTingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & PermohonanDPLI UPSI : Permohonan Kemasukan Oktober 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysejahtera-check-in-qr/", "title": "MySejahtera: Cara Daftar QR Code & Check-In Untuk Ahli Keluarga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEkoran dari wabak COVID-19 yang melanda, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan aplikasi MySejahtera.\nIa adalah sebuah aplikasi yang amat berguna untuk kita\u00a0install\u00a0di telefon bimbit masing-masing.\nMalah, kerajaan juga dalam proses mempertimbangkan para peniaga untuk menggunakan aplikasi ini secara mandatori sebagai salah satu langkah kawalan wabak premis mereka.\nJika anda masih belum memuat turun atau ingin menggunakan aplikasi ini untuk mendaftarkan keluarga ketika check-in di premis-premis serta kawasan terbuka, sila baca info ini selanjutnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Aplikasi MySejahtera?\n\n \nCara Daftar MySejahtera Apps\n\n \nCara Daftar MySejahtera Untuk Ahli Keluarga & Tanggungan\n\n \nLangkah 1\n\n \nLangkah 2\n\n \nLangkah 3\n\n \nLangkah 4\n\n \nLangkah 5\n\n \nLangkah 6 & 7\n\n \nCara Dapatkan Kod QR MySejahtera Untuk Pemilik Premis\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Aplikasi MySejahtera?\nMySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. \nPada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga : Permohonan Bantuan NADMA RM100 Sehari Sepanjang PKP\nAplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:\nMembantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.\n\nCara Daftar MySejahtera Apps\nUntuk mendaftar aplikasi MySejahtera di telefon bimbit, ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut:Download Apps MySejahtera di Google PlayStore :\u00a0https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera&hl=enDownload Apps MySejahtera di Apple App Store :\u00a0https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630Galeri Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) :\u00a0http://gamma.malaysia.gov.my/#/homeHuawei App Gallery :\u00a0https://consumer.huawei.com/my/mobileservices/appgallery/ Tekan butang \u201cDaftar Di Sini\u201d untuk mendaftar pengguna baharu.Masukkan nombor telefon bimbit dan klik \u201cDaftar\u201d atau klik pautan \u201cSaya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar\u201d (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel).Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)Masukkan OTP yang diterima dan tekan \u201cHantar\u201d (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel).Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang \u201cSahkan\u201d.Anda akan mendapat mesej \u201cPendaftaran Berjaya\u201d. Klik pada link \u201cTutup\u201d di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk.Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik \u201cLog Masuk\u201d.Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.\nBaca juga: eCensus 2020: Cara Daftar & Isi Borang Banci Online Malaysia\nCara Daftar MySejahtera Untuk Ahli Keluarga & Tanggungan\nUntuk memudahkan pengguna, anda boleh mendaftarkan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama melalui aplikasi MySejahtera yang telah didaftarkan di bawah nama anda.\nKemudian, anda boleh check-in sekali dengan nama yang telah didaftarkan.\nTanggungan yang ditambah mestilah mempunyai hubungan seperti Pasangan, Anak, Saudara Kandung, Ibu, Bapa, Mertua, Nenek, Datuk, dan Penjaga sahaja.\nNotis : Tambahan tanggungan adalah bagi kes yang tiada akses kepada telefon pintar sahaja.\nSila rujuk langkah di bawah cara-cara untuk menambah tanggungan dan check-in sekali dengan nama yang telah di daftarkan.\nLangkah 1 \nKlik pada ikon \u2018Lain-lain\u2019\n\nLangkah 2\nPilih ikon \u2018Tambah Tanggungan\u2019\n\nLangkah 3\nSila tambah tanggungan yang tidak mempunyai akses kepada telefon pintar untuk didaftarkan di bawah nama anda.\n\nLangkah 4\nMasukkan butiran tanggungan anda di ruang yang disediakan.\nTekan butang \u2018Tambah Satu Lagi\u2019 jika ingin menambah bilangan tanggungan.\nTekan butang \u2018Simpan\u2019 setelah selesai menyenaraikan semua maklumat.\n\nLangkah 5\nKini anda boleh \u2018check-in\u2019 untuk ahli keluarga dengan mudah apabila melawati premis-premis.\nKlik pada butang \u2018Check-in\u2019.\n\nLangkah 6 & 7\nNotis berikut akan keluar untuk anda memilih nama ahli keluarga yang bersama anda.\n\nCara Dapatkan Kod QR MySejahtera Untuk Pemilik Premis\nUntuk mendapatkan kod QR MySejahtera bagi pemilik premis, sila ikuti langkah berikut:\nDaftarkan premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/Masukkan nombor telefon bimbit dan tekan \u2018Daftar\u2019.Masukkan OTP (jika berdaftar dengan nombor telefon) atau klik paytan yang di e-mel (jika berdaftar dengan e-mel).Isi butiran pendaftaran premis dan tekan butang \u2018Hantar\u2019.Anda akan menerima kod QR MySejahtera Premis untuk dimuat turun dan dicetak.Kod QR ini perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelawat.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi \u201cMySejahtera Helpdesk\u201d dalam aplikasi MySejahtera. \nATAU\nHantarkan e-mel ke\u00a0[email\u00a0protected] untuk mendapatkan maklumbalas.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-keperluan-umrah/", "title": "Checklist Barang Keperluan Umrah: Senarai 20 Benda Wajib Bawa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila mendapat peluang untuk menunaikan umrah, ia adalah salah satu anugerah yang sangat berharga. Setiap muslim pasti menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci dan menjadi tetamu Allah.\u00a0\n\nSehubungan dengan itu, dengan penuh keterujaan, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan umrah untuk lelaki dan perempuan yang anda boleh jadikan sebagai rujukan atau panduan khususnya kepada jemaah yang bakal mengerjakan umrah. Semoga ia boleh membantu anda untuk melakukan persiapan sewajarnya.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nChecklist Barang Keperluan Umrah\n\n \n1. Pakaian Ihram\n\n \n2. Tali Pinggang\n\n \n3. Jubah / Baju Melayu / Kurta\n\n \n4. T-Shirt & Seluar\n\n \n5. Kopiah\n\n \n7. Telekung\n\n \n8. Jubah\n\n \n9. Tudung Labuh\n\n \n10. Anak Tudung\n\n \n11. Stokin Mesra Wudhuk\n\n \n12. Sarung lengan (Handsock)\n\n \n13. T-Shirt Labuh & Seluar\n\n \n14. Pakaian Dalam Pakai Buang\n\n \n15. Kasut\n\n \n16. Tasbih Digital\n\n \n17. Botol Penyembur Wudhu\n\n \n18. Bantal Kecil\n\n \n19. Sejadah Bersaiz Kecil\n\n \n20. Ubat-ubatan\n\n \nKesimpulan\n\n\nChecklist Barang Keperluan Umrah\n(Untuk Lelaki)\n1. Pakaian Ihram\nUntuk lelaki, pakain ihram adalah pakaian yang wajib anda bawa. Ia terdiri daripada dua helai kain lepas berwarna putih yang tidak dijahit atau dicantum. Pakaian ini digunakan untuk menutup aurat, iaitu anatara pusat dan lutut serta digunakan sebagai selendang yang menutupi sebahagian tubuh badan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\t\t\t\t\tPakaian Ihram\t\t\t\t\n\n\nKain Ihram untuk kegunaan haji & umrah. Sejuk dipakai material 100% cotton. \n\n\t\t\t\tBeli Di Shopee\t\t\t\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Tali Pinggang\nKegunaan tali pinggang adalah sangat penting terutamanya untuk memastikan kain ihram anda tidak terlepas dan mengemaskan lagi ikatannya. Selain tali pinggang yang khusus untuk kain ihram, tali pinggang biasa juga boleh dibawa sekali sebagai persediaan jika berlaku apa-apa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\t\t\t\t\tTali Pinggang Ihram\t\t\t\t\n\n\nTali pinggang untuk dipakai bersama pakaian ihram. \n\n\t\t\t\tBeli Di Shopee\t\t\t\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Jubah / Baju Melayu / Kurta\nSeterusnya, anda juga perlu membawa jubah, baju melayu atau kurta sekurang-kurangnya 2 helai untuk digunakan sebagai pakaian harian apabila pergi menziarahi kawasan bersejarah. Tak perlu bawa banyak sangat, anda boleh beli di sana kelak dengan harga yang berpatutan. Sebaiknya bawa baju yang tidak terlalu tebal dan mempunyai kain yang sedap dipakai serta tidak perlu digosok.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\t\t\t\t\tJubah Lelaki\t\t\t\t\n\n\nCuaca panas di Mekah & Madinah sesuai pakai Jubah lengan panjang. \n\n\t\t\t\tBeli Di Shopee\t\t\t\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. T-Shirt & Seluar\u00a0\nJemaah lelaki digalakkan untuk membawa t-shirt dan seluar sekurang-kurangnya 2 pasang. Boleh bawa seluar jeans, seluar trek atau seluar slack biasa. Untuk t-shirt pula, sebaiknya bawa tshirt yang mempunyai kocek, tidak terlalu tebal dan selesa. Ini adalah untuk memudahkan anda beraktiviti seperti mendaki gunung dan sebagainya.\u00a0\nDi samping itu, anda juga digalakkan untuk membawa baju pagoda sebanyak 2/3 helai. Jangan lupa juga bawa baju dan seluar untuk dipakai khusus ketika tidur malam.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBaju Pagoda: https://shopee.com.my/iopic/12875567854\n5. Kopiah\nUntuk kopiah atau songkok pula, anda tidak perlu bawa banyak. Bawa satu sahaja. Terdapat banyak songkok ataupun kopiah yang dijual dengan harga yang murah di sana.\u00a0\nKopiah/Songkok: https://shopee.com.my/alaraby/1793122559 \n(Untuk Perempuan)\n7. Telekung\nSeperti yang anda maklum, telekung adalah merupakan barang keperluan utama untuk wanita ketika mengerjakan umrah. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa dua telekung untuk keselesaan anda beribadah kelak.\u00a0\nSebaiknya, bawa telekung jenis yang ringan, tidak jarang dan kainnya tidak panas. Bawa telekung dengan corak/hiasan yang sedikit sahaja atau tiada sama sekali. Jangan pilih telekung untuk berfesyen pula. Ingat tujuan utama anda.\u00a0\nTelekung Siti Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/13369397720\n8. Jubah\nSelain telekung, jubah adalah salah satu barang keperluan utama yang anda perlu bawa. Bawa jubah yang mempunyai jenis kain tidak berat dan paling penting, selesa dipakai. Namun, anda tidak perlu membawa banyak jubah dari Malaysia.\u00a0\nBawa 2 atau 3 helai sahaja. Warna jubah yang digalakkan untuk dibawa ialah jubah berwarna putih dan hitam. Apabila sampai di sana kelak, anda boleh beli sekiranya tidak cukup. Harga jubah yang ditawarkan di sana biasanya jauh lebih murah asalkan anda bijak menawar!\nJubah: https://shopee.com.my/bonost/3242911123\n9. Tudung Labuh\u00a0\nDi samping itu, jangan lupa juga beli 2 atau 3 tudung labuh berwarna hitam atau putih. Sebaiknya beli tudung masuk dan berdagu untuk memudahkan anda. Boleh pakai solat terus nanti. Namun, sekiranya anda nak bawa selendang (shawl) atau tudung bawal pun boleh sahaja.\u00a0\nSekiranya anda cepat berpeluh, anda boleh bawa tudung lebih. Tetapi, janganlah bawa terlalu banyak pula ya. Bawa yang mudah dan selesa dipakai. Ini adalah demi keselesaan anda untuk beribadah sepanjang berada di sana kelak.\u00a0\nTudung sarung labuh: https://shopee.com.my/shawlforyou/12713424139\n10. Anak Tudung\nJangan lupa juga bawa anak tudung yang selesa untuk dipakai terutamanya apabila waktu panas. Anak tudung anda boleh bawa 3-5 helai untuk menjamin keselesaan anda.\u00a0\nAnak tudung: https://shopee.com.my/dhazera.alamein/11158399043\n11. Stokin Mesra Wudhuk\nUntuk sesiapa yang belum tahu, stokin mesra wudhu adalah stokin yang mempunyai bukaan di bahagian hadapan jari-jari kaki untuk membolehkan anda mengambil wudhu dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah membuka stokin anda setiap kali mengambil wudhu.\u00a0\nBawa stokin 4-5 helai atau lebih untuk mengelakkan anda memakai stokin yang sudah berbau. Elakkan membawa stokin yang terlalu tebal kecuali apabila anda menunaikan umrah pada musim sejuk. Hal ini kerana, stokin yang tebal akan lambat kering dan mudah berbau.\u00a0\nStokin mesra wudhuk: https://shopee.com.my/ayoshopping_jb/21064222002\n12. Sarung lengan (Handsock)\nUntuk lebih menjaga aurat, anda juga disyorkan untuk membawa sarung lengan atau dikenali sebagai \u2018handsock\u2019. Sebaiknya bawa sarung lengan berwarna putih atau hitam sebanyak 2-3 pasang.\nSarung lengan/Handsock: https://shopee.com.my/vaytita.co/7986644918\n13. T-Shirt Labuh & Seluar\u00a0\nBawa 2 pasang baju labuh dan juga seluar untuk memudahkan anda beraktiviti seperti mendaki gunung dan sebagainya. Jangan lupa juga bawa baju dan seluar untuk dipakai khusus ketika tidur malam.\u00a0\nSet baju tshirt & seluar labuh: https://shopee.com.my/annaafiqa/6149866989\n(Untuk Lelaki & Perempuan)\n14. Pakaian Dalam Pakai Buang \nPastikan anda membawa pakaian dalam secukupnya dan jangan lupa bawa pakaian dalam pakai buang juga untuk memudahkan anda membuang air besar/kecil terutamanya apabila sukar untuk ke tandas disebabkan ramai orang dan perlu menunggu lama.\nPakaian dalam pakai buang: https://shopee.com.my/welovebb/16019591737\n15. Kasut\nBawa kasut yang sesuai untuk tawaf/sa\u2019ie untuk mengelakkan kaki anda sakit dan kurang selesa semasa beribadah dan juga beraktiviti.\nKasut tawaf: https://shopee.com.my/jenniferonlineshop/133840540\n16. Tasbih Digital \nTasbih digital adalah penting utnuk memudahkan anda menggunakannya kerana saiznya yang lebih kecil dan mudah untuk anda bawa ke mana-mana sahaja.\nTasbih digital: https://shopee.com.my/ciksurihati/4767814384\n17. Botol Penyembur Wudhu\nPastikan juga anda memberi botol penyembur wudhu untuk memudahkan anda mengambil wudhu di mana sahaja ketiak berada di sana. \nBotol penyembur wudhuk: https://shopee.com.my/kedaihajiumrah/6305734372\n18. Bantal Kecil \nBantal kecil untuk kegunaan di kapal terbang dan juga apabila bermalam di Arafah.\nBantal kecil: https://shopee.com.my/imanina15/2556749302\n19. Sejadah Bersaiz Kecil \nSejadah kecil untuk memudahkan anda menunaikan solat di luar masjid atau di mana-mana sahaja.\nSejadah kecil: https://shopee.com.my/saokstore/19734751312\n20. Ubat-ubatan\nUbat-ubatan seperti panadol, ubat batuk, minyak angin serta ubat yang dibekalkan daripada hospital sekiranya ada.\nBeg ubat: https://shopee.com.my/tradlux/20025360643\nKesimpulan \nAkhir kata, anda juga boleh merujuk panduan dan senarai barang keperluan umrah yang diberikan oleh agensi umrah anda untuk memastikan tiada barang penting yang ketinggalan. \nSemoga perkongsian in bermanfaat untuk anda!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-terengganu-5-mei/", "title": "Cuti Peristiwa Di Terengganu 5 Mei Jika Aidilfitri Jatuh Pada 3 Mei", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA TERENGGANU, 27 April \u2013 Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Khamis depan, 5 Mei sebagai hari kelepasan am atau cuti peristiwa bagi Terengganu.\nMenteri Besar, Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cuti itu diberikan bagi memberi kemudahan kepada penduduk negeri ini untuk menyambut perayaan dengan lebih selesa.\n\u201cHarapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Terengganu dapat beraya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing selepas dua tahun menyambut dengan keterbatasan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalau bagaimanapun kelepasan am ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022, Isnin,\u201d katanya melalui laporan oleh Urusetia Penerangan Darul Iman.\n\nSumber: Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar \nKata beliau lagi, cuti di Terengganu pada 5 Mei bagi perkhidmatan swasta adalah bergantung kepada syarikat-syarikat berkenaan.\nAidilfitri dijangka disambut Selasa, 3 Mei, manakala Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu di Terengganu.\nMemetik laporan dari BERNAMA pula, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan hari ini.\n\u201cOleh kerana sekiranya hari raya pertama pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei) adalah hari raya kedua yang sememangnya hari cuti. Jadi, Khamis (5 Mei) \u2018tersepit\u2019 di situ kerana Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Mei) adalah hari cuti di Terengganu.\nSelain Terengganu, negeri yang mengambil cuti perisitiwa sempena Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 2 Mei 2022 dan Kelantan pada 6 Mei 2022. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi sebuah kenyataan media serta kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan.\nSila rujuk: \nPengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2022 \u2013 JAKIMHari Raya Aidilfitri 2022: Tarikh Cuti Hari Raya Puasa Seluruh Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hrmis-login/", "title": "Login HRMIS 2.0 : Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam tak kira yang telah lama atau baru berkhidmat tentu telah diperkenalkan dengan sistem HRMIS dan pernah login HRMIS sejak pertama kali dilantik.\nIni kerana, HRMIS adalah aplikasi perdana Kerajaan Persekutuan yang dibangunkan khusus untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.\nTerkini, HRMIS Klasik telah ditutup. Penjawat awam dinasihatkan agar menggunakan HRMIS 2.0 sepenuhnya.\nBagi yang baru mahu menggunakan HRMIS 2.0, berikut adalah maklumat yang perlu anda tahu tentang sistem ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah HRMIS?\n\n \nPEMAKLUMAN AWAL PENAMATAN PERKHIDMATAN HRMIS 1.0\n\n \nObjektif\n\n \nKegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam\n\n \nCara Login HRMIS 2.0\n\n \nPanduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0\n\n \nSemakan Data & Kemaskini HRMIS 2.0\n\n \nTuntutan Perjalanan Dalam Negeri\n\n \nMuat Turun Aplikasi Mobile MyHRMIS\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah HRMIS?\nSelari dengan kemajuan teknologi, sistem HRMIS telah dibangunkan dengan tujuan memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia di semua peringkat agensi kerajaan. \nSecara ringkasnya, sistem HRMIS ini \n\nDibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan.\nSemua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital. \nDapat mempercepatkan proses HR (sumber manusia).\n\nPEMAKLUMAN AWAL PENAMATAN PERKHIDMATAN HRMIS 1.0\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan migrasi fungsi-fungsi yang masih di persekitaran HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0.\nSetelah migrasi dan pengujian selesai, pengguna-pengguna HRMIS dipohon untuk menggunakan HRMIS 2.0 sahaja kerana HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya. \nTarikh sebenar penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kemudian.\nBaca juga : e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online\nObjektif \nDi samping membolehkan data proses sumber manusia sektor awam disimpan dalam satu pangkalan data secara berpusat, sistem ini juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional. \n\n\n\n\n\n\nObjektif penggunaan sistem HRMIS ini secara spesifiknya adalah untuk:\n\nmembolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap;\nmengautomasikan proses-proses operasi PSM;\nmembangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;\nmemudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal,\npenyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window;\nmenyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan\nmenyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.\n\nKegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam\nSelain menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini\u00a0membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti , tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.\nMelalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapatmelaksanakan, antara lain, perkara-perkara seperti berikut:\n\nmengemas kini rekod peribadi\nmemohon dan menyemak cuti rehat\nmengemukakan tuntutan\nmemantau prestasi kerja\nmemohon kursus yang bersesuaian\nmembuat penilaian kompetensi\nmemohon pertukaran\nmemohon kaunseling\n\nCara Login HRMIS 2.0\nSemua penjawat awam akan diberi ID yang boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.\nBerikut adalah cara login HRMIS untuk mengemaskini rekod peribadi, membuat semakan, serta permohonan.\n\n Pergi ke laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my/\n Masukkan ID Pengguna.\n Masukkan Kata Laluan.\n Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil \n Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.\nLog keluar setelah selesai.\n\nPENGURUSAN KATA LALUAN HRMIS\nKata laluan perlu ditukar mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) seperti berikut:\n\nSekurang-kurangnya 12 aksara\nMengandungi huruf dan nombor\nMengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)\nMengandungi huruf besar dan huruf kecil\n\n\nRujuk panduan di bawah untuk kemaskini maklumat / membuat permohonan cuti, pengurusan prestasi dan tuntutan.\nPanduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0\nSyarat & Peraturan Muat Naik Gambar Pegawai Pada HRMIS\n\nSaiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG\nSaiz fail : Tidak melebihi 204..8kb\nLatar belakang gambar mesti berwarna putih / biru\nGambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan\nPenampilan pegawai :\n\nPegawai Lelaki\n\nBerbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)\nBerambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian\n\n\nPegawai Wanita\n\nBerbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata\nBerpakaian seragam (uniform)\n\n\n\n\n\nRujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:\n\nSemakan Data & Kemaskini HRMIS 2.0\nPastikan data dalam HRMIS dikemas kini. \nData anda tanggungjawab anda. \nLuangkan 5 minit untuk buat semakan data HRMIS.\n\nAntara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah\n1. SOKONGAN/KELULUSAN CUTI2. PERISYTIHARAN HARTA3. PENGISIAN/PENGESAHAN SKT4. KEMASKINI/PENGESAHAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI5. PENGESAHAN DAN SEMAKAN TUNTUTAN PERJALANAN\n\nHEBAHAN FUNGSI SEMAKAN DATA HRMIS. \nUntuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS. \nDisertakan poster rujukan FUNGSI SEMAKAN DATA.\n\nUntuk panduan pengguna tuan/puan boleh melayari pautan:https://bit.ly/3J4OSyS\u00a0atau melayari Portal HRMIS di\u00a0https://www.eghrmis.gov.my/panduan-pengguna/hrmis-2-0.html\nTuntutan Perjalanan Dalam Negeri\nJPA telah menerbitkan 2 video tutorial HRMIS untuk Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT). \nVideo tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:\n1. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) \u2013 Peranan Pemohon\nFungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran. \nFungsi ini menawarkan kemudahan permohonan tuntutan perjalanan dalam negeri secara dalam talian sepenuhnya iaitu bermula daripada permohonan sehingga penerimaan bayaran tuntutan.\nRujuk video penuh:\nhttps://www.youtube.com/watch?v=W34HDsZjOcQ\n2. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) \u2013 Peranan Pengesah Tuntutan\nFungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri bagi Pemilik Kompetensi (Pengesah Tuntutan). \nPengesah Tuntutan ialah pegawai yang diberi peranan untuk mengesahkan tuntutan pegawai di bawah seliaannya. \nPeranan dan aliran kerja tersebut ditetapkan oleh pentadbir HRMIS agensi.\n Rujuk video penuh: \nhttps://www.youtube.com/watch?v=0VBg-NTMVxg\nMuat Turun Aplikasi Mobile MyHRMIS \nSemua kemudahan dalam sistem HRMIS ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih MyHRMIS di Google Play Store dan Apple AppStore.\n6 aplikasi MyHRMIS tersebut adalah:\n\nAplikasi MyHRMIS Mobile telah berjaya diterbitkan dan boleh di muat turun melalui aplikasi GAMMA, GOOGLE PLAY STORE, APPLE APP STORE dan HUAWEI APP GALLERY seperti di pautan berikut:\n\nGAMMA \u2013\u00a0https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/9\nGOOGLE PLAY STORE \u2013\u00a0https://play.google.com/store/apps/details\u2026\nAPPLE STORE \u2013\u00a0https://apps.apple.com/my/app/myhrmis-mobile/id976019876\nHUAWEI APP GALLERY \u2013\u00a0https://appgallery.huawei.com/#/app/C101640047\n\nBaca juga : Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi talian telefon 03-8321 1400 atau e-melkan permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di [email\u00a0protected].\nSebarang update dan info terkini boleh diperolehi melalui laman Facebook rasmi Change Management HRMIS JPA dan laman web https://www.eghrmis.gov.my/\nAnda juga boleh mengemukakan pertanyaan terus melalui alamat Aras 3 \u2013 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pendaftaran-ipt-budi/", "title": "BUDI : Bantuan Pendaftaran IPT Secara One-Off Untuk Pelajar Sabah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah kini mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) untuk pelajar Sabah.\nInsentif khas ini diberikan kepada pelajar kelahiran Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelajar sekolah yang berkelayakan. Pemberian yang melibatkan peruntukan RM 12 juta ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar Sabah bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJumlah Bantuan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT BUDI\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJumlah Bantuan\nKadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang berkelayakan secara one-off pada kadar berikut :\nDiploma/ Asasi dan Matrikulasi : RM 1,500\nIjazah Sarjana Muda : RM 2,000\nTarikh Permohonan\nPermohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka bermula Jun 2022. Pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nPelajar melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah,Sarawak dan Semenanjung Malaysia) serta diiktiraf oleh kerajaan.Merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari SabahBerumur tidak melebihi 25 tahunMelanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi atau Ijazah Sarjana Muda.Ibu bapa pemohon atau penjaga tergolong dalam kategori B40 atau M40 dengan pendapatan RM 5,000 ke bawah.Pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.Pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) dari IPT masing-masing.\nCara Memohon Bantuan Pendaftaran IPT BUDI\nPelayar yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :\nhttps://budi.sabah.gov.my/\nCalon juga boleh lakukan permohonan secara manual untuk muat turun dan lengkapkan borang permohonan di bawah :\nBorang-permohonan-manual-BUDIDownload\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlulah kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua KampungSalinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMASalinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.Salinan muka penyata akaun pemohon\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendataran IPT (BUDI), anda boleh berhubung melalui butiran seperti di bawah :\nPejabat Menteri Tugas-Tugas Khas\nAras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah\nJalan Sulaman, Teluk Likas\n88400 Kota Kinabalu\nTelefon : 088 369 865 / 088 369 890 / 088 369 872\nLaman Web : https://mttk.sabah.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/inisiatif-pendapatan-rakyat/", "title": "Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) : Cara Permohonan & Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nInisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementeria Ekonomi bagi membasmi golongan miskin tegar.\nMelalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.\nSasaran ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan pihaknya berasaskan garis kemiskinan tegar yang ditetapkan pada RM1,900.\nKerajaan menetapkan sasaran 100,000 penerima\u00a0 mendapat manfaat daripada IPR.\nArtikel berkaitan: Biodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?\n\n \n3 model IPR\n\n \ni) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)\n\n \nii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)\n\n \niii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)\n\n \nSyarat-syarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan & Pendaftaran IPR\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?\nUsaha Inisiatif Pendapatan Rakyat ini dimulakan untuk mencapai objektif yang berikut:\n\nStrategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.\nMenumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan\nMewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.\n\nINISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) | TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT | BASMI MISKIN TEGAR\n\n\n\nINISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) | TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT | BASMI MISKIN TEGAR (2)\n\n\n\n3 model IPR\nIPR membabitkan tiga model iaitu:\n\nInisiatif Usahawan Tani (INTAN)\nInisiatif Usahawan Makanan (INSAN) \nInisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)\n\n\n\ni) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)\nProgram INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai. \nOleh itu, kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku.\nAntara pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah: \n\nSyarikat pertanian\nRantaian peruncitan makanan\nPengeksport\nAgensi-agensi kerajaan berkaitan\nKoperasi\n\nii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)\nMenerusi program INSAN, perserta boleh jana pendapatan dan buat dengan mesin vending (vending machine) di mana anda diberikan pelbagai kemudahan termausk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemsaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi.\nAntara pihak yang terlibat dalam model INSAN adalah:\n\nPengusaha mesin menjual (vending machine)\nSyarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka\nPemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri\nInstitusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat\nStesen-stesen LRT\nHospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf\n\niii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)\nMelalui IKHSAN, peserta boleh menjadi operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu satu daripada kutipan harian orang bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain.\nAntara pihak yang terlibat dalam model IKHSAN adalah:\n\nSyarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis\nPremis-premis agensi kerajaan\n\n\nSyarat-syarat Permohonan\nIPR akan memfokuskan kepada golongan berikut:\n\nWarganegara Malaysia\nPemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar\n\nCara Permohonan & Pendaftaran IPR\nBagi individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini denga mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman IPR di https://ipr.epu.gov.my/sign_up\nLengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu\nSahkan akaun anda dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda\nLog masuk akaun anda \nLengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang dilengkapkan\n\nMaklumat Lanjut\nKementerian Ekonomi\nMenara PrismaNo. 26 Persiaran Perdana, Presint 3Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62675 Putrajaya\nCara Permohonan IPR boleh dibuat secara atas talian dengan melayari pautan;\nhttps://ipr.epu.gov.my/sign_up\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-bantuan-jkm/", "title": "Borang Permohonan Bantuan Kebajikan JKM (PDF & Online)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\neBantuan JKM: Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) \nPerkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). \nSkim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. \nProses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.\nDalam Bajet 2022, syarat kelayakan kebajikan oleh JKM terkini telah dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.\n\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan JKM untuk makluman bersama.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Khas OKU PEMULIH RM500 / 3 Bulan (JKM)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n11 Jenis Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (eBantuan JKM)\n\n \nSkim Bantuan Bulanan (eBantuan JKM)\n\n \n#1 Bantuan Kanak-kanak\n\n \n#2 Bantuan Anak Pelihara\n\n \n#3 Bantuan Warga Emas\n\n \n#4 Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)\n\n \n#5 Bantuan Am Persekutuan\n\n \n#6 Bantuan Am Negeri\n\n \n#7 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja\n\n \n#8 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar\n\n \nSkim Bantuan Sekaligus (eBantuan JKM)\n\n \nCara Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat\n\n\n11 Jenis Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (eBantuan JKM)\nTerdapat 11 jenis Skim eBantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:\n\nBantuan Kanak-Kanak (BKK);\nElaun Pekerja Cacat (EPC);\nBantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);\nBantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);\nBantuan Orang Tua (BOT);\nBantuan Am Persekutuan (BA);\nBantuan Anak Pelihara (BAP);\nBantuan Latihan Perantis (BLP);\nBantuan Geran Pelancaran (GP);\nBantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);\nTabung Bantuan Segera (TBS).\n\n\n\nPelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 \u2013 jadual kesembilan Senarai Perundangan.\nBerikut diterangkan cara permohonan dan pautan untuk setiap bantuan di atas.\nSkim Bantuan Bulanan (eBantuan JKM)\nDaripada 11 jenis skim bantuan di atas, 9 daripadanya adalah berbentuk bantuan bulanan yang boleh dimohon.\n#1 Bantuan Kanak-kanak \nKadar Bantuan\n\nMinimum\u00a0 sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan\u00a0 mengikut pecahan berikut :\n\nRM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;\nRM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan\nKadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan\n\n\n\nSyarat-syarat\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nKeluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0 Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;\nKanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).\n\n#2 Bantuan Anak Pelihara\nKadar Bantuan\n\n\n\n\n\n\n\nRM250 sebulan seorang kanak-kanak.\u00a0Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.\n\nSyarat-syarat\nKeluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-\u00a0\n\nKanak-kanak berumur bawah 18 tahun;\nKanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;\nKanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau\nKanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-\n\nKanak-kanak yang diambil dari \u201cProgram Anak Pelihara\u201d yang dikendalikan oleh JKM; atau\nKanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.\n\n\n\n#3 Bantuan Warga Emas \nKadar Bantuan\n\nRM500 sebulan seorang.\n\nSyarat-syarat\n1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata\u00a0 \u00a0 Miskin Per Kapita Semasa; dan4. Warga emas yang bukan tinggal\u00a0 di:\u00a0 \u00a0 \u00a0i.\u00a0 Institusi kendalian JKM; atau\u00a0 \u00a0 \u00a0ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;ATAU\u00a0Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n#4 Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)\nKadar Bantuan\n\nRM450 sebulan seorang.\n\nSyarat-syarat\n\nWarganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;\nBerumur 16 tahun dan ke atas;\nPemegang kad OKU JKM;\nPendapatan bulanan RM 1,500.00\u00a0 dan ke bawah; ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM\n\n#5 Bantuan Am Persekutuan \nKadar Bantuan\n\nRM100 sebulan seorang.\u00a0 Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.\n\nSyarat-syarat\n\nGolongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.\n\n#6 Bantuan Am Negeri \nKadar Bantuan\n\nMinimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga\n\nSyarat-syarat\n\nWarganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;\nPendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata\u00a0Miskin\u00a0Per Kapita Semasa;\nGolongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\n#7 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja \nKadar Bantuan\nRM300 seorang sebulan.\nSyarat-syarat\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nBerumur 16 tahun dan ke atas;\nPemegang Kad OKU JKM;\nTidak berupaya bekerja.\nPemohon bukan penghuni/ pelatih:\n\nInstitusi kendalian JKM; atau\nPusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau\nProgram Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);\n\n\nSumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\n#8 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar\nKadar Bantuan\nRM500 sebulan seorang.\nSyarat-syarat\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nPemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;\nPendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\nPelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 \u2013 jadual kesembilan Senarai Perundangan.\n\n#9 Bantuan Latihan Perantis \nKadar Bantuan\nRM200 sebulan seorang.\nSyarat-syarat\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nAnak-anak penerima bantuan atau\u00a0bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau\nKes-kes seliaan akhlak; atau\nBekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\nNota:Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.\nMaklumat lanjut tentang Bantuan Bulanan JKM : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=SnBhRGJjYVdIc1lodEJsZE51ekxtUT09\nSkim Bantuan Sekaligus (eBantuan JKM)\nSelain bantuan bulanan seperti di atas, terdapat juga bantuan yang menawarkan pemberian bantuan kewangan secara one-off oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti:\n#1 Geran Pelancaran \nKadar Bantuan\nMaksimum RM2,700 sekaligus.\nSyarat-syarat\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nKumpulan sasar JKM;\nTidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0 Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata\u00a0 Miskin Per Kapita Semasa;\u00a0 ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\n#2 Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan \nKadar Bantuan\nMengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.\nSyarat-syarat\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nKumpulan sasar JKM;\nTidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0 Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata\u00a0 Miskin Per Kapita Semasa;\nDisyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;\u00a0\u00a0 ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\nNota:Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.\nJenis Peralatan / Alat Sokongan\n\nAnggota Palsu\nKerusi Roda\nAlat Bantu Pendengaran\nAlat-alat Keperluan Lain\nPenggantian / Baik Pulih Alat\n\n#3 Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas \nKadar Bantuan\nMaksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.\u00a0\nBagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.\nMaklumat lanjut tentang Skim Bantuan Kebajikan (Bantuan Sekaligus) : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=VmcxUUp2bEswNFpQZG1Rbjh4eWhkQT09\nCara Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\nPengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. \nSetiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.\nBORANG PERMOHONAN MANUAL (PDF)\nUntuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.\nBorang permohonan yang berkaitan:\n\nJKM 18 Borang Permohonan Bantuan\u00a0\nJKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan\n\n\n\nBORANG PERMOHONAN ONLINE\nPermohonan Bantuan JKM boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut:\nhttp://ebantuanjkm.jkm.gov.my/\nPERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.\nSILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:\n\nSalinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;\nSalinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;\nSalinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)\nSalinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)\nSalah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)\nLaporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)\n\nBaca juga: Bantuan JKM : Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan\nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat\nJabatan Kebajikan MasyarakatAras 6, 9-18No 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 Putrajaya\nTelefon : 03 \u2013 8000 8000Faks : 03 \u2013 8323 2045Emel :\u00a0Maklum Balas (ISPAAA)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/apple-pay-malaysia/", "title": "Apple Pay Malaysia: Cara Buat Bayaran Melalui iPhone & iWatch", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda perkhidmatan Apple Pay sudah disokong di Malaysia?\nSudah terdapat banyak kaedah pembayaran tanpa tunai di pasaran dan salah satu daripadanya adalah Apple Pay.\nWalau bagaimanapun, pihak syarikat Apple baru sahaja mengumumkan bahawa perkhidmatan ini kini disokong di Malaysia oleh itu pengguna iOS boleh menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran di lokasi-lokasi yang sudah menyokong kaedah pembayaran menggunakan Apple Pay.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Apple Pay?\n\n \nKeserasian peranti\n\n \nCara gunakan pada iPhone dan Apple Watch\n\n \n1. Cara guna pada iPhone dengan Face ID\n\n \n2. Cara guna pada iPhone dengan Touch ID\n\n \n3. Cara guna pada Apple Watch\n\n\nApa itu Apple Pay?\nApple Pay ialah perkhidmatan pembayaran mudah alih oleh Apple Inc. yang membolehkan pengguna membuat pembayaran secara peribadi, dalam aplikasi iOS dan di web. \n\n\n\n\n\n\nIa disokong pada peranti Apple ini: iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac. \nIa mendigitalkan dan boleh menggantikan cip kad kredit atau debit dan transaksi PIN di terminal tempat jualan tanpa sentuh. \nIa tidak memerlukan terminal pembayaran tanpa sentuh khusus Apple Pay; ia boleh bekerja dengan mana-mana pedagang di Malaysia yang menerima pembayaran tanpa sentuh.\nIa menambah pengesahan dua faktor melalui Touch ID, Face ID, PIN atau kod laluan. \nPeranti berkomunikasi secara wayarless dengan sistem tempat jualan menggunakan near field communication (NFC), dengan embedded secure element (eSE) untuk menyimpan data pembayaran dengan selamat dan melaksanakan fungsi kriptografi, dan Touch ID dan Face ID Apple untuk pengesahan biometrik.\nKeserasian peranti\nPerkhidmatan Apple Pay ini disokong pada iPhone 6 dan lebih baharu, iPad Air 2 dan lebih baharu, Mac dengan Touch ID dan Apple Watch Siri 1 dan lebih baharu.\nIa boleh menyimpan antara 8 dan 16 kad.\nCara gunakan pada iPhone dan Apple Watch\n\nDengan Apple Cash, kad debit atau kredit anda disimpan dalam app Wallet pada iPhone, anda boleh menggunakan Apple Pay di Malaysia untuk bayaran selamat, tanpa sentuhan di kedai, restoran dan banyak lagi.\n1. Cara guna pada iPhone dengan Face\u00a0ID\nDwiklik butang sisi.Apabila kad lalai anda muncul, sekilas pandang pada iPhone untuk mengesahkan dengan Face\u00a0ID atau masukkan kod laluan anda.Tempatkan bahagian atas iPhone dalam jarak beberapa sentimeter dari pembaca tanpa sentuhan sehingga anda melihat Selesai dan tanda semak pada skrin.\nNota: Untuk menggunakan kad lain, ketik kad lalai anda untuk melihat kad anda yang lain. Ketik kad baharu dan sahkan.\n\n2. Cara guna pada iPhone dengan Touch\u00a0ID\nRehatkan jari anda pada Touch\u00a0ID.Tempatkan bahagian atas iPhone dalam jarak beberapa sentimeter dari pembaca tanpa sentuhan sehingga anda melihat Selesai dan tanda semak pada skrin.\n\n3. Cara guna pada Apple Watch\nKlik dua kali butang sisi. Kad lalai anda dibuka secara automatik.Tatal ke bawah untuk memilih kad lain. Pegang paparan Apple Watch anda berhampiran pembaca tanpa sentuh sehingga anda merasakan gegaran lembut dan mendengar bunyi bip.\n\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman Apple Pay Malaysia https://support.apple.com/ms-my/guide/iphone/iphbd4cf42b4/ios\n"]} {"url": "https://ecentral.my/selangor-cuti-18-november-2022/", "title": "Selangor Umum Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengisytiharkan 18 November 2022 sebagai cuti umum di negeri itu, memandangkan keesokan harinya, iaitu 19 November 2022, merupakan hari mengundi sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).\nPada sidang media, Amirudin berkata, keputusan ini dibuat memandangkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan Negeri Selangor telah memutuskansecara amnya untuk memberikan cuti umum sehari sebelum PilihanRaya Umum Ke-15, iaitu pada Jumaat, 18 November 2022 dan juga pelepasan untuk mengundi pada 19 November 2022.\u201d \u2013 MB Selangor, Dato\u2019 Seri Amirudin Shari, 9 November 2022\n\nSumber: Amirudin Shaari\nBeliau turut menggesa Perdana Menteri sementara, Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob untuk turut mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan rakyat membuang undi pada PRU15 nanti.\nBaca juga: Gaji Awal Bulan November Sempena PRU15\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pksk-permohonan-sekolah-khusus-sbp/", "title": "Semakan Permohonan Sekolah Khusus Sesi 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2023 / 2024 (PKSK)\nSusulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.\nSekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP), \nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Teknik (SMT) \nKolej Vokasional (KV)\nMaktab Tentera Diraja (MTD) \n\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan info semakan kemasukan ke Sekolah_Khusus bagi sesi 2023 / 2024 yang akan diumumkan pada 17 Mac 2023.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?\n\n \nApakah Sekolah Khusus?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan PKSK 2023/2024\n\n \nTarikh Permohonan PKSK 2023/2024\n\n \nTarikh Semakan Keputusan Tawaran ke Sekolah Khusus\n\n \nCara Semakan Tawaran / Keputusan\n\n \nTarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2023\n\n \nTarikh Rayuan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?\nPKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.\n\n\n\n\n\n\nSingle entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\n\nApakah Sekolah Khusus?\nSekolah_Khusus adalah terdiri daripada :\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Teknik (SMT)\nKolej Vokasional (KV) \nMaktab Tentera Diraja (MTD)\n\nSemua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. \nAPDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia\nMendaftar dalam sistem APDM KPM\nMurid Tahun 6 Tahun 2022\n\nBerumur 12 tahun atau\nLahir pada 2 Januari 2010 \u2013 1 Januari 2011\n\n\nMurid Tingkatan 3 2022\n\nBerumur 15 tahun atau\nLahir pada 2 Januari 2007 \u2013 1 Januari 2008\n\n\n\nCara Permohonan PKSK 2023/2024\nPermohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:\n\nTingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my\nTingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my\n\nPemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. \nSistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.\nPemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran ataupengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.\nTarikh Permohonan PKSK 2023/2024\nTarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:\n\nTarikh buka: 30 September 2022\nTarikh tutup: 30 November 2022\n\nTarikh Semakan Keputusan Tawaran ke Sekolah Khusus\nTarikh semakan tawaran kemasukan akan diumumkan pada 17 Mac 2023.\n\nCara Semakan Tawaran / Keputusan \nPautan semakan adalah seperti berikut:\n\n Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/\nTingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/\n\n\nTarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2023\n\nPendaftaran dijangka pada bulan April 2023\nPendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my\n\nTarikh Rayuan\nBagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.\nSila rujuk: Rayuan Sekolah_Khusus 2023 & Tarikh Pendaftaran Online\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah_Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):\nhttps://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/soalan-lazim-faq/3665-maklumat-umum-pentaksiran-kemasukan-sekolah-khusus-pksk/file\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-tawaran-tingkatan-6/", "title": "Semakan Tawaran Tingkatan 6 Online 2023 & Rayuan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 TAHUN 2023 & RAYUAN\nSetiap tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023.\nSemakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam secara atas talian atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 sesi 2023/2024 bagi pelajar lepasan SPM 2022.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tawaran & Permohonan\n\n \nCara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM\n\n \nPanduan Mendaftar Tingkatan 6 & Maklumat Lapor Diri\n\n \nCara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6 Tahun 2023\n\n \nTarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6\n\n \nTarikh Lapor Diri\n\n \nCara Membuat Pertukaran Bidang\n\n \nSoalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tawaran & Permohonan\nBagi tahun 2023, tawaran kemasukan murid Tingkatan 6 bagi sekolah harian akan diumumkan pada 3 Julai 2023.\n\nSemakan boleh dibuat secara online atau secara manual melalui sekolah asal masing-masing.\n\nPerkara itu dimaklumkan oleh pihak KPM melalui sebuah kenyataan media rasmi bertarikh 27 Jun 2023.\nPada 10 Jun 2023, Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP \u2013 KISAS & SMAP LABU yang telah diumumkan oleh KPM.\nMaka, para pelajar dan ibu bapa boleh membuat persediaan pada tarikh tersebut untuk membuat permohonan bagi tahun 2023.\nTerdapat beberapa kaedah semakan tawaran Tingkatan 6.\n\n\n\n\n\n\nIkuti langkah berikut bagi membuat semakan tawaran Tingkatan 6 selengkapnya.\n\nCara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM \n\nLayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia di\u00a0https://sst6.moe.gov.my/\nIsikan nombor kad pengenalan \nKlik butang semakan\nKeputusan anda akan dipaparkan\nCetak keputusan untuk digunakan semasa melapor diri\n\n\n\nPanduan Mendaftar Tingkatan 6 & Maklumat Lapor Diri\nSekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran\u00a0MESTI DICETAK SEGERA\u00a0dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.\nCalon yang sedang menunggu tawaran UPU,\u00a0PERLU MELAPOR DIRI\u00a0di sekolah yang ditetapkan.\nTarikh lapor diri adalah 16 Julai bagi murid Kumpulan A, manakala 17 Julai bagi murid Kumpulan B.\nBaca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nCARA MENDAFTAR TINGATAN 6 SEMESTER 1 2023\n\nSemakan tawaran ke Tingkatan 6 Semester 1 sesi 2023 boleh dibuat mulai 3 Julai 2023 (Isnin) melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my/\nKlik setuju terima tawaran Tingkatan 6 anda mulai 3 hingga 16 Julai 2023.\nCetak surat tawaran anda.\nSediakan semua salinan dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran seperti yang tertera pada surat tawaran.\nDaftar diri di sekolah/ pusat Tingkatan 6 yang ditawaran seperti tertera pada surat tawaran pada 17 Julai 2023 mulai jam 8:30 pagi.\nSila bawa semua salinan dokumen yang diperlukan semasa mendaftar pada 17 Julai 2023.\nPastikan anda mendaftar dengan pakaian kemas dan sopan serta lengkap berkasut. Sebarang jenis seluar \u2018jeans\u2019 atau seumpamanya adalah DILARANG.\nTampil kemas sebagai seorang pelajar yang matang. Pelajar lelaki dinasihatkan untuk memotong rambut pendek dan kemas.\nMaklumat lengkap berkaitan Tingkatan 6 akan dimaklumkan semasa sesi pendaftaran pelajar.\n\nCara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6 Tahun 2023\n3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 Semester 1 Sesi 2023\nBerikut adalah 3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 Semester 1 Sesi 2023 bagi murid yang gagal ditawarkan ke Tingkatan 6:\n\nSila isi permohonan rayuan secara online bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2023 melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my*Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama.\nBuat semakan rayuan anda pada 24 Julai 2023 (Isnin). Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.\nTahniah! Sila daftar diri pada 25 Julai 2023 (Selasa) jika rayuan anda berjaya.\n\nTarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6\nTarikh permohonan rayuan bagi kemasukan tahun 2023 adalah:\n\nMula : 3 Julai 2023\nAkhir : 17 Julai 2023\n\nKeputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 24 Julai melalui portal https://sst6.moe.gov.my/.\nTarikh lapor diri bagi ambilan rayuan adalah pada 25 Julai 2023.\nTarikh Lapor Diri\nTarikh rasmi lapor diri akan dimaklumkan oleh pihak KPM setelah permohonan dibuka.\nMurid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri sekitar bulan Julai di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. \nBagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah sekitar bulan Ogos.\nCara Membuat Pertukaran Bidang\nSetelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 boleh melakukan langkah berikut:\n\nCalon yang layak dikehendaki untuk mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. \nKemudian, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan\nRayuan Tukar Bidang Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun daripada portal https://sst6.moe.gov.my/. \nSelepas lengkap diisi, semua borang mesti mendapat pengesahan pengetua sekolah yang asal. \nAlasan yang diberikan untuk bertukar bidang perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. \nHantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke JPN/PPD\nmelalui sekolah masing-masing. \nBorang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut: Keputusan Peperiksaan SPM 2021; Inventori Minat Kerjaya; dan Dokumen yang berkaitan.\n\nPermohonan yang layak dipertimbangkan adalahtertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam.\n*Muat turun dan cetak Borang T6BRTJ.\nKelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.\nKeputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua calon melalui Pusat Tingkatan Enam masing-masing. \nBaca juga : Login APDM KPM: Manual Aplikasi Pangkalan Data Murid Online\nSoalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam\nA. Syarat Tawaran Tingkatan 6\n1. Adakah murid perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?\nTidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam.\n2. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?\na. Syarat am\n\nLulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.\nBerumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2023.\n\nb. Syarat Khas\n\nBidang Sains \u2013 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.\nBidang Sains Sosial \u2013 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.\n\n3. Apakah nilai wajaran mata unit untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?\nGred = Nilai\n\nA+ = 1\nA = 1\nA- = 2\nB+ = 3\nB = 4\nC+ = 5\nC = 6\nD = 7\nE = 8\nG = 9\n\n*Sila rujuk lampiran yang disertakan:\nhttps://sst6.moe.gov.my/upload_file/SOALAN%20LAZIM.pdf\nSumber: Kementerian Pendidikan Malaysia\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/\nAlamat BPSH & No Telefon :\nBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAAras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.\nNo. Telefon : 03-8884 9370No. Fax : 03-8888 6671\nUntuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan\n\n\u00a0S1_SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN ENAM TAHUN 2021.PDF\n\u00a0S2_SOALAN LAZIM.PDF\n\u00a0S3_BORANG DAN PANDUAN MENGISI BORANG RAYUAN.PDF\n\u00a0S4_PENGURUSAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM.PDF\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aduan-caruman-kwsp/", "title": "Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerja dah lama, tapi baru tahu boss tak carum KWSP? Ini cara buat nak buat aduan caruman KWSP.\nSebagai pekerja, anda berhak mendapatkan caruman KWSP.\nMajikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991. \nOleh itu, jika majikan didapati tidak membuat caruman, mereka boleh didakwa dan anda boleh mendapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya dibuat oleh majikan.\n\n\n\n\n\n\nJika gagal berbuat demikian, majikan tertakluk kepada penalti yang disenaraikan di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenalti Kepada Majikan Tak Carum KWSP\n\n \nAduan Caruman KWSP Yang Tidak Dibayar Oleh Majikan\n\n \nCara Melaporkan & Dokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPenalti Kepada Majikan Tak Carum KWSP\nSeksyenKesalahanPenalti41(1)Kegagalan mendaftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa\u00a07\u00a0hari setelah mengambil pekerja.Penjara tidak lebih\u00a03 tahun\u00a0atau denda tidak lebih\u00a0RM10,000\u00a0atau kedua-duanya.43(2)Kegagalan membayar caruman KWSP pada atau sebelum\u00a015hb.59(1)Kesalahan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis.48(3)Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP.Penjara tidak lebih\u00a06 tahun\u00a0atau denda tidak melebihi\u00a0RM20,000\u00a0atau kedua-duanya.47(1) & 47(2)Memotong atau cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja.41(3)Kegagalan memaklumkan KWSP dalam tempoh\u00a030 hari\u00a0dari tarikh tiada pekerja.Penjara tidak lebih\u00a06 bulan\u00a0atau denda tidak melebihi\u00a0RM2,000\u00a0atau kedua-duanya.42(1)Kegagalan menyedia dan memberikan slip gaji kepada pekerja.46(1)Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak.Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:Tindakan kebankrapan.Penyitaan dan penjualan aset.Larangan Keluar NegaraSeksyen 39 \u2013 Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan\nJadi, apa nak buat?\nDi sini kami kongsikan info lanjut sekiranya situasi ini berlaku kepada anda.\nAduan Caruman KWSP Yang Tidak Dibayar Oleh Majikan\nTahukah anda, pekerja boleh membuat aduan mengenai caruman apabila berlaku keadaan berikut: \nMajikan anda tidak mencarum bagi pihak anda; Majikan anda memotong gaji anda tetapi tidak mencarum bagi pihak anda; Caruman yang dibayar untuk anda adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan; Caruman yang dibayar oleh majikan tidak mengikut tempoh bulan yang betul; Maklumat yang disediakan oleh majikan dalam borang caruman tidak lengkap dan betul.\nBaca juga: Program Jana Niaga MARA Shopee: Baucer Kedai & Kredit Iklan RM800\nCara Melaporkan & Dokumen Yang Diperlukan\nUntuk melaporkan aduan mengenai caruman KWSP yang tidak dicarum oleh majikan, anda boleh \nSenarai dokumen yang diperlukan untuk membuat aduan:\nBorang Aduan (KWSP 1879): http://bit.ly/KWSPBorangAduan Salinan Kontrak Perkhidmatan / Surat PerlantikanSalinan Slip Gaji / Baucar Bagi Tempoh AduanLain-Lain Dokumen Yang Menunjukkan Hubungan Majikan & Pekerja.\nNOTA: \nDalam tempoh PKP ini, semua ahli perlu membuat buat Janji Temu Online terlebih dahulu sebelum datang.\nLayari https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu untuk menempah slot anda.\nBaca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen\nMaklumat Lanjut\nAduan mengenai majikan yang tidak mencarum boleh dibuat di cawangan KWSP atau dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.\nSelain itu, ahli juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan secara online melalui http://.kwsp.gov.my\nSila adukan dengan segera kerana ia adalah hak anda sebagai pekerja!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-wang-ihsan-banjir-rm1000/", "title": "Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir \nANDA TERKESAN DENGAN BANJIR?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan, syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 & RM5000 serta cara membuat permohonan.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir Yang Diumumkan?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nJumlah Amaun Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir Yang Diumumkan?\nKerajaan menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap\u00a0 ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).\u00a0\nSelain itu, bantuan RM5000 juga disediakan kepada pemilik rumah yang yang mengalami kerosakan akibat banjir / bencana alam.\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN PEMBAIKAN RUMAH (BPR) DENGAN NILAI KOS KEROSAKAN MAKSIMUM RM5000\nPemilik rumah perlu mengemukakan permohonan BPR maksimum RM5000 kepada Pengerusi JPBD dan proses verifikasi akan dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) atau mana-mana agensi yang dilantik.\nJumlah sumbungan adalah tertakluk kepada nilai kerosakan rumah yang disahkan oleh pihak penilai dengan had maksimum sebanyak RM5000.\nSila rujuk kenyataan terkini oleh NADMA bertarikh seperti yang berikut:\n\n\n\nSyarat Kelayakan\n\nBWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.\nSetiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.\nHanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.\nKelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.\n\nBagi KIR yang telah membawa keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pendaftaran BWI TIDAK PERLU DIBUAT kerana senarai nama pendaftaran di PPS akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah.\nBagi KIR yang rumah terkesan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dibuat menerusi ketua-ketua masyarakat atau di Pejabat Daerah berhampiran lokasi anda.\nNota Makluman\n\nSemua proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan & agihan BWI adalah di bawah tanggungjawap Pejabat Daerah/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD).\nPeruntukan BWI disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).\nNADMA tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan atau agihan BWI kepada KIR.\n\n\nJumlah Amaun Kelayakan\nJumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.\nCara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)\nPermohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.\nBagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.\nBagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.\nKelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).\n*Tiada permohonan secara online.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:\n\nMereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.\nMereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.\nMereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.\n\nSOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000 KEPADA MANGSA YANG TERJEJAS DENGAN BENCANA BANJIR\n\n\nUntuk info lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah terlibat di nombor telefon berikut:\n\nSumber : https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386\nBaca juga: \n\nCara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup\nBantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR)\n\nMaklumat Lanjut\nOrang awam boleh merujuk Portal NADMA atau lampiran FAQ di bawah berkenaan BWI.\nKlik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/institut-kraf-negara-ikn/", "title": "Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022. Pengajian Percuma!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN PENGAJIAN DIPLOMA, SIJIL DAN SIJIL SENI KRAF KEMASUKAN OGOS 2022 DI INSTITUT KRAF NEGARA\nPeluang keemasan untuk sambung belajar dalam bidang seni kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik atau Rotan di Institut Kraf Negara (IKN), tajaan sepenuhnya Kerajaan Malaysia.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Institut Kraf Negara dan bidang pengajian yang ditawarkan bagi sesi kemasukan September 2021.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Institut Kraf Negara (IKN)?\n\n \nBidang Yang Ditawarkan\n\n \nKelebihan & Keistimewaan Menyambung Pengajian Di IKN\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Ke Institut Kraf Negara (IKN)\n\n\nApakah Institut Kraf Negara (IKN)?\nPenubuhan Institut Kraf Negara (IKN) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Ogos 2001. \nIa melambangkan satu detik peralihan (turning point) yang penting serta menjadi satu mercu tanda dalam perkembangan industri kraf di negara ini. Di sinilah bermulanya peranan IKN sebagai institusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lulusan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang kraf.\n\n\n\n\n\n\nMengimbas sejarah latihan kemahiran kraf, ia mula diperkenalkan pada tahun 1967, dengan wujudnya Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan (PKPT) di bawah RIDA / MARA. \nPeranan latihan pertukangan ini kemudiannya telah diambil alih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM) pada April 1973. \nPada 1 Oktober 1979, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) ditubuhkan di bawah Akta 222 menggantikan LKM. Program latihan kemahiran seterusnya diambil alih oleh Kraftangan Malaysia pada Oktober 1979 hingga kini.\nPada Ogos 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan IKN yang akan mentauliahkan Diploma dan Sijil kepada para pelajar. \nBermula pada sesi pengajian 2002 / 2003, IKN mengorak langkah dengan pengambilan pelajar baru di peringkat diploma. \nWalaupun IKN menawarkan program diploma, pengajian program sijil tetap diteruskan. \n\nBidang Yang Ditawarkan\nDi Institut Kraf Negara ada tiga (3) program pengajian dan enam (6) jurusan yang boleh dipilih.\nAdik-adik boleh pilih untuk menyambung pengajian di Diploma, Sijil Seni Kraf atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang :\nBATIKTENUNANKAYULOGAMSERAMIKROTAN\n*Diiktiraf JPA, MQA dan JPK\n\nKelebihan & Keistimewaan Menyambung Pengajian Di IKN\nPengajian di IKN adalah secara PERCUMA! Bebas Hutang PTPTN!\nJadi tak perlu risau bila habis belajar tak perlu tanggung hutang pengajian.\nKemudahan disediakan :\nAsrama PERCUMAMakan Minum PERCUMABahan dan Alat Bengkel DISEDIAKANElaun Sara Hidup Bulanan\nLepas habis belajar nak ke mana? Peluang seperti :\nPeluang menjadi usahawan muda krafPereka Produk (Designer)Penjawat awam dan swasta (seni kraf/pendidik dan lain-lain)Artisan KreatifPakar Bidang KrafPekerja Mahir Kraf\nBaca juga: mySPP Online: Daftar, Login & Mohon Jawatan Kosong Terkini 2022\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat asas kemasukan adalah :\nBerusia 18 tahun hingga 35 tahunLepasan SPM (Diploma dan Sijil)Boleh menulis dan membaca serta minat dalam seni kraf (SKM)Bujang\nCara Permohonan Ke Institut Kraf Negara (IKN)\nDaftar dengan klik di sini https://www.ikn.gov.my/jommasukikn atau whatsapp ke www.wasap.my/+60193005709/jommasukikn\n\n\nUntuk maklumat lanjut tentang Institut Kraf Negara, sila ikuti saluran rasmi dan media sosial IKN berikut:\nWebsite : www.ikn.gov.myFB : Institut Kraf Negara (IKN)IG : myikn_Twitter : MyIknTiktok : myikn_HOTLINE : 019-3005709Link Whatsapp: www.wasap.my/60193005709/daftar.ikn\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kanak-kanak-bkk-jkm/", "title": "Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan 11 jenis bantuan bagi meringankan beban rakyat, terutamanya kumpulan sasar KPWKM. Antara jenis bantuan yang diberi ialah Bantuan Kanak-kanak.\nBergantung pada beberapa kriteria, kanak-kanak yang layak boleh memperoleh bantuan sebanyak RM150 sebulan (minimum) sehingga RM1000 sebulan (maksimum).\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif & Tujuan BKK JKM\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan Kanak-kanak JKM\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nObjektif & Tujuan BKK JKM\nDikenali sebagai program Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM), ianya bertujuan membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.\nSelain itu, BKK JKM turut bertujuan membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.\nKadar Bantuan\nKadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:\nKadar Bayaran Kantuan Kanak-Kanak (BKK)(RM)Umur2006 tahun ke bawah1507 tahun hingga 18 tahun*Kadar bantuan maksimum RM1000/sebulan sekeluarga\nSyarat Kelayakan Bantuan Kanak-kanak JKM\n\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia\nKeluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa\nKanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah\nRemaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas\nPelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama\u00a0(Concurrent List)\u00a0antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 \u2013 Jadual Kesembilan Senarai Perundangan\n\nMuat turun borang permohonan : JKM 18 Borang Permohonan Bantuan\nCara Permohonan \n\nPengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara\n\nSetiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian\u00a0(means-tested)\u00a0bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan\nUrusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak\n\n\nUntuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:\n\nSalinan Kad Pengenalan diri pemohon;\nSalinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;\nSalinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;\nSalinan penyata gaji (jika ada); dan\nLain-lain dokumen yang berkaitan\n\n\nPemohon boleh melengkapkan borang berikut:\n\nJKM 18 Borang Permohonan Bantuan;\u00a0atau\nJKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan\n\n\n\nMohon di sini : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari\u00a0Laman Rasmi JKM atau Portal Manfaat Bajet 2023 di pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/air-selangor/", "title": "Air Selangor: Pembayaran Bil Online, Daftar e-Bil & Semakan Gangguan Air", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, anda kini boleh memantau serta menyemak bil, pembayaran bil air melalui aplikasi Air Selangor. \nAnda juga boleh membuat penukaran hak milik akaun air secara atas talian atau membuat semakan kawasan terjejas bekalan air tanpa perlu keluar ke kaunter.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang prosedur dan proses yang perlu dilakukan untuk menggunakan kemudahan online Air Selangor.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPortal Pelanggan Air Selangor\n\n \nCara Semakan Bil Air Online Selangor\n\n \nKaedah Pembayaran Bil Air Online\n\n \nPertukaran Hak Milik Akaun Air Selangor\n\n \nSemakan Kawasan Terjejas Bekalan Air\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPortal Pelanggan Air Selangor\nPortal Pelanggan Air Selangor ialah portal khidmat layan diri pelanggan.\nPelanggan perlu mendaftar profil di Portal Pelanggan Air Selangor atau Aplikasi Telefon Bimbit Air Selangor melalui modul Pendaftaran.\nPelanggan yang telah mendaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:\ni) Pengurusan Akaun\n\n\n\n\n\n\nii) Bil dan Bayaran\niii) Mengesan Penggunaan Bulanan\niv) Aduan dan Pertanyaan\nv) Maklumat Perkhidmatan\nWalaubagaimanapun, pelanggan yang tidak berdaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:\ni) Aduan atau Pertanyaan\nii) Pembayaran Bil\n\nCara Semakan Bil Air Online Selangor\nAnda boleh merujuk kepada panduan seperti dibawah :\nPergi ke pautan https://crisportal.airselangor.com/Pengguna dikehendaki mendaftar pada ruangan Account dengan menekan butang \u2018Sign Up\u2019Setelah berjaya mendaftar anda hendaklah log masuk ke ruangan Account dengan mengisi ruangan username dan passwordKemudian, pilih Settings bagi membuat penambahan akaun air dan pilih Linked Bill AccountAnda perlu memilih Enroll Bill Account dan pilih Identity type : New IC No, Old IC, Passport, Millitary atau Business, lengkapkan ruangan Identity ID : Nombor kad pengenalan baru dan Nombor akaun air baru (10 digit).Akaun air akan dipaparkan pada skrin telefon pintar/bimbit anda.Kemudian, anda boleh klik pada Bill Issued dan bil akan dipaparkan pada skrin telefon bimbit/pintar anda.\n\nSila dapatkan maklumat lanjut melalui pautan berikut: https://crisportal.airselangor.com/information/ebill/?lang=en\nKaedah Pembayaran Bil Air Online\nAnda boleh membuat pembayaran bil air melalui kaedah atas talian seperti JomPay, Aplikasi Air Selangor, Air Selangor Customer Portal dan emel e-bil. \nUntuk membuat pembayaran online melalui Portal rasmi Air Selangor, anda boleh ke pautan berikut:\nhttps://crisportal.airselangor.com/pay?lang=en\n\nAnda hanya perlu memasukkan nombor akaun bil air anda pada ruangan yang tertera.\nRujuk nombor akaun bil air seperti dalam gambar di atas\nDapatkan bil air anda dengan cepat dan mudah melalui e-mel dengan mendaftar e-bil dan mengemaskini maklumat anda di https://crisportal.airselangor.com/information/ebill?lang=en\nSelain itu juga, pembayaran bil air juga boleh dibuat melalui semua kaedah pembayaran yang dilaksanakan oleh Air Selangor termasuk Pos Malaysia, Stesen petrol terpilih, kedai serbaneka 7-eleven terpilih.\nBaca juga: Rumah Selangorku 2021: Cara Permohonan & Semakan Status Kelulusan\nPertukaran Hak Milik Akaun Air Selangor\nAnda mahu membuat pertukaran hak milik bagi akaun air? \nSenang je!\nTak perlu lagi hadir ke kaunter, hanya daftar dan hantar permohonan secara atas talian seperti langkah di bawah.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan kad pengenalanPengesahan pemilikan premis (Salinan Perjanjian Jual Beli / Geran / Perjanjian Sewaan & lain-lain yang berkaitan)Sertakan gambar bacaan meterBagi premis yang tiada meter air, sila lampirkan gambar tetiang meter yang lengkap\nPermohonan online untuk pertukaran hak milik akaun air boleh dibuat melalui pautan berikut: https://www2.airselangor.com/apps/waterapps/\n\n\n\nSemakan Kawasan Terjejas Bekalan Air\nStatus pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com.\nAnda boleh membuat semakan sama ada kawasan anda mengalami masalah gangguan air sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila dapatkan info melalui saluran berikut:\nPortal rasmi Air Selangor : https://www.airselangor.com/Talian Hotline : 15300Help Centre \n"]} {"url": "https://ecentral.my/selangor-freelance/", "title": "Selangor Freelance: Daftar Insentif Tunai RM400 Untuk Warga Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam era pandemik COVID-19, ekonomi gig telah muncul sebagai peluang baru pekerjaan yang terbina dari pasaran yang membangun dalam segmen digital. Maka inisiatif Selangor Freelance telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri dengan menawarkan 5,000 sesi latihan dan kemahiran untuk warga Selangor menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital.\nMelalui Program ini, individu berusia 18 tahun ke atas berpeluang menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital dan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Selangor Freelance?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Daftar Selangor Freelance\n\n \nBagaimana Mendapat Insentif RM400?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Selangor Freelance?\nProgram ini merupakan kerjasama antara platform padanan kerja Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan. \n\n\n\n\n\n\nDilancarkan pada 28 Oktober lalu, peserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.\nInisiatif ini mampu memberi manfaat kepada warga Selangor serta berpeluang menjana pendapatan menerusi program pengupayaan yang holistik.\nPeserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.\nMereka juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut selain berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.\nSelangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC)\n\nSyarat Kelayakan\nBerusia 18 tahun ke atasTinggal di SelangorIndividu yang sudah bekerja atau belum boleh membuat permohonan.\nCara Daftar Selangor Freelance\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui\u00a0http://selangor.workana.com.\nAnda hanya perlu mengisi butiran maklumat dalam borang online seperti di bawah:\n\nBaca juga: MySTEP 2022: Permohonan Jawatan Kontrak, Kemudahan, Gaji / Upah\nBagaimana Mendapat Insentif RM400?\nBerikut adalah prosedur dan tatacara menyertai Selangor Freelance\nMendaftar di laman web https://selangor.workana.com/Menjalani sesi latihan selama 2 hari (Latihan termasuk pendedahan sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana)Selesai proses latihan, peserta berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.Peserta juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut.\n\nBaca juga: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.workana.com/ atau www.platselangor.com segera.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-desktop-laptop-percuma/", "title": "Tawaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS) Untuk Warga Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS) kini dibuka untuk semua rakyat Selangor yang memerlukan.\nMenerusi kenyataan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, program PPAS ini akan mensasarkan pinjaman sebanyak 10 komputer riba dan desktop daripada 50 buah perpustakaan yang terlibat. \n\n\n\n\n\n\nInisiatif ini akan membolehkan orang ramai terutamanya para pelajar menggunakan laptop dan desktop untuk tujuan pembelajaran.\nBaca Juga : Program Selangor Saring : Pengesanan Awal Penyakit Penduduk Selangor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelengkapan Yang Ditawarkan\n\n \nSenarai Perpustakaan Terlibat\n\n \nPra-Pendaftaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelengkapan Yang Ditawarkan\nPenerima akan diberikan kelengkapan komputer seperti berikut :\nPembesar suaraWifiWebcamPerisian Microsoft OfficeSemua peralatan lain yang diperlukan untuk pembelajaran online\n\nSenarai Perpustakaan Terlibat\n50 perpustakaan yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti berikut:\nPustaka Raja Tun UdaPerpustakaan Awam Selangor Pekan Pandan Jaya, Hulu LangatPerpustakaan Awam Selangor Cawangan Kajang, Hulu LangatPerpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Udang, KlangPerpustakaan Awam Selangor Cawangan Rawang, GombakPerpustakaan Awam Selangor Desa Lembah Jaya, Hulu LangatPerpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Pelek, SepangPerpustakaan Awam Selangor Desa Kuang, PetalingPerpustakaan Awam Selangor Desa Jenjarom, Kuala LangatPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit Baru, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit Mahang, Kuala SelangorPerpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Merab, SepangPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit 14, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit 8, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Desa Batu 14, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Selisek, Hulu SelangorPerpustakaan Awam Selangor Desa Jenderam Hilir, SepangPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg Ahmad Razali, SepangPerpustakaan Awam Selangor Desa Sijangkang, Kuala LangatPerpustakaan Awam Selangor Pekan Sekinchan, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor @PJKita Community Library, PetalingPerpustakaan Awam Selangor Daerah GombakPerpustakaan Awam Selangor Daerah Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Desa Sg Gulang-Gulang, Kuala SelangorPerpustakaan Awam Selangor Desa Ijok, Kuala SelangorPerpustakaan Awam Selangor Desa Taman Mawar, Hulu LangatPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg Binjai Jaya, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Pekan Hulu Bernam, Hulu SelangorPerpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Terap, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Daerah Kuala LangatPerpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu SelangorPerpustakaan Awam Selangor Jeram, Kuala SelangorPerpustakaan Awam Selangor Bukit Kapar, KlangPerpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu LangatPerpustakaan Awam Selangor Pekan Dataran Sabak, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Pekan Bestari Jaya, Kuala SelangorPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Banting, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Endah, Kuala LangatPerpustakaan Awam Selangor Desa Sri Jugra, Kuala LangatPerpustakaan Awam Komuniti Sri Manja, Petaling JayaPerpustakaan Awam Selangor Desa Beranang, Hulu LangatPerpustakaan Awam Selangor Komuniti Sri Perantau, KlangPerpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Bangkong, SepangPerpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Badong, Kuala SelangorPerpustakaan Awam Selangor Komuniti Bukit Beruntung, Hulu SelangorPerpustakaan Awam Selangor Pekan Semenyih, Hulu LangatPerpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Nakhoda Omar, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Cawangan Pelabuhan Klang, KlangPerpustakaan Awam Selangor Desa Taman Muhibbah, Sabak BernamPerpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Air Tawar, Sabak Bernam\nPra-Pendaftaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma\nWarga Selangor yang berminat untuk buat pinjaman perlulah membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu.\nKlik link pra-pendaftaran berikut\u00a0https://docs.google.com/forms/d/1_P8ARda2Uvng0g4LAteibc37ks5ElOYN7ThDvE5mf_8/edit?usp=drivesdk.Isi semua maklumat pendaftaran peribadi.Pastikan semua maklumat diisi.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Pinjaman Desktop & Laptop Percuma, sila hubungi pihak PPAS di talian 03-5519 7667.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tema-maulidur-rasul/", "title": "Tema Maulidur Rasul 2022 / 1444H Peringkat Kebangsaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 / 1444H\nSetiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul.\nMaulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.\u00a0\nDi Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. \nSelain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.\n\n\n\n\n\n\nProgram-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.\nSelain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTema & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan\n\n \nTarikh Cuti Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia\n\n \nHukum Sambutan Maulid Nabi\n\n\nTema & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan\nBagi tahun 1444H ini, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 9 Oktober 2022 (Ahad).\nSiaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.\nTema bagi sambutan kali ini adalah \u201cKeluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran\u201d.\nSumber: JAKIM\nTarikh Cuti Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia\nCUTI MAULIDURRASUL 2022 jatuh pada tarikh berikut:\n8/10/2022 \u2013 SABTU\n9/10/2022 \u2013 AHAD (12 Rabiulawal 1443H)\n10/10/2022 \u2013 ISNIN (Cuti Ganti)\n\nUntuk makluman, Maulidurrasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia.\n\nSila rujuk kalendar penuh: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2022\nHukum Sambutan Maulid Nabi\nSungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.\nWalau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid\u2019ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:\nPengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.Tiada percampuran lelaki dan perempuan.Menutup aurat.Tiada unsur maksiat.Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.\nKesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.\nRujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul\n"]} {"url": "https://ecentral.my/puasa-muharam-asyura/", "title": "Niat & Tarikh Puasa Sunat Hari Asyura / Tasu\u2019a / Muharam 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGALAKAN PUASA SUNAT DI BULAN MUHARAM / PUASA ASYURA / PUASA TASU\u2019A\nBulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.\nBulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam.\nMenurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua\u2019a) dan ke-10 (Asyura\u2019).\nManakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bulan Muharram dan anjuran berpuasa dalam Islam.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Bulan Muharam\n\n \nKelebihan & Anjuran Puasa Dalam Bulan Muharram\n\n \nTarikh Puasa Sunat Di Bulan Muharam, Puasa Asyura / Tasu\u2019a 2023\n\n \nNiat Puasa Asyura\n\n\nKelebihan Bulan Muharam\nMuharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.\nDalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.\n\n\n\n\n\n\nFirman Allah SWT yang bermaksud:\nSesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Surah at-Taubah, ayat 36)\nImam Ibnu Kathir menyatakan, orang yang melakukan kemaksiatan dan kezaliman pada bulan itu akan \u2018dilipat gandakan\u2019 dosanya oleh Allah SWT.\nKelebihan & Anjuran Puasa Dalam Bulan Muharram\nDari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : \u201cPuasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.\u201d\n(Hadis riwayat muslim, 1163)\n\nTarikh Puasa Sunat Di Bulan Muharam, Puasa Asyura / Tasu\u2019a 2023\nPuasa sunat Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun, adalah lebih baik dilaksanakan selama dua hari berturut-turut sama ada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram.\nRebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat khususnya pada 9 Muharam dan 10 Muharam di samping memperbanyak solat malam.\n*Disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari \u2018Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.\nIa adalah berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari.\nNamun begitu, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja, dan pahalanya tetap dikira.\nBagi tahun 2023, tarikh puasa sunat bulan Muharram adalam seperti berikut:\n\nPuasa Tasu\u2019a (9 Muharam 1445H) : 27 JULAI 2023\nPuasa Asyura (10 Muharam 1445H) : 28 JULAI 2023\nPuasa 11 Muharram 1445H : 29 JULAI 2023\n\nKELEBIHAN & FADILAT PUASA MUHARAM, TASU\u2019A & ASYURA\n1) Sunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.\n2) Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.\n3) Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.\n4) Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharam sahaja? Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau \u201cTuhfah al-Muhtaj\u201d:\u0642\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0645\u062a\u0646 (\u0648\u0639\u0627\u0634\u0648\u0631\u0627\u0621) \u0648\u0644\u0627 \u0628\u0623\u0633 \u0628\u0625\u0641\u0631\u0627\u062f\u0647Maksudnya: Teks (Al-Minhaj) menyebut: \u201c\u2026dan (disunatkan berpuasa) Asyura\u201d dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.\n5) Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi\u2019ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharam.\n6) Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum Asyura kerana itu keazaman baginda pada masa akan datang. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka digantikan pada 11 Muharam.Wallahu\u2019alam.\nNiat Puasa Asyura \ni) Niat Puasa Hari Tasu\u2019a (9 Muharram)\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645 \u062a\u064e\u0627\u0633\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\nMaksud:\nSahaja aku puasa sunat Tasu\u2019a kerana Allah Ta\u2019ala.\nii) Niat Puasa Hari \u2018Asyura (10 Muharram)\n\u0646\u0648\u064a\u062a \u0635\u0648\u0645 \u0639\u0634\u0631 \u0633\u0646\u0629 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649\nMaksud:\nSahaja aku puasa sunat \u2018Asyura kerana Allah Ta\u2019ala.\n\nSemoga apa yang dikongsi ini memberikan manfaat kepada kita semua dan selamat beramal.\nBaca juga: Niat Gabung Puasa Ganti\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-honda-civic-2022/", "title": "Harga Kereta Honda Civic Terkini 2022, Spesifikasi & Model Varian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi peminat setia Honda Civic, anda mestilah ingin mengetahui harga terkini Honda Civic bagi keluaran tahu 2022.\nKereta yang berada dalam Segmen C ini bersaing rapat dengan Mazda 3, Kia Cerato dan Toyota Corolla untuk pasaran kereta di Malaysia dalam segmen ini.\nUntuk brochure rasmi kereta ini, anda boleh rujuk di halaman rasm Honda Malaysia. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nVarian Honda Civic\n\n \nVarian warna\n\n \nHarga Honda Civic\n\n \nCiri-ciri tambahan menarik\n\n\nVarian Honda Civic\nSecara umumnya, terdapat 3 varian bagi keluarga baru Honda Civic 2022 ini seperti yang berikut (daripada spesifikasi paling rendah ke paling tinggi:\nHonda Civic E\u00a0Honda Civic V\u00a0Honda Civic RS\u00a0\nPeningkatan terbesar untuk generasi ke-11 ini sudah tentu adalah kelengkapan enjin VTEC Turbo 182 PS 1.5 liter dan suite Honda Sensing sebagai standard, membantu mengatasi lonjakan besar dalam harga permulaan.\nVarian warna\n\nKereta Civic baru ini didatangkan dengan 5 varian warna:\nMeteoroid Grey MetallicIgnite Red MetallicLunar Silver MetallicCrystal Black PearlPlatinum White Pearl\nHarga Honda Civic\nJika dilihat pada harga ketiga-tiga varian pada tahun ini, terdapat peningkatan yang agak ketara berbanding Civic generasi ke-10 yang dikeluarkan pada tahu 2016 yang lalu.\nBerikut merupakan harga berdasarkan varian:\nVarian E \u2013 RM125,634.64Varian V \u2013 RM138,043.36Varian RS \u2013 RM144,350.09\nSebagai perbandingan, Honda Civic generasi sebelumnya dijual pada harga antara RM110 ribu hingga RM132 ribu.\nAda peminat Perodua? Lihat Harga Kereta Perodua Axia Auto & Manual Model Terkini (2022).\nCiri-ciri tambahan menarik\nKebiasaannya peminat kereta tidak hanya melihat pada facelift kereta keluaran baru semata-mata, sebaliknya juga ciri-ciri tambahan atau baru yang ada.\nDengan membandingan ciri-ciri baru ini dengan harga jualan, barulah mudah bagi peminat Honda Civic mempertimbangkan sama ada pembelian kereta generasi baru ini berbaloi atau tidak. \nDidatangkan dengan sistem infotainment Android Auto dan Apple CarPlay untuk kesemua varian. Bezanya, untuk varian yang lebih rendah, saiz paparan adalah 7\u2033 sementara varian yang lebih tinggi didatangkan dengan skrin paparan bersaiz 9\u2033.Tambahan Lead Car Depature Notification System \u2013 Sistem yang akan memberitahu anda sekiranya kereta di hadapan sudah bergerak, berguna di lampu isyaratCivic keluaran kali ini tidak lagi menggunakan enjin 1.8L sebaliknya kesemua varian didatangkan dengan enjin 1.5L 4 baris turbo yang sama. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/surat-tunjuk-sebab/", "title": "Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda kalanya seseorang pekerja perlu menghantar surat tunjuk sebab kepada majikan bagi memberikan penjelasan mengapa individu tersebut tidak dapat hadir ke tempat kerja seperti yang dikehendaki.\nSurat tunjuk sebab ini juga merupakan dokumen rasmi penjelasan yang diberikan oleh seseorang pekerja itu untuk menjelaskan mengenai ketidak hadirannya ke tempat kerja mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak majikan. \nDisiplin merupakan antara perkara penting yang sangat dititikberatkan oleh majikan terhadap pekerja kerana disiplin para pekerja secara langsung mempengaruhi produktiviti dan keuntungan syarikat.\n\n\n\n\n\n\nSekiranya para pekerja kurang berdisiplin (contohnya sering hadir lewat atau tidak hadir bekerja tanpa sebab), operasi syarikat akan terganggu seterusnya menjejaskan pendapatan syarikat. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAntara sebab ketidakhadiran bekerja\n\n \nFormat surat tunjuk sebab\n\n \nBersikap jujur dalam memberi penjelasan\n\n\nAntara sebab ketidakhadiran bekerja\nTerdapat pelbagai kemungkinan mengapa seseorang pekerja itu tidak dapat hadir ke tempat kerja antaranya:\nKemalanganKecemasan \u2013 Anak demam, ahli keluarga pengsan dan sebagainyaKerosakan kenderaanTertidur atau tidur lebih masa\u2026 dan sebagainya\nFormat surat tunjuk sebab\n\nDisebabkan surat tunjuk sebab ini adalah sejenis dokumen rasmi, maka format surat rasmi biasa boleh digunakan.\nAntara elemen penting yang perlu dinyatakan dalam surat ini adalah:\nNamaAlamatTarikhNama atau jawatan majikan/pengurus/supervisorNama dan alamat syarikatTajuk: SURAT TUNJUK SEBAB KERANA TIDAK HADIR KE TEMPAT KERJAIsi surat:Nyatakan dengan jelas tarikh tidak hadir dan sebab ketidakhadiran. Contohnya: \u201cPada tarikh 29 Januari 2022, saya tidak dapat menghadirkan diri ke tempat kerja kerana terpaksa menghantar anak saya ke klinik kerana anak saya didapati muntah-muntah tanpa henti\u201cNyatakan permohonan maaf. Contohnya \u201cSaya sedar perlakukan saya ini mungkin akan mengganggu operasi syarikat dan oleh itu saya ingin memohon maaf atas perkara ini\u201dNyatakan akujanji akan kekalkan disiplin (sekiranya sebab yang diberikan berkaitan dengan masalah disiplin sahaja)\nBersikap jujur dalam memberi penjelasan\nMajikan anda juga merupakan manusia biasa yang mempunyai empati.\nSekiranya anda tidak dapat hadir ke tempat kerja disebabkan hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan majikan anda tidak akan marah dan memahami situasi anda.\nDalam hal-hal kecemasan, lebih baik sekiranya anda boleh kemukakan juga bukti seperti resit ke klinik/hospital dan sebagainya. \nWalau bagaimanapun, sekiranya ketidak hadiran anda adalah disebabkan masalah disiplin atau kesilapan anda sendiri, maka berterus terang sahajalah dengan bos anda dan nyatakan juga anda berjanji untuk tidak akan mengulangi perkara sama di masa akan datang. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-perniagaan-maim-2022/", "title": "Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdalah dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan bagi asnaf fakir dan miskin negeri Melaka.\nJumlah bantuan dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang layak \u2013 Tak perlu bayar balik!\nContoh bentuk bantuan yang disediakan termasuklah meja lipat, kerusi, mesin jahit dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nSila rujuk info berikut untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Umum Pemohon Bantuan Alat Perniagaan :\n\n \nCara Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022\n\n \nDokumen Yang Diperlukan :\n\n \nMakluman kepada Pemohon\n\n\nSyarat Umum Pemohon Bantuan Alat Perniagaan :\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di MelakaMerupakan asnaf fakir dan miskin di negeri MelakaPendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM\nCara Permohonan Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022\nBorang boleh didapati di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM\nSEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,Badan Sukarelawan Al-TaqwaNo B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,Bukit Baru 75150 Melaka.\nTelefon: 06-286 8109 / 011-5891 4140\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nDokumen Yang Diperlukan :\nBorang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)Salinan Kad Pengenalan MalaysiaSijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktifPengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)Sebut Harga Alat Perniagaan\nDokumen Sokongan :\nGambar Perniagaan / Produk JualanKertas Kerja PerniagaanRekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)\nMakluman kepada Pemohon\nJumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap.Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja)\nMaklumat Lanjut, sila rujuk pautan https://maim.gov.my/index.php/my/\nBaca juga: Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-renew-ssm-online/", "title": "Cara Renew SSM Online Di Laman Rasmi ezBiz (Perbaharui Perniagaan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSSM menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan sama ada secara manual di Kaunter SSM, Bank Rakyat, BSN atau lebih mudah kita boleh renew SSM online saja.\nMemang rugi kalau perniagaan yang telah didaftarkan dibiarkan expired, sebab kalau SSM tamat tempoh melebihi setahun, kita dah tak boleh perbaharui lesen tu lagi.\nSekarang ni kita dah boleh perbaharui lesen SSM secara atas talian sahaja tanpa perlu ke kaunter.\nTapi anda perlu berhati-hati kerana ada banyak laman web pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan. \nAda yang menaikkan harga berkali ganda berbanding harga sebenar yang dicaj oleh SSM.\nOleh itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.\nMaka, pastikan anda semua layari laman web yang sah hanya di: https://ezbiz.ssm.com.my/\n\nPEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN bukan sahaja boleh dilakukan melalui kaunter perkhidmatan SSM, ezBiz Kiosk, portal ezBiz Online (ezbiz.ssm.com.my), malah boleh dilakukan di\nBANK SIMPANAN NASIONAL; atauBANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD terpilih.\n\nPembaharuan perakuan pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa sebelum tarikh luput tempoh pendaftaran.\u200b\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan caranya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Renew SSM Online Melalui EzBiz\n\n \nCara Aktifkan ID EzBiz Bagi Pengguna Pertama Kali\n\n \nMuat Turun Aplikasi MySSM\n\n \nCara Renew SSM Secara Manual Di Kaunter SSM, BSN & Bank Rakyat\n\n \nSyarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM\n\n \nHarga Renew Lesen SSM\n\n \nApa Nak Buat Kalau SSM Expired Lebih Setahun?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Renew SSM Online Melalui EzBiz\nDi sini kami terangkan cara buat pembaharuan pendaftaran EEM (renew SSM online) melalui ezBiz.\n\nLangkahnya adalah seperti berikut:\nPergi semula ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkanKlik bahagian \u2018My Business Service\u2019Pilih \u2018Renewal by Owners\u2019Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.Klik di simbol \u2018Action\u2019 untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan(BORANG A1)Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun \u2013 5 tahun)Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.\nNOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.\nBaca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nCara Aktifkan ID EzBiz Bagi Pengguna Pertama Kali\nJika anda merupakan pengguna kali pertama yang belum berdaftar, sila rujuk langkah berikut untuk mengaktifkan ID ezBiz SSM online.\nLANGKAH 1\nMula-mula, layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/\nTekan butang sign up untuk mendaftar (jika anda pengguna kali pertama).\nPelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna portal Ezbiz Online terlebih dahulu.\nTekan butang \u2018Sign Up\u2019 dan isikan maklumat No IC dan Nama penuh seperti dalam kad pengenalan.\n\nLANGKAH 2\nKemudian log masuk seperti biasa.\nPelanggan akan menerima emel bahawa pengaktifan ID Ezbiz telah berjaya dan pelanggan boleh meneruskan transaksi yang dikehendaki di Ezbiz online.\nLANGKAH 3\nSetelah mendapat e-mel pengesahan, anda bolehlah membuat pembaharuan lesen perniagaan melalui laman web ezBiz yang telah didaftarkan tadi.\nMuat Turun Aplikasi MySSM\nMuat turun MySSM untuk urusan e-Perkhidmatan anda.\nHanya 3 langkah mudah:\n1. Cari aplikasi mobil \u201cMySSM\u201d di Google Play (Android) atau Apple Store (iOS)\nAndroid :https://play.google.com/store/apps/details\u2026iOS : https://apps.apple.com/my/app/myssm/id1246087930\n2. Muat turun aplikasi mobil \u201cMySSM\u201d di telefon bimbit anda.\n3. Setelah muat turun, anda boleh gunakan aplikasi mobil \u201cMySSM\u201d\n\nCara Renew SSM Secara Manual Di Kaunter SSM, BSN & Bank Rakyat\nJika anda lebih sukakan cara manual dan pergi ke kaunter, anda boleh berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan melalui kaedah temujanji untuk elak beratur panjang.\nBorang temujanji : https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx\nSelain di Pejabat atau Cawangan SSM, kini anda juga boleh membuat pembaharuan lesen perniagaan di BSN atau Bank Rakyat.\n\nSyarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM\nPemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkanuntuk membuat permohonan.Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masasebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12)bulan selepas tarikh luput pendaftaran.\nHarga Renew Lesen SSM\nFi yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis perniagaan.\nPerniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiriseperti di kad pengenalan \u2013 RM30.00Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsianmenggunakan nama tred \u2013 RM60.00Pendaftaran cawangan \u2013 RM5.00 setiap cawanganCetakan Maklumat Perniagaan \u2013 RM10.00\nApa Nak Buat Kalau SSM Expired Lebih Setahun?\nSeperti yang dimaklumkan di atas, perakuan pendaftaran yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui. \nJadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda mahu \u2018menghidupkan semula\u2019 atau menggunakan nama perniagaan tersebut?\nPemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan yang baharu menggunakan nama perniagaan yang lama (carian nama akan dilakukan terlebih dahulu. \nJika nama perniagaan tersebut belum digunapakai lagi, namaperniagaan tersebut boleh digunakan).\nNamun demikian, nombor pendaftaran yang baharu akan diberikan. \nDalam masa yang sama pemilik perniagaan boleh membeli surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) dengan bayaran RM10.00 sebagai dokumen sokongan untuk diberikan kepada agensi yang berkenaan (jika perlu). \nSurat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) ini hanya boleh dibeli di kaunter SSM sahaja.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut atau update terkini tentang SSM, sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia di saluran rasmi berikut:\nLaman web rasmi SSM: www.ssm.com.myFacebook : www.facebook.com/ssmofficialpageTwitter rasmi SSM : www.twitter.com/ssmofficialpageYoutube rasmi SSM: www.youtube.com/ssmofficialpageInstagram rasmi SSM : www.instagram.com/ssmofficialpage\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bpn-2-0/", "title": "BPN 2.0: Permohonan Baru & Semakan Status Kelulusan B40, M40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUmum mengetahui kerajaan telah melanjutkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional melalui BPN 2.0 terbaru.\nSelain itu, kerajaan juga membuka peluang para usahawan untuk memohon GKP 2.0 dan membantu para majikan melalui Skim Subsidi Upah 2.0.\nBerikut maklumat terkini cara membuat permohonan BPN 2.0 dan kadar bayaran terkini mengikut kategori.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBPN 2.0\n\n \nPermohonan Baru\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKategori BPN 2.0 B40\n\n \nKategori M40\n\n \nDokumen Diperlukan\n\n \nSemakan Status\n\n \nKemaskini Permohonan\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nBPN 2.0\nTerdapat empat kategori penerima iaitu:\nB40B40 BujangM40M40 Bujang\nPembayaran akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada penghujung bulan Oktober dan Januari 2021 nanti.\nKadar bantuan tambahan adalah seperti berikut:\n\nSeperti anda boleh lihat, tambahan BPN 2.0 bermula dari RM300 (bujang) sehingga RM1,000 (isi rumah).\n\n\n\n\n\n\nKaedah pembayaran seperti BPN sebelum ini iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan.\nNamun bagi yang tiada akaun bank atau bank tidak aktif (gagal kredit), anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan BSN berhampiran. \nBaca juga: Semakan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021\nPermohonan Baru\nPermohonan BPN 2.0 akan dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November (sebulan).\nPermohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my atau secara manual melalui borang permohonan BPN baharu.\n\nBagi permohonan baru, sekiranya anda lulus, pembayaran akan dibuat sekaligus pada Januari nanti.\nSyarat Kelayakan\nSiapa yang layak memohon BPN 2.0?\nSemua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan belum pernah memohon BPN sebelum ini layak memohon.\nKategori BPN 2.0 B40\nIsi Rumah:\nSudah berkahwinIbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anakPendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah\nBujang:\nBujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anakHad umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah\nKategori M40\nIsi Rumah:\nSudah berkahwinIbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anakPendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000\nBujang:\nBujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anakHad umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000\nDokumen Diperlukan\nPemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan. \nKesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.\nSemakan Status\nSemakan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober di portal rasmi bpn.hasil.gov.my\nUntuk membuat semakan anda perlu log masuk ke sistem tersebut.\nSekiranya terlupa kata laluan, perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. \nJika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.\nKemaskini Permohonan\nUrusan kemaskini termasuk maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran adalah seperti kaedah pembayaran BPN sebelum ini.\nJika akaun bank anda sudah tidak aktif, anda terpaksa membuat tuntutan tunai di cawangan BSN.\nSoalan Lazim\nBolehkah saya tukar kategori M40 kepada B40? Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. Saya penerima BPN kategori Bujang dan kini telah berkahwin. Bolehkah saya memohon BPN 2.0 kategori isi rumah? Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan. Saya belum cukup umur 21 adakah saya layak memohon? Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah. Saya bujang berstatus pelajar sepenuh masa adakah saya layak? Tidak layak. Hanya bujang berstatus pelajar separuh masak layak jika memenuhi syarat kelayakan. Adakah pendapatan isi rumah dikira termasuk elaun & bonus? Ya, semua pendapatan yang diterima diambil kira sebagai pendapatan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-apad/", "title": "APAD: Bantuan Pemandu Bas Ekspres RM500 PEMERKASA+ (Okt 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPortal Bantuan Khas PEMERKASA+ Pemandu Bas Ekspres (one-off RM500) kini dibuka untuk proses pendaftaran pemandu oleh pihak syarikat.\nPortal dibuka dari 27 September \u2013 10 Oktober 2021, manakala bayaran akan dibuat mula 26 Oktober 2021.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Pemandu Bas Ekspres PEMERKASA+ yang boleh dimohon melalui Portal APAD.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Khas Pemandu Bas Ekspres PEMERKASA+ \u2018One Off\u2019 APAD?\n\n \nSyarat Permohonan / Kriteria Kelayakan Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nCara Permohonan Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Khas Pemandu Bas Ekspres PEMERKASA+ \u2018One Off\u2019 APAD?\nKerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.\n\n\n\n\n\n\nPemberian bantuan ini melibatkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).\nSetakat hari ini, sebanyak 46 Syarikat bas ekspres telah mendaftarkan 510 pemandu masing-masing, Portal Bantuan Pemerkasa+ bagi Pemandu Bas Ekspres masih lagi dibuka sehingga 10 Oktober 2021. \nHanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan/atau lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah, dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, layak memohon bantuan berkenaan.\n\nSila rujuk syarat-syarat permohonan dan kriteria kelayakan di bawah:\nSyarat Permohonan / Kriteria Kelayakan Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD\nWarganegara Malaysia.Pemandu adalah berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres dan mempunyai caruman PERKESO yang masih sah, di mana caruman PERKESO adalah dilaksanakan oleh pihak syarikat / pengusaha bas ekspres.Pemandu bas ekspres mempunyai lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan lesen vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021.Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan / atau lesen / permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Saba / Sarawak layak memohonBantuan ini hanya diberikan kepada pemandu bas ekspres yang tidak menerima mana-mana bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, e-hailing atau teksi sebelum ini.\nBaca juga: Bantuan Khas APAD RM500: Teksi, e-Hailing, Bas & Pemandu Pelancong\nTarikh Bayaran\nBayaran akan dibuat kepada penerima yang layak bermula 26 Oktober 2021.\nBerikut merupakan aliran masa dan proses Bantuan PEMERKASA+ Bas Ekspres APAD :\n\nCara Permohonan Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD\nSyarikat diminta untuk layari http://bantuan.apad.gov.my untuk pendaftaran bantuan PEMERKASA+ bagi pemandu bas ekspres.\nBaca juga: BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Bayaran (Miskin Tegar, B40, M40)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut, emelkan ke [email\u00a0protected]\nATAU\nSila layari\u00a0http://bantuan.apad.gov.my atau laman sosial Facebook Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkss-5-0-senarai-11-bantuan-untuk-rakyat-sarawak-bagi-tahun-2021/", "title": "BKSS 5.0 : Senarai 11 Bantuan Untuk Rakyat Sarawak Bagi Tahun 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0) bernilai RM405 juta telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis, 21 Januari 2021.\nBerikut adalah ringkasan inisiatif yang disalurkan melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 5.0\n\n1. Diskaun bil elektrik lima hingga 25 peratus bil elektrik yang memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.\n2. Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus yang memberi manfaat kepada 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.\n\n\n\n\n\n\n3. Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).\nBaca juga: SIP Prihatin PERMAI: Semakan, Syarat & Cara Permohonan\n4. Pengeculian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.\n5. Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan negeri.\n6. Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021.\n7. Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari hingga Jun 2021.\n8. Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tahan melibatkan kediaman, pusat komersial, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.\n9. Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021.\nBaca juga: Bayaran Interim i-Sinar : Pendahuluan RM1,000 Bagi Pemohon Kategori 2\n10. Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman, komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.\n11. Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhanan (SPIKS) mulai Januari hingga Jun 2021.\n*Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ebaki-mara/", "title": "eBaki MARA: Login Semakan Baki Pinjaman MARA Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nebaki MARA adalah sebuah portal yang memudahkan semua peminjam pelajaran MARA menyemak dan membayar baki pinjaman mereka secara dalam talian. \nSejak dahulu lagi, pihak MARA banyak memberikan bantuan pinjaman pelajaran bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian dalam dan luar negara.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis pinjaman pelajaran MARA\n\n \nFungsi eBaki MARA\n\n \nCara daftar\n\n \nCara semak baki pinjaman pendidikan\n\n\nJenis pinjaman pelajaran MARA\nPada masa kini, terdapat 2 jenis pinjaman pelajaran yang diberikan oleh pihak MARA iaitu:\nTertiary Education Loan Program (TESP) \u2013 Khusus untuk pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi dalam negara yang ditetapkan olehh MARA. Excellent Student Program (IPMa) \u2013 Khusus untuk pelajar cemerlang Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di dalam dan luar negara dimana pelajar dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang dan penglibatan aktif dalam kurikulum semasa di IPMa di peringkat sijil dan diploma dengan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.\nUntuk kemaskini jenis pendidikan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman Pembiayaan Pendidikan MARA. \nSetelah pelajar menamatkan pengajian, mereka dikehendaki membayar semula pinjaman pelajaran yang diberikan dimana jumlah bayaran semula ini ditetapkan berdasarkan pencapaian akademik mereka setelah tamat pengajian. \nFungsi eBaki MARA\n\nBagi pelajar yang telah menamatkan pengajian menggunakan pinjaman pelajaran MARA, maka eBaki adalah portal di mana mereka boleh melakukan pelbagai perkara mengenai pinjaman mereka seperti yang berikut:\nMenyemak baki pinjaman pendidikanMenyemak penyata pinjaman pendidikanMenyemak jadual bayaran semula pinjaman pendidikan Permohonan emoratariumPermohonan pengurangan pembayaran pinjaman pendidikanMelakukan pembayaran semula pinjaman pendidikan\nCara daftar\nLayari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/Bagi pengguna baru yang ingin mendaftar, klik pada link \u201cPengguna Baru\u201dMasukkan Nombor Kad Pengenalan untuk melakukan carianKemudian, lengkapkan pendaftaran dan mengisi segagala butiran yang dikehendaki\nCara semak baki pinjaman pendidikan \nLayari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/Masukkan ID Pengguna dan Kataluan Klik butang HantarPada kolum \u201cJadual Bayaran Balik\u201d klik [Papar]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-tajaan-pengajian-sijil-diploma-kolej-felcra/", "title": "Tawaran Tajaan Pengajian Sijil & Diploma Kolej FELCRA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Kolej FELCRA kini membuka tawaran tajaan pengajian Sijil & Diploma untuk pelajar B40 ke Kolej FELCRA.\nPelajar yang berkelayakan dan terpilih bakal mendapat tajaan yuran pengajian secara percuma tertakluk kepada kuota yang ditetapkan. \u00a0\nUntuk makluman, Kolej FELCRA ditubuhkan pada tahun 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.\nKolej yang terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan ini ditubuhkan bagi memberi peluang di samping menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad serta masyarakat luar bandar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi November 2022/2023\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBidang Pengajian Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat-Syarat Umum\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBidang Pengajian Yang Ditawarkan\nBidang pengajian yang ditawarkan di Kolej FELCRA adalah seperti yang disenaraikan berikut :\nDiploma Pengurusan Pasca-TuaiDiploma Teknologi PertanianDiploma Pengurusan Sumber ManusiaDiploma Pengurusan PerniagaanDiploma Pendidikan Awal Kanak-KanakDiploma Pengurusan Amalan HalalSijil Pendidikan Awal Kanak-KanakPra Diploma Perdagangan UiTMDiploma Pengurusan Ladang UiTMDiploma Pengajian Perniagaan UiTM\nSyarat-Syarat Umum\nCalon perlulah menepati syarat-syarat umum yang telah ditetapkan seperti berikut :\ni) Program Sijil\nMemperoleh sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.\nii) Program Diploma\nMemperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.\nCara Memohon\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :\nLayari pautan permohonan iaitu\u00a0https://forms.gle/xXG6TixEzSWu34Ay9.Isi semua maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kemasukan ke Kolej FELCRA, sila layari laman web https://www.kolejfelcra.edu.my/ atau hubungi talian berikut :\nJabatan Pemasaran: 05-6551575\nAnuar: 019-5046086\nUmairah: 010-3956486\nIntan: 013-4619845\nFadhil: 010-3856875\nHidayah: 012-4918925\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-no-telefon-tabung-haji/", "title": "Cara Update / Tukar No Telefon Tabung Haji (THiJARI)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA TUKAR NO TELEFON TABUNG HAJI / THIJARI\nPihak Tabung Haji telah maju selangkah lagi dalam usaha memudahkan pelanggan mereka menguruskan akaun Tabung Haji mereka secara online melalui aplikasi di telefon mudah alih yang dikenali sebagai THiJARI.\nAplikasi ini ini boleh dimuat turun secara percuma dan pengguna boleh melakukan pelbagai perkara antaranya menyemak jumlah simpanan dan menyemak tahun giliran menunaikan Haji.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAkaun Tabung Haji Online / THiJARI\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n \nKemudahan yang disediakan melalui THiJARI\n\n \nCara Tukar No Telefon Tabung Haji\n\n \nSoalan dan pertanyaan\n\n\nAkaun Tabung Haji Online / THiJARI\n\nPendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di mana-mana kaunter Tabung Haji. \nNombor pengesahan (TAC) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. \n\n\n\n\n\n\nPenyimpan TH dikehendaki mengesahkan nombor telefon bimbit bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses log masuk pada sistem THiJARI.\nSeterusnya, hanya ikuti langkah-langkah dibawah untuk menggungkana perkhidmatan yang disediakan melalui THiJARI:\nLayari www.thijari.com.my (melalui telefon pintar / komputer / komputer riba dll.)Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor IC dan nombor akaun TH.Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Pendeposit dikehendaki memasukkan maklumat peribadi. \nSetelah selesai, penyimpan boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.\nMuat turun aplikasi\nBagi memudahkan anda mengakses segala kemudahan yang disediakan melalui di telefon mudah alih anda, sila muat turun aplikasi ini melalui pautan di bawah:\nGoogle Play (Untuk pengguna Android)App Store (Untuk pengguna iOS)\nSelepas memuat turun, buka dan log masuk ke dalam akaun anda untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan melalui aplikasi ini. \nBaca juga: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online\nKemudahan yang disediakan melalui THiJARI \nPerkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi mudah alih THiJARI adalah sama seperti yang terdapat di web THiJARI seperti yang berikut:\nMenguruskan Simpanan dan PengeluaranPembukaan Akaun Maya (Virtual Account Opening \u2013 VAO)Urusan HajiRayuan HajiPencalonan/ Hibah AmanahKelab Taha\nCara Tukar No Telefon Tabung Haji\nBermula 1 September 2020, anda boleh mengemaskini nombor telefon bimbit anda untuk perkhidmatan THiJARI dengan menghubungi THCC di talian 03-6207 1919 atau emel ke [email\u00a0protected].\nSyarat permohonan untuk tukar no telefon Tabung Haji adalah seperti berikut:\nMempunyai salinan kad pengenalanSalinan 3 bulan bil telefon terkini didaftarkan atas nama pemohonMemiliki alamat e-mel sendiri\nSila rujuk infografik di bawah:\n\nSelain itu, anda boleh membuat kemaskini no telefon dengan hadir ke kaunter berdekatan untuk membuat pertukaran nombor telefon pada akaun Tabung Haji.\nSoalan dan pertanyaan\nUntuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut mengenai THiJARI, sila kunjungi Cawangan TH berhampiran anda atau hubungi:\nTabung Haji Contact Center (THCC)\nPhone : +603 \u2013 6207 1919Fax : +603 \u2013 7728 4959Email : [email\u00a0protected]\nSelain itu, anda boleh menggunakan khidmat SMS dengan menghantar mesej berikut ke 33990:\nTHSoalan Anda\nCaj RM0.50 akan dikenakan untuk setiap SMS yang diterima. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bil-tm-unifi-streamyx/", "title": "Semakan Bil TM Unifi Streamyx & Cara Bayar Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBuat pelanggan Unifi dan Streamyx, anda boleh menyemak bil TM anda secara online sahaja.\nLebih mudah dan menjimatkan masa anda. \n\n\n\n\n\n\nPihak TM telah memulakan program e-bill ini sejam September 2018 lagi sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan penggunaan kertas seterusnya memelihara alam sekitar.\nSebelum kemudahan ini, bil pengguna Unifi dan Streamyx akan dihantar ke rumah namun isu kadang-kala timbul apabil bil tersebut hilang dan tidak sampai ke tangan pelanggan.\nDengan perkhidmatan e-Bill ini, masalah ini dapat ditangani dengan menyeluruh kerana hanya pengguna yang dapat menyemak bil TM mereka secara dalam talian dengan mendaftarkan akaun mereka di laman web TM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara semakan bil\n\n \nCara daftar akaun e-Bil TM\n\n \nCara bayaran bil TM Unifi / Streamyx secara online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara semakan bil\n\nSMS \u2013 Penghantaran notifikasi jumlah bil bulanan terus secara SMS kepada nombor telefon berdaftar andaEmel \u2013 Penghantaran e-bil anda dalam bentuk PDF ke alamat emel anda. Sekiranya anda tetap memilih bil anda dihantar ke alamat rumah anda, bayaran tambahan sebanyak RM2 akan dikenakanPortal Unifi \u2013 Anda boleh menyemak bil anda sehingga 6 bulan sebelumnya terus dalam laman portal UnifiAplikasi MyUnifi \u2013 Muat turun aplikasi MyUnifi dan semak terus daripada telefon Android atau iOS anda dengan memuat turun aplikasi ini dah laman web sah melalui pautan yang berikut:Google Play \u2013 Bagi pengguna AndroidApp Store \u2013 Bagi pengguna iOS\nCara daftar akaun e-Bil TM\nBagi mengaktifkan e-Bil anda, anda terlebih dahulu dikehendaki mendaftarkan akaun di laman Unifi di alaman.\nLayari laman Unifi di alamat https://home.unifi.com.my/personalKlik pada butang Login/RegisterKemudian akan keluar popup yang meminta anda memasukkan alamat emel andaMasukkan Nama AndaNombor \u201cDigitalme Verification Code\u201d akan dihantar ke emel anda. Salin dan masukkan nombor tersebut.Lengkapkan permohonan akaun Digitalme anda sehingga selesaiKini, anda boleh Login ke akaun anda menggunakan maklumat emel / kata nama / kata laluan yang anda gunakanDalam Dashboard anda, anda boleh melihat dengan lebih terperinci akaun anda, bil semasa, bil bulan sebelumnya, bayaran yang telah dibuat dan sebagainya Dengan menggunakan akaun yang sama, anda boleh log masuk ke dalam aplikasi MyUnifi anda\nCara bayaran bil TM Unifi / Streamyx secara online\nSetelah mendaftarkan akaun Digitalme, anda boleh membuat pembayaran terus bil TM dari Dashboard akaun anda. \nKlik pada butang PAY NOWKlik setuju pada terma dan syarat yang dipaparkanPilih cara pembayaran sama ada melalui Kad Kredit atau perbankan internetSekiranya anda memilih pembayaran secara perbankan internet, kotak FPX akan dipaparkan. Kemudian klik pada proceed.Senarai bank akan dipaparkan dan pilih bank yang ingin digunakan.Selesaikan pembayaran seperti biasa sehingga selesai.\nMaklumat Lanjut\nUNIFI : https://unifi.com.my/Streamyx : https://unifi.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-hantaran-kahwin/", "title": "Hantaran Kahwin \u2013 15 Contoh Barang Eksklusif & Menarik Untuk Persiapan Hari Bahagia Anda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMelakukan persiapan untuk perkahwinan tidaklah semudah yang disangka. Terdapat banyak perkara yang fikirkan dan dipertimbangkan sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini termasuklah menentukan hantaran kahwin yang perlu disediakan untuk majlis akad nikah kelak.\u00a0\n\nWalaupun barang hantaran bukanlah perkara wajib, namun ia telah menjadi adat kebiasaan masyarakat Melayu untuk mengadakan sesi berbalas hantaran bagi meraikan pasangan.\nJadi, sekiranya anda sedang mencari idea untuk hantaran kahwin yang menarik dan eksklusif, anda boleh rujuk senarai yang kami telah buat di bawah ini.\u00a0\n\u00a0Mari teruskan membaca!\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nContoh Idea Barang Untuk Hantaran Kahwin\n\n \n1. Al-Quran\n\n \n2. Sejadah\n\n \n3. Set Telekung\n\n \n4. Tasbih\n\n \n5. Sirih Junjung atau Tepak Sirih\n\n \n6. Set Barang Kemas\n\n \n7. Jam Tangan\n\n \n8. Set Buku\n\n \n9. Set Pakaian Kerja\n\n \n10. Kasut\n\n \n11. Set Wangian\n\n \n12. Set Dompet & Tali Pinggang\n\n \n13. Set Barangan Rumah\n\n \n14. Set Gadget\n\n \n15. Set \u2018Hobi\u2019\n\n\nContoh Idea Barang Untuk Hantaran Kahwin\nBiasanya, pihak lelaki akan memberikan tulang hantaran dalam nombor yang ganjil dan dibalas lebih dua dulang oleh pihak perempuan. Contohnya, 5 dulang daripada pihak lelaki, dibalas 7 dulang daripada pihak perempuan. 5 dibalas 7, 7 dibalas 9 dan seumpamanya.\n1. Al-Quran\nSebagai pasangan muslim, menghadiahkan pasangan anda dengan senaskah al-quran pasti akan menjadikannya sebagai salah satu hadiah paling bermakna. \nAnda boleh memilih untuk memberikan al-quran biasa ataupun yang mempunyai terjemahannya sekali. Terdapat pelbagai warna, corak dan reka bentuk al-quran yang dijual untuk jadikan pilihan.\u00a0\nAl-Quran Hanna Mirae: https://shopee.com.my/hannamiraeofficial/3540003391\n2. Sejadah\nSelain al-quran, anda juga boleh hadiah sejadah gebu untuk pasangan. Selepas bergelar suami isteri, bolehlah pakai sejadah tersebut untuk solat berjemaah bagi meraih pahala\u00a0 bersama-sama. Sebaiknya, cari sejadah yang ringan dan mudah dilipat agar boleh digubah dengan baik untuk dijadikan hantaran.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSejadah gebu: https://shopee.com.my/mbenterprise/12255030821\n3. Set Telekung\u00a0\nUntuk hantaran perempuan pula, jangan lupa letakkan set telekung untuk si dia. Ada banyak pilihan telekung dengan harga yang berpatutan anda boleh pilih. Selain mudah di dapati,\u00a0 telekung juga sangat mudah digubah untuk dijadikan sebagai hantaran.\u00a0\nSet telekung Siti Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/15267879921\n4. Tasbih\nBagi melengkapkan peralatan beribadah,\u00a0 anda juga boleh sertakan tasbih biasa ataupun tasbih digital untuk dijadikan sebagai pelengkap hantaran anda.\u00a0\nTasbih digital: https://shopee.com.my/aqil_syazwan2056/19912663700\n5. Sirih Junjung atau Tepak Sirih\nSirih junjung atau tepak sirih adalah merupakan salah satu item yang sering dijadikan sebagai barang hantaran. Ia adalah merupakan adat yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu. \nBiasanya, ia akan\u00a0 dijadikan \u2018kepala\u2019 hantaran. Sekiranya anda kurang mahir untuk membuat gubahan sirih junjung, usah risau. Anda boleh dapatkan yang sudah siap dijual secara dalam talian.\nSirih Junjung: https://shopee.com.my/dance_boy93/7510186308\n6. Set Barang Kemas\nSet\u00a0 barang kemas juga adalah salah satu idea menarik untuk dijadikan sebagai hantaran. Selain bersifat eksklusif, ia juga adalah merupakan pelaburan yang baik untuk pasangan anda. \nDapatkan set barangan kemas dari kedai emas ataupun, beli secara dalam talian melalui laman web yang dipercayai seperti Shopee.\u00a0\nHABIB Yellow Moondrop Pastille Gemstone Diamond Necklace: https://shopee.com.my/habib.os/14009472997\n7. Jam Tangan\nHadiahkan jam tangan untuk melengkapkan lagi gaya pasangan anda. Sekiranya pasangan anda suka bersukan atau sedang berusaha menjaga kesihatan, anda boleh hadiahkan \u2018smartwatch\u2019 yang mempunyai pelbagai fungsi. Terdapat banyak pilihan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan juga bajet anda.\u00a0\nJam tangan couple: https://shopee.com.my/wishdoitwatch.wh.os/12803483343\n8. Set Buku\nPasangan anda suka buku? Inilah masanya\u00a0 untuk anda menghadiahkan buku daripada penulis kegemaran ataupun buku-buku yang diidamkan oleh pasangan anda. \nAtau, anda boleh hadiahkan buku resepi, buku belajar menjahit dan sebagainya. Walaubagaimanapun, elakkan memilih buku yang terlalu tebal ataupun terlalu berat kerana ia akan menyukarkan hantaran anda diangkat pula.\nSet buku kombo Jejak Tarbiah: https://shopee.com.my/jejaktarbiah/10015258278\n9. Set Pakaian Kerja\nUntuk hantaran lelaki,\u00a0 anda boleh hadiahkan pasangan anda set pakaian kerja yang terdiri daripada baju kemeja dan juga seluar. Pastikan anda mengetahui saiz pasangan sebelum membuat pembelian untuk mengelakkan saiz terlalu kecil atau besar.\u00a0\nBaju kemeja: https://shopee.com.my/desince/123202761\n10. Kasut\nKasut juga adalah merupakan salah satu item yang sering dijadikan sebagai barang hantaran kerana ia mudah untuk dijadikan sebagai hantaran. Selain itu, ia juga boleh di pakai dalam tempoh masa yang lama.\n Jangan hadkan pemilihan kasut anda terhadap kasut kulit sahaja.\u00a0 anda boleh memilih pelbagai jenis kasut seperti kasut sukan, kasut bola, kasut jogging, sneaker, dan sebagainya.\u00a0\nKasut Sketcher lelaki: https://shopee.com.my/skechers.os/17386708243\n11. Set Wangian\nMenjadikan set wangian juga merupakan salah satu idea barang hantaran yang popular. Pastikan anda memilih set wangian kegemaran pasangan anda. \nSelain itu, anda juga boleh gandingkannya set penjagaan diri seperti losyen badan, losyen tangan, body mist, skrub badan, dan sebagainya.\u00a0\nSet penjagaan diri: https://shopee.com.my/bodyearth.os/9756089539\n12.\u00a0 Set Dompet & Tali Pinggang\nSet dompet dan juga tali pinggang adalah pilihan yang bijak untuk dijadikan sebagai hantaran kerana ia mudah digubah dan membuatkan set hantaran anda kelihatan lebih eksklusif. Biasanya, ia dijual sebagai satu set dan sudah siap bersama kotak.\u00a0\nSet dompet & tali pinggang: https://shopee.com.my/fashionforeversignature/9688170974\n13. Set Barangan Rumah\nSekiranya anda bercadang untuk tinggal di rumah sendiri sejurus habis majlis akad nikah, bolehlah anda jadikan barangan rumah sebagai set hantaran anda. \nIni akan menjimatkan duit sekaligus masa anda untuk membeli peralatan rumah. Antara set barangan rumah yang sesuai dijadikan hantaran ialah, air fryer, blender, set pisau, set periuk dan sebagainya.\u00a0\nAirfryer: https://shopee.com.my/shopmeon9/12453523210\n14. Set Gadget\nGadget seperti fon telinga, PS5, telefon bimbit, laptop dan sebagainya juga boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin. Sekiranya anda takut risiko hilang atau terjatuh, anda boleh letakkan kotaknya sahaja di atas dulang hantaran. Mesti pasangan anda senyum sampai ke telinga bila dapat hantaran gadget!\nSony Playstation 5: https://shopee.com.my/jessleong91/7864756558\n15. Set \u2018Hobi\u2019\nJika pasangan anda mempunyai hobi tertentu seperti memancing, anda boleh hadiahkan set pancing kepada pasangan anda. Untuk hantaran wanita pula, sekiranya si dia suka membuat kek,\u00a0 anda boleh hadiahkannya oven, mixer dan seumpamanya.\u00a0\nSet pancing: https://shopee.com.my/frrtc.my/14465528738\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-idaman-selangor/", "title": "Rumah Idaman Selangor, Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor telah membangunkan enam projek Rumah Idaman untuk membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.\nProjek dengan kerjasama anak syarikat LBS Bina Group, MGB Berhad dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam, seperti yang dilaporkan melalui Selangor Kini.\nDato\u2019 Seri Amirudin Shari menjelaskan setiap unit rumah memiliki saiz luas dan reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga berpatutan.\n\u201cLokasi rumah juga mudah diakses melalui lebuh raya selain dekat dengan hospital, sekolah, universiti dan pengangkutan awam yang akan memberi nilai tambah dalam kehidupan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita berharap Rumah Idaman ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Selangor untuk membina kehidupan lebih bermakna,\u201d katanya dalam pengumuman khas di Facebook rasminya hari ini.\n\nAmirudin berkata daripada enam projek itu, Rumah Idaman di Bandar Saujana Putra akan dilancarkan pada November tahun ini dan dijangka siap penghujung 2024.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang rumah ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Rumah Idaman Selangor?\n\n \nLokasi & Ciri Rumah\n\n \nSyarat Kelayakan / Kriteria Pemilikan\n\n \nHarga Rumah Idaman Selangor\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Rumah Idaman Selangor?\nRumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman. \n\nLokasi & Ciri Rumah\nProjek itu dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam.\nSetiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000.\nRumah Idaman juga dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dua ruang parkir, seunit televisyen dan peti ais serta kabinet.\n\nBaca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\nSyarat Kelayakan / Kriteria Pemilikan\nSehubungan dengan itu, syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah berdasarkan kepada syarat Rumah Selangorku seperti berikut :\nWarganegara Malaysia;Berumur 18 tahun dan ke atas;Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.\nPemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).\nHarga Rumah Idaman Selangor\nHarga bersih Rumah Idaman Selangor adalah RM250,000.\n\nBaca juga: Bajet 2022 : Senarai Bantuan Yang Akan Diumumkan Untuk Rakyat\nCara Permohonan\nUntuk permohonan, anda perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di pautan berikut:\nhttps://ehartanah.lphs.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dan terkini berkaitan Rumah Idaman boleh dicapai melalui laman sesawang www.platselangor.com atau idamanselangor.com.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spn-selangor/", "title": "SPN Selangor: Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSPN Selangor atau Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor merupakan organisasi yang menguruskan penjawat awam negeri Selangor. \nSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPNSelangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Perkara XCVII (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTanggungjawab SPN Selangor\n\n \nPendaftaran Akaun\n\n \nPermohonan Jawatan Kosong SPN Selangor\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nTanggungjawab SPN Selangor\nTanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Perkara XCVII (9) Undang \u2013 undang TubuhKerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-\nTertakluk\u00a0 kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan-peruntukan Bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan yang diliputioleh bidang kuasanya.\nSebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. \n\n\n\n\n\n\nWalaubagaimanapun, Suruhanjaya\u00a0 boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.\nSebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan\u00a0 kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.\nPendaftaran Akaun\nSetiap individu yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh SPN Selangor perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.\nUntuk mendaftarkan akaun, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari halaman log masuk / pendaftaran di pautan https://espns.selangor.gov.my/index.php/login\nKlik pada butang \u201cDaftar Akaun Baru\u201d\nLengkapkan segala butiran yang diminta\nKlik butang \u201cHantar\u201d untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun anda\n\nSelepas pendaftaran, anda boleh terus log masuk ke akau SPN Selangor anda untuk melengkapka profil.\nPermohonan Jawatan Kosong SPN Selangor\nPermohonan untuk memasuki perkhidmatan awam Negeri Selangor hendaklah dibuat secara\u00a0online\u00a0di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor iaitu spn.selangor.gov.my\u00a0 di Sistem eSPNS.\nSetelah berjaya Log Masuk, pemohon boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPN Selangor.\nMaklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan Panduan \u2013 Maklumat Jawatan (Sekiranya ada tawaran dibuka).\nIklan sesuatu kekosongan jawatan akan disiarkan bergantung kepada maklumat kekosongan yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan persetujuan Ahli Lembaga SPN Selangor.\nArtikel berkaitan: SPA9 \u2013 Permohonan Kerja Kosong Kerajaan Persekutuan \nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan / perkhidmatan yang disediakan oleh SPN Selangor, boleh berhubung dengan pegawai bertugas di:\nAlamat :\nTingkat 1, Bangunan Darul EhsanNo.3 Jalan Indah , Seksyen 14, 40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.No.Telefon : 03-5511 1611/ 1711Faks : 03- 5510 1261\nLaman web : https://spn.selangor.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-penyertaan/", "title": "Contoh Sijil Penyertaan & Template", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSijil penyertaan biasanya diberikan kepada para peserta yang menyertai sesuatu aktiviti atau program sebagai salah satu cara menghargai mereka atas masa dan keringat yang telah dicurahkan.\nWalaupun pemberian sijil ini bukanlah satu kewajipan melainkan sudah dinyatakan sebelu bermulanya sesuatu program itu, ianya sudah menjadi amalan biasa di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nJenis-jenis Sijil\n\n \nRekabentuk Sijil Penyertaan\n\n \nContoh Sijil Penyertaan\n\n \nCara Buat Sijil Menggunakan Google Slides\n\n \nDOWNLOAD : 10 Contoh Templat Sijil PdPR\n\n\nPengenalan\nPemberian sijil penyertaan adalah penting buat peserta bagi memudahkan mereka merekodkan aktiviti-aktiviti yang pernah disertai:\n\nBagi pelajar sekolah rendah, sijil-sijil ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan ke sekolah asrama\nBagi pelajar sekolah menengah, sijil-sijil ini sesijil-sijil ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke universiti\nBagi pelajar universiti, sijil-sijil ini ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan kerja terutamanya bagi baru menamatkan pengajian\n\nArtikel berkaitan: Contoh Kertas Kerja Program Di Pejabat / Sekolah\nJenis-jenis Sijil\nKebiasaannya, terdapat 2 jenis sijil yang perlu disediakan untuk sesebuah program atau acara:\n\nSijil Penyertaan\nSijil Penghargaan\n\nDisebabkan terlalu ramai pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah program, maka kepada siapa sijil-sijil ini hendak diberikan?\nApakah perbezaan antara kedua jenis Sijil ini?\n\n\n\n\n\n\nBaca lagi: Contoh Resume Terbaik Untuk Pencari Kerja & \u2018Fresh Graduate\u2019\nMungkin ada yang terkeliru antara kedua-dua jenis Sijil ini.\nSecara umumnya, Sijil Penyertaan diberikan kepada smua peserta program.\nSijil Penghargaan pula biasanya diberikan kepada golongan-golongan berikut:\n\nAhli Jawatankuasa program\nPenganjur bersama / stakeholder\nPerasmi program\nPenasihat program\nSukarelawan\n\nRekabentuk Sijil Penyertaan\nKebiasaannya, Sijil Penyertaan dihasilkan dalam saiz kertas A4.\nAnda bebas untuk menentukan sama ada hendak menghasilkan Sijil ini secara menegak atau melintang.\nDaripada segi rekabentuk, ianya bebas sama ada mahu menggunakan rekabentuk sendiri atau membeli sahaja kertas di kedai-kedai buku yang sudah mempunyai corak Sijil.\nSekeping Sijil Penyertaan yang baik biasanya mengandungi maklumat-maklumat berikut:\n\nLogo penganjur utama\nLogo-logo penganjur bersama\nLogo Penaja\nJenis sijil \u2013 Sijil Penyertaan / Penghargaan\nNama\nNama penerima\nNo kad pengenalan penerima\nPeranan / sumbangan / sebab menerima sijil\nNama program\nTarikh program\nLokasi program\nTanda tangan pengesah sijil\n\nContoh Sijil Penyertaan\nBerikut merupakan beberapa contoh Sijil Penyertaan yang boleh anda jadikan contoh:\n\n\n\n\n\n\nCara Buat Sijil Menggunakan Google Slides\nDi bawah ni cara-cara untuk buat template sendiri menggunakan GOOGLE SLIDES.\n\nSave kan template sijil dalam bentuk PNG\nPergi dekat Drive.\nTekan Google Slides.\nKemudian upload templat sijil yang kita buat.\nBoleh create isi-isi sijil, contohnya nak masuk tandatangan, cop dan sebagainya.\nBuka Google Form, pergi ke Add on certify > Enable certify > Turn ON \nKemudian di Template tekan Use A Custom Template.\nBolehlah buat soalan macam biasa.\n\n\nNOTA: Untuk panduan bergambar boleh rujuk posting oleh Fatihah Manaf di pautan berikut https://www.facebook.com/100002442791345/posts/2828278133930252/?d=n&refid=56\nSelamat mencuba kawan-kawan.\nDOWNLOAD : 10 Contoh Templat Sijil PdPR\nDi sini, kami kongsikan juga 10 Templat Sijil yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan contoh design sijil yang berlainan.\nTemplat Sijil\u00a01\n\nTemplat Sijil\u00a02\n\nTemplat Sijil\u00a03\n\nTemplat Sijil\u00a04\nTemplat Sijil\u00a05\nTemplat Sijil\u00a06\nTemplat Sijil\u00a07\nTemplat Sijil\u00a08\nTemplat Sijil\u00a09\nTemplat Sijil\u00a010\n"]} {"url": "https://ecentral.my/btar-2022-biasiswa-tunku-abdul-rahman/", "title": "BTAR 2022: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2022) kini telah dibuka!\nBiasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di universiti. \nBiasiswa ini ini terbuka kepada semua, dan ditumpukan khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian.\nSelain daripada elaun, BTAR juga membantu para pelajar dengan program kepimpinan dan mentorship.\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Biasiswa Tunku Abdul Rahman untuk tahun 2022 dan cara membuat permohonan bagi calon yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2022)?\n\n \nKriteria / Syarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan BTAR 2022\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2022)?\nBiasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.\nOleh kerana BTAR menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun. \n\nProgram ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.\n\nSelain itu, penerima BTAR juga akan mendapat tajaan yuran univerisiti, elaun bulanan, elaun tahunan dan elaun sekali sepanjang biasiswa.\nBaca juga:\nKriteria / Syarat Kelayakan\nKriteria permohonan ada seperti berikut:\n\nPNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAUBBB untuk A-levelNOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih amat digalakkan untuk memohon\nKeutamaan akan diberikan kepada \nPendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawahPertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajianCalon yang pernah melalui cabaran hidup yang signifikan\nBaca juga: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan\nCara Permohonan BTAR 2022\nSemua calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online dengan mengikut langkah berikut:\nLayari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman\u2019s www.yayasantar.org.my Tekan \u201cmohon sekarang\u201d untuk mendapat borang permohonan.Lengkapkan borang permohonan.Tulis esei permohonan.Tunggu panggilan temuduga.Semak keputusan penawaran biasiswa.\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan BTAR akan ditutup pada 31 Mac 2022.\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada [email\u00a0protected]\u00a0berserta tangkapan skrin masalah tersebut. \nRujuk FAQ (Soalan Lazim) untuk mendapatkan maklumat lanjut di https://www.yayasantar.org.my/bm/soalan-lazim/\nMohon sekarang untuk menjadi Tunku Scholar bagi tahun 2022 di www.yayasantar.org.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengumuman-raya-haji-zulhijjah/", "title": "Pengumuman 1 Zulhijjah & Hari Raya Haji 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman 1 Zulhijjah (Hari Raya Haji) \u2013 Tarikh Lihat Anak Bulan\n[TERKINI] Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun \u2013 Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja\nJawatankuasa-jawatankuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijjah di lebih 20 lokasi di seluruh negara bagi menentukan tarikh 1 Zulhijjah.\nBerikut dikongsikan tarikh pengumuman 1 Zulhijjah, dan Hari Raya Haji yang akan disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengumuman 1 Zulhijjah & Tarikh Hari Raya Haji\n\n \n[TERKINI] Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun \u2013 Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja\n\n \n20 Lokasi Melihat Anak Bulan\n\n \nCuti Hari Raya Haji Setiap Negeri\n\n \nCuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Aidiladha 2023\n\n\nPengumuman 1 Zulhijjah & Tarikh Hari Raya Haji\nTarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Ahad,\u00a018\u00a0Jun\u00a0bersamaan 29 Zulkaedah 1444\u00a0Hijrah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.\n\n\n\n\n\n\nPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.\n\n[TERKINI] Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun \u2013 Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja\nTarikh Hari Raya Aidiladha 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah.\n10 Zulhijjah 1444H jatuh pada Khamis 29 Jun 2023M bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.\n\n\nRujuk video di bawah:\n\n20 Lokasi Melihat Anak Bulan\nLokasi melihat anak bulan tersebut ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.\nPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.\nBukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.\nPusat Falak, Miri dan Teluk Bandung, Kuching di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah serta Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berinchang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.\nTurut menjadi lokasi melihat anak bulan itu ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.\nBaca juga :\n\nNiat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Tarwiyah, Arafah & Kelebihannya\nWaktu Wukuf 2023 & Doa Hari Arafah\nKelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah & Amalan Sunnah Dianjurkan\n\nCuti Hari Raya Haji Setiap Negeri\nCuti Hari Raya Korban (hari pertama) adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia.\nTerdapat negeri yang mengambil cuti 2 hari bagi Hari Raya Haji iaitu:\n\nKelantan\nTerengganu\n\nSila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dalam lampiran di bawah:\nSumber : Pejabat Perdana Menteri (PMO)\nCuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Aidiladha 2023\nUntuk makluman ibu bapa dan para guru, KPM telah memberi cuti tambahan sehari kepada Negeri Kumpulan A manakala cuti tambahan 2 hari diberikan kepada Negeri Kumpulan B sempena Hari Raya Aidiladha 2023 ini.\nOleh itu, tarikh cuti bagi sekolah-sekolah adalah seperti berikut : \nCUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2023 \n\n28/6/2023 \u2013 RABU (CUTI KPM BAGI)\n29/6/2023 \u2013 KHAMIS (CUTI UMUM)\n30/6/2023 \u2013 JUMAAT\n1/7/2023 \u2013 SABTU\n2/7/2023 \u2013 AHAD* (Negeri Kumpulan B sahaja)\n\nNota :\n\nNegeri Kumpulan A \u2013 Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu\nNegeri Kumpulan B \u2013 Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan\n\nSumber jadual: Facebook Cikgu Muhamad Fariez\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perodua-ativa-d55l/", "title": "Perodua Ativa (D55L) : Harga, Gambar Interior & Exterior", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerodua Ativa (D55L) sudah dibuka untuk tempahan mulai tahun 2021.\nHarga bermula dari RM62,500 sehingga RM73,400.\nBerikut kami kongsikan segala maklumat yang kami ada buat masa ini.\nPelancaran rasmi dijangka pada minggu hadapan (tarikh akan dikemaskini).\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Harga Terkini Axia Bagi Tahun 2021\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga Perodua Ativa 2021\n\n \nGambar Interior\n\n \nGambar Exterior\n\n \nSpesifikasi Perodua D55L\n\n\nHarga Perodua Ativa 2021\nHarga Ativa lebih kurang sama dengan Perodua Aruz.\nNamun Aruz lebih memfokuskan kereta MPV untuk 7 tempat duduk.\nManakala Ativa bagi melengkapkan segmen SUV Perodua.\nUntuk makluman, Ativa juga merupakan model pertama Perodua yang hadir dengan enjin turbo.\nKesemua varian Ativa akan menerima fungsi Lane Departure Warning and Prevention. \nVarian AV pula diberikan Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control \u2013 ciri-ciri keselamatan yang sering ada pada kenderaan berharga RM100,000 ke atas.\nBerikut senarai harga Perodua Ativa 2021.\n\nBaca juga: Bantuan RM500 One-Off Untuk Pemandu eHailing\nGambar Interior\nGambar rasmi masih belum dipertontonkan kepada umum.\nNamun berikut adalah gambaran sebenar interior & exterior Perodua Ativa baru.\nSumber gambar: Paultan\nGambar Exterior\n\n\nSpesifikasi Perodua D55L\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-bantuan-rakyat-pulau-pinang/", "title": "Permohonan Dan Semakan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi, iaitu Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang kepada mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.\nPakej bantuan ini terbuka kepada 6 kumpulan sasaran.\nKepada mereka yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan sehingga 15 September 2020.\nBagi yang berminat, anda boleh merujuk info permohonan di bawah ini:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan Permohonan\n\n \n1. Syarikat Penganjur Acara (Event Organizer)\n\n \n2. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)\n\n \n3. Pertubuhan/Persatuan Yang Aktif\n\n \n4. Persatuan/Pertubuhan Belia Berdaftar\n\n \n5. Pengusaha/Penjual Akhbar Dan Buku\n\n \n6. Petani\n\n \n7. Pengusaha Kantin Sekolah\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nPortal Rujukan Rasmi\n\n\nSyarat Kelayakan Permohonan\nRujuk di bawah ini bagi syarat-syarat kelayakan setiap golongan.\n1. Syarikat Penganjur Acara (Event Organizer)\nDengan anggaran peruntukan RM50,000.00, kerajaan Pulau Pinang akan memberikan bantuan khas one-off sebanyak RM500.00 kepada sejumlah 100 syarikat penganjur acara (event organizer) di Pulau Pinang yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.\nSyarat kelayakan\nWarganegara MalaysiaMempunyai premis perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)\nPermohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara atas talian dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun pemohon.\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:046505171 (Puan Masayu)046505176 (Puan Amira)\n\n\n\n\n\n\nWaktu Operasi :8.00 pg \u2013 1.00 ptg / 2.00 ptg \u2013 5.00 ptg (Isnin-Khamis)8.00 pg \u2013 12.15 tgh hari / 2.45 ptg \u2013 5.00 ptg (Jumaat)\n2. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)\nDi bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan tunai one-off RM1,000 melibatkan 1,711 Rumah Ibadat Bukan Islam dengan implikasi kewangan berjumlah RM1,711,000.00.\nSyarat kelayakan:\nRIBI perlu mengemukakan Salinan Warta Kerajaan atau Surat Pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)\nPemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun.\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:04-650 567504-650 5400[email\u00a0protected]\nWaktu Operasi : 8.00 pg \u2013 1.00 ptg / 2.00 ptg \u2013 5.00 ptg (Isnin -Khamis)8.00 pg \u2013 12.15 tgh / 2.45 ptg \u2013 5.00 ptg (Jumaat)\n3. Pertubuhan/Persatuan Yang Aktif\nMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada mana-mana pertubuhan atau persatuan yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia (ROS) Negeri Pulau Pinang.\nSyarat kelayakan:\nBerdaftar dengan ROS Negeri Pulau Pinang sebelum 18 Mac 2020;Berstatus pertubuhan / persatuan aktif (berdasarkan pengkalan data ROS); danBukan berstatus rumah ibadat bukan Islam.\nPertubuhan / persatuan dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui borang permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:(04) 650 5568 / [email\u00a0protected]\nWaktu operasi:8.00 pg \u2013 1.00 ptg / 2.00 ptg \u2013 5.00 ptg (Isnin \u2013 Khamis)8.00 pg \u2013 12.15 tgh hari / 2.45 ptg \u2013 5.00 ptg (Jumaat)\n4. Persatuan/Pertubuhan Belia Berdaftar\nMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada mana-mana pertubuhan atau persatuan belia yang aktif dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia malaysia (ROY).\nSyarat kelayakan:\nPertubuhan Belia yang beralamat di Pulau Pinang yang Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia MalaysiaBerstatus pertubuhan / persatuan aktif ; danHanya Pengerusi atau Setiausaha Pertubuhan sahaja dibenarkan membuat permohonan\nPertubuhan / persatuan belia dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas.\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:(04) 6505669 / [email\u00a0protected]\nWaktu Operasi :8.00pg \u2013 1.00ptg / 2.00ptg \u2013 4.30ptg (Isnin \u2013 Khamis)8.00pg \u2013 12.00 tgh hari / 2.45ptg \u2013 4.30ptg (Jumaat)\n5. Pengusaha/Penjual Akhbar Dan Buku\nBantuan one-off sebanyak RM500 bagi pengusaha/ penjual akhbar dan buku akan diberikan melalui Pakeh Bantuan Rakyat ini.\nSyarat kelayakan:\nWarganegara MalaysiaBelum pernah menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada peniaga dan penjaja berlesen di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2.\nMana-mana pengusaha yang layak boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian.\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:04-650 5192 ( Puan Wan Afifah )04-650 5400 ( Encik Hamizan )\nWaktu operasi:8.00 pg \u2013 1.00 ptg / 2.00 ptg \u2013 5.00 ptg (Isnin-Khamis)8.00 pg \u2013 12.15 tgh / 2.45 ptg \u2013 5.00 ptg (Jumaat)\n6. Petani\nPermohonan untuk insentif petani tidak dibuka secara atas talian.\nBantuan ini diberikan kepada 1142 petani yang berdaftar dan dikenalpasti di bawah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang.\nBaca juga: Bantuan Musim Tengkujuh 2020 untuk pekebun\n7. Pengusaha Kantin Sekolah\nPermohonan untuk bantuan ini juga tidak dibuka secara atas talian.\nPengusaha-pengusaha kantin yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini perlu membuat permohonan melalui sekolah masing-masing.\nPengusaha kantin perlu mengemukakan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat (SSM) dan penyata bank kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (bagi sekolah agama rakyat).\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan bagi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 adalah pada 15 September 2020.\nPortal Rujukan Rasmi\nUntuk sebarang maklumat serta pertanyaan, anda boleh layari portal rasmi kerajaan Pulau Pinang di sini.\nDiharapkan inisiatif kerajaan Pulau Pinang ini dapat membantu rakyatnya dalam menghadapi pandemik dunia ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kolej-profesional-mara-kpm/", "title": "Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi 2023/2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN DALAM TALIAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) SESI 2 2023/2024 PENGAMBILAN JULAI TELAH DIBUKA\nCalon-calon lepasan SPM/SPMV/STPM/STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai kolej dan program pengajian yang ditawarkan oleh KPM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nTarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (Ambilan Julai 2023)\n\n \nSemakan Keputusan Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKemudahan Yang Ditawarkan\n\n \nSenarai Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2023 (KPM)\n\n \nTarikh-tarikh Penting\n\n \nCara Permohonan Kolej Profesional MARA\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan\nKolej Profesional Mara (KPM) menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran. Program ini terdiri daripada tiga belas (13) kluster program.\nPermohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil PelajaranMalaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2022 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2022/2023 pengambilan Julai. \nProgram diploma KPM merupakan peluang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.\n\nTarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (Ambilan Julai 2023)\nTarikh Permohonan Dibuka:\n\n\n\n\n\n\n\n3 APRIL 2023 sehingga 30 JUN 2023\n\nSemakan Keputusan Permohonan\nTarikh Semakan Terkini Kemasukan ke Kolej MARA Kuala Nerang dan Kolej Profesional MARA.\nTARIKH SEMAKAN \n\nFASA 1 : 10 JULAI 2023\nFASA 2 : 20 JULAI 2023\nFASA 3 : 4 OGOS 2023\n\n\nPanduan semakan:Semakan selepas jam 3.00 petang.\nJika permohonan tidak berjaya pada semakan Fasa 1, boleh buat rayuan dan semak semula pada Fasa 2.\nJika masih belum berjaya, buat rayuan sekali lagi dan semak semula pada Fasa 3.\nSyarat Kelayakan \n\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;\nBerumur 18 sehingga 35 tahun;\nLepasan Sijil Pelajaran Malaysia.\n\n\nKemudahan Yang Ditawarkan\n\nKemudahan penginapan asrama\nPemberian Elaun Sara Hidup\nTiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan\nGraduan bebas hutang \u2013 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian\n\n\n\nKEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)\nKPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. \nPelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.\nKesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.\n\nSenarai Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2023 (KPM)\nProgram ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:\ni. Diploma in Accounting (DIA)ii. Diploma in Business Studies (DBS)iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)vi. Diploma in Computer Networking (DCN)vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)viii. Diploma in International Business (DIB)ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)x. Diploma in Marketing (DMK)xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)\nRujuk senarai kursus dan penerangan lanjut melalui infografik di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh-tarikh Penting\nSesi pendaftaran dan lapor diri bagi calon-calon jaya program diploma KPM adalah seperti ketetapan berikut:\n\nTarikh: 03 Ogos 2023\nMasa: 08.30 pagi\n\nUntuk maklumat lanjut KPM :\u00a0Garis Panduan Permohonan Kemasukan Program Diploma KPM 2023\nCara Permohonan Kolej Profesional MARA \nSila layari https://hi-edu.my/ untuk memohon.\nRujuk MANUAL PERMOHONAN melalui lampiran di bawah:\nManual-Permohonan-KPMDownload\nNOTA:\nCalon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau memindamaklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanyapindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuanpenyimpanan data.\nCalon hendaklah memastikan proses permohonan adalahlengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonansebagai bukti permohonan telah dibuat. \nBukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://apponline.mara.gov.my/upimonline/.\nMaklumat Lanjut\nSila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut\n\nGARIS PANDUAN KEMASUKAN : Garis Panduan Permohonan Kemasukan Program Diploma KPM 2023\nWhatsApp: www.wassap.my/601158521184\nEmel: [email\u00a0protected]\nFacebook : https://www.facebook.com/hiedumara\nTwitter : https://twitter.com/Hi_EduMARA\nInstagram : https://www.instagram.com/hiedumara/\nTelegram : https://t.me/s/hiedumara\n\nSila layari pautan untuk MEMOHON & MAKLUMAT LANJUT:\u00a0https://hi-edu.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-brazil/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Brazil", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSiapakah yang telah dipilih bos Brazil, Tite untuk menganggotai pasukan bola sepak Brazil di Piala Dunia 2022 di Qatar?\nJuara Piala Dunia lima kali Brazil adalah pasukan paling berjaya dalam sejarah pertandingan, tetapi 2002 adalah kali terakhir pasukan yang digelar Selecao meraih trofi yang diidamkan.\nTerdapat penyingkiran suku akhir pada 2006, 2010 dan 2018, manakala mereka terpaksa berpuas hati di tempat keempat pada 2014.\nKini terpulang kepada pemain seperti Neymar, Vinicius Junior dan banyak lagi untuk menamatkan kemarau Selecao dan akhirnya membawa pulang trofi itu sekali lagi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Brazil\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Brazil\nSumber: World Cup 2022, Qatar\nPenjaga gol\nNamaKelabAlissonLiverpoolEdersonManchester CityWevertonPalmeiras\nIa adalah pertarungan yang jelas antara Alisson dan Ederson untuk jersi No.1, dengan penjaga gol Liverpool mendapat keutamaan Tite dalam perlawanan baru-baru ini selepas duo itu berpecah tugas di Copa America 2021, di mana Weverton juga memulakan satu permulaan.\n\n\n\n\n\n\nWeverton boleh menjangkakan untuk memainkan peranan nombor tiga manakala dua penjaga gol lagi yang mantap bersaing untuk tempat permulaan dalam skuad bla sepak Brazil pada kejohanan di Qatar ini.\nPertahanan\nNamaKelabThiago SilvaChelseaMarquinhosParis Saint-GermainDaniloJuventusEder MillitaoReal MadridAlex TellesSevillaAlex SandroJuventusBremerJuventusDani AlvesPUMAS\nBrazil tidak kekurangan pilihan dalam pertahanan.\nThiago Silva dan Marquinhos sudah pasti akan menggunakan peluang mereka untuk bermula melalui bahagian tengah, tetapi Eder Militao dan Bremer kedua-duanya juga adalah pemain permulaan tetap di beberapa kelab terbesar Eropah juga.\nMemandangkan betapa hebatnya Arsenal musim ini, adalah satu kejutan besar untuk melihat Gabriel Magalhaes terlepas menyertai skuad bola sepak Brazil.\nDani Alves juga mengejutkan kerana terpilih untuk menyertai skuad Tite, manakala Alex Telles juga telah dimasukkan setelah menemui lebih banyak minit biasa di Sevilla.\nPemain tengah\nNamaKelabCasemiroManchester UnitedLucas PaquetaWest Ham UnitedFabinhoLiverpoolFredManchester UnitedEverton RibeiroFlamengoBruno GuimaraesNewcastle United\nDan mungkin terdapat lebih banyak kekuatan secara mendalam di bahagian tengah.\nDuo Manchester United, Casemiro dan Fred adalah pilihan yang mantap untuk memegang posisi ini manakala kemasukan Fabinho memberikan Brazil satu lagi calon pertahanan yang cemerlang.\nLucas Paqueta menawarkan sedikit lebih kreativiti pada bola namun perlu berusaha untuk mendapatkan tempatnya dalam kesebelasan utama kerana prestasi cemerlang Bruno Guimaraes di Newcastle yang membolehkannya mendapat tempat dalam skuad bola sepak Brazil ini.\nNamun, antara nama besar yang telah disisihkan adalah Philippe Coutinh yang telah terlepas peluang.\nPenyerang\nNamaKelabNeymarParis Saint-GermainRicharlisonTottenham HotspurVinicius JuniorReal MadridAntonyManchester UnitedRaphinhaBarcelonaRodrygoReal MadridPedroFlamengoGabriel JesusArsenalGabriel MartinelliArsenal\nBanyak pilihan Brazil di bahagian serangan adalah satu lagi sebab mengapa mereka adalah salah satu pasukan kegemaran pra-kejohanan.\nTerdapat Neymar, Vinicius Junior, Gabriel Jesus, Raphinha, Antony dan Richarlison. Senarai itu berterusan dan seterusnya.\nDan itu tidak mengambil kira pemain seperti Rodrygo dan Gabriel Martinelli.\nAdil untuk mengatakan bahawa ramai jurulatih akan iri hati dengan pilihan penyerang Brazil di Qatar!\nPenyerang Liverpool Roberto Firmino boleh dikatakan nama paling berprofil tinggi yang terlepas daripada senarai skud bola sepak Brazil kali ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-tukar-kad-atm-maybank/", "title": "Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA TUKAR KAD DEBIT ATM MAYBANK\nKad ATM @ kad debit Maybank anda rosak atau expired (tamat tempoh)?\nBerikut kami kongsikan cara untuk memohon penukaran kad ATM Maybank (debit card) secara online tanpa perlu ke bank lagi.\nCaj RM12 dikenakan.\nPenghantaran akan dibuat terus ke rumah anda.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Maybank, semua pemegang kad boleh memohon penukaran kad ini kecuali kes kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.\nBaca juga: Cara Tukar MyKad Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Tukar Kad ATM Maybank Online\n\n \nCara Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Tukar Kad ATM Maybank Online\nUntuk tukar kad ATM Maybank, sila ikut langkah-langkah di bawah:\n1. Log Masuk Maybank2u di sini (sila gunakan browser, bukan app)\n2. Pergi ke bahagian Settings\n\n3. Pilih Cards\n\n4. Pada bahagian Manage Debit Cards, pilih Replace Card\n\nBahagian \u201cActivate\u201d akan digunakan bila anda terima kad baru nanti.\n5. Masukkan alamat penuh anda\n\n6. Klik Request TAC dan masukkannya di ruang disediakan untuk sahkan penukaran kad tersebut\n\nSiap! Kad anda akan dipos dalam masa 3 hari bekerja.\nSelepas terima kad baru, sila aktifkan sebelum membuat sebarang transaksi.\nSelain membuat penukaran online, anda juga boleh menukar kad debit yang tamat tempoh di kiosk-kiosk terpilih Maybank TANPA SEBARANG CAJ.\nSila rujuk kiosk langkah dan cara yang boleh dikunjungi dalam poster di bawah:\nCara Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk\n\nJika Kad Debit Maybank anda akan atau sudah tamat tempoh, tukar kepada kad baharu melalui Kiosk Penggantian Kad Debit kami di lokasi terpilih, berhampiran dengan anda. \nKhas untuk pelanggan Maybank, penggantian kad adalah tanpa sebarang caj dan boleh dilakukan dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.\nMaklumat Lanjut\nSelain itu, anda boleh menukarkan Kad Debit Maybank anda di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda atau melalui Maybank2u. \nKetahui lebih lanjut di https://maybank.my/3P9gzY2\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spgatm/", "title": "SPGATM: Login Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSPGATM atau UGAT adalah sebuah sistem khas yang diwujudkan untuk membuat semakan penyata gaji bagi ahli Angkatan Tentera Malaysia (ATM).\nBagaimanakah cara login SPGATM dan apa yang pelru dilakukan jika terlupa kata laluan?\nRujuk maklumat di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Kemudahan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)\n\n \nPengenalan Skim Gaji ATM\n\n \nCara Daftar Masuk / Login Sistem Gaji ATM (SPGATM)\n\n \nMaklumat Gaji & Elaun Angkatan Tentera Malaysia\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Kemudahan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)\nKerjaya sebagai Angkatan Tentera Malaysia menawarkan pelbagai peluang seperti:\n\n\n\n\n\n\nPeluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.Perkhidmatan kesihatan dan pergigian percuma di setiap kem/pengkalan.Berek bujang dan rumah keluarga disediakan.Cuti tahun mengikut pangkat.Rebat keretapi dan kapal terbang.Bantuan pendidikan.Bayaran elaun dan insentif sebagai seorang pegawai tentera.Berpeluang untuk ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera.\nPengenalan Skim Gaji ATM\nSkim Gaji \u2013 Bagi skim gaji askar laskar ATM menggunakan pakai kelayakan kemasukan pelbagai seperti berikut:\nSPM \u2013 Mencapai kredit bagi matapelajaran Bahasa Melayu/Malaysia, serta lulus Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Gaji permulaan di band 1 adalah setelah lulus Kursus Asas Perajurit Muda selama 6 bulan iaitu RM 1,136.83 manakala gaji maksimum RM 5,474.76.\nCara Daftar Masuk / Login Sistem Gaji ATM (SPGATM)\nUntuk log masuk ke Portal SPGATM, sila ke pautan berikut: https://spgatm.ugat.mil.my/\nAnda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama log masuk ke Portal SGATM. \nWalaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.\n\nCARA LOGIN SPGATM UGAT\nSila layari\u00a0https://spgatm.ugat.mil.my/Masukan nombor tentera,nombor kad pengenalan awam dan emel yang sah untuk login SPGATM UGAT kali pertama.Kemudian sila tukar nama pengguna dan kata laluan\nBaca juga: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online\nMaklumat Gaji & Elaun Angkatan Tentera Malaysia\nBerikut adalah maklumat gaji dan elaun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).\nELAUN\nElaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali.Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun.Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.Elaun Bantuan Sara Hidup.Elaun Kepakaran bagi yang layak.Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan.\nINSENTIF\nPemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.Bonus tahunan (jika ada).Khairat kematian RM3000.00.\nKEMUDAHAN\nRawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.Penginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.Rebet 25% Tambang KTMB.Waran perjalanan.Insuran Kelompok ATM.Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.Rawatan di Institut Jantung Negara.Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.Rawatan kemandulan primer.Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)Bantuan perbekalan alatan.Pembekalan lat Ortopedik.Pembekalan kerusi roda.Alatbantu pendengaran.Pembekalan alat-alat lain.Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.Keahlian dalam Kelab Rekreasi.Kemudahan Sukan dan Rekreasi.Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) \u2013Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).\nBaca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera\nMaklumat Lanjut\nMARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIASekretariat, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur, Malaysia\nTelefon:\u00a0 +603 \u2013 20712004 | 2014\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nLaman web: https://www.mafhq.mil.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-jururawat-antarabangsa/", "title": "Hari Jururawat Antarabangsa: Sejarah dan Fakta Menarik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSambutan Hari Jururawat Antarabangsa secara rasminya di sambut di seluruh dunia pada 12 Mei pada setiap tahun dan Malaysia turut meraikannya setiap tahun.\nSambutan ini dianjurkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan pada jururawat yang berkhidmat tidak kira di klinik atau hospital.\nSesungguhnya, tugas dan tanggungjawab seseorang jururawat sangat besar dalam menyediakan khidmat untuk merawat pesakit di hospital.\nTiada yang lebih menggembirakan hati seseorang jururawat melebihi tatkala melihat pesakit yang dirawatnya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMakna dan objektif sambutan\n\n \nSejarah sambutan\n\n \nTema hari sambutan\n\n\nMakna dan objektif sambutan\nSecara ringkasnya, sambutan Hari Jururawat disambut untuk menghargai jasa jururawat yang sentiasa dipandan enteng.\nMalangnya, ramai orang seolah-olah berfikir bahawa orang yang paling penting dalam sistem penjagaan kesihatan adalah doktor, tetapi ini tidak benar. \nJururawat memainkan peranan penting dalam semua institusi perubatan, bertanggungjawab untuk kebajikan, keselamatan dan pemulihan pesakit.\nJururawat mempunyai sejumlah besar pengetahuan dan pelbagai kemahiran penting, sepanjang masa bekerja dalam persekitaran yang sukar, berada di bawah tekanan melampau. \nArtikel berkaitan: Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia\nSejarah sambutan\nSemuanya bermula pada tahun 1953, apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan A.S., menghubungi Presiden Dwight D. Eisenhower mencadangkan beliau mengisytiharkan \u201cHari Jururawat\u201d. \nBagaimanapun, cadangannya itu tidak diluluskan ketika itu. \nMajlis Jururawat Antarabangsa telah meraikan pada 12 Mei sejak 1965.\n12 Mei adalah tarikh penting kepada semua jururawat, kerana ia adalah ulang tahun kelahiran Florence Nightingale, yang secara meluas dianggap sebagai pengasas kejururawatan moden. \nPada bulan Januari 1974, hari ini akhirnya secara rasmi dijadikan Hari Jururawat Antarabangsa. \nSetiap tahun sejak itu, International Council of Nurses (ICN) menyediakan dan mengedarkan sesuatu yang dipanggil \u201cKit Hari Jururawat Antarabangsa\u201d yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam, untuk digunakan oleh jururawat di mana-mana sahaja.\nTema hari sambutan\nSeperti hari-hari sambutan yang lain, sambutan Hari Jururawat Antarabangsa juga mempunyai temanya yang tersendiri setiap tahun.\nBerikut merupakan tema-tema sambutan Hari Jururawat Antrabangs daripada dahulu hingga yang terkini:\n\n2010 \u2013 Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Chronic Care\n2011 \u2013 Closing The Gap: Increasing Access and\u00a0Equity\n2012 \u2013 Closing The Gap: From\u00a0Evidence\u00a0to Action\n2013 \u2013 Closing The Gap:\u00a0Millennium Development Goals\n2014 \u2013 Nurses: A Force for Change \u2013 A vital resource for health\n2015 \u2013 Nurses: A Force for Change: Care Effective, Cost Effective\n2016 \u2013 Nurses: A Force for Change: Improving Health Systems\u2019\u00a0Resilience\n2017 \u2013 Nurses: A Voice to Lead \u2013 Achieving the\u00a0Sustainable Development Goals\n2018 \u2013 Nurses: A Voice to Lead \u2013\u00a0Health\u00a0is a Human right\n2019 \u2013 Nurses: A Voice to Lead \u2013 Health for All\n2020 \u2013 Nurses: A Voice to Lead \u2013 Nursing the World to Health\n2021 \u2013 Nurses: A Voice to Lead \u2013 A Vision for Future\u00a0Healthcare\n2022 \u2013 Nurses: Make a Difference\n2023 \u2013 Our Nurses. Our Future.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-program-tvet-tahfiz-mara-di-kktm-dan-ikm/", "title": "Permohonan Program TVET Tahfiz MARA di KKTM dan IKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memperkasakan lagi program pendidikan vokasional atau TVET di Malaysia, program TVET Tahfiz yang terdapat di institusi-institusi pendidikan MARA antaranya KKIM dan di teruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.\nBagi para pelajar yang ingin mendalami pendidikan berteraskan Al-Quran dan hafazan khususnya, anda dijemput untuk memohon bagi pengambilan program TVE Tahfiz bagi tahun 2022. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu program TVET?\n\n \nMengapa TVET Tahfiz?\n\n \nTempoh dan Bidang Pengajian\n\n \nSyarat permohonan\n\n\nApa itu program TVET?\nVET adalah singkatan kepada Technical and Vocational Education Training atau lebih dikenali sebagai\u00a0Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. \n\n\n\n\n\n\nProses pendidikan TVET adalah lebih menuju ke arah industri yang memerlukan tenaga kerja yang terlatih serta berkemahiran tinggi.\u00a0\nMalangnya, pendidikan TVET sering dipandang rendah oleh masyarakat dengan memandangnya hanya sebagai pilihan terakhir sekiranya pelajar tersebut tidak mendapat tempat di institusi pendidikan tinggi yang lain. \nMenariknya, disebabkan graduan TVET adalah mereka yang mahir dengan kemahiran (berbanding teori semata-mata), permintaan majikan untuk\u00a0 graduan TVET adalah lebih tinggi iaitu 98 peratus berbanding graduan universiti hanya sebanyak 60 peratus.\u00a0\nMengapa TVET Tahfiz?\n\nSeperti yang dihuraikan di atas, pendidikan TVET memfokuskan kepada pendidikan berdasarkan kemahiran.\nMelalui program TVET Tahfiz, para pelajar yang diterima masuk berpeluang untuk mendalami pelbagai bidang kemahiran namun pada masa yang sama dapat meneruskan pengajian dalam bidang hafazan. \nTempoh dan Bidang Pengajian\n\nPengajian untuk program TVET Tahfiz adalah 3 tahun sahaja. \nNamun, sebelum itu pelajar perlu menyertai Program Bridging selama 3 tahun \u2013 dikecualikan untuk program KKTM Ledang\nBidang pengajian bagi program ini adalah seperti yang berikut:\nDiploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara \u2013 IKM BesutDiploma Kompetensi Kimpalan \u2013 IKM LumutDiploma Teknologi Automotif Komersial \u2013 IKM JasinDiploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) \u2013 KKTM Ledang\nSyarat permohonan\nBerikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon yang berminat untuk menyertai program TVET Tahfiz:\nBerumur 18 tahun sehingga 40 tahun.Pemohon berminat dalam bidang teknikal.Pemohon sihat tubuh badan.Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.\nBagi calon yang berminat, boleh mengisi maklumat anda di borang permohonan TVET-Tahfiz MARA.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/insentif-alat-bantuan-mengajar-rm100/", "title": "Insentif Alat Bantuan Mengajar RM100 Untuk Guru Mac Ini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBuat pertama kalinya bajet 2022 menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.\nMenteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana guru memainkan peranan dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal terutama sewaktu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).\n\nDalam perkembangan terkini, Pembayaran Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar Secara Sekali Bayar (One-Off) akan dibuat kepada guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac ini.\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu dimaklumkan melalui satu surat rasmi oleh Ketua Setiausaha KPM.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pembayaran Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelayakan Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nSoalan Lazim Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022\n\n\nKelayakan Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022\nBayaran layak diberikan kepada pegawai yang melaksanakan PdPR dalam tahun 2021 seperti berikut:\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajar di Institusi Pendidikan KPM seperti berikut:Prasekolah (termasuk Pusat Anak Genius Negara dan Pusat Genius Kurnia), Sekolah Reendah dan Sekolah MenengahKolej VokasionalKolej Tingkatan 6Kolej MatrikulasiInstitut Pendidikan GuruPegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 ke bawah yang mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bawah KPMPegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG54 ke bawah, guru interim dan guru lantikan kontrak (CoS) yang mengajra di Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney\nPembayaran ini TIDAK LAYAK diberikan kepada:\nLantikan MyStepGuru SABK lantikan Kerajaan NegeriGuru lantikan pada atau selepas 1 Januari 2022Guru yang bercuti bergaji penuh sepanjang tahun 2021Guru yang bercuti separuh gaji sepanjang tahun 2021Guru yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2021Guru yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib\nNOTA:\nMenurut Soalan Lazim yang dilampirkan, guru yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan TIDAK LAYAK menerima Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar Secara Sekali Bayar ini. (Sila rujuk Soalan Lazim No.6 dalam lampiran di bawah)\nTarikh Bayaran\nBayaran akan dibuat pada Mac 2022 ini di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.\n\n\n\nBaca juga: \neGraduan KPM : Daftar & Login Modul Penempatan Guru BaharuKWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin\nSoalan Lazim Insentif Alat Bantuan Mengajar 2022\nBersama ini dilampirkan Soalan Lazim berkenaan pembayaran insentif ini untuk rujukan semua.\n\n\nMaklumat Lanjut: https://budget.mof.gov.my/ms/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/maksud-invois-contoh-kegunaan/", "title": "Maksud Invois, Contoh, Kegunaan & Perbezaannya Dengan Resit", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApakah beza invois dan resit dan contoh invois terbaik?\nSekiranya anda terlibat dalam perniagaan dan melibatkan urusan jual beli (debit dan kredit), anda pastinya begitu sinonim dengan dokumen-dokumen seperti sebut harga (quotation), pruchase order (pesanan pembelian), invoice (invois) dan receipt (resit).\nKali ini, mari lihat dan fahami secara spesifik apa itu invois serta contoh invois yang boleh anda jadikan rujukan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu invois?\n\n \nPerbezaan antara invois dan resit\n\n \nContoh invoice terbaik\n\n \nKeperluan invois dan resit\n\n\nApa itu invois?\n\nInvois ialah dokumen yang dikeluarkan darpada pemilik perniagaan kepada pelanggan apabila tiba masanya untuk pelanggan membayar barangan atau perkhidmatan yang disediakan.\nIa adalah permintaan rasmi untuk pembayaran dan juga bertindak sebagai bukti jualan untuk perniagaan anda. \n\n\n\n\n\n\nMemandangkan invois ialah dokumen perniagaan rasmi, terdapat beberapa maklumat rasmi pada invois yang wajib perlu disertakan padanya. \nIni termasuk nama dan alamat perniagaan dan pelanggan anda, nombor invois, tarikh pengeluaran, tarikh akhir pembayaran, maklumat barangan atau perkhidmatan yang dijual dan jumlah amaun yang perlu dibayar.\nSecara mudah difahaminya, invois dikeluarkan selepas barangan atau perkhidmatan disediakan, tetapi sebelum pembayaran diterima.\nTeruskan bacaan untuk melihat contoh invois yang boleh anda gunakan dala perniagaan anda\nPerbezaan antara invois dan resit\nInvois dan resit mempunyai tujuan yang berbeza kerana ia dikeluarkan pada peringkat proses jualan yang berbeza.\nInvois dikeluarkan sebelum pelanggan menghantar pembayaran, manakala resit dikeluarkan selepas pembayaran diterima.\nInvois bertindak sebagai permintaan untuk pembayaran, dan resit bertindak sebagai bukti pembayaran.\nIni juga bermakna setiap dokumen memerlukan maklumat yang berbeza. \nInvois itu harus mengandungi pecahan terperinci produk dan perkhidmatan, manakala resit pembayaran hanya perlu menunjukkan jumlah yang dibayar dan baki yang perlu dibayar.\nKedua-dua dokumen hendaklah dilabelkan dengan jelas sebagai \u201cInvois\u201d atau \u201cResit\u201d.\nContoh invoice terbaik\nBerikut merupakan antara contoh invois yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk anda berikan kepada pelanggan apabila meminta bayaran daripada mereka.\n\nKeperluan invois dan resit\nAdakah anda perlu mengeluarkan invois dan resit?\nBergantung pada industri dan struktur perniagaan anda, anda mungkin tidak perlu mengeluarkan kedua-dua invois dan resit.\nDi UK, invois hanya wajib jika perniagaan anda dan pelanggan Di UK, invois hanya wajib jika perniagaan anda dan pelanggan anda berdaftar untuk VAT.\nWalau bagamanapun, bagi kebanyakan perniagaan, tanpa mengira status VAT, biasanya memilih untuk mengeluarkan invois untuk jualan business-to-business (B2B) untuk menyimpan rekod menyeluruh pendapatan mereka untuk tujuan cukai.\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mm2h-pemerkasa-motac/", "title": "MM2H: Bantuan RM3000 Syarikat Pengendali Pelancongan PEMERKASA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KEWANGAN ONE-OFF RM3,000 SYARIKAT MALAYSIA MY SECOND HOME (MM2H)\nMOTAC menyeru kepada syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak Kementerian.\nKementerian ini telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian yang terkesan dengan wabak COVID 19. \nSalah satu insentif berkenaan ialah Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), iaitu manfaat bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 yang diberikan secara One-Off kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Kewangan MM2H PEMERKASA?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan MM2H PEMERKASA\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Kewangan MM2H PEMERKASA?\nMengambil kira Syarikat MM2H yang mempunyai lesen inbound di bawah MOTAC yang turut terjejas semasa pandemik COVID-19, Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan kewangan kepada Syarikat MM2H yang berlesen. \nBantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 697 syarikat MM2H.\n\nBaca juga: Skim Go Digital: Pembiayaan Perniagaan Hingga RM5000 Hijrah Selangor\nSyarat Kelayakan\nHanya syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.Hanya pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen berserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada layak menerima bantuan kewangan ini.Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaanPEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini.Mana-mana Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] layak untukmenerima bantuan kewangan ini.Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang layak menerima bantuan ini perlu mengemukakan Borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian.Pemberian Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas sebanyak RM3000 ini hanya akan diberikan secara one-off kepada lesen Ibu Pejabat sahaja.Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.\n\nBaca juga: Permohonan Bantuan Pengusaha Taska RM3000 One-off (PEMULIH)\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.\nCara Permohonan Bantuan MM2H PEMERKASA\nKerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan adalah dimohon untuk mengemukakan butiran yang tepat apabila dipohon oleh pihak Kementerian. Ini bagi memastikan penyaluran dapat dibuat dengan teratur. \nPengumpulan dan pengemaskinian maklumat ini akan dilaksanakan oleh Pejabat MOTAC Negeri. \nSila isikan borang permohonan dan senarai semak di bawah:\nBorang Permohonan (perlu dimuat naik\u00a0di dalam Borang Permohonan Atas Talian)Senarai SemakDirektori Pegawai Pejabat MOTAC Negeri Untuk Dihubungi\nMaklumat Lanjut\nJika terdapat pertanyaan pihak tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan. \nUntuk maklumat lanjut mengenai Syarat Kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC, sila layari laman sesawang rasmi MOTAC http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h atau menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.\nKerjasama pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. Sebarang pemakluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tambah-caruman-simpanan-kwsp/", "title": "Cara Tambah Caruman / Simpanan KWSP Online Melalui i-Akaun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA TAMBAH SIMPANAN KWSP ONLINE MELALUI I-AKAUN\nSeperti yang kita sedia maklum, pelbagai skim pengeluaran KWSP telah dilaksanakan susulan keluhan rakyat yang terkesan akibat pandemik.\nNamun, kini keadaan bertambah stabil dan lebih ramai yang telah kembali bekerja seperti biasa dan membina simpanan semula.\nDalam perkembangan terbaru, dilaporkan bahawa tahap simpanan ahli KWSP semakin susut, di mana golongan Bumiputera adalah paling terkesan.\n\u201cTahap simpanan ahli KWSP adalah rendah dan sangat membimbangkan terutamanya setelah perlaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas; dan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022),\u201d kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah pada sesi soal jawab di Dewan Negara, pada 8 Ogos 2022.\n\nSelari dengan itu, mulai 8 Ogos 2022, pihak KWSP telah memperkenalkan kemudahan untuk menambah simpanan KWSP secara online melalui i-Akaun.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan selanjutnya tentang kemudahan tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKemudahan Tambah Caruman KWSP\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Tambah Simpanan KWSP Online Di i-Akaun\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKemudahan Tambah Caruman KWSP\nKepada sesiapa yang masih mencari kaedah mencarum untuk kesejahteraan persaraan pada yang tersayang, anda boleh berbuat demikian melalui kemudahan Caruman Simpanan Tambahan. \nMelalui kemudahan ini, keluarga ahli boleh sama-sama membantu menambah simpanan persaraan bagi pihak ahli secara sukarela apabila Penambah membuat bayaran caruman tambahan kepada Penerima.\nKini, KWSP telah memperkenalkan cara terkini untuk tambah simpanan dengan lebih cepat dan selamat melalui aplikasi i-Akaun!\n\nSyarat Kelayakan\nPENERIMA\nAhli KWSPBerstatus warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap atau Bukan Warganegara (yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)Umur bawah 55 tahun\nNOTA:\nPemohon perlu membuat pendaftaran penambah simpanan/penerima simpanan sebelum membuat bayaran dengan mengisi\u00a0Borang Penambah Simpanan/Penerima Simpanan \u2013 KWSP 3B ATAU secara online di i-AkaunJumlah Caruman Pilihan Sendiri tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00 setahun.Penambahan simpanan boleh di buat pada bila-bila masa sehingga ahli (penerima) berumur 55 tahun.\nCara Tambah Simpanan KWSP Online Di i-Akaun\nFungsi yang dipaparkan untuk membuat tambahan simpanan KWSP ialah \u2018Tambah Caruman\u2019 / Add Contribution\u2019.\n\nBoleh ikuti panduan di bawah untuk membuat transaksi caruman melalui aplikasi mudah alih i-Akaun:\n1.\u00a0Log masuk ke aplikasi mudah alih i-Akaun (Ahli);\n2. Klik butang \u2018Tambah Caruman\u2019/ \u2018Add Contribution\u2019;\n\n3. Tetapkan Amaun Pilihan;\n4. Leret (Slide) untuk teruskan transaksi;\n5. Pilih Bank;\n6. Klik Seterusnya;\n7. Sistem akan bawa ke portal bank berkenaan >> Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan untuk membuat transaksi bayaran;\n8. Muat turun resit bayaran (sekiranya transaksi berjaya).\nDiharap info di atas dapat membantu.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:\nLaman web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/top-up-savings-contributionFacebook : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia\nJika anda masih belum mendaftar i-Akaun, sila rujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-secret-recipe-kek/", "title": "Senarai Kek Secret Recipe, Harga, Menu Bestseller & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Kek Secret Recipe, Harga Terkini, Menu Bestseller & Promosi Jun 2022 ~ Secret Recipe sudah menjadi jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar kek dan aneka hidangan lazat. Dari Western hinggalah hidangan Asia, Secret Recipe ada segalanya. \nDi sini, kami akan kongsikan harga terkini, menu bestseller serta promosi terkini Secret Recipe untuk Jun 2022. \nDapatkan promo codes / voucher Secret Recipe di Shopee sekarang!\nBaca Juga : Cara Order Shopee Food & Dapatkan Tawaran Diskaun Hebat\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Kek Secret Recipe & Harga Terkini 2022\n\n \nSenarai Menu Makanan & Harga Terkini Secret Recipe 2022\n\n \nMenu Bestseller Secret Recipe 2022\n\n \nMenu Kek Wajib Cuba di Secret Recipe\n\n \nMenu Baru Secret Recipe\n\n \nPromosi Terkini Secret Recipe Jun 2022\n\n \nDiskaun 15% Untuk Pembelian di SRGO! Pick Up ( 1 \u2013 30 Jun 2022)\n\n \nPromosi Grabpay Secret Recipe (1 \u2013 30 Jun 2022)\n\n \nPromosi Online Secret Recipe Lazada & Shopee (17-19 Jun 2022)\n\n\nSenarai Kek Secret Recipe & Harga Terkini 2022\nROUND CAKE\nMenuSliceWhole CakeMoist Chocolate CakeRM 9.80RM98.00Chocolate FudgeRM 9.80RM98.00Chocolate BananaRM 9.80RM98.00Chocolate IndulgenceRM 9.80RM98.00Signature TiramisuRM 9.80RM98.00Chocolate BruleeRM 11.80RM 130.00Durian FromageRM 11.80RM 130.00Chocolate OdysseyRM 11.80RM 130.00Chocolate StrawberryRM 11.80RM 130.00Absolute DurianRM 11.80RM 130.00White Chocolate MacadamiaRM 9.80RM98.00Premium Black ForestRM 11.80RM 130.00Absolute ChocolateRM 11.80RM 130.00FruitiLiciousRM 11.80RM 130.00Choc Mud CakeRM 9.80RM98.00Chocolate Chip WalnutRM 9.80RM98.00Toffee BananaRM 9.80RM98.00Yogurt CheeseRM 9.80RM98.00Raspberry CheeseRM 9.80RM98.00New York CheeseRM 9.80RM98.00Cappuccino CheeseRM 9.80RM98.00Wild Blueberry CheeseRM 9.80RM98.00Hi-Fibre Cream CheeseRM 9.80RM98.00Cr\u00e8me Br\u00fbl\u00e9e CheeseRM 9.80RM98.00Choc Cheese BerriesRM 9.80RM98.00Hokkaido Triple CheeseRM 11.80RM 130.00Butterfly Pea Lemon CheeseRM 9.80RM98.00Oreo CheeseRM 9.80RM98.00Chocolate CheeseRM 9.80RM98.00Marble CheeseRM 9.80RM98.00The Red VelvetRM 11.80RM 130.00Turkish IndulgenceRM 11.80RM 130.00Choc Cheese BerriesRM 9.80RM98.00Cheeze ChocolateRM 9.80RM98.00Carrot Yogurt Bliss [BARU]RM 9.80RM98.00\u00a0Choco Apple Origami [BARU]RM 9.80RM98.00Ombre Wonderfruit [BARU]RM 9.80RM98.00Salted Caramel Macadamia Cheese [BARU]RM 11.80RM 130.00\n\nSQUARE CAKES\nMenuSliceWhole CakeChocolate Au LaitRM 8.20RM 70.00Red Velvet SupremeRM 8.20RM 70.00Boston ChocolateRM 8.20RM 70.00Peanut Butter ChocolateRM 8.20RM 70.00\nBROWNIES\n\n\n\n\n\n\nMenuHarga Per SliceBrownies WalnutRM 7.50Carrot SliceRM 7.50American BrowniesRM 7.50Brownies with Ice CreamRM 9.90Apple Cheese SliceRM 7.50Vienna BrowniesRM 7.50Chocolate LavaRM 8.50Chocolate Lava with Ice CreamRM 11.00\nSenarai Menu Makanan & Harga Terkini Secret Recipe 2022\nKredit : Twitter @ctjamil92\nSTARTERS\nMenuHargaSeafood Spring RollRM 9.00Deep Fried WontonRM 9.00Crispy Chicken Fingers with Chilli GlazeRM 12.00Chicken SatayRM11.00Caesar\u2019s SaladRM 12.00Crispy Chicken SaladRM 16.00Mixed Nutty SaladRM 16.00Mushroom SoupRM 8.00Pumpkin SoupRM 8.00Minestrone SoupRM 8.00\n\nASIAN CLASSIC\nMenuHargaNasi Goreng Ayam RangupRM 19.00Secret Recipe Fried Rice with SatayRM 19.00Special Seafood Mee MamakRM 19.00Noodle in Tom Yum SoupRM 18.00Curry MeeRM 19.00Thai Style Fried RiceRM 19.00Singapore LaksaRM 19.00Vietnamese Beef Noodle SoupRM 20.00Noodle in Tom Yum KungRM 21.00Special Beef NoodleRM 20.00Curry Seafood LaksaRM 23.50Ipoh Hor FunRM 15.50Penang Asam LaksaRM 16.50\n\nWESTERN\nMenuHargaHainanese Chicken ChopRM 18.00Grilled Black Pepper ChickenRM 19.00Grilled Mushroom ChickenRM 19.00Golden Crispy ChickenRM 19.00Country Fried ChickenRM 22.00Chicken ParmigianaRM 22.00Chicken Cordon BleuRM 20.00Fish and ChipsRM 20.00Caribbean Style Fish FilletRM 22.00Mozzarella Baked FishRM 22.00Pan-grilled Dory with Lobster SauceRM 22.00LasagneRM 20.50Norwegian Salmon SteakRM 44.00Spaghetti Bolognese (Chicken or Beef)RM 19.00Spaghetti Meatball (Chicken or Beef)RM 20.00Spaghetti Aglio OlioRM 19.00Aglio Olio with ShrimpRM 21.00Aglio Olio Crispy Beef StripsRM 20.00Thai Seafood SpaghettiRM 21.00Irish Lamb ShankRM 44.00Stewed Aussie Beef SteakRM 26.00\n\nKID\u2019S CLUB\nMenuHargaKid\u2019s Chicken BurgerRM 16.00Kid\u2019s Cheesy Fish and ChipsRM 16.00Kid\u2019s Chicken Spaghetti BologneseRM 16.00\n\nSIDE ORDER\nMenuHargaFrench FriesRM 6.00Butter RiceRM 2.00BunRM 2.00Potato Wedges with Cheese SauceRM 7.00\nSIGNATURE DRINK\nMenuHargaApple Citrus FizzRM 8.53Tropical Green TeaRM 8.53Floral Lychee CoolerRM 8.53Strawberry PunchRM 8.53Island BreezeRM 8.53\nCOFFEE\nMenuHargaFlat WhiteRM 8.45Long BlackRM 7.33CappucinoRM 8.45Caffe LatteRM 7.33EspressoRM 8.45Latte SaltedRM 9.40Caramel LatteRM 9.40Latte HazelnutRM 9.40Ice Blended CappucinoRM 10.26\nMenu Bestseller Secret Recipe 2022\nKalau anda nak cuba menu yang menarik di Secret Recipe, boleh rujuk pada senarai di bawah. Semuanya laku keras dan sedap-sedap belaka!\nNasi Goreng Ayam Rangup\nSecret Recipe Fried Rice With Satay\n\nCurry Mee\nIce Salted Caramel Latte\n\nGrilled Black Pepper Chicken\nSpecial Beef Noodle\nFish & Chip\nChicken Cordon Bleu\n\nNoodle in Tom Yum KungIrish Lamb Shank\n\nMenu Kek Wajib Cuba di Secret Recipe\nUntuk pencuci mulut, anda wajib cuba kek ini :\nChocolate OdysseyChocolate IndulgenceCappucino CheeseThe Red VelvetWhite Chocolate MacadamiaButterfly Pea Lemon CheeseMarble Cheesecake\u00a0Wild Blueberry CheeseHi Fibre Cheesecake\n\nMenu Baru Secret Recipe\nBagi yang nak mencuba hidangan baru di Secret Recipe, apa kata anda pesan menu terkini iaitu Spicy Lobster Pasta. Hanya terdapat di cawangan Secret Recipe terpilih, menu ini hanya ada sementara stok masih ada tau! Jangan lepaskan peluang untuk nikmatinya! Hanya RM 25.90 sahaja.\n\nPromosi Terkini Secret Recipe Jun 2022\nDiskaun 15% Untuk Pembelian di SRGO! Pick Up ( 1 \u2013 30 Jun 2022)\nDengan pembelian minima serendah RM 35 menerusi SRGO! Pick Up, anda berpeluang untuk nikmati diskaun sebanyak 15%.\nGunakan Promo Code SR15OFF untuk tebus diskaun ini.\nPergi ke pautan ini untuk mula pesan makanan anda! \nSemak Terma & Syarat di sini. \n\nPromosi Grabpay Secret Recipe (1 \u2013 30 Jun 2022)\nUntuk pengguna Grabpay, anda berpeluang untuk tebus rebat sebanyak RM 6 untuk pembelian minimum sebanyak RM 50.\nRebat akan dikreditkan semula pada Grabpay e-wallet anda selepas pembayaran selesai. Anda boleh semak rebat pada \u2018My Rewards\u2019.\nTawaran sah untuk pembelian di kedai saja ya dan terhad untuk 6,000 tebusan pertama saja. Rebutlah peluang sementara stok masih ada!\nSemak Terma & Syarat di sini.\n\nPromosi Online Secret Recipe Lazada & Shopee (17-19 Jun 2022)\nJangan tak tahu, tak lama lagi akan ada promosi Buy 1 Free 1 untuk setiap pembelian Main Course menerusi Lazada dan Shopee!\nCara Tebus Promosi Online Secret Recipe Buy 1 Free 1 di Lazada :\nMuat turun aplikasi Lazada di telefon anda.Pergi ke pautan ini untuk membeli dan checkout di aplikasi Lazada.Setelah selesai buat pembayaran, semak e-coupon yang anda peroleh di Lazada Wallet pada bahagian \u2018Purchased Coupon\u2019.Klik pada e-coupon untuk lihat cawangan Secret Recipe terpilih untuk tebus promosi.Pergi ke cawangan Secret Recipe kegemaran anda untuk nikmati promosi ini!\n\nCara Tebus Promosi Online Secret Recipe Buy 1 Free 1 di Shopee :\nKlik pada pautan ini untuk buat pembelian e-voucher di aplikasi Shopee. Semak e-voucher yang sudah dibeli (Me>Prepaid, Bills & Tickets > Orders)Semak lokasi Secret Recipe berdekatan pada \u2018Redeem Location\u2019 untuk tebus e-voucher.Pergi ke lokasi Secret Recipe terpilih yang terdekat dan Swipe untuk tebus e-voucher. Tunjukkan Voucher Code & Bar Code pada staff.Hanya Swipe bila anda sudah bersedia untuk tebus baucer, ya!\nNota : Promosi ini di Lazada dan Shopee ini hanya sah untuk Dine-In & Take-Away sahaja.\n Untuk ketahui terma dan syarat dengan lebih lanjut mengenai promosi ini, sila ke pautan ini. \nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui menu terbaru dan promosi terkini di Secret Recipe, sila ikuti laman Facebook Secret Recipe Malaysia. Banyak promosi terhad menanti pelanggan. Jom ke Secret Recipe! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-ibu-tunggal-penjana/", "title": "Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA RM300 Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerhatian kepada golongan ibu tunggal, pendaftaran dan permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA sebanyak RM300 kini dibuka sehingga 31 Oktober 2020.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Ibu Tunggal PENJANA?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Status Penerimaan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA\n\n \nBilakah Bantuan Ibu Tunggal PENJANA Akan Disalurkan?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nPelbagai Lagi Bantuan Ibu Tunggal Yang Boleh Dimohon\n\n \n1. Geran Pelancaran RM2700 (one-off)\n\n \n2. Skim Bantuan Bulanan\n\n \n3. Kursus & Latihan\n\n\nApakah Bantuan Ibu Tunggal PENJANA?\nPada 5 Jun 2020 yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan PENJANA dengan tema \u2018Bersama Menjana Ekonomi\u2019 sebagai langkah segera untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.\nBaca juga : Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO\nDi bawah PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seramai 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan \u2018one-off\u2019 sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban golongan tersebut mendepani PKP.\nBagi yang belum mendaftar atau ingin membuat permohonan, sila rujuk maklumat berkaitan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA dengan lebih lanjut di bawah ini.\n\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia yang menetap di MalaysiaWanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran definisi Ibu Tunggal*Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.\n*Definisi Ibu Tunggal ditetapkan dengan 3 kriteria berikut:\nTaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang samaMempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang samaTidak pernah berkahwin tetap mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)\nCara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA\nTerdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal PENJANA iaitu secara online dan manual.\ni) Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Secara Manual\n\n\n\n\n\n\nBagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di \nPejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / LPPKN / JKM Negeri Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat di setiap negeriPejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon di Sabah)Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak)\nii) Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Secara Online\nBagi permohonan secara online, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/Klik pada negeri tempat tinggal anda.Isikan maklumat dalam borang mengikut negeri pemohon.Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan (Google Form) tersebut.Tekan butang \u2018Hantar\u2019 setelah selesai.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nSila kemukakan permohonan bersama-sama dokumen mandatori yang telah disahkan:\nSalinan MyKadSalinan Penyata Alain tahun semasaSalinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil KematianSalinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Pengangkutan dari JPNSalinan Slip Gaji Terkini / Pengesahan Pendapatan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Penghulu / Majikan)\nDokumen Sokongan\nSurat Akuan DoktorSurat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)\nSemakan Status Penerimaan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA\nStatus kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)\nBilakah Bantuan Ibu Tunggal PENJANA Akan Disalurkan?\nBayaran Bantuan Ibu Tunggal PENJANA ini dijangka akan disalurkan kepada penerima yang layak mulai Julai hingga November 2020.\nJumlah bayaran adalah sebanyak RM300 dan diberi secara sekaligus (one-off).\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan update terkini dan maklumat lanjut tentang Bantuan Ibu Tunggal PENJANA, pastikan anda follow Facebook Rasmi KPWKM iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat \u2013 Laman Rasmi\nSebarang pertanyaan boleh diajukan melalui media sosial atau secara manual di alamat berikut:\nJabatan Pembangunan Wanita,Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya, Malaysia.\nNo telefon : 603-8323 1000\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\nPelbagai Lagi Bantuan Ibu Tunggal Yang Boleh Dimohon\nMenurut Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), terdapat pelbagai bantuan lain yang boleh dimohon oleh ibu tunggal.\nAntaranya termasuklah\n1. Geran Pelancaran RM2700 (one-off)\nJKM yang merupakan agensi di bawah KPWKM, ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) kepada kumpulan sasar JKM termasuk ibu tunggal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan nilai maksimum RM2700 sekaligus. \nNamun demikian, bantuan GP disediakan kepada\u00a0penerima bantuan sedia ada sahaja. \nOleh yang demikian, pemohon perlulah\u00a0mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.\nSetelah tersenarai sebagai penerima bantuan, pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan GP.\u00a0 \n2. Skim Bantuan Bulanan\nBerikut adalah skim bantuan bulanan yang boleh ditawarkan kepada ibu tunggal;\ni) sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga.\nii) jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan.\niii) bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua sebanyak RM300/ sebulan.\n*kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.\nBaca juga : Bantuan JKM 2020: Daftar & Semak Status Pembayaran Online\nUntuk memudahkan pihak JKM mempertimbangkan mana-mana skim bantuan yang bersesuaian, pemohon diminta hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran untuk mengemukakan permohonan. \nPegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon.\n3. Kursus & Latihan\nSelain itu, ibu tunggal juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang juga merupakan agensi di bawah KPWKM dan mendaftarkan diri di jabatan tersebut bagi mengikuti mana-mana kursus atau latihan yang disediakan oleh JPW kepada ibu-ibu tunggal.\nUntuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan JKM serta alamat lengkap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia, sila layari laman web JKM di www.jkm.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-sultan-ibrahim-bsi/", "title": "Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim (Master & PhD) 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI) dibuka bermula 21 September sehingga 30 September 2021 khusus untuk pelajar IJAZAH SARJANA (MASTER) DAN DOKTOR FALSAFAH (PhD) SEPENUH MASA SAHAJA dan terbuka kepada pelajar IPTA.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat permohonan dan cara memohon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim\n\n \nTempoh Tajaan Biasiswa Sultan Ibrahim\n\n \nKadar Biasiswa\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim\nSyarat am permohonan\nPemohon mestilah\u00a0menetap\u00a0di Negeri JohorKeutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri JohorTerbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahajaUmur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran\u00a0TIDAK BERSYARAT\u00a0daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPTBaki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebihPengajian adalah sepenuh masaPemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang samaMesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat\nSyarat khusus akademik\n\n\n\n\n\n\nPeringkat Ijazah Sarjana\nMemiliki\u00a0Ijazah Sarjana Muda\u00a0atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK\u00a03.75 \u2013 4.00 atau setara\nPeringkat Doktor Falsafah\nMemiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK\u00a075 \u2013 4.00 atau setaraPelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT\nDokumen yang diperlukan (YANG TELAH DISAHKAN)\nSalinan Slip permohonanSalinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjagaSalinan surat tawaran pengajianSalinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelumSalinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian\nPenting ! Salinan Sijil-sijil penyertaan / penghargaan\n\u00a0Nota : Saringan pelajar adalah berdasarkan skor di dalam pencapaian akademik bagi taraf pengajian yang sedang diikuti. Justeru itu, pemohon dinasihatkan menyertakan seberapa banyak sijil sokongan bagi mebuktikan kecermerlangan akademik di dalam bidang masing-masing.\u00a0\u00a0\nTempoh Tajaan Biasiswa Sultan Ibrahim\nIjazah Sarjana : 1 hingga 2 tahunDoktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun\nKadar Biasiswa\nKATEGORIYURAN PENGAJIAN\u00a0(Sepanjang Pengajian)ELAUN SARA HIDUP\u00a0(Setahun)Ijazah sarjanaTidak Melebihi RM 10,000RM 12,000Doktor FalsafahTidak Melebihi RM 24,000RM 18,000\n\nBaca juga : Permohonan Biasiswa DRB-Hicom University 2021\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka bermula 21 September sehingga 30 September 2021.\nCara Permohonan\nPermohonan perlu diisi secara atas talian (online) dan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin (rujuk di laman web YPJ).\n\nSila klik link berikut untuk membuat permohonan :-\nhttp://portal.ypj.gov.my/biasiswa-sultan-ibrahim-bsi/\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk ke pautan http://portal.ypj.gov.my/biasiswa-sultan-ibrahim-bsi/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-hantaran-lelaki/", "title": "Barang Hantaran Lelaki: 10 Idea Item Menarik Dengan Harga Berpatutan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMembuat persiapan perkahwinan perlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan termasuklah memilih barang hantaran untuk pihak pasangan. Biasanya, pihak perempuan akan memilih barang hantaran untuk lelaki dan sebaliknya.\u00a0\n\nWalaupun hantaran bukanlah sesuatu yang wajib, namun ia menjadi adat kebiasaan yang sering diamalkan. Ia juga sebagai hadiah dan salah satu tanda penghargaan kepada pasangan kita. Sesi membalas hantaran di antara dua pihak selalunya berlaku semasa hari majlis akad nikah dilangsungkan.\u00a0\nPada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai pilihan pelbagai idea barang hantaran lelaki yang boleh didapatkan melalui Shopee tanpa perlu bersusah-payah ke pusat membeli-belah.\u00a0\nJom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n10 Idea Barang Hantaran Lelaki\n\n \n1. Set Dompet, Tali Pinggang\n\n \n2. Jam Tangan\n\n \n3. Minyak Wangi Lelaki\n\n \n4. Kaca Mata (Shade)\n\n \n5. Kasut\n\n \n6. Set Sejadah & Tasbih\n\n \n7. Beg Sandang (Sling Bag)\n\n \n8. Baju\n\n \n9. Kain Pelikat\n\n \n10. Fon Telinga Tanpa Wayar (Wireless Earbuds)\n\n \nKesimpulan\n\n\n10 Idea Barang Hantaran Lelaki\n1. Set Dompet, Tali Pinggang \nDompet dan tali pinggang adalah merupakan aksesori penting untuk lelaki. Pemberian set ini dalam hantaran pasti akan membuatkan pasangan anda gembira dan yang paling utama, ia boleh digunakan sebaiknya dalam tempoh yang lama.\nTerdapat pelbagai jenis pilihan set yang anda boleh pilih berdasarkan citarasa pasangan dengan harga yang berpatutan. Kelebihan membeli secara set ialah, anda tidak perlu lagi mencari satu-persatu dan pemakai boleh memakainya dengan sepadan.\u00a0\nSet Dompet, Tali Pinggang: https://shopee.com.my/zeena_fashion/21760282094\n2. Jam Tangan\nJam tangan juga adalah merupakan salah satu barang hantaran lelaki yang sangat eksklusif dan digemari. Ia juga boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang selagi mana jam tersebut tidak rosak atau hilang. Jadi, menghadiahkan pasangan anda jam tangan adalah sangat berbaloi.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh memilih pelbagai jenis jam tangan yang ada dijual secara dalam talian bermula daripada harga yang biasa-biasa sehinggalah ke harga yang tinggi untuk jam tangan yang berjenama seperti Apple Watch, Garmin, Casio dan sebagainya.\u00a0\nJam Casio: https://shopee.com.my/casio.os/17720420627\n3. Minyak Wangi Lelaki\u00a0\nMinyak wangi memberikan aura tersendiri untuk pemakainya. Menjadikan minyak wangi sebagai barang hantaran lelaki adalah merupakan idea yang baik. Pilih bau minyak wangi yang disukai oleh anda dan pasangan. Ini adalah penting untuk memastikan ia digunakan sebaiknya kelak.\u00a0\nElakkan memilih minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Anda boleh memilih pelbagai jenama minyak wangi yang terkenal, contohnya seperti Versace, Chanel, Hugo Boss, Dior dan sebagainya. Sekiranya bajet anda terhad, jangan risau! Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan minyak wangi berkualiti di Shopee.\u00a0\nMinyak wangi Hugo Boss: https://shopee.com.my/greenberryglobal/8118808477\n4. Kaca Mata (Shade)\nIdea menjadikan kaca mata sebagai barang hantaran juga satu idea yang menarik. Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda suka memakai kaca mata sebagai gaya hariannya. Sebaiknya, pilih kaca mata yang mempunyai ciri-ciri boleh melindungi mata daripada cahaya UV.\nTerdapat pelbagai pilihan warna dan bentuk kaca mata yang terdapat di pasaran. Anda boleh pilih mengikut citarasa dan kesesuaian pasangan anda. Selain itu, anda boleh beli satu juga untuk diri anda. Bolehlah pakai bersama-sama semasa pergi bercuti untuk berbulan madu kelak!\nKaca mata hitam: https://shopee.com.my/vapeesteam/23814629965\n5. Kasut\u00a0\nKasut adalah merupakan item yang sering menjadi pilihan sebagai barang hantaran. Apabila membuat keputusan untuk membeli secara dalam talian, pastikan anda mengukur saiz kaki anda dengan tepat bagi mengelakkan kasut yang dibeli tidak dapat dipakai.\u00a0\nAnda tidak semestinya perlu memberikan kasut kulit kepada pasangan lebih-lebih lagi apabila dia tidak sering menggunakannya. Antara jenama pilihan kasut yang sesuai untuk dijadikan hantaran ialah Sketchers, Clarks, Vans, dan sebagainya.\u00a0\nKasut Vans: https://shopee.com.my/vansofficial.os/18570695147\n6. Set Sejadah & Tasbih\nBagi pasangan yang muslim, anda boleh masukkan sejadah sebagai salah satu item untuk barang hantaran anda. Banyak pilihan sejadah yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan serta sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran. Anda juga boleh menggandingkannya dengan set tasbih untuk nampak lebih menarik.\u00a0\nSet sejadah & tasbih: https://shopee.com.my/sejadah.co/13632226354\n7. Beg Sandang (Sling Bag)\nSesetengah kaum lelaki suka memakai beg sandang untuk menyimpan barang berharga mereka apabila pergi bekerja atau berjalan-jalan. Ambil tahu jenis beg sandang kesukaan pasangan anda dan jadikannya sebagai barang hantaran.\u00a0\nTerdapat pelbagai jenis pilihan beg sandang yang anda boleh pilih mengikut saiz, warna dan sebagainya.\u00a0\nBeg sandang: https://shopee.com.my/swisspolo.os/2019181511\n8. Baju\nBaju juga adalah merupakan salah satu pilihan yang menarik untuk dijadikan hantaran. \nAnda boleh memilih untuk memberikan baju melayu, kurta, kemeja, baju T-shirt yang berkualiti tinggi ataupun hoodie. Anda boleh pilih warna yang sama dengan baju anda untuk padankan dengan pasangan!\nHoodie: https://shopee.com.my/18375534312aa.my/12807576603\n9. Kain Pelikat\nLelaki dan kain pelikat sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jadi, tak sahlah sekiranya anda tidak memasukkan kain pelikat sebagai item dalam hantaran anda untuk pasangan. \nAnda boleh beli 2-3 helai kain pelikat dengan warna yang berbeza. Terdapat\u00a0 banyak kegunaan kain pelikat dalam kehidupan seharian contohnya boleh digunakan semasa solat.\u00a0\nKain pelikat: https://shopee.com.my/pelikatkubahmas/12336857972\n10. Fon Telinga Tanpa Wayar (Wireless Earbuds)\nHah, kaum lelaki pasti suka idea ini! Fon telinga tanpa wayar juga salah satu idea menarik untuk dijadikan sebagai hantaran. Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda suka menggunakan gadget dan belum memiliki fon telinga tanpa wayar lagi. \nIni akan memudahkan pasangan anda untuk melakukan kerja ataupun mendengar lagu. Walaubagaimanapun, pastikan anda membaca review dulu sebelum membeli untuk mengetahui kualitinya.\u00a0\nWireless Earbuds: https://shopee.com.my/n4b22rakor/18467075516\nKesimpulan\nAkhir kata, berilah barang hantaran yang berguna untuk pasangan anda mengikut bajet yang anda miliki. Elakkan membeli barang yang tidak akan digunakan kerana ia satu pembaziran kos.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-my-brighter-future-mybf/", "title": "Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) 2021 Yayasan TNB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Yayasan Tenaga Berhad (YTN) dengan kerjasama Kemmenterian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan satu inisiatif bantuan kewangan dikenali sebagai program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF).\nProgram Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini bertujuan untuk membantu pelajar daripada kalangan golongan B40 di negara ini yang ingin melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi di negara ini. \nProgram Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini akan menyelaras dan mengenalpasti calon yang layak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di 7 IPTA, politeknik dan kolej komuniti terpilih.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Dermasiswa My Brighter Future (MyBF)?\n\n \nKriteria pemilihan\n\n \nCara memohon\n\n \nJumlah tajaan\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nApa itu Dermasiswa My Brighter Future (MyBF)? \n\nDermasiswa My Brighter Future (MyBF) adalah program di bawah seliaan Yayasan Tenaga Nasional yang bertujuan meringankan beban kewangan pelajar IPTA yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.\nSelain itu, fokus program ini adalah pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di IPTA di peringkat ijazah pertama dan kursus-kursus dan bidang-bidang berikut:\nSainsTeknologiKejuruteraanMatematik\nProgram Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini bukanlah baru sebaliknya telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi dimana pada tahun itu 1000 calon telah menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian Ijazah di 7 IPTA yang telah dikenalpasti. \nKriteria pemilihan\nTelah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di IPTA untuk kursus-kursus yang telah dikenalpasti oleh pihak YTNCalon tergolong dalam kumpulan keluarga berpendapatan rendahKeutamaan diberikan kepada pelajar yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.\nCara memohon \nMenariknya, pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini dilakukan sendiri oleh pihak YTN dengan bantuan Kementerian Pendidikan Tinggi melalui melalui Unit Pusat Universiti (UPU).\nTiada permohonan yang perlu dibuat untuk program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini. \nJumlah tajaan\nBantuan kewangan dan jumlah tajaan yang diberikan melalui program ini adalah berbeza mengikut tahap pengajian penerima tersebut.\nSecara ringkasnya, berikut adalah jumlah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar atau calon yang layak:\nIjazah pertama = RM10,000Diploma = RM9,000Sijil = RM6,600\nMaklumat lanjut \nUntuk maklumat lanjut mengenai program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) ini, sila layari laman web rasmi Better Brighter. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bumiputera-relief-financing-brf/", "title": "Permohonan Pembiayaan Bumiputera Relief Financing (BRF)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBumiputera Relief Financing (BRF) merupakan sebuah inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA). \nIa bertujuan untuk membantu usahawan dan perniagaan bumiputera yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.\nDibawah ini kami berikan info berkaitan untuk rujukan usahawan-usahawan yang berminat.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPakej Pembiayaan Bumiputera Relief Financing\n\n \nJumlah Pembiayaan\n\n \nSkop Pembiayaan\n\n \nTempoh Pembiayaan\n\n \nKadar Keuntungan\n\n \nTempoh Ketersediaan Pembiayaan\n\n \nSyarat Kelayakan BRF\n\n \nSektor/ Industri Pembiayaan\n\n \nSektor Yang Dibiaya\n\n \nSektor Yang Tidak Dibiaya\n\n \nProses Permohonan\n\n \nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\n\n \nKeistimewaan Pembiayaan\n\n \nYuran Yang Perlu Dibayar (Ditolak Daripada Pembiayaan)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPakej Pembiayaan Bumiputera Relief Financing\nBaca juga: Permohonan Program SUPERB 2020\nJumlah Pembiayaan\nRM100 ribu sehingga RM1 juta\nSkop Pembiayaan\nModal kerjaPerbelanjaan operasi\u00a0(6 bulan maksimum)Sistem automasi & peralatanPerbelanjaan untuk melaksanakan amalan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19\nTempoh Pembiayaan\nTempoh maksimum pembiayaan adalah selama 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium secara automatik pada prinsipal dan keuntungan\nKadar Keuntungan\nKadar keuntungan adalah sebanyak 3.5% setahun berdasarkan pengiraan asas bulanan\nTempoh Ketersediaan Pembiayaan\nBermula dari tarikh pengumumn sehingga 30 November 2020 atau sehingga keseluruhan pembiayaan telah disalurkan. (Mana-mana yang terahulu).\nSyarat Kelayakan BRF\nSyarikat PKS (Yang didaftar mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh SMR Corp Malaysia) mengikut kategori di bawah:\n\nPembuatan \u2013 Hasil perolehan jualan tidak melebihi RM50 juta atau memiliki pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang\nPerkhidmatan dan sektor lain \u2013 Hasil perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta atau memiliki pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang\n\nSyarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau badan-badan Kerajaan/pihak berkuasa tempatan yang diiktiraf. Ini TIDAK termasuk entiti yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat-syarikat subsidiari entiti berikut:\n\nSyarikat Senarai Awam (tempatan atau asing)\nSyarikat Multinasional (MNC)/Firma besar)\nSyarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs)\nSyarikat Milik Kerajaan Negeri\nKoperasi\n\nPerniagaan milik Bumiputera\u00a0(sekurang-kurangnya 70% pemegang saham syarikat adalah Bumiputera)Perniagaan berlandaskan Shari\u2019ahRekod kewangan yang memuaskan\nSektor/ Industri Pembiayaan\nSektor Yang Dibiaya\nPeruncitan & Pengedaran PerdaganganKejuruteraan & PembuatanSistem & AutomasiKesihatanHospitalitiPenggerak Perniagaan\u00a0(pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran)Kreatif\u00a0(kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)\nSektor Yang Tidak Dibiaya\nPertanian & PerlombonganPerumahan & HartanahKewangan\u00a0(Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)Perniagaan Tidak Patuh Shari\u2019ah\nProses Permohonan\n1)PERMOHONAN\nPemohon boleh menghantar permohonan beserta dokumen diperlukan secara atas talian di portal rasmi PUNB\n2)PENILAIAN & KELULUSAN\u00a0\nPermohonan akan disemak oleh pegawai PUNB bagi proses kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian.Pemohon akan dihubungi oleh PUNB melalui panggilan telefon, email atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya, iaitu tandatangan dan serahan surat tawaran pembiyaan.\n3)PENGELUARAN DANA DAN PELAKSANAAN\nPUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi.\nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\nDokumen berkanun syarikat seperti:\n\nM&A, Borang24,44,49 (Sdn Bhd)\nBorang B&D (Milikan tunggal & Perkongsian)\nSijil/Kelayakan Profesional (Guaman, Arkitek, Perakaunan \u2013 jika ada)\nSdn Bhd \u2013 Penyata KWSP, LHDN & PERKESO\nLain-lain dokumen berkaitan\n\nPenyata Kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 2 tahun terkini (Sdn Bhd)Akaun Pengurusan 2019 (Sdn Bhd)Laporan Jualan Bulanan 2019 & 2020Penyata akaun bank bagi tempoh 12 bulan terkiniProfil syarikat (sekiranya ada)Senarai penganugerahan kontrak/bukti kontrak-kontrak terdahulu (sekiranya ada)Surat/sebarang bukti bagi moratorium yang telah diberikan oleh pihak bank bagi pembiayaan yang sedia adaSalinan kad pengenalan Pengarah/rakan kongsi/pemilik tunggal/pemegang sahamBorang persetujuan bagi pengesahan rekod kredit pemohonPenyerahan lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan persekutuan yang relevan serta perjanjian penyewaan yang sahBukti perniagaan terkesan daripada ekonomi yang merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 (jika ada) seperti Surat Fasiliti Pembiayaan Penstrukturan & Penjadualan Semula dari institusi kewangan lain, diskaun sewaan,pengecualian dari pemilik hartanah (jika melibatkan premis) dan berkaitan.\nKeistimewaan Pembiayaan\nPemberian moratorium selama 6 bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran danaTiada cagaran diperlukanKelulusan pembiayaan dalam tempoh 3 minggu (beserta dokumen dan maklumat yang lengkap)\nYuran Yang Perlu Dibayar (Ditolak Daripada Pembiayaan)\nPemprosesanDokumentasiSetem Duti3 bulan deposit sekuritiTakaful Hayat dan Premis (Kebakaran & Kecurian/Pecah Masuk)\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumat atau pertanyaan, anda boleh layari laman web rasmi PUNB atau berhubung terus dengan mereka melalui email ini.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-citra/", "title": "KWSP i-Citra: Permohonan Baru & Semak Status Pengeluaran RM5,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon pengeluaran KWSP i-Citra berjumlah RM5,000 yang diumumkan Perdana Menteri tempoh hari.\nDan ramai juga masih belum faham bagaimana ianya berfungsi.\nJadi KWSP menerusi portal rasmi i-Citra telah menjawab beberapa persoalan anda.\nBaca juga: Semakan Bantuan Khas COVID-19 (BKC)\nTerkini, permohonan iCitra dibuka lebih awal, mulai 12 Julai 2021.\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh membuat permohonan di icitra.kwsp.gov.my.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBayaran KWSP i-Citra\n\n \nSiapakah Yang Layak Memohon?\n\n \nJumlah Had Pengeluaran\n\n \nPermohonan Pengeluaran iCitra\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nSemakan Jumlah Simpanan KWSP\n\n\nBayaran KWSP i-Citra\nPerlu diingatkan bayaran i-Citra bukanlah bayaran RM5,000 sekali gus.\nIanya merupakan bayaran RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada baki akaun simpanan ahli (minimum RM50).\nBayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dari akaun 2 terlebih dahulu.\nSekiranya tidak mencukupi barulah simpanan akaun 1 akan digunakan.\nBerikut adalah contoh situasi pengeluaran iCitra:\n\n\n\nSiapakah Yang Layak Memohon?\nAnda layak memohon pengeluaran i-Citra sekiranya memenuhi dua syarat di bawah:\nAhli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya\u00a0RM150\u00a0dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.\nSekiranya anda anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen, anda masih layak memohon i-Citra.\nWalau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.\nJumlah Had Pengeluaran\nAmaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga\u00a0maksimum RM5,000.Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.Bayaran minimum adalah RM50Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)\nSimpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan.\u00a0(Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)\nPermohonan Pengeluaran iCitra\nPermohonan boleh dibuat\u00a0mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021 melalui pautan icitra.kwsp.gov.my.\nBagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula\u00a015 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\nTarikh Bayaran\nBayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.\nSemakan Jumlah Simpanan KWSP\nAhli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:\ni-Akaun (Ahli)Aplikasi mudah alih i-AkaunKios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sumbangan-khas-guru-kafa/", "title": "Sumbangan Khas RM600 Imam, Bilal, Guru KAFA & Takmir 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBAYARAN SUMBANGAN KHAS RM600 SECARA \u2018ONE-OFF\u2019 KEPADA IMAM, BILAL, SIAK, GURU KAFA DAN TAKMIR 2023\nBerita baik! Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai Isnin, 17 April 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar.\nBerikut dikongsikan info selanjutnya.\n\n\n\n\n\n\nSumbangan Khas RM600 Imam, Bilal, Guru KAFA & Takmir 2023\nKENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)\n\n\nJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat prihatin berhubung isu pembayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada para imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir sejajar dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.\nSetelah sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, penyaluran pembayaran sumbangan khas berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri selewat-lewatnya pada hari Isnin, 17 April 2023.\nJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini kepada para penerima dapat memberikan keceriaan dalam suasana membuat persiapan sambutan Aidilfitri.\nSekian, terima kasih.\nDATO SETIA DR. HJ. MOHD NAIM HJ. MOKHTAR\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri\n(Hal Ehwal Agama)\n15 April 2023\nBaca juga: \n\nPermohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2023\nInsan-i : Permohonan Pinjaman KWSP Bercagar BSN (FSA2)\nSemakan Keputusan STAM 2023 (Sijil Tinggi Agama Malaysia) Online\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-upm-terkini/", "title": "Jawatan Kosong UPM Terkini Tahun 2022 (35 Kekosongan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM KAMPUS SERDANG) BILANGAN 1 TAHUN 2022\nIklan Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang) Bilangan 1 Tahun 2022 telah dibuka!\nTerdapat 35 kekosongan jawatan yang ditawarkan daripada kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Kosong UPM Terkini Tahun 2022 (35 Jawatan)\n\n \nCara Permohonan Jawatan Kosong UPM 2022\n\n \nSenarai Jawatan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJawatan Kosong UPM Terkini Tahun 2022 (35 Jawatan)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM) dengan ini mempelawa calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan untuk mengisi jawatan bertaraf TETAP / KONTRAK di Universiti Purta Malaysia (Kampus Serdang) sebagaimana dalam Lampiran A di bawah:\n\n\n\nCara Permohonan Jawatan Kosong UPM 2022\nUntuk memohon, sila layari laman web https://ejobs.upm.edu.my/\nSistemMohonJawatanStaf-UPM-2022Download\nSenarai Jawatan\nBil.Nama JawatanGred JawatanSyarat Lantikan1.JURUFOTOGRAFI / B19B19https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220804110323Iklan_Jurufotografi_B19.pdf2.JURURAWAT 1 / U41U41https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220809155532Iklan_Jururawat_U41.pdf3.JURURAWAT MASYARAKAT / U19U19https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220804110308Iklan_Jururawat_Masyarakat_U19.pdf4.JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN / U29U29https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220803113906Iklan_Juruteknologi_Makmal_Perubatan_U29.pdf5.PEGAWAI KESELAMATAN / KP41KP41https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220803112157Iklan_Pegawai_Keselamatan_KP41.pdf6.PEGAWAI KEWANGAN / W41W41https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220803112230Iklan_Pegawai_Kewangan_W41.pdf7.PEGAWAI PENYELIDIK / Q47Q47https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220810084517Iklan_Pegawai_Penyelidik_Q47.pdf8.PEGAWAI PERGIGIAN / UG41UG41https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220804110221Iklan_Pegawai_Pergigian_UG41.pdf9.PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN / DG41DG41https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220803112938Iklan_Pegawai_Perkhidmatan_Pendidikan_DG41.pdf10.PEGAWAI PERTANIAN / G41G41https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220803113009Iklan_Pegawai_Pertanian_G41.pdf11.PEGAWAI PERUBATAN / UD47UD47https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220803113129Iklan_Pegawai_Perubatan_UD47.pdf12.PEGAWAI SAINS / C41C41https://hrportal.upm.edu.my/syaratlantikan/20220803113214Iklan_Pegawai_Sains_C41.pdf13.PEGAWAI TADBIR / N41N41https://ejobs.upm.edu.my/14.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT / F41F41https://ejobs.upm.edu.my/15.PEGAWAI UNDANG-UNDANG / L41L41https://ejobs.upm.edu.my/16.PEGAWAI VETERINAR / GV41GV41https://ejobs.upm.edu.my/17.PEMANDU KENDERAAN / H11H11https://ejobs.upm.edu.my/18.PEMBANTU AWAM / H11H11https://ejobs.upm.edu.my/19.PEMBANTU BELIA DAN SUKAN / S19S19https://ejobs.upm.edu.my/20.PEMBANTU KESELAMATAN / KP19KP19https://ejobs.upm.edu.my/21.PEMBANTU OPERASI / N11N11https://ejobs.upm.edu.my/22.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) / W19W19https://ejobs.upm.edu.my/23.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) / N19N19https://ejobs.upm.edu.my/24.PENGAWAL KESELAMATAN / KP11KP11https://ejobs.upm.edu.my/25.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK / J19J19https://ejobs.upm.edu.my/26.PENOLONG AKAUNTAN / W29W29https://ejobs.upm.edu.my/27.PENOLONG JURUTERA / JA29JA29https://ejobs.upm.edu.my/28.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN / U29U29https://ejobs.upm.edu.my/29.PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK / Q29Q29https://ejobs.upm.edu.my/30.PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN / G29G29https://ejobs.upm.edu.my/31.PENOLONG PEGAWAI SAINS / C29C29https://ejobs.upm.edu.my/32.PENOLONG PEGAWAI TADBIR / N29N29https://ejobs.upm.edu.my/33.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT / FA29FA29https://ejobs.upm.edu.my/34.PENOLONG PEGAWAI VETERINAR / G29G29https://ejobs.upm.edu.my/35.PUSTAKAWAN / S41S41https://ejobs.upm.edu.my/\nPermohonan jawatan perlu dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Atas Talian yang boleh dicapai melalui Laman Web Pejabat Pendaftar UPM : https://pendaftar.upm.edu.my\nMaklumat Lanjut\nPEJABAT PENDAFTAR\nBangunan Canselori Putra,Universiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul Ehsan\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\nTelefon : 0397691527 \nE-mel: [email\u00a0protected]\nLaman web: https://pendaftar.upm.edu.my/\nBaca juga: DPLI UKM 2022 : Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-lesen-memandu-keluarga-malaysia-blkm/", "title": "Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)\nMajlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.\nKetibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato\u2019 Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato\u2019 Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.\nTurut hadir bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato\u2019 Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato\u2019 Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).\n\n\n\n\n\n\nMelalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKadar Bayaran\n\n \nCara Permohonan\n\n\nApakah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?\nProgram BLKM amat signifikan dalam membantu dan memudahkan golongan sasar termasuklah masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen memandu yang sah.\nProgram itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.\n\nBaca juga: \nMyLesen GDL 2.0: Program Pemandu Kenderaan PerdaganganeTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Mulai April 2022\nSyarat Kelayakan\nCalon yang terpilih diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu :\nwarganegara Malaysiatidak pernah memiliki sebarang lesen memandusihat tubuh badan dan mentaltiada kecacatan fizikal tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.\nKadar Bayaran\nMelalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar caj separuh harga dari harga asal untuk mengambil lesen memandu.\nPemohon yang layak bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.\nCara Permohonan\nSetakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.\nCara permohonan untuk menyertai program ini adalah melalui ADUN atau ahli parlimen kawasan masing-masing.\nOrang ramai boleh menghubungi ketua kampung atau pihak MIROS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk maklumat lanjut.\nBerikut adalah contoh program hebahan yang diadakan bersekali dengan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia baru-baru ini.\n\n\nMAKLUMAT LANJUT\nFacebook MOT : Kementerian Pengangkutan MalaysiaFacebook JPJ: Jabatan Pengangkutan Jalan MalaysiaTelefon : 03-8000 8000E-mel: [email\u00a0protected]Laman web rasmi JPJ: jpj.gov.my\n*Sumber : Berita RTM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jadual-pdpr-selepas-hari-raya/", "title": "Jadual PdPR Selepas Hari Raya Aidilfitri & Cuti Penggal Sekolah KPM 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan bahawa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.\nSelepas PdPR, sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.\n\u201cIni sesuatu yang baharu kita belajar. Jika tahun lalu ketika Aidilfitri sekolah tutup ketika itu, jadi kita tidak tahu data selepas raya macam mana.\n\u201cKita khuatir terutama mereka yang akan pulang ke asrama kerana menjangkakan ada jangkitan dari luar, jadi kita ambil langkah ini untuk mengawal penularan kerana selepas perayaan pelajar berada di rumah lebih lama,\u201d kata Menteri Kanan Pendidikan pada sidang media 27 April 2021.\nDr Radzi berkata, pelajar dan murid yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara, akan dibenarkan pulang bagi menyambut Aidilfitri dan akan melalui PdPR dalam tempoh dua minggu selepas cuti itu.\n\n\n\n\n\n\nJadual PdPR Selepas Cuti Hari Raya Aidilfitri\nBerikut adalah jadual PdPR terkini selepas cuti Hari Raya Aidilfitri untuk makluman ibu bapa.\n\nBaca juga: CERDIK: Laptop, Tablet Percuma Mula Diagihkan Hujung Mei-September\nCUTI HARI RAYA 2021 \nPelajar sekolah akan bermula cuti Hari Raya Aidilfitri:\n*7 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021* (Kumpulan A). 8 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 (Kumpulan B ) \nPDPR \nSelepas cuti hari raya Aidilfitri kita akan bermula belajar di rumah PdPR : \n*16 Mei 2021 sehingga 27 Mei 2021* (Kumpulan A) .17 Mei 2021 sehingga 28 Mei 2021 (Kumpulan B ). \nCUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN\nBermula cuti sekolah : \n*28 Mei 2021 sehingga 12 Jun 2021* (Kumpulan A). 29 Mei 2021 sehingga 13 Jun 2021 (Kumpulan B ). \nTARIKH BUKA SEKOLAH (BERSEMUKA)\nMurid-murid akan kembali ke sekolah : \n*12 Jun 2021* (Kumpulan A). 13 Jun 2021 (Kumpulan B ).\nNOTA:\nKumpulan A : Negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu\nKumpulan B : Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya\nInfo lanjut: Kementerian Pendidikan Malaysia / Dr Radzi Jidin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skipma-skim-pinjaman-komputer-pelajar-ipma/", "title": "SKIPMA : Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (MARA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMARA menawarkan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tujuan kemudahan sepanjang pengajian.\nPermohonan dibuka pada 10 Ogos 2022 hingga 23 Ogos 2022 secara atas talian. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SKIPMA?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nJumlah Pinjaman\n\n \nCara Permohonan SKIPMA 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SKIPMA?\nSkim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)\u00a0diwujudkan bagi membantu\u00a0pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA)\u00a0untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengn perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.\n\n\n\n\n\n\nPelajar tajaan MARA dibawah institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti dibawah yang layak memohon:\nKolej MARA (KM);Institut Kemahiran MARA (IKM);Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);MARA Japan Industrial Institute (MJII);Kolej Profesional MARA (KPM);Universiti Kuala Lumpur (UniKL);Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM);Kolej Poly-Tech MARA (KPTM); DanGerman Malaysian Institute (GMI).\n\nSyarat Kelayakan\nPelajar IPMA yang mengikuti program secara pengajian sepenuh masa di peringkat Persediaan / Prauniversiti, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).\nSyarat Kelayakan lanjut seperti berikut:\nPelajar berstatus Bumiputera.Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi 20 tahun)Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun)Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun)Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (Umur tidak melebihi 45 tahun)Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh permohonan dibuat.Pelajar layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/ pihak lain.\nJumlah Pinjaman\nAmaun maksimum adalah sebanyak RM3,000.00 (ringgit malaysia: tiga ribu sahaja). \nPenetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.\nBaca juga: \nGrEP MARA 2022: Pinjaman Boleh Ubah Pasca Siswazah (Sarjana / PhD)Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP & Amaun Kelayakan\nCara Permohonan SKIPMA 2022\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan aplikasi.mara.gov.my/skip.\nPermohonan juga boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula\u00a010 Ogos 2022. \nMaklumat Lanjut\nSebarang kemusykilan emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\nATAU rujuk info selanjutnya berikut :\nGaris Panduan\nSoalan Lazim\nInfo Grafik\nMaklumat lanjut layari http://aplikasi.mara.gov.my/skipFollow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyatFollow Tiktok MARA di >> https://www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat\nSebarang kemusykilan emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-mampu-milik-negeri-sembilan/", "title": "Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini dibuka: PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN 2022 \nPada masa ini, rintihan masyarakat yang utama adalah kesukaran untuk memiliki rumah kerana peningkatan harga yang ketara. \nSalah satu penyelesaian yang wajar adalah dengan mewujudkan perumahan mampu milik dalam setiap kawasan pembangunan perumahan.\nDasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu \n\n\n\n\n\n\nkomponen pembangunan dan harga perumahan,komposisi pembangunan perumahan, keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dankuota bumiputera. \nBaca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\n\nTerkini, Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 Type A dibuka untuk permohonan.\nPermohonan dibuka kepada semua khususnya yang menetap di Negeri Sembilan dan memenuhi syarat-syarat seperti bawah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 : Syarat & Borang Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPermohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 : Syarat & Borang Online\nBorang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A , Rumah Laman Sendayan Presint 3 (Kediaman Suria), Daerah Seremban kini dibuka.\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\nPendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulanPemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta telah berkahwin.Keutamaan kepada pemohon yang BELUM memiliki rumah atau tanah.Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.\nPermohonan boleh dilakukan melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdnP_xH0tmIluhYBEUT_fsBUUtSsFzhZvQWjKl1FqkoI8nmeQ/viewform atau melalui imbasan QR Code yang disediakan.\nPemohon yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkenaan syarat permohonan dalam pautan yang disediakan.\nTarikh buka permohonan adalah pada 26 Jun 2022 (Selasa) dan permohonan akan ditutup pada 11 Julai 2022 (Isnin).\nSila rujuk info lanjut dan Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A , Rumah Laman Sendayan Presint 3 (Kediaman Suria), Daerah Seremban di bawah:\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Facebook Bahagian Perumahan Negeri Sembilan di pautan berikut:\nhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid027b6cN2DVVDD7V2pBYcuKbYZNkofQcVRC2s1gZXS21JhdTqhEbWVpptYS9rR3reyBl&id=100000608984238\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-cetak-sijil-ssm/", "title": "Cara Cetak Sijil SSM Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Cetak Sijil SSM \nSijil SSM anda hilang dan perlukan yang baharu? Tahukah anda yang kini anda boleh cetak semula sijil SSM secara online dengan beberapa langkah mudah?\nDengan kemudahan ini, maka anda tak perlulah bersesak di cawangan SSM semata-mata untuk menggantikan sijil yang sudah hilang.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui cara untuk cetak sijil SSM dengan mudah secara online. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSijil Syarikat Malaysia (SSM)\n\n \nKos Cetak / Print\n\n \nCara Cetak Sijil SSM Secara Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSijil Syarikat Malaysia (SSM)\nSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentu\u200bk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.\nAktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. \nSebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.\nSijil ini boleh dicetak sebaik sahaja SSM didaftarkan sama ada secara online atau manual.\nKos Cetak / Print\nUntuk makluman, kos untuk mendapatkan sijil ini adalah antara RM 50 hingga RM 95 (termasuk caj SST). \nAnda perlulah sediakan wang yang mencukupi untuk dapatkan sijil baharu secara online.\nBaca Juga : Cara Renew SSM Online Di Laman Rasmi ezBiz (Perbaharui Perniagaan)\nCara Cetak Sijil SSM Secara Online\nAnda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan sijil SSM baharu secara atas talian :\n\nPergi ke pautan SSMreprint.com dan pilih jenis sijil perniagaan SSM yang anda perlukan.\n\n\n\nMasukkan butiran syarikat seperti yang diminta. Anda juga akan diminta untuk berikan alamat emel supaya dokumen softcopy dapat dihantar.\n\n\nSeterusnya, pilih jenis sijil yang anda ingin cetak.\n\n\n\nPada laman seterusnya, akan dipaparkan caj yang perlu dibayar. Klik \u2018Process Payment (FPX)\u2019 untuk buat pembayaran secara atas talian.\n\n\n\nPilih bank dan tekan butang Pay untuk buat pembayaran.\nSetelah transaksi anda berjaya, anda boleh muat turun dokumen-dokumen SSM yang telah dimohon.\n\n\nSalinan softcopy juga akan dihantar ke e-mel dalam masa 1 jam waktu bekerja.\nSetelah muat turun, anda bolehlah cetak sijil SSM seperti biasa dan gunakannya untuk perniagaan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai proses cetak sijil SSM secara online, sila berhubungan dengan talian khidmat pelanggan di +6011-56537549 (Whatsapp) atau hantarkan emel ke [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-sunway/", "title": "Permohonan Biasiswa SUNWAY dan Bantuan Pelajaran SUNWAY 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat pelajar lepasan SPM kerana permohonan untuk bantuan pelajaran dan biasiswa SUNWAY oleh Sunway Education Group untuk tahun 2021 telah dibuka!\nSunway Education Group merupakan nama terkenal dalam pendidikan swasta Malaysia dibentuk oleh Tan Sri Dr Jeffrey Cheah AO dengan kepercayaan dan pemahaman bahawa pendidikan sangat penting untuk kemajuan negara. \nKepercayaan dan pemahaman ini diteruskan sehingga ke harini dan dalam merealisisasikan hasrat membantu lebih ramai pelajar lepasan SPM menyambung pelajara ke peringkat lebih tinggi, maka pemberian biasiswa kepada pelajar yang layak telah diteruskan hingga ke hari ini. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Bantuan Pelajaran dan Biasiswa SUNWAY?\n\n \nJenis biasiswa dan bantuan kewangan\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \n1. Pra Universiti, Asasi ACCA dalam Perakaunan (ACCA FIA) & Sijil dalam Kewangan, Perakaunan & Perniagaan (CFAB)\n\n \n2. Program American Degree Transfer Program (ADTP)\n\n \n3. Program Diploma\n\n \n4. Program Ijazah\n\n \n5. Program Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) & Program Institut Akauntan Bertauliah di England & Wales (ICAEW)\n\n \nCara permohonan\n\n \nTarikh tutup permohonan\n\n\nApa itu Bantuan Pelajaran dan Biasiswa SUNWAY?\n\nDengan pemikiran ini, Yayasan Jeffrey Cheah yang menggantikan Sunway Education Trust Fund (ditubuhkan pada tahun 1997), telah ditubuhkan pada bulan Mac 2010.\nSehingga tahun 2021, Yayasan Jeffrey Cheah telah memberikan lebih daripada RM570 juta biasiswa kepada ribuan pelajar yang layak dalam pelbagai bidang pengajian.\nMelalui Yayasan Jeffrey Cheah, Universiti Sunway telah terus menyumbang dana biasiswa dan dana pendidikan kepada pelajar yang layak melalui pemberian biasiswa dan anugerah.\nJenis biasiswa dan bantuan kewangan\nBantuan kewangan dan Biasiswa SUNWAY ini terbuka untuk pelbagai jenis dan peringkat penngajian seprti yang berikut:\nPra Universiti & Asasi ACCA dalam Perakaunan (ACCA FIA) & Sijil dalam Kewangan, Perakaunan & Perniagaan (CFAB)Program American Degree Transfer Program (ADTP)Program DiplomaProgram IjazahProgram Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) & Program Institut Akauntan Bertauliah di England & Wales (ICAEW)\nSyarat kelayakan\nSyarat kelayakan bagi permohonan untuk setiap peringkat pengajian adalah berlainan seperti dalam jadual di bawah.\n1. Pra Universiti, Asasi ACCA dalam Perakaunan (ACCA FIA) & Sijil dalam Kewangan, Perakaunan & Perniagaan (CFAB) \n\n2. Program American Degree Transfer Program (ADTP) \n\n3. Program Diploma \n\n4. Program Ijazah \n\n5. Program Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) & Program Institut Akauntan Bertauliah di England & Wales (ICAEW) \n\nCara permohonan\nPermohonan untuk Bantuan kewangan dan Biasiswa SUNWAY ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Sunday Education Group dengan melayari https://my.sunway.edu.my/scholarships/\nTarikh tutup permohonan \n2 minggu selepas bermulanya program pengajian atau 2 minggu selepas pengumuman keputusan sebenar.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-sekolah-khusus/", "title": "Tarikh Pendaftaran Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2022 / 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Keputusan Permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus 2022 (PKSK) & Tarikh Pendaftaran\nIbu bapa atau penjaga bagi murid yang telah menduduki Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2022 tentunya tertanya-tanya bilakah keputusan kemasukan murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus akan diumumkan.\nKPM akan mengumumkan keputusan tawaran tersebut pada 15 Mac 2022. \nSekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:\n\n\n\n\n\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kolej Vokasional (KV)Maktab Tentera Diraja (MTD) \nJadi, ibu bapa dan juga anak-anak boleh membuat semakan tawaran melalui pautan yang dimaklumkan oleh KPM. \nBerikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung tarikh semakan tawaran dan pendaftaran Sekolah Khusus Tahun 2022.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PKSK?\n\n \nApakah Sekolah Khusus?\n\n \nTarikh Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Khusus\n\n \nTarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah PKSK?\nPKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.\nSingle entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\n\nApakah Sekolah Khusus?\nSekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).\nSemua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. \nAPDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.\nTarikh Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Khusus\nKeputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.\nPautan semakan adalah seperti berikut:\n Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/\nRujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:\n\nKPM menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid baharu ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:\n\nTarikh Pendaftaran Sekolah Khusus 2022\nPendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPMPendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 dan tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-aidilfitri-rela-apm-polis-bomba/", "title": "Bantuan Khas Aidilfitri Anggota RELA, APM, Polis & Bomba", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 untuk lebih 200,000 orang anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini diharapkan dapat memenuhi keperluan sukarelawan beruniform menjelang Aidilfitri akan datang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Anggota RELA, Sukarelawan APM, Polis & Bomba\n\n \nJumlah Bantuan\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Anggota RELA, Sukarelawan APM, Polis & Bomba\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba turut menerima \u2018duit raya\u2019 apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati sebanyak RM300.\nAnwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara pada 29 Mac 2023 yang lalu.\nPemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 anggota sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.\nKetua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Aminurrahim Mohamed berkata ia juga adalah satu bentuk pengiktirafan kerajaan selain reaksi penghargaan kepada mereka yang sedia berbakti tidak kira masa.\nJumlah Bantuan\nRM300\nTarikh Bayaran\nApril 2023\nMaklumat Lanjut\nDapatkan maklumat lanjut di https://budget.mof.gov.my/manfaat/\nBaca juga : \n\nTarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023 (JANM)\nDividen Tabung Haji 2023: Tarikh Bayaran & Dividen TH 1994-2022\nLogin STR : Bantuan Tunai Rahmah 2023 (MySTR)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pelajaran-yayasan-amal-tenaga/", "title": "Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (Koperasi TNB)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Tenaga (YAT) kini menawarkan bantuan pelajaran kepada golongan yang berkelayakan.\nPermohonan bantuan ini adalah terbuka buat keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti secara sepenuh masa di pusat pengajian yang diiktiraf.\nUntuk makluman, Yayasan Amal Tenaga merupakan satu yayasan yang ditubuhkan di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).\n\n\n\n\n\n\nTarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 15 Disember 2022.\nBaca Juga : Biasiswa Yayasan Terengganu Untuk Phd, Master & Perakaunan Profesional ACCA\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPembahagian Bantuan & Kelayakan\n\n \nCara Memohon Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nPembahagian Bantuan & Kelayakan\nPemohon perlulah sedia maklum pembahagian serta kelayakan bagi bantuan seperti berikut :\n\nTerhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM250.\nTerhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM500.\nTerhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak yang menuntut di universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf dengan bantuan pelajaran berjumlah RM750.\n\nNota :\n\nSatu keluarga hanya layak memperolehi salah satu daripada bantuan di atas.\nPermohonan terbuka kepada keluarga yang tidak pernah menerima sebarang bantuan atau biasiswa daripada pihak lain bagi tahun 2022.\n\nCara Memohon Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga \nKeluarga yang berminat untuk memohon boleh rujuk pada langkah permohonan seperti berikut :\n\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut\u00a0http://www.koptnb.com/pdf/BorangBantuanPelajaran.pdf.\nBagi penuntut universiti / institusi pengajian tinggi, sila sertakan bersama borang permohonan dan surat pengesahan dari pihak Universiti/ Institusi pengajian tinggi\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan. Semua salinan dokumen dan salinan penyata gaji terkini telah disahkan oleh Ketua Jabatan bagi tujuan pengesahan maklumat yang dicatat.\nPemohon diminta untuk isi borang pengisytiharan pendapatan yang disediakan jika tidak mempunyai pendapatan tetap/bekerja sendiri dan disahkan oleh Ketua Kampung.Nazir Masjid/Pengerusi Surau.\nBorang permohonan dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar melalui pos sahaja ke alamat berikut:\n\nYayasan Amal Tenaga96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (kanak-kanak) yang jelas dan terang.\niSalinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank.\nSalinan Nombor Akaun Bank/Slip Pengesahan akaun.\nSalinan Sijil Cerai/Sijil Kematian (suami / isteri) (jika perlu).\nSurat pengesahan pendapatan/slip gaji.\nSurat pengisytiharan pendapatan/Surat Akuan Sumpah.\nSurat pengesahan dari sekolah/universiti.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga, sila layari laman web Koperasi TNB di\u00a0http://www.koptnb.com/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-lelaki/", "title": "15 Cadangan Hadiah Untuk Lelaki \u2013 Pasti Mereka Suka!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMencari Hadiah Untuk Lelaki?\n\n \n15 Cadangan Hadiah Untuk Lelaki\n\n \n1. Topi\n\n \n2. Kaca Mata Hitam\n\n \n3. Baju Tshirt\n\n \n4. Baju Kemeja\n\n \n5. Hoodie\n\n \n6. Windbreaker\n\n \n7. Helmet\n\n \n8. Kasut Sneaker\n\n \n9. Tali Leher\n\n \n10. Botol Air\n\n \n11. Peralatan Gym\n\n \n12. Casing Telefon Bimbit\n\n \n13. Shaving Kit\n\n \n14. Miniatur Kartun\n\n \n15. Alat Pancing\n\n\nMencari Hadiah Untuk Lelaki?\nAnda sedang tercari-cari hadiah untuk lelaki yang menarik, mudah didapati dan mempunyai harga berpatutan? Usah risau, artikel ini akan membantu anda!\nSebenarnya, mencari hadiah yang sesuai khususnya untuk lelaki tidak kiralah suami, adik-beradik, ataupun bos anda tidaklah sesukar mana. \nBagi memudahkan pencarian anda, cuba kenalpasti personaliti, hobi ataupun minat individu yang anda ingin beri hadiah. Secara tidak langsung, ini juga akan menjadikan hadiah tersebut lebih bermakna. \n\nSekiranya perlu, anda boleh bertanya terus kepada mereka bagi mengelakkan pembaziran sekiranya hadiah tersebut tidak digunakan.\u00a0\nTambahan lagi, dunia digital pada masa kini membolehkan anda untuk mencari hadiah yang benar-benar sesuai walaupun secara dalam talian sahaja. Kebaikannya, anda boleh melakukan perbandingan harga dengan lebih mudah serta menjimatkan tenaga dan juga masa anda.\u00a0\n15 Cadangan Hadiah Untuk Lelaki\nBerikut kami kongsikan 15 cadangan hadiah untuk lelaki yang anda boleh pertimbangkan apabila sedang mencari hadiah untuk mereka. Jom baca!\n1. Topi\nKebanyakan lelaki sangat menyukai topi. Jadi, sekiranya anda memberikan topi sebagai hadiah sudah pasti ia akan menyenangkan hati mereka. Selain itu, topi juga sangat mudah didapati dan terdapat banyak pilihan topi dengan harga yang tidak terlalu mahal.\u00a0\nTopi: https://shopee.com.my/ootd8.my/20309448812\n\n\n\n\n\n\n2. Kaca Mata Hitam\nKaca mata hitam juga adalah merupakan salah satu idea menarik untuk dijadikan sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi apabila individu tersebut suka bergaya dengan menggunakan kacamata hitam. Ia juga boleh digunakan sebagai pelindung sinaran matahari atau cahaya UV.\u00a0\nKaca mata hitam: https://shopee.com.my/cyxus.os/7885102047\n3. Baju Tshirt\nSeterusnya, anda juga boleh menghadiahkan t-shirt dengan motif menarik untuk individu tersebut. Kebanyakan lelaki sangat gemar memakai t-shirt\u00a0 untuk aktiviti seharian mereka.\u00a0 Jadi, tshirt\u00a0 yang anda berikan pasti sangat berguna untuk mereka.\u00a0\nTshirt POLO: https://shopee.com.my/lancasterpolo_mens.os/10414809343\n4. Baju Kemeja\nBaju kemeja dan lelaki tidak dapat dipisahkan lagi. Selain memakai t-shirt,\u00a0 lelaki juga sangat gemar mengenakan baju kemeja sama ada lengan panjang ataupun lengan pendek lebih-lebih lagi untuk pergi ke kerja, berjalan-jalan ataupun menghadiri acara tertentu.\nBaju kemeja: https://shopee.com.my/orlando.os/16582667629\n5. Hoodie\nSelain itu, anda juga boleh jadikan hoodie sebagai salah satu pilihan untuk hadiahkan kepada mereka. Terdapat pelbagai pilihan hoodie yang anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan.\nHoodie: https://shopee.com.my/lefonse.os/10944773817\n6. Windbreaker\n\u00a0Sekiranya individu tersebut suka berjogging, anda boleh hadiahkan sehelai windbreaker untuk digunakan semasa berjogging. Windbreaker adalah sejenis jaket tetapi mempunya material yang lebih ringan dan tipis serta kalis air.\nWindbreaker: https://shopee.com.my/forest.os/6339658597\n7. Helmet\nJika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh jadikan helmet sebagai hadiah. Helmet sangat berguna terutamanya buat lelaki yang mempunyai motorsikal. \nTerdapat banyak pilihan helmet dari harga yang murah sehinggalah mahal. Walaubagaimanapun, pastikan helmet yang dibeli mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diluluskan oleh pihak berwajib.\u00a0\nHelmet: https://shopee.com.my/murahya/5602075201\n8. Kasut Sneaker\nKasut sneaker juga merupakan pilihan hadiah yang menarik. Pastikan anda mengetahui saiz kaki individu tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Ini adalah untuk mengelakkan kasut tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu besar atau tidak muat.\nKasut sneaker NIKE: https://shopee.com.my/skynew4898/11924251403\n9. Tali Leher\nJadikan tali leher sebagai hadiah bermakna untuk insan tersayang. Setiap kali memakainya, individu tersebut pasti akan mengingati anda. Anda juga boleh berikan\u00a0 set tali leher yang lengkap dengan dompet dan tali pinggang.\u00a0\nTali leher: https://shopee.com.my/mkztrading/8230862987\n10. Botol Air\nPenjagaan kesihatan adalah sangat penting. Hadiahkan sebuah botol air sebagai tanda anda prihatin akan kesihatannya. Selain itu, botol air juga sangat berguna untuk dibawa ke tempat kerja, bersukan dan sebagainya.\nBotol air: https://shopee.com.my/yondson168/17121330090\n11. Peralatan Gym\nUntuk individu yang gemar bergym,\u00a0 bolehlah anda hadiahkan peralatan gym untuknya. Sudah pasti mereka akan tersenyum lebar sampai ke telinga!\nTreadmill: https://shopee.com.my/gintell/8194961908\n12. Casing Telefon Bimbit\nPilihan casing telefon bimbit yang\u00a0 menarik juga boleh dijadikan sebagai hadiah. Harga casing telefon bimbit juga tidaklah terlalu mahal. Ya sangat sesuai diberikan apabila anda mempunyai bajet yang cukup cukup dan perlu perlu memberi hadiah kepada lebih daripada satu orang.\u00a0\nCasing Iphone: https://shopee.com.my/fashioncase.my/12891453799\n13. Shaving Kit\nJangan segan-segan untuk menghadiahkan shaving kit kepada mereka. Kemungkinan besar mereka akan sangat menghargainya dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Ia adalah salah satu item penting dalam penjagaan imej dan kebersihan. Jangan lupa sertakan sekali krim pencukur okay!\nKit pencukur: https://shopee.com.my/lavine_1122/14183777561\n14. Miniatur Kartun\nTerdapat ramai individu yang sangat gemar dengan figura ataupun watak kartun tertentu. Inilah masanya untuk anda menyenangkan hati mereka dengan menghadiahkan miniatur kartun kegemaran mereka!\nMini Figure Naruto: https://shopee.com.my/carson4986/13711647457\n15. Alat Pancing\nUntuk yang suka memancing, hadiahkan alat pancing untuk menyokong hobi mereka. Sudah pasti mereka akan melonjak kegembiraan!\nAlat pancing: https://shopee.com.my/kastkingfishing.my/16355911014\nSemoga anda dapat mencari hadiah yang terbaik untuk orang tersayang!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-texas-chicken/", "title": "Senarai Menu Texas Chicken, Harga & Promosi Terkini Seluruh Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda penggemar ayam goreng, maka Texas Chicken merupakan antara restoran makanan segera yang patut anda cuba.\nSelain ayam goreng, Texas Chicken juga mempunyai pelbagai pilihan menu lain antaranya wrap, burger, french fries, nasi dan pelbagai makanan lain yang boleh anda nikmati.\nSelain itu, jaga lupa mencuba Honey Butter biscuit, biskut yang menjadi keunikan disini.\n\n\n\n\n\n\nAntara perkara menarik yang ada disini adalah tawaran mengisi semula minuman anda sekiranya anda memilih untuk dine in di sini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu dan harga Texas Chicken\n\n \nAyam goreng\n\n \nWrap / Burger\n\n \nSide Dishes\n\n \nPromosi terkini\n\n\nMenu dan harga Texas Chicken\nBerikut merupakan senarai menu dan harga makanan yang terdapat di Texas Chicken dan harap maklum bahawa harga ini mungkin berubah pada bila-bila masa tanpa notis daripada pihak Texas Chicken.\nAyam goreng\nPenggemar ayam goreng? Dapatkan kombo untuk lebih penjimatan. \nMenuHarga (RM)2 Pieces Chicken \u2013 Regular Combo16.992 Pieces Chicken11.903 Pieces Chicken \u2013 Regular Combo20.203 Pieces Chicken 17.495 Pieces Chicken \u2013 Regular Combo39.995 Pieces Chicken27.998 Pieces Chicken \u2013 Regular Combo59.908 Pieces Chicken45.8012 Pieces Chicken \u2013 Regular Combo79.9912 Pieces Chicken60.50\nWrap / Burger\nCuba dari pelbagai piilihan wrap dan burger dari Texas Chicken dengan rasa yang sedap.\nMenuHarga (RM)Classic Burger6.99Tender Wrap6.99Mexicana Wrap11.80Tex Wrap10.80Mexicana Burger11.80Spicy Tex Wrap10.80Tex Wrap \u2013 Regular Combo14.45Tex Wrap \u2013 Larg Combo16.25Spicy Tex Supreme \u2013 Regular Combo14.45Spicy Tex Supreme \u2013 Large Combo16.25Mexicana Wrap \u2013 Regular Combo16.70Mexicana Wrap \u2013 Large Combo18.50Mexicana Burger \u2013 Regular Combo16.70Mexicana Burger \u2013 Large Combo18.50\nSide Dishes\nTambah makanan sampingan untuk lebih kepuasan\nMenuHarga (RM)Jalapeno Bombers (6 pcs)7.75Honey Butter Biscuit2.25Mashed Potatoes3.00Fries4.20Coleslow3.00Flavoured Rice3.49\nPromosi terkini\nPihak Texas Chicken sentiasa hadir dengan promosi mereka daripada semasa ke semasa.\nPromosi ini biasanya datang dalam bentuk harga kombo (untuk lebih penjimatan ) atau hidangan baru yang dijual dalam masa terhad sahaja.\n\n\n\n\n\nSekiranya anda ingin dapatkan perkembangan menngenai promosi terkini dan terbaru dari Texas Malaysia, sila ikuti laman Facebook rasmi Texas Chicken Malaysia di pautan https://www.facebook.com/TexasChickenMalaysia/\nBaca juga: Menu Marrybrown, Harga dan Promosi Terkini 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-cidb/", "title": "Cara Daftar CIDB, Renew Online, Semakan Kursus & CCD Point", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda bekerja dalam bidang pembinaan, anda wajib mendaftarkan diri dengan pihak CIDB sebelum dibenarkan bekerja.\nPekerjaan ini termasuklah sebagai buruh binaan, pekerja am, pegawai keselaman, pengurus projek, pegawai keselamatan dan sesiapa sahaja yang diperlukan untuk masuk ke tapak pembinaan. \nUntuk itu, setiap pekerja yang terlibat perlu mendaftarkan diri bagi mendapatkan Kad Hijau (Green Card CIDB) sebelum mereka dibenarkan mengikut undang-undang di Malaysia untuk bekerja di tapak binaan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKewajipan mendaftar\n\n \nCara pendaftaran akaun\n\n \nDaftar Kad Hijau CIDB\n\n \nSemakan kursus CIDB\n\n \nApa itu mata CCD / CCD Points?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKewajipan mendaftar\n\n\n\nMenurut Akta 520 (Pindaan 2011) \u2013 Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) setiap personel binaan diwajibkan untuk mendaftar di bawah Lembaga yang sah.\nDenda sebanyak RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja di tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad yang sah\n\n\n\n\n\n\nApabila mendaftar, anda perlu menjalani latihan sebelum layak mendapat Kad Hijau ini.\nDengan Kad Hijau ini, apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB.\nCara pendaftaran akaun \nPertama sekali anda perlu mendaftarkan akaun di laman CIDB terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan permohonan untuk mendaftarkan Kad Hijau.\nSila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun:\nLayari laman CIMS CIDB di alamat https://cims.cidb.gov.my/Pada bahagian kanan skrin, lihat pada bahagian \u201cDaftar Baru\u201d.Klik pada tulisan \u201cUntuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru dan lain-lain\u201dTerdapat 2 pilihan pendaftaran \u2013 Organisasi atau IndividuSekiranya anda mendftarkan untuk diri anda, klik pada Individu, kemudian Personel BinaanLengkapkan pendaftaran dengan memasukkan segala maklumat yang dikehendaki dengan betulSetelah selesai pendaftara, anda akan dipeberikan link melalui emelKlik pada pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda\nBaca juga: Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA\nDaftar Kad Hijau CIDB\n\nSetelah selesai pendaftaran akaun, ikuti langkah-langkah berikut:\nLogin masuk menggunakan maklumat pendaftaran (kata nama dan kata laluan) yang anda gunakanPilih dari senarai latihan yang anda ingin ikuti berdasarkan tarikhLengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kursus dijalankan.\nSetelah melengkapkan latihan, anda boleh hadir ke kaunter CIDB Negeri yang terdekat dengan tempat tinggal anda dan membawa bersama resit pembayaran. \nSemakan kursus CIDB\nPihak CIDB menyediakan pelbagai kursus dan program tambahan sepanjang tahun yang boleh disertai mereka yang berminat. \nUntuk menyemak senarai kursus yang disediakan dari semasa ke semasa, layari pautan https://cims.cidb.gov.my/cms/BPK_SCR01_G\nPada halaman tersebut, anda juga boleh membuat carian berdasarkan beberapa kriteria antaranya negeri (lokasi), tahun, tarikh program, jumlah mata CCD yang ditawarkan, penganjur dan jenis program. \nApa itu mata CCD / CCD Points?\nCCD atau Contractor Continuous Development ialah program yang direka untuk memastikan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sentiasa bermaklumat dan berpengetahuan.\nMata CCD diperolehi untuk kontraktor untuk memperbaharui pendaftaran kontraktor.\nKontraktor mesti mempunyai markah mengikut gred yang mengikut keperluan CCD.\nTerdapat beberapa cara untuk mengumpul mata CCD CIDB, \u200b\u200biaitu:\nMenghadiri program yang melibatkan peningkatan ilmu, forum, seminar dan kursusPenglibatan dalam persatuan yang berkaitanSumbangan dalam program ilmu sebagai penceramah, ahli panel , dan yang berkaitanSumbangan sosial dan sivik\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang CIDB, sila layari laman web: https://www.cidb.gov.my/\nATAU hubungi :\nCIDB Careline : 03-5567 3300\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bina-rumah-guru-kafa/", "title": "Skim Agihan Bina Rumah Untuk Guru KAFA Negeri Kedah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat guru KAFA di negeri Kedah yang merancang untuk membina rumah di atas tanah sendiri.\nPermohonan bagi \u201cSkim Agihan Bina Rumah\u201d untuk Guru KAFA di negeri Kedah telah dibuka melalui Skim Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).\nSkim ini khusus untuk guru KAFA yang mengajar dan menetap di Kedah sahaja, terutamanya yang sudah berkeluarga tetapi masih belum mempunyai rumah sendiri untuk didiami.\nPinjaman ini adalah bagi pembinaan sebuah rumah bernilai RM57,000 (RM63,000 bagi yang tinggal di Langkawi) bagi pembinaan di tanah sendiri atau pasangan sahaja. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh permohonan\n\n \nJenis pinjaman\n\n \nSyarat permohonan\n\n \nCara memohon\n\n \nDokumen yang diperlukan\n\n\nTempoh permohonan\nPermohonan bagi Skim Agihan Bina Rumah\u00a0ini telah dibuka pada 1 Julai 2022.\nTarikh tutup permohonan pula adalah pada 22 Julai 2022.\nKepada guru KAFA yang layak anda dipersilakan menghantar permohonan dengan mengisi borang permohonan dan menghantarnya sebelum tarikh tutup permohonan. \nJenis pinjaman\n\nSkim pembiayaan ini dilakukan dengan kerjasama BIMB dan LZNK.\nLZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.\nSementara itu, pembiayaan peribadi (pinjaman) dari pihak BIMB pula adalah 50% dari kos sebuah rumah. \nKadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.\nSyarat permohonan\nHanya calon yang memenuhi syarat-syarat berikut yang akan dipertimbangkan untuk skim pembiayaan ini:\nWarganegara Malaysia.Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dariRM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB\nCara memohon\nBagi individu yang berminat, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon skim pembiayaan ini:\nLayari laman web\u00a0https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.Di bahagian \u201cSkim Agihan Bina Rumah\u201d muat turun borang permohonan.Isi borang dengan menggunakan HURUF BESARPastikan semua maklumat diisi.Sediakan dokumen yang diperlukan (lihat senarai di bawah)Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.\nPastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan kerana permohonan yang dihantar selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.\nDokumen yang diperlukan\nSalinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.Salinan geran tanah yang disahkan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akta-kerja-1955-pindaan-2022/", "title": "Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUATKUASAAN AKTA KERJA PINDAAN 2022 DILAKSANAKAN MULAI 1 JANUARI 2023\nPenguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Jan 2023.\nMenteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan, namun terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.\nPada 26 Ogos lepas, Menteri Sumber Manusia ketika itu Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 kepada 1 Januari 2023, sepatutnya berkuat kuasa 1 September lepas.\nSumber: Jabatan Penerangan Malaysia\nPindaan itu antaranya meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.\nBagi yang kurang faham, rujuk ringkasan dan penerangan berkaitan Akta Kerja (Pindaan 2022).\nSumber: Laman FB rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)?\n\n \nApa Yang Perlu Anda Tahu?\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nMuat Turun Pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)\n\n\nApakah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)?\nJika sebelum ini sebagaimana yang diketahui Akta Kerja 1955 adalah terpakai kepada pekerja yang bergaji bawah RM2000 berdasarkan Jadual 1 Akta Kerja 1955.\n\n\n\n\n\n\nNamun terkini, Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 bertarikh 12.8.2022 telah meminda Jadual 1 dengan memasukkan pekerja yang bergaji melebihi RM4000 sebulan.\nJadi, apakah perubahan / pindaan yang perlu kita tahu tentang Akta Kerja ini?\nJom kami kongsikannya untuk anda.\n\n\nApa Yang Perlu Anda Tahu? \nPindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira tangga gaji. Hal ini bermakna semua pekerja boleh membuat tuntutan atau aduan di JTK tanpa mengira tangga gaji.\nGaping gaji RM2000 telah dinaikkan kepada RM4000.00 bagi meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40 dengan pindaan Jadual Pertama Akta Pekerja, yang digazet dan bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.\nNamun begitu, hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga gaji RM4000.00 ke bawah iaitu:\n\na. Bayaran Kerja Lebih Masa\nb. Kerja pada Hari Rehat\nc. Kerja pada Cuti Am\nd. Elaun Syif\ne. Faedah Penamatan Kerja\n\nNOTA: Ini bermaksud, sesiapa yang bergaji di antara RM1500 (gaji minimum) sampailah RM4,000, anda semua akan dapat OT bila jam bekerja lebih dari jam bekerja normal. \nSelain itu, terdapat beberapa lagi perubahan yang perlu anda tahu sebagai majikan dan pekerja iaitu:\n1 Waktu kerja seminggu 48 jam dikurangkan kepada 45 jam.\n2. Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.\n3. Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu:\n\nPelanggaran syarat Kontrak Kerja\nMisconduct / Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang betul spt. Show Cause Letter Warning Letter, D.I)\nSyarikat tutup seperti bankrupt.\n\n4. Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan sebanyak 60 hari. Walaubagaimanapun, melalui Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti Sakit (MC biasa) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi. Kelayakan Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari.\n5. Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. Maksimum sebanyak 5 kelahiran shj. (Sekiranya pekerja lelaki tersebut mempunyai 2/3 isteri, pekerja tersebut, hanya layak mendapat Cuti Peterniti berbayar maksimum 5 anak sahaja. Pekerja lelaki tersebut mestilah sudah berkahwin secara SAH dan hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).\n6. Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan Calendar of Month. Bukan 26.\n7. Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai cth jenis gangguan seksual atau langkah2 yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat kerja.\n8. Perakuan Penginapan dikenakan terhadap golongan Ekspatriat.\nKami lampirkan juga lampiran penuh Akta Kerja 1955 ini yang boleh dimuat turun dalam fail PDF.\nMaka memang HR dan Syarikat kena update dan faham dengan kesemua pindaan ini.\nSoalan Lazim\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuat Turun Pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)\nSila muat turun Lampiran penuh Akta Kerja 2022 melalui fail PDF di bawah: \nakta_kerja1955_biDownload\nSUMBER : Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) https://jtksm.mohr.gov.my/\nhttps://jtksm.mohr.gov.my/en/akta-borang\nBaca juga: \n\nAturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) \nPengurangan Waktu Kerja Mingguan \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sip-prihatin-permai/", "title": "SIP Prihatin PERMAI: Semakan, Syarat & Cara Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSIP PRIHATIN adalah satu inisiatif bantuan kewangan segera untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 dan menolong mereka mencari pekerjaan baharu.\nMulai 1 Januari 2021, individu yang kehilangan pekerjaan dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021, boleh memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sehingga 9 bulan di Portal Faedah SIP di pautan https://eis.perkeso.gov.my\nDalam Pakej Bantuan Khas PERMAI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, SIP Prihatin telah dilonggarkan syarat permohonan bagi membolehkan lebih ramai pemohon menerima manfaat.\n\nBerikut adalah penambahbaikan dan apa yang perlu tahu tentang SIP PRIHATIN.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SIP PRIHATIN?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan SIP PRIHATIN\n\n \nBantuan Kewangan SIP PRIHATIN\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SIP PRIHATIN?\nSeperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, SIP PRIHATINadalah bantuan kewangan kepada pekerja yang telah berdaftar dibawah SIP dan kehilangan pekerjaan (LOE) meliputi dua kategorisama ada yang layak atau yang tidak layak mendapat ElaunMencari Pekerjaan (EMP).\nTujuan SIP PRIHATIN ialah untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 sebagai bantuan segera bagi meneruskan kelangsungan hidup di samping berusaha mencari peluang pekerjaan baharu.\nBaca juga: Pakej Kita Selangor: 12 Inisiatif Bantuan Rakyat Dalam Tempoh PKP 2.0\nSyarat Permohonan\nAkta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:\nMerupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetapBerumur 18-60*Bekerja dalam sektor swasta**Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)*Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP\nUntuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:\nMembuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.\nDalam Pakej PERMAI yang diumumkan oleh PM, antara kelonggaran yang diberikan oleh pemohon adalah:\nPekerja yang tidak memenuhi caruman minimum atau tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya tiga kali, akan dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN.Mereka akan dibenarkan memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30 peratus daripada pendapatan selama 3 bulan.\nTarikh Permohonan SIP PRIHATIN\nSIP PRIHATIN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021.Tempoh SIP PRIHATIN adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021.Program ini hanya meliputi pekerja yang mengalami kehilanganpekerjaan (LOE) mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021.\nBantuan Kewangan SIP PRIHATIN\nTempoh bayaran bantuan kewangan SIP PRIHATIN bagi pekerja yang layak adalah sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 7 bulan.Nilai bantuan tambahan bayaran kewangan bagi setiap bulan adalah sekurang-kurangnya 10% hingga 30% daripada gaji bulanan anggapan.Ini bermakna tempoh keseluruhan SIP PRIHATIN dan EMP adalah antara 3 hingga 9 bulan.\nCara Permohonan\nPermohonan kali pertama boleh dilakukan di Portal Faedah SIP menerusi pautan: https://eis.perkeso.gov.myManakala bagi permohonan kedua hingga permohonan kesembilan (bagi mereka yang layak), pemohon hendaklah log masuk dengan menggunakan ID pendaftaran (diberi selepas permohonan pertama) secara bulanan melalui pautan yang sama di bawah tajuk \u2018Borang-Borang\u2019. Sila pilih Borang EMP.Pekerja boleh membuat permohonan untuk setiap tuntutan EMP setelah menyertai Program Pencarian Pekerjaan Semula (REPP) dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh kelulusan EMP sebelumnya.Sekiranya pekerja itu telah kembali bekerja dan melapor diri semasa menerima faedah EMP, pekerja tersebut hendaklah mengisi Borang EBSA untuk mendapat elaun bekerja semula awal.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen Utama (Permohonan pertama sahaja).\na) Salinan kad pengenalanb) Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanyac) Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)d) Salinan penyata gaji bulan kehilangan pekerjaan (jika ada).e) Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon\nDokumen sokongan\na) Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.b) Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak.c) Lain-lain dokumen bukti berkaitan dengan kes.\nBagi pekerja yang tidak mempunyai dokumen-dokumen seperti di dokumen utama bagi (b), (c), (d) dan (e) pekerja boleh membuatpengisytiharan diri (self-declaration) di Portal Faedah SIP semasamembuat permohonan.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau di pautan bit.ly/AduanSIP.\nInfo lanjut mengenai SIP PRIHATIN, sila rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) di pautan https://www.perkeso.gov.my/\u2026/050121_-_FAQ_SIP_PRIHATIN.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-status-bayaran-pengeluaran-khas-kwsp/", "title": "Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIAWALKAN KE 18 APRIL 2022\nStatus kelulusan Pengeluaran Khas KWSP telahpun mula diumumkan melalui semakan secara atas talian di portal rasmi berkenaan.\nSusulan itu, ramai sudah mula tertunggu-tunggu bayaran yang dijadualkan pada 20 April 2022.\nSebentar tadi, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini akan dipercepatkan kepada 18 April bagi membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar memerlukan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP BERMULA 18 APRIL 2022\n\n \nJangan Risau, Semua Pembayaran Akan Diselesaikan Sebelum Hari Raya\n\n \nCara Mohon Pengeluaran Khas KWSP & Semakan Amaun Kelayakan\n\n \nTarikh Akhir Permohonan Pengeluaran Khas KWSP\n\n \nTarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nCara Semakan Status\n\n \nNOTA PENTING\n\n\nBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP BERMULA 18 APRIL 2022\nPerkara tersebut dimaklumkan melalui media sosial beliau beserta sebuah video.\nRamai yang message dan komen dalam social media saya, \u201cYB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?\u201d\nSaya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.\nSaya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah.\nSumber: Facebook Tengku Zafrul\n\nJangan Risau, Semua Pembayaran Akan Diselesaikan Sebelum Hari Raya \nDalam sebuah video susulan bertarikh 19 April, Tengku Zafrul juga telah meyakinkan pemohon yang masih belum diluluskan bahawa pembayaran akan diproses secepat mungkin.\n\nIni kerana jumlah permohonan yang diterima adalah begitu besar, iaitu dengan 5.3 juta permohonan merangkumi jumlah pengeluaran berjumlah RM 40.1 bilion.\nNamun, KWSP telah memberi komitmen dan akan memastikan semua bayaran akan dibuat sebelum Hari Raya.\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: FB Tengku Zafrul, 19 April 2022\nUntuk makluman, tarikh akhir permohonan di Portal Pengeluaran Khas KWSP adalah 30 April 2022.\nSudahkah anda membuat permohonan pengeluaran?\nIngat, tiada pindaan boleh dibuat untuk permohonan kali ini ya!\nJadi, jangan tersilap dan pastikan anda telah mengetahui syarat-syarat dan cara memilih amaun pengeluaran yang betul.\nDi sini kami kongsikan langkah-langkahnya dengan mudah.\n\nCara Mohon Pengeluaran Khas KWSP & Semakan Amaun Kelayakan\nLayari Portal Pengeluaran Khas KWSP di pautan http://pengeluarankhas.kwsp.gov.myKlik Mohon Sekarang & Permohonan.Masukkan No Mykad & Tel Bimbit yang didaftarkan di KWSP.Klik Teruskan. Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.Amaun Kelayakan Anda akan tertera, Klik memohon amaun tersebut.Klik Teruskan.Sahkan Maklumat Pemohon dan Akaun Bank Anda. (Ada 2 soalan \u2013 Anda boleh menjawab apa saja jawapan pada soalan yang diajukan)Pastikan anda menyemak sekali lagi AMAUN YANG DIPOHON, ini penting.Klik HANTAR dan CETAK PERMOHONAN anda dan SIMPAN.\nSila rujuk langkah bergambar di bawah:\n\nLayari pengeluarankhas.kwsp.gov.my\n\nBaca nota penting terlebih dahulu.\nTekan butang TUTUP untuk teruskan permohonan.\n\nIsikan maklumat dalam ruang yang disediakan.\n\nMasukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.\n\nAmaun Kelayakan Anda akan tertera.\nKlik untuk memohon amaun tersebut atau isikan lain-lain amaun pilihan anda.\n\nSeterusnya isikan maklumat pemohon.\n\nKemaskini butiran lain jika perlu.\nKemudian sahkan maklumat yang dipaparkan pada skrin.\n\nJika permohonan anda berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti berikut:\n\nCetak & simpan rekod permohonan untuk rujukan.\nKredit gambar: Firdaus Shakirin\nBaca juga:\nCara Kemaskini No Telefon KWSP Online Bagi Proses OTP / TACPengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Hanya Untuk Suka-suka\nTarikh Akhir Permohonan Pengeluaran Khas KWSP\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022.\nTarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP\nAnda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022.\nJika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 18 April 2022.\nNamun bagi permohonan yang dibuat dari 28 April dan ke atas, pembayaran hanya boleh dibuat bermula 5 Mei 2022.\n\nOrang awam di media sosial memaklumkan bahawa status Pengeluaran Khas kini telah memaparkan status LULUS setelah mereka membuat semakan di Portal Rasmi PengeluaranKhas dan i-Akaun KWSP.\nStatus yang dipaparkan adalah seperti berikut:\n\nDalam notis kelulusan berkenaan, tarikh bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April 2022, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.\nSemakan status kelulusan dan tarikh bayaran juga boleh disemak melalui i-Akaun. \nMaklumat dan tarikh akan dipaparkan melalui jadual seperti di bawah:\n\nTarikh Bayaran\nBayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai 18 April 2022.\n\nCara Semakan Status\nUntuk makluman, ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui 2 kaedah berikut:\ni. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my:Menu Semak Status Permohonan\nRujuk langkah di bawah:\nPengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Untuk Semakan (rujuk panduan penuh ini untuk memudahkan proses semakan anda)Panduan Penuh:\nLayari Portal Pengeluaran Khas KWSPKlik \u2018Teruskan\u2019Klik \u2018Semakan Status Permohonan\u2019Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKASIsi No Telefon BimbitSahkan CaptchaKlik \u2018Semak Status\u2019Keputusan Permohonan Dipaparkan seperti di bawah.\n\n\nMAKSUD STATUS PERMOHONAN ANDA\nA) Permohonan Anda Telah Diterima\nPermohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022\nB) Permohonan Tiada Dalam Rekod\nSemak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.\nSumber : Facebook Kumpulan Simpanan Wang Pekerja\nii. i-Akaun (Ahli): Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran\nUntuk membuat semakan melalui i-Akaun, sila ikuti langkah berikut:\nLogin ke i-AkaunPergi ke menu PENGELUARAN / WITHDRAWALKlik SEJARAH PENGELUARAN / WITHDRAWAL HISTORYSearch PENGELUARAN KHASStatus pengeluaran / pembayaran akan dipaparkan\n\n\nDiharap info ini dapat membantu.\nNOTA PENTING\nSila buat semakan sebelum menghantar permohonan kerana TIADA PINDAAN AMAUN DIBENARKAN selepas permohonan dihantar.Semakan status kelulusan permohonan Pengeluaran Khas KWSP MULAI 9 APRIL 2022.Kaedah pembayaran adalah secara sekali bayar mulai 18 APRIL 2022.Permohonan ditutup pada 30 APRIL 2022.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Pengeluaran Khas KWSP.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/zakat-unisza-2022/", "title": "Cara Mohon Zakat UniSZA 2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin kini menawarkan Zakat UniSZA buat pelajar berstatus aktif dan sepenuh masa.\nPermohonan Zakat UniSZA ini dikelolakan oleh Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).\nTawaran zakat ini bertujuan untuk membantu para pelajar UniSZA yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka dari segi kewangan dalam meneruskan pembelajaran di universiti.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2022 / 2023\nDi samping itu, zakat ini juga dapat membantu pelajar UniSZA yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak lain.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Zakat UniSZA 2022\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Zakat UniSZA 2022\nPelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan mulai 25 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 8 September 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti\u00a0 berikut :\nBeragama Islam.Pelajar Sepenuh Masa UniSZA.Pendapatan Keluarga RM4,300.00 dan ke bawah.Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.\nCara Memohon\nCalon yang ingin memohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nLayari pautan Portal Pelajar UniSZA iaitu\u00a0https://siswa.unisza.edu.my/login.php.Masukkan Username dan Kata Laluan.Klik \u2018Bantuan Kebajikan Pelajar\u2019 dan \u2018Bantuan Zakat.\u2019Kemudian klik \u2018Permohonan.\u2019Lengkapkan permohonan sehingga selesai.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) di talian 09-668 8611/7811/7942/8401.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-sara-hidup-pelajar-matrikulasi/", "title": "Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) Matrikulasi\nSukacita dimaklumkan bahawa pelajar Matrikulasi yang berkelayakan bakal berpeluang untuk menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar atau BSHP. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi?\n\n \nJenis dan Kadar Bantuan\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nKelayakan\n\n\nApa Itu Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi?\nBSHP merupakan bantuan yang disalurkan kepada pelajar Matrikulasi baharu yang berkelayakan. \nInisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban sara hidup pelajar ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : \u00a0Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2023 / 2024\n\nJenis dan Kadar Bantuan\n1.Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP)\nBantuan disediakan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM 10,000 ke bawah.\nPelajar yang berkelayakan akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM 1,250.00 bagi setiap semester.\n2.Tuntutan Tiket Penerbangan\nSelain itu, pelajar dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditawarkan pengajian Program Matrikulasi di Semenanjung juga layak untuk membuat tuntutan tiket penerbangan pergi dan balik SEKALI sepanjang pengajian.\nPelajar perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu dan membuat tuntutan selepas pembelian di kolej masing-masing.\nWalau bagaimanapun, pelajar Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditempatkan di Kolej Matrikluasi Sarawak atau Kolej Matrikulasi Labuan tidak layak membuat tuntutan tiket penerbangan.\n\nTarikh Bayaran\nPelajar yang berkelayakan bakal menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.\nUntuk makluman, pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.\nKelayakan\nSeperti yang dinyatakan, bantuan ini layak diterima oleh pelajar daripada keluarga B40 dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM 10,000 ke bawah.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai BSHP, sila rujuk pautan berikut :\nhttps://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi\nAnda juga boleh rujuk Soalan Lazim Matrikulasi seperti lampiran berikut :\nSOALAN-LAZIM-SESI-MatrikulasiDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/iklan-pengambilan-khas-guru-kontrak-dg41-mypdpp/", "title": "Semakan myPDPP: Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 (One-Off)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: SEMAKAN KEPUTUSAN MYPDPP 2021 (CoS)\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untukmemohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara di Portal myPdPP.\nmyPdPP dibangunkan bagi membolehkan permohonan PDPP dilaksanakan secara atas talian.Semua permohonan adalah tertakluk kepada dasar kepentingan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi tanggungjawab individu pemohon untuk memastikan sebarang maklumat yang dikemas kini adalah tepat, sahih, terkini dan diteliti sebelum permohonan dibuat.\nRujuk maklumat lanjut tentang permohonan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (Guru Kontrak)\n\n \nSyarat Permohonan PPP Gred DG41 (Pengambilan Guru Kontrak)\n\n \nCara Permohonan Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 One-off Melalui myPDPP\n\n \nSemakan Keputusan myPDPP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (Guru Kontrak)\n1.1. Nama jawatan:Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).\n1.2. Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:A. Sekolah Kebangsaan (SK);B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); danC. Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional).\nMAKLUMAT JAWATAN\n1) Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service);\n2) Gaji permulaan RM 2,188.00;\n3) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan\n\n\n\n\n\n\n4) Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.\nRujuk opsyen dalam lampiran di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan PPP Gred DG41 (Pengambilan Guru Kontrak)\nSyarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 (Contract Of Service):\n1) Syarat kelayakan asas:\ni. Warganegara Malaysia;\nii. Sihat tubuh badan;\niii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;\niv. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;\nv. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);\nvi. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;\nvii. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan\nviii. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:a) Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai; ataub) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut; atauc) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.\nCALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON\na) Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);\nb) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah kelolaan KPM;\nc) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut;\nd) Calon yang diisytiharkan bankrap;\ne) Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan\nf) Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.\nBaca juga: Kerja Kosong UiTM Terkini 2021 (Jawatan Akademik & Pentadbiran)\nCara Permohonan Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 One-off Melalui myPDPP\nPermohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPGM di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 27 September 2021 (Isnin); dan\nb) Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.\nMaklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.\nRujuk iklan penuh di bawah:\npengambilan-guru-interim-pdppDownload\n\nSemakan Keputusan myPDPP\nRamai yang tertunggu-tunggu bila keputusan akan diumumkan.\nBerikut adalah maklumbalas kenyataan IPGM berkenaan tarikh semakan keputusan myPDPP, iaitu pada awal atau pertengahan Disember.\nSemoga boleh dijadikan panduan keputusan temu duga Guru DG41 (CoS).\n\nBaca juga: KWSP Bakal Lancar Skim i-Sayang Awal Tahun 2022 Ini\nMaklumat Lanjut\nSila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan teknikal:\nPUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPMAras 2, Blok 2250Jalan Usahawan 163000 CYBERJAYANo Telefon Pejabat : 03-8312 6666/03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733emel : [email\u00a0protected]\nNo Fax : 03-8312 6655\nSila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan Program CoS Tahun 2021\nUNIT AMBILAN GURUCAWANGAN PERKHIDMATANBAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIABlok E12 Aras 2-5, 13-14Kompleks E, PusatPentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 WP PutrajayaNo Telefon : 03 8884 7720/ 7724/ 7145\nNo Fax : 03-8888 6282\nLaman web : https://mypdpp.moe.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/p-hailing-gdl/", "title": "Rider P-Hailing Bakal Disyaratkan Miliki Lesen GDL", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenunggang Perkhidmatan P-Hailing (perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal) seperti Foodpanda dan GrabFood bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) selepas pindaan tiga undang-undang pengangkutan jalan diluluskan.\nTujuan pensyaratan tersebut adalah bagi memastikan perkhidmatan berkenaan diselia dengan baik.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat memiliki GDL bagi penunggang p-hailing.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenunggang P-Hailing Bakal Disyaratkan Miliki Lesen GDL\n\n \nPINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN DEMI MELINDUNGI KEBAJIKAN DAN KEPENTINGAN PENUNGGANG P-HAILING\n\n\nPenunggang P-Hailing Bakal Disyaratkan Miliki Lesen GDL\nMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menetapkan had usia penunggang perkhidmatan penghantaran makanan daripada tidak kurang 21 tahun kepada tidak kurang 18 tahun.\nBeliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lalu bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan dan agensinya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Negeri Sarawak untuk turut mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan yang disediakan oleh perniagaan penghantaran, terutamanya yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing).\n\u201cPindaan had usia ini akan membolehkan Keluarga Malaysia bekerja sebagai seorang penunggang motosikal p-hailing apabila mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal dan seterusnya mendapatkan GDL bagi tujuan itu.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKetetapan ini seterusnya akan membuka peluang kepada lebih ramai menyertai sektor ekonomi gig untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan p-hailing dan platform perkhidmatan penghantaran lain.\n\u201cKetiga-tiga pindaan akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen pada dalam sesi akan datang,\u201d katanya selepas sesi dialog bersama penunggang p-hailing, pada 8 Ogos 2022.\nKa Siong berkata, penurunan had usia itu dibuat selepas melihat demografi di Malaysia, selain penghantaran makanan kini menjadi punca rezeki yang penting, termasuk remaja yang sudah tidak lagi bersekolah pada usia 18 tahun.\nBeliau berkata, ada sesetengah pihak termasuk penunggang p-hailing meminta tidak diwajibkan mengambil GDL, namun ia bagi memastikan semua penawar perkhidmatan berkenaan menghadiri kursus.\nKatanya, ini juga bagi mengekang pihak yang tidak mempunyai lesen daripada beroperasi tanpa memahami peraturan dan pematuhan undang-undang yang mengawal selia perkhidmatan berkenaan.\nBerikut adalah kenyataan media rasmi oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong : https://fb.watch/eMz2ebL8aV/\n\nPINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN DEMI MELINDUNGI KEBAJIKAN DAN KEPENTINGAN PENUNGGANG P-HAILING\nKementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan akan melakukan yang terbaik dalam melindungi kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia khususnya melibatkan industri pengangkutan dan logistik termasuk mereka dalam sektor ekonomi gig yang semakin berkembang di Malaysia.\nJusteru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2022 telah bersetuju supaya Kerajaan melalui MOT dan agensi-agensi di bawahnya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sabah dan Negeri Sarawak untuk turut mengawalselia perkhidmatan kenderaan barangan yang disediakan oleh suatu perniagaan penghantaran, terutamanya yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing).\nSelain bagi memastikan sektor perkhidmatan ini berdaya saing dan kompetitif untuk tempoh masa panjang, pengawalseliaan juga bertujuan menjaga kebajikan penunggang atau pemandu kenderaan yang terlibat. \nAntara lain, syarat-syarat pengawalseliaan seperti keperluan mempunyai perlindungan insurans (bagi penunggang/pemandu), kawalan kepada tahap pengoperasian, syarat pelesenan, kawalan tahap keselamatan kenderaan dan kawalan kompetensi penunggang/pemandu akan ditetapkan.\nBagi tujuan pengawalseliaan dan penetapan peraturan terlibat, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya pindaan dilaksanakan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].\nPindaan ini juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan. Hari ini, saya turut mengadakan sesi dialog bersama Persatuan Penghantar P-Haling Malaysia (PENGHANTAR), penunggang p-hailing daripada pelbagai syarikat dan juga wakil vendor, Malaysia Food Delivery Association.\nBeberapa wakil pergerakan Gabungan e-hailing Malaysia iaitu Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-hailing Malaysia; Grab Drivers Malaysia Association; Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantar Bermotorsikal Perak (PKPPBP); Koperasi Jurupandu Teksiku Berhad; Indian e-hailing Drivers Malaysia; Asean Youth Leadership Forum; pemandu e-hailing termasuk di kalangan wanita turut bersama dalam sesi dialog ini.\nSebagaimana kenyataan media saya bertarikh 19 Jun 2022 yang lalu, pindaan yang dicadangkan antara lain bertujuan mewujudkan punca kuasa bagi mengawalselia dan menetapkan peraturan pelesenan bagi perkhidmatan berkenaan di bawah Akta 334 dan Akta 715 serta memastikan terdapatnya perlindungan insurans kepada penunggang/pemandu yang terlibat. \nSelain itu, pindaan juga akan meminda had umur penunggang p-hailing (motosikal penghantaran barangan) kepada tidak kurang dari 18 tahun (berbanding 21 tahun) bagi mendapatkan suatu Lesen Vokasional. \nPindaan had umur ini akan membolehkan Keluarga Malaysia bekerja sebagai seorang penunggang motosikal p-hailing apabila telah mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal dan seterusnya mendapatkan Lesen Vokasional bagi tujuan tersebut. \nKetetapan ini seterusnya akan membuka peluang kepada lebih ramai menyertai sektor ekonomi gig untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan p-hailing dan lain-lain platform perkhidmatan penghantaran.\nKetiga-tiga Rang Undang-Undang bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen di dalam sesi akan datang.\nDATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONGMENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA8 OGOS 2022\nSumber: Wee Ka Siong\nBaca juga: \nCara Order Shopee Food & Dapatkan Tawaran Diskaun HebatSPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk P-Hailing\n"]} {"url": "https://ecentral.my/vaksinasi-kanak-kanak-bawah-12-tahun/", "title": "Vaksinasi Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Akan Bermula 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.\nKUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.\nKementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPihak Pfizer juga dijangka mengemukakan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun pada penghujung tahun ini kepada NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) untuk penilaian dan kelulusan pendaftaran,\u201d menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.\n\nBaca juga: \u00a0Dos Penggalak COVID-19 Kini Diperluas Untuk 40 Tahun Ke Atas \u2013 KJ\nMenurut kementerian itu, kerajaan kini dalam proses memperoleh vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi bagi golongan itu memandangkan formulasi yang digunakan berbeza daripada populasi dewasa, tertakluk kepada kelulusan NPRA dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).\n\u201cAdalah dijangkakan seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos,\u201d menurut kementerian itu.\nPerkara itu dijelaskan bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang ingin tahu sama ada KKM berhasrat memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun serta jangkaan ia dilaksanakan.\n\u2014 BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-bantuan-pelancongan-selangor/", "title": "Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGERAN BANTUAN KEWANGAN PROGRAM/ AKTIVITI PELANCONGAN SELANGOR\nPermohonan geran bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan di Selangor kini dibuka untuk permohonan hingga 31 Disember depan. \nBerikut dikongsikan info lanjut bagi geran bantuan ini beserta syarat dan cara permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor?\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nTempoh Pelaksanaan Aktiviti\n\n \nOrganisasi Layak Memohon\n\n \nKriteria Kelayakan / Aktiviti Program\n\n \nKadar Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor?\nGeran bantuan kewangan Program / Aktiviti Pelancongan ini merupakan salah satu daripada 4 inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Pakej Kita Selangor 2.0 untuk memulih dan menggalakkan semula sektor pelancongan di negeri Selangor yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19.\n\n\n\n\n\n\nGeran bantuan kewangan ini akan dilaksanakan melalui kaedah pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance.\nPelaksanaan inisiatif ini diharapkan mampu memulih dan merancakkan semula aktiviti industri pelancongan khususnya di Negeri Selangor.\n\n\nTempoh Permohonan\nTempoh Permohonan 23 September 2021 Hingga 31 Disember 2021\nTempoh Pelaksanaan Aktiviti\nTempoh Perlaksanaan Program /Aktiviti dianjurkan oleh pemohon 1 Oktober 2021 Hingga 30 Jun 2022\nOrganisasi Layak Memohon\nPersatuan Pelancongan di Negeri Selangor yang berdaftar & diiktiraf di Malaysia dan Syarikat Agensi Pelancongan dan Pengembaraan di Negeri Selangor yang berdaftar & dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).Pengusaha Homestay di Negeri Selangor yang berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).Pengusaha dalam sektor MICE yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor.Hos Komuniti yang berdaftar dan berlesen di Negeri Selangor.Persatuan komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar di Negeri Selangor.\nKriteria Kelayakan / Aktiviti Program \nKriteria kelayakan aktiviti / program promosi & pemasaran adalah seperti berikut :\nPameran PelanconganMeetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE)Misi JualanFamiliarization Trip\n\nKadar Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Selangor\nAmaun permohonan adalah berdasarkan kepada satu penyertaan / pelaksanaan iaitu 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar ATAU mengikut kelayakan maksimum RM20,000 yang mana lebih rendah.\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila imbas QR code di bawah ini dan ikuti langkah berikut:\nPermohonan dibuat secara atas talian melalui Google Form : https://forms.gle/cWozpesQjw6Z86Yo9Permohonan perlu disertakan dengan dokumen lengkap :Perakuan Pendaftaran Syarikat / PersatuanPengesahan Penganjuran / Penyertaan Program (Jika berkaitan)Kertas Kerja Penganjuran / Penyertaan Program (PPT dalam dormat PDF)**Sila rujuk di bawah untuk info kertas kerja.\n\nSenarai ( CHECKLIST ) Permohonan : http://shorturl.at/aquB5\nBaca juga : GKP 4.0 : Semakan Bayaran RM1,000 PKS (September & November 2021)\nMaklumat Lanjut\nPermohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum program / aktiviti pelancongan dianjurkan ATAU disertai.\nPermohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya pihak pemohon telah menerima subsidi / tajaan dari organisasi lain untuk program . aktiviti pelancongan tersebut.\n\nSila pastikan borang ini diisi dengan lengkap,Tourism Selangor berhak menolak permohonan yang tidak lengkap.\nSebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urus setia Geran Bantuan Kewangan Pakej Kita Selangor 2.0 seperti senarai berikut:Emel\uff1a[email\u00a0protected]\nBaca juga: Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 (Muat Turun)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/belanjawan-selangor-2023/", "title": "Belanjawan Selangor 2023: Intipati Bantuan Untuk Rakyat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Selangor memperuntuk RM2.45 bilion dalam Belanjawan 2023 sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.\nMembentang dokumen tersebut hari ini, 25 November 2022, Dato\u2019 Menteri Besar berkata keseluruhan jumlah tersebuttinggi sedikit berbanding tahun lalu iaitu RM2.34 bilion.\nDato\u2019 Seri Amirudin Shari menjelaskan sebanyak RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan 1.2 bilion lagi untuk pembangunan.\n\n\n\nSumber: Selangor TV\nBerikut dikongsikan antara intipati Belanjawan Selangor 2023 yang telah dibentangkan sebentar tadi.\nIntipati Belanjawan Selangor 2023\nSKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)\nSelangor teruskan beri 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE). \nBermula 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri ubah syarat kelayakan SADE, naikkan had minimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 dan ke bawah.\nBANTUAN YURAN BULANAN DI TASKA (YAWAS)\nRM600 ribu: Inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska melalui bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi setiap anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40 melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).\n\n\n\n\n\n\nSKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR\nRM3 juta: Skim Iltizam Anak Selangor\n\nBuka akaun SSPN Prime bagi anak-anak lahir pada tahun 2022 di Selangor\n30 ribu pemohon diberi RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun\n\nKAD ANIS\nKad ANIS pusatkan bantuan:\n\nSubsidi Yuran Pendidikan di Pusat Early Intervention Program (EIP)\nGeran pembelian barangan keperluan khas\nBantuan pembelian barangan asas\nBantuan rawatan/ saringan kesihatan ISS\nBaucer beli belah, khairat kematian SMUE\n\nPROGRAM BINGKAS\nRM108 juta: program BINGKAS diteruskan\n\nDiagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak\nPembelian barangan dan keperluan asas bulanan RM300 sebulan\n\nSKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)\nBaucar beli-belah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) ditingkatkan dari RM100 kepada RM150.\nPROGRAM SKIM INSURANS AM SELANGOR (INSAN)\n\n6 juta rakyat Selangor (30 hari \u2013 80 tahun)\nPremium ditanggung penuh kerajaan negeri\nPerlindungan sehingga RM10,000 jika cedera & hilang upaya atau kematian akibat kemalangan\nKos urus pengebumian RM1,000 kepada waris\n\nDANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR\nRM2 juta: Dana Bantuan Guaman Selangor\n\nisu kekeluargaan, pekerjaan\ntermasuk keganasan domestik\ndiperluas melibatkan kes syariah\n\nILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS)\nRM45 juta: Iltizam Selangor Sihat (ISS)\n\nrawatan asas & vaksinasi RM500 setahun bagi kategori keluarga\nRM250 setahun bagi kategori individu\ndi mana-mana klinik panel di seluruh negeri\n\nManfaat Iltizam Selangor Sihat (ISS) diperluas:\n\nperlindungan takaful (manfaat kematian/cacat kekal akibat kemalangan) RM5,000\npenyakit kritikal RM5,000\nkematian semula jadi RM5,000\nkhairat kematian sebanyak RM1,000\n\nBANTUAN SELANGOR SIHAT\nRM5 juta: Bantuan Selangor Sihat sehingga RM5,000 menampung kos rawatan kesihatan:\n\ndialisis buah pinggang\npembedahan katarak mata\npembedahan kecil\nrawatan kanser\ntalasemia\nbantuan alatan perubatan\n\nSKIM RAWATAN JANTUNG NEGERI SELANGOR\nRM5 juta: Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan yang berkelayakan.\nPROGRAM BANTUAN YURAN ASAS UNIVERSITI (BAYU)\nRM4 juta: Program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)\n\ntajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti\nbantu golongan ibu bapa kategori B40 dan M40\n\nHPIPT SELANGOR\nRM3 juta: Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor\n\nRM1,000 kepada anak-anak Selangor\nkeluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah\npelajar tahun pertama pengajian IPTA/IPTS yang diiktiraf\nDiploma dan Ijazah Sarjana Muda\n\nTKWBNS\nRM8 juta: Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor\n\n5 program Peduli Siswa & 2 Program Khas dalam bentuk pinjaman boleh ubah & biasiswa\nsekolah menengah hingga pascasiswazah\ndibuka kepada penjawat awam Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran\n\nElaun Guru KAFA Naik, Diselaras\nPelarasan elaun minimum Guru KAFA RM1,500 sebulan akan dilaksanakan bermula Januari 2023. Sebagai tambahan, elaun bulanan seramai 2,825 guru KAFA akan diseragamkan dan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan.\nKerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM4.8 juta bagi pelarasan elaun Guru KAFA.\nSKIM BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR\nRM100 juta: Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor\n\nbiaya 10%-15% wang pendahuluan\nkediaman mampu milik LPHS\npembiayaan patuh syariah\nbayaran bulanan tidak membebankan 5-10 tahun\nbayaran balik fleksibel jika ingin selesai awal\nkhidmat nasihat kewangan\n\nLaporan penuh menyusul.\nBaca juga: \n\nRumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini\nPermohonan Rumah PPR 2022 (Program Perumahan Rakyat)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-psikometrik-spa/", "title": "Ujian Psikometrik SPA\u00a0: Contoh Soalan, Jawapan & Panduan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi yang memohon jawatan dengan kerajaan, anda diwajibkan untuk menjawab soalan ujian psikometrik sebagai salah satu syarat pemilihan untuk jawatan yang ditawarkan. \nBagi yang tidak tahu, Ujian Psikometrik merupakan langkah kedua dalam peringkat tapisan kerja kerajaan selepas tapisan kelayakan akademik di peringkat pertama.\nSekiranya anda melepasi Ujian Psikometrik, barulah anda anda ke peringkat seterusnya untuk Ujian Fizikal dan Sesi Temuduga. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Ujian Psikometrik?\n\n \nTujuan Ujian\n\n \nKriteria Penilaian Ujian Psikometrik\n\n \nContoh soalan\n\n\nApa Itu Ujian Psikometrik?\nUjian Psikometrik secara mudah difahaminya adalah satu kaedah atau alat yang digunakan untuk mendapatkan data-data dari sudut sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon.\nDaripada keputusan daripada ujian inilah pihak SPA dapat mengenalpasti perwatakan seseorang calon dan menentukan kesesuaian dengan jawatan yang akan dipohon.\nCalon calon diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kesemua 199 soalan (jumlah soalan akan dimaklumkan dan mungkin berubah).\n\n\n\n\n\n\nUjian akan bermula tepat pada pukul 9 pagi dan akan berakhir tepat pada pukul 5 petang \u2013 calon boleh pilih untuk menjawab mengikut kesesuaian masa masing-masing.\nArtikel berkaitan: SPA9 \u2013 Permohonan Kerja Kosong Kerajaan\nTujuan Ujian\nUjian ini dijalankan untuk tujuan-tujuan berikut:\n\nMengecilkan jumlah calon \u2013 Ujian ini adalah cara termudah untuk mengecilkan jumlah calon yang layak untuk sesuatu jawatan yang dipohon \nMencari pertawatakan tertentu \u2013 Setiap jawatan memerlukan calon memiliki perwatakan tertentu disebabkan skop dan tanggungjawab pekerjaan yang berbeza\n\nTiada jawapan yang betul atau salah dalam ujian psikometrik ini tetapi hanya calon yang menepati perwatakan tertentu yang dicari untuk jawatan yang dipohon sahaja akan dibenarkan untuk ke peringkat seterusnya.\nTiada markah gagal atau lulus dalam ujian ini kerana yang sebetulnya, lulus atau gagal ujian psikometrik ini dinilai berdasarkan kepada sejauh mana perwatakan seseorang itu dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.\u00a0\nUntuk info, boleh baca Panduan Ujia Psikometrik di lam web SPA di pautan https://www.spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/sukatan-peperiksaan-psikometrik \n\nKriteria Penilaian Ujian Psikometrik\n\nBagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan\u00a0(job-fit), organisasi\u00a0(organization-fit)\u00a0serta sifat kerja berpasukan\u00a0(team-fit).\nData-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri\u00a0(self-report)\u00a0iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.\nMelalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan. \n\nBaca lagi: MyResume SPA : Panduan Isi Borang & Cara Upload Dokumen\nContoh soalan\nBerikut merupakan contoh-contoh soalan yang bakal dijawap oleh calon yang menduduki ujian SPA.\nSeperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, tiada jawapan betul atau salah jadi calon diminta menjawab dengan jujur mengikut perwatakan diri sendiri.\nContoh Soalan 1: Saya merasa bersalah sekiranya tidak dapat hadir pada masa yang dijanjikan.\n\nSangat Setuju\nSetuju\nTidak Pasti\nTidak Setuju\nSangat Tidak Setuju\n\nContoh Soalan 2: Saya akan melakukan apa sahaja kerja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan.\n\nSetuju\nTidak Setuju\n\nContoh Soalan 3:\u00a0Sesekali saya akan melepaskan kemarahan kepada kerja bawahan saya apabila rasa tertekan.\n\nSangat Kerap\nKerap\nTidak Pasti\nKadang-Kadang\nTidak Pernah\n\nContoh Soalan 4:\u00a0Walaupun meja kerja saya berselerak tetapi saya tahu dimana saya meletakkan barang saya.\n\nSangat Setuju\nSetuju\nTidak Pasti\nTidak Setuju\nSangat Tidak Setuju\n\nContoh Soalan 5:\u00a0Dalam penyelesaikan masalah, saya memberi banyak idea berbandingkan orang lain.\n\nSangat Setuju\nSetuju\nTidak Pasti\nTidak Setuju\nSangat Tidak Setuju\n\nContoh Soalan 6:\u00a0Seandainya saya seorang guru, saya lebih gemar mengajar subjek berasaskan fakta berbanding subjek berasaskan teori.\n\nSangat Setuju\nSetuju\nTidak Pasti\nTidak Setuju\nSangat Tidak Setuju\n\nContoh Soalan 7:\u00a0Saya lebih suka berkawan dengan individu yang sentiasa mempunyai idea baharu berbanding individu yang berpendirian realistik.\n\nSangat Setuju\nSetuju\nTidak Pasti\nTidak Setuju\nSangat Tidak Setuju\n\nContoh Soalan 8:\u00a0Setiap orang layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan mereka.\n\nSangat Setuju\nSetuju\nTidak Pasti\nTidak Setuju\nSangat Tidak Setuju\n\nContoh Soalan 9:\u00a0Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.\n\nSangat Tidak Menggambarkan Diri Saya\nTidak Menggambarkan Diri Saya\nAgak Menggambarkan Diri Saya\nMenggambarkan Diri Saya\nSangat Menggambarkan Diri Saya\n\nContoh Soalan 10:\u00a0Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya.\n\nYa\nTidak\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/smpk/", "title": "SMPK \u2013 Login Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSMPK merupakan akronim bagi Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.\nSecara mudah difahaminya, ia adalah satu sistem pangkalan data yang mengumpulkan informasi pelajar dari pelbagai institusi pra sekollah termasuklah institusi prasekolah swasta. \nData-data ini penting buat kerajaan (melalui pihak Kementerian Pendidikan Malaysia) kerana ianya memudahkan tugas pemantau dan peninilaian pendidikan di peringkat prasekolah dengan lebih menyeluruh. \nSistem ini bukanlah satu kewajipan tapi setiap guru di prasekolah amat-amat digalakkan untuk mengemaskini segalla maklumat pelajar mereka dengan tepat. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif\n\n \nKelebihan menggunakan SMPK\n\n \nPengguna dan pelaksana\n\n \nLogin SMPK\n\n \nManual SMPK\n\n\nObjektif\nSecara umumnya, terdapat 3 objektif utama sistem ini dibangunkan oleh pihak KPM:\n\nMembangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan bagi pelajar prasekolah\nMemastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat agar ianya mudah diakses\nMemantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana\n\nKelebihan menggunakan SMPK\n\nSistem maklumat yang bersepadu dan tepat\nMenggantikan sistem merekod maklumat dan data para pelajar secara manual\nMengelakkan ketidakseragaman format kutipan maklumat yang pastinya akan menyukarkan dan menyebabkan kekeliruan di kemudian hari. \n\nPengguna dan pelaksana\nUntuk apakah sistem SMPK ini dibangunkan?\nSecara ringkasnya, sistem ini difokuskan untuk pengguna dan pelaksana berikut:\n\nPengguna \u2013 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabaran Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Institusi (Sekolah KPM/ Tadika KEMAS/ Tadika JPNIN/ Tadika Swasta)\nPelaksana \u2013 Prasekolah sekolah-sekolah KPM, Tadika KEMAS, Tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Tadika Swasta\n\nLogin SMPK\n\nBagi pihak-pihak pengguna dan pelaksana yang dinyatakan di atas, anda boleh mengakses sistem ini dengan langkah-langkahh berikut:\n\nLayari layari SMPK di alamat https://smpk.moe.gov.my/\nMasukkan ID Pengguna dan Katalaluan\nKlik pada ikon anak panah untuk login \n\nSetelah berjaya login, anda boleh kemaskini maklumat terkini bagi para pelajar anda.\nManual SMPK\nSila rujuk manual penggunaan SMPK dalam lampiran di bawah:\nMANUAL PENGISIAN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) PPD / JPN\nMANUAL-SMPK_JPN-PPDDownload\n\nMANUAL PENGISIAN SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK) SEKOLAH\nMANUAL-SMPK_SEKOLAHDownload\nBaca juga: \n\nSTR Tambahan \u2013 Kelayakan, Tarikh & Kadar Bantuan Tambahan\nePrasekolah KPM: Permohonan Prasekolah Sesi 2024 / 2025\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-bantuan-selangor-prihatin/", "title": "Selangor Prihatin: Bantuan RM500 Kepada Penjaja / Peniaga Kecil", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPakej Rangsangan Selangor Prihatin bagi menangani kesan COVID-19 oleh Kerajaan Negeri Selangor telah diumumkan oleh kerajaan Selangor dengan harapan meringankan beban mereka yang terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19.\nSetakat ini, Pakej Rangsangan Selangor Prihatin telah diumumkan dalam 2 fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Pertama\n\n \nPakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Kedua\n\n \nInsentif RM500 One-off Kepada Penjaja / Peniaga Kecil Di Bawah Pakej Selangor Prihatin\n\n \nKelayakan Pemohon\n\n \nCara Memohon\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\n\n\nPakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Pertama\nSecara ringkasnya, intipati yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Pertama yang diumumkan pada 20 Mac 2020 adalah seperti berikut:\nPetugas Hospital : Insentif RM200 & bantuan makananPenjaja Berlesen : Insentif RM500 & pengecualian sewaPeminjam Hijrah : Penangguhan bayaran pinjaman selama 3 bulanMahasiswa : Insentif RM200 & bantuan makananPenyewa Skim Smart Sewa : Penangguhan bayaran sewaan selama 3 bulanPengundi Selangor : Peningkatan had perbelanjaan ADUN kepada RM30,000Pembayar Cukai : Penangguhan tempoh bayaran cukai petak kepada 30 Jun 2020\nJumlah Peruntukan : RM127.78 Juta\nBerikut adalah senarai hotline yang boleh dihubungi berhubung Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 1.0.\n\n\n\n\n\n\n\nPakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Kedua\nPada 1 April 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 telah diumumkan.\nPakej ini dirangka berdasarkan dua cabaran utama yang dihadapi kesan daripada pandemik ini iaitu:\nbagaimana menggempur wabak ini daripada terus merebak bagaimana untuk menangani cabaran ekonomi yang dihadapi semasa dan juga pasca pandemik. \nAntara yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Kedua adalah:\nBantuan makanan percuma kepada petugas barisan hadapanInsentif Penjagaan Anak-anak petugas barisan hadapanBantuan makanan percuma kepada petugas media dan petugas keselamatanPembekalan topeng muka, hand sanitizer dan sarung tangan untuk rakyat SelangorMenambahbaik Skim Peduli Sihat kepada rakyat Selangor Bantuan kepada pesakit COVID-19 : RM1,000Penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan daripada Kerajaan NegeriBantuan khusus Agropreneur\nJumlah Peruntukan : RM272 juta\n\nInsentif RM500 One-off Kepada Penjaja / Peniaga Kecil Di Bawah Pakej Selangor Prihatin \nAntara insentif yang mendapat perhatian melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin ini adalah bantuan RM500 kepada penjaja dan peniaga kecil.\n\nTarikh akhir permohonan bagi bantuan penjaja sebanyak RM500 adalah pada\u00a07 Jun 2020 (Ahad).\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.\nKelayakan Pemohon\na) Syarat kelayakan asal:\nPeniaga memiliki Lesen/ Permit Penjaja (di bawah UUK Penjaja); danLesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020.\nb) Syarat kelayakan diperluaskan kepada:\nPeniaga berlesen (walaupun bukan di bawah UUK Penjaja) yang menyewa premis PBT untuk kategori Kiosk, Gerai, Medan Selera dan Pasar; danLesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020\n\nCara Memohon\nPemohonan hendaklah dilaksanakan atas talian (online) di www.selangorprihatin.com bermula\u00a08 April 2020.Setiap permohonan akan menggunakan nombor Kad Pengenalan. Sistem akan reject mana-mana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk akaun bank.Maklumat pemohon (pemilik lesen/ permit) dan maklumat bank hendaklah individu sama.\nTempoh Permohonan\nAdalah diingatkan bahawa tarikh akhir permohonan bagi bantuan penjaja sebanyak RM500 adalah pada\u00a07 Jun 2020 (Ahad).\nPenyaluran insentif RM500 akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat lengkap.\nBaca juga : Geran Khas Prihatin (GKP) Permohonan RM3,000 Untuk PKS\nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nPertanyaan boleh dilaksanakan bermula 8 April 2020 seperti berikut:\nIsi borang pertanyaan yang disediakan dalam sistem; ATAUHubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam) Hantar pertanyaan melalui e-mel [email\u00a0protected]; ATAUHubungi talian PBT/ Majlis Daerah masing-masing (9 pagi \u2013 4 petang)\nAnda juga boleh mengisi butiran maklumat di ruangan \u201cHubungi Kami\u201d yang disediakan di laman web\u00a0www.selangorprihatin.com.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spzas-sumbangan-pendidikan-zakat-anak-selangor/", "title": "Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023 (SPZAS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS) 2023 KINI KEMBALI!\nBerita baik ini buat semua pelajar sekolah rendah, menengah, IPT dalam & luar negara untuk memohon dana ini. Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.\nPara pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober hingga 3 Disember 2022 secara dalam talian.\nJangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan SPZAS.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?\n\n \nKadar Sumbangan SPZAS\n\n \nSyarat-syarat Permohonan SPZAS\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?\nSPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.\n\n\n\n\n\n\nSPZAS ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.\n\nKadar Sumbangan SPZAS\nSetiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan mengikut peringkat pengajian seperti dinyatakan berikut:\nRM700 (SPZAS dalam negara) RM1,000 hingga RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) \nSPZAS DALAM NEGARA\nPeringkat pengajian Sijil / Pra Universiti / Asasi / Matrikulasi / Pra Diploma / Diploma / Diploma Lanjutan / Ijazah Sarjana Muda / Sijil Prefesional dan Ijazah Sarjana \nSPZAS LUAR NEGARA\nPeringkat pengajian Sijil (Pengajian Islam ) / Sijil Profesional / Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana \nSPZAS SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH\nSementara itu, kadar sumbangan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut:\nPrasekolah / Tadika : RM200 (per tanggungan)Sekolah Rendah Kebangsaan : RM200 (per tanggungan)Sekolah Rendah AGama : RM200 (per tanggungan)Sekolah Menengah : RM200 (per tanggungan)\n\nSyarat-syarat Permohonan SPZAS\nKriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia.Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahunPendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000.Dokumen sokongan sila rujuk pautan www.zakatselangor.com.my/spzas atau imbas kod QR yang dipaparkan dalam poster di atas.\nNOTA: Permohonan adalah untuk BUKAN asnaf fakir, miskin & mualaf.\n*Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terus https://pendidikan.zakatselangor.com.my \nTarikh Permohonan\nPara pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober hingga 3 Disember 2022 secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .\nCara Permohonan\npermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan www.zakatselangor.com.my/spzas.\nTerdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:\nKad Pengenalan PemohonKad Pengenalan Suami/Isteri/PenjagaSijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan KeluargaBil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)*Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)*Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)Kad OKU (Jika Berkenaan)Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)\n*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.\nBilBorangMuat Turun1Borang Pengesahan Belajar\u00a0Muat Turun Borang2Borang Pengesahan Pemastautin\u00a0Muat Turun Borang3Borang Pengesahan Pendapatan\u00a0Muat Turun Borang\nBaca juga: \nLogin eZakatPay: Bayaran Zakat Selangor & Semakan Penyata OnlineMusaadah Tijariyyah 2.0 : Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM3,000\nSemakan Status Permohonan\nTempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat. \nBayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).\nMaklumat Lanjut\nPemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-mula-puasa/", "title": "Pengumuman Tarikh Mula Puasa 2023 Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh mula puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun 2023 ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.\nKenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.\nJawatankuasa-jawatankuasa berkenaan juga diperkenankan melihat anak bulan di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.\nDi Perak, lokasi melihat anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.\n\n\n\n\n\n\nLokasi lain Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.\nSelain itu, Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berinchang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).\nTurut menjadi lokasi melihat anak bulan Ramadan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.\n\u201cMajlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,\u201d menurut kenyataan itu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pengumuman Puasa 2023\n\n \nJadual Tarikh Penting Dalam Islam & Tarikh Mula Puasa 2023\n\n \nDoa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan\n\n\nTarikh Pengumuman Puasa 2023 \nPengisytiharan hari mula puasa bulan Ramadan 2023 di Malaysia telah diumumkan di saluran RTM TV1 (jam 8:00 malam, 22 Mac 2023).\n\n\n\nPengiystiharan Permulaan Puasa: 1 Ramadan akan bermula pada 23 Mac 2023 (Khamis).\nJadual Tarikh Penting Dalam Islam & Tarikh Mula Puasa 2023\nSumber: JAKIM\nDoa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan\nRasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0647\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u064a\u064f\u0645\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0633\u0652\u0644\u0627\u0645\u0650\u060c \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a \u0648\u064e\u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cYa Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.\u201d\nPerbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.\n\nJadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2023 / 1444H\n#NEGERI1Sabah2Wilayah Persekutuan Labuan3Sarawak4Johor5Melaka6Negeri Sembilan7Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya8Selangor9Pahang10Terengganu11Kelantan12Perak13Kedah14Perlis15Pulau Pinang\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-insentif-pelancongan-johor-2022/", "title": "Permohonan Bantuan Insentif \u2018one-off\u2019 Pelancongan Johor 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BANTUAN INSENTIF PELANCONGAN JOHOR 2022, KINI DI BUKA\nAyuh, ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk memohon!\n\nPermohonan Bantuan Insentif \u2018one-off\u2019 Pelancongan Johor bagi tahun 2022 kini di buka kepada:\na) Pemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor;\n\n\n\n\n\n\nSyarat-syarat permohonan:\nPemohon mestilah berdaftar dengan MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftarPermohonan mestilah lengkap dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftarWarganegara Malaysia yang menetap di JohorPemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugas berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaanPemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahteraPermohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022\n\nBaca juga: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat\nb) Pengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor;\nSyarat-syarat Permohonan:\nPengusaha hotel mestilah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor dan dilesenkan oleh PBTPemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri JohorPermohonan mestilah lengkap dengan dokumenPemohon mesti mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang 2021Pemohon mestilah mengemukakakn 5 pakej pelancongan Johor 2022 di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahteraPermohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022\n\nc) Syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor;\n\nd) Pengusaha Homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor dan Persatuan Homestay Negeri Johor.\n\nBaca juga: MyTax : Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN & Sekatan Perjalanan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Permohonan Bantuan Pelancongan Johor 2022\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n\nCara Permohonan Bantuan Pelancongan Johor 2022\nSemua permohonan hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi semua syarat-syarat permohonan.Borang permohonan boleh di muat turun menerusi pautan sebagaimana berikut :\nhttps://drive.google.com/drive/folders/ BANTUAN INSENTIF PELANCONGAN JOHOR 2022\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup bagi setiap kategori permohonan adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022 dan sebarang permohonan selepas tarikh tutup, tidak akan di layan.\nBorang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana di tetapkan, hendaklah di hantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.\nUntuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, bolehlah hubungi Tourism Johor pada waktu pejabat sahaja di talian07-2249960.\nSekian, terima kasih.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aplikasi-pengurusan-bantuan/", "title": "Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB): Login dan Kemaskini Data Murid", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAplikasi Pengurusan Bantuan atau singkatannya APB merupakan salah satu fungsi yang terdapat dalam aplikasi Pangkalan Data Murid.\nMaklumat yang dimasukkan dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) ini akan memudahkan proses pendaftaran pelajar yang tergolong dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajr Miskin (KWAPM).\nOleh itu, di peringkat sekolah lagi akan ada beberapa pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini data dalam ABP bagi melayakkan pelajar atau murid untuk mendapatkan bantuan KWAPM.\n\n\n\n\n\n\nBagi mengetahui lebih lanjut mengenai KWAPM, sila baca artikel KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKumpulan pengguna APB\n\n \nMaklumat murid yang diperlukan\n\n \nCara dapatkan akses APB\n\n \nCara login dan kemaskini APB\n\n\nKumpulan pengguna APB\nBerikut merupakan kumpulan pengguna yang boleh mengakses sistem APB ini:\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)Pengetua / Guru Besar sekolahGuru KWAPM yang telah dilantik oleh sekolah\nMaklumat murid yang diperlukan\nMaklumat-maklumat berikut diperlukan oleh pihak sekolah daripada murid untuk dikemaskini dalam SPS Modul Pengurusan Murid:\nNo KP MuridNama MuridDarjah/Tingkatan MuridStatus Warganegara MuridKaum muridNama ibubapaNo KP ibubapaPendapatan ibubapaTanggungan ibubapa\nCara dapatkan akses APB\nBagi memastikan individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini maklumat murid dalam APB, Pengetua atau Guru Besar dan Guru KWAPM perlu didaftarkan dalam eOPERASI oleh pihak sekolah (pentadbir SPS Modul Pengurusan Guru (eOPERASI)).\nKemudian sila akses ke alamat di bawah :\nhttp://sps.moe.gov.my/utama.phpLog masuk ke dalam Modul Pengurusan Murid SPSmenggunakan ID yang telah didaftarkan.Setelah log masuk, klik link \u201cKe PengurusanBantuan\nCara login dan kemaskini APB\n\nLaman APDM boleh diakses melalui pautan https://apdm.moe.gov.my/\nKemudian, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk login APB dan mengemaskini maklumat terkini murid:\nLayari laman APDMLog masuk akaun dengan memasukkan makluma ID Pengguna dan Kata LaluanTandakan pada kotak \u201cSaya bukan robot\u201d Klik butang Log MasukKlik pada Biasiswa Sukan untuk mengemaskini maklumat biasiswa sukan murid\nDengan penggunaan sistem APB ini, diharapkan pihak yang terlibat seperti para guru dalam memanfaatkan sistem ini demi kebaikan murid-murid terutamanya dari golongan yang layak mendapat bantuan KWAPM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/foodpanda-voucher/", "title": "Foodpanda Voucher Bulan Jun 2023 & Promo Code", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda pengguna Foodpanda, anda boleh mendapatkan lebih penjimatan dengan menggunakan foodpanda voucher / promo code untuk mendapatkan pelbagai diskaun.\nFoodpanda merupakan antara penyedia perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di Malaysia selain beberapa syarikat lain antaranya Grab Food.\nPopularitinya semakin meningkat terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia akibat pandemik COVID-19 kerana larangan untuk dine-in di restoran yang menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan servis penghantaran makanan ini. \nNamun, ia juga salah satu solusi yang dapat memudahkan anda membeli makanan dengan cepat tanpa perlu keluar dan beratur.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, FoodPanda juga menyediakan perkhidmatan pembelian pelbagai barangan keperluan harian melalui PandaMart dan pelbagai kedai serta farmasi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Dapatkan Voucher Foodpanda\n\n \nVoucher Food Panda Bulan Jun 2023\n\n \nSave more with these attractive deals!\n\n \nSave more on your next purchase with our partners\u2019 deals!\n\n \nCara Gunakan Voucher Foodpanda\n\n \nLebih Penjimatan Dengan Pandapro\n\n\nCara Dapatkan Voucher Foodpanda \n\nBagi yang tidak tahu, pihak Foodpanda sememangnya kerap memberikan voucher kepada pengguna setia perkhidmatan mereka. \nVoucher ini kerap dikemaskini dan para pengguna hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut untuk dapatkan dan guna voucher Foodpanda yang diberikan:\n\nLayari halaman rasmi Voucher Foodpanda di https://www.foodpanda.my/ms/contents/deals\nSalin mana-mana Foodpanda Promo Code yang dilampirkan dalam laman halaman tersebut\nPerhatikan pada kolum \u201cValidity\u201d untuk memastikan tempoh sah laku voucher tersebut\n\nSila rujuk senarai voucher Foodpanda dan promo code bulan Jun 2023 melalui jadual di bawah:\nVoucher Food Panda Bulan Jun 2023\nDEALPROMO CODEVALIDITYVALID FOREnjoy up to 20% off your first parcel delivery with pandagoPANDAGO22 May \u2013 30 Jun 2023New & Existing Customers*Valid for first time pandago parcel delivery only. Discount capped at RM1.PESTAPANDA is 40% off* all month long, with savings up to RM10. *T&Cs apply.PESTAPANDA3 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders with selected restaurants worth RM25 and above. Maximum discount is RM10. Daily redemption limit applies. While stocks last.PICKUPFEST is available all month long now, get 28% off* when you self-collect your orders!PICKUPFEST1 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for pick-up orders with selected restaurants worth RM25 and above. Maximum discount is RM7. Daily redemption limit applies. While stocks last.Enjoy up to 50% off* when you order with pandapick restaurants. *T&Cs apply.PANDAPICK3 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders with pandapick restaurants worth RM25 and above. Maximum discount is RM12.50. Daily redemption limit applies. While stocks last.Get RM7 off with the newly launched Tyson Fried Chicken!TYSON1 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid for food delivery orders from Tyson Fried Chicken worth RM25 and above. Daily redemption limit applies. While stocks last.RM8 Off all shops with code PANDASHOPPANDASHOP1 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid on selected shops orders worth RM65 & up per customer. Daily redemption limit applies or while stocks last.25% Off selected shops with code PESTASHOPSPESTASHOPS1 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New & Existing Customers*Valid on selected shops orders worth RM40 & up per customer. Daily redemption limit applies or while stocks last.25% Off all shops with code NEW2SHOPNEW2SHOP1 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New Customers Only*Valid on all shops orders worth RM40 & up per new customer. Daily redemption limit applies or while stocks last.25% Off all pandamart orders with code NEW2MARTNEW2MART1 \u2013 30 June 2023(or while stocks last)New Customers Only*Valid on all pandamart orders worth RM40 & up per new customer. Daily redemption limit applies or while stocks last.\nSave more with these attractive deals!\nDEALSPROMOTIONSVALIDITYVALID FOREnjoy up to 35% off* and more on selected restaurantsEnjoy up to 35% OFF and more from selected restaurants No code needed! Enjoy delicious deal(meal) from Pizza Hut, Domino\u2019s Pizza and more! Skip the queue and pick-up to enjoy up to 35% OFF!*Discount and minimum spend varies according to restaurant. T&Cs apply.1 January \u2013 31 December 2023(or while stocks last)New & Existing Customersup to 20% off* when you choose Pick-up, no code needed!Save on delivery fee, and no waiting time when you choose to self pick-up your orders at the restaurant. Enjoy up to 20% off, plus extra 5% off for pandapro users!*Discount varies according to restaurant. While stocks last. T&Cs apply.1 January \u2013 31 December 2023(or while stocks last)New & Existing Customers\nSave more on your next purchase with our partners\u2019 deals!\nDEALPROMO CODEVALIDITYVALID FORTouch \u2018n Go eWallet is now available on foodpanda! Make payment using Touch \u2018n Go eWallet and enjoy RM5 off.TNGRM55 May \u2013 30 June 2023(while stocks last)Valid for foodpanda orders worth RM35 and above. Only applicable for orders paid using Touch \u2018n Go eWallet. Limited to 900 redemptions daily & 1 redemption per customer. While stocks last.Get a free one(1) year pandapro subcription when you sign up with yout CIMB e Credit CardCIMBPRO09 Dec 2022 \u2013 31 Dec 2023(or while stocks last)Capped at 15,000 redemptions or while stocks lastRM5 off when you spend RM35 and up using your CIMB Debit Mastercard\u00ae.CIMBTUESDAY1 Feb 2023 \u2013 31 Jan 2024(or while stocks last)Limited to the first 1,000 redemptions every Tuesday and while stocks last.RM10 off when you spend RM40 and up using your BSN Visa Credit Card on Fridays.BSNPANDA24 Feb 2023 \u2013 31 Dec 2023(or while stocks last)Limited to the first 100 redemptions every Friday and while stocks last.RM10 off when you spend RM30 and above with Bank Islam Card-iBIPDD25 June \u2013 30 June 2023(or while stocks last)Capped at 600 redemptions or while stocks lastRM10 off when you spend RM30 and above with Bank Islam Card-iBIFDAY9 June \u2013 18 June 2023(or while stocks last)Capped at 500 redemptions or while stocks lastRM8 off every day except Fridays when you spend RM35 and above with Aeon Credit CardsAEON81 June \u2013 31 August 2023(or while stocks last)Capped at 50 redemptions everyday except Fridays.RM15 off every Friday when you spend RM60 and above with Aeon Credit CardsACSFRIDAY1 June \u2013 31 August 2023(or while stocks last)Capped at 35 redemptions every Friday.\nCara Gunakan Voucher Foodpanda \nSetelah anda mengenalpasti voucher atau promo code yang mahu atau boleh digunakan, anda boleh terus menggunakanannya ketika membuat pesanan melalui aplikasi Foodpanda. \n\nBuka aplikasi Foodpanda di peranti mudah alih anda\nLakukan carian makanan dan minuman yang anda ingin beli\nSahkan pembelian\nSebelum membuat pembayaran, masukkan voucher pada ruangan kod promosi\nTeruskan pembayaran seperti biasa\n\nSeperti yang dinyatakan di atas, voucher yang diberikan oleh biasanya terhad untuk tempoh tertentu sahaja. \nSelain itu, voucher juga mungkin terhad kepada vendor-vendor yang mengambil bahagian sahaja. \nArtikel berkaitan: Cara Dapatkan QR Code QR Pay Untuk Terima Bayaran\nLebih Penjimatan Dengan Pandapro \nSekiranya anda kerap menggunakan Foodpanda untuk menggunakan promo code di atas, mungkin lebih bagus sekiranya anda melanggan Pandapro yang berharga RM8.90 sahaja sebulan.\nDengan melanggan pakej Pandapro, anda akan mendapat beberapa kelebihan berbanding pengguna Foodpanda biasa antaranya:\n\nPenghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM25, terhad kepada 12 pembelian setiap bulan\nPotongan 15% dan keatas untuk lebih 10 ribu restoran\nTambahan potongan 5% untuk pesanan yang diambil di restoran atau pickup\n\u2026 dan banyak lagi\n\nDengan hanya RM8.90 ianya adalah satu penjimatan yang berbaloi, terutamanya kos penghantaran.\nMaklumat lanjut, sila rujuk https://www.foodpanda.my/contents/deals\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-pengajian-tinggi-zakat-selangor/", "title": "Permohonan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2021 / 2022 kini dibuka! \nAntara bantuan yang ditawarkan:\nSurat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Yuran Pengajian)Bantuan Persediaan Masuk ke IPTBantuan Keperluan Pendidikan (BKP)Wang saku, penginapan dan elaun buku\nJom ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Portal Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS)\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS)\n\n \nCara Permohonan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS)\n\n \nMuat Turun Dokumen Rujukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Portal Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS)\nPortal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian. \nIa sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.\nMelalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar. \nIa sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi.\nAntara objektif lain termasuklah:\nMemberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian melalui Portal Pendidikan.Pemohon dapat menyemak status bantuan yang dipohon dari semasa ke semasa melalui Portal Pendidikan.Maklumat dan syarat berkaitan bantuan yang dipohon akan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.\nBaca juga: \nSenarai Bantuan Rakyat Selangor Dalam Belanjawan Selangor 2022Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek TerkiniPermohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 (SPZAS)\nSyarat Permohonan Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS)\nBerdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT)\n\n\nCara Permohonan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS)\nLayari https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/Daftar & lengkapkan maklumat diperlukanMuatnaik dokumen lampiranHantar permohonanSemak keputusan selepas 6 hari bekerjaTerima tawaran penajaanCetak surat & daftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan LZS\nAnda layak? Mohon ONLINE sekarang!\nhttps://pendidikan.zakatselangor.com.my\nMuat Turun Dokumen Rujukan\nBilDokumenMuat Turun1User Manual Portal Pendidikan LZS\u00a0Muat Turun2Senarai ILKA Panel LZS\u00a0Muat Turun3Senarai IPTS dan ILKS Panel LZS\u00a0Muat Turun\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\nTelefon: 1-300-88-4343Facebook: Lembaga Zakat SelangorLaman web : https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/wise-sabah/", "title": "WiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan Sabah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda seorang ibu tunggal di Sabah, Wise Sabah merupakan laman we inisiatif Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah yang mesti anda akses. \nMenjadi ibu tunggal sama ada sebab kematian suami atau berpisah hidup bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa menanggung anak-anak.\nWalau bagaimanapun, hidup perlulah diteruskan demi masa hadapan anak-anak.\n\n\n\n\n\n\nLaman Wise Sabah diwujudkan untuk memperjuangkan nasib para ibu tunggal di negara di bawah bayu ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPendaftaran di wise Sabah\n\n \nKategori Ibu Tunggal\n\n \nDokumen untuk pendaftaran\n\n \nCara pendaftaran\n\n\nPendaftaran di wise Sabah\n\nHarap maklum bahawa pendaftaran ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan bantuan (kewangan atau barangan).\nSebaliknya, pendaftara di laman Wise Sabah ini bertujuan untuk pengumpulan data wanita dan ibu tunggal di negeri ini sahaja. \nKategori Ibu Tunggal\nBalu (kematian suami)\u00a0Penceraian\u00a0Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkahTidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat\u00a0Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja)\nDokumen untuk pendaftaran\nMemandangkan terdapat beberapa kategori ibu tunggal seperti senarai di atas, maka dokumen sokongan yang diperlukan juga berbeza bergantung kepada kategori ibu tunggal.\nBerikut merupakan dokumen sokongan untuk pendaftaran mengikut kategori:\nBalu (kematian suami) \u2013 Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin / Sijil Lahir AnakPenceraian \u2013 Sijil PenceraianDitinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah \u2013 Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai DaerahTidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat \u2013 Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengangkatan AnakMempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja) \u2013 Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit uzur daripada Hospital Kerajaan\nPendaftaran tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses.\nCara pendaftaran\nLayari laman Wise Sabah di alamat https://wise.sabah.gov.my/Klik pada tab DaftaraMasukkan nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat emelKlik butang DaftarMuat naik dokumen seperti senarai di atasLengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/heic-vs-jpeg/", "title": "Perbandingan HEIC vs JPEG : Format Gambar Mana Lebih Baik?", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nManakah lebih bagus antara HEIC vs JPEG?\nBagi pengguna peranti, iOS anda mungkin sudah sinonim dengan gambar berformat HEIC.\nPihak Apple telah memperkenalkan fail gambar berformat HEIC pada 2017 sebagai sebahagian daripada kemas kini iOS11 dan macOS High Sierra.\nNamun, penggunaan format ini pada gambar mungkin menimbulkan sedikit masalah apabila seseorang pengguna iOS itu perlu berkongsi gambar melalui Google Drive, Dropbox dan seumpamanya kepada individu lain yang tidak menggunakan ekosistem Apple.\nMaka timbullah perdebatan antara HEIC vs JPEG mengenai format manakah yang lebih bagus antara keduanya?\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu format JPEG dan HEIC?\n\n \nPerbezaan 1: Sokongan\n\n \nPerbezaan 2: Saiz fail\n\n \nPerbandingan 3: Kualiti gambar\n\n \nPerbandinngan 4: Fungsi\n\n\nApa itu format JPEG dan HEIC?\nJPG atau JPEG telah dicipta oleh \u201cJoint Photographic Experts Group\u201d. \n\n\n\n\n\n\nIa adalah format imej digital yang menyimpan data imej termampat dan fail JPG biasanya digunakan untuk menyimpan foto digital. \nBanyak grafik & imej disimpan dalam format JPG kerana algoritma pemampatan JPG meminimumkan saiz fail imej, yang seterusnya mengurangkan masa muat halaman.\nSebaliknya, fail HEIC menyimpan satu atau lebih gambar yang disimpan dalam HEIF atau \u201cHigh-Efficiency Image Format\u201d, format fail yang digunakan untuk menyimpan foto pada telefon mudah alih.\nIa mungkin mengandungi sama ada satu imej atau jujukan imej, dengan metadata menerangkan setiap imej. \nFormat fail baharu ini diperkenalkan oleh Apple dalam versi iOS 11 dan ia adalah format imej lalai untuk Peranti iOS dan Mac.\nPerbezaan 1: Sokongan\nAntara topik hangat perbandingan antara HEIC vs JPEG adalah sokongan yng diberikan kpada format-format ini.\nSalah satu sebab utama mengapa format fail JPG ialah format yang paling terkenal ialah ia menyokong semua sistem pengendalian, seperti Android, Mac, Windows, iOS dan UNIX. \nSebaliknya, format fail imej HEIC hanya boleh dibuka pada iDevices yang menjalankan sekurang-kurangnya iOS 11 dan Mac yang menjalankan macOS High Sierra. \nDalam persekitaran Windows dan Android, format fail HEIC tidak mempunyai sokongan asli. \nAnda perlu menukar imej HEIC ke dalam format JPG untuk melihatnya pada platform Windows dan Android.\nNamun, ini tidak menjadi masalah untuk menggunakan format HEIC sekiranya anda dan orang sekeliling anda menggunakan produk Apple. \nArtikel berkaitan: Cara Tukar Gambar Format HEIC di Apple Kepada Jpeg\nPerbezaan 2: Saiz fail\nSaiz fail format HEIC lebih kecil daripada JPG. \nImej ditangkap dan disimpan dengan format fail HEIC mengambil kurang ruang storan berbanding dengan format fail JPG. \nMalah, saiz fail HEIC adalah separuh daripada saiz fail JPEG dan itulah sebabnya HEIC lebih baik daripada JPEG dalam hal saiz pemfailan.\nUntuk perbandingan HEIC vs JPEG dari aspek saiz fail, HEIC sememangnya jauh lebih baik.\nPerbandingan 3: Kualiti gambar\nSatu lagi perbezaan utama ialah fail HEIC mempunyai kualiti imej yang lebih baik berbanding dengan fail JPG kerana format fail baharu ini boleh mengekalkan butiran imej.\nPerbandinngan 4: Fungsi\nFormat fail HEIC menggunakan warna dalam 16-bit, dan sebaliknya, format fail JPEG hanya menggunakan 8-bit.\nJadi, peranti yang menyokong sepenuhnya format fail baharu HEIC boleh menangkap pelbagai warna. \nSelain itu, anda boleh mengubah suai imej HEIC dengan lebih mudah, seperti menerapkan perubahan pada pelbagai lapisan, seperti bahagian tengah, latar belakang dan latar depan. \nSelain itu, anda boleh menyunting atau \u201ccrop\u201d imej HEIC anda tanpa menyimpan atau mengubahnya buat kali kedua. \nOleh itu, HEIC benar-benar bagus dalam menyunting foto.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-pinjaman-komputer-pelajar-skip-mara/", "title": "Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Dari 1 Februari 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (SKIP)\nBerita baik kepada semua pelajar IPMA, termasuk KKTM, MJII & IKM yang ingin membuat pembelian komputer untuk kegunaan pengajian, terutamanya situasi ketika ini memerlukan para pelajar mengikuti pengajian secara dalam talian, namun mempunyai kekangan kewangan.\nSkim ini disediakan untuk pelajar memiiki komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP).\nBerikut disertakan info lanjut bagi para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nAmaun Pinjaman\n\n \nBorang Permohonan Online\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)\n\n\nSkim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)\nSkim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)\u00a0diwujudkan bagi membantu\u00a0pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA)\u00a0untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.\nSkim Pinjaman Komputer IPMA (SKIP) ini adalah bagi membiayai pembelian komputer oleh pelajar IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam al-Murabahah.\nPinjaman ini terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.\nInsititusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat di bawah skim ini adalah:\nKolej MARAInstitut Kemahiran MARA (IKM)Kolej Kemahiran Tinggi MARAMARA Japan Industrial Institute (MJII)Kolej Profesional MARA (KPM)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)Kolej PolyTech MARA (KPTM)German Malaysian Institute (GMI)\nPermohonan boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula\u00a01 Februari 2021.\nBaca juga: Inisiatif Belia Berniaga: Bantuan Modal RM15,000 Oleh Majlis Belia Malaysia\nSyarat Kelayakan\nPelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:Persediaan / Pra UniversitiSijilDiplomaIjazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahunSijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahunIjazah Sarjana Mudah: Tidak melebihi 45 tahunPelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja / pihak lain.\nAmaun Pinjaman\nAmaun maksimum Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA adalah sebanyak RM3000 sahaja.\nPenetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.\nPinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.\nBaca juga: SPiM IPTS MARA 2021 (Penjana): Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera\nBorang Permohonan Online\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan > aplikasi.mara.gov.my/skip\nMaklumat Lanjut Tentang Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk surat siaran MARA melalui posting INI.\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkm-2023/", "title": "BKM 2023 : Kategori Kelayakan & Jumlah Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI : Bantuan Keluarga Malaysia 2023 (BKM)\nBantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 bakal memberikan bantuan one-off TERTINGGI untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.\nBagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000\nBagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak\nBerikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam #Bajet2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)\n\n \nRangkuman Fokus Bajet 2023\n\n\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)\ni) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan\n\n\n\n\n\n\nRM2,500 : Lebih 5 Anak\nRM1,000 \u2013 RM2,000: 1 \u2013 4 Anak\n\n\nii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 \u2013 RM5,000\nRM500 \u2013 RM1,250: 1 \u2013 4 Anak (Bergantung bilangan anak)\n\niii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang\nRM350 \u2013 RM600 (Bergantung pendapatan)\n\niv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500\nTambahan RM500\n\nKlik di pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut beserta dokumen berkaitan #Bajet2023:https://budget.mof.gov.my/bajet2023/\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=j782ZsCFjjU\n\nBaca juga: \n\nPermohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023 (SPZAS)\nPembentangan Bajet 2023 [LIVE] 7 Oktober 2022\n\nRangkuman Fokus Bajet 2023\nFOKUS PERTAMA\nBagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\n\nMemelihara Kebajikan Rakyat\nMengutamakan Keluarga Malaysia\nMembina Kehidupan Kondusif\n\nFOKUS KEDUA\nSetelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\n\nMempermudah Aktiviti Perniagaan\nMerancak Pelaburan dan Perdagangan\nMenyokong Industri Tumpuan\n\nFOKUS KETIGA\nBagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\n\nKonsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil\nMeneruskan Projek Infrastruktur Negara\nMengungguli Agenda Kelestarian\n\nFOKUS KEEMPAT\nBajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:\n\nMemperkukuh Perkhidmatan Utama\nMembina Daya Tahan Negara\nPenyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/german-malaysian-institute-gmi/", "title": "Permohonan German-Malaysian Institute (GMI) 2022, Kelebihan & Syarat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJom daftarkan diri anda sebagai pelajar di German-Malaysian Institute (GMI)! \nTahukah anda, GMI mempunyai kelengkapan fasiliti berteknologi tinggi untuk pelbagai jenis bidang kemahiran. \nAnda juga boleh mendapatkan elaun setiap bulan, yuran tajaan MARA dan peluang melanjutkan pelajaran ke Jerman.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang German-Malaysian Institute untuk makluman calon-calon yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah German-Malaysian Institute?\n\n \nPermohonan Pengambilan German-Malaysian Institute (GMI) Januari 2022\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah German-Malaysian Institute?\nPada tahun 1991, German-Malaysian Institute (GMI) iaitu sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran telah ditubuhkan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGMI menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif serta seimbang.\u00a0\nInstitut ini menawarkan pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri.\n\n7 KELEBIHAN YANG ANDA AKAN DAPAT SEBAGAI PELAJAR GMI\nTajaan MARABantuan yuran pengajianDuit poket RM630 setiap bulan sepanjang pengajianDiskaun Pembayaran Balik Sehingga 85%*Pembelajaran 70% Praktikal & 30% TeoriPenginapan & Persekitaran Kampus Yang KondusifPeluang Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Dalam & Luar Negara14 Pusat Teknologi Hasil Kolaborasi Bersama IndustriKelengkapan Pembelajaran Praktikal Bertaraf Industri*Tertakluk kepada syarat kelayakan\n\nPermohonan Pengambilan German-Malaysian Institute (GMI) Januari 2022\nPermohonan pengambilan GMI bagi sesi Januari 2022 kini dibuka.\nPembiayaan MARA dijamin (tertakluk kepada terma dan syarat).\n13 PROGRAM YANG DITAWARKAN \nJABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK:\nDiploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)Diploma In Network SecurityDiploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)Diploma In Autotronics Engineering TechnologyDiploma In Creative Multimedia\nJABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL:\nDiploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)\n\n\nBaca juga: \nDanaNITA MARA 2021: Skim Pembiayaan Khas Wanita RM50,00013 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nSyarat Permohonan\nSYARAT KEMASUKAN\nLulus SPM + 3 Kredit (Termasuk subjek Matematik dan mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal)\nTempat adalah terhad. JOM mohon sekarang!\nCara Permohonan\nUntuk permohonan dalam talian, layari di:gmi.edu.my/onlineapp\nLayari permohonan https://sis.sqayy.com/onlineapp/\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, layari: www.gmi.edu.my atauhttps://linktr.ee/germanmalaysianinstitute\nWhatsapp pegawai pengambilan GMI bawah untuk sebarang pertanyaan:\nhttps://wasap.my/+601156741706/MohonJan2022 (Pn. Sallysmar)https://wasap.my/+601126055460/MohonJan2022 (En. Amir)https://wasap.my/+601115328200/MohonJan2022 (Pn. Syamimi)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-ipg/", "title": "Jawatan Kosong Pensyarah Akademik IPG 2022 & Jurulatih Kokurikulum", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULATIH KOKURIKULUM DI PELBAGAI KAMPUS IPG SELURUH MALAYSIA\nUntuk makluman, Institut Pendidikan Guru kini sedang membuka jawatan kosong pensyarah akademik dan jurulatih kokurikulum bagi tahun 2022.\nSila rujuk pada lampiran dan pautan berikut untuk mengetahui syarat lanjut serta kelayakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nA) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK, JURULATIH KOKURIKULUM DAN PEGAWAI PENGURUSAN DI IPG KAMPUS ILMU KHAS\n\n \nB) PERMOHONAN JAWATAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS IPOH\n\n \nC) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK & JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU\n\n \nD) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULAITH KOKURIKULUM DI IPGK BAHASA ANTARABANGSA\n\n \nE) TAWARAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH DAN JURULATIH KOKURIKULUM IPG KAMPUS RAJANG, BINTANGOR\n\n \nF) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS RAJA MELEWAR\n\n \nG) PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH AKADEMIK, JURULATIH KOKURIKULUM DAN PEGAWAI PENGURUSAN IPG PEREMPUAN MELAYU MELAKA\n\n \nH) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN\n\n\nA) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK, JURULATIH KOKURIKULUM DAN PEGAWAI PENGURUSAN DI IPG KAMPUS ILMU KHAS\n\nGuru Gred DG44 / 48 yang berminat untuk dilantik sebagai Pensyarah Akademik dan Jurulatih Kokurikulum bagi bidang kepakaran berikut dipelawa untuk memohon:\nTeknologi PendidikanPendidikan KhasPendidikan MuzikBahasa Cina Kokurikulum\nPegawai Pengurusan Gred DG41 / 44 Bidang:\nPeperiksaan dan PenilaianLatihan Dalam PerkhidmatanHal Ehwal Pelajar\nTARIKH TUTUP: 22 APRIL 2022\nMaklumat lanjut dan pautan permohonan:\n\n\n\n\n\n\nhttps://drive.google.com/drive/folders/1D8ZdscwLVjCiXpXt8Q8ia8vbs9pPSAAB?fbclid=IwAR2zXj2q2PG_uxlWD2F7oYoEEx134TfU6a6fiA6un8WUVSKE7ejngcUZfjQ\nB) PERMOHONAN JAWATAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS IPOH\n\nDipelawa kepada rakan-rakan guru (Gred DG44 / 48) yang berminat untuk dilantik sebagai Pensyarah Akademik dan Jurulatih Kokurikulum bagi bidang kepakaran berikut:\nBahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaIlmu PendidikanIlmu PendidikanBimbingan dan KaunselingPendidikan Jasmani dan KesihatanSains SosialRekabentuk TeknologiMuzikSejarahMatematikPendidikan IslamKokurikulum\nTARIKH TUTUP : 23 APRIL 2022\nPermohonan boleh dibuat menggunakan borang PPPM 1A yang boleh dimuat turun melalui Imbasan Kod QR atau pautan : https://bit.ly/BorangPPPM-1A.\nSila rujuk maklumat lanjut dalam lampiran iklan di atas.\nC) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK & JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU\n\nDipelawa kepada rakan-rakan guru (Gred DG44/48) yang berminat untuk dilantik sebagai Pensyarah Akademik dan Jurulatih Kokurikulum bagi bidang kepakaran:\nPendidikan Awal Kanak-kanakBahasa InggerisKesusateraan MelayuBahasa MelayuPendidikan MoralMatematikTeknologi PendidikanSejarahPendidikan MuzikPendidikan JasmaniJurulaith Kokurikulum\nSila rujuk syarat permohonan dan lengkapkan borang pada pautan https://bit.ly/37GRdzp\nTARIKH TUTUP: 21 APRIL 2022\nD) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULAITH KOKURIKULUM DI IPGK BAHASA ANTARABANGSA\n\nDipelawa kepada rakan-rakan guru Gred DG 44/48 yang berminat untuk dilantik sebagai Pensyarah Akademik dan Jurulatih Kokurikulum bagi bidang kepakaran \nIlmu PendidikanBahasa InggerisPendidikan JasmaniKokurikulumBahasa ArabBahasa PerancisBahasa JermanBahasa JepunBahasa KoreaSains SosialPendidikan Seni VisualSejarahPendidikan Muzik\nTARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 APRIL 2022\nSila imbas kod QR dalam lampiran poster di atas atau terus ke pautan borang PPPM1A : https://qr.page/g/4RzpSCVZp0E\nE) TAWARAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH DAN JURULATIH KOKURIKULUM IPG KAMPUS RAJANG, BINTANGOR\n\nKepakaran subjek yang diperlukan:\nBahasa MelayuBahasa IbanTESLPendidikan IslamPendidikan JasmaniSejarahSainsMatematikPendidikan Awal Kanak-kanakKokurikulum Bidang Ilmu PendidikanPsikologiBimbingan dan KaunselingTeknologi PendidikanPendidikan KhasSosiologiPentaksiran dan Penilaian\nTARIKH PERMOHONAN: 12-18 APRIL 2022\nMaklumat lanjut, sila rujuk pautan https://ipgkr.moe.edu.my/\nF) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS RAJA MELEWAR\nDipelawa kepada rakan-rakan guru (Gred DG44/48) yang berminat untuk dilantik sebagai Pensyarah Akademik dan Jurulatih Kokurikulum bagi bidang kepakaran:\n\nBahasa MelayuBahasa InggerisBimbingan dan KaunselingJurulatih KokurikulumPendidikan Awal Kanak-kanakPendidikan MuzikPendidikan Seni VisualReka Bentuk dan TeknologiSejarahTeknologi Pendidikan\nTARIKH TUTUP 20 APRIL 2022\nBorang permohonan: https://shorturl.at/uCEZ7\nG) PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH AKADEMIK, JURULATIH KOKURIKULUM DAN PEGAWAI PENGURUSAN IPG PEREMPUAN MELAYU MELAKA\n\n\n\nTARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 APRIL 2022\nH) PERMOHONAN PENSYARAH AKADEMIK DAN JURULATIH KOKURIKULUM DI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN\n\nTARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 APRIL 2022\nPermohonan boleh dibuat menggunakan borang PPPM 1A yang boleh dimuat turun melalui Imbasan Kod QR atau pautan : https://bit.ly/BorangPPPM-1A.\nI) TAWARAN JAWATAN PENSYARAH DAN JURULATIH KOKURIKULUM GRED DG44/48, DG41/DG44 DI KAMPUS YUN ABDUL RAZAK\n\nPermohonan boleh dibuat menggunakan borang PPPM 1A yang boleh dimuat turun di laman web https://www.ipgmktar.edu.my\nTARIKH PERMOHONAN: 12-18APRIL 2022\nBaca juga: \nPICKIDS : Tarikh Akhir Dos 1 Vaksin Kanak-kanak 15 Mei IniCara Pengiraan Pencen / Faedah Persaraan Penjawat Awam\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-tabika-kemas/", "title": "Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran Tabika & Taska KEMAS bagi sesi 2023 kini dibuka!\nUntuk makluman, ibu bapa boleh membuat permohonan bagi anak-anak untuk memasuki Taska / Tabika KEMAS secara online.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat bagi pendaftaran bagi anak-anak yang berkenaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tabika / Taska KEMAS?\n\n \nSyarat Kemasukan / Pendaftaran\n\n \nSenarai Tabika / Taska KEMAS Seluruh Malaysia\n\n \nCara Pendaftaran / Muat Turun Borang\n\n \nTutorial Cara Pendaftaran Online / Muat Turun Borang TABIKA / TASKA KEMAS\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Tabika / Taska KEMAS?\nBahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard\u00a0\u00a0 Pra sekolah\u00a0\u00a0 Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska\nProgram Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:\n\nTaman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 \u2013 4 Tahun\nTaman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 \u2013 6 Tahun\n\n\nSyarat Kemasukan / Pendaftaran\nSebelum muat turun borang, ibu bapa/penjaga mesti membaca syarat-syarat kemasukan ke TABIKA dan TASKA KEMAS. \n\n\n\n\n\n\nIni bagi memudahkan ibu bapa/penjaga mengisi borang dengan lancar.\nSyarat-syarat\n\nKanak-kanak yang mempunyai\u00a0status Warganegara Malaysia\u00a0atau\u00a0salah seorang ibubapa Warganegara.\nTerbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).\nBorang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.\nBilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.\nBorang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.\nPihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.\n\nDokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-\n\nSalinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.\nSalinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.\nSlip gaji ibu dan bapa/penjaga.\nDua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.\nRekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)\n\nSenarai Tabika / Taska KEMAS Seluruh Malaysia\n\nKEDAH\nPERLIS\nPULAU PINANG\nPERAK\nKELANTAN\nWILAYAH PERSEKUTUAN\nTERENGGANU\nPAHANG\nSELANGOR\nMELAKA\nNEGERI SEMBILAN\nJOHOR\nSABAH\nSARAWAK\n\nBagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.\nCara Pendaftaran / Muat Turun Borang\nTerdapat 2 cara pendaftaran iaitu pendaftaran online dan pendaftaran secara manual.\nPendaftaran secara atas talian (online) adalah terhad kepada 142 tabika rintis.\ni) PENDAFTARAN ONLINE\nIbu bapa/penjaga boleh melihat senarai TABIKA/TASKA KEMAS yang berdekatan dengan kediaman ibu bapa/penjaga dalam senarai di bawah untuk pendaftaran secara atas talian.\nhttps://bit.ly/SENARAITABIKAKEMASONLINE2023\nPihak KEMAS sentiasa prihatin dengan kegusaran ibubapa berkaitan permohonan Pendaftaran kemasukan ke TABIKA KEMAS Tahun 2023 secara dalam talian melalui sistem pendaftaran (https://www.malaysia.gov.my/) kini mengalami gangguan teknikal yang menyebabkan ibubapa tidak dapat membuat permohonan pendaftaran kanak-kanak secara atas talian.\nUntuk itu, Pengurusan KEMAS bersetuju untuk memaklumkan bahawa ibubapa yang ingin memohon untuk kemasukan ke TABIKA KEMAS tersebut boleh membuat permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan di laman sesawang Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (https://www.kemas.gov.my/)\nMasuk ke laman web KEMAS https://www.kemas.gov.my/\n\nPilih \u201cAwam\u201d\nPilih \u201cTABIKA\u201d \u2013 https://www.kemas.gov.my/tabika/#toggle-id-6\nMuat turun borang pendaftaran\nMemuat turun borang permohonan yang lengkap dan sahkan permohonan (sign majikan)\nMenghantar borang yang lengkap dan dokumen sokongan ke TABIKA KEMAS yang telah dipilih.\n\nUntuk makluman tuan/puan, sila pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap betul sebelum menghantar permohonan.\nUntuk makluman tuan/puan, permohonan akan ditutup pada 31 Disember 2022 (Sabtu).\nii) PENDAFTARAN SECARA MANUAL\nJika TABIKA tu bukan dalam 142 TABIKA terpilih untuk registration online, ibu bapa perlu download borang dan isi.\nKlik Link di bawah untuk muat turun borang TABIKA KEMAS : https://bit.ly/BORANGTABIKAKEMAS2023\nBORANG-PENDAFTARAN-TABIKA-NEWDownload\nKlik Link di bawah untuk muat turun borang TASKA KEMAS : https://bit.ly/BORANGTASKAKEMAS2023\nBORANG-PENDAFTARAN-TASKA-PERMATA-KEMAS-NEWDownload\nApabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.\nTutorial Cara Pendaftaran Online / Muat Turun Borang TABIKA / TASKA KEMAS \n\n\nLayari laman web https://www.kemas.gov.my/\nSila perhatikan bintang tersebut. Klik Awam \u2013 Klik Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Klik antara TABIKA/TASKA\nIbu bapa/penjaga perlu membaca syarat-syarat kemasukan sebelum muat turun borang permohonan.\nSetelah memahami syarat-syarat kemasukan, ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang seperti yang di dalam imej di atas.\nCara yang sama bagi permohonan ke TASKA KEMAS. Ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang selepas memahami syarat-syarat kemasukan ke TASKA.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut: \n\nFacebook : KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat\nLaman web : https://www.kemas.gov.my/\nTelefon : 03-8891 2682\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/yang-di-pertua-dewan-rakyat/", "title": "Yang di-Pertua Dewan Rakyat : Profil & Tugas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTeka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi kerusi Yang di-Pertua atau Speaker Dewan Rakyat terjawab apabila Datuk Johari Abdul dipilih pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 19 Disember lalu.\nBekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu sekaligus berikrar akan memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu dengan jujur dalam melaksanakan prosiding dan urusan dewan.\nSempena berakhirnya Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, kami ingin kongsikan serba sedikit informasi mengenai latar belakang serta profil tugas Speaker Dewan Rakyat.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Maksud Kerajaan Perpaduan \u2013 Jabatan Penerangan Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBagaimana Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dipilih?\n\n \nProfil Tugas Yang di-Pertua Dewan Rakyat\n\n \nSenarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat\n\n\nBagaimana Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dipilih?\nYang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilh di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan untuk dilantik. \nUntuk makluman, Datuk Johari Abdul telah dicalonkan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengisi jawatan yang sebelumnya digalas oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun.\n\nProfil Tugas Yang di-Pertua Dewan Rakyat\nFungsi atau Profil tugas Speaker Dewan Rakyat secara amnya adalah :\n\nbertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar\nmemastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat\nmembuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian.\n\nNamun, jawatan ini hendaklah dikosongkan atau boleh dilepaskan sekiranya :\n\nDewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih\nJika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan untuk Yang di-Pertua mengosongkan jawatan tersebut.\n\nSenarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat\nBerikut merupakan senarai ahli dewan rakyat yang pernah menggalas tugas sebagai Speaker :\nNamaTarikh BerkhidmatYB Dato\u2019 Johari bin Abdul19 Disember 2022 \u2013 kiniYB Tan Sri Azhar Azizan Harun13 Julai 2020 \u2013 18 Disember 2022YB Tan Sri Dato\u2019 Mohamad Ariff bin Md Yusof16 Julai 2018 \u2013 13 Julai 2020YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia28 April 2008 \u2013 15 Julai 2018YB Tan Sri Dato\u2019 Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib22 November 2004 \u2013 27 April 2008Y.A Bhg Tun Dato\u2019 Seri Dr Mohamed Zahir bin Haji Ismail14 Jun 1982 \u2013 14 Oktober 2004YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail9 Januari 1978 \u2013 16 Mac 1982YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood4 November 1974 \u2013 19 Disember 1977YB Tan Sri Dato\u2019 Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman25 November 1964 \u2013 3 November 1974YB Dato\u2019 Syed Esa bin Alwee18 Mei 1964 \u2013 24 November 1964YB Dato\u2019 Haji Mohamad Noah bin Omar11 September 1959 \u2013 17 Mei 1964\nSumber : parlimen.gov.my \n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-spier-pdrm/", "title": "Ujian SPiER-PDRM 2022 (Sistem Pemprofilan Rekrutmen)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN UJIAN SPIER-PDRM 2022 BAGI JAWATAN:\nINSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA),KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI) DAN;\nSemua calon yang telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada tahun 2021 dikehendaki membuat semakan panggilan ujian SPIER-PDRM bermula 07 Februari hingga 28 Februari 2022Bagi calon Semenanjung.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang ujian berkenaan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)?\n\n \nTujuan / Objektif Ujian SPiER PDRM\n\n \nSemakan Status Ujian SPIER PDRM\n\n \nBagaimanakah Ujian SPiER PDRM Ini Dijalankan?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER)?\nSistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) ini merupakan satu sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai satu kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu.\n\n\n\n\n\n\nAspek yang dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi di bawah KDN.\nPembangunan SPiER dianggotai Pegawai Psikologi KDN, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Pegawai Beruniform Jabatan atau agensi yang terlibat.\n\nTujuan / Objektif Ujian SPiER PDRM\nSPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.\nSPIER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.\nSPIER bagi Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), APMM, VPA dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut dibangunkan dan telah digunakan sepenuhnya.\nSemakan Status Ujian SPIER PDRM\nSemakan status ujian SPIER-PDRM lulus atau gagal boleh dilakukan dalam sistem e-pengambilan PDRM di pautan berikut:\nhttps://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/\nHanya calon yang lulus ujian ini sahaja akan mendapat surat panggilan temu duga lisan yang boleh didapati di dalam e-pengambilan PDRM.\nBagaimanakah Ujian SPiER PDRM Ini Dijalankan?\nUjian ini dijalankan melalui sesi ujian berkomputer.\nSPIER merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai.\nDasar penilaian umumnya menumpukan pada 3 aspek berikut:\npenilaian minat kerjayapenilaian personalitipenilaian nilai pekerjaan\nSumber: Harian Metro\nBaca juga: \nMyFutureJobs : Daftar & Login Portal Pekerjaan Negara 2022MySPR Semak: Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web\u00a0https://psikom.moha.gov.my/spier/\u00a0iaitu Ministry of Home Affairs (MOHA / KDN).\nMaklumat Lanjut \nSebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman sosial Facebook Unit Pengambilan PDRM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-digital-vaksin/", "title": "Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAWAS! JANGAN KONGSI SIJIL DIGITAL VAKSIN ANDA\nDengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan kepada penerima vaksin lengkap, sijil digital vaksin kini menjadi perhatian ramai yang ingin mengambil kesempatan.\nBahkan, sebelum ini tular di mana sijil vaksinasi \u2018palsu\u2019 yang dijual dengan harga RM15 di media sosial dan online shopping.\nOleh itu, diingatkan bahawa jangan sesekali berkongsi ID, Kata Laluan My Sejahtera serta sijil digital vaksinasi anda di media sosial atau kepada sesiapa pun.\nAnda seharusnya berhati-hati dalam menjaga kerahsiaan maklumat berhubung Sijil Digital Vaksinasi di MySejahtera masing-masing. \n\n\n\n\n\n\nSumber: KPDNHEP\nBaca juga: Ibu Mengandung Boleh Dapat Vaksin Tanpa Temujanji MySejahtera\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTips Keselamatan Mengelakkan \u2018Pencuri Identiti\u2019\n\n \nSijil Digital Vaksin Tidak Perlu Dicetak\n\n\nTips Keselamatan Mengelakkan \u2018Pencuri Identiti\u2019 \n3 tips penting untuk mengelakkan pencuri identiti Sijil Digital Vaksin anda:\nJangan tunjuk status MySejahtera.Jangan muat naik sijil digital vaksinasi.Jangan dedahkan nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin\nSekiranya didedahkan ketiga-tiga maklumat ini, ia akan membuka ruang kepada \u2018pencuri\u2019 identiti dan penggodam.\nSijil Digital Vaksin Tidak Perlu Dicetak\nDalam sebuah laporan oleh Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan.\nKatanya, orang ramai boleh tunjuk sijil digital di MySejahtera ketika ini tanpa perlu mencetaknya. \nSemua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan ia tidak perlu langsung untuk mencetak.\n\u201cCukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR),\u201d katanya.\nSelain sijil digital, Noor Azmi berkata orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.\n\u201cMasing-masing ada kad itu dan saya pernah jumpa rakyat yang \u2018laminate\u2019 kad berkenaan untuk disimpan seperti MyKad. Itu juga sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya.\n\u201cGuna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,\u201d katanya.\nBaca juga: Cara Kemaskini MySejahtera: Gagal Kemaskini Boleh Didenda\nNOTA PENTING\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis akan menjalankan siasatan terhadap penjualan sijil digital vaksinasi palsu tersebut termasuk di platform e-dagang.\nJusteru, usah membuka peluang kepada golongan tidak bertanggunjawab menggunakan maklumat peribadi kita untuk tujuan berkaitan sijil digital vaksinasi.\nDiharapkan jika anda sudah memuatnaik informasi ini terus bertindak memadamkannya sebelum ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tol-rahmah-percuma/", "title": "Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju laksana Tol Rahmah Percuma di 33 lebuhraya selama 4 hari pada 19,20, 21 dan 24 April \u2013 PM Anwar Ibrahim\nPemberian tol percuma selama 4 hari bagi semua kelas kenderaan di kesemua 33 lebuh raya ini merupakan KALI PERTAMA diberikan oleh Kerajaan kepada pengguna lebuh raya.\nSila rujuk infografik di bawah untuk info lanjut:\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh & Tempoh Tol Rahmah Percuma\n\n \n33 Lebuh Raya Yang Terlibat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh & Tempoh Tol Rahmah Percuma\nBermula 19 April 2023 (12.01 am), 20 April, 21 April 2023 (11.59pm) dan 24 April 2023.\n33 Lebuh Raya Yang Terlibat\n\nLebuhraya Utara-Sealtan (PLUS)\nLebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)\nLebuhraya Seremban \u2013 Port Dicskon (SPDH)\nLebuhraya Kedua Malaysia \u2013 Singapura (LINKEDUA)\nLebuhraya Butterworth \u2013 Kulim (BKE)\nJambatan Pulau Pinang (JPP)\nLebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)\nLebuhraya Karak \u2013 KL (KLK)\nLebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)\nLebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)\nLebuhraya Baru Pantai (NPE)\nLebuhraya Kajang \u2013 Seremban (LEKAS)\nLebuhraya Bertingkat Ampang \u2013 Kuala Lumpur (AKLEH)\nLebuhraya Kemuning \u2013 Shah Alam (LKSA)\nLebuhraya Koridor Guthrie (GCE)\nLebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)\nLebuhraya Shah Alam (KESAS)\nLebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)\nLebuhraya Damansara Puchong (LDP)\nSistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)\nLebuhraya Cheras \u2013 Kajang (GRAND SAGA)\nLebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)\nLebuhraya KL \u2013 Putrajaya (MEX)\nLebuhraya Duta \u2013 Ulu Kelang (DUKE)\nLebuhraya Senai \u2013 Desaru (SDE)\nLebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)\nLebuhraya KL \u2013 Kuala Selangor (LATAR)\nJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS)\nLebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)\nLebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)\nLebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)\nLebuhraya Sungai Besi \u2013 Ulu Kelang (SUKE)\nLebuhraya Bertingkat Damansara \u2013 Shah Alam (DASH)\n\nSumber: Kementerian Kerja Raya (KKR Malaysia)\nSebelum memulakan perjalanan, pengguna lebuh raya digalakkan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM yang beroperasi 24 jam bermula :\n20 \u2013 26 April 2023\n\nCARA MENIKMATI TOL PERCUMA\nBerikut adalah cara nak dapatkan tol percuma bagi pengguna Touch n Go, Smart Tag dan RFID.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Hotline TMC LLM di nombor 1800-88-7752.\nSelain itu pengguna boleh dapatkan info dari akaun Twitter @llmtrafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.\nBaca juga: \n\nCuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri\n4 Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 \u2013 PMX\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkm-fasa-3/", "title": "BKM Fasa 3 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh & Jumlah Pembayaran BKM Fasa 3 Bagi Setiap Kategori\nTERKINI: Berita gembira buat penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) \u2013 Perdana Menteri\n\nBKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Maka hari ini saya mengumumkan:\ni. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.\nii. Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.\niii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.\niv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Semakan Status & Pengkreditan\n\n \nJumlah Bayaran BKM Fasa 3\n\n \nPenunaian Di Kaunter BSN\n\n \nSemakan Status\n\n \nMaklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia\n\n\nTarikh Semakan Status & Pengkreditan\nSemakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui Portal BKM.\nSeperti sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak.\nTentu ramai yang tertunggu-tunggu berapa bayaran BKM Fasa 3 dan bilakah ia akan dikreditkan.\n\n\n\n\n\n\nTerkini, pengguna media sosial telahpun berkongsi bahawa ada yang telah menerima bayaran.\n\n\nDifahamkan status di laman web BKM juga telah mula dipaparkan.\n\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia Fasa Ketiga.\nJumlah Bayaran BKM Fasa 3 \nBerikut dikongsikan jadual bayaran BKM Fasa 3 i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 5001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM700B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM4001-2 anak : RM4003 anak dan ke atas: RM400iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:1-2 anak : RM8003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM600iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150\n\n\n\nSila buat semakan melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/\nPenunaian Di Kaunter BSN\nPenerima tunai adalah individu yang:\nTiada akaun bankGagal kredit\nUntuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.\nHanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. \nSumber: Notis Bayaran Tunai BKM Di Seluruh Cawangan BSN (Fasa 3)\nPastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.\nRujuk kaedah semakan status melalui langkah di bawah.\nSemakan Status\nBagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.\nSila rujuk langkah di bawah:\nLayari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini :\u00a0https://bkm.hasil.gov.my.Klik [LOG MASUK BKM].Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.Klik Menu [Semakan Status].Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.Selesai.\n\nMaklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia\nInfo lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :\nHotline BKK LHDNM\u00a0: 1800 88 2747Hotline BKK MoF\u00a0: 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel :\u00a0[email\u00a0protected]Laman web BKM:\u00a0https://bkm.hasil.gov.my/Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):\u00a0https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html\nBilakah pendaftaran BKM 2022 dibuka? Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan). Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022? Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:i. Permohonan Secara Dalam TalianPermohonan BKM 2022 boleh dibuat di:a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; ataub. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /App Store pada telefon bimbitii. Permohonan Melalui BorangBorang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:a. Portal Rasmi BKM LHDNM; ataub. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan? Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perludikemukakan adalah seperti berikut:i. Pemohon:a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataub. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauc. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataud. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamahe. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)ii. Pasangan:a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataub. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadaniii. Anak:a. Anak Kandung \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Lahirb. Anak Angkat \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPNBorang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian. Saya telah menghantar permohonan BKM 2022. Sekiranya ada perubahan maklumat,adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan? Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022. Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian? Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu /Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diprosesoleh LHDNM.Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan kecawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula. Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022? Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dankelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan. Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan? Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula 28 Mac 2022. Berapakah jumlah bayaran BKM Fasa 1 bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 1 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM200v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima? BKM Fasa 2 akan diterima mulai 27 Jun 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiadav) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan? Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 5001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM700B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM4001-2 anak : RM4003 anak dan ke atas: RM400iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM8003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM600iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat? Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiadav) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima? Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali. Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang? RM350 Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas? RM600 : Warga emas bujang / tiada pasanganRM900 \u2013 RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas Rujuk jadual di bawah: NOTA:Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja. Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori keluarga / berkahwin? Penerima BKM Isi Rumah (kategori berkahwin / keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM1000 \u2013 RM3000, bergantung kepada jumlah pendapatan dan bilangan anak serta kadar tambahan.Sila rujuk jadual di bawah:NOTA:Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat;\u00a0atauTambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja. Bilakah rayuan BKM akan dibuka? Rayuan BKM akan dibuka bermula pada 2 Mei selama 1 bulan.Pemohon boleh mengemukakan dokumen untuk semakan semula kelayakan oleh LHDN. \nSumber: https://bkm.hasil.gov.my\nBaca juga: \nBKM Tambahan Fasa 2 (Bantuan Tunai Tambahan)Portal SIMPENI: Login Semakan Pendaftaran Calon UPKK 2022 (JAKIM)Harga Siling Ayam & Telur Berkuatkuasa 1 Julai 2022 (Dikemaskini)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/puasa-arafah/", "title": "Niat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH HARI ARAFAH 2023, KELEBIHAN & NIAT PUASA SUNAT\nTidak lama lagi kita akan sampai ke bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIstimewanya Bulan Zulhijjah\n\n \nTarikh Hari Arafah Di Malaysia 2023\n\n \nKelebihan Hari Arafah\n\n \nTARIKH PUASA ARAFAH 2023 DI MALAYSIA\n\n \nKelebihan Puasa Sunat Arafah\n\n \nNiat Puasa Sunat Hari \u2018Arafah\n\n \nWaktu Berdoa\n\n\nIstimewanya Bulan Zulhijjah\nAntaranya adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Tiada kelebihan khusus dari hari 1 hingga 8 Zulhijjah namun terdapat kelebihan bagi siapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah dimana seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah dan terdapat waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.\nSeterusnya melaksanakan ibadah Korban pada Hari Raya AidilAdha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang berkemampuan, hendaklah mereka merebut peluang ini kerana ganjarannya amatlah besar disisi Allah SWT.\nDan yang terakhir, kita digalakkan mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil dan bertakbir.\nDaripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:\n\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062d\u064e\u0628\u064f\u0651 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u0650 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u0650\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627: \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u0650\u0647\u064e\u0627\u062f\u064f \u0641\u0650\u064a \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e \u0628\u0650\u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\nMaksudnya: \u201cTiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, \u201cWahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?\u201d Baginda bersabda, \u201cWalaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.\u201d\n[HR al-Bukhari, hadis sahih]\nTarikh Hari Arafah Di Malaysia 2023\nTarikh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah 1444 / Hari Wuquf bagi tahun ini ditetapkan pada 27 Jun 2023.\n\n\n\n\n\n\nTarikh jangkaan permulaan 1 Zulhijjah 1444H di Malaysia pada tahun 2023 adalah pada 20 Jun 2023.\nPengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan diumumkan pada akhir bulan Zulkaedah nanti.\nKelebihan Hari Arafah\nHari Arafah adalah hari di mana Allah Taala sendiri mendekati hamba-hambanya. \nPerkara ini disebutkan dalam hadis yang sahih. Sabda Rasulullah \ufdfa:\n\u0645\u0627 \u0645\u0646 \u064a\u0648\u0645 \u0623\u0643\u062b\u0631 \u0645\u0646 \u0623\u0646 \u064a\u0639\u062a\u0642 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0641\u064a\u0647 \u0639\u0628\u062f\u0627 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0631 \u0645\u0646 \u064a\u0648\u0645 \u0639\u0631\u0641\u0629\u060c \u0648\u0625\u0646\u0647 \u0644\u064a\u062f\u0646\u0648 \u062b\u0645 \u064a\u0628\u0627\u0647\u064a \u0628\u0647\u0645 \u0627\u0644\u0645\u0644\u0627\u0626\u0643\u0629 \u0641\u064a\u0642\u0648\u0644: \u0645\u0627 \u0623\u0631\u0627\u062f \u0647\u0624\u0644\u0627\u0621\u061f\n\u201cTidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?\u201d (Sahih Muslim)\n\nTARIKH PUASA ARAFAH 2023 DI MALAYSIA\nMungkin ada antara kita yang teragak-agak untuk berpuasa pada Hari Arafah memandangkan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah awal sehari berbanding di Malaysia.\nNamun, perlu diingat bahawa penetapan tarikh Hari Arafah adalah berdasarkan rukyah di negara masing-masing.\nBerikut adalah kenyataan oleh Mufti Selangor berkenaan isu ini.\nIsu Puasa Sunat Hari Arafah : Perbezaan Menurut Kalendar Islam Antara Malaysia dan Arab Saudi\n\n\nKelebihan Puasa Sunat Arafah\nAntara kelebihan puasa Arafah adalah:\n\nPuasa Arafah adalah satu jalan / ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar.\nPeluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.\nHari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding apabila dilakukan pada bulan-bulan yang lain.\nDigalakkan juga perbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah bersabda : \u201cSebaik-baik doa adalah pada hari Arafah\u201d.\n\n\u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u062d\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0628\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0643\u064e\u0641\u0650\u0651\u0631\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\n\u201cPuasa hari \u2018Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.\u201d\n(Sunan al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)\nNiat Puasa Sunat Hari \u2018Arafah\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0651\u0644\u0650\u0647 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\u201cSaya berniat puasa sunat \u2018Arafah kerana Allah Taala.\u201d\nSumber infografik oleh JAKIM\nBaca juga: Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah & Amalan Sunnah Yang Dianjurkan\nWaktu Berdoa\nTimbul persoalan, perlu ke untuk kita samakan waktu kita berdoa dengan waktu wukuf di padang Arafah itu?\nNabi S.A.W bersabda:\n\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0639\u064e\u0627\u0621\u0650 \u062f\u064f\u0639\u064e\u0627\u0621\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0629\u064e\nMaksudnya: \u201cSebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..\u201d\nJika diteliti hadis Nabi s.a.w ini, Nabi s.a.w tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada HARI Arafah.\nBilakah hari Arafah?\nSyeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Bermaksud, sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah doa mustajab.\nAdapun bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.\nSabda Nabi s.a.w:\n\u0627\u0644\u062d\u062c \u0639\u0631\u0641\u0629\nMaksudnya: \u201cHaji itu (berwukuf) di padang Arafah.\u201d\nWaktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Maka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah. Maka insyaAllah mustajab doa berganda-ganda.\nOleh kerana itu, jelas di sini sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab. Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab.\nManakala bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan.\nNabi S.A.W bersabda:\n\u062b\u064e\u0644\u0627\u062b\u064e\u0629\u064c \u0644\u0627 \u062a\u064f\u0631\u064e\u062f\u064f\u0651 \u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0627\u0644\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u062f\u0650\u0644\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0626\u0650\u0645\u064f \u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064f\u0641\u0652\u0637\u0650\u0631\u064f \u0648\u064e\u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0638\u0652\u0644\u064f\u0648\u0645\u0650..\nMaksudnya: \u201d Tiga doa yang tidak akan ditolak Allah (bermaksud sangat mustajab) iaitu doa seorang pemimpin yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi..\u201d\nKesimpulannya, tidak perlulah kita bersusah payah untuk menyesuaikan atau convert waktu wukuf di padang Arafah dengan waktu di Malaysia kerana masing-masing ada keistimewaan masing-masing.\nIslam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab insyaAllah.\n(Sumber: Pusat Pungutan Zakat MAIWP)\nBaca juga: Tarikh Hari Raya Haji 2023 / Hari Raya Aidil Adha 1444H\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kebenaran-rentas-negeri-ppn/", "title": "Kebenaran Rentas Negeri Dalam 2-3 Minggu Lagi \u2013 PM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEBENARAN RENTAS NEGERI DIJANGKA DALAM 2-3 MINGGU LAGI\nMesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju memberi kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa. \nMenurut DS Ismail Sabri di laman sosial rasmi Facebook, beliau memahami bahawa ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama. \n\n\n\n\n\n\nTambah beliau lagi, insyaAllah, sasaran 90% ini dijangka dapat dicapai dalam masa 2-3 minggu sahaja lagi.\n\nBaca juga: Borang Permohonan Rentas Negeri 2021 Sepanjang PKP dan PPN\n3 Negeri Diberi Kebenaran Beralih Ke Fasa Seterusnya\nHari ini, tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan juga telah diberi kebenaran untuk beralih ke fasa seterusnya. \nSelain itu, bermula esok, operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dipanjangkan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam.\nBerikut adalah kenyataan penuh beliau hari ini:\n\n\nBerikut adalah intipati yang diumumkan dalam siaran media hari ini:\n\n\n\nDalam akhir ucapan beliau, turut ditegaskan bahawa dalam usaha ini, kita juga hendaklah sentiasa peka dan saling menjaga keselamatan diri dan Keluarga Malaysia.\nKelonggaran yang kita kecapi hari ini adalah hasil pengorbanan kita bersama. \nBeliau yakin, dengan adanya kelonggaran-kelonggaran ini, kita dapat mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara tidak lama lagi. \nSumber: Facebook DS Ismail Sabri \n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-biasiswa-yayasan-bursa-malaysia-ybm-2021/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM) 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBursa Malaysia adalah pengatur barisan hadapan pasaran modal Malaysia dan mempunyai kewajiban untuk menjaga pasaran yang adil dan teratur dalam sekuriti dan derivatif yang diperdagangkan melalui kemudahannya.\nBursa Malaysia sentiasa komited dalam usahanya untuk menjadi pasaran terkemuka di Asia. \nSelari dengan usaha pertumbuhan ini adalah kepercayaan mereka yang mendalam untuk menyumbang ke arah kemajuan masyarakat Malaysia khususnya. \nBiasiswa ini adalah lanjutan dari usaha tersebut itu dan mereka mengajak calon yang layak anda untuk menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan mereka.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM)?\n\n \nSyarat kelayakan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM)\n\n \nJurusan keutamaan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM)\n\n \nCara permohonan\n\n \nTarikh tutup permohonan\n\n\nApakah Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM)?\n\nSejak tahun 2006, Yayasan Bursa Malaysia (YBM) telah memberikan biasiswa penuh kepada pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kursus sarjana di tujuh universiti awam tempatan dengan kriteria berikut:\nIndividu di bawah 22 tahunPendapatan isi rumah keluarga kurang dari RM5,000Keutamaan diberikan kepada jurusan Undang-undang, Kewangan, Perakaunan dan Ekonomi\nSyarat kelayakan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM) \nPihak YBM telah menetapkan beberapa syarat minimum yang perlu dipenuhi oleh pemohonan sebelum permohonan mereka boleh dipertimbangkan untuk biasiswa ini.\nAntara syarat akademik yang mesti dipatuhi oleh individu yang mahu memohon adalah:\nSTPM: Minimum 2A dan 2B;A-Levels: Minimum 2A dan 2B; atauMatrikulasi/Program Asasi: CGP 3.5 dan keaatas; danMalaysian University English Test (MUET): Band 4; atauSPM atau O-Levels: Kepujian dalam Matematik dan Bahasa Inggeris\nSelain syarat kelayakan akademik di atas, seseorang calon itu juga perlulah aktif dan aktiviti sukan dan kurikulum.\nKelebihan bagi calon yang pernah memegang jawatan tinggi dalam persatuan atau kelab yang disertai.\nCalon juga perlu mempunyai sahsiah tinggi dan ciri kepimpinan yang baik.\nJurusan keutamaan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM) \nSemua calon yang menetapi syarat kelayakan akademik yang dinyatakan di atas layak memohon namun selari dengan tujuan utama YPM diberikan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan di bawah:\nPerakaunan / Kewangan EkonomiUndang-undangPentadbiran Perniagaan\nCara permohonan \nBagi calon yang layak, anda boleh menghantar permohonan dengan cara berikut:\nMenghantar emel ke [email\u00a0protected]Menghantar permohonan ke alamat berikut:\nBursa Malaysia BerhadYayaasn Bursa Malaysia11th Floor, Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200, Kuala Lumpur\nTarikh tutup permohonan\nTarikh Tutup: 11:59 malam pada 30 September 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-peka-2-1/", "title": "Skim Peka 2.1 : Pembiayaan RM50,000 Untuk Pengusaha Pelancongan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengusaha\u00a0industri\u00a0pelancongan\u00a0dan kreatif di Pulau Pinang kini boleh memohon bantuan pembiayaan melalui inisiatif\u00a0Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan\u00a0atau Skim Peka\u00a02.1 dan Skim\u00a0Pinjaman\u00a0Tanpa Faedah Dana Permulaan Industri Ekonomi Kreatif\u00a0untuk membantu mereka mengekalkan\u00a0perniagaan \u00a0semasa\u00a0pandemik COVID-19.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Peka 2.1?\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nPengusaha Yang Layak\n\n \nBorang Permohonan Skim Peka 2.1\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Peka 2.1?\nSkim Peka 2.1 ditawarkan oleh agensi pembangunan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada penggiat industri pelancongan Pulau Pinang yang layak.\n\n\n\n\n\n\nIa bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan penggiat industri agar mereka dapat mengekalkan\u00a0perniagaan semasa\u00a0pandemik COVID-19.\nBaca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas\nTempoh Permohonan\nTempoh permohonan SKIM PEKA 2.1 akan dilanjutkan sehingga 26 Februari 2021, memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Pulau Pinang.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarikat / Pengusaha Pelancongan yang mempunyai nilai jualan tahunan maksima RM 15 juta (akaun beraudit yang terkini) ATAU bilangan pekerja sehingga 75 orang.Pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC / Majlis Bandaraya Pulau Pinang / Majlis Bandaraya Seberang Perai.Permohonan pinjaman ini HANYA untuk pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dan beroperasi di Pulau Pinang sahaja.Nama Syarikat tidak disenarai hitam (CTOS).Syarikat mesti mempunyai lesen perniagaan yang sah.Syarikat Sdn. Bhd. atau pemilik perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Syarikat yang telah BERJAYA dalam permohonan SKIM PEKA 1.0 dan SKIM PEKA 2.0 TIDAK LAYAK.\nPengusaha Yang Layak\nHotel-hotel yang mempunyai lesen pihak berkuasa dan masih beroperasi.Tempat tarikan pelancongan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa, seperti MBPP, MBSP, Pejabat MOTAC dan/atau pengusaha pelancongan yang dianggap dapat membantu industri pelancongan oleh PETACE.Galeri Seni yang mempunyai lesen pihak berkuasa.SPA / Pusat Urut Kaki yang berdaftar dengan MOTAC.Pengusaha program Pengalaman HOMESTAY di Malaysia yang berdaftar dengan MOTAC.Pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan beroperasi di Pulau Pinang.Pengusaha feri dan cruise pelancongan.Tempat persembahan kesenian berlesen.Pengusaha-pengusaha lain yang boleh membuktikan kebergantungan utama mereka adalah pada sektor pelancongan serta terkesan atau mengalami impak negatif semasa penularan pandemik Covid-19.\nBaca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)\nBorang Permohonan Skim Peka 2.1\nPemohon yang ingin memohon\u00a0SKIM PEKA 2.1\u00a0dikehendaki untuk muat turun borang-borang seperti berikut:-\nBorang Skim PEKA 2.1 \u2013\u00a0Klik untuk muat turunBorang CRA (CTOS) \u2013\u00a0Klik untuk muat turunBorang EFT PDC \u2013\u00a0Klik untuk muat turunBorang PDPA \u2013\u00a0Klik untuk muat turun\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut :\u00a004 \u2013 650 5133 /\u00a0017 \u2013 581 5133\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-pencarian-murid-pintar-berbakat-ukm1-genius-pintar/", "title": "Ujian Pencarian Murid Pintar UKM1 [email\u00a0protected]", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1) akan dibuka dan boleh diakses secara dalam talian bermula 1 Februari hingga 31 Mei 2023. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kolej [email\u00a0protected] ?\n\n \nApakah Program Pencarian Murid Pintar & Berbakat Pusat [email\u00a0protected] Negara UKM1?\n\n \nTatacara Kemasukan Pelajar Ke Kolej [email\u00a0protected]\n\n \nBidang Pengkhususan\n\n \nTarikh Ujian UKM 1\n\n \nSiapa Yang Layak Menduduki Ujian [email\u00a0protected]?\n\n \nKelebihan / Keistimewaan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan\n\n\nApakah Kolej [email\u00a0protected] ?\nKolej [email\u00a0protected], UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya. \nKurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).\nKurikulum Kolej [email\u00a0protected], UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar. \nPelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.\nKolej [email\u00a0protected], UKM meletakkan lima komponen utama yang dinilai sebagai PNGK Bersepadu (Integrated CGPA) bagi melayakkan pelajar mendapat sijil \u201c[email\u00a0protected] Junior Certificate\u201d pada Asas 3 dan sijil \u201c[email\u00a0protected] High School Diploma\u201d pada Tahap 2.\nPelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej [email\u00a0protected], UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej [email\u00a0protected], UKM.\n\n\n\n\n\n\n\nApakah Program Pencarian Murid Pintar & Berbakat Pusat [email\u00a0protected] Negara UKM1?\nProgram Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat [email\u00a0protected] Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun. Pencarian ini disasarkan kepada murid berumur 8 hingga 15 tahun di seluruh negara. Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi Ujian Saringan UKM1, UKM2 dan UKM3.\nIa adalah bagi mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar\u00a0pintar intelek semulajadi\u00a0di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini. \nBagi kemasukan ke program pintar dan berbakat, murid-murid perlu melepasi UJIAN SARINGAN UKM1, UKM2 dan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat. \n\nSetiap tahun, ujian UKM1 dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei. \nUjian Saringan UKM1 terbuka kepada semua murid pelbagai bangsa berumur 9 hingga 15 tahun, manakala bagi murid beragama Islam ia dibuka kepada murid seawal usia 8 tahun hingga 15 tahun. \nPara ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara kelompok di sekolah-sekolah anak mereka melalui laman web\u00a0http://ukm1.geniuspintar.ukm.my\n\nTatacara Kemasukan Pelajar Ke Kolej [email\u00a0protected]\nSeseorang murid yang ingin belajar di Kolej [email\u00a0protected], UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus ujian UKM3. \nCarta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej [email\u00a0protected], UKM.\n\nMurid-murid terpilih yang melepasi ujian saringan UKM1 dan UKM2 akan ditawarkan untuk mengikuti satu program pengayaan (enrichment) yang dipanggil Program Pengayaan Cuti sekolah (PPCS) sama ada di Pusat [email\u00a0protected] Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau di Kolej GENIUS Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).\nPPCS yang dijalankan dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini menyediakan program dan aktiviti pengayaan berpaksikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang akan memberikan pendedahan kepada murid-murid dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian dan lawatan sambil belajar. Terdapat lebih daripada 30 aktiviti pengayaan yang ditawarkan. Antara contoh aktiviti pengayaan yang menarik yang ditawarkan adalah kelas Robotik,\u00a0Crime Scene Investigation,\u00a0Genetic Engineering,\u00a0Young Physicist,\u00a0Fast-Paced Biology,\u00a0Star Rangers\u00a0dan pelbagai lagi\nAsas kepada pembinaan PPCS adalah untuk menyediakan program dan aktiviti mencabar yang bersesuaian dengan kebolehan kognisi tinggi murid pintar dan berbakat dalam membentuk mereka menjadi modal insan yang holistik bagi melahirkan bakal pemikir dan pencipta pada masa hadapan.\nBagi murid-murid berumur 11 hingga 12 tahun, mereka akan melalui ujian saringan yang seterusnya dan sekiranya mereka melepasi semua ujian saringan ini, mereka akan ditawarkan untuk mengikuti Program Menengah Pintar dan Berbakat berdasarkan kecenderungan mereka di antara tiga (3) buah sekolah seperti berikut:\n\nKolej [email\u00a0protected] Negara (KGPN) di Kampus Seremban, Negeri Sembilan;\nKolej GENIUS Insan (KGI) di USIM, Nilai, Negeri Sembilan; dan\nAkademi Sains Pendang (ASP) di Kedah.\n\nBidang Pengkhususan\nKetiga-tiga sekolah yang menawarkan pendidikan menengah pintar dan berbakat ini menawarkan pengkhususan seperti berikut:\nKolej [email\u00a0protected] Negara (KGPN)\n\nPengkhususan bidang Sains Tulen\nPengkhususan Sains Tulen dan Teknologi Digital\n\nKolej GENIUS Insan (KGI)\n\nPengkhususan Sains Tulen yang berteraskan Aqli dan Naqli\n\n* Murid juga perlu melalui satu lagi ujian saringan hafazan sebelum ditawarkan ke kolej ini.\nAkademi Sains Pendang (ASP)\n\nPengkhususan bidang Sains Tulen\n\nTarikh Ujian UKM 1\nUjian Saringan Pertama : 1 Februari \u2013 31 Mei 2023\nBaca juga: Login IQ Nilam (iqnilam.moe.gov.my), Sistem Rekod Bacaan Murid Online\nSiapa Yang Layak Menduduki Ujian [email\u00a0protected]?\nMana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1. \n\nMurid Islam : 8 tahun / Tahun 2\nMurid pelbagai agama / bangsa : 9 \u2013 15 tahun / Tahun 3 \u2013 Tingkatan 3\n\nKelebihan / Keistimewaan\nMurid yang terpilih untuk mengikuti pendidikan menengah pintar dan berbakat di tiga (3) buah sekolah ini, akan memperoleh\u00a0pendidikan\u00a0yang\u00a0menyokong\u00a0keperluan\u00a0kebolehan\u00a0kognitif\u00a0mereka yang tinggi, mendapat pengalaman\u00a0pendidikan\u00a0yang\u00a0mencabar\u00a0dan\u00a0berteknologi\u00a0tinggi\u00a0menerusikurikulum\u00a0yang\u00a0rigorous\u00a0(selaras dengan keperluan kebolehan/kognitif murid), mempunyai\u00a0peluang\u00a0untuk\u00a0meneroka\u00a0bidang\u00a0yang\u00a0diminati\u00a0menerusiprogram-program\u00a0pengayaan\u00a0seperti Olympiad,\u00a0Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing\u00a0dan\u00a0Astrophysics, F1 in Schools, Robotic\u00a0dan lain-lain. Menerusi program pintar dan berbakat ini potensi dan bakat murid dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap maksimum.\nMurid juga mempunyai\u00a0peluang\u00a0untuk\u00a0menjalankan\u00a0penyelidikan\u00a0dengan\u00a0bimbingan\u00a0daripada\u00a0pakar\u00a0bidang/profesor\u00a0di\u00a0universiti\u00a0dan menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal atau prosiding bersama mentor. Selain itu, murid juga berpeluang mendapat\u00a0pengalaman\u00a0tindikan\u00a0industri\u00a0(industrial engagement/ immersion)\u00a0dan\u00a0mempunyai\u00a0peluang\u00a0bersaing\u00a0di\u00a0peringkat\u00a0dunia/\u00a0antarabangsa\u00a0melalui pertandingan, penyelidikan, program pertukaran murid pintar dan berbakat serta berpeluang\u00a0melanjutkan\u00a0pengajian\u00a0ke\u00a0universiti\u00a0terbaik\u00a0dunia dan\u00a0universiti\u00a0Ivy League.\nCara Permohonan\nMurid-murid yang berkelayakan dipelawa untuk menduduki ujian saringan ini melalui link berikut:http://ukm1.permatapintar.ukm.my/\nSemakan\nTawaran Ke Kolej [email\u00a0protected] Negara, UKM sesi 2023.\nPara calon dan ibu bapa yang telah melalui proses temu bual UKM3 2023 bagi kemasukan ke Program Kolej [email\u00a0protected] Negara, boleh melayari laman sesawang http://semak.permatapintar.ukm.my untuk membuat semakan status.\nMaklumat lanjut boleh dirujuk pada infografik yang disediakan atau layari https://www.ukm.my/geniuspintar/faqs-kolej-geniuspintar-ukm/ ATAU https://www.ukm.my/geniuspintar/uppb/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/igfmas/", "title": "iGFMAS: Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\niGFMAS (1 Government Financial Management Accounting System) atau sistem bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan merupakan sebuah sistem kewangan dan perakaunan yang telah dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN) di bawah Kementerian Kewangan.\niGFMAS terdiri daripada 15 modul yang melaksanakan fungsi utama bagi merekod, memproses, memperakaun dan melaporkan semua urusniaga berkaitan pembayaran, terimaan, pengurusan gaji, pengurusan wang tak dituntut, pengurusan pinjaman, perakaunan aset, pengurusan tunai (cash management) dan pengurusan dana (fund management). \nSeterusnya menghasilkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan berasaskan tunai ubah suai dan akruan.\n\n\n\n\n\n\nSehingga pada 15 Julai 2020, pembangunan iGFMAS telah mencapai 100% dan sistem ini telah memperolehi persijilan Information Security Management System (ISMS), MS ISO/IEC 27001:2013 pada 24 Jun 2020. \niGFMAS telah go live mulai pada 1 Januari 2018 dan digunapakai oleh 27 Kementerian, 55 Pegawai Pengawal, 6,643 Pusat Tanggungjawab serta 80,000 pengguna di seluruh Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif\n\n \nCiri-ciri sistem iGFMAS\n\n \nProses pembangunan sistem\n\n\nObjektif\nObjektif pembangunan iGFMAS adalah bagi menghasilkan penyata kewangan tunai ubah suai dan akruan serta laporan secara real time melalui sistem di peringkat kerajaan persekutuan dan kementerian.\nKerajaan memperuntukkan sejumlah RM773.27 juta untuk kos keseluruhan sistem ini dan perakaunan akruan.\nPelaksanaan sistem ini bagi menggantikan 3 sistem sedia ada iaitu GFMAS, eSPKB dan eTerimaan. \nSehingga kini, iGFMAS telah beroperasi dengan baik dan berintegrasi dengan 98 agensi termasuk ePerolehan, eBantuan, bank, agensi potongan gaji, agensi pukal, agensi kutipan dan lain\u2013lain. \nSistem ini dalam proses untuk berintegrasi dengan HRMIS dalam masa terdekat.\nBaca lagi: eMaklum ANM: Pendaftaran, Semakan Notifikasi & Carian Dokumen Pembayaran (Tracking)\nCiri-ciri sistem iGFMAS \nSistem ini dibangunkan dengan ciri-ciri berikut:\n\nBerpusat (Centralised): Sistem berpusat di ibu pejabat menggunakan satu pangkalan data dan satu pusat data.\nBersepadu (Integrated): Sistem bersepadu \u2013 fungsi pejabat perakaunan (GFMAS) dan pusat tanggungjawab (eSPKB & eTerimaan)\nDinaiktaraf (Upgraded): Peningkatan GFMAS sedia ada di tambah baik kepada versi SAP ECC6\nHarmoni (Harmonised): Bercirikan perakaunan tunai dan akruan\n\nProses pembangunan sistem\nSistem ini telah melalui pelbagai proses dan peringkat bagi memastikan sistem yang dibina dan dibangunkan ini mencapai objektifnya.\n\nMesyarat dasar & pelaksanaan: Mesyauarat dasar dan pelaksanaan perakaunan akruan bagi pembentukan Chart of Account\nKick off: Kick off pembangunnan iGFMAS telah diadakakn\nBlue print: Perbincangan dengan Sistem Integrator (SI) unntuk Blueprint iGFMAS pada Mei hingga Oktober 2013\nBengkel perakaunan terimaan: Melibatkan Kementerian terpilih dijadual pada 26\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-biasiswa-petronas-pesp/", "title": "Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2021, permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022!\nJangan lepaskan peluang ini untuk memohon!\nJom kami kongsikan maklumat lanjut tentang permohonan biasiswa PETRONAS bagi tahun 2022 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiasiswa Pendidikan PETRONAS (PESP 2022)\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa PETRONAS PESP 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022\n\n \nSemakan Status Biasiswa PETRONAS 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBiasiswa Pendidikan PETRONAS (PESP 2022)\nSejak tahun 1975, PETRONAS telah memberikan tajaan kepada lebih daripada 37,000 pelajar yang layak dan berani mendorong batas secara akademik, serta memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan. \nIni adalah cara PETRONAS membentuk bakat yang berpotensi dan dapat menyumbang kembali kepada syarikat dan negara.\nPermohonan PESP sekali lagi terbuka untuk rakyat Malaysia yang cemerlang pengajian sarjana dalam bidang berkaitan minyak dan gas. \n\n\n\n\n\n\nCalon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.\nBaca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)\nBidang Tajaan\nBidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS termasuklah:\nKejuruteraan KimiaKejuruteraan Elektrik dan ElektronikKejuruteraan MekanikalKejuruteraan PetroleumGeoSainsKimia GunaanBiokimiaSains PersekitaranSains AktuariSains KomputerStatistikMatematikAkauntanEkonomiUndang-undangPsikologiSosiologiPengurusan Perniagaan\n\nSyarat Permohonan Biasiswa PETRONAS PESP 2022\nTajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut: \nUniversiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib padaProgram Matrikulasi / AsasiUniversiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.\nSyarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci boleh disemak melalui pautan berikut:\nhttps://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login?fbclid=IwAR04IGwxs1IYLLJAiDuuDr_O3Z2HLdLqAWiCGKNtk7K9lCrOBow4ejIdxQc\nCara Permohonan\nPermohonan akan dibuka secara atas talian di laman web PESP iaitu https://educationsponsorship.petronas.com.my\nPemohon dikehendaki mendaftarkan diri dengan menekan butang REGISTER dan mengisi maklumat peribadi serta maklumat akademik berdasarkan syarat kelayakan.\nSila pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar borang permohonan online.\nJika anda telah menghantar dan ingin membuat perubahan kerana terdapat kesilapan, sila hubungi hotline PETRONAS di talian 03 \u20132331 2277/ 03 \u2013 2331 2299/ 03 \u2013 2331 33119 pagi \u2013 5 petang (Isnin hingga Jumaat) / 9 pagi \u2013 2 petang (Sabtu dan Ahad) dengan menyertakan sekali nombor IC, username, e-mel untuk tujuan pengesahan.\nAnda juga boleh memohon untuk membuat perubahan maklumat melalui e-mel [email\u00a0protected]\nTarikh Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022\nPermohonan secara online akan dibuka dari 16 Jun 2022 (10pagi) hingga 22 Jun 2022 (5 petang).\nSemakan Status Biasiswa PETRONAS 2022\nCalon / pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh PETRONAS melalui e-mel, SMS dan sistem PESP di pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS.\nMaklumat Lanjut\nUntuk bantuan, sila e-melkan kepada [email\u00a0protected]\natau\nHubungi nombor berikut\n03 \u2013 2331 227703 \u2013 2331 229903 \u2013 2331 3311\natau \nSila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut: \n\nhttps://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Faq\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pahang-pride-student-kad/", "title": "Bantuan Pahang Pride Student 2023 & Kad Diskaun Pelajar", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKad Pelajar Kebanggaan Pahang & Bantuan Pahang Pride Student\nSebuah lagi inisiatif yang diperkenalkan sejak 2022 bagi rakyat negeri Pahang adalah Kad Pelajar Kebanggaan Pahang.\nPrihatin dengan rintihan ibu bapa yang bimbang dengan perbelanjaan dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries menawarkan kad pelajar yang bernilai RM100 dan diskaun 20% bagi barang keperluan sekolah.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Bantuan Pahang Pride Student?\n\n \nSyarat Kelayakan Kad Diskaun Pelajar\n\n \nLokasi Kedai Buku MBS Books & Stationery Pahang\n\n\nApa Itu Bantuan Pahang Pride Student?\nPahang Pride Student adalah satu lagi bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang khas untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah.\nTerdapat 2 kategori bantuan yang akan diterima iaitu:\n\nPemberian kad diskaun sebanyak 20% kepada 150,000 ketua isi rumah untuk membeli barangan kelengkapan sekolah\nWang Tunai RM100 kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar untuk pembelian barangan sekolah.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan Kad Diskaun Pelajar\nKad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.\nKelebihan \n\nPemegang kad ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus ke atas setiap perbelanjaan keperluan persekolahan, termasuk buku, pakaian dan beg sekolah serta alat tulis terpilih.\n\n\nBaca juga: \n\nSenarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023\n\n\nLokasi Kedai Buku MBS Books & Stationery Pahang\nMoh serbu MBS Books and Stationery sekitar Pahang :\n\nMBSWorld\nMBSECM\nMBSTemerloh\nMBSBera\nMBSMaran\nMBSJengka\nMBSMentakab\nMBSLimbong\nMBSPekan\nMBSJerantut\nMBSChukai\nMBSMuadzam\nMBSRaub\nMBSLipis\nMBS Art Store\nMBS Air Putih\nMBS Balok\nMBS Taman Tas\nMBS Indera Mahkota\nMBS Bentong\nMBS Rompin (opening soon)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bajet-2022/", "title": "Bajet 2022: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRANGKUMAN INTIPATI BELANJAWAN BAJET 2022\nPembentangan Belanjawan / Bajet 2022 oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan akan dibuat pada hari Jumaat ini, 29 Oktober 2021, bermula jam 4.00 petang. \nBajet 2022 sedang dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama.\n\nMenteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz turut memberi jaminan program bantuan dan sokongan akan diteruskan untuk pemulihan daripada kesan jangka panjang pandemik terhadap kesihatan awam dan struktur ekonomi.\nAntara Belanjawan 2021 yang telah diumumkan sebelum ini adalah :\nGeran Khas Prihatin 4.0 BKP (Bantuan Kehilangan Pendapatan)Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)Program Jaringan Prihatin B40eBelia PEMERKASA : Kredit RM150 eWalletSIP Prihatin \ndan banyak lagi.\nBerikut dikongsikan serba sedikit tentang perangkaan Bajet 2022 dan antara bantuan yang menjadi perhatian dalam pembentangan nanti.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMatlamat Bajet 2022\n\n \n1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)\n\n \n2. Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Dinaikkan\n\n \n3. Bantuan Awal Persekolahan\n\n \n4. Diskaun PTPTN\n\n \n5. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar\n\n \n6. Bonus Penjawat Awam\n\n \nLain-lain Inisiatif & Bantuan\n\n \nMaklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022\n\n\nMatlamat Bajet 2022\nAntara bantuan yang menjadi perhatian dalam Bajet 2022 termasuklah perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.\nKerajaan akan fokus pada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery), membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).\nMelindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata PencarianMembina Semula Daya Ketahanan NegaraMemangkin Pembaharuan\nKerajaan juga dijangka memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi untuk Bajet 2022 berbanding tahun 2021.\nBagi rakyat yang terjejas, jangan risau kerana kerajaan akan terus komited memberikan bantuan khusus serta berusaha memulihkan ekonomi negara.\n1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal melalui Belanjawan 2022 dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelumnya agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.\nBerikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:\nKATEGORI 1\nPendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawahLebih 3 anakBantuan RM2000\n\nKATEGORI 2\nPendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan1-2 anak : Bantuan RM1500Tiada anak: RM1,000\n \n\nKATEGORI 3\nIbu bapa tunggal dengan tanggunganPendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulanBantuan RM500\n\nKATEGORI 4\nBantuan RM300 untuk warga emas\n\n2. Kelayakan Pendapatan Penerima JKM Dinaikkan\nSyarat Kelayakan Kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terkini, dinaikkan kepada RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.\nMereka yang mempunyai pendapatan di bawah jumlah RM1169 ini layak membuat permohonan bagi mendapat bantuan melalui 11 Skim Kebajikan JKM.\nRujuk cara permohonan online JKM: Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2021 (Online/Manual)\n\n3. Bantuan Awal Persekolahan \nBantuan Awal Persekolahan kanak-kanak sebanyak RM150 dinaikkan daripada RM100 tahun lalu.\n4. Diskaun PTPTN\nIntipati bajet 2022 yang diumumkan juga antaranya mengembalikan diskaun bayaran balik PTPTN iaitu :\nDiskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran.Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.\nDiskaun ini akan mula diberikan mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.\nBaca juga: Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini\n5. Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar\nBuat pertama kalinya bajet ini menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah KPM.\n\n6. Bonus Penjawat Awam\nKerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.\nSelain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini.\nLain-lain Inisiatif & Bantuan\nPengedaran secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40Kerajaan sediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia beri perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman KWSP dan PerkesoUntuk meningkatkan wang dalam tangan bagi rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% ke 9% sehingga Jun 2022.Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani membeli rumah.RM11 juta Subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.RM30 Juta turut diperuntukkan untuk memperluaskan i-Saraan dalam menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk persaraan, memanfaatkan 100,000 peserta.RM300 juta bagi Program e-Start \u2013 Kredit RM150 one-off kedalam akaun e-dompet belia berumur 18 \u2013 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa di IPTSubsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40Syarikat berdaya maju tersenarai di Bursa Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitanPeruntukan khusus RM30 juta naik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKUKerajaan setuju tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan motor kepada semua kenderaan persendrian dimiliki OKUPihak swasta diseru beri elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar jalani program latihan industri\n\nMaklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022\nUntuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:\nLaman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/ms/ atau https://www.mof.Facebook Kementerian Kewangan MalaysiaFacebook Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-guru-2022/", "title": "Tema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHARI GURU 2022 : \u201cGuru Tunjang Sekolah SEJAHTERA\u201d\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTema Sambutan Hari Guru Tahun 2022\n\n \nTarikh Sambutan Hari Guru 2022\n\n \nObjektif\n\n \nLagu Sekolahku Sejahtera\n\n \nAnugerah Pertama Tokoh Guru (1975)\n\n \nTEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU\n\n\nTema Sambutan Hari Guru Tahun 2022\nGuru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.\nPenjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.\nAkronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf \u201cS\u201d membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf \u201cE\u201d pula bermaksud etika dan empati, huruf \u201cJ\u201d bermaksud jati diri, huruf \u201cA\u201d bermaksud adab sopan, huruf \u201cH\u201d bermaksud harmoni, huruf \u201cT\u201d bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf \u201cE bermaksud eksplorasi, huruf \u201cR\u201d bermaksud rasional dan huruf \u201cA bermaksud artikulasi.\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Sambutan Hari Guru 2022\nTarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.\nObjektif\nMenitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.\nLagu Sekolahku Sejahtera\nPenyanyi: Haqiem RusliPenulis Lirik: Dr Radzi JidinKomposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K. & Anas DamianTerbitan & Rakaman: Iqie Hugh & Omar KSusunan Muzik: Iqie HughAdunan: Audi MokPenyanyi Latar: Firdaus Rahmat & Haqiem Rusli\n\n\n\nLirik:VerseDi sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercintaSeronok belajar, selamat sentiasaSekolahku SEJAHTERA\nPre Chorus 1Kesihatan diutama, kebersihan dijagaSama perkasa etika, integriti di jiwaKita selami empati, bina kasih insaniTeguh jati diri, adab sopan hidup harmoni\nChorusSekolahku SEJAHTERASekolahku SEJAHTERABangkitlah,Generasi pewaris negara\nSekolahku SEJAHTERASekolahku SEJAHTERAGemilanglah,Malaysia di mata dunia\nPost ChorusSEJAHTERASekolahku SEJAHTERAAyuh kita jayakan bersama\nPre Chorus 2Hidup mulia berjaya, terus tekun usahaTeliti dalam bekerja, diri cekap terampilEksplorasi ilmu berguna, bertindak rasionalMantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti\nEduwebTV : Laman web rasmi : http://eduwebtv.moe.edu.my\nAnugerah Pertama Tokoh Guru (1975)\nPuan Hajah Zainun bte Munshi Sulaiman (Allahyarhamah)Encik Mohd. Nor bin AhmadEncik Ting Pin SungEncik A.V. PerumalEncik Tan Chong Bee\nTEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU\n1972 \u2013 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara1973 \u2013 Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan1974 \u2013 Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi1975 \u2013 Guru Dengan Pembangunan Negara1976 \u2013 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan1977 \u2013 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan1978 \u2013 Guru Pembentuk Generasi akan Datang1979 \u2013 Murid Sejahtera Negara Jaya1980 \u2013 Pendidikan Teras Perpaduan Negara1981 \u2013 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat1982 \u2013 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu1983 \u2013 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan1984 \u2013 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan1985 \u2013 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan1986 \u2013 Pendidikan Teras Nasionalisme1987 \u2013 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan1988 \u2013 Guru Pengasas Budaya Membaca1989 \u2013 Guru Pembina Budaya Ilmu1990 \u2013 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera1991 \u2013 Ke Arah Pendidikan Cemerlang1992 \u2013 Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan1993 \u2013 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan1994 \u2013 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan1995 \u2013 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan1996 \u2013 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia1997 \u2013 Guru Bestari Sekolah Bestari1998 \u2013 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama1999 \u2013 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang2000 \u2013 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan\nBaca juga: \nHarga Proton Saga Baru 2022 (Model Auto & Manual)eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-roadtax-terkini/", "title": "Harga Roadtax JPJ Terkini Di Semenanjung, Sabah & Sarawak (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila membeli sebuah kereta baru, ada haruslah tahu berapakah harga roadtax kereta tersebut bagi memudahkan persediaan kewangan anda untuk memperbaharui roadtax atau cukai jalan kereta anda. \nAdalah menjadi kesalahan undang-undang di Malaysia sekiranya anda memandu kenderaan anda apabila cukai jalan anda telah tamat tempoh.\n\n\n\n\n\n\nNamun, sebelum memperbaharui roadtax, anda terlebih dahulu perlu memperbaharui insurans atau takaful kenderaan anda dan untuk memperbaharui insurans/takaful kereta, anda boleh menggunakan perkhidmatan seperti MyEG. \nAmaun roadtax yang perlu dibayar secara umumnya berbeza disebabkan oleh salah satu faktor berikut:\nSaiz cc kenderaanJenis kenderaan (motor/kereta dll)Lokasi (Semenanjung/Sabah/Sarawak)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Cukai Jalan Bagi Motosikal (Semenanjung)\n\n \nKadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian (Semenanjung)\n\n \nKadar Cukai Jalan Bagi Motosikal (Sabah & Sarawak)\n\n \nKadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian (Sabah & Sarawak)\n\n\nKadar Cukai Jalan Bagi Motosikal (Semenanjung) \nKapasiti EnjinKadar Semenanjung150cc dan kebawahPercuma sejak Jan 2004151cc hingga 200ccRM 30.00201cc hingga 250ccRM 50.00251cc hingga 500ccRM 180.00501cc hingga 800ccRM 250.00Melebihi 800ccRM 350.00\nKadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian (Semenanjung)\nKapasiti EnjinKadar Semenanjung1000cc dan ke bawahRM 20.001001cc hingga 1200ccRM 55.001201cc hingga 1400ccRM 70.001401cc hingga 1600ccRM 90.00\nKapasiti EnjinKadar AsasKadar Progresif1601 hingga 1800ccRM 200.00RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc1801cc hingga 2000ccRM 280.00RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc2001cc hingga 2500ccRM 380.00RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc2501cc hingga 3000ccRM 880.00RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500ccMelebihi 3000ccRM 2,130.00RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc\nKadar Cukai Jalan Bagi Motosikal (Sabah & Sarawak)\nKapasiti EnjinSabah & Sarawak150cc dan kebawahPercuma sejak Jan 2004151cc hingga 200ccRM 9.00201cc hingga 250ccRM 12.00251cc hingga 500ccRM 30.00501cc hingga 800ccRM 40.00Melebihi 800ccRM 42.00\nKadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian (Sabah & Sarawak)\nKapasiti EnjinSabah & Sarawak1000cc dan ke bawahRM 20.001001cc hingga 1200ccRM 44.001201cc hingga 1400ccRM 56.001401cc hingga 1600ccRM 72.00\nKapasiti EnjinKadar AsasKadar Progresif1601 hingga 1800ccRM 160.00RM 0.32 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc1801cc hingga 2000ccRM 240.00RM 0.25 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc2001cc hingga 2500ccRM 274.00RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc2501cc hingga 3000ccRM 524.00RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500ccMelebihi 3000ccRM 1,024.00RM 1.35 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc\nHarap maklum bahawa harga roadtax ini adalah ditetapkan oleh pihak JPJ dan oleh itu amaun yang dinyatakan bila-bila masa boleh berubah mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak JPJ.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/upupocket/", "title": "UPUPocket: Aplikasi e-Panduan dan Permohonan UPU", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUPUPocket merupakan sebuah aplikasi percuma yang menyediakan pelbagai kemudahan berkaitan permohonan ke UPU bagi para pelajar.\nAplikasi UPUPocket ini telah dibangunkan dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.\nDengan menggunakan aplikasi ini, ianya akan menjadikan lebih mudah dan pantas buat anda yang memohon UPU kerana segalanya boleh dilakukan di hujung jari, terus dari peranti mudah alih anda.\n\n\n\n\n\n\nAplikasi ini\u00a0bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nUPUPocket 2.0\n\n \nFungsi\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n\nUPUPocket 2.0\nWalaupun sudah beberapa tahun wujud, malangnya tidak ramai yang tahu akan kewujudan aplikasi ini.\nAplikasi UPUPocket bukanlah baru sahaja diperkenalkan dan kini sudah masuk ke versi 2.0 yang dikemaskini dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik.\nBagi yang tidak tahu, Aplikasi UPU Pocket telah dilancarkan pada 3 Februari 2018 bersempena dengan\u00a0Karnival Pendidikan Tinggi Negara\u00a02018 (Jom Masuk U/ IPTA) di Melaka.\nFungsi\nAntara fungsi yang dimuatkan dalam versi terbaru aplikasi ini adalah seperti yang berikut:\n\nSemakan status: Semak status permohonan UPU, status kelayakan, keputusan permohonan dan rayuan pemohon dengan lebih mudah \ne-Panduan: Dapatkan panduan untuk lepasan SPM, STPM / Setaraf, UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya\nTakwim: Kalendar dengan tarikh -tarikh penting berkaitan permohonan UPU secara dalam talian\nAduan: Salurkan sebarang aduan atau maklumbalas terus daripada UPUPocket\nDirektori: Aplikasi ini juga menyediakan direktori universiti / kolej yang disenaraikan untuk memudahkan para pelajar menghubungi terus pihak universiti/kolej\n\nMuat turun aplikasi\nBagi yang berminat, anda dipersilakan memuat turun aplikasi UPUPocket versi terbaru ini daripada salah satu pautan di bawah ini:\n\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna Android\nApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\n\nUntuk keselamatan peranti mudah alih anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini dari sumber yang sah sahaja.\nSememangnya aplikasi yang dibangunkan oleh MOHE ini cukup menarik dan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kiss-selangor/", "title": "KISS Selangor: Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran online bagi Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) kini telah dibuka bagi tahun 2022!\nKerajaan negeri Selangor perkenalkan program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk membantu para ibu dari kumpulan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.\nProgram ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas. \nJom ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN\n\n \nCara Permohonan Bantuan KISS Selangor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?\nKasih Ibu Smart Selangor IBU TUNGGAL adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu TUNGGAL di Selangor. \nMenerusi program ini, peserta dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai , hanya menggunakan kad KISS Selangor).\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon kad KISS Selangor adalah:\nWarganegara Malaysia danLahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun danPemilih berdaftar di SelangorIbu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawahBerdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)\nSENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN\n\u200bBerasMi dan BihunRotiBiskutTelurGula dan GaramRempah ratusTepungMinyak masakSayur-sayuranDaging ayam, lembu, kambing dan ikanSabun dan bahan pencuci (detergent)Lampin pakai buang (bayi / dewasa)Produk tenusu \u2013 susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manisBarangan persekolahan \u2013 kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainyaNota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.\nMuat turun Borang Pendaftaran KISS Selangor\nBaca juga: \nCara Permohonan Bantuan KISS Selangor\nPendaftaran kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di pautan laman web berikut:https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/\nMuat turun Borang:\nBorang-KISS-SelangorDownload\n\nSENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN DENGAN PERMOHONAN\nSalinan Kad PengenalanSalinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sahSalinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan PolisSalinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasihSalinan Pemilih Berdaftar Di Selangor\nBaca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila salurkan pertanyaan melalui saluran berikut:\nhttps://www.kiss.com.my/https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/1800-22-6600[email\u00a0protected]https://www.kiss.com.my/hubungi-kami\nSeksyen Sektoral & Selcare Management Sdn Bhd\nTingkat 5,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam,Selangor\nEmail: [email\u00a0protected]Tel: 1800226600\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-mohon-i-citra-kwsp/", "title": "Cara Mohon i Citra KWSP (Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA MOHON I CITRA KWSP\nPermohonan i-Citra KWSP telah dibuka mulai 12 Julai 2021 secara atas talian (Online).\nSemua ahli boleh mengakses portal ini dan membuat permohonan maksimum RM5000, bergantung kepada baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2.\nNamun harus diingat, tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat.\nJadi, sila pastikan anda mengisi borang permohonan dengan teliti dan buat semakan sebelum menekan butang HANTAR.\nDi sini kami kongsikan cara mohon i Citra KWSP langkah demi langkah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Mohon i Citra KWSP : Panduan Bergambar Langkah Demi Langkah\n\n \nTutorial Lengkap Permohonan i-Citra KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Mohon i Citra KWSP : Panduan Bergambar Langkah Demi Langkah\nLayari portal rasmi i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/Tekan butang PERMOHONAN.Baca notis yang dipaparkan. Tekan butang TUTUP.Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lainPilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.Tekan butang TERUSKANTunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi.Masukkan nombor OTP tersebut.Tekan butang SAHKAN OTPJawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.Pilih Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000.Anda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkanGerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kananJadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.Setelah itu anda akan dapat lihat bayaran bulan pertama dan seterusnya iaitu : Bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelimaTekan butang TERUSKAN.Teruskan dengan melengkapkan Maklumat PermohonanIsikan nama penuh seperti dalam Kad PengenalanIsikan nombor MyKadIsikan nombor telefon bimbitIsikan alamat emailIsikan alamat rumahIsikan poskodIsikan bandarPilih negeriTeruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan Maklumat PembayaranPilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra online.Masukkan nombor akaun bank (Simpanan/Semasa) yang dipilih tadiPastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif dan tiada ada sebarang kesalahan.Tekan butang TERUSKAN.Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & PembayaranTick kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuanTick \u2018saya bukan robot\u2019 bagi meneruskan permohonan pengeluaran onlineAkan keluar 16 petak gambar untuk dipilihIkut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.Contohnya, gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.Jika tidak ada gambar, klik langkauPastikan pilihan semua selesaiKlik hantar.Pastikan keluar paparan yang tertulis \u201cTerima Kasih . Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai .\u201dTekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.\n\nBaca juga: BKC 2021: Semakan Bantuan Khas COVID19 & Tarikh Bayaran Ogos\nTutorial Lengkap Permohonan i-Citra KWSP\nSila rujuk panduan bergambar CARA MOHON I CITRA KWSP di bawah:\nLayari portal rasmi i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/\nTekan butang PERMOHONAN.\n\n\n\n\n\n\n\nMasukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain\nPilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.\nMasukkan nombor telefon bimbit yang aktif.\nTekan butang TERUSKAN\n\nBaca notis yang dipaparkan. Tekan butang TUTUP.\n\nMasukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain\nPilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.\nMasukkan nombor telefon bimbit yang aktif.\nTekan butang TERUSKAN\n\nTunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi.\nMasukkan nombor OTP tersebut.\nTekan butang SAHKAN OTP\nJawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.\nJika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.\n\nPilih Amaun Pilihan Pengeluaran, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 (bergantung kepada baki Akaun 1 & Akaun 2).\nAnda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkan.\nGerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.\nJika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan ATAU tekan butang SET AMAUN PILIHAN KE MAKSIMUM.\n\nJadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.\nSetelah itu anda akan dapat lihat bayaran bulan pertama dan seterusnya iaitu : Bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima\n\nTekan butang TERUSKAN.\nSila semak semua Maklumat Permohonan & Pembayaran dengan teliti.\n\nKemaskini butiran anda jika perlu.\n\nTick kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuan\nTick \u2018saya bukan robot\u2019 bagi meneruskan permohonan pengeluaran online.\n\n\nAkan keluar 16 petak gambar untuk dipilih\nIkut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.\nContohnya, gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.\nJika tidak ada gambar, klik langkau.\nPastikan pilihan semua selesai\n\nSemak permohonan dengan teliti sekali lagi sebelum klik HANTAR.\nPastikan keluar paparan yang tertulis \u201cTerima Kasih. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai .\u201d\nTekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.\n\n\nPermohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lebih lanjut tentang cara mohon i Citra KWSP, ahli boleh merujuk laman web KWSP di\u00a0www.kwsp.gov.my, rujuk Soalan Lazim i-Citra KWSP ATAU menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-self-check-in-air-asia/", "title": "Cara Self Check In Air Asia Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memudahkan urusan setiap penumpang, pihak Air Asia menyarankan setiap penumpang mereka melakukan Self Check In secara online sahaja.\nDengan itu, mereka tidak perlu beratur panjang di lapangan terbang semata-mata untuk check in bagi mendapatkan pas penerbangan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu \u201cSelf Check In\u201d Air Asia?\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n \nCara Check In Air Asia\n\n \nBila Boleh Daftar Masuk?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Itu \u201cSelf Check In\u201d Air Asia?\nIni adalah perkhidmatan yang membolehkan anda mendaftar masuk untuk penerbangan AirAsia anda mengikut keselesaan anda sendiri melalui Airasia Super App.\nAirAsia menggalakkan tetamu mendaftar masuk sendiri melalui Aplikasi Super Airasia untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. \n\n\n\n\n\n\nSejak 1 April 2022, perkhidmatan daftar masuk kaunter AirAsia hanya tersedia untuk kategori tetamu yang dikecualikan sahaja di semua lapangan terbang di Malaysia. \nAntara kategori yang dikecualikan ialah warga emas berumur 70 tahun ke atas, orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penumpang muda dalam perjalanan bersendirian, tempahan berkumpulan 10 tetamu dan lebih, dan penumpang penerbangan sewa. \nPenumpang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori ini dikehendaki mendaftar masuk melalui Aplikasi Super AirAsia sebelum tiba di lapangan terbang.\nMuat turun aplikasi\n\nAplikasi Super AirAsia boleh dimuat turun melalui pautan berikut untuk urusan self check in.\nApple App StoreGoogle Play StoreHuawei AppGallery\nCara Check In Air Asia\nCheck in menggunakan Air Asia Super App untuk menerima pas e-Boarding anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nKlik pada tab \u2018Check-In\u2019 pada AirAsia Super App dan masukkan butiran tempahan anda untuk meneruskan.Pilih tetamu untuk mendaftar masuk dan melengkapkan langkah yang diperlukan.Selepas daftar masuk berjaya, pas e-Boarding anda akan dikeluarkan.\n\nAnda juga akan menerima Kod QR untuk mencetak tag beg daripada kiosk tanpa sentuh AirAsia di lapangan terbang (tersedia di kebanyakan lapangan terbang). \n\nImbas Kod QR anda di kios untuk menjana tag bagasi anda.\nPas e-Boarding pada airasia Super App atau dalam bentuk PDF boleh diterima untuk menaiki pesawat dan tetamu tidak perlu mengemukakan pas masuk fizikal.\nBila Boleh Daftar Masuk?\nBagi kebanyakan penerbangan AirAsia, proses untuk self check in dibuka 14 hari sebelum berlepas dan ditutup 1 jam sebelum berlepas.\nWalaubagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian:\nDaftar masuk sendiri untuk penerbangan AirAsia (AK, FD, Z2) dari China dibuka 14 hari dan ditutup 4 jam sebelum berlepas.Untuk semua penerbangan Domestik Thailand dengan kod pembawa FD dan penerbangan Antarabangsa ke dan dari Thailand dengan kod pembawa AK, FD, QZ, Z2, daftar masuk sendiri dibuka 10 hari dan ditutup 1 jam sebelum berlepas.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Air Asia di pautan:\nhttps://www.airasia.com/\nBaca juga: Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pos-malaysia-tracking/", "title": "POS Malaysia Tracking & Semakan Harga Postage", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh membuat pos tracking dengan menggunakan tracking number yang diberikan oleh pihak Pos Laju. \nPos Malaysia melalui jenama Pos Laju menyediakan penghantaran pakej dokumen, parcel atau barangan lain ke seluruh destinasi di Malaysia dengan begitu pantas panda harga yang berpatutan.\nSelain itu, daripada informasi yang dipaparkan di laman web rasmi Pos Malaysia juga, Pos Laju turut mempunyai perkhidmatan penghantaran barangan ke luar negara dimana terdapat 145 lokasi luar negara yang terlibat.\nBergantung kepada lokasi anda, Pos Laju mungkin menjadi pilihan kerana lokasi pusat pengambilan barangan yang banyak sekali caj harga postage yang boleh dianggap berpatutan dan kompetetf jika dibandingkan dengan syarikat kurier lain seperti Ninja Van, GDex, Skynet, J&T dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan Pos Malaysia\n\n \nCara track barangan Pos Laju\n\n \nKadar postage Pos Laju\n\n\nPerkhidmatan Pos Malaysia\n\nPos Malaysia Berhad ialah perkhidmatan penghantaran pos di Malaysia dengan sejarah sejak awal 1800-an.\nAntara perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia adalah seperti yang berikut:\nMel Standard (Flexipack Domestik, Mel Standard, Mel Bukan Standard, Poskad, Mel Rakyat, Pos Ekspres, Pos Daftar, Pos Solutions).Kurier, Ekspres & Bungkusan CEP (Penghantaran Hari Yang Sama, Penghantaran Hari Seterusnya,, Bungkusan Pos, Pos Ekspres, Pek Prabayar Pos Laju, Pengambilan Atas Permintaan, Sampul/Kotak Prabayar).Runcit (Pembayaran bil, pembaharuan lesen memandu, insurans peribadi, perkhidmatan penghantaran kenderaan).Mel Antarabangsa (mel masuk & keluar antarabangsa, paket kecil, bungkusan).Logistik (Pergudangan, penghantaran barang).e-Dagang\nCara track barangan Pos Laju \nSekiranya anda seorang penjual mahupun pembeli barangan dan menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan Pos Laju, anda boleh track atau jejak barangan tersebut dengan menggunakan Tracking Number yang diberikan.\nBagi penjual, sekiranya anda tidak tahu bagaimana mahu dapatkan tracking number ini, anda boleh rujuk pada slip atau consignment note yang diisi ketika menghantar barangan tersebut di kaunter Pos Laju.\nSekiranya anda adalah pembeli dan penerima barangan, kebiasaannya penjual barangan atau penghantar barangan akan memberikan nombor tracking ini kepada anda. \nSekiranya anda membeli melalui platform e-dagang seperti Shopee atau Lazada, biasanya nombor tracking ini akan diberikan melalui platform tersebut.\nUntuk pos tracking, sila ikuti langkah berikut:\nBuka laman rasmi Pos Malaysia d di pautan https://www.pos.com.my/Klik pada \u201cTrack and Track\u201dMasukkan nombor tracking andaKlik butang NextHalaman Pos Malaysia akan memaparkan maklumat terperinci lokasi semasa parcel atau barangan tersebut\nKadar postage Pos Laju\nSecara umumnya Pos Laju mengenakan caj postage berbeza mengikut zon penghantaran dan penerima.\nUntuk kemudahan penghantaran, penghantar boleh membeli Kotak Prabayar (Prepaid Boxes) yang datang dalam pelbagai saiz.\nBerikut merupakan rujukan zon dan warna kotak yang anda boleh dapatkan di pejabat pos berdekatan:\n\nBerikut merupakan senarai harga kotak (mengikut warna) yang telah ditetapkan oleh pihak Pos Laju:\n2kg \u2013 RM13.89 (Orange/Red)5kg \u2013 RM21.31 (Orange/Red)10kg \u2013 RM31.91 (Orange/Red)2kg \u2013 RM26.61 (Blue)5kg \u2013 RM58.41 (Blue)10kg \u2013 RM100.81 (Blue)\nHarap maklum bahawa harga yang tersenarai di atas adalah benar ketika artikel ini ditulis dan perubahan harga boleh dibuat oleh pihak Pos Laju pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-uitm-terengganu/", "title": "Iklan Jawatan Kosong Di UiTM Cawangan Terengganu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKLAN JAWATAN KOSONG DI UiTM CAWANGAN TERENGGANU\nUniversiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera / Bukan Bumiputera bagi jawatan seperti yang dinyatakan berikut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Kosong UiTM Terengganu\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat & Cara Permohonan\n\n\nJawatan Kosong UiTM Terengganu\nJawatan Akademik ditawarkan bagi yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan adalah bagi jawatan TETAP lantikan di UiTM Cawangan Terengganu.\n\n\n\n\n\n\nSila rujuk perincian kekosongan jawatan seperti berikut:\nJawatan Akademik:\nPensyarah \u2013 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup penerimaan borang ialah pada 24 November 2021.\nSyarat & Cara Permohonan\nIklan jawatan atau borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my\nPermohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.\nSila rujuk maklumat lanjut jawatan seperti dalam lampiran di bawah:\n\n\n\n\n\nCARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN\nSeorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pensyarah (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2007) (Jawatan Akademik) yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my/.Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November 2021 (Rabu)Sila muatnaik borang permohonan dan dokumen berkaitan (PDF) melalui pautan berikut: https://forms.gle/fVJUgHsjgWa14sSw8\nPertanyaan berkaitan iklan boleh hubungi talian 09-8400 113 (Jawatan Akademik)(Whatsapp Business)dan boleh emelkan kepada [email\u00a0protected].Bil. Rujukan : 500-UiTMKD(PT.19/2)Bil Iklan : 2/2021Tarikh : 11 November 2021\nSekian, terima kasih.\nBaca juga: \nSelangor Freelance: Daftar Insentif Tunai RM400 Untuk Warga SelangorPermohonan Jawatan Terkini Personel MyStep 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-aidilfitri/", "title": "JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI \u2013 JAKIM\nSolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHukum\n\n \nWaktu Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri\n\n \nNiat Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri & Tasbih\n\n \nLafaz Tasbih\n\n \nCARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI \u2013 Panduan Oleh JAKIM\n\n \nKHUTBAH RAYA AIDILFITRI\n\n \nTAKBIR RAYA AIDILFITRI\n\n\nHukum\nMenurut Mufti WP, solat hari raya ialah sunat muakkad. \nIni kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. \nBegitu juga para sahabat Baginda terus melakukannya selepas itu. \nBerdasarkan hadis daripada Abi Sa\u2019id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyariatkan secara berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang merdeka atau hamba kecuali perempuan yang menghiasi diri atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.\nImam Al-Nawawi berkata :\n\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0630\u0652\u0647\u064e\u0628\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0646\u0652\u0635\u064f\u0648\u0635\u064f \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0643\u064f\u062a\u064f\u0628\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064e\u0629\u0650 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651\u0647\u064e\u0627\u060c \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u0650 \u062a\u064f\u0634\u0652\u0631\u064e\u0639\u064f \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u0652\u0641\u064e\u0631\u0650\u062f\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650\nMaksudnya : Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab-kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya.\nRujuk\u00a0Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (2/70)\nMaka berdasarkan kenyataan di atas, antara faedah yang boleh diambil adalah dua perkara iaitu :\n\nDibolehkah bagi seseorang itu untuk melaksanakan solat hari raya secara seorang diri.\nDemikian juga dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya itu di rumah atau di tempat-tempat yang lain.\n\nWaktu Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri\nWaktu solat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.\nNiat Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri & Tasbih\nLafaz niat\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0644\u0650\u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649Usalli sunnatan liAidil Fitri rak\u2019ataini makmuman lillahi ta\u2019ala.\n\n\n\n\n\n\nErtinya:Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta\u2019ala.\n\n\n\nLafaz Tasbih\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631 \n \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0640\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u00a0\nErtinya:\nMaha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar\nDan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.\nSumber: JAKIM\nCARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI \u2013 Panduan Oleh JAKIM\nBerikut dikongsikan panduan melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah atau berseorangan di masjid, surau atau di rumah.\nRakaat Pertama\n1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0644\u0650\u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064eUsalli sunnatan liAidil Fitri rak\u2019ataini makmuman lillahi ta\u2019ala.\nErtinya:Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta\u2019ala.\n2. Membaca doa iftitah\n3. Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631 \n \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0640\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u00a0\n4. Membaca surah al-Fatihah\n5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A\u2019laa)\nMeneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama\nRakaat kedua\n1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)\n2. Lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar)\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631 \n \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0640\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u00a0\n3. Membaca surah al-Fatihah\n4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)\n5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua\n6. Memberi salam\nPANDUAN VIDEO\nNak lebih mudah? Boleh rujuk video pelaksanaan solat sunat aidilfitri yang ditunjukkan oleh Ustaz Kazim di bawah:\n\n\n\n\nAnda juga boleh merujuk infografik di bawah atau muat turun dan simpan di telefon bimbit anda untuk memudahkan rujukan:\n\n\nSumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan\nBaca juga: Doa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki \u2013 JAKIM\nKHUTBAH RAYA AIDILFITRI\nKhutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. \nNamun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.\nKlik di sini untuk memuat turun Khutbah Aidilfitri 2023 oleh JAKIM : Teks Khutbah Aidilfitri Tajuk : Aidilfitri Lebih Bererti\nTAKBIR RAYA AIDILFITRI\nUmat Islam digalakkan untuk bertakbir bagi hari raya puasa (Aidil Fitri) bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya sehinggalah ketika imam keluar untuk mendirikan solat hari raya.\nImam Al-Syafi\u2019e berkata :\n\u064a\u064f\u0643\u064e\u0628\u0650\u0651\u0631\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u062a\u064e\u063a\u0650\u064a\u0628\u064f \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0645\u0652\u0633\u064f \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064f\u0631\u064e\u0627\u062f\u064e\u0649\u060c \u0648\u064e\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0639\u064e\u0629\u064b \u0641\u0650\u064a \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u062d\u064e\u0627\u0644\u064d \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u064a\u064e\u062e\u0652\u0631\u064f\u062c\u064e \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064f \u0644\u0650\u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u0650 \u062b\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0642\u0652\u0637\u064e\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u064e\nMaksudnya : Orang ramai bertakbir pada hari raya puasa ketika hilangnya matahari pada malam raya secara bersendirian dan juga secara berjemaah dalam setiap keadaan sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat hari raya, kemudian mereka berhentikan takbir.\nRujuk\u00a0Al-Umm, Al-Syafi\u2019e (1/275)\nManakala\u00a0sighah\u00a0(bentuk) takbir hari raya pula adalah seperti yang diketahui umum iaitu seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\n \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627\n \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \n\u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627 \n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0625\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646\u064e\n \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0627\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \n\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\nRujuk\u00a0Al-Majmu\u2019 Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/31)\nSumber: JAKIM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/scan-dokumen-guna-telefon/", "title": "Cara Scan Dokumen Guna Telefon Bimbit Android dan iOS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda kalanya anda perlu scan dokumen guna telefon anda, lebih-lebih lagi sekiranya dokumen tersebut merupakan satu dokumen rasmi yang perlu dihantar ke orang lain.\nBukannya anda tidak boleh mengambil gambar dokumen tersebut dengan peranti anda dan menghantarnya terus, tetapi kebiasaannya hasilnya kurang menarik dan dilihat kurang formal.\nSatu lagi masalah yang mungkin timbul adalah format gambar itu sendiri dimana biasanya fail gambar akan disimpan dalam format jpg, jpeg atau png.\n\n\n\n\n\n\nTidak kira sama ada anda pengguna peranti yang menggunakan sistem operasi Android atau iOS, sebenarnya terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda untuk scan dokumen guna telefon anda. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \niOS \u2013 aplikasi Notes\n\n \nAndroid \u2013 aplikasi Google Drive\n\n \nAplikasi lain\n\n\niOS \u2013 aplikasi Notes\n\nNota ialah aplikasi mudah alih pra-pasang percuma untuk peranti iOS yang membolehkan anda mengimbas dokumen anda menggunakan kamera peranti mudah alih anda.\nBuka aplikasi Notes dan buat nota baharuKetik ikon Kamera dan pilih Imbas Dokumen (Scan Documents)Letakkan kamera telefon di atas dokumen. Aplikasi ini akan memfokus dan menangkap imej secara automatik, tetapi anda juga boleh melakukannya secara manualSelepas anda mengimbas halaman, gunakan fungsi \u201ccrop\u201d. Ketik \u201cKeep Scan\u201d untuk meneruskan.Ulangi proses ini untuk semua halaman yang ingin anda scan. Apabila anda selesai, pilih Simpan (Save).\nAndroid \u2013 aplikasi Google Drive \nAnda memerlukan aplikasi Google Drive dipasang untuk mengimbas dokumen dengan Android. \nAplikasi ini biasanya di prapasang pada peranti Android; jika tidak, muat turun dari laman Google Play. \nUntuk scan dokumen guna telefon, ikuti langkah-langkah berikut:\nBuka Google Drive dan ketik simbol +Di bawah tab Cipta Baharu (Create New), pilih Imbas (Scan)Letakkan kamera telefon di atas dokumen dan ketik butang shutter apabila anda bersedia untuk menangkap imejKetik tanda semak untuk menyimpan dokumen yang sudah di scan atau anak panah belakang untuk mengambilnya semulaKetik simbol + untuk mengimbas lebih banyak imej atau Simpan (Save) untuk memuat naik dokumen anda ke Google Drive. Terdapat juga pilihan untuk crop, sunting dan pelbagai fungsi lainApabila anda selesai mengimbas dokumen anda, masukkan nama fail untuk PDF baru anda dan pilih folder untuk menyimpannya. Kemudian, klik Simpan (Save).\nAplikasi lain\nJika kaedah di atas tidak cukup untuk anda, mungkin kerana anda memerlukan ciri khusus yang tidak mereka tawarkan, maka terdapat banyak alternatif. \nJika anda mempunyai akaun Microsoft 365, maka aplikasi Microsoft Lens \u2013 PDF Scanner ialah pilihan yang bagus.\nSelain itu anda juga boleh mencuba beberapa aplikasi lain antaranya SwiftScan, Genius Scan, Simple Scan serta banyak lagi yang tersedia di Google Play dan Apple App Store .\n"]} {"url": "https://ecentral.my/topup-maxis-hotlink-prepaid/", "title": "Cara Topup Maxis Hotlink Prepaid", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda pengguna Maxis Hotlink Prepaid, terdapat banyak cara atau kaedah untuk topup kredit anda.\nBerbeza dengan plan postpaid, pengguna prepaid perlu memastikan akaun Hotlink mereka mempunyai kredit untuk menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan seperti membuat panggilan, penghantaran khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya.\nNak topup Maxis Hotlink tidaklah sukar, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Tunai\n\n \n2. Maxis Pay\n\n \n3. Perbankan Internet\n\n \n4. Mesin ATM\n\n\n1. Tunai\nPaling mudah, pergi sahaja ke kios stesyen minyak, supermarket, rangkaian kedai runcit (tidak semua), 7-eleven dan ejen-ejen yang menjual kad kopup.\n\n\n\n\n\n\nKemudian, dial *111* dari telefon mudah alih anda dan masukkan 14 digit PIN yang diberikan oleh penjual dan diakhiri dengan #.\nPastikan anda menyimpan 14 digit PIN topup yang diberikan kepada anda dan tidak berkongsi di media sosial kerana ianya mungkin digunakan orang lain. \n2. Maxis Pay\nAnda juga boleh topup secara online melalui perkhidmatan Maxis Pay.\nDengan beberapa klik sahaja, anda boleh topup kredit Maxis Hotlink anda di mana sahaja.\nPerkhidmatan Maxis Pay ini disediakan melalui aplikasi Hotlink yang boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:\nApp StoreGoogle PlayApp Gallery\nBayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit, perbankan internet, GrabPay, Touch \u2018N Go dan Boost.\nSelain kemudahan topup, aplikasi Hotlink ini turut mempunyai beberapa lagi kemudahan lain untuk semua pengguna Hotlink. \n3. Perbankan Internet\nRamai yang tidak tahu sesetengah bank turut menyediakan perkhidmatan topup kredit Hotlink melalui perkhidmatan perbankan internet mereka.\nMaybank dan CIMB misalnya, menyediakan perkhidmatan ini yang membolehkan bayaran dibuat terus daripada akaun bank anda.\nMaybank2u: Setelah log masuk akaun anda, pilih Pay & Transfer diikuti pilihan Reload untuk topup kredit Hotlink anda.\nCIMB Clicks: Setelah log masuk, klik Prepaid Reload pada bahagian Menu.\n4. Mesin ATM\nRamai yang tidak tahu bank-bank seperti Maybank, CIMB, BSN, Public Bank dan banyak lagi bank turut menyediakan perkhidmatan topup kredit prepaid Maxis Hotlink terus melalui mesin ATM mereka.\nJumlah kredit yang di tambah nilai pada Hotlink anda akan ditolak terus daripada akaun bank anda. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tema-logo-hari-kebangsaan-2023/", "title": "Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2023\nMenteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil\u00a0telah melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 di KLCC pada 27 Mei 2023.\nPelancaran juga diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.\nBerikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 :\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 \u2013 \u201cMalaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan\u201d\n\n \nLogo Hari Kebangsaan 2023\n\n \nRasional Logo\n\n \nLirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV\n\n \nTema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 \u2013 Teguh Bersama\n\n \nTelefon : 03-8911 7381\n\n \nFax : 03-8911 7544 / 7525\n\n \nEmail : [email\u00a0protected]\n\n\nTema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 \u2013 \u201cMalaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan\u201d\n\u201cMalaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan\u201d dipilih sebagai tema HKHM 2023.\nHarapan beliau agar semua rakyat Malaysia semarakkan rasa cinta negara dengan turut serta dalam program yang telah disusun atur sepanjang bulan kebangsaan tahun ini.\nSumber: Fahmi Fadzil\nMUAT TURUN :\nMALAYSIA-MADANI-TEMA-LOGO-KEBANGSAANDownload\nLogo Hari Kebangsaan 2023 \nLogo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023.\nPemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan \u2018tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara\u2019 serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.\n\nMUAT TURUN PNG :\nLogo-Hari_Kebangsaan-2023Download\nRasional Logo\nMalaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.\nKerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.\n\nRASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI\n\n\n\n\n\n\n\nJalur \u2013 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia\nBulatan \u2013 Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat\nBulan Sabit \u2013 Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan\nBintang \u2013 Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan\n\n\n\nWARNA BIRU \u2013 Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan\nWARNA MERAH \u2013 Keberanian, jatidiri dan keazaman\nWARNA KUNING \u2013 Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan\nWARNA PUTIH \u2013 Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni\n\nLirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV\nVideo Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI \u2013 Bunkface\n\n\nSumber: Youtube Anwar Ibrahim\nMalaysia MADANI (Official Lyric Video)\n\n\n\nLirik Lagu \nKomposer : SamLirik : Sam & PidausPenerbit : Bunkface\nLirik :\nPeradaban kita bangunkanBina kota bina insanDari budi jadi budayaBina asas kemampananKesejahteraan masa depan\nC/OAyuh seluruh anak pertiwiBangunkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus meyakiniMalaysia Madani\nAyuh seluruh anak pertiwiSemarakkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus Kekal meyakiniMalavsia Madani\nKeyakinan jadi ikutanPendirian jiwa ihsanNilai hormat teras di mindaDaya cipta luar biasaKesejahteraan masa depan\nC/O\nMalaysia! Madani!\nBersatuUntukNegaraKita\n\nLagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/\nBaca juga:\n\nMalaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud & Konsep Pelaksanaan\nKalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia\n\nUntuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023, sila layari http://merdeka360.my/\nTema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 \u2013 Teguh Bersama\n\u2018Keluarga Malaysia Teguh Bersama\u2019 dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.\n\nKELUARGA MALAYSIA \nMerujuk kepada masyarakat hidup aman damai & bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.\nTEGUH \u2013 bermaksud kukuh, kuat dan erat\nBERSAMA \u2013 membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan\u00a0\nTEGUH BERSAMA\nKekuatan & kesepaduan dicapai secara kolektif serta mampan\nSumber: BERNAMA\nKonsep & Rasional\nKonsep logo Hari Kebangsaan tahun 2022 ini adalah jalur liputan internet yang melambangkan pembangunaun infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat.\n\nBerikut dikongsikan maksud logo Hari Merdeka 2022 :\n\nTIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING\n\nMerupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.\n\n\nTITIK MERAH\n\nMelambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.\n\n\nKEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI\n\nMelambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.\n\nMuat Turun Logo Hari Kebangsaan 2022\nLogo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.\nIa juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.\n\nBoleh muat turun di sini:\nJenis FormatMuat Turun.JPGMuat Turun.TIFFMuat Turun.AIMuat Turun\nMUAT TURUN MANUAL LOGO MERDEKA\nhttp://merdeka360.my/web/wp-content/uploads/2022/07/HKHM-Client.pdf\nTEMA-LOGO-HARI-KEBANGSAAN-2022Download\nSumber: http://merdeka360.my/\nLagu Keluarga Malaysia Teguh Bersama\nLagu Tema Hari Kebangsaan pada tahun 2022 dipersembahkan buat pertama kalinya oleh Alif Satar & The Locos secara rasmi pada 30 Julai 2022 yang dilancarkan YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Putrajaya bersembena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama di hadapan 15000 Keluarga Malaysia.\n\n\n\nLIRIK LAGU \u2018KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA\u2018\nSetiap jiwa pasti banggaAtas nama bangsa MalaysiaSekian lama merdekaTertumpahnya cinta\nUsia kita makin dewasaBerkali-kali kita diujiKasihnya bangsa dibelaMaruah dijaga\nOoooo Laungan kitaMalaysiaku..tanah airkuNegaraku.. Malaysiaku..Lihatlah kita..wahai bangsaku\nSemaikan cinta gerak hati pasti murniNyala semangat dipaluKita bagaikan aur dengan tebingKeluarga Malaysia teguh bersama\nLagu : KushamLirik : Zaira Sham\n\n\nTAJUK : KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA \nPENYANYI : ALIF SATAR & THE LOCOS \nLAGU : KU SHAM LIRIK : ZAIRA SHAM \nTERBITAN : ORKESTRA RTM JABATAN PENYIARAN MALAYSIA\n\n\n\n\nMuat Turun Audio : \n\nMaklumat Lanjut\nBahagian Media dan Komunikasi KorporatJabatan Penerangan Malaysia\nAras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.\nTelefon : 03-8911 7381\nFax : 03-8911 7544 / 7525\nEmail : [email\u00a0protected]\nLaman web: www.merdeka360.my.\nBaca juga: \n\nHimpunan Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan\nKeluarga Malaysia: Konsep, 3 Teras Utama, Lirik Lagu Tema & Logo\nMyEzyCover : Insurans Kenderaan & Cukai Jalan Untuk Penjawat Awam\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sepkm/", "title": "SePKM : Cara Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSePKM dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seiringin dengan kemajuan teknologi dan merupakan salah satu rancangan kerajaan dalam \u201cPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia\u201d.\nDengan kewujudan portal SePKM ini, segala data mengenai murid di Malaysia dapat dikumpul dan diakses oleh kesemua pihak yang memerlukannya untuk membuat penilaian terhadap mereka. \nKewujudan sistem e-profil berkangkalan ini juga selaras dengan kemajuan teknologi dimana segalanya boleh dilakukan secara dalam talian atau online sahaha walau dimana-mana sahaja. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu SePKM?\n\n \nObjektif dan tujuan\n\n \nKategori pengguna SePKM\n\n \nCara login\n\n\nApa itu SePKM?\nSePKM merupakan akronim atau singkatan bagai Sistem e-Profil kerjaya Murid yang berperanan untuk memantau perkembangan pelajar lepasan SPM secara dalam talian.\nMelalui portal atau sistem ini, kerajaan boleh mengumpulkan data rasmi mengenai keperibadian personaliti dan minat kerjaya pelajar.\nSistem ini awalnya bermula daripada sistem e Perkhidmatan Kaunseling Murid yang merupakan inisiatif daripada pihak sekolah, sebelum ianya diperluaskan kepada lebih ramai pihak agar mendapat manfaatnya. \nBagi mengetahui fungsi utama portal ini, teruskan bacaan di bawah.\nObjektif dan tujuan \n\nTerdapat beberapa objektif mengapa pihak KPM mewujudkan portal e-Profil pelajar ini antaranya:\nMemudahkan guru pembimbing atau kaunselor mengakses maklumat pelajar, seterusnya menjimatkan masa mereka membuat penilaianMenyimpan rekod perundingan secara dalam talian, seterusnya memudahkan ianya diaksesMemudahkan proses menganalisis data dengan cepat dan tepatRekod yang disimpan dapat digunakan untuk tindakan susulan yang lebih sistematik dan berkesanMerancangan operasi berdasarkan data dalam sistem\nKategori pengguna SePKM\nSecara umumnya terdapat tiga kategori pengguna bagi portal ini, seperti yang berikut:\nKPM/JPN/PPDGuru KaunselingMurid\nCara login\nSekiranya anda merupakan salah satu pihak daripada kategori yang dinyatakan di atas, maka anda boleh terus log masuk ke akaun anda dengan cara yang berikut:\nLayari portal ini di alamat https://epkm.moe.gov.my/Bagi murid atau pelajar, klik pada pilihan \u201cPelajar\u201d dan masukkan No. Kad Pengenalan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myresume-spa/", "title": "MyResume SPA : Panduan Isi Borang & Cara Upload Dokumen", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMyResume merupakan satu portal SPA bagi calon yang dipanggil untuk menghadiri temuduga dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).\nMalangnya, ada calon yang dipanggil menghadiri temuduga ini tidak mengetahui kewujudan laman MyResume SPA ini ataupun tidak ambil peduli untuk mengemaskini resume mereka di laman ini dan mencetaknya untuk dibawa bersama-sama ketika menghadiri temuduga tersebut.\nPerkara remeh seperti ini boleh mengurangkan peluang anda untuk mendapat peluang pekerjaan yang ditawarkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFungsi\n\n \nPendaftaran akaun baru\n\n \nLog masuk\n\n \nCara upload dokumen\n\n\nFungsi\n\nMyResume berfungsi menjadi pusat sehenti bagi anda meletakkan segala maklumat peribadi anda dalam format resume bagi memudahkannya dilihat sepintas lalu oleh calon penemuduga.\n\n\n\n\n\n\nAntara maklumat yang boleh dimasukkan adalah:\nMaklumat asasMaklumat akademikMaklumat pengalamanMaklumat kemahiranLain-lain maklumat\nSetelah lengkap, anda boleh mencetak resume yang dihasilkan untuk dibawa bersama ketika menghadiri temuduga SPA.\nPaling penting, pastikan anda mengisi segala maklumat dengan maklumat yang betul kerana anda boleh didakwa sekiranya cuba menipu maklumat yang dimasukkan. \nSekiranya calon dengan sengaja meletakkan maklumat yang salah, anda boleh didakwa di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957, seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan jika disabitkan kesalahan boleh\u00a0dihukum penjara 2 tahun atau denda RM2000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali.\nPendaftaran akaun baru\n\nSistem MyResume ini menggunakan maklumat daftar masuk Sistem SPA9.\nSekiranya anda sudah mempunyai akaun di sistem SPA9, anda boleh terus log masuk ke akaun MyResume SPA anda namun sekiranya belum, ikuti langkah-langkah di bawah untuk proses pendaftaran akaun baru. \nLayari laman SPA9 di alamat https://spa9.spa.gov.my/loginKlik pada \u201cPendaftaran Pengguna\u201dIsi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *diiisi.Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Calon mesti mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan (reset).Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelummenghantar pendaftaran tersebut.Klik \u201cDaftar\u201d.\nLog masuk\nSetelah selesai pendaftaran, anda boleh log masuk akaun MyResume anda untuk mengemaskini segala maklumat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari portal MyResume SPA di alamat https://myresume.spa.gov.my/Masukkan nombor MyKadMasukkan kata laluanMasukkan Kod Keselamatan seperti yang dipaparkan dalam imejKlik butang Masuk\nCara upload dokumen\nUntuk melengkapkan proses mengisi maklumat dalam laman MyResume, pengguna perlu memuat naik beberapa salinan dokumen seperti yang berikut:\nGambarKad pengenalanSalinan sijil kelahiranKad pengenalan ibuKad pengenalan bapaSalinan sijil akademik yang disenaraikan sahajaSijil kokurikulum\nGambar: Pada bahagian Maklumat Asas > MyFoto, anda perlu memuat naik gambar berukuran passport dalam format jpeg, jpg, png atau gif sahaja. \nKad pengenalan ibu/bapa: Pada bahagian Maklumat Asas > IbuBapa, anda perlu memuat naik salinan kad pengenalan ibu dan bapa.\nSijil kelahiran dan kad pengenalan: Pada bahagian Maklumat Asas > Salinan KP/Sijil Lahir, anda perlu memuat naik salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan\nSijil akademik: Pada bahagian Maklumat Akademik > Salinan Sijil Akademik, anda perlu memuat naik salinan sijil akademik yang disenaraikan sahaja. Sijil hendaklah paparan sijil asal.\nSijil kokurikulum: Pada bahagian Maklumat Pengalaman > Salinan Dokumen, anda perlu memuat naik salinan sijil kokurikulum atau pencapaian (yang berkaitan sahaja).\nAkhir sekali, jangan lupa cetak resume anda yang telah dihasilkan oleh laman MyResume ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/roti-gardenia-naik-harga-1-september/", "title": "Naik Lagi! Ini Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nROTI GARDENIA NAIK HARGA MULAI 1 SEPTEMBER 2022\nGardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) akan menyemak semula harga bagi produk-produk Gardenia berkuat kuasa 1 September 2022 ini.\nSebelum ini, sebuah notis menjadi tular di media sosial memperlihatkan senarai perubahan harga produk-produk Gardenia berkenaan.\nGardenia menjelaskan kenaikan itu kerana pihaknya seperti perniagaan lain, berhadapan cabaran pasca COVID-19 termasuk pematuhan kepada keperluan keselamatan kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, katanya, bencana banjir melanda Shah Alam pada Disember tahun lalu, serta krisis rantaian bekalan global dan pelaksanaan gaji minimum berkuat kuasa 1 Mei lalu memberikan kesan ketara kepada kos operasi.\n\n\u201cDalam beberapa bulan ini, Gardenia terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung berprotein tinggi yang mengalami kenaikan 25 peratus, serbuk putih telur (lebih daripada 100 peratus) tepung gandum, gluten, susu skim, penggalak roti dan bahan-bahan pembungkusan roti.\n\u201cSelain itu, terdapat faktor luar kawalan kami ini, pelaksanaan gaji minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan, turut memberi kesan kepada kos operasi Gardenia.\n\u201cHasil semakan dan analisa terperinci, serta mengambil kira beberapa pilihan yang ada, Gardenia menyemak semula harga runcit bagi produknya berkuat kuasa 1 September,\u201d katanya.\nGardenia juga berkata, pihaknya akan sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan, serta memastikan bekalan optimum dan harga berpatutan untuk semua produk.\nDalam pada itu, rata-rata di media sosial ramai yang turut mengeluh kerana sebelum ini, Gardenia sudah menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.\nSenarai Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022\nUmumnya, pelarasan harga roti putih Gardenia Original Classic ialah sebanyak tujuh peratus atau 20 sen, berbanding kenaikan harga tepung berprotein tinggi sebanyak 25 peratus.\nSumber: Facebook\nBerikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 September 2022 :\nGardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00Rangkaian Gardenia Toast\u2019em daripada RM5.00 kepada RM5.50Gardenia Twiggies daripada RM1.80 kepada RM2.00Gardenia Waffles daripada RM1.40 kepada RM1.50 Roti Krim Gardenia daripada RM1.00 kepada RM1.10\n*Roti Gardenia Bonanza Keluarga masih dikekalkan pada harga RM2.75 sebuku, harga mampu milik untuk roti putih dengan berat 500 gram\nBaca juga: Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/login-1govuc/", "title": "Login 1GovUC: E-mel & Sistem Komunikasi MyGovUC Penjawat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJika anda berkhidmat dalam perkhidmatan awam, anda tentu pernah login 1GovUC, iaitu e-mel rasmi yang dikhaskan untuk penjawat awam.\nE-mel ini adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh MyGovUC selain menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti.\nBagi yang pertama kali menggunakannya atau terlupa menggunakan sistem ini, dalam artikel ini dikongsikan lebih lanjut tentangnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyGovUC?\n\n \nPerkhidmatan Yang Disediakan MyGovUC\n\n \nCara Login E-mel 1GovUC\n\n \nTips Housekeeping E-mel 1GovUC\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MyGovUC?\nMyGovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. \n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan yang menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel 1GovUC, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti ini dijamin selamat untuk digunakan kerana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan selain dapat memudahkan penjawat awam menggunakan perkhidmatan yang disediakan dalam satu pusat.\nTahap kesediaan (availability) perkhidmatan MyGovUC adalah 99.5 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) MyGovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.\nBaca juga: SPLKPM 2020: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)\nPerkhidmatan Yang Disediakan MyGovUC\nPerkhidmatan yang disediakan oleh MYGovUC termasuklah:\nE-mel 1GovUC: Merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik.Komunikasi Bersepadu (UC): Terdiri dari Portal MyGovUC, Portal Kolaboratif serta IPMS.Portal dan Media Sosial: Terdiri dari Portal MyGovUC, Portal Kolaboratif serta IPMS.Perkhidmatan Nilai Tambah: MyGovUC menyediakan perkhidmatan Nilai Tambah seperti Pengarkiban E-mel, Big Mail Transfer (BMT), ADRMS, Perkhidmatan E-mel Relay (SMTP) serta Perlindungan Keselamatan E-mel\nBaca juga: Cara Daftar SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)\n\nCara Login E-mel 1GovUC\nUntuk log masuk ke e-mel rasmi 1GovUC, sila rujuk langkah Single Sign On (SSO) untuk akses ke perkhidmatan emel Web(OWA), Big Mail Transfer(BMT) dan User Self Service\nSila layari ke laman web\u00a0http://www.1govuc.gov.my/Klik pada butang \u201cLogin SSO\u201dMasukkan Nama Pengguna dan Kata LaluanKlik pada servis yang hendak dicapai tanpa perlu memasukkan semula ID dan katalaluan MyGovUC.\nNOTA: Semua pengguna MyGovUC boleh menggunakan perkhidmatan Big Mail Transfer (BMT) melalui Single Sign On (SSO) di pautan Portal MyGovUC.\n\nTips Housekeeping E-mel 1GovUC\nUntuk mengoptimumkan fungsi serta penggunaan storan e-mel yang disediakan, penjawat awam perlulah sentiasa membuat proses pembersihan atau \u2018housekeeping\u2019 bagi mengelakkan penerimaan e-mel disekat apabila terlalu penuh.\nDi sini dikongsikan video Tips Housekeeping E-mel MyGovUC untuk perkongsian maklumat dan panduan anda.\n\nhttps://www.facebook.com/mampujpm/posts/3781781558507859\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang bantuan atau pertanyaan tentang 1GovUC, sila hubungi 03-7711 4646 atau e-mel [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected] (Isnin \u2013 Jumaat, 8.30 am \u2013 5.30 pm)\nRujuk Portal Rasmi MyGovUC atau isikan maklumbalas anda melalui borang INI.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-pakai-double-mask-kkm/", "title": "Cara Pakai \u2018Double Face Mask\u2019 (Pelitup Muka Berganda) \u2013 KKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Pakai Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask) oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarikat \u2013 Oleh Ketua Pengarah Kesihatan, KKM\nRamai yang bertanya mengenai amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask). \nIa mula menjadi bualan ramai selepas tular beberapa foto memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenakannya.\n\nDalam sebuah sidang media, beliau mengesahkan sendiri pemakaiannya serta keberkesanannya.\n\u201cPemakaian \u2018double face mask\u2019 lebih berkesan iaitu dapat menapis lebih 95 peratus virus terutama di tempat awam yang berisiko tinggi contohnya di hospital.\u201d kata Dr Noor Hisham.\n\nCara menggabungkan pelitup muka yang bersesuaian iaitu dengan surgical mask (pelitup muka pembedahan) dan cloth mask (pelitup muka jenis fabrik) ini didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain.\u00a0\nBerikut adalah panduan ringkas cara pakai double mask daripada KKM.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n2 Kaedah Mengurangkan Risiko Jangkitan COVID19 Dengan Memaksimumkan Fungsi Pelitup Muka\n\n \nKAEDAH 1: Knot & Tuck\n\n \nKAEDAH 2: Cara Pakai Double Mask\n\n \nBagaimana Cara Pakai Double Mask?\n\n\n2 Kaedah Mengurangkan Risiko Jangkitan COVID19 Dengan Memaksimumkan Fungsi Pelitup Muka\nPihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain. \nLihat contoh pemakaian yang ditunjukkan oleh Dr Anthony Fauci di bawah:\n\nDua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka. \nKajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.\n2 Kaedah Berkesan Mempertingkatkan Fungsi Pelitup Muka\nMengikat bahagian tepi face mask dan memperkemaskannya ke bahagian muka.Menggunakan 2 lapisan pelitup muka (double mask)\n\nBaca juga: MCO 3.0 SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan PKP 25 Mei 2021\nKAEDAH 1: Knot & Tuck\nKnot & Tuck \u2013 (Mengikat & Memperkemas Pelitup Muka Agar Berada Rapat Dengan Muka)\nCara ini boleh dilakukan dengan mengikat bahagian kiri dan kanan pelitup muka.\nKaedah ini dilakukan agar liang-liang udara dihalang daripada memasuki bahagian dalam hidung dan mulut, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan COVID19.\nKaedah ini dapat memberi perlindungan 77% berbanding pemakaian pelitup muka 3-ply yang biasa iaitu 56.1%.\n\nKAEDAH 2: Cara Pakai Double Mask\nKaedah kedua adalah dengan memakai 2 lapisan pelitup muka (double mask).\nSememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.\nPelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4% berbanding pemakaian 3-ply mask biasa (56.1%) dan pelitup muka jenis kain 51.4%.\nIni bermakna, pemakaian double mask adalah cara memaksimumkan fungsi pelitup muka yang paling berkesan.\nBagaimana Cara Pakai Double Mask?\nKaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul: \nGunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda. Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.\n\nUntuk melihat video cara pakai double mask, sila rujuk langkah yang ditunjukkan oleh Pakar Kardiologi, Institut Jantung Negara, Dr Beni Rusani menerusi akaun TikToknya di bawah:\n\nSumber video: https://twitter.com/DrBeniRusani/status/1396709923606515720?s=20\nRujukan lanjut: https://kpkesihatan.com/\nBaca juga: SELANGKAH: Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor\nNOTA\nPelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). \nOleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-wakaka-malaysia/", "title": "Menu Wakaka : Harga Waffle & Minuman Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Wakaka & Harga\nBagi penggemar minuman boba dan waffle, anda wajib cuba hidangan yang ditawarkan di Wakaka. Jenama baharu ini menawarkan pelbagai jenis minuman unik, menyegarkan tekak dan pasti menepati citarasa anda. \nBagi anda yang ingin mencuba, jom kita lihat menu Wakaka & harga yang ditawarkan. \nBaca Juga : Menu Sushi King & Harga 2022\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Wakaka & Harga\n\n \nSenarai Waffle & Harga\n\n \nSenarai Minuman & Harga\n\n\nMenu Wakaka & Harga\nBerikut adalah senarai harga terkini bagi waffle dan juga minuman istimewa di semua outlet Wakaka seluruh Semenanjung Malaysia.\nSenarai Waffle & Harga\nMenuHargaPremium Chocolate WaffleRM 6.06Original WaffleRM 4.62\nSenarai Minuman & Harga \nBiscoff Frappe Series\n\nMenuHargaMochaccino Biscoff FrappeRM 8.70Creamy Vanilla Biscoff FrappeRM 8.70Choc Biscoff FrappeRM 8.70Strawberry Biscoff FrappeRM 8.70Mango Biscoff FrappeRM 8.70Green Apple Biscoff FrappeRM 8.70\nBrown Sugar Series\n\nMenuHargaBrown Sugar Boba MilkRM 7.56Brown Sugar Boba Milk TeaRM 7.14Brown Sugar Boba CappucinoRM 7.56Brown Sugar Boba ChocolateRM 7.56\nRainbow Boba Milk Tea Series\nMenuHargaRainbow Boba Chocolate Milk TeaRM 6.48Rainbow Boba Honeydew Milk TeaRM 6.48Rainbow Boba Bluecoral Milk TeaRM 6.48\nMagical Unicorn Series\n\nMenuHargaBeautie UnicornRM 8.70Cutie UnicornRM 8.70Sweetie UnicornRM 8.70\nShake Kaw Kaw Series\nMenuHargaCocoa Shake Kaw KawRM 6.48Black Cocoa Shake Kaw KawRM 6.48\nOreo Smoothie Series\n\nMenuHargaOreo Chocolate SmoothieRM 7.56Oreo Vanilla SmoothieRM 7.56Oreo Cappucino SmoothieRM 7.56\nPremium Black Choc Series\nMenuHargaPremium Black Choc SmoothieRM 7.56Oreo Premium Black Choc SmoothiesRM 8.70\nMix Frutti Smoothie Series\nMenuHargaGreen Apple Honeydew SmoothieRM 7.14Mango Green Apple SmoothieRM 7.14Mango Strawberry SmoothieRM 7.14\nSmoothies Series\nMenuHargaChocolate SmoothieRM 6.48\nCoffee Smoothie\nMenuHargaCappucino SmoothieRM 7.56\nUntuk dapatkan promosi terkini di Wakaka, jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Wakaka FB. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/dana-siswa-hepa-umt-untuk-pelajar-b40/", "title": "Bantuan Dana Siswa HEPA UMT Untuk Pelajar B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Dana Siswa HEPA UMT Untuk Pelajar B40 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini membuka peluang bagi pelajar dari keluarga B40 untuk memohon Dana Siswa HEPA UMT.\nBantuan ini disasarkan bagi meneruskan proses pembelajaran para siswazah dengan lebih lancar demi mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.\nBaca Juga : BUDI : Bantuan Pendaftaran IPT Secara One-Off Untuk Pelajar Sabah\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Dana Siswa HEPA UMT\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan mulai 8 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022.\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Dana Siswa HEPA UMT\nPelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :\nTerbuka kepada semua pelajar Pra-Siswazah UMT.Pelajar Islam atau non Muslim berstatus aktif.Pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan B40.Pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang Kritikal.\nCara Memohon\nPelajar boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi langkah-langkah berikut :\nLog masuk di Portal MyNemo iaitu https://mynemo.umt.edu.my/.Klik bahagian \u2018HEPA.\u2019Pilih bahagian \u2018My Ihsan.\u2019Klik bahagian \u2018Permohonan Baru\u2019 dan isi atau kemaskini profil pemohon.Pilih bahagian \u2018Dana Asnaf\u2019 dan isi maklumat yang berkaitan.Hantar permohonan untuk pengesahan lanjut.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan dari HEPA UMT ini, sila hubungi :\nSeksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar,\nPejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu.\nNo Telefon: 09-668 4323.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gabungkan-fail-pdf/", "title": "Cara Gabungkan Beberapa Fail PDF Jadi 1 Dokumen", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda kalanya anda pernah gabungkan pdf fail daripada beberapa fail PDF kepada hanya satu fail PDF sebelum dihantar kepada penerima.\nBagaimanakah caranya?\nSekiranya anda menggunakan aplikasi berbayar Adobe PDF di komputer anda, fungsi ini sememangnya didatangkan sekali dalam aplikasi tersebut.\n\nMalangnya, kebanyakan daripada kita yang menggunakan aplikasi Adobe free tidak dapat mengunakan kemudahan untuk gabungkan pdf file ini.\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda tidak tahu, sudah terdapat beberapa kemudahan secara dalam talian yang menyediakan kemudahan untuk menggabungkan beberapa fail PDF kepada satu fail PDF sahaja.\nKali ini, mari lihat beberapa aplikasi dalam talian ini yang boleh anda cuba. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Adobe\n\n \n2. SmallPDF\n\n\n1. Adobe\nPihak Adobe sendiri sememangnya sudah menyediakan kemudahakan menggabungkan beberapa fail PDF kepada 1 fail PDF sahaja secara online.\nKemudahan ini boleh dinikmati melalui laman web rasmi mereka dengan mengklik pautan https://www.adobe.com/sea/acrobat/online/merge-pdf.html\nLayari laman web Adobe melalui pautan di atasKlik pada butang \u201cSelect Files\u201dPilih kesemua fail PDF yang ingin digabungkanKlik pada butang MergeMuat turun fail yang telah digabungkan dengan klik butang \u201cDownload\u201d\nMenariknya, laman web Adobe ini turut menyediakan banyak lagi kemudahan berkaitan antaranya menukar fail PDF kepada Word. \n2. SmallPDF\nSmallPDF merupakan sebuah laman serbaguna yan menyediakan pelbagai kemudahan dalam talian berkaitan fail PDF. \nMelalu laman ini, anda boleh convert, compress, merge, split PDF anda dengan mudah.\nUntuk gabungkan beberapa fail PDF kepada sebuah dokumen sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari halaman SmallPDF di alamat https://smallpdf.com/Pada bahagian menu, klik \u201cTools\u201dKemudian, pilih \u201cMerge PDF\u201dPilih kesemua fail yang ingin digabungkan \u2013 Daripada peranti, Dropbox atau Google DrivePilih \u201cMerge Files\u201d. Bagi akaun berbayar, anda boleh pilihan pilihan \u201cMerge Pages\u201d yang memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam menggabungkan fail-fail PDF andaKlik butang \u201cChoose Options\u201dKlik butang \u201cMerge PDF!\u201dMuat turun fail yang sudah digabungkan dengan klik pada butang \u201cDownload\u201d\nWalaupun kemudahan yang disediakan oleh laman ini cukup bagus, bagi kemudahan percuma setiap pengguna dihadkan kepada dua tugasan sahaja setiap hari. \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-beli-tiket-bas-online/", "title": "Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti mana kita dah boleh beli tiket kapal terbang tanpa pergi ke lapangan terbang, sekarang ni pun dah ada banyak cara beli tiket bas secara online di Malaysia.\nMalah, ia adalah pilihan yang lebih efisyen kerana proses tempahan tiket dalam talian kini telah dipermudahkan untuk para penumpang bergerak antara bandar-bandar besar di seluruh Malaysia, termasuklah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.\nAntara kelebihan membeli tiket bas online adalah:\n dapat menjimatkan masa daripada menunggu bas pada waktu yang dijadualkanelak berbaris panjang, terutamanya waktu cuti tak perlu bimbang tentang tempat duduk dalam bas sebab kita boleh pilih posisi ikut keselesaan masing-masing\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Beli Tiket Bas Online\n\n \nApa Yang Perlu Dilakukan Semasa Hari Perjalanan\n\n \nTukar Tarikh & Masa Tiket Bas Yang Telah Dibeli\n\n \nPembatalan Tiket Bas Yang Telah Dibeli Secara Online\n\n\nCara Beli Tiket Bas Online\nUntuk membeli tiket bas secara atas talian, anda boleh terus beli daripada beberapa syarikat bas seperti berikut:\nMaraLinerKKKL GroupMayang Sari ExpressSani Express\nSelain itu, terdapat beberapa buah portal utama yang menjual semua jenis perkhidmatan bas ekspres di seluruh Malaysia.\nPortal berikut boleh anda gunakan untuk membuat tempahan:\nRedBusEasyBookCatch That BusBus Online TicketE-Ticketing\nKesemua portal di atas ini mempunyai laman web yang user-friendly dan mudah difahami oleh pengguna untuk membuat pembelian tiket bas online.\nDi sini kami kongsikan cara beli tiket bas online melalui RedBus.com.my\n1. PILIH LOKASI BERLEPAS / KETIBAAN\n\n\n\n\n\n\nPenumpang boleh menentukan tempat ketibaan atau pelepasan di ruangan \u201cDari\u201d dan \u201cKe\u201d, serta memasukkan tarikh perjalanan, dan tekan butang \u201cCarian\u201d.\n\n2. PILIH PENGENDALI BAS DAN MASA YANG DIINGINKAN\nKesemua senarai pengendali bas yang berkhidmat di\u00a0laluan tertentu akan dipaparkan pada skrin\nPenumpang atau pengguna boleh menggunakan pilihan tapisan yang tersedia di sebelah kiri skrin.\n3. TAPIS PILIHAN JIKA PERLU\nKalau terdapat terlalu banyak pilihan dan anda mempunyai kriteria tertentu untuk memilih bas, maka anda boleh menapis pilihan yang dipaparkan dengan menekan mana-mana butang yang terdapat di sebelah tepi butang pilihan \u201cSusun Berpandukan\u201d.\nPilihan bas akan dipaparkan berdasarkan kriteria yang dipilih seperti \u201cWaktu Pelepasan,\u201d \u201cOperator Bas,\u201d \u201cRating,\u201d dan \u201cTambang\u201d untuk memudahkan anda membuat pilihan.\n\n4. PILIH TEMPAT DUDUK\nSalah satu yang best bila beli tiket bas online ni, kita boleh pilih tempat duduk kita sendiri.\nNanti ada satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul dan kita cuma perlu klik nombor tempat duduk pilihan dan tekan butang \u201cTeruskan\u201d \n\n5. BUAT BAYARAN\nSetelah selesai pilih bas dan tempat duduk, kita bolehlah teruskan dengan mengisi maklumat dan membuat proses pembayaran.\nBayaran yang diterima adalah dalam bentuk Kad Kredit, Kad Debit, FPX (Pindahan Perbankan Dalam Talian Malaysia), dan aplikasi e-Wallet Boost.\nMesej pengesahan akan dihantar ke ID e-mel berdaftar dan nombor telefon yang diberikan oleh pembeli. \n\n6. CETAK / SIMPAN E-TICKET\nE-mel yang mengandungi e-ticket akan dihantar melalui e-mel anda.\nSetiap pengendali bas akan memberitahu sama ada tiket tersebut perlu dicetak. \nSesetengah bas hanya sekadar memerlukan \u2018booking reference number\u2019 yang boleh ditunjukkan melalui telefon bimbit saja.\nMudah kan?\nApa Yang Perlu Dilakukan Semasa Hari Perjalanan\nBaca dan semak e-ticket yang dihantar melalui emel.\nPastikan kita double-check tarikhnya dan tempat berlepas.\nMasa hari perjalanan nanti, datang ke stesen yang dipilih dan tunjukkan e-ticket pada kaunter bas. \nDekat sana nanti, mereka akan semak dan beritahu kita tempat untuk menunggu bas beserta nombor pendaftaran bas. \nAda bas boleh tolong printkan tiket jika kita minta.\nMasa nak naik bas, kita akan diminta untuk tunjukkan tiket bas sekali lagi kepada pemandu atau pengendali bas untuk pengesahan.\nTukar Tarikh & Masa Tiket Bas Yang Telah Dibeli\nBergantung kepada terma dan syarat, anda mungkin boleh menukar tarikh dan masa tiket bas yang telah dibeli atas sebab-sebab tertentu.\nUntuk laman web RedBus, sila layari laman web redbus.my dan cari ikon \u2018Reschedule\u2019. \nMasukkan nombor tiket dan alamat emel yang telah digunakan untuk membuat tempahan dan tekan butang \u201cCarian\u201d. \nSahkan nombor tiket dan tiket bas anda serta pilih tarikh baru perjalanan yang hendak dijadualkan. \nPilih bas yang hendak dinaiki dan sahkan tiket yang telah dijadualkan semula dengan membuat pembayaran harga perbezaan tiket. \n\nPembatalan Tiket Bas Yang Telah Dibeli Secara Online\nKalau dah beli tiket bas tapi tiba-tiba tak jadi nak travel, bolehkah minta refund?\nIni juga bergantung kepada keadaan dan alasan yang diberikan oleh pelanggan. \nBagi pelanggan RedBus, anda boleh menghubungi talian +60-330992524 untuk sebarang permohonan pembatalan. \nSetelah permohonan dibuat, bahagian khidmat pelanggan akan memproses permohonan tersebut dan menghubungi pihak pelanggan secepat mungkin. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/lupa-kata-laluan-bkm/", "title": "Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLUPA KATA LALUAN BKM? INI CARA RESET ID DAN TUKAR PASSWORD BKM\nTempoh kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia masih dibuka dan berbaki 9 hari lagi untuk proses kemaskini data pemohon.\nSudahkah anda memohon dan membuat semakan ID?\nSekiranya anda mengalami masalah terlupa kata laluan BKM dan masih tidak dapat mengakses akaun anda, sila ikuti langkah berikut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLog Masuk myBKM\n\n \nLupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password\n\n \nTempoh Permohonan & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nPertanyaan Tentang Password Login / Lupa Kata Laluan BKM\n\n\nLog Masuk myBKM\nMenu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.\nLog Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.\n\n\n\n\n\n\nBagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.\nSila rujuk langkah berikut untuk reset ID pemohon dan tukar kata laluan BKM yang baharu.\n\nLupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password\nBerikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:\nLayari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik \u201cLog Masuk BKM\u201dKlik \u201cTerlupa Kata Laluan\u201dMasukkan nombor MyKad 12 digit dan klik \u201cSemak\u201d.Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik \u201cSeterusnya\u201d.Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik \u201cYa\u201d.Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik \u201cSeterusnya\u201d.Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik \u201cTukar Kata Laluan\u201d.Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.\nSekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.\nTempoh Permohonan & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)\nTempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula\u00a001 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.\nPerkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.\nSila rujuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM dalam jadual di atas.\nPemohon\u00a0yang\u00a0perlu membuat Kemas Kini\u00a0adalah:\nIndividu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.\nPemohon\u00a0yang\u00a0perlu membuat Permohonan Baharu\u00a0adalah:\nPemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; sertaBerpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atauBerpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat\nPemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:\nPemohon\na. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataub. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauc. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataud. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamahe. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\nPasangan\na. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataub. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan\nAnak\na. Anak Kandung\u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan\u2013 Salinan Sijil Lahirb. Anak Angkat\u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan\u2013 Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN\nBorang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.\n\nBaca juga:\nWaktu Operasi Kaunter BKM 2022 & Cawangan LHDNBantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semak Permohonan & Tarikh Bayaran\nPertanyaan Tentang Password Login / Lupa Kata Laluan BKM\nHotline BKK LHDNM\u00a0: 1800 88 2747Hotline BKK MoF\u00a0: 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel :\u00a0[email\u00a0protected]Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/\nBorang\nBorang Permohonan BKM_2022Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan_BKMAkuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok_BKMBorang Serahan Dokumen Sokongan_BKMBorang Pembatalan Permohonan_BKM\nFAQ\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM_2022)MyBKMPermohonan Baharu dan Kemaskini_BKMWakil BKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/apakah-darurat-2021/", "title": "Darurat Hingga Ogos 2021, Apa Kesannya? Ini Yang Rakyat Perlu Tahu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah ringkasan daripada Pengumuman Khas Darurat 2021 oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRingkasan Pengumuman Khas Darurat 2021\n\n \nApakah Darurat? 15 Perkara Kena Tahu\n\n\nRingkasan Pengumuman Khas Darurat 2021\nProklamasi darurat 2021 dipersembah kepada Agong semalam Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius Darurat 2021: Kerajaan awam akan terus berfungsi Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakanJentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam Darurat 2021: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat 2021PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah COVID-19 Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan \nKredit: BERNAMA\n\nUntuk maklumat lanjut tentang pengumuman khas Darurat 2021, sila rujuk teks ucapan penuh Darurat Bendung COVID-19 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pautan INI :\n\nhttps://www.facebook.com/BuletinTV3Official/posts/4377865945561886\n\nApakah Darurat? 15 Perkara Kena Tahu\nTentu ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya darurat dan apa implikasi daripada darurat 2021 yang diumumkan ini.\nJadi, kami kongsikan sebuah artikel berkaitan darurat 2021 oleh Dr Shamrahayu Aziz yang boleh kita fahami bersama.\nSoalan 1:\u00a0Apakah maksud darurat\nJawapan: Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.\nPengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.\nSoalan 2:\u00a0Apakah kesan pengisytiharan darurat\nJawapan: Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.\nTentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.\nParlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).\nKesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.\nSoalan 3:\u00a0Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan\nJawapan:Ya. \nPerlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.\nBahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.\n\n\n\n\n\n\nSoalan 4:\u00a0Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat\nJawapan: Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.\nTiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas\ni. Keselamatan negara; atauii. Kehidupan ekonomi; atauiii. Ketenteraman awam\nSoalan 5:\u00a0Bilakah dan di manakah darurat boleh diisytiharkan\nJawapan: Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama ada semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar.\nSyarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.\nDarurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).\nSoalan 6:\u00a0Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri\nJawapan: Pengisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.\nKuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia).\nKuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walau bagaimana pun persoalan timbul ialah adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?\nPerkara 150(1) menyatakan \u201cJika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian\u201d.\nFrasa \u201cJika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati\u201d atau dalam bahasa Inggeris, \u201cif the Yang di-Pertuan Agong is satisfied\u201d menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.\nBeberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati.\nBarakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan \u201c\u2026.In my opinion the Yang di-Pertuan Agong\u00a0is the sole judge\u2026\u201dWalaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri.\nIni adalah kedudukan undang-undang yang disepakati.\nLord Diplock menyatakan:\u201cAlthough this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet.\nSo when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question\u201d.\nJusteru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.\nSoalan 7:\u00a0Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)\nJawapan:Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan \u201c\u2026.In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied\u201d.\nMaksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. \nHakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti.Beliau menyatakan:\u201cHis Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that \u201cin the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet\u2026Article 150 specifically provide that the emergency must be one \u2018whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage\u2026.Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy.\u201d\nMaksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat.Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi.\nPerkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.\nKeputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adala juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah.\nSelepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. \nHal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:\nWalau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini \u2013\n(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan\n(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan\n(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.\nWalaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.\nSoalan 8:\u00a0Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat\nJawapan: Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan.Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).\nSoalan 9:\u00a0Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat\nJawapan: Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.\nSoalan 10:\u00a0Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat\nJawapan:Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. \nIni disebut dalam Perkara 150(2B).Maksud \u201cMajlis Parlimen tidak bersidang serentak\u201d boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan \u201cMajlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis\u201d.\nSekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen.\nSekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).\nSoalan 11:\u00a0Adakah parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat\nJawapan:Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan.\nUndang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan,\u00a0\u201cThe true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved\u201d.\nFasal (2C) Perkara 150 menyatakan \u201c\u2026Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaku diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen\u201d.Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.\nParlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak.Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).\nProklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.\nSoalan 12:\u00a0Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat\nJawapan: Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen.\nIa boleh berkesan sehingga dibatalkan.\nSetelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan.\nBahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).\nSoalan 13:\u00a0Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)\nJawapan:Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.\nNamun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3)).\nSoalan 14:\u00a0Bilakah Darurat akan Berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir\nJawapan: Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat \u2013 bila dan siapa.Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, \u201cProklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) \u2026 hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi\u2026\u201d \nFrasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.\nKes The Cheng Poh menyatakan:\u201cThe power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships\u2019 view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force.\u201d\nSoalan 15:\u00a0Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir\nJawapan: Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa.\nMaksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).\nBaca juga: i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan\n*Sumber: Dr Shamrahayu Aziz\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mandi-sunat-hari-raya/", "title": "Niat Mandi Sunat Aidilfitri & Tatacara Ringkas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAntara mandi sunat yang biasa diamalkan oleh Rasulullah\u00a0ialah mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya. Berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi :\n\nAli bin Abi Thalib\u00a0pernah ditanya mengenai mandi.\u00a0\u201cAdakah diharuskan mandi setiap hari?\u201d\u00a0Beliau menjawab:\u00a0\u201cTidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.\u201d \n\u2013\u00a0Hadis Riwayat al-Baihaqi\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nNIAT MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI\n\n \nTEMPOH WAKTU\n\n\nNIAT MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI\nLafaz Niatnya:\n\u0646\u0648\u064a\u062a \u0627\u0644\u063a\u0633\u0644 \u0644\u0639\u064a\u062f \u0627\u0644\u0641\u0637\u0631 \u0633\u0646\u0629 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0644\u0649NAWAITUL GHUSLA LI I\u2019DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA\u2019LA\n\u201cSahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa\u2019la\u201d.\n\nTEMPOH WAKTU\nTempoh waktu mandi sunat hari raya ialah bermula dari pertengahan malam dan disunatkan untuk dilewatkan sehingga hampir solat Hari Raya.\n\nAntara lain-lain perkara sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :\n\nMandi Sunat Hari Raya\nPakai pakaian yang terbaik\nMakan sedikit sebelum keluar ke masjid\nMenunaikan solat sunat Aidilfitri\nMendengar khutbah raya\nPergi balik masjid melalui jalan berbeza\nMengucapkan ucapan hari raya\n\nSYAWAL SEBUAH KESYUKURAN DAN KEBAHAGIAAN , 10 SUNNAH YANG BOLEH DILAKUKAN DI PAGI RAYA \n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nSubhanAllah Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana kita telah berjaya menempuh madrasah Ramadan yang terkumpul di dalamnya rahmat, keampunan, dan ganjaran yang sangat besar.\nKini, menjelang pula Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hadiah daripada Allah SWT buat umat Islam setelah bersungguh-sungguh melakukan ibadah dalam bulan Ramadan.\nSahabat, zahirkanlah rasa kesyukuran dan kegembiraan kita kali ini dengan mencontohi teladan Rasulullah SAW ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.\nAntara sunnah-sunnah yang boleh kita amalkan adalah:\n\nMEMPERBANYAKKAN TAKBIR\n\nAntara syiar yang disunatkan bagi kita untuk melaksanakannya ketika Hari Raya Aidilfitri adalah memperbanyakkan bertakbir.\nFirman Allah SWT:\n\u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u06e1\u0645\u0650\u0644\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u0644\u06e1\u0639\u0650\u062f\u0651\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u062a\u064f\u0643\u064e\u0628\u0651\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627\u06df \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u062a\u064e\u0634\u06e1\u0643\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\n\n\n\n\nMaksudnya: \u201cDan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.\u201d(Surah Al-Baqarah:185)\nWAKTU UNTUK BERTAKBIR\nWaktu bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri bermula daripada terbenamnya matahari malam raya (waktu maghrib 1 Syawal) sehingga takbiratul ihram solat sunat Aidilfitri.\nLAFAZ TAKBIR\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nMaksudnya: \u201cAllah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.\u201d\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0623\u064e\u0635\u0650\u064a\u0644\u064b\u0627 \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0625\u064a\u0651\u064e\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u0651\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u064e\u0632\u0651\u064e \u062c\u064f\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0627\u0628\u064e \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u0625\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nMaksudnya: \u201cAllah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir.Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya dan memuliakan tentera-Nya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.\u201d\n\nMANDI SUNAT HARI RAYA\n\nDigalakkan untuk mandi sunat pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sama ada menghadiri solat sunat raya ataupun tidak. Dalilnya diambil berdasarkan amalan para sahabat:\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0646\u064e\u0627\u0641\u0650\u0639\u064d \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0628\u0652\u0646\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064e\u063a\u0652\u062a\u064e\u0633\u0650\u0644\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u063a\u0652\u062f\u064f\u0648\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649\nMaksudnya: \u201cDaripada Nafi\u2019 bahawa Abdullah bin Umar r.a. mandi pada Hari Raya Aidilfitri sebelum pergi ke tempat solat.\u201d(HR Muwatta\u2019, Isnad Sahih)\n\nMEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK\n\nImam Syafie menjelaskan dalam kitab al-Umm:\nMaksudnya: \u201cAku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.\u201d\nIbnu Umar juga pernah memakai pakaian yang terbaik pada dua hari raya.\n\nMAKAN SEBELUM SOLAT SUNAT HARI RAYA\n\nDaripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata:\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u063a\u0652\u062f\u064f\u0648 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064e \u062a\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0627\u062a\u064d\nMaksudnya: \u201cPada Hari Raya Aidilfitri Rasulullah SAW tidak berangkat untuk melaksanakan solat hingga beliau makan beberapa butir kurma.\u201d(HR Bukhari, hadis sahih)\nBerdasarkan hadis ini, kita disunatkan untuk makan sebelum melaksanakan solat sunat raya. Hal ini bagi mengelakkan segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal.\n\nMENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI\n\nDaripada Abu Sa\u2019id Al Khudri r.a., ia berkata:\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u064a\u064e\u062e\u0652\u0631\u064f\u062c\u064f \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0648\u0651\u064e\u0644\u064f \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u064a\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0623\u064f \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f\nMaksudnya: \u201cPada Aidilfitri dan Aidiladha Rasulullah SAW keluar menuju tempat solat (lapangan), dan pertama kali yang beliau kerjakan adalah solat hingga selesai.\u201d(HR Bukhari, hadis sahih])\n\nMENGGUNAKAN JALAN YANG BERLAINAN KETIKA PERGI DAN PULANG DARI MASJID\n\nDaripada Jabir bin \u2018Abdullah r.a., ia berkata:\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064f \u0639\u0650\u064a\u062f\u064d \u062e\u064e\u0627\u0644\u064e\u0641\u064e \u0627\u0644\u0637\u0651\u064e\u0631\u0650\u064a\u0642\u064e\nMaksudnya: \u201cKetika hari raya, Rasulullah SAW mengambil jalan yang berbeza (antara pergi dan kembali ke tempat solat).\u201d(HR Bukhari, hadis sahih)\n\nSALING MENDOAKAN\n\nUcapan doa:\n\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u0651\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\nMaksudnya: \u201cSemoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadah Ramadhan) kami dan kamu.\u201d\nDaripada Jubair bin Nufair r.a. Katanya:\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u0635\u0652\u062d\u064e\u0627\u0628\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0650\u0644\u0652\u062a\u064e\u0642\u064e\u0648\u0652\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u0650 \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u0650\u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064d : \u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u0651\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\nMaksudnya: \u201cApabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).\u201d(Rujukan: Kitab Fathul Bari, sanad hasan)\n\nBERGEMBIRA\n\nDaripada Anas r.a., ia berkata:\n\u0642\u064e\u062f\u0650\u0645\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0644\u0652\u0639\u064e\u0628\u064f\u0648\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0643\u064f\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0644\u0652\u0639\u064e\u0628\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0627\u0647\u0650\u0644\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650\nMaksudnya: \u201cRasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya memiliki dua hari khusus untuk permainan, maka beliau bersabda, \u201cApakah maksud dari dua hari ini?\u201d mereka menjawab, \u201cKami biasa mengadakan permainan pada dua hari tersebut semasa masih jahiliah.\u201d Maka Rasulullah SAW bersabda, \u201cSesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari kedua hari tersebut, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.\u201d(HR Abu Daud, Isnad Sahih]\nAs-Son\u2018ani menjelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan ketika dua hari raya adalah disunatkan dan ia adalah syariat Allah kepada hamba-Nya.\n\nMENGERATKAN SILATURAHIM\n\nDaripada Anas bin Malik r.a., ia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0633\u064e\u0631\u0651\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0628\u0652\u0633\u064e\u0637\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u064a\u064f\u0646\u0652\u0633\u064e\u0623\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u062b\u064e\u0631\u0650\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0635\u0650\u0644\u0652 \u0631\u064e\u062d\u0650\u0645\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cSiapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya, hendaklah dia menyambung silaturahim.\u201d(HR Bukhari, Sahih)\n\nPUASA ENAM\n\nDaripada Abu Ayub al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0627\u0645\u064e \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0623\u064e\u062a\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f \u0633\u0650\u062a\u0651\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0648\u0651\u064e\u0627\u0644\u064d \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0643\u064e\u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u062f\u0651\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650\nMaksudnya: \u201cSesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian meneruskan dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.\u201d(HR Muslim, Sahih)\nSubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.\nMari bersama hiasi Aidilfitri kita dengan mengikuti sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.\nSelamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Muslimin dan Muslimat.\nSemoga Allah memberikan kekuatan buat kita untuk terus istiqamah dalam meneruskan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.\n\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u0639\u064e\u0627\u0645\u064d\u0650 \u0648\u064e\u0627\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0650\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064d\nSebagai penutup, suka untuk saya berkongsi petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.\n\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u064f \u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0628\u0650\u0633\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u0650 *** \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u064f \u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0637\u064e\u0627\u0639\u064e\u0627\u062a\u0650\u0647\u064f \u062a\u064e\u0632\u0650\u064a\u062f\u064f\nMaksudnya: \u201cBukanlah hari raya itu bagi orang yang memakai baju baru, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.\u201d\n\u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u064f \u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062c\u064e\u0645\u0651\u064e\u0644 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0651\u0650\u0628\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0631\u0651\u064f\u0643\u064f\u0648\u0628\u0650 *** \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u064a\u062f\u064f \u0644\u0650\u0645\u064e\u0646\u0652 \u063a\u064e\u0641\u064e\u0631\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0630\u0651\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u064f\nMaksudnya: \u201cBukanlah hari raya itu bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahannya.\u201d\nRujukan:\n\nSahih Bukhari, Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari.\nSahih Muslim, Imam Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi.\nSunan Abi Daud, Imam Abi Daud Sulaiman bin al-Ash\u2019ath as-Sijistani.\nFathul Bari bi Syarh Sahih Bukhari, Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-\u2018Asqalani.\nFiqh Manhaji \u2018ala Mazhab al-Imam as-Syafie, Dr. Mustafa Bugha.\n\nSemoga bermanfaat buat semua.\nSILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.\nSUMBER: USTAZAH ASMA\u2019 BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN\n"]} {"url": "https://ecentral.my/yamaha-nvx-v3/", "title": "Yamaha NVX V3 Baru & Harga Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda peminat Yamaha NVX V3?\nBerita baik buat peminat motorsikal Yamaha NVX V3 apabila model terbaru akan dikeluarkan pada tahun 2023 dengan harga yang kompetetif dan beberapa varian. \nSeiring dengan kenaikan harga kos barangan, terdapat sedikit perbezaan harga untuk setiap varian motor ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nVarian\n\n \nWarna\n\n \nHarga\n\n \nSpesifikasi\n\n \nPerbezaan antara varian\n\n\nVarian\nYamaha NVX V3 didatangkan dengan varian iaitu varian standard dan varian ABS.\nSetiap varian ini juga didatangkan dengan pilihan warna yang berbeza.\n\n\n\n\n\n\nWarna\nBerikut merupakan pilihan warna untuk kedua-dua varian motor ini:\nVarian Standard \u2013 Cyan dan Matt GreyVarian ABS \u2013 Mystique Ruby dan Platinum Navy\nHarga\nBerikut merupakan cadangan harga untuk setiap varian motor ini:\nVarian standard \u2013 RM9,598Varian ABS \u2013 RM11,498\nHarga untuk NVX disyorkan runcit tidak termasuk cukai jalan, insurans atau pendaftaran dan waranti dua tahun atau 20,000 km terhadap kecacatan pembuatan disediakan manakala setiap pembelian NVX disertakan dengan kunci tayar bernilai RM100.\nSebagai perbandingan, harga untuk model motorsikal ini untuk tahun 2021 adalah untuk model asas dijual pada harga RM8,998 manakala Yamaha NVX ABS ditandakan pada RM10,998.\nSpesifikasi\nTiada perubahan lain dalam enjin dengan kuasa yang datang daripada kilang SOHC satu silinder, 155 cc, penyejuk cecair yang sama dilengkapi dengan Penggerak Injap Pembolehubah (VVA). \nNVX menghasilkan 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm tork pada 6,500 rpm.\nPanel instrumen LCD memaparkan semua maklumat yang diperlukan dan dilengkapi standard dengan sambungan ke telefon pintar penunggang. \nDigunakan bersama dengan aplikasi Yamaha Y-Connect, penunggang boleh mendapatkan maklumat seperti lokasi parkir terakhir, peringatan selan masa servis, penggunaan bahan api, pemberitahuan panggilan dan voltan bateri serta beberapa perkara lain.\nKetinggian tempat duduk untuk NVX ditetapkan pada 790 mm dengan jarak dari tanah 149 mm manakala versi Standard mempunyai berat 122 kg dan NVX yang dilengkapi ABS memberikan penimbang pada 125 kg.\nNVX mampu menampung 5.5 liter bahan api dalam tangki yang dianggarkan oleh Yamaha baik untuk jarak perjalanan kira-kira 200 km.\nPerbezaan antara varian\nJadi, dengan perbezaan harga yang ketara antara kedua-dua varian, apakah yang membezakan antara kedua-dua varian motor keluaran Yamaha ini?\nMembezakan NVX antara versi Standard dan ABS ialah penggunaan permulaan tanpa kunci dengan Smart Key untuk NVX ABS. \nNVX ABS juga didatangkan dengan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang dengan takungan jauh untuk prestasi suspensi yang lebih baik, boleh laras untuk pramuat manakala model standard NVX hanya boleh laras pramuat spring sahaja.\nBrek dilakukan dengan cakera 230 mm dan angkup hidraulik dua omboh pada roda hadapan 14-inci, dengan ABS saluran tunggal pada varian NVX ABS manakala brek drum mekanikal menghentikan roda belakang 14-inci. \nPencahayaan LED digunakan untuk lampu kepala dan ekor pada NVX dan port pengecasan USB terletak di dalam penutup hadapan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-rezeki-ternak-ruminan-dvs/", "title": "Permohonan Skim Program Rezeki Ternak Ruminan 2022 \u2013 DVS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Skim Rezeki Ternak yang diperkenalkan sebelum ini akan diteruskan lagi bagi tahun 2022.\nBagi yang berminat, di sini kami kongsikan cara permohonan dan syarat-syarat untuk semakan anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Skim Rezeki Ternak DVS?\n\n \nSasaran Program\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-syarat Permohonan Program Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022\n\n \nCara Permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Skim Rezeki Ternak DVS?\nPermohonan Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.\nSkop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu \u2013 dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.\n\n\n\n\n\n\nSasaran Program\nPetunjuk prestasi utama / sasaran Program Rezeki Ternak Ruminan (Bantuan Ternakan) adalah:\nDalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Reseki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.\n\nSyarat-syarat Permohonan Program Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022\nPemohon hendaklah:\nWarganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit Jabatan Perkhidmatan Veterinar MalaysiaMempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasiMempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuaiPemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi / jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek\n\nCara Permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan 2022\nPemohon yang berminat dan menepati syarat seperti yang ditetapkan boleh mengisi borang dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera pada poster di atas.\nBorang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.\nBaca juga: \nPermohonan Program JUMPER PUNB 2021, Elaun RM1,200 SebulanSemakan Cukai Taksiran / Cukai Pintu Setiap PBT & Bayaran Online\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak urusetia melalui talian 03-88702406/ 03-88702421\nLaman web: http://www.dvs.gov.my/\nLayari media sosial Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pertanyaan dan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.facebook.com/veterinarmalaysia/posts/267949822023413\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baki-loan-kereta-ambank/", "title": "Cara Mudah Semak Baki Loan Kereta / Rumah Ambank Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda telah membuat pinjaman pembiayaan kenderaan, anda boleh membuat semakan baki loan kereta Ambank dengan sangat mudah secara online sahaja.\nTidak lagi perlu ke kaunter cawangan AmBank yang sangat membazirkan masa anda kerana anda perlu beratur dan menunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.\nSebaliknya semakan baki loan ini boleh dilakukan menggunakan telefon pintar atau peranti elektronik anda asalkan anda mempunyai sambungan internet yang bagus.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerbankan internet dengan AmOnline\n\n \nSemakan melalui web AmOnline\n\n \nSemakan melalui aplikasi AmOnline\n\n\nPerbankan internet dengan AmOnline\nMungkin sesetengah pelanggan AmBank tidak tahu bahawa terdapat satu kemudahan perbankan internet yang dikenali sebagai AmOnline yang telah dibangunkan dan digunakan oleh pihak AmBank sejak sekian lama.\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan AmOnline ini umpama CIMB Clicks bagi CIMB BAnk dan Maybank2u bagi Maybank.\nMelalui AmOnline, pengguna boleh membuat pelbagai transaksi perbankan internet antaranya menyemak jumlah simpanan, membayar bil, memindahkan wang ke akaun orang lain dan banyak lagi.\nNamun, ada juga pengguna AmOnline tidak tahu melalui sistem AnOnline juga anda boleh membuat semakan baki loan kereta anda dengan pihak AmBank.\nSemakan melalui web AmOnline\nSekiranya anda belum pernah menggunakan AmOnline dan merupakan pengguna baru, anda hendaklah mendaftarkan akaun terlebih dahulu di laman atau portal AmOnline. \nUntuk panduan ringkas mendaftarkan akaun pada laman AmOnline, ruju, artikel Ambank Online: Login, Daftar & Aktifkan AmOnline Banking.\nSeterusnya untuk menyemak baki pinjaman pembiayaan kenderaan anda dengan pihak AmBank, ikuti langkah-langkah berikut:\nLog masuk akaun AmOnline andaKemudian, klik Pay Loans/Financing pada bahagian menu\nMaklumat baki pinjaman anda akan dipaparkan yang merangkumi jumlah baki hutang, ansuran tunggakan, denda, baki ansuran dan tempoh pembayaran.\nHalaman ini bukan sahaja memaparkan baki pinjaman anda untuk kereta sahaja tetapi apa-apa sahaja pinjaman yang anda lakukan bersama dengan pihak AmBank antaranya pinjaman peribadi, pinjama perumahan dan sebagainya.\nSemakan melalui aplikasi AmOnline\n\nSeperti mana-mana bank di Malaysia juga, AmBank juga telah membangunkan aplikasi AmOnline untuk peranti mudah alih anda.\nBagi pengguna sistem operasi Android dan iOS, anda boleh memuat turun aplikasi AmOnline daripada pautan di bawah:\nApp Store \u2013 Untuk pengguna iOSGoogle Play \u2013 Untuk pengguna Android\nSekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin bertanyakan lebih lanjut, boleh hubungi bahagian Khidmat Pelanggan AmBank dengan menelefon ke nombor +60 3-2178 8888.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-wira-ltat/", "title": "i-Wira LTAT: Cara Daftar, Login & Semakan Penyata Caruman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini semuanya di hujung jari! Portal i-Wira dan aplikasi MyWira menawarkan pelbagai perkhidmatan online untuk pencarum LTAT, pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu LTAT?\n\n \nSiapakah Pencarum Wajib?\n\n \nApakah i-Wira?\n\n \nCara Pendaftaran i-Wira\n\n \nCara Semakan Penyata Caruman\n\n \nApakah Aplikasi MyWira?\n\n \nCara Daftar Aplikasi MyWira LTAT\n\n \nMuat Turun\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Itu LTAT?\nLTAT ialah sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada pencarum-pencarum wajib LTAT,\u00a0yang terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dan Anggota Lain-Lain Pangkat berserta pencarum sukarela yang terdiri dari Pegawai ATM dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS).\nSiapakah Pencarum Wajib?\nPencarum Wajib LTAT terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan dan 15% sumbangan kerajaan secara\u00a0notional\u00a0dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM\u00a0dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan + 15% sumbangan Kerajaan. \nJumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pencarum setiap bulan ialah bersamaan 25%.\nPegawai Tetap ATM yang ditauliahkan selepas 1 Januari 2016 diwajibkan mencarum dan Anggota ATM Lain-lain Pangkat akan menjadi pencarum secara automatik setelah potongan pertama caruman bulanan diterima oleh LTAT dari UGAT. \n\n\n\n\n\n\nPotongan caruman bulanan akan dibuat ke atas penggajian bulanan anggota dan akan dimajukan setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.\nApakah i-Wira?\nAntara perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna i-Wira termasuklah:\nMenyemak penyata Caruman LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnyaMenyemak maklumat penamaan warisMenyemak Dana Unit Amanah Affin HwangMenyemak sejarah pengeluaran carumanMembuat aduan, pertanyaan dan cadangan\n\n\nCara Pendaftaran i-Wira\nTaip atau klik URL\u00a0iwira.ltat.org.my pada browser internet anda (Dicadangkan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox) Paparan seperti dibawah akan munculKlik butang \u2018LOG MASUK\u2019Klik pautan \u2018Pendaftaran i-Wira\u2019Isikan semua butiran yang dikehendaki dan tekan butang \u2018Daftar\u2019.No Tentera\u00a0\u2013 No Tentera semasa anda (tanpa T dll)Emel\u00a0\u2013 alamat emel anda yang aktif dan tetap.Secure Word\u00a0\u2013 apa-apa perkataan tidak kurang dari 5 huruf dan tidak melebihi 20 huruf tanpa \u2018special character\u2019.SecureWord adalah pengesahan tambahan yang digunakan oleh Sistem i-Wira LTAT untuk mengesahkan bahawa halaman masuk adalah laman Sistem i-Wira yang asli. Anda dikehendaki memasukkan SecureWord anda (apa-apa perkataan) semasa pendaftaran Sistem i-Wira yang telah dikemaskini. Log masuk berikutnya akan memaparkan SecureWord anda. SecureWord anda\u00a0BUKAN\u00a0Kata Laluan Sistem i-Wira anda.\u00a0JANGAN\u00a0menetapkan SecureWord anda sama seperti Kata Laluan / No. Tentera anda!Kata Laluan\u00a0\u2013 masukkan kata laluan pilihan anda.Panjang Kata Laluan sekurang-kurangnya 8 aksara atau lebih dan\u00a0perlu memenuhi 4 jenis aksara berikut: Huruf besar [ABC], huruf kecil [abc], nombor [123] dan simbol [@ #$]Sah Kata Laluan\u00a0\u2013 masukkan semula kata laluan yang sama untuk pengesahan.\n\nKlik sini>>\u00a0pendaftaran i-Wira\nSelepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima emel pengaktifan akaun i-Wira pada emel yang didaftarkan (Sila semak juga pada \u2018folder SPAM\u2019 atau \u2018JUNK\u2019). \nAnda perlu klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun i-Wira anda.*jika pautan (link) tidak boleh di klik, sila pilih (select) pautan tersebut, salin (copy) dan tampal (paste) pada bar alamat (address bar) di \u2018browser\u2019 internet anda dan tekan \u2018Enter\u2019.*pautan yang dihantar ke emel ini hanya aktif selama 24 jam sahaja selepas butang \u2018Daftar\u2019 di klik.\nRujuk manual penuh: http://www.ltat.org.my/borg/panduaniWira.pdf\nCara Semakan Penyata Caruman\nAnda perlu mempunyai Nombor Tentera dan kata laluan i-Wira. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.\nJika anda sudah mendaftar i-Wira, log masuk ke i-Wira dan klik pada pautan tab \u2018Penyata\u2019.\n\nApakah Aplikasi MyWira?\nAplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.\nPengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.\n\nCara Daftar Aplikasi MyWira LTAT\nMuat turun aplikasi MyWIRA ke peranti mudah alih anda.Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna.Isikan butiran diri yang tepat. Pastikan nombor telefon dan emel yang digunakan adalah aktif.Isikan KOD PENGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar / emel yang telah anda daftarkan ke di dalam kotak berkenaan.Pendaftaran berjaya. Tekan SELESAI dan anda boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda dan lain-lain menu.\nNOTA: Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan nombor tentera dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke aplikasi ini.\n\nMuat Turun\nJom muat turun aplikasi MyWira melalui Apple App Store dan Google Play Store.\nSila ke pautan berikut untuk memuat turun: https://www.ltat.org.my/members/mywira/\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk:\nLaman web i-Wira : https://www.ltat.org.my/ms/ahli/i-wira/i-wira-soalan-lazim/Aplikasi MyWira : https://www.ltat.org.my/ms/ahli/mywiramy/Pusat Khidmat Pelanggan LTAT : 1300 88 5828\nJabatan Pengurusan PencarumTingkat Bawah, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA\nWaktu Operasi Kaunter LTAT:\nKAUNTER\u00a0ISNIN \u2013 KHAMIS :8.30 AM \u2013 5.30 PMJUMAAT :8.30 AM \u2013 12.00 PM\u00a02.15 PM \u2013 5.30 PM\nTALIAN BEBAS TOL\u00a0ISNIN \u2013 KHAMIS :8.30 AM \u2013 1.00 PM\u00a02.00 PM \u2013 5.30 PMJUMAAT :8.30 AM \u2013 12.00 PM\u00a02.15 PM \u2013 5.30 PM\nBaca juga: SPGATM: Login Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pprt-program-perumahan-rakyat-termiskin/", "title": "PPRT : Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) SECARA ATAS TALIAN\nMenerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR \u00a0diteruskan sebagai salah satu\u00a0touch point\u00a0utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.\nSPKR merupakan salah satu program\u00a0 pembasmian kemiskinan luar bandar\u00a0 dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.\nKomponen SPKR\u00a0 meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri,\u00a0 menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)?\n\n \nSyarat Kelayakan Permohonan Rumah PPRT\n\n \nSyarat Bantuan Bina Baharu\n\n \nSyarat Bantuan Baik Pulih\n\n \nJenis Bantuan Rumah PPRT\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)?\nProgram Perumahan Rakyat Termiskin PPRT dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.\n\nSyarat Kelayakan Permohonan Rumah PPRT\nKumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.\nKriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang\u00a0layak adalah seperti berikut:\nDisahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atauDiperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat\u00a0Focus Group\u00a0Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0peringkat negeri; atauDiperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atauDiperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian\nSyarat Bantuan Bina Baharu\u00a0\nKemudahan bina baharu berikan kepada peserta yang:\ntidak mempunyai rumah;rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;tidak ekonomik untuk dibaiki;memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); ataupemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di\u00a0Lampiran B).\nSyarat Bantuan Baik Pulih\nBantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai\u00a0rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di\u00a0Lampiran B.\nSelain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas,\u00a0keutamaan bantuan\u00a0diberikan kepada:\nwarga emas;orang kurang upaya (OKU);ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;mangsa bencana yang berskala kecil; danKeutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang\n\nBaca juga: Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124\nJenis Bantuan Rumah PPRT\nKawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.\n\u00a0Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:\nA. Bina Baharu\nBantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan\u00a0tidak ekonomik untuk dibaiki.\nB. Baik Pulih\nBaik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:\nPenyelenggaraan;Penambahbaikan; dan\u00a0Requisition;\nSkop bantuan baik pulih hanya melibatkan\u00a0komponen-komponen asas sesebuah rumah.\u00a0(Sila rujuk\u00a0Lampiran A\u00a0bagi senarai yang dibenarkan).Bahan binaan yang digunakan hendaklah\u00a0sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.\nBaca juga: PPAM / PPA1M : Semakan Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam\nCara Permohonan\nPermohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. \n\nSila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. \nKegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.\nSila isi borang di pautan berikut untuk memohon :\nhttps://espkr.rurallink.gov.my/\nMuat turun : Borang Kebenaran Tanah\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nhttp://www.rurallink.gov.my/013-228 7070Kementerian Pembangunan Luar Bandar \u2013 KPLB\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mylesen-b2/", "title": "Pendaftaran Program MyLesen B2 2023 \u2013 Bantuan Lesen Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAYUH!!! REBUT PELUANG UNTUK MENGIKUTI PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2023 \nBILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD!!!\nPendaftaran Program MYLesen B2 bagi tahun 2023 telah dibuka. \nTuan/puan boleh hadir ke JPJ Negeri Melaka bersama dokumen untuk pendafataran jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nProgram MyLesen B2 Perak\n\n \nMyLesenB2 Pahang\n\n \nProgram MyLesen B2 2023 (Melaka)\n\n\nPengenalan\nMajlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.\nDengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia \u2013 Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ). \nLebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.\n\n\n\n\n\n\nProgram ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.\n\nCara Pendaftaran\nUntuk mendaftar, sila rujuk pihak JPJ Negeri masing-masing kerana tarikh pendaftaran setiap negeri adalah berbeza.\nDi sini kami kongsikan juga beberapa makluman terkini berkenaan program ini di beberapa negeri yang telah diwar-warkan di media sosial.\nProgram MyLesen B2 Perak\nTARIKH AKHIR PERMOHONAN PROGRAM MYLESEN B2\nAYUH!!! REBUT PELUANG UNTUK MENGIKUTI PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2023\nBILANGAN PESERTA ADALAH TERHAD!!!\nPendaftaran Program MYLesen B2 bagi tahun 2023 telah dibuka. Tuan/puan boleh hadir ke JPJ Negeri Perak dan JPJ yang berhampiran bersama dokumen untuk pendaftaran jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan seperti di infografik.\nUntuk muat turun borang, sila klik pautan dia bawah ini :\nhttps://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view?usp=sharing\nScan QR Code untuk muat turun borang. Dan kembalikan borang sebelum jam 5 petang 21 Julai 2023.\nCalon yang berjaya akan diberikan Surat Tawaran dan Surat Akujanji serta akan terus mendaftar ke Institut Memandu untuk memulakan kursus/latihan/ujian.\nSebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi [email\u00a0protected] atau kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.\nTeruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Perak untuk sebarang informasi terkini.\n\nMyLesenB2 Pahang\nPROGRAM BANTUAN MYLESEN B2 PERINGKAT NEGERI PAHANG\nTarikh permohonan bagi program ini di peringkat negeri Pahang adalah seperti berikut:\n\nPenyertaan dibuka : 10 Julai 2023\nPenyertaan ditutup : 21 Julai 2023\n\nSYARAT PERMOHONAN\n\nWarganegara Malaysia\nBerumur 16 tahun ke atas\nSihat tubuh badan dan mental\nBelum memiliki sebarang lesen memandu\nBebas senarai hitam Mahkamah, JPJ serta PDRM\nPenerima bantuan @ bawah tanggungan:\n\nKumpulan B40 \neKasih \nJKM \nZakat \nSumbangAN Tunai Rahmah (STR)\n\n\n\nPertanyaan lanjut, sila hubungi :\n\nTelefon : 09-573 6622\nMedia sosial : Facebook JPJ Negeri Pahang\u00a0\u00a0/ Tiktok @JPJPahang\n\n\nProgram MyLesen B2 2023 (Melaka)\nSyarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia\nUmur 16 tahun ke atas\nSihat tubuh badan & mental\nBelum memiliki sebarang lesen memandu\nPenerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)\nTanggungan kepada penerima layak memohon\n\n*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.\nHUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :\n\n06-251 4049 / 06 \u2013 251 4050\n9.00 pagi hingga 4.00 petang\nBahagian Pelesenan Melaka\n\n\nSebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi [email\u00a0protected] atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.\nJPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.\nLIKE \u2022 SHARE \u2022 FOLLOW \u2022 SUBSCRIBE media sosial rasmi JPJ untuk info terkini.\nFacebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysiahttps://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/\nTwitter: JPJ_Malaysiahttps://twitter.com/jpj_malaysia\nInstagram: JPJMalaysiahttps://www.instagram.com/jpjmalaysia\nYoutube: JPJMalaysiahttps://www.youtube.com/user/portaljpj\nTelegram: JPJ_Malaysiahttps://t.me/JPJ_Malaysia\nFacebook Page: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melakahttps://m.facebook.com/JPJMLK/\nBaca juga: Cara Check CCTV Trafik Di Highway PLUS Secara Live. Elak Kesesakan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-pelajar-marry-brown-2022/", "title": "Cara Dapatkan Kad Pelajar Marry Brown 2022 & Diskaun Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, dengan Kad Pelajar Marry Brown, anda boleh mendapat pelbagai promosi dan diskaun istimewa dari semasa ke semasa.\nIni kerana, kad pelajar atau Student Card ini boleh digunakan secara percuma tanpa perlu bayar atau daftar apa-apa!\nJom kami kongsikan cara untuk mendapatkan kad pelajar Marry Brown dan terma & syaratnya.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKad Pelajar Marry Brown Malaysia\n\n \n4 Pilihan MB Meals\n\n \nTerma & Syarat Menggunakan Diskaun Kad Pelajar Marry Brown\n\n\nKad Pelajar Marry Brown Malaysia\nPara pelajar yang layak (mesti mempunyai student ID yang sah) boleh mendapatkan kad pelajar anda di kaunter di cawangan MB terdekat anda (*kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon, Johor Premium Outlets, Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia).\n4 Pilihan MB Meals\nDengan kad pelajar, anda mempunyai 4 pilihan MB Meals untuk dinikmati pada harga RM5.90 sahaja!\nPilihan MB Meals tersebut adalah:\nChicken Burger & Coca ColaNasi Kari Bowl & Coca Cola1 Pc MB Crispy Chicken + Mashed Potato & Coca ColaBubur Ayam MB & Coca Cola\n*Sila rujuk terma dan syarat di bawah.\n\nBaca juga: \nDoa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki \u2013 JAKIMCara Daftar Google Adsense Untuk Youtube & Website\nTerma & Syarat Menggunakan Diskaun Kad Pelajar Marry Brown\nBerikut adalah terma dan syarat untuk Kad Pelajar MB 2022:Terma dan syarat:\nTunjukkan kad ini sebelum membuat pesanan.Sah untuk pelajar berumur bawah 25 tahun.Dine-In sahaja.SATU item setiap tawaran setiap pesanan.Tidak sah dengan tawaran, promosi, diskaun dan penghantaran Marrybrown yang lain.Harga tertakluk kepada 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (jika berkenaan).Sah di: Semua Restoran Marrybrown di Malaysia (kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon, Outlet Premium Johor, Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia).Sah sehingga: 31 Disember 2022\nSumber: Marry Brown Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-veterinar-malaysia/", "title": "Program Sijil Veterinar Malaysia Kemasukan Tahun 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN MENGIKUTI PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA SESI 2023/2025 BAGI KEMASUKAN TAHUN 2023\nPemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia untuk mengikuti Kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sijil Veterinar Malaysia, cara permohonan dan kelebihannya untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAPAKAH SIJIL VETERINAR MALAYSIA?\n\n \nTEMPOH / LOKASI\n\n \nSYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023\n\n \nTEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN\n\n \nCARA PERMOHONAN\n\n \nTARIKH TUTUP PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023\n\n \nInstitut Latihan DVS\n\n \nMAKLUMAT LANJUT\n\n\nAPAKAH SIJIL VETERINAR MALAYSIA?\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.\nSelaras dengan pengiktirafan tersebut, perbekalan syarat lantikan skim perkhidmatan Pembantu Veterinar diubah sewajarnya bagi memasukkan kelayakan Sijil Veterinar sebagai syarat lantikan yang baru.\nInstitut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan melalui Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya. Institut ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 dengan tujuan melengkapkan para pegawai Jabatan dan juga penternak dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan.\nObjektif Kursus\n1. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kawalan penyakit lazim bagi semua jenis ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir, ayam, itik, arnab, kuda, anjing dan kucing;2. Membina dan mempertingkatkan kemahiran manipulatif di dalam pengurusan sistem pengeluaran ternakan moden yang cekap dan produktif;3. Melatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengeluaran dan kawalan penyakit ternakan supaya produk yang dihasilkan seperti daging, susu dan telur, adalah bermutu dan selamat untuk dimakan;4. Memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran di dalam kaedah-kaedah pengembangan dan komunikasi supaya pemindahan teknologi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan akan lebih berkesan; dan5. Melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai pengurusan pejabat, kewangan dan perundangan serta penguat kuasa yang berdasarkan Akta Binatang, 1953 (Akta 647) (Pindaan 2006) dan undang-undang semasa.\n\nTEMPOH / LOKASI\nTempat latihan dan kemudahan bagi pelaksanaan Sijil Veterinar Malaysia adalah bertempat di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor.\nPengajian ini akan bermula pada Julai 2023 dan mengambil masa selama 2 tahun.\nPelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif. Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut. Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar.\n\n\n\n\n\n\n\nProspek Kerjaya\nPelatih lepasan Institut Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Perladangan\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Pemprosesan\u2022\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Agro Pelancongan\nStruktur Pengajian\nPelajar diberi kuliah teori dan amali berjumlah 64 jam kredit atas subjek seperti di Jadual 1. Pelajar diberi latihan semua subjek \u2018Teknikal\u2019 dan \u2018Industri\u2019 secara terperinci supaya dapat melengkapkan diri mereka ke arah menjadi seorang usahawan selepas tamat latihan sekiranya tidak bekerja dengan agensi Kerajaan atau swasta. Subjek \u2018Am\u2019 dan \u2018Industri\u2019 juga diberikan supaya pelajar boleh menjadi seorang yang dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara sistematik untuk menjayakan program penternakan dengan berkesan.\nJadual Latihan\nJADUAL LATIHANSubjek Yang Wajib diikuti oleh PelajarTAHUN 1TAHUN 2SUBJEK AMSUBJEK AMAsas SainsAsas SainsTamadun IslamBahasa InggerisBahasa InggerisPengembangan VeterinarPengembangan Veterinar\u00a0Pengurusan & PentadbiranSUBJEK TEKNIKAL\u00a0Anatomi & FisiologiSUBJEK TEKNIKALAsas KlinikalAnatomi & FisiologiAgrostologiAsas KlinikalKesihatan TernakanAgrostologiKesihatan Awam VeterinarKesihatan TernakanAplikasi KomputerKesihatan Awam VeterinarPembedahan AsasFarmakologiPatologiPembedahan AsasSains TenusuPatologiKejuruteraan ladangSains Tenusu\u00a0Kejuruteraan LadangSUBJEK INDUSTRI\u00a0Teknologi PenternakanSUBJEK INDUSTRIPenternakan UnggasTeknologi PenternakanSains PembiakanPenternakan UnggasSains PemakananSains PembiakanEkonomi & Perniagaan TernakanSains PemakananHaiwan KesayanganEkonomi & Perniagaan TernakanSimulasi PenternakanHaiwan KesayanganLatihan Ladang\nSYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023\n(i) Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun pada masa mendaftar kursus.\n(ii) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia (Agroindustri Ternakan Ruminan/Agroindustri Poltri) dan;\n(iii) Wajib mendapat kepujian (Gred C/6C) dalam mata pelajaran berikut:\u2022 Bahasa Melayu;\u2022 Matematik;\u2022 Bahasa Inggeris;\nDan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C/6C) dalam satu mata pelajaran berikut:\u2022 Sains;\u2022 Biologi;\u2022 Kimia;\u2022 Sains Pertanian;\u2022 Sains Tambahan;\u2022 Pengurusan Ternakan Ruminan;\u2022 Pengurusan Ladang Ternakan Ruminan;\u2022 Pengurusan Makanan Ternakan;\u2022 Kesihatan Ternakan;\u2022 Pembiakan Ternakan;\u2022 Pengurusan Pastura dan Folder; atau\u2022 Pengurusan Hasil Ternakan Ruminan;\u2022 Penyelenggaraan Perumahan Ternakan Poltri\u2022 Pengawalan Makhluk Perosak dan Pembersihan Reban\u2022 Nyahkuman Reban dan Rawatan Air Minuman\u2022 Penyediaan Tempat Perindukan\u2022 Pengendalian Kemasukan Poltri Umur Sehari\u2022 Pengurusan Poltri Peringkat Didik\u2022 Pengurusan Poltri Peringkat Pembesaran\u2022 Pengendalian Pengeluaran Telur Sajian\u2022 Pengendalian Telur Tetasan\u2022 Operasi Pengeluaran Poltri Umur Sehari\u2022 Sanitasi dan Penyeliaan Operasi Penetasan\u2022 Pengendalian Operasi Biosekuriti Ladang Poltri\u2022 Pengurusan Sisa Buangan Ladang Poltri\n(iv) Belum berkahwin (kecuali untuk pegawai kerajaan);\n(v) Sihat tubuh badan dan melepasi ujian pemeriksaan kesihatan.\nSyarat-syarat khas bagi kakitangan Kerajaan:\n(i) Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa mendaftar masuk;\n(ii) Pembantu Veterinar Gred G19 dan telah disahkan jawatan;\n(iii) Mendapat pelepasan daripada Ketua Jabatan;\n(iv) Mencapai tahap Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun Terkini;\n(v) Peratus gaji bersih di dalam penyata gaji tidak kurang daripada 70%.\nTEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN\n(i) Kursus ini dijalankan di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor.\n(ii) Tempat penginapan dan makanan disediakan.\n(iii) Elaun bulanan sebanyak RM 200.00 akan diberikan. (hanya kepada pelajar bukan daripada kakitangan DVS)\nCARA PERMOHONAN\nBorang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya atau di Institut Veterinar Malaysia, Kluang atau di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau dimuat turun dengan melayari laman web rasmi di https://www.dvs.gov.my atau https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560df0db70eb4.pdf?fbclid=IwAR2CpFG0XTSCgYtP_6FW-ZBDHiFFEzH0vioUpeEQxqC1qrx9XYASh1kWl5U\nPERMOHONAN-KURSUS-SIJIL-VETERINAR-MALAYSIADownload\n\nSila majukan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada:\nPengarah Bahagian Pembangunan Modal InsanJabatan Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma TaniLot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62630 Putrajaya.\natau\nInstitut Veterinar MalaysiaBeg Berkunci 520KM 13, Jalan Batu Pahat86009 KluangJohor.\nTARIKH TUTUP PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 JANUARI 2023.\nLengkapkan borang permohonan dan hantarkan ke alamat yang dinyatakan. \nSekiranya tuan / puan layak untuk kemasukan, sesi temuduga akan dilaksanakan pada bulan Mac 2023.\n\nInstitut Latihan DVS\nMAKLUMAN mengenai Institut Latihan DVS peringkat Persekutuan.\nInstitut Pengurusan Veterinar, Cheras.\nMenyediakan kursus kepada Pegawai DVS dan Penternak.\nInstitut Teknologi Unggas, Melaka\nMenyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.Sijil Kemahiran Malaysia (Bidang Poltri)Penyelidikan Puyuh IKTA.\nInstitut Veterinar Wilayah Timur, Terengganu\nMenyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.\nInstitut Veterinar Malaysia, Kluang\nMenyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.Sijil Veterinar MalaysiaSijil Kemahiran Malaysia (Bidang Ruminan)Penyelidikan Agronomi.\nSebarang pertanyaan mengenai kursus dan latihan kepada penternak boleh hubungi Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya DVS ditalian 03-8870 2000.\nMAKLUMAT LANJUT\nUntuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi di https://www.dvs.gov.my atau di talian 03\u201388702000/2207/2183/2185/2191 dan 07-7597000.\nInfo tentang Sijil Veterinar Malaysia : https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1061\nRujuk pautan iklan rasmi di laman web: Iklan Kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM) sesi 2022/2023\nIKLAN_SVM_2022Download\n"]} {"url": "https://ecentral.my/uasa-matematik/", "title": "Format UASA Matematik Tahun 4,5,6 KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFormat Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 (UASA) Matematik Tahun 4, 5 dan 6\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.\nMurid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :\n\nTahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6\nTahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3\n\nSementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan duduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.\nUntuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah iaitu :\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nMatematik\nPendidikan Islam/Moral\nSejarah\nSains\nGeografi\nAsas Sains Komputer\nReka Bentuk dan Teknologi\nBahasa Arab\nMaharat al-Quran\nAl-Lughah/al-\u2018Arabiah, al-Mu\u2019asirah\nAl-Syariah\nUsul Al-Din\nBahasa Cina\nBahasa Tambil\nBahasa Punjabi\nBahasa Kadazandusun\nBahasa Iban\nBahasa Semai\n\nBerikut dikongsikan format pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik bagi subjek Matematik khususnya untuk rujukan ibu bapa, guru, tenaga pengajar dan murid.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFormat UASA Matematik 2022 / 2023 Bagi Tahun 4,5,6 KPM (SK, SJKC & SJKT)\n\n \nRingkasan\n\n \nBahagian A -13 soalan\n\n \nBahagian B \u2013 2 soalan\n\n \nMasa\n\n \nMarkah\n\n \nTarikh Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA Matematik)\n\n \nVideo Panduan & Penerangan\n\n\nFormat UASA Matematik 2022 / 2023 Bagi Tahun 4,5,6 KPM (SK, SJKC & SJKT)\n\nFormat Umum\n\nJenis Instrumen : Ujian Bertulis\nJenis Item : \n\nRespons Terhad\nBerstruktur\n\n\nBilangan Soalan : \n\nBahagian A \u2013 13 soalan\nBahagian B \u2013 2 Soalan\n\n\nJumlah Markah :\n\nBahagian A \u2013 26 markah\nBahagian B \u2013 24 markah\n\n\nTempoh Ujian : 1 jam 15 minit\nKonstruk : \n\nMengetahui dan memahami tentang konsep, hukum, prinsio dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan\nKemahiran mengaplikasi, menganalisis dan menilai\n\n\nKaedah Penskoran : Analitikal\n\n\nRingkasan \nSatu kertas, subjektif.\nAda dua bahagian, bahagian A dan B.\n\nBahagian A -13 soalan\nFokus pada soalan 1 hingga 3 markah.\nSoalan 1 markah, soalan direct. Soalan 2 dan 3 markah, soalan berayat.\nJumlah markah : 26 markah\n\n\nBahagian B \u2013 2 soalan\nSoalan berkait. Boleh jadi kalau soalan (a) salah, soalan yang berkait juga akan salah.\nBertema. Boleh rujuk gambar di bawah untuk info lanjut.\nJumlah markah : 24 markah\n\n\n\n\n\n\nMasa\nMasa yang diperuntukkan dalam Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik Matematik Sekolah Rendah 1 jam 15 minit.\nMarkah\nBahagian A : 26 markah\nBahagian B : 24 markah\nJumlah semua, 50 markah.\nTarikh Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA Matematik)\nPada\u00a0Januari 2023 minggu kedua, pihak sekolah akan diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah.\nKemudian, pentadbiran ujian akhir sesi akademik serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian.\nBerdasarkan garis masa yang dikongsikan, peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung sekitar\u00a0minggu ketiga Januari sehingga pertengahan Februari 2023.\n\nVideo Panduan & Penerangan\nRujuk video asal tentang Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik Matematik Sekolah Rendah dalam pautan DIDIKTV di bawah: https://youtu.be/nb16So6AVQ8\n\n\n\nSemoga bermanfaat.\nRujukan: Screenshot dari video DidikTV KPM via Facebook Mohamad Hakim\nBaca juga: \n\nUjian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan\nUjian SEGAK KPM (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/abpbh-2023-siaran-langsung/", "title": "ABPBH 2023: Siaran Langsung, Senarai Calon dan Undian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 2023) atau ABPBH 35 bakal bersiar secara langsung pada 21 Julai 2023.\nIanya pastinya malam yang ditunggu-tunggu oleh industri dunia seni tanah air untuk melihat siapakah artis dan selebriti yang memenangi kategori-kategori yang dipertandingkan pada kali ini.\nMalam kemuncak ABPBH 35 tahun ini bertemakan \u201cEkspresi Legasi Seni\u201d yang akan disiarkan secara langsung dari Istana Budaya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMengenai ABPBH\n\n \nKategori dipertandingkan\n\n \nUndian\n\n \nSenarai calon Top 5\n\n \nBBNU Lelaki Popular\n\n \nBBNU Wanita Popular\n\n \nPenyanyi Lelaki Popular\n\n \nPenyanyi Wanita Popular\n\n \nArtis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular\n\n \nAktor Filem Popular\n\n \nAktres Filem Popular\n\n \nAktor TV Popular\n\n \nAktres Tv Popular\n\n \nPenyampai Radio Popular\n\n \nPengacara TV Popular\n\n \nArtis Komedi Popular\n\n \nCouple TV Popular\n\n \nCouple Filem Popular\n\n \nDrama Popular\n\n \nLagu Paling Boom Popular\n\n \nContent Creator Popular\n\n \nTiktoker Popular\n\n \nLawak Viral Popular\n\n \nTonton Siaran Langsung\n\n\nMengenai ABPBH\nAnugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) adalah anugerah pilihan peminat yang diadakan setiap tahun sejak 1987. \nKetika itu, acara ini dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular 1987 (APPP87) \u2013 Nescafe Classic.\n\n\n\n\n\n\nSejak tahun 1990, pihak penganjur memperkenalkan kategori Artis Paling Popular yang kini dikenali sebagai Anugerah Bintang Paling Popular.\nABPBH bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, selain memberi peluang kepada pembaca BH dan pengikut setia ABPBH memilih artis popular serta menyertai aktiviti dan promosi acara anugerah ini.\nSesuai dengan peredaran semasa, pihak penganjur memperkenalkan sistem undian secara online 100 peratus di laman web ABPBH bermula pada tahun 2017 berbanding pengundian melalui akhbar BH dan SMS pada tahun-tahun sebelumnya\nKategori dipertandingkan\nABPBH 20223 menyaksikan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini.\nKategori Utama yang dipertandingkan adalah seperti berikut:\n\nBBNU Lelaki Popular\nBBNU Wanita Popular\nPenyanyi Lelaki Popular\nPenyanyi Wanita Popular\nArtis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular\nAktor Filem Popular\nAktres Filem Popular\nAktor TV Popular\nAktres TV Popular\nPenyampai Radio Popular\nPengacara TV Popular\nArtis Komedi Popular\n\nSenarai kategori Ekstra! yang dipertandingkan adalah seperti berikut:\n\nCouple Drama Popular\nCouple Filem Popular\nDrama Popular\nLagu Paling Boom\nContent Creator Popular\nTikTokers Popular\nVideo Viral Popular\n\nUndian\nPeminat boleh mengundi selebriti pilihan mereka menerusi laman web ABPBH 35 di pautan https://www.abpbh.com.my/undian.\nUndianABPBH 2023 akan ditutup pada jam 11.59 malam Sabtu (15 Julai 2023).\nSenarai calon Top 5\nBerikut merupakan senarai Top 5 calon bagi kesemua kategori ABPBH 2023 kali ini:\nBBNU Lelaki Popular\n\nAmir Ahnaf\nDanial Chuer\nFadhli Masoot\nMeer Nash\nMierul Aiman\n\nBBNU Wanita Popular\n\nAnna Jobling\nPuteri Khareeza\u00a0\nQasrina Karim\u00a0\nSiti Khadijah Halim\u00a0\nSophia Albarakbah\n\nPenyanyi Lelaki Popular\n\nAmir Masdi\nHael Husaini\nHaqiem Rusli\nKhai Bahar\nNaqiu\n\nPenyanyi Wanita Popular\n\nAina Abdul\nErnie Zakri\nNabila Razali\nSiti Nordiana\nWany Hasrita\n\nArtis Kolaborasi / Duo/ Berkumpulan Popular\n\nDayang Nurfaizah & Amir Masdi\nDolla\nErnie Zakri & Syamel\nNuha Bahrin & Naufal Azrin\nSiti Nordiana & Bunga Isme\n\nAktor Filem Popular\n\nBeto Kusyairy\nDatuk Adi Putra\nFattah Amin\nZizan Razak\nZul Ariffin\n\nAktres Filem Popular\n\nAhirine Ahirudin\nDiana Danielle\nJanna Nick\nMaya Karin\nSophia Albarakbah\n\nAktor TV Popular\n\nAedy Ashraf\nBen Amir\nKamal Adli\nMeerqeen\nRedza Rosli\n\nAktres Tv Popular\n\nAnna Jobling\nPuteri Sarah Liyana\nRaysha Rizrose\nSharifah Rose\nSiti Saleha\n\nPenyampai Radio Popular\n\nDJ Lin\nDJ Sonic\nHaiza\nJohan\nTyzo\n\nPengacara TV Popular\n\nAlif Satar\nElly Mazlein\nHawa Rizwana\nJanna Nick\nSherry Alhadad\n\nArtis Komedi Popular\n\nBell Ngasri\nJaa Suzuran\nJohan\nSyahmi Sazli\nZizan Razak\n\nCouple TV Popular\n\nAedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)\nAniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)\nKamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)\nMeerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)\nRedza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)\n\nCouple Filem Popular\n\nDatuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)\nFarid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)\nNaqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)\nZizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)\nZul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)\n\nDrama Popular\n\nBisik-Bisik Gelora\nKisah Cinta Kita\nMelur Untuk Firdaus\nRindu Awak Separuh Nyawa 2\nSekali Lagi Cinta Kembali\n\nLagu Paling Boom Popular\n\nCasablanca (Nuha Bahrin & Naufal)\nCinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)\nGatal (Janna Nick)\nMimpi (Haqiem Rusli)\nTerus Hidup (Aina Abdul)\n\nContent Creator Popular\n\nAlieff Irfan\nArieff Yong\nDD Chronicle\nQawiyaro\nSofyank\n\nTiktoker Popular\n\nAaabias\nAleeya Zailan\nHafiz Mahamad\nSally Whoo\nUstaz Ahmad Yusof\n\nLawak Viral Popular\n\nAiriena Yahaya\nAldariya Dareesa\nRyan Bakery\nSatthiya Kandi\nSyahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey\n\n\n\n\n\n\n\nTonton Siaran Langsung\nMalam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan secara langsung TV3 dan Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara, pada 21 Julai ini, jam 9 malam.\nSiaran langsung mengenai anugerah berprestij ini boleh ditonton melalui siaran televisyen TV3 dan beberapa saluran penstriman yang lain seperti Tonton.\nArtikel berkaitan: Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-pakai-samping/", "title": "Cara Pakai Samping & Jenis Ikatan \u2013 Jabatan Muzium Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJangan terkejut ramai orang Melayu sendiri sebenarnya tidak tahu cara pakai samping yang betul walaupun mereka pandai berbaju Melayu tradisional.\nTidak kira anda memakai baju Melayu Cekak Musang, Baj Melayu Teluk Belanga atau Baju Melayu tradisional sekalipun, tidak lengkap sekiranya anda tidak memakai samping.\nKita biasaya lihat orang memakai samping dengan herot berot kerana mereka tidak memakainya dengan betul.\nNota: Ramai yang menggunakan istilah \u201csampin\u201d walhal ejaan sebenarnya adalah \u201csamping\u201d (Sumber: DBP)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n\u201cSamping\u201d atau \u201cSampin\u201d?\n\n \nJenis-jenis Ikatan Samping Di Malaysia\n\n \nMaksud Di Sebalik Pemakaian Samping\n\n \nCara mudah pakai samping\n\n\n\u201cSamping\u201d atau \u201cSampin\u201d?\nSamping secara umumnya adalah kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada\u00a0pakaian Melayu) dan biasanya dari\u00a0pinggang\u00a0hingga ke paras\u00a0lutut\u00a0sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik\u00a0songket.\nMenurut sesetengah sumber, perkataan sampin ini berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.\nWalaubagaimanapun, perkataan sampin bertukar ke perkataan samping selepas baju Melayu disebarkan ke Kepulauan Riau pada ketika itu.\n\nMenurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul adalah SAMPING dan bukannya sampin.\nSelain itu, cara pakai samping bersama baju Melayu pada zaman tersebut membezakan status seseorang pedagang, samada pedagang dalam atau luar.\n\n\n\n\n\n\nPenduduk asal di kawasan tersebut mengenakan sampin dengan cara kain sampin dipakai di bawah baju Melayu, iaitu baju berada di luar \u2013 cara ini dipanggil \u2018Berdagang Dalam\u2019.\nBagi golongan pendatang pedagang pula mengenakan samping dengan cara kain sampin dipakai di atas baju dan baju diselit ke dalam kain. Cara ini dipanggil \u2018Berdagang Luar\u2019.\nJenis-jenis Ikatan Samping Di Malaysia\nCara pemakaian samping pada zaman dulu berperanan menunjukkan perbezaan darjat seseorang dalam masyarakat.\nBagaimanapun kini, semua orang bebas memilih cara pakai samping mengikut cita rasa masing-masing.\nTerdapat juga cara mengikat samping mengikut pangkat dan darjat seseorang seperti ikatan pancung, ikatan kembung dan ikatan lingkup.\n\nIkatan Pancung \u2013 Golongan Raja, Sultan dan kerabat sahaja.\nIkatan Kembung \u2013 Golongan Pembesar dan orang-orang yang mempunyai gelaran.\nIkatan Lingkup \u2013 Golongan rakyat biasa, tanpa pangkat dan gelaran.\n\nBerikut dikongsikan infografik mudah oleh Ikatan Muslimin Malaysia \u2013 ISMA Cawangan Nilai\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Hantaran Kahwin \u2013 15 Contoh Barang Eksklusif & Menarik Untuk Persiapan Hari Bahagia Anda\nMenurut Pengarah Muzium Tekstil Negara, Hadijah Mohd Yunus, setiap ikatan berbeza mengikut negeri asal mahupun acara dihadiri pemakainya.\n\u201cSehingga hari ini ikatan sering digayakan lelaki ketika musim perayaan mahupun menghadiri acara rasmi ialah ikatan lingkup. Ia sama seperti pemakaian kain sarung harian.\n\u201cBahagian kain digulung ke atas dan dilipatkan ke bahagian depan samping. Biasanya boleh disiapkan dalam tempoh singkat.\n\u201cBagi pengantin pula ikatan berbeza iaitu ikatan kembung iaitu kesan \u2018mengembung\u2019 saat memakai ikatan ini. Tekniknya ialah kain ditarik ke bahagian tengah atau tepi badan, kemudian diikat dan disimpul agar melekat di pinggang. Bagi merapikan ikatan berkenaan biasanya bengkung digunakan,\u201d katanya.\nHadijah berkata, ikatan seperti ikatan pancung dan pahlawan juga sering digunakan kebanyakan orang bagi tujuan tertentu.\n\u201cIkatan pancung ialah ikatan sering dilihat pada penari iaitu dengan cara menggunakan kain lepas, yang kemudiannya akan dililit di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini \u2018dipancung,\u2019 iaitu bermaksud ia disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah.\n\u201cIkatan ini lapang dan luas bagi memudahkan pergerakan ketika menarik begitu juga dengan ikatan pahlawan,\u201d katanya.\nMaksud Di Sebalik Pemakaian Samping\nCara pemakaian samping juga mempunyai bahasa atau maksud yang tertentu dari si pemakainya.\nMemetik dari Harian Metro, Pengarah Muzium Tekstil Negara, Hadijah Mohd Yunus, berkata bahawa golongan muda seharusnya lebih menghargai pemakaian busana tradisi dengan mendalami falsafah di sebalik pemakaian.\n\u201cSebenarnya pemakaian samping bukan hanya tinggalan warisan seni semata-mata, sebaliknya ia mempunyai penceritaan dan perlambangan tertentu yang menjadikan busana itu sesuatu indah serta dekat dengan masyarakat kita.\n\u201cSeperti kita sedia maklum, masyarakat Melayu ini penuh dengan santun dan mempunyai tertib tersendiri. Lihat saja ciri kain samping, ia lengkap dengan bahagian kepala, kaki dan badan kain.\n\u201cSelain itu pemakaian samping itu sendiri dikenakan selepas memakai seluar dengan menutup tubuh di antara pinggang dan lutut. Maksud lain bagi samping ialah \u2018rusuk\u2019 apabila kedudukan busana itu dikenakan,\u201d katanya.\nMenyentuh kepada sejarah atau cara digayakan, kata Hadijah lagi, sebenarnya dalam pemakaian busana pelengkap penampilan itu sudah bermula sejak zaman awal kerajaan Melayu seperti Palembang, Jambi, Pagar Ruyung dan Kesultanan Melayu Melaka.\n\u201cKalau merujuk kepada sejarah pemakaian kain samping itu sendiri, sebenarnya cara ikatan dan ia digayakan berbeza mengikut darjat dalam masyarakat ketika itu.\n\u201cBagi golongan bangsawan atau pembesar pastinya tidak serupa dengan orang kebanyakan. Contohnya larangan ke atas orang kebanyakan daripada memakai samping dengan ikat pancung atau dilarang bertengkolok dan berbaju \u2018sarung,\u2019 kecuali selepas dianugerahkan raja,\u201d katanya.\nTambah Hadijah lagi, pemakaian samping itu tinggi falsafahnya termasuk bertujuan melindungi aurat selain tanda kehormatan diri.\n\u201cPemakaian samping sesuai dengan falsafah prinsip agama Islam iaitu membawa erti aurat bagi lelaki sehingga ke paras lutut. Ia harus dikenakan dengan meletakkan lipatan kiri di sebelah bawah dan lipatan kanan di sebelah atas berdasarkan perbuatan qiam dalam solat (tangan kiri di bawah dan tangan kanan di atas).\n\u201cMalah orang tua dahulu mengatakan dengan cara pakaian samping sahaja mereka sudah tahu siapa individu terbabit. Namun perlu ingat peraturan asasnya ialah kepala kain samping seharusnya terletak di bahagian belakang (punggung pemakainya.\n\u201cSamping yang dikenakan orang bujang kedudukan labuh kainnya atas lutut iaitu pada jarak dua jari atas tempurung lutut. Manakala bagi lelaki yang sudah berkahwin, hujung kain samping mereka berada di bawah lutut ialah dengan lebar dua jari dari paras lutut.\n\u201cJika seseorang yang sudah berkahwin itu memakai samping di atas paras lutut, ia bermaksud pemakai berhasrat untuk berkahwin lagi,\u201d katanya yang turut memaklumkan golongan bangsawan mengenakan samping dengan cara labuh kain samping selebar telapak tangan di bawah lutut.\nRingkasnya:\n\nSampin yang dipakai sehingga ke bawah paras lutut \u2013 Menunjukkan si pemakai sudah berstatus berkahwin dan mempunyai pasangan, iaitu isteri\nManakala sampin yang dipakai atas paras lutut \u2013 Menandakan si pemakai masih berstatus bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup lagi\n\nCara mudah pakai samping\nSekiranya hendak tahu cara pakai samping yang betul, anda boleh menonton video demostrasi Gaya Ikatan Samping yang dimuat naik oleh Jabatan Muzium Malaysia di bawah.\nVIDEO DEMONSTRASI GAYA IKATAN SAMPING \u2013 JABATAN MUZIUM MALAYSIA\nSumber : Jabatan Muzium Malaysia\nUntuk belajar cara memakai samping, tidak cukup dengan sekadar membaca sebaliknya anda perlu melihat dengan mata anda sendiri bagaimana melakukannya dengan betul.\nSelain itu, anda juga boleh tonton video pemakaian samping di bawah yang cukupp menarik:\n\n @penceritatv Pakai samping ada caranya\u2026 #pencerita #tiktokguru #tiktoksilat \u266c original sound \u2013 Azrul Affandi Sobry \u2013 Azrul Affandi Sobry \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myspr-daftar-spr-online/", "title": "MySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi Baru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA DAFTAR SPR ONLINE (MYSPR DAFTAR)\nMengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.\nUrusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.\nAdalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n2 Jenis Pendaftaran Pemilih\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nCara Daftar SPR Online\n\n \nCara Daftar SPR Secara Manual\n\n \nSemakan Pendaftaran Undi 18 Secara Automatik\n\n\n2 Jenis Pendaftaran Pemilih\nSPR menjalankan dua (2) jenis daftar pemilih :\nPendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.\nMengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:\nPemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.\nSyarat-syarat\nSYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR SPR SEBAGAI PEMILIH ADALAH SEPERTI BERIKUT\n\n\n\n\n\n\nSeorang warganegara Malaysia;Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas;Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; danTidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa;\nMAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA PENDAFTARAN SPR (MySPR DAFTAR)\nNo. Perkhidmatan Polis / Tentera (Jika Berkenaan);Nombor Telefon Bimbit yang sah;E-mel yang sah;Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan / Tempat BertugasGambar depan Kad Pengenalan* (MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis) Gambar swafoto (selfie) bersama MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis;\n*Nota: (Format dibenarkan : JPG, JFIF, PNG)\n\nCara Daftar SPR Online\nUntuk daftar SPR online bagi permohonan akaun baharu, sila ikuti langkah berikut:\n\nPERMOHONAN AKAUN BAHARU \nLayari https://myspr.spr.gov.my.Skrin Log Masuk Akaun MySPR Daftar akan dipaparkan.Klik pada butang [PERMOHONAN AKAUN BAHARU].. Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan.Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.Masukkan No. Kad Pengenalan 12 digit.Bagi pemohon berstatus Polis atau Tentera, masukkan No. Perkhidmatan pada medan yang disediakan.Masukkan No. Telefon Bimbit.Masukkan E-mel.Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan.Sila muat naik [GAMBAR DEPAN MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] dan [GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] Masukkan CAPTCHA.Tandakan di bahagian deklarasi \u2018Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.\u2019 sebagai tanda persetujuan dengan syarat-syarat kelayakan pendaftaran sebagai pemilih.Klik pada butang [DAFTAR] untuk menghantar borang pemohonan akaun pengguna.Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima.Klik pada butang [KEMBALI] dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula.Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu e-mel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan mengikut waktu yang telah ditetapkan.Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.\nPENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA MySPR\nPegawai SPR akan membuat pengesahan sekiranya maklumat yang telah dihantar tiada masalah.Setelah Pegawai SPR membuat pengesahan, pemohon akan menerima e-mel pengaktifan ATAU pemohon menerima e-mel peringatan pengaktifan.Klik pada pautan pengaktifan berwarna biru di dalam e-mel pengaktifan akaun pengguna. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.Klik pada butang [MOHON NO. TAC]. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar No. TAC melalui SMS ke telefon bimbit dan e-mel pengguna.Pemohon akan menerima satu notifikasi e-mel dan SMS peringatan Permohonan No. TAC yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR]Sistem akan membuat verifikasi dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.\nLOG MASUK & KEMASKINI PROFIL\nMasukkan No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA untuk log masuk akaun pengguna dan klik pada butang [LOG MASUK].Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan.Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Kemas Kini Profil.Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Tukar Kata Laluan.\nPERMOHONAN PENDAFTARAN\nPilih menu PENDAFTARAN dan klik pada menu Status Saya.Sistem akan memaparkan skrin Dashboard \u2013 Halaman Utama dan klik pada butang [BORANG A] untuk membuat PENDAFTARAN BAHARU.Skrin Borang A (Pendaftaran Baharu) akan dipaparkan.Pilih kategori pemilih.Lengkapkan alamat seperti dalam kad pengenalan.Pilih Jantina.Pilih BangsaPilih Agama.Tandakan (/) di bahagian deklarasi \u2018Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu ialah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi \u2026\u2026\u2019 sebagai tanda persetujuan.Klik pada butang [HANTAR] untuk menghantar borang A.Ruangan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan akan dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pemohon yang telah didaftarkan dan klik pada butang [MOHON NO. TAC].Satu notifikasi SMS dan e-mel Permohonan No. TAC akan dihantar ke no. telefon bimbit dan e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam. Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR].Sistem akan membuat verifikasi dan satu notifikasi flash menyatakan \u2018Permohonan Pendaftaran Pemilih telah diterima dan sedang diproses. Sila cetak borang A untuk simpanan tuan/puan. Satu notifikasi telah dihantar \u2026\u2026.\u2019 akan dipaparkan.Pendaftaran Borang A yang telah berjaya dihantar akan menerima satu notifikasi e-mel Pendaftaran Borang A. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.\nSila rujuk manual lengkap melalui pautan di bawah:\nPanduan-Pengguna-MySPRDownload\nCara Daftar SPR Secara Manual\nUNTUK PEMILIH BIASA\nUntuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:\nDatang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; danDapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.\nUNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR\nAnggota Tentera\nPendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:\nMenghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad\u00a0(untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.\nNota:\nPusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).\nWARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA\nPendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:\nDatang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; danDapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.\nNota:\nHanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.\n\nSemakan Pendaftaran Undi 18 Secara Automatik\nTahukah anda?\nMalaysia telah melakar sejarah apabila RUU Undi 18 telah diluluskan. Pada tahun 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan Perkara 47 perenggan (b), penurunan umur ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta Perkara 119 perenggan (a) fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu penurunan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan pendaftaran pemilih adalah secara automatik. Rang Undang-Undang Perlembagaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.\nDengan pelaksanaan ini, golongan belia diharap lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18.\nPemilih Malaysia yang baharu, sila buat semakan butir peribadi melalui 4 kaedah berikut:\n1. Web SPR https://mysprsemak.spr.gov.my atau https://www.spr.gov.my\n2. Aplikasi\uff1a MySPR Semak\n3. Web Pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my\n4. Hotline SPR : 03-88927018\nBaca juga: MySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-persekolahan-maipk/", "title": "Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk Sesi 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam & Adat Melayu Perak mempelawa mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya golongan sasaran iaitu anak kepada ketua isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin untuk menerima Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2022.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif Skim Bantuan Persekolahan MAIPk\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan Umum\n\n \nCara Permohonan / Kaedah Bayaran Bantuan Persekolahan MAIPk\n\n \nBorang Pengagihan Zakat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nObjektif Skim Bantuan Persekolahan MAIPk\nObjektif pertama dalam Skim Bantuan Persekolahan adalah untuk anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna. Mereka tidak boleh tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan. \nObjektif yang kedua iaitu membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan. Taraf pendidikan yang baik dapat membantu anak asnaf memperolehi pekerjaan yang sesuai dan berjuang untuk kelangsungan hidup serta menempatkan diri dalam masyarakat.\nPelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan. \nPermohonan baharu hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:\n\n\n\n\n\n\n Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022 Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022 Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah\nBaca juga: JKM: Cara Pendaftaran OKU & Keistimewaan OKU Berdaftar\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat mulai 20 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 sahaja.\u00a0\nSyarat Kelayakan Umum \nDana zakat daripada Skim Bantuan Persekolahan MAIPk disalurkan berdasarkan syarat umum berikut:\nPemohon / Penerima beragama Islam.Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).\n NOTA:\nPelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan. \nPermohonan baharu hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:\nKemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah\nCara Permohonan / Kaedah Bayaran Bantuan Persekolahan MAIPk\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN yang boleh dimuat turun di pautan inihttps://www.maiamp.gov.my/\u2026/borang-bantuan-zakat.html\nborang-bantuan-sekolahDownload\n\nBorang Skim Bantuan Persekolahan MAIPk ini juga boleh didapati melalui atau di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak atau terus ke\nMajlis Agama Islam dan Adat Melayu PerakTingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak\nWaktu BerurusanIsnin \u2013 Khamis : 8.00 pg \u2013 1.00 ptg | 2.00 ptg \u2013 5.00 ptgJumaat : 8.00 pg \u2013 12.15 tgh | 2.45 ptg \u2013 5.00 ptg\nTelefon05 208 4000\nBorang yang lengkap hendaklah diserah ke pejabat cawangan MAIPk yang berdekatan anda.\nBorang Pengagihan Zakat\nSelain Skim Bantuan Persekolahan MAIPk, terdapat banyak lagi Skim Bantuan Zakat Perak yang telah dibangunkan untuk pembangunan dan pemerkasaan asnaf khususnya.\nBerikut kami kongsikan jenis skim bantuan lain beserta borang permohonan online yang didapati melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAM) iaitu https://www.maiamp.gov.my/.\nJenis Skim Bantuan Zakat Perak\ni) Program Pembangunan Sosial\nSkim Bantuan Kecemasan / SegeraSkim Bantuan PerubatanSkim Bantuan HemodialisisSkim Bantuan Bina RumahSkim Bantuan Baik Pulih RumahSkim Bantuan Kewangan BulananSkim Bantuan Penyelesaian HutangSkim Bantuan BencanaSkim Bantuan Tambang Perjalanan DomestikSkim Bantuan Hari Raya\nii) Program Pembangunan Pendidikan\nSkim Bantuan Am PelajaranSkim Bantuan Dermasiswa Dalam / Luar NegaraSkim Bantuan Tambang Perjalanan Pergi Sehala / Balik SehalaSkim Bantuan Dermasiswa Pelajar Tajaan / Bantuan Am (Mesir Dan Jordan)Skim Bantuan PersekolahanSkim Biasiswa Pelajaran Baitulmal\niii) Program Pemerkasaan Ekonomi\nSkim Bantuan ModalSkim Latihan Dan Kursus Program Pembangunan Usahawan Dan Asnaf\niv) Program Pemerkasaan Insan\nSkim Latihan Kemahiran Asnaf\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Facebook Zakat Perak MAIPk dan layari laman web www.maiamp.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-pegawai-imigresen/", "title": "Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 (230 Kekosongan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM \u2013 PEGAWAI IMIGRESEN KP19 (230 KEKOSONGAN)\nJABATAN IMIGRESEN MALAYSIA mengalu-alukan rakyat Malaysia yang layak untuk memohon jawatan berikut:\nJAWATAN : PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 \u2013 SPM (KUMPULAN PELAKSANA)KEKOSONGAN : 230SIMPANAN : 250Tarikh tutup permohonan : 09 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen KP19 tersebut:\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaklumat Pengambilan Pegawai Imigresen Gred KP19\n\n \nJADUAL GAJI\n\n \nSYARAT LANTIKAN\n\n \nSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU\n\n \nDESKRIPSI TUGAS\n\n \nTARIKH PERMOHONAN\n\n \nCARA MEMOHON\n\n \nSENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM\n\n \nMAKLUMAT TAMBAHAN\n\n \nInfo Lanjut\n\n\nMaklumat Pengambilan Pegawai Imigresen Gred KP19\nKlasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan AwamKumpulan Perkhidmatan: PelaksanaKementerian/Jabatan: Jabatan Imigresen Malaysia\n\n\n\n\n\n\nJADUAL GAJI\nGaji Minimum : RM1,360.00Gaji Maksimum : RM4,052.00Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00\nSYARAT LANTIKAN\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:\nwarganegara Malaysia; danberumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; danSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00) atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40) atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80) dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dandiperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.\n\nSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nDESKRIPSI TUGAS\nBertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.\nTARIKH PERMOHONAN\nTarikh tutup permohonan : 09 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam. \nCARA MEMOHON\nUntuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :https://spa9.spa.gov.my/login\nJika anda belum pernah mendaftar di SPA9, sila rujuk panduan di sini: Panduan Pendaftaran SPA9 : Permohonan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam\nSENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM\nSila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim \n(Pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).\nMAKLUMAT TAMBAHAN\nPemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu \u201cMaklumat Pemohon\u201d -> \u201cMaklumat Kelayakan Akademik\u201d -> \u201cSKM\u201d.\nInfo Lanjut\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :https://www.spa.gov.my/\u2026/pegawai-imigresen-gred-kp19\nKlik pautan Borang SPA9 di bawah :https://spa9.spa.gov.my/login\nPekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016Laman Web EZSkim\n"]} {"url": "https://ecentral.my/oriental-kopi-malaysia/", "title": "Oriental Kopi : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nOriental Kopi menawarkan menu ala kopitiam dengan sentuhan citarasa tradisional NanYang. \nAntara hidangan \u00a0yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Portuguese Egg Tart dan Popo Bun yang disediakan menggunakan resipi tradisional turun temurun. \n\n\n\n\n\n\nMemang enak dinikmati bersama Oriental Coffee yang cukup popular di restoran ini.\nUntuk makluman, restoran Oriental Kopi berstatus mesra Muslim (no pork, no lard).\nTeringin nak pekena Oriental Kopi dengan rakan dan keluarga? Jom kita lihat senarai menu serta harga yang ditawarkan.\nBaca Juga : The Coffee Bean & Tea Leaf : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nOriental Kopi : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nOriental Signature\n\n \nNasi Lemak\n\n \nMee Siam\n\n \nKampung Mee Hoon\n\n \nRices\n\n \nCurry\n\n \nVegetarian\n\n \nTraditional Toast\n\n \nNoodles\n\n \nSandwich\n\n \nSnacks\n\n \nTong Shui\n\n \nMango Fiesta\n\n \nSpecialty Drinks\n\n \nBeverages\n\n\nOriental Kopi : Senarai Menu & Harga Terkini\nOriental Signature\nMenuHargaOriental Egg Tart (6 pcs)RM 31.80Oriental Polo BunRM 6.90Oriental Honey Polo BunRM 7.90\nNasi Lemak\n\nMenuHargaOriental Signature Nasi LemakRM 17.90Oriental Fried Chicken Meat Nasi LemakRM 16.85Nanyang Curry Chicken Nasi LemakRM 18.97\nMee Siam\nMenuHargaOriental Signature Mee SiamRM 18.97Oriental Fried Chicken Meat Mee SiamRM 17.91Nanyang Curry Chicken Mee SiamRM 18.97\nKampung Mee Hoon\nMenuHargaOriental Signature Kampung MeeHoonRM 17.90Fried Chicken Meat Kampung MeeHoonRM 16.85Nanyang Curry Chicken Kampung MeeHoonRM 18.97\nRices\n\nMenuHargaHainanese Chicken RiceRM 17.90Chicken Herbal Soup with RiceRM 20.03Sweet Sour Chicken RiceRM 16.85Gong Bao Chicken RiceRM 16.85Kampung Fried RiceRM 18.97Yang Zhou Fried RiceRM 17.91Malay Fried RiceRM 20.03\nCurry\n\nMenuHargaNanyang Curry Chicken RiceRM 17.90Oriental Curry LaksaRM 16.85Dry Curry Chicken Mee PokRM 17.91Nanyang Curry Chicken ToastRM 14.73\nVegetarian\nMenuHargaVegetarian Minced RiceRM 17.91Gong Bao MushroomRM 17.91Black Pepper Mushroom RiceRM 17.91Sweet Sour Chicken RiceRM 17.91Satay Mutton RiceRM 17.91\nTraditional Toast\n\nMenuHargaKaya Butter ToastRM 5.19Margarine Sugar ToastRM 4.45Peanut ToastRM 7.31Egg Mayo ToastRM 7.95Half Boiled Egg ToastRM 9.43Kaya Butter Wholemeal BunRM 8.37Peanut Butter Wholemeal BunRM 8.37\nNoodles\nMenuHargaOriental Chicken Hor FunRM 17.91Penang Char Kuey TeowRM 17.91Oriental Penang PrawnRM 20.03\nSandwich\nMenuHargaOriental SandwichRM 14.73Oriental Volcano SandwichRM 15.79\nSnacks\n\nMenuHargaHalf-Boiled Kampung EggsRM 4.88Fried Chicken MeatRM 13.67Curry Fish BallRM 11.55Penang Fruit RojakRM 14.73Salted Fried ChickenRM 14.73Traditional Homemade Chwee KuehRM 9.43Fried Fish BallsRM 8.37French FriesRM 11.55Sweet Potato FriesRM 13.67Fried Fish CakeRM 8.37Fried Fish RollRM 9.43\nTong Shui\n\nMenuHargaSnow Swallow with Peach Gum DessertRM 13.67Peach Gum with Snow Fungus DessertRM 12.61Snow Fungus with Snow Pear DessertRM 12.61Longan Sea Coconut DessertRM 12.61Tang Yuan in Ginger Soup (Hot)RM 10.49Tang Yuan in Black Glutinous Rice (Hot)RM 10.49Tang Yuan in Red Bean Soup (Hot)RM 10.49Gui Ling GaoRM 9.43\nMango Fiesta\n\nMenuHargaMango IceRM 17.91Mango PomeloRM 15.79Mango Pomelo with Ice CreamRM 17.91Mango SagoRM 13.67Mango Sago with Grass JellyRM 14.73Mango Sago with Aloe VeraRM 14.73\nSpecialty Drinks\nMenuHargaOriental Mocha (Hot/Cold)RM 12.61Golden Lime PlumRM 12.61Sour PlumRM 12.61\nBeverages\n\nMenuHargaOriental Kopi (Hot/Cold)RM 10.49Kopi O (Hot/Cold)RM 10.49Kopi C (Hot/Cold)RM 10.49Teh (Hot/Cold)RM 10.49Teh O (Hot/Cold)RM 10.49Teh C (Hot/Cold)RM 10.49Hainanese Cham (Hot/Cold)RM 10.49Milo (Hot/Cold)RM 10.49Milo O (Hot/Cold)RM 10.49Milo C (Hot/Cold)RM 10.49Oriental White Coffee (Hot/Cold)RM 10.49Oriental White Coffee Roasted (Hot/Cold)RM 10.49Lemon Tea (Hot/Cold)RM 9.43Honey Lemon (Hot/Cold)RM 10.49Fresh Soya Milk (Hot/Cold)RM 8.37Cincau (Hot/Cold)RM 7.31Fresh Soya Cincau (Hot/Cold)RM 8.37Gula Melaka Soya (Hot/Cold)RM 8.37Longan Luo Han Guo (Hot/Cold)RM 8.37CendolRM 9.43Three Layer TehRM 10.49Fresh Orange JuiceRM 13.67\nHidangan yang ditawarkan di Oriental Kopi sememangnya cukup unik dan menarik untuk dicuba. Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Oriental Kopi untuk ketahui perkembangan terkini bagi restoran kopitiam kegemaran ramai ini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/pubdn-pinjaman-boleh-ubah-dalam-negara-2022/", "title": "Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN) 2022 Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN) kini dibuka kepada pelajar negeri Selangor yang ingin menyambung pengajian di IPTA atau IPTS.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN) ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pinjaman Boleh Ubah Negeri Selangor?\n\n \nTarikh Permohonan PUBDN\n\n \nPeringkat Pengajian\n\n \nKadar Pembiayaan\n\n \nPengurangan Pinjaman & Syarat-Syarat\n\n \nSyarat Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022\n\n \nSyarat Am\n\n \nSyarat Akademik\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pinjaman Boleh Ubah Negeri Selangor?\nProgram Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk\u00a0pinjaman tanpa faedah.\nIa merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui\u00a0Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)\u00a0yang diuruskan oleh\u00a0Cawangan Biasiswa dan\u00a0Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.\nBayaran akan dibuat sebanyak\u00a02 kali setahun\u00a0secara pengkreditan\u00a0terus ke akaun Bank Muamalat\u00a0peminjam.\nTarikh Permohonan PUBDN\nPelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk lakukan permohonan secara atas talian mulai 3 Jun hingga 31 Julai 2022.\n\n\n\n\n\n\nPeringkat Pengajian\n\u00a0Peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan PUBDN adalah seperti berikut:\nSijilDiplomaIjazah Sarjana MudaIjazah Perubatan\nKadar Pembiayaan\nKadar pembiayaan yang bakal diterima oleh pelajar yang terpilih adalah seperti berikut :\nPeringkat PengajianIPTA/IPTS(Kadar Setahun)UiTM, Politeknik &Kolej Komuniti(Kadar Setahun)Sijil\u2013RM3,000.00DiplomaRM4,900.00RM3,500.00Ijazah Sarjana Muda(Pelbagai dan Veterinar)RM6,500.00RM4,500.00Perubatan dan PergigianRM 7,000.00RM 7,000.00\nBaca Juga : BUDI : Bantuan Pendaftaran IPT Secara One-Off Untuk Pelajar Sabah\nPengurangan Pinjaman & Syarat-Syarat\nPembiayaan yang bakal diterima adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/PNGK akhir pelajar.\n Selain pencapaian CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nTamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran.Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian.Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.\n\nSyarat Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022 \nSyarat Am\nSyarat am yang perlu dipenuhi oleh pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nPemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia.Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atauPemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada 10 tahun di Selangor; (keutamaan diberikan kepada anak Selangor).Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Perubatan.Sedang mengikuti pengajian di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara sepenuh masa.Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).\nSyarat Akademik\nSelain itu, pelajar juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan:\ni) Sijil\nMemperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).\nMemperolehi sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).\n\u00a0ii)\u00a0 Diploma\nMemperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau\nMemperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas.\n\u00a0iii) Ijazah Sarjana Muda\nMemperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas; atau\nMemperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau\nMemperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.\n\u00a0iv) Ijazah Perubatan\nSedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan/Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.\nCara Memohon\nPelajar yang berkelakan boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nLayari pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.Klik butang \u2018Daftar.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan sijil lahir pemohon, salinan my kad pemohon, bapa dan ibu, salinan sijil berhenti sekolah (rendah dan menengah), salinan keputusan SPM/STPM/STAM/ Matrikulasi/Asasi/Diploma (mana yang berkaitan).Salinan slip gaji terkini (ibu dan bapa/penjaga). Untuk pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah sila dapatkan pengesahan pendapatan (disahkan oleh ketua kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok sahaja).Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok sahaja).Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian/online dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai PUBDN, sila layari laman web \u00a0https://tkwbns.selangor.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-cuti-sakit-swasta-kerajaan/", "title": "Pekeliling Sijil Cuti Sakit Swasta Bagi Penjawat Awam 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENAMBAHBAIKAN PERATURAN PENGESAHAN SIJIL SAKIT SWASTA BAGI RAWATAN PESAKIT LUAR\nMulai 18 April 2022, Ketua Jabatan boleh menerima Sijil Sakit Swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa memerlukan tandatangan timbal daripada Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar berbanding 15 hari sebelum ini bagi kemudahan cuti sakit.\n\nPerkara ini dimaklumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui surat edaran dan hebahan di media tempatan serta media sosial.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan Penambahbaikan Pekeliling Sijil Cuti Sakit Swasta Untuk Penjawat Awam\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nMuat Turun :\n\n\nTujuan Penambahbaikan Pekeliling Sijil Cuti Sakit Swasta Untuk Penjawat Awam\nPenambahbaikan peraturan ini adalah selaras dengan perubahan trend keperluan hidup semasa, polisi Kerajaan yang menggalakkan penggunaan perkhidmatan swasta dan dapat membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital Kerajaan.\nPendekatan ini diambil bagi mengurangkan birokrasi dalam proses untuk mendapatkan pengesahan berhubung sijil sakit swasta yang melebihi tempoh yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nSemua pihak yang terlibat hendaklah mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan, berdasarkan integriti dan profesionalisme.\nMana-mana pihak yang melanggar etika dalam proses mengeluarkan sijil sakit palsu, mereka adalah tertakluk di bawah peraturan sedia ada dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak yang mengawal selia tadbir urus klinik-klinik swasta.\nSila rujuk Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43 / 34 Jld.3 (24) bertarikh 18 Februari 2022, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSN) Ceraian SR.5.4.5 (Peraturan Berkaitan Penerimaan Cuti Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit) dan Soalan Lazim di bawah:\nInfo & pertanyaan lanjut:\n03- 03-8885 5689 /03-8885 5660 / 8885 5609[email\u00a0protected]\nSoalan Lazim\nBilakah pemakaian peraturan penerimaan sijil sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 haridalam tahun kalendar ini berkuat kuasa? Penambaikan ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan iaitu pada 18 Februari 2022. Bagaimana pula dengan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam? Kekal.Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar. Sekiranya pegawai telah menggunakan 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar, adakah pegawai masih boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi? Tidak boleh.Pegawai tidak boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi setelah menerima 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar.Ini kerana jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar. Adakah sijil sakit swasta yang diterima oleh pegawai masih perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan bagi 90 haripertama dan kelulusan Ketua Setiausaha bagi 90 hari seterusnya? Ya, peraturan tersebut masih berkuat kuasa. Pegawai telah menggunakan kelayakan Cuti Sakit Bergaji Penuh sebanyak 180 hari dalam suatu tahun kalendar danpegawai masih lagi sakit. Apakah cuti lain yang boleh pegawai gunakan dalam tempoh sakit tersebut? Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang ada dan sekiranya telah digunakan dan pegawai masih tidak sihat, pegawai boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan Separuh Gaji hingga 90 hari dan Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji hingga 90 hari (Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji) denganperakuan Lembaga Perubatan.Peruntukan ini adalah sepertimana terkandung dalam Perintah Am 22 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan pindaannya dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. Apakah tindakan yang boleh diambil bagi pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu atau meminda cuti sakit? Ketua Jabatan hendaklah membuat semakan sewajarnya ke atas kesahihan sijil sakit swasta yang dikemukakan oleh pegawai.Tindakan tatatertib di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil oleh Ketua Jabatan kepada pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu. Adakah sijil sakit daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari boleh dianggap sijil sakit swasta? Tidak boleh.Sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan tradisional dan komplementari seperti akupunktur, homeopathy, perubatan tradisional Melayu/ Cina/ India dan sebagainya tidak boleh diterima bagi tujuan permohonan cuti sakit swasta kerana tidak memenuhi takrifan Sijil Sakitdi bawah Perintah Am 1 (ix) Bab C Tahun 1974.Selain itu, sijil sakit daripada rawatan tradisional dan komplementari tidak termasuk di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. \nMuat Turun :\n1.\u00a0Surat Edaran : JPA.SARAAN(S)43/34 Jld.3(24)\nCUTI-SAKIT-SWASTA-SURAT-JPADownload\n2.\u00a0Ceraian SR.5.4.5 : Peraturan Berkaitan Penerimaan Cuti Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit\n3.\u00a0Soalan Lazim\nBaca juga: \nCara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & MajikanTempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19Cuti Menjaga Anak Yang Memerlukan Pengasingan & Kuarantin Covid-19\n"]} {"url": "https://ecentral.my/status-mysejahtera/", "title": "Kesilapan Teknikal Status MySejahtera Merah (HSO) / Kuning (PUS). Ini Apa Perlu Buat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDimaklumkan bahawa pada awal pagi hari ini 7 November 2021, terdapat pengguna MySejahtera yang telah ditukarkan ke status Person Under Surveillance (PUS) dan diberikan digital Home Surveillance Order (HSO) secara rawak. \nPasukan MySejahtera telah membuat tindakan pembetulan ke atas perkara ini.\nBagi mereka yang terkesan, sila refresh status anda di halaman check-in atau profile.\n\n\n\n\n\n\nTeam MySejahtera memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.\n\n\n\nCara Atasi Masalah Kesilapan Teknikal status MySejahtera\nJika status MySejahtera anda dikategorikan sebagai PUS (kuning) tetapi tiada simptom dan tidak bergejala, tiada kontak rapat dan tidak ke luar negara, anda boleh mengisi borang reassessment untuk mendapatkan status MySejahtera kembali biru.\nSila ikuti langkah berikut:\nPergi ke MySejahtera HelpDeskPilih \u2018K\u2019, \u2018A\u2019 \u2013 to redo my assessment.Isikan \u201cNo symptoms, no close contact & haven\u2019t travelled overseas\u201dTekan butang Hantar Anda akan menerima email (Re: MySejahtera Helpdesk Response \u2013 Reset health assessment.)Login semula di MySejahtera and isi semula health declaration form di menu \u201cThings to do\u201d.Status anda akan kembali menjadi Biru (Risiko Rendah / Low Risk.)\nContoh email yang akan diterima\nJika masih tidak berjaya, anda boleh cuba ke HelpDesk, dan pilih menu \u2018O\u2019 and \u2018E\u2019.\nAnda juga boleh cuba beberapa cadangan berikut:\n\n\n\nSemoga membantu.\nBaca juga: Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset Semula\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-yayasan-kelantan-yakin/", "title": "Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan (YAKIN) 2022 / 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN TAJAAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTIKURSUS PERINGKAT DIPLOMA (SEPENUH MASA) DI UNIVERSITI /INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2022 / 2023\nPermohonan Tajaan Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN) Untuk Mengikuti Kursus Peringkat Diploma (Sepenuh Masa) Di Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Sesi 2022 / 2023 akan dibuka mulai 26 Julai 2022.\nBerikut dikongsikan info sepenuhnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \neSPMB YAKIN: Apakah Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan?\n\n \nSyarat-syarat Kelayakan Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN) 2022\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang eSPMB YAKIN\n\n\neSPMB YAKIN: Apakah Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan?\nYayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh\u00a0Malaysian Qualifications Agency (MQA).\n\n\n\n\n\n\nPermohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermastautin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) begi mengikuti pengajian di peringkat:\nDiploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sahaja)Diploma di UNISZA (kursus selain daripada kursus Usuluddin, Dakwah dan Syariah)Diploma di Koleh Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)\n\n\nBaca juga: Pendaftaran MUET Online 2022 & Tarikh Peperiksaan Terkini\nSyarat-syarat Kelayakan Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN) 2022 \nPemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan berikut:\nWarganegara Malaysia peranakan KelantanMendapat tawaran kemasukan daripada Universiti / Insitusi tempatan sebagaimana di atasKepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon\nBaca juga: eBantuan JKM: Permohonan 11 Skim Bantuan JKM 2022 (Online/Manual)\n\nTarikh Permohonan\nTarikh akhir permohonan online adalah pada 25 Ogos 2022 (Khamis) manakala Borang Permohonan Manual hendaklah dihantar kepada Pejabat YAKIN Sebelum 1 September 2022 (Khamis).\nCara Permohonan\nPermohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web PORTAL PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAKIN (http://www.espmb.com/yakin) bermula pada 26 Julai 2022 (Selasa)Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan dalam talian.Borang permohonan online hendaklah dicetak dan disertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar sebagaimana berikut:Surat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan pemohonSurat beranak / Surat sumpah dan Kad Pengenalan Ibu bapa dan PenjagaSijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitanSatu keping gambar berukuran pasportSlip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)Surat tawaran kemasukan ke universitiKeputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)Sila hantarkan dokumen tersebut di alamat berikut:YAYASAN KELANTAN DARULNAIK (YAKIN)Tingkat 5, Kompleks YAKIN,Jalan Gajah Mati,15000 Kota Bharu, Kelantan.Tel : 09-748 3213 / 744 6127\n\nSila rujuk MANUAL PENGGUNA melalui lampiran di bawah:\nManual Pengguna Sistem Pinjaman Online YAKIN 2022 / 2023Download\nPelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian di mana-mana IPTA, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:\nLANGKAH 1: Isi permohonan secara online di\u00a0www.espmb.com/yakin\nLANGKAH 2: Cetak permohonan\u00a0\u200bLANGKAH 3: Hantar permohonan & dokumen sokongan (yang telah disahkan) yang diperlukan\u200bLANGKAH 4: Pemohon boleh menyemak status permohonan di\u00a0www.espmb.com/yakin\u00a0(dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup permohonan)\u200bLANGKAH 5: Permohon yang berjaya\u00a0perlu mencetak\u00a0surat tawaran dan\u00a0dua (2) set dokumen perjanjian\u00a0di\u00a0www.espmb.com/yakin\u200bLANGKAH 6:\u00a0Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh\u00a02 minggu dari tarikh\u00a0surat tawaran\nMaklumat Lanjut Tentang eSPMB YAKIN\nLaman web : http://www.espmb.com/yakin/ @ http://yakin.kelantan.gov.my/Telefon: 09-744 6127E-mel: [email\u00a0protected]Facebook: https://www.facebook.com/yayasankelantandarulnaim\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-profesional-mara-pro-p/", "title": "Pro-P MARA: Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat profesional di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka melalui Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan untuk keperluan negara.\nPermohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 9 hingga 23 Ogos 2022.\nBerikut adalah syarat kelayakan, cara membuat permohonan dan info selanjutnya tentang program tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Pembangunan Profesional 2022 MARA\n\n \nSyarat Kelayakan Program Pembangunan Profesional 2022 MARA\n\n \nTarikh Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022 MARA\n\n \nCara Permohonan\n\n \nJumlah Tajaan / Elaun\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Pembangunan Profesional 2022 MARA\nProfessional Development Programme (Pro-P) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Profesional/Pakardi Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBidang Pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:\nPersediaan/Foundation : ACCA Foundation in Accountancy (AFIA)Diploma Perakaunan/ACCACAT/Lulus Matrikulasi/STPM/SPM : Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)Profesional/Pakar : Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)/Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/ Institute Of Chartered Accountant (ICAEW) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)Anaesthesiology, Clinical Oncology, Emergency Medicine, Family Medicine, Forensic Medicine, General Surgery, Internal Medicine, Neuro Surgery, Nuclear Medicine, Obstetrics & Gynaecology, Ophthalmology, Orthopaedic Surgery, Otorhinolaryngology, Paediatric, Paediatric Surgery, Pathology, Plastic Surgery, Psychiatry, Public Health, Radiology, Rehabilitation MedicineOral Surgery, Orthodontic, Periodontology, Paediatric Dentistry, Restorative Dentistry, Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic DentistryLain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.\nBaca juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP: Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40\nSyarat Kelayakan Program Pembangunan Profesional 2022 MARA\nSyarat Umum\nWarganegara Malaysia.Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus BumiputeraHad umur pemohon pada 31 Disember 2022:Persediaan Foundation / Diploma: Tidak Melebihi 35 tahun (dalam negara)Ijazah Sarjana Muda : Tidak Melebihi 40 tahun (Dalam Negara) / Tidak Melebihi 35 tahun (Luar Negara)Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang samaMendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.\n\n\nSyarat Khusus\nSila rujuk syarat khusus berdasarkan kelayakan akademik setiap peringkat pengajian di pautan ini:\nProgram Pembangunan Profesional (PRO-P)\nhttp://online.anyflip.com/shdgj/xajf/mobile/\nTarikh Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022 MARA\nPermohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 9 hingga 23 Ogos 2022.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my.\nPemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagaipengguna baharu sebelum mengisi permohonan. \nPemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.\nSebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.\nJumlah Tajaan / Elaun\nTajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. \nElaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepadapelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.\nBagi pengajian luar negara tajaan pinjaman pelajaran merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Penempatan, Elaun Pengangkutan (pergi & balik), Visa dan Insurans.\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Program Pembangunan Profesional 2022 MARA, sila layari https://www.mara.gov.my/.\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila emelkan kepada [email\u00a0protected]\nPermohonan bagi Program Pembangunan Profesional (Pro-P) telah dibuka pada 07/03 \u2013 14/03. Permohonan boleh dibuat secara online di >>https://myeduloan.mara.gov.my/V3>>> Garis Panduan Permohonan : https://www.mara.gov.my/Syarat Kelayakan Program [versi pdf] : https://www.mara.gov.my/\u2026/3.-SYARAT-KELAYAKAN-PROGRAM\u2026[versi infografik] : http://online.anyflip.com/shdgj/cwzx/mobile/index.htmSoalan Lazim : https://www.mara.gov.my/\u2026/2.-SOALAN-LAZIM-FAQ-PROGRAM\u2026Manual Sistem : http://online.anyflip.com/shdgj/ftij/mobile/index.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/appi-kpm-appisr-appimr/", "title": "APPI KPM \u2013 Aplikasi Pengumpulan Pemasangan Instrumen (appisr & appimr)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAPPI KPM : JADUAL KERJA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023\nAplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) dibangunkan bagi membantu pengumpulan item serta pemasangan dan penjanaan instrumen yang standard di peringkat sekolah.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAPPI KPM\n\n \nPengguna & Peranan Pengguna\n\n \nProses APPI\n\n \nJadual Muat Turun Instrumen APPI KPM\n\n \nPautan Muat Turun APPI KPM\n\n\nAPPI KPM\nAplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen melibatkan:\n\nItem yang disumbang oleh guru\nItem yang dikawan mutu oleh panel berkepakaran\nInstrumen berkualiti tinggi\nInstumen yang dijana berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian\nInstrumen berbeza, setara standard\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengguna & Peranan Pengguna\n\n\nProses APPI\nProses APPI merangkumi:\n\nPenetapan Format Standard\nPengagihan Tugasan\nBina & Sahkan Item\nJana Instrumen\nSelenggara maklumat mata pelajaran dan sekolah\nMuat Turun Instrumen\n\n\nJadual Kerja Pentaksiran Bilik Darjah Akhir Sesi Akademik 2022/2023\n\n\nJadual Muat Turun Instrumen APPI KPM\nBagi melancarkan proses muat turun instrumen ujian akhir sesi akademik\u00a0Lembaga Peperiksaan Rasmi\u00a0menetapkan jadual mengikut negeri\n\nPautan Muat Turun APPI KPM\nMemuat turun instrumen ujian akhir sesi akademik dari Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) pada pautan:\ni. Tahap Dua Sekolah Rendah : https://appisr.moe.gov.my\nii. Menengah Rendah : https://appimr.moe.gov.my\n\n\n\nhttps://appisr.moe.gov.my/login\n\n Catatan:\nJadual kerja PBD ini perlu dibaca bersama dengan Garis Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik.\ni) Buku Format Instrumen Pentaksiran Dan Pelaporan Ujian Akhir Sesi Akademik Sekolah Rendah\nFINAL_FORMAT-PENTAKSIRAN-DAN-PELAPORAN-SEKOLAH-RENDAH-BAGI-UJIAN-AKHIR-SESI-AKADEMIKDownload\n\nii) Buku Format Instrumen Pentaksiran Dan Pelaporan Ujian Akhir Sesi Akademik Sekolah Menengah\nFINAL_FORMAT-PENTAKSIRAN-DAN-PELAPORAN-SEKOLAH-MENENGAH-BAGI-UJIAN-AKHIR-SESI-AKADEMIKDownload\n\nGaris Panduan Pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik\nV20_LP-PANDUAN-PENTADBIRAN-UJIAN-AKHIR-SESI-AKADEMIK-06122022Download\nUntuk maklumat lanjut berkenaan sistem ini, sila rujuk penerangan Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) oleh En. Basri bin Hassan, Timbalan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan pada di saluran DidikTV KPM, NTV7\n\n\n\nBaca juga: \n\nUjian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan\nTarikh & Jadual SPM 2022 \u2013 2023 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)\nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sulung-keluarga-malaysia-b40/", "title": "SULUNG B40 \u2013 Pengecualian Yuran IPT Wakil Pertama Keluarga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.\nBagi memelihara kebajikan pelajar negara dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, kini seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama keluarga B40 diumumkan akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.\nAturan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah inisiatif program Pembangunan Sulung Keluarga Malaysia ini untuk makluman akan menyokong usaha tersebut dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.\nSebagai perincian, kumpulan pelajar ini dipilih berasaskan keputusan cemerlang mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di samping itu kumpulan ini juga turut berdepan kekangan wang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.\nNamun untuk makluman, sokongan program ini diperincikan hanya tersedia untuk memberi pengecualian yuran pengajian sahaja, sementara kos sara hidup pelajar pula masih tertakluk akan tanggungan keluarga pelajar.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah & Latarbelakang Inisiatif Sulung B40\n\n \nCara Permohonan & Kelayakan\n\n \nLain-lain Inisiatif KPT\n\n\nSejarah & Latarbelakang Inisiatif Sulung B40\nProgram ini pertama kalinya digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\nBaca juga: Pakej PerantiSiswa: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40\nPerdana Menteri berkata, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.\n\u201cMenjadi harapan saya supaya dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.\n\u201cKejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.\n\u201cJusteru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program ini,\u201d katanya.\nInfografik oleh BERNAMA\nBaca juga: Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik\nProgram Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bertujuan membantu pelajar B40 dengan membantu memberikan pendidikan yang baik agar dapat keluar dari kitaran B40 seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.\nLebih tepat lagi, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.\nIa merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)\n\nTawaran Biasiswa Suung\nAsrama\nProgram mentoring sehingga mendapat pekerjaan\n\nCara Permohonan & Kelayakan\nKPT memainkan peranan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang fokus membantu pelajar B40.\nUntuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.\nSumber : Kementerian Pendidikan Tinggi\nLain-lain Inisiatif KPT\n[INFOGRAFIK] KPT PERKENAL 5 INISIATIF MENARIK MINAT GENERASI MUDA MELANJUTKAN PENGAJIAN KE IPT\n1. Memperkenalkan sistem pembelajaran hibrid dan anjal.\n95 Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada 19 Universiti Awam bersedia melaksanakan pembelajaran anjal bermula kemasukan Sesi Akademik 2023/2024.\n2. Pengajian bagi sesetengah program dipendekkan daripada 4 tahun kepada hanya 3 tahun.\n44 program pengajian dari 9 IPT dikenal pasti untuk dipendekkan tempoh pengajian.\n3. Inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG).\n10 ribu mahasiswa wakil pertama dari keluarga B40 dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua 20 universiti awam.\n4. Memperkenalkan Program Asasi TVET.\nProgram persediaan calon lepasan SPM sebelum mereka menyambung pengajian di peringkat ijazah di Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN).\n5. KPT bersama-sama dengan Jabatan Politeknik Dan Kolej Komuniti sedang memuktamadkan proses membolehkan pengambilan pemegang-pemegang sijil kemahiran dari semua jenis institusi kemahiran untuk menyertai Politeknik.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/format-heic/", "title": "Cara Tukar Gambar Format HEIC di Apple Kepada Jpeg", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEIC merupakan singkatan bagi \u201cHigh Efficiency Image Container\u201d.\nSecara ringkasnya, ia adalah format baharu bagi gambar yang telah diperkenalkan oleh Apple untuk ekosistemnya.\nBerbanding dengan format gambar lain seperti jpeg, png, gif dan lain-lain lagi, HEIC mempunyai kelebihan tersendiri berbanding format-format lain ini.\nNamun, apabila anda berkongsi gambar melalui Google Drive, Google Photos, Dropbox dan aplikasi seumpamanya, pengguna lain yang tidak menggunakan ekosistem Apple tidak dapat membuka fail gambar ini kerana peranti mereka tidak menyokong format gambar ini.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaiitan: Apple Pay Malaysia: Cara Buat Bayaran Melalui iPhone & iWatch\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu format HEIC?\n\n \nTukar tetapan (settings) peranti\n\n\nApa itu format HEIC?\nSejak keluaran iOS11 dan macOS High Sierra pada 2017, fail HEIC telah menjadi format imej standard untuk pengguna Apple di seluruh dunia.\nFormat ini ialah varian terkini bagi format High Efficiency Image Format (HEIF), yang secara tradisinya digunakan oleh Apple merentasi peranti mudah alihnya.\nApple menggunakan HEIC untuk imej HEIF. \nHEIF pada asasnya menjimatkan imej dalam kualiti yang lebih tinggi daripada JPEG sambil menggunakan ruang yang lebih sedikit hasil teknologi mampatan termaju. \nFormat fail penjimatan ruang ini menggunakan Pengekodan Video Kecekapan Tinggi (HEVC) untuk memampatkan dan menyimpan imej pada pemacu peranti \u2014 menggunakan separuh ruang format fail imej lain, seperti JPEG.\nSetiap fail HEIC menggunakan sambungan .heic atau .heics, bergantung pada bilangan imej di dalamnya. \nFail itu juga mengandungi metadata yang berkaitan yang menerangkan saiz, resolusi, lokasi dan banyak lagi data berkaitan gamba tersebut.\nTukar tetapan (settings) peranti\nSecara lalainya, semua gambar yang diambil menggunakan peranti Apple anda akan disimpan dengan format HEIC.\nNamun, sekiranya anda perlu kerap berkongsi gambar yang diambil dengan peranti Apple anda dengan orang lain (contohnya rakan sekerja), anda boleh menukar tetapan asal iPhone/iPad anda agar kesemua gambar yang diambil disimpan dalam format .jpeg yang lebih digunakan secara meluas. \nBerikut merupakan langkah untuk menukar tetapan di peranti Apple anda:\n\nDalam menu \u201cTetapan\u201d (Settings) anda, cari dan ketik pada \u201cKamera\u201d (Camera).\nDalam menu \u201cKamera\u201d, ketik pada \u201cFormat\u201d di bahagian atas menu.\nDi sini anda boleh memilih sama ada \u201cKecekapan Tinggi\u201d (High Efficiency) yang membolehkan iPhone anda menangkap dan menyimpan fail HEIC, atau \u201cPaling Serasi\u201d (\nDi sini anda boleh memilih sama ada \u201cKecekapan Tinggi\u201d (High Efficiency) yang membolehkan iPhone anda menangkap dan menyimpan fail HEIC atau \u201cPaling Serasi,\u201d yang akan membolehkan telefon anda menyimpan dalam format JPEG) yang akan membolehkan telefon menyimpan gambar dalam fomat JPEG.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/fahmi-fadzil/", "title": "Biodata Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFahmi Fadzil merupakan antara nama yang mungkin mencuri tumpuan dalam perlantikan Menteri kabinet dalam kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim.\nDalam Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) yang lalu, beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan mahoriji 13,912.\nPada PRU14 tahun 2018 lalu, Fahmi Fadzil memenangi kerusi sama dengan majoriti lebih rendah, iaitu 5,598.\nMari kita lihat sedikit sebanyak latar belakang Fahmi Fadzil, Menteri Komuniikasi dan Digital yang baru dilantik ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar belakang Fahmi Fadzil\n\n \nKarier Politik\n\n\nLatar belakang Fahmi Fadzil\nNama penuh: Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil\nTarikh lahir: 4 February 1981\nAsal: Kuala Lumpur\nParti poliitk: Parti Keadilan Rakyat (PKR)\nPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Purdue University\n\n\n\n\n\n\nKeahlian: Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender Dan Pembangunan Keluarga (2018 \u2013 2020)\nMungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebelum terlibat secara serius dalam dunia politik, beliau pernah membintangi filem \u201cGol & Gincu\u201d pada tahun 2006.\nBeliau juga pernah menerima Anugerah Artis Harapan dalam Anugerah Boh Cameron Highland 2006. \nBeliau ketika itu juga bergiat aktif dalam seni kreatif dan persembahan sebagai penulis dan pelakon teater.\n\nRINGKASAN BIODATA\nAHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL\n41 TAHUN\nPENDIDIKAN\nPurdue University, Indiana, USA\n2003\nKERJAYA\nRakan Kongsi, Bright Lights At Midnight, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur\n2006-2016\nRakan Kongsi, Bright Space Management, Kelana Jaya, Selangor\n2012-2016\nPENGLIBATAN POLITIK\nKetua Penerangan KEADILAN, KEADILAN\n2022-Kini\nKetua Cabang KEADILAN Lembah Pantai, KEADILAN\n2018-Kini\nPengarah Komunikasi KEADILAN, KEADILAN\n2013-2022\nKetua Penerangan KEADILAN Wilayah Persekutuan, KEADILAN\n2010-2013\nKetua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, KEADILAN\n2010-2013\nKarier Politik\nFahmi Fadzil memulakan karier politiknya dengan menyertai PKR pada tahun 2010.\nPada peringkat awal, beliau telah berkhidmat selaku Setiausaha Politik kepada Nurul Izzah Anwar (ketika itu merpakan Ahli Parlimen Lembah Pantai).\nAntara tahun 1999 hingga 2013, beliau banyak terlibat secara langsung dalam kempen-kempen pilihanraya PRK dalam PRU.\nBeliau pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya dan mengejutkan ramai pihak apabila mengejutkan nama besar, Raja Nong Raja Zainil Abidin di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU14 pada tahu 2018 yang lalu.\nPada PRU15, beliau dilihat berjaya mengukuhkan kedudukan di Parlimen Lembah Pantai apabila berjaya menang dengan majoriti yang lebih besar. \nBeliau merupakan seorang aktivis yang lantang memperjuangkan nasib golongan B40 dan aktif dalam program kemsyarakatan dan beliau.\nDalam parti PKR dan PH, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan pada September 2021 dan Ketua Penerangan PKR pada Julai 2022. \nSumber rujukan : https://calonkeadilan.org/candidate/P121\n"]} {"url": "https://ecentral.my/interim-isinar/", "title": "Bayaran Interim i-Sinar : Pendahuluan RM1,000 Bagi Pemohon Kategori 2", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon pengeluaran i-Sinar Kategori 2 akan menerima pembayaran interim iSinar sehingga RM1,000 bermula 26 Januari ini.\nPembayaran interim itu bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli terkesan Covid-19 dan bencana banjir, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Intipati Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 (18 Januari).\nApakah interim iSinar dan adakah kita perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bayaran ini?\nDalam artikel ini, kami akan kongsikan maklumat yang sahih menerusi laman web rasmi KWSP.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Interim iSinar?\n\n \nTujuan Interim iSinar\n\n \nJumlah Bayaran Interim i-Sinar\n\n \nCara Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Interim iSinar?\nBayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP. \nAhli perlu membuat\u00a0pengisytiharan kendiri*\u00a0mengalami\u00a0 pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas\u00a0serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.\n\n\n\n\n\n\n*Pengisytiharan kendiri\u00a0bermaksud maklumat pengurangan pendapatan (pendapatan sebelum dan selepas pengurangan) yang dikunci masuk oleh ahli semasa membuat permohonan i-Sinar adalah\u00a0BENAR\u00a0dan\u00a0BETUL\u00a0berdasarkan\u00a0dokumen sokongan yang sahih\u00a0dimuat naik di i-Sinar Online.\nDokumen Yang Diperlukan\nAnda perlu bersedia dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan seperti;\nSlip/Penyata gaji\u00a0SEBELUM\u00a0pengurangan pendapatan keseluruhan;Pendapatan tertinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)DANSlip/Penyata gaji\u00a0SELEPAS\u00a0pengurangan pendapatan keseluruhan;Pendapatan bulan semasa atau satu bulan terdahulu (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)DANNotis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;ATAUDokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.\nBaca juga: i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan\nTujuan Interim iSinar\nPembayaran interim sehingga RM1,000 daripada Akaun 1 Ahli diberikan kepada Pemohon Kategori 2 sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.\nIa bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan bencana alam di beberapa negeri.\nUntuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim, KWSP memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar online.\nJumlah Bayaran Interim i-Sinar\nJumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).\nTETAPI sekiranya\u00a0pengisytiharan kendiri\u00a0didapati tidak benar dan tidak disokong dengan\u00a0dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.\nCara Pembayaran\nPembayaran interim akan dibuat mengikut kaedah pembayaran pilihan Ahli semasa permohonan i-Sinar, iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank ahli atau secara Arahan Bayaran.\nJumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).\nContoh 1:\nAhli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan memohon untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000*\u00a0dan memilih\u00a0RM5,000\u00a0sebagai pembayaran pertama. \nJadual pembayaran bagi permohonan Fatimah adalah seperti berikut:\nAmaun Pembayaran InterimRM1,000Amaun Pembayaran PertamaRM4,000Amaun Pembayaran KeduaRM1,000Amaun Pembayaran KetigaRM1,000Amaun Pembayaran KeempatRM1,000Amaun Pembayaran KelimaRM1,000Amaun Pembayaran KeenamRM1,000Jumlah Pembayaran KeseluruhanRM10,000*\nContoh 2:\nAhli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30%. Baki Akaun 1 Ali hanya RM800 dan boleh mengeluarkan RM700*. \nJadual pembayaran bagi permohonan Ali adalah seperti berikut:\nAmaun Pembayaran InterimRM700Amaun Pembayaran PertamaTiadaJumlah Pembayaran KeseluruhanRM700\nBaca juga: \nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di\u00a003 \u2013 8922 4848.\nNamun, sekiranya anda perlu hadir ke cawangan, pastikan buat\u00a0Janji Temu Online (JTO).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tambang-feri-pulau-pinang-percuma/", "title": "Tawaran Tambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTambang Feri Pulau Pinang Percuma 2023\nSukacita dimaklumkan bahawa Penang Port kini mengumumkan pelanjutan tambang feri Pulau Pinang buat semua pengguna untuk tahun 2023.\nPenang Port komited dalam mengurus, mengendalikan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan di Pulau Pinang.\nSeperti yang kita tahu, pengangkutan feri di Pulau Mutiara sudah menjadi sebahagian keperluan harian pengguna setempat yang perlu berulang alik daripada kawasan tanah ke besar ke pulau.\n\n\n\n\n\n\nAyuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara tebus tambang feri Pulau Pinang percuma.\n\nBaca Juga : Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan\nTambang feri percuma ditawarkan di dua terminal feri iaitu :\n\nPengkalan Sultan Abdul Halim\nSwettenham Pier Cruise Terminal (SPCT)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Tambang Percuma\n\n \nPenumpang Yang Layak Memohon\n\n \nJadual Perjalanan Feri\n\n \nCara Tebus Tambang Feri Pulau Pinang Percuma\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTempoh Tambang Percuma\nTempoh tawaran ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023.\nPenumpang Yang Layak Memohon\nTawaran ini dikhaskan kepada warganegara Malaysia sahaja (pemegang MyKad/MyKid).\nJadual Perjalanan Feri\nBermula 1 Januari 2023, jadual perjalanan feri akan dikemaskini seperti jadual di bawah :\n\n\nUntuk makluman, bermula 1 Januari hingga 31 Julai 2023, perkhidmatan feri RORO yang membawa motosikal dan basikal akan dihentikan buat sementara bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf.\nIni bermakna, hanya feri yang membawa pejalan kaki sahaja yang akan beroperasi sepanjang tempoh tersebut.\nAnda boleh rujuk Soalan Lazim mengenai fasa peralihan ini menerusi pautan berikut : \nSOALAN LAZIM FASA PERALIHAN FERI\nCara Tebus Tambang Feri Pulau Pinang Percuma\nUntuk nikmati tawaran ini, pengguna hanya perlu mendaftarkan MyKad/MyKid di kaunter terminal feri tersebut.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai tawaran tambang percuma bagi tahun hadapan, sila hubungi 04-3102363 atau layari laman web Penang Port di pautan https://www.penangport.com.my/. \u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yt-ti-young-talent-scholarship/", "title": "Tawaran Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT & YT-TI Young Talent Scholarship", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Terengganu kini menawarkan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT dan TY \u2013 TI Young Talent Scholarship Programme bagi pelajar negeri Terengganu yang cemerlang.\nBaca Juga : Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Umum Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT & YT-TI Young Talent Scholarship\n\n \nSyarat Khusus\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan \nKedua-dua biasiswa ini boleh dimohon mulai 26 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Umum Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT & YT-TI Young Talent Scholarship\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\ni) Skim Pelajar Cemerlang YT\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).\nii) YT-TI Young Talent Scholarship Programme\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurang-kurangnya di peringkat negeri/kebangsaan.\nSyarat Khusus\nCalon juga perlu menepati syarat khusus seperti berikut :\nSkim Pelajar Cemerlang YTYT-TI Young Talent Scholarship ProgrammeTawaran PengajianTelah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan MalaysiaLepasan Program Persediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau Setaraf)Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan programpersediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau setaraf) dan lulus SPM denganmendapat Gred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET.Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi/Matrikulasi atau setaraf) dan lulus SPM dengan mendapatGred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik,Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaanMUET.Lepasan STPM/STAMLulus dengan cemerlang (Mumtaz/CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan STPM/STAM dan memperolehi Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan BahasaInggeris dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.Lulus dengan cemerlang (CGPA 4.00/Mumtaz) dalam peperiksaan STPM/STAMdan memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.Bidang PengajianPelbagai bidang/kursus.(Keutamaan diberi kepada mereka yang mengikuti bidang/kursus ikhtisas dan kritikal).\u2013 Kepintaran Buatan (AI)\u2013 Sains Data (Big Data)\u2013 Undang-Undang\u2013 Muamalat\u2013 Pentadbiran Korporat\u2013 Sains Kesihatan (Fisioterapi)\u2013 Perladangan\n\nCara Memohon\nPelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :\nLayari laman web\u00a0https://yt.gov.my/penajaan/.Klik \u201cMohon Sekarang.\u201dKlik \u201cDaftar Akaun.\u201dLengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik \u201cDaftar.\u201dLogin dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT dan TY \u2013 TI Young Talent Scholarship Programme, sila layari laman web rasmi Yayasan Terengganu di pautan https://yt.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kerjayagig-perkeso/", "title": "KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Sehingga RM3,600", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelaras dengan pengumuman PEMERKASA oleh YAB Perdana Menteri, PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan insentif pengambilan pekerjadi bawah PenjanaKerjaya 3.0 yang merangkumi pekerjaan jangka pendek atau pekerjaan gig di bawah Program KerjayaGig.\nApakah itu Program KerjayaGig dan syarat kelayakannya?\nBerikut dikongsikan maklumat lengkap tentang KerjayaGig PERKESO bagi makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah KerjayaGig PERKESO?\n\n \nKadar Bantuan Yang Tersedia\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Program KerjayaGig\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah KerjayaGig PERKESO?\nProgram Kerjaya Gig adalah satu inisiatif Kerajaan yang dilaksanakan oleh PERKESO untuk rakyat Malaysia di bawah PenjanaKerjaya 3.0. \nProgram ini menyediakan peluang pekerjaan sementara atau gig kepada beberapa kategori pencari kerja seperti pekerja sektor formal yang berdaftar dengan PERKESO tetapi diberi notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) ataupun kehilangan pekerjaan, ibu tunggal, kurang kemampuan (berdaftar dengan e-Kasih), bekas banduan, penganggur tegar termasuk graduan (menganggur lebih daripada 6 bulan) dan seumpamanya. \n\n\n\n\n\n\nJika anda dari kategori ini, anda layak menerima insentif sehingga RM3,600 untuk 6 bulan (RM600 sebulan) jika anda bekerja dalam pekerjaan sementara atau gig ekonomi dalam tempoh berkenaan.\nKadar Bantuan Yang Tersedia\nProgram KerjayaGig menyediakan insentif sebanyak RM600 sebulan sehingga tempoh maksimum 6 bulan (berjumlah RM3600) kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.\nInsentif ini disediakan khusus kepada pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun yang kehilangan pekerjaan. \nDi bawah program ini, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja juga akan menerima insentif sebanyak RM200 secara \u201cone-off\u201d bagi setiap pengambilan. \n\nSyarat Kelayakan\nIndividu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah Program KerjayaGig:\nPekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa GajiPekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan diberhentikan kerjaPencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih)\n\nBaca juga: Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Mulai 15 Julai 2021\nTarikh Permohonan\nPermohonan bagi insentif program ini boleh dikemukakan kepada PERKESO sebelum 31 Disember 2021.\nCara Permohonan Program KerjayaGig\nKategori: Orang Bekerja Sendiri (OBS)\nOBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya. (Mulai bulan kedua)OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya (penjanakerjaya.perkeso.gov.my).*OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.\nKategori: Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)\nMengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya.Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja.Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.\n\nBaca juga: SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO RM300\nMaklumat Lanjut\nBagi yang layak untuk memohon, jangan lepaskan peluang keemasan ini!\nUntuk maklumat lanjut sila layari https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html\nATAU\nSila rujuk FAQ di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman sesawang www.perkeso.gov.my dan media sosial rasmi PERKESO dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.\nBagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel[email\u00a0protected].\nSoalan-soalan Lazim (FAQ) mengenai Insentif Program KerjayaGig\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-zus-coffee/", "title": "Menu ZUS Coffee, Senarai Harga & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nZUS Coffee adalah antara jenama kopi yang sedang meningkat naik di Malaysia dengan banyak cawangan telah dibuka (kebanyakannya di kawasan KL dan Selangor) serta beberapa buah cawangan di negeri lain.\nDengan ayat \u201cA Necessity Not A Luxury\u201d, syarikat ini membawa kelainan dengan membawakan pelbagai menu kopi premium tetapi pada harga mampu milik.\nSyarikat ini mahukan kopi dilihat sebagai minuman harian yang mampu dinikmati setiap hari, bukan sebagai satu simbol kekayaan dan gaya hidup mewah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga dan Menu ZUS Coffee\n\n \nOATLY Series\n\n \nZUS Frapp\u00e9\n\n \nZUS Signature\n\n \nZERO Series\n\n \nCoffee\n\n \nRefresher\n\n \nChocolate\n\n \nKiddo-Friendly\n\n \nTea\n\n \nZUS Bottled Necessities\n\n \nPromosi terkini\n\n\nHarga dan Menu ZUS Coffee\n\nZUS Coffee menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman dengan harga menarik dan senarai menu dan harga boleh dilihat daripada senarai di bawah.\nSekiranya anda pertama kali ingin mencuba minuman dari ZUS, kami cadangkan mencuba seleksi minuman dari kategori ZUS Signature.\nNota: Sila maklum bahawa pihak ZUS boleh menukar harga makanan dan minuman ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.\nOATLY Series\nMenuHarga (RM)OATLY ZUS Cocoa Mocha (Hot/Iced)16.75OATLY Caf\u00e9 Mocha (Hot/Iced)16.50OATLY Japanese Genmaicha Latt\u00e9 (Hot/Iced)14.40OATLY Spanish Latt\u00e9 (Hot/Iced)14.85OATLY Iced Cafe Latt\u00e913.65OATLY CEO Latt\u00e913.80\nZUS Frapp\u00e9\nMenuHarga (RM)Mango Peach Coconut Slushie12.90Snowy Coconut Frapp\u00e914.90Japanese Matcha Frapp\u00e914.90Double Chocolate Chip Frapp\u00e914.90Salted Caramel Frapp\u00e914.90Java Chip Frapp\u00e914.90Espresso Frapp\u00e914.90Cocoa Mocha Frapp\u00e914.90\nZUS Signature\nMenuHarga (RM)CEO Latt\u00e99.90Spanish Latt\u00e910.95Matcho Latt\u00e99.90ZUS Gula Melaka10.50Dirty Latt\u00e912.90Peachy Strawberry + Mango Bits12.90Pandan Gula Melaka Coconut Frapp\u00e914.90Thunder9.90Iced Genmaicha Latt\u00e910.95\nZERO Series\nMenuHarga (RM)Keto Black9.75ZERO Frapp\u00e914.90ZERO Latt\u00e911.85\nCoffee\n\nBagi peminat kopi, anda boleh cuba antara menu recommended yang menjadi kegemaran ramai iaitu Spanish Latte.\nBagi yang suka kurang manis, boleh cuba CEO Latte dan yang sukakan aroma keunikan, cubalah Pandan Coconut Latte!\nMenuHarga (RM)Espresso4.25Flat White9.75Americano6.90Whipped Cream Latt\u00e910.95Salted Caramel Latt\u00e910.95Roasted Hazelnut Latt\u00e910.95French Vanilla Latt\u00e910.95Caf\u00e9 Latt\u00e910.95Cappuccino9.75Caramel Macchiato11.75Pandan Coconut Latt\u00e912.85ZUS Cocoa Mocha12.85Caf\u00e9 Mocha12.85\nRefresher\nMenuHarga (RM)Pink Black9.75Pink Lemonade7.65ZUS Lemonade7.65Lychee Strawberry Cooler8.80\nChocolate\nMenuHarga (RM)Roasted Hazelnut Chocolate12.85French Vanilla Chocolate12.85Salted Caramel Chocolate12.85Australian Chocolate12.60ZUS Signature Chocolate12.85\nKiddo-Friendly\nMenuHarga (RM)Creamy MangoBabycino7.65Honey Latt\u00e98.35Strawberry Chocolate Chip Almond Milk Frapp\u00e9\nTea\nMenuHarga (RM)Tea (Earl Grey, Chamomile, White Vanilla Grapefruit)6.90Green Tea Latt\u00e99.75\nZUS Bottled Necessities\nMenuHarga (RM)Cafe Mocha (1L)27.40Japanese Genmai Matcha (1L)27.40Cafe Latt\u00e9 (1L)23.40Spanish Latt\u00e9 (1L)28.40Americano (1L)18.90\nPromosi terkini\n\nPihak ZU Coffee kini mempunyai promosi Beli 1 Percuma 1 bagi pengguna aplikasi mudah al ZUS Coffee.\nAnda hanya perlu memuat turun aplikasi ZUS, daftar dan lakukan pembelian melalu aplikasi tersebut ketika membuat pembayaran di kaunter.\nMuat turun aplikasi:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nArtikel berkaitan: Menu US Pizza, Senarai Harga & Promosi Terkini\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cimb-bizchannel/", "title": "CIMB BizChannel : Login, Daftar & Aktifkan Akaun Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBizChannel @CIMB ialah portal dalam talian yang menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perniagaan anda dan memenuhi keperluan kewangan anda yang berubah-ubah. Per\nAnda akan dapat mengakses rangkaian lengkap perkhidmatan perbankan terjamin yang membolehkan anda menguruskan kewangan anda pada bila-bila masa di mana sahaja sambil mengekalkan kawalan penuh ke atas akaun anda. \nDilengkapi dengan ciri keselamatan peringkat tinggi, pihak CIMB menjamin kerahsiaan maklumat kewangan dan organisasi anda apabila menggunakan portal ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan yang disediakan di [email\u00a0protected]\n\n \n1. [email\u00a0protected]\n\n \n2. [email\u00a0protected]\n\n \n3. [email\u00a0protected]\n\n \nCara daftar CIMB BizChannel\n\n \nAplikasi [email\u00a0protected] Login\n\n \nCara aktifkan [email\u00a0protected]\n\n \nCara login [email\u00a0protected]\n\n\nPerkhidmatan yang disediakan di [email\u00a0protected]\nBerdasarkan perkhidmatan yang dilanggan, pengguna organisasi boleh melaksanakan tugas ini menggunakan [email\u00a0protected]:\n 1. [email\u00a0protected]\nLihat penyata akaun dan butiran transaksiLihat data sejarah sehingga tempoh masa tertentu dengan keupayaan fungsi carianMuat turun penyata dalam pelbagai format untuk memudahkan penyelarasan akaun bank dan penyepaduan yang lancar kepada sistem perakaunan andaPercetakan dengan pilihan untuk menambah logo syarikat melalui e-mel atau mel fizikalKekalkan Akaun Kegemaran dan Templat untuk pembayaran berulang\n2. [email\u00a0protected]\nBayaran Pukal \u2013 Gaji termasuk kredit gaji, KWSP, LHDN, PERKESO dan ZAKATGIRO Antara Bank (IBG)Pemindahan danaPesanan Juruwang & Draf PermintaanRENTAS & Pemindahan TelegrafPerkhidmatan Pembayaran KerajaanPembayaran FPXPemindahan DuitNow\n3. [email\u00a0protected]\nModul pertanyaan koleksiDebit Terus \u2013 CIMB & PayNetPembayaran BilJomPayKoleksi FPXID DuitNow (dengan Nombor Pendaftaran Perniagaan)\nCara daftar CIMB BizChannel\nDisebabkan CIMB BizChannel dikhaskan untuk pemilik bisnes atau organisasi, terdapat beberapa langkah tambahan dan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak untuk proses pendaftaran.\nMuat turun borang permohonan di http://www.cimb-bizchannel.com.my/index.php?ch=dload&pg=dload_4&ac=4Isikan semua maklumat seperti yang dikehendaki dalam borang tersebutSerahkan borang yang telah diisi ke mana-mana cawangan Bank CIMB terdekatSetelah permohonan anda diproses, butiran untuk log masuk dan katakunci akan dihantar kepada Authorised User(s)\u00a0dan\u00a0System Administrators melalui 2 emel berbezaNo PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Harap maklum bahawa sistem hanya boleh menghantar mesej ke nombor telefon Malaysia sahaja.Untuk pakej Standard dan Customised, pengguna boleh terus menggunakan servis setelah mendapat kod OTP di Security Device yang didaftarkanUntuk pakej Lite, penggunakan akan menerima kod OTP melalui SMS\nAplikasi [email\u00a0protected]\u00a0Login\n\nUntuk menggunakan segala kemudahan [email\u00a0protected] terus daripada peranti anda, anda boleh memuat turun aplikasi Aplikasi [email\u00a0protected] di peranti anda daripada pautan berikut:\nPlay Store \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nCara aktifkan [email\u00a0protected] \n Sekiranya anda baru menggunakan perkhidmatan ini dan mahu log masuk buat pertama kali, ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman [email\u00a0protected] di cimb.bizchannel.com.my\u00a0Klik pada First Time LoginMasukkan maklumat Company ID dan User ID yang dihantar kepada emelKlik butang NextPIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkanMasukkan nombor PIN tersebut dan klik pada butang NextLengkapkan segala maklumat yang dimintaKlik butang SubmitQR Code akan dipaparkan pada laman tersebut selama 60 minitBukan aplikasi BizChannel @CIMB di peranti andaTatalkan untuk Mobile Token dan klik butang NextKlik butang Add Token AccountScan QR Code yang dipaparkan di portal menggunakan peranti andaMasukkan katkunci dan klik butang SubmitTandakan pada kotak \u201cAgree with Terms Conditions\u201dKlik butang Done\nCara login [email\u00a0protected] \nSetelah mengaktifkan pendaftaran, anda boleh log masuk ke akaun anda setiap kali mahu menggunakannya dengan mengikut langkah-langkah berrikut:\nLayari cimb.bizchannel.com.myMasukkan Company ID dan User IDKlik butang Next\nArtikel berkaitan: Hong Leong Bank Online: Login & Buka Akaun Tanpa Ke Kaunter\n"]} {"url": "https://ecentral.my/shopee-express-malaysia/", "title": "Shopee Express Malaysia: Check Tracking No & Harga Penghantaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai dah tahu bahawa mulai 17 Jun 2021, Shopee tidak lagi menawarkan pilihan kurier kepada pembeli di Malaysia, sebaliknya telah memperkenalkan pilihan Shopee Express dan Standard Delivery.\nJika anda baru pertama kali menggunakan Shopee Express dan ingin membuat semakan dan penghantaran, berikut dikongsikan antara kelebihan dan info mengenai syarikat kurier ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Shopee Express Malaysia?\n\n \nCara Semakan Nombor Tracking Shopee Express Malaysia\n\n \nKelebihan Kurier Shopee Express\n\n \nProses Penghantaran\n\n \nCara Mengaktifkan Pilihan Penghantaran Shopee Express\n\n \nTerma & Syarat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Shopee Express Malaysia?\nProgram Penghantaran Shopee Express adalah inisiatif oleh armada logistik Shopee untuk menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran yang paling dipercayai kepada anda. \nPembeli anda akan melihat Shopee Express sebagai pilihan penghantaran pilihan semasa pembayaran.\nPada masa ini, Program Penghantaran Shopee Express hanya untuk penghantaran berat sehingga 30kg (berat sebenar atau volumetrik, mana yang lebih tinggi) di Semenanjung Malaysia sahaja.\nCatatan\nPengiraan berat volumetrik (kg) = Tinggi (cm) x Lebar (cm) x Panjang (cm) / 5000\nPanjang ditakrifkan sebagai sisi bungkusan terpanjang. Ketinggian adalah bahagian bungkusan terpendek. (salah satu dimensi tidak boleh melebihi 100cm)\n\n\n\n\n\n\nCara Semakan Nombor Tracking Shopee Express Malaysia\nPastikan anda mendapat nombor tracking terlebih dahulu daripada seller selepas anda membuat pembelian di Shopee. Berikut adalah cara semak nombor tracking anda:\nLayari web rasmis Shopee Xpress:\u00a0https://shopeexpress.com.my/Masukkan\u00a0NOMBOR TRACKING\u00a0anda dalam ruangan yang disediakan.Kemudian klik pada\u00a0TRACK.Selesai, anda akan dapat tahu status penghantan barangan anda.\n\nBaca juga: Cara Tebus RM150 Kredit eBelia Melalui ShopeePay Mulai 1 Jun 2021\nKelebihan Kurier Shopee Express\nBerikut adalah kelebihan Shopee Express (untuk penjual) yang dinyatakan di laman web Shopee:\n1. Penghantaran Percuma Untuk Pembeli Anda\nAnda boleh menghantar secara percuma sehingga 3kg di Semenanjung Malaysia.\nNOTA: Pembeli dikehendaki memenuhi perbelanjaan minimum setiap kedai dan menggunakan Baucar Penghantaran Percuma semasa pembayaran untuk menikmati penghantaran percuma.\nSila rujuk jadual di bawah untuk perincian yuran penghantaran dan subsidi penghantaran:\n\n2. Hantarkan pesanan tanpa bayaran pendahuluan\nAnda boleh mengatur untuk mengambil bungkusan anda dengan Shopee Express di Seller Centre tanpa membayar wang pendahuluan.\n3. Label Penghantaran Automatik\nAnda boleh mencetak label penghantaran dari Shopee Seller Centre dan bukannya menggunakan label penghantaran tulisan tangan.\nNOTA:\nSemua pesanan yang telah dihantar menggunakan nota konsainan yang dicetak dari Shopee Seller Center akan dikemas kini secara automatik di App Shopee. Di samping itu, status penghantaran semua pesanan anda akan dapat dilihat secara langsung dari App Shopee.\n4. Pengiraan bayaran penghantaran secara automatik\nBayaran penghantaran akan dikira dan disesuaikan secara automatik berdasarkan jumlah berat produk apabila pembeli membeli beberapa produk dari kedai anda setiap pesanan.\nProses Penghantaran\nPenjual menerima pesanan untuk dihantar menggunakan Shopee Express.Penjual menyediakan bungkusan mengikut pesanan yang dilampirkan dengan label penghantaran (ukuran A6) yang dicetak dari Seller Centre Shopee. Pastikan balut produk anda untuk mengelakkannya dari sebarang kerosakan semasa penghantaran. Sila maklum bahawa barang cair dan mudah pecah dihantar dalam tanggungan dan risiko penjual.Penjual menghantar pesanan melalui pilihan pengambilan tanpa bayaran pendahuluan.Shopee Express meneruskan penghantaran.Shopee akan melepaskan baki pembayaran pesanan kepada penjual setelah bungkusan itu diterima oleh pembeli.Sekiranya bayaran penghantaran sebenar yang ditentukan oleh Shopee Express lebih daripada anggaran kos penghantaran yang dikira berdasarkan berat yang ditentukan oleh penjual dalam senarai produk, Shopee akan memotong lebihan bayaran penghantaran dari pembayaran penjual dan menyerahkan baki kepada penjual.\nCara Mengaktifkan Pilihan Penghantaran Shopee Express \nSetelah berjaya diaktifkan untuk Program Penghantaran Percuma Shopee Express, pilihan penghantaran diaktifkan secara automatik di kedua-dua peringkat kedai di bahagian Penghantaran Saya dan produk.\nLog masuk ke Seller Centre.Pergi ke Tetapan Penghantaran.Pilihan penghantaran Shopee Express diaktifkan secara automatik di bawah Logistik Sokongan Shopee.Anda juga boleh memastikan bahawa pilihan penghantaran Shopee Express diaktifkan untuk senarai produk masing-masing di peringkat produk.Pilihan penghantaran Shopee Express akan diaktifkan secara lalai untuk produk baru yang ditambahkan.\nLihat artikel How to enable the required shipping option(s) for your products on Seller Centre? untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara mengaktifkan pilihan penghantaran untuk beberapa senarai produk.\nBaca juga: Panduan Permohonan Rayuan BPR Online (Mulai 15 Jun 2021)\nTerma & Syarat\n1. Bayaran penghantaran yang disubsidi oleh Shopee adalah maksimum 3 kg untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia.\n2. Akan ada jumlah perbelanjaan minimum setiap kedai untuk pembayaran balik kos penghantaran. Rujuk pautan ini DI SINI untuk maklumat terkini mengenai perbelanjaan minimum untuk subsidi penghantaran percuma.\n3. Perbelanjaan minimum setiap kedai bagi pembeli yang layak untuk penghantaran percuma untuk setiap pesanan akan dikenakan dan boleh berubah.\n4. Semua pesanan disertakan dengan nombor penjejakan yang telah ditetapkan, penjual mesti menghantar pesanan dengan waybill yang dicetak dari Seller Centre Shopee dengan pencetak. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pembatalan pesanan.\n5. Pemenuhan untuk Shopee Express boleh dilakukan melalui pengambilan sahaja.\n6. Had pembayaran subsidi penghantaran mungkin dikenakan.\n7. Pilihan Program Penghantaran Percuma Shopee Express tidak boleh dipindah milik ke akaun Shopee lain.\n8. Shopee boleh, mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa pemberitahuan, membuang mana-mana pengguna yang melanggar terma dan syarat dari program penghantaran dengan serta-merta.\n9. Shopee boleh, mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa notis, mengubah terma dan syarat yang ditetapkan dengan serta-merta.\n10. Shopee berhak untuk menghentikan program pada waktu tertentu tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.\n11. Sekiranya anda ingin memilih keluar dari Shopee Express, sila isi borang DI SINI. Pemprosesan dianggarkan selesai dalam 5 hari bekerja.\nMaklumat Lanjut\nShopee Express Customer Service Phone:\u00a0+603-2777-9222\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-usahawan-bangsa-johor/", "title": "Geran Usahawan Bangsa Johor Untuk Usahawan Mikro", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd.\nUsahawan yang layak boleh kemukakan permohonan bermula 15 Januari sehingga 6 Februari 2023.\nBaca Juga : Belanjawan Johor 2023 : Intipati, Insentif & Bantuan Rakyat Johor\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nGeran Usahawan Bangsa Johor\n\n \nKluster Perniagaan Yang Layak Memohon\n\n \nKluster Yang Tidak Layak Memohon\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nSkop Bantuan\n\n \nProsedur Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nGeran Usahawan Bangsa Johor\nBantuan ini terbuka kepada :\n\nUsahawan bertaraf mikro sahaja\nMempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013).\n\n\nKluster Perniagaan Yang Layak Memohon\nPembuatan dan Pemprosesan Makanan dan Minuman\n\n\n\n\n\n\n\nMerangkumi pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman\nTermasuk perniagaan perkhidmatan catering.\nTermasuk penjaja / peniaga kecil\nPeniaga kopi jalanan (Barista)\n\nPendidikan\n\nMerangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan seperti pusat asuhan dan tadika.\n\nPercetakan\n\nMerangkumi bidang perkhidmatan percetakan\n\nAutomotif\n\nMerangkumi bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta.\n\nPerkhidmatan Pengurusan Acara\n\nMerangkumi bidang perkhidmatan pengurusan dan perancangan acara\nPerkhidmatan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar\n\nPerkhidmatan Guntingan Rambut\nMerangkumi bidang perkhidmatan dandanan rambut\nKluster Yang Tidak Layak Memohon\n\nElektrik / plumbing / kimpalan / kontraktor\nAgro / perikanan / penternakan\nJahitan\nPelancongan dan penginapan\nPerabot dan perkayuan dan pertukangan\nSukan / hobi / kraf\nTeknologi maklumat / komputer / gajet\nKewangan / insurans / konsultan\nPerkhidmatan perniagaan\nSpa dan kecantikan\nTermasuk perniagaan selain daripada yang disenaraikan atau yang tidak patuh syariah\n\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nPenduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.\nBerumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon\nMempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam negeri Johor.\nSyarikat yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.\nTelah menjalankan perniagaan selama 6 bulan da ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.\nMengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.\nMenyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.\nSatu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.\nPerniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam negeri Johor.\n\nSkop Bantuan\nMesin atau Peralatan (Sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal)\nProsedur Permohonan\n\nBorang boleh diisi secara atas talian di pautan https://www.pujb.my/gubj/\nBuka akaun padu dengan menekan butang SISTEM PADU yang berada di bahagian kanan atas.\nLog masuk Sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.\nLengkapkan borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus.\nCari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula memohon\nLengkapkan borang permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor\nSetelah selesai mengirisi borang, klik butang hantar dan permohonan anda telah direkodkan.\nPastikan dokumen sokongan dimuat naik semasa mengisi borang permohonan menerusi format pdf atau jpeg sahaja.\n\nDokumen Yang Diperlukan\n\n1 sebutharga mesin / peralatan yang berkenaan\nGambar premis\nSalinan kad pengenalan pemohon (depan dan hadapan dalam satu helaian)\nSalinan lengkap SSM (Borang D/E, maklumat perniagaan dan pemilik perniagaan)\n1 bulan penyata akaun syarikat atau akaun simpanan peribadi yang terkini dan aktif.\n\nNota Penting :\n\nSetiap mesin dan peralatan yang dimohon tidak boleh ditukar selepas membuat permohonan.\nHanya yang berjaya sahaja akan dihubungi semula melalui email.\nSekiranya tidak mendapat sebarang makluman daripada PUJB dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup, permohonan dianggan tidak berjaya.\nSekiranya terdapat sebarang pemalsuan maklumat atau dokumen sokongan tidak lengkap, permohonan serta merta terbatal.\nKeputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Geran Usahawan Bangsa Johor, sila hubungi talian berikut :\nNo. Telefon : 07- 510 2542 (Waktu pejabat sahaja)\nWhatsapp : +6011-20755135 (Waktu pejabat sahaja)\nE-mel : [email\u00a0protected]\nFacebook : Perbadanan Usahawan Johor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-saradiri-dan-kecemasan-mahasiswa-perak/", "title": "Permohonan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Sara Diri Dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak kini dibuka.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut untuk anda yang berminat untuk memohon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak?\n\n \nJenis-Jenis Bantuan\n\n \nTarikh Permohonan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak\n\n \nKadar Bantuan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak?\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan Sara Diri\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan Kecemasan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Permohonan\n\n\nApakah Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak?\nBantuan ini bagi membantu meringankan beban mahasiswa dari peringkat pengajian Diploma sehingga Ijazah Doktor Falsafah (PhD) sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas di IPT yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dari aspek sara diri dan kecemasan.\nBantuan ini bertujuan untuk:\nMeringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermaustatin di Negeri Perak lebih 10 tahun.\n\nJenis-Jenis Bantuan\nBantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada mahasiswa anak Perak:\nBantuan Sara Diri\na) Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.\nb) Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.\nBantuan Kecemasan\na) Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.\nb) Contoh-contoh bencana atau musibah:\ni. Kemalangan,ii. Kebakaran,iii. Kematian Ibu / Bapa / Penjaga,iv. Kecurian,v. Bencana alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh),vi. Penyakit kronik.\n\n\n\n\n\n\nTarikh Permohonan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak\nPermohonan dibuka\u00a01 Januari sehingga 31 Ogos Setiap Tahun bagi tahun semasa\u00a0(Hanya 1 permohonan sahaja bagi setiap tahun)\nKadar Bantuan Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak?\nBantuan Sara Diri \u2013 RM700 / setahunBantuan Kecemasan \u2013 RM300 \u2013 RM1,000 (Mengikut Bencana/Musibah)\nSyarat Kelayakan Bantuan Sara Diri\n1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-\na) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; ataub) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atauc) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.\n2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\n3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.\n4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.\n5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).\n6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.\n7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.\n8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).\n9. Bantuan Sara Diri (Permohonan dibuka 1 Januari Sehingga 31 Ogos Setiap Tahun Bagi Tahun Semasa)\nBaca juga: KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja RM600 Sebulan & Majikan RM200\nSyarat Kelayakan Bantuan Kecemasan\n1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-\na) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; ataub) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atauc) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.\n2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\n3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.\n4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.\n5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)\n6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)\nDokumen Yang Diperlukan\n1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.\n2. Salinan kad pelajar.\n3. Salinan penyata akaun bank pelajar.\n4. Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).\n5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).\n6. Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).\n7. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.\n8. Borang Permohonan:\na) Sokongan \u2013 Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.\nb) Perakuan \u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)\n9. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung\nBaca juga: Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP: Latihan Kemahiran Percuma & Elaun Untuk B40\nCara Permohonan\nBorang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Mini Yayasan Perak di UTC Ipoh atau dicetak di laman web Yayasan Perak di\u00a0www.yayasanperak.gov.my\n MOHON BANTUAN SARADIRI MAHASISWA SECARA ONLINE\n MOHON BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA SECARA ONLINE\nSebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929/253 7779.\nBorang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak\u00a0juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak,\u00a0 Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gaji-awal-penjawat-awam-november-2022-pru15/", "title": "Gaji Awal Sempena PRU15 Untuk Penjawat Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam dikhabarkan bakal diberikan cuti khas dan bayaran gaji awal sebagai inisiatif menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15 pada 19 November ini.\nMenerusi surat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.\n\nPenjawat awam dan pesara kerajaan bakal menerima bayaran gaji serta pencen lebih awal bagi November iaitu masing-masing pada 14 dan 17 November depan berbanding pada 25 hari bulan kebiasaannya.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan telah memikirkan pelbagai inisiatif bagi memberikan kemudahan kepada pengundi yang akan diumumkan dalam masa terdekat,\u201d kata Perdana Menteri, Ismail Sabri.\n\u201cPermohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.\n\u201cBayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),\u201d jelas surat tersebut.\nRata-rata, ramai pengguna media sosial dilihat menyambut baik keputusan tersebut.\n\nGaji penjawat awam awal sempena PRU-15 . Weeeee! pic.twitter.com/qs1Kh1O39B\u2014 Syazana Ali #beMINDful (@drsyazanaali) November 8, 2022\n\nTerdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\nSumber: Utusan Malaysia, Kosmo Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/urus-b50/", "title": "URUS B50: Permohonan Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.\nURUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.\nPara peminjam boleh memohon bantuan melalui Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dengan menghubungi bank masing-masing mulai 15 November 2021, menurut sebuah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS B50) untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS B50) ?\n\n \nBantuan Yang Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan URUS B50\n\n \nPenerangan Versi Bahasa Inggeris\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS B50) ?\nProgram ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).\n\nURUS adalah untuk peminjam dari kumpulan B50, iaitu mereka yang:\nSudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DANMengalami Kehilangan pekerjaan; ATAUPengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%\n\nBantuan Yang Ditawarkan\n\nDi bawah program URUS, berikut adalah bantuan yang ditawarkan:\nAnda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.PFP akan merangkumi:Pengecualian faedah selama 3 bulanPenangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; danSokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.\n\nBaca juga: iRAHMAN : Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (RMR Rahman)\nCara Permohonan URUS B50\nUntuk memohon URUS, anda boleh menghubungi pihak bank masing-masing mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.\nBerikut adalah senarai pautan rasmi bank di Malaysia yang boleh anda hubungi:\n\nAffin Bank BerhadAffin Islamic Bank BerhadAl Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) BerhadAlliance Bank Malaysia BerhadAlliance Islamic Bank BerhadAmBank (M) BerhadAmBank Islamic BerhadBNP Paribas Malaysia BerhadBank Islam Malaysia BerhadBank Muamalat Malaysia BerhadCIMB Bank BerhadCIMB Islamic Bank BerhadCitibank BerhadHSBC Bank Malaysia BerhadHSBC Amanah Malaysia BerhadHong Leong Bank BerhadHong Leong Islamic Bank BerhadKuwait Finance House (Malaysia) BerhadMUFG Bank (Malaysia) BerhadMalayan Banking BerhadMaybank Islamic BerhadMBSB Bank BerhadOCBC Bank (Malaysia) BerhadOCBC Al-Amin Bank BerhadPublic Bank BerhadPublic Islamic Bank BerhadRHB Bank BerhadRHB Islamic Bank BerhadStandard Chartered Bank Malaysia BerhadStandard Chartered Saadiq BerhadSumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia BerhadUnited Overseas Bank (Malaysia) Bhd.\nButiran permohonan boleh dirujuk di bank berkenaan.\nPenerangan Versi Bahasa Inggeris\n\n\n\n\nBaca juga: Login eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online\nMaklumat Lanjut\nLawati akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.\nUntuk mendapatkan nasihat dan bimbingan kewangan selanjutnya, sila hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/taska-pasti-online/", "title": "PASTI Online: Silibus, Syarat Kemasukan & Cara Daftar Taska", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPASTI Online: Silibus, Syarat Kemasukan & Cara Daftar Taska\nPASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan pusat Taska yang dimiliki oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).\n Menawarkan kurikulum yang selaras dengan matlamat Pendidikan Islam, setiap murid akan mendapat didikan daripada guru-guru yang terlatih. \nSehingga ke hari ini, PASTI komited sebagai pusat asuhan awal kanak-kanak prasekolah yang fokus pada pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.\n\n\n\n\n\n\nBagi ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak ke PASTI, ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut. \nBaca Juga : Pendaftaran Tadika Agama Johor (TAJ) & Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) 2023\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSilibus Taska PASTI\n\n \nCara Daftar Taska PASTI Online\n\n \nPanduan Untuk Tambah Daftar Anak Seterusnya\n\n \nCara Semak Status Permohonan\n\n\nSilibus Taska PASTI\nAntara silibus yang bakal diterapkan pada para murid PASTI adalah seperti berikut :\nSubjek Fardhu Ain teori dan amaliHafazan surah-surah pendek al QuranHafal doa-doa harian dan baca hadis-hadis yang mudahBelajar\u00a0 asas bahasa Arab, Inggeris, MelayuBelajar asas tulisan Jawi & MatematikPraktikal solat & wuduk setiap hariDidikan adab dan cara hidup Islam secara menyeluruh.\nCara Daftar Taska PASTI Online\nPergi ke pautan www.pastimalaysia.com\n\nKlik Pendaftaran Murid (untuk permohonan baharu sahaja).Masukkan KOD PASTI dan klik butang MASUK. (Untuk dapatkan KOD PASTI, ibu bapa boleh rujuk pada kertas info pendaftaran murid baharu. Ibu bapa juga boleh mohon KOD PASTI pada guru PASTI yang ingin didaftarkan anak.)Sebelum mula mengisi borang, pastikan maklumat PASTI yang ingin didaftarkan anak sebagai murid adalah tepat dan betul.Seterusnya, isikan maklumat ibu bapa / penjaga dengan lengkap dan betul.Kemudian, isikan semua Maklumat Pasangan yang dikehendaki.Sekiranya pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat di bahagian tertentu, sila taip \u2018TIADA MAKLUMAT\u2019.Klik butang Simpan berwarna hijau di bawah laman setelah semua maklumat diisi. \u00a0Kemudian, isikan semua Maklumat Murid dengan tepat dan lengkap. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat diisi.\nNota : Pemohon dikehendaki untuk taip semua maklumat dengan HURUF BESAR.\nSila klik butang CETAK untuk dapatkan Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu.\nContoh Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu\nSekiranya anda ingin menambah pendaftaran anak yang seterusnya, klik butang KEMBALI dan ikuti perkongsian selanjutnya.\nPanduan Untuk Tambah Daftar Anak Seterusnya\nNota : Panduan ini hanya terbuka kepada ibu bapa yang ingin tambah permohonan pendaftaran anak kedua dan seterusnya sebagai murid baharu di PASTI yang SAMA.\nSila klik butang Daftar Anak untuk mulakan pendaftaran anak yang seterusnya sebagai murid baharu PASTI.Kemudian, teruskan langkah yang sama.Setelah pendaftaran lengkap, cetak Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu dan hantarkan ke PASTI yang dipohon dengan kadar yang segera untuk tujuan pengesahan permohonan.Anda juga boleh hantarkan dalam bentuk gambar melalui aplikasi Whatsapp kepada Pengurus atau Guru Pasti.Setelah pengesahan permohonan diterima, ibu bapa / penjaga dikehendaki untuk merujuk kepada pihak PASTI berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan pembayaran.\nCara Semak Status Permohonan\nUntuk semak status permohonan dan kemaskini maklumat, sila pergi ke pautan www.pastimalaysia.com dan isikan nombor MyKid murid (anak yang dipohon).Kemudian, klik pada butang SEMAK STATUS PERMOHONAN berwarna merah.\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa serta penjaga untuk membuat persiapan bagi pendaftaran anak-anak ke taska PASTI. \nUntuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran PASTI, sila rujuk ke cawangan PASTI berdekatan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/sekolah-siraj-jawi/", "title": "SIRAJ: Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022 BAGI SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) \nPermohonan dibuka bermula 12 April \u2013 23 April 2021 secara atas talian (online).\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SIRAJ.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)?\n\n \nLokasi Sekolah SIRAJ\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)?\nSekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ adalah sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama.\n\n\n\n\n\n\nSIRAJ ditubuhkan dengan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. \nSesi pembelajaran murid bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang. \nMurid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang. \nIni memberi kemudahan kepada ibubapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.\nLokasi Sekolah SIRAJ\nSekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Bin Affan :https://sites.google.com/jawi.edu.my/sirajsuba/homeSekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al Alusi : https://sites.google.com/jawi.edu.my/sirajalalusi/homeSekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abu Dzar Al Ghifari :https://sites.google.com/jawi\u2026/sirajabudzaralghifari/homeSekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Abbas : https://sites.google.com/jawi\u2026/siraj-abdullah-ibnu-abbasSekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Mas\u2019ud (AIM) Presint 11, Putrajaya https://sites.google.com/jawi.edu.my/sirajaim/\n\nCara Permohonan\nBerikut adalah cara membuat permohonan online:\nIbu bapa/penjaga yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 boleh mendapatkan QR KOD melalui:i. Laman Web Jabatan JAWI (FB)ii. FB Sekolahiii. Sekolah Yang dipohon.iv. BannerIbubapa/Penjaga mengimbas QR KOD dan isikan data dengan lengkap dan klik hantar\n\nBaca juga: Musaadah Tijariyyah: Mohon Bantuan Modal Perniagaan MAIWP 2021\nKadar Yuran\nKadar yuran adalah berbeza setiap tahun, namun dianggarkan secara kasarnya adalah seperti di bawah ini (2017).\n\nTarikh Permohonan \nPermohonan / pendaftaran dibuka bermula 12 April.\nTarikh akhir pengisian sebelum atau pada 23 April 2021\n\nNota : \nSila baca dengan teliti setiap maklumat yang dipaparkan dalam website.Pastikan borang permohonan diisi dengan maklumat yang lengkap dan tepat.Calon perlu mendaftar terlebih dahulu di Sekolah Kebangsaan (SK) & Sekolah Rendah Agama (SRA)\nBaca juga: \u00a0Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022 SRA JAWI Bermula 9 Mac 2021\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke SIRAJ JAWI, sila rujuk Portal JAWI di sini : https://portalfm.jawi.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pemulih/", "title": "PEMULIH: Senarai Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSiang tadi telah berlangsungnya pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.\nPakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).\nNilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.\nPEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:\n\n\n\n\n\n\nMeneruskan Agenda Prihatin RakyatMenyokong PerniagaanMeningkatkan Vaksinasi\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Pakej PEMULIH\n\n \nBantuan Khas COVID-19 (BKC)\n\n \nDiskaun Bil Elektrik\n\n \n1GB Data Internet Percuma\n\n \nGeran Khas Prihatin GKP 4.0\n\n \nProgram i-Citra KWSP\n\n\nSenarai Pakej PEMULIH\nBerikut antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:\nBantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion termasuk tambahan BPR RM500 pada JulaiBPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 sehingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPRBKC (Bantuan Khas COVID-19) bakal menerima RM500 pada Ogos, November dan RM300 pada DisemberBantuan Kehilangan Pendapatan kepada individu terkesan berdasarkan data KWSP dan PERKESOElaun mencari pekerjaan RM300 yang boleh didaftar melalui MyFutureJobsTambahan RM300,000 untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada semua ahli parlimenPengekalan harga runcit RON95, diesel, LPGPengawalan harga minyak masak RM30/botolSubsidi pek polibeg 1kg dikekalkan pada RM2.50Diskaun bil elektrik antara 5-40% had maksimum 900KWJ sebulanPemberian 1GB data harian Internet secara percuma sehingga 31 DisemberBayaran tambahan GKP 4.0 berjumlah RM500 masing-masing pada September dan November 2021 (pendaftaran dibuka pertengah Julai nanti)PSU 4.0 untuk memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja (tiada syarat had gaji ditetapkan)i-Citra KWSP bagi pengeluaran maksimum RM5,000\nUntuk senarai penuh, anda boleh rujuk Teks Ucapan ini.\nBantuan Khas COVID-19 (BKC)\n\nBKC merupakan bantuan tunai terbaru yang diperkenalkan dalam pakej PEMULIH.\nJumlah bantuan mengikut kategori berikut:\nPertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November;Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; danKetiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.\nDiskaun Bil Elektrik\n\nKerajaan turut bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. \nAntaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan. \nSecara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.\n1GB Data Internet Percuma\nSyarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021. \nKemudahan ini yang dianggarkan bernilai 500 juta ringgit bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.\nGeran Khas Prihatin GKP 4.0\n\nBayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan September dan Rm500 lagi pada bulan November 2021.\nProgram i-Citra KWSP\n\nKWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. \nMenerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. \nPelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. \nAhli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-sbp-terbaik/", "title": "Ranking SBP Terbaik 2023 Berdasarkan Keputusan SPM 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI RANKING SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TERBAIK BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2022\nNak hantar anak ke SBP?\nPermohonan kemasukan SBP 2023 bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah dibuka bersekali dengan Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2022 pada 15 Mac 2022.\nTarikh permohonan rayuan secara dalam talian bermula 15 Mac hingga 29 Mac 2022. Semakan dan rayuan boleh dibuat\u00a0 melalui URL berikut:\n\nTingkatan 1 (SBP & SMKA) :\n\nhttps://spskt1.moe.gov.my/\n\n\nTingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM :\n\nhttps://spskt4.moe.gov.my/\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai SBP Mengikut Negeri Seluruh Malaysia\n\n \nRanking Sekolah Berasrama Penuh SBP Terbaik 2023 Berdasarkan Keputusan SPM 2022\n\n\nSenarai\u00a0SBP Mengikut Negeri Seluruh Malaysia\nDi bawah merupakan senarai\u00a0kesemua 68 buah SBP seluruh Malaysia beserta aliran yang ditawarkan di setiap SBP.\nSekiranya anda berminat untuk menghantar anak ke SBP, permohonan boleh dibuat secara online di portal Kementerian Pendidikan Malaysia.\nSemoga senarai Sekolah Berasrama Penuh ini membantu anda untuk memilih lokasi yang terbaik bagi memudahkan pengajian anak anda.\n\nPerlis \u2013 SM Sains Tuanku Syed Putra\nKedah \u2013 SM Sultan Abdul Halim\nKedah \u2013 SM Sains Pokok Sena\nKedah \u2013 SM Sains Sultan Mohamad Jiwa\nKedah \u2013 SM Sains Kubang Pasu\nKedah \u2013 SBP Integrasi Kubang Pasu\nPulau Pinang \u2013 SMS Tun Syed Sheh Shahabudin\nPulau Pinang \u2013 SM Sains Kepala Batas\nPerak \u2013 The Malay College Kuala Kangsar\nPerak \u2013 SM Sains Raja Tun Azlan Shah\nPerak \u2013 Sekolah Tuanku Abdul Rahman\nPerak \u2013 SM Sains Teluk Intan\nPerak \u2013 SBP Integrasi Gopeng\nPerak \u2013 SM Sains Tapah\nPerak \u2013 SM Sains Bagan Datoh\nPutrajaya \u2013 Sekolah Sultan Alam Shah\nKuala Lumpur \u2013 SM Sains Alam Shah\nKuala Lumpur \u2013 SM Sains Seri Puteri\nKuala Lumpur \u2013 SM Sains Selangor\nSelangor \u2013 SM Sains Kuala Selangor\nSelangor \u2013 Sekolah Seri Puteri\nSelangor \u2013 Kolej Islam Sultan Alam Shah\nSelangor \u2013 SM Sains Hulu Selangor\nSelangor \u2013 SM Agama Persekutuan Kajang\nSelangor \u2013 SBP Integrasi Gombak\nSelangor \u2013 SBP Integrasi Sabak Bernam\nSelangor \u2013 SBP Integrasi Rawang\nSelangor \u2013 SM Sains Banting\nNegeri Sembilan \u2013 SM Agama Persekutuan Labu\nNegeri Sembilan \u2013 Kolej Tunku Kurshiah\nNegeri Sembilan \u2013 Sekolah Dato\u2019 Abdul Razak\nNegeri Sembilan \u2013 SM Sains Tuanku Jaafar\nNegeri Sembilan \u2013 SM Sains Tuanku Munawir\nNegeri Sembilan \u2013 SBP Integrasi Jempol\nNegeri Sembilan \u2013 SM Sains Rembau\nNegeri Sembilan \u2013 SMS Perempuan Seremban\nMelaka \u2013 SBP Integrasi Selandar\nMelaka \u2013 SM Sains Muzaffar Shah\nJohor \u2013 Sekolah Tun Fatimah\nJohor \u2013 SM Sains Muar\nJohor \u2013 SM Sains Johor\nJohor \u2013 SM Sains Kota Tinggi\nJohor \u2013 SM Sains Sultan Iskandar\nJohor \u2013 SM Sains Sembrong\nJohor \u2013 SM Sains Batu Pahat\nPahang \u2013 SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah\nPahang \u2013 SM Sains Tengku Abdullah\nPahang \u2013 Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan\nPahang \u2013 SBP Integrasi Kuantan\nPahang \u2013 SBP Integrasi Tun Abdul Razak\nPahang \u2013 SBP Integrasi Temerloh\nPahang \u2013 SM Agama Persekutuan Bentong\nTerengganu \u2013 SM Sains Sultan Mahmud\nTerengganu \u2013 SM Sains Kuala Terengganu\nTerengganu \u2013 SM Sains Dungun\nTerengganu \u2013 SBP Integrasi Batu Rakit\nTerengganu \u2013 SM Sains Hulu Terengganu\nTerengganu \u2013 SM Sains Setiu\nKelantan \u2013 SM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra\nKelantan \u2013 SM Sains Machang, Kelantan\nKelantan \u2013 SM Sains Pasir Puteh\nKelantan \u2013 SM Sains Jeli\nKelantan \u2013 SM Sains Gua Musang\nSabah \u2013 SM Sains Sabah\nSabah \u2013 SM Sains Lahad Datu\nWP Labuan \u2013 SM Sains Labuan\nSarawak \u2013 SM Sains Kuching\nSarawak \u2013 SM Sains Miri\nSarawak \u2013 SM Sains Kuching Utara\n\nRanking Sekolah Berasrama Penuh SBP Terbaik 2023 Berdasarkan Keputusan SPM 2022\nBerikut adalah senarai ranking SBP terbaik berdasarkan keputusan SPM 2022 ( Senarai Tidak Rasmi) :\n\n\n\n\n\n\nTurutan Gred Purata Sekolah\n1. SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB)-1.05\n2. Sekolah Sultan Alam Shah(SAS)-1.07\n3. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)-1.12\n4. Sekolah Seri Puteri(SSP)-1.20\n5. Sekolah Menengah Agama Bestari Subang Jaya(SAMBEST)-1.22\n6. Sekolah Menengah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAMAIWP)-1.33\n7. Kolej Yayasan Saad(KYS)-1.34\n8. Sekolah Tun Fatimah (STF)-1.36\n9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS)-1.38\n10. Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK)-1.40\n11. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)-1.42\n12. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra-1.46\n13. SMKA Dato\u2019 Haji Abu Hassan Haji Sail Tahfiz Model Ulul Albab(SEMADAH)-1.56\n14. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah(SEMSAS)-1.58\n15. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)-1.62\n16. Sekolah Menengah Sains Alam Shah(ASIS)-1.63\n17. Kolej Islam Sultan Ahmad Shah(KISAS)-1.66\n18. SBP Integrasi Kuantan(INTEK)-1.67\n19. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang(SMAPK)-1.70\n20. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir(SASER)-1.74\nRANKING SBP TERBAIK 2021\nBerikut pula dikongsikan ranking SBP terbaik 2022 berdasarkan keputusan SPM 2021.\nSenarai Ranking SBP Sekolah Berasrama Penuh Terbaik SPM 2021 ini dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh melalui Analisis Gred Purata Sekolah (GPS):\n\nSekolah Tun Fatimah\nSekolah Seri Puteri\nSBP Integrasi Gombak\nKolej Tunku Kurshiah\nSekolah Sultan Alam Shah\nThe Malays College Kuala Kangsar\nSekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS)\nSM Sains Kuala Terengganu\nSM Sains Johor\nSM Sains Seri Puteri\nKolej Islam Sultan Alam Shah\nSM Sains Muar\nSM Sains Hulus Selangor\nSM Sains Muzaffar Syah\nSM Sains Kota Tinggi\nSM Sains Tunaku Munawir\nSM Sains Kuching Utara\nSM Sains Sultan Mahmud\nSM Agama Persekutuan Labu\nSBP Integrasi Sabak Bernam\n\n\nRanking SBP ini sekadar penanda aras kedudukan terkini SBP seluruh Malaysia. \nSelain SBP, anda juga boleh pertimbangkan kemasukan anak-anak ke sekolah kluster / MRSM.\nSelepas SPM pastikan anak anda mengisi borang UPU bagi kemasukan ke universiti awam. \nSekiranya keputusan SPM anda baik, maka bolehlah memohon biasiswa. Sekiranya \u201ccukup makan\u201d anda boleh memohon PTPTN bagi melanjutkan pengajian di IPTA / IPTS.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bank-muamalat-online/", "title": "i-Muamalat: Login Bank Muamalat Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBank Muamalat online adalah satu kemudahan oleh Bank Mumalat untuk para pelanggan mereka menguruskan akaun dan kewangan mereka secara dalam talian sahaja.\nBank Muamalat merupakan bank kedua selepas Bank Islam yang memperkenalkan konsep perbankan Islam Malaysia untuk semua pelanggan mereka tidak kira agama dan bangsa. \nBank Muamalat Malaysia Berhad memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dengan gabungan aset dan liabiliti yang dibawa daripada perbankan Islam Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan ketika itu.\n\n\n\n\n\n\nKetika artikel ini ditulis, DRB-HICOM memegang 70% saham dalam Bank manakala Khazanah Nasional Berhad memegang baki saham.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \ni-Muamalat: Kemudahan perbankan dalam talian\n\n \nAplikasi i-Muamalat\n\n \nCara daftar akaun Bank Mualamalat online\n\n \nCara login akaun i-Muamalat\n\n\ni-Muamalat: Kemudahan perbankan dalam talian \n\nBagi pelanggan Bank Muamalat, mereka boleh menguruskan akaun mereka dan melakukan pelbagai trannsaksi kewangan melalui portal atau aplikasi i-Muamalat.\nAntara kemudahan perbankan yang disediakan melalui i-Muamalat adalah:\nPemindahan wangPembayaran bilSemakan baki akaunSemakan transaksi kewangan\u2026 dan banyak lagi\nAplikasi i-Muamalat \nBagi kemudahan pengguna i-Muamalat juga, anda boleh memuat turun aplikasi i-Muamalat bagi membolehkan anda menggunakan segala kemudahan i-Muamalat terus dari telefon pintar atau gajet anda.\nAplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui salah satu pautan berikut:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nDengan mengguna aplikasi ini anda boleh melakukan pelbagai perkara antaranya:\nLog Masuk & Pengesahan Keselamatan dengan Cap Jari (pilihan)Pengurusan Akaun \u2013 CASA, FCA, Pembiayaan dan FTA-iSejarah Transaksi \u2013 CASA, FCAPindahan Dana (Intrabank)Pindahan Dana (Antara Bank)Bayaran Bil & Lain-lainBayaran PembiayaanJomPAYTambah Nilai PrabayarPengurusan Semakan \u2013 SiasatanPemberitahuan SMS TACTransaksi Berjaya \u2013 SiasatanBank Muamalat Malaysia Berhad Branch LocatorWaktu Solat dan Arah KiblatDuitNowQR DuitNowPajak Gadai Flexi\nCara daftar akaun Bank Mualamalat online\nSekiranya anda sudah mempunyai akaun di Bank Muamalat, anda boleh terus mendaftar akaun di i-Muamalat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.doKlik pada butang \u201cFirst Time Registration\u201dTandakan pada kotak Accept pada Terms and ConditionsKlik NextMasukkan nombor kad debit/ATM anda \u2013 16 digitMasukkan Pin ATMPilih identiti MyKADMasukkan nombor MyKADMasukkan nombor telefon untuk TACKlik NextMasukkan Usernama dan PasswordPilih Security ImageKlik butang Submit\nCara login akaun i-Muamalat \nSetelah selesai mendaftarkan akaun i-Muamalat, anda boleh terus log masuk untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Bank Mualamalat online melalui portal atau aplikasi i-Muamalat.\nLayari portal i-Muamalat di pautan https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.doMasukkan UsernameTekan butang NextSahkan Security Image andaTick pada kotak pengesahanaMasukkan Password atau kata Kata KunciKlik butang Login\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-wanita-berdaya-selangor-wbs/", "title": "Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022 (WBS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BIASISWA WANITA BERDAYA SELANGOR 2022 KINI DIBUKA!\nKaum wanita warga Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana dijemput menghantar permohonan secara atas talian di laman web Wanita Berdaya Selangor (WBS) untuk ambilan Mei 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini bagi calon yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Wanita Berdaya Selangor?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nSenarai Kursus Yang Ditawarkan\n\n \nTarikh Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Wanita Berdaya Selangor?\nBiasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha melaksanakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).\n\n\n\n\n\n\nPPSH telah dilancarkan pada tahun 2021 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebagai agensi pelaksana.\nPPSH bermatlamat untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3- Kepimpinan & Perwakilan.\n\nSyarat Permohonan\nKategori Orang Awam\nWarganegara Malaysia.Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.Memenuhi syarat kelayakan\u00a0kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*\nKategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)\nMengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.Memenuhi syarat kelayakan\u00a0kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*\n*Pengkhususan kepada kursus-kursus Sains Sosial, Gender, Sumber Manusia, Perniagaan, dan Sains Politik.\u00a0\nBaca juga:\nMyCRS : Permohonan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022BINGKAS Selangor 2022: Bantuan RM300 Bulan / 12 Bulan\nSenarai Kursus Yang Ditawarkan\nDiploma\u2013 Diploma in Management\u2013 Diploma in Human Resources ManagementDegree\u2013 Bachelor of Marketing with Honours\u2013 Bachelor of Business Administration with Honours\u2013 Bachelor of Management with Honours\u2013 Bachelor of Human Resource Management with Honours\u2013 Bachelor Of Political Science With Honours\u2013 Bachelor Of Liberal Studies With HonoursMaster\u2013 Master of Project Management\u2013 Master of Management\u2013 Master of Business Administration\u2013 Master of Human Resource Management\nTarikh Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022\nTarikh Tutup: 15 Mac 2022Ambilan Kemasukan Mei 2022\nCara Permohonan\nPermohonan Biasiswa WBS 2022 boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut: wbselangor.com.my\n\nhttps://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=5zN8UZ-mt06ZkpPRuVH_N8HQj2YDanNEt03fJTehJKZUMk5TNE1CQTJYN0dINFI2QU44WjRETTJHNC4u\n\nMaklumat Lanjut\nBiasiswa WBS merupakan satu lagi usaha pendayaupayaan wanita anjuran bersama:Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor dan Wanita Berdaya Selangor\nWanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd. Lot G30, Tingkat Bawah, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, , Shah Alam, Malaysia\n[email\u00a0protected]\nwbselangor.com.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/polisi-syarat-pelawat-penjaga-hospital-kkm/", "title": "Syarat Penjaga & Pelawat Hospital KKM (Berkuatkuasa 23 April 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKRITERIA UMUM PELAWAT ATAU PENJAGA DI HOSPITAL KKM SEMASA FASA PERALIHAN KE ENDEMIK COVID-19\nBerkuatkuasa 23 April 2022 (Sabtu) KKM membenarkan pesakit-pesakit di wad untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. \nTatacara perlaksanaan arahan ini adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.\nWalau bagaimanapun, KKM ingin menekankan dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan kriteria untuk melawat atau menjadi penjaga bagi pesakit di hospital KKM mulai 23 April 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKRITERIA UMUM PELAWAT ATAU PENJAGA DI HOSPITAL KKM SEMASA FASA PERALIHAN KE ENDEMIK COVID-19\n\n \nKriteria Khusus Penjaga & Pelawat KKM\n\n \nTarikh Berkuatkuasa\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKRITERIA UMUM PELAWAT ATAU PENJAGA DI HOSPITAL KKM SEMASA FASA PERALIHAN KE ENDEMIK COVID-19\nKriteria umum bagi pelawat dan penjaga di Hospital KKM berkuatkuasa 23 April 2022 adalah:\nBerumur 12 tahun dan ke atas.Telah lengkap vaksinasi COVID-19.Tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 (contoh : mempunyai pelbagai komorboditi atau sistem imuniti yang lemah)Bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital. Tarikh dan masa ujian dijalankan perlu dinyatakan berserta gambar sebagai bukti.Tidak disyaki menghidapi COVID-19 atau individu dalam pemantauan (PUS).Tidak mempunyai gejala COVID-19.Mengisi borang deklarasi COVID-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.\n\nKriteria Khusus Penjaga & Pelawat KKM\nBagi kriteria khusus untuk lawatan dan jagaan pesakit bukan COVID-19 termasuk menemani ibu bersalin, individu itu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 iaitu RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif.\nLawatan daripada kalangan ahli keluarga kepada pesakit bukan COVID-19 yang berada sama ada di wad, Unit Rawatan Rapi (ICU) atau sedang tenat (end of life) adalah dibenarkan namun adalah terhad kepada dua orang pelawat pada satu-satu masa. \nPelawat juga digalakkan untuk menjalani ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag kendiri sebelum melawat;\nHanya seorang penjaga sahaja dibenarkan bagi pesakit bukan COVID-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan.\nBagi lawatan dan jagaan bagi pesakit COVID-19 kehadiran penjaga hanya dibenarkan bagi pesakit yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja.\nBagi tujuan tersebut, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif dan ujian perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.\nTiada pelawat dibenarkan bagi pesakit COVID-19, kecuali bagi pesakit yang sedang tenat sama ada di wad atau di ICU. Hanya dua pelawat dibenarkan pada satu-satu masa dan ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag kendiri adalah digalakkan sebelum lawatan,\u201d menurut kenyataan itu.\nKKM turut memaklumkan dalam keadaan tertentu apabila risiko penularan COVID-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak COVID-19 di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.\nBaca juga: Pekeliling Sijil Cuti Sakit Swasta Bagi Penjawat Awam 2022\nTarikh Berkuatkuasa\n23 April 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi hospital di daerah anda dan rujuk pada kenyataan media rasmi di bawah:\n\n\n\n\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-ipt-negeri-sembilan/", "title": "Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022 (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN IPT ONE-OFF BAGI PELAJAR SIJIL, MATRIKULASI , DIPLOMA , IJAZAH , SARJANA & PHD NEGERI SEMBILAN 2022\nKerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan dana bagi membantu pelajar IPT mendaftar ke tahun pertama di peringkat pengajian tinggi.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk memohon atas talian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022?\n\n \nKadar Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022?\nBantuan ini merupakan sumbangan One-Off kepada pelajar atau keluarga pelajar yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.00.\n\nKadar Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022\nPermohonan yang lulus akan mendapat bantuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\ni. Peringkat Sijil/Matrikulasi: RM 500.00ii. Peringkat Diploma: RM 750.00ii. Peringkat Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000.00\nSyarat Kelayakan\n1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.\n2. Pemohon hendaklah memohon dalam\u00a0tempoh tahun pertama pengajian.\n3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.\n4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon\u00a0WAJIB\u00a0mengisi semua maklumat yang diperlukan.\n5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.\n6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:\nYB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atauPenghulu;atauPengerusi MPKK / KRT / Taman.\nBaca juga: \nSIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 BulanTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 & Cuti Akhir Penggal 3Permohonan Kemasukan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) 2022/2023\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar N9.Digital digital atau laman web https//www.n9.digital\nPermohonan haruslah diisi oleh pelajar sendiri.\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.\nBorang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:Pejabat Menteri Besar Negeri SembilanTingkat 5B, Wisma Negeri70503 SerembanSebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85\nBerikut adalah capaian terus kepada borang-borang berkaitan:\nBorang Permohonan Bantuan IPT PK-PSUKNS-31Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDABorang Pengesahan Pendapatan\nNOTA: Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Sembilan di pautan https://www.ns.gov.my/19-maklumat-laman/304-syarat-syarat-permohonan-bantuan-kewangan-ke-ipt\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-behn-meyer-agricare-education-fund-2021/", "title": "Permohonan Biasiswa Behn Meyer AgriCare Education Fund 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBehn Meyer AgriCare (\u201cBMA\u201d) mempunyai sejarah yang sangat panjang dalam menyokong industri pertanian Malaysia dan berada di barisan hadapan dalam memberikan penyelesaian yang terbaik dan terkini untuk spektrum penuh bantuan pertanian termasuk ladang besar kepada pekebun kecil / petani.\nBMA mempunyai komitmen kuat untuk menyokong industri pertanian tempatan dalam setiap aspek dan percaya bahawa pendidikan dan kemajuan komuniti pertanian tempatan adalah salah satu tonggak utama kepada pertumbuhan dan pemodenan industri yang berterusan.\nUntuk tujuan ini, Biasiswa Tabung Pendidikan BMA ditawarkan oleh BMA untuk memberi peluang pendidikan tinggi kepada anak muda Malaysia yang layak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiasiswa Tabung Pendidikan Behn Meyer AgriCare\n\n \nSyarat permohonan\n\n \nCara memohon\n\n \nTemuduga calon yang disenarai pendek\n\n \nTarikh tutup permohonan\n\n\nBiasiswa Tabung Pendidikan Behn Meyer AgriCare \n\nBiasiswa Tabung Pendidikan BMA ini menawarkan yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup serta bantuan pendidikan yang diperlukan kepada para penerima.\n\n\n\n\n\n\nSelain daripada yuran pengajian, penginapan dan kos sara hidup, calon juga akan ditawarkan peluang pengembangan seperti kemasukan ke program internship dan bimbingan dan mungkin ditawarkan pekerjaan dengan Kumpulan Syarikat Behn Meyer setelah menamatkan pengajian.\nSyarat permohonan\nIndividu yang berminat untuk memohon biasiswa ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut yang telah ditetapkan:\nBerumur 25 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti awam.Tidak boleh mempunyai ikatan atau menjadi penerima biasiswa atau penghargaan kewangan lain dari institusi, organisasi atau yayasan pendidikan lain.Mempunyai keputusan yang baik dalam SPM / STPM atau peperiksaan standard yang setaraf dengan tahap yang sama.Pemohon mesti sudah mendapat tawaran atau telah diterima untuk belajar untuk peringkat sarjana / pascasiswazah dalam pengajian pertanian di universiti awam Malaysia.\nWalau bagaimanapun, ia tidak layak bagi individu yang mana ibu bapa atau penjaga sahnya adalah bekas pekerja atau masih bekerja di Behn Meyer Group of Companies.\nCara memohon \nBagi individu yang memenuhi kriteria-kriteria di atas, anda boleh menghantar permohonan dengan mengikut langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan dari BEHN MEYER AGRICARE EDUCATION FUND SCHOLARSHIP AWARDS 2021Isikan maklumat-maklumat yang diperlukanHantar borang permohonan bersama dokumen sokongan yang diperlukan \nSila gabungkan semua dokumen ke dalam SATU (1) fail PDF. Harap maklum bahawa anda hanya boleh memuat naik SATU (1) fail PDF sebagai dokumen sokongan anda. \nPastikan semua dokumen yang berkaitan dilampirkan sebelum diserahkan kerana pemohon hanya boleh mengirimkan SATU (1) permohonan.\nTemuduga calon yang disenarai pendek \nTemuduga untuk calon yang disenarai pendek akan diadakan di Behn Meyer AgriCare HQ, Subang Jaya dan sesi temu ramah itu sendiri akan berlangsung antara 20 hingga 30 minit. \nDi samping itu, calon yang disenarai pendek dijangka akan diminta untuk menyelesaikan sebuah penulisan atau karangan semasa berada di lokasi temuduga. \nCalon yang disenarai pendek disarankan untuk datang lebih awal untuk sesi temu duga dan calon yang datang dari luar kawasan akan dibayar semula dengan sewajarnya dengan jumlah perbelanjaan yang berkaitan untuk menghadiri temuduga ini. \nTarikh tutup permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah 15 November 2021.\nHanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. Calon yang disenarai pendek dijangka akan dihubungi dalam 1-2 bulan selepas tarikh tutup.\nSila kemukakan sebarang pertanyaan dan kemusykilan kepada Cik Julie Leong melalui e-mel ([email\u00a0protected]) atau telefon (03-8026 3463).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-pemandu-ezcab/", "title": "Cara Daftar Sebagai Pemandu EzCab", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerminat untuk menjadi pemandu EzCab?\nEzCab merupakan perkhidmatan pandu seru atau e-hailing yang memberi saingan kepada perkhidmatan seumpanya di Malaysia seperti Grab, Maxim, AirAsia Ride dan banyak lagi.\nMenariknya, EzCab bukan hanya menyediakan perkhidmatan pandu seru kereta, tetapi juga motorsikal seumpama perkhidmatan Gojek di Indonesia.\nE-hailing motorsikal mungkin pilihan lebih baik untuk ke sesuatu destinasi terutama sekali sekiranya anda berada di kawasan bandar yang sesuai mengalami kesesakan lalu lintas.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenali EzCab\n\n \nAplikasi EzCab\n\n \nDokumen untuk pendaftaran\n\n \nCara daftar sebagai pemandu\n\n\nKenali EzCab\nEzCab Sdn Bhd ialah sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia yang menyediakan pelanggan dengan platform tempahan perjalanan yang mesra pengguna melalui aplikasi telefon pintar percuma yang dipanggil EzCab.\nEzCab ialah platform panggilan telefon Full Fledge Malaysia dengan sokongan pusat panggilan 24/7 yang menawarkan perkhidmatan tempahan pantas untuk teksi, kereta dan kenderaan Mewah, menghubungkan penunggang kepada pemandu dalam satu aplikasi.\nEzCab percaya perkhidmatan mereka boleh menyediakan pengguna cara untuk menempah perjalanan dengan mudah untuk ke sesuatu destinasi sama ada penggun ingin menghadiri acara sosial atau membawa pelanggan penting ke mesyuarat, perkhidmatan EzCab akan menyediakan cara yang bebas kerumitan, boleh dipercayai dan profesional untuk berbuat demikian.\nPerkhidmatan EzCab kini boleh didapati di Kuala Lumpur, kawasan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Seremban, Johor Bahru, Melaka dan Sabah.\nBagaimanapun, EzCab giat mengembangkan perkhidmatan mereka secara berterusan ke pasaran baharu dalam masa terdekat.\nAplikasi EzCab\nPengguna atau pemandu EzCab boleh memuat turun aplikasi EzCab untuk pelbagai platform dengan mengklik salah satu pautan di bawah ini:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOSApp Gallery \u2013 Untuk pengguna Huawei\nPastikan anda hanya memuat turun dan memasang aplikasi EzCab daripada sumber yang sah sahaja untuk mengelakkan peranti mudah alih anda digodam oleh individu yang tidak berrtanggungjawab. \nDokumen untuk pendaftaran\nBagi individu yang ingin mendaftar sebagai pemandu EzCab, pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen di bawah bagi membolehkan permohona anda diproses:\nGambar kepala anda (sebaik-baiknya gambar pasport)NRIC Malaysia (Biru sahaja) \u2013 Depan & BelakangLesen Memandu Malaysia (Penuh) \u2013 Depan & BelakangKenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) \u2013 Depan & BelakangGambar Pandangan Depan KenderaanNota Muka Depan Insurans Kad Pendaftaran / Sijil pemilikan kenderaan (VOC) (Pilihan)Kad OKU Depan dan Belakang (Pilihan)Borang perubatan (Pilihan \u2013 diperlukan untuk pemandu berumur 50 tahun ke atas)\nCara daftar sebagai pemandu\n\nSecara umumnya, terdapat 2 cara untuk daftar sebagai pemandu EzCab:\nSecara walk-in : Untuk pemandu yang berada di Lembah Klang, Seremban dan JohorSecara online : Untuk lokasi lain \u2013 Permohonan anda akan diletakkan dalam senarai menunggu dan akan dimaklumkan diluluskan\nUntuk pendaftaran secara walk-in, anda boleh hadir ke pejabat EzCab di alamat berikut:\nKuala Lumpur \u2013 No.19-1, Jalan 1/46A, Off Jalan Selingsing 7, Taman Niaga Waris, 51200 Kuala LumpurNegeri Sembilan \u2013 No.116, Lorong Baiduri 2/2, Taman Baiduri Lobak, 70200 Seremban, Negeri SembilanJohor \u2013 No.6-01, Jalan Sri Perkasa 2/18, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru\nBagi permohonan secara dalam talian, sila lengkapkan segala maklumat anda melalui borang dalam talian yang boleh didaapti di halaman rasmi EzCab di alamat https://ezcab.com.my/driver-application-form-welcome/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-pemandu-kumpool/", "title": "Cara Daftar Sebagai Pemandu Kumpool", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIngin menjadi pemandu Kumpool?\nKumpool merupakan satu lagi perkhidmatan pandu seru atau e-hailing yang mempunyai konsep menarik dan boleh anda cuba sebagai alternatif kepada Grab, Maxim, AirAsia Ride dan bagi lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pandu seru seumpamanya di Malaysia. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenali Kumpool\n\n \nSebab perlu menjadi driver Kumpool\n\n \nSyarat mendaftar sebagai pemandu\n\n \nCara daftar sebagai pemandu\n\n\nKenali Kumpool\nKumpool bermula daripada visi berkhidmat kepada masyarakat dan mengembalikan \u201csemangat balik kampung\u201d di bandar kita. \n\n\n\n\n\n\nKumpool berasal daripada perkataan Melayu \u201ckumpul\u201d, yang bermaksud \u201cberkumpul\u201d. \nKumpool dimulakan dengan visi agar sebuah komuniti akan mengagregatkan usaha dan mengekalkan kos yang rendah, khususnya untuk perkhidmatan pengumpulan dan penghantaran bas atas permintaan.\u200b\nKumpool Ride ialah perkhidmatan tempahan bas e-hailing untuk masyarakat. \nIa berfungsi dengan mengumpulkan tempahan penumpang dalam masa nyata dan kemudian menempuh laluan berdasarkan perhentian mengambil dan menghantar semua orang. \nPenumpang boleh menikmati tempat duduk yang terjamin dan perjalanan yang selesa dengan tambang yang berpatutan.\nKumpool ialah sebahagian daripada syarikat Causeway Link, salah satu pembekal syarikat bas awam terbesar di Johor Bahru..\nSebab perlu menjadi driver Kumpool\nMengapakah anda perlu mendaftar untuk menjadi pemandndu Kumpool?\nStruktur bayaran tertinggi \u2013 Dengan skim komisen tertinggi dalam pasaran memastikan semua kerja keras anda berbaloi.Kebebasan mutlak \u2013 Mempunyai kebebasan mutlak untuk memutuskan bila, di mana dan apa yang perlu diterima.Beg percuma \u2013 Dapatkan beg Penghantaran Kumpool eksklusif apabila menyertainya.Sokongan 24/ \u2013 Pasukan sokongan kami sentiasa tersedia untuk anda.Latihan \u2013 Latihan penuh disediakan untuk memastikan anda bersedia untuk pergi.\nSyarat mendaftar sebagai pemandu\n\nBagi individu yang berminat, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut sebelum menghantar permohonan untuk daftar sebagai pemandu Kumpool:\nBerusia antara 21 \u2013 60 tahunWarganegera MalaysiaMempunyai peranti Android dengan akses internet yang baikJenis kenderaan yang dibenarkan adalah motorsikal dan keretaLesen kompetan memandu (berdasarkan jenis kenderaan yang ingin didaftarkan).\nCara daftar sebagai pemandu\nSekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai peemandu Kumpool, anda boleh melakukan pendaftaran dengan melengkapkan segala butiran di halaman pendaftaran di laman web rasmi Kmpool di alamat https://kumpool.com.my/driver.php\n"]} {"url": "https://ecentral.my/suka-sukarelawan-kesihatan-komuniti-selangor/", "title": "SUKA: Pendaftaran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) bagi menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutama berkaitan pandemik Covid-19.\nEXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata penyertaan terbuka kepada warganegara yang menetap di Selangor, berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.\nSukarelawan terpilih akan dilatih modul-modul bertemakan Covid-19 sebelum digerakkan ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.\n\u201cSukarelawan dilatih secara berkala antaranya pengurusan pesakit, ujian Covid-19 di rumah, tatacara pemeriksaan pesakit di rumah, penggunaan kit penilaian di rumah dalam aplikasi SELangkah dan pelbagai lagi.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi memberi nilai tambah kepada program ini, sukarelawan akan menerima manfaat Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan kit sukarelawan selain menjalani siri latihan percuma dikendalikan agensi atau pertubuhan berdaftar yang berkelayakan,\u201d katanya menerusi kenyataan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sukarelawan Komuniti Selangor (SUKA) dan cara menyertainya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sukarelawan Komuniti Selangor (SUKA)?\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nManfaat Menyertai SUKA\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sukarelawan Komuniti Selangor (SUKA)?\nKerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) yang akan digerakkan di semua 56 DUN di Negeri Selangor.\nSUKA berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti.\nBaca juga: MyVac: Pendaftaran Sukarelawan Bukan Kesihatan (Elaun RM50/Sehari)\n\nSyarat-syarat\nSyarat-syarat untuk menyertai sebagai sukarelawan adalah :\nWarganegara dan menetap di SelangorBerumur 18 tahun ke atasSihat tubuh badan\nManfaat Menyertai SUKA\nManfaat yang menanti anda!\nSkim Insurans Peduli Sihat (SIPS)Kit Sukarelawan \u2013 Vest, Fabric Mask, Medical glove, PPELatihan percuma secara berkala\nCara Pendaftaran\nBagi yang berminat untuk menyertai sebagai ahli sukarelawan SUKA, pendaftaran kini dibuka melalui pautan https://bit.ly/SUKA2021.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut boleh emel kepada [email\u00a0protected]\nBaca juga: Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) \n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-insurans-hayat-selangor-insan/", "title": "Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) : Pendaftaran & Semakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApa Itu Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) ?\nSkim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.\nSkim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang bakal melindungi enam juta individu merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya.\nProgram ini akan memberi manfaat kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun. M40, B40, orang Melayu, orang Cina, orang India, lelaki atau wanita, semuanya layak untuk bantuan ini.\nMenurut Dato\u2019 Menteri Besar, Selangor dipercayai menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang.\n\u201cKerajaan ini saya kira kerajaan pertama di Malaysia yang berupaya melindungi nyawa dan hayat rakyatnya.\n\u201cKalau ada kemalangan, kematian, atau kehilangan pancaindera akan ada pembayaran dengan pencaruman yang sudah dibayar,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nPerkara ini diumumkan melalui Ucapan Hari Kebangsaan Dato Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2022 yang lalu.\n\nTahukah anda apakah itu INSAN dan apakah pula kelebihannya?\nJom kami kongsikan lebih lanjut melalui artikel ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) ?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Mendaftar\n\n \nTarikh Pendaftaran INSAN 2022 (Skim Insurans Hayat Selangor)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) ?\nSkim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah\u00a0perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.\nMenerusi INSAN, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.\n\nSyarat Kelayakan\nAnda layak untuk mendaftar JIKA :\nNombor kad pengenalan anda didaftarkan di negeri SelangorATAUAlamat terkini anda didaftarkan di dalam negeri SelangorATAUAnda adalah pengundi untuk negeri Selangor\n\nCara Mendaftar\nI) PENDAFTARAN ONLINE\nMuat turun dan daftar aplikasi e-Wallet WavPayKlik pada banner program yang tertera pada aplikasi tersebut (rujuk gambar di atas)Lengkapkan maklumat sehingga proses selesai\nAplikasi Waypay boleh dimuat turun di pautan berikut: https://wavpay.net/\nPaparan yang tertera pada w-Wallet Waypay. Klik pada butang DAFTAR SEKARANG\nII) PENDAFTARAN MANUAL\nPendaftaran secara manual juga boleh dibuat menerusi pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN).\nTarikh Pendaftaran INSAN 2022 (Skim Insurans Hayat Selangor)\nTARIKH PENDAFTARAN : 1 OKT 2022 \u2013 30 SEPT 2023\n*Tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan\n\nMaklumat Lanjut \nUntuk maklumat lanjut dan update terkini mengenai skim ini, sila rujuk talian berikut:\nTalian 1:\u00a0+60162504199 (Malay/Tamil/English)\nTalian 2:\u00a0+60164354199 (Malay/Mandarin/English)\nTalian 3:\u00a0+60164474199 (Malay/Mandarin/English)\nTalian 4:\u00a0+60162534199 (Malay/English)\nTalian 5:\u00a0+60162514199 (Malay/Tamil/English)\nTalian 6:\u00a0+60169256627 (Malay/Mandarin/English)\nTalian 7:\u00a0+60102846627 (Malay/Tamil/English)\nTalian 8:\u00a0+60109206627 (Malay/Tamil/English)\nTalian 9:\u00a0+60168416627 (Malay/Mandarin/English)\nTalian 10:\u00a0+60105616627 (Malay/English)\nE-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nLaman web : https://wavpay.net/insan-selangor/\nBaca juga: \nMySalam: Permohonan, Semakan Status & Tuntutan Kuarantin COVID19SPS Padanan Caruman PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tajaan-lznk/", "title": "Tajaan Pengajian LZNK 2022: Pengajian Asasi di UniSHAMS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian peringkat Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS) kerana pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi tajaan pengajian LZNK bagi tahun 2022.\nTajaan pengajian LZNK ini adalah pengajian di peringkat Asasi sahaja, tidak seperti tajaan LZNK di UniSHAMS pada tahun 2021 yang lalu yang menaja pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat permohonan\n\n \nBidang pengajian\n\n \nJenis tajaan\n\n \nCara memohon\n\n \nPertanyaan dan makluman lanjut\n\n\nSyarat permohonan\n\nSebelum anda memohon, pastikan anda membacca dengan teliti syarat syarat permohonan di bawah.\n\n\n\n\n\n\nHanya calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh LZNK akan dipertimbangkan untuk tajaa pengajian ini:\nPemohon beragama Islam dan sedang bermastautin / menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahunProses Permohonan kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK untuk sesi pengajian 2022 (bagi pelajar yang belum membuat permohonan)Terbuka untuk semua bidang pengajian Asasi di UniSHAMSPermohonan dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahajaLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-sekurangnya \u00a0LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan SejarahBagi Permohonan Asasi Sains , Keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik TambahanKeutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja\nBidang pengajian\nSelain mmenuhi syarat-syarat kelayakan di atas, tajaan LZNK ini juga hanya terhad untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berikut sahaja: \nAsasi Pengajian IslamAsasi PengurusanAsasi Sains\nJenis tajaan\nPelajar yang menerima tajaan pendidikan LZNK selepas disaring kelak bakal menerima bantuan kewangan bagi perkara-perkara berikut:\nYuran PendaftaranYuran Penginapan AsramaElaun Sara Hidup (Bulanan)Yuran Pengajian di UniSHAMS sepanjang tempoh pengajian\nPelajar tajaan yang memperoleh keputusan yang cemerlang juga berpeluang cerah ditawarkan bantuan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.\nCara memohon\nPermohonan untuk tajaan pendidikan ini dilakukan secara dalam talian sepenuhnya.\nCalon yang berminat boleh mula memohon dengan mengisi maklumat anda dalam borang Google Form di pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdJru5ZIyVLlsif01KdIKUPFUYSARLx-G9Dar13S6oMPSp8zg/viewform\nTarikh tutup permohonan pada 3 Julai 2022.\nPertanyaan dan makluman lanjut\nSegala proses permohonan akan dilakukan secara dalam talian dan hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk proses seterusnya. \nNamun sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai tajaan pengajian LZNK di UniSHAMS ini, boleh berhubung secara terus dengan Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 013-4592071.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/isinar-kwsp/", "title": "i-Sinar KWSP: Semakan Status Pengeluaran RM10,000 (Kategori 1)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran Akaun 1 KWSP kini boleh dimohon melalui i-Sinar KWSP.\nSemakan status akan dibuka mulai 4 Januari 2021 nanti.\nPermohonan terbuka kepada semua ahli KWSP yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.\nHad pengeluaran i-Sinar dari RM4,000 sehingga maksimum RM60,000 bergantung kepada jumlah baki akaun 1 anda.\n\nTerkini, seramai 8 juta ahli yang terkesan boleh mengeluaran RM10,000 dari akaun 1.\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.\nBeliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.\nBerikut adalah perincian serta syarat kelayakan bagi memohon pengeluaran akaun 1 KWSP ini.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengeluaran KWSP i-Sinar\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nProses Pengeluaran Akaun 1\n\n \nSemakan Status Pengeluaran\n\n \nTarikh Pembayaran\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nPengeluaran KWSP i-Sinar\nPermohonan boleh dibuat mulai Disember 2020.\nAhli yang terjejas boleh memohon melalui sistem rasmi i-Sinar (link akses akan dikemaskini nanti).\nBayaran akan dibuat pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. \nBayaran pertama i Sinar akan dibuat bulan Januari 2021 selama tempoh 6 bulan dari tarikh pertama pengkreditan.\nSyarat Kelayakan\nBerbeza dengan i-Lestari yang membolehkan ahli mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2, i-Sinar membolehkan ahli mengeluarkan 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.\nManakala ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. \nAmaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.\nAhli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. \nWalau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. \nAmaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.\nSebagai contoh:\n\nAhli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. \nCaruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. \nSelepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.\nUntuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).\nMaklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\nProses Pengeluaran Akaun 1\nUntuk maklumat lanjut dan proses permohonan pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP, sila rujuk portal rasmi di https://isinar.kwsp.gov.my\nSemakan Status Pengeluaran\nSemakan status pengeluaran iSinar boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.\nKami akan kemaskini info lanjut tentang status pengeluaran dari semasa ke semasa.\nTarikh Pembayaran\nPembayaran pertama iSinar akan dibuat pertengahan Januari 2021.\nPembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.\nPembayaran akan dibuat melalui direct credit ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa proses permohonan.\nBagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.\nSoalan Lazim\nBilakah pengeluaran i-Sinar boleh dibuat? Permohonan boleh dibuat mulai Disember 2020. Berapakah had pengeluaran Akaun 1 KWSP? Bergantung kepada jumlah baki akaun 1 ahli. Had maksimum adalah RM60,000 sahaja. Adakah saya layak memohon? Sekiranya memenuhi syarat kelayakan KWSP i-Sinar, maka anda layak membuat pengeluaran Akaun 1. Bilakah wang akan dikreditkan ke akaun saya? Pembayaran pertama akan dibuat mulai Januari 2021. Permohonan i-Lestari saya sudah pun lulus, bolehkan saya memohon i-Sinar? Boleh. Kenapa tidak semua ahli layak memohon iSinar? Kerana ianya hanya untuk mereka yang betul-betul memerlukan sahaja. Kenapa kena kekalkan bagi RM100 dalam akaun? Kerana RM100 adalah amaun minimum yang diperlukan untuk kekalkan keahlian anda dalam KWSP. Bilakah semakan status pengeluaran boleh dibuat? Mulai 4 Januari 2021. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-iphone-13/", "title": "Senarai Harga iPhone 13 Baru & Tarikh Masuk Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPada jam 1 pagi nanti Apple akan melancarkan barisan iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 13.\nBerikut dikongsikan senarai harga iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max untuk pasaran Malaysia.\nSeperti tahun-tahun sebelum ini, Apple akan mula menawarkan iPhone baru di Malaysia sekitar bulan Oktober.\n\n\n\n\n\n\nPelbagai maklumat bocor mengatakan iPhone 13 akan menawarkan skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan jangka hayat bateri yang lebih lama berbanding iPhone 12 yang dilancarkan tahun lepas.\nHarga iPhone 13\nBerikut harga iPhone 13 mengikut storan.\nTempahan boleh dibuat secara online melalui Lazada, Shopee atau di kedai seperti Machines / Switch.\nModelHargaiPhone 13 Mini 32GBiPhone 13 Mini 128GBiPhone 13 Mini 256GBiPhone 13 64GBiPhone 13 128GBiPhone 13 256GBiPhone 13 512GBiPhone 13 Pro 64GBiPhone 13 Pro 128GBiPhone 13 Pro 256GBiPhone 13 Pro 512GBiPhone 13 Pro Max 64GBiPhone 13 Pro Max 128GBiPhone 13 Pro Max 256GBiPhone 13 Pro Max 512GB\nBerdasarkan pemerhatian ramai, tidak banyak perubahan yang bakal dibawakan Apple untuk peranti mereka tahun ini.\nSekiranya anda berhajat untuk mendapatkan iPhone baru, mungkin anda perlu bersabar sedikit menanti pelancaran iPhone 14 yang bukan lagi rahsia.\nImej rekaan iPhone 14 yang bocor di Internet\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/safework-miti/", "title": "Safe@Work MITI: Pendaftaran & Insentif Pelepasan Cukai RM50,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMITI telah mengambil langkah proaktif dan responsif denganmemperkenalkan satu inisiatif yang komprehensif dalam mengimbangi kelangsungan operasi sektor perkilangan dengan pengawalan penularan pandemik di kalangan pekerja yang dinamakan [email\u00a0protected] MITI.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang [email\u00a0protected] MITI.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah [email\u00a0protected] MITI?\n\n \nPelaksanaan [email\u00a0protected] MITI\n\n \nInsentif / Faedah Kepada Syarikat\n\n \nTarikh Pendaftaran\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah [email\u00a0protected] MITI?\n[email\u00a0protected] adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bolehdilaksanakan oleh syarikat-syarikat di sektor perkilangan yang merangkumi tanggungjawab majikan menyediakan penginapan pekerja yang selamat serta mematuhi piawaian di bawah Akta Standard Minimum Penginapan dan Perumahan Pekerja 1990 (Akta 446), pengurusan kes-kes pekerja positif dan kontak rapat, saringan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan penularanpandemik COVID-19 di kalangan pekerja.\nInisiatif [email\u00a0protected] akan membolehkan pekerja-pekerja kontak rapat untuk terus bekerja dalam situasi protokol baharu yang dinamakan Safe Work Bubble.\n\n\n\n\n\n\nPekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja lain sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19 berdasarkan keputusan ujian saringan.\nInisiatif ini berupaya mengelakkan gangguan operasi syarikat danmengurangkan impak terhadap produktiviti apabila terdapat kes positif COVID19 di premis perniagaan. \nKerajaan berpandangan bahawa komitmen dan sokongan daripada majikan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja terjamin. \nUsaha ini amat penting demi menyumbang kepada kelangsungan aktiviti ekonomi.\nBaca juga: MyBayar Saman: Diskaun Saman 50% Untuk Pembayaran Online\nPelaksanaan [email\u00a0protected] MITI\nBeberapa aspek utama yang diberikan penekanan di bawah \u201cSafe Work Bubble\u201d adalah seperti berikut:\nPewujudan Safe Work Bubble bagi pekerja kontak rapat di kawasan kilang dan premis penginapan pekerja;Penubuhan Pasukan Persediaan dan Tindakbalas Kecemasan COVID-19 (PERT) oleh pihak syarikat bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan;Proses sanitasi berterusan di premis perkilangan;Kebenaran penggunaan kenderaan pekerja dengan kapasiti penuh;Penyediaan dan pengurusan penginapan pekerja yang kondusif;Pelaksanaan saringan bersasar untuk pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan; danPenyediaan saluran maklumat berkaitan tatacara kawalan pandemik daripada majikan kepada pekerja.\nInsentif / Faedah Kepada Syarikat\nSebagai galakan kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan [email\u00a0protected], Kerajaan akan memberikan potongan cukai tambahan kepada syarikat di bawah sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan ke atas perbelanjaan sewaan premis asrama pekerja dan penyediaan kelengkapan berkaitan seperti CCTV, wearable tracking devices dan keperluan-keperluanasas lain selaras dengan SOP [email\u00a0protected]. \nPerbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada RM50,000 bagi setiap syarikat. \nTarikh Pendaftaran\nSyarikat boleh membuat pendaftaran di COVID-19 IntelligentManagement System (CIMS) mulai 1 April 2021.\nCara Pendaftaran\nPendaftaran [email\u00a0protected] boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web berikut:\n\nSila rujuk video di bawah:\nhttps://www.facebook.com/MITIMalaysia/videos/4003072139750607\nMaklumat Lanjut\nInfo penuh dan SOP Safe At Work ini boleh diteliti melalui halaman berikut : https://www.miti.gov.my/miti/\nSebarang pertanyaan berkaitan S[email\u00a0protected] boleh diajukan melalui e-mel [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarif-elektrik-harga-ayam/", "title": "Tarif Elektrik Kekal, Harga Ayam Tidak Akan Diapungkan \u2013 PM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: 24 Jun 2022 \u2013 Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.\nDalam sebuah kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.\n\nIni bermakna, katanya, pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna domestik di Semenanjung,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\nBeliau berkata, pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri.\nPada masa sama, katanya, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.\nBeliau berkata, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.\n\u201cKeputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,\u201d katanya.\n\n(Sumber: Facebook Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-rahmah-dominos/", "title": "Menu Rahmah Dominos: Pizza Serendah RM5 Sahaja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDominos Pizza juga nampaknya tidak ketinggalan memperkenalkan Menu Rahmah mereka.\nTindakan Dominos ini tidaklah mengejutkan memandangkan sudah banyak syarikat rantaian makanan segera seperti McDonald\u2019s, KFC dan A&W turut sama menyokong inisiatif Menu Rahmah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Menu Rahmah?\n\n \nPromosi Pizza Personal Menu Rahmah Dominos\n\n \nCara Membuat Pesanan \u201cTake Away\u201d\n\n \nCara Membuat Pesanan Secara Online\n\n\nApa itu Menu Rahmah?\nMenu Rahmah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak\u00a0Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup\u00a0(KPDN) dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.\nMelalui inisiatif ini, set makanan tengah hari atau malam yang ditawarkan pada harga RM5 sepinggan atau kurang.\n\n\n\n\n\n\nBagi menyahut dan menyokong usaha kerajaan Malaysia melalui KPDN ini, pihak Dominos Pizza di Malaysia turut sama memperkenalkan kombinasi Menu Rahmah mereka\nPromosi Pizza Personal Menu Rahmah Dominos\n\nAnda boleh membeli 1 personal pizza pada harga hanya RM5.\nLebih menarik, pada setiap hari Selasa, anda boleh mendapatkan personal pizza hanya pada harga RM3.90 sahaja sempena promosi \u201cSuper Tuesday\u201d\nPilih daripada pelbagai pilihan topping menarik untuk mennikmati pizza kesukaan anda pada harga istimewa ini.\nBukan sahaja untuk Take Away, anda juga boleh membuat pembelian untuk Delivery terus ke rumah anda.\nArtikel bekaitan: Menu Rahmah McD: Set Bubur, Burger, Minuman McDonald\u2019s RM5\nCara Membuat Pesanan \u201cTake Away\u201d\nSekiranya anda hanya ingin Take Away atau Dine In, boleh buat pembelian seperti biasa di kaunter mana-mana cawangan Dominos Pizza.\nSila bertanyakan kepada petugas di kaunter berkaitan tawaran Menu Rahmah Dominos untuk mendapatkan pizza personal anda pada harga istimewa ini.\nPilihan topping bagi promosi Menu Rahmah Dominos Pizza ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.\nCara Membuat Pesanan Secara Online\nAnda juga boleh membuat pembelian secara online terus daripada laman web Dominos.\nIkuti langkah-langkah mudah berikut untuk membuat pembelian:\n\nLayari laman web rasmi Dominos Pizza Malaysia di alamat https://www.dominos.com.my/\nKlik pada \u201cBuy Online\u201d\nMasukkan lokasi anda\nPilih cawangan Dominos\nPilih hidangan yang diingini\nLakukan pembayara secara online\n\nSelain itu, anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian melalui aplikasi Foodpanda dan Grab Food.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-aidilfitri-sabah-2021/", "title": "Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500, Terima Bayaran 7 Mei 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KHAS AIDILFITRI SABAH 2021 RM500\nKOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri.\nKatanya, semua penjawat awam negeri bermula dari gred 54 dan ke bawah, termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri akan menerima bayaran berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nPesara awam negeri, katanya turut menerima bayaran khas sebanyak RM250.\n\nBaca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2021\n\u201cKerajaan negeri menyambut baik keputusan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri yang diumumkan menerusi kenyataan media pejabat Perdana Menteri semalam.\n\u201cSelaras dengan pengumuman itu, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah,\u201d katanya.\nBantuan itu, katanya sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti dan pengorbanan penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika menghadapi pandemik COVID-19.\nTARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI SABAH 2021\nKetua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataan medianya, berkata bayaran itu yang dibuat serentak dengan gaji bulan depan iaitu pada 7 Mei memberi manfaat kepada seramai 20,269 kakitangan awam negeri.\nSemalam, pejabat Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam persekutuan akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500, manakala RM250 bagi pesara yang akan dibayar serentak dengan bayaran gaji Mei, iaitu pada 6 Mei depan.\nBaca juga: Bonus Raya Penjawat Awam RM500 Mulai 6 Mei (Bantuan Khas Aidilfitri)\n*Sumber: Berita Harian\n"]} {"url": "https://ecentral.my/protege-trainee-programme-sime-darby/", "title": "PROTEGE Trainee Programme Sime Darby 2022/2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Sime Darby kini menawarkan PROTEGE Trainee Programme buat lepasan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti tempatan atau luar negara yang masih menganggur.\nPROT\u00c9G\u00c9 Trainee Programme ditawarkan bagi memberi peluang kepada graduan Malaysia untuk menimba pengalaman serta kemahiran yang diperlukan untuk maju dalam dunia pekerjaan.\nProgram yang berlangsung selama 1 tahun ini akan membekalkan graduan dengan latihan kemahiran insaniah dan latihan tempat kerja yang cukup bermanfaat buat graduan.\nBaca Juga : DPLI UPSI Ambilan Februari 2023 (Mod Cuti Sekolah)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan PROTEGE Trainee Programme Sime Darby\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBidang Yang Layak Memohon\n\n \nCara Memohon\n\n\nSyarat-Syarat Kelayakan PROTEGE Trainee Programme Sime Darby\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia berumur 30 tahun ke bawah.Graduan merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 dan ke atas.Graduan menganggur lebih daripada 2 tahun.Boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin atau bahasa lain akan menjadi kelebihan tambahan.\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 18 September 2022.\n\n\n\n\n\n\nBidang Yang Layak Memohon\nSime Darby mengalu-alukan permohonan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berikut :\nBusiness : Business Administration, Accounting, Finance, Marketing, StatisticsEngineering : Chemical Engineering, Mechanical Engineering, Civil Engineering, Electrical Engineering, Robotics.Human Resources : HR Management, Social StudiesOccupational & Health/Safety, Quantity Surveyor, Building ManagementCivil Engineering, Civil Engineering and Environmental, Safety & Health Management, Mechanical/Chemical/Electrical EngineeringAdmin Management, Business ManagementEstates : Plantation Management, Agrotecnology, Agriculture, Agriculture and Science (Agribusiness)\nCara Memohon\nGraduan yang berminat untuk mengikuti program ini boleh memohon secara online menerusi pautan berikut :\nPROT\u00c9G\u00c9 Trainee \u2013 Head Office\u00a0https://bit.ly/3QiFgkY\u00a0\nPROT\u00c9G\u00c9 Trainee \u2013 R&D\u00a0https://bit.ly/3pbGcfh\u00a0\nPROTEGE Trainee \u2013 SD Oils (Downsteam): Head Office\u00a0https://bit.ly/3PjTcK8\u00a0\nPROT\u00c9G\u00c9 Trainee \u2013 Sime Darby Oils (Downstream): SDO Langat Refinery & SDO Nutrition Factory\u00a0https://bit.ly/3JRT2bK\u00a0\nPROT\u00c9G\u00c9 Trainee \u2013 Sime Darby Oils (Downstream): SDO Biodiesel\u00a0https://bit.ly/3JQxFYH\u00a0\n\u00a0PROTEGE Trainee \u2013 Sime Darby Oils (Downstream): SDO Carey Island KCP\u00a0https://bit.ly/3AeOh9e\u00a0\nPROT\u00c9G\u00c9 Trainee \u2013 Sime Darby Oils (Downstream): SDO Port Klang Refinery\u00a0https://bit.ly/3zUiYPp\u00a0\nPROT\u00c9G\u00c9 Trainee \u2013 Sime Darby Oils (Downstream): SDO Pasir Gudang Refinery\u00a0https://bit.ly/3PhwVwv\u00a0\nOct 22 PROT\u00c9G\u00c9 Trainee \u2013 Sime Darby Oils (Downstream): SDO Bintulu\u00a0https://bit.ly/3Qzqiqu\u00a0\nPROTEGE Trainee \u2013 Upstream (Northern Region)\u00a0https://bit.ly/3vZaSny\u00a0\n\u00a0PROTEGE Trainee \u2013 Upstream (Southern Region)\u00a0https://bit.ly/3bNV4gJ\u00a0\n\u00a0PROTEGE Trainee \u2013 Upstream (Central East Region)\u00a0https://bit.ly/3QjnpKP\u00a0\n\u00a0PROTEGE Trainee \u2013 Upstream (Central West Region)\u00a0https://bit.ly/3zR8ikL\u00a0\n\u00a0PROTEGE Trainee \u2013 Upstream Corporate\u00a0https://bit.ly/3PdEGUk\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila layari pautan laman berikut : \nSime Darby Berhad\u2019s Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROT\u00c9G\u00c9) programme\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mycrs-subsidi-carseat-2023/", "title": "MyCRS 2023: Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK BAGI TAHUN 2023 (MYCRS)\nInsentif MyCRS 2023 merupakan satu program pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terbuka kepada KUMPULAN B40 dan M40.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2023 ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Carseat) Melalui Program MyCRS 2023\n\n \nJumlah Subsidi MyCRS 2023\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Semakan Kelayakan MyCRS 2023\n\n \nCara Penebusan\n\n \nTarikh Semakan Kelayakan\n\n \nSenarai Kedai / Wakil Penjual Berdaftar Dengan Program MyCRS 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Carseat) Melalui Program MyCRS 2023\nKerajaan meneruskan keprihatinan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak menerusi program MyCRS 2023.\nBerdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.\nDaripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian. \n\n\n\n\n\n\nOleh itu, diharapkan dengan program ini, penggunaan carseat dapat ditingkatkan di kalangan orang awam melalui insentif.\nJumlah Subsidi MyCRS 2023\nMelalui program ini, jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150. \nCRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.\n\nSyarat Kelayakan\nBerikut adalah kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2023:\n\nPenerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40\nMempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.\nWarganegara yang menetap di Malaysia\nPeruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.\n\n\nCara Semakan Kelayakan MyCRS 2023\nAnda boleh membuat seemakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan (rujuk gambar di bawah):\nSemakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.\nPenerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS.\nBagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.\nCara Penebusan\nAnda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).\nDokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:\n\nSalinan MyKad pemohon; DAN\nMyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU\nBuku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)\n\nTarikh Semakan Kelayakan \nSemakan kelayakan bermula 19 Jun 2023, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.\nTempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.\n\nSenarai Kedai / Wakil Penjual Berdaftar Dengan Program MyCRS 2023\nPembelian boleh dibuat secara online atau terus ke kedai yang berdaftar.\nSila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual.\nKegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dibuat.\nPembelian boleh dibuat di kedai-kedai barangan bayi yang berdaftar bagi program MyCRS. Senarai wakil penjual boleh di dapati di (http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp).\nMaklumat Lanjut\n8._SOALAN_LAZIM_UNTUK_PENERIMA_MYCRS_2023Download\nMuat turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak MIROS:\nGarisPanduan MIROS KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK 1.1Download\nSemoga perkongsian ini dapat memberi gambaran dan panduan untuk memilih car seat yang sesuai untuk anak anda nanti.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/parti-amanah-negara/", "title": "Parti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nParti AMANAH Negara (AMANAH) pertama kali diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran pada 16 September 2015. Sebelum dikenali sebagai Parti Amanah Negara, parti ini sebelumnya didaftarkan sebagai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.\nPengenalan Parti AMANAH Negara sekaligus mencetuskan sebuah lagi parti Islam di negara ini yang bersifat inklusif dan bekerjasama dengan beberapa parti politik pembangkang lain serta NGO-NGO sedia ada untuk membawa perubahan ke arah kebaikan kepada Malaysia.\n\nAMANAH sertai pilihanraya pertama melalui PRN Sarawak ke-11 dengan membariskan 13 calon terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan Iban sebagai simbol penyertaan semua kaum dalam parti. \nWalaupun AMANAH kalah di semua kerusi yang dipertandingkan, namun Amanah berjaya menjadikan PRN Sarawak sebagai medan untuk memperkenalkan parti baru.\nKini, parti AMANAH sedia bertanding dengan mengumumkan senarai calon yang bakal menyertai PRU15.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang serta hala tuju Parti AMANAH Negara bagi menghadapi PRU15. \nBaca Juga : Senarai Calon PRU 15 (PKR, PH, BN, PN, PAS, DAP, Pejuang)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nParti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15\n\n \nMatlamat Penubuhan Parti AMANAH Negara\n\n \nPemimpin Amanah\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nParti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15\n\nMemetik laporan Malaysia Dateline, AMANAH kali ini mengumumkan 54 calon parlimen yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan untuk PRU 15.\n54 kerusi Parlimen ini adalah pertambahan 34 peratus jumlah kerusi yang ditandingi AMANAH berbanding PRU 14 lalu iaitu 27 kerusi Parlimen sahaja.\nSenarai calon Parlimen yang telah diumumkan oleh AMANAH adalah seperti berikut :\nP84 Paya Besar \u2013 Ahmad Azam Mohd SallehP86 Maran \u2013 Ahmad Shohor AwangP87 Kuala Krau \u2013 Johari OsmanP88 Temerloh \u2013\u00a0 Hasbie MudaP56 Larut \u2013 Zulkarnain AbidinP57 Parit Buntar \u2013 Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaP59 Bukit Gantang \u2013 Fakhrudin Mohd HashimP67 Kuala Kangsar \u2013 Dr Ahmad Tarmizi RamliP69 Parit \u2013 Nurthaqaffah NordinP74 Lumut \u2013 Dr Hatta RamliP1 \u2013 Padang Besar \u2013 Mohd Saad YahyaP42 Tasik Gelugor \u2013 Nik Abdul Razak Nik Md RidzuanP178 Sipitang \u2013 Lahirul LatiguP193 Santubong \u2013 Mohd ZainP197 Kota Samarahan \u2013 Abang Abdul Halil Abang NailiP200 Batang Sadong \u2013 Lahaji LahiyaP201 Batang Lupar \u2013 Maxwell RojisP206 Tanjung Manis \u2013 Zainal SuhailiP207 Igan \u2013 Andri ZulkarnaenP92 Sabak Bernam \u2013 Shamsul Maarif IsmailP96 Kuala Selangor \u2013 Dr Dzulkefly AhmadP101 Hulu Langat \u2013 Mohd Sany HamzanP108 Shah Alam \u2013 Azli YusofP111 Kota Raja \u2013 \u00a0Tuan Haji Mohamad bin SabuP113 Sepang \u2013 Aiman AtirahP33 Besut \u2013 Abdul Rahman Abdul AzizP35 Kuala Nerus \u2013 Suhaimi HashimP36 Kuala Terengganu \u2013 Raja Kamarul Bahrin ShahP37 Marang \u2013 Azhar ShukorP119 Titiwangsa \u2013 Khalid SamadP166 Labuan \u2013 Ramli TahirP161 Pulai \u2013 Salahuddin AyubP4 Langkawi \u2013 Zabidi YahyaP7 Padang Terap \u2013 Muaz AbdullahP8 Pokok Sena \u2013 Mahfuz OmarP13 Sik \u2013 Latipah Mat YatimP16 Baling \u2013 Johari AbdullahP147 Parit Sulong \u2013 Mohd Faizal DollahP149 Sri Gading \u2013 Aminolhuda HassanP156 Kota Tinggi \u2013 Onn JaafarP157 Pengerang \u2013 Zakaria Mohd SallehP19 Tumpat \u2013 Wan Johari Wan OmarP20 Pengkalan Chepa \u2013 Nik Faizah Nik OthmanP21 Kota Bharu \u2013 Dr Hafidzah MustakimP23 Rantau Panjang \u2013 Dr Wan Shah Jihan Wan DinP24 Kubang Kerian \u2013 Dr Wan Ahmad Kamil Wan AbdullahP28 Pasir Puteh \u2013 Muhammad HusinP30 Jeli \u2013 Mat Radzi WahabP31 Kuala Krai \u2013 Mohd Hishamudin RazaliP135 Alor Gajah \u2013 Adly ZahariP139 Jasin \u2013 Harun MohammadP126 Jelebu \u2013 Zulkifli Mohamad OmarP127 Jempol \u2013 Norwani AhmadP133 Tampin \u2013 Faiz Fadzil Noor\nMatlamat Penubuhan Parti AMANAH Negara\nObjektif 1 : Memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan\n\n\n\n\n\n\nObjektif 2 : Mendirikan sebuah masyarakat dan negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua.\nObjektif 3 : Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan takbir urus yang baik selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan ketelusan.\nObjektif 4 : Mendukung pendekatan kesederhanaan, keterbukaan, demokratik dan bergerak dalam kerangka demokrasi dan Perlembangaan Persekutuan.\nObjektif 5 : Mengembleng seluruh segmen warganegara dalam wadah perjuagan politik inklusif merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan keseluruh Persekutuan.\n\nPemimpin Amanah\nPresiden\nTuan Haji Mohamad bin Sabu\nTimbalan Presiden\nDatuk Seri Salahuddin bin Ayub\nNaib Presiden\nDato\u2019 Mahfuz bin OmarDatuk Seri Mujahid bin YusofDatuk Hasanuddin bin Mohd YunusDr Siti Mariah binti Mahmud\nNaib Presiden/Pengerusi Negeri Melaka\nAdly bin Zahari\nPenasihat Umum\nDato\u2019 Seri Ustaz Ahmad bin Awang\nTimbalan Penasihat Umum\nDato\u2019 Wira Ustaz Abdul Ghani bin Shamsudin\nKetua Wanita\nAiman Athirah Al-Jundi\nKetua Pemuda\nHasbie Muda\nKetua Wanita Muda\nNurthaqaffah binti Nordin\nSetiausaha Agung/ Pengerusi Wilayah Persekutuan\nDatuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli\nTimbalan Setiausaha Agung\nNorhayati binti Bidin\nPenolong Setiausaha\nMohd Faizul bin Mohd Salleh\nBendahari Agung/ Pengerusi Negeri Selangor\nYB Izham Hashim\nSetiausaha Organisasi\nAbang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus\nPengarah Komunikasi\nKhalid bin Abdul Samad\nPengarah Pilihan Raya / Pengerusi Negeri Perak\nAsmuni bin Awi\nPengarah Strategi\nDzulkefly bin Ahmad\nPengarah Pembangunan Sumber Manusia\nSuhaizan bin Kaiat\nPengarah Hal Ehwal Syariah\nZolkharnain bin Abidin\nMaklumat Lanjut\nUntuk perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai Parti Amanah Negara, sila ikuti laman Facebook Parti Amanah Negara dan laman rasmi di pautan amanahnegara.my .\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spga-sola/", "title": "SPGA: Sistem Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa Online (eSPGA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSPGA adalah Sistem Semakan Potongan Angkasa dalam slip gaji. \nSPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).\nPotongan gaji melalui Biro Angkasa kini boleh disemak dengan cepat. Tak perlu lagi melalui e-mel. \nBoleh semak ketepatan dan pecahan potongan setiap bulan dan juga sejarah potongan terkebelakang.\nDi sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan potongan gaji, mana tahu kalau-kalau ada potongan Koperasi yang sepatutnya boleh ditamatkan. \nJika ada, maka langkah seterusnya anda boleh berhubung dengan pihak Koperasi untuk hentikan potongan atau mohon refund semua potongan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPGA?\n\n \n5 Cara Membuat Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa\n\n \nCara Semakan SPGA Online\n\n \nSemakan Penyata Potongan Bulanan Melalui Kiosk SPGA\n\n \nMoratorium Angkasa\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SPGA?\nSistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA). \n\n\n\n\n\n\nSistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.\nBagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan.\nSistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada \u201cjabatan/majikan\u201d dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, \u201ckoperasi/organisasi\u201d dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala \u201canggota/individu\u201d dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.\nSPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). \nBaca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera\nKoperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru atau meminda / menghentikan tuntutan semasa. \nPengguna SPGA perlu ada perkakasan \u201cMYKAD Reader\u201d untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti pengguna sistem.\nSistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya \u201cSPeKAR\u201d menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan juga kes litigasi atau saman mahkamah. \nMaklumat kredit yang lengkap dapat membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit seseorang pemohon kredit (individu).\n5 Cara Membuat Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa\nUntuk membuat semakan potongan gaji, anda boleh menggunakan 5 kaedah berikut:\nMelalui e-mel: [email\u00a0protected][email\u00a0protected]Melalui surat:Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan PerbankanWisma Ungku A.AzizJalan SS 6/1, Peti Surat 8797Pejabat Pos Kelana Jaya46798 Petaling Jaya, SelangorMelalui kiosk*Sila rujuk senarai kiosk Angkasa dan cara membuat semakan di bawah.Melalui telefon: 03-7802 2400TERKINI: Secara online melalui laman web SISTEM e-SEMAKAN SPGA (rujuk cara semakan di bawah).\n\nCara Semakan SPGA Online\nSISTEM e-SEMAKAN SPGA\nKlik link di bawah dan daftar keahlian https://www.sola.my/\u2026/pages/espga_semakanDS/spga_SLGN.aspx\nUntuk Pendaftaran dan Log Masuk\nTab Daftar KeahlianMasukkan NOKP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera : T-Tentera Biasa, F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat)Tekan butang Semak Status KeahlianMasukkan nombor telefon bimbitMasukkan nama ibuTekan butang DaftarKata Laluan dihantar ke telefon bimbitTab Log MasukMasukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkanMasukkan Kata LaluanTekan butang Log MasukPilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semakTekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinciTekan butang Cetak untuk cetak atau simpan laporanTekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem\nUntuk Tukar Kata Laluan\n1. Tab Log Masuk2. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera3. Tekan butang Lupa/Tukar Kata Laluan4. Masukkan Nama Ibu5. Masukkan Kata Laluan Baru6. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru7. Tekan butang Tukar Kata Laluan\n*Contoh maklumat semakan Potongan Gaji Angkasa akan dipaparkan seperti di bawah:\n\nSemakan Penyata Potongan Bulanan Melalui Kiosk SPGA\nBagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013. \nMelalui perkhidmatan kiosk ini, semua anggota koperasi boleh mendapatkan penyata potongan bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (BPKP) secara layan diri.\nAnggota koperasi (pelanggan) hanya perlu memasukkan kad pengenalan (MYKAD) yang dilengkapi dengan cip maklumat peribadi dan perlu disahkan dengan cap jari. \nPerkhidmatan ini diberi secara PERCUMA sebagai usaha berterusan ANGKASA memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga koperasi seluruh Malaysia. \nBerikut adalah lokasi kiosk SPGA di seluruh negara:-\nBil.LokasiBil.Lokasi\u00a01.\u00a0ANGKASA,Wisma Ungku A. Aziz,Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,46798 Petaling Jaya, Selangor\u00a013.Bank RakyatCawangan Indera Mahkota,No B 56 & B 58,Persiaran Sultan Abu Bakar,Bandar Indera Mahkota,25200, Kuantan Pahang.2.Kompleks Kementerian Kewangan,Aras 2, Presint 2,62590 Putrajaya.\u00a014.\u00a0Bank RakyatCawangan Simpang Tiga,No 9 & 10, Block 16, KCLD,Jalan Tun Jugah,93350, Kuching, Sarawak.3.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kedah,No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota,05000 Alor Star, Kedah.\u00a015.Bank RakyatCawangan Kota Kinabalu,Lot 20 & 21 Blok B, Harbour City,Jalan Pantai Baru, Sembulan,88000 Kota Kinabalu, Sabah.4.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Johor,No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak,Susur 6, Taman Suria Muafakat,80200 Johor Baru, Johor.\u00a016.Bangunan Persekutuan PerlisTingkat Bawah, Persiaran Jubli Emas01000 Kangar,Perlis5.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kelantan,Lot 321, Seksyen 12,Jalan Pengkalan Chepa,15400 Kota Baharu, Kelantan.\u00a017.Wisma Persekutuan Mua\u2019dzam Shah Negeri KedahAnak Bukit, 06550 Alor Setar,Kedah6.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perak,No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2,Medan Meru Bestari (Zon 5),Bandar Meru Raya,30020 Ipoh, Perak.\u00a018.Bangunan Persekutuan Pulau PinangAras 3, Jalan Anson10400 Pulau Pinang7.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sembilan,No.21, Tingkat 1, Jalan PPP2,Pusat Perdagangan Paroi,Off Jalan Kuala Pilah,70400 Seremban, Negeri Sembilan.\u00a019.Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri Selangor,Bangunan Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah,40500 Shah Alam, Selangor.8.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Melaka,No. 48-1, Jalan KF 4,Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh,Melaka.\u00a020.Hospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil75400 Melaka9.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Pahang Zon 1,B-268, Tingkat 1,Jalan Darat Makbar,25000 Kuantan, Pahang.\u00a021.Bangunan Gunasama Persekutuan Batu PahatJalan Bakau Condong83000 Batu Pahat, Johor** Dalam proses pemindahan ke Pejabat\u00a0 Perhubungan ANGKASA Johor (Muar)10.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Terengganu,Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1,(Blok C) Dataran Emas,Jalan Sultan Sulaiman,20200 Kuala Terengganu,Terengganu.\u00a022.Hospital Universiti Sains MalaysiaKubang Kerian,16150 Kota BharuKelantan\u00a011.\u00a0Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sabah,Lot 13, Lorong Grace Square 1,Jalan Pantai Sembulan,88582 Kota Kinabalu, Sabah.\u00a023.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perlis,No 17 & 18, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah,Kangar, Perlis.\u00a012.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sarawak,Aras Bawah, Lot 433 S.L2Seksyen 65, KTLD93050 Jalan MatangKuching Sarawak\u00a024.Bank Persatuan,41,43 & 45, Wisma BankPersatuan, Jalan Selat,Taman Selat, 12000 Butterworth,Pulau Pinang.\nMoratorium Angkasa\nPemakluman Berkenaan Moratorium Kepada Yang Membuat Ansuran Bayaran Balik Melalui Sistem Potongan Gaji Angkasa\nMerujuk kepada pelaksanaan Moratorium bayaran balik pinjaman seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah PEMULIH pada 28 Jun 2021, ANGKASA akan menguruskan moratorium bermula gaji bulan Ogos 2021 selepas menerima data arahan daripada pihak pembiaya.\nSila rujuk notis makluman di bawah:\n\nSebarang pertanyaan mengenai potongan gaji atau moratorium, sila hubungi:\nTelefon +603 \u2013 7806 1977 dan tekan nombor satu (1) untuk pilihan potongan gaji atauMenghantar e-mel ke [email\u00a0protected]. (E-mel yang dihantar akan menerima maklum balas dalam tempoh lima hari waktu bekerja.) atauMembuat semakan secara atas talian melalui\u00a0www.sola.my/espga_semakan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang semakan Potongan Gaji Angkasa e-Semakan SPGA, sila dapatkan info terkini atau hubungi:\nhttp://www.angkasa.coop/Talian telefon 03-78022400Menghantar e-mel ke [email\u00a0protected]. (E-mel yang dihantar akan menerima maklum balas dalam tempoh lima hari waktu bekerja.)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-marrybrown-harga-dan-promosi-terkini/", "title": "Menu Marrybrown, Harga dan Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerkenal sebagai rantaian makanan segera yang dibangunkan dari Malaysia, Marrybrown komited dalam menyajikan aneka hidangan buat kualiti untuk semua. \nBagi anda yang bercadang untuk nikmatinya bersama keluarga, jom kita semak menu Marrybrown, harga dan promosi terkini dari Marrybrown.\nBaca Juga : Cara Order Tealive, Menu Serta Harga Terkini Jun 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Marrybrown, Harga dan Promosi Terkini\n\n \nMenu Terbaru : Oishii Japan\n\n \nPromosi Terkini : Hari Nasi Lemak MB\n\n\nMenu Marrybrown, Harga dan Promosi Terkini\nMenu Terbaru : Oishii Japan\n\nMenuHargaOishii Rice Bowl ComboRM 13.90Oishii Burger ComboRM 17.802 Pc Oishii Chicken ComboRM 22.80Oishii Box MealRM 25.80\nMB Bowl-Baloi\n\n\n\n\n\n\n\nMenuHargaCheesy Chicken Mashed BowlRM 6.50Loaded Potato BowlRM 6.50Bubur Pedas BowlRM 6.50Seafood BowlRM 6.50\nBurger Meals\nMenuHargaCheesy Burger ComboRM 14.70Chicken Burger ComboRM 12.90Hotouch Burger ComboRM 16.90Tower Burger ComboRM 21.90Fish Fillet Burger ComboRM 15.80\nUltimate Chicken\n\nMenuHargaLucky Plate ComboRM 18.90Happiness Plate COmboRM 23.90Chick-A-Licious ComboRM 20.80Cheesy Chicken ComboRM 21.80Jumbo MealRM 26.30\nFish\u2019n\u2019Chips\nMenuHargaFish n Chips ComboRM 20.50\nLocal Delights\n\nMenuHargaNasi Lemak MB ComboRM 15.90Nasi Ayam MB ComboRM 15.90Nasi Kandar ComboRM 17.50Bubur Ayam MB ComboRM 11.80Bubur Pedas ComboRM 13.60\nHappy Sharing Meals\nMenuHargaBuddy MealsRM 37.90Happy ComboRM 63.90Family MealsRM 81.90\nMB Crispy Chicken\nMenuHarga2 Pcs MB Crispy ChickenRM 13.305 Pcs MB Crispy Chicken \u00a0RM 32.309 Pcs MB Crispy ChickenRM 55.8015 Pcs MB Crispy CHickenRM 89.80\nKiddy Gift\nMenuHargaKiddy Meal Set A \u2013 Chicken BurgerRM 12.50Kiddy Meal Set B \u2013 MB Crispy ChickenRM 12.50Kiddy Meal Set C \u2013 Chicken NuggetRM 12.50Kiddy Meal Set D \u2013 Bubur Ayam MBRM 12.50Kiddy GiftRM 5.00\nSide Order\nMenuRegularLargeFrench FriesRM 5.20RM 6.60Cheesy WedgesRM 7.50\u00a0Chicken NuggetRM 10.30 (6 Pcs)RM 17.50 (12 pcs)Fish NuggetRM 10.30 (6 Pcs)RM 17.50 (12 pcs)Prawn FingerRM 10.30 (6 Pcs)RM 17.50 (12 pcs)Onion RingRM 5.50\u00a0Roti GorengRM 4.30 (3 pcs)RM 8.30 (6 pcs)Mashed PotatoRM 3.99RM 7.99Vegetable SaladRM 3.99RM 7.99MB RiceRM 3.70\u00a0\nSingle\nMenuHargaOishii Rice Bowl \u2013 SingleRM 11.50Oishii Burger \u2013 SingleRM 13.902- Pc Oishii Chicken \u2013 SingleRM 16.80Sakura Fizz \u00ae \u2013 SingleRM 6.10Cheesy Burger \u2013 SingleRM 7.90Hotouch Burger \u2013 SingleRM 12.50Tower Burger- SingleRM 17.70Fish Fillet Burger \u2013 SingleRM 9.90Lucky Plate \u2013 SingleRM 15.90Happiness Plate \u2013 SingleRM 20.90Chick-A-Licious- SingleRM 17.90Fish n Chips \u2013 SingleRM 17.30Nasi Lemak Mb \u2013 SingleRM 12.10Nasi Kandar \u2013 SingleRM 14.10Bubur Ayam MB \u2013 SingleRM 8.60Bubur Pedas \u2013 SingleRM 10.40Nasi Kari \u2013 SingleRM 8.20Chick-O-Rice- SingleRM 8.20Cheesy Chicken \u2013 SingleRM 14.50\nCold Beverages\nMenuHargaFanta StrawberryRM 4.30Minute Maid OrangeRM 6.10Heaven & Earth Iced Lemon TeaRM 6.10MiloRM 5.10Dasani Drinking WaterRM 3.30Coca-Cola 1.5LRM 7.10\nPromosi Terkini : Hari Nasi Lemak MB\nPromosi Hari Nasi Lemak MB kembali lagi! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan 2 set combo Nasi Lemak MB dengan harga RM 22 sahaja! \nTawaran sah hanya pada 1 Julai! \nIkuti laman Facebook Marrybrown Malaysia dan muat turun Marrybrown App untuk ketahui menu terbaru serta promosi terkini khas untuk anda! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/dpli-upsi/", "title": "DPLI UPSI Ambilan Februari 2023 (Mod Cuti Sekolah)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEBAHAN BAGI DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) KEMASUKAN 2023 DI UPSI\nSukacita dimaklumkan bahawa UPSI Holdings Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama agensi negeri-negeri di seluruh Malaysia sekali lagi menawarkan program DPLI bagi kemasukan Februari 2023.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang ditawarkan oleh UPSI bagi kemasukan 2023 ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI?\n\n \nDPLI UPSI Ambilan Februari 2023\n\n \nKelebihan Program\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI?\nProgram DPLI ini merupakan salah satu sijil sebagai lesen untuk mengajar di sekolah kerajaan mahupun swasta. \n\n\n\n\n\n\nProgram ini juga merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah, di mana pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. \nPeluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yangberminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.\nDPLI UPSI Ambilan Februari 2023\n\nKelebihan Program\n\nYuran pengajian keseluruhan RM10,000.\nYuran dibayar ansuran 4 kali.\nMasa belajar yang dleksibel semasa cuti sekolah.\nDiploma dianugerahkan UPSI.\nMempunyai pengiktirafan MQA dan KPM.\nPembelajaran sepenuhnya pada cuti sekolah.\nPembelajaran secara bersemuka beserta latihan mengajar,\nDiploma ikhtisas untuk mengajar sekolah kerajaan atau swasta.\n\nSyarat Kemasukan\n\nTelah mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf kerajaan.\nPNGK tidak kurang daripada 2.00\nLulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nWarganegara Malaysia\n\n\n\nCara Permohonan\nLangkah Memohon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI 2022 (Mod Cuti Sekolah)\n1. Isi permohonan:\u00a0https://tinyurl.com/borangpendaftaranDPLI-UPSI2023\n2.\u00a0Semak no. Rujukan\u00a0https://t.me/K1DiplomaPendUPSI\n3. Hantar borang dan dokumen ke [email\u00a0protected]\nPermohonan masih DIBUKA\nLink Telegram : https://t.me/K1DiplomaPendUPSI\nTerima kasih atas perhatian\nMaklumat Lanjut\nBerminat? \nSila join telegram di bawah untuk sebarang hebahan maklumat: https://t.me/K1DiplomaPendUPSI\nSebarang pertanyaan, hubungi Pegawai Perhubungan Pelajar di talian 017-4294857 @ 017-5060857\nBaca juga: DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-tadika-di-malaysia/", "title": "Senarai Tadika Di Malaysia 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Tadika Di Malaysia \nSemua ibu bapa mahu memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak seawal usia 4 tahun. \nDisebabkan terlalu banyak pilihan, mungkin ada sesetengah ibu bapa yang keliru untuk memilih tadika terbaik buat anak-anak.\nBagi membantu para ibu bapa membuat pilihan terbaik, di sini kami ingin kongsikan senarai tadika berdaftar di Malaysia yang disyorkan ramai ibu bapa untuk anak mulakan sesi prasekolah.\nBaca Juga : Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2023 / 2024\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Tadika Di Malaysia 2023\n\n \n1. Tabika Perpaduan\n\n \n2. Tabika Kemas\n\n \n3. Tadika Q-Dees\n\n \n4. Tadika PASTI\n\n \n5. Smart Reader\n\n \n6. Tadika Little Caliph\n\n \n7. Tadika & Taska Brainy Bunch\n\n \n8. REAL Kids\n\n \n9. Tadika Genius Aulad\n\n\nSenarai Tadika Di Malaysia 2023\n1. Tabika Perpaduan\nTabika Perpaduan adalah salah satu tadika di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat bagi memenuhi keperluan masyarakat di bandar dan pinggir bandar.\nIa ditubuhkan sebagai persediaan anak-anak berusia 4 ke 6 tahun ke alam persekolahan sambil memupuk nilai perpaduan dan semangat bermasyarakat.\nAntara program pendidikan yang didedahkan di tabika Perpaduan adalah membaca, menulis, bercerita, permainan muzik, sukaneka, kelas fardhu Ain, lawatan sambil belajar dan sambutan pelbagai perayaan.\n\n\n\n\n\n\n\n2. Tabika Kemas\nTabika Kemas adalah pilihan terbaik bagi ibu bapa yang mencari tadika dengan kos pembelajaran rendah.\nKebanyakan guru-guru Kemas yang bertugas juga perlu menyertai kursus Guru Kemas dan berpengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak.\nMurid-murid berumur empat hingga enam tahun akan didedahkan dengan program pendidikan berkonsepkan \u2018belajar melalui bermain\u2019. \nKonsep yang diperkenalkan selaras dengan naluri semulajadi kanak-kanak yang ingin tahu, berani mencuba dan gemar bermain.\n\n3. Tadika Q-Dees\nTadika Q-Dees menjadi pilihan ramai ibu bapa bagi mendedahkan anak-anak pada pendidikan awal serta melatih sifat keyakinan kanak-kanak.\nKanak-kanak asuhan Tadika Q-Dees juga dilihat sentiasa bersemangat untuk belajar dan tidak rasa malu untuk bertanya.\nAntara pendekatan yang diperkenalkan kepada murid-murid adalah cara menyelesaikan masalah dengan baik. \nBagi pembelajaran bahasa, anak-anak akan diberikan panduan intonasi yang unik menerusi lagu.\n\n4. Tadika PASTI\nPASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan pusat Taska yang dimiliki oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).\nPASTI komited sebagai pusat asuhan awal kanak-kanak prasekolah yang fokus pada pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah sambil membimbing anak melakukan amalan yang mahmudah, terpuji serta meninggalkan perkara mungkar.\nSetiap murid akan mendapat pendidikan kurikulum yang selaras dengan matlamat Pendidikan Islam\u00a0daripada guru-guru yang terlatih.\nDi samping itu, tadika ini juga mendidik anak-anak untuk fasih membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, berzikir dan berdoa.\n\n5. Smart Reader\nSmart Reader menawarkan tiga program pendidikan iaitu Smart Reader Kids, Smart Reader Kids Mandarin dan Smart Reader Kids Islamic.\nRamai ibu bapa yang memilih program pendidikan Smart Reader Kids Islamic kerana ia memberi pendedahan yang baik kepada anak-anak dalam pendidikan Al-Quran, Jawi, Bahasa Arab, ibadah, English, Matematik, Seni dan Kraf, membaca dan sebagainya.\n\n6. Tadika Little Caliph\nThe Little Caliph fokus kepada teras perkembangan kanak-kanak menerusi konsep S.P.I.E.S iaitu :\n\nSpiritual\nPhysical\nIntellectual\nSocio-Emotionnal\n\nAntara pendekatan khusus yang diambil adalah :\n\nPenggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.\nNisbah guru dan pelajar yang rendah.\nMemantau perkembangan murid-murid berdasarkan kebolehan peribadi berbanding usia.\nMenggalakkan perkembangan anak-anak menerusi kerjasama ibu bapa dan tenaga pengajar.\nPerkembangan serta pembelajaran kokurikulum yang berterusan.\n\nLittle Caliph juga dikatakan menjadi pilihan ramai ibu bapa kerana persekitaran yang baik bagi pendidikan awal kanak-kanak dengan :\n\nPusat pendidikan berkonsepkan Islamik yang selesa, luas dan dilengkapi dengan hawa dingin.\nMempunyai taman permainan indoor yang luas\nKamera CCTV untuk keselamatan anak-anak.\n\n\n7. Tadika & Taska Brainy Bunch\nBrainy Bunch terkenal sebagai pusat pendidikan Montessori Islamik bertaraf dunia. \nTadika dan taska Brainy Bunch menawarkan Brainy SPICE iaitu konsep pendidikan berteraskan Bahasa Inggeris yang menyeluruh dari segi fizikal, agama, intelektual, kreatif dan emosional. \u00a0\nPendidikan Brainy Bunch juga menekankan perkembangan interpersonal terutamanya sifat kepimpinan serta keyakinan pada setiap anak-anak. \u00a0\n\n8. REAL Kids\nDengan pengalaman selama 35 tahun dan pengiktirafan pelbagai anugerah, REAL Kids juga merupakan satu lagi tadika pilihan ibu bapa bagi mendedahkan anak-anak kepada pendidikan awal.\nBagi mempersiapkan anak-anak ke pendidikan sekolah rendah, tadika ini memperkenalkan pelbagai konsep pendidikan terbaik dari serata dunia termasuk Multiple Intelligences, Project-Based Learning, Inter- Disciplinary Learning dan Play & Game Based Learning.\nKonsep ini dirancang serta direka berdasarkan penyelidikan, trend semasa dan seiring dengan Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (SKPK) dan Standard Prasekolah Antarabangsa. \u00a0\n\n9. Tadika Genius Aulad\nGenius Aulad menawarkan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencambah rasa ingin tahu di samping meningkatkan kualiti pergaulan dengan guru, rakan dan orang sekeliling.\nPelan Pelajaran ILOVE yang diperkenalkan oleh Tadika Genius Aulad dikemaskini setiap tahun bagi melatih anak-anak untuk mencapai prestasi cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.\n\nSemua tadika menawarkan keistimewaan tersendiri serta pendekatan pendidikan yang unik bagi perkembangan anak-anak sebagai persiapan melangkah ke Sekolah Rendah. \nSemoga perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa memilih tadika terbaik untuk pendidikan awal anak-anak.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-belanda/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Belanda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkuad bola sepak Belanda kembali ke Piala Dunia selepas terlepas edisi 2018 dan ketua jurulatih Louis van Gaal yakin mereka boleh membuat kejutan dan pergi jauh.\nBelanda telah berjaya mara ke tiga pusingan akhir Piala Dunia pada masa lalu, tetapi masih belum menjulang trofi yang diidam-idamkan kerana mereka telah kalah pada halangan terakhir setiap kali.\nMungkinkah ini masanya mereka menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kalinya?\nMereka perlu berhadapan dengan tuan rumah seperti Qatar, Ecuador dan Senegal dalam peringkat kumpulan terlebih dahulu jika mereka mahu melakukannya.\nFinalis 2010 ini mungkin tidak mempunyai kualiti seperti yang dimiliki oleh pasukan seperti Brazil dan Perancis, tetapi pastinya terdapat beberapa bakat menarik dalam skuad Belanda.\nBerikut ialah 26 pemain yang dipilih Louis van Gaal untuk pasukan bola sepak Belanda untuk Piala Dunia 2022 ini.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Onefootball\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Belanda\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Belanda\nPenjaga gol\nNamaKelabJustin BijlowFeyenoordRemko PasveerAjaxAndries NoppertHeerenveen\nBole dikataka posisi paling lemah skuad Belanda.\nJustin Bijlow nampaknya duduk di kedudukan terdepan untuk menyarung jersi No.1 sekali lagi, selepas kecederaan dan prestasi yang kurang memberangsangkan pada awal musim bermakna Van Gaal telah meneroka pilihan lain.\nJasper Cillessen yang merupakan pilihan pertama sebelum ini secara mengejutkan ditinggalkan sama sekali dan alternatif lai seperti Mark Flekken juga tidak berjaya.\nRemko Pasveer telah dipilih bersama Andries Noppert.\nPertahanan\nNamaKelabDenzel DumfriesInterJeremie FrimpongBayer LeverkusenMatthijs de LigtBayern MunichJurrien TimberAjaxVirgil van DijkLiverpoolStefan de VrijInterNathan AkeManchester CityDaley BlindAjaxTyrell MalaciaManchester United\nSkuad bola sepak Belanda secara tradisinya mempunyai banyak pilihan di bahagian belakang.\nTerdapat Virgil van Dijk di Liverpool, Matthijs de Ligt di Bayern Munich, Nathan Ake di Manchester City, Stefan de Vrij dan Denzel Dumfries di Inter dan Tyrell Malacia di Manchester United.\nDan itu tidak diambil kira generasi pertahanan muda yang berpotnsi tinggi..\nJurrien Timber menolak perpindahan ke Man Utd dan memihak untuk kekal lama di Ajax dan boleh dikatakan salah seorang pemain pertahanan muda terbaik dalam permainan.\nPemain tengah \nNamaKelabFrenkie de JongBarcelonaKenneth TaylorAjaxTeun KoopmeinersAtalantaMarten de RoonAtalantaSteven BerghuisAjaxDavy KlaassenAjaxXavi SimonsPSV\nZaman Wesley Sneijder dan Rafael van der Vaart sudah berlalu, tetapi itu tidak bermakna Oranje kekurangan kualiti di bahagian tengah.\nFrenkie de Jong kekal antara yang terbaik pada zamannya tanpa mengira perjuangannya di Barcelona \u200b\u200byang nampaknya tidak mempunyai kaitan dengan kemampuannya dan lebih-lebih lagi dengan keadaan kewangan kelab.\nDuo Atalanta, Teun Koopmeiners dan Marten de Roon mungkin bukan pemain yang paling hebat di sekeliling, tetapi tahu apa yang dijangkakan pada tahap tertinggi.\nDan kemudian ada pemain muda Eredivisie yang berpotensi seperti Kenneth Taylor dan Xavi Simons, yang kedua-duanya dipilih.\nSimons khususnya telah berada dalam prestasi yang menakjubkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan mempunyai faktor istimewa yang telah meyakinkan Van Gaal untuk memasukkannya.\nDonny van de Beek kekurangan masa bermain di Man Utd telah merugikan beliau kerana telah disisihkan, manakala pemain tengah Roma Georginio Wijnaldum tidak akan ke Qatar kerana patah kaki.\nRyan Gravenberch dari Bayern Munich juga telah digugurkan daripada skuad 26 pemain skuad bola sepak Belanda kali ini. \nPenyerang\nNamaKelabMemphis DepayBarcelonaSteven BergwijnAjaxCody GakpoPSVLuuk de JongPSVVincent JanssenAntwerpWout WeghorstBesiktasNoa LangClub Brugge\nMemphis Depay mungkin perlu berpuas hati dengan peranan yang sedikit di Barcelona berikutan ketibaan Robert Lewandowski, tetapi beliau kekal sebagai pilihan Gaal.\nWalau bagaimanapun, kekurangan masa permainan baru-baru ini kerana kecederaan adalah tidak ideal, dan dia tidak akan bermain dalam perlawanan pembukaan Oranje menentang Senegal.\nApabila cergas, Memphis berkemungkinan akan digandingkan dengan Steven Bergwijn di bahagian atas, yang telah menghidupkan semula kariernya di Ajax selepas mengharungi pengalaman buruk di Tottenham.\nPenyerang seperti Vincent Janssen, Luuk de Jong dan Wout Weghorst mungkin bukan pilihan yang terbaik, tetapi menawarkan sesuatu yang lain.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-midf/", "title": "Tawaran Biasiswa MIDF Untuk Pelbagai Peringkat Pengajian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Biasiswa MIDF Untuk Pelbagai Peringkat Pengajian\nSukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) kini menawarkan biasiswa bagi pelbagai peringkat pengajian.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui secara lebih lanjut mengenai biasiswa ini.\nBaca Juga :Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa MIDF\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nCalon perlulah kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 2 November 2022.\nSyarat Permohonan Biasiswa MIDF\nUntuk makluman, tawaran bagi biasiswa ini terbuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :\nTerbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bidang pengajian.PNGK minimum 3.23 atau setaraf dengannya di peringat pra-universiti (Asasi/Matrikluasi), Diploma atau tahun pertama Ijazah Sarjana Muda.Memperoleh 7A dalam SPM atau 2A dalam STPMBerumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonanAktif dalam bidang kokurikulum serta mempunyai sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi yang baik.Tidak menerima biasiswa daripada organisasi lainPemohon mestilah meneruskan pengajian secara sepenuh masa.\nCara Memohon\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan melalui laman web berikut :\nhttps://www.midf.com.my/\nSkrol ke bawah dan pilih MIDF Education Scholarship Programme 2022 untuk mula mengisi Google Form.\n\nDokumen Yang Diperlukan \nCalon Asasi/Matrikulasi\nCalon yang telah disenarai pendek \u00a0serta sedang melanjutkan pelajaran di peringkat asasi atau matrikulasi perlulah kemukakan dokumen seperti berikut :\nSalinan Kad Pengenalan\nSalinan Sijil Berhenti SekolahSalinan Sijil Testimoni Sekolah (sekiranya ada)Keputusan SPM/SPMVKeputusan akademik pra-universiti Asasi/Matrikulasi yang terbaru.Surat tawaran kemasukan ke universiti/kolej (sekiranya ada)Slip gaji terbaru (2022) ibu bapa atau penjaga dan/atauBorang J LHDN ibu bapa atau penjaga atau Surat Pengisytiharan Pendapatan (Income Declaration) bagi ibu bapa/penjaga yang tanpa pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau;Salinan Kad Pencen dan Slip Pencen terbaru (2022) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.Dokumen yang mengesahkan bantuan yang diterima calon daripada organisasi/badan lain (sekiranya ada).\nCalon Lepasan STPM\nCalon yang telah disenarai pendek perlulah kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan Kad PengenalanSalinan Sijil Berhenti SekolahSalinan Sijil Testimoni Sekolah (sekiranya ada)Salinan keputusan STPM 2022Slip gaji terbaru (2022) ibu bapa atau penjaga dan/atau;\nBorang J LHDN ibu bapa atau penjaga atau Surat Pengisytiharan Pendapatan (Income Declaration) bagi ibu bapa/penjaga yang tanpa pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau;Salinan Kad Pencen dan Slip Pencen terbaru (2022) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.Dokumen yang mengesahkan bantuan yang diterima calon daripada organisasi/badan lain (sekiranya ada).\nCalon Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama\n\u00a0Salinan Sijil Berhenti SekolahSalinan Sijil Testimoni Sekolah (sekiranya ada)Keputusan SPM/SPMV /\u2018O\u2019 Level / \u2018A\u2019 Level/ Matrikulasi / Asasi/ KolejSalinan tawaran kemasukan ke universiti/kolejDokumen yang menyatakan kos yuran daripada universiti/kolejKalendar akademik\nSlip gaji terbaru (2022) ibu bapa atau penjaga dan/atau ;Borang J LHDN ibu bapa atau penjaga atau Surat Pengisytiharan Pendapatan (Income Declaration) bagi ibu bapa/penjaga yang tanpa pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau;Salinan Kad Pencen dan Slip Pencen terbaru (2022) yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.Dokumen yang mengesahkan bantuan yang diterima calon daripada organisasi/badan lain (sekiranya ada).\nNota : Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel yang telah didaftarkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai biasiswa MIDF, sila e-mel ke alamat [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/borang-pelepasan-gadaian-bank-lppsa/", "title": "Pelepasan Gadaian Selepas Habis Bayar Pinjaman Bank / LPPSA (Borang 16N)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLoan rumah dah habis bayar dengan bank, tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan Pelepasan Gadaian Bank / LPPSA. \nWalaupun anda dah habis bayar loan rumah, tapi rumah itu tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.\nIni ramai orang tak tahu sebenarnya. \nMereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank diaorang terus dapat geran rumah daripada bank. \nLepas tu boleh simpan geran rumah tu. Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan Pelepasan Gadaian terlebih dahulu. \n\n\n\n\n\n\nKena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran.\nKemudian barulah rumah tu jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. Bukan rumah je tau. Kereta pun sama.\nDi sini kami kongsikan info daripada Nadia Izzati yang trending di Facebook tentang Urusan Pelepasan Gadaian yang perlu anda lakukan setelah selesai membayar pembiayaan bank / pinjaman.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Urusan Pelepasan Gadaian?\n\n \nUrusan Bagi Loan Bank\n\n \nUrusan Bagi Pinjaman LPPSA\n\n\nApakah Urusan Pelepasan Gadaian?\nIa adalah satu urusan antara pemilik rumah dengan bank peminjam untuk mengeluarkan nama bank daripada dokumen hakmilik.\nUntuk rumah yang dah ada geran atau title individu (Geran atau title dengan nama pemilik sendiri), proses ini dipanggil Pelepasan Gadaian atau Discharge of Charge (DOC).\nUntuk rumah yang belum ada geran atau title individu (Geran masih dengan nama pemaju, geran atau title individu belum dikeluarkan), proses ini dipanggil Deed of Receipt & Reassignment (DRR).\nAnda sebagai tuan tanah perlu mendapatkan penyaksian peguam pada borang Melepaskan Gadaian (Borang 16N) telah yang ditandatangai oleh Pegawai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)\u00a0dan\u00a0kebiasaannya anda akan dikenakan fi penyaksikan sebanyak RM100.00 hingga RM150.00 dengan syarat anda sendiri yang akan menguruskan transaksi dengan Pejabat Tanah.\nPada awal pengambil alihan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Borang 16N dikenakan bayaran setem sebanyak RM10.00 tetapi\u00a0sekarang tidak lagi. \nBorang tersebut hanya\u00a0 perlu dibawa ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk diendos Pengecualian diatas Borang 16N\u00a0tersebut.\nContoh Borang16N seperti di bawah:\n\nContoh / Kos Proses Pelepasan Gadaian\n\n\nBaca juga: LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman\nUrusan Bagi Loan Bank\nUntuk membuat Pelepasan Gadaian di bank, caranya adalah seperti berikut:\nDapatkan penyata baki hutang di Bank (boleh call dan maklumkan dulu).Sediakan bank draft berserta penyata baki hutang kepada bank.Bank akan tutup pinjaman dan bagi surat pengesahan penyelesaian hutang.Lantik peguam untuk uruskan pelepasan gadaian dengan bank.\nUrusan Bagi Pinjaman LPPSA\nBagi yang membuat pinjaman LPPSA, cara untuk membuat pelepasan gadaian adalah seperti berikut:\nDownload Borang Penyelesaian Hutang di laman web LPPSA.Pengembalian geran akan dilakukan menggunakan khidmat Poslaju mengikut alamat peminjam/peguam seperti yang tertera di dalam sistem. Jika terdapat perubahan alamat, sila hubungi pusat panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600.Sediakan bank draft ikut penyata baki hutang dan pos bersama Surat Penyelesaian Hutang ke LPPSA.LPPSA akan hantar Resit Penyelesaian Pinjaman Perumahan dan Borang Melepaskan Gadaian, Geran Rumah Asal dan Salinan Pendua Borang Gadaian (Borang 16A).Daftar dokumen Pelepasan Gadaian di Pejabat Tanah.\n(Boleh juga lantik peguam untuk urusan di atas).\nManakala bagi tuntutan baki insurans, surat yang sama telah dihantar kepada pihak insurans untuk tindakan lanjut. Sila berhubung terus dengan panel insurans/takaful yang telah dilantik oleh peminjam.\n*Sumber: Facebook Nadia Izzati\nBaca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB Dari RM55,000\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tuns-2023-plus/", "title": "TUNS / TUNS PLUS 2023 (Tabung Usahawan Negeri Sembilan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan TUNS Dan TUNS Plus Di Buka Semula Untuk Tahun 2023\nUntuk makluman para usahawan, 2 skim geran bantuan akan dibuka mulai 1 Februari 2023.\nInisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTUNS 2023\n\n \nTUNS PLUS 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTUNS 2023\nTUNS \u2013 Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan \n\nAPAKAH TUNS?\nTUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. \n\n\n\n\n\n\nOBJEKTIF\nObjektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini. \nDi samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.\nTUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. \nMelalui Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang bertemakan \u2018Melunas Janji Menggalas Harapan\u2019, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun kelima pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah\u00a0RM3\u00a0juta\nDi samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.\nTARIKH PERMOHONAN\n\n16 Januari 2023 \u2013 15 Februari 2023\n\nCARA PERMOHONAN TUNS 2023\nUsahawan mikro yang berkelayakan digalakkan untuk membuat permohonan segera.\nPemohon dinasihatkan untuk melengkapkan permohonan sebagaimana disyaratkan untuk mengelak permohonan tersebut ditolak diperingkat saringan awal.\nPermohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.\nKaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS. \nBaca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari\nTUNS PLUS 2023\nTUNS Plus \u2013 Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus : Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah Sehingga RM15,000 Untuk Usahawan Kecil Dengan Tempoh Bayaran Balik Maksima 5 Tahun\n\nSatu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembangunan sektor keusahawanan negeri adalah melalui program TUNS Plus iaitu Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah sehingga RM15,000 untuk Usahawan Kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 Tahun\nTARIKH PERMOHONAN\n\n1 Februari 2023\n\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.\nKaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS. \nBaca juga: Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022 (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD)\nMaklumat Lanjut\nUNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:EN. Shah Johan Bin Md SallehudinBahagian Pembangunan UsahawanPerbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,70710 Seremban, Negeri Sembilan.Tel : +606-761 6871Faks : +606-762 6291\nLaman Sesawang www.tuns.my akan mula menerima permohonan pada 16 Januari 2023 untuk TUNS dan 1 Februari 2023 untuk TUNS Plus.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spans-sabah/", "title": "SPANS Sabah: Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSPANS Sabah atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah merupakan sebuah organisasi yang menguruskan penjawat awam kerajaan negeri Sabah. \nOleh itu, segala proses pengambilan pekerja dan urusan berkaitan dengannya perlulah dilakukan melalui pihak SPANS.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah penubuhan SPANS Sabah\n\n \nFungsi & Objektif\n\n \nPendaftaran Akaun SPANS Sabah\n\n \nPermohonan Jawatan Kosong SPANS Sabah\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nSejarah penubuhan SPANS Sabah\nSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. \nSelepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.\nPelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. \n\n\n\n\n\n\nBagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. \nBagaimanapun tanggungjawab mutlak (Ultimate Responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.\nFungsi & Objektif \nFungsi SPANS adalah menguruskan perkara-perkara yang berikut:\n\nPelantikan; \nPengesahan Jawatan\nPemberian Taraf Berpencen\nKenaikan Pangkat\nPertukarandan\nKawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.\n\nObjektif penubuhan SPANS Sabah pula adalah memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.\nArtikel berkaitan: JPKA Sabah : Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)\nPendaftaran Akaun SPANS Sabah\nBagi semua individu dan orang awam yang ingin memohon jawatan melalui SPANS Sabah, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.\nUntuk mendaftarkan akaun, ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web rasmi SPANS di alamat https://espans.sabah.gov.my/index.php\nKlik \u201cOrang Awam\u201d pada bahagian menu di bahagian atas laman sesawang tersebut\nKlik pada tulisan \u201cPengguna Baru?\u201d\nLengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran yang disenaraikan\n\nRujuk manual : https://espans.sabah.gov.my/awam/panduan/awam_manual_pengguna.pdf\nPermohonan Jawatan Kosong SPANS Sabah\nDari semasa ke semasa, iklan jawatan kosong akan dipaparkan di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sekiranya terdapat kekosongan yang dibuka.\nUntuk melihat senarai jawatan kosong yang dibuka untuk permohonan, anda boleh melayari halaman Jawatan Kosong melalui pautan https://espans.sabah.gov.my/menu4.php\nUntuk memohon, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.\n\nArtikel berkaitan: WiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan Sabah\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Sabah, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian:\nURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH,Tingkat 3 dan 4, Blok B,Wisma MUIS,Peti Surat 10998,88811 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.\nNo Telefon: 088-255877 (PABX)No Faksilimie: 088-239345\nMasa : 8 Pagi \u2013 5 PetangWaktu Rehat : 1.00 Tengahhari \u2013 2.00 PetangCuti : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-haji-kwsp/", "title": "Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnak-anak muda terutamanya boleh mengambil peluang daftar Haji melalui KWSP tanpa sebarang bayaran deposit.\nMungkin ada antara pemegang akaun Tabung Haji di luar sana yang masih belum mendaftar haji kerana masih belum cukup wang dan masih muda.\nTetapi tahukah anda, sekiranya anda mendaftar Haji hari ini, anda mungkin perlu menunggu sehingga 20-30 tahun untuk mengerjakan ibadah tersebut kerana sistem pendaftaran haji adalah berdasarkan konsep \u201cMendaftar Dahulu, Didahulukan\u201d.\nJadi jika anda belum mendaftar, anda sangat digalakkan untuk daftar Haji melalui KWSP walaupun masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda.\nBerikut adalah syarat kelayakan dan cara daftar Haji melalui KWSP secara percuma tanpa perlu membayar deposit RM1,300 seperti pendaftaran Haji biasa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-syarat Daftar Haji Melalui KWSP\n\n \nCara Daftar Haji Melalui KWSP\n\n \n1. Print Penyata KWSP\n\n \n2. Daftar Haji Di Tabung Haji\n\n \n3. Dokumen Yang Diperlukan\n\n \n4. Pengesahan\n\n \nBagaimana Kalau Telah Mendaftar Haji?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat-syarat Daftar Haji Melalui KWSP\nAhli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia\nBeragama Islam\nSudah mempunyai akaun Tabung Haji\nJumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300\nBelum mencapai umur 55 tahun.\n\n\nCara Daftar Haji Melalui KWSP\nMelalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH boleh mendaftar Haji secara percuma dengan mengikuti langkah mudah ini.\n1. Print Penyata KWSP\nMula-mula kita perlu ada penyata KWSP.\nUntuk dapatkan penyata KWSP ni kita boleh pergi ke mana-mana kiosk KWSP atau print terus secara online melalui i-Akaun KWSP. \n2. Daftar Haji Di Tabung Haji\nKemudian, pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji dan tekan butang \u2018Daftar Haji\u2019 ketika mengambil nombor.\nPendaftaran haji juga boleh dilakukan di :\n\nKaunter Mudah Alih TH\nRakan Strategik TH (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic & CIMB Islamic)\nLaman web THiJARI \nHubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919\n\n3. Dokumen Yang Diperlukan\nAnda perlu mengemukakan dokumen berikut semasa membuat pendaftaran haji.\n\nKad pengenalan \nPenyata ahli KWSP \n\n4. Pengesahan\nSelepas tandatangan dan cop jari, anda akan diberi tahun giliran Haji.\nUrusan pendaftaran Haji anda telah selesai.\nNOTA: \nKemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP. \nIni bermaksud, tiada pengurangan wang dalam mana-mana akaun KWSP jika kita daftar Haji melalui KWSP.\nBagaimana Kalau Telah Mendaftar Haji?\nAhli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran Haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP masing-masing.\nJangan risau kerana tahun pilihan / peruntukan haji yang telah ditetapkan akan terus dikekalkan walaupun telah ditukar kepada skim pendaftaran Haji KWSP.\nDengan skim pendaftaran Haji KWSP ini juga, wang pendaftaran haji RM1,300 sebelum ini akan dicairkan.\nIni bermaksud, pendaftaran Haji dan giliran Haji tidak akan terbatal walaupun kita tidak mempunyai jumlah minimum iaitu RM1,300 dalam akaun Tabung Haji.\nJadi usah berlengah lagi, terus daftar Haji hari ini kalau dah cukup syarat.\nMakin lama kita tangguh, makin lambat giliran tunai haji nanti. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, Pendeposit TH boleh merujuk ke laman sesawang rasmi KWSP.\nSila follow medium berikut untuk sebarang pertanyaan dan update terkini tentang pendaftaran Haji melalui KWSP:\n\nOfficial : Lembaga Tabung Haji\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-pelepasan-cukai-2022-2023/", "title": "Senarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2022 LHDN (e-Filing 2023) \nPengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 dan Tahun Saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2023.\nLHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2022 untuk makluman semua pembayar cukai.\nBerikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bermula 1 Mac 2023 nanti.\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAdakah Anda Layak Dikenakan Cukai?\n\n \nSenarai Pelepasan Cukai 2022 (Untuk e-Filing 2023)\n\n \nApakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2022 / 2023\n\n\nAdakah Anda Layak Dikenakan Cukai?\nCukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.\nSeseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan\u00a0MELEBIHI\u00a0nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.\nSkop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.\nIndividu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.\n\n\n\n\n\n\nSebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.\nI) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI\nIndividu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.\nPengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira\u00a0pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan\u00a0asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut\u00a0tidak melebihi RM35,000.\nBerikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu\u00a0TIDAK DIKENAKAN CUKAI\u00a0mengikut jenis taksiran :\nJENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111Berasingan1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,1112. Berkahwin + 1 Anak\u00a0\u00a03. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444Bersama1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,0002. Berkahwin + 1 Anak50,0004,1673. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333\nNota:\n* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000\n** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak\n*** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000\nBaca juga: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama\nII) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI\nKeuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).\nPerniagaan terdiri daripada:\n\nMilikan Tunggal / Bekerja Sendiri\n\nIndividu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan\n\n\nPerkongsian\n\nMeliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :\n\nIndividu-individu\nDua syarikat\nIndividu dan syarikat\nIndividu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian\n\n\n\n\n\nContoh Perniagaan :\n\nPerniagaan Runcit\nPerniagaan Pasar Malam / Gerai\nPerniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)\nBidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk\nKomisen / Kelas Tuisyen / Penceramah\nPerniagaan Jualan Langsung / Stokis\nBidang Penulisan /\u00a0Youtuber / Blogger\nPertanian dan Penternakan\nKlinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional\nPemandu Teksi / e-hailing\n\nSenarai Pelepasan Cukai 2022 (Untuk e-Filing 2023)\n\nRujuk jadual penuh Pelepasan Cukai LHDN 2022 Untuk e-Filing 2023 : \nBil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)1Individu dan saudara tanggungan9,0002Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)8,000 (Terhad)3Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)4Individu kurang upaya6,0005Yuran pengajian (Sendiri):Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah \u2013 bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;Peringkat sarjana atau doktor falsafah \u2013 sebarang bidang atau kursus pengajianKursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri\u00a0(Terhad RM2,000)7,000 (Terhad)6Perbelanjaan perubatan bagi:Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) (Terhad RM1,000)8,000 (Terhad)7Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak.Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak8Gaya hidup \u2013 Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium; danBayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)2,500 (Terhad)9aGaya hidup \u2013 Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukanBayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997500 (Terhad)9bGaya hidup \u2013 Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan2,500 (Terhad)10Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali\u00a0setiap DUA (2)\u00a0tahun taksiran)1,000 (Terhad)11Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)12Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)\u00a0(Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022\u00a0TOLAK\u00a0jumlah pengeluaran dalam tahun 2022)8,000 (Terhad)13Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)14Suami / Isteri kurang upaya5,00015aAnak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,00015bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:\u2013 mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau\u2013 berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau \u2013 mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.\u2013 kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.8,00015cAnak Kurang upaya6,000Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. = RM 8,00016\u00a0Insuran nyawa dan KWSP\u00a0\u00a0Kategori penjawat awam berpencenPremium insurans nyawa yang tidak membuat caruman KWSP / skim yang diluluskan ATAU Kategori\u00a0SELAIN\u00a0daripada\u00a016(i) Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)7,000 (Terhad)17Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity)3,000 (Terhad)18Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)19Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017350 (Terhad)20\u00a0Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:\u2013 Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar\u00a0(Klik sini)\u00a0dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992\u2013 Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong\u2013 Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 19921,000 (Terhad)21Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)2,500 (Terhad)\nJADUAL PELEPASAN CUKAI 2022 UNTUK E-FILING 2023 / Sumber: https://www.hasil.gov.my/\n\n\n\n\nApakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai\nSetiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.\u00a0 \nIndividu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :\n\n\u00a0Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat\nLapor Pendapatan Tahunan\nBayar Cukai Pendapatan\n\nPermohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax.\nNOTA:\nPendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :\n\ndalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax,\u00a0https://mytax.hasil.gov.my\n\nDokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :\nPendaftaran secara e-Daftar :\n\nPasport bagi bukan warganegara Malaysia\nSijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)\n\nMaklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2022 / 2023\nSila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan Hasil Care Line untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2022 bagi memudahkan proses e-Filing 2023.\nHasil Care Line\n\n03-8911 1000\n603-8911 1100 (Luar Negara)\n\nRujukan Segera\n\nPenggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan)\n\n03-8911 1200\n\n\n\n\nPerniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian)\n\n03-8911 1300\n\n\ne-Filing\n\n03-8911 1400\n\n\nBantuan Khas Kerajaan / Bantuan Keluarga Malaysia\n\n1800-88-2747\n\n\n\nSekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana\u00a0Cawangan LHDNM\u00a0terdekat untuk mendapatkan bantuan.\nUntuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.\nSila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan\nPerhatian:\u00a0Untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada \u201cPertanyaan\u201d atau \u201cPermohonan\u201d.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/toyota-capital/", "title": "Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTOYOTA CAPITAL MALAYSIA Sdn. Bhd. ialah anak syarikat Toyota Financial Services Corporation (TFSC), yang mengkhususkan kepada kewangan kenderaan untuk Toyota Motor Corporation (TMC) di seluruh dunia.\nTFSC memberi tumpuan kepada menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Sehingga kini, TFSC telah berkembang ke 37 negara dan wilayah termasuk Amerika, Eropah, Afrika, Asia-Pasifik, China dan Jepun.\n\n\n\n\n\n\nTFSC telah ditubuhkan pada Julai 2000 sebagai syarikat induk untuk anak syarikat kewangan TMC yang menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan untuk menyokong penjualan kenderaan Toyota.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan yang ditawarkan\n\n \nAplikasi TCAP EZ Connect\n\n \nSemakan baki pinjaman Toyota Capital\n\n\nPerkhidmatan yang ditawarkan \nToyota EZ Beli Plan \u2013 Toyota EZ Beli ialah pelan Sewa Beli di mana anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah dalam 3 tahun pertama tempoh pinjaman dan meningkat secara sederhana sepanjang tempoh.Toyota Flexi Plan \u2013 Pelan Toyota Flexi ialah cara terbaik untuk memiliki kereta Toyota serba baharu kerana anda boleh mengurangkan jumlah faedah yang dibayar dan tempoh pinjaman dengan membuat pembayar tambahan apabila anda mampu. Toyota Drive Plan \u2013 Toyota Drive ialah produk pajakan Islam yang menawarkan banyak ciri dan faedah yang tidak terdapat dalam Sewa Beli.Al-Ijarah Thumma Al-Bai\u2019 (AITAB) \u2013 Pembiayaan kereta patuh Syariah berdasarkan prinsip pajakan (Ijarah) diikuti dengan penjualan (Al-Bai\u2019).Conventional Hire Purchase \u2013 Toyota Capital menawarkan kadar yang kompetitif di pasaran untuk mana-mana individu memiliki kereta idaman mereka.Commercial Vehicle Lease \u2013 Bagi pemilik perniagaan yang sibuk lyang menguruskan banyak kenderaan kegunaan komersial, ini adalah satu penyelesaian pajakan automotif yang menguruskan segala-galanya.\nAplikasi TCAP EZ Connect \n\nPihak Toyota Capital telah membangunkan aplikasi untuk telefon mudah alih yang dikenali sebagai TCAP EZ Connect untuk memudahkan pelanggan mereka membuat semakan baki pinjaman Toyota Capital mereka.\nAplikasi ini turut memuatkan pelbagai fungsi lain untuk setiap pelanggan Toyota Capital.\nUntuk memuat turun aplikasi TCAP EZ Connect ini, anda boleh memuat turun untuk telefon mudah alih Android atau iOS anda dengan melayari pautan di bawah ini:\nApp Store \u2013 Untuk pengguna iOSGoogle Play \u2013 Untuk pengguna Android\nSemakan baki pinjaman Toyota Capital\nUntuk membuat semakan baki pinjaman dengan Toyota Capital, ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun aplikasi TCAP EZ ConnectSila lakukan pendaftaran sekiranya anda pengguna baruSetelah selesai pendaftaran, buka aplikasi TCAP EZ Connect dan log masuk ke akaun andaPilih Account pada bahagian menuPillih Pinjaman/Loan untuk semakan baki pinjaman anda\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-alamat-tempat-mengundi-spr-online/", "title": "Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA TUKAR ALAMAT / TEMPAT MENGUNDI SPR ONLINE / MANUAL MELALUI PORTAL MYSPR\nPRU 15 bakal diadakan tidak lama lagi. Sudahkan anda membuat semakan tempat mengundi? Atau adakah anda ingin tukar tempat mengundi?\nMenurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, seseorang pengundi boleh menukar alamat dalam daftar pemilih SPR mengikut alamat terkini dalam kad pengenalan.\nMereka boleh berurusan dengan semua Pusat Pendaftaran dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dibenarkan oleh SPR untuk membuat pendaftaran tukar alamat atau membuat permohonan secara atas talian.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara tukar tempat mengundi untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBolehkah Pengundi Memohon Pertukaran Tempat Mengundi SPR?\n\n \nCara Mohon Tukar Alamat Tempat Mengundi\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBolehkah Pengundi Memohon Pertukaran Tempat Mengundi SPR?\nMengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru. \n\n\n\n\n\n\nPeraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.\n\nCara Mohon Tukar Alamat Tempat Mengundi\ni) Permohonan Tukar Alamat Tempat Mengundi Secara Manual\nPemilih boleh hadir di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Menara SPR, Putrajaya dengan membawa kad pengenalan.\nSelain hadir ke Pejabat SPR, anda juga boleh membuat kemaskini alamat SPR melalui Pejabat Pos.\n\nDalam perkongsian seorang pengguna di Facebook, beliau dan suami telah berjaya tukar tempat mengundi di Pejabat Pos sahaja. Mudah kan?\nKredit: Facebook Zulaika Mohd Yusof\n\u201cPergi je PEJABAT POS berdekatan, just beri IC nanti dia akan update di sistem SPR.\u201d \u2013 Zulaika Mohd Yusof\nii) Permohonan Tukar Alamat Mengundi SPR Online\nPemilih boleh membuat permohonan bertukar alamat mengundi melalui dalam talian di https://myspr.spr.gov.my\nLangkah-langkah pertukaran adalah seperti berikut:\nPERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA / PERTUKARAN STATUS\nSila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/loginLog masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.Anda akan menerima notifikasi \u201cBorang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia\u201d melalui e-mel.\nBerikut adalah contoh paparan notifikasi yang akan diterima melalui e-mel yang didaftarkan.\n\nPERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT DI MYKAD\nPengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.\nPemohon boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon pertukaran alamat pada MyKADPemohon perlu membawa dokumen sokongan sebagai bukti alamat baharu seperti bil utiliti / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan.Pemohon juga boleh menggunakan perjanjuan jual beli rumah / perjanjian / resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon.Pemohon adalah diingatkan untuk membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.\n*Sekiranya pemohon tidak mempunyai dokumen yang dinyatakan di atas, pemohon perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Ketua Kampung / Tuai Rumah / Penghulu / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan atau dokumen lain yang boleh membuktikan alamat terkini mereka.\n\nSila rujuk makluman dari JPN yang terkini dalam infografik di atas.\nNOTA:\nProsedur perubahan alamat adalah sama seperti pendaftaran baharu.\nPemilih perlu menunggu sehingga diwartakan untuk bertukar tempat mengundi.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk : \nMenara SPRNo.2, Jalan P2T, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 PUTRAJAYATel :\u00a0+603 8892 7200\u00a0Faks :\u00a0+603 8892 7001\u00a0Email :\u00a0[email\u00a0protected]\nPautan soalan lazim : https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/pendaftaran-pertukaran-alamat-dan-maklumat-dalam-daftar-pemilih\nBaca juga: \nMySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi BaruMySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bsh-bujang/", "title": "BSH Bujang: Permohonan Baru & Semak Status Kelulusan 2020", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi kategori bujang (BSH Bujang) untuk tahun 2020 telah dibuka dan boleh menerima sebanyak RM300 secara one-off.\nPermohonan BSH bujang boleh dilakukan mengikut butiran berikut. \nBaca juga: Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional RM1,600\nMelalui Bantuan Prihatin Rakyat, individu kategori bujang akan diberi bantuan RM500 hingga RM800.\nPembayaran yang dijadualkan pada akhir bulan April dan Mei diganti dengan pembayaran BPN.\n\n\n\n\n\n\nKesemua penerima BSH layak menerima BPN secara automatik tanpa perlu memohon.\nManakala baki BSH akan dibayar pada bulan Julai nanti.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pendaftaran / Kemaskini Maklumat\n\n \nNilai Pemberian BSH Bujang 2020\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan Status Bayaran\n\n \nKemaskini Maklumat BSH Bujang 2020\n\n \nTarikh Penerimaan\n\n \nTERKINI: Bayaran Ansuran BSH Bulan Mei Akan Diawalkan Ke Bulan Mac 2020\n\n \nMaklumat Lanjut:\n\n\nTarikh Pendaftaran / Kemaskini Maklumat\n1 Februari \u2013 15 Mac 2020\nNilai Pemberian BSH Bujang 2020\nRM300 secara \u2018one off\u2019 (sekali bayar) bagi yang menepati syarat kelayakan.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk BSH bujang adalah seperti di bawah :\nHad umur 40 tahun hingga 59 tahun sahajaPendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawahBagi yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk orang kurang upaya (OKU) sahaja\nSelain had umur di atas, pemohon bujang yang berusia 40 tahun ke bawah tidak layak memohon.\n\nCara Permohonan \nPendaftaran dan permohonan BSH bujang boleh dibuat secara manual dan online.\nBerikut adalah cara permohonan BSH Bujang 2020 secara online:\nLayari portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 https://bsh.hasil.gov.my Klik butang \u2018Permohonan Baru\u2019 Lengkapkan Maklumat Pemohon Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap Sahkan maklumat dengan mengisikan kod captcha dengan betulTandakan kotak pada perakuan pemohonKlik butang \u2018Hantar\u2019\n*Download Manual Panduan Pendaftaran di SINI.\nBagi pendaftaran secara manual, sila hadir ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\nSemakan Status Bayaran\nBagi menyemak status bayaran BSH Bujang, anda boleh mengikut langkah ini:\n Layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Pilih Menu SEMAKAN STATUS BAYARAN Sila masukkan NO. MYKAD Klik Butang CarianRuangan Captcha akan dipaparkan. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang SEMAK Status Bayaran Fasa 1 BSH 2020 akan dipaparkan. \nKemaskini Maklumat BSH Bujang 2020\nPerlu diingatkan, anda hanya perlu membuat permohonan dan kemaskini BSH bujang jika anda; \nBerumur 40 Tahun \u2013 59 Tahun Belum pernah membuat permohonan sebelum ini.Ingin membuat pertukaran maklumat/profil ( contoh alamat, no akaun, status, dll)Permohonan BSH 2019 yang tidak berjaya dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atauPermohonan Orang kurang upaya (OKU) yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020Jika anda termasuk dalam golongan ini, klik pautan di bawah ini dan baca maklumat lanjut permohonan BSH Bujang 2020\nPemohon\u00a0tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020\u00a0sekiranya:\nPermohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut: Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Penjagaan OKU, Bantuan OKU tidak berupaya bekerja, Bantuan Orang Tua\nPemohon\u00a0perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020\u00a0sekiranya: \nPemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020\nTarikh Penerimaan\nDibayar secara \u2018one-off\u2019 (sekali bayar) pada fasa ke-2.\nTERKINI: Bayaran Ansuran BSH Bulan Mei Akan Diawalkan Ke Bulan Mac 2020\nSeperti yang diumumkan dalam sebuah kenyataan terkini, Kerajaan akan membayar tambahan RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.\nSelain itu, bayaran\u00a0ansuran BSH\u00a0bulan Mei (fasa kedua) sebanyak RM200 juga akan diawalkan ke bulan Mac 2020.\nMaklumat Lanjut:\nOrang ramai yang mempunya pertanyaan lanjut berhubung BSH, boleh\u00a0menghubungi talian bebas tol, 1-800-88-2747 atau email kepada [email\u00a0protected] \n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-mykid-jpn/", "title": "Semakan MyKid JPN 2023 \u2013 Status & Permohonan Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDah buat semakan MyKid? Dengar kata ramai yang masih belum dapat ambil di JPN walaupun dah lama hantar permohonan.\nIni kerana terdapat kelewatan dalam memperolehi MyKid bagi bayi yang baru lahir.\nBerikut dikongsikan info terkini tentang permohonan MyKid dan semakan tarikh mendapatkannya daripada JPN.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid JPN bagi tahun 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyKid?\n\n \nKelebihan MyKid\n\n \nCara Permohonan MyKid\n\n \nSemakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi\n\n \nCara Semakan Status MyKid Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MyKid?\nMyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.\n\u201d My \u201d membawa maksud \u201cMalaysia\u201d manakala \u201d Kid \u201d pula adalah singkatan kepada \u201d Kad Identiti Diri \u201c. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.\n\n\n\n\n\n\nMykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:\n\nAplikasi JPN (data kelahiran)\nMaklumat kesihatan\nMaklumat pendidikan\n\n\nKelebihan MyKid\n1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta\n2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.\n3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil\n4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.\n5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.\n6. Bentuk cantik dan menarik\n\nCara Permohonan MyKid\nMyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.\nBerikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKid:\n\nSijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)\nDokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)\n\nSalinan IC bapa\nSalinan IC ibu\n\n\nSalinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir\n\nSemakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi\nUntuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut:\nhttps://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan\nBaca juga:\n\nPermohonan Rumah Harapan Rakyat (RHR) Tahun 2023 Dibuka\nBantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)\n\nCara Semakan Status MyKid Online\nUntuk semakan status permohonan online MyKid, sila rujuk pautan berikut:\nhttp://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/\nAnda boleh datang mengambil MyKid anak anda setelah status yang dipaparkan tertera seperti di bawah:\n\u2018Status Permohonan : MyKid sedia untuk diambil\u2019\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/\nIbu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,\u00a0No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.\u00a0Telefon: 03-8000 8000\u00a0 Faks: 03-8880 8288\u00a0Emel(@jpn.gov.my): pro\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eprasekolah/", "title": "ePrasekolah KPM: Permohonan Prasekolah Sesi 2024 / 2025", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2024 DIBUKA MULAI 1 MAC 2023 MELALUI PORTAL EPRASEKOLAH KPM\nPerhatian bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2023), anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.\nPermohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Tandakan siap-siap tarikh ni dalam kalendar ok!\n\nBerikut adalah info lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh permohonan, serta cara pendaftaran prasekolah melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFungsi Sistem ePrasekolah\n\n \nTarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2024\n\n \nSyarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2024\n\n \nKaedah Permohonan Prasekolah KPM 2024\n\n \nCara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM\n\n \n1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM\n\n \n2. Daftar & Login\n\n \n3. Lengkapkan Maklumat\n\n \n4. Kemaskini & Cetak\n\n \n5. Semak Status Permohonan\n\n \n6. Rayuan\n\n \nSemakan Keputusan Permohonan\n\n \nBantuan / Pertanyaan Lanjut\n\n\nFungsi Sistem ePrasekolah \nSelaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.\nSelain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:\n1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM\n\n\n\n\n\n\n\nBorang permohonan\nSemak dan kemas kini permohonan\nRayuan permohonan\n\n\n2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA\n\nPastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif\n\n3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH\n\nCarian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM\n\n4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN\n\nSemak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan\n\n\nTarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2024\nPermohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2023 Hingga 30 April 2023.\nBagi permohonan manual pula, permohonan boleh dibuat terus di sekolah tersebut dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.\nBagi murid tahun 1 juga, permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sekolah KPM boleh dibuat bermula 1 Mac 2022.\nSyarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2024\n\nKanak-kanak warganegara Malaysia sahaja\nKanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon.\n\nKaedah Permohonan Prasekolah KPM 2024\nPermohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;\n1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac hingga 30 April 2023 melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my\n2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.\n\n\nCara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM\nBagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:\n1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM\nLayari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2023)\n\n2. Daftar & Login\nPengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.\nHanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.\nPastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.\n\n\n\n3. Lengkapkan Maklumat\n\n Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa. \nPastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga\nPastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.\nPastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.\nPastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.\n\n\n\n\n4. Kemaskini & Cetak\nPermohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2023 berserta dokumen yang berkaitan.\nNOTA:\n\nKemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).\nPermohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.\nIbu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.\nSetelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.\nSekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.\n\n5. Semak Status Permohonan\nSemak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 Bermula 5 Ogos 2023. \nBagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran. \nBagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).\n\nNOTA:\nStatus adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;\n\nMenunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.\nTidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.\nDisahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.\nBerjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.\nTidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.\n\n6. Rayuan\nPermohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2023 (tertakluk kepada pindaan).\n\nBagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah\nBagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.\n\n\nSemakan Keputusan Permohonan\nSemakan keputusan permohonan ePrasekolah boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023.\nSemakan boleh dibuat di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my\nBagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.\nBantuan / Pertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/denda-pelitup-muka-tiada-sirim/", "title": "Pelitup Muka Diperakui SIRIM : Pengguna Tidak Dikenakan Kompaun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN PERLU PENANDAAN MS SIRIM\nDASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 : NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.\nPerkara ini adalah selaras dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan Penguatkuasaan SIRIM Pada Pelitup Muka Bukan Perubatan\n\n \nTarikh Penguatkuasaan\n\n \nDenda Jika Pelitup Muka Tiada Perakuan SIRIM\n\n\nTujuan Penguatkuasaan SIRIM Pada Pelitup Muka Bukan Perubatan\nPewartaan tersebut bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu. \nPewartaan tersebut juga berlandaskan prinsip semangat Keluarga Malaysia dalam usaha menjaga kesejahtraan rakyat di samping melindungi kepentingan pengguna.\nPenandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna. \nSumber infografik: BERNAMA\nMengenai isu kenaikan harga, SIRIM sudah memberi jaminan kos penandaan yang rendah akan dikenakan ke atas pengilang dan pengimport, yang tidak akan menjejaskan harga jualan runcit.\nBaca juga: \nKemaskini Tarikh Lahir Di MySejahtera Untuk Status Vaksinasi LengkapCara Pakai \u2018Double Face Mask\u2019 (Pelitup Muka Berganda) \u2013 KKM\nTarikh Penguatkuasaan \nPada awal pengumuman, tarikh penguatkuasaan pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh KPDNHEP adalah 4 Julai 2022.\nNamun setelah mendapat maklumbalas orang ramai, tarikh penguatkuasaan ini telah dianjakkan ke 1 JANUARI 2023.\nSumber video: KPDNHEP Laman Rasmi\nDenda Jika Pelitup Muka Tiada Perakuan SIRIM\nKegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.\nBagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.\nWalaubagaimanapun, KPDNHEP menjelaskan mengenai isu pengguna yang akan dikompaun sekiranya memakai pelitup muka tanpa penandaan SIRIM. \nYB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menegaskan bahawa tindakan ini hanya akan dikenakan ke atas PENGILANG DAN PENGIMPORT sahaja yang merupakan sebuah entiti syarikat ataupun individu yang merupakan pengilang atau pengimport. \nPengguna tidak akan dikenakan apa-apa tindakan sekiranya menggunakan pelitup muka bukan perubatan tanpa penandaan SIRIM.\nSumber: Bernama,\u00a0Astro Awani, KPDNHEP\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-tawaran-haji-2023/", "title": "Semakan Tawaran Haji 2023 / 1444H (THiJARI) Tabung Haji", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023. Sehubungan itu, pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana\u00a0tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.\nBagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan dan rayuan serta syarat-syarat menunaikan haji bagi bakal jemaah tahun 2023 / 1444H.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Semakan Tawaran Haji 2023\n\n \nCara Semakan Tawaran Haji Melalui THiJARI\n\n \nSyarat Menunaikan Haji 2023 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi\n\n \nCara Daftar Pengguna THiJARI\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Semakan Tawaran Haji 2023\nBakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui THiJARI pada hari Rabu, 22 Mac 2023 jam 12.00 tengah hari.\n\nCara Semakan Tawaran Haji Melalui THiJARI\nSemua bakal haji Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui laman web rasmi atau memuatnaik aplikasi THiJARI bagi tujuan tersebut.\n\n\n\n\n\n\nLangkah-langkah semakan adalah seperti berikut:\n\nLogin ke Portal THiJARI di pautan https://www.thijari.com.my\nPilih Menu PERKHIDMATAN HAJI\nKlik SEMAK TAWARAN HAJI \nAnda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini\n\n*Pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana\u00a0tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.\n\nSyarat Menunaikan Haji 2023 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1444H/2023 seperti tahun sebelumnya.\nWalaupun Malaysia kini menuju ke fasa endemik, kerajaan Malaysia harus menghormati keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik.\nKeputusan KKM dan\u00a0TH\u00a0mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan seperti musim haji 1443H/2022 adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan semua bakal jemaah haji Malaysia berada pada tahap kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.\n\nKriteria pemeriksaan kesihatan di bawah Garis Panduan ini antaranya menetapkan Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 40, penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil, tiada penyakit yang serius seperti kanser, penyakit paru-paru yang kronik dan sebagainya.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato\u2019 Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan kesihatan bakal haji merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama\u00a0TH\u00a0ke atas setiap bakal haji yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun.\n\u201cIbadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititik beratkan oleh semua bakal haji bermula di tanah air lagi.\nPemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik kerana ibadat haji melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia ,\u201d tambah beliau.\n\u201cSemasa di tanah suci, jemaah haji juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak, elakkan daripada berhubung dengan mereka yang bergejala dan menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 kendiri sekiranya mendapati diri bergejala\u201d tambah beliau lagi.\nPengarah Eksekutif Haji\u00a0TH, Dato\u2019 Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata saringan kesihatan yang ketat pada musim haji lalu adalah satu langkah yang berkesan apabila peratusan jemaah haji yang mendapatkan rawatan pesakit luar dan dimasukkan ke dalam wad amat rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.\n\u201cSelaras dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan KKM, setiap bakal jemaah haji Malaysia wajib menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor di klinik-klinik yang diiktiraf.\nCara Daftar Pengguna THiJARI\nJika anda masih belum berdaftar dengan portal THiJARI, sila ikuti\u00a03 langkah\u00a0berikut untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.\n\nDapatkan capaian melalui https://www.thijari.com.my (telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain).\nPendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.\nMemasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.\n\n\nBaca juga: Cara Daftar THiJARI & Semakan Penyata Tabung Haji Online\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan\u00a0TH, sila lawati https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-kwsp-majikan-pekerja/", "title": "Cara Daftar KWSP Bagi Majikan & Caruman Pekerja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN KWSP UNTUK PEKERJA & MAJIKAN\nBagi pekerja swasta, majikan bertanggungjawab untuk melakukan caruman KWSP bagi pekerja mereka sama ada di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan.\nPerkara ini ada dinyatakan dengan jela dalam peraturan Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991:\nTertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.\nMajikan yang culas atau dengan sengaja enggan melakukan caruman boleh didakwa mengikut undang-undang di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBila Majikan Perlu Daftar KWSP?\n\n \nSyarat Pendaftaran Majikan\n\n \nCara Daftar KWSP Untuk Pekerja Anda\n\n \nBorang & Pendaftaran KWSP Majikan Online\n\n \ne-Caruman KWSP Majikan\n\n \nKelebihan e-Caruman\n\n\nBila Majikan Perlu Daftar KWSP?\nSeksyen 41(1), Akta KWSP 1991. Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh mengambil pekerja. \nMajikan melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Contoh: Borang 49/Sijil Pendaftaran oleh SSM). Majikan akan diberi:\n\n\n\n\n\n\nNo. Rujukan MajikanSijil Pendaftaran MajikanNotis Pendaftaran Majikan\nSyarat Pendaftaran Majikan\nSyarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini adalah seperti berikut:\nBelum berdaftar sebagai Majikan KWSPTelah mempunyai pekerja yang bekerjaTelah berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSMSetiap maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pendaftaran mestilah SAMA dengan maklumat yang telah didaftarkan/direkodkan di SSM untuk pengesahan.\nCara Daftar KWSP Untuk Pekerja Anda\nCaruman KWSP pekerja hanya boleh dilakukan setelah majikan mendaftarkan pekerja mereka dengan pihak KWSP.\nPendaftaran pekerja ini boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:\nPendaftaran melalui akaun i-Akaun majikan \u2013 Boleh dilakukan secara online dan kaedah ini hanya terpakai bagi pekerja warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang mempunyai kad pengenalan 7 dan 12 digit sahaja.Pendaftaran secara automatik melalui borang caruman bulanan (Borang A) \u2013 menguncimasuk MyKad dan Nama Pekerja sepertimana yang dinyatakan dalam MyKadBorang di kaunter KWSPPendaftaran pekerja dengan MyKad \u2013 Pekerja perlu menghadirkan diri ke KWSP untuk pengesahan\nBorang & Pendaftaran KWSP Majikan Online\n\nKWSP 1 (MAJ)\nPermohonan Pendaftaran Majikan\n\nKWSP 1 (i)\nPendaftaran/Pengemaskinian maklumat i-Akaun\n\nKWSP 3\nPermohonan Pendaftaran Ahli\n\nKWSP 3A\nPermohonan Penyatuan Akaun Ahli\n\nKWSP 19\nSijil Pendaftaran Majikan\n\nPengemaskinian Maklumat Majikan\nPertukaran Nama/Alamat Majikan\n\n*Borang yang tidak dijumpai di dalam talian boleh di dapati di Kaunter KWSP ataupun sebagai notis kepada majikan.\ne-Caruman KWSP Majikan\nDengan kemajuan teknologi, majikan kini boleh melakukan caruman KWSP pekerja menggunakan kemudahan dalam talian yang disediakan oleh KWSP yang diberi nama e-Caruman.\nWalau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya tersedia bagi majikan yang sudah mendaftarkan akaun i-Akaun sahaja.\nSekiranya syarikat anda belum mempunyai akaun i-Akaun, maka anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. \nKelebihan e-Caruman\n\ne-Caruman semestinya lebih mudah bagi para majikan menguruskan caruman KWSP pekerja mereka dan berikut merupakan beberapa kelebihan menggunakan e-Caruman berbanding kaedah konvensional:\nCaruman boleh di buat bila-bila masa dan di mana juaCepat, selamat dan jimat kosKetepatan maklumat majikan dan ahliSemakan status transaksi secara atas talian (online)Mudah dan mesra pelangganSemakan dan pembetulan maklumat ahli yang tidak lengkap (CTML)Semakan caj lewat bayar/dividenMendaftar pekerja\nPermohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membuat Janji Temu Online atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pertanyaan lanjut.\nUntuk maklumat lanjut, sila layari halaman e-Caruman https://www.kwsp.gov.my/ms/employer/contribution/e-caruman\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-muet-online/", "title": "Pendaftaran MUET 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran MUET 2022, Semakan Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini & Keputusan Peperiksaan\nPerhatian buat calon yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET, pendaftaran MUET online kini boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).\nMalaysian University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan (MUET) mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).\nTujuan MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAdakah MUET Wajib Diambil?\n\n \nTarikh Peperiksaan MUET Setiap Tahun\n\n \nPendaftaran MUET Sesi 1 / 2022\n\n \nJadual Tarikh MUET 2022\n\n \nKadar Bayaran MUET\n\n \nCara Pendaftaran MUET Online 2022\n\n \nSemakan Keputusan MUET\n\n \nPengenalan MUET on Demand\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Pendaftaran MUET\n\n\nAdakah MUET Wajib Diambil?\nPeperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan.\nTarikh Peperiksaan MUET Setiap Tahun\nBermula pada tahun 2012, peperiksaan MUET ini dijalankan tiga (3) kali setahun dan dijangka akan berlansung pada bulan Mac, Julai dan November dimana tiada syarat khusus dikenakan untuk mengambil peperiksaan ini.\n\nPendaftaran MUET Sesi 1 / 2022\nPendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2021 akan dibuka dari 7 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022.\nBayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan https://muet.mpm.edu.my\nCalon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.\nPendaftaran adalah secara dalam talian (online). \n\n\n\n\n\n\nSila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau rujuk langkah di bawah untuk pendaftaran.\nhttps://www.mpm.edu.my/\nJadual Tarikh MUET 2022\nBerikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2021 Sesi 3 yang dikeluarkan oleh MPM.\n\nSila rujuk jadual di bawah:\nBILNAMA BORANG/DOKUMEN\u00a01Muat turun Jadual Waktu Ujian MUET Sesi 1 2022\u00a0Muat Turun\nBaca juga: e-Pengambilan PDRM 2022: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia\nKadar Bayaran MUET\nBayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:\n\u00a0Calon WarganegaraCalon Bukan WarganegaraYuran pendaftaranRM\u00a0 40.00RM\u00a0 120.00Yuran mata pelajaranRM\u00a0 60.00RM\u00a0 230.00JumlahRM 100.00RM\u00a0 350.00\nPembayaran Yuran Pendaftaran Calon Persendirian IndividuPembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian sahaja, iaitu melalui pautan https://muet.mpm.edu.my. \nPIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.\nPembayaran Yuran Pendaftaran Calon Sekolah/Institusi\ni. Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon sekolah/institusi adalah dengan membeli PIN MEC.\nii. PIN MEC boleh dibeli secara kaedah yang berikut.\na.Pembelian secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET sekolah/institusi di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.b.Pembelian oleh calon sekolah/institusi sendiri secara perbankan internet melalui pautan\u00a0https://mypay.com.my/web/mpm, dan PIN MEC tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET di sekolah/institusi masing-masing untuk pendaftaran secara dalam talian.Nota:\u00a0Caj tambahan bagi setiap pembelian nombor PIN MEC akan dikenakan (tertakluk kepada institusi perbankan).c.Bayaran pembelian PIN MEC yang dibuat oleh calon sekolah/institusi\u00a0tidak akan dikembalikan\u00a0sekiranya calon\u00a0gagal mendaftar\u00a0pada tarikh yang telah ditetapkan dan\u00a0tidak boleh digunakan lagi untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya.\nd. Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada\u00a0Penyata Pendaftaran MUET\u00a0untuk rujukan calon.\u00a0\u00a0\nCara Pendaftaran MUET Online 2022\nBerikut merupakan carta alir proses pendaftaran dan pengambilan MUET 2022. Pendaftaran akan berakhir pada 12 Januari 2022.\nCalon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online di laman sesawang MPM di :\nSila ke pautan https://muet.mpm.edu.my/registrationIsikan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakanBuat bayaran mengikut kaedah yang tertera\nBagi calon persendirian, sila rujuk langkah pendaftaran dalam infografik di bawah:\n\nRujuk manual pengguna selengkapnya di bawah ini:\nManual Pendaftaran Calon Persendirian\nSemakan Keputusan MUET\nKEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 2 TAHUN 2021\nUntuk makluman, keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 2 Tahun 2021 boleh disemak mulai 13 Januari 2022, Khamis 10.00 Pagi.\n\nSemakan boleh dibuat melalui kaedah berikut:\nKAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE\nMelalui pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/\n atau di pautan\u00a0http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/ \nKAEDAH 2 : SEMAKAN SMS\nMelalui SMS \nSila taipkan : MUETRESULTNo. KP \ndan hantar ke 15888.\nContoh: MUET RESULT 09050310xxx\nPengenalan MUET on Demand\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.\nPenawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.\nBerikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.\nYuran peperiksaan adalah sebanyak\u00a0RM250 untuk setiap ujian.Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.\nBaca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online\nMaklumat Lanjut Tentang Pendaftaran MUET \nUntuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia https://www.mpm.edu.my/ \natau\nhubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email\u00a0protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-rayuan-gkp-2-0/", "title": "Semakan Status Rayuan GKP 2.0 & Tarikh Pembayaran (Mulai 4 Februari)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan status kelulusan rayuan GKP 2.0 boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu\u00a0https://gkp.hasil.gov.my.\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh permohonan rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember tahun lalu.\nPerkara ini diumumkan oleh sebuah kenyataan media pada 3 Februari 2021 semalam.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pembayaran Rayuan GKP 2.0\n\n \nCara Semakan Status Rayuan GKP 2.0 & Maklumat Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Pembayaran Rayuan GKP 2.0\nUntuk makluman, tarikh bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) yang LULUS akan dibuat pada 5 Februari 2021.\nPembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat.\nCara Semakan Status Rayuan GKP 2.0 & Maklumat Pembayaran\nUntuk membuat semakan Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0, sila ikuti langkah berikut:\nLayari portal rasmi GKP:\u00a0https://gkp.hasil.gov.my/Account/LoginSila Log Masuk\u00a0seperti biasaMasukkan\u00a0ID PenggunaTekan kotak\u00a0SemakSelepas berjaya\u00a0login, maklumat berikut akan dipaparkan:NamaNombor MyKadStatus PermohonanStatus Permohonan\u00a0dan kelulusan anda akan dipaparkan.Maklumat Pembayaran juga akan dipaparkan, sama ada BERJAYA KREDIT atau GAGAL KREDIT.\n\nSelain GKP 2.0, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000 seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI.\nGKP Tambahan RM1,000 untuk negeri PKP ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.\nBaca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai status semakan Rayuan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).\nATAU\nLayari portal rasmi\u00a0https://gkp.hasil.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/thijari-tabung-haji-online/", "title": "THiJARI: Login, Daftar & Semakan Penyata Tabung Haji Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik bagi penyimpan Tabung Haji (TH), kini anda dah boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter melalui portal rasmi THiJARI.\nKalau sebelum ini mungkin kita hanya akan dapat mengetahui baki dengan menyemaknya di ATM atau secara manual dengan hadir ke kaunter TH.\nKini, Tabung Haji dah ada pun portal sendiri iaitu THiJARI yang membolehkan kita melakukan pelbagai urusan dengan mudah dan cepat seperti juga MyASNB.\n\nBaca juga : MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan Tabung Haji Online Yang Ditawarkan Di THiJARI\n\n \n1. Semakan Penyata, Urusan Simpanan & Pindahan\n\n \n2. Urusan Haji\n\n \n3. Kelab TaHa\n\n \nCara Daftar Tabung Haji Online Di Portal THiJARI\n\n \n1. Kemaskini Maklumat Ahli\n\n \n2. Layari Laman Web THiJARI\n\n \n3. Isikan Maklumat Peribadi\n\n \nPendaftaran Kelab TaHa / [email\u00a0protected]\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPerkhidmatan Tabung Haji Online Yang Ditawarkan Di THiJARI\nRangkaian perkhidmatan digital\u00a0THiJARI menyediakan pelbagai perkhidmatan Tabung Haji online yang amat memudahkan seperti:\n1. Semakan Penyata, Urusan Simpanan & Pindahan \nPelanggan Tabung Haji online\u00a0boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI.\nDi samping itu, kita boleh melakukan pindahan simpanan dari akaun\u00a0TH\u00a0ke akaun\u00a0TH\u00a0(akaun tanggungan dan pihak ketiga). \nHad amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:\n\nPindahan ke Akaun\u00a0TH\u00a0Persendirian (ke akaun\u00a0TH\u00a0anak bawah jagaan) \u2013 RM15,000.00 sehari\u00a0\nPindahan ke Akaun\u00a0TH\u00a0Pihak Ketiga (termasuk akaun\u00a0TH\u00a0yang telah di \u201cfavourite\u201d\u00a0kan) \u2013 RM5,000.00 sehari\n\nPengemaskinian profil juga boleh dilakukan. \nPendeposit boleh mendapatkan penyata\u00a0akaun Tabung Haji online bagi enam (6) bulan terkini.\nPenyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).\n\n\n\n\n\n\n2. Urusan Haji\nBagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan\u00a0Tabung Haji Online\u00a0boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.\nBagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji juga boleh didapati melalui portal ini.\nPelanggan\u00a0THiJARI\u00a0boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.\nBagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.\nMemang cukup memudahkan!\n3. Kelab TaHa\nPendaftaran Kelab Taha / [email\u00a0protected] boleh dilakukan melalui THiJARI.\nBagi ahli Kelab TaHa / [email\u00a0protected], penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/[email\u00a0protected] boleh dilakukan melalui portal THiJARI.\n\nCara Daftar Tabung Haji Online Di Portal THiJARI\nUntuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji online ini, sila ikuti langkah berikut:\n1. Kemaskini Maklumat Ahli\nPertama sekali, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli di kaunter TH (paling penting adalah maklumat nombor telefon bimbit).\nIni kerana nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. \nMaka, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses\u00a0log in\u00a0sistem THiJARI.\n\n*MAKLUMAN: Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui\u00a0www.thijari.com.my\u00a0tanpa perlu ke kaunter\u00a0TH. \n2. Layari Laman Web THiJARI\nDapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di \u00a0www.thijari.com.my.\nAnda boleh menggunakan telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain.\n3. Isikan Maklumat Peribadi\nPendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun\u00a0TH.\nSeterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. \nPendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. \n\n4. Cara Semak Akaun Tabung Haji Online Sendiri & Anak\nSebaik selesai mengisi maklumat peribadi, pendeposit boleh login semula dan terus menggunakan perkhidmatan THiJARI.\nHanya akaun\u00a0TH\u00a0dewasa sahaja yang boleh mendaftar THiJARI.\nNamun, akaun\u00a0TH\u00a0anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.\u00a0\nUntuk menyemak akaun anak melalui THiJARI, penjaga boleh menekan pada menu \u201cRingkasan Akaun\u201d.\n\n6. Semakan Penyata\nUntuk membuat semakan penyata, tekan pada nama pemegang akaun.\n\nKemudian klik pada pilihan Penyata Akaun seperti di atas.\n\nKlik muat turun PDF.\n\nPenyata anda akan dipaparkan.\nPendaftaran Kelab TaHa / [email\u00a0protected]\nJika ibu ayah mempunyai anak-anak yang berusia antara 7-17 tahun, anda boleh mendaftarkan Kelab TaHa untuk mereka melalui portal Tabung Haji online ini.\nPendaftaran Kelab [email\u00a0protected] pula dibuka bagi anak-anak berusia 18 hingga 25 tahun dan masih menuntut di IPTA/IPTS atau yang setaraf dengannya.\nAhli kelab ini mempunyai banyak manfaat oleh Tabung Haji.\nMereka juga akan diberi keutamaan serta berpeluang untuk menyertai :\u00a0\n\nLatihan amali/praktikal\nProgram-program kemasyarakatan.\nSukarelawan musim haji di dalam operasi haji tanah air\nMenyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah.\nDiskaun harga di rangkaian Rakan Kelab TaHa di seluruh malaysia.\n\nMenarik kan?\nJadi, jangan lupa daftarkan anak-anak sekali untuk Kelab TaHa / Kelab [email\u00a0protected] ini setelah anda berjaya mendaftar ThiJARI.\nMaklumat Lanjut\nSebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan\u00a0THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan\u00a0TH\u00a0yang berdekatan atau hubungi:\nTabung Haji Contact Centre (THCC)\nTelefon : +603 \u2013 6207 1919Faks : +603 \u2013 7728 4959Emel : [email\u00a0protected]SMS :\u00a0TH\u00a0< jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990*setiap jawapan akan dicaj RM0.50\nWaktu Operasi : 8:00 pagi \u2013 6:30 petang\u00a0(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)\nFollow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-uruguay/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Uruguay", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkuad bola sepak Uruguay layak ke Piala Dunia 2022 selepas menduduki tempat ketiga dalam kelayakan CONMEBOL di belakang Brazil dan Argentina.\nMereka mempunyai sejarah yang kaya pada kejohanan Piala Dunia, menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama pada 1930 dan seterusnya memenanginya selepas muncul juara ke atas Argentina pada perlawanan akhir.\nMereka memenangi trofi Jules Rimet kedua mereka pada tahun 1950 menyebabkan kekecewaan besar dengan menewaskan Brazil di Stadium Maracana di Rio de Janeiro.\nPada penyertaan terakhir mereka pada 2018, mereka ditewaskan oleh juara akhirnya Perancis pada suku akhir dan Diego Alonso dan anak buahnya berharap dapat meningkatkan prestasi kali ini.\nMereka telah ditempatkan dalam Kumpulan H bersama Portugal, Ghana, dan Korea Selatan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Uruguay\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Uruguay\nSumber: Sportskeeda Football\nPenjaga gol\nNamaKelabFernando MusleraGalatasaraySergio RochetNacionalSebastian SosaIndependiente\nPenjaga gol veteran Fernando Muslera sepatutnya menjadi penjaga gol pilihan pertama dalam skuad bola sepak Uruguay untuk Piala Dunia 2022. \nBeliau bermain untuk gergasi Turki, Galatasaray dan dengan lebih 130 caps antarabangsa atas namanya adalah pemain nombor satu yang tidak boleh dipertikaikan.\nSergio Rochet berada di tempat kedua, pemain berusia 29 tahun ini beraksi bersama Nacional dan dilantik sebagai penjaga gawang Uruguay pada pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia apabila pesaingnya itu mengalami kecederaan ligamen.\nPertahanan\nNamaKelabMartin CaceresLA GalaxyMatias VinaRomaRonald AraujoBarcelonaGuillermo VarelaFlamengoMathias OliveraNapoliJose JimenezAtletico MadridDiego GodinVelez SarsfieldJose Luis RodriguezNacionalSebastian CoatesSporting CP\nPasukan bola sepak Uruguay mempunyai barisan belakang yang luar biasa diketuai oleh kapten Diego Godin.\nBekas pemain Atletico Madrid itu digandingkan di tengah-tengah pertahanan oleh Jose Maria Gimenez, yang kini bermain di bawah kendalian Diego Simeone di ibu kota Sepanyol itu. Mereka disokong oleh Sebastian Coates dan Martin Caceres.\nRonald Araujo dari Barcelona mungkin terpaksa berpuas hati dengan tempat di bek kanan kerana dua slot bek tengah nampaknya terkunci.\nGuillermo Varela sepatutnya memberi saingan sengit kepada Araujo untuk tempat itu.\nMathias Olivera dari Napoli dan Mathias Vina dari Roma adalah dua pilihan utama untuk posisi bek kiri dan Alonso mempunyai kelebihan untuk bertukar antara kedua-duanya bergantung pada prestasi dan lawan.\nPemain tengah\nNamaKelabMathias VecinoLazioRodrigo BentancurTottenhamFederico ValverdeReal MadridLucas TorreiraGalatasarayFacundo PellistriManchester UnitedNicolas de La CruzRiver PlateManuel UgarteSporting CP\nAlonso menetapkan pasukannya sama ada dengan lima pemain tengah dengan dua pivot berganda atau empat pemain di bahagian tengah padang.\nRodrigo Bentancur dan Lucas Torreira biasanya bermain sebagai dua pemain tengah bertahan.\nFederico Valverde telah berada dalam prestasi cemerlang bersama Real Madrid dan tidak mengejutkan jika dia digunakan di kawasan padang yang lebih terkehadapan dan bukannya dari kedudukan yang dalam. \nMatthias Vecino dan Nicolas De La Cruz mungkin menemani pemain berusia 24 tahun itu di bahagian tengah.\nFacundo Pellistri dari Manchester United juga terpilih dalam senarai akhir skuad bola sepak Uruguay ini.\nPenyerang\nNamaKelabLuis SuarezNacionalDarwin NunezLiverpoolGiorgian De ArrascaetaFlamengoFacundo TorresOrlando CityAgustin CanobbioAthletico ParanaenseEdinson CavaniValenciaMaxi GomezTrabzonspor\nUruguay telah menghasilkan beberapa penyerang hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak mengejutkan apabila Piala Dunia 2022 mereka sekali lagi mempunyai salah satu kumpulan penyerang yang paling terkenal.\nWalaupun Luis Suarez berada di senja dalam kariernya, pemain berusia 35 tahun itu masih mempunyai bakat yang menjadi mimpi ngeri pemain pertahanan.\nBintang baharu ialah Darwin Nunez, yang sedang berkembang menjadi penyerang yang baik di bawah bimbingan Jurgen Klopp di Liverpool.\nEdinson Cavani adalah satu lagi pilihan untuk Alonso yang boleh menggunakan pengalamannya dalam Piala Dunia.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-mesra-rakyat-spnb/", "title": "Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)\u00a0adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).\nSejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.\nDalam artikel ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan serta cara membuat permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Rumah Mesra Rakyat?\n\n \nHarga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Rumah Mesra Rakyat\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Status Kelulusan\n\n \nTanggungjawab Pemohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Rumah Mesra Rakyat?\nProgram ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah\u00a0sehingga RM5,000\u00a0yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.\nSPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam lampiran di bawah.\n\nHarga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat\nKonsep binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.\nHarga RMR adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia.\nPemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.\nPendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.\nPemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.\nTanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.\nKeluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).\nTertakluk kepada peruntukan kewangan.\n\nNota :\n\n\n\n\n\n\n\nKeperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.\nBagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.\n\nCara Permohonan Rumah Mesra Rakyat\nPemohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual.\nBorang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.\nBagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:\n\nBUKA LAMAN WEB \u2013 Layari http://rmr.spnbonline.com.my\nKLIK PENDAFTARAN BARU \u2013 Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap\nPENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN \u2013 Kata laluan akan dihantar kepada pemohon\nLOG MASUK KE LAMAN UTAMA \u2013 Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR\nMELENGKAPKAN BORANG ONLINE \u2013 Isi maklumat ke dalam sistem\nSELESAI MENGISI BORANG ONLINE \u2013 Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang\nMAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB \u2013 Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan\n\n\nRujuk manual lengkap di pautan di bawah: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf\nManual_Pengguna_RMRDownload\nBaca juga: Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)\nSalinan kad pengenalan tuan tanah\nSalinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)\nSalinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru\nSlip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*\nSurat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*\nSurat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah\nSalinan sijil nikah pemohon\nBorang laporan tapak bergambar\n\nNOTA:\n\nSurat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A\nSPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa\n\nSemakan Status Kelulusan\nMengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. \nManakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.\nBagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.\nBaca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online \nTanggungjawab Pemohon\nPemohon Rumah Mesra Rakyat adalah bertanggungjawab untuk:\n\nMengisi dan melengkapkan borang permohonan\nMenyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi\nMenyediakan sumber bekalan air dan elektrik\nMembuat penyambungan bekalan utama ke bangunan\nMembuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, sila hubungi :\nIBU PEJABAT\nSyarikat Perumahan Negara BerhadTingkat 8, Wisma PerkesoJalan Tun Razak,50400 Kuala Lumpur.Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)E-mel: [email\u00a0protected]\nSENARAI CAWANGAN\nCAWANGAN KEDAHNo.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.Tel: 04-4500375 / 04-4500376Faks: 04-4500379E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN MELAKANo 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.Tel: 06-3369751 / 06-3369752Faks: 06-3369753E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN NEGERI SEMBILANNo 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350Faks: 06-601 3507E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN TERENGGANUNo.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.Tel: 09-6660010 / 09-6660054Faks: 09-6627312E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN PERAKNo.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.Tel: 05-5264188 / 05-5263876Faks: 05-5264319E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN PAHANGA-53 \u2013 G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.Tel: 09-573 3222Faks: 09-573 3666E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN JOHORLot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.Tel: 07-2259900 / 07-2259911Faks: 07-2223233E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN KELANTANNo. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545Faks: 09-7885545E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN SARAWAKLot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,93050 Kuching, Sarawak.Tel: 082-230032 / 082-240032Faks: 082-230055E-mail: [email\u00a0protected]\nCAWANGAN SABAHLot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.Tel: 088-791610 / 088-791612Faks: 088-791613E-mail: [email\u00a0protected]\nUntuk maklumat lanjut, sila layari\u00a0https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/rmr.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/murid-sekolah-rendah-tanpa-penggiliran-kpm/", "title": "Kehadiran Murid Sekolah Rendah Tanpa Penggiliran Mulai 17 April \u2013 KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKehadiran Murid Ke Sekolah Rendah Tanpa Penggiliran Mulai 17 & 18 April 2022\nSelepas KPM memperhatikan pengoperasian Sekolah Rendah pada 21 Mac dan Sekolah Menengah pada 4 April yang lalu, KPM telah membuat ketetapan bahawa murid sekolah rendah akan dibenarkan hadir ke sekolah TANPA PENGGILIRAN pada tarikh berikut:\n\n\n\n\n\n\nNegeri-negeri Kumpulan A \u2013 Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 17 April 2022 (Ahad)Negeri-negeri Kumpulan B \u2013 Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor : 18 April 2022 (Isnin)\nMenurut Dr Radzi, perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh pihak KPM dengan mengambil kira keselamatan muris-murid dan seluruh warga sekolah.\nPematuhan SOP yang ditetapkan adalah paling penting terutamanya apabila semua murid hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran.\nBeliau juga memohon kerjasama ibu bapa bagi memastikan pematuhan SOP ini dalam membantu kelancaran pengoperasian sekolah.\nRujuk video yang dikongsikan oleh Dr Radzi Jidin :\nSumber: Facebook Dr Radzi Jidin\nBaca juga: \nTakwim Persekolahan KPM Sesi 2022/2023Senarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-bil-elektrik/", "title": "Diskaun Bil Elektrik (PEMULIH): Kadar Kelayakan & Kaedah Pengiraan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini, pemberian diskaun bil elektrik pakej PEMULIH akan mula dimasukkan ke bil pengguna mulai Julai 2021.\nDiskaun bil elektrik ini akan diberikan kepada kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021:\n\nPengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya. \nBagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 \u2013 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.\n\n\n\n\n\n\nPelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021. \nDiskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.\nDiskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelayakan Diskaun Bil Elektrik PEMULIH\n\n \nKadar Pemberian Diskaun\n\n \nKaedah Pengiraan Diskaun\n\n \nPertanyaan Lanjut\n\n\nKelayakan Diskaun Bil Elektrik PEMULIH\nBerikut adakah jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil lektrik PEMULIH:\n\nPengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. \nDiskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.\nKadar Pemberian Diskaun\nMungkin anda tertanya-tanya berapakah kadar diskaun yang anda layak terima sama ada 40%, 15%, 10% atau 5%?\nBerikut jadual pemberian diskaun yang rasmi dari TNB:\n\nContoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM 77.00, maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15% ke atas bil mereka.\nKaedah Pengiraan Diskaun\nDiskaun bil elektrik dikira menggunakan formula berikut:\nFormula Pengiraan Diskaun = % Diskaun\u00a0 x\u00a0 [ Caj dalam RM (kW + kWj) + ICPT +\u00a0 Diskaun Lain (Sekiranya Ada) ]\nPeratusan penjimatan yang akan anda terima melalui pemberian diskaun ini adalah seperti berikut:\n\nPertanyaan Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian berikut:\nTNB CareLine di talian 1-300-88-5454; atauE-mel\u00a0[email\u00a0protected]; atauKedai Tenaga yang berdekatan.\nSumber: TNB\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-tuanku-canselor-biasiswa-umt-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD ~ Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini menawarkan 2 biasiswa yang boleh dipohon iaitu Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT).\nDua biasiswa ini ditawarkan khas buat pelajar PhD yang sedang menyambung pengajian di UMT.\nBaca Juga : Tawaran Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nObjektif Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT\n\n \nManfaat Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nSyarat Kelayakan Akademik\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan bagi kedua-dua biasiswa ini adalah pada 24 Mei 2022.\nObjektif Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT\nKedua-dua biasiswa ini ditawarkan bagi memenuhi objektif seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nMembiayai pelajar PhD yang berkelayakan, berminat dan berpotensi\u00a0 cemerlang dalam pengajian.Meningkatkan\u00a0 semangat dan daya saing di kalangan pelajar semasa mengikuti pengajian di UMT.Meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan UMT.\n\nManfaat Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT\nPenerima biasiswa bakal nikmati kemudahan tertentu yang disenaraikan seperti berikut :\ni) Biasiswa Tuanku Canselor (BTC)\nPenajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).Penajaan yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).Elaun bulanan sebanyak RM2,300.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).\nii) Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT)\nPenajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).Penajaan\u00a0 yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).Elaun Bulanan sebanyak RM1,600.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\ni) Oceanography and Marine Science\nMarine Ecosystem Health and ManagementPhysical and Geological OceanographyMaritime StudiesSatellite Oceanography and Remote SensingBiological OceanographyChemical Oceanography\nii) Aquaculture\nBreeding TechnologyAquaculture BiotechnologyAquaculture Nutrition of Aquatic OrganismsAquatic Animal HealthSoil and Water QualityAquaculture Engineering\niii) Marine Biotechnology\nGenomicDrug DiscoveryProteomic\niv) Sustainable Environment\nApplied InformaticsEnvironmental StudiesRenewable EnergyNatural Resource Valuation and ManagementBiodiversity And Conservation\nv) Food Security\nLivestockFishery Resources ManagementFood Science and ProductPost HarvestCrop Production\nvi) Socio-Economic Development\nSustainable TourismIsland and Peripheral CommunitySustainable Natural ResourcesHuman Resource Development\nSyarat Permohonan\nCalon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia.Pelajar sedang mengikuti Program Doktor Falsafah (PhD) di UMT mod\u00a0 penyelidikan secara sepenuh masa pada tahun pertama pengajian;Pelajar berstatus aktif.Tidak menerima sebarang gaji atau elaun atau lain-lain bayaran daripada mana-mana institusi dalam tempoh tajaan.Tidak menerima sebarang bantuan/biasiswa daripada mana-mana penaja dalam tempoh penajaan bagi tujuan pengajian Doktor Falsafah (PhD).Bidang pengajian dan penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam niche area UMT.\nSyarat Kelayakan Akademik\nSyarat kelayakan akademik yang ditetapkan adalah seperti berikut:\ni) BTC\nLepasan Sarjana (struktur penyelidikan)Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; danCGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama).Lepasan Sarjana (struktur kerja kursus)Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; danCGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); danCGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama)\nii) BUMT\nLepasan Sarjana (struktur penyelidikan)Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; danCGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama).Lepasan Sarjana (struktur kerja kursus)Telah menerbitkan sekurang-kurangnya 2 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; danCGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); danCGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama)\nCara Memohon\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan melalui langkah-langkah seperti berikut :\nMuat turun borang permohonan di pautan\u00a0https://drive.google.com/drive/folders/1KK58p4-TudMXIwrWI9_KJtlyP_GV6bY8.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Hantar borang permohonan ke Pusat Pengurusan Siswazah sebelum 24 Mei 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT, sila hubungi Puan Aizan di talian 09-6684393 atau email ke [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/calon-pru-15/", "title": "Senarai Calon Parlimen PRU 15 & Tumpuan \u2018Kerusi Panas\u2019", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n[RASMI] SENARAI CALON PRU 15 & CALON PERDANA MENTERI YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN SPR\nHari penamaan calon PRU 15 ditetapkan pada 5 November 2022.\nBerikut adalah rumusan ringkas setelah selesainya Hari Penamaan Calon pada 5 November 2022 (Sabtu).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRumusan Calon PRU-15 & Tumpuan \u2018Kerusi Panas\u2019\n\n \nCara Membuat Semakan Calon PRU15 Di Kawasan Anda Melalui Portal SPR\n\n \nCalon Perdana Menteri PRU15\n\n \nSenarai Parti Politik Di Malaysia\n\n \nGabungan Parti Politik Untuk PRU 15\n\n \nSenarai Penuh Calon PRU 15 (Parlimen)\n\n \nParti Keadilan Rakyat (PKR)\n\n \nDAP (Democratic Action Party Malaysia)\n\n \nBN (Barisan Nasional)\n\n \nPAS (Parti Islam Se-Malaysia)\n\n \nPN (Perikatan Nasional)\n\n \nParti Pejuang / GTA (Gerakan Tanah Air)\n\n\nRumusan Calon PRU-15 & Tumpuan \u2018Kerusi Panas\u2019\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 945 calon bertanding, 108 daripadanya calon Bebas.Tiada calon menang tanpa bertanding manakala enam borang pencalonan ditolak.Sebanyak 27 parti bertanding mewakili lima gabungan.Turut bertanding, PSM, PBM dan Warisan.Beberapa parti baharu juga diberi kepercayaan gabungan masing-masing untuk bertanding pada PRU15.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadapi saingan tiga penjuru dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen Bera yang disandangnya sejak 2004.Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk.Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga kekal bersaing di Langkawi.Begitu juga dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berdepan pertembungan empat penjuru di Marang.Manakala Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan pencabar dari BN dan PH bagi mengekalkan kerusi Pagoh.Di Parlimen Batu, bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua mencipta kejutan apabila bertanding sebagai wakil Bebas. Tian Chua berdepan pertembungan 10 penjuru, saingan tertinggi bagi PRU15.Turut menjadi tumpuan, pencalonan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib, masing-masing di Parlimen Arau dan Maran. Kedua-dua ahli UMNO itu bersaing atas tiket PN.Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee turut bertanding sebagai calon PN di Beluran.Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula mewakili PAS di Machang.2 bekas ahli PAS bertanding atas tiket BN : Datuk Che Abdullah Mat Nawi akan mempertahankan kerusi Tumpat manakala Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali di Kuala Nerus.Kerusi panas, Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Mereka berdepan dua lagi pencabar dari BN dan Pejuang.Parlimen Gombak pula memperlihat saingan mendebarkan lima penjuru antara calon PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan anak muridnya, Datuk Seri Amirudin Shari dari PH serta Datuk Megat Zulkarnain Omardin, BN. Juga Datuk Dr Aziz Jamaludin Mohd Tahir mewakili Pejuang dan calon bebas, Zulkifli Ahmad.Khairy Jamaluddin dicabar enam calon mewakili PN, PH, Pejuang, PRM serta dua calon Bebas untuk merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh.Kerusi Simpang Renggam juga panas apabila bekas Menteri Besar Johor mewakili BN, Datuk Seri Hasni Mohamad akan bertembung dengan calon PH, Dr. Maszlee Malik; Mohd Fazrul Kamat, PN dan Kamal Kusmin, Pejuang.Parlimen Kuala Selangor menyaksikan pertarungan sengit empat penjuru.Calon BN, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ditentang tiga pencabar masing-masing dari PN, Pejuang dan penyandang, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, PH.\nSumber : BERITA RTM\nSumber : tvstvmy\nBerikut adalah antara \u2018kerusi panas\u2019 yang bakal menjadi tumpuan dalam PRU-15 pada hari mengundi, iaitu 19 November 2022 nanti.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelamat berjuang untuk semua calon PRU 15 yang bertanding.\nBagi para pengundi, ini masanya untuk anda memilih.\nRayakan pesta demokrasi.\nTentukan pilihan anda untuk masa depan negara.\nAyuh mengundi demi Malaysia!\nTak tahu nak undi siapa? Jom lihat cara membuat semakan calon PRU15 yang bertanding di kawasan anda.\nCara Membuat Semakan Calon PRU15 Di Kawasan Anda Melalui Portal SPR\nBerikut dikongsikan cara untuk anda membuat semakan senarai calon dan parti politik yang bertanding di kawasan anda dalam PRU 15.\n\nLayari laman web SPR https://dashboard.spr.gov.my/#!/calonPilih NEGERIPilih DEWAN RAKYAT / DEWAN UNDANGAN NEGERIAnda akan dapat melihat nama calon dan parti yang telah didaftarkan dengan SPR seperti di bawah:\n\nCalon Perdana Menteri PRU15\nSetakat ini, beberapa parti dan gabungan politik telah menamakan calon perdana menteri masing-masing yang dianggap \u2018menyengat\u2019 dan berpengalaman.\nAntaranya :\nBarisan Nasional (BN) \u2013 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pakatan Harapan (PH) \u2013 Datuk Seri Anwar IbrahimPerikatan Nasional (PN) \u2013 Tan Sri Muhyiddin YassinPengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad yang \nUntuk makluman, walaupun calon sudah ditetapkan, namun kuasa melantik seorang Perdana Menteri masih tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan.\n\u201cIni bermakna walaupun ada pencalonan perdana menteri namun selagi tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, maka tidak boleh kita katakan sudah dilantik, sebaliknya ia sekadar menjadi paparan untuk kempen PRU dan aturan kepada pengundi,\u201d kata penganalisis politik Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof P. Sivamurugan.\nPengumuman calon perdana menteri oleh parti politik adalah indikator penting bagi menarik sokongan terutamanya pengundi atas pagar, apa lagi jika calon yang dipilih itu merupakan individu yang mempunyai personaliti dan reputasi tinggi.\nBeliau berkata dengan mengumumkan nama calon Perdana Menteri juga, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan wujudnya persepsi negatif dan menangkis bahawa parti politik itu tidak mempunyai hala tuju selepas menang PRU15.\n\u201cIa penting supaya memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pengundi, misalnya BN berulang kali mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri mereka kerana ada pihak yang cuba mempengaruhi persepsi dengan mengatakan calon perdana menteri adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walaupun beliau telah nafikan, namun ia tetap dijadikan bahan.\u201d\nSenarai Parti Politik Di Malaysia\nBerikut adalah nama parti yang akan diwakili oleh calon PRU 15 tahun 2022 ini.\n\n\nGabungan Parti Politik Untuk PRU 15\nPRU 15 akan melibatkan parti yang bergabung dengan parti lain untuk bertanding dan membentuk satu parti perikatan.\nAntara komponen parti gabungan dalam PRU15 yang telah diumumkan setakat ini adalah:\nBarisan Nasional (BN) : UMNO, MCA dan MICPakatan Harapan (PH) : PKR, Amanah dan DAPPerikatan Nasional (PN) : Bersatu, Gerakan dan PASGerakan Tanah Air (GTA) : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)\n\nSIMBOL-PARTI-YANG-BERDAFTAR-DENGAN-SPR-SEHINGGA-25-OKTOBER-2022Download\nSumber: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)\nSenarai Penuh Calon PRU 15 (Parlimen)\nBerikut adalah senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).\nP.001: PADANG BESAR1. Datuk Rushdan Rusmi (PN-PAS)2. Ko Chu Liang (Warisan)3. Datuk Zahidi Zainul Abidin (Bebas/IND)4. Datuk Zahida Zarik Khan (BN-UMNO)5. Mohamad Saad @ Yahya (PH-Amanah)\nP.002: KANGAR1. Zakri Hassan (PN-Bersatu)2. Datuk Fathul Bari Mat Jahya (BN-UMNO)3. Rohimi Shapiee (Warisan)4. Noor Amin Ahmad (PH-PKR)5. Nur Sulaiman Zolkapli (Pejuang)\nP.003: ARAU1. Fathin Amelina Fazlie (PH-PKR)2. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Calon Langsung/Direct Candidate)3. Datuk Rozabil Abd Rahman (BN-UMNO)\nP.004: LANGKAWI1. Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas/IND)2. Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Bersatu)3. Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang)4. Datuk Armishah Siraj (BN-UMNO)5. Zabidi Yahya (PH-Amanah)\nP.005: JERLUN1. Dr Abd Ghani Ahmad (PN-PAS)2. Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (Pejuang)3. Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (PH-PKR)4. Datuk Othman Aziz (BN-UMNO)\nP.006: KUBANG PASU1. Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail(PN-Bersatu)2. Mohd Aizuddin Ariffin (PH-PKR)3. Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang)4. Datuk Hasmuni Hassan (BN-UMNO)\nP.007: PADANG TERAP1. Razali Lebai Salleh (Pejuang)2. Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-UMNO)3. Muaz Abdullah (PH-Amanah)4. Nurul Amin Hamid (PN-PAS)\nP.008: POKOK SENAbr>1. Noraini Md Salleh (Warisan)2. Datuk Ahmad [email\u00a0protected] (PN-PAS)3. Noran Zamini Jamaluddin (BN-UMNO)4. Datuk Mahfuz Omar (PH-Amanah)\nP.009: ALOR SETAR1. Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat (Pejuang)2. Afnan Hamimi Taib Azamuddin (PN-PAS)3. Fadzil Hanafi (Warisan)4. Simon Ooi Tze Min (PH-PKR)5. Nordin Yunus (Bebas/IND)6. Sofan Feroza Md Yusup (Bebas/IND)7. Tan Chee Hiong (BN-MCA)\nP.010: KUALA KEDAH1. Dr Azman Ismail (PH-PKR)2. Syed Araniri Syed Ahmad (Warisan)3. Ulya Aqamah Husamudin (Pejuang)4. Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-PAS)5. Datuk Dr Mashitah Ibrahim (BN-UMNO)\nP.011: PENDANG1. Datuk Awang Hashim (PN-PAS)2. Datuk Zulkifly Mohamad (PH-PKR)3. Abdul Rashid Yob (Pejuang-Gagasan Bangsa)4. Datuk Suraya Yaacob (BN-UMNO)\nP.012: JERAI1. Zulhazmi Shariff (PH-DAP)2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (BN-UMNO)3. Sabri Azit (PN-PAS)4. Datuk Nizam Mahshar (Pejuang-Gagasan Bangsa)\nP.013: SIK1. Maizatulakmam Othman @ Ibrahim (BN-UMNO)2. Datuk Latipah Md Yatim (PH-Amanah)3. Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-PAS)\nP.014: MERBOK1. Khairul Anuar Ahmad (Warisan)2. Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin (BN-UMNO)3. Nor Azrina Surip (PH-PKR)4. Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Bersatu)5. Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak (Pejuang-IMAN)\nP.015: SUNGAI PETANI1. Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-PKR)2. Tan Chow Kang @ Tan Joon Long (PRM)3. Datuk Marzuki Yahya (Pejuang)4. Dr Robert Ling Kui Ee (PN-Bersatu)5. Datuk Shahanim Mohamad Yusoff (BN-UMNO)\nP.016 BALING1. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN)2. Cikgu Johari Abdullah (PH)3. Lt Kol (B) Basir Ab Rahman (PEJUANG)4. Ustaz Hassan Saad (PN)\nP.017: PADANG SERAI1. Hamzah Abd Rahman (Pejuang-Putra)2. M. Karupaiya (PH-PKR)3. Datuk C. Sivaraj (BN-MIC)4. Datuk Azman Nasrudin (PN-Bersatu)5. Mohd Bakhri Hashim (Warisan)6. Sreanandha Rao (Bebas/IND)\nP.018 KULIM BANDAR BAHARU1. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH)2. Cikgu Roslan Hashim (PN)3. Mohd Yusrizal Yusoff (PEJUANG)4. Datuk Muhar Hussain (BN)\nP.019: TUMPAT1. Khairul Azuan Kamarrudin(Warisan)2. Datuk Mumtaz Md Nawi(PAS)3. Che Muhammad Asemari Che Ali(Putra)4. Wan Mohd Johari Wan Omar(PH-Amanah)5. Datuk Che Abdullah Mat Nawi(BN-Calon Langsung)\nP.020: PENGKALAN CHEPA1. Mohamad Redzuan Razali(Bebas/IND)2. Nik Faizah Nik Othman(PH-Amanah)3. Wan Ahmad Nasri Wan Ismail(Putra-Pejuang)4. Datuk Ahmad Marzuk Shaary(PAS)5. Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin(BN-UMNO)\nP.021: KOTA BHARU1. Datuk Seri Takiyuddin Hassan(PAS)2. Dr Hafidzah Mustakim(PH-Amanah)3. Datuk Seri Rosmadi Ismail(BN-UMNO)4. Andy Tan @ Awang(PRM)5. Datuk Dr Che Musa Che Omar(Putra)6. Izat Bukhary(Bebas)\nP.022: PASIR MAS1. Datuk Husam Musa(PH-Amanah)2. Ahmad Fadhli Shaary(PAS)3. Datuk Ab Ghani Harun(BN-UMNO)4. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif(Putra)\nP.023: RANTAU PANJANG1. Datuk Dr Ibrahim Ali(Putra)2. Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff(PAS)3. Mohd Zain Ismail(PRM)4. Zulkarnain Yusoff(BN-UMNO)5. Wan Shah Jihan Wan Din(PH-Amanah)\nP.024: KUBANG KERIAN1. Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah(PH-Amanah)2. Mohamad Rizal Razali(Putra-Pejuang)3. Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi(BN-UMNO)4. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man(PAS)\nP.025: BACHOK1. Mohd Syahir Che Sulaiman(PAS)2. Nor Azmiza Mamat(PH-PKR)3. Mohd Zulkifli Zakaria(Bebas/IND)4. Kamarul Azam Osman(Putra)5. Datuk Mohd Zain Yasim(BN-UMNO)\nP.026: KETEREH1. Rahimi L Muhamud(PH-PKR)2. Marzuani Ardila Ariffin(BN-UMNO)3. Mejar Jen (B) Datuk Khlir Mohd Nor(PAS-Bersatu)4. Hanif Ibrahim(Putra)\nP.027: TANAH MERAH1. Bakri @ Mohd Bakri Mustapha(BN-UMNO)2. Mohamad Suparadi Md Noor(PH-PKR)3. Mohd Nasir Abdullah(Putra)4. Nik Sapeia Nik Yusof(Bebas/IND)5. Datuk Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz(PAS-Bersatu)\nP.028: PASIR PUTEH1. Kapten (B) Wan Marzudi Wan Omar(Putra-Pejuang)2. Datuk Zawawi Othman(BN-UMNO)3. Muhammad Husain(PH-Amanah)4. Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh(PAS)\nP.029: MACHANG1. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub(BN)2. Mejar (B) Muhamad Seman (PUTRA)3. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PAS)4.Rosli Allani S Abdull Kadir (PH)\nP.030: JELI1. Dr Muhammad Daud(Putra)2. Zahari Kechik(PAS-Bersatu)3. Norwahida Patuan(BN-UMNO)4. Md Radzi Wahab(PH-Amanah)\nP.031: KUALA KRAI1. Abdul Latiff Abdul Rahman(PAS)2. Datuk Mohamed Zulkepli Omar(BN-UMNO)3. Norashikin Che Omar(Putra-Pejuang)4. Mohd Hisyamuddin Ghazali(PH-Amanah)\nP.032: GUA MUSANG1. Tengku Razaleigh Hamzah(BN-UMNO)2. Datuk Mohd Azizi Abu Naim(PAS-Bersatu)3. Dr Samsu Adabi Mamat(Putra-Pejuang)4. Asharun Uji(PH-PKR)\nP.033: BESUT1. Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh(PAS)2. Datuk Wan Nazari Wan Jusoh(Pejuang)3. Abd Rahman @ Abd Aziz Abas(PH-Amanah)4. Datuk Nawi Mohamad(BN-UMNO)\nP.034: SETIU1. Abdul Rahman Mat Yasin(BN-UMNO)2. Shaharizukirnain Abd Kadir(PAS)3. Mohamad Ngah(PH-PKR)4. Wan Adnan Wan Ali(Pejuang)\nP.035: KUALA NERUS1. Datuk Dr Alias Razak(PAS)2. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliBN-Calon Langsung/Direct Candidate3. Azaha Wahid(Pejuang-Putra)4. Datuk Seri Suhaimi Hashim(PH-Amanah\nP.036: KUALA TERENGGANU1. Datuk Dr Alias Razak(PAS)2. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliBN-Calon Langsung/Direct Candidate3. Azaha Wahid(Pejuang-Putra)4. Datuk Seri Suhaimi Hashim(PH-Amanah)\nP.037: MARANG1. Tan Sri Abdul Hadi Awang(PAS)2. Jasmira Othman(BN-UMNO)3. Zarawi Sulong(Pejuang-Putra)4. Azhar Ab Shukur(PH-Amanah)\nP.038: HULU TERENGGANU1. Datuk Rozi Mamat(BN-UMNO)2. Mohd Khadri Abdullah(Pejuang-Putra)3. Datuk Rosol Wahid(PAS-Bersatu)4. Alias Ismail(PH-PKR)\nP.039: DUNGUN1. Ghazali Ismail(Bebas/IND)2. Noraisah Hasan(Pejuang)3. Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad(PH-PKR)4. Nurhisam Johari(BN-UMNO)5. Wan Hassan Mohd Ramli(PAS)\nP.040: KEMAMAN1. Rosli Ab Ghani (Pejuang)2. Che Alias Hamid(PAS)3. Datuk Seri Ahmad Said(BN-UMNO)4. Hasuni Sudin(PH-PKR)\nP041 KEPALA BATAS1. Dr Siti Mastura Mohamad (PN)2. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN)3. Danial Abdul Majed (PH+MUDA)\nP.042 TASEK GELUGOR1. Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN)2. Muhammad Yusoff Mohd Noor (BN)3. Abdul Halim Sher Jung (GTA)4. Razak Ridzuan (PH)5. Mohd Akmal Azhar (WARISAN)\nP.043: BAGAN1. Dr Tan Chuan Hong(BN-MCA)2. Lim Guan Eng(PH-DAP)3. Oh Teik Choon(PN-Bersatu)4. Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar(Pejuang-IMAN)\nP.044: PERMATANG PAUH1. Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN-UMNO)2. Muhammad Fawwaz Mohamad Jan(PN-PAS)3. Mohd Nasir Othman(Pejuang-Putra)4. Nurul Izzah Anwar(PH-PKR)\nP.045: BUKIT MERTAJAM1. Sim Chee Keong(PH-DAP)2. Tan Yang Pang (BN-MCA)3. Koh Tien Yew(PN-PAS)\nP.046: BATU KAWAN1. Lee Ah Leong(PRM)2. Chow Kon Yeow(PH-DAP)3. Datuk Tan Lee Huat (BN-MCA)4. Wong Chia Zhen(PN-Gerakan)5. Ong Chin Wen(Warisan)\nP.047: NIBONG TEBAL1. Fadhlina Sidek(PH-PKR)2. Datuk Dr Mansor Othman(PN-Bersatu)3. Datuk Seri Thanenthiran Ramankutty(BN-MMSP)4. Goh Kheng Huat(Bebas/IND)\nP.048: BUKIT BENDERA1. Syerleena Abdul Rashid(PH-DAP)2. Teh Yee Cheu(PRM)3. Hng Chee Wey(PN-Gerakan)4. Huan Xin Yun(BN-PCM)5. Razalif Mohamad Zain(Bebas/IND)\nP.049: TANJONG1. Lim Hui Ying(PH-DAP)2. Tan Kim Nee(BN-MCA)3. H\u2019ng Khoon Leng(PN-Gerakan)\nP.050: JELUTONG1. Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji(PH-DAP)2. Datuk Baljit Singh Jigiri Singh(PN-Gerakan)3. Koh Swee Yong(PRM)4. Mohamed Yacoob Mohamed Noor(Bebas/IND)5. Datuk Loganathan Thoraisamy(BN-IPF)6. Lim Huat Poh(Warisan)\nP.051: BUKIT GELUGOR1. Thinagaranabhan Padmanabhan(PN-Bersatu)2. Ramkarpal Singh Karpal Singh(PH-DAP)3. Wong Chin Chong(BN-MCA)\nP.052: BAYAN BARU1. Saw Yee Fung(BN-MCA)2. Ooi Chuan Aun(Warisan)3. Ravinder Singh Mall Singh (PRM)4. Kan Chee Yuen(Bebas/IND)5. Sim Tze Tzin(PH-PKR)6. Oh Tong Keong(PN-Gerakan)\nP.053: BALIK PULAU1. Datuk Shah Headan Ayoob Shah(BN-UMNO)2. Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik(PH-PKR)3. Datuk Seri Johnny Ch\u2019ng Ewe Gee (Bebas/IND)4. Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid(PN-Bersatu)5. Datuk Seri Sabaruddin Ahmad(Bebas/IND)6. Fazli Mohammad(Pejuang)\nP.054: GERIK1. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (BN-UMNO)2. Fathul Huzir Ayob (PN-Bersatu)3. Ahmad Tarmizi Mohd Jam (PH-DAP)\nP.055 LENGGONG1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO)2. Jurey Latiff Mohd Rosli (PH-PKR)3. Muhamad Rif\u2019aat Razman (PN-PAS)\nP.056: LARUT1. Auzaie Fadzlan Shahidi (Pejuang-Berjasa)2. Zolkharnain Abidin (PH-Amanah)3. Mohd Shafiq Fhadly Mahmud (BN-UMNO)4. Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Bersatu)\nP.057: PARIT BUNTAR1. Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa (PH-Amanah)2. Imran Mohd Yusof (BN-UMNO)3. Rohijas Md Sharif (Pejuang)4. Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-PAS)\nP.058: BAGAN SERAI1. Datuk Idris Ahmad (PN-PAS)2. Ahmad Luqman Ahmad Yahaya (Pejuang)3. Zul Helmi Ghazali (BN-UMNO)4. Siti Aishah Shaik Ismail (PH-PKR)\nP.059: BUKIT GANTANG1. Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bersatu)2. Mohd Shukri Mohd Yusoff (Pejuang)3. Fakharuldin Mohd Hashim (PH-Amanah)4. Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (BN-UMNO)\nP.060: TAIPING1. Neow Choo Seong(BN-MCA)2. M. Mohganan (Bebas/IND)3. Wong Kah Woh(PH-DAP)4. Datuk See Tean Seng(PN-Gerakan)5. Dr A. Rama Moorthy @ Steven Ram(Bebas/IND)6. Leow Thye Yih(Bebas/IND)\nP.061: PADANG RENGAS1. Kapten Azahari Hasan(PN-Bersatu)2. Datuk Mohd Arrif Abdul Majid(BN-UMNO)3. Muhammad Kamil Abdul Munim(PH-PKR)\n\n\n\n\n\n\nP.062 SUNGAI SIPUT1. R. Indrani (Bebas/IND)2. Baharudin Kamarudin (Bebas/IND)3. Tan Sri S.A. Vigneswaran (BN-MIC)4. S. Kesavan (PH-PKR)5. Ahmad Fauzi Mohd Jaafar (Pejuang)6. N. Rajah (Bebas/IND)7. Datuk Seri G. Irudianathan (PN-Bersatu)\nP.063: TAMBUN1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-PKR)2. Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN-UMNO)3. Abdul Rahim Tahir (Pejuang-Calon Langsung/Direct Candidate)4. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN-Bersatu)\nP.064: IPOH TIMOR1. Nor Afzainizam Salleh (PN-BERSATU)2. Ng Kai Cheong (BN-MCA)3. Lee Chuan How (PH)\nP.065: IPOH BARAT1. Low Guo Nan (BN-MCA)2. M. Kulasegaran (PH-DAP)3. Chek Kwong Weng (PN-Gerakan)4. Tan Sri M. Kayveas (Bebas-IND)\nP.066: BATU GAJAH1. Teoh Chin Chong (BN-MCA)2. V. Sivakumar (PH-DAP)3. Woo Cheong Yuen (PN-Gerakan)\nP.067: KUALA KANGSAR1. Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid(PN-Bersatu)2. Datuk Maslin Sham Razman(BN-UMNO)3. Yusmalia Mohamad Yusof(Pejuang)4. Ahmad Termizi Ramli(PH-Amanah)\nP.068: BERUAS1. Datuk Ngeh Koo Ham(PH-DAP)2. Ong Kean Sing(PN-Gerakan)3. Ding Siew Chee(BN-MCA)\nP.069: PARIT1. Muhammad Ismi Mat Taib (PN-PAS)2. Nurthaqaffah Nordin (PH-Amanah)3. Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-UMNO)4. Faizol Fadzli Mohamed (Pejuang)\nP.070: KAMPAR1. Datuk Lee Chee Leong (BN-MCA)2. Wong Oi Foon (PN-Gerakan)3. Chong Zhemin (PH-DAP)4. Leong Cheok Lung (Warisan)\nP.071: GOPENG1. Muhammad Farhan Abdul Rahim (PN-Bersatu)2. Ting Zhao Song (BN-MCA)3. Tan Kar Hing (PH-DAP)4. G. Balachandran (Warisan)\nP.072: TAPAH1.K Saraswathy ( PH)2.Datuk Muhammad Yadzan Mohammad (PN)3.Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin ( WARISAN)4.Datuk M Sarawanan (BN)5.M Kathiravan ( Bebas \u2013 Simbol Kunci)6.Mior Nor Haidir Suhaimi (GTA)\nP.073: PASIR SALAK1. Khairul Azwan Harun (BN-UMNO)2. Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH-PKR)3. Jamaluddin Yahya (PN-PAS)4. Zairol Hizam Zakaria (Pejuang-Putra)\nP.074: LUMUT1. Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-UMNO)2. Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Amanah)3. Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Bersatu)4. Mohd Isnin Ismail @ Ibrahim Khan (Warisan)5. Mazlan Abdul Ghani (Pejuang)\nP.075 BAGAN DATUK1. Dr Muhammad Faiz Na\u2019aman (PN-Bersatu)2. Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail (Bebas/IND)3. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-PKR)4. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO)\nP.076 TELUK INTAN1. Zainol Fadzi Paharudin (PN-BERSATU)2. Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (PEJUANG)3. Murugiah Thopasamy (BN-MIC)4. Nga Kor Ming (PH)\nP.077 TANJONG MALIM1. Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (PN-BERSATU)2. Chang Lih Kang (PH-PKR)3. Amir Hamzah Abdul Rajak (PEJUANG-IMAN)4. Mah Hang Soon (BN-MCA)5. Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas)6. Izzat Johari (Bebas)\nP.078: CAMERON HIGHLANDS1. Ramli Mohd Nor (BN UMNO)2. Abdul Rasid Bin MohamedAli (PN-BERSATU)3. Chiong Yoke Kong (PH-DAP)\nP.079: LIPIS1. Datuk Mohamad Shahrum Osman(PN-Bersatu)2. Aishaton Abu Bakar(Pejuang)3. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji(PH-DAP)4. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad(BN-UMNO)\nP.080: RAUB1. Chow Yu Hui(PH-DAP)2. Norkhairul Anuar Mohamed Nor(Pejuang)3. Datuk Chong Sin Woon(BN-MCA)4. Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim(PN-Bersatu)\nP.081: JERANTUT1. Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan(PH-PKR)2. Datuk Mohd Zukarmi Abu Bakar(BN-UMNO)3. Khairil Nizam Khirudin(PN-PAS)\nP.082: INDERA MAHKOTA1. Dr Mohamad Nor Sundari(Pejuang-Berjasa)2. Datuk Seri Saifuddin Abdullah(PN-Bersatu)3. Zuraidi Ismail(PH-PKR)4. Datuk Quek Tai Seong(BN-MCA)\nP.083: KUANTAN1. Datuk Ab Hamid Mohd Nazahar(BN-UMNO)2. Fuziah Salleh(PH-PKR)3. Wan Razali Wan Nor(PN-PAS)4. Anuar Mohd Tajuddin(Pejuang)\nP.084: PAYA BESAR1. Aireroshairi Roslan(PN-PAS)2. Rosminahar Mohd Amin(Pejuang)3. Ahmad Azam Mohamad Salleh(PH-Amanah)4. Datuk Mohd Shahar Abdullah(BN-UMNO)\nP.085: PEKAN1. Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali(BN-UMNO)2. Mohd Naim Zainal Abidin(PH-PKR)3. Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin(Bebas/IND)4. Mohammad Radhi Abdul Razak(Pejuang)5. Mohd Fadhil Noor Abdul Karim(PN-PAS)\nP.086: MARAN1. Muhamad Hafiz Ishak(Bebas/IND)2. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin(BN-UMNO)3. Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib(PN-PAS)4. Ahmad Shuhor Awang(PH-Amanah)\nP.087: KUALA KRAU1. Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said(BN-UMNO)2. Kamal Ashaari(PN-PAS)3. Juhari Osman(PH-Amanah)4. Datuk Dr Shahruddin Mohamed Salleh(Pejuang)\nP.088: TEMERLOH1. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin(BN-UMNO)2. Salamiah Mohd Nor(PN-PAS)3. Mohd Hasbie Muda(PH-Amanah)4. Aminuddin Yahaya(Pejuang-Gagasan Bangsa)\nP.089: BENTONG1. Mohd Khalil Abdul Hamid(Bebas/IND)2. Young Syefura Othman(PH-DAP)3. Tan Sri Liow Tiong Lai(BN-MCA)4. Datuk Roslan Hassan(PN-Bersatu)5. Wong Tack(Bebas/IND)\nP.090: BERA1. Asmawi Harun(PN-Bersatu)2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(BN-UMNO)3. Abas Awang(PH-PKR)\nP.091: ROMPIN1. Hamizi Hussain(Bebas/IND)2. Datuk Seri Hasan Arifin(BN-UMNO)3. Datuk Abdul Khalib Abdullah(PN-Bersatu)4. Erman Shah Jaios(PH-PKR)\nP.092: SABAK BERNAM1. Idris Md Yusof(Pejuang-Gagasan Bangsa)2. Datuk Dr Abd Rahman Bakri(BN-UMNO)3. Kalam Salan(PN-Bersatu)4. Shamsul Ma\u2019arif Ismail(PH-Amanah)\nP.093: SUNGAI BESAR1. Datuk Seri Jamal Md Yunos(BN-UMNO)2. Asmawar Samat @ Samad(Pejuang-Putra)3. Datuk Muslimin Yahaya(PN-Bersatu)4. Saipolyazan Mat Yusop(PH-PKR)\nP.094: HULU SELANGOR1. Azlinda Baroni (Bebas/IND)2. Datuk T. Mohan (BN-MIC)3. Harumaini Omar (Pejuang)4. Dr. N. Sathia Prakash (PH-PKR)5. Haniza Talha (PBM)6. Mohd Hasnizan Harun (PN-PAS)\nP095 PARLIMEN TANJONG KARANG1. Azlan Sani Zawawi (PEJUANG)2. Mohd Rosni Mastol (Bebas)3. Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN)4. Siti Rahayu Baharin (PH+MUDA)5. Datuk Habibah Mohd Yusof (BN)\nP.096: KUALA SELANGOR1. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz(BN-UMNO)2. Mohd Shaid Rosli(Pejuang)3. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad(PH-Amanah)4. Mohd Noor Mohd Sahar(PN-PAS)\nP.097: SELAYANG1. Datuk Abdul Rashid Asari(PN-Bersatu)2. Chan Wun Hoong(BN-MCA)3. Sallehudin Amiruddin(Pejuang)4. Muhammad Zaki Omar (Bebas/IND)5. William Leong Jee Keen(PH-PKR)\nP.098: GOMBAK1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali(PN-Bersatu)2. Datuk Seri Amirudin Shari(PH-PKR)3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir(Pejuang-Putra)4. Zulkifli Ahmad(Bebas/IND)5. Datuk Megat Zulkarnain Omardin(BN-UMNO)\nP.099: AMPANG1. Rodziah Ismail(PH-PKR)2. Ivone Low Yi Wen(BN-MCA)3. M Raveendran(Bebas/IND)4. Datuk Zuraida Kamaruddin(PBM)5. Dr Nurul Ashikin Mabahwi(Pejuang)6. Lai Wai Chong(Warisan)7. Sasha Lyna Abdul Latif(PN-Bersatu)8. Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos(Bebas/IND)9. Tan Hua Meng(Bebas/IND)\nP.100: PANDAN1. Rafizi Ramli(PH-PKR)2. Tan Sri Ong Tee Keat(Warisan)3. Muhammad Farique Zubir Albakri(PN-PAS)4. Nadia Hanafiah(Pejuang-Gagasan Bangsa)5. Datuk Leong Kok Wee(BN-MCA)\nP.101: HULU LANGAT1. Mohd Sany Hamzan(PH-Amanah)2. Datuk Markiman Kobiran(Pejuang)3. Abdul Rahman Jaafar(Warisan)4. Datuk Johan Abd Aziz(BN-UMNO)5. Mohamed Noortheen Ahamed Mustafa(Bebas/IND)6. Datuk Dr Mohd Radzi Abd Latif(PN-Bersatu)\nP.102: BANGI1. Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir(PN-PAS)2. Jamal Hisham Hashim(Bebas/IND)3. Datuk Hoh Hee Lee(BN-MCA)4. Muhammad Fauzi Hasim(Bebas/IND)5. M. Suthan (Bebas/IND)6. Chee Chee Meng(PRM)7. Syahredzan Johan(PH-DAP)8. Annuar Salleh(Pejuang-Berjasa)\nP.103: PUCHONG1. Yeo Bee Yin(PH-DAP)2. Kuan Chee Heng(Bebas/IND)3. Datuk Seri Syed Ibrahim Kader(BN-KIMMA)4. Chew Jyh Gang(PN-Gerakan)\nP.104: SUBANG1. Ang Hiang Ni(PN-Gerakan)2. Dr Kow Cheong Wei(BN-MCA)3. Wong Chen(PH-PKR)\nP.105: PETALING JAYA1. Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor(PRM)2. K.J. John Joan Kuruvilla(Bebas/IND)3. Chew Hian Tat(BN-MCA)4. Mazween Mokhtar(Pejuang-Gagasan Bangsa)5. Theng Book (PN-Bersatu)6. Lee Chean Chung(PH-PKR)\nP.106: DAMANSARA1. Gobind Singh Deo(PH-DAP)1. Lim Si Ching(PN-Gerakan)2. Tan Gim Tuan(BN-MCA)\nP.107: SUNGAI BULOH1. Ahmad Jufliz Faiza (PRM)2. Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang)3. Nurhaslida Basri (Bebas/IND)4. Khairy Jamaluddin (BN-UMNO)5. Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff (Bebas/IND)6. Datuk R. Ramanan (PH-PKR)7. Mohd Ghazali Md Hamin (PN-PAS)\nP.108: SHAH ALAM1. Azli Yusof (PH)2. Muhammad Rafique Rashid Ali (GTA)3. Hizatul Isham Abdul Jalil (BN)4. Dr Afif Bahardin (PN)\nP.109: KAPAR1. Muhammad Noor Azman @ Noor Hizam(BN-UMNO)2. Daroyah Alwi(PBM)3. Mohd Pathan Hussin(Pejuang-Berjasa)4. Dr. Halimah Ali(PN-PAS)5. Rahim Awang(Warisan)6. VP Sevelinggam (Bebas/IND)7. Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid(PH-PKR)\nP.110: KLANG1. P. Jaya Chandran(PN-Bersatu)2. Mohd Hedrhin Ramli(Bebas/IND)3. Tee Hooi Ling(BN-MCA)4. Loo Cheng Wee(Warisan)5. S. Chandrasegar(PRM)6. V Ganabatirau(PH-DAP)7. JR Deepak Jaikishan(Bebas/IND)\nP.111: KOTA RAJA1. Fahmi Bazlan Muda(Pejuang-Berjasa)2. Mohamed Diah Baharun(PN-PAS)3. K. Kumar(Bebas/IND)4. D. Kajendran(BN-MIC)5. Mohamad Sabu(PH-Amanah)6. P Raveetharan(Bebas/IND)7. Sarah Afiqah Zainol Arif(PRM)8. S Surendhar(Bebas/IND)\nP.112: KUALA LANGAT1. Zanariah Jumhuri(Bebas/IND)2. Datuk M. Mohana(BN-MIC)3. Ridzuan Abdullah(Pejuang-Gagasan Bangsa)4. Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi(PN-PAS)5. M. Ganeskumar (PRM)6. G. Manivanan(PH-PKR)\nP.113: SEPANG1. Mohd Syahrul Amri Mat Sari(Bebas/IND)2. Datin Che Asmah Ibrahim (Pejuang)3. Mohd Daud Leong Abdullah(PUR)4. Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu(PH-Amanah)5. M Muneswaran(Bebas/IND)6. Datuk Seri Rina Mohd Harun(PN-Bersatu)7. Anuar Basiran(BN-UMNO)8. R Nageswaran (PRM)\nP.114: KEPONG1. Phaang Jing Fatt(PN-Gerakan)2. Young Shang Yi(Warisan)3. Yap Zheng Hoe(BN-MCA)4. Lim Lip Eng(PH-DAP)5. Yee Poh Ping(Bebas/IND)\nP.115: BATU1. Siti Kasim(Bebas/IND)2. Tian Chua(Bebas/IND)3. P Prabakaran(PH-PKR)4. Zulkifli Fattah(Bebas/IND)5. Too Gao Lan(Bebas/IND)6. Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang)7. Azhar Yahya (PN-PAS)8. Naganathan Pillai(Warisan)9. A Kohilan Pillay(BN-MIC)10. Nur Fathiah Syazwana @ Cleo(Bebas/IND)\nP.116: WANGSA MAJU1. Zahir Hassan(PH-PKR)2. Wee Choo Keong(Warisan)3. Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah(BN-UMNO)4. Raveentheran Suntheralingam (Bebas/IND)5. Nuridah Mohd Salleh(PN-PAS)6. Norzaila Arifin(Pejuang-Putra)\nP.117: SEGAMBUT1. V. Prabagaran(PN-Gerakan)2. Datuk Daniel Ling Sia Chin(BN-MCA)3. Hannah Yeoh(PH-DAP)\nP.118 SETIAWANGSA1. Nik Nazmi Nik Ahmad (PH)2. Bibi Sunita Sakandar Khan (PEJUANG )3. Izudin Ishak (BN)4. Lim Yen Tiong (BEBAS)5. Mior Rosli Mior Mohd Jaafar (BEBAS)6. Nurul Fadzilah Kamaluddin (PN)\nP.119 TITIWANGSA1. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN)2. Khalid Abdul Samad (PH)3. Dr Rosni Adam (PN)4. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (GTA)\nP.120: BUKIT BINTANG1.Chen Win Keong(PN-Bersatu)2.Fong Kui Lun(PH-DAP)3.Tan Teik Peng(BN-MCA)\nP.121: LEMBAH PANTAI1.Noor Asmah Mohd Razalli(Pejuang-Putra)2. Fauzi Abu Bakar(PN-PAS)3.Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil(PH-PKR)4. Datuk Ramlan Shahean @ Askolani(BN-UMNO)\nP.122: SEPUTEH1. Lee Kah Hing(BN-MCA)2. Alan Wong Yee Yeng(PN-Gerakan)3. Lian Choy Ling(Bebas/IND)4. Teresa Kok Suh Sim(PH-DAP)5. Lee Wai Hong(Bebas/IND)\nP.123: CHERAS1. Tan Kok Wai(PN-DAP)2. Chong Yew Chuan(BN-MCA)3. Chin Yoke Kheng(PN-Bersatu)\nP.124: BANDAR TUN RAZAK1. Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail(PH-PKR)2. Datuk Chew Yin Keen(BN-MCA)3. Datuk Kamarudin Jaffar(PN-Bersatu)\nP.125 PUTRAJAYA1. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)2. Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN)3. Dr Noraishah Mydin Abd Aziz ( PH)4. Mohd Rosli Ramli (GTA)\nP.126: JELEBU1. Ahmad Fakri Abu Samah(Pejuang-Putra)2. Datuk Seri Jalaludin Alias(BN-UMNO)3. Datuk Zulkefly Mohamad Omar(PH-Amanah)4. Zaharuddin Baba Samion(PN-Bersatu)\nP.127: JEMPOL1. Muhammad Noraffendy Mohd Salleh(PN-Bersatu)2. Mohd Khalid Mohd Yunus(Pejuang-Putra)3. Datuk Shamsulkahar Mohd Deli(BN-UMNO)4. Norwani Ahmat(PH-Amanah)\nP.128: SEREMBAN1. Anthony Loke Siew Fook(PH-DAP)2. Izzat Lesly(BEBAS)3. Felica Wong (BN-MCA)4. Mohamad Jani Ismail(Pejuang)5. Mohd Fadli Che Me(PN-PAS)\nP.129: KUALA PILAH1. Kamarulzaman Kamdias (Pejuang)2. Datuk Eddin Syazlee Shith (PN)3. Datuk Azman Idris (Warisan)4. Nor Azman Mohamad (PH)5. Datuk Adnan Abu Hassan (BN)\nP.130: RASAH1. Ng Kian Nam(BN-MCA)2. Datuk Choong Vee Hing(PN-Gerakan)3. Cha Kee Chin(PH-DAP)\nP.131: REMBAU1. Mohd Nazree Mohd Yunus(PN-Bersatu)2. Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO)3. Jufitri Joha(PH-PKR)4. S. Tinagaran(PSM)5. Ramly Awalluddin(Pejuang)\nP.132 PORT DICKSON1. Datuk Seri Aminuddin Harun (PH)2. Datuk P Kamalanathan (BN)3. Rafiei Mustapha (PN)4. Ahmad Idham Ahmad Nadzri (GTA)\nP.133: TAMPIN1. Datuk Mohd Isam Mohd Isa(BN-UMNO)2. Zamani Ibrahim(Pejuang-Berjasa)3. Abdul Halim Abu Bakar (PN-PAS)4. Muhammad Faiz Fadzil(PH-Amanah)\nP.134: MASJID TANAH1. Abdul Hakim Abdul Wahid (BN-UMNO)2. Datuk Mas Ermieyati Samsudin(PN-Bersatu)3. Mutalib Uthman (MUDA)4. Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang)\nP.135: ALOR GAJAH1. Shahril Sufian Hamdan(BN-UMNO)2. Adly Zahari(PH-Amanah)3. Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof(PN-Bersatu)4. Muhammad Nazriq Abdul Rahman(Pejuang-Berjasa)\nP.136: TANGGA BATU1. Ghazali Abu(Pejuang-Putra)2. Shahril Mahmood(Bebas/IND)3. Dr Rusnah Aluai(PH-PKR)4. Bakri Jamaluddin(PN-PAS)5. Datuk Lim Ban Hong(BN-MCA)\nP.137: HANG TUAH JAYA1. Adam Adli Abd Halim(PH-PKR)2. Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh(Pejuang)3. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali(BN-UMNO)4. Mohd Azrudin Md Idris(PN-Bersatu)\nP.138: KOTA MELAKA1. Khoo Poay Tiong(PH-DAP)2. Kon Qi Yao(BN-MCA)3. Suhaime Borhan Hing(PN-Gerakan)4. Dato\u2019 Dr. Norazlanshah Hazali (Bebas/IND)\nP.139: JASIN1. Datuk Harun Mohamed(PH-Amanah)2. Datuk Roslan Ahmad(BN-UMNO)3. Mohd Daud Nasir(Pejuang-Calon Langsung/Direct Candidate)4. Zulkifli Ismail(PN-PAS)\nP.140: SEGAMAT1. Syed Hairoul Faizey Syed Ali(Pejuang-Putra)2. Tan Sri M. Ramasamy (BN-MIC)3. R. Yuneswaran(PH-PKR)4. P. Poobalan (PN-Bersatu)\nP.141: SEKIJANG1. Md Salleheen Mohamad(BN-UMNO)2. Uzzair Ismail (PN-Bersatu)3. Dr Mohd Zohar Ahmad(Warisan)4. Dr Zaliha Mustafa(PH-PKR)5. Mohd Saiful Faizal Abd Halim(Pejuang-Putra)\nP.142: LABIS1. Alvin Chang Teck Kiam(PN-Bersatu)2. Pang Hok Liong(PH-DAP)3. Datuk Chua Tee Yong(BN-MCA)\nP.143 PAGOH1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN)2. Datuk Seri Razali Ibrahim (BN)3. Iskandar Shah (PH)\nP.144: LEDANG1. Syed Ibrahim Syed Noh(PH-PKR)2. Zainal Bahrom A. Kadir(Bebas/IND)3. Yunus Mustakim(Bebas/IND)4. Rafidah Ridwan(Pejuang)5. Datuk Hamim Samuri(BN-UMNO)6. Zaidi Abd Majid (PN-Bersatu)\nP.145: BAKRI1. RS CHELVA (PN)2. CHRIS LEE CHING YONG (BN)3. TAN HONG PIN (PH)4. HARON JAFFAR (BEBAS\nP.146: MUAR1. Mohd Helmy Abd Latif(BN-UMNO)2. Abdullah Husin (PN-PAS)3. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA)\nP.147: PARIT SULONG1. Datuk Seri Noraini Ahmad(BN-UMNO)2. Dr Abdul Karim Deraman(PN-PAS)3. Mohd Faizal Dolah (PH-Amanah)\nP.148 AYER HITAM1. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN)2. Sheikh Umar Baghrib Ali (PH)3. Muhammad Syafiq A Aziz (PN)\nP.149: SRI GADING1. Aminolhuda Hassan(PH-Amanah)2. Zanariyah Abdul Hamid(PN-PAS)3. Datuk Mohd Lassim Burhan(BN-UMNO)4. Mahdzir Ibrahim(Pejuang)\nP.150: BATU PAHAT1. Onn Abu Bakar (PH-PKR)2. Zahari [email\u00a0protected](PRM)3. [email\u00a0protected] Farid Siraj(BN-UMNO)4. Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir(Pejuang)5. Datuk Mohd Rashid Hasnon(PN-Bersatu)\nP.151 SIMPANG RENGGAM1. Dr Maszlee Malik (PH)2. Datuk Seri Hasni Mohamad (BN)3. Kamal Kusmin (GTA)4. Mohd Fazrul Kamat (PN)\nP.152: KLUANG1. Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu(BN-MCA)2. Wong Shu Qi (PH-DAP)3. U. Ramendran (Bebas/IND)4. Dzulkarnain Alias(PN-Bersatu)\nP153 SEMBRONG1. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN)2. Hasni Abas (PH)3. Aziz Ismail (PN)\nP.154: MERSING1. Fatin Zulaikha Zaidi (PH-DAP)2. Ismail Don(Bebas/IND)3. Muhammad Islahuddin Abas(PN-Bersatu)4. Nurfatimah Ibrahim(Pejuang)5. Datuk Abdul Latif Bandi(BN-UMNO)\nP.155: TENGGARA1. Manndzri Nasib(BN-UMNO)2. M Azhar Palal(Pejuang-Putra)3. Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PN-PAS)4. Zuraidah Zainab Mohd Zain(PH-PKR)\nP.156: KOTA TINGGI1. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin(BN-UMNO)2. Mohamad Ridhwan Rasman (PN-Bersatu)3. Onn Jaafar(PH-Amanah)\nP.157: PENGERANG1. Fairulnizar Rahmat(PN-Bersatu)2. Datuk Seri Azalina Othman Said(BN-UMNO)3. Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (PH-Amanah)\nP.158: TEBRAU1. Jimmy Puah Wee Tse (PH)2. Mohamad Isa Mohamad Basir (PN)3. Nicole Wong Siaw Ting (BN)\nP159 PASIR GUDANG1. Noor Azleen Ambrose (BN)2. Hassan Abdul Karim (PH)3. Mohammad Raffi Beran (PEJUANG)4. Mohamad Farid Abdul Razak (PN)\nP.160: JOHOR BAHRU1. Johan Arifin Mohd Ropi(BN-UMNO)2. Mohd Mohtaj Yacob(PN-Bersatu)3. Mohd Akhiri Mahmood(Pejuang)4. Akmal Nasrullah Mohd Nasir(PH-PKR)\nP161 PULAI1. Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN)2. Loh Kah Yong (PN)3. Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH)\nP.162: ISKANDAR PUTERI1. Tan Nam Cha (PN-Bersatu)2. Datuk Jason Teoh Sew Hock (BN-MCA)3. Liew Chin Tong(PH-DAP)\nP.163: KULAI1. Chua Jian Boon (BN)2. Teo Nie Ching (PH)3. Datuk Tan Chin Hock (PN)\nP.164: PONTIAN1. Datuk Isa Ab Hamid(PN-Bersatu)2. Datuk Seri Ahmad Maslan(BN-UMNO)3. Shazwan Zdainal Abidin(PH-DAP)4. Jamaluddin Mohamad(Pejuang)\nP.165: TANJUNG PIAI1. Najwah Halimah Ab Alim(PN-Bersatu)1. Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-MCA)3. Lim Wei Jiet (MUDA)\nP.166: LABUAN1. Datuk Seri Ramle Mat Daly(Pejuang-Putra)2. Datuk Suhaili Abd Rahman(PN-Bersatu)3. Datuk Bashir Alias(BN-UMNO)4. Datuk Dr Ramli Tahir(PH-Amanah)5. Datuk Rozman Isli(Warisan)6. Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din(PBM)\nP.167: KUDAT1. Datuk Seri Ruddy Awah(GRS-Bersatu)2. Nur Alya Humaira Usun Abdullah(Pejuang)3. Rashid Harun(Warisan)4. Verdon Bahanda(Bebas/IND)5. Thonny Chee(PH-PKR)\nP.168: KOTA MARUDU1. Mohd Azmi Zulkiflee(Pejuang)2. Shahrizal Denci(MUDA)3. Norman Tulang(Bebas/IND)4. Datuk Jilid Kuminding(Warisan)5. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili(GRS-PBS)6. Datuk Wetrom Bahanda(KDM)\nP169 KOTA BELUD1. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (BN)2. Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN)3. Madeli @ Modily Bangali (PH)\nP.170: TUARAN1. Datuk Seri Madius Tangau(PH-UPKO)2. Boby Lewat(Bebas/IND)3. Noortaip Suhaili @ Sualee(Bebas/IND)4. Jo-Anna Sue Henly Rampas(Warisan)5. Muminin Norbinsha(Pejuang)6. Datuk Joniston Bangkuai(GRS-PBS)\nP.171: SEPANGGAR1. Datuk Mohd Azis Jamman(Warisan)2. Datuk Yakub Khan(BN-UMNO)3. Yusof Kunchang(Pejuang)4. Mustapha Sakmud(PH-PKR)5. Jumardie Lukman(KDM)\nP.172: KOTA KINABALU1. Yeo Yan Yin(Warisan)2. Marcel Jude(Bebas/IND)3. Datuk Seri Winston Liaw Kit Siong(KDM)4. Chan Foong Hin(PH-DAP)5. Yee Tsai Yiew(GRS-PBS)\nP.173: PUTATAN1. Awang Husaini Sahari(PH-PKR)2. Datuk Shahelmey Yahya(BN-UMNO)3. Poyne Tudus @ Patrick Payne(Pejuang-IMAN)4. Ahmad Mohd Said(Warisan)\nP.174: PENAMPANG1. Datuk Ewon Benedick(PH-UPKO)2. Richard Jimmy(Bebas/IND)3. Kenny Chua Teck Ho(GRS-STAR)4. Datuk Darell Leiking(Warisan)\nP.175: PAPAR1. Nicholas Sylvester @ Berry(Pejuang)2. Chin Chuan Siong @ Norbert Chin(Bebas/IND)3. Henry Shim Chee On(PH-DAP)4. Johnny Sitamin(Bebas/IND)5. Ahmad Hassan(Warisan)6. Datuk Armizan Mohd Ali(GRS-Bersatu)\nP.176: KIMANIS1. Datuk Mohamad Alamin(BN-UMNO)2. Dr Daud Yusof(Warisan)3. Yusop Osman @ Othman(Pejuang)4. Rowindy Lawrence(PH-UPKO)5. Amat Mohd Yusof(KDM)\nP.177: BEAUFORT1. Dikin Musah(PH-PKR)2. Matlani Sabli (Bebas/IND)3. Datuk Johan @ Christopher O T Ghani(Bebas/IND)4. Masri Adul(Warisan)5. Datuk Siti Aminah Aching(BN-UMNO)6. Datuk Johair Mat Lani(KDM)\nP.178: SIPITANG1. Datuk Matbali Musah(GRS-Bersatu)2. Lahirul Latigu(PH-Amanah)3. Datuk Adnan Puteh(Warisan)\nP.179: RANAU1. Apirin Jahalan @ Taufik Sham(PH-PKR)2. Datuk Jonathan Yassin(GRS-Bersatu)3. Azizul Julirin(Pejuang)4. Markus Siton(Warisan)5. Datuk Ewon Ebin(PBRS)\nP.180: KENINGAU1. Grelydia Gillod(PH-DAP)2. Rasinin Koutis(Warisan)3. Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan(GRS-STAR)4. Jikulin Nointin @ Anastasius(KDM)\nP.181: TENOM1. Noorita Sual(PH-DAP)2. Jamawi Jaafar(BN-UMNO)3. Riduan Rubin(Bebas/IND)4. Ukim Buandi(Warisan)5. Peggy Chaw Zhi Ting(Bebas/IND)\nP.182: PENSIANGAN1. Jamani Derimin @ Gampalid(Pejuang)2. Siti Noorhasmahwatty Osman(Warisan)3. Jekerison Kilan(KDM)4. Datuk Dr Sangkar Rasam(PH-PKR)5. Datuk Arthur Joseph Kurup(BN-PBRS)\nP.183: BELURAN1. Benedict Asmat(BN-UMNO)2. Rowiena Rasid(Warisan)3. Hausing Samsudin @Sudin(Pejuang)4. Datuk Seri Dr Ronald Kiandee(PN-Bersatu)5. Felix Joseph Saang(PH-UPKO)\nP.184: LIBARAN1. Nordin Khani(PPRS)2. Dr Peter Jr Naintin(PH-UPKO)3. Amdan @ Saban Tumpong(Bebas/IND)4. Jeffri Pudang(Pejuang)5. Sh Bokrata Sh Hassan(Warisan)6. Suhaimi Nasir(BN-UMNO)\nP.185: BATU SAPI1. Liau Fui Fui (PH)2.Othman B. Ahmad (Bebas)3.Narseso P. Juanico (Pejuang)4.Khairul Firdaus B.Akhbar Khan (GRS)5.Alias Sani ( Warisan )\nP.186: SANDAKAN1. Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik(Bebas/IND)2. Lokeman Hazli Azali(Bebas/IND)3. Lau Chi Keong(GRS-SAPP)4. Vivian Wong Shir Yee(PH-DAP)5. Alex Thien(Warisan)6. Lita Tan Abdullah(Bebas/IND)\nP.187: KINABATANGAN1. Mazliwati Abdul Malek(Warisan)2. Datuk Seri Bung Moktar Radin(BN-UMNO)\nP.188: SILAM1. Oscar Sia Yu Hock(PH-DAP)2. Datuk Mohammad Yusof Apdal(Warisan)3. Datin Maizatul Akmam Alawi(BN-UMNO)\nP.189: SEMPORNA1. Arastam Pandorog(PH-PKR)2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal(Warisan)3. Nixon Abdul Hadi(GRS-Bersatu)4. Ab Razik @ Ab Rajak Ab Hamid(Pejuang)\nP.190: TAWAU1. Chen Ket Chuin(Warisan)2. Chin Chee Syn(Bebas/IND)3. Mohd Salleh Bacho(Bebas/IND)4. Datuk Christina Liew(PH-PKR)5. Herman Amdas(Pejuang)6. Lo Su Fui (GRS-PBS)\nP.191: KALABAKAN1. Dr Nur Aini Abdul Rahman(Pejuang)2. Andi Muhammad Suryady Bandy(BN-UMNO)3. Ma\u2019mun Sulaiman(Warisan)4. Muhamad Dhiauddin Hassan(Bebas/IND)5. Noraini Abd Ghapur(PH-PKR)\nP.192: MAS GADING1. Sim Min Leong(PBK)2. Lidang Disen(GPS-PDP)3. Mordi Bimol(PH-DAP)\nP.193 SANTUBON1. Nancy Shukri (GPS)2. Affendi Jeman (Bebas)3. Mohamad Zen Peli (PH)\nP.194: PETRA JAYA1. Datuk Seri Fadillah Yusof(GPS-PBB)2. Sopian Julaihi(PH-PKR)3. Datuk Othman Abdillah (SEDAR)\nP.195: BANDAR KUCHING1. Tay Tze Kok (GPS-SUPP)2. Voon Lee Shan (PSB-Calon Langsung/Direct Candidate)3. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-DAP)\nP.196: STAMPIN1. Chong Chieng Jen(PH-DAP)2. Lo Khere Chiang(GPS-SUPP)3. Lue Cheng Hing(PSB-Calon Langsung/Direct Candidate)\nP.197: KOTA SAMARAHAN1. RUBIAH WANG (GPS)2.ABANG ABDUL HALIL ABANG NAILI(AMANAH)\nP.198 PUNCAK BORNEO1. Datuk Willie Mongin (GPS)2. Diog Dios (PH)3. Tomson Ango (PBK)\nP.199: SERIAN1. Alim Impira(Bebas/IND)2. Datuk Seri Richard Riot Jaem(GPS-SUPP)3. Elsiy Tingang(PSB)4. Learry Jabul(PH-DAP)\nP.200: BATANG SADONG1. Rodiyah Sapiee(GPS-PBB)2. Lahaji Lahiya(PH-Amanah)\nP.201: BATANG LUPAR1. Mohamad Shafizan Kepli(GPS-PBB)2. Wel @ Maxwel Rojis(PH-Amanah)3. Hamdan Sani(PN-PAS)\nP.202: SRI AMAN1. Datuk Seri Doris Sophia Brodie(GPS-PRS)2. Wilson Entabang(PSB)3. Datuk Masir Kujat(Bebas/IND)4. Tay Wei Wei(PH-PKR)\nP.203: LUBOK ANTU1. Tambat @ Jugah Muyang(PN-Bersatu)2. Dr Johnichal Rayong Ngipa(PSB)3. Roy Angau Gingkoi(GPS-PRS)4. Langga Lias(PH-PKR)\nP.204: BETONG1. Patrick Kamis(PH-PKR)2. Hasbie Satar(Bebas/IND)3. Dr Richard Rapu @ Aman Begri(GPS-PBB)\nP.205: SARATOK1. Giendam Jonathan Tait(GPS-PDP)2. Datuk Ali Biju(PN-Bersatu)3. Ibil Jaya (PH-PKR)\nP.206: TANJONG MANIS1. Yusuf Abd Wahab(GPS-PBB)2. Zainab Suhaili(PH-Amanah)\nP.207: IGAN1. Ahmad Johnie Zawawi(GPS-PBB)2. Hud Andri Zulkarnaen(PH-Amanah)\nP.208: SARIKEI1. Datuk Seri Huang Tiong Sii(GPS-SUPP)2. Roderick Wong(PH-DAP)\nP.209: JULAU1. JOSEPH SALANG GANDUM (GPS)2. LARRY SNG WEI SHIEN (PBM)3. SUSAN GEORGE (PBDS)4. ELLY LAWAI NGALAI (BEBAS)\nP.210: KANOWIT1. Mohd Fauzi Abdullah @ Joseph(PH-PKR)2. Elli Luhat(Bebas/IND)3. Datuk Aaron Ago Dagang(GPS-PRS)4. Chen Nguk Fa(Bebas/IND)5. Michael Lias(Bebas/IND)\nP.211: LANANG1. Wong Tiing Kiong(Bebas/IND)2. Priscilla Lau(PSB)3. Alice Lau Kiong Yieng(PH-DAP)4. Wong Ching Yong(GPS-SUPP)\nP.212: SIBU1. Oscar Ling Chai Yew(PH-DAP)2. Clarence Ting Ing Horh(GPS-SUPP)3. Datuk Seri Wong Soon Koh(PSB)\nP.213: MUKAH1. Datuk Hanifah Hajar Taib(GPS-PBB)2. Abdul Jalil Bujang(PH-PKR)\nP.214: SELANGAU1. Umpang Sabang(PH-PKR)2. Edwin Banta(GPS-PRS)3. Henry Joseph(Bebas/IND)\nP.215: KAPIT1. Datuk Seri Alexander Nanta Linggi(GPS-PBB)2. Khusyairy Pangkas Abdullah(PH-PKR)3. Robert Saweng(PBDSB)\nP.216: HULU RAJANG1. Abun Sui Anyit(PH-PKR)2. Datuk Wilson Ugak Kumbong(GPS-PRS)\nP.217: BINTULU1. Duke Janteng (PN-Bersatu)2. Datuk Seri Tiong King Sing(GPS-PDP)3. Tony Chiew Chan Yew(PH-DAP)\nP.218: SIBUTI1. Lukanisman Awang Sauni(GPS-PBB)2. Zulhaidah Suboh(PH-PKR)3. Bobby William(PBDS)\nP.219: MIRI1. Jeffery Phang Siaw Foong(GPS-SUPP)2. Datuk Lawrence Lai Yew Son(PSB)3. Chiew Choon Man(PH-PKR)\nP.220: BARAM1. Datuk Anyi Ngau(GPS-PDP)2. Roland Engan(PH-PKR)3. Wilfred Entika Rebai(Bebas/IND)\nP.221: LIMBANG1. Racha Balang(PH-PKR)2. Datuk Hasbi Bin Habibollah(GPS-PBB)\nP.222: LAWAS1. Japar Suyut(PH-PKR)2. Baru Bian(PSB)3. Datuk Henry Sum Agong(GPS-PBB)\nParti Keadilan Rakyat (PKR)\n\n\nRujuk: [RASMI] Senarai Calon PKR Yang Bertanding\nUntuk makluman, rakyat Malaysia boleh meneliti biodata setiap calon di laman www.calonkeadilan.org setelah senarai penuh diumumkan pada malam 28 Oktober 2022.\nAkuan bersumpah pengisytiharan harta setiap calon juga akan dipaparkan di laman tersebut untuk memudahkan pengundi mengenali mereka.\n\n\n\nDAP (Democratic Action Party Malaysia)\nPenyandang kerusi Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berpindah kawasan dengan diletakkan bertanding di kawasan Damansara menggantikan Tony Pua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).\nTony yang juga Ahli Jawatankuasa Disiplin DAP tidak bertanding dalam pilihan raya umum itu pada 19 November ini.\nPenyandang kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin bertanding di Puchong manakala DAP menampilkan calon Melayu iaitu Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusatnya (CEC), Syahredzan Johan di Parlimen Bangi.\nAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau pula dipertaruh parti tersebut di kerusi Parlimen Klang.\nPerkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.\n\nSumber: Sinar Harian /Utusan\nParti Amanah Negara (Amanah)\nParti Amanah Negara (Amanah) meletakkan calon untuk bertanding di 54 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada 19 November ini.\nJumlah itu meningkat 35 peratus berbanding kerusi Parlimen yang ditandingi Amanah semasa PRU-14 pada 2018, iaitu sebanyak 27 kerusi.\nTurut diumumkan sebagai calon ialah dua Naib Presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena dan kerusi Parlimen Parit Buntar.\nAntara nama-nama besar yang akan bertanding adalah:\nPresiden Amanah, Mohamad Sabu akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota RajaTimbalan Presiden Datuk Seri Salahuddin Ayub akan bertanding di kerusi Parlimen Pulai Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad diumum sebagai calon bagi kerusi Parlimen Titiwangsa Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor\n\n\nCalon Pakatan Harapan Di Selangor\nCalon kerusi Parlimen di Selangor bagi PH (dan kerjasama dengan MUDA) telah dimuktamadkan. 22 kerusi telah dibahagi:\nKEADILAN \u2013 11AMANAH \u2013 6DAP \u2013 4MUDA \u2013 1\nBN (Barisan Nasional)\nBN telah mengumumkan senarai calon bertanding membabitkan 166 kerusi Parlimen di Semenanjung pada 1 November.\n\n\nCalon-calon Parlimen Barisan Nasional PRU15:\nKangar \u2013 Fathul BariArau \u2013 Rozabil Abd RahmanLangkawi \u2013 Armishah SirajJerlun \u2013 Osman AzizKubang Pasu \u2013 Hasmuni HassanPadang Terap \u2013 Mahdzir KhalidPokok Sena \u2013 Noran Zamini JamaluddinAlor Setar \u2013 Tan Chee HeongKuala Kedah \u2013 Mashitah IbrahimPendang \u2013 Suraya YaacobJerai \u2013 Jamil Khir BaharomSik \u2013 Maizatulakmam OthmanMerbok \u2013 Shaiful HazizySungai Petani \u2013 Shahnim Mohd YusoffBaling \u2013 Abdul AzeezPadang Serai \u2013 Sivaraj ChandranKulim \u2013 Muhar HussainPengkalan Chepa \u2013 Mohd HafiezulniezamKota Bharu \u2013 Rosmadi IsmailPasir Mas \u2013 Abdul Ghani HarunRantau Panjang \u2013 Zulkarnain YusoffKubang Kerian \u2013 Nurul Amal Mohd FauziBachok \u2013 Mohd Zain YasimKetereh \u2013 Marzuani Ardila AriffinTanah Merah \u2013 Bakri @ Mohd BakriPasir Puteh \u2013 Zawawi OthmanMachang \u2013 Ahmad Jazlan YaakubJeli \u2013 Norwahida PatuanKuala Kerai \u2013 Mohd ZulkepliGua Musang \u2013 Tengku RazaleighBesut \u2013 Nawi MohamadSetiu \u2013 Abdul Rahman YassinKuala Terengganu \u2013 Mohd ZubirMarang \u2013 Jasmira OthmanHulu Terengganu \u2013 Rozi MamatDungun \u2013 Norhisham JohariKemaman \u2013 Ahmad SaidPulau Pinang \u2013 Reezal MericanTasik Gelugor \u2013 Muhammad YusofBagan \u2013 Tan Chuan HongPermatang Pauh \u2013 Mohd Zaidi Mohd ZaidBukit Mertajam \u2013 Tan Yang PangBatu Kawan \u2013 Tan Lee HuatNibong Tebal \u2013 Thanenthiran RamankuttyBukit Bendera \u2013 Razalif Mohd ZainTanjung \u2013 Tan Kim NeeJelutong \u2013 T LoganathanBukit Gelugor \u2013 Wong Chin ChongBayan Baru \u2013 Saw Yee FungBalik Pulau \u2013 Shah HeadanGerik \u2013 Asyraf Wajdi DusukiLenggong \u2013 Shamsul AnuarLarut \u2013 Mohd Kazim EliasParit Buntar \u2013 Imran Mohd YusofBagan Serai \u2013 Zul HelmiBukit Gantang \u2013 Mohd SollehinTaiping \u2013 Neow Choo SeongPadang Rengas \u2013 Mohd Arrif Abdul MajidSungai Siput \u2013 S Vigneswaran M SanaseeTambun \u2013 Aminuddin Md HanafiahIpoh Timur \u2013 Ng Kai CheongIpoh Barat \u2013 Low Guo NanBatu Gajah \u2013 Teo Chin CheongKuala Kangsar \u2013 Maslin ShamBeruas \u2013 Ding Siew CheeParit \u2013 Mohd Nizar ZakariaKampar \u2013 Lee Chee LeongGopeng \u2013 Ting Zhao SongTapah \u2013 M SaravananPasir Salak \u2013 Khairul Azwan HarunLumut \u2013 Zamri Abdul KadirBagan Datuk \u2013 Zahid HamidiTeluk Intan \u2013 T. MurugiahTanjong Malim \u2013 Mah Hang SoonCameron Highlands \u2013 Ramli Mohd NorLipis \u2013 Abdul Ramat MohdRaub \u2013 Chong Sin WoonJerantut \u2013 Mohd Zulkarni Abu BakarIndera Mahkota \u2013 Quek Tai SeongKuantan \u2013 Abdul HamidPaya Besar \u2013 Mohd Shahar AbdullahPekan \u2013 Che Mohd Puzi ben Che AliMaran \u2013 Sahaniza SamsudinKuala Krau \u2013 Ismail SaidTemerloh \u2013 Mohd Shakar ShamsudinBentong \u2013 Liow Tiong LaiBera \u2013 Ismail SabriRompin \u2013 Hassan AriffinSabak Bernam \u2013 Abdul Rahman BakriSungai Besar \u2013 Jamal Mohd YunusHulu Selangor \u2013 Mohan ThangarasuKuala Selangor \u2013 Tengku ZafrulSelayang \u2013 Chan Wun HoongGombak \u2013 Megat Zulkarnain OmardinAmpang \u2013 Ivone Low Yi WenPandan \u2013 Leong Kok WeeKuala Langat \u2013 Johan Abdul AzizBangi \u2013 Hoh Hee LeePuchong \u2013 Syed Ibrahim Syed Abdul KadirSubang \u2013 Kow Cheong WeiPetaling Jaya \u2013 Chew Hian TatDamansara \u2013 Tan Gim TuanSungai Buloh \u2013 Khairy JamaluddinShah Alam \u2013 Hizatul IshamKapar \u2013 Muhamma Noor AzmanKlang \u2013 Tee Hooi LingKota Raja \u2013 Kajendran DoraisamyKuala Langat \u2013 Mohana Muniandy RamanSepang \u2013 Anuar BasiranBatu \u2013 Kohilan PillayWangsa Maju \u2013 Mohd Shafei AbdullahSegambut \u2013 Daniel Ling Sia ChinSetiawangsa \u2013 Izudin IshakTitiwangsa \u2013 Johari Abdul GhaniBukit Bintang \u2013 Tan Teik PengLembah Pantai \u2013 Ramlan Shahean @ AskolaniSeputeh \u2013 Lee Kah HingCheras \u2013 Chong Yew ChuanBandar Tun Razak \u2013 Chew Yin KeenPutrajaya \u2013 Tengku Adnan Tengku MansorLabuan \u2013 Bashir AliasJelebu \u2013 Jalaluddin AliasSeremban \u2013 Wong Yin TingRasah \u2013 Ng Kian NamRembau \u2013 Mohamad Haji HasanPort Dickson \u2013 P. Kamalanathan PanchanathanTampin \u2013 Mohd Isam Mohd IsaMasjid Tanah \u2013 Abdul Hakim Abdul WahidAlor Gajah \u2013 Shahril Sufian HamdanTangga Batu \u2013 Lim Ban HongHang Tuan Jaya \u2013 Mohd Ridhwan Mohd AliKota Melaka \u2013 Kon Qi YaoJasin \u2013 Roslan AhmadSegamat \u2013 Ramasamy MuthusamySekijang Md Salleheen MohamadLabis \u2013 Chua Tee YongPagoh \u2013 Razali IbrahimLedang \u2013 Hamim SamuriMuar \u2013 Mohd Helmy Abd LatifParit Sulong \u2013 Noraini AhmadAyer Hitam \u2013 Wee Ka SiongSri Gading \u2013 Mohd Lassim BurhanBatu Pahat \u2013 Ishak @ Mohd Farid SirajSimpang Renggam \u2013 Hasni MohammadKluang \u2013 Gan Ping Shou @ Gan Ping SieuSembrong \u2013 Hishamuddin HusseinMersing \u2013 Abd Latif Bandi @ Nor SebandiTenggara \u2013 Manndzri NasibKota Tinggi \u2013 Mohamed Khaled NordinPengerang \u2013 Azalina OthmanTebrau \u2013 Wong Siaw TingPasir Gudang \u2013 Noor Azleen AmbrosJohor Bahru \u2013 Johan Arifin Mohd RopiPulai \u2013 Nur Jazlan MohamedIslandar Puteri \u2013 Teoh Sew HockKulai \u2013 Chua Jian BoonPontian \u2013 Ahmad MaslanTanjong Piai \u2013 Wee Jeck Seng\nRujuk senarai penuh: https://umno-online.my/2022/11/01/pru15-senarai-calon-bn-tanding-kerusi-parlimen/\nRujuk : [Rasmi] Senarai Calon Barisan Nasional (BN) \nPAS (Parti Islam Se-Malaysia)\nPAS mengumumkan akan bertanding lebih 60 kerusi Parlimen menggunakan lambang parti itu untuk tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU-15.\nPresidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jumlah kerusi yang ditandingi PAS itu diputuskan jawatankuasa perundingan kerusi Perikatan Nasional (PN).\nRujuk senarai calon PAS dalam lampiran senarai calon Perikatan Nasional di bawah:\nPN (Perikatan Nasional)\nSelepas memuktamadkan pemilihan kerusi, Perikatan Nasional (PN) telah mengumumkan senarai calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam 1 November 2022.\nSelain senarai penuh calon, jumlah sebenar kerusi yang dipertaruhkan oleh gabungan itu juga telah diketahui.\nPengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), kira-kira 8 malam.\n\nSebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, gabungan itu dijangka akan bertanding lebih tiga perempat daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU-15, 19 November ini.\nSumber: Sinar Harian\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRujuk: [RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional \nParti Pejuang / GTA (Gerakan Tanah Air)\nPEJUANG telah mengumumkan calon parlimen untuk bertanding pada PRU 15 ini. \n\nAntara yang diumumkan termasuklah:\nTun Dr Mahathir Mohamad \u2013 LangkawiMukhriz Mahathir \u2013 JerlunAmiruddin Hamzah \u2013 Kubang PasuChe Asmah Ibrahim \u2013 SepangMior Nor Haidir Suhaimi \u2013 TapahHaurumaini Omar \u2013 Hulu SelangorMohd Shaid Rosli \u2013 Kuala SelangorKhairuddin Abu Hassan \u2013 Titiwangsa\n\nTERKINI: SENARAI CALON YANG DIUMUMKAN MEWAKILI GTA\nGerakan Tanah Air mengumumkan senarai di 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\nSenarai calon-calon adalah seperti berikut:\nPERLIS\nP.002 KANGAR \u2013 Nur Sulaiman Zolkapli (PEJUANG)\nP.003 ARAU \u2013 Abdul Razak Abdul Khalek (PEJUANG)\nKEDAH\nP.004 LANGKAWI \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG)\nP.005 JERLUN \u2013 Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG)\nP.006 KUBANG PASU \u2013 Datuk Amiruddin Hamzah (PEJUANG)\nP.007 PADANG TERAP \u2013 Razali Lebai Salleh (PEJUANG)\nP.009 ALOR SETAR \u2013 Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG)\nP.010 KUALA KEDAH- Ulya AqamahHusamudin (PEJUANG)\nP.011 PENDANG \u2013 Abdul Rashid Yop (GAGASAN BANGSA)\nP.012 JERAI \u2013 Datuk Mohd Nizam Mahshar (GAGASAN BANGSA)\nP.014 MERBOK \u2013 Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak \u2013 (IMAN)\nP.015 SUNGAI PETANI \u2013 Marzuki Yahya \u2013 (PEJUANG)\nP.016 BALING- Basir Ab Rahman (PUTRA)\nP.017 PADANG SERAI \u2013 Hamzah Abd Rahman (PUTRA)\nP.018 KULIM BANDAR BARU \u2013 Mohamad Yusrizal Yusoff (GAGASAN BANGSA)\nKELANTAN\u00a0\nP.019 TUMPAT \u2013 Che Muhammad Aswari Che Ali (PUTRA)\nP.020 PENGKALAN CHEPA \u2013 Wan Ahmad Nasri Wan Ismail (PEJUANG)\u00a0\nP.021 KOTA BHARU \u2013 Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (PUTRA)\nP.022 PASIR MAS \u2013 Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (PUTRA)\nP.023 RANTAU PANJANG \u2013 Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali (PUTRA)\nP.024 KUBANG KERIANG \u2013 Mohamad Rizal Razali (PEJUANG)\nP.025 BACHOK \u2013 Kamarul Azam Osman\u00a0 (PUTRA)\nP.026 KETEREH \u2013 Hanif Ibrahim (PUTRA)\nP.027 TANAH MERAH \u2013 Mohd Nasir Abdullah (PUTRA)\nP.028 PASIR PUTEH\u00a0 \u2013 Wan Marzudi Wan Omar (PEJUANG)\nP.029 MACHANG \u2013 Mejar Besar Muhammad Seman (PUTRA)\nP.030 JELI \u2013 Prof. Ir Dr. Muhammad Daud (PUTRA)\nP.031 KUALA KRAI \u2013 Norashikin Che Omar (PEJUANG)\nP.032 GUA MUSANG \u2013 Dr. Samsu Adabi Mamat (PEJUANG)\nTERENGGANU\nP.033 BESUT \u2013 Wan Nazari Wan Jusoh (PEJUANG)\nP.034 SETIU- Wan Adnan Wan Ali (PEJUANG)\nP.035 KUALA NERUS \u2013 Azaha Wahid (PUTRA)\nP.036 KUALA TERENGGANU- Mohamad Abu Bakar Muda (PUTRA)\nP.037 MARANG \u2013 Zarawi Sulong (PUTRA)\nP.038 HULU TERENGGANU \u2013 Mohd Khadri\u00a0 Abdullah (PUTRA)\nP.039 DUNGUN \u2013 Nur Aisah Hassan (PEJUANG)\nP.040 KEMAMAN \u2013 Rosli Ab Ghani (PEJUANG)\nPULAU PINANG\nP.041 KEPALA BATAS \u2013\u00a0 Hamidi Abu Hassan\u00a0 (BERJASA)\nP.042 TASIK GELUGOR \u2013 Abdul Halim Sher Jung (GAGASAN BANGSA)\nP.043 BAGAN \u2013 Mohammed\u00a0 Hafiz Mohamed Abu Bakar (IMAN)\nP.044 PERMATANG PAUH \u2013 Nasir Othman (PUTRA)\u00a0\nPERAK\nP.056 LARUT \u2013 Auzaie Fadzlan Shahidi (BERJASA)\nP.058 BAGAN SERAI \u2013 Ahmad Luqman Ahmad Yahaya\u00a0 (PEJUANG)\nP.059 BUKIT GANTANG \u2013 Mohd Shukri Mohd Yusoff (PEJUANG)\nP.062 SUNGAI SIPUT \u2013 Ahmad Fauzi Mohd Jaafar (PEJUANG)\nP.063 TAMBUN \u2013 Abdul Rahim Tahir\u00a0\nP.067 KUALA KANGSAR \u2013 Yusmalia Muhammad Yusof (PEJUANG)\nP.069 PARIT \u2013 Faizol Fadzli Mohamad (PEJUANG)\nP.072 TAPAH \u2013 Mior Nor Haidir Suhaimi (PEJUANG)\nP.073 PASIR SALAK \u2013 Zairol Hizam Zakaria (PUTRA)\nP.074 LUMUT \u2013 Mazlan Abdul Ghani (PEJUANG)\nP.076 TELUK INTAN \u2013 Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (IMAN)\nP.077 TANJONG MALIM \u2013 Amir Hamzah Abdul Razak (IMAN)\nPAHANG\nP.079 LIPIS \u2013 Aishaton Abu Bakar (PEJUANG)\nP.080 RAUB \u2013 Norkhairul Anuar Mohamed Nor (PEJUANG)\u00a0\nP.082 INDERA MAHKOTA \u2013 Mohamad Nor Sundari (BERJASA)\nP.084 PAYA BESAR \u2013 Rosminahar Mohd Amin (PEJUANG)\u00a0\nP.085 PEKAN- Mohammad Radhi Abdul Razak (PEJUANG)\nP.087 KUALA KRAU \u2013 Shahruddin Mohamed Salleh (PEJUANG)\nP.088 TEMERLOH \u2013 Aminuddin Yahaya (GAGASAN BANGSA)\nSELANGOR\nP.092 SABAK BERNAM \u2013 Idris MD Yusof (GAGASAN BANGSA)\u00a0\nP.093 SUNGAI BESAR \u2013 Asmawar Samad (PUTRA)\nP.094 HULU SELANGOR \u2013 Harumaini Omar (PEJUANG)\nP.095 TANJUNG KARANG \u2013 Azlan Sani Zawawi (GAGASAN BANGSA)\u00a0\nP.096 KUALA SELANGOR- Mohd Shaid Rosli (PEJUANG)\nP.098 GOMBAK \u2013 Aziz Jamaludin Mohd Tahir (PUTRA)\nP.099 AMPANG- Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (PEJUANG)\u00a0\nP.100 PANDAN \u2013 Nadia Hanafiah (GAGASAN BANGSA)\nP.102 BANGI- Annuar Salleh (BERJASA)\nP.105 PETALING JAYA \u2013 Mazween Mokhtar (GAGASAN BANGSA)\nP.107 SUNGAI BULOH \u2013 Mohd Akmal Mohd Yusof (PEJUANG)\nP.108 SHAH ALAM- Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG)\nP.109 KAPAR \u2013 Muhammad Pathan Hussin (BERJASA)\nP.101 HULU LANGAT \u2013 Markiman Kobiran (PEJUANG)\nP.111 KOTA RAJA \u2013 Fahmi Bazlan Muda (BERJASA)\nP.112 KUALA LANGAT \u2013 Ridzuan\u00a0 Abdullah\u00a0 (GAGASAN BANGSA)\nP.113 SEPANG \u2013 Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (PEJUANG)\nW.P PUTRAJAYA\nP.125 PUTRAJAYA \u2013 Muhd Rosli Ramli (BERJASA)\nW.P KUALA LUMPUR\nP.115 BATU- Wan Azliana Wan Adnan (PEJUANG)\u00a0\nP.116 WANGSA MAJU \u2013 Norzaila Arifin (PUTRA)\u00a0\nP.118 SETIAWANGSA \u2013 Bibi Sunita Sakandar Khan (PEJUANG)\nP.119 TITIWANGSA \u2013 Khairuddin Abu Hassan (PEJUANG)\nP.121 LEMBAH PANTAI \u2013 Noor\u00a0 Asmah Mohd Razalli\u00a0 (PUTRA)\nNEGERI SEMBILAN\nP.126 JELEBU \u2013 Ahmad Fakri Abu Samah (PUTRA)\nP.127 \u2013 JEMPOL \u2013 Mohd Khalid Muhd Yunus (PUTRA)\nP.128 SEREMBAN- Mohamad Jani Ismail\u00a0 (PEJUANG)\u00a0\nP.129 KUALA PILAH \u2013 Kamarulzaman\u00a0 Kamdias (PUTRA)\nP.131 REMBAU \u2013 Ramly Awaluddin (PEJUANG)\nP.132 PORT DICKSON \u2013 Ahmad Idham Ahmad Nazri (GAGASAN BANGSA)\nP.133 TAMPIN \u2013 Zamani Ibrahim -(BERJASA)\nMELAKA\nP.134 MASJID TANAH \u2013 Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG)\nP.135 ALOR GAJAH \u2013 Muhammad Nazriq\u00a0 Abdul Rahman (BERJASA)\nP.136 TANGGA BATU \u2013 Ghazali Abu (PUTRA)\nP.137 HANG TUAH JAYA \u2013 Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (PEJUANG)\nP.139 JASIN \u2013 Mohd Daud Nasir (PEJUANG)\nJOHOR\nP.140 SEGAMAT \u2013 Syed Hairoul Faizey Syed Ali (PUTRA)\nP.141 SEKIJANG \u2013 Muhd Saiful Faizal Abd Halim (PUTRA)\nP.144 LEDANG \u2013 Rafidah Ridwan (PEJUANG)\nP.149 SRI GADING- Mahdzir Ibrahim (PEJUANG)\nP.150 BATU PAHAT \u2013 Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (PEJUANG)\nP.151 SIMPANG RENGGAM \u2013 Kamal Kusmin (PUTRA)\nP.154 MERSING \u2013 Nurfatimah Ibrahim (PEJUANG)\nP.155 \u2013 TENGGARA \u2013 M Azhar Palal (PUTRA)\nP.159 PASIR GUDANG \u2013 Mohammad Rafi Beran (IMAN)\nP.160 JOHOR BHARU \u2013 Mohd\u00a0 Akhiri Mahmood (PEJUANG)\nP.164 PONTIAN \u2013 Jamaluddin Mohamad (GAGASAN BANGSA)\nW.P LABUAN\nP.166 LABUAN-\u00a0 Ramle Mat Daly (PUTRA)\u00a0\nSABAH\nP.167 KUDAT \u2013 Nur Alya Humairah Usun Abdullah (PEJUANG)\nP.170 TUARAN \u2013 Muminin Kalingkong @ Norbinsha (PEJUANG)\nP.172 KOTA KINABALU \u2013 Roman Lo (PEJUANG)\nP.173 PUTATAN \u2013 Poyne B. Tudus @ Patrick Payne (IMAN)\nP.182 PERSIANGAN \u2013 Jamani Derimin @ Gampalid (PEJUANG)\nP.183 BELURAN \u2013 Hausing Sudin @ Samsudin (PEJUANG)\nP.188 LAHAD DATU \u2013 Jani Kulmen (PEJUANG)\nP.191 KALABAKAN \u2013 Nur Aini Abdul Rahman (PEJUANG)\nP.168 KOTA MARUDU \u2013 Mohd Azmi Zulkiflee (PEJUANG)\nP.169 KOTA BELUD \u2013 Kanul Gindol\u00a0 (PUTRA)\u00a0\nP.175 PAPAR \u2013 Nicholas Sylvester (PEJUANG)\nP.179 RANAU \u2013 Azizul\u00a0 Julirin (PEJUANG)\nP.180 KENINGAU \u2013 Jeffrus @ Maimin Rijan (PUTRA)\nP.185 BATU SAPI \u2013 Boni Yusuf\u00a0 Abdullah (PUTRA)\nInfo lanjut: \nFacebook Parti Pejuang Tanahairpejuang.org.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-gantung-bendera-malaysia-jalur-gemilang/", "title": "Cara Gantung Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) Dengan Betul", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA GANTUNG BENDERA MALAYSIA MENGIKUT TERTIB & PROTOKOL\nMeriahnya Bulan Kemerdekaan ini jika ramai yang menghias dan menggantungkan bendera kan?\nTapi tahukah anda, nak gantung bendera Malaysia ni pun ada caranya tau.\nSebabnya bendera ini adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara.\nJadi, Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini perlulah dikibarkan secara tertib sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara sama ada sewaktu menaikkan atau menurunkannya. \n\n\n\n\n\n\nSebelum mengibarkan Jalur Gemilang, kita juga perlu mengambil kira faktor tempat, masa, saiz bendera, tiang dan susunan bendera sekiranya lebih dari satu jenis bendera bagi mengelakkan kesalahan protokol mengibarkannya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul\n\n \nPanduan Pemasangan Bendera Malaysia (Video)\n\n \nPanduan Pemasangan Banner & Kududukan Jalur Gemilang (Video)\n\n\nCara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul\nMengikut arahan Jabatan Perdana Menteri melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1994 : Pengibaran Bendera Malaysia Di Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Seluruh Negara, pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan, Badan-badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Persekutuan diwajibkan mengibarkan Bendera Persekutuan iaitu Jalur Gemilang. \nSelain itu, orang ramai digalakkan mengibarkan Jalur Gemilangdi kediaman, premis-premis perniagaan, kedai-kedai dan gerai-gerai.\nPekeliling ini juga menetapkan Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan pada hari-hari bekerja, Hari Kebesaran Persekutuan dan Hari Kebesaran Negeri.\nWalau bagaimanapun, Jalur Gemilang boleh dikibarkan pada bila-bila masa dan di mana-mana selagi kesesuaian dan kehormatan terhadap bendera terpelihara.\nBerikut dikongsikan cara gantung bendera Malaysia dengan betul untuk rujukan bersama.\n(Rujuk infografik)\nBEBERAPA JENIS BENDERA / JALUR GEMILANG\n\n\n\nCARA GANTUNG JALUR GEMILANG\n\n\n(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)\nBerikut dikongsikan maklumat penuh tentang Bendera Malaysia dan info yang perlu kita tahu mengenainya sebagai Rakyat Malaysia.\nJALUR-GEMILANG-PANDUANDownload\nMuat Turun : http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/jalur_gemilang_2020/files/downloads/jalur_gemilang_2020.pdf\nPanduan Pemasangan Bendera Malaysia (Video)\n\n\n\nPanduan Pemasangan Banner & Kududukan Jalur Gemilang (Video)\n\n\n\nSumber: Youtube Jabatan Penerangan Malaysia \nBaca juga: \nBendera Malaysia (Maksud Warna, Lambang & Sejarah)Keluarga Malaysia Teguh Bersama : Tema, Konsep & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka 2022Himpunan Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/smartbox-selangor/", "title": "Smartbox Selangor \u2013 Panduan Pengguna Baharu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSmartbox Selangor diwujudkan bagi memudahkan proses permohonan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga serta pembayaran secara atas talian bagi pelanggan.\nMelalui sistem ini, urusan penyerahan bagi tujuan semakan dan merekod hakmilik tanah dan strata dapat dilakukan dengan lebih pantas dan cekap. Pelanggan dan pentadbir dapat akses capaian sistem ini di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.\nSistem Smartbox juga dilengkapi dengan kemudahan pembayaran atas talian bagi pengguna awam yang inigin membayar urusan perserahan, cukai tanah/cukai petak dan tunggakan cukai.\nPelanggan boleh memilih dua kaedah pembayaran atas talian iaitu pembayaran Business to Business (B2B) bagi syarikat / firma dan Business to Customer (B2C) bagi individu/pengguna awam.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai portal Smartbox Selangor dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Cukai Tanah Selangor \u2013 Semakan No Akaun & Bayaran Online\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar Pengguna Baharu di Portal Smartbox Selangor\n\n \nPanduan Urusan Hakmilik di Portal Smartbox\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Daftar Pengguna Baharu di Portal Smartbox Selangor\nPengguna baharu boleh mendaftar berpandukan langkah-langkah berikut :\nPergi ke laman web rasmi Smartbox PTGS di https://smartbox.selangor.gov.my/\n\nDi laman utama, pergi ke Pendaftaran Pengguna dan pilih kategori pendaftaran untuk mulakan pendaftaran.\nTerdapat tiga jenis kategori pendaftaran pengguna yang boleh dipilih iaitu :\n\n\nFirma\nIndividu\nPenyerah\n\n3. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\n4. Untuk kategori firma atau syarikat, anda perlu lampirkan bersama sijil pendaftaran firma serta sijil annual (practising certificate).\n5. Buat kategori individu dan penyerah, anda perlu muat naik gambar muka hadapan MyKad dan gambar pemilik MyKad bersama MyKad buat tujuan pengesahan.\n6. Buka e-mel dan klik pada link untuk aktifkan akaun. Log masuk Smartbox untuk mulakan.\nPanduan Urusan Hakmilik di Portal Smartbox\nTerdapat tiga jenis pilihan urusan Hakmilik Tanah yang disediakan kepada pengguna iaitu :\n\nUrusan Tanah\nUrusan Strata\nUrusan Tanpa Hakmilik\n\nSebelum membuat sebarang urusan Hakmilik Tanah, pengguna perlulah terlebih dahulu menambah hakmilik yang terlibat dengan memasukkan butiran urusan hakmilik tanah.\nSekiranya pengguna mempunyai tunggakan cukai, pengguna perlu menjelaskan bayaran di laman eHasil sebelum meneruskan proses pengurusan hakmilik.\nUrusan hakmilik tanah yang telah diisi akan dikemaskini pada bahagian Senarai Hakmilik.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan Smartbox Selangor, sila rujuk senarai Soalan Lazim seperti lampiran di bawah :\nSoalan-Lazim-SmartboxDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/malaysia-madani/", "title": "Malaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud, Konsep & Lagu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Madani : Konsep Pelaksanaan, Teras, Rukun, Maksud Logo & Lagu Rasmi\nPada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati.\nBertemakan \u2018Membangun Malaysia Madani\u2019, konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut :\n\nKeMampanan\nkesejAhteraan\nDaya Cipta\nHormAt\nKeyakiNan\nIhsan\n\n\nBaca Juga : Maksud Kerajaan Perpaduan \u2013 Jabatan Penerangan Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud Malaysia Madani\n\n \nKonsep Malaysia Madani\n\n \n4 Teras Strategik Malaysia Madani\n\n \nLogo Malaysia Madani\n\n \nPelaksanaan Dalam Kerajaan Perpaduan\n\n \nLagu Rasmi \u2018Malaysia Madani\u2019 (Bunkface)\n\n\nMaksud Malaysia Madani\nMADANI merupakan satu kerangka dasar yang terdiri daripada 6 tonggak dasar Membangun Malaysia MADANI:\nM > keMampananKemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan yang seimbang antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik.\nA > kesejAhteraanMembawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan.\nD > Daya ciptaMengandungi beberapa konotasi antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu.\nA > hormAtMengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab yang berasal daripada bahasa arab.\n\n\n\n\n\n\nN > keyakiNanKeyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi.\nI > IhsanIhsan itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan.\n\nSekaligus enam tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan memegang maksud MADANI secara menyeluruh.\nEnam tonggak ini bakal memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.\nBerdasarkan kenyataan daripada Perdana Menteri, Malaysia Madani dikarang hasil daripada pengalaman lebih empat dekad di dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa, serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij dunia.\n\n\n\n\n\n\n\nKonsep Malaysia Madani\nMalaysia Madani bertunjangkan empat Teras Strategik Utama iaitu :\n\nMembina Semula Ekonomi\nMenjamin Kesejahteraan Insan\nReformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan\nMewujudkan Pentadbiran Beramanah\n\nBagi memastikan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu :\n\nDigitalisasi Perkhidmatan Rakyat\nPendayaupayaan Bakat Terbaik Negara\nPemerkasaan Pengurusan Projek Strategik\n\nMadani juga menjadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan dalam pembangunan negara iaitu :\n\nEkonomi \nKewangan\nPerundangan\nPendidikan\nKemasyarakatan\nKebudayaan\nBandar\nLuar Bandar\n\n\n4 Teras Strategik Malaysia Madani\n\nMembina semula ekonomi melalui pendekatan human economy menerusi penstrukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan.\nMenjamin kesejahteraan insan ditunjangi prinsip adil dan ihsan. Institusi kemasyarakatan diperkasa untuk menjaga martabat dan maruah keinsanan, normal sosial, hormat-menghormati dan solidariti.\nReformasi institusi demokrasi dan perundingan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar-dasar berkaitan.\nMewujudkan pentadbiran beramanah menerusi islah dan pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi.\n\n\u2013 Tan Sri Dato\u2019 Seri Mohd Zuki bin Ali di Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2023 pada 9 Februari 2023\nLogo Malaysia Madani\nMalaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.\nKerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.\n\nRASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI\n\nJalur \u2013 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia\nBulatan \u2013 Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat\nBulan Sabit \u2013 Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan\nBintang \u2013 Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan\n\n\n\nWARNA BIRU \u2013 Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan\nWARNA MERAH \u2013 Keberanian, jatidiri dan keazaman\nWARNA KUNING \u2013 Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan\nWARNA PUTIH \u2013 Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni\n\nMUAT TURUN LOGO\nLogo Malaysia Madani (PNG)\nLogo Malaysia Madani dengan tulisan (PNG)\nMuat Turun : Surat Siaran Penggunaan Logo Malaysia Madani Dalam Medium Hebahan dan Promosi Kerajaan\nSurat-Penggunaan-Logo-Malaysia-MADANI-Dalam-Medium-Hebahan-Dan-Promosi-KerajaanDownload\n\nPelaksanaan Dalam Kerajaan Perpaduan\nMenurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, konsep ini juga mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan\u00a0 untuk mengangkat martabat insan berpaksikan keyakinan, nilai, akhlak serta tata kelola yang adil dan berkesan.\nTambah Perdana Menteri, Madani tidak akan menepikan prinsip kerajaan dalam mentadbir negara.\nKerajaan juga akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia Madani.\nSehubungan dengan itu, langkah-langkah yang akan diumumkan menerusi Belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Februari nanti bakal mengembalikan asas dan tindakan yang bertepatan dengan konsep yang baharu ini.\n\u201cIni semua boleh menambah keyakinan dengan menegakkan sistem atau negara hukum yang tidak akan memilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, dan tidak juga menindas atau menekan individu atau puak yang tidak mendukung kita.\n\u201cIni yang disebut sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar, berfungsi secara optimum dan kita selesaikan isu tata kelola dengan penyelarasan dan koordinasi tapi harus bermula dengan pengurusan atasan,\u201d kata beliau.\nBeliau turut menegaskan bahawa seluruh kepimpinan dalam Kerajaan Perpaduan perlu meletakkan asas dan budaya baharu dan meninggalkan perkara lampau yang memberi kesan buruk kepada negara.\nSumber : Astro Awani, The Sun Daily, Media Selangor\nLagu Rasmi \u2018Malaysia Madani\u2019 (Bunkface)\n\n\n\n\n\u201cMalaysia Madani\u201d Audio Production Team:Composer : SamLirik : Sam & PidausProducer : BunkfaceArranger : Bunkface , Epul KuatRecording Engineer : Epul KuatMixing Engineer : Epul KuatMastering : Nico EssigMarketing & Promotion : Mejor Management PLT & Innova SynergyManagement : Mejor Management PLTDigital Distribution : Believe DigitalRecorded at : BF Rock Station\nLyrics :Peradaban kita bangunkanBina kota bina insanDari budi jadi budayaBina asas kemampananKesejahteraan masa depan\nC/OAyuh seluruh anak pertiwiBangunkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus meyakiniMalaysia Madani\nAyuh seluruh anak pertiwiSemarakkan Malaysia MadaniSepenuh hati jiwa semangatTerus Kekal meyakiniMalavsia Madani\nKeyakinan jadi ikutanPendirian jiwa ihsanNilai hormat teras di mindaDaya cipta luar biasaKesejahteraan masa depan\nC/O\nMalaysia! Madani!\nBersatuUntukNegaraKita\n"]} {"url": "https://ecentral.my/shopee-live/", "title": "Cara Mudah Buat Shopee Live Bagi Shopee Seller", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nhttps://www.cara2u.com/2021/10/cara-buat-shopee-live.html\nBagi seller di Shopee, terdapat fungsi Shopee Live yang diperkenalkan oleh pihak Shopee kepada para penjual yang mahu menjual kepada follower mereka secara langsung.\nFungsi Shopee Live ini umpama fungsi Live di Facebook dan hanya khusus buat penjual di platform edagang ini sahaja.\nBengguna akaun biasa tidak mempunyai akses untuk membuat liputan Live ini buat masa ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan buat live video\n\n \nTips buat jualan secara Live\n\n \nCara buat video Live\n\n\nKelebihan buat live video\nFungsi ini sangat berguna bagi Shopee Seller mempromosikan barangan mereka dengan menawarkan offer yang mampu menarik penonton mereka.\nSelain itu, ketika siaran live ini juga penonton berinteraksi secara langsung dengan penjual dan bertanyakan soalan-soalan berkaitan.\nKadar pembelian juga dapat dipertingkatkan apabila penjual menawarkan harga istimewa dalam masa terhad sahaja, sekalipun menyebabkan pembeli akan melakukan pembelian secara impulsif kerana tidak mahu terlepas tawaran tidak masuk akal yang ditawarkan.\nTips buat jualan secara Live\n\nSekiranya anda merancang untuk membuat jualan secara Live, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang sangat bagus bagi mengelakkan siaran Live anda terputus-putus dan mengganggu mood penonton.\nSeterusnya, pastikan anda membuat video siaran langsung ini di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik bagi memastikan penonton dapat melihat dengan jelas barangan yang dijual.\nBagi mendapatkan jualan yang lebih baik, sediakan skrip-skrip atau ayat-ayat promosi jualan yang ditawarkan khas bagi penonton video Live anda sahaja.\nBarangan yang hendak dijual secara langsung ini mestilah sudah disenaraikan dalam Shopee, sekiranya belum berbuat demikian sila muat naik produk anda dalam Shopee terlebih dahulu.\nFungsi ini juga hanya boleh dibuat melalui aplikasi Shopee sahaja dan tidak boleh dibuat melalui laman web Shopee, jadi pastikan anda telah memuat turun aplikasi Shopee terlebih dahulu.\nCara buat video Live\nBukan aplikasi Shope andaKlik pada MePilih \u201cLive Streaming\u201dKlik \u201cCreate Stream\u201dMasukkan gambar dan penerangan berkaitan produk yang ingin dijual ketika siaran langsungKlik \u201cNext\u201dAnda juga boleh memberikan baucar khas buat penonton siaran Live anda dengan mengklik butang \u201cVoucher\u201d\nNota:\nAnda boleh memilih sehingga 500 produk daripada kedai anda atau senarai item kegemaran anda untuk ditandakan dalam penstriman langsungUntuk menambah diskaun pada produk strim langsung anda, anda mesti menetapkan diskaun terlebih dahulu melalui halaman Marketing Centre (tersedia di Apl Shopee).\nUntuk makluman lanjut berkaitan fungsi ini, sila layari Shopee Seller Education Hub.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kebenaran-rentas-negeri-berkuatkuasa-11-oktober-2021/", "title": "Kebenaran Rentas Negeri Berkuatkuasa 11 Oktober 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: KEBENARAN AKTIVITI RENTAS NEGERI / KE LUAR NEGARA, TERMASUK BAGI TUJUAN PELANCONGAN\nKerajaan bersetuju benar pergerakan rentas negeri bermula esok.\nKebenaran rentas negeri bagi mereka yang lengkap dua dos vaksinasi sahaja.\nAktiviti pelancongan di mana-mana negeri dibenarkan.\n\n\n\n\n\n\n\nKebenaran pergerakan rentas negeri tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti diisytiharkan PKPD.\nKadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah capai 90 peratus.\nPM ingatkan rakyat tidak ambil sikap sambil lewa, Akta 342 masih berkuatkuasa.\nKerajaan benarkan rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin lakukan perjalanan ke luar negara tanpa MyTravelPass berkuat kuasa esok.\n\nPemansuhan MyTravelPass\nSelain itu, pihak kerajaan juga memansuhkan pengunaan MyTravelPass untuk rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara.\nIni bermakna, semua rakyat Malaysia kini boleh ke luar negara, termasuk untuk aktiviti pelancongan.\nTarikh berkuatkuasa ini juga adalah esok, 11 Oktober 2021.\nWalaubagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada rakyat Malaysia yang telah lengkap mendapat 2 dos vaksin.\nUjian RTK Tidak Diwajibkan, Tetapi Amat Digalakkan\nDalam sidang media itu juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa ujian RTK tidak diwajibkan, namun ia amat digalakkan sebagai tanggungjawab untuk melindungi keluarga daripada dijangkiti memandangkan ujian tersebut memberi 98% ketepatan.\nSila rujuk SOP terkini di laman web PPN atau MKN untuk memudahkan urusan perjalanan anda :\nSOP Fasa 1\u00a0:\u00a0https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-1/SOP Fasa 2\u00a0:\u00a0https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-2/SOP Fasa 3\u00a0:\u00a0https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-3/SOP Fasa 4\u00a0:\u00a0https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-4/\nSumber: Siaran Media Khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob via BERNAMA\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lesen-memandu-percuma-maipk/", "title": "Program Bantuan Lesen Memandu Percuma 2022 MAIPk", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda orang Perak dan ingin mendapatkan lesen memandu percuma?\nKita sedia maklum bahawa harga untuk mendapatkan lesen memandu bukanlah murah.\nSelain lesen untuk memandu kenderaan sendiri, sebahagian daripada kita mungkin berminat untuk mendapatkan lesen GDL kelas lain seperti Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer \u2013 Bersendi) untuk menceburri kerjaya sebagai pemandu kenderaan perdagangan.\nNamun, kebiasaanya faktor kos menjadi halangan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Lesen Memandu MAIPk\n\n \nSyarat-syarat Permohonan\n\n \nInstitusi Memandu Yang Terlibat\n\n \nLesen Memandu Percuma Yang Ditawarkan Oleh MAIPk\n\n \nCara Memohon Lesen Memandu Percuma MAIPk\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nProgram Lesen Memandu MAIPk\nBerita baik buat mereka yang berkemampuan kerana anda boleh membuat permohonan mendapatkan latihan bagi mendapatkan lesen memandu secara percuma tajaan MAIPk.\nMajlis Agama Islam dan \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepadasemua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga. \nAsnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang ditetapkan.\nSyarat-syarat Permohonan\n\nSebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:\n Beragama IslamBermastautin di negeri PerakBerpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)Berumur 21 tahun keatasMemiliki lesen memandu Kelas D PenuhMemiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja)Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRMBoleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)\nInstitusi Memandu Yang Terlibat\nPemohon yang mendapat tajaan untuk mendapatkan lesen memandu percuma in akan menjalan latihan memandu di salah satu pusat latihan memandu yang terlibat, seperti yang berikut:\nInstitut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn BhdSri Perak E-Driving Centre Sdn BhdInstitut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.\nLesen Memandu Percuma Yang Ditawarkan Oleh MAIPk\nHanya lesen-lesen berikut sahaja yang terlibat bagi tajaan lesen memandu percuma oleh MAIPk ini:\nLesen Memandu CDL: (Pemandu Komersial) untuk:Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas E (Motolori), Kelas H (Jentera Beroda)Lesen Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer \u2013 Bersendi)Lesen Vokasional PSV: (Kenderaan Perkhidmatan Awam)Kelas D (Van / Bas Mini), Kelas E (Bas)\nCara Memohon Lesen Memandu Percuma MAIPk\nPermohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf di Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran atau dimuat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Klik\u00a0https://www.maiamp.gov.my/\u2026/borang-bantuan-zakat.html\nHantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:\nUnit Pemerkasaan Asnaf,Bahagian Agihan ZakatAras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak.\nTarikh Tutup Permohonan\n31 Julai 2022 (Ahad), 11.59 malam.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf: 019-5711384\nBaca juga: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-latihan-modular-pacuan-industri-perak/", "title": "Pendaftaran Skim Latihan Modular Pacuan Industri Perak, Elaun RM500", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELBAGAI PELUANG PEKERJAAN DI BAWAH PROGRAM LATIHAN MODULAR INDUSTRI NEGERI PERAK\nSkim Latihan Modular Pacuan Industri Negeri Perak merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Perak untuk membantu pemerkasaan kemahiran TVET di samping menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk negeri Perak.\nSecara ringkasnya, antara kelebihan program ini termasuklah:\n ELAUN LATIHAN SEBANYAK RM500 AKAN DIBERIKAN PERSIJILAN DI BAWAH INDUSTRI TAWARAN PEKERJAAN SELEPAS LATIHAN\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kekosongan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nSKIM LATIHAN MODULAR PACUAN INDUSTRI NEGERI PERAK\n\n \nCara Permohonan Skim Latihan Modular Pacuan Industri Perak\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan\nDi bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) fasa 2 yang telah diumumkan pada bulan Jun 2020, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak\u00a0dalam menggiatkan usaha membantu permasalahan kelompok terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka melalui\u00a0tiga (3) kategori\u00a0iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Latihan Peningkatan Kemahiran.\nRM4.3 juta bagi skim latihan TVET yang dikendalikan oleh Jawatankuasa TVET Negeri Perak dibawah pakej rangsangan ekonomi ke-2, memanfaatkan 1,500 peserta menerusi latihan Reskilling, DualSkills dan pemerkasaan kemahiran sedia ada.\nSKIM LATIHAN MODULAR PACUAN INDUSTRI NEGERI PERAK\nSkim ini merupakan latihan kemahiran yang dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan kemahiran melalui latihan jangka pendek kepada peserta. \nBanyak kursus latihan modular dari pelbagai industri di negeri Perak yang ditawarkan bersama elaun untuk peserta.\nAntara kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\nJuruteknik Automotif, (25 Kekosongan) KAMPARWelder, Blast & Painting Technician, Fitter ( 45 Kekosongan ) , BATU GAJAHWelder Helper ( 20 Kekosongan ), MANJUNGService Crew ( 10 Kekosongan ), IPOHPenyelia Penyedia Makanan ( 30 Kekosongan ) , IPOHPembantu Pastry Chef ( 10 Kekosongan ), IPOHNon Destructive Tester, Welding QC & Inspector ( 36 Kekosongan ), BATU GAJAHMachine Technical Operator ( 20 Kekosongan) , PUSINGKitchen Crew ( 10 Kekosongan ), IPOHKitchen Crew (Chef, Cook, Steward Bartender) (13 Kekosongan), BATU GAJAHCADCAM Draftman, PLC Operator, CNC Operator (17 Kekosongan), BATU GAJAHService Crew, Front Floor Service Crew (13 Kekosongan), BATU GAJAHMekanik & Pembantu Mekanik, (9 Kekosongan),SILIBIN\nKlik: https://perakpasak.org/skimlatihanmodularpacuanindustri/\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \nCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-Ini-Fitri : Bantuan Dana Hari Raya B40 (RM400) & M40 (RM250)\nCara Permohonan Skim Latihan Modular Pacuan Industri Perak\nUntuk mendaftar, sila isikan borang di pautan ini: https://perakpasak.org/skimlatihanmodularpacuanindustri/\nMaklumat Lanjut\nWhatsapp : \nhttp://wasap.my/60182974725/ProgramModularPacuanIndustri atau http://wasap.my/60194000514/ProgramModularPacuanIndustri\n(Isnin \u2013 Jumaat jam 8.30 pagi \u2013 5.30 petang \u2013 Tidak termasuk cuti umum\nFacebook Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)Email: [email\u00a0protected]:\u00a0https://perakpasak.orgAlamat: No. 129 Jalan Raja Musa Mahadi, Desa Perwira, 31350 Ipoh, PerakFaks: 05-318 2650\u00a0https://perakpasak.org/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akaun-bank-bekas-suami-akan-dibekukan-jika-tidak-bayar-nafkah/", "title": "Akaun Bank Bekas Suami Akan Dibekukan Jika Tidak Bayar Nafkah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAkaun bank bekas suami akan dibekukan jika mereka ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman berkenaan berkenaan ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu, 19 Mac yang lalu.\nBeliau berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi menjaga kepentingan wanita dan anak-anak dalam isu tuntutan nafkah.\n\n\n\n\n\n\nMenerusi inisiatif ini, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami melalui potongan bank.\n\u201cApabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar bekas suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.\n\u201cJadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,\u201d katanya.\nAkaun Bank Bekas Suami Tidak Bayar Nafkah Akan Dibekukan \u2013 BERNAMA\nSementara itu, bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.\nSebelum ini, Ismail berkata ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi diwajibkan membenarkan wanita yang kematian suami bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami dapat diselesaikan.\nSumber: BERNAMA, Sinar Harian\nBaca juga: \nPelaksanaan Kadar Gaji Minimum RM1500 Sebulan Mulai 1 Mei 2022Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Hanya Untuk Suka-sukaKISS Selangor: Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-pelajar-ipt-muip/", "title": "Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Untuk Siswa Kelahiran Pahang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Awal Pelajar IPT MUIP \nSukacita dimaklumkan bahawa siswa kelahiran Pahang kini berpeluang untuk memohon Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP. \nInisiatif yang diwujudkan oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengalu-alukan pelajar yang berkelayakan untuk memohon.\nBantuan ini ditawarkan buat pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian iaiti Sijil Asasi / Matrikulasi, Diplima, Sarjana Muda, Sarjana Muda (PJJ), Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD).\n\n\n\n\n\n\nBantuan ini diberikan sekali sahaja kepada siswa kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara dalam salah satu peringkat pengajian seperti yang dinyatakan.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 & Jaminan Pekerjaan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKadar Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP\nKadar bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian seperti di bawah :\nSijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 500Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) \u00a0: RM 700Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,200Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,5000Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian Islam : RM 5,000\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPelajar beragama IslamPemohon bermastautin di negeri Pahang,Permohonan dilakukan setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT.Permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian.Pemohon perlu kemukakan slip bayaran / bukti pendaftaran kemasukan ke IPT.\nCara Memohon\nPelajar boleh lakukan permohonan secara online melalui pautan : https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/\nPengguna baharu perlulah mendaftar sebelum mulakan permohonan.\nPemohon diingatkan supaya memasukkan nombor akaun bank dan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan urusan pihak pentadbiran MUIP untuk membuat bayaran dan menghubungi pemohon.\nUntuk makluman, permohonan dibuka sepanjang tahun.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Awal IPT MUIP sila hubungi bahagian Dermasiswa Pelajaran/Tambang Belajar/ Bantuan Awal ke IPT di talian 09-422 1311 ext 1002/1003/1016 atau hantarkan emel ke alamat [email\u00a0protected].\nAnda juga boleh ikuti laman Facebook rasmi Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang untuk ketahui perkembangan terkini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ecensus-malaysia/", "title": "eCensus 2020: Cara Daftar & Isi Borang Banci Online Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDisebabkan penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020 ini, pembancian di Malaysia akan dijalankan menggunakan kaedah pembancian online atau eCensus. \nKaedah pembancian ini tidak memerlukan proses pembancian secara bersemuka dan hanya perlu menjawab soal selidik secara dalam talian sahaja.\nKerjasama rakyat Malaysia dalam memberikan maklumat yang diperlukan amat penting kerana ia menjadi asas kepada data perangkaan penduduk dan perumahan untuk pembangunan sosio-ekonomi negara.\nJom ketahui lebih lanjut tentang eCensus dan apa yang perlu dibuat untuk menjawab soal selidik banci Malaysia ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eCensus / Banci Online Malaysia?\n\n \nTempoh Pembancian 2020\n\n \nSiapa Yang Perlu Dibanci?\n\n \nSiapa Yang Tidak Perlu Dibanci?\n\n \nCara Daftar & Pengisian eCensus\n\n \nA. Bagi Yang Tidak Mendapat Poskad\n\n \nB. Bagi Yang Mendapat Poskad\n\n \nAdakah Cara Lain Menjawab Soal Selidik Banci Malaysia?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah eCensus / Banci Online Malaysia?\nBanci Penduduk dan Perumahan 2020 adalah pembancian bilangan penduduk dan isi rumah berdasarkan pelbagai ciri demografi, sosial dan ekonomi.\nKerja-kerja pembancian adalah tertakluk kepada Akta Banci 1960 (Disemak-1969).\nBanci menyediakan maklumat tentang jumlah stok tempat kediaman dan kemudahan serta keperluan asas perumahan yang tersedia.\nBaca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online\nData yang dikumpul akan membekalkan set maklumat statistik yang komprehensif mengenai arah aliran kependudukan, sosial dan ekonomi\n\n\n\n\n\n\nUntuk yang tak nak diganggu tu, tiada masalah. \nSekarang ni kita pun dah boleh buat bancian secara online melalui eCensus. \n\nTempoh Pembancian 2020\nBanci Penduduk dan Perumahan Malaysia dijalankan pada:\nFasa 1 secara atas talian menggunakan e-Census pada\u00a07 Julai \u2013 30 September 2020\u00a0Fasa 2 secara temuramah bersemuka pada\u00a07 Oktober \u2013 24 Oktober 2020\nSiapa Yang Perlu Dibanci?\nSemua penduduk termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama 6 bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun 2020. Ini termasuk:\nBayi yang lahir PADA ATAU SEBELUM Hari Banci dan MASIH HIDUP pada Hari Banci (7 Julai 2020).Orang yang meninggal dunia PADA ATAU SELEPAS Hari Banci (7 Julai 2020).Penduduk Malaysia yang berulang alik melintasi sempadan Malaysia (contohnya Singapura dan Thailand) untuk bekerja atau belajar tetapi mempunyai tempat tinggal biasa di Malaysia.Penduduk Malaysia yang keluar negara untuk melancong, pengajian jangka pendek (kurang dari 6 bulan) atau menghadiri persidangan/ seminar atau urusan perniagaan.Pegawai dagang dan pekerja asing serta keluarga mereka yang menetap di Malaysia.Pelawat dan penuntut asing yang menetap di Malaysia.Anggota tentera dan pegawai diplomatik asing serta ahli keluarga mereka yang menetap di Malaysia.Orang yang tiada tempat tinggal (contohnya gelandangan)\nSiapa Yang Tidak Perlu Dibanci?\nBayi yang lahir SELEPAS Hari Banci (7 Julai 2020).Orang yang meninggal dunia SEBELUM Hari Banci (7 Julai 2020).Warganegara Malaysia??dan penduduk tetap yang telah atau akan keluar negara bagi tempoh 6 bulan atau lebih dalam tahun 2020 untuk bekerja, belajar dan sebagainya.Anggota tentera dan tentera diplomatik serta keluarga mereka yang tinggal di luar Malaysia.Orang asing seperti pelancong, ahli perniagaan dan seumpamanya yang berada di Malaysia untuk tempoh kurang dari 6 bulan dalam tahun 2020.\n\nCara Daftar & Pengisian eCensus\nCara menjawab soal selidik atau banci secara online ini boleh dilakukan melalui 2 cara, iaitu:\nA. Bagi Yang Tidak Mendapat Poskad\nUntuk yang tak dapat poskad, pergi ke laman web eCensus untuk dapatkan invitation code. \nLangkahnya adalah seperti berikut:\nLaman web banci eCensus boleh diakses di\u00a0https://ecensus.mycensus.gov.my/Isikan maklumat asas untuk pra-pendaftaran.Sahkan maklumat dan tunggu langkah seterusnya.Invitation Code akan dihantar melalui e-mel. Tempoh masa penghantaran Invitation Code adalah dalam 72 jam daripada masa pengesahan e-mel dibuat.\nNOTA: \ni) Mohon pastikan anda telah membuat pengesahan e-mel selepas membuat Pra-Pendaftaran e-Census. \nii) Anda juga boleh menyemak e-mel tersebut di folder junk atau spam. \niii) Sekiranya anda tidak menerima e-mel untuk membuat pengesahan Pra-Pendaftaran e-Census setelah menyemak di folder junk mail atau spam, dimohon untuk membuat Pra-Pendaftaran semula.\nB. Bagi Yang Mendapat Poskad\nBuat makluman, penghantaran poskad akan dilaksanakan dalam tempoh 6 hingga 24 Julai 2020.\nYang dah dapat poskad, ikut langkah yang diterangkan pada poskad yang dikirimkan.\n\nLangkahnya adalah seperti berikut:\nTerus masuk ke laman web dan daftar sebagai pengguna kali pertama.Isikan butiran dan Invitation Code yang telah diberikan melalui poskad.Pengguna akan menerima kod OTP melalui e-mel yang didaftarkan.Isikan borang soal selidik dengan lengkap dan klik butang pengesahan.Hantar soal selidik.\nNOTA:\nSekiranya anda tidak mempunyai e-mel atau tidak tahu mengisi soal selidik secara online, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melakukan temu ramah secara bersemuka di tempat kediaman anda bermula pada 7- 24 Oktober 2020.\nAndo boleh rujuk cara isi soal selidik eCensus melalui video rasmi dari DOSM di bawah ini.\n\nAdakah Cara Lain Menjawab Soal Selidik Banci Malaysia?\nSelain mengisi maklumat eCensus secara online, anda boleh menjawab soal selidik banci Malaysia melalui 4 lagi kaedah berikut:\ni) Computer Assisted Personal Interview (CAPI)\nKaedah pengumpulan data secara CAPI merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK dan melakukan proses temu ramah responden dengan merekodkan maklumat maklumat responden secara online dan offline menggunakan tablet atau telefon pintar.\nii) Paper and Pen Interview\u00a0(PAPI)\nKaedah ini merupakan kaedah di mana Pembanci akan melawat TK untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka kepada responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh di dalam borang soal selidik.\niii) Computer Assisted Telephone Interview (CATI)\u00a0\nKaedah ini, pembanci akan membuat temu ramah melalui telefon dan semua maklumat responden akan dimasukkan dalam sistem CATI.\niv) Drop-off & Pick Up\u00a0(DOPU)\u00a0\nKaedah ini Pembanci akan meninggalkan borang soal selidik (drop off) di TK pada Hari Banci dan Pembanci akan mengambil semula borang soal selidik (pick up) yang telah diisi oleh responden.\nPelaksanaan mod pembancian ini adalah fleksibel bagi kawasan bandar dan luar bandar dengan mengambil kira\u00a0\nNOTA PENTING:\nBanci 2020 tidak akan bertanyakan soalan berkaitan:\nMaklumat kewangan atau pendermaan;Apa-apa berkaitan pegangan atau parti politik; danMaklumat/nombor akaun bank atau kad kredit.\nJadi pastikan anda tidak terpedaya sekiranya ada orang yang bertanyakan maklumat tersebut sama ada secara online, melalui panggilan telefon atau secara bersemuka ya!\nBaca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut berkaitan eCensus atau bancian online Malaysia 2020 ini, sila hubungi :\nJabatan Perangkaan, Malaysia,Blok C6, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62514, PUTRAJAYA, MALAYSIA\nNombor telefon\u00a0: 1-800-88-7720E-mel\u00a0:\u00a0[email\u00a0protected]Laman web Jabatan Perangkaan Malaysia\u00a0:\u00a0www.dosm.gov.myFacebook Rasmi : MyCensus2020\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mppk-2-0-bank-rakyat/", "title": "MPPK 2.0: Program Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBank Rakyat menawarkan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), eksklusif untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu MPPK 2.0?\n\n \nCiri / Kelebihan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan MPPK 2.0\n\n\nApakah Itu MPPK 2.0?\nSkim ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2022 di mana inisiatif pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID\n\n\n\n\n\n\nObjektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19.\nMPPK 2.0 telah diteruskan dan kini dibuka untuk permohonan.\nRujuk ciri dan kelebihan skim pembiayaan ini dalam jadual di bawah.\nCiri / Kelebihan \nAntara kelebihan skim ini adalah seperti dalam jadual berikut:\nPekaraPeneranganSaiz PembiayaanRM1,000 \u2013 RM10,000Tempoh PembiayaanSehingga 5 tahunMoratoriumSehingga 1 tahun (12 bulan)Kadar Keuntungan0%\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia yang berumur 18 \u2013 60 tahunTerbuka kepada individuPenjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam talianMempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehiAktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah\nCara Permohonan MPPK 2.0\nSila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau kunjungi\u00a0Laman Khas Bank Rakyat\nMaklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nhttps://qr2e.bankrakyat.com.myFacebook Bank Rakyat\u00a0Hotline : 1-300-80-5454Alamat HQ : Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur, Malaysia\nBaca juga: \nPPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2022Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2022 : Syarat & Cara Permohonan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-ceria-kwsp/", "title": "i-Ceria KWSP : Cadangan Pengeluaran One-off Kali Terakhir", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI : PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBENARKAN\nKerajaan membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak RM 10,000 dalam sebuah Pengumuman Khas secara langsung hari ini.\nMenurut Perdana Menteri, ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.\n\u201cWalaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.\u201d\n\u201cSaya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.\u201d\n\nLanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.\nMaklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.\n\n\n\n\n\n\nRujuk selanjutnya: Pengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan \u2013 PM Ismail Sabri\nCadangan Pengeluaran KWSP 10k Kali Terakhir\nSebelum ini, Ahli Parlimen telah mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan \u2018i-Ceria\u2019 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.\nDatuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.\n\u201cTuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.\n\u201cTuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,\u201d katanya.\nJusteru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.\nSebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.\n\nCadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).\nSementara itu Karupaiya dan Hasan berpendapat, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang susulan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab cenderung menaikkan harga ketika rakyat menerima bantuan kewangan.\nHasan berkata, ini menyebabkan kuasa beli kalangan rakyat semakin berkurang walaupun mempunyai wang, oleh itu kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dalam mengawal harga barangan terutama di kawasan luar bandar.\nXavier pula berpendapat cadangan i-Ceria itu bertepatan dengan keadaan semasa ekonomi negara yang memerlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kerajaan bertanggungjawab membantu anggota Keluarga Malaysia khususnya golongan B40. \nPENJELASAN MENTERI KEWANGAN, TENGKU ZAFRUL\nSusulan kepada pengumuman oleh Perdana Menteri, YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri bin Yaakob, mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 pada hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah memaklumkan bahawa butir-butir mengenai pengeluaran tersebut akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.\nSebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah menjawab cadangan pihak-pihak yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP bagi yang terjejas banjir melalui 2 buah video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022.\nDalam video berdurasi 6:28 minit berkenaan, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini pencarum telah mengeluarkan sehingga RM71,000 melalui i-Lestari, i-Sinar & i-Citra, manakala dalam bahagian kedua video tersebut, impak pengeluarannya turut diperincikan.\nSecara keseluruhannya, RM101 bilion telah dikeluarkan pencarum.\nJelas beliau, bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030.\nIni bemaksud, dalam masa 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk membiayai hidup masing-masing selepas bersara.\nAtas sebab itu, desakan beberapa pihak untuk membenarkan pengeluaran KWSP akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini berada dalam tahap yang membimbangkan.\nSebagai contoh, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1000, bersamaan RM4 sebulan untuk tempoh 20 tahun.\nManakala, bagi M40, jumlah simpanan adalah RM25,000 iaitu bersamaan RM104 sebulan untuk tempoh 20 tahun.\nJusteru itu, ahli KWSP dinasihatkan agar tidak mengeluarkan simpanan sekiranya tidak terdesak.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-biasiswa-sukan-persekutuan-sbsp/", "title": "Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) kini dibuka bagi pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA).\u00a0\n\u00a0Biasiswa ini bertujuan bagi membantu para atlet negara yang yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil menceburkan diri dalam arena sukan tempatan.\u00a0\nBaca Juga : ISMP 2022: Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh permohonan dibuka mulai 15 April hingga 30 April 2022.\nSyarat-Syarat Kelayakan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)\nPemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nTerbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:\n-tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.\n-tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.\nTelah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; danMemiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.Sihat daripada segi mental dan fizikal.Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.\n\nCara Permohonan \nBerikut adalah langkah-langkah untuk memohon:\n Layari laman sesawang SBSP.Pilih e-Bantuan.Lengkapkan maklumat yang diperlukan.Klik Hantar.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SBSP\u00a0\natau hubungi di talian 03-8871 3548/3546.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-sekolah-2023/", "title": "Tarikh Cuti Sekolah 2023 & Cuti Penggal KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh cuti sekolah akhir tahun iaitu cuti Penggal dan Cuti Sekolah / Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan tahun 2023 seperti Hari Krismas, Deepavali, Hari Raya serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi 2024 / 2025.\nAnda juga boleh merujuk kalendar cuti umum Persekutuan / Negeri serta cuti penggal persekolahan yang dilampirkan dalam artikel ini bagi memudahkan perancangan cuti akhir tahun anda nanti.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCuti Sekolah 2023 & Cuti Penggal KPM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCuti Sekolah 2023 & Cuti Penggal KPM\nSeperti yang kita sedia maklum, susulan pandemik, KPM telah menunda tarikh persekolahan sesi 2022 / 2023 ke penggal 3. Oleh itu, terdapat sedikit perubahan pada takwim persekolahan yang biasanya bermula pada awal tahun.\nCuti akhir tahun juga telah dianjak kepada bulan Februari \u2013 Mac. \nSila rujuk Takwim Akademik dan Cuti Sekolah 2023 / 2024 KPM melalui lampiran berikut:\n\n\nTakwim Penggal Persekolahan 2023-2024\nPenggal 1\n\n20 Mac 2023 \u2013 21 April 2023\n\nCuti Raya Aidilfitri 2023\n\n20 April 2023 (Khamis) \u2013 30 April 2023 (Ahad)\n\n11 Hari\n\n\n\n\n\n\nSambung Penggal 1\n\n1 Mei 2023 \u2013 26 Mei 2023\n\nCuti Penggal 1\n\n27 Mei \u2013 4 Jun 2023 (Hari Gawai)\n\nPenggal 2\n5 Jun 2023 \u2013 25 Ogos 2023\nCuti Raya Haji 2023\n28-30 Jun 2023 (Rabu, Khamis, Jumaat Sabtu, Ahad)\n5 hari\nCuti Penggal 2\n\n26 Ogos 2023 \u2013 3 September 2023\n\nPenggal 3\n\n4 September 2023 \u2013 15 Disember 2023\n\nCuti Penggal 3\n\n16 Disember \u2013 1 Januari 2024\n\nSambung Penggal 3\n\n2 Januari 2024 \u2013 9 Februari 2024\n\nCuti Penggal Akhir Persekolahan\n\n10 Februari 2024 \u2013 10 Mac 2024\n\n*Cuti dikira berdasarkan penggal Persekolahan dikeluarkan.\nCUTI PERAYAAN KPM\n\nTakwim Akademik dan Cuti Sekolah 2023 / 2024 KPM:\nhttps://www.moe.gov.my/\u2026/kpm/takwim/LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf\nKalendar-Akademik-2023-2024Download\nMuat Turun Takwim Akademik KPM 2023 / 2024 : Takwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan\nBerikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk anda save siap-siap dalam kalendar anda:\nTarikhHariCutiNegeri1 Januari AhadTahun BaruSemua Negeri kecuali Johor,Kedah, Kelantan, Perlis& Terengganu14 JanuariSabtuHari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan22 JanuariAhadTahun Baru CinaSemua Negeri23 JanuariIsninTahun Baru Cina Hari Ke-2Semua Negeri kecuali Kelantan & Terengganu1 FebruariRabuHari Wilayah PersekutuanWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan& Putrajaya5 FebruariAhadHari ThaipusamJohor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya18 FebruariSabtuIsrak MikrajKedah, N.Sembilan, Perlis & Terengganu4 MacSabtuHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu23 MacKhamisAwal Ramadan*Johor, Kedah &Melaka23 MacKhamisHari Keputeraan Sultan JohorJohor7 AprilJumaatGood FridaySabah & Sarawak8 AprilSabtuHari Nuzul Al-QuranWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan& Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu15 AprilSabtuHari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya BersejarahMelaka22 AprilSabtuHari Raya AidilfitriSemua Negeri23 AprilAhadHari Raya Aidilfitri Hari Ke-2Semua Negeri26 AprilRabuHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu1 MeiIsninHari Pekerja / Hari BuruhSemua Negeri4 MeiKhamisHari WesakSemua Negeri17 MeiRabuHari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis22 MeiIsninHari Hol PahangPahang30 MeiSelasaPesta Kaamatan (Pesta Menuai)WP Labuan & Sabah31 Mei\u00a0RabuPesta Kaamatan Hari Ke-2WP Labuan & Sabah1 JunKhamisHari GawaiSarawak2 JunJumaatHari Gawai Hari Ke-2Sarawak5 JunIsninHari Keputeraan YDP AgongSemua Negeri18 JunAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah28 JunRabuHari ArafahKelantan & Terengganu29 JunKhamisHari Raya Haji / KorbanSemua Negeri30 JunJumaatHari Raya Haji Hari Ke-2Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu7 JulaiJumaatHari Bandar Warisan Dunia GeorgetownPulau Pinang8 JulaiSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang19 JulaiRabuAwal Muharram (Maal Hijrah)Semua Negeri22 JulaiSabtuHari Kemerdekaan SarawakSarawak30 JulaiAhadHari Keputeraan Sultan PahangPahang23 OgosRabuHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor24 OgosKhamisHari Jadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka31 OgosKhamisHari KebangsaanSemua Negeri16 SeptemberSabtuHari MalaysiaSemua Negeri28 SeptemberKhamisMaulidur RasulSemua Negeri7 OktoberSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri SabahSabah14 OktoberSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak3 NovemberJumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak11 NovemberSabtuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan12 NovemberAhadHari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Ke-2Kelantan12 NovemberAhadHari Deepavali*Semua Negeri kecuali Sarawak11 DisemberIsninHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor24 DisemberAhadCuti Hari Natal (Christmas Eve)Sabah25 DisemberIsninHari KrismasSemua NegeriRujukan: https://www.kabinet.gov.my/bkpp\n\nNOTA: \nNegeri Kumpulan A \u2013 Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu\nNOTA:\nNegeri Kumpulan B \u2013 Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya\n\n\n\n\n\nDiterbitkan oleh: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/\nMUAT TURUN PDF : \nHARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN / NEGERI_2023Download\n\nKongsikan-kongsikan ya!\nBaca juga: \n\nKalendar 2023 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah Di Malaysia\nCara Kira GCR (Gantian Cuti Rehat) Penjawat Awam 2022\n\nMaklumat Lanjut \nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://www.moe.gov.my/takwim\n"]} {"url": "https://ecentral.my/persaraan-pilihan/", "title": "Persaraan Pilihan \u2013 Garis Panduan Permohonan (2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGARIS PANDUAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 AKTA PENCEN 1980 [AKTA 227] BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN\nUmur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun.\nBukan bermaksud, tak boleh bersara lagi awal. Boleh bersara lagi awal. Tiada masalah.\nBoleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.\nBersara seawal pada usia tersebut, apa yang layak terima?\nJika cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, penjawat awam tersebut sudah layak bergelar \u2018pesara Kerajaan\u2019. Maka, bakal pesara sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen :\n\n\n\n\n\n\n1. Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan /perubatan percuma di premis kesihatan Kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa),\n2. Ganjaran Perkhidmatan; dan\n3. Award Wang Tunai GCR\nPencen bulanan sahaja kena tunggu, dan boleh terima nanti pada usia 55 tahun, sekiranya penjawat awam itu dilantik selepas tarikh 12 April 1991.\nUntuk terima pencen pertama pada bulan hari lahir ke 55 tahun tu, pastikan akaun bank yang telah kalian daftarkan semasa urusan persaraan kalian dahulu, masih aktif.\nJumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari kalian telah masuk usia 55 tahun.\nKalau dilahirkan pada 1 hb, dapatlah penuh. Kalau dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tu, dikira 1 hari sahaja. Berbeza. Masuk bulan berikutnya, baru dapat bayaran penuh. \nRamai yang tidak arif juga yang bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dan dikira \u2018proportionate\u2019 ikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia.\nSekian, terima kasih. Harap bermanfaat. \nSumber : Bahagian Pencen JPA\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nGARIS PANDUAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 AKTA PENCEN 1980 [AKTA 227] BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nProsedur Permohonan Mendapatkan Sokongan Kementerian\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Mendapatkan Sokongan Kementerian\n\n \nTindakan Pegawai Selepas Permohonan Persaraan Pilihan Dikemukakan Ke Kementerian\n\n \nFormula Pengiraan Faedah Persaraan\n\n\nGARIS PANDUAN PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 AKTA PENCEN 1980 [AKTA 227] BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN\nSyarat Permohonan\n\nBerumur tidak kurang dari 40 tahun\nTempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira mestilah tidak kurang dari 10 tahun\nPermohonan disokong oleh Ketua Jabatan\nBebas dariapda siasatan / tindakan tatatertib\nMelepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)\n\nProsedur Permohonan Mendapatkan Sokongan Kementerian\n\nMengemukakan surat permohonan yang disokong oleh Ketua Jabatan sekurang-kurangnya satu (1) tahun lebih awal dari tarikh persaraan pilihan yang dimohon ke Sub-Unit Pencen, Unit Perjawatan dan Perkhidmatan (UPP), Sektor Sumber Manusia (SSM), JPWKL.\nPemilihan tarikh bersara pilihan adalah disarankan selepas tarikh Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pegawai.\n\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Mendapatkan Sokongan Kementerian\n\nBorang KPM ; Permohonan Untuk Bersara Pilihan Sendiri (Pin 1/94)\nJustifikasi tambahan daripada pemohon dan Ketua Jabatan (bagi pemohon yang berumur kurang 45 tahun)\nSalinana Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini dan lengkap\nLaporan Pengisytiharan Harta yang terkini\nBorang Pengesahan Ikatan Kontrak Biasiswa Kerajaan\nBorang Penyata Tatatertib\nBorang Rujukan Hutang Piutang\nSalinan Kad Pengenalan\n\nTindakan Pegawai Selepas Permohonan Persaraan Pilihan Dikemukakan Ke Kementerian\n\nSentiasa mengemas kini dan memastikan rekod peribadi dan profil perkhidmatan dalam Sistem KRMIS dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) adalah yang terkini bagi melancarkan proses semakan dan sokongan / kelulusan oleh pihak Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\nMelengkap dan mengemukakan set Borang Persaraan JPA ke Sub-Unit Pencen, UPP, SSM, JPWPKL selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh persaraan pilihan untuk semakan dan proses lanjut sebelum dihantar ke JPA.\n\n\nMaklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\n\nTalian telefon Sub-Unit Pencen, UPP, SSM, JPWPKL : 03-6204 6055 / 6029 / 6056\nFacebook Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur \n\nFormula Pengiraan Faedah Persaraan\nUNTUK MEREKA YANG NAK BERSARA / BERHAJAT NAK BERSARA AWAL\nPautan yang dikongsi ini, anda boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila anda berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan.\nMasukkan maklumat yang tepat, anda boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul.\nTertakluk maklumat yang kalian masukkan.\nLink Pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Wajib\nhttp://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html\nLink pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Pilihan\nhttp://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html\n\nSumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/keputusan-pru-15/", "title": "Keputusan PRU-15 [GE15 Live Results]", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut data SPR, seramai 21 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (GE15) kali ini.\nSeramai 939 calon bertanding.\nPencalonan paling ramai pastinya dari blok Pakatan Harapan iaitu 205 kerusi diikuti Barisan Nasional (177 kerusi), Perikatan Nasional (148 kerusi) dan PEJUANG (115 kerusi).\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah keputusan PRU-15 terkini \u2014 data dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman rasmi SPR.\np/s: Sila refresh untuk keputusan terkini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKeputusan PRU-15 Terkini\n\n \nGE15 Live Results\n\n \nTentang Pilihan Raya Umum Ke-15\n\n\nKeputusan PRU-15 Terkini\n\nBerikut keputusan rasmi PRU15 dari sumber SPR (dikemaskini dari semasa ke semasa).\nPARTIKERUSI BERTANDINGMENANG (RASMI)PH22072BN17827PN17159PEJUANG125BEBAS108WARISAN522GPS3122PRM16GRS136PSB10KDM7PBM5PBDS3PBRS1PPRS1PBK1PUR1PSM1SEDAR1\nUntuk maklumat penuh pecahan setiap parlimen anda boleh layari portal rasmi SPR.\nGE15 Live Results\nKeputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam tadi, PH mendahului dengan 48 kerusi.\nManakala BN dengan 14 kerusi dan PN 16 kerusi.\nUntuk keputusan rasmi / tidak rasmi secara real time, anda boleh ikuti portal myundi.com.my\nTentang Pilihan Raya Umum Ke-15\nPilihan Raya Umum atau PRU 2022 telah ditetapkan pada 19 November untuk memilih anggota dewan rakyat di Parlimen Malaysia ke-15.\nPRU diadakan 5 tahun sekali bagi memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin berdasarkan sistem pengundian yang ditetapkan SPR.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kematian-covid19-nadma/", "title": "Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid19 NADMA RM5000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN COVID19 NADMA\nSejak Tabung COVID-19 dilancarkan YAB Perdana Menteri, NADMA Malaysia telah menyalurkan bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada 407 orang waris setakat 21 Mei 2021.\nBantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kematian NADMA COVID19\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nKaedah Pengesahan Kematian\n\n \nSemakan Status Bantuan Kematian NADMA COVID19\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kematian NADMA COVID19\nHanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si matiHanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.\n\nBaca juga: GKP 4.0 : Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai Julai\nKaedah Permohonan\nMengisi borang permohonan (muat turun di bawah) atau rujuk laman web http://www.nadma.gov.my/ms/Sila pastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.Borang Permohonan yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19Salinan Sijil KematianSalinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA:-\nKetua PengarahAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri Aras 7,Blok D5, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p. : Sekretariat KWABBN)\n\n\n\n\n\n\nAlamat rasmi E-mel: [email\u00a0protected]\nWhatsapp: +60 11-1321 8056\n3. Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.\n\n\nPenafian\nNADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.\nBaca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\nKaedah Pengesahan Kematian\nWalau apapun pengesahan kematian COVID-19 yang dikemukakan oleh pemohon, NADMA hanya akan memperakukan dan mengesahkan permohonan yang mempunyai rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.\nKeputusan NADMA adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.\nDalam kes-kes tertentu, NADMA akan memberi pertimbangan terutama berkaitan ruangan pengesahan dari hospital yang memaklumkan kematian COVID-19.\nNamun begitu, pertimbangan dan kelulusan ini tertakluk kepada pengesahan rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.\n\nSemakan Status Bantuan Kematian NADMA COVID19\nSemakan status boleh dibuat melalui pautan: https://www.nadma.gov.my/ms/awam/bantuan/wabak-covid-19/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19-nadma\nBayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan yang layak dan lengkap.\nDalam sebuah hantaran di Facebook yang terkini, seorang pengguna media sosial berkongsi:\nAlhamdulillah. Apply 28.3.2022, malam td dapat mesej NADMA dah transfer duit. Syukur alhamdulillah.\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal NADMA di pautan http://www.nadma.gov.my/ms/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-bantuan-zakat-pendaftaran-ipt-maij-2022/", "title": "Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ Untuk Peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran Bantuan Zakat IPT Dalam Negara oleh oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) kini dibuka.\nMAIJ komited dalam menguruskan hal ehwal agama Islam negeri Johor termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fiitrah serta mengagihkannya kepada asnaf yang menetap di negeri tersebut.\nBagi menyokong golongan asnaf fisabilillah dalam melanjutkan pelajaran, MAIJ kini menawarkan Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara bagi pelajar yang sedang melanjutkan pengajian bagi peringkat tertentu.\nPelajar yang memenuhi kriteria kelayakan dialu-alukan untuk memohon.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022 (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nPeringkat Pengajian\n\n \nKadar Bantuan Zakat IPT MAIJ\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh permohonan bagi bantuan ini dibuka mulai 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 secara atas talian.\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut :\nSijil (kecuali STAM dan STPM)DiplomaIjazah Sarjana Muda\n\nKadar Bantuan Zakat IPT MAIJ\nKadar bantuan yang bakal diterima oleh pelajar adalah mengikut peringkat pengajian iaitu :\nPeringkat Sijil: RM300.00Peringkat Diploma (semester pertama): RM500.00Peringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00\nSyarat Kelayakan\nPelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor serta menetap di dalam Negeri Johor.Bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).Terbuka untuk kemasukan pendaftaran semester pertama sahaja.\nCara Memohon\nCalon boleh rujuk pada cara permohonan seperti di bawah :\nLayari laman web MAIJ iaitu https://epayment.maij.gov.my/.Klik menu \u201cDaftar Pengguna.\u201dMasukkan no. kad pengenalan dan klik \u201cSemak No. Kad Pengenalan.\u201dSekiranya nombor kad pengenalan telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu \u201cKlik Di Sini\u201d untuk mengemaskini kata laluan.Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.Selepas maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik \u201cSetuju\u2019 dan \u201cSimpan.\u201dLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.Klik pada menu \u201cBantuan IPT Dalam Negeri.\u201dLengkapkan butiran-butiran seperti:\n\u2013 Maklumat pemohon.\n\u2013 Maklumat ibu bapa atau penjaga.\n\u2013 Maklumat pengajian.\nMuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Klik \u201cHantar\u201d dan \u201cCetak Slip\u201d sebagai rujukan permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga diminta untuk kemukakan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan seperti berikut :\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan kad pengenalan ibu bapa.Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.Salinan surat tawaran IPTSalinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.Dokumen yuran pendaftaran.Gambar berukuran passport.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara, sila layari laman Facebook rasmi MAIJ. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/moratorium-automatik-pemulih/", "title": "PEMULIH: Permohonan Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan telah mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej\u00a0Perlindungan\u00a0Rakyat dan\u00a0Pemulihan Ekonomi\u00a0(PEMULIH).\nPerdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang moratorium automatik PEMULIH ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Moratorium Automatik PEMULIH?\n\n \nCara Permohonan Moratorium Automatik PEMULIH\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Moratorium Automatik PEMULIH?\nMenurut Perdana Menteri, moratorium automatik di bawah Program PEMULIH ini tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan.\n\n\n\n\n\n\nMalah, tiada semakan akan dilakukan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.\nProses ini telah dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan dapat diberi bantuan yang sewajarnya dalam tempoh pandemik ini.\nCara Permohonan Moratorium Automatik PEMULIH\n\u201cAnda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,\u201d kata Perdana Menteri ketika sidang media khas sebentar tadi.\nIni bermaksud, setiap bank boleh dihubungi untuk memudahcara peminjam memohon moratorium automatik.\nPeminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.\n\n\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan dibuka mulai 7 Julai 2021.\nLain-lain Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman\nKerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan serta menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.PTPTN bersetuju memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjamnya.Kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan\nCara Permohonan\nPermohonan moratorium boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:\nBorang webE-melPanggilan telefon\nBerikut adalah pautan untuk setiap bank di Malaysia:\nMoratorium Maybank : https://www.maybank2u.com.my/\u2026/announcement_financial\u2026.Moratorium Bank Rakyat : https://cv19-support.bankrakyat.com.my/. Moratorium Bank Islam : https://vao.bankislam.com.my/ppb/. Moratorium CIMB : https://www.cimb.com.my/covid19support. Moratorium BSN : https://www.bsn.com.my/page/TRA. Moratorium Public Bank : https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx. Moratorium Ambank : https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance. Moratorium RHB : https://www.rhbgroup.com/\u2026/campa\u2026/PostMoratoriumEForm\u2026. Moratorium Affin Bank : https://www.affinbank.com.my/\u2026/Financial-Assistance\u2026. Moratorium MBSB : https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium. Moratorium Bank Muamalat : https://map.muamalat.com.my/. Moratorium Kuwait Bank : https://www.kfh.com.my/\u2026/per\u2026/announcements/KFH-RAP.html. Moratorium CitiBank : https://www.citibank.com.my/\u2026/moratorium\u2026/index.html. Moratorium Alliance Bank : https://www.allianceonline.com.my/\u2026/loan_moratorium.do. Moratorium AgroBank : https://www.agrobank.com.my/my/bbb/. Moratorium Hong Leong Bank : https://www.hlb.com.my/\u2026/hlb-payment-relief-assistance\u2026. Moratorium SME Bankhttps://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance. Moratorium Standard Chartered Bank : https://www.sc.com/my/important-information\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk intipati PEMULIH: Senarai Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi\nATAU\nSila rujuk bank maisng-masing untuk perincian permohonan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sksps-perkeso/", "title": "SKSPS PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam sebuah hantaran di media sosial yang viral baru-baru ini, dikongsikan bahawa pentingnya seseorang mendaftar di bawah SKSPS PERKESO, iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.\nHantaran melalui Facebook oleh Anis Hafiza itu tertulis:\nApa jua korang mencari pendapatan sekarang make sure ambil ini. Perkeso bagi bekerja sendiri. Setahun Rm231 lebih sahaja.\nApply online sahaja, renew setiap tahun.\nIsteri sayang suami kan.\nKerja runner kena keluar sana sini..\nTakaful saya paksa dia ambil.\nPerkeso ini baru 2 tahun ambil.\n\n\n\n\n\n\nSesuai untuk peniaga, suri rumah yang ada pendapatan dari rumah. Freelance\u00b2 dan ejen\u00b2 yang freelance. Produk ada manfaat laju je sis ambil \nAmbil dan dapat pelepasan diri juga.\n\nSebenarnya mungkin ramai yang belum tahu bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan SPS Khidmat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.\nSkim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.\nSkim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.\nBencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.\nPenyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman pencarum dan bakal pencarum.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu SKSPS PERKESO?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nFaedah-faedah diterima pencarum\n\n \nPilihan Pakej Caruman SKSPS\n\n \nTarikh Berkuatkuasa\n\n \nPanduan Pembayaran Caruman Online SKSPS PERKESO\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu SKSPS PERKESO?\nIndividu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.\nSebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas\u00a0Sektor Pengangkutan Penumpang\u00a0iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.\nMulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain iaitu:\nPengangkutan Barangan dan MakananPertanianPenternakanPerhutananPerikananMakananPembuatanPembinaanPenjajaPremis PenginapanPerniagaan OnlineTeknologi MaklumatPemprosesan DataEjenPerkhidmatan ProfesionalPerkhidmatan SokonganKesenianPerkhidmatan Isi RumahPenjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nHanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon skim SPS Khidmat dan SPS Padanan Caruman ini:\nBertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umurIndividu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkahBekerja sepenuh masa atau separuh masaOBS bekerja di Malaysia\nRISALAH_SKSPS_2022BM_compressedDownload\nCara Permohonan\nDOKUMEN DIPERLUKAN\nSalinan kad pengenalanSalinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.\nLayari https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-keselamatan-sosial.html untuk pendaftaran.\nFaedah-faedah diterima pencarum\nFaedah PerubatanFaedah Hilang Upaya SementaraFaedah Hilang Upaya KekalElaun Layanan SentiasaFaedah Orang TanggunganFaedah Pengurusan MayatKemudahan Pemulihan Jasmani atau VokasionalFaedah Pendidikan\nPerincian mengenai faedah yang diberikan boleh dirujukan pada dokumen PK2.600-8/11/2 (6) yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO.\n\nPilihan Pakej Caruman SKSPS\nTerdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, sepertiberikut:\nBil.Pendapatan BulananBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun1RM1,050RM13.10RM157.202RM1,550RM19.40RM232.803RM2,950RM36.90RM442.804RM3,950RM49.40RM592.80\n\nTarikh Berkuatkuasa\n1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022\nPanduan Pembayaran Caruman Online SKSPS PERKESO\nSila rujuk manual berikut untuk pembayaran secara online:\nCARA PEMBAYARAN\nPembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.\u00a0Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .Kaedah online melalui perbankan internet di\u00a0https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang \u2018Bantuan\u2019).\n\nMuat turun manual : https://www.perkeso.gov.my/images/bajet2022/sps/301221_-_MATRIX-SKSPS_Panduan_Ringkas.pdf\nBaca juga: Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari\nhttps://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-keselamatan-sosial.html\nSebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mini-karnival-kerjaya/", "title": "Mini Karnival Kerjaya Graduan & Peranisan 2.0 \u2013 Peluang Pekerjaan di KL", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat semua terutamanya golongan lepasan pengajian tinggi di negara ini apabila pihak PERKESO Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dann Kementerian Belia dan Sukan bakal menganjurkan Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0.\nGolongan yang terkesan pandemik COVID-19, dibuang kerja dan sedang mencari peluang pekerjaan yang lebih baik juga digalakkan untuk menyertai mini karnival kerjaya ini.\nKarnival yang dijalankan secara online ini adalah percuma dan bagi anda yang berminat untuk menyertainya, sila fahamkan info berikut untuk proses pendaftaran.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaklumat program\n\n \nJawatan kosong yang ditawarkan\n\n \nCara mendaftar\n\n\nMaklumat program\n\nNama: Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0Tarikh: 29 SeptemberHari: SabtuMasa: 9 pagi hingga 4 petangPlatform: Cisco WebexPenganjur: PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nProgram ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia amnya tetapi dibuka kepada penduduk Kuala Lumpur khusunya memandangkan jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan adalah di sekitar Kuala Lumpur. \nJawatan kosong yang ditawarkan \nUntuk program ini, beberapa syarikat yang menyertainya turut menawarkan beberapa pekerjaan bagi yang berminat untuk memohon.\nAntara syarikat yang terlibat adalah:\nIxi Solutions Sdn. Bhd.Ayamas Shoppe Sdn. Bhd.The Lankan Crabs Sdn. BhdAl Ikhsan Sports Sdn. Bhd. \nBagi melihat senarai penuh tawaran pekerjaan yang ditawarkan, sila lihat poster rasmi Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0 di bawah.\n\n\nCara mendaftar \nDisebabkan program ini dianjurkan secara dalam talian dan pemohon yang berminat akan ditemuduga secara online, maka bagi yang berminat anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu.\nBagi anda yang sedang mencari kerja dan berminat untuk menyertai mini karnival ini, sila isi borang pendaftara berikut secar online:\n> Borang Pendaftaran Mini Karnival Kerjaya Graduan dan Perantisan 2.0\nHanya peserta yang mendaftar sahaja akan diberikan akses untuk program ini yang dibuat melalui platform Cisco Webex.\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan mahupun kemusykilan, anda boleh hubungi pegawai bertugas Pn Fadillah di talian 013-9923806\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-kewangan-penjawat-awam-bkk-2023/", "title": "Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.\nKatanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.\n\u201cKerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,\u201d katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.\nMenurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.\nAkta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Berita RTM\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023 yang diumumkan melalui Mini Bajet 2023 hari ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2023)\n\n \nJumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023\n\n \nTarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2022\n\n \nBantuan Khas Pesara 2023\n\n \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\n\n \nKenaikan Gaji Tahunan\n\n\nBantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2023)\nBantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.\nJuga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).\nKerajaan melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, telah bersetuju dengan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 kepada:\n\u2022 Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah dan\n\u2022 Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen\nSumber : Jabatan Perkhidmatan Awam\nJumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023\nBantuan Khas_Kewangan (BKK) 2023 \n\nRM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah\nRM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen\n\nTarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2022\nDibayar pada 17 Januari 2023.\nRujukan:\nSurat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan https://tinyurl.com/yc8jbsnj\n\n\n\n\n\nBantuan Khas Pesara 2023\nBerikut adalah soalan lazim khusus berkenaan pelaksanaan pemberian BKK 2023 kepada pesara Kerajaan, dihebahkan untuk makluman bersama.\n\n\n\nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nEmel pertanyaan:\nJPA : [email\u00a0protected]\nJHEV ATM : [email\u00a0protected]\nhttps://tinyurl.com/yc8jbsnj\nKenaikan Gaji Tahunan\nSelain Bantuan Khas ini, Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari 2023. \nSebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180.\nBaca juga: \n\nIntipati Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\nBantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)\nKenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/caruman-kwsp-masuk-akaun-1/", "title": "Caruman Baharu Pengeluar i-Citra, i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun 1 KWSP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur: Caruman baharu diterima oleh ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran dana akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhnya hingga keseluruhan jumlah pengeluaran diambil dapat diganti semula, kata Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.\nSetelah itu, beliau berkata, pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2.\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni adalah usaha kerajaan untuk menambah baik simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar dan i-Citra untuk meringankan beban ditanggung berikutan impak pandemik COVID-19,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.\n\nBaca juga: \neGTukar: Semakan Status Pertukaran Guru KPM (6 Disember 2021)KWSP Bakal Lancar Skim i-Sayang Awal Tahun 2022 Ini\nBeliau berkata berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran skim i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun dijangka mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi kuantum simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur.\nBeliau menjawab pertanyaan soalan tambahan oleh Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) mengenai usaha kerajaan dalam memastikan simpanan KWSP dalam Akaun 1 mencukupi untuk menampung keperluan asas selepas persaraan.\nSebelum itu, Shahar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan juga terus meneliti kaedah-kaedah lain untuk memastikan Jaringan Keselamatan Sosial persaraan rakyat dapat kembali ke tahap sepatutnya.\nSumber: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2026570\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-braces-di-klinik-gigi-swasta-kerajaan-2022/", "title": "Harga Braces Di Klinik Gigi Swasta & Kerajaan (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Braces Di Klinik Gigi Swasta & Kerajaan (2022) \nAdakah anda sedang survey rawatan braces? Sememangnya ada dua pilihan untuk dapatkan rawatan braces sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta.\nApakah perbezaannya antara kedua-dua pilihan ini? Jom kita ketahui lebih lanjut tentang pendakap gigi dan semak harga anggaran yang ditawarkan bagi kedua-duanya. \n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Braces / Pendakap Gigi?\n\n \nProsedur Pemasangan\n\n \nHarga Braces / Pendakap Gigi Terkini (2022)\n\n \ni) Klinik Kerajaan\n\n \nii) Klinik Swasta\n\n \nIngat, Pergi Ke Klinik Dan Bukannya Perkhidmatan Fake Braces Ya!\n\n\nApakah Braces / Pendakap Gigi?\nJika anda ada masalah gigi tidak teratur dan rasa malu nak senyum, anda mungkin perlukan rawatan pendakap gigi (Braces). \nApakah kebaikan gigi teratur? \nSelain daripada senyuman yang lebar, gigi pun senang nak bersihkan dan boleh mengelakkan masalah gigi dengan gusi.\nProsedur Pemasangan\nMungkin ada yang tertanya-tanya, apa agaknya prosedur dan bagaimana rawatan yang akan dijalani jika ingin memakai braces.\nDan mengapa harganya agak mahal?\nInilah prosedur yang akan anda jalani jika ingin memakai braces:\nConsultation & Moulding \u2013 sewaku appointment consultation, doktor akan berikan penerangan lanjut berkenaan braces & ambil acuan gigi anda sebelum apa-apa rawatan dilakukan kepada gigi.Dapatkan x-ray \u2013 Patients akan dapatkan dua jenis x-ray yang diperlukan untuk pemasangan braces untuk diperiksa oleh doktor dengan lebih lanjut.Cabut atau Tampal \u2013 sekiranya ada gigi yang perlu dicabut atau ditampal, cabutan atau tampalan akan dilakukan sebelum pemasangan braces.Scaling & Polishing \u2013 Pada hari pemasangan braces, doktor akan pastikan keadaan mulut dan gigi adalah bersih daripada segala kotoran, sisa makanan, karang gigi dan lain-lain sebelum pemasangan braces.Bracket On! \u2013 Setelah semuanya selesai, pemasangan braces pada gigi akan dilakukan. Selepas itu, patient akan disarankan untuk ke klinik setiap bulan untuk check up bulanan mereka.\nHarga Braces / Pendakap Gigi Terkini (2022)\ni) Klinik Kerajaan\nHarga rawatan braces di klinik kerajaan adalah sekitar RM 700. Walaupun murah, namun tidak semua pesakit akan mendapatkan rawatan ini. \nBiasanya klinik kerajaan akan mengutamakan pesakit berusia 18 tahun ke bawah.\nUntuk pesakit 18 tahun ke atas, mereka akan ditapis terlebih dahulu. \n\n\n\n\n\n\nJika anda lepas saringan, nama anda anda masuk ke dalam waiting. Jadi, anda perlulah tunggu sehingga giliran anda.\nii) Klinik Swasta\nUntuk rawatan braces di klinik kerajaan pula, harganya adalah pelbagai bergantung kepada klinik.\nBagi yang ingin mendapatkan rawatan braces di klinik swasta, anda perlu tahu beberapa harga dalam rawatan iaitu :\n1.Deposit\nSesetengah klinik swasta akan kenakan caj deposit ketika pertama kali checkup apabila anda bersetuju untuk buat braces.\nNamun, kebanyakan klinik akan caj deposit pada hari pemasangan braces.\nJika klinik tersebut menetapkan caj deposit sebanyak RM 1,500, maka anda perlu bayar jumlah tersebut pada hari pemasangan braces.\nSegelintir klinik boleh kenakan dua kali deposit, namun majoriti klinik akan kenakan deposit sekali sahaja semasa hari pasang braces.\nJadi, anda perlulah bertanya pada klinik jumlah deposit yang perlu dibayar. \u00a0\n2. Harga Total\nHarga total braces adalah harga keseluruhan rawatan braces. Harganya berbeza-beza bergantung juga kepada jenis braces.\nHarga total braces bagi klinik swasta biasanya berharga antara RM 5,000 hingga RM 10,000.\n3. Ansuran Bulanan\nMemang harga total agak mahal jika perlu dibayar lumpsum. Namun anda tidak perlu risau kerana biasanya klinik akan mengenakan caj ansuran.\nHarga ansuran bulanan ialah baki yang anda perlu bayar secara ansuran setiap bulan bila anda datang review braces. Contoh harga total braces : RM 5,000 , deposit RM 1,5000. Jadi :\nRM 5,000 \u2013 RM 1,500 = RM 3,500\nBaki RM 3,500 ini anda akan diminta bayar setiap bulan mengikut caj ansuran klinik. Biasanya harga ansuran bulanan bagi rawatan braces adalah RM 200 ke atas.\nKetika temu janji review braces, biasanya doktor akan periksa perkembangan pergerakan gigi serta betulkan bracket atau wire dan sebagainya.\nNota Penting : Sesetengah klinik akan caj ansuran bulanan sehingga pesakit habis bayar jumlah baki. Ada juga klinik yang akan caj pesakit selagi braces tak ditanggalkan. Jadi anda perlulah jelas tentang perkara ini dengan klinik.\n4.Harga X-Ray\nKredit Foto : darlinghurstdental.com.au\nAnda juga perlu tanya sama ada klinik swasta memasukkan caj X-ray dalam harga total atau tidak. jika tiada, anda perlu bayar caj x-ray berasingan.\nBiasanya untuk braces, anda perlukan dua jenis x-ray.\nHarga bagi setiap x-ray adalah antara RM 80 hingga RM 200. \u00a0\u00a0\n5. Harga Retainer\n\nRetainer akan dibeikan selepas braces dibuka dan wajib dipakai untuk kekalkan kedudukan gigi yang sudah teratur. Kalau tak pakai, alamatnya gigi anda akan bergerak semula ke tempat asal ! Buat penat saja anda bayar beribu-ribu ringgit jika hasilnya tidak berpanjangan.\nHarga retainer adalah antara RM 500 ke atas bergantung kepada jenis dan klinik.\n6. Harga Cabut Gigi\nPemakaian braces pasti memerlukan anda untuk cabut sekurang-kurangnya 2 batang gigi. Bagi klinik yang tak sertakan caj cabutan gigi, anda perlulah sediakan wang untuk cabutan gigi kira-kira RM 120 sebatang.\nKalau nak cabut di klinik kerajaan pun boleh. Biasanya doktor di klinik swasta akan berikan kebebasan kepada pesakit.\nKesimpulannya, kedua-dua rawatan sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta adalah baik. Bagi klinik kerajaan, harganya jauh lebih murah, namun anda perlulah tunggu giliran yang lama. \nBagi klinik swasta pula, biasanya waktu menunggu tidak lama. Namun, harganya jauh lebih mahal.\n Bagi yang berminat untuk dapatkan rawatan braces di klinik swasta, pastikan anda jelas betul-betul tentang harga braces serta prosedur berkaitan sama ada dicaj berasingan atau tidak seperti cabutan gigi dan x-ray.\nAntara contoh harga pakej braces yang ditawarkan di sekitar area Lembah Klang adalah seperti berikut : \nKlinik Pergigian Angkasa Sri Rampai \nHarga : RM 4XXX\nAlamat : No. 27-1, Jln Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur\nFacebook : Klinik Pergigian Angkasa Sri Rampai\nVerde Amani Dental Care \nHarga : RM RM6999 ~ RM7999\nAlamat : No.41, Jln Resak 2/KS7, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor\nFacebook : Verde Amani Dental Care\nBaca juga:\nJanji Temu Online Klinik Kesihatan KKM & Klinik Gigi KerajaanHarga Kereta Perodua Axia Auto & Manual Model Terkini (2022)\nIngat, Pergi Ke Klinik Dan Bukannya Perkhidmatan Fake Braces Ya!\nApapun pilihan anda, pastikan anda memilih rawatan dengan doktor gigi yang bertauliah. Jangan sesekali dapatkan rawatan fake braces.\nRawatannya yang murah dibuat oleh individu yang tiada kepakaran dan beroperasi tanpa lesen. \nRamai yang sudah jadi mangsa mereka sehingga ada gigi yang luruh ! \nBerhati-hati apabila survey rawatan braces dan pastikan anda membuat keputusan yang betul sebelum bersetuju. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-kita-selangor/", "title": "Pakej Kita Selangor: 12 Inisiatif Bantuan Rakyat Dalam Tempoh PKP 2.0", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0) kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini iaitu Pakej Kita Selangor.\nPakej yang diumumkan pada 20 Januari ini merangkumi pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan dan dijangka akan memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.\nBerikut kami kongsikan lebih lanjut tentang Pakej Selangor Kita.\nBaca juga: Intipati Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 (18 Januari)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pakej Selangor Kita?\n\n \nIntipati Pakej Kita Selangor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pakej Selangor Kita?\nPakej Selangor Kita secara dasarnya bertujuan untuk memastikan kebajikan rakyat Selangor terpelihara di ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua. \nSejumlah RM73.877 impak kewangan untuk kesemua inisiatif yang akan memanfaatkan kumpulan sasaran yang sangat terkesan akibat pandemik sewaktu PKP berkuatkuasa.\nPakej Kita Selangor juga meliputi usaha membantu golongan \u2018frontliners\u2019 yang bertungkus lumus berkhidmat menangani COVID-19. \nIntipati Pakej Kita Selangor\nMenteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.\nBerikut adalah intipati Pakej Kita Selangor yang dilaporkan oleh SelangorKini\nSebanyak 19,976 ujian Covid-19 percuma dibuat terhadap golongan sasar termasuk warga emas, golongan berpendapatan rendah B40 dan mahasiswa anak Selangor membabitkan kos RM6 jutaTambah baik fungsi aplikasi SELangkah yang membantu pengawasan kendiri individu bergejala melibatkan pusat panggilan 24 jamPeruntukan RM3 juta Bantuan Makanan kepada 9,822 petugas perubatan dan 3,500 anggota polis dan tenteraPemberian Bakul MakananPenggunaan Bas Smart Selangor secara percuma untuk menghantar pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), SerdangPeruntukan Khas Mesra Rakyat RM100,000 untuk setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen melibatkan perolehan asas seperti beras dan minyak masakPengecualian sewa bulan (Januari) dan penangguhan sewa dua bulan (Februari dan Mac) untuk 2,361 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penangguhan sewa tiga bulan (Januari-Mac) untuk 450 penyewa Skim Smart Sewa melibatkan kos RM2.7 jutaLupus pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor bernilai RM7.177 jutaRM1.3 juta bagi biayai bantuan makanan untuk pemandu teksi, pemandu bas sekolah, penyewa PPR, pemandu lori sisa pepejal kendalian KDEBWM dan Orang AsalPeruntukan RM2 juta untuk 10,160 warga tani termasuk baucar petrol RM300 kepada nelayan, makanan ternakan untuk pengusaha ternakan dan makanan mentah untuk warga taniPeruntukan RM 1 juta biaya Inisiatif Peduli Anak Barisan Hadapan dengan pembukaan taska dan pusat jagaan sementara percuma di hospital awam serta premis sementaraLancar Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerusi portal ePTRS.my untuk pelbagai program pembelajaran antaranya program kemahiran belajar \u2018smart learning\u2019 dan Program Pecutan Akhir SPM\nBaca juga: ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)\nMelalui infografik di bawah ini dikongsikan rangkuman daripada pakej tersebut:\n\nSelain itu, antara Belanjawan Selangor 2021 yang disegerakan termasuklah:\nSkim Niaga Darul Ehsan (NaDi)Selangor FreelanceeKitchenPusat Operasi CSI Smart SelangorProgram Digitalisasi e-Pembekalan Peruncit dan MikroInisiatif Rakan Digital SelangorBantuan banjir #KitaSelangorTabung Bantuan Menangani COVID19\n\nMenurut laporan, Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi tabung bantuan bencana COVID19 yang diaktifkan semula tersebut.\nSelain itu, Dato\u2019 Menteri Besar turut berbesar hati menyumbang sebulan gaji sebagai permulaan dan mengalu-alukan dana daripada syarikat koporat dan anak syarikat negeri (GLC).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Pakej Kita Selangor ini, sila rujuk Facebook terkini Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari atau laman web https://www.amirudinshari.com/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kalkulator-merit-lepasan-spm/", "title": "Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPanduan Penggunaan & Pengiraan Kalkulator Merit Lepasan SPM 2022, Lepasan STPM 2021\nPermohonan UPU bagi sesi akademik 2023/ 2024 telahpun dibuka!\nPengiraan merit sangat penting untuk mengetahui program pengajian yang sesuai dengan markah merit yang diperolehi.\nOleh itu, ia dapat membantu lepasan SPM membuat pilihan yang bersesuaian dengan markah merit anda.\nJom kami kongsikan panduan dan kepentingan membuat kiraan melalui kalkulator merit untuk lepasan SPM.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kalkulator Merit Lepasan SPM?\n\n \nPanduan Pengiraan Kalkulator Merit SPM\n\n \nKelebihan & Ciri Baru\n\n \nDasar Pemilihan Meritokrasi\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Kalkulator Merit Lepasan SPM?\nKalkulator merit membolehkan calon lepasan SPM membuat kiraan markah merit menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum)\nMelalui pengiraan merit ini, lepasan SPM boleh membandingkan markah merit yang diperolehi dengan purata markah merit calon yang ditawarkan untuk setiap program pengajian.\n\n\nSecara ringkasnya, calon cemerlang SPM setiap tahun ada seramai lebih daripada 9000 orang, maka persaingan sangat sengit.\n\n\n\n\n\n\nApabila disusun kedudukan pemohon semua daripada yang mendapat markah merit tertinggi hinggalah yang terendah, anda mungkin boleh membayangkan kedudukan anda di mana.\nJadi ;\nPilihan 1 tu sangat penting,kerana dari sanalah sistem akan memberikan program yang paling sesuai kepada pemohon yang layak dan melepasi semua syarat\nMaka letaklah program yang anda rasakan paling berpotensi untuk anda dapat\n\nkalau markah merit tinggi , anda boleh meletakkan Asasi / Matrikulasi / IPGM / Politeknik Premier\nkalau markah merit sederhana, disarankan untuk memilih Diploma di UA / Politeknik Konvensional\nKalau markah merit rendah, disarankan untuk memilih program di Kolej Komuniti / ILKA\n\nAnda boleh rujuk lampiran di bawah sebagai rujukan markah merit:\nPURATA 5 TAHUN MARKAH MERIT (LEPASAN SPM)\n\nPURATA 5 TAHUN MARKAH MERIT (LEPASAN STPM / SETARAF)\n\n\n\nJangan main pilih program atau UA kerana alasan ia paling popular. Letak pilihan yang sepadan dengan keputusan dan kebolehan.\nJangan dikejar sesuatu yg mustahil kerana anda sendiri tahu anda takkan mencapainya dengan kelulusan sekarang.\nBiar anda perlu melangkah jauh tetapi anda tahu anda mampu laksanakannya ikut \u2018pace\u2019 anda sendiri.\n\nPanduan Pengiraan Kalkulator Merit SPM\nBerikut adalah cara penggunaan kalkulator merit:\n\n\nMasukkan keputusan Gred Mata Pelajaran Universal yang diperolehi\nPilih pakej Mata Pelajaran:\n\nSTEM A\nSTEM B\nSTEM C\nKSI / Lain-lain\nNota: Rujuk kaunselor sekolah untuk kenalpasti pakej\n\n\nPilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik.\nPilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik yang belum diambil kira.\nMasukkan markah ko-kurikulum \nNota: Rujuk kaunselor sekolah untuk ketahui markah ko-kurikulum\nTekan butang kira\nMarkah merit akan dipaparkan di ruangan yang disediakan.\n\nSila rujuk infografik di bawah:\n\n\nKelebihan & Ciri Baru\nKalkulator merit yang baru ini dilihat dapat memberi kelebihan dan mesra kepada pelajar mengikut aliran.\nKiraan merit yang baru ini tidak lagi mewajibkan pelajar aliran sains tulen utk mletakkan semua subjek sains dalam kiraan mata merit, sebaliknya mereka hanya perlu ambil 2 subjek terbaik dalam pakej aliran masing-masing.\nBerita gembiranya ialah subjek Matematik Tambahan juga tidak menjadi kiraan wajib; dan bagi aliran sastera / ikhtisas yang mengambil subjek sains juga tidak dijadikan subjek pilihan.\nBagi kiraan merit pelajar KSSM, subjek penting kiraan adalah mengikut aliran dan subjek elektif masing-masing.\nSubjek universal menjadi subjek wajib untuk semua aliran termasuk sejarah.\nPengiraan merit boleh dilakukan dengan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di UPUOnline & Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store & Huawei App Gallery.\n\nDasar Pemilihan Meritokrasi\nDasar pemilihan UPUonline adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;\n90% MARKAH AKADEMIK10% MARKAH KOKURIKULUM\n\n\nPemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:\n\nMaklumat Lanjut\nSila layari laman web rasmi BKPA :https://upu.mohe.gov.my/\nAnda juga boleh merujuk Manual Pengguna UPUOnline bagi lepasan SPM 2021:\n2022_MANUAL_PENGGUNA_SPMDownload\n\nUntuk maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online 2022, sila hubungi saluran berikut:\n\nHotline : 03 \u2013 8870 8200\n\nWaktu talian dibuka :\n\n(Isnin \u2013 Jumaat) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang\nWaktu rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin \u2013 Khamis), 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang (Jumaat)\n\n\n\n\n\nUntuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2022, sila muat turun Aplikasi Pintar\u00a0UPU Pocket.\nBaca juga: \n\nPermohonan UPUOnline 2023 / 2024, Syarat & Panduan\nPakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-permulaan-ke-ipt-zakat-pulau-pinang/", "title": "Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2022 / 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman semua, Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP dibuka sepanjang tahun untuk permohonan bagi kemasukan dalam & luar negara.\nJumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:\nSijil / Matrikulasi: RM600Diploma : RM800Ijazah : RM1,000IPT Luar Negara RM2000\nBagi yang belum membuat memohon, sila rujuk maklumat berikut untuk mengetahui syarat-syarat dan langkah membuat permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Umum Bantuan Zakat Pulau Pinang\n\n \ni) Bantuan Permulaan IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam Negeri)\n\n \nii) Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)\n\n \nCara\u2013cara memohon :\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Umum Bantuan Zakat Pulau Pinang\nSYARAT-SYARAT PERMOHONAN\nMemenuh syarat-syarat umum permohonan bantuan zakat.Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.\ni) Bantuan Permulaan IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam Negeri)\nObjektif :\nMembantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara .\nSyarat- syarat :\nMemenuhi\u00a0syarat-syarat umum bantuan\u00a0zakat.\n2. Pemohon\u00a0 mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.\n\n\n\n\n\n\n3. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran\n4. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.\n5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.\n6. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.\n7. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.\nCara \u2013 cara memohon :\n1. Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.\n2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.\n3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran\n4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).\n5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris.\nii) Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)\nObjektif :\nMembantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara.\nSyarat- syarat :\n1. Memenuhi\u00a0syarat-syarat umum\u00a0bantuan zakat.\n2. Pemohon\u00a0 mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.\n3. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.\n4. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.\n5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat\n6. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.\n\u00a0Nota:\u00a0\nHad Al Kifayah :\u00a0Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakkan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi\n\nCara\u2013cara memohon :\n1. Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan https://www.zakatpenang2u.com.\n2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.\n3. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja bagi setiap pelajar\n5. Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.\nBaca juga: Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT \nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Institusi & Pendidikan di talian 04-5498088 / 5498167 / 5498168 / 5498165\nLayari zakatpenang2u.com untuk pemohonan atau rujuk pautan https://v2.zakatpenang.com/bantuan-awal-pengajian-ipt/ untuk maklumat lanjut.\nSemoga bakal mahasiswa dan mahasiswi dapat menuntut ilmu dalam suasana tenang serta selesa.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/temujanji-tabung-haji-online/", "title": "Temujanji Tabung Haji & Borang Transaksi TH Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEMUDAHAN TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE\nKemudahan janji temu disediakan bagi membolehkan pendeposit memilih tarikh dan masa mengikut kesesuaian dan tidak perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk berurusan.\nPelaksanaan kemudahan ini juga membolehkan\u00a0TH\u00a0mengatur kehadiran pendeposit secara berkala dan secara langsung dapat mengelak kesesakan dan ketidakselesaan pendeposit ketika berurusan di pejabat cawangan\u00a0TH.\u00a0\nDi sini kami kongsikan cara membuat temujanji di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Untuk Urusan Temujanji Tabung Haji\n\n \nCara Membuat Temujanji Tabung Haji (TH) Online\n\n \nBorang Transaksi TH Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Untuk Urusan Temujanji Tabung Haji\nUrusan Janji Temu boleh dibuat bagi pendeposit yang ingin berurusan di kaunter\u00a0TH\u00a0cawangan untuk perkhidmatan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nTuntutan PusakaPermohonan Hibah AmanahKemaskini Maklumat PeribadiPembukaan Akaun\u00a0TH\nBagi perkhidmatan yang lain, pendeposit boleh terus hadir ke\u00a0TH\u00a0cawangan yang berhampiran. Pendeposit juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat serta kemudahan perkhidmatan dalam talian\u00a0TH\u00a0melalui THiJARI dan Rakan Strategik\u00a0TH\u00a0iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank.\nSebelum hadir untuk berurusan, sila pastikan memakai pelitup muka ketika hadir untuk berurusan. Pendeposit dikehendaki hadir mengikut masa yang telah disahkan. Kegagalan untuk hadir mengikut masa tersebut menyebabkan Janji Temu dibatalkan dan Janji Temu yang baru perlu dibuat.\u00a0TH\u00a0tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan kehadiran pendeposit. Mohon untuk menunjukkan slip atau tangkap layar Janji Temu kepada pegawai\u00a0TH.\nCara Membuat Temujanji Tabung Haji (TH) Online\nCara membuat temujanji Tabung Haji secara online adalah seperti berikut:\nLayari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/janji-temuSila isikan borang temu janji dengan lengkap.Pilih tarikh dan waktu mengikut masa beroperasi.Tekan butang Hantar.Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan.\n\nLink Janji Temu : Daftar Janji Temu Anda Di sini\nBaca juga: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online\nBorang Transaksi TH Online\nUntuk memudahkan dan melancarkan urusan anda, pendeposit digalakkan merancang sekiranya perlu berurusan di TH.\n\nMuat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter. Urusan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.\nMuat Turun Borang :\ni) Borang Simpanan.\u00a0Maklumat lanjut\nJP001_Slip Simpanan WangJP002_Slip Pengeluaran WangJP003_Borang Maklumat AhliJP004_Borang Permohonan Pindahan SimpananJP005_Borang Permohonan Pengeluaran PusakaJP006_Borang Akaun Waris Pengeluaran PusakaJP008_Borang Pertukaran Hak PenjagaanJP010_Borang Caruman Bulanan MajikanJP011_Borang Permohonan Penutupan AkaunJP012_Borang Permohonan Salinan Penyata Akaun SimpananJP028_Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata MiniJP036_Borang Permohonan Pengesahan BakiBorang Penamaan\nii) Contoh borang Hibah Amanah\u00a0TH.\u00a0Maklumat Lanjut\nBorang Permohonan Hibah (JP031)Borang Kemaskini Hibah (JP032)Borang Pindaan Hibah\u00a0(JP033)Borang Pembatalan Hibah\u00a0(JP034)Borang Tuntutan Hibah (JP035)\niii) Borang Kelab TaHa & [email\u00a0protected].\u00a0Maklumat Lanjut\nBorang Keahlian\u00a0Kelab TaHaBorang Keahlian\u00a0Kelab [email\u00a0protected]\niv) Urusan Haji\nRayuan Haji.\u00a0Maklumat LanjutPermohonan Kad Tauliah Mengajar atau melanjutkan tempoh Kad Tauliah.\u00a0Maklumat Lanjut\nBaca juga: Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP\nUntuk melihat senarai penuh dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut\nTelefon : +603-6207 1919(THCC)E-mel\u00a0: [email\u00a0protected]Laman web\u00a0:\u00a0https://www.tabunghaji.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-qaryah/", "title": "e-Qaryah : Permohonan Nikah Kelantan & Borang Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-Qaryah merupakan sebuah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.\nPembinaan portal e-Qaryah ini selari dengan kemajuan teknologi masa kini yang membolehkan rakyat Kelantan membuat urusan permohonan perkahwinan secara dalam talian yang ternyata lebih mudah berbanding kaedah konvensional.\nSistem e-Qaryah ini adalah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. \nSistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak-anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan e-Qaryah\n\n \nCara Pendaftaran Anak Mukim\n\n \nCara Permohonan Berkahwin\n\n \nPeraturan Am\n\n \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\n\n\nPerkhidmatan e-Qaryah\nPortal ini menyediakan 2 kemudahan utama seperti yang berikut:\n\nPendaftaran Anak Mukim \u2013 Pengesahan anak mukim melalui sistem ini untuk mendapat kemudahan yang ditawarkan\nPermohonan Berkahwin \u2013 Permohonan berkahwin bagi Negeri Kelantan secara atas talian\nSemakan Pengesahan Status Anak mukim\nSemakan Status Permohonan Berkahwin\n\nKesemua urusan ini boleh dilakukan secara dalam talian di portal e-Qaryah dengan melayari https://eqaryah.kelantan.gov.my/\nArtikel berkaitan: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online\nCara Pendaftaran Anak Mukim\nUntuk mendaftarkan nama anda sebagai Anak Mukim, ikuti langkah-langkah berikut:\n\nPada halaman utama, klik pada \u201cPendaftaran Anak Mukim\u201d\nMasukkan nombor kad pengenalan\nPilih borang pendaftaran \u2013 Ketua Keluarga / Ahli Keluarga\nMasukkan nombor kad pengenalan untuk semakan terlebih dahulu\nSekiranya nama anda belum terdapat dalam sistem, lengkapkan segala butiran yang diminta untuk melengkapkan pendaftaran\n\nCara Permohonan Berkahwin\n\nPada halaman utama, klik pada \u201cPermohonan Berkahwin\u201d\nSila baca dengan teliti segala prosedur dan lengkapkan dokumen sokongan yang disenaraikan\nKlik butang \u201cTeruskan\u201d pada bahagian bawah halaman\nLengkapkan permohonan berkahwin anda dengan mengisi segala butiran yang diminta dan lampirkan kesemua dokumen sokongan yang disenaraikan\n\nPeraturan Am\n\nPemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.\nBorang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.\nPemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.\nPermohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-\n\nPemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.\nPemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.\nPemohon hendaklah\u00a0mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.\nBorang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut dengan 2 SALINAN:-\n\n\n\nArtikel berkaitan: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera\nTUTORIAL VIDEO \n\nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai segala perkhidmatan yang disediakan melalui portal e-Qaryah, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas seperti yang berikut:\nAlamat: Bahagian Pentadbiran Undang-Undang KeluargaJabatan Hal Ehwal Agama Islam KelantanKompleks Islam DarulnaimJalan Sultan Yahya Petra15200 Kota Bharu, Kelantan\nTel:\u00a009-7443633Faks:\u00a009-7446685Email: [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hibah-dividen-tabung-haji-2023/", "title": "TERKINI : Kadar Dividen Tabung Haji 2023 & Semakan Agihan TH", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHIBAH / DIVIDEN TABUNG HAJI (TH) 2023: AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 & CARA SEMAKAN MELALUI THIJARI\nDijadualkan sedikit lambat berbanding biasa bagi tahun 2023 ini, ramai yang tertanya-tanya, bilakah pula pengumuman dividen / hibah Tabung Haji (TH) 2022 akan diumumkan.\nDi sini dikongsikan info lanjut tentang tarikh pengumuman agihan pendapatan TH 2022 / 2023 serta kadar yang diperolehi pada tahun 2021 dan sebelumnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023\n\n \nKadar Dividen TH 2023 (Bagi Tahun Kewangan 2022)\n\n \nSejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2021)\n\n \nTarikh Semakan Dividen TH 2023\n\n \nCara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023\n\n \nKadar Agihan Keuntungan Tabung Haji Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021\n\n \nPendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji\n\n \nCara Pengiraan Dividen TH\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2023\nPastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2023:\n\nTelah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat\nAkaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat\nPendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.\n\n\nKadar Dividen TH 2023 (Bagi Tahun Kewangan 2022)\nTH telah mengumumkan kadar Agihan Keuntungan TH bagi tahun 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.\n\nKadar keuntungan TH berbanding deposit tetap adalah seperti dalam infografik di bawah:\n\nAgihan keuntungan TH tahun 2022 ini boleh disemak bermula jam 12.00 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023 melalui saluran berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan dividen TH melalui THiJARI\nKaunter-kaunter Tabung Haji\nSaluran elektronik\n\n\nBagi yang ingin membuat semakan melalui THijARI, anda boleh merujuk caranya dalam artikel ini.\nSila skrol ke bawah lagi ya.\nSejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2021)\nBerikut adalah sorotan pembahagian hibah / dividen Tabung Haji yang diumumkan pada tahun 2022 dan tahun-tahun sebelum ini.\n\n1994 : 9.5%\n1995 : 9.5%\n1996 : 9.5%\n1997 : 9.5%\n1998 : 8.0%\n1999 : 8.0%\n2000 : 5.5%\n2001 : 3.25%\n2002 : 3.5%\n2003 : 4.0%\n2004 : 4.3%\n2005 : 4.5%\n2006 : 4.75%\n2007 : 5.0% + 2.0% Bonus\n2008 : 5.0%\n2009 : 5.0%\n2010 : 5.5%\n2011 : 6.0%\n2012 : 6.5% + 1.5% Bonus\n2013 : 6.0% + 2.0% Bonus \n2014 : 6.25% + 2% Bonus\n2015 : 5% + 3% Bonus\n2016 : 4.25% + 1.50% Bonus\n2017 : 4.25% + 1.75%\n2018 : 1.25%\n2019 : 3.05%\n2020 : 3.10%\n2021 : 3.10%\n\n\nTarikh Semakan Dividen TH 2023\nTarikh pengumuman dividen Tabung Haji biasanya dibuat pada bulan Februari / Mac tahun kewangan berikutnya.\nNamun bagi tahun ini, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkannya pada 28 April 2023.\nIa selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.\nSebelum ini, agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.\nKeputusan itu mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).\n\nPendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2021 bermula pada 29 April 2023, bermula pada jam 12.00 tengah hari.\n\nSemakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui \n\nPortal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank\nTHiJARI\nATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB\n\nCara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2023\nDi sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021 / 2022 secara online melalui portal THiJARI:\n\nDapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di \u00a0www.thijari.com.my.\nMasukkan login ID yang telah didaftarkan.\nKesemua akaun termasuk akaun\u00a0TH\u00a0anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.\u00a0\nUntuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu \u201cRingkasan Akaun\u201d pada akaun yang diinginkan.\nAnda boleh semak pada \u2018Penyata Akaun\u2019 > Bulan Februari 2022 atau \u2018Transaksi Terkini\u2019.Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2021 (seperti dalam gambar di bawah).\n\n\n\nNOTA: \nBagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online\nKadar Agihan Keuntungan Tabung Haji Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021\nUntuk makluman, bagi tahun lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.\n\nAgihan keuntungan 2021 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan (iaitu, 2.36 peratus) dan zakat juga telah diambil kira untuk dilunaskan bagi pihak pendeposit.\nTH\u00a0memperuntukkan RM107 juta untuk melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tahun 2021.\nKedudukan kewangan\u00a0TH\u00a0terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021.\nJumlah Aset pada RM88.73 bilion dan jumlah Deposit pada RM83.33 bilion merupakan yang tertinggi di dalam sejarah\u00a0THselama 59 tahun.\n\n\n\n\nPendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji\nPada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.\n\u201cOleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.\n\u201cPembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,\u201d kata TH.\nCara Pengiraan Dividen TH \nCara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2022 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2022 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2022. \nPengiraan terperinci adalah seperti berikut:\nPurata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari\u2013Disember 2022\u00a0/ Bilangan Bulan) x 3.10%\nMaklumat Lanjut\nTabung Haji Contact Centre (THCC)\nTelefon : +603 \u2013 6207 1919Faks : +603 \u2013 7728 4959Emel :\u00a0[email\u00a0protected]SMS :\u00a0TH\u00a0< jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990*setiap jawapan akan dicaj RM0.50\nWaktu Operasi : 8:00 pagi \u2013 6:30 petang\u00a0(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)\nFollow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook\u00a0Official : Lembaga Tabung Haji\nRujuk : Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan 2022 TH\nSoalan Lazim : https://www.tabunghaji.gov.my/ms\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-isi-angin-tayar-tekanan/", "title": "Cara Isi Angin Tayar & Tekanan Sesuai Untuk Kereta / Motor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Isi Angin Tayar & Tekanan Sesuai Untuk Kereta / Motor\nSebagai pemandu, anda hendaklah memastikan tekanan angin tayar kenderaan anda sentiasa mencukupi \u2013 tidak kurang dan tidak pula berlebihan.\nJika tekanan tayar anda tidak betul, ia juga boleh memberi kesan kepada kos operasi kenderaan anda melalui kehausan tayar pramatang dan menyebabkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi daripada biasa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan Mempunyai Tekanan Yang Betul\n\n \nBila Patut \u2018Check\u2019 Angin Tayar?\n\n \nCara Ketahui Tekanan Angin Tayar\n\n \nCara Isi Angin Tayar Kenderaan\n\n\nKepentingan Mempunyai Tekanan Yang Betul\nTekanan tayar yang betul adalah penting untuk tiga sebab utama:\n\n\n\n\n\n\n\nTayar yang kembung teruk (akibat terlebih tekanan angin tayar) menjadikannya lebih sukar untuk mengendalikan kereta anda di jalan raya, menjejaskan keupayaan anda untuk mengemudi, membelok, memecut dan brek.\nInflasi yang tidak betul menyebabkan tayar anda lebih cepat rosak dan haus kerana bahagian getah yang salah bersentuhan dengan jalan raya.\nTekanan tayar yang tidak mencukupi meningkatkan rintangan berguling di jalan raya, menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api.\n\nBaca lagi: Maksud 13 Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard Anda\nSumber Infografik: Facebook \nBila Patut \u2018Check\u2019 Angin Tayar?\nBiasakan untuk cek tekanan angin tayar anda sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk keselamatan diri anda ketika memandu.\nTayar secara semula jadi kehilangan tekanan biasanya sekitar 0.1 bar sebulan (1.45 PSI).\nFenomena ini juga boleh dipercepatkan oleh sumber kebocoran lain disebabkan oleh:\n\ntertusuk dengan benda tajam secara tidak sengaja\ninjap yang rosak: ia mesti diganti setiap kali tayar ditukar (termasuk injap dengan sensor tekanan)\nketiadaan penutup injap: adalah penting untuk menjamin pengedap yang baik\nkeadaan rim: ia mesti dibersihkan setiap kali tayar dipasang\n\nBagaimana cara untuk memeriksa tekanan angin dalam tayar motosikal\nCara Ketahui Tekanan Angin Tayar\nRamai pemilik dan pemandu kenderaan tidak tahu sebenarnya tekanan udara optimum untuk tayar anda sebenarnya sudah ditampal pada pelekat di tepi pintu kereta anda.\nPerhatikan pelekat seperti berikut berdekatan pntu di bahagian pemandu\n\n\n\nSila perhatikan tekanan (biasanya unit PSI atau BAR) untuk tayar di bahagian depan dan belakang.\nHarap maklum bahawa rekomendasi tekanan angin yang dinyatakan tanya terpakai sekiranya anda memakai saiz tayar original sahaja.\nSekiranya anda menukar saiz rim dan kelebaran tayar, tekanan angin yang perlu digunakan mungkin berlainan \u2013 sila rujuk dengan penjual di kedai tayar untuk tekanan angin yang optimum bagi tayar anda.\nCara Isi Angin Tayar Kenderaan\nJangan terkejut, ramai juga pemandu yang tidak tahu mengisi angin kenderaan tayar mereka sendiri!\nBetul, ramai wanita terutamanya yang sudah berkahwin tidak tahu cara untuk pam tayar kenderaan mereka memandangkan semua dilakukan oleh suami mereka.\nSumber: TikTok aiyootan\nBagi yang tidak tahu cara, mari belajar kerana ianya tidaklah sukar.\nIkuti langkah-langkah berikut untuk mengisi angin tayar kenderaan anda:\n\nSila ke mana-mana stesyen minyak berhampiran anda dan letakkan kereta anda berhampiran tempat mengisi angin tayar\nSetkan tekanan pada mesin mengisi minyak tersebut \u2013 sekiranya anda tidak tahu tekanan yang perlu digunakan untuk tayar anda, sila rujuk pada pelekat di bahagian pintu pemandu\nBuka injap tayar kereta anda\nMasukkan kepala hos pemampat udara pada injap tayar anda\nPerhatikan bacaan pada mesin pengisi angin tersebut, biasanya apabila tekanan angin sudah mencapai tekanan yang anda setkan mesin tersebut akan berbunyi.\nCabut kepala hos tersebut dan pasangkan kembali injap tayar kereta anda.\nUlangi langkah 3 \u2013 6 untuk keempat-empat tayar kereta anda.\n\n\n @aiyootan Percaya atau tidak masih ramai yang diluar masih tidak tahu cara isi angin tayar \ud83e\udd14 Jadi jangan malu untuk tanya\u2757\ufe0f Aiyootan tunjukkan tips cara mudah untuk isi angin \ud83e\udd70 Follow like and shared guys #tips #carapamangintayar #usedcardealer #johorbahru #usedcarjohorbahru #toyota #vios #viosdugong #kerjakosong #jb #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #urgenthiring \u266c Che La Luna \u2013 Louis Prima with Sam Butera & The Witnesses \n\nRujuk video tiktok di atas untuk memudahkan anda. Selamat mencuba!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-diskaun-50-bayaran-balik-pinjaman-pelajaran-yayasan-terengganu/", "title": "Tawaran Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Diskaun 50% \u00a0Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu ~ Sukacita dimaklumkan Yayasan Terengganu kini menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi pinjaman pelajaran. \nTawaran ini diwujudkan oleh Yayasan Terengganu sempena sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu yang sudah ditubuhkan sejak tahun 1972.\nJusteru itu, peminjam yang masih mempunyai baki tertunggak dialu-alukan untuk rebut peluang ini bagi mendapatkan diskaun bayaran balik pinjaman.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Skim Permata Sejahtera 2022 Untuk Anak Kelahiran Terengganu\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Tawaran Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu\n\n \nKategori Yang Layak Menerima Diskaun Pinjaman Yayasan Terengganu\n\n \nCara Transaksi Bayaran Balik Pinjaman\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTempoh Tawaran Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu\nuntuk makluman anda, tawaran diskaun ini dibuka pada waktu terhad sahaja iaitu bermula dari 1 April 2022 hingga tarikh tutup pada 31 Mei 2022.\nRebutlah peluang selagi masih anda berkesempatan!\nKategori Yang Layak Menerima Diskaun Pinjaman Yayasan Terengganu\nSemua kategori pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah layak untuk mendapatkan diskaun ini.\n\nCara Transaksi Bayaran Balik Pinjaman\nUntuk makluman peminjam, terdapat tiga kaedah yang anda boleh lakukan untuk lunaskan baki pinjaman yang tertunggak iaitu :\ni) Pembayaran Terus di Kaunter Bayaran /UTC\nKaedah pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai/cek/kad debit/kad kredit.\nii) Kaunter BSN\nPeminjam juga boleh membuat pembayaran balik melalui kaunter BSN dengan memasukkan no akaun Yayasan Terengganu iaitu 1110029000180947.\niii) Pembayaran Dalam Talian (Internet Banking)\nMaybank\nLogin ke Maybank2U.Pergi ke bahagian \u2018Pay.\u2019Di bahagian Payee, masukkan New Payee: Yayasan Terengganu.Di bahagian amount, masukkan no kad pengenalan peminjam dan nama peminjam.Klik pay untuk membuat pembayaran.\nCIMB Bank\nLogin ke Maybank2U.Klik bahagian \u2018Pay Bills.\u2019CIMB Click: Yayasan Terengganu, masukkan nama dan no kad pengenalan.\nBSN\nLogin ke myBSN.Pergi ke bahagian \u2018Bill Payment.\u2019Di bahagian Payment Category: Educational Loan, pilih Loan Yayasan Terengganu.\nRHB\nLogin ke RHB Now.Klik bahagian \u2018Other Biller.\u2019Di bahagian Open Payment, pilih Yayasan Terengganu.\nJom Pay\nDi bahagian Biller Code masukkan nombor 2279 dengan:\u2013 Ref 1: No Kad Pengenalan peminjam\u2013 Ref 2: Nama peminjam\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai tawaran diskaun 50% pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, anda boleh hubungi nombor telefon 09-6221733, atau sila layari laman web https://yt.gov.my/kbp/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pendidikan-yayasan-johor-corporation/", "title": "Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Johor Corporation kini menawarkan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.\nBantuan pendidikan ini diperkenalkan bagi menampung kos perbelanjaan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.\nBaca Juga : Cara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan ini bagi bakal pemohon yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation?\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nCara Mohon Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation?\nYayasan JCorp sebagai ejen pelaksana tanggungjawab sosial korporat dengan penerapan elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi merealisasikan misi Membina & Membela JCorp yang melibatkan pelajar sekolah dan universiti, guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat.\u00a0\nBantuan Pendidikan adalah inisiatif\u00a0 berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai\u00a0(one-off).\u00a0\nSegala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.\nOBJEKTIF:\nMembantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.\n\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nPermohonan dilakukan dengan mengisi borang digital sahaja.Pemohon merupakan warganegara Malaysia.Permohonan bantuan dilakukan untuk kali pertama (sekali sahaja).Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.Tawaran terbuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja.Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.\nCara Mohon Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation\nBagi yang berminat untuk memohon, sila ikuti panduan berikut :\nLayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.Klik butang \u201cDaftar Sekarang.\u201dLengkapkan maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen lampiran permohonan.Klik butang \u201cHantar Permohonan\u201d untuk menghantar permohonan tersebut.\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga diminta untuk memuat naik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\nBorang kemasukan ke IPT.Salinan kad pengenalan pemohon.Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.Semua dokumen perlulah disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.\nTarikh Tutup Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 28 Julai 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web\u00a0http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-i-sinar-kategori-2/", "title": "Semakan i Sinar Kategori 2 & Tarikh Bayaran (Mulai 8 Februari 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, semakan iSinar Kategori 2 (status pengeluaran Akaun 1 KWSP) boleh dibuat bermula 8 Februari 2021, mulai jam 8 pagi ini.\nTengah malam tadi KWSP memaklumkan terdapat kesalahan teknikal berhubung paparan status iSinar.\nTerkini, tiada lagi syarat buat pengeluaran iSinar.\nBerikut adalah perincian pengeluaran:\nBagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.\n\nKenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Status iSinar Kategori 2 Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my\n\n \nCara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP\n\n \nTarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2\n\n \nRayuan i-Sinar Kategori 2\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2\n\n\nCara Semakan Status iSinar Kategori 2 Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my\nUntuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:\nSila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.mySila cari butang SEMAK STATUSUntuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.\n\nCara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP\nUntuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:\nSila layari laman web rasmi KWSP di sini:\u00a0https://secure.kwsp.gov.my/member/member/loginLog masuk i-Akaun KWSP (ahli)Klik pada peti mesej atau inboxAkan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan\n\nTarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2\nJangkaan tarikh bayaran iSinar Kategori 2 adalah mulai 25 Februari ini secara berperingkat.\nBagi kategori 2, pembayaran pendahuluan i-Sinar telah dibuat awal melalui bayaran interim yang telah bermula pada 25 Januari lalu.Mengikut makluman yang diperolehi oleh Pegawai KWSP melalui LIVE chat, ia akan mula dilaksanakan mulai 25 Februari ini secara berperingkat.Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah\u00a0pengkreditan terus\u00a0(direct credit)\u00a0ke dalam akaun bank milik anda.Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui\u00a0aplikasi atau portal i-Akaun\u00a0atau\u00a0cawangan atau kios KWSP\u00a0yang terdekat.\nBaca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR\nRayuan i-Sinar Kategori 2\ni-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.\nJika anda TIDAK LULUS Kategori 2, permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pegawai KWSP sekiranya ada.\nSyarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:\nAhli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.\nPermohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:\nSlip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;\u00a0DANNotis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;\u00a0DAN/ATAUJika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.\n*Permohonan i-Sinar hanya secara\u00a0online\u00a0di laman web\u00a0isinar.kwsp.gov.my\nMaklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 2\nUntuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021. \nJika anda masih belum memohon pengeluaran, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut melalui artikel ini :\u00a0i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan\nUntuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848\nTalian ini beroperasi Isnin \u2013 Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka \u00a0dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-pasca-siswazah-kursi-sheikh-othman-sarawak-ukm/", "title": "Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk pelajar peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), anda kini berpeluang untuk memohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM.\nTeruskan membaca untuk maklumat serta cara mohon biasiswa ini.\nTawaran biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1 Sesi 2022/2023. \nBiasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak ini diperkenalkan sejak tahun 2022 khas untuk calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan mengenai pembangunan masyarakat Islam Sarawak. \u00a0\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBidang Penyelidikan\n\n \nKadar Biasiswa\n\n \nSyarat-Syarat Umum\n\n \nSyarat Khusus\n\n \nPemohon Tidak Layak Memohon\n\n \nCara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 31 Julai 2022.\nBidang Penyelidikan\nBidang penyelidikan yang ditawarkan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut :\nEkonomi Digital Negeri Sarawak.Pembangunan Tamadun Negeri SarawakPertanian ModenPerusahaan Kecil dan Sederhana\nKadar Biasiswa\nKadar biasiswa yang ditawarkan adalah merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup selama 2 tahun atau 4 semester.\nUntuk semester pertama, penerima biasiswa akan diberikan dana sebanyak RM 10,770.00 seperti berikut :\nRM 5,370.00 (yuran semester pertama).RM 5,400.00 (elaun sara hidup sebanyak RM 1,800.00 sebulan untuk 3 bulan pertama).\nSyarat-Syarat Umum\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :\nTerbuka kepada mana-mana calon yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.Keutamaan pemberian biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.Pemohon mestilah mengikuti pengajian di UKM secara sepenuh masa dan mod penyelidikan (Full Research).\n\nSyarat Khusus\nCalon juga perlu menepati syarat-syarat khusus seperti berikut :\nPemohon mestilah memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertama.Melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan.\nPemohon Tidak Layak Memohon\nPemohon tidak layak memohon biasiswa sekiranya tergolong dalam salah satu kategori berikut :\nPemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.Pemohon yang telah bekerja.\nCara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat berpandukan langkah-langkah berikut :\nLayari pautan permohonan iaitu\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScc7gYjVXfkB9BqZZODykI5oN7FWoULQ6-RqMMwCTsdzSBtpA/viewform?usp=sf_link.Lengkapkan maklumat permohonan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa ini sila hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak menerusi butiran berikut :\nTelefon : 03-89215622\nEmel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bpn/", "title": "Semakan BPN 2021 Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran Bulan Januari", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBermula Januari, semakan BPN 2021 Fasa 2 boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional di bpn.hasil.gov.my.\nTerkini, pembayaran fasa kedua BPN 2.0 akan dibuat bermula 21 Januari 2021.\nManakala bagi penerima kategori M40 pembayaran akan dibuat bermula 25 Januari.\nBagi penerima tanpa akaun bank anda boleh menuntut wang pembayaran di cawangan BSN berhampiran.\nPermohonan baru dan rayuan juga boleh dibuat bermula tarikh yang sama.\nBPN 2.0 merupakan bantuan tambahan untuk golongan B40 dan M40 termasuk yang bujang.\nSekiranya anda penerima BPN sebelum ini, anda tidak perlu memohon semula memandangkan Perdana Menteri telah pun mengumumkan pemberian BPN 2.0 melibatkan penerima yang telah lulus sebelum ini.\nKadar bantuan tambahan adalah seperti berikut:\n\nSeperti anda lihat, pembayaran akan dibuat secara dua ansuran iaitu pada bulan Oktober dan Januari 2021.\n\nUntuk maklumat lanjut tentang BPN 2.0, anda boleh rujuk portal rasmi bpn.hasil.gov.my\nDi bawah merupakan artikel lama tentang Bantuan Prihatin Nasional sebagai rujukan anda.\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 2.3 juta permohonan baru telah diluluskan.\nSekiranya permohonan anda GAGAL atas alasan memiliki SSM, anda boleh cuba memohon bantuan RM3,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP).\nBayaran bagi permohonan baru akan dibuat pada 15 Mei 2020.\nNamun capaian ke portal berkenaan agak sukar memandangkan berjuta rakyat Malaysia cuba untuk semak status permohonan masing-masing.\nPerlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 secara automatik layak menerima BPN.\nTiada permohonan baru perlu dibuat.\nNamun bagi golongan M40 / bujang, sebaiknya anda semak status permohonan masing-masing di bpn.hasil.gov.my untuk kepastian.\nMungkin anda juga yang telah menerima SMS / emel tentang status semakan BPN masing-masing.\nTerkini, pembayaran BPN diawalkan 6 April. Rujuk jadual pembayaran BPN di sini.\nTerkini, bayaran BPN fasa 2 akan dibuat pada 4 Mei nanti.\nPengumuman ini dibuat oleh Menteri Kewangan sendiri sebentar tadi melalui BERNAMA.\nTurut dimaklumkan permohonan baru dan rayuan akan ditutup Khamis ini, 30 April.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Prihatin Nasional\n\n \nSemakan BPN 2.0\n\n \nPermohonan Baru\n\n \nPertanyaan Lanjut\n\n \nBayaran Fasa 2\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nSiapa yang layak mohon BPN?\n\n \nBerapakah kadar Bantuan Prihatin Nasional?\n\n \nBilakah tarikh pembayaran BPN?\n\n\nBantuan Prihatin Nasional\nSedikit maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional atau BPN.\nIanya merupakan bantuan terkini kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.\nTerdapat 4 kategori penerima BPN:\nRM1,600\u00a0kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.\u00a0RM1,000\u00a0kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.\u00a0RM800\u00a0kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.\u00a0RM500\u00a0kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.\u00a0\nSelain BPN, PM turut mengumumkan program i-Lestari bagi memudahkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari Akaun 2 masing-masing.\nSemakan BPN 2.0\nSecara asasnya BPN hanya untuk golongan B40 dan M40.\nBagi kategori B40, berikut adalah syarat kelayakan BPN 2020:\nIsi rumah\nKahwin; atauIbu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; danPendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah\nBujang\nBujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; danPendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah\nBagi kategori M40 yang layak pula adalah seperti berikut:\nIsi rumah\nKahwin; atauIbu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; danPendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini\nBujang\nIndividu berstatus bujang dalam data percukaian; danHad umur 21 tahun ke atas; danPendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP\nSemakan BPN boleh dibuat di portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my\nCaranya mudah sahaja:\nMasukkan nombor IC andaIsi kod captcha yang dimintaMaklumat permohonan akan dipaparkan\nPermohonan Baru\nPermohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020.\nPermohonan baru hanya akan diproses pada bulan Mei nanti.\nSistem hanya akan memaparkan status \u201cPermohonan Diterima\u201d menandakan permohonan BPN anda telah diterima dan akan diproses nanti.\nPembayaran juga akan dibuat pada bulan Mei secara one-off (sekaligus).\nMenurut FAQ rasmi ini, pemohon perlu mengemukakan bukti pendapatan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat.\nKesemua dokumen akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.\nPertanyaan Lanjut\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:\nKementerian Kewangan\n03-8882 908903-8882 908703-8882 919103-8882 456503-8882 4566\nLHDNM\n1-800 882 74703-8911 1000\nWaktu operasi dari jam 9 pagi \u2013 5 petang (Ahad \u2013 Jumaat).\nBayaran Fasa 2\nPembayaran fasa kedua akan dibuat 4 Mei melibatkan penerima B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.\nUntuk makluman, sebanyak 7.74 juta penerima telah menerima bayaran BPN berjumlah RM5.47 bilion pada fasa terdahulu.\nProses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.\nTengku Zafrul menambah, sehingga 26 April, lebih 3.26 juta permohonan baharu dan juga rayuan telah diterima.\nDaripada jumlah ini, sebanyak 2.96 juta merupakan permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan.\nProses ini akan tutup pada hari Khamis ini, 30 April manakala pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai.\nSoalan Lazim\nSiapa yang layak mohon BPN?Isi rumah / bujang B40 dan pendaftar cukai LHDNM bagi kategori M40.Berapakah kadar Bantuan Prihatin Nasional?Berbeza mengikut kategori bermula dari RM500 sehingga RM1,600.Bilakah tarikh pembayaran BPN?Fasa pertama bermula April manakala diteruskan pada Fasa kedua bermula Mei 2020.\nUntuk pelbagai soalan lain berkaitan semakan BPN anda boleh rujuk FAQ ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs/", "title": "Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS adalah satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).\nSejak pemansuhan UPSR dan PT3, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menumpukan kepada pemerkasaan PBS di mana PBS telah diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu iaitu mulai tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan tahun 2012 di peringkat sekolah menengah.\nPBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan\u00a0\u00a0Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)\n\n \nKomponen PBS\n\n \n1. Pentaksiran Pusat (PP)\n\n \n2. Pentaksiran Sekolah (PS)\n\n \n3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)\n\n \n4. Pentaksiran Psikometrik\n\n \nObjektif Pelaksanaan PBS\n\n \nApakah perbezaan PBD dan PBS?\n\n \nCara Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS 2023)\n\n\nPengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)\nPBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah \u00a0yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani).\nDalam konteks PBD, guru memantau perkembangan, kemajuan dan penguasaan setiap murid dalam proses pembelajaran mereka termasuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).\nDengan ini, guru boleh merancang dan mengubah suai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi membantu setiap murid meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran mereka,\nKomponen PBS\n\nPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang berikut:\n\nKategori Akademik\n\nPentaksiran Pusat (PP)\nPentaksiran Sekolah (PS)\n\n\nKategori bukan akademik\u00a0\n\nPentaksiran Aktivaiti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)\nPentaksiran Psikometrik (PPsi)\n\n\n\n1. Pentaksiran Pusat (PP)\nPP dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berasaskan standard prestasi\n2. Pentaksiran Sekolah (PS) \nKomponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016.\nPBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. \n\n\n\n\n\n\nTahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).\nBaca lagi: Pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Format & Templat Terkini\n3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)\u00a0\nDilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.\n4. Pentaksiran Psikometrik\nDilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.\n\nObjektif Pelaksanaan PBS\nObjektif perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk:\n\nMendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu\nMemantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu\nMembuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu\n\nRujuk video pelaksanaan PBS : https://www.moe.gov.my/menumedia/media-elektronik/galeri/\nApakah perbezaan PBD dan PBS?\n\nPBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).\nPBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.\n\nCara Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS 2023)\nBagi memastikan kelicinan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.\nGuru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.\nKonvensyen Libat Urus\u00a0Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) Tahun\u00a02023\u00a0telah diadakan secara bersemuka di Hotel Wyndham Acmar, Klang selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 Jun melibatkan guru, ibu bapa, pemegang taruh dan masyarakat umum untuk membincangkan isu dan perkara berkaitan\u00a0PBS\u00a0secara lebih terbuka.\nRESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023\nKonvensyen ini telah berjaya menghasilkan 12 resolusi yang dipersetujui.\n\n\n1. PBS diteruskan dengan penambahbaikan.\n2. Latihan dalam pentaksiran perlu diberikan kepada pelaksana dan bakal pelaksana pentaksiran bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam mentadbir,\nmengurus, mentaksir dan melaksanakan intervensi.\n3. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan teknologi terkini dalam pentaksiran.\n4. Kaedah dan pelaksanaan pentaksiran psikometrik perlu ditambah baik supaya data dan maklumat yang diperoleh adalah tepat,\nbermakna dan boleh dimanfaatkan untuk peningkatan perkembangan murid.\n5. Menempatkan guru kaunseling sepenuh masa di semua sekolah.\n6. Penglibatan murid dalam semua peringkat aktiviti dalam dan luar\nnegara diberi pengiktirafan dalam PAJSK.\n7. Autonomi diberikan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara fleksibel.\n8. Meningkatkan kefahaman ibu bapa/penjaga dalam pelaksanaan PBS.\n9. Sekolah perlu mempunyai pakar rujuk pentaksiran yang diktiraf oleh badan yang mempunyai autoriti dalam pentaksiran.\n10.Ujian Akhir Sesi Akademik dimansuhkan dan sekolah terus diberi autonomi dalam pelaksanaan pentaksiran sumatif.\n11. Perkara yang ditaksir dalam PBS adalah konstruk yang berkaitan dengan perkembangan potensi sebagai mana hasrat FPK dan seiring konsep Anak Baik lagi Cerdik, Karamah Insaniah dan objektif serta matlamat pembelajaran abad ke 21.\n12. Untuk memperkasa PBS perkara-perkara berikut hendaklah direalisasikan:\nI) Pemastian siapa, mengapa dan apa yang ditaksir harus dilakukan pada PBS;\nII) Penjagaan ciri-ciri Psikometrik, Insanometrik dan kerangka\nIII) Pensejajaran PBS dengan Incheon Declaration: Education 2030\nIV) The Characteristics of the 21st Century Assessment,\nV) Pensejajaran PBS dengan Assessment Trends in Education A Shift to Assessment For Learning\nVI) Pensejajaran PBS dengan Declarations 2050 \u2013 Learning To Become\nVII) Membangunkan Ekosistem Pentaksiran\nVIII) Lembaga Peperiksaan menyediakan tangga keprofesionalan pentaksiran\nIX) KPM membangunkan makmal pentaksiran\nX) Lembaga Peperiksaan sebagai Autoriti Pentaksiran (Amalan, Agensi & Pengamal)\n\nSumber : https://www.youtube.com/watch?v=wTpWL9kTdGI\n"]} {"url": "https://ecentral.my/projek-khas-tani-2022-pasca-covid-19/", "title": "Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk Warga Tani Negeri Perak Darul Ridzuan \u2013 Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 kini dibuka untuk permohonan!\nDi bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin, sejumlah peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian. \nProjek Khas Tani Pasca Covid-19 diteruskan bagi tahun 2022. Bantuan berupa input baja dan racun dengan nilai bantuan bernilai RM 3,000 / petani diteruskan. \nDengan bantuan ini diharapkan bebanan petani dapat dikurangkan berikutan peningkatan harga baja dan racun yang meningkat kini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 ?\n\n \nBentuk Bantuan Yang Akan Disalurkan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 ?\nProjek Khas Tani Pasca Covid-19 ini adalah salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun. \nMelalui projek ini, Jabatan secara tidak langsung memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan.\nPermohonan ini dibuka kepada warga tani yang sedang mengusahakan penanaman tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. \nPermohonan yang mematuhi kriteria permohonan akan di senarai pendek untuk siasatan di lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagi kelulusan. \nBentuk Bantuan Yang Akan Disalurkan\nBaja dan racun bernilai RM3000.000\nSyarat Permohonan\nKreteria dan syarat permohonan :\nProjek sedia ada masih aktifTerbuka kepada petani negeri PerakBelum pernah menerima peruntukan dari JabatanStatus tanah yang sah (Geran / Tol / Pajakan)Minimum keluasan pemberian bantuan adalah :a. 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun,b. 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masac. minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan.Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan.Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum diluluskan.\nHanya pemohonan yang layak sahaja akan dihubungi bagi bantuan ini.\nWarga Tani yang layak bolehlah memohon melalui pautan di link https://forms.gle/pxrXhaKywz5A95dk9 atau scan QR untuk permohonan atau terus ke Pejabat Pertanian berikut:\nPejabat Pertanian Daerah Perak TengahPejabat Pertanian Daerah Hilir PerakPejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit BuntarPejabat Pertanian Hulu PerakPejabat Pertanian Kinta Kampar PerakPejabat Pertanian Daerah Kuala KangsarPejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & SelamaPertanian Daerah ManjungPejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim\nBaca juga: BMT RISDA: Semakan Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (2022)\nTarikh Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19\nPermohonan secara talian ini akan dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja. \nPermohonan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.\nMaklumat Lanjut\nTerima kasih daripada kami warga tani Negeri Perak atas keprihatinan YAB Menteri Besar Dato\u2019 Seri Haji Saarani bagi kelulusan bantuan ini.\nUntuk info lanjut, sila layari www.pertanianperak.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bingkas-selangor-2022/", "title": "BINGKAS Selangor 2022: Semakan Kelulusan & Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman semua, bagi tahun 2022 ini, Kerajaan Selangor telah melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).\nIa merupakan program baharu yang memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19.\nBINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?\n\n \nJumlah Bantuan BINGKAS Selangor\n\n \nManfaat Bantuan BINGKAS Selangor\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nSemakan Kelulusan\n\n \nCara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di WAVPAY E-WALLET\n\n \nCara Pembelian\n\n \nMaklumat Lanjut BINGKAS Selangor\n\n\nApakah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?\nKerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.\nMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peruntukan RM108 juta dan jangkaan 180,000 penerima manfaat.\n\n\n\nJumlah Bantuan BINGKAS Selangor\nJumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.\nManfaat Bantuan BINGKAS Selangor\neWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftarUrusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300Antara barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti berikut:RotiBiskutTelurBerasGula & GaramBuah-buahan dan sayuranDaging, ayam dan ikanMinyak masakTepungLampinSabun, kelengkapan mandianBarangan persekolahan\n\nSyarat Kelayakan\nBantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.\nDengan program BINGKAS, bukan sahaja ibu miskin akan mendapatkan bantuan tetapi keluarga-keluarga miskin lain yang tercicir sebelum ini boleh dirangkumi sekali, bukan sahaja 21,000 orang penerima sedia ada di dalam program KISS akan menikmati manfaat daripada BINGKAS tetapi tambahan 9000 kuota di bawah program BINGKAS telah membenarkan permohonan baru supaya tiada yang tercicir.\n\n\n\n\n\n\nSyarat kelayakan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;Pemilih berdaftar di Negeri SelangorKeluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; danPendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.\nBINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.\nUrusniaga pembelian Program BINGKAS ini sepenuhnya menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).\nCara Memohon\nPERHATIAN KEPADA PENERIMA / PEMEGANG KAD KISS YANG MASIH AKTIF\nSukacita dimaklumkan bahawa pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Taman Medan yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah. \nPengaktifan hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi.\nLangkah-langkah untuk mengaktifkan BINGKAS boleh rujuk di sini :\u00a0shorturl.at/amqwH\n2. Selepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang\u00a0www.bingkasselangor.com\u00a0bagi membolehkan anda dapat terus menerima manfaat ini. Jika gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun BINGKAS anda akan ditamatkan pada 1 September 2022.\n*Laman sesawang\u00a0www.bingkasselangor.com\u00a0hanya boleh diakses pada 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi\nRUJUK PANDUAN PENDAFTARAN PENUH : shorturl.at/EW069\n\nPERMOHONAN BARU BINGKAS (ONLINE)\n1. Program BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor.\nUntuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details\u2026). Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.\n2. Permohonan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi secara atas talian di\u00a0www.bingkasselangor.com\n3. Permohonan yang dibuat mestilah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :\n\u2013 Warganegara Malaysia;\u2013 Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;\u2013 Pemilih berdaftar di Negeri Selangor\u2013 Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan\u2013 Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.\nDokumen Pendaftaran:\n1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon2) Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan3) Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)4) Salinan semakan SPR5) Salinan Kad OKU (jika berkaitan)6) Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan)\n4. Setiap permohonan akan ditapis bagi memastikan hanya yang berkelayakan dan memerlukan yang akan diluluskan.\nCara-cara memohon boleh rujuk di sini :\u00a0shorturl.at/EW069\nPastikan sebelum membuat permohonan Tuan/Puan telah muat turun dan daftar akaun Selangkah.\nRujuk langkah permohonan di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuat turun manual pendaftaran : Permohonan-Baru-BINGKASDownload\n*Laman sesawang\u00a0www.bingkasselangor.com\u00a0hanya boleh diakses pada 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi\n* Sila pastikan setiap dokumen yang dimuatnaik adalah betul dengan mengikut turutan \u2018column\u2019.\nSemakan Kelulusan\nPemohon baru dan pemohon yang telah mengemaskini permohonan boleh membuat semakan kelulusan kelayakan di aplikasi Selangkah seperti yang tertera di bawah:\n\nCara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di WAVPAY E-WALLET\nUntuk pengaktifan, sila rujuk langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan yang telah lulus akan terus dikreditkan ke dalam eWallet WavPay seperti di bawah:\n\n\nCara Pembelian\nUntuk pembelian, sila rujuk langkah berikut:\nKunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKASPilih barangan yang ingin dibeliImbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahanJuruwang akan membuat semakan barangan yang dibeliPastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaranTekan butang PAY untuk memilih akaun BINGKAS dan buat pembayaranMasukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaranJuruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran\n\nMaklumat Lanjut BINGKAS Selangor\nBerikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS:\nPermohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1-800-22-6600Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / LivechatPengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) | [email\u00a0protected]\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui\u00a0Telegram\u00a0untuk sebarang bantuan.\nATAU sila rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jadual-cadangan-waktu-perjalanan-hari-raya-plus/", "title": "Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung Aidiladha PLUS 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan jadual TTA (cadangan waktu perjalanan) di Lebuhraya Utara-Selatan yang bertujuan untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan Aidiladha ini bermula 7 Julai sehingga 12 Julai 2022.\nTTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.\nIa bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.\nBerdasarkan kajian PLUS bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pengguna lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan dua kali lebih panjang berbanding perjalanan biasa sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA ini.\n\n\n\n\n\n\nJadi, jom tengok jadual cadangan waktu perjalanan di bawah ok!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022\n\n \nBALIK KAMPUNG \u2013 Perjalanan dari Lembah Klang (pada7 Julai hingga 10 Julai 2022)\n\n \nPULANG KE BANDAR \u2013 Perjalanan Kembali ke Lembah Klang (pada 10 Julai hingga 12 Julai 2022)\n\n \nMaklumat Lanjut Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri\n\n\nCadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 \nTTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.\nTTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang. Ia bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.\n\u201cKami menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya setiap hari semasa musim cuti Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan tempoh perjalanan yang lebih panjang pada hari-hari puncak tersebut,\u201d kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. \n\u201cOleh itu, kami menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengikuti jadual TTA, merancang perjalanan lebih awal, serta membuat persiapan yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan yang lebih panjang,\u201d tambah Datuk Zakaria.\n\nBALIK KAMPUNG \u2013 Perjalanan dari Lembah Klang (pada7 Julai hingga 10 Julai 2022)\nBALIK KAMPUNG \u2013 Perjalanan dari Lembah Klang (pada 7 Julai hingga 10 Julai 2022)\nPengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum\u00a0jam 10:00 pagi. Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas\u00a0jam 1:00 petang.\nPULANG KE BANDAR \u2013 Perjalanan Kembali ke Lembah Klang (pada 10 Julai hingga 12 Julai 2022)\nBagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pengguna lebuh raya pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya\u00a0sebelum jam 9:00 pagi.\nBaca juga: Kad Touch N Go Baru (NFC) : Cara Beli, Daftar & Tambah Nilai Online\nMaklumat Lanjut Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri\nDalam pada itu, pelanggan lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.\nPLUS juga menasihatkan pelanggan lebuh raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sampai ke destinasi untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.\nDi samping jadual TTA, pelanggan lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik.\nSila rujuk jadual TTA yang disertakan dan bacaan lanjut di sini https://bit.ly/3IiyLeS\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gkp-permai-rm1000/", "title": "GKP PERMAI: Tarikh Bayaran Tambahan RM1,000 Mulai 25 Mac 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh\u00a0Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.\nTerkini, turut diumumkan GKP 3.0 (PEMERKASA) sebanyak RM1,000 dan tarikh bayaran terkini GKP (PERMAI) mulai 25 Mac 2021.\nSemakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi Geran Khas Prihatin bermula 24 Mac ini.\nSeperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang GKP Tambahan atau GKP Permai 2021.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah GKP Permai / GKP Tambahan RM1,000?\n\n \nTarikh Permohonan & Kelayakan\n\n \nTarikh Bayaran GKP Permai\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah GKP Permai / GKP Tambahan RM1,000?\nGKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.\nTarikh Permohonan & Kelayakan\nTarikh permohonan dibuka belum dimaklumkan, namun dalam kenyataan rasmi oleh LHDN, GKP Tambahan ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.\nAmaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:\nPKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) \u2013 RM1,000PKS mikro bagi lain-lain negeri \u2013 RM500\nBaca juga: SIP Prihatin PERMAI: Semakan, Syarat & Cara Permohonan\nTarikh Bayaran GKP Permai\n\nTarikh bayaran bagi Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah pada 25 Mac 2021.\nManakala, bagi kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu\u00a0amaun tersebut akan\u00a0dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang telah didaftarkan\u00a0pada permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini. \nPembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.\u00a0\nBaca juga: Pakej Kita Selangor: 12 Inisiatif Bantuan Rakyat Dalam Tempoh PKP 2.0\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berhubung Geran Khas Prihatin Permai / Tambahan ini, sila rujuk FAQ rasmi oleh LHDN di pautan berikut:\nhttps://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/portal-vaksin-anakku/", "title": "Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran PICK Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bagi Remaja Berumur 12 \u2013 17 Tahun (PICK Remaja) Di Portal Vaksin Anakku / MySejahtera\nStatistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.\nTurut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.\nJusteru, KKM menyasarkan supaya;\n\n\n\n\n\n\n60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.\nPihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi. \nSehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pendaftaran vaksin remaja melalui Portal Vaksin Anakku.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar Portal Vaksin Anakku Untuk Kanak-kanak & Remaja Bawah 18 Tahun\n\n \nBorang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun\n\n \nKesan Sampingan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Daftar Portal Vaksin Anakku Untuk Kanak-kanak & Remaja Bawah 18 Tahun\nSemua institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal Portal Vaksin Anakku bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.\n\nRujuk langkah berikut untuk mendaftar:\nLayari vaksinanakku.herokuapp.comDaftar sebagai pengguna.Login dan isikan maklumat untuk mendapatkan vaksin.Ibu bapa / penjaga perlu menyerahkan borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah. (Muat turun borang di bawah)\nManakala bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.\nBorang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun\nBerikut merupakan borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 (untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun) dan surat perwakilan ibu bapa / penjaga kepada individu membawa kanak-kanak menerima vaksin COVID-19.\n\n\nKesan Sampingan Vaksin COVID-19 Untuk Remaja\nSeperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting). \nWalau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.\nBerikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;\nKemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; danPengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.\nSekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.\nBaca juga: Panduan Vaksin Ibu Mengandung / Menyusu Terkini & Cara Kemaskini Status MySejahtera\nMaklumat Lanjut\nBerikut adalah maklumat vaksin COVID-19 Comirnaty (Pfizer-Biontech) bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun.\n\n\nBaca juga: Program Vaksinasi Pelajar IPT Secara Walk-In, Hanya Perlu Tunjuk Kad Matrik\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-payroll-kwsp/", "title": "e-Payroll KWSP : Pengurusan Rekod Gaji Digital Melalui i-Akaun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMemperkenalkan e-Payroll KWSP \u2013 satu penambahbaikan terbaru portal i-Akaun (Majikan) bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan penggajian majikan.\nDi sini dikongsikan maklumat lanjut tentang e-Payroll KWSP untuk rujukan bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah e-Payroll KWSP?\n\n \nFungsi e-Payroll KWSP\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCiri Utama e-Payroll KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah e-Payroll KWSP?\ne-Payroll ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji secara digital. \n\n\n\n\n\n\nIa juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.\nKelebihan\nNikmati sokongan dan bantuan yang diperlukan dengan e-Payroll. Proses penggajian lebih ringkas dan sistemnya lebih terurus.\nMudah diakses \u2013 Menerusi portal i-Akaun (Majikan)Pengiraan caruman automatik \u2013 KWSP, PERKESO, potongan LHDNM dan lain-lainDapatkan fail dengan cepat dan mudah \u2013 Untuk agensi berkanun dan lain-lainBerdasarkan piawaian agensi berkanun \u2013 KWSP, PERKESO dan LHDNM\nFungsi e-Payroll KWSP\nFungsi utama e-Payroll adalah seperti berikut:\nKemas kini gaji pekerjaMenjana slip gaji pekerjaBuat pembayaran caruman kepada KWSPHasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bankHasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNMBuat potongan gaji kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)\nBaca juga: SPS Lindung: Faedah SKSPS PERKESO Untuk Delivery Riders\nSyarat Kelayakan\nPengguna i-Akaun (Majikan)Majikan mempunyai minimum\u00a0SATU (1)\u00a0pekerja\nCiri Utama e-Payroll KWSP\nAkses mudah melalui i-Akaun (Majikan)\nMuat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi\u00a0\u2018Import Pekerja\u2019\nFungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP\nSenarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan\nPengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain\nMenyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian\nPenyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah\nMenjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat\nAlami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP\nJimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik\nKini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses\n\nBaca juga: Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan\nMaklumat Lanjut\nDapatkan info dan makluman terkini mengenai e-Payroll di laman web rasmi kami https://bit.ly/2TYiFlq\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-simkad-rosak/", "title": "Cara Tukar Simkad Rosak Atau Hilang (Kekalkan Nombor)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSimkad hilang atau rosak?\nSekiranya anda pengguna pelan pascabayar (atau postpaid) daripada mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia seperti Maxix, Celcom, Digi, Umobile dan lain-lain lagi, anda boleh menggantikan kad sim yang rosak atau hilang dengan mudah.\nWalau bagaimanapun, bagi pengguna pelan pra-bayar atau prepaid, anda mungkin kurang bernasib baik.\n\n\n\n\n\n\nKebiasaannya, pengguna pelan postpaid akan memilih untuk mengekalkan nombor telefon yang sama walaupun kad sim mereka rosak atau hilang (akibat kecurian, rompakan dan sebagainya).\nHal ini disebabkan kebanyakan transaksi kewangan kini memerlukan kita menggunakan telefon untuk mendapatkan pengesahan kod sekuriti atau nombor TAC.\nSekiranya anda gemar menukar-nukar nombor telefon, anda akan menghadapi kesukaran kerana perlu menukar juga nombor telefon yang didaftarkan atas pelbagai akaun bank. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaklumat yang dikehendaki\n\n \nCara dapatkan simkad baru\n\n \nMaxis\n\n \nCelcom\n\n \nUmobile\n\n\nMaklumat yang dikehendaki \nSekiranya anda mahu mendapatkan simkad yang baru, pastikan anda mengingati atau membawa dokumen berikut:\nMengingati nombor telefon andaMembawa kad pengenalan untuk pengesahan\nCara dapatkan simkad baru \n\nSetiap penyedia perkhidmatan telekomunikasi mempunyai cara yang lebih kurang sama sahaja untuk mendapatkan simkad yang baru bagi menggantikan simkad rosak atau hilang. \nAda penyedia perkhidmatan yang mengenakan caj untuk pemberian kad sim baru dan ada juga yang memberinya secara percuma. Walau bagaimanapun, caj ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.\n Maxis \nHubungi talian talian khidmat pelanggan Maxis atau hubungi 123 daripada talian Maxis untuk melaporkan tentang kehilangan simkad bagi menyahaktif simkad, seterusnya mengelakkannya daripada disalahgunakan orang lain yang menemuinya.Lawati pusat khidmat Maxis berdekatanBayaran yang dikenakan adalah RM10Dalam tempoh 30 minit, simkad baru anda akan aktifTerdapat juga pusat servis Maxis yang mempunyai kiosk layan diri dimana anda boleh melakukan segalanya daripada A \u2013 Z secara sendiri. \nCelcom\nPergi ke pusat perkhidmatan Celcom atau Blue Cube yang berdekatanAmbil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggilBerikan IC (jika diminta oleh staf) untuk pengesahanSetelah mendapat simkad baru, anda mungkin perlu menunggu sehingga 30 minit sebelum kad tersebut aktif\n Umobile\nPergi ke pusat perkhidmatan Celcom atau Blue Cube yang berdekatanAmbil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggilIsi maklumat pada borang yang diberikanAnda mungkin dikenakan caj RM10 untuk mendapatkan kad sim baruSetelah mendapat simkad baru, anda mungkin perlu menunggu sehingga 30 minit sebelum kad tersebut aktif\nArtikel berkaitan:\nPendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 DataPakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-persediaan-alam-pekerjaan-ilsc/", "title": "Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) kini menganjurkan Program Persediaan Alam Pekerjaan dengan kerjasama Universiti SEGi.\nProgram ini diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah bt Mahmud bagi memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.\n\n\n\n\n\n\nBelia OKU (Masalah Pembelajaran) yang berkelayakan dan berminat untuk bekerja dialu-alukan untuk menyertai program ini.\nBaca Juga : Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Untuk Belia Autisme\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan Program Persediaan Alam Pekerjaan ANIS\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Kelayakan Program Persediaan Alam Pekerjaan ANIS\nPeserta perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nBerumur antara 17 hingga 22 tahunTerbuka kepada belia yang mempunyai masalah pembelajaran.Peserta merupakan murid berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang boleh menguruskan diri.Peserta MBPK boleh menguasai kemahiran 3 M iaitu Membaca, Menulis dan MengiraIbu / bapa/ penjaga pemohon merupakan salah seorang pengundi Selangor.\n\nCara Memohon\nIbu bapa yang berminat untuk daftarkan anak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh lakukan pendaftaran dengan mengisi borang secara atas talian di pautan berikut :\nBorang Permohonan Kursus Persediaan Pekerjaan\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Persediaan Alam Pekerjaan, sila hubungi talian 03-5545 3170.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/honda-wr-v/", "title": "Honda WR-V 2023: Harga, Spesifikasi, Varian Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHonda WR-V dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun 2023. \nPengumuman ini Mac yang lalu dibuat setelah pihak Honda mengumumkan mereka akan menghentikan jualan model BRV.\nWalaupun pihak Honda ketika itu tidak mengumumkan nama rasmi bagi model terbaru ini, namun berdasarkan model terbaru yang dilancarkan di ngara jiran kita Indonesia dan Thailand, maka model terbaru ini dijangka adalah model WR-V.\nSelain itu, poster rasminya boleh dilihat di bawah ini yang diperolehi dari laman web Honda Malaysia sendiri.\n\n\nUntuk makluman juga, model ini telah pun diperkenalkan di Indonesia pada November tahun lalu.\nDengan saiz SUV kompak, maka Honda WR-V merupakan pesaing langsung kepada Perodua Ativa yang telah dilancarkan lebih awal.\nBaca lagi: Perodua Ativa (D55L) : Harga, Gambar Interior & Exterior\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSpesifikasi Honda WR-V\n\n \nRekabentuk Luaran\n\n \nRekabentuk Dalaman\n\n \nHarga dan Varian Honda WR-V 2023 Di Pasaran Malaysia\n\n\nSpesifikasi Honda WR-V\nIa mempunyai jejari pusingan lima meter yang memudahkan pergerakan di tempat letak kereta yang sempit atau semasa pusingan-u. \nKetinggian dari tanah sebanyak 220mm menjadikannya disesuaikan dengan sempurna untuk mengendalikan jalan berlubang dan banjir kecil.\nKuasa dibekalkan oleh enjin yang sama yang terdapat dalam Honda City \u2013 unit 1.5 liter aspirasi semula jadi yang menghasilkan 121PS dan tork 145Nm. \nDari segi kuasa, WR-V tidak begitu berkuasa tetapi ia pasti lebih baik daripada 98PS dan 140Nm Ativa.\n\n\nRekabentuk Luaran\nWR-V merupakan singkatan bagi for Winsome Runabout Vehicle dan model ini merupakan model paling asas bagi model SUV Honda.\nPerkara pertama yang perlu diketahui bahawa Honda WR-V bukanlah sebuah kereta yang sangat besar. \nMalah, ia lebih kecil sedikit walaupun lebih lebar daripada Perodua Ativa. \nSetakat ukuran, Ativa lebih panjang daripada WRV sebanyak 5mm, ia juga 27mm lebih tinggi, dan mempunyai jarak roda yang lebih panjang 40mm juga. \nTetapi WRV adalah 70mm lebih lebar, yang diterjemahkan kepada lebih banyak ruang antara penumpang. \nWR-V mungkin SUV terkecil dalam kelluarga SUV Honda, tetapi dari segi rekabentuk luaran iaa kelihatan agak berbeza daripada HR-V dan CR-V. \nIa mempunyai bahasa reka bentuk tersendiri tetapi terdapat beberapa persamaan seperti gril dan kedudukan pemegang pintu belakang yang serupa dengan HR-V.\n\n\n\nRekabentuk Dalaman\nTerdapat kulit tiruan di bahagian penumpang papan pemuka manakala panel pintu terdiri daripada plastik keras biasa. \nTempat duduk varian RS dibalut dengan gabungan kulit dan fabrik sintetik dan terdapat penggunaan jahitan merah yang banyak di seluruh bahagian dalam, satu ciri yang dikhaskan secara eksklusif untuk semua model Honda RS.\nHonda WR-V menawarkan sistem infotainmen skrin sentuh tujuh inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto. \nTerdapat port USB Jenis A berkembar di hadapan tetapi tiada di belakang. \nPenumpang tempat duduk belakang perlu menggunakan unit kuasa tambahan 12 volt biasa.\nTerdapat juga satu lagi unit kuasa tambahan di hadapan yang boleh digunakan untuk dashcam dan sebagainya.\nSelain CarPlay dan Android Auto, sistem hiburan ini terdiri daripada enam pembesar suara yang diletakkan di sekeliling kabin. \nTetapi itu hanya untuk model RS, model bukan RS hanya mempunyai empat pembesar suara.\n\n\n\nHarga dan Varian Honda WR-V 2023 Di Pasaran Malaysia\nWalaupun pihak Honda Malaysia secara rasminya telah mengumumkan mereka telah menerima tempahan bagi model baru ini, harga rasminya belum lagi diumumkan.\nMedia automotif Malaysia menganggarkan harga yang bermula pada kira-kira RM78,000 untuk model asas dan kira-kira RM98,000 untuk varian RS teratas.\nMemandangkan Ativa berharga RM72,000 untuk model spesifikasi teratas, tidak mungkin Honda Malaysia akan dapat mencapai harga itu. \nJadi harga Honda WR-V ini mungkin akan dijual pada harga yang bermula dari RM88,000 untuk peringkat kemasukan dan kira-kira RM105,000 untuk spesifikasi teratas.\nKetika artikel ini ditulis, belum ada informasi rasmi mengenai varian warna dan spesifikasi yang telah di diumumkan oleh pihak Honda.\n\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/WR-VExterior\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bpr-bantuan-prihatin-rakyat/", "title": "BPR 2021: Download, Isi & Kemaskini Permohonan Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.\nBPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).\nMenurut info dari Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, permohonan BPR akan dibuka sebelum penghujung bulan Januari 2021 nanti.\nTerkini, portal rasmi BPR telah beroperasi sepenuhnya di bpr.hasil.gov.my\nPemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.\nSekiranya anda penerima BSH 2020 atau BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan sahaja.\nJumlah bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nIsi rumah berpendapatan \u00a0Perbankan Peribadi\u00a0>\u00a0Pinjaman\u00a0>\u00a0BSN MyHome\u00a0>\u00a0Skim Perumahan Belia / BSN Myhome\n2. Isi Borang Permohonan\nMuat turun borang permohonan di laman web tersebut dan isikan butiran yang diperlukan.\nhttps://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=7\n3. Sediakan Dokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\ni) Salinan Kad Pengenalan.\nii) Salinan Sijil perkahwinan yang sah / Kad Nikah.\niii) Penyata Gaji / Butiran Pendapatan\nPemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja) 3 bulan terkini salinan penyata gaji.\nJika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji.3 bulan terkini salinan penyata bank gaji dikreditkan.6 bulan terkini penyata bank (jika ada pendapatan lain).Penyata KWSP terkini.Surat Pengesahan Majikan / HRMIS (Kakitangan Kerajaan)Dokumen Pendapatan Sampingan (jika ada).\nPemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).Pendaftaran Perniagaan/Syarikat.Borang B / BE + Resit LHDN.Penyata Kewangan Syarikat.Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan.Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak).\niv) Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) yang telah disetem. \nJika S&P belum selesai, Draf S&P / Letter of Intent to Purchase / Resit Deposit / Pesanan Pembelian Pro-forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan.\nv) Salinan Geran Induk / Individu (jika ada).\nvi) Dokumen Tambahan : Bagi permohonan bersama\u00a0(Joint Application)\u00a0adik-beradik kandung / tiri, Sijil Kelahiran perlu dikemukakan.\nMoratorium\nHartanah tidak boleh dipindah milik atau dijual kepada pihak lain dalam tempoh 5 tahun.\nBaca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan Skim Perumahan Belia BSN ini, anda boleh merujuk kepada Penyata Pendedahan Produk BSN myHome (Skim Perumahan Belia BSN) di SINI.\nAnda juga boleh berhubung terus dengan pegawai BSN melalui media sosial di Facebook BSN Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kitar-semula/", "title": "Kitar Semula \u2013 Senarai Bahan & Pusat Kitar Semula Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKitar Semula \u2013 Senarai Bahan Kitar Semula & Pusat Pengumpulan Barangan Kitar Semula Di Malaysia\nKitar semula merupakan konsep penjagaan alam sekitar yang sudah didedahkan kepada semua sejak daripada sekolah rendah.\nMemandangkan jumlah sampah harian manusia semakin bertambah tahun demi tahun selari dengan pertambahan populasi Malaysia, maka amalan kita semula dilihat satu alternatif yang bagus untuk melambatkan penggunaan sumber-sumber semulajadi yang terdapat di sekeliling kita.\nPlastik, kertas, tin aluminium, kotak dan pelbagai lagi sampah yang biasanya dibuang begitu sahaja ke pusat pelupusan sampah sebenarnya boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan atau barangan baru.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKonsep \u201cKitar Semula\u201d\n\n \nSenarai Barangan Yang Boleh Dikitar Semula\n\n \nKitaRecycle : Recycle & Tebus Mata Ganjaran Dengan SWM Environment\n\n \nSenarai Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula Di Negeri Seluruh Malaysia\n\n\nKonsep \u201cKitar Semula\u201d\nKitar semula ialah proses menukar bahan buangan kepada bahan dan objek baharu. \nKonsep ini selalunya merangkumi pemulihan tenaga daripada bahan buangan. Kebolehkitaran semula sesuatu bahan bergantung pada keupayaannya untuk memperoleh semula sifat yang dimilikinya dalam keadaan asalnya.\n\n\n\n\n\n\n Ia adalah alternatif kepada pelupusan sisa \u201ckonvensional\u201d yang boleh menjimatkan bahan dan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.\nIa juga boleh menghalang pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan mengurangkan penggunaan bahan mentah segar, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara (daripada pembakaran) dan pencemaran air (daripada pelupusan sampah).\nTerdapat beberapa piawaian ISO yang berkaitan dengan kitar semula, seperti ISO 15270:2008 untuk sisa plastik dan ISO 14001:2015 untuk kawalan pengurusan alam sekitar terhadap amalan kitar semula.\nArtikl menarik: Cara Isi Angin Tayar & Tekanan Sesuai Untuk Kereta / Motor\nSenarai Barangan Yang Boleh Dikitar Semula\n\nBerikut merupakan antara barangan yang boleh dikitar semula:\n\nKertas \u2013 Surat khabar, majalah. buku-buku, kalender, risalah, dan juga sampul surat\nKaca \u2013 bekas makanan, botol minuman, botol supplemen dan botol-botol ubatan\nPlastik \u2013 beg plastik, botol minuman, botol air mineral, dan juga bekas makanan\nAluminium \u2013 Tin minuman, makanan\n\nArtikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM\nKitaRecycle : Recycle & Tebus Mata Ganjaran Dengan SWM Environment\nSWM Environment yang telah memenangi tender Penswastaan Negara bagi Pengurusan Sisa Pepejal pada Disember 1995 dan telah dianugerahkan Konsesi untuk Wilayah Selatan Malaysia merangkumi Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Selepas 15 tahun beroperasi melalui perjanjian pengurusan interim bersama 27 pihak berkuasa tempatan, Perjanjian Konsesi akhirnya ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan setelah penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Nasional dan Pembersihan Awam 672 pada bulan September 2011.\nDibawah gegantung 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula), SWM Environment mendidik orang awam akan kepentingan kitar semula, kitar semula dengan cara yang betul termasuklah dimana mereka boleh mengitar semula; melalui ceramah dan pameran yang diadakan di sekolah, dewan, pusat membeli-belah, bangunan pejabat dan kawasan awam lain.\n\nPada 2018, SWM Environment telah memperkenalkan program mengumpul ganjaran KITARecycle, di ketiga-tiga negeri selatan Semenanjung Malaysia.\u00a0\nKITARecycle\u00a0menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula dan menerima mata ganjaran untuk lebih daripada 25 jenis barangan kitar semula yang termasuk kertas, tin aluminium, plastik, sisa elektrik dan elektronik. \nMata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus secara tunai melalui perbankan dalam talian.\u00a0 \n\nOrang ramai boleh memuat turun aplikasi KITARecycle melalui\u00a0Apple Store\u00a0atau\u00a0Google Play\u00a0.\u00a0Sila layari laman web:\u00a0www.kitarecycle.com\u00a0untuk mendapatkan maklumat lanjut.\nSenarai Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula Di Negeri Seluruh Malaysia\nRamai daripada yang tidak tahu bahawa anda boleh menjana duit dengan menjual barangan yang boleh dikitar semula ke pusat pengumpulan seluruh negara.\nHarga yang ditetapkan juga sedikit berbeza antara pusat pengumpulan dan bergantung pada permintaan pasaran semasa.\nTerdapat banyak pusat pengumpulan yang diwujudkan oleh individu persendirian dan syarikat.\nBerikut merupakan antara lokasi pusat pengumpulan yang boleh anda kunjungi:\nSWCorp (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, KL, Purajaya, Perlis, Kedah) \u2013 https://www.swcorp.gov.my/\nDHES (KL, Putrajaya, Cyberjaya) \u2013 http://www.dhes.com.my/buy-back-center.html\nMBSJ (Subang Jaya) \u2013 https://www.mbsj.gov.my/\nSebenarnya, terlalu banyak pusat pengumpulan di seluruh Malaysia dan tidak mustahil jumlahnya menceah ribuan.\nSekiranya lokasi anda tidak tersenarai daripada mana-mana pautan di atas, terdapat 2 cara untuk mengetahui pusat pengumpulan berhampiran tempat tinggal anda:\n\nMelakukan carian online dengan memasukkan kata kunci \u201cpusat kitar semula + lokasi anda\u201d.\nBertanyakan dengan jiran-jiran atau masyarakat setempat anda\n\nJom kitar semula!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/janji-temu-klinik-kesihatan-online/", "title": "Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSISTEM JANJI TEMU KLINIK KESIHATAN KKM DI PORTAL KERAJAAN MALAYSIA / MYSEJAHTERA\nBermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera.\nKKM sentiasa komited dalam usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 \u2013 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu. \nPenawaran perkhidmatan secara dalam talian oleh Agensi Kerajaan kepada rakyat menerusi pelbagai saluran dalam merapatkan jurang digital dengan kerjasama pelbagai pihak merangkumi pihak swasta dan komuniti.\nSistem janji temu melalui Aplikasi\u00a0MySejahtera yang sedia ada di semua fasiliti kesihatan primer akan diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan primer sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan primer.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan yang akan dimasukkan dalam sistem janji temu adalah seperti dikongsikan.\nBerikut cara menempah slot temujanji melalui MySejahtera atau aplikasi Sistem Janji Temu Klinik Kesihatan KKM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM?\n\n \nRawatan / Temujanji Yang Boleh Ditempah Secara Online\n\n \nCara Buat Tempahan Janji Temu Klinik KKM Melalui MySejahtera\n\n \nTERKINI : Perkhidmatan Temujanji Rawatan Gigi Klinik Kesihatan Melalui MySejahtera\n\n\nApakah Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM?\nIa merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.\nTujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:\n\nMengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran\nMengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama\nMemberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian\nMemberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan\n\nBaca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama\n\nRawatan / Temujanji Yang Boleh Ditempah Secara Online\nPerkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti\u00a0yang berikut :\n\nI) Rawatan Pesakit Luar\nII) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan\nIII) Saringan Kesihatan PeKa B40\nIV) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian\nV) Saringan Pra-Perkahwinan\nVI) Khidmat Berhenti Merokok\nVII) Perkhidmatan Perancang Keluarga\nVIII) Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)\n\nCara Buat Tempahan Janji Temu Klinik KKM Melalui MySejahtera\nUntuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan, sila ikuti langkah berikut:\n\nBuka aplikasi MySejahtera\nPergi ke menu \u2018Appointment\u2019 / \u2018Temujanji\u2019\nMuat turun aplikasi (Pilih Android, iOS atau Huawei)\nPilih individu yang ingin hadir ke klinik.\nPilih perkhidmatan yang ditawarkan.\nPilih lokasi Klinik Kesihatan.\nTetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.\nIsikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.\nSila sahkan maklumat sebelum tekan butang \u2018Hantar\u2019.\nPastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.\n\nPaparan utama MySejahtera. Klik menu \u2018Appointment\u2019 seperti yang ditandakan\nPilih nama individu yang ingin membuat temujanji\nPilih perkhidmatan yang ditawarkan \nCari lokasi klinik yang ingin dikunjungi. Sila taip kata kunci kawasan anda ; Contoh : Melaka, Kajang, etc\nPilih slot tarikh & waktu temujanji yang tertera\nKlik butang \u2018Confirm\u2019 selepas anda membuat semakan tarikh dan waktu temujanji Klinik Kesihatan KKM\nAnda akan menerima notifikasi temujanji anda.\nRUJUK LANGKAH-LANGKAH MELALUI VIDEO KKM DI BAWAH UNTUK LEBIH JELAS.\nSumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA\nUntuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim\nSistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera telah boleh diakses oleh semua bermula 1 Januari 2023. Dikongsikan infografik Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera untuk rujukan semua.\n\n\n\n\n\n\nSumber: https://jknns.moh.gov.my/\nTERKINI : Perkhidmatan Temujanji Rawatan Gigi Klinik Kesihatan Melalui MySejahtera\nMulai 15 Mei 2023, sistem janji temu secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian.\nKetua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata peluasan ini akan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, selain daripada kaedah \u2018walk-in\u2019.\n\nUntuk membuat temujanji klinik gigi melalui MySejahtera, sila rujuk panduan berikut: Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/adam-adli/", "title": "Biodata Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdam Adli merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.\nSebut sahaja namanya, pasti ramai akan teringat akan perjuangannya satu ketika dahulu sebagai seorang aktivis.\nAntara dua isu utama yang lantang diperjuangkannya dahulu adalan pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN.\nMaka tidak hairanlah di media sosial, ramai netizen terutamanya daripada pihak pembangkang banyak memperlinya mengenai dua isu ini yang nampaknya terus senyap seribu bahasa. \nBerikut merupakan sedikit sebanyak latarbelakang pemuda bernama Adam Adli yang kini merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar belakang\n\n \nKarier politik\n\n \nKontroversi\n\n\nLatar belakang\nNama penuh: Adam Adli Abd Halim (lebih dikenali sebagai Adam Adli)\nTarikh lahir: 3 July 1989\nPendidikan: Belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris namun pada 9 Januari 2013, beliau telah digantung selama tiga semester yang berakhir pada September kerana mencemarkan nama universiti dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang ramai.\nParti politik: Parti Keadilan Rakyat\nKarier politik\nAdam Adli bermula sebagai seorang aktivis pelajar. \nPada 16 September 2021, Adam Adli secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat bersama 20 aktivis muda dan pemimpin pelajar lain, termasuk peguam Asheeq Ali, dan aktivis Sarah Hadi.\nSelepas pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2022, beliau dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk parti itu untuk penggal 2022-2026.\nPengumuman namanya sebagai calon calon Parlimen Hang Tuah Jaya bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ternyata mengejutkan banyak pihak memandangkan beliau merupakan orang luar.\nNamun, beliau berjaya mengekalkan kerusi milik Pakatan Harapan itu dengan majoriti 8640 undi, satu jumlah yang agak selesa dan meyakinkan. \nKini, beliau bakal bekerja sama dengan Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan. \nKontroversi\nPada 13 Mei 2013, Adam Adli telah ditahan atas kenyataan yang dibuatnya semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur.\nBeliau telah ditangkap pada 3:15 PM pada 18 Mei 2013 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.[4] Adli digari di pejabatnya di Bangsar akan didakwa dengan hasutan dan disiasat mengikut Seksyen 125b Kanun Keseksaan, kerana bertindak dengan cara yang memudaratkan demokrasi berparlimen Malaysia.\nPada 19 Mei 2013, beliau telah direman oleh pihak berkuasa Malaysia selama lima hari sehingga 23 Mei berikutan penahanannya kerana menghasut.\nKetua Polis Bandaraya Timbalan Komisaris Datuk Mohmad Salleh berkata perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam Adli berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa forum 13 Mei.\nPada 22 Februari 2018, Adam Adli dibebaskan daripada tuduhan menghasut. \nHakim menyatakan bahawa \u201csabitan itu tidak sah kerana beberapa salah arah dalam undang-undang\u201d, semasa keputusan Sesyen dan Mahkamah Tinggi.\nSetelah dibebaskan, Adam Adli melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sukan-sea-2023/", "title": "Sukan SEA 2023: Siaran Langsung & Jadual Atlet Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukan SEA 2023 kini sedang berlangsung dari 5 Mei hingga 17 Mei 2023.\nPada edisi ke 23 ini, Kemboja merupakan tuan rumah di man terdapat 584 acara dalam 36 jenis sukan yang dipertandingkan dalam penganjuran edisi pada kali ini.\nUntuk makluman, Sukan SEA dianjurkan setiap 2 tahun di mana pada edisi sebelum ini, Vietnam merupakan tuan rumah.\nTemasya sukan terbesar d Asia Tenggara ini diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSasaran Kontinjen Malaysia\n\n \nPenyertaan Atlet Malaysia\n\n \nTonton LIVE Sukan SEA 2023\n\n \nJadual Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2023\n\n \nPungutan Pingat Terkini\n\n\nSasaran Kontinjen Malaysia\nSejak dahulu lagi, Sukan SEA menjadi medan terbaik bagi atlet muda dari Malaysia diberikan pendedahan beraksi di pentas antarabangsa.\nPada temasya kali ini, Malaysia telah meletakkan sasaran sebanyak 40 pingat emas.\nChef-de-mission (CDM) Malaysia bagi edisi kali ini adalah Datuk Mohd Nasir Ali sementara legenda boling Datuk Shalin Zulkifli dan bekas juara skuasy Sharon Wee sebagai timbalan chef-de-mission (CDM).\nPenyertaan Atlet Malaysia\nUntuk Sukan SEA 2023 ini, Malaysia membawa seramai 403 atlet lelaki dan 274 atlet wanita dengan jumlah 677 atlet keseluruhannya.\nPeminat sukan tanah air pasti mengharapkan temasya Sukan SEA 2023 kali ini menjadi kesinambungan dari edisi Hanoi dalam memperbaiki pencapaian pungutan pingat dan kedudukan keseluruhan bagi negara-negara bertanding. \nUntuk Sukan SEA di Kemboja ini, Malaysia kehilangan kira-kira 15 medal sebelum temasya ini bermula lagi apabila beberapa sukan seperti bina badan, memanah dan menembak tidak dipertandingkan.\nDi samping itu, ada sukan dipertandingkan tapi dihadkan kategori yang dipertandingkan misalnya daripada 10 acara cuma lima diadakan.\nArtikel berkaitan: Sukan Olimpik 2024: Lokasi, Tarikh, Logo, Maskot\n\nTonton LIVE Sukan SEA 2023\nBagi peminat Malaysia, anda boleh menonton atlet Malaysia beraksi daripada siaran berikut:\n\nSukan RTM : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm\nTV Okey : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey\nRTM TV \u2013 Tonton melalui kaca TV anda atau aplikasi RTMKlik\n\n\nLAPORAN HARIAN KONTINJEN MALAYSIA SUKAN SEA KE-32, KEMBOJA 2023 I 11 MEI 2023\n\n\n\nJadual Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2023\nBerikut merupakan jadual umum bagi atlet Malaysia yang bertanding dalm Sukan SEA pada kali ini.\n1. Olahraga:\n\n\n\n\n\n\n2. Akuatik:\n\nTarikh: 6 Mei dan 8 \u2013 12 Mei 2023\nVenue: Morodok Techno Sports Complex\n\nTerjun\n\nTarikh: 8 \u2013 12 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\nRenang Sirip\n\nTarikh: 12 \u2013 14 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\nRenang\n\nTarikh: 6 \u2013 11 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\nPolo Air\n\nTarikh: 12 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n\n3. Badminton:\n\nTarikh: 8 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n4. ESports:\u00a0\nAttack Online 2, Crossfire, Valorant, League of Legend: Wild Rift, PUBG Mobile, Mobile Legends\n\nTarikh: 6 \u2013 15 Mei 2023\nVenue: Nagaworld Aeon 2 Sen Sok\n\n5. Bola Keranjang:\n5\u00d75\n\nTarikh: 9 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n3\u00d73\n\nTarikh: 6 \u2013 7 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n6. Billiards:\n\nTarikh: 7 \u2013 14 Mei 2023\nVenus: Nagaworld Aeon 2 Sen Sok\n\n7. Tinju:\u00a0\n\nTarikh: 6 \u2013 14 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n8. Catur:\nXiangqi\n\nTarikh: 12 \u2013 15 Mei 2023\nVenue: Royal University of Phnom Penh\n\nOuk Chaktrang\n\nTarikh : 29 April \u2013 9 Mei 2023\nVenue : Royal University of Phnom Penh\n\n9. Kriket:\n\nTarikh: 29 April \u2013 16 Mei 2023\nVenue: AZ Group Cricket Oval\n\n10. Berbasikal:\nJalan Raya\n\nTarikh: 11 \u2013 13 Mei 2023\nVenue: Angkor Wat, Siem Reap\n\nMountain Biking\n\nTarikh : 6 \u2013 8 Mei 2023\nVenue: Mount Kulen, Siem Reap\n\n11. Sukan Tarian:\n\nTarikh : 16 Mei 2023\nVenue : Chroy Changvar Convention Centre\n\n12. Floorball:\n\nTarikh: 11 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n13. Lawan Pedang:\n\nTarikh: 11 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n14. Bola Sepak:\n\nTarikh : 29 April \u2013 16 Mei 2023\nVenue : Army Stadium, Prince Stadium, Smart RSN Stadium\n\n15. Golf:\n\nTarikh: 8 \u2013 13 Mei 2023\nVenue: Garden City Golf Club\n\n16. Gimnastik:\u00a0\nArtistik\n\nTarikh: 6 \u2013 9 April 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\nAerobik\n\nTarikh: 13 \u2013 14 April 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n17. Hoki:\u00a0\nDalam Dewan/Indoor\n\nTarikh: 1 \u2013 7 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\nPadang\n\nTarikh : 9 \u2013 16 Mei 2023\nVenue : Morodok Techo Sports Complex\n\n18. Jetski:\u00a0\n\nTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Sihanoukville Boulevard\n\n19. Judo:\u00a0\n\nTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n20. Karate:\n\nTarikh : 6 \u2013 8 Mei 2023\nVenue : Chroy Changvar Convention Centre\n\n21. Seni Mempertahankan Diri:\nArnis\n\nTarikh : 13 \u2013 16 Mei 2023\n\nJujitsu\n\nTarikh: 4 \u2013 7 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\nKickboxing\n\nTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\nKun Bokator\n\nTarikh : 4 \u2013 10 Mei 2023\nVenue : Chroy Changvar Convention Centre\n\nKun Khmer\n\nTarikh: 6 \u2013 11 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\nVovinam\n\nTarikh: 6 \u2013 9 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n22. Pencak Silat:\u00a0\n\nTarikh: 6 \u2013 10 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n23. Petanque:\u00a0\n\nTarikh: 6 \u2013 13 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n24. Sukan Layar:\u00a0\n\nTarikh: 1 \u2013 8 Mei 2023\nVenue: Sihanoukville Boulevard\n\n25. Sepak Takraw:\u00a0\n\nTarikh: 6 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n26. Ping Pong:\u00a0\n\nTarikh: 9 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n27. Sof Tenis:\u00a0\n\nTarikh: 6 \u2013 10 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n28. Taekwando:\u00a0\n\nTarikh: 12 \u2013 15 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n29. Tenis:\n\nTarikh: 6 \u2013 14 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\n30. Perlumbaan Bot Tradisi:\u00a0\n\nTarikh: 13 \u2013 14 Mei & 16 Mei 2023\nVenue: Prek Kampot, Kampot\n\n31. Triathlon/Duathlon/Aquathlon:\u00a0\n\nTarikh : 6 \u2013 8 Mei 2023\nVenue : Kep City Beach, Kep\n\n32. Angkat Berat:\u00a0\n\nTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n33. Gusti:\u00a0\n\nTarikh: 14 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n34. Teqball:\u00a0\n\nTarikh: 6 \u2013 8 Mei 2023\nVenue: Federation of Youth Hall\n\n35. Wushu:\u00a0\n\nTarikh: 10 \u2013 12 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n36. Perlumbangan Berhalangan:\u00a0\n\nTarikh: 3 \u2013 7 Mei 2023\nVenue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n37. Bola Tampar:\nDewan\n\nTarikh: 3 \u2013 14 Mei 2023\nVenue: Morodok Techo Sports Complex\n\nPantai\n\nTarikh: 11 \u2013 16 Mei 2023\nVenue: Otres Beach, Sihanoukville\n\nPungutan Pingat Terkini\nSetakat hari ini, Malaysia sudah berjaya mendapat 24 pingat emas di Sukan SEA Cambodia dan 9 daripadanya dimenangi oleh atlet yang pertama kali menyertai Sukan SEA. \n\nTahniah dan Syabas\n"]} {"url": "https://ecentral.my/timbalan-menteri-kerajaan-perpaduan/", "title": "Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan \u2013 PM Anwar Ibrahim", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PERPADUAN ANWAR IBRAHIM\nPerdana Menteri Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim mengesahkan akan mengumumkan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pada jam 8.15 malam ini.\nPerdana Menteri itu berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.\nKenderaan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Istana Negara sebelum masuk melalui Pintu Utama pada 4.07 petang bagi mempersembahkan senarai TimbalanMenteri untuk diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.\nDalam artikel ini, kami akan berkongsi kemaskini dan senarai individu yang diumumkan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengumuman Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim\n\n \nSenarai Timbalan Menteri\n\n \nSenarai Jemaah Menteri Kabinet\n\n\nPengumuman Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim\nSaksikan Secara Langsung Pengumuman TimbalanMenteri Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim\nJumaat | 9 Disember 2022 | 8.15 malam\nPAUTAN LIVE STREAMING:\n\nFacebook LIVE : Jabatan Penerangan Malaysia\nYoutube LIVE Astro Awani : https://www.youtube.com/watch?v=zLu0wfp6bgw\n\n\n\n\nSenarai Timbalan Menteri\nBerikut adalah senarai nama individu yang dilantik sebagai Timb. Menteri.\nUpacara angkat sumpah Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara jam 3 petang esok, 10 Disember 2022 (Sabtu).\nAHLI-AHLI TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PERPADUAN\nTimb. Menteri di JPM: Ramkarpal Singh (Undang-Undang & Reformasi Institusi)\nTimb. Menteri Kemajuan Desa & Wilayah: Rubiah Wang\nTimb. Menteri Kewangan: Steven Sim Chee Keong, Ahmad Maslan\nTimb. Menteri Perladangan & Komoditi: Siti Aminah Aching\nTimb. Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin\nTimb. Menteri Pengangkutan: Hasbi Habibollah\nTimb. Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri: Liew Chin Tong\nTimb. Menteri Pengangkutan:\nTimb. Menteri Ekonomi: Hanifah Hajar Taib\nTimb. Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh (Senator)\nTimb. Menteri Dalam Negeri: Shamsul Anuar Nasarah\nTimb. Menteri Pertahanan: Adly Zahari\nTimb. Menteri Sains & Teknologi: Arthur Joseph Kurup\nTimb. Menteri Sumber Manusia: Mustapha Sakmud\nTimb. Menteri Luar Negeri: Mohamad Alamin\n\n\n\n\n\n\nTimb. Menteri Kerja Raya: Abdul Rahman Mohamad\nTimb. Menteri Pendidikan Tinggi: Mohd Yusof Apdal\nTimb. Menteri Pendidikan: Lim Hui Ying\nTimb. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim: Huang Tiong Sii\nTimb. Menteri Belia & Sukan: Adam Adli Abdul Halim\nTimb. Menteri Pembangunan & Kerajaan Tempatan: Akmal Nasir\nTimb. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat: Aiman Athirah\nTimb. Menteri Kesihatan: Lukanisman Awang Sauni\nTimb. Menteri Usahawan & Koperasi: Saraswathy Kandasami (Senator)\nTimb. Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian: Khairul Firdaus\n\n\n\n\nAkan dikemaskini :\nhttps://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/timbalan-menteri\nSenarai Jemaah Menteri Kabinet\nAHLI-AHLI JEMAAH MENTERI\n\n(1)\u00a0YAB DATO\u2019 SERI ANWAR BIN IBRAHIM\nPerdana Menteri dan Menteri Kewangan\n\n(2)\u00a0YAB DATO\u2019 SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI\nTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah\n\n(3)\u00a0YAB DATO\u2019 SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF\nTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi\n\n(4)\u00a0YB TUAN ANTHONY LOKE SIEW FOOK\nMenteri Pengangkutan\n\n(5)\u00a0YB TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU\nMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan\n\n(6)\u00a0YB TUAN MOHD RAFIZI BIN RAMLI\nMenteri Ekonomi\n\n(7)\u00a0YB TUAN NGA KOR MING\nMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan\n\n(8)\u00a0YB DATO\u2019 SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HASAN\nMenteri Pertahanan\n\n(9)\u00a0YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI\nMenteri Kerja Raya\n\n(10)\u00a0YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL\nMenteri Dalam Negeri\n\n(11)\u00a0YB SENATOR TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ\nMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri\n\n(12)\u00a0YB DATO\u2019 SERI HAJI MOHAMED KHALED BIN NORDIN\nMenteri Pendidikan Tinggi\n\n(13)\u00a0YB TUAN CHANG LIH KANG\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi\n\n(14)\u00a0YB DATO\u2019 SRI HAJAH NANCY BINTI SHUKRI\nMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat\n\n(15)\u00a0YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup\n\n(16)\u00a0YB DATO\u2019 SRI AZALINA OTHMAN SAID\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)\n\n(17)\u00a0YB TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD\nMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim\n\n(18)\u00a0YB DATUK EWON BENEDICK\nMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi\n\n(19)\u00a0YB SENATOR DATO\u2019 SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR\nMenteri Luar Negeri\n\n(20)\u00a0YB DATO SRI TIONG KING SING\nMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya\n\n(21)\u00a0YB TUAN AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL\nMenteri Komunikasi dan Digital\n\n(22)\u00a0YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK\nMenteri Pendidikan\n\n(23)\u00a0YB DATUK AARON AGO ANAK DAGANG\nMenteri Perpaduan Negara\n\n(24)\u00a0YB SENATOR DATO\u2019 SETIA DR. HAJI MOHD NA\u2019IM BIN HAJI MOKHTAR\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)\n\n(25)\u00a0YB PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUAN\nMenteri Belia dan Sukan\n\n(26)\u00a0YB TUAN SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU\nMenteri Sumber Manusia\n\n(27)\u00a0YB DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA\nMenteri Kesihatan\n\n(28)\u00a0YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)\nBilangan Anggota Jemaah Menteri: 28Tarikh kemaskini: 09 Disember 2022\nBaca juga: \n\nManifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\nUjian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eis-perkeso/", "title": "EIS PERKESO Login: Daftar & Mohon Elaun Kehilangan Pekerjaan (SIP)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nEIS PERKESO (SKIM INSURANS PEKERJAAN)\nEIS PERKESO atau Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ialah sebuah sistem dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial. \nSIP ditubuhkan bertujuan untuk memberi perlindungan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).\nBagaimanakah cara daftar, login dan mohon faedah / tuntutan di bawah EIS PERKESO?\nDi sini kami kongsikan caranya dengan lebih terperinci.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah EIS PERKESO?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSituasi Yang Tidak Layak Dianggap Sebagai Kehilangan Pekerjaan\n\n \nJumlah Bayaran / Faedah EIS PERKESO\n\n \nCara Tuntutan Elaun Diberhentikan Kerja EIS / SIP PERKESO\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nKaedah Pembayaran / Senarai Bank\n\n \nTerma & Syarat Permohonan EIS PERKESO\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah EIS PERKESO?\nTuntutan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) boleh diberikan kepada pencarum PERKESO sekiranya diberhentikan kerja oleh majikan.\n\n\n\n\n\n\nBermula 1 Januari 2018 PERKESO telah memperkenalkan Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan. \nKini, PERKESO memberikan faedah penuh bagi pekerja yang berkelayakan dengan bantuan faedah seperti berikut:\n1. Elaun Mencari Pekerjaan2. Elaun Pendapatan Berkurangan3. Yuran Latihan4. Elaun Latihan5. Elaun Bekerja Semula Awal6. Program Perkhidmatan Pekerjaan\n\nSyarat Kelayakan\nDefinisi kehilangan pekerjaan merangkumi:\n\n Pembuangan kerja dan pertindihan\n VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)\n Penutupan tempat kerja kerana bencana alam\n Bankrap atau penutupan tempat kerja\n Pembuangan kerja konstruktif\n Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja\n Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan\n\nSituasi Yang Tidak Layak Dianggap Sebagai Kehilangan Pekerjaan\nSituasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:\n\nPembuangan akibat salah laku pekerja\nPeletakan jawatan sukarela oleh pekerja\nPersaraan\nTempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkidmatan)\n\n\nJumlah Bayaran / Faedah EIS PERKESO\nBerapakah bayaran / elaun yang boleh dimohon daripada PERKESO sekiranya anda mengalami kehilangan pekerjaan?\nTerdapat 3 jenis elaun berikut:\nElaun Mencari Pekerjaan (EMP)\n\nGantian pendapatan bagi mereka yang kehilangan pendapatan tunggalnya\nPenerima faedah yang layak akan menerima elaun untuk 3-6 bulan\nTempoh bayaran faedah adalah berdasarkan Syarat Kelayakan Caruman\n\nElaun Pendapatan Berkurangan (EPB)\n\nGantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak kehilangan kesemua majikannya\nDalam keadaan kehilangan kesemua pekerjaanya, pemohon layak menerima EMP dan EPB\nKadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP\nDibayar secara pukal\n\nElaun Bekerja Semula Awal (EBSA)\n\nSuatu insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh EMP\nKadar bayaran adalah sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar\nDibayar secara pukal\n\nCara Tuntutan Elaun Diberhentikan Kerja EIS / SIP PERKESO\nUntuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:\n\nMembuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).\nMemenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di https://eiscentre.perkeso.gov.my/benefits-calculator/\nHilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan di atas.\n\nPemohonan tersebut boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut: https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/instruction\n\nBaca juga: \n\nMyFutureJobs: Daftar & Login Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO\nSIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO RM300\n\nDokumen Yang Diperlukan\n(i) Permohonan yang lengkap akan dibuat pengesahan oleh pegawai PERKESO. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.\n(ii) Salinan dokumen utama hendaklah dilampirkan bersama dengan permohonan ini.(a) Salinan kad pengenalan(b) Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya)(c) Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)(d) Salinan akaun bankDokumen sokongan(e) Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)(f) Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak(g) Lain-lain:nyatakan (dokumen berkaitan dengan kes)\nKaedah Pembayaran / Senarai Bank\n(i) Pembayaran akan dilakukan melalui pemindahan wang secara elektronik. Sebarang masalah dengan kaedah ini, boleh berhubung dengan pegawai PERKESO serta membuat perakuan maklumat bank.\n(ii) Pembayaran hanya akan dilakukan bagi bank yang tersenarai. Sila rujuk kepada senarai bank yang disertakan:(1) AFFIN BANK(2) AGRO BANK(3) AL RAJHI BANK(4) ALLIANCE BANK(5) AM BANK(6) BANK ISLAM(7) BANK MUAMALAT(8) BANK OF AMERICA(9) BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD(10) BANK PERTANIAN MALAYSIA(11) BANK RAKYAT(12) BANK SIMPANAN NASIONAL(13) BNP PARIBAS MALAYSIA(14) CIMB BANK(15) CITIBANK(16) DEUTSCHE BANK (M) BHD(17) HONG LEONG BANK(18) HSBC BANK(19) IND & COM BANK OF CHINA(20) J.P. MORGAN CHASE(21) KUWAIT FINANCE HOUSE(22) MAYBANK(23) MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD(24) OCBC BANK(25) PUBLIC BANK(26) RHB BANK(27) ROYAL BANK OF SCOTLAND(28) STANDARD CHARTERED BANK(29) SUMITOMO MITSUI BANK(30) UNITED OVERSEAS BANK\n\nTerma & Syarat Permohonan EIS PERKESO\nNota: ASIP ialah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017\n\nPermohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, ASIP]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses.\nSila semak dan simpan slip permohonan setelah permohonan dihantar.\nDokumen asal mestilah dibawa bersama semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.\nSebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau mengunjungi Pejabat PERKESO yang berhampiran.\n\nBaca juga: PERKESO COVID 19: Cara Claim Faedah Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan Faedah SIP, anda boleh merujuk pautan berikut: https://eiscentre.perkeso.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perbankan-sms-bsn/", "title": "Perbankan SMS BSN: Pendaftaran, Kod & Perkhidmatan Yang Ditawarkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLine internet tak kuat dekat rumah? Mungkin ramai tak tahu bahawa BSN juga menyediakan perkhidmatan SMS untuk pelbagai kemudahan perbankan.\nMelalui BSN: SMS, anda boleh menggunakannya untuk memindahkan wang, tambah nilai kad telefon prabayar anda dan membayar bil pada masa yang sesuai untuk anda.\nJom ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Perbankan SMS BSN?\n\n \nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui BSN SMS\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nCaj Yang Dikenakan Bagi Perkhidmatan SMS BSN\n\n \nKod Transaksi Perbankan SMS BSN\n\n \nLokasi Transaksi\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Perbankan SMS BSN?\nBank Simpanan Nasional menyediakan kemudahan perbankan terus dari telefon anda melalui BSN: SMS.\nAntara kelebihan perbankan SMS BSN adalah seperti di bawah:\nMudah. Tiada perlu lagi beratur di bank!Menyenangkan. Anda boleh membayar bil dengan selesa di rumah sendiri, di tempat kerja, di kafe, di taman, di mana-mana sahaja!Transaksi yang selamat dan terjamin.\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui BSN SMS\nPertanyaan Baki (GIRO / GIRO-i / Kad Kredit) Semak baki semua akaun anda dengan mudah\u00a0Pemindahan Dana (Akaun Sendiri / Pihak Ketiga) Pemindahan wang dengan mudah dan selamat sama ada ke akaun sendiri atau pihak ketigaPembayaran BilBayar bil dengan serta-merta ketika dalam perjalanan dengan Perbankan SMS BSN\u00a0Tambah Nilai PrabayarTambah nilai prabayar melalui BSNPembayaran Kad Kredit (Sendiri / Pihak Ketiga)Bayar kredit kad BSN anda atau kad kredit pihak ketiga dengan mudah dan selamatPembelian SSPJadi salah seorang Jutawan BSN SSP! Masuk mana-mana skim BSN SSP melalui telefon bimbit anda dengan mudahPembelian PINAnda telah tamat persekolahan! Sekarang ambillah langkah pertama untuk melalui pengalaman \u2018kehidupan di kampus\u2019 dengan Perbankan SMS BSN.\nBaca juga: Pendaftaran MUET Online 2021 & Tarikh Peperiksaan Terkini\nCara Pendaftaran\nPemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i dengan mana-mana daripada yang berikut:\nKad ATM BSN (Matrix / Matrix-i, GIRO / GIRO-i)Memiliki telefon bimbit\n\nLangkah Pendaftaran \nCara-cara mendaftar adalah seperti berikut:\nDaftar untuk perkhidmatan:Pergi ke mana-mana Cawangan BSN dan daftarkan nombor telefon bimbit anda.UAC (4 digit) akan diberikan kepada anda melalui cetakan pada Borang SMP-1.Apabila pendaftaran berjaya dilakukan, anda akan menerima SMS yang mengandungi M-PIN (6 digit) dan UAC (2 digit).Aktifkan perkhidmatan: Masukkan ACTM-PIN6 digit UAC (4 digit + 2 digit)Hantarkan ke BSN: SMS kod pendek (36898), atau 019-2866180 (Celcom), 017-3776180 (Maxis) dan 014-3386180 (DiGi)Mulakan aktiviti perbankan\nCaj Yang Dikenakan Bagi Perkhidmatan SMS BSN\nBilPERKHIDMATANCAJ PERKHIDMATANBUTIR-BUTIR1PendaftaranPercuma2PengaktifanPercuma3PenyelenggaraanPercuma untuk sekali setahunRM0.50Tukar bahasaTukar M-PINTukar nombor telefon bimbitTukar HadBagi setiap transaksi seterusnya.4Pertanyaan BakiPercumaRM0.50Percuma untuk satu pertanyaan baki sebulan. \u00a0Bagi setiap\u00a0 pertanyaan baki seterusnya dalam bulan yang sama.5Tambah Nilai PrabayarRM0.25Bagi setiap transaksi.6Pindahan DanaRM0.50Bagi setiap transaksi.7Pembayaran BilRM0.50Bagi setiap transaksi.8Pembelian PINRM0.50Bagi setiap transaksi.9Pembelian SSPRM0.25Bagi setiap transaksi.10Pembayaran Kad\u00a0 Kredit BSNRM0.50Bagi setiap transaksi.11Akaun Tak CukupRM0.50Bagi setiap transaksi yang berjaya.12Jawapan Silap MesejRM0.25Bagi setiap transaksi.13Pertanyaan BSN : SMSRM0.25Pertanyaan tentang:Pembelian Pin UPU, Tambah Nilai Prabayar dan\u00a0format Pembelian SSP.Senarai Pembayaran Bil, Pembelian Pin UPU,\u00a0Pembelian SSP dan Tambah Nilai Prabayar.\nKod Transaksi Perbankan SMS BSN\nTransaksiKod TransaksiPembelian Top-UpTOPUP <> mpin <> kod.topup <> (no. penerima)Senarai Kod Top-UpLIST<>TOPUP<>NILAIPertanyaan Baki\u00a0BAL <> mpin\u00a0Pembayaran BilBILL <> mpin <> kod.bil <> no.akaun.bil <> amaun\u00a0Bayaran Kad Kredit BSNCARD <>mpin <> no.kad kredit <> amaunKod Top-Up BilLIST<> BILPemindahan Dana\u00a0TRF <> mpin <> akaun penerima <> amaun\u00a0Pembelian Pin\u00a0PIN <> mpin <> kod.kursus <> no.KP calon\u00a0Kod Senarai KursusLIST<> PIN\u00a0Pembelian SSP\u00a0SSP <> mpin <> amaunTukar BahasaCHG <> LANG <> mpin <> bahasa.pilihan\nNota:\u00a0\u00a0Kod Arahan tidak sensitif huruf.\u00a0\nBaca juga: PTPTN Semak No Pinjaman & Kemaskini Permohonan Secara Online\nLokasi Transaksi\nTransaksiKaunterATM & CDMPusat Khidmat PelangganPendaftaran Akaun \u2013 Untuk pendaftaran Perbankan SMS.\u2713Pembatalan \u2013 Untuk perkhidmatan pembatalan atau HP.\u2713\u2713\u2713Tukar M-Pin \u2013 Menukar M-Pin anda.\u2713\u2713\u2713Tukar Had Pemindahan \u2013 Menukar had debit untuk Perbankan SMS anda.\u2713\u2713\u2713Tukar HP \u2013 Menukar no. pendaftaran HP.\u2713\u2713Tukar Bahasa \u2013 Penukaran Bahasa untuk Perbankan SMS.\u2713\u2713\u2713\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900 atau e-mel ke \u00a0[email\u00a0protected] atau layari https://www.bsn.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-selangor-bangkit-banjir/", "title": "Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1000 Untuk Mangsa Banjir", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Selangor akan mula mengagihkan bantuan RM1,000 menerusi insiatif Selangor Bangkit kepada lebih 9,000 keluarga terjejas akibat banjir, seawal hari ini, 26 Disember 2021.\nMenteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemberian secara berperingkat itu akan dimulakan dengan kategori pertama iaitu mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam di bawah kendalian kerajaan negeri dan Persekutuan.\nBeliau berkata ia disusuli kategori kedua iaitu mereka yang berpindah di PPS kendalian pihak swasta dan persendirian.\n\u201cMereka yang tinggal di PPS awam dan swasta, nama mereka telah didaftarkan, nombor kad pengenalan sudah ada. Ini semua tidak memerlukan pendaftaran semula,\u201d katanya pada sidang media khas berhubung perkembangan banjir di Selangor.\nMenurut Amirudin, bagi kategori ketiga iaitu mereka yang tidak berpindah pula, kerajaan negeri akan mewujudkan pusat sehenti dan menggerakkan Pertubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) untuk pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan nama mangsa bermula 3 Januari depan.\n\u201cKita ada 9,000 lebih keluarga dan saya jangkakan dengan (keluarga yang tidak berpindah ke PPS), akan berlaku pertambahan mencecah 15,000 hingga 20,000 keluarga terkesan dengan banjir,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti ahli keluarga yang meninggal dunia disebabkan banjir untuk mengagihkan bantuan RM10,000 menerusi inisiatif sama.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut dan infografik tentang Bantuan Selangor Bangkit (BSB) untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengumuman Khas Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir RM1000 & RM10,000\n\n \nJenis Mangsa Banjir\n\n \nLokasi Pendaftaran dan Jenis Pendaftaran\n\n \nDokumen yang diperlukan (Untuk Mereka Yang Tidak Berpindah Ke PPS Sahaja)\n\n \nJenis Bantuan Selangor Bangkit\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengumuman Khas Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir RM1000 & RM10,000\nJenis Mangsa Banjir\nBerada di PPSBerada di PPS SwastaTidak berpindah ke PPS\nLokasi Pendaftaran dan Jenis Pendaftaran\ni) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi\nDilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12)\nmenggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPS\nTidak perlu sediakan dokumen tambahan\nii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah\nkhusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing\niii) Rumah ke Rumah\nbermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2022\nLokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & Tanah\ndibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung.\nPasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE\niv) Dalam Talian (Online)\nHotline dan laman web rasmi akan diumumkan\nBermula pertengahan Januari 2022\nDokumen yang diperlukan (Untuk Mereka Yang Tidak Berpindah Ke PPS Sahaja)\nDokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC)Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis\nJenis Bantuan Selangor Bangkit\ni) RM 10 RIBU\nSetiap keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia di SelangorSetiap keluarga sukarelawan / ahli NGO yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir.Setiap keluarga petugas agensi Kerajaan Negeri yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir\nii) RM 1 RIBU\nKepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila dapatkan info dan borang permohonan bantuan, anda boleh dapatkan di MPKK atau Pejabat Parlimen di tempat anda.\nSumber: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari \nBaca juga: \nMySJ Trace Ganti Fungsi Checkout, Ini Cara Kemaskini Di Aplikasi MySejahteraBSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tannpa Faedah Hingga RM10,000Cara Mohon Rebat Bil Elektrik TNB 100% Disember Ini\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ibantuan-terengganu/", "title": "iBantuan Terengganu: Bantuan Ibu Tunggal, OKU & Pencen Rakyat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\niBantuan Terengganu 2022\nKerajaan Terengganu sekali lagi mengambil inisiatif untuk membantu golongan OKU dan Ibu Tunggal serta warga emas melalui Bantuan Ibu Tunggal 2022, Bantuan OKU 2022, dan Pencen Rakyat 2022 bagi meringankan bebanan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah iBantuan Terengganu?\n\n \nSyarat Utama iBantuan Terengganu\n\n \ni) Bantuan Ibu Tunggal One-off\n\n \nii) Bantuan OKU\n\n \niii) Pencen Rakyat Terengganu\n\n \nTarikh Permohonan iBantuan Terengganu 2022\n\n \nMuat Turun Borang Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah iBantuan Terengganu?\nSistem i-Bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan dibawah kerajaan Negeri Terengganu\nSistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil RakyatNegeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumatpemohon.\nMaklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkanpemohon memohon melalui i-Bantuan.\nPemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i-Bantuansebelum mereka membuat permohonan.\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No KadPengenalan PEMOHON.\nBorang Permohonan akan dicetak melalui sistem ini.\n\nSyarat Utama iBantuan Terengganu\nPemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di negeri Terengganu.Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu.Permohonan adalah secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.\nBerikut adalah syarat permohonan i-bantuan bagi setiap kategori berikut :\ni) Bantuan Ibu Tunggal One-off\nSyarat-syarat Kelayakan\nTerbuka kepada semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL.Penerima bantuan i-Fitri TIDAK LAYAK memohon.Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2500 sebulan.Penjawat awam / kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.\nKadar Bantuan : Tunai RM150 one-off\n\nUntuk mendaftar, mengemaskini dan membuat permohonan baharu sila ke pautan berikut:\nhttps://ibantuan.terengganu.gov.my/\nii) Bantuan OKU\nSyarat-syarat Kelayakan:\nOrang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKMOrang kurang upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas.Orang kurang upaya (OKU) yang bukan kakitangan kerajaan.Pemohon adalah BUKAN penerima bantuan bulanan daripada JKM / PERKESO / MAIDAM\nKadar Bantuan : Tunai RM150 one-off\n\nUntuk mendaftar, mengemaskini dan membuat permohonan baharu sila ke pautan berikut:\nhttps://ibantuan.terengganu.gov.my/\niii) Pencen Rakyat Terengganu\nSyarat-syarat Kelayakan:\nBerumur 60 tahun dan ke atas pada 01/01/2022.Pemohon adalah ketua isi rumah atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon.Pemohon BUKAN pesara kerajaan atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM / MAIDAM / PERKESO atau mana-mana agensi kerajaan.Pendapatan ISI RUMAH PEMOHON di bawah RM2500 sebulan.Penerima Pencen Rakyat tahun 2021 layak untuk menerima semula pada tahun 2022 sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.Permohonan baharu juga dibuka untuk pemohon yang layak.\n\nUntuk mendaftar, mengemaskini dan membuat permohonan baharu sila ke pautan berikut:\nhttps://ibantuan.terengganu.gov.my/\nTarikh Permohonan iBantuan Terengganu 2022\nTempoh permohonan i-bantuan dibuka secara online dari 24 Ogos hingga 3 September 2022.\nMuat Turun Borang Permohonan \nSila muat turun borang permohonan seperti dalam lampiran di bawah atau melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my/\nALL_BORANG_PRT20Download\nMaklumat Lanjut\nBagi pengguna pertama kali, sila rujuk manual sistem iBantuan dalam lampiran di bawah ini.\nIBANTUAN_MANUALDownload\nPENERANGAN LANJUT:\nSyarat_PermohonanDownload\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-gaji-penjawat-awam-2023/", "title": "Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023 (JANM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 sudah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara. \nBerikut dikongsikan makluman tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023.\nSuka shopping di Shopee? Guna Voucher ni untuk jimat RM120x2 (terhad)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023\n\n \nJadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2023 (TERKINI Pindaan 19 April 2023)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023\nTarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 \u2013 Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.\n\n\n\n\n\n\nSurat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan, iaitu 2 November 2022.\nJadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2023 (TERKINI Pindaan 19 April 2023)\n(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)\nBulanTarikhHariCatatanJanuari17.01.2023SelasaTahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)Februari24.02.2023JumaatMac24.03.2023JumaatApril17.04.2023(*TERKINI : Diawalkan ke 14 April 2023 dan akan dibayar sekali dengan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 \u2013 Rujuk lampiran di bawah)IsninHari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)Mei19.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)Jun23.06.2023JumaatHari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)Julai25.07.2023SelasaOgos25.08.2023JumaatSeptember25.09.2023IsninOktober25.10.2023RabuNovember24.11.2023JumaatHari Deepavali 12 November 2023 (Ahad)Disember19.12.2023SelasaHari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin)\nRujuk : Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia\nRancang kewangan dengan sebaiknya.\nBerikut dikongsikan lampiran penuh dari SPANM BIL 3/2023 :\nNota: Tarikh Gaji bagi bulan Mei 2023 telah diawalkan dari 25 Mei kepada 19 Mei 2023.\n*Rujuk: Surat rujukan MOF BKSK (S) 600 -1/7/6 Jld4(3) bertarikh 10 April 2023.\nhttps://www.anm.gov.my/arkib-pengumuman/pengumuman/2023\nEmel pertanyaan:\nJPA : [email\u00a0protected]\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:\nPengarahBahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)Aras 4, Kompleks Kementerian KewanganNo.1, Persiaran Perdana62594, Presint 2Putrajayau.p. : Unit Pengurusan Prestasiemel : [email\u00a0protected]No. Tel. : 03 \u2013 8882 1624/1612/1622/1611\nSumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara (JANM)\nBaca juga: \n\nKWSP Bersasar Sedia Dinilai Semula Jika PN Menang PRU-15\nBantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam RM600 Dibayar Mac\nBantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)\nBKM 2023 : Kategori Kelayakan & Jumlah Bayaran\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tingkatan-6-tahfiz-sabk/", "title": "Permohonan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz & SABK Ambilan 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN KE TINGKATAN 6 (ALIRAN TAHFIZ) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) AMBILAN TAHUN 2022 \u00a0 \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Tingkatan 6 Tahfiz & SABK\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nCara Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz & SABK\n\n \nInfo Lanjut\n\n\nPermohonan Tingkatan 6 Tahfiz & SABK\nSemua lepasan SPM 2021 sekolah KPM dan Sekolah Swasta yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz dan Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK).\nSenarai pusat Tingkatan Enam yang menawarkan STPM aliran tahfiz adalah seperti berikut:\nSMK Agama PutrajayaSMK Agama KedahSMK Agama KerianSMK Agama Maahad MuarSMK Agama Tok BachokSMK Agama Dato\u2019 Haji Abu Hassan Haji SailSMK Agama Kota KinabaluSM Imtiaz YT KemamanSMK Agama Sheikh Hj. Othman Abd Wahab\n\nSyarat Permohonan\nSyarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut :\nTerbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atauMurid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari\u2019ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-\u2018Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan;Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al- \u2018Arabiah al-Mu\u2019asirah / Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab dan;Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz.Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.\nTarikh Tutup Permohonan\n23 Jun 2022\n\n\n\n\n\n\nCara Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz & SABK\nPermohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfudl-5ma99EMw0SqkjdrD7g_vNWR8CGuD4L6mLz04EMgGzeQ/viewform\nBaca juga:\nInfo Lanjut \nMaklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temu duga akan dimaklumkan oleh SPI Jabatan Pendidikan Negeri melalui laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri yang dimohon.\nCalon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan ke SPI Jabatan Pendidikan Negeri tempat dimana calon menghadiri temuduga yang lalu bermula 14 Julai 2022 hingga 21 Julai 2022. \nJohor : No Tel : 07-2310071Emel : [email\u00a0protected] \nPerak : No Tel : 05-5015000Emel : [email\u00a0protected] \nKelantan : No Tel : 09-7418057Emel : [email\u00a0protected] \nSabah : No Tel : 088-513436Emel : [email\u00a0protected] \nKedah : No Tel : 04-7404273Emel : [email\u00a0protected] \nPutrajaya : No Tel : 03-88890087Emel : [email\u00a0protected] \nNegeri Sembilan : No Tel : 06-7653621Emel : [email\u00a0protected]/ \nTerengganu : No Tel : 09-6221733/09-6213326Emel : [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected] \nSarawak : No Tel : 082-473775Emel : [email\u00a0protected]\nBaca juga: Cara Tebus Minuman Chatime Percuma Untuk Pelajar SPM 2021 & Diskaun 50%\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-buat-link-telegram/", "title": "Cara Buat Link Telegram (Direct Message / Join Channel)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIngin tahu cara buat link Telegram bagi memudahkan pengguna lain join Channel anda atau menghanta direct message kepadda anda?\nSebagai pengguna Telegram, anda boleh membuat link khas untuk memudahkan kenalan anda untuk Direct Message anda atau menjemput mereka menyertai Channel milik anda.\nIanya begitu mudah dan artikel ini akan menunjukkan anda cara buat link Telegram dengan hanya beberapa klik sahaja.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu aplikasi Telegram?\n\n \nFungsi \u201cChannel\u201d di Telegram\n\n \nCara buat link untuk Join Channel\n\n \nCara buat link untuk Direct Message\n\n\nApa itu aplikasi Telegram? \nTelegram ialah sistem pemesejan segera (IM) berasaskan awan merentas platform yang menyediakan pehidmatan seperti panggilan video yang disulitkan hujung ke hujung, VoIP, perkongsian fail dan beberapa ciri lain.\n\n\n\n\n\n\nIa telah dilancarkan untuk iOS pada 14 Ogos 2013 dan Android pada Oktober 2013 sebelum diperrluas ke platform lain seperti Windows, macOS dan Linux.\nPada Januari 2021, Telegram melepasi 500 juta pengguna aktif bulanan dan ia merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada Januari 2021 dengan 1 bilion muat turun di seluruh dunia setakat akhir Ogos 2021.\nFungsi \u201cChannel\u201d di Telegram \n\nSekiranya anda pengguna Telegram, ada pastinya tahu kewujudan Channel dan Group dalam aplikasi Telegram. Apakah beza antara keduanya?\nFungsi \u201cGroup\u201d di Telegram adalah satu kumpulan di mana anda boleh menambah sehingga 200,000 ahli. Setiap ahli kumpulan boleh menghantar mesej dalam Group tersebut.\nTetapi \u201cChannel\u201d Telegram pula ialah platform untuk menyiarkan mesej kepada khalayak yang besar di mana tiada had yang ditetapkan untuk sesiapa sahaja mengikuti Channel tersebut.\nDalam Channel juga, hanya pemilik Channel sahaja yang boleh menulis dan menghantar mesej sementar ahli yang lain hanya boleh membaca mesej yang dihantar. \nSecara umumnya Channel lebih sesuai bagi pemilik produk, blog, laman sesawang atau sesiapa sahaja yang mempunyai pengikut yang ramai dan gemar mengemaskini perkembangan terbarru kepada para pengikut mereka melalui aplikasi Telegram. \nCara buat link untuk Join Channel \nBagi memudahkan pemilik Channel mengajak orang ramai menyertai Channel mereka, anda boleh membuat lin khas bagi memudahkan orang ramai untuk menyertai Channel tersebut.\nPemilik Channel boleh copy dan paste sahaja link tersebut di posting mereka di media sosial. Pengguna yang mengklik link tersebut akan dibawa terus ke Channel tersebut di Telegram. \nSecara umumnya, apabila anda mendaftarkan Channel anda, link untuk Channal tersebut secara automatiknya akan ada. Berikut langkah untuk mencari link tersebut:\nBuka Channel andaKlik pada ikon titik tiga pada sebelah atas dan kanan skrin adaKlik pada View Channel InfoKemudian, anda dapat melihat link khas untuk Channel anda yang boleh disalin dan dikongs di media sosial anda. Format link tersebut adalah \u201ct.me/channelsaya\u201d (dimana \u201cchannelsaya\u201d ada nama Channel anda\nCara buat link untuk Direct Message \nBagi memudahkan orang lain menghantar Direct Message kepada anda, anda boleh mendapatkan custom link bagi akaun Telegram anda. \nPengguna yang mengklik link tersebut boleh menghantar terus mesej ke anda melalui aplikasi Telegram tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu. \nBuka aplikasi Telegram di telefon pintar andaBuka menu (lihat ikon tiga jalur pada bahagian atas kiri)Kik pada SettingsKlik pada Username. Sekiranya belum menetapkan Username, boleh letak Username terlebih dahulu.Pada bahagian bawah, anda boleh lihat link dalam format https://t.me/username yang boleh di copy dan dikongsi di akaun media sosial anda\n Artikel berkaitan: Cara buat link WhatsApp \nInstall aplikasi Telegram: https://web.telegram.org/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-hajat/", "title": "Panduan Solat Hajat : Hukum, Niat & Doa Lengkap (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSudah menjadi fitrah manusia yang lemah dan sentiasa mempunyai keinginan atas segala sesuatu. Selain memohon doa, sebagai umat Islam, kita juga sering melazimi solat hajat. \nAda yang kerjakannya dengan harapan urusan mereka dipermudahkan. \nAda yang kerjakan solat hajat untuk menghadapi peperiksaan, memohon anak, jodoh dan sebagainya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHukum Solat Hajat\n\n \nPanduan Solat Hajat\n\n \nDoa Solat Hajat\n\n \nKesimpulan\n\n\nHukum Solat Hajat\nPara ulama sepakat berpendapat bahawa hukum mengerjakan solat hajat adalah sunat. \nIa adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami r.a., beliau berkata :\nRasulullah S.A.W pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:\nSesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:\n\n\n\n\n\n\n\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064f \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u0652\u0634\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u064f\u0648\u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0627\u0626\u0650\u0645\u064e \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0646\u0650\u064a\u0645\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0628\u0650\u0631\u064d\u0651 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u064d \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0623\u064e\u0644\u0627\u064e\u0651 \u062a\u064e\u062f\u064e\u0639\u064e \u0644\u0650\u064a \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u063a\u064e\u0641\u064e\u0631\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0647\u064e\u0645\u064b\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0641\u064e\u0631\u064e\u0651\u062c\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u0629\u064b \u0647\u0650\u064a\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0631\u0650\u0636\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0642\u064e\u0636\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0644\u0650\u064a\nMaksudnya:\u00a0Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada \u2018arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.\nHadith riwayat Ibn Majah, no. 1384 \n\nBaca Juga : Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\nPanduan Solat Hajat\nSolat hajat boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah dan tidak ditentukan jumlah rakaat sebenar. \nNamun, biasanya ia dilakukan atara dua hingga dua belas rakaat.\nBerikut dikongsikan kaifiat solat hajat dari JAKIM :\n\nPanduan solat hajat dua rakaat adalah seperti berikut :\n\nNiat solat hajat. Lafaz bagi niat solat hajat adalah seperti berikut :\n\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u0629\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u0627\u064e\u0644\u064e\u0649U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-\u2019a-tai-ni lil-laa-hi ta-\u2019aa-laaSahaja aku Solat Sunat Hajat dua raka\u2019at, kerana Allah Ta\u2019ala.\n\nBacakan Surah Al-Fatihah\nMembaca Ayat Kursi\n\nNota : Anda digalakkan membaca Ayatul Kursi atau Surah Al-Kafirun atau kedua-duanya sekali. Namun, anda juga boleh membaca apa-apa surah atau ayat di dalam Al-Quran.\n\nRukuk dan sujud seperti biasa.\nBaca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas\nTahiyat Akhir dan beri salam\n\nAmalan Selepas Solat Hajat\ni) Boleh bersujud selepas memberi salam dan membaca 10 kali tasbih berikut:\n\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\nSubhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala hawla wala quwwata illa billah\nii) Selawat ke atas Nabi SAW 10 kali\n\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0670\u0649 \u0627\u0670\u0644\u0650 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u00a0\niii) Membaca doa berikut:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0622\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649\u0652 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649\u0652 \u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0651\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650\n\n\nDoa Solat Hajat\nAnda boleh bacakan doa solat hajat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika bersujud atau selepas selesai solat :\n\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064f \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0631\u0652\u0634\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0645\u064f\u0648\u062c\u0650\u0628\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0627\u0626\u0650\u0645\u064e \u0645\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u063a\u064e\u0646\u0650\u064a\u0645\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0628\u0650\u0631\u064d\u0651 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064e\u0629\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u064d \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0623\u064e\u0644\u0627\u064e\u0651 \u062a\u064e\u062f\u064e\u0639\u064e \u0644\u0650\u064a \u0630\u064e\u0646\u0652\u0628\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u063a\u064e\u0641\u064e\u0631\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0647\u064e\u0645\u064b\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0641\u064e\u0631\u064e\u0651\u062c\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062d\u064e\u0627\u062c\u064e\u0629\u064b \u0647\u0650\u064a\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0631\u0650\u0636\u064b\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0642\u064e\u0636\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0644\u0650\u064aMaksudnya:\u00a0Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada \u2018arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.\u00a0(Hadith riwayat Ibn Majah, hadith no. 1384)\nSumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia \u2013 JAKIM\nSelain doa ini, anda juga bebas untuk bacakan sebarang doa dalam Bahasa Arab mahupun Bahasa Melayu.\nKesimpulan\nSolat hajat tidak akan menjadikan cita-cita kita menjadi nyata dengan begitu mudah. \nCuma, sebagai hamba, solat ini dapat menjadi salah satu cara kita meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik bagi hambaNya. \nSemoga panduan ini dapat membantu anda laksanakan solat hajat dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-dayadiri/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan DayaDiri (Pengajian di IPTA) 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYayasan DayaDiri (YDD) adalah sebuah yayasan dari Malaysia yang membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan masyarakat untuk komuniti Bumiputera.\nYayasan DayaDiri memberi peluang bagi individu dan masyarakat untuk terus mencipta kecemerlangan dengan memberikan pelbagai biasiswa yang meliputi pendidikan menengah hingga pendidikan eksekutif dan sokongan untuk pembangunan masyarakat, latihan teknikal dan vokasional, dan program kesejahteraan umum di Malaysia.\nSetiap tahun, Yayasan Daya DayaDiri menawarkan biasasiswa dan bantuan kewangan bagi mereka yang layak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Biasiswa Yayasan DayaDiri?\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nJumlah biasiswa\n\n \nCara permohonan\n\n \nTarikh tuutp permohonan\n\n\nApa itu Biasiswa Yayasan DayaDiri?\n\nBiasiswa yang ditawarkan oleh pihak Yayasan DayaDiri bagi tahun 2021 ini adalah bagi membantu memberikan tajaan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di tahun PERTAMA atau KEDUA di peringat ijazah sarjana muda di institut-institut pengajian awam di Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nObjektif program biasiswa ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.\nBiasiswa ini terhad bagi pelajar yang menyambung pengajian di Instittut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan di bawah sahaja:\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\nBagi pemohon yang sedang melanjutkan pengajian selain dari universiti di atas, anda secara automatiknya tidak layak dan permohonan anda tidak akan dipertimbangkan sama sekali. \nSyarat kelayakan\nSelain daripada pengajian di salah satu universiti IPTA yan disenaraikan di atas, pemohon juga tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:\nBumiputera. Keutamaan diberikan kepada calon daripada keturunan orang Asli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan SarawakPendapatan isi rumah kurang daripada RM4850/sebulanTelah mendapat tawaran pengajian daripada salah satu IPTA yang disenaraikan di atasMengikuti program Ijazah Sarjana Muda buat kali pertamaMinimum PNGK 3.0 untuk pengajian pra-univerisit/diploma/STPM bagi pemohon yang akan memasuki Tahun Pertama; atauMinimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama bagi pemohon yang akan memasuki pengajian bagi Tahun KeduaBelum mendapat biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana badan/instutusi/yayasan lain; danMemiliki ciri peribadai yang baik dan memenuhi kriteria pemilihan lain\nHanya pemohon yang ingin mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja yang akan dipertimbangkan.\nJumlah biasiswa\nBagi pemohon yang berjaya, biasiswa ini akan meliputi bantuan kewangan bagi perkara-perkara berikut:\nYuran pengajian Perbelanjaan sara hidup sepanjang tempoh pengajian\nPenerima biasiswa tidak akan terikat bersama YDD setelah tamat pengajian.\nKeutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mengambil\u00a0kursus-kursus kritikal\u00a0untuk pembangunan ekonomi negara atau kursus-kursus yang akan memenuhi permintaan semasa\nCara permohonan\nPermohonan untuk Biasiswa Yayasan Daya Diri ini hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui laman web rasmi Yayasan DayaDiri. \nLayari laman Yayasan Daya Diri untuk memohon dan jangan lupa sertakan dokumen-dokumen sokongan seperti yang diminta untuk mengelakkan permohonan anda ditolak. \nTarikh tuutp permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-kemaskini-mysejahtera/", "title": "Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSetiap rakyat Malaysia perlu kemaskini status kesihatan masing-masing dari semasa ke semasa di aplikasi MySejahtera.\nAda yang kata dah vaksin dos penggalak, tapi sijil vaksin tidak memaparkan status yang paling terkini.\nAnda boleh mengemaskini sekiranya menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.\nBegitu juga jika anda mendapat keputusan positif setelah membuat ujian RTK-Ag Covid-19 di rumah. Anda perlu kemaskini keputusan positif untuk mendapatkan perintah kuarantin atau Surat HSO (Home Surveillance Order).\nBerikut dikongsikan cara kemaskini MySejahtera yang dikongsikan oleh KKM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Isytihar Sebagai Kontak Rapat\n\n \nCara Kemaskini Status Covid-19 Di MySejahtera Jika Positif\n\n \nBila Perlu Ke Hospital / Pusat Kuarantin (CAC)?\n\n \nBagaimana Cara Kuarantin Di Rumah?\n\n \nTalian Hotline CAC & Lokasi Terdekat Di Setiap Negeri\n\n \nCara Kemaskini MySejahtera (Kepada Status Terkini)\n\n\nCara Isytihar Sebagai Kontak Rapat\nJika anda merupakan kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19, tinggal serumah dan sebagainya, anda perlu mengemaskini di MySejahtera walaupun tidak positif.\nCaranya sama seperti di atas, cuma pada bahagian kontak rapat, anda perlu mengisi butiran seperti nama dan nombor telefon pesakit yang disahkan positif Covid-19 di MySejahtera.\n\nSila rujuk: Tempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19\n\n\n\n\n\n\nCara Kemaskini Status Covid-19 Di MySejahtera Jika Positif\nJika keputusan saliva test keluar jadi 2 line, ini bermakna anda POSITIF dan perlu mengisytiharkannya di MySejahtera.\nTerkini, KKM telah melaksanakan HSO Digital, iaitu hanya perlu kuarantin di rumah bagi kes yang tidak bergejala atau simptom ringan.\n\nSelepas anda kemaskini, tarikh kuarantin di rumah akan dipaparkan dan anda hanya perlu menjawab soalan Home Assessement Tool (HAT) bagi setiap yang yang dikuarantin.\nBerikut dikongsikan cara membuat kemaskini Keputusan Positif Covid-19 di MySejahtera :\nTutup paparan utama MySejahtera anda Tekan\u00a0\u2018Ujian Kendiri COVID-19\u2019.Tekan \u2018Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri\u2019.Pilih pilihan yang berkaitan dengan anda.Jika anda laporkan untuk diri sendiri, Pilih A.Jika anda laporkan untuk tanggungan anda, Pilih B.Isi kesemua tempat kosong dengan maklumat anda yang tepat.Pilih jenis sampel yang anda jalankan.Pilih keputusan hasil dari ujian yang anda lakukan.Kemaskini terbaru daripada MySejahtera : Perlu muat naik gambar kit ujian anda.Seterusnya klik \u2018I\u2019m not a robot\u2019.Klik \u2018Hantar\u2019.MySejahtera akan update Arahan Kuarantin anda secara digital di dalam aplikasi MySejahtera.\n\nTERKINI : Pengguna aplikasi MySejahtera kini perlu memuat naik gambar keputusan ujian COVID-19 ketika mengemas kini status laporan kendiri jangkitan itu. \nGambar itu perlu menunjukkan di mana dan bila ujian Covid-19 dibuat, selain keputusannya sama ada positif atau negatif. (Rujuk soalan 4)\n\nGambar keputusan positif juga perlu dimuat naik\nBila Perlu Ke Hospital / Pusat Kuarantin (CAC)?\nIndividu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A, namun tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai sebarang komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. \nIndividu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC.\n\nRINGKASAN: \nTahap 1 : Pesakit positif tetapi tidak ada gejala.Kiranya mereka yang tahap 1 ini keadaan dia sama sahaja dengan orang yang sihat. Tidak sakit apa-apa. \u2013 Tidak perlu ke CAC / hospital\nTahap 2 : Pesakit positif dan bergejala ringan.Pesakit tahap 2 ini dia ada gejala tahap ringan. Maksudnya gejala dia tidak berbahaya. \u2013 Tidak perlu ke CAC / hospital\nTahap 2 ini pula kita pecahkan kepada 2 iaitu 2A dan 2B.\nTahap 2A ini adalah pesakit yang baru nak sakit. Demam sikit-sikit, batuk sikit-sikit, cirit birit sikit-sikit.\nKira sakit manja-manja je. Masih boleh uruskan diri dan buat kerja rumah. \u2013 Tidak perlu ke CAC / hospital\nTapi kalau sakit itu berterusan dan menyebabkan sukar untuk bergerak. Terbaring dan lemah. Ini dah masuk tahap 2B.Itu beza tahap 2A dan tahap 2B. \u2013 Perlu ke hospital / CAC\nKalau dah lebih parah sampai sesak nafas, dia dah masuk tahap 3. Ini dah kena tahan kat pusat kuarantin lah biasanya.\nBagaimana Cara Kuarantin Di Rumah?\nSekarang semua hanya pakai digital HSO. Cuma yang tak ada atau MySejahtera sahaja yang akan diberi gelang dan HSO bertulis. \nJadi, anda hanya perlu declare dalam mysejahtera dan boleh dapat digital HSO disitu. Screenshot dan bagi kepada majikan. Majikan PERLU TERIMA & TAK BOLEH TOLAK sebab ada dalam SOP MKN. \nSila rujuk infografik di bawah untuk pemantauan kendiri semasa kuarantin di rumah:\n\nBaca juga: Tempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19\nTalian Hotline CAC & Lokasi Terdekat Di Setiap Negeri\nJika anda perlu ke CAC, sila rujuk senarai berikut:\nTalian Hotline KKM & Agensi Berkaitan COVID-19 di Malaysia\nCara Kemaskini MySejahtera (Kepada Status Terkini)\nJika anda telah selesai kuarantin, sila refresh dan kemaskini status untuk memastikan MySejahtera anda kembali bertukar \u2018biru\u2019 iaitu RISIKO RENDAH.\nUntuk mengemaskini status risiko kepada status terkini, sila ikuti langkah berikut:\n1 \u2013 Buka Aplikasi MySejahtera\n\n2 \u2013 Klik \u201cStatus COVID-19\u201d\n\n3 \u2013 Tekan butang \u201cStart\u201d\n\n4 \u2013 Jawab 6 soalan yang disediakan dan klik \u201cSubmit\u201d\n\n5 \u2013 Masuk bahagian \u201cProfile\u201d dan klik butang \u201cRefresh\u201d. Selesai kemaskini.\n\nNOTA: \nPemilik MySejahtera perlu kemaskini status dari semasa ke semasa sekiranya \nada simptom atau ada sejarah perjalanan keluar negara atau ada kontak rapat kepada kes positif atau terlibat dalam perhimpunan ramai atau kluster\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-jawab-expected-salary/", "title": "Cara Menjawab \u2018Expected Salary\u2019 Dalam Permohonan Kerja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cExpected salary\u201d atau dalam bahasa Melayu, Gaji Jangkaan adalah antara soalan yang paling kerap ditanya dalam sesi temuduga kerja.\nSoalan ini mungkin nampak mudah, tapi sebenarnya rumit dan memerlukan anda bersedia dengan jawapan yang padu.\nJika gaji yang diminta, sudah pastilah akan merugikan diri anda sementara jika gaji yang dimina pula terlalu tinggi, terdapat risiko bakal majikan tidak akan mengambil anda bekerja dengan mereka dengan alasan tidak mempunyai bajet untuk gaji yang dimohon.\nLalu bagaimanakah cara untuk menjawab soalan berkaitan \u201cexpected salary\u201d ini?\nBerikut merupakan beberapa tips dan panduan untuk menjawab soalan yang mungkin membunuh peluang anda untuk mendapatkan sesuatu jawatan itu.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Menjawab \u2018Expected Salary\u2019 Dalam Permohonan Kerja\n\n \n1. Selidik gaji untuk jawatan yang dipohon\n\n \n2. Minta butiran lanjut dan faedah\n\n \n3. Pastikan letak anggaran gaji\n\n \nContoh Jawapan Untuk Pertanyaan \u2018Expected Salary\u2019\n\n\nCara Menjawab \u2018Expected Salary\u2019 Dalam Permohonan Kerja\n1. Selidik gaji untuk jawatan yang dipohon\nOleh disebabkan kebanyakan majikan tidak menyatakan sebarang maklumat gaji dalam iklan kerja, anda mungkin perlu menyelidik informasi dengan lebih terperinci.\n\n\n\n\n\n\nBerapakah purata gaji untuk jawatan/pekerjaan yang ditawarkan?\nOleh boleh bertanyakan kenalan anda atau gunakan portal carian kerja seperti LinkedIn, Jobstreet, dan sebagainya.\nSumber: Jobstreet.com\n2. Minta butiran lanjut dan faedah\nJangan takut untuk bertanya tentang butiran kerja dan faedah jawata yang dipohon.\nFIkirkan tentang faedah yang anda akan dapat dan berapa nilainya dalam pekerjaan.\nKemudian, cipta jawapan anda berdasarkan butiran tersebut.\nDalam sesetengah kes, expected salary yang ditawarkan mungkin sedikit rendah daripada jangkaan anda tapi jika dicampurkan dengan segala elaun, gaji kasar anda boleh jadi jauh lebih besar daripada expxected salary yang dipohon.\n3. Pastikan letak anggaran gaji\nCara terbaik untuk menjawab soalan yang menakutkan ini adalah memberi ganjaran gaji, contohnya \u201cantaranya RM3000 hinggan RM3500\u201d.\nIni menunjukkan bahawa anda fleksibel dan bersedia untuk mendapat sebulat jawapn daripada ajikan anda tanpa berasa kecewa.\nSelain itu, memberikan anggaran gaji yang relevan untuk jawatan beserta pengalaman anda membuktikan anda telah melakukan penyelidikan. \nContoh Jawapan Untuk Pertanyaan \u2018Expected Salary\u2019\nSekiranya anda seorang graduan baru, berikut merupakan antara jawapan bagus untuk anda pertimbangkan:\n\n\nUNTUK GRADUAN BAHARU (TIADA PENGALAMAN KERJA)\n\u201cI appreciate the chance to interview for this position, and the salary is not priority. Since I am just starting my career, I am more focused on gaining knowledge and experience. Ideally, my monthly should be starting at RM2,500 \u2013 does that align with your budget for the position?\u201d.\nATAU\n\u201cThank you for asking. My baseline annual salary expectation is RM2500. I feel that this aligns with the industry average in this area and matched my skill set, experience and the value I can bring to the company.\u201d\n\nUNTUK CALON YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJA\n\u201cI trust that your company is offering salaries that are competitive in today\u2019s job market. Since I bring over ten years of experience and a proven track record of exceeding sales goals, I would like my salary to reflect this. My ideal salary would be in the range of RM4,000 to RM5,000 monthly. But I am flexible with my expectations and would like to learn more about the perks and benefits you offer.\u201d\nATAU\n\u201cThank you for asking. My baseline annual salary expectation is RM4000. I feel that this aligns with the industry average in this area and matches my skill set, experience and the value I can brong to the company.\u201d\nSumber: Selangor Kerjaya\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-subway-harga/", "title": "Menu Subway, Cara Order, Harga & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTeringin hendak menikmati makanan dari restoran Subway tetapi tidak tahu caranya?\nSubway ialah francais restoran makanan segera yang negara Amerika yang terutamanya menjual sandwic, wrap, salad dan minuman.\nSubway diasaskan oleh Fred DeLuca yang berusia 17 tahun dan dibiayai oleh Peter Buck pada tahun 1965 sebagai Pete\u2019s Super Submarines di Bridgeport, Connecticut. \nRestoran itu dinamakan semula sebagai Subway tiga tahun kemudian, dan operasi francais bermula pada tahun 1974 dengan restoran kedua di Wallingford, Connecticut.\n\n\n\n\n\n\nSejak itu, ia telah berkembang menjadi francais global.\nRestoran ini telah bertapak sejam puluhan tahun lalu dengan banyak cawangannya di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara order\n\n \nPilihan menu dan harga\n\n \nSubway Classic\n\n \nIconic Subs\n\n \nWraps\n\n \nMenu breakfast\n\n \nPromosi terkini\n\n\nCara order\nCara memesan makanan di Subway agak unik kerana pelanggan perlu memilih sendiri jenis roti, sayuran, sos dan sebagainya daripada pilihan menu yang ada.\nBerikut merupakan langkah-langkah order makanan anda dari Subway:\nPilih menu (isi sandwich) \u2013 Lihat senarai di bawahPilih roti \u2013 Garlic, Parmesan Oregano, Honey Oat, Wheat, Italian, Wrap. Kebiasaannya, roti yang diberikan adalah bersaiz 6 inci. Namun, anda boleh memilih roti panjang 12 inci (juga digelar Foot Long.Pilih sayur \u2013 Jeruk timun, bawang, bell paper, timun, tomato, lettuce dan banyak lagi pilihan sayur. Boleh pilih sebahagian atau semua sayur untuk diletakkan pada sandwic anda tanpa sebarang caj tambahan Pilih sos \u2013 Mustard, hot pepper, bbq, spicy mayo, honey mustard, sweet onion, thousand island, mayonnaise, chilli, ketchup dan lain-lain sos untuk dipilih mengikut citarasa anda \nPilihan menu dan harga\n\nSubway Classic\nPilihan isi sandwic yang sentiada ada di Subway.\nMenu6 inci (RM)Foot long (RM)Chicken Slice12.6021.35Chicken Teriyaki12.2020.85Egg Mayo11.5520.20Italian B.M.T.13.5022.35Meatball Marinara12.0020.65Roast Beef12.9521.70Roaster Chicken12.9521.70Spicy Italian12.2020.85Steak & Cheese12.6021.35Subway Seafood Sensation11.5520.20Tuna12.9521.70Turkey Breast12.9521.70Turkey Breast & Chicken Slice12.6021.35Veggie Delite7.5512.35Vegie Deluxe9.6514.45\nIconic Subs\nPilihan menu istimewa yang patut anda cuba.\nMenu6 inci (RM)Foot long (RM)Breaded Chicken Cutlet12.9521.70Bulgogi Chicken12.3020.95Smoky Chicken12.6021.35\nWraps\nSelain pilihan sandwic, anda juga boleh pilih pelbagai menu Wrap seperti di bawah:\nMenuHarga (RM)Meatball Marinara12.55Tuna13.50Roasted Chicken12.75Roast Beef13.50\nAnda boleh menjadikannya kombo yang didatangkan dengan minuman dan cookies dengan hanya tambah RM5.30.\nMenu breakfast\nJika anda mahukan makanan yang tidak terlalu berat ketika makan pagi, anda boleh pilih dari menu breakfast yang ditawarkan oleh pihak Subway Malaysia.\nPilihan menu dan harga untuk kombo makan pagi boleh diliha daripada senarai di bawah:\nMenu 6 inci (RM)Foot long (RM)Egg &Cheese6.8013.30Chicken Slice, Egg & Cheese7.2014.30Streaky Chicken Strip, Egg & Cheese7.5014.70Tuna, Egg & Cheese7.5014.70\nPromosi terkini\nDari semasa ke semasa, Subway banyak membuat promosi menarik \u2013 kebiasaannya pada harga istimewa kombo atau pilihan menu baru untuk temmpoh masa terhad.\n\n\n\nUntuk melihat prmoso-promosi terkini dan terbaru daripada pihak Subway Malaysia, sila layari laman web https://subwayisfresh.com.my/ atau kunjungi restoran Subway berdekatan anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2026/", "title": "Piala Dunia 2026: Tarikh, Pasukan, Format & Jadual Perlawanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenganjuran Piala Dunia 2026 merupakan penganjuran Piala Dunia edisi ke 26 oleh FIFA, iaitu badan induk bola sepak antarabangsa. \nPerancangan asal FIFA untuk 2026 ialah 16 kumpulan membabitkan tiga pasukan dengan dua negara teratas akan mara ke kelompok 32 terakhir.\nNamun, Piala Dunia di Amerika Utara pada 2026 akan bermula dengan 12 kumpulan akan membabitkan empat negara sekumpulan yang juga perubahan daripada perancangan format asal, 16 kumpulan membabitkan tiga pasukan.\nBerikut dikongsikan maklumat dan info terkini tentang World Cup 2026.\nSumber: Sports Gully\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLokasi penganjuran\n\n \nTarikh pertandingan\n\n \nFormat Pertandingan\n\n \nSenarai Pasukan\n\n\nLokasi penganjuran\nPiala Dunia 2026 akan berlangsung di tiga buah negara Amerika Utara: Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.\nIni adalah kali pertama kejohanan itu dianjurkan oleh tiga negara berbeza dan ia akan menjadi kali pertama acara itu akan dipertandingkan di Kanada.\nTerdapat sejumlah 16 tempat yang akan digunakan sebagai bandar tuan rumah untuk Piala Dunia 2026,\n\n\n\n\n\n\nAmerika Syarikat akan mempunyai 11, Kanada akan mempunyai 2 dan Mexico akan mempunyai 3.\nPecahan lokasi sebenar untuk kejohanan bola sepak paling berprestij ini adalah seperti yang berikut:\n\nAmerika Syariat (11)\n\nAtlanta \u2013 Mercedes-Benz Stadium\nBoston \u2013 Gillette Stadium\nDallas \u2013 AT&T Stadium\nHouston \u2013 NRG Stadium\nKansas City \u2013 Arrowhead Stadium\nLos Angeles \u2013 SoFi Stadium\nMiami \u2013 Hard Rock Stadium\nNew York/New Jersey \u2013 MetLife Stadium\nPhiladelphia \u2013 Lincoln Financial Field\nSan Francisco \u2013 Levi\u2019s Stadium\nSeattle \u2013 Lumen Field\n\n\nKanada (2)\n\nToronto \u2013 BMO Field\nVancouver \u2013 BC Place\n\n\nMexico (3)\n\nGuadalajara \u2013 Estadio Akron\nMexico City \u2013 Estadio Azteca\nMonterrey \u2013 Estadio BBVA\n\n\n\nAmerika Syarikat akan menganjurkan majoriti perlawanan semasa kejohanan ini. \nSemua perlawanan peringkat kalah mati dari suku akhir dan\nseterusnya akan berlangsung di Amerika Syarikat, termasuk perlawanan akhir.\nArtikel berkaitan: Piala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\nTarikh pertandingan\nTarikh mula dan tamat Piala Dunia 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh FIFA, tetapi dijangkakan pada 8 Jun \u2013 3 Julai. \nApa yang sudah pasti ialah Piala Dunia ini seterusnya akan kembali dimainkan dalam tempoh tradisi, antara bulan Jun dan Julai. \nJangkaan adalah bahawa kalendar kejohanan akan dilanjutkan untuk menampung saiz baru pertandingan ini yang menampilkan 48 pasukan. \nButiran lanjut mengenai tarikh dan masa perlawanan akan dikemaskini menjelang berlangsungnya bermulanya kejohanan ini nanti.\n\nFormat Pertandingan\nBoleh dikatakan tanda tanya terbesar mengenai Piala Dunia 2026 ialah format baru yang menampilkan 48 pasukan.\nFIFA pada mulanya merancang untuk mempunyai 16 kumpulan tiga, dengan dua pasukan dalam setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati bermula dengan pusingan 32. \nWalau bagaimanapun, Matt Slater dari The Athletic mencatatkan kelemahan format ini, termasuk dua pasukan terakhir dalam peringkat kumpulan bersekongkol dengan hasil yang saling menguntungkan.\nTanpa mempunyai semua pasukan bermain pada masa yang sama, hampir mustahil untuk memastikan keadilan dengan setiap perlawanan.\nBekas pengurus Arsenal Arsene Wenger, yang kini ketua bola sepak global FIFA, berkata organisasi itu kini mempertimbangkan semula format, dengan dua pilihan tambahan dibentangkan, mengikut Dale Johnson dari ESPN. \nSatu akan mempunyai 12 kumpulan empat pasukan, dengan lapan pasukan terbaik tempat ketiga mara ke pusingan 32. \nSatu lagi akan membahagikan Piala Dunia kepada dua bahagian berasingan 24, menampilkan enam kumpulan empat, dengan pemenang setiap separuh masa akan bertemu dalam perlawanan akhir.\nSenarai Pasukan \nPiala Dunia di Amerika Utara pada 2026 akan bermula dengan 12 kumpulan membabitkan empat negara sekumpulan yang juga perubahan daripada perancangan format asal.\nJuga buat pertama kalinya, kejohanan Piala Dunia kali ini akan menyaksikan penyertaan 48 pasukan, 16 lebih banyak daripada tujuh edisi terakhir kejohanan sejak 1998. \nPembahagian tempat mengikut konfederasi benua telah pun ditentukan:\n\nAFC (Asia): Lapan tempat langsung + satu tempat play-off antara konfederasi\nCAF (Afrika): Sembilan tempat langsung + satu tempat play-off antara konfederasi\nConcacaf (Amerika Utara dan Tengah, serta Caribbean): Enam tempat langsung + dua tempat play-off antara konfederasi\nCONMEBOL (Amerika Selatan): Enam tempat langsung + satu tempat play-off antara konfederasi\nOFC (Oceania): Satu tempat terus + satu tempat play-off antara konfederasi\nUEFA (Eropah): 16 tempat langsung\n\nTiga negara tuan rumah akan layak secara automatik ke kejohanan ini, sekali gus menduduki tiga daripada slot Concacaf.\nSetiap konfederasi benua mempunyai autonomi untuk menentukan model pertandingan dan tempoh kejohanan kelayakan mereka.\nTarikh untuk kelayakan akan diumumkan dari semasa ke semasa.\nPiala Dunia seterusnya di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan menjadi kejohanan pertama membabitkan 48 pasukan, penambahan daripada 32 pasukan pada kejohanan tahun lalu di Qatar.\n\u201cFormat yang diubah itu memastikan tiada risiko pakatan sulit dan semua pasukan dapat bermain minimum tiga perlawanan yang memberikan keseimbangan masa rehat antara pasukan yang bertanding,\u201d kata FIFA.\nIa bermakna akan ada 104 perlawanan, penambahan besar berbanding 64 perlawanan pada kejohanan 2022 dan ia lebih banyak berbanding perancangan asal untuk Piala Dunia 2026 yang menampilkan 80 aksi.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-bantuan-rumah-lznk/", "title": "Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK (Bayaran Hanya RM280 Sebulan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM BANTUAN RUMAH LZNK & BIMB (Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat) KINI DIBUKA!\nJika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah & BIMB ini, kami kongsikan cara membuat semakan kelayakan dan permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Rumah LZNK?\n\n \nSyarat Kelayakan Skim Bantuan Rumah LZNK\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMuat Turun Borang Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Bantuan Rumah LZNK?\nSkim bantuan ini khusus untuk rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1200 hingga RM1500.\n\n\n\n\n\n\nSkim bantuan ini merupakan kerjasama strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi \u2013 i (Asnaf Zakat).\n\nBaca juga: BMT 2021: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600\nSyarat Kelayakan Skim Bantuan Rumah LZNK\nIndividu beragama Islam,Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurangkurangnya (2) dua tahun)Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripadaRM1,200.00 dan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan serta mempunyai Slip Gaji.(pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00)Berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.Bukan penghutang penghakiman atau muflis.Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuantanah.Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepisungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghunirumah.Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB\nDokumen Yang Diperlukan\nBorang permohonan ini mestilah diisi menggunakan HURUF BESARDokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama borang permohonan iniiaitu:Salinan Kad Pengenalan pemohon (Depan & Belakang).Salinan Kad Pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumahSalinan Geran TanahSalinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakanSurat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubunganpemilik tanah dengan pemohon)Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditanda-tangani di setiap helaianbawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut)Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.Gambar Rumah PemohonGambar keadaan rumah semasa (4x penjeru, dalam-belakang-tepi-depan)Gambar tapak rumah\nHanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.\nBaca juga: Jadual PdPR Selepas Hari Raya Aidilfitri & Cuti Penggal Sekolah KPM 2021\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan : 3 Mei 2021-3 Julai 2021\nMuat Turun Borang Permohonan\nDapatkan borang permohonan dengan muat turun di laman web rasmi LZNK\u00a0www.zakatkedah.com.my\n(Muat turun>Borang>Bantuan Rumah Peribadi-i Asnaf)\nMaklumat Lanjut\nJika ada sebarang pertanyaan dan soalan, sila salurkan kepada:\nBahagian Operasi Agihan, Jabatan Agihan & Pembangunan AsnafAras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah05200 Alor SetarNo Tel : 04-7331740\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nama-anak-lelaki-dalam-islam/", "title": "300+ Nama Anak Lelaki Dalam Islam (Yang Menarik & Baik)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nArtikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan nama anak lelaki dalam Islam yang menarik dan mempunyai makna terbaik.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga:\u00a0\n\nNama Anak Perempuan Dalam Islam\nInisiatif Cahaya Mata 2023\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf A\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf B\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf D\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf F\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf G\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf H\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf I\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf J\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf K\n\n \nNama anak lelaki dalam Islam huruf L\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf M\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf Q\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf R\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf S\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf T\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf U\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf W\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf Y\n\n \nNama bayi lelaki dalam Islam huruf Z\n\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf A\n\n\nAban : Perbuatan yang sangat jelas; Anak Utsman bin Affan\nAbbad : Tekun beribadah\nAbbas : Singa ; Nama paman Nabi\nAzmi : Keteguhan hati\n\u2018Aakif = Beriktikaf\n\u2018Aali = Tinggi\n\u2018Aamir = Memakmurkan\n\u2018Ashim = Menjauhi maksiat\n\u2018Aathif = Belas kasih\n\u2018Aatik = Pemurah, Yang murni\nAbadi = Yang Kekal\nAban = Lebih terang, lebih nyata, bersih\n\u2018Abbad = Tekun beribadah\nAbbad bin Bisyir = Yang selalu disertai cahaya Alloh, ahli ibadah yg tekun, dermawan, dan mu\u2019min sejati\nAbbas = Nama paman Nabi, nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nAbbasy = Rajin berusaha\n\u2018Abduh = Hamba-Nya, julukan dari Nabi Muhammad SAW\nAbdul Alim = Hamba Allah Yang Mengetahui\nAbdul Azim = Hamba Allah Yang Agung\nAbdul Aziz = Hamba Allah Yang Mulia\nAbdul Bari = Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan\nAbdul Basit = Hamba Allah Yang Melimpah Nikmat\nAbdul Baqi = Hamba Allah Yang Kekal\nAbdul Dayyan = Hamba Allah Yang Membalas\nAbdul Jabbar = Hamba Allah Yang Tegas\nAbdul Jalil = Hamba Allah Yang Mulia\nAbdul Jawad = Hamba Allah Yang Pemurah\nAbdul Fattah = Hamba Allah Yang Membuka\nAbdul Ghafur = Hamba Allah Yang Membuka\nAbdul Ghani = Hamba Allah Yang Pengampun\nAbdul Hadi = Hamba Allah Yang Kaya\nAbdul Hafiz = Hamba Allah Yang Memelihara\nAbdul Haiy = Hamba Allah yang Hidup\nAbdul Hak = Hamba Allah yang Sebenar\nAbdul Hakam = Hamba Allah yang Menghukum\nAbdul Hakim = Hamba Allah yang Bijaksana\nAbdul Halim = Hamba Allah yang Lemah Lembut\nAbdul Hamid = Hamba Allah yang Terpuji\nAbdul Hanan = Hamba Allah yang Penyayang\nAbdul Ilah = Hamba Allah, hamba Tuhan\nAbdul Karim = Hamba Allah yang Pemurah\nAbdul Khaliq = Hamba Allah yang Mencipta\nAbdullah = Hamba Allah\nAbdul Latif = Hamba Allah yang Lemah Lembut\nAbdul Majid = Hamba Allah yang Mulia\nAbdul Mannan = Hamba Allah yang Memberi Nikmat\nAbdul Muhaimin = Hamba Allah yang Berkuasa\nAbdul Mu\u2019ati = Hamba Allah yang Memberi\nAbdul Mun\u2019im = Hamba Allah yang Memberi Nikmat\nAbdul Nasir = Hamba Allah yang Menolong\nAbdul Qadir, Abdul Qayyum = Hamba Allah yang Berkuasa\nAbdul Qahar = Hamba Allah yang Perkasa\nAbdul Rauf = Hamba Allah yang Pengasih\nAbdul Rahman = Hamba Allah yang Pemurah\nAbdul Rahim = Hamba Allah yang Penyayang\nAbdul Rasyid = Hamba Allah yang Bijaksana\nAbdul Razak = Hamba Allah yang Memberi Rezeki\nAbdul Syakur = Hamba Allah yang Bersyukur\nAbdul Samad = Hamba Allah yang Menjadi Tumpuan\nAbdul Salam = Hamba Allah yang Penyelamat\nAbdul Wafi = Hamba Allah yang Setia\nAbdul Wadud = Hamba Allah yang Pengasih\nAbdul Wahab = Hamba Allah yang Memberi\nAbdul Warith = Hamba Allah yang Mewarisi\nAbdul Wahid = Hamba Allah yang Esa\nAbhar = Yang bergemerlapan, yang berseri\n\u2018Abid = Yang beribadat, beribadah\nAbidin = Yang beribadat\nAbrar = Golongan yang berbuat kebajikan\nAbrisam = Yang lembut/tampan\nAbsyar = Bergembira\nAbu Bakar = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nAbu Zar = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nAbu Samah = Pemaaf, Yang bertoleransi\nAbu Wasim = Yang tampan\nAdabi = Kesopananku, kesusasteraan\nAdam = Nama Nabi, ikutan, teladan\nAd-Daruquthni = Imam perawi hadist\nAdham = Yang cantik, tali rantai, peninggalan Kuno\nAdi = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nAdib = Beradab, sopan, pujangga\n\u2018Adil = Adil\nAdlan = Keadilan\n\u2018Adli = Keadilanku, kelurusanku, adil\n\u2018Adnan = Nama org terdahulu\nAdwa\u2019 = Cahaya\nAfdhol = Lebih Utama, terbaik\nAffan = Pendaki, nama ayah Caliph Uthman\nAffandi = Gelar bagi orang yang berkedudukan\nAfham = Yang pandai\n\u2018Afi = Pemaaf\n\u2018Afif = Punya harga diri\nAfiq = Yang mulia\nAfkar = Yang bijak\nAflah = Yang beruntung, lebih sukses\nAfnan = Kecantikan/seri\nAfqar = Fakir\nAfsar = Lebih Jelas\nAfwu = Pemaaf\nAgha = Ketua, pimpinan\nAghna = Berdikari\nAhda = Beroleh petunjuk\nAhlam = Impian, kesabaran\nAhlami = Impianku, kelembutanku\nAhlan = Keselamatan\nAhmad = Terpuji\nAhmas = Yang bersemangat\nAhna = Yang lemah lembut\nAhnaf = Yang berpegang teguh pada ajaran agama, lebih suci ( lurus )\nAhsan = Yang terbaik\nAhwas = Pemberani\nAhwaz = Yang bersungguh-sungguh\nAhza = Yang beruntung\nAibaq = Pesuruh\nAiyub = Nama nabi\nAiman = Yang bertuah, kanan\nAisar = Yang senang, mudah\nAisy = Mewah, kaya raya\nAjad = Berbuat baik\nAjmal = Cantik, molek\nAjwad = Yang lebih pemurah, terbaik\nAkalil = Mahkota\nAkbar = Yang besar\nAkhdan = Sahabat\nAkhtar = Yang terpilih\nAkid = Yang kuat, teguh, tetap\nAkif = Yang menumpukan dirinya pada sesuatu\n\u2018Akif = Beri\u2019tikaf\nAkma = Pimpinan\nAkmal = Sempurna, sangat pandai\nAkram = Yang mulia, Lebih mulia\nAkramah = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nAkwa = Yang perkasa, kuat\nAlamar = Berlapis emas\nAlamgir = Penakluk dunia\n\u2018Alauddin = Ketinggian agama, kemuliaan agama\nAl Baihaqi = Imam perawi hadist\nAl Fatih = awal, pembuka, pertama\nAlham = Beroleh ilham\n\u2018Ali = Yang mulia, tinggi kedudukannya\nAlif = Kawan rapat\nAlim = Yang mengetahui\n\u2018Alim = Berilmu\nAliuddin = Ketinggian agama\nAliyan = Yang tinggi\nAllam = Sangat mengetahui\nAllamah = Yang berilmu luas\nAlma\u2019 = Yang bergemerlapan\nAltaf, Althaf = Baik hati, lemah lembut, lebih lembut\nAltamis = Panglima, ketua\nAlwan = Warna-warni\nAlzam = Yang tekun\nAmadi = Masa, matlamatku\nAmad = Tujuan\nAmal = Cita-cita, harapan\nAmali = Cita-citaku, harapanku\nAmaluddin = Cita-cita agama\nAmami = Golonganku\nAman = Sentosa, keamanan\nAmanat = Pertaruhan, amanah\nAmani = Kesejahteraanku\nAmanullah = Keamanan dari Allah\nAmar = Yang ramai zuriat\nAmili = Yang bekerja\nAmin = Yang amanah, yang dipercayai, pemegang amanat\nAminin = Orang-orang yang aman\nAminuddin = Pengamanah agama\nAmir = Putera, ketua, pemerintah, penguasa, pemimpin, makmur\nAmiruddin = Pembela agama\nAmjad = Mulia, soleh, lebih mulia\nAmkrun = Orang-orang berkuasa\nAmmar = Yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang\nAmnan = Tempat yang aman, ketenangan\nAmni = Keamananku\nAmran = Yang memakmurkan\nAmrin = Perintah\nAmrullah = Perintah Allah\nAmrun = Kemakmuranku\nAmsyar = Yang cergas\nAmzar = Yang mulia\nAnaqi = Keindahanku yang menawan hati\nAnas = Kemesraan, cinta, kasih, mesra, periang\nAn\u2019am = Yang diberi nikmat\nAndar = Yang berseri\nAnjab = Lebih utama dan bernilai\nAniq = Yang kacak lagi menawan hati\nAnis = Yang mesra, teman setia, ramah tamah dalam pergaulan\nAn-Nasa\u2019i = Imam perawi hadist\nAnma = Yang maju\nAnmar = Air yang bersih\nAnsar = Penolong, penyokong\nAnsari = Penolongku, penyokongku\nAnshar = Kaum Anshar sahabat Nabi SAW\nAntar = Berani dalam peperangan, nama pahlawan ksatria Arab\nAnwar = Yang bercahaya, lebih bersinar, lebih bersih\nAnwari = Cahayaku\n\u2018Aqib = Balasan yang baik\n\u2018Aqil = Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar, berakal\nAqlan = Kebijakan\nAqhar = Yang gagah\nAqmar = Putih, cantik\nAqra = Pandai membaca\nArafat = Yang terkenal, kenalan\nArami = Panji-panji\nArfa = Yang tinggi, mulia\nArfan = Mengetahui\nArhab = Memanjakan, lebih lebar dan luas\nArham = Yang mesra\nArib = Yang mahir\n\u2018Arif = Yang bijak, mengetahui, terpelajar, sholih, berwibawa\nAriffin = Yang bijak\n\u2018Ariq = Baik budi, mulia asalnya, bijaksana\nArkam = Yang mulia, lebih mulia\nArkhan = Pondasi\nArman = Harapan, aspirasi\nArqam = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nArsalan = Nama seorang tokoh Islam\nArsyad = Yang sangat cerdik\nArumi = Asal keturunanku\nAryan = Kekuatan penuh\nAs\u2019ad = Yang berbahagia\nAsdaq = Benar\nAsfa = Yang suci\nAshmah = Yang berani\nAshraf = Lebih luhur\nAsif = Menggambarkan, melukiskan\nAsil = Yang mulia, murni, bersih\nAsir = Menawan, memikat hati, mempesona\nAsjad = Emas, permata\nAskari = Tentera\nAslam = Selamat, terkawal, masuk Islam\nAslah = Yang lebih baik\nAsmah = Yang pemaaf\nAsmai = Hati yang suci\nAsmaan = Hati yang suci dan pendapat yang teguh\nAsmar = Yang hitam manis\nAsna = Yang tinggi, yang bersinar\nAsnawi = Yang berseri, gemilang\nAsri = Masaku, kemajuanku mengikut masa\nAsyari = Perasaanku\nAsyiq = Kekasih, pencinta\nAsymawi = Pemberianku\nAsyraaf = Yang mulia, Asyraf = lebih mulia\nAsy\u2019ar = Perasa, jiwa halus\nAsyrani = Periang, kemegahanku\nAsytar = Yang menawan\nAta = Pemberian, hadiah\nAtaullah, Athallah = Karunia Allah\nAthar = Suci, bersih\nAthari = Yang bersih\n\u2018Athif = Belas kasih\nAthmar = Yang berjaya\nAththobarani = Imam perawi hadist\nAtif = Belas Kasihan\n\u2018Atik = Pemurah, yang murni\n\u2018Atiq = Ka\u2019bah, yang dimerdekakan\nAtmam = Kesempurnaan\nAt-Tirmidzi = Imam perawi hadist\nAtyab = Wangi\n\u2018Aun = Bantuan, pertolongan\nAus = Pemberian\nAufa = Yang setia, lebih tepat\nAuni = Ketetapanku\nAwam = Yang tangkas\nAwad = Gantian, pemberian\nAwali = Pedang\nAwadullah = Pemberian, gantian dari Allah\nAwliya = Kekasih\nAwraq = Yang memberi semangat\nAwsam = Yang segak\nAwuf = Yang wangi\nAwwab = Yang banyak bertaubat pada Alloh\nAwwadi = Yang bersungguh-sungguh\nAwwal = Pandai mentakwil\nAwwam = Perenang\nAyadi = Nikmat\nAyaz = Pekerja keras ( Persian )\nAyman = Beruntung, pemegang kendali yang benar\nAysar = Yang mudah\nAyyub = Nama nabi\nAzad = Bebas, merdeka\nAzam = Keazaman\nAzamuddin = Keazaman agama\nAzaim = Pelbagai azam\nAzbin = Bersih, suci\nAzfar = Yang berjaya, yang menang\nAzhad = Yang zuhud\nAzhar = Yang berseri, yang gemilang, lebih cerah\nAzhari = Yang berseri, yang gemilang\nAzib = Sabar dan gigih\nAzim = Besar\nAziman = Keazaman\nAziz = Yang mulia, yang kuat, kekasih\nAzizi = Kesayanganku, kekasihku\nAzizan = Yang mulia, yang kuat, kekasih\nAzka = Semakin maju, suci, bersih\nAzman = Cita-cita, tekad\n\u2018Azmi = Cita-citaku, tekadku, keteguhan hati\nAzmil = Kawan rapat\nAzri = Kekuatanku, penyokongku\nAzwar = Rajin \u2018\nAzza = Perhiasan\n\u2018Azzam = Kebulatan tekad, ziarah/emas\n\u2018Azzan = Nama orang Dahulu\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf B\n\nBaadi, Badi = Istimewa\nBaahi, Baha = Termegah, terhebat\nBaari = Pencipta, salah satu dari nama Alloh\nBadar = Bulan penuh, bulan purnama\nBadi\u2019 = Indah\nBadil = Pengganti\nBadiuzzaman = Keindahan semasa\nBadran = Bulan penuh (purnama)\nBadri = Bulan purnamaku, mempercepat jalannya\nBadrulmunir = Bulan bercahaya\nBadrun = Bulan purnama\nBadruddin = Bulan purnama agama\nBadruz Zaman = Bulan purnama bagi jaman\nBadrut Tamam = Bulan purnama\nBadrut Taman = Bulan purnama yg sempurna\nBaghawi = Nisbah\nBahadur = Berani, kuat\nBahauddin = Sinaran/ keindahan agama\nBahi = Indah\nBahij = Yang indah menawan, penggembira\nBahir = Elok, mempesona\nBahjan = Cemerlang\nBahjat = Kegemilangan, gembira, bahagia\nBahlawan = Pendaki gunung\nBahran = Bercahaya\nBahri = Kegemilanganku\nBahruddin = Sinaran agama\nBahzi = Pembelaku\nBais = Tentera\nBakhit = Yang bertuah\nBakhtiar = Yang bahagia\nBakir = Muda, pagi2 benar\nBakizah = Permata\nBakri = Pagi-pagi benar\nBaliq = Fasih\nBalyan = Nama auliya\nBanan = Ujung jari\nBanin = Yang bijak, gigih\nBaqir = Sangat pandai, terpelajar\nBariq = Bercahaya, kemilau\nBariz = Menonjol\nBarra = Yang bersih\nBarzun = Utama, berani\nBasil = Berani\nBasim = Gembira, tersenyum, selalu tersenyum\nBasir = Bijak, melihat\nBasirun = Yang melihat\nBasit = Pereka, pembuat\nBaslan = Keberanian\nBasri = Penglihatanku\nBassam = Suka tersenyum\nBasyar = Pembawa berita baik\nBasyarah = Indah\nBasyir = Penyampai berita gembira\nBasyirun = Yang melihat\nBayiyuddin = Sinaran agama\nBazil = Yang pandai\nBazilin = Yang menyumbang\nBazli = Kebijaksanaanku, kepakaranku\nBilal = Nama sahabat nabi, titisan embun\nBiruni = Nama ulama besar\nBisyari = Kegembiraan\nBisyir = Berita gembira\nBisyrun = Berita gembira\nBunyamin = Nama saudara nabi yusuf\nBudair = Berjalan cepat\nBukhari = Imam perawi hadist\nBuraid = Dingin\nBuraidah = Kesejukan\nBurhan = Alasan, bukti, dalil, cahaya\nBurhanuddin = Dalil/cahaya/ bukti agama\nBusairi = Nisbah\nBusrain = Kesegaran\nBusran = Kabar gembira\nBustani = Tamanku\u00a0\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf D\n\nDabir = Akar, asli, mutlak\nDaffa = Pembela\nDafinah = Kekayaan yang tersembunyi\nDahin = Yang cerdik\nDahlan = Nama belakang ulama\nDailami = Askarku\nDa\u2019im = Kekal abadi\nDa\u2019in = Da\u2019i, penyeru, pemanggil\nDaisam = Lemah lembut\nDaiyan = Hakim, pelindung, penjaga\nDalil = Petunjuk, pemimpin, model, teladan\nDana = Cerdas, bijak\nDani = Dekat\nDaniyal = Nabi Alloh SWT\nDanish = Pengetahuan, bijak\nDaris = Pembaca, pelajar\nDarul Muqomah = Tempat yg kekal ( surga )\nDarwisy = Warak\nDasuqi = Keindahanku, cahayaku\nDawani = Nisbah\nDaud = Nama Nabi Alloh SWT\nDhabit = Yang kuat ingatan\nDhafir = Menang\nDhahir = Yang membantu\nDhaifullah = Tamu Allah\nDhamir = Yang langsing\nDhamiri = Jiwaku\nDhiya\u2019 = Cahaya, sinar\nDhiya\u2019Ulhaq = Sina (cahaya) hak, sinaran kebenaran\nDhiya \u2018Uddin = Cahaya agama\nDhiya\u2019ur Rahman = Cahaya Yang Maha Pemurah\nDhobith = Cermat, kuat, hakim\nDhoif = Tamu\nDhoifullah = Tamu Alloh\nDhomin = Penjamin\nDhomir = Hati nurani\nDhomiri Fadhil = Hati nurani, yg utama\nDhomrah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nDhori\u2019un = Orang2 yg merendahkan diri, tunduk\nDhowi = Bersinar\nDhu\u2019un = Cahaya terang\nDhukhom = Gemuk\nDhuyuf = Tamu\nDifa = Pertahanan\nDika = Ayam jago, jantan\nDika Azhari = Ayam jago, bunga\nDin = Agama, kepercayaan\nDini = Agamaku\nDin Syamsudin = Matahari agama\nDubies = Nama pahlawan arab\nDurrani = Permataku\nDurar = Mutiara\nDzahab = Emas\nDzaki = Cerdas, pandai, mudah, faham\nDzakir = Teguh pendirian, baik/kuat harapannya\nDzakka\u2019 = Cerdik\nDzakwan = Harum semerbak, cerdas, jenius\nDzal Aidi = Punya kekuatan\nDzalkifli, Dzulkifli = Yang punya kesanggupan\nDzamar = Nama seorang raja Yaman zaman dahulu\nDzanun = Dzun Nun ( Nabi Yunus as )\nDzatil\u2019imad = Yang punya bangunan2 tinggi\nDziban = Penghalau, yg membantu\nDzikro = Pengajaran, peringatan\nDzil Awtad = Punya pasak2 ( tentara yg banyak )\nDzimar = Kehormatan diri\nDziyab = Memperoleh harta, serbuan\nDzulfiqar = Nama pedang Rasulullah SAW\nDzul Autad = Punya tentara yg banyak\nDzul Fahmi = Punya kefahaman\nDzul Rahman = Yang Maha Pemurah\nDzulfaqor = Nama pedang sahabat Ali bin Abi Thalib\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf F\n\n\nFadal = Keutamaan\nFadhl = Kebaikan, kelebihan, sisa\nFadhali = Kelebihan, keutamaan\nFadhil = Orang yg berbuat kebaikan, utama, mulia\nFadholi = Kelebihan \u2013 keutamaan\nFadhlurrahman = Keutamaan dari Allah, Anugrah Arrahman\nFadi = Penebus\nFadil = Yang mulia, murah hati, yg utama\nFadl = Dermawan, murah hati\nFadlan = Keutamaan\nFadli = Kelebihanku, ihsanku\nFadlin = Keutamaan\nFadlullah = Kelebihan Allah\nFaeyza = Sukses, hidupnya meningkat\nFahad = Harimau bintang\nFahd = Harimau\nFahim = Yang faham, memahami, pintar, rajin belajar\nFahmi = Kefahamanku, pemahaman\nFahman = Kefahaman\nFahri = Kebanggaan\nFa\u2019id = Tetap, berhasil, istimewa, sungguh2\nFaiq = Tertinggi, utama, terkenal, terkemuka\nFairuz = Batu permata\nFaisal, Faishal = Penyelesaian, pemisah antara hak dan batil\nFa\u2019iz = Berjaya, menang\nFa\u2019izin = Orang2 sukses\nFajar = Cahaya putih\nFajari = Waktu fajar\nFakhir = Kebesaran, yang baik, kejayaan\nFakhr Al Din = Kejayaan agama, kemenangan agama\nFakih = Menyenangkan, sedap\nFakhir = Kebesaran, yang baik\nFakhri = Kemegahanku, kebanggaan\nFakhruddin = Kebanggaan agama, keutamaan dari Alloh\nFakhrullah = Kemegahan Allah\nFalah = Jaya, sukses, beruntung\nFalih = Sukses\nFannani = Seniman\nFaqih = Yang mengerti, ahli fiqh, bijaksana\nFaraj = Kelonggaran, pelepasan\nFarhan = Bergembira\nFarhat, Farhun = Kegembiraan\nFarid = Istimewa, permata, tiada bandingan, tunggal, permata yang mahal\nFariduddin = Permata agama, keistimewaan\nFaris = Yang alim, penunggang kuda, ksatria\nFaruq = Pembeda antara benar dan salah\nFasahat = Fasih, lancar\nFasih = Yang fasih\nFathan = Kemenangan, Cerdas\nFathi = Pembuka, kemenanganku\nFathuddin = Pembukaan, kejayaan agama\nFathul Islam = Pembuka, kejayaan Islam\nFathullah = Pembukaan, kejayaan Allah\nFathurrahman = Pembukaan, kejayaan Allah yang pengasih\nFatih = Pembuka, perintis, pemenang, penakluk\nFattah = Penakluk\nFauhad = Anak kecil yang gemuk\nFauzi = Kejayaanku\nFauzan = Kejayaan, kemenangan\nFawwaz = Berjaya\nFayyadh = Murah hati\nFidai = Pengorbanan\nFikri = Fikiranku, pemikir, pemikiranku\nFiras = Kecerdikan, tajam pikiran\nFirdaus = Nama syurga\nFitri = Semulajadi\nFuad = Hati, jiwa\nFuadi = Jiwaku\nFurqan = Bukti, kenyataan, pembeda benar dan salah\nFudail = Kelebihanku, kemuliaan\u00a0\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf G\n\nGadi = Keberuntunganku\nGhadi = Singa\nGhaffar = Sedia mengampuni, lembut hati\nGhaffur = Pengampun\nGhailan = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nGhaisan = Rupawan\nGhaisani = Cantik dan muda\nGhali = Mahal\nGhalib = Yang menang\nGhanim = Yang mencapai kejayaan\nGhanimi = Kejayaanku\nGhani = Kaya, mewah\nGhassan = Kecantikan dan kelembutan remaja, nama suku arab\nGhaus, Ghauts = Pertolongan\nGhazali = Nama seorang sufi dan filosof muslim\nGhazlan = Tenunan\nGhazi = Pejuang\nGhoits = Hujan\nGholi = Mahal, sesuatu yg bernilai tinggi\nGholib = Pemenang\nGhomid = Pedang dlm sarungnya, nama Kabilah di Hijaz\nGhonam = Penjaga rampasan perang\nGhonim = Yang mendapat keuntungan\nGhosan = Sumber air di padang pasir, usia muda belia\nGhozi = Prajurit di medan perang, bertujuan\nGhufran, Ghufron = Keampunan, pengampunan\nGhulam = Anak muda\nGhulaman Zakiya = Anak muda yg suci\nGhulwani = Keremajaan dan kecerdasan\nGhulan = Remaja\nGhurofan = Tempat2 yg tinggi\nGhusun = Tangkai pohon\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf H\n\n\nHaban Mutarokiba = Butir yg banyak\nHabbab = Yang mengasihi\nHabib = Kekasih, sayang, dicintai\nHabibi = Kesayanganku\nHablan = Yang penuh\nHabri = Kegembiraanku\nHadi = Yang memimpin, penunjuk jalan\nHadwan = Ketenangan\nHadrami = Nisbah\nHadad = Dewa Syria yg jantan\nHadari = Maju\nHaddad = Lautan\nHadi = Penuntun, seseorang yg religius\nHadif = Yang mempunyai matlamat\nHafidh = Pemelihara, Penghafal\nHafiz = Penjaga, pelindung\nHafizuddin = Pemelihara agama\nHafuza = Pemberi semangat\nHaidar = Berani, singa\nHaikal = Pokok yang besar dan subur\nHail = Yang disegani\nHa\u2019im = Yang mengelilingi\nHaimadi = Pujian agama\nHaiman = Yang cinta, asyik, menguasai\nHaitham = Yang mudah, singa\nHaiyan = Yang hidup\nHajaj = Pelawat\nHajib = Pendinding\nHajid = Yang sholat tahajjud\nHajim = Pelindung\nHajid = Yang sholat malam ( tahajjud )\nHakam = Pengadil\nHakim = Bijaksana\nHakmani = Pengadil\nHamad = Terpuji\nHamas = Berani\nHambali = Pengikut Imam Ahmad bin Hambali\nHamdan = Terpuji, pemuji Alloh\nHamdawi = Yang memuji\nHamdi = Pujianku, pujian\nHamdun = Terpuji, pujian\nHamid = Yang memuji\nHamiduddin = Pujian agama\nHamim = Teman karib\nHamimi = Teman karibku\nHamiz = Cerdik, kuat, tampan\nHamizan = Cerdik, kuat, tampan\nHamlan = Berdiri sendiri\nHammadi = Pemuji\nHammam = Yang mempunyai kemauan keras\nHammani = Pemberi semangat\nHamsyari = Anak jati watan\nHamud = Yang banyak memuji\nHamzah = Kebijaksanaan, nama paman Nabi\nHamzi = Ketegasanku\nHanafi = Kelurusanku, pengikut Imam Abu Hanifah\nHanania = Dikasihi Allah\nHani, Hani\u2019 = Yang mengucapkan selamat\nHanif = Muslim yang teguh, yang lurus, bersih, suci\nHanin = Kesayangan\nHanis = Berani\nHanun = Kesayangan\nHariri = Suteraku, nisbah\nHaris = Pengawal, pelindung\nHariz = Pemelihara\nHarith = Kuat, berusaha\nHarraz = Yang amat warak\nHarun = Nama nabi\nHarzan = Penjagaan\nHasan = Indah, baik\nHasbi = Yang memadai bagiku\nHasbullah = Jaminan Allah\nHashim = Nama kakek buyut Nabi\nHasib = Berketurunan mulia\nHasif = Kemas, rapi\nHasnain = Dua kebaikan\nHasnun = Yang baik\nHasnawi = Kecantikan\nHassan = Sangat baik, bagus\nHasyiem = Yang bermaruah\nHasyim = Pemurah, yang suka menjamu orang\nHatadi = Keaslianku\nHatim = Pemutus, penentu, murni, yang lurus, benar\nHauzan = Mahluk Manusia\nHawari = Pengikut setia\nHawwari = Penolong, bersih\nHawwas = Yang bersemangat\nHaziq = Cerdik, pandai\nHazim = Tegas, cermat, bijak, teliti\nHazmi = Ketegasanku\nHazwan = Pemberianku\nHayfa = Rupawan\nHayyun = Hidup\nHelmi = Sabar dan berakal\nHfiy = Yang memuliakan\nHibatullah = Kurnia, anugrah Alloh\nHibban = Ibnu Hibban Pewari Hadist\nHidayat = Petunjuk\nHidawi = Pemberian\nHidayatullah = Petunjuk Allah\nHijazi = Kebersihanku\nHikmat = Hikmat\nHilal = Bulan sabit\nHilman = Kesopanan, kesabaran\nHilmi = Kesopananku, kesabaranku\nHimmat = Cita-cita\nHisham = Nama orang Arab populer\nHisyam = Murah hati\nHisyamuddin = Kemurahan agama\nHiwayat = Yang disukai\nHubaib = Kekasih\nHulaif = Yang setia\nHulawi = Yang manis/menarik\nHumaidi = Kepujianku\nHumam = Maharaja, memiliki jiwa kepahlawanan, dermawan\nHumdi = Yang memuji\nHusam = Pedang yang tajam\nHusain = Elok, cantik, indah, baik\nHusaini = Kebaikanku\nHusnayan = Kemenangan, syahid\nHusni = Indah\nHusoin = Benteng pertahanan\nHuwaidi = Kembali kepada yang hak\nHuzaifah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nHuzaiman = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\u00a0\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf I\n\nIbad, Ibaad = Rajin beribadah, hamba-hamba Alloh\nIbkar = Pagi hari\nIbnu = Anak laki2\nIbnu Abbas = Nama sahabat dan paman Nabi Muhammad SAW, ahli tafsir\nIbnu Hajar = Nama ulama penyusun kitab hadits Bulughul Marom\nIbnu Kholdun = Filosof dan sosiolog muslim\nIbrahim = Nama nabi, ayah yg baik\nIbtisam = Senyuman\nIdlan = Keadilan\nIdraki = Pengetahuanku, kefahamanku\nIdris = Nama nabi\nIdrus = Singa\nIffat = Kehormatan diri\nIftikhar = Kehormatan, pembawa kehormatan\nIftiqar = Keperluan\nIhsan = Kebaikan\nIhtisyam = Kehebatan\nIjlal = Penghormatan, petunjuk, mulia, terhormat\nIkhlas = Memuliakan\nIkhtiari = Pilihanku\nIkhtiaruddin = Pilihan agama\nIkhwan = Persaudaraan\nIkram = Menghormati\nIktidal = Keadilan\nIktimad = Berserah\nIktisham = Tenaga\nIlham = Ilham, isyarat yang baik\nIliya = Nama nabi\nIlyas = Nama nabi\nIlyasa = Nama nabi\nImadi = Sokonganku\nImaduddin = Tiang agama\nImam = Pemimpin\nIman = Iman, keimanan\nImdad = Tolong, bantu, sokong\nImtiyaz = Pilihan\nImran = Budi bahasa, nama ayahanda Maryam AS\nInas = Kelembutan\nInayat = Pertolongan\nInsaf = Kesadaran\nIntisar = Kemenangan\nIqbal = Kejayaan, pujangga muslim, kemajuan\nIqtidar = Kekuatan, tenaga\nIrfan = Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan\nIrsyad = Nasihat, panduan, petunjuk\nIrsyaduddin = Panduan agama\nIs\u2019ad = Beroleh taufiq\nIsa = Nabi nabi\nIsam = Orang sukses dengan usahanya sendiri\nIshak = Nama nabi\nIsham = Maksum\nIshmat = Kekuatan menjauhi maksiat\nIskandar = Nama seorang raja\nIslam = Kesejahteraan\nIslah = Pembetulan\nIsma = Pemelihara\nIsmail = Nama nabi\nIsmat = Ketulinan, kesucian\n\u2018Ismat = Kekuatan menjauhi maksiat\nIsrar = Persendirian\nIstafa = Pilih, suka\nIsyhad = Penyaksian\nIsyraf = Pengganti, pengawasan\nIsyraq = Memberi sinar\nIthar = Mengasihi orang lain\nI\u2019tishom = Menjauhkan diri dari perbuatan maksiat\nIwadh = Pengganti\nIyad = Sokongan, kekuatan, gunung yang sukar didaki\nIzdihar = Perkembangan, kemajuan\nIzdiyad = Pertambahan\nIzz = Kekuatan\nIzzan = Kepatuhan\nIzzat = Kemuliaan\nIzzudin, Izzuddin = Kemuliaan agama\nIzzul Haq = Kemuliaan yang haq, sebenar-benarnya kemuliaan\nIzzul Islam = Kemuliaan Islam\u00a0\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf J\n\n\nJaad = Sungguh2, dermawan\nJaafar = Anak sungai\nJaballah = Hadiah Allah\nJabalun = Gunung, bukit\nJabir, Jabr = Pemberi kenyamanan, penghibur\nJabil = Yang kreatif\nJabran = Pengganti, pembetul\nJabri = Pertolonganku\nJabrullah = Pertolongan Allah\nJadid = Baru\nJadir = Pemurah\nJadulhaq = Jalan kebenaran\nJaffan = Yang terkawal\nJafin = Yang mengawal\nJafni = Kawalanku dari kejahatan\nJahdi = Kemampuan\nJahid = Yang berusaha\nJahran = Yang tangkas\nJaiz, Ja\u2019iz = Boleh\nJalal = Kemuliaan, keagungan, semarak, cahaya, keindahan\nJalaluddin = Kemulian agama\nJali = Yang nyata\nJalil = Yang mulia\nJalud = Kuat dan sabar\nJamal = Kecantikan, keindahan, cemerlang\nJamali = Kecantikanku\nJamaluddin = Keindahan agama\nJamalullail = Keindahan malam\nJam\u2019an = Kesatuan, 2 pasukan\nJamhari = Kelompok manusia\nJamil = Yang tampan, indah\nJamri = Perhimpunanku\nJamsyir = Kecantikan\nJarir = Tempat bertumpu\nJaris = Karunia Allah\nJarullah = Tetangga Allah\nJasim = Badan, Fisik\nJasir = Keberanian\nJauhar = Permata\nJauhari = Permataku\nJauni = Keputihan, siang\nJauzan = Pertengahan\nJawad, Jawwad = Murah hati, pemurah\nJawahir = Permata\nJazali = Kegembiraanku\nJazil = Besar, banyak\nJazim = Mempastikan\nJazli = Fasih\nJazman = Tekad bulat\nJazmi = Tekad yang kukuh\nJazlan = Gembira, riang\nJazman = Tekad yang kukuh\nJazuli = Nisbah\nJihad, Jihadi = Perjuangan\nJihan = Kemegahan\nJilani = Penyiaranku\nJiratullah = Bantuan Allah\nJiwari = Jaminanku\nJiyad = Yang Baik\nJuani = Sinaranku\nJubair = Pertolongan, nama ulama besar\nJubran = Nama sastrawan\nJufri = Keluasan, di tengah\nJuhair = Suara Nyaring, Lantang\nJuhlan = Yang termulia\nJuman = Mutiara\nJumani = Mutiaraku\nJunaid = Tentara\nJunaidi = Tentaraku\nJunaidun = Tentera\nJundi = Prajurit\nJuwaidi = Keelokanku\u00a0\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf K\n\nKaab, Ka\u2019ab = Kemuliaan, terhormat\nKabir = Agung, besar\nKadar = Berkekuatan penuh\nKadhim = Menahan Diri\nKadin = Teman, rekan, kawan\nKahla = Dewasa\nKailani = Nama seorang ulama, nama kitab Shorof\nKafil = Penjamin\nKafila = Saksi\nKalim = Ahli pidato\nKalimatullah = Kalimat Alloh\nKamal = Kesempurnaan\nKamaluddin = Kesempurnaan agama\nKamaruddin = Bulan agama\nKamaruzzaman = Bulan masa\nKamarul Arifin = Bulan orang arif\nKamil = Sempurna\nKarami = Kemuliaanku\nKarim = Yang mulia\nKariman = Haji dan jihad\nKarman = Kemuliaan\nKasir = Melimpah, banyak\nKatib = Juru tulis\nKazhim = Menahan diri\nKazim = Penyabar\nKhabir = Yang mengetahui dengan sebenarnya, pakar, berpengalaman\nKhadim = Sukarelawan\nKhairan = Kebaikan\nKhairani = Kebaikanku\nKhair, Khairi = Kebaikan, kebajikanku\nKhairin = Kebaikan\nKhairul Anwar = Cahaya yang baik\nKhairuddin = Sebaik-baik agama, kebaikan agama\nKhairullah = Kebaikan dari Allah\nKhairul Amirin = Sebaik-baik pembina\nKhairul Anam = Sebaik-baik manusia\nKhairul Harisin = Sebaik-baik pengawal\nKhairul Ikhwan = Persaudaraan yang baik\nKhairun Nas = Sebaik-baik manusia\nKhairul Zaman = Sebaik-baik masa\nKhaizuran = Ketua, pemimpin\nKhalaf = Anak yang baik, pengganti, ulama\nKhalas = Yang selamat\nKhadhi = Orang yg rendah hati\nKhairi Habibullah = Kebaikan, kekasih Alloh\nKhairul Anam = Sebaik-baik manusia\nKhairul Hadi = Sebaik-baik yang memberi petunjuk\nKhairul Jamal = Sebaik-baik keindahan\nKhairul Umam = Sebaik-baik umat, nama seorang seniman\nKhaldun = Kekal, nama seorang ahli sejarah\nKhalid (Abd) = Yang kekal\nKhalil = Sahabat, Kesayangan\nKhalifah = Pengganti, wakil\nKhalili = Sahabat\nKhalis, Khalish = Suci, ikhlas, murni\nKhallad = Yang kekal\nKhan = Ketua, pemimpin\nKhasyi = Orang yg khusu\u2019 dlm sholat\nKhattab, Khatthab, Khatib, Khathib = Ahli pidato\nKhawatim = Akhir, cincin\nKhayam = Pembuat khemah\nKhayru = Lebih baik\nKhazin = Penyimpan harta negara, bendahara\nKhazindar = Penjaga kekayaan\nKhidir = Nama nabi, orang shaleh kawan Nabi Musa AS\nKhilfi = Pengganti\nKhithoba = Berbicara\nKhiyar = Pilihan terbaik\nKhobir = Yang mengetahui dengan sebenarnya, ahli mengetahui\nKhosyi = Orang yang khusyu\u2019 dalam shalat\nKhodhi\u2019 = Orang yang rendah hati\nKhodim = Jejaka\nKhofiqur Ruh = Yang menarik hati\nKhoir = Baik, lebih baik\nKhoiri, Khoiron = Kebaikan\nKhoir Sholih = Baik, sholih\nKhoiruddin = Yang baik agamanya\nKhoirul Anam = Sebaik-baik makhluk\nKhoirullah = Kebaikan dari Alloh\nKhoirun Maqoma = Lebih baik tempat tinggalnya\nKhoirun Marodda = Lebih baik kesudahannya\nKhoirun Nuzula = Hidangan yg lebih baik\nKhola\u2019ifal Ardhi = Penguasa-penguasa di muka bumi\nKhorulfashilin = Pemberi keputusan yang baik\nKhozin = Penyimpan harta\nKhuararizmi = Nisbah\nKhudari = Nisbah\nKhumaini = Pandangan yang jauh\nKhursyid = Matahari\nKhuwailid = Kekal\nKiram = Mulia\nKiraman = Mulia\u00a0\n\nNama\u00a0anak\u00a0lelaki dalam Islam huruf L\n\nLabib = Cerdik, munasabah, bijaksana, cerdas\nLabid = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nLahmuddin = Kekuatan agama\nLa\u2019iq = Yang layak\nLais = Berani\nLamani = Kegemilanganku\nLamih = Mengkilat\nLami\u2019 = Mengkilat\nLamin = Kepercayaan\nLathif = Halus budi, sopan\nLatif = Lembut, bersopan\nLazim, Lazman = Tetap\nLiaqat = Kebolehan, keupayaan\nLibasut Taqwa = Pakaian taqwa\nLisana Shidqin = Buah tutur yang baik\nLiwauddin = Panji agama\nLiwaun Nasari = Panji kemenangan\nLizam = Yang mendiami\nLu\u2019ay = Nama seorang datuk Nabi Muhammad SAW\nLubaid = Yang kaya\nLubawi = Yang pintar\nLujain, Lujaini = Keputihan, perak\nLukman, Luqman = Nama nabi, bijaksana, jalan yg jelas\nLuqmanul Hakim = Luqman yang bijaksana\nLutfan = Lemah lembut\nLuthfi = Keramah-tamahan\nLuthfi Hamid = Keramah-tamahan yang terpuji\nLuthfi Yazid = Keramah-tamahan, bertambah\nLutfi = Kehalusanku, lembut\nLutfilah = Taufik Allah\nLutfil Hadi = Taufik Allah Yang Hadi\nLutfir Rahman = Pertolongan Allah\nLuth = Nama nabi\nLuzman = Tetap\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf M\n\n\nMa\u2019ayisy = Penghidupan, keperluan2 hidup\nMaajid = Mulia\nMaalik = Yang memiliki\nMaamar = Kemakmuran\nMaarif = Kecantikan, pengetahuan\nMaasyir = Pandai bergaul\nMabruk = Yang diberkati\nMabrur = Membuat kebajikan\nMadani = Kemajuan\nMahadhir = Menulis kebaikan\nMahasin = Kebaikan\nMahamid = Pujian, terpuji\nMahbub = Dikasihi, disukai, dicintai\nMahdi = Yang mendapat hidayah\nMahfuz = Terpelihara\nMahir = Pakar\nMahmud = Terpuji\nMahran = Kebijaksanaan\nMahrus = Yang dijaga\nMahzuz = Bernasib baik\nMa\u2019in = Air mengakir yg sangat jernih\nMaisur = Yang senang\nMajad = Kemuliaan\nMajdi = Kemuliaanku, kemuliaan\nMajduddin = Kemuliaan agama\nMajid = Dihormati\nMakarim = Kemuliaan\nMakhlad = Yang kekal\nMakhluf = Maju\nMa\u2019mun = Aman, yg dapat dipercaya\nMalazi = Tempat perlindungan\nMa\u2019lum = Yang diketahui\nMamduh = Terpuji\nManaf = Ketinggian, kenaikan\nManan = Pemurah\nMansur = Pemenang, yang mendapat pertolongan\nManzur = Yang boleh diterima, dipersetujui\nMaqbul = Diterima, dipersetujui\nMar\u2019ie = Terpelihara\nMarjan = Batu karang\nMarzuq = Yang mendapat rezeki\nMarzuqi = Rezekiku\nMarwan = Urusan yang lurus, seorang Khalifah dari Bani Umayyah\nMasrur = Yang riang, suka\nMasyhur = Kesohor\nMasykur = Yang bersyukur\nMas\u2019ud = Bertuah, bahagia\nMasyhad = Kesaksian\nMasyahadi = Persaksianku, tuntutanku\nMasyruh = Lapang dada\nMasun = Yang terpelihara\nMatlub = Cita-cita\nMaula = Pemimpin\nMaulawi = Yang berzuhud (Maulana)\nMawardi = Nisbah, air mawarku\nMazhud = Yang zuhud\nMaziz = Mulia\nMiftah = Pembuka, perintis\nMifzal = Teramat mulia\nMikbad = Ibadah\nMikdam = Berani\nMikyad = Yang bertaubat\nMinhaj = Acara, biasa\nMirza = Anak yang baik\nMisbah = Pelita, cahaya\nMizwar = Rajin berkunjung\nMuammar = Panjang umur\nMuawiyah = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nMuayyad = Kuat, menang\nMuaz = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW\nMuazzam = Dihormati, disanjungi\nMubarak = Yang diberkahi\nMubasyir = Pembawa petanda yang baik\nMubin = Sinar, jernih\nMudrik = Berakal, memahami\nMughis = Penolong\nMuhaimin = Yang memelihara dan mengawal\nMuhajir = Yang berhijrah\nMuhammad = Yang terpuji, di rahmati\nMuharram = Bulan Muharram\nMuhazzab = Terdidik\nMuhibbuddin = Pengasih agama\nMuhsin = Yang berbuat kebaikan\nMuhib = Kekasih, peminat\nMuhtadi = Beroleh hidayah\nMuhyiddin = Yang menghidupkan agama\nMuinuddin = Pembela agama\nMuizzuddin = Penyokong agama\nMujahid = Pejuang Islam\nMujib = Penyahut\nMujibuddin = Penyahut agama\nMujibur = Penyahut seruan Allah Yang Maha Pengasih\nMujtaba = Yang terpilih\nMuktasim = Terjaga\nMukhtar = Terpilih\nMukti = Pemberani\nMu\u2019min = Seorang yang beriman\nMulhim = Pemberi inspirasi\nMunabbih = Pemberi peringatan\nMuntasir = Pemenang\nMunawwar = Berkilau\nMunawwir = Bersinar\nMunir = Yang menerangi\nMunsif = Adil, bijaksana, jujur\nMuntazar = Yang diawasi\nMunzir = Yang memberi amaran\nMuqtadir = Yang berkemampuan\nMuqri = Ahli ibadat\nMurad = Keinginan, cita, tujuan, maksud\nMuradi = Harapanku\nMursil = Wakil\nMursyid = Pembimbing, guru, pemberi petunjuk\nMurtadho = Diridhoi\nMus\u2019ab = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nMusa = Nama nabi\nMus\u2019ad = Yang bahagia\nMusaid = Penolong\nMusawi = Yang adil\nMusayyad = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nMuslih = Yang membaiki, membuat perubahan\nMuslihin = Yang memulihkan\nMuslihuddin = Pemulih agama\nMuslim = Menyerah diri kepada Allah\nMustafa, Mushthafa = Terpilih\nMustaqim = Yang lurus\nMusyrif = Tinggi, pengawas\nMutalib = Yang menuntut dari masa ke semasa\nMuwaffaq = Untung\nMuzaffar = Kemenangan\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf Q\n\nQabus = Orang yg gagah, tampan dan baik kulitnya\nQa\u2019id = Pemimpin\nQadir = Kemampuan\nQaiser = Raja\nQani\u2019 = Puas\nQarin = Yang dekat, teman\nQashid = Yang menuju pd kemudahan\nQasim = Orang yg memberi\nQaulalhaq = Perkataan yang benar\nQiyaman = Pokok kehidupan\nQobus = Lelaki berwajah tampan\nQoid, Qo\u2019id = Pemimpin\nQosim = Ganteng, yang membagi\nQosiim = Yang molek, bagian\nQudamah = Lama, dahulu\nQuraisy = Suku bangsa arab asal Rasulullah SAW\nQushayyi = Jauh pemikirannya, nama nenek moyang Nabi\nQuthb, Qutub = Pemimpin, kutub\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf R\n\nRabah = Usaha, keuntungan\nRafaat = Sangat lembut, cinta\nRabbani = Arif dan soleh\nRabbi\u2019 = Musim semi\nRabiti = Yang zahid\nRaidi = Pelopor\nRadi = Yang ridha\nRafa = Bahagia\nRafi, Rafi\u2019 = Tinggi derajatnya\nRafidan = Sungai Dajlah dan Furat\nRafid = Penolong, pengawal, pemberi\nRafie = Tinggi dan mulia\nRafiq = Pendamping\nRafiqi = Pendampingku\nRafiqin = Pendamping\nRafiuddin = Pendukung agama\nRaghib = Yang menyukai\nRahimi = Kesayanganku\nRahman = Pemurah\nRahmani = Kesayanganku\nRahmi = Belas kasih\nRahmuni = Yang penyayang\nRahmat = Rahmat, belas kasihan\nRahmatullah = Rahmat Allah\nRaid = Perintis, ketua, pemimpin\nRaihan = Bunga surga, tumbuhan yg harum\nRaimi = Keutamaanku\nRaif = Pengasih\nRais = Ketua\nRaiyan = Yang puas\nRaja\u2019 = Harapan\nRajab = Bulan Rajab\nRajauddin = Harapan agama\nRajaie = Harapanku\nRajih = Timbangan yang mantap\nRakha = Berkehidupan enak\nRakin = Dihormati\nRamadhan = Bulan Ramadhan\nRami = Penuh kasih\nRamli = Penelitianku\nRaihan = Wangi, harum\nRamzi = Lambangku\nRana, Rania = Kesukaan, kesenangan\nRaqilla = Yang selalu berbuat kebajikan\nRashad = Kedewasaan, berperasaan baik\nRashin = Yang bagus, yang tetap\nRasin = Yang mantap\nRasmi = Yang rasmi, lukisanku\nRasuli = Wakilku, utusanku\nRasyad = Memperoleh petunjuk\nRasydan = Mendapat petunjuk\nRasyid = Petunjuk, cerdas, mendapat petunjuk\nRauf = Pengasuh, bermurah hati\nRauhillah = Rahmat Alloh\nRawi = Tubuh serta akal yang sihat\nRaqib = Penjaga, pengawal\nRawiyani = Keindahanku\nRazi = Nisbah\nRazin = Berakhlak, serius dlm perilaku\nRaziq (Abd) = Hamba yang murah rezeki\nRiyad = Taman yang subur makmur\nRida = Keredhaan\nRidauddin = Keridhaan agama\nRidha = Kepuasan hati, ridho\nRidwan = Keridhaan\nRidhwan = Keridhoan Allah\nRiffat = Pangkat yang tinggi\nRifai = Yang tinggi dan mulia\nRif\u2019at = Ketinggian\nRifid = Penolong\nRifqi = Lemah lembut, kawan pendamping\nRiman = Kijang\nRiyadh = Taman\nRizqullah = Rejeki dari Alloh\nRuknuddin = Sendi agama\nRuslan = Wakil, penyampai\nRusli = Wakilku\nRustam = Berani, kuat\nRusydi = Kecerdikanku, penunjuk jalan lurus\nRusyaidi = Yang cerdik\nRusydan = Petunjuk\nRusyduddin = Kelurusan agama\nRuwaidi = Angin sepoi-sepoi\nRuzain = Tempat ketenteramanku\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf S\n\nSa\u2019adah = Kebahagiaan\nSaadan = Kebahagiaan\nSaad = Bahagia\nSaaduddin = Agama yang membahagiakan\nSaadi = Kebahagiaanku\nSa\u2019airollah = Syiar2 Alloh\nSabalik = Sepotong emas, perak\nSab\u2019atuabhur = 7 laut\nSabikah = Penambang emas, nama sahabat Nabi SAW\nSa\u2019danah = Burung merpati, kebahagiaan\nSa\u2019di = Bahagia\nSa\u2019diyah = Kebahagiaan\nSa\u2019dun = Kebahagian\nSabahi = Ketua pejuang\nSabiq = Yang mendahului\nSabiq = Yang mengalahkan, Yang mendahului\nSabil = Jalan\nSabit = Yang baik, pemurah\nSabir = Yang sabar\nSabqi = Keutamaanku\nSabran = Kesabaran\nSabri = Kesabaranku\nSadad = Kejujuranku, bertindak tepat\nSadat = Pimpinan\nSaddam = Pemberontak\nSa\u2019di = Bahagia\nSadid = Benar, tepat\nSadiq = Yang benar, jujur, berkata sesuai kenyataan\nSadruddin = Pemimpin agama\nSa\u2019dun = Bahagia\nSafaraz = Dihormati\nSafiy = Yang bersih dan jujur\nSafiuddin = Kesucian agama\nSafir = Wakil, duta besar\nSafwan = Bersih, ikhlas, nama populer orang Arab\nSaghir = Yang mengikut\nSahar = Akhir malam sebelum fajar\nSahil = Mudah, senang\nSahlan = Mudah, senang\nSahnon = Kehalusan\nSahli = Kemudahanku\nSa\u2019i = Yang berjalan cepat, yang berusaha\nSaid = Bahagia\nSa\u2019ud = Bahagia\nSaidun = Yang berbahagia\nSaif = Pedang\nSaifuddin = Pedang agama\nSaiful Islam = Pedang Islam\nSaifullah = Pedang Allah\nSa\u2019ihat = Yang berpuasa\nSajid = Orang yang sujud\nSakhawi = Kemurahan hati\nSakinah = Ketenangan, ketentraman\nSalam = Keselamatan, keamanan\nSalamat = Kesejahteraan\nSalim = Selamat, terkawal\nSaliman = Kesejahteraan\nSalman = Selamat, terkawal\nSalahuddin = Kebaikan agama\nSalam = Kesejahteraan, keselamatan, keamanan\nSamad = Serba baik\nSamah = Toleransi\nSamhari = Lembing yang keras\nSami = Tinggi kedudukannya\nSamih = Pemaaf, pemurah, lemah lembut, toleran\nSamir, Samirah = Penghibur, teman ngobrol\nSamran = Pertolongan\nSama\u2019an = Yang patuh\nSamir = Penghibur, teman ngobrol\nSam\u2019un = Pendengaran\nSanad = Tempat bergantung\nSanim = Yang derajatnya tinggi\nSaniy = Yang tinggi, mulia\nSarah = Istri Nabi Ibrahim as\nSarhan = Kemudahan\nSarwan = Mempunyai kemuliaan dan kemurahan\nSatir = Orang yang menutupi Aib dan dosa\nSattar = Menutup cela, aib\nSa\u2019ud = Bahagia\nSayid = Tuan, kepala kaum, pemimpin\nShabhi = Pagi hari\nShabih = Bagus\nShabir, Shabur = Penyabar\nShabri = Sabar\nShaddam = Benturan\nShadiq = Benar, jujur\nShafar = Bulan Safar\nShafi = Jernih\nShafiy = Tenteram suci\nShafwan = Teman akrab, cinta ikhlas\nShahib = Teman\nShaib = Tepat mengenai sasaran\nShalah = Perbaikan, kebaikan\nShalahuddin = Kebaikan agama\nShalih = Baik\nSharaf = Kehormatan\nSharim = Berani, pedang tajam\nShibghotallah = Fitrah ALloh\nShiddiqin = Orang2 yg benar dlm ucapan dan perbuatan\nShidiq = Selalu membenarkan, julukan utk sahabat Abu Bakar\nShidqi, Shidqie = Benar, jujur\nShobhi = Pagi hari\nShobir = Penyabar\nShodiq = Benar, Jujur\nShofi = Jernih\nShohib = Teman\nShoib = Tepat mengenai sasaran\nShorim = Berani, Pedang Tajam, Singa\nShakil = Indah\nShalah = Perbaikan, kebaikan\nShaleh = Baik\nShiddiq = Membenarkan\nShidqi = Benar, Jujur\nShofwan = Teman akrab, cinta ikhlas\nSiddiq = Yang membenarkan\nSidqi = Kebenaranku\nSilmi = Kedamaianku\nSinwan = Kembar\nSiraj = Pelita, lampu\nSirajuddin = Pelita agama\nSirhan = Berani, singa\nSirin = Nama seorang tabi\u2019ie\nSoleh = Yang baik\nSolihin = Yang baik\nSolihan = Yang baik\nSubhi = Subuh\nSu\u2019da = Bahagia\nSufyan = Nama sahabat nabi Muhammad SAW, nama tokoh ulama\nSuhaib = Kemerah-meraha\nSuhail = Senang, mudah\nSuhaili = Kemudahanku\nSukainah = Tenang, tentram\nSulaim = Sejahtera\nSulaiman = Nama nabi, sejahtera\nSulaimi = Kesejahteraanku\nSulhidar = Bersenjata\nSulaimah = Selamat\nSulwan = Kepuasan\nSulthan = Suktan, bukti yang kuat\nSunbul = Tangkai, Nama Binatang\nSunni = Penganut ajaran sunah nabi saw\nSurur = Kegembiraan\nSuud = Bahagia\nSuwadi = Rahasiaku\nSuhaid = Lembut, tampan\nSufi = Ahli tasawuf\nSulthan = Sultan, Bukti yang kuat\nSya\u2019a\u2019irillah = Syi\u2019ar2 Alloh\nSya\u2019ban = Bulan Sya\u2019ban\nSyabibi = Berusia antara 15 dan 30 tahun\nSyabil = Bintang\nSyaddad = Yang perkasa\nSyadi = Pandai bersyair dan bernyanyi\nSyafaat = Pembelaan, pertolongan\nSyafi = Penyembuh\nSyafii = Penganut Imam Syafii\nSyafiq = Penyayang, belas kasih\nSyafi\u2019 = Memberi syafa\u2019at\nSyahid = Mati Syahid\nSyahin = Burung yang panjang sayapnya\nSyahir = Terkenal\nSyahiran = Terkenal\nSyahabuddin = Bintang agama\nSyahid = Mati syahid\nSyahin = Tiang neraca\nSyahmi = Mulia, berani, bijak\nSyaiban = Mendung bersalju\nSyakib = Nama tokoh muslim\nSyakir = Bersyukur, pengenang budi\nSyalia = Penghibur hati\nSyamil = Menyeluruh\nSyamini = Keharuman yang tinggi\nSyamlan = Memilih kurma yang masak\nSyammas = Pelayan ibadah\nSyamsi = Matahariku\nSyamsir = Pedang\nSyamsul Bahri = Matahari lautan\nSyamsulhadi = Matahari petunjuk\nSyamsuddin = Matahari agama\nSyamsuzaman = Matahari/ pelita masa\nSyaraf = Kemuliaan\nSyarafat = Harga diri\nSyarafuddin = Yang mulia agamanya\nSyarahil = Nama khabilah\nSyarbini = Nama Pohon, Nama Ulama Besar\nSya\u2019rani = Nisbah Syukran = Kesyukuran\nSyarif = Dipuji, mulia\nSyarifuddin = Kemuliaan agama\nSyaukat = Kekuasaan\nSyauqi = Rinduku\nSyawal = Bulan syawal\nSyazani = Kecergasanku\nSyazwan = Haruman kasturi\nSyazwi = Keharumanku\nSyihab = Pecahan bintang, meteor\nSyihabuddin = Bintang agama\nSyuaib = Nama nabi\nSyu\u2019bah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nSyubli = Anak singa\nSyuja\u2019 = Pemberani\nSyukri = Kesyukuran\nSyukur = Kesyukuran\nSyuruq = Terbitnya matahari\nSyuwari = Kecantikanku\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf T\n\n\nTabari = Nama ulama\nTaba\u2019un = Yang menurut\nTabi\u2019un = Yang mengikut\nTabrani = Nama ulama\nTadwin = Pencatatan\nTaha = Tertentu, nama nabi\nTahir = Yang bersih dan murni\nTahsin = Menghiasi, perbaikan\nTahfiz = Usaha menghafaz\nTaib = Yang baik\nTa\u2019ib = Yang bertaubat\nTa\u2019iq = Yang rindu\nTaisir = Memudahkan, kemudahan\nTafhim = Usaha memahami\nTahzir = Usaha memberi peringatan\nTajuddin = Mahkota agama\nTajuzzaman = Mahkota masa\nTal\u2019ah = Tampil, maju\nTalal = Keindahan\nTal\u2019at = Ketinggian\nTalhah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nTalib = Penuntut\nTalitha = Gadis muda belia\nTamam = Kesempurnaan, sempurna\nTamim = Kejadian sempurna, orang yang kuat\nTamrin = latihan, pembiasaan\nTamamul Qamar = Bulan purnama\nTaqi = Bertakwa\nTaqiuddin = Bertaqwa untuk agama, takwa dalam agama\nTaqris = Berperisa\nTarif = Istimewa\nTariq = Bintang subuh, pengetuk hati\nTasnif = Mengarang\nTasnim = Air terjun dalam syurga\nTaufiq = Pertolongan, petunjuk\nTaufiq Alhakim = Taufiq (Allah) yang Hakim (bijaksana)\nTaufiq Arrahman = Taufiq (Allah) Maha Pengasih\nTaufiqillah = Petunjuk Allah\nTauhid = Kemurnian Iman ( Keesaan Allah )\nTauqan = Kemampuan hati\nTawadu = Merendah hati\nTa\u2019wilul Ahadits = Tabir mimpi\nThabit = Yang tabah\nThabrani = Nama periwayat hadits\nThabrani Ismail = Nama periwayat hadits\nThaha = Dua huruf permulaan surat\nThahir = Bersih, Suci\nThalal = Keindahan, Keadaan yang baik\nThalib = Penuntut Ilmu, Yang Mencari\nThamin = Yang tinggi nilainya\nThamir = Berjaya, berbuah\nThaqif = Bijak dan cepat faham\nTharwan, Tharwat = Kekayaan\nThauri = Revolusi\nThifal = Lembut\nThilal = Embun, hujan gerimis\nThin Lazib = Tanah liat\nTho\u2019il = Kemampuan\nThomi = Tinggi\nThoriq = Orang yang mengetuk malam hari\nThoyyib = Baik\nThubat = Pahlawan\nThufail = Lembut, Halus\nTijani = Mahkota\nTsab = Tetap, lurus, tak goyah\nTsabat = Keteguhan hati, ketetapan\nTsabit = Yang tetap\nTsa\u2019ir = Pemberontak\nTsamarun = Buah\nTsamin = Berharga mahal, tinggi harganya\nTsamud Kaum Nabi Shaleh as\nTsauban = Kembali berkumpul\nTsaqib = Jitu\nTsawab = Pahala\nTufail = Pengantara, gaya yang menarik\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf U\n\nUbadah = Sahabat nabi Muhammad SAW, tekun beribadah\nUbaid = Hamba, sahabat nabi Muhammad SAW\nUbaidan = Penyembahan\nUbaidullah = Hamba Allah\nUbbad = Banyak ibadat\nUjab = Keajaiban\nUjum = Benteng pertahanan\nUkasyah = Sahabat nabi Muhammad SAW, laba-laba\nUkail = Pintar, pandai\nUlil Aidi = Yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar\nUlil Amri = Pemerintah, pemimpin, ulama\nUlul Albab = Orang-orang yang berakal, para cendikiawan\nUlul Arham = Orang-orang yang punya hubungan darah\nUlul Azmi = Orang-orang yang mempunyai keteguhan hati\nUlul Fadhli = Orang-orang yang mempunyai kelebihan\nUlwan = Ketinggian, tinggi, jelas\nUmar = Yang memakmurkan\nUmair = Maju\n\u2018Umair = Nama orang dahulu\nUmaiyah = Sahabat Nabi Muhammad SAW\nUmran = Kemakmuran\nUmron = Pembangunan, ramai penduduk\nUrwah = Singa\nUsaid = Berani, singa\nUsaimin = Dari Uthman\nUshaim = Memelihara dari keburukan\nUsyair = Kawan, suami\nUtaibah Persimpangan lembah\nUthman = Rajin dan gigih\nUtbah = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nUwais = Pemberian\nUwamir = Nama Orang dahulu\nUzair Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nUzzam = Singa\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf W\nv\n\nWaazin = Pengajaran\nWa\u2019adi = Janjiku\nWabil = Pemurah, hujan lebat\nWadhoh = Wajahnya bagus, kulit putih\nWadi, Wadi\u2019 = Aman, tenteram, tenang\nWadihan = Cantik\nWadud = Penyayang, cinta, dicintai\nWafdan = Perutusan yg terhormat\nWafi = Sempurna\nWafid = Tamu\nWafiq = Berjaya\nWafir = Lengkap \u2013 banyak kebaikannya\nWafiuddin = Setia pada agama\nWafiy = Setia, jujur\nWafri = Kekayaanku, keluasanku\nWahab = Pemberian\nWahib = Pemberi\nWahid = Tunggal, sendirian\nWahiduddin = Terulung pada agamanya\nWahiduz Zaman = Terulung pada zamannya\nWahnan = Mudah, senang\nWail, Wa\u2019il = Perteduhan, perlindungan, yang kembali (berlindung) kepada Allah\nWaiz = Penasihat, mubaligh\nWajdi = Kesayanganku, cinta, gembira, kaya, kuasa\nWajih = Orang yang berkedudukan\nWajihuddin = Yang terkemuka dalam agama\nWaldan = Anak baik\nWali = Kekasih, pelindung\nWalid = Kelahiran, yang dilahirkan\nWaliuddin = Pembela dan pemelihara agama\nWaqar = Ketenangan dan sopan santun\nWaqur = Ketenangan dan kesopanan\nWaqqas = Nama sahabat nabi Muhammad SAW\nWaqiuddin = Pemelihara agama\nWardi = Bunga mawarku\nWarid = Berani\nWaris = Pewaris\nWashif = Punya Sifat tertentu\nWashil = Menyambung hubungan kekeluargaan\nWasil = Penghubung silaturrahim\nWasim = Rupawan\nWathiq = Yang berkeyakinan\nWazien = Pendapat yang kukuh\nWazif = Yang tekun, gigih\nWazir = Menteri, yang berkuasa\nWazni = Yang menimbang secara adil\nWidad = Cinta, cita-cita\nWijdan = Sanubari, hati\nWisam = Pertanda, bintang kehormatan, medali\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf Y\n\n\nYaala = Kemuliaan, tinggi\nYaaqub = Nama nabi\nYaarub = Mahir bahasa arab\nYaasir = Orang yang mudah\nYafi\u2019 = Mulia, dihormati, tinggi\nYahya = Nama nabi, yang hidup\nYajri = Mengalir, berlari\nYakut = Permata\nYamin = Yang berkat\nYaqzan = Yang berwaspada\nYaqin = Penuh keyakinan\nYa\u2019rub = Berbicara dgn bahasa Arab\nYaasiin = Ayat pertama surat yaasiin\nYasin = Nama nabi\nYasir = Yang senang\nYaslam = Yang selamat, berserah\nYassaar = Kekayaan, kemewahan\nYa\u2019sub = Pemimpin kaum\nYasykur = Bersyukur\nYatim = Yang sangat berharga, tidak bandingannya\nYawar = Pengawal peribadi\nYazdan = Belas kasihan\nYazid = Berkat, bertambah, lebih\nYunan = Nama ulama\nYunus = Nama nabi\nYusri = Kesenanganku\nYusron = Kemudahaan\nYusuf = Nama Nabi\u00a0\n\nNama\u00a0bayi\u00a0lelaki dalam Islam huruf Z\n\nZaalan = Rajin, giat\nZaafarani = Harum, wangi\nZabad = Keharuman kasturi\nZabadi = Keharumanku\nZabarjad = Batu permata seperti zamrud\nZabdan = Pemberian\nZabidi = Yang memberi\nZabir = Pintar, kuat\nZabran = Kuat, mampu\nZafar = Kemenangan/kejayaan\nZafir = Yang berjasa\nZafran = Kejayaan\nZafri = Kemenanganku\nZahab = Emas\nZahabi = Keemasan\nZahar = Sangat bergemerlapan\nZahid, Zahidi = Yang menjauhkan diri dari kemewahan, rendah hati\nZahil = Yang tenang\nZahin = Yang cerdik\nZahir = Yang cantik, berseri, cemerlang, warna cerah\nZahirul Haq = Pendukung Hak\nZahiruddin = Pembela agama\nZahran = Bunga, Keindahan, berseri, cantik\nZahwan = Sedap dipandang\nZaid = Pertambahan, kelebihan\nZaidan, Zaidun, Zaidi = Tambahan, kelebihan\nZaim, Za\u2019im = Pemimpin\nZa\u2019im Sa\u2019id = Bertanggungjawab, bahagia\nZa\u2019im Ukhrowi = Pemimpin akhirat\nZain, Zaini, Zainun = Bagus, perhiasan, perhiasanku\nZainuddin = Perhiasan agama\nZainul Abidin = Perhiasan orang beribadat\nZainul Ariffin = Perhiasan orang arif\nZainul Muttaqin = Perhiasan orang bertakwa\nZaiyani = Hiasanku\nZakaria = Nama nabi\nZaki = Yang cerdik, harum, suci, tumbuh dengan baik, bersih\nZakir = Yang mengenang, berzikir\nZakur = Yang kuat ingatan\nZakwan = Yang cerdik, yang harum\nZaman = Nasib\nZamanat = Yang dijamin\nZamil = Teman, kawan\nZamir = Suara hati, anak kecil yang cantik\nZamri = Kecantikanku\nZamzam = Air zamzam\nZanjabil = Susu jahe hidangan di surga\nZaqhlul = Nama tokoh Mesir\nZar\u2019ah = Tanaman\nZarif = Periang, berjenaka\nZawawi = Himpunan kebaikan\nZawwar = Banyak ziarah\nZawir = Ketua, pemimpin\nZayan = Yang cantik\nZayani = Kecantikanku\nZayyad = Semakin bertambah\nZiad = Nama populer orang Arab\nZihni = Kefahamanku, kekuatan akalku\nZikri = Ingatanku, kenanganku\nZimam = Yang utama, pemimpin\nZiqri = Terpuji, Yang Memuji Allah\nZiyad = Pertambahan, kelebihan\nZubaidi = Pilihanku yang terbaik\nZubari = Gagah perkasa, pintar\nZufar = Singa, pemberani, pemurah\nZuhair = Yang tenang, bercahaya, keindahaan\nZuhairi = Yang berseri\nZuhdi = Zuhud, rendah hati, tidak rakus dunia\nZuhri = Kecantikanku\nZuhaily = Yang tenang\nZuhnun = Yang cerdik\nZulfadhli = Yang mempunyai kelebihan\nZulfan = Taman\nZulfaqar = Nama pedang Nabi Muhammad SAW\nZumar = Anak kecil yang cantik\n\nDiharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai nama anak lelaki dalam Islam dapat memberikan anda semua informasi dan panduan yang bermanfaat khususnya kepada para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/viu-malaysia/", "title": "Viu Malaysia: Cara Daftar & Harga Langganan Pakej Viu Terkini (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nViu Malaysia merupakan salah satu penyedia perkhidmatan filem dalam talian berbayar yang ada di Malaysia.\nBerbanding perkhidmatan seumpamanya seperti Netflix, Disney Hotstar dan sebagainya, Viu lebih memfokuskan mengenai filem-filem dari negara-negara Asia antarnaya Thailand, Korea, Indonesia dan Malaysia sendiri.\nMenariknya, Viu Malaysia turut menawarkan beberapa filem yang boleh ditonton secara percuma namun untuk menonton lebih banyak filem yang menarik dan terkini, anda boleh melanggan perkhidmatan \u201cPremium\u201d mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Viu \u201cPremium\u201d\n\n \nCara Daftar Viu Malaysia\n\n \nHarga Langganan 2022\n\n \nCara langgan akaun Premium\n\n \nAplikasi mudah alih\n\n\nKelebihan Viu \u201cPremium\u201d\nMungkin anda masih berkira-kira sama ada berbaloi atau tidak untuk melanggan akaun premium. \n\n\n\n\n\n\nBerikut merupakan kelebihan-kelebihan yang bakal anda nikmati dengan akaun premium:\nLebih banyak filem dan siri untuk ditonton Muat turun tanpa hadBoleh ditonton di TVBoleh menonton filem-filem \u201cViu Originals\u201dTiada iklanSari kata bahasa MelayuPenstriman dalam kualiti HD\nViu Orginals adalah filem khas yang dikeluarkan oleh pihak Viu dan oleh itu hanya boleh ditonton sekiranya anda merupakan pelanggan berbayar sahaja. \nCara Daftar Viu Malaysia\n\nAda beberapa cara mudah untuk mendaftarkan akaun anda dan antara pilihan yang ada adalah:\nDaftar dengan akaun FacebookDaftar dengan akaun GmailDaftar dengan akaun AppleDaftar dengan emel atau telefon mudah alih\nHarga Langganan 2022\nSecara umumnya, Viu hanya menawarkan satu harga untuk semua pelanggannya. \nWalau bagaimanapun, anda akan menikmati lebih banyak penjimatan sekiranya melanggan untuk tempoh waktu yang lebih panjang berbanding langganan secara bulanan. \nBerikut merupakan harga langgganan terkini bagi tahun 2022:\n1 Bulan \u2013 RM12.903 Bulan \u2013 RM29.906 Bulan \u2013 RM54.9012 Bulan \u2013 RM99.90\nDengan melanggan untuk tempoh lebih panjang, anda dapat berjimat setiap bulan.\nBayaran boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan kad kredit, eWallet, perbankan internet dan banyak lagi.\nCara langgan akaun Premium\nUntuk melanggan akaun premium, ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman rasmi Viu di alamat https://www.viu.com/Klik pada simbol Menu pada bahagian kiri logo ViuKlik pada \u201cGo Premium\u201dPilih pakej yang anda ingini dengan klik pada butang \u201cSelect Plan\u201d\nAplikasi mudah alih\nBagi kemudahan pelanggan, terdapat juga aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dan dipasang pada telefon pintar atau tablet.\nSila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi Viu:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-mohon-pinjaman-mara-perniagaan/", "title": "13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, terdapat pelbagai jenis kemudahan bantuan / pinjaman MARA yang menyediakan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera.\nEkoran Malaysia yang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 juga memberi impak terhadap sosio-ekonomi negara semenjak bulan Mac 2020 di mana secara tidak langsung menjejaskan aktiviti kelangsungan perniagaan para usahawan.\nOleh itu, kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang jenis bantuan pembiayaan pinjaman MARA yang boleh dimohon oleh usahawan Bumiputera.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pinjaman MARA?\n\n \n13 Jenis Skim Pembiayaan / Pinjaman MARA 2020/2021\n\n \n1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)\n\n \n2. Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)\n\n \n3. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)\n\n \n4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)\n\n \n5. Skim Pembiayaan (DananITA)\n\n \n6. Program Mobilepreneur Food Truck\n\n \n7. Program Rantaian Industri (PRiN)\n\n \n8. MARA Integrated Smart Auto (MISA)\n\n \n9. Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)\n\n \n10. SPiM Tekno\n\n \n11. Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera\n\n \n12. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)\n\n \n13. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Pinjaman MARA\n\n\nApakah Pinjaman MARA?\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.\nSkim pinjaman MARA / pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.\nSetakat ini, MARA telah memberikan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada hampir 17 ribu usahawan dengan melibatkan saluran pembiayaan berjumlah lebih daripada RM288 juta bagi tahun 2020 melalui 13 jenis skim pembiayaan / pinjaman MARA.\nBaca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat\n13 Jenis Skim Pembiayaan / Pinjaman MARA 2020/2021\nUsahawan Bumiputera perlu ambil tahu laluan dan mengambil peluang ini bersama MARA bagi menyemarakkan lagi sektor keusahawanan ke arah yang lebih komprehensif.\nJusteru itu, sokongan kemudahan pembiayaan perniagaan ini diklasifikasikan kepada beberapa jenis yang menawarkan pembiayaan RM500 ribu ke bawah dan RM500,001 sehingga RM1 juta tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan. \nKeistimewaan skim pembiayaan ini adalah patuh syariah, mudah dan cepat.\nAntara Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\nSkim Pembiayaan Belia (PUTRA)Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita BumiputeraProgram Mobilepreneur Food TruckProgram Rantaian Industri (PRiN)MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)SPiM TeknoProgram Galakan Eksport (GEB)Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)\nBaca juga: Prosedur Permohonan Rayuan GKP 2.0 & Senarai Dokumen Diperlukan\n\nDi sini dijelaskan serba sedikit tentang setiap Skim Pinjaman MARA yang tersenarai di atas:\n1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)\nMenggalakkan penyertaan golongan belia dan lepasan IPMa dalam perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan (pertanian dan penternakan adalah dikecualikan).\nSyarat Am\nLepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMaGenerasi muda/belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baikBerumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa pemohonanUsahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanBebas dari senarai hitam MARAPerniagaan patuh Syariah\nSkop & Jumlah Had Pembiayaan\n\n\n\n\n\n\nBelian aset perniagaanModal pusinganHad pembiayaan RM10,000\nTempoh Bayaran\nMaksima 3 tahun (36 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\n2. Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)\nUntuk lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dan berjaya menamatkan pengajian.\nSyarat Am\nBerusia 18 hingga 60 tahunMempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebutMendapat sokongan pengawal pusat IPMa berkaitanUsahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanBebas dari senarai hitam MARAPerniagaan patuh Syariah\nHad Pembiayaan\nHad pembiayaan : RM50,000.00\nTempoh Bayaran\n5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\n3. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)\nKhusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental.\nSyarat Am\nKhusus kepada OKU bagi semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mentalWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahunBerpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiMempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebutMengemukakan kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Menjalankan perniagaan sepenuh masa perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkanBebas dari senarai hitam MARAPerniagaan patuh Syariah\nHad Pembiayaan\nRM50,000.00\nTempoh Bayaran\n15 tahun (180 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\n4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)\nSkim Pembiayaan Usahawan Teknikal (PUTEK) bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal iaitu yang berasaskan kepada kemahiran dimiliki. \nUsahawan ini akan dibantu untuk membina asas / tapak perniagaan masing-masing untuk satu tempoh masa tertentu sehinggalah mereka mampu untuk berdikari dan menguruskannya sendiri\nSyarat Am\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahunMempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swastaBerpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiMempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebutMempunyai tapak/premis/bengkel perniagaanUsahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanPerniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahunBebas dari senarai hitam MARAPerniagaan patuh Syariah\nSyarat Khusus\nPerbelanjaan bagi perlindungan insuran adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan Kos Senggaraan adalah tanggungan pelanggan.\nTempoh Bayaran\nMaksima 5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\nSkop Pembiayaan\nBelian mesin/peralatan Modal pusingan\nKumpulan Sasar\nLepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan berjaya menamatkan pengajian Institusi teknikal kerajaan/swasta\nHad Pembiayaan\nMinimum : RM3,000.00Maksimum : RM500,000.00\nTempoh Bayaran\nMaksima 5 tahun (60 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\n5. Skim Pembiayaan (DananITA) \nDitawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera untuk memperhebatan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.\nSyarat Am\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahunBerpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiMempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebutMemiliki akaun simpanan sekurang-kurangan bagi tempoh enam (6) bulan terkiniUsahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanPerniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulanBebas dari senarai hitam MARAPerniagaan patuh Syariah\nHad Pembiayaan\nRM50,000.00\nTempoh Bayaran\nMaksima 10 tahun (120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\n6. Program Mobilepreneur Food Truck\nMenggalakkan penyertaan golongan belia untuk menjadi usahawan bergerak\u00a0mobilepreneur\u00a0khususnya dalam bidang perniagaan makanan\u00a0foodtruck\u00a0sejajar dengan perkembangan industri perniagaan masa kini dengan menyediakan kemudahan pembiayaan.\nSyarat Am\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahunBerpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiMempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebutUsahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanPerniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulanUjian Psikometrik (markah 55% ke atas)Bebas dari senarai hitam MARAPerniagaan patuh Syariah\nSyarat Khusus\nMemiliki lesen memandu dan lesen\u00a0Good Vehicle Driving License\u00a0(GDL) yang sahCadangan dan lokasi perniagaan mendapat\u00a0pre-approved\u00a0daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT)Mengemukakan sebutharga trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal trak)\nHad Pembiayaan\nSyarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00\nTempoh Bayaran\n4-10 tahun (48 \u2013 120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\n7. Program Rantaian Industri (PRiN)\nMenyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kelas menengah sebagai persediaan menjadi\u00a0Top Entrepreneur\u00a0yang menjurus ke arah\u00a0Global PlayerMengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera di sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis dan seterusnya dapat menjadi penyokong\u00a0Top Entrepreneur\u00a0dalam skop yang lebih kecil untuk membentuk\u00a0niche marketMenggalakkan pemindahan teknologi dari luar negara di samping mewujudkan kes limpahan (spill-over effect) dalam membuka peluang dan menarik minat syarikat antarabangsa untuk menjalinkan hubungan perniagaan.\nSkop\nPerolehan mesin, peralatan dan jenteraMenaiktaraf premis dan ruang kilangModal pusinganPembelian premis yang berpotensi (kilang dan lot kedai komersial) danMengkomersialkan produk dan perkhidmatan\n8. MARA Integrated Smart Auto (MISA)\nMeningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada yang berkonsepkan 3S merangkumi\u00a0Sales, Services\u00a0dan\u00a0Spare Parts.\nSkop\nModal pusingan kerjaUbahsuai bengkelPembelian mesin dan peralatanStok\n9. Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM)\nKemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada Usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan.\nSyarat Am\nPermohon yang pertama kali memohon pembiayaan MARAWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 hingga 60 tahunBerpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiMempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebutMempunyai 10% modal sendiri daripada kos keseluruhan projek Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanPerniagaan telah beroperasi melebihi enam (6) bulan Ujian Psikometrik (markah 55% ke atas)Bebas dari senarai hitam MARA Perniagaan patuh Syariah\nHad Pembiayaan\nSyarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM250,000.00Syarikat Sendirian Berhad : RM500,000.00\nTempoh Bayaran\n4-10 tahun (48 \u2013 120 bulan) tertakluk kepada jumlah pembiayaan\n10. SPiM Tekno\nKemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan perniagaan dalam bidang berteknologi tinggi.\n11. Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera\nProgram ini bertujuan untuk\u00a0meningkatkan bilangan & membangunkan keupayaan pra-eksport PKS Bumiputera yang berprestasi tinggi & berpotensi untuk pasaran eksport dan\u00a0mewujudkan rantaian bekalan domestik di kalangan PKS Bumiputera.\n12. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)\nKemudahan pembiayaan yang mana panel menawarkan kemudahan pembiayaan menggunakan dana bank dan MARA bertindak sebagai Penjamin ke atas pembiayaan yang disalurkan kepada usahawan Bumiputera.\nCiri-ciri Produk\nJaminan sehingga 80% daripada pembiayaan bankTempoh jaminan sehingga 15 tahunYuran jaminan sebanyak 1% setahun\nKriteria\nSyarikat milik Bumiputera yang diklasifikasikan sebagai PKS oleh BNMTerbuka kepada semua sektor ekonomi (tertakluk kepada tahap risiko yang ditentukan oleh bank)Aktiviti syarikat patuh Syariah\n13. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)\nSkim Pembiayaan Kontrak Ekspes ialah pembiayaan projek kepada kontraktor Bumiputera sehingga RM250,000.00 tanpa penjamin atau cagaran.\nSyarat Am\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 tahun ke atasBerpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburiUsahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaanBerdaftar dengan PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan (yang berkaitan)\nHad Pembiayaan\nRM1,000,000.00\u00a0(tertakluk\u00a0kepada\u00a0maksimum 65%\u00a0dari\u00a0nilai\u00a0kontrak)\nMaklumat Lanjut Tentang Pinjaman MARA\nBagi mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat untuk setiap permohonan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di talian 03-2613 2529 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.Info lanjut ini juga boleh didapati menerusi laman sesawang: https://www.mara.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/selamat-hari-guru/", "title": "Selamat Hari Guru 2023 \u2013 Contoh Ucapan, Puisi & Pantun Guru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelamat Hari Guru 2023 \u2013 Contoh Ucapan, Puisi & Pantun Guru\nSambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka pada 14 hingga 16 Mei ini.\nPengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata sambutan yang bakal berlangsung selama tiga hari itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\u201cFokus utama sambutan Hari Guru tahun ini adalah sebagai pengiktirafan kepada para guru yang membantu murid-murid bagi meningkatkan potensi mereka.\nPenglibatan tidak hanya dari pihak kerajaan tetapi juga melibatkan rakan-rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\u201d, katanya ketika ditemui pemberita RTM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTema & Tarikh Sambutan\n\n \nContoh Ucapan Selamat Hari Guru\n\n \nContoh Pantun & Puisi Untuk Guru\n\n\nTema & Tarikh Sambutan\nHari Guru akan disambut pada 16 Mei 2023. Guru Insani Pemangkin Generasi Madani telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sebagai tema sambutan Hari Guru pada tahun ini.\n\nContoh Ucapan Selamat Hari Guru\nBerikut dikongsikan ucapan Selamat Hari Guru 2023 yang boleh digunakan khas untuk guru-guru tersayang.\n\n\n\n\n\n\n\nSelamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa guru tiada ternilai, mendidik kita hingga berjaya\nBerkongsi kasih, menyemai sayang.. Walau budi guru tidak terbalas, mendidik anak bangsa.\nDiri ini asalnya sehelai kain putih. Terima kasih buat guru-guru yang sudi mencorakkannya. Kegigihanmu dalam mendidik akan dikenang selalu.\nGuru ibarat setang lilin yang sanggup membakar dirimu demi menerangi alam kegelapan. Jasamu amat kami sanjungi. Terima kasih cikgu!\nHidup kami tandus, tanpa kata-katamu yang halus danbijak. Kaulah guru, penerang hidup kami!\nKelulusan dan keikhlasanmu membimbing kami, memberi kami seribu satu harapan di saat kami lemah dan berputus asa. Kau tak pernah menyerah dan mengaku kalahhingga terbalasnya segala usaha kami, bahkan doa dan air mata ibu bapa kami. Terima kasih guruku yang mulia.\nWahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya.\nOrang hebat dapat melahirkan beberapa karya bermutu. Namun, guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat.\nSeorang guru adalah insan yang luarbiasa, mentor dan pendamping yang sangat hebat. Terima kasih untuk semuanya. Kaulah inspirasiku!\nCikgu, Terima kasih kerana telah mempercayaiku ketika tidak ada orang lain yang melakukannya, termasuk diriku sendiri.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Erny Yusniza Saad\n\n\n\n\n\nContoh Pantun & Puisi Untuk Guru\nGuru Oh Guru (Usman Awang, 1979)\nBerburu ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi\u200dDialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.\nDialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.\nJika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;\nSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;\nSemakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat \u201ccikgu\u201d kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.\n\nHadis Tentang Guru\nAntara hadith-hadith yang diriwayatkan bertaraf sahih atau hasan berkenaan kelebihan guru atau pendidik adalah:\n\nDiriwayatkan oleh Abu Darda\u2019 RA, bahawa Nabi SAW:\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0628\u0650\u062f\u0650 \u0643\u064e\u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0642\u064e\u0645\u064e\u0631\u0650 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0628\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u0627\u0626\u0650\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0643\u064e\u0648\u064e\u0627\u0643\u0650\u0628\u0650\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang\u201d.\u00a0[Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]\n\nDiriwayatkan oleh Abu Darda\u2019 RA, bahawa Rasulullah SAW:\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064f\u0644\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u064e \u0648\u064e\u0631\u064e\u062b\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650 \u060c \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0646\u0652\u0628\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u064e \u060c \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0648\u064e\u0631\u0650\u0651\u062b\u0648\u0627 \u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627\u0631\u064b\u0627 \u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062f\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u064b\u0627 \u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0631\u0651\u062b\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u064e \u060c \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062e\u064e\u0630\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u062e\u064e\u0630\u064e \u0628\u0650\u062d\u064e\u0638\u064d\u0651 \u0648\u064e\u0627\u0641\u0650\u0631\u064d\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya ulama\u2019 adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.\u201d.\u00a0[Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]\n\nDiriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW:\n\n\u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u064f \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0628\u0650\u062f\u0650 \u0643\u064e\u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u064a\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u062f\u0652\u0646\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652\nMaksudnya: \u201cKelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara kamu semua\u201d.\u00a0[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]\n\nDiriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:\n\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0644\u064e\u0627\u0626\u0650\u0643\u062a\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0645\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e \u0641\u0650\u064a\u0652 \u062c\u064f\u062d\u0652\u0631\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u062d\u064f\u0648\u0652\u062a\u064e \u0644\u064e\u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u064f\u0651\u0648\u0652\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u0650 \u0627\u0644\u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064e\nMaksudnya: \u201cSesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia\u201d.\u00a0[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]\n\nDiriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\n\u0623\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0644\u0652\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e\u0629\u064c \u0645\u064e\u0644\u0652\u0639\u064f\u0648\u0646\u064c \u0645\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0627\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u0650\u0645\u064c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0645\u064f\u062a\u064e\u0639\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064c\nMaksudnya: \u201cKetahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar\u201d.\u00a0[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]\n\nDiriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0639\u0650\u0644\u0652\u0645\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u062c\u0652\u0631\u064f \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0642\u064f\u0635\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u0650\nMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang\u00a0 mengamalkannya sedikitpun\u201d.\u00a0[Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]\nSumber: https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1141-irsyad-al-hadith-siri-ke-66-hari-guru-hadith-hadith-berkaitan-kelebihan-guru-dan-feqahnya\nBaca juga: Tema Hari Guru 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembayaran-bpn/", "title": "Jadual / Tarikh Pembayaran BPN Fasa 1 Bermula 6 April 2020", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut info terkini yang kami terima.\nPembayaran BPN kini diawalkan dan akan mula diagihkan bermula 6 April sehingga 15 April mengikut kategori penerima.\nPengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri sebentar tadi di Facebook rasmi beliau.\nDiharapkan berita ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hari anda sepanjang mengharungi PKP.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual Tarikh Pembayaran BPN Fasa 1\n\n \nJumlah Pembayaran\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n\nJadual Tarikh Pembayaran BPN Fasa 1\nBerikut adalah jadual rasmi & tarikh pembayaran BPN fasa 1:\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang tertera, pembayaran untuk kategori B40 akan bermula 6 \u2013 12 April.\nManakala penerima kategori M40 akan menerima BPN bermula 13 \u2013 15 April.\nBayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di BSH / LHDNM.\nBagi yang tiada akaun, pembayaran akan dibuat secara tunai di BSN selepas tamat PKP.\nJumlah Pembayaran\nSeperti semua sedia maklum, pembayaran baki BSH pada April digantikan dengan BPN.\nBaki BSH akan disalurkan pada bulan Julai nanti.\nBagi penerima BSH, anda secara automatik akan menerima BPN. \nBegitu juga M40 yang berdaftar dengan LHDNM.\nHanya mereka yang tiada langsung rekod dengan BSH / LHDNM perlu membuat permohonan baru BPN.\nJumlah pembayaran BPN adalah seperti berikut:\nRM1,600\u00a0kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.\u00a0RM1,000\u00a0kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.\u00a0RM800\u00a0kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.\u00a0RM500\u00a0kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.\u00a0\nSemakan Status Permohonan\nSemakan status boleh dibuat di portal rasmi BPN di bpn.hasil.gov.my\nNamun anda tidak perlu bersusah payah semak status permohonan jika anda penerima BSH 2020.\nPenerima BPN akan menerima emel / SMS memaklumkan status permohonan masing-masing.\nApa pun kami ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan atas keprihatinan tentang masalah rakyat mengharungi wabak COVID-19.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kasih-johor-mykasih/", "title": "KASIH JOHOR: Semakan Program Bantuan Baucer MyKasih RM200", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk rakyat Johor! Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan sebuah program bantuan KASIH JOHOR di bawah MyKasih Foundation mulai bulan Disember 2021 ini.\nDi bawah program tersebut, penerima yang layak akan menerima baucer MyKasih bernilai RM200 untuk pembelian makanan di kedai yang berdaftar di bawah program ini.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang program bantuan MyKasih Johor ini dan cara membuat semakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah KASIH JOHOR?\n\n \nSiapakah Yang Layak Menerima Bantuan Baucer Program Kasih Johor?\n\n \nJumlah Bantuan Yang Akan Diterima\n\n \nTempoh Sahlaku Baucer MyKasih\n\n \nCara Semakan Status Kelayakan Program Kasih Johor\n\n \nCara Penebusan Baucer\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah KASIH JOHOR?\nKASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato\u2019 Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan JUN 2021. \nObjektif KASIH JOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.\nAkaun penerima akan dibuka berdasarkan MyKad ke dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. \nPenerima akan menerima baucer sebanyak RM 200 melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan. \n\n\n\n\n\n\nPasaraya yang mengambil bahagian dalam KASIH JOHOR akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran khas di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.\n\nSiapakah Yang Layak Menerima Bantuan Baucer Program Kasih Johor?\nKeluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah) dan telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima KASIH JOHOR.\u00a0\nPenerima KASIH JOHOR yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.\nJumlah Bantuan Yang Akan Diterima\nPenerima KASIH JOHOR akan menerima baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak RM200 melalui akaun MyKad mereka dan sah untuk tempoh sehingga Disember 2021.\u00a0\nPembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad dan berkuatkuasa setelah penerima menerima SMS daripada sistem.\n\n\nTempoh Sahlaku Baucer MyKasih\nPenerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021. \nDana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. \nWalau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.\nCara Semakan Status Kelayakan Program Kasih Johor\nJika tidak menerima SMS, anda boleh juga membuat semakan di laman web MyKasih di pautan berikut:https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/\nAnda hanya perlu masukan No. K/P dan tekan semak.\nJika tidak dapat semak dekat halaman ini, boleh juga cuba semak di kaunter Customer Service pasar raya sama ada layak, lepas itu baru pergi membeli dan bayar dengan tunjukkan Kad Pengenalan.\nStatus akan tertera seperti di bawah:\n\n\nCara Penebusan Baucer\nPenerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021. \nDana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. \nWalau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.\nSila rujuk aturcara pembelian makanan seperti dalam jadual di bawah:\n\n\nSemakan kedai / pasar raya yang terlibat boleh disemak melalui carian di pautan ini:\nhttps://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx\n\nBaca juga: \n\neKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima\nSubsidi 50% Atau RM150 Pembelian Carseat Kanak-kanak (Bajet 2022)\n\nCara Permohonan\nAnda tidak perlu memohon KASIH JOHOR. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.\nPihak Kerajaan Negeri Johor menggunakan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan data penerima bantuan seperti JKM/MAIJ untuk mengenalpasti kumpulan sasar.\nBagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor.\nAnda juga boleh membuat semakan status kelayakan melalui pautan: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lebih lanjut, sila layari laman web MyKasih di pautan berikut https://www.mykasih.com.my/\u2026/food-aid\u2026/kasih-johor/\u2026\nLokasi kedai / pasar raya yang terlibat: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-utmnexus/", "title": "Tawaran Biasiswa UTMNexus Untuk Bakal Pelajar PhD", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini menawarkan Biasiswa UTMNexus bagi pelajar yang bakal menyambung pengajian ke peringkat PhD.\nBiasiswa ini ditawarkan kepada calon yang cemerlang dalam bidang akademik serta berpotensi dalam menyumbang kepada bidang Penyelidikan dan Inovasi di UTM.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelebihan dan syarat permohonan biasiswa ini serta cara membuat permohonan mulai 1 Ogos hingga 30 September 2022.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat Biasiswa UTMNexus\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Memohon Biasiswa UTM Nexus 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nManfaat Biasiswa UTMNexus\nPenerima biasiswa bakal menerima faedah seperti berikut :\nTajaan yuran pengajian bagi Semester 1 hingga 6.Elaun bulanan sebanyak RM2,250 untuk 36 bulan.\nCalon-calon terpilih hendaklah menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik sepanjang pengajian serta menyumbang kepada keunggulan bidang Penyelidikan dan Inovasi di UTM.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun daripada tarikh permohonan.Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke Program Doktor Falsafah (sepebuh masa) bagi semester 1 2022/2023 sebelum 30 September 2022.Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan pengajian daripada mana-mana syarikat, yayasan, agensi kerajaan, atau badan penaja.Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dalam program Sarjana.Permohonan juga dibuka kepada pelajar baharu program PhD (Fast-Track) UTM Semester 1.\n\nTarikh Permohonan\nCalon yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.\nCara Memohon Biasiswa UTM Nexus 2022\nCalon boleh kemukakan permohonan menerusi pautan berikut selepas tarikh permohonan dibuka. http://pgs.utm.my/openbiasiswa/account/login.aspx\nMaklumat lanjut dan panduan pengguna bagi permohonan UTMNexus ini boleh didapati di: https://sps.utm.my/scholarship/\nMUAT TURUN MANUAL PENGGUNA \nManual pengguna Sistem Permohonan Biasiswa ini disediakan oleh pihak SPS bagi tujuan memudahkan pelajar membuat permohonan UTMNexus.\nUser-Manual-for-UTMNexus-OpenScholarshipDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa UTMNexus, sila hubungi Sekolah Pengajian Siswazah di talian 07-5537816/37769 atau email ke [email\u00a0protected].\nPermohonan kemasukan ke program pascasiswazah UTM boleh dibuat di laman web: https://admission.utm.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lima-2023/", "title": "LIMA 2023: Jadual Pameran, Senarai Peserta, Pembelian Tiket", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLangkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) kembali semula pada 2023 ini setelah ditangguhkan selama 4 tahun.\nAcara LIMA 2023 (Langkawi International Maritime and Aerospace) atau Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik. \nMajlis Pelancaran LIMA 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib\u00a0pada bulan Januari yang lalu.\nPada penganjuran LIMA pada 2019 yang lalu, 105 aset aeroangkasa dan 104 maritim telah dipamerkan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sambutan bagi tahun 2023 yang dianjurkan mulai 23 Mei hingga 27 Mei ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nTema LIMA 2023\n\n \nPenyertaan\n\n \nTarikh / Jadual Persembahan LIMA 2023\n\n \nPembelian Tiket\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nPengenalan\nLIMA \u201923 yang akan bermula 23 Mei 2023 ini dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjurannya menurut Menteri Pertahanan, Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato\u2019 Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.\n\n\n\n\n\n\nLIMA \u201823 telah berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia di mana ianya amat dinantikan ramai pihak memandangkan kali terakhir LIMA diadakan adalah pada tahun 2019.\nBeliau juga berkata LIMA \u201923 ini bakal menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bagi sektor pertahanan dan komersial.\nEdisi kali ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia (Sektor Pertahanan) dan Ministry of Transport Malaysia (Sektor Komersil).\nBagi peminat aeroangkasa & maritim, ketahui beberapa fakta ringkas mengenai LIMA\u201923 melalui\u00a0infografik BERNAMA di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Menteri Pertahanan tiba di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bagi meninjau persiapan gerai pameran segmen aeroangkasa, sebelum meninjau persiapan segmen maritim di RWL.\nTurut serta, Ketua Setiausaha, Dato\u2019 Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato\u2019 Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.\n\nSaksikan Secara Langsung Majlis Gracing Ceremony dan Opening Gambit melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada \u2013\n\n23 Mei 2023 (Selasa)\n9.15 pagi \u2013 10 pagi\nSelamat Pagi Malaysia (SPM)\nTV1, RTM : Live Streaming\n\nTema LIMA 2023\nUntuk edisi kali ini, LIMA membawakan tema\u00a0Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia\u2019s Maritime and Aerospace Trade).\n\nPenyertaan\nLIMA\u201923 dijangka akan disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).\nSebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan sepanjang Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023.\nSenarai penuh organisasi atau syarikat yang akan menyertai pameran pada kali ini belum diumumkan oleh pihak penganjur tetapi berikut merupakan antara nama-nama besar yang akan mengambil bahagian:\n\nBHIC\nDeftech\nGading Group\nGlobal Turbine Asia\nNADI\nRadimax\nSapura\nAirbus (UK)\nMBDA (Perancis)\nKongsberg (Norway)\nPasukan Tentera Laut (Perancis)\nKorea Aerospace Industries (KAI)\nPasukan Pertahanan Australia\nAselsan\nRoketsan \nHavelsan (Turki).\n\nDari segi jemputan pula, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 akan menerima lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.\n\nTarikh / Jadual Persembahan LIMA 2023\nTarikh : 23 hingga 27 Mei 2023\nUntuk mendapatkan jadual pameran dan demonstrasi penuh sepanjang acara ini, sila rujuk https://www.limamalaysia.com.my\u00a0sekarang!\n\nPembelian Tiket\nUntuk mendaftar dan membeli tiket sebagai pengunjung, sila layari pautan rasmi https://lima2023-register.com.my/.\n\nBeli sekarang dengan mengimbas kod QR seperti yang tertera.\nUntuk mendapatkan jadual pameran dan aturcara, sila rujuk https://www.limamalaysia.com.my\u00a0sekarang!\nMaklumat lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA) di https://www.limamalaysia.com.my/\nSelain itu, boleh ikuti laman Facebook Rasmi LIMA 2023 di https://www.facebook.com/2023LIMA\nBaca juga: \n\nSemakan Agensi Pelancongan Berdaftar Dengan MOTAC\nBorder Pass Malaysia : Syarat & Cara Permohonan Pas Sempadan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lebuh-raya-suke/", "title": "Pembukaan Lebuh Raya SUKE : Tol Percuma Selama Sebulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) secara rasminya telah dibuka kepada semua pengguna jalan raya pada 16 September 2022.\nSempena pengumuman pembukaan ini SUKE Fasa 1 ini, pengguna lebuh raya boleh menggunakan lebuh raya ini secara percuma selama 1 bulan.\nApabila siap sepenuhnya kelak, SUKE akan menghubungkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE).\nSUKE adalah lebuh raya 100 peratus berlampu dengan dilengkapi 3,377 lampu jalan LED, selain dilengkapi 40 kamera litar tertutup (CCTV), 22 telefon kecemasan dan 22 sistem pengesanan kemalangan kenderaan (VIDS) dipasang pada tiang bersepadu. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPembukaan Lebuh Raya SUKE Fasa 1\n\n \nLaluan Lebuh Raya SUKE Fasa 1\n\n \nPemberian tol percuma\n\n \nKeunikan SUKE\n\n\nPembukaan Lebuh Raya SUKE Fasa 1\nLebuhraya SUKE ialah laluan alternatif terbaik bagi mengelak kesesakan di MRR2!\nPembukaan ini hanya melibatkan FASA 1 lebuh raya ini:\nMeliputi jajaran sepanjang 16.6km dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.Melibatkan 11 persimpangan dan 2 plaza tol \u2013 Tol Bukit Teratai dan Tol Ampang.3 laluan itu berkelebaran 3.5m, dengan tambahan 3m lorong kecemasan, pada kedua-dua arahDijangka mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang MRR2 sebanyak 30 peratus, Jalan Ampang (36 peratus) dan Jalan Loke Yew (12 peratus).\nSementara itu, baki laluan yang belu siap dijangka disiapkan pad suku pertama tahun 2023. \nLaluan Lebuh Raya SUKE Fasa 1\nPembukaan Fasa 1 SUKE melibatkan jajaran 16.6km bermula dari Persimpangan Cheras-Kajang ke Persimpangan Bukit Antarabangsa.\nRujuk maklumat lanjut melalui infografik di bawah:\n\nUntuk mendapatkan informasi terkini mengenai progres projek ini, sila layari laman web rasmi SUKE di alamat http://www.mysuke.com.my/\nPemberian tol percuma\nSeiring dengan pengumum pembukaan SUKE Fasa 1 ini, Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof mengumumkan laluan ini boleh dilayari secara percuma selama sebulan.\nPemberian ini secara tidak langsung memberi peluang kepada semua pengguna jalan raya merasai sendiri laluan di lebuh raya ini dan membantu mereka merancang perjalanan di masa hadapan. \nKeunikan SUKE\nPembinaan SUKE yang bermula pada Ogos 2016 membabitkan kos RM5.7 bilion, mempunyai struktur jejambat lebuh raya tertinggi (jejambat bertingkat galang kekotak bersegmen (SBG)) pada ketinggian 56.4m merentasi MRT Laluan Sungai Besi-Kajang (SBK) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE).\nMenariknya, ia mempunyai tanjakan \u2018helikoidal\u2019 pertama di Malaysia di persimpangan Cheras-Kajang dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.\nBaca juga: Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-kemasukan-pendaftaran-mrsm/", "title": "Tarikh Pendaftaran & Kemasukan MRSM Penggal 3 Sesi 2021 / 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJadual pendaftaran dan pengoperasian MRSM penggal ketiga sesi 2021/2022 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)\nMaktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah mengeluarkan makluman berkenaan tarikh pendaftaran dan jadual pengoperasian MRSM Penggal 3 bagi Sesi 2021/ 2022 di setiap negeri.\nDalam jadual tersebut, dinyatakan bahawa pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 akan mula mendaftar pada 8 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A, manakala bagi negeri Kumpulan B akan mula mendaftar pada 9 Januari 2022.\n\n\n\n\n\n\nTarikh bermula sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang terbabit adalah pada 9 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A, manakala bagi negeri Kumpulan B akan bermula pada 10 Januari 2022.\nSementara itu, pelajar-pelajar MRSM Tingkatan 1, 2 dan 3 akan meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian (PdPR) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.\nNOTA:\nNegeri Kumpulan A : Kedah, terengganu, Kelantan & JohorNegeri Kumpulan B : Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah & Sarawak.\nSila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:\nJadual Pendaftaran & Pengoperasian MRSM Penggal Ketiga Sesi 2021/2022 \n\nBaca juga:\nPKSK 2022: Format Ujian, Tarikh Pelaksanaan & Contoh SoalanSemakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 / Tingkatan 4 Sesi 2022\nUntuk sebarang pertanyaan tentang tarikh pembukaan dan pengoperasian MRSM serta takwim terkini, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian berikut:\n03- 2613 4529 03- 2613 453103- 2613 453203- 2613 456503- 2613 453903- 2613 454003- 2613 453403- 2613 453503- 2613 453803- 2613 453703- 2613 4497\nSila dapatkan info terkini melalui:\nLaman web rasmi MRSM : ewarta.mara.gov.my / mara.gov.myFacebook MARA: MAJLIS AMANAH RAKYAT\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gelaran-profesional-malaysia/", "title": "Maksud Gelaran Profesional Di Malaysia (Ar, Ir, Sr, Ts, Gs)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai yang tidak tahu di Malaysia kita mempunyai pelbagai gelaran profesional untuk pelbagai bidang kepakaran.\nBiasanya gelaran ini diletakkan di awalan nama seseorang, misalnya Ir Ahmad sekiranya Ahmad merupakan seorang Jurutera Profesional.\nSebenarnya terdapat banyak gelaran profesional yang terdapat di Malaysia antaranya Ar, Ir, Sr, Ts, Gs dan lain-lain.\nMari fahami apa maksud setiap gelaran ini agar anda tahu apa bidang kepakaran setiap individu yang menggunakan gelaran-gelaran ini.\nMaksud Gelaran Profesional Di Malaysia (Ar, Ir, Sr, Ts, Gs)\nMaksud Ar\nGelaran \u201cAr\u201d merupakan singkatan kepada Arkitek Profesional.\nArkitek di Malaysia dikehendaki memiliki tahap kelayakan tertentu, yang ditadbir oleh Lembaga Arkitek Malaysia, atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).\nIa dikenali sebagai LAM Bahagian I, II, dan III.\n\n\n\n\n\n\nAnda akan diperakui oleh Lembaga Arkitek Malaysia selepas anda melalui tiga peringkat peperiksaan ini. \nProfesion seni bina di Malaysia dilindungi undang-undang dan dikawal selia oleh Lembaga Akitek Negara (LAM).\nGraduan program Senibina hendaklah mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) sebagai graduan Senibina dan mendaftar dengan Institut Arkitek Malaysia (PAM) sebagai ahli siswazah. \nDalam tempoh ini, mereka mesti memperoleh pengalaman kerja dua tahun yang mana satu tahun mesti diperolehi di Malaysia dalam amalan Arkitek yang berdaftar dengan LAM. \nApabila anda sudah bersedia dan telah melengkapkan semua keperluan projek yang ditetapkan oleh LAM dan menyerahkan laporan penilaian, anda akan mengambil peperiksaan LAM Bahagian III. \nAnda perlu lulus peperiksaan bersama LAM-PAM Bahagian 3 sebelum anda boleh menjadi ahli korporat PAM dan Arkitek profesional berdaftar dengan LAM.\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai cara untuk mendapatkan gelaran profesional Ar ini, sila rujuk laman rasmi LAM di https://www.lam.gov.my/ atau bertanyakan kenalan-kenalan arkitek yang lebih senior.\nArtikel berkaitan: Senarai Kolej Vokasional dan Kursus Ditawarkan Seluruh Malaysia\nMaksud Ir\nIr pula merupakan gelaran profesional bagi seorang Jurutera Profesional di Malaysia.\nSelepas tamat pengajian, seorang jurutera perlu mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia untuk menjadi jurutera siswazah. \nSelepas beberapa tahun pengalaman praktikal (diawasi oleh jurutera profesional), jurutera siswazah boleh memohon untuk menduduki Temuduga Profesional (dengan IEM atau The Institution of Engineers Malaysia). \nSekiranya lulus Temuduga, calon tersebutboleh memohon kepada Board of Engineers (BEM) untuk menjadi Jurutera Profesional yang melayakkan beliau menggunakan gelaran Ir.\nTerdapat beberapa cara untuk mendapatkan gelaran Ir ini namun untuk penjelasan lebih lanjut, boleh rujuk pada laman web IEM (https://www.myiem.org.my/) atau BEM (http://bem.org.my/) atau bertanyakan kepada kenalan-kenalan jurutera anda yang lebih senior.\nMaksud Sr\nSr merupakan gelaran bagi seorang Juruukur Profesional.\nRISM (Royal Institute of Surveyor Malaysia) ialah pemilik berdaftar tanda perakuan \u201cSr\u201d dan pendaftaran adalah sah pada masa ini dan hidup di bawah Akta Cap Dagangan 2019.\nMenurut Perkara 13 daripada Perlembagaan RISM, mana-mana yang berkelayakanFelo atau Ahli RISM ialah berhak untuk digunakan sebelum nama merekagelaran \u201cSr\u201d ini.\nSemua Felo dan Ahli Institusi layak menggunakan gelaran awalan \u2018Sr\u2019 pada nama mereka, tertakluk kepada syarat berikut:\n\nMana-mana Fellow atau Ahli Institusi Diraja Juruukur Malaysia yang tidak tertunggak subcripsi, yuran dan levi tahunannya. Ini tidak mengecualikan mereka yang tidak berdaftar dengan mana-mana lembaga kawal selia kerajaan, atau mereka yang merupakan ahli akademik di institusi pengajian tinggi.\nPemohon mestilah berada dalam kedudukan yang baik.\n\nUntuk maklumat lanjut mengenai gelaran Sr ini, sila rujuk halaman rasmi RISM di alamat https://rism.org.my/designation-and-prefix/\nMaksud Ts\nTs merupakan gelaran profesional bagi Juruteknologi Profesional dan di bawah kawal selia oleh Lemmbaga Teknologi Malaysia atau Malaysia Board of Technologists (MBOT).\nJuruteknologi Siswazah boleh memohon untuk menjadi Juruteknologi Profesional selepas mendapat pengalaman praktikal yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah (minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknologi dan teknikal yang berkaitan), membayar yuran yang ditetapkan dan mematuhi semua kriteria yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah. \nUntuk maklumat lanjut mengenai gelaran Ts ini, sila rujuk halaman rasmi MBOT di https://www.mbot.org.my/registration/professional-technologists/\nMaksud Gs\nGs pula merujuk kepada Geospatial Profesional, gelaran yang baru diwujudkan seekitar tahun 2016.\nInstitusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (IGRSM) memperkenalkan gelaran Geospatial (Gs) kepada ahlinya dan ini adalah sebahagian daripada inisiatif IGRSM untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan pengamal geospatial dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.\nMengikut perlembagaan IGRSM, syarat minimum untuk pengamal geospatial Malaysia layak menggunakan gelaran Gs ialah kelayakan minimum ijazah dalam Geospatial atau bidang berkaitan; dan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman profesional atau setara dalam bidang Geospatial.\nUntuk maklumat lanjut mengenai gelaran profesional Gs ini, sila layari laman web rasmi IGRSM di alamat http://www.igrsm.org/membership.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/boost-ewallet/", "title": "Cara Daftar Boost eWallet, Kelebihannya & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekarang ini terdapat banyak eWallet di Malaysia dan antara yang popular adalah Boost eWallet dan GrabPay. \nBoost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017 sebagai platform yang mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi \u2013 cara pengguna prabayar menambah kredit mudah alih mereka. \nBoost membolehkan pengguna membayar melalui telefon bimbit mereka di lokasi yang mengambil bahagian tanpa perlu menggunakan wang tunai atau kad fizikal. \n\n\n\n\n\n\nSehingga kini, 8.8 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih 213,000 pusat sentuh pedagang di seluruh negara.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n \nCara daftar\n\n \nKelebihan Boost\n\n \nPromosi Terbaru\n\n\nMuat turun aplikasi\nBagi anda yang berminat menggunakan kemudahan ini, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOSApp Gallery \u2013 Untuk pengguna Huawei\nCara daftar\nBagi pembaca yang berminat menggunakan Boost, ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pendaftaran:\nMuat turun aplikasi BoostBuka aplikasi BoostKlik pada butang \u201cRegister\u201dMasukkan nombor telefon andaKlik pada simbol anak panah yang terletak pada penjuru kanan skrinMasukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMSPilihan pilihan Postpaid atau Prepaid dan perkhidmatan Telco yang anda gunakanMasukkan NamaMasukkan NicknameMasukkan email addressCipta password atau kata kunci yang mahu digunakan bersama akaun Tandakan pada kotak Terms and ConditionsKlik pada simbol anak panah yang terletak pada penjuru kanan skrinTetapkan nombor pin anda untuk pengesahan kesemua transaksiMasukkan Invite Code sekiranya ada\nAkaun Basic Wallet anda sudah pun diakftikafkan dengan had RM1000 dan had transaksi RM24000 setiap tahun.\nNamun, anda boleh menaiktaraf ke akaun Premium Wallet yang mempunyai beberapa kelebihan tambahan.\nKelebihan Boost\n\nLanggan insurans untuk perlindungan peribadiPembelian secara dalam talian dengan lebih mudahTambah nilai akaun prabayar anda dengan lebih mudah dan pantasBoleh gunakan Boost eWallet untuk pembayaran menaiki pengangkutan awamKumpul poin untuk lebih banyak promosi yang boleh ditebus\nPromosi Terbaru\nPihak Boost sentiasa memperkenalkan promosi menarik dari semasa ke semasa antaranya:\nDiskaun hebatCashbackBoost RewardsBoost Stars dan banyak lagi.\nUntuk mengetahui promosi terkini daripada pihak Boost, layari laman promosi Boost di alamat https://www.myboost.com.my/promotions/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/renew-passport-online-myimms-eservices/", "title": "MyOnline Pasport: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nINFO TERKINI : PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) / CARA RENEW PASSPORT MALAYSIA ONLINE\nUntuk makluman, Sistem Temujanji Online (STO) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022, namun STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.\n\u201cJumpa Terus\u201d (Walk-In) Bagi Kategori yang dibenarkan:\n\nPermohonan kali pertama\nPermohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah\nPasport hilang / rosak\nWarga Emas (60 tahun ke atas)\nOKU\nPelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara\nJemaah Haji\n\nPemohon mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.\nKelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.\nPembaharuan / Gantian PMA secara atas talian melalui MyOnline Pasport (*sila rujuk langkah-langkah renew passport Malaysia secara online di bawah).\n\n\n\n\n\n\n\nMAKLUMAN :\u00a0Pasport Hilang atau Rosak tidak dibenarkan mohon secara atas talian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu MyOnline Pasport?\n\n \nCara Renew Passport Malaysia Online\n\n \nTempoh Masa Kutipan Passport\n\n\nApa itu MyOnline Pasport?\nMyIMMS eServices adalah sebuah portal yang diperkenalkan untuk pelbagai kemudahan yang dikendalikan oleh Jabatan Imegresen Malaysia antaranya:\n\nMyOnline Permit\nMyOnline Residence Pass\nMyOnline Passport\nMyOnline Foreign Maid/Foreign Worker\nePLSI\n\nDisebabkan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.\nCara menggunakannya juga tersangatlah mudah.\nSetelah membuat pembayaran secara online, anda hanya perlu hadir ke kaunter Jabatan Imegresen Malaysia yang berdekatan untuk membuat kutipan passport baru.\nWalau bagaimanapun, kemudahan renew passport online ini hanyalah bagi pemohon yang passport mereka telah tamat tempoh sahaja.\nPemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.\n\nCara Renew Passport Malaysia Online\nUntuk renew passport dalam secara dalam talian, ikuti langkah-langkah mudah berikut:\n\nLayari portal MyIMMS eServices di pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main\nLihat pada bahagian \u201cMyOnline Passport\u201d dan klik pada \u201cPermohonan Pasport \u2013 Application for the renewal of passport\u201d\nPada halaman berikutnya, anda yand diterangkan mengenai tempoh pengeluaran passport, spesifikasi foto passport, terma dan syarkat, jumlah bayaran dan pelbagai perkara lain.\nPastikan anda membaca kesemua informasi yang dipaparkan dengan teliti\nKlik pada butang Setuju pada bahagian bawah halaman tersebut\nLengkapkan segala maklumat yang dikehendaki\nPilih cawangan kutipan passport\nMuat naik gambar mengikut kriteria yang dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian yang menyebabkan permohonan anda ditolak.\nLengkapkan bayaran dengan menggunakan fungsi perbankan internet atau kredit kad\nSimpan resit\n\n\nRujuk tutorial video di bawah:\n\nPemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.\n\nTempoh Masa Kutipan Passport \nSetelah selesai membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan di portal MyIMMS eServices untuk mengetahui sama ada passport baru anda sudah siap untuk dikutip.\nBagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.\nSila rujuk waktu urus niaga Pejabat Pengeluar Pasport Malaysia di bawah:\nPEJABAT PASPORT NEGERI & CAWANGAN\nI) Semua negeri & cawangan :\n\nHari bekerja: 8.00 pagi hingga 7.00 petang\nSabtu : 8.00 pagi \u2013 12.30 tengah hari\n\nII) Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah\n\nHari bekerja : 8.00 pagi \u2013 5.00 petang\n\nPEJABAT UTC \nI) Semua negeri\n\nHari bekerja : 8.00 pagi \u2013 9.00 malam\nHujung minggu : 8.00 pagi \u2013 5.00 petang\n\nII) UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah\nHari bekerja & hujung minggu : 8.00 pagi \u2013 5.00 petang\n\nINFO LANJUT:\n\nSemak Kelayakan Permohonan \u2013 Check Application Eligibility\n\n\nPermohonan Pasport \u2013 Application for the renewal of passport\n\n\nPertanyaan Status Permohonan \u2013 Inquiry of the application status\n\n\nMuat Naik Semula Gambar \u2013 Photo Re-upload\n\n\nMuat Naik Semula Dokumen Sokongan \u2013 Support Documents Re-upload\n\nBaca juga: \n\nPasport Malaysia Hilang : Kadar Denda & Prosedur Gantian Terkini (2022)\nSTO 2.0 : Temujanji Imigresen Online & Waktu Operasi Kaunter\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-kenalpasti-wang-duit-palsu/", "title": "Cara Kenal Wang Kertas Palsu, Kena Check 3 Benda Ni! \u2013 BNM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKita sebagai pengguna matawang Ringgit haruslah tahu cara kenalpasti wang kertas palsu agar kita tidak tipu.\nAda peniaga yang terpaksa menanggung kerugian kerana ada pelanggan mereka dengan sengaja menggunakan wang kertas palsu untuk membeli secara tunai dengan mereka.\nWalaupun kes-kes penipuan menggunakan wang kertas palsu amat terpencil, apabila kita tahu cara kenalpasti dan membezakan wang kertas palsu dengan wang sebenar kita boleh terus melaporkannya kepada pihak polis.\nKebiasaannya peniaga yang berniaga di pasar malam dan tempat tumpuan ramai menjadi sasaran sindiket wang kertas palsu ini kerana mereka tahu peniaga ini biasanya tidak akan meneliti satu persatu wang kertas yang diterima mereka.\nMenyedari perkara, Bank Negara Malaysia juga turut turun padang bagi memberikan kesedaran kepada para peniaga agar tidak menjadi mangs penipuan wang palsu dengan mengajar mereka cara kenalpasti wang palsu dengan mudahh.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: Duit Kertas Rosak : Garis Panduan Pertukaran Nilai Di BNM\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCiri Keselamatan Pada Wang Kertas / Duit Syiling Asli\n\n \nCara kenalpasti wang kertas palsu\n\n \nAplikasi MyRinggit\n\n\nCiri Keselamatan Pada Wang Kertas / Duit Syiling Asli\nAnda boleh mengenalpasti beberapa ciri keselamatan pada duit syiling dengan meneliti rekabentuk sisi, garisan mikro dan imej pendam yang ditunjukkan melalui infografik di bawah:\n\nMenurut Ketua Pejabat BNM Pulau Pinang,\u00a0terdapat 10 ciri keselamatan yang dimasukan ke dalam semua wang kertas negara antaranya dapat dikenal pasti dengan merasa, melihat, sendeng dan periksa.\nAntara ciri keselamatan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.\nBerikut merupakan contoh ciri-ciri keselamatan pada wang kertas RM20:\n\n\nCara kenalpasti wang kertas palsu\nUntuk mengenal pasti sama ada wang kertas adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang terdapat pada wang kertas (untuk semua wang kertas):\n\n(i) Bezakan kualiti dan periksa ciri cetakan timbul wang kertas\nWang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi dan oleh itu ia adalah unik berbanding dengan kertas biasa. Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.\n(ii) Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut:\n\nPotret tiga dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama yang kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.\nTanda Pandang Telus \u2013 reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak/numeral yang lengkap.\nBenang keselamatan dengan ciri teks mikro\u00a0yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.\n\n\u00a0(iii) Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna/corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.\nJalur holografik (bagi wang kertas RM50 sahaja), \u00a0petak berkilat berwarna, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah dan benang keselamatan kanta mikro (bagi wang kertas RM100 sahaja) akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.\nSumber: Bank Negara Malaysia\nUntuk maklumat lanjut, layari\u00a0bnm.gov.my/TLFC\nAplikasi MyRinggit\nBagi yang tidak tahu, Bank Negara Malaysia juga telah membangunkan aplikasi MyRinggit untuk membantu para peniaga khususnya, mengenalpasti wang kertas palsu.\nAplikasi MyRinggit ini adalah percuma dan boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar Android.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-perantisan-nasional-spn-program-kerjaya-inisiatif-kementerian-belia-dan-sukan/", "title": "Skim Perantisan Nasional (SPN): Program Kerjaya Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPara belia yang sedang mencari pekerjaan dijemput menyertai program Skim Perantisan Nasional (SPN).\nSkim Perantisan Nasional merupakan sebuah program inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kerjaya Raya.\nProgram SPN ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia untuk mendapatkan pengalaman pekerjaan dan pada masa sama meningkatkan kemahiran mereka yanng akan membantu mereka mendapat pekerjaan lebih baik selepas tamat program. \nPendaftara sudah dibuka dan peserta yang diterima masuk ke program ini akan dibayr elaun bulanan sebanyak RM1,200 hingga RM2,000 bergantung kepada kelayakan akademik. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara memohon\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nObjektif \n\nObjektif utama SPN adalah untuk memberikan pengalaman pekerjaan kepada para belia yang terpilih serta jaminan pekerjaan.\nSelain itu, peserta juga akan menjalani latihan kemahiran atau on-job training serta meningkatkan soft-skill mereka, satu kemahiran yang sangat penting dalam dunia pekerjaan sebenar.\nProgram ini berkonsepkan \u201cplace and train\u201d dimana peserta akan dihantar ke sesuatu syarikat untuk latihan dan sekiranya mempamerkan keputusan bagus, peluang untuk meneruskan kerjaya di syarikat tersebut adalah terjamin.\nProgram SPN juga bertujuan untuk menyediakan sistem sokongan kepada para belia untuk mendapatkan pekerjaan, seterusnya membantu mengurangkan kadar penganggngguran dalam kalangan belia. \nSyarat kelayakan\nPermohonan bagi program SPN ini hanya terbuka kepada para belia yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:\nWarganegara MalaysiaBerumur tidak melebihi 35 tahun.Memiliki SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan dalam dan luar negara atau kelayakan lain yang setaraf dengannya.Sanggup mengikuti program sepenuh masa.Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baikTidak bankrapTiada rekod jenayah\nCara memohon \nBagi para beliau yang berminat, anda boleh melakukan permohonan untuk program SPN ini dengan mengikuti lanngkah-langkah berikut:\nLayari laman SPN di http://perantisan.kbs.gov.my/kriteria.phpKlik pada butang \u201cPermohonan\u201dIsikan kesemua makklumat yang diperlukanSertakan dokumen berikut:ResumeGambar berukuran passport\nSelepas menghantar borang permohonan, pihak urus setia SPN akan menghubungi pemohon melalui emel dalam tempoh 30 hari selepas tarikh permohonan dihantar.\nMaklumat lanjut \nBagi para belia yang berminat dengan program SPN ini namun terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh menghubungi pihak KBS melalui kaedah-kaedah berikut:\nAlamat: Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN), Aras 11, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya Telefon: 03-8871 3265/3264/3463Emel:[email\u00a0protected][email\u00a0protected][email\u00a0protected][email\u00a0protected]Pegawai bertugas:Puan Suraya binti Sulaiman \u2013 03-88713265Cik [email\u00a0protected] binti Kopong \u2013 03-88713264Encik Mohamad Akmal bin Md Ruslan \u2013 03-88713463\n\nhttps://edubestari.com/skim-perantisan-nasional/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/borang-permohonan-rentas-negeri/", "title": "Borang Permohonan Rentas Negeri 2021 Sepanjang PKP dan PPN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAntara SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa tempoh PKP dan Program Pemulihan Negara (PPN) bagi mengekang penularan COVID-19 diseluruh negara adalah melarang orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan dan sebab yang kukuh.\nSecara umumnya, seseorang individu boleh melakukan perjalanan merentas negeri atas alasan kerja dengan syarat mempunyai surat kerja daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat perjalanan rentas negeri\n\n \nBorang Permohonan Rentas Negeri Terbaru 2021\n\n \nProsedur memohon kebenaran rentas negeri\n\n\nSyarat perjalanan rentas negeri\nBagi yang tidak mempunyai surat MITI, anda masih boleh melakukan perjalanan merentas negeri sekiranya melibatkan salah satu satu perkara berikut:\n\n\n\n\n\n\nKematianKecemasanPerubatanPendidikanPasangan jarak-jauh\nSekiranya anda perlu melakukan perjalanan rentas negeri atas salah sebab di atas, maka anda perlulah mengisi borang permohonan rentas negeri dan membuat permohonan di balai polis berhampiran anda. \nElakkan menggunakan alasan yang tidak munasabah ketika memohon kebenaran rentas negeri kerana besar kemungkinan alasan tersebut akan ditolak sama-sekali. \nBagi anda yang melakukan perjalanan ke kawasan atau daerah PKPD, anda juga perlu mengisi borang permohonan rentas negeri sebelum dibenarkan masuk ke kawasan PKPD yang dikawal ketat dengan sekatan jalan raya (SJR)\nBaca juga: Senarai Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin (Mulai 10 Ogos)\nBorang Permohonan Rentas Negeri Terbaru 2021\n\nBagi memudahkan pemohon dan pihak PDRM, pemohon perlulah memuat turun borang rentas negeri yang boleh dimuat turun daripada pautan dibawah:\nBorang permohonan rentas negeri (PKP/PPN) \u2013 https://www.rmp.gov.my/Borang permohonan rentas ngeri (PKPD) \u2013 https://www.rmp.gov.my/\nBagi mengelakkan sebarang permasalahan, pastikan anda hanya memuat turun borang rentas negeri daripada laman web rasmi Polis DiRaja Malaysia sahaja seperti dalam pautan yang disertakan di atas. \nProsedur memohon kebenaran rentas negeri\nBagi memudahkan perjalanan anda dan tidak mempunyai masalah apabila melalui sekatan jalan raya (SJR), sila ikut prosedur berikut ketika memohon kebenaran rentas negeri:\nMuat turun borang kebenaran rentas negeriCetak borang kebenaran rentas negeriIsikan segala butiran yang dinyatakan dalam borang kebenaran rentas negeriSila bawa bersama dokumen sokongan seperti surat tempat kerja pasangan, surat pengesahan kematian, surat daripada universiti dan seumpamanyaHantar borang permohonan rentas negeri tersebut ke balai polis berhampiran tempat tinggal anda.Pastikan borang tersebut dicop dengan cop rasmi balai polis tersebut.\nPastikan anda telah menyelesaikan segala langkah di atas bagi mengelakkan sebarang masalah di sekatan jalan raya dan mempunyai risiko dikompaun oleh pihak berkuasa kerana cubaan membuat perjalanan rentas negeri tanpa kebanaran. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-usm/", "title": "e-Recruit USM: Pendaftaran & Permohonan Jawatan Kosong USM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJAWATAN KOSONG HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2022 TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN ONLINE (ERECRUIT USM)\nTarikh Iklan : 18-04-2022Tarikh Tutup : 27-04-2022\nLokasi: USM KUBANG KERIAN, KELANTAN\nBerikut dikongsikan jawatan-jawatan yang ditawarkan dan cara untuk membuat permohonan bagi calon yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIklan Jawatan Kosong USM Yang Dibuka Bagi Tahun 2022\n\n \nCara Pendaftaran eRecruit USM\n\n \nCara Permohonan Jawatan Kosong USM 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nIklan Jawatan Kosong USM Yang Dibuka Bagi Tahun 2022\n\nUntuk makluman, tawaran ini melibatkan 22 skim jawatan seperti berikut:\nPEGAWAI SAINS C41JURU X-RAY U29JURURAWAT U29JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29JURUPULIH PERUBATAN U29JURUTEKNIK PERUBATAN U19PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29PEMANDU KENDERAAN H11PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11PEMBANTU OPERASI N11PEMBANTU AWAM H11PENOLONG AKAUNTAN W29PEMBANTU MAKMAL C19PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19PEGAWAI FARMASI UF41/UF44/UF48/UF52/UF54PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19PEMBANTU KEMAHIRAN H19PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19\nCara Pendaftaran eRecruit USM\nSebelum mendaftar sebagai pengguna, anda hendaklah membaca dan memahami keseluruhan syarat-syarat penyertaan di bawah. Sekiranya anda bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, klik butang Saya Setuju.\n\n\n\n\n\n\nSeorang individu hanya boleh mendaftar SATU (1) Login sahaja.Penyertaan terbuka kepada semua individu yang berumur antara 18-60 tahun.\nPendaftaran ini adalah sebagai pengguna halaman web e-recruIT dan halaman-halaman web berkaitan dengannya.\nPendaftaran ini bertujuan untuk membolehkan anda memohon jawatan di USM, mengemaskini maklumat permohonan anda dan menyemak status permohonan anda.\nPastikan maklumat yang diberi adalah BENAR dan sekiranya maklumat itu didapati palsu, permohonan anda akan DIBATALKAN dan jika anda telah ditawarkan jawatan, perkhidmatan anda akan DITAMATKAN serta-merta dan anda boleh dikenakan TINDAKAN undang-undang.\nPastikan maklumat pada borang permohonan anda adalah BENAR. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan-1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda dua ribu Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.\nPegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan boleh membuat permohonan secara \u2018online\u2019 selaras dengan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2004: Permohonan Jawatan Secara Online Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat.\nLANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN\n1) BUKA PAUTAN https://erecruit.usm.my/html/\n\n2) ISIKAN NAMA DAN EMAIL DI RUANG YANG DISEDIAKAN\n3) BUKA EMAIL YANG DIDAFTARKAN\nAnda akan menerima pautan untuk pengesahan. Isikan login pengguna dan kata laluan yang diberikan.\n4) ISIKAN BUTIRAN PENGGUNA YANG DIBERIKAN DALAM EMAIL\n\nSetelah berjaya mengaktifkan akaun, anda boleh mula membuat permohonan.\nSila rujuk langkah seterusnya di bawah.\nCara Permohonan Jawatan Kosong USM 2022\nLANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI ERECRUIT USM:\n1) Sila login dan daftar sebagai pengguna portal eRecruit USM melalui pautan berikut: https://erecruit.usm.my/html/\n\n2) Isikan maklumat / butiran peribadi pada profil anda. \n\n3) Semak jawatan yang ingin dipohon dan baca syarat-syarat yang ditetapkan.\n\nPemohon TIDAK PERLU menghantar sebarang cetakan maklumat yang telah diisi melalui Sistem Erecruit kepada Pihak Bahagian Sumber Manusia USM;Tarikh Permohonan adalah pada 18/04/2022 sehingga 27/04/2022 ;Sukacita diingatkan bahawa maklumat yang diisi adalah LENGKAP dan BETUL dari segi EJAAN, PERKATAAN DAN NOMBOR;Ditegaskan bahawa hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL serta memenuhi syarat skim perkhidmatan sahaja akan dipilih dalam proses penyaringan;Ditegaskan bahawa hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga;Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan maka permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA .\nPERHATIAN\u00a0:\u2013 Sila pastikan permohonan jawatan dipilih bertepatan dengan kehendak dan kelayakan anda sebelum iklan ditutup.\u2013 Sekiranya maklumat tidak lengkap, permohonan akan ditolak.\u2013 Hanya 2 jawatan sahaja dibenarkan dimohon.\u2013 Untuk pembatalan permohonan jawatan sila \u201cUNCHECK\u201d ke semua kampus dan klik \u201cSimpan\u201d.\nPermohonan Online : https://erecruit.usm.my/html/\nBaca juga: \nPengambilan Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 224/22 (2022)Kadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap Kategori\nMaklumat Lanjut \nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nPusat Media & Perhubungan Awam, Kampus Kesihatan USM (https://linktr.ee/USMKampusKesihatan)http://hospital.usm.my/09-767 3000https://www.usm.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-keperluan-masuk-universiti/", "title": "Checklist Barang Keperluan Masuk Universiti Yang Perlu Dibawa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahniah diucapkan kerana berjaya mendapatkan tawaran untuk masuk ke universiti bagi melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Mungkin perasaan anda sedang bercampur aduk pada masa ini untuk meninggalkan rumah dan melangkah masuk ke universiti yang ditawarkan. \n\nNamun usah risau, setelah beberapa minggu berada di universiti anda akan\u00a0 mula dapat menyesuaikan diri dengan baik.\u00a0\nDalam artikel kali ini, kami akan berkongsi mengenai checklist barang keperluan masuk universiti yang mana boleh jadi rujukan untuk membantu anda membuat persiapan sebelum hari pendaftaran tiba.\u00a0\nJom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nChecklist Barang Keperluan Masuk Universiti\n\n \n1. Baju t-shirt berkolar\n\n \n2. Baju kemeja lengan panjang\n\n \n3. Baju melayu\n\n \n4. Seluar slack\n\n \n5. Seluar trek\n\n \n6. Baju kurung\n\n \n7. Baju t-shirt lengan panjang\n\n \n8. Kardigan\n\n \n9. Sandal\n\n \n10. Kasut sukan\n\n \n11. Cadar\n\n \n12. Seterika\n\n \n13. Pemanas air\n\n \n14. Penyangkut baju\n\n \n15. Ubat-ubatan\n\n \nKesimpulan\n\n\nChecklist Barang Keperluan Masuk Universiti\n1. Baju t-shirt berkolar\nBaju t-shirt berkolar adalah salah satu item yang penting untuk dibawa bagi pelajar lelaki. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan di universiti memerlukan anda untuk memakai t-shirt berkolar. Sebaiknya, bawa baju t-shirt berkolar yang polos atau mempunyai corak/tulisan yang minimum.\nBaju t-shirt berkolar: https://shopee.com.my/baju.tshirt/4543697876\n2. Baju kemeja lengan panjang\nUntuk pelajar lelaki, jangan lupa bawa beberapa helai baju kemeja lengan panjang untuk digunakan apabila menghadiri majlis rasmi ataupun kelas.\u00a0\nBaju kemeja lengan panjang: https://shopee.com.my/pan_online_marketing/7039538973\n\n\n\n\n\n\n3. Baju melayu\nSeterusnya, bagi pelajar lelaki muslim, jangan lupa bawa sehelai dua baju melayu untuk digunakan bagi menunaikan solat jumaat atau menghadiri majlis keagamaan.\u00a0\u00a0\nBaju melayu: https://shopee.com.my/add_diana/16940537047\n4. Seluar slack\nSediakan beberapa helai seluar slack untuk digunakan semasa pergi ke kelas ataupun\u00a0 menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Pastikan seluar anda tidak terlalu ketat terutamanya untuk perempuan.\nSeluar slack perempuan: https://shopee.com.my/busanashuhana/5178708574\n5. Seluar trek\nSeluar trek boleh digunakan semasa melakukan aktiviti sukan ataupun riadah. Sekiranya anda sering beriadah, anda boleh membawa beberapa seluar trek tambahan.\u00a0\nSeluar trek: https://shopee.com.my/fashoinworld88/16513302232\n6. Baju kurung\nUntuk pelajar wanita, anda boleh bawa beberapa helai baju kurung untuk digunakan semasa pergi ke kelas atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Dapatkan pelbagai pilihan baju kurung mampu milik Dhia Cotton Collections dengan harga dibawah RM100 sahaja.\u00a0\nBaju kurung Dhia Cotton: https://shopee.com.my/dreamyzapremier.os/14593299722\n7. Baju t-shirt lengan panjang\nSelain itu, pastikan juga anda membawa beberapa helai baju t-shirt lengan panjang untuk digunakan sepanjang berada di universiti. Biasanya pada minggu orientasi, pelajar wanita akan diminta untuk memakai baju lengan panjang yang bersesuaian dengan aktiviti yang diadakan.\u00a0\nBaju t-shirt lengan panjang: https://shopee.com.my/amy_1239/2680750729\n8. Kardigan\nKardigan adalah merupakan sebuah pakaian luaran yang berfungsi seperti jaket namun lebih tipis dan ringan. Anda boleh menggunakannya untuk menutup aurat apabila memakai baju t-shirt lengan pendek. Penggunaan kardigan sangat berguna untuk membantu anda bersiap dengan cepat dan kekal menutup aurat.\u00a0\nKardigan: https://shopee.com.my/myladiesparadise/12313654447\n9. Sandal\nSandal digunakan untuk pergi ke kelas atau mana-mana kawasan universiti. Biasanya, anda tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tertentu sekiranya tidak memakai kasut ataupun sandal. Untuk sesetengah universiti, pelajar yang tidak memakai kasut atau sandal tidak akan dibenarkan untuk masuk ke dewan bagi mengambil ujian peperiksaan.\u00a0\nSandal: https://shopee.com.my/probeli89/18863802993\n10. Kasut sukan\nTerdapat pelbagai pilihan kasut sukan yang anda boleh dapatkan di Shopee. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkan kasut yang berkualiti tinggi, selesa serta tahan lama.\u00a0\u00a0\nKasut sukan: https://shopee.com.my/larrieshoes.os/15564253719\n11. Cadar\nPastikan juga anda membawa cadar sendiri kerana sebahagian besar pihak universiti tidak akan menyediakan cadar untuk para pelajar. Anda boleh membawa cadar yang bersaiz single. Untuk pemilihan warna cadar, biasanya pihak universiti tidak meletakkan syarat tertentu.\u00a0\nCadar single: https://shopee.com.my/cadarstore19/5529587468\n12. Seterika\nUntuk memudahkan anda menggosok baju, pastikan anda membawa seterika sendiri. Dengan itu, anda boleh menggosok baju untuk pergi ke kelas pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu meminjam daripada rakan lain ataupun pergi ke bilik seterika yang disediakan sekiranya ada.\u00a0\nSeterika: https://shopee.com.my/hohastore/15638631723\n13. Pemanas air\nAnda juga disyorkan untuk membawa pemanas air elektrik untuk memudahkan anda memasak air minuman ataupun untuk memasak maggi. Jadi, anda tidak perlu membeli air minuman setiap hari serta boleh membuat air panas sendiri pada bila-bila masa yang diinginkan.\nPemanas air: https://shopee.com.my/victorcwx94/7950466542\n14. Penyangkut baju\u00a0\nUntuk memudahkan serta menjimatkan masa dan juga ruang, anda sangat digalakkan untuk membawa penyangkut baju mengikut kuantiti baju anda atau lebih. Apabila menggunakan penyangkut baju, anda boleh meminimumkan masa untuk melipat pakaian serta menggosok pakaian.\u00a0\nPenyangkut baju: https://shopee.com.my/homedecoparadise/5195067965\n15. Ubat-ubatan\nJangan lupa bawa ubat-ubatan penting sebagai persediaan pada masa hadapan kelak. Contohnya seperti minyak angin, panadol, minyak sapu dan sebagainya. \nSekiranya anda mempunyai penyakit tertentu, jangan lupa bawa ubat-ubatan yang anda perlukan. Untuk menyimpan ubat-ubatan tersebut, anda boleh beli beg kit ubat yang ada jual di Shopee.\u00a0\nBeg kit ubatan: https://shopee.com.my/pazimo.shop/22003860100\nKesimpulan\nAkhir kata, pastikan anda membuat rujukan lebih lanjut mengenai barang keperluan masuk universiti yang disediakan oleh pihak universiti masing-masing. Anda boleh membawa barang mengikut keperluan diri anda masing-masing.\u00a0\nJangan lupa juga pastikan dokumen yang diperlukan disediakan di dalam satu fail khusus untuk memudahkan urusan pendaftaran kelak.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mohon-geran-hilang/", "title": "Geran Hilang? Cara Mohon Geran Kereta / Motor Yang Hilang Atau Rosak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMahu tahu cara mohon geran hilang?\nSekiranya pinjaman kenderaan anda masih belum habis, pihak bank hanya akan memberikan salinan geran kereta atau motor anda sahaja.\nWalau bagaimanapun, situasi seperti kehilangan geran akibat kecuaian sendiri atau pun rosak akibat malapetaka seperti banjir sering sahaja berlaku.\n\n\n\n\n\n\nSalinan geran ini masih diperlukan dalam segelintir perkara contohnya apabila kenderaan anda terlibat dalam kemalangan dan mahu membuat tuntutan insurans/takaful (sama ada milik sendiri atau si pelanggar), maka salinan geran kenderaan ini diperlukan oleh syarikat insurrans/takaful kenderaan anda. \nSalinan ini juga diperlukan sekiranya anda hendak renew cukai dan insurans kenderaan, pertukaran hak milik kenderaan dan sebagainya. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDapatkan salinan geran kenderaan daripada bank\n\n \nDapatkan salinan geran kenderaan daripada kaunter JPJ\n\n \nDapatkan geran kenderaan daripada kiosk JPJ\n\n\nDapatkan salinan geran kenderaan daripada bank\nSekiranya pinjaman kenderaan anda belum habis bayar, biasanya geran original bagi kenderaan tersebut akan dipegang oleh pihak bank.\nOleh itu, sekiranya geran hilang, anda boleh ke cawangan bank dimana anda menandatangani perjanjian pinjaman tersebut untuk memohon salinan geran kenderaan anda. Hanya ikuti langkah-langkah berikut:\nHadir ke cawangan tempat anda tandantangan dokumen perjanjian pinjaman kenderaanIsi borang yang diperlukan dan ambil nombor giliranSetelah nombor dipanggil, datang ke kaunter dan serahkan dokumen penting seperti kad pengenalan kepada pegawai bank yang bertugasSetelah pengesahan melalui cap jari dibuat, pegawai tersebut akan memberikan anda salinan geran kenderaan \nDapatkan salinan geran kenderaan daripada kaunter JPJ \nAnda juga boleh terus ke kaunter di cawangan JPJ berdekatan untuk mendapatkan salinan geran kenderaan anda, juga dikenali sebagai Perakuan Pendaftaran Kenderaan.\nSekiranya anda adalah pemilik kenderaan, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut bersama-sama ketika datang ke kaunter JPJ:\nSatu Borang Senarai Semak Salinan GeranDua salinan Borang JPJ K7\u00a0yang telah diisi lengkap.Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)Fi yang telah ditetapkan.\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda adalah waris atau wakil pemilik kenderaan, terdapat beberapa dokumen tambahan yang perlu dibawa bersama apabila hadir ke kaunter JPJ.\nUntuk senarai penuh dokumen yang diperlukan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut daripada pautan berikut https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/pengeluaran-salinan-perakuan-pendaftaran-kenderaan\nDapatkan geran kenderaan daripada kiosk JPJ \nTerdapat kiosk JPJ yang tersedia di seluruh Malaysia dimana anda boleh dapatkan geran kenderaan anda dengan mudah.\nMasukkan kad pengenalan untuk pengesahanLakukan imbasan cap jari kananPilih Sijil Pemilikan Kenderaan daripada menuMasukkan kad debit dan no PINBayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) bagi transaksi yang berjaya akan dikenakan \n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-sayang-kwsp/", "title": "i-Sayang KWSP: Syarat, Kelebihan & Cara Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund (EPF) telah melancarkan kemudahan i-Sayang sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.\nPengerusi, Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri. \n\ni-Sayang juga adalah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang suami kepada isteri tercinta.\nBuat wanita-wanita yang sentiasa bekerja keras dan berusaha memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, pastikan masa depan anda terjamin dengan adanya simpanan persaraan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah i-Sayang KWSP?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah i-Sayang KWSP?\ni-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).\nKELEBIHAN & CIRI-CIRI SKIM I-SAYANG:\n\nPindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.\nPermohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.\nPindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).\nKWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.\n\n\nSyarat Kelayakan\nSUAMI \u2013 PEMBERI\n\nWarganegara Malaysia atau bukan warganegara\nAhli KWSP\nBelum mencapai umur 75 tahun\nPerkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia\n\nISTERI \u2013 PENERIMA\n\nWarganegara Malaysia\nAhli KWSP \nBelum mencapai umur 75 tahun\nPerkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia\n\nCara Permohonan\nPermohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:\n\ni-Akaun (Ahli); ATAU\nPejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan\u00a0Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang\u00a0\u2013\u00a0KWSP 16G (SY)\u00a0yang telah lengkap diisi.\n\nTiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.\nNOTA:\nPembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).\nNota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:\n\nLaman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU\nPusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU\nCawangan KWSP yang berhampiran.\nTerus ke pautan pantas https://bit.ly/3yhTdbw\n\nBaca juga: \n\ni-Saraan KWSP\nCara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-calon-gta-pru15/", "title": "[RASMI] Senarai Calon GTA \u2013 Parti Pejuang Tanah Air Bagi PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan senarai di 121 calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\nPengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perjuangan gabungan itu bukan untuk golongan tertentu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.\nSebaliknya beliau berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menyelamatkan negara, bangsa dan agama daripada pemimpin yang terlibat dengan rasuah.\n\u201cPerjuangan GTA bukan untuk orang itu dan ini menjadi Perdana Menteri atau menteri tetapi untuk kita selamatkan negara, bangsa dan agama.\n\u201cWalaupun GTA ini gerakan orang Melayu tetapi kita sedar negara ini berbilang kaum dan kita juga bersedia untuk bekerjasama dengan kaum lain.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan GTA\n\n \nSenarai Calon GTA (Gerakan Tanah Air) Yang Bertanding PRU15\n\n \nAPA ITU GERAKAN TANAH AIR (GTA) \u2013 TUN M\n\n \nKenapa GTA? \u2013 Tun M\n\n\nPengenalan GTA\nUntuk makluman, GTA adalah gabungan beberapa parti politik merangkumi:\nPEJUANGPUTRABERJASAIMANGagasan Bangsa\nSenarai Calon GTA (Gerakan Tanah Air) Yang Bertanding PRU15\nPada 2 November, telah diadakan Majlis Pengumuman Calon PRU-15 GTA \u2013 Parti Pejuang Tanah Air bertempat di Bangi Convention Center.\n\nSenarai calon GTA bagi PRU15 yang diumumkan adalah seperti berikut:\nP.002 KANGAR \u2013 Nur Sulaiman Zolkapli (PEJUANG)\nP.003 ARAU \u2013 Abdul Razak Abdul Khalek (PEJUANG)\nKEDAH\nP.004 LANGKAWI \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG)\nP.005 JERLUN \u2013 Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG)\nP.006 KUBANG PASU \u2013 Datuk Amiruddin Hamzah (PEJUANG)\nP.007 PADANG TERAP \u2013 Razali Lebai Salleh (PEJUANG)\nP.009 ALOR SETAR \u2013 Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG)\nP.010 KUALA KEDAH- Ulya AqamahHusamudin (PEJUANG)\nP.011 PENDANG \u2013 Abdul Rashid Yop (GAGASAN BANGSA)\nP.012 JERAI \u2013 Datuk Mohd Nizam Mahshar (GAGASAN BANGSA)\nP.014 MERBOK \u2013 Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak \u2013 (IMAN)\nP.015 SUNGAI PETANI \u2013 Marzuki Yahya \u2013 (PEJUANG)\nP.016 BALING- Basir Ab Rahman (PUTRA)\nP.017 PADANG SERAI \u2013 Hamzah Abd Rahman (PUTRA)\nP.018 KULIM BANDAR BARU \u2013 Mohamad Yusrizal Yusoff (GAGASAN BANGSA)\nAntara Calon GTA yang akan bertanding dalam PRU15 / Sumber gambar: ismaweb\nKELANTAN\u00a0\nP.019 TUMPAT \u2013 Che Muhammad Aswari Che Ali (PUTRA)\nP.020 PENGKALAN CHEPA \u2013 Wan Ahmad Nasri Wan Ismail (PEJUANG)\u00a0\nP.021 KOTA BHARU \u2013 Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (PUTRA)\nP.022 PASIR MAS \u2013 Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (PUTRA)\nP.023 RANTAU PANJANG \u2013 Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali (PUTRA)\nP.024 KUBANG KERIANG \u2013 Mohamad Rizal Razali (PEJUANG)\nP.025 BACHOK \u2013 Kamarul Azam Osman\u00a0 (PUTRA)\nP.026 KETEREH \u2013 Hanif Ibrahim (PUTRA)\nP.027 TANAH MERAH \u2013 Mohd Nasir Abdullah (PUTRA)\nP.028 PASIR PUTEH\u00a0 \u2013 Wan Marzudi Wan Omar (PEJUANG)\nP.029 MACHANG \u2013 Mejar Besar Muhammad Seman (PUTRA)\nP.030 JELI \u2013 Prof. Ir Dr. Muhammad Daud (PUTRA)\nP.031 KUALA KRAI \u2013 Norashikin Che Omar (PEJUANG)\n\n\n\n\n\n\nP.032 GUA MUSANG \u2013 Dr. Samsu Adabi Mamat (PEJUANG)\nTERENGGANU\nP.033 BESUT \u2013 Wan Nazari Wan Jusoh (PEJUANG)\nP.034 SETIU- Wan Adnan Wan Ali (PEJUANG)\nP.035 KUALA NERUS \u2013 Azaha Wahid (PUTRA)\nP.036 KUALA TERENGGANU- Mohamad Abu Bakar Muda (PUTRA)\nP.037 MARANG \u2013 Zarawi Sulong (PUTRA)\nP.038 HULU TERENGGANU \u2013 Mohd Khadri\u00a0 Abdullah (PUTRA)\nP.039 DUNGUN \u2013 Nur Aisah Hassan (PEJUANG)\nP.040 KEMAMAN \u2013 Rosli Ab Ghani (PEJUANG)\nPULAU PINANG\nP.041 KEPALA BATAS \u2013\u00a0 Hamidi Abu Hassan\u00a0 (BERJASA)\nP.042 TASIK GELUGOR \u2013 Abdul Halim Sher Jung (GAGASAN BANGSA)\nP.043 BAGAN \u2013 Mohammed\u00a0 Hafiz Mohamed Abu Bakar (IMAN)\nP.044 PERMATANG PAUH \u2013 Nasir Othman (PUTRA)\u00a0\nPERAK\nP.056 LARUT \u2013 Auzaie Fadzlan Shahidi (BERJASA)\nP.058 BAGAN SERAI \u2013 Ahmad Luqman Ahmad Yahaya\u00a0 (PEJUANG)\nP.059 BUKIT GANTANG \u2013 Mohd Shukri Mohd Yusoff (PEJUANG)\nP.062 SUNGAI SIPUT \u2013 Ahmad Fauzi Mohd Jaafar (PEJUANG)\nP.063 TAMBUN \u2013 Abdul Rahim Tahir\u00a0\nP.067 KUALA KANGSAR \u2013 Yusmalia Muhammad Yusof (PEJUANG)\nP.069 PARIT \u2013 Faizol Fadzli Mohamad (PEJUANG)\nP.072 TAPAH \u2013 Mior Nor Haidir Suhaimi (PEJUANG)\nP.073 PASIR SALAK \u2013 Zairol Hizam Zakaria (PUTRA)\nP.074 LUMUT \u2013 Mazlan Abdul Ghani (PEJUANG)\nP.076 TELUK INTAN \u2013 Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (IMAN)\nP.077 TANJONG MALIM \u2013 Amir Hamzah Abdul Razak (IMAN)\nPAHANG\nP.079 LIPIS \u2013 Aishaton Abu Bakar (PEJUANG)\nP.080 RAUB \u2013 Norkhairul Anuar Mohamed Nor (PEJUANG)\u00a0\nP.082 INDERA MAHKOTA \u2013 Mohamad Nor Sundari (BERJASA)\nP.084 PAYA BESAR \u2013 Rosminahar Mohd Amin (PEJUANG)\u00a0\nP.085 PEKAN- Mohammad Radhi Abdul Razak (PEJUANG)\nP.087 KUALA KRAU \u2013 Shahruddin Mohamed Salleh (PEJUANG)\nP.088 TEMERLOH \u2013 Aminuddin Yahaya (GAGASAN BANGSA)\nSELANGOR\nP.092 SABAK BERNAM \u2013 Idris MD Yusof (GAGASAN BANGSA)\u00a0\nP.093 SUNGAI BESAR \u2013 Asmawar Samad (PUTRA)\nP.094 HULU SELANGOR \u2013 Harumaini Omar (PEJUANG)\nP.095 TANJUNG KARANG \u2013 Azlan Sani Zawawi (GAGASAN BANGSA)\u00a0\nP.096 KUALA SELANGOR- Mohd Shaid Rosli (PEJUANG)\nP.098 GOMBAK \u2013 Aziz Jamaludin Mohd Tahir (PUTRA)\nP.099 AMPANG- Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (PEJUANG)\u00a0\nP.100 PANDAN \u2013 Nadia Hanafiah (GAGASAN BANGSA)\nP.102 BANGI- Annuar Salleh (BERJASA)\nP.105 PETALING JAYA \u2013 Mazween Mokhtar (GAGASAN BANGSA)\nP.107 SUNGAI BULOH \u2013 Mohd Akmal Mohd Yusof (PEJUANG)\nP.108 SHAH ALAM- Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG)\nP.109 KAPAR \u2013 Muhammad Pathan Hussin (BERJASA)\nP.101 HULU LANGAT \u2013 Markiman Kobiran (PEJUANG)\nP.111 KOTA RAJA \u2013 Fahmi Bazlan Muda (BERJASA)\nP.112 KUALA LANGAT \u2013 Ridzuan\u00a0 Abdullah\u00a0 (GAGASAN BANGSA)\nP.113 SEPANG \u2013 Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (PEJUANG)\nW.P PUTRAJAYA\nP.125 PUTRAJAYA \u2013 Muhd Rosli Ramli (BERJASA)\nW.P KUALA LUMPUR\nP.115 BATU- Wan Azliana Wan Adnan (PEJUANG)\u00a0\nP.116 WANGSA MAJU \u2013 Norzaila Arifin (PUTRA)\u00a0\nP.118 SETIAWANGSA \u2013 Bibi Sunita Sakandar Khan (PEJUANG)\nP.119 TITIWANGSA \u2013 Khairuddin Abu Hassan (PEJUANG)\nP.121 LEMBAH PANTAI \u2013 Noor\u00a0 Asmah Mohd Razalli\u00a0 (PUTRA)\nNEGERI SEMBILAN\nP.126 JELEBU \u2013 Ahmad Fakri Abu Samah (PUTRA)\nP.127 \u2013 JEMPOL \u2013 Mohd Khalid Muhd Yunus (PUTRA)\nP.128 SEREMBAN- Mohamad Jani Ismail\u00a0 (PEJUANG)\u00a0\nP.129 KUALA PILAH \u2013 Kamarulzaman\u00a0 Kamdias (PUTRA)\nP.131 REMBAU \u2013 Ramly Awaluddin (PEJUANG)\nP.132 PORT DICKSON \u2013 Ahmad Idham Ahmad Nazri (GAGASAN BANGSA)\nP.133 TAMPIN \u2013 Zamani Ibrahim -(BERJASA)\nMELAKA\nP.134 MASJID TANAH \u2013 Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG)\nP.135 ALOR GAJAH \u2013 Muhammad Nazriq\u00a0 Abdul Rahman (BERJASA)\nP.136 TANGGA BATU \u2013 Ghazali Abu (PUTRA)\nP.137 HANG TUAH JAYA \u2013 Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (PEJUANG)\nP.139 JASIN \u2013 Mohd Daud Nasir (PEJUANG)\nJOHOR\nP.140 SEGAMAT \u2013 Syed Hairoul Faizey Syed Ali (PUTRA)\nP.141 SEKIJANG \u2013 Muhd Saiful Faizal Abd Halim (PUTRA)\nP.144 LEDANG \u2013 Rafidah Ridwan (PEJUANG)\nP.149 SRI GADING- Mahdzir Ibrahim (PEJUANG)\nP.150 BATU PAHAT \u2013 Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (PEJUANG)\nP.151 SIMPANG RENGGAM \u2013 Kamal Kusmin (PUTRA)\nP.154 MERSING \u2013 Nurfatimah Ibrahim (PEJUANG)\nP.155 \u2013 TENGGARA \u2013 M Azhar Palal (PUTRA)\nP.159 PASIR GUDANG \u2013 Mohammad Rafi Beran (IMAN)\nP.160 JOHOR BHARU \u2013 Mohd\u00a0 Akhiri Mahmood (PEJUANG)\nP.164 PONTIAN \u2013 Jamaluddin Mohamad (GAGASAN BANGSA)\nW.P LABUAN\nP.166 LABUAN-\u00a0 Ramle Mat Daly (PUTRA)\u00a0\nSABAH\nP.167 KUDAT \u2013 Nur Alya Humairah Usun Abdullah (PEJUANG)\nP.170 TUARAN \u2013 Muminin Kalingkong @ Norbinsha (PEJUANG)\nP.172 KOTA KINABALU \u2013 Roman Lo (PEJUANG)\nP.173 PUTATAN \u2013 Poyne B. Tudus @ Patrick Payne (IMAN)\nP.182 PERSIANGAN \u2013 Jamani Derimin @ Gampalid (PEJUANG)\nP.183 BELURAN \u2013 Hausing Sudin @ Samsudin (PEJUANG)\nP.188 LAHAD DATU \u2013 Jani Kulmen (PEJUANG)\nP.191 KALABAKAN \u2013 Nur Aini Abdul Rahman (PEJUANG)\nP.168 KOTA MARUDU \u2013 Mohd Azmi Zulkiflee (PEJUANG)\nP.169 KOTA BELUD \u2013 Kanul Gindol\u00a0 (PUTRA)\u00a0\nP.175 PAPAR \u2013 Nicholas Sylvester (PEJUANG)\nP.179 RANAU \u2013 Azizul\u00a0 Julirin (PEJUANG)\nP.180 KENINGAU \u2013 Jeffrus @ Maimin Rijan (PUTRA)\nP.185 BATU SAPI \u2013 Boni Yusuf\u00a0 Abdullah (PUTRA)\n\n\nBaca juga: \nParti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15[RASMI] Senarai Calon PKR Yang Bertanding Dalam PRU15[RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15Parti BERSATU : Latar Belakang, Organisasi & Calon PRU15\nAPA ITU GERAKAN TANAH AIR (GTA) \u2013 TUN M\n1. Siapa dianya GTA atau Gerakan Tanah Air?\n2. Dia adalah satu gerakan (movement) orang Melayu.\n3. Siapa mereka?\n4. Mereka adalah orang Melayu yang setia kepada bangsa, negara dan agama.\n5. Bukankah UMNO parti Melayu?\n6. UMNO sudah di-hijack oleh penjenayah Melayu dan berjuang untuk duit (cash), untuk selamat pemimpin mereka dari didakwa di mahkamah dan dipenjara. Nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO.\n7. Apakah GTA boleh ganti UMNO?\n8. GTA tetap boleh kerana GTA terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan dan yang bersemangat kebangsaan Melayu dan Malaysia, sayang negara dan agama.\n9. Pemimpin dan calon GTA bebas dari perlakuan jenayah, tidak hadapi tuduhan dalam mahkamah, bersih.\n10. GTA akan lawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah oleh penjenayah yang telah rosak parti, pemerintahan dan negara.\n11. Pendek kata GTA bertujuan menukar Kerajaan penjenayah kepada Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.\n12. GTA mampu memulih semula politik kestabilan, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial.\n13. Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia, di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi.\n14. Inilah janji GTA, Gerakan Tanah Air kepada Malaysia dan rakyatnya.\n15. Oleh kerana GTA belum didaftar, Parti Pejuang Tanah Air akan mewakili GTA dalam PRU 15.\n16. Undilah Pejuang untuk bangsa, negara dan agama.\nDR MAHATHIR BIN MOHAMAD\n3 November 2022\nKenapa GTA? \u2013 Tun M\n1. Gerakan Tanah Air bukan parti politik biasa.\n2. Ia adalah gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik.\n3. Mereka tidak bersetuju dengan perkembangan politik dalam negara.\n4. Mereka mendapati tidak ada satu pun parti politik yang memenuhi kehendak negara.\n5. Mereka berpendapat menyokong parti-parti yang ada tidak menghasil Kerajaan yang mampu menyumbang kepada kestabilan dan kejayaan negara.\n6. Kecewa dengan keadaan politik dalam negara ramai dari mereka memilih untuk mengasingkan diri dari politik.\n7. Ramai pula yang tidak akan mengundi.\n8. Malangnya kerana mereka tidak mengundi, kemenangan akan diperolehi oleh parti yang mereka tolak.\n9. Antara yang akan menang ialah parti perasuah yang menyogok wang kepada pengundi.\n10. Dengan itu negara akan alami kedudukan yang lebih buruk dari sebelum PRU.\n11. Untuk mengadakan badan yang lebih menepati kehendak puak yang kecewa ini parti politik biasa tidak sesuai.\n12. Apa yang diperlukan ialah satu gerakan rakyat yang menyatukan mereka yang tidak berparti.\n13. Mereka perlu digabung dalam satu gerakan pencinta negara yang berpegang kepada keluhuran undang-undang dan kemajuan negara.\n14. Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili golongan ini. Pemimpin dan ahli GTA bersih dari segala jenayah dan tidak berkepentingan peribadi.\n15. Dengan menggembleng rakyat yang cinta negara dan bertanding dalam PRU 15, rakyat akan ada pilihan selain dari parti politik biasa.\n16. Terdapat dalam GTA semua rakyat dari semua lapisan. Akan ada NGO, badan-badan sosial dan individu patriotik, para akademik dan professional.\n17. Tidak ada ideologi bagi mereka selain dari cinta pada negara bangsa.\n18. Beberapa parti politik turut bersama dalam GTA dan mengenepikan perjuangan untuk parti sendiri.\n19. Mereka diperlukan supaya susunan pencinta negara dari berbagai puak dapat diurus sesuai dengan Pilihan Raya.\n20. Calon-calon Gerakan Tanah Air akan terdiri dari ahli NGO, tokoh akademik dan professional dan parti politik.\n21. InsyaAllah, dengan sokongan dari semua pencinta negara, Gerakan Tanah Air akan berjaya dalam PRU 15 dan mendiri Kerajaan yang berpegang kepada keluhuran undang-undang, kepada Perlembagaan dan kesejahteraan rakyat dan negara.\nDR MAHATHIR BIN MOHAMAD17 September 2022\n(Sumber dari Facebook rasmi Dr. Mahathir bin Mohamad, Laman web https://tanahairku.my/ )\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pendaftaran-booster-dose-vaksin/", "title": "Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN BOOSTER / DOS PENGGALAK ONLINE & WALK-IN UNTUK MENGEKALKAN STATUS VAKSINASI LENGKAP \nBerita\u00a0baik kepada semua penerima vaksin yang telah lengkap 2 dos, anda kini boleh memohon dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.\nAna kini boleh membuat janji temu suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 menerusi Booking Management System dalam aplikasi MySejahtera dari 21 Mac.\nLakukannya sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada mereka yang hanya terima vaksin primer lengkap (dos 1 & 2) selewat-lewatnya 31 Mac ini.\nSelain meluaskan liputan & mempercepatkan suntikan dos penggalak terutamanya kepada warga emas, inisiatif ini juga akan bantu negara laksana fasa peralihan kepada endemik dengan selamat pada 1 April nanti.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nWajib Ambil Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap\n\n \nCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera\n\n \nPendaftaran Booster Secara Walk-In Kini Dibuka\n\n \nJenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan\n\n \nCara Mendaftar Dalam Senarai Menunggu (Waiting List)\n\n\nWajib Ambil Dos Penggalak Untuk Kekalkan Status Vaksinasi Lengkap\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media terkini memaklumkan bahawa penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas dan penerima Sinovac berusia 18 ke atas perlu dapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022 bagi mengekalkan status Vaksinasi Lengkap.\n\n\n\n\n\n\nIni bermaksud, mereka yang terlibat akan mendapat status vaksinasi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan booster yang telah ditetapkan.\n\nCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera\nDimaklumkan bahawa pautan untuk membuat tempahan janji temu untuk vaksinasi yang dahulunya hanya untuk vaksinasi kanak-kanak, kini di buka untuk semua. \nPastikan akaun MySejahtera anda telah disahkan (verified) untuk menerima pautan ini. \nPautan akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna MySejahtera. \nSekiranya anda tidak mahu menunggu pautan ini, vaksinasi juga boleh didapati secara walk-in.\n\nSila semak laman sesawang ProtectHealth ( https://vaksincovid.protecthealth.com.my ) untuk senarai PPV yang menawarkan perkhidmatan walk-in untuk vaksinasi.\nUntuk sebarang pertanyaan, pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:\nTekan HelpdeskMulaPilih Janji Temu Vaksinasi PenggalakPilih maklumat seterusnya untuk pertanyaan.\nKementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.\nPendaftaran Booster Secara Walk-In Kini Dibuka\nSuntikan dos penggalak (booster dose) secara \u2018walk-in\u2018 kini dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPS) secara terus tanpa temu janji atau PPV Walk-In.\nSenarai PPV boleh didapati di protecthealth.com.my. \n\nDengan pendekatan ini, CITF-B percaya ia akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.\nMereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.\nPendekatan seumpama ini juga akan membantu Kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima.\nJenis Vaksin Penggalak Yang Disyorkan\nRingkasan Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 secara homologus dan heterologous syor terkini daripada Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG)\n\nCara Mendaftar Dalam Senarai Menunggu (Waiting List)\nMereka yang layak dan memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima temu janji, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka.\nOrang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini dengan menghubungi klinik terdekat melalui pautan berikut https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find \n\nAnda juga boleh mendaftar dalam senarai menunggu dos penggalak vaksin COVID19 melalui MySejahtera dengan merujuk kepada HelpDesk (Pilih Option A).\nMaklumat lanjut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/vaccineAppointment/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-doa-dhuha/", "title": "Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat Dhuha dan cara bacaan doa Dhuha yang ringkas mengikut sunnah.\nSolat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam.\nSolat Sunat yang sering disebut sebagai \u2018amalan pembuka rezeki\u2019 ini mempunyai pelbagai kelebihan. \nIa juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Solat Sunat Dhuha beserta panduan doa Dhuha yang lengkap.\nBaca juga: JAKIM: Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nWaktu Solat Dhuha\n\n \nBilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha\n\n \nCara Solat Beserta Doa Dhuha\n\n \n1. Lafaz Niat\n\n \n2. Membaca Surah Al-Fatihah\n\n \n3. Membaca Surah\n\n \n4. Bacaan Semasa Sujud Akhir\n\n \n5. Zikir & Doa Dhuha\n\n \nKelebihan Solat Sunat Dhuha Berdasarkan Hadis Sahih\n\n \ni. Diwasiatkan oleh Nabi SAW\n\n \nii. Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi\n\n \niii. Diberi Kecukupan\n\n \nKesimpulan\n\n\nWaktu Solat Dhuha\nWaktu Solat Sunat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.\nWaktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. \nSolat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin. \nIni berdasarkan hadis\u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0627\u0628\u0650\u064a\u0646\u064e \u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u062a\u064e\u0631\u0652\u0645\u0650\u0636\u064f \u0627\u0644\u0641\u0650\u0635\u064e\u0627\u0644\u064fMaksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).\nBilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha\nSolat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak. \nMenurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,\u00a0bilangan rakaat paling afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani\u2019 bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :\n\n\n\n\n\n\n\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u062a\u0652\u062d\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0649 \u062b\u064e\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u064e \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u064a\u064f\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\nMaksudnya :\u00a0Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.\nRiwayat Abu Daud (1290)\nImam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.\n\nCara Solat Beserta Doa Dhuha\nBerikut adalah cara mengerjakan Solat Sunat Dhuha yang dirujuk melalui Kisah Zakat Malaysia dan beberapa lagi sumber lain.\n1. Lafaz Niat\n\u0623\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u064a \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0646 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064a\u064e\n(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak\u2019ataini lillaahi ta\u2019aalaa.)\nErtinya: \u201dSahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.\u201d\n2. Membaca Surah Al-Fatihah\nSetelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.\n3. Membaca Surah\nRingkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.\nNamun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:\nAyat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).\nKemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.\n4. Bacaan Semasa Sujud Akhir \nPada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:\n\nWahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala\nErtinya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah. Dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.\n5. Zikir & Doa Dhuha\nAkhir sekali, selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat yang diingini, ucapkanlah istighfar.\nIni menurut hadis sahih dari \u2018Aisyah radhiyallahu \u2018anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u064e\u0651\u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0648\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0652\u0645\u0650\n\u201cAllahummagh fir lii wa tub \u2018alayya, innaka antat tawwabur rahiim\u201d\nErtinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.\n(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)\nKita juga boleh membacakan doa dhuha ini:\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0622\u0621\u064e \u0636\u064f\u062d\u064e\u0627\u0621\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0621\u064e \u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0621\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u064e \u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0643\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u0629\u064e \u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u062a\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u0629\u064e \u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e\u060c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e.\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u064e\u0649 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0622\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652\u0632\u0650\u0644\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u064f\u0639\u064e\u0633\u064e\u0651\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u064a\u064e\u0633\u0650\u0651\u0631\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0637\u064e\u0647\u0650\u0651\u0631\u0652\u0647\u064f\u0648\u064e\u0627\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u064e\u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0642\u064e\u0631\u0650\u0651\u0628\u0652\u0647\u064f\u0628\u0650\u062d\u064e\u0642\u0650\u0651 \u0636\u064f\u062d\u064e\u0627\u0621\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u0621\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u062c\u064e\u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u062a\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e\u0622\u062a\u0650\u0646\u0650\u0649\u0652 \u0645\u064e\u0622\u0627\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u064e\u0643\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\nErtinya:\nYa Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.\nVideo oleh Universiti Malaysia Sabah\nKelebihan Solat Sunat Dhuha Berdasarkan Hadis Sahih\nSolat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. \ni. Diwasiatkan oleh Nabi SAW\nNabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:\n\u0623\u064e\u0648\u0652\u0635\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u0652 \u062e\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u0650\u064a \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0628\u0650\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064d: \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u0650 \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064d\u060c \u0648\u064e\u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0649\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064f\u0648\u062a\u0650\u0631\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627\u0645\u064e\nMaksudnya: \u201cKekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.\u201d\u00a0[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]\nii. Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi\nAntara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. \nHadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:\nDaripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u064a\u064f\u0635\u0652\u0628\u0650\u062d\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0633\u064f\u0644\u064e\u0627\u0645\u064e\u0649 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0641\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u0633\u0652\u0628\u0650\u064a\u062d\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u062d\u0652\u0645\u0650\u064a\u062f\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u064a\u0644\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u064f\u0651 \u062a\u064e\u0643\u0652\u0628\u0650\u064a\u0631\u064e\u0629\u064d \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u064c \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0639\u0652\u0631\u064f\u0648\u0641\u0650 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u0647\u0652\u064a\u064c \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e\u0631\u0650 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064c\u060c \u0648\u064e\u064a\u064f\u062c\u0652\u0632\u0650\u0626\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u0627\u0646\u0650 \u064a\u064e\u0631\u0652\u0643\u064e\u0639\u064f\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0636\u064f\u0651\u062d\u064e\u0649\nMaksudnya: \u201cPada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.\u201d\u00a0[Riwayat Muslim (720)]\niii. Diberi Kecukupan\nDaripada Nu\u2019aim bin Hammar RA, bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah SWT:\n\u064a\u064e\u0627 \u0627\u0628\u0652\u0646\u064e \u0622\u062f\u064e\u0645\u064e\u060c \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0639\u0652\u062c\u0650\u0632\u0652\u0646\u0650\u064a \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u0650 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e\u0627\u062a\u064d \u0641\u0650\u064a \u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650 \u0646\u064e\u0647\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u064e\u060c \u0623\u064e\u0643\u0652\u0641\u0650\u0643\u064e \u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.\u201d\u00a0\n[Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi. Adapun Syeikh Syu\u2019aib al-Arna\u2019outh menilai hadith ini sebagai sahih kerana perawi-perawinya adalah thiqah]\nBaca juga : Semakan BPN, Permohonan Baru / Rayuan Bantuan Prihatin Nasional\nKesimpulan\nMarilah sama-sama kita cuba mengamalkan dan beristiqamah dalam melaksanakan Solat Sunat beserta doa Dhuha ini di dalam kehidupan seharian kita walaupun cuma dua rakaat.\nSemoga kita sama-sama dapat merebut kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah dan mengikut sunnah Rasullullah.\nSemoga panduan solat Dhuha dan doa Dhuha ini juga dapat menyelamatkan kita daripada perkara-perkara yang tidak baik serta Allah SWT akan memelihara kita daripada melakukan dosa kepada-Nya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/taco-bell-malaysia/", "title": "Taco Bell : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun baru mulakan operasi pada tahun lepas, namun ramai yang cukup menggemari keenakan hidangan Mexico yang ditawarkan di Taco Bell. \nMemang tak hairanlah ramai yang sanggup beratur untuk nikmati menu di sini kerana hidangannya diperbuat dengan ramuan serta sayur-sayuran yang cukup segar.\n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang ingin mencuba Taco Bell, jom kita lihat harga serta menu terkini yang ditawarkan.\nBaca Juga : Baker\u2019s Cottage Malaysia : Senarai Menu Terkini dan Harga\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTaco Bell : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nRice Bowl\n\n \nMain Menu\n\n \nShareables\n\n \nSnacks\n\n \nDips\n\n \nDesserts\n\n \nDrinks\n\n\nTaco Bell : Senarai Menu & Harga Terkini\nRice Bowl\nMenuHargaBell Rice BowlRM 11.61\nMain Menu\nMenuAla CarteCombo2 Taco Supreme ComboRM 13.41RM 17.91Crunchwrap Supreme ComboRM 13.41RM 17.012 Kickin\u2019 Chicken Taco ComboRM 13.41RM 17.91Chicken Quesadilla ComboRM 11.61RM 16.11Grilled Stufft Burrito ComboRM 12.50RM 16.11Chickstar ComboRM 12.51RM 17.01\nShareables\nMenuHargaLoaded NachosRM 16.11\nSnacks\n\nMenuHargaCrunchy TacoRM 6.21Soft TacoRM 6.21Loaded GrillerRM 7.11Cheese QuesadillaRM 9.81Cheesy NachosRM 5.31Nacho FriesRM 5.85\nDips\nMenuHarga3 DipsRM 5.00\nDesserts\nMenuHargaChocodillaRM 4.05Cinnamon TwistRM 4.05\nDrinks\nMenuHargaMineral WaterRM 3.15PepsiRM 3.46Pepsi BlackRM 3.467 UpRM 3.46\n\nBanyak rupanya hidangan menarik yang ditawarkan di Taco Bell. Semuanya nampak cukup menyelerakan untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. \nJangan lupa ikuti laman\u00a0Facebook Taco Bell Malaysia\u00a0untuk ketahui promosi terkini serta tawaran hebat.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mbsb-bank/", "title": "MBSB Bank Online : Login, Daftar & Semak Baki Pinjaman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMBSB Bank merupakan antara bank yang sudah bertapak lama di Malaysia.\nSeperti bank-bank lain di Malaysia, MBSB Bank juga menyediakan pelbagai kemudahan perbankan seperti pinjaman peribadi, deposit bertempoh, pembiayaan hartanah dan banyak lagi. \n\n\n\n\n\n\nMenariknya, bank ini telah diberikan lesen oleh pihak Bank Negara Malaysia atau BNM dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam sejak tahu 2013 lagi. \nSeperti mana bank-bank lain di Malaysia, bank ini juga menyediakan perkhidmatan perbankan internet untuk kemudahan para pelanggannya selari dengan keperluan teknologi semasa yang membolehkan urusan perbankan dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara daftar online banking\n\n \nCara login online banking\n\n \nSemak baki akaun bank\n\n \nPertanyaan, soalan dan maklumat lanjut\n\n\nCara daftar online banking\n\nUntuk mendaftarkan akaun M Journey, anda boleh menggunakan salah satu cara yang berikut:\nKad debit: Daftar dengan No. Kad Debit 16 digit dan PIN 6 digit anda. Ambil perhatian bahawa anda mesti mempunyai No. Mudah Alih TAC yang didaftarkan.Akaun Pembiaayaan: Daftar dengan No. Akaun Pembiayaan 17 digit anda dan ID yang anda gunakan untuk membuka akaun.\nCara login online banking\n\nSetelah selesai pendaftaran akaun perbankan internet anda, maka anda boleh terus log masuk ke dalam akaun M Journey anda untuk menikmati pelbagai kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak MBSB Bank. \nIkuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman MBSB Bank di alamat https://www.mbsbbank.com/Klik pada \u201cM Journey\u201d pada Menu bahagian atas laman tersebutPilih sama ada akaun \u201cIndividual\u201d atau \u201cCorporate\u201dMasukkan Username atau Nama penggunaKlik butang LoginSahkan imej dan perkataan dengan mengklik butang \u201cI Confirm\u201dMasukkan Password atau Kata KunciKlik pada butang Login \nSemak baki akaun bank\nLog masuk akaun MBSB anda berpandukan langkah-langkah di atasKemudian, baki pinjaman anda akan dipaparkan\nPertanyaan, soalan dan maklumat lanjut\nSebarang pertanyaan, soalan ataupun sekiranya anda mahukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh MBSB Bank, anda boleh hubungi mereka melalui salah-satu kaedah yang berikut\nLawati laman rasmi MBSB Bank di alamatt https://www.mbsbbank.com/Hubungi talian khidmat pelanggan di talian \u00a003 \u2013 2096 3000Lawati cawangan bank terdekat \n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-rotiboy-harga-terkini-2022/", "title": "Menu Rotiboy & Harga Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Rotiboy & Harga Terkini 2022 ~ Aroma kopi Rotiboy yang singgah ke hidung bila berkunjung ke mall memang sangat menggoda. \nRasanya rotinya yang gebu memang cukup enak bila dimakan panas-panas!\nBuat anda yang bercadang untuk beli Rotiboy, jom kita tengok menu serta promosi menarik yang ditawarkan.\n\nBaca Juga : Menu CU Mart, Harga & Promosi Terkini 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Rotiboy\n\n \nRotiboy Value Combo\n\n \nMinuman\n\n \nPromosi Rotiboy\n\n \nRotiboy Caf\u00e9\n\n\nMenu Rotiboy\nJenis Roti Yang Ditawarkan (RM 3.00/biji)\nRotiboy (perisa kopi)Mochaboy (perisa Mocha)Cheeseboy (perisa Cheese)Buttermilkboy (perisa buttermilk)\n\nRotiboy Value Combo\nUntuk anda yang nak nikmati Rotiboy dengan air, anda boleh dapatkan Value Combo yang sangat berbaloi.\nGandingkan salah satu pilihan roti dengan Soya Milk dengan harga RM 5.10 sahaja.\n\nMinuman\nAnda juga boleh beli minuman secara berasingan dengan harga berikut :\nSoya Milk (RM 2.60)Mineral Water (RM 2.00)\nPromosi Rotiboy\nUntuk kongsi Rotiboy bersama keluarga di rumah, jom dapatkan 5 keping rotiboy dengan harga istimewa iaitu RM 14.30 sahaja.\nJom dapatkan tawaran menarik ini selagi stok masih ada!\n\nRotiboy Caf\u00e9\nPada hujung tahun lepas, Rotiboy turut membawakan konsep kafe menerusi Rotiboy Caf\u00e9 pertamanya di Central i-City.\n Berbanding cawangan Rotiboy lain, anda boleh nikmati aneka kopi dan pelbagai pastri di Rotiboy Caf\u00e9.\nJangan lepaskan peluang untuk mencubanya jika anda berada di sekitar Shah Alam!\n\n\nMemang sedap untuk nikmati Rotiboy ini bila-bila masa sahaja. Untuk ketahui promosi terkini dari Rotiboy, jom ikuti laman Facebook Rotiboy Malaysia. Jom borong Rotiboy hari ini!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/superb-teraju/", "title": "SUPERB 2020: Menangi Geran Pembangunan Perniagaan RM500,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKhas buat usahawan yang kreatif, iInovatif dan kritis seluruh Malaysia, anda dijemput menyertai SUPERB 2020 sebagai satu pentas permulaan kejayaan perniagaan anda. \nMelalui program ini, anda berpeluang mengetengahkan idea perniagaan anda dan memenangi geran pembangunan perniagaan sehingga RM500,000.00.Nak tahu lebih lanjut tentang SUPERB 2020 dan bagaimana cara untuk menyertai program ini?\nJom baca selanjutnya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SUPERB 2020?\n\n \nBagaimana SUPERB Membantu Usahawan?\n\n \nSiapakah Rakan Kongsi Strategik SUPERB 2020?\n\n \nKriteria & Syarat\n\n \nTema Projek SUPERB Teraju 2020\n\n \n1. Ekonomi Digital\n\n \n2. Revolusi Perindustrian 4.0\n\n \n3. Perusahaan Sosial / Ekonomi Perkongsian\n\n \n4. Kreatif, Seni, Kesihatan, Fesyen\n\n \n5. Inovasi Makanan\n\n \n6. Perniagaan Agro / Agri\n\n \nCara Permohonan SUPERB 2020\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nKriteria Yang Akan Dinilai Oleh Juri\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SUPERB 2020?\nProgram SUPERB atau dahulu dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan\u00a0business pitching\u00a0yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan. \nAntara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka. \nSUPERB telah berjaya melahirkan seramai 183 usahawan permulaan Bumiputera dan telah membantu merealisasikan idea perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejak SUPERB dilancarkan pada tahun 2014.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga : Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN\nBagaimana SUPERB Membantu Usahawan?\nUsahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan. \nBagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu. \nManakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau\u00a0penkomersialan\u00a0 berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu.\nSiapakah Rakan Kongsi Strategik SUPERB 2020?\nRakan kongsi strategik utama SUPERB bagi tahun 2020 ini terdiri daripada 8 agensi kerajaan iaitu:\nTechnology Park Malaysia (TPM)Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)Bioeconomy Corporation (BEC)Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)Kumpulan Modal Perdana (KMP)Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle)\nKriteria & Syarat\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang\u00a0ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.Fasa projek:Idea / Prototaip (Nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atauPra Komersial / Komersial (Nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)\n*\u00a0Tertakluk kepada\u00a0terma-terma dan syarat-syarat selanjutnya.\nTema Projek SUPERB Teraju 2020\n\n1. Ekonomi Digital \nContoh: eDagang, Ekonomi Gig, Teknologi Kewangan (Fintech), Aplikasi Mobil dan sebagainya.\n2. Revolusi Perindustrian 4.0 \nContoh: Robotik, Teknologi Sensor, IoT, Big Data dan sebagainya\n3. Perusahaan Sosial / Ekonomi Perkongsian \nContoh: Ekonomi Berasaskan Komuniti dan sebagainya\n4. Kreatif, Seni, Kesihatan, Fesyen\nContoh: Teknologi Farmaseutikal, Teknologi Kreatif, Animasi, Teknologi Fesyen dan sebagainya\n5. Inovasi Makanan\nContoh: Teknologi Makanan, Sains Makanan dan sebagainya\n6. Perniagaan Agro / Agri\nContoh: Pertanian Moden, Bioteknologi dan sebagainya\nCara Permohonan SUPERB 2020\nSUPERB terbuka kepada individu atau usahawan Bumiputera dan syarikat permulaan (start-up) Bumiputera yang beroperasi kurang dari 3 tahun yang mempunyai idea atau produk yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk diketengahkan.\n\nPenuhi 3 langkah mudah ini dan berpeluang memenangi geran pembangunan perniagaan SUPERB 2020.\nDaftar sebagai pengguna di laman web https://superb.teraju.gov.my/Buat pengesahan melalui e-mel yang didaftarkan.Log masuk setelah selesai proses pengesahan.Lengkapkan borang permohonan dalam talian.Muat naik video 2 minit mengenai idea perniagaan anda.Hantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 31 Ogos 2020.\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2020.\nKriteria Yang Akan Dinilai Oleh Juri\nIdea Perniagaan akan disaring berdasarkan kriteria berikut yang akan dinilai oleh panel juri profesional terdiri daripada kumpulan usahawan dan wakil agensi.\nImpak, Potensi Pertumbuhan & KemampananKeupayaan PelaksanaanKreativiti & Inovasi Produk / IdeaKebolehlaksanaan PerniagaanPendekatan & KaedahCadangan & Jumlah Penggunaan Dana\nBaca juga : TBRS TEKUN: Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan Hingga RM10,000\nMaklumat Lanjut\nDapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi SUPERB atau hubungi pihak TERAJU SUPERB melalui borang INI.\nJangan lupa kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang berminat!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sppb-kpm/", "title": "SPPB KPM \u2013 Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB KPM) merupakan satu sistem pengurusan pentaksiran yang baru, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran Kementerian. \nUJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) adalah salah satu kaedah yang akan digunakan untuk menilai Tahap Prestasi (TP) murid Tahap 2 (Tahun 4,5,6) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi sesi akademik tahun 2022/2023. \nTarikh UASA akan dimaklumkan setelah mendapat maklumat daripada PPD/JPN/KPM.\nPelaporan Ujian/ Keputusan Pentaksiran ini akan dilaporkan secara atas talian (SPPB) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang SPPB KPM untuk makluman bersama.\nTERKINI : PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SESI AKADEMIK TAHUN 2022 / 2023\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman semua guru, pada 15 Februari 2023, KPM telah mengumumkan bahawa perekodan dan pelaporan PBD boleh dilakukan sama ada secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara hidbrid.\nTemplat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022 / 2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.\nIni adalah bagi mengurangkan beban tugas guru dan memastikan guru terpelihara.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPPB KPM?\n\n \nKomponen Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB KPM)\n\n \nPelaporan Skor\n\n \nAliran Proses\n\n \nLogin SPPB KPM (idMe)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SPPB KPM?\nSeperti yang sedia maklum, UASA kini merupakan sebahagian dariapda komponen PBD \u2013 pentaksiran sumatif.\nIa bertujuan menguji tahap kognitif murid dan memberi maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid.\nUASA juga memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.\nPerekodan dan Pelaporan inilah yang akan direkodkan menggunakan SPPB, di mana pelaporan dalam bentuk Tahap Penguasaan (TP).\n\n\nSistem pentaksiran baru ini bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:\nKomponen Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB KPM)\n\nSistem pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh\nMerangkumi keupayaan proses yang berkaitan yang dikendalikan pada setiap peringkat sama ada di peringkat Kementerian, Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah\nMengautomasi proses-proses manual sedia dengan lebih bersepadu\nMenganalisa pencapaian dan perkembangan murid\n\n\nPelaporan Skor\nSkor bagi ujian akhir sesi akademik akan direkod oleh guru mata pelajaran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, KPM (SPPB KPM) melalui modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan modul Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PBD MBPK).\nSPPB KPM akan menjana prestasi murid bagi PBD formatif dan pencapaian bagi ujian akhir sesi akademik dijana dalam satu pelaporan.\nPencapaian murid dalam ujian akhir sesi akademik dilapor mengikut enam Tahap Penguasaan (TP), iaitu TP1 hingga TP6 dengan julat markah tertentu serta mempunyai pernyataan deskriptif yang komprehensif dan jelas bagi setiap mata pelajaran.\n\nSkor tidak akan dipaparkan dalam pelaporan berkenaan.\nGuru mata pelajaran juga perlu memasukkan maklumat seperti usaha murid, ulasan guru dan cadangan intervensi dalam pelaporan ini. Ulasan keseluruhan dimasukkan oleh guru kelas.\nBagi sekolah yang tiada akses kepada SPPB KPM, sekolah tersebut perlu menyediakan pelaporan pencapaian murid mereka.\n\n\n\nAliran Proses\nAliran Proses Bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).\nSPPB merupakan satu sistem pengurusan pentaksiran yang baharu, berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran Kementerian Pendidikan.\nKPM sentiasa memastikan prestasi capaian aplikasi KPM adalah di tahap yang optimum.\nPengguna sistem perlu mengikut turutan langkah satu hingga enam untuk melengkapkan dan melancarkan proses pentaksiran tersebut.\n\nLogin SPPB KPM (idMe)\n\nPergi ke pautan\u00a0https://idme.moe.gov.my/login\nMasukkan ID Pengguna\nKlik butang Daftar\nKlik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di medan yang disediakan\nKlik butang Daftar Masuk\n\n\n\n\nRujuk manual pengguna : https://www.youtube.com/@channelbpmkpm1830\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkenaan SPPB dan APPI, sila rujuk video berikut:\n\n\n\nSumber: Youtube KALA A/P SHANKU PILLAY KPM-Guru\nBaca juga: \n\nBantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)\nUjian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/elaun-sara-hidup-nelayan-laut/", "title": "Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN): Syarat & Cara Memohon", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Elaun Sara Hidup Nelayan atau ESHN merupakan bantuan bulanan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.\nObjektif utama Program Elaun Sara Hidup Nelayan adalah bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup.\nBantuan elaun ini telah dimulakan sejak Jun 2008 di mana pemohon yang layak diberikan elaun bulanan sebanyak RM200 dan sejak tahun 2015, elaun ini telah dinaikkan kepada RM250 dan RM300 (bergantung pada zon).\n\n\n\n\n\n\nProgram ini adalah antara usaha kerajaan (melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)) untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nPemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat\n\n \nPekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia\n\n \nHad Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN\n\n \nCara memohon\n\n \nPembaharuan permohonan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nSyarat kelayakan\nNelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut\nPemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat\n\nMemiliki MyKad (Biru)\nBerumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan\nMemiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa\nMemiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia\u00a0atau\u00a0memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah\nStatus subsidi minyak yang aktif\n\nPekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia\n\nMemiliki MyKad (Biru)\nBerumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan\nMemiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa\nDidaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat\n\nHad Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN\n\nSetiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja\nHad bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan\nSekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja\n\nCara memohon\nPermohonan baru Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) boleh dibuat melalui sistem\u00a0e-Pengisytiharan LKIM\u00a0modul Elaun Sara Hidup Nelayan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:\n\nKad pengenalan bagi tujuan verifikasi\nBorang permohonan yang lengkap diisi\nSalinan MyKad pemilik vesel dan pekerja\nSalinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa\nBorang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik\n\nSalinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa\nSalinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)\nGambar pemohon berukuran passport (terkini)\nLain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)\n\nPemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah\nPemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem\u00a0e-Pengisytiharan LKIM.\nPembaharuan permohonan\nElaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) hanya diberikan sepanjang tempoh yang diluluskan sahaja.\nWalau bagaimanapun, individu yang layak boleh membuat pembaharuan permohonan dengan cara yang berikut:\n\nPemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut\nPemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem\u00a0e-Pengisytiharan LKIM\nPembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila hubbungi pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di talian 03-8064\u00a09000.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-maktab-tentera-diraja-mtd/", "title": "Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) Tingkatan 4 bagi Tahun 2023\nAdalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) bagi tahun 2023 kini dibuka mulai 30 September hingga 30 November 2022.\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian.\nPelbagai keistimewaan dibakal ditawarkan kepada putera-putera MTD yang berjaya!\n\n\n\n\n\n\nSila baca syarat-syarat permohonan dan mohon sebelum tarikh tutup.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Maktab Tentera Diraja?\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nKeistimewaan Maktab Tentera Diraja\n\n \nLokasi\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Maktab Tentera Diraja?\nMaktab Tentera Diraja (MTD) mempunyai keunikan tersendiri kerana MTD merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. \nMTD komited dalam mematuhi reka bentuk dan susunan pembelajarannya berasaskan displin serta pembudayaan cara hidup ala ketenteraan. \nPengutamaan aspek kecemerlangan dalam setiap program dan pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai setia kawan menjadikan MTD sebagai\u00a0HOME OF FUTURE LEADERS\u00a0yang melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan negara.\n\nSyarat Kemasukan\nSYARAT AKADEMIK\nLulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Tarikh permohonan kemasukan mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan MalaysiaLulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja\nSYARAT KHUSUS\nPemohon (lelaki sahaja) mestilah warganegara MalaysiaBerat minimum \u2013 40.5kgTinggi minimum \u2013 152cmUkuran dada \u2013 74cm (biasa) 79 cm (tarik nafas)Kesihatan \u2013 Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan berikut:Flat footBMI > 27 (obesiti)Impacted earwaxASthmaScoliosis (tulang belakang bengkok)Varicose vain (urat tersimpul)Colour blindness (rabun warna)Myopia (rabun jauh)G6PD deficiencyHaemorrhoids (buasir)Inguinal hernia (angin pasang)Tinea (jangkitan kulat pada kulit)Uneven shoulder (bahu tidak seimbang)Braces (tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)Temujanji rawatan susulan yang berpanjanganKecederaan baru atau lama yang dirasakan akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan di MTD\n\nKeistimewaan Maktab Tentera Diraja\nPutera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara\u00a0PERCUMA\u00a0meliputi:\nPenginapan dan sajian (6 kali sehari).Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan.Rawatan kesihatan.Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.Buku teks dan keperluan pembelajaran.Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki, membaca peta dan ilmu medan perang.Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi putera-putera dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan.\nLokasi\nMAKTAB TENTERA DIRAJAKEM PERDANA SUNGAI BESI57000 KUALA LUMPUR.TEL: 03-8946 5562 / 5563 / 5564 / 5565\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 30 September \u2013 30 November 2022 melalui URL berikut:\nhttps://spskt4.moe.gov.my/\nSila rujuk proses permohonan di bawah:\nPemohon wajib mengisi borang permohonan atas talian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)Pemohon perlu memilih MTD sebagai pilihan PERTAMAKPM akan menentukan pusat peperiksaan PKSK di seluruh MalaysiaPemohon yang lulus PKSK akan dipanggil ke sesi Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTDPemohon yang lulus Ujian Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD akan ditawarkan ke sesi pengajian Tahun 2023 / 2024\nMaklumat Lanjut\nInfo berkaitan MTD di URL berikut:\nhttps://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_mtd.cfmhttp://www.rmc.edu.my/\nBaca juga: \nPermohonan Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2023Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2023 / 2024\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-saman-jpj-online/", "title": "Semakan Saman JPJ Online & Diskaun Bayaran Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Semakan Saman JPJ Dan Bayar Online Melalui Portal MySikap\nSempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.\nKalau anda ada saman JPJ, jom ambil peluangkan \u2018clear\u2019kan saman anda ok!\n\nBagi yang malas nak bersesak di kaunter, di sini kami kongsikan cara buat semakan saman dan pembayaran melalui Portal MySikap JPJ secara online.\nNOTA: Pembayaran juga boleh dibuat di booth JPJ di KLCC, kaunter pejabat JPJ seluruh Malaysia, kiosk dan Portal JPJ.\nBaca juga: Diskaun Saman 80% Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Check Saman JPJ Online & Buat Pembayaran Online Di Portal MySikap\n\n \nTentang Portal MySikap JPJ\n\n\nCara Check Saman JPJ Online & Buat Pembayaran Online Di Portal MySikap\nBerikut adalah langkap membuat semakan saman online melalui portal MySikap JPJ.\n\n\n\n\n\n\nLANGKAH 1\nSila ke pautan public.jpj.gov.my ATAU https://www.jpj.gov.my/\nDaftar dan log masuk ke Portal JPJ MySikap.\nJika anda belum mendaftar sebagai pengguna, sila rujuk cara pendaftaran dan login kali pertama di panduan berikut: MySikap JPJ Login & Pendaftaran Online\n\nLANGKAH 2\nSetelah berjaya login, klik Kesalahan & Penalti.\n\nLANGKAH 3\nPilih Jenis Semakan untuk melihat jenis saman.\n\nLANGKAH 4\nKlik Pembayaran Saman sekiranya terdapat saman.\n\nLANGKAH 5\nBuat pembayaran atas talian menerusi kaedah yang disediakan.\nAkhir sekali cetak slip sebagai bukti simpanan.\nSelesai!\nMudah kan?\nTentang Portal MySikap JPJ\nPortal MySikap JPJ adalah sebuah platform atas talian yang me\nMelalui portal ini, kita boleh membuat semakan saman, renew lesen JPJ online dan melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.\nAntara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut:\nSENARAI URUSAN MELALUI ID PORTAL ORANG AWAM mySIKAP \nKENDERAAN\nPermohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)Permohonan PEK Maklumat KenderaanPermohonan Tempahan Nombor Pendaftaran KenderaanPermohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini\nLESEN MEMANDU\nPermohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)Permohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM)Permohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM)Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)Permohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM)Rayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempohSemakan Pertukaran Lesen MemanduSemakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ PraktikalSemakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah MemanduSemakan Tarikh Luput Lesen Memandu MalaysiaSemakan Pertukaran Lesen Memandu Luar NegaraSemakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu\nKESALAHAN & PENALTI\nBayaran Saman JPJPertanyaan Senarai HitamPertanyaan Saman / NotisPertanyaan Tempoh Lesen Digantung / BatalPertanyaan Mata Demerit\nKEJURUTERAAN AUTOMOTIF\nPermohonan Status Kenderaan Vintaj / KlasikPermohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat KemalanganPermohonan Cop Semula No.CasisPermohonan Cop Semula No. EnjinPermohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light)Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan\nMaklumat lanjut, sila rujuk\nFACEBOOK Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysiajpj.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akaun-3-kwsp/", "title": "Akaun 3 KWSP : Cadangan Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka bakal memperkenal Akaun 3 untuk pencarum baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.\nBerikut merupakan penerangan lanjut mengenai cadangan pengeluaran pasca persaraan berkala KWSP sebagai rujukan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Akaun 3 KWSP?\n\n \nTujuan\n\n \nSyarat & Kelebihan\n\n \nTarikh Pelaksanaan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Akaun 3 KWSP\n\n\nApakah Akaun 3 KWSP?\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.\nKetua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.\n\n\n\n\n\n\nWalaubagaimanapun, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak, Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata, perkara itu perlu mengambil kira tahap disiplin pencarum agar tidak berlaku kekerapan pengeluaran.\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun 3 dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.\n\nTujuan\nTujuan KWSP mewujudkan Akaun 3 perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan. \nSetakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.\n\nSyarat & Kelebihan\nCadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010. \nCadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.\nSelain itu, Akaun_3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.\nWalaupun tujuan Akaun_3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.\n\u201cIa adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,\u201d kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.\nTambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.\nMemandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.\nBuat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.\nUntuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.\n\n\n\nTarikh Pelaksanaan\nCadangan ini masih diteliti dan tarikh pelaksanaan masih belum ditentukan.\nMaklumat Lanjut Tentang Akaun 3 KWSP\nUntuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:\n\nFacebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja\nHotline : 03-8922 6000\nLaman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my\n\nBaca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Terkini 2023)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kelantanpay/", "title": "KelantanPay: Daftar dan Buat Pembayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi rakyat Kelantan, perkenalkan KelantanPay.\nKerajaan negeri Kelantan telah melancarkan KelantanPay, platform elektronik untuk pembayaran tanpa tunai yang serupa dengan aplikasi pembayaran elektronik milik kerajaan lain seperti SarawakPay dan JohorPay.\nDireka bentuk untuk memudahkan urus niaga agensi dan jabatan kerajaan negeri, aplikasi KelantanPay juga menawarkan pembayaran mudah untuk perkara lain termasuk bil utiliti.\nAplikasi ini dibangunkan dan dikendalikan oleh syarikat Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd.\nKelantan ICT Gateway Sdn Bhd merupakan Agensi Sehenti Negeri bagi pembangunan ICT Kelantan. \n\n\n\n\n\n\nKIGSB telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi merancang, mengurus serta memantau pelaksanaan inisiatif Kelantan State MSC Plan, Pelan Halatuju ICT Negeri dan juga perancangan dan pemantauan pembangunan industri ICT di Kelantan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMod pembayaran\n\n \nBayaran yang boleh dibuat\n\n \nFungsi kod QR\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n \nPendaftaran akaun\n\n\nMod pembayaran\nKelantanPay menyokong pelbagai saluran pembayaran termasuk kad kredit dan debit FPX, MasterCard dan Visa, malah pembekal e-dompet utama dari Malaysia untuk membolehkan transaksi tanpa tunai.\nKerajaan negeri berharap orang ramai boleh menggunakan KelantanPay sebagai platform baharu bagi sistem pembayaran secara bersepadu dan kerajaann menjangkakan akan dapat meningkatkan kadar kutipan hasil kerajaan negeri.\nBayaran yang boleh dibuat\nSelain pembayaran kepada majlis tempatan dan agensi negeri, pengguna juga boleh membayar bayaran bil utiliti (bil air, pembetungan dan elektrik).\nAplikasi ini juga boleh digunakan untuk membayar tempat letak kereta serta memuat semula kredit untuk nombor prabayar, dan juga memuatkan semula PIN untuk e-dompet seperti RazerPay dan Grab. \nBukan itu sahaja, KelantanPay turut memperkenalkan modul SMSParkir dan system Sipadu tanpa dikenakan sebarang kos pendahuluan.\nFungsi kod QR\nAplikasi ini didatangkan dengan pengimbas kod QR yang membolehkan pengguna membayar barangan di beberapa kedai di negeri itu.\nCiri-ciri lain yang disertakan dalam aplikasi ini ialah ID QR yang disulitkan yang digunakan untuk mewakili identiti pengguna untuk digunakan pada Sistem Pendaftaran Pelawat KelantanPay, Sistem Pendaftaran Acara KelantanPay, Sistem Log Kad Tebuk KelantanPay, dan banyak lagi.\nMuat turun aplikasi\nAplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk penggun Android dan iOS.\nSila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi ini:\n\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna Android\nApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\n\nPendaftaran akaun\nPendaftaran akaun baru boleh dibuat terus melalui aplikasi KelantanPay.\nSetelah muat turun, buka aplikasi tersebut.\nDi halaman utaman, klik pada tulisan \u201cRegister\u201d dan lengkapkan butiran anda untuk pedaftaran.\nSebagai alternatif, anda cuba boleh mendaftarkan akaun baru menggunakan akaun Facebook anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-peduli-sihat/", "title": "Skim Peduli Sihat: Semak Kelayakan & Permohonan Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Peduli Sihat bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan B40 terutamanya bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas.\nDibawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang manfaat, kelayakan, cara permohonan serta semakan Skim Peduli Sihat yang perlu anda tahu terutamanya sebagai rakyat Selangor.\nKerajaan negeri Selangor juga ada menyediakan skim Rumah Selangorku bagi memudahkan rakyat memiliki rumah pertama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat Skim Peduli Sihat\n\n \n1. Skim Peduli Sihat Penjawat Awam\n\n \n2. Skim Rawatan Jantung\n\n \n3. Kad Peduli Sihat\n\n \n2 Kategori Kad\n\n \nKategori A\n\n \nKelebihan\n\n \nKategori B\n\n \nKelebihan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \n1. Secara Manual\n\n \n2. Secara Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nManfaat Skim Peduli Sihat\n1. Skim Peduli Sihat Penjawat Awam\nSkim PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM (PSPA) membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital panel (hospital swasta). \n\n\n\n\n\n\nKos rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM 10,000 setahun seorang. \n2. Skim Rawatan Jantung\nSkim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah.\nSkim ini akan dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).\nBantuan ini adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Karajaan Negeri.\n\n3. Kad Peduli Sihat\nDi bawah program ini, pemohon yang layak akan diberikan Kad Peduli Sihat Selangor bagi menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang. \n\nSetiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.\nKlinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).\nSenarai penuh klinik panel boleh dirujuk di pautan berikut : https://secure.pedulisihat.com/site/providerLocator\n2 Kategori Kad\nKad bantuan ini mempunyai dua (2) kategori:\nKategori A\nUntuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun)Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan\nKelebihan\nMendapat isi kad bernilai RM500.00 setahunHad gunaan sehingga RM50 setiap kali rawatanTiada had untuk jenis rawatan dan perubatanSatu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga di atas nama pemegang akaun utama\nKategori B\nIndividu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakanPendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan\nKelebihan\nMendapat isi kad bernilai RM200.00 setahunHad gunaan RM50 setiap kali rawatanTiada had untuk jenis rawatan dan perubatanSatu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu di atas nama pemegang akaun\nSyarat Kelayakan\nWarganegara MalaysiaLahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahunPendapatan seisi rumah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga)Pendapatan individu RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu)\nDokumen tambahan yang diperlukan :\na. Bukti penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) b. Berdaftar sebagai pemohon BSH atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.\n*Anda boleh memohon eKasih dengan merujuk artikel ini : eKasih 2020: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan\n\nCara Permohonan\nPendaftaran Skim Peduli Sihat boleh dibuat melalui 2 cara :\n1. Secara Manual \nPendaftaran secara manual boleh dibuat melalui Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor.\nUntuk melihat senarai penuh Ahli Pejabat Dewan Negeri atau Penyelaras DUN, sila rujuk pautan berikut : http://media.wix.com/ugd/408cda_7cfb5db16ed448d18e0bf8ea34a2b7d7.pdf\n2. Secara Online \nLayari https://pedulisihat.com/pendaftaran.html untuk langkah pendaftaran.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut tentang skim oleh Kerajaan Negeri Selangor boleh dirujuk melalui brochure INI.\nSebarang maklumat lanjut tentang skim ini boleh diajukan ke talian 03 \u2013 5525 6600 atau e-mel :\u00a0[email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kasih-bangsa-johor-2022/", "title": "Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022: Senarai Bantuan Tunai & Insentif Untuk Rakyat Johor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022\nInsentif khas Kerajaan Negeri Johor, iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor telah diumumkan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor melaluis sebuah pengumuman khas hari ini, 14 April 2022.\nSejumlah RM144.36 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Kasih Bangsa Johor ini meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi dengan 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.\nBerikut dikongsikan sepenuhnya senarai bantuan yang terlibat dalam insentif ini:\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSenarai Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022\nBerikut disenaraikan antara bantuan yang telah diumumkan dalam Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor pada 14 April 2022:\nBantuan Beras Bangsa JohorSetiap Ketua Isi Rumah di Johor akan menerima 10kg beras\n\nBantuan Pekerja Ekonomi GIG Bantuan RM300 Pemandu Teksi, e-Hailing, Penghantar makanan\n\nBantuan Imarah Masjid & Surau RM500 Kepada Imam, Bilal, Noja, Kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-Quran\n\nBantuan khas Aidilfitri Fakir MiskinRM400: Golongan fakirRM300: Golongan miskin dan setiap tanggungan pula terima tambahan RM50\n\nBantuan Pasangan Raja SehariBantuan RM1000 kepada pasangan yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah\n\nProgram i-BerkatBantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) berbentuk barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan serta barang keperluan pesakit kronik / terlantar\n\nBantuan PelanconganRM1000 untuk pemandu pelancong, pengusaha homestay dan pengusaha bot pelancongan\n\n\n\nBantuan Pemandu Bas Awam & Bas EkspresBantuan RM300 bagi pemandu bas yang berdaftar dengan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)\n\nBantuan Keran PesaraBantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri JohorBantuan Geran Kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor\n\n\nBantuan Ketua KampungBantuan RM500 Kepada Ketua Kampung\n\nBiasiswa Bangsa JohorPembelajaran secara percuma untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ)\n\nBantuan Mahasiswa IPTA /IPTSSkim Bantuan Pendaftaran Kemasukan ke IPTA / IPTS bagi Diploma (RM500) dan Ijazah Sarjana Muda (RM1000)\n\nSila rujuk senarai penuh Bantuan Kasih Bangsa Johor dalam lampiran di bawah:\nBantuan-Kasih-Bangsa-JohorDownload\nSumber: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz dan laman web rasmi Kerajaan Johor.\nBaca juga: \nBKM Fasa 2 : Tarikh Bayaran & Jumlah Yang Akan DiterimaDividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021\nSemoga insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johor khususnya.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut tentang insentif Bantuan Kasih_Bangsa Johor 2022 boleh dilihat dan dimuat turun di https://www.johor.gov.my/\nSebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera dalam setiap jenis bantuan pada infografik.\nPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor\nAras 1,Bangunan Dato\u2019 Jaafar Muhammad,Kota Iskandar,79000 Iskandar Puteri, Johor\nTalian Am: +607 266 6070 / +607 266 6071Faks: +607 290 9022 / +607 290 9955\n"]} {"url": "https://ecentral.my/proton-s50/", "title": "Proton S50 : Tarikh Pelancaran Di Malaysia, Harga & Interior", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBenarkah Proton S50 akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023 nanti?\nBeberapa hari ini media sosial dibanjiri dengan gambar-gambar Proton S50 yang dikatakan mempunyai rekaan lebih canggih dan elegan berbanding produk-produk sebelumnya.\nBerikut dikongsikan info yang diperolehi tentang ProtonS50 untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pelancaran Proton S50 Di Malaysia\n\n \nGambaran Exterior & Interior\n\n \nHarga\n\n\nTarikh Pelancaran Proton S50 Di Malaysia\nSemasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.\n\nSetelah pelancaran Proton X70 pada tahun 2019 dan Proton X50 pada tahun 2020, dijangkakan pada tahun 2023 nanti Proton akan melancarkan model sedan baru yang dikenali sebagai Proton S50 bagi menggantikan Proton Waja atau Proton Preve.\n\n\n\n\n\n\nGambar-gambar yang kembali viral di media sosial sejak beberapa hari ini dikhabarkan diilhamkan oleh seorang pakar manipulasi grafik, Theophilus Chin yang telah memanipulasi rekaan model Proton S50 tersebut.\nMenurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta\u00a0Geely Emgrand\u00a0dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.\nIni menguatkan lagi dakwaan di mana, sebuah kereta camouflage yang sedang diuji dilihat oleh orang awam menggunakan model Geely Emgrand.\nGambaran Exterior & Interior \nSumber gambar: Theophilus Chin via PaulTan.org\nPada bahagian gril hadapan beliau telah menggantikan\u00a0vertical slats\u00a0dengan rekaan Infinite Weave yang telah menjadi \u2018trademark\u2019 sejak model\u00a0Proton X70\u00a0lagi. \nSumber gambar: Theophilus Chin via PaulTan.org\nManakala pada bahagian bumper hadapan pula, Theo masih mengekal rekaan yang sama pada Geely Emgrand.\nSumber gambar: Theophilus Chin via PaulTan.org\nTheo turut berkongsi rekaan dalaman Proton S50 yang lengkap dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.\nSumber gambar: Theophilus Chin via PaulTan.org\nRuangan dalam kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta, sesuai dengan permintaan terkini di pasaran Malaysia.\nSumber gambar: Theophilus Chin PaulTan.org\nAnda boleh tonton video penuh bagaimana proses\u00a0rendering\u00a0Proton S50 dibuat melalui pautan di bawah. \n\n\n\nRata-rata, ramai netizen meninggalkan komen positif dan tanda LIKE pada visual yang dikongsikan ini.\nHarga\nTentunya peminat Proton menjangkakan harga sedan ini lebih murah dan mampu milik untuk rakyat Malaysia berbanding model yang seangkatan dengannya.\nWalaubagaimanapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari Proton untuk mengetahui harga sebenar setelah ia dilancarkan secara rasmi nanti.\nTak mustahil kereta sedan ini akan menjadi rebutan ramai, kan?\nSama-sama kita nantikan berita baik daripada Proton!\nBaca juga: \nPerodua Alza 2022 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & WarnaMyEzyCover : Insurans Kenderaan & Cukai Jalan Untuk Penjawat Awam\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pra-universiti-usm/", "title": "Program Pra-Universiti USM 2023 \u2013 Syarat & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Kemasukan Ke Program Pra-Universiti USM Dengan Kerjasama MARA kini dibuka!\nMelalui program ini, saudari / saudari berpeluang mengikuti program persediaan sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini bagi pelajar yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Program Pra-Universiti USM 2023\n\n \nBidang Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Yang Ditawarkan Di USM\n\n \nTarikh Permohonan Program Pra-Universiti USM 2023\n\n \nCara Permohonan\n\n\nPengenalan Program Pra-Universiti USM 2023\nUniversiti Sains Malaysia dengan kerjasama MARA menawarkan Program Persediaan selama 1 tahun di Kolej MARA Kulim (KMK) \u2013 Aliran Sains Hayat dan Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) \u2013 Asasi Sains & Teknologi.\nPelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM).\nProgram ini bermatlamat menghasilkan graduan untuk meneruskan pengajian ke peringkat pascasiswazah (M.Sc dan Ph.D).\n\n\n\n\n\n\nBidang Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Yang Ditawarkan Di USM\nBIDANG SAINS HAYAT\n\nDoktor Perubatan\nDoktor Perubatan (USM-KLE)\nDoktor Pergigian\nFarmasi\n\nBIDANG SAINS FIZIKAL\na) Bidang Sains Kesihatan\n\nSains Forensik\nAudiolosi\nBioperubatan\nSinaran Perubatan\nDietetik\nPemakanan\nPatologi Pertuturan\nSains Senaman dan Sukan\n\nb) Bidang Sains\n\nKimia / Kimia Industri / Kimia Gunaan\nFizik / Fizik Perubatan / Geofizik\nMatematik / Statistik Gunaan / Matematik & Ekonomi\n\nc) Bidang Kejuruteraan\n\nAwam\nElektrik & Elektronik\nKimia\nBahan & Sumber Mineral\nMekanikal\nAeroangkasa\n\nd) Bidang Teknologi\n\nMakanan\nPersekitaran\nBiosumber\nKejuruteraan Bioproses\n\ne) Sains Komputer\nf) Senibina\nTarikh Permohonan Program Pra-Universiti USM 2023\nPermohonan dibuka mulai 8 \u2013 19 Jun 2023Pautan :\u00a0www.mara.gov.my\n\nCara Permohonan\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman web MARA melalui pautan https://www.mara.gov.my/\nPemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang telah ditetapkan.\nUjian Psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP (Young Talent Development Programme).\nPastikan pemohon telah menduduki ujian psikometri tersebut sebelum menghantar permohonan.\nSekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.\nPAUTAN PANTAS :\n>>>\u00a0Garis Panduan Permohonan>>> Syarat Kelayakan Program\u00a0(\u00a0pdf\u00a0/\u00a0infografik\u00a0)>>>\u00a0Soalan Lazim>>>\u00a0Panduan Permohonan>>>\u00a0Manual Pengguna Sistem>>>\u00a0Pautan Permohonan Dalam Talian\u00a0\nMAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN\nLayari https://bpa.usm.my atau https://pohon.usm.my\nUntuk pertanyaan, sila hubungi:\n\nProf. Madya Dr Mohd Rizal Razali : 04-653 3913 (Penyelaras Program)\nPuan Nur Inengwati Binti Azmi : 04-653 3425 (unit Pengambilan Pelajar)\nPuan Fatein Nur Syafiqah Norizan : 04-653 2618 (Urusetia Program Pra Universiti)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/belanjawan-2023-madani/", "title": "Belanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 memastikan langkah yang mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.\nBelanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan.\n\n\nBelanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban & sistem nilai luhur \u2013 mampu depani tantangan ekonomi global.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nINTIPATI BELANJAWAN 2023 : MEMBANGUN MALAYSIA MADANI\n\n \nSumbangan Tunai Rahmah (STR)\n\n \nKerajaan Tambah RM500 Dalam Simpanan Akaun 1 KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nINTIPATI BELANJAWAN 2023 : MEMBANGUN MALAYSIA MADANI\nBerikut adalah antara intipati dan ringkasan Bajet 2023 yang mendapat perhatian rakyat :\n1. Ujian Lesen Memandu Percuma\n\u2013 Bayaran ujian lesen memandu motosikal B2, teksi, bas & ehailing akan ditanggung kerajaan\n2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\n\u2013 Isi rumah kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada jumlah anak\n\u2013 Tambahan RM600 (bakul makanan & baucar kepada isi rumah penerima STR termiskin berdasarkan maklumat e-Kasih)\n3. Kredit e-Tunai Belia Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\u2013 RM200 kredit e-tunai untuk belia umur 18 \u2013 20 tahun\n4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)\n\u2013 Pesawah padi akan menerima RM200 sebulan selama 3 bulan / semusim\n\u2013 Pekebun kecil getah menerima RM800sebulan selama 4 bulan\n5. Percukaian\n\u2013 Kerajaan tidak akan melaksanakan GST & memperkenal kaedah lain untuk meningkatkan hasil negara\n\u2013 Pengenalan cukai barangan mewah seperti jam tangan dll\n\u2013 Cukai PKMS bagi pendapatan bercukai RM150,000 pertama akan dikurangkan kepada 15% dari 17% baki taksiran tahun 2023\n\u2013 Kadar cukai pendapatan RM35,000 sehingga RM100,000 dikurangkan ke 2%. Untuk pendapatan RM100,000 sehingga RM1 juta dinaikkan dari 0.5% \u2013 2%.\n6. Diskaun PTPTN\n\u2013 Bermula 1 Mac 2023, diskaun 20% bayaran balik selama 3 bulan\n7. Tarif Elektrik\n\u2013 Harga tarif elektrik pengguna domestik & PKS dikekalkan ikut kadar semasa\n8. Rokok Elektronik / Vape\n\u2013 Pengenalan duti eksais kepada produk cecair / gel mengandungi nikotin bagi produk vape\n9. Pelepasan Muflis Kecil\n\u2013 Individu diisytihar muflis bagi hutang bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023\n10. Elaun Guru KAFA Dan Sumbangan Khas RM600\n\u2013 Guru KAFA terima kenaikan elaun RM100, menjadikan jumlah elaun RM1,100\n\u2013 Imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir akan terima RM600\n11. Bonus / Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam & Pesara Kerajaan\n\u2013 RM700 diberikan kepada penjawat awam (Gred 56 ke bawah) termasuk lantikan kontrak, pesara kerajaan akan terima RM350\n12. Pas My50\n\u2013 Pas bulanan RM50 bagi penggunaan LRT, MRT & bas Rapid di Lembah Klang\n13. Pengampunan Penalti 100% LHDN\n\u2013 Pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2023 \u2013 31 Mei 2024 akan diberi pengampuan penalti Video Ucapan Pembentangan Bajet 2023\nMenelusuri Belanjawan 2023, kerajaan ambil pendekatan subsidi bersasar bagi melindungi golongan kurang bernasib baik.\n\nSumber: Jabatan Penerangan Malaysia\nSumbangan Tunai Rahmah (STR) \n\nPendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan\nBantuan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak\n\nTambahan:\n\nRM600 : Bakul makanan dan baucar makanan asas)\nRM3,100 : Sumbangan Bakul Rahmah\n\n\nBaca juga: STR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga\nKerajaan Tambah RM500 Dalam Simpanan Akaun 1 KWSP\nKerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.\nSila rujuk : Bajet 2023: Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP\nMaklumat Lanjut\nTouchpoints Belanjawan 2023 : https://budget.mof.gov.my/\u2026/ucapan/2023-touchpoint.pdf\n#MalaysiaMADANI\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-banjir-jalan-terkini/", "title": "Cara Semakan Kawasan Banjir & Amaran Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN INFO BANJIR TERKINI & KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri\nJabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan Oktober 2022.\nKetua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.\n\nJPBM dengan kerjasama Kerajaan negeri juga telah mengarahkan pelbagai agensi & jabatan siap siaga mendepani musim banjir yang diramalkan tersebut.\n\nDalam musim bencana ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) adalah 3 sumber utama yang penting untuk anda semak setiap hari bagi mengetahui sebarang update atau amaran peringkat bahaya berkaitan banjir, tanah runtuh, jalan tutup dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nOrang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan merujuk kepada info melalui 3 laman web berikut bagi memastikan perjalanan anda lancar.\nDi sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan info cuaca, amaran banjir, serta notis penutupan jalan yang terkini.\nBaca juga: \nCara Check Status Trafik Di Highway Secara Live. Boleh Elak Kesesakan!RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Info Banjir Terkini, Kawasan Terjejas & Jalan Yang Ditutup\n\n \n1. Semakan Info Banjir di Portal JPS\n\n \n2. Semakan Notis Penutupan Jalan JKR\n\n \n3. Info Cuaca / Amaran Terkini MetMalaysia\n\n\nCara Semakan Info Banjir Terkini, Kawasan Terjejas & Jalan Yang Ditutup\nAdakah anda bercadang nak ke mana-mana hari ini?\nIni cara semakan update banjir terkini untuk makluman bersama.\n1. Semakan Info Banjir di Portal JPS\nMari lihat 5 ciri penting pada aplikasi MyPublic Infobanjir yang sangat membantu para pengguna dalam mendapatkan maklumat terperinci berkenaan amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan.\nData banjir untuk 1500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah & SarawakPeta KawasanNotifikasiSOSLokasi Pilihan Ramalan Banjir POI\nUntuk semakan risiko dinaiki air melalui laman web Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) bawah ini : https://publicinfobanjir.water.gov.my/\n\nSebarang amaran terkini akan dinyatakan mengikut negeri seperti dalam senarai di bawah.\n\n\n2. Semakan Notis Penutupan Jalan JKR\nBagi anda yang ingin memulakan perjalanan, semak dahulu lokasi perjalanan sama ada ia masih terkesan dengan banjir atau ditutup.\nUntuk mendapatkan maklumat Notis Penutupan Jalan, sila ke Portal Rasmi Pengurusan Bencana JKR di pautan berikut http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php\n\n\nInfo laluan alternatif atau peta lokasi juga turut disertakan bersama carian anda di bawah:\n\nATAU dapatkan info melaluiTwitter : @CSFJ_JKR\n\n3. Info Cuaca / Amaran Terkini MetMalaysia\nUntuk mengetahui info cuaca terkini serta amaran berkaitan hujan atau ribut, sila layari Portal Jabatan Metereologi Malaysia melalui pautan berikut: https://www.met.gov.my/\n\nPelbagai info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.\nSIla dapatkan maklumat yang sahih melalui laman web ini.\n\nUntuk info terkini melalui media sosial, anda juga boleh follow Twitter rasmi MetMalaysia di @metmalaysia\nUntuk maklumat lanjut tentang bencana alam atau banjir, orang awam juga melayari Portal Bencana NADMA melalui pautan ini https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan\nSemoga kita terus berwaspada, mematuhi SOP dan doakan keselamatan rakyat Malaysia agar semuanya baik-baik sahaja.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/amaran-taufan-met-malaysia/", "title": "Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini \u2013 MET Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n17 Oktober 2022 \u2013 Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini \u2013 MET Malaysia\nRibut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7\u00b0U 117.2\u00b0T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.\nKeadaan ini menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan. Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022.\nDalam masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada 9:50 malam, 15 Oktober 2022 dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, dan Labuan dalam tempoh 18 Oktober 2022 sehingga 20 Oktober 2022.\nOrang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.\nMaklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.\nSumber: Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia\nRujuk : \nKenyataan Media Malaysian Meteorological Department : Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini \u2013 MET Malaysia\n\n\nBaca juga: Cara Semakan Kawasan Banjir & Amaran Terkini\n"]} {"url": "https://ecentral.my/projek-pertanian-kelantan-2023/", "title": "Permohonan Projek Pertanian 2023 Negeri Kelantan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Projek Pertanian bagi Usahawan dan Usahawan Tani telah dibuka untuk tahun 2023 tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.\nPermohonan yang lengkap dan berjaya sahaja akan dihubungi oleh Pejabat Pertanian Jajahan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Permohonan Projek Pertanian 2023?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Akhir Permohonan Projek Pertanian 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Permohonan Projek Pertanian 2023?\nPermohonan Projek Pertanian 2023 melibatkan senarai projek seperti berikut:\nPembangunan Tanah TerbiarPembangunan Industri PadiPembangunan Industri Pelbagai KomoditiPembangunan Industri Kecil & Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti HiliranPembangunan Usahawan TaniProjek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka PanjangProjek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka PendekProjek Pembangunan Tanaman SayuranPembangunan Industri Tanaman KelapaProjek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)Projek Pembangunan Industri CendawanPembangunan Tanaman Makanan TernakanProgram Pembangunan Pertanian KomunitiProgram Pembangunan Tanaman Herba\n\nBaca juga: SKSPS PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri\nSyarat Permohonan\nBerumur melebihi 18 tahunMempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar)Mempunyai geran / surat perjanjian / surat kebenaran mengusahakan tanahJika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluanPermohonan industri kecil dan sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediamanBorang permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu mukin jawasan projekBorang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke pejabat pertanian jajahan beserta salinan kad pengenalan, salinan geran tanah / surat kebenaran\n\nTarikh Akhir Permohonan Projek Pertanian 2023\n15 September 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pertanian Negeri Kelantan melalui saluran berikut:\nTelefon : 09-744 2400Laman web : https://jpkn.kelantan.gov.myPejabat Pertanian JajahanBachok : 09 \u2013 7788 267Jeli : 09 \u2013 944 0337Gua Musang : 09- 912 1230Kota Bharu : 09 \u2013 746 2932Kuala Krai : 09 \u2013 966 6192Pasir Mas : 09 \u2013 790 9137Machang : 09 \u2013 975 1381Pasir Puteh : 09 \u2013 786 6097Tanah Merah : 09 \u2013 955 6337Tumpat : 09 \u2013 725 7343Lojing : 09 \u2013 922 1963\nBaca juga: Permohonan Kemasukan Ke Program Sijil Pertanian Malaysia 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/promosi-familymart-terkini/", "title": "Promosi FamilyMart Sempena Pembukaan Cawangan ke-300", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak mula diperkenalkan sekitar tahun 2016, ramai yang cukup gemarkan hidangan ringkas dan menyelerakan daripada FamilyMart.\nTak keterlaluan untuk digelarkan FamilyMart sebagai kedai pertama yang mula mempopularkan oden yang cukup enak dimakan panas-panas. \nSelain menawarkan hidangan panas lain seperti pau, karaage dan sosej, FamilyMart juga cukup terkenal dengan sofuto serta aneka kopi dan snek yang diimport khas dari Jepun. \nSedar tak sedar, kedai sebaneka kegemaran ramai ini sudah pun mencapai pembukaan cawangan ke-300.\n\n\n\n\n\n\n Sempena detik bersejarah ini, Familymart ingin mengajak anda untuk nikmati pelbagai tawaran menarik dan potongan diskaun yang menjimatkan. \nBermula 29 Jun hingga 19 Julai 2022, ada pelbagai promosi yang anda boleh dapatkan bersama rakan dan keluarga.\nTanpa melengahkan masa, jom kita tengok promosi menarik yang ditawarkan! \nBaca Juga : Menu CU Mart, Harga & Promosi Terkini 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPromosi FamilyMart Sempena Pembukaan Cawangan ke-300\n\n \nPromosi Minggu 1 (29 Jun \u2013 5 Julai 2022)\n\n \nPromosi Minggu 3 (13 \u2013 19 Julai 2022)\n\n \nPromosi Minggu 2 & 3 (6-19 Julai 2022)\n\n \nTawaran Menarik Pelbagai Produk\n\n\nPromosi FamilyMart Sempena Pembukaan Cawangan ke-300\nPromosi Minggu 1 (29 Jun \u2013 5 Julai 2022) \n2 X Sofuto Cone @ RM 3.00 Iced/Hot Latte (Large) @ RM 4.80 (Diskaun 30%)\n\nPromosi Minggu 2 (6 \u2013 12 Julai 2022)\nDiskaun RM 3.00 untuk pembelian Oden (minimum RM 10) Iced / Hot Americano (LARGE) @ RM 3.99 (Diskaun 30%)\n\nPromosi Minggu 3 (13 \u2013 19 Julai 2022)\nDiskaun 30% untuk semua Hot Snacks. \n\nPromosi Minggu 2 & 3 (6-19 Julai 2022)\nDiskaun 10% untuk pembelian 3 biji rotiDiskaun 20% untuk pembelian 5 biji roti\n\nTawaran Menarik Pelbagai Produk\nSelain menawarkan diskaun bagi pelbagai produk FamilyMart, anda juga berpeluang untuk dapatkan pelbagai jenama snek dan minuman dengan harga yang menarik. \nAntara produk terpilih yang ditawarkan diskaun adalah aiskrim Kitkat, Betagen, coklat Mars dan sebagainya. \nAnda boleh rujuk di bawah untuk lihat promosi yang ditawarkan. \n\n\n\n\n\nMenariknya promosi FamilyMart yang menanti anda! Bila lagi anda boleh dapatkan potongan diskaun hebat macam ni? \nJangan tunggu lagi, jom ke cawangan FamilyMart kegemaran anda hari ini! Sambil berbelanja, dapatlah anda kumpul mata menerusi aplikasi FamilyMart!\nJangan ketinggalan promosi dan tawaran terkini FamilyMart menerusi laman Facebook FamilyMart Malaysia! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/sps-kpm-apdm-ibu-bapa/", "title": "APDM Ibu Bapa: Kemaskini Maklumat Murid (SPS KPM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAKLUMAN: PENGEMASKINIAN DATA MURID DALAM SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) TAHUN 2023 MELALUI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH \u2013 SPS KPM\nUntuk makluman, ibu bapa/penjaga semua dikehendaki membuat pengemaskinian maklumat profil murid Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 & PPKI bagi bantuan persekolahan untuk tahun 2023.\nBantuan ini termasuklah juga seperti Bantuan Biasiswa, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan-bantuan yang lain.\nIbu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara atas talian sama ada melalui telefon pintar (handphone), komputer meja (desktop) atau computer riba (laptop).\nSekiranya tuan/puan tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.\nSila rujuk panduan penuh yang dikongsikan di bawah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan Kemaskini APDM Ibu Bapa / SPS KPM\n\n \nCara Kemaskini Profil Online\n\n \nLupa Kata Laluan SPATKPM\n\n\nTujuan Kemaskini APDM Ibu Bapa / SPS KPM\nPengemaskinian maklumat ibu bapa dan penjaga melalui SPS KPM atau Sistem Pengurusan Sekolah KPM bertujuan\n\nMengelakkan pengisian berulang kali\nMendapatkan paparan dan maklumat anak yang bersekolah\nMengetahui status kewangan pelajar\nmembantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar\n\nNota: ibubapa diluar sana harus BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat dengan memasukkan maklumat pendapatan yang betul agar dapat dibuat tapisan bagi pelajar yang layak menerima sebarang bantuan. Maklumat mestilah SAH DAN BENAR.\n\n\nCara Kemaskini Profil Online\n1.Layari laman\u00a0web SPS KPM di pautan https://public.moe.gov.my/\n2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)\nRujuk cara daftar pengguna kali pertama melalui infografik di bawah:\nTekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan DaftarBahan Rujukan.\n\n3. Selepas daftar, sila Login.\n4. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.\n5. Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.\n\n6. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:\n\nProfil Anak Jagaan\nAlamat Anak Jagaan\nMaklumat Penjaga\n\n\n7. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.\n\n\n\nLupa Kata Laluan SPATKPM\nJika terlupa password / username, anda boleh mendapatkan kata laluan melalui e-mel atau soalan keselamatan.\n\nTekan Lupa Kata laluan -> Isi semua medan No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATA LALUAN.\nAnda juga boleh memilih\u00a0Tab Soalan Keselamatan\u00a0atau\u00a0Tab Padanan Anak.\nMohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)\n\n\nBaca juga: \n\nAkaun Bank Bekas Suami Akan Dibekukan Jika Tidak Bayar Nafkah\nPengisian & Contoh Aktiviti Minggu Pertama Sekolah \u2013 KPM\n\nMAKLUMAT LANJUT\nJika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.\nJika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan)Meja bantuan Negeri/PPD.\nATAU\nRujuk Soalan Lazim SPATKPM / APDM Ibu bapa di pautan di bawah:\nhttps://public.moe.gov.my/?kpm=faq\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-astro-go/", "title": "Cara Daftar Astro Go Percuma Di Telefon Pintar & Peranti Mudah Alih", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini kita boleh pilih untuk berhibur dan menonton drama atau filem dengan menggunakan telefon pintar, tablet atau peranti mudah alih, cuma perlu daftar Astro Go secara percuma khas untuk pelanggan Astro.\nBila dah daftar, tak perlu lagi nak berebut remote control dan anda juga boleh menonton di mana sahaja dan yang paling penting ianya jauh lebih praktikal.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan Astro Go termasuklah bagaimana cara daftar Astro Go dalam langkah yang mudah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Astro Go?\n\n \nCara Daftar Astro Go\n\n \nSatu ID Boleh Digunakan Oleh Empat Peranti Setelah Daftar Astro Go\n\n \nCara Login Astro Go\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Astro Go?\nAstro GO ialah sebuah aplikasi mobile yang menawarkan lebih 50,000 rancangan yang boleh diakses sama ada melalui apps mahupun laman web dengan mudah dan dimana-mana sahaja.\n\n\n\n\n\n\nDrama dan filem menarik luar serta dalam negara, rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv menarik, dokumentari terkini dan macam-macam lagi sudah tersedia untuk anda tonton bila-bila masa je.\nNak daftar Astro Go ni adalah\u00a0PERCUMA untuk pelanggan Astro, tak kiralah pakej langganan basic atau mana-mana pakej lain sekalipun.\n(Tapi pelanggan Njoi tak termasuk ye.)\nCara Daftar Astro Go\nBerikut adalah langkah untuk daftar Astro Go:\nPergi ke laman web di\u00a0astrogo.astro.com.myUntuk pengguna yang pertama kali mendaftar, anda perlu tekan bahagian\u00a0Don\u2019t have an Astro ID? Click hereMasukkan nombor akaun atau nombor smartcard Astronombor akaun \u2013 boleh dapatkan melalui bil Astro atau call sahaja pihak Astronombor smartcard \u2013 dapatkan di smartcard di decorder andaKemudian masukkan No MyKad pemilik akaun Astro tersebut.\u00a0Kemudian sila isikan butiran peribadi yang berkaitan.Selesai sudah cara daftar Astro GO.\u00a0Kini anda boleh mengakses Astro Go dari peranti mobile atau telefon pintar dengan mudah, di mana-mana saja!\nNak lagi mudah faham, boleh rujuk video rasmi dari Astro untuk langkah pendaftaran di bawah ini.\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=juM-zaj7Sns\n\nSatu ID Boleh Digunakan Oleh Empat Peranti Setelah Daftar Astro Go\nSelepas anda mendaftar dengan Astro GO, Astro ID tersebut boleh digunakan untuk mengakses 4 peranti serentak.\nUntuk filem-filem Pay-per-view serta siri TV (contoh Astro First, Astro Best & filem-filem berbayar terpilih), pelanggan boleh menonton dengan\u00a02 peranti\u00a0pada masa yang sama.\nCara Login Astro Go\nSetelah selesai daftar Astro Go, kini anda boleh login Astro Go.\nSila ikuti langkah di bawah:\nLayari laman web rasmi Astro di sini:\u00a0https://astrogo.astro.com.myPilih bahagian\u00a0I AM AN ASTRO CUSTOMERPada bahagian\u00a0Email/Mobile Number, masukkan email atau nombor telefon andaPada bahagian\u00a0Password, masukkan kata laluan anda.Klik\u00a0LOG INKini anda sudah berjaya login Astro GO. Bolehlah anda menonton pelbagai rancangan TV dan program menarik di mana-mana saja. Tak perlu berebut remote control lagi!\nBaca juga: Astro Njoi: Cara Melanggan, Saluran TV, Harga & Caj Pemasangan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web https://astrogo.astro.com.my/ atau hubungi perkhidmatan pelanggan Astro di talian 603 9543 3838.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-anak-anggota-koswip/", "title": "Tawaran Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP Tahun 2022\nSukacita dimaklumkan bahawa KOSWIP Malaysia Berhad kini menawarkan bantuan pendidikan / Dermasiswa bagi anak-anak anggota yang mencatatkan keputusan akademik yang cemerlang bagi pelbagai peringkat pengajian.\nAnda juga boleh rujuk kenyataan di rumah :\n\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar UA Cemerlang\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP\n\n \nTerma dan Syarat\n\n \nSyarat-Syarat Cemerlang\n\n \nSyarat-Syarat Khas Dermasiswa Untuk IPTA\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP\nAnggota KOSWIP serta anak yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 16 November 2022 (Rabu).\nTerma dan Syarat\nCalon yang berminat perlulah fahami dan menepati terma dan syarat yang ditetapkan seperti berikut :\nAnggota KOSWIP dan bernombor Anggota sebelum 99325 dan berdaftar pada atau sebelum 17 Oktober 2018 layak memohon.\u00a0Borang permohonan boleh disahkan oleh Guru-guru/ Pentadbir Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai kakitangan awam kump A\u00a0Suami dan Isteri yang kedua-duanya menjadi anggota Koperasi tidak layak memohon untuk anak yang sama.Permohonan untuk anak tiri dan anak angkat hendaklah sah disisi undang-undang dan disertakan dengan bukti yang disahkan.Borang permohonan boleh didapati di Ibu pejabat KOSWIP, Pejabat Cawangan PUTRAJAYA pada waktu pejabat dan juga dari Pengerusi / Setiausaha Kawasan mulai 17 Oktober 2022.\u00a0Borang permohonan juga boleh didapati melalui Laman Web KOSWIP, www.koswip.com.my dan FACEBOOK KOSWIP.Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 November 2022 (Rabu) jam 5.00 petang.\u00a0\u00a0Permohonan yang lewat diterima akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.\nSyarat-Syarat Cemerlang\nMendapat keputusan SPM 2021 8A dan ke atas\u00a0Mendapat keputusan STPM 2021 CGPA 3.8 dan ke atasSila sertakan salinan sijil keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar\nSyarat-Syarat Khas Dermasiswa Untuk IPTA\nMemiliki DIPLOMA atau IJAZAH pada tahun 2021 di IPTA/IPTS tempatan / luar negara dengan mendapat CGPA 3.8 dan ke atas \u00a0Sila sertakan salinan keputusan peperiksaan dan sijil-sijil yang berkaitan beserta pengesahan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar\nCara Memohon\nSila muat turun borang di bawah :\nBorang-Bantuan-Pendidikan-KOSWIP-2022Download\n(Borang juga boleh di Ibu Pejabat KOSWIP, Pejabat Cawangan Putrajaya, Wakil-Wakil Kawasan serta laman web dan Facebook rasmi KOSWIP). \nBorang yang diisi dengan maklumat dan tepat dan lengkap boleh dihantari melalui pos kepada :\nOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD\nBLOK A-01-01 PANTAI BUSINESS CENTRE,\nJALAN PANTAI BHARU,\n59200 KUALA LUMPUR\nTEL : 03-22010009 SAMBUNGAN 301/302/303/304/306\nBorang juga boleh dihantar melalui e-mail KOSWIP di alamat [email\u00a0protected]\nNota : Kelulusan permohonan akan dimaklumkan menerusi SMS dan wakil kawasan. Sila masukkan nombor telefon di ruang yang tertera dalam borang.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP Tahun 2022, sila hubungi talian Whatsapp di pautan berikut : http://www.wasap.my/60146731506/BANTUANPENDIDIKAN2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-reporting-pdrm/", "title": "e-Reporting PDRM: Sistem Repot Polis Online & Panduan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat digalakkan untuk memanfaatkan inisiatif Portal e-Reporting yang telah disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis.\nSistem e-Reporting telah dirasmikan oleh YDH IG Tan Sri Dato\u2019 Sri Khalid Bin Abu Bakar Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden Fasa I bertempat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 10 Mac 2017.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem baharu ini untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem e-Reporting PDRM?\n\n \nJenis Aduan\n\n \nCara Membuat Repot Polis Online Melalui Sistem e-Reporting PDRM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sistem e-Reporting PDRM?\nSistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.\nSistem e-Reporting adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hendaklah mendaftar dalam sistem ini serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Aduan \nKemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis.\nSebanyak 8 jenis laporan polis yang disenaraikan berikut boleh dilaporkan melalui Sistem eReporting PDRM:\n1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.\n2. Hilang/Tercicir Lesen Memandu.\n3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.\n4. Hilang Telefon Bimbit.\n5. Hilang Komputer Riba (Laptop).\n6. Hilang Cukai Jalan.\n7. Pembantu Rumah Lari \u2013 Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.\n8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.\n\nPERINGATAN\n\nSeksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574). Memberi maklumat palsu.Membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.\nSeksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu.Membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.\n\nCara Membuat Repot Polis Online Melalui Sistem e-Reporting PDRM\nLangkah-langkah membuat repot polis adalah seperti berikut:\n\nLayari sistem e-reporting (https://ereporting.rmp.gov.my/)\nDaftar dan log masuk sistem e-reporting\nSemak butiran pengadu\nMasukkan butiran kejadian\nMasukkan keterangan kejadian\nHantar butiran repot ke e-reporting PDRM\nAnda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel\nBawa laporan polis ke agensi berkaitan\n\n\nMaklumat Lanjut\nJika terdapat sebarang masalah semasa menggunakan e-Reporting PDRM, sila emel kepada pihak Helpdesk IT PDRM : [email\u00a0protected]\nLaman web: https://ereporting.rmp.gov.my/\nBaca juga: \n\nIC Hilang : Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online\nSijil Lahir Hilang? Ini Cara Mohon Semula Di JPN Secara Online\n5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-ukcg-ujian-kelayakan-calon-guru/", "title": "e-UKCG : Ujian Kelayakan Calon Guru 2023, Semakan, Tips Calon", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHEBAHAN PELAKSANAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG) CALON LANTIKAN CONTRACT OF SERVICE BAGI PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 TAHUN 2023.\nHebahan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023 telah menetapkan setiap calon pelantikan secara Contract of Service (CoS) perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.\nCalon-calon berikut perlu menduduki eUKCG:\n\ngraduan BUKAN PENDIDIKAN daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau\ngraduan BUKAN PENDIDIKAN yang memiliki ijazah sarjana SELAIN Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).\n\nCalon-calon berkenaan diminta untuk melayari pautan berikut bagi menduduki eUKCG secara atas talian.\nCalon-calon dikehendaki mendaftar nombor pin/ kata laluan bermula 11 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2023 sebelum diberi akses bagi menduduki ujian tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Pendaftaran e-UKCG 2023\n\n \nUjian Online & Pendaftaran\n\n \nApakah UKCG & eUKCG?\n\n \nTips Temuduga UKCG\n\n \nLokasi / Cara Menjawab e-UKCG\n\n \nTarikh Semakan Keputusan Calon Jaya\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Pendaftaran e-UKCG 2023\nHebahan Umum.\nMerujuk kepada hebahan pelaksanaan eUKCG bertarikh 10 Mei 2023, pendaftaran eUKCG kini dilanjutkan sehingga 17 Mei 2023 (Rabu). \nJusteru, calon yang layak diminta untuk mendaftarkan no pin/ kata laluan di https://ukcg.moe.gov.my bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian.\nPanduan untuk calon bagi mengenal pasti status kelayakan menduduki eUKCG adalah seperti di lampiran di bawah yang berikut:\n\n\nBagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:\na) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) \u2013 urusan eUKCG : 03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693\nb) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) \u2013 urusan pengambilan :03-8893 4019 / 4020\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, calon-calon diminta memberi perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG.\nCalon tidak dibenarkan menukar tarikh ujian dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.\nBaca juga: e-Recruit USM: Pendaftaran & Permohonan Jawatan Kosong USM\nUjian Online & Pendaftaran\nCalon yang layak diminta untuk mendaftarkan no pin/ kata laluan di https://ukcg.moe.gov.my bagi mendapatkan tarikh menduduki ujian.\nBagi yang telah berjaya mendaftar kata laluan, anda akan menggunakan kata laluan tersebut untuk menduduki ujian e-UKCG dan mendapat maklumat ujian.\nSila rujuk lampiran di bawah :\n\nBerikut pula adalah slip menduduki ujian online eUKCG\n\nApakah UKCG & eUKCG?\nUKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru\ne-UKCG adalah merupakan ujian\u00a0psikometrik\u00a0secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. \nHanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.\n\n\nTips Temuduga UKCG\nTip dan Panduan e-UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru)\nCalon-calon boleh menyaksikan sebuah video panduan dan tips yang dikongsikan oleh Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG):\n\u201cJom Jadi Cikgu\u201d Siri 2\n\nhttps://www.facebook.com/ipgKemPendidikan/videos/1120369408524390\nAda kawan minta tips untuk temuduga UKCG bagi jawatan PPP DG41 (Contract of Service) yang akan bermula esok. \nPoint no.7 ramai yang terlepas pandang.\nApakah UKCG?\n\nUKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.\nSoalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.\nSoalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.\nSoalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.\nSoalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.\nSoalan UKCG ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.\n\n: Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.\nNo.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok\n\nSoalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib.\n\n: Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.\n\nSecara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru.\n\n: Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.\nBiasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.\nMoga terlahirnya guru yang berkualiti.\nWish you all Good Luck!\n\n*Sumber: Facebook Nabilah Md Harun.\nLokasi / Cara Menjawab e-UKCG\ne-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian. \nCalon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.\ne-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.\nCalon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan,\u00a0e-UKCG adalah SULIT.\n Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.\nOleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa. \nWalau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.\nUntuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:\nPautan: https://ukcg.moe.gov.my/\nBaca juga: PISMP 2022: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM\nTarikh Semakan Keputusan Calon Jaya\nPengumuman rasmi calon jaya adalah dibuat dari semasa ke semasa mengikut ambilan dan temuduga.\nSemakan online boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/\nBagi calon PISMP, sila layarihttps://pismp.moe.gov.my/\nMaklumat Lanjut\nSila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:https://mypdpp.moe.gov.my/\nMaklumat terkini berkaitan proses pengambilan PISMP 2022 boleh diakses menerusi portal PISMP.\nNo. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760Emel : | [email\u00a0protected] |\nhttps://pismp.moe.gov.my/kalendar.cfm/\nMaklumat lain yang berkaitan boleh juga dilayari di facebook Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, IPGM\nhttps://www.facebook.com/Jabatan-Pengambilan-dan-Penempatan-Ipgm-Kpm-100358478320097/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kemasukan-gmi-peringkat-diploma-2022/", "title": "Tawaran Kemasukan GMI Peringkat Diploma Bagi Ambilan Julai 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke German Malaysian Institute (GMI) kini dibuka untuk sesi kemasukan Julai 2022.\nDitubuhkan sejak tahun 1991, GMI merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada pelajar.\nJusteru itu, pelajar yang berminat dan memenuhi kelayakan dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke GMI bagi peringkat Diploma menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2021.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda Ambilan Mei & Jun 2022 Untuk Lepasan SPM\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat Yang Ditawarkan Oleh GMI\n\n \nProgram Ditawarkan\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nManfaat Yang Ditawarkan Oleh GMI\nAntara kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh IPT ini adalah :\nTajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Kelengkapan pembelajaran praktikal.Penginapan pelajar dan persekitaran.Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.\n\nProgram Ditawarkan\nProgram peringkat diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) Jabatan Kejuruteraan Elektrik\nDiploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)Diploma In Network SecurityDiploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)Diploma In Autotronics Engineering TechnologyDiploma in Creative MultimediaDiploma in Software Engineering\nii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal\nDiploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan kepada para pemohon adalah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:\nMatematik.Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.Satu subjek lain.Lulus Bahasa Inggeris.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://www.gmi.edu.my/onlineapp.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Isi maklumat permohonan yang diperlukan.Pilih program pengajian.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kemasukan peringkat Diploma di GMI, sila hubungi talian 03-8921 9164.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-bayaran-i-sinar/", "title": "Tarikh Bayaran i-Sinar KWSP Bulan November 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH BAYARAN I-SINAR KWSP BULAN NOVEMBER 2021\nKWSP telah mengumumkan tarikh pembayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 secara rasmi melalui notis di laman sosial Facebook.\nBerikut dikongsikan tarikh pembayaran dan cara membuat semakan bagi anda yang masih lagi menerima bayaran i-Sinar pada bulan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah i-Sinar?\n\n \nTarikh Bayaran i-Sinar Bulan November 2021\n\n \nCara Semakan Status Bayaran i-Sinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my\n\n \nCara Semakan Status Pembayaran i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP\n\n\nApakah i-Sinar?\ni-Sinar adalah inisiatif KWSP dan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran kepada ahlinya sebelum usia 55 tahun bagi membantu rakyat Malaysia, khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik.\n\n\n\n\n\n\n Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.\nTarikh Bayaran i-Sinar Bulan November 2021\nUntuk makluman, bayaran i-Sinar bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula pada 26 Oktober 2021.\n\nPengkreditkan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh bekerja 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.\n\nAnda boleh menyemak dan mendapatkan status bayaran tekini melalui i-Akaun (Ahli).\nCara Semakan Status Bayaran i-Sinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my\nUntuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:\nSila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.mySila cari butang SEMAK STATUSStatus bayaran anda akan dipaparkan.\nCara Semakan Status Pembayaran i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP\nUntuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:\nSila layari laman web rasmi KWSP di sini:\u00a0https://secure.kwsp.gov.my/member/member/loginLog masuk i-Akaun KWSP (ahli)Klik WITHDRAWAL > WITHDRAWAL HISTORYAkan dipaparkan tarikh pembayaran.\nJika anda masih belum mendaftar i-Akaun, sila rujuk artikel ini untuk membuat pendaftaran:\nBaca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftaran i-Akaun\nUntuk makluman, permohonan i-Sinar telah dibuka sehingga\u00a030 Jun 2021.\nMAKLUMAT LANJUT\nUntuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 \u2013 8922 4848. \nUntuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.\nTalian ini beroperasi Isnin \u2013 Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka \u00a0dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/econversion-pengurangan-bayaran-balik-pinjaman-pelajaran-mara/", "title": "eConversion: Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\neConversion : PERMOHONAN PENGURANGAN KADAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MARA\nMakluman bagi semua peminjam MARA, anda boleh memohon pengurangan bayaran balik secara online melalui laman web rasmi eConversion, iaitu Sistem Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA secara atas talian.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara membuat permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelayakan Memohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA\n\n \nCara Permohonan eConversion MARA\n\n \nBayaran Komitmen\n\n \nSemakan Kelulusan\n\n \nSoalan Lazim Inisiatif Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA (eConversion)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelayakan Memohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA\nPelajar tamat/lulus pengajian;i. di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA.ii. mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang bantuan/pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lainTiada tunggakan di akaun Pinjaman Pelajaran MARA.\nCara Permohonan eConversion MARA\nSila layari pautan https://econversion.mara.gov.my/ untuk membuat permohonan online.\nDokumen yang perlukan untuk permohonan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nSalinan Sijil / Diploma / Ijazah / Master / Phd (disahkan benar).Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).Salinan Sijil / Diploma / Ijazah / Master / Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu / Sidang / Jaksa Pendamai (JP) / Wakil Rakyat / Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret / Peguam.Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.\nRujuk manual penuh dalam lampiran di bawah:\nPanduanPengguna-Econv-V2Download\nBayaran Komitmen \nPemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan).\nSebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum pengurangan kadar bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA diluluskan, tidak akan dikembalikan. \nPembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.\nPermohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.\nKegagalan memohon seperti dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian, tuan / puan dikehendaki membayar balik 100% pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak MARA.\nSemakan Kelulusan\nKelulusan rasmi permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA boleh disemak melalui sistem e-baki di url https://apps.mara.gov.my/ebakiv2\nDisebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh permohonanditerima/didaftarkan. \nTempoh masa proses kelulusan ini juga bergantung kepada situasi dan arahan semasa kerajaan seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan semasa yang lain.\nSila hubungi Unit Conversion di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut.\nEmel: [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected]Telefon: 03-26132130 / 32171 / 32180 / 32181 / 32198 / 32140 / 32156 / 32183 / 32184 / 32188 / 32298\nPeminjam boleh memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA melalui sistem eBaki MARA melalui pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2.\nSoalan Lazim Inisiatif Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA (eConversion)\n\n\nUntuk syarat-syarat permohonan, sila rujuk Syarat Pengurangan Pinjaman Pelajaran (Conversion)Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum hantar. Sila rujuk Panduan PenggunaHanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.Pastikan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA.Permohonan Pengurangan Pinjaman akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA boleh dibuat melalui pengeluaran caruman KWSP \u2013 sila layari web rasmi KWSP.Berikut adalah Soalan Lazim yang berkaitan dengan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA.Pengguna disarankan menggunakan pelayaran Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.\nMaklumat Lanjut\nAnda boleh hubungi talian rasmi seperti berikut:\nMARA CALL CENTRE Talian Utama: 03-26132000 / 03-261 39093 / 39094 / 32243/ 32247 / 35084 / 35085 / 35086\nBAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA: 03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32133 / 32178 / 32132 / 32397\nBaca juga: ePerjawatan UiTM \u2013 Jawatan Kosong Terkini & Pembelian No Pin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mini-bajet-2023-anwar-ibrahim/", "title": "Intipati Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: INTIPATI PEMBENTANGAN MINI BAJET 2023 \u2013 PM ANWAR IBRAHIM\nBayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (isi rumah) dan RM100 (bujang) dipercepatkan, daripada bulan Mac kepada Januari 2023.\nKerajaan juga bersetuju salur bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.\nBantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.\nJuga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).\nBajet 2023 telah diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kabinet kerajaan perpaduan yang baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nAnwar berkata beliau akan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan serta jemaah menteri bagi menambah baik Bajet 2023 yang sedia ada.\n\u201cSaya fikir sebahagian besar (daripada belanjawan itu) boleh diterima walaupun ramai yang membuat andaian bahawa saya akan menentang semua cadangan tersebut.\n\u201cCadangan yang baik kita boleh teruskan,\u201d katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri sebelum ini.\nPada masa yang sama, Anwar menegaskan bahawa beliau akan menumpukan usaha untuk menguruskan ekonomi negara dan membina keyakinan pelabur.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBanyak syarikat pelaburan dari India, China, Eropah serta Amerika Syarikat telah meminta temu janji untuk minggu akan datang, dan saya akan menumpukan pada menjana pertumbuhan ekonomi,\u201d katanya.\nYAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. \u2013 SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pembentangan\n\n \nIntipati Mini Bajet 2023 Kerajaan Perpaduan\n\n \nAgenda Bajet 2023 Yang Diberi Nafas Baru \u2013 PM Anwar Ibrahim\n\n\nTarikh Pembentangan \nBajet 2023 akan dibentangkan pada Februari tahun hadapan, menurut Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim.\n\nSementara itu, kerajaan telah membentang Mini Bajet 2023 pada sidang parlimen kedua, 20 Disember 2022 bagi meluluskan pembayaran gaji penjawat awam serta beberapa isu berbangkit.\nDewan Rakyat pada hari yang sama juga secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.\nKeputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nBeliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.\nIntipati Mini Bajet 2023 Kerajaan Perpaduan\nPerdana\u00a0Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju unyuk menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa.\nTambah Ahli Parlimen Tambun itu, jumlah sebanyak RM150 akan diberi kepada setiap murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa mereka dan bantuan berkenaan akan diberikan pada Januari 2023.\nPada hari kedua sidang Dewan Rakyat itu juga, Anwar mengumumkan bahawa pada Januari 2023 juga kerajaan akan menyalurkan bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1.\nBantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun depan.\nSebanyak RM300 akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan RM100 pula disalurkan kepada bujang.\n\u201cBayaran fasa satu ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.\n\u201cSaya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,\u201d katanya.\nDalam pada itu, melihat kepada musim tengkujuh yang berlaku kini, Kerajaan mencadangkan untuk memberi bantuan bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.\nPembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa itu menyaksikan Anwar membentangkan peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650.\nKetika membentangkan perkara itu di Dewan Rakyat pada Selasa, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, bajet mini tersebut merangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa.\nTurut terkandung dalam mini bajet itu adalah bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.\nDewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.\nKeputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nBeliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.\nPerdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkukuh petunjuk ekonomi, mengembalikan keyakinan pelabur serta membina semula Malaysia yang sejahtera.\nKatanya, sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan ini, beliau amat terharu dengan sambutan serta sokongan negara luar yang memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan Malaysia terutama dalam meneroka potensi perdagangan dan pelaburan.\n\u201cMisalnya, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei yang menawarkan supaya Brunei Investment Agency meneroka peluang pelaburan baharu di Malaysia dan ini sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua negara.\n\u201cBagi terus memacu ekonomi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Kementerian Kewangan (MOF) turut ditugaskan untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan dan meningkatkan pelaburan berkualiti ke arah menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia, terutamanya untuk golongan belia.\n\u201cPada masa yang sama, kawal selia bagi pekerja asing juga dipusatkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan pemain industri dapat berkembang maju, khususnya sektor komoditi, pembinaan dan pelancongan,\u201d katanya.\nBaca juga: \n\nBantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)\nBantuan Awal Persekolahan (BAP 2023)\nBantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)\nKenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023\n\nAgenda Bajet 2023 Yang Diberi Nafas Baru \u2013 PM Anwar Ibrahim\nPagi tadi saya ke Kementerian Kewangan ketemu pegawai serta staf kementerian. Saya turut mengadakan sidang media kemudiannya. \nAntara isu utama yang saya sebut adalah:\n1. Belanjawan baharu akan dibahaskan pada tahun hadapan bersekali dengan pembukaan penggal baharu Dewan Rakyat yang akan dirasmikan oleh KDYMM YDP Agong. Belanjawan itu akan diberi nafas serta pendekatan baharu yang akan mencakup persoalan kemiskinan, kesenjangan serta langkah-langkah khusus dalam memastikan iklim yang lebih segar bagi menggalakkan pelaburan, memulihkan keyakinan serta memacu pertumbuhan ekonomi.\n2. RM7 bilion yang diluluskan kerajaan lalu daripada jumlah RM15 bilion bagi projek tebatan banjir akan disemak kerana ia telah diluluskan tanpa proses yang mengikut peraturan. Saya akan pastikan perkara tersebut tidak diteruskan supaya prinsip ketelusan serta peraturan dipatuhi.\n3. Saya turut menyentuh mengenai kontroversi pembelanjaan RM580-RM600 bilion semasa PKP. Angka ini dimainkan semasa kempen PRU15 dahulu kononnya kerajaan dahulu membelanjakan wang begitu banyak untuk rakyat. Setelah diteliti, sejumlah besar dari wang itu adalah dari KWSP, iaitu wang simpanan hari tua rakyat sendiri dan juga untuk moratorium bank. Namun, ada beberapa puluh bilion yang lain yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan. Justeru, kepada Tan Sri Muhyiddin, jangan cabar kerajaan kerana ada beberapa peraturan dan prosedur yang tidak dipatuhi serta ada beberapa syarikat berkepentingan melibatkan keluarga turut terpalit.\n4. Saya turut akan berbincang dengan Tan Sri Hassan Marican serta mengadakan rundingan dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengenai anggota pasukan ekonomi yang akan diketuai beliau.\n5. Berkenaan Bernas dan Tan Sri Syed Mokhtar, saya telah mengadakan perbincangan dengan beliau sebelum memberikan arahan kepada Bernas untuk membayar sebanyak RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada pesawah yang miskin dan melarat. Keputusan ini tidak mudah kerana saya berdepan dengan konglomerat yang keuntungannya berbilion ringgit, dan ia tidak bermaksud untuk merobohkan empayar beliau seperti dakwaan Menteri Besar Kedah.\n*Sumber: Facebook Rasmi Anwar Ibrahim\n\nPaparan penuh :https://www.parlimen.gov.my/senarai-aum.html?uweb=dr\nSecara langsung sidang Dewan Rakyat juga boleh diikuti di laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri https://www.pmo.gov.my/parliament-live-dewan-rakyat/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-simpan-duit-asb-online/", "title": "Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Ke Kaunter. Mudah & Cepat!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA SIMPAN DUIT KE ASB SECARA ONLINE\nSekarang ni banyak betul kes orang hilang duit dalam akaun bank. Sampai ada yang beratus ribu duit lesap entah dipindahkan ke akaun mana.\nBila tanya dan report ke bank, proses siasatan akan memakan masa dan mereka pula tak jamin akan dapat balik duit tu.\nTahukah anda, antara kelebihan kita simpan duit dalam ASB adalah kerana ia hanya membenarkan pengeluaran secara online dengan had sebanyak RM2000 sahaja sebulan.\nKalau nak keluarkan selebihnya, kita perlu pergi ke kaunter untuk thumbprint. Jadi, lebih selamat kan?\nSekarang ni pun tak payah susah-susah nak pergi ke bank, pejabat pos atau kaunter ASB, anda boleh lakukannya menggunakan handphone atau laptop saja.\nDi sini kami kongsikan cara simpan duit ASB online dengan cepat dan mudah!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Simpan Duit ASB Online\n\n \nHad Pengeluaran Maksimum\n\n \nSelamat Mencuba\n\n\nCara Simpan Duit ASB Online\nUntuk membuat pemindahan atau simpan duit ke akaun ASB ini, anda perlulah ada akaun ASB yang aktif terlebih dahulu.\nJika anda masih belum pernah mendaftar atau mengaktifkan akaun ASNB online, sila rujuk langkah di sini: Cara Pendaftaran MyASNB & Aktifkan Akaun ASB Online\nKemudian, anda boleh menggunakan laman web ASNB atau muat turun aplikasi ASNB.\nRujuk langkah membuat simpanan di bawah:\n\n\n\n\n\n\nLANGKAH 1\nMuat turun aplikasi myASNB atau buka laman web https://www.myasnb.com.my/\n\nLANGKAH 2\nKemudian, login menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.\nBila dah dapat login, tekat LIHAT SEMUA. \nNanti semua maklumat akaun kita dan akaun anak-anak yang didaftarkan bawah nama kita akan dipaparkan macam di bawah ni.\n\nLANGKAH 3\nTekan ikon TAMBAH PELABURAN.\nKalau nak simpan duit untuk anak, boleh pilih akaun anak-anak.\nKalau nak tambah akaun sendiri, pilih akaun sendiri ya.\n\nLANGKAH 4\nMasukkan jumlah pelaburan (berapa duit yang nak disimpan).\nLepas tu pilih Perbankan Atas Talian (FPX) untuk transfer dari akaun bank kita ke ASB.\nKemudian tandakan (/) dan tekan SETERUSNYA.\n\nLANGKAH 5\nPilih bank yang tersedia.\nNi antara bank yang tersedia \u2013 boleh pilih dari bank mana nak transfer boleh klik terus.\n\nLANGKAH 6\nBila dah check, tekan SAHKAN.\n\nLANGKAH 7\nAkhir sekali anda akan dibawa ke paparan login online banking yang dipilih tadi.\nMasukkan password dan ID seperti biasa.\n\nSelesai!\n\nNanti akan keluarlah resit transaksi macam di atas ni.\nMudah kan?\nJangan risau kalau anda nak guna semula duit, anda masih boleh keluarkan semula dari ASB sama ada secara online atau manual.\nHad Pengeluaran Maksimum\nHad minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 2,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.\nContoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:\nTarikhUnit AmanahJumlah Jualan Balik (unit)Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan OgoStatus urus niaga11/8ASB1400600Berjaya15/8ASB 3 Didik6000Berjaya20/8ASN1000Tidak berjaya\nUrus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 2,000.00 unit bagi bulan Ogos.\nSelamat Mencuba\nSemoga bermanfaat jom saving simpanan masa hadapan.\nJangan risau ASB sebab bila-bila masa kita nak guna duit nanti boleh bawa keluar juga. \nDividen pun tinggi. \nContoh simpan 200k dalam masa setahun hampa akan dapat dividen (16RIBU / 9RIBU pernah dpt 16k taun lps dpt skit 9k) DIVIDEN ni tak sama tau setiap tahun ikut rate dia. \nAda tahun tinggi ada tahun rendah. \nSimpan 50k pun dah dapat 2k 3k dah setahun ok juga kan.\nSemoga bermanfaat!\nJika anda masih belum ada akaun ASB, sekarang ni dah boleh buka secara online sahaja. Rujuk artikel berikut: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter\nUntuk maklumat lanjut boleh rujuk pautan ini : https://www.asnb.com.my/asnbv2_3services.php#pendaftaranakaun\n(Kredit: Nurul Ashikin Che Darus)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ucapan-selamat-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 Kreatif & Menarik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nContoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 ~ Sambutan Hari Raya pada tahun ini boleh dikatakan yang paling meriah sejak negara dilanda pandemik.\n Mana taknya, dah dua tahun kita tak dapat beraya dan pulang ke kampung halaman. Kemeriahannya juga masih terasa.\n Buktinya, pada hujung minggu pasti ramai yang luangkan masa untuk kunjungi rakan dan sanak saudara. \nDalam sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, masih belum terlambat untuk kita sampaikan ucapan Hari Raya buat sahabat dan keluarga sebagai tanda peringatan. \nJom kita tengok koleksi ucapan Hari Raya Ailidfitri yang menarik untuk disampaikan. \nBaca Juga : Tarikh Hari Raya Haji 2022 / Hari Raya Aidil Adha 1443H\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nUcapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Yang Menarik Untuk Keluarga dan Rakan\n\n \nKoleksi Pantun Ucapan Hari Raya Aidilfitri\n\n \nBackground Menarik\n\n \nUcapan Sunnah Terbaik Sesuai Syari\u2019e\n\n\nUcapan Hari Raya Aidilfitri 2023 Yang Menarik Untuk Keluarga dan Rakan\nRamadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.\nDi kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.\nSalam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.\nRamadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.\n\nKetika tangan tak mampu berjabat,\nKaki tak dapat melangkah,\nHanya hati yang mampu berbisik,\nMohon maaf atas segala kesalahan.\nJika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.\nWalaupun jauh beribu batu,\nTapi ingatan tetap selalu,\n\n\n\n\n\n\nKukirim ucapan pengganti diriku,\nAgar Aidilfitri indah buatmu.\nDalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.\nKoleksi Pantun Ucapan Hari Raya Aidilfitri\nPenutup muka melindungi kita,\nMengelak Covid-19 virus merbahaya,\nRaya tahun ini berbeza gaya,\nNamun maknanya tetap sama.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2013\nPelita diletak di atas para,\nHendak dinyala di tepi perigi;\nWassap dihantar pengganti kad raya,\nTanda ingatan di Aidilfitri\n\nSatu Syawal menjelang tiba,\nTakbir bergema mengegarkan jiwa,\nSekiranya ada salah dan dosa,\nAmpun dipinta dihari mulia.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014-\nAwal Syawal rai kemenangan,\nUmat Islam saling berkunjungan,\nTahmid bertukar erti ketenangan,\nSelamat menyambut Hari Lebaran\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\nSepuluh jari tersusun rapi,\nBunga melati pengharum hati,\nMesej dikirim pengganti diri,\nMemohon maaf setulus hati.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\nBuat meriam pasang pelita,\nAsap keluar bunyi tak ada,\nUcapan raya maaf dipinta,\nHarap tiada yang mengguris jiwa\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\nKian berlabuh tirai Ramadan,\nLambaian Syawal kian dinanti,\nLuhur hati ikhlas kemaafan,\nSemoga kesalahan dimaafi.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014-\nRaya pertama cantik berseri,\nBerbaju kurung bagai puteri;\nDuit Raya jangan lupa diberi,\nSelamat Hari Raya Aidilfitri.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014-\nAda mata pandanglah keindahan,\nAda mulut berbudilah pertuturan,\nAda hati berilah kesayangan,\nAda salah dan silap sudilah memaafkan.\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\nSungai disusur sehari-hari,\nDalam gelap menangkap ikan,\nKami menyusun sepuluh jari,\nSalah dan silap harap dimaafkan.\nBackground Menarik\nBerikut turut dilampirkan beberapa pilihan background menarik yang dikongsikan di media sosial. \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: PKG JAIS Kuala Langat\nUcapan Sunnah Terbaik Sesuai Syari\u2019e\nMengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain. Kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah :\n\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0648\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652\nTaqabbalAllahu minna wa minkum\n\u201cSemoga Allah menerima amalanku dan amalanmu\u201d\n\u201cPara sahabat Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minka,\u201d tulis Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari\n\nLalu bagaimana jawapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum?Dalam riwayat sahabat dan salafus soleh yang sampai kepada kita, jawapan terbaik Taqabbalallahu Minna Wa Minkum adalah doa yang sama: Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.\nIanya sunnah untuk mendoakan Muslim yang lain dengan doa yang baik.\nSemoga ucapan Hari Raya yang disampaikan dapat eratkan lagi hubungan anda dengan keluarga dan rakan terdekat.\nSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! \nRujukan: BAYAN LINNAS SIRI KE-23: ADAB BERHARI RAYA DAN KESILAPANNYA\nBaca juga: JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Berjemaah & Bersendirian\n"]} {"url": "https://ecentral.my/residensi-wilayah-rumawip/", "title": "Residensi Wilayah: Permohonan Online & Semakan Kelayakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi membantu warga kota terutama dari golongan berpendapatan sederhana untuk membeli dan memiliki rumah sendiri, Program RESIDENSI WILAYAH diwujudkan untuk menyediakan rumah yang selesa, berkualiti serta mampu dimiliki oleh warga Wilayah Persekutuan.\nDahulunya dikenali sebagai RUMAWIP, kini ia diberi nafas baru dengan tagline \u201cResidensi Wilayah Residensiku\u201d.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah RESIDENSI WILAYAH ?\n\n \nCiri-ciri Utama Kediaman Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kelayakan Residensi Wilayah\n\n \nGaris Panduan Permohonan\n\n \nCara Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah\n\n \nInfo Tambahan Yang Perlu Anda Tahu\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah RESIDENSI WILAYAH ?\nRingkasnya, ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.\nSecara lebih spesifiknya, RESIDENSI WILAYAH merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit.\nPenetapan sasaran baru bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 \u2013 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.\n\nCiri-ciri Utama Kediaman Yang Ditawarkan\nProgram rumah mampu milik ini hanya tertumpu di 3 kawasan Wilayah Persekutuan iaitu\n\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nPutrajaya\nLabuan\n\n*Bagi anda yang menetap di Selangor, anda boleh membuat permohonan Rumah Selangorku.\nDijangka sebanyak 80,000 unit kediaman dirancang untuk pembinaan yang akan datang di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa 10 tahun (2019 \u2013 2028).\nJenis rumah yang ditawarkan di bawah Residensi Wilayah ini adalah seperti berikut:\n\nmempunyai tiga (3) bilik tidur\ndua (2) bilik air\ndapur, ruang tamu, ruang makan dan yard \ndalam bentuk rumah berstrata (rumah bertingkat, contohnya apartment / kondominium dll)\n\nAntara Senarai Projek Residensi Wilayah termasuklah:\n\n\n\n\n\n\n\nRumawip Setapak J\nRumawip Bukit Jalil\nRumawip Taman Miharja\nResidensi Max\nResidensi Laman Segar Hijau\nResidensi Alamanda\nResidensi MH Platinum 2 / Merdu\n\nUntuk senarai penuh projek Residensi Wilayah boleh terus ke pautan berikut: https://residensiwilayah.jwp.gov.my/\nSyarat Kelayakan Residensi Wilayah\nUntuk menjadi pemohon, seseorang perlu memenuhi syarat kelayakan ini:\n\nWarganegara Malaysia\nBerumur 21 tahun ke atas\nDilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan\nPendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin)\n\nNOTA: Pendapatan isi rumah adalah pendapatan kasar (termasuk gaji, komisen dan elaun-elaun lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).\n\nGaris Panduan Permohonan \n1. Pemohon hendaklah mendaftar di portal RESIDENSI WILAYAH.\n2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi mereka terlebih dahulu sebelum permohonan projek dibenarkan.\n3. Pilih projek yang diminati\n4. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.\n5. Muatnaik dokumen\n6. Sahkan profil dan dokumen sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :\n\nPERHATIAN\nPemohon perlu menyimpan dokumen permohonan \u201chard copy\u201d sendiri untuk rujukan masa hadapan.\nCara Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah\nPemohon boleh log masuk pautan https://residensiwilayah.jwp.gov.my/ untuk menyemak status permohonan semasa.\nTempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.\nBaca juga : Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA\nInfo Tambahan Yang Perlu Anda Tahu\n1. Sekiranya pemohon telah memiliki rumah di negeri lain, adalah pemohon masih layak untuk memiliki unit RESIDENSI WILAYAH?\nBoleh, dengan syarat tidak memiliki sebarang hartanah/kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.\n2. Adakah sebarang pembiayaan disediakan untuk pembelian unit ini?\nPembiayaan adalah urusan pemohon sendiri.\n3. Adakah kediaman ini boleh disewakan?\nPembeli tidak dibenarkan menyewakan rumah kepada bukan warganegara Malaysia.\n4. Bolehkah unit yang dibeli dan kemudiannya dijual?\nRESIDENSI WILAYAH mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama Perjanjian Jual Beli ditandatangani.\n5. Adakah pesara layak memohon untuk membeli unit kediaman ini?\nBoleh. Tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.\nBaca juga: Skim Peduli Sihat: Semak Kelayakan & Permohonan Online\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan permohonan atau semakan, sila berhubung terus ke:\n1. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH\nUnit Residensi Wilayah,Bahagian Sosio Ekonomi,Aras 5, Blok 2,Menara Seri Wilayah,Presint 2,Kementerian Wilayah Persekutuan,62100 Putrajaya.\nWaktu Urusan : Isnin \u2013 Jumaat ( 9.30 pagi \u2013 4.30 petang )Waktu Rehat : Isnin \u2013 Khamis ( 1.00 petang \u2013 2.00 petang )Jumaat ( 12.00 tengahari \u2013 3.00 petang)Sabtu dan Ahad (Tutup)\n2. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL\nAras 25, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur\nTel : 03-26179154\nWaktu Urusan : Isnin \u2013 Jumaat ( 9.30 pagi \u2013 4.30 petang )Waktu Rehat : Isnin \u2013 Khamis ( 1.00 petang \u2013 2.00 petang )Jumaat ( 12.00 tengahari \u2013 3.00 petang)Sabtu dan Ahad (Tutup)\nFaks:\u00a003-8889 7640Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\nSoalan Lazim Residensi Wilayah : https://residensiwilayah.jwp.gov.my/faq\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perbezaan-smka-dan-smk/", "title": "Perbezaan Sekolah SMKA dan SMK", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApakah perbezaan antara sekolah SMKA dan SMK?\nSekali lihat, kita pastinya dapat menjangka bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mempunyai tambahan pendidikan agama Islam kerana terdapat perkataan \u201cAgama\u201d itu.\nPerbezaan itu sememangnya benar namun terdapat beberapa perbezaan lain yang sangat signifikan untuk kita lihat antara SMKA dan SMK.\nKali ini mari lihat perbezaan antara kedua jenis sekolah ini agar dapat membantu pelajar yang memasuki alam sekolah di Malaysia dapat membuat pilihan yang tepat dan terbaik untuk masa depan mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Subjek tambahan\n\n \n2. Subjek Pendidikan Islam digantikan dengan Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah\n\n \n3. Penginapan di asrama\n\n \n4. Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)\n\n \n5. Ilmu agama dan akademik yang seimbang\n\n\n1. Subjek tambahan\nPelajar SMKA diwajibkan untuk mengambil subjek Bahasa Arab daripada TIngkatan 1 hingga Tingkatan 5.\n\n\n\n\n\n\nIni merupakan satu kelebihan bagi yang ingin menyambung pelajar dalam bidang pengajian agama memandangkan mereka akan mempunyai asas yang lebih baik dalam Bahasa Arab. \nMalah, sesetengah bidang pengajian di peringkat universiti mewajibkan subjek Bahasa Arab sebagai syarat diterima masuk.\nNamun, sekiranya anda memang tidak mempunyai minat dalam Bahasa Arab, sekolah SMKA mungkin tidak sesuai untuk anda dan inilah antara perbezaan ketara antara SMKA dan SMK.\nArtikel berkaitan: Sijil Menengah Agama (SMA): Silibus dan Kepentingannya\n2. Subjek Pendidikan Islam digantikan dengan Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah\nPerbezaan kedua antara SMKA dan SMK adalah di SMKA, subjek Pendidikan Islam digantikan dengan digantikan kepada Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah (PQS) serta Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) di Tingkatan 4 dan 5.\u00a0\nPengambilan kedua-dua subjek ini bagi pelajar SMKA membolehkan mereka mendalami kedua-dua bidang ini denngan lebih mendalam. \n3. Penginapan di asrama\nPerbezaan ketiga antara SMKA dengan SMK adalah mereka disediakan penginapan di asrama.\nPenyediaan asrama untuk elajar SMKA ini penting, dapat memudahkan mereka menjalani rutin harian dan program kerohanian di bawah pemantauan guru.\nKehidupan para pelajar SMKA membantu mereka mengikuti segala program dan modul yang ditetapkan oleh pihak sekolah kerana mereka tidak perlu berulang-alik dari rumah setiap hari.\nAntara program kerohanian yang biasanya dianjurkan adalah seperti kuliah Maghrib, tazkirah harian, bacaan kitab dan lain-lain lagi untuk merealisasikan objektif pembentukan pelajar SMKA yang bersahsiah tinggi, beriman dan bertaqwa.. \n4. Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)\nPerbezaan ke 4 SMKA berbanding SMK adalah kewujudan KKQ. ,\nKelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) membantu pelajar SMKA memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran dalam kalangan murid-murid yang mengikuti kelas berkenaan dari aspek kemahiran Taranum, Hafazan, Tajwid,Ulum Al-Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat Al-Sab\u2019ie.\nobjektif perlaksanaan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran ialah;\n\nMelahirkan pelajar yang dapat membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian\nMelahirkan insan yang memahami dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran samaada merangkumi aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul\nMengetahui lagu-lagu Al-quran (taranum) dan mempraktikkannya dalam bacaan harian\nMengetahui, membezakan dan membaca wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie\nMelahirkan individu yang memahami dan mengamalkan al-Quran dengan sebaiknya serta dapat menguasai bahasa arab.\n\n5. Ilmu agama dan akademik yang seimbang\nPelajar SMKA tidak hanya akan memfokuskan pengajian dalam bidang agama, tetapi juga wajib menitikberatkan keseimbangan dari segi akademik.\nPara pelajar akan mempunyai kelas-kelas intensif bagi memastikan mereka meningkatkan prestasi mereka dalam pelbagai subjek.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gspel-giatmara/", "title": "GsPel GIATMARA: Permohonan Kemasukan 2023 Sesi Julai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan GIATMARA 2023 ambilan Julai kini dibuka untuk yang berminat.\nAnda boleh memohon secara online sahaja!\nTahukah anda apa itu GIAT MARA dan apakah kursus yang ditawarkan secara khusus di seluruh Malaysia?\nDalam artikel ini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang GIAT MARA dan cara pendaftarannya bagi ambilan tahun 2023 yang baru dibuka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah GIATMARA?\n\n \nSyarat Permohonan GIATMARA 2023\n\n \nSerta, sila pastikan:\n\n \nKelebihan\n\n \nSenarai Kursus & Lokasi\n\n \nPensijilan\n\n \nGsPel: Cara Permohonan GIATMARA 2023\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Permohonan GIATMARA 2023\n\n\nApakah GIATMARA?\nGIAT MARA merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.\nPelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan GIAT MARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.\nIni membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.\n\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nSyarat Permohonan GIATMARA 2023\n\nBumiputera.\nSihat tubuh badan.\nBoleh membaca, menulis dan minat (3M).\nBerumur dari 15 tahun dan ke atas.\nBerminat dengan bidang yang dipohon.\nTamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.\n\nSerta, sila pastikan:\n\nAnda akan memohon untuk program latihan secara\u00a0SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara\u00a0SEPARUH MASA (PART TIME)\u00a0sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda\nAnda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia\nAnda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda\nAnda mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda\nAnda telah menyemak\u00a0MANUAL PERMOHONAN\u00a0secara online (rujuk lampiran PDF di bawah)\n\nManual_Pengguna_GSPEL_PemohonDownload\nKlik SINI untuk mulai mengisi borang permohonan.\n\nKelebihan \n\nKemudahan Latihan\nElaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa) \nSijil Profesional yang diiktiraf industri\nModul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI) \nPembangunan Usahawan (Rintis Niaga) \n\nSenarai Kursus & Lokasi \nSenarai kursus yang ditawarkan bagi permohonan GIATMARA 2023 adalah seperti berikut:\n\nCluster Computer & Networking Technology\nKluster Elektrikal\nKluster Elektronik dan Mekatronik\nKluster Fabrik\nKluster Hairdressing and Cosmetology\nKluster Hospitaliti\nKluster Kulinari\nKluster Mekanikal\nKluster Pembuatan\nKluster Pengangkutan\nKluster Senibina\nKluster Creative Media\n\n\nSila rujuk lokasi Pusat Latihan GIATMARA dalam senarai di bawah ini:\n\nSenarai GIATMARA_Perlis\nSenarai GIATMARA_Kedah\nSenarai GIATMARA_Pulau Pinang\nSenarai GIATMARA_Perak\nSenarai GIATMARA_Selangor\nSenarai GIATMARA Negeri Sembilan\nSenarai GIATMARA_Wilayah Persekutuan\nSenarai GIATMARA_Melaka\nSenarai GIATMARA_Johor\nSenarai GIATMARA_Pahang\nSenarai GIATMARA_Terengganu\nSenarai GIATMARA_Kelantan\nSenarai GIATMARA_Sarawak\nSenarai GIATMARA_Sabah\n\nPensijilan\n\nSijil Profesional_GIATMARA\nSijil Kemahiran_GIATMARA\nSijil Modular_GIATMARA\nSijil Teknologi_GIATMARA\nSijil Kehadiran_GIATMARA\nSijil Kemahiran Warisan_GIATMARA\nSijil Perantisan_GIATMARA\nSijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & \u2028Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)\nSijil Kemahiran Malaysia\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 IT Essential\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 CCNA (Cisco Certified Network Associate)\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 Introduction to Cybersecurity\n\nBaca juga: Semakan Status STR & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia\n\nGsPel: Cara Permohonan GIATMARA 2023\nMereka sudah berjaya, beri peluang pada diri untuk buktikannya! Dikongsikan 5 Kluster kemahiran yang boleh anda pilih.\nBoleh layari laman web www.giatmara.edu.my dan boleh juga ke GIATMARA berdekatan untuk mendaftar.\nJom sertai GIATMARA: http://gspel.giatmara.edu.my/registration\nPendaftaran atau permohonan GIAT MARA 2022 boleh dilakukan melalui 2 cara berikut:\ni) Pendaftaran Online\nUntuk pendaftaran anda boleh layari laman web : www.giatmara.edu.my atau terus isi borang online di sini: http://gspel.giatmara.edu.my/my/utama/aplikasi\n\nii) Pendaftaran Manual\nSila muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian \u2014> Borang Permohonan Sepenuh Masa\nBorang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.\nAtau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.\nMaklumat Lanjut Tentang Permohonan GIATMARA 2023 \nUntuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran dan permohonan GIAT MARA 2023, sila hubungi Pusat GIAT MARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIAT MARA di\nWISMA GIAT MARA\nNo 39, Jalan Medan Tuanku,50300 Kuala Lumpur.MalaysiaTel: 03-2691 2690Fax: 03-2691 2820Emel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jana-niaga-mara-shopee/", "title": "Program Jana Niaga MARA Shopee: Baucer Kedai & Kredit Iklan RM800", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMARA mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee melalui Program Jana Niaga MARA Shopee.\nDi sini disertakan maklumat lanjut tentang program ini untuk makluman usahawan dan peniaga yang berminat.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Jana Niaga MARA Shopee?\n\n \nKelebihan Jana Niaga MARA Shopee\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Jana Niaga MARA Shopee\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nYuran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Jana Niaga MARA Shopee?\nMerupakan sebuah inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian.\nProgram ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja) dan bimbingan dan pemantauan.\nE-kedai usahawan yang berjaya akan dimasukkan ke e-Mall Jana Niaga MARA (https://shopee.com.my/m/jananiaga) untuk menerima Baucer kedai dan kredit iklan.\n\n\n\n\n\n\nE-Mall Jana Niaga MARA juga menawarkan baucer diskaun dan baucer free shipping kepada pembeli. \nKelebihan Jana Niaga MARA Shopee\nKelebihan menyertai program ini:\nWebinar Latihan KeusahawananBaucer Kedai Bernilai RM400.00Kredit Iklan Bernilai RM400.00\nBaca juga: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan\nSyarat Permohonan\nUsahawan BumiputeraSyarikat telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak)Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulanMempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee.Usahawan bersetuju syarat \u2013 syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.\nCara Permohonan Jana Niaga MARA Shopee\nUsahawan yang berminat boleh memohon di link berikut: https://forms.gle/eJZNrBY1t4qmBVtD6 atau scan QR Code di poster iklan di bawah:\n\nTarikh Permohonan\nBorang permohonan akan dibuka bermula pada 22.2.2021 (Isnin) jam 10.00 pagi sehingga 5.3.2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.\nPermohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN.\nTarikh tutup pada 5 Mac 2021 (Jumaat).\nYuran \nYuran komitmen bagi penyertaan program adalah sebanyak RM100.00.\nHanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat.\nUsahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam tempoh 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:\nMohamad Fahriz \u2013 03-26134324 / 013-8835533Mohd Yazid \u2013 03-26134328 / 018-2119793Hazila \u2013 03-26134818 / 019-9174495\nAtau rujuk Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan berikut: https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat/photos/a.118588701510523/3853462868023069/\nBagi mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat untuk setiap permohonan, pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di talian 03-2613 2529 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.\nInfo lanjut ini juga boleh didapati menerusi laman sesawang:\u00a0https://www.mara.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-bistari-2022/", "title": "BISTARI : Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Untuk Anak Kelahiran Sabah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) kini dibuka untuk bayi yang dilahirkan di Sabah.\nBantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021.\nPerlaksanaan bantuan yang memperuntukkan dana sehingga RM 5 juta ini merupakan salah satu komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di samping menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak sejak awal kelahiran.\nIbu bapa yang berminat dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Skim Permata Sejahtera 2022 Untuk Anak Kelahiran Terengganu\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan BISTARI\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan BISTARI\nUntuk makluman, tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun ini iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.\nKadar Bantuan\nKadar bantuan akan diberikan dalam bentuk tabungan yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi yang berdaftar di bawah bantuan ini sebanyak RM 100.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nIbu bapa yang berminat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nBayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari SabahSimpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.\nCara Memohon\nTerdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan iaitu :\ni) Atas Talian (Online)\nLayari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI.Lengkapkan borang permohonan di pautan berikut.Muat naik dokumen yang diperlukan.Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nii) Borang Permohonan\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:\nPejabat Menteri Tugas-Tugas Khas\nBlok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu\nJalan UMS, Teluk Likas\n88400 Kota Kinabalu, Sabah\nDokumen Yang Diperlukan\nIbu bapa juga diminta untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah :\nSijil lahir bayiKad pengenalan ibu bapa\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan BISTARI, sila layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau hubungi 088-369872/012-8662419.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pidn-jpa/", "title": "PIDN JPA 2022: Semakan Keputusan Tajaan Sesi September 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN PENAJAAN JPA \u2013 PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2022\nPelawaan kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Goverment Linked Universities (GLU) untuk memohon program tajaan JPA \u2013 Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan PIDN JPA\n\n \nTarikh Semakan Keputusan PIDN JPA 2022\n\n \nSesi Tajaan PIDN JPA 2022 Bermula\n\n \nSenarai Institusi Yang Ditaja\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA?\nPIDN JPA adalah pembiayaan JPA secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dibuka untuk semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di \nUniversiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)\n(*Pinjaman boleh ubah bermaksud anda tidak perlu membayar keseluruhan jumlah pinjaman dengan syarat-syarat tertentu.)\nPerjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:\npinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; danselain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\n\nBaca juga: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM (Kemasukan September 2022)\nSyarat Permohonan\nSYARAT UMUM\nWarganegara Malaysia;Mempunyai kesihatan yang baik;Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); danUmur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).\nSYARAT KHUSUS\n\n\n\n\n\n\n1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:\nA. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:\n(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau\n(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau\n(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) DAN mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan\n(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuksemester terkini / semasa\nB. Bidang Perubatan dan Pergigian:\n(i) Memperolehi keputusan \u2018Lulus\u2019 bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan\n(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.\n2.2 Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA. \nBidang-bidang yang dipohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).\n2.3 Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:\nBidang pendidikan;Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; danProgram pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.\nTarikh Permohonan\n14 Februari 2022 \u2013 27 Februari 2022\n*Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka mulai\u00a014 Februari 2022 (jam 4.30 petang) sehingga 27 Februari 2022 (jam 11.59 malam).\nPermohonan secara dalam talian, syarat & maklumat lanjut di:http://esilav2.jpa.gov.my\nCara Permohonan PIDN JPA\nPermohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my bermula 14 Februari 2022 (jam 4.30 petang) hingga 27 Februari 2022 (jam 11.59 malam). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2022 sebagai bukti permohonan telah dibuat.\nTawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA dihttp://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. \nMUAT TURUN IKLAN PIDN JPA 2022:\nIklan-PIDN-2022Download\nTarikh Semakan Keputusan PIDN JPA 2022\nKeputusan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN), Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM), Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis, Jerman (JKPJ) boleh disemak seperti di ketetapan berikut:\nTarikh semakan:29 Julai 2022 hingga 6 Ogos 2022\nPautan semakan:http://esilav2.jpa.gov.my.\nSumber: SEMAKAN KEPUTUSAN PENAJAAN PIDN JPA 2022\nSemakan keputusan bagi PIDN Tahun 2022 boleh dibuat mulai\u00a029 Julai 2022 (Jumaat), 5.00 petang sehingga 6 Ogos 2022 (Sabtu), 11.59 malam.\u00a0\nPelajar yang setuju terima tawaran PIDN 2022 dipohon untuk log masukke Sistem ePenawaran bagi tujuan penyelesaian dokumen perjanjian\u00a0(ePROMISE)\u00a0mulai\u00a01 Ogos 2022 (Isnin), 5.00 petang sehingga 6 Ogos 2022 (Sabtu), 11.59 malam.\nSesi Tajaan PIDN JPA 2022 Bermula\nSesi Mula Tajaan September 2022\nSenarai Institusi Yang Ditaja\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Politeknik Ungku OmarPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPoliteknik Ibrahim SultanUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN)Universiti Multimedia (MMU)Universiti Teknologi Petronas (UTP)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)\nBaca juga: PPBU Bank Rakyat : Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah 2022\nMaklumat Lanjut\nCalon boleh merujuk SOALAN LAZIM / Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagimaklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.\nSaluran pertanyaan:i) Talian Call Centre : 03- 8885 3297ii) Emel : [email\u00a0protected]iii) Sertai Sesi Soal Jawab Permohonan PIDN melalui Zoom pada:25 Februari 2022 (Jumaat) | 10.00 \u2013 11.00 pagi | https://zoom.us/j/93632427280\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eoperasi-kpm/", "title": "eOperasi KPM: Semakan & Kemaskini (eoperasi.moe.gov.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT e-OPERASI SESI 2023/2024\nSemua Pengguna e-OPERASI di Sekolah (Guru dan AKP) di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membuat semakan dan pengemaskinian bermula\u00a05\u00a0Januari 2023\u00a0sehingga 31 Januari 2023\u00a0dengan menggunakan ID Pengguna masing-masing seperti yang telah dinyatakan pada Surat Siaran\u00a0PENETAPAN PROSEDUR PENGEMASKINIAN DAN VERIFIKASI DATA GURU DALAM MODUL PENGURUSAN GURU (e-OPERASI) BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024\u00a0bertarikh 12\u00a0Januari 2023.\nPengguna perlu membuat semakan bagi semua maklumat dan mengesahkan bahawa semua maklumat adalah sahih, tepat dan terkini. Selepas membuat semakan, pengguna perlu menandakan\u00a0(\u221a)\u00a0di bahagian pengesahan maklumat. Sebarang pengemaskinian maklumat perlu merujuk kepada Penolong Kanan beserta dokumen sokongan yang berkaitan.\nPenolong Kanan dan Pengetua / Guru Besar / Ketua Jabatan perlu memastikan semua guru dan AKP telah membuat semakan maklumat dan mengesahkan mengikut capaian Pentadbir.\nAdmin di Bahagian, JPN dan PPD perlu memastikan sekolah-sekolah di bawah kawalan melaksanakan pengesahan maklumat dan seterusnya menjalankan proses verifikasi bagi data berakhir \u00a031 Januari 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem eOperasi KPM.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah e-Operasi KPM?\n\n \nKemaskini Maklumat e-Operasi Modul Pengurusan Guru KPM\n\n \nLogin eOperasi KPM & Pendaftaran Pengguna\n\n \nKemaskini Maklumat Guru\n\n \nManual Pengguna\n\n \nMaklumat Lanjut / Pertanyaan\n\n\nApakah e-Operasi KPM?\nSistem eOperasi adalah sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang\u00a0dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.\nIa bertujuan bagi memudahkan tugas perguruan secara online.\nAntara maklumat yang boleh diterima dan dikongsikan dalam sistem ini termasuklah tugasan kemaskini data, semakan status mereka apabila melakukan pertukaran lokasi dan tempat (semakan penempatan guru) melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain lagi. \nKemaskini Maklumat e-Operasi Modul Pengurusan Guru KPM\nBerikut dikongsikan cara login eOperasi, membuat kemaskini maklumat serta semakan penempatan guru secara online melalui sistem ini.\nLogin eOperasi KPM & Pendaftaran Pengguna\nBerikut adalah cara mendaftar dan login eOperasi KPM.\n\nLayari laman web rasmi e-Operasi di halaman https://eoperasi.moe.gov.my \nLog Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan. \nPengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. \nPastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. \nKata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan. \nKlik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. \nPengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi. \nSetelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP. \n\n\nNota: Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768. \n\n\n\nKemaskini Maklumat Guru\nAntara maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini adalah seperti berikut:\ni. Maklumat Staf\n\nmaklumat pasangan\nmaklumat subjek ajar\nmaklumat akademik\nmaklumat ikhtisas\nmaklumat sejarah perkhidmatan\nmaklumat peribadi\nmaklumat perkhidmatan\nmaklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru\n\nii. Maklumat Enrolmen\n\nenrolmen ikut kelas\nenrolmen ikut subjek\nenrolmen ikut elektif\n\niii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan\n\nPermohonan\nSemakan\nKelulusan\nAnalisis kelulusan / pelaksanaan\n\niv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)\n\nKedudukan guru\nPengisian opsyen\nkurang / lebih mengikut opsyen\n\nv. Instrumen\n\nPenilaian program orientasi guru baru\nPenilaian seminar\n\nvi. Maklumat Subjek\n\nAnalisis pemantauan\nSubjek Elektif\nMPV\nPAV\n\nSelain mengemaskini maklumat ini, pelbagai update terkini juga boleh diketahui dengan mudah melalui ruang pengumuman di laman utama laman web ini.\n\n\n\nManual Pengguna\nPautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna. \nAnda boleh memuat turun manual pengguna melalui pautan ini: https://eoperasi.moe.gov.my/\nMANUAL-PENGGUNA-SUB-MODUL-KEBERADAAN-GURUDownload\nMaklumat Lanjut / Pertanyaan\nPertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada\u00a0Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui nombor telefon yang tertera pada butang \u2018Bantuan\u2019.\nJika masih terdapat sebarang persoalan atau masalah sepanjang menggunakan sistem eOperasi online ini, pengguna juga boleh terus menghubungi pihak yang terlibat melalui email berikut: [email\u00a0protected] \nGuru-guru boleh login SPKPM bagi memudahkan urusan harian anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-kewangan-kesan-vaksin-covid/", "title": "Kesan Sampingan Vaksin: Cara Lapor & Mohon Bantuan Khas Kewangan Mudarat Vaksin COVID-19", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).\nPeruntukan itu membabitkan dua kategori bantuan iaitu RM50,000 bagi penerima yang menerima kesan sampingan serius dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.\nKerajaan bersetuju menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh NADMA bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan Bantuan Khas Vaksin\n\n \n2 Jenis Manfaat Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19\n\n \nBantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 terbahagi kepada 2 manfaat berikut:\n\n \nPermohonan & Penilaian\n\n \nCara Lapor Kesan Sampingan Vaksin Covid-19\n\n \nPROSEDUR UNTUK MEMOHON PAMPASAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT COVID-19\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTujuan Bantuan Khas Vaksin \nBantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini adalah langkah proaktif Kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin.\nNamun jangan tersalah erti, pampasan ini bukanlah bermaksud bahawa vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan serius.\n\n\n\n\n\n\nSebaliknya,tindakan kerajaan ni juga menunjukkan KEYAKINAN terhadap Program Immunisasi C19 Kebangsaan, seperti yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia.\nDengan jaminan dari pihak kerajaan, harapnya lebih ramai penduduk di Malaysia mendaftar untuk menerima vaksin C19\n\n2 Jenis Manfaat Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19\nBantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 terbahagi kepada 2 manfaat berikut:\ni) RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan dihospital\nii) RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.\nBaca juga: SPS Prihatin Wanita (SPW): Bantuan Caruman RM163 PERKESO\nPermohonan & Penilaian\nBagi yang mengalami kesan sampingan serius dan ingin mendapatkan manfaat melalui bantuan khas kewangan ini perlu dinilai terlebih dahulu oleh 3 jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan.\nTerdapat 3 Penilai dan pemantau kesan kemudaratan vaksin ini, iaitu:\nJawatankuasa Farmakovigilans Khas \u2013 yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksinJawatankuasa Teknikal Perubatan \u2013 yang akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksinJawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 \u2013 Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu. \nPihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.\nCara Lapor Kesan Sampingan Vaksin Covid-19\nKesan sampingan susulan imunisasi yang ringan boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. \nSila rujuk kaedah di bawah untuk membuat laporan:\n\n\nSekiranya kesan sampingan yang dialami tidak ada dalam senarai, sila rujuk fasiliti kesihatan yang terdekat bagi mendapatkan nasihat/rawatan. \nPegawai kesihatan yang dirujuk boleh membantu anda melaporkan AEFI.\nPROSEDUR UNTUK MEMOHON PAMPASAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT COVID-19\nWarganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19 layak memohon Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 ini akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi seperti berikut:Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19;Laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit;AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima vaksin;Bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan; danPermohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan.Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 di alamat seperti berikut:\nSetiausaha BahagianBahagian KewanganKementerian Kesihatan MalaysiaAras 7, Blok E7, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 PUTRAJAYA(u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)Nombor Telefon: 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115E-mel: [email\u00a0protected]\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skim pampasan atau bantuan khas ini, sila rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pautan berikut:\nSumber: https://citf.mosti.gov.my/faq/docs/isu_khas/selepas-mengambil-suntikan-vaksin-saya-berasa-pening-dan-loya-saya-juga-mengalami-cirit-birit-adakah-saya-layak-mendapatkan-pampasan-bantuan-khas-kewangan-kesan-mudarat-covid-19-sebagaimana-yang/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/terengganu-pay/", "title": "Terengganu Pay: Login, Daftar & Buat Pembayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memudahkan rakyat Malaysia di Terengganu khususnya membuat pembayaran kepada agensi-agensi kerajaan negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu telah membangunkan portal atau aplikasi Terengganu Pay.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Terengganu Pay untuk makluman semua.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Terengganu Pay?\n\n \nBayaran Yang Boleh Dibuat\n\n \nCara Daftar\n\n \nMuat Turun Aplikasi Terengganu Pay\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Terengganu Pay?\nTerengganu Pay merupakan pusat sehenti yang menyediakan kemudahan untuk membuat bayaran secara digital. \nPengguna kini boleh menyemak bil semasa dan boleh terus membuat bayaran secara atas talian melalui kemudahan Financial Process Exchange (FPX).\nKemudahan bayaran secara digital ini dibangunkan dan diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.\n\n\n\n\n\n\nArtikel berkaitan: MelakaPay: Kemudahan Bayaran NirTunai Untuk Orang Melaka\n\nBayaran Yang Boleh Dibuat\nPengguna boleh menggunakan kaedah debit terus dari Akaun Individu (B2C) atau Akaun Perniagaan (B2B) bergantung kepada polisi yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi yang disenaraikan.\nPembayaran bil hanya boleh dibuat bagi agensi yang berdaftar dengan perkhidmatan TerengganuPay sahaja.\nSenarai Agensi Berdaftar\nBerikut merupakan senarai agensi yang terlibat dan berdaftar dengan Terengganu Pay dan perkhidmatan yang disediakan melalui aplikasi ini:\n\nPejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu \u2013 Cukai tanah\nMajlis Bandaraya Kuala Terengganu \u2013 Cukai taksiran\nJabatan Hal Ehwal Agama Terengganu \u2013 Dana masjid\n\nBayaran anda akan dikemaskini kepada agensi dalam tempoh 24 jam setelah bayaran dibuat.\nJika bayaran anda belum dikemaskini selepas tempoh itu, sila berhubung terus dengan agensi berkenaan untuk semakan dan penjelasan lanjut.\nCara Daftar\nProses pendaftaran untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Terengganu Pay juga sangat mudah.\n\nLayari laman web rasmi Terengganu Pay di alamat https://tpay.terengganu.gov.my/register\nPada borang pendaftaran yang dipaparkan di halaman tersebut, isikan butiran maklumat diri anda seperti nama, emel, nombor telefon, kad pengenalan dan kata laluan.\nTandakan pada kotak terma dan syarat\nKlik pada butang Daftar\n\nMuat Turun Aplikasi Terengganu Pay\nUntuk kemudahan pengguna, anda boleh memuat turun aplikasi TerengganuPay terus ke telefon mudah alih anda secara percuma.\nKlik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi TerengganuPay:\n\nApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\n\nNota: Hasil carian tidak menjumpai aplikasi ini untuk pengguna Android.\nPastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini daripada sumber yang sahih sahaja bagi memastikan peranti mudah alih anda tidak dipasang dengan perisian hasad oleh penjenayah siber.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat Lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) melalui pautan di bawah \nhttps://tpay.terengganu.gov.my/faq\nIkuti perkembangan terkini dengan melayari https://tpay.terengganu.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gets-4-0/", "title": "GETS 4.0 \u2013 Program Graduates Enhancement Training Sarawak 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPelancaran Program Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS) 4.0 adalah sejajar dengan strategi kerajaan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 bagi mempromosikan program latihan industri atau \u2018internship\u2019 kepada semua graduan di negeri ini.\nKetua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, GETS 4.0 memainkan peranan penting dalam memupuk kepimpinan digital dan budaya penerapan teknologi pada masa kini bagi setiap graduan.\n\u201cOleh itu, saya menyeru anak muda terutamanya graduan kita untuk mengambil peluang menerusi agenda digitalisasi di Sarawak.\n\u201cSaya percaya program GETS 4.0 berperanan penting dalam menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital sekaligus mengadaptasi kemahiran tersebut dalam proses kerja kita,\u201d katanya semasa Majlis Pelancaran GETS 4.0 secara maya menerusi aplikasi Zoom pada Rabu.\nTambah Datuk Patinggi Abang Zohari, beliau berbangga dengan program itu memberikan tumpuan khusus dari segi kecekapan digital melalui latihan pekerjaan dalam usaha mencapai status Revolusi Industri 4.0.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya menjangkakan bahawa budaya bekerja dari rumah dan jadual kerja yang fleksibel akan menjadi pilihan dalam peringkat endemik COVID-19.\n\u201cJusteru, organisasi perlu memberikan lebih banyak latihan berkenaan teknologi untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya kerja baharu dalam mengekalkan produktiviti,\u201d ujarnya. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah GETS 4.0?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon GETS 4.0\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah GETS 4.0?\nProgram Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS) 4.0 adalah sebuah peluang bina kerjaya dan mendapatkan kemahiran bekerja serta menjana elaun bulanan RM1500 sebulan buat graduan.\n\n\nDi bawah program ini, graduan berpeluang mendapatkan kemahiran kerja dan latihan dengan kerajaan, GLC dan Agensi Swasta.\nSelain itu, antara manfaatnya termasuklah:\n12 bulan On The Job TrainingElaun bulanan RM1,500Soft Skills training disediakan\nSyarat Kelayakan\nTerbuka untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda (Degree) / MasterPNGK 2.6 dan ke atasUmur 23 hingga 35 tahunKhas untuk anak kelahiran Sarawak\n\nBaca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022\nCara Memohon GETS 4.0\nAdakah anda berminat untuk menyertai program ini?\nJika ya, sila scan kod QR dalam poster di atas atau terus ke pautan berikut untuk menghantar resume dan sijil akademik :\nhttps://forms.gle/Twq3zs7B2cihosLy7\nBaca juga: Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\n082-231230\nATAU\nE-mail kepada sekretariat SCOPE di : [email\u00a0protected] / [email\u00a0protected]\nSarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE),Tingkat 1, Bangunan Yayasan SarawakJalan Masjid, 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia\nSumber: EDISI UKAS, Sarawak Centre of Performance Excellence\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengambilan-kedua-universiti-awam/", "title": "Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam (Tidak Melalui UPU)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerlepas pengambilan UPU sebelum ini?\nJangan risau! Berikut dikongsikan senarai UA yang membuat pengambilan kedua universiti awam (second intake) tanpa melalui UPU (pengambilan sendiri).\n\n\n\n\n\n\nPermohonan terbuka kepada semua lepasan SPM dan STPM.\nAnda yang berminat boleh memohon secara online di portal universiti awam masing-masing.\nDan bagi \u201canak Selangor\u201d anda boleh memohon RM1,000 yang disediakan oleh kerajaan negeri sebagai hadiah memasuki IPT termasuk IPTS.\nPengambilan Kedua Univesiti Awam\nAntara universiti yang membuat pengambilan sendiri termasuklah:\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Sains\u00a0Islam Malaysia (USIM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nTarikh daftar bermula dari November 2019 sehingga Februari 2020.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/zakat-selangor-peduli/", "title": "Permohonan Zakat Selangor Peduli Untuk B40 Terjejas COVID19", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Zakat Selangor Peduli kini dibuka!\nWarga Selangor yang layak boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup 20 Disember 2021.\nTahukah anda, berbanding zakat yang biasa, Zakat Selangor Peduli ini dikhaskan untuk B40, dan BUKAN UNTUK ASNAF\u00a0fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS. \nIni bermakna, anda boleh memohon untuk menerima bantuan ini sekiranya anda merupakan golongan B40 dan terjejas akibat pancdemik, walaupun tidak tergolong sebagai penerima zakat / asnaf.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan Zakat Selangor Peduli ini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Zakat Selangor Peduli?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-syarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Zakat Selangor Peduli?\nBantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19. \nBantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).\nBantuan ini ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu. \nIa\u00a0BUKAN UNTUK ASNAF\u00a0fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS. \nPermohonan bantuan ini dibuka secara rasminya bermula bulan Julai 2021.\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli kini dilanjutkan sehingga 20hb Disember 2021.\nPermohonan ini adalah secara \u201cone-off\u201d dan hanya terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan.\nPermohonan ini dibuka juga buat yang pertama kali ingin memohon dan juga untuk permohonan rayuan.\nSyarat-syarat Permohonan\nPemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:\nBeragama IslamWarganegara atau pemastautin tetap (PR)Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).Pemohon mestilah\u00a0Ketua Keluarga\u00a0bagi isi rumah.Memenuhi kriteria\u00a0Had Kifayah\u00a0yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.\nIndividu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:\nHilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atauMasih diarah cuti tanpa gaji; atauMasih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atauPemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.Lain-lain\nBaca juga: \nPermohonan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat SelangorRumah Idaman Selangor, Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40Senarai Bantuan Rakyat Selangor Dalam Belanjawan Selangor 2022\nCara Permohonan\nPermohonan bagi bantuan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini\u00a0:\u00a0Zakat Selangor Peduli\nDokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Zakat Peduli Selangor\nBilDokumen1Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.2Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.3Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.4Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini :\u00a0BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN5Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).6Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil :\u00a0SURAT PERWAKILAN KUASA7Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).\nNOTA: Jika tidak mempunyai surat diberhentikan kerja, pemohon boleh mengisi Borang Akuan Hilang Pendapatan. Klik sini untuk muat turun :\u00a0BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN\nSILA PASTIKAN PERMOHONAN ANDA LENGKAP SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN INI. \nPIHAK LZS BERHAK MENOLAK PERMOHONAN YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT SERTA LAMPIRAN YANG TIDAK LENGKAP DAN PALSU.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan, sila hubungi saluran berikut:\nTalian Zakat Selangor 1 300 88 4343Laman web : https://www.zakatselangor.com.my/peduli/Facebook : Lembaga Zakat Selangor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-automotif-keluarga-malaysia/", "title": "Semakan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (BAKM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA UNTUK BENGKEL BERDAFTAR & TIDAK BERDAFTAR\nKerajaan telah mengumumkan Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir.\nInisiatif yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif itu juga menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.\u2800Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.\nBerikut dikongsikan info lanjut dan cara membuat penebusan diskaun ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Automotif Keluarga Malaysia?\n\n \nTERKINI: BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BENGKEL TIDAK BERDAFTAR)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSenarai Syarikat & Bengkel Terlibat\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSemakan Bayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Automotif Keluarga Malaysia?\nDiskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000.\u2800\nPengurangan kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah serta bengkel yang tidak berdaftar.\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BENGKEL TIDAK BERDAFTAR)\nBAKM kepada mangsa banjir diperluaskan kepada bengkel kenderaan tidak berdaftar.\n\nBantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.\nJenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.\nHanya kenderaan persendirian yang\u00a0TIDAK DIHANTAR\u00a0ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.\nSyarat Permohonan\nWarganegara Malaysia.Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam.\nCara Permohonan\nDalam talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atauSecara Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia) \nMuat Turun Disini\u00a0\u00a0di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan.\nSenarai Syarikat & Bengkel Terlibat\nBerikut adalah senarai syarikat dan bengkel yang terlibat untuk bantuan diskaun ini.\n\nSenarai syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.\u2800\nPemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian hingga 31 Mac 2022 di portal https://bantuanautomotif.hasil.gov.my\nTarikh Permohonan\nTarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022.\nPengguna dinasihat membuat tuntutan daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.\nBaca juga:\nSAVE 3.0: Cara Penebusan Baucar Online Shopee & Pembelian ManualBantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500\nSemakan Bayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia\nTarikh pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) bagi kelompok pertama yang berstatus lulus adalah mulai 28 Februari 2022 secara berperingkat.\nPenunaian secara tunai di BSN boleh dibuat mulai 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.\nPemakluman kelulusan akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.\nAnda juga boleh membuat semakan status secara online di pautan berikut: https://bantuanautomotif.hasil.gov.my\n\nSemakan kelayakan secara berperingkat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk kenyataan oleh Menteri Kewangan di pautan berikut:\nhttps://www.facebook.com/100050687430295/posts/484067429959501/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/the-masked-singer-malaysia-musim-3-2023/", "title": "The Masked Singer Malaysia Musim 3 (2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Masked Singer Malaysia\u2019 Musim 3 bakal menyaksikan penglibatan 8 orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk 7 muka baharu. \nBersiaran secara rakaman selama 10 minggu pada setiap Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9 malam di Astro Warna HD, terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. \nSeperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang rancangan ini dan format pemarkahannya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah The Masked Singer Malaysia (TMSMY)?\n\n \nHos\n\n \nBarisan Juri Tetap\n\n \nTarikh & Waktu Siaran The Masked Singer Malaysia Musim 3\n\n\nApakah The Masked Singer Malaysia (TMSMY)?\nMenggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, \u2018The King of Mask Singer\u2019 telah diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ianya berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai.\nMusim pertama \u2018TMSMY\u2019 sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. \nManakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan.\nTampil dengan lebih gah, \u2018The Masked Singer Malaysia\u2019 musim ke-3 ini bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.\nMasih mengekalkan format asal program realiti \u2018The King of Mask Singer\u2019, kesemua peserta The Masked Singer Malaysia akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki bagi menyembunyikan identiti masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nHanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.\nIdentiti sebenar barisan peserta telah dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan panel malah dari ratusan krew produksi dan staff. Hanya beberapa orang sahaja yang diberi amanah untuk menyimpan rahsia identiti sebenar para peserta.\nSelepas pengumuman penyingkiran dibuat di akhir rancangan, detik yang paling ditunggu- tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri, dan juga penonton. \nPeserta yang identitinya tidak didedahkan sehingga akhir episod merupakan juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama.\nHos\nDatuk AC Mizal sekali lagi dipertanggungjawabkan menjadi hos untuk program hebat ini.\nBarisan Juri Tetap\nMemperkenalkan antara barisan juri tetap The Masked Singer musim ini. Mungkinkah mereka ini berjaya membongkar rahsia siapa di sebalik topeng?\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh & Waktu Siaran The Masked Singer Malaysia Musim 3\nSaksikan The Masked Singer Malaysia setiap Jumaat, jam 9 malam mulai 23 Disember 2022.\nRancangan ini boleh ditonton di Astro Warna HD dan perkembangannya turut dikongsikan di Youtube Astro Gempak.\nMINGGU 1\nMisha Omar yang didedahkan identiti daripada Cik Mawas ketika minggu pertama merupakan juri kesembilan untuk musim terbaru. Bermula minggu kedua, juri kesemuanya ada 9 orang.\n\n\n\nMINGGU 2\nSiapa sangka Ratu terjun negara, Datuk Leong Mun Yee adalah Lolipop! Salah satu klueSalah seorang juri, Sharnaaz Ahmad dapat meneka dengan betul pada mulanya.\n\n\n\nPautan video : https://www.youtube.com/watch?v=cF_FQOSegPI&list=PLYlnLDZCVKolkeqbdSv6LO7J49SlcxjPw&index=24\nAntara tekaan penonton:\n1. Betta Fish \u2013 Syura @ amira af\n2. Kurita \u2013 RAJA AZURA @ Liza abdullah\n3. Lollipop \u2013 janna @ ayda\n4. Brokoli \u2013 Hael Husaini @ achey\n5. Bertih Jagung \u2013 bunga @ sarah suhairi\n6. Manggis \u2013 ND Lala @ shidee\n7. Pizza Panas \u2013 Daniel churr @ Han Byul\n8. Mr. Parrot \u2013 ajoi @ awal af\n9. Zirafah \u2013 Izzue Islam @ ajak shiro\n10. Dewi Angsa \u2013 amsyar lee @ aisha retno\n11. Abg Burger -D\u2019 Malek [email\u00a0protected] p ramlee\n12. Mawar Berduri \u2013 Idayu @ kaka asraf\n13. Si tangkis \u2013 wafarina @ erra\n14. Nyoq Muda \u2013 syamel @ sufi\nPautan info lanjut : \n\nhttps://www.youtube.com/@astrogempak\nhttps://www.astro.com.my/\n\nBaca juga: \n\nDrama Rindu Kasih : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Ep 1-15\nMYTV : Pendaftaran, Saluran & Pemasangan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lailatul-qadar/", "title": "Doa Malam Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDoa Malam Lailatul Qadar & Amalan Sunat Yang Boleh Diamalkan Pada 10 Hari Terakhir Ramadan\nJANGAN LEPASKAN PELUANG MEREBUT GANJARAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN\nMenjelang 10 malam terakhir, ayuh kita gandakan amalan demi mendapatkan ganjaran pahala yang berganda khususnya sewaktu malam \u20181000\u2019 bulan.\nKetika tiba 10 malam terakhir, Rasulullah juga menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA, beliau menceritakan :\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u0623\u0648\u064e\u0627\u062e\u0650\u0631\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0623\u064e\u064a\u0652\u0642\u064e\u0638\u064e \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0634\u064e\u062f\u0651\u064e \u0627\u0644\u0645\u0650\u0626\u0652\u0632\u064e\u0631\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u062d\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\nMaksudnya: \u201cAdapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut\u201d. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]\nBersediakah kita untuk pulun 10 malam terakhir?\nJom ulangkaji dan rebut ganjaran yang ditawarkan setahun sekali ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Lailatul Qadar?\n\n \nDoa Malam Lailatul Qadar\n\n \nAmalan Sunat Yang Dianjurkan\n\n \nContoh Doa Munajat Yang Boleh Dibacakan Dalam Bulan Ramadan (Bahasa Melayu)\n\n \nPanduan Qiamullail\n\n\nApakah Lailatul Qadar?\nMalam lailatul qadar yang dikenal sebagai salah satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan. \nAmalan doa malam lailatul qadar merupakan salah satu ibadah sunnah yang dibaca umat Muslim untuk meraih keutamaan bulan Ramadhan, khususnya malam lailatul qadar. \nMaka dari itu tak hairan jika malam lailatul qadar ini banyak dinantikan umat Muslim di berbagai penjuru negara.\nDoa Malam Lailatul Qadar\nUntuk meraih keutamaan malam lailatul qadar, Rasulullah menganjurkan bagi umat Muslim untuk memperbanyak membaca doa lailatul qadar sambil itikaf di dalam Masjid. \nDoa malam lailatul qadar ini berisi permohonan ampunan yang dianjurkan untuk dibaca sebanyak-banyaknya.\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0640\u0647\u064f\u0640\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0639\u064e\u0641\u064f\u0648\u064c\u0651 \u062a\u064f\u0640\u062d\u0650\u0628\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0641\u0652\u0648\u064e \u0641\u064e\u0627\u0639\u0652\u0641\u064f \u0639\u064e\u0646\u0650\u0651\u064a\nAllahumma Innaka \u2018Afuwwun Tuhibbul \u2018Afwa Fa\u2019fu \u2018Annii\n\n\n\n\n\n\nMaksudnya:\u201cYa Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.\u201d\nDoa ini membawa maksud yang jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah agar memohon keampunan dari Allah.\nOleh itu amalkan doa lailatul qadar ini sepanjang bulan Ramadan ini. \nIa adalah doa yang diucapkan sendiri oleh Baginda Nabi dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah.\nAmalan Sunat Yang Dianjurkan\nMISI MEMBURU MALAM AL-QADR\n\n\nAntara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam tersebut adalah:\n\nMelakukan Solat Malam (Qiamullail)Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.\n\nDaripada \u2018Aisyah R.Anha, katanya:\nAdalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)\u201d\n\u2014 Riwayat Muslim: 2015\n\nBerdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang LaluLailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.\n\nAbu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:\nSesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.\u201d\n\u2014 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim\n\nMelakukan IktikafItikaf ini dikenali juga sebagai \u2018Iktikaf Asyrul-Awahir\u2019.\n\nIktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.\nPada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan \u2018taqarrub\u2018 (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.\nDaripada Abi Hurairah r.a telah berkata:\nBahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.\u201d\n\u2014 Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah\n\nSekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara berjemaah. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan.\n\nSebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn \u2018Abbas R.Anhuma bahawa:\nMenghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat \u2018Isya\u2019 secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta\u2019 bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya\u2019 dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.\u201d\n\u2014 Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).\nTiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan Allah SWT yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran syurga yang dijanjikanNya di akhirat kelak.\nOleh itu marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.\n\nContoh Doa Munajat Yang Boleh Dibacakan Dalam Bulan Ramadan (Bahasa Melayu)\nSelepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.\nMUNAJAT RAMADHAN\u2026\nYa Allah\u2026Ya Rahman\u2026Ya Rahim\u2026\nDalam dakapan Ramadhan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah\u2026 Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.\nYa Fattahu Ya \u2018alim\u2026\nAjarkanlah kami yang lemah ini utk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah\u2026\nYa Allah Rabbul Jalil\u2026.\nSejahterakanlah untuk kami dgn kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah\u2026Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.\nJusteru ya Allah\u2026ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah\u2026\nYa Allah\u2026Ya Rahman..Ya Rahim\u2026\nAmpunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. Kami memohon agar setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami\u2026kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah\u2026ya Rahman\u2026pada setiap keringat yang mngalir pada tubuh ayah kami dalam mcari rezki kepada kluarga kami\u2026kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. \nSesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan\u2026Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah\u2026..\nYa Allah\u2026.\nKami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh\u2026golongkanlah mereka dalam golongan orang yang Engkau redhai\u2026apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik\u2026dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah\u2026\nYa Allah Ya azizz\u2026Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram\u2026hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab\u2026Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.\nYa Rashid\u2026Ya rahman\u2026Ya Rahim..Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah\u2026agar dapat beribadah bersama kami. \nJika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi\u2026\nYa Allah Ya Malikal Mulk\u2026\nYa Razak..Ya Fattahu Ya \u2018Alim\u2026\nKurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.\nYa Allah\u2026.\nBantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang\u2026.\nYa Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram\u2026\nYa Allah\u2026.Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg\u2026\nTapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah\u2026jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah\u2026temukanlah kami dgn lailatul qadr\u2026pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr\u2026.Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami\u2026amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi\u2026 kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya\u2026\nAmiin\u2026 Ya Rabbal \u2018Alamiin.\n(Kredit: Facebook)\nPanduan Qiamullail\nQiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti \u2018bangun malam\u2019 iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.\nBerdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang disebut di atas menunjukkan bahawa di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar memohon ampun ke hadrat Allah SWT. Tentang sedikit atau banyaknya mengerjakan amalan-amalan sunat bergantung kepada kemampuan seseorang. \nJika seseorang itu hanya mampu mengerjakan hanya dua rakaat sembahyang Tahajjud sahaja umpamanya, maka ini juga dikira melakukan ibadat qiamullail. \nWalau bagaimanapun sedikit atau banyak bukanlah menjadi ukuran, yang penting ialah keikhlasan seseorang dalam mengerjakan ibadah dan sentiasa melakukannya kerana keikhlasan dan selalu melakukannya itu akan lebih menghampirkan seseorang kepada Allah SWT.\nAnda boleh muat turun panduan qiamullail yang dikongsikan oleh JAKIM untuk rujukan bersama.\nPanduan_Qiamullail_JAKIMDownload\nPORTAL RAMADAN AL-FALAH\nSempena Ramadan 1444H/ 2023M, JAKIM menyediakan portal Ramadan Al-Falah yang mengandungi pelbagai informasi menarik berkaitan ibadah dan panduan amalan soleh untuk diamalkan.\nIkuti portal melalui QR code atau layari https://www.islam.gov.my/ms/ramadan-al-falah\nBaca juga: JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-minyak-masak-tidak-bersubsidi-turun/", "title": "Harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Turun 2 Minggu Lagi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBERITA BAIK! Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh 2 minggu lagi, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa, lapor BERNAMA pada 16 Julai 2022.\nAnnuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihaknya telah memanggil semua pengilang yang terlibat termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) pada Selasa lepas sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.\n\n16 Julai \u2013 Harga minyak masak tidak bersubsidi turun dua minggu lagi \u2013 @AnnuarMusahttps://t.co/rbJOAFlcZc'Yang sahih di Berita RTM'#RTM #BeritaRTM #KeluargaMalaysia #COVID19Malaysia pic.twitter.com/7Fk98fnl1e\u2014 Berita RTM (@beritartm) July 16, 2022\n\n\u201cSelepas dua minggu dari tarikh saya bertemu mereka, saya mahu tengok harga minyak masak turun.\n\n\n\n\n\n\nSaya tidaklah memaksa, cuma pada masa ini saya mahu industri ada rasa tanggungjawab dan jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang menentukannya,\u201d katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan harga barangan di Pasar Ketereh, di sini hari ini.\nMengulas lanjut Annuar berkata pihak industri telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak dan pengilang yang terbabit membayangkan penurunan harga itu akan dipendekkan secara berperingkat iaitu lima hingga 10 peratus.\n\n\nBaca juga: i-MILIKI : Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah\nPada 29 Jun lalu, Kerajaan mengumumkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang bertujuan membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup selain menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.\nDalam perkembangan lain, Annuar berkata inflasi yang sedang dihadapi kini adalah inflasi yang sudah diduga kerana ia berlaku secara global.\nBeliau berkata pasca-COVID-19 membolehkan aktiviti sudah berjalan semula namun berlaku peningkatan permintaan pelbagai industri sedangkan pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.\n\u201cSelain itu, peperangan di luar negara menjejaskan perdagangan dan inflasi tersebut berlaku bergantung kepada dasar-dasar kewangan serta monetari polisi negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat,\u201d katanya.\n\u2014 BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/penarikan-semula-carbonara-prego/", "title": "Penarikan Semula Produk Sos Pasta Carbonara Prego Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Media KPK 23 Disember 2022 \u2013 Isu Penarikan Semula Produk Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan Berjenama Prego Yang Didapati Telah RosakKKM mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia. \nPihak syarikat telah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.\n\nDalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta. \nManakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.\nOrang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. \nKKM sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.\n\nUntuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/12/23/kenyataan-media-kpk-23-disember-2022\nBaca juga: \n\nKenny Hills Bakers : Senarai Menu & Harga Terkini\nIntipati Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-pjj-uum-sesi-2022-2023/", "title": "Tawaran Program Pendidikan Jarak Jauh Peringkat Sarjana Muda (PJJ UUM) Sesi 2022/2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Pendidikan Jarak Jauh Peringkat Sarjana Muda Universiti Utara Malaysia (PJJ UUM) kini dibuka.\nInisiatif yang digerakkan oleh Profesional and Continuing Education Centre (PACE) ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk membaiki kualiti hidup menerusi peningkatan pendidikan yang lebih tinggi.\nUntuk makluman, program ini menawarkan kemasukan bagi sesi Januari, April, Julai dan Oktober.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Permohonan Kemasukan Ke Program Pengajian Diploma PPUM Sesi 2022/2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat Program PJJ UUM\n\n \nProgram Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kemasukan Program PJJ UUM\n\n \nKaedah Pembelajaran\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nManfaat Program PJJ UUM\n\u00a0Antara manfaat yang bakal diterima oleh pelajar Program PJJ UUM adalah :\nPenggunaan modul dalam Bahasa MelayuProgram diiktiraf oleh MQAPinjaman PTPTNBayaran yuran secara ansuranKemudahan pindah dan tumpang Pusat Pembelajaran\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram Pendidikan Jarak Jauh (PJJ UUM) ini menawarkan bidang pengajian seperti berikut :\nIjazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [Bcomm(Hons)]Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]\nSyarat Kemasukan Program PJJ UUM\nCalon yang berminat untuk sertai program ini perlulah menepati syarat kemasukan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nCalon hendaklah mempunyai kelulusan SPM dengan 4 Kepujian termasuk BMLulus Matematik/Prinsip Akaun/Perdagangan /Ekonomi AsasBerumur 21 tahun ke atasMempunyai pengalaman kerja selama 3 tahun\nKaedah Pembelajaran\nProgram PJJ UUM ini akan dijalankan mengikut kaedah berikut :\nPertemuan kuliah akan diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah akan dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.Modul berbentuk CD yang komprehensif adalah bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus. Modul ini akan dibekalkan kepada setiap pelajar.Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.\n\nCara Memohon\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :\nPermohonan Kemasukan Program Kemasukan Pendidikan Jarak Jauh Sesi 2022/2023 \nCalon perlulah mengisi borang dengan betul dan lengkap. Sekiranya permohonan dihantar lewat, permohonan akan diproses pada semester seterusnya.\nPermohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai PJJ UUM ini, sila layari laman web rasmi PACE UUM. \u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/einfo-ssm/", "title": "einfo SSM : Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPernahkah anda mendapatkan maklumat sesebuah syarikat dengan einfo SSM?\nMengikut undang-undang di Malaysia, sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan diwajibkan mendaftarkan perniagaan mereka dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau singkatannya SSM.\nMengikut undang-undang di Malaysia, sekiranya perniagaan anda tidak didaftarkan ianya adalah satu kesalahan dan Anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFungsi dan peranan SSM\n\n \nApa itu einfo SSM?\n\n \nCara semak dan cari maklumat syarikat\n\n\nFungsi dan peranan SSM\nSecara ringkasnya, \u200bSSM merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. \nSSM mula beroperasi pada 16 April 2002 dan antara peranan utamany adalah mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.\nSelain itu, SSM juga turut berfungsi membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.\nDengan portal einfo SSM, segala proses pencarian maklumat sesebuah perniagaan ini menjadi lebih mudah dan pantas.\nApa itu einfo SSM?\n\nLaman einfo memudahkan proses pencarian dan pembelian maklumat sesebuah syarikat dan perniagaan di Malaysia terus dari pihak SSM.\nSudah tentulah maklumat yang diperolehi dipercayai dan paling terkini.\nAntara dokumen yang boleh dibeli melalui laman einfo ini adalah:\nProfil syarikatProfil bisnesButiran pemegang sahamSijil pendaftaran syarikatButiran alamat perniagaanButiran modal sahamButiran pemilikan sahamdan banyak lagi\u2026\nArtikel berkaitan: Cara Renew SSM Online Di Laman Rasmi ezBiz (Perbaharui Perniagaan)\nCara semak dan cari maklumat syarikat\nSekiranya anda mahu mencari maklumat sesebuah syarikat atau perniagaan, anda boleh berbuat demikian di laman einfo SSM dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:\nLayari laman einfo SSM di alamat https://www.ssm-einfo.my/index.phpKlik pada butang \u201cRegister\u201d sekiranya anda pertama kali menggunakan kemudahan ini. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang \u201cLogin\u201dLengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat yang dikehendakiKlik butang \u201cSubmit\u201dSetelah proses pendaftaran selesai, anda boleh terus log masuk menggunakan Username dan Password yang didaftarkanKini, anda boleh terus memulakan pencarian mengenai sesebuah syarikat.\nNota: Sekiranya maklumat yang anda cari tidak dijumpai, syarikat tersebut mungkin belum didaftarkan atau menggunakan nama syarikat/perniagaan lain untuk pendaftaran dengan pihak SSM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-haid-malaysia/", "title": "Malaysia Bakal Perkenal Cuti Haid? Ini Yang Perlu Anda Tahu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam kecoh satu Malaysia apabila cadangan tentang cuti haid diajukan di Dewan Rakyat.\nSoalan ini diajukan oleh Charles Anthony Santiago (PH-Klang), iaitu sama ada KPWKM mempunyai rancangan untuk memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.\nTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato\u2019 Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata cadangan untuk memperkenalkan cuti haid memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan sebelum boleh dilaksanakan.\nMengulas lanjut, pihak berkenaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.\nKatanya, ini kerana proses memperkenalkan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan pekerja wanita, tetapi memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara.\n\u201cKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar serta menggalakkan inisiatif baharu yang menyokong kesejahteraan dan kebajikan semua golongan termasuk wanita,\u201d katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.\n\n\n\n\n\n\nSiti Zailah berkata, ketika ini terdapat kemudahan cuti sakit dan cuti rehat sedia ada yang diperuntukkan oleh majikan kepada pekerja, sama ada di sektor swasta atau awam.\n\n\nSumber: BERNAMA TV\nSementara itu, katanya kemiskinan haid secara relatif merujuk kepada situasi apabila individu perempuan tidak mendapat akses kepada tuala wanita akibat kekangan kewangan.\n\u201cKPWKM berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanakan berhubung keperluan pemberian subsidi tuala wanita bagi membolehkan kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung isu kemiskinan haid yang dialami oleh golongan wanita, terutama di kalangan isi rumah B40 di Malaysia.\n\u201cSelain itu, dapatan kajian ini membolehkan satu pendekatan yang lebih komprehensif dan bersasar diperkenalkan bagi menangani isu kemiskinan haid,\u201d katanya.\nMenjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai cuti untuk wanita yang kematian suami, katanya setakat ini, cuti itu adalah selama tiga hari.\nBagaimanapun, katanya Kelantan adalah satu-satunya negeri di negara ini yang memberi cuti sehingga sebulan kepada kakitangan awam dengan gaji penuh kepada wanita yang kematian suami.\nBaca juga: \nPerodua Alza 2022 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & WarnaKalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Cuti Haid?\n\n \nBagaimana Ia Dipraktikkan Di Negara Lain\n\n\nApakah Cuti Haid?\nCuti haid merupakan satu undang-undang di mana majikan harus membenarkan wanita bercuti setiap bulan kerana haid yang menyakitkan. \nMenurut tinjauan, Korea, Jepun, Zambia dan Indonesia adalah antara negara yang telah mempraktikkan cuti ini.\nNegara yang berbeza mempunyai peraturan yang berbeza untuk bilangan hari yang diperuntukkan setiap bulan, serta sama ada masa cuti ini dibayar (paid leave) atau tidak dibayar (unpaid leave).\nKajian yang dijalankan pada 2019 oleh Health Care for Women International mendapati 47.2% wanita yang dikaji menyokong cuti haid.\nDi Malaysia, kajian sedang dilakukan dan dijangka akan siap pada Oktober 2022.\n\nBagaimana Ia Dipraktikkan Di Negara Lain\nJepun memperkenalkan polisi cuti haid seawal tahun 1947 lagi, di mana selama sekurang-kurangnya sedekad, pekerja kilang wanita telah diberi cuti haid untuk memberi mereka penangguhan kerja yang teruk dan keadaan kebersihan yang buruk, sambil bergelut dengan sakit senggugut. \nSelepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia II, negara itu memperuntukkan cuti haid ke dalam undang-undang buruh baharunya sebagai hak untuk semua pekerja wanita yang mengalami sakit haid yang \u2018teruk\u2019 atau dysmenorrhea.\nPada mulanya, terdapat pengambilan cuti haid yang agak tinggi \u2014 iaitu sekitar 26% pada tahun 1965, menurut media tempatan. \nNamun semakin sedikit wanita yang mengambil pilihan tersebut. Tinjauan kerajaan Jepun pada 2017 mendapati hanya 0.9% pekerja wanita menuntut cuti haid.\nDi Korea Selatan, penggunaan cuti haid juga menurun. Dalam tinjauan 2013, 23.6% wanita Korea Selatan menggunakan cuti tersebut. Menjelang 2017, kadar itu telah jatuh kepada 19.7%.\nDi Taiwan, Akta Kesaksamaan Gender dalam Pekerjaan memberi wanita tiga hari \u201ccuti haid\u201d setahun, yang tidak akan dikira dalam 30 hari \u201ccuti sakit biasa\u201d.\nDi negara Afrika Zambia, wanita berhak secara sah untuk mengambil cuti sehari setiap bulan kerana polisi cuti haid mereka, yang dikenali sebagai \u201cHari Ibu\u201d. Pekerja wanita itu berhak mendakwa majikannya jika dinafikan cuti.\nSumber: CNN, Firstpost, WorkingSolutionsNYC\n"]} {"url": "https://ecentral.my/chicken-royale-malaysia/", "title": "Chicken Royale : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMula viral pada tahun 2020 dengan menu talam yang disiram dengan keju cair, keenakan menu Chicken Royale yang luar biasa dan bervariasi membuatkan restoran ini sentiasa dibanjiri pelanggan. \nSelain hidangan ayam keju dalam talam, terdapat aneka hidangan yang unik ditawarkan di Chicken Royale seperti Nasi Arab, Ayam Peri Peri dan Kambing Goreng Crispy.\nMenurut pengasas Chicken Royale yang terkenal dengan gelaran Papa CR, aneka menu yang serba unik ini datang daripada ilhamnya sendiri yang gemar untuk mencuba kombinasi menu pelik. \n\n\n\n\n\n\nNamun, bila digabungkan, rasanya kena pula dengan tekak sehingga ramai yang sanggup datang dari jauh untuk mencuba! \nMenarik, bukan? Jadi, bagi anda yang berminat untuk mencuba hidangan di Chicken Royale, jom kita tengok senarai menu dan harga yang ditawarkan! \nBaca Juga : Baker\u2019s Cottage Malaysia : Senarai Menu Terkini dan Harga\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nChicken Royale : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nSet Single\n\n \nSet Nasi Arab\n\n \nSet Talam (4-5 pax)\n\n \nCR\u2019s Special\n\n \nSide Dishes\n\n \nAla Carte\n\n \nMinuman\n\n\nChicken Royale : Senarai Menu & Harga Terkini\nSet Single\nMenuHargaSet Single \u2013 LekirRM 25.41Set Single \u2013 KasturiRM 16.06\nSet Nasi Arab\n\nMenuHargaNasi Mayang (Chicken Chop)RM 16.06Nasi Teja (Ayam Peri Peri)RM 16.06Nasi Mahsuri (Sup Kambing)RM 25.41Nasi KasumbaRM 27.11\nSet Talam (4-5 pax)\n\nMenuHargaSet Banang (Ayam & Kambing)RM 106.17Set Bersiong (Dengan Cheese)RM 93.42Set Badang (Tanpa Cheese)RM 73.87\nCR\u2019s Special\n\nMenuHargaSet Sapurba (Kambing Goreng Crispy Pedas)RM 33.91Burger Parameswara (Ayam)RM 22.86\nSide Dishes\nMenuHargaCheesy NuggetRM 7.57Peri Peri FriesRM 6.71Cheesy WedgesRM 6.71Extra Nachos SauceRM 2.13Extra Sos Peri PeriRM 2.13\nAla Carte\nMenuHargaAyam Peri Peri (seekor)RM 39.86Ayam Peri Peri (setengah ekor)RM 20.31Sos Peri Peri (Botol)RM 16.91\nMinuman\nMenuHargaAir Tebu PowerRM 7.65\n\nMenarik sungguh menu yang ditawarkan di restoran viral ini. Memang lain daripada yang lain! Tengok gambar pun boleh terliur, rasanya pasti dijamin lazat. \nJadi, tunggu apa lagi? Jom ajak rakan dan keluarga untuk nikmati hidangan di Chicken Royale hari ini! Anda boleh semak cawangan Chicken Royale terdekat di pautan ini. \nJangan lupa untuk ikuti Facebook Chicken Royale untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik khas buat anda!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-padanan-pendigitalan-pks-mybsn/", "title": "Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat pemilik Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang masih beroperasi secara manual, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menawarkan Geran Padanan Pendigitalan PKS sehingga RM5000 sebagai peluang untuk mendigitalisasikan perniagaan anda.\nIni bermaksud, sekiranya anda masih melakukan urusniaga secara manual untuk urusniaga, kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan digitalisasi seperti membuat laman web, menambah perkhidmatan e-dagang dan memajukan lagi perniagaan insentif yang ditawarkan untuk PKS ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Geran Padanan Pendigitalan PKS?\n\n \nCiri-ciri Geran Padanan Pendigitalan PKS myBSN\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS Melalui myBSN\n\n \n1. Isi Borang\n\n \n2. Lantikan Panel Pembekal Perkhidmatan Pendigitalan\n\n \n3. Sertakan Dokumen Yang Diperlukan\n\n \n4. Serahan Borang & Dokumen\n\n \n5. Kelulusan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Geran Padanan Pendigitalan PKS?\nSecara ringkasnya, inisiatif pendigital PKS oleh BSN ini menawarkan bantuan untuk membuat laman web bagi mempromosikan perniagaan anda dan memantapkan lagi proses pendigitalan perniagaan dengan perkhidmatan e-dagang, Sistem Jualan Elektronik (e-POS), Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP), Sistem Penggajian Sumber Manusia (CRM), Pemasaran Digital (contohnya Facebook / Google Ads) dan sebagainya.\nBank Simpanan Nasional (BSN) telah dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai peneraju utama dan turut disertai oleh Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).\nMenarik bukan?\nJom ketahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan PKS serta cama memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS melalui artikel ini.\n\n\n\n\n\n\n\nCiri-ciri Geran Padanan Pendigitalan PKS myBSN\nAmaun Geran Padanan Pendigitalan PKS sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 dari jumlah invois.\nTawaran menarik untuk produk operasi digital dari senarai panel yang disenaraikan oleh MDEC.\nTerdapat tujuh (7) jenis perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilih seperti dibawah:\nSistem Electronic Point of Sale (e-POS)Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer RelationshipManagement (CRM)Pemasaran Digital / JualanPerolehanEnterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & CukaiKerja Jarak Jauh (Remote Working)E-Dagang\n\nSyarat Kelayakan \nPKS yang memenuhi kriteria di bawah adalah layak dan digalakkan untuk memohon:\nSyarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS;Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;Bagi syarikat yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut; danBagi syarikat yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM50,000.00 untuk dua (2) tahun sebelum secara berturut. (jualan tahunan).\nBaca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nCara Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS Melalui myBSN\n1. Isi Borang\nPKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana\u2013mana cawangan Bank.\nBorang online boleh dimuat turun melalui laman web myBSN :https://www.mybsn.com.my/\n2. Lantikan Panel Pembekal Perkhidmatan Pendigitalan\nPKS hendaklah berhubung dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan untuk melaksanakan mana\u2013mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 panel).\n3. Sertakan Dokumen Yang Diperlukan\nBerikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan.\nBorang aplikasi Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan.Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika diperlukan).Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.Profil PKS (jika ada).Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.\n4. Serahan Borang & Dokumen\nHanya PKS dibenarkan untuk melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana\u2013mana cawangan Bank ataupun melalui emel rasmi syarikat. \nPerlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan kepada pihak Bank adalah tidak dibenarkan.\nNOTA: \nBerikutan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin terdapat kesukaran PKS bagi menghantar borang permohonan ke cawangan-cawanganBSN. \nOleh yang demikian, PKS yang ingin memohon geran padanan ini, boleh membuat penghantaran permohonan melalui e-mel.\nBaca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online\nDibawah adalah senarai e-mel mengikut negeri bagi tujuan penghantaran borang permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS oleh myBSN ini.\nJohor \u2013 [email\u00a0protected]Kedah \u2013 [email\u00a0protected]Kelantan \u2013 [email\u00a0protected]Melaka \u2013 [email\u00a0protected]N.Sembilan \u2013 [email\u00a0protected]Pahang \u2013 [email\u00a0protected]Perak \u2013 [email\u00a0protected]Pulau Pinang [email\u00a0protected]Sabah \u2013 [email\u00a0protected]Sarawak \u2013 [email\u00a0protected]Selangor \u2013 [email\u00a0protected]Terengganu \u2013 [email\u00a0protected]W.P. Kuala Lumpur \u2013 [email\u00a0protected]Micro HQ \u2013 [email\u00a0protected]\n5. Kelulusan\nSetelah permohonan PKS diluluskan, PKS perlu membayar jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois selepas ditolak amaun subsidi yang diberikan di bawah Inisiatif dan mengemukakan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan Bank.\nSetelah bukti pembayaran dikemukakan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan Inisiatif Pendigitalan PKS / Geran Padanan Pendigitalan PKS ini, sila hubungi:\nBSN (Bank Simpanan Nasional) : 1-300-88-190\nSME Bank (Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad) : 03 \u2013 2603 7700\nAnda juga boleh follow Facebook BSN Malaysia untuk mendapatkan info serta maklumat terkini tentang inisiatif ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ukdk-ujian-kelayakan-darjah-khas/", "title": "Jadual Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUKDK merupakan singkatan atau akronim bagi Ujian Kelayakan Darjah Khas.\nMalangnya, sekiranya anda melakukan carian di internet, tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK) ini.\nSecara ringkasnya, UKDK ini merupakan ujian yang menggantikan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) tahun 6, jadi ujian ini hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim sahaja di bawah kendalian Pejabat Agama Johor.\nPelajar yang lulus ujian ini kelak layak untuk menduduki Sijil Darjah Khas Agama (SDKA).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nObjektif\n\n \nJadual Rasmi UKDK 2023\n\n\nPengenalan\nSeperti yang dinyatakan di atas, UKDK adalah ujian yang menggantikan SDEA.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaiamanpun, terdapat ujian yang setara dengannya di negeri lain dengan menggunakan nama berbeza.\nMisalnya di Selangor, pelajar aliran sekolah agama menduduki peperiksaan dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang diduduki murid Tahun Enam. \nPSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). \nDi Johor, peperiksaan untuk sekolah agamanya dikenali sebagai Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) atau kini dikenali sebagai UKDK.\nPerak ia dinamakan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) dan di Wilayah Persekutuan pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).\nSecara keseluruhannya, walaupun mempunyai kepelbagaian bentuk nama penilaian namun objektif masih menuju ke matlamat yang sama iaitu menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam. \nPermohonan kemasukan ke Tingkatan Satu ke sekolah menengah agama kerajaan negeri adalah berdasarkan peperiksaan yang dikendalikan di negeri masing-masing.\nObjektif\nBerdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya.\nDisamping itu, UKDK berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.\nIa adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh.\nJadual Rasmi UKDK 2023\nUJIAN KELAYAKAN DARJAH KHAS (UKDK) SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023\nJadual Rasmi Peperiksaan Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK) bagi sesi persekolahan 2022/2023 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan diedarkan semua pelajar Darjah Enam Sekolah Agama Kerajaan Johor.\nSumber: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor\nPeperiksaan akan berlangsung pada 19 Februari 2023 hingga 22 Februari 2023.\nSelamat maju jaya diucapkan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-bantuan-khas-2021-permai/", "title": "Intipati Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 (18 Januari)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah intipati pengumuman PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Khas (PERMAI 2021) pada 18 Jan 2021.\nIa adalah bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.\nMenerusi siaran langsung di televisyen, radio dan media sosial, PM Muhyiddin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI 2021) bernilai RM15 bilion.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPakej Bantuan Khas PERMAI 2021\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPakej Bantuan Khas PERMAI 2021\nBerikut adalah ringkasan tentang inisiatif PERMAI 2021 :\nSebanyak 22 inisiatif di bawah PERMAI 2021, berteraskan tiga matlamat utama Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini Ketelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini iSinar \u2013 Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 JanPemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga AprilPTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 MacProgram Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektorBantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailingKWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagangProgram Subsidi Upah \u2013 Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratusKerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjirImpak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur LautPM Muhyiddin menjunjung kasih keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri meredah banjir dalam misi bantuan banjir di Pahang baru-baru ini\nPakej Bantuan\u00a0Khas (PERMAI 2021) ini merupakan\u00a0inisiatif\u00a0kelima dilaksanakan kerajaan dalam membantu rakyat sejak\u00a0PKP pertama kali dikuatkuasakan\u00a0pada Mac tahun lepas.\nKerajaan sebelum ini melaksanakan\u00a0Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melibatkan peruntukan\u00a0RM250 bilion pada Mac 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion pada\u00a0April 2020.\nBaca juga: Semakan BPR 2021, Cara Kemaskini Maklumat & Tarikh Bayaran\nSelain itu, turut\u00a0diumumkan\u00a0Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion pada Jun lepas,\u00a0selain\u00a0Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion pada September lepas.\nMaklumat Lanjut\nBagi memudahkan akses kepada maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan yang telah tersedia, orang ramai boleh melayari PORTAL MANFAAT BELANJAWAN 2021: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/.\n*Sumber: BERNAMA\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-am-persekolahan-maiwp/", "title": "Bantuan Am Persekolahan MAIWP Untuk Pelajar Tingkatan 6", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Am Persekolahan MAIWP untuk pelajar Tingkatan 6 Semester 1 kini dibuka untuk semua pelajar yang berkelayakan. \nInisiatif yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini bertujuan untuk membantu meringankan beban di samping melancarkan urusan pembelajaran pelajar Tingkatan 6.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP\nCalon yang berminat untuk memohon perlu kemukakan permohonan sebelum 19 Ogos 2022.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Pinjaman Desktop & Laptop Percuma (PPAS) Untuk Warga Selangor\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :\nPemohon beragama Islam.Permohon bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.Pemohon telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2022.\n\nCara Memohon\nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi cara berikut:\nLayari laman web berikut :\u00a0https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/68-bantuan-am-persekolahan.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Pastikan semua maklumat diisi.Hantar borang permohonan sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya).\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Am MAIWP untuk pelajar Tingkatan 6, sila hubungi pihak MAIWP di talian :\nKuala Lumpur: 019-2008458\nPutrajaya: 011-59496216\n"]} {"url": "https://ecentral.my/self-check-in-firefly/", "title": "Cara Self Check In FireFly Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi penumpang FireFly, pastikan anda self check in penerbangan anda bagi memastikan anda dibenarkan masuk menaiki pesawat.\n\u201cCheck in\u201d merupakan proses wajib bagi setiap penumpang FireFly dan mana-mana pesawat lain seperti Malaysia Airlines atau AirAsia sebagai pengesahan bahawa seseorang penumpang itu benar-benar akan menaiki pesawat itu.\nNamun, setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi mereka sendiri mengenai tempoh masa dibenarkan check ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPelbagai Cara Untuk Check In Firefly\n\n \nPolisi Check In Firefly Secara Online\n\n \nDaftar masuk melalui web\n\n \nDaftar masuk melalui aplikasi mudah alih\n\n\nPelbagai Cara Untuk Check In Firefly\nBagi penumpang FireFly, terdapat 4 cara atau kaedah untuk anda check ini penerbangan anda iaitu:\nDi kaunter Batik Air di lapangan terbangDi kiosk layan diri di lapangan terbangDi web Malindo AirDi aplikasi mudah alih \nWalau bagaimanapun, anda digalakkan melalukan proses self check In penerbbangan Firefly anda secara online (kaedah nombor 3 dan 4) untuk mengelakkan perlu beratur panjang di lapangan terbang dan menghadapi risiko terlepas penerbangan. \nPolisi Check In Firefly Secara Online\n\nPenumpang boleh mendaftar masuk untuk penerbangan keluar DAN pulang secara berasingan seawal 7 hari (24 jam untuk kod perkongsian) hingga tarikh berlepas yang dijadualkan dan sehingga SATU jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.\nUntuk semua penerbangan keluar/pulang Indonesia, keluar/balik Thailand dan keluar Singapura Seletar, penumpang mesti mendaftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.\nPerkhidmatan Daftar Masuk Web TIDAK tersedia untuk golongan penumpang di bawah:\nPenumpang yang melancong dengan bayi.Penumpang yang kurang upaya dan mereka yang memerlukan bantuan khas.Tempahan lebih daripada 9 penumpang.\nDaftar masuk melalui web\nProses mendaftar masuk sangat mudah.\nLayari laman web Check In Firefly di alamat https://booking.fireflyz.com.my/WebCheckIn.aspxMasukkan maklumat di bawah seperti yang diminta:Booking via (Pembelian sama ada melalui FireFly atau Malaysia Airlines)Confirmation Number (No rujukan pembelian tiket)Departing (Lokasi berlepas)Arriving (Destinasi)\nDaftar masuk melalui aplikasi mudah alih\nSebagai alternatif, anda juga boleh self check in secara online melalui aplikasi mudah alih FireFly di peranti Android ataau iOS anda.\nGoogle PlayApp Store\nPastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sah sahaja bagi memastikan peranti anda digodam atau dipassang perisian hasad.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-claim-perkeso-jika-mc-atau-cuti-sakit/", "title": "Cara Claim PERKESO Jika MC Atau Cuti Sakit", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Claim Duit Bantuan Perkeso untuk sesiapa yang dapat MC atau Cuti Sakit\nTahukah anda, pencarum PERKESO yang layak, boleh membuat tuntutan seperti berikut:\n80 peratus daripada gaji harian andaMaksimum boleh claim sehingga RM105.33 sehari\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Buat Tuntutan PERKESO Jika MC atau Cuti Sakit\n\n \nJenis Kemalangan Yang Boleh Dituntut\n\n \nMC Yang Boleh Dituntut (Hilang Upaya Sementara) PERKESO\n\n \nLain-lain Tuntutan PERKESO\n\n \nCara Permohonan\n\n\nSyarat Buat Tuntutan PERKESO Jika MC atau Cuti Sakit\nAdakah anda merupakan pekerja atau pencarum PERKESO? \nTahukah anda, selain daripada tuntutan PERKESO sekiranya berlaku kemalangan, sebenarnya anda juga boleh buat tuntutan bayaran sekiranya anda mendapat cuti sakit atau Medical Certicate (MC).\nDi bawah PERKESO ada Skim bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme \u2013 EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). \n\n\n\n\n\n\nDengan adanya skim ini lah yang membolehkan pekerja buat tuntutan duit dari PERKESO untuk pelbagai situasi\nSITUASI TUNTUTAN SKIM BENCANA PEKERJAAN :\nSkim Bencana Pekerjaan membolehkan pekerja membuat tuntutan bagi situasi berikut:\nDiberhentikan kerja (atas sebab-sebab yang ditetapkan)Meninggal dunia (waris akan menerima jumlah tuntutan)Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)\nJenis Kemalangan Yang Boleh Dituntut\nDengan\u00a0Skim Bencana Pekerjaan, pekerja layak untuk membuat tuntutan bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan bagi situasi berikut:\nMengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat\u00a0tinggalnya dengan tempat kerjanyaDibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannyaDi antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkanKemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau\u00a0berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi\u00a0tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang\u00a0mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.\n\nMC Yang Boleh Dituntut (Hilang Upaya Sementara) PERKESO\nFaedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang\u00a0tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah\u00a0sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. \nWalau\u00a0bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan\u00a0dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.\nKadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80%\u00a0daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum\u00a0bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33\u00a0sehari.\nLain-lain Tuntutan PERKESO\nSelain MC dan kemalangan, pencarum juga boleh membuat tuntutan berikut:\nFAEDAH PERUBATANFAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARAFAEDAH HILANG UPAYA KEKALELAUN LAYANAN SENTIASAKEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI / VOKASIONALFAEDAH ORANG TANGGUNGANFAEDAH PENGURUSAN MAYATFAEDAH PENDIDIKAN\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila isikan borang melalui pautan berikut:\n\nBorang Butiran Notis Dan Tuntutan Faedah \u2013 Borang 34\nButiran Notis dan Tuntutan Faedah \u2013 Borang 34Panduan Mengisi Borang 34Senarai Semak Borang 34\u00a0\nhttps://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk: Skim Bencana Pekerjaan PERKESO\nATAU\nHubungi PERKESO melalui saluran berikut:\nEmail: [email\u00a0protected]Hotline: 1 300 22 8000Alamat: Employment Insurance System Office, Level 15, Wisma PERKESO, No. 155 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur\nBaca juga: \nElaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+ PERKESO) RM300 SebulanSKSPS PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-keperluan-asrama/", "title": "Senarai Barang Keperluan Asrama Untuk Kemasukan Tingkatan 1", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPertama sekali, tahniah kerana berjaya mendapatkan tawaran untuk masuk ke asrama. Ini akan menjadi permulaan baru untuk anda dalam menuntut ilmu. \nSelain daripada persediaan fizikal dan mental, anda juga membuat persediaan mengenai barang keperluan asrama yang perlu dibawa daripada rumah semasa hari pendaftaran.\u00a0\n\nBiasanya pihak asrama akan menyediakan senarai mengenai barang yang perlu dibawa atau dibeli. \nNamun untuk memudahkan anda membuat semakan dan rujukan, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan asrama untuk kemasukan tingkatan 1. \nAnda boleh dapatkan barang-barang keperluan yang disenaraikan di bawah melalui Shopee dengan harga yang sangat berpatutan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Barang Keperluan Asrama\n\n \nA. Senarai Barang Keperluan Asrama Untuk Pelajar Lelaki\n\n \n1. Baju T-Shirt Berkolar\n\n \n2. Seluar Trek\n\n \n3. Kain Pelikat\n\n \n4. Songkok\n\n \n5. Baju Melayu\n\n \n6. Sampin\n\n \n7. Pajamas (Untuk Dipakai Di Asrama)\n\n \n8. Seluar Pendek\n\n \n9. Seluar Dalam\n\n \nB. Senarai Barang Keperluan Asrama Untuk Pelajar Perempuan\n\n \n1. Baju Lengan Panjang\n\n \n2. Tudung Sarung\n\n \n3. Baju Kurung\n\n \n4. Tudung Hitam\n\n \n6. Telekung\n\n \n7. Baju Dalam (Singlet Wanita)\n\n \n8. Kain Dalam\n\n \n9. Anak Tudung\n\n \nC. Senarai Barang Keperluan Asrama Umum\n\n \n1. Baldi\n\n \n2. Gayung\n\n \n3. Tuala\n\n \n4. Selipar\n\n \n5. Selimut\n\n \n6. Penyangkut Baju\n\n \n7. Penyepit Baju\n\n \n8. Sabun Basuh Baju\n\n \n9. Mug\n\n \n13. Bekas Makanan\n\n \n14. Set Sudu Garfu\n\n \nKesimpulan\n\n\nSenarai Barang Keperluan Asrama\nA. Senarai Barang Keperluan Asrama Untuk Pelajar Lelaki\n1. Baju T-Shirt Berkolar\nSediakan beberapa helai t-shirt berkolar untuk aktiviti rasmi yang akan dijalankan di asrama. Biasanya pelajar lelaki akan dikehendaki untuk memakai t-shirt berkolar untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan terutamanya pada minggu orientasi.\u00a0\nBaju t-shirt berkolar: https://shopee.com.my/baju.tshirt/4543697876\n2. Seluar Trek\nSeluar trek ataupun seluar sukan juga akan diperlukan apabila aktiviti sukan ataupun lasak dijalankan. Anda boleh membawa beberapa helai seluar trek mengikut keperluan.\u00a0\nSeluar sukan: https://shopee.com.my/cheetah.os/2275774333\n3. Kain Pelikat\nSelalunya kain pelikat akan digunakan untuk menunaikan solat ataupun untuk tidur. Oleh itu,\u00a0 sediakan beberapa helai kain pelikat untuk anda gunakan di asrama.\u00a0\nKain pelikat: https://shopee.com.my/yygwholesale/13415097394\n4. Songkok\nUntuk pelajar Muslim, pastikan anda membawa sebuah pokok untuk digunakan semasa menunaikan solat ataupun aktiviti keagamaan di asrama mahupun di sekolah.\u00a0\nSongkok: https://shopee.com.my/pasarayamu/7249371950\n5. Baju Melayu\nSediakan beberapa pasang Melayu untuk digunakan masa prep malam, menunaikan solat Jumaat, ataupun aktiviti rasmi yang meminta pelajar untuk memakai baju Melayu. \n\n\n\n\n\n\nPemilihan warna baju Melayu boleh dirujuk mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak asrama/sekolah.\u00a0\nBaju Melayu: https://shopee.com.my/bulanbintangmy/10600120015\n6. Sampin\nJangan lupa juga membawa sampin. Hal ini kerana,\u00a0 pemakaian baju Melayu yang lengkap memerlukan pelajar untuk memakai sampin. Anda boleh membawa samping dengan warna yang boleh masuk ke pelbagai warna baju contohnya sampin berwarna silver.\u00a0\nSampin: https://shopee.com.my/terataksongket/21863513406\n7. Pajamas (Untuk Dipakai Di Asrama)\nSelain baju t-shirt berkolar, anda juga boleh membawa baju t-shirt biasa untuk dipakai semasa berada di asrama.\u00a0 Atau, beli set baju tidur pajamas lelaki untuk dipakai semasa waktu tidur.\nPajamas: https://shopee.com.my/yopyjamas.my/3847921931\u00a0\n8. Seluar Pendek\nSekiranya anda suka memakai seluar, Anda boleh membawa beberapa hari seluar pendek.\u00a0 Namun perlu diingat, kebanyakan asrama hanya membenarkan pemakaian seluar pendek semasa berada di dalam bilik asrama sahaja.\u00a0\nSeluar pendek: https://shopee.com.my/mufirma90/8529710534\n9. Seluar Dalam\nBawa\u00a0 seluar dalam secukupnya untuk dipakai sepanjang berada di asrama. Pastikan anda membawa seluar dalam tambahan sekiranya perlu terutamanya apabila asrama anda tidak menyediakan dobi.\u00a0\nSeluar dalam lelaki: https://shopee.com.my/ayoshopping_jb/6363183642\nB. Senarai Barang Keperluan Asrama Untuk Pelajar Perempuan\n1. Baju Lengan Panjang\nUntuk pelajar wanita, pastikan anda membawa beberapa helai baju lengan panjang yang longgar untuk dipakai semasa aktiviti rasmi dijalankan di asrama/sekolah.\u00a0\nBaju lengan panjang: https://shopee.com.my/hanzo.onlinestore/10580012576\n2. Tudung Sarung\nSediakan sehelai dua tudung sarung untuk dipakai semasa di asrama.\u00a0 Ini adalah untuk memudahkan anda pergi ke mana-mana kawasan asrama tanpa perlu membuang masa mencari tudung yang perlu digosok lagi.\u00a0\nTudung sarung: https://shopee.com.my/zarrarissa.hq/17751540726\n3. Baju Kurung\nPastikan anda membawa beberapa helai baju kurung untuk digunakan semasa waktu prep ataupun aktiviti rasmi yang diadakan oleh pihak asrama/sekolah. \nSebaiknya, bawa baju kurung tradisional biasa yang tidak mempunyai hiasan terlalu sarat ataupun mempunyai fesyen yang tidak dibenarkan oleh pihak sekolah.\u00a0\nBaju kurung: https://shopee.com.my/zoearissaluxe.os/9098292425\n4. Tudung Hitam\nBawa satu atau dua helai tudung hitam untuk digunakan apabila perlu terutamanya semasa waktu prep atau sepanjang minggu orientasi dijalankan.\u00a0\nTudung hitam: https://shopee.com.my/pasaranekonomiberjaya/3122725902\n6. Telekung\nAnda juga dikehendaki untuk membawa telekung sendiri bagi memudahkan anda menunaikan solat ketika berada di asrama. \nAnda disyorkan untuk memilih telekung berwarna putih atau hitam. Hal ini kerana, terdapat asrama yang tidak membenarkan penggunaan telekung yang berwarna tertentu.\u00a0\nTelekung putih: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/22616171424\n7. Baju Dalam (Singlet Wanita)\nPastikan anda membawa beberapa helai baju dalam berwarna putih ataupun hitam untuk\u00a0 dipakai apabila baju kurung sekolah ataupun baju kurung biasa anda mempunyai jenis kain yang tipis.\nSinglet putih:\u00a0https://shopee.com.my/desince/10754793280\n8. Kain Dalam\nSelain itu jangan lupa juga membawa beberapa helai kain dalam untuk mengelakkan kaki anda kelihatan daripada jauh apabila memakai skirt terutamanya skirt pakaian sekolah/prep.\nKain dalam: https://shopee.com.my/pasaranekonomiberjaya/5532789645\n9. Anak Tudung\nSediakan beberapa helai anak tudung untuk dipakai setiap hari. Pastikan anda membawa anak tudung tambahan untuk mengelakkan\u00a0 anda memakai\u00a0 anak tudung yang berulang sehingga berbau.\u00a0\nAnak tudung: https://shopee.com.my/pasarayamu/9113293634\nC. Senarai Barang Keperluan Asrama Umum\n1. Baldi\nBawa sebuah baldi untuk digunakan semasa mandi ataupun mencuci kain apabila berada di asrama. Beli baldi dengan saiz yang sederhana sahaja.\u00a0\nBaldi: https://shopee.com.my/mojomore_electronics/20115142210\n2. Gayung\nJangan lupa juga membawa gayung untuk digunakan semasa mandi terutamanya apabila bini air yang disediakan tidak mempunyai pancuran air.\u00a0\nGayung: https://shopee.com.my/88homeliving/18331048883\n3. Tuala\nBawa satu ataupun dua helai tuala untuk digunakan di asrama. Jangan sesekali berkongsi tuala dengan orang lain. Sebaiknya bawa tuala yang tipis dan mudah untuk dikeringkan apabila sudah digunakan setiap kali mandi.\u00a0\nTuala: https://shopee.com.my/cottonhome/1411858794\n4. Selipar\nSediakan selipar untuk digunakan apabila pergi ke tandas ataupun berjalan-jalan di kawasan sekitar asrama.\u00a0\nSelipar: https://shopee.com.my/sanducflipflops.os/11822005113\n5. Selimut\u00a0\nKebanyakan asrama tidak menyediakan selimut untuk para pelajarnya. Oleh itu, pastikan anda membawa selimut sendiri. Bawa selimut yang sesuai untuk digunakan oleh satu orang, tidak terlalu tebal ataupun tipis.\u00a0\nSelimut: https://shopee.com.my/sweetcottontrading/6656371510\n6. Penyangkut Baju\nPenyangkut baju adalah merupakan salah satu item penting yang anda perlu bawa. Anda boleh membawa penyangkut baju sesuai dengan kuantiti baju yang anda miliki ataupun lebih. \nHal ini\u00a0 kerana, dengan\u00a0 adanya penyangkut baju,\u00a0 ia memudahkan anda untuk menyusun almari baju dengan kemas. Selain itu, ia membolehkan anda untuk menjemur pakaian dengan mudah dan jimat ruang.\u00a0\nPenyangkut baju: https://shopee.com.my/hiyoromi/17573321965\n7. Penyepit Baju\nPenyepit baju sangat diperlukan terutamanya apabila bilik anda berada di tingkat atas dan perlu menjemur pakaian daripada tingkat atas. Ia dapat mengelakkan baju anda terjatuh ke bawah.\u00a0\nPenyepit baju: https://shopee.com.my/marimarihomeonestop/14048458355\n8. Sabun Basuh Baju\nSabun basuh baju diperlukan untuk membasuh baju terutamanya apabila asrama tidak menyediakan dobi. Anda boleh memilih sabun baju yang serbuk ataupun cecair.\u00a0\nSabun basuh baju: https://shopee.com.my/21secret/5549495264\n9. Mug\nJangan lupa juga membawa mug untuk digunakan apabila anda ingin membuat minuman panas dan sebagainya ketika berada di asrama. Terdapat pelbagai pilihan mug yang menarik anda boleh dapatkan di Shopee.\nMug: https://shopee.com.my/daphne.my/11309358773\n13. Bekas Makanan\nTambahan lagi,\u00a0 pastikan anda juga membawa bekas makanan untuk digunakan apabila anda teringin hendak makan Maggi,\u00a0 ataupun makanan yang lain.\u00a0\nBekas makanan: https://shopee.com.my/neworldmobile/10718552460\n14. Set Sudu Garfu\nUntuk melengkapkan lagi set peralatan makanan anda, jangan lupa membawa sudu dan garfu. Anda boleh dapatkan set sudu dan garfu lengkap dengan chopstick dalam satu pakej di Shopee.\nSet sudu garfu: https://shopee.com.my/neworldmobile/3865769102\nKesimpulan\nAkhir kata, jangan risau, anda boleh membawa barang keperluan asrama yang tidak disenaraikan di atas mengikut keperluan anda sendiri. \nWalau bagaimanapun pastikan anda tidak membawa barang terlarang yang tidak dibenarkan oleh pihak asrama/sekolah. Elakkan juga membawa barang berjenama atau pun mempunyai harga yang mahal untuk mengelakkan kehilangan.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tabung-usahawan-belia-felda/", "title": "Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTabung Usahawan Belia FELDA\nSukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.\nInisiatif ini diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang kini mengorak langkah ke arah melahirkan usahawan digital yang berdaya saing sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara.\nTabung Usahawan Belia FELDA(TUBF) dengan dana pusingan berjumlah RM 10 juta ini merupakan peluang yang cukup baik untuk usahawan muda yang ingin mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.\nIkuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut serta cara memohon bantuan ini.\nBaca Juga : PEMULIH Newbiz: Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tabung Usahawan Belia FELDA?\n\n \nKelebihan Peminjam TUBF\n\n \nKadar Pinjaman\n\n \nSyarat Kelayakan (Tempoh Perniagaan)\n\n\nApakah Tabung Usahawan Belia FELDA?\nBerikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai Tabung Usahawan Belia FELDA :\nPinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka / pentadbir lingkungan umur 18 \u2013 40 tahun.\nKeutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA.\nPembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan.\nPinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.\nUsahawan belia FELDA perlulah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).\nKelebihan Peminjam TUBF\nAntara manfaat yang ditawarkan kepada peminjam TUBF adalah :\nPeluang ikuti kursus induksi secara percuma.Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.\nKadar Pinjaman\nKadar pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nUsahawan sedia ada : RM 10,000 \u2013 RM 20,000Usahawan baharu : RM 5,000 \u2013 RM 15,000\nAntara pakej perniagaan yang ditawarkan kepada peminjam yang layak adalah :\nUsahawan sedia ada : 4 pakej\u00a0 perniagaan (perkhidmatan, kraf, perniagaan, perusahaan)\nUsahawan baharu : 6 pakej perniagaan (kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, car wash)\nSyarat Kelayakan (Tempoh Perniagaan)\nUsahawan yang berminat perlulah menepati tempoh urusniaga seperti berikut :\nUsahawan sedia ada : Urusniaga sekurang-kurangnya 1 tahun\nUsahawan baharu : Urusniaga sekurang-kurangnya 6 bulan.\nTempoh Permohonan\nCalon yang berminat boleh lakukan permohonan \u00a0pada :\nUsahawan sedia ada : Mulai Ogos 2022\nUsahawan baharu : Mulai Januari 2023\nMaklumat mengenai cara memohon akan dimaklum oleh pihak FELDA dari semasa ke semasa.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai TUBF, sila hubungi Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA di talian 03-2191 2152/ 2029/ 2052/ 2012/ 2051/ 2180 atau layari laman web https://felda.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/perantisiswa/", "title": "PerantiSiswa: Semakan Status & Tarikh Terima Peranti", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPemakluman keputusan permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 secara online.\nKerajaan setuju beri terus peranti kepada penerima inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, tidak perlu dipulangkan\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerantiSiswa Tidak Perlu Dipulangkan\n\n \nApakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?\n\n \nSyarat Kelayakan PerantiSiswa\n\n \nJenis Peranti Yang Dibekalkan\n\n \nTarikh Pendaftaran / Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nCara Semakan Status Kelulusan\n\n \nTarikh Penerimaan Peranti\n\n \nTutorial\n\n \nPerantiSiswa Tidak Boleh Dijual\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa\n\n \nA. SOALAN-SOALAN BERKAITAN PERANTISISWA\n\n \n1. Apakah itu inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?\n\n \n2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?\n\n \n3. Siapakah Pentadbir Program PerantiSiswa?\n\n \n4. Bilakah PerantiSiswa mula diberikan kepada mahasiswa?\n\n \n5. Adakah setiap mahasiswa daripada keluarga B40 akan menerima PerantiSiswa?\n\n \n6. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?\n\n \n7. Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?\n\n \n8. Saya tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan dan saya tidak mempunyai sebarang peranti atau komputer riba untuk menyokong proses pembelajaran saya. Adakah saya layak memohon PerantiSiswa?\n\n \n9. Saya merupakan mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 tetapi saya memerlukan peranti untuk membantu proses pengajian saya kerana saya terkesan akibat bencana alam seperti banjir atau kebakaran. Adakah saya boleh memohon PerantiSiswa?\n\n \n10. Saya mempunyai adik-beradik lain yang memenuhi syarat-syarat umum permohonan PerantiSiswa. Adakah lebih dari satu (1) permohonan dari keluarga B40 yang sama layak memohon PerantiSiswa?\n\n \n11. Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?\n\n \n12. Apakah jenis peranti yang akan dibekalkan?\n\n \n13. Berapakah jumlah bilangan mahasiswa yang akan menerima manfaat dari inisiatif PerantiSiswa?\n\n \nB. SOALAN-SOALAN BERKAITAN SISTEM PERMOHONAN PERANTISISWA\n\n \n1. Bilakah permohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka?\n\n \n2. Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?\n\n \n3. Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan yang dibuat melalui Sistem Permohonan PerantiSiswa ini?\n\n \n4. Adakah terdapat sebarang panduan berkenaan penggunaan Sistem Permohonan PerantiSiswa?\n\n \n5. Adakah pemohon boleh mengubah sebarang kesalahan maklumat yang terdapat dalam borong permohonan?\n\n \n6. Apakah yang dimaksudkan dengan alamat surat-menyurat dalam borang permohonan?\n\n \n7. Mengapa kombinasi kata laluan yang dimasukkan tidak diterima?\n\n \n8. Apakah maklumat perhubungan yang boleh dihubungi berkenaan permohonan PerantiSiswa?\n\n\nPerantiSiswa Tidak Perlu Dipulangkan\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semasa katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 3 September, bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan peranti berjenama terkenal secara terus kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa.\nBeliau berkata, pemberian peranti ini adalah sebagai penghargaan dan diharap menjadi pemangkin bagi penerima PerantiSiswa untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.\n\u201cUmum mengetahui bahawa Inisiatif PerantiSiswa ini diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu serahkan semula peranti setelah tamat pengajian.\n\u201cNamun atas maklum balas yang memberangsangkan semasa sesi pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 15 Ogos lalu, terdapat cadangan supaya PerantiSiswa ini diberikan secara terus kepada mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang\n\u201cJadi pelajar tak perlu pinjam, tak perlu pulang balik tetapi kerajaan akan bagi terus,\u201d Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, 3 September 2022\nSementara itu, tarikh penerimaan peranti juga telah dimaklumkan bagi Fasa 1 dan Fasa 2. Sila ikuti maklumat penuh melalui artikel ini.\nBagi yang belum memohon, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) masih membuka permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan dan permohonan.\n\nApakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?\nPakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti \u2018tablet\u2019 kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).\nBagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.\nProgram ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.\nPakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.\n\nSyarat Kelayakan PerantiSiswa\nSiapakah yang layak menerima tablet percuma ini?\nMahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini. \nInisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\n\nJenis Peranti Yang Dibekalkan\nPemohon yang lulus akan dibekalkan dengan sebuah peranti iaitu Samsung Galaxy A8 LTE.\n\n\n\n\n\n\nRujuk spesifikasi tablet melalui jadual di bawah:\nJenama / ModelSamsung Galaxy Tab A8 LTEPaparanTFT 10.5 inci WUXGA (1920 x 1200 piksel)Sistem Operasi dan UIAndroid 11, One UI 3.1RangkaianWi-Fi 2.4Ghz dan 5Ghz, 4G LTEProcessorOcta-Core A75 2.0GHzRAM4GBStoran64GBSlot Micro SD CardSehingga 1TBKamera Hadapan5MPKamera Belakang8MP\u00a0AutoFocusPembesar Suara Terbina DalamPembesar Suara EmpatBicu Audio 3.5mm Untuk Set KepalaYaBluetoothBluetooth v5.0BateriIntegrated 7,040mAhPengecas Berserta KabelSamsung 7.75W Travel Adaptor with Charging CablePapan Kekunci BluetoothSamsung Smart Keyboard Trio 500 (EJ-B3400)Pen StylusSamsung ITFIT Stylus Pen (GP-JPU022SAASW)Casing / Sleeve CaseSamsung ITFIT TAB A8 Book Cover (GP-FBU022SAAJW)Dimensi dan Berat161.9 x 246.8 x 6.9mm, 508gWarantiTablet: Samsung Waranti 24 BulanBateri, Pengecas, Papan Kekunci & Stylus: Samsung Waranti 12 Bulan\n\nTarikh Pendaftaran / Permohonan\nTempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.\nTerkini, KOMM telah membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.\nPermohonan Peranti Siswa fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.\n\nCara Permohonan\nPerlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).\nPermohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my\nRujuk Manual Pengguna:\nMANUAL-PENGGUNA-PERMOHONAN-PERANTISISDownload\n\nCara Semakan Status Kelulusan\nSemakan keputusan permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 melalui laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my/\n\nStatus dan tarikh terimaan peranti akan dipaparkan seperti berikut.\n\nProses kelulusan adalah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\nPemakluman keputusan juga akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.\n\nTarikh Penerimaan Peranti\nPemohon dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia melalui 2 sesi, iaitu:\nFasa 1 : Hujung Ogos / September 2022Fasa 2 : Oktober / November 2022\n*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai September 2022.\nTERKINI: Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa tablet PerantiSiswa akan mula diedarkan secara rasmi mulai 3 September 2022.\nSetiap penerima bakal mendapat Tablet Sambung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.\nSumber: https://www.facebook.com/AnnuarMusa\nAksesori dan pakej tablet yang akan diterima adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah:\n\n\n\n\n\nSemakan status pemohon boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my\nPihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.\nBaca juga: \nBKM 2022: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1, 2, 3 dan 4ePemula: Kredit Belia RM150 ShopeePay, GrabPay, TNG & BigPay 2022\nTutorial\nTatacara Penetapan\u00a0(configuration)\u00a0Samsung Tab A8\n\n\n\nCara Menyambungkan Papan Kekunci Bluetooth ke Samsung Tab A8\n\n\n\nProsedur Persediaan Sambungan WiFi\n\n\n\nPerantiSiswa Tidak Boleh Dijual\nPenjualan tablet PerantiSiswa adalah menyalahi etika dan akujanji yang telah ditandatangani semasa membuat permohonan.\nDifahamkan setakat ini K-KOMM terima 14 kes berkaitan jual Peranti Siswa, beberapa peranti terlibat telah disekat.\nK-KOMM turut menyatakan bahawa mereka sedia mengkaji \u2018buy back policy\u2019 bagi penerima Peranti Siswa untuk jual peranti mereka selepas tempoh penggunaan.\n\nMaklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email\u00a0protected] atau melalui talian berikut:\n\u25aa 03-8911 5351\u25aa 03-8911 5258\u25aa 03-8911 5265\u25aa 03-8911 5188Waktu operasi:8.00 pagi hingga 6.00 petangIsnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)8.00 pagi hingga 12.00 tengah hariSabtu dan Ahad\nSoalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:\nA. SOALAN-SOALAN BERKAITAN PERANTISISWA\n1. Apakah itu inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?\nInisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.\n2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?\nInisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah di bawah Belanjawan 2022 yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\n3. Siapakah Pentadbir Program PerantiSiswa?\nPentadbir Program PerantiSiswa ialah Unit Pengurusan Peranti Siswa, Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.\n4. Bilakah PerantiSiswa mula diberikan kepada mahasiswa?\nPerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa pada Ogos atau September 2022 bagi permohonan Fasa 1. Pengagihan peranti bagi Fasa 2 pula dijangkakan dapat dibuat pada bulan Oktober atau November 2022. Pemakluman terkini berkenaan pengagihan peranti akan dimaklumkan oleh pihak K-KOMM dari semasa ke semasa.\n5. Adakah setiap mahasiswa daripada keluarga B40 akan menerima PerantiSiswa?\nInisiatif ini akan melibatkan mahasiswa warganegara Malaysia dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 dan menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Inisiatif ini juga diperluaskan kepada pelajar Asasi di bawah KPT, pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Tingkatan 6, Kolej Vokasional dan Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pelajar ASWARA di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).\n6. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?\nMahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.\n7. Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?\nTidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.\n8. Saya tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan dan saya tidak mempunyai sebarang peranti atau komputer riba untuk menyokong proses pembelajaran saya. Adakah saya layak memohon PerantiSiswa?\nYa. Layak memohon kerana memenuhi syarat-syarat kelayakan umum permohonan PerantiSiswa. Pemohon perlu menyatakan justifikasi permohonan semasa mengisi borang permohonan.\n9. Saya merupakan mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 tetapi saya memerlukan peranti untuk membantu proses pengajian saya kerana saya terkesan akibat bencana alam seperti banjir atau kebakaran. Adakah saya boleh memohon PerantiSiswa?\nMahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dengan menyatakan justifikasi permohonan semasa memohon.\n10. Saya mempunyai adik-beradik lain yang memenuhi syarat-syarat umum permohonan PerantiSiswa. Adakah lebih dari satu (1) permohonan dari keluarga B40 yang sama layak memohon PerantiSiswa?\nYa. Permohonan adalah berdasarkan permohonan individu bagi setiap mahasiswa yang layak.\n11. Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?\nPada awal pelancarannya, peranti diumumkan untuk diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.\nNamun terkini, PM telah mengumumkan bahawa ia tidak perlu lagi dikembalikan dan menjadi \u2018hadiah\u2019 kepada mahasiswa.\n12. Apakah jenis peranti yang akan dibekalkan?\nPeranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE beserta aksesori tulen seperti papan kekunci (keyboard), pen stylus dan casing. Ianya turut disertakan dengan tempoh jaminan selama dua (2) tahun.\n13. Berapakah jumlah bilangan mahasiswa yang akan menerima manfaat dari inisiatif PerantiSiswa?\nDijangkakan seramai 350,000 mahasiswa akan menerima manfaat daripada pelaksanaan inisiatif PerantiSiswa pada tahun ini.\nB. SOALAN-SOALAN BERKAITAN SISTEM PERMOHONAN PERANTISISWA\n1. Bilakah permohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka?\nPermohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka semula pada 1 Ogos 2022 mulai jam 8 pagi sehingga 30 September 2022 melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my.\n2. Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?\nSistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021. Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan.\n3. Bagaimana untuk mengetahui keputusan permohonan yang dibuat melalui Sistem Permohonan PerantiSiswa ini?\nPemakluman keputusan akan dimaklumkan melalui portal Permohonan PerantiSiswa.\n4. Adakah terdapat sebarang panduan berkenaan penggunaan Sistem Permohonan PerantiSiswa?\nPemohon boleh merujuk kepada dokumen Manual Pengguna yang terdapat pada laman web Sistem Permohonan PerantiSiswa.\n5. Adakah pemohon boleh mengubah sebarang kesalahan maklumat yang terdapat dalam borong permohonan?\nPemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut kecuali maklumat seperti nombor kad pengenalan dan emel pemohon.\n6. Apakah yang dimaksudkan dengan alamat surat-menyurat dalam borang permohonan?\nAlamat surat-menyurat adalah merujuk kepada alamat pemohon di mana sebarang urusan surat-menyurat dapat disampaikan ke alamat tersebut. Pemohon boleh memasukkan alamat rumah, alamat hostel atau tempat tinggal di kampus.\n7. Mengapa kombinasi kata laluan yang dimasukkan tidak diterima?\nPemohon perlu memasukkan kombinasi kata laluan iaitu 12 aksara yang menggabungkan huruf besar (A-Z), huruf kecil (a-z), nombor (0-9) dan aksara khas (!@#$&). Contohnya : [email\u00a0protected]Nota: Simbol underscore (_) bukan aksara khas.\n8. Apakah maklumat perhubungan yang boleh dihubungi berkenaan permohonan PerantiSiswa?\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila emelkan ke [email\u00a0protected] atau melalui talian berikut:\n03-8911 535103-8911 525803-8911 526503-8911 5188\nWaktu operasi:8.00 pagi hingga 6.00 petangIsnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)8.00 pagi hingga 12.00 tengah hariSabtu dan Ahad\nKemaskini Pada:16 Ogos 20226.00 petang\nSumber: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php\nApakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ? Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti \u2018tablet\u2019 kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT). Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej ini? Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini? Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES). Bilakah pendaftaran akan bermula? Tempoh pendaftaran telah dibuka pada 15 April 2022 dan akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022. Pemberian peranti Fasa Pertama pula akan bermula pada bulan Ogos 2022. Bagaimana cara memohon PerantiSiswa? Anda boleh melayari https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi. Permohonan juga akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022 ini. Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa? Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini. Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan? Peranti ini pada awalnya akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.Namun, pada 3 September 2022, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberi terus peranti kepada penerima inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan ia tidak perlu dipulangkan semula. Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?. Sistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021. Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan. Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa? Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon? Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/chang-lih-kang/", "title": "Biodata Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi, Inovasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nChang Lih Kang baru sahaja diumumkan sebagai Menteri Kabinet baharu dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nBeliau akan memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi, Inovasi, sebuah portfolio penting yang akan menentukan hala tuju Malaysia dalam dunia sains dan teknologi.\nChang Lih Kang merupakan seorang ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat dan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tanjung Malim pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), kerusi yang turut dimenanginya pada PRU14 yang lalu.\nMari kita lihat sedikit sebanyak latarbelakang Menteri Sains, Teknologi, Inovasi yang baru ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar belakang\n\n \nKarier politik\n\n\nLatar belakang\nNama penuh: Chang Lih Kan\n\n\n\n\n\n\nAsal: Ipoh Perak\nTarikh Lahir: 23 Oktober 1980\nMedia sosial:\n\nTwitter\nFacebook\n\nPendidikan: \n\nSarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Awam dari Universiti Putra Malaysia\nLee Kuan Yew Schol of Public Policy \u2013 Sarjana dalam Pentadbiran Awam\n\nBeliau telah berkahwin dengan Chong Lai Chan dan dikurniakan seorang anak lelaki berumur 1 tahun. \nKarier politik\nChang Lih Kang berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Tanjung Malim yang dimenenanginya pada PRU15 baru-baru ini.\nDi peringkat parti, beliau merupakan Naib Presiden Keadilan. \nAntara jawatan yang disandangnya adalah seperti beriku:\n\nMenteri Sains dan Teknologi (2022)\nAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja\nAhli Parlimen Tanjong Malim (2018)\nPengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak (2022)\n\nBeliau adalah seorang aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia yang berjiwa rakyat.\nBeliau fasih dalam ketiga-tiga Bahasa Malaysia, Tioghua dan Inggeris.\nSemasa belajar di universiti, beliau merupakan seorang pemimpin mahasiswa yang aktif.\nBeliau pernah menjawat jawatan Setiausaha dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia, sebuah gabungan mahasiswa pelbagai kaum dan agama yang membantah Akta Universiti dan Koleh Universiti (AAUKU) yang menzalimi para mahasiswa. \nSelepas graduan, beliau turut berkhidmata di SUARAM (Suara Rakyat Malaysia).\nBeliau adalah penyelaras kempen yang mengendalikan kes keganasan dan penyelewengan pihak penguatkuasa.\nBeliau juga berjuang untuk rakyat yang dizalimi oleh Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang ditahan tanpa bicara. \nDiharapkan perlantikannya sebagai Menteri Sains, Teknologi, Inovasi akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih maju dalam masa beberapa tahun akan datang. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-gaji-penjawat-awam-2021/", "title": "Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah tarikh gaji penjawat awam 2021 berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia(SPANM) Bilangan 5 Tahun 2020- Tarikh dan Pembayaran Emolumen Tahun 2021\nTarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021 adalah seperti di Jadual di bawah dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK(S)600-1/7/6(41) bertarikh 4Disember 2020 \u2013 Permohonan Pengecualian AP105 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2021.\nBaca juga: Login 1GovUC: E-mel & Sistem Komunikasi MyGovUC Penjawat Awam\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2021\n\n \nPenyata Gaji Online Penjawat Awam\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2021\nJadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2021\n(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)\nBULANTARIKHHARICATATANJanuari25.01.2021Isnin\u00a0Februari09.02.2021SelasaTahun Baru Cina \u2013 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)Mac18.03.2021Khamis\u00a0April22.04.2021Khamis\u00a0Mei06.05.2021KhamisHari Raya Puasa \u2013 13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) Hari Pesta Kaamatan \u2013 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)Jun14.06.2021IsninHari Gawai \u2013 1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu)Julai14.07.2021RabuHari Raya Haji \u2013 20 & 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu)Ogos19.08.2021Khamis\u00a0September23.09.2021Khamis\u00a0Oktober25.10.2021Isnin\u00a0November25.11.2021KhamisHari Deepavali \u2013 4 November 2021 (Khamis)Disember20.12.2021IsninHari Krismas \u2013 25 Disember 2021 (Sabtu)Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia\nPenyata Gaji Online Penjawat Awam\nKini penjawat awam boleh mendapatkan e-Penyata Gaji melalui https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/\nSistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan\u00a0Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:\n\n18 bulan terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Gaji Bulanan; dan\n7 tahun terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Pendapatan Tahunan.\n\nAdalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan\u00a0SEBELUM\u00a0dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata\u00a0SELEPAS\u00a0tempoh tersebut adalah\u00a0TIDAK DILAYAN.\nSistem ePenyata Gaji dan Laporan\u00a0versi mobile\u00a0sedia untuk dimuat turun di\u00a0App Store\u00a0dan\u00a0Play Store\u00a0melalui carian \u201cePayslip JANM\u201d. Panduan Pengguna boleh didapati\u00a0 di Halaman Utama ePayslip JANM mobile.\u00a0\nSila rujuk langkah-langkah semakan slip penyata gaji penjawat awam di artikel ini: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Tarikh bayaran gaji Penjawat Awam atau Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) iniboleh dirujuk kepada pihak berikut:\nPengarahBahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)Jabatan Akauntan Negara MalaysiaAras 4, Kompleks Kementerian KewanganNo.1, Persiaran Perdana62594, Presint 2Putrajayau.p. : Unit Pengurusan Prestasiemel : [email\u00a0protected]No. Tel. : 03 \u2013 8882 1624/1612/1622/1611\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tiada-lagi-pengeluaran-simpanan-kwsp-i-ceria/", "title": "Tiada Lagi Pengeluaran Simpanan KWSP Sebelum Bersara (i-Ceria)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang gembira dan mengharapkan cadangan pengeluaran KWSP buat kali terakhir, i-Ceria, yang dicadangkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif akan dapat direalisasikan.\nNamun buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum sebelum had umur yang ditetapkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTiada Lagi Pengeluaran KWSP Selepas Ini @ i-Ceria\n\n \nNegara Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Ekonomi\n\n \nKesan Pengeluaran Awal KWSP Agak Membimbangkan\n\n\nTiada Lagi Pengeluaran KWSP Selepas Ini @ i-Ceria\nKetua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.\nMenurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.\n\u201cTiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).\n\u201cAdalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita faham apabila kita terima desakan. Tetapi kena ingat mandat diberikan kepada KWSP mengikut akta adalah menolong ahli mencapai simpanan untuk hari tua,\u201d katanya pada sidang media selepas membentangkan Prestasi Kewangan KWSP 2021 dan Pengumuman Dividen, di sini, hari ini.\nMohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, cadangan i-Ceria ini diusulkan kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.\nBaca juga: i-Ceria KWSP : Cadangan Pengeluaran One-off Kali Terakhir\n\n\n\nNegara Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Ekonomi\nKetua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, data pekerja dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah pun memasuki fasa pemulihan ekonomi.\nOleh sebab ini, tiada lagi pengeluaran KWSP @ i-Ceria diperlukan, sebaliknya fokus terhadap membina simpanan hari tua.\n\u201cSaya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara).\n\u201cKWSP akan terus fokus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua pencarum.\n\u201cPeranan kita adalah memudahkan kehidupan ahli sewaktu persaraan,\u201d katanya.\nTerdahulu dalam pembentangannya, beliau turut menjelaskan pengeluaran KWSP yang sudah dibuat ahli dalam tempoh pandemik Covid-19.\nKatanya, ia membabitkan RM20.8 bilion pengeluaran i-Lestari bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.\n\u201ci-Sinar berjumlah RM58.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dan i-Citra berjumlah RM21.4 bilion untuk tempoh Julai 2021 hingga Februari 2022.\n\u201cJumlah keseluruhan pengeluaran untuk ketiga-tiga skim dianggarkan RM110 bilion,\u201d katanya.\nBerdasarkan rekod, katanya, seramai 7.3 juta ahli memohon sekurang-kurangnya satu atau semua skim berkenaan.\n\nKesan Pengeluaran Awal KWSP Agak Membimbangkan\nMenurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah, kesan pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan kerana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.\n\u201cOrang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP.\n\u201cMalaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang ramai.\n\u201cPenting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan untuk digunakan selepas persaraan atau sewaktu tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan,\u201d katanya.\nBeliau menegaskan, selain kesihatan, keupayaan kewangan masyarakat dalam golongan berusia juga perlu dijamin.\nSumber: Harian Metro\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-aktiviti-minggu-pertama-sekolah/", "title": "Pengisian & Contoh Aktiviti Minggu Pertama Sekolah \u2013 KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKonsep Pengisian & Aktiviti Minggu Pertama Sekolah \u2013 KPM\nMelalui Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 (Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2023/2024), kelas akademik tidak lagi perlu dijalankan pada minggu pertama persekolahan.\nRamai yang teruja dengan inistiaf baharu ini kerana suasana sekolah pasti ceria dan hubungan warganya tambah akrab, anak-anak, para guru dan warga sekolah juga tentunya lebih bermotivasi nanti.\nBerikut dikongsikan maklumat tentang pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan KPM yang baharu bagi sesi 2023 / 2024 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nArahan Tiada Kelas Akademik, Diganti Dengan Sesi Suai Kenal \u2013 KPM\n\n \nKonsep Pengisian & Aktiviti Minggu Pertama Sekolah \u2013 KPM\n\n \nCADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024\n\n\nArahan Tiada Kelas Akademik, Diganti Dengan Sesi Suai Kenal \u2013 KPM\nKementerian Pendidikan memaklumkan minggu pertama sesi persekolahan pada minggu depan tidak melibatkan sebarang kelas akademik.\n\n\n\n\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terbaharu bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi terlebih dahulu.\n\u201cKPM telah mengeluarkan arahan baharu kepada sekolah-sekolah bahawa minggu pertama tiada kelas akademik dan ia lebih kepada suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru.\n\u201cKita juga ada menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik), biar mereka baik dahulu baru cerdik. Kita faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak,\u201d katanya dalam sesi temubual bersama sebuah radio yang dilaporkan oleh KOSMO.\nMengulas lanjut, Fadhlina berkata, arahan terbaharu itu juga dibuat bagi mengelakkan tekanan kepada pelajar baharu terutamanya mereka yang baharu menjejak kaki ke alam persekolahan.\n\u201cKita tahu awal-awal persekolahan mesti anak-anak akan meragam, ibu bapa juga mesti akan merasai tekanan tersebut.\n\u201cJadi kita nak beri ruang kepada ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekolah bersama anak-anak mereka, bagi mereka (anak-anak) selesa dahulu,\u201dkatanya.\nBerikut dikongsikan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang dikeluarkan pada 9 Mac 2023 berkenaan perkara ini dan contoh aktiviti yang akan dijalankan pada minggu pertama sekolah nanti.\n\n\n\nKonsep Pengisian & Aktiviti Minggu Pertama Sekolah \u2013 KPM\nKonsep serta cadangan pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan bertujuan untuk memastikan pembukaan sekolah berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat.\n6 konsep yang ditekankan adalah :\n1. Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang\n\nPermainan\nRiadah / Senamrobik / Kecergasan\nSukaneka / Sukan\n\n2. Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif\n\nAktiviti Projek\nAktiviti Penyelasaian Masalah\nAktiviti Penerapan Nilai dan Pembangunan Sahsiah\n\n3. Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai\n\nAktiviti Minda dan Rekacipta\nAktiviti Pembelajaran Bertema\nAktiviti Pembelajaran Kendiri\n\n4. Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti\n\nAktiviti Bersama-sama Keluarga\nAktiviti Kemasyarakatan\n\n5. Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti\n\nAktiviti Berkumpulan\nAktiviti Serlah Bakat / Potensi\nAktiviti Ekspresi Seni Kreatif\n\n6. Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi\n\nAktiviti Integrasi Perpaduan\nAktiviti Persembahan Citra Budaya\nAktiviti Usahawan Muda (Projek Kitar Semula)\n\n\nBaca juga: 7 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara\nCADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024\nBerikut dikongsikan cadangan program minggu pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2023 / 2024 mengikut kesesuaian lokaliti dan keperluan sekolah masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/quote-tentang-kejayaan/", "title": "100+ Quote Tentang Kejayaan, Kata-Kata Bijak Kehidupan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAda kalanya membaca Quote Tentang Kejayaan dan Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan sedikit sebanyak dapat menceriakan kembali hari kita yang suram.\nLumrah kehidupan kita sebagai manusia, ada hari kita ceria sepanjang hari namun ada kalanya kita terpaksa melalu hari yang suram dan mendung.\nNamun, apa jua yang berlaku kehidupan tetap perlu diteruskan \u2013 untuk diri kita dan keluarga yang tersayang.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan : Quote Tentang Kejayaan\n\n \nMutiara Kata Tentang Kehidupan & Quote Tentang Kejayaan\n\n \nKata-Kata Bijak Tema Inspirasi\n\n \nKata-Kata Bijak Tema Motivasi\n\n \nKata-Kata Bijak Tema Kasih Sayang\n\n\nPengenalan : Quote Tentang Kejayaan \nDi saat kita mungkin rasa lemah dan perlukan bantuan, Quote Tentang Kejayaan dan Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan ada kalanya mampu memberikan kita sedikit inspirasi dan motivasi untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.\nAda kalanya kita perlu \u201cdiketuk\u201d agar tersedar dari lamunan, agar tidak terus terleka dibuai dengan kesedihan.\nAda kalanya Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan ini mampu menyedarkan kita yang terbuai oleh kesedihan, memberikan kita motivasi untuk terus hidup kerana setiap permasalahan pasti ada sinarnya di penghujung jalan.\nBerikut merupakan beberapa Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan untuk renunangan anda.\nAnda boleh menyalin dan menulis atau menampal ayat-ayat di bawah ini di mana-mana sahaja tempat yang biasa anda lihat \u2013 pintu, meja kerja, telefon pintar, kereta dan sebagainya.\nArtikel menarik: 25 Koleksi Pantun Teka-Teki Beserta Jawapannya\n\nMutiara Kata Tentang Kehidupan & Quote Tentang Kejayaan\nBerikut senarai Quote Tentang Kejayaan yang boleh anda jadikan panduan dan inspirasi hari ini :\n\u201cJangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.\u201d\n\u201cDunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini\u201d\n\u201cHidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan\u201d\n\u201cSetiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang\u201d\n\u201cDalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu\u201d\n\u201cIkhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah\u201d\n\u201cKegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak\u201d\n\u201cTidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan\u201d\n\u201cKata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera\u201d\n\u201cKeikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat\u201d\n\u201cHidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.\u201d\n\u201cKita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat\u201d\n\n\n\n\n\n\n\u201cGantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan\u201d\n\u201cSetiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat\u201d\n\u201cJadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.\u201d\n\u201cJangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.\u201d\n\u201cMenulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.\u201d\n\n\u201cKegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.\u201d\n\u201cEsok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.\u201d\n\u201cOrang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.\u201d\n\u201cKekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup\u201d\n\u201cJika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.\u201d\n\u201cKata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan\u201d\n\u201cHidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.\u201d\n\u201cHiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.\u201d\n\u201cAkal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan\u201d.\n\u201cSelemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari\u201d\n\u201cOrang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri\u201d\n\u201cSeseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.\u201d\n\u201cKalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.\u201d\n\u201cKita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.\u201d\n\u201cApa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.\u201d\n\u201cFikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi.\u201d\n\u201cDunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.\u201d\n\u201cKehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.\u201d\n\u201cRahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.\u201d\n\u201cKekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.\u201d\n\u201cMengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.\u201d\n\u201cKecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.\u201d\n\u201cDalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA\u2026sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN\u2026sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi\u2026sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI\u2026\u201d\nSesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.\u2013 Charles Cahier\nKejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.\u2013 Charles Cahier\nSemua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.\u2013 James Allen\nMenyimpang seinci, rugi seribu batu.\u2013 Peribahasa Cina\nRahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.\u2013 Benjamin Disraeli\nPerbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.\u2013 I. Salanter Lipkin\nPengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.\u2013 Aristotle\nNilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.\u2013 Marcus Aurelius\nManusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.\u2013 Jose Joaquin Olmedo\nTiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.\u2013 Joseph Conrad\nMinda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.\u2013 Philip Massinger\nPerjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.\u2013 Lao Tze\nKegagalan adalah asas kemenangan\u2013 Lao Tze\nJika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.\u2013 Lao Tze\nKurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.\u2013 Flower A. Newhouse\n\nMasa depan itu dibeli oleh masa sekarang.\u2013 Samuel Johnson\nOrang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.\u2013 Cecil B. DeMille\nJika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.\u2013 Peribahasa Arab\nHendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.\u2013 Peribahasa Melayu\nOrang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.\u2013 Confucius\nSeseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.\u2013 Confucius\n\nKata-Kata Bijak Tema Inspirasi\n\nBerikut merupakan Quote Tentang Kejayaan dan Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan bertemakan \u201cInspirasi\u201d:\n\u201cBerani bermimpi, tapi yang lebih penting, berani melakukan tindakan di balik impianmu\u201d \u2013 Josh Hinds\n\u201cApabila kamu mampu memimpikannya, maka kamu juga boleh melakukannya\u201d\n\u201cTidak ada yang boleh meredupkan cahaya yang bersinar dari dalam.\u201d \u2013 Maya Angelou\n\u201cLakukan sesuatu hari ini yang mana kita akan berterima kasih padanya di masa depan nanti\u201d \u2013 Sean Patrick Flanery\n\u201cPerjalanan akan menjadi jauh lebih muda, apabila kamu tidak membawa masa lalumu\u201d\n\u201cHidup bukan hanya mengenai mendapatkan serta memiliki belaka, akan tetapi juga mengenai memberi serta menjadi sesuatu\u201d\n\u201cHidup merupakan sebuah pertanyaan serta bagaimana manusia menjalani kehidupan merupakan jawapannya\u201d\n\u201cTidak ada perjuangan tanpa adanya rasa sakit, akan tetapi percayalah bahwa rasa sakit itu hanya sementara dan rasa bahagia akan terasa selamanya\u201d\n\u201cTidak perlu menjadi sempurna untuk dapat menginspirasi orang lain. Biarkanlah orang lain terinspirasi dengan bagaimana cara diri kamu menangani ketidaksempurnaan tersebut\u201d\n\u201cSemua manusia memiliki kesempatan yang sama, sehingga tetaplah semangat untuk melakukan pekerjaanmu sebaik mungkin\u201d\nKata-Kata Bijak Tema Motivasi\n\nBerikut merupakan Quote Tentang Kejayaan dan Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan bertemakan \u201cMotivasi\u201d:\n\u201cJanganlah pernah menyerah ketika kamu masih mampu berusaha lagi. Tidak ada kata berakhir sampai kamu berhenti mencuba\u201d \u2013 Brian Dyson\n\u201cKeraguan membunuh lebih banyak mimpi daripada kegagalan\u201d \u2013 Suzy Kassem\n\u201cBerani bermimpi, tapi yang lebih penting, berani melakukan tindakan di balik impianmu\u201d \u2013 Josh Hinds\n\u201cBerfikirlah positif, tidak peduli seberapa keras kehidupanmu\u201d \u2013 Ali bin Abi Talib\n\u201cBanyak orang yang tidak bertindak kerana takut gagal, padahal tidak bertindak adalah kegagalan yang jelas sudah terjadi\u201d\n\u201cDalam hidup, kita harus mampu menentukan sikap, sebab hanya dengan sikap maka kita akan mampu bertahan di tengah kuatnya badai ujian\u201d\n\u201cSemakin keras kamu bekerja untuk sesuatu, semakin besar kamu merasakannya ketika mencapainya\u201d\n\u00a0\u201cKita adalah makhluk yang suka mencari salah di tempat lain, tanpa menyedari bahawa masalah itu biasanya berpunca dari dalam diri kita sendiri.\u201d \u2013 Abu Hamid Al Ghazali\n\u201cNikmatilah hal-hal kecil yang ada dalam hidup, sebab suatu hari nanti kamu akan melihat ke belakang dan kemudian menyadari bahwa itu adalah hal-hal besar\u201d\n\u201cKetika kita masih diberikan kesempatan untuk bangun di pagi hari, itu ertinya Tuhan masih memberikan kesempatan pada kita untuk melakukan pekerjaan yang harus kita lakukan\u201d\nArtikel menarik: 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu\nKata-Kata Bijak Tema Kasih Sayang\n\nBerikut merupakan Quote Tentang Kejayaan dan Kata-Kata Bijak Tentang Kehidupan bertemakan \u201cKasih Sayang\u201d:\n\u201cJangan terlalu keras pada dirimu sendiri, kerana hasil akhir dari semua urusan di dunia ini sudah ditetapkan oleh Allah. Jika sesuatu ditakdirkan untuk menjauh darimu, maka ia tak akan pernah mendatangimu. Namun jika ia ditakdirkan bersamamu, maka kau tak akan boleh lari darinya\u201d \u2013 Umar bin Khattab\n\u201cBoleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui\u201d \u2013 Al-Quran Al-Baqarah 216\n\u201cJatuh cinta pada dirimu adalah rahasia pertama menuju kebahagiaan\u201d \u2013 Robert Morle\n\u201cKehilangan yang luar biasa adalah pelajaran yang luar biasa\u201d \u2013 Amit Kalantri\n\u00a0\u201cKamu tidak akan menyadarinya sampai hal itu benar-benar terjadi, tapi sebuah tamparan mungkin menjadi hal yang paling baik di dunia untukmu\u201d \u2013 Walt Disney\n\u201cMerelakan segala yang hilang dan pergi. Bererti membuka pintu bagi yang lebih baik dan baru. Dunia ialah aliran ujian, jangan berhenti memaknainya.\u201d\n\u201cJiwa yang bahagia adalah pelindung terbaik untuk dunia yang kejam.\u201d \u2013 Atticus\n\u201cSemakin kamu menyukai dirimu, semakin sedikit kamu seperti orang lain, itulah yang membuat kamu unik.\u201d \u2013 Walt Disney\n\u201cJika hatimu sudah ikhlas maka tidak ada lagi penderitaan yang akan menyakitimu\u201d\n\u201cBarang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.\u201d \u2013 HR. Ahmad\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biodata-perdana-menteri-malaysia/", "title": "Senarai Perdana Menteri Malaysia & Biodata Ringkas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA (1957-2022) DAN BIODATA RINGKAS\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTunku Abdul Rahman (PM Pertama)\n\n \nTun Abdul Razak (PM ke-2)\n\n \nTun Hussein Onn (PM ke-3)\n\n \nTun Mahathir Mohamad (PM ke-4 dan 7)\n\n \nTun Abdullah Ahmad Badawi (PM ke-5)\n\n \nDato\u2019 Sri Najib Abdul Razak (PM ke-6)\n\n \nTan Sri Muhyiddin Yassin (PM ke-8)\n\n \nDato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob (PM ke-9)\n\n \nDatuk Seri Anwar Ibrahim (PM ke-10)\n\n\nTunku Abdul Rahman (PM Pertama)\nTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama berkhidmat antara 1955 hingga 1970. \nBeliau merupakan Ketua Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955 hingga 1957. \nBeliau menyelia proses kemerdekaan yang memuncak pada 31 Ogos 1957 dan atas sebab inilah beliau mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan atau Bapa Malaysia.\n\nTun Abdul Razak (PM ke-2)\nTun Haji Abdul Razak bin Dato\u2019 Hussein ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Kedua Malaysia dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976. \nBeliau dirujuk sebagai Bapa Pembangunan (Bapa Pembangunan) dan beliau yang bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional, gabungan pemerintah parti politik yang memerintah Malaysia selama puluhan tahun sebelum tumbang pada Pilihan Raya Umum ke 14.\nBeliau menambah keanggotaan parti dan gabungannya dalam usaha mewujudkan \u201cKetahanan Nasional\u201d melalui kestabilan politik.\n\nTun Hussein Onn (PM ke-3)\nTun Hussein bin Dato\u2019 Onn ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai PM ketiga Malaysia sejak kematian pendahulunya Abdul Razak Hussein pada Januari 1976 hingga persaraannya pada tahun Julai 1981. \nSelain itu, beliau adalah Ahli Parlimen (MP) Sri Gading dari 1974 hingga 1981, mewakili Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). \nBeliau dikurniakan gelaran Bapa Perpaduan kerana terkenal menekankan isu perpaduan melalui dasar yang bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir Mohamad (PM ke-4 dan 7)\nTun Dr. Mahathir bin Mohamad ialah seorang ahli politik, negarawan, pengarang, dan doktor yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7.\nBeliau memegang jawatan dari Julai 1981 hingga Oktober 2003 dan kemudian dari Mei 2018 hingga Mac 2020 untuk jumlah kumulatif 24 tahun, menjadikannya PM paling lama berkhidmat di negara ini.\nPada tahun 2020, keengganan beliau untuk memulakan proses penyerahan peranan Perdana Menteri kepada Anwar menyumbang kepada krisis politik yang membawa kepada penyingkiran kerajaan Pakatan Harapan dan mendorongnya meletak jawatan.\nPada masa peletakan jawatannya, beliau adalah pemimpin negara yang paling lama berkhidmat di dunia.\n\nTun Abdullah Ahmad Badawi (PM ke-5)\nTun Abdullah bin Ahmad Badawi ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai PM kelima Malaysia dari 2003 hingga 2009. \nBeliau juga merupakan presiden United Malays National Organisation (UMNO), parti politik terbesar (masa itu) dan mengetuai gabungan parlimen Barisan Nasional yang memerintah.\nBeliau lebih mesra dipanggil sebagai Pak Lah dimana Pak bermaksud \u2018Pakcik\u2019, manakala Lah diambil daripada namanya \u2018Abdullah\u2019.\nPada 10 Julai 2008, beliau mengumumkan berundur sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Jun 2009 dan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Najib Razak, semasa Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 1 April 2009.\n\nDato\u2019 Sri Najib Abdul Razak (PM ke-6)\nDato\u2019 Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke dari April 2009 hingga Mei 2018. \nBeliau adalah anak kepada seorang lagi bekas perdana menteri, Abdul Razak Hussein dan merupakan Pengerusi gabungan Barisan Nasional (BN) dari April 2009 hingga Mei 2018 dan presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dari November 2008 hingga Mei 2018.\nBeliau juga disebut sebagai Bapa Transformasi (Bapa Transformasi). Antara sebab utama kejatuhan BN dalam PRU ke 14 adalah skandal 1MDB yang dikaitkan dengan PM Malaysia yang ke-6 ini. \n\nTan Sri Muhyiddin Yassin (PM ke-8) \nTan Sri Dato\u2019 Haji Mahiaddin bin Md. Yasin lebih dikenali sebagai Muhyiddin bin Mohd. Yassin ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai PM ke-8 darpada Mac 2020 hingga Ogos 2021. \nBeliau dilantik sebagai PM di tengah-tengah krisis politik dan berkhidmat selama 17 bulan dan meletak jawatan selepas kehilangan sokongan parlimen, menjadikannya perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.\n\nDato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob (PM ke-9)\nDato\u2019 Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah berkhidmat sebagai PM Malaysia yang ke-9 sejak Ogos 2021.\nBeliau merupakan Ahli Parlimen (MP) Bera sejak 2004 dan naib presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan Barisan Nasional (BN).\nBeliau secara rasmi dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 berikutan peletakan jawatan pendahulunya Muhyiddin Yassin.\nBeliau adalah Perdana Menteri Malaysia pertama yang dilahirkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.\nSumber infografik: Harakah Daily\nBIODATA PERDANA MENTERI KE-9\nNama:\u00a0Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTarikh lahir:\u00a018 Januari 1960Tempat lahir:\u00a0Temerloh, Pahang\nPendidikan\n\u2022 Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)\u2022 Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik\u2022 Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)\u2022 Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)\u2022 Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)\nKeluarga\n\u2022 Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin\u2022 Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:\u2013 Nina Sabrina\u2013 Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi\u2013 Nashriq\u2013 Iqbal\nKerjaya/Perkhidmatan\n\u2022 1985 \u2013 Peguam\u2022 1995 \u2013 1999 \u2013 Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan\u2022 2008-2009 \u2013 Menteri Belia dan Sukan\u2022 9 April 2009 \u2013 2013 \u2013 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan\u2022 2013 \u2013 2015 \u2013 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani\u2022 2015 \u2013 2018 \u2013 Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah\u2022 12 Mac 2020 \u2013 Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)\u2022 7 Julai 2021 \u2013 Timbalan Perdana Menteri Malaysia\nAktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah\n1987 \u2013 Ahli Majlis Daerah Temerloh1996 \u2013 Ahli Majlis Perbandaran Temerloh1995 \u2013 Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia1996 \u2013 Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil\nPolitik\n1987 \u2013 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh1988 \u2013 Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh1993 \u2013 Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian2001 \u2013 Timbalan Ketua Bahagian2004 \u2013 Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang\nAnugerah\nDarjah Mulia Seri Melaka (DMSM) \u2013 Datuk (2004)Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) \u2013 Datuk Seri (2020)Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) \u2013 Dato\u2019 (2005)Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) \u2013 Dato\u2019 Sri (2008)Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) \u2013 Datuk Seri Panglima (2020)\nSumber: Berita Harian\nDatuk Seri Anwar Ibrahim (PM ke-10)\nPengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-10.\nAhli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara.\nBIODATA PERDANA MENTERI KE-10\nNama:\u00a0Datuk Seri Anwar IbrahimTarikh lahir:\u00a010 Ogos 1947Tempat lahir:\u00a0Bukit Mertajam, Pulau Pinang\nIsteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah\n\n\nKerjaya:\nPerdana Menteri MalaysiaAhli Parlimen Tambun (2022)Ahli Parlimen Port Dickson (2018-2022)Ahli Parlimen Permatang Pauh\u00a0(2013)Pemangku Perdana Menteri (1997)Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (Mac-\u00a0September 1998)Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan MalaysiaKetua Pembangkang di Parlimen MalaysiaTimbalan Perdana Menteri (1993 \u2013 1998)Menteri Kewangan (1990 \u2013 1998)Menteri Pendidikan\u00a01986 \u2013 1990Menteri Pertanian (1985 \u2013 1986)Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 \u2013 1985)Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 \u2013 1983)\nJawatan yang pernah disandang dalam parti:\nPresiden\u00a0Parti Keadilan Rakyat\u00a0(PKR)Pengerusi\u00a0Pakatan Harapan\u00a0(PH)Timbalan Presiden UMNONaib Presiden UMNOKetua Pemuda UMNOmeninggalkan ABIM pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNOPresiden Majlis Belia Malaysia (MBM)Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu (1973)Pemimpin Pengasas dan Presiden kedua sebuah pertubuhan Islam belia dipanggil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971)\nPendidikan:\nUniversiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) (1967)Dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila UniversityAnugerah Presiden oleh Georgetown UniversityMaktab Melayu Kuala Kangsar\u00a0(MCKK) (1960-1966)\nSorotan ringkas kerjaya politik Anwar Ibrahim :\n\n\nSumber: BERNAMA, 24 November 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-ipg-online-pismp/", "title": "PISMP 2023: Semakan Temuduga IPG / Ujian Kecergasan (UKF)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA IPG DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).\nIa adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan semakan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta syarat kelayakan dan cara permohonan.\nPERHATIAN: Tarikh semakan asal pada 23 Jun 2023 dipinda kepada 26 Jun 2023 kerana terdapat kerja-kerja peningkatan platform pangkalan data Sistem Aplikasi KPM. Harap maklum.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?\n\n \nProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)\n\n \nTarikh Semakan Calon Layak Temuduga & Ujian Kecergasan (UKF) Sarjana Muda PISMP 2023\n\n \nProsedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSemakan Status & Tarikh-tarikh Penting PISMP Ambilan Kedua\n\n \nTips & Panduan Permohonan PISMP\n\n \nCalon Yang Tidak Layak Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?\nPada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). \nDaripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.\nImplikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). \nGraduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.\nIPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. \n\n\n\n\n\n\nSenat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.\nSelain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.\nProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)\nProgram ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.\nPemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.\nRujuk butiran pengajian berikut:\nPENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM, PISMP TAHUN 2023 (AMBILAN KEDUA)\n\nTerbuka kepada lulusan SPM yang memenuhi syarat dan belum membuat permohonan pada ambilan pertama.\nTerbuka kepada calon yang pernah memohon pada ambilan pertama tetapi belum menduduki UKCG.\nCalon yang telah menduduki UKCG pada ambilan pertama tidak layak memohon pada ambilan kedua.\nPermohonan akan dibuka pada 9 Jun 2023 pada pukul 3.00 petang dan akan ditutup pada 12 Jun 2023 pada pukul 11.59 malam.\nSila Klik pada \u2018MAKLUMAT PERMOHONAN\u2019 untuk permohonan ambilan kedua atau kemaskini tarikh untuk menduduki UKCG bagi pemohon ambilan 1 yang belum menduduki e-UKCG\n\n\nBaca juga : e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia\nTarikh Semakan Calon Layak Temuduga & Ujian Kecergasan (UKF) Sarjana Muda PISMP 2023\nTarikh semakan Calon Layak Temuduga IPG & Ujian Kecergasan (UKF)adalah mulai 26 Jun 2023, bermula jam 10.00 pagi.\nLayari https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.\n\nProsedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023\nSila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:\ne-UKCG\n\ne-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh\u00a045 minit\u00a0secara dalam talian iaitu\u00a030 minit\u00a0untuk Bahagian A dan\u00a015 minit\u00a0untuk Bahagian B.\nCalon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.\nSekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.\n\nTEMU DUGA\n\nHanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.\nTemu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar\u00a0google meet\u00a0mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.\nSetiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.\nSatu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\u00a0tidak\u00a0bertanggungjawab\u00a0untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.\n\nUKF\n\nCalon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.\nRakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan\u00a0\u2018Unlisted\u2019\u00a0sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.\nHantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.\nSekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.\nPenyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.\n\nPEMILIHAN\n\nCalon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM\nSemua keputusan adalah muktamad.\n\nPENAWARAN\nPenawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.\nPERJANJIAN PENDIDIKAN GURU\n\nCalon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.\nCalon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.\n\n\nCara Permohonan\nPermohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 9 Jun 2023 (Fasa Kedua).\nCalon yang terpilih diwajibkan menduduki dan\u00a0LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG),\u00a0temu duga secara dalam talian\u00a0dan diwajibkan\u00a0menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)\u00a0dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.\nSemakan Status & Tarikh-tarikh Penting PISMP Ambilan Kedua \nCalon dinasihatkan supaya membuat semakan status permohonan PISMP dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat https://pismp.moe.gov.my/bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.\nTarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2023 Ambilan Kedua adalah seperti berikut:\n\nSemua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM. \nWalaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.\n\nCalon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.\nCalon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.\n\nTips & Panduan Permohonan PISMP\n|\u00a0\u2013 JOM JADI CIKGU SIRI 1- Permohonan PISMP & PPC |\n|\u00a0\u2013 JOM JADI CIKGU SIRI 2- TIP dan Panduan e-UKCG |\nCalon Yang Tidak Layak Memohon\n\nCalon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.\nCalon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.\nCalon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.\nCalon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.\n\nBaca juga: SPLKPM : Cara Login & Kemaskini Modul splkpm.moe.goy.my\nMaklumat Lanjut\nBagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG dan semakan PISMP online ini, sila rujuk maklumat berikut:\n\nMAKLUMAT PROGRAM\nMAKLUMAT PERMOHONAN\nMAKLUMAT PENTING\nBIDANG PENGKHUSUSAN\u00a0DITAWARKAN\nKALENDAR AKTIVITI\nSOALAN LAZIM (FAQ)\n\nATAU ajukan pertanyaan anda melalui:\nINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAARAS 1 \u2013 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 163000 CYBERJAYA, SELANGOR\n(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760\nEmel : | [email\u00a0protected] |\nJangan ketinggalan membuat semakan PISMP dan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM \u2013 Rasmi.\nLayari https://pismp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rfid-tag-touch-n-go/", "title": "RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTOUCH N GO DAN SMART TAG AKAN DIMANSUHKAN SECARA BERPERINGKAT, BERI LALUAN UNTUK PELAKSANAAN RFID \u2013 INI CARA PEMASANGAN & PENGAKTIFAN ONLINE\nBermula 15 Januari 2022, transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, di mana 2 kaedah pembayaran iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.\nDengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.\nPerkara ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media bertarikh 16 Disember 2021.\nMenurut kenyataan tersebut, transaksi RFID adalah langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.\n\n\nDengan RFID, pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.\nIa juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.\nBuat masa ini, kutipan tol menggunakan kad Touch n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun kedua-dua kaedah ini akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID di lebuhraya.\n\nPenggunaan tag ini tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota.\nTahukah anda apa itu RFID dan apakah kelebihannya berbanding SmartTag atau Touch n Go?\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang pendaftaran dan pemasangannya untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah RFID Touch n Go?\n\n \nKelebihan Tag RFID Touch N Go\n\n \n1. Boleh Top Up Online\n\n \n3. Tak Perlu Berhenti & Imbas Kad\n\n \nHarga & Cara Pembelian Tag\n\n \nCara Daftar Online & Pengaktifan Tag\n\n \nCara Pemasangan Tag RFID\n\n \nCara Tambah Nilai (Top-Up)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah RFID Touch n Go?\nTNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui tol.\nSemasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. \nTag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch \u2018n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.\nBerbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.\nDengan RFID juga, anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG anda!\n\nKelebihan Tag RFID Touch N Go\n1. Boleh Top Up Online\nMenerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch \u2018n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch \u2018n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.\n 1. Tak Pakai Bateri\nTag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.\n\n3. Tak Perlu Berhenti & Imbas Kad\nSistem ini boleh mengurangkan kesesakan kerana pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j. \nBaca juga: JPJeQ: Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga JPJ\nHarga & Cara Pembelian Tag\n\nCara paling mudah untuk mendapatkan tag RFID ini adalah melalui laman web rasmi atau eWallet Touch n Go.\nSila ke pautan berikut untuk membuat pembelian https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag\nBuat masa ini, harga RFID yang dijual di laman web rasmi Touch n Go adalah RM35.\n\nAnda juga boleh mendapatkannya melalui aplikasi Touch n Go eWallet.\nRujuk caranya di bawah:\n\n\n\n\nP/S: Mudah kalau dah muat turun apps ni sebab nanti boleh top-up online terus.\nJika anda belum memuat turun aplikasi TNG eWallet, sila rujuk artikel berikut untuk mendaftar sebagai pengguna:\nTouch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online\nAnda juga boleh mendapatkan tag ini secara manual di mana-mana kaunter berikut:\nhttps://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres\nCara Daftar Online & Pengaktifan Tag\n\u200bTag boleh didapati di Touch \u2018n Go eWallet, Portal Touch n Go, Lazada, Shopee atau Pusat Pemasangan berhampiran anda.\nUntuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:\nKlik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet Klik pada butang \u2018Activate\u2019 Isikan dan semak butiran akaun andaDaftarkan kenderaan andaMasukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelianBuat pengesahan dan verifikasi.\nBagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.\nRujuk gambar di bawah:\n\nCara Pemasangan Tag RFID\nSetelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda.\nLangkah pemasangan tag pada kenderaan adalah seperti berikut:\nBersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampuBuka pelekat dan tampalkanPergi ke laman web TNG atau TNG e-WalletDaftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaanTag anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam\nBoleh beli RFID ni secara online atau di mana-mana kaunter TNG\n\n\nAktifkan ikut arahan melalui portal Touch n Go online https://www.touchngo.com.my/\nSiap!\nSila rujuk panduan video di bawah:\n\n\n\nhttps://youtu.be/KSrZltMxgUA\nCara Tambah Nilai (Top-Up)\nDah selesai pasangkan di kenderaan anda, bolehlah anda menggunakannya di tol-tol seluruh Malaysia.\nBagaimana cara nak tambah nilai?\nJangan risau, boleh buat online je melalui aplikasi eWallet TNG.\nRujuk langkahnya melalui video di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-tiket-kapal-terbang/", "title": "Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT Sabah dan Sarawak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar IPT bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.\nIni bermakna, pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.\nSeperti y yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pemberian subsidi ini akan bermula pada 15 Ogos 2023 ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJumlah bantuan subsidi\n\n \nMeringankan beban keluarga pelajar\n\n \nCara perlaksanaan\n\n\nJumlah bantuan subsidi\nKerajaan bersetuju memberikan bantuan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak.\nPemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan 56,000 pelajar IPTA dengan kos yang dikeluarkan kerajaan sebanaya RM16.8 juta.\nPemberian bantuan subsidi ini dibuat setelah Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.\nMeringankan beban keluarga pelajar\nKita sedia maklum bahawa tiket antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ada kalanya terlalu mahal umpama pergi melancong ke luar negara.\nOleh itu, beliau berkata pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang ini walaupun hanya bernilai RM300 secara one-off, amat diperlukan oleh pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40.\nPemberian seperti ini baik secara\u00a0one-off\u00a0sedikit sebanyak meringankan beban pelajar dan keluarga mereka.\nAda pelajar IPTA yang terpaksa bekerja separuh masa semata-mata ingin mengumpul duit bagi membeli tiket kapal terbang memandangkan pinjaman PTPTN hanya mencukupi untuk perbelanjaan harian mereka.\nArtikel berkaitan: Semakan Pinjaman PTPTN & Tarikh Bayaran Online\nCara perlaksanaan\nPemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.\nWalau bagaimanapun, diharapkan kerajaan dapat memperincikan pelaksanaan subsidi ini bagi mengelakkan pelajar yang layak mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan namun tercicir disebabkan kekeliruan mereka.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-aidilfitri-penjawat-awam/", "title": "Bantuan Khas Aidilfitri 2023 (BKKA) Diawalkan Ke 14 April", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 (BKKA) Penjawat Awam & Pesara Diawalkan Ke 14 April 2023\nBerita gembira buat semua penjawat awam!\nKerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.\nDijangkakan bayaran akan dibuat pada bulan April 2023.\nUntuk makluman, BKKA bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM700 berbanding RM500 pada tahun 2022.\nBantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Menteri Kewangan, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023?\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nJumlah Bayaran\n\n \nINISIATIF TAMBAHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2023\n\n\nApakah Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023?\nBantuan Khas_Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.\nPengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.\nTarikh Bayaran\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2023.\nBayaran ini lazimnya dikreditkan bersekali dengan gaji / emolumen pada bulan tersebut.\nMerujuk kepada Jadual Pembayaran Emolumen bulanan, bayaran gaji akan dibuat pada 17 April 2023.\nNamun, Kerajaan telah bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan kepada 14 April 2023.\nSumber: Kementerian Kewangan Malaysia\nPERUBAHAN TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2023 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN\n\n\nSURAT EDARAN JPA.800-3/2/4 (24) BERTARIKH 23 MAC 2023: BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI (BKKA) TAHUN 2023\nBKKA Tahun 2023 ini akan dibayar pada 17 April 2023.\n\n\n\n\n\n\nJumlah Bayaran\nPenjawat awam \u2013 Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM700\nPesara Kerajaan \u2013 RM350\nBaca juga: \n\nBajet 2023: Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP\nBelanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani\nSTR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga\n\nINISIATIF TAMBAHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2023\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.\nAnwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.\nKerajaan juga buat pertama kalinya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 untuk lebih 200,000 orang anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.\nUntuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk :\nBantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Pesawah, Pekebun & Nelayan\n\nBantuan Khas Aidil Fitri Anggota RELA, APM, Polis & Bomba\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/epkhas-mbpk/", "title": "epkhas : Penempatan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan Permohonan Kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2023 dibuka mulai 4 September hingga 21 Oktober 2022 kini dibuka melalui Portal epKhas KPM.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat, lokasi sekolah dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sekolah Pendidikan Bekeperluan Khas?\n\n \nLokasi\n\n \nSenarai Kursus\n\n \nSyarat Permohonan MBPK Tingkatan 1 & Tingkatan 4\n\n \nCara Permohonan Bagi MBPK 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sekolah Pendidikan Bekeperluan Khas?\nSekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas (MBK) pada semua peringkat persekolahan. \nSekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas).\n\n\n\n\n\n\n\nLokasi \nSekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), SMPKV dan Kolej Vokasional yang ditawarkan dalam permohonan adalah seperti dalam senarai berikut:\nSMKPK Setapak, Kuala LumpurSMKPK Persekutuan, Pulau PinangSMKPK Bumbong Lima, Pulau PinangSMPKV Shah Alam, SelangorSMPKV Indahpura, JohorSMPKV Kuantan, PahangSMPKV Merbok, KedahKolej Vokasional Keningau, Sabah\nSenarai Kursus \nAntara senarai kursus yang ditawarkan adalah :\nSMPKV INDAHPURA, KULAI JOHOR\nRefleksologi Kaki, Tangan Dan TelingaPerkhidmatan Estetik (Seni Kecantikan)Penyediaan Dan Pembuatan MakananOperasi PengemasanDandanan RambutPenerbitan MejaRekabentuk Grafik\nSMPKV SHAH ALAM, SELANGOR\nPembuat Pakaian WanitaOperasi Pembuatan PerabotPemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu FasaPeralatan Penyamanan Udara HVAC \u2013 Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)Penerbitan MejaOperasi Pengeluaran BatikPenyediaan dan Pembuatan MakananMotosikal-Penyelenggaraan & PerkhidmatanDandanan Rambut\nRujuk senarai lanjut: \nSenarai_Program SMKPK / SMPKV / KOLEJ VOKASIONAL KENINGAUDownload\nSyarat Permohonan MBPK Tingkatan 1 & Tingkatan 4\nSyarat permohonan bagi kemasukan Murid Bekeperluan Pendidikan Khas (MBPK) adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaCalon mesti dari sekolah kerajaan bantuan kerajaanSihat tubuh badan dan tiada penyakit kronikPemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Berkeupayaan mengurus diri\nCara Permohonan Bagi MBPK 2022\nSila layari permohonan dalam talian melalui pautan https://epkhas.moe.gov.my\nUntuk pertama kali memasuki sistem ini, Ibu bapa/penjaga wajib mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan ID Pengguna dan Katalaluan. Sila klik pada perkataan Daftar Pengguna.\nNota: Sekiranya Ibu bapa atau penjaga telah mendaftar dan mempunyai ID Pengguna dan Katalaluan, sila terus login ke dalam sistem.\nRujuk manual penuh dalam lampiran di bawah: \nMANUAL PANDUAN PERMOHONAN PENEMPATAN MURID BEKEPERLUAN KHAS TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4Download\nMaklumat Lanjut\nBahagian Pendidikan Khas(BP Khas), Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 2, Blok E2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.\nNo.Tel: 03 \u2013 8884 9190No.Faks: 03 \u2013 8888 6670\nMUAT TURUN :\nPanduan Bahagian KhasPanduan Ibu Bapa/PenjagaSurat ArahanCarta AlirTakwimSyarat PermohonanSenarai Kursus SMKPK/SMPKV/KV KENINGAUMaklumat Kursus\nBaca juga: \nBantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/berita-baik-penjawat-awam-30-ogos/", "title": "Berita Baik Untuk Penjawat Awam Diumum 30 Ogos Ini -PM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERDANA MENTERI AKAN UMUM BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM 30 OGOS INI\nPUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam, 30 Ogos ini.\n\n\u201cNegara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka. Begitu juga dengan ancaman keselamatan, termasuk di perbatasan negara.\n\u201cPada saat negara sedang mengalami kesusahan, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain, bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.\nSumber: Berita Harian\n\u201cKerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri berkata, sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika mendapat dukungan daripada semua pihak.\nKatanya, perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam.\n\u201cBegitu juga dengan aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,\u201d katanya.\n\nMenyentuh pentadbirannya yang genap setahun hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau mengangkat sumpah jawatan itu ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19 sehingga merekod sebanyak 24,599 kes harian dan 393 kematian pada 26 Ogos tahun lalu.\nBagaimanapun, jelasnya, hasil kerja keras semua pihak dan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia menjadi antara negara yang mencatatkan kadar pelalian terpantas dan akhirnya berjaya memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu.\n\u201cDari sudut politik pula, negara pada waktu saya mengambil-alih tampuk pemerintahan berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakstabilan.\n\u201cAda pihak yang meramalkan bahawa bila-bila masa sahaja kerajaan Keluarga Malaysia boleh runtuh, berdasarkan sejarah lompat parti waktu itu.\n\u201cSyukurlah jangkaan itu tidak berlaku dan kini usia kerajaan ini menjangkau satu tahun,\u201d katanya.\n\nDalam pada itu, beliau berkata, ketaatsetiaan kerajaan Keluarga Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak boleh sama sekali diragui, malah sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak istana, selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.\nKatanya, atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, inisiatif diambil dengan melupakan segala perbezaan dan mewujudkan kebersamaan sehingga memeterai kerjasama rentas parti dengan parti pembangkang.\n\u201cHasil pendekatan inklusif ini, kita mencapai kestabilan politik. Pelbagai inisiatif lain yang kita rundingkan melalui sesi konsultasi mendapat sokongan meluas semua pihak.\n\u201cIni termasuklah Bajet 2022 yang mendapat kelulusan majoriti serta Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 dan larangan lompat parti yang diluluskan sebulat suara,\u201d katanya.\nApa agaknya berita baik untuk penjawat awam tu ya?\nRangkuman Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18\nSaksikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 yang disempurnakan YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung di saluran RTM dan Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara.\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Mn7NS5LFmb4\nRujuk laporan penuh: MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18\n\nMAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)\n\u201cPenjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia\u201d\nPautan LIVE dan Laporan Rangkuman Isi Penting : MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18\nBaca juga: Tawaran Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kadar-fidyah-2023/", "title": "Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri & Cara Bayaran Online \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAK SEMPAT GANTI PUASA TAHUN LALU ATAU SEBELUMNYA? INI KADAR FIDYAH 2023 YANG PERLU DIBAYAR\nFidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.\nAdakah anda tak sempat ganti puasa tahun lalu?\nAnda tak pasti sama ada kena bayar fidyah atau tidak?\nJom kami kongsikan maklumat berikut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Fidyah?\n\n \nKadar Fidyah 2023 Setiap Negeri\n\n \nCara Kira Fidyah 2023\n\n \nApa Itu Gandaan Fidyah?\n\n\nApakah Itu Fidyah?\nPembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\nSekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.\n\n\n\n\n\n\n\nDALIL PENSYARIATAN FIDYAH\n\u00a0i) Al-Quran\nFirman Allah SWT:\n\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0645\u064e\u0639\u0652\u062f\u064f\u0648\u062f\u064e\u0627\u062a\u064d \u06da \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0633\u064e\u0641\u064e\u0631\u064d \u0641\u064e\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0623\u064f\u062e\u064e\u0631\u064e \u06da \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064f\u0637\u0650\u064a\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u062f\u0652\u064a\u064e\u0629\u064c \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u064f \u0645\u0650\u0633\u0652\u0643\u0650\u064a\u0646\u064d \u06d6 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0637\u064e\u0648\u064e\u0651\u0639\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0647\u064f \u06da \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f\u0648\u0627 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e\nYang bermaksud: \u201c(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.\u201d \u00a0(Surah al-Baqarah: 184)\nii) Al-Hadis\nHadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n\u0645\u0646 \u0645\u0627\u062a \u0648\u0639\u0644\u064a\u0647 \u0635\u064a\u0627\u0645\u064f \u0634\u0647\u0631\u064d \u0641\u0644\u064a\u064f\u0637\u0639\u0645\u0652 \u0639\u0646\u0647 \u0645\u0643\u0627\u0646\u064e \u0643\u0644\u0650\u0651 \u064a\u0648\u0645\u064d \u0645\u0633\u0643\u064a\u0646\u064b\u0627\nYang bermaksud:\u00a0\u201cSesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.\u201d\u00a0(Riwayat al-Tirmizi)\nKadar Fidyah 2023 Setiap Negeri\nBerikut adalah Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2022/2023\n\nKedah: RM1.80\n\nGandaan : Pilihan atas kemampuan\nKalkulator online & Bayaran online:\u00a0http://www.maik.gov.my/\n\n\nPerlis: RM5.00\n\nGandaan : Tidak dikenakan\nKalkulator online\nBayaran online :\u00a0https://www.maips.gov.my/\u00a0(Bayaran bank melalui bank transfer)\n\n\nPulau Pinang: RM1.75\n\nGandaan : Ya\nKalkulator online :\u00a0http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php\n\n\nPerak: RM1.90\n\nGandaan : Ya\nKalkulator Online :\u00a0https://fidyah.maiamp.gov.my/\n\n\nSelangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)\n\nGandaan : Ya\nKalkulator online :\u00a0https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/\n\n\nWilayah Persekutuan: RM4.00\n\nGandaan : Pilihan Ikut Kemampuan\nKalkulator Online :\u00a0https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah\n\n\nNegeri Sembilan: RM1.75\n\nGandaan : Ya \nKalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php\n\n\nMelaka: RM1.80\n\nGandaan: Ya\nKalkulator Online :\u00a0https://fidyah.maim.gov.my/\n\n\nJohor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)\n\nGandaan : Ya\nLaman web:\u00a0https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah\n\n\nPahang: RM1.75\n\nGandaan : Ya\nKalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/\n\n\nTerengganu: RM1.75\n\nGandaan : Ya\nKalkulator Online :\u00a0http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php\n\n\nKelantan: RM1.75\n\nGandaan : Ya\nKalkulator online : https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php\n\n\nSarawak: RM1.75\n\nGandaan : Ya\n\n\nSabah: RM1.75\n\nGandaan : Ya\nKalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php\n\n\n\nSumber: JAKIM\nCara Kira Fidyah 2023\nHarga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.\nHarga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.\nBeras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.\nBagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :\nBilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.\nApa Itu Gandaan Fidyah?\nSekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.\nSebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).\nMaka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:\nTahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.\nBilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar\nSemoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah!\nBaca juga : \n\n5 Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah\nNiat Ganti Puasa Ramadan : Lafaz & Hukum Gabung Puasa Sunat\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/str-fasa-1/", "title": "STR Fasa 1 : Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan mula disalurkan pada 17 Januari 2023.\nRata-rata penerima bantuan sebelum ini menunggu tarikh bilakah wang akan disalurkan kepada penerima.\nNamun, ada berita gembira sejak malam tadi di laman sosial facebook ada yang berkongsi duit bantuan telah pun masuk ke akaun masing-masing.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran BTR Fasa 1 untuk makluman semua.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Tunai Rakyat (BTR) @ Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1\n\n \nTarikh Bayaran STR Fasa 1\n\n \nJumlah Bayaran\n\n \nSemakan STR Fasa 1\n\n \nKenyataan Media & Soalan Lazim\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBantuan Tunai Rakyat (BTR) @ Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 \nKerajaan dengan pimpinan perdana menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR. \nUntuk tahun 2023, BTR iaitu (Bantuan Tunai Rakyat) telah diumumkan dalam pembentangan Mini Bajet 2023. Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).\n\n\n\n\n\n\nTarikh Bayaran STR Fasa 1\nBantuan Tunai Fasa pertama diteruskan dengan pembayaran diawalkan pada Januari 2023 berbanding Mac.\nBayaran Bantuan Tunai Rakyat @ Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato\u2019 Sri Anwar Ibrahim akan disalurkan mulai 17 Januari 2023 (Selasa) secara berperingkat.\n\nSemoga penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat pada ketika ini.\nJumlah Bayaran \nTerdapat 2 kategori penerima Bantuan Tunai Rakyat yang dimaklumkan sebelum ini iaitu:\n\nKetua Isi Rumah (KIR) = RM300\nBujang = RM100\n\nSemakan STR Fasa 1\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 DIBUAT MULAI 17 JANUARI 2023.\nSemakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nSila rujuk panduan melalui infografik di bawah:\n\nKlik lok masjk MySTR\nMasukkan nombor Mykad pemohon\nPengesahan kata kunci keselamatan\nMaklumat yang akan dipaparkan :\n\nNama pemohon\nNo Mykad pemohon\nStatus permohonan\nMaklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)\n\n\nKlik menu Semakan Pembayaran Fasa 1\nMasukkan kata laluan\n\n\nDisertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.\n\nPenerima tunai juga boleh menebus bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.\n\nUntuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nKenyataan Media & Soalan Lazim\nKenyataan Media16 Januari 2023\nSumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)\nKerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.\nSelaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.\nMaka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.\nSaya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.\nPembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.\nPenerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.\nPenerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.\nSemakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.\nANWAR IBRAHIMPerdana Menteri\n\n\n\nMaklumat Lanjut\n\nLaman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nBantuan Tunai Rakyat Dijenamakan Sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)\nSemakan STR 2023 & Kemaskini Status Pemohon\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ambank-online-amonline/", "title": "Ambank Online: Login, Daftar & Aktifkan AmOnline Banking", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi kemudahan pengguna Ambank, pihak Ambank telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan internet Ambank Online untuk pelanggan mereka yang dikenali dengan nama AmOnline. \nMelalui perkhidmatan AmOnline, pengguna dapat melakukan pelbagai urusan kewangan antaranya semakan akaun, pemindahan wang, bayaran bil, bayaran perbankan internet, urusan kad kredit dan banyak lagi.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat kelayakan permohonan\n\n \nCara mendaftar Ambank Online\n\n \nCara daftar AmOnline melalui aplikasi telefon\n\n \nCara daftar AmOnline melalui laman web\n\n \nCara login akaun Ambank Online\n\n\nSyarat kelayakan permohonan \n\nBagi melayakkan anda mendaftarkan akaun AmOnline, anda perlulah mempunyai salah satu daripada kriteria berikut:\nAkaun Semasa atau Simpanan/-i AmBank yang dipautkan kepada Kad Debit AmBank.Kad Kredit / Kad-i AmbankPinjaman AmBank sama ada Sewa Beli / Pajak gadai / Pinjaman Peribadi / Pembiayaan\nCara mendaftar Ambank Online\nSecara umumnya, terdapat 2 cara mudah untuk mendaftarkan akaun anda iaitu:\nMelalui aplikasi AmOnline di telefon mudah alih andaMelalui laman web rasmi Ambank\nSetelah berjaya melakukan pendaftaran melalui salah satu cara yang disebutkan di atas, anda akan menerima mesej SMS pengesahan pendaftaran akaun Ambank Online anda. \nCara daftar AmOnline melalui aplikasi telefon\nMuat turun aplikasi AmOnline ke telefon mudah alih anda daripada salah satu pautan berikut:Play Store \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOSBuka aplikasi tersebut di telefon andaLihat pada bahagian carousel dan klik pada pada \u201cLet\u2019s Get Started\u201dKlik pada \u201cRegister to AMOnline\u201dLengkapkan maklumat yang diperlukanMasuukan no kad pengenalan dan nombor untuk dihubungiMasukkan nombor kad ATM dan nombor PIN atau masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC\nCara daftar AmOnline melalui laman web\nLayari laman rasmi AmOnline di https://ambank.amonline.com.my/web/Klik pada RegisterLengkapkan segala maklumat untuk log masuk akaun seperti Username, Password dan Confirm PasswordPilih \u201cSecurity Image\u201dKlik pada butang ContinueMasukkan Nombor Kad & PIN Kad anda ATAU Masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC\nCara login akaun Ambank Online\nSetelah berjaya melakukan pendaftaran AmOnline, anda boleh log masuk ke akaun anda dengan cara-cara berikut:\nLayari laman web rasmi AmOnlinePada halaman depan website tersebut, terdapat satu borang log masukMasukkan UsernameKlik pada butang Log In NowSahkan Securit Image. Jika benar klik pada butang YesMasukkan password andaKlik butang Log In \n"]} {"url": "https://ecentral.my/mco-sop-pkp/", "title": "MCO 3.0 SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan PKP 25 Mei 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan SOP PKP 3.0 yang akan berkuatkuasa bermula 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun.\nPKP 3.0 melibatkan seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.\n\n\n\n\n\n\nSOP am perintah kawalan pergerakan ini hasil rujukan rasmi dari portal Majlis Keselamatan Negara (MKN).\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMCO SOP PKP 3.0\n\n \nAktiviti dibenarkan:\n\n \nAktiviti tidak dibenarkan:\n\n \nSenarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan\n\n\nMCO SOP PKP 3.0\nBerikut senarai ringkas aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang perlaksanaan PKP 3.0 ini.\nAktiviti dibenarkan:\nSektor ekonomi yang dibenarkanMembeli atau mendapatkan barang keperluanMendapatkan rawatan kesihatan dan perubatanMenjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas kehakiman\nAktiviti tidak dibenarkan:\nPergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRMPergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRMSila rujuk Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan\n\nDownload SOP PKP 3.0 di portal rasmi MITI\nSenarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan\nBerikut senarai aktiviti yang dilarang sepanjang PKP 3.0:\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-persekolahan-baitulmal-2022/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021 MAIWP akan mula dibuka pada 21 Februari 2022 bagi permohonan sekolah luar wilayah.\nPermohonan untuk WARGANEGARA MALAYSIA dan tertakluk kepada syarat permohonan yang ditetapkan oleh MAIWP.\nBerikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara permohonan.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2022 MAIWP?\n\n \nSyarat Umum\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nLain-Lain Dokumen (Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan)\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP\n\n\nApakah Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2022 MAIWP?\nSkim ini diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan dengan tujuan membantu anak-anak asnaf bagi peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran.\nBaca juga: ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)\nSyarat Umum\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah\u00a0(Kira kelayakan Had al-Kifayah)\nDokumen Yang Diperlukan\nBorang permohonan \u2013\u00a0[Muat turun borang disini]Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)Satu salinan kad pengenalan:PemohonSuamiIsteriAnak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau\u00a0disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.\u00a0[ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.\u00a0[ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]*Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampungSatu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami\nLain-Lain Dokumen (Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan)\nKeluarga bercerai.:Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.Ahli keluarga telah meninggal dunia.:Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.Saudara baru.:Satu salinan kad memeluk Islam.Orang Kelainan Upaya.:Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).Pengidap sakit kronik.:Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.Sedang mengikuti pengajian di IPT.:Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.Keluarga bermasalah.:Satu salinan laporan polis/ surat penjara.Muflis.:Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT MAIWP\nCara Permohonan\nBorang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter \u2013kaunter Baitulmal MAIWP\u00a0\nKlik di sini untuk melihat senarai kaunter.\nMaklumat Lanjut Tentang Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi MAIWP melalui saluran berikut:\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Aras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh, 51200Kuala LumpurTelefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444\nFacebook: Baitulmal MAIWP\n"]} {"url": "https://ecentral.my/edana-mosti-malaysia-grand-challenge/", "title": "eDana MOSTI: Permohonan Insentif R&D (Malaysia Grand Challenge)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMulai 2021, MOSTI menawarkan pembiayaan dana penyelidikan dan pembangunan di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) yang diperluaskan kepada para pemohon dari kalangan syarikat-syarikat pemula (startups) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui agensi-agensi di bawah Kementerian menerusi Malaysia Grand Challenge.\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Malaysia Grand Challenge (MGC) yang disokong oleh dana pembiayaan MOSTI, bagi mengajak masyarakat bersama-sama cuba mengatasi permasalahan serta menambah baik kehidupan masyarakat, sistem ekonomi dan persekitaran sama ada di peringkat nasional mahupun global.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang Malaysia Grand Challenge oleh MOSTI.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMalaysia Grand Challenge (MGC) MOSTI\n\n \n5 Skim Dana Pembiayaan R&D MOSTI\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nMalaysia Grand Challenge (MGC) MOSTI\nMalaysia Grand Challenge (MGC) diperkenalkan untuk menggalakkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) negara. \n\n\n\n\n\n\nDana pembiayaan penyelidikan dan pembangunan ini akan memantapkan ekosistem R&D&C&I dalam negara bagi mencapai sasaran 3.5% Perbelanjaan Dalam Negara Kasar bagi Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. \nDana pembiayaan ini juga turut menyokong usaha Majlis High-Tech Nation dalam merangka hala tuju teknologi semasa dan masa hadapan pembangunan negara meliputi isu seperti kesihatan, alam sekitar, makanan, akses kepada teknologi dan keselamatan.\nMGC akan memperkenalkan pelbagai insentif dan langkah kolaboratif melalui penggunaan teknologi pengganggu (disruptive technology) dalam usaha mengarusutamakan bidang sains, teknologi dan inovasi, seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi.\nBaca juga: Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Dari 1 Februari 2021\n\n5 Skim Dana Pembiayaan R&D MOSTI\n5 skim Dana Pembiayaan R&D tersebut yang merangkumi spektrum tahap kesediaan teknologi (TRL) ialah\nDana Penyelidikan Strategik (SRF)Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1)Dana Pembangunan Teknologi 2 (Ted2)Dana Bridging (BGF)Dana Applied Innovation (AIF)\nDana pembiayaan ini juga turut menyokong usaha Majlis High-Tech Nation dalam merangka hala tuju teknologi semasa dan masa hadapan pembangunan negara meliputi isu seperti kesihatan, alam sekitar, makanan, akses kepada teknologi dan keselamatan.\nMGC bakal memberi manfaat dalam perkembangan inovasi, kreativiti dan kadar pengkomersialan produk tempatan melalui penggunaan teknologi lestari, seterusnya mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi serta inovasi luar.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT MAIWP\n\nSepuluh cabaran yang digariskan di bawah MGC ialah:\nTenagaPendidikanPerubatan dan Penjagaan KesihatanPertanian dan PerhutananAir dan MakananKebudayaan, Kesenian dan PelanconganAlam Sekitar dan BiodiversitiTeknologi dan Sistem PintarPerkhidmatan Perniagaan dan Kewangan Bandar Pintar dan Pengangkutan\nNota: MOSTI turut menawarkan pembiayaan Dana R&D baharu menerusi Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU). \nMaklumat Lanjut\nTalian HOTLINE eDana MOSTI: 03-8885 8314\nUntuk maklumat lanjut sila layari https://edana.mosti.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eperumahan-terengganu/", "title": "ePerumahan Terengganu: Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSISTEM PERMOHONAN RMM NEGERI TERENGGANU / ePERUMAHAN VERSI III\nSistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) telah dinaik taraf dan akan dibuka bermula 1 September 2021.\nBagi pemohon yang telah membuat permohonan pada versi 1 dan 2 pula perlu membuat kemaskini maklumat bermula 1 September hingga 31 Disember 2021.\nSila rujuk terma dan syarat di bawah sebelum memohon.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah ePerumahan Terengganu?\n\n \nSyarat Kelayakan Memohon Rumah Mampu Milik Terengganu\n\n \nRUMAH JENIS A\n\n \nRUMAH JENIS B\n\n \nCara Permohonan / Pendaftaran ePerumahan Terengganu\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah ePerumahan Terengganu?\nePerumahan Terengganu adalah sebuah Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu yang mengendalikan Skim Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu.\nMelalui sistem ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dan segala maklumat boleh didaftarkan dengan selamat.\nIni sejajar dengan hasrat Kerajaan Terengganu untuk menyediakan perumahan berkualiti untuk rakyat Terengganu dan pemastautin yang layak di negeri itu.\n\nSyarat Kelayakan Memohon Rumah Mampu Milik Terengganu\nRUMAH JENIS A\nPemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam danPendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.\nBagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohonIsteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.\nRUMAH JENIS B\nPemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.21 tahun keatasBerkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.\n\nBaca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021\nCara Permohonan / Pendaftaran ePerumahan Terengganu\nUntuk memohon Rumah Mampu Milik Terengganu, sila daftar secara online di laman web berikut:\nhttps://eperumahan.terengganu.gov.my\n\nRujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat permohonan:\nDaftar sebagai pengguna di https://eperumahan.terengganu.gov.my/Log masuk ke akaun andaPilih Kategori Rumah berdasarkan kelayakan anda.Kemaskini dan isi maklumat pemohon.Pilih projek bagi kategori beli rumah (sekiranya ada iklan).Hantar permohonan beserta dokumen lengkap.\n\nBaca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021\nMaklumat Lanjut\nPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU(BAHAGIAN PERUMAHAN)TINGKAT BAWAH NO.28,PUSAT NIAGA PAYA KELADI,20000 KUALA TERENGGANU.\nTelefon: + 09-626 7999 /+ 09-631 7999\nE-mel: [email\u00a0protected]\nLaman web: https://eperumahan.terengganu.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/login-str/", "title": "Login STR : Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.\nSelaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep \u2018Payung Rahmah\u2019 sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan Tunai Rahmah \u2013 Kategori Penerima Warga Emas, Bujang & Keluarga\n\n \nJumlah & Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4\n\n \nLogin STR : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)\n\n \nLupa Kata Laluan STR\n\n \nSemakan Status STR Fasa 3 & Pengkreditan Bayaran\n\n \nCara Membaca Status STR Terkini\n\n \nRayuan Bagi Pemohon Tidak Lulus\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nCara Permohonan / Semakan Kemaskini Maklumat Pemohon Penerima STR 2023\n\n\nApa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?\nSTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.\nBantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.\n\nSyarat Kelayakan Bantuan Tunai Rahmah \u2013 Kategori Penerima Warga Emas, Bujang & Keluarga \nBerikut adalah kategori penerima STR dan had umur yang ditetapkan : \n\nJumlah & Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4 \nTarikh bayaran STR akan dibuat dalam 4 fasa seperti berikut:\n\nFasa 1 : 17 Januari 2023\nFasa 2 : 5 April 2023\nFasa 3 : 26 Jun 2023\nFasa 4 : November 2023\n\nDi bawah adalah jadual dan jumlah bayaran yang akan diterima dari Fasa 1 hingga Fasa 4 :\n\nBerikut adalah jumlah bayaran tambahan Bantuan Tunai Rahmah yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :\n\nNOTA:\n\nPenerima kategori miskin tegar adalah mereka yang mempunyai rekod dalam data e-Kasih (ICU JPM)\nSumbangan tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas\n\nLogin STR : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)\nSemakan status pembayaran Fasa 3 boleh dibuat mulai 26 Jun 2023.\n\nLOG MASUK MYSTR\n\n\n\n\n\n\nMaklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.\n\nLogin STR\n\nLayari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my\nIsikan no kad pengenalan\nTekan butang SEMAK\nButiran anda akan dipaparkan seperti di bawah. \nKlik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.\n\n\nPendaftaran MySTR\n\nKlik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023\nMasukkan Maklumat Keselamatan\nMasukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan\nPendaftaran berjaya\n\nInfo terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.\nLupa Kata Laluan STR\nJika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:\n\nLayari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my\nKlik TERLUPA KATA LALUAN.\nNombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.\nMasukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.\nKlik butang SETERUSNYA.\nKata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.\nJika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.\nFrasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.\nKlik butang SETERUSNYA.\nIsi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.\nKlik butang TUKAR KATA LALUAN.\nTukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.\n\nPanduanPenggunaSTR_TerlupaKataLaluanDownload\nSemakan Status STR Fasa 3 & Pengkreditan Bayaran\nBagi STR Fasa 3, penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing. \nPembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun \u2013 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan\u00a0BSN Malaysia\u00a0mulai 26 Jun 2023.\nSemakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. \nBagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.\u00a0\n\nPembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:\n\nMempunyai Akaun Bank : Tarikh pembayaran mulai 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023 (Dikreditkan terus ke akaun bank)\nTiada Akaun Bank : Tarikh pembayaran mulai 26 Jun 2023 (Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)\n\nSumber : Kementerian Kewangan, 22 Jun 2023\nBerikut dikongsikan juga notis oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tunai / pengguna akaun BSN.\nUntuk makluman, penerima bantuan tunai perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.\nHanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.\n\nPastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.\nCara Membaca Status STR Terkini\nBagi anda yang telah membuat semakan, mungkin ada yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan LULUS \u2013 kerana terdapat 2 status lulus yang tertera.\nSalah satunya adalah berkaitan Kelulusan Asas STR, manakala satu lagi adalah berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).\n\nUntuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah adalah STR Tambahan berjumlah RM100 sebulan bagi 6 bulan untuk penerima miskin tegar yang mempunyai rekod dalam e-Kasih.\n\nSementara itu, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran Fasa 3.\nIni adalah kerana pemohon ini:\n\nTidak lulus permohonan STR 2023\nPerubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan\nLulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.\n\nSebarang semakan lanjut, rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ATAU rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran Fasa 3.\nRayuan Bagi Pemohon Tidak Lulus\nTempoh permohonan rayuan dibuka bermula 3 Julai hingga 31 Julai 2023.\nSila log masuk ke laman web STR ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login ) untuk membuat permohonan rayuan bagi yang berstatus TIDAK LULUS.\nSila lengkapkan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan rayuan.\nKaedah Permohonan Rayuan STR 2023:\n\nSecara Dalam Talian.\nSecara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.\n\nPermohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.\nRayuan Tambahan\u00a0tidak dibenarkan\u00a0kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.\nPerkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.\nSoalan Lazim \nSila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 melalui lampiran di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBilakah Pembayaran STR Fasa 3? Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 3 adalah seperti berikut:Ada Akaun Bank \u2013 Mulai 26 Jun 2023 secaraberperingkat. Tiada Akaun Bank \u2013 Tuntutan tunai di cawangan BankSimpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023.Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak? Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kategori, iaitu dari RM100 hingga RM1300 Siapakah yang layak menerima pembayaran pada STR Fasa 1? Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022. Bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 3? Pembayaran STR Fasa 3 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir STR / BKM 2022 seperti berikut:i. Kredit ke akaun bankPembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.ii. Tunai di Kaunter BSNPembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:a. Pembayaran terakhir STR / BKM 2022 adalah secara tunaib. Status pengkreditan gagal kreditc. Tiada maklumat akaun bank. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya adalah penerima bayaran STR Fasa 3? Semakan status bayaran boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui:i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 3; atauii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atauiii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atauiv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang); atauv. Hadir ke LHDNM yang berhampiran. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my? Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 3 seperti berikut:i. Klik Log Masuk MySTRii. Masukkan Nombor MyKad Pemohoniii. Pengesahan Kata Kunci Keselamataniv. Masukkan Kata Laluanv. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1vi. Maklumat yang akan dipaparkana. Nama Pemohonb. No Mykad Pemohonc. Status Permohonand. Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022 \nMuat turun PDF : \nSOALAN LAZIM (FAQ)SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 3) 2023\nCara Permohonan / Semakan Kemaskini Maklumat Pemohon Penerima STR 2023\nPendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\u00a0kini dibuka.\nRujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:\n\n\n\nMuat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):\nPanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharuDownload\nMuat Turun Borang Manual\n\nBorang Permohonan_STR 2023\nBorang Kemas Kini Maklumat Permohonan_STR 2023\nBorang Serahan Dokumen Sokongan_STR 2023\nBorang Pembatalan Permohonan_STR 2023\n\nCara membuat kemaskini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk melalui artikel : Kemaskini Maklumat Pemohon STR 2023 atau Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.\nKata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022\nSila rujuk portal rasmi STR 2023\u00a0di pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my\u00a0atau maklumat dari laman web rasmi Belanjawan 2023 https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html untuk keterangan lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/khairat-kematian-asb/", "title": "Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang tidak tahu bahawa pihak ASNB menyediakan khairat kematian ASB bagi setiap pendoposit yang melabur dalam saham terbitan PNB seperti ASB, ASN, ASW dan lain-lain lagi.\nMalangnya, ramai waris si mati tidak tahu atau tidak cakna akan perkara ini dan ini sudah tentulah satu kerugian bagi para waris pendeposit.\nAmanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan antara dana unit amanah yang cukup popular bagi golongan Bumiputera di Malaysia dan waris pendeposit layak mendapat khairat kematian sehingga RM2,000.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar khairat kematian\n\n \nProses permohonan\n\n\nKadar khairat kematian \n\nPihak PNB menyediakan bantuan khairat kematian ini dengan kadar berlainan bagi setiap individu yang mempunyai kadar simpanan yang berlainan dalam unit amanah mereka.\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah julat simpanan dan kadar khairat kematian yang ditetapkan:\nRM10 \u2013 RM4,999: Khairat kematian RM200 + bantuan RM800 bagi keluarga kurang berkemampuanRM5,000 \u2013 RM10,000: Khairat kematian RM1,000RM10,000 \u2013 Khairat kematian RM2,000\nWalau bagaimanapun, nilai ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara dan prestasi kewangan PNB.\nUPDATE: Dari laman ASNB, terdapat perubahan struktur baru khairat kematian seperti yang berikut:\nBawah 1,000.00 unit \u2013 RM200 1,000.00 unit dan ke atas \u2013 RM500\nProses permohonan\nTuntutan kematian ini mestilah dibuat dalam tempoh 6 bulan kematian pendeposit.\nJika tidak dituntut dalam tempoh 6 bulan ini, bantuan khairat kematian ini dikira hangus dan waris tidak lagi layak mendapatkannya.\nProses memohon bantuan khairat kematian ini adalah seperti yang berikut:\nSila hadir ke kaunter ASNB berdekatanBawa bersama dokumen penting seperti sijil kematian pendeposit atau pemegang akaun\nSelain itu, bagi pemegang akaun yang mempunyai simpanan kuranng daripada RM5,000 waris boleh membuat pengeluaran wang simpanan.\nSekiranya jumlah simpanan adalah melebihh RM5,000, kes ini mestilah dirujuk di Amanah Raya Berhad dimana proses pembahagian harta pusaka ini akan dibuat mengikut wasiat dan faraid.\nBerapa lamakah proses permohonan bantuan khairat kematian ini?\nBiasanya ianya mengambil masa 3 minggu hingga sebulan setengah. Tempoh ini mungkin agak lama tetapi sebagai waris, tuntutlah hak anda ini.\nBagi mengelakkan sebarang kelewatan memproses bantuan ini, pastikan anda menyediakan segala dokumen dan maklumat yang diminta. \nUntuk sebarang persoalan atau perubahan terkini (jika ada) mengenai khairat kematian ini, boleh rujuk di laman rasmi ASNB di pautan yang berikut https://www.asnb.com.my/asnbv2_5faq.php#khairat\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-persekolahan-mains/", "title": "Bantuan Awal Persekolahan Untuk B40 2022 MAINS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Awal Persekolahan MAINS 2022 sudah dibuka bagi yang berkelayakan.\nPermohonan boleh dibuat sehingga 15 Mac 2022.\nSila rujuk info lanjut di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022?\n\n \nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022\n\n \nDokumen Yang Diberlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022?\nBantuan Awal Persekolahan MAINS adalah salah satu daripada Skim Bantuan Zakat yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan setiap tahun.\n\n\n\n\n\n\nIa bertujuan membantu meringankan beban keluarga / ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada awal tahun bermula persekolahan.\nBantuan ini dibuka untuk ibu bapa / pemohon yang mempunyai anak-anak dari prasekolah (6 tahun) hingga Tingkatan 5.\nBaca juga: \nPendaftaran MUET Sesi 1 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan TerkiniProgram Anak Kebanggaan Pahang & Kad Pelajar Kebanggaan PahangSesi Persekolahan Penggal 3 KPM & Takwim Akademik 2022/2023\nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022\nUntuk makluman, berikut adalah syarat-syarat bagi pemohon\nWarganegara atau pemastautin tetap beragama IslamBermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahunTerbuka bagi Golongan B40 dan bantuan tertakluk kepada pendapatan isi tumah serta bilangan anak yang bersekolah.\n\nDokumen Yang Diberlukan\nBorang boleh didapati di link inihttps://www.mains.gov.my/v1/images/borang/borangsekolah.pdf\nSila sediakan dokumen berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon & pasanganSalinan MyKid / MyKad / sijil kelahiran tanggunganSalinan sijil nikah / sijil cerai / sijil kematian (jika berkenaan)Salinan penyata akaun bank / pengesahan akaun bankSlip gaji / Pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (jika bekerja)Salinan bil air & bil elektrik semasa tempat tinggal pemohon\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan bolehlah dibuat di Pejabat Agihan MAINS Daerah seperti di link di bawah.\nLokasi: Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri SembilanE-mel: [email\u00a0protected]Telefon : 06-765 1402 / 06-765 1405Laman web : https://www.mains.gov.my/\nSenarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & Cawangan: https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/kaunter-agihan\nPermohonan janji temu boleh dibuat melalui pautan https://www.mains.gov.my/temujanji/borang seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.\nSemasa hadir untuk janji temu, pelanggan-pelanggan hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (\u2018face mask\u2019) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.\nPelanggan-pelanggan juga perlu mendaftar masuk (\u2018check-in\u2019) dengan mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera dan mengambil bacaan suhu sebelum berurusan di kaunter MAINS.\nSemoga info ini dapat meringankan beban ibu bapa yang memerlukan. \nMohon sebarkan untuk yang memerlukan.\nTerima kasih!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-tabung-amanah-kpypj/", "title": "Tawaran Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Untuk Pelajar KYPJ Sesi 1/2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Untuk Pelajar KYPJ Sesi 1/2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah KPYPJ bagi tahun ini kini dibuka. \nPelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang berkelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.\nBaca Juga : Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 (RM500 / RM1000)\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nJenis Bantuan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTempoh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah bagi sesi 1/2022 dibuka dalam tempoh berikut :\n10 April hingga 10 Mei 2022\nJenis Bantuan\nJenis bantuan yang ditawarkan kepada pelajar adalah seperti berikut :\nSara DiriKeperluan Pengajian / PeralatanKos Rawatan / Perubatan\nSyarat Permohonan\nPelajar yang berminat untuk mohon bantuan ini perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nMerupakan pelajar KPYPJPendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,500Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPTN hanya layak memohon Bantuan Sara DiriPelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.\nCara Memohon\nPelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\nBORANG BANTUAN TABUNG AMANAH KPYPJ\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kolej Yayasan Pelajaran Johor melalui pautan di bawah : \nhttps://www.v2.kypj.edu.my/\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan yang ditawarkan, sila hubungi pegawai bertugas menerusi butiran di bawah :\nPuan Shuhaida 013 \u2013 724 7409Fiqa 013 \u2013 755 6348\nSemoga bantuan ini dapat meringankan beban pelajar KPYPJ dalam menjalani sesi pengajian pada waktu pandemik ini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/epeneroka-felda/", "title": "ePeneroka FELDA: Login, Daftar & Semakan Penyata Hutang Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi para peminjam wang FELDA, terdapat sebuah portal dikenali sebagai ePeneroka FELDA yang memudahkan peminjam untuk membuat semakan baki pinjaman secara dalam talian sahaja. \nPortal ePeneroka bukanlah sistem baru sebaliknya sudah wujud sejak tahun 2019 lagi namun mungkin ramai yang tidak menyedari akan kewujudannya.\nPortal ini boleh diakses oleh peneroka, pentadbir atau waris untuk membuat semakan Penyata Hutang pada bila-bila masa secara online sahaja.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBerita baik bagi peminjam pinjaman FELDA\n\n \nCara Daftar Pengguna Di Portal ePeneroka Felda\n\n \nCara Login Kali Pertama\n\n \nCara Semakan Penyata Hutang Melalui ePeneroka Felda\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBerita baik bagi peminjam pinjaman FELDA\nBerita baik bagi peminjam pinjaman FELDA apabila sempena Hari Peneroka FELDA 2021 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan pelupusan pinjaman FELDA sebanyak 80% daripada jumlah asal pinjaman. \n\n\n\n\n\n\nIni bermakna, peminjam hanya perlu menyelesaikan baki 20% yang dipinjam sahaja.\nPengumuman mengenai Pelarasan Pinjaman Peneroka & Bayaran Kembali (BK) ini dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan syarat-syarat tertentu seperti yang berikut:\nPeneroka yang tidak mempunyai pinjaman dengan Felda akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar yang akan ditentukan kemudian.Penghapusan penuh kepada peneroka bersama Felda yang mempunyai baki hutang di bawah RM5,000 yang juga akan menikmati insentif tanggungan kos tanam semula dengan kadar yang akan ditentukan kemudian.Peneroka bersama Felda yang mempunyai baki pinjaman RM5,001 hingga RM50,000 akan menikmati had bayaran kembali (BK) bulanan pinjaman lebih rendah.\nCara Daftar Pengguna Di Portal ePeneroka Felda\nUntuk mendaftarkan akaun dengan portal ePeneroka Felda, anda terlebih dahulu perlu ke Pejabat Rancangan Felda yang terdekat.\nPihak Pejabat Rancangan kemudiannya akan memberikan anda kata laluan yang boleh digunakan untuk masuk ke akaun di portal ePeneroka.\nAnda boleh menukar kata laluan yang diberikan ini setelah anda log masuk ke akaun ePeneroka anda buat pertama kalinya.\nCara Login Kali Pertama\n\nLayari portal ePeneroka di alamat https://eportal.felda.net.my/Di ruangan ID Pengguna, masukkan nombor kad pengenalan andaDi ruangan kata laluan, masukkan kata laluan yang diperolehi dari pihak Pejabat RancanganKlik butang \u201cLog Masuk\u201d\nAnda hanya diberikan 5 kali percubaan log masuk namun sekiranya selepas 5 kali anda masih gagal log masuk, akaun anda anda akan dikunci.\nSekiranya akaun anda telah dikunci, sila berhubung terus dengan pihak Pejabat Rancangan untuk memohon akaun anda di reset semula kata laluannya. \nCara Semakan Penyata Hutang Melalui ePeneroka Felda\nSila log masuk akan anda terlebih dahuluKlik pada kotak \u201cPenyata\u201d di halaman Laman UtamaKlik pautan dokumen dalam bentuk PDF yang berada di bawah kolum nama dokumenUntuk memuat turun penyata hutang tersebut, klik pada butang \u201cDownload\u201d\n\nBaca juga: \nBMT RISDA: Semakan Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (2022)Tawaran Kemasukan Ke Kolej Yayasan Felda 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi:\nLembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia. \nSila hubungi Pejabat Rancangan anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengakses Portal ePeneroka.\nTel: 03 2191 2191Faks: 03 2191 2590Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/str-bujang/", "title": "STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas, anda kini boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)!\nSudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?\nRujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?\n\n \nSyarat Kelayakan STR Bujang\n\n \nJumlah & Tarikh Terima Bayaran\n\n \nTarikh Bayaran STR Bujang\n\n \nCara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah\n\n\nApakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?\nSTR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan STR Bujang\nPemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:\ni) Bujang\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 21-59 tahun; dan\nPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\n\nNota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.\nJumlah & Tarikh Terima Bayaran\nJumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350\n\nNOTA: \nKadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:\n\nPenerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan\nMestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan\nSumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.\n\nTarikh Bayaran STR Bujang\nPenerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:\n\nFasa 1 (Januari) : RM100\nFasa 2 (April) RM100\nFasa 3 (Julai) : RM150\nFasa 4 (November) : RM0JUMLAH : RM350\n\n\nCara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah \nPendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\u00a0kini dibuka.\nRujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:\n\n\n\nMuat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):\nPanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharuDownload\n\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMAS KINI PERMOHONAN STR\n\nMuat Turun Borang Manual\n\nBorang Permohonan STR 2023\nBorang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR 2023\nBorang Serahan Dokumen Sokongan STR 2023\nBorang Pembatalan Permohonan STR 2023\n\nRujuk panduan kemaskini STR : Kemaskini Maklumat STR 2023 Pemohon\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-mengundi/", "title": "Cuti Pelepasan Pelajar IPT Pulang Mengundi PRU-15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Cuti Pelepasan Pelajar IPT Pulang Mengundi PRU-15\nMerujuk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 20 Oktober 2022 yang lalu berkenaan tarikh hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuat ketetapan dan meminta supaya semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cuti pelepasan untuk pulang mengundi yang diperuntukkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCuti Mengundi Pelajar IPT (PRU15)\n\n \nSiapa Yang Terlibat?\n\n \nTarikh Pelepasan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCuti Mengundi Pelajar IPT (PRU15)\nSepertimana sedia maklum, PRU15 telah ditetapkan pada 19 November ini. Dalam hubungan ini, berlandaskan semangat dan penguatkuasaan Undi18, pihak KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.\nKetua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua IPT membenarkan pelajar mereka untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing selama lima hari.\nMenurut beliau, tempoh tersebut cukup untuk memberi ruang kepada pelajar untuk pulang mengundi, sehubungan itu semua aktiviti pembelajaran perlu ditangguhkan.\nSiapa Yang Terlibat?\nIPT awam & swastaPoliteknikKolej Komuniti\n\nTarikh Pelepasan \nSetiap\u00a0institut pengajian tinggi (IPT)\u00a0akan memberi pelepasan kepada pelajar mereka pada 17 hingga 21 November ini (5 hari) untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\nSemua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, para pelajar boleh merujuk kepada pihak pentadbiran universiti dan IPT masing-masing.\nSila ikuti update terkini tentang PRU-15:\nPermohonan Undi Pos SPR Online Dalam & Luar Negara (PRU15)[TERKINI] Tarikh Penting PRU-15, Penamaan Calon & Hari Mengundi \u2013 SPRCara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online\nSiaran media Kementerian Pengajian Tinggi : https://www.facebook.com/MOHEOfficial\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rebat-elektrik-tnb-disember-banjir/", "title": "Semakan Rebat Bil Elektrik TNB 100% Akibat Banjir", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi meringankan beban lebih 72,000 pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir, TNB memberikan rebat 100 peratus secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.\nSelain itu, TNB juga menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang rebat TNB ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Rebat Elektrik 100% TNB?\n\n \nJumlah Rebat Bil Elektrik Bagi Mangsa Banjir\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTempoh Pemberian Rebat\n\n \nBagaimanakah Pengiraan Rebat Bil Elektrik Bagi Mangsa Banjir Dibuat?\n\n \nCara Permohonan / Pemberian Rebat\n\n \nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\n\n\nApakah Itu Rebat Elektrik 100% TNB?\nTenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara \u2018one-off\u2019 bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban mereka.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.\n\u201cRebat bil elektrik ini bermakna bil akan dipulangkan balik dan ia hanya \u2018one-off\u2019 bagi bulan Disember.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \nMySJ Trace Ganti Fungsi Checkout, Ini Cara Kemaskini Di Aplikasi MySejahteraPortal myTNB: Semak dan Bayar Bil TNB Secara Online\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pemberian rebat elektrik banjir ini.\nJumlah Rebat Bil Elektrik Bagi Mangsa Banjir\nPemberian rebat adalah dianggarkan berjumlah RM9 juta dan melibatkan anggaran 72,000 pengguna kediaman/domestik yang terjejas merangkumi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.\nPemberian rebat adalah berdasarkan keseluruhan jumlah penggunaan semasa termasuk kesemua komponen bil iaitu unit kegunaan kWj, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), diskaun (sekiranya ada), KWTBB (1.6%), Service Tax (6%) dan surcaj lewat bayar. \nPemberian rebat adalah tidak termasuk caj tunggakan bil elektrik dan bil anggaran terdahulu (sekiranya ada).\n\nSyarat Kelayakan\nPengguna yang terjejas dari kategori Kediaman (Domestik) dengan tarif A adalah layak menerima rebat bil elektrik ini.\nPengguna yang layak adalah melibatkan premis pengguna kategori Kediaman (Domestik) yang terjejas banjir / premis dinaiki air semasa banjir bulan Disember 2021 iaitu bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu dan Kelantan. \nPengguna dikenalpasti layak menerima rebat adalah pengguna di mana premis kediaman terjejas / premis dinaiki air semasa tempoh bencana banjir.\nTempoh Pemberian Rebat\nPemberian rebat adalah 100% bagi bil elektrik bulan Disember 2021 semasa tempoh banjir berlaku dan tiada jumlah dihadkan. \nPemberian rebat adalah berdasarkan tempoh pembilan Disember 2021 di mana;\nTempoh pembilan di antara 1hb \u2013 17hb Disember 2021, rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022.Tempoh pembilan di antara 18hb \u2013 31hb Disember 2021, rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021.\nPemberian rebat 100% adalah secara one-off untuk bil bulan Januari 2022.\nSila rujuk contoh bil di bawah:\n\nPenyata Rebat Bantuan Banjir yang akan diserahkan bersama bil elektrik bulan Januari 2022.\n\nJika bil Disember 2021 anda di antara 1 \u2013 17 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022Jika bil Disember 2021 anda di antara 18-31 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021\nBagaimanakah Pengiraan Rebat Bil Elektrik Bagi Mangsa Banjir Dibuat?\nPemberian rebat adalah berdasarkan keseluruhan jumlah penggunaan semasa bagi bulan Disember 2021 termasuk kesemua komponen bil iaitu unit kegunaan kWj, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), diskaun (sekiranya ada), KWTBB (1.6%), Service Tax (6%) dan surcaj lewat bayar. \nPemberian rebat adalah tidak termasuk caj tunggakan bil elektrik (sekiranya ada).\n\nCara Permohonan / Pemberian Rebat\nPemberian rebat akan diberikan secara automatik ke atas akaun pengguna yang telah dikenalpasti layak yang termasuk dalam senario di atas. \nNamun, jika anda mengalami banjir dan tidak tersenarai dalam penerima rebat ini, sila hubungi TNB CareLine atau Kedai Tenaga yang berdekatan dengan memajukan Borang Pengesahan Rebat Bantuan Banjir berserta pengesahan yang diperolehi dari agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Masyarakat.\nPihak TNB akan membuat semakan dan pengesahan susulan sebelum meluluskan pemberian rebat bagi pengguna yang layak. Tarikh akhir permohonan rebat kepada pihak TNB adalah pada 28 Februari 2022.\n\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nUntuk maklumat lanjut, layari\u00a0https://www.tnb.com.my/rebatbantuanbanjir\u00a0atau hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454; atauE-mel [email\u00a0protected]; atauKedai Tenaga yang berdekatan.\nLaman web rasmi TNB : http://www.tnb.com.my/Facebook TNB Careline : https://www.facebook.com/TNBCareline/\nSebarang pertanyaan berkaitan rebat ini bagi pihak TNB membantu anda, mohon majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya :\n1) Nama anda2) Alamat lengkap termasuk poskod3) Nombor telefon pertama4) Nombor telefon kedua\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-order-tealive/", "title": "Cara Order Tealive, Menu, Harga & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak mula berdiri sendiri pada tahun 2017, jenama Tealive mula kukuh sehingga berjaya melebarkan sayap ke luar negara seperti Filipina, UK, Australia, Vietnam dan Kemboja. Dengan tertubuhnya lebih 700 cawangan di serata negara, Tealive juga diangkat sebagai penerima anugerah Most Trusted Brand 2022.\nKekal sebagai minuman pilihan ramai rakyat Malaysia, anda wajib cuba aneka minuman yang menyegarkan di sini. Jom kita lihat cara order serta menu Tealive dan harga terkini.\n\nBaca Juga : Menu Baru Marrybrown & Promosi Terkini 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Order Tealive, Menu Serta Harga Terkini 2022\n\n \nCara Order Tealive\n\n \nMenu Tealive\n\n \nSnacks\n\n \nPromosi Tealive\n\n\nCara Order Tealive, Menu Serta Harga Terkini 2022\nCara Order Tealive\n1.Pilih Minuman\nPilih di antara variasi minuman seperti berikut :\nMilk TeaBang Bang SeriesCrafted TeaNishio Fine MatchaSmoothiesCocoCoffeeOatsem with Organic MilkSparkling JuiceFruit Tea\n2.Pilih Topping\n\n\n\n\n\n\nSesetengah minuman seperti Bang Bang dan Smoothies sudah disediakan topping.\n Namun anda boleh tambah topping dengan harga sekitar RM 1.10 hingga RM 2.00. Pilihan topping yang tersedia adalah seperti berikut :\nPearlGrass Jelly3Q JellyCoconut JellyBlack DiamondAloe VeraRed BeanOreoPudding\n\nPilih Saiz Minuman dan Customize Ikut Citarasa\nSesetengah minuman seperti Smoothies hanya tersedia dalam saiz Large. \nUntuk minuman lain, anda boleh pilih saiz Regular atau Large. \nUntuk upsize minuman ke Large, biasanya anda hanya perlu tambah sekitar RM 1 sahaja.\nAnda juga boleh customize minuman anda supaya kurang ais atau kurang gula.\nSesetengah minuman juga boleh disediakan panas. Jika berminat, anda boleh rujuk pada tearista.\nMenu Tealive\nFancy Melon\n\nMenuRegularLargeFancy Melon Milk with Pop Pop PearlsRM 11.80RM 12.90Fancy Melon Milk with Green Tea JellyRM 11.80RM 12.90Fancy Melon Smoothie with Pop Pop Pearls\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013RM 13.90Fancy Melon Smoothie with Green Tea Jelly\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013RM 13.90\nGula Aren (Hanya di cawangan Tealive Petronas)\u00a0\nMenuRegularLarge\u00a0 Black Diamond Milk with Gula Aren \u00a0RM 10.20RM 11.40Signature Coffee with Gula ArenRM 11.40 (Hot/Cold)\u00a0\nMilk Tea\n\nMenuRegularLargeHotClassic Roasted Milk Tea with Grass Jelly \u00a0RM 8.50RM 9.55RM 9.55Black Diamond Roasted Milk TeaRM 8.50\u00a0 RM 9.55 \u00a0RM 9.55Signature Brown Sugar Pearl Milk TeaRM 8.50\u00a0 RM 9.55 \u00a0RM 9.55Red Bean Pearl Milk TeaRM 9.55RM 10.60RM 10.60Hazelnut Milk TeaRM 8.50\u00a0 RM 9.55 \u00a0RM 9.55Earl Grey Milk TeaRM 8.50\u00a0 RM 9.55 \u00a0RM 9.55Malty Milk Tea (Horlicks)RM 8.50RM 9.55 \u00a0RM 9.55Original Milk TeaRM 7.40\u00a0 RM 8.50 \u00a0RM 8.50Classic Roasted Milk TeaRM 7.40RM 8.50RM 8.50\nCoco\n\nMenuRegularLargeHotMint Choc Smoothies Shaka Lava With Oreo Cookie Piece\u00a0RM 15.80\u00a0Signature Coco\u00a0 \u00a0RM 8.50RM 9.55RM 9.55Hazelnut CocoRM 8.50RM 9.55RM 9.55Malty CocoRM 9.10RM 10.20\u00a0Coco Smoothies with Oreo Cookies\u00a0RM 10.50\u00a0Milk Choc Shaka Lava with Oreo Cookie PieceRM 10.60RM 11.65\u00a0\nSmoothies\n\nMenuLargeStrawberry Pudding SmoothiesRM 10.60Mango Passion Fruit SmoothieRM 10.60Lychee Sago Tea SmoothieRM 10.60Malty SmoothieRM 10.60\nSignature Bang Bang\nMenuRegularLargeHotBang Bang Milk Tea with Brown SugarRM 9.10RM 10.20\u00a0Bang Bang Fresh Milk with Brown SugarRM 9.10RM 10.20\u00a0Bang Bang Chocolate with Brown SugarRM 10.20RM 11.25\u00a0Bang Bang Coffee with Brown SugarRM 10.20RM 11.25\u00a0\nCoffee\nMenuRegularLargeHotSignature CoffeeRM 10.20\u00a0RM 10.20LatteRM 10.20\u00a0RM 10.20Coco MochaRM 10.20\u00a0RM 10.20Hazelnut LatteRM 10.20\u00a0RM 10.20AmericanoRM 9.55\u00a0RM 9.55Black Diamond with Signature CoffeeRM 12.20\u00a0RM 12.20Coffee Smoothie Choc Shaka Lava with Oreo Cookie Pieces\u00a0RM 15.80\u00a0\nOatsem With Organic Oat Milk\n\nMenuRegularLargeHotBang Bang Oat Milk With Brown SugarRM 14.75RM 15.80\u00a0Oat Milk Pearl Milk TeaRM 12.60RM 13.65RM 13.65Oat Milk Coco LatteRM 12.60RM 13.65RM 13.65Oat Milk Coffee LatteRM 15.80\u00a0RM 15.80\nNishio Fine Matcha\n\nMenuRegularLargeHotNishio Fine Matcha Milk Tea with Red BeanRM 10.60RM 11.65RM 11.65Nishio Fine Matcha LatteRM 10.60RM 11.65RM 11.65Nishio Fine Matcha Smoothie with Red Bean\u00a0RM 13.25\u00a0\nFruit Tea\nMenuRegularLargeSparkling Mango Tea with Chia Seed or 3Q JellyRM 9.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 10.20Sparkling Passion Fruit Tea with Chia Seed or 3Q JellyRM 9.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 10.20Sparkling Lemonade Tea with Chia Seed or 3Q JellyRM 9.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 10.20Sparkling Lychee Tea with Chia Seed or 3Q JellyRM 9.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 10.20Sparkling Plum Tea with Chia Seed or 3Q JellyRM 9.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 10.20Sparkling Honey Lemon With Aloe VeraRM 9.55RM 10.60Sparkling Iced Plum CoolerRM 8.50RM 9.55\nCrafted Tea\nMenuRegularLargeHotRadiant Roselle TeaRM 8.50RM 9.55 \u00a0\u00a0Jasmine Green TeaRM 8.05RM 9.10RM 9.10Earl Grey TeaRM 8.05RM 9.10RM 9.10Rose Puer TeaRM 8.05RM 9.10RM 9.10Earl Grey Tea LatteRM 9.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 10.20RM 10.20Rose Puer Tea LatteRM 9.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0RM 10.20RM 10.20\nSnacks\nMenuHargaBoba GummyRM 4.50Nasi Lemak ChipsRM 9.90\nPromosi Tealive\nJangan lupa muat turun aplikasi Tealive dan dapatkan tawaran Beli 1 Percuma 1 pada setiap hari Khamis dari 3 petang hingga 6 petang. \n\nUntuk ketahui menu terkini serta promosi menarik dari Tealive, jangan lupa ikuti laman Facebook Tealive Asia. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/zakat-wezas-upsi/", "title": "Bantuan Zakat WEZAS UPSI Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran Bantuan Zakat Ijazah Sarjana Muda WEZAS UPSI kini dibuka kepada pelajar yang berkelayakan. \nWEZAS telah beroperasi di dalam menyediakan bantuan kepada golongan asnaf di UPSI lebih sedekad sejak penubuhannya sebagai sebuah unit kecil yang dikenali sebagai Unit Zakat dan Kebajikan.\nPada 1 Ogos 2020, penubuhan WEZAS sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang baru bagi menggantikan Unit Zakat dan Kebajikan membolehkan WEZAS bergerak secara lebih efektif dan efisien. \n\n\n\n\n\n\nWEZAS berperanan untuk membantu meringankan beban dalam kalangan pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian di UPSI.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan zakat yang ditawarkan dengan lebih lanjut.\nBaca Juga : Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Zakat Ijazah Sarjana Muda WEZAS\n\n \nCara Memohon / Carta Alir Permohonan Bantuan Zakat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Januari 2023 (Selasa).\nSyarat Permohonan Bantuan Zakat Ijazah Sarjana Muda WEZAS\nPelajar yang ingin memohon zakat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :\nBeragama IslamSedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana MudaPendapatan seisi keluarga kurang daripada RM 4,000.00Jumlah pinjaman atau tajaan yang diterima adalah kurang daripada RM 4,000.00 bagi satu semester.\n\nCara Memohon / Carta Alir Permohonan Bantuan Zakat\nCalon yang ingin memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\nMohon bantuan zakat secara atas talian di MyUPSI Student/ UniSIS Student (Finance \u2192 Zakat Fund)Pilih tarikh temuduga di MyUPSI Student/ UniSIS Student.Calon wajib hadiri sesi temuduga mengikut tarikh yang telah dipilih.Kelulusan oleh pihak WEZAS (30 hari dari tarikh temuduga dan penghantaran dokumen yang lengkap).Permohonan yang berjaya bakal menerima bayaran terus ke akaun (dalam tempoh 14 hari selepas tarikh kelulusan).\nNota :\nPelajar dinasihatkan untuk memastikan segala dokumen dan maklumat diperlukan adalah tepat dan benar.WEZAS berhak menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap. Permohonan juga dianggap akan terbatal jika di dapati maklumat yang dikemukan adalah palsu.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Zakat Ijazah Sarjana Muda WEZAS UPSI, sila hubungi Ustaz Azizi Husin di talian 013-623 2528 atau ikuti laman Facebook WEZAS UPSI di pautan https://www.facebook.com/wezasofficial/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-tabung-usahawan-wanita-kelantan-2021/", "title": "Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 (Maksima RM4000)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 dibuka bermula 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.\nUrus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal berkaitan inisiatif ini.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Tabung Usahawan Wanita Kelantan?\n\n \nSyarat Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021\n\n \nMuat Turun Borang Permohonan\n\n \nTentang Pusat Pembangunan Wanita Kelantan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Tabung Usahawan Wanita Kelantan?\nMelalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.\n\n\n\n\n\n\nBantuan ini diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja (wanita/beliawanis/ armalah/ OKU) bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan.\nSila rujuk syarat minima permohonan dan maklumat berkaitan di bawah.\nBaca juga: KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Sehingga RM3,600\nSyarat Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021\nUntuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/ beliawanis/ armalah/OKU)Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.Kadar bantuan maksima RM4,000.00 sahaja.\nMuat Turun Borang Permohonan\nBorang boleh dimuat turun di pautan berikut : https://bit.ly/36Gc7uU\nPermohonan adalah terhad.\nBaca juga: DanaNITA MARA 2021: Skim Pembiayaan Khas Wanita RM50,000\nTentang Pusat Pembangunan Wanita Kelantan\nPusat Pembangunan Wanita Kelantan atau dikenali sebagai PPWK telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah kelolaan Urus Setia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan. Pada hari ini, terdapat 45 PPWK di seluruh negeri Kelantan.\nSepanjang tempoh ini, PPWK telah membuka peluang yang sangat besar kepada golongan sasar iaitu wanita terutamanya armalah, beliawanis dan OKU. Kini di bawah kelolaan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Kerajaan Negeri Kelantan, PPWK terus mengorak langkah untuk melaksanakan agenda di bawah Dasar Wanita Kelantan.\nPPWK berperanan untuk memberikan kemahiran kerajinan tangan melalui bidang jahitan, kraftangan, masakan dan lain-lain bidang yang berkait rapat dengan wanita. Sepanjang tempoh operasi, pusat ini telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dan mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan wanita dan beliawanis tempatan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut, hubungi saluran berikut:\nUrus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darul Naim,15150 Kota Bharu, Kelantan.\nFacebook Unit Kemahiran Wanita : https://www.facebook.com/ukekwa/posts/4123143157783270Laman web: http://wanitakelantan.com/No telefon: 013-983 6911E-mel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-pemandu-maxim/", "title": "Cara Daftar Sebagai Pemandu Maxim", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda berminat untuk daftar sebagai pemandu Maxim?\nMaxim merupakan antara syarikat perkhidmatan pandu seru yang semakin meningkat popularitinya di Malaysia dan merupakan alternatif bagi perkhidmatan Grab, MyCar dan banyak lagi perkhidmat seumpamanya di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat mendaftar sebagai pemandu\n\n \nAplikasi khas untuk driver\n\n \nCara untuk mendaftar\n\n\nSyarat mendaftar sebagai pemandu\nHanya calon yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja yang akan dipertimbangkan untuk permohonan mereka sebagai pemandu Maxim:\n1. Warganegara Malaysia \u2013 Mesti ada IC biru sahaja. IC merah PR dan lesen memandu antarabangsa juga tidak di terima buat masa ini.\n\n\n\n\n\n\n2. Nama ada dalam cover note insuran kereta \u2013 Perlu mempunyai insuran kereta di mana nama driver ada di dalam insuran kereta. Status \u2018 all driver / any authorised driver \u2018 juga di terima.\n3. Ada kereta sendiri \u2013 Kena ada kereta sendiri, tak kira jenis kereta namun perlu tertakluk kepada syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan berkaitan umur, jenis dan keadaa kereta.\nJumlah komisen bergantung pada kawasan, promosi yang diadakan di bahagian tertentu perkhidmatan, dan syarat-syarat kerjasama. \nSekiranya syarat-syarat dipenuhi, anda boleh dapat peratusan minimum. \nMaklumat mengenai promosi dan parameter yang mempengaruhi pembentukan peratusan komisen, boleh diperiksa dibahagian \u201cHubungi Kami\u201d \u2192 \u201cTulis kepada pihak pentadbiran\u201d di laman sesawang\u00a0https://taximaxim.com/\u00a0atau dalam aplikasi\u00a0Taxsee Driver\u00a0untuk pemandu.\nAplikasi khas untuk driver\nSetiap pemandu Maxim akan menggunakan sebuah aplikasi khas bernama Taxsee Driver dan boleh didapati di Google Play dan App Store. \nUntuk memuat turun aplikasi Taxsee Driver ini, sila klik pada salah satu pautan di bawah ini:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengggunna iOSAppGallery \u2013 Untuk pengguguna Huawei\nCara untuk mendaftar\n\nProses permohonan untuk menjadi pemandu Maxim boleh dilakukan melalui laman web rasmi Maxim dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:\nLayari laman rasmi Maxim di alamat https://taximaxim.com/Pada bahagian menu, klik pada \u201cFor Drivers\u201d (English) atau \u201cUntuk Pemandu\u201d (Bahasa Melayu).Pada halaman berikutnya, klik pada butang \u201cRegisterPilih lokasi anda dan masukkan nombor telefonMasukkkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon mudah alih anda.Lengkapkan segala maklumat yang diminta dan muat naik segala dokumen tambahan yang diperlukan. \nSetelah permohonan anda sebagai pemandu telah lengkap, anda boleh mula mengambil tempahan.\nAplikasi Maxim akan menunjukkan semua maklumat pesanan, termasuk harga dan kaedah pembayarannya.\nRamai pengguna memilih pembayaran bukan tunai, yang sesuai untuk pembekal perkhidmatan dan pelanggan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembiayaan-niaga-darul-ehsan/", "title": "Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI): Pembiayaan Sehingga RM5000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat wanita terutamanya suri rumah di Selangor kerana permohonan bagi Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau NaDI telah dibuka.\nPengumuman mengenai skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan ini telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor dalam Belanjawan 2021 yang mana sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan.\nPengenalan skim pembiayaan ini bagi memberi peluang pinjaman modal wang bagi pemohon wanita yang ingin memulakan perniagaan, terutamanya setelah ramai yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19.\n\n\n\n\n\n\nSkim ini ditawarkan melalui Hijrah Selangor dan khusus buat wanita mewakil isi rumah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis pembiayaan\n\n \nDokumen yang diperlukan\n\n \nCara memohon\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nJenis pembiayaan\n\nBayaran semula pinjaman yang diberikan pula adalah ansuran secara mingguan antara 25 minggu (6 bulan) hingga 150 minggu (3 tahun).\nDokumen yang diperlukan\nPemohon yang berminat untuk memohon pinjaman melalui Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) ini perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memudahkan proses permohonan:\nGambar Berukuran Pasport 2 KepingSalinan IC PemohonPegesahan Akaun Bank AktifIsi Borang Permohonan HijrahSalinan Bill Utiliti Premis Atau Tempat Tinggal\nDokumen-dokumen yang dinyatakan di atas (kecuali gambar) mestilah dimuat naik dalam format PDF.\nCara memohon \nBagi individu yang berminat, anda dikehendaki untuk mengisi borang di pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login untuk dihubungi oleh pihak Hijrah Selangor.\nPemohon bagi skim NaDI ini tidak memerlukan lesen niaga dari SSM malah penyata akaun 3 bulan terkini juga tidak diperlukan.\nSkim NaDI ini juga tidak terhad kepada kaum Melayu dan Bumiputera sahaja sebaliknya turut dibuka untuk semua kaum seperti Cina, India dan lain-lain lagi.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini, boleh layari halaman web rasmi Hijrah Selangor di alamat \u00a0www.hijrahselangor.com\nSebagai alternatifnya, anda juga boleh menghubungi terus mana-mana cawangan Hijrah Selangor berdekatan tempat tinggal anda.\nBagi pemohon yang layak, diharapkan pinjaman yang diberikan dapat digunakan sebagai modal permulaan perniagaan dengan sebaiknya untuk menjana pendapatan bagi diri anda seterusnya mengubah nasib diri anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/check-baki-digi-prepaid/", "title": "Cara Check Baki Digi Prepaid", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda seorang pengguna perkhidmatan prepaid Digi, cara untuk semak baki Digi anda sebenarnya sangatlah mudah.\nSekiranya anda mempunyai bajet yang kecil, tidak menggunakan data/panggilan yang banyak dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan, maka memilih prepaid berbanding pelan postpaid atau pascabayar merupakan pilihan yang lebih.\nMalah, urusan topup kredit juga kini mudah kerana boleh dilakukan secara online, tidak perlu ke kedai semata-mata untuk topup kredit prepaid anda. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBaki Digi prepaid\n\n \nSemakan melalui Aplikasi MyDigi\n\n \nSemakan melalui portal Digi\n\n \nSemakan melalui Panggilan Dial Up\n\n\nBaki Digi prepaid \n\nTerdapat beberapa cara mudah untuk cek baki Digi prepaid dan anda boleh menggunakan salah satu cara berikut mengikut kesesuaian:\n\n\n\n\n\n\nAplikasi MyDigiPortal DigiPanggilan Dial Up\nSemakan melalui Aplikasi MyDigi\nPihak Digi telah memperkenalkan aplikasi ini untuk pengguna Digi tidak kira pengguna pelan Postpaid mahupun Prepaid.\nAnda boleh memuat turun aplikasi MyDigi daripada salah satu pautan yang berikut:\nGoogle Play\u00a0\u2013 Bagi pengguna AndroidApp Store\u00a0\u2013 Bagi pengguna iOS\nBagi mengelakkan peranti anda digodam, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi MyDigi dari sumber yang sah sahaja. \nSetelah muat turun, log masuk ke akaun anda dalam baki kredit prepaid anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.\nBagi pengguna pelan Prepaid, aplikasi MyDigi ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti yang berikut:\nSemakan baki kreditPenggunaan dataReload kreditReload data internet\u2026 dan lain-lain fungsi lagi\nMenariknya, dalam aplikasi ini anda juga boleh melihat tawaran dan promosi baru daripada pihak Digi yang pastinya lebih jimat dan berbaloi.\nSemakan melalui portal Digi\nAnda juga boleh membuat semakan baki kredit Digi melalui portal Customer Service Digi sendiri dengan mengikut langkah-langkah berikut:\nLayari portal Digi di pautan https://www.digi.com.my/Klik pada butang MyDigi yang terletak pada bucu atas kanan laman tersebutMasukkan nombor telefon/emel dan password. Bagi pengguna baru, klik pada tulisan RegisterSetelah log masuk, anda dapat melihat perincian akaun anda beserta baki Digi anda secara terus pada dashboard anda\nMelalui portal Digi juga, ada boleh melakukan pelbagai urusniaga lain seperti langganan e-Bill, bayaran bil, reload atau topup percuma dan banyak lagi.\nSemakan melalui Panggilan Dial Up \nIni merupakan kaedah paling mudah untuk menyemak baki kredit prepaid anda dengan membuat panggilan terus ke nombor *126#\nWalau bagaimanapun, panggilan ini hanya berfungsi sekiranya anda membuat panggilan terus daripada nombor Digi.\nAdakah anda pengguna Celcom? Cara Check Baki Celcom Prepaid Dengan Mudah!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/khaled-nordin-menteri-pengajian-tinggi/", "title": "Biodata Dato\u2019 Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDato\u2019 Mohamed Khaled Nordin telah diumumkan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. \nMerangkap Naib Presiden UMNO, beliau juga merupakan antara ahli yang mewakili parti Barisan Nasional dalam kabinet baharu ini. Dalam PRU15 yang lalu, beliau memenangi kerusi kawasan Kota Tinggi dengan majoriti 8,390 undi. \u00a0\nDato\u2019 Mohamed Khaled bukan figura asing dalam dunia politik dan kerajaan. \nKariernya sebagai Ahli Parlimen bermula tahun 1990 apabila memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru selama tiga penggal berturut-turut sehingga beralih ke kerusi Parlimen Pasir Gudang yang baharu dibentuk hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.\nSelain aktif berpolitik, beliau juga giat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan pernah dilantik sebagai Presiden Belia Negeri Johor, Presiden Persatuan Ragbi Johor, Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor serta Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.\nBeliau pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat persekutuan dari 2004 hingga 2013 dan Menteri Besar Johor dari 2013 hingga 2018.\n\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami ingin kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang serta biodata Dato\u2019 Mohamed Khaled Nordin.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiodata Dato\u2019 Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi\n\n \nPermulaan Dalam Bidang Politik\n\n\nBiodata Dato\u2019 Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi\nNama : Khaled bin Nordin\nTarikh Lahir : 30 November 1958\nTempat Lahir : Muar, Johor\nParti : UMNO\nPendidikan :\n\nSekolah Rendah Ledang, Muar\nSekolah Tinggi Muar\nMaktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru\nIjazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (1982)\n\nKerjaya :\n\nPegawai Undang-Undang, PETRONAS (1982)\nPengerusi Boustead Holdings Berhad (2020-2021)\n\n\nKerusi Bertanding Parlimen :\n\nPRU11- P159 PASIR GUDANG\nPRU12- P159 PASIR GUDANG\nPRU14- P159 PASIR GUDANG\nPRU15- P156 KOTA TINGGI\n\nKerusi Bertanding DUN:\n\nPRU13- P159 PASIR GUDANG N43 PERMAS\nPRU14- P159 PASIR GUDANG N43 PERMAS\n\nJawatan Dalam Kabinet dan Politik :\n\nSetiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987)\nSetiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986)\nExco Pemuda UMNO Malaysia (1993)\nKetua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993)\nKetua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995)\nKetua Penerangan UMNO Negeri (1998)\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998)\nTimbalan Menteri Kerja Raya\u00a0(1999)\n\u00a0Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004)\nNaib Presiden UMNO (2013-kini)\nMenteri Pengajian Tinggi (2008-2013)\nMenteri Besar Johor (2013-2018)\nMenteri Pendidikan Tinggi (2022)\n\nPermulaan Dalam Bidang Politik\nBeliau mula menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO bagi cawangan tersebut. \nSejak itu, kariernya dalam politik mula berkembang sehingga memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).\n\nSemasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor, beliau telah memperkenalkan gagasan Johor Berkemajuan yang mahu menjadikan Johor sebuah negeri maju beracuan sendiri yang mengimbangi pembangunan ekonomi dan budaya tinggi.\nDi bawah pentadbiran beliau, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor melepasi kadar purata nasional apabila mencatat 5.9 peratus, berbanding KDNK Malaysia 5.1 peratus.\nPada masa sama, beliau turut mengusahakan agenda Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa.\nMohamed Khaled sentiasa melakar pemikiran jauhnya melalui teks ucapan. Malah beliau dianggap pemimpin politik unik yang mempunyai buku koleksi teks ucapan sejak bergelar menteri sehinggalah menteri besar.\nMalah, teks ucapan beliau semasa bertugas sebagai Menteri Pengajian Tinggi dianalisis bagi mencungkil identiti kepemimpinannya melalui bahasa yang digunakan.\nSumber : Sinar Harian , Malaysia Gazette (Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM))\nBaca Juga : \n\nBiodata Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan \nBiodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia\nBiodata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar\nBiodata DS Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia\nBiodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia\nBiodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-sepanyol/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Sepanyol", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkuad bola sepak Sepanyol bakal memasuki Piala Dunia ke-12 berturut-turut dengan harapan untuk mencapai kejayaan buat kali pertama sejak 2010.\nWalau bagaimanapun, mereka bukan berada kumpulan yang mudah, kerana mereka perlu mengatasi juara dunia 2014 Jerman, serta gergasi Asia Jepun dan Costa Rica kendalian Bryan Ruiz.\nWalaupun begitu, Luis Enrique mempunyai rekod yang baik dengan pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol dan mempunyai kumpulan bakat yang sangat baik untuk dipilih skuad Piala Dunianya.\nTrio Barcelona Pedri, Gavi dan Ansu Fati adalah antara prospek paling hangat dalam pasukan ini manakala veteran berpengalaman seperti Sergio Busquets, Cesar Azpilicueta dan Alvaro Morata tahu apa yang diperlukan di peringkat tertinggi.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Sepanyol\n\n \nPenjaga gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Sepanyol\nSumber: One Football\nPenjaga gol\nNamaKelabRobert SanchezBrightonDavid RayaBrentfordUnai SimonAthletic Club\nPenjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon berkemungkinan menjadi penjaga gol pilihan pertama Luis Enrique untuk pasukan bola sepak Sepanyol di Piala Dunia.\nBeliau menangkis persaingan daripada Robert Sanchez dan David Raya untuk kekal sebagai pemain No.1 Sepanyol.\nPemain Manchester United, David De Gea adalah antara yang tersisih daripada skuad 26 pemain itu.\nPertahanan\nNamaKelabCesar AzpilicuetaChelseaHugo GuillamonValenciaPau TorresVillarrealEric GarciaBarcelonaAlejandro BaldeBarcelonaDani CarvajalReal MadridJordi AlbaBarcelonaAymeric LaporteManchester City\nSalah satu persoalan terbesar yang dihadapi Luis Enrique mengenai pertahanan Sepanyol ialah sama ada pemain tengah Paris Saint-Germain, Sergio Ramos harus menjadi sebahagian daripada skuad terakhir. \nDia telah kembali ke prestasi dalam kempen semasa, selepas mengalami masalah kecederaan musim lalu, tetapi tidak melakukan secukupnya untuk mendapatkan tempat di dalam pasukan bola sepak Sepanyol.\nCesar Azpilicueta, Dani Carvajal, Jordi Alba dan Aymeric Laporte semuanya adalah sebahagian daripada 26 pemain, dengan Sepanyol mempunyai banyak pilihan di belakang.\nEric Garcia telah terbukti sebagai pilihan yang boleh dipercayai, manakala perkara yang sama boleh dikatakan mengenai Pau Torres dan Alejandro Balde yang menggantikan Jose Gaya.\nPemain tengah\nNamaKelabSergio BusquetsBarcelonaMarcos LlorenteAtletico MadridPedriBarcelonaRodriManchester CityKokeAtletico MadridGaviBarcelonaCarlos SolerPSG\nBos Sepanyol, Enrique terpaksa meninggalkan beberapa nama besar ketika beliau berdepan dilema pemilihan yang sukar apabila datang ke bahagian tengahnya di Piala Dunia.\nTerdapat tempat untuk Sergio Busquets, Rodri, Pedri, Koke dan Gavi.\nTerdapat juga tempat untuk Carlos Soler dan Marcos Llorente, tetapi bintang Liverpool Thiago Alcantara adalah antara yang terlepas peluang dalam skuad bola sepak Sepanyol untuk kejohanan Piala Dunia kali ini.\nPenyerang\nNamaKelabAlvaro MorataAtletico MadridYeremy PinoVillarrealFerran TorresBarcelonaMarco AsensioReal MadridPablo SarabiaPSGDani OlmoRB LeipzigNico WilliamsAthletic ClubAnsu FatiBarcelona\nPablo Sarabia, Alvaro Morata dan Ferran Torres boleh menjadi tiga barisan hadapan Sepanyol di Qatar, tetapi terdapat lebih banya pilihan lagi untuk barisan hadapan Sepanyol daripada trio itu.\nSudah tentu ada Marcos Asensio dan Ansu Fati menunggu untuk menerkam jika mereka mendapat peluang manakala pemain-pemain muda seperti Yeremy Pino dan Nico Williams akan mengimpikan untuk melihat masa permainan juga.\nBaca juga: Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Belanda\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ikhtisas-smart-selangor-stdc/", "title": "Ikhtisas Smart Selangor: Tajaan Yuran Pengajian 10 Kursus TVET Di STDC", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKHTISAS SMART SELANGOR: Peluang mendapat TAJAAN YURAN PENGAJIAN oleh Kerajaan Negeri Selangor 2021\nPenawaran pengajian 10 kursus TVET di bawah Program INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS) kini ditawarkan di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Ikhtisas Smart Selangor dan STDC serta cara membuat permohonan dan mendapat tajaan yuran.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah STDC?\n\n \nBiasiswa Pendidikan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)\n\n \nBidang Kemahiran Yang Ditawarkan Di STDC Selangor\n\n \nCara Pendaftaran Biasiswa Ikhtisas Smart Selangor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah STDC?\nPusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau Selangor Technical Skills Development Centre yang dikenali sebagai STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.\nSTDC, dahulunya dikenali sebagai INPENS International College (INPENS) telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ketika ini INPENS berorientasikan bidang akademik. Walau bagaimanapun pada tahun 2006, INPENS telah menumpukan bidang TVET sebagai teras pendidikan. Seterusnya, bagi memperkasakan INPENS sebagai institusi TVET di Selangor, kerajaan Negeri Selangor telah membuat penjenamaan semula INPENS kepada STDC pada 25 Ogos 2020 yang \u00a0telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato\u2019 Menteri Besar Selangor, Dato\u2019 Seri Amirudin Bin Shari.\n\n\n\n\n\n\nTerletak di Kuala Selangor, kampus STDC mempunyai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap seperti kelas berhawa dingin, bengkel amali, dewan auditorium, pusat sumber, surau, kafeteria dan lain-lain. Bagi merangsang aktiviti ko-kurikulum, STDC mempunyai kemudahan rekreasi seperti padang bola sepak, futsal,bola jaring, badminton dan lain-lain. Selain itu, STDC mempunyai barisan Tenaga Pengajar (Instruktor) yang berkelayakan disamping kemudahan pembelajaran mengikut keperluan industri dan terkini.\nSTDC akan menumpukan bidang TVET bagi memenuhi kehendak industri dengan menjalinkan kerjasama yang bergerak ke arah industri 4.0. STDC bukan sahaja akan menawarkan kursus-kursus kemahiran dalam pelbagai bidang yang diperakukan dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Tenaga malah menawarkan kursus-kursus jangka pendek profesional dengan kerjasama industri. \nJalinan kerjasama atau \u201csmart partnership\u201d ini akan melahirkan pekerja mahir dan separa mahir serta usahawan yang memiliki keterampilan pembangunan peribadi, berkualiti dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri semasa dan akan datang. Seterusnya dapat membantu rakyat Selangor dalam meningkatkan taraf hidup serta pembangunan negeri selaras perkembangan terkini industri 4.0 dan ke arah Smart State.\nBiasiswa Pendidikan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)\nBiasiswa ini diberikan kepada pelajar oleh Badan Kerajaan dan juga swasta untuk membayar yuran pengajian tanpa perlu membayarnya semula kepada organisasi tersebut.\nINISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)\nSYARAT PERMOHONAN PROGRAM IKTISASS\nPemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:\nPemohon, Ibu & Bapa lahir di Negeri Selangor; atauPemohon, Ibu & Bapa telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 11 tahun (Pemohon perlu kemukakan Surat Pengesahan Bermastautin dan salinan sijil berhenti sekolah rendah (darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5)Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS 5 subjek (Bahasa Melayu dan Sejarah WAJIB LULUS dan 3 subjek lain).Permohonan borang yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL. (SILA RUJUK SENARAI SEMAK BORANG)Berminat dan bersedia untuk menamatkan pengajian di dalam bidang kemahiran teknikal.\nSenarai kursus yang di taja adalah semua kursus yang ditawarkan di STDC.\nBaca juga: MyVac: Pendaftaran Sukarelawan Bukan Kesihatan (Elaun RM50/Sehari)\nBidang Kemahiran Yang Ditawarkan Di STDC Selangor\nBidang kemahiran ditawarkan:\nAUTOMOTIFSEMBURAN CATMOTOSIKALSISTEM KOMPUTERELEKTRIKPENYAMANAN UDARATEKNOLOGI FESYENTERAPI SPAKULINARIPASTRI\nTawaran ini khas untuk para pelajar 18 tahun ke atas yang lahir di Selangor atau yang bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor (tertakluk pada terma & syarat di atas).\nPelajar Lepasan SPM sangat digalakkan untuk memohon.\nCara Pendaftaran Biasiswa Ikhtisas Smart Selangor\nBoleh DAFTAR SEGERA di https://stdc.edu.my/daftarsekarang.phpATAU http://www.wasap.my/60193424111/daftarSTDC\nSila semak dan baca segala syarat yang diperlukan dengan teliti sebelum mendaftar.\n\nBaca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2021/2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nAlamatSelangor Technical Skills Development Centre (STDC)Jalan Semarak45000 Kuala SelangorSelangor, Malaysia.Telefon603 3281 2619Faks603 3281 2627Email[email\u00a0protected]\nGunakan peluang keemasan ini khasnya anak Selangor!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-stam-2021-kisas/", "title": "Permohonan STAM 2021 KISAS (Sijil Tinggi Agama Malaysia Tingkatan 6)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Tingkatan 6 Ambilan Tahun 2021 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) telah dibuka.\nBagi calon yang berminat, sila rujuk info berikut untuk panduan permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah STAM?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Kemasukan STAM 2021 KISAS\n\n \nCara Permohonan STAM 2021 KISAS\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah STAM?\nSijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000.\nSTAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan bermula 15 Mac 2021 (Isnin) dan akan ditutup pada 29 Mac 2021 (Isnin).\nSyarat Kemasukan STAM 2021 KISAS\nSyarat kemasukan ke tingkatan 6 (STAM) Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)\nWarganegara malaysia.Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (spm)Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6C.Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab tinggi sekurang-kurangnya 6C.Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.I) Pendidikan Syariah IslamiahII) Pendidikan Al-quran & As-sunnahMemperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya Jayyid JiddanLulus ujian khas kelayakan (temuduga)Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam stam di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.\nCara Permohonan STAM 2021 KISAS\nUntuk membuat permohonan, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:\nhttps://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/borang-permohonan-ke-tingkatan-6-sijil-tinggi-agama-malaysia-stam-kolej-islam-sultan-alam-shah-kisas-ambilan-tahun-2020\nMuat turun borang di bawah dan isikan selengkapnya.\n\n\n\nBorang permohonan STAM 2021 yang telah lengkap diisi hendaklah sampai\u00a0sebelum atau pada 26 Oktober 2019\u00a0ke alamat berikut :\nPENGARAH,BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,ARAS BAWAH DAN 2,LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.\n(U.P: KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)\n(Muat Turun PDF) Borang permohonan ke tingkatan 6 STAM di KISAS\n*Anda juga boleh mengimbas kod-kod QR untuk syarat-syarat permohonan dan borang permohonan.\nBaca juga: PISMP 2021: Permohonan IPG Online Bagi Lepasan SPM\nMaklumat Lanjut\nUntuk makluman lanjut berkaitan , sila hubungi:\nBahagian Pendidikan Islam di talian 03-83217200 atau 03-83217300;Bahagian Pengurusan Asrama Penuh di talian 03-83217400; atauKolej Islam Sultan Alam Shah di talian 03-33711658 atau e-melkan kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-dana-ihsan-b40/", "title": "Tawaran Dermasiswa Dana Ihsan B40 Untuk Pelajar Diploma dan Sarjana Muda UTHM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran Dermasiswa Dana Ihsan B40 kini dibuka untuk pelajar UTHM yang berkelayakan.\nDermasiswa secara one-off ini diwujudkan bagi membantu para pelajar UTHM yang tergolong dalam B40 untuk meneruskan pengajian mereka di universiti tersebut.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Bagi Universiti Awam 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar Bantuan Dermasiswa Dana Ihsan B40\n\n \nPeringkat Pengajian\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan secara atas talian bermula 1 Jun 2022 hingga 15 Jun 2022.\nKadar Bantuan Dermasiswa Dana Ihsan B40\nKadar bantuan dermasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM 500 bagi setiap pelajar.\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nDiplomaSarjana Muda\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi membolehkan pelajar layak menerima bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nPelajar berstatus aktif.Pelajar merupakan pelajar tempatan.Pelajar dalam status hutang Yuran Pengajian sahaja layak memohon.Kategori pendapatan keluarga pelajar adalah B40 (keutamaan diberikan kepada keluarga pelajar yang mempunyai tanggungan yang ramai atau masih kecil, masih bersekolah, dan sedang melanjutkan pengajian).Pelajar yang telah mendapat banyak bantuan seperti Zakat dan bantuan-bantuan lain tidak akan dipertimbangkan.Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai penaja tetapi hanya kepada permohonan kali pertama sahaja dan dinasihatkan untuk memohon penaja. (Tahun 1 hingga Tahun 3)Bagi pelajar yang mempunyai penaja, permohonan boleh ditolak sekiranya tajaan masih berbaki.Keutamaan diberikan kepada pelajar yang aktif ko-kurikulum dan aktiviti kesukarelawanan.Tidak mempunyai rekod kesalahan tatatertib.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut iaitu:\nKlik pautan permohonan berikut https://forms.gle/WGVeYsy8hg5NVJHb6.Lengkapkan borang permohonan online tersebut.Pastikan semua maklumat diisiKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar borang permohonan tersebut.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Dermasiswa Dana Ihsan B40, sila klik laman web https://hep.uthm.edu.my/ yang berkenaan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/niat-puasa-6-syawal/", "title": "Niat Puasa 6 Syawal & Gabung Puasa Ganti (Qadha\u2019) \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSetelah selesai melaksanakan puasa Ramadan, umat Islam berpeluang untuk menunaikan Puasa 6 Syawal.\nTahukah anda apakah kelebihan puasa ini?\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Puasa Enam Syawal.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kelebihan Puasa Enam Syawal?\n\n \nCara Pelaksanaan\n\n \nLafaz Niat Puasa 6 Syawal\n\n \nHukum Gabung Puasa 6 Dengan Puasa Ganti\n\n \nQadha Puasa vs Puasa Syawal \u2013 Oleh Ustazah Asma\u2019 Harun\n\n\nApakah Kelebihan Puasa Enam Syawal?\nDalam kemeriahan kita meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas 2 tahun PKP, jangan lupa melaksanakan Puasa 6 tau!\nNak tahu kenapa? Ganjaran Puasa Sunat Enam di bulan Syawal ini amat besar!\nMenurut sebuah hadis:\n\u201cSesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun\u201d.\n(Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah)\n\nOleh itu, sementara kita masih mempunyai masa janganlah kita melepaskan peluang untuk meraih pahala puasa enam yang hanya datang setahun sekali ini!\nCara Pelaksanaan\nPuasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.\nTetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal (iaitu mulai 2 Syawal).\nIni kerana, melewatkannya akan menimbulkan rasa malas sedangkan bersegera melakukan ibadah adalah afdhal.\nLafaz Niat Puasa 6 Syawal\nLAFAZ NIAT PUASA 6 SYAWAL\n\n\n\n\n\n\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0639\u064e\u0646 \u0633\u0650\u0646\u064e\u0651\u0629\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0648\u064e\u0651\u0627\u0644\u064d \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u0639\u064e\u0627\u0644\u0649\nBacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin \u2018an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala \nMaksudnya: \u201cSahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\n\nNIAT PUASA QADHA\u2019 PUASA RAMADHAN\n\u0646\u0648\u064a\u062a \u0635\u0648\u0645 \u063a\u062f \u0639\u0646 \u0642\u0636\u0627\u0621 \u0641\u0631\u0636 \u0631\u0645\u0636\u0627\u0646 \u0644\u0644\u0647 \u062a\u0639\u0627\u0644\u0649.\nNAWAITU SHAUMA GHADIN \u2018AN QADHA\u2019I FARDI RAMADHANA LILLAAHI TA\u2019ALA.\nArtinya : \u201cSaya niat berpuasa besok dari mengqadha\u2019 fardu ramadhan Lillaahi Ta\u2019ala.\u201d\nNIAT GABUNG PUASA 6 DAN PUASA QADHA\u2019 (GANTI) BULAN RAMADAN\nCara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:\n\u201cSahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.\u201d\nBaca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka\nHukum Gabung Puasa 6 Dengan Puasa Ganti\nSaban tahun, persoalan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti kerap ditanya.\nBagi wanita khususnya, ramai yang inginkan kepastian sama ada ganti puasa boleh disekalikan dengan puasa enam.\n\nMenurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS.\nMeskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.\nRujuk: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3458-al-kafi-1275-bolehkah-niat-puasa-enam-dan-puasa-ganti-secara-serentak\nQadha Puasa vs Puasa Syawal \u2013 Oleh Ustazah Asma\u2019 Harun\nPUASA QADHA VS PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL: MANA SATU YANG PERLU DIDAHULUKAN ATAU BOLEH DISEKALIKAN\u00a0\nPandangan Ulama Mengenai Hal Ini\n\u2022 Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu MENGGABUNGKAN NIAT puasa enam di bulan Syawal dan puasa qadha.\nPANDANGAN PERTAMA: HANYA SAH PADA SATU NIAT SAHAJA\nSyaikhul Islam Zakaria al-Ansari (ulama di dalam mazhab Syafie) berpandangan, sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Syarqawi \u2018ala al-Tahrir;\n\u201cJika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk puasa qadha atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Pahala yang sempurna tidak akan diperoleh melainkan dengan hanya berniat puasa khusus untuk enam hari di bulan Syawal sahaja.\u201d\nPANDANGAN KEDUA: SAH NIAT KEDUA-DUANYA\nPandangan Imam Ramli, Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam Sulaiman al-Bujairimi, Imam as-Suyuthi dan ulama-ulama lain di dalam mazhab Syafie.\nImam Ramli (ulama mazhab Syafie) menukilkan dalam kitab Fatawa Imam Ramli iaitu:\n\u201cBahawa berhasil puasa qadha Ramadhan walaupun menggabungkan niat puasa qadha dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa enam hari di bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).\u201d\nImam Ibnu Hajar al-Haitami (ulama mazhab Syafie) pula membincangkannya dalam kitab al-Fatwa al-Kubra:\n\u201cJika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau jika diniatkan salah satu, maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.\u201d\nDalam kitab Hasyiah al-Bujairimi karya Imam Sulaiman al-Bujairimi (ulama mazhab Syafie) pula mengqiyaskan (menyamakan hukum) menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dan puasa qadha dengan pahala solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun seseorang itu tidak melakukannya. Beliau menyebutkan:\n\u201cTerhasil pahala solat sunat Tahiyatul Masjid dengan melakukan solat fardhu atau sunat yang lain, sama ada diniatkan atau tidak solat sunat Tahiyatul Masjid tersebut.\u201d\nHal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:\n\u201cApabila masuk salah seorang daripada kamu ke dalam masjid, hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk\u201d dan kerana itu juga, maksud ayat bagi \u2018solat sebelum duduk\u2019 yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah termasuk dengan melakukan solat fardu atau solat sunat yang lain.\nImam as-Suyuti (ulama mazhab Syafie) menjelaskan dalam kitab Asybah Wan Nadzoir:\n\u201cSekiranya seseorang berpuasa sunat, qadha atau nazar atau kafarah dan menggabungkan niat puasa sunat dengan wajib, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (niat secara umum) maka keadaan tersebut mengikut seperti hukum solat Tahiyatul Masjid.\u201d\nKHILAF ITU RAHMAT DAN PILIHAN, BUKAN BALA BAGI UMAT UNTUK MELAGAKAN\n\nPANDANGAN PERTAMA: PUASA QADHA TERLEBIH DAHULU\nYusuf al-Qaradawi cenderung untuk bersegera menggantikan puasa qadha terlebih dahulu:\n\u201cSaya memilih wanita itu mesti menggantikan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian barulah berpuasa sunat. Ini kerana, manusia tidak terjamin usianya. Orang sihat boleh jatuh sakit, orang muda akan menjadi orang tua dan orang yang kuat boleh menjadi orang yang lemah.\u201d\nPANDANGAN KEDUA: BOLEH MEMILIH SAMA ADA PUASA QADHA ATAU PUASA ENAM TERLEBIH DAHULU\nJumhur ulama menyatakan hujah berdasarkan firman Allah SWT:\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0633\u064e\u0641\u064e\u0631\u064d \u0641\u064e\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0623\u064f\u062e\u064e\u0631\u064e\nMaksudnya: \u201cDan sesiapa yang sakit atau dalam safar (bermusafir) maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.\u201d\n(Surah al-Baqarah: 185)Ayat tersebut tidak menyatakan bahawa wajib menggantikan puasa dengan kadar segera. Justeru, dibolehkan sekiranya ingin melakukan puasa enam di bulan Syawal terlebih dahulu berbanding puasa qadha.\nKESIMPULAN:\nMengikut pendapat yang muktamad, afdhal (lebih baik) mengasingkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha.Walau bagaimanapun, sah jika menggabungkan niat puasa enam di bulan Syawal dengan puasa qadha serta mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif (lemah).Dibolehkan puasa enam terlebih dahulu jika:\n1. Dibimbangi tidak sempat untuk puasa enam jika didahului puasa qada.2. Sihat walafiat untuk puasa qada selepas itu.\nNamun begitu, menyegerakan untuk menggantikan puasa terlebih dahulu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.\nWallahu A\u2019lam.\nRUJUKAN: Sumber asal oleh FB Ustazah Asma Harun\n1. Al-Quran2. Kitab Syarqawi \u2018ala al-Tahrir karya Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari3. Kitab Fatawa Imam Ramli karya Imam Ramli4. Kitab al-Fatwa al-Kubra karya Imam Ibnu Hajar al-Haitami5. Kitab Hasyiah al-Bujairimi karya Imam Sulaiman al-Bujairimi6. Kitab Asybah Wan Nadzoir karya Imam Suyuthi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-pizza-hut-malaysia/", "title": "Cara Order Pizza Hut, Menu, Harga & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak dahulu, Pizza Hut cukup sinonim di kalangan warga Malaysia yang ingin nikmati pizza segar bersama keluarga dan rakan.\n Tak hanya pizza, Pizza Hut juga menyajikan aneka hidangan lain seperti pastaa, chicken wings dan pelbagai hidangan sampingan yang cukup menyelerakan.\nBagi yang bercadang untuk nikmati Pizza Hut, jom kita lihat menu Pizza Hut serta harga terkini yang ditawarkan. \n\nBaca Juga : Senarai Kek Secret Recipe, Harga, Menu Bestseller & Promosi Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Pizza Hut\n\n \nMenu Pizza Hut : Pasta\n\n \nWingstreet (Chicken Wings)\n\n \nMenu Pizza Hut : Sides\n\n \nMenu Pizza Hut : Minuman\n\n \nPromosi Pizza Hut\n\n\nMenu Pizza Hut\nMenuRegularLargeKari Raya PizzaRM 38.90\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \u2013Heart Hawaiian ChickenRM 36.50 \u00a0 \u2013Heart Beef PepperoniRM 36.50\u00a0 \u2013Heart Chicken PepperoniRM 36.50\u00a0 \u2013Heart Aloha ChickenRM 36.50\u00a0 \u2013 Creamy Crispy ChickenRM 35.30RM 46.90Creamy Chicken FiestaRM 31.90RM 42.50Creamy Beef FiestaRM 31.90RM 42.50\nSupreme Pizza\n\nMenuPersonal PanPersonal Stuffed CrustRegular PanRegular Stuffed CrustLarge PanLarge Stuffed CrustBlazing SeafoodRM 16.90RM 19.90RM 35.30RM 40.30RM 46.90RM 53.90Chicken SupremeRM 16.90RM 19.90RM 35.30RM 40.30RM 46.90RM 53.90Hawaiian SupremeRM 16.90RM 19.90RM 35.30RM 40.30RM 46.90RM 53.90Island SupremeRM 16.90RM 19.90RM 35.30RM 40.30RM 46.90RM 53.90Super SupremeRM 16.90RM 19.90RM 35.30RM 40.30RM 46.90RM 53.90Triple ChickenRM 16.90RM 19.90RM 35.30RM 40.30RM 46.90RM 53.90\n\nMenuRegularNew Hand Crafted-Light & AiryLargeNew Hand Crafted-Light & AiryBlazing Seafood34.8045.80Chicken Supreme34.8045.80Hawaiian Supreme34.8045.80Island Supreme34.8045.80Super Supreme34.8045.80Triple Chicken34.8045.80\nFavorite Pizza\n\nMenuPersonal PanPersonal Stuffed CrustRegular PanRegular Stuffed CrustLarge PanLarge Stuffed CrustAloha ChickenRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Beef PepperoniRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Chicken DelightRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Chicken SensationRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Chicken PepperoniRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Deluxe CheeseRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Hawaiian ChickenRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Island TunaRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50Veggie LoverRM 14.50RM 17.50RM 31.90RM 36.90RM 42.50RM 49.50\n\nMenu Pizza Hut : Pasta\nSupreme Pasta\n\nMenuHargaAsam PedasRM 16.50Chicken Bolognaise SpaghettiRM 16.50Salami Olio SpaghettiRM 16.50Creamy Carbonara SpaghettiRM 16.50\nFavorite Pasta\nMenuHargaAglio Olio SpaghettiRM 13.50Chicken Pepperoni SpaghettiRM 13.50Classic Tomato SpaghettiRM 13.50\nWingstreet (Chicken Wings)\n\nMenuHargaKrispy Wings OriginalRM 12.90 (4 pcs) / RM 17.90 (6 pcs)Krispy Wings Tangy CheeseRM 13.90 (4 pcs) / RM 18.90 (6 pcs)Krispy Wings BBQRM 13.90 (4 pcs) / RM 18.90 (6 pcs)Roasted Wings New OrleansRM 15.90Roasted Wings Deli WingRM 9.80\nMenu Pizza Hut : Sides\nLimited Time Offer\n\nMenuHargaHuts Dalgona Lava CakeRM 11.90Huts Chocolate Lava CakeRM 11.90\nAll Time Favorite Sides\n\n\n\n\n\n\n\nMenuHargaPizzarittoRM 12.90Cinnamon RollRM 8.90Sausage BitesRM 9.90Chicken FriesRM 10.90Cheesy FlatbreadRM 5.50Cheesy PopsRM 11.40 \u00a0Mama Mia MeatballsRM 17.90Crispy Chicken PopsRM 12.00Cheesy Chicken FingersRM 10.70Tasty Chicken BitesRM 8.50Onion RIngsRM 8.40Garlic TwistRM 5.50 (4pcs) / RM 7.90 (6 pcs)Potato WedgesRM 7.10Sweet Potato FriesRM 7.90Crispy FriesRM 5.90Garlic BreadRM 4.90Mushroom SoupRM 4.90\nMenu Pizza Hut : Minuman\n\nMenuHargaRed BullRM 9.99Liptop Ice Lemon TeaRM 3.507 Up ReviveRM 3.50Peach TeaRM 3.50LemonadeRM 3.50Pepsi BlackRM 3.507 UpRM 3.50Mineral WaterRM 3.00PepsiRM 3.50Tropicana Twister (Orange)RM 7.70\nPromosi Pizza Hut\nBuat anda yang ingin nikmati Pizza Hut lebih jimat dengan rakan dan keluarga, anda boleh tebus pelbagai promosi bila anda beli secara atas talian.\nPromosi terkini yang ditawarkan buat masa ini di Pizza Hut adalah seperti berikut :\nPayday B1F1 Regular Favorite\n\nSyiok Personal (Harga bermula RM 6.00)\n\nSyiok Regular (Harga bermula RM 12.00)\n\nSyiok Large (Harga bermula RM 18.00)\n\nPizza Heart Combo A (Harga bermula RM 39.90)\n\nPizza Heart Combo B (Harga bermula RM 55.90)\n\n50% Off Kari Raya Pizza (Harga bermula RM 38.90)\n\nAwesome Loaded 3 Regular (Harga bermula RM 43.20)\n\nDouble Box FOC 2 Cup Drinks (Harga bermula RM 32.70)\n\nDouble Box Large (Harga bermula RM 54.20)\n\nBuy 1 Free 1 Mybox (Promosi Hari Isnin Sahaja)\n\nThe Looooooooooong Party Box (RM 99.00)\n\nThe Looooooooooong Party Box Combo (RM 99.00)\n\nKari Raya Pizza Combo 1 RM 5 Off\n\nKari Raya Pizza Combo 1 RM 7 Off\n\nKari Raya Pizza Combo 2 RM 5 Off\n\nKari Raya Pizza Combo 2 RM 7 Off\n\nKari Raya Pizza Double Box RM 5 Off\n\nKari Raya Pizza Double Box RM 7 Off\n\nKari Raya Pizza Big Box RM 5 Off\n\nKari Raya Pizza Big Box RM 7 Off\n\nMyboxduo (Harga bermula RM 30.00)\n\nMybox (Harga bermula RM 16.90)\n\nMybox Favourites Pasta Combo (Harga bermula RM 16.90)\n\nMybox Pizza With Red Bull (Harga bermula RM 16.90)\n\nMybox Pasta With Red Bull (Harga bermula RM 16.90)\n\nHut Value Meal 2 (Harga bermula RM 28.00)\n\nHut Value Meal Pasta 2 (Harga bermula RM 28.00)\n\nHut Value Meal 4 (Harga bermula RM 48.00)\n\nHut Value Meal Pasta 4 (Harga bermula 48.00)\n\nHut Value Meal 6 (Harga bermula 68.00)\n\nHut Value Meal Pasta 6 (Harga bermula 68.00)\n\nSyiok Combo 1 + 1 Side (Harga bermula RM 8.00)\n\nSyiok Combo 2 + 2 Sides (Harga bermula RM 15.00)\n\nSyiok Combo 3 + 3 Sides (Harga bermula RM 25.00)\n\nChicken Parmigiana Set (Harga bermula RM 21.90)\n\nChicken Parmigiana & Pilaf Rice set (Harga bermula RM 19.90)\n\nBig Box (Harga bermula RM 58.50)\n\nBig Celebration Deal 1 (Harga bermula RM 105.90)\n\nBig Celebration Deal 2 (Harga bermula RM 144.15)\n\nUntuk ketahui promosi terkini dan tawaran hebat dari Pizza Hut, sila layari laman Facebook Pizza Hut Malaysia.\nJom pesan Pizza Hut hari ini! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bayaran-balik-ptptn/", "title": "Cara Memohon Pertukaran Ujrah & Penangguhan Bayaran Balik PTPTN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIngin membuat penangguhan bayaran balik PTPTN? Atau ingin memohon pertukaran ujrah PTPTN?\nBerikut dikongsikan segala maklumat terkini yang perlu anda tahu tentang cara-cara memohon pertukaran Ujrah dan macam mana untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Memohon Pertukaran Ujrah\n\n \nPenangguhan Bayaran Balik PTPTN\n\n\nCara Memohon Pertukaran Ujrah\nSejak Disember 2008, PTPTN telah menukar bentuk pinjaman konvensional kepada Pinjaman Ujrah yang patuh syariah. \nWalau bagaimanapun, pinjaman konvensional yang dibuat sebelum Disember 2008 tidak bertukar menjadi Pinjaman Ujrah secara automatik.\nSekiranya peminjam dana PTPTN mahu menjadikan pinjaman mereka patuh syariah, peminjam harus memohon pertukaran pinjaman daripada konvensional kepada Pinjaman Ujrah.\u00a0\nPertukaran ini boleh menjimatkan kos pembayaran balik PTPTN antara 47% hingga 49%. \nIni kerana pinjaman konvensional PTPTN mengenakan kadar faedah 3%, manakala Pinjaman Ujrah hanya mengenakan kos upah 1% sahaja. \nProses pertukaran ini dibenarkan sejak 1 Ogos 2009 lagi.\n\n\n\n\n\n\nBagaimana Proses Pertukaran Boleh Dibuat?\nProses pertukaran ini akan melibatkan dua peringkat, iaitu:\nPermohonan pinjaman sekali lagi dalam bentuk Pinjaman Ujrah. Peminjam boleh mengunjungi mana-mana kaunter PTPTN seluruh negara untuk tujuan ini. Dokumen tawaran baharu untuk pertukaran akan diberikan dan perlu dikembalikan sebelum tamat tempoh sah laku iaitu dalam masa 14 hari.Tandatangan dokumen pinjaman baharu dengan jumlah pinjaman yang baharu dan Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu juga.\nLangkah-langkah yang perlu dibuat:\nMuat turun Borang Kemas Kini Maklumat di portal rasmi PTPTN (http://www.ptptn.gov.my) atau boleh ke mana-mana kaunter PTPTN untuk ambil borang.Hantar Borang Kemas Kini Maklumat ke kaunter PTPTN.Peminjam akan diberikan 2 set dokumen tawaran Ujrah. Setiap dokumen ini perlu dilekatkan setem hasil RM10.Serah semula dokumen lengkap di kaunter PTPTN atau poskan.Bayaran balik boleh mula dibuat mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu.\nProses ini perlu dilakukan kerana kedua-dua pinjaman berada di bawah prinsip yang berbeza iaitu konvensional dan syariah.\nAdakah Semua Peminjam Layak Membuat Pertukaran Kepada Pinjaman Ujrah?\nJika anda ialah peminjam konvesional yang belum lagi bertukar kepada Pinjaman Ujrah, maka anda layak membuat permohonan pertukaran. \nMalah, kalau peminjam sudah dikenakan tindakan penguatkuasaan pun, masih lagi layak membuat pertukaran ini, dengan beberapa syarat seperti dijelaskan di bawah.\nBagaimana pula kalau memiliki lebih daripada satu pinjaman? Misalnya, untuk kali pertama membuat pinjaman konvensional untuk ijazah, manakala kali kedua membuat Pinjaman Ujrah untuk sarjana.\nBagi kes seperti ini, peminjam diwajibkan membuat penggabungan pinjaman sebelum memohon pertukaran kepada skim Ujrah. Hal ini telah dikuatkuasakan sejak 1 Oktober 2014.\nSiapa Pula yang Tidak Layak Membuat Pertukaran?\nAda dua keadaan peminjam yang tidak layak membuat pertukaran, iaitu:\nMereka yang menerima Wang Pendahuluan Pendidikan (WPP) sahaja, tetapi bukan peminjam.Peminjam yang ada dua pinjaman, satu konvensional dan satu lagi Ujrah. Tetapi peminjam tidak bersetuju untuk membuat penggabungan kedua-dua pinjaman.\nPeminjam yang Menerima Notis Tuntutan /Peringatan Terakhir dan Peminjam yang Disenarai Hitam\nKedua-dua kategori peminjam ini juga layak memohon bertukar kepada Pinjaman Ujrah. Mereka dikira sebagai peminjam yang dalam proses tindakan penguatkuasaan atau telah dikenakan tindakan.\nBagi yang telah menerima notis peringatan terakhir atau tuntutan, boleh menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, semua kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada). Ini dikira sebagai komitmen pembayaran oleh peminjam. \nSelepas membuat pembayaran, peminjam boleh memaklumkan kepada PTPTN untuk proses pertukaran kepada Ujrah.\u00a0\nBegitu juga peminjam yang disenarai hitam, mereka perlu membayar sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan. \nNama mereka akan dikeluarkan daripada senarai hitam selepas itu, dan mereka boleh memulakan proses pertukaran kepada Ujrah.\nPenangguhan Bayaran Balik PTPTN\nApabila membayar balik pinjaman PTPTN, peminjam perlu membayar pokok pinjaman, kos upah, perlindungan takaful, cukai hasil dan lain-lain pembayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.\nBayaran balik sepatutnya bermula pada bulan ke-13 selepas tamat pengajian, walaupun notis belum sampai ke tangan peminjam. Oleh itu, peminjam ada tempoh 12 bulan sebelum kos upah (ujrah) mula dikenakan.\u00a0\nKatakanlah selepas 12 bulan, peminjam masih belum dapat membayar balik PTPTN kerana sebab-sebab tertentu, maka bolehlah memohon tangguh.\nNamun, PTPTN memberi kelayakan penangguhan kepada empat golongan sahaja iaitu:\u00a0\nMereka yang tamat pengajian, kemudian sambung belajar lagi sepenuh masa. Tempoh penangguhan ialah sehingga pengajian terkini tamat.Mereka yang mengikuti kursus berkembar dengan institusi luar negara (2+1 atau 2+2). Seperti yang diketahui, mereka ini mendapat pinjaman PTPTN untuk tempoh di dalam negara sahaja, tetapi tidak di luar negara. Jadi sepanjang tempoh belajar di luar negara, mereka diberi tangguh.Mereka yang terpaksa \u2018extend\u2019 atau mengambil semester tambahan/lanjutan. Tempoh penangguhan hanya mengikut semester yang diizinkan oleh universiti masing-masing.Tidak bekerja. Tempoh penangguhan boleh dimohon setiap 6 bulan, selama 24 bulan keseluruhan. Jadi peminjam tidak boleh leka dan berasa selesa tetapi tetap perlu berusaha mencari pekerjaan dan membayar pinjaman.\nSelain 4 kategori ini, PTPTN tidak akan memberi kelonggaran.\nCara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN\nAda dua cara untuk memohon penangguhan:\nTulis surat rasmi kepada PTPTN untuk meminta penangguhan, atau\u00a0Muat turun borang penangguhan bayaran balik di sini.\nBeberapa dokumen sokongan perlu disediakan untuk tujuan ini:\nMereka yang menyambung pengajian, sertakan surat tawaran pengajian terkini dari IPT tempat sambung pengajian. Surat ini mesti menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;Mereka yang belum mendapat kerja, sediakan surat akuan sumpah tidak bekerja;Sertakan juga penyata KWSP terkini atau surat pengesahan KWSP menunjukkan peminjam belum mencarum.\nPermohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.\nUntuk maklumat lanjut tentang proses pertukaran Ujrah dan penangguhan bayaran balik PTPTN, anda boleh rujuk portal rasmi PTPTN di sini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/yayasan-penyayang-iskandar-puteri/", "title": "Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) kini menawarkan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT kepada semua komuniti yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 6 Oktober 2022.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui syarat-syarat serta kaedah permohonan. \nBaca Juga : Tawaran Biasiswa IPT & Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat-Syarat Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri\nCalon perlulah memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\u00a0Pemohon adalah warganegara Malaysiayang tinggal dalam Kawasan MBIP.Calon bakal melanjutkan pengajian ke semester pertama di Peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA.Calon telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.Calon merupakan lepasan SPM/STAM/STPM.Permohonan hanya terbuka kepada\u00a0 golongan yang berpendapatan isi rumah RM 3860.00 dan ke bawah (B40).\n\nCara Memohon\nCalon boleh kemukakan permohonan dengan mendapatkan borang di Pejabat YPIP (Waktu Pejabat) atau muat turun borang di bawah.\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga dikehendaki untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / SwastaSalinan keputusan SPM/STAM/STPMSalinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua isi rumahSalinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, si hubungi YPIP di talian :\n07-556 988407-559 0766016-752 0652\nCalon juga boleh terus hadir ke Pejabat YPIP di alamat :\nAras 3,Wisma MBIP Skudai,81300 Skudai,Johor.\nFacebook : https://www.facebook.com/yayasanpenyayangiskandarputeri\nLATARBELAKANG YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI\nYayasan Penyayang Iskandar Puteri adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).\u00a0Penubuhan YPIP adalah bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan menaik taraf sosio ekonomi masyarakat setempat dengan menganjurkan program-program melalui 4 biro iaitu Biro Kebajikan, Biro Pendidikan, Biro Usahawan dan Biro Belia & NGO.\nBaca juga: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022: Senarai Bantuan Tunai & Insentif Untuk Rakyat Johor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rindu-kasih/", "title": "Drama Rindu Kasih : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Ep 1-15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda antara penonton Drama Rindu Kasih yang sedang menjadi bualan hangat netizen ketika ini? Memang tak dinafikan plotnya cukup menarik untuk diikuti. \nLakonan mantap daripada nama-nama besar dalam industri drama tempatan seperti Amyza Aznan, Ummi Nazeera dan Izzue Islam pula berjaya menyentuh hati ribuan penonton sehingga membuatkan ramai tertunggu-tunggu untuk ketahui kesudahannya. \u00a0\nJom kita semak serba sedikit info mengenai drama Rindu Kasih yang sedang trending ketika ini. \u00a0\n\nBaca Juga : All Together Now Malaysia Season 2 (ATNM2) 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSinopsis Drama Rindu Kasih\n\n \nSenarai Pelakon\n\n \nSedutan Episod 1-15\n\n\nSinopsis Drama Rindu Kasih\nSelepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) \u00a0menjadi tidak tentu arah. Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya, Salina (Ummi Nazeera) yang baru berusia beberapa bulan.\nKhalid membesarkan Salina sendirian dan terpaksa menyembunyikan kisah sebenar mengenai ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dalam pengedaran dadah bersama kekasih lamanya dahulu.\nSejak kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam). Bapa Amir iaitu Zamani (Nik Ramly) juga bersahabat baik dengan ayah Salina.\nWalaupun berpendidikan tinggi, Amir tetap memilih untuk menetap di kampung bagi menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Amir juga mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu untuk mengahwini Salina.\n\n\n\n\n\n\nKonflik bermula apabila perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah.\n\nSalina bukan sahaja sering mendapat layanan buruk, malah Halijah juga sering menganggap menantunya biadab kerana tidak mendapat didikan daripada seorang ibu.\nApabila Salina tahu kisah mengenai ibunya, dia nekad untuk lakukan jenayah dan sanggup dipenjara bagi membuktikan kepada Halijah yang dia masih mampu untuk merasa kasih sayang daripada seorang ibu walaupun sedang meringkuk dalam penjara.\nApakah kesudahan Salina dan Amir? Kalau nak tahu, anda kenalah tonton hingga episod terakhir.\n\nSenarai Pelakon \nDiarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) di bawah terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn Bhd, Rindu Kasih diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air seperti berikut :\nWatakPelakonShidaAmyza AznanKhalidArash MohdSalinaUmmi NazeeraAmirIzzue IslamZamaniNik RamlyHalijahFazlina Ahmad DaudMurniEzzaty AbdullahIqbalMeor MohdSitiAyu AzlinaAminIskandar ShahSupriYamin Abu BakarTiniSiti Rohani DollahSofiaElly SuhailiKamilHairi Ab Ghani\nDrama Rindu Kasih mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 16 November 2022 pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam.\nSedutan Episod 1-15\nEPISOD 1 \u2013 15\n\n\n\nEPISOD 2 \u2013 https://youtu.be/ZkivjThqpcQ\nEPISOD 3 \u2013 https://youtu.be/_ExBPA5aW3g\nEPISOD 4 \u2013 https://youtu.be/qIofyJR9BDg\nEPISOD 5 \u2013 https://youtu.be/yN-p44MqNoQ\nEPISOD 6 \u2013 https://youtu.be/8fKEauJDJVQ\nEPISOD 7 \u2013 https://youtu.be/nYZ8GhPsG-0\nEPISOD 8 \u2013 https://youtu.be/vsbXP3wdKVA\nEPISOD 9 \u2013 https://youtu.be/fgKnqYTxNMo\nEPISOD 10 \u2013 https://youtu.be/HKCdD8U6EK0\nEPISOD 11 \u2013 https://youtu.be/ieA50yxex3M\nEPISOD 12 \u2013 https://youtu.be/PkB8hLYlW20\nEPISOD 13 \u2013 https://youtu.be/s5HC7-9oN04\nEPISOD 14 \u2013 https://youtu.be/In5aOBPDjAM\nEPISOD 15 \u2013 https://youtu.be/CJK4B2amNvU\nAnda juga boleh strim drama ini melalui platform streaming Disney+ Hotstar atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.\n\n\n\nUntuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3 menerusi pautan berikut :\nFacebook : https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA\nTwitter : https://twitter.com/tv3malaysia\nYoutube : https://www.youtube.com/@tv3malaysia\nInstagram : https://www.instagram.com/tv3malaysia/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/smp-upm/", "title": "SMP UPM: Login & Kemaskini Maklumat Pelajar UPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem Maklumat Pelajar UPM atau singkatannya SMP UPM merupakan sistem dalam talian yang dibangunkan khusus untuk pelajar di Universiti Putra Malaysia.\nBagi yang tidak tahu, UPM mempunyai 2 cawangan iaitu kampus utama di Serdang, Selangor dan sebuah lagi kampus terletak jauh di Bintulu, Sarawak.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang UPM dan pengaplikasian Sistem Maklumat Pelajar secara atas talian.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Universiti Putra Malaysia\n\n \nKepentingan Sistem Maklumat Pelajar SMP UPM\n\n \nCara Daftar SMP UPM\n\n \nKemaskini maklumat\n\n \nLupa Kata Laluan\n\n \nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\n\n\nPengenalan Universiti Putra Malaysia\nUPM merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia. \nEntiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang, iaitu bersebelahan dengan Wilayah Pentadbiran Putrajaya. \nSebagai sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani.\n\n\n\n\n\n\nDalam QS World University Ranking 2023 yang terkini, UPM dinobatkan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia dan menduduki tangga ke 123 di dunia.\n\nBaca juga: Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)\nKepentingan Sistem Maklumat Pelajar SMP UPM\nSistem ini merupakan sistem utama universiti yang menyimpan semua maklumat berkaitan dengan pelajar UPM daripada mendaftar hingga bergraduasi.\nSistem ini menyediakan kemudahan aplikasi untuk proses pengambilan pelajar baru, maklumat akademik pelajar dan maklumat peribadi pelajar.\nPengguna utama bagi sistem SMP UPM ini adalah pelajar, pensyarah dan staf UPM.\nCara Daftar SMP UPM\nSekiranya anda pengguna baru dan belum mempunyai akaun di sistemn SMP UPM, ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar:\nLayari laman pendaftaran SMP di alamat https://smp.upm.edu.my/Lengkapkan segala maklumat yang diminta seperti Nama, Status Kewarganegaraa, Nombor Kad Pengenalan, ID Pengguna, Kata Laluan, Nama Ibu dan EmelTulis semula Captcha yang dipaparkan dalam gambarKlik butang \u201cDaftar Akaun\u201d untuk melengkapkan proses pendaftaran\nAnda akan diberikan UPM ID dan juga kata laluan.\nCara Memasuki Sistem?Untuk pengguna sedia ada:Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda dalam Daftar Pemohon.\nKemaskini maklumat\n\nSetelah selesai proses pendaftaran, maka anda boleh log masuk ke akaun anda untuk mengemaskini maklumat terkini anda.\nLog masuk akaun SMP UPM anda melalui halaman utama di alamat https://smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpSetup?TX=3451853202325714Lengkapkan maklumat diri anda seperti nama waris, maklumat akademik, aktiviti kokurikulum dan sebagainya.\nLupa Kata Laluan\nJika lupa kata laluan, klik\u00a0Lupa Kata Laluan\nAnda boleh menetapkan semula kata kunci anda.\nPada halaman utama SMP, perhatikan tulisan di bawah butang \u201cLogin\u201d.\nSekiranya anda seorang pelajar, klik pada \u201cUPM Student\u201d dan sekiranya anda seoang Staf UPM, maka klik pada \u201cUPM Staff\u201d.\nPada halaman berikutnya, masukkan UPM-ID anda untuk melengkapkan proses reset password anda.\nWalau bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh digunakan sekiranya pengguna telah memilih set soalan dan jawapan untuk menetapkan semula kata laluan mereka. \nJika anda belum pernah menentukan set soalan dan jawapan, mungkin anda tidak akan dapat meresetkannya kembali.\nUntuk Pemohon Baru:Klik Disini\u00a0untuk daftar pemohon baru\nMaklumat Lanjut & Pertanyaan\nMasalah Daftar?Sila baca semula arahan pada menu \u201cCara Memasuki Sistem?\u201d.\nSila emel maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan di[email\u00a0protected]\u00a0atau hubungi03-97697779 (Bacelor Perakaunan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan) 03-97693704 (Bacelor Komunikasi)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-jumaat/", "title": "Solat Jumaat: Niat, Syarat Wajib, Syarat Sah & Panduan Ringkas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSolat Jumaat merupakan solat fardu 2 rakaat pada hari Jumaat bagi menggantikan solat zuhur yang diiringi dengan khutbah Jumaat.\nNiat solat Jumaat juga berbeza dengan solat fardhu yang lain.\u00a0\nUmat Islam dituntut untuk datang awal ke Masjid menunaikan solat fardu Jumaat bagi meraih ganjaran daripada Allah SWT.\nDari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda : \u201cPada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu-pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila Imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut)\u201d. [HR Bukhari No. 3211]\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHukum & Tuntutan\n\n \nHikmah Disyariatkan\n\n \nSyarat Wajib Solat Jumaat\n\n \nSyarat Sah\n\n \nNiat Solat Jumaat\n\n \nPanduan Solat\n\n\nHukum & Tuntutan\nBagi Mazhab Shafie, hukum menunaikannya adalah Fardu Ain, iaitu wajib ke atas setiap mukallaf lelaki yang sudah baligh dengan syarat-syarat tertentu.\nSolat ini wajib ditunaikan secara berjemaah di masjid dengan sekurang-kurangnya 40 orang jemaah yang tinggal tetap di kawasan tersebut.\nTuntutan menunaikan Solat Jumaat telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Sabda Rasulullah seperti di bawah:\n\n\u201cWahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],\u201d \n(Surah Al-Jumu\u2019ah: 9)\n\n\u201cSolat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.\u201d \n(Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).\nHikmah Disyariatkan\n\nMelatih diri menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah SWT\nMerapatkan ukhuwah, dan memupuk perasaan kasih sayang\nMendengar nasihat, teguran, bimbingan, dan pedoman daripada khutbah\nMendapatkan pahala, dan ganjaran yang besar\nMelatih diri melakukan perkara yang baik secara berjemaah\nLambang perpaduan, dan kekuatan umat Islam\n\nArtikel berkaitan: JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian\nSyarat Wajib Solat Jumaat\nSolat ini diwajibkan ke atas setiap individu lelaki yang telah mencapai syarat-syarat berikut:\n\nIslam\nBaligh\nMerdeka\nBerakal\nLelaki\nSihat\nBermukim\n\nBaca lagi: Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha (JAKIM)\nMUSAFIR PADA HARI JUMAAT\nAdakah wajib solat jumaat bagi orang bermusafir pada hari Jumaat?\nMenurut pendapat yang muktamad di dalam Mazhab al-Syafi\u2019e, sekiranya permusafiran pada hari Jumaat dilakukan sebelum fajar, maka gugur ke atasnya untuk melakukan sembahyang Jumaat.\nSumber: JAKIM\nSyarat Sah \nBerikut merupakan syarat-syarat sah sembahyang Jumaat:\n\nDidirikan di dalam waktu Zuhur\nTempat mendirikan solat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya\nMestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafie).\nDidahului dengan dua khutbah khusus.\n\nNiat Solat Jumaat\n\nMaksudnya: \u201cSahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.\u201d\nPanduan Solat\nBerikut merupakan tatacara melakukan sembahyang Jumaat:\n\nBerdiri dengan betul, tegak, dan menghadap kiblat\nMembaca niat\nTakbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut\nMembaca Al-Fatihah\u00a0\nMembaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan\nRukuk sambil bertakbir\nI\u2019tidal\u00a0\nSujud\u00a0\nDuduk antara 2 sujud\nSujud\nBerdiri semula sambil bertakbir intiqalat untuk memulakan rakaat kedua. Ulangi dengan membaca surah Al-Fatihah sehingga habis dan sujud di rakaat kedua\nDuduk tahiyat akhir\nMemberikan salam\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-postage-ninja-van/", "title": "Cara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi penjual, anda boleh menyemak harga postage Ninja Van berpandukan panduan yang disediakan oleh pihak Ninja Van dalam laman web mereka.\nDi Malaysia, terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan kurier barangan ke seluruh Malaysia dan antara yang semakin popular adalah Ninja Van.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar belakang Ninja Van\n\n \nPenghantaran dengan \u201cNinja Pack\u201d\n\n \nKelebihan menggunakan Ninja Pack\n\n \nKadar caj semasa Ninja Pack\n\n \nKadar postage mengikut berat\n\n \nPenghantaran dalam Semenanjung Malaysia\n\n \nPenghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak\n\n \nPenghantaran darri Sabah dan Sarawak\n\n\nLatar belakang Ninja Van\n\nNinja Van adalah syarikat logistik yang diasaskan di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat ini terlibat dalam logistik dan penghantaran pakej terakhir. \n\n\n\n\n\n\nNinja Van mempunyai gudang penyortiran di negara-negara ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.\nSyarikat ini cepat meningkat naik kerana pihak Ninja Van banyak menjalinkan kerjasamam strategik dengan beberapa firma e-dagang ASEAN termasuk Lazada Alibaba Group, Tokopedia Indonesia dan Shopee Sea Ltd.\nPenghantaran dengan \u201cNinja Pack\u201d \nCara paling mudah adalah menggunakan Ninja Pack dimana penjual boleh membeli bungkusan bersaiz tertentu dan caj yang dikenakan adalah kadar rata tanpa mengira berat barangan yang dihantar asalkan muat dalam bungkusan Ninja Pack.\nKelebihan menggunakan Ninja Pack \nBoleh beli Ninja Pack secara online atau di lokasi Ninja Points terdekat di seluruh negaraBungkus Ninja Pack anda dan daftar penghantaran baranga anda secara online\u201cDrop off\u201d sahaja Ninja Pack anda di Ninja Points yang berdekatanMula menjejaki Pek Ninja anda dengan ID Penjejakan yang dicetak dalam masa 24 jam selepas menghantarnya\nKadar caj semasa Ninja Pack \n\nKadar postage mengikut berat\nSelain daripada pakej Ninja Pack yang menghadkan saiz barangan yang dihantar, anda juga boleh menghantar barangan ke seluruh Malaysia dengan menggunakan membayar postage penghantaran berdasarkan berat barangan yang dihantar.\nPenghantaran dalam Semenanjung Malaysia \nBerikut merupakan kadar semasa yang dikenakan oleh pihak Ninja Van bagi setiap kiloogram yang dihantar:\n\nPenghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak \nBerikut merupakan kadar semasa yang dikenakan oleh pihak Ninja Van bagi setiap kiloogram yang dihantar:\n\nPenghantaran darri Sabah dan Sarawak\nSemakan dari lama Ninja Van Malaysia tidak memberikan butiran kadar postage untuk penghantaran antara kwasan-kawasan berikut:\nDari Sarawak/Sabah ke Semenanjung MalaysiaDari Sarawak ke Sarawak/SabahDari Sabah ke Sabah/Sarawak\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda hendak mengetahui lebih lanjut mengenai kadar penghantar antara kawasan yang dinyatakan di atas, boleh hubungi pihak Ninja Van di [email\u00a0protected] atau hbungi di talian +60 111 722 5600.\nSelain itu, untuk maklumat lanjut harga postage Ninja Van, boleh layari halaman Price Estimage.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/peta-lrt-mrt-map/", "title": "Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPeta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)\nAdakah anda sedang mencari peta laluan kereta api?\nSekiranya anda merancang untuk menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorail, KTM Komuter dan seumpamanya, perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah stesyen terdekat berdekatan tempat anda berlepas dan stesyen berdekatan dengan lokasi atau destinasi yang ingin dituju.\nSetelah anda mengetahui lokasi stesyen berdekatan, barulah mudah untuk anda menentukan jenis pengangkutan yang boleh digunakan.\nBenar, bagi yang pertama kali menggunakan perkhidmatan seperti MRT, LRT, Monorail, KTM Komuter dan seumpamanya, mungkin ianya agak mengelirukan.\n\n\n\n\n\n\nUntuk itu, sebagai langkah pertama anda boleh bertanyakan kepada rakan-rakan anda mungkin biasa menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam ini.\nKedua, pastikan anda mempunyai peta laluan perkhidmatan awam (dalam hal ini, kereta api) yang digunakan bagi memudahkan anda membuat rujukan dan merancang perjalanan anda.\nBaca lagi: My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Peta Laluan MRT\n\n \n2. Peta Laluan LRT\n\n \n2.a Laluan Kelana Jaya\n\n \n2.b Laluan Sri Petaling\n\n \n2.c Laluan Ampang\n\n \n3. Peta Laluan Monorel\n\n \n4. Peta Laluan KTM Komuter\n\n \nBonus: Peta Transit Integrasi (LRT, MRT, Monorel, KTM)\n\n\n1. Peta Laluan MRT\nSumber: myMRT (Sila klik untuk gambar lebih besar)\nSistem MASS rapid transit (MRT) adalah sistem rel yang digunakan untuk mengangkut penumpang di kawasan bandar. \nCiri utama sistem MRT ialah keupayaan untuk membawa sejumlah besar orang dengan cekap dan membentuk tulang belakang sistem pengangkutan awam bandar bersama-sama dengan mod berasaskan rel lain seperti sistem transit aliran ringan (LRT), trem, monorel dan komuter. \n2. Peta Laluan LRT\nRangkaian gabungan LRT Ampang Line dan LRT Sri Petaling Line terdiri daripada 45.1 kilometer landasan (28.0 batu) dengan 36 stesen.\nManakala LRT Laluan Kelana Jaya ialah laluan transit laju ringan (LRT) berkapasiti sederhana yang memberi perkhidmatan kepada 37 stesen, dan mempunyai 46.4 km trek yang dipisahkan gred kebanyakannya berjalan di laluan bawah tanah dan laluan bertingkat.\n2.a Laluan Kelana Jaya\n\n2.b Laluan Sri Petaling\n\n2.c Laluan Ampang\n\n3. Peta Laluan Monorel\nPeta laluan kereta api monorel KL\nMonorel KL ialah sistem transit awam dalam bandar yang menghubungkan banyak destinasi utama dalam Kuala Lumpur.\nDikendalikan sebagai sebahagian daripada sistem RapidKL oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia, ia merupakan salah satu komponen Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.\n4. Peta Laluan KTM Komuter\n> Klik untuk Muat turun gambar lebih besar\nKTM Komuter ialah sistem rel komuter di Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM).\nIa diperkenalkan pada tahun 1995 untuk menyediakan perkhidmatan rel tempatan di Kuala Lumpur dan kawasan pinggir bandar sekitar Lembah Klang. \nPerkhidmatan kemudiannya diperluaskan ke bahagian lain di Malaysia dengan pengenalan sektor Utara dan Selatan.\nBonus: Peta Transit Integrasi (LRT, MRT, Monorel, KTM)\n> Klik untuk muat turun gambar lebih jelas\nAda kalanya apabila hendak bergerak menuju ke satu destinasi, anda perlu bertukar-tukar antara LRT, KTM, MRT, Monorail dan sebagainya.\nSebagai panduan, anda boleh rujuk peta transit integrasi di atas untuk mengetahui di mana anda boleh bertukar perkhidmatan antara LRT, KTM, MRT, Monorail dan sebagainya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-pemeriksaan-banjir-perodua/", "title": "Banjir: Perodua Tawar Rebat, Diskaun & Pemeriksaan Kenderaan Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerodua menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.\nPelanggan Perodua juga boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat-syarat yang dikenakan.\nJika anda merupakan mangsa banjir yang beli kereta Perodua atau renew insurance dengan wakil sah Perodua, anda boleh tuntut elaun banjir RM1,000.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKhidmat Percuma Pasca Banjir Perodua\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKhidmat Percuma Pasca Banjir Perodua\nPERODUA menawarkan bantuan, termasuk rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk semua pemilik kenderaan jenamanya yang terjejas akibat banjir.\n\n\n\n\n\n\nPelanggan Perodua boleh menuntut perkhidmatan tunda sehingga maksimum RM100 di cawangan servis Perodua berhampiran dengan terma dan syarat dikenakan.\n\u201cWalaupun beberapa pusat servis kami turut terjejas akibat banjir, pelanggan kami digalakkan untuk merujuk mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan.\u201d\n\u201cKami sedang melakukan yang terbaik untuk menyambung semula operasi kami (di kawasan terjejas) secepat mungkin,\u201d tambahnya.\nSelain itu, Perodua turut menawarkan potongan 20 peratus untuk alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan yang rosak akibat banjir.\n\nBaca juga: \nBantuan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas BanjirCara Semakan Kawasan Banjir Terkini & Jalan Yang Ditutup\n\u201cAlat ganti tulen PERODUA disertakan dengan waranti pengeluar dan pihak kami tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan,\u201d kata Dato\u2019 Zainal.\nIa termasuk semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, perapi pintu (door trims) dan permaidani.\n\u201cPelanggan sangat penting bagi kami dan perkhidmatan nilai tambah ini disediakan untuk membantu meringankan sedikit beban yang terpaksa ditanggung pelanggan kami semasa bencana ini,\u201d kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato\u2019 Zainal Abidin Ahmad.\nSebagai tambahan, anda juga boleh membuat tuntutan RM1000 jika anda mempunyai insurans Perodua Total Protect Plus.\n\nMaklumat Lanjut\nPelanggan yang terjejas banjir, boleh hubungi di talian bebas tol khidmat pelanggan PERODUA 1-800-88-6600 untuk bantuan.\nSemoga semua urusan mangsa banjir dipermudahkan. \nUntuk info lanjut, sila rujuk laman web Perodua Malaysia atau Facebook Perodua di pautan berikut: https://www.facebook.com/Perodua/posts/4944013055617538\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tiktok-shop/", "title": "Cara Daftar Tiktok Shop & Mula Berniaga Secara Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang kita sedia maklum, Shopee dan Lazada adalah antara platform perniagaan atas talian yang popular di Malaysia. Tapi tahukah anda, kini semakin ramai peniaga online telah mula beralih ke Tiktok Shop!\nKenapa ya?\nTikTok dilabel platform media sosial untuk generasi muda. Namun, semakin ramai golongan berusia kini juga tidak mahu ketinggalan dengan trend di aplikasi tersebut.\nMenurut DataTrek Research, TikTok menyaksikan lonjakan terbesar pada carian Google dalam tempoh 90 hari pada akhir April lalu, mengatasi rangkaian sosial popular lain seperti Facebook, Snapchat dan Twitter.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenapa Perlu Berniaga Di Tiktok?\n\n \nKelebihan Untuk Peniaga / Pengguna\n\n \nCara Daftar TikTok Shop\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKenapa Perlu Berniaga Di Tiktok?\nMenariknya, sebuah kajian oleh Flamingo Research telah mendapati bahawa 71% pengguna percaya trend terbesar bermula di TikTok.\n\n\n\n\n\n\nAntara hashtag yang tentu anda pernah nampak di media sosial adalah \u00a0#TikTokMadeMeBuyIt atau trend \u201cI saw this thing on TikTok\u201d, di mana ia merupakan konten untuk pengguna mempromosikan atau memasarkan produk dengan cara yang unik serta menarik.\nKajian itu juga mendapati bahawa:\n43% pengguna mencuba sesuatu atau pergi ke tempat baharu selepas melihatnya sekurang-kurangnya sekali di platform.61% daripada TikTokers menyukai jenama dengan lebih baik apabila mereka mencipta atau mengambil bahagian dalam trend di TikTok21% daripada TikTokers berasa lebih \u2018rapat\u2019 dengan jenama apabila mereka memberi komen pada post orang lain.56% pengguna dan 67% pencipta konten berasa lebih dekat dengan jenama yang mereka lihat di TikTok45% pengguna berasa lebih berhubung dengan jenama yang mengajar mereka sesuatu yang baharu atau memberi mereka maklumat tentang diri mereka di TikTok.63% pengguna menyukainya apabila sesebuah jenama menunjukkan pencipta TikTok dalam video mereka.66% pengguna berasa terhibur apabila sesuatu jenama mengikuti trend di Tiktok untuk mempamerkan produk mereka.\nMenurut laporan oleh Astro Awani, lebih separuh daripada pengguna TikTok ialah Gen Z, diikuti dengan 39% golongan Millenial. \nPertumbuhan dalam kalangan Gen Z dilihat amat lebih pantas, meningkat 46 mata antara Januari 2019 dan April 2021, berbanding 36 mata untuk Milenial dalam jangka masa yang sama.\nJadi, jika sasaran jenama anda adalah golongan berumur antara 13 dan 60 tahun, anda perlu menggunakan TikTok sekarang.\nKelebihan Untuk Peniaga / Pengguna\nSelain menjadi sebuah platform berpengaruh, semakin ramai peniaga juga beralih ke Tiktok Shop oleh kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan, antaranya:\nSubsidi Penghantaran Percuma 0% Yuran Komisen Produk Subsidi Langsung Diskaun Pengguna Baru Sehingga 80% Peningkatan Trafik untuk Video dan LivestreamLatihan penjual, Panduan barang dagangan, Kerjasama pencipta dan Perkhidmatan Logistik semuanya tersedia di TikTok Shop\n\nCara Daftar TikTok Shop\nSemua peniaga dialu-alukan untuk berjualan di TikTok Shop walaupun 0 follower.\nProses pendaftaran adalah percuma dan tiada yuran tersembunyi.\nBerikut dikongsikan langkah-langkah untuk mendaftar:\nLANGKAH PENDAFTARAN\nBuka aplikasi Tiktok dan gunakan nombor telefon malaysia dan e-mel atau daftar dengan akaun TikTok andaIsikan borang permohonan dan lengkapkan butiran MYkad atau PasportTunggu keputusan permohonan dalam tempoh 1-2 hariPautkan akaun Tiktok. Pergi ke profil penjual untuk aktifkan seller akaun anda dengan log masuk ke akaun TikTok Shop anda.Selesai!\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN\nUntuk penjual korporat: Sila sediakan lesen perniagaan yang sah di Malaysia, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran. Untuk penjual Individu: Sila sediakan MyKad atau Pasport, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.\nAnda juga boleh melihat Tweet oleh pengguna ini yang menerangkan proses dan pengalaman yang dilaluinya untuk mendaftar TiktokShop\n\nRamai yang tak tahu kewujudan TikTok Shop. Ya saya pun baru tahu.Tahukah korang yang TikTok Shop ni masih baru di Malaysia and masih ramai seller tengah tunggu approval untuk jual di TikTok. pic.twitter.com/2SX6oHx1jG\u2014 Sheyra (@itsyeeraaa) March 10, 2022\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:\nPendaftaran Penjual: https://seller-my.tiktok.com/Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penjualan di TikTok Shop, sila lawati : https://seller-my.tiktok.com/university\nBaca juga: \nCara Order Shopee Food & Dapatkan Tawaran Diskaun HebatCara Buat Shopee Live Bagi Shopee Seller\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-kemerdekaan-sabah/", "title": "Hari Kemerdekaan Sabah 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHari Sabah atau Hari Kemerdekaan Sabah akan disambut di seluruh negeri selepas diwartakan secara rasmi bermula tahun 2023.\nTimbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia sejajar kepentingan Hari Sabah yang jatuh pada 31 Ogos dalam sejarah kemerdekaan negeri ini.\n\u201cKita harus bangga kerana kita mempunyai identiti kita sendiri, tarikh kelahiran kita sendiri dan ia sangat penting kepada kita.\n\u201cAtas sebab itu, kita dapat bergerak lebih jauh ke hadapan dan bekerja bersama untuk menjadikan Malaysia sebuah persekutuan seperti yang kita harapkan,\u201d katanya.\nTahukah anda apakah itu Hari Kemerdekaan Sabah, dan bilakah peristiwa ini berlaku?\nJom kami kongsikan selanjutnya.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Hari Kemerdekaan Sabah?\n\n \nTarikh 16 September Wajar Disambut Untuk Memperingati Pembentukan Malaysia\n\n\nApakah Hari Kemerdekaan Sabah?\nBerdasarkan rekod sejarah, Sabah mencapai kemerdekaan selepas British menyerahkan secara rasmi pentadbirannya kepada pemimpin tempatan pada 31 Ogos 1963.\nKira-kira dua minggu selepas penyerahan itu, iaitu pada 16 September 1963 barulah persekutuan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu dibentuk secara rasmi.\nMenurut sumber, selepas perundingan demi perundingan dilakukan antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei, akhirnya perkara ini telah mencapai tahap perundingan yang terakhir. \nPerundingan terakhir ini telah diadakan di London pada pertengahan tahun 1963. Persetujuan semua pihak telah ditandatangani pada pukul 11.30 malam, 8 Julai 1963 bertempat di Marlborough House, London. Dalam persetujuan ini, Brunei telah menarik diri kerana berasa tidak berpuas hati berkenaan soal-soal kewangan dan status Sultan Brunei sebagai raja berperlembagaan.\nDengan termeterainya perjanjian ini, pihak British telah mengalihkan kedaulatan ke atas Sabah, Sarawak dan Singapura yang bermula pada 31 Ogos 1963. \nBerikutan perjanjian tersebut, Majlis Undangan Sabah telah mengesahkan keputusanya untuk sama-sama bergabung membentuk Malaysia pada 8 Ogos 1963. \nOleh itu, Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan undang-undang Akta Malaysia untuk meminda perlembagaan persekutuan berdasarkan laporan JAK. \nAkibat timbul masalah-masalah antara Malaysia, Filipina dan Indonesia, pengumuman Persekutuan Malaysia terpaksa dianjakkan ke tarikh 16 September 1963 dari tarikh sebelumnya iaitu 31 Ogos 1963\n\nTarikh 16 September Wajar Disambut Untuk Memperingati Pembentukan Malaysia\nJeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) berkata, tarikh 16 September yang diisytiharkan sebagai Hari Malaysia wajar disambut di seluruh negara untuk memperingati pembentukan Malaysia.\n\u201cTiga wilayah, Sabah, Sarawak dan Malaya bersama membentuk persekutuan 59 tahun yang lalu. Ia adalah tarikh yang sangat penting kepada persekutuan ini.\n\u201cHari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos ditakrifkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.\n\u201cIa tiada kaitan dengan Sabah dan Sarawak dan sepatutnya hanya disambut di Tanah Melayu sebagai Hari Kemerdekaan mereka,\u201d katanya.\nKatanya, atas sebab itu, rakyat negeri ini wajar menjadikan tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah yang jatuh pada tarikh sama Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.\nJeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, catatan arkib sejarah menunjukkan bahawa pada 8 Ogos 1963, Dewan Undangan Borneo Utara secara sebulat suara mengumumkan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 tanpa mengira sama ada pembentukan Malaysia menjadi realiti pada hari berkenaan atau sebaliknya.\n\u201cKemerdekaan Sabah adalah prasyarat utama untuk pembentukan Malaysia, ia adalah kebenaran yang jelas,\u201d katanya.\nSehubungan itu katanya, Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September sepatutnya menjadi Hari Kebangsaan Malaysia, berbanding 31 Ogos yang menjadi Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan Sabah.\n*Sumber: Harian Metro, Sabah dalam Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia\nBaca juga: Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-keputusan-upkk/", "title": "Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023 (Portal Online JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2022 / 2023\nKeputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 akan diumumkan pada 9 Mac 2023.\nPerkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pada 2 Mac 2023.\nSumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia \u2013 JAKIM\nIbu bapa boleh membuat semakan keputusan UPKK secara online atau melalui SMS.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang UPKK dan cara semakan keputusan secara online.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah UPKK?\n\n \nKelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK\n\n \nTarikh Pengumuman Keputusan UPKK 2022\n\n \nCara Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023\n\n\nApakah UPKK?\nUjian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.\nTerdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu\n\n\n\n\n\n\n\nAmali Solat\nPenghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)\nTilawah Al-Quran\nPelajaran Jawi dan Khat\nSirah\nUlum Syariah (Ibadah & Aqidah)\nAdab (Akhlak Islamiah)\nLughah Al-Quran\n\nKelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK\nUPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.\nPeperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.\nTidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.\nTarikh Pengumuman Keputusan UPKK 2022\nKeputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA akan diumumkan pada 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang.\nRujuk kenyataan media penuh oleh JAKIM dan kaedah semakan yang boleh dilakukan di bawah:\nKENYATAAN MEDIAJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA\nBERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022\nBil.2/2023\n1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang.\n2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK akan disempurnakan oleh YB Senator Dato\u2019 Setia Dr. Haji Mohd Na\u2019im bin Haji Mokhtar, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).\n3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :\ni. UPKKNo. MyKid/No. Kad Pengenalan KhasNo. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau\nii. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/\u00a0 dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.\n4. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi. Sekian, terima kasih.\nDATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFFKetua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia7 Mac 2023\u00a0\n(Link asal : https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/pfbid0k5WfyZY2VGcoQoFp5Lix5F1nbsqXRP3PtnY3qxmAsG1QzYtxvWX3oeHoP9gBrpYUl)\n\nCara Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023\nKeputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ini boleh disemak melalui 2 kaedah berikut\nKAEDAH 1 \u2013 SEMAKAN ONLINE \nLaman Web khas JAKIM di capaian https://semakan.islam.gov.my\nKAEDAH 2 \u2013 SEMAKAN MELALUI SMS 15888\nMelalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service \u2013 SMS) UPKKNoMyKid/NoKadPengenalanKhasAngkaGiliran dan hantar ke\u00a015888.\nContoh keputusan yang akan diterima melalui SMS.\n*(Semakan keputusan akan dibuka bermula jam 4 petang, 9 Mac 2023 hingga jam 11 pagi, 23 Mac 2023)\n\nSemakan online akan memaparkan keputusan seperti berikut:\n\nAnda boleh cetak slip peperiksaan seperti di bawah:\n\nBaca juga: Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124\nIbu bapa / Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/perikatan-nasional/", "title": "Perikatan Nasional (PN) : Sejarah, Parti Komponen, Organisasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nParti Perikatan Nasional(PN) ditubuhkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020.\nSebelumnya, parti ini dikenali sebagai Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) atau Malaysian Part Alliance Association.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai parti ini. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan\n\n \nParti Komponen PN\n\n \nSenarai Calon PN Untuk PRU15\n\n \nAhli Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSejarah Penubuhan\nKerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan hasil persefahaman yang termeterai antara Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS YB Tan Sri Hj. Abdul Hadi Awang selepas perletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 secara mengejut pada 23 Februari 2020.\nPenubuhan kerajaan Perikatan Nasional ini juga disokong oleh Presiden PBB merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden STAR, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Presiden PBS, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.\nKetua-ketua parti tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk mengangkat Presiden BERSATU sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan kesepakatan tersebut telah diperkenan oleh Ke Bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong.\nIni akhirnya menyaksikan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang sah berdasarkan Perlembagaan Negara. Seluruh rakyat menjunjung kasih Ke Bawah Seri Paduka Baginda atas kebijaksanaan Baginda menyelesaikan kemelut politik yang berlaku pada ketika itu.\nHakikatnya, Perikatan Nasional lahir ketika Negara menghadapi pelbagai krisis seperti politik, masalah perkauman dan ujian wabak Covid-19 yang semakin menular. Keperluan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu tercetus akibat dari ketidakpuasan hati rakyat atas beberapa dasar dan tindakan kerajaan Pakatan Harapan.\n\n\n\n\n\n\nJangka masa 22 bulan di bawah Pakatan Harapan, menyaksikan kegagalan parti PH menunaikan pelbagai janji manifesto, pertikaian mengenai hak istimewa orang Melayu, pengurusan ekonomi yang lemah dan berbagai isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan Negara.\nEkoran daripada itu, beberapa perbincangan awal telah diadakan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen mewakili parti-parti politik yang berkongsi aspirasi yang sama untuk merangka strategi menyelamatkan Negara dan mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan supaya Perdana Menteri ketika itu meneruskan kepimpinan dengan kerajaan yang baharu.\nKetika pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat, kedudukan kerajaan-kerajaan negeri juga diambil kira bagi memastikan wujud kesinambungan antara kepimpinan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.\nBagi tujuan tersebut, kerjasama politik tidak dijalinkan atas dasar parti yang mempunyai bilangan ADUN terbesar semata-mata, tetapi ia juga atas dasar tolak ansur dan persetujuan bersama di antara semua parti yang terlibat.\nPN mengharapkan kerjasama dan ikatan perpaduan yang terjalin ini akan terus utuh membawa aspirasi rakyat dan Negara. \nPersefahaman dan tolak ansur menjadi kunci agar kepercayaan ini tidak hancur dirobek oleh ketamakan sesetengah pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi semata-mata.\nSumber : MY PN\n\nBaca Juga : PAS : Senarai Calon PRU15, Sejarah, Ahli Jawatankuasa Harian\nParti Komponen PN\nParti Gerakan Rakyat Malaysia\u00a0telah diterima sebagai parti komponen kelima yang sah pada 11 Februari 2021 setelah menghantar surat permohonan untuk menyertai Parti Perikatan Nasional yang dibuat pada tahun 2020 lalu.\nLima buah parti komponen iaitu yang membentuk parti Perikatan Nasional adalah :\nParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Parti Islam Se-Malaysia (PAS)Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)Parti Progresif Sabah (SAPP)Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)\n\nSenarai Calon PN Untuk PRU15\nCalon-calon yang bakal bertanding di bawah parti Perikatan Nasional boleh disemak menerusi pautan berikut :\nSenarai Calon Perikatan Nasional Untuk PRU15 \nAhli Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional\n\nPengerusi : YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin\nTimbalan Pengerusi :\nYB Dato\u2019 Seri Ahmad Faizal AzumuYB Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi AwangYB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe ChaiYB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee\u00a0\u00a0\u00a0YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan\nSetiausaha Agung : YB Dato\u2019 Seri Hamzah Zainudin\nBendahari Agung : YAB Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar\nKetua Penerangan : YB Dato\u2019 Seri Mohamed Azmin Ali\nPengarah Pilihan Raya : YB Dato\u2019 Seri Mohamed Azmin Ali\nKetua Wanita : YB Datuk Seri Rina Mohd Harun\nTimbalan Ketua Wanita : YB Senator Nuridah Mohd Salleh\nNaib Ketua Wanita :\nYBrs Puan Janice Wong Oi FoonYBrs Puan Flovia Ng\nKetua Pemuda : YB Ahmad Fadhli Shaari\nTimbalan Ketua Pemuda : YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal\nNaib Ketua Pemuda\nYBrs Encik Wong Chia Zhen (memangku)YBrs Encik Kong Soon Choi\nAhli Majlis Tertinggi\nYB Datuk Seri Dr Ronald KiandeeEdward Dagul\u00a0\u00a0\u00a0Oh Tong Keong\nSetiausaha Eksekutif : YBrs Tuan Haji Saiful Adli Mohd Arshad\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkembangan Parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini, sila ikuti laman Facebook Perikatan Nasional. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/aplikasi-wfw/", "title": "Laporkan Majikan Yang Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah Melalui WFW", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti semua sedia maklum, 80% kakitangan awam merangkumi 750,000 pekerja dan 40% kakitangan swasta meliputi 6.1 juta pekerja di sarankan untuk bekerja dari rumah sepanjang PKP 3.0.\nNamun sekiranya terdapat mana-mana majikan yang tidak membenarkan pekerja bekerja dari rumah, anda boleh melaporkan perkara tersebut melalui aplikasi khas Working for Workers atau WFW.\nBaca juga: Semakan Majikan Yang Lulus Program Subsidi Upah PERKESO\n\n\n\n\n\n\nKredit Gambar: Amanz\nWFW adalah platform digital dalam talian yang menggunakan teknologi mudah alih yang berfungsi sebagai platform bagi pekerja mendedahkan bos yang salah.\nAplikasi ini akan membolehkan pekerja yang dianiaya mengemukakan aduan mereka terhadap majikan tanpa rasa takut.\nAplikasi ini akan membolehkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengawasi majikan yang tidak bertanggungjawab yang melanggar hak pekerja, menugaskan kakitangan untuk mengesahkan dan menyiasat aduan tersebut.\nAplikasi ini dibangunkan atas inisiatif Kementerian Sumber Manusia.\nDownload: WFW untuk Android\nDownload: WFW untuk iOS\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-peranginan-persekutuan/", "title": "Cara Membuat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan antara manfaat yang disediakan buat semua penjawat awam.\nMalangnya, tidak ramai yang tahu akan manfaat ini dan ada juga yang tidak pernah menikmatinya sepanjang tempoh perkhidmatan dalam kerajaan sehinggalah mereka bersara.\nSecara umumnya, Rumah Peranginan Persekutuan ini terbahagi kepada 3:\n\nRPP Eksekutif (RPPE)\nRPP Premier (RPPP)\nRumah Tamu (RT)\n\nRPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirehat kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.\nSetiap pemohon layak untuk menginap di RPPnamunterhad kepada tiga (3) kali setahun kecuali bagi RT.\n\n\n\n\n\n\nRT merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.\nKali ini, kita akan memfokuskan kepada RPPP dan RPPE sahaja.\nArtikel berkaitan: PPAM : Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRPP Eksekutif\n\n \nRPP Premier\n\n \nTempahan RPP\n\n\nRPP Eksekutif\nKelayakan: Gred 48 dan ke atas\nKadar sewa: RM50 \u2013 RM350\nAnggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif adalah seperti berikut\n\nPerkhidmatan Awam Persekutuan\nPerkhidmatan Awam Negeri\nPerkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)\nPesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia\n\nLokasi RPPE:\n\nRPP Cameron Highlands\nRPP Bukit Fraser (RPP BF)\nRPP Pulau Pinang\nRPP Morib\nRPP Tasik Kenyir\nRPP Port Dickson\nRPP Pulau Langkawi\nRPP Pulau Pangkor\n\nRPP Premier\nKelayakan: Gred 48 dan ke atas\nKadar sewa: RM100 \u2013 RM800\nAnggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Premier adalah seperti berikut:\n\nPerkhidmatan Awam Persekutuan\nPerkhidmatan Awam Negeri\nPesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia\n\nLokasi RPPP:\n\nRPP Tanjung Tuan\nRPP Banglo Port Dickson\nRPP Bukit Fraser\u00a0(The Lodge)\nRPP Cameron Highland\nRPP Labuan\nRPP Singapura\nRPP London\n\nTempahan RPP\nKemudahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini bawah kawal seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).\nPihak Pengurusan BPH berkuasa meluluskan permohonan penginapan di RPP/RT kecuali permohonan menginap di United Kingdom.\nKuasa meluluskan permohonan menginap di United Kingdom terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri.\nPermohonan tempahan untuk menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi BPH di alamat https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/fungsi-pengesan-penyakit-berjangkit-mysejahtera/", "title": "Kemaskini MySejahtera Versi Terkini Untuk Menggunakan Ciri Terbaru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEMASKINI MYSEJAHTERA UNTUK GUNA FUNGSI TERKINI\nDengan peralihan ke Fasa Endemik, rakyat Malaysia kini tidak lagi perlu mendaftar masuk menggunakan MySejahtera. \nKemasukan ke premis juga dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.\nArahan pemansuhan ini berkuat kuasa 1 Mei 2022.\n\n\n\n\n\n\nWalaupun sudah ramai yang tidak menggunakan aplikasi ini, MySejahtera tetap menawarkan pelbagai ciri terbaru untuk pengguna dan rakyat Malaysia.\nSila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini.\n\nSumber: Facebook MySejahtera\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCiri Terbaru Pengesanan Hotspot (Pengesan Penyakit Berjangkit) di Aplikasi MySejahtera\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Ciri Terkini MySejahtera\n\n\nCiri Terbaru Pengesanan Hotspot (Pengesan Penyakit Berjangkit) di Aplikasi MySejahtera\nDengan menggunakan ciri terkini ini, pengguna aplikasi MySejahtera dapat mengesan titik panas kes penyakit berjangkit seperti penyakit Anjing Gila (Rabies), Demam Campak (Measles), Denggi dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di kawasan sekitar.\nSila rujuk infografik di bawah ini.\n\nBagaimanakah ciri terbaru (Pengesan Penyakit Berjangkit) di Aplikasi MySejahtera berfungsi dan adakah data peribadi saya selamat apabila menggunakan ciri ini?\nUntuk makluman, pengesan penyakit berjangkit ini tidak melibatkan penggunaan dan perkongsian maklumat dan lokasi peribadi anda.\nJadi, anda tak perlu risau dan masih boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan informasi berguna berkenaan penyakit berjangkit di sekitar kawasan anda.\nTapi, jangan lupa ya!\nSila kemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terbaru untuk menggunakan ciri baharu ini.\nBaca juga: \nPICKIDS : Tarikh Akhir Dos 1 Vaksin Kanak-kanak 15 Mei IniJanji Temu Online Klinik Kesihatan KKM & Klinik Gigi Kerajaan\nMaklumat Lanjut Tentang Ciri Terkini MySejahtera\nUntuk maklumat lanjut, sila layari mysejahtera.malaysia.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/waktu-operasi-baru-klinik-kesihatan-malaysia/", "title": "Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPihak Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan waktu operasi baru bagi Klinik Kesihatan seluruh Malaysia.\nBagi pihak KKM, perubahan waktu yang melibatkan pemanjangan waktu operasi ini bukanlah berdasarkan permintaan rakyat Malaysia semata-mata.\nPihak KKM memaklumkan Pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat yang dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.\nArtikel berkaitan: Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerubahan waktu operasi\n\n \nSenarai Klinik Kesihatan yang terlibat\n\n \nKedah\n\n \nPerlis\n\n \nPerak\n\n \nSelangor\n\n \nWilayah Persekutuan KL & Putrajaya\n\n \nNegeri Sembilan\n\n \nJohor\n\n \nPahang\n\n \nKelantan\n\n \nSabah\n\n \nSarawak\n\n \nPulau Pinang\n\n \nMelaka\n\n \nCadangan terhadap KKM\n\n\nPerubahan waktu operasi\nWaktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.\nBagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 5.00 petang hingga 9.30 malam dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.\nPerkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum.\nWalau bagaimanapun, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat.\nSenarai Klinik Kesihatan yang terlibat\nPeerubahan waktu operasi klinik kesihatan ini hanya melibatkan beberapa buah Klinik Kesihatan (KK) yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya di kawasan-kawasan bandar.\nBerikut merupakan senarai klinik-klinik kesihatan yang terlibat dengan pemanjangan tempoh waktu operasi ini.\nKedah\n\nPerlis\n\nPerak\n\nSelangor\n\nWilayah Persekutuan KL & Putrajaya\n\nNegeri Sembilan\n\nJohor\n\nPahang\n\nKelantan\n\nSabah\n\nSarawak\n\nPulau Pinang\n\nMelaka\n\nCadangan terhadap KKM\nPemanjangan tempoh waktu klinik kesihatan ini semestinya disambut baik oleh orang ramai, terutamanya yang berdekatan dengan klinik-klinik dalam senarai di atas. \nWalau bagaimanapun, diharapkan pihak Kementerian Malaysia mengambil langkah proakfif dalam memastikan kebajikan staff KKM yang bertugas di klinik-klink yang terlibat juga terjaga.\nPemanjangan tempoh waktu ini bermakna staff yang terlibat perlu bekerja dalam tempoh yang lebih panjang daripada sebelum ini.\nBagi memastikan staff tidak terlalu terbeban dengan perubahan waktu operasi baru klinik-klinik kesihatan ini, diharapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menambah bilangan staff agar setiap staff mendapat rehat yang mencukupi untuk kesihatan fizikal dan mental mereka juga.\nArtikel berkaitan: Klinik Extended Hour : Senarai Lokasi Klinik Kesihatan & Waktu Operasi\nSumber: Facebook KKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/famili-duo-musim-2-tv3/", "title": "Keputusan & Persembahan Final Famili Duo TV3 Musim 2 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFamili Duo musim 2 bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3 akan menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.\nFamili Duo merupakan program realiti nyanyian yang unik dalam menyaksikan pasangan selebriti popular yang mempunyai pertalian darah berentap untuk merebut hadiah mingguan yang berjumlah RM 10,000 setiap minggu.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep program ini, senarai peserta musim terbaru, barisan juri, pengacara, serta waktu dan hari siaran.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKonsep Rancangan Famili Duo TV3 Musim 2\n\n \nSenarai Peserta Famili Duo Musim Kedua\n\n \nPengacara\n\n \nTarikh & Waktu Siaran\n\n \nJuri\n\n \nKeputusan & Persembahan Pusingan Akhir Famili Duo 2022\n\n \nCara Mengundi\n\n \nPautan LIVE\n\n\nKonsep Rancangan Famili Duo TV3 Musim 2\nBagi musim kedua, rancangan ini masih mengekalkan pasangan selebriti yang mempunyai pertalian darah sebagai peserta.\nPeserta yang mara kepusingan akhir bagi musim ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 dengan pemarkahan sebanyak 80% ditentukan oleh juri tetap dan 20% undian atas talian dari penonton.\nWalau bagaimanapun, program kali ini tampil berbeza berbanding musim pertama yang mula diperkenalkan pada tahun lalu kerana telah mempunyai banyak pembaharuan.\n\u201cUntuk musim kali ini memang banyak pembaharuan yang kita buat. Pertandingan kali ini bukan hanya santai-santai tetapi kita dah ada juara mingguan dan juara keseluruhan jadi persembahan dari setiap peserta lebih berkualiti.\n\u201cCuma perbezaannya untuk musim kali ini, kami bukan menilai dari segi vokal, malah persembahan yang paling menghiburkan dari segi konsep dan pemilihan lagu mereka menjadi fokus penting dalam proses penilaian nanti,\u201d kata Muhamad Sufian Che Isa, selaku Penerbit Eksekutif rancangan ini.\n\nSenarai Peserta Famili Duo Musim Kedua \nAntara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah :\n\nAra Johari & Shaffiq Erwin (sepupu)\nAyda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik)\nBella Astillah & Wani Kayrie (sepupu)\nSabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik)\nSissy Imann & Naim Daniel (Sepupu)\nSiti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) \nYamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik)\n\nPengacara\nProgram 8 episod ini bakal dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee.\n\nTarikh & Waktu Siaran\nProgram ini akan bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di\u00a0www.tonton.com.my\nJuri\nMemperkenalkan juri kita untuk FamiliDuo musim terbaru ini! Gandingan yang mantap dan tidak asing lagi, iaitu Ajai dan Mas Idayu.\n\n\n\n\n\n\nTentu ramai yang nak dah rindu dengan komen-komen mereka berdua ni kan?\n\nMARKAH PESERTA MINGGU PERTAMA\nBerikut adalah senarai markah peserta bagi Minggu 1:\n\nMARKAH PESERTA MINGGU 2\nBerikut adalah markah mingguan keseluruhan yang terkumpul setakat ini. \n\nMARKAH PESERTA MINGGU 3\nTahniah diucapkan kepada pasangan duo adik-beradik @zakiyamani._ @yamaniabdillah kerana berjaya menjadi juara minggu ini!\nCarta markah keseluruhan yang terkumpul setakat ini! Undian korang semua amat bermakna untuk mereka! \nJadi jangan lepaskan peluang undi dorang ni tau! Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10k. So, undi jangan tak undi!\n\nMARKAH PESERTA MINGGU 4\nTAHNIAH DIUCAPKAN buat Ayda Jebat dan Fyna Jebat!! \nKedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu Keempat:\n\nAyda Jebat & Fyna Jebat \u2013 57.7%\nNaim Daniel & Sissy Imann \u2013 52.8%\nAra Johari & Shaffiq Erwin \u2013 48.2%\nZaki Yamani & Yamani Abdillah \u2013 48.1%\nBella Astillah & Wani Kayrie -33.8%\nSiti Saida & Siti Sairah -23.5%\nSabhi Saddi & Fareedpf K-Clique \u2013 17%\n\n\nMARKAH PESERTA MINGGU 6\nKedudukan #FamiliDuoTV3 Minggu Keenam :\n\nSiti Saida & Siti Sairah \u2013 72.8%\nBella Astillah & Wani Kayrie \u2013 71.4%\nSabhi Saddi & Fareedpf K-Clique \u2013 65.9%\nZaki Yamani & Yamani Abdillah \u2013 59.9%\nAyda Jebat & Fyna Jebat \u2013 56.7%\nNaim Daniel & Sissy Imann \u2013 48.7%\nAra Johari & Shaffiq Erwin \u2013 47.5%\n\n\nMARKAH PESERTA SEPARUH AKHIR (MINGGU KE-7)\nTema Minggu Ini : Lagenda / Idola\nAhad, 29 Januari, 2023 (9.00 malam)\nGelaran Juara Mingguan dibawa pulang pasangan adik-beradik, Ayda dan Fyna Jebat, sekali gus melayakkan mereka mara ke pentas akhir.\nDuo tersebut bagaimanapun, memilih untuk berkongsi kemenangan mereka dengan Sabhi Saddi dan Fareedpf serta Sissy Iman dan Naim Daniel.\n\nKeputusan & Persembahan Pusingan Akhir Famili Duo 2022\nTahniah kepada 4 finalis duo kita: \n\nTempat Pertama : Zaki Yamani & Yamani Abdillah\nTempat Kedua : Ayda Jebat & Fyna Jebat\nTempat Ketiga : Bella Astillah & Wani Kayrie\nTempat Keempat : Naim Daniel & Sissy Imann\n\n\nYamani Abdillah & Zaki Yamani \u2013 Hutang, Bunga & Kau Pun Sama | Famili Duo (2022)\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=GSeHRTaqCy8\n\n\nYamani Abdillah & Zaki Yamani \u2013 Potret & Pelukan Angkasa | Famili Duo (2022)\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=59NqwugoSGU\n\nSissy Imann & Naim Daniel \u2013 Kau Yang Punya | Famili Duo (2022)\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=d0PS_GdpiWA&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=65\n\nSissy Imann & Naim Daniel \u2013 Sumpah | Famili Duo (2022)\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=NODhU8Gk_b4&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=64\n\nAyda Jebat & Fyna Jebat \u2013 Let\u2019s Get Loud & Gangnam Style | Famili Duo (2022)\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=v1JcL_Cw8P0&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=66\n\nBella Astillah & Wani Kayrie \u2013 Gila & Lagu Untukmu | Famili Duo (2022)\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=wEUqozrZ5Yw&list=PLaXOt0nSNIubb2S-GpToluDkOyiVutAAe&index=68\n\nFULL EPISODE \u2013 FAMILI DUO FINAL 2022 \n\n\n\nCara Mengundi\nLANGKAH-LANGKAH MENGUNDI PESERTA PILIHAN ANDA DALAM FAMILI DUO MUSIM 2 TV3:\n1. layari laman web www.xtra.com.my/familiduo\n2. Klik tanda \u201c3 bergaris\u201d dibahagian kanan atas skrin telefon anda kemudian pilih bahagian \u201cUNDI\u201d.\n3. Klik \u201cUNDI\u201d pada NAMA PASANGAN PESERTA PILIHAN ANDA.\n4. Ulangsemula langkah-langkah diatas menggunakan telefon, laptop atau apa saja alat peranti yang lain bagi menghantarkan undian lagi.\nPERHATIAN! \nUndian online dibuka pada setiap hari Isnin jam 12.00 AM (TENGAH MALAM) sehingga pada hari konsert iaitu Ahad jam 11.00 MALAM ketika sesudahnya persembahan terakhir pada malam tersebut.\nSetiap pengundi boleh mengundi sebanyak 10 KALI sehari untuk setiap alat peranti.\nPautan LIVE \nStrim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3 : \n\nStrim Tonton : https://watch.tonton.com.my/\nPelbagai info terkini & undian : https://www.xtra.com.my/familiduo/index.html\nIkuti update dan markah mingguan peserta di : Facebook TV3 Malaysia\n\n\n\n\nTonton LIVE minggu ke-2 Musim 2 2022 / 2023 di pautan berikut: [LIVE] Famili Duo (2022)\nVote kumpulan kegemaran di korang\u00a0www.xtra.com.my/familiduo\u00a0tau!\nTeruskan menonton FamiliDuo untuk info yang terkini.\nBaca juga:\n\nCara Beli Tiket Wayang Online (MBO, GSC, TGV, LFS)\nMaksud Kerajaan Perpaduan \u2013 Jabatan Penerangan Malaysia\n\nLayari dan tonton LIVE streaming : https://watch.tonton.com.my/#/\nJangan lupa download dan tonton #familiduotv3 melalui aplikasi Tonton dan secara langsung di TV3 bermula 18 Disember 2022, Setiap Ahad, 9 malam #familiduotv3\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-perubatan-madani/", "title": "Skim Perubatan Madani: Semakan Kelayakan & Rawatan Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Perubatan MADANI, Manfaat Kesihatan Rakyat!\nSkim Perubatan MADANI yang memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40, akan bermula 15 Jun 2023 ini. \nIni merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nJenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani\n\n \nLokasi Skim Perubatan Madani\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSemakan Kelayakan\n\n \nCara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani\n\n \nTempoh Sah Laku\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan\nSkim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)\n\n\n\n\n\n\nSecara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah\nFasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah\u00a0Johor Bahru\u00a0(Johor),\u00a0Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,\u00a0Klang,\u00a0Petaling,\u00a0Hulu Langat dan Gombak (Selangor),\u00a0Kinta\u00a0(Perak),\u00a0Timur Laut\u00a0(Pulau Pinang),\u00a0Kuching\u00a0(Sarawak) dan\u00a0Kota Kinabalu\u00a0(Sabah).\nJenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani\n\nRawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:\n\nDemam dan selsema\nCirit-birit dan muntah\nTerseliuh\nSakit kepala\nTrauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain\n\n\nRawatan yang\u00a0tidak termasuk\u00a0adalah:\n\nImunisasi rutin\nSaringan kesihatan\nRawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin\nRawatan susulan ibu dan anak rutin\nPerancangan keluarga rutin\nPerkhidmatan rehabilitasi\nPermintaan ubat tanpa konsultasi doktor\nPermintaan suplemen\n\n\n\nKategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)Isi Rumah BerkeluargaRM250Warga Emas (tanpa pasangan)\u2013 60 tahun ke atasRM125Bujang\u2013 21-59 tahun\u2013 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)RM75\n\nLokasi Skim Perubatan Madani\nLokasi Program Rintis ini akan bermula di 10 daerah berikut:\n\nGombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), \nKuala Lumpur, \nKinta (Perak), \nTimur Laut (Pulau Pinang), \nJohor Bahru (Johor), \nKota Kinabalu (Sabah) dan \nKuching (Sarawak) \n\n\nSyarat Kelayakan\nPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang\nKelayakan adalah secara automatik.\nMereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.\nSemakan Kelayakan\nBagi pengguna MySejahtera, anda boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.\nPaparan seperti di bawah akan muncul pada HOME page MySejahtera anda:\n\nSekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.\nSila rujuk senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini melalui carian seperti di paparan berikut:\n\nSila tekan\u00a0Carian Klinik\u00a0untuk semakan.\nSemakan kelayakan secara online juga boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/\n\nProjek rintis Skim Perubatan MADANI ini hanya melibatkan klinik di daerah yang terpilih mulai 15 Jun 2023. \nCara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani\n\nLangkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ \nLangkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik \nLangkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.\nLangkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.\n\n*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.\nTempoh Sah Laku\nInistaif ini bermula pada\u00a015 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.\nMaklumat Lanjut\nLayari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut \n\nLaman Rasmi Skim Perubatan MADANI\nPortal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harimau-malaya/", "title": "Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPernah anda tertanya-tanya apakah ranking terkini pasukan Harimau Malaya?\nBadan induk bola sepak dunia FIFA setiap mengemaskini ranking setiap pasukan bola sepak kebangsaan yang bernaung di bawahnya.\nFIFA mempunyai sistem kiraan mata untuk menentukan kedudukkan atau ranking semasa setiap pasukan bola sepak kebangsaan termasukla pasukan Harimau Malaya.\nPrestasi Harimau Malaya sejak di bawah kendalian jurulatih Kim Pan-Gon amat memberangsangkan dan sudah tentulah peminat Harimau Malaya berharap pasukan bol sepak negara kita dapat memperbaiki kedudukan kita dalam ranking terkini yang dikeluarkan oleh FIFA.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Pemain\n\n \nLagu Harimau Malaya\n\n \nJersi Terbaru Harimau Malaya 2022-2024\n\n \nLogo Harimau Malaya / Harimau Malaysia\n\n \nRanking terkini Pasukan Bola Sepak Malaysia\n\n \nApa itu Ranking bola sepak FIFA?\n\n \nSistem Pengiraan Ranking\n\n\nSenarai Pemain\nBerikut senarai penuh 41 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 November 2022 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Disember 2022 sebagai persiapan menjelang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.\n\nLagu Harimau Malaya\nLagu rasmi Harimau Malaya (dahulunya Harimau Malaysia) merupakan lambang sorakan penyokong skuad kebangsaan yang setia memberi sokongan ketika menang ataupun kalah\nMuat turun / dengar di sini : Harimau Malaya Song\n\n\n\n\n\n\nJersi Terbaru Harimau Malaya 2022-2024\nPasukan bola sepak kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya tampil memperkenalkan jersi terbaharu edisi 2022-2024 daripada Nike yang bertemakan \u2018Demi Lencana Di Dada\u2019 iaitu semangat juang bermain untuk negara mengatasi segalanya.\n\nJersi utama atau jersi \u2018home\u2019 edisi kali ini kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi \u2018away\u2019 juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.\nMajlis pelancaran kedua-dua jersi tersebut telah berlangsung di Football Republic Sunway Pyramid, Selangor, hari ini dengan disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.\n\n\n\nLogo Harimau Malaya / Harimau Malaysia\nPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan \u2018Harimau Malaysia\u2019 sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.\nLogo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22, menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu.\nMuhammad Amzar, berasal dari Subang Jaya, Selangor, adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor.\nTimbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah, berkata logo itu juga akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khususnya yang berkaitan dengan pasukan kebangsaan termasuk jersi pasukan.\n\nRanking terkini Pasukan Bola Sepak Malaysia\nKemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 138 dunia, berjaya melonjak naik 7 anak tangga berbanding 145 pada kemas kini terdahulu, 22 Disember 2022.\n* Kemas kini seterusnya 20 Julai 2023\nRanking Harimau Malaya | 6 April 2023\n\nPada Disember 2022 lalu, pasukan Harimau Malaya berada di kedudukan ke 146 dunia.\nSenarai penuh ranking terkini yang dikeluarkan oleh pihak FIFA boleh disemak di pautan rasmi di bawah:\nhttps://www.fifa.com/fifa-world-ranking/men?dateId=id13792 \u2013 Laman ranking terkini FIFA\n\nApa itu Ranking bola sepak FIFA?\nRanking Dunia FIFA ialah sistem ranking untuk pasukan kebangsaan lelaki dalam bola sepak persatuan kebangsaaan, diketuai oleh Brazil pada 2022.\nRanking bola sepak FIFA ini disenaraikan berdasarkan keputusan permainan mereka dengan pasukan paling berjaya berada di kedudukan tertinggi. \nSIstem ranking ini telah diperkenalkan pada Disember 1992,dan lapan pasukan (Argentina, Belgium, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol) telah memegang kedudukan teratas di mana Brazil telah menghabiskan paling lama menduduki tempat pertama.\nKeahlian FIFA telah berkembang daripada 167 kepada 211 sejak ranking bermula dan ini bermaka ranking ini menyenaraikan kedudukan 211 ahli termasuklah pasukan Harimau Malaya.\nRanking ini ditaja oleh Coca-Cola, oleh itu nama The FIFA/Coca-Cola World Ranking juga digunakan.\nSistem Pengiraan Ranking\nSistem ranking FIFA ini telah banyak kali berevolusi dan dikemaskini untuk memperbaiki sistem mata yang digunakan. \nSistem mata digunakan, dengan mata diberikan berdasarkan keputusan semua perlawanan antarabangsa penuh yang diiktiraf FIFA.\nSistem ranking telah dirombak beberapa kali, secara amnya menjawab kritikan bahawa kaedah pengiraan sebelum ini tidak secara berkesan menggambarkan kekuatan relatif setiap pasukan bola sepak kebangsaan.\nSejak 16 Ogos 2018, sistem ranking telah menggunakan sistem penarafan Elo yang digunakan dalam sukan catur.\nBaca juga: \n\nBiodata Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan\nPiala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-tdm-berhad/", "title": "800 Kekosongan Jawatan TDM Berhad (Masuk 8 Pagi, Pulang 2 Petang)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELUANG JAWATAN KOSONG TDM BERHAD (PAKAR PENUAI)\nSawit antara komoditi utama yang menjana hasil pendapatan Negeri Terengganu selepas petroleum. \nKekurangan tenaga buruh di ladang-ladang menyebabkan sawit tidak dapat dituai dan rosak.\nJusteru itu, TDM Plantation Sdn. Bhd., anak syarikat Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada anak-anak Terengganu untuk membangunkan hasil negeri serta membantu kerajaan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor perladangan.\nDi samping itu, pelbagai faedah dan kemudahan turut diberikan termasuk kepada keluarga pekerja. \nJadikan bekerja itu suatu ibadah sekali gus melunaskan tanggungjawab buat keluarga.\nRebutlah peluang pekerjaan ini yang mana penempatannya di dalam negeri.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKekosongan Jawatan TDM Plantation Sdn Bhd\n\n \nKelebihan, Insentif & Pengalaman Kerja Di Bawah TDM Berhad Sebagai Pakar Penuai\n\n \nCara Permohonan Jawatan Kosong TDM Berhad\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKekosongan Jawatan TDM Plantation Sdn Bhd\nTDM Plantation Sdn. Bhd., iaitu sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu yang merupakan bahagian perladangan TDM Berhad kini bagi mempunyai 800 kekosongan bagi pekerja tempatan yang berumur 18 \u2013 45 tahun untuk jawatan Pakar Penuai (Harvesting Specialist/ Cutter) di kesemua 13 ladang syarikat di Terengganu. \nTerdapat pelbagai faedah yang ditawarkan termasuklah caruman KWSP dan SOCSO, insentif, latihan, kemudahan penginapan, perubatan dan kesihatan, bantuan pendidikan anak serta banyak lagi, tertakluk terma dan syarat.\nTerbuka untuk:\nWarganegara MalaysiaBerumur 18-45 tahunLelakiSihat tubuh badanCalon yang sudah berkahwin diutamakan\n\nKelebihan, Insentif & Pengalaman Kerja Di Bawah TDM Berhad Sebagai Pakar Penuai \nWalaupun ramai menganggap industri sawit ini agak penat dari segi kudrat digunakan, namun dengan jadual bergantung keupayaan sendiri bersama suasana kerja berpasukan yang akrab, tentunya ia merupakan peluang yang baik untuk anak muda.\nBerikut merupakan antara faedah yang diperolehi :\nFaedah Tambahan\nCaruman KWSP & SOCSOLatihan disediakanPenempatan disediakanInsentif kehadiranInsentif produktivitiToken perayaanWang persediaan kerja*Subsidi petrol*Cuti tahunanKemudahan perubatan & kesihatanPusat penjagaan kanak-kanakBantuan pendidikan anak (Pengangkutan & tuisyen)Lain-lain kemudahan\n*Tertakluk kepada terma & syarat\nInsentif & Pengalaman Kerja\n\u201cJika masuk 8 pagi boleh pulang waktu 2 petang (mengikut keupayaan), jika orang tempatan tidak ambil kerja ini amat rugi, dengan elaun rumah, minyak dan lain-lain sehingga RM600.\n\u201cPendapatan di sini amat memadai dan saya dapat sara empat orang anak beserta isteri, cuma perlu rajin berkhidmat sahaja,\u201d menurut Mohd Rozi Ghazali, 44, menerusi laporan TRDI.my.\nRakan setugasnya, Mohd Adam Abdul Samad, 32, menjelaskan pendapatan kerja diraihnya sebagai seorang penuai mencecah hampir RM4,000.\nMenurutnya yang berasal dari Kampung Lembah Bidong, dia tidak menyesal beralih bidang daripada menjadi seorang penternak udang kepada penuai sawit apabila menerima manfaat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta manfaat kesihatan.\n\u201cKalau kita sakit, semua TDMP tanggung, jika kerja kampung kita tiada jaminan tersebut. Jadi kepada mereka diluar sana jangan takut kerja di ladang sawit, jika kita bekerja bersungguh-sungguh, hasil amat lumayan,\u201d jelasnya.\nBagi seorang pekerja berusia 50 tahun, Fauzi Mohamad menceritakan usia bukan penghalang bagi orang kampung dan tempatan untuk bergiat dalam industri perladangan tersebut.\n\u201cPaling tinggi gaji saya lebih RM3,000 berdasarkan prestasi kerja, kalau saya umur sedekad ini mampu apatah lagi orang muda dalam Terengganu di luar sana boleh raih pendapatan dan peluang ini,\u201d tambahnya.\nBaca juga: \nContoh Surat Pengesahan PendapatanMaksud B40 & Senarai Bantuan B40Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja\nCara Permohonan Jawatan Kosong TDM Berhad\nJika anda berminat untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan oleh TDM Berhad melalui saluran berikut:\n09-620 4800[email\u00a0protected]019-772 6070 (En Muhamad Shawal Endut \u2013 Jabatan Operasi)Rujuk pautan https://www.tdmberhad.com.my/career/\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, hubungi En Shawal di talian 09-6204800/ 019-7726070, atau emel [email\u00a0protected]. \nJangan lupa panjangkan hebahan kepada kenalan anda. Untuk peluang kerjaya yang lain di TDM Berhad, sila layari https://www.tdmberhad.com.my/career/\nMaklumat Lanjut\nTDM BerhadRegistration No.: 196501000477 (6265-P)Aras 5, Bangunan UMNO TerengganuLot 3224, Jalan Masjid Abidin20100 Kuala TerengganuTerengganu, Malaysia\nTel: (609) 620 4800 / (609) 622 8000Fax: (609) 620 4803\nMedia sosial\nFacebook : TDM Plantation Sdn. Bhd.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tonton/", "title": "Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTonton merupakan sebuah perkhidmatan penstriman yang telah merevolusi dunia penyiaran di Malaysia.\nDengan kemajuan internet di Malaysia, sememangnya ramai rakyat Malaysia yang gemar menonton pelbagai program atau rancangan kegemaran mereka secara dalam talian sahaja.\nMalah, Tonton.com.my juga merupakan satu-satunya pilihan untuk menonton siaran televisyen milik Media Prima bagi rumah yang tidak mempunyai siaran dengan sambungan kabel televisyen.\nIngin tonton Buletin Utama? Anugerah Juara Lagu? \nPlatform ini juga menyediakan pelbagai saluran dan program televisyen seperti TV3, TV9, 8TV, DidikTV, ABPBH, AJL, ADS, Melodi, Nona, DramaSangat, drama dan filem.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah & Revolusi Tonton.Com.My\n\n \nSokongan Peranti\n\n \nCara Daftar & Log Masuk Akaun\n\n\nSejarah & Revolusi Tonton.Com.My\nBagi yang tidak tahu, Tonton ialah perkhidmatan penstriman video tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia.\nPada Ogos 2010, Alt Media Sdn Bhd melancarkan Tonton sebagai perkhidmatan penstriman video dalam talian yang pertama di Malaysia. \nIa bermula sebagai satu cara untuk rakyat Malaysia menstrim saluran TV ikonik Malaysia, bersama-sama dengan perkhidmatan \u201cCatch Up TV\u201d yang membolehkan rakyat Malaysia menonton rancangan kegemaran mereka pada bila-bila masa.\nPada tahun 2016, Tonton telah diberikan nafas baru untuk mencerminkan tapak web berasaskan kandungan baharu dengan lebih baik dan mengeluarkan aplikasi penstriman videonya pada semua peranti utama. \nTonton mula mempamerkan acara LANGSUNG dalam HD dan mempamerkan kandungan baharu eksklusif untuk platform.\nPada 2021, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan REV Media Group melancarkan Tonton CINEMA, perkhidmatan penstriman berbayar yang menyediakan filem Malaysia dan asing berkualiti tinggi secara berterusan.\nSokongan Peranti\nAnda boleh menonton Tonton melalui mana-mana peranti yang disambungkan ke internet. \nTonton boleh ditonton melalui pelayar internet atau melalui aplikasi Tonton yang tersedia untuk peranti mudah alih, tablet, TV pintar, pemain media penstriman, set-top box dan banyak lagi.\n\nCara Daftar & Log Masuk Akaun\nUntuk menikmati segala siaran dan program yang ditayangkan, anda perlulah mendaftarkan akaun dan ianya adalah percuma.\nPlatform ini boleh dinikmati secara percuma kerana ianya memaparkan iklan, sama seperti siaran percuma di televisyen yang bergantung kepada pengiklanan untuk menampung kos operasi.\nBerikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun anda:\n\nLayari www.tonton.com.my\nBuat akaun dengan memasukkan nombor telefon anda, alamat e-mel dan membuat kata laluan\nSemak telefon anda untuk nombor digit TAC yang dihantar melalui SMS.\nMasukkan nombor digit TAC anda yang diterima melalui SMS untuk melengkapkan pendaftaran anda\n\nSetelah mendaftarkan akaun anda, anda boleh terus log masuk untuk menikmati segala kandungan yang dipaparkan dalam platform ini.\nKandungan yang dipaparkan di platform ini sentiasa berubah tetapi akan sentiasa menjadi platform untuk semua rancangan Media Prima. \nAnda boleh menonton pelbagai jenis rancangan daripada drama tempatan yang hebat, filem blockbuster antarabangsa dan banyak lagi.\nMaklumat lanjut, layari :\nhttps://linktr.ee/tv3malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-bernas/", "title": "Bantuan Khas BERNAS 2023: Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKENYATAAN MEDIA : PENYALURAN BANTUAN KHAS RM10 JUTA KEPADA PESAWAH\nBantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah. \nPemberian diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), YB Tuan Haji Mohamad Sabu melalui sebuah kenyataan rasmi bertarikh 31 Disember 2022.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan ini.\n\nSumber : KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (MAFS) \u2013 31 DISEMBER 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Khas BERNAS?\n\n \nJumlah Bantuan\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nTentang BERNAS\n\n\nApakah Bantuan Khas BERNAS?\nPada awal Disember 2023 yang lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan YAB Perdana Menteri supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.\nBantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. \nManakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta disalurkan.\n\nJumlah Bantuan\nSeramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah.\nTarikh Bayaran\nBantuan khas BERNAS akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. \nPesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari 2023. \nMAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar. \n\nTentang BERNAS\nTahukah anda, BERNAS mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada 7 Julai 1994 dan diswastakan pada 12 Januari 1996 sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.\nSejak itu, sukar melihat kenaikan harga beras di pasaran. Walaupun kekurangan beras berlaku pada 2008 sehingga membawa kepada pembelian yang tinggi di pasaran antabangsa, stok beras masih boleh didapati di kedai-kedai tempatan.\nWalaupun harga beras global meningkat sebanyak 217 peratus, harga beras tempatan Malaysia lebih stabil dengan peningkatan hanya 30 peratus, dan tiada kekurangan beras dilaporkan.\nKrisis Makanan Dunia 1973 sehingga krisis terakhir berlaku pada 2008 banyak memberi pengajaran untuk Malaysia lebih berwaspada.\nTahukah anda bahawa pengakhiran situasi itu ekoran tindakan pantas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan BERNAS dalam mengawal situasi dan memastikan kestabilan bekalan dan harga beras domestik?\nBERNAS turut menyerap kos kenaikan harga beras dunia yang melambung bagi memastikan impak yang minimum kepada rakyat.\nBagi sebarang lebihan bekalan padi, BERNAS sebagai pembeli padi terakhir bertanggungjawab untuk menangani lebihan itu dalam memastikan semua beras tempatan tersedia di pasaran pada harga yang dijamin.\n(Sumber: MStar)\nMaklumat lanjut: https://www.bernas.com.my/\nBaca juga: \n\nCara Keluarkan ASB Online, Had Pengeluaran & Tempoh\n6 Cara Kuatkan Signal Wifi\nBantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/solat-tarawih/", "title": "JAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenjelang bulan Ramadhan ini, eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara solat Tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah supaya kita sama-sama dapat menghidupkan malam-malam bulan yang mulia ini.\nAda banyak kelebihan solat sunat terawih dan antaranya disebutkan dalam hadis Nabi SAW :\n\u201cBarang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu\u201d. \u2013 HR Muslim\nBerikut dikongsikan cara solat tarawih lengkap yang dirujuk melalui JAKIM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHukum Solat Sunat Tarawih\n\n \nWaktu Solat Sunat Tarawih\n\n \nBilangan Rakaat\n\n \nCara Solat Terawih\n\n \n1. Lafaz Niat Solat Terawih\n\n \n2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain\n\n \n3. Bacaan Surah\n\n \nSelawat & Wirid Antara Solat\n\n \nCara Solat Sunat Witir\n\n \nDownload Panduan Solat Tarawih JAKIM\n\n\nHukum Solat Sunat Tarawih\nHukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.\nSolat sunat terawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah.\nHukum solat tarawih bersendirian pula adalah seperti berikut:\n\nWaktu Solat Sunat Tarawih\nDitunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dansunat ba\u2019diah (selepas isyak) dua rakaat.\n\n\n\n\n\n\nBilangan Rakaat\nSembahyang sunat Tarawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.\nDi Malaysia, umumnya kita melihat ada surau dan masjid yang mendirikan sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.\nIni bukanlah satu masalah kerana pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih biasanya dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. \nWalau bagaimanapun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat terawih sebanyak 20 rakaat.\nJadi, jangan gaduh-gaduh dan buatlah ikut kemampuan kita.\nCara Solat Terawih\nBerikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.\n1. Lafaz Niat Solat Terawih\nLafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064e \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0631\u064e\u0627\u0648\u0650\u064a\u0652\u062d\u0650 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nSahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat*(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.\nSumber: myJAKIM\n2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain\nRukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukunsembahyang yang lain juga.\nIni bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.\nJumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).\n3. Bacaan Surah\nSecara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.\nNamun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:\n\nSurah Al-Takathur\nSurah Al-Asr\nSurah Al-Humazah\nSurah Al-Fil\nSurah Quraisy\nSurah Al-Ma\u2019un\nSurah Al-Kautsar\nSurah Al-Kafi run\nSurah An-Nasr\nSurah Al-Masad\n\nPada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.\nDari malam 16 hingga akhir Ramadhan,\n\nPada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.\nPada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.\n\n*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan ituhanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyatsahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-manasurah atau ayat yang diingatnya. \nBegitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang Tarawih seperti yang dikongsikan di bawah ini.\nSelawat & Wirid Antara Solat\nAcara selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.\nNamun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.\nSebagai panduan, berikut adalah bacaannya:\n\n\n\n\n\n\n\nCara Solat Sunat Witir\nMenurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysiamenunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyangsunat Tarawih sebanyak 3 rakaat. \nSunat Witir ini ditunaikan sepertimana solat sunat lain, namun dengan bilangan rakaat ganjil.\nSecara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:\n\nDilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)\nLafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.\nSolat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.\nPada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.\nBoleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut: \n\n\nRakaat pertama \u2013 surah Al-A\u2019la\nRakaat kedua \u2013 surah Al-Kafirunn\nRakaat ketiga \u2013 surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas\n\nBaca juga : Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian / Sebulan (JAKIM)\nDownload Panduan Solat Tarawih JAKIM\nUntuk memudahkan anda membuat rujukan, anda boleh merujuk panduan solat terawih oleh JAKIM di pautan berikut:\nPanduanSolatTarawih-JakimDownload\nhttp://www.islam.gov.my/\nPanduan_Solat_Tarawih-JakimDownload\nSemoga dengan panduan ini kita dapat menambah amal dan memantapkan lagi penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan agar ia memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-lppsa/", "title": "Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan, Semakan Status & Baki Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai penjawat awam, anda mempunyai banyak kelebihan untuk membeli rumah dengan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) berbanding dengan pakej yang ditawarkan bank.\nIni kerana berbanding pinjaman bank, pinjaman LPPSA sangat menguntungkan kerana ia menawarkan kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman 100% tanpa menggunakan duit poket sendiri.\nDisebabkan itu, penjawat awam amat disarankan untuk mengambil peluang ini dan membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.\nBerikut adalah info lanjut tentang proses permohonan Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah LPPSA?\n\n \nKelayakan Memohon Pinjaman LPPSA\n\n \nJumlah Had Pinjaman Yang Boleh Dimohon\n\n \nJenis Pembiayaan Yang Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan LPPSA\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nKelulusan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah LPPSA?\nLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam. \nPenubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.\n\n\n\n\n\n\nMenurut satu kenyataan akhbar, setiap tahun LPPSA meluluskan 40,000 permohonan membabitkan pembiayaan di antara RM10 bilion hingga RM12 bilion setahun.\nBaca juga: Proses Tuntutan mySalam RM8,000\nKelayakan Memohon Pinjaman LPPSA\nSemua penjawat awam berjawatan tetap yang telah disahkan perkhidmatan layak untuk memohon pinjaman LPPSA bagi tujuan pembelian rumah kediaman, tanah atau kerja ubah suai yang dibenarkan.\nSalinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.\nI. PEMBIAYAAN PERTAMA\nAnsuran bulanan\u00a0tidak melebihi\u00a060%\u00a0daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang\u00a0tidak melebihi\u00a080%\u00a0daripada pendapatan bersih. \nGaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya\u00a020%\u00a0daripada pendapatan kasar. \nII. PEMBIAYAAN KEDUA\nAnsuran bulanan\u00a0tidak melebihi\u00a050%\u00a0daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang\u00a0tidak melebihi\u00a080%\u00a0daripada pendapatan bersih. \nGaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya\u00a020%\u00a0daripada pendapatan kasar.\n\nJumlah Had Pinjaman Yang Boleh Dimohon\n Kaedah pengiraan had kelayakan adalah seperti berikut:\nAnsuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; danGaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.\n*Contoh pengiraan kelayakan adalah seperti di bawah:\n\n\n\nNota:\nPendapatan bersih dibawah tafsiran LPPSA merujuk kepada:\u00a0Gaji Pokok + Elaun Tetap yang diambilkira \u2013 Potongan\u00a0 Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan Kalkulator Pengiraan Kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.\nJenis Pembiayaan Yang Ditawarkan\nMembeli rumah atau petak kediaman rumah yang telah siapMembina rumah di atas tanah sendiriMembeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaanMembeli tanah dengan tujuan membina rumahMenyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewanganMembina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSAMembuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman\nCara Permohonan LPPSA\nPermohonan pinjaman Perumahan LPPSA boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:\nLayari laman utama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA di lppsa.gov.myPengguna kali pertama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA dikehendaki mendaftarkan ID Pengguna. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftar dan disahkan melalui e-melBagi akaun yang baru didaftarkan, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini Butiran. Maklumat Kemaskini Butiran yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut : i. Maklumat Peribadi ii. Alamat Kediaman iii. Maklumat Keluarga iv. Maklumat Pekerjaan Halaman laman utama akan memaparkan pemilihan jenis pembiayaan yang boleh dipillih oleh pengguna : i. Permohonan Individu ii. Permohonan Bersama Bagi permohonan baru, pengguna akan diminta untuk memasukkan butir-butir berikut semasa permohonan pembiayaannya : i. Maklumat Awal Pembiayaan ii. Maklumat Perkhidmatan iii. Pendapatan dan Komitmen iv. Maklumat Pembiayaan v. Pemilihan Insurans/Takaful vi. Pengesahan Klik pada butang Simpan dan Hantar. \nDokumen Yang Diperlukan\nBerikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan bersama maklumat permohonan.\nSalinan Kad Pengenalan (MyKad) yang telah disahkanSlip Gaji Asal / e-Penyata Gaji atau Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen yang telah disahkanSurat Iringan Ketua JabatanBorang Permohonan Pinjaman / Pembiayaan SPPB yang disahkan termasuki. Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takafulii. Borang 2 \u2013 Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta FaedahSalinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan Di MalaysiaSalinan Sijil Kelahiran Anak\nKelulusan\nAmaun pembiayaan\u00a0 yang\u00a0 diluluskan\u00a0 adalah\u00a0 tertakluk kepada amaun yang terendah\u00a0 di antara berikut:\nharga hartanah;penilaian JPPH;amaun yang dimohon; ataukelayakan maksimum pemohon.\nStatus kelulusan akan dikemaskini di laman web dan boleh disemak oleh pengguna secara online.\nMaklumat Lanjut \nUntuk mengakses ke akaun pembiayaan anda dengan lebih mudah dan cepat, muat Turun Aplikasi Mudah Alih LPPSA \u2018MyFinancing\u2019\u00a0dari Google PlayStore: http://bit.ly/MyFinancingLPPSA\n\nUntuk sebarang pertanyaan, boleh berkunjung ke mana-mana cawangan atau ibu pejabat LPPSA di:\nLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)Kompleks Kementerian Kewangan,No.9,\u00a0 Persiaran Perdana, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya\nATAU hubungi Pusat Panggilan Utama\u00a0LPPSA di talian :\u00a003 \u2013 8880 1600 \n"]} {"url": "https://ecentral.my/login-uitm-student-portal/", "title": "UiTM Student Portal: Login Semakan Keputusan Peperiksaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan keputusan peperisaan UiTM boleh dibuat secara atas talian boleh dibuat melalui 3 cara mudah iaitu Portal SaringC19, MyStudent, atau UiTM Student Portal.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan peperiksaan secara online secara pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan melalui UiTM Student Portal.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah UiTM Student Portal?\n\n \nSemakan Keputusan Peperiksaan UiTM\n\n \nPanduan Navigasi UiTM Student Portal\n\n \nCara Daftar & Login UiTM Student Portal\n\n \nPanduan Pengaktifan Akaun Google Pelajar UiTM\n\n \nAplikasi i-Student Portal\n\n \nCara Daftar Subjek UITM\n\n \nCara Dapatkan Kad pelajar UITM\n\n \nCara Dapatkan Surat Pengesahan Tamat Belajar\n\n \nCara Semak Jadual Kelas Uitm\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah UiTM Student Portal?\nJika anda seorang pelajar UiTM, anda tentunya perlu menggunakan UiTM Student Portal bagi memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti.\nDaripada proses pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, serta pelbagai info terkini disiarkan di portal ini untuk makluman semua pelajar.\nBuat pengetahuan anda, sehingga hari ini terdapat 34 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri di Malaysia. \nTidak kira anda pelajar kampus di Selangor, Perak, Kedah, Melaka mahupun Terengganu, semuanya menggunakan sistem yang sama. \nJadi kalau tak tahu nak bermula di mana, boleh rujuk artikel ini sebagai panduan untuk mendaftar dan cara menggunakan Student Portal ini.\n\nSemakan Keputusan Peperiksaan UiTM\nAssalamualaikum WBT,\nSalam Sejahtera,\nSalam UiTM Di Hatiku.\n\n\n\n\n\n\n[PENGUMUMAN TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKAAN AKHIR FEBRUARI 2023]\nMerujuk perkara di atas, kami dari Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengumumkan bahawa pihak Hal Ehwal Akademik telah mengeluarkan tarikh pengumuman keputusan peperiksaan akhir Februari 2023. \nKeputusan peperiksaan boleh mula disemak pada 10 MAC 2023 seawal jam 9.00 pagi. \nPara pelajar boleh menyemak keputusan masing-masing melalui Student Portal, iStudent App, SaringC19 dan MyStudent.\nSekian terima kasih.\nJangan lupa untuk ikuti 3 langkah berikut:\u00a0\n1) Semak Saring 19 di\u00a0https://saringc19.uitm.edu.my2) Log in MyStudent di\u00a0https://mystudent.uitm.edu.my3) Log in UiTM Student Portal di\u00a0https://istudent.uitm.edu.my\nKalau ada masalah akses, cepat-cepat log in e-aduan ICT di\u00a0\u00a0https://units.uitm.edu.my\nSemoga urusan anda semua dipermudahkanNya dan mendapat keputusan yang diidamkan!\nPanduan Navigasi UiTM Student Portal\nPortal ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:\n1. eAcademic\n\nJadual Kelas\nKeputusan Peperiksaan\nSlip Peperiksaan\nSistem Pendaftaran eCourse\nPermohonan Cuti Khas \nPermohonan Lanjutan Pengajian\nPermohonan Transkrip Akademik\n\n2. iLearn Portal\n\niClass\nSuFO\n\n3. FinePortal\n\nBayaran bil\n\n4. eHEP\n\ne-Kolej\nInsentif Makan\nZakat\nStiker Kenderaan\nSaman Lalulintas\nPelajar NR\nStiker Elektrik\nBantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)\nKebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar\n\n\n\n\nMemang banyak kegunaan portal ni kan?\nJadi, setiap pelajar kenalah tahu bagaimana untuk mendaftar supaya dapat memanfaatkan ia sebaiknya.\nDi bawah ini dikongsikan cara membuat pendaftaran dan login kali pertama ke portal tersebut.\nCara Daftar & Login UiTM Student Portal\nUntuk login ke UiTM iStudent Portal, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:\n\nPergi ke alamat URL rasmi https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/sportal_login/index.htm\n\u00a0Klik di \u201cFirst time login\u201d untuk login kali pertama\n\u00a0Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan. \nKemudian klik \u201cSend my Password to my Email Now\u201d.\nPeriksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM\n\n\nPanduan Pengaktifan Akaun Google Pelajar UiTM \n1. Layari\u00a0https://mail.uitm.edu.my2. Pilih menu Gmail Student3. Masukan Username seperti berikut:Taip no. pelajar diikuti dengan @student.uitm.edu.my(Cth. [email\u00a0protected] )\n4. Masukkan Password mengikut kombinasi berikut :Dua (2) huruf pertama daripada nama penuh pelajar danhuruf pertama adalah huruf BESAR,diikuti dengan simbol @ dan enam (6) nombor terakhir nombor pelajar UiTM.\nContoh :Nama Pelajar : Abdul Halim Abdul HamidNo. Pelajar : 2017123456Password Email Google Pelajar UiTM: [email\u00a0protected]\n5. Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, mohon salurkan aduan\u00a0https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfmSila pilih kategori \u201cOperasi Emel Google\n\nAplikasi i-Student Portal\nSelain dilayari di laman web, anda juga boleh menggunakan iStudent Apps yang membawakan maklumat terkini dengan mudah dan cepat.\nIanya boleh dimuat turun melalui Google Playstore di pautan ini: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.istudent&hl=en atau dengan mengimbas QR code dalam poster di bawah.\nSemua maklumat serta kandungan yang terdapat dalam laman web rasmi UiTM iStudent terdapat dalam aplikasi ini.\nCara Daftar Subjek UITM\nPendaftaran bagi subjek-subjek yang diambil untuk setiap semester boleh dibuat melalui iStudent UiTM Portal.\nPara pelajar dikehendaki memastikan jumlah kredit mestilah mencukupi untuk setiap semester bagi membolehkan pelajar tamat belajar dan graduasi pada masanya.\nBerikut merupakan cara-cara untuk mendaftarkan subjek-subjek yang perlu diambil:\n\nLayari laman iStudent UiTM Portal di alamat\u00a0https://simsweb.uitm.edu.my\nMasukkan ID pelajar dan kata laluan yang sah\nKlik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\nPaparan menu utama laman portal akan dipaparkan.\nKlik pada bahagian \u201ce-Academic System\u201d.\nKlik pada butang \u201cCourse Registration\u201d.\nKlik pada butang \u201cRegister New Courses\u201d.\nPelajar perlu pilih subjek apa yang ingin diambil bagi semesta tersebut sehingga memenuhi jam kredit yang telah ditetapkan.\nSetelah senarai subjek yang diambil pada semesta tersebut berjaya ditambah, klik pada butang \u201cConfirm and generate my first bill\u201d.\nAkhir sekali, pelajar perlu cetak senarai subjek yang dipilih dan didaftarkan sebagai rujukan.\n\nCara Dapatkan Kad pelajar UITM\nSetiap pelajar yang merupakan pelajar UiTM sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa perlulah sentiasa membawa bersama kad pelajar UiTM bagi urusan identifikasi.\nBerikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan kad pelajar UiTM anda:\n\nBagi pelajar UiTM, kad pelajar ini boleh dibuat di Kaunter Kad UiTM atau kaunter Bendahari UiTM pada waktu pejabat di kampus masing-masing.\u00a0\nPelajar hanya perlu membawa surat tawaran belajar dan kad pengenalan MyKad bagi tujuan untuk membuat kad pelajar UiTM ini.\nBagi pelajar baru, pihak UiTM akan memaklumkan tarikh-tarikh tertentu untuk membuat uitm student card tersebut.\n\nCara Dapatkan Surat Pengesahan Tamat Belajar\nBagi pelajar yang sudah menamatkan pengajian di UiTM tetapi belum mendapat sijil konvokesyen, anda boleh mendapatkan surat pengesahan tamat belajar bagi memudahkan anda memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\nPelajar tidak perlu ke pejabat pengurusan UiTM untuk mendapatkan surat pengesahan tamat belajar ini sebaliknya proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman sesawang\u00a0https://simsweb.uitm.edu.my\nMasukkan ID pelajar dan kata laluan yang sah serta klik pada butang \u201cLog Masuk\u201d.\nPaparan menu utama laman portal pelajar dipaparkan.\nKlik pada bahagian \u201ce-Academic System\u201d.\nKemudian, klik pada bahagian \u201cStudent Letter\u201d.\nSenarai surat pelajar akan dipaparkan dan klik pada surat pengesahan tamat belajar bagi pelajar UiTM seperti pada Rajah di bawah ini\nSeterusnya, klik butang \u201cView Letter\u201d.\nAkhir sekali, cetak surat pengesahan tamat belajar tersebut.\n\nCara Semak Jadual Kelas Uitm\nSetelah melengkapkan pendaftaran bagi subjek-subjek yang diambil, anda boleh semak jadual pengajian anda di UiTM bagi memudahkan rujukan anda. \nSemakan jadual pengajian ini juga mesti dilakukan untuk mengelakkan pertindihan 2 subjek atau kelas dalam sesuatu masa.\nUntuk semak jadual pengajian anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman sesawang\u00a0https://icress.uitm.edu.my\u00a0 seperti pada Rajah di atas ini\nMasukkan kampus dan fakulti pelajar.\nKemudian, klik pada butang \u201cDisplay Course Timetable\u201d.\nSenarai jadual kelas bagi setiap kursus di bawah fakulti pelajar akan dipaparkan.\nDaripada paparan tersebut, pelajar boleh mula menyusun jadual kelas mereka.\n\nMaklumat Lanjut\nJika anda mengalami sebarang masalah atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang laman web ini, anda boleh merujuk kepada sumber berikut :\n\nFacebook Rasmi UiTM Student Portal\nLaman web rasmi UiTM\nTelefon : +603-5544 2000 \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-sara-hidup-mahasiswa-yayasan-negeri-sembilan/", "title": "Cara Mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Negeri Sembilan kini menawarkan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa buat pelajar dari negeri tersebut.\nLebih menarik lagi, kadar bantuan juga telah dinaikkan daripada RM 100 sebulan kepada RM 150.\nKhabar gembira ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato\u2019 Seri Aminuddin Harun yang menyatakan bahawa masiswa/i bakal menerima bantuan sebanyak RM 1,800 setahun berbanding RM 1,200 sebulan sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan jumlah bantuan yang diberikan adalah selaras dengan kenaikan harga barang yang turut menjejas kehidupan seharian mahasiswa/i yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.\nJumlah kenaikan bantuan yang ditawarkan akan diberikan kepada pelajar bermula September 2022.\nBaca Juga : Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Untuk Siswa Kelahiran Pahang\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Sokongan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan\nPelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.\nPermohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).\nIbu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.\nBorang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.\nCara Memohon\nPelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nLayari pautan permohonan\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdx4R6KMeFIlme2kkyTkT7qNaH1AJwrcm4nhdn9oV5EDH9ftA/viewform.Klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Next\u2019 pada setiap akhir paparan.Muat naik dokumen sokongan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Sokongan\nPemohon juga perlu memuatnaik dokumen sokongan seperti berikut :\nBorang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun:\u00a0https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdfBorang Akuan Pengesahan Pendapatan:\u00a0https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms\n"]} {"url": "https://ecentral.my/anwar-ibrahim-perdana-menteri-malaysia-ke-10/", "title": "Biodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBIODATA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10\nTeka-teka siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-10 kini terjawab selepas berlaku siri drama politik susulan tiada parti dapat mengumpul minimum 112 kerusi parlimen mendorong penglibatan Yang Dipertuan Agong bagi membolehkan pembentukan kerajaan perpaduan antara PH selaku parti paling banyak kerusi dengan parti-parti lain.\nBerikut dikongsikan biodata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerlantikan Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10\n\n \nRINGKASAN BIODATA ANWAR IBRAHIM\n\n\nPerlantikan Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10\nDatuk Seri\u00a0Anwar Ibrahim, Presiden\u00a0Parti Keadilan Rakyat\u00a0(PKR) dan Pengerusi\u00a0Pakatan Harapan\u00a0(PH) telahpun mengangkat sumpah sebagai\u00a0Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022.\nlstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 telah berlangsung pada jam 5 petang di lstana Negara.\nYDP Agong berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai proses pelantikan Perdana Menteri baharu pagi ini.\nYang di-Pertuan Agong telah perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan dalam Perkara 40 (2)(A) dan Perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan .\nRujuk kenyataan penuh dalam lampiran di bawah:\n24 NOVEMBER 2022 \u2013 KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Istana Negara\nBaca juga: Piala Dunia 2022 Qatar: Pasukan, Jadual & Keputusan Perlawanan\nPerdana Menteri ke-10, DS Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di Istana Negara, Kuala Lumpur, 24 November 2022. \u2013 SADIQ ASYRAF\nDS Anwar Ibrahim merupakan anak jati Bukit Merajam Pulau Pinang, calon PH\u00a0bagi kerusi Parlimen P63 Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, di mana beliau telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 3,736.\nMengimbau kembali pendidikan awal beliau yang bersekolah rendah di\u00a0Bukit Mertajam Boys School,\u00a0Bukit Mertajam,\u00a0Pulau Pinang, pengajian persekolahan menengahnya di\u00a0Maktab Melayu Kuala Kangsar\u00a0(MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 dan selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di\u00a0Universiti Malaya\u00a0dalam pengajian Melayu\u00a0(Sastera).\nBercerita mengenai perjalanan politik,\u00a0beliau disebut-sebut sebagai \u2018anak didik\u2019\u00a0Tun Dr\u00a0Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Mahathir yang lantang\u00a0bersuara.\nBeliau pernah dilantik menjadi presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari\u00a0tahun 1968 hingga 1971.\nKemudian beliau merupakan pengasas bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).\nAnwar kali pertama\u00a0dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam gerakan pelajar pada tahun 1974\u00a0selepas mengetuai demostrasi pelajar terhadap kemiskinan dan kelaparan di kawasan luar bandar.\nSelepas keluar dari tirai besi, Anwar mengambil keputusan mengejut menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) diketuai\u00a0Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sejak 1981.\nTerus melebarkan sayapnya dalam UMNO, kerjaya politiknya menjadi cemerlang dan setahun selepas sertai parti keramat itu, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983.\nPada tahun 1984, Anwar mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia sebelum menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986. Ketika itu, Anwar berkemungkinan besar akan dilantik Timbalan Perdana Menteri setelah memegang portfolio Menteri Pendidikan.\nTernyata ramalan menjadi realiti, pada tahun 1993, Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas dipilih sebagai Naib Presiden UMNO untuk menewaskan Tun Ghafar Baba yang diramal sebagai pengganti Tun Mahathir.\nSetelah menjadi orang kedua terpenting dalam negara, hubungan Anwar dan Tun Mahathir menjadi rapat ibarat isi dan kuku, hubungan anak dan bapa.\nBeliau juga pernah dilantik sebagai perdana menteri sementara ketika Tun Mahathir memutuskan untuk mengambil cuti selama dua bulan pada 1997.\nNamun setelah itu, hubungan Anwar dan Tun Mahathir merosot akibat perbezaan pandangan semasa mentadbir negara.\nAnwar juga semakin lantang bersuara mengkritik budaya nepotisma dan kronisma dalam UMNO sebagai punca utama rasuah dan penyalahgunaan bajet negara.\nAnwar dipecat daripada UMNO dan kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998, peristiwa yang mendorong kelahiran gerakan Reformasi di ibu kota dan seluruh negara.\nBeliau dipenjara pada tahun 1999 atas kesalahan rasuah namun menjadi pengaruh besar kepada Barisan Alternatif (BA) dan selepasnya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Parti Keadilan Nasional (KEADILAN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan DAP.\nSelepas 10 tahun tidak menceburi bidang politik, pada 29 November 2009, beliau kembali ke Parlimen sebagai tetamu menemani isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, wanita pertama mengetuai parti pembangkang.\nAnwar menjadi anggota Parlimen selepas memenangi pilihan raya di Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas peletakan jawatan isterinya.\n\nAnwar dipenjara sekali lagi pada 2015 selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah dituduh dalam kes pelakuan seks luar tabii.\nKemudian selepas menerima pengampunan diraja dari Sultan\u00a0Muhammad V, beliau\u00a0dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018, selepas PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018.\nBeliau seterusnya bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK)\u00a0Port Dickson\u00a02018 dan menang\u00a0besar dengan majoriti 23,560 undi. Anwar menewaskan\u00a0bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas\u00a0memperoleh 4,230 undi, manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.\nTiga lagi calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong memperoleh 337 undi, manakala Lau Seck Yan (214 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).\nDalam pada itu, Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah\u00a0Time\u00a0iaitu pada 2008.\nSumber: Sinar Harian\n\nRINGKASAN BIODATA ANWAR IBRAHIM\nLahir : 10 Ogos 1947, Bukit Mertajam, Pulau Pinang\nIsteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah\nKerjaya:\n\nPerdana Menteri Malaysia\nAhli Parlimen Tambun (2022)\nAhli Parlimen Port Dickson (2018-2022)\nAhli Parlimen Permatang Pauh\u00a0(2013)\nPemangku Perdana Menteri (1997)\nPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (Mac-\u00a0September 1998)\nSetiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia\nKetua Pembangkang di Parlimen Malaysia\nTimbalan Perdana Menteri (1993 \u2013 1998)\nMenteri Kewangan (1990 \u2013 1998)\nMenteri Pendidikan\u00a01986 \u2013 1990\nMenteri Pertanian (1985 \u2013 1986)\nMenteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 \u2013 1985)\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 \u2013 1983)\n\nJawatan yang pernah disandang dalam parti:\n\nPresiden\u00a0Parti Keadilan Rakyat\u00a0(PKR)\nPengerusi\u00a0Pakatan Harapan\u00a0(PH)\nTimbalan Presiden UMNO\nNaib Presiden UMNO\nKetua Pemuda UMNO\nmeninggalkan ABIM pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO\nPresiden Majlis Belia Malaysia (MBM)\nPenasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu (1973)\nPemimpin Pengasas dan Presiden kedua sebuah pertubuhan Islam belia dipanggil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971)\n\nPendidikan:\n\nUniversiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) (1967)\nDianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University\nAnugerah Presiden oleh Georgetown University\nMaktab Melayu Kuala Kangsar\u00a0(MCKK) (1960-1966)\n\nIkuti sorotan ringkas perjuangan beliau melalui video di bawah:\n\n\nSumber: BERNAMA, 24 November 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-tunai-rahmah/", "title": "Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023) \u2013 Semakan Status & Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 3 MULAI 26 JUN 2023\n[TERKINI] SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 3 AKAN DISALURKAN MULAI 26 JUN 2023, MEMANFAATKAN 8 JUTA ISI RUMAH B40\nYAB Datuk Seri\u00a0Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.\nDengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing. \nPembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun \u2013 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan\u00a0BSN Malaysia\u00a0mulai 26 Jun 2023.\nSemakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.\u00a0\nBerikut dikongsikan kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkenaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 serta butiran penting mengenainya untuk makluman rakyat Malaysia.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Bantuan Tunai Rahmah?\n\n \nTarikh & Kadar Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3\n\n \nJumlah Bayaran STR Setiap Fasa\n\n \nCara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023)\n\n \nSiapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Itu Bantuan Tunai Rahmah?\nSTR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.\u00a0\nPendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan.\nBantuan tahunan oleh Kerajaan sebelum ini turut dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh & Kadar Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3\nPara penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing.\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 3i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM4003-4 anak: RM6005 anak dan lebih: RM800B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM1503-4 anak: RM2005 anak dan lebih: RM250ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM150\n\nJumlah Bayaran STR Setiap Fasa\nTERKINI : \nPembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan mula diagihkan awal bulan April sebelum sambutan Aidilfitri.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 2\ni) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\nA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:0 anak : RM 2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200\nB. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200\nii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)\nPendapatan RM5000 ke bawah : RM100\niii) Kategori Bujang 21-59 tahun\nPendapatan RM2500 ke bawah: RM100\niv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun\nPendapatan RM2500 ke bawah: RM100\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 3i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM4003-4 anak: RM6005 anak dan lebih: RM800B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM1503-4 anak: RM2005 anak dan lebih: RM250ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM150\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 4i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM6003-4 anak: RM9005 anak dan lebih: RM1200B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM03-4 anak: RM3005 anak dan lebih: RM500ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM0\nUntuk melihat jadual dengan lebih jelas, sila layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html\nBerikut adalah jumlah bayaran tambahan yang akan diterima oleh kategori miskin tegar :\nKategori PenerimaPendapatanBil. AnakBayaran 1Jul-23Bayaran 2Ogos-23Bayaran 3Sept-23Bayaran 4Okt-23Bayaran 5Nov-23Bayaran 6Dis-23**Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023(RM)Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023(RM)* Isi Rumah Miskin TegarTiada Had Umur(Tambahan RM600)\u2264 PGK Miskin Tegar RM1,16901001001001001001006001,6001-21001001001001001006002,1003-41001001001001001006002,600\u2265 51001001001001001006003,100\n\nNota:\n\nBantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan\nKumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100\n\n\n\nCara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023)\nPendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\u00a0kini dibuka.\nRujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:\n\n\n\nMuat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):\nPanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharuDownload\n\nMuat Turun Borang Manual\n\nBorang Permohonan STR 2023\nBorang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR 2023\nBorang Serahan Dokumen Sokongan STR 2023\nBorang Pembatalan Permohonan STR 2023\n\nRujuk panduan kemaskini STR : STR 2023 : Panduan Kemaskini Maklumat Pemohon\nSiapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini?\nPemohon yang perlu membuat\u00a0permohonan baharu\u00a0STR adalah seperti berikut:\n\nPemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta\nBerpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau\nBerpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.\n\nPemohon yang perlu membuat\u00a0kemas kini permohonan\u00a0STR adalah seperti berikut:\n\nTidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022\nPenerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini\n\n\n\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : SITUASI YANG MEMERLUKAN PENGEMUKAAN BORANG PERMOHONAN STR KE PEJABAT LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/\n\nBaca juga:\n\nDiskaun PTPTN 20% \u2013 Belanjawan Madani 2023\nUjian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing \u2013 Bajet 2023\n\nMaklumat Lanjut\nPemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my\u00a0bagi maklumat lanjut.\nPanduan Pengguna\n\nPermohonan Baharu STR\nKemas Kini Permohonan STR\nDaftar Akaun MySTR\nPeti Mel MySTR\nMaklum Balas STR\nStatus Bayaran STR\n\nSOALAN LAZIM:\n\nSumbangan Tunai Rahmah\nPermohonan dan Kemas Kini\nPembayaran Fasa 1 STR\nMySTR\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-spp-dg41-one-off-2021/", "title": "SPP: Rayuan Temuduga Pengambilan Khas PPP DG41 One-off 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRayuan Temu Duga SPP Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara One Off Tahun 2021 \nSuruhanjaya Perkhdimatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa graduan dan bakal graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan yang telah memohon bagi urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara One-Off Tahun 2021 yang telah diiklankan pada 7 Julai 2021 tetapi tidak dipanggil temu duga boleh mengemukakan rayuan selepas panggilan temuduga Fasa 3 dikeluarkan.\nDalam kenyataan pada 18 November 2021, SPP telah mengumumkan bahawa rayuan sudah dibuka bagi calon-calon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara \u2018One-Off\u2019 Tahun 2021.\nBerikut dikongsikan makluman tersebut:\n\nBaca juga: Pendaftaran Pakej Peranti / Pakej Remaja Keluarga Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRayuan Temuduga SPP (One Off) Kini Dibuka\n\n \nCara Permohonan Rayuan SPP DG41 secara \u2018One-Off\u2019 2021\n\n \nTarikh Akhir Permohonan Rayuan\n\n \nSemakan Keputusan Rayuan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nRayuan Temuduga SPP (One Off) Kini Dibuka\nHebahan Rayuan Temu Duga Bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara \u2018One-Off\u2019 Tahun 2021\n\n\n\n\n\n\n1) Rayuan terbuka kepada calon dengan Ikhtisas Pendidikan sahaja;\n2) Hanya calon yang pernah memohon bagi pengambilan khas ini sahaja yang akan dipertimbangkan untuk rayuan;\n3) Opsyen calon akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan tertakluk kepada kekosongan sedia ada;\n4) Permohonan rayuan tidak melayakkan calon untuk dipanggil temu duga secara automatik. Hanya calon yang melepasi tapisan rayuan sahaja akan dipanggil temu duga; dan\n5) Sebarang rayuan tidak akan dilayan selepas tempoh ini dan keputusan adalah muktamad.\n\nCara Permohonan Rayuan SPP DG41 secara \u2018One-Off\u2019 2021 \nPermohonan rayuan boleh dilakukan secara atas talian.\nSekiranya calon berminat untuk meneruskan rayuan seperti ketetapan di atas, sila klik di sini https://semakan.spp.gov.my/\u2026/jadual_rayuan_oneoff_fasa1\u2026\nTarikh Akhir Permohonan Rayuan\n**\nTERKINI\nTARIKH TUTUP HEBAHAN RAYUAN TEMU DUGA BAGI PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA \u2018ONE-OFF\u2019 TAHUN 2021 TELAH DIKEMASKINI SEPERTI DIBAWAH INI.\n\nSemua permohonan boleh dikemukakan sebelum atau pada 26 NOVEMBER 2021 jam 12.00 TENGAH HARI.\nSILA LAYARI\nhttps://semakan.spp.gov.my/semakan/One-Off/Rayuan/jadual_rayuan_oneoff_view.php\nSemakan Keputusan Rayuan\nHEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI CALON RAYUAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA \u2018ONE-OFF\u2019 TAHUN 2021.\nCalon boleh membuat semakan bagi panggilan temu duga mulai 9 Disember 2021 melalui pautan berikut:\n\nhttps://semakan.spp.gov.my/semakan/One-Off/rayuan/jadual_temuduga_rakaman_view.php\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkenaan permohonan rayuan ini, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di pautan berikut:\nhttps://www.spp.gov.my/\nSumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)\nBaca juga: \nJadual & Tarikh SPM, STAM, UPBA 2021 / 2022 \u2013 KPMCara Simpan Duit ASB Online Tanpa Ke Kaunter. Mudah & Cepat!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-langkah-mengundi-pru15-undi-rosak/", "title": "10 Langkah Mengundi PRU15 & Ciri-ciri Undi Rosak \u2013 SPR", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Pangkah Undi (Panduan Mengundi PRU15 Agar Tidak Berlaku Undi Rosak / Ditolak)\nSeperti yang kita ramai sedia maklum, negara kita bakal mengadakan pilihan raya umum ke-15 pada 19 November 2022 (Sabtu).\nDi sini kami ingin kongsikan cara pangkah undi serta langkah-langkah pengundian untuk dijadikan panduan pada hari pilihan raya nanti.\nBaca Juga : Senarai Calon Parlimen PRU 15 & Tumpuan \u2018Kerusi Panas\u2019\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPersediaan Sebelum Pergi Mengundi\n\n \n10 Langkah Mengundi\n\n \nPeringatan : Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan Di Tempat Mengundi\n\n \nCiri-ciri Undi Rosak / Undi Ditolak\n\n \nAdakah Tanda Selain Pangkah Dikira Sebagai Undi Rosak?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPersediaan Sebelum Pergi Mengundi\nBagi yang pertama kali ingin mengundi, anda mungkin tertanya-tanya cara pangkah undi yang betul. \nBerikut adalah antara persediaan pengu di sebelum pilihan raya:\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai persediaan PALING PENTING, sila bawa SALAH SATU dokumen pengenalan diri yang berikut:\nKad PengenalanPasportLesen MemanduDokumen Pengenalan Sementara (JPN KPPK09)Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KPPK11) (Disahkan JPN)\n\nCARA PANGKAH UNDI \u2013 SPR\n10 Langkah Mengundi\nBerikut adalah langkah-langkah mengundi yang dikongsikan oleh SPR:\nSila masuk apabila dibenarikan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk.Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Kemudian, tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pasti No. Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.Terima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. (Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya).Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.Maju ke petak undi dan tandakan \u2018X\u2019 pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.Masukkan kertas undi dalam Peti Undi yang betul.Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.\n\nPeringatan : Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan Di Tempat Mengundi \nPengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu infografik yang dimuat naik di platform social media mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.\nLarangan itu yang disenaraikan sebagai langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa ia tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.\nSelepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.\nPANDUAN VIDEO\n\n\nSumber: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)\nCiri-ciri Undi Rosak / Undi Ditolak\nTahukah anda, istilah Undi rosak hanya terpakai kepada kertas undi yang TIDAKDIMASUKKAN dalam tempoh pengundian, manakala istilah KERTAS UNDI DITOLAK pulak berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.\nSumber: SPR\nPERATURAN 21: PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981\nContohnya kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan ke dalam peti undi.\nKetika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari Ketua Tempat Mengundi.\nContoh kertas undi yang koyak dan tidak dimasukkan ke dalam peti undi\nPERATURAN 25 (6) (7) PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981\nKetua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi itu mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan \u2018ditolak\u2019 pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.\nKetua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:\nKertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmiUndi diberikan lebih dari satu calonMenulis perkataan pada kertas undiKertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotakPengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi\nContoh kertas undi yang ditolak\nAdakah Tanda Selain Pangkah Dikira Sebagai Undi Rosak?\nSPR menjelaskan bahawa selain tanda pangkah \u2018X\u2019 pada kertas undi,\u00a0tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi.\nMenurut Pengerusi SPR, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.\n\u201cTulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau \u2018dot\u2019, \u2018tick\u2019 atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya \u2018intention\u2019 (niat) adalah untuk memilih calon itu. Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak.\u201d\n(Sumber: Sebenarnya.com)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini mengenai pilihan raya umum ke-15, sila ikuti laman Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia \u2013 SPR. \nBagi tujuan semakan daftar pemilih serta calon pilihan raya, sila ke pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-agropreneur-muda/", "title": "Geran Agropreneur Muda : Jenis Bantuan, Syarat-Syarat & Cara Memohon", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropeneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.\nProgram yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.\nProgram ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti berikut :\nTanamanPerikananTernakanIndustri Asas TaniPemasaranPerkhidmatan dan input sokongan pertanianAgropelancongan\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM) secara lebih lanjut.\nBaca Juga : AGRONet: Cara Login Dan Daftar Agrobank Online\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nSyarat Permohonan Pembiayaan\n\n \nCara Memohon\n\n \nBorang Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda\nUntuk makluman, tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini.\n\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon Geran Agropreneur Muda perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nWarganegara MalaysiaGolongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahunBoleh membaca, mengira dan menulisIndividu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan /Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA.Individu yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.Keutamaan kepada golonga muda yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.\nSyarat Permohonan Pembiayaan\nSyarat permohonan pembiayaan adalah seperti berikut :\nProjek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasiProjek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaranMendapat sokongan teknikla daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.\nJenis Bantuan\nJenis bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :\nKhidmat nasihat teknikal dan latihanGeran berbentuk barangan\nPakej khas pembiayaan bagi perkembangan projek pertanian sedia ada daripada agensi pembiayaan seperti berikut :\nTEKUN Nasional \u2013 sehingga RM 50,000 bagi setiap projekAgrobank \u2013 sehingga RM 500,000 bagi setiap projek\nCara Memohon\nIndividu yang berkelayakan boleh lakukan permohonan di Pejabat jabatan / Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :\nBorang UAM 01/14 (pin. 02/18)Salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passportKertas Rancangan Perniagaan yang lengkapSenarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan dengan anggaran Sebut HargaSalinan sijil Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA atauBorang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan / Agensi MOA.\n\nNota : Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dihubungi. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.\nBorang Permohonan\nAnda boleh muat turun borang permohonan seperti di bawah :\nPeringkat Rancangan Perniagaan\nLampiran 1\u00a0: Penyediaan Rancangan Perniagaan\nLampiran 2\u00a0\u2013 Borang Permohonan\u00a0UAM\nLampiran 3 \u2013 Borang Penilaian Permohonan Geran\nLampiran 4\u00a0\u2013 Borang Permohonan Peluang Kedua\nPeringkat Pembekalan\nLampiran 5\u00a0\u2013\u00a0Borang Permohonan Pertukaran Spesifikasi GAM\nLampiran 6\u00a0\u2013 Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM\nLampiran 7\u00a0\u2013\u00a0Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan\u00a0GAM\nLampiran 8 \u2013\u00a0Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM\nLampiran 9\u00a0\u2013\u00a0Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM\nPeringkat Pembayaran\nLampiran 10\u00a0\u2013 Borang Pembekalan GAM\nLampiran 11\u00a0\u2013\u00a0Surat Aku Janji\nPeringkat Pemantauan\nLampiran 12\u00a0\u2013 Borang Laporan Pemantauan\nLampiran 13\u00a0\u2013 Borang Kemajuan Prestasi Usahawan\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM), sila rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/border-pass-malaysia/", "title": "Border Pass Malaysia : Syarat & Cara Permohonan Pas Sempadan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBorder Pass Malaysia : Syarat & Cara Permohonan Pas Sempadan\nTahukah anda apakah itu Border Pass / Sempadan Malaysia-Thailand?\nDokumen ini dikeluarkan untuk rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand tanpa memerlukan passport merah (dengan bersyarat).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pas sempadan Malaysia ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Border Pass Malaysia?\n\n \nHad perjalanan\n\n \nTempoh sah\n\n \nDokumen permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Border Pass Malaysia\n\n \nCara memohon pas sempadan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Itu Border Pass Malaysia?\nSelain pasport, border pass merupakan satu lagi cara alternatif bagi rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Thailand.\nWalau bagaimanapun, hanya rakyat daripada beberapa buah negeri di utara Malaysia sahaja yang layak memohon dokumen perjalanan ini untuk memasuki Thailand bagi tujuan pelancongan. \nBorder pass adalah sebuah dokumen yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.\n\n\n\n\n\n\nHad perjalanan\nWalaupun border pass membolehkan rakyat Malaysia untuk memasuki Thailand secara sah, namun ianya terhad untuk perjalan ke lokasi tertentu sahaja. \nPas ini adalah sah untuk pergerakan dari sempadan ke selatan Thailand khususnya Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani sahaja. \nAntara wilayah atau bandar yang dibenarkan menggunakan \u201cborder pass\u201d ialah:\n1) Betong di wilayah Yala\n2) Tak Bai di wilayah Narathiwat\n3) Seluruh wilayah Songkhla \u2013 Hatyai, Danok, Padang Besar, Sadao, Klong Ngek, Samila Beach\n4) Seluruh wilayah Satun \u2013 Pak Bara, Tanyong Po, Tammalang, Manang, KOH LIPE\nBagi lawatan atau percutian melebihi had perjalanan ini, anda perlu menggunakan Pasport Malaysia. \n\nTempoh sah\nTempoh Sahlaku adalah 1 tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.\nTempoh sah ini tidak boleh dipanjangkan dan setiap individu perlu memohon pas baru sekiranya pas mereka telah tamat tempoh.\nTempoh sah pas sempadan mestilah tidak kurang daripada 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand.\n\nBorder Pass boleh dibuat di Imigresen UTC negeri-negeri yang bersempadan dengan negara Thai seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Hulu Perak.\nBoleh juga dibuat di Imigresen negeri sempadan.\nUTC buka setiap hari.\nBayaran RM10 sahaja\n\n\nDokumen permohonan\nIndividu yang ingin memohon border pass Malaysia ini mestilah menyediakan bersama dokumen-dokumen berikut:\nBerumur 12 tahun ke bawah\n\nSatu (1) salinan gambar terkini pemohon\n\nlatar belakang putih\nRambut tidak menutupi dahi\nTudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)\n\n\nBorang permohonan\nSijil kelahiran\nBorang A1/B1 \u2013 borang kebenaran ibu bapa\nPemohon mesti ditemani ibu atau bapa\n\nBawah 18 tahun:\n\nSatu (1) salinan gambar terkini pemohon\n\nlatar belakang putih\nRambut tidak menutupi dahi\nTudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)\n\n\nBorang permohonan\nKad pengenalan\nBorang A1/B1 \u2013 borang kebenaran ibu bapa\nPas Sempadan Sebelumnya (jika ada)\n\n18 tahun ke atas:\n\nSatu (1) salinan gambar terkini pemohon\n\nlatar belakang putih\nRambut tidak menutupi dahi\nTudung/tudung/tudung gelap (wanita Islam)\n\n\nBorang permohonan\nKad pengenalan\nPas Sempadan Sebelumnya (jika ada)\nSuami isteri perlu memohon border pass secara berasingan\n\n\nSyarat Permohonan Border Pass Malaysia\nUntuk makluman, permohonan untuk Border Pass ini tidak boleh dibuat secara online / dalam talian.\nPemohon perlulah menghadirkan diri ke pejabat Jabatan Imegresen Malaysia atau mana-mana UTC yang menyediakan perkhidmatan JIM.\nGolongan 1 \u2013 Pemegang kad pengenalan 03, 08, 09 dan 02\nGolongan 2:\n\nBukan pemegang kad pengenalan Golongan 1, tetapi menetap LEBIH SETAHUN di Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.\nSudah tukar alamat di kad pengenalan, baru boleh memohon\nHad Perjalanan \u2013 Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.\n\nCara memohon pas sempadan\nPermohonan bagi border pass ini boleh dibuat pejabat Jabatan Imegresen Malaysia atau mana-mana UTC yang menyediakan perkhidmatan JIM.\n\nHadirkan diri anda ke pejabat JIM atau mana-mana UTC yang mempunyai perkhidmatan JIM\nAmbil nombor giliran\nLengkapkan borang permohonan border pass\nHantar borang permohonan bersama-sama dokumen sokongan (seperti senarai di atas) dan gambar\nSetelah nombor giliran anda dipanggil, hadirkan diri dan hantar borang yang telah dilengkapkan\nLakukan pengesahana cap jari\nLakukan bayaran RM10\n\nProses mendapatkan border pass ini adalah cepat dan mudah dan biasanya pemohon akan mendapatnya pada hari yang sama. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, boleh bertanya kepada pegawai imegresen yang bertugas atau rujuk maklumat melalui saluran berikut:\n\nImigresen Malaysia: https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/border-pass-cross-border/border-pass-malaysia-thailand/\nFacebook Jabatan Imigresen Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ehealth-sarawak-ehdf/", "title": "eHealth Sarawak: Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemua warganegara Malaysia sama ada warga Sarawak dalam Malaysia atau bukan warga Sarawak dalam Malaysia perlu mengisi Borang Deklarasi eHealth (eHDF) dan wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi sebagai syarat untuk kemasukan ke Sarawak.\nPerkara ini dimaklumkan dalam SOP terkini kemasukan ke Sarawak yang dikemaskini pada 12 November 2021.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang eHealth Sarawak @ eHealth Declaration Form (eHDF) dna cara untuk mengisi borang tersebut.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eHealth / eHDF ?\n\n \nCara Isi eHealth Sarawak\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah eHealth / eHDF ?\nTidak kira penerbangan domestik / Semenanjung / Sabah / Labuan dan antarabangsa, semua penumpang perlu mengisi borang eHealth Sarawak secara online.\nBorang ini perlu diisi dalam tempoh 12 jam sebelum penerbangan anda.\n\nSetelah mengisi borang tersebut, anda akan mendapat barkod untuk di scan di lapangan terbang.\nIni contoh kod QR yang akan diberikan setelah selesai mengisi borang deklarasi e-Health Sarawak (eHDF).\nCara Isi eHealth Sarawak\ne-Borang Pengisytiharan Kesihatan ini boleh diisi melalui laman web https://ms.microweb.my/.\nPastikan anda menjawab semua soalan dengan jujur.Jika anda gagal, enggan dan/atau lalai untuk mengisi, menyembunyikan atau mengisytiharkan secara palsu, anda mungkin dikenakan bayaran di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam, 1999. Anda mungkin tertakluk kepada Ujian Swab COVID-19 semasa Kemasukan secara rawak atau apabila diperlukan mengikut dasar yang dikuatkuasakan pada masa itu.Pelancong yang memasuki Sarawak di mana-mana pintu masuk dikehendaki melengkapkan borang pengisytiharan mandatori ini. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penafian kemasukan ke Negeri.Pelancong sedar sepenuhnya bahawa adalah merupakan satu kesalahan jenayah untuk mendorong Kerajaan Negeri Sarawak membenarkan kemasukan atas dasar pengisytiharan palsu;Data yang disediakan oleh pengembara adalah sulit sepenuhnya dan hanya berfungsi untuk pencegahan wabak, di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.Keputusan Borang Pengisytiharan e-Kesihatan (Lorong Hijau/Lorong Biru/Lorong Kuning) tidak menjejaskan kemasukan anda ke dalam dan dalam Sarawak.\n\n\nBaca juga: \nBKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Untuk KIR (RM250) & Bujang (RM500)BKSS Peniaga 2021: Semakan Tarikh Bayaran RM1500 Disember Fasa 2\nProsedur Mengisi Borang Deklarasi e-Health Sarawak\nBorang eHealth Sarawak boleh didapati di laman web SDMC https://sarawakdisastermc.com/ dan skrol ke bawah tekan butang e-Health atau terus ke pautan https://ms.microweb.my/Isi online di telefon anda dan screenshot code qr.Kalau ada anak, letak di bawah sebagai dependant dan isi no telefon anda.Setibanya di Sarawak, sila berbaris untuk tunjukkan screenshot ehealth code dan terus ke imigresen sarawak. Sediakan dokumen sokongan seperti dalam jadual di atas.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut berkenaan SOP kemasukan ke Sarawak, sila hubungi saluran berikut:\nLaman web SDMC https://sarawakdisastermc.com/SDMC Hotline: 082-443991 atau\u00a0011-40859282\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kehilangan-pendapatan-bkp/", "title": "Semakan BKP: Login bkp.hasil.gov.my (Bantuan Kehilangan Pendapatan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: Bayaran Tunai BKP (Bantuan Kehilangan Pendapatan) Di Kaunter BSN Kini Boleh Dibuat Mulai 28 Oktober\nBerdasarkan arahan terkini daripada Kementerian Kewangan, pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) bagi penerima tunai terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. \nPerkara ini dimaklumkan oleh BSN melalui media sosial di ruangan komen setelah mendapat pertanyaan dari orang ramai.\nWalaubagaimanapun, Portal BKP telah memaklumkan bahawa penunaian kini boleh dibuat bermula 28 Oktober 2021.\nPihak BSN juga mengesahkan bahawa bayaan BKP boleh diambil di kaunter BSN mulai 28 Oktober bagi penerima tunai.\nSila rujuk notis rasmi di bawah:\n\nApapun, penerima BKP yang perlu menuntut bayaran di kaunter BSN dinasihatkan agar mendapatkan makluman terkini tentang bayaran BKP ini melalui talian telefon di cawangan BSN terdekat sebelum membuat penunaian.\nSeperti yang dimaklumkan sebelum ini, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP), di mana kesemua bantuan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas.\u00a0\nPerdana Menteri Dato Seri Dr Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa bayaran BKP akan diberikan kepada penerima yang layak mulai 26 Oktober 2021.\nBaca juga: Maybank Nak Bagi Duit Percuma, Ikut Langkah Ini\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) dan cara untuk anda membuat semakan status kelayakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nSyarat Kelayakan & Permohonan\n\n \nSemakan Status BKP\n\n \nTarikh Bayaran BKP\n\n \nSoalan Lazim (FAQ)\n\n \nMaklumat Lanjut Bantuan Kehilangan Pendapatan\n\n\nApakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?\nBantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.\nIa melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.\nBantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH atau nama penuhnya\u00a0Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi\u00a0merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara. \n\nMelalui Pakej PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) juga disalurkan, melibatkan penerima dari kategori miskin tegar, B40, dan juga M40.\nBantuan BKC ini dibuat dalam 3 kali bayaran, di mana BKC Fasa 1 telah disalurkan bermula September 2021.\n\nKadar Bantuan\nBantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara \u2018one-off\u2019.\nSyarat Kelayakan & Permohonan\nTiada permohonan dibuka untuk bantuan ini.\nSebaliknya, data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan.\nSemakan Status BKP\nSemakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.\nContoh status penerima LULUS adalah seperti di bawah:\n\n\nNOTA:\nBayaran TUNAI boleh dituntut di BSN bermula 26 Oktober 2021.\nMenurut kenyataan oleh BSN penerima tunai perlu membawa kad pengenalan semasa hadir ke kaunter bagi proses tuntutan bayaran.\nHanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian Bantuan Kehilangan Pendapatan ini.\nRujuk notis rasmi oleh BSN di bawah:\n\nNOTA PENTING: Difahamkan bayaran BKP tunai DITANGGUHKAN buat sementara waktu atas arahan Kementerian Kewangan. \n\n(Info dari page Facebook BSN)\nContoh status penerima TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK boleh dirujuk seperti dalam gambar di bawah:\n\nUntuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di akhir artikel.\nTarikh Bayaran BKP\nBantuan berjumlah RM500 dijangka akan disalurkan mulai 26 Oktober 2021.\nTarikh ini diumumkan oleh Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan rasmi.\n\n\nSoalan Lazim (FAQ)\n1. Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)? Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur. 2. Siapakah yang layak menerima BKP? Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 3. Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP? Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 4. Apakah kriteria kelayakan Bantuan Kehilangan Pendapatan ini? Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; danii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021). 5. Berapakah bayaran BKP yang akan diterima? Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff 6. Bilakah tarikh pembayaran BKP akan dibuat? Pembayaran BKP akan dibuat mulai 26 Oktober 2021 secaraberperingkat. Pemakluman pembayaran juga akan dibuat melaluikhidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. 7. Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan? Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:i. Pengkreditan ke akaun bankPembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif. 8. Bila dan bagaimana semakan status BKP boleh dibuat? Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi Bantuan Kehilangan Pendapatan di pautan(https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021. \n\nTahukah anda, terdapat beberapa lagi bantuan yang boleh dimohon jika anda terjejas pendapatan dalam musim pandemik ini: \nSIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO Hingga RM1000Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 HariPERKESO COVID 19: Cara Claim Faedah Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja\nMaklumat Lanjut Bantuan Kehilangan Pendapatan\nTanpa mengira latar belakang anda, Belanjawan 2021, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan pakej terkini, PEMULIH akan membantu pemulihan dan kesejahteraan keluarga, perniagaan dan komuniti anda.\nGunakan panduan ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan ini!\nUntuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, sila rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ atau https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pgde-uum/", "title": "PGDE UUM : Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PGDE), PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA AMBILAN SEPTEMBER 2022\nPermohonan program Postgraduate Diploma in Education(PGDE) / Diploma Pascasiswazah Pendidikan UUM (open market) kini dibuka untuk pengambilan September 2022.\nCalon yang berminat hanya perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Yang memiliki Ijazah Sarjana(Master) dan PhD pun layak memohon.\nAyuh, jika berminat untuk jadi cikgu dan tenaga pendidik bolehlah memohon.\n\n\n\n\n\n\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang prpgram PGDE UUM ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Diploma Pascasiswazah Pendidikan PGDE UUM?\n\n \nMod Pengajian\n\n \nSyarat Kemasukan PGDE UUM 2022\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Diploma Pascasiswazah Pendidikan PGDE UUM?\nProgram Postgraduate Diploma in Education(PGDE) / Diploma Pascasiswazah Pendidikan UUM adalah sebuah program komprehensif yang bakal menawarkan laluan pekerjaan seperti pendidik (awam dan swasta), penggubal kurikulum, usahawan guru, content creator, mahupun tutor peribadi.\nMod Pengajian\nMod pengajian adalah seperti berikut:\nSepenuh / separuh masaMinimum 3 semester ( 1 tahun)Secara online (f2f)16 minggu praktikum keguruan di sekolah\nSyarat Kemasukan PGDE UUM 2022\nSyarat kemasukan adalah seperti berikut:\nIjazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada universiti yang diiktiraf dengan PNGK 2.75 dan ke atas; ATAUIjazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.50 dan pengalaman mengajar tidak kurang dariapda 3 tahun; ATAUKelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UUM\nTempoh Permohonan\nPermohonan akan dibuka mulai 1 Mei sehingga 31 Julai 2022.\nCara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila isikan borang secara atas talian melalui pautan berikut:\nhttps://apply.uum.edu.my/onlineapp/\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut boleh hubungi En. Mohd Tarmizi Mustafa 04-9285387 dan Dr. Nurliyana Bukhari 04-9285461 (UUM SINTOK) \nPautan Iklan : http://ahsgs.uum.edu.my/index.php/news-archived/266-permohonan-kemasukan-ke-program-diploma-pascasiswazah-pendidikan-pgde-pusat-pengajian-pendidikan-universiti-utara-malaysia-ambilan-september-2022\nUniversiti Utara Malaysia06010 UUM SintokKedah Darul Aman MALAYSIA\nTel : +604-928 5299Email: [email\u00a0protected]\nAhad \u2013 Rabu : 8.00 am to 5.00 pmKhamis : 8.00 am to 3.30 pmRehat : 1.00 pm to 2.00 pmHujung Minggu (Jumaat & Sabtu): Tutup\nBaca juga: \nDPLI UPSI : Permohonan Kemasukan Oktober 2022DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-fa-2023/", "title": "[LIVE] Separuh Akhir Piala FA 2023 & Keputusan Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSaingan peringkat separuh akhir Piala FA 2023!\nPiala FA 2023 pastinya antara kejohanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan peminat bola sepak Malaysia.\nPada Piala FA 2022, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah memenanginya setelah menewaskan pasukan Terenganu dalam perlawan akhir.\nKejohanan Piala FA 2023 menjadi tumpuan buat pasukan yang bertanding memandangkan pemenang piala ini secara automatiknya layak untuk bertanding dalam kejohanan AFC peringkat kumpulan musim 2024 \u2013 2025 kelak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Piala FA\n\n \nFormat Perlawanan\n\n \nLiga Super\n\n \nFormat Pertandingan\n\n \nTarikh & Jadual Perlawanan Piala FA 2023\n\n \nSeparuh Piala FA 2023\n\n\nSejarah Piala FA\nPenganjuran Piala FA Malaysia bermula pada tauhun 1990.\nPertandingan ini sebelum ini diuruskan oleh\u00a0Persatuan Bola Sepak Malaysia\u00a0(FAM), sebelum dipindahkan ke Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai\u00a0Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim\u00a02016.\nPasukan Selangor dan Kedah merupakan 2 kelab paling berjaya dalam kejohanan ini apabila masing-masing pernah memenangi kejohanan ini sebanyak 5 kali.\n\n\n\n\n\n\nBagi tahun 2023, ia merupakan edisi yang ke 33 penganjuran kejohanan ini.\nFormat Perlawanan\nSecara tradisi, kejohanan ini lazimnya disertai kelab dari Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia, Liga M3 Malaysia dan Liga M4 Malaysia.\nPiala FA 2023 menyaksikan penyertaan daripada 14 pasukan dari Liga Super dan 6 pasukan daripada Liga M3.\nSenarai pasukan yang bertanding pada edisi kali ini adalah seperti berikut:\nLiga Super\n\nJohor Darul Ta\u2019zim\nKedah Darul Aman\nKelantan\nKelantan United\nKuching City\nKuala Lumpur City\nNegeri Sembilan\nPenang\nPerak\nPDRM\nSabah\nSelangor\nSri Pahang\nTerengganu\n\nLiga M3\n\nImegresen\nBRM Kuala Kangsar\nManjung City\nMelaka\nPIB Shah Alam\nSAINS\n\nFormat Pertandingan\nPiala FA 2023 ialah saingan kalah mati dengan 20 pasukan mengambil bahagian semuanya cuba mara ke Final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Julai 2023. \nPertandingan ini terdiri daripada 14 pasukan dari Liga Super dan 6 pasukan dari Liga M3.\nUntuk musim ini, tiada undian untuk perlawanan pusingan kedua untuk 6 kelab teratas Liga Super 2022 dan 2 kelab teratas Liga Perdana yang layak secara automatik ke pusingan seterusnya berdasarkan kedudukan pilihan berdasarkan kedudukan liga musim 2022.\nTarikh & Jadual Perlawanan Piala FA 2023\nUndian bagi perlawanan telah diadakan pada 10 Februari 2023.\nBerikut merupakan tentatif tarikh untuk setiap pusingan untuk kejohanan ini:\nPusinganTarikh perlawananPusingan pertama8 Mac dan 25 Mac 2023Pusingan kedua14 April dan 15 April 2023Suku akhir27 & 28 Mei 2023Separuh akhir25 & 26 Jun 2023Final22 Julai 2023\nUndian penuh bagi kejohanan Piala FA 2023 boleh dilihat daripada infografik di bawah:\n\nKemaskini setiap perlawanan terkini boleh dilihat melalui laman web Malaysian Football League (MFL): https://www.malaysianfootballleague.com/Home/Sport?&WHurl=%2Fcompetition%2F1211%2F\nSeparuh Piala FA 2023\n\u00a0Tarikh & jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2023 telah diumumkan.\nTERENGGANU FC lawan KL City FC\n\nTarikh : 25 Jun 2023 (Ahad)\nWaktu : 9.00 malam\nVenue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin\n\nJDT lawan Selangor FC\n\nTarikh : 26 Jun 2023 (Isnin)\nWaktu : 8.15 malam\nVenue : Stadium Sultan Ibrahim\n\n\nMaklumat siaran langsung akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\nPasukan manakah yang akan mara ke separuh akhir nanti?\u00a0\nRujuk jadual penuh perlawanan :\n\n\nUntuk update terkini, sila ikuti media sosial rasmi Malaysian Football League.\nSorotan Perlawanan : Negeri Sembilan 1 \u2013 3 Selangor | Quarter-Final | Piala_FA 2023\n\n\n\nSorotan Perlawanan : Negeri Sembilan 1 \u2013 3 Selangor | Quarter-Final | Piala_FA 2023\n\n\n\n[LIVE STREAMING] PIALA FA 2023 \u2013 SEPARUH AKHIR & KEPUTUSAN TERKINI\nAnda boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan (LIVE) di saluran berikut :\n\nAstro Arena (801 & 804)\nAstro GO\nTV Okey \nSukan RTM\nTelegram: https://t.me/MalaysiaSuperLeague_channel?livestream\nFacebook : https://fb.watch/kP4OYHS38C/?mibextid=Nif5oz\n\nHighlights & berita terkini : \n\nhttps://www.stadiumastro.com/\nhttp://malaysianfootballleague.com/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengeluaran-i-lestari/", "title": "Tutorial Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500 Sebulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah langkah demi langkah cara membuat permohonan pengeluaran KWSP Akaun 2 secara online melalui i-Akaun.\nUntuk makluman, Kerajaan kini membenarkan pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh maksimum 12 bulan berikutan wabak COVID-19 yang melanda negara.\nTujuannya adalah untuk meringankan beban bagi rakyat yang terjejas dari segi pendapatan.\nSelain itu, Kerajaan turut menyediakan Bantuan Prihatin kepada yang memerlukan.\nSuri rumah yang layak pula boleh memohon bantuan iSuri RM480 setahun yang diumumkan sebelum ini.\nPengeluaran i-Lestari\nTutorial ini dikongsikan oleh saudara Luqman Hariz di Facebook beliau.\n\n\n\n\n\n\n1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my\n\n2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda. \nSekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik \u201cForgot User ID / Password\u201d untuk mendapatkan kata laluan baru.\n\n3. Kemudian pilih \u201cWithdrawal\u201d pada bahagian atas sebelah kanan.\n\n4. Tekan \u201cNew Application\u201d untuk membuat pengeluaran.\n\n5. Pilih \u201cWithdrawal Type\u201d.\n\n6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.\nSelain i-Lestari, anda juga boleh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.\nBoleh rujuk jenis-jenis pengeluaran KWSP di sini.\n\n7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau \u201cX\u201d\n8. Kemudian klik \u201cNext\u201d.\n\n9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.\n10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.\nPastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.\n\n11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.\n\n12. Kemudian klik \u2714\ufe0f pada ruang checkbok.\n13. Klik \u201cRequest TAC\u201d\n\n14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik \u201cSubmit\u201d\n\n15. Siap!\nTahniah, permohonan pengeluaran anda telah berjaya.\nSekiranya perlu, anda boleh print permohonan tadi sebagai rujukan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-guna-smartphone-remote/", "title": "Remote Hilang? Ini Cara Guna Smartphone sebagai Remote TV / Serbaguna", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Guna Android Smartphone sebagai Remote TV / Serbaguna\nAntara kelengkapan elektronik yang paling penting di rumah ialah remote TV. \nAda masanya kita terlupa letak di mana atau ahli keluarga lain sepahkan merata tempat. \nJadi kalau dah dalam kes kecemasan, anda sebenarnya boleh gunakan smartphone anda sebagai remote TV.\nTanpa mengira jenis TV apa yang ada di rumah, anda boleh sesuaikannya mengikut beberapa langkah yang mudah.\nJom kami kongsikan caranya!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemak Dahulu Jika Smartphone Ada IR Blaster Infrared\n\n \nCara Guna Remote TV Bagi Smartphone IR Blaster\n\n \nCara \u2018Pairing\u2019 TV Dengan Aplikasi Mi Remote (Smartphone Redmi & Pocophone)\n\n \nCara Install Remote TV bagi Smartphone Yang Tiada IR Blaster\n\n\nSemak Dahulu Jika Smartphone Ada IR Blaster Infrared \n(IR) Blaster merupakan satu komponen kecil yang membolehkan smartphone anda berfungsi sebagai remote control dengan teknologi infrared.\nSetakat ini, hanya smartphone android yang mempunyai IR blaster.\nNamun tak semua jenama smartphone android mempunyai kelengkapan IR Blaster. \n\n\n\n\n\n\nAndroid smartphone yang terkenal mempunyai IR Blaster ialah android berjenama dari China seperti Redmi dan Huawei.\nAntara android smartphone yang mempunyai IR Blaster adalah seperti berikut :\nSamsung jenama lama seperti Samsung Galaxy Note 3, 4,5, Samsung Galaxy J,Samsung Galaxy Mega.Huawei P40, Mate 10, Mate 20.Redmi : Pocophone F3, M3, Redmi Note 9 Pro, K40 Pro, Note 10\nAnda boleh semak sama ada smartphone anda mempunyai IR blaster dengan lihat pada luaran smartphone di permukaan atas. \nJika bahagian atas smartphone ada dua atau tiga lubangkecil, salah satunya mungkin berfungsi sebagai IR blaster.\nFoto Kredit: dignited.com\nSemak Perisian IR Blaster Menggunakan Aplikasi\nJika anda masih tidak pasti sama anda smartphone anda memilik IR Blaster atau tidak, anda juga boleh semak menggunakan aplikasi \u201cIR Test\u201d yang anda boleh muat turun di Google Playstore. \nDengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh tahu sama ada smartphone anda mempunyai IR blaster atau tidak hanya dalam masa beberapa saat.\n\nBaca juga: Diskaun Saman JPJ 70% (18 Ogos \u2013 16 Sept 2021) & Cara Bayar Online\nCara Guna Remote TV Bagi Smartphone IR Blaster\nBerita baik bagi beberapa pemilik jenama smartphone seperti Redmi dan Huawei.\nSmartphone anda yang mempunyai IR blaster kemungkinan besar mempunyai built-in app yang sudah tersedia di dalam smartphone.\nDengan menggunakan build-in app ini, kerja anda akan lebih mudah. Anda hanya perlu padankan (\u2018pairing\u2019) smartphone anda dengan TV di rumah.\nCara \u2018Pairing\u2019 TV Dengan Aplikasi Mi Remote (Smartphone Redmi & Pocophone)\nLANGKAH 1\nBagi smartphone Redmi atau Pocophone edisi baru, cari aplikasi Mi Remote yang tersedia di smartphone. Anda boleh cari di Folder \u2018Tools\u2019. (Bulatan kuning)\n\nLANGKAH 2\nTekan \u2018+\u2019 untuk mulakan \u2018\u2018pairing\u2019\u2019, kemudian pilih TV. Dari sini anda boleh lihat yang Mi Remote juga boleh digunakan untuk barangan elektronik lain seperti penghawa dingin, kipas, dan set-top box seperti Astro.\n\nLANGKAH 3\nKemudian, pilih jenama TV anda. Mulakan \u2018\u2018pairing\u2019\u2019 dengan halakan smartphone anda pada TV. \nSemak beberapa konfigurasi seperti On/Off atau volume dan lihat sama ada TV anda respon atau tidak. Jika ya, tekan Yes dan sebaliknya. Anda mungkin perlu cuba beberapa kali sehingga TV boleh respon.\n\nLANGKAH 4\nJika anda dapati TV sudah respon dengan konfigurasi, anda boleh \u2018save\u2019 remote dan buat shortcut di bahagian \u2018Edit Remote\u2019. Letakkan Device Name yang sesuai supaya anda mudah cari bila hendak gunakan.\n\nLANGKAH 5\nKini, selesailah \u2018\u2018pairing\u2019\u2019 TV remote anda dengan smartphone. Jika anda mahu gunakan Mi Remote yang sudah\u2019 \u2018pairing\u2019\u2019 tadi, cari shortcut yang telah dinamakan dengan TV anda. \nKini anda boleh gunakannya sebagai remote TV contohnya untuk tukar channel, ubah volume, dan on/off.\n\nAnda juga boleh \u2018\u2018pairing\u2019\u2019 smartphone anda dengan alatan elektronik lain seperti Astro (set-top box) dan penghawa dingin menggunakan cara yang sama. \n\nBagi Smartphone Yang Tiada Built-in App \nBagi pemilik smartphone yang tiada built-in app untuk remote, anda boleh muat turun aplikasi seperti di bawah (Ada IR Blaster)\nRemote Control for TV, Universal TV Remote- MyRemAnymote Universal Remote\nJika tiada IR Blaster, boleh rujuk langkah di bawah.\nCara Install Remote TV bagi Smartphone Yang Tiada IR Blaster\nBeli IR blaster extension. Rupa bentuk extension ini seperti hujung earphone. Extension ini boleh digunakan untuk TV yang bukan smart TV, pemain DVD dan blue-ray.Cucuk bahagian earphone untuk mulakan \u2018pairing\u2019.Muat turun aplikasi \u2018Universal TV Remote Control\u2019.Dalam app tersebut, anda boleh pilih sama ada anda mahu \u2018pairing\u2019 Smart TV (lambang WiFi) atau IR (untuk TV biasa atau model lama).Pilih jenama TV anda dan halakan smartphone kepada TV untuk mulakan konfigurasi.Untuk sambungkan Smart TV, anda tak perlu gunakan IR Blaster extension, anda cuma perlu sambungkan wifi yang sama untuk Smart TV dan smartphone untuk mulakan konfigurasi.\nContoh IR Blaster extension\n\nDengan IR Blaster, anda kini boleh \u2018\u2018pairing\u2019\u2019 smartphone anda dengan TV di rumah atau di mana-mana sahaja. Walaupun tanpa alat kawalan jauh, anda masih boleh kawal TV.\nCara \u2018pairing\u2019 juga sangat senang dengan beberapa langkah mudah. \nAnda juga boleh \u2018save\u2019 beberapa konfigurasi untuk pelbagai alatan di rumah seperti Astro, penghawa dingin, dan pemain DVD dengan cara yang sama. \nKini, takkan timbul lagi masalah bila hilang \u2018remote\u2019 di rumah!\nBaca juga: Cara Guna WhatsApp Di 4 Peranti Berbeza (WhatsApp Multi-Device)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hot-and-roll/", "title": "Menu Hot and Roll, Harga & Promosi Terkini Seluruh Malaysia 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda gemarkan makanan berbentuk Wrap, maka Hot and Roll menawarkan pelbagai menu wrap yang menarik untuk pilihan anda.\nHot and Roll merupakan antara jenama popular yang menawarkan hidangan sebegini dengan banyak kiosknya dibuka di pusat-pusat membeli belah utama seluruh Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah permulaan\n\n \nMenu dan harga\n\n \nSavoury Crispy Wrap\n\n \nSweet Crispy Wrap\n\n \nNutella Crispy Wrap\n\n \nSavoury Paratha Wrap\n\n \nSweet Paratha Wrap\n\n \nWholemeal Wrap\n\n \nPromosi\n\n\nSejarah permulaan\nHot and Roll bermula pada tahun 2003 apabila cawangan pertama dibuka di Leisure Mall, Cheras. \n\n\n\n\n\n\nDiterajui oleh pengasasnya, Tracy Ing dan rakan kongsi lain, ia dikendalikan di bawah Berkat Semangat Sdn Bhd yang kemudiannya membuka cawangan di Summit USJ, The Curve dan Sunway Pyramid.\nProduk signature Hot & Roll ialah Crepe rangupnya yang diilhamkan dari makanan crepee dari Jepun.\nHari ini, syarikat makanan ini mempunyai lebih daripada 120 cawangan yang terletak di pusat membeli-belah, hab pengangkutan, institusi pengajian tinggi dan pusat perubatan.\nMenu dan harga\n\nSetiap menu yang dijual menggunakan bahan-bahan yang paling segar dan terus membangunkan produk baharu untuk penggunanya dan mereka bekerjasama rapat dengan pembekal terkemuka untuk memastikan hanya bahan berkualiti terbaik digunakan.\nHot & Roll disahkan Halal oleh Jakim dan berikut merupakan senarai menu dan harga terkini:\nSavoury Crispy Wrap\nMenuHarga (RM)Chicken & Cheese8.90Pizza Beef8.90BBQ Chicken8.90Black Pepper Beef8.90Chicken Floss8.90Double Cheese & Onion8.90\nSweet Crispy Wrap\nMenu Harga (RM)Banan Cocolate8.90Crunchy Peanut8.90\nNutella Crispy Wrap\nMenuHarga (RM)Crispy Nutty Nutella11.90Crispy Cheese Nutella11.90\nSavoury Paratha Wrap\nMenuHarga (RM)Chicken & Cheese6.50Pizza Beef6.50BBQ Chicken6.50Black Pepper Beef6.50Chicken Floss6.50Double Cheese & Onion6.50Chicken Sausage6.50Chicken Rendang6.50\nSweet Paratha Wrap\nMenuHarga (RM)Banana Chocolate6.50Crunchy Peanut6.50\nWholemeal Wrap\nMenuHarga (RM)Cheesy Chicken9.90Cheesy Beef9.90Cheesy Jumbo9.90\nNota: Harap maklum bahawa harga yang dipaparkan adalah benar semasa artikel ini ditulis dan pihak Hot and Roll berhak menukar harga menu mereka pada masa hadapan tanpa sebarang notis. \nPromosi\nUntuk promosi terbaru daripada pihak Hot and Roll, sila ikuti akaun sosial media mereka melalui pautan berikut:\nInstagram \u2013 https://www.instagram.com/hotandrollofficial/?hl=enFacebook \u2013 https://www.facebook.com/hotandrollmalaysia/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semak-keahlian-rela/", "title": "Semak Keahlian RELA (MyRELA): Adakah Anda Ahli RELA Tanpa Rela?", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTular di media sosial ramai yang tanpa sedar didaftarkan sebagai ahli RELA.\nAdakah anda juga termasuk golongan RELA tanpa rela ini?\n\n\n\n\n\n\nJom semak keahlian RELA anda melalui sistem MyRELA ini.\nSemak Keahlian RELA\nSemakan keahlian RELA boleh dibuat secara online melalui portal rasmi MyRELA di sini.\nHanya masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.\nKredit gambar: FB Masrizal Mastor\nBagi anda yang tertanya-tanya kenapa anda ahli RELA walaupun tidak pernah mendaftar, berikut jawapan yang diberikan RELA sendiri:\n\nAdakah anda ahli RELA?\nDi mana nak dapatkan uniform?\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-asasi-iium-uia/", "title": "Permohonan Program Asasi IIUM (UIA) Ambilan Disember 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Kemasukan ke Program Asasi IIUM\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Asasi IIUM ambilan Disember 2022 kini dibuka buat semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nIIUM yang turut dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan penggunaan bahasa penghantar universiti adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Asasi IIUM (UIA) untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Asasi IIUM (UIA)?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nBidang Yang Ditawarkan\n\n \nYuran / Bayaran Proses Permohonan\n\n \nCara Memohon Program Asasi IIUM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Asasi IIUM (UIA)?\nObjektif utama Program Asasi IIUM adalah untuk mempersiapkan para pelajar bagi melayakkan diri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di International Islamic University Malaysia (IIUM). \n\n\n\n\n\n\nProgram ini menepati dan selari dengan aspirasi, falsafah, visidan misi Universiti bagi melahirkan Insan Sejahtera danseimbang bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Maq\u0101\u1e63id Ash-Shar\u012b\u02bfah dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).\nDalam mencapai matlamat tersebut pelajar didedahkan dengan konsep Khal\u012bfah, Am\u0101nah, Iqra\u2019, Ra\u1e25matan lil-\u02bf\u0100lam\u012bn (KHAIR) melalui pendekatan Kerangka Akademik Sejahtera.\nUniversiti ini juga menekankan pendidikan yang berteraskan Islam di mana para pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan merekaterhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.\nUntuk makluman, pelajar yang terpilih untuk ikuti program ini akan melanjutkan pelajaran di kampus Pusat Asasi IIUM di CFS IIUM Gambang, Pahang.\nBaca Juga : Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)\n\nTarikh Permohonan \nLepasan SPM yang berminat untuk memohon Program Asasi IIUM ambilan Disember 2022 ini boleh melakukannya secara atas talian mulai 5 Oktober 2022 sehingga tarikh tutup iaitu 15 November 2022.\nBidang Yang Ditawarkan\nBidang Asasi yang ditawarkan di IIUM adalah seperti berikut :\nAsasi Sains Fizikal.Asasi Sains Hayat.Asasi Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti.Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa.Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan.Asasi Ilmu Pengetahuan berteraskan Wahyu dan Warisan Islam.Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.\n*Sila rujuk maklumat lengkap melalui lampiran yang disertakan di bawah:\nPROGRAM_ASASI-2022-IIUM-UIADownload\nYuran / Bayaran Proses Permohonan\nBayaran bagi proses permohonan akan dikenakan sebanyak RM 100.00.\nCara Memohon Program Asasi IIUM\nCalon yang berminat boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :\nLayari laman web\u00a0https://irayu.iium.edu.my/.Klik bahagian \u2018New Application.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register Account.\u2019Lengkapkan maklumat permohonan.Buat pembayaran untuk melengkapkan permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai permohonan program ini, sila hubungi saluran berikut:\nBahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan (AMAD)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)50728, Kuala KumpurMALAYSIA\nTelefon: +6(03) \u2013 6421 6421 / 3260 / 3261 / 4026 / 4040Faks: +6(03) 6421 4160 / 4724Emel: [email\u00a0protected]\nLaman Web : http://www.iium.edu.my\nPejabat Timbalan DekanHal Ehwal Akademik dan Perhubungan IndustriPusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)26300, GambangPahang Darul MakmurMALAYSIATelefon: +6(09) 518 3400 / 3418 / 3436Laman Web: http://www.iium.edu.my/kulliyyah/cfs\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-hybrid-digital-entrepreneurs-development-skills/", "title": "Tawaran Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nsukacita dimaklumkan bahawa Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Marvin Choice Resources kini menawarkan Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills.\nProgram ini terbuka untuk warganegara Malaysia berbangsa India yang berminat untuk meningkatkan kemahiran pendigitalan perniagaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nLokasi Program\n\n \nTempoh Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills\n\n \nKelebihan Program\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nModul Kursus\n\n \nCara Memohon\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUsahawan yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 31 Ogos 2022.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Bantuan Projek Pertanian 2023 Negeri Pahang\nLokasi Program\nUntuk makluman, program ini akan dilaksanakan di 2 lokasi iaitu :\nJohor Business Chamber and Annapoorani Banquet Hall (Johor Bahru, Johor)My Fame Hotel (Seremban, Negeri Sembilan)\nTempoh Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills\nTempoh program yang akan disertai oleh para peserta adalah selama 5 hari.\nKelebihan Program\nPeserta bakal memperoleh kelebihan seperti berikut :\nElaun Peserta dan MakananKit PermulaanSijil Akademi\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia berbangsa India daripada keluarga B40- belia dan dewasa.Pengalaman dalam perniagaan melebihi 1 tahun.Hanya 200 peserta yang memenuhi syarat kelayakan akan dimaklumkan.\nModul Kursus\nModul kursus yang akan dipelajari oleh pelajar adalah seperti berikut:\nAlat Pemasaran DigitalInstagram MarketingTik Tok MarketingFacebook MarketingYou Tube MarketingWhatsapp MarketingDigital BusinessDatabase CollectionE-Mail MarketingEditing Software\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfuJjldrIUzDWpu7M0S0mII0ctn3oZjlpmjWnmuxgoSeDg92g/viewformIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen sokongan B40.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills, sila hubungi\nPengarah Program Marvin Choice (En. Ganesha)- 017 5954632.MITRA : 03-80918178.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/idea-menu-potluck/", "title": "Idea Menu Potluck di Pejabat, Sekolah, Sambutan Raya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKebanyakan daripada kita pastinya pernah menghadiri jamuan makan yang berkonsepkan menu potluck.\nTidak kira jamuan di sekolah, pejabat ataupun jamuan raya di mana-mana sahaja.\nKonsep potluck atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai \u201cJuadah bawaan\u201d ini sebenarnya agak unik dan menggalakkan kita bertolak-ansur dalam menyumbangkan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan konsep potluck\n\n \nContoh menu potluck\n\n \nTips pemilihan menu\n\n\nKepentingan konsep potluck\nMungkin ramai yang tidak tahu, jamuan makan-makan berkonsepkan menu potluck ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri:\n\nMengelakkan menu yang sama \u2013 Bayangkan 2 3 orang di tempat kerja atau sekolah anda membawa menu yang sama, bukankah itu satu perkara yang merugikan kerana pilihan makanan akan berkurangan kerana terdapat makanan / menu yang sama?\nMengelakkan pembaziran \u2013 Apabila setiap individu membawa menu potluck yang berasingan, maka kebarangkalian untuk kesemua menu untuk habis adalah lebih tinggi\nMemupuk semangat bekerjasama \u2013 Kebiasaannya apabila jamuan diadakan dengan konsep potluck, setiap individu akan memaklumkan makanan atau juadah yang akan di bawa. Ini seterusnya dapat mengelakkan individu lain membawa menu yang sama.\nMenggalakkan kreativiti \u2013 Jamuan berkonsepkan potluck dapat mengelakkan lebih daripada seorang membawa makanan yang sama. Misalnya, sekiranya anda ingin membawa kek tetapi ada individu lain yang mahu membawa kek pisang, maka anda boleh fikirkan menu kek lain yang bersesuaian. \n\nArtikel berkaitan: Cara Kira Kalori & Kandungan Kalori Dalam Makanan Malaysia\nContoh menu potluck\nTidak ada idea apa juadah yang ingin dibawa?\nBerikut antara beberapa idea menu potluck untuk jamuan di pejabat, sekolah atau di mana sahaja. \nAnda boleh cuba salah satu makanan / minuman di bawah:\n\nMenu berkonsepkan Mi \u2013 Mi Hun Goreng, Mi Goreng, Mi Hailam, Mi Sum\nMenu berkonsepkan kak \u2013 Kek Span, Kek Pisang, Kek Lapis, Cup Cake\nMenu berkonsepkan nasi \u2013 Nasi Ayam, Nasi Daging, Nasi Lemak\nMenu barat \u2013 Lasagna, Pasta, Spaghetti\nKuih-muih \u2013 Karipap, cheese tart, tepung talam, kuih lapis,\nMinuman berperisa \u2013 Oren, anggur dan lain-lain\nAyam goreng\nAnek bubur \u2013 Bubur lambut, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur durian\nRoti Jala\nKoktail\nAgar-agar puding\nSate\nBuah-buahan \u2013 Tembikai, nanas, oren\nTiramisu\n\nTips pemilihan menu\nSebelum anda mengambil keputusan untuk menyumbangkan menu potluck dalam sesuatu jamuan, adalah lebih baik anda mempertimbangkan perkara-perkara berikut:\n\nTidak sama dengan orang lain \u2013 Kalau orang lain hendak bawak Nasi Daging, elakkan membawa menu potluck yang sama untuk elakkan pembaziran.\nBajet \u2013 Jika bajet anda tidak banyak boleh sumbang hidangan yang lebih murah seperti kuih muih, mi goreng dan seumpamanya. Sate, hidangan barat dan beberapa hidangan lain sudah tentu tidak sesuai dengan bajet anda.\nLogistik \u2013 Makanan yang kering lebih mudah dibawa. Sekiranya anda ingin membawa makanan bersup atau berkuah seperti mi su, laksa dan seumpamanya pastikan anda mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Anda juga perlu menyediakan mangkuk plastik bagi hidangn jenis berkuah atau bersup ini.\nBerfikiran kreatif \u2013 Kalau sudah terdapat 2 3 orang yang membawa hidangan berat seperti mi dan nasi, lebih baik bawa hidangan ringan seperti kuih muih atau pencuci mulut untuk elakkan makanan tidak habis\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-klk/", "title": "Tawaran Biasiswa Yayasan KLK Untuk Pelajar IPT", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Yayasan KLK kini dibuka untuk pelajar IPT yang berkelayakan. Untuk makluman, Yayasan KLK ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong (KLK) iaitu sebuah syarikat perladangan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Biasiswa Yayasan KLK 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPelajar yang berminat untuk memohon perlulah membuat permohonan sebelum 30 September 2022.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) 2022 / 2023\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang diutamakan untuk tajaan biasiswa ini adalah seperti berikut :\nSains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang berkaitan.Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).Perakaunan atau Kewangan.Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang berkaitan).\nSyarat Kelayakan\nPelajar yang berminat untuk memohon biasiswa Yayasan KLK ini perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.Aktif dalam aktiviti kokurikulumMendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggiTidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasiBon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat pengajian.\n\nCara Memohon Biasiswa Yayasan KLK 2022\nCalo yang berminat \u00a0boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan. (Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.)Imbas dan email borang permohonan yang lengkap dengan sijil yang berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada [email\u00a0protected]; atauPoskan borang permohonan yang lengkap dengan sijil berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:\nPermohonan Biasiswa Yayasan KLK,Kuala Lumpur Kepong Berhad,Wisma Taiko, No 1,Jalan S.P Seenivasagam,30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa KLK, sila layari laman web https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-tan-sri-lee-shin-cheng/", "title": "Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa IOI Group kini menawarkan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng bagi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ekstrakurikuler.\nBukan sahaja tajaan kewangan, malah penerima biasiswa juga berpeluang untuk mendapat latihan serta pengalaman praktikal sebelum bekerja.\nPelajar yang sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA atau IPTS dalam Malaysia dialu-alukan untuk memohon.\nTeruskan membaca untuk ketahui maklumat lanjut mengenai permohonan biasiswa ini.\nBaca Juga : Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nKadar Biasiswa Yang Ditawarkan\n\n \nBidang Pengajian Yang Terlibat\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng\n\n \nSaringan Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2022.\n\n\n\n\n\n\nKadar Biasiswa Yang Ditawarkan\nTajaan biasiswa ini akan merangkumi kos pembiayaan pengajian serta kemudahan pelajar termasuk yuran, penginapan, buku serta perbelanjaan harian.\n\nBidang Pengajian Yang Terlibat\nBidang pengajian yang ditaja oleh biasiswa ini adalah :\nKejuruteraan (Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Elektrik & Instrumen / Kimia / Mekatronik)Kimia / Teknologi MakananSains Komputer / Teknologi MaklumatKejuruteraan Pertanian / Pengurusan PerladanganSains PersekitaranPerakaunan / Kewangan\nSyarat Permohonan\nCalon perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :\nSyarat-Syarat Asas\nMendapat keputusan pra-universiti minimum seperti berikut:\nPeringkat STPM/A \u2013 minimum 2APeperiksaan Bersepadu Sekolah Cina (UEC-SM3)Asasi \u2013 PNGK minimum 3.5TER Australia \u2013 minimum 90.0\n2. Pelajar tahun pertama/Kedua mesti mempunyai PNGK semasa sekurang-kurangnya 3.3, Kepujian Kelas Kedua Atas atau setaraf.\n3. Mempunyai pencapaian kokurikulum yang cemerlang dan kualiti kepimpinan.\n4. Bersedia untuk berkhidmat dengan syarikat IOI Group untuk tempoh tertentu selepas berjaya menamatkan pengajian.\n5. Tidak boleh menerima sebarang bentuk biasiswa daripada organisasi lain dan bebas daripada sebarang kewajipan pekerjaan pada masa hadapan.\n6. Mereka yang sedang mengikuti pengajian Asasi dan Program Pra-Ijazah tidak layak memohon.\nCara Memohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng\nCalon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian dengan mengisi borang di pautan berikut :\nhttps://yayasan.ioigroup.com/scholarship_online\nCalon juga boleh muat turun borang di bawah :\nBiasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng\nBiasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin ChengDownload\nBorang yang lengkap diisi mestilah dihantar dan sampai ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan :\nThe Secretariat \u2013 Scholarship for Bachelor Degree\nYayasan Tan Sri Lee Shin Cheng\nLevel 29, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.\nCalon akan menerima e-mel pengesahan sebaik sahaja permohonan diterima.\nSekiranya calon belum menerima menerima e-mel pengesahan atau menerima mesej ralat semasa/selepas menyerahkan permohonan anda, sila simpan tangkapan skrin halaman/mesej ralat dan hantar ke [email\u00a0protected].\nSaringan Permohonan\nCalon akan disaring dan disenarai pendek dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup.\nCalon yang disenarai pendek akan dimaklumkan menerusi emel dan telefon dan diminta untuk hadiri sesi temuduga.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng, sila ajukan emel ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau hubungi nombor di talian\u00a003-8947 6605.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-grabfood-merchant/", "title": "Cara Daftar Kedai / Restoran Anda Di GrabFood (Peniaga)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPandemik COVID-19 menyaksikan orang ramai mula beralih kepada perkhidmatan membeli makanan secara online dan dihantar ke rumah melalui perkhidmatan seperti GrabFood.\nSekiranya anda perasan, sewaktu awal kemunculan pandemik COVID-19 dahulu senarai kedai atau restoran yang mendaftarkan perniagaan mereka dalam perkhidmatan GrabFood sangat sedikit jika dibandingkan dengan senarai kedai/restoran yang terdapat dalam aplikasi GrabFood.\nSekiranya anda mempunyai kedai atau restoran dan berminat untuk mendaftarkan kedai atau restoran anda di GrabFood sebagai \u201cmerchant\u201d, ianya sangat mudah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara daftar kedai / restoran sebagai mercrchant\n\n \nPakej perniagaan\n\n \nMengapakah perlu daftar GrabFood merchant?\n\n\nCara daftar kedai / restoran sebagai mercrchant\n\nBagi memoho kedai atay restoran anda diterima masuk ke dalam sistem GrabFood, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut serta lampirkan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak GrabFood.\nLayari laman GrabFood MerchantIsikan borang yang terdapat di halaman tersebut dengan butiran-butiran yang dikehendakiSetelah lengkap mengisi segala butiran yang dikehendaki, klik butang SUBMIT\nSeterusnya, anda juga diminata untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang berikut:\nSalinan dokumen perniagaan \u2013 Borang SSM D atau 9,24,49Salinan kad pengenalan (IC) / pasport pengarah yang menandatangani perjanjian (Warna, Depan dan Belakang) \u2013 (pengarah UBO mesti mempunyai bahagian minimum 25% pada SSM)Salinan penyata akaun bankSalinan logo jenamaSalinan foto depan kedai dengan papan tanda tetap dan logo jenamaSalinan menu di kedai dengan hargaAlamat emel Gmail (gmail unik untuk setiap outlet untuk Log masuk Peranti)Salinan Lesen Perniagaan (Sekiranya berkenaan)Salinan Perakuan Halal (Sekiranya berkenaan)Salinan Sijil SST (Sekiranya berkenaan)Salinan Polisi Insurans (Sekiranya berkenaan)\nKesemua dokumen yang disenaraikan di atas perlulah digabungkan sebagai sebuah fail dan diberi nama berdasarkan format yang dikehendaki seperti yang dinyatakan dalam halaman GRABFOOD MERCHANT APPLICATION DOCS\nPakej perniagaan \nPihak GrabFood mengenakan caj tertentu berdasarkan peratusan harga makanan yang dibayar oleh pembeli, seperti yang berikut:\nHanya perniagaan yang telah mendaftar untuk perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood (GrabFood Delivery) sahaja yang dapat memilih perkhidmatan \u201cSelf Pickup\u201d dan \u201cGrab Online Shop\u201d.\nCaj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak GrabFood kepada peniaga yang ingin mendaftar dengan sistem GrabFood adalah betul seperti yang tertera dalam jadual di atas dan ianya mungkin boleh berubah pada masa hadapan. \nMengapakah perlu daftar GrabFood merchant? \nSebagai pemilik kedai atau restoran, anda berhak memilih sama ada hendak menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan daripada GrabFood ataupun tidak.\nSecara umumnya, terdapat 4 sebab mengapa anda perlu mendaftarkan kedai atau restoran dengan perkhidmatan penghantaran makanan daripada GrabFood ini:\nPendedahan kepada lebih ramai pelanggan sedia ada yang menggunakan aplikasi GrabFoodServis yang dipercayai kerana GrabFood mempunyai ribuan penghantar makanan di seluruh negaraSyarat pembayaran yang lebih baik \u2013 anda boleh memilih untuk mengeluarkan pendapatan secara harian agar wang tersebut boleh dilaburkan kembali dengan cepatJualan tambahan \u2013 bina kredibiliti perniagaan anda online untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan dan jualan\nArtikel berkaitan: Rebat Pengangkutan Grab RM20 Bagi Pengambilan Vaksin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lagu-negeri-johor/", "title": "Lagu Negeri Johor: Lirik, Audio, Video & Sejarah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLagu Negeri Johor (atau lebih tepat dipanggil Lagu Bangsa Johor) ialah lagu rasmi negeri Johor Darul Takzim.\nLagu ini biasanya dinyanyikan di acara-acara rasmi kerajaan negeri Johor.\nMalah, para pelajar di sekolah rendah juga sudah didedahkan dengan lagu ini dimana mereka akan menyanyikan lagu ini disamping lagu Negaraku ketika waktu perhimpunan pagi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLirik Lagu Negeri Johor\n\n \nSejarah\n\n \nVideo & Audio Lagu Negeri Johor\n\n \nKonsep Bangsa Johor\n\n\nLirik Lagu Negeri Johor\n\nLIRIK LAGU NEGERI_JOHOR\n\n\n\n\n\n\nAllah peliharakan SultanAnugerahkan dia segala kehormatanSihat dan ria, kekal dan makmurLuaskan kuasa menaungkan kamiRakyat dipimpini berzaman lagiDengan merdeka bersatu hatiAllah berkati JohorAllah selamatkan Sultan\n\nSumber: Portal kerajaan Negeri Johor\nArtikel menarik: Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ): Syarat dan Cara Memohon\nSejarah\nLagu ini digubah pada 1897 oleh Mackertich Galistan seorang\u00a0konduktor muzik\u00a0berbangsa\u00a0Armenia\u00a0dipadankan daripada lagu rakyat\u00a0Dondang Sayang\u00a0yang masyhur pad ketika itu,\nLirik lagu ini pula dikarang dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman dan telah mendapat perkenan oleh\u00a0Sultan Ibrahim.\nMenariknya, lagi ini asalnya tidak mempunyai lirik sehinggalah tahun\u00a01914.\nHubert Allen Courtney seorang kakitangan daripada\u00a0Hong Kong Bank\u00a0di\u00a0Johor Bahr asalnya telah mengarangkan liriknya dalam\u00a0Bahasa Inggeris\u00a0dan telah diterjemahkan oleh Kapten. Hj Mohamed Said ke dalam\u00a0Bahasa Melayu.\nEdisi pertama lagu bangsa Johor ini dicetak di London pada tahun 1916 dan kali terakhir dikemaskini pada tahun 1959.\nArtikel menarik: JohorPay: Kemudahan Bayaran Online Rakyat Johor\nVideo & Audio Lagu Negeri Johor\nSila mainkan audio lagu ini melalui pautan di bawah:\n\n\n\nSekiranya anda belum pernah mendengar lagu ini, anda juga boleh menonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.\n\n\n\nKonsep Bangsa Johor\nPerkataan \u201cBangsa Johor\u201d bukanlah saja-saja direka oleh rakyat Johor tapi ia berdasarkan sejarah dan undang-undang yang digubal dari sebelum merdeka lagi. \nKonsep Bangsa Johor sebenarnya konsep yang sangat penting dalam negeri tu.\n\n\u201cGelaran bangsa Johor bukan satu perkara baharu kerana pada lebih 100 tahun yang lalu, ninda saya Almahum Sultan Ibrahim Abu Bakar sudah menggunakan gelaran itu apabila lagu negeri Johor diberi nama lagu Bangsa Johor,\u201d \n\u2013\u00a0Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor\n\nKonsep Bangsa Johor ni bukanlah bertujuan untuk membentuk masyarakat negeri Johor\u00a0bersikap nasionalis dan terlalu kenegerian,\u00a0tapi ia lebih untuk\u00a0melambangkan identiti negeri tu\u00a0sendiri.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/transfer-limit-cimb/", "title": "Cara Tukar Transfer Limit CIMB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai langkah keselamatan akaun pelanggan, pihak CIMB Bank telah menetapkan transfer limit bagi setiap akaun pelanggannya. \nIni bagi mengelakkan amaun atau jumlah wang yang terlalu besar dipindah ke akaun lain dalam situasi pemilik akaun digodam oleh penjenayah.\nWalau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, pelanggan CIMB dan pemilik akaun boleh memilih untuk menukar atau menambah jumlah transfer limit CIMB sekiranya mereka perlu memindahkan jumlah wang yang lebih besar kepada penerima lain \u2013 contohnya untuk pembelian televisyen, basikal, bayaran hutang dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHad transaksi asal\n\n \nCara untuk tukar had transaksi\n\n\nHad transaksi asal\nPihak CIMB telah menetapkan jumlah RM50,000 bagi had transaksi kepada pihak ketiga, GIRO Antara Bank (IBG), DuitNow dan Pindahan Segera.\nWalau bagaimanapun, jumlah had yang diberikan kepada pemilik akaun belia adalah kurang daripada jumlah tersebut.\nJadual di bawah adalah had transaksi bagi pelbagai jenis transaksi:\n\nTransfer limit CIMB ini mungkin berubah pada bila-bila dan untuk jumlah terkini, boleh layari halaman CIMB untuk maklumat terkini. \nCara untuk tukar had transaksi\n\nUntuk keselamatan pelanggan CIMB, anda boleh menukar transfer limit CIMB bergantung pada jenis transaksi.\nUntuk menukar had transaksi ini, ikuti langkah-langkah berikut:\nLog masuk akaun CIMB andaPada bahagian menu di sebelah kiri, klik pada ServicesKlik pada \u201cClicks Transaction Limits\u201dPada halaman berikutnya, anda boleh menukar dan menetapkan had transaksi untuk pelbagai transaksi seperti yang berikut:To Other CIMB Account & IBG & DuitNow (DuitNow QR Inclusive)Kwik (Fund Transfer)DuitNow QR Per Transaction LimitTo Own CIMB AccountTo CIMB SG Account (Own)E-RemittanceBill PaymentPrepaid ReloadFPXKlik pada butang \u201cRequest SecureTAC\u201dSahkan SecureTAC melalui aplikkasi CIMB di telefon pintar anda\nTidak semua jenis transaksi di atas perlu ditetapkan had limit.\nKemudahan untuk mengubah had pemindahan dalam talian ini sememangnya menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu ke bank untuk membuat perubahan-perubahan hadd transaksi ini. \nSebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi cawangan CIMB tSebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi cawangan CIMB terdekat, atau mendail talian hotline perkhidmatan pelanggan di +603 6204 7788.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-tunaikan-cek/", "title": "Cara Tunaikan Cek Di Mesin Deposit & Kaunter Bank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda baru menerima sekeping cek tetapi tidak tahu bagaimana cara tunaikan cek tersebut?\nAda kalanya, cek digunakan untuk membuat pembayaran dalam jumlah yang cukup besar. \nBerikut merupakan beberapa sebab cek menjadi pilihan bagi membuat sesuatu pembayaran:\nMudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilaiTidak perlu menguira wang tunaiBoleh dihantar melalui posSelamat kerana tidak perlu membawa wang tunaiSelamat digunakan kerana telah berpalang / elak risik kecurianSebagai bukti pembayaranBoleh tangguh pembayaran dengan penggunaan bertarikh hadapanMurah jika dibandngkan dengan cara bayaran lainBoleh batalkan pembayaran\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Penunaian Cheque Di Mesin Deposit\n\n \nCara Tunaikan Cek Di Kaunter Bank\n\n \nLokasi Cheque Deposit Machine\n\n\nCara Penunaian Cheque Di Mesin Deposit\n\nBagi yang tidak tahu, anda boleh tunaikan cek anda walaupun cek tersebut dari akaun bank yang berlainan. \n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, sekiranya cek yang diterima adalah cek dari Maybank, bolehkah anda deposit cek tersebut ke dalam mesin deposit bank CIMB?\nJawapannya \u2013 BOLEH. Dalam contoh ini, untuk tunaikan cek terrsebut anda hanya perlu mempunyai akaun CIMB dan wang daripada cek tersebut akan terus dimasukkan ke akaun bank CIMB anda.\nMudah bukan?\nBerikut adalah cara tunaikan cek di mesin deposit:\nIsikan maklumat anda di belakang cek seperti nama, nombor akaun dan nombor telefonIkuti langkah-langkah yang dinyatakan di Cash Deposit Machine (CDM)Setelah lengkap semuanya, amaun yang tertera pada cek tersebut akan dimasukkkan ke akaun anda dalam masa 3 hari bekerja. \nUntuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari (seperti duit tidak dimasukkan ke dalam akaun pastikan anda menyimpan resit yang dikeluarkan oleh mesin CDM tersebut.\nCara Tunaikan Cek Di Kaunter Bank\nAnda boleh menunaikan cek tersebut terus di kaunter bank anda.\nSekiranya cek tersebut berasal dari Maybank dan anda mahu memasukkan duit tersebut ke dalam akaun CIMB anda, maka anda perlulah ke kaunter cawangan CIMB yang berdekatan.\nAda yang memilih cara tunaikan cek di kaunter kerana tempoh pemprosesan yang lebih cepat \u2013 anda boleh tunaikan cek pada hari yang sama. \nBerikut merupakan cara tunaikan cek di kaunter bank:\nHadirkan diri ke kaunter bank cawangan berdekatan tempat tinggal andaAmbil nombor giliranPastikan anda telah melengkapkan butiran anda seperti nama, nombor akaun dan nombor telefon di belakang cek tersebutJumpa pegawai bank yang bertugas sebaik nombo giliran anda dipanggil\nLokasi Cheque Deposit Machine\nUntuk maklumat lanjut berkaitan penunaian cek, sila rujuk prosedur di bank anda:\nMaybank: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/banking_fees/cheque_processing.pageCIMB: https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/faq/self-service-banking/cheque-deposit-machines.htmlRHB : https://www.rhbgroup.com/malaysia/products-and-services/self-bankingPublic Bank : https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Rates-Charges/Payment-Services-and-Fees/Cheques-Deposit-Funds-Availability.aspx\nBaca juga: \nATM Cash-Out MAE Maybank : Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad5 Penerima Lesen Bank Digital Bank Negara Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/teka-teki-susah/", "title": "25 Koleksi Pantun Teka-Teki Beserta Jawapannya (Susah Tau!)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTEKA-TEKI SUSAH BERBENTUK PANTUN YANG MENGHIBURKAN\nTerdapat banyak jenis teka-teki dan salah satu daripadanya yang popular adalah pantun teka-teki.\nPengertian pantun secara khusus adalah rangkaian kata-kata indah yang mengandungi nasihat, sindiran ataupun keperluan lainnya. \nFungsinya sebagai penghalus kata dalam berkomunikasi.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud Pantun teka-teki\n\n \nCiri-ciri Pantun\n\n \nContoh Pantun Teka-teki Dan Jawapannya (Tentu Susah Nak Jawab!)\n\n\nMaksud Pantun teka-teki\nBerdasarkan isinya, pantun dapat dikelompokkan menjadi beberapa jenis, salah satunya pantun teka-teki.\nPantun teka-teki adalah pantun yang berisi teka-teki dan pendengar atau pembaca diberi kesempatan untuk menjawab atau membalas teka-teki pantun tersebut.\nSelain itu, terdapat juga banyak jenis pantun lain antaranya pantun jenaka yang berisi hal-hal lucu, pantun nasihat yang berisi nasihat untuk mendidik moral dan budi pekerti, dan pantun kiasan yang berisi perumpamaan dengan tujuan menyampaikan suatu hal secara tersirat.\nArtikel berkaitan: 30 Teka-Teki Lawak & Jawapan \u2013 Mesti Terhibur!\nCiri-ciri Pantun\nSecara umumnya, pantun jenis ini mempunyai sedikit sahaja perbezaan dengan pantun-pantun yang lain.\n\nMemiliki rima atau pada setiap akhir kata dalam kalimat berbunyi (a-a-a-a) atau (a-b-a-b)\nBaris ketiga dan keempat merupakan isi pantun yang menjadi tujuan atau maksud dari pantun. Pada pantun teka-teki, kedua baris ini berisi teka-teki yang ditanyakan.\nPantun teka-teki biasanya bersifat menghibur.\nAda pertanyaan di baris terakhir yang terkadang dilengkapi dengan tanda tanya.\n\nSumber: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia\nContoh Pantun Teka-teki Dan Jawapannya (Tentu Susah Nak Jawab!)\nBerikut dikongsikan 25 teka-teki susah berbentuk pantun untuk menguji minda dan mengisi masa lapang anda.\nSOALAN 1\nBurung nuri burung daraTerbang ke sisi taman kayanganCubalah teka wahai saudaraSemakin diisi semakin ringan\nJawapan: Belon\nSOALAN 2\nPergi umrah tiap tahunSemoga sentiasa murah rezekiDalam batang ada daunDalam daun ada isi?\nJawapan: Lemang\nSOALAN 3\nBuah budi bidara mengkalMasak sebiji di tepi pantaiHilanglah budi bicara akalBuah apa tak bertangkai?\n\n\n\n\n\n\nJawapan: Buah Hati\nSOALAN 4\nTinggi duduk di atas sekaliBukan bulan bukan matahariBila malam ia berseriBila siang ia berganti\nJawapan: Bintang\nSOALAN 5\nMulut manis hati nak baikItulah amalan turun temurunBenda apa yang akan naikJika saja hujan turun\nJawapan: Payung\nSOALAN 6\nKalau tuan pergi ke kedai,Belikan saya buah keranji,Kalau tuan bijak pandaiApa binatang keris di kaki?\nJawapan: Ayam\nSOALAN 7\nAda sebiji roda pedatiBentuknya bulat daripada besiSelalu diikat sekuat hatiDilempar hidup dipegang mati?\nJawapan: Gasing\nSOALAN 8\nBuah budi bedara mengkalMasak sebiji di tepi pantaiHilang budi bicara akalBuah apa tidak bertangkai?\nJawapan: Buah Melaka\nSOALAN 9\nPagi-pagi pergi ke kebunMenebas rumput guna parangWaktu siang matanya rabunWaktu malam matanya terang\nJawapan: Burung Hantu\nSOALAN 10\nPecah kaca jatuh berderaiJatuh berderai ketika menyusunTaringnya tajam bila menyeringaiBila mengaum terasa gerun\nJawapan: Harimau\nSOALAN 11\nJika ke kedai pergi berbelanjaBelikan saya sudu dan sendukJika pandai katakan segeraSemakin berisi semakin menunduk?\nJawapan: Padi\nSOALAN 12\nKalau tuan pakai lencanaPakailah songkok di atas kepalaKalau Tuan bijak laksanaBinatang apakah tiada kepala?\nJawapan: Ketam\nSOALAN 13\nSakit terkena duri semaluKetika menangkap ikan siakapKalau adik ingin nak tahubinatang apa pandai bercakap\nJawapan: Burung Tiung\nSOALAN 14\nBudak-budak bermain batuBatu dikira satu persatu,Badannya lurus bermata satu,Ekornya tajam apakah itu?\nJawapan: Jarum\nSOALAN 15\nJika tuan membeli tikarTikar anyaman dari mengkuangKalau Tuan bijak pintarUlar apa membelit pinggang?\nJawapan: Tali pinggang\nSOALAN 16\nMasak tumis sambal petaiMakan kenyang lalusendawaAnda menziarah sahabat handaiBuah apakah akan dibawa\nJawapan: Buah tangan\nSOALAN 17\nDari mudik menuju ke muaraUntuk mencari buah kelapaTahukah adik binatang apaDarahnya hitam tulangnya satu?\nJawapan: Sotong\nSOALAN 18\nPokoknya bulat dan juga rendangMasam dan hijau ketika muda,Bentuk buahnya seperti bintangSudah masak, kuninglah ia\nJawapan: Belimbing\nSOALAN 19\nPisang emas pisang restaliBila dimakan manis sekaliBinatang ini kesayangan nabiMukanya comel jinak sekali.\nJawapan: Kucing\nSOALAN 20\nJatuh di parit lutut berdarahSebab habuk masuk ke mataBinatang ini menghisap darahBawa penyakit kepada manusia\nJawapan: Nyamuk\nSOALAN 21\nKelap-kelip kusangka apiKalau api mana asapnya?Hilang ghaib disangkakan matiKalau mati mana kuburnya?\nJawapan: Kilat di langit\nSOALAN 22\nMak Minah menanak minyakKemenyan dibakar dengan setanggiDua peha beranak banyakUntuk mendaki tempat yang tinggi?\nJawapan: Tangga\nSOALAN 23\nPisau lipat dimainnya keraTangannya luka lalu terjunMakan kuat tidak terkiraKenyangnya tidak,tahi bertimbun \nJawapan : Api\nSOALAN 24\nCik Limah bersama anak lelakiDuduk makan keropok lekorYang mengejar tidak berkaki,Yang dikejar tiada berekor?\nJawapan : Ular dan katak\nSOALAN 25Kalau tuan bawa keladi,Bawa juga sipucuk rebung,Kalau tuan bijak bestari,Apa binatang tandung di hidung.\nJawapan : Badak\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bajet-2023/", "title": "[LIVE] Pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBENTANGAN BAJET / BELANJAWAN 2023\nBelanjawan 2023 akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023\nRang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dijadual dibentangkan pada jam 3.00 petang, 24 Februari di mana ianya terkandung dalam Takwim Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas, yang akan mula bersidang pada 13 Februari ini.\nApa inisiatif Bajet 2022 yang akan dikekalkan? Apa inisiatif baru yang telah dimasukkan?\nBerikut dikongsikan info terkini tentang pembentangan Bajet / Belanjawan 2023.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pembentangan\n\n \nFokus Utama Bajet 2023\n\n \n[LIVE] Pembentangan Bajet 2023\n\n \n[LIVE UPDATE]\n\n \nINTIPATI INISIATIF YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN SEBELUM INI (PM ISMAIL SABRI)\n\n \n1. Subsidi Bil Elektrik\n\n \n2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)\n\n \n3. e-Pemula\n\n \n4. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)\n\n \n5. Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia\n\n \n6. Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023\n\n \n7. Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPA\n\n \n8. Kenaikan Gaji MySTEP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Pembentangan\nYang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada 29 Disember mengesahkan Anwar akan membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari pada Sidang Pertama Parlimen ke-15, tahun depan.\nBelanjawan itu akan dibentangkan oleh PM Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan.\n\nFokus Utama Bajet 2023\nBelanjawan baharu akan datang akan diberi nafas baharu yang akan mendepani pelbagai masalah yang mencengkam kehidupan rakyat yakni kemiskinan dan kesenjangan. \nPemacuan ekonomi dan usaha mengembalikan keyakinan adalah fokus utama Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut merupakan antara inisiatif pentadbiran YAB Perdana Menteri Ke-10, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim.\n\n[LIVE] Pembentangan Bajet 2023\nIkuti pembentangan Bajet 2023 melalui Siaran Langsung di RTM pada 24 Februari, 2023.\nBELANJAWAN 2023 MALAYSIA MADANI\n\nTarikh: 24 Februari 2023\nHari: Jumaat\nMasa: 3:00 petang\n\n\n\n\nSiaran Langsung :\n\nFacebook & Youtube Bernama TV LIVE Stream : https://www.youtube.com/watch?v=RCTQED23dxc\nAstro 502 \nUnifi TV 631\nmyFreeview 121\nRTM TV1 Live Streaming: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/1\n\n\nKlik di pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut beserta dokumen berkaitan #Bajet2023:https://budget.mof.gov.my/bajet2023/\n[LIVE UPDATE] \nPM Anwar bentang Belanjawan 2023 bertemakan \u201cMembangun Malaysia MADANI\u201d di Dewan Rakyat\n\nBelanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global\nKerajaan hidang Belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau \nEkonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4-5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022\nPeruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022\nHutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023 \nKerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu \u2013 PM Anwar\nKerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus\nBelanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan\nIndeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik \nKadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus \n\n\nMenelusuri Belanjawan 2023, kerajaan ambil pendekatan subsidi bersasar bagi melindungi golongan kurang bernasib baik.\nINTIPATI INISIATIF YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN SEBELUM INI (PM ISMAIL SABRI)\nDalam pembentangan nanti, tentunya terdapat beberapa fokus yang menjadi perhatian rakyat \u2013 khususnya berkenaan bantuan yang telah diumumkan sebelum ini oleh PM Ismail Sabri.\nAdakah bantuan itu akan diteruskan?\nBerikut adalah antara intipati penting yang mendapat perhatian dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini pada 7 Oktober 2022.\n1. Subsidi Bil Elektrik\nSubsidi bil elektrik diberikan sehingga RM40 diberikan kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih.\nSyarat pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan dari RM980 > RM1,169\n\n2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)\ni) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan\nRM2,500 : Lebih 5 Anak\nRM1,000 \u2013 RM2,000: 1 \u2013 4 Anak\n\n\nii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 \u2013 RM5,000\nRM500 \u2013 RM1,250: 1 \u2013 4 Anak (Bergantung bilangan anak)\n\niii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang\nRM350 \u2013 RM600 (Bergantung pendapatan)\n\niv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500\nTambahan RM500\n\n3. e-Pemula\nKredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, memanfaatkan 8 juta individu.\n\n4. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)\nBantuan Awal Persekolahan ( BAP ) sebanyak RM150 akan diberi kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa & akan disalurkan pada Januari 2023.\n\n5. Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia\nDi bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta.\nBantuan ini adalah bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.\n6. Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023\nBantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100.\n7. Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPA\nKadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian.\n8. Kenaikan Gaji MySTEP\nGaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000\nMaklumat Lanjut \nKementerian Kewangan MalaysiaNo. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA\nHotline : 03-88839160 / 03-88839161\nE-mel : [email\u00a0protected]\nLaman web : https://budget.mof.gov.my/\nLIVE streaming : RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nInfo terkini : Facebook Jabatan Perdana Menteri\nBaca juga: \n\nIntipati Bajet 2023 : Senarai Inisiatif & Bantuan Rakyat\nmyPortfolio HRMIS : Panduan Pengisian Data & Tutorial Video\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/maksud-gaji-bersih/", "title": "Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila merancang kewangan, \u201cgaji bersih\u201d adalah jumlah penting yang biasanya kita perlu perhatikan.\nDaripada jumlah gaji bersih inilah kita akan membuat perancangan kewangan setiap bulan termasuklah jumlah perbelanjaan dan simpanan.\nSelain gaji bersih, kita juga biasa dengar istilah-istilah seperti \u201cgaji kasar\u201d dan \u201cgaji pokok\u201d. Jadi, apakah perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini?\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud \u201cgaji bersih\u201d\n\n \nMaksud \u201cgaji kasar\u201d\n\n \nMaksud \u201cgaji pokok\u201d\n\n \nPerbezaan antara ketiganya\n\n\nMaksud \u201cgaji bersih\u201d \n\nSecara mudahnya, ia bermaksud jumlah duit yang anda terima atau dimasukkan ke dalam akaun bank anda untuk sesuatu pekerjaan yang dilakukan. \n\n\n\n\n\n\nJumlah ini juga adalah amaun yang telah ditolak seperti carumah KWSP, SOCO/Perkeso dan amaun-amaun lain yang mungkin dikenakan oleh sesebuah syarikat atau majikan itu.\nSelain itu, gaji bersih juga sudah dicampurkan segala elaun tambahan yang diterima anda seperti elaun pengangkutan, elaun kerja lebih masa, elaun kedatangan dan sebagainya.\nJumlah elaun ini pula adalah atas ketetapak pihak majikan yang telah dipersetujui bersama dalam kontrak tawaran kerja kepada anda. \nMaksud \u201cgaji kasar\u201d\nGaji kasar pula adalah gaji asas yang dicampur dengan segala elaun tambahan, tetapi belum ditolak segala potongan atau caruman.\nKebiasaannya, iklan tawaran kerja akan mengiklankan tawaran kerja beserta dengan jumlah \u201cgaji kasar\u201d kerana ianya nampak lebih tinggi berbanding \u201cgaji bersih\u201d.\nApabila ditawarkan sesuatu pekerjaan atau melihat iklan jawatan kosong, sebaiknya anda membuat kira semula jumlah \u201cgaji kasar\u201d untuk melihat berapakah sebenarnya jumlah yang akan anda terima setelah ditolak segala potongan.\nMaksud \u201cgaji pokok\u201d\nGaji pokok juga bermaksud gaji asas atau biasanya kita panggil \u201cgaji basic\u201d.\nGaji pokok bermaksud jumlah gaji bulanan yang anda terima tanpa mencampurkan sebarang elaun dan potongan. \nSekiranya gaji pokok anda dalam surat tawaran kerja adalah RM2000 dan anda tidak mempunyai sebarang elaun, jumlah yang anda akan terima setiap bulan kemungkinan besar akan kurang daripada jumlah ini setelah ditolak segala potongan/caruman.\nSekiranya anda sedang mencari pekerjaan, sewaktu temuduga anda boleh bertanyakan kepada calon penemuduga sama ada jawatan kosong yang ditawarkan itu mempunyai sebarang elaun atau tidak. \nJangan terkejut, ada sesetengah pekerjaan yang menawarkan elaun yang lebih besar jumlahnya daripada gaji asas terutamanya bagi mereka yang kerja di lapangan. \nPerbezaan antara ketiganya\nBagi memudahkan anda memahami perbezaan antara ketiga istilah ini, boleh rujuk formula mudah di bawah:\nGaji pokok: Gaji asas sahajaGaji kasar: Gaji asas + elaun (jika ada)Gaji bersih: Gaji asas + elaun (jika ada) \u2013 potongan\nBiasanya kesemua ini akan dinyatakan dengan jelas dalam penyata gaji anda.\nBagi kakitangan kerajaan, anda boleh menyemak slip gaji anda melalui e-Penyata Gaji JANM.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-delete-email-yang-sudah-dihantar/", "title": "Cara Delete Email Yang Sudah Dihantar (Tersilap Send)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA DELETE EMAIL YANG SUDAH DIHANTAR (TERSILAP HANTAR)\nBaru hantar emel tapi mahu delete email tersebut kerana terdapat kesilapan pada emel tersebut?\nWalaupun sudah wujud pelbagai teknologi penghantaran mesej seperti Facebook Messanger, WhatsApp dan seumpama dengannya, emel masih lagi releven terutamanya untuk tujuan-tujuan rasmi.\nAntara saat-saat yang menggerunkan apabila menghantar emel adalah apabila kita sedar terdapatnya kesilapan (maklumat, ejaan dan sebagainya) sebaik sahaja emel tersebut dihantar epada penerima.\n\n\n\n\n\n\n\nPersoalannya, adalah cara untuk delete emel yang telah dihantar tersebut?\nKali ini mari lihat caranya bagi dua penyedia perkhidmatan emel popular iaitu Yahoo, Gmail dan Outmail (atau Hotmail).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara batal penghantaran emel di Yahoo\n\n \nCara delete email yang sudah dihantar di Gmail\n\n \nCara batal penghantaran email di Outlook\n\n\nCara batal penghantaran emel di Yahoo\nMalangnya, tiada cara untuk unsend emel yang telah dihantar kepada penerima sekiranya anda menggunakana Yahoo.\nAnda hanya boleh memadamkannya daripada folder \u201cSent\u201d anda sendiri, tetapi penerima tetap menerimanya. \nApabila anda menghantar mesej, penerima boleh melihatnya pada bila-bila masa, sama ada anda memadamkannya di pihak anda atau tidak.\nCara delete email yang sudah dihantar di Gmail\nSebaik sahaja anda menghantar e-mel, cari pop timbul Mesej dihantar yang akan muncul di sebelah kiri bawah skrin anda. Anda akan mempunyai pilihan untuk \u201cUndo\u201d atau \u201cView message\u201d.Klik \u201cUndo\u201d.Mesej akan dibatalkan penghantaran dan tetingkap untuk mengarang semula mesej akan muncul di bahagian bawah sebelah kanan skrin.\nUntuk makluman lanjut mengenai perkara ini, sil layari laman Gmail Help.\nCara batal penghantaran email di Outlook \nSeperti Gmail, Outlook.com menyimpan emel untuk tempoh masa beberapa saat sebelum menghantarnya, memberi anda peluang untuk delete emel yang telah anda hantar. \nWalau ba\u201dUndo Send\u201d tidak dihidupkan secara automatik. Cara untuk mengaktifkan fungsi \u201cUndo Send\u201d adalah seperti berikut:\nKlik pada Settinggs atau \u201cTetapan\u201d (ikon roda gigi)Klik \u201cView all Outlook Settings\u201d atau \u201cLihat semua Tetapan Outlook\u201d Klik \u201cMail\u201d atau \u201cMel\u201d Tatal ke \u201cUndo send\u201d atau \u201cBatalkan penghantaran\u201d Gerakkan peluncur dari 0 hingga 10 saat\nApabila anda ingin membatalkan penghantaran emel, cari kotak \u201cUndo\u201d dalam kotak \u201cSending\u201d di bahagian bawah tetingkap Outlook.com dan klik padanya. \nEmel yang baru anda hantar akan dibuka semula dan ia akan disimpan ke folder \u201cDraf\u201d anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/emaklum/", "title": "eMaklum ANM: Pendaftaran, Semakan Notifikasi & Carian Dokumen Pembayaran (Tracking)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda baru pertama kali dengar atau didedahkan mengenai sistem eMaklum?\nKali ini, mari lihat bagaimana untuk melakukan pendaftaran, semakan notifikasi dan carian dokumen menggunakan sistem eMaklum ini. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu eMaklum?\n\n \nPendaftaran eMaklum\n\n \nSemakan notifikasi\n\n \nCarian dokumen\n\n \nSoalan dan pertanyaan\n\n\nApa itu eMaklum? \n\neMaklum adalah satu sistem yang dibangunkan dan berfungsi untuk menghantar menghantar\u00a0notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam).\nSecara umumnya, sistem ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nMenariknya, anda boleh terus menggunakan fungsi yang terdapat pada sisstem ini tanpa melakukan sebarang pendaftaran sama ada dari pembekal atau individu. \nPendaftaran eMaklum \nWalau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mendaftar dengan sistem eMaklum untuk menikmati kelebihan-kelebihan berikut:\nMenyimpan semua maklumat pembayaranNombor akaun anda dilindungi daripada diakses pihak ketiga\nSemakan notifikasi\nSebagai pengguna eMaklum, anda boleh memilih untuk mendapatkan notifikasi perubahan status dokumen anda melalui slah satu cara berikut:\nEmel: Notifikasi emel secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.SMS: Notifikasi SMS secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.Cetakan: Notifikasi surat bercetak menerusi kiriman pos bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.\nMulai 30 Julai 2021, Sistem eMaklum hanya menyimpan\u00a0maklumat notifikasi pembayaran bagi tempoh 18 bulan\u00a0terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.\u00a0\nOleh itu, adalah menjadi\u00a0tanggungjawab pengguna sendiri untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive\u00a0untuk kegunaan pada masa hadapan.\nArtikel berkaitan: ePerolehan SSO Login: Daftar Akaun, Mohon Tender Kerajaan & Sijil MOF\nCarian dokumen \nLaman eMaklum juga menyediakan fungsi untuk melakukan carian dokumen seperti invois atau bayaran dengan mudah. Untuk melakukan carian dokumen, ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman rasmi eMaklum di alamat https://emaklum.anm.gov.my/Pada halaman utama, perhatian borang carian yang bertajuk \u201cCarian Dokumen Pembayaran\u201dTerdapat 2 tab \u2013 \u201cSebelum 10/7/2021\u201d atau \u201cSelepas 10/7/2021 dan Selepas\u201d. Pastikan anda memilih tab yang betulMasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan: No. Kad Pengenalan / No. Daftar Syarikat / OrganisasiNo. Akaun Bank / No. Invois / No. Rujukan BayaranCarian Berdasarkan Tarikh dokumen Klik pada butang \u201cSaya bukan robot\u201d pada bahagian reCAPTHCAKlik pada butang \u201cCari\u201d\nSoalan dan pertanyaan \nSekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan mengenai sistem ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak pentadbiran melalui salah satu kaedah berikut:\nAlamat: Jabatan Akauntan Negara MalaysiaKompleks Kementerian KewanganNo. 1, Persiaran PerdanaPresint 2,62594 Putrajaya\nNo telefon / faks: Rujuk pdf untuk senarai pentadbir eMaklum di Kementerian berkaitan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-saman-pdrm/", "title": "Tawaran Diskaun Saman PDRM 30% (26-27 Julai 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM 30% SEMPENA EKSPO KERJAYA JAMINKEJA KELUARGA MALAYSIA 2022\nJangan lepaskan peluang anda untuk membayar saman dengan penawaran diskaun 30% bagi saman terpilih sempena Ekspo Kerjaya JAMINKERJA Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) pada 23 hingga 27 Julai 2022 ini.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut bagi anda yang ingin mendapatkan tawaran diskaun ini.\n\nSumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Diskaun Saman JAMINKERJA Keluarga Malaysia?\n\n \nTempoh Tawaran Diskaun\n\n \nCara Semakan Saman PDRM\n\n\nApakah Diskaun Saman JAMINKERJA Keluarga Malaysia?\nPengurangan kadar kompaun saman ditawarkan kepada kesalahan terpilih seluruh Malaysia bagi kadar berikut:\nPDRM \u2013 30%\nTempoh Tawaran Diskaun \nTawaran diskaun saman PDRM itu berlangsung selama 2 hari bermula 26 dan 27 Julai 2022 dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Kaunter Bayaran Saman yang akan dibuka di tapak acara.\nCara Semakan Saman PDRM\nAnda boleh membuat beberapa cara semakan saman-saman yang lalu secara atas talian:\nBagi saman Polis (PDRM), sila layari : MyBayar Saman: Login & Semak Saman PDRM (mybayar.rmp.gov.my)Bagi saman JPJ, sila rujuk : Semakan Saman JPJ Online \nAyuh, jangan lepaskan peluang ini!\nTerdapat pelbagai program menarik, antaranya kaunter perkhidmatan pelbagai Kementerian dan agensi terus kepada rakyat.\nJom sertai Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 pada 23-27 Julai 2022 (Sabtu-Rabu) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada jam 9.00 pagi \u2013 5.00 petang.\nKarnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Kementerian Sumber Manusia ini akan mengadakan sesi temu duga dengan lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan tersedia khas buat para pencari kerja. Para pengunjung boleh mendaftar di\u00a0www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.\nJangan lepaskan peluang ini!\nAmalkan SOP Terkini Fasa Peralihan Ke Endemik.\nUntuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi Keluarga Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tiong-king-sing/", "title": "Biodata Tiong King Sing, Menteri Pelancongan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTiong King Sing telah dilantik memegang portfolio Menteri Pelancongan dalam kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nDato\u2019 Seri Tiong King Sing bukanlah nama asing dalam arena politik tanah air dan pernah berkhidmat bersama beberapa orang Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dengan memegang pelbagi portfolio.\nDi harapkan dengan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang di peringkat Persekutuan akan membantu beliau memantapkan industri pelancongan di Malaysia.\nMari kita lihat sedikit sebanyak latar belakang Menteri Pelancongan Malaysia yang baru ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar Belakang YB Tiong King Sing\n\n \nKarier politik\n\n\nLatar Belakang YB Tiong King Sing\nNama penuh:\u00a0Tiong King Sing\n\n\n\n\n\n\nTarikh lahir: 3 September 1961\nAsal: Sarawak \nParti politik: PBB (bawah gabungan Gabungan Parti Sarawak)\nDalam kerjayanya, beliau mempunyai kepentingan besar dalam dua syarikat Wijaya Baru Global Bhd dan Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, yang menguasai Kuala Dimensi Sdn Bhd.\nBeliau pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri Najib Razak dan Mahathir Mohamad ke Asia Timur dari Januari 2014 hingga Jun 2018.\nSeterusnya, beliau juga dilantik Duta Khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan Anwar ke China sejak April 2020.\n\nKarier politik\nTiong King Sing Tiong pada asalnya adalah ahli Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tetapi telah dipecat pada tahun 2002 atas apa yang disebut parti itu sebagai sebab disiplin.\nBeliau kemudiannya menyertai SPDP.\nDi sebalik kontroversi dipecat dari SNAP, popularitinya semakin meningkat apabila dalam PRU11 pada 2004, Tiong mewakili BN menerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), berjaya mempertahankan kerusi Bintulu dengan mendapat majoriti lima angka, menjangkau 10,658 undi dalam pertembungan semula dengan Chiew.\nBeliau merupakan ahli Parlimen Bintulu dari 1999 sehingga kini, telah bertanding dalam 6 edisi Pilihan Raya Umum (PRU) dalam parti politik yang berbeza.\nBerikut merupakan kerusi Parlimen yang pernah ditandinginya:\n\nPRU10 (1999) \u2013 Bintulu (SNAP)\nPRU11 (2004) \u2013 Bintulu (SPDP)\nPRU12 (2008) \u2013 Bintulu (SPDP)\nPRU13 (2013) \u2013 Bintulu (SPDP)\nPRU14 (2018) \u2013 Bintulu (PDP)\nPRU15 (2022) \u2013 Bintulu (PDP)\n\nSelain itu, beliau juga pernah bertanding pada kerusi DUN N52\u00a0DUDONG padda PRU12 yang lalu.\nJawatan dalam politik:\n\nPresiden Parti Demokratik Progresif Sarawak(2013-2018)\nPengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)(2008-2018)\nBendahari Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)\nPresiden Parti Demokratik Progresif (PDP) (2016)\n\nMaklumat lanjut: https://www.tiongkingsing.com/bahasa-melayu\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-aktifkan-semula-asb/", "title": "Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara aktifkan semula akaun ASB (myASNB) kini boleh dibuat melalui atas talian iaitu online.\nAkaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk dalam tempoh yang lama. \nSesetengah pelanggan mungkin mengalami kesukaran untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kerana trafik yang tinggi dan tidak dapat membuat panggilan dalam tempoh waktu bekerja.\nMaka untuk memudahkan urusan pelanggan, anda kini boleh mengaktifkannya semula melalui e-mel.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah myASNB?\n\n \nCara Aktifkan Semula Akaun ASB Secara Online (Akaun myASNB Dorman)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah myASNB?\nBagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).\n\n\n\n\n\n\nIa adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.\nDengan memiliki akaun myASNB secara online, maka pengguna tak perlulah beratur untuk membuat simpanan pelaburan atau pengeluaran lagi.\nTapi jika ia dah lama tak digunakan, akaun tersebut akan menjadi dorman (tidak aktif) dan tidak boleh diakses secara online.\nJadi, anda bolehlah mengikuti cara aktifkan akaun myASNB seperti langkah di bawah ini:\nCara Aktifkan Semula Akaun ASB Secara Online (Akaun myASNB Dorman)\nSelain hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB atau ke Cawangan ASNB, kini anda boleh emel maklumat peribadi anda untuk aktifkan semula akaun myASNB.\nLangkah untuk aktifkan secara online:\nSediakan dokumen pengesahan diriGambar swafoto bersama MyKadGambar atau salinan MyKadSalah satu dokumen sokongan: Lesen memandu bergambar, Pasport, Penyata bank persendirian, Bil utiliti elektrik, air telefon dan sebagainya.Emel ke \ud835\uddfa\ud835\ude06\ud835\uddee\ud835\ude00\ud835\uddfb\ud835\uddef\ud835\uddf6\ud835\uddf1@\ud835\uddfd\ud835\uddfb\ud835\uddef.\ud835\uddf0\ud835\uddfc\ud835\uddfa.\ud835\uddfa\ud835\ude06\n\n\nBagi anda yang belum mempunyai akaun ASB online, sila daftarkan terlebih dahulu dengan mengikuti langkah berikut: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh melayari laman web https://www.myasnb.com.my/ ATAU menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 \u2013 7730 8899.\nBagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.\nAplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:\ni) Google Playstore:\nhttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en\nii) Apply Apps Store\nhttps://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-protege-maiwp/", "title": "Program Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Protege MAIWP : Peluang Kerjaya Untuk Graduan Asnaf ~ Sukacita dimaklumkan Program Protege MAIWP kini dibuka untuk graduan asnaf lepasan Institut Pengajian Tinggi. \nProgram ini diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu graduan asnaf yang masih belum mendapat pekerjaan.\nDengan adanya program ini, ia diharap dapat mempersiapkan golongan asnaf dengan ilmu, kemahiran serta pengalaman kerja yang bermanfaat bagi meningkatkan potensi diri serta peluang kebolehpasaran mereka dalam alam pekerjaan.\nJusteru itu, program ini sangat bersesuaian bagi graduan asnaf yang berhasrat untuk membina kerjaya di MAIWP.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan Program Protege MAIWP\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh permohonan dibuka bermula 1 Mei 2022 hingga 14 Mei 2022 secara atas talian.\nPemohon diminta untuk hantarkan permohonan beserta dokumen yang lengkap sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. \n\nSyarat-Syarat Permohonan Program Protege MAIWP\nCalon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\nPemohon merupakan warganegara MalaysiaPemohon berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Pemohon ialah graduan lepasan IPTA/IPTS/Luar Negara.Pemohon ialah golongan asnaf menerusi kiraan had kifayah.\nKeutamaan permohonan bagi program ini akan diberikan kepada pemohon yang :\nMenerima biasiswa MAIWP ; atauPenerima Bantuan Pelajaran MAIWP\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut :\nLayari pautan permohonan di pautan berikut : PERMOHONAN SEBAGAI PROTEGE MAIWP\u00a0.Isikan maklumat permohonan dengan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Semak semua maklumat sebelum menghantar.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan seperti berikut :\nSalinan sijil akademik tertinggi.Cetakan had kifayah yang boleh dicetak menerusi pautan berikut : \u00a0https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenari program Protege MAIWP, sila layari laman rasmi MAIWP di pautan berikut :\nhttps://www.maiwp.gov.my/\nSemoga perkongsian ini bermanfaat buat golongan asnaf yang ingin membina kerjaya selepas tamat pengajian. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/saguhati-umrah-th/", "title": "Saguhati Umrah RM1671 Seorang Akan Dikreditkan 18 Februari 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN SAGUHATI UMRAH AKAN DIBAYAR PADA 18 FEBRUARI 2022 (BIL. 2/2022)\nKerajaan Malaysia akan menyalurkan pembayaran saguhati sebagai tanda keprihatinannya kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan ibadah umrah di Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron bermula 8 Januari yang lalu.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran saguhati tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Saguhati Umrah?\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nCara Permohonan & Semakan Bayaran Saguhati\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Saguhati Umrah?\nBerdasarkan mesyuarat terkini yang telah diadakan antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kewangan Malaysia dan Tabung Haji (TH), YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad bersetuju agar pembayaran saguhati akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH para jemaah umrah bagi memudahkan urusan.\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.\nPengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022.\nTarikh Bayaran\nBayaran akan dibuat 18 Februari ini melalui akaun simpanan Tabung Haji.\nSumber infografik: BERNAMA\nBaca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan\nCara Permohonan & Semakan Bayaran Saguhati\nUntuk makluman semua, MOTAC telah menyerahkan senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati kepada TH. \nOleh kerana kaedah bayaran adalah melalui akaun simpanan TH, maka semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun TH sebelum 18 Februari 2022.\nPara jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.\nRujuk : Cara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online (VAO)\nBagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH. \nPara jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.\nYB Senator Datuk Haji Idris Ahmad juga telah memaklumkan kepada pihak TH supaya segala tuntutan pembayaran ini akan dipermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan yang besar terhadap tuntutan ini. \nSemoga semua urusan para penerima dipermudahkan oleh Allah SWT.\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk kenyataan media di bawah untuk maklumat lanjut.\n\n\nSumber: KENYATAAN MEDIA , YB SENATOR DATUK HAJI Idris Ahmad, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-zero-to-hero-maipk/", "title": "Program Zero To Hero: Tajaan Jaminan Penempatan Kerja MAIPK", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) menawarkan Program Zero To Hero iaitu program latihan yang ditaja penuh bagi menjamin penempatan pekerjaan buat peserta.\nBaca Juga : Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan Program Zero To Hero\n\n \nTempoh Kursus Latihan\n\n \nTawaran Kursus\n\n \nKemudahan Yang Disediakan\n\n \nCara Memohon & Maklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum 30 September 2022.\nSyarat Permohonan Program Zero To Hero\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nPemohon mestilah warganegara Malaysia.Berumur dari 18 hingga 35 tahun.Beragama Islam.Bermastautin di Negeri Perak.Terbuka golongan fakir miskin.Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau setaraf dengannya.\nTempoh Kursus Latihan\nUntuk makluman, latihan ini akan berlangsung selama 16 minggu.\n\nTawaran Kursus\nBerikut adalah tawaran kursus yang ditawarkan melaui program \u201cZero to Hero\u201d :\nProgram Kimplan Antarabangsa \u2013 sehingga 3G/6G GTAW GMAW SMAW.Inspektor Kimplan Visual Tahap 1CSWIP UK Pengenalan Pengujian Tanpa MusnahLesen NIOSH Oil & Gas Safety Passport (OGSP)CIDB Green CardKelas Bahasa Inggeris\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan menerusi program ini adalah seperti berikut :\nYuran pengajian percumaElaun bulanan sebanyak RM300Jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian\nCara Memohon & Maklumat Lanjut\nCalon yang berkelayakan adalah boleh kemukakan permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut dengan berhubung dengan pegawai yang bertugas di talian :\n\u00a0Aisyah:\u00a0http://wasap.my/+60177716521/Khairuddin:\u00a0http://wasap.my/+60196683806/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-khas-sagong-tasi/", "title": "Tawaran Biasiswa Khas Sagong Tasi Untuk Pelajar IPT Orang Asli Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor kini menawarkan Biasiswa Khas Sagong Tasi untuk siswa Orang Asli yang berjaya mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nBiasiswa Sagong Tasi merupakan tajaan khas bagi pelajar Orang Asli dari Selangor yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.\nPermohonan bagi biasiswa istimewa ini dibuka sepanjang tahun bagi pelajar yang berkelayakan.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP 2022 (Degree & Master)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Biasiswa Khas Sagong Tasi\n\n \nIPT Yang Terlibat\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKadar Biasiswa Khas Sagong Tasi\nKadar biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Orang Asli yang berkelayakan adalah seperti berikut :\nYuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.Elaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.\nIPT Yang Terlibat\nPelajar Orang Asli yang berjaya menyambung pengajian ke salah satu IPT berikut layak untuk memohon :\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)Universiti Putra Malaysia (Serdang)Universiti Selangor (UNISEL)Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)Kolej Antarabangsa INPENS.\nSyarat Kelayakan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; danPemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 \u2013 Akta Orang Asli Tahun 1954; dan Pemohon lahir di Negeri Selangor; atauIbu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atauPemohon telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.Pemohon telah mendaftar pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).Pemohon yang belim menerima sebarang pinjaman/biasiswa/bantuan kewangan dari lain-lain penaja.Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/diberi tempoh pelanjutan pengajian.\nCara Memohon\nPelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nLayari laman web\u00a0https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.Klik butang \u2018Daftar.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai \u00a0Biasiswa Khas Sagong Tasi, sila layari pautan berikut :\u00a0https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/biasiswa-sagong-tasi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/renew-lesen-memandu-online/", "title": "Cara Renew Lesen Memandu Online (MySikap / MyJPJ)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Renew Lesen Memandu Online (MySikap / MyJPJ)\nMenteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lesen memandu kini boleh dibaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, bermula 8 Mei 2023.\nBeliau berkata, lesen yang boleh dibaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah mempunyai tempoh sah laku tidak lebih setahun.\nPembaharuan lesen 10 tahun itu juga akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, tambahnya\n\u201cOrang ramai akan dibenarkan memperbaharui lesen antara satu sehingga 10 tahun, namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10.\u201d\nMenurut Loke, inisiatif ini hanya sah untuk warganegara Malaysia.\nSebelum ini, lesen memandu boleh dibaharui setiap tahun atau maksimum lima tahun.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga Memperbaharui Lesen Memandu\n\n \nApa Itu MySikap?\n\n \nCara Renew Lesen Memandu Online (MySikap / MyJPJ)\n\n \nMuat Turun Aplikasi MyJPJ\n\n\nHarga Memperbaharui Lesen Memandu\nHarga untuk renew lesen ialah RM30 setahun. \nNamun bagi pembaharuan selama tempoh 10 tahun, akan mendapat kadar bayaran khas RM270.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, pemegang lesen memandu Malaysia yang telah tamat tempoh kini dibenarkan membaharui lesen tanpa perlu menjalani ujian semula.\n\nApa Itu MySikap?\nmySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.\nTidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu. \nJika anda belum mendaftar, anda boleh merujuk kepada artikel berikut untuk mengetahui kelebihannya dan cara untuk mendaftar kali pertama : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan\nCara Renew Lesen Memandu Online (MySikap / MyJPJ)\nTahukah anda, kini anda boleh memperbaharui lesen memandu secara online sahaja tanpa perlu ke pejabat atau kaunter JPJ lagi. \nMudah, pantas & jimat masa!\nBerikut perkongsian oleh Asyran Shamsuddin di Facebook tentang cara renew lesen memandu online melalui laman web MySikap.\nLANGKAH 1\nPergi ke lawan web MySikap JPJ.\nURL mySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul\n\nID pengguna adalah nombor IC anda\nMasukkan kata laluan/password \nKod sekuriti adalah aksara yang dipaparkan dalam kotak di bawah\n\n\nLANGKAH 2\nPergi ke menu utama \u2013 \u201cLesen Memandu\u201d.\n\nKemudian pilih menu seterusnya \u2013 \u201cPembaharuan Lesen Memandu\u201d.\n\nLANGKAH 3\nKemudian anda akan dibawa ke laman Carian.\nSila pilih dari drop down menu, \u201cLesen Memandu Kompeten\u201d untuk Jenis Lesen.\nDi bawahnya ada pilihan tempoh. (*Baru test tadi, dah ada pilihan untuk renew 10 tahun di MySikap.)\n\nKemudian klik butang \u201cCari\u201d.\nLANGKAH 4\nKemudian laman web ini akan paparkan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran, rate biasa RM30 setahun untuk kelas B2 dan D. \n\nDekat sini juga akan ada pilihan \u201cGambar\u201d.\nKalau korang tak suka gambor sekarang leh klik tapi pastu kena gi JPJ lak amek gambor, (tah pape sistem ni kan, bagi jela pilihan uplod gambor), so nak senang korang redho je lah gambar apa yang ada tu, toksah klik kat box Gambar tu then klik Bayar.\nLANGKAH 5\nPilih Kaedah Pembayaran, anda boleh menggunakan kad kredit atau FPX iaitu online banking. \nDah pilih, klik Bayar kat bawah tu. Pastikan dan disable popup blocker ya.\nSelepas transaksi berjaya, anda akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis \u201csila ambil lesen anda di JPJ\u201d. \nKalau ada masa boleh pergi, kalau tak, anda boleh juga mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang \u201cCetak Lesen Memandu e-LM\u201d\n\nLANGKAH 6\nUntuk dapatkan lesen digital, buka apps MyJPJ > Profil > klik butang \u201cJana Semula\u201d \n\nTaddaaaa, settle dah hal renew lesen korang. \nJust make sure korang ada smart fon je la, and battery tak kong bila lalu roadblock nanti k. Hehehe.\nSelamat mencuba!\nBaca juga: MyJPJ : Semakan Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Online\nMuat Turun Aplikasi MyJPJ\nPAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ\n\nGoogle Playstore :\u00a0https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info\nApple App Store :\u00a0https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pasport-malaysia-hilang/", "title": "Pasport Malaysia Hilang : Kadar Denda & Prosedur Gantian Terkini (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPASPORT MALAYSIA HILANG \u2013 APA PERLU BUAT?\nAdakah anda ingin melancong ke luar negara tetapi pasport hilang?\nSetelah peralihan ke fasa endemik dan pintu negara dibuka semula, ramai orang mula merancang untuk bercuti ke luar negara.\nAntara dokumen wajib yang perlu ada adalah pasport Malaysia anda dan visa perjalanan bagi sesetengah negara. \nSebelum ke luar negara, pasport anda haruslah mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh tamat tempoh.\nSementara itu, sekiranya pasport hilang pula, anda boleh mendapatkan pasport baru namun dikehendaki membayar denda bergantung kepada berapa banyak kali anda pernah kehilangan pasport. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Pasport?\n\n \nProsedur Menggantikan Pasport Malaysia Yang Hilang\n\n \nKadar Denda Gantian Pasport Hilang 2022\n\n \nMakluman Terkini \u2013 Pembaharuan Pasport\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu Pasport?\n\nSeperti yang tercatat dalam pasport Malaysia, pasport milik negara kita sah digunakan untuk ke seluruh negara di dunia ini kecuali Israel.\nProsedur Menggantikan Pasport Malaysia Yang Hilang\nSekiranya anda telah kehilangan pasport anda, anda perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu.\nNamun, sekiranya pasport Malaysia anda hanya rosak, laporan polis tidak diperlukan namun anda tetap perlu membayar denda untuk mendapat ganti pasportt yang baru. \nSila hadir ke pejabat Imegresen Malaysia yang berdekatan dan bawa bersama dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan laporan polis tersebut.\nBerkenaan gambar pula, anda boleh mengambil gambar di pejabat Imegresn Malaysia atau menggunakan gambar yang sama sahaja sekiranya tiada perubahan yang ketara pada wajah anda.\nKadar Denda Gantian Pasport Hilang 2022\nDahulu, penggantian pasport yang hilang atau mengalami kerosakan tidak akan dikenaka sebarang bayaran denda.\nNamun, terdapat perubahan seperti yang diumumkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 yang bertarikh 20 Disember 2019.\nPerintah ini telah disiarkan untuk bacaan orang awam di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara.\nBerikut merupakan kadar denda pasport hilang terkini bagi tahun 2022, namun masih tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa. \nKali pertama: RM400Kali kedua: RM700Kali ketiga dan seterusnya: RM1,200\nSementara itu, bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula kadar dengan yang dikenakan untuk menggantikan passport hilang atau rosak pula adalah seperti yang berikut:\nKali pertama: RM300Kali kedua: RM600Kali ketiga dan seterusnya: RM1,100\nMakluman Terkini \u2013 Pembaharuan Pasport\nPEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)\nSistem Temujanji Online (STO) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.\nSTO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.\nPembaharuan / Gantian PMA secara atas talian melalui MyOnline Pasport https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport\n\u201cJumpa Terus\u201d (Walk-In)\nKategori yang dibenarkan:\nPermohonan kali pertamaPermohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawahPasport hilang / rosakWarga Emas (60 tahun ke atas)OKUPelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negaraJemaah Haji\nPemohon mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.\nKelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.\nMaklumat Lanjut\n\nUntuk sebarang maklumat terkini, boleh rujuk Jabatan Imigresen Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lupa-password-mysejahtera/", "title": "Lupa Kata Laluan MySejahtera? Ini Cara Reset Semula Password Anda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMASALAH TAK BOLEH LOGIN MYSEJAHTERA / INVALID ID / LUPA KATA LALUAN / PASSWORD \nAplikasi MySejahtera kini adalah antara aplikasi yang paling penting bagi rakyat Malaysia. \nJenuh kalau tak boleh log in, dah masuk password betul tapi jadi invalid.\nKadangkala ada juga yang dah reinstall aplikasi ini dan tiba-tiba mengalami masalah untuk login. \nBoleh buat tak senang duduk dengan jika tiba-tiba tak boleh login MySejahtera atau lupa password kan?\nJom kami kongsikan cara yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPeringatan Untuk Mengaktifkan Notis MySejahtera\n\n \nLupa Kata Laluan MySejahtera\n\n \nCara Reset Semula Password MySejahtera\n\n \ni) Reset Password MySejahtera (No Telefon)\n\n \nii) Reset Password MySejahtera (Email)\n\n \nATAU\n\n \niii) HelpDesk MySejahtera\n\n \nMAKLUMAT LANJUT\n\n\nPeringatan Untuk Mengaktifkan Notis MySejahtera\nMySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. \n\n\n\n\n\n\nAplikasi ini menjadi satu keperluan buat rakyat Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. \nMySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia. \nTerkini, pelaporan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan bermula tahun 2023.\nKetua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan laporan kendiri Home Assessment Tool (HAT), notifikasi peringatan untuk menjawab HAT, notifikasi individu yang melaporkan tanda amaran serta notifikasi kepada individu yang layak mendapat rawatan ubat antiviral Paxlovid.\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semua individu terutama mereka yang disahkan positif untuk mengaktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing bagi memastikan mekanisme pemantauan kendiri ini berfungsi dengan baik.\nDr Noor Hisham berkata pemantauan pesakit COVID-19 secara maya akan diteruskan oleh pasukan petugas di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan, selain CPRC di peringkat negeri akan terus bertanggungjawab memantau situasi COVID-19 di negeri masing-masing.\nBeliau berkata pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Perintah Pelepasan (RO) secara digital juga diteruskan seperti biasa menerusi aplikasi MySejahtera.\nSelain itu, MySejahtera juga boleh digunakan untuk membuat temujanji Klinik Kesihatan secara online!\nBaca juga: Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera\n\nLupa Kata Laluan MySejahtera\nTerlupa kata laluan / password akaun MySejahtera anda? \nJangan risau, kalau anda takut nak log keluar sebab terlupa kata laluan sekalipun, ikut saja langkah mudah ni.\n\n\n\n\n\n\nBuka aplikasi MySejahtera, klik Lupa Kata Laluan di bahagian bawah skrin\nMasukkan MySejahtera User ID dan klik I\u2019m not a robot\nPilih petak yang berkenaan bagi melengkapkan ciri keselamatan MySejahtera\nSelepas itu, satu pautan untuk set semula kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel.\nKlik pautan yang ada dalam SMS tersebut dan satu halaman sesawang akan dibuka.\nMasukkan kata laluan baru di ruangan New Password. Sahkan kata laluan anda di ruang Re-enter Password dan tekan butang Reset Password.\nSelesai! Anda berjaya mengemaskini kata laluan yang baru.\n\nKemudian cuba login semula.\nJika masih tak berjaya, anda boleh cuba langkah seterusnya di bawah.\n\nCara Reset Semula Password MySejahtera\nBagi yang lupa kata laluan MySejahtera, terdapat dua cara untuk reset password MySejahtera anda, iaitu melaui SMS atau Email. Berikut adalah merupakan caranya:\ni) Reset Password MySejahtera (No Telefon)\nSekiranya user ID anda adalah No Telefon anda:\n\nBuka aplikasi MySejahtera anda\nKlik pada Forget Password\nMasukkan No Telefon anda dan klik Submit\nAnda akan terima SMS dari MySejahtera, dan klik pautan pada SMS tersebut\nMasukkan Password baru anda Pada Rungan Password\nMasukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.\nTekan pada Reset Password.\n\nATAU\n\nRequest reset password melalui link di bawah : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/\u2026/forgotUserPassword\nPENTING: Masukkan nombor MYSJID dengan format 601xxxxxxx\nHanya ID BERDAFTAR akan terima link reset melalui SMS.\n\nPENTING: BUKA LINK MELALUI BROWSER/CHROME. JANGAN REQUEST RESET MELALUI APPS MYSEJAHTERA.\nii) Reset Password MySejahtera (Email) \nSekiranya user ID anda adalah email anda:\n\nBuka aplikasi MySejahtera anda\nKlik pada Forget Password\nKlik pada My user ID is an email\nMasukkan email anda dan klik Submit\nAnda akan terima Email dari MySejahtera, dan klik pautan pada Email tersebut\nMasukkan Password baru anda Pada Rungan Password\nMasukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.\nTekan pada Reset Password.\n\nATAU\nRequest reset melalui linkhttps://mysejahtera.malaysia.gov.my/\u2026/forgotUserPassword\niii) HelpDesk MySejahtera\nJika masih tak berjaya, request delete ID Email melalui Helpdesk di pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/\n\nPilih option C \u2013 G (padam akaun) \u2013 Pilih registered ID Email\nHelpdesk tengah down sekarang, mugkin tak boleh nak request delete akaun. Boleh request manual, baca caption dekat gambar.\nDaftarkan semula akaun MYSJ melalui linkhttps://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/PENTING: BUKA LINK MELALUI BROWSER/CHROME. JANGAN DAFTAR MELALUI APPS MYSEJAHTERA.\n\nOption yang ada untuk email, request delete akaun dan daftar semula. \nBaca juga: 5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS\nSelain cara ini, anda juga boleh menghubungi MySejahtera melalui laman sosial berikut:\n\nFacebook: MySejahtera\nTwitter : MySejahtera \n\nMAKLUMAT LANJUT\nJika anda masih mengalami masalah untuk login MySejahtera, cuba dapatkan bantuan HelpDesk :\n\nLayari pautan HelpDesk MySejahtera:\u00a0https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/\nKlik Mula\nKlik pada pilihan Saya Tidak Boleh Log/Aksess Masuk Ke Aplikasi\nKlik pada masalah berkaitan\nAkan terpapar cara penyelesaian masalah anda\n\nUntuk maklumat atau pertanyaan tentang lupa kata laluan MySejahtera anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi \u201cMySejahtera Helpdesk\u201d dalam aplikasi MySejahtera.\nBaca juga: Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diskaun-saman-pdrm-dilanjutkan/", "title": "Diskaun Saman 80% PDRM Dilanjutkan Hingga 31 Disember 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: TAWARAN PENGURANGAN DISKAUN KOMPAUN SAMAN POLIS DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2021 \u2013 PDRM\nBerita baik bagi anda yang mengalami masalah untuk mendaftar di Portal MyBayar Saman!\nUntuk memudahkan urusan semua pihak, pihak PDRM telah melanjutkan tempoh untuk semua rakyat Malaysia mendapatkan diskaun bayaran saman yang pada mulanya ditawarkan mulai 9-12 Disember ini bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nDalam kenyataan terkini pada 12 Disember 2021, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati diskaun ini.\nPerkara ini dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM melalui sebuah hantaran di media sosial Facebook.\n\nDalam kenyataan tersebut, dimaklumkan bahawa orang ramai boleh menjelaskan saman melalui 4 kaedah berikut:\nDi Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar SamanPejabat Pos MalaysiaATM Maybank\nUntuk semakan saman secara online, sila rujuk : 5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini di media sosial Kementerian Pengangkutan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik \u2013 JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).\nAyuh, rebutlah peluang ini untuk menjelaskan tunggakkan saman anda dan memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini bagi mengurangkan beban akibat situasi sukar semasa pandemik Covid-19.\nSumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tajaan-zakat-kedah/", "title": "Tawaran Tajaan Zakat Kedah Untuk Pengajian Sekolah Zakat Kedah dan SAR Kedah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini menawarkan Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian Sekolah Zakat Kedah dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kedah bagi kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan 2023.\nPelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah. \nPelajar 13 tahun yang tergolong daripada asnaf fakir dan miskin akan diutamakan untuk terima tajaan. \n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, Sekolah Zakat Kedah merupakan sekolah yang berada di bawah LZNK dan dikelolakan oleh Pertubuhan Maahad Dini Sultan Abdul Halim.\nSementara itu, Sekolah Agama Rakyat Kedah pula adalah sekolah yang berada di bawah pentadbiran Lembaga Tadbir Sekolah yang dipilih dan dilantik oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Musibah Zakat UKM\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan Tajaan Zakat Kedah\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan Tajaan Zakat Kedah\nIbu bapa yang berminat untuk dapatkan tajaan pengajian buat anak-anak boleh kemukakan permohonan secara online sebelum 14 Januari 2023.\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nWarganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam.\nAnak negeri Kedah atau sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.\nUmur 13 tahun pada tahun 2023.\nKeutamaan kepada Asnaf Miskin.\nPemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.\n\n\nCara Memohon\nPemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\n\nLayari laman web\u00a0https://my04.awfatech.com/maahaddini.\nKlik pada \u2018Pendaftaran Pelajar\u2019 untuk mulakan proses permohonan.\nPilih sekolah dan masukkan no kad pengenalan diikuiti dengan butang \u2018Semakan.\u2019\nJika carian daftar nama tidak ditemui, klik butang \u2018Daftar Di Sini.\u2019\nIsi maklumat pada setiap paparan dan klik butang \u2018Simpan dan seterusnya.\u2019\nLengkapkan permohonan sehingga tamat.\nBuat pengesahan untuk melengkapkan permohonan tersebut.\n\nPemohon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah \u2013 UPPSZK) yang dijangka bakal diadakan pada Februari 2023.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian sekolah, sila hubungi :\n\nBahagian Pendidikan Zakat Kedah: 04-7331740\nBahagian Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah: 013-4463071\n\nAnda juga boleh layari pautan \u00a0https://www.zakatkedah.com.my/\u00a0untuk dapatkan info lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-keluarga-malaysia/", "title": "Menu Keluarga Malaysia di IPT dan Premis Penjualan Makanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi menangani isu kenaikan kos sara hidup di kalangan masyarakat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia.\nInisiatif ini digerakkan di restoran-restoran koperasi dan kafeteria yang beroperasi di insitusi-institusi pengajian tinggi (IPT) serta premis penjualan makanan.\nDatuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan bakal menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling iaitu RM 3.50 untuk satu hidangan menerusi program Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia.\n\nBaca Juga : BKM Fasa 3 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori\n\n\n\n\n\n\nTerkini, Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi kadar Menu Ekonomi semua kafeteria Kolej Kediaman berkuatkuasa 12 Julai 2022.\nMenu tersebut merangkumi:\nSET 1 : NASI PUTIH + TELUR DADAR + SAYUR / ULAM (OPSYEN: SAMBAL / SUP KOSONG) : RM3.50SET 2 : NASI PUTIH + LAUK (AYAM / IKAN) + SAYUR / ULAM (OPSYEN : SAMBAL / SUP KOSONG) : RM5.00\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMoratorium Bayaran Sewa Untuk Pengusaha Makanan di IPT\n\n \nKoperasi Sahut Seruan Menu Keluarga Malaysia\n\n\nMoratorium Bayaran Sewa Untuk Pengusaha Makanan di IPT\nSeiring dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan dalam kampus IPT agar matlamat program Menu Keluarga Malaysia dalam menurunkan harga makanan dapat dicapai. \nMenurut laporan dari Utusan, Menu Keluarga Malaysia juga difahamkan bakal merangkumi hidangan pagi, tengah hari dan malam.\n\u201cPihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga,\u201d kata Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasminya.\nSebelum ini, Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barangan harian termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM 700 juta untuk menstabilkan harga makanan termasuk ayam.\nKoperasi Sahut Seruan Menu Keluarga Malaysia\nSementara itu, 74 koperasi di seluruh negara turut menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan hidangan dengan harga rendah menerusi Menu Keluarga Malaysia.\nMenurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, 74 koperasi yang mengusahakan restoran, kafe dan katering itu akan menyediakan set menu yang lebih murah pada harga pasaran.\nBeliau berkata, pihaknya difahamkan bahawa harga hidangan menu yang ditawarkan adalah 10 hingga 15 peratus lebih murah.\n\u201cKebanyakan koperasi berkenaan kini mengendalikan restoran dan kafe di institusi pengajian tinggi (IPT), kantin sekolah dan perkhidmatan katering.\nKoperasi yang terlibat dalam program ini diminta untuk menyediakan set menu makanan pada harga tertentu yang merangkumi nasi, lauk, sayur dan minuman\u201d, jelas Tan Sri Noh Omar.\nSumber : Utusan \n"]} {"url": "https://ecentral.my/musaadah-tijariyyah-2-0/", "title": "Musaadah Tijariyyah 2.0 : Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM3,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMUSAADAH TIJARIYYAH 2.0\nBaru nak mulakan perniagaan tapi kekurangan modal?\nAtau adakah anda berhasrat untuk kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik?\nTahukah anda apa yang baitulmal boleh bantu?\nJom mohon bantuan musa\u2019adah Tijariyyah 2.0.\nBantuan ini akan dibuka mulai 16 Oktober hingga 30 Oktober 2021.\n\n\n\n\n\n\nKami kongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan bantuan ini di sini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Musaadah Tijariyyah 2.0?\n\n \nKadar Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0\n\n \nSyarat Permohonan Musaadah Tijariyyah 2.0\n\n \nPerniagaan Yang Dibenarkan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nLokasi / Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Musaadah Tijariyyah 2.0?\nBantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.\nBantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.\nBantuan ini memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan/ mengembangkan perniagaan.\nPemohon yang lulus\u00a0diwajibkan\u00a0menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan.\nKadar Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0\nJumlah bantuan adalah RM3,000.00 bagi setiap penerima yang layak.\n\nSyarat Permohonan Musaadah Tijariyyah 2.0\nSyarat-syarat permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaBermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-\u00a0 kurangnya 1 tahunBermastautin di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada Had KifayahBukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 2 tahun dan Musaadah Tijariyyah 1.0\nPerniagaan Yang Dibenarkan\nMakanan dan minumanBarangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasanganSurat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasanganSalinan lengkap SSM yang masih aktifSatu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang\u00a0menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)\nLokasi / Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan\ni) Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan\nii) Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:\nPerniagaan bergerakPremis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / SelangorPelatih/ penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan\u00a0Lembah Klang\nCara Permohonan\nBorang Permohonan Online boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my\nATAU\nBorang manual boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).\nMUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI\nBORANG-MUSAADAH-TIJARIYYAHDownload\n\nLokasi penghantaran borang :Pusat Agihan Zakat (PAZA)MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.\nBaca juga: Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 Tanpa Faedah (RM5000 \u2013 RM20,000)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan borang permohonan boleh layari laman web di pautan berikut:\nhttps://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/84-garis-panduan-permohonan-program-musa-adah-tijariyyah-2-0-baitulmal-maiwp\nTelefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444\nFacebook:\u00a0Baitulmal MAIWP\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-belia-terengganu/", "title": "Bantuan i-Belia / Perantau Terengganu 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan i-Belia Terengganu telah dibuka pada September / Oktober lalu dan agihan baucer I-Belia Terengganu kini sedang dijalankan oleh wakil JPKK\nBantuan \u201cOne Off\u201d ini akan dibuka kepada semua belia dan beliawanis serta mahasiswa yang berumur 18-39 tahun yang menetap di Terengganu dan juga perantau anak jati Terengganu yang tinggal di LUAR negeri Terengganu.\nBerikut kami kongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara untuk membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan i-Belia Terengganu?\n\n \nCara Memohon i-Belia Terengganu\n\n \nBORANG PROFIL RAKYAT TERENGGANU (PRT20)\n\n \nPengagihan Baucer\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan i-Belia Terengganu?\nBANTUAN I-BELIA ini dibuka bagi beberapa kategori dengan syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah:\nKATEGORI PENDUDUK TETAP\ni) Belia Bujang\nBerumur antara 18-39 tahun.Status pemohon masing BUJANG pada tarikh permohonan.Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1500 sebulan.Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga).Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.\nii) Mahasiswa\n\n\n\n\n\n\nBerumur antara 18-39 tahun.Pemohon adalah seorang MAHSISWA yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia.\nSyarat Utama\nPemohon adalah rakyat Terengganu & menetap di Negeri Terengganu.Maklumat pemohon mesti telah ada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.\n\nKATEGORI PERANTAU\nTerdapat 2 kategori yang layak memohon bantuan kali ini iaitu:i. Belia Bujangii. Siswa\ni) Belia Bujang (Perantau)\nAnak jati Terengganu yang tinggal di LUAR TERENGGANU (PERANTAU) layak memohon.Berumur antara 18-39 tahun.Status pemohon masing BUJANG pada tarikh permohonan.Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1500 sebulan.Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga).Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.\nii) Mahasiswa (Perantau)\nBerumur antara 18-39 tahun.Pemohon adalah seorang MAHSISWA yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia.\nSyarat Utama\nPemohon adalah rakyat Terengganu & menetap di LUAR Negeri Terengganu.Maklumat pemohon mesti telah ada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.\n\nCara Memohon i-Belia Terengganu\nLayari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ untuk memohon\nBaca syarat dengan teliti dan pilih kategori masing-masing semasa membuat permohonan.\nBorng hendaklah dicetak dan diserah kepada JPKK.\nDokumen yang perlu dikepilkan sekali dengan borang:\nSalinan ICSalinan slip gaji atau Akuan PendapatanSurat Akuan BujangSurat Pengesahan tempat belajar(Siswa)\nMANUAL PERMOHONAN / PENDAFTARAN Sistem iBantuan \nIBANTUAN_MANUALDownload\n\nBORANG PROFIL RAKYAT TERENGGANU (PRT20)\nAntara masalah yang mungkin dihadapi semasa memohon :\nPendapatan tidak menepati syarat\u201cPelajar. Status tidak menepati syarat\u201dBukan pengundi Terengganu [biasa berlaku kepada First Time Voter (FTV)]\nAnda perlu mengemaskini borang Profil Rakyat Terengganu (PRT20) terlebih dahulu dan boleh memohon ibantuan semula setelah selesai dikemaskini. \nBORANG PROFIL RAKYAT TERENGGANU (PRT 20)\nALL_BORANG_PRT20Download\n\nBORANG KEMASKINI PROFIL RAKYAT TERENGGANU (PRT 20)\nkemaskini-Profil-Rakyat-Terengganu-PRT20Download\nBagi memudahkan urusan, boleh hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.\nPengagihan Baucer \nDifahamkan pengumuman untuk agihan baucer I-Belia Terengganu telah dijalankan oleh wakil JPKK setiap DUN mulai pertengahan November ini.\n\nBaucer akan diberi mengikut nama-nama penerima yang telah memohon pada bulan September / Oktober lalu.\n\nSila rujuk wakil JPKK di kawasan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut dan baucar bayaran anda.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan, boleh hubungi pusat khidmat DUN tempat mengundi masing-masing.\nDewan Undangan Negeri Terenggganu,Tingkat U2, Block Podium, Wisma Darul Iman20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul ImanTel : 09-623 1957Emel :\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-hilang-status-lengkap-vaksin/", "title": "Tak Ambil Booster? Ini SOP Jika Hilang Status Lengkap Vaksin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOP BAGI MEREKA YANG HILANG STATUS LENGKAP VAKSIN\nWarga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta penerima Sinovac 18 tahun ke atas perlu ambil dos penggalak bagi status vaksinasi lengkap sebelum 1 April 2022 ini, katanya dalam siaran langsung sidang media KKM terkini.\nKementerian Kesihatan telah melanjutkan tempoh masa bagi penerima vaksin Sinovac, di mana sebelum ini, individu terbabit perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekiranya tidak berbuat demikian, status anda akan berwarna putih pada Mac ini dan dianggap tidak divaksin sepenuhnya di MySejahtera\u201d.\nIndividu ini juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan penerima dos lengkap vaksin COVID-19.\n\nBerikut dikongsikan SOP bagi individu yang hilang status \u2018Lengkap Vaksin\u2019 di MySejahtera kerana tidak mengambil dos penggalak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKumpulan Individu Yang Akan Kehilangan Status Vaksinasi Lengkap\n\n \nSOP Yang Ditetapkan Jika Hilang Status Lengkap Vaksin\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKumpulan Individu Yang Akan Kehilangan Status Vaksinasi Lengkap \nBermula 1 April 2022, berikut adalah kumpulan individu yang akan kehilangan status vaksinasi lengkap:\nSemua penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas; danPenerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas\nBagaimanapun, maklumat sejarah vaksin primer yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera masih kekal.\n\nSOP Yang Ditetapkan Jika Hilang Status Lengkap Vaksin\nMasih boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti:dine-in di restoranmemasuki pusat beli-belahpergi ke tempat kerja memasuki rumah ibadatPengembara dari luar negara yang akan memasuki Malaysia, mereka perlu mengikut SOP yang ditetapkan iaitu \u2013 hanya pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap (lengkap vaksinasi dos primer dan penggalak) dibenarkan memasuki premis-premis tersebut\nPemakluman SOP terbaharu ini bagaimanapun, bukan bermaksud penerima Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin 60 tahun ke atas tidak perlu mendapatkan dos penggalak.\nSehubungan itu, KKM menasihatkan dan menggalakkan individu yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya segera.\nBaca juga: \nCara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-InPendaftaran Program Vaksinasi Dari Rumah Untuk Warga Emas \u2013 KKM\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media KKM sepenuhnya di bawah:\n\n\n\n\n\nSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/takwim-persekolahan-2022-2023-kpm/", "title": "Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJadual Sesi Persekolahan / Takwim Akademik Penggal Sesi 2022/2023 KPM\nKalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Jan 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A.\nManakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2023.\nSelamat kembali ke sekolah tidak lama lagi!\nBerikut dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2022 / 2023 untuk rujukan bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 Sesi 2022/2023\n\n \nTakwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022 / 2023 Penggal 3\n\n \nKalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2023 / 2024 KPM \u2013 Dikemaskini\n\n\nKalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 Sesi 2022/2023\nNEGERI KUMPULAN A : Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah \n\n\n\n\n\n\nSesi Persekolahan : 1 Januari 2023 \u2013 16 Februari 2023\nCuti Persekolahan : 17 Februari 2023 \u2013 18 Mac 2023\nNEGERI KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan\nSesi Persekolahan : 3 Januari 2023 \u2013 17 Februari 2023\nCuti Persekolahan : 18 Februari 2023 \u2013 19 Mac 2023\nTakwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022 / 2023 Penggal 3\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan selama seminggu pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang sepatutnya bermula 12 dan 13 Mac 2023.\nDalam satu kenyataan pada Sabtu, KPM berkata, ini bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.\nJusteru, sesi persekolahan di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024.\n\n\n\nKalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 (belum dikemaskini pada cuti akhir persekolahan) :\n\n\nBerikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2022 / 2023 yang diumumkan oleh KPM melalui Lampiran 5.\n\nDiharapkan takwim ini dapat membantu guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan penjaga untuk membuat perancangan sewajarnya bagi tahun 2022, di samping mendapatkan maklumat sahih tentang cuti persekolahan tahun ini.\nKalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2023 / 2024 KPM \u2013 Dikemaskini\nKetetapan baharu KPM bagi permulaan hari persekolahan untuk Sesi 2023 / 2024 adalah seperti berikut:\n\nKump A akan mula bersekolah:\u00a019 Mac 2023\nKump B akan mula bersekolah:\u00a020 Mac 2023\n\nTarikh baharu ini adalah berdasarkan\u00a0Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.\nNOTA:\n\nKumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu\nKumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan\n\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)\n\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)\n\nCUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024\n\nSila rujuk TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 di sini : Takwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan\nBaca juga: \n\nSenarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2022\nJadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia\n\nPerincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-bayi/", "title": "Idea Hadiah Untuk Bayi \u2013 12 Item Yang Berguna Untuk Bayi Lelaki & Perempuan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMemilih hadiah untuk bayi tidak seperti memilih hadiah untuk individu yang sudah dewasa. Hadiah yang dipilih haruslah selamat digunakan serta bermanfaat untuk tumbesaran bayi. \nBukan itu sahaja, anda juga perlu mempertimbangkan beberapa perkara seperti kegunaan item tersebut dan juga keselesaan untuk ibu dan bayi.\u00a0\n\nSehubungan dengan itu, berikut kami kongsikan senarai beberapa item yang berguna dan sesuai dijadikan hadiah untuk bayi untuk dijadikan rujukan. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi untuk anda mencari hadiah terbaik sama ada untuk anak saudara, anak rakan baik anda dan sebagainya.\u00a0\nTunggu apalagi, jom semak senarai dibawah!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n12 Idea Hadiah Untuk Bayi\n\n \n1. Tempat Duduk Kereta Bayi (Baby Car Seat)\n\n \n2. Pengisar Makanan Bayi (Baby Food Processor Blender)\n\n \n3. MK Magic Stroller\n\n \n4. Buai Automatik\n\n \n5. Pam Susu Elektrik\n\n \n6. Botol Susu\n\n \n7. Katil Bayi (Baby Cot)\n\n \n8. Kerusi Makan Bayi\n\n \n9. Teether\n\n \n10. BABYJOY Set Baby Silicone Dining Set\n\n \n11. Tab Mandi Bayi Mudah Alih\n\n \n12. Baby Walker\n\n\n12 Idea Hadiah Untuk Bayi\n1. Tempat Duduk Kereta Bayi (Baby Car Seat)\nPihak kerajaan telah mewajibkan penggunaan tempat duduk kereta bayi dan kanak-kanak yang perlu ada di setiap kereta. Oleh itu, bagi membantu meringankan beban ibu bapa yang mempunyai ramai anak\u00a0 kecil, inilah masanya untuk anda menghadiahkan sebuah tempat duduk kereta bayi. \nAnda boleh dapatkan pelbagai pilihan tempat duduk kereta bayi yang ada di Shopee dengan harga yang berpatutan.\u00a0\nTempat duduk kereta bayi: https://shopee.com.my/mamakiddies/5552722359\n2. Pengisar Makanan Bayi (Baby Food Processor Blender)\nMenyediakan makanan untuk bayi memerlukan kreativiti dan boleh mengambil masa yang agak lama. \n\n\n\n\n\n\nUntuk memudahkan sang ibu menyiapkan makanan terbaik untuk bayinya, anda boleh hadiahkan pengisar makanan bayi yang mempunyai pelbagai fungsi ini. Pengisar makanan bayi ini mendapat banyak review positif membuktikan keberkesanannya.\u00a0\nPengisar makanan bayi: https://shopee.com.my/blessedbeestore/2755331470\n3. MK Magic Stroller\nTahukah anda, MK Magic stroller ini memang idaman para ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil. \nStroller ini mempunyai banyak kelebihan antaranya, boleh diputarkan 360 darjah, mudah untuk dibawa ke mana sahaja, tempat duduknya boleh dilaraskan dan sebagainya. Dengan kualiti yang terbaik, stroller ini boleh didapatkan dengan harga yang sangat berpatutan di Shopee.\u00a0\nMK Magic stroller: https://shopee.com.my/qqbabyshop.my/2464362774\n4. Buai Automatik\nSekiranya anda mencari buai automatik yang terbaik untuk dijadikan sebagai hadiah, anda boleh dapatkan Jollygear Arthur Series Newborn Baby Auto Swing ini. Dijamin pasti si bayi tidur dengan lena dan selesa!\nJollygear Arthur Series Newborn Baby Auto Swing: https://shopee.com.my/jollybee.my/2616273091\n5. Pam Susu Elektrik\nHadiah untuk bayi tidak semestinya untuk kegunaan bayi sahaja. Namun, anda boleh juga hadiahkan sesuatu untuk si ibu. Contohnya seperti pam susu elektrik. \nDengan adanya pam susu ini, proses penyusuan akan menjadi lebih mudah dan lancar. Anda boleh hadiahkan set pam susu elektrik keluaran MIKUBI ini untuk ibu-ibu yang baru bersalin.\u00a0\nPam susu elektrik Mikubi: https://shopee.com.my/qqbabyshop.my/17741880392\n6. Botol Susu\nBagi bayi yang menghisap susu botol, anda boleh hadiahkan satu set susu botol jenama keluaran Philips Avent ini. Botol susu jenama ini sememangnya menjadi pilihan para ibubapa kerana kualitinya yang baik serta boleh digunakan dalam tempoh yang lama. \nSelain itu, ia juga selamat digunakan untuk bayi dan anak kecil. Anda boleh dapatkan di kedai Shopee Philips Avent yang official.\nBotol susu Philips Avent: https://shopee.com.my/shopyourown/15304126254\n7. Katil Bayi (Baby Cot)\nKatil bayi ataupun baby cot adalah salah satu keperluan utama untuk bayi. Anda boleh dapatkan katil bayi keluaran jenama Mamakiddies yang sememangnya terkenal dengan kualiti dan juga fungsi keselamatannya. \u00a0\nBaby cot Mamakiddies: https://shopee.com.my/mamakiddies/580951886\n8. Kerusi Makan Bayi\u00a0\nMemberi makan kepada bayi memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi apabila bayi anda sukar menumpukan perhatian apabila diberi makan. Oleh itu, penggunaan kerusi makan bayi amat penting untuk memberikan bayi keselesaan semasa makan.\u00a0\nKerusi makan bayi: https://shopee.com.my/rylbabyshop_/8262854403\n9. Teether\nHadiahkan sebuah teether untuk bayi yang baru mula tumbuh gigi. Pilih teether yang sesuai untuk bayi, selamat dan mudah digunakan, bebas daripada BPA, antibakteria serta tahan lama. Anda boleh pilih teether yang boleh diletakkan makanan seperti buah di dalamnya.\u00a0\nTeether: https://shopee.com.my/babyshop101/17080594656\n10. BABYJOY Set Baby Silicone Dining Set\nSekiranya anda bercadang untuk memberi hadiah satu set bekas makanan untuk bayi yang lengkap dengan sudu, bekas makanan, bib dan sebagainya, anda boleh dapatkan set bekas makan bayi silikon keluaran BABYJOY yang lengkap dengan semua keperluan makan untuk si bayi. Harganya juga agak murah selain amat berkualiti serta sangat mudah digunakan.\u00a0\nBABYJOY Set Baby Silicone Dining Set: https://shopee.com.my/babyjoy1010/18349693127\n11. Tab Mandi Bayi Mudah Alih\nPilih tab mandi bayi yang boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana sahaja. Selain itu, pastikan juga tab mandi tersebut mempunyai ciri keselamatan yang tinggi seperti tidak mudah tergelincir dan selamat digunakan di permukaan yang licin seperti bilik mandi.\u00a0\nTab mandi bayi: https://shopee.com.my/mr.j_mall/10266966403\n12. Baby Walker\nBaby walker adalah hadiah yang sangat sesuai untuk bayi yang baru mulai belajar untuk berjalan. Ia boleh digunakan untuk membantu proses bayi berjalan dengan cepat. Pastikan anda memilih baby walker yang selamat digunakan untuk bayi.\u00a0\nBaby walker: https://shopee.com.my/babymommy.my/11453206258\nAkhir kata, semoga perkongsian ini mampu memberi anda idea untuk mencari hadiah yang terbaik!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-nisfu-syaaban/", "title": "Doa Malam Nisfu Syaaban & Kelebihannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDOA MALAM NISFU SYAABAN\nMalam Nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh (Nisf).\nOleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.\nMalam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.\nDaripada Abu Musa al-Asy\u2019ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0644\u064e\u064a\u064e\u0637\u064e\u0651\u0644\u0650\u0639\u064f \u0641\u0650\u064a \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0635\u0652\u0641\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e \u0641\u064e\u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0644\u0650\u062c\u064e\u0645\u0650\u064a\u0639\u0650 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u0650\u0647\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0644\u0650\u0645\u064f\u0634\u0652\u0631\u0650\u0643\u064d \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0645\u064f\u0634\u064e\u0627\u062d\u0650\u0646\u064d\n\u201cSesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya\u2019ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan\u201d. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]\nBerikut dikongsikan antara kelebihan doa yang boleh diamalkan pada malam ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Doa Pada Malam Nisfu Syaaban\n\n \nCONTOH DOA MEMOHON KEAMPUNAN YANG BOLEH DIBACAKAN PADA MALAM NISFU SYAABAN (BAHASA MELAYU)\n\n \nKelebihan Puasa Sunat Dalam Bulan Sya\u2019ban\n\n\nKelebihan Doa Pada Malam Nisfu Syaaban\nMALAM NISFU SYAABAN TERMASUK DALAM MALAM MUSTAJAB DOA\nAntara kelebihan Syaaban, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang ditawarkan pengampunan daripada-Nya dan dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Tabarani:\nDaripada Mu\u2019az Jabal r.a. daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:\n\u064a\u0637\u064e\u0651\u0644\u0650\u0639\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0625\u0644\u0649 \u062e\u0644\u0642\u0650\u0647 \u0641\u064a \u0644\u064a\u0644\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0646\u0650\u0651\u0635\u0641\u0650 \u0645\u0650\u0646 \u0634\u0639\u0628\u0627\u0646\u064e \u0641\u064a\u063a\u0641\u0631\u064f \u0644\u062c\u0645\u064a\u0639\u0650 \u062e\u0644\u0642\u0650\u0647 \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0644\u0645\u0634\u0631\u0643\u064d \u0623\u0648 \u0645\u0634\u0627\u062d\u0646\u064d\nMaksudnya: \u201cAllah SWT menjenguk hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhluknya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang masih bersengketa dan bertelagah.\u201d\n(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)\nImam al Syafi\u2019i berkata:\n\u0628\u064e\u0644\u064e\u063a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651\u0647\u064f \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064f\u0642\u064e\u0627\u0644\u064f: \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0671\u0644\u062f\u064f\u0651\u0639\u064e\u0622\u0621\u064e \u064a\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u062c\u064e\u0627\u0628\u064f \u0641\u0650\u064a \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650 \u0644\u064e\u064a\u064e\u0627\u0644\u064d\u060c \u0641\u0650\u064a \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0671\u0644\u0652\u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0671\u0644\u0652\u0623\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649\u0670\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0671\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0671\u0644\u0646\u0650\u0651\u0635\u0652\u0641\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cTelah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.\u201d\nSumber: JAKIM Sarawak\nAntara doa yang boleh dibacakan ialah:\nDOA 1\n\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0644\u0650\u0651\u063a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\n\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya\u2019ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.\u201d\n\nDOA 2\n\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0644\u0650\u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u064f\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u064b\u0627\n\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).\u201d\n\nMintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.\n\n\n\n\n\n\nContohnya doa harian / lazim yang boleh dibacakan adalah :\n1 ) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0648\u064e\u0644\u0650\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0651\u064e \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u0633\u064e\u0627\u0628\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.\u201d(Surah Ibrahim 14: 41)\n2) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627\u0653 \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0671\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0671\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064f \u0671\u0644\u0631\u0651\u064e\u0670\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.\u201d(Surah al-Mukminun 23:109)\n3) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0627\u064e \u062a\u064f\u0632\u0650\u063a\u0652 \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0625\u0650\u0630\u0652 \u0647\u064e\u062f\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646 \u0644\u064e\u0651\u062f\u064f\u0646\u0643\u064e \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0647\u064e\u0651\u0627\u0628\u064f\nMaksudnya: \u201cWahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.\u201d(Surah Ali \u2018Imran 3: 8 )\n4) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0647\u064e\u0628\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u064e\u0632\u0652\u0648\u064e\u0627\u062c\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0630\u064f\u0631\u0651\u0650\u064a\u0651\u0670\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0642\u064f\u0631\u0651\u064e\u0629\u064e \u0627\u064e\u0639\u0652\u064a\u064f\u0646\u064d \u0648\u0651\u064e\u0627\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064f\u062a\u0651\u064e\u0642\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627\nMaksudnya: \u201cYa Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.\u201d(Surah al-Furqan 25: 74)\n5) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0632\u0650\u0639\u0652\u0646\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0643\u064f\u0631\u064e \u0646\u0650\u0639\u0652\u0645\u064e\u062a\u064e\u0643\u064e \u0671\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0639\u064e\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0651\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0670\u0644\u0650\u062f\u064e\u0649\u0651\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u064e\u0670\u0644\u0650\u062d\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0649\u0670\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u0652\u0646\u0650\u0649 \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0641\u0650\u0649 \u0639\u0650\u0628\u064e\u0627\u062f\u0650\u0643\u064e \u0671\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.\u201d(Surah al-Naml 27: 19)\n6) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI\nFirman Allah SWT:\n\u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0625\u0650\u062e\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0633\u064e\u0628\u064e\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u0652 \u0641\u0650\u064a \u0642\u064f\u0644\u064f\u0648\u0628\u0650\u0646\u064e\u0627 \u063a\u0650\u0644\u0651\u064b\u0627 \u0644\u0651\u0650\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0631\u064e\u0621\u064f\u0648\u0641\u064c \u0631\u0651\u064e\u062d\u0650\u064a\u0645\u064c\nMaksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.(Surah al-Hasyr 59:10)\nCONTOH DOA MEMOHON KEAMPUNAN YANG BOLEH DIBACAKAN PADA MALAM NISFU SYAABAN (BAHASA MELAYU)\nBerikut adalah contoh doa mudah dalam Bahasa Melayu yang boleh anda baca pada Malam Nisfu Syaaban:\n1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar \u2013 selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.\n2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.\n3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).\n4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.\n5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.\n6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.\n7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.\n8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.\n9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi\n10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.\n11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.\n12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.\n13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).\n14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.\n15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.\n16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.\n17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.\n18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.\n19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.\n20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.\n21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.\n22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.\n23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.\n24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.\n25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.\n26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.\n27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..\n28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.\n29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.\n30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.\n31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.\nTutup dengan selawat.Aamiin Aamiin Ya Rabbal \u2018Aalamiin.\nWallahu-a\u2019lam.\nKelebihan Puasa Sunat Dalam Bulan Sya\u2019ban\nKELEBIHAN BERPUASA SUNAT DALAM BULAN SYAABAN\nSaidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW melengkapkan puasa penuh sebulan di dalam Ramadan dan sangat banyak sekali berpuasa dalam Syaaban, iaitu:\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u064a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0641\u0652\u0637\u0650\u0631\u064f \u0648\u064e\u064a\u064f\u0641\u0652\u0637\u0650\u0631\u064f \u062d\u064e\u062a\u064e\u0651\u0649 \u0646\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064e \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0643\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064d \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u062b\u064e\u0631\u064e \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0641\u0650\u064a \u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cRasulullah SAW ada masa berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak mahu berbuka. Ada masa Rasulullah SAW tidak berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak mahu berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak daripada Ramadan melainkan pada bulan Syaaban.\u201d\n(HR al-Bukhari, hadis sahih)\nKita disunnahkan supaya memperbanyakkan puasa sunnah di dalam bulan Syaaban berbanding bulan-bulan selainnya. Walaupun dibenarkan untuk berpuasa penuh sebagai persediaan menghadapi Ramadan yang bakal tiba, akan tetapi berdasarkan pendapat yang lebih tepat, kita tidak dianjurkan untuk melakukan sedemikian.\n\nDOA MAKBUL DENGAN BERPUASA\nAllah SWT Maha Mendengar akan setiap permohonan hamba-hambaNya. Banyak hadith lain yang menjelaskan bahawa doa\u2013doa dalam bulan Ramadan akan diterima secara khusus. Tiada keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji dan janji itu disampaikan pula oleh seorang Rasul yang benar.\nSemoga dengan persediaan ilmu yang kita lakukan ini, ia sebagai bentuk persediaan Allah SWT memberikan kesempatan dan rezeki kepada kita untuk menikmati keistimewaan Ramadan serta memperoleh kebaikan daripadanya. Allahumma aamiin.\nJusteru, wajarlah kita sebagai umat Islam merebut peluang yang Allah SWT kurniakan kepada kita dengan memperbanyakkan amalan bermanfaat seperti:\n\nMelakukan puasa sunat, solat sunat dan qiyamullail\nMemohon keampunan daripada Allah SWT dengan cara beristighfar, berselawat dan berzikir\nSaling maaf memaafkan antara satu sama lain\nMembaca al-Quran dan bersedekah\nMengukuhkan hubungan silaturahim sesama umat Islam\nMengusahakan perdamaian dan penyatuan antara kita\nMenjalinkan hubungan silaturahim dengan orang bukan Islam\nBeristiqamah dalam melaksanakan amal ibadah dan kebajikan\n\nDaripada Anas bin Malik, sabda Nabi Muhammad SAW:\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062f\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064c\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\nMaksudnya: \u201cNabi Muhammad SAW apabila memasuki bulan Rejab, beliau berdoa \u2018Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan berkatilah kami di bulan Ramadan.\u201d\n(HR Ahmad)\nSemoga dengan persediaan ilmu yang kita lakukan ini, Allah SWT memberikan kesempatan dan rezeki kepada kita untuk menikmati keistimewaan Ramadan serta memperoleh kebaikan daripadanya. Allahumma aamiin \nSemoga bermanfaat buat semua. \nSILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.\nSumber asal oleh : Ustazah Asma\u2019 binti Harun & Tim Penyelidikan\nRujukan:\n1. Kitab Madza fi Sya\u2019ban karangan Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.\n2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, \u201cIrsyad Al-Hadith Siri Ke-52: Kelebihan Bulan Sya\u2019ban.\u201d\n3. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, \u201cBulan Sya\u2019ban: Keistimewaannya Mengikut Neraca Nas.\u201d\nBaca juga: \n\nTarikh Malam Nisfu Syaaban 2023, Kelebihan & Doa\nNiat Puasa Sunat Syaaban & Kelebihan Bulan Sya\u2019ban\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkc-fasa-3/", "title": "BKC Fasa 3 : Semakan Bayaran & Kategori Penerima (Disember 2021)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Mulai 20 Disember 2021 (Isnin)\nSejumlah 3.8 juta penerima kategori miskin dan berpendapatan rendah B40 mula menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 sebanyak RM300 pada Isnin ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu adalah seperti dijadualkan selepas pemberian bantuan berkenaan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah diselesaikan pada bulan September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada hampir 10 juta penerima.\u00a0\n\u00a0\u201cDengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.\u00a0\n\u201cKerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\nPerdana Menteri berkata, semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC atau jadual di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan info lanjut tentang semakan kelayakan serta jumlah bayaran bagi penerima Bantuan Khas COVID 19 (BKC) Fasa 3 yang akan diterima mulai 20 Disember ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Khas COVID 19 (BKC)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nJumlah Bayaran BKC Fasa 3\n\n \nTarikh Bayaran BKC Fasa 3\n\n \nSemakan Status Bantuan BKC Fasa 3\n\n \nTerlupa Kata Laluan BKC\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Khas COVID 19 (BKC)?\nBantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.\nSyarat Kelayakan\nKategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:\nMiskin tegarB40M40\nSila rujuk jadual kelayakan penerima BKC dengan terperinci melalui kriteria di bawah:\n\nJumlah Bayaran BKC Fasa 3\nJumlah bayaran BKC Fasa 3 adalah :\nB40 (Kategori Berkahwin) : RM300Miskin Tegar (Kategori Berkahwin) : RM300\nSila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lebih terperinci tentang bayaran BKC bagi setiap kategori.\n\nTarikh Bayaran BKC Fasa 3\nPembayaran BKC akan dibuat secara berfasa sebanyak 3 kali. Bagi fasa 3, bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2021.\nBerikut adalah tarikh bayaran yang dijadualkan bagi ketiga-tiga fasa BKC tersebut.\nBKC Fasa 1 : Mulai 6 September 2021 (*Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)BKC Fasa 2 : Mulai 25 November 2021BKC Fasa 3 : Mulai 20 Disember 2021\n*Sumber : FAQ Bantuan Khas COVID-19 \nPenerima bagi setiap Fasa BKC adalah seperti berikut:\nFasa 1: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) , B40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) & M40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)Fasa 2 : Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas), Fasa 3 : B40 (Kategori Berkahwin) & Miskin Tegar (Kategori Berkahwin)\nBaca juga: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Untuk Keluarga, Bujang & Warga Emas\nSemakan Status Bantuan BKC Fasa 3\nOrang awam boleh membuat semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid19 melalui 2 cara berikut:\ni) Layari laman sesawang\u00a0https://bkc.hasil.gov.my\u00a0(Portal rasmi BKC ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47\n\nTerlupa Kata Laluan BKC\nJika anda terlupa kata laluan BKC dan tidak dapat mengakses akaun anda, sila rujuk cara mendapatkan semula ID / password melalui langkah berikut:\nMempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau PercukaianMasukkan Nombor MyKad (12 Digit)Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnyaKata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaanSemak e-mel dan log masuk semula MyBKCMasukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatanMasukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sahSet semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuatPemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini\nSekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.\nSekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC. \nSelepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web\u00a0https://bkc.hasil.gov.my\u00a0atau\u00a0Hotline BKC\u00a0di talian 1-800-88-2747 atau\u00a0TALIAN KHAS BKC.\nUntuk berurusan di kaunter LHDN, sila rujuk pauta https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji Temu online.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-terkini-lokasi-kamera-aes-awas-di-seluruh-malaysia/", "title": "Senarai Terkini Lokasi Kamera AES/AWAS di Seluruh Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Terkini Lokasi Kamera AES/AWAS di Seluruh Malaysia ~ Saban tahun, kes kemalangan jalan raya semakin meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan.\n Antara punca utama adalah kesesakan lalu lintas serta pemanduan kenderaan yang melebihi had laju.\nBagi mengekang peningkatan kemalangan jalan raya,\u00a0 Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) telah melengkapkan lebuh raya dengan teknologi kamera Automated Enforcement System (AES) bagi di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya.\n\n\n\n\n\n\nPenguatkuasaan kamera AES yang mula dilaksanakan sejak 23 September 2012 pada dasarnya dilihat cukup baik bagi menangani masalah kemalangan lebuh raya.\nIa juga didapati berkesan dalam mendisiplinkan pengguna jalan raya agar memandu pada had yang ditetapkan sahaja.\n Pengguna jalan raya juga sudah tentu ingin elakkan saman yang begitu besar bagi kesalahan pemanduan melebihi had laju.\nBaca Juga : Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Lokasi Kamera AES Atau Awas\n\n \nKamera Had Laju\n\n \nKamera Lampu Isyarat\n\n\nSenarai Lokasi Kamera AES Atau Awas\nBagi membantu anda lebih berhati-hati di jalan raya sempena musim perayaan ini, kami ingin kongsikan senarai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh Malaysia. \nLokasi pemasangan kamera AES dalam negara adalah seperti berikut :\nKamera Had Laju\nKM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J110 km/jKM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J110 km/jKM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J110 km/jKM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 301.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara)90 KM/JKM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 KM/JKM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 KM/JKM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Terengganu)110 km/jKM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur)110 km/jKM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara)110 km/jKM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan)110 km/jKM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)110 km/jKM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan) KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara)110 km/jKM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan)110 km/jKM 6.6 Lebuhraya SKVE80 km/jKM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya70 km/jKM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai90 km/jKM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai)90 km/j\nKamera Lampu Isyarat\nLokasi :\nJalan Klang Lama, Kuala LumpurJalan Ipoh, Kuala LumpurJalan Pasir Putih, IpohKM 36 Jalan Alor Setar-ButterworthKM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut)KM 11 Jalan Sitiawan-IpohKM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh)KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur \u00a0(Arah Kuala Lumpur)KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan)KM 54 Jalan Alor Setar-ButterworthKM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan)KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan MelintangKM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh)\nSemoga perkongsian bermanfaat dan dapat membantu anda untuk lebih berhati-hati di jalan raya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/berita-baik-aidilfitri/", "title": "4 Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 \u2013 PMX", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 \u2013 PMX\nKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sidang media khas pada jam 2 petang, 18 April 2023 yang membabitkan pengumuman beberapa berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia menjelang Aidilfitri hujung minggu ini.\nSidang media Perdana Menteri itu telah disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial Anwar Ibrahim termasuk Facebook PMO.\nPerdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Jumaat lalu menjelaskan beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.\nPada Selasa lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter memaklumkan yang Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.\n\u201cKerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!\u201d ciapnya.\n\n\n\n\n\n\nCiapan itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah berita gembira berkenaan dan ramai menjangkakan ia akan berkaitan dengan pemberian tol percuma sempena perayaan.\nSumber: Berita Harian / Buletin TV3\n\nRingkasan Berita Gembira Yang Diumumkan\nCUTI PELEPASAN AM TAMBAHAN\nKerajaan setuju beri satu hari cuti pelepasan am tambahan sempena Aidilfitri.\n\nJika 1 Syawal Jumaat (Isnin 24 April diumum hari pelepasan am tambahan)\nJika 1 Syawal Sabtu (Jumaat 21 April diumum sebagai hari pelepasan am tambahan)\nBagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.\n\nRujuk info penuh : Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri \n\nKADAR KHAS BAYARAN SAMAN PDRM\nPolis memberikan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik bagi 2022 dan sebelumnya dengan kadar RM50\nBagaimanapun kadar khas bayaran saman ini tidak terpakai bagi saman trafik 2023.\nRujuk info lanjut : Diskaun Saman PDRM \u2013 Kadar Khas RM50 Setiap Saman\nTOL RAHMAH\nKerajaan beri pengecualian bayaran Tol Rahmah sempena Aidilfitri dari 19-21 dan 24 April 2023.\nRujuk info penuh & cara bayaran : Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\n\nHARGA SIMEN DITAWARKAN PADA HARGA BERPATUTAN\nKerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.\nIkhtiar ini menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.\nPELEPASAN ORANG BEBAS BERLESEN\nSempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).\nBaca juga: \n\nCuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri\nTol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\nJom Shopping Perayaan: Baucar RM200 Untuk B40 Selangor\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-keluarkan-duit-tabung-haji/", "title": "Cara Simpan Duit Di Tabung Haji Tanpa Caj (JomPay TH Online)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA SIMPAN & KELUARKAN DUIT DARI TABUNG HAJI SECARA ONLINE (TH)\nMungkin ramai dah tahu, kalau nak keluarkan duit Tabung Haji boleh dibuat secara online saja sekarang ni. \nTapi kalau transfer duit ke TH guna internet banking, caj yang dikenakan adalah RM1. \nWalaupun hanya RM1, tapi kalau setiap bulan transfer ke enam akaun dah RM6 juga kan, dan kalau setahun RM72 kan? \nSebenarnya, dah ada kaedah untuk transfer secara percuma iaitu melalui JomPay! Jom kami kongsikan caranya.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah JomPay Tabung Haji?\n\n \nCara Simpan & Keluarkan Duit Tabung Haji Online Melalui Jompay TH, Tanpa Sebarang Caj!\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah JomPay Tabung Haji?\nDengan JomPAY, pendeposit boleh memindahkan dana dari akaun Simpanan atau Semasa pendeposit ke akaun\u00a0TH\u00a0melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih melalui 23 Bank di Malaysia.\nBagaimana nak gunakan JomPay untuk keluarkan duit Tabung Haji dan pindahkan ke akaun bank lain?\nIkuti langkah mudah di bawah. \n\nCara Simpan & Keluarkan Duit Tabung Haji Online Melalui Jompay TH, Tanpa Sebarang Caj!\nPendeposit perlu log masuk ke perbankan internet pilihan\u00a0(tak kisahlah M2U, CIMBClicks, BSN atau mana-mana online banking anda)Pilih JomPAYPendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksiBiller Code \u2013 60228 (mana-mana bank pun sama kod ni ya)Biller Code Name \u2013 Tabung Haji-DepositRef-1 \u2013 Nombor Akaun\u00a0TH\u00a0(15 digit)Ref-2 \u2013 jika adaAmaun (RM)Hanya akaun\u00a0TH\u00a0yang aktif akan dikreditkan sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun\u00a0TH\u00a0mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919.\nCONTOH TRANSFER DUIT TABUNG HAJI DARI MAYBANK\nIkut langkah yang sama, kemudian masa dah pilih JomPay, masukkan Biller Code 60228 seperti yang dinyatakan.\nAngka 5 digit Biller Code ni sama juga jika anda gunakan bank lain ya.\n\nBaca juga: Panduan Pindahmilik Tanah Tanpa Peguam (Download Borang 14A)\nCONTOH TRANSFER DUIT TABUNG HAJI KE AKAUN CIMB\nIkut langkah yang sama, kemudian masukkan kod JomPay 60228 seperti paparan di bawah.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan info lanjut berhubung cara pengeluaran wang anda dari Tabung Haji ke akaun bank lain, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/soalan-lazim/soalan-lazim-jompay\nApakah JomPay Tabung Haji JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Berapa lama masa yang diperlukan untuk transaksi deposit dimasukkan ke dalam akaun\u00a0TH\u00a0saya? Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja (T+1). Sekiranya transaksi dilakukan selepas jam 5:00 petang, maka T akan menjadi hari kerja berikutnya. Adakah terdapat had untuk transaksi JomPAY? Oleh kerana transaksi JomPAY dilakukan melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih, had transaksi ditentukan oleh bank masing-masing. \nBaca juga: Cara Keluarkan Duit ASB Online (Transfer Ke Mana-mana Bank Lain)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pdpr-jun/", "title": "PdPR Disambung Selama 25 Hari Bermula 13 Jun 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutkan situasi semasa COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan.\nPerkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.\nLanjutan PdPR ini akan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nPembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.\nRujuk: Jadual PdPR KPM Terkini\nKenyataan Media\n\n\n\n\u201cKita sedia maklum waktu ini sekolah dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.\u00a0\n\u201cKemudian murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.\n\u201cDari tarikh itu bermula cuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai untuk negeri kumpulan B dan 25 Julai untuk negeri kumpulan A.\u00a0\n\u201cJadi itulah takwim atau jadual penggal persekolahan yang ada dan berkuat kuasa pada hari ini,\u201d katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.\u00a0\nRadzi berkata, KPM akan membuat pengumuman lebih awal iaitu seminggu sebelum sesi persekolahan bermula bagi setiap cuti pertengahan penggal.\u00a0\n\u201cRamai yang akan bertanya apa akan berlaku selanjutnya selepas ini iaitu selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal itu.\u00a0\n\u201cJadi, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula mengenai pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi pada waktu itu,\u201d katanya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-e-kolej-uitm-rayuan/", "title": "e-Kolej UiTM : Semakan Penempatan Kolej Kediaman UiTM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\ne-Kolej UiTM : Cara Semakan, e-Rayuan Penempatan Kolej Kediaman Pelajar UiTM & Contoh Surat Rayuan\nUniversiti Teknologi Mara (UiTM) menubuhkan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa untuk bertindak serta-merta mencari resolusi yang terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.\nDalam satu kenyataan terkini berhubung isu tular, UiTM amat prihatin dan mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa, susulan isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan kampus UiTM.\nOleh itu, satu platform diwujudkan untuk memudahkan pelajar mencari rumah sewa selain untuk tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.\nJom ketahui lebih lanjut tentang cara memohon penempatan pelajar melalui sistem e-Kolej dan Portal Rumah Sewa NR UITM yang baru diwujudkan bagi memudahkan urusan mendapatkan rumah sewa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah e-Kolej UiTM?\n\n \nProsedur Semakan Keputusan Permohonan Kolej Kediaman\n\n \nRayuan Kolej Kediaman UiTM 2023\n\n \nContoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman\n\n \nCara Membuat Semakan Penempatan\n\n \nUnit Kemudahan Kolej UiTM\n\n \nPortal Rumah Sewa Non-Resident UiTM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah e-Kolej UiTM?\nUiTM menyediakan 107,000 tempat di kolej-kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar-pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda; 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman.\n\nProsedur Semakan Keputusan Permohonan Kolej Kediaman\nPermohonan penempatan pelajar bagi sesi Mac \u2013 Ogos 2023 telah dibuka.\nCara membuat semakan adalah seperti berikut:\n\nLog masuk ke Student Portal\nPergi ke bahagian eHEP System\nKlik di bahagian Keputusan Permohonan / Rayuan Kolej\nCetak Slip Pra-Pendaftaran\n\n\n\nRayuan Kolej Kediaman UiTM 2023\nPermohonan rayuan kolej boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan Kolej mulai 7 hingga 13 Mac 2023.\nKeputusan permohonan e-Rayuan Kolej akan dikeluarkan mulai 15 Mac 2023 ini.\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada kriteria termasuk merujuk polisi penempatan UiTM; pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 dan B40 dan pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.\nSistem e-Rayuan Kolej dibuka kepada :\n\u2013 Pelajar Non-Residen (NR)\n\u2013 Pelajar yang gagal permohonan kolej melalui sistem e-kolej\n\u2013 Pelajar yang tidak membuat permohonan kolej\nPermohonan e-Rayuan Kolej boleh dibuat melalui laman web iStudent Portal > eHEP System > e-kolej.\n\n\nUntuk makluman, pelajar boleh membuat permohonan rayuan kolej mengikut langkah-langkah berikut:\n1. Log masuk ke Student Portal\n2. Pergi ke bahagian eHEP \n3. Klik di bahagian Borang Rayuan Permohonan Kolej (di menu bahagian kiri).\n4. Isi borang dan klik hantar.\nBerikut juga disertakan contoh surat rasmi bagi permohonan rayuan Kolej Kediaman bagi pelajar yang memerlukan.\nContoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman\nNur Asmah HussinJL Auto Servis Kg. Jelor,16800 Pasir Puteh,Kelantan Darul Naim.013-3657043\n____________________________________________________________________Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022Aras 3, Kompleks BudisiswaUniversiti Teknologi MARA40450 Shah Alam, Selangor\nTuan,Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023\nBerhubung perkara di atas, saya Nur Asmah Hussin No. KP 920321-03-6234. No. Matrik IET 120007 ingin membuat rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelahgagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online danjuga kolej-kolej lain. \n2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.\n3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin(Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajartahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalam menyiapkan \u2018\ufb01nal year paper project\u2019 dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi. \n4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagimembantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan menyiapkan \u2018\ufb01nal year paper project\u2019 yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.\n5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam \u2018LRT\u2019 yang memakan masa selama 45 minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti. \nSaya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan sayadahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.\nTerima Kasih.\nYang Benar,(NUR ASMAH HUSSIN)\nMUAT TURUN / EDIT VERSI DOC. (FORMAT MICROSOFT WORD):\nSurat-Rayuan-Kolej-ContohDownload\n\nCara Membuat Semakan Penempatan\nPelajar yang berjaya hendaklah mencetak slip pra pendaftaran seperti di bawah:\n\nProsedur semakan adalah dengan melakukan langkah berikut:\n\nLog masuk ke Student Portal\nPergi ke bahagian eHEP System\nKlik di bahagian Keputusan Permohonan / Rayuan Kolej\nCetak Slip Pra-Pendaftaran\n\nUnit Kemudahan Kolej UiTM\nUnit Kemudahan Kolej\u00a0ini merupakan pusat utama pengurusan pentadbiran kolej-kolej kediaman di Shah Alam dan kampus cawangan.\nFungsi dan Tanggungjawab Unit Kemudahan Kolej\n1. Merangka dasar dan peraturan kolej kediaman UiTM dan menyelaras penyeragaman, pemantauan perlaksanaan dan penambahbaikan dasar.2. Menguruskan penyediaan surat pekeliling Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar berkaitan dasar pentadbiran dan peraturan kolej kediaman.3. Pengurusan Staf Residen Kolej (SRK).4. Mentadbir hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Asrama) dengan lebih efisien dan sistematik.5. Merancang pengurusan penempatan pelajar baharu, pelajar lama, sewaan pelajar dan agensi luar.6. Menyelaras Laporan Prestasi untuk dimajukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ke Kementerian Pengajian Tinggi.7. Memantau Petunjuk Prestasi (KPI) Kolej Kediaman supaya mencapai objektif.8. Memantau dan menguatkuasakan kontrak tender sedia ada di kolej-kolej kediaman.\nPerkhidmatan yang disediakan\n1. Menyelaras permohonan pelajar mendapatkan tempat tinggal di kolej-kolej kediaman.2. Menyelaraskan segala pembelian dan naiktaraf kolej kediaman UiTM Shah Alam.3. Melaksanakan kaedah sistem elektronik untuk kemudahan pelajar dan kakitangan kolej kediaman (e-insentif, e-kolej, e-rayuan dan e-selenggara)4. Menyelaraskan urusan tender sewaan perabot di kolej-kolej kediaman.5. Menyelaras sewaan penempatan kepada pelajar semasa cuti.6. Menyelaras permohonan penginapan transit daripada luar (termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, kolej, universiti, sekolah).7. Lain-lain perkhidmatan; menyelaras permohonan dan penyambungan perkhidmatan Pegawai Pmbangunan Pelajar (PPP) dan Pengetua Kolej Kediaman.\nPortal Rumah Sewa Non-Resident UiTM\nTerkini, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.\n\nPengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.\nCara untuk membuat carian dan mendaftar portal NRHome UiTM adalah seperti berikut:\n\nLog masuk ke pautan https://nrhome.uitm.edu.my/ menggunakan ID pelajar.\nBuat carian rumah sewa di kawasan berdekatan anda.\nHubungi Tuan Rumah / Ejen yang berkenaan dan dapatkan maklumat yang secukupnya.\nTandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.\nKemaskini maklumat dalam Student Portal UiTM.\n\n\nBerikut disertakan infografik NRHome UiTM untuk rujukan tujuan pengiklanan oleh pemilik rumah sewa.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berhubung unit kemudahan Kolej UiTM, sila hubungi :\nUnit Kemudahan KolejAras 3, Kompleks BudisiswaUniversiti Teknologi MARA40450 Shah Alam, SelangorTel: (+603) 5544 3520Faks: (+603) 5544 3221Emel:\u00a0[email\u00a0protected]Whatsapp Business :\u00a0https://wa.me/message/ULX73D2HNRSJC1\nPortal Rasmi NRHome UiTM : https://nrhome.uitm.edu.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kemaskini-gkp/", "title": "Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP (Geran Khas Prihatin)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)\nUntuk makluman bagi penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web\u00a0https://gkp.hasil.gov.my/\u00a0mulai\u00a06 Disember hingga 20 Disember 2021 ini.\nHal ini dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui sebuah siaran di\u00a0Facebook.\nBerikut dikongsikan makluman selanjutnya untuk makluman bersama, khususnya penerima Geran Khas Prihatin.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKemaskini Maklumat Akaun GKP\n\n \nCara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Di Portal Geran Khas Prihatin (gkp.hasil.gov.my)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKemaskini Maklumat Akaun GKP \nPemohon yang perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini.\nSila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.\nPembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.\nBayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.\nRujuk cara membuat kemaskini maklumat GKP seperti di bawah:\nCara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Di Portal Geran Khas Prihatin (gkp.hasil.gov.my)\nUntuk membuat kemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:\n\nLayari portal rasmi GKP:\u00a0https://gkp.hasil.gov.my/Account/LoginSila\u00a0Log Masuk\u00a0seperti biasaMasukkan\u00a0ID PenggunaTekan kotak\u00a0SemakSelepas berjaya\u00a0login, maklumat berikut akan dipaparkan:NamaNombor MyKadStatus PermohonanKlik butang Kemaskini\u00a0dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.\n*Nota: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.\nTahukah anda, peniaga atau pekerja yang bekerja secara freelance juga boleh mencarum KWSP di bawah i-Saraan KWSP untuk mendapatkan pelbagai manfaat seperti insentif RM250 dari kerajaan.\nRujuk cara daftar i-Saraan KWSP di sini : i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).\nAnda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:\nHASiL Live Chat: \u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.Facebook Rasmi LHDNM \u2013\u00a0https://www.facebook.com/LHDNM,Twitter rasmi LHDNM\u00a0https://twitter.com/LHDNMofficial\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aim-23-anugerah-industri-muzik-2022/", "title": "Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) telah melabuhkan tirainya sekali gus telah mengumumkan keputusan dan pemenang bagi setiap kategori yang telah dipertandingkan dimana ianya berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBS), Selangor.\nBertemakan Glam & Sophisticated, AIM 23 menyaksikan persembahan muzik pelbagai genre termasuk pop, rock, dance dan balada.\nAIM edisi kali ini menghimpunkan penyanyi bervokal hebat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella, Nikki Palikat dan Aina Abdul.\nSelain itu, acara dinantikan ramai itu turut dihangatkan persembahan bertenaga penyanyi baharu dan lama seperti kumpulan De Fam, Janna Nick, Vanessa Reynold, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Amir Masdi, Insomniacks, Naufal dan Nuha.\nTidak ketinggalan, AIM 23 turut mengundang penyanyi popular Indonesia, Keisya Levronka.\nBerikut dikongsikan senarai pemenang dan rangkuman kategori yang diumumkan pada majlis tersebut.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Anugerah Industri Muzik (AIM)?\n\n \nSenarai Finalis\n\n \nSenarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23) 2022\n\n\nApakah Anugerah Industri Muzik (AIM)?\nAIM merupakan anugerah utama dalam industri muzik di Malaysia anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). \nUntuk edisi kali ini, sebanyak 21 kategori yang dipertandingkan dengan seramai 105 calon atau Top 5 bagi setiap kategori yang disenarai pendek menerusi markah juri.\nSenarai Finalis \nBerikut merupakan finalis Top 5 dalam setiap anugerah yang bertanding dalam AIM23 adalah seperti berikut:\nArtis Baru Terbaik\nRian Shain \u2013 KesumatAufahanie \u2013 Geming JiwaVanessa Reynauld \u2013 Buat Ku SempurnaIss Arffan \u2013 Tiada BernoktahAhmad Syafiq \u2013 Duri\nPersembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)\nHafiz Suip \u2013 Takluk CintaAlif Satar & The Locos \u2013 Anugerah TerindahSyamel \u2013 Bila Kau TiadaArddley Nicholas \u2013 PiluXPOSE \u2013 Jejak\nPersembahanVokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)\n\n\n\n\n\n\nVaneesa Reynauld \u2013 Buat Ku SempurnaErnie Zakri \u2013 Sinar Mata HatiAina Abdul \u2013 Nada KalbuIdaya \u2013 Jangan Menangis CintaMarsha Milan \u2013 Cinta\nPersembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)\nDa Unknown \u2013 TersakitiDolla \u2013 BeraniBlvckmind Squad \u2013 SembelihV.E \u2013 TungguZayne \u2013 Kaulah Cinta\nPersembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu\nHafiz Suip & Ernie Zakri \u2013 Berakhirlah PencariankuSyamel & Ernie Zakri \u2013 Goodbye HelloShila Amzah & Liza Hanim \u2013 Bahagiankan DiaLah Ahmad ft. Aina Abdul \u2013 Tunggu KamuShuib & Siti Sarah \u2013 Semakin Benci Semakin Cinta\nKulit Single/Album Terbaik\nSalammusik (Borak) \u2013 Lan NusaZiha Salleh (Adat Kasih) \u2013 Patrick Leong Kok SoongAmylea (Kendati) \u2013 Amylea AzizanRazak A\u2019ai (Radio) \u2013 Mohammad Farizie Bin JohariDayang Nurfaizah (Belagu) \u2013 Abidin Khairul/Khairul Afiq Khairudin\nRakaman Lagu Terbaik\nDayang Nurfaizah (Malam Ku Bermimpi) \u2013 Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey SuwitoRazak A\u2019ai (Aku Setia) \u2013 AG Coco, Hanis Azman & Ucop ClassmatesDayang Nurfaizah (Tudung Periuk) \u2013 Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey SuwitoAnand Sadacharam & Surmukhi Raman (Ellame Marenthen) \u2013 M. JagatheesAlif Satar & The Locos (Anugerah Terindah) \u2013 Taja Mustapha, Hafizul \u2018Pij\u2019 Hafiz, Felix Voon\nRakaman Album Terbaik\nNaim Daniel (Fobia) \u2013 Omar KYonnyboii (Deluxe Version) \u2013 YonnyboiiDayang Nurfaizah (Belagu) \u2013 Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey SuwitoSekumpulan Orang Gila, SOG (Second Voyage) \u2013 Bert PoncetA.Limin (Sesudah Melakar Langit) \u2013 Amerul Adri\nVideo Muzik Terbaik\nSonaOne (Sape Kata) \u2013 ATG & SonaOneJanna Nick (Gatal) \u2013 Chuan LooiJoe Flizzow (CIAO) \u2013 Shahrin BaharKmy Kmo, Luca Sickta, Hazama (Makuta) \u2013 Yunus YunusDaiyan Trisha ft. Tuju (Penat) \u2013 Jasmine Wong dan Daiyan Trisha\nLagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara\nMasih \u2013 RossaTak Ingin Usai \u2013 Keisya LevronkaBismillah Cinta \u2013 Ungu & LestiTerlalu Berharap \u2013 RossaMemilih Aku \u2013 Arsy Widianto, Tiara Andini\nSusunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu\nBihzhu (Chendering) \u2013 Idris Koh Keng HuiThiagu Murugesu, Anand Sadacharam, Karthikeyan (Ellame Marenthen) \u2013 Thiagu MurugesuDayang Nurfaizah (Malam Ku Bermimpi) \u2013 Aubrey SuwitoDayang Nurfaizah (Tudung Periuk) \u2013 Aubrey SuwitoVanessa Reynauld (Buat Ku Sempurna) \u2013 Adib Hussein, Mage, Faizal, Mike Chan\nAlbum Terbaik\nRamayan (Di Persiaran Cakrawala) \u2013 RamayanTuju (Tuju Untuk Kamu 18/19) \u2013 Mingaling, Saucie J, MeerflySekumpulan Orang Gila, SOG (Second Voyage) \u2013 Bert PoncetYonnyboii (Yonny, Deluxe Version) \u2013 WolfyA. Limin (Sesudah Melakar Langir) \u2013 Amerul Ishraf Adri\nLagu Pop Elektronik/Dance Terbaik\nNarsis \u2013 Elizabeth Tan ft. ZynakalFun, Lust, Love \u2013 Late Night FrequencyVETO \u2013 DJ CZA ft. TUJULOCA & MKAmaran \u2013 Siti Nordiana & BungaPanggil Sayang \u2013 Syeera Aziz\nLagu Inggeris Tempatan Terbaik\nSo In Love \u2013 TY:DelMy World Too \u2013 FatiaGame of Charades \u2013 Sophia ZuhriAcknowledge \u2013 Astor WalkWe Go Up \u2013 Athalia\nLagu Cina Tempatan Terbaik\nYu Ni \u2013 FS (Fuying & Sam)Suan Shen Me \u2013 UriahZhi Dao Wo Men Yu Jian Ai \u2013 Suzanne LowWu Ren Qian Shou De Xin Fu \u2013 UriahSomeday \u2013 Suzanne Low ft. Gaston\nLagu Rock Terbaik\nToxic \u2013 Alif Satar & The LocosTugu Ugut \u2013 Sekumpulan Orang GilaKorang \u2013 BunkfaceDUIT! \u2013 StacyI Miss You \u2013 Bunkface\nLagu Pop Terbaik\nAlah Bisa \u2013 Faizal Tahir dan Amira OthmanPenat \u2013 Daiyan Trisha ft. TujuGoodbye Hello \u2013 Syamel dan Ernie ZakriPerpisahan \u2013 Khai BaharKelentong Kelentong \u2013 Hael Husaini\nLagu R&B/Hip Hop Terbaik\nCoretan Pilu \u2013 AwieKhila Asmara \u2013 Shila AmzahMemandangmu \u2013 Aidit Alfian & Teguh BudimanCinta \u2013 Marsha MilanBahagiakan Dia \u2013 Shila Amzah & Liza Hanim\nLagu Pop Etnik Terbaik\nAnakanda \u2013 Dato\u2019 Sri Siti NurhalizaKucuma \u2013 Wany Hasrita dan Dato\u2019 Jamal AbdillahIntan Payung \u2013 Bunga ft. Noraniza IdrisAdat Kasih \u2013 Ziha SallehSang Purnama \u2013 Wany Hasrita dan Wanita Syaz\nLagu Nasyid Terbaik\nShuhud Qalbu \u2013 Fitri Haris dan Zarul UmbrellaThank You Allah \u2013 Alyah ft. Cat Farish & Ustaz HarisSelimut Kasih \u2013 InteamHasbunallah \u2013 One PathLingan Laduni \u2013 Darwish\nSenarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23) 2022\nLagu Nasyid Terbaik : Thank You Allah (Alyah, Cat Farish & Ustaz Haris)\nLagu Pop Etnik Terbaik : Adat Kasih ( Ziha Salleh )\nArtis Baharu Terbaik : Vanessa Reynauld\nKulit Single / Album Terbaik : Adat Kasih\nLagu Paling Tinggi Distrim : Force Park Bois\nRunut Bunyi (OST) Terbaik Filem / Drama : Bahagiakan Dia ( OST Drama Cinta Hilang Kata )\nVideo Muzik Terbaik : Gatal (Janna Nick \u2013 Chuan Looi)\nRakaman Lagu Terbaik : Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)\nRakaman Album Terbaik : Belagu\nSusunan Muzik Terbaik dalam Lagu : Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah \u2013 Aubrey Suwito)\nLagu R&B / Hip-hop Terbaik : CIAO (Joe Flizzow, MK & Jay Park)\nLagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik : Fun, Lust, Love (Late Night Frequency)\nVideo Muzik Rasmi Paling Tinggi Tontonan di Youtube Malaysia : Malam Semakin Dingin\nLagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi : Adakah Ini Mimpi\nLagu Inggeris Tempatan Terbaik : Game of Charades (Sophia Zuhri)\nLagu Cina Tempatan Terbaik : Nyanyian \u2013 Uriah\nLagu Bahasa Melayu Nyanyian Artis Antarabangsa Terbaik : Tak Ingin Usai (Keisha Levronka)\nLagu Rock Terbaik : Tugu Ugut (Sekumpulan Orang Gila)\nLagu Pop Terbaik : Goodbye Hello (Syamel & Ernie Zakri)\nPersembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Berkumpulan) : V.E (Tunggu)\nPersembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik dalam Lagu : Shila Amzah dan Liza Hanim ( Bahagiakan Dia )\nPersembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Lelaki) : Arddley Nicholas (Pilu)\nPersembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Wanita) : Ernie Zakri (Sinar Mata Hati)\nAlbum Terbaik AIM 23ALBUM : YONNY ( DELUXE VERSION )Penerbit : WolfyArtis : Yonniboi\nLagu Terbaik AIM 23LAGU : GOODBYE HELLOPenyanyi : Syamel & Ernie ZakriKomposer : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir & Mike ChanPenulis Lirik : Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir & Mike Chan\nAnugerah Sri Wirama AIM 23 : Mr Tan Su Loke\nBaca juga: Gegar Vaganza 9 (GV 2022) : Senarai Peserta & Tarikh Konsert\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sgmy/", "title": "SGMy : Permohonan Pensyarah, Jurulatih & Pegawai Kampus IPG 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIklan Permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) 2022\nInstitut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan\u00a0(Jawatan Akademik, Jurulatih Kokurilum & Pegawai Pengurusan) yang\u00a0berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru bagi tahun 2022.\nPermohonan akan dibuka pada tarikh berikut:8 Februari \u2013 25 Februari 2022\nmyMOHON dibangunkan bagi membolehkan permohonan Jawatan Akademik & Pegawai Pengurusan, IPG dilaksanakan secara atas talian.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2022 ini yang akan dibuka melalui sistem SGMy @ myMOHON.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nIklan Permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) 2022\n\n \nPENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP) GRED DG44/ DG48/ DG52\n\n \nJURULATIH KOKURIKULUM Gred DG44\n\n \nPEGAWAI PENGURUSAN Gred DG41/42/ 44 (KUP)\n\n \nBidang Pengkhususan Yang Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nSemakan Status Temuduga SGMy\n\n \nUrusan Temuduga\n\n \nSemakan Status Calon Berjaya\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nIklan Permohonan Pengambilan Pensyarah, Jurulatih Kokurikulum dan Pegawai Pengurusan di Institut Pendidikan Guru (IPG) 2022\n\nPENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP) GRED DG44/ DG48/ DG52\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Disahkan dalam perkhidmatan;Tahap kesihatan yang baik;Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;Telah melaksanakan perisytiharan harta;Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atauIjazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah dan Pengetua/ Guru Besar)\nSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU\nCalon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.\nJURULATIH KOKURIKULUM Gred DG44\nMempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(a) hingga 1(j)Kelayakan tambahan dalam bidang KokurikulumMempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang Kokurikulum.Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil Kepegawaian dalam bidang Kokurikulum daripada Jabatan/ Agensi Sukan yang diperaku,Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Kokurikulum.\nPEGAWAI PENGURUSAN Gred DG41/42/ 44 (KUP)\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Disahkan dalam perkhidmatan;Tahap kesihatan yang baik;Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturtu-turut (2019, 2020 dan 2021);Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;Telah melaksanakan perisytiharan harta;Perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki /42/ 44 KUP;Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\nBaca juga: Semakan Status BKM & Tarikh Bayaran Fasa 1 (Mac 2022)\nBidang Pengkhususan Yang Ditawarkan\nSENARAI BIDANG BERKAITAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN\nBahasa Melayu (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Bahasa PerancisBahasa JepunBahasa KoreaBahasa ArabBahasa TamilBahasa Cina (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Sains (Fizik)Sains (Kimia)Sains (Biologi)Pendidikan Islam dan Al-Quran bidang Taranum (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pendidikan Awal kanak-kanak (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pendidikan JasmaniPendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)MatematikKokurikulumSejarahPendidikan MoralReka bentuk Teknologi (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)a) Ekonomi rumah tangga, (Jahitan, Masakan)b) Kejuruteraan Elektrikalc) Kejuruteraan Awamd) Pertaniane) Teknologi Pemesinanf) Teknologi Kimpalang) Hospitalitih) Kejuruteraan ElektronikBahasa Kadazan Dusun (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pendidikan Muzik- boleh bermain alat-alat muzik moden dan klasik (Terutama gitar)Pendidikan Seni VisualBimbingan dan kaunselingPegawai PengurusanIlmu Pendididikan\nCara Permohonan\nPermohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di alamathttps://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 8 Februari 2022.Pemohon perlu melengkapkan permohonan dalam talian, mencetak borang permohonan daripada sistem dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN.Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Sila sertakan semua salinan dokumen/ sijil (perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional \u2013 Kumpulan A) seperti berikut:Resume terkini;Kad Pengenalan;Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);Sijil-sijil Kokurikulum/ Penglibatan NGO;Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada);Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan;Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2022 (Jumaat). Borang yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada tarikh tersebut ke alamat berikut:Unit Pengurusan Sumber ManusiaPejabat PendaftarInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan MalaysiaAras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan63000 Cyberjaya, SELANGORSeorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.Calon yang berjaya ditempatkan di IPGK perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau swasta.Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan IjazahKedoktoran (Ph.D).\nBaca juga: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan\nTarikh Tutup Permohonan\nTARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Februari 2022 (5.00 PETANG)\nSemakan Status Temuduga SGMy\nMaklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga boleh disemak menerusi Portal SGMy di pautan https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 28 Mac 2022 (Isnin).\nUrusan Temuduga\nCalon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.Tarikh temuduga adalah mulai 4 hingga 30 April 2022Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan.Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan pengarah JPN akan ditolak oleh Bahagian ini dan tidak akan diproses.\nSemakan Status Calon Berjaya\nTarikh semakan status calon yang berjaya selepas ditemuduga adalah pada 25 Mei 2022.\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk lampiran berikut untuk maklumat lanjut:\nSURAT SIARANIKLAN PENGAMBILAN/ TARIKH- TARIKH PENTING\nSila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan:Unit Pengurusan Sumber ManusiaPejabat Pendaftar Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan MalaysiaAras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya,SELANGORNo Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 6644/ 6613\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bikecare-1000/", "title": "BikeCare-1000 : Bantuan Pembelian Motosikal Untuk Pekerja Gig", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Selangor kini menawarkan permohonan bantuan bagi bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja Gig atau P-Hailing menerusi Program BikeCare-1000.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program BikeCare-1000?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Bantuan BikeCare-1000\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program BikeCare-1000?\nProgram BikeCare-1000 adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Belanjawan Selangor 2023: Intipati Bantuan Untuk Rakyat\n\nSyarat Kelayakan \nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nPermohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.\nPemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.\nPemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.\nPemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.\nPerrnohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).\nPermohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.\n\nCara Memohon Bantuan BikeCare-1000\nCalon yang berminat boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :\n\n\u00a0Muat turun borang permohonan di bawah.\nBorang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/biru.\nSetiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu dan tidak lengkap.\nPermohonan lewat tidak akan diproses.\nKegagalan pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan ditolak.\nSila kembalikan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup iaitu 7 Disember 2022.\nBorang permohonan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS di alamat berikut:\n\nEast Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga perlu kemukakan dokumen seperti berikut :\n\nSalinan kad pengenalan pemohon (yang jelas).\nSalinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).\nSalinan penyata bank terkini (2 bulan).\nSalinan lesen motosikal.\nSalinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja P-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).\n\nTarikh Permohonan\nPemohon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 27 Januari 2023.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program BikeCare-1000, sila hubungi Puan Fatin Syafira di talian 016-959 8320 atau layari pautan https://surveyheart.com/form/63be7ad120c36b76bd5e36e8?fbclid=IwAR0T2Z9ybWH1POgcQC0SlClEQMMncHeRYNja1AdAUKh0piUq_jwbbJp6t_8 dan ikuti perkembangan terkini melalui Facebook UPPS.\n*Pentadbir akan menghubungi anda selepas mendaftar atas talian dalam tempoh 48 jam.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-kebajikan-sabah-jpka/", "title": "JPKA Sabah : Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA Sabah) membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian beroperasi bermula 1 Januari 2023.\nPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, permohonan dalam talian itu disediakan bagi memberi kemudahan kepada permohonan demi keselesaan dan kesejahteraan mereka.\n\u201cBerhubung dengan isu mereka yang masih menunggu bantuan kebajikan, sebagai makluman jumlah peruntukan tahunan yang disediakan untuk bantuan kebajikan terutamanya untuk warga emas adalah terhad.\n\u201cOleh itu, bukan semua warga emas dapat diberi pertimbangan dalam permohonan baharu mereka dan mereka perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan serta tertakluk kepada kedudukan kewangan sedia ada yang belum ada komitmen.\n\u201cSelain daripada sistem sedia ada, Kementerian saya melalui JPKA telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian iaitu (https://jpka.sabah.gov.my) yang beroperasi pada 1 Januari 2023,\u201d katanya semalam.\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjawab soalan asal Dr Daud Yusof (Bongawan-Warisan) yang ingin tahu apakah inisiatif dan bantuan yang boleh diberikan kepada orang tua, keluarga daif dan miskin tegar kerana ada segelintir daripada mereka telah dihentikan bantuan kebajikan yang mereka terima dan ada juga yang sedang berusaha untuk memohon bantuan kebajikan tetapi masih dalam proses menunggu.\u00a0\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang JPKAS atau Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah JPKA Sabah?\n\n \nJenis-jenis Bantuan Kebajikan JPKA Sabah\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nBorang & Dokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah JPKA Sabah?\nJabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah\u00a0telah ditubuhkan pada tahun 1967. \nPenubuhan ini adalah hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental Committee\u2013I.G.C), yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Persekutuan.\nJabatan yang ditubuhkan atas dasar \u2018concurrent list\u2018, yang mana Pengarahnya bertanggungjawab kepada\u00a0Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah\u00a0dan juga\u00a0Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia\u00a0bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.\u00a0\nSelain daripada itu, Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.\nJenis-jenis Bantuan Kebajikan JPKA Sabah\nBerikut adalah jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah.\n\nBantuan Am\nBantuan Anak Yatim\nBantuan Warga Emas\nBantuan Kanak-kanak\nBantuan Penjagaan OKU / Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)\nElaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)\nBantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja\nBantuan Segera\nBantuan Anak Pelihara\nBANTUAN LATIHAN PERANTIS\nBANTUAN SEKALIGUS\nPENGURUSAN BANTUAN BENCANA & PERKHIDMATAN AM\n\nSyarat Kelayakan\nSecara umumnya, pemohon haruslah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah;. tidak mempunyai pendapatan tetap; miskin/ balu/ janda/warga emas atau Orang Kurang Upaya\n\nCara Permohonan\nSila buat permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan.\nMulai 1 Januari 2023, permohonan akan dibuka secara online melalui laman web https://jpka.sabah.gov.my/ atau https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/\n\nBorang & Dokumen Yang Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran, salinan surat beranak, laporan perubatan (jika berkaitan); surat cerai, sijil mati pasangan, salinan no akaun bank;\nBorang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awal boleh juga dimuat turun dari laman web https://jpka.sabah.gov.my/.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari https://jpka.sabah.gov.my/\nATAU\nSila dapatkan maklumat permohonan melalui laman web https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/\nBaca juga: \n\nWiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan Sabah\nBSP 3.0 : Semakan & Senarai Bantuan Sabah Prihatin \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-juruteknik-komputer-ft19-spa/", "title": "Mohon Jawatan Juruteknik Komputer FT19 (322 Kekosongan SPA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM\nUNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)SPM (KUMPULAN PELAKSANA)JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK)KEKOSONGAN : 322SIMPANAN : 65\nTarikh tutup permohonan : 30 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.\nBerikut diterangkan lebih lanjut tentang kekosongan jawatan juruteknik komputer tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \nProgram Vaksin COVID19 Kanak-kanak 5-11 Tahun Bermula Februari IniPengambilan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Malaysia 2022Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2022 (BYDPA)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19\n\n \nJADUAL GAJI\n\n \nSYARAT LANTIKAN\n\n \nDESKRIPSI TUGAS\n\n \nSENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SVM DAN SKM\n\n \nCara Permohonan\n\n \nPermohonan perlu dilakukan melalui laman web SPA di pautan https://spa9.spa.gov.my/login\n\n\nJawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19\nKlasifikasi Perkhidmatan: Sistem MaklumatKumpulan Perkhidmatan: PelaksanaKementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang\nJADUAL GAJI\nGaji Minimum : RM1,377.00Gaji Maksimum : RM4,052.00Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00\nSYARAT LANTIKAN\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia; danBerumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; danSijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,377.00) atauSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,435.12) atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,493.24)\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :https://www.spa.gov.my/\u2026/juruteknik-komputer-gred-ft19\nSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nDESKRIPSI TUGAS\nBertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.\nSENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SVM DAN SKM\nSila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM dan SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim \n(pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).\nCara Permohonan\nPermohonan perlu dilakukan melalui laman web SPA di pautan https://spa9.spa.gov.my/login\nPemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu \u201cMaklumat Pemohon\u201d -> \u201cMaklumat Kelayakan Akademik\u201d -> \u201cSVM\u201d.\nPemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu \u201cMaklumat Pemohon\u201d -> \u201cMaklumat Kelayakan Akademik\u201d -> \u201cSKM\u201d.\nInfo lanjut:\nPekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (Laman Web EZSkim)Facebook SPA Malaysia: https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/posts/304746978353583\n"]} {"url": "https://ecentral.my/agronet/", "title": "AGRONet: Cara Login Dan Daftar Agrobank Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pemilik akaun Agro Bank, proses mendaftar AGRONet sebenarnya tidaklah sukar.\nSeperti mana-mana bank di Malaysia, pihak Agro Bank turut menawarkan perkhidmatan perbankan internet melalui AGRONet untuk semua pemilik akaun Agro Bank.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu AGRONet\n\n \nCara daftar dan aktifkan akaun\n\n \nLogin AGRONet\n\n\nApa itu AGRONet\n\nMelalui\u00a0AGRONet, anda boleh melakukan urusan perbankan secara serta merta, bila-bila masa dan di mana jua anda berada. \n\n\n\n\n\n\nIanya boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja atau di seluruh dunia melalui akses internet.\nTerdapat banyak perkara yang boleh dilakukan melalui portal ini antaranya:\nMenyemak baki akaun andaMembaca dan memuat turun butiran penyataMelihat butir-butir pembiayaan andaMemindahkan wang antara akaun anda sendiri di AgrobankMemindahkan wang ke akaun pihak ketiga di AgrobankMemindahkan wang ke akaun Bank lain\u2026 dan banyak lagi\nSekiranya anda adalah pelanggan CIMB Bank pula, anda boleh mendaftar CIMB Clicks. \nCara daftar dan aktifkan akaun\nSekiranya anda bukan pelanggan Agro Bank, anda perlulah membuka akaun terlebih dahulu dengan pihak Agro Bank.\nSekiranya anda sudahpun mempunyai akaun bersama Agro Bank, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun AGRONet:\nLayari laman AGRONet di alamat https://www.agronet.com.my/Klik pada tulisan \u201cRegister an Account\u201dBaca terma dan syarat. Klik butang Accept sekiranya anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang tertulisMasukkan nombor akaun Agro Bank anda yang mempunyai 16 digitMasukkan nombor kad ATM andaMasukkan nombor PIN kad ATM andaMasukkan bahagian \u201cType the code shown\u201d, masukkan tulisan yang anda lihat pada gambar yang ditunjukkan.Klik butang NextPilih satu gambar pengesahan untuk langkah keselamatan andaMasukkan Username atau Kata Nama yang ingin digunakanMasukkan Password atau Katakunci untuk digunakan pada akaun AGRONet andaLengkapkan 3 soalan sekuritiKemudian, masukkan nombor telefon andaPilih satu gambar untuk langkah keselamatan semasa log masukKlik butang Register\nSetelah menyelesaikan setiap langkah di atas, maka akaun anda telah pun didaftarkan dan diaktifkan. \nLogin AGRONet\nLayari laman utama seperti di atasMasukkan Username dan PasswordPastikan gambar yang dipaparkan sama dengan gambar yang dipilih semasa pendaftaran sebelum memasukkan password. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/harolds-bread-malaysia/", "title": "Harold\u2019s Bread : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarold\u2019s Bread : Senarai Menu & Harga Terkini\nDiillhamkan daripada dua chef berpengalaman yang masing-masing berasal daripada Malaysia dan Austria, maka tercetuslah Harold\u2019s Bread yang popular dengan aneka menu roti yang inovatif dan unik. \nVariasi roti dan pastri dihasilkan segar setiap hari daripada ramuan berkualiti dan bebas bahan pengawet.\nMenawarkan pilihan roti dengan harga serendah RM 2.55, maka tak hairanlah ramai yang tak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Harold\u2019s Bread setiap hari!\n\n\n\n\n\n\nAntara roti yang menjadi pilihan ramai dan wajib dicuba adalah Spicy Sushi Roll, Chicken Flossy dan Portuguese Tart.\nBukan setakat roti, malah kek, swiss roll, macaron dan crossaint juga turut disajikan buat semua. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nStatus Halal JAKIM\n\n \nHarold\u2019s Bread : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nWhole Cakes 7 Inches\n\n \nWhole Cakes 9 Inches\n\n \nMacarons\n\n \nBar Desserts\n\n \nSlice Cake\n\n\nStatus Halal JAKIM\nHarold\u2019s Bread telah disahkan halal oleh JAKIM, jadi anda bolehlah nikmatinya tanpa was-was. \nNak tahu apa lagi yang menarik di Harold\u2019s Bread? Jom kita tengok senarai menu serta harga yang ditawarkan.\nBaca Juga : Kenny Hills Bakers : Senarai Menu & Harga Terkini\nHarold\u2019s Bread : Senarai Menu & Harga Terkini\nWhole Cakes 7 Inches\nMenuHargaRainbow CakeRM 50.15Red Velvet Cream Cheese CakeRM 50.15Chocolate Indulgence CakeRM 50.15\n\nWhole Cakes 9 Inches\nMenuHargaChocolate Indulgence CakeRM 75.65New York Cheese CakeRM 75.65Dark Chocolate CakeRM 75.65Red Velvet Cream Cheese CakeRM 75.65Rainbow CakeRM 75.65Chocolate MousseRM 75.65Oreo Cheese CakeRM 75.65Blueberry Cheese CakeRM 75.65\nBuns & Loafs\n\nMenuHargaMayo SausageRM 2.72Hawaiian PizzaRM 3.83Spicy Sushi RollRM 3.31Spicy Chicken FlossyRM 3.31Dark Chocolate BunRM 2.55Sushi RollRM 3.31Chicken FlossyRM 3.31\nPastry & Tarts\n\nMenuHargaMini French CroissantRM 1.87Portuguese TartRM 2.46Strawberry Cheese TartRM 2.89Chocolate Almond TartRM 3.40Chocolate Cheese TartRM 3.40Cr\u00e8me Brulee Cheese TartRM 3.40Blueberry Cheese TartRM 3.40\nMacarons\nMenuHargaLemon MacaronRM 2.90Mint MacaronRM 2.90Raspberry MacaronRM 2.90Blueberry MacaronRM 2.90Chocolate MacaronRM 2.90\nBar Desserts\nMenuHargaCarrot Cream CheeseRM 6.38Red Velvet Cream CheeseRM 6.38Japanese Light CheeseRM 5.02Pandan LayerRM 5.02Chocolate WalnutRM 6.38\nSlice Cake\n\nMenuHargaSlice Blueberry CheeseRM 7.57Slice Dark ChocolateRM 7.57Slice Chocolate IndulgenceRM 8.90Slice RainbowRM 8.90\nSwiss Rolls\nMenuHargaSeasonal Swiss RollRM 11.82Dark Chocolate Swiss RollRM 7.90\nBeverage\nMenuHargaHarold\u2019s Mineral WaterRM 1.90\nAneka roti, pastri serta kek yang ditawarkan di Harold\u2019s Bread sememangnya cukup luarbiasa dan menarik untuk dicuba. \nJangan lepaskan peluang untuk kunjungi cawangan bakeri ini di serata Semenanjung Malaysia. Ikuti juga laman Facebook Harold\u2019s Bread untuk dapatkan promosi terkini serta tawaran menarik. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/klinik-extended-hour/", "title": "Klinik Extended Hour : Senarai Lokasi Klinik Kesihatan & Waktu Operasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBermula 3 Julai 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan inisiatif pengoperasian \u00a0Klinik Extended Hour di beberapa Klinik Kesihatan.\nSetakat ini, operasi Klinik Extended Hour tertumpu pada 4 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Johor.\nInisiatif ini diwujudkan bagi memudahkan orang awam di sekitar kawasan terlibat untuk mendapatkan rawatan khususnya bagi kes-kes ringan.\n\n\n\n\n\n\nSebaliknya untuk rawatan kecemasan, pesakit boleh rujuk terus kepada Jabatan Kecemasan untuk bantuan segera.\nTeruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai program ini. \nBaca Juga : Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM & Klinik Gigi Kerajaan\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nWaktu Operasi dan Lokasi Klinik Extended Hour\n\n \nKuala Lumpur & Putrajaya\n\n \nJohor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nWaktu Operasi dan Lokasi Klinik Extended Hour\nKuala Lumpur & Putrajaya\nBerikut merupakan waktu pengoperasian Klinik Extended Hours bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 3 Julai 2022.\n\nSelangor\nPenduduk negeri Selangor pula boleh dapatkan rawatan pada waktu lanjutan di Klinik Kesihatan seperti yang disenaraikan berikut :\n\nJohor\nUntuk warga Johor, anda dialu-alukan untuk dapatkan rawatan di lokasi serta waktu operasi yang ditetapkan seperti berikut.\n\nMaklumat Lanjut\nLokasi dan waktu operasi klinik yang disenaraikan akan dikemaskini dari masa ke semasa.\nUntuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing.\nSemoga inisiatif pengoperasian pada waktu fleksibel ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan dengan lebih mudah. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-berbuka-puasa/", "title": "JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka (Waktu Mustajab)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDOA BERBUKA PUASA & DOA KETIKA HAMPIR BERBUKA (WAKTU MUSTAJAB)\nSecara umumnya, rata-rata umat Islam sudah mengetahui lafaz niat puasa yang biasa dibaca. \nNamun, ada juga lafaz doa berbuka puasa yang kurang masyur di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya, walaupun ia sebenarnya adalah lafaz doa yang mempunyai sandaran hadis.\nKita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. \nBerikut dikongsikan doa berbuka puasa dan doa-doa yang boleh dibacakan menjelang waktu berbuka puasa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDoa Berbuka Puasa 1\n\n \nDoa Berbuka Puasa 2\n\n \nDoa Sendirian / Beramai-ramai\n\n \nDoa Ketika Waktu Hampir Buka Puasa\n\n\nDoa Berbuka Puasa 1\nTerdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):\n\u0630\u064e\u0647\u064e\u0628\u064e \u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0645\u064e\u0623\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0628\u0652\u062a\u064e\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u0631\u064f\u0648\u0642\u064f\u060c \u0648\u064e\u062b\u064e\u0628\u064e\u062a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062c\u0652\u0631\u064f \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0627\u0621\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cTelah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah\u201d. [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna\u2019outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]\n\n\n\n\n\n\nMenurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna \u201c\u0627\u0644\u0638\u0651\u064e\u0645\u064e\u0623\u064f\u201d di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:\n\u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064e \u0628\u0650\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0635\u0650\u064a\u0628\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0638\u064e\u0645\u064e\u0623\u064c\nMaksudnya: \u201cYang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga\u201d. [Lihat: al-Taubah:120]\nInfografik oleh JAKIM\nDoa Berbuka Puasa 2\nDoa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka adalah, daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:\n\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064f\u0645\u0652\u062a\u064f\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0641\u0652\u0637\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f\nMaksudnya: \u201cYa Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka\u201d. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]\nInfografik oleh JAKIM Sarawak\nMufti Wilayah Persekutuan, dalam kesimpulannya, menukilkan bahawa kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun dan berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagi mana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.\nSumber: Laman web Mufti Wilayah Persekutuan\nInfografik oleh Majlis Agama Islam Selangor\nDoa Sendirian / Beramai-ramai\nDoa Berbuka Puasa Ketika Seorang\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064f\u0645\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0628\u0650\u0643\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0649\u064e \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0641\u0652\u0637\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627\u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\nMaksudnya :\u201cYa Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih\u201d\nDoa Berbuka Puasa Ketika Ramai\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064f\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u0650\u0643\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u0627\u0651\u064e \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u0649\u064e \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0641\u0652\u0637\u064e\u0631\u0652\u0646\u0627\u064e \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627\u0623\u064e\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0627\u062d\u0650\u0645\u0650\u064a\u0652\u0646\u064eMaksudnya :\u201cYa Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih\u201d\n\nBaca juga: \n\nJAKIM: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian\nLafaz Niat Puasa Ramadhan Harian / Sebulan (JAKIM)\n\nDoa Ketika Waktu Hampir Buka Puasa\n5 \u2013 10 minit sebelum waktu berbuka tu, jom tadah tangan berdoa!\nKenapa?\nAda suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur\nTetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.\nSumber: Jabatan Agama Wilayah Persekutuan\nDi Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras\nKesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca \u201cAllahuma lakasumtu\u2026 atau dzahaba zhoma\u2019u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.\nNabi SAW :\n\u201cSesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak\u201d (HR Ibnu Majah)\nKetika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.\nAyuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCadangan doa ini sebagai panduan sahaja\u2026.. boleh diubah mengikut hajat masing.\nLain-lain cadangan doa ketika berbuka puasa\n\nBertambah iman\nSihat tubuh badan\nKematian yang baik.\nMurah rezeki.\nAnak soleh.\nKeluarga bahagia.\nRahmat Allah.\nJauh azab kubur.\nLapang dada.\nKekalkan iman.\nAmpunkan dosa.\nAnak-anak\nBerjaya dalam pelajaran / kerjaya.\nPerniagaan / pekerjaan / rezeki yang diberkati.\nJauhi segala penyakit.\nIbadat diterima.\nMudah segala urusan.\nDiterima taubat.\nLapangkan kubur.\nMudah bayar hutang.\nLailatulqadar.\nSyafaat Nabi SAW.\nSyurga Firdaus.\nJauhi neraka.\nTerima kitab tangan kanan.\nSelamat meniti Sirat.\nSelamat fitnah Dajal.\nKetenangan hati.\nDoa ibubapa.\nKeluarga yg dirikan solat.\nDiterima puasa Ramadhan\n\nSemoga memberi manfaat buat semua.\nSumber: JAKIM Sabah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-fail-pdf-ke-word/", "title": "Cara Tukar Fail PDF Ke Word Secara Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara untuk tukar PDF ke Word sebenarnya tidaklah sukar kerana kini sudah banyak website yang menyediakan kemudahan ini secara percuma.\nAda kalanya, anda diberikan fail dalam format PDF dan dikehendaki untuk menyunting fail PDF tersebut seperti menambah/membuang gambar, menukar jenis tulisan dan sebagainya.\nSesetengah prisian untuk membuka fail PDF seperti Adob Reader (berganntung pada versi perisian tersebut) membenarkan pengguna menyunting terus fail PDF mereka dalam perisian tersebut namun fungsi suntingan yang disediakan sangatlah terhad.\n\n\n\n\n\n\nOleh itu, cara terbaik adalah dengan menukar fail PDF tersebut kepada Word dimana terdapat lebih banyak fleksibeliti untuk membuat suntingan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerisian untuk tukar PDF ke Word\n\n \n1. I Love PDF\n\n \n2. Smallpdf\n\n \n3. pdf2go\n\n\nPerisian untuk tukar PDF ke Word\n\nCarian di internet akan menemukan anda dengan beberapa website yang menyediakan kemudahan untuk tukar fail PDF ke Word dengan percuma.\nBerikut merupakan antara beberapa laman web yang boleh anda gunakan:\nI Love PDFSmallpdfpdf2go\n1. I Love PDF\nLaman web ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk fail PDF anda antaranya gabungkan fail PDF, mampatkan fail, pisahkan fail dan sebagainya.\nLayari laman I Love PDFPada bahagian menu atas, klik pada \u201cTukar PDF\u201d > \u201cPDF kepada Word\u201dKlik butang Pilih Fail PDF untuk muat naik fail PDF dari komputer anda. Anda juga boleh memuat naik fail dari akaun Dropbox atau Google Drive dengan mengklik logo Google Drive dan Dropbox bersebelahan butang tersebut.Setelah fail dimuat naik, klik pada butang \u201cTukar kepada Word\u201dSetelah proses penukaran fail PDF ke Word selesai, klik pada butang \u201cMuat turun WORD\u201dKlik logo Google Drive untuk menyimpan fail terus ke akaun Google DriveKlik logo Dropbox untu menyimpan fail terus ke akaun DropboxKlik pada ikon \u201cLink\u201d untuk berkongsi pautan fail PDF yang telah ditukar Word tersebut dengan orang lain\n 2. Smallpdf \nSmallpdf merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk menukar fail dari format PDF ke Word serta beberapa peralatan suntingan lain. \nLayari laman SmallpdfPada bahagian menu atas, klik pada \u201cAlat\u201d > \u201cPDF kepada Word\u201dKlik butang \u201cPilih Fail\u201d untuk muat naik fail PDF andaAnda boleh memilih untuk muat naik fail dari akaun Dropbox dan Google Drive anda dengan hanya klik ikon anak panah bersebelahan butang tersebutSetelah fail dimuat naik, klik pada kotak \u201cTukar kepada Word\u201d dan klik butang \u201cBuat Pilihan\u201dTunggu sehingga proses penukaran format dari PDF ke Word selesaiKlik butang \u201cMuat Turun\u201d untuk muat turun failAnda boleh memilih untuk muat turun fail ke akaun Dropbox dan Google Drive anda dengan hanya klik ikon anak panah bersebelahan butang tersebut\n3. pdf2go\nLaman pdf2go adalah sebuah lagi laman yang menyediakan kemudahan untuk menukar fail PDF ke Word dan beberapa format lain.\nKemudahan ini boleh digunakan secara percuma dan untuk menukar dari PDF ke Word, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman pdf2goKlik pada \u201cPDF to Word\u201dKlik pada butang \u201cChoose File\u201d untuk muat naik fail dai komputer andaAnda boleh muat naik fail daripada mana-mana laman web dengan klik pada tulisan \u201cEnter URL\u201dAnda boleh muat naik fail dari Dropbox dengan klik pada tulisan \u201cDropbox\u201dAnda boleh muat naik fail dari Google Drive dengan klik pada tulisan \u201cGoogle Drive\u201dTunggu sehingga proses muat naik selesaiKlik butang \u201cStart\u201dPada bahagian \u201cOptional Setting\u201d, anda boleh pilih untuk tukar kepada fail Word dalam format Microsoft Word (*.docx) atau format yang lebih lama iaitu Word 2003 and older (*.doc)\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-fasa-4/", "title": "Peralihan Fasa PPN Terkini Setiap Negeri & Kelonggaran SOP Fasa 3 / 4", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: Senarai Kelonggaran SOP Fasa 3 & 4\nMesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi lapan negeri bermula Isnin (18 Oktober).\nKelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3.\nManakala, Melaka dan Lembah Klang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4.\nTiada lagi negeri yang berada di Fasa 2 ketika ini. \nPerkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri melalui kenyataan media khas hari ini, 15 Oktober 2021.\n\n\n\n\n\n\nFasa PPN terkini setiap negeri berkuatkuasa 18 Oktober 2021\nMenurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, peralihan fasa itu adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.\nKeputusan itu diambil berdasarkan beberapa indikator iaitu laporan kes positif COVID-19 harian negara yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes untuk tempoh dua minggu berturut-turut.\nBaca juga: Tarikh Buka Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN\nSila rujuk infografik dan kenyataan penuh di bawah:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelonggaran PPN Fasa 3 & 4\n\n \nKebenaran Majlis Sosial / Kenduri\n\n\nKelonggaran PPN Fasa 3 & 4 \nSelari dengan peralihan fasa yang diumumkan sebentar tadi, terdapat beberapa kelonggaran yang diumumkan berkuatkuasa 16 Oktober 2021.\n\n\n\n\n\n\n\nKebenaran Majlis Sosial / Kenduri\nPELAN PEMULIHAN NEGARA : MAJLIS SOSIAL BAGI NEGERI DI FASA 4\nSoalan :\nBermula 18 Oktober 2021. Selangor akan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4. \nAdakah Majlis Perkahwinan dibenarkan semasa Fasa 4?\nJawapan :\nMajlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.\nBagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum\n\nUntuk melihat senarai SOP Fasa 4 yang terkini oleh Majlis Keselamatan Negara, sila rujuk pautan berikut:\nhttps://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-4/\nSumber: \nKENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI PERALIHAN FASA DAN KELONGGARAN SOP\nhttps://www.facebook.com/MKNJPM/posts/209499434605090\nBaca juga: SOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-bayaran-bulanan-bantuan-jkm/", "title": "Tarikh & Jadual Bayaran Bulanan Bantuan JKM 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJADUAL & TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2023\nBagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan, perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.\nPemberian bayaran bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.\nProses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. \nJika anda merupakan penerima tetap bayaran bantuan JKM, anda boleh membuat semakan invois dan tarikh bayaran dengan mudah melalui eMaklum.\n\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara membuat semakan bayaran bantuan JKM yang dikreditkan setiap bulan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBilakah Bayaran JKM Dikreditkan Setiap Bulan?\n\n \nApakah eMaklum?\n\n \nCara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2023 Melalui Apps eMaklum\n\n \nCara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2023 Melalui Portal eMaklum\n\n \n11 Jenis Bantuan JKM 2023 & Kadar Bantuan Bayaran Yang Diterima\n\n \n1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)\n\n \n2. Elaun Pekerja Cacat\n\n \n3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)\n\n \n4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)\n\n \n5. Bantuan Orang Tua (BOT)\n\n \n6. Bantuan Am Persekutuan\n\n \n7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)\n\n \n8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)\n\n \n9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)\n\n \n10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)\n\n \n11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas\n\n \nCara Permohonan Online\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nBorang Berkaitan\n\n \nSemakan Status Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBilakah Bayaran JKM Dikreditkan Setiap Bulan?\nBayaran bantuan bulanan JKM biasanya dikreditkan pada awal bulan, iaitu sebelum 10 haribulan setiap bulan.\nNamun, mungkin pada bulan-bulan tertentu bayaran akan diawalkan atau dilambatkan sedikit, bergantung kepada cuti umum dan sistem pengurusan JKM.\nSementara itu, pihak JKM juga menafikan Jadual Bayaran Bantuan Bulanan JKM 2023 seperti yang disebarkan di media sosial.\n\nWalaubagaimanapun, anda boleh membuat semakan secara online untuk mengetahui status pembayaran ini, sama ada ia telah diproses dan dikreditkan ke akaun sebelum anda membuat pengeluaran di ATM / bank.\n\n\nJadi, bagaimanakah cara untuk membuat semakan? Berikut kami kongsikan caranya melalui eMaklum.\nApakah eMaklum?\neMaklum JANM adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem Web eMaklum. Sistem ini digunakan oleh pengguna berikut:\n1. Penerima Individu (termasuk penjawat awam persekutuan)2. Pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (skop Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja)\nApakah fungsi dalam eMaklum JANM?+ Membuat carian dan semakan status notifikasi dokumen bayaran+ Paparan pengumuman terkini berkaitan Sistem eMaklum+ Soalan Lazim berkaitan penggunaan eMaklum JANM+ Maklum balas penggunaan eMaklum JANM\nAplikasi ini boleh dimuat turun melalui:GAMMA.my :https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/803\n\nCara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2023 Melalui Apps eMaklum\n\nMuat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)\nTekan \u2018Carian Dokumen\u2019\nMasukkan nombor kad pengenalan\nTekan \u2018Jenis Carian\u2019 \u2013 Pilih \u2018No Akaun Bank\u2019\nMasukkan nombor akaun bank anda\nTarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM \nTarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa\nTekan butang \u2018Cari\u2019\nMaklumat pembayaran akan dipaparkan\n\nBuka aplikasi eMaklum\nTekan \u2018Carian Dokumen\u2019\nIsikan maklumat anda\nPerincian bayaran akan dipaparkan\nTarikh bayaran juga akan dinyatakan\nCara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2023 Melalui Portal eMaklum\neMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.\n\n\n\n\n\n\nMudah saja cara nak buat semakan untuk bayaran bulanan anda setiap bulan sebab tak perlukan sebarang pendaftaran.\nCara nak buat semakan adalah seperti berikut:\n\nLayari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/\nMasukkan nombor IC anda.\nPilih tarikh semakan.\nTekan semak.\nBayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.\n\n*Rujuk panduan semakan bayaran bantuan JKM 2023 melalui panduan gambar di bawah:\nLANGKAH 1\nLayari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/ \n\nLANGKAH 2\nMasuk kan no IC dan no akaun.\nLepas tu pilih tarikh, contohnya 1/1/22-7/1/22.\n\nLANGKAH 3\nNak tengok perincian dan download resit boleh tekan dekat situ.\n\n\n\n11 Jenis Bantuan JKM 2023 & Kadar Bantuan Bayaran Yang Diterima\nTerdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.\nSemua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:\n1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)\nKADAR\nMinimum\u00a0 sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450\u00a0 seisi rumah melebihi\u00a0 4 orang kanak- kanak.\nKRITERIA KELAYAKAN KHUSUS\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nKeluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak\u00a0melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;\nKanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).\n\n2. Elaun Pekerja Cacat\nKADAR\nRM400 sebulan seorang.\n KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS \n\nWarganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;\nBerumur 16 tahun dan ke atas;\nPemegang kad OKU JKM;\nPendapatan bulanan RM 1,200.00\u00a0 dan ke bawah;\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM \n\n3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) \nKADAR\nRM250 seorang sebulan. \nKRITERIA KELAYAKAN KHUSUS\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nBerumur 16 tahun dan ke atas;\nPemegang Kad OKU JKM;\nTidak berupaya bekerja.\nPemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)\nSumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. \n Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. \n\nNota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain \n4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) \nKADAR\n RM350 sebulan seorang. \nKRITERIA KELAYAKAN KHUSUS\n\n Warganegara dan bermastautin di Malaysia;\nPemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;\nPendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. \n\n5. Bantuan Orang Tua (BOT)\nKADAR\n \u00a0RM350 sebulan seorang. \nKRITERIA KELAYAKAN KHUSUS\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nWarga emas berumur 60 tahun dan ke atas;\nPendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0 Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata\u00a0 Miskin Per Kapita Semasa; dan\nWarga emas yang bukan tinggal\u00a0di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU\u00a0\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM. \n\n6. Bantuan Am Persekutuan\nKADAR\nRM100 sebulan seorang.\u00a0 Maksimum RM350 sebulan sekeluarga. \nKRITERIA KELAYAKAN KHUSUS\nGolongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. \n7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)\nKADAR\nRM250 sebulan seorang kanak-kanak.\u00a0 Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih. \nKRITERIA KELAYAKAN KHUSUS\n\n\nKeluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-\u00a0\n\nKanak-kanak berumur bawah 18 tahun;\nKanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;\nKanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau\nKanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-\n\nKanak-kanak yang diambil dari \u201cProgram Anak Pelihara\u201d yang dikendalikan oleh JKM; atau\nKanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.\n\n\n\n8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)\nKADAR\nRM200 sebulan seorang. \nSYARAT KELAYAKAN\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nAnak-anak penerima bantuan atau\u00a0 bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau\nKes-kes seliaan akhlak; atau\nBekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\nNota:Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.\n\n\n9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)\nKADAR\nMaksimum RM2,700 sekaligus. \nKRITERIA KELAYAKAN KHUSUS\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nKumpulan sasar JKM;\nTidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0 Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata\u00a0 Miskin Per Kapita Semasa;\u00a0 ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\n10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)\nKADAR\n Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan. \nSYARAT KELAYAKAN\n\nWarganegara dan bermastautin di Malaysia;\nKumpulan sasar JKM;\nTidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata\u00a0 Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata\u00a0 Miskin Per Kapita Semasa;\nDisyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;\u00a0\u00a0 ATAU\nMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.\n\nNota:Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan. \nJENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN\n\nAnggota Palsu\nKerusi Roda\nAlat Bantu Pendengaran\nAlat-alat Keperluan Lain\nPenggantian / Baik Pulih Alat\nJenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)\n\n11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas\nKADAR\n\nMaksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.\u00a0\nBagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.\n\nCara Permohonan Online\n\n Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp; \nDaftar permohonan mengikut negeri\nIsikan nombor kad pengenalan\nIsikan borang berkaitan\n\nPengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. \nSetiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.\nUrusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.\nPERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. \nKegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.\nDokumen Yang Diperlukan\n\nSalinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;\nSalinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;\nSalinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)\nSalinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)\nSalah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)\nLaporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)\n\n*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.\nBorang Berkaitan \n\nJKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)\nBorang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)\n\nSemakan Status Permohonan\nBerikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :\n\nLog masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM \nTekan butang \u2018Semakan Status Semakan Atas Talian\u2019\nSila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak. \n\nSenarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 \u2013 8000 8000 \nJabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-kfc-harga-terkini/", "title": "Menu KFC, Promosi Bulan Ini & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMENU KFC & PROMOSI BULAN INI\nSejak puluhan tahun, KFC setia menyajikan ayam goreng terbaik untuk rakyat Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nBukan setakat ayam goreng, malah KFC turut tawarkan aneka menu edisi terhad, burger dan nasi untuk semua penggemarnya. \nTeringin nak nikmati KFC bersama rakan dan keluarga? Jom semak menu KFC serta harga terkini yang ditawarkan. \nBaca Juga : OldTown White Coffee : Menu, Harga & Lokasi\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu KFC & Harga Terkini\n\n \nBox Meals\n\n \nChicken Meals\n\n \nMenu Burger\n\n \nAdd-On Sides\n\n \nAla Carte Chicken\n\n \nLimited Time Menu\n\n \nMenu KFC Family Meals\n\n \nKFC X Lay\u2019s Combo\n\n \nValue Combos\n\n \nMinuman\n\n\nMenu KFC & Harga Terkini\nBox Meals\n\nMenuHargaSignature Box \u2013 ClassicRM 19.99Zinger Cheezy BoxRM 20.49Stacker BoxRM 23.99Colonel BoxRM 15.99Snacker BoxRM 12.99\nChicken Meals\n\nMenuHargaDinner Plate ComboRM 20.49Dinner Plate (Without Drink)RM 18.49Snack Plate ComboRM 16.99Snack Plate (without Drink)RM 14.992 Pcs Nasi Lemak KFC ComboRM 18.99Zinger Fillet Nasi Lemak KFC ComboRM 16.491 Pc Nasi Lemak KFC ComboRM 14.992 Pcs Rice ComboRM 16.991 Pc Rice ComboRM 12.99\nMenu Burger\n\nMenuHargaZinger Classic ComboRM 15.99Zinger Cheezy ComboRM 16.70Zinger Stacker ComboRM 20.49Colonel Classic ComboRM 11.99Cheezy Twister ComboRM 15.99Zinger ClassicRM 11.99Zinger CheezyRM 12.70Zinger StackerRM 16.99Colonel ClassicRM 7.49Cheezy TwisterRM 11.99\nAdd-On Sides\nMenuHarga5 ketul Cempedak BallsRM 8.49Cheezy Wedges (L)RM 6.49Cheezy Popcorn BowlRM 6.99Loaded Potato BowlRM 6.999 ketul NuggetRM 13.999 ketul Nugget ComboRM 17.496 ketul Nugget ComboRM 14.996 ketul NuggetRM 9.99Nasi LemakRM 3.70Popcorn ChickenRM 10.99Colonel RiceRM 3.70Crispier Fries (L)RM 6.49Crispier Fries (M)RM 4.99Whipped Potato (L)RM 7.99Whipped Potato (M)RM 3.99Coleslaw (M)RM 3.99Coleslaw (L)RM 7.99Wedges (M)RM 4.49Wedges (L)RM 5.99Hard Boiled EggRM 2.00Butterscotch BunRM 0.90Kuah Kari KandarRM 1.50Sayur BerempahRM 3.50Sambal SauceRM 1.99Spicy BBQ SauceRM 2.49Life Chilli Sauce (Bottle)RM 4.00\nAla Carte Chicken\n\nMenuHarga2 ketul Ayam (Original/ Hot & Spicy)RM 12.993 ketul Ayam (Original/ Hot & Spicy)RM 18.495 ketul Ayam (Original/ Hot & Spicy)RM 29.999 ketul Ayam (Original/ Hot & Spicy)RM 49.9915 ketul Ayam (Original/ Hot & Spicy)RM 79.99\nLimited Time Menu\nMenuHarga3 ketul Crispy TendersRM 7.992 Pcs Nasi Lemak KFC Combo (with Kuah Kari Kandar)RM 18.99Nasi Kandar BowlRM 8.99\nMenu KFC Family Meals\n\nMenuHarga5 Pcs Combo \u00a0 5 ketul ayam. Whipped potato, coleslaw, minuman.RM 39.999 Pcs Combo \u00a0 9 ketul ayam. Whipped potato, coleslaw, minuman.RM 59.9915 Pcs Combo \u00a0 15 ketul ayam. Whipped potato, coleslaw, minuman.RM 87.99Variety Box A 6 ketul ayam, 9 ketul nugget, wedges, whipped potato, dip sauce, minuman.RM 54.99Variety Box B \u00a0 6 ketul ayam, 2 Zinger Classic, 12 ketul nugget, whipped potato, minuman.RM 74.99Variety Box C \u00a0 6 ketul ayam, 2 Zinger Classic, 2 Colonel Classic, 15 ketul nugget, whipped potato, minumanRM 89.99\nKFC X Lay\u2019s Combo\n\nMenuHarga5 Ketul Bucket Riang \u00a0 5 ketul ayam goreng, Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, whipped potato, coleslaw, 2 minuman\u00a0 \u00a0RM 43.999 Ketul Bucket Riang \u00a0 9 ketul ayam goreng, Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, whipped potato, coleslaw, 1.5L Pepsi\u00a0 RM 69.99 \u00a015 Ketul Bucket Riang \u00a0 15 ketul ayam goreng, 2 Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, whipped potato, coleslaw, 1.5L PepsiRM 95.99Zinger Classic X Lay\u2019s Combo \u00a0 Zinger Classic, Lays\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, minuman.\u00a0 \u00a0\u00a0RM 18.99Zinger Cheesy X Lay\u2019s Combo \u00a0 Zinger Cheezy, Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, minuman. \u00a0RM 19.70 \u00a0Zinger Stacker X Lay\u2019s Combo \u00a0 Zinger Stacker, Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, minuman. \u00a0RM 23.49 \u00a0Colonel Classic X Lay\u2019s Combo \u00a0 Colonel Classic, Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, minuman. \u00a0RM 14.99 \u00a0Cheezy Twister X Lay\u2019s Combo \u00a0 Cheezy Twister, X Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, minuman. \u00a0RM 17.999 Ketul Nugget X Lay\u2019s Combo \u00a0 9 ketul nugget, Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, Spicy BBQ Sauce / Jalapeno Sauce, minuman.RM 20.496 Ketul Nugget X Lay\u2019s Combo \u00a0 6 ketul nugget, Lay\u2019s X KFC Hot & Spicy Potato Chips, Spicy BBQ Sauce / Jalapeno Sauce, minuman. \u00a0RM 17.99 \u00a0Crispy Tenders Combo A \u00a0 1 ketul Ayam Goreng, 3 ketul Crispy Tenders,\u00a0 Whipped potato,coleslaw, Spicy BBQ Sauce / Jalapeno Sauce, minuman.RM 17.99 \u00a0Crispy Tenders Combo B \u00a0 6 ketul Crispy Tenders, Whipped potato,coleslaw, Spicy BBQ Sauce / Jalapeno Sauce, minuman.RM 18.99\nValue Combos\nMenuHarga6 ketul Nugget ComboRM 14.999 ketul Nugget ComboRM 17.99\nMinuman\nMenuHargaPepsi black (M)RM 4.30Pepsi (M)RM 4.30Mountain Dew (M)RM 4.30Mirinda Strawberry (M)RM 4.30Mug Sarsaparilla (M)RM 4.30Iced Lemon Tea (M)RM 4.30Iced Milo (M)RM 4.30Sjora Mango Peach (M)RM 4.30Pepsi Black Bottle (1.5L)RM 6.99Revive (1.5L Bottle)RM 6.99Mirinda Strawberry (1.5 L Bottle)RM 6.99Lipton Ice Lemon Tea (1.5 L Bottle)RM 9.99Tropicana Twister (1.5 L Bottle)RM 9.99\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda berbelanja dengan lebih mudah di KFC. \nIkuti laman Facebook KFC Malaysia untuk ketahui promosi terkini dan tawaran hebat dari restoran makanan segera kegemaran Malaysia ini. Jom ke KFC! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-tahfiz-malaysia/", "title": "Sijil Tahfiz Malaysia (STM) : Permohonan & Semakan Keputusan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDarul Quran mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 bagi Tahun 2022.\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan menduduki peperiksaan ini serta maklumat penting yang berkaitan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Darul Quran?\n\n \nApakah Sijil Tahfiz Malaysia (STM)?\n\n \nKelebihan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nYuran Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2022 (Siri 2)\n\n \nJadual Peperiksaan\n\n \nSemakan Keputusan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Darul Quran?\nDarul Quran adalah sebuah institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\nApakah Sijil Tahfiz Malaysia (STM)?\nSTM ini adalah untuk para hafiz/hafizah yang SUDAH KHATAM hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan ingin memiliki Sijil Tahfiz yang diiktiraf kerajaan. \nJAKIM telah memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pada tahun 2011.\nPemberian sijil ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 20 juzuk al-Quran.\n\n\n\n\n\n\nProgram ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.\nKelebihan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)\n\nMendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.\nMendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.\n\nSyarat Permohonan\n\nWarganegara Malaysia\nBerumur 17 tahun dan ke atas\nTelah menghafaz 30 juzuk al-Quran\nMengemukakan surat pengesahan rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi\u2019\n\nYuran Permohonan\nRM150 setiap permohonan\nTarikh Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2022 (Siri 2)\nPERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA SIRI 2 TAHUN 2022\nDarul Quran mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz_Malaysia (STM) Siri 2 bagi tahun 2022.\nTarikh akhir menghantar borang permohonan STM: 30 Ogos 2022\nJadual Peperiksaan\nJADUAL PERGERAKAN\u00a0SIJIL TAHFIZ MALAYSIA Siri 2 Tahun 2022\nBILPERKARATARIKH1.Iklan STM Siri 2 Tahun 20227\u00a0Jun\u00a020222.Tarikh Akhir Hantar Borang Permohonan STM30 Ogos 20223.Tarikh Semak Kelayakan Menduduki Peperiksaan (melalui\u00a0website)15 September 20224.*Tarikh Peperiksaan4 Oktober 20225.*Tarikh Semak Keputusan (Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran)30\u00a0November 2022\nSemakan Keputusan\nKlik pautan:\nhttps://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=680\nCalon-calon yang berjaya boleh mengambil sijil STM di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu bermula 16 Disember 2022 (tertakluk kepada pindaan).\nSebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia STM di talian 012-2431803 (Ust. Zahrina binti Haron).\n\nMaklumat Lanjut\nhttps://www.darulquran.gov.my\nDarul Quran JAKIMJalan Hamzah, Ampang Pecah,44000 Kuala Kubu BharuSelangor Darul Ehsan\n+603-60635333+603-60645497[email\u00a0protected]3.5419254,101.6645984\nMaklumat lanjut, sila muat turun dokumen di bawah.\nMaklumat Umum STM.pdf \nMaklumat-Umum-STMDownload\nBorang Permohonan STM 2022.pdf\nBorang-Permohonan-STM-2022Download\nKaedah Penilaian STM.pdf\nKaedah-Penilaian-STMDownload\nSebarang pertanyaan berkenaan STM, boleh diajukan kepada urus setia (Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat) melalui talian\u00a003-60635458 / 03-60635476 / 03-60635450 / 03-60635457\u00a0pada waktu pejabat.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/indah-water-online/", "title": "IWK Online: Semakan & Cara Bayaran E-bill Indah Water Konsortium", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPihak Indah Water Konsortium (IWK) telah mewujudkan kemudahan E-bill bagi memudahkan pengguna membuat semakan dan membayar bil IWK secara dalam talian. \nDengan kemudahan ini, pengguna IWK tidak lagi perlu bersusuah payah untuk pergi ke cawangan IWK berdekatan untuk membuat pembayaran di kaunter. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Indah Water Konsortium\n\n \nSemakan E-bill IWK\n\n \nSemakan melalui portal E-bill IWK\n\n \nSemakan melalui aplikasi Android\n\n \nSemakan melalui aplikasi iOS\n\n \nBayaran E-bill Indah Water (IWK)\n\n \nBayaran melalu portal Pay-bill IWK\n\n \nBayaran melalui aplikasi IWK di Android\n\n \nBayaran melalui aplikasi IWK di iOS\n\n \nBayaran melalui Perbankan Internet (JomPAY)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Indah Water Konsortium\nIndah Water Konsortium Sdn. Bhd. (dikenali sebagai Indah Water atau IWK) adalah syarikat air buangan dan sanitasi nasional Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nIWK adalah syarikat milik kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang memiliki tugas membangunkan dan memelihara sistem pembentungan yang moden dan efisien untuk kawasan Malaysia Barat.\nOperasi dan pengurusannya disusun dengan baik mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.\nSemakan E-bill IWK\n\nTerdapat 3 kaedah untuk menyemak jumlah bil yang perlu dibayar kepada pihak IWK:\nPortal E-bill IWKAplikasi IWK di AndroidAplikasi IWK di iOS\nSemakan melalui portal E-bill IWK\nUntuk menyemak bil Indah Water melalui portal IWK, ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari portal E_bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/e-billSekiranya belum pernah mendaftar, daftar akaun baru dengan mengklik pautan \u201cRegister Now!\u201dMasukkan butiran-butiran yang dikehendaki:Sewage Account NoEmail AddressFull Name / Company NameIC / Passport No.Contact NumberVerification CodeTandakan pada kota persetujuan dengan terma dan syaratKlik pada butang RegisterSetelah log masuk ke akaun anda, anda boleh melihat bil IWK yang perlu dibayar\nSemakan melalui aplikasi Android\nMuat turun aplikasi Indah Water dari Google PlayLog masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.Pada bahagian menu, klik pada \u201cManage eBill\u201d untuk melihat bil IWK anda \n Semakan melalui aplikasi iOS\nMuat turun aplikasi Indah Water dari App StoreLog masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.Pada bahagian menu, klik pada \u201cManage eBill\u201d untuk melihat bil IWK anda \nBaca juga: Portal myTNB: Semak dan Bayar Bil TNB Secara Online\nBayaran E-bill Indah Water (IWK)\nSecara umumnya terdapat beberapa cara unuk ada membayar bil Indah Water secara dalam talian\n\nPortal Pay-Bill IWKAplikasi IWK di AndroidAplikasi IWK di iOSPerbankan Internet (JomPAY)\nBayaran melalu portal Pay-bill IWK\nLayari halaman Pay-Bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/pay-billMasukkan No Akaun IWK andaKlik pada butang Check Akaun BalanceLakukan pembayaran secara dalam talian menggunakan salah satu kaedah pembayaran yang disediakanHarap maklum bahawa amaun transaksi minima adalah RM1.00.\nBayaran melalui aplikasi IWK di Android\nMuat turun aplikasi Indah Water dari Google PlayLog masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.Pada bahagian menu, klik pada \u201cPay Bill\u201d\nBayaran melalui aplikasi IWK di iOS\nMuat turun aplikasi Indah Water dari App StoreLog masuk ke akaun IWK anda. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar baru.Pada bahagian menu, klik pada \u201cPay Bil\u201d\nBayaran melalui Perbankan Internet (JomPAY) \nLog masuk akaun bank pilihan anda seperti biasa (CIMB, Maybank, BSN, Bank Islam dll)Pilih Menu Pay & Transfer atau Pay Bills (bergantung pada menu bank masing-masing)PIlih JomPAYPada bahagian Biller, masukkan Biller Code: 68502Bagi Maybank dan BSN, ada boleh pilih Indah Water Konsortium dari senarai PayeeRef 1: Masukkan Nombor Akaun Pembentungan IWK Ref 2:: Masukkan no telefon atau alamat emel andaMasukkan jumlah amaun yang ingin dibayarRequest TACMasukkkan TAC dan lengkapkan pembayaran\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi IWK melalui saluran berikut:\nLaman web: https://iwk.com.my/home#Alamat : No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.Telefon : +603 2780 1100Faks : +603 2780 1101Facebook : https://www.facebook.com/IndahWaterKonsortium/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-bantuan-insentif-biz-man/", "title": "Permohonan Bantuan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Insentif Biz Man Untuk Usahawan Lelaki dan OKU ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Insentif Biz Man untuk usahawan lelaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.\nInsentif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Perak ini disediakan kepada usahawan lelaki dan OKU melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.\nBantuan ini diwujudkan bagi \u00a0membantu usahawan lelaki dan OKU untuk memajukan perniagaan mereka menerusi bantuan peralatan yang disediakan.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Pendaftaran Skim Latihan Modular Pacuan Industri Perak, Elaun RM500\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar Bantuan Insentif Biz Man\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nNota Penting\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, tarikh tutup permohonan secara atas talian adalah sebelum 20 April 2022.\nKadar Bantuan Insentif Biz Man\nUsahawan yang layak bakal menerima bantuan sebanyak RM 3,000.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:\nUsahawan mesetilah Lelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki/OKU.Berumur 18 ke atasUsahawan telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan separuh masaUsahawan telah menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.Usahawan telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan.\n\nCara Memohon\nUsahawan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu\u00a0https://forms.gle/mwyTfbYZrhRnRjJMA.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon.Kad pengenalan pemohon.Salinan SSM (jika ada).Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi.3 Salinan sebut harga peralatan yang hendak dibeli.Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian.Surat Akuan Penghulu.\nNota Penting \n1. Permohonan yang tidak lengkap akan dianggap tidak berjaya.2. Pembekalan barangan/peralatan tidak semestinya mengikut spesifikasi barangan yang dimohon.3. Jika tiada sebarang maklum balas dalam tempoh 2 minggu dari tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.4. Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamat5. Semua Salinan Perlu Diakui Sah sebelum di muat naik oleh Penghulu / ADUN / Pegawai Kerajaan Gred 41 keatas.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biz Man, sila hubungi pihak Wanita Perak di talian dan email berikut berikut iaitu 05-5269829/[email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-kesihatan-wanita-selangor-skws-mammosel/", "title": "Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) untuk wanita yang berkelayakan.\nApakah tujuan dan kelebihan skim ini?\nJom ketahui lebih lanjut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan kim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)\n\n \nSenarai Hospital Panel\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)\nKerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.\nAtas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utamanya adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.\nAntara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor ialah \u20181 Juta Wanita Selangor Sihat\u2019 dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. \nProgram ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nWanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas;\u00a0DANPengundi berdaftar di Negeri Selangor;\u00a0DANLahir dan sedang menetap di Negeri Selangor;\u00a0ATAUBermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0*Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0**Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:Ahli Parlimen SelangorADUN SelangorAhli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggalPenghulu/Ketua KampungPengerusi Taman Perumahan/Ketua BlokKetua Komuniti/Nazir MasjidSemua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahuluPemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalani apabila peserta mendapatkan rekomendasi oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja\n\nBaca juga: i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kasih Suri Keluarga Malaysia RM480\nCara Permohonan kim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)\nBerikut dikongsikan cara permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) secara online untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara PERCUMA .\n1) Permohonan SKWS hanya diterima secara atas talian (online) sahaja.\n2) Setelah selesai mendaftar, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan ke pejabat YAWAS atau secara emel di [email\u00a0protected]\n3) Dokumen sokongan yang perlu dihantar ialah:\nSalinan Kad Pengenalan pemohonBorang permohonan online(jika bukan kelahiran Negeri Selangor PERLU dapatkan pengesahan mastautin)Salinan semakan daftar pemilih (SPR) pemohon\n\n\nBaca juga: BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori\nSenarai Hospital Panel\nDi manakah mammogram akan dilakukan?\nMammogram boleh dilakukan di hospital panel di bawah YAWAS berdekatan tempat anda:\n1. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (KLANG)\n2. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (CHERAS)\n3. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (PUCHONG)\n4. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (SETAPAK)\n5. KPJ KLANG SPECIALIST HOSPITAL\n6. KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL (SHAH ALAM)\n7. MAKNA\n8. BEACON HOSPITAL SDN BHD\n9. AURELIUS HOSPITAL NILAI\n10. SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL (KLANG)\n11. KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE (KPMC)\nMaklumat Lanjut\nNak tahu lebih lanjut? Boleh klik link yang tertera di bawah ini\nhttps://skw.yawas.my/web/\nATAU\nSila hubungi saluran berikut:\nTelefon :\u00a003 5481 8839 / 03 5481 8835E-mel : pendaftaranskws@adminAlamat:Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.\nBaca juga: Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sip-gig-perkeso-2022/", "title": "SIP GIG PERKESO 2022: Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAKLUMAN: Program SIP GIG kini telah dibuka mulai 17 Januari 2022. \nInsentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.\nJom ketahui lebih lanjut tentang program ini untuk membuat permohonan anda sekarang!\n\nBaca juga: MyFutureJobs: Cara Daftar & Login \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SIP GIG PERKESO?\n\n \nIndividu Yang Layak Memohon\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan SIP GIG PERKESO\n\n \nSyarat Untuk Menerima Insentif PERKESO GIG\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SIP GIG PERKESO?\nSIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.\nObjektif:\nMemberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendekMenggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.\n\nIndividu Yang Layak Memohon\nIndividu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain \u2013 lain.Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.\n*Individu yang TIDAK LAYAK:\nIndividu yang aktif bekerja.Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.\nTarikh Permohonan\nPermohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my.\nTarikh akhir bagi permohonan insentif Program SIP Gig adalah pada 30 Jun 2022.\nCara Permohonan SIP GIG PERKESO\nMuat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.myLayari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahajaBuat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.mySekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.\nRujuk dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:\n\nBaca juga: eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Mulai April 2022\nSyarat Untuk Menerima Insentif PERKESO GIG\nMenghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my\nFAQ-SIP-GigDownload\nIndividu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut dihttps://eaduansip.perkeso.gov.my.\nApakah yang perlu dilakukan oleh Orang Bekerja Sendiri sekiranya mereka ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh menerima insentif ini? Individu yang ditawarkan pekerjaan sepenuh masa perlu melaporkan status pekerjaan mereka kepadaPERKESO dalam tempoh 48 jam menerusi Aplikasi PERKESO Prihatin (SIP Gig) bagi menamatkan pembayaran insentif seterusnya.Individu yang gagal melaporkan akan diarahkan untuk membayar semula jumlah bayaran yang telahditerima kepada PERKESO. Apakah dokumen wajib yang diperlukan oleh Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk pengesahan di Aplikasi PERKESO Prihatin? Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).Senarai surat atau dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:Pencarum PERKESO yang diberikan notis cutitanpa gaji atau yang diberhentikan kerjaBukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu.Pencari kerja daripada golongan terjejas yangberdaftar dengan agensi di bawah kerajaanPencari kerja daripada golongan rentan (Tidakberdaftar dengan agensi di bawah kerajaan)Suri rumah yang tidak bekerjasekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isirumah kurang RM2,208 selaras dengan hadPendapatan Garis Kemiskinan (PGK)Graduan yang menganggur melebihi 60 hariBukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yangberdaftar dengan kerajaan (Contoh: Kad OKU daripadaJabatan Kebajikan Masyarakat)Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumahyang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas).Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh InstitusiPengajian Tinggi (IPT) \n"]} {"url": "https://ecentral.my/petua-hilangkan-batuk/", "title": "Mudah & Berkesan! Ini 20 Petua Hilangkan Batuk Di Rumah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda petua hilangkan batuk dengan bahan semula jadi adalah cara yang terbaik untuk melegakan batuk dan sakit tekak di rumah?\nArtikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda berkenaan dengan petua hilangkan batuk di rumah dengan mudah dan berkesan. \nBaca juga: Cara Hilangkan Sakit Kepala\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Madu asli\n\n \n2. Teh herba\n\n \n3. Air putih\n\n \n4. Urutan dada\n\n \n5. Bawang putih\n\n \n6. Cuka epal\n\n \n7. Berhenti merokok\n\n \n8. Istirahat yang cukup\n\n \n9. Kunyit\n\n \n10. Ubat batuk lozenge\n\n \n11. Wap air panas\n\n \n12. Air purifier dalam rumah\n\n \n13. Air garam\n\n \n14. Nasal spray\n\n \n15. Akar manis (Liquorice root)\n\n \n16. Daun pudina\n\n \n17. Minyak aromaterapi\n\n \n18. Yogurt\n\n \n19. Bunga cengkih\n\n \n20. Asam jawa\n\n \nBila perlu berjumpa dengan doktor?\n\n\n1. Madu asli\n\nMadu adalah salah satu cara semula jadi yang popular untuk merawat batuk. \nKajian menunjukkan bahawa madu boleh mengurangkan batuk dan meningkatkan\u00a0kualiti tidur, terutamanya pada kanak-kanak yang mengalami batuk.\nMadu mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan iritasi serta mempercepatkan proses penyembuhan. \nUntuk menggunakannya, campurkan satu sudu makan madu dengan air suam dan minum sebelum tidur.\n2. Teh herba\n\nTeh herba adalah minuman yang baik untuk melegakan batuk. Teh seperti chamomile, peppermint, dan licorice mempunyai sifat anti-radang yang membantu meredakan batuk dan iritasi.\nBukan itu sahaja, ia juga boleh membantu melegakan\u00a0sakit tekak\u00a0dan menyediakan kelegaan dari batuk kering. Minumlah beberapa cawan teh herba sepanjang hari untuk hasil yang terbaik.\n3. Air putih\n\nMemastikan air cukup dalam badan adalah penting untuk menjaga sistem imun yang kuat dan mengurangkan batuk.\nAir membantu membersihkan\u00a0toksin dari badan\u00a0dan melarutkan lendir, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan melalui batuk. \nMinumlah sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk menjaga badan dari terhidrasi.\n4. Urutan dada\nUrut dada dengan minyak esensial seperti eucalyptus atau minyak kayu putih boleh membantu meredakan batuk dan memudahkan pernafasan.\n\n\n\n\n\n\nMinyak esensial mengandungi sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan iritasi dan melonggarkan lendir.\n5. Bawang putih\nBawang putih\u00a0adalah ramuan semulajadi yang tinggi dengan sifat anti-bakteria dan anti-virus. \nMakan bawang putih secara teratur dapat membantu meningkatkan sistem imun dan melawan jangkitan yang menyebabkan batuk.\nAnda boleh menambahkan bawang putih dalam makanan atau mengambil suplemen bawang putih untuk mendapatkan manfaatnya.\n6. Cuka epal\n\nCuka epal adalah bahan di rumah yang popular untuk batuk dan sakit tekak. Ia mengandungi asid asetik yang membantu membunuh bakteria dan melonggarkan lendir.\nCampurkan satu sudu makan cuka epal dengan air suam dan minum untuk melegakan batuk dan iritasi tekak.\n7. Berhenti merokok\nMerokok adalah penyebab utama\u00a0batuk kronik\u00a0dan penyakit pernafasan. \nBerhenti merokok dapat membantu mengurangkan batuk dan memperbaiki kualiti hidup secara keseluruhan.\nJika anda kesulitan berhenti merokok, pertimbangkan untuk mencari bantuan profesional atau bergabung dengan program berhenti merokok yang ada.\n8. Istirahat yang cukup\n\nMendapatkan istirahat yang cukup adalah penting untuk proses penyembuhan dan memulihkan sistem imun. Usahakan tidur yang berkualiti dan cukup, sekitar 7-9 jam setiap malam.\nJika batuk mengganggu tidur anda, cubalah menggunakan bantal tambahan untuk meninggikan kepala dan mengurangi tekanan pada saluran pernafasan\n9. Kunyit\nPetua hilangkan batuk yang seterusnya adalah kunyit. Untuk pengetahuan anda, kunyit adalah rempah yang kaya dengan kurkumin, bahan aktif yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan.\nMenggunakan kunyit dapat membantu mengurangkan batuk dan iritasi pada saluran pernafasan.\nCampurkan sedikit kunyit dengan madu atau susu panas untuk menghasilkan minuman yang menyegarkan dan melegakan batuk.\n10. Ubat batuk lozenge\n\nLozenge adalah cara yang mudah dan mudah untuk meredakan batuk. Ubat jenis ini mengandungi bahan-bahan seperti mentol atau eucalyptus yang membantu melegakan tekak yang sakit dan meredakan batuk.\nPilih lozenge yang mengandungi bahan semulajadi dan pastikan juga ikut segala arahan penggunaan yang diberikan.\n11. Wap air panas\nMenghirup wap adalah salah satu petua hilangkan batuk dengan memberi kelegaan dan memudahkan pernafasan. \nWap air panas membantu melonggarkan lendir dalam saluran pernafasan, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan.\nAnda boleh menggunakan alat pengukus atau mengambil mandian air panas untuk mendapatkan manfaat wap tersebut.\n12. Air purifier dalam rumah\n\nMenggunakan pelembap udara di dalam rumah dapat membantu melegakan batuk kering dan iritasi pada saluran pernafasan.\nPelembap udara menjaga kelembapan di udara, yang dapat membantu melonggarkan lendir dan memudahkan pernafasan. \nPastikan untuk membersihkan pelembap udara secara teratur untuk menghindari pertumbuhan bakteria dan kulat.\n13. Air garam\nPetua hilangkan batuk yang seterusnya adalah dengan menggunakan air garam. Ia dikatakan mampu untuk melegakan masalah sakit tekak dan batuk di rumah. \nCara penyediaan larutan air garam ni mengikut The Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study (ELVIS):\n\nMasak air terlebih dulu.\nMasukkan dalam satu cawan dan campurkan dengan 1 sudu teh garam, ke dalam air yang sudah dimasak. Kemudian larutkannya dan biarkan ia sejuk.\nRasa dulu. Jika terlalu masin, anda boleh tambahkan air lagi.\nKumur-kumurkan air garam ini sebanyak 3 kali sehari untuk bantu legakan rasa tidak selesa pada tekak. \n\n14. Nasal spray\n\nAlat semburan hidung atau nasal spray yang terdapat di farmasi atau kedai-kedai ubat berdekatan bermanfaat dalam melegakan alahan hidung, resdung dan hidung tersumbat disebabkan cecair atau hingus. \nBatuk yang disebabkan oleh virus atau jangkitan kuman boleh mendatangkan sekali masalah demam dan selsema secara serantak. \nOleh itu, alat ini serba sedikit dapat membantu anda dalam menangani masalah tersebut. \n15. Akar manis (Liquorice root)\nPokok akar manis atau liquorice sebenarnya digunakan dalam sesetengah minuman ringan untuk menambah rasa manis ketika diminum.\nMenurut satu kajian yang dijalankan mengenai Glycyrrhiza glabra (Liquorice)-a potent medicinal herb\u00a0pada tahun 2014, melaporkan bahawa pokok ini mampu untuk mencairkan kahak dan membantu memulihkan masalah batuk.\n16. Daun pudina\n\nSejak dulu lagi, duan pudina telah banyak digunakan oleh masyarakat Eropah untuk menjadi penawar kepada penyakit batuk. \nIa kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan iaitu vitamin A, B2 dan C. Terdapat juga khasiat lain yang menarik dalam mineral seperti besi, kalsium, kalium dan mangan.\nCampurkan sahaja daun ini ke dalam minuman panas tanpa gula seperti teh untuk hilangkan sakit tekak dan mengurangkan kahak.\n17. Minyak aromaterapi\nEssential oil atau lebih dikenali sebagai minyak aromaterapi oleh kebanyakkan orang dihasilkan daripada tanaman dan minyak tumbuh-tumbuhan yang berbau harum. \nSelain manfaat minyak ini banyak digunakan dalam meningkatkan kesihatan mental seseorang, ia juga sesuai untuk dijadikan petua hilangkan batuk. \n18. Yogurt\nBakteria baik seperti Laktobasilus\u00a0yang terkandung dalam yugort sangat bagus dalam membantu sistem penghadaman dan masalah batuk.\n19. Bunga cengkih\n\nBunga cengkih sangat terkenal sebagai bahan rempah ratus yang digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. \nRempah yang berasal dari Pulau Moluku ini bahkan amat penting dan digunakan secara meluas dalam dunia perubatan tradisional. \nAntara khasiat bunga cengkih yang diyakini adalah seperti vitamin A, vitamin E, mineral, eugenol dan antioksidan.\nMengikut tradisi lama, orang menggunakan wap air dari rebusan bunga cengkih ini bagi membantu mengurangkan keradangan dan membantu melegakan simptom batuk, bronkitis, selsema serta asma.\n20. Asam jawa\nAsam jawa mempunyai sifat anti-histamin yang membantu dalam merawat masalah selsema, batuk, dan alahan asma. \nIa turut mengandungi Vitamin C yang juga membantu meningkatkan sistem imun untuk membantu mencegah selsema dan penyakit-penyakit lain yang mudah berjangkit kepada tubuh manusia. \nBila perlu berjumpa dengan doktor?\n\nJika batuk anda berlarutan atau bertambah teruk, atau jika anda mengalami demam tinggi, sesak nafas, atau kesulitan menelan, segera hubungi doktor.\nDalam beberapa kes, batuk yang berterusan mungkin menandakan masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan lebih teliti.\nIngatlah bahawa walaupun petua hilangkan batuk secara semulajadi ini berkesan, namun tentu tidak semuanya menjadi pengganti rawatan perubatan tradisional.\nOleh itu, sebelum menggunakan sebarang cara semulajadi yang disebutkan di atas, pastikan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu, terutama jika anda sedang mengambil ubat lain atau mengidap penyakit tertentu.\nDoktor anda akan dapat menilai keadaan anda dan menyarankan rawatan yang paling sesuai dan selamat.\nDiharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai petua hilangkan batuk dengan bahan semula jadi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama. \nRujukan:\n\nArtikel asal diterbitkan di Mysihat\nHome Remedies for a Dry Cough. Very Well Health\nHome Remedies to Stop a Bad Cough. Everyday Health\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-ucapan-hari-lahir/", "title": "Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Keluarga dan Sahabat Tercinta", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHAPPY BIRTHDAY! INI CONTOH UCAPAN HARI LAHIR UNTUK KELUARGA & SAHABAT\nBoleh dikatakan hampir setiap bulan pasti ada di kalangan keluarga, serta rakan terdekat yang meraikan Hari Lahir. Sempena hari istimewa buat mereka, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Lahir atau Sanah Helwah buat yang menyambut Hari Kelahiran.\nDengan adanya aplikasi komunikasi di hujung jari seperti Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan sebagainya, ia sememangnya memudahkan kita untuk menyampaikan ucapan hari lahir.\nSelain mengucapkan terus, ucapan hari lahir juga sering digunakan sebagai caption di Instagram, Facebook serta status Whatsapp. Setahun sekalilah katakan!\nJom kita lihat beberapa ucapan Hari Lahir menarik yang anda boleh nukilkan di media sosial atau kad ucapan!\nBaca Juga : Contoh Ucapan Hari Bapa Buat Ayahanda Tersayang\n\n\n\n\n\n\nSumber gambar: StockPhoto\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nContoh Ucapan Hari Lahir atau Hari Jadi Yang Simple Tapi Menarik\n\n \nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu\n\n \nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah\n\n \nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Anak\n\n \nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Pasangan\n\n\nContoh Ucapan Hari Lahir atau Hari Jadi Yang Simple Tapi Menarik\nTiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.\nSanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.\nHappy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu\nSelamat Hari Lahir. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan. Aamiin Ya Rabbal\u2019alamiin\nHappy Birthday! Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta. Amin.\nBarakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.\nSelamat Ulang Tahun Kelahiran. Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu.\nSelamat Hari Lahir Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin\nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu\n\nSelamat Hari Lahir Mak\u2026Terima Kasih kerana sentiasa sabar dengan karenah kami. Sungguh besar jasa dan pengorbanan Mak dalam membesarkan kami. Moga Allah ganjarkan syurga buat Mak.\nSelamat Hari Lahir Ibu. Terima kasih atas kehidupan yang diberikan kepada anakmu ini. Semoga Allah balas segala budi baik Ibu dan kurniakan mak syurga tertinggi. Aminn\nSelamat Hari Lahir buat Bonda yang dicintai. Tiada apa yang dapat menggantikan tempat Bonda dalam hati anakanda. Semoga Allah merahmati Bonda selamanya dan dikurniakan rahmat di sisi-Nya. Aminn \u00a0\nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah\n\nHappy Birthday Abah!!! Semoga setiap titis keringatmu dalam membesarkan kami diganjari pahala yang berterusan oleh Allah. Terima kasih atas segala didikanmu dalam membesarkan kami. Saya Sayang Abah.\nSelamat Hari Lahir Ayah, terima kasih atas segala pengorbanan dan kudrat yang dicurahkan untuk membesarkan kami. Semoga Allah memberkati usia Ayah dan sentiasa berikan Ayah kesihatan yang baik.\nSemoga ucapan Hari Lahir yang anda sampaikan dapat menyerikan lagi Hari Ulangtahun keluarga atau kenalan yang menyambutnya.\nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Anak\n\nSelamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.\nSanah Helwah anakku! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang.\nSelamat Hari Lahir buat anakku yang tersayang. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah\nHappy Birthday puteriku! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu dan dikurniakan keberkatan dalam gandaan umur yang diberi Allah.\nKoleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Pasangan\nSelamat Hari Lahir buat isteriku yang tercinta! Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah serta lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya. Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..\nHappy Birthday My Hubby! Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya, dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang Abang telah berikan selama ini. Semoga dimakbulkan segala doa abang. I Love You!\nSemoga koleksi ucapan Hari Lahir ini dapat menyerikan lagi sambutan ulangtahun rakan dan keluarga yang tersayang.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-scaling-gigi/", "title": "Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2022 Serta Kepentingannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2022 Serta Kepentingannya ~ Untuk elakkan masalah gigi terutamanya apabila usia semakin lanjut, penjagaan kesihatan gigi perlulah diutamakan. \nAntara cara terbaik untuk menjaga kesihatan gigi ialah dengan melakukan rawatan scaling atau cuci gigi secara berkala di klinik gigi. \nApa kepentingan scaling gigi dan apakah beza rawatan di klinik kerajaan dan swasta ? Untuk ketahuinya, teruskan membaca ! \n\nBaca Juga : Harga Braces Di Klinik Gigi Swasta & Kerajaan (2022)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Scaling?\n\n \nKepentingan Scaling Untuk Kesihatan Gigi\n\n \nHarga Scaling Gigi di Klinik Kerajaan\n\n \nKos Scaling Gigi di Klinik Swasta\n\n \nContoh Harga Scaling di Klinik Swasta\n\n\nApa Itu Scaling?\nSebelum anda ingin lakukan scaling di klinik gigi, anda perlulah faham bahawa prosedur ini bukanlah untuk memutihkan gigi.\nSebaliknya, scaling dilakukan untuk bersihkan permukaan gigi serta gusi daripada kotoran dan karang gigi.\nKotoran atau kekuningan (stain) pada gigi boleh berlaku atas pelbagai faktor seperti merokok dan pengambilan minuman tertentu seperti kopi dan teh.\u00a0\n\nKarang gigi pula terbentuk apabila plak (tahi gigi) melekat dan mengeras pada permukaan dan celah gigi.\nBerus gigi dan flos gigi boleh membantu untuk kurangkan pembentukan karang gigi namun ia masih boleh terhasil.\n\n\n\n\n\n\nDalam prosedur scaling, doktor akan menggunakan alat skaler khas untuk mencuci celah gigi gigi, permukaan gigi serta bahagian gusi dengan teliti.\nOleh sebab itulah anda perlu jumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan.\nKepentingan Scaling Untuk Kesihatan Gigi\nScaling gigi sebenarnya sangat penting untuk memastikan kesihatan gigi terjaga. Antara kepentingannya adalah :\nMengelakkan Masalah Mulut Berbau\nKarang gigi merupakan salah satu punca utama mulut berbau (halitosis).\nMenggosok gigi sememangnya dapat kurangkan mulut berbau. Namun, masalah bau mulut akan lebih berkurangan jika anda lakukan scaling secara berkala.\n\nMenjimatkan Duit\nKenapa scaling gigi menjimatkan duit sedangkan prosedurnya juga bukan percuma ? \nKalau anda nak tahu, sebenanrya banyak penyakit gigi yang boleh dicegah melalui rawatan scaling.\nAntaranya masalah kesihatan gigi yang boleh\u00a0 dielakkan adalah gigi berlubang, jangkitan gusi dan rawatan akar. \nKesemua rawatan ini boleh memakan kos sehingga beratus ringgit!\n Di samping itu, rawatan scaling gigi pun tidaklah mahal. Harga bagi rawatan scaling akan kita kongsikan dengan lebih lanjut.\nUntuk Menjamin Kesihatan Gigi Berpanjangan\nJika karang gigi dibiarkan dalam jangka masa panjang, ia boleh membuatkan gigi goyang ! Oleh sebab itulah rawatan scaling penting untuk dilakukan 6 bulan sekali.\n\nHarga Scaling Gigi di Klinik Kerajaan\nKlinik kerajaan juga mampu menawarkan perkhidmatan scaling setanding dengan klinik swasta. Harganya cuma RM 3 (RM 2 caj scaling + RM 1 caj pendaftaran) \u00a0untuk setiap kali rawatan.\n\nCuma untuk klinik kerajaan, mungkin anda perlu beratur lebih lama kerana pesakit yang ramai.\n Kalau nak jimat masa menunggu, anda boleh datang pada sebelah pagi. Confirm datang terus masuk !\n Selain klinik kesihatan, dekat klinik gigi UTC pun ada buat scaling tau !\nKos Scaling Gigi di Klinik Swasta\nKlinik swasta pula ada kelebihannya tersendiri contohnya waktu operasi yang lebih panjang berbanding klinik gigi yang dibuk mengikut waktu operasi perkhidmatan kerajaan.\nKlinik swasta juga mungkin kehadirannya tidak seramai klinik kerajaan. Lokasinya juga lebih banyak berbanding klinik kerajaan.\nContoh Harga Scaling di Klinik Swasta\nNamun harga rawatan scaling di klinik swasta adalah jauh lebih mahal berbanding di klinik kerajaan iaitu sekitar RM 90 hingga RM 200 bergantung kepada klinik.\nAntara contoh harga scaling yang ditawarkan di klinik gigi sekitar Lembah Klang adalah seperti berikut :\nKlinik Pergigian Rohaya\nHarga Rawatan Scaling : RM 80 \u2013 RM 180\nLokasi : \u00a01) No. 18-2,Jalan 14/48A, Off Jalan Sentul, Sentul Raya, 51100 Kuala Lumpur\n2) No. 27, Tingkat 2, Jalan Cecawi PSB 6/19A, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor\nLaman Web : https://www.klinikpergigianrohaya.com/\nKlinik Pergigian Dr Feeliz\nHarga Rawatan Scaling : RM 90 \u2013 RM 200\nLokasi :\nNo. 26A, Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, SelangorNo 45, Jalan Budiman 26,Taman Mulia, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur36-1, Jalan TTDI Grove 1/2, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang\nLaman Web : https://drfeeliz.com/\nTak kiralah anda memilih untuk dapatkan rawatan di klinik kerajaan mahupun swasta, yang penting anda perlulah lakukan pemeriksaan gigi 6 bulan sekali untuk kekalkan kesihatan gigi.\nSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mula amalkan penjagaan gigi yang sihat ! \u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-sijil-institut-pertanian-malaysia/", "title": "Permohonan Kemasukan Ke Program Sijil Pertanian Malaysia 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJabatan Pertanian menyediakan Program Sijil Pertanian untuk belia secara percuma!\nJom ketahui lebih lanjut tentang program ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Sijil Pertanian Malaysia?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTempoh & Kurikulum Program Sijil Pertanian Malaysia\n\n \nLokasi Program Sijil Pertanian Malaysia\n\n \nTarikh Kemasukan & Semakan Temuduga\n\n \nMuat Turun Borang Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Program Sijil Pertanian Malaysia\n\n\nApakah Program Sijil Pertanian Malaysia?\nProgram ini ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. \nInstitut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. \nIni adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.\nSyarat Kelayakan\n\nTempoh & Kurikulum Program Sijil Pertanian Malaysia\nProgram ini dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. \n\n\n\n\n\n\nKurikulum program ini dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.\nBaca juga: Cara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tanpa Lantik Lawyer, Kos Kecil Saja\nLokasi Program Sijil Pertanian Malaysia\nProgram Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.\nInstitut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.\nSemua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan. \nManakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.\nTarikh Kemasukan & Semakan Temuduga\nPERMOHONAN ke IPSM\u00a0boleh dibuat mulai\u00a01 \u2013 30 Jun 2022\nSEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA IPSM\u00a0boleh dibuat mulai\u00a011 Julai 2022\nSESI TEMUDUGA IPSM\u00a0pada\u00a025 \u2013 29 Julai 2022\nSEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA\u00a0boleh dibuat mulai\u00a015 Ogos 2022\nPENGESAHAN TERIMA / TOLAK TAWARAN KEMASUKAN\u00a0ke IPSM boleh dibuat mulai\u00a015 Ogos 2022\nKEMASUKAN ke IPSM\u00a0adalah pada\u00a025 September 2022 (Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH), Johor)\u00a0dan\u00a026 September 2022 (Institut Pertanian Titi Gantong (IPTG), Perak)\nSEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA\u00a0dan\u00a0TAWARAN KEMASUKAN ke IPSM\u00a0adalah secara\u00a0ONLINE.\u00a0Tiada sebarang surat menyurat akan dihantar kepada pemohon.\n*Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada keadaan semasa.\n\nMaklumat Lanjut mengenai Institut Pertanian, sila layari\u00a0Portal Rasmi Jabatan Pertanian\nApa tunggu lagi? Jom Masuk Institut Pertanian.\nMuat Turun Borang Permohonan\nBorang Permohonan : http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/\nMaklumat Lanjut Program Sijil Pertanian Malaysia\nSebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi\u00a003-8870 3035 / 3271 / 3265 / 3228 / 3238\u00a0atau emel\u00a0[email\u00a0protected]\nSumber : http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/\nBaca juga: Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP 2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/shopeefood-malaysia/", "title": "Cara Order Shopee Food & Dapatkan Tawaran Diskaun Hebat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk semua foodie, ShopeeFood Day kini kembali lagi dengan pelbagai tawaran diskaun dan promosi hebat! Bermula 12 hingga 14 Jun 2022, anda juga berpeluang untuk menangi hadiah menarik bernilai sehingga RM 10,000! \nAntara hadiah yang menanti pemenang bertuah adalah MMX Cordless Vacuum Cleaner, MMX Rotisserie Oven, MMX Hand Blender & Food Processor serta baucer ShopeeFood. \nGandakan peluang anda untuk menang besar dengan membuat pesanan dari mana-mana restoran Super Deals.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu ShopeeFood?\n\n \nCara Order Shopee Food\n\n \nCara Sertai Pertandingan ShopeeFood Jun 2022\n\n \nCara Dapatkan Penjimatan Berganda\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu ShopeeFood?\nSeperti juga Foodpanda dan Grabfood, kini Shopee telah menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan di kawasan yang terpilih melalui Shopee Food.\nAnda boleh ke ikon ShopeeFood seperti dalam gambar di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\nCara Order Shopee Food\nBuka apps Shopee.Pilih icon SHOPEEFOOD Pilih makanan yang ingin dibeli.Dah selesai pilih tu, jangan lupa CLAIM VOUCHER.(A) food voucher(B) free delivery voucher (Voucher delivery tu sekali klik boleh pakai 10 order)Dah puas hati pilih, CHECK OUT.Buat bayaran macam kita berbelanja di Shopee.Siap! Tunggu SHOPEE hantar makanan ke tempat anda.\nCara Sertai Pertandingan ShopeeFood Jun 2022\nUntuk sertai pertandingan ini, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :\nIkuti akaun Instagram rasmi ShopeeFood di shopeefood_myBuat pembelian bernilai RM 25 ke atas sehingga 14 Jun 2022.Like dan komen ID pesanan anda pada hantaran Instagram di pautan ini.Pemenang bertuah akan diumumkan pada 30 Jun 2022.\nPelanggan juga berpeluang untuk nikmati pelbagai diskaun serta penjimatan berbaloi sempena ShopeeFood Day. Jom ikuti cara maksimakan penjimatan menerusi hari istimewa ini!\nBaca Juga : Foodpanda Voucher Jun 2022 & Promo Code\n\nCara Dapatkan Penjimatan Berganda\n1. Tebus Baucer Masa Terhad Yang Ditawarkan\nWaktu inilah yang paling sesuai untuk anda belanja rakan dan keluarga makanan dan minuman yang menyelerakan daripada pelbagai restoran seperti Bean Jr, Dao Desserts, dan Lol Soon Kee Desserts.\u00a0 \nJangan lupa untuk tebus baucer diskaun untuk masa terhad sehingga 65% antara 3.00 petang hingga 5.00 petang.\n2. Nikmati Penghantaran Percuma Sepanjang Hari\nWaktu cuaca panas-panas begini, memang sesuai untuk kita nikmati minuman yang menyegarkan dari LiHo Tea, Chatto Tea & Coffee, dan JuiceLab. Jangan lupa dapatkan penghantaran percuma pada ShopeeFood Day nanti!\n3. Dapatkan Lebih Banyak Diskaun Dengan 1 SEN ShopeeFood Saving Pass\nDah lama teringin nak makan sesuatu? Pesanlah dari pelbagai restoran dengan citarasa lokal dan antarabangsa seperti Little KL Food Hall, Salad Atelier, dan Mad Mex Fresh Mexican Grill dengan hanya 1 SEN menerusi ShopeeFood Saving Pass! \nBerbaloi sangat, siap boleh dapat baucer bernilai sehingga RM 232.99!\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai promosi ShopeeFood Day, sila layari pautan ShopeeFood seperti berikut :\nLaman Web : https://shopee.com.my/m/shopeefoodday\nInstagram : @shopeefood_my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkm-tambahan/", "title": "BKM Tambahan Untuk Ibu Bapa Tunggal & Warga Emas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBKM TAMBAHAN & BANTUAN TUNAI TAMBAHAN \nPembayaran Fasa 3 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini dalam proses dikreditkan bagi penerima yang layak.\nTahukah anda, bagi penerima yang lulus, terdapat bayaran tambahan BKM yang telah diperuntukkan.\nBayaran Tambahan BKM ini dikhaskan bagi penerima BKM yang layak, manakala Bantuan Tunai Tambahan (BTT) telah dikreditkan dalam Fasa 2 terdahulu.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?\n\n \nBKM Tambahan BKM Untuk Ibu Tunggal & Warga Emas\n\n \nBilakah Akan Dapat BKM Tambahan?\n\n \nTempoh Permohonan / Kemaskini Maklumat\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nApakah Bantuan Tunai Tambahan (BTT)?\n\n \nMaklumat Lanjut BKM Tambahan & Bantuan Tunai Tambahan (BTT)\n\n\nApakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar yang diumumkan melalui Bajet 2022.\n\n\n\n\n\n\nBantuan ini lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.\nPenyaluran bantuan tunai ini diperuntukkan bagi penerima warga Malaysia dari kategori isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.\n\nBKM Tambahan BKM Untuk Ibu Tunggal & Warga Emas\nBKM Tambahan pula adalah bayaran tambahan yang diperuntukkan bagi penerima BKM yang layak, iaitu bagi kategori isi rumah seperti berikut:\nTambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atauTambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas\n\nKategori Bantuan Pendapatan Bilangan Anak Kelayakan Asas Kelayakan Selepas Kadar Tambahan\n\n*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.\nBilakah Akan Dapat BKM Tambahan?\nPembayaran BKM Tambahan Fasa 2 akan dibuat pada 27 Jun 2022.\nManakala Kadar Tambahan BKM telah dikreditkan dalam Fasa 3 ini.\n\nRujuk : Kadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap Kategori\nBaca juga: Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password\nTempoh Permohonan / Kemaskini Maklumat\nTempoh permohonan Kemas Kini Maklumat Asas bagi penerima BKM 2022 yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM adalah seperti berikut:\nMulai\u00a012 September 2022 sehingga 29 September 2022*.Mulai\u00a010 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022*.\n*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa\nAnda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakanAnda tidak perlu membuat permohonan baharu BKMJika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKMJika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM\nKaedah Pembayaran\nPembayaran BKM dan BKM Tambahan adalah seperti kaedah pembayaran BKM sebelum ini :\nAda akaun bank dan berjaya kreditKredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atauKredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuatAda akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKMTiada akaun bankTuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM\nBaca juga: Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022\nApakah Bantuan Tunai Tambahan (BTT)?\nBantuan Tunai Tambahan (BTT) adalah bayaran tambahan khas yang diperuntukkan untuk penerima BKM.\nJumlah bayaran tambahan ini akan diterima oleh penerima BKM Fasa 2 yang layak adalah seperti berikut:\nJUMLAH BANTUAN TAMBAHAN : \nRM100 untuk golongan isi rumah B40RM50 untuk golongan bujang B40\nTARIKH BAYARAN: \n27 Jun 2022 (bersekali dengan bayaran BKM Fasa 2)\nPerkara ini telah dijelaskan dalam Sidang Media Perdana Menteri bertarikh 22 Jun 2022. \nRujuk infografik:\nKerajaan sediakan bantuan tunai tambahan RM100 kepada isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang melalui BKM bagi B40 \u2013 PM\u00a0@ismailsabri60\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut BKM Tambahan & Bantuan Tunai Tambahan (BTT)\nInfo lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :\nHotline BKK LHDNM\u00a0: 1800 88 2747Hotline BKK MoF\u00a0: 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel :\u00a0[email\u00a0protected]Laman web BKM:\u00a0https://bkm.hasil.gov.my/Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jelajah-aspirasi-keluarga-malaysia-melaka/", "title": "Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Melaka (14-16 Oktober 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMari kita ke Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Melaka pada 14 Oktober hingga 16 Oktober 2022 ini! \nAda banyak program menarik, antaranya kaunter perkhidmatan pelbagai Kementerian dan Agensi terus kepada rakyat. \nTurut diadakan program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Jualan Keluarga Malaysia dan pelbagai gerai usahawan.\n\n\n\n\n\n\n\nPastikan anda yang berada berhampiran Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh, Melaka dapat melapangkan sedikit masa untuk hadir pada:\nTarikh : 14 hingga 16 Oktober 2022 (Jumaat hingga Ahad)Waktu : 9:00 pagi \u2013 9:00 malamLokasi : Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh, Melaka\n\nUntuk maklumat lanjut, sila layari media sosial rasmi Keluarga Malaysia.\nDiskaun Saman Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Melaka\nAda diskaun saman oleh pihak PDRM!\nDapatkan pengurangan bayaran kompaun dan saman sehingga 50% bagi kesalahan terpilih!\nPengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan:\n Saman Kemalangan Saman Lampu Isyarat Merah Saman Menggunakan Lorong Kecemasan Saman Memotong Secara Berbahaya Saman Memotong Di Garisan Berkembar Saman Tidak Boleh Dikompaun (NC) Saman Bicara Mahkamah Saman Melibatkan M/Lori Saman Ubahsuai Ekzos\n** Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak acara** Tertakluk kepada terma & syarat\n\nDaftar awal kehadiran di pautan ini https://bit.ly/JAKMNMELAKA atau imbas kod QR.\nTarikh: 14 \u2013 16 Oktober 2022Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petangTempat: Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka\nJangan lepaskan peluang! Maghi ler datang ghamai-ghamai ber\u2026!\nBaca juga:\nMyBayar Saman: Semakan & Bayaran Saman PDRM OnlineSemakan Status BKM & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bpn-2-0-fasa-2/", "title": "Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai 21 Januari 2021 & Semakan Status", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0 Fasa 2) akan dibuat pada Januari 21 2021 ini.\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).\nBeliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.\nUntuk makluman,\u00a0tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Siaran Media oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Kelulusan Bermula 15 Januari 2021\n\n \nJumlah Bayaran\n\n \nTarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Kelulusan Bermula 15 Januari 2021\nSemakan kelulusan, katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di\u00a0https://bpn.hasil.gov.my.\nSemakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi\u00a0Bantuan Prihatin Nasional.\nSila ikuti langkah beirkut untuk membuat semakan:\nLayari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.Masukkan nombor IC andaIsi kod captcha yang dimintaMaklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan\nJumlah Bayaran\nJumlah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima adalah berdasarkan kategori dan jumlah pendapatan seperti dalam jadual di bawah berikut:\n\nPermohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibayar secara sekaligus.\nTarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2\nBagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini manakala bagi kategori M40 pula bayaran BPN 2.0 fasa kedua ini akan dikreditkan bermula 25 Januari 2021.\nBagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.\nPenerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini\nTengku Zafrul berkata, BPN 2.0 adalah sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA Prihatin) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:\nKementerian Kewangan Malaysia:03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566LHDNM1-800 882 747 / 03-8911 1000\nSila rujuk soalan\u00a0lazim (FAQ)\u00a0Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 atau isi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas\u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/smart-selangor-parking-app/", "title": "Smart Selangor Parking App: Daftar, Bayar Parkir & Kompaun Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSMART SELANGOR PARKING : CARA DAFTAR, BAYAR PARKING ONLINE & SEMAKAN KOMPAUN\nTiada lagi kupon parkir bergores di Selangor mulai 1 April 2022!\nUntuk makluman, mulai 1 April 2022, Selangor akan melaksanakan perkhidmatan pembayaran parkir secara digital menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP).eKupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) boleh dimuat turun melalui Apps Store atau Google Play Store.\nBagi anda yang masih mempunyai kupon bergores, penukaran Kupon Parkir Ke Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) boleh dilakukan di lokasi berikut:\nKaunter Perbendaharaan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, SelangorPejabat Leading Innovative Technologies & Systems Sdn Bhd (LiTS)F-4-G, Jalan Multimedia 7/AG, Citypark iCity, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor\nTarikh: 26 MAC \u2013 30 APRIL 2022\nMasa:9 PAGI \u2013 4 PETANG (ISNIN \u2013 JUMAAT)\n*Lokasi bagi penukaran gores eKupon akan dimaklumkan dari masa ke semasa*\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda apakah kelebihan dan bagaimanakah cara menggunakan apps ini?\nJom kami kongsikan selanjutnya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Smart Selangor Parking?\n\n \nCara Bayar Parking Online Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking\n\n \nCara Bayar Kompaun Online\n\n \nMuat Turun Aplikasi\n\n \nApakah Smart Selangor?\n\n\nApakah Itu Smart Selangor Parking?\nKerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pembayaran parkir secara digital melalui aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) dan menamatkan penggunaan kupon manual.\nInisiatif Smart Selangor ini akan membolehkan semua pembayaran dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang lebih mudah, cepat dan selamat.\nSelain itu, fungsi aplikasi ini membolehkan pengguna\nMembuat bayaran parkir merentasi PBT di SelangorImbas dan bayar kompaun dengan mudah secara atas talianMemberi peringatan tempoh tamat parkirPembayaran tempat letak kereta (parkir) online\n\nCara Bayar Parking Online Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking\nLANGKAH 1\nMuat turun aplikasi terlebih dahulu melalui pautan berikut:\nwww.smartselangor.com.my\nATAU\nImbas QR code dalam poster di bawah.\nLANGKAH 2\nPengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan membayar berdasar tempoh meletak kenderaan. \n\nATAU\nPembayaran juga boleh dibuat melalui ejen e-kupon yang sah. \nTambah nilai kredit kupon juga boleh dibuat di beberapa kedai serbaneka antaraya 7-Eleven, 99 Speedmart dan KK Mart.\nATAU\nBagi orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar atau aplikasi berkenaan, sistem ejen e-kupon akan disediakan sebagai alternatif.\nCara Bayar Kompaun Online\nMelalui aplikasi ini, anda juga boleh membuat semakan kompaun secara atas talian dan terus membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.\nSila rujuk pada paparan Scan & Pay Compound seperti di bawah:\n\nMuat Turun Aplikasi \nGoogle Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.lits.smartselangorparking&hl=en&gl=USApple Store: https://apps.apple.com/my/app/smart-selangor-parking/id1369995577Laman web: https://www.smartselangor.com.my/services/smart-parking/\nLayari Facebook Smart Selangor Parking dan hubungi 1 700 81 9612 untuk keterangan lanjut.\nBaca juga: \nSenarai Bantuan Rakyat Selangor Dalam Belanjawan Selangor 2022Touch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai OnlineRFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan\nApakah Smart Selangor?\nObjektif Gagasan Smart Selangor adalah untuk membawa Selangor ke arah negeri berpaksikan rakyat (citizen-centric state) yang didorong oleh falsafah tadbir urus berasaskan penyelesaian pintar.\nCitizen-centric state bermaksud fokus Kerajaan Negeri adalah kepada rakyat dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dalam kehidupan seharian mereka.\nInisiatif ini dimulakan dengan pembentukan Majlis Perundingan Smart Selangor, Jawatankuasa Pemandu Smart Selangor dan Smart Selangor Delivery Unit.\nPada 6 Disember 2016, Blueprint Smart Selangor telah dilancarkan sebagai garis panduan pembentukan negeri pintar serta memacu transformasi Selangor sebagai sebuah Smart State yang terunggul di ASEAN pada tahun 2025.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-transit-bangsa-johor/", "title": "Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ): Syarat dan Cara Memohon", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) merupakan satu usaha kerajaan negeri Johor untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri.\nBagi tahun 2023, sebanyak 92 unit rumah RTBJ akan dibina dan sebanyak 500 buah lagi akan dibina dalam tempoh 5 tahun. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKonsep RTBJ\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara memohon\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nKonsep RTBJ\n\nSkim Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) ini berbeza dengan skim perumahan yang lain.\n\n\n\n\n\n\nMelalui RTBJ, individu yang menyewa akan membayar kadar sewaan sebanyak RM650 sebulan.\nMenariknya, sebahagian daripada bayaran sewaan ini, iaitu sebanyak RM195 akan dimasukkan dalam tabungan khas yang akan dikumpul bagi membolehkan penyewa mengumpul duit deposit bagi membeli rumah pertama mereka.\nDalam tempoh lima tahun, penyewa akan mempunyai tabungan RM11,000 dimana duit tabungan tersebut boleh digunakan untuk membayar deposit untuk rumah seterusnya.\nPenyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.\nArtikel berkaitan: eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online\nSyarat kelayakan\n\nSkim Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) ini layak dimohon oleh individu-individu yang memenuhi syarat-syarat berikut:\n\nPemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;\nPemohon berusia 18 hingga 45 tahun\nKeutamaan diberikan kepada rakyat Johor\nPendapatan seisi keluarga berada dalam lingkungan antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan.\nPemohon atau pasangan suami isteri yang tinggal atau bekerja di Johor\nPemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Johor\n\nCara memohon\nPermohonan bagi skim Skim Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) ini boleh dibuat melalui laman rasmi Perbadanann Kemajuan Pemahan Negeri Johor.\nBagi individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon bagi ini, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:\n\nLayari laman web\u00a0https://pkpj.johor.gov.my/\nKlik pada Daftar akaun sekarang\nKlik pada \u201cIndividu\u201d dan lengkapkan maklumat yang diperlukan\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\u00a0\nTekan butang \u201cLog Masuk\u201d\nKemudian klik \u201cRumah Transit Bangsa Johor\u201d\nKlik pada permohonan baru\nLengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\u00a0\nSeterusnya, klik \u201cHantar\u201d\nTick pada kotak persetujuan terma & syarat dan klik Ya\nSelesai dan permohonan anda berjaya dihantar\n\nArtikel berkaitan: Rumah Impian Bangsa Johor: Cara Permohonan & Semakan Online\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklklumat lanjut mengenai skim perumahan ini, sila hubungi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor.\n\nAlamat: Pejabat Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Aras 1 & 2, Bangunan Dato\u2019 Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor\nEmail:\u00a0[email\u00a0protected]\nTelefon:\u00a007-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkss-penjaja-2021/", "title": "BKSS Penjaja 6.0: Semakan Bayaran Geran RM1000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 6.0 (BKSS PENJAJA) 2021\nBerita baik untuk golongan penjaja, peniaga kecil dan pengusaha gerai makanan yang tidak berlesen, difahamkan bayaran kedua Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021 (BKSS Penjaja 6.0) kini sudah mula dikreditkan ke akaun SarawakPay masing-masing.\n\nSemua permohonan mesti memenuhi garis panduan dan kriteria kelayakan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.\nAntara kriteria ialah pemohon mestilah warga Sarawak yang menetap dan berniaga di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas dan pemohon mestilah peniaga yang pernah mengendalikan gerai sebelum 1 Jun 2022.\n\n\n\n\n\n\nDi sini dikongsikan maklumat lanjut tentang permohonan Permit Bantuan BKSS 2021.\n\nKRITERIA BAGI PERMOHONAN \u201cBANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)\u201d BAGI PENJAJA/PENIAGA KECIL/GERAI MAKANAN YANG TIDAK BERLESEN\nPemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.Berumur 18 tahun dan ke atas.Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan sebelum 1 Jun 2021.Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.Pembayaran untuk BKSS adalah melalui:Sarawak Pay\nSila rujuk: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Permohonan BKSS Penjaja\n\n \nSemakan Status Kelulusan & Bayaran BKSS Peniaga 2022\n\n \nTarikh Bayaran BKSS Peniaga / Penjaja 2021\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Permohonan BKSS Penjaja\nLayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/Tekan menu \u2018Borang Permohonan Permit\u2019Isikan maklumat yang disediakan (Ruangan bertanda * wajib diisi)Sertakan lampiran yang disenaraikan seperti di bawah.Tick butang \u2018Setuju\u2019Tekan butang \u2018Hantar\u2019\n\nPermohonan yang berjaya dihantar akan mendapat notifikasi seperti di bawah.\n\nSemakan Status Kelulusan & Bayaran BKSS Peniaga 2022\nLayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/Tekan butang \u2018Semak Status\u2019Isikan nombor kad pengenalan.Status anda akan dipaparkan.\n\nAnda juga akan menerima SMS kelulusan / notis seperti di bawah.\n\nTarikh Bayaran BKSS Peniaga / Penjaja 2021\nBagi pemohon yang telah mendapat status LULUS, anda akan terima bayaran bantuan BKSS Peniaga / Penjaja yang akan dibayar secara berfasa:\nFasa 1: RM750 (Mulai Ogos 2021)Fasa 2: RM750 (Mulai Disember 2021)\nBayaran akan dikreditkan melalui SarawakPay seperti di bawah.\n\n\nMelalui SarawakPay juga, anda boleh membuat pemindahan wang atau pengeluaran secara tunai di BSN dengan caj RM1.00.\n\nSila buat semakan pembayaran melalui SarawakPay untuk maklumat selanjutnya.\nRujuk: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut tentang permohonan permit BKSS 2021, boleh menghubungi Talikhidmat di talian 082-555 999 atau email [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mesin-tukar-duit-syiling/", "title": "Senarai Lokasi Mesin Tukar Duit Syiling Di Setiap Negeri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda seorang pengumpul duit syiling, sebenarnya terdapat banyak mesin tukar duit syiling yang terdapat di setiap negeri di Malaysia.\nNamun, tidak ramai yang tahu lokasinya.\nAntara cara menabung yang paling mudah adalah dengan menabung duit syiling yang biasanya diperolehi sebagai baki daripada pembelian barangan, makanan dan minuman.\nSedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit, begitulah perumpamaan orang yang suka menabung setiap duit syiling yang diperolehi.\nJangan terkejut, selepas beberapa bulan atau tahun jumlahnya mungkin mencecah ratusan atau ribuan ringgit.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Coin Deposit Machine (CoDM)?\n\n \nCARA TUKAR DUIT SYILING GUNA MESIN DI BANK\n\n \nLokasi Coin Deposit Machine (CoDM) Sekitar Kuala Lumpur & Seluruh Malaysia\n\n \nCoDM CIMB\n\n \nMaybank\n\n \nRHB Bank\n\n \nCoDM AFFIN BANK\n\n \nCoDM AGROBANK\n\n \nCoDM ALLIANCE BANK\n\n \nCoDM CITIBANK\n\n \nCoDM PUBLIC BANK\n\n \nCoDM AmBank\n\n \nCoDM BANK ISLAM\n\n \nCoDM STANDARD CHARTERED\n\n \nCOIN DEPOSIT MACHINE BANK RAKYAT\n\n \nCOIN DEPOSIT MACHINE UOB\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu Coin Deposit Machine (CoDM)?\n\nAnda boleh ke kaunter bank untuk mendeposit duit syiling anda. \nNamun, ianya mungkin mengambil masa lebih lama dan rumit kerana anda perlu datang ke cawangan bank berdekatan, mengambil nombor giliran dan beratur.\n\n\n\n\n\n\nSebenarnya ada cara lebih senang iaitu dengan mendepositkan sahaja wang syiling anda ke dalam mesin tukar duit syiling yang dikenali sebagai Coin Deposit Machine (CoDM).\nMasukkan sahaja duit syiling anda dan mesin tersebut akan melakukan kiraan secara automatik dengan cukup pantas.\nCARA TUKAR DUIT SYILING GUNA MESIN DI BANK\nDah masuk hujung tahun, tabung duit syiling yang kita kumpul pun pun mungkin dah penuh. Tak payah susah-susah nak kira, bawa saja semua duit syiling ke mesin duit syiling yang ada di bank.\nMesin akan kira siap-siap dan duit pun terus masuk dalam akaun. Senang kan. Kalau kali pertama nak tukar boleh baca dulu langkah yang dikongsi oleh Anan Adli ini.\n1. Pergi ke cawangan yang ada mesin ini. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.\n2. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima ya.\n\n3.Tekan butang \u2018A\u2019 utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang \u2018A\u2019 utk continue. Duit-duit yangg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.\n4.Setelah selesai, tekan butang \u2018B\u2019. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, nombor akaun dan juga no. telefon.\n\n5.Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no akaun dan jumlah wang syiling yangg dah di deposit tadi.\n\n\n6. Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke akaun petang nanti (kalau pergi pagi).\n\nLokasi Coin Deposit Machine (CoDM) Sekitar Kuala Lumpur & Seluruh Malaysia\nBerikut merupakan senarai CoDM yang disenaraikan mengikut jenis bank.\nPastikan anda mempunyai akaun dengan bank-bank yang dinyatakan untuk menggunakan mesin CoDM ini kerana duit syiling yang didepositkan akan dimasukkan amaunnya terus ke akaun bank anda.\nCoDM CIMB\nBumiputera Commerce Tower, Jalan Raja Laut, Kuala LumpurBukit Tinggi, Klang, SelangorDesa Jaya, KepongBandar Utama, SelangorSentul Raya, Kuala LumpurTaman Maluri, Kuala LumpurWisma Square Point, Kota Bahru, KelantanJalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, TerengganuJalan SS6/14, Kelana Jaya, SelangorTaman Mutiara Cheras, Kuala LumpurWisma Koponas, Kuala LumpurGround & 1st Floor, No. C6 & C7, Block C, Jalan P8C/1, Presint 8, 62250 PutrajayaPensions Malay Chamber of Commerce, Seremban, Negeri SembilanIpoh Garden, PerakSection 52, Petaling Jaya, SelangorRawang, SelangorJalan Besar, Banting, SelangorSection 18, Shah Alam, SelangorUMNO Building Alor Setar, KedahBandar Puchong Jaya, SelangorWisma Pauson, Balakong, SelangorPrangin Mall, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Penang, 10100 Penang, MalaysiaJalan Bank, Kuantan, PahangPandan Indah, Selangor\nUntuk senarai penuh lokasi CoDM di seluruh negara, sila lawati laman web CIMB di alamat https://www.cimb.com.my/bm/personal/help-support/faq/self-service-banking/\nMaybank\nJalan Tun Perak, KL MainPersiaran Perbandaran, Shah Alam, SelangorJalan Hang Tuah, MelakaJalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, JohorJalan Dato \u2018Bandar Tunggal, Seremban, Negeri SembilanJalan Sultan Badlishah, Alor Setar, KedahJalan Satok, Kuching, SarawakBeach Street, Kota Kinabalu, SabahBandar Baru Selayang, SelangorJalan Yong Shook Lin, Pj New Town, SelangorJalan Bandar Rawang 2, Rawang, SelangorJalan Rahmat, Batu Pahat, JohorChain Ferry Road, Prai, PenangJalan Lagenda 1, Sungai Petani, KedahTaman Equine, Seri Kembangan, SelangorStation 18, Ipoh PerakD\u2019Wangsa Klsc Wangsa Maju, Wangsa Maju, Kuala LumpurJalan Tengku Abdul Rahman, Kuala LumpurKuala Terengganu Branch 92 Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terenggganu, Terengganu, MalaysiaPaka Business Center, Paka, TerengganuJalan Munshi Abdullah, MelakaTaman Ungku Tun Aminah, Skudai, JohorKuah Town Center, Langkawi, Kedah7 & 9, Jalan 9/9C, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi 43650 Bangi SelangorTaman Kajang Prima, Kajang, SelangorG-Floor Bangunan Umno, Jalan Dato \u2018Nik Mustapha 17500 Tanah Merah KelantanJalan USJ 10/1G, Subang Jaya, SelangorTaman Pandan Damai 2, Kuantan, PahangJalan Mahmood, Kota Bharu, KelantanJalan Jelutong, PenangJalan Silibin, Ipoh PerakJalan PJS 11/28a, Bandar Sunway, SelangorThe Curve, Mutiara Damansara, Selangor\nUntuk senarai penuh mesin deposit syiling Maybank di seluruh Malaysia, sila lawati laman web Maybank https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/about_us/locate_maybank.page\nRHB Bank\nTaman Suntex, Cheras, SelangorBangsar, Kuala LumpurKlang, SelangorJalan Tun Razak, Kuala LumpurBG-5 & B-1-5, Ground Floor & 1st Floor, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong JayaJalan Mamanda 7, Ampang, SelangorMid Valley, Kuala LumpurMelakaTangkak, JohorJalan Lintas, SabahRawang, SelangorSetia Alam, SelangorAlor Setar, KedahKuching, Sarawak\nCoDM AFFIN BANK\nJalan Genting Klang, Setapak, Kuala LumpurNo 1, Jalan TK1/11A Taman Kinrara, Seksyen 1 Batu 7 1/2, Jalan Puchong 47100 Puchong SelangorJalan Raja Chulan, Kuala Lumpur175 & 177 Ground Floor, Jalan 8/1 Seksyen 8 43650 Bandar Baru Bangi Selangor55, Jalan Perdana Heights 2/2, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.\nUntuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling (CoDM) Affin Bank di seluruh Malaysia, sila lawati laman web http://58.26.229.149/General/\nCoDM AGROBANK\nNo 204, Jalan Pertang, Kuala Klawang, N.SembilanGreentown Trade Center, Ipoh, PerakNo 2-G & 2-1, Reko Sentral, Jalan Reko Sentral 4, Off Jalan Reko, Kajang, SelangorPt 1662 & pt 1663, Bangunan YAKIN, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kenali, Kubang Kerian, KelantanNo, 57, Jalan Tun Ismail, Kuantan25, Jalan Indera Kayangan, Kangar, PerlisKota Tinggi Trade Center, Johor.\nCoDM ALLIANCE BANK\nLeboh Ampang, Kuala LumpurJalan Gaya, Kota Kinabalu, SabahJalan Padungan, Kuching, SarawakJalan Sultan, Petaling Jaya Selangor46 and 48 Persiaran Greenhill, Ipoh PerakJalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur\nJalan Sungai Besi Indah 1/21, Seri Kembangan, SelangorJalan SS 2/55, Damansara Jaya, SelangorGround Floor, 1, Lorong Kasawari 4B, Taman Eng Ann, 41150 Klang, Selangor.Jalan Permas, Masai, JohorLot 4, 5 & 6, Block K, Sinsuran Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.\nCoDM CITIBANK\nJalan Ampang, Kuala LumpurJalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, PenangJalan Tebrau, Johor Bahru, JohorJalan Batu Tiga Lama, Klang, Selangor.\nUntuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling (CoDM) Citibank di seluruh Malaysia, sila lawati pautan https://www.citibank.com.my/\nCoDM PUBLIC BANK\nJalan Ampang, Kuala Lumpur2, Jalan Sepadu B 25/B, Taman Perindustrian Axis, Section 25, Shah Alam, SelangorPantai Baru Highway, Api-api Center, 88100 Kota Kinabalu, Sabah49, 51 & 53, Jalan SS21/60, Damansara Utama, Selangor1 & 3, Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri, Puchong, SelangorLot A-5 & A-6, Donggongon New Township, Jalan Tapikong, 89500, Penampang, SabahJalan Dato \u2018Lee Fong Yee, Seremban, Negeri Sembilan1 & 3, Jalan Solaris 1, Solaris Mont \u2018KiaraShow, SabahKota Belud, SabahJalan Kebun Sultan Kota Bharu, Kelantan1 & 3, Jalan Bunga Tanjung 6A, Taman Muda, Ampang, SelangorJalan Persisiran Perling, Johor BahruBeaufort, SabahStutong Parade, Kuching, SarawakJalan 14/48A Sentul Raya off Jalan Sentul, Kuala LumpurInanam, Kota Kinabalu, Sabah1, Jalan Company 2, Seri Kembangan, Selangor443 & 444, Jalan Tunku Ibrahim, Sik4, 6, 8 & 10, Persiaran Bercham Selatan 2, Ipoh, Perak48 & 50, Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, SelangorCity Parade Center Point, Kota Kinabalu, SabahJalan Silibin, Ipoh, PerakJalan Sultan Idris Shah, Ipoh, PerakJalan Tun HS Lee, Kuala LumpurJalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan\nUntuk senarai penuh lokasi mesin tukar duit syiling (CoDM) Public Bank di seluruh Malaysia, sila lawati pautan https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Branch-Locators.aspx\nCoDM AmBank\nBerjaya Times Square, Kuala LumpurTaman Kepong, Kuala LumpurBandar Puteri, Puchong, SelangorTaman Kinrara, Puchong, SelangorJalan Raja Chulan, Kuala LumpurWisma Sh Ng, Klang, SelangorWisma Palmbase, Port Klang, SelangorJalan Pusat BCH1, Rawang, SelangorTaman Tunku Aminah, Skudai, JohorAlamanda Shopping Center, PutrajayaJalan Perusahaan, Seri Kembangan, SelangorTaman Connaught, Kuala LumpurTaman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan\nUntuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling (CoDM) Ambank di seluruh Malaysia, sila lawati laman web https://www.ambankgroup.com/eng/locator\nCoDM BANK MUAMALAT\nJalan Sukan, Laman Seri Business Park, Shah Alam, SelangorTaman Melawati, Kuala LumpurRawang, SelangorWisma Great Eastern, No.105, 107 & 109, Jalan Yam Tuan, Seremban, N.Sembilan\nCoDM BANK ISLAM\nMedan MARA, Kuala LumpurJalan Dato Sheikh Ahmad, Seremban, Negeri SembilanJalan Prima, Sri Gombak, SelangorBandar Baru Bangi, SelangorJalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh, PerakJalan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, TerengganuJalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, Kelantan\nUntuk senarai penuh lokasi mesin deposit syiling Bank Islam di seluruh Malaysia, sila lawati laman web https://www.bankislam.com/need-assistance/branch-locator/\nCoDM STANDARD CHARTERED\nPuchong, SelangorSubang Jaya, SelangorKlang, SelangorJohor Bahru, Johor\nCoDM OCBC\nTaiping, PerakAlam Damai, Cheras Kuala LumpurKluang, JohorMuar, Johor\nCOIN DEPOSIT MACHINE BANK RAKYAT\nJalan Sultan Abdul Samad 5, Banting, SelangorJalan Delima 2, Pontian, JohorUMNO Building, Baling, KedahJalan BBN 1/2F Bandar Baru Nilai, Negeri SembilanLot 1467 & 1468, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman, SarawakJalan Batu Rakit, Gong Badak, TerengganuBandar Tanah Merah, KelantanJalan Intan 5, Teluk Intan, PerakJalan Pantai Baru, Sembulan, SabahJalan Kubang Kurus, Kemaman, TerengganuJalan Besar Yong Peng, JohorJalan Dato Abdullah, Raub, Pahang22 & 24, Jalan Diplomatik 3-1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah PersekutuanJalan Sungai Limau, Sungai Besar, SelangorPandan Village, Kuala Lumpur (Pilot)Taman Melawati, Kuala Lumpur (Pilot)Section 9 Shah Alam, Selangor (Pilot)\nCOIN DEPOSIT MACHINE HSBC\nLeboh Ampang, Kuala LumpurJalan Gaya, Kota Kinabalu, SabahJalan Padungan, Kuching, SarawakJalan Sultan, Petaling Jaya Selangor46 and 48 Persiaran Greenhill, Ipoh PerakJalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur\nCOIN DEPOSIT MACHINE KUWAIT FINANCE HOUSE\nMNI Twins, Kuala LumpurGround Floor, No. 3 & 5, Jalan Plumbum S7/S, Section 7 Commercial Center, Section 7, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.Jalan Satok, Kuching, SarawakJalan Molek 2/2, Johor Bharu, Johor\nCOIN DEPOSIT MACHINE UOB\n61-62, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, PahangJalan Othman, Petaling Jaya, Selangor495 Jalan Lima, Taman Ampang Utama, Jalan Ampang, 68000 Ampang\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan mesin tukar duit syiling di seluruh negeri di Malaysia, sila hubungi cawangan bank terdekat anda.\nBaca juga: \nCara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara OnlineDuit Kertas Rosak : Garis Panduan Pertukaran Nilai Di BNM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ibg-transfer/", "title": "Maksud IBG Transfer & Berapa Hari Tempoh Pemindahan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila menggunakan kemudahan perbankan internet dari mana-mana bank di Malaysia, anda pastinya akan jumpa perkataan \u201cIBG Transfer\u201d.\nApa yang yang dimaksudkan dengan IBG Transfer?\nPerkataan IBG adalah singkatan \u201cInterbank GIRO\u201d. Oleh itu secara mudah difahami ianya adalah pemindahan wang antara bank yang berlainan seperti dari CIMB Bank kepada Maybank dan sebagainya. \nSecara umumnya, terdapat 2 jenis pemindahan wang antara bank:\n\n\n\n\n\n\nInstant Transfer (Pindahan segera)IBG Transfer\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerbezaan Instant transfer dan IBG transfer\n\n \nTempoh pemindahan\n\n \nTempoh pemindahan bagi Maybank\n\n \nTempoh pemindahan bagi Bank Islam\n\n \nTempoh pemindahan bagi CIMB Bank\n\n \nTempoh pemindahan bagi Ambank\n\n\nPerbezaan Instant transfer dan IBG transfer\nIBG Tranfer ialah Pindahan Dana yang ditangguhkan tanpa pengesahan pada nombor dan nama akaun benefisiari. \nIni bermakna wang yang dipindahkan melalui kaedah IBG tidak akan diterima terus, tidak seperti Instant Transfer.\nSementara itu, pemindahan melalui kaedah Instant Transfer membolehkan anda menyemak nama benefisiari (atau penerima) apabila menyerahkan butiran akaun untuk memastikan akaun yang anda pindahkan dana adalah betul.\nWalau bagaimanapun, sesetengah bank di Malaysia sudah menjenamakan Instant Transfer kepada DuitNow.\nSecara umumnya, pemindahan melalui kaedah ini adalah percuma sementara pemindahan melalui Instant Transfer dikenakan caj sebanyak RM1.\nNota: Sempena pandemik COVID-19, kerajaan telah mengarahkan bank-bank untuk melakukan pengecualian caj RM1 untuk perkhidmata Instant Transfer tetapi seperti yang diumumkan baru-baru ini caj RM1 ini akan dikenakan kembali bermula Februari 2 2022.\nTempoh pemindahan\nJumlah masa yang diperlukan untuk memproses pembayaran GIRO Antara Bank bergantung pada bila masanya anda melakukan pemindahan wang tersebut kepada penerima. \nTerdapat beberapa siri had masa (cut-off time) sepanjang hari bekerja, yang telah dipersetujui oleh bank yang mengambil bahagian. \nJika anda melakukan pemindahan wang anda sebelum tamat tempoh tertentu, bayaran itu akan diproses dan akan tiba pada masa yang telah ditetapkan. \nNamun, jika anda melakukan pemindahan wang selepas waktu kerja atau pada hujung minggu atau mana-mana cuti umum, pemindahan wang tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.\nSecara umumnya, tempoh pemindahan wang ini adalah sama sahaja bagi kebanyakan bank di Malaysia.\nTempoh pemindahan bagi Maybank\nSumber: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/faq/accounts_and_banking/interbank_giro.page\n Tempoh pemindahan bagi Bank Islam\nSumber: https://www.bankislam.com/personal-banking/services/interbank-giro-ibg/\n Tempoh pemindahan bagi CIMB Bank\nSumber: https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/faq/cimb-clicks-online-banking/accounts-and-transactions/transfer-funds/how-long-is-the-processing-time-for-funds-transfer-to-other-bank.html\nTempoh pemindahan bagi Ambank \nSumber: https://www.ambank.com.my/ambank/SiteAssets/SitePages/online/online_amonline_new/IBGWindowsNew2015.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aswara-akademi-seni-budaya-warisan-kebangsaan/", "title": "ASWARA: Kelebihan, Program Ditawarkan & Permohonan Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pengambilan pelajar baharu Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA) untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bagi sesi akademik 2022/2023 kini dibuka.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan pengambilan sesi terkini serta kelebihan melanjutkan pelajaran di sini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah ASWARA?\n\n \nProgram Pengajian Yang Ditawarkan Untuk Pelajar Baharu ASWARA\n\n \nSyarat-Syarat Kemasukan\n\n \nTempoh Permohonan ASWARA Sesi 2022 / 2023\n\n \nCara Memohon\n\n \nCara Semak Keputusan Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah ASWARA?\nAKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)\nASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. \nPada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan \u201cperformers\u201d yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.\nASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.\nASWARA komited dalam menawarkan pengajian yang berteraskan seni tradisional Malaysia dengan penekanan kepada Bangsawan, Makyung dan Wayang Kulit dalam usaha melahirkan golongan karyawan, seniman dan intelektual yang mahir, berilmu dan professional ke arah membangunkan warisan dan industri negara.\n\n\n\n\n\n\nPelbagai program ditawarkan untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. \nBagi yang berminat, jom ikuti info lanjut serta cara memohon.\nBaca Juga : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022\n\nProgram Pengajian Yang Ditawarkan Untuk Pelajar Baharu ASWARA\nSenarai program yang ditawarkan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2022/2023 adalah seperti berikut :\nProgram Diploma\nDiploma Penulisan KreatifDiploma Filem dan VideoDiploma AnimasiDiploma Seni MuzikDiploma Rekaan Komunikasi VisualDiploma Seni HalusDiploma TeaterDiploma Seni Tari\nProgram Ijazah Sarjana Muda\nIjazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Animasi dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)Ijazah Sarjana Seni Reka Visual dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian\n\nSyarat-Syarat Kemasukan\nCalon yang berminat boleh semak syarat-syarat kemasukan bagi setiap program pengajian menerusi pautan berikut :\nSyarat Kemasukan Program Pengajian di ASWARA \nTempoh Permohonan ASWARA Sesi 2022 / 2023 \nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sehingga tarikh tutup iaitu pada 12 Ogos 2022.\nCara Memohon\nCalon yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas berpandukan langkah berikut :\nPergi ke pautan : http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Login.aspx?sl=0Daftar akaun dengan mengisi butiran yang diperlukan. Anda akan menerima e-mel pengaktifan akaun login dari ASWARA setelah butang Daftar diklik.Log masuk untuk mula mengisi borang da melengkapkan maklumat di laman ini.Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan kad pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.Pastikan anda muat naik sijil-sijil akademik yang berkaitan terus ke pautan Google Forms berikut selepas anda selesai menghantar borang permohonan secara atas talian :\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfRdb5Ha12XOEXKu-beeaAKe1Wbs1NxGOz168if9UwrBXyi6g/viewform\n\nUntuk maklumat lanjut mengenai panduan permohonan, sila ke pautan berikut :\nhttp://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Info.aspx\nCetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.\nCara Semak Keputusan Permohonan \nPemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonannya dengan menggunakan No. K/P dan No. siri yang telah diberikan.\nKeputusan permohonan akan dimaklumkan bermula 18 April 2022.\nTarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 2 September 2022.\n\u00a0Untuk makluman, calon juga boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke ASWARA melalui telefon bimbit anda dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol \u2018-\u2018], hantarkan ke 15888.\nSetiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. Tertakluk kepada terma dan syarat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan pelajar baharu ke ASWARA, sila hubungi pegawai di Unit Kemasukan dan Rekod ASWARA menerusi talian 03-2778 5961. \u00a0\nAkademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)\n464,\u00a0Jalan Tun Ismail,50480, Kuala Lumpur,Malaysia\nLaman web : https://www.aswara.edu.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/inisiatif-belia-berniaga/", "title": "Inisiatif Belia Berniaga: Bantuan Modal RM15,000 Oleh Majlis Belia Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk golongan belia, anda kini boleh memohon Inisiatif Belia Berniaga yang menawarkan modal sehingga RM15,000!\nMajlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) menawarkan kepada mana-mana golongan belia yang berminat untuk menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi melalui inisiatif yabg ditawarkan oleh MBM melalui sektor perniagaan modal mampu milik. \nBaca juga: Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021 & Cara Semak Status\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nInisiatif Belia Berniaga Oleh MBM\n\n \nBorang Permohonan Inisiatif Belia Berniaga\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nTentang Majlis Belia Malaysia\n\n\nInisiatif Belia Berniaga Oleh MBM\nBagi sesiapa yang memerlukan bantuan modal permulaan, MBM akan membantu melalui agensi berkaitan.\nBantuan modal ditawarkan bagi perniagaan bentuk:\nStokis \u2013 Modal RM3,000Payung/ Gerai \u2013 Modal RM3,000Motosikal Roda 3 \u2013 RM10,000Food Truck \u2013 Modal RM15,000Kursus Asas Keusahawanandan lain-lain\n*Tertakluk kepada terma dan syarat.\nBaca juga: i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan\nBorang Permohonan Inisiatif Belia Berniaga\nJika anda berminat, boleh rujuk pada poster dan untuk mendaftar boleh imbas QR Code pada poster atau boleh klik pada pautan ini untuk mengisi borang: http://bit.ly/InisiatifBeliaBerniaga\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr. Syed Osman Mohamed, Pengerusi MFREN di talian 016-381 3448 atau Sdr. Saiful Bahari, Sekretariat MBM di talian 013-398 5857.\nTentang Majlis Belia Malaysia\nMajlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).\nMBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. \nDi samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.\nUntuk maklumat lanjut tentang Majlis Belia Malaysia, sila layari http://belia.org.my/ atau Facebook Majlis Belia Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/terminate-asb-loan/", "title": "Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank, dll)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerana pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah, ada segelintir pelabur yang membuat pelaburan melalui kaedah pinjaman bertindak untuk terminate ASB loan mereka. \nBagi mereka, kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi daripada melabur di ASB dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan semakin tidak berbaloi.\nPelaburan sebegini sememangnya berisiko kerana anda perlu membuat pinjaman terlebih dahulu untuk membuat pelaburan dalam ASB dimana kadar keuntungan yang diperoleh berubah-ubah dan tidak terjamin \u2013 boleh terjadi kadar keuntungan dan kadar faedah pinjaman adalah sama sahaja. \nDi Malaysia, sesetengah banyak sememangnya menamarkan bentuk pinjaman sebegini bagi membolehkan pelanggan mereka melabur ASB.\nSekiranya anda merasakan bentuk pelaburan sebegini tidak lagi menepati rancangan pelaburan anda, anda boleh sahaja terminate ASB loan dengan banyak yang dibuat pinjaman.\nSumber: Majalah Labur\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Terminate Loan ASB\n\n \ni) CIMB\n\n \nii) Maybank\n\n \niii) RHB\n\n \niv) Terminate loan ASB dengan bank-bank lain\n\n \nTempoh Pembatalan\n\n \nCaj / Penalti Jika Terminate ASB Loan\n\n \nRisiko Terminate ASBF Awal\n\n\nCara Terminate Loan ASB\ni) CIMB\nUntuk hal terminate ASB loan sebegini, anda perlu ke kaunter CIMB berdekatan tempat tinggal anda kerana ianya tidak boleh dilakukan melalui aplikasi CIMB atau secara dalam talian. \nPergi ke kaunter khidmat pelanggan dan nyatakan tujuan kedatangan anda adalah untuk membatalkan pinjaman ASB anda.\nAnda akan diberikan nombor giliran dan hadirkan diri ke kaunter apabila dipanggil. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan.\nKebiasaannya pegawai bank yang bertugas akan bertanyakan sebab anda ingin menamatkan pinjaman ini, anda akan diminta untuk mengisi borang pembatalan pinjaman ASB yang diberikan. \nProses biasanya akan mengambil masa 2 minggu dimana anda akan dihubungi pegawai bank dan pengesahana bayaran baki bon pinjaman anda. \nMaklumat lanjut: https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/important-notices/overdraft/ASB%20Financing%20Terms%20Conditions%20(BM).pdf\n\n\n\n\n\n\nhttps://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/financing/personal-financing/term-financing-i-secured-by-asb-certificate.html\n\nii) Maybank\nUntuk hal terminate ASB loan dengan Maybank, prosesnya juga hampir sama di mana anda perlu hadirkan diri ke kaunter cawangan Maybank berdekatan dengan anda. \nDatang ke kaunter apabila dipanggil dan anda akan diminta mengisi borang pembatalan loan ASB.\nProsesnya akan mengambil masa beberapa bulan tetapi anda disarankan untuk setiap menghubungi pihak bank daripada semasa ke semasa untuk pastikan tiada sebarang masalah untuk permohonan anda. \nMaklumat lanjut: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/investment/asb-financing-i_bm.page?\niii) RHB\nUntuk hal terminate ASB loan dengan RHB Bank, prosesnya juga hampir sama di mana anda perlu hadirkan diri ke kaunter cawangan RHB Bank berdekatan dengan anda. \nJumpa pegawai bank dan mereka akan memberikan anda satu borang yang menyatakan niat anda untuk membatalkan loan AS anda. \nAnda akan diberikan nombor pihak Khidmat Pelanggan untuk dihubungi dan melakukan semakan sama ada pinjaman anda sesuai untuk dibatalkan atau tidak.\nSekiranya pinjaman belum memasukki tempoh 36 bulan, anda akan dikenakan denda oleh pihak bank dan oleh itu tidak digalakkan untuk membatalkan loan ASB anda. \nHantar borang yang diberikan kepada anda sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk meneruskan proses pembatalan loan anda.\nProses pembatalan ini biasanya mengambil masa 2 bulan dan anda boleh hubungi pihak bank daripada semasa ke semasa untuk memastikan tiada sebarang masalah dalam permohonan pembatalan loan anda. \nMaklumat lanjut: https://www.rhbgroup.com/~/media/files/malaysia/product-and-services/personal/loans/asb-financing/asnb-terms\u2013conditions.ashx\n https://www.rhbgroup.com/personal/loans/asnb-financing/index.html\n\niv) Terminate loan ASB dengan bank-bank lain\nSecara umumnya, proses membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.\nUntuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.\nWalau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank dan untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.\nTempoh Pembatalan\nSetiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.\nContohnya bagi Bank RHB, notis jualan atas permintaan peminjam selama (1) satu bulan hendaklah dikemukakan kepada cawangan \u2013 cawangan yang berkenaan.\nManakala bagi akaun tertunggak selama (2) dua bulan atau lebih, pihak Bank berhak menjual sijil ASB/ASB 2 peminjam tanpa sebarang notis.\nManakala caj pembayaran lewat sebanyak 1% setahun ke atas amaun tertunggak yang dikira secara harian akan dikenakan jika peminjam gagal untuk membayar ansuran bulanan pada 5hb setiap bulan.\nJadi untuk memastikan tempoh pembatalan ini, sila hubungi bank anda masing-masing.\nCaj / Penalti Jika Terminate ASB Loan\nSoalan : Betul ke ASB Financing ni ada tempoh matang 3 atau 5 tahun ? Maksudnya dalam tempoh tu saya tidak boleh terminate, jika tidak akan dikenakan penalti. Betul ke ?\nJawapan \nDahulu memang ada klausa Lock In Period 2-3 tahun untuk ASB Loan/Financing. Namun bukan lagi sekarang. Sekarang hampir kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja.\nNamun masih lagi ada MITOS yang mengatakan tidak boleh boleh terminate within 3 years.\nSebenarnya mereka tersalah faham. Mereka tertukar dengan *SHORTFALL*.\nApakah shortfall ?\nShortfall ialah baki loan asb (asbf) lebih tinggi dari Nilai Sijil ASB. Bila baki loan lebih tinggi, semestinya memerlukan wang lebihan untuk settle kan loan tersebut.\nFormula,\nNilai Sijil ASB \u2013 Baki Loan\nJika hasilnya ialah *Negatif* , maksudnya ada shortfall lah tu.\nJika anda tidak settlekan baki loan tertunggak (shortfall) tu, nama anda mungkin dalam pemerhatian bank (SAA) dan akan menyusahkan anda untuk apply loan lain di kemudian hari.\nKenapa baki loan boleh lebih tinggi sedangkan saya sudah bayar asbf 1-2 tahun dah ?\n*The only and one reason is Ambil Takaful dalam ASB Financing.*\nJika ambil takaful, bermaksud anda meminjam 208k ASBF. 200k untuk Sijil ASB, dan 8K untuk takaful. 8K tersebut bank telah keluarkan duit untuk membayar kepada pihak syarikat takaful.\nJadi baki loan anda akan berkurang dari 208k kepada Zero. Bukan dari 200k kepada Zero.\nAnda memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk menjadikan 208k kepada bawah 200k. Sebab tu lah jika anda terminate dalam tempoh setahun je, anda kena shortfall !\nSebab baki loan lebih tinggi dari nilai sijil.\nSumber: Hafiz Kadir\nRisiko Terminate ASBF Awal\nYang ni biasanya berlaku kalau ambil takaful tempoh panjang dan terminate terlalu awal. Contohnya bila buat ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan jadi lebih kurang RM103,000. Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful. Ramai yang tak sedar pun ASBF mereka ada takaful. So boleh cek balik offer letter. Kalau ada lebihan tu maknanya ada lah takaful.\nSo baki loan akan berkurang dari RM103,000 sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dibuat. Biasanya ambil masa sekitar 2-3 tahun untuk baki loan kurang daripada RM100,000. Kalau terminate awal, contohnya ketika baki loan lebih kurang RM102,000 akan ada shortfall. Maksudnya nilai sijil tak dapat nak cover baki hutang sebab nilai sijil hanya RM100,000. Jadi berlaku shortfall RM2,000.\nItu yang biasanya orang guna bahasa mudah sebagai denda atau penalti. Sebenarnya itu bukan penalti. Itu adalah baki hutang kita. Islamic Financing tak ada denda kalau terminate awal. Kalau rajin bacalah syarat-syarat dalam borang permohonan. Benda ni kadang-kadang ada juga banker yang tak faham dan salah cerita kepada pelanggan.\nSo macam mana nak elak shortfall? Kita sebenarnya boleh ambil takaful minimum 5 tahun. Untuk sijil RM100,000 nilai bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620. Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000. So takda masalah kalau nak terminate awal.\nKatakan paling teruk lepas 2 bulan terpaksa terminate, baki loan masa tu lebih kurang RM100,330. Jadi lebih kurang RM330 je shortfall. So bukan masalah yang besar. Sebab tu saya tak pernah suggest pelanggan saya untuk ambil takaful sampai tempoh yang panjang. Memang kadang-kadang kita plan nak simpan lama, tapi ada masanya kita perlu terminate awal untuk memenuhi keperluan lain.\nSumber: Azizul Al-Habsyie\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jadual-spm-2021-sesi-kedua/", "title": "Jadual SPM 2021 Sesi Kedua (5 April \u2013 19 Mei 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJADUAL SPM 2021 Sesi Kedua \u2013 Mulai 5 April Hingga 19 Mei\nSesi kedua Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan bermula 5 April hingga 19 Mei.\nIa merangkumi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.\nKementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan sesi kedua itu dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki ujian-ujian berkenaan yang dijalankan pada 8 Februari hingga 29 Mac.\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Media Berkaitan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021 Sesi Kedua#SekolahkuSEJAHTERA#KPMKomited#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/Da3WfrLmwY\u2014 KPM (@KemPendidikan) March 26, 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSijil Peperiksaan Malaysia Tahun 2021 Sesi Kedua\n\n \nMuat Turun Jadual SPM 2021 Sesi Kedua\n\n \nPanduan Calon Peperiksaan SPM & UPBA Tahun 2021 Sesi Kedua\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSijil Peperiksaan Malaysia Tahun 2021 Sesi Kedua\nLembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh , masa , kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022.\nSemua maklumat tersebut boleh didapati melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.\nJadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di htttp://lp.moe.gov.my mulai 1 April 2022.\nBerikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua berserta pautan jadual waktu peperiksaan untuk perhatian dan tindakan calon yang terlibat mulai 1 April 2022.\n\n\nBerikut adalah jadual secara umum berkenaan tarikh peperiksaan Sijil Peperiksaan Tahun 2021 Sesi Kedua\n\nMuat Turun Jadual SPM 2021 Sesi Kedua\n\nSila muat turun jadual SPM_2021 Sesi Kedua di pautan rasmi Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my mulai 1 April 2022.\nJadual Waktu Ujian Bertutur, Ujian Mendengar dan Ujian Amali Sains SPM 2021 Sesi KeduaJadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2021 Sesi Kedua\u00a0Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021 Sesi Kedua\nPanduan Calon Peperiksaan SPM & UPBA Tahun 2021 Sesi Kedua\nAPA-CALON-PERLU-BUAT-SPM-2021_S2-v2Download\nSila rujuk panduan dan semakan jadual berikut:\nPanduan Calon Peperiksaan bagi Peperiksaan Tahun 2021 Sesi Kedua\nBaca juga: \ne-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP): Mohon Salinan Sijil SPM HilangSePKM : Cara Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM\nMaklumat Lanjut\nSehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.\nUntuk info terkini berkaitan tarikh dan jadual peperiksaan, sila rujuk saluran berikut:\nFacebook Kementerian Pendidikan Malaysia Twitter Kementerian Pendidikan Malaysiamoe.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-sarjana-muda-separuh-masa-utm/", "title": "Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM 2022 / 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPROGRAM SARJANA MUDA SEPARUH MASA UTM\nPermohonan secara dalam talian bagi program Sarjana Muda Separuh Masa UTM Ambilan September 2022 kini dibuka sehingga 31 Ogos 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut bagi calon yang berminat untuk menyertai program Degree Part Time di UTM ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Sarjana Muda Separuh Masa UTM 2022 / 2023\n\n \nProgram Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kemasukan Sarjana Muda Separuh Masa UTM 2022 / 2023\n\n \nYuran Pengajian\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nProgram Sarjana Muda Separuh Masa UTM 2022 / 2023\nUTM SPACE (School of Professional and Continuing Education) adalah Pusat Pengajian Separuh Masa Universiti Teknologi Malaysia yang menawarkan dua program iaitu:\ni) Program Sarjana Muda Separuh Masaii) Diploma Separuh Masa\nSesi pengambilan pelajar dilakukan dua kali setahun bagi Program Diploma dan Sarjana Muda.\nProgram Yang Ditawarkan\nFACULTY OF ENGINEERING\n\n\n\n\n\n\nBachelor of Civil Engineering with HonoursBachelor of Electrical Engineering with HonoursBachelor of Electronic Engineering with HonoursBachelor of Mechanical Engineering with HonoursBachelor of Chemical Engineering with HonoursBachelor of Petroleum Engineering with HonoursBachelor of Biomedical Engineering with HonoursBachelor of Computer Science (Software Engineering) with HonoursBachelor of Computer Science (Computer Networks and Security) with HonoursBachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software) with Honours\nFACULTY OF BUILT ENVIRONMENT & SURVEYING\nBachelor of Quantity Surveying with HonoursBachelor of Science in Construction with HonoursBachelor of Science in Architecture with HonoursBachelor of Geomatics Engineering with HonoursBachelor of Real Estate with HonoursBachelor of Urban and Regional Planning with HonoursBachelor of Science in Land Administration and Development with Honours\nFACULTY OF SCIENCES\nBachelor of Science (Industrial Chemistry) with HonoursBachelor of Science (Industrial Mathematics) with Honours\nFACULTY OF SOCIAL SCIENCE & HUMANITIES\nBachelor of Science (Human Resource Development) with HonoursBachelor of Psychology with Human Resource Development with HonoursBachelor of Technology with Education (Electric & Electronic) with HonoursBachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering) with HonoursBachelor of Education (Islamic Studies) with Honours\nAZMAN HASHIM INTERNATIONAL BUSINESS SCHOOL\nBachelor of Accounting with HonoursBachelor of Management (Marketing) with HonoursBachelor of Management (Technology) with Honours\nSCHOOL OF PROFESSIONAL AND CONTINUING EDUCATION\nBachelor of Business Administration (International Business)(With Honours)\n\n\n\n\n\nSyarat Kemasukan Sarjana Muda Separuh Masa UTM 2022 / 2023\nSYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA PSM SESI 2021/2022\nSyarat kemasukan setiap program adalah merujuk kepada Syarat Umum dan Syarat Kemasukan Program.\nSila klik mengikut tahap kemasukan program seperti di bawah:\n\u2013\u00a0Lepasan Diploma\u2013\u00a0Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM\u2013\u00a0Lepasan Matrikulasi/Asasi\u2013\u00a0Lepasan Diploma Vokasional Malaysia DVM\u2013\u00a0Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM\u2013\u00a0Lepasan APEL A (Tahap 6)\nSila layari laman web https://www.utmspace.edu.my pada link Academic untuk keterangan lanjut.\nYuran Pengajian\nPelajar boleh mendapatkan pembiayaan pinjaman PTPTN, pengeluaran akaun 2 KWSP, Yayasan negeri, Angkasa bagi penjawat awam, pinjaman peribadi di bank- bank berkaitan dan mana \u2013 mana sumber pinjaman lain di luar.\nAnggaran yuran pengajian separuh masa Universiti Teknologi Malaysia bagi Program Sarjana Muda adalah seperti dalam lampiran di bawah:\nAnggaran-Yuran-PPSM-Sarjana-Muda-dikemaskini-pada-16-11-2021-compressedDownload\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut sila layari ke https://space.utm.my/bachelor-degree-programme/\nHotline:+607 531 8000 / 8001 (JB)+603 2772 2500 (KL) Whatsapp: 019-777 6690Telegram: spaceofficial Email: [email\u00a0protected]\nBaca juga: \nMUET On Demand (MoD) 2022: Daftar / Semakan KeputusanILTIZAM PDP: Professional Development Programme 2023\n"]} {"url": "https://ecentral.my/socar-malaysia/", "title": "SOCAR Malaysia : Cara Sewa Kereta Harian Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda mahu mencari kereta sewa dengan mudah, SOCAR merupakan salah satu platform popular yang boleh anda cuba. \nBenar, terdapat ratusan atau mungkin rabuan syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan kereta di Malaysia namun dengan SOCAR, semuanya menjadi lebih mudah.\nDengan perkhidmatan lebih menyeluruh di serata Malaysia, anda lebih mudah merancang percutian anda dalam Malaysia dengan hanya menyewa kereta secara harian mahupun mengikut jam.\nYa! Anda boleh menyewa sebuah kereta untuk beberapa jam sahaja.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Syarikat\n\n \nCara Sewa Kereta Menggunakan Socar\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatarbelakang Syarikat\nSocar Mobility Malaysia, unit syarikat pemula perkongsian kereta Korea, Socar yang dimiliki 79 peratus oleh SK Inc., mendapat pembiayaan daripada dana ekuiti persendirian global East Bridge Partners dan syarikat multinasional Sime Darby, SK Inc. pada Khamis.16 Sept 2021\n\n\n\n\n\n\nSOCAR membolehkan anda menyewa dan memandu pelbagai jenis kereta mengikut jam, hari atau minggu melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma.\nDengan lebih 36 model kereta untuk anda memandu dan mengalami kereta idaman anda pada harga yang berpatutan. \nPerkhidmatan kereta sewa yang disediakan boleh didapati di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Seremban. \nUntuk sebarang pertanyaan jika anda tidak mempunyai tempahan semasa dengan kami, sila hubungi [email\u00a0protected] dan wakil Sokongan Pelanggan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut! \n\nCara Sewa Kereta Menggunakan Socar\nSOCAR merevolusi cara anda memilih dan menempah kereta sewa kerana segala urusan tempahan boleh dibuat di hujung jari anda menggunakan aplikasi SOCAR \u2013 mudah dan sangat efisien.\nBerikut dikongsikan langkah-langkah untuk sewa kereta secara online melalui aplikasi Socar:\nMuat turun Aplikasi SOCAR atau pergi ke laman web rasmi https://socar.my/Pilih lokasi anda.Buat tempahan berdasarkan kenderaan / kereta pilihan anda.Datang ambil kereta yang dipilih setelah tempahan anda disahkan. Pada akhir tempoh tempahan anda, kembalikan kereta tersebut ke zon pengambilan yang sama. \nSistem ini juga didatangkan dengan sistem tanpa kunci \u2013 anda boleh unlock sesebuah kereta melalui aplikasi ini.\nTerdapat pilihan puluhan kereta untuk dipilih \u2013 sewa mengikut kadar bajet anda.\nPergi ke mana sahaja, ulang-alik ke tempat kerja, dan nikmati masa lapang anda dengan mudah di mana sahaja anda berada. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web: https://socar.my/\nFacebook: https://www.facebook.com/socarmalaysia\nE-mel : [email\u00a0protected]\nBaca juga: \nCara Daftar GrabPay Malaysia, Kelebihan & Promosi Terkini11 Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana \u2013 MetMalaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-slip-muet-pertukaran-pusat-ujian/", "title": "Semakan Slip MUET (MUET/D) & Mohon Pertukaran Pusat Ujian 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN SLIP DAFTAR MUET/D DAN PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT UJIAN MUET SESI 1 TAHUN 2022\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa Slip_Daftar MUET (MUET/D) Sesi 1 Tahun 2022 boleh disemak mulai jam 10.00 pagi, 16 Februari 2022.\nSemakan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, permohonan pertukaran pusat ujian MUET juga boleh dilakukan secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama.\nBerikut dikongsikan pautan dan cara membuat semakan serta permohonan pertukaran online.\n\nBaca juga: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM (Kemasukan September 2022)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Slip Daftar MUET (MUET/D)\n\n \nPermohonan Pertukaran Pusat Ujian MUET\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Slip Daftar MUET (MUET/D)\nUntuk membuat semakan MUET/D, sila ikuti langkah berikut:\nKlik pautan Portal Rasmi MPM (http://webmpm.mpm.edu.my/)Pilih Semak Pendaftaran MUET (Cetak MUET/D)Tekan CETAK untuk mencetak slip tersebut.\n\nPermohonan Pertukaran Pusat Ujian MUET \nPerpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini. Calon hendaklah memohon secara dalam talian melalui url\u00a0http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS sahaja (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).Bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah\u00a0RM25.00\u00a0dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara dalam talian ialah pada\u00a016 hingga 22 Februari 2022\u00a0bagi\u00a0MUET Sesi 1 tahun 2022, 10 hingga 17 Mei 2022 bagi MUET Sesi 2 tahun 2022, 30 Ogos hingga 5 September 2022 bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2022Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM\u00a0dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah\u00a0terbatal.Rujuk Arahan https://www.mpm.edu.my/muet/perpindahan-pusat-ujian dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM atau pautan terus di\u00a0https://www.mpm.edu.my/muet/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon\u00a0untuk maklumat lanjut. \nBaca juga: Jadual Tarikh Peperiksaan MUET 2022 Terkini\nMaklumat Lanjut\nMajlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.\nTelefon : 03-6126 1600\u00a0Faks : 03-6136 1488E-mel : ppa[at]mpm.edu.myLaman web : https://www.mpm.edu.my/Facebook : Majlis Peperiksaan Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-bayar-fidyah/", "title": "Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya \nSebagai umat Islam, kita perlulah ketahui cara bayar fidyah serta golongan yang wajib laksanakannya. \nFidyah merupakan denda ke atas umat Islam yang telah baligh akibat melanggar hukum dalam ibadah puasa, haji dan yang berkaitan.\nJika hukum yang dilanggar berkait dengan ibadah puasa, maka fidyah akan dikenakan akibat meninggalkan puasa wajib sama ada kerana melewatkan puasa\u00a0 ganti (qadha\u2019) atau atas sebab-sebab tertentu.\nBaca Juga : Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2022 Setiap Negeri Di Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Fidyah?\n\n \nHukum Fidyah\n\n \nGolongan Yang Dikenakan Fidyah\n\n \nWaktu / Tempoh Pembayaran Fidyah\n\n \nCara Pengiraan\n\n \nCara Bayar Fidyah\n\n\nApakah Fidyah?\nFidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.\n\nDALIL PENSYARIATAN FIDYAH\n\u00a0i) Al-Quran\nFirman Allah SWT:\n\u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0645\u064e\u0639\u0652\u062f\u064f\u0648\u062f\u064e\u0627\u062a\u064d \u06da \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0631\u0650\u064a\u0636\u064b\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0633\u064e\u0641\u064e\u0631\u064d \u0641\u064e\u0639\u0650\u062f\u064e\u0651\u0629\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064d \u0623\u064f\u062e\u064e\u0631\u064e \u06da \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064f\u0637\u0650\u064a\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e\u0647\u064f \u0641\u0650\u062f\u0652\u064a\u064e\u0629\u064c \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u064f \u0645\u0650\u0633\u0652\u0643\u0650\u064a\u0646\u064d \u06d6 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0637\u064e\u0648\u064e\u0651\u0639\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0647\u064f \u06da \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0645\u064f\u0648\u0627 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e\nYang bermaksud: \u201c(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.\u201d \u00a0(Surah al-Baqarah: 184)\nii) Al-Hadis\n\n\n\n\n\n\nHadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n\u0645\u0646 \u0645\u0627\u062a \u0648\u0639\u0644\u064a\u0647 \u0635\u064a\u0627\u0645\u064f \u0634\u0647\u0631\u064d \u0641\u0644\u064a\u064f\u0637\u0639\u0645\u0652 \u0639\u0646\u0647 \u0645\u0643\u0627\u0646\u064e \u0643\u0644\u0650\u0651 \u064a\u0648\u0645\u064d \u0645\u0633\u0643\u064a\u0646\u064b\u0627\nYang bermaksud:\u00a0\u201cSesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.\u201d\u00a0(Riwayat al-Tirmizi)\nHukum Fidyah\nPembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\nSekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.\nGolongan Yang Dikenakan Fidyah\nTerdapat 5 golongan yang dikenakan fidyah akibat meninggalkan puasa iaitu :\n\n1.Uzur Syar\u2019ie & Sakit Yang Boleh Sembuh\nGolongan ini meninggalkan puasa Ramadhan akibat uzur syar\u2019ie (musafir, haid, nifas atau wiladah) serta sakit yang ada harapan sembuh.\nGolongan ini diwajibkan untuk qadha puasa\u2019 sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang.\n\u00a0Jika mereka gagal menggantikan puasa, maka mereka perlulah qadha\u2019 puasa serta bayar fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.\n2. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh\nGolongan ini tidak dapat berpuasa kerana menghidap sakit yang tiada harapan sembuh serta disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.\nGolongan ini tidak wajib qadha\u2019 puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.\n3. Ibu Hamil Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya\nIbu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebab :\nBimbang akan kesihatan dirinya sahaja, atau ;\nBimbang akan kesihatan diri serta kandungan atau anaknya.\nPara ibu ini tidak wajib bayar fidyah, namun mereka wajib qadha\u2019 puasa.\n4. Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan\nIbu hamil atau yang masih menyusukan anak tidak berpuasa di bulan Ramadhan atas sebab bimbangkan kesihatan anak atau kandungan diwajibkan untuk qadha\u2019 puasa dan bayar fidyah.\n5. Orang Yang Meninggal Dunia\nBagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya, maka waris perlulah laksanakan tanggungjawab untuk bayar fidyah si mati.\n\n\n\nWaktu / Tempoh Pembayaran Fidyah\nUlama bersepakat menyatakan bahawa waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan.\nWalau bagaimanapun, waktunya tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu.\nNamun, umat Islam digalakkan untuk segerakannya kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.\nIndividu yang lambat menggantikan puasanya hingga telah tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya pula akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib meninggalkan qadha\u2019 puasa yang ditinggalkan. \nBayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.\nManakala, bilangan hari ganti puasa ganti adalah kekal.\nCara Pengiraan\nUntuk kira bayaran fidyah anda perlulah gandakan nilainya dengan jumlah hari yang anda tinggal puasa.\nSebagai contoh, misalnya Lembaga Zakat Selangor meletakkan nilai secupak beras adalah RM 1.80 untuk kiraan fidyah di Selangor.\nKiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. \nJadi, sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah :\nRM 1.80 (1 cupak ) X 3 hari = RM 5.40\nJika anda melangkau tahun contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan ingin gantikan puasa serta bayar fidyah pada tahun 2021, maka kadar fidyah adalah seperti berikut :\nRM 1.80 (1 cupak) X 4 tahun X 3 hari = RM 21.60\nNota : Nilai secupak beras mungkin berbeza mengikut negeri. Sila rujuk pada pusat zakat negeri masing-masing.\n\nCara Bayar Fidyah\nFidyah boleh dibayar melalui tiga cara iaitu :\nSecara Tunai \u2013 Bayaran boleh dilakukan terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing atau melalui wang pos.\nSecara Online \u2013 Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri\nMelalui MayBank2U \u2013 Kaedah ini boleh digunakan untuk pusat zakat atau majlis agama negeri yang aktifkan pembayaran fidyah melalui Maybank2U.\nCaranya adalah seperti berikut :\n\nLog masuk ke akaun Maybank2U seperti biasa\nKlik \u2018Bill Payment\u2019 dan klik pada \u2018Make A One-Off Payment\u2019\nKlik \u2018Zakat & Charity\u2019\nPilih Pusat Pungutan Zakat / Fidyah negeri masing-masing\nPilih \u2018Fidyah\u2019\nMasukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut kiraan.\n\nMudah bukan untuk laksanakan fidyah ? Bagi yang belum bayar fidyah puasa, segerakanlah kerana nilainya akan meningkat jika Ramadhan tahun datang menjelma. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-peniaga-mbi/", "title": "Bantuan Penjaja, Peniaga Kecil & Pasar Awam Berlesen RM300 One-Off (MBI)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN\u00a0ONE OFF\u00a0PENJAJA ,PENIAGA KECIL DAN PASAR AWAM\u00a0 BERLESEN DI BAWAH MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)\nPada 2 Jun 2021, yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pandemik Covid 19. \nAntara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan\u00a0One-Off\u00a0\u00a0untuk penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan\u00a0 bantuan berjumlah RM300 bagi setiap pemegang lesen.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan Bantuan Peniaga, Penjaja Kecil & Pasar Awam Berlesen MBI\n\n \nSyarat Kelayakan Umum\n\n \nTarikh Permohonan & Semakan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Peniaga Kecil, Penjaja & Pasar Awam MBI\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTujuan Bantuan Peniaga, Penjaja Kecil & Pasar Awam Berlesen MBI\nPemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi\u00a0 membendung wabak Covid-19.\nBaca juga: GKP 4.0 : Bantuan RM1,000 Bagi PKS & Tarikh Bayaran\nSyarat Kelayakan Umum\nSemua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh layak memohon dan boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI.\nTarikh Permohonan & Semakan\nSemakan dan permohonan boleh dibuat bermula\u00a07 Ogos 2021 (Sabtu) sehingga 30 September 2021. \n\nBaca juga: Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan (Penjawat Awam)\nCara Permohonan Bantuan Peniaga Kecil, Penjaja & Pasar Awam MBI\nMereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan dokumen \u00a0yang diperlukan iaitu Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian.\nSemua permohonan perlu mempunyai sijil penjaja dan pasar dsripada MBI (tidak perlu sijil SSM).\nLesen penjaja adalah untuk semua kategori lesen seperti medan selera, lesen penjaja bergerak, pasar malam, pasar pagi, tapak penjaja, pasar pagi FAMA, memory lane dan sebagainya.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh hubungi talian \u00a005-2058047\u00a0(Waktu pejabat sahaja).\nhttps://www.mbi.gov.my/perniagaan/bantuan-One-penjaja-dan-peniaga-kecil\n"]} {"url": "https://ecentral.my/zakat-fitrah/", "title": "Zakat Fitrah: Hukum, Syarat Wajib & Kadar Zakat Fitrah 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenjelang bulan Ramadhan 2023, semua umat Islam yang cukup syarat wajib membayar Zakat Fitrah.\nTahukah anda apakah itu zakat fitrah dan berapakah kadar bayaran yang perlu dibayar bagi setiap individu di Malaysia?\nDi sini dikongsikan info lanjut tentang zakat fitrah serta bayaran setiap negeri bagi tahun terkini (2023).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Zakat Fitrah?\n\n \nHukum Zakat Fitrah & Siapa Yang Wajib Membayarnya?\n\n \nHikmah\n\n \nTempoh Bayaran Dibuat\n\n \nKadar Zakat Fitrah Setiap Negeri (2023)\n\n \nPlatform Pembayaran Zakat Online\n\n\nApakah Zakat Fitrah?\nZakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.\nKadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang\u00a0mukallaf\u00a0itu bermukim.\nHal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa\u2019id al-Khudri R.A katanya:\n\n\n\n\n\n\n\u0643\u064f\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0646\u064f\u062e\u0652\u0631\u0650\u062c\u064f \u0641\u0650\u064a \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u0650 \u0635\u064e\u0627\u0639\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u064d. \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0623\u064e\u0628\u064f\u0648 \u0633\u064e\u0639\u0650\u064a\u062f\u064d \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u0639\u0650\u064a\u0631\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0632\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0628\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0623\u064e\u0642\u0650\u0637\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0645\u0652\u0631\u064f\nMaksudnya:\u00a0\u201cPada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.\u201d\nRiwayat al-Bukhari (1439)\n\nUkuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram. \nSekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.\nBaca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\nHukum Zakat Fitrah & Siapa Yang Wajib Membayarnya?\nZakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah. \nMereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu\u2019 (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin. \nSyarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:\n\nAl-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.\nWaktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan\nBerkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan\u00a0(Lihat:\u00a0al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi\u2019e, 2/98)\n\nHikmah\n\nTempoh Bayaran Dibuat\nTempoh bayaran adalah pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.\nHukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:\n\nHarus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.\nHarus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.\nHarus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu\u00a0qaul\u00a0dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.\nHarus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.\nMenurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha\u2019. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.\n\n*Sumber: Mufti WP\nBaca juga: SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia\nKadar Zakat Fitrah Setiap Negeri (2023)\nBerikut ialah\u00a0kadar bayaran\u00a0bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:\nNegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2023PerlisRM7.00KedahRM7.00/ RM14.00 / RM21.00Pulau PinangRM7.00/ RM13.00 / RM20.00PerakRM7.00/ RM14.00 / RM21.00SelangorRM7.00/ RM14.00 / RM21.00Negeri SembilanRM7.00MelakaRM7.00 / RM14.00 / RM21.00JohorRM7.00 / RM10.00PahangRM7.00TerengganuRM7.00KelantanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00SarawakRM7.00SabahRM7.00WP Kuala LumpurRM7.00 / RM14.00 / RM21.00\nNOTA:\n\nNegeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat\u00a0: Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka\nContoh\u00a0:\u00a0Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya\n\nUmat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka\u00a0membayar zakat\u00a0fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.\n\nPlatform Pembayaran Zakat Online\nKini terdapat pelbagai aplikasi yang menyokong pembayaran zakat secara online.\nAntaranya Shopee, Maybank2u dan bermacam lagi.\nSelain itu, anda juga boleh membuat pembayaran zakat melalui portal zakat negeri masing-masing. Pautannya seperti di bawah:\n\nNegeri Johor\n\nPautan :\u00a0Zakat Fitrah Online \u2013 Majlis Agama Islam Negeri Johor (maij.gov.my)\n\n\nNegeri Kedah\n\nPautan :\u00a0JomFitrah (zakatfitrah.com.my)\n\n\nNegeri Melaka\n\nPautan :\u00a0Zakat Melaka \u2013 Bersih Jiwa Suci Harta (izakat.com)\n\n\nNegeri Kelantan\u00a0\n\nPautan :\u00a0e-perkhidmatan MAIK:ZAKAT FITRAH (e-maik.my)\n\n\nNegeri Pahang\n\nPautan :\u00a0eZakat \u2013 Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (muip.gov.my)\n\n\nNegeri Sembilan\n\nPautan :\u00a0e-Payment eFitrah Online MAINS 2021 (zakatns2u.biz)\n\n\nPulau Pinang\n\nPautan :\u00a0Portal \u2014 Zakat Pulau Pinang (zakatpenang2u.com)\n\n\nNegeri Perlis\u00a0\n\nPautan :\u00a0MAIPs Online Zakat Payment\n\n\nNegeri Perak\n\nPautan :\u00a0eZAKAT-MAIP|MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK (maiamp.gov.my)\n\n\nNegeri Sabah\n\nPautan :\u00a0Log Masuk Orang Awam (sabah.gov.my)\n\n\nNegeri Sarawak\u00a0\n\nPautan :\u00a0Portal Rasmi TABUNG BAITULMAL SARAWAK (tbs.org.my)\n\n\nNegeri Selangor\n\nPautan :\u00a0ezakatPAY (zakatselangor.com.my)\n\n\nNegeri Terengganu\n\nPautan :\u00a0[email\u00a0protected]\n\n\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\nPautan :\u00a0Bayar Zakat Fitrah Secara Online\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-menteri-kabinet/", "title": "Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2021 (Ismail Sabri Yaakob)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan senarai Menteri Kabinet Malaysia bagi tahun 2021 di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\nSenarai kabinet baru ini diumumkan pada 27 Ogos di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.\nTiada Timbalan Perdana Menteri diumumkan.\nDan boleh dikatakan kesemua jawatan menteri era Muhyiddin Yassin masih dikekalkan kecuali beberapa jawatan seperti Menteri Kesihatan yang kini dijawat oleh YB Khairy Jamaluddin.\nSegala inisiatif dan bantuan kerajaan diumumkan sejak PN memerintah bermula 1 Mac lalu akan diteruskan oleh kerajaan baru ini.\nBantuan-bantuan ini kebanyakkannya adalah untuk meringankan beban rakyat yang sedang diuji teruk dengan pandemik COVID-19.\nAntara bantuan yang diumumkan termasuklah Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Geran Khas Prihatin, Program Subsidi Upah, dan pelbagai lagi inisiatif PRIHATIN.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Menteri Kabinet 2021\n\n \nSenarai Gaji Menteri\n\n\nSenarai Menteri Kabinet 2021\n(1)\u00a0Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\nPerdana Menteri,Pejabat Perdana Menteri,Aras 5, Blok Utama,Bangunan Perdana Putra,62502 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8888 8010\u00a0\nWeb: www.pmo.gov.my\u00a0\n2)\u00a0Datuk Seri Azmin Ali\nMenteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Aras 30, Menara MITI, No.7,Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,50480 KUALA LUMPUR.\u00a0Talian Am : 03-62000002\u00a0\nWeb: www.miti.gov.my\u00a0\n(3)\u00a0Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein\nMenteri Kanan Pertahanan,Kementerian Pertahanan,Aras 5, Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR.\u00a0Talian Am : 03-2698 5020\u00a0\nWeb: www.mod.gov.my\u00a0\n(4)\u00a0Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz\nMenteri Kewangan,Kementerian Kewangan,Aras 12, Blok Tengah,Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8882 3007\u00a0\nWeb: www.treasury.gov.my\u00a0\n(5)\u00a0Datuk Seri Fadillah Yusof\nMenteri Kanan Kerja Raya,Kementerian Kerja Raya,Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin,50580 KUALA LUMPUR.\u00a0Talian Am : 03-2771 4018\u00a0\nWeb: www.kkr.gov.my\u00a0\n\n\n\n\n\n\n(6)\u00a0YB SENATOR DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN\u00a0\nMenteri Kanan Pendidikan,Kementerian Pendidikan,Aras 10, Blok E8,Kompleks Kerajaan, Parcel E,\u00a0Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,\u00a062604 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-88846033\u00a0\nWeb: www.moe.gov.my\u00a0\n(7)\u00a0YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG\nMenteri Pengangkutan,Kementerian Pengangkutan,Aras 10, No. 26,Jalan Tun Hussein,Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8892 1013\u00a0\nWeb: www.mot.gov.my\n(8)\u00a0YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak),Jabatan Perdana Menteri,Aras 3, Blok Timur,Bangunan Perdana Putra,\u00a0Pusat Pentadbiran Kerajaan PersekutuanPUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-88727129\n(9)\u00a0YB DATO\u2019 SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN\nMenteri Alam Sekitar Dan Air,Kementerian Alam Sekitar dan Air,Aras 10, Blok F11, Kompleks F,Lebuh Perdana Timur,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62000 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-80917006\u00a0\n(10)\u00a0YB DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN\nMenteri Sumber Manusia,Kementerian Sumber Manusia,Aras 9, Blok D3,Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8886 5001\u00a0\nWeb: www.mohr.gov.my\u00a0\n(11)\u00a0YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN\nMenteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Aras 38, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4,\u00a0Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-83231000\u00a0\nWeb: www.kpwkm.gov.my\n(12)\u00a0YB DATO\u2019 DR. NORAINI BINTI AHMAD\nMenteri Pengajian Tinggi,Kementerian Pengajian Tinggi,Aras 18 No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62200 PUTRAJAYA.\nTalian Am : 03-88705005\n(13)\u00a0Datuk Seri Abdul Latiff Ahmad\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas),Jabatan Perdana Menteri,Aras 3, Blok Timur,Bangunan Perdana Putra,\u00a0Pusat Pentadbiran Kerajaan PersekutuanPUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-88727003\u00a0\n(14)\u00a0YB DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE\nMenteri Pertanian dan Industri Makanan,Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,Aras 17, Wisma Tani,No.28, Persiaran Perdana,Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62624 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8870 1001\u00a0\nWeb: www.moa.gov.my\n(15)\u00a0YB DATO\u2019 SRI MUSTAPA BIN MOHAMED\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi),Jabatan Perdana Menteri,Aras 6, Setia Perdana 5,Kompleks Setia Perdana,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-88727281\u00a0\nWeb: www.mea.gov.my\u00a0\n(16)\u00a0YB DATO\u2019 SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN\nMenteri Dalam Negeri,Kementerian Dalam Negeri,Aras 12, Blok D1, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62546 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8000 8007\u00a0\nWeb: www.moha.gov.my\n(17)\u00a0Tan Sri Annuar Musa\nMenteri Komunikasi dan Multimedia,Kementerian Komunikasi dan Multimedia,Aras 37,Lot 4G9, Persiaran Perdana,Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 PUTRAJAYA\nTalian Am : 03-8911 5114\u00a0\nWeb: www.kkmm.gov.my\n(18)\u00a0Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican\nMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Aras 18, No.51,Persiaran Perdana,Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8891 5006\u00a0\nWeb: www.kpkt.gov.my\u00a0\n(19)\u00a0Datuk Seri Mahdzir Khalid\nMenteri Pembangunan Luar Bandar,Kementerian Pembangunan Luar Bandar,Aras 32, No. 47, Persiaran Perdana,Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 PUTRAJAYA.\nTalian Am : 03-88912001\u00a0\nWeb: www.rurallink.gov.my\n(20)\u00a0Datuk Seri Shahidan Kassim\nMenteri Wilayah Persekutuan,\u00a0Kementerian Wilayah Persekutuan,Aras 4, Blok B2, Menara Seri Wilayah,Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8889 7878\u00a0\nWeb: www.kwp.gov.my\n(21)\u00a0Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu\nMenteri Belia dan Sukan,Kementerian Belia dan Sukan,Aras 17, Menara KBS,No. 27, Persiaran Perdana,Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62570 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8871 3003\u00a0\nWeb: www.kbs.gov.my\u00a0\n(22)\u00a0Datuk Seri Takiyuddin Hassan\nMenteri Tenaga dan Sumber Asli,Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,Wisma Sumber Asli, No.25, Persiaran Perdana,Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62574 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-88861636\u00a0\nWeb: www.kats.gov.my\u00a0\n(23)\u00a0Datuk Saifuddin Abdullah\nMenteri Luar Negeri,Kementerian Luar Negeri,Aras 3, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra,Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62602 PUTRAJAYA.\nTalian Am : 03-8887 4503\u00a0\nWeb: www.kln.gov.my\n(24)\u00a0Datuk Seri Dr Adham Baba\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,Pejabat Menteri, Blok C5, Aras 7,Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62662 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-88858008\u00a0\nWeb: www.mosti.gov.my\n(25)\u00a0YB DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE\nMenteri Perpaduan Negara,Kementerian Perpaduan Negara,Aras 10, Blok F9, Kompleks F,Lebuh Perdana Timur, Presint 1,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62000 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-80918001\u00a0\nWeb: www.perpaduan.gov.my\u00a0\n(26)\u00a0Khairy Jamaluddin Abu Bakar\nMenteri Kesihatan,Kementerian Kesihatan,Aras 13, Blok E7,Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62590 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8883 2527\u00a0\nWeb: www.moh.gov.my\u00a0\n(27)\u00a0YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Aras 13, (Menara) No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,62623 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8882 5506\u00a0\nWeb: www.kpdnhep.gov.my\u00a0\n(28)\u00a0Tan Sri Noh Omar\nMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Aras 6, Blok E4/E5,\u00a0Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,\u00a062668 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8883 6016\u00a0\nWeb: www.medac.gov.my\n(29)\u00a0YB DATO\u2019 SRI HAJAH NANCY SHUKRI\nMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya,Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,Aras 18, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6,Presint 5,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62200 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8891 7001\u00a0\nWeb: www.motac.gov.my\u00a0\n(30)\u00a0Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Jabatan Perdana Menteri,Aras 9, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang,Presint 3,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62692 PUTRAJAYA.\nTalian Am : 03-8885 1215\u00a0\nWeb: www.bheuu.gov.my\u00a0\n(31)\u00a0Datuk Dr Zuraidah binti Kamaruddin\nMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,No. 15, Aras 12A,\u00a0Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62654 PUTRAJAYA\nTalian Am : 03-88803302\u00a0\nWeb: www.mpi.gov.my\u00a0\n(32)\u00a0Senator Idris Ahmad\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Aras 10, Blok A,Kompleks Islam Putrajaya,No.23, Jalan Tunku Abdul Rahman,Presint 3,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 PUTRAJAYA.\u00a0Talian Am : 03-8870 7066\u00a0\nSenarai Gaji Menteri\nSelain itu, melalui portal Perisytiharan Harta anda boleh lihat sendiri berapakah pendapat bulanan setiap jemaah menteri termasuk jumlah aset yang dimiliki mereka.\nContohnya PM menerima pendapatan bulanan RM104,841.65 sebulan dengan jumlah harta keseluruhan RM10-15 juta.\n\nUntuk info lanjut anda boleh layari portal rasmi https://mydeclaration.sprm.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/technical-enrichment-energy-program/", "title": "Tawaran Program Technical Enrichment Energy Program (TEP) di INSTEP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran menarik bagi pelajar lepasan Diploma yang ingin memulakan karier dalam bidang gas dan minyak kerana permohonan bagi program Technical Enrichment Energy Program (TEP) di INSTEP telah dibuka.\nProgram pra-pekerjaan ini merupakan program di bawah PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. \u2013 Sarawak (SKA) bagi pelajar lepasan diploma.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaklumat Program\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nProgram yang ditawarkan\n\n \nProsedur permohonan\n\n\nMaklumat Program\nNama program: Technical Enrichment Energy Program (TEP)Tempoh pengajian: TEP Core (10 bulan), TEP Plus (18 bulan)Tarikh permohonan: 19 Mei \u2013 7 Jun 2022\nProgram ini dirancang khas bagi membolehkan calon yang layak mendapat pengalaman dan kompetensi untuk mengembangkan lagi karier mereka dalam bidang gas dan minyak.\nSyarat kelayakan\n\nWarganegara MalaysiaBerumiur antara 22 tahun hingga 30 tahunPemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan/Sains daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di MalaysiaKredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden. Prioriti akan diberikan kepada calon yang mengambil subjek Fizik, Kimia dan Sains semasa SPMBody Mass Index (BMI) kurang daripada 30, tidak rabun warna, sihat daripada segi fizikal untuk bekerja dalam bidang industri minyak dan gasPenglibatan aktif dalam sukan, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris \nProgram yang ditawarkan\nBidang merupakan bidang latihan yang ditawarkan untuk Nama program: Technical Enrichment Energy Program (TEP) ini:\nOperations TradeProductionMaintenance TradeElectrical InstrumentationMechanical\nProsedur permohonan\nBagi calon yang berminat untuk mengikuti program pra-pekerjaan ini, berikut merupakan langkah-langkah memohon:\nPermohonan secara dalam talianLayari laman web rasmi di https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=QYkuO0h5MUGXirLfxylQkTHx8HmQ12BMrvg4GguJLm5UQVgyTlk2QkNHMElBVjFCTjhXMkw2T1AwNC4u untuk menghantar permohonan anda secara dalam talianHanya permohonan yang lengkap sahaja akan diprosesPihak INSTEP berhak menolak sebarang permohonan yang mempunya unsur keraguan tanpa sebarang notisTemudugaTarikh tutup permohonan adalah pada 7 Jun 2022 (Selasa) 1159 malamHanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon untuk menghadiri temudugaSila layari laman web INSTEP dari semasa ke semasa untuk sebarang perkembangan terkini\nBagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas, cepat hantarkan permohonan anda sekarang sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan anda terlepas peluang keemasan ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/panduan-pindahmilik-tanah/", "title": "Panduan Pindahmilik Tanah Tanpa Peguam (Download Borang 14A)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNak beli tanah kena guna peguam? Tak semestinya.Tahukah anda, instrumen pindahmilik tanah boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan borang 14A. \nSecara ringkas, jika anda nak beli tanah ni boleh buat sendiri sahaja kalau tak melibatkan pinjaman bank. \nBagi lot tanah kecil-kecil, tak perlu guna peguam pun.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang proses dan prosedur cara buat pindahmilik tanah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pindahmilik Tanah?\n\n \nKepada Siapa Boleh Dipindahmilik?\n\n \nPanduan Pindahmilik Tanah (Tanpa Peguam)\n\n\nApakah Pindahmilik Tanah?\nPindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik. \nProses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat), tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.\nKepada Siapa Boleh Dipindahmilik?\nWarganegara yang berumur 18 tahun ke atas.Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain \u2013 lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.Badan \u2013 Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana \u2013 mana undang-undang bertulis lain.\nPanduan Pindahmilik Tanah (Tanpa Peguam)\nLangkahnya seperti di bawah:\nSetuju harga belian dengan penjualIsi borang 14A dengan penyaksianBayar duti setem di LHDNSelesaikan cukai tanah/pintu dan bil tertunggak lainSiapkan salinan IC dan surat beranak (jika tanah rizab Melayu)\u2018Present\u2019 di pejabat tanah & bayar fi pindahmilikCollect geran baru selepas siap\n*Rujuk Panduan Mengisi Borang Pindah Milik (14A) dalam lampiran yang disertakan di bawah:\n\nBoleh download Borang 14A di pautan ini https://ptg.ptgps.gov.my/borang/14A.pdfPercuma!\nBorang-14A-Pindahmilik-Tanah-Bahagian-atau-PusakaDownload\nBaca juga: \nCara Daftar Kedai / Restoran Anda Di GrabFood (Peniaga)Contoh Surat Pengesahan Pendapatan\nMaklumat Lanjut\nUntuk info dan pertanyaan lanjut berkenaan proses pemilikan tanah, sila rujuk:\nJabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan\nAras 4, Podium 1, Wisma Sumber AsliNo. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,62574 Putrajaya\nNo. Telefon : +603 8000 8000Faks : +603 8889 3855\nEmel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-auntie-annes/", "title": "Menu Auntie Anne\u2019s Malaysia & Harga Pretzel Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKeenakan pretzel yang panas dan gebu daripada Auntie Anne\u2019s memang sukar untuk ditandingi.\nDari Choco Eclairs hingga Jumbo Cheese Sausage, terdapat pelbagai pretzel yang ditawarkan di kedai pretzel nombor satu di Malaysia ini. \n\n\n\n\n\n\nBagi anda yang teringin untuk nikmati pretzel di Auntie Anne\u2019s, jom kita semak menu serta harga terkini yang ditawarkan. \nBaca Juga : Oriental Kopi : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Auntie Anne\u2019s & Harga Terkini\n\n \nPretzel\n\n \nSavory\n\n \nStix\n\n \nBeverages\n\n \nGood \u2018O\u2019 Days\n\n\nMenu Auntie Anne\u2019s & Harga Terkini\nPretzel\nMenuSingleCombo (Pretzel + 1 small beverage)OriginalRM 3.90RM 7.60Cinnamon SugarRM 4.90RM 8.60Sour Cream & OnionRM 4.90RM 8.60Parmesan CheeseRM 4.90RM 8.60Sesame SeedRM 4.90RM 8.60GarlicRM 4.90RM 8.60SeaweedRM 4.90RM 8.60Chocolate MintRM 4.90RM 8.60Green TeaRM 4.90RM 8.60Caramel AlmondRM 6.50RM 10.20Cinnamon RaisinRM 6.50RM 10.20Caramel RaisinRM 6.50RM 10.20Jalapeno CheeseRM 6.50RM 10.20Cheezy TurkeyRM 6.50RM 10.20Choco EclairsRM 6.50RM 10.20\nSavory\n\nMenuSingleCombo (Pretzel + 1 small beverage)Jumbo Cheese SausageRM 10.50RM 14.20Sausage BitesRM 9.50RM 13.20Cheese NuggetsRM 8.50RM 12.20\nStix\n\nMenuHargaCinnamon Sugar StixRM 5.80Choco Eclairs StixRM 6.81Original StixRM 4.80\nBeverages\nMenuHargaLemonade SRM 4.80Lemonade LRM 5.80Passion Fruit SRM 4.80Passion Fruit LRM 5.80\nGood \u2018O\u2019 Days\n\nMenuHargaGood \u2018O\u2019 Days ComboRM 10.00\nSemua menu yang ditawarkan di Auntie Anne\u2019s nampak cukup menarik untuk dicuba dan sesuai untuk dinikmati sebagai kudapan tak kira masa! \nJom ke cawangan Auntie Anne\u2019s terdekat hari ini! Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Auntie Anne\u2019s Malaysia untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik . \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-akaun-tabung-haji-kanak-kanak-dewasa/", "title": "Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa TH", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTukar Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa, Elak Akaun Kanak-kanak Dibekukan\nAdakah anda telah melakukan pertukaran status akaun kanak-kanak ke akaun dewasa untuk akaun anak yang telah mencapai umur 18 tahun?\nJika belum, lakukan sekarang di pejabat cawangan TH berhampiran sebelum 1 Mei 2022.\nTH menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.\nOrang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu membuat penukaran status agar akaun tidak dibekukan dan tidak timbul kesulitan di masa akan datang.\n\n\n\n\n\n\nTH\u00a0mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAkaun Akan Dibekukan Mulai 1 Mei 2022\n\n \nCara Tukar Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nAkaun Akan Dibekukan Mulai 1 Mei 2022\nBermula 1 Mei 2022, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.\nAkaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran. \nSelain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di\u00a0TH\u00a0akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan. \nWalau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan\u00a0TH\u00a0termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.\nSelain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.\nBaca juga: \nCara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Dorman (Lebih 7 Tahun)Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI, Untuk Anak Pun Boleh\nCara Tukar Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa \nUntuk tukar akaun Tabung Haji Kanak-kanak ke Akaun Dewasa, sila datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi membuat penukaran status.\nRekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut akan dikemaskini.\nSemua kaunter TH dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Waktu operasi Isnin sehingga Khamis adalah dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 petang.\nSelain itu, adalah penting supaya para pendeposit memastikan akaun\u00a0TH\u00a0masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di\u00a0TH\u00a0seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan\u00a0TH.\nPendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun\u00a0TH\u00a0anda kekal berstatus aktif.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan\u00a0TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini https://www.facebook.com/TabungHaji/photos/a.467357129992157/5315856631808825/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-dunia-2022-bola-sepak-portugal/", "title": "Piala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Portugal", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun pasukan bola sepak Portugal mungkin bukanlah pilihan terbaik untuk memenangi Piala Dunia 2022, kekuatan pasukan ini juga tidak boleh dipandang rendah dan tidak mustahil mampu mencipta kejutan.\nPortugal akan membuat penampilan kelapan dalam Piala Dunia di Qatar dan jurulatih Fernando Santos berharap pasukannya dapat memenuhi jangkaan.\nMereka masih belum menjulang piala yang diidam-idamka ini dan keputusan terbaik mereka ialah penamat tempat ketiga pada tahun 1966.\nMungkinkah ini masanya Cristiano Ronaldo dapat menjulangnya buat kali pertama memandangkan in kemungkinan besar penampilan terakhirnya di peringkat Piala Dunia?\nMari lihat senarai penuh skuad bola sepak Portugal pada Piala Dunia 2022 ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Portugal\n\n \nPenjaga Gol\n\n \nPertahanan\n\n \nPemain tengah\n\n \nPenyerang\n\n\nPiala Dunia 2022: Senarai 26 Pemain Bola Sepak Portugal\nSumber: FIFA\nPenjaga Gol\nNamaKelabRui PatricioRomaJose SaWolvesDiogo CostaPorto\nPenjagaan gol sepatutnya menjadi kebimbangan Santos di Qatar.\n\n\n\n\n\n\nWalaupun terdapat banyak pilihan untuk dipilih, tiada satu pun boleh dikira sebagai antara yang terbaik di dunia.\nPenjaga veteran Rui Patricio secara tradisinya menjadi pilihan utama tetapi dia seringkali terdedah kepada kesilapan.\nDiogo Costa dari Porto ialah seorang penjaga gol muda dan dikenali sebagai pemai yang mengagumkan tetapi tidak mempunyai pengalaman bermain di pentas terbesar. \nQatar boleh menjadi peluang beliau mengambil peranan utama, dan benar-benar mengumumkan dirinya kepada dunia.\nJose Sa dari Wolves mungkin menjadi pilihan ketiga untuk Santos, tetapi masih belum membuat penampilan sulung pasukan kebangsaan seniornya.\nPertahanan\nNamaKelabPepePortoRuben DiasManchester CityJoao CanceloManchester CityNuno MendesPSGDiogo DalotManchester UnitedAntonio SilvaBenficaRaphael GuerreiroBorussia DortmundDanilo PereiraParis Saint-Germain\nSkuad bola sepak Portugal mempunyai barisan pertahanan yang mantap diketuai oleh kapten Manchester City, Ruben Dias.\nBeliau mungkin akan digandingkan dengan calon berpengalaman Pepe.\nJose Fonte telah tidak terpilih walaupun mempunyai banyak pengalaman begitu juga dengan pilihan serba boleh Tiago Djalo, David Carmo dan Ferro.\nJoao Cancelo adalah pilihan utama di bek kanan, tetapi mungkin menghadapi persaingan untuk mendapatkan tempat permulaan daripada Diogo Dalot, yang telah cemerlang di Manchester United musim ini.\nDi bahagian kiri, Nuno Mendes harus bermula. \nWalau bagaimanapun, terdapat beberapa calon lain seperti Raphael Guerreiro dari Dortmund, dan hakikat bahawa Cancelo boleh bermain di posisi ini juga.\nPemain tengah\nNamaKelabVitinhaPSGWilliam CarvalhoReal BetisBernardo SilvaManchester CityJoao MarioBenficaBruno FernandesManchester UnitedRuben NevesWolvesJoao PalhinhaWolvesMatheus NunesWolvesOtavioPorto\nPortugal mempunyai banyak kualiti di bahagai tengah-tengah padang juga.\nTiga pilihan utama adalah Bruno Fernandes, Ruben Neves dan Bernardo Silva tetapi jika Santos mahu mencampuradukkan keadaan di tengah, beliau mempunyai banyak pilihan yang meyakinkan.\nVitinha dan Matheus Nunes adalah bakat muda dan menarik, manakala William Carvalho menambah lagi banyak pilihan dan pengalaman ke dalam senarai ini\nRenato Sanches, yang pernah dikatakan sebagai bakat generasi hadapan telah gagal memenuhi jangkaan. \nBeliau bergelut selama beberapa minit di PSG selepas menyertai mereka pada musim panas dan telah terlepas peluang untuk menyertai skuad bola sepak Portugal yang berlepas ke Qatar ini.\nPenyerang\nNamaKelavCristiano RonaldoManchester UnitedJoao FelixAtletico MadridRafael LeaoAC MilanRicardo HortaBragaGoncalo RamosBenficaAndre SilvaRB Leipzig\nHarapan Portugal terletak sekali lagi di bahu Cristiano Ronaldo.\nPemain dengan gol antarabangsa terbanyak dalam bola sepak lelaki ini akan berusaha untuk menambah jumlah golnya di Qatar dan membimbing negaranya ke hadiah utama dalam bola sepak antarabangsa.\nBeliau akan disokong dengan baik oleh pemain seperti Joao Felix dan Rafael Leao dari AC Milan, dengan Diogo Jota dan Pedro Neto kedua-duanya diketepikan kerana kecederaan.\nAndre Silva dan Goncalo Ramos juga terpilih untuk membarisi pasukan bola sepak Portugal ini.\nPersaraan Rafa Silva daripada bola sepak antarabangsa pada September merupakan satu kejutan buat Portugal.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jaminkerja-perkeso/", "title": "JaminKerja 2.0 PERKESO: Semakan Insentif & Kelayakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk semua! Program JaminKerja 2.0 kini dibuka!\nDalam usaha merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan mata pencarian, PERKESO menyediakan inisiatif JaminKerja \u2013 Insentif Penggajian untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu Keluarga Malaysia, terutamanya golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja.\nKerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.\nMenteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang JaminKerja untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah JaminKerja 2.0 PERKESO?\n\n \nInsentif JaminKerja 2.0\n\n \nCara Permohonan\n\n \nSyarat-syarat Tambahan\n\n \nLain-lain Insentif PERKESO Dalam Bajet 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah JaminKerja 2.0 PERKESO?\nProgram JaminKerja 2.0 merupakan satu insentif kewangan sehingga RM42,000 yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Ogos 2022 bagi pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.\n\n\n\n\n\n\nBantuan mobiliti sebanyak RM500.00 dibayar terus secara one-offkepada pekerja.\nInsentif ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, dan Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.\n\n\n\nInsentif JaminKerja 2.0\nJaminKerja merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.\nDi bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.\nBagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.\nSila rujuk jadual insentif dengan lebih terperinci melalui jadual di bawah:\n\n\nMari ambil peluang di atas insentif yang disediakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2022 ini sekarang.\nPermohonan kini dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022. Mohon sekarang di\u00a0https://jaminkerja.perkeso.gov.my\nInsentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.\n\nBaca juga: SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO RM1000\nCara Permohonan\nBagi majikan yang telah membuat pengambilan pekerja baharu mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember boleh membuat permohonan secara atas talian.\nLangkah permohonan adalah seperti berikut:\nMajikan wajib mendaftarkan kekosongan pekerjaan di PortalMYFutureJobs melalui laman sesawang www.myfuturejobs.gov.myMajikan wajib memastikan pekerja telah berdaftar dengan Portal MYFutureJobs sebagai pencari kerja.Permohonan Program JaminKerja 2.0 boleh dilakukan di laman sesawang https://jaminkerja.perkeso.gov.my untuk pengambilan pekerja selepas 1 Januari 2022.Majkan akan menerima kelulusan pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima dan disemak.Bayaran insentif pertama kepada majikan akan terus dikreditkan selepas 2 bulan caruman wajib kepada PERKESO dilakukan, manakala bayaran insentif ketiga dan seterusnya akan dikreditkan kepada majikan setiap bulan.Permohonan JaminKerja2.0 boleh dibuat melalui laman sesawang Program JaminKerja \u2013 Insentif Penggajian https://jaminkerja.perkeso.gov.my mulai 1 Ogos 2022.Majikan juga boleh membuat semakan status permohonan melalui skrin utama https://jaminkerja.perkeso.gov.my\nUntuk maklumat lanjut mengenai Program JaminKerja, sila rujuk lampiran di bawah :\nJAMINKERJA-2.0Download\nInsentif Pengajian boleh didapati di laman sesawang rasmi PERKESO.\nSyarat-syarat Tambahan\nMajikan wajib membayar gaji seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs.Majikan wajib mengemaskini tarikh berhenti kerja dalam tempoh 48 jam di Portal Program JaminKerja \u2013 Insentif Penggajian dan Portal ASSIST sekiranya penerima insentif meletakkan jawatan.Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs.Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dan menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau yang baharu untuk permohonan Program JaminKerja 2.0Permohonan bagi majikan yang membayar gaji harian kepada pekerja adalah dibenarkan selagi mematuhi kadar minimum gaji asas (RM1500) yang pasti diterima oleh pekerja setiap bulan.Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022 adalah layak untuk memohon Program JaminKerja 2.0.Tarikh akhir permohonan untuk Program JaminKerja 2.0 adalah pada 31 Disember 2022.\nLain-lain Insentif PERKESO Dalam Bajet 2022\nBajet 2022 menunjukkan keperihatinan Kerajaan untuk terus melindungi golongan pekerja sendiri dan sektor informal di negara ini.\nBagi tahun 2022, antara inisiatif yang akan diteruskan adalah Program Geran Penuh atau Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan perluasan liputan perlindungan PERKESO kepada lebih banyak Orang Bekerja Sendiri (OBS) termasuklah golongan artis, orang asli dan penyelia dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti.\nBermula tahun 2022 juga, program SPS Lindung akan dijenamakan semula dan dipecahkan kepada 9 kategori baharu berdasarkan jenis pekerjaan OBS. \nPendekatan ini diambil bagi melindungi golongan pekerja yang mudah terjejas akibat pandemik COVID-19, sekaligus menambahbaik liputan perlindungan sosial di Malaysia.\nBerikut disenaraikan perluasan dan penambahbaikan inisiatif PERKESO dalam Bajet 2022:\nPerluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)Program Kasih Suri Keluarga MalaysiaKenaikan Had Minimum Pencen KeilatanKenaikan Had Siling Gaji PencarumPenyelaran Kadar Bantuan Faedah PERKESO\n\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan:\nFacebook : Pertubuhan Keselamatan SosialTelefon : 1-300-22-8000 / 03-80915300Laman web aduan : https://eaduansip.perkeso.gov.myE-mel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-awal-ipt-zakat-kedah/", "title": "Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Bantuan Awal IPT Dalam dan Luar Negara Oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi Kemasukan pengajian Tahun 2021 akan dibuka bermula 15 Februari 2021 sehingga 31 Disember 2021.\nBagi pelajar yang baru berpeluang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda, Bantuan Awal IPT ini boleh membantu anda menampung kos memasuki pengajian awal di dalam negara. \nBerikut adalah maklumat lanjut yang perlu anda tahu tentang Bantuan Awal IPT atau Dermasiswa Awal IPT Dalam Negara yang diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Awal IPT Daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nSemakan & Cetakan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah\nBantuan Awal IPT atau juga dikenali sebagai Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Dalam Negara merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi dalam negara.\n\n\n\n\n\n\nBantuan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.\nBantuan ini adalah dibawah asnaf asnaf fisabilillah dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pengajian.Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan awal IPTA.Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.\nCara Permohonan Bantuan Awal IPT Daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah berikut:\n\nLayari laman web rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah atau terus ke pautan http://ipt.zakatkedah.com.my/Klik \u2018Aplikasi Dalam Talian\u2019 dan pilih tab \u2018Bantuan Awal IPT\u2019Bagi pemohon baru, sila tekan butang\u00a0PERMOHONAN BARU.Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS.Muat naik (upload) dokumen lampiran pada ruangan yang disediakan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disertakan bersama permohonan:\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)Salinan Kad Pengenalan Waris/ PenjagaSurat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akaun pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT. Salinan Akaun Bank Pemohon (Pelajar)\n*Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/ Penolong Amil bagi kariah masjid.\nBaca juga : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP\nSemakan & Cetakan\nUntuk membuat semakan dan cetakan borang, sila ke pautan http://ipt.zakatkedah.com.my/.\nMasukkan No KP & Kata Laluan, kemudian tekan Butang\u00a0SEMAK.\nMaklumat Lanjut\nJika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah ini, sila berhubung melalui:\nLEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN\nAras 3, Menara Zakat,Jalan Telok Wan Jah,05200 Alor Setar, Kedah.Tel : 04-7331740Faks : 04-7316280Aduan/Cadangan : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-tol-plus/", "title": "Harga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia ~ Dalam persiapan untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri tahun ini, anda juga perlu standby wang perjalanan yang mencukupi terutamanya bayaran tol.\nIni bagi mengelakkan masalah kekurangan baki di plaza tol sehingga menyebabkan kesesakan trafik. Nanti mulalah nak reverse kereta sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain !\nTahukah anda sebenarnya anda boleh semak harga tol lebuhraya mengikut jarak plaza masuk dan plaza keluar ?\nJom ikuti cara semakan Tol PLUS yang cukup mudah !\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Harga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Harga Tol PLUS Setiap Laluan\n\n \nPenurunan Harga Bayaran Tol Sebanyak 18% Bagi Lebuhraya Kendalian PLUS\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Semakan Harga Tol PLUS Setiap Laluan\nBagi memudahkan pengguna jalanraya membuat kadar semakan bayaran tol, sebuah laman web khas khas telah dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). \nPautan ini membolehkan orang ramai untuk semak kadar bayaran ke destinasi di lebuhraya seluruh Malaysia.\nCara untuk semak harga tol adalah seperti berikut :\nLayari pautan http://kadartol.llm.gov.my/Pilih lebuhraya yang anda ingin gunakanPilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar kemudian tekan butang CARIKadar bayaran serta jarak perjalanan akan dipaparkan mengikut kelas kenderaan.\n\nAnda juga boleh membuat semakan melalui TOLL Fare Calculator di laman web rasmi PLUS melalui pautan berikut \nhttps://www.plus.com.my/\n\nPenurunan Harga Bayaran Tol Sebanyak 18% Bagi Lebuhraya Kendalian PLUS\nUntuk makluman anda, harga bayaran tol yang dipaparkan melalui pautan berikut sudah dikurangkan sebanyak 18% sejak 1 Februari 2020 !\nIa dilaksanakan bagi Penurunan ini dilaksana bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4), dan bas (kelas 5) sehingga tamat konsesi.\n\u00a0Bagi lori (kelas 2&3) kadar bayaran tol akan kekal sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058.\nMaklumat Lanjut \nUntuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini, sila layari pautan berikut : \nFacebook Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia \nLaman Twitter Rasmi LLM Trafik \nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda mengurus perjalanan dengan lebih mudah. Lepas ini, pasti tidak akan timbul lagi masalah kekurangan wang ketika ingin bayar tol. \u00a0Semoga anda selamat pergi dan balik ke destinasi !\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-tunai-rakyat-btr-2023/", "title": "Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) bantuantunai.hasil.gov.my", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN TUNAI RAKYAT 2023 (*dijenamakan semula sebagai SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)\nBayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diteruskan dan diawalkan pada Januari ini.\nPerkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat \u2013 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.\nYAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. \u2013 SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n*TERKINI: BTR Dijenamakan Semula Sebagai STR\n\n \nApakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 @ Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?\n\n \nJumlah Bayaran STR 2023\n\n \nTarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah 2023)\n\n \nSemakan Status STR / BTR 2023\n\n \nCara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023)\n\n\n*TERKINI: BTR Dijenamakan Semula Sebagai STR\nTerkini, Perdana Menteri telah mengumumkan penjenamaan semula Program Bantuan Tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan selari dengan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup dalam Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.\nBantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.\nApakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 @ Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?\nBTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.\nBantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion\nJumlah Bayaran STR 2023\nTerdapat 2 kategori penerima STR iaitu:\n\nKetua Isi Rumah (KIR) \nBujang\n\nJumlah bayaran bagi Fasa 2 telah dikemaskini di Portal Belanjawan 2023 dan jumlahnya adalah seperti berikut:\nKategori Isi Rumah\n\nPendapatan Bulanan RM2500 ke bawah : RM200\nPendapatan bulanan RM2500 \u2013 RM5000 : RM200\n\nKategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas\n\nPendapatan bulanan RM5000 ke bawah : RM100\n\nBujang 21-59 Tahun\n\nPendapatan RM2500 ke bawah : RM100\n\nBujang OKU 19-59 Tahun\n\nPendapatan bulanan RM2500 ke bawah : RM100\n\n\nTarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah 2023)\nTarikh bayaran STR akan dibuat dalam 4 fasa seperti berikut:\n\nFasa 1 : Januari 2023\nFasa 2 : April 2023\nFasa 3 : Julai 2023\nFasa 4 : November 2023\n\nDi bawah adalah jadual dan jumlah bayaran yang akan diterima dari Fasa 1 hingga Fasa 4 :\n\nSemakan Status STR / BTR 2023\nSemakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.\n\n\nCara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023)\nPendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\u00a0kini dibuka.\nRujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:\n\n\n\nMuat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):\nPanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharuDownload\n\nMuat Turun Borang Manual\n\nBorang Permohonan STR 2023\nBorang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR 2023\nBorang Serahan Dokumen Sokongan STR 2023\nBorang Pembatalan Permohonan STR 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nombor-va-virtual-account/", "title": "Cara Dapatkan Nombor VA (Virtual Account) LHDN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNombor VA (Virtual Account) LHDN merupakan satu nombor unik 14 digit yang merupakan identiti setiap bayaran cukai kepada pihak LHDN.\ne-TT merupakan sistem yang menjana Nombor Virtual Account (VA) bagi tujuan bayaran cukai menggunakan Mod Telegraphic Transfer.\nSetiap no. VA adalah terhad kepada satu transaksi sahaja.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan nombor Virtual Account ini merupakan satu penambahbaikan daripada pihak LHDN bagi memudahkan rujukan pembayaran cukai dan mempertinngkatkan keselamat para pembayar cukai.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis-jenis cukai\n\n \nCara dapatkan Nombor VA Virtual Account LHDN\n\n \nKaedah bayaran menggunakan Nombor VA\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nJenis-jenis cukai\nJanaan nombor VA di e-TT hanya dibenarkan bagi tujuan bayaran cukai daripada dalam dan luar negara yang terdiri daripada jenis cukai berikut:\n\nCukai Pendapatan\nCukai Pegangan (WHT)\nCukai Pendapatan Petroleum (PITA)\nKompaun\nPenghibur Awam\nBayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) \u2013 Tertakluk di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Borang CKHT502)\n\nArtikel berkaitan: e-TT Hasil : Cara Buat Bayaran Cukai LHDN MyTax\nCara dapatkan Nombor VA Virtual Account LHDN\nAnda boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut untuk mengetahui cara mendapatkan Nombor VA untuk setiap transaksi yang dilakukan:\n\nLayari portal e-TT di alamat https://ett.hasil.gov.my/\n\nSecara alternatifnya, anda boleh mengakses e-TT melalui portal MyTax di alamat https://mytax.hasil.gov.my/, kemudian klik pada e-TT.\n\n\nKlik pada butang \u201cTeruskan\u201d\nIsi segala butiran pada Langkah 1: Maklumat Pengenalan\nKemudian, lengkapkan maklumat pada Langkah 2: Maklumat Bayaran\nPada Langkah 3: Cetakan Nombor VA anda akan mendapat nombor unik anda. Pastikan anda mencetak nombor tersebut sebelum keluar.\n\nNombor yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) di kaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik.\nKaedah bayaran menggunakan Nombor VA\nBayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:\n\nPortal perbankan internet menerusi IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang;\nKaunter Bank : IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang sahaja (Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan)\nMesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)).\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengguna No. VA ini, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas melalui salah sat kaedah d bawah:\n\nHasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)\nHASiL Live Chat\nBorang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tanda-tangan-dalam-email/", "title": "Cara Masukkan Tanda Tangan Dalam Email / Surat (Word)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam sesetengah urusan rasmi, ada kalanya anda perlu memasukkan tanda tangan email atau surat dokumen yang ingin dihantar.\nBagaimanakah caranya?\nBagi dokumen, anda boleh print dokumen tersebut terlebih dahulu, tanda tangan dan kemudian scan semula dokumen tersebut.\n\n\n\n\n\n\nNamun, cara ini sangat tidak praktikal kerana anda tidak boleh menyunting dokumen tersebut sekiranya terdapat tambahan atau suntingan yang perlu dilakukan kerana apabila dokumen tersebut discan, ianya biasanya akan di save dalam format gambar atau pdf.\nAdakah solusi yang lebih baik?\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Tambah signature pada Word dengan gambar\n\n \n2. Tanda tangan dalam Hotmail\n\n \n3. Tanda tangan dalam Gmail\n\n\n1. Tambah signature pada Word dengan gambar\nCara paling mudah adalah cara dengan menggunakan cara konvensional.\nTuliskan tandatangan anda pada atas sehelasi kertas putihDengan menggunakan scanner, scan tandatangan anda tersebut dan simpan sebagai sebuah imej. Sekiranya scanner anda menyimpan fail tersebut sebagai pdf, anda boleh menggunakan software online converter dari PDF ke imejBuka fail imej tersebut dalam WordUntuk \u201ccrop\u201d imej tersebut, klik padanya untuk membuka tab \u201cFormat\u201d Gambar, klik \u201cCrop\u201d dan kemudian crop imej tandatangan tersebut.Kini anda bebas meletakkan imej tandatangan tersebut di mana-mana bahagian dalam Word sebagai sebuah imej.\n2. Tanda tangan dalam Hotmail\nMari lihat bagaimana pula untuk tambah tanda tangan dalam email Hotmail dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nPilih \u201cNew Email\u201dPilih \u201cSignature\u201d > \u201cSignature\u201dPilih \u201cNew\u201d. Taipkan nama untuk tandatangan ini dan klik OK.Di bawah bahagian \u201cEdit signature\u201d, taipkan tandatangan anda dan formatnya seperti yang dikehenkdaiKlik \u201cOk\u201dSelesai. Setiap kali anda menulis emel baru, tanda tangan ini secara automatiknya akan ditambah dalam emel tersebut\nUntuk rujukan, sila layari laman Support Microsoft\n3. Tanda tangan dalam Gmail\nMari lihat bagaimana pula untuk tambah tanda tangan dalam email Gmail dengan mengikuti langkah-langkah berikut: \nBuka akaun Gmail andaPada bahagian atas kanan, klik pada Settings > See All SettingsDalam bahagian \u201cSignature\u201d, tambahkan teks tandatangan anda dalam kotak. Jika anda mahu, anda boleh memformatkan mesej anda dengan menambah imej atau menukar gaya teksDi bahagian bawah halaman, klik Save Changes\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-guru/", "title": "Hadiah Untuk Guru \u2013 15 Item Berguna Untuk Guru", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGuru adalah merupakan salah satu insan yang paling berjasa dalam kehidupan seseorang. \nTanpa guru, siapalah anda. Untuk memberi penghargaan atas jasa dan pengorbanan seorang guru, jangan lupa berikan hadiah kepada guru anda tercinta sempena hari istimewa mereka contohnya seperti Hari Guru dan sebagainya.\u00a0\n\nSekiranya anda bingung hendak memberikan hadiah apa, anda boleh rujuk senarai hadiah untuk guru seperti yang telah disenaraikan di bawah.\u00a0\nJom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n15 Idea Hadiah Untuk Guru\n\n \n1. Pencetak (Printer)\n\n \n2. Tote beg\n\n \n3. Alat kawalan jauh laser tanpa wayar\n\n \n4. Mug\n\n \n5. Tali leher\n\n \n6. Set Alat Tulis\n\n \n7. Tempat letak pen\n\n \n8. Perhiasan meja\n\n \n9. Alas meja kalis air\n\n \n10. Kingston flash drive\n\n \n11. Beg galas\n\n \n12. Rak troli serbaguna\n\n \n13. Pen penanda papan putih (Deli Whiteboard Marker Refillable)\n\n \n14. Kotak pensil\n\n \n15. Botol air/Tumbler\n\n\n15 Idea Hadiah Untuk Guru\u00a0\n1. Pencetak (Printer)\nPencetak adalah merupakan salah satu item yang sangat berguna untuk seorang guru. Walaupun agak mahal, anda boleh berkongsi duit dengan rakan sekelas untuk membelinya. Pasti guru anda akan terharu apabila menerimanya dan sangat menghargai usaha anda bersama rakan-rakan.\u00a0\nPrinter Canon: https://shopee.com.my/mdes_supplies/1883582699\n2. Tote beg\nTote bag adalah merupakan beg serbaguna yang boleh digunakan untuk menyimpan banyak benda. Ia sangat sesuai digunakan untuk para guru menyimpan segala keperluan mereka di dalam satu beg apabila datang bekerja.\u00a0\nTote bag: https://shopee.com.my/famsymall.os/20433650377\n\n\n\n\n\n\n3. Alat kawalan jauh laser tanpa wayar\nAlat kawalan jauh laser tanpa wayar akan memudahkan para guru untuk mengajar di dalam kelas terutamanya apabila menerangkan menggunakan alat bantuan mengajar seperti Power Point dan sebagainya. Alat ini sangat penting untuk pembelajaran abad ke-21.\u00a0\nAlat kawalan jauh laser: https://shopee.com.my/happytech.os/8900619574\n4. Mug\nMug juga merupakan salah satu hadiah yang berguna untuk guru. Ia boleh digunakan untuk membancuh air panas untuk diminum ketika menyemak kerja rumah yang diberikan anda.\u00a0\nMug: https://shopee.com.my/okey_concept_workshop/21531560695\n5. Tali leher\nHadiahkan seutas tali leher untuk guru lelaki anda. Anda pasti bangga apabila melihat tali leher yang anda hadiahkan dipakai oleh guru anda semasa mengajar atau menghadiri majlis penting.\u00a0\nTali leher: https://shopee.com.my/shidaex/8136321832\n6. Set Alat Tulis\nGuru anda pasti suka apabila mendapat hadiah set alat tulis. Hal ini kerana, mereka pasti menggunakan set alat tulis yang banyak setiap bulan.\nSet pen: https://shopee.com.my/ezlaser/5861090968\u00a0\n7. Tempat letak pen\nHadiahkan guru anda tempat letak pen untuk memastikan mejanya sentiasa kemas. Ia juga akan memudahkan guru anda untuk meletakkan alat tulisnya dengan baik.\nTempat letak pen: https://shopee.com.my/whosmart/13622065569\n8. Perhiasan meja\u00a0\nSeterusnya, anda juga boleh hadiahkan guru anda sebuah perhiasan meja bagi menyerikan lagi meja kerja beliau. Terdapat pelbagai pilihan perhiasan meja yang anda boleh pilih antaranya ialah Newton pendulum.\nNewton Pendulum: https://shopee.com.my/noveltykidsgiftsdecorshop/12224304359\n9. Alas meja kalis air\nAlas meja kalis air boleh digunakan untuk melapik meja guru anda agar kelihatan lebih kemas dan mengelakkan dokumen-dokumen penting menjadi basah apabila guru anda meletakkan air di atas meja.\u00a0\nAlas meja kalis air: https://shopee.com.my/prodiy/14834746217\n10. Kingston flash drive\nKingston flash drive adalah merupakan alat penyimpan data yang boleh dibawa kemana sahaja. Dengan stor penyimpanan yang besar, sudah pasti guru anda menyukainya kerana boleh menyimpan banyak dokumen serta bahan mengajar.\u00a0\nKingston flash drive: https://shopee.com.my/cemymall/12517720914\n11. Beg galas\nBiasanya, setiap guru akan membawa laptop masing-masing untuk menyediakan bahan mengajar. Sehubungan dengan itu, hadiah beg galas adalah merupakan hadiah yang sangat berguna untuk guru anda gunakan bagi membawa laptop dan juga barang-barang lain setiap hari.\u00a0\nBeg galas laptop: https://shopee.com.my/kpapa_venturee/5804578649\n12. Rak troli serbaguna\nSeperti namanya, rak troli serbaguna mempunyai pelbagai kegunaan. Ia boleh digunakan untuk meletak barang seperti buku, fail dokumen penting, bahan alat mengajar dan sebagainya.\u00a0\nRak troli serbaguna: https://shopee.com.my/plasticboy/7022115272\n13. Pen penanda papan putih (Deli Whiteboard Marker Refillable)\nApa kata hadiahkan guru anda pen penanda papan putih keluaran Deli yang boleh diisi semula. Ia akan membantu guru anda untuk berjimat tanpa perlu membeli pen penanda yang baru setiap kali kehabisan ink.\u00a0Anda boleh dapatkannya di Shopee, atau klik link di bawah. \nDeli Whiteboard Marker Refillable: https://shopee.com.my/yeeling1225/19367458497\n14. Kotak pensil\nKotak pensil adalah merupakan hadiah yang sangat praktikal untuk para guru. Guru anda boleh mengisi kotak pensil tersebut dengan alat tulis untuk keperluan mengajar. Harganya juga berpatutan dan mampu dibeli oleh pelajar.\u00a0\nKotak pensil: https://shopee.com.my/8bpirlslz/9525179183\n15. Botol air/Tumbler\nMengajar di dalam kelas sangat memenatkan dan sudah pasti, guru anda akan turut dahaga. Oleh itu, hadiah botol air/tumbler pasti akan sangat disukai oleh guru anda. Anda boleh hadiahkan botol air yang mempunyai pemegangnya untuk memudahkan guru anda membawanya ke mana sahaja.\u00a0\nBotol air: https://shopee.com.my/bg_house/16337349538\nAkhir kata, semoga hadiah yang anda pilih disukai oleh guru anda!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-perpaduan-jalur-lebar-tetap/", "title": "Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) baru sahaja diumumkan oleh YB Fahmi Fadzil, Meentero Komunikasi dan Digital.\nPengumuman mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini adalah seiring dengan konsep Malaysia MADANI yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.\nPakej sebegini semenangnya lebih berbaloi bagi penggunaan di rumah seperti menonton televisyen, melayari internet dan sebagainya.\nSementara itu, bagi penggunaan internet di peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar, anda boleh melanggan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pakej Internet Perpaduan Jalur Lebar Tetap?\n\n \nHarga & Pakej Internet Jalur Lebar Tetap\n\n \nPenyedia Perhidmatan\n\n \nCara Melanggan\n\n \nPerbezaan Pakej Internet Perpaduan Mudah Alih & Tetap\n\n\nApakah Pakej Internet Perpaduan Jalur Lebar Tetap?\nPakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup.\nPakej ini disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas dengan harga yang lebih rendah.\nHarga yang ditawarkan adalah 22% lebih rendah daripada harga pasaran berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu kira-kira RM89.\nIni bermakna rakyat dapat menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang tempoh kontrak\nPakej internet ini juga diperkenalkan dalam usaha penting kerajaan dalam mengurangkan jurang digital antara rakyat Malaysia.\nSumber: Fahmi Fadzil\nHarga & Pakej Internet Jalur Lebar Tetap\nHarga pakej yang ditawarkan adalah RM69/bulan dengan kontrak selama 24 bulan.\n\nInternet berkelajuan 30 Mbps\nData tanpa had\nBoleh dilanggan mulai Mac 2023\n\nPenyedia Perhidmatan \nPakej internet yang cukup menarik ini adalah kerjasama daripada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar sedia ada antaranya:\n\nTelekom Malaysia (TM)\nYTL\nCelcomDigi\nMaxis\nU Mobile\nAstro\nTIME Berhad\n\n\nCara Melanggan\nPakej internet ini akan ditawarkan mulai Mac 2023 dan individu yang berminat melanggan mana-mana pakej ini sila rujuk pada syarikat penyedia perkhidmatan yang menjual pakej-pakej ini.\nMemandangkan pakej ini didatangkan dengan 24 bulan (2 tahun) kontrak, anda hendaklah memeriksa terlebih dahulu syarikat manakah yang menyediakan liputan internet terbaik di persekitaran tempat tinggal anda.\nPerbezaan Pakej Internet Perpaduan Mudah Alih & Tetap\nSelain Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap ini, kerajaan juga telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih.\nMungkin ada yang sedikit keliru antara kedua-dua pakej internet ini dan sebagai rujukan, anda boleh lihat infografik di bawah untuk lihat perbezaan antara kedua-duanya.\n\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Prabayar Internet Mudah Alih, sila rujuk artikel berikut : Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pspm/", "title": "Semakan Keputusan PSPM \u2013 Peperiksaan Semester Matrikulasi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman kepada semua pelajar matrikulasi, berikut merupakan Pengumuman Tarikh Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi sesi 2022/2023:\nTarikh: 7 Julai 2023Masa: Bermula jam 10.00 pagi\nRujuk cara membuat semakan dalam artikel ini selanjutnya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Keputusan PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)\n\n \nPermohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan\n\n\nCara Semakan Keputusan PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)\nBerikut dikongsikan beberapa kaedah untuk anda membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi :\nI) SEMAKAN SECARA ONLINE\n\n\n\n\n\n\nKaedah dan garis panduan keputusan:1) Layari \u201d\u00a0http://matrikulasi.moe.gov.my\u00a0\u201c2) Pilih Semakan Peperiksaan3) User ID: No matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan\nNOTA :Sila muat turun dan simpan slip keputusan selepas melihat.\nII) SEMAKAN MELALUI SMS\nLangkah semakan keputusan PSPM melalui SMS :\nMOEMAKNoKP\u00a0& SMS ke\u00a015888\nIII) SEMAKAN MELALUI TELEFON\nLangkah semakan keputusan PSPM melalui TELEFON:\ni. Kolej masing-masing.ii. Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020\n\nPermohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan\nPermohonan semak semula boleh dibuat melalui langkah langkah berikut:\nPermohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM, Semester II & IV,Sesi 2022/2023 dan hendaklah dibuat melalui kolej masing-masing.\nKadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula adalah RM50.00 (tidaktermasuk caj dan cukai berkuatkuasa bagi kiriman wang/ draf bank).\nTempoh permohonan bermula dari hari keputusan PSPM, Semester II & IV,Sesi 2022/2023 diumumkan iaitu pada 7 hingga 20 Julai 2023.\nSebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.*Tarikh akhir penerimaan di kolej tertakluk kepada ketetapan pengurusan kolejmasing-masing.\nSila rujuk panduan penuh permohonan semakan semula dan borang permohonan melalui lampiran di bawah :\nPANDUAN-PERMOHONAN-SEMAK-SEMULA-KMPkDownload\nBORANG-PERMOHONAN-SEMAK-SEMULA-3_7_2023Download\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mytravelpass-malaysia/", "title": "MyTravelPass: Permohonan Kebenaran Masuk Ke Malaysia (Warga Asing)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan kebenaran masuk ke Malaysia bagi warga asing boleh dibuat menggunakan sistem MyTravelPass (MTP) melalui laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem MyTravelPass serta panduan membuat permohonan secara online.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyTravelPass?\n\n \nKategori Yang Perlu Memohon MyTravelPass\n\n \nCara Permohonan MyTravelPass (MTP)\n\n \nSyarat-syarat Umum\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MyTravelPass?\nSistem ini dilancarkan secara online bagi memudahkan rakyat tempatan dan warga asing untuk membuat permohonan keluar atau masuk ke negara ini.\n\n\n\n\n\n\nKategori Yang Perlu Memohon MyTravelPass\nSelaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 22) yang telah diadakan pada 22 Oktober 2021, kategori warganegara asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang di Malaysia adalah dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui sistem MyTravelPass (MTP) / MyEntry dengan syarat mempunyai pas yang masih sah laku.\nBerikut merupakan senarai Pas Lawatan Jangka Panjang yang dibenarkan masuk ke Malaysia TANPA perlu memohon melalui MyTravelPass / MyEntry:\nDiplomat (Exemption Order) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingPas Penggajian (Kategori I,II,III) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingResident Pass-Talent (RP-T) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingPas Lawatan Ikhtisas \u2013 PakarPas Lawatan IkhtisasPemastautin Tetap (PR) / Pasangan kepada PR / Anak kepada PRPas Jangka Panjang (Suami / Isteri / Anak) kepada WarganegaraPas Warga EmasPas Balu / Janda kepada WarganegaraPas Pelajar / Tanggungan / PengiringPas Malaysia My Second Home (MM2H) / Tanggungan / Pembantu Rumah AsingPas ResidenPas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)Pembantu Rumah Asing (PRA)\nWarganegara asing seperti berikut yang bukan di bawah kategori yang dinyatakan masih perlu memohon melalui sistem MTP / MYEntry untuk kebenaran masuk ke Malaysia:\nLawatan Sosial;Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh;Permohonan Pas Penggajian (Kategori I,II,III) / Resident Pass-Talent (RP-T) / Tanggungan / Pembantu Rumah Asing dan Pas Lawatan Ikhtisas \u2013 Pakar yang baru diluluskan; danShort Term Business Traveller.\nArahan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 November 2021. \nProsedur kemasukan semasa ketibaan di Malaysia masih tertakluk kepada peraturan imigresen sedia ada yang masih berkuat kuasa serta prosedur saringan kesihatan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nBaca juga: STO Imigresen : Permohonan Temujanji Online (sto.imi.gov.my)\nCara Permohonan MyTravelPass (MTP)\nUntuk memohon kemasukan ke Malaysia melalui MTP, sila ikuti langkah berikut:\nLayari https://www.imi.gov.my atau https://mtp.imi.gov.myPilih Kategori PermohonanBaca dan Fahami Syarat-Syarat Permohonan.Klik Butang \u201cAgree And Proceed\u201dIsikan semua maklumat diri dan butiran permohonan. Klik butang \u201cSubmit\u201dSemak status penerimaan di emel/\n\nSyarat-syarat Umum\nSemua pelawat perlu menjalani prosedur pemeriksaan kesihatan di pintu masuk.Semua pelawat terikat kepada prosedur peraturan dan undang-undang imigresen yang dikuatkuasan di pintu masuk.Kelulusan yang diberikan hanya untuk perjalanan sehala. Pelawat perlu mengemukakakn permohonan baru untuk perjalanan seterusnya.Pelawat mesti memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi mudah alih MySejahtera sebelum masuk ke Malaysia.Sekiranya pelawat memberikan maklumat yang salah / tidak tepat atau mengemukakan dokumen palsu, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 56(1)(F) Akta Imigresen 1959/63.\n\nBaca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN / Online\nMaklumat Lanjut\nSemak Status Permohonan \u2013https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/semakanMyTravelPass \u2013 https://youtu.be/FzRs9wUbD0kSoalan-Soalan Lazim \u2013 https://www.imi.gov.my/\u2026/1742-soalan-lazim-perkhidmatan\u2026Sistem Pertanyaan Online (SPO) \u2013 http://eapp.imi.gov.my/spoHotline: 03-8000 8000InstaGram: https://www.instagram.com/imigresen/Twitter: imigresenmyFacebook : Jabatan Imigresen Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-untuk-suami/", "title": "Hadiah Untuk Suami: 15 Idea Hadiah Yang Unik & Istimewa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSuami adalah merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk keluarga selepas\u00a0 mendirikan rumah tangga. Sekali-sekala apa salahnya untuk anda berikan hadiah untuk suami sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan atas pengorbanan mereka. \nAnda tidak semestinya perlu menunggu ketibaan hari jadi ataupun hari bapa untuk memberikan sang suami hadiah. Anda boleh berikan kejutan pada hari-hari biasa untuk mengeratkan lagi hubungan kalian berdua sebagai pasangan suami isteri.\u00a0\u00a0\n\nSekiranya anda tidak tahu hendak memberikan hadiah apa untuk sang suami, maka anda wajib membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya. \nPada artikel kali ini,\u00a0 kami\u00a0 ingin berkongsi beberapa idea hadiah yang praktikal dan istimewa untuk suami anda. Semoga boleh membantu anda memilih hadiah\u00a0untuk suami yang\u00a0 tercinta.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n15 Idea Hadiah Untuk Suami\n\n \n1. Kasut Sukan\n\n \n2. Mesin Pembuat Kopi\n\n \n3. Hoodie/Jaket\n\n \n4. Smart Watch\n\n \n5. Set Dumbell\n\n \n6. Bola Futsal\n\n \n7. Seluar Jeans\n\n \n8. Baju Jersi\n\n \n9. Kerusi Ergonomik\n\n \n10. Kamera\n\n \n11. Beg Galas\n\n \n12. Mug\n\n \n13. Minyak Wangi\n\n \n14. Pad Penyejuk Laptop\n\n \n15. Kereta Kontrol\n\n\n15 Idea Hadiah Untuk Suami\n1. Kasut Sukan\nSekiranya suami anda suka bersukan, hadiahkanlah sepasang kasut sukan baru untuknya. Anda boleh pilih jenama kasut yang memang terkenal dengan kualitinya contohnya seperti Skechers, Puma, Adidas, Nike dan sebagainya.\u00a0\nKasut Puma: https://shopee.com.my/uwalkmy.os/13021220673\n2. Mesin Pembuat Kopi\nSuami anda penggemar setia kopi? Hah, apa kata anda hadiahkan sebuah mesin pembuat kopi sempena hari istimewanya. Pasti suami anda akan tersenyum sampai ke telinga!\u00a0\nDengan kehadiran mesin pembuat kopi ini, ia akan memudahkan suami anda untuk menikmati kopi pada bila-bila masa tanpa perlu ke kedai kopi setiap hari. Bolehlah berjimat sedikit.\u00a0\nMesin pembuat kopi: https://shopee.com.my/mypropappa/13226899476\n\n\n\n\n\n\n3. Hoodie/Jaket\nTerdapat pelbagai pilihan hoodie ataupun jaket yang anda boleh berikan kepada suami sebagai hadiah. Lebih-lebih lagi apabila suami anda bekerja pada waktu malam atau pun menaiki motorsikal untuk pergi bekerja. \nDengan pemilihan hoodie ataupun jaket yang tepat, ia mampu menyerlahkan aura serta\u00a0 personaliti suami anda dengan lebih baik.\u00a0\nHoodie: https://shopee.com.my/lefonse.os/10944773817\n4. Smart Watch\nSmart watch adalah merupakan jam yang mempunyai pelbagai ciri-ciri khas yang boleh sangat berguna untuk kehidupan seharian. Contohnya seperti, mengukur degupan jantung, membantu memantau tahap kecergasan diri, dan pelbagai lagi. \nAntara pilihan smart watch yang terbaik adalah jenama Apple, Samsung, Realme, Huawei dan sebagainya.\u00a0\nSmart watch Huawei: https://shopee.com.my/cyiypoud7b/20114564490\n5. Set Dumbell\nDumbell adalah merupakan alat senaman yang terdiri daripada batang besi dan terdapat pemberat kepada kedua-dua hujungnya. Satu set dumbell mempunyai berat yang berbeza dan sesuai digunakan untuk aktiviti senaman. Hadiahkan set dumbell ini untuk menyokong suami anda mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa.\nSet dumbell: https://shopee.com.my/mcfit.my/9662554935\n6. Bola Futsal\nJika suami anda suka bermain futsal, inilah masanya untuk hadiahkan sebuah bola futsal untuknya. Bola tersebut boleh digunakan untuk bermain futsal di kawasan rumah ataupun bermain bersama anak-anak. Harganya pun agak berpatutan dan mampu milik.\u00a0\nBola futsal: https://shopee.com.my/onestoremy/13307212367\n7. Seluar Jeans\nSeluar jeans sesuai digayakan dengan pelbagai gaya yang santai. Anda boleh hadiahkan seluar jeans untuk suami anda bagi menggantikan seluar jeansnya yang telah lusuh atau untuk menambah koleksi seluar jeans beliau.\u00a0\nSeluar jeans: https://shopee.com.my/jamaluddinkhalid/1502553430\n8. Baju Jersi\nBaju jersi adalah merupakan salah satu jenis baju kegemaran ramai kaum lelaki. Hal ini kerana, jenis kainnya yang lembut dan selesa dipakai. Lebih-lebih lagi apabila baju tersebut melambangkan baju pemain atau kelab bola sepak yang mereka minati.\nBaju jersi: https://shopee.com.my/rj.superstore/20623161053\u00a0\n9. Kerusi Ergonomik\nKerusi ergonomik adalah merupakan hadiah yang sangat sesuai sekiranya suami anda bekerja daripada rumah ataupun seringkali duduk lama di hadapan komputer/laptop. \nKerusi memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kesihatan tulang belakang dengan menyokong tulang belakang agar berada dalam posisi yang betul dan selesa. \nDengan reka bentuk dan material yang digunakan, kerusi ini sememangnya sangat sesuai dijadikan hadiah untuk suami anda kerana kualitinya yang tinggi.\u00a0\nKerusi ergonomik: https://shopee.com.my/rong_river.my/16290306505\n10. Kamera\nSokong minat fotografi suami anda dengan menghadiahkannya sebuah kamera Canon EOS 3000D DSLR ini. Kamera ini sangat sesuai untuk pemula ataupun sesiapa yang mempunyai hobi untuk mengambil gambar.\nHarganya pun tidaklah terlalu tinggi. Sangat sesuai untuk digunakan mengambil gambar ketika bercuti bersama keluarga, pemandangan, vlog dan sebagainya.\u00a0\n Canon EOS 3000D DSLR: https://shopee.com.my/n4camerastore.os/1077713535\n11. Beg Galas\nCuba perhatikan beg galas suami anda yang sering beliau bawa ke tempat kerja setiap hari. Sekiranya beg tersebut agak lusuh dan tidak pernah berganti setelah beberapa tahun, inilah masanya untuk anda hadiahkan sebuah beg galas untuk suami anda. \nPilih beg yang praktikal dan selesa dipakai. Anda boleh pilih beg jenama TEEMI ini. Barulah suami semangat nak pergi kerja setiap hari!\nBag TEEMI: https://shopee.com.my/teemi.os/3654218712\n12. Mug\nHadiahkan self stirring mug spin ini untuk suami anda menikmati minuman panas dengan lebih baik. Mug ini boleh berputar sendiri untuk mengacau larutan air serta yang paling menarik, ia akan memastikan air minuman di dalamnya sentiasa panas.\u00a0\nMug: https://shopee.com.my/shealthcare/7347076341\n13. Minyak Wangi\nMinyak wangi jenama Versace adalah merupakan salah satu jenama minyak wangi lelaki yang popular. Mempunyai bau maskulin, anda boleh dapatkan minyak wangi ini dengan harga yang berpatutan.\u00a0\nMinyak wangi: https://shopee.com.my/luthandmedd_penang_official/8562029100\n14. Pad Penyejuk Laptop\nUntuk suami yang bekerja di hadapan laptop, anda boleh hadiahkannya pad penyejuk laptop ini. Pad penyejuk laptop ini berfungsi untuk memastikan bateri laptop tidak panas terutamanya apabila digunakan dalam tempoh yang lama. Ia juga akan membantu laptop untuk tahan lebih lama.\u00a0\nPad penyejuk laptop: https://shopee.com.my/rhinocare/11485916935\n15. Kereta Kontrol\nApa salahnya anda beri peluang kepada suami anda untuk kembali mengimbau ke zaman kanak-kanaknya dengan menghadiahkan sebuah kereta kontrol untuknya. \nTerdapat pelbagai jenis kereta kontrol yang anda boleh pilih sebagai hadiah untuk suami yang dijual di Shopee. Ada yang siap boleh bertukar menjadi robot lagi!\nKereta kontrol: https://shopee.com.my/ffu1999/4041719230\nApapun, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-keperluan-bersalin/", "title": "Barang Keperluan Bersalin, Jangan Lupa Siapkan Terus Dalam Kereta!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila menghampiri tarikh akhir untuk bersalin, ia bermakna anda perlu menyediakan barang keperluan bersalin dengan secukupnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. \nSekiranya anda tidak membuat persiapan awal, ia akan menyebabkan anda berada dalam keadaan kelam kabut dan barang-barang yang penting boleh ketinggalan.\u00a0\n\nUntuk para ibu yang baru pertama kali mahu melahirkan, sudah pasti akan merasa teruja dalam masa yang sama turut gemuruh serta bingung untuk membuat persiapaan barang keperluan bagi menghadapi pengalaman pertama kali tersebut.\u00a0\nOleh itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bersalin yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan para ibu membuat persiapan. Tak perlu susah-susah, semua barang keperluan ini boleh didapatkan di Shopee. \nTunggu apa lagi, jom baca!\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu\n\n \n1. Tuala\n\n \n2. Pad Bersalin / Pad \u2018Overnight\u2019\n\n \n3. Baju + Kain Batik/Skirt\n\n \n4. Jaket/Sweater\n\n \n5. Stokin Tebal\n\n \n6. Getah Rambut\n\n \n7. Tudung Sarung\n\n \n8. Telekung\n\n \n9. Seluar Dalam Pakai Buang Ibu Bersalin\n\n \n10. Nursing Bra\n\n \n11. Kit Penjagaan Diri\n\n \n12. Makanan Pemberi Tenaga (Energy Bars)\n\n \n13. Selipar\n\n \n14. Minyak Angin\n\n \n15. Tisu\n\n \nKesimpulan\n\n\nSenarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu\n1. Tuala\nBawa satu tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital. Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya. Sediakan satu tuala jenis lembut dan ringan.\u00a0\nTuala: https://shopee.com.my/imoreonline/2045164910\n2. Pad Bersalin / Pad \u2018Overnight\u2019\u00a0\nJangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad \u2018overnight\u2019 untuk digunakan selepas bersalin. Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor. Sekiranya perlu, pilih saiz yang lebih besar dan sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nMaternity pad: https://shopee.com.my/pureenmalaysia/256938944\n3. Baju + Kain Batik/Skirt\u00a0\nWalaupun di hospital anda akan diminta untuk menukar baju & kain yang disediakan, namun sebaiknya, sediakan sahaja satu set baju dan kain batik atau skirt yang boleh digunakan sekiranya baju anda basah akibat ketuban pecah semasa dalam perjalanan atau waktu menunggu. Anda boleh dapatkan di Shopee pelbagai pilihan kain batik yang menarik.\u00a0\nKain batik: https://shopee.com.my/misssandra.my/11307184336\n4. Jaket/Sweater\nSuhu di wad hospital sememangnya sangat sejuk sehingga boleh membuatkan anda menggigil kerana kesejukan. Oleh itu, jangan lupa bawa satu jaket tebal ataupun sweater untuk dipakai sepanjang berada di wad terutamanya pada waktu tidur malam.\u00a0\nJaket: https://shopee.com.my/dianastephen/8790082179\n5. Stokin Tebal\nSelain itu, stokin tebal juga sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan sehingga boleh menyebabkan masuk angin. Terdapat pelbagai pilihan stokin tebal dan comel-comel yang anda boleh dapatkan di Shopee.\u00a0\nStokin tebal: https://shopee.com.my/simplehealth.my/8245782579\n6. Getah Rambut\nBiasanya getah rambut akan sukar untuk ditemui apatah lagi selepas bertarung kesakitan untuk melahirkan. Oleh itu, sebaiknya bawa getah rambut tambahan di dalam beg anda untuk keselesaan anda kelak.\u00a0\nGetah rambut: https://shopee.com.my/hnv_online.store/8199504553\n7. Tudung Sarung\nSediakan satu atau dua tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad bersalin. Sekiranya anda berhasrat untuk membawa tudung jenis lain seperti selendang (shawl) pun boleh. Namun, tudung sarunglah yang paling praktikal kerana ia sangat mudah dipakai (tidak perlu menggunakan pin) dan tidak perlu digosok.\u00a0\nTudung sarung: https://shopee.com.my/mm.hijab/10462437883\n8. Telekung\nPastikan juga anda membawa telekung untuk digunakan apabila waktu solat tiba. Jadi anda tidak perlu tercari-cari telekung lagi apabila ingin solat. Ingat, solat adalah kewajipan semua muslim.\nTelekung: https://shopee.com.my/zaraawliya/407706559\n9. Seluar Dalam Pakai Buang Ibu Bersalin\nSeluar dalam pakai buang sangat sesuai untuk persediaan ibu lepas bersalin sepanjang berada di wad hospital. Hal ini kerana, ia boleh terus dibuang tanpa perlu membasuhnya, dan anda tidak perlu bersusah payah menjemurnya kerana di hospital sudah pasti tidak ada tempat untuk menjemur pakaian basah.\u00a0\nMaternity Panties: https://shopee.com.my/lakoemalaysia/15696084717\n10. Nursing Bra\nNursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi. Jadi, anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah lagi.\nNursing bra: https://shopee.com.my/nursingbra520/4646378734\n11. Kit Penjagaan Diri\nSediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya. Anda tidak perlu membawa dalam kuantiti yang banyak, hanya masukkan ke dalam botol/bekas kosong khusus agar tidak membazir.\nTravel kit bottle: https://shopee.com.my/1428ecstore/16378160562\n12. Makanan Pemberi Tenaga (Energy Bars)\nAntara makanan pemberi tenaga yang anda boleh bawa ialah kurma ataupun Snickers/Mars. Makanan ini akan membantu memberikan anda tenaga sepanjang proses bersalin dan selepas bersalin.\u00a0\nEnergy Bars: https://shopee.com.my/mylgcycling/21858656872\n13. Selipar\nBawa sepasang selipar baru untuk dipakai di wad hospital. Jangan bawa selipar lama yang sudah licin tapaknya tau. Berbahaya untuk anda. Sebaiknya, beli sepasang selipar baru untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anda.\nSelipar: https://shopee.com.my/mjswholesale/9556557684\n14. Minyak Angin\nMinyak angin jangan lupa bawa. Ia sangat penting untuk membantu melegakan pening kepala, loya, muntah, sakit perut dan sebagainya.\u00a0\nMinyak angin cap Kapak: https://shopee.com.my/megakulim/4536611044\n15. Tisu\nSediakan juga tisu kering dan tisu basah untuk pelbagai kegunaan kelak. Ia boleh digunakan untuk keperluan ibu dan juga bayi.\u00a0\n\nTisu muka/kering: https://shopee.com.my/alx_official/5335495376\nTisu basah: https://shopee.com.my/neworldmobile/16854826316\n\nKesimpulan\nPastikan anda menyediakan beg khusus di dalam kereta apabila sudah menghampiri waktu untuk bersalin. Penyediaan barang keperluan ini bergantung kepada keperluan diri anda sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan.\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-tingkatan-6/", "title": "Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Lokasi, Subjek & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN TAWARAN, SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 \nPelajar lepasan Tingkatan 5 yang menepati syarat-syarat umum dan khusus kemasukan layak ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam(6) yang beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan yang terpilih. Pengajian selama 3 penggal ini menawarkan 2 aliran iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains. \nPenstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan Enam(6) telah menerapkan 3 kemahiran utama seperti kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Tingkatan 6\n\n \nObjektif\n\n \nMatlamat\n\n \nPenjenamaan Semula\n\n \nSenarai Mata Pelajaran STPM\n\n \n3 Kategori Kolej Tingkatan 6\n\n \nSenarai Kolej / Sekolah / Pusat Tingkatan 6\n\n \nTempoh Pengajian Tingkatan 6\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nSemakan Tawaran & Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahun 2023\n\n \nTarikh-tarikh Penting Kemasukan & Pendaftaran Tingkatan 6 Tahun 2023\n\n \nRayuan\n\n \nPentaksiran & Yuran\n\n \nYURAN\n\n \nKod Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam Semester 1 Sesi 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Tingkatan 6\nTingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama tiga semester.\nTerdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu jurusan Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan jurusan Sains.\nObjektif\n\nMeningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih\u00a0tinggi.\nMemberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang\u00a0tinggi.\nMemberi\u00a0pendidikan\u00a0yang\u00a0setara\u00a0dengan\u00a0program\u00a0prauniversiti\u00a0yang\u00a0lain.\nMemastikan \u00a0 murid lulusan \u00a0Sijil Tinggi Persekolahan \u00a0 Malaysia \u00a0 (STPM) mempunyai \u00a0 nilai kebolehpasaran yang tinggi.\nMembentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.\n\nMatlamat\nTingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal. \nMereka ini akhirnya membawa keseJahteraan kepada negara di samping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.\nPenjenamaan Semula\nPenjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 \u2013 2025 dengan hasrat untuk:\n\nMemperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid- murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.\nMengubah persepsi masyarakat terhadap\u00a0pendidikan Tingkatan Enam.\nMembangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam.\n\nLima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:\n\nImej dan Anjakan Minda.\nInfo dan\u00a0Infrastruktur.\nPengurusan dan\u00a0Pentadbiran.\nMod Pengajaran dan Pembelajaran\u00a0(PdP).\nKurikulum.\n\nSenarai Mata Pelajaran STPM \nPelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.\nSebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. \nNamun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. \nMata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:\nBilKodMata Pelajaran1.900Pengajian Am2.910Bahasa Melayu3.911Bahasa Cina4.912Bahasa Tamil5.913Bahasa Arab6.920Literature in English7.922Kesusasteraan Melayu Komunikatif8.930Syariah9.931Usuluddin10940Sejarah11.942Geografi12.944Ekonomi13.946Pengajian Perniagaan14.948Perakaunan15.950Mathematics (M)16.954Mathematics (T)17.958Information and Communications Technology (ICT)18.960Physics19.962Chemistry20.964Biology21.966Sains Sukan22970Seni Visual23932Tahfiz AL-Quran\nTiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah\u00a0(soft skills).\n3 Kategori Kolej Tingkatan 6\nPusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 kategori:\nKolej Tingkatan Enam (Mod 1) \u00a0\u2013 sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.\n\n\n\n\n\n\nKolej Tingkatan Enam (Mod 2)\u00a0\u2013 sekolah yang mempr nyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.\nKolej Tingkatan Enam (Mod 3)\u00a0\u2013 sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.\nSenarai Kolej / Sekolah / Pusat Tingkatan 6\nUntuk semak senarai pusat Tingkatan 6, sila klik pautan senarai dibawah mengikut negeri :\nSENARAI PENUH PUSAT TINGKATAN 6 : https://sst6.moe.gov.my/\u2026/SenaraiSekolah%20Pusat%20T6.pdf\nSenarai-Sekolah-Pusat-Tingkatan6Download\nSENARAI MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN : https://sst6.moe.gov.my/\u2026/PAKEJ%20MATA%20PELAJARAN%20T6\u2026\nPAKEJ-MATA-PELAJARAN-T6-2021Download\nTempoh Pengajian Tingkatan 6\nTempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 \u00bd tahun:\n1.\u00a0 \u00a0 Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :\n\nPengajaran dan Pembelajaran (PdP)\nKerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\nPeperiksaan Semester 1 (S1)\u00a0\n\n2.\u00a0 \u00a0 Semester 2: Januari hingga Mei,\u00a020 minggu termasuk :\n\nPengajaran dan Pembelajaran (PdP)\nKerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\nPeperiksaan Semester 2 (S2)\n\n3.\u00a0 \u00a0 Semester 3: Mei hingga November,\u00a026 minggu termasuk :\n\nPengajaran dan Pembelajaran (PdP)\nKerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\nPeperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)\n\nKandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1\u00bd tahun.\nSyarat Kemasukan\nSyarat Kemasukan ke Tingkatan 6\n\nSyarat Am\n\nLulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.\nBerumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.\n\n\nSyarat Khas\n\nBidang STEM \u2013\u00a0Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\nBidang Sains Sosial\n\nSekolah Menengah Harian\n\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\n\nSekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)\n\nMendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab; dan\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\n\nSekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu\n\nMendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab; dan\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kemasukan ke Tingkatan 6 \u2013 Murid Bekerperluan Khas\n\nSyarat Am\n\nLulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.\nBerumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa.\n\n\nSyarat Khas\n\nBidang STEM\n\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\n\nBidang Sains Sosial\n\nSekolah Menengah Harian\n\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\n\nSekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)\n\nMendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab; dan\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\n\nSekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu\n\nMendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab; dan\nMendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Tawaran & Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahun 2023\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 akan diumumkan pada 3 Julai 2023.\nMurid lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2023 melalui kaedah berikut:\ni. secara dalam talian menerusi aplikasi dalam talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau\nii. murid lepasan peperiksaan SPM tahun 2022 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.\nMurid lepasan peperiksaan SPM tahun 2022 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 hingga 17 Julai 2023.\nBagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.\nKeputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama.\nBagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.\nMurid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan 17 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan B di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.\nBagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 25 Julai 2023.\n\nTarikh-tarikh Penting Kemasukan & Pendaftaran Tingkatan 6 Tahun 2023\nTARIKH TARIKH PENTING OPERASI KEMASUKKAN PELAJAR T6 RENDAH SESI 2023\n\nSEMAKAN TAWARAN KEMASUKKAN : 3 JULAI 2023\nRAYUAN KEMASUKKAN TINGKATAN 6 : 3 HINGGA 17 JULAI\nKEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 6 : 24 JULAI 2023\nPELAJAR MELAPOR DIRI HARI PERTAMA : 16 JULAI 2023\nPELAJAR RAYUAN MELAPOR DIRI: 25 JULAI 2023\n\nRayuan\n3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 Semester 1 Sesi 2023\nBerikut adalah 3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 Semester 1 Sesi 2023 bagi murid yang gagal ditawarkan ke Tingkatan 6:\n1. Sila isi permohonan rayuan secara online bermula 3 Julai hingga 16 Julai 2023 melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my\n*Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama.\n2. Buat semakan rayuan anda pada 24 Julai 2023 (Isnin). Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.\n3. Tahniah! Sila daftar diri pada 25 Julai 2023 (Selasa) jika rayuan anda berjaya.\nPentaksiran & Yuran\nPentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% \u2013 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% \u2013 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2 dan S3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.\nMurid akan menerima keputusan peperiksaan setiap Semester. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan S1 dan S2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga Semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester seperti yang berikut:\nTerbaik [(S1 atau U1) + (S2 atau U2) + S3 +\u00a0 Kerja Kursus]\nYURAN\nYuran peperiksaan bagi empat atau / dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.\nKod Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam Semester 1 Sesi 2023\nEtika Pakaian Murid Tingkatan Enam seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 adalah seperti berikut:\nA. Penampilan Pelajar Lelaki\n1. Baju kemeja (polos/jalur/petak)\n\nLengan pendek\nLengan Panjang (jangan lipat)\nTali leher\n\n2. Seluar \u2018slack\u2019 gelap.\n3. Berstoking melepasi buku lali.\n4. Kasut Hitam (kasut kerja).\n5. Baju Melayu lengkap dibenarkan (Jumaat).\n6. Pakaian ketat/ jarang/ warna terang/ denim/jeans tidak dibenarkan.\n7. Potongan rambut pendek dan tidak berfesyen.\n8. Pakaian unit beruniform wajib untuk setiap hari Rabu (setelah ditetapkan unit beruniform).\n\n\nB. Penampilan Pelajar Perempuan\n1. Baju Kurung lengkap\n2. Berstoking melepasi buku lali\n3. Berkasut Hitam (kasut kerja bertumit rata atau tumit rendah)\n4. Bertudung sehingga menutupi dada (pelajar Islam)\n5. Pakaian ketat/ jarang/ warna terang/ kain terbelah/ purdah/ denim/jeans tidak dibenarkan.\n6. Pakaian unit beruniform wajib untuk setiap hari Rabu (setelah ditetapkan unit beruniform).\n\n\nSURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2014: ETIKA PAKAIAN MURID TINGKATAN ENAM\nboleh dirujuk melalui pautan berikut:\nbil-2-2014-etika-pakaian-murid-tingkatan6Download\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengajian Tingkatan 6, sila rujuk Soalan Lazim dan info di pautan berikut:\nLatar Belakang\u00a0ObjektifMatlamatPiagam Pelanggan Kemasukan Murid Ke Tingkatan EnamKerangka Konseptual\u00a0Syarat Kemasukan\u00a0Penjenamaan SemulaTempoh PengajianPusat Tingkatan EnamKurikulum\u00a0Kokurikulum\u00a0Pentaksiran & Yuran\nSOALAN-LAZIM-TINGKATAN6-2023Download\nAdakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan? Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam? a. Syarat am\u2022 Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.\u2022 Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.b. Syarat Khas\u2022 Bidang Sains \u2013 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.\u2022 Bidang Sains Sosial \u2013 Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit. Bagaimanakah cara bagi membuat semakan keputusan dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2022? Murid lepasan SPM 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2022 di portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my).Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran serta menyampaikan surat tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2022. Sekiranya saya tidak memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan 6, adakah saya boleh membuat permohonan rayuan? Boleh. Murid boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke Tingkatan Enam tahun 2022 bagi calon sekolah kerajaan berdasarkan pencapaian kokurikulum (T6BKK).Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan rayuan sekiranya seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam atas sebab tertentu,seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di Kolej/Pusat Tingkatan Enam tersebut dan sebagainya? Permohonan rayuan pertukaran Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam perlu dikemukakan secara emel ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan dengan menggunakan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan untukBertukar Sekolah oleh Murid Warganegara].Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid membuat permohonan rayuan mengikut kaedah yang bersesuaian Bolehkah saya menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) pengajian yang ditawarkan dan bilakah tarikh permohonan tersebut? Boleh. Murid boleh mengemukakan permohonan menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) secara emel kepada Kolej/Pusat Tingkatan Enam yang ditempatkan.Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah asal akan membantu permohonan tukar bidang mengikut tarikh yang telah ditetapkan Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/ IPTA /IPTS / setara, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam? Boleh. Calon yang menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara perlu membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan umum kemasukan keTingkatan Enam (T6BRU).Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan.Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam? Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jean, cargo pants, seluar pendek, atau legging tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas.Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakanpakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terpulang pada murid) \n"]} {"url": "https://ecentral.my/kupon-burger-king-terkini/", "title": "Kupon Burger King Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKupon Burger King Terkini\nBagi yang teringin untuk nikmati burger berjus dan digrill dengan sempurna, Burger King adalah lokasi yang wajib anda serbu. Aneka menu yang popular seperti Whopper, Tendergrill dan Mushroom Swiss Burger pasti bakal membuatkan anda terliur. Bukan setakat burger, malah pelbagai menu seperti ayam goreng, nugget dan aiskrim turut menanti anda!\nUntuk mendapatkan penjimatan berganda ketika menikmati Burger King, anda bolehlah gunakan kupon yang ditawarkan. Confirm lebih jimat dan menguntungkan! Untuk menebus, anda hanya perlu screenshot atau tunjukkan sahaja kupon digital di bawah ini.\nJom kita tengok kupon Burger King yang terkini khas untuk anda. Boleh jimat sehingga RM 8.00!\nDapatkan pelbagai voucher & kupon diskaun sehingga 50% di Shopee. Claim di sini sekarang!\nBaca Juga : Menu Burger King, Harga & Promosi Terkini 2022\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKupon Burger King Terkini\n\n \nMenu Edisi Terhad : Rendang Burger\n\n\nKupon Burger King Terkini\nBundle Berbaloi Set A\n2 BK Chick\u2019N Crisp + Long Chicken + Cheesy Fries + 2 Drinks + Soft Serve\nHarga : RM 28\n\nBundle Berbaloi Set B \n2 Cheeseburgers + Single BBQ Beefacon + Cheesy Fries + 2 Drinks + Soft Serve \nHarga: RM 28\n\n*Quick Bites 2 Onion Ring (ODC 03) : RM 6.90 (harga asal RM 9.00)\n\n*Quick Bites Chocolate Sundae + 5 Pcs Nuggets with Cheese Sauce (ODC 04) : RM 8.50 (harga asal RM 11.40) \u00a0\n\n*Quick Bites Tri-Colour Fries + 3 pcs Mozzarella Cheese Sticks (ODC 05) : RM 11.90 (harga asal RM 13.80)\n\n*Ala Carte French Chicken + BK Chick\u2019N Crisp (ODC 06) : RM 11.90 (harga asal RM 20.80)\n\n*Ala Carte Cheeseburger + Single BBQ Beefacon (ODC 07) : RM 13.90 (harga asal RM 18.30)\n\n*Ala Carte Double BBQ Beefacon (ODC 08) : RM 12.90 (harga asal RM 14.90)\n\n*= tawaran kupon digital sah sehingga 19 November 2022. \nUntuk makluman, tawaran ini hanya sah untuk pembelian secara dine-in atau takeaway sahaja. \nMenu Edisi Terhad : Rendang Burger\nJangan lepaskan peluang untuk turut mencuba menu edisi terhad daripada Burger King iaitu Rendang Burger. \nPilihlah antara 3 menu Rendang burger iaitu Double Rendang Beef, Rendang Tendergrill Chicken atau Rendang Tendercrisp Chicken. Memang nampak cukup menyelerakan dan pasti kena dengan citarasa rakyat Malaysia. Jom dapatkannya sementara stok masih ada! \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui promosi terkini dan menu terbaru daripada Burger King, sila ikuti laman Facebook Burger King Malaysia. Pelbagai tawaran serta kupon Burger King bakal ditawarkan dari semasa ke semasa. Jangan lupa ajak rakan dan keluarga nikmati hidangan di Burger King!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-sekolah-negeri-selangor/", "title": "Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Bantuan Sekolah Negeri Selangor telah dibuka sehingga 31 Mac 2022. \nUsaha ini adalah bukti Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Bantuan Sekolah Negeri Selangor\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n\nProgram Bantuan Sekolah Negeri Selangor\nProgram ini menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur mahupun membiayai pembinaan struktur baru. \n\n\n\n\n\n\nProgram ini bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian insentif sehingga\u00a0RM50,000.\nBaca juga: Pakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40\nSyarat Kelayakan\nSekolah-sekolah dibawah kategori berikut layak memohon untuk program ini.\na) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)b) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)c) Sekolah Mubalighd) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)e) Sekolah Agama Rakyat (SAR)\n2. Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.\n\n3. Tujuan permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:\n1) Kantin2) Surau3) Kelas4) Tandas5) Bumbung Bocor6) Dinding7) Susur Gajah8) Pagar Sekolah9) Pintu Kelas, Tandas10) Gelanggang Bola Keranjang11) Bilik Guru12) Perpustakaan13) Longkang/Perparitan14) Makmal Sains15) Makmal Komputer16) Bangunan Sekolah17) Bangunan Asrama18) Mengecat Bangunan Sekolah19) Kerusi/Meja20) Saluran Paip Air21) Pendawaian Elektrik22) Tingkap23) Lain-lain\nTarikh Tutup Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022\nTarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022.\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila daftar akaun terlebih dahulu pada pautan berikut:\nhttps://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/\nBahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)\nTingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam,Selangor\nTel: 03-55212279\n\nhttps://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/\n\nBaca juga: KISS Selangor: Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/inisiatif-cahaya-mata-keluarga-malaysia/", "title": "Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.\nIni merupakan berita baik buat kaum wanita dan mereka yang merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga tahun hadapan!\nJom ketahui lebih lanjut tentang inisiatif ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia?\n\n \nSiapakah Penerima BKM 2023?\n\n\nApakah Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia?\nMelalui inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023, akan diberi bantuan tunai secara \u2018one-off\u2019 sebanyak RM500.\n\n\n\n\n\n\n\nRM500Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama\u2014 Ministry of Finance\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe (@MOFmalaysia) October 7, 2022\n\n\u201cBantuan itu akan diberikan kepada ibu saja,\u201d kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2022.\n\nTUJUAN\nBantuan ini diberikan dengan tujuan meningkatkan kadar kelahiran.\nSelain itu, ia juga disalurkan bagi membantu mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.\nBelanjawan 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.\nCara permohonan dan penerimaan bantuan CahayaMata Keluarga Malaysia ini akan diumumkan oleh Kerajaan dalam masa terdekat.\nSiapakah Penerima BKM 2023?\nBantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan lagi bagi tahun 2023, di mana ia akan diberikan kepada penerima sehingga pendapatan RM5000 dan ke bawah.\n\nDalam pembentangan Bajet 2023, bantuan BKM ditingkat sehingga RM2,500 \u2014 bergantung kepada kategori berikut:\nWarga emas tiada pasangan; RM350-RM600Pendapatan RM2,500-RM5,000; bantuan RM500 \u2013 RM1,250 bergantung kepada bilangan anakPendapatan login portal ezbiz > user profile > user verification request > add new \nLampirkan dokumen seperti diminta\nUntuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan.\n\nNama sendiri sebagai nama perniagaan *contoh ALI BIN ABU* Jika pemohon menggunakan nama sendiri seperti di MYKAD/MYPR sebagai nama perniagaan.Fi pendaftaran RM30.00 + Maklumat Perniagaan RM10.00\nNama tred sebagai nama perniagaan *contoh ali maju boutique*Fi pendaftaran RM60.00 + Maklumat Perniagaan RM10.00\n\n\n\nMaklumat / dokumen yang diperlukan\nIsikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:a) Nama perniagaanb) Tarikh permulaan perniagaanc) Alamat utama perniagaand) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)e) Maklumat pemilik dan rakan kongsif) Jenis perniagaan yang akan dijalankang) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)\n\nBaca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama\nMaklumat Lanjut\u00a0\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke [email\u00a0protected].\u00a0\n\u2022 FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)\u2022 Instagram / IG: @ssmofficialpage\u2022 Twitter: @ssmofficialpage\u2022 Telegram: https://t.me/ssmofficialpage\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bask-bear-coffee-malaysia/", "title": "Bask Bear Coffee : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJenama kopi Bask Bear Coffee yang menawarkan aneka minuman unik semakin mendapat perhatian ramai. Kedai kopi ini bukan saja menawarkan variasi minuman yang sedap, malah ia turut popular dengan hidangan sandwichnya yang dikenali sebagai Toast.\nSebenarnya, ada banyak lagi menu menarik yang anda boleh cuba di Bask Bear Coffee. Jom kita tengok senarai menu serta harga yang ditawarkan!\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Gigi Coffee : Senarai Menu & Harga Terkini\nOLYMPUS DIGITAL CAMERA\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBask Bear Coffee : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nAren Palm Sugar Special\n\n \nMust Try\n\n \nEssentials\n\n \nFrappe\n\n \nPastries\n\n \nMac & Cheese\n\n \nToast\n\n \nBeary Good Pasta\n\n \nNasi Tomato\n\n\nBask Bear Coffee : Senarai Menu & Harga Terkini\nAren Palm Sugar Special\nMenuHargaAren Signature CoffeeRM 10.60Aren Chocolate Cheese FoamRM 12.90Aren Cheese Foam LatteRM 13.90Aren Japanese Nishio MatchaRM 11.60Sparkling Aren AmericanoRM 10.60\nMust Try\nMenuHargaDouble Shot Ice Shaken Vanilla Espresso \u2013 ColdRM 11.60Salted Caramel Hazelnut MacchiatoRM 12.90Sea Salt Chocolate ChipRM 11.60Mocha Cheese FoamRM 13.90Java Matcha Cheese FoamRM 13.90Sparkling Lychee AmericanoRM 11.60Sparkling Lemon AmericanoRM 11.60\nEssentials\n\nMenuHargaAmericanoRM 6.70Caffe LatteRM 8.50Caffe MochaRM 10.60Chocolate LatteRM 8.50Espresso (Double) \u2013 HotRM 6.00Matcha LatteRM 10.60\nFrappe\nMenuHargaAren Frappe LatteRM 13.90Mocha Choca FrappeRM 14.90Japanese Nishio Matcha FrappeRM 15.90Caramel Frappe LatteRM 15.90Summer Strawberry FrappeRM 14.90\nPastries\nMenuHargaMuffinRM 5.90\nMac & Cheese\n\nMenuHargaCreamy Chicken Mac & CheeseRM 15.94Meletop Aussie Beef Mac & CheeseRM 16.89Tom Yam Prawn Mac & CheeseRM 16.89\nToast\nMenuHargaHashbrown Chicken Slice ToastRM 12.90Hashbrown Ala CarteRM 5.50Double Down Hash BrownRM 13.90Hashbrown Egg ToastRM 12.90Korean Spicy Chicken Katsu ToastRM 13.90Cheezy Chicken KatsuRM 13.90Chicken Slices & EggRM 10.90Cheese & Egg ToastRM 9.90\nBeary Good Pasta\nMenuHargaCarbonara KatsuRM 22.50Bolognese Beef StripsRM 22.50\nNasi Tomato\nMenuHargaNasi Tomato Ayam Goreng BerempahRM 18.07Nasi Tomato Ayam RendangRM 17.83Nasi Tomato Ayam Masak MerahRM 17.83\nWah, rupanya ada banyak menu menarik yang ditawarkan di Bask Bear. Tak sangka siap ada nasi tomato dan pasta di kedai kopi berona jingga ni. \nMemang tak dinafikan aneka makanan dan minumannya semua nampak sedap-sedap belaka. Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Bask Bear Coffee untuk ketahui promosi terkini. \nJom ajak rakan dan keluarga anda ke Bask Bear Coffee hari ini!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengambilan-tldm/", "title": "Pengambilan TLDM 2023 \u2013 Permohonan & Semakan Keputusan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM SIRI 226/23 BAGI LEPASAN SPM/SVM (LELAKI) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI) AKAN DIADAKAN SECARA \u2018WALK-IN\u2019 BERMULA 9 HINGGA 24 JUN 2023 \u2013 RUJUK CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DI BAWAH\nTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 226/23 secara walk-in mulai 9 Jun 2023 ini hingga 24 Jun 2023.\nCalon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.\nPemilihan pengambilan kali ini terbuka kepada belia lelaki yang memenuhi syarat-syarat kelayakan. \nBerikut dikongsikan info lanjut untuk makluman anda yang ingin memohon.\nSumber : Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 226/223\n\n \nSyarat-syarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nGaji / Elaun / Keistimewaan TLDM\n\n \nSemakan Keputusan Permohonan TLDM\n\n \nMaklumat Lanjut Semakan & Permohonan Kemasukan TLDM 2023\n\n\nLokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 226/223\n\n9 Jun 2023 (Jumaat) : Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah\n11 Jun 2023 (Ahad) : Rejimen 503 Askar Wataniah, Perak\n9 Jun 2023 (Jumaat) : MSS Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan\n11 Jun 2023 (Ahad) : KD Sri Gombak, Kuala Lumpur\n18 Jun 2023 (Ahad) : Pangkalan Udara Kuching, Sarawak\n20 Jun 2023 (Selasa) : RASCOM Sibu, Sarawak\n22 Jun 2023 (Khamis) : KD Sri Kota Kinabalu, Sabah\n24 Jun 2023 (Sabtu) : KD Sri Sandakan, Sabah\n\nSyarat-syarat Permohonan\nSYARAT UMUM\n\n\n\n\n\n\n\nSemua calon lelaki berwarganegara Malaysia\nUmur \u2013 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 11 Disember 2023.\nLepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta \u2013 Lelaki\nLepasan SPM dan SVM \u2013 Lelaki\nTaraf perkahwinan \u2013 Bujang (tidak pernah berkahwin)\nPemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana\n\nSYARAT KHUSUS\nSyarat-syarat khusus adalah seperti berikut:\n\nSPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu\nPemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi\nDiploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:\n\nDiploma in Engineering\nDiploma in Electrical Engineering\nDiploma in Electronics Engineering\nDiploma in Electrical and Electronic Engineering\nDiploma in Marine Engineering\nDiploma in Software Engineering\nDiploma in Microelectronic Engineering\nDiploma in Information Engineering\nDiploma in Telecommunication Engineering\nDiploma in Mechanical Engineering\nDiploma in Mechatronic Engineering\nDiploma in Manufacturing Engineering\nDiploma in Engineering in Aircraft Maintenance\nAdvanced Diploma in Engineering\n\n\n\nKepada yang berminat, anda boleh memohon secara atas talian melalui maklumat yang tertera di bawah.\nCara Permohonan\nPemohon perlu hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:\n\nWaktu pendaftaran : 0800H hingga 0830H\nWaktu pemilihan : 0830H hingga 1700H\nPakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan\n\nPemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen asal seperti berikut:\n\nKad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat\nSijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat\nSijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat\nSalinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa dan 1 salinan fotostat\nSijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat\n\nCalon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.\nPemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.\nPemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan Julai 2023.\nGaji / Elaun / Keistimewaan TLDM\n1. Gaji permulaan :\nGaji Jumlah Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM1,774.00Diperjawatkan (kelulusan):SPM atau SVMSPM dan SKM Tahap 2SPM dan SVM Tahap 3Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)RM1,879.00RM1,945.00RM2,011.02RM2,341.07\n*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200\n2. Kenaikan Tahunan \u2013 Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat\n3. Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) \u2013 Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan\n4. Keistimewaan \n\nRawatan perubatan dan pergigian\nPakaian seragam\nWaren perjalanan tahunan\nSajian dan tempat tinggal bagi yang bujang\nCaruman Lembaga Tabung Angkatan tentera\nPengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)\n\nBaca juga: e-Pengambilan PDRM: Permohonan Polis & Semakan Panggilan\nSemakan Keputusan Permohonan TLDM\n1. Pemohon boleh melayari laman sesawang\u00a0http://www.navy.mil.my\u00a0dan masuk ke pautan Perkhidmatan / Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 atau terus ke\u00a0http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/. \nPemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.\n2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke [email\u00a0protected].\n3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.\nMaklumat Lanjut Semakan & Permohonan Kemasukan TLDM 2023\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan atau terus ke Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia\nATAU \nTerus ke laman web rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia https://www.navy.mil.my/index.php/ms/perkhidmatan/pendaftaran-pengambilan-perajurit-muda-tldm-siri-226-23\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mycoid-ssm/", "title": "MyCoID SSM : Pendaftaran Nombor Pemerbadanan / Identiti Syarikat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMyCoID adalah nombor syarikat yang dikeluarkan oleh SSM dan digunakan untuk berurusan di semua agensi berkaitan.\nCarian nama dan pemerbadanan syarikat mandatori secara \u201conline\u201d melalui portal MyCoID keseluruh negara telah dilaksanakan sepenuhnya berkuatkuasa pada 11 Disember 2014.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang MyCoID SSM yang penting untuk anda tahu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyCoID?\n\n \nFungsi MyCoID SSM\n\n \nBagaimana MyCoID Berfungsi?\n\n \nFaedah Menggunakan MyCoID\n\n \nLangkah Pemerbadanan Syarikat Melalui MyCoID SSM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MyCoID?\nMyCoID ialah nombor pengenalan perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan dokumen persyarikatan.\nIa merupakan nombor pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) apabila syarikat, pemilik tunggal atau perkongsian mendaftar perniagaan mereka.\n\n\n\n\n\n\nBagi syarikat Sdn. Bhd. nombor baharu pendaftaran syarikat telah dilaksanakan kini. \nNombor pendaftaran syarikat telah mempunyai 12 digit yang akan digunapakai untuk semua perihal dokumen syarikat.\n\nBaca juga: Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021\nFungsi MyCoID SSM\nDengan adanya MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakan satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi urusan\u00a0 pendaftaran, rujukan dan transaksi dengan agensi berikut:\nLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); danPerbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.Malaysia).\nMyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan\u00a0 secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.\n\nBaca juga: SPPP: Pendaftaran SSM Percuma Untuk Semua Pelajar & Usahawan B40\nBagaimana MyCoID Berfungsi?\nMyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.\nFasa pertama MyCoID akan memperkenalkan penggunaan satu nombor rujukan untuk kegunaan di pelbagai agensi. Inisiatif ini akan ditambah baik melalui fasa kedua iaitu dengan memperluas serta memaksimumkan potensi pemakaian MyCoID menerusi pembangunan sistem yang akan membolehkan pengkalan data dan maklumat berlaku secara automatik.\nIni bermakna pemilik-pemilik syarikat baru tidak perlu lagi pergi ke pelbagai agensi untuk tujuan pendaftaran kerana proses tersebut boleh berlaku serentak dengan hanya satu proses pendaftaran di SSM.\nFaedah Menggunakan MyCoID\nMyCoID dicipta untuk membantu usahawan mengurangkan birokrasi disamping menjimatkan masa usahawan di Malaysia. Jika dahulu segalanya terpaksa dilakukan secara manual, kini MyCoID telah tercipta untuk memudahkan perniagaan dan pentadbiran syarikat.\nSecara mudahnya terdapat beberapa faedah MyCoID, antaranya;\nMemudahkan orang awam terutamanya komuniti usahawan.Mempertingkatkan keberkesanan transaksi di antara orang awam dengan agensi kerajaan yang berkaitan.Mempertingkat interaksi antara agensi.Komponen penting dalam pembangunan sistem automatik yang membolehkan sesebuah syarikat mendaftar serentak dengan agensi yang berkaitan selepas ia ditubuhkan.Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam persekitaran koporat negara.\n\nLangkah Pemerbadanan Syarikat Melalui MyCoID SSM\nSeseorang individu boleh mendaftar serta memperbadankan syarikat melalui portal MyCoID (https://mycoid2016.ssm.com.my/) menggunakan tiga (3) langkah mudah seperti berikut:\nMendaftar, memasukkan maklumat yang relevan dan membayar melalui portal MyCoID;Mendapat kelulusan SSM; danMenerima pemberitahuan pendaftaran dari SSM melalui e-mel.\nPengaktikfan Akaun MyCoID \nBermula 29 April 2020, pengaktifan akaun pengguna MyCoID boleh dilakukan tanpa perlu hadir ke kaunter sepanjang tmepoh PKP. Pengguna boleh membuat pengaktifan akaun melalui [email\u00a0protected]\nPelanggan yang berdaftar sebagai Individual, Professional dan e-Charge User di portal perlu mengemukakakn dokumen berikut untuk pengaktifan akaun pengguna MyCoID.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\nTelefon: 603-77214000E-mel: [email\u00a0protected]\nAlamat: Menara [email\u00a0protected], No. 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/godigital-sarawak/", "title": "GoDigital Sarawak 2023 \u2013 Geran Pendigitalan Perniagaan PKS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGoDigital Sarawak merupakan sebuah inisiatif oleh kerajaan negeri Sarawak ke arah pendigital perniagaan kecil dan sederhana di negeri itu.\nGoDigital Sarawak merupakan satu inisiatif yang diasaskan oleh MINTRED, dikuasakan oleh SDEC bertujuan untuk membiaya\u00a0alatan teknologi\u00a0kepada MSMEs Sarawak bagi mendigitalkan perniagaan mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan GoDigital Sarawak\n\n \nJenis Bantuan\n\n \nMatlamat & Objektif GoDigital Sarawak\n\n \nTempoh Permohonan GoDigital Sarawak 2023\n\n \nCara Mendaftar\n\n \nCara Memohon\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nPengenalan GoDigital Sarawak\nBantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 telah diumumkan oleh Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan, Timbalan Perdana Menteri Sarawak.\nBKSS 5.0 memperkenalkan program GoDigital Sarawak dengan matlamat utama untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dengan Pendigitalan perniagaan mereka.\n\n\n\n\n\n\nJenis Bantuan\nInisiatif GoDigital Sarawak menyediakan geran kepada PKS yang terlibat dalam Keusahawanan Digital untuk membeli perkakasan dan perisian dengan nilai sehingga RM10,000.00.\nArtikel berkaitan: Sarawak ID : Login & Daftar Akaun Portal Kerajaan Sarawak\nMatlamat & Objektif GoDigital Sarawak\nObjektif dan matlamat utama insiaftif GoDigital Sarawak oleh kerajaan Sarawak ini adalah:\n\nMembantu Usahawan yang terkesan dengan Pandemik COVID-19\nUntuk membangunkan usahawan sedia digital di seluruh Sarawak\nUntuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Negeri\n\nTempoh Permohonan GoDigital Sarawak 2023\n\nBagi tahun 2023, permohonan GoDigital Sarawak telahpun dibuka.\nTempoh permohonan: 12 Jun 2023 hingga 12 Julai 2023\nSila ambil perhatian bahawa setiap pengguna hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja. \nPemohon akan dihubungi bagi memaklumkan status permohonan mereka dalam masa yang sesuai.\nBaca lagi: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga\nCara Mendaftar \nSegala proses permohonan bagi geran Go Digital Sarawak ini hanya boleh dibuat melalui halaman https://go.sarawak.digital/\nBagi pengguna baru, anda dikehendaki mendaftarkan akaun terlebih dahulu sebelum boleh menghantar permohonan anda bagi geran ini.\nSila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan akaun GoDigital Sarawak anda:\n\nKlik butang \u201cRegister Now\u201d untuk mendaftar\nIsikan butiran anda dalam borang pendaftaran (Registration Form)\nPilih medium komunikasi pilihan (SMS atau Whatsapp) dan kategori perniagaan\nKlik butang Next\nMasukkan dan sahkan kata laluan anda. \nSila klik pada persetujuan terma dan syarat untuk meneruskan. \nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk melengkapkan proses pendaftaran.\n\nSila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.\nCara Memohon\nSetelah anda melengkapkan proses pendaftaran di atas, maka baru anda boleh memulakan permohonan untuk geran GoDigital Sarawak ini.\n\nLayari laman web https://go.sarawak.digital/ dan log masuk akaun anda dengan memasukkan emel dan kata laluan\nLengkapkan maklumat di halaman Profil\nLengkapkan maklumat di halaman Adresses (Alamat)\nLengkapkan maklumat di halaman Business Info (Maklumat Perniagaan)\nMuat naik dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dalam format PDF:\n\nSijil Pendaftaran Perniagaan (wajib) \nSalinan Nama Perniagaan (pilihan)\nLesen Perniagaan (pilihan)\nBorang 9 (jika ada, pilihan)\n\n\nKlik pada butang \u2018Save Changes\u2019 untuk menyimpan butiran anda.\nKlik pada butang \u2018Back to Business\u2019\nKlik pada \u2018Products\u2019 untuk mengakses peranti digital dan perisian yang tersedia untuk permohonan.\nKlik pada \u2018+\u2019 untuk menambahkan peranti digital dan/atau perisian yang diinginkan ke dalam \u2018Basket\u2019.\nKlik pada ikon \u2018Cart\u2019 untuk melihat perkakasan dan/atau perisian yang telah anda pilih untuk dipohon. Pastikan anda tidak melebihi had yang ditetapkan.\nKlik butang \u2018Hantar Permohonan Anda\u2019 untuk meneruskan dengan penyerahan.\nKlik butang \u2018Proceed To Application Details\u2019 untuk meneruskan.\nPeriksa dan mengesahkan butiran peribadi dan butiran perniagaan anda\nKlik butang \u2018Proceed To Delivery Info\u2019 untuk meneruskan ke langkah seterusnya.\nSahkan alamat penghantaran anda \u2013 Jika permohonan anda berjaya, item anda akan dihantar ke alamat ini.\nKlik butang \u2018Proceed To Submission\u2019 untuk meneruskan ke langkah seterusnya.\nHalaman Penghantaran Permohonan \u2013 \u2018Submit\u2019\nSetuju dengan Terma dan Syarat dan Permohonan Akhir\nKlik butang \u2018Submit\u2019 setelah bersetuju dengan Terma dan Syarat\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nUntuk pertanyaan umum mengenai proses permohonan GoDigital Sarawak, hantarkan e-mel kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eptrs-program-tuisyen-rakyat-selangor/", "title": "ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nePTRS (PORTAL PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR)\nKerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Portal ePTRS yg boleh dilayari di eptrs.my.\nMerujuk kepada situasi pandemik yang sedang berlaku Kerajaan Negeri melihat kepada keperluan untuk mendigitalkan PTRS agar pelaksanaannya tidak terganggu akibat daripada penutupan sekolah yang kerap berlaku.\nPelaksanaan PTRS bukan sahaja terhad kepada kelas tuisyen malah itu turut mengandungi program sokongan yang lain seperti program kemahiran belajar atau lebih dikenali sebagai \u201csmart learning\u201d dan Program Pecutan Akhir SPM yang telah dilaksanakan setiap tahun.\nBaca juga: UPU Online 2021/2022: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan info lanjut tentang Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk dimanfaatkan bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Tuisyen Rakyat Selangor?\n\n \nKelebihan ePTRS\n\n \nCara Login ePTRS\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Tuisyen Rakyat Selangor?\nProgram Tuisyen Rakyat Negeri Selangor telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 sehingga kini. \nPelaksanaannya dimulakan dengan menggunakan pusat- pusat Komuniti sebagai premis tuisyen dan kemudiannya bermula pada tahun 2019 ia mula dilaksanakan di sekolah-sekolah.\nKandungan pembelajaran dalam ePTRS.my adalah dalam bentuk video dan para pelajar boleh bersoal jawab dengan guru yang telah membuat perkongsian secara interaktif melalui platform ePTRS.my ini. \nPlatform ini juga menampilkan pembelajaran dalam talian yang dipakejkan bersama guru bimbingan.\nIni kerana setiap pelajar yang terlibat dengan PTRS telah mempunyai guru bimbingan masing-masing. \nOleh itu, selain modul yang telah diedarkan kepada para pelajar, pembelajaran boleh diteruskan oleh para dengan bantuan video-video yang telah dimuatnaik dalam platform ePTRS ini.\nKelebihan ePTRS\nTerdapat 7 subjek / matapelajaran yang ditawarkan di dalam eptrs.my yang merangkumi 42 jam pembelajaran.\nSubjek yang ada ialah BM, BI, Sejarah, Matematik, Sains, Pengajian Am & MUET.\n\nAntara kelebihan eptrs.my adalah:\nAda butang LIKEAda butang KOMENBoleh dimuat turun oleh GURU dan PELAJARPelajar boleh tengok berulang kaliBoleh dapat sijil digitalKekerapan log masuk akan menaikkan rating sekolahAda butang KONGSIBoleh muat turun Format PDF modul PTRS\n\nBaca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan\nCara Login ePTRS\nSetiap sekolah di Negeri Selangor telah disediakan ID untuk mereka akses ke platform ini secara percuma.\nePTRS.my ini juga boleh diakses oleh para pelajar yang tidak menyertai PTRS.\nUntuk mengakses, anda cuma perlu lakukan langkah berikut:\nLayari www.eptrs.myTulis kod sekolah untuk ID dan Password. Contoh : bea3084Untuk mencari nama sekolah perlu tulis nama penuh sekolah. Contoh : Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama\n\nJangan lepaskan peluang untuk mengikuti seminar lanjutan dari Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM & STPM dengan mendaftar melalui portal e-PTRS.my .\nManfaatkan peluang keemasan ini!\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari www.eptrs.my.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-dermasiswa-zakat-kedah-2021/", "title": "Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR , JORDAN DAN INDONESIA BAGI TAHUN 2021 KINI DIBUKA\nBantuan Dermasiswa Zakat Kedah merupakan bantuan oleh Lembaga Zakat Kedah yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi.\nBerikut dikongsikan maklumat bagi Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Kedah 2021 khusus bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan & Indonesia.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Mesir)\n\n \nSyarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Jordan)\n\n \nSyarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia)\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Mesir)\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /institusi kewangan dalam dan luar negeri KedahBagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:i. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)ii. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjagaiii. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikaniv. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.v. Salinan akaun bank pemohonSurat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)\nSyarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Jordan)\nPemohon mestilah beragama IslamPemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohonPemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJABantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajianButiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :i. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)ii. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjagaiii. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 (Tasdiq) yang diterjemah daripada Majlis Persatuan Pelajariv. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau yang diterjemah oleh Majlis Persatuan Pelajarv. Salinan akaun bank pemohonvi. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar )\nSyarat Bantuan Dermasiswa Kedah 2021 (Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia)\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan /institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohonPemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJABantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :i. Salinan kad pengenalan pemohon(pelajar)ii. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjagaiii. Surat akuan belajar Sesi 2020/2021 daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajariv. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/2020) daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajarv. Salinan akaun bank pemohonvi. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)\nTarikh Permohonan \nTarikh permohonan 16 MAC 2021 SEHINGGA 31 MAC 2021.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2021\nCara Permohonan\nPemohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web\u00a0www.zakatkedah.com.my\u00a0atau terus ke pautan berikut :\nhttp://bit.ly/LZNKMESIR2021( Dermasiswa Mesir )\nhttp://bit.ly/LZNKJORDAN2021( Dermasiswa Jordan )\nhttp://bit.ly/LZNKINDONESIA2021( Dermasiswa Indonesia )\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut sila rujuk pautan:\nhttp://bit.ly/GarisPanduanDermasiswa\nSEBARANG PERSOALAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN :\nAtase Pendidikan Kedah ( bagi penuntut di Timur Tengah ) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir / Jordan / Indonesia\nBahagian PendidikanAras 5, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah05200 Alor SetarNo Tel : 1800-88-1740 / whatsapp : +60 19-910 6349\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-buat-qr-code-mysejahtera/", "title": "Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Majlis Kenduri / Kedai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA UNTUK MAJLIS KENDURI / KEDAI\nKerajaan telah memberi jaminan untuk tidak melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilftri tahun 2022 ini.\nJadi, mungkin ramai dah plan nak buat kenduri dan majlis untuk berkumpul dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa kan?\nSatu perkara perlu diingat, kita masih perlu amalkan SOP.\nJika nak buat majlis, wajib perlu scan kehadiran dengan MySejahtera untuk membantu mengesan penularan kontak rapat jika ada.\nDi sini kami kongsikan cara buat QR code MySejahtera untuk anda yang nak anjurkan majlis kenduri nanti ok!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MySejahtera?\n\n \nKenapa Perlu Ada QR Code MySejahtera?\n\n \nKlasifikasi Status Kesihatan Di MySejahtera\n\n \nCara Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis / Majlis Kenduri\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MySejahtera?\nMySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. \nPada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.\n\n\n\n\n\n\nKenapa Perlu Ada QR Code MySejahtera?\nDengan QR Code MySejahtera, pengesanan kontak rapat akan lebih mudah dibuat dan dimaklumkan.\nNamun anda tak perlu risau kerana semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.\nKlasifikasi Status Kesihatan Di MySejahtera\nSetelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:\n#Klasifikasi\u2003Penerangan1Low RiskIndividu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.2Casual ContactIndividu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.3Close ContactIndividu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:\u00a0Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)\u00a0Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19\u00a0Mengembara bersama pesakit COVID-19\u00a0Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-194Person Under Surveillance (PUS)Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.5Kes SuspekIndividu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.6Confirmed CaseIndividu yang telah diuji positif COVID-19.\nBaca juga: Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset Semula\nCara Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis / Majlis Kenduri\nBuka Laman Web MySejahtera atau https://mysejahtera.malaysia.gov.myDaftarkan diri anda sebagai pemilik premis atau penganjur majlis.Masukkan No Telefon Atau Emel dan tekan \u2018Daftar\u2018.Sekiranya anda ingin mendaftar menggunakan nombor telefon, masukkan nombor telefon anda yang bermula dengan 6. Contohnya 60123456789. Kemudian klik pada kotak i\u2019m not robot dan seterusnya klik pada butang register.Masukkan Kod OTP (untuk telefon) atau klik pautan Email yang didaftarkan.Kod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang didaftarkan melalui SMS.Isi maklumat yang dimintaTekan butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar.Setelah itu anda akan menerima QR code untuk dicetak sendiri (print).Siap! Dah boleh tampal QR Code di hadapan / pintu premis.\nRujuk langkah bergambar di bawah:\nLANGKAH 1\nBuka Laman Web MySejahtera atau https://mysejahtera.malaysia.gov.my\n\n \nDaftarkan diri anda sebagai pemilik premis atau penganjur majlis.\nMasukkan No Telefon Atau Emel dan tekan \u2018Daftar\u2018.\nPENTING: Sekiranya anda ingin mendaftar menggunakan nombor telefon, masukkan nombor telefon anda yang bermula dengan 6. \nContohnya 60123456789. Kemudian klik pada kotak i\u2019m not robot dan seterusnya klik pada butang \u2018Register\u2019.\nLANGKAH 2\nMasukkan Kod OTP (untuk telefon) atau klik pautan Email yang didaftarkan.\n\nKod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang didaftarkan melalui SMS.\n\nAnda juga akan menerima e-mel seperti ini jika anda mendaftar menggunakan e-mel.\nSila klik pada pautan yang diberikan dalam e-mel untuk meneruskan proses pendaftaran.\nLANGKAH 3 \nSila lengkapkan maklumat pada ruangan yang disediakan.\n\nLANGKAH 4\nAnda akan menerima Kod QR untuk disimpan atau dicetak terus bagi kegunaan anda.\n\nIni contoh QR code yang telah dijana oleh MySejahtera.\nSelesai print nanti, bolehlah ditampal pada pintu masuk ya!\nSelamat mencuba.\nMaklumat Lanjut\nJika ada sebarang masalah, sila ajukan kepada HelpDesk MySejahtera di pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/\nBaca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-kursi-tok-nan/", "title": "Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELAWAAN PENAJAAN BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2022\nUPMKB mempelawa calon- calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan memohon biasiswa ini, program pengajian yang ditawarkan, kadar biasiswa serta cara membuat permohonan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Tok Nan?\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022\n\n \nProgram Pengajian Yang Ditawarkan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Tok Nan?\nPenajaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.\n\nBaca juga: e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP): Mohon Salinan Sijil SPM Hilang\nSyarat Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022\nAnak Jati Sarawak (Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak)Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara MalaysiaMempunyai keputusan yang cemerlang iaitu minimum PNGK 3.50 ke atasHanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam dan luar Negara layak memohonPelajar yang telah mendapat tajaan contohnya JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.Pelajara yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan dalam penajian Pensijilan atau Diploma tidak latak untuk meohon. Sekiranya pernah menerima pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.\nProgram Pengajian Yang Ditawarkan\nPerhatian untuk pelajar Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan berikut sahaja :\u2022 Diploma Pembangunan Manusia dan\u2022 Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.\nTarikh Permohonan\nPermohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :\n\u2022 Diploma \u2013 22 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022\u2022 Bacelor \u2013 28 Mac sehingga 16 April 2022\nBaca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022\nCara Permohonan\nBagi pelajar yang berminat bolehlah memohon segera. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pihak kami menghubungi Puan. Rabaiyah binti Zaini di talian 086-855474 atau emel [email\u00a0protected]\nSekian, harap maklum dan terima kasih.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nFacebook Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak \u2013 UPMKBhttp://www.btu.upm.edu.my/Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak 97000 Bintulu, Sarawak086-855 201\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spim-ipts-mara-penjana/", "title": "SPiM IPTS MARA 2021 (Penjana): Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bersetuju untuk melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu kelangsungan perniagaan pengusaha Bumiputera akibat Covid-19.\nMenteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, usaha berkenaan bertujuan membantu IPTS Bumiputera yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 serta meringankan beban ditanggung pengusaha IPTS Bumiputera.\nDi sini kami kongsikan maklumat lanjut tenang SPiM IPTS MARA dan bagaimana anda boleh mendapat manfaat yang ditawarkan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SPiM PENJANA IPTS MARA?\n\n \nSyarat Kelayakan SPiM IPTS MARA\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nHad Pembiayaan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SPiM PENJANA IPTS MARA?\nSPiM PENJANA IPTS ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan IPTS Bumiputera yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.\nKemudahan ini adalah berbentuk bantuan pembiayaan perniagaan bagi tujuan menampung keperluan perbelanjaan kos operasi sahaja dan tidak termasuk perbelanjan modal (capital expenditure) atau modal kerja (working capital).\nTujuan pembiayaan adalah untuk membantu usahawan IPTS yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menampung kos-kos perbelanjaan mengurus seperti berikut :\nKos operasiGaji pekerja,Sewa premis,Utiliti,Lain-lain perbelanjaan mengurus\n\nSyarat Kelayakan SPiM IPTS MARA\nIPTS Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], adalah kumpulan sasar yang layak memohon Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk IPTS Bumiputera ini.\nBerikut adalah syarat kelayakan SPiM IPTS MARA\nIPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (perlu mengemukan sijil perakuan pendaftaran yang sah),Syarikat berstatus Sdn Bhd bertaraf Bumiputera,Sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah perlulah berumur tidak melebihi 65 tahun dan layak untuk mengambil perlindungan Takaful,Melepasi tapisan Carian Kredit,Mempunyai pengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi,Beroperasi 12 bulan ke atas,Bebas daripada senarai hitam MARA,Perniagaan Patuh Syariah, danMengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA.\nBaca juga: Semakan PKSK 2021: Tarikh & Pusat Ujian Tingkatan 1 / Tingkatan 4\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen asas yang diperlukan seperti berikut :Sijil perakuan pendaftaran IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;Surat kebenaran pemeriksaan kredit yang ditandatangani oleh pemohon dan dicetak menggunakan kepala surat rasmi beserta cop syarikat (format disertakan di dalam borang permohon di atas talian);Laporan kewangan tahunan beraudit bagi 3 tahun terkini;Penyata Bank utama untuk 6 bulan terkini;Profil perniagaan secara ringkas i.e jenama IPT, lokasi, bilangan pelajar, bilangan staff pengurusan beserta akademik, kursus yang ditawarkan, penaja pelajar etc\nHad Pembiayaan\nHad pembiayaan bermula RM500 Ribu sehingga RM50 Juta dengan kadar keuntungan 3.5% setahun.\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nCara Permohonan\nPermohonan secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi www.pmbtijari.com.my/spimpenjanaLog masukIsikan maklumat permohonan dengan lengkap pada borang yang disediakanBuat semakan dan hantar setelah membuat pengesahan\nMaklumat Lanjut\nPMB Tijari Bhd www.pmbtijari.com.my/spimpenjanaUntuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian tetap 03 \u2013 2785 9800\nhttps://www.pmbtijari.com.my/spimpenjana/?\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tapem-tabung-amanah-pendidikan-melaka/", "title": "TAPEM Online : Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka kini menawarkan Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM untuk anak kelahiran Melaka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\nBantuan ini diwujudkan bagi meringankan anak-anak Melaka bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.\nAnak Melaka yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon.\nBerikut dikongsikan info selanjutnya untuk makluman bakal pemohon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan TAPEM?\n\n \nKadar Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon Bantuan TAPEM\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan TAPEM?\nTabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 9. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.\nTabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.\nTabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. \nTAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:\n\n\n\n\n\n\nPinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan aktiviti utama TAPEM.\u00a0Pinjaman ini terbuka kepada \u201cANAK NEGERI MELAKA\u201d Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan NegeriBantuan Institusi Pengajian TinggiBantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian TinggiBiasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Melaka merangkumi Biasiswa Biasa dan Biasiswa AsnafBantuan Persekolahan Pelajar Sekolah RendahSumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa baucar bagi pembelian bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang\nBaca Juga : Bantuan Awal Pendidikan JPKM Untuk Pelajar Wilayah Persekutuan\n\nKadar Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM\nKadar bantuan yang akan diberikan secara one-off akan dibayar mengikut peringkat pengajian seperti berikut :\nDiploma : RM 300Ijazah : RM 400Sarjana : RM 400PhD : RM 400\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nPemohon lahir di negeri MelakaIbu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka danBermastautin di Negeri MelakaPengundi di Negeri MelakaTelah diterima masuk ke Institusi Pnegajian Tinggi (IPT)Permohonan boleh dilakukan bagi kemasukan kali pertama bagi setiap satu tahap pengajian sahaja.Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya ibu bapa pemohon (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih daripada 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Sidang)\nNota : \nPemohon yang ibu bapanya bukan warganegara MALAYSIA tidak layak untuk dipertimbangkan.\nPermohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat tidak akan dilayan.\n\nCara Memohon Bantuan TAPEM\nPemohon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pendaftaran di IPT.\nAnda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di http://tapemonline.melaka.gov.my\nUntuk permohonan secara manual, sila dapatkan borang permohonan bantuan di pejabat TAPEM pada waktu pejabat.\nBorang permohonan serta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar kepada alamat berikut :\nPengurus Besar, Tabung Amanah Pendidkan Negeri Melaka,\nNo. 34 \u2013 4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang,\nLebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,\n75450 Melaka.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon diminta untuk sertakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :\n\u00a0Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon\u00a0Salinan Sijil Lahir pemohonSalinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohonSalinan Sijil sekiranya ibu bapa calon bercerai, meninggal dunia atau ibu/Bapa Tiri (sertakan 1 salinan Sijil Nikah)Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mempunyai tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.Salinan Buku Akaun / Penyata Bank / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.\n-Bank yang aktif sahaja\n-Akaun bersama tidak dibenarkan\n-Pastikan nama dan nombor akaun jelas\nSalinan sijil berhenti sekolah rendahSalinan berhenti sekolah menengahSalinan bidang pengajian yang mempunyai pendaftaran Malaysian Qualifications Agency (MQA)\n* Sila pastkan semua salinan dokumen di atas telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) / Pengerusi JAPERUN / Penghulu / Sidang\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM, sila hubungi talian 06-333 3333 sambungan 7550 atau 7554.\nTabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM\nNo 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota CemerlangHang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer KerohMelaka\n\u00a0+606-333 3333 x 3201/02/03/05/06/07/10\n\u00a0+606-2331450\n\u00a0[email\u00a0protected]\n2.2737820,102.2887070\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-pelitup-muka-terkini-2023/", "title": "SOP Pelitup Muka Terkini 2023 & Tempoh Kuarantin Covid19 KKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan telah mengumumkan perkembangan terkini mengenai SOP Pelitup Muka Terkini 2023 yang berkuatkuasa 5 Julai 2023. \nPandemik COVID-19 yang lalu menyebabkan kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan orang ramai.\nSelari dengan penurunan kes dan kadar peningkatan vaksinasi, maka kerajaan secara beransur-ansur telah melonggarkan SOP pemakaian pelitup muka.\nWalau bagaimanapun, sehingga tahun 2022 dua lokasi masih diwajibkan pemakaian pelitup muka \u2013 pengangkutan awam dan premis kesihatan seperti hospital & klinik.\n\n\n\n\n\n\nSumber: Dr Zaliha Mustafa\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelonggaran SOP Pelitup Muka\n\n \nPengurusan Kes Positif Covid-19 & Tempoh Kuarantin Terkini KKM (HSO)\n\n \nLangkah-langkah Pencegahan\n\n\nKelonggaran SOP Pelitup Muka\nKelonggaran SOP pelitup terkini sebelum ini kali terakhir dibuat kerajaan pada April tahun 2022 apabila Malaysia memasuki fasa endemik.\nKetika itu, tiada lagi kewajipan memakai pelitup muka di premis-premis dan tempat-tempat awam namun pemakaian pelitup muka masih digalakkan. \nTerbaru, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa telah membuat pengumuman perubahan SOP pelitup muka terkini di mana pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan premis kesihatan berkuat kuasa 5 Julai ini.\nPerubahan yang dibuat kerajaan ini selari dengan pengumuman\u00a0Pertubuhan Kesihata Sedunia atau WHO pada 5 Mei lalu bahawa status Covid-19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa.\nOleh itu, kerajaan telah membuat semakan semula untuk mengemaskini SOP pelitup muka terkini berdasarkan situasi dan keperluan semasa.\nSumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\nArtikel berkaitan: Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera\nPengurusan Kes Positif Covid-19 & Tempoh Kuarantin Terkini KKM (HSO)\nWalau kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP pemakaian pelitup muka pada tahun 2023 ini, pesakit COVID-19 tetap wajib memakai pelitup muka sekiranya mereka berada di kawasan awam dan tempat tumpuan orang ramai.\nBagi orang awam yang tidak positif, COVID-19, mereka tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka mengikut perubahan SOP pelitup muka terkini yang diuumkan ini.\n\nTempoh HSO bagi pesakit Covid-19 adalah 5 hari dari tarikh bermula gejala.\nHSO akan diberikan melalui MySejahtera.\n\n\nLangkah-langkah Pencegahan\nWalau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di lokasi pengudaraan kurang baik.\nPesakit juga dinasihatkan agar membuat perjalanan yang perlu sahaja, serta mengelakkan perjalanan atau lawatan kumpulan berisiko tinggi selain sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.\nArtikel menarik: Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan \u2013 KKM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-ctos-online/", "title": "CTOS: Cara Semak Laporan Kredit Online (Kelayakan Loan Bank)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila nak buat apa-apa pinjaman bank untuk tujuan pembelian rumah contohnya, kita perlu membuat semakan CTOS terlebih dahulu.\nTahukah anda kini semakan boleh dibuat secara online dan ianya percuma saja.\nDalam artikel ini akan diterangkan bagaimana cara membuat semakan dan maklumat lanjut untuk mengetahui laporan kredit anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah CTOS?\n\n \nKenapa Perlu Buat Semakan CTOS?\n\n \nApa Beza CTOS Dengan CCRIS?\n\n \nCara Buat Semakan MyCTOS Online Secara Percuma\n\n \n1. Daftar Akaun\n\n \n2. Isi Maklumat Peribadi\n\n \n3. Pengesahan\n\n \n4. Aktifkan ID\n\n \n5. Akses Laporan Kredit\n\n \nMaklumat Yang Dipaparkan Dalam Laporan MyCTOS\n\n \nTips Dapatkan Skor CTOS Yang Baik\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah CTOS?\nCTOS adalah ringkasan kepada Credit Tip Off Service, di mana ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit, lebih kurang macam CCRIS.\nSemakan MyCTOS akan membolehkan kita mengetahui laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.\nKenapa Perlu Buat Semakan CTOS?\nJika laporan MyCTOS kita baik, kemungkinan untuk pinjaman bank diluluskan adalah tinggi. \nDan begitulah juga sebaliknya.\nJadi, semakan MyCTOS akan membolehkan kita mengetahui apa yang kurang baik dengan kredit kita serta bagaimana cara untuk memperbaikinya sebelum memohon bagi mengelakkan penolakan.\n\n\n\n\n\n\nApa Beza CTOS Dengan CCRIS?\nDua sistem ini adalah berbeza walaupun ia mempunyai fungsi yang hampir sama.\nCCRIS adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) manakala CTOS pula merupakan agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM. \nWalaupun laporan kredit yang kurang baik boleh menyebabkan seseorang tidak lulus pinjaman bank, tapi kedua-dua badan ini tidak mengeluarkan senarai blacklist yang menghalang mana-mana individu dari membuat pinjaman.\nBaca juga: Cara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank Negara\n\nCara Buat Semakan MyCTOS Online Secara Percuma\nLaporan MyCTOS adalah laporan kredit peribadi anda oleh CTOS. \nBagi Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS dan Skor) kini boleh didapati secara PERCUMA saja secara online.\nUntuk memulakan semakan, sila ikuti langkah berikut:\n1. Daftar Akaun\nUntuk mendapatkan laporan secara online, kita perlu mendaftar sebuah akaun di laman web CTOS. \nLayari laman web rasmi CTOS di https://ctoscredit.com.my/ dan tekan \u2018Daftar Sekarang\u2019.\nSila isikan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).\n2. Isi Maklumat Peribadi\nKemudian, isikan maklumat peribadi dan lampirkan imej (depan dan belakang) MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda.\nPastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.\n3. Pengesahan\nSelepas selesai mengisikan maklumat, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan.\nBiasanya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.\nSetelah menerima kod TAC di telefon bimbit, masukkannya di ruang yang disediakan untuk melengkapkan proses pendaftaran.\n4. Aktifkan ID\nCTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS.\nAnda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.\nUntuk menyelesaikan proses pendaftaran, log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.\nPilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.\n5. Akses Laporan Kredit\nSekarang kita sudahpun mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS.\nLaporan MyCTOS pertama ini diemelkan kepada kita secara percuma, dan kita juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan tadi.\nMaklumat Yang Dipaparkan Dalam Laporan MyCTOS\nLaporan CTOS akan memaparkan maklumat berikut:\nPengesahan identitiInformasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaanButir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan Sejarah Kewangan \u2013 Terdiri daripada 3 bahagian iaituPermohonan kredit semasa dan butiran CCRISRekod cek tidak sah Komen anda\nBank akan melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.\nBaca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online\nTips Dapatkan Skor CTOS Yang Baik\nJika skor CTOS anda kurang baik, anda boleh memperbaikinya dengan melakukan langkah berikut:\nBayar bil-bil anda tepat pada masanya. Langsaikan bayaran tertunggak.Pastikan jumlah yang dihutang rendah dan buatlah bayaran bulanan anda dengan berdisiplin sehingga amaunnya semakin berkurang. Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah.\u00a0Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat, kaunselor kredit atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat.Semak laporan MyCTOS secara berkala supaya anda boleh memantau kesihatan kredit anda. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah awal jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu kewangan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut tentang CTOS boleh didapati melalui laman web rasmi CTOS atau melalui saluran berikut:\nCTOS Data Systems Sdn Bhd\nUnit 01-12, Level 9Tower A, Vertical Business Suite,Avenue 3, Bangsar South,No. 8, Jalan Kerinchi,59200, Kuala Lumpur\n[email\u00a0protected]\nFacebook: CTOS\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-billing-lhdn/", "title": "e-Billing LHDN: Semakan Nombor Bil Untuk Bayaran Cukai", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPihak LHDN telah memperkenalkan sistem e-Billing bagi urusan pembayaran cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).\nMalah, pada awal tahun 2023 yang lalu Kerajaan telah mengumumkan kewajipan menggunakan \u201cNombor Bil\u201d sebagai sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem.\n\n\n\n\n\n\nNamun demikian, dalam tempoh peralihan kepada penggunaan Nombor Bil ini, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Rujukan Cukai masih boleh digunakan dalam urusan pembayaran cukai langsung yang berkaitan sehingga 30 Jun 2023.\nArtikel berkaitan: Login e-PCB: Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan / Tuntutan\nCarta aliran proses perkhidmatan sistem ebilling LHDN\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Nombor Bil Untuk e-Billing LHDN\n\n \nCara Melihat Paparan Bil\n\n \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\n\n\nSemakan Nombor Bil Untuk e-Billing LHDN\n\nNombor Bil bagi tujuan bayaran boleh diperolehi melalui laman web MyTax di https://mytax.hasil.gov.my .\nPengguna perlu memasukkan maklumat mengikut \u201cJenis Pengenalan\u201d dan Kata Laluan bagi tujuan daftar masuk ke sistem MyTax.\nMelalui menu e-Billing bawah Perkhidmatan ezHasil akanmemaparkan pilihan menu Paparan Bil Pembayar Cukai, Paparan Bil Majikan dan Janaan Bil.\nMenu Paparan Bil Pembayar Cukai dan Paparan Bil Majikan akan memaparkan bil-bil yang perlu dijelaskan oleh pihak pembayar cukai.\nSkrin Paparan Bil Pembayar Cukai dan Paparan Bil Majikan akan memaparkan menu-menu berikut\n\nPaparan Bil\nSurat/ Notis Tuntutan\nBil Ansuran\nRekod Transaksi\nBil Majikan\n\n\nMenu Janaan Bil adalah bertujuan untuk menjana Nombor Bil secara manual melibatkan jenis cukai berikut:\n\nCukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)\nBorang Nyata Cukai Pendapatan Manual (BNCP)\n\n\n\nCara Melihat Paparan Bil\nMelalui menu e-Billing bawah Perkhidmatan ezHasil, menu PaparanBil dalam pilihan menu Paparan Bil Pembayar Cukai adalah bertujuan untuk memudahkan pembayar cukai membuat bayaran menggunakan Nombor Bil yang telah sedia dijana oleh sistem LHDNM.\n\nKlik pada e-Billing\nMenu Paparan Bil akan memaparkan jenis-jenis bil berikut:\n\nBil Anggaran Cukai\n\nAnggaran Cukai CP204/ CP500/ CP250\n\n\nBil Cukai\n\nCukai Pendapatan\nCukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)\nCukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)\nKenaikan Cukai\nKompaun\n\n\nBil Pemeroleh Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)\nBil Cukai Penghibur Awam\nBil Cukai Pegangan\n\n\n\n\nBaca lagi: e-TT Hasil : Cara Buat Bayaran Cukai LHDN MyTax\nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mngenai sistem e-Billing LHDN, boleh hubungi pegawai yang bertugas melalui salah satu cara berikut:\n\nHasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)\nb) HASiL Live Chat\nc) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/insentif-pendidikan-kelahiran-baru-anak-veteran-atm-2022/", "title": "Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nInsentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM\nSukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Veteran ATM (YVATM) kini menawarkan satu insentif pendidikan khas untuk anak-anak Veteran ATM yang lahir pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.\nInsentif ini diwujudkan bagi menyediakan satu simpanan pendidikan khas kepada anak-anak Veteran ATM untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi pada masa akan datang.\nSimpanan yang ditawarkan adalah berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime) iaitu produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi pendidikan tinggi.\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, bantuan ini ditawarkan kepada 1,000 pemohon pertama yang berkelayakan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan secara lebih lanjut. \nBaca Juga : Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKelebihan Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM 2022\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM?\nInsentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM adalah sumbangan RM1000 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime) yang terbuka kepada 1000 orang anak-anak veteran ATM.\nSimpanan ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas.\nTarikh Permohonan\nIbu bapa yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Mac 2023.\nKelebihan Insentif Pendidikan Kelahiran Baru Anak Veteran ATM 2022\nTidak hanya berfungsi sebagai simpanan masa depan, malah insentif Pendidikan Kelahiran Baru untuk anak-anak veteren ini menawarkan pelbagai kelebihan seperti :\n\nPemberian dividen setiap tahun.\nPelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00.\nPemberian geran sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga.\nPerlindungan takaful percuma.\nKhairat kematian.\n\nSyarat Permohonan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\n\nTerbuka kepada anak-anak Veteran ATM beragama Islam yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disimber 2022.\nPermohonan yang berjaya akan menerima insentif RM1,000.00 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime).\nPermohonan terbuka kepada 1,000 orang anak-anak Veteran ATM sahaja.\nSimpanan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas.\n\nKaedah Permohonan\nAnda boleh ikuti kaedah permohonan seperti berikut :\n\nLayari pautan\u00a0https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.\nKlik butang \u2018Klik Butang Mendaftar.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nPemohon juga diminta untuk muat naik dokumen seperti berikut :\n\nKad pengenalan pemohon (depan dan belakang)\nKad pengenalan anak (depan dan belakang)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Insentif Pendidikan Kelahiran Baru bagi anak-anak veteran ATM, sila layari pautan berikut :\nhttps://yvatm.my/#/insentif-pendidikan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kekosongan-spa-pegawai-penjara/", "title": "Mohon Jawatan Pegawai Penjara KA19 (311 Kekosongan SPA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM : PEGAWAI PENJARA GRED KA19\nJABATAN PENJARA MALAYSIA\nSPM / SPM & SKM (KUMPULAN PELAKSANA)\nJAWATAN : PEGAWAI PENJARA GRED KA19\n\n\n\n\n\n\nKEKOSONGAN : 311\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19\n\n \nJADUAL GAJI\n\n \nSYARAT LANTIKAN\n\n \nDESKRIPSI TUGAS\n\n \nSENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SVM DAN SKM\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nPermohonan perlu dilakukan melalui laman web SPA di pautan https://spa9.spa.gov.my/login\n\n\nJawatan Kosong Juruteknik Komputer Gred FT19\nMaklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan seperti berikut:\nKlasifikasi Perkhidmatan:\u00a0Keselamatan dan Pertahanan AwamKumpulan Perkhidmatan:\u00a0PelaksanaKementerian/Jabatan:\u00a0Jabatan Penjara Malaysia\nJADUAL GAJI\nGaji Minimum: RM1,360.00Gaji Maksimum: RM4,052.00Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00\nSYARAT LANTIKAN\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia; danBerumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; danSijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,360.00); atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,418.12); atauSPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,476.24)Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dandiperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.\nSYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU\nCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nDESKRIPSI TUGAS\nBertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.\nSENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SVM DAN SKM\nSila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan:\u00a0https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).\nPemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu \u201cMaklumat Pemohon\u201d -> \u201cMaklumat Kelayakan Akademik\u201d -> \u201cSKM\u201d.\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup permohonan : 11 September 2022 (Ahad), jam 11.59 malam\nCara Permohonan\nPermohonan perlu dilakukan melalui laman web SPA di pautan https://spa9.spa.gov.my/login\nSila rujuk info lanjut melalui infografik di bawah:\n\n\nInfo lanjut:\nFacebook SPA Malaysia: https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/https://spa.gov.my/\u2026/spm-svm\u2026/pegawai-penjara-gred-ka19\nUntuk mendaftar dan memohon pelbagai jawatan kosong kerajaan, sila rujuk artikel berikut: \nSPA9: Cara Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2022MyResume SPA : Panduan Isi Borang & Cara Upload Dokumen\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-kanak-kanak-sedunia/", "title": "Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2022 (Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHari Kanak-Kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.\nUniknya, setiap negara menyambutnya pada tarikh yang berbeza, ada yang menyambutnya pada 1 Jun, ada yang menyambutnya pada 20 November dan sebagainya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang tema, sambutan dan tarikhnya di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penganjuran\n\n \nTarikh Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia\n\n \nSambutan Hari Kanak-kanak Di Malaysia\n\n \nTema Sambutan\n\n \nDeklarasi Hak Kanak-Kanak\n\n\nSejarah Penganjuran\nPengisytiharaan Hari Kanak-Kanak ini bermula daripada Persidangan Dunia Untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahu 1925.\nBertitik tolak daripada perhimpunan tersebut, 1 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Kanak-Kanak Sedunia.\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengapakah tarikh 1 Jun dipilih namun pada masa kini, banyak negara yang menyambutnya pada tarikh yang berbeza.\nDi sesetengah negara, sambutan ini disambut sebagai Minggu Kanak-kanak dan bukan hanya Hari Kanak-kanak. \nTerdapat banyak versi Hari Kanak-kanak yang disambut oleh banyak negara di dunia pada hari dan masa yang berbeza selama lebih dari seratus tahun yang lalu\nNegara Argentina dan Chile misalnya, menyambut hari istimewa ini pada hri Ahad minggu kedua pada bulan Ogos.\nNegara-negara jiran kita seperti Indonesia menyambutnya pada tarikh 23 Julai, Singapura menyambutnya pada 1 Oktober sementara Thailand menyambutnya pada hari Sabut kedua bulan Januari.\nSumber infografik : BERNAMA\nTarikh Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia\nSejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO mula mengisytiharkan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia.\nIa juga adalah sambutan tahunan badan bukan kerajaan UNICEF. \nUNICEF mempunyai mandat di peringkat dunia untuk mempromosi dan melindungi hak-hak kanak-kanak tidak kira di mana sahaja kanak-kanak berada.\nSempena hari istimewa ini, orang ramai harus menyambutnya sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.\nSambutan Hari Kanak-kanak Di Malaysia\nDi Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. \nPada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. \nTugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.\nBerikut adalah tarikh sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan\n2020 \u2013 17 Oktober 20202021 \u2013 16 Oktober 2021\nKini, Hari Kanak-kanak umumnya disambut pada bulan Oktober atau 20 November setiap tahun.\nTema Sambutan\n2021 : \u201cANAK KITA MASA DEPAN KITA\u201d\u00a02020 : \u201cBUMI LESTARI, ANAK-ANAK KITA DILINDUNGI:\n\nDeklarasi Hak Kanak-Kanak\nDeklarasi Hak Kanak-kanak adalah dokumen antarabangsa yang mengutarakan hak kanak-kanak. Pada asalnya deklarasi ini dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924.\nDi bawah ini apa yang dinyatakan dalam dokumen tersebut:\nKanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.\nBaca juga: \nKeluarga Malaysia: Konsep, 3 Teras Utama, Lirik Lagu Tema & LogoeBantuan JKM: 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Online/Manual)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mypsv/", "title": "MyPSV 2023 \u2013 Permohonan Lesen PSV Percuma Untuk B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tawar 4,000 lesen PSV secara PERCUMA kepada golongan B40 \u2013 Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook\nBersama peruntukan bernilai RM2 juta, golongan B40 kini dapat meraih manfaat miliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma menerusi program MyPSV.\nDi bawah tawaran ini, sejumlah 3,500 lesen melibatkan pemohon lesen PSV bagi khidmat seru-pandu dan teksi. Sementara 500 lagi lesen PSV pula tersedia melibatkan khidmat bas di seluruh negara.\nMakluman Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada sidang Program MyPSV hari ini menjelaskan usaha tersebut akan membantu B40 meringankan kos bagi keperluan lesen PSV.\nUntuk pengetahuan semua, bagi memiliki lesen PSV bas, pengguna perlu menanggung kos sekitar RM2,590.\nMaka melalui tawaran tersebut, ini akan membuka peluang kepada golongan B40 untuk meneroka pekerjaan yang lebih luas dalam sektor pengangkutan khususnya melibatkan khidmat bas yang ketika ini berdepan kekurangan petugas.\nTidak hanya itu, MOT turut berpendapat usaha ini tidak hanya membantu B40 tetapi meningkatkan lagi kerancakkan arena perkhidmatan dalam membantu sektor pelancongan negara kembali memulih.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Program MyPSV 2023\n\n \nPermohonan MyPSV \u2013 Lesen PSV Percuma Untuk B40 2023\n\n \nTerma dan Syarat Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 (Peserta)\n\n \nTARIKH PELAKSANAAN PROGRAM :\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPengenalan Program MyPSV 2023\nKementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyPSV Tahun 2023. \n\n\n\n\n\n\nProgram ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle \u2013 PSV). \nProgram ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License \u2013 CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.\n\nPermohonan MyPSV \u2013 Lesen PSV Percuma Untuk B40 2023\nINDIVIDU TERJEJAS AKIBAT PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19 UNTUK MEMPEROLEHI LESEN VOKASIONAL BAGI KELAS KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM [E-HAILING/ TEKSI/ BAS]\nPENDAFTARAN TERHAD KEPADA PERMOHONAN YANG TERAWAL\nKUOTA 4,000 PESERTA :\n\n500 PESERTA PSV BAS\n\n3,500 PESERTA PSV E-HAILING/TEKSI\nSYARAT PESERTA :\n\nWARGANEGARA\nBERUMUR 21 TAHUN DAN KE ATAS\nLULUS PEMERIKSAAN KESIHATAN (JPJL8A)\nBEBAS SENARAI HITAM MAHKAMAH, JPJ & PDRM\nPEMOHON PSV (E-HAILING/TEKSI) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D/ DA\nPEMOHON PSV (BAS BTM > 7,500 KG) PERLU MEMILIKI LESEN MEMANDU CDL-D TIDAK KURANG 1 TAHUN\n\nTerma dan Syarat Penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 (Peserta)\n1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.\n2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.\n3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D)\u00a0(sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.\n4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.\n5. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.\n6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.\n7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.\n8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.\n9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.\n10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.\n11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.\nTARIKH PELAKSANAAN PROGRAM :\nTarikh permohonan adalah bermula pada 3 JULAI 2023.\nTarikh tutup penyertaan Program MyPSV Tahun 2023 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.\n\nCara Permohonan\nBORANG PERMOHONAN PROGRAM MyPSV :\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8O6D2PV-IZWMEhD5EBrWyaWN4wMCpjZNg9M-uWiIxBA7Q4Q/viewform?fbclid=IwAR1u3KDy40zXTW014fmqd1LcO-n3ac3KYtYLP_6i__zQ115WGcrnX6zTNwA\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat email: [email\u00a0protected] atau merujuk kepada pautan FAQ berkaitan Program ini:\u00a0https://drive.google.com/file/d/16zYEr5w6zbRly7EcrqcPGcP4GOCDZSvj/view?usp=drive_link\u00a0\nHUBUNGI TALIAN :\n03-8892 8714 03-8892 8693\nALAMAT E-MEL :\n[email\u00a0protected]\nBaca juga: Pendaftaran Program MyLesen B2 2023 \u2013 Bantuan Lesen Percuma B40\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mappa-live-perkhidmatan-awam/", "title": "MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLIVE 30 Ogos 2022: MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam pada hari ini, 30 Ogos 2022.\nRamai tentunya tertunggu-tunggu apakah berita gembira yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri hari ini.\n\n\u201cNegara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka. Begitu juga dengan ancaman keselamatan, termasuk di perbatasan negara.\n\u201cPada saat negara sedang mengalami kesusahan, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain, bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tempoh hari.\nIsmail Sabri berkata, sesebuah kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika mendapat dukungan daripada semua pihak.\nKatanya, perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam.\n\u201cBegitu juga dengan aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,\u201d katanya.\n\n\n\n\nApa agaknya berita baik untuk penjawat awam? Jom kami kongsikan sepenuhnya di sini.\nTERKINI : 6 Inisiatif Untuk Penjawat Awam Sempena MAPPA XVIII (Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18)\nBerikut adalah rangkuman \u2018berita gembira\u2019 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam MAPPA XVIII (Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18) sebentar tadi:\nMenaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.Bantuan khas kewangan tahun 2023 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM 700 dan akan dibayar pada Januari 2023.Bantuan Khas kewangan RM350 kepada pesara kerajaan bagi tahun 2023\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaksikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 yang disempurnakan YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada 30 Ogos 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung di saluran RTM dan Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara.\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Mn7NS5LFmb4\n\nLIVE: MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-18 (MAPPA XVIII)\n\n\n\n\u201cPenjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia\u201d\nPautan LIVE: \nFacebook: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=search&v=1142660606331307Youtube RTM : https://youtu.be/Mn7NS5LFmb4Youtube LIVE Pejabat Perdana Menteri : https://www.youtube.com/watch?v=37ZqRyOX2hM\n*Ucaptama Perdana Menteri akan dikemaskini dalam artikel ini dalam masa terdekat.\nBaca juga: Tawaran Program Persediaan Alam Pekerjaan Anak Istimewa Selangor (ANIS)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/syarat-sop-haji-2022/", "title": "Syarat Haji Terkini, Kuota Haji 2022 & Tarikh Surat Tawaran TH", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerapa KUOTA HAJI yang Malaysia dapat?Kenapa harga KOS HAJI naik?Masih ada lagi SUBSIDI HAJI untuk jemaah?Bagaimana pula SYARAT & SOP HAJI bagi tahun 2022 ini?\nBerikut dikongsikan info lanjut tentang pelaksanaan Haji bagi tahun 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKuota Haji TH 2022\n\n \nSyarat Haji 2022\n\n \nSYARAT HAJI 2022\n\n \nSOP Haji 2022\n\n \nPersediaan Haji\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKuota Haji TH 2022\nSeramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.\nPerkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada majlis pengumuman jumlah kuota haji Malaysia bagi 1443H hari ini yang disiarkan menerusi media sosial dan stesen televisyen tempatan.\nJumlah kuota itu menyaksikan penyusutan bilangan jemaah haji Malaysia berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.\n\u201cTahun ini Arab Saudi hanya membenarkan satu juta jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan haji dengan 85 peratus adalah jemaah luar iaitu lebih tinggi daripada tahun 2019 dengan jemaah luar hanya dibenarkan 75 peratus sahaja,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim\nSyarat Haji 2022\nKerajaan Arab Saudi tentunya telah membuat penilaian serta penelitian dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan para jemaah haji untuk melaksanakan Rukun Islam kelima terjamin.\nBerikut dikongsikan syarat-syarat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2022.\nAntara syarat yang dikenakan ke atas jemaah haji tahun ini ialah:\nMesti berusia 65 tahun ke bawahTidak mempunyai penyakit kronik Mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 Perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas\nKesemua syarat yang ditetapkan bertujuan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia.\n\nSYARAT HAJI 2022\nUntuk pengetahuan, mulai tahun ini 2022, syarat kesihatan untuk layak pergi haji bertambah ketat. \nMenurut TH, faktor syarat yang ketat ini adalah disebabkan kerana mengambil kira situasi ancaman COVID-19 serta peralatan dan petugas Haji yang terhad.\nAntara syarat yang menjadi sebab seseorang itu tidak layak pergi haji:1) Obesiti BMI 40 dan ke atas (automatik tidak layak)2) Obesiti BMI 35-40 dan mempunyai 1 penyakit kronik seperti DM/hypertension3) Pesakit DM dengan bacaan Hba1c 8.0% ke atas4) Perokok dengan penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan\nAgak tersentuh tadi ternampak pasangan suami isteri menangis teresak-esak sebab suami tidak dapat pergi haji disebabkan paras gula yang tidak terkawal (Hba1c> 8%) sedangkan isteri itu layak.\nAda jugak yang merayu-rayu dan marah seakan -akan tidak puas hati dengan doktor sebab tidak melayakkannya untuk pergi haji disebabkan oleh penyakit kencing manis yang tidak terkawal juga.\nJadi untuk anda/ibubapa yang merancang untuk melakukan haji beberapa tahun akan datang,1) Lakukan medical check-up tahunan di klinik berdekatan2) Amalkan healthy lifestyle. Turun berat badan dengan jaga makan dan regular exercise (untuk berat badan berlebihan/obese)3) Stop smoking untuk lelaki yg merokok\n\nMaklumat lanjut berkenaan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Musim Haji 1443H/2022M.\nUntuk maklumat lanjut, bakal haji boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1443H/2022M melalui pautan ini\nhttps://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/Garis_Panduan_Pemeriksaan_Kesihatan_Bakal_Haji_Tahun_2022__Edisi_Khas_Pandemik\n\n\n\nSOP Haji 2022\nSOP lengkap Kerajaan Arab Saudi bagi pelaksanaan Haji 2022 akan dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji dan Kementerian terlibat dalam masa terdekat.\nPersediaan Haji \nTabung Haji (TH) kini sedang giat membuat persiapan akhir untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19.\nJemaah diminta membuat persediaan sewajarnya dari segi ilmu, kesihatan, rohani, jasmani dan kewangan serta bersedia dengan dokumen berkaitan termasuk pasport dan perlu mengambil suntikan wajib Meningococcal serta vaksin COVID-19.\nKerajaan juga akan meneruskan bantuan pembayaran bagi jemaah haji pada tahun ini dan ketetapan bayaran baharu akan diumumkan pengurusan TH dalam masa terdekat.\nMaklumat Lanjut\nhttps://www.tabunghaji.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-rm600-perkeso-covid-19/", "title": "Permohonan Bantuan RM600 PERKESO (COVID19) Bagi Pekerja Terjejas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memberi sokongan kepada para majikan dan pekerja yang terjejas gara-gara COVID-19, bantuan RM600 PERKESO telah dilaksanakan melalui Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program \u2013 ERP).\nProgram ini telah diumumkan dalam perutusan khas oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 bagi memperkukuhkan Pakej Rangsangan Ekonomi.\nBerikut adalah info lanjut tentang ERP / bantuan RM600 PERKESO ini beserta syarat kelayakan, cara memohon dan tempoh penerimaan bayaran.\nBaca juga: Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Pengekalan Pekerjaan PERKESO (Employment Retention Program)\n\n \nSyarat Kelayakan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)\n\n \nKadar Bayaran & Tempoh Layak\n\n \nCara Permohonan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)\n\n \n1. ISI BORANG PERMOHONAN\n\n \n2. HANTAR BORANG\n\n \n3. TERIMA BAYARAN\n\n \nFaedah SIP Bagi Pekerja Yang Tidak Dipanggil Bekerja Semula Selepas Tamat Notis Cuti Tanpa Gaji\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nProgram Pengekalan Pekerjaan PERKESO (Employment Retention Program)\nProgram ini yang dilaksanakan oleh PERKESO akan membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) kepada pekerja yang terlibat bagi tempoh antara 1 hingga 6 bulan mengikut tempoh notis CTG daripada majikan tersebut. \nLangkah ini secara tidak langsung merupakan salah satu perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja apabila kehilangan sumber pendapatan kesan daripada keadaan luar jangka (kesan Covid-19) untuk meneruskan kelangsungan kehidupan mereka dan keluarga. \nPara pekerja juga boleh mengeluarkan RM500 sebulan melalui program i-Lestari KWSP.\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)\nERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :\nSemua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP. Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja. Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020). \n*Nota: \nPekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP. \nKadar Bayaran & Tempoh Layak\nJumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan. \nKadar bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat. \nSekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200. \nCara Permohonan Bantuan RM600 PERKESO (COVID-19)\nSetiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat. \nPendekatan ini adalah untuk memastikan semua pekerja yang terlibat dapat dibantu secara menyeluruh dan tidak timbul pekerja yang terkecuali. \nPendekatan ini juga dilihat sebagai kaedah yang paling berkesan dan tempoh proses pengesahan dan pembayaran dapat disingkatkan. \nBerikut adalah langkah membuat permohonan bagi bantuan ERP PERKESO.\n1. ISI BORANG PERMOHONAN\nMajikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERPC-19 dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. \nMuat turun borang ERPC-19 di SINI.\nSenarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut: \nNama Penuh Pekerja Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN) (Hi) Nama Jawatan (job title) Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM) Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi \n2. HANTAR BORANG\nPermohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel [email\u00a0protected].\nBorang yang lengkap boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020. \n3. TERIMA BAYARAN\nMajikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERP daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan dari tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO. \nMajikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan. \nFaedah SIP Bagi Pekerja Yang Tidak Dipanggil Bekerja Semula Selepas Tamat Notis Cuti Tanpa Gaji\nBagi pekerja yang masih tidak dipanggil bekerja semula selepas notis CTG tamat, pekerja tersebut hendaklah menganggap beliau telah kehilangan pekerjaan dan layak menuntut Faedah SIP ( Sistem Insurans Pekerjaan ).\nAntara faedah kehilangan pekerjaan termasuklah program penempatan semula pekerjaan dan program latihan kemahiran di mana yuran latihan dan elaun menjalani latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.\nPekerja yang diberhentikan juga boleh mendaftar dengan EISJobs Portal eisjobs.perkeso.gov.my untuk mencari pekerjaan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, layari laman web rasmi PERKESO di alamat berikut: https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/kenyataan-media \nBagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan persoalan anda menerusi email ke [email\u00a0protected] ATAU melalui www.facebook.com/perkeso.official \n"]} {"url": "https://ecentral.my/negeri-sembilan-cuti-18-november-pru15/", "title": "Negeri Sembilan Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15\nMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang bersidang pada 9 November 2022 telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November 2022 (Jumaat) sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15).\n\n\n\n\n\n\nCuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU Ke-15 pada 19 November 2022.\nNegeri Sembilan Cuti 18 November 2022 Sempena PRU15\nKenyataan media berkenaan cuti umum yang diberikan pada 18 November 2022 sempena PRU15 oleh Kerajaan Negeri Sembilan / Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan\nPerkara itu diumumkan oleh YB Dato\u2019 Dr Razali bin Ab Malik selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam sebuah kenyataan rasmi hari ini, bertarikh 9 November 2022.\nSebelum ini, Selangor terlebih dahulu telah mengumumkan cuti umum pada 18 November bagi membolehkan pemastautin di Selangor pulang mengundi di kawasan masing-masing, terutamanya bagi pengundi yang tinggal jauh dari Selangor.\nPihak kerajaan Selangor turut menggesa agar Kerajaan Pusat dapat memberikan cuti kepada semua negeri bagi memudahkan urusan pengundi-pengundi di seluruh Malaysia.\nBaca juga: \nGaji Awal Sempena PRU15 Untuk Penjawat AwamSenarai Calon Parlimen PRU 15 & Tumpuan \u2018Kerusi Panas\u2019\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aktifkan-kad-debit-maybank-visa/", "title": "Cara Aktifkan Kad Debit Visa Maybank Untuk Kegunaan Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKad Maybank Visa Debit ialah kad ATM (Automated Teller Machine) yang dipertingkatkan dengan beberapa fungsi tambahan.\nIa boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai dari ATM dan pada masa yang sama berfungsi seperti kad kredit. \nIa boleh digunakan untuk membuat pembelian di lokasi peniaga seperti stesen minyak, kedai runcit, kedai runcit dan restoran, termasuk melakukan pembelian barangan dari luar negara dan juga di Internet.\n\n\n\n\n\n\nApabila kad DEBIT VISA MAYBANK digunakan untuk membuat pembelian atau pengeluaran tunai di ATM, dana akan ditolak daripada akaun pelanggan dengan akses terus wang dalam akaun deposit pelanggan.\nDengan ini, kadar faedah lazim boleh terus dinikmati pada Akaun Simpanan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nCara pengaktifan\n\n\nSyarat kelayakan\n\nPelanggan Akaun Semasa & Simpanan MaybankUntuk Akaun imTeen (berumur 12 hingga 18 tahun), Surat Indemniti adalah wajib ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga sebagai syarat untuk membuka Akaun imTeen. Ibu bapa atau penjaga dikehendaki pergi ke cawangan Maybank untuk menandatangani Surat Indemniti untuk akses kepada Maybank Visa Debit atau Maybank BankCard.\nCara Permohonan \nSekiranya anda memenuhi salah satu daripada syarat kelayakan di atas, maka anda layak untuk membuat permohonan mendapatkan kad Visa Maybank ini melalui salah satu kaedah berikut:\nKunjungi cawangan Maybank yang berhampiran dengan andaIsi borang permohonan dan pilih Maybank Visa Debit apabila anda membuka Akaun Semasa atau Akaun Simpanan Pelanggan Akaun Semasa dan Simpanan sedia ada yang memegang Kad Bank Maybank boleh tukar ke Maybank Visa Debit\nCara pengaktifan\nAnda boleh menggunakan Debit Visa Maybank anda di mana-mana kedai atau penjual yang mempunyai logo Visa yang mempunyai berjuta-juta lokasi di seluruh dunia. \nUntuk transaksi ATM, anda boleh menggunakannya di mana-mana ATM yang memaparkan BankCard atau Visa Plus logo di luar negara.\nSekiranya anada hendak menggunakan kad ini bagi pembelian di luar negara atau pembelian online, anda boleh mengaktifkannya melalui salah satu kaedah berikut:\nMaybank ATMMaybank2u.com Melalui pusat khidmat pelanggan 24 jam di 1-300 88 6688\n Kad anda kemudiannya boleh digunakan untuk pembelian runcit di mana-mana tempat yang mempunyai logo Visa. \nAnda juga boleh mengeluarkan wang tunai atau membuat pertanyaan baki akaun di mana-mana ATM di luar negara yang memaparkan logo Visa Plus. \nArtikel berkaitan: Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-mfl-2023/", "title": "Piala MFL 2023: Siaran Langsung, Keputusan, Jadual Perlawanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPiala MFL 2023 merupakan Liga Simpanan Bawah-23 2023 bagi Liga Super Malaysia.\nPiala MFL 2023 merupakan edisi pertama penganjuran kejohanan ini yang dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pemain remaja berumur bawah 23 tahun.\nBagi merancakkan lagi perlawanan, MFL juga telah membenarkan penyertaan kuota kepada 5 pemain lebih umur, termasuk 3 pemain asing dalam setiap pasukan dengan hanya 2 pemain sahaja yang dibenarkan bermain untuk setiap perlawanan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nObjektif Piala MFL\n\n \nFormat Pertandingan\n\n \nSenarai Pasukan Bertanding\n\n \nKumpulan A\n\n \nJadual Perlawanan Terkini\n\n \nSiaran Langsung [LIVE Streaming]\n\n\nObjektif Piala MFL\nKejohanan ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pemain berumur 23 tahun untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, kejohanan ini merupakan medium terbaik bagi para pemain ini untuk menunjukkan kebolehan agar terpilih untuk bermain dengan pasukan utama mereka di Liga Super Malaysia.\nPiala MFL juga memberi peluang kepada 5 orang pemain senior untuk kekal beraksi secara kompetetif dan mengekalkan kecergasan mereka walaupun tidak lagi layak untuk bermain dengan pasukan utama di Liga Super Malaysia.\nArtikel berkaitan: Jadual Liga Super 2023: Kedudukan Terkini & Tarikh Perlawanan\nFormat Pertandingan\nKejohanan Piala MFL 2023 ini akan dimainkan seperti berikut:\n\nPeringkat liga: 15 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A akan dianggotai 8 pasukan dan kumpulan B akan dianggotai 7 pasukan yang masing-masing di tarik dari balang Zon Tengah, Utara, Selatan, Timur, Borneo dan Kelab 1 Negeri.\n\nPusingan 1\u00a0Dibahagikan dalam dua kumpulan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 2\nPusingan 2\u00a0Terdiri satu kumpulan lapan pasukan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati\n\n\nPeringkat kalah mati: Peringkat kalah mati adalah perlawanan akhir untuk menentukan pemenang, ianya akan dimainkan dalam satu perlawanan tunggal\n\nSenarai Pasukan Bertanding\n\nPenyertaan untuk Piala MFL ini terdiri dari kesemua skuad bawah 23 tahun dari kesemua 14 pasukan yang bertanding dalam Liga Super.\nSelain itu, turut melengkapkan senaria 15 pasukan dalam kejohanan ini adalah pasukan khas yang dikenali sebagai Skuad Projek FAM-MSN.\nSenarai penuh pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini adalah seperti yang berikut:\nKumpulan A\n\nTerengganu FC II\nPDRM B23\nKedah Darul Aman B\nJohor Darul Ta\u2019zim II\nPenang B23\nSabah II\nKelantan United B\nSkuad Projek FAM-MSN\n\nKumpulan B\n\nKL City Extention\nNegeri Sembilan II\nSri Pahang II\nSelangor FC 2\nPerak FC II\nKuching City II\nKelantan II\n\nJadual Perlawanan Terkini \nBagi peminat bola sepak Malaysia yang ingin mengikuti perlawanan Piala MFL, sila layari laman web rasmi FAM untuk jadual penuh perlawanan bagi kejohanan ini di pautan berikut https://cms.fam.org.my/v1/fixtures\n\nSiaran Langsung [LIVE Streaming]\nMalaysian Football League (MFL) juga mengumumkan saingan Piala MFL 2023 bakal disiarkan secara langsung di saluran YouTube MFL.\n> Tonton Siaran Langsung\nKejohanan pada tahun ini merupakan edisi sulung bagi Liga Simpanan Malaysia dan tidak mustahil kejohanan ini akan ditambah baik pada masa masa akan datang. \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-latihan-kemahiran-islamik/", "title": "PLK-i : Tawaran Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik PTPK Tanpa Faedah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kini mengadakan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) tanpa faedah bagi menyokong agenda pendidikan TVET negara sebagai pilihan utama dalam pendidikan tinggi negara.\nProgram ini diwujudkan bagi memastikan tiada pelajar tercicir untuk menyertai program TVET menerusi bantuan pinjaman latihan kemahiran yang ditawarkan. \n\n\n\n\n\n\nDi samping itu, program ini juga mewujudkan teras pinjaman latihan kenahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.\nBaca Juga : Tabung Usahawan Belia FELDA : Bantuan Perniagaan Sehingga RM 20,000\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)\n\n \nTarikh Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK-i)\n\n \nCara Memohon PLK-i\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelebihan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)\nAntara manfaat yang ditawarkan dalam program satu Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK-i) adalah seperti berikut :\nTiada caj bayaran upah dikenakan (caj pentadbiran / perkhidmatan) untuk permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun konvensional selama 12 bulan.Tiada bayaran faedah dikenakan buat peminjam untuk 12 bulan.Pinjaman bersifat lebih adil dan ihsan.Bersifat terbuka dan tidak terhad kepada orang beragama Islam.Pinjaman dikawal selia oleh Jawatankuas Syariah PTPK.\n\nTarikh Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK-i)\nUntuk makluman, program pinjaman ini akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022 untuk fasa pertama. \u00a0\u00a0\nCara Memohon PLK-i\nCalon yang berminat untuk memohon Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik ini boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut\nPendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Pembiayaan (SPPiv) di pautan\u00a0http://online.ptpk.gov.my:7777/ptpk/online/Pengesahan Peminjam wajib dibuat dan boleh dilakukan di pautan MyPerkasa TVET di\u00a0https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai inisiatif pinjaman latihan ini, sila layari laman web PTPK di pautan https://www.ptpk.gov.my/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ssm-biztrust/", "title": "Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin masih ramai antara kita yang masih belum pernah dengar tentang SSM BizTrust yang diperkenalkan oleh KPDNHEP sejak tahun 2017 ini.\nBuat masa ini, pendaftaran masih dibuka sehingga 31 Disember 2021 dan ia adalah PERCUMA.\nTahukah anda apakah itu SSM BizTrust dan mengapa anda amat digalakkan untuk mendaftarnya?\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentangnya dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan keyakinan pelanggan anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SSM BizTrust?\n\n \nTujuan Mendaftar SSM BizTrust\n\n \nTarikh Pendaftaran Percuma\n\n \nFaedah Mendaftar SSM BizTrust\n\n \nBagaimana Ia Berfungsi?\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SSM BizTrust?\nBizTrust adalah piawaian yang boleh diperolehi oleh entiti perniagaan dalam talian melalui SSM, yang mengesahkan bahawa entiti itu telah mematuhi ciri-ciri Prinsip dan Kriteria yang ditetapkan termasuk pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.\nSiapa yang boleh mendaftar?\n\n\n\n\n\n\nEntiti dalam talian yang didaftarkan dan berada dalam kredibiliti yang baik dengan SSM dan mengikuti amalan perniagaan yang baik boleh mendaftar untuk mendapatkan logo ini.\nBaca juga: MyData SSM: Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat\nTujuan Mendaftar SSM BizTrust\nInisiatif pendaftaran adalah seiring dengan perubahan trend urus niaga peruncitan yang kini banyak beralih kepada perniagaan dalam talian.\nJusteru, KPDNHEP melalui SSM memperkenalkan perkhidmatan ini sebagai simbol pengiktirafan dan piawaian kualiti entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM, dengan syarat entiti terbabit mematuhi kriteria ditetapkan.\nApabila permohonan diluluskan, peniaga dalam talian akan memperoleh pensijilan SSM BizTrust dan dapat memaparkan logo tersebut pada laman sesawang, media sosial dan blog perniagaan mereka.\nBaca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat\nTarikh Pendaftaran Percuma\nBuat masa ini, pendaftaran SSM BizTrust adalah PERCUMA untuk semua peniaga.\nTawaran ini adalah dibuka sehingga 31 Disember 2021.\nFaedah Mendaftar SSM BizTrust\nSimbol pengiktirafan dan piawaian kualiti ini tentunya akan meyakinkan pengguna untuk melakukan urus niaga bersama entiti perniagaan terbabit, sekali gus membantu melindungi pengguna daripada penipuan urus niaga dalam talian mahupun secara fizikal.\nJusteru, KPDNHEP menyeru agar lebih ramai peniaga dalam talian memanfaatkan kemudahan ini dan bersama kerajaan membina semula ekonomi domestik negara demi masa depan lebih baik bersama.\nIa juga supaya pengguna hanya berurusniaga dengan entiti perniagaan diiktiraf dan memiliki logo BizTrust untuk melindungi mereka daripada dimanipulasi peniaga tidak bertanggungjawab.\nBagaimana Ia Berfungsi?\nPemohon yang berjaya akan mempunyai keistimewaan untuk meletakkan BizTrust Seal di laman web mereka dengan tandatangan digital yang unik yang hanya boleh digunakan oleh mereka. \nIni dapat membantu meningkatkan keyakinan pembeli terhadap penjual.\nApabila pengguna klik pada BizTrust Seal, pengguna akan dibawa ke laman pengesahan untuk mengesahkan kesahihannya.\nNamun jika ia telah tamat tempoh atau melakukan perkara yang membatalkannya, semakan apabila mengklik pada Seal itu akan menunjukkan bahawa BizTrust seal telah tamat tempoh atau telah dibatalkan.\nCara Pendaftaran\nPendaftaran boleh dibuat melalui portal\u00a0 https://biztrust.ssm.com.my\u00a0\u00a0yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tujuh hari seminggu.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut, layari https://biztrust.ssm.com.my/\nJika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan mengenai SSM BizTrust , sila hubungi:\nPusat Perhubungan SSM di 03-7721 4000;Faks kepada 03-7721 4001; atauEmel kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/diploma-pascasiswazah-pendidikan-um/", "title": "Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM (Kemasukan September 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN AMBILAN 2021/2022 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2022) UNIVERSITI MALAYSIA (UM)\nFakulti Pendidikan UM ingin mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat kemasukan untuk memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDiploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UM 2022\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan Diploma Pendidikan UM 2022\n\n \nBidang Pengkhususan\n\n \nYuran Pengajian Diploma Pendidikan UM 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nDiploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UM 2022\nNama Program: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF): Diploma Pascasiswazah: Tahap 7Mod Penawaran: Kerja KursusKredit Bergraduat: 36 jam kreditKaedah Pengajian: Sepenuh MasaTempoh Minimum: 1 tahun (2 semester)Tempoh Maksimum: 3 tahun (6 semester)\n\nSyarat Permohonan\nSyarat Minimum Kemasukan\nIjazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); ATAUIjazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DANSekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; ATAULulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; ATAUKelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; ATAUMempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.\nDAN\nLulus Ujian\u00a0Malaysian Educators Selection Inventory\u00a0(MEdSI)\u00a0atau ujian psikometrik\u00a0lain yang diperakukan oleh\u00a0Fakulti Pendidikan dan\u00a0temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic)\u00a0dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL\u00a0(Test of English as a Foreign Language)\u00a0dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris\u00a0lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.\nSyarat Tambahan Pelajar Antarabangsa\n\n\n\n\n\n\nCalon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.Memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.\nPelajar OKU\nUntuk calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.\nBaca juga: BTAR 2022: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman\nTarikh Permohonan Diploma Pendidikan UM 2022\nPermohonan melalui http://apply.um.edu.my dibuka mulai 1 Februari hingga 15 April 2022.\n*Bagi kemasukan September 2022\nBidang Pengkhususan\nPendidikan SejarahPendidikan Bahasa CinaPendidikan Bahasa MelayuPendidikan Jasmani & KesihatanPendidikan MatematikPendidikan TahfizPendidikan KejuruteraanPendidikan IslamPendidikan Sains KomputerPendidikan Fizik*Pendidikan Biologi*Pendidikan Kimia*TESL\n*Jadual waktu fleksibel KECUALI bagi bidang pengkhususan ini\nYuran Pengajian Diploma Pendidikan UM 2022\nJumlah Yuran bermula RM11,000 mengikut makluman terkini di laman web UM.\nSila rujuk pautan berikut untuk semakan lanjut:\nhttps://study.um.edu.my/programmes.php?act=4#senarai\n\nBaca juga: MyICE: Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Fakulti Pendidikan UM melalui pautan berikut: https://education.um.edu.my/news/tawaran-kemasukan-ke-program-diploma\nATAU\nJika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:\nUrusetiaProgram Diploma Pascasiswazah PendidikanFakulti PendidikanUniversiti Malaya\nEmel \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 : [email\u00a0protected]Telefon\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 : 03 \u2013 7967 5103 (Puan Eita)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-biasiswa-maiwp-insentif-khas/", "title": "Tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Untuk Pelajar UA Peringkat Ijazah Sarjana\nSukacita dimaklumkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini menawarkan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang untuk pelajar yang menuntut di Universiti Awam (UA) dalam negara.\nTajaan biasiswa ini disasarkan kepada pelajar di Wilayah Persekutuan yang belum menerima sebarang tajaan atau biasiswa.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa MIDF Untuk Pelbagai Peringkat Pengajian\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar UA\n\n \nBidang Pengajian Yang Akan Ditaja\n\n \nSyarat-Syarat Umum\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar UA \nPelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 11 November 2022. \u00a0\nBidang Pengajian Yang Akan Ditaja\nTajaan bagi Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang merangkumi bidang pengajian seperti yang disenaraikan berikut :\nPeringkatBidang PengajianIjazah Sarjana Muda Pengajian Klinikal dan Kesihatan-Perubatan-Pergigian-Farmasi-Bioteknologi Perubatan-Audiologi-Optometri-Lain-lain yang berkaitanIjazah Sarjana Muda Pengajian Sastera-Pengajian Islam (Semua Bidang)-Lain-lain yang berkaitanIjazah Sarjana Muda Pengajian Sains Sosial-Perakaunan-Perbankan Islam-Undang-Undang-Sains Teknologi-Teknologi Maklumat-Lain-lain yang berkaitanIjazah Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan-Elektrik-Elektronik-Kimia-Senibina-Ukur Bahan-Mekanikal-Lain-lain yang berkaitanLain-Lain-Lain-lain bidang yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Badan Professional dan mematuhi hukum syara\u2019\n\nSyarat-Syarat Umum\nCalon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat umum seperti berikut :\nWarganegara Malaysia beragama Islam.Bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.Tertakluk kepada had kifayah dan syarat tawaran biasiswa MAIWP.\nKaedah Permohonan\nPelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :\nLayari laman web : \u00a0https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/94-tawaran-biasiswa-pengajian-dalam-negara?fbclid=IwAR3J6UzWPAFgJ31juC-VoRI2ADaBwKw8nAccTV-iri5EcBuzkOwj_Vbkzw4/Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar semua dokumen beserta dokumen sokongan ke salah satu lokasi berikut :\u2013 Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan Perkim, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur\u2013 Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)\u2013 Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya\u2013 Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan\nDokumen Yang Diperlukan\nCalon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen yang disenaraikan seperti berikut :\nDua keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih (menutup aurat bagi wanita).Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar.Satu salinan kad pengenalan suami/ayah, isteri/ibu dan tanggungan/ surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini Suami/Ayah dan Isteri/Ibu/pengesahan pendapatan suami/ayah dan isteri/ibu yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja).Satu salinan surat perakuan nikah.Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) terkini.Satu salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/STAM/Salinan Transkrip Penuh/Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.Satu Salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.Satu salinan kad memeluk Islam.Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tangguangan.Surat pengesahan sakit kronik pelajar/pemohon/tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.Satu salinan bil utiliti/cukai pintu terkini.Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.Satu salinan Pengesahan Pengajian/Kad Pelajar/Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajardi IPT.Satu salinan buku akaun bank pelajar (kecuali Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank).Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara, sila hubungi talian 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/plpp-bangi/", "title": "Permohonan PLPP Bangi 2022 (Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTEMU DUGA PLPP SIDANG AKADEMIK SESI 2022 SESI JUN/JULAI 2022\nAnda seorang OKU?Ingin menambah kemahiran?\nJom masuk PLPP!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PLPP?\n\n \nKursus Yang Ditawarkan Di PLPP Bangi\n\n \nPermohonan Sesi Kemasukan PLPP Bangi 2022\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nCara Permohonan\n\n\nApakah PLPP?\nPusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.\n\n\n\n\n\n\nTujuan / objek penubuhan PLPP adalah:\nMemberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.\n\nBaca juga: \nKWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar MiskinPermohonan German-Malaysian Institute (GMI) 2022, Kelebihan & Syarat\nKursus Yang Ditawarkan Di PLPP Bangi\n\nPelbagai Kursus di tawarkan\nAsas Pembuatan Pakaian WanitaAsas Pengurusan PejabatPemasangan Elektrik (Fasa 1)Prosetetik & OrtotikFabrikasi LogamSeni LukisTeknologi BatikUrutan Tradisional LelakiBekamFacial dan resdungPenggayaan rambut lelakiKek dan pastri\n\nPermohonan Sesi Kemasukan PLPP Bangi 2022\nSesi temuduga:\n31 Januari 2022-Wisma Persekutuan Raub, Pahang\n3 Februari 2022-Wisma Persekutuan Temerloh\n5 Februari 2022-Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom\nSyarat Kemasukan\nTerbuka kepada semua OKU Fizikal, Penglihatan (Rabun), Pendengaran (Pekak & Bisu) Masalah Pertuturan & Masalah Pembelajaran berumur 18-45 Tahun yang berdaftar dengan JKM.\nCara Permohonan\nUntuk memohon, sila rujuk laman rasmi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan \u2013 PLPP Bangi\nATAU hubungi talian\n03-8926 1996 / 8926 2682\n"]} {"url": "https://ecentral.my/10-individu-terkaya-di-malaysia/", "title": "Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2022 (Forbes)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI 10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA\nKekayaan 50 Individu Paling Kaya Di Malaysia Kini Merosot Jatuh 10%\nUmum perlu ketahui, terdapat 50 individu paling berpengaruh di Malaysia dan menjadi antara kumpulan terkaya di pasaran Asia.\nAkan tetapi, meskipun masih kekal menyandang kedudukan manusia kaya tinjauan Forbes Asia dapati kumpulan ini telah mengalami kemerosotan kekayaan mereka, jatuh 10% kepada RM355 bilion ($80.5 bilion).\n\n\n\n\n\n\nAngka ini lebih rendah berbanding data tahun lalu.\n10 Individu Terkaya Di Malaysia (2022)\nBerdasarkan perincian yang dikeluarkan oleh Forbes pada 9 Jun 2022, ini 10 senarai kumpulan manusia paling kaya di Malaysia bagi tahun 2022;\nTan Sri Robert Kuok \u2013 Pengasa Kuok GroupTan Sri Quek Leng Chan \u2013 Pengerusi Hong Leong BankTan Sri Poh Keong dan adik-beradik \u2013 Syarikat Aluminium Press Metal BhdTan Sri Teh Hong Piow \u2013 Pengerusi Public BankAnanda Krishnan \u2013 Mempunyai kepentingan dalam Maxis Bhd & Bumi Armada BhdDatuk Lee Yeow Chor & Lee Yoew Seng \u2013 IOI GroupTan Sri Chen Lip Keong \u2013 NagaCorpTan Yu Yeh & Tan Yu Wei \u2013 Mr DIYTan Sri Lim Kok Thay \u2013 Genting GroupTan Sri Lau Cho Kun \u2013 Hap Seng Group\nSumber: Berita Harian\nSelain itu, apa yang menarik pada senarai ini, kelihatan kemunculan Loi Tuan Ee bersama adik-beradiknya iaitu peneraju tenusu Farm Fresh pada senarai manusia paling kaya di Malaysia buat pertama kalinya dengan nilai kekayaan sekitar RM1.6 bilion ($380 juta) pada kedudukan ke 43 dari 50 keseluruhan.\n\n\u201cPembuat sarung tangan getah Malaysia yang merupakan antara yang meraih keuntungan tinggi tahun lepas, kini menghadapi cabaran. Permintaan untuk peralatan perlindungan diri merosot apabila kes COVID-19 berkurangan seterusnya menjejaskan saham syarikat,\u201d katanya.\nJumlah kekayaan Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings (No. 11, AS$1.9 bilion) dan Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove (No. 14, AS$1.4 bilion) pula merosot paling banyak dalam dolar.\nPasangan suami isteri, Datuk Seri Stanley Thai dan Cheryl Tan daripada Supermax (No. 45) menyaksikan peratusan terbesar kejatuhan kekayaan mereka, berkurangan lebih dua pertiga kepada AS$340 juta.\nKekayaan kolektif kumpulan lima orang ini, yang termasuk Tan Sri Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries (No. 24, AS$740 juta) dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings (No. 30, AS$565 juta), turun lebih daripada AS$5.7 bilion.\n\u201cLarangan sementara Indonesia ke atas eksport minyak boleh dimakan dalam persekitaran penurunan pengeluaran minyak sawit Malaysia memberikan keuntungan kepada hartawan dalam sektor tersebut,\u201d kata Forbes Asia.\nKekayaan yang dikongsi oleh adik-beradik yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian (No. 12, AS$1.6 bilion) mendapat kelebihan lebih daripada satu pertiga apabila saham syarikat mereka Batu Kawan dan anak syarikat perladangannya melonjak dengan peningkatan keuntungan.\nTan Sri Ling Chiong Ho (No. 36, AS$425 juta), salah seorang daripada dua orang yang kembali disenaraikan tahun ini selepas empat tahun apabila saham Sarawak Oil Palm, syarikat utama kumpulan Shin Yangnya, meraih keuntungan.\nBuat pengetahuan umum, senarai ini dirangkumkan meliputi data pegangan saham serta status perolehan kewangan berasaskan laporan tahunan, bursa saham, individu, keluarga serta pengamatan penganalisis.\nSenarai lengkap boleh didapati di https://www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.\nBaca juga:\nSenarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)Proton X70 2022 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi\n"]} {"url": "https://ecentral.my/midjourney/", "title": "MidJourney AI: Cara Daftar, Prompt Asas, Tips Hasilkan Gambar", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar MidJourney AI, Prompt Asas, Tips Hasilkan Gambar\nSeiring dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI), banyak aplikasi atau program menarik yang dicipta oleh pembangun dari seluruh dunia termasuklah Midjourney.\nMidjourney ialah program dan perkhidmatan kecerdasan buatan generatif yang dicipta dan dihoskan oleh makmal penyelidikan bebas yang berpangkalan di San Francisco, Midjourney, Inc. \n\n\n\n\n\n\nBayangkah anda cuma memasukkan beberapa perkataan (dipanggil \u201cprompt\u201d) dari imaginasi anda, program ini akan menjana gambar unik untuk anda.\nTonton video di bawah untuk melihat begitu mudahnya menggunakan program kecerdasan buatan ini untuk hasilkan imej dengan mudah.\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara daftar Midjourney\n\n \nCara menggunakan prompt\n\n \nTips menghasilkan gambar yang menarik\n\n\nCara daftar Midjourney\nProgram ini kini dalam beta terbuka yang telah dibuka untuk pendaftaran pada 12 Julai 2022.\n\nDaftar akaun anda di Discord.\nDaftar akaun anda di Midjourney dan terima jemputan ke saluran Midjourney Discord.\nPergi ke saluran #newbies dan taip /langgan.\nPilih pelan Midjourney anda.\nKembali ke Discord, dan mula menjana imej.\n\nBagi pengguna baru, anda boleh menggunakan akaun percuma yang didatangkan dengan beberapa hari percubaan.\nArtikel berkaitan: Cara Guna ChatGPT AI Untuk Jana Penulisan & Marketing\nCara menggunakan prompt\nMidjourney menjana imej daripada perihalan bahasa semula jadi, dipanggil \u201cprompt\u201d.\n\nBuka Discord\nKlik pada channel #newbies\nTaip /imagine dalam kotak mesej \nKemudian taip prompt untuk menjana imej anda\nKlik Enter\nAnda akan diberikan 4 gambar yang dijana dengan teknologi AI. \n\nBagi akaun percuma, masa yang diambil untuk menjana gambar mungkin sedikit lama berbanding akaun berbayar.\nBerikut merupakan infografik contoh penggunaan prompt di Midjourney:\n\n\n\n\n\n\n\nIkuti Facebook Grey Chow Photography untuk lebih banyak tips menarik menggunakan Midjourney.\nTips menghasilkan gambar yang menarik\n\nSpesifik \u2013 Cuba masukkan prompt yang spesifik dengan imaginasi anda\nBelajar dari orang lain \u2013 Sertai group Facebook dan belajar daripada individu yang lebih berpengalaman, antaranya group Midjourney Creators Malaysia\nMemasukkan parameter berkaitan \u2013 anda juga boleh menggunakan parameter khusus untuk menetapkan butiran utama seperti nisbah aspek, rawak dan gaya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan menggunakan parameter No untuk cuba menghalang perkara tertentu dijana dengan menaip sesuatu seperti \u2013no trees pada penghujung prompt anda.\nEksperimen dan latihan \u2013 Cuba bereksperimen dengan prompt berlainan untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/majlis-tilawah-hafazan-kebangsaan/", "title": "Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H / 2023 M akan berlangsung selama enam hari bermula pada 11 hingga 16 Jun 2023 bersamaan 22 hingga 27 Zulkaedah 1444H (Ahad hingga Jumaat) di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.\nOrang ramai dijemput hadir menyaksikan dan memeriahkan MTHQK 2023 di Dewan PICCA bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang acara gilang-gemilang ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H\n\n \nKategori Penyertaan & Hadiah\n\n \nPenjurian\n\n \nPenganjuran & Format Pertandingan\n\n \nJadual Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H\n\n \nSiaran Langsung [LIVE STREAMING]\n\n\nPengenalan Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H\nNegeri Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah kepada\u00a0Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK)\u00a0yang dijadualkan berlangsung\u00a0selama enam hari\u00a0bermula pada\u00a011 hingga 16 Jun 2023\u00a0bersamaan\u00a022 hingga 27 Zulkaedah 1444H (Ahad hingga Jumaat).\u00a0\u00a0Majlis akan berlangsung di\u00a0Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.\u00a0\nSeperti yang semua maklum, MTHQK adalah program tahunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dianjurkan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri.\u00a0 Penganjuran MTHQK pada tahun dibuat bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.\nPerasmian MTHQK 2023 akan disempurnakan oleh\u00a0YAB Dato\u2019 Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia\u00a0pada\u00a011 Jun 2023 (Ahad) jam 8.55 malam di Dewan Utama PICCA.\u00a0Manakala Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah pula akan disempurnakan oleh\u00a0Tuan Yang Terutama Tun Dato\u2019 Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak,\u00a0Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang\u00a0pada\u00a016 Jun 2023 (Jumaat), 8.00 malam di tempat yang sama.\n\n\n\n\n\n\n\nKategori Penyertaan & Hadiah\nMTHQK 2023 dijangka akan melibatkan\u00a0penyertaan seramai 112 peserta daripada seluruh negeri.\u00a0 \u00a0\nSecara umumnya,\u00a0setiap negeri diwakili oleh lapan (8) peserta iaitu dua (2) peserta dalam pertandingan Tilawah Al-Quran manakala enam (6) peserta dalam pertandingan Hafazan Al-Quran.\u00a0\nPenglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah perserta Tilawah adalah seramai 29 orang;\u00a0iaitu\u00a014 orang Qari\u00a0dan\u00a014 orang Qariah\u00a0dan seorang Johan Menunggu Qari.\nHafazan pula bakal menyaksikan seramai\u00a080 orang perserta,\u00a0dengan para huffaz lelaki dan wanita akan bertanding dalam 3 kategori seperti berikut iaitu:\n\nKategori Pertama = 10 Juzuk (14 lelaki dan 13 wanita)\nKategori Kedua = 20 Juzuk (14 lelaki dan 14 wanita)\nKategori Ketiga = 30 Juzuk (13 lelaki dan 12 wanita)\n\nKesemua peserta berumur di antara\u00a010 hingga 25 tahun.\nJohan peserta\u00a0Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun ini akan\u00a0mewakili Malaysia\u00a0pada\u00a0Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa\u00a0yang akan diadakan pada\u00a020 hingga 26 Ogos\u00a0 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.\nMAKLUMAT TAMBAHAN\n\nHadiah wang tunai RM20,000.00 kepada johan tilawah dan johan hafazan 30 juzuk. Kadar baru bermula tahun 2023. Pada tahun 2022 johan mendapat RM15,000.00\nTerdapat beberapa orang peserta muda yang akan bertanding:\n\nBilNegeriNamaKategoriUmur1KelantanPutri Auni Khadijah binti Mohd Hanif30 juzuk15 tahun 11 bulan2SelangorWan Busyra binti Wan Mohamad Noor30 juzuk15 tahun 9 bulan3SabahFadhil bin Sabran30 Juzuk15 tahun 4 bulan4PerakNur Hamizah binti Mohammad Shafawi20 juzuk15 tahun 5 bulan5KelantanWiedaad binti Izzaddiin10 juzuk10 tahun 11 bulan6JohorSiti Hawa Zulaikha binti Akmal10 juzuk14 tahun 4 bulan7TerengganuMuhammad Amenullah bin Ab. Rahman10 juzuk14 tahun 1 bulan\n\nTerdapat peserta OKU\n\nBilNegeriNamaKategoriUmurJenis OKU1.SabahMuhammad Iman Izzuddin bin Jamaludin20 juzuk22 tahunPenglihatan2.KelantanQayyim Nizar bin SarimiTilawah24 tahun 8 bulanPenglihatan\n\nBekas johan Qari MTHQK 2017, Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad mewakili Wilayah Persekutuan pada tahun ini merupakan peserta yang paling berusia iaitu 51 tahun 2 bulan.\nJohan Menunggu Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 di Johor mempertahankan gelaran pada tahun ini. Aiman bin Ridhwan.\n\nPenjurian\nSeramai 32 hakim terlibat iaitu\u00a017 orang\u00a0untuk menilai\u00a0bacaan para peserta Tilawah.\u00a0 Manakala para huffaz pula akan dinilai oleh 15 hakim.\u00a0\u00a0 \nJemaah hakim akan dipengerusikan oleh\u00a0YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.\u00a0 \nAspek-aspek bacaan yang akan dinilai oleh para hakim ini ialah\u00a0kelancaran bacaan (fasohah), hukum tajwid, suara, persembahan dan tarannum.\u00a0\nPenganjuran & Format Pertandingan \nPenganjuran MTHQK oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri setiap tahun merupakan satu manifestasi komitmen kedua-dua pihak untuk terus\u00a0memperkasakan syiar Islam di negara ini.\u00a0 \nPenganjuran MTHQK bermatlamat\u00a0melahirkan generasi qurani di Malaysia yang memahami intipati Kitab Suci ini untuk diaplikasikan dalam amalan kehidupan seharian.\u00a0 Pembinaan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani ummah yang berpandukan kitab suci Al-Quran membawa kepada pembinaan\u00a0generasi Al-Falah yang merupakan elemen penting dalam membangunkan kegemilangan tamadun ummah yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri menerusi landasan aspirasi \u2018Membangun Malaysia Madani\u2019.\u00a0\nPenganjuran MTHQK tahun ini adalah kali yang ke-65 semenjak pertama kali dianjurkan pada 1960.\u00a0Dengan sejarah yang panjang ini, JAKIM komited untuk memastikan MTHQK kekal relevan dan segar bagi menarik minat semua golongan masyarakat Islam Malaysia.\u00a0\nDalam hal ini, JAKIM akan terus memastikan prestij dan kualiti penganjuran MTHQK sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perubahan dan kehendak semasa.\u00a0 Semenjak tahun 2020, penganjuran MTHQK telahpun menggunapakai teknologi-teknologi terkini untuk melancarkan pengurusan MTHQK serta memberikan lebih daya tarikan kepada acara ini.\u00a0 \nBeberapa penambahbaikkan dalam format pertandingan juga akan dilaksanakan dalam MTHQK 2023 untuk memberikan lebih cabaran kepada para peserta yang bertanding.\u00a0 Antaranya dengan\u00a0mewajibkan peserta Tilawah membaca dua (2) lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.\u00a0 Untuk peserta Hafazan pula mereka diwajibkan untuk\u00a0menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa 2 minit.\u00a0\n\nJadual Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H\n\nTarikh : 11 Jun 2023 (Ahad) hingga 16 Jun 2023 (Jumaat)\nTempat : Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.\u00a0\nSesi hafazan akan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala sesi Tilawah pula bermula jam 8.45 malam.\n\nSiaran Langsung [LIVE STREAMING]\nSaksikan secara langsung Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 di saluran berikut:\n\nTV1 RTM : https://rtmklik.rtm.gov.my/\nTV Al-Hijrah : https://www.tvalhijrah.com/\nRadio-radio milik RTM \nRadio IKIM FM \nMedia sosial rasmi : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia \u2013 JAKIM\n\nSumber asal: https://www.islam.gov.my/\nBaca juga: \n\nTarikh Hari Arafah 2023 / Waktu Wukuf Di Malaysia\nPiala MFL 2023: Senarai Pasukan, Jadual Perlawanan, Siaran Langsung\nPersaraan Pilihan \u2013 Garis Panduan Permohonan (2023)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/patching-sijil-spm-lp/", "title": "Perkhidmatan Patching Sijil SPM \u2013 Lembaga Peperiksaan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan perkhidmatan Patching Sijil bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). \nPerkhidmatan ini akan menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil bagi.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Panduan Permohonan Perkhidmatan Patching Sijil SPM.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Perkhidmatan Patching Sijil SPM?\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nBayaran Perkhidmatan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Perkhidmatan Patching Sijil SPM?\nPerkhidmatan menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil.\nSyarat Permohonan\nMemiliki sijil peperiksaan SPM mulai tahun 2009Telah menduduki dua atau lebih peperiksaan SPM\nCara Permohonan\nPemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL.Pin 3/2020 yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Lembaga Peperiksaan (LP), Putrajaya atau dimuat turun daripada laman web LP (lp.moe.gov.my)Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu membawa dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat permohonan perkhidmatan patching sijil SPM.Pemohon WAJIB menyertakan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan bagi setiap permohonan.Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM dan salinankad pengenalan pemohon yang telah disahkan.Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan.Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan.Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:PENGARAH PEPERIKSAANLEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 10, Blok E 11, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan662604 Putrajaya(u.p: Unit Kecil Sijil)Sila sertakan 2 sampul surat beralamat sendiri berukuran 11cm x 22cm bersetem RM1.20 pada setiap sampulPemohon digalakkan menyertakan sampul Pos Ekspres atau PosLaju bagi tujuan penghantaran sijil yang telah melalui proses patching secara pos.\n\nBaca juga: Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off\nBayaran Perkhidmatan\nBayaran proses sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap pemohon.\nPermohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau Kiriman Wang atas nama \u2018Akauntan Negara Malaysia\u2019 atau boleh membuat pembayaran secara tunai di kaunter LP.\nCek persendirian tidak diterima.\n\nBaca juga: e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Polis & Semakan Panggilan\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh diperoleh melalui portal rasmi LP di alamat lp.moe.gov.my \nATAU\nLayari laman Facebook Lembaga Peperiksaan Malaysia Rasmi : https://www.facebook.com/Lembaga-Peperiksaan-Rasmi-201363677414284\n"]} {"url": "https://ecentral.my/uasa-ujian-akhir-sesi-akademik/", "title": "Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFormat Baharu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) KPM\nPada 28 April 2021, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah pada tahun tersebut.\nDi samping itu, Mesyuarat Jemaah Menteri turut memansuhkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 1 Jun 2022 dan memperkenalkan perlaksanaan PBS.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai format peperiksaan baharu yang diperkenalkan oleh KPM ini. \nBaca Juga : PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?\n\n \nMurid Yang Terlibat Dengan UASA\n\n \nPenyediaan Instrumen / Soalan Bagi UASA\n\n \nPenyataan Tahap Penguasaan UASA (Sistem Grading)\n\n \nTarikh Pelaksanaan\n\n \nFormat Instrumen Pentaksiran & Pelaporan\n\n \nVideo : Pengenalan UASA\n\n \nFormat Pentaksiran Bagi Setiap Subjek Sekolah Rendah & Menengah\n\n \nUASA Sekolah Rendah : Tahun 4,5 dan 6\n\n \nUASA Sekolah Menengah Rendah : Tingkatan 1-3\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?\nDalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai.\nUASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.\n\nMurid Yang Terlibat Dengan UASA\nMurid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :\n\nTahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6\nTahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3\n\n\nSementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan menduduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.\nUntuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah iaitu :\n\n\n\n\n\n\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nMatematik\nPendidikan Islam/Moral\nSejarah\nSains\nGeografi\nAsas Sains Komputer\nReka Bentuk dan Teknologi\nBahasa Arab\nMaharat al-Quran\nAl-Lughah/al-\u2018Arabiah, al-Mu\u2019asirah\nAl-Syariah\nUsul Al-Din\nBahasa Cina\nBahasa Tambil\nBahasa Punjabi\nBahasa Kadazandusun\nBahasa Iban\nBahasa Semai\n\n\nPeperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran iaitu :\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nMatematik\nSains\nSejarah\n\n\nNota :\n\nMata pelajaran adalah tertakluk kepada yang ditawarkan/disediakan di sekolah.\nPeperiksaan mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan di sekolah.\nTempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.\n\nPenyediaan Instrumen / Soalan Bagi UASA\nUntuk makluman, soalan bagi peperiksaan UASA akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI), iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh KPM.\n\nPihak sekolah kemudiannya akan diminta untuk muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada garis masa yang ditentukan oleh pihak KPM.\n\nPenyataan Tahap Penguasaan UASA (Sistem Grading) \u00a0\nPenyataan tahap penguasaan atau grading bagi Ujian Akhir Sesi Akademik tidak diberikan melalui gred atau markah. Sebaliknya prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta deskriptif bagi setiap tahap.\nTP1 : Tahu\nMurid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.\nTP2 : Tahu dan faham\nMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.\nTP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat\nTP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab\nMurid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.\nTP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji\nMurid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.\nTP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali\nMurid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.\n\nTarikh Pelaksanaan \nPada Januari 2023 minggu kedua, pihak sekolah akan diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah.\nKemudian, pentadbiran ujian akhir sesi akademik serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian.\nBerdasarkan garis masa yang dikongsikan, peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga Januari sehingga pertengahan Februari 2023.\n\nFormat Instrumen Pentaksiran & Pelaporan\n\n\n\n\n\n\n\nVideo : Pengenalan UASA\nTopik: Pengenalan Ujian Akhir Akademik \nGuru: Dr. Ibrahim Mohamed Zin \nPentaksiran Sumatif menyediakan maklumat mengenai format dan instrumen dalam Ujian Akhir Sesi Akademik bagi setiap mata pelajaran.\n\n\n\nFormat Pentaksiran Bagi Setiap Subjek Sekolah Rendah & Menengah\nFormat pentaksiran bagi setiap matapelajaran telah diperbaharui.\nSila rujuk format bagi setiap subjek di bawah:\nUASA Sekolah Rendah : Tahun 4,5 dan 6\n1) Format UASA SAINS (Tahun 4,5,6)\nTopik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Sains \nGuru: Salinah Maskan \n\n\n\n2) Format UASA Bahasa Melayu Tahun 4,5,6\nTopik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Melayu \nGuru: Dr. Rohani Abdul Aziz\n\n\n\n3) Format UASA Matematik Tahun 4,5,6\nTopik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Matematik \nGuru: Romzi Anwar\n\n\n\n4) Format UASA Bahasa Inggeris Tahun 4,5,6\nTopik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Inggeris \nGuru: Nur Farhanna Aidid\n\n\n\n5) Format UASA Sejarah Tahun 4,5,6\nTopik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Sejarah\nGuru: Azlina Mat Isa\n\n\n\nUASA Sekolah Menengah Rendah : Tingkatan 1-3\nBagi melihat video penuh bagi penerangan format UASA setiap subjek peringkat Sekolah Menengah Rendah, sila rujuk pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=8SzxC0MEfKE&list=PLL9CnO8V-9tv1Jly4_ip7riZM7CgezYJu\nMaklumat Lanjut\nUntuk ketahui informasi terkini berkaitan UASA, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan DidikTV KPM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/waktu-operasi-kaunter-str-lhdn/", "title": "Waktu Operasi Kaunter STR 2023 & Cawangan LHDN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : WAKTU OPERASI PEMBUKAAN KAUNTER STR 2023 / PEJABAT LHDN PADA HUJUNG MINGGU\nLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa kaunter Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka pada hujung minggu iaitu 24, 25, 26 dan 31 Mac 2023 untuk memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan.\nMasa operasi dan lokasi cawangan yang terbabit adalah seperti berikut:\nLOKASI\n\nCawangan LHDNM \nPejabat Satelit (PS) LHDNM\nPusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM\n\nMASA\n\nSemenanjung : 8.00 pagi hingga 4.30 petang\nSabah & Sarawak : 7.30 pagi hingga 4.00 petang \n\nBerikut dikongsikan senarai jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di cawangan yang terlibat secara lebih terperinci.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Kaunter STR 2023 & Waktu Operasi LHDN\n\n \nTempoh Permohonan & Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut Pengoperasian Kaunter STR / LHDN\n\n\nSenarai Kaunter STR 2023 & Waktu Operasi LHDN\n\nSekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:\ni.\u00a0perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam\ntempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbang;\nii. tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat\nWalau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim di pautan berikut :\nhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/\u2026/SOALAN_LAZIM_(FAQ\u2026\u00a0(rujuk no 24 & 25)\nTerima kasih.\nBaca juga: \n\nSTR Tambahan \u2013 Kelayakan, Tarikh & Kadar Bantuan Tambahan\nTarikh & Kadar Bayaran STR Fasa 1, 2, 3, 4 Setiap Kategori\n\nTempoh Permohonan & Kemaskini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)\nTempoh permohonan baru & kemaskini maklumat bermula 1 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023.\nBerikut merupakan link utk permohonan baru dan kemaskini maklumat.\nhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/\nDokumen Yang Diperlukan\nSalinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:\nPemohon\na. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataub. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauc. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataud. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamahe. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\nPasangan\na. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataub. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan\nAnak\na. Anak Kandung\u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan\u2013 Salinan Sijil Lahirb. Anak Angkat\u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan\u2013 Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN\nMaklumat Lanjut Pengoperasian Kaunter STR / LHDN\nPanduan Pengguna\n\nPermohonan Baharu STR\nKemas Kini Permohonan STR\nDaftar Akaun MySTR\nPeti Mel MySTR\nMaklum Balas STR\nStatus Bayaran STR\n\nSOALAN LAZIM:\n\nSumbangan Tunai Rahmah\nPermohonan dan Kemas Kini\nPembayaran Fasa 1 STR\nMySTR\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/astro-njoi/", "title": "Astro Njoi: Cara Melanggan, Saluran TV, Harga & Caj Pemasangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai orang nak tahu cara langgan Astro Njoi sebab ia adalah lebih murah dan menjimatkan berbanding pakej Astro yang biasa.\nLagi satu, langganan Njoi ini hanya mengenakan sekali caj sahaja iaitu untuk pemasangan dan dekoder.\nIni bermaksud, kita cuma perlu bayar ketika mula melanggan.\nTiada caj bulanan dikenakan dan kita pun tidak terikat dengan apa-apa kontrak selepas itu.\n\n\n\n\n\n\nKita juga boleh tambah channel yang kita nak tengok secara prabayar.\nMenarik juga kan?\nJadi, jom ketahui lebih lanjut tentangnya.\nBaca juga: Cara Melanggan Netflix Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Astro Njoi?\n\n \nHarga Astro Njoi Terkini 2020 / 2021\n\n \nCara Melanggan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Astro Njoi?\nDilancarkan sejak tahun 2011, Njoi adalah perkhidmatan TV satelit percuma yang pertama di Malaysia.\nMelalui TV satelit percuma ini, para pelanggan akan memiliki akses kepada lebih 48 saluran TV dan radio tanpa sebarang kontrak atau komitmen bulanan.\nBerikut adalah saluran yang ditawarkan melalui Njoi:\n\nHarga Astro Njoi Terkini 2020 / 2021\nMenurut iklan terkini di laman web rasmi Astro, harga Njoi ialah RM399 termasuk pealatan dan pemasangan serta RM20 baucar prabayar.\nDalam tempoh promosi ini, anda juga berpeluang mendapatkan RM30 kredit percuma.\nBaca juga: Pendaftaran SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2020\n\nCara Melanggan\nUntuk melanggan atau membuat pembelian, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman web rasmi di pautan ini: di\u00a0astro.com.my/njoiAnda boleh memilih sama ada untuk berkunjung ke dealer terdekat anda atau mendaftar secara online.Untuk melihat senarai dealer terdekat, sila klik \u2018Lokasi\u2019 pada bahagian atas pilihan menu.Pilih negeri anda menetap dan cari dealer yang berdekatan anda.Pergi ke sana atau telefon nombor yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut secara terus daripada mereka.Anda juga boleh membuat pesanan online dengan menekan butang \u2018Pembelian\u2019.Sila login dan daftar sebagai pengguna Astro terlebih dahulu.Kemudian isikan maklumat yang perlu dilengkapkan dalam borang berkenaan.Anda kemudiannya akan dihubungi oleh pihak Astro untuk menetapkan temujanji pemasangan Njoi di rumah anda.\nBaca juga: Cara Daftar SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)\nMaklumat Lanjut\nJika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Astro di talian +603 9543 3838 atau Whatsapp pada nombor tersebut.\nAnda juga boleh menghubungi pihak Astro melalui media sosial Facebook atau Twitter.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/portal-simpeni-upkk/", "title": "Portal SIMPENI: Semakan Pendaftaran Calon UPKK 2023/2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2023 ONLINE MELALUI PORTAL SIMPENI JAKIM\nBermula pada tahun 2006, satu sistem berkomputer telah dirancang dan diwujudkan dengan bantuan Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM melalui pembangunan aplikasi Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) bagi membolehkan pengisian data secara elektronik. \nMaklumat berkaitan serta pengurusan pelaksanaan penilaian dan ujian telah dimuatnaik di Portal SIMPENI JAKIM.\nBerikut dikongsikan info penting serta tatacara tersebut kepada semua pihak yang berkaitan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Portal SIMPENI JAKIM?\n\n \nLogin / Daftar Portal SIMPENI\n\n \nSemakan Pendaftaran Calon UPKK 2023\n\n \nTarikh Semakan Keputusan UPKK 2022 \u2013 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Portal SIMPENI JAKIM?\nSIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi membekal data-data penting berkaitan sekolah agama dan KAFA seluruh Malaysia khususnya dalam pengurusan jawapan Parlimen, Mesyuarat Utama Jabatan, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Secara Kepada Sekolah Tahfiz/Sekolah Pondok/Sekolah Agama Rakyat, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dan lain-lain.\nPelaksanaan SIMPENI ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaannya diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.\n\n\n\n\n\n\nSistem ini juga menjadi sumber kepada pelaporan statistik Perangkaan Pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan bagi penyediaan unjuran tahunan perjawatan Guru / Penyelia KAFA serta sebagai rujukan tunggal untuk Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.\nLogin / Daftar Portal SIMPENI\nSila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke portal ini.\n\nLayari laman web simpeni.islam.gov.my\nPilih button \u201clog masuk\u201d\nMasukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX\n\nKata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX\n\n\n\n\nSemakan Pendaftaran Calon UPKK 2023\nSeperti tahun sebelum ini, adalah dimaklumkan bahawa semua ibu bapa calon UPKK boleh membuat semakan dan pengesahan maklumat calon melalui Portal Sistem maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM.\nDimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan JAKIM memaklumkan bahawa semua ibu bapa calon UPKK perlu membuat semakan dan pengesahan maklumat calon melalui Portal Sistem maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM dalam tempoh yang dinyatakan di bawah:\nTarikh Semakan Pendaftaran Calon UPKK 2023/2024 : 12 Jun- 26 Jun 2023\nLink: https://simpeni.islam.gov.my/index.php?pages=semakan/semakan_daftar_upkk\n\nBaca juga: \n\nTarikh & Kadar Bayaran STR Fasa 1, 2, 3, 4 Setiap Kategori\nSTR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Terkini\n\nTarikh Semakan Keputusan UPKK 2022 \u2013 2023\nTarikh keputusan UPKK 2022 telah diumumkan pada 9 Mac 2023.\nKeputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) ini boleh disemak melalui 2 kaedah berikut:\nKAEDAH 1 \u2013 SEMAKAN ONLINE DI PORTAL ONLINE JAKIM\nSemakan keputusan UPKK boleh dibuat secara online di capaian\u00a0berikut: https://semakan.islam.gov.my\nSila isikan no kad pengenalan calon di ruangan yang tertera untuk semakan\nSemakan keputusan secara online akan memaparkan keputusan seperti berikut:\n\nAnda boleh cetak slip peperiksaan seperti di bawah:\n\nKAEDAH 2 \u2013 SEMAKAN MELALUI SMS 15888\nMelalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service \u2013 SMS) UPKK No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas Angka Giliran dan hantar ke\u00a015888.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan berkaitan Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) boleh hubungi;\nSeksyen Data dan Perhubungan,Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),Telefon: 03-55143600 samb 2034 atau 2021.Emel: [email\u00a0protected]\nLaman web: https://simpeni.islam.gov.my/\nKerjasama dan keperihatinan tuan/puan diucapkan terima kasih. \nBaca juga: Takbir Hari Raya Aidilfitri : Lafaz, Maksud & Panduan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tajaan-pelajar-cemerlang-felda/", "title": "Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA (Ijazah Sarjana Muda)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA Untuk Lepasan SPM 2021 Ke Pengajian Ijazah Sarjana Muda ~ Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University untuk pelajar lepasan SPM 2021 yang berkelayakan.\nProgram GDL ini menawarkan biasiswa penuh tajaan FELDA/FGV kepada pelajar lepasan SPM 2021 terutamanya kepada Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA, dan kumpulan FELDA.\nProgram khas ini dicetuskan oleh YB Pengerusi FELDA bagi melahirkan generasi yang berkepimpinan pendigitalan global ke arah \u201cGreater of The Future\u201d.\nBaca Juga : Permohonan Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nSenarai Program Pengajian Tajaan FELDA\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA\nProgram global Digital Leadership (GDL) di bawah Yayasan FELDA ini menawarkan tajaan seperi berikut :\nTawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)Elaun sara hidup sepanjang pengajianKemudahan penginapanProgram tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea) Intensice English Programme (IEP)Neuro Lingu Programming (NLP)\nTak hanya itu, pelajar yang mengikuti pengajian di bawah Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA akan diberi kemudahan pengangkutan kampus iaitu :\nPerkhidmatan percuma shuttle bus antara APU universiti dan stesen LRT bagi pelajar yang menginap di Technology Park Malaysia, TPM.\n\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nPermohonan bagi tajaan biasiswa ini terbuka kepada calon yang menepati syarat-syarat seperti berikut :\nMemperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021.Merupakan Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA / Anak petugas FELDA & Kumpulan FELDALepasan SPM 2021Mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.\nSenarai Program Pengajian Tajaan FELDA\nBerikut merupakan senarai program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA :\nIjazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology)\nTempoh Pengajian : 36 bulan\nBSc (Hons ) in Information TechnologyBSc (Hons) in Information Technology with a specialism In Information System SecurityBSc (Hons) in Information Technologu with a specialism in Cloud ComputingBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Network ComputingBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Mobile TechnologyBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Internet of Things (IoT)BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Digital TransformationBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Financial Technologu (FinTech)BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Business Information SystemsBSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Software EngineeringBsc (Hons) in Software EngineeringBsc (Hons) in Computer ScienceBsc (Hons) in Computer ScienceBsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Data AnalyticsBsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Digital ForensicsBsc (Hons) in Computer Science (Cyber Security)Bachelor of Computer Science (Hons) Intelligent SystemsBSc (Hons) in Multimedia TechnologyBSc (Hons) in Multimedia Technology with a specialism in VR/AR.BSc (Hons) in Computer Games Development\nFoundation (Laluan computing & Technology)\nTempoh Pengajian : 12 bulan\nProgram Tambahan\nPensijilan IR 4.0 & Program Neuro Linguistik (FELDA)\nTempoh Pengajian : 10 hari\nAPU Certified Java DeveloperAPU Certified Cybersecurity EngineerAPU Certified Data EngineerAPU Certified Data Cloud PractitionerAPU Certified Network AdministratorAPU Certified AnimatorAPU Certified Digital Marketing Specialist\nIntensive English Programme & Bahasa Asing (Korea)\nTempoh Pengajian : 6 bulan\nProgram ini akan dilaksanakan sebelum kursus pengajian Foundation bermula\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk makluman, permohonan tawaran program ini ditutup selepas 14 hari keputusan SPM 2021 diumumkan.\nCara Memohon\nPelajar lepasan SPM 2021 yang berminat untuk ikuti program ini boleh lakukan permohonan dengan mengisi borang secara atas talian.\nBorang ini mengandungi :\nBahagian A : Maklumat Pemohon (Pelajar)\nBahagian B : Maklumat Peribadi Waris\nBahagian C : Maklumat FELDA Wilayah & Rancangan\nBahagian D : Maklumat Pendidikan\nPermohonan perlulah ditulis dengan huruf besar. Borang yang tidak lengkap diisi tidak akan diproses.\nKlik pada pautan di bawah untuk buat permohonan secara online :\nPERMOHONAN KE PROGRAM GLOBAL DIGITAL LEADERSHIP (GDL)\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi :\nNorhana (bahagian Latihan Yayasan FELDA)\n016-4910711[email\u00a0protected]\nShahrul (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA)\n013-2601304[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bayar-prinsipal-loan/", "title": "Cara Bayar Prinsipal Loan, Kurangkan Interest & Tempoh Pinjaman", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebenarnya ramai daripada kita tidak tahu bahawa kita sebenarnya boleh bayar prinsipal loan untuk mengurangkan kaedah pinjaman dan tempoh pinjaman kita.\nApabila kita membeli sebuah rumah pada harga RM300,000, setelah 35 tahun bayaran pinjaman kita sebenarnya membayar lebih satu kali ganda daripada harga rumah yang kita beli setelah diambil kira kadar faedah yang dibayar pada bank setiap bulan.\nKadar faedah yang dikenakan di samping jumlah pinjaman boleh menjadi beban yang besar dalam jangka panjang, dan kita ingin meminimumkannya sebanyak yang mungkin.\nAntara cara untuk mengurangkan faedah pinjaman ini adalah membuat bayaran lebihan berbanding bayaran bulanan \u2013 namun bayaran lebihan ini mestilah dibuat ke atas prinsipal loan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nCara Bayar Loan Prinsipal Rumah & Kurangkan Hutang Bank\n\n\nPengenalan\nKalau ada duit lebih, kita tentulah nak pendekkan tempoh pembiayaan \u2013 ini kerana, dapatlah kita kurangkan bunga (interest) yang perlu dibayar.\n\n\n\n\n\n\nContoh bayaran tambahan RM200 ke atas loan prinsipal dan perbezaannya\nLihat contoh kes dalam gambar di atas:\n\nAnsuran RM2,148\nTempoh 30 tahun\nTotal bayaran balik RM773,413\n\nSebagai contoh dalam situasi ini, dengan membayar tambahan sebanyak 10% daripada ansuran bulanan asal RM2148, dengan menambah RM200, anda dapat mengurangkan jumlah hutang sebanyak RM54,913 dan menyelesaikannya 4 tahun setengah lebih awal.\n\nAnsuran RM2,148 + RM200\nJumlah bayar balik RM718,499\nPenjimatan RM54,913\n\nSelain itu, anda dapat pendekkan tempoh pembiayaan 5 tahun setengah lebih awal.\nArtikel berkaitan: Pinjaman Capital Boost Credit, Dokumen & Permohonan\nDi bawah pula adalah contoh sekiranya kita membuat bayaran tambahan RM1000 ke atas loan prinsipal:\n\nSemakin tinggi jumlah tambahan yang dibayar ke baki prinsipal, semakin banyak yang dapat dikurangkan.\nJika pelanggan membayar tambahan RM1,000, mereka dapat mengurangkan jumlah hutang sebanyak RM161,203 dan mempercepatkan tempoh pelunasan hampir 14 tahun lebih awal!\nKredit: Afyan Mat Rawi, IFP\nCara Bayar Loan Prinsipal Rumah & Kurangkan Hutang Bank\nUntuk membuat bayaran seperti ini, anda perlulah tahu cara yang sesuai.\nJika anda hanya sekadar membuat bayaran dengan menggunakan kaedah pemindahan online banking, duit lebihan yang dipindahkan itu tidak dibayar untuk prinsipal loan secara autoatiknya.\nUntuk melakukan perkara ini, pelanggan perlu berjumpa dengan bank untuk memastikan tambahan bayaran ini masuk ke dalam baki prinsipal dan bukan sekadar bayaran advance. \n*Prosedur lanjut perlu ditanyakan secara jelas kepada bank masing-masing kerana setiap bank mempunyai prosedur dan amaun minimum yang telah ditetapkan untuk membayar prinsipal.\n\nJika ia hanya bayaran advance, ia tidak akan memberikan manfaat yang sebesar ini.\nJika bayaran jenis flexi, sama ada full flexi atau semi flexi, boleh gunakan kaedah ini secara terus.\nJika jenis term, akan ada syarat lain \u2013 Contohnya saya dengan BSN dan ambil jenis term, kena bayar minima ekstra RM1,000 untuk masuk ke prinsipal.\nBoleh bayar bulan, tapi tak masuk dalam prinsipal. Kena buat permohonan barulah masuk prinsipal.\nBagi LPPSA lain caranya \u2013 Kita kena bayar 6 bulan ekstra dan perlu bayar melalui bank draf atau internet banking.\nSekiranya anda gemarkan penerangan berbentuk video, sila tonton video di bawah:\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pampasan-lppsa-banjir-ltho/", "title": "Cara Mohon Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA Yang Terjejas Banjir", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTUNTUTAN INSURANS BENCANA ALAM BAGI PELANGGAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) YANG TERLIBAT DENGAN BANJIR\nDimaklumkan bahawa semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insrans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.\nOleh yang demikian, LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir agar berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans / takaful LTHO masing-masing.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang takaful / insurans LTHO LPPSA dan cara membuat tuntutan bagi kediaman yang mengalami kerosakan atau kerugian akibat banjir.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNOTA: Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.\nPeringatan : Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpulij kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Insurans / Takaful LTHO LPPSA?\n\n \nCara Membuat Tuntutan Kerosakan Rumah Akibat Banjir LPPSA\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Insurans / Takaful LTHO LPPSA?\nLTHO adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang.\nIa merupakan perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.\nMelalui insurans / takaful ini, pelanggan LPPSA boleh mendapatkan manfaat tambahan dengan menghubungi panel insurans / takaful yang dipilih bagi urusan penambahan skop perlindungan.\n\n\n\nCara Membuat Tuntutan Kerosakan Rumah Akibat Banjir LPPSA\nBerikut adalah prosedur dan cara untuk membuat tuntutan pampasan bagi panel insurans / takaful LTHO bagi kerosakan rumah yang dibiayai oleh LPPSA.\nPeminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:\nSalinan kad pengenalanLaporan polisLaporan bombaSebut harga baikpulihBorang tuntutan pampasan\n\nBerikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA.\n\n1. Etiqa General Takaful\n\n2. Takaful Malaysia\n\n3. Takaful Ikhlas Malaysia\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaa lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-888 01 600 \nATAU\nSila buat pertanyaan secara online melalui Portal pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA di pautan berikut: https://etiket.lppsa.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-guna-chatgpt/", "title": "Cara Guna ChatGPT AI Untuk Jana Penulisan & Marketing", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA GUNA CHATGPT\nChatGPT secara rasminya telah diumumkan oleh OpenAI pada 30 November 2022 yang lalu.\nSetelah diumumkan, ChatGPT atau \u201cOptimizing Language Model for Dialogue\u201d telah mendapat perhatian dan trafik yang hebat, menyebabkan banyak perbincangan di platform dalam talian mengenainya.\nApakah keajaiban ChatGPT yang membuatkan orang ramai tergila-gilakannya? Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan chatbot ini secara terperinci.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu ChatGPT?\n\n \nFungsi dan Kelebihan\n\n \nBagaimana Ia Membantu Perniagaan / Pemasaran (Marketing)?\n\n \nCara Guna ChatGPT\n\n\nApa itu ChatGPT?\nChatGPT ialah model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI yang boleh digunakan untuk tugas pemprosesan bahasa semula jadi seperti penjanaan teks dan terjemahan bahasa. \nIa berdasarkan model GPT-3.5 (Generative Pretrained Transformer 3.5), yang merupakan salah satu model bahasa terbesar dan paling maju yang tersedia pada masa ini.\n\n\n\n\n\n\nSalah satu ciri utama ChatGPT ialah keupayaannya untuk menjana respons teks seperti manusia yang menjadikannya berguna untuk pelbagai aplikasi, seperti mencipta bot sembang untuk perkhidmatan pelanggan, menjana jawapan kepada soalan dalam forum dalam talian, atau bahkan mencipta kandungan diperibadikan untuk siaran media sosial.\nFungsi dan Kelebihan\nDibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan, aplikasi ini akan memberi respon atau jawapan untuk setiap pertanyaan yang anda kemukanan seperti:\nPenjanaan teks: Boleh digunakan untuk menjana respons teks seperti manusia kepada gesaan, yang menjadikannya berguna untuk mencipta bot sembang untuk perkhidmatan pelanggan, menjana respons kepada soalan dalam forum dalam talian atau bahkan mencipta kandungan diperibadikan untuk siaran media sosial.\nTerjemahan bahasa:Boleh digunakan untuk tugas terjemahan bahasa yang tepat dan lancar.\nRingkasan teks: Boleh digunakan untuk menjana ringkasan dokumen atau artikel yang panjang \u2013 berguna untuk mendapatkan gambaran keseluruhan teks dengan cepat tanpa perlu membaca keseluruhan dokumen.\nAnalisis sentimen: Boleh digunakan untuk menganalisis sentimen teks tertentu \u2013 berguna untuk memahami nada dan emosi keseluruhan sesuatu penulisan, atau untuk mengesan sentimen maklum balas pelanggan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.\nBagaimana Ia Membantu Perniagaan / Pemasaran (Marketing)?\nBagi yang tertanya-tanya, apa potensi yang boleh dilakukan oleh AI ini untuk mengembangkan perniagaan?\nAntaranya adalah:\n\nMenghasilkan konten yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan\nMenganalisis teks atau maklumat yang berguna untuk pelanggan\nMenentukan trend data pelanggan \nMenjimatkan masa untuk memberi jawapan automatik kepada pertanyaan pelanggan\n\nCara Guna ChatGPT\nUntuk menggunakan ChatGPT, anda perlu mempunyai akses kepada OpenAI API. \nSetelah anda memperoleh API, anda boleh menggunakan model ChatGPT dengan menghantarnya gesaan dalam bentuk rentetan teks. \nModel itu kemudiannya akan menjana respons berdasarkan maklumat yang telah dilatih.\nIkuti langkah-langkah berikut sekiranya anda baru pertama kali ingin menggunakannya:\n\nBuka laman web ChatGPT di pautan https://chat.openai.com/chat\nDaftar akaun dan log masuk (jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh log masuk terus)\nKlik ChatGPT di bahagian bawah sebelah kiri\nKlik \u201cTry it now di halaman chat.openai.com\nMasukkan soalan yang anda perlu tanya atau topik yang ingin dijana dalam kotak input di bahagian bawah\n\nSila rujuk panduan bergambar berikut:\nBuka laman web ChatGPT di pautan https://chat.openai.com/chat\n\nIsikan soalan atau topik yang anda inginkan dalam ruang yang disediakan.\n\nContohnya \u201chigh demand job 10 years from now\u201d\n\nJawapan anda akan dijanakan oleh AI.\nTidak terhad kepada Bahasa Inggeris sahaja, anda juga boleh mengisikan soalan dalam Bahasa Melayu.\n\nJika anda ingin mendapatkan jawapan yang berbeza, anda juga boleh menekan butang \u2018Regenerate response\u2019.\nMudah dan menarik kan?\nSelamat mencuba!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-perpisahan/", "title": "15 Idea Hadiah Perpisahan Untuk Rakan Edisi Bajet", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenghadapi perpisahan bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila individu tersebut merupakan salah satu rakan yang paling rapat kita pernah memiliki.\u00a0\nSebagai tanda penghargaan dan\u00a0 juga kenangan-kenangan, anda boleh memberikan hadiah perpisahan yang istimewa untuk individu tersebut. Walaupun kelak akan berjauhan, namun dengan adanya tanda kenangan, anda akan sentiasa diingati.\n\nJom semak beberapa pilihan idea hadiah perpisahan untuk rakan anda mengikut bajet yang anda miliki seperti yang telah disenaraikan dibawah. Ingat, hadiah tidak semestinya yang mahal yang penting mempunyai makna dan nilai tersendiri.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n15 Idea Hadiah Perpisahan\n\n \n1. Album Gambar\n\n \n2. Lithops Indoor Plant\n\n \n3. Personal Tote Bag\n\n \n4. Auto Stirring Mug\n\n \n5. Buku\n\n \n6. Baju Tshirt\n\n \n7. Tumbler\n\n \n8. KONKA Americano Automatic Coffee Machine\n\n \n9. 3D Keychain\n\n \n10. Beg Galas Duffel\n\n \n11. Tuala Sulam\n\n \n12. Topi\n\n \n13. Sandwich Maker KHIND\n\n \n14. Power Bank\n\n \n15. Bantal Travel\n\n\n15 Idea Hadiah Perpisahan\n1. Album Gambar\nHadiahkan sebuah album gambar dan sertakan beberapa keping gambar kenangan yang anda miliki bersama rakan anda tersebut untuk dijadikan sebagai hadiah perpisahan yang bermakna.\u00a0\nAnda boleh dapatkan pelbagai pilihan album gambar mengikut citarasa dan bajet yang anda miliki. Walaupun pada masa kini, ramai yang suka menyimpan gambar secara elektronik namun dengan adanya album gambar, gambar-gambar boleh disimpan dengan lebih menarik.\u00a0\nAlbum gambar: https://shopee.com.my/albumfactory/6637956832\n2. Lithops Indoor Plant\nAnda juga boleh pertimbangkan untuk menjadikan lithops yang comel-comel belaka\u00a0 ini sebagai hadiah perpisahan untuk rakan anda terutamanya apabila beliau sangat meminati bunga ataupun tumbuh-tumbuhan.\u00a0\nLithops adalah sebuah tumbuhan yang kelihatan seperti batu kecil dan akan mengeluarkan bunga apabila tiba masanya. Anda boleh hadiahkan beberapa biji lithops dan letakkan di dalam pasu.\nLithops: https://shopee.com.my/augustfame/18113789817\n\n\n\n\n\n\n3. Personal Tote Bag\nPersonal tote bag juga salah satu hadiah yang sangat sesuai diberikan sebagai hadiah perpisahan. Anda boleh tulis nama rakan anda di beg tersebut dan pilih rekaan beg mengikut citarasa yang diinginkan. \nTerdapat banyak pilihan tote bag yang anda boleh dapatkan daripada Shopee, salah satu contohnya adalah seperti di bawah.\u00a0\nTote bag: https://shopee.com.my/yuzytrading/3886672701\n4. Auto Stirring Mug\nMug ini boleh \u2018membancuh\u2019 air secara automatik dan boleh mengekalkan suhu minuman. Memang seronok sangat bila pakai. Percayalah, setiap kali menggunakan mug ini pasti rakan anda akan teringat anda!\nAuto stirring mug: https://shopee.com.my/alwayshome699/5742030199\n5. Buku\nSekiranya rakan anda sangat minta membaca, hadiahkannya sebuah buku tulisan penulis kegemarannya. Harga sebuah buku biasanya kurang daripada RM100, taklah mahal sangat untuk anda yang mempunyai bajet cukup-cukup sahaja. \nAnda juga boleh bagi buah yang anda ingin rakan anda membacanya. Antara buku yang sering menjadi pilihan pembaca adalah buku keluaran Jejak Tarbiah.\nBuku kombo Jejak Tarbiah: https://shopee.com.my/jejaktarbiah/15482562881\n6. Baju Tshirt\nBaju juga merupakan antara pilihan hadiah perpisahan yang sering menjadi pilihan. Hal ini kerana, ia mudah untuk didapatkan lebih-lebih lagi apabila anda mengetahui saiz dan juga stail baju yang disukai oleh rakan anda. Contoh baju yang anda boleh berikan ialah, baju Tshirt keluaran jenama POLO ini.\u00a0\nTshirt POLO: https://shopee.com.my/hj.empire/2320902627\n7. Tumbler\nKalau ada bajet lebih, bolehlah hadiahkan tumbler Starbucks. Tetapi, sekiranya bajet anda cukup-cukup, anda boleh dapatkan tumbler yang menarik dan berkualiti daripada Shopee seperti di bawah ini.\u00a0\nTumbler: https://shopee.com.my/moeshop14/7697375199\n8. KONKA Americano Automatic Coffee Machine\nDengan harga di bawah RM150, anda sudah boleh dapatkan mesin pembuat kopi ini. Hadiah ini sangat sesuai diberikan kepada rakan anda yang suka minum kopi. Dengan adanya mesin ini, tidak perlulah dia membeli kopi di luar lagi!\nKONKA Americano Automatic Coffee Machine: https://shopee.com.my/coffe.ehub/11978144883\n9. 3D Keychain\nTerdapat pelbagai pilihan 3D keychain yang anda boleh pilih untuk dihadiahkan kepada rakan anda sebagai tanda kenangan. Walaupun hadiah ini nampak simple, namun ia pasti akan menjadi tanda kenangan yang bermakna.\nJika anda adalah orang yang akan \u2018pergi\u2019, maka anda boleh beli beberapa buah 3D keychain ini dan berikan kepada rakan-rakan anda sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka berkawan dengan anda dan membantu anda selama ini. Harganya pun sangat mampu milik, jadi bolehlah anda beli banyak tanpa teragak-agak.\u00a0\n3D Keychain: https://shopee.com.my/simplelifehouse/20157450103\n10. Beg Galas Duffel\nBeg galas ini sangat sesuai digunakan untuk mengisi barang terutamanya untuk mereka yang ingin \u2018travel\u2019. Memang sangat sesuailah anda jadikannya sebagai hadiah perpisahan untuk diberikan kepada rakan anda yang akan pergi jauh. Sudah pasti beg galas duffel ini akan bermanfaat untuknya.\u00a0\nBeg galas duffel: https://shopee.com.my/ifashion168.com/19409886103\n11. Tuala Sulam\nSekiranya anda mencari idea hadiah yang boleh di \u2018personalized\u2019 kan, anda boleh pilih tuala sulam ini sebagai hadiah perpisahan untuk rakan anda. Anda boleh meminta nama rakan anda untuk disulam di tuala tersebut. Barulah istimewa!\nTuala sulam: https://shopee.com.my/hadeya.my/8320777749\n12. Topi\nUntuk rakan lelaki, memang sesuai sangat untuk anda berikan topi sebagai hadiah. Hal ini kerana, biasanya kaum lelaki suka memakai dan juga mengumpul koleksi topi. Terdapat pelbagai pilihan dan jenis topi yang anda boleh dapatkan daripada WAG STUDIO, salah satunya adalah seperti di bawah.\u00a0\nTopi: https://shopee.com.my/wag.store.my/6363563239\n13. Sandwich Maker KHIND\nSandwich maker ini sangat bermanfaat untuk individu yang perlu bergegas ke tempat kerja. Dengan adanya sandwich maker ini, sarapan pagi dapat dihasilkan dengan cepat dan mudah. Harganya pun sangat berpatutan, kurang daripada RM100 tau!\nSandwich maker KHIND: https://shopee.com.my/teranet118/10139184235\n14. Power Bank\nPower bank adalah merupakan salah satu item penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Oleh itu, anda boleh pertimbangkan untuk menjadikannya sebagai hadiah. \nIa pasti menjadi item yang bermanfaat untuk rakan anda terutamanya apabila perlu berjalan jauh untuk memastikan bateri telefon bimbit sentiasa ada tanpa memerlukan plug untuk mengecas.\u00a0\nPowerbank: https://shopee.com.my/mygadgetmall/1998532024\n15. Bantal Travel\nBantal travel sangat berguna untuk individu yang perlu mengalami perjalanan jauh. Ia boleh membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian leher ketika menaiki kapal terbang ataupun kereta. Jadi, memang sangat sesuai untuk diberikan kepada rakan anda yang bakal berpindah sebagai hadiah perpisahan.\u00a0\nBantal travel: https://shopee.com.my/sumohome.os/16784808989\nSemoga hadiah perpisahan yang anda berikan sentiasa menjadi kenangan terindah!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kursus-psv-percuma/", "title": "Permohonan Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) Percuma", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda bercita-cita ingin menjadi seorang pemandu bas, maka tawaran Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) secara percuma ini tidak boleh anda lepaskan. \nProgram ini merupakan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA).\nTawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan dan bercita-cita untuk mencari pekerjaan sebagai kapten kapal.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTempoh permohonan Kursus PSV Percuma\n\n \nCara memohon\n\n \nSyarat permohonan\n\n \nManfaat program Kursus PSV\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n \nPoster hebahan\n\n\nTempoh permohonan Kursus PSV Percuma\nPermohonan telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah 7 Julai 2022.\nProgram Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA) ini akan berlangsung selama 3 bulan dan setiap peserta yang diterima masuk akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan.\nCara memohon\nPermohonan untuk menyertai Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengisi maklumat dan butiran diri anda di Google Form di pautan berikut:\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc6_GX3gguFSTV-wLHxvvjn52AeAORL5qJf5sbrr8Mg6ri5cA/formResponse\nHanya permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan.\nSyarat permohonan\nSebelum anda mengisi borang permohonan untuk program kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini, pastikan anda memenuhi syarat-syarat di bawah:\nTerbuka kepada rakyat Malaysia berusa antara 21 hingga 40 tahunKeutamaan kepada penduduk di wilayah KEJORASihat tubuh badanBoleh membaca dan menulisBebas daripada pengaruh dadah dan alkoholPemegang lesen D selama 2 tahun dan tiada rekod saman tertunggakTerhad kepada 30 orang peserta sahajaPermohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh 7 Julai 2022\nManfaat program Kursus PSV\nBerikut merupakan beberapa kelebihan yang bakal dinikmati oleh peserta Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) ini:\nLatihan percuma selama 3 bulanJaminan pekerjaan selepas tamat latihanElaun latihan sebanyak RM150.00Makan, minum dan asrama disediakan sepanjang latihan\nKursus sebegini biasanya adalah berbayar dan tidak murah maka sesiapa yang terpilih sebenarnya sangatlah beruntung kerana dapat mengikutinya secara percuma.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila hubungi dengan pegawai bertugas di bawah ini:\nEn Amir Hafizal \u2013 07 884 3086Cik Norniza \u2013 07 884 3085\nPoster hebahan\n\nBaca juga: \nCara Daftar GrabPay Malaysia, Kelebihan & Promosi TerkiniCara Daftar Lalamove \u2013 Tempah Penghantaran, Rider / Driver Di Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/asb-mae-maybank/", "title": "Cara Semakan Dividen & Baki ASB Guna MAE Maybank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Semak Baki ASB Guna MAE Maybank\nUntuk makluman, akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2U telah dibatalkan. Bermula 18 Jun 2022, pelabur ASB hanya boleh semak melalui aplikasi MAE.\nMemandangkan kadar agihan dividen ASB bagi tahun 2022 baru sahaja diumumkan, pasti anda juga ingin semak kadar agihan serta bonus yang diterima. \nJadi, jom kita sama-sama lihat cara semak dividen ASB menggunakan aplikasi MAE.\nBaca Juga : Dividen ASB 2022: Kadar Agihan, Bonus & Cara Semakan\nBagi yang belum muat turun aplikasi ini, anda boleh lakukannya melalui salah satu pautan berikut :\n\nApple App Store \nGoogle Play Store \nHuawei AppGallery \n\nSetelah muat turun aplikasi, anda perlu terlebih dahulu link atau pautkan akaun ASNB anda menggunakan aplikasi MAE.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Aplikasi MAE Maybank\n\n \nCara Link Akaun ASB dengan MAE\n\n \nCara Semak Baki ASB Guna MAE\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKelebihan Aplikasi MAE Maybank\nAplikasi MAE bukan sahaja mempunyai ciri-ciri utama aplikasi Maybank2u, malah ia juga padat dengan ciri-ciri menakjubkan yang memudahkan hidup anda. \nMAE mempunyai kelebihan berikut:\n\nMudah digunakan\nBoleh menghantar & menerima wang\nMenjejak setiap sejarah transaksi\nSahkan transaksi melalui Secure2u\nBoleh membuat Tabung Simpanan\nJejak perbelanjaan dengan Expenses\nAda kemudahan Split Bill\nBolehlah pautkan kad kesetiaan\nKadar penukaran mata wang asing lebih baik dengan kad MAE\n\nBerikut adalah antara perbezaan Maybank2u dengan MAE:\n\nCara Link Akaun ASB dengan MAE\n1. Log masuk aplikasi MAE\n2. Di laman utama, terdapat 2 titik masuk (butang Transfer atau Maybank2U) untuk pautkan akaun ASNB anda. Pada salah satu titik masuk untuk teruskan.\n\n3.Sekiranya anda tekan Transfer, klik pada ASNB dan pilih \u2018ASNB Transfer\u2019.\n4.Jika anda klik Maybank2U, pergi ke \u2018Wealth\u2019, kemudiannya pilih \u2018ASNB Accounts\u2019.\n5.Seterusnya, semak dan pilih setuju untuk Terma & Syarat.\n6.Tekan \u2018Agree & Link\u2019.\n\n7.Luluskan pengesahan Secure2U dengan menekan butang Approve bila notifikasi muncul.\n8.Akaun ASNB anda kini berjaya dipautkan.\nSekarang, anda bolehlah semak baki ASB guna MAE dengan beberapa langkah mudah seperti berikut :\nCara Semak Baki ASB Guna MAE\nLog masuk aplikasi Maybank MAE di telefon bimbit anda.\nKlik butang Maybank2U di bahagian kiri bawah skrin.\n\nDi laman seterusnya, skrol ke kiri untuk klik butang paling kanan (Wealth).\n\nKlik pada akaun untuk lihat butiran dengan lebih terperinci.\nSemua akaun ASB termasuk nombor akaun, jumlah baki akaun serta jumlah baki dividen bagi tahun sebelum ini akan dipaparkan. \nDengan adanya kemudahan ini, maka anda tak perlu lagi untuk ke bank atau kiosk ASB. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pengendalian akaun ASNB daripada MAE, sila layari pautan berikut :\nASNB Investment MAE \nJom naik taraf ke aplikasi MAE hari ini!\nKetahui Lanjut:\u00a0https://maybank.my/3dORkcU\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dana-didik-johor/", "title": "Dana Didik Johor 2023: RM100 Bagi Setiap Kelahiran Bayi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDANA DIDIK JOHOR 2023\nPercuma simpanan RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun Simpan SSPN PRIME!\nTahukah anda apakah itu Dana Didik Johor dan bagaimana cara untuk membuat permohonan?\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut mengenainya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Dana Didik Johor?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTempoh Permohonan Dana Didik Johor 2023\n\n \nCara Permohonan Dana Didik Johor\n\n \nLatarbelakang Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)\n\n\nApakah Dana Didik Johor?\nKerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Harapan Johor.\nYPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, PTPTN melalui program Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) menggalakkan para ibu bapa di negeri ini untuk berbuat demikian, buat bayi mereka yang baru lahir.\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\n\nBayi yang lahir di\u00a0Negeri Johor\u00a0\u00a0mulai 01hb Januari 2022;\nIbu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia\u00a0(Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di\u00a0Negeri Johor);\nPendapatan ibu DAN bapa\u00a0di bawah RM7,000 sebulan;\nSimpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun\n\nTempoh Permohonan Dana Didik Johor 2023\nDibuka sepanjang tahun 2023 (Mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2023)\nCara Permohonan Dana Didik Johor\nPermohonan boleh dibuat di laman web YPJ (https://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/) atau scan QR code dalam poster di bawah.\n\nAnda juga boleh mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di mana-mana kaunter berikut:\n\nWad-wad bersalin hospital utama Negeri Johor\nJabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor\nPejabat PTPTN Cawangan Negeri Johor\nPejabat Yayasan Pelajaran Johor\n\nHantar Permohonan :\u00a0Diemelkan ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0ATAU dihantar ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan\u00a0Pendaftaran Negara Negeri Johor.\u00a0\nSebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi / Whatsapp di talian berikut:\n\nhttp://wasap.my/60197397355\nLaman Facebook Rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)\nTel: 07-234 4355\nFaks: 07-234 4434\nE-mel: [email\u00a0protected]\n\nAyuh mohon rakyat Johor!!!\nBaca juga:\n\nProgram Payung Rahmah \u2013 Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40\nBantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)\n\nLatarbelakang Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)\nYayasan Pelajaran Johor ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 yang\u00a0berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.\nObjektif YPJ:\n1. Menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pelajaran dikalangan rakyat negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri.\n2. Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan kewangan atau pelajaran dari badan-badan lain kepada rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.\n3. Meluaskan bidang bagi rakyat Negeri dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri di dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi di serata dunia.\nSEBARANG PERTANYAAN, ADUAN & MAKLUMAN BOLEH DISALURKAN KE EMEL BERIKUT :-\ni. PERTANYAAN AM\u00a0: [email\u00a0protected]\nii. BANTUAN PENDIDIKAN\u00a0\nPinjaman Pelajaran\u00a0: [email\u00a0protected]\niii. BKDO & Dana Didik Johor\u00a0: [email\u00a0protected]\niv. BAYARAN BALIK PINJAMAN : [email\u00a0protected]\nv. ADUAN\u00a0: [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/temujanji-jpn-online-myjanjitemu/", "title": "Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, kini semua perkhidmatan urusniaga di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh dilakukan dengan\u00a0permohonan temujanji JPN online terlebih dahulu. \nMenurut orang ramai (para ibu terutamanya), janji temu di JPN perlu dibuat 2 bulan awal kerana slot yang penuh dalam tempoh PKP ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDenda Lewat Daftar Kelahiran (2021)\n\n \nApakah MyJanjiTemu JPN?\n\n \nCara Permohonan Temujanji JPN Online\n\n \nCara Membuat Perubahan Tarikh & Masa Temujanji JPN\n\n \nSenarai Kaunter Pejabat JPN Yang Beroperasi\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nLatarbelakang Jabatan Pendaftaran Negara\n\n\nDenda Lewat Daftar Kelahiran (2021)\nSetiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari (Semenanjung) dan 42 hari (Sabah & Sarawak) dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.\nWalaubagaimanapun, kerajaan telah mempertimbangkan untuk mengecualikan denda sekiranya pendaftaran dilakukan selepas tempoh yang telah ditetapkan sepanjang PKP iaitu bagi pendaftaran kelahiran lebih 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak TETAPI Ibu bapa kanak kanak perlu membuat Akuan Sumpah PKP dan borang boleh didapati di mana-mana JPN terdekat.\nDi sini kami kongsikan cara membuat permohonan borang temujanji JPN di pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my.\n\n\n\n\n\n\nApakah MyJanjiTemu JPN?\nSepanjang tempoh PKPB & PKPP yang masih berkuatkuasa, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.\nSemua perkhidmatan urusniaga JPN perlu dilakukan dengan membuat temujanji terlebih dahulu.\nPejabat JPN yang disenaraikan dalam pilihan boleh dipilih mengikut lokasi anda.\n\nPerkhidmatan kaunter yang ditawarkan JPN antaranya termasuklah:\nDaftar kelahiran anakMohon kad pengenalanMohon anak angkatMohon kahwin bukan IslamMohon cerai bukan IslamDaftar kematian ahli keluargaMohon warganegara Malaysia\nCara Permohonan Temujanji JPN Online\nUntuk memohon tarikh janji temu, sila ikuti langkah berikut:\n\nLayari laman web https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/ atau scan kod QR di atasKlik pada butang MULA TEMPAHANIsikan butiran pada semua tempat kosong yang tersedia.Pilih tarikh dan cawangan JPN untuk menetapkan tarikh dan masa janji temu.Screenshot dan simpan Slip Temujanji untuk ditunjukkan kepada pegawai JPN di kaunter yang telah dipilih mengikut tarikh yang ditetapkan.\n\nBaca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online\nCara Membuat Perubahan Tarikh & Masa Temujanji JPN\nUntuk makluman, tarikh dan masa janjitemu tidak boleh diubah.\nAnda perlu memohon semula janji temu baru. Sila pilih tarikh mengikut waktu sebenar operasi Pejabat JPN.\nISNIN- JUMAAT: WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak)AHAD- KHAMIS: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu\nSenarai Kaunter Pejabat JPN Yang Beroperasi\nSenarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.\nMaklumat Lanjut\nSekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email\u00a0protected].\nMaklumat lanjut dan permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/. \nLatarbelakang Jabatan Pendaftaran Negara\nJabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. \nIa bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. \nDi samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.\nJabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan \u2013 kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.\nPeraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. \nJabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-jaminan-kredit-perumahan-sjkp/", "title": "Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2022 : Syarat & Cara Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).\nDalam Bajet 2022, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap, dan ia merupakan salah satu daripada 3 program dalam i-Biaya.\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?\n\n \nKriteria Kelayakan\n\n \nTempoh Pembayaran Pembiayaan\n\n \nTerma & Syarat Pembiayaan\n\n \nCara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2022\n\n \nInstitusi Yang Menyertai SJKP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?\nBagi memudahkan pemilikan rumah kediaman khususnya untuk belia, Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.\nSkim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.\n\n\n\n\n\n\nUntuk memohon di bawah skim ini, purata pendapatan bulanan pemohon hendaklah sekurang-kurangnya RM1,000.00.\nDengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.\n\nRujuk kriteria kelayakan selanjutnya di bawah.\nKriteria Kelayakan\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atasBerpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.\n\nTempoh Pembayaran Pembiayaan\nPihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. \nTetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.\n\nTerma & Syarat Pembiayaan\nJumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahajaTempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahuluKadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjamanMRTA / MRTT : WajibLain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan\nBaca juga: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan\nCara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2022\nSecara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:\nMengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beliDapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.\n\nInstitusi Yang Menyertai SJKP\nTerdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menyertai skim jaminan ini.\n\nAnda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:\nAffin BankAffin Islamic BankAgro BankAlliance BankAlliance Islamic BankBank IslamBank MuamalatBSNBank RakyatHong Leong BankHong Leong Islamic BankMaybankMaybank Islamic\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/\nSyarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)\nTingkat 12, Bangunan Setia 1,15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,50490 Kuala Lumpur.\nTel: 03-2096 5000Faks: 03-2096 5090E-mel:\u00a0[email\u00a0protected]\nBaca juga: HDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022\nNOTA:\nSJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.\u2800\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gkp-permai-gagal-kredit/", "title": "GKP Permai: Kemaskini Status Gagal Kredit & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) boleh membuat semakan dan kemaskini akaun bagi yang berstatus gagal kredit.\nLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, semakan boleh dibuat melalui Portal GKP di pautan\u00a0https://gkp.hasil.gov.my.\nDalam kenyataan itu, penerima GKP yang berstatus gagal kredit pula mereka perlu mengemas kini maklumat akaun bank dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dilakukan.\nBerikut dikongsikan info sepenuhnya.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah GKP Permai?\n\n \nApakah Maksud Gagal Kredit?\n\n \nTarikh Kemaskini GKP Permai Yang Berstatus Gagal Kredit\n\n \nGKP Permai Gagal Kredit: Cara Kemaskini Maklumat Akaun\n\n \nTarikh Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah GKP Permai?\nGKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.\n\nBaca juga: Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data\nApakah Maksud Gagal Kredit?\nGagal Kredit bermaksud jumlah wang tersebut gagal dimasukkan ke dalam akaun kerana kesilapan nombor akaun atau akaun tidak wujud (dorman dan sebagainya).\nMaka, sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.\n\nTarikh Kemaskini GKP Permai Yang Berstatus Gagal Kredit\nUrusan pengemaskinian maklumat akaun bank ini boleh dibuat mulai 5 hingga 19 Mei 2021.\nGKP Permai Gagal Kredit: Cara Kemaskini Maklumat Akaun\nMenurutnya, penerima juga digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Simpanan peribadi penerima GKP) dan mengemas kini di portal GKP menggunakan nombor akaun baharu berkenaan bagi mengelak masalah gagal kredit berulang.\nUntuk membuat kemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:\nLayari portal rasmi GKP:\u00a0https://gkp.hasil.gov.my/Account/LoginSila\u00a0Log Masuk\u00a0seperti biasaMasukkan\u00a0ID PenggunaTekan kotak\u00a0SemakSelepas berjaya\u00a0login, maklumat berikut akan dipaparkan:NamaNombor MyKadStatus PermohonanKlik butang Kemaskini\u00a0dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.\n*Nota: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.\nTarikh Pembayaran\nTarikh pembayaran semula GKP Tambahan Permai ke akaun bank yang dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas\u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkm-bantuan-keluarga-malaysia/", "title": "Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): Semakan Status & Tarikh Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) DAN KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI BUJANG, KELUARGA / IBU / BAPA TUNGGAL DAN WARGA EMAS\nKerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.\n\u201cBantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.\n\u201cBantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,\u201d katanya dalam Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan secara rasmi melalui laman web rasmi Bajet 2022:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?\n\n \nKelayakan\n\n \ni. Isi Rumah\n\n \nii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan\n\n \niii. Bujang\n\n \nKadar Bayaran Bantuan BKM Yang Diterima Mengikut Kategori\n\n \nCara Permohonan\n\n \nCara Kemaskini Maklumat\n\n \nTempoh Semakan Status BKM / Kemaskini\n\n \nLog Masuk MyBKM\n\n \nSemakan Status Permohonan Diterima BKM\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nTERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022\n\n \nJumlah Bayaran BKM\n\n \nJumlah Bayaran BKM Fasa 1 \u2013 Fasa 4\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nA) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank\n\n \nB) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank\n\n \nMaklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia\n\n\nApakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet \nBKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.\nKelayakan\nSiapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?\nPemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:\ni. Isi Rumah\nKahwin; atauIbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\nii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danHad umur adalah 60 tahun dan ke atas; danPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\niii. Bujang\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danHad umur adalah 21-59 tahun; danPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\nRujuk ringkasan dalam jadual dan infografik di bawah:\n\n\nKadar Bayaran Bantuan BKM Yang Diterima Mengikut Kategori\nJumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum.\nPemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:\nIsi rumah ( MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing\nCari e-BE Tahun Taksiran 2021 (rujuk gambar di bawah).\nIsi maklumat diri dan juga pasangan.\nJikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.\n\nLANGKAH 5\nMasukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (jika ada).\n\nLANGKAH 6\nMasukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.\nBoleh dapatkan jumlah pendapatan dari \u201cEA Form\u201d anda.\nKalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.\n\nLANGKAH 7\nMasukkan pelepasan cukai anda. \nAda extra kerana Covid19 Tax Relief. (Refer \u201cSpecial for 2020)\nSila rujuk senarai pelepasan cukai penuh di sini: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2021 Untuk e-Filing 2022\n\nLANGKAH 8\nSemak rumusan.\nDi sini anda akan tahu anda kena Tax pada kadar berapa % bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai ezHASiL. \nJadi sebab tu penting untuk kita simpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.\n\nDah semak, tekan Teruskan dan Hantar.\nSelesai.\nNOTA:\nTarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2021 adalah 30 April 2022.\nBagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-\nBN selain Borang E dan Borang PTindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAUPengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.Borang E dan Borang PTindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2022 boleh dirujuk melalui pautan https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf\nBagi sebarang pertanyaan, sila rujuk di saluran berikut:\nPortal rasmi\u00a0www.hasil.gov.my\u00a0atau Pautan capaian pantas: Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)\nPembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/calon-perikatan-nasional-pn-pru15/", "title": "[RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCALON PERIKATAN NASIONAL PRU-15 & PARTI GABUNGAN DI BAWAH PN\nPerikatan Nasional ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.\nParti ini didaftarkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan Kabinet Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020.\nParti Perikatan Nasional telah didaftarkan dibawah Registration Of Societies (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin Yassin yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020.\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Calon Perikatan Nasional (PN) Untuk Bertanding Kerusi Parlimen Pada PRU-15\nSelepas memuktamadkan pemilihan kerusi, Perikatan Nasional (PN) bakal mengumumkan senarai calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam ini, 1 November 2022.\nSumber: Facebook Perikatan Nasional \nSelain senarai penuh calon, jumlah sebenar kerusi yang akan gabungan itu pertaruhkan juga telah diumumkan secara rasmi.\nPengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), kira-kira 8 malam.\nMuhyiddin dilaporkan berkata, gabungan itu akan bertanding lebih tiga perempat daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU-15, 19 November ini.\nSebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin, telah mengumumkan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin, sebagai calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Putrajaya, manakala Rina Harun dinamakan sebagai calon Parlimen Sepang.\nRujuk senarai penuh di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLIVE STREAMING\nSaksikan pengumuman barisan bakal calon PERIKATAN NASIONAL yang akan diumumkan secara langsung melalui medium-medium berikut:\nFacebook LIVE Perikatan Nasional : https://www.facebook.com/perikatannLaman web rasmi PN : https://perikatannasional.org/Lintas Langsung Astro Awani : https://www.astroawani.com/Youtube LIVE Astro Awani: https://www.youtube.com/c/astroawani\nSetakat ini, PKR yang memutuskan bertanding di 75 kerusi Parlimen sudah mengumumkan 72 calon dan nama calon untuk tiga kerusi lagi masih menjadi teka-teki. Rujuk : [RASMI] Senarai Calon PKR Yang Bertanding Dalam PRU15 \nSementara itu, difahamkan Barisan Nasional turut membuat pengumuman pada malam ini. Rujuk : Barisan Nasional : Pengumuman Calon PRU15 & Ahli Parlimen BN\nParti Amanah juga telah mengumumkan 54 calon parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRU-15 ini. Rujuk : Parti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15\nPada masa sama, dilaporkan bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan menggunakan logo sendiri juga akan mempertaruhkan calonnya di tiga kerusi Parlimen Kepala Batas, Tanjong Karang dan Tanjung Piai.\nSelain itu, Gerakan Tanah Air (GTA) yang sudah mengumumkan lapan calon awalnya bakal mengumumkan senarai penuh calon Parlimen pada 2 November ini.\nUntuk rangkuman penuh, sila rujuk artikel berikut: Senarai Calon PRU 15 (PKR, PH, BN, PN, PAS, DAP, Pejuang)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-keperluan-camping/", "title": "Senarai Barang Keperluan Camping Yang Wajib Disediakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAktiviti camping ataupun berkhemah adalah merupakan salah satu aktiviti popular yang diminati ramai orang. Ia mempunyai keseronokan dan cabarannya yang tersendiri. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama ahli keluarga termasuklah anak-anak.\u00a0\n\nSekiranya anda merupakan individu yang baru pertama kali ingin mencuba aktiviti ini, anda boleh rujuk perkongsian di bawah mengenai barang keperluan camping yang wajib disediakan sebelum anda bertolak pergi ke tapak perkhemahan. \nJangan ambil mudah mengenai barang-barang yang disenaraikan tau, kerana ia boleh berkaitan dengan keselamatan diri anda.\u00a0\nJom baca!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n20 Senarai Barang Keperluan Camping\n\n \n1. Peti Kecemasan (First Aid Kit)\n\n \n2. Kompas\n\n \n3. Lampu Suluh\n\n \n4. Pisau Lipat\n\n \n5. Tali\n\n \n6. Pemetik Api\n\n \n7. Powerbank\n\n \n8. Sleeping Bag Kalis Air\n\n \n9. Camping Mat Ultralight (Kalis Air)\n\n \n10. Khemah\n\n \n11. Insect/Mosquito Repellent\n\n \n12. Kipas Kecil\n\n \n13. Selipar\n\n \n14. Tisu Basah\n\n \n15. Camping Stove\n\n \n16. Cawan Lipat (Folding Cup)\n\n \n17. Mess Tin\n\n \n18. Cooler Box\n\n \n19. Plastik Sampah\n\n \n20. Makanan Tin\n\n\n20 Senarai Barang Keperluan Camping\u00a0\n1. Peti Kecemasan (First Aid Kit)\nPeti kecemasan adalah merupakan satu item yang terpenting perlu dibawa ketika anda hendak melakukan aktiviti berkhemah. Hal ini kerana, apabila berada di kawasan hutan, anda akan terdedah dengan pelbagai risiko bahaya yang boleh mengancam nyawa.\u00a0\nDengan adanya peti kecemasan, ia boleh menjadi alat pertolongan awal sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diinginkan. Anda boleh dapatkan peti kecemasan beserta isinya melalui Shopee ataupun klik saja gambar di bawah.\u00a0\nFirst aid kit: https://shopee.com.my/alpro/523682111\n2. Kompas\u00a0\nSekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih Sukar mendapat liputan Internet, ada baiknya\u00a0 anda membawa kompas ataupun peta kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai rujukan apabila mencari jalan. Selain itu, kompas juga boleh digunakan sebagai alat untuk membantu menentukan arah kiblat.\u00a0\nKompas: https://shopee.com.my/3cworld/15782922635\n3. Lampu Suluh\nJangan sesekali terlupa membawa lampu suluh walaupun anda tidak bercadang untuk ke mana-mana pada waktu malam dan hanya duduk di tapak perkhemahan. \nLampu suluh adalah merupakan barang asas yang anda wajib bawa. Hal ini kerana, anda pasti akan memerlukan nya kelak kerana bisanya di tapak perkhemahan tiada bekalan elektrik ataupun lampu disediakan.\n\n\n\n\n\n\nLampu suluh: https://shopee.com.my/neworldmobile/8660215603\n4. Pisau Lipat\nPisau lipat mempunyai banyak kegunaan apabila berada di dalam hutan kelak. Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, membuat khemah, memotong tali dan sebagainya. Dengan saiznya yang kecil, ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta selamat untuk disimpan kerana boleh dilipat/ditutup.\u00a0\nPisau lipat: https://shopee.com.my/little_gadgets/18869765146\n5. Tali\nTali juga merupakan salah satu item penting ketika anda ingin memasuki hutan. Ia mempunyai banyak kegunaan diantaranya ialah untuk membuat khemah, membuat tripod untuk memasak air, membuat sidaian baju, menanda jalan, mengikat sesuatu dan sebagainya.\u00a0\nTali: https://shopee.com.my/vidivelocity/7176537994\n6. Pemetik Api\u00a0\nPastikan juga anda membawa pemetik api untuk menghidupkan api terutamanya pada waktu malam bagi menerangi kawasan tapak perkhemahan serta menghalang binatang buas menghampiri kawasan khemah anda. Biasanya orang juga menggunakan mancis namun sekiranya anda mempunyai pemetik api, itu lebih baik.\u00a0\nPemetik api: https://shopee.com.my/bershark/20540197715\n7. Powerbank\nApabila berada di kawasan hutan,\u00a0 anda tidak akan\u00a0 mendapat\u00a0 bekalan elektrik. Oleh itu, pastikan anda membawa powerbank untuk mengecas telefon ataupun kamera anda. \nPowerbank Pineng ni macam okay jugak. Boleh tahan lama sekiranya penggunaan tidak kerap. Anda perlu menggunakannya dengan berhemah agar cas powerbank anda tidak kehabisan di tengah hutan.\u00a0\nPowerbank: https://shopee.com.my/mall4you.my/2080183798\n8. Sleeping Bag Kalis Air\nUntuk mendapatkan keselesaan semasa tidur, pastikan anda membawa sleeping bag. Sebaiknya pilih sleeping bag yang kalis air. Selain itu, sleeping bag juga akan membantu menghindar gigitan serangga semasa tidur kerana ia akan meliputi seluruh badan badan.\u00a0\nSleeping bag: https://shopee.com.my/vidivelocity/8209691329\n9. Camping Mat Ultralight (Kalis Air)\nCamping mat biasanya digunakan sebagai alas di dalam khemah ataupun alas tempat duduk di luar khemah. Ia juga mempunyai kegunaan yang lain seperti untuk menutup barang-barang semasa hujan kerana ia mempunyai ciri-ciri kalis air. Pilih camping mat yang boleh dilipat dengan mudah agar tidak mengambil ruang yang banyak.\u00a0\nCamping Mat: https://shopee.com.my/jdex.os/15313668602\n10. Khemah\nTidak jadilah misi perkhemahan anda sekiranya anda terlupa membawa khemah melainkan pihak kawasan tapak perkhemahan tersebut ada menyediakan khemah.\n Antara ciri-ciri khemah yang anda perlu pertimbangkan sebelum membelinya ialah, kalis air, ruang khemah muat berapa orang, kestabilan khemah, bahan khemah diperbuat daripada apa serta kelebihan dimiliki. Sekiranya anda inginkan khemah yang besar, anda boleh cuba khemah unta atau camel tent ini.\u00a0\nKhemah Unta: https://shopee.com.my/magic__pocket/7854907768\n11. Insect/Mosquito Repellent\nPenyembur serangga ataupun nyamuk\u00a0 merupakan item yang sangat berguna terutamanya apabila anda berkhemah jauh di dalam hutan. Ia mampu membantu untuk melindungi kulit anda daripada digigit serangga ataupun nyamuk.\u00a0\nMosquito repellent: https://shopee.com.my/chomel.os/15326739874\n12. Kipas Kecil\nBiasanya suasana di dalam khemah sangat panas terutamanya apabila waktu siang. Oleh itu, kipas kecil dan \u2018portable\u2019 adalah sangat berguna untuk memberi anda keselesaan walaupun sedang berkhemah.\u00a0\nKipas portable: https://shopee.com.my/momokoconceptstore/2478643\n13. Selipar\nBawa selipar bagi memudahkan anda untuk pergi ke tandas awam yang sediakan. Beli yang murah-murah sahaja, yang kalau hilang pun anda rasa tak apa. Di Shopee ada banyak pilihan selipar dengan harga dibawah RM10.\u00a0\nSelipar: https://shopee.com.my/eeproshoes/17603308441\n14. Tisu Basah\nKawasan tapak perkhemahan biasanya sukar sangat nak dapatkan air melainkan berdekatan dengan tepi sungai. Jadi, anda jangan lupa bawa tisu basah. Bolehlah buat lap tangan, kotoran dan sebagainya. Nak buat lap lepas buang air kalau terdesak pun boleh.\u00a0\nTisu basah: https://shopee.com.my/jayatechonline/8049235488\n15. Camping Stove\nDengan saiznya yang kecil, camping stove ini memang sangat berguna sekali apabila dibawa pergi berkhemah. Anda boleh masak seperti biasa menggunakan stove ini. Tak perlulah tunggu lama untuk makan\u00a0 berbanding masak atas unggun api.\u00a0\nCamping stove: https://shopee.com.my/ktware/1684092843\n16. Cawan Lipat (Folding Cup)\nCawan lipat ini amat mudah digunakan serta tidak makan ruang yang banyak dan stabil. Diperbuat daripada plastik, cawan ini memang tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ia boleh digunakan untuk air panas dan juga air sejuk.\u00a0\nCawan lipat: https://shopee.com.my/supermum.my/21231864225\n17. Mess Tin\nMess Tin ni bentuknya macam bekas makanan tetapi diperbuat daripada besi. Ia boleh digunakan untuk masak nasi, panas lauk, panas air dan sebagainya. Memang praktikal sangat dan wajib bawa!\nMess tin: https://shopee.com.my/utanking/4032421389\n18. Cooler Box\u00a0\nSekiranya ada membawa bahan makanan, sebaiknya letakkan di dalam cooler box agar makan tersebut tahan lama. Anda boleh pilih cooler box yang ada roda untuk memudahkan anda mengalihkannya ke mana sahaja.\u00a0\nCooler box: https://shopee.com.my/kk_smartbuy/2947552542\n19. Plastik Sampah\nJangan buat-buat lupa pula bawa plastik sampah. Masukkan item ini ke dalam senarai barang keperluan camping agar anda tidak lupa. \nPastikan segala sampah anda dimasukkan ke dalam plastik sampah dan ikat elok-elok apabila selesai berkhemah. Beli plastik sampah macam dekat bawah ni pun dah okay.\u00a0\u00a0\nPlastik sampah: https://shopee.com.my/novscor.co/8461625120\n20. Makanan Tin\u00a0\nBgai menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak, anda boleh bawa beberapa tin makanan tin untuk dimakan sepanjang berkhemah. Makanan tin boleh dipanaskan terlebih dahulu atau, tidak dipanaskan pun boleh sahaja terus dimakan.\u00a0\nMakanan tin: https://shopee.com.my/kfminimart/2815683773\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-cagamas/", "title": "Permohonan Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat pelajar Ijazah Sarjana yang mencari biasiswa kerana Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022 telah dibuka untuk permohonan.\nProgram ini khusus buat pelajar yang sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana in Institut Pengajian TInggi (IPT) di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenali Cagamas\n\n \nProgram Biasiswa Cagamas 2022\n\n \nFaedah-faedah biasiswa\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \nSenarai bidang pengajian dan IPT\n\n \nCara memohon dan tarikh tutup\n\n\nKenali Cagamas\nCagamas Berhad (Cagamas), ialah Perbadanan Cagaran Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih luas dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.\nSyarikat perbadanan ini menerbitkan bon korporat dan sukuk untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan dan belum terima daripada institusi kewangan, syarikat terpilih dan sektor awam. \n\n\n\n\n\n\nPenyediaan kecairan pada kos yang munasabah kepada pemberi pinjaman utama pinjaman perumahan menggalakkan lagi pembiayaan rumah pada kos yang berpatutan.\nModel Cagamas dipandang baik oleh Bank Dunia sebagai kemudahan mudah tunai gadai janji sekunder yang paling berjaya.\nSyarikat ini ialah pengeluar instrumen hutang terbesar dalam pasaran modal Malaysia. \nSejak diperbadankan pada 1986, Cagamas telah menerbitkan secara terkumpul RM339.5 bilion (setakat 31 Disember 2020) bon dan sukuk, yang termasuk terbitan oleh anak syarikat milik penuhnya, Cagamas Global P.L.C. dan Cagamas Global Sukuk Berhad yang juga dijamin oleh Cagamas.\nProgram Biasiswa Cagamas 2022\n\nProgram biasisa ini merupakan salah satu cara Cagmas menunaikan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat Malaysia umumnya dan khusus buat para pelajar yang layak untuk menyambung pengajian mereka.\nBiasiswa tanpa ikatan ini ditawarkan setiap tahun kepada pemohon-pemohon yang berjaya untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah pertama sehingga empat tahun di IPT dalam negara.\nFaedah-faedah biasiswa\nBerikut merupakan bantuan-bantuan dan faedah-faedah yang bakal dinikmati oleh penerima bantuan biasiswa ini:\nSehinggan RM10,000 setahun bagi yuran pengajian & asramaSehingga RM4,000 setahun bagi elaun alat bantuan pembelajaranSehingga RM6,000 setahun bagi elaun sara hidupProgram mentorProgram latihan industri\nSyarat kelayakan\nWarganegara Malaysia berusia bawah 25 tahunMempunyai rekod akademik baik dalam SPM/STPM atau setaraf dengannya (dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)Pelajar sepenuh masa dan sudah mendapat tawaran pengajian dalam bidang-bidang yang ditawarkan.Sangat memerlukan bantuan kewangan untuk menyambung pengajianTidak ditawarkan biasiswa atau bantuan kewangan lain dari mana-mana institusi TIdak dibatalkan bantuan biasiswa dari mana-mana institusi atas apa-apa sebab.Mengikuti bidang-bidang pengajian tertentu di universiti-universiti atau kolej yang disenaraikan oleh pihak Cagamas sahaja\nSenarai bidang pengajian dan IPT\nUntuk melihat senarai penuh bidang-bidang pengajian dan univerisit/kolej yang layak untuk program biasiswa ini, sila rujuk halaman rasmi program biasiswa ini di alamat https://scholarship.cagamas.com.my/\nCara memohon dan tarikh tutup\nPermohonan untuk program biasiswa ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja di laman rasmi program biasiswa ini.\nPermohonan untuk program biasiswa ini bagi tahun 2022 sudah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Julai 2022.\nHanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dan dihubungi.\nSekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2262 1800\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-lesen-memandu-terkini-2022/", "title": "Harga Lesen Memandu Terkini Di Malaysia (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeiring dengan inflasi dan kadar kenaikan kos, harga lesen memandu 2022 mungkin juga menyaksikan sedikit perubahan berbanding tahun-tahun sebelumnya.\nSecara umumnya, undang-undang di Malaysia menetapkan bahawa seseorang individu yang ingin mengambil lesen motorsikal (B2 atau B full) perlulah mencapai umur 16 tahun.\nSementara itu, bagi lesen memandu motorsikal had umur yang ditetapkan adalah 17 tahun, iaitu ketika anda berada di tingkatan 5 persekolahan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar harga lesen pusat latihan memandu\n\n \nKadar julat harga\n\n \nPerubahan Sistem Ujian Praktikal\n\n\nKadar harga lesen pusat latihan memandu\nBagi yang tidak tahu, harga mendapatkan lesen motorsikal atau kereta adalah berbeza mengikut institusi pusat memandu yang anda daftar.\n\n\n\n\n\n\nMaka, harga lesen memandu 2022 juga akan berbeza \u2013 sesetengah pusat atau institusi memandu mungkin menawarkan harga yang lebih murah atau rendah berbanding pusat atau institusi memandu yang lain.\nSemuanya bergantung pada pakej yang ditawarkan di pusat latihan memandu tersebut, ada yang sedikit mahal tapi menawarkan pakej belajar sampai lulus.\nKadar julat harga\n\nBagi mengelakkan manipulasi dan kekeliruan, kerajaan Malaysia telah membantu menetapkan julat harga bagi mendapatkan lesen memandu.\nKadar harga yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:\nLesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) \u2013 RM350 hingga RM450Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) \u2013 RM900 hingga RM1100Lesen Kereta Manual D \u2013 RM1150 hingga RM1300Lesen Kereta Automatik\u00a0 DA \u2013 RM1250 hingga Rm1500\nSesetengah pusat latihan mungkin sedikit mahal kerana turut mengenakan caj-caj tambahan seperti sewa kenderaan, kos pengangkutan (sekiranya diperlukan oleh pelajar) dan sebagainya namun harga yang dikenakan perlulah munasabah.\nSebagai pelanggan anda perlulah bijak membuat perbandingan dengan pusat memandu lain bagi mengetahui harga lesen memandu bagi tahun 2022.\nSekiranya anda ingin mengetahui pecahan harga yang ditetapkan oleh pihak JPJ, boleh lawati laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/kadar-bayaran-kelas-b2-jadual-fi-latihan-ujian-lesen-kelas-b2-sahaja\nBaca juga: MySikap JPJ Login : Cara Daftar, Renew Lesen / Roadtax, Saman Online\nPerubahan Sistem Ujian Praktikal\nKelak kita akan menyaksikan terdapat perubahan dalam ujian praktikal dengan pegawai JPJ.\nSelepas itu, kehadiran pegawai JPJ mungkin tidak lagi diperlukan dalam kenderaan sebaliknya sebuah kamera akan dipasang dalam kenderaan dan calon boleh dipantau melalui video secara langsung.\nSelain itu, kaedah ini boleh menjamin ketelusan dan mengelakkan pegawai JPJ yang mungkin mengambil kesempatan terhadap calon atau pun mengelakkan calon cuba untuk merasuah pegawai JPJ.\nPenggunaan kamera ini juga membolehkan lebih ramai calon mengambil ujian pada satu-satu masa kerana pihak JPJ tidak perlu memperuntukkan sejumlah anggota yang ramai untuk menguji calon ketika ujian praktikal.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sarawak-autonomous-rapid-transit-art/", "title": "Autonomous Rapid Transit (ART) di Sarawak Menjelang 2025", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenjelang 2025, Sarawak bakal mempunyai Autonomous rail transit (ART) mereka sendiri bag menghubungkan Kuching dengan beberapa bandar utama di Sarawak. \nDengan keluasan negeri dan kekayaan sumb negeri yang dimiliki oleh negeri Sarawak, projek seperti ini sepatutnya sudah lama dimulakan.\nProjek ini dirancang untuk mempertingkatkan jaringan perhubungan antara Kuching, Samarahandan Serian.\nPembinanan kemudahan ART di Sarawak ini telah dibuat bagi menggantikan idea asal pembinan LRT sebelum ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMengapa ART?\n\n \nKuching Urban Transportation System (KUTS)\n\n \nLaluan ART\n\n\nMengapa ART?\nPembinaan LRT dijangka menelan belanja RM10.8 bilion namun pembinaan ART dijangka menelan belanja hanya satu pertiga sahaja daripada kos LRT.\n\n\n\n\n\n\nKetika pengumuman awal beberapa tahun lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan pembinaan kemudahan LRT sebagai sebahagian daripada projkek KUTS.\nSelain itu, ART kelak juga bakal dikuasakan oleh gas hidrogen, menggantikan tenaga elektrik seperti yang diumumkan sebelum itu.\nART merupakan konsep kereta api elektrik, gabungan antara bas, kereta api dan tram dan mampu membawa sehinga 300 orang pada satu-satu masa.\nKuching Urban Transportation System (KUTS)\n\nPembinaan ART ini merupakan sebahagian daripada projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) oleh keraja negeri Sarawak sendiri.\nKUTS akan diuruskan dan dirancang oleh Sarawak Metro.\nSelain ART, KUTS turut akan mempertingkatkan hubungan antara bandar-bandar di Sarawak dengan pembinaan jaringan bas awam.\nSyarikat Sarawak Metro telah dilantik oleh kerajaan negeri Sarawak untuk mentransformasikan jaringan perhubungan jalan raya di bandar-bandar uama di Sarawak.\nSarawak Metro merupakan anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan akan menjadi aset dan pemilik projek KUTS ini.\nLaluan ART\n\nLaman web Sarawak Metro telah memaparkan pelan rancangan mereka untuk laluan ART.\nPada Julai 2022, pihak Sarawak Metro telah mengumumkan laluan baru untuk projek ART ini.\nART akan mempunyai 3 laluan utama berwarna merah, biru dan hijau.\nFasa pertama ini bakal mempunyai 31 stesyen dan 2 stesyen pertukaran seperti yang berikut:\n\nSR5 Kuching Sentral\nSR6 Kuching International Airport\nSR7 Pelita Height\nSR8 Tun Jugah\nSR9 VivaCity\nSR10 Jalan Tun Razak\nSR11 Pending\nDM1 Darul hana\nDM2 Wisma bapa Mmalaysia\nDM3 Menara Pelita\nDM4 Stadium\nDM5 Yayasan Sarawak\nDM6 Bandar Baru Samariang\nDM7 Sg Batu\nDM8 Santubong\nDM9 Damai Central\nSM0 Rembus\nSM1 Summer Mall\nSM2 Aiman Mall\nSM3 SALCRA\nSM4 UNIMAS\nSM5 Sarawak Heart Centre\nSM6 Riveria\nSM7 Stutong\nSM8 e-Mart\nSM9 Wisma Wan\nSM10 The Spring\nSM12 Batu Lintang\nSM13 Sarawak General Hospital\nSM14 Hikmah Exchange\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/thai-king-cup-2022/", "title": "Thai King\u2019s Cup 2022 (LIVE Final) : Malaysia vs Tajikistan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTHAI KING\u2019S CUP FINAL (PIALA RAJA THAILAND) : PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA LWN TAJIKISTAN\nHari Perlawanan Akhir yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia dan penyokong Harimau Malaya!\nSeperti yang kita sedia maklum sebelum ini, Skuad Harimau Malaya telah mengejutkan tuan rumah, Thailand untuk layak ke final Piala Raja Thailand selepas menewaskan tuan rumah 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1 pada Khamis, 22 September 2022.\nDalam perlawanan separuh akhir tersebut, Malaysia mendahului menerusi La\u2019Vere Corbin Ong pada minit ke-32 tetapi Thailand menyamakan kedudukan menerusi Pansa Hemviboon hingga ke masa kecederaan separuh masa kedua untuk memaksa permainan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.\nBerikut adalah kesebelasan utama skuad Harimau Malaya dalam perlawanan akhir King\u2019s Cup.\nKESEBELASAN UTAMA SKUAD HARIMAU MALAYA \n\n\n\n\n\n\nSyihan Hazmi (PG) Matt DaviesNazmi FaizSafawi RasidSumarehKhuzaimi PieeBrendan GanAkhyar RashidSyafiq Ahmad (K)Dion CoolsCorbin-Ong\nSimpanan\nKalamullahRahadiazliSharul NazeemDominic TanFaisal HalimZhafri YahyaDarren LokArif AimanMukhairi AjmalDeclan LambertAzam Azmi\n\nSementara itu, Tajikistan menewaskan Trinidad & Tobago 2-1 dalam perlawanan lain.\nDalam perlawanan kali ini, nampaknya Arif Aiman dan Faisal Halim direhatkan. Mungkin ini strategi dari Kim Pan Gon untuk meletakkan mereka berdua sebagai Super Sub.\nSumareh a.k.a Keli boy diturunkan bermain terlebih dahulu. Harap beliau perform seperti Sadio Mane.\nUntuk makluman, Malaysia pernah memenangi Piala Raja Thailand ini empat kali pada 1972, 1976, 1977, dan 1978.\nAyuh, malam minggu ini kita berikan sokongan kepada Malaysia!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh & Masa Perlawanan Akhir Thai King\u2019s Cup\n\n \nSaksikan Siaran Langsung (LIVE)\n\n \nTERKINI: KEPUTUSAN SERI 0-0\n\n\nTarikh & Masa Perlawanan Akhir Thai King\u2019s Cup\nTarikh Perlawanan Final 48th King\u2019s Cup 2022\nAhad, 25 September 2022\nMasa perlawanan:\nMALAYSIA VS TAJIKISTAN8:30pm (TH) 9:30pm (MY)\nLokasi : \nStadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand\nSaksikan Siaran Langsung (LIVE)\nSiaran langsung di Astro Arena dan TV9 Di Hatiku\n\nStream LIVE di TONTON & Xtra melalui pautan pantas berikut:\nhttps://www.xtra.com.my/live-tv/\nhttps://www.tonton.com.my/live/tv9\nhttps://www.xtra.com.my/live-tv/\nTERKINI: KEPUTUSAN SERI 0-0\nTajikistan MENANG dengan sepakan penalti 3-0\nSekilas info\nSaingan Thai King\u2019s Cup dijalankan dalam format kalah mati. Pasukan yang menang akan mara ke final manakala pasukan yang kalah berentap untuk penentuan tempat ketiga. \nSetiap keputusan perlawanan memberi pulangan mata ranking FIFA.\nBaca juga: \nGegar Vaganza 9 (GV 2022) : Konsert LIVE & Markah TerkiniSenarai Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 2022)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kira-kelayakan-beli-rumah-dsr/", "title": "Cara Kira Kelayakan Beli Rumah (Formula DSR)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNak semak kelayakan beli rumah? Anda boleh guna formula pengiraan DSR rumah.\nRamai individu yang menyangka bahawa apabila mereka ingin membeli rumah impian, perkara utama yang dilihat oleh pihak bank adalah jumlah pendapatan pembeli semata-mata.\nNamun, jangan terkejut kerana ada individu yang mempunyai pendapatan besar tetap ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan rumah.\nBagaimanakah ini mungkin terjadi?\nKerana mereka tidak mengetahui bahawa pihak bank akan melihat kepada kadar Debt Service Ratio (atau DSR) pembeli terlebih dahulu sebelum pinjaman perumahan mereka akan diluluskan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFaktor Kelayakan Pinjaman Untuk Beli Rumah\n\n \nApa itu DSR?\n\n \nFormula Pengiraan Kelayakan Beli Rumah (DSR)\n\n \nTambahan: 6 Tips Beli Rumah\n\n\nFaktor Kelayakan Pinjaman Untuk Beli Rumah\nSecara umumnya, terdapat 3 faktor atau komponen utama yang dilihat oleh pihak bank untuk meluluskan pinjaman perumahan seseorang pemohon:\nCTOSCCRISDSR\nKali ini, mari lihat lebihh lanjut mengenai apa itu DSR dan bagaimana cara mudah anda mengira sendiri pengiraan DSR.\nApa itu DSR?\n\nDSR @ Debt Service Ratio boleh diterjemahkan sebagai nisbah pembiayaan hutang iaitu nisbah jumlah hutang seseorang individu dibandingkan dengan pendapatan isi rumahnya.\nSecara mudah difahaminya, ia adalah kayu ukur kemampuan seseorang melangsaikan hutang peminjam.\nDisebabkan itulah kadar DSR ini dijadikan penandu ukur pihak bank sama ada sesesuatu permohonan itu layak diluluskan atau tidak.\nSecara umumnya kadar DSR ini ditetapkan sendiri oleh pihak Bank Negara Malaysia dimana kadar DSR maksimum sekitar 70%.\nNamun, kadar ini mungkin sedikit berbeza antara sesuatu bank dengan bank yang lain mengikut kriteria penilaian risiko mereka sendiri.\nSekiranya DSR anda adalah bawah 70%, maka kebarangkalian pemohonan anda akan diluluskan untuk tujuan pembiayaan perumahan adalah tinggi. \nPihak bank semestinya lebih mudah tertarik dengan pemohon yang mempunyai kadar DSR yang rendah kerena mereka tahu bahawa pemohon mempunyai lebihan pendapatan berbanding gaji yang diterima mereka untuk melangsaikan hutang bersama pihak bank kelak sekiranya pinjaman mereka dilluluskan.\nSecara ringkasnya, pihak bank dapat mengurangkan risiko mereka sendiri apabila hanya meluluskan pinjaman terhadap pemohon yang mempunyai DSR yang rendah. \n\nFormula Pengiraan Kelayakan Beli Rumah (DSR)\nUntuk mengira sendiri DSR rumah, anda boleh menggunakan formula mudah di bawah:\nDSR \u2013 (Jumlah komitmen hutang / Pendapatan bulanan) x 100%\nHutang yang diambil kira untuk pengiraan kadar DSR ini adalah hutang seperti hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi, kad kredit, PTPTN dan hutang-hutang dengan institusi/agensi kerajaan.\nSementara itu, pendapatan bulanan juga hanya diambil kira pendapatan bersih anda sahaja iaitu pendapatan anda setelah ditolak EPF, SOSCO, EIS dan sebagainya. \n\nTambahan: 6 Tips Beli Rumah \n6 PUNCA MUDAHKAN BELI RUMAH?\nBila ada yang berjaya beli rumah mula kerja, kita akan tumpang kagum sebenarnya. Mengapa mereka mudah beli rumah?\nADA ILMU HARTANAHSemakin banyak ilmu kita semakin kecil peluang kita buat silap, loan dengan siapa?, rumah jenis apa?, boleh kena tipu ker? Gaji saya layak beli rumah apa? Apa formula hartanah mudah?SEMAK KELAYAKKAN KITASinggah mana mana bank dan bawa slip gaji untuk semak kelayakkan rumah yang mampu kita beli. Beli ikut kelayakkan gaji, dah ada rumah pertama. Pasang impian nak beli rumah kedua.SEDIAKAN DEPOSITSelagi kita tiada simpanan, kita akan masuk dalam golongan yang selalu merungut \u201crumah mahal giler\u201d. Kita harus belajar menabung dari sekarang. Semakin tebal tabungan makin cemerlang dan cerah peluang.JAGA REKOD CCRIS KITAJika kita tak bayar PTPTN kita sebab dapat penangguhan dan boleh keluar negara. Bersedia untuk permohonan rumah pertama ditolak oleh bank mana mana. Hubungi pegawai PTPTN untuk berbincang dan bayar secara seimbang.CANTIKKAN DEBT SERVICE RATIO (DSR)Bila kita dah apa pinjaman peribadi, \u2018terbeli\u2019 honda city peluang untuk beli rumah jadi sukar. Tahan diri dulu untuk bergaya dengan kereta.TANGGUH BUAT ASB FINANCINGJika tahun itu nak beli rumah, tangguh dulu nak buat ASBF agar rekod CCRIS kita baik dan DSR kita cantik.Jika semua ini berjaya dijaga, peluang beli rumah mudah dan tetap ada.\nSumber: Azizul Azli \n"]} {"url": "https://ecentral.my/emunakahat-penang/", "title": "eMunakahat Penang : Permohonan & Borang Nikah Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\neMunakahat Penang merupakan sebuah web aplikasi Nikah, Cerai Ruju\u2019 Pulau PInang secara dalam talian. \nSecara ringkasnya, web aplikasi eMunakahat Penang ini disediakan bagi memenuhi tuntunan awam yang mahukan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien dengan penggunaan teknologi maklumat yang sangat meluas digunakan era ini.\nArtikel berkaitan: SPPIM: Cara Daftar Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin Islam Di Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKemudahan Yang Disediakan Di Portal eMunakahat Penang\n\n \nProsedur Permohonan Nikah\n\n \nPermohonan Kursus Praperkahwinan\n\n \nPermohonan Kad Nikah\n\n \nBorang Nikah Online eMunakahat Penang\n\n\nKemudahan Yang Disediakan Di Portal eMunakahat Penang\nAplikasi ini menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan ruju\u2019 yang merupakan perkhidmatan utama bagi mana-mana jabatan agama seluruh Malaysia secara atas talian.\u00a0\nAntara perkhidmatan yang boleh dilakukan secara atas talian ialah:\n\n\n\n\n\n\n\nPermohoan kursus praperkahwinan\nPermohonan berkahwin\nPermohonan pendaftaran perceraian \nSemakan status permohonan sijil nikah, cerai dan ruju\u2019.\n\nArtikel berkaitan: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online\nProsedur Permohonan Nikah\nPERATURAN AM\n\nPemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan perlu mendapatkan Surat Rujukan dari Pejabat Agama Daerah untuk mendapatkan proses kebenaran daripada Mahkamah Syariah.\nBorang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.\nPemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini\nPermohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti\u00a0senarai semak permohonan kebenaran berkahwin\u00a0(mengikut situasi pemohon).\n\nPermohonan Kursus Praperkahwinan\nBagi pengguna web ini yang ingin membuat permohonan kursus praperkahwinan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:\n\nLayari laman eMunakahat Penang d alamat http://emunakahat.penang.gov.my/\nKlik \u201cPermohonan\u201d pada bahagian menu\nKlik butang \u201cPermohonan Dibuka\u201d\nPopup akan muncul\nPilih penganjur program PraPerkahwinan daripada senarai yang dipaparkan\nKlik butang \u201cPaparkan\u201d\nKlik butang \u201cPilih\u201d pada tarikh yang masih Available\nMasukkan nombor kad pengenalan anda dan lengkapkan segala butiran sehingga permohonan anda selesai\n\nSekiranya terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan sekretariat di bawah:\nPejabat Agama DaerahTelefonHotlineBarat Daya04-8668525011-3777363Timur Laut04-2612979011-11442317Seberang Perai Tengah04-5386451019-4162611Seberang Perai Utara (Butterworth)04-3511521019-4150612Seberang Perai Utara (Kepala Batas)04-5751182011-55347577Seberang Perai Selatan04-5821001013-9243767JHEAIPP (Unit Pembangunan Keluarga \u2013 Kursus Pra)04-2637200\u2013\nPermohonan Kad Nikah\nKad nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan surat perakuan nikah di Pulau Pinang. \nSaiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.\nBuat masa ini permohonan untuk mendapatkan kad nikah ini tidak boleh dilakukan melalui web eMunakahat Penang.\nWalau bagaimanapun, anda boleh memuat turun borang permohonan kad nikah melalui web eMunakahat di pautan berikut:\nhttp://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=kadnikah#tab_muatturun\n\nBorang Nikah Online eMunakahat Penang\nPermohonan berkahwin di Pulau Pinang juga boleh dilakukan secara online melalui web eMunakahat Penang. \nPermohonan hanya akan diproses selepas dokumen sokongan dilengkapkan.\u00a0\u00a0\nBorang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.\nPemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini.\nUntuk permohonan kahwin, ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari web eMunakahat Penang\nKlik pada \u201cPerkahwinan\u201d pada bahagian menu\nKlik pada tab \u201cPermohonan Berkahwin\u201d atau klik pada pautan http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perkahwinan#tab_permohonan\nKlik pada butang \u201cMohon Sekarang\u201d dan lengkapkan butiran diri anda dan pasangan anda serta muatnaik segala dokumen sokongan yang diminta\n\nDaripada semasa ke semasa, anda juga boleh menyemak status permohonan kebenaran berkahwin anda\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-suri-kwsp/", "title": "i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kasih Suri Keluarga Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGolongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan\u00a0insentif khas i-Suri di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022.\nProgram Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP\u00a0bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.\nSeperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan). \nInsentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.\nBerikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif Program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang diteruskan lagi bagi tahun 2022 dan patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Insentif i-Suri KWSP\n\n \nFaedah i-Suri KWSP\n\n \nSiapa Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Pendafataran\n\n \nCara Pembayaran Caruman\n\n \nBagaimana Sumbangan Kerajaan Dikreditkan Ke Dalam Akaun KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut / Pertanyaan\n\n\nApakah Insentif i-Suri KWSP\nInsentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF). \nFasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. \nSkim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain. \n\nFaedah i-Suri KWSP\n\nMenerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya\nCaruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. \nMenerima dividen tahunan KWSP \nBantuan Kematian: RM2,500 \nBantuan hilang upaya\n\nSiapa Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP?\n\nSuami kepada pasangan yang layak\nDiri sendiri (isteri) \n\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia\nBelum mencapai umur 60 tahun\nGolongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019\nIsteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)\nMencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP\n\n*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri. \nCara Pendafataran\nBagi kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018, pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.\nDokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:\n\n MyKad \n Borang i-Suri \u2013\u00a0KWSP 16G (M)\u00a0(Pendaftaran kali pertama sahaja) \n Borang i-Suri \u2013\u00a0KWSP 6A (2)\u00a0(Semasa pembayaran) \n\nSekiranya suri rumah tersebut telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan:\u00a0https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms\u00a0untuk pendaftaran i-Saraan.\nCara Pembayaran Caruman\nBagi melayakkan suri rumah mendapat sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun. \nPembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut: \n\ntunai atau cek di kaunter peresitan KWSP\ntunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank; \npindahan wang melalui perbankan internet oleh bank (rujuk jadual di bawah)\n\n*Nota: Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan. \n\nPerbankan Internet\u00a0Kaunter Ejen Bank\u00a0Ejen Bank BerdaftarKaunter KWSP\u00a0\u00a0Pemindahan wang secara elektronik\u2013 MBSB Bank\u2013 MAYBANK (M2u)\u2013 RHB Bank\u2013 Public Bank\u2013 Bank Muamalat\u2013 Alliance Bank\u2013 Hong Leong Bank\u2013 Bank Islam\u2013 Cimb BankTunai/cek\u2013 BSN\u00a0\u2013 Maybank\u2013 Public Bank\u2013 RHB Bank*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.Ejen Bank (EB) BSNTunai (maksimum\u00a0RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar\n\nBagaimana Sumbangan Kerajaan Dikreditkan Ke Dalam Akaun KWSP\nSumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember. \n Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut: \n\nAkaun 1 dan Akaun 2 \u2013 peserta yang berumur bawah 55 tahun\nAkaun Emas \u2013 peserta yang berumur 55 tahun ke atas. \n\n\nMaklumat Lanjut / Pertanyaan\nUntuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000. \nBagi pertanyaan mengenai e-Kasih, sila rujuk : \nUntuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-taska-pemulih/", "title": "Permohonan Bantuan Pengusaha Taska RM3000 One-off (PEMULIH)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN KHAS KEPADA PENGUSAHA TASKA (PAKEJ PEMULIH) 2021\nPermohonan bantuan khas kepada pengusaha TASKA bagi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pakej Pemulih) kini dibuka.\nTujuan pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankanbeban pengurusan TASKA dalam mematuhi PanduanPencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan olehpihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).\nBantuan ini dipertimbangkan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan AktaTaman Asuhan Kanak-Kanak 1984[Akta 308].\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan dan syarat-syarat Bantuan Khas TASKA PEMULIH 2021.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKadar Bantuan TASKA PEMULIH\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan TASKA PEMULIH 2021\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Kelayakan\nKategori TASKA yang layak memohon bantuan khas iniberdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]adalah seperti berikut:\ni. TASKA Institusi\nMenerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaanDitubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)\nii. TASKA Di Tempat Kerja\nMenerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaanDitubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja\niii. TASKA Komuniti\nMenerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaanMenerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan NegeriDitubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar\niv. TASKA Rumah\nMenerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaanDijalankan di kediaman sendiri\nKadar Bantuan TASKA PEMULIH\nKadar bayaran bantuan kewangan khas berjumlah:\nRM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; danRM 800 untuk TASKA di Rumah.\nTarikh Permohonan\nPengusaha TASKA boleh mula memohon mulai 19 Julai 2021 dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapatimelalui laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir kePejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/Cawangan yang berdekatan.\nTarikh akhir permohonan Bantuan Kewangan Pakej PEMULIH iniadalah pada 31 Ogos 2021.\nBaca juga: Penjana Kerjaya 3.0: Program Insentif Pengambilan Pekerja (PEMULIH)\nCara Permohonan TASKA PEMULIH 2021\nPengusaha TASKA boleh mendapatkan BorangPermohonan dan Senarai Semak permohonan daripadalaman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir kePejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/Cawangan yang berdekatan;Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistemPusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC);Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumensokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat; danMembuat temu janji untuk mengemukakan dokumenpermohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semakkepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/Bahagian/ Cawangan yang terdekat.\nSila rujuk borang permohonan dan senarai semak di bawah:\nBorang Permohonan : https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/penerbitan/PENGUMUMAN/BKT_1%20Borang%20Permohonan.pdf\nSenarai Semak : https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/penerbitan/PENGUMUMAN/BKT_2%20Senarai%20Semak.pdf\nKaedah Pembayaran\nJabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khasyang diluluskan menerusi pindahan wang secara ElectronicFunds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Khas OKU PEMULIH RM500 / 3 Bulan (JKM)\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan berhubung perkara ini boleh dibuat dengan:\nPejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan; atauMenghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996; atauTalian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.Melayari https://www.jkm.gov.my/jkm/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/raya-awal-sehari-2023/", "title": "Raya 2023 Awal Sehari? Ini Penjelasan JUPEM Berkenaan Hilal Syawal", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRaya 2023 Awal Sehari? Ini Penjelasan JUPEM Berkenaan Hilal Syawal\nPusat Astronomi Antarabangsa berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.\nLaporan portal Gulf News bagaimanapun menyebut beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin sukar melihat anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.\nBerita berkenaan menyebabkan ramai yang menyangka Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tahun 2023 ini akan disambut lebih awal sehari, iaitu pada 21 April berbanding tarikh jangkaan pada 22 April 2023.\n\u00a0Isu \u2018raya awal\u2019 yang hangat dibincangkan dalam kalangan umat Islam negara ketika ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.\nSementara itu, berikut dikongsikan penjelasan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM\u00a0berkenaan perbandingan hilal Syawal 2022 dan Hilal Syawal 2023 yang mungkin dapat memberi gambaran tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRaya Awal Sehari? JUPEM Kongsi Perbandingan Data Hilal Syawal 2022 Dengan Data Hilal Syawal 2023\n\n \nAnalisa Data Hilal Syawal 2022 & 2023\n\n \nPerbincangan Jawatankuasa Fatwa Tentang Tarikh Hari Raya 2023\n\n \nMenunggu Pengumuman Rasmi Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja\n\n\nRaya Awal Sehari? JUPEM Kongsi Perbandingan Data Hilal Syawal 2022 Dengan Data Hilal Syawal 2023\nData hilal yang dihisab (hitung) sentiasa dirujuk semasa menentukan tarikh baharu dalam sesuatu bulan hijri. Data hilal pada setiap tarikh 29 haribulan hijri dianalisa untuk mengetahui samada ia memenuhi syarat Kriteria Imkanur-Rukyah atau sebaliknya yang menentukan jumlah hari dalam bulan tersebut hanya 29 hari atau 30 hari. \nBagi penentuan tarikh baharu tiga bulan utama yang melibatkan ibadah besar iaitu bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah akan ditentukan melalui kedua-dua kaedah hitungan (hisab) dan cerapan hilal (rukyah).\nKriteria Imkanur-Rukyah merupakan satu kriteria yang digunakan sebagai asas yang menggambarkan ciri hilal yang dianggap boleh dilihat dengan mata kasar atau bantuan alat optik. Kriteria yang digunakan adalah melibatkan dua elemen iaitu tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal dengan matahari semasa waktu maghrib (matahari terbenam). \n\n\n\n\n\n\nSYARAT MINIMA HILAL BOLEH KELIHATAN\nSyarat minima hilal boleh kelihatan menurut kriteria ini mestilah di ketika matahari telah terbenam kedua-dua syarat mestilah dipenuhi iaitu tinggi hilal di atas ufuk tidak kurang dari 3\u00b0 dan jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang dari 6.4\u00b0 (6\u00b0 24\u2019).\nPemahaman masyarakat terhadap data hilal adalah penting supaya dapat mendapat gambaran potensi hilal kelihatan atau sebaliknya terutama melibatkan tiga bulan utama semasa cerapan hilal dilakukan. \nPengetahuan ini boleh dijadikan panduan kepada orang awam untuk memahami samada hilal bagi sesuatu bulan itu berada pada tahap mustahil boleh dilihat atau sukar dilihat atau mudah kelihatan. \nGambaran tersebut dapat difahami dengan mengetahui beberapa ciri antaranya seperti berikut:\na) ketinggian hilal di atas ufuk;\nb) jarak antara hilal dengan matahari;\nc) umur hilal dari berlaku ijtimak sehingga hilal terbenam;\nd) tempoh hilal berada di atas ufuk; dan\ne) sejauh mana data hilal tersebut menghampiri kriteria imkanur-rukyah.\nHilal yang mempunyai ciri-ciri kritikal hampir memenuhi syarat minima Kriteria Imkanur-Rukyah sering mendapat perhatian pencerap kerana menjadi cabaran dan harapan kemungkinan hilal dapat dilihat sekaligus menjadi satu pencapaian rekod baharu dalam cerapan hilal untuk digunakan dalam penilaian saintifik bagi tujuan penambahbaikan Kriteria Imkanur-Rukyah jangka masa panjang di masa hadapan. \nDalam keadaan dimana hilal yang berada di bawah Kriteria Imkanur-Rukyah berjaya dilihat, ia akan memberi kesan kepada perubahan tarikh bulan baharu berbeza dengan kalender hijri yang telah diterbitkan sebagaimana berlaku pada bulan Syawal tahun 2022.\nAnalisa Data Hilal Syawal 2022 & 2023 \nAnalisa data hilal Syawal tahun 2022 menunjukkan bahawa tinggi hilal 5\u00b0 27\u2019 adalah berada jauh melebihi syarat minima (3\u00b0). \nManakala jarak lengkung hilal ke matahari adalah 5\u00b0 57\u2019 yang hampir memenuhi syarat minima (6\u00b0 24\u2019). \nHasil cerapan mendapati bahawa hilal Syawal 2022 telah berjaya dilihat dan penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 adalah lebih awal sehari berbanding tarikh yang telah ditetapkan di dalam kalender.\n\n\nAnalisa data hilal Syawal tahun 2023 menunjukkan bahawa tinggi hilal adalah 2\u00b0 18\u2019 berada di bawah kriteria minima (3\u00b0), manakala jarak lengkung hanyalah 2\u00b0 41\u2019 sahaja berada jauh di bawah kriteria minima (6\u00b0 24\u2019). \nData ini menggambarkan hilal berada pada posisi sukar dilihat kerana jauh di bawah syarat minima. \nWalau bagaimanapun sebagai umat islam yang beriman adalah wajib mengimani bahawa segala ketentuan adalah di atas kehendak Allah SWT. \nTelah menjadi ketetapan di negara ini bahawa cerapan hilal rasmi dijalankan pada 29 haribulan hijri bagi tiga bulan utama dan sekiranya hilal kelihatan maka keesokannya ditetapkan sebagai 1 haribulan bulan baharu sebaliknya jika tidak kelihatan maka keesokan harinya adalah dilanjutkan kepada 30 haribulan.\nPerbincangan Jawatankuasa Fatwa Tentang Tarikh Hari Raya 2023\nRamalan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa 1 Syawal di kebanyakan negara adalah pada 21 April, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na\u2019im Mokhtar.\n\n\u201cJadi saya rasa kita kena tunggu. Kita akan bincang di peringkat Jawatankuasa Fatwa, seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya tidak terkejut (sambut raya).\n\n\n\u201cSaya tidak mahu mendahului dan serah kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk keputusan,\u201d katanya kepada media selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam melaksanakan program kebersihan, di sini hari ini.\n\nDi Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.\nPortal Gulf News melaporkan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di UAE mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.\nBagaimanapun, menurut laporan itu beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.\nLaporan itu juga memaklumkan kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan Syawal pada 21 April (Jumaat) sebagai hari pertama Aidilfitri.\nDalam pada itu, ditanya persediaan yang perlu dilakukan umat Islam untuk berdepan sebarang kemungkinan, Mohd Na\u2019im meminta umat Islam agar bersabar kerana penentuan tarikh hari raya terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.\n\n\u201cBagaimanapun ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut \u2018tindakan pemerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam\u2019. Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan nanti untuk memudahkan rakyat,\u201d katanya. \n\nMenunggu Pengumuman Rasmi Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja\nKebelakangan ini terdapat maklumat telah tersebar di media sosial berkenaan tarikh hari raya tahun 2023 adalah lebih awal sehari berbanding kalender sehingga masyarakat tertanya-tanya serta menimbulkan kegusaran sesetengah pihak. \nJusteru orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat kenyataan sehingga boleh menimbulkan kerunsingan dalam masyarakat. \nUmat islam di negara ini juga dinasihat agar\u00a0tidak membandingkan penetapan satu Syawal dengan negara lain kerana ia dipengaruhi pelbagai\u00a0faktor termasuk aspek geografi dan kaedah penentuannya yang berbeza.\n\n\n\nSebaiknya adalah menyerahkan penetapan tarikh baharu bagi sesuatu bulan hijri terutama melibatkan ibadah puasa, perayaan hari raya dan hari raya korban kepada pihak berwajib setelah keputusan cerapan hilal diseluruh negara diperolehi dan pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.\nKredit: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/strok-haba/", "title": "Strok Haba : Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan \u2013 KKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerkini kita dikejutkan dengan tragedi sebuah keluarga yang telah kehilangan anak mereka disebabkan strok haba. Kami mengucapkan takziah atas kehilangan anak yang disayangi.\nJangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.\nMET Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) suhu meningkat ke 35-37\u00b0C terutamanya di kawasan utara semenanjung. Sentiasa pantau FB Met Malaysia bagi melihat situasi semasa cuaca di Malaysia.\nIkuti seterusnya perkongsian tentang strok haba dalam artikel ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Strok Haba?\n\n \nTanda / Gejala Strok Haba\n\n \nLangkah Pencegahan\n\n \nGolongan Berisiko\n\n \nRawatan\n\n \nBahaya / Komplikasi Strok Haba\n\n\nApakah Itu Strok Haba?\nApabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat \u2018kelesuan haba\u2019 (heat exhaustion) atau lebih teruk, \u2018strok haba\u2019 (heat stroke).\nStrok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40\u00b0C (darjah celsius) atau lebih. \n\n\n\n\n\n\nKejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.\nKadar kejadian strok haba adalah berbeza bergantung kepada faktor geografi, cuaca dan aktiviti penduduk setempat. Risiko strok haba adalah tinggi apabila berada dalam keadaan suhu sekeliling melebihi 39.2\u00b0C.\n\nMenurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain, berdasarkan laporan \u2018World Health Organization\u2019 (WHO) 2023, fenomena gelombang haba berterusan di Eropah pada pertengahan tahun 2022 telah menyebabkan lebih 20,000 kematian akibat strok haba.\n\u201cDi Malaysia pula, 200 kes penyakit berkaitan haba telah dilaporkan di mana 22 kes adalah strok haba. Oleh itu, tindakan aktif hendaklah diambil bagi mengelak kejadian penyakit berkaitan haba seperti strok haba.\n\u201cJabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah melaporkan bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan Julai 2023 selain turut melanda negara-negara Asia lain termasuk Thailand, Vietnam, China, India dan Bangladesh,\u201d ujarnya.\nTanda / Gejala Strok Haba\nOrang awam perlu mengetahui tanda-tanda dan gejala strok haba agar tindakan segera dapat diambil.\nAntara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah :\n\ndenyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit), \npernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit), \nbadan terasa panas dan kering, \nsakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing, \nberasa mual, \npeningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40\u00b0C atau lebih (suhu badan normal: 36.5\u00b0C hingga 37.5\u00b0C), \ntekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg) \ntidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.\n\n\nMESTI TAHU: TANDA-TANDA AWAL STROK HABA\n\nLangkah Pencegahan\nOrang awam juga perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk mengelak berlakunya strok haba iaitu:\n\ntidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang, \nelak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan, \npastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari, \nmengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung, \ntidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik \nmemastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis\n\nBeliau turut menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda awal penyakit berkaitan haba.\n\nGolongan Berisiko\nIndividu yang melakukan aktiviti atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang panas dikenal pasti berisiko tinggi seperti pekerja pembinaan, petani, pengawal keselamatan, polis, tentera, bomba, pengendali jentera berhaba, atlet dan aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan di bawah sinaran matahari terik.\nSelain itu, beberapa golongan rentan juga dikenal pasti meningkatkan lagi risiko mendapat strok haba seperti warga emas, kanak-kanak dan individu dengan penyakit kronik.\n\nRawatan\nRawatan di tempat kejadian :\n\nAlihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.\nSejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.\nBerikan udara segar, halakan\u00a0 kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.\nSekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.\nDapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.\n\nRawatan di hospital :\n\nMangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.\nSekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.\nPenyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.\n\n\nSumber: Public Health Malaysia\nBahaya / Komplikasi Strok Haba\nStrok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius. \nBerdasarkan satu artikel yang ditulis oleh Bouchama et al. (2022), kesan jangka pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh mengakibatkan sel-sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting.\nMangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.\n\nSentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada METMalaysia dan amaran kesihatan berkaitan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.\nKurangkan atau elak daripada melakukan sebarang aktiviti luar mahupun bersenam ketika cuaca panas terik.\nSumber rujukan: \n\nhttp://www.myhealth.gov.my/strok-haba-heat-stroke/\nhttps://www.kk.usm.my/\u2026/1804-cuaca-panas-melampau-aw\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-khas-oku-pemulih/", "title": "Permohonan Bantuan Khas OKU PEMULIH RM500 / 3 Bulan (JKM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDi bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Bantuan Kewangan Khas OKU disediakan oleh Kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.\nDi sini dikongsikan info lanjut tentang Bantuan Kewangan Khas OKU RM500 di bawah Pakej PEMULIH.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Khas Kewangan OKU PEMULIH?\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nTarikh Permohonan Bantuan OKU PEMULIH\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan OKU PEMULIH\n\n \nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Kelulusan & Kaedah Pembayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Khas Kewangan OKU PEMULIH?\nBantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang terkesan teruk akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.\nObjektif:\n\n\n\n\n\n\nMembantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19Membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidupMengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaanSebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1\u00bd tahun.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan dan dibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulan kepada individu yang telah diluluskan permohonannya.\nTarikh Permohonan Bantuan OKU PEMULIH\nPermohonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.\nSyarat Permohonan\nOKU yang berdaftar dengan JKM;OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerjaOKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; danOKU yang bukan kakitangan kerajaan.\nBaca juga: JKM: Cara Pendaftaran OKU & Keistimewaan OKU Berdaftar\nCara Permohonan Bantuan OKU PEMULIH\nPermohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:\ni. Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui Google Form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my\nii. Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel b[email\u00a0protected]\niii. Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel [email\u00a0protected]\nDokumen Sokongan Yang Diperlukan\nSetiap pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen sokongan seperti berikut:\nSalinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.\nSemakan Kelulusan & Kaedah Pembayaran\nBagi permohonan yang lengkap dan telah diluluskan, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan melaksanakan bayaran ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan.\nPermohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.\nBaca juga: KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Sehingga RM3,600\nMaklumat Lanjut\nFAQ Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej Pemulihan)Borang PermohonanPermohonan Secara Atas TalianTelefon: 03-8323 1656Facebook Rasmi JKM : https://www.facebook.com/myJKMHQ\nUntuk pendaftaran boleh dilakukan melalui link yang diberikan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/anis-selangor-bantuan-khas-anak-istimewa/", "title": "Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.\nBantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) Selangor 2022.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) Selangor 2022\n\n \nSyarat & Kelayakan\n\n \nCara Permohonan ANIS Selangor 2022\n\n \nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n\nBantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) Selangor 2022\nYAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat\u00a0one-off\u00a0dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.\nObjektif Utama:\nMembantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup.Membantu mengurangkan beban ibu bapa/penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.\nJenis bantuan diberikan:\nMakanan/keperluan tambahan*Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*Ubat-ubatan*Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)* berdasarkan preskripsi doktor sahaja\nSyarat & Kelayakan\nWarganegara Malaysia;\u00a0DANIbu /bapa/ penjaga salah seorang\u00a0Pengundi Selangor.Ibu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah;\u00a0DANIbu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor;\u00a0ATAU\u00a0Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM;\u00a0ATAUSurat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU);\n*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973\n\nCara Permohonan ANIS Selangor 2022\nPemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawanghttps://www.anisselangor.com/bantuananisPemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakanPenghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:Pejabat YAWASAras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,40000 Shah Alam, Selangor.Borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petangJika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayanSebarang pertanyaan Sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068\nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.Salinan Kad Pengenalan pasangan.Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)Salinan Semakan daftar Pemilih SPR\u00a0https://pengundi.spr.gov.my\nBaca juga: MyDaftar OKU: Cara Pendaftaran & Keistimewaan Berdaftar Dengan JKM\nTarikh Permohonan\nPermohonan terbuka mulai 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022\nKaedah Pembayaran\nJenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.Pembayaran dan Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKUPembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nTelefon : 03-55453170E-mel: [email\u00a0protected]Laman web: https://www.anisselangor.com/bantuananisPertanyaan: https://www.anisselangor.com/contactus\nBaca juga: Tarikh & Jadual Bayaran Bulanan JKM 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kadar-mas-kahwin/", "title": "Kadar Mas Kahwin Setiap Negeri Di Malaysia (Terkini)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda merancang untuk berkahwin dan ingin mengetahui kadar mas kahwin anda?\nRamai orang terkeliru perbezaan antara duit hantaran dan duit mas kahwin.\nSecara ringkasnya, mas kahwin atau mahar adalah pemberian daripada seorang lelaki kepada isterinya dimana duit ini adalah hak milik isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut kembali oleh suami atau keluarganya hatta selepas berkahwin sekali.\n\n\n\n\n\n\nSementera itu, duit hantaran pula adalah sekadar adat dimana nilainya bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan wanita. \nSesetengah negeri di Malaysia menetapkan nilai mas kahwin ini tetapi ada juga yang tidak menetapkannnya maka jumlahnya adalah bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua bela pihak lelaki perempuan. \nNilai mas kahwin ini ditentukan oleh negeri tempat bakal isteri anda dan hukumnya adalah wajib dibayar oleh pihak lelaki.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHikmah diwajibkan bayaran mas kahwin\n\n \nKadar mas kahwin terkini\n\n \nKadar bagi wanita dara\n\n \nKadar bagi janda/ibu tunggal\n\n\nHikmah diwajibkan bayaran mas kahwin\nMufti Wilayah Persekutuan ada menulis artikel Hikmah Ditetapkan Mas Kahwin dalam Perkahwinan. Secara ringkasnya, pemberian mas kahwin mempunyai hikmah-hikmah berikut:\nBagi menzahirkan keinginan bakal suami yang benar-benar menggauli isterinya dengan pergaulan yang baik dan membina rumahtangga yang muliaBukti ikatan cinta antara kedua-duanya.Lambang kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita melalui sesebuah perkahwinan.Menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita.\nKadar mas kahwin terkini \nKredit: Pesona Pengantin\nUntuk makluman, kadar mas kahwin bagi wanita yang masih dara dan janda/ibu tunggal adalah berbeza.\nKadar bagi wanita dara \nPerlis \u2013 Tidak ditentukanKedah \u2013 Tidak ditentukanPerak \u2013 RM101Wilayah Persekutuan KL \u2013 RM80Selangor \u2013 RM300Negeri Sembilan \u2013 RM200Melaka \u2013 RM100Johor \u2013 RM22.50Pahang \u2013 RM22.50Terengganu \u2013 Tidak ditentukanKelantan \u2013 Tidak ditentukanSabah \u2013 RM100Sarawak \u2013 RM120Wilayah Persekutuan Labuan \u2013 RM80\nKadar bagi janda/ibu tunggal\nPerlis \u2013 Tidak ditentukanKedah \u2013 Tidak ditentukanPerak \u2013 RM101Wilayah Persekutuan KL \u2013 RM40Selangor \u2013 RM300Negeri Sembilan \u2013 RM100Melaka \u2013 RM100Johor \u2013 RM22.50Pahang \u2013 RM22.50Terengganu \u2013 Tidak ditentukanKelantan \u2013 Tidak ditentukanSabah \u2013 RM80Sarawak \u2013 RM120Wilayah Persekutuan Labuan \u2013 RM80\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-sekolah-2021/", "title": "SOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Oktober 2021 dengan SOP yang ditetapkan oleh KPM.\nNamun, KPM akan melaksanakan sistem baharu yang melibatkan hanya 50% kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.\nSetiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu.\nMurid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSOP Penggiliran Murid & Pembukaan Sekolah Bermula 3 Oktober 2021\n\n \nPenggiliran Murid Ke Sekolah\n\n \nSesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Ke Mac 2021\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang SOP Sekolah 2021\n\n\nSOP Penggiliran Murid & Pembukaan Sekolah Bermula 3 Oktober 2021\nBerikut adalah ringkasan SOP Pembukaan Kelas Yang Diumumkan oleh KPM dalam sidang media sebentar tadi.\nFasa 1 PPN: \n\nFASA 1\n\n\n\n\n\n\nSekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR.\nFASA 2\nHanya kelas peperiksaan yang akan dibenarkan ke sekolah.\nFASA 3\nSemua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.\nFASA 4\n Semua institusi pendidikan dibuka SEPENUHNYA dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM. \nPenggiliran Murid Ke Sekolah\nBermula 3 Oktober juga, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% daripada enrolmen keseluruhan kelas.\n\nSebagai contoh, sekiranya 36 orang murid berada dalam satu kelas, maka ia akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.\nKedua-dua kumpulan ini akan bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan bagi memastikan PdP Bersemuka dapat diteruskan dalam kapasiti yang lebih selamat untuk murid.\n\nWalaubagaimanapun, pengecualian bagi penggiliran murid adalah ditetapkan bagi kumpulan berikut:\n\nSesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Ke Mac 2021\nSementara itu, Menteri Kanan Pendidikan turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.\nPelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan.\nIni bermaksud, murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022.\nSemua Institut Pendidikan Guru di negeri Fasa Satu, Fasa Dua masih laksanakan PdPR.\nPembukaan sekolah, institusi pendidikan di negeri atau kawasan dalam \u2018Travel Bubble\u2019 ikut kaedah Fasa 4 PPN.\nPengoperasian sekolah, institusi pendidikan negeri yang beralih fasa PPN dilaksanakan selepas dua minggu peralihan.\nBaca juga: Bantuan Am Persekolahan Untuk Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP\nMaklumat Lanjut Tentang SOP Sekolah 2021\nUntuk maklumat lanjut berhubung pembukaan sekolah dan SOP yang terkini oleh KPM, sila rujuk dalam slaid PDF di bawah:\n\n\n\nMuat turun slaid penuh Sidang Media Pengoperasian Sekolah KPM:\nSOP-PENGOPERASIAN-SEKOLAH-KPM-PDFDownload\n\nMUAT TURUN PANDUAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH KPM 3.0\n\nGaris-Panduan-Pengurusan-dan-Pengoperasian-Sekolah-3.0Download\n\nMUAT TURUN INFOGRAFIK PEMBUKAAN SEKOLAH KPM:\nInfografik-Pembukaan-SekolahDownload\n\n*Sumber: Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kerajaan-perpaduan/", "title": "Maksud Kerajaan Perpaduan \u2013 Jabatan Penerangan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah langkah penting dalam menamatkan kemelut ketidaktentuan politik dan Parlimen tergantung yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah negara.\nBagaimanakah demokrasi berparlimen dijadikan asas dalam menyelesaikan kemelut parlimen tergantung ini?\nBerikut dikongsikan maklumat mengenai pembentukan, fungsi, peranan serta dasar Kerajaan Perpaduan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.\nSumber infografik: Berita RTM\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud Kerajaan Perpaduan\n\n \nPengenalan : Naratif Perpaduan\n\n \nPerjanjian Persefahaman Kerjasama Untuk Membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia\n\n \nSoalan-soalan Lazim (FAQ) Tentang Kerajaan Perpaduan Malaysia\n\n\nMaksud Kerajaan Perpaduan\nKerajaan Perpaduan merupakan satu kerajaan yang menggabungkan wakil dari pelbagai politik menuntut parti dan semua pemimpin untuk mengenepikan kepentingan politik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara.\nIa ditubuhkan atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ekoran negara mengalami situasi Parlimen tergantung.\nYAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Bawah Kerajaan Perpaduan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya 16 Disember 2022. \u2013 AFIQ HAMBALI / Pejabat Perdana Menteri\nPengenalan : Naratif Perpaduan\nYang di-Pertuan Agong berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja yang bukan sahaja melindungi agama, tetapi juga menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum.\nSemua pihak perlu mengambil perhatian akan saranan Majlis Raja-Raja Melayu agar kerajaan baharu menyemai \u201csemangat kebersamaan\u201d dalam kalangan rakyat Malaysia dan turut melaksanakan lafaz ikrar Rukun Negara dalam semua majlis bagi meningkatkan semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat.\n\n\n\n\n\n\nSemua rakyat perlu melupakan sengketa politik selepas PRU15 dan menumpukan kepada perpaduan untuk bersama dengan kerajaan bagi memulihkan negara. Tanpa perpaduan, negara tidak akan mencapai kestabilan yang mutlak, kemajuan dan keamanan yang berterusan.\n\nPerpaduan melambangkan keharmonian kaum dan merupakan komponen penting yang mesti diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.\nSemua pihak perlu berhati-hati serta perlu saling memahami dan menghormati agama, budaya, bahasa dan adat masing-masing dan mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang bersifat mengadu domba, menghasut dan menyebar maklumat palsu terutama di media sosial yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum negara ini.\nSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 digunakan untuk mengekang cubaan segelintir pihak yang mahu memainkan sentimen perkauman serta menyalahgunakan media sosial menyebar kandungan berbaur hasutan, fitnah dan fahaman ekstremis.\n\nKerajaan Perpaduan merupakan wasilah yang mampu menjernihkan kesemua kehendak tuntutan rakyat keranan asas utama kerajaan perpaduan ialah semua dasar kerajaan perlu diputuskan secara permuafakatan.\nKementerian Komunikasi dan Digital bertindak membuat pemantauan berskala besar bagi membanteras penularan kandungan provokatif menyentuh sensitiviti Raja-Raja Melayu, perkauman dan agama.\nSelain agama, budaya, bahasa dan adat, keharmonian antara kelas perlu dipelihara seperti antara miskin dan kaya, antara orang tua dengan orang muda dan antara orang di bandar dengan orang di desa.\n\nPerjanjian Persefahaman Kerjasama Untuk Membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia\nBerikut adalah Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n*Sumber: Facebook Perdana Menteri, Anwar Ibrahim\u00a0\nSoalan-soalan Lazim (FAQ) Tentang Kerajaan Perpaduan Malaysia\nBerikut sembilan soal jawab mengenai pembentukan kerajaan ini :\n1. Apakah maksud kerajaan perpaduan? Kerajaan perpaduan merupakan satu kerajaan yang menggabungkan parti politik yang menuntut semuapemimpin terlibat untuk mengenepikan kepentingan politik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara. 2. Bagaimana proses pembentukan sesebuah kerajaan perpaduan? Kerajaan terbentuk daripada kemenangan majoriti parti dipilih menerusi amalan demokrasi berparlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 113 hingga Perkara 120 berserta Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.Kerajaan perpaduan dibentuk atas titah nasihat Agong selepas negara berdepan keadaan parlimen tergantung dengan bukti hemat dan kebijaksanaan Seri Paduka. 3. Adakah anda tahu apakah proses pemilihan Perdana Menteri di bawah bidang kuasa Agong yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Agong menggunakan kebijaksanaan bersandarkan panduan Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan seorang Perdana Menteri.Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(2)(b) yang menyebut Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri. 4. Kenapa perlu penjajaran baru parti-parti menang untuk pembentukan kerajaan? Keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada blok parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, menjadikan Parlimen tergantung yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah negara. Justeru itu, ia memerlukan penjajaran baru parti-parti menang untuk pembentukan kerajaan. 5. Apakah peranan Perdana Menteri? \u2013 Menasihati Agong\u2013 Ketua kerajaan\u2013 Membuat keputusan dasar kerajaan\u2013 Menentukan perjalanan dan tadbir urus Kabinet 6. Apakah keunikan pelantikan Menteri Kabinet dalam kerajaan perpaduan? Kerajaan perpaduan diwakili oleh ahli parlimen pelbagai bangsa, agama dan rentas wilayah dengan pelbagai kepakaran dan pengalaman bersama-sama untuk membina Malaysia yang stabil, maju dan makmur. 7. Bagaimanakah sistem demokrasi berparlimen dijadikan asas untuk menyelesaikan kemelut Parlimen tergantung? Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara.Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya.Bagaimanapun, apabila parlimen tergantung kerana tiada mana-mana gabungan parti berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, kuasa budi bicara Agong untuk melantik Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam memecah kebuntuan ini. 8. Adakah pelantikan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri? Tidak. Pelantikan Jemaah Menteri bukan di atas kuasa penuh Perdana Menteri tetapi berdasarkan cadangan nama ahli parlimen daripada parti yang bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan. 9. Apakah peranan dan tanggungjawab rakyat Malaysia dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen? Rakyat hendaklah mematuhi undang-undang negara dan menghormati prinsip Rukun Negara. Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam kehidupan dan menjaga keharmonian serta perpaduan antara masyarakat.Rakyat juga perlu menyokong dan tidak mempertikai serta memberi peluang kabinet Kerajaan Perpaduanmembuktikan kemampuan untuk membentuk semula negara selepas mengalami beberapa siri ketidakstabilan politik dan ekonomi sebelum PRU15. \n\n\n*Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia\nMuat turun RISALAH KERAJAAN_PERPADUAN oleh Jabatan Penerangan Malaysia: https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/risalah_faq_kerajaan_perpaduan.pdf\nrisalah_faq_kerajaan_perpaduanDownload\n\nImbas Kod QR untuk versi PDF\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-visa-touch-n-go/", "title": "Kad Visa Touch \u2018n Go : Kegunaan, Kelebihan, Cara Mohon Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKad Visa Touch \u2018n Go\nBaru-baru ini Touch n Go (T\u2019nG) memperkenalkan produk terbaru iaitu Kad Visa Prabayar. \nApakah keistimewaan yang ada pada Kad Visa ini berbanding kad Touch n Go sedia ada? Bagaimanakah cara untuk mendapatkannya?\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai kad visa ini dengan lebih lanjut.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Kad Visa Touch \u2018n Go?\n\n \nBeza Fungsi Kad Visa Dengan Kad Touch \u2018n Go Biasa\n\n \nCara Mohon Kad Visa T\u2019nG Secara Online\n\n \nCara Aktifkan Kad Visa T\u2019nG\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Kad Visa Touch \u2018n Go?\nKad Visa Touch \u2018n Go adalah kad prabayar yang dipautkan (link) kepada baki Touch \u2018n Go eWallet. \nProduk ini juga merupakan Kad Visa prabayar dan tanpa nombor (numberless card) pertama di Malaysia.\nAntara kelebihan kad visa prabayar ini adalah seperti berikut :\n\nBoleh digunakan di serata negara untuk pembelian produk dan perkhidmatan yang menerima pembayaran Visa.\nBoleh keluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang mempunyai jaringan Visa Plus. \n\nAnda boleh rujuk pada logo-logo di bawah untuk pastikan penggunaan kad visa :\n\nBeza Fungsi Kad Visa Dengan Kad Touch \u2018n Go Biasa\nSelain rekaan luarannya yang berlainan, kad ini menawarkan fungsi yang berbeza berbanding kad Touch \u2018n Go.\nPerbandingannya boleh dilihat seperti berikut :\nFungsiKad Visa T\u2019nGKad T\u2019nG BiasaPenggunaanBoleh digunakan di dalam dan luar negara, secara atas talian, serta di mana-mana premis yang menerima transaksi menggunakan Kad Visa.Hanya boleh digunakan di touchpoint Touch n Go terpilih.Baki KadBaki eWalletPada kad sahaja (tak termasuk baki eWallet, kecuali sudah dipautkan menerusi PayDirect untuk tol dan parking)Pembayaran TolTidakYaPengangkutan AwamTidakYaParkingYaYaCara Untuk DapatkanMenerusi aplikasi Touch n Go eWallet.Boleh didapati di : -Aplikasi Touch n Go \u2013 eWallet Lazada e-shop\u2013 Penjual atau kiosk stesen minyak terpilih \u00a0\nCara Mohon Kad Visa T\u2019nG Secara Online\n\nPergi ke aplikasi T\u2018nG eWallet\nDi laman utama, klik pada Visa Card. Kemudian, tekan \u2018Get Card Now\u2019.\nMasukkan butiran yang diperlukan. Pastikan semuanya tepat dan betul.\nSeterusnya, klik \u2018Pay Now\u2019 untuk lengkapkan pembelian. Kad Visa yang anda mohon akan sampai ke rumah dalam masa 7 hingga 10 hari waktu bekerja.\n\n\nNota : Anda akan dicaj sebanyak RM 10 untuk bayaran permohonan (termasuk kos penghantaran RM 5) dan yuran tahunan sebanyak RM 8.00.\nCara Aktifkan Kad Visa T\u2019nG\nSebaik anda terima kad visa T\u2019nG, anda perlulah aktifkan sebelum boleh menggunakannya.\nCara untuk aktifkan kad ini adalah seperti berikut :\n\nBuka aplikasi Touch \u2018n Go dan klik \u2018Activate Physical Card\u2019.\nKemudian scan kod QR yang tertera di \u2018Welcome Letter\u2019 ATAU masukkan kod pengaktifan yang boleh didapati pada surat yang sama.\nSeterusnya, tetapkan 6 digit pin untuk kad.\nPengaktifan selesai. Kini anda boleh akses kad tersebut di bahagian Dashboard.\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kad Visa prabayar dari T\u2019nG, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian +603-5022 3888 atau rujuk pada Soalan Lazim (FAQ) mengenai kad visa di pautan berikut :\nhttps://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/sections/11902612751129-Visa-Card\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-mr-dakgalbi-dan-harga-terkini-jun-2022/", "title": "Menu Mr Dakgalbi dan Harga Terkini Jun 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPenggemar hidangan dengan citarasa Korea Selatan pasti gemarkan menu yang cukup menyelerakan dari Mr Dakgalbi. \nHidangan yang ditawarkan cukup unik dan sesuai untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.\nBagi anda yang bercadang untuk nikmatinya, jom kita lihat menu Mr Dakgalbi serta harga terkini yang ditawarkan. \n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Menu Seoul Garden, Harga & Promosi Terkini Jun 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Mr Dakgalbi & Harga Terkini Jun 2022\n\n \nDakgalbi\n\n \nMain Course Set\n\n \nFried Rice Set\n\n \nK-Fry\n\n \nFried Rice\n\n\nMenu Mr Dakgalbi & Harga Terkini Jun 2022\nDakgalbi\u00a0\n\nMenu\u00a0HargaMr. DakgalbiRM 23 / paxJJU Dakgalbi (Octopus)\u00a0RM 28 / paxCheese Ring DakgalbiRM 62(2-3 pax) / RM 8 (3-4 pax)Bulgogi DakgalbiRM 23/paxBean Sprouts DakgalbiRM 24/paxSeafood DakgalbiRM 61 (2-3 pax) / RM 85 (3-4 pax)\nMain Course Set\nMenuHargaDakgalbi 2 Pax SetRM 66Dakgalbi 3 Pax SetRM 94Dakgalbi 4 Pax SetRM 122\nFried Rice Set\n\nMenuHargaFried Rice 2 PaxRM 47Fried Rice 3 PaxRM 67Fried Rice 4 PaxRM 93\nK-Fry\nMenu\u00a01 pax2 paxYang NyumRM 14RM 26Sweet GarlicRM 14RM 26Hot ShockingRM 14RM 26Snowing CheeseRM 14RM 26Creamy OnionRM 14RM 26Crazy Spicy\u00a0RM 14RM 26YangkoRM 14RM 26Soy SauceRM 14RM 26Hell SpicyRM 14RM 26\nFried Rice\n\nMenuHargaMr Dak Fried RiceRM 17Chicken Bulgogi Fried Rice\u00a0RM 17Seafood Fried RiceRM 15Beef Fried RIceRM 15Special Fried RiceRM 17\nExtra Add On\nMenuHargaCheeseRM 7Rice CakeRM 7Cheese Rice CakeRM 8Dakgalbi 200 gRM 17OctopusRM 13ShrimpRM 13Steamed RiceRM 4Sweet PotatoRM 5Mushroom CombinationRM 9UdongRM 8RamenRM 7Fried RiceRM 7\nSide Menu\nMenuHargaSeafood PancakeRM 17Cheese RingRM 17\nSide Dishes\u00a0\nMenuHargaMandu DumplingsRM 13TteokbokkiRM 22Carbonara TteokbokkiRM 22\nBeverages\nMenuHargaCokeRM 3MiloRM 4SpriteRM 3Korean MilkisRM 6Korean Orange JuiceRM 6Korean Grape JuiceRM 6\nMenarik sungguh menu yang ditawarkan di Mr Dakgalbi. Memang seronok untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga. \nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Mr Dakgalbi. \nJom ke Mr Dakgalbi hari ini! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-dapat-gaji/", "title": "Doa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDOA APABILA MENDAPAT GAJI\nAlhamdulillah gaji dah masuk. Tapi ramai yang gaji masuk terus berbelanja tanpa fikir. Bayar itu ini dah habis.\nPerkara pertama bila dapat gaji kita perlu bersyukur pada yang maha pemberi rezeki. \nBerikut kami kongsikan doa yang boleh dibacakan ketika mendapat gaji.\nDoa ini dikongsikan melalui laman sosial JAKIM.\n\n\n\n\n\n\nJom amalkan bersama!\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nDoa Ketika Dapat Gaji\n\n \nInfo Tambahan\n\n\nDoa Ketika Dapat Gaji\nBerikut adalah contoh doa yang boleh dibacakan ketika mendapat rezeki atau gaji:\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u062b\u064e\u0645\u064e\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0623 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0635\u064e\u0627\u0639\u0650\u0646\u064e\u0627\n\u201cAllahumma Bariklana fi thamarina, wa Bariklana fi Madinatina, wa Bariklana fi saw\u2019ina\u201d\nMaksudnya:\nYa Allah, berkati hasil rezeki kami, berkati bandar kami, dan berkati punca rezeki kami.\nSumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\nKita perlu aturkan gaji secara berhemah agar dapat dibelanjakan dengan sebaiknya.\nJangan lupa sedekah kerana itu adalah pembuka pintu rezeki!\nInfo Tambahan\nDisebutkan dalam kitab al-Azkar karya Imam al-Nawawi bahwa doa ini berasal daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah Ra:\n\u0643\u0627\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0627\u0633 \u0625\u0630\u0627 \u0631\u0623\u0648\u0652\u0627 \u0623\u0648\u0644 \u0627\u0644\u062b\u0645\u0631 \u062c\u0627\u0621\u0648\u0627 \u0628\u0647 \u0625\u0644\u0649 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645\u060c \u0641\u0625\u0630\u0627 \u0623\u062e\u0630\u0647 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0642\u0627\u0644\n\u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u062b\u064e\u0645\u064e\u0631\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0623 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0635\u064e\u0627\u0639\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0645\u064f\u062f\u0651\u0650\u0646\u064e\u0627. \u0627\u064e\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0652\u0645\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u062e\u064e\u0644\u0650\u064a\u0652\u0644\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0646\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a\u0652 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0646\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f\u0643\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627\u0643\u064e \u0644\u0650\u0645\u064e\u0643\u0651\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a\u0652 \u0623\u064e\u062f\u0652\u0639\u064f\u0648\u0652\u0643\u064e \u0644\u0650\u0644\u0652\u0645\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0628\u0650\u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u062f\u064e\u0639\u064e\u0627\u0643\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650 \u0644\u0650\u0645\u064e\u0643\u0651\u064e\u0629\u064e \u0648\u064e\u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064f\u0647\u064f \u0645\u064e\u0639\u064e\u0647\u064f\n\u062b\u0645 \u064a\u062f\u0639\u0648 \u0623\u0635\u063a\u0631 \u0648\u0644\u064a\u062f \u064a\u0631\u0627\u0647 \u0641\u064a\u0639\u0637\u064a\u0647 \u0630\u0644\u0643 \u0627\u0644\u062b\u0645\u0631\n\u201cOrang-orang ketika melihat awal pohon mulai berbuah, mereka datang cerita kepada Rasulullah Saw. Kemudian, ketika Rasulullah SAW mengambilnya, beliau berkata:\nAllahumma Barik Lana fi Tsamarina wa Barik Lana fi Madinatina wa Barik Lana fi Sha\u2019ina wa Barik Lana fi Muddina. Allahuma Inna Ibrahima \u2018Abduka wa Khaliluka wa Nabiyyuka, Wa Inni \u2018Abduka wa Nabiyyuka wa Innahu Da\u2019aaka li Makkata wa Inni Ad\u2019uuka li al-Madinati bi Mitsli Ma Da\u2019aaka bih li Makkata wa Mitslihi Ma\u2019ahu\u201d\nMaksudnya:\nYa Allah berkatilah buah-buahan kami, berkatilah kota kami, berkatilah mudd (timbangan) kami, berkahilah sha\u2019 (sukatan) kami. Ya Allah Sesungguhnya Ibrahim adalah hamba-Mu, kekasih-Mu, lagi Nabi-Mu. Dan aku adalah (juga) hamba-Mu dan Nabi-Mu. Ibrahim mendokan Mekkah maka aku berdoa untuk Madinah layaknya Ibrahim berdoa untuk Mekkah atau yang melakukan hal yang sama dengan Nabi Ibahim.\u201d\nKemudian setelah berdoa, Nabi SAW memanggil anak kecil lalu memberikan buah kepadanya.\nBaca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-ikea-malaysia-promosi/", "title": "Menu Restoran IKEA Malaysia & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKhas buat penggemar hidangan ala Sweden dari IKEA, kini buffet IKEA kembali lagi dengan tawaran menu yang lebih istimewa!\nBakal diadakan pada 24 Jun 2022, buffet IKEA pada kali ini membawa tema makan malam Midsummer yang berinspirasikan daripada sambutan pertengahan solstis musim panas. \nSambutan ini diraikan cukup meriah di Sweden pada setiap tahun. Jom kita lihat butiran buffet yang bakal berlangsung serta harga yang ditawarkan dari IKEA.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Menu Buffet IKEA Malaysia Bertemakan Sambutan Midsummer\n\n \nHarga Tiket Buffet IKEA\n\n \nMenu Midsummer IKEA\n\n \nMenu Terbaru IKEA Berasaskan Tumbuhan (Plant-based) Serendah RM 4.90\n\n \nMenu Edisi Terhad\n\n\nTawaran Menu Buffet IKEA Malaysia Bertemakan Sambutan Midsummer\nTarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)\nWaktu : 6.00 petang \u2013 8.30 malam (Sajian buffet akan tamat 15 minit sebelum waktu yang dinyatakan)\n\n\n\n\n\n\nCara Beli Tiket : Anda boleh dapatkannya dari Swedish Restaurant atau Swedish Food Market.\n\nHarga Tiket Buffet IKEA\nDewasa : RM 39.90\nKanak-Kanak (4 \u2013 12 tahun) : RM 19.90\nKanak-kanak berusia 4 tahun dapat nikmati hidangan buffet secara percuma.\n\u00a0Bukan itu saja, pelanggan juga berpeluang untuk dapatkan baucer IKEA bernilai RM 10 bagi setiap pembelian tiket buffet dewasa.\n*Tertakluk pada tema dan syarat.\nBaca Juga : Senarai Kek Secret Recipe, Harga, Menu Bestseller & Promosi Terkini\nMenu Midsummer IKEA\nSepanjang Jun ini, pelanggan juga berpeluang untuk nikmati hidangan IKEA edisi terhad sempena sambutan Midsummer yang cukup menyelerakan.\nMenu yang ditawarkan oleh IKEA pada waktu terhad ini adalah seperti berikut :\nBaked Salmon Fillet (RM 22.90)Father\u2019s Day Breakfast Special (RM 6.90)Marinated Salmon (RM 13.90)\n\nIKEA Family Roast Beef (RM 27.90)Marinated Smoked Salmon Bagel (RM 12.90)Vanilla Swiss Roll (RM 4.90)Roast Beef (RM 24.90)\n\n\nMenu Terbaru IKEA Berasaskan Tumbuhan (Plant-based) Serendah RM 4.90\nDi samping itu, IKEA turut meraikan citarasa pelanggan dengan memperkenalkan menu berasaskan tumbuhan yang cukup menyelerakan.\nAntaa menu yang ditawarkan adalah seperti berikut :\n7 pcs Veggie Ball (RM 7.90)Scramble Eggs (RM 7.90)IKEA Family Caesar Salad (RM 6.90 [Harga IKEA Family] / RM 7.90 [Harga Biasa])Vegetable Balls Wrap (RM 4.90)\n\n\nMenu Edisi Terhad\nJangan lupa untuk pesan sekali dua lagi menu edisi terhad khas dari IKEA sempena bulan Jun iaitu :\nWild Berry Lemon Slush (RM 8.90)Milanese Chicken with Briyani Rice (RM 13.90)\n\nSelain menu terkini yang dinyatakan, menu ikonik dari IKEA seperti meatballs, chicken wings dan sebagainya tetap setia menanti anda di restoran IKEA.\nJom nikmati IKEA bersama rakan dan keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi terkini serta tawaran hebat dari IKEA dengan mengikuti laman Facebook IKEA Malaysia. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/kursus-kolej-vokasional/", "title": "Senarai Kolej Vokasional dan Kursus Ditawarkan Seluruh Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKolej Vokasional merupakan alternatif terbaik bagi pelajar yang berminat dalam kursus kemahiran teknikal.\nKemasukan ke Kolej Vokasional (KV) bermula seawal lepasan Tingkatan Tiga daripada sekolah menengah harian.\nIsi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Pendidikan Vokasional\n\n \nLogo, Simbol & Maksud\n\n \nJenis Kolej Vokasional\n\n \nSenarai Kursus Kolej Vokasional Yang Ditawarkan\n\n \nSenarai Kolej Vokasional\n\n\nLatarbelakang Pendidikan Vokasional\nBidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik atau sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional\u00a0(berkaitan pekerjaan).\u00a0\nObjektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.\u00a0\nSetelah tamat pengajian,\u00a0murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.\n\n\n\n\n\n\n\nProgram ini merangkumi dua (2) tahun pengajian di peringkat Sijil dan dua (2) tahun 6\u00a0 (6) bulan di peringkat Diploma (termasuk lima (5) bulan On The Job Training)\nMurid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)\nMurid yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama\nMurid yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai\nMurid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia\nMatlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten bagi memenuhi keperluan industri dan entrepreneur\n\nLogo, Simbol & Maksud\n\nJenis Kolej Vokasional\nSecara umumnya, KV menawarkan 2 peringkat bidang pengajian seperti yang berikut:\n\nSijil Vokasional Malaysia (SVM)\nDiploma Vokasional Malaysia (DVM)\n\nBagi lepasan Tingkatan 3, anda boleh mengikuti pengajian untuk mendapatkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.\nKolej Vokasional merupakan pilihan terbaik kerana pengajian dilakukan secara praktikal berbanding hanya teori semata-mata yang dipelajari dalam silibus sekolah menengah biasa.\n\nSenarai Kursus Kolej Vokasional Yang Ditawarkan\nBerikut merupakan senarai kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh negara:\n\nHospitaliti\nPertanian\nSeni Reka\nPembuatan dan Pemprosesan\nPerniagaan\nPerkhidmatan Masyarakat\nTeknologi Maklumat\nTeknologi Mekanikal dan Pembuatan\nTeknologi Elektrik dan Elektronik\nTeknologi Awam\n\nINFO PROGRAM\nTeknologi ElektrikProgram ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC\u00a0& AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.Teknologi ElektronikProgram ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.Teknologi Pemesinan IndustriProgram ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.Teknologi KimpalanProgram ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.Teknologi AutomotifProgram ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.Teknologi Penyejukan & Penyamanan UdaraProgram ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.Teknologi PembinaanProgram ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, caracara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industriTeknologi Pemprosesan Kayu dan KemasanProgram ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.Seni KulinariProgram ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.Bakeri & PastriProgram ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.PelanconganProgram ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.Seni Reka FesyenProgram ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.KosmetologiProgram ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.Pengajian Awal Kanak-kanakProgram ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.Pengurusan PerniagaanProgram ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.Kesetiausahaan PentadbiranProgram ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.InsuransProgram ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.PemasaranProgram ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.Pengurusan PeruncitanProgram ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.PerakaunanProgram ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.Teknologi Sistem Komputer dan RangkaianProgram ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.Multimedia Kreatif AnimasiProgram ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep\u00a0Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.Rekabentuk Grafik dan Media CetakKursus ini akan mendedahkan murid dengan\u00a0Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan AplikasiProgram ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau\u00a0User Interface (UI)Agroindustri TanamanProgram ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.Agroindustri Ternakan RuminanProgram ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbauAgroindustri Ternakan PoultriProgram ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua \u2013 unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.Teknologi Mekanisasi AgroProgram ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.BioteknologiProgram ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula\u00a0Deoxyribonucleic Acid\u00a0(DNA)\u00a0atau proses berasasakan pengkulturan tisu.AkuakulturProgram ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawalHortikulturMurid diberi pendedahan berkaitan tanaman sayuran, rumput turf, bungaan, hiasan, landskap dan hortikultur dan berterusan dan hortikultur organik. Bidang penyelidikan termasuk bioteknologi tanaman, sains dan teknologi biji benih, pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan, fisiologi tanaman, nutrisi mineral, pengeluaran tanaman dan fisiologi lepas tuai.Seni Bina LandskapMurid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.Pemprosesan MakananMurid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia\nBagi yang tidak tahu, pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nLulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3. \nHarap maklum bahawa semua Kolej Vokasional tidak menawarkan kesemua kursus yang ditawarkan.\nOleh itu, apabila membuat Permohonan Kolej Vokasional, pastikan anda tahu kursus apa yang ingin dipohon terlebih dahulu. \nBerikut adalah senarai Kolej Vokasional yang terdapat di seluruh Malaysia:\nSenarai Kolej Vokasional\nSelangor\n\nKV Klang\nKV Shah Alam\nKV Gombak\nKV Kajang\nKV Kuala Selangor\nKV Sepang\nKV Sungai Buloh\n\nKuala Lumpur\n\nKV ERT Setapak\nKV Labuan\nKV Setapak\n\nPerlis\n\nKV Arau\nKV Kangar\n\nKedah \n\nKV Kulim\nKV Pulau Langkawi\nKV Alor Setar\nKV Sungai Petani 1\nKV Sungai Petani 2\n\nPulau Pinang\n\nKV Balik Pulau\nKV Seberang Perai\nKV Butterworth\nKV Nibong Tebal\nKV Batu Lanchang\n\nPerak\n\nKV Gerik\nKV Ipoh\nKV Seri Manjung\nKV Taiping\nKV Teluk Intan\n\nNegeri Sembilan\n\nKV Ampangan\nKV Juasseh\nKV Pork Dickson\nKV Dato Maharaja Lela\n\nMelaka\n\nKV Melaka Tengah\nKV Jasin\n\nJohor\n\nKV ERT Azizah\nKV Batu Pahat\nKV Muar\nKV Kluang\nKV Segamat\nKV Kota Tinggi\n\nKelantan\n\nKV Bachok\nKV Pasir Mas\nKV Tanah Merah\nKV Pengkalan Chepa\n\nTerengganu\n\nKV Besut\nKV Dungun\nKV Kemaman\nKV Wakaf Tembesu\nKV Kuala Berang\n\nPahang\n\nKV ERT Puteri\nKVMuadzam Shah\nKV Temerloh\nKVSultan Haji Ahmad Shah\nKVPertanian Chenor\n\nSabah\n\nKV Keningau\nKV Beaufort\nKV Lahad Datu\nKV Tawau\nKV Sandakan\nKV Kudat\n\nSarawak\n\nKV Miri\nKV Sibu\nKV Kuching\n\nUntuk maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan di setiap Kolj Vokasional, sila layari laman Kementerian Pendidikan (Bahagian Pendidiakn dan Latihan Teknikal Vokasional) di pautan https://bpltv.moe.gov.my/program-kolej-vokasional/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/takwim-kpm-januari/", "title": "Takwim Sesi Persekolahan Akan Kembali Kepada Januari \u2013 KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini, tidak lama lagi.\nMenteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, setakat ini perbincangan ke arah itu sedang dilakukan dan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat justifikasi-justifikasi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu mengikut Akta Pendidikan 1996.\n\u201cKita akan balik ke Januari, jangan risau kerana saya tahu ramai ibu bapa tertunggu-tunggu dan meminta kementerian untuk kembalikan permulaan sesi persekolahan seperti biasa.\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalau bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan tahun depan kerana kalendar akademik beserta justifikasi telahpun dikeluarkan.\n\u201cSebagai contoh, jumlah hari bersekolah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.\n\u201cSelain itu, kita turut perlu mengambil kira takwim bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A dan B.\u201d\nSumber : Jabatan Penerangan Malaysia\nSebelum ini, sesi persekolahan telah dianjakkan kepada bulan Mac susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahn bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.\nUntuk makluman, takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri.\nRujuk : \n\nTakwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan\nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024\n\nJelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kadar-opr-naik-kesan/", "title": "Terkini : OPR Naik Lagi Kepada 3.0 Peratus \u2013 BNM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) dinaikkan kepada 3.00% hari ini. Baca Pernyataan Dasar Monetari di laman web BNM.\nJawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.0%.\n\nIni bermaksud negara kita menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali kelima berturut-turut tahun ini.\nDalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.\nMemandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan,\u00a0MPC menilai sekarang adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan\u00a0tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.\nBerikutan keputusan ini, MPC\u00a0telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis\u00a0COVID-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi.\nSusulan kekukuhan\u00a0ekonomi Malaysia yang berterusan, MPC juga mengakui perlunya pendirian\u00a0dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan\u00a0kewangan pada masa hadapan.\nPada tahap OPR semasa, pendirian dasar\u00a0monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.\nMPC akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan\u00a0prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.\nBerikut adalah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia berkenaan kenaikan OPR ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu OPR?\n\n \nApa Akan Jadi Kalau OPR Naik Lagi?\n\n \nOPR Naik : Bagaimana Ia Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi\n\n \nTindakan Bijak Sewaktu Kenaikan OPR\n\n \nKeputusan dan Pernyataan OPR\n\n\nApa Itu OPR?\nApa itu OPR?\nOPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.\nKenapa OPR naik?\nIa adalah langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.\nSelain untuk membendung inflasi, OPR yang naik ini secara tidak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.\nApa Akan Jadi Kalau OPR Naik Lagi?\nSebagai makluman, sejak pandemik, BNM telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% dalam tempoh 4 tahun terdahulu (boleh rujuk jadual di bawah).\nBagi kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.\nTindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.\nTetapi jika kadar OPR naik, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.\nBaca siri BNM Kongsi tentang cara OPR mempengaruhi pertumbuhan.\nJika nak tahu lebih lanjut mengenai dasar monetari termasuk OPR, baca Soalan Lazim di bnm.gov.my/mp-faq\nOPR Naik : Bagaimana Ia Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi\nSeperti bank-bank pusat lain di seluruh dunia, BNM menaikkan OPR bagi menguruskan risiko kenaikan harga.\n\nMenurut BNM, apabila ekonomi lemah (semasa COVID-19), OPR telah diturunkan untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan.\nMelalui OPR yang rendah, anda akan menadpat:\n\nPinjaman lebih murah\nKadar deposit lebih rendah\n\nTindakan mengekalkan OPR terlalu rendah terlalu lama boleh mengakibatkan perbelanjaan dan pinjaman yang berlebihan yang menjejaskan kenaikan harga.\nIni terumatamanya menjejaskan isi rumah berpendapatan rendah.\n\nApabila ekonomi semakin pulih, BNM sedang melaraskan kadar OPR secara beransur-ansur dan terkawal.\nBank pusat lain juga telah menaikkan kadar mereka tetapi pada kadar yang lebih besar dan lebih cepat.\n\nOPR yang lebih tinggi membantu untuk mengawal risiko kenaikan harga yang disebabkan oleh pinjaman dan perbelanjaan yang terlalu banyak.\nKenaikan OPR tidak menggalakkan perbelanjaan apabila kos pinjaman lebih tinggi (untuk pinjaman kadar terapung sahaja).\nKenaik OPR turut menggalakkan simpanan dengan kadar deposit yang lebih tinggi.\n\nWalaupun kesan perubahan OPR lebih cepat kelihatan dalam pasaran kewangan, kesan terhadap ekonomi secara lebih meluas akan mengambil masa.\nKesan ini ibarah memperlahankan sebuah lori yang laju dengan menekan brek daripada awal secara perlahan-lahan.\nIa akan mengambil sedikit masa untuk lori diperlahankan kepada kelajuan yang lebih selamat.\n\nSumber : Bank Negara Malaysia\nSecara ringkasnya, kesan OPR naik adalah\n\nKalau buat pinjaman berdasarkan floating rate seperti ASBF, maka bayaran bulanan akan naik.\nBayaran installment rumah turut akan naik. Kalau ada baki hutang rumah semasa 250k, akan berlaku kenaikan lebih kurang RM 50 sebulan. Kalau 500K, maka kenaikan adalah lebih kurang RM 100 sebulan.\nKesan daripada kenaikan OPR ialah segala pinjaman yang menggunakan kaedah floating rate akan mengalami kenaikan bayaran bulanan.\n\nTindakan Bijak Sewaktu Kenaikan OPR\nJadi, apakah tindakan kita sebagai pengguna sekiranya OPR naik lagi?\nYang penting sekarang, kita perlu semak semula perbelanjaan bulanan agar tidak melebihi kemampuan.\nBerikut adalah nasihat oleh AKPK untuk pengguna:\nLANGKAH BIJAK PENGGUNA SEWAKTU KENAIKAN OPR:\n\nMelebihkan simpanan\nMenguruskan hutang sedia ada\nMengelakkan hutang baharu\nMengurangkan perbelanjaan\n\n\n\nKita juga boleh semak semula dengan bank, berapa ansuran bulanan untuk pinjaman yang perlu dibayar.\nJangan terkurang bayar, sebab dikhuatiri nanti menjejaskan rekod CTOS kita.\nKeputusan dan Pernyataan OPR\nBerikut adalah perubahan OPR sebelum ini.\nKeputusan dan Pernyataan OPRTarikhPerubahan OPR (%)Aras OPR Baharu (%)Pernyataan Dasar Monetari03 Nov 2022+0.252.75Lihat Pernyataan08 Sep 2022+0.252.50Lihat Pernyataan06 Jul 2022+0.252.25Lihat Pernyataan11 Mei 2022+0.252.00Lihat Pernyataan03 Mac 202201.75Lihat Pernyataan20 Jan 202201.75Lihat Pernyataan03 Nov 202101.75Lihat Pernyataan09 Sep 202101.75Lihat Pernyataan08 Jul 202101.75Lihat Pernyataan06 Mei 202101.75Lihat Pernyataan04 Mac 202101.75Lihat Pernyataan20 Jan 202101.75Lihat Pernyataan03 Nov 202001.75Lihat Pernyataan10 Sep 202001.75Lihat Pernyataan07 Jul 2020-0.251.75Lihat Pernyataan05 Mei 2020-0.52.00Lihat Pernyataan03 Mac 2020-0.252.50Lihat Pernyataan22 Jan 2020-0.252.75Lihat Pernyataan05 Nov 201903.00Lihat Pernyataan12 Sep 201903.00Lihat Pernyataan09 Jul 201903.00Lihat Pernyataan07 Mei 2019-0.253.00Lihat Pernyataan05 Mac 201903.25Lihat Pernyataan24 Jan 201903.25Lihat Pernyataan08 Nov 201803.25Lihat Pernyataan05 Sep 201803.25Lihat Pernyataan11 Jul 201803.25Lihat Pernyataan10 Mei 201803.25Lihat Pernyataan07 Mac 201803.25Lihat Pernyataan25 Jan 2018+0.253.25Lihat Pernyataan09 Nov 2017o3.00Lihat Pernyataan07 Sep 201703.00Lihat Pernyataan13 Jul 201703.00Lihat Pernyataan12 Mei 201703.00Lihat Pernyataan02 Mac 201703.00Lihat Pernyataan19 Jan 201703.00Lihat Pernyataan23 Nov 201603.00Lihat Pernyataan07 Sep 201603.00Lihat Pernyataan13 Jul 2016-0.253.00Lihat Pernyataan19 Mei 201603.25Lihat Pernyataan09 Mac 201603.25Lihat Pernyataan21 Jan 201603.25Lihat Pernyataan05 Nov 201503.25Lihat Pernyataan11 Sep 201503.25Lihat Pernyataan09 Jul 201503.25Lihat Pernyataan07 Mei 201503.25Lihat Pernyataan05 Mac 201503.25Lihat Pernyataan28 Jan 201503.25Lihat Pernyataan06 Nov 201403.25Lihat Pernyataan18 Sep 201403.25Lihat Pernyataan10 Jul 2014+0.253.25Lihat Pernyataan08 Mei 201403.00Lihat Pernyataan06 Mac 201403.00Lihat Pernyataan29 Jan 201403.00Lihat Pernyataan07 Nov 201303.00Lihat Pernyataan05 Sep 201303.00Lihat Pernyataan11 Jul 201303.00Lihat Pernyataan09 Mei 201303.00Lihat Pernyataan07 Mac 201303.00Lihat Pernyataan31 Jan 201303.00Lihat Pernyataan08 Nov 201203.00Lihat Pernyataan06 Sep 201203.00Lihat Pernyataan05 Jul 201203.00Lihat Pernyataan11 Mei 201203.00Lihat Pernyataan09 Mac 201203.00Lihat Pernyataan31 Jan 201203.00Lihat Pernyataan11 Nov 201103.00Lihat Pernyataan08 Sep 201103.00Lihat Pernyataan07 Jul 201103.00Lihat Pernyataan05 Mei 2011+0.253.00Lihat Pernyataan11 Mac 201102.75Lihat Pernyataan27 Jan 201102.75Lihat Pernyataan12 Nov 201002.75Lihat Pernyataan02 Sep 201002.75Lihat Pernyataan08 Jul 2010+0.252.75Lihat Pernyataan13 Mei 2010+0.252.50Lihat Pernyataan04 Mac 2010+0.252.25Lihat Pernyataan26 Jan 201002.00Lihat Pernyataan24 Nov 200902.00Lihat Pernyataan28 Okt 200902.00Lihat Pernyataan25 Ogos 200902.00Lihat Pernyataan29 Jul 200902.00Lihat Pernyataan26 Mei 200902.00Lihat Pernyataan29 Apr 200902.00Lihat Pernyataan24 Feb 2009-0.502.00Lihat Pernyataan21 Jan 2009-0.752.50Lihat Pernyataan24 Nov 2008-0.253.25Lihat Pernyataan24 Okt 200803.50Lihat Pernyataan25 Ogos 200803.50Lihat Pernyataan25 Jul 200803.50Lihat Pernyataan26 Mei 200803.50Lihat Pernyataan29 Apr 200803.50Lihat Pernyataan25 Feb 200803.50Lihat Pernyataan29 Jan 200803.50Lihat Pernyataan26 Nov 200703.50Lihat Pernyataan30 Okt 200703.50Lihat Pernyataan24 Ogos 200703.50Lihat Pernyataan24 Jul 200703.50Lihat Pernyataan28 Mei 200703.50Lihat Pernyataan27 Apr 200703.50Lihat Pernyataan26 Feb 200703.50Lihat Pernyataan26 Jan 200703.50Lihat Pernyataan24 Nov 200603.50Lihat Pernyataan26 Sep 200603.50Lihat Pernyataan25 Ogos 200603.50Lihat Pernyataan28 Jul 200603.50Lihat Pernyataan22 Mei 200603.50Lihat Pernyataan26 Apr 2006+0.253.50Lihat Pernyataan22 Feb 2006+0.253.25Lihat Pernyataan20 Jan 200603.00Lihat Pernyataan15 Dis 200503.00Lihat Pernyataan30 Nov 2005+0.303.00Lihat Pernyataan24 Ogos 200502.70Lihat Pernyataan25 Mei 200502.70Lihat Pernyataan28 Feb 200502.70Lihat Pernyataan30 Nov 200402.70Lihat Pernyataan25 Ogos 200402.70Lihat Pernyataan26 Mei 200402.70Lihat Pernyataan\nBaca juga: \n\nCara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank Negara\nCara Kira Kelayakan Beli Rumah (Formula DSR)\n\nBaca Soalan Lazim untuk maklumat lanjut mengenai dasar monetari termasuk kenaikan OPR bulan Mei 2023 ini melalui pautan berikut:\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar monetari, termasuk OPR, layari Soalan Lazim melalui bnm.gov.my/mp-faq\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pdp-pakk-program-diploma-perguruan-pendidikan-awal-kanak-kanak/", "title": "PDP-PAKK: Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) dibuka khusus kepada guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nPDP PAKK merupakan salah satu inisiatif berterusan KPM dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) ambilan sesi Oktober 2022.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nSyarat Umum\n\n \nSyarat Akademik\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nTempoh Pengajian\n\n \nYuran Pengajian Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)\n\n \nPembiayaan Pengajian\n\n \nCara Permohonan Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)\n\n\nApakah Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)?\nProgram ini dibuka khas kepada\u00a0guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\u00a0\nProgram ini khusus\u00a0untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).\nProgram pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. \nProgram ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.\nPDP-PAKK ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat Umum\nWarganegara Malaysia.Sihat tubuh badan.Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nSyarat Akademik\nMemiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atauLulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atauLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau\nBagi pemohon yang\u00a0TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA:\nLulus ujian penilaian\u00a0Accreditation of Prior Experiential Learning\u00a0(APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.\nTarikh Permohonan\nPermohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun / 6 Semester\nYuran Pengajian Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)\nBagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:\nSemester 1 (RM1470.00)Semester 2 (RM1020.00)Semester 3 (RM1020.00)Semester 4 (RM1020.00)Semester 5 (RM1020.00)Semester 6 (RM2280.00)\nJumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00\nYuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00\nJumlah Keseluruhan Yuran: RM8,060.00\nPembiayaan Pengajian\nKos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.\nCara Permohonan Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)\nPENTING: Sila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu. Salinan dokumen ini perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran:\ni) Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)\nii) Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan\niii) Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM\niv) Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)\nv) Salinan Permit Mengajar Yang Sah\nMaklumat Lanjut\nLayari https://bit.ly/pdppakk untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan.\nSila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:\nINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA\nKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA\nARAS 1 \u2013 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1\n63000 CYBERJAYA, SELANGOR\n(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)\nNo. Telefon: 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760\nE-mel: [email\u00a0protected]\nSoalan Lazim: https://sites.google.com/view/pdppakk/soalan-lazim\nBaca juga: Rayuan & Semakan Tawaran Politeknik / Kolej Komuniti 2022/2023\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nancy-shukri/", "title": "Biodata Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Nancy Shukri mungkin nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena politik tanah air.\nPasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), beliau telah dilantik sebagai Menteri Kabinet dalam kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mememgang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.\nPada PRU15 yang lalu, beliau yang bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dann penyandang Parlimen Santubong meraih 43,739 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 38,681.\nMari kita lihat sedikit sebanyak latar belakang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang baru dilantik ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar belakang\n\n \nKarier politik\n\n\nLatar belakang\nNama penuh: Nancy binti Shukri\u00a0\nTarikh lahir: 5 Ogos 1961\nAsal: Sarawak\nParti politik: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (Gabungan Parti Sarawak)\nPendidikan:\n\nSarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM dan Universiti Ohio Amerika Syarikat\nIjazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Universiti Hull United Kingdom\nDiploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985)\n\nKerjaya:\n\nPegawai Undang-Undang, Ketua Bahagian Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuching Utara (1992-2003)\nPengerusi Kaukus Wanita Parlimen (2008-2013)\n\nDatuk Seri Nancy Shukri telah berkahwin bersama pasangannya Kamil Misuari dan hasil perkahwinan ini beliau mempunyai 3 orang cahaya mata.\nDari segi keturunan pula, beliau mempunyai campuran keturunan Melayu dan Melanau di sebelah bapanya manakala ibunya mempunyai keturunan Scotland, Iban dan Cina.\nKarier politik\nDatuk Seri Nancy Shukri boleh dikatakan antara individu yang sudah lama berkecimpung kerana telah bertanding dalam PRU seejak PRU12 lagi.\nBerikut merupakan kerusi-kerusi Parlimen yang pernah ditandinginnya:\n\nPRU12-\u00a0P200\u00a0BATANG SADONG\nPRU13-\u00a0P200\u00a0BATANG SADONG\nPRU14-\u00a0P200\u00a0BATANG SADONG\nPRU15-\u00a0P193\u00a0SANTUBONG\n\nDalam kariernya sebagai seorang ahli politik, beliau pernah menyandang beberapa jawatan antaranya:\n\nNaib Ketua 1 Wanita PBB\nBekas Setiausaha WanitaPBB\nBekas Penolong Setiausaha Agung PBB\n\nSementara itu, berikut merupakan antara jawatan yang pernah disandangnya:\n\nAhli Parlimen Santubong (2022)\nMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2022)\nMenteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (2020-2022)\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (2013-2018)\nAhli Parlimen Batang Sadong (2008-2022)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akaun-tabung-haji-tidak-aktif/", "title": "Cara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Dorman (Lebih 7 Tahun)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPendeposit Tabung Haji (TH) yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan dikategorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman.\nWalaubagaimanapun, simpanan yang terdapat di dalam akaun dorman masih boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit apabila akaun mereka diaktifkan semula.\nDi sini kami kongsikan cara mengaktifkan akaun Tabung Haji anda yang telah dorman.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud Akaun Tabung Haji Dorman / \u2018Tidak Aktif\u2019\n\n \nCara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Telah Dorman\n\n \nBagaimana Mengelakkan Akaun Tabung Haji Daripada Tidak Aktif?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nMaksud Akaun Tabung Haji Dorman / \u2018Tidak Aktif\u2019\nJika akaun simpanan Tabung Haji anda tidak aktif melebihi tempoh 7 tahun, akaun anda akan menjadi akaun dorman.\nNamun begitu, sekiranya pendeposit ada membuat pendaftaran haji akaun tersebut akan kekal aktif walaupun tiada sebarang transaksi dilakukan melebihi tujuh (7) tahun.\nSemakan status akaun boleh dibuat melalui Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919 atau hadir terus ke Cawangan TH.\n\nCara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Telah Dorman\nAdalah penting bagi akaun pendeposit TH berstatus aktif supaya mereka terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, mendapat agihan keuntungan, zakat dibayar, patuh syariah, dikecualikan cukai dan berpeluang menyertai kempen simpan, daftar dan menang.\nJika anda ingin mengaktifkan semula akaun Tabung Haji anda, sila rujuk langkah berikut:\n\nHadir ke mana-mana pejabat cawangan TH.Bawa bersama kad pengenalan anda.Pendeposit perlu membuka akaun baru.Wang simpanan dari akaun tidak aktif akan dipindahkan ke akaun baru.\nBagaimana Mengelakkan Akaun Tabung Haji Daripada Tidak Aktif?\nAnda boleh mengelakkan akaun berstatus \u2018tidak aktif\u2019 atau dorman ini dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau pengeluaran wang dalam tempoh 7 tahun berturut-turut.\nTransaksi boleh dilakukan melalui saluran berikut:\nKaunter Tabung HajiUnitellerMesin ATM / CDMPerbankan internet / THiJARI\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila layari laman web rasmi Tabung Haji (https://www.tabunghaji.gov.my/) atau telefon 03-6207 1919 atau tanyakan soalan melalui saluran berikut:\nMedia sosial Tabung Haji\nFacebook : https://www.facebook.com/TabungHajiTwitter : https://twitter.com/Tabung_Haji\n"]} {"url": "https://ecentral.my/myetapp-jkptg/", "title": "MyeTaPP : Perkhidmatan Atas Talian JKPTG Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMyeTaPP merupakan sebuah platform dalam talian bagi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).\nPenggunaan portal MyeTaPP selari dengan kemajuan teknologi di Malaysia dimana kebanyakan urusan berkaitan kerajaan boleh diuruskan secara dalam talian sahaja.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan JKPTG\n\n \nPengguna MyeTaPP\n\n \nMuat Turun Aplikasi MyeTaPP\n\n \nFungsi Semakan & Permohonan\n\n \nPengurusan Pegambilan Tanah (PPT)\n\n \nPenguatkuasa Hasil dan Persekutuan (PHP)\n\n \nPembahagian Pusaka Kecil (PPK)\n\n \nPertanyaan Lanjut\n\n\nPengenalan JKPTG\nJabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian berikut:\n\nKementerian Hasil Bumi (1957 \u2013 1963).\nKementerian Pembangunan Luar Bandar (1963 \u2013 1970).\nKementerian Perusahaan Utama (1970 -1973).\nKementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1973 -1990).\nKementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1990 \u2013 2004).\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Semenjak 27 Mac 2004).\n\nNama Jabatan ini juga mengalami beberapa perubahan panggilan nama seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nPejabat Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Office of the Federal Commissioner of Lands) \u2013 (1957 \u2013 1970).\nPejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Office of the Director General of Lands and Mines (Federal)) -(1970).\nJabatan Tanah dan Galian Persekutuan \u2013 (1.1.1978).\nBahagian Pentadbiran dan Pengurusan Tanah (di bawah Integrasi dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah) \u2013 (1.1.1982).\nBahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah \u2013 (1.1.1989).\nJabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian \u2013 (1.1.1992).\n\nArtikel berkaitan: Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : Senarai Perkhidmatan, Alamat\nPengguna MyeTaPP\nPlatform dalam talian ini dibangunkan dan disasarkan kpad golongan pengguna berikut:\n\nPengguna Awam\nPengguna Dalaman (JKPTG)\n\nBahagian Pembahagin Pusaka\nBahagian Pengambilan Tanah\nBahagian Harta Tanah Persekutuan\nBahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan\n\n\nKementerian / Jabatan Pengguna\n\nMuat Turun Aplikasi MyeTaPP\n\nUntuk mengakses portal MyeTaPP, pengguna boleh menggunakan salah satu cara berikut:\n\nMengguna pelayar web dan layari https://www.myetapp.gov.my/\nMenggunakan aplikasi telefon pintar\n\nBuat masa ini, aplikasi telefon pintar MyeTaPP hanya terdapat bagi pengguna Android sahaja.\nUntuk memuat turun aplikasi ini ke telefon pintar Android anda, sila klk pautan muat turun di bawah:\n\nMuat turun aplikasi\n\nFungsi Semakan & Permohonan\nMyeTapp menyediakan akses kepada perkara-perkara berikut:\nPengurusan Pegambilan Tanah (PPT)\n\nPengguna Awam\n\nMemaparkan status pembayaran (pampasan) iaitu bila pembayaran dibuat dan melalui apa.\nMemaparkan nama projek\nTarikh bicara (siasatan) akan dipaparkan apabila pengguna sudah membuat permohonan dan sudah berdaftar dengan JKPTG Online.\n\n\nAgensi\n\nStatus permohonan pengambilan tanah\nCaj pembayaran lewat akan dipaparkan beserta senarai lot dan jumlah hari yang tinggal untuk membuat pembayaran.\nAlert akan dipaparkan sebelum dan selepas pembayaran (blinking alert)\nTarikh siasatan dan masa siasatan\nPengguna boleh membuat carian menggunakan nama projek dan nombor fail untuk dipaparkan butiran siasatan dan Borang E (Mandatory)\n\n\nPengguna Dalaman (Staff)\n\nLagging KPI \u2013 search by negeri\u2022\u00a0\u00a0 \u00a0Bilangan projek\u2022\u00a0\u00a0 \u00a0Bilangan lot\u2022\u00a0\u00a0 \u00a0Bilangan selesai\u2022\u00a0\u00a0 \u00a0Bilangan dalam proses\n\n\n\nPenguatkuasa Hasil dan Persekutuan (PHP)\n\n\u00a0Status permohonan sewa sama ada lulus atau tidak lulus akan dipaparkan\nStatus pembayaran sewa akan di paparkan mengikut langkah demi langkah bermula dari deposit, sewa bulanan, tunggakan, pelarasan deposit, tututan deposit dan status tuntutan hasil\nStatus penyewaan dipaparkan sama ada lulus, tolak atau ditamatkan\n\nPembahagian Pusaka Kecil (PPK)\nNotis pendengaran akan dihantar melalui email dan notifikasi sms. Pengguna tidak perlu lagi untuk mendaftar di Gerbang SMS\nPertanyaan Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan MyeTapp anda boleh menghubungi pegawai JKPTG di bawah:\nAlamat: Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber AsliNo. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,62574 Putrajaya\nNo. Telefon: +603 8000 8000Faks: +603 8889 3855Email: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-pembangunan-usahawan-siswazah/", "title": "Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Pembangunan Usahawan Siswazah atau PPUS merupakan sebuah program pembiayaan bagi golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian atau telah bekerja dan berminat untuk mengembangkan perniagaan tetapi kekurangan modal.\nProgram pembangunan ini diumumkan kerajaan dan dikawalselia oleh Tekun Nasional.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Program Pembangunan Usahawan Siswazah\n\n \nSyarat-syarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Program Pembangunan Usahawan Siswazah 2023\n\n \nSenarai Dokumen Sokongan\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nPengenalan Program Pembangunan Usahawan Siswazah\nProgram Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) menyediakan program pinjaman untuk golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian atau telah bekerja dan berminat untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal.\n\n\n\n\n\n\nMaklumat pinjaman adalah seperti berikut:\n\nJumlah pinjaman sehingga RM100,000 sahaja\nTempoh bayaran balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan\nSumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun\nSimpanan wajib 5% setahun\n\nSyarat-syarat Kelayakan\nHanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan untuk Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) ini:\n\nBumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)\nBerumur 18 \u2013 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)\nPemohon bukan seorang muflis\nSyarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)\nMempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu\nMempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)\nTerlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan\nSatu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)\nHad modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)\nBagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)\nBagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan\nBagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan\nAktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah\n\nArtikel berkaitan: Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional Untuk Usahawan Bumiputera dan India\nCara Permohonan Program Pembangunan Usahawan Siswazah 2023\n\nPermohonan bagi pembiayaan melalui Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) ini hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.\nUntuk lokasi cawangan pejabat Tekun di setiap negeri, hubungi laman web rasmi Tekun di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/\nBagi urusan permohonan, pemohon juga dikehendaki untuk membawa bersama dokumen-dokumen di bawah.\nSenarai Dokumen Sokongan\nSetiap pemohon wajib membawa bersama dokumen-dokumen d bawah:\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)\nLesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) AtauPengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu\nGambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan\nSalinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank\nDokumen tambahan (jika berkenaan)\n\nSkim ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan).\nPemohon juga dikehendaki membawa bersama transkrip Semester Akhir / Pengesahan Tamat Penggajian / Sijil Graduan dari Universiti yang berdaftar dengan MQA.\nMaklumat lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pembiayaan ini, sila hadirkan diri ke pejabat Tekun Nasional berhampiran tempat tinggal anda.\nSelain itu, anda boleh hubungi pegawai bertugas melalui salah satu cara di bawah:\n\nEmel: [email\u00a0protected]\nTelefon: 03-9059 8888\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-sekolah-khusus-sbp/", "title": "Semakan Keputusan Rayuan SBP /SMKA 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nInfo Rayuan ke Sekolah Khusus 2023 (e-Rayuan SBP / SMKA)\nSEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2023\nBila tarikh semakan keputusan rayuan Sekolah Khusus @ SBP?\nMenurut info terkini melalui makluman di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan rayuan boleh disemak pada 20 April 2023.\nSila rujuk Keputusan Penawaran Serta Penempatan Murid Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ketagori Rayuan Ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Menengah Agama) Bagi Kalendar Akademik Sesi 2023/2024.\n\n\nSekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Teknik (SMT)\nKolej Vokasional (KV)\nMaktab Tentera Diraja (MTD)\nMaktab Rendah Sains MARA (MRSM)\n\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang tarikh penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat permohonan rayuan Sekolah Khusus bagi tahun 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2023\n\n \nCara Permohonan Rayuan\n\n \nTarikh Rayuan SBP 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2023\nSoalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan pengambilan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024\nSemakan dan rayuan boleh dibuat melalui URL berikut bermula 20 April 2023.\nTingkatan 1 (SBP & SMKA) :https://spskt1.moe.gov.my/\nTingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM :https://spskt4.moe.gov.my/\nSila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.\n\nSila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.\n\nCara Permohonan Rayuan\nBerikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.\n\ne-Rayuan boleh diakses secara online melalui:\n\nTingkatan Satu :\u00a0https://spskt1.moe.gov.my\nTingkatan Empat :\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\n\n\nPemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.\nSila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.\nSila pilih senarai SBP yang diinginkan.\n\n\nNOTA: \n\nTiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja\nRayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan\n\nBaca juga: Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia\nTarikh Rayuan SBP 2023\nPermohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2023 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah dibuka bermula 17 Mac 2023.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk poster di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPMAras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nBahagian Pendidikan Islam KPMAras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya Selangor.Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nBahagian Pengurusan Maklumat KPMAras 3-4 Blok E11, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 WP Putrajaya.Tel: 03- 8884 3509 / 3684(8.00 pagi \u2013 5.00 petang)\nInfo terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/\nATAU\nHubungi hotline 03-8000 8000\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kalendar-2024/", "title": "Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKalendar 2024 ini memaparkan senarai tarikh cuti umum sepanjang tahun 2024 dan tarikh penggal persekolahan.\nKalendar 2024 ini boleh dijadikan rujukan buat anda untuk merancang percutian atau apa-apa program bersekolah keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan dan sebagainya.\nHarap maklum bawah tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam Kalendar ini adalah seperti yang diumumkan atau diwartakan namun tertakluk kepada sebarang perubahan rasmi dari kerajaan atau pihak yang berkaitan.\nArtikel berkaitan: Senarai Cuti Am Yang Wajib Diambil Majikan & Cara Kira Overtime\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKalendar Kuda 2024 \u2013 Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM\n\n \nJanuari 2024\n\n \nFebruari 2024\n\n \nMac 2024\n\n \nApril 2024\n\n \nMei 2024\n\n \nJun 2024\n\n \nJulai 2024\n\n \nOgos 2024\n\n \nSeptember 2024\n\n \nOktober 2024\n\n \nNovember 2024\n\n \nDisember 2024\n\n \nTakwim Akademik Sesi 2023/2024 KPM\n\n\nKalendar Kuda 2024 \u2013 Senarai Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM\nJanuari 2024\n\nBerikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Januari 2024:\n\n1 Januari \u2013 Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)\n14 Januari \u2013 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)\n15 Januari \u2013 Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)\n25 Januari \u2013 Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)\n\nFebruari 2024\n\nBerikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Februari 2024:\n\n\n\n\n\n\n\n1 Februari \u2013 Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)\n8 Februari \u2013 Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)\n10 Februari \u2013 Tahun Baru Cina (Semua Negeri)\n11 Februari \u2013 Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)\n12 Februari \u2013 Cuti Tahun Baru Cina (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)\n\n10 dan 11 Februari adalah cuti dan hari pelesan am bagi seluruh Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina.\nCuti dan hari pelepasan lain adalah berkaitan untuk negei yang dinyatakan sahaja. \nMac 2024\n\nBerikut merupakan tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Mac 2024:\n\n4 Mac \u2013 Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)\n12 Mac \u2013 Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)\n23 Mac \u2013 Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)\n28 Mac \u2013 Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)\n29 Mac \u2013 Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)\n\nTarikh 12 Mac dijangka menjadi hari pertama permulaan Bulan Ramadan yang menandakan bermulanya ibadah berpuasa bagi umat Islam di Malaysia (Tertakluk pada perubahan)\nApril 2024\n\n\n10 April \u2013 Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)\n11 April \u2013 Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)\n15 April \u2013 Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)\n26 April \u2013 Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)\n\nUmat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April mengikut kalendar 2024 (tertakluk pada perubahan).\nMei 2024\n\n\n1 Mei \u2013 Hari Pekerja (Semua Negeri)\n17 Mei \u2013 Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)\n22 Mei \u2013 Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)\n22 Mei \u2013 Hari Wesak (Semua Negeri)\n30 Mei \u2013 Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)\n31 Mei \u2013 Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)\n\nKecuali Hari Pekerja dan Hari Wesak, cuti dan hari pelepasan am bagi kalendar Mei 2024 adalah untuk negeri yang dinyatakan sahaja. \nJun 2024\n\n\n1 Jun \u2013 Hari Gawai (Sarawak)\n2 Jun \u2013 Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)\n3 Jun \u2013 Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)\n3 Jun \u2013 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)\n16 Jun \u2013 Hari Arafah (Terengganu)\n16 Jun \u2013 Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)\n17 Jun \u2013 Hari Raya Haji (Semua Negeri)\n18 Jun \u2013 Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu\n\nJulai 2024\n\n\n7 Julai \u2013 Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)\n7 Julai \u2013 Awal Muharram (Semua Negeri)\n8 Julai \u2013 Cuti Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)\n8 Julai \u2013 Cuti Awal Muharram (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)\n13 Julai \u2013 Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)\n22 Julai \u2013 Hari Sarawak (Sarawak sahaja)\n30 Julai \u2013 Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)\n\nMengikut kalendar 2024, hanya 7 Julai (Awal Muhharram) sahaja merupakan cuti umum dan hari pelesan am bagi semua negeri sementara tarikh lain yang dinyatakan di atas tertakluk untuk negeri yang terlibat sahaja.\nOgos 2024\n\n\n24 Ogos \u2013 Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)\n31 Ogos \u2013 Hari Kebangsaan (Semua Negeri)\n\nMalaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67 pada tahu 2024.\nSeptember 2024\n\n\n15 September \u2013 Maulidur Rasul (Semua Negeri)\n16 September \u2013 Hari Malaysia (Semua Negeri)\n29 September \u2013 Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)\n30 September \u2013 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)\n\nOktober 2024\n\n\n5 Oktober \u2013 Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)\n12 Oktober \u2013 Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)\n31 Oktober \u2013 Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)\n\nNovember 2024\n\n\n1 November \u2013 Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)\n\nDisember 2024\n\n\n11 Disember \u2013 Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)\n24 Disember \u2013 Cuti Hari Natal (Sabah sahaja)\n25 Disember \u2013 Hari Krismas (Semua Negeri)\n\nTakwim Akademik Sesi 2023/2024 KPM\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)\n\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)\n\nCUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024\n\nNOTA:\n\nKumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu\nKumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan\n\nBerikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2023 / 2024 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B.\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)\n\nKALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)\n\nCUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024\n\nKalendar-Akademik-2023_2024Download\nKalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.\nMuat turun versi PDF : LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf\n"]} {"url": "https://ecentral.my/thr-gegar/", "title": "THR Gegar: Frekuensi Radio, Senarai DJ & Segmen Harian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nStesen radio Gegar (dahulunya dikenali sebagai THR Gegar) merupakan sebuah stesen radio yang sudah lama bertapak di Malaysia.\nStesen radio Gegar dimiliki dan dikendalikan oleh Astro Radio Sdn. Bhd dan telah mula bersiaran sejak 1\u00a0Januari 2005.\nUniknya, stesen radio ini menyasarkan pendengar dari negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.\nSStesen radio ini memainkan muzik daripada artis tempatan, serta beberapa kandungan berkaitan Islam. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenjenamaan semula\n\n \nFrekuensi Siaran\n\n \nSegmen / Program\n\n \nSenarai Penyampai / DJ\n\n\nPenjenamaan semula\nPada akhir 2017, stesen radio ini dinilai sebagai jenama radio No. 1 di Pantai Timur dengan 2.8 juta pendengar mingguan oleh Pengukuran Khalayak Radio (RAM) Gelombang 2 GfK.\nPenjenamaan semula pada 1 Januari 2018 telah menyaksikan nama \u201cTHR\u201d telah dibuang daripada Gegar dan perubahan itu juga berlaku kepada Raaga, sebuah lagi stesen radio milik Astro berbahasa Tamil.\nMulai Julai 2018, siaran radio ini dari 02:00 hingga 06:00 di frekuensi FM Raaga telah dihentikan.\nFrekuensi Siaran\nSeperrti yang dinyatakan di atas, siaran radio ini hanya boleh didapati di negeri-negeri Pantai TImur Semenannjung Malaysi sahaja. \nUntuk mendengar, tukarkan frekuensi radio ada kepada frekuensi-frekuensi berikut:\nFrekuensiLokasi / NegeriPemancar88.8\u00a0MHzKuantan,\u00a0PahangBukit Pelindung106.8\u00a0MHzKuala Terengganu,\u00a0TerengganuBukit Jerung88.1\u00a0MHzKota Bharu,\u00a0KelantanBukit Panau\nSelain itu, bagi para pelanggan TV Astro, anda boleh mendengar siaran radio ini melalui Channel 863.\nArtikel berkaitan: Suria FM: Senarai DJ, Program dan Frekuensi\nSegmen / Program\nStesen radio ini juga sarat dengan pelbagai program dan segmen menarik seperti yang berikut:\n\nGegar Pagi\nGegara 10 \u2013 3\nGegar Petang\nGegar Malam\nSeleksi Gegar\nCerita Kedai Kopi\nMakan Di Mana?\n#Trending\n\nSenarai Penyampai / DJ\nAntara penyampai / DJ yang mennceriakan hari-hari anda setiap hari di stesen radio ini adalah:\n\nAswad\nShah\nIssey\nScha\nEwan\nRea\n\nUntuk segala informasi mennarik dan terkini dari stesen radio paling popular di neger-negeri Pantai Timur ini, layari laman web rasmi mereka di https://gegar.syok.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bayaran-str-fasa-1-2-3-4/", "title": "Tarikh & Kadar Bayaran STR Fasa 1, 2, 3, 4 Setiap Kategori", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang tertanya-tanya dan mungkin masih keliru, berapa agaknya kadar bayaran STR yang diterima bagi setiap kategori \u2013 Bujang, Keluarga & Warga Emas.\nBerapa pula kadar bayaran STR yang akan diterima pada setiap fasa?\nBetulkah ada bayaran STR Tambahan? Siapa yang layak menerimanya?\nPada 1 Mac 2023, LHDN telah mengemaskini jumlah kadar bayaran yang akan diberikan kepada setiap penerima BKM yang layak pada setiap fasa, iaitu dari Fasa 1 hingga Fasa 4.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sumbangan Tunai Rahmah?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4\n\n \nCara Semak Bayaran STR Yang Akan Diterima\n\n \nJumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori\n\n \nJumlah Bayaran Bagi Penerima Lulus STR Fasa 3 (Bukan Penerima STR Fasa 1 dan 2)\n\n \nJumlah Bayaran Fasa 3 Bagi Yang Kemaskini Status\n\n \nKadar Tambahan Bayaran STR 2023\n\n\nApakah Sumbangan Tunai Rahmah?\nSTR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:\n\nIsi Rumah\n\nKahwin; atau\nIbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\n\nWarga Emas Tiada Pasangan\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\n\nBujang\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 21-59 tahun; dan\nPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\n\n\n\nNOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.\nTarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4\nTarikh pembayaran STR bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\n\nFasa 1 \u2013 17 Januari 2023\nFasa 2 \u2013 5 April 2023 (sebelum Hari Raya Aidilfitri)\nFasa 3 \u2013 26 Jun 2023\nFasa 4 -November 2023\n\nBaca juga: Maksud Gaji Bersih, Gaji Kasar, Gaji Pokok & Perbezaannya\nCara Semak Bayaran STR Yang Akan Diterima\nBagi penerima STR yang layak, anda boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima secara terperinci seperti berikut:\n\nCaranya, anda hanya perlu log masuk ke akaun BKM anda di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nKemudian isikan kata laluan seperti biasa dan pergi menu menu Semakan (*Rujuk gambar di bawah).\n\nAnda boleh membuat cetakan surat tersebut untuk memudahkan anda merujuknya bagi fasa pembayaran seterusnya nanti.\nJumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori\nJumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:\n\nPembayaran akan dibuat secara berfasa \u2013 iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2023.\nSila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap fasa.\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 2\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 \u2013 RM50000RM2001-2RM2003-4RM2005 dan lebihRM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM100\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 3 \nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM3001-2RM4003-4RM6005 dan lebihRM800\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 \u2013 RM50000RM01-2RM1503-4RM2005 dan lebihRM250\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150\n\nJUMLAH BAYARAN STR FASA 4 \nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM2001-2RM6003-4RM9005 dan lebihRM1200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranIsi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 \u2013 RM50000RM01-2RM03-4RM3005 dan lebihRM500\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranWarga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0\nKategoriPendapatan Bulanan Bil. AnakJumlah BayaranBujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0\n\nSUMBER RUJUKAN: PORTAL MANFAAT BELANJAWAN 2023 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)\nJumlah Bayaran Bagi Penerima Lulus STR Fasa 3 (Bukan Penerima STR Fasa 1 dan 2)\nPenerima bagi permohonan baru STR / bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2 adalah seperti berikut:\n\nJumlah Bayaran Fasa 3 Bagi Yang Kemaskini Status\nSumber : FAQ Soalan Lazim STR Fasa 3\nSOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN_STR_FASA_3Download\nKadar Tambahan Bayaran STR 2023\nKadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:\n\npenerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih\nmestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan\n\nSumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan\nBaca juga: Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari\nUntuk maklumat lanjut tentang pembayaran STR bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah dalam ruangan di bawah:\nSOALAN_LAZIM_FAQ_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAHSTRDownload\nBilakah pendaftaran STR 2023 dibuka? Permohonan STR boleh dibuat:Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 \u2013 31 Mac 2023*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa Bagaimanakah cara membuat Permohonan STR 2023? Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:i. Permohonan Secara Dalam Talianhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/ii. Permohonan Melalui BorangBorang Permohonan STR didapati secara percuma di:a. Portal Rasmi STR 2023 LHDNM; ataub. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan? Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perludikemukakan adalah seperti berikut:i. Pemohon:a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataub. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauc. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataud. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamahe. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)ii. Pasangan:a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataub. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadaniii. Anak:a. Anak Kandung \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Lahirb. Anak Angkat \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPNBorang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian. Bilakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima? BKM Fasa 2 akan diterima mulai April 2023. Berapakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran STR Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.JUMLAH BAYARAN STR FASA 2i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM2001-2 anak : RM2003-4 anak: RM2005 anak dan lebih : RM200ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM100 Bilakah STR Fasa 3 akan dikreditkan? Bayaran STR Fasa 3 akan dibayar pada Julai 2023. Berapakah bayaran STR Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.JUMLAH BAYARAN STR FASA 3i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM4003-4 anak: RM6005 anak dan lebih: RM800B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM1503-4 anak: RM2005 anak dan lebih: RM250ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM150 Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat? Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan diterima pada November 2023. Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4? JUMLAH BAYARAN STR FASA 4i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM6003-4 anak: RM9005 anak dan lebih: RM1200B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM01-2 anak : RM03-4 anak: RM3005 anak dan lebih: RM500ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200iii) Kategori Bujang 21-59 tahun Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahunPendapatan RM2500 ke bawah: RM0 Berapa kalikah bayaran STR akan diterima? Bayaran akan dibuat sebanyak 4 kali. Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori Bujang? RM350 Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori warga emas? RM600 \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tuntutan-perjalanan-hospital-pesara/", "title": "Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital Kerajaan Berpakar bagi Pesara Awam Persekutuan\nMungkin ada antara kita yang tidak mengetahui bahawa pesara awam persekutuan layak untuk membuat tuntutan perjalanan hospital kerajaan berpakar. \nDi sini kami kongsikan info rasmi daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN) tentang permohonan tuntutan tersebut untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Untuk Pesara\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Tuntutan Perjalanan Hospital Bagi Pesara\n\n\nPermohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Untuk Pesara \nMenurut Portal JPA Pencen, sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.\nSyarat kelayakan membuat tuntutan perjalanan hospital untuk pesara adalah seperti berikut:\nSyarat Kelayakan\n\nTuntutan adalah terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke Hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk oleh hospital/ klinik Kerajaan berhampiran rumah kediaman. \nTuntutan ini tidak termasuk tuntutan rawatan dialisis yang berjadual. \nHanya tertakluk kepada Pesara Awam Persekutuan yang tanggungan perubatan serta rawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Persekutuan)\n\nBaca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjalanan berkenaan untuk tujuan tuntutan bayaran balik :\n\nBorang JPA.BP.UBAT.B04 (boleh didapati di pautan senarai borang laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau klik sahaja di sini \u2013 http://www.jpapencen.gov.my/\u2026/PDF/UBAT/JPA.BP.UBAT.B04.pdf\nSurat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar \u2013 contohnya surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh utk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara;\nDokumen asal \u2018Slip Kehadiran\u2019 semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar;\nSalinan Kad Pesara;\nSalinan Kad Pengenalan Pesara;\nSalinan Kad Pengenalan Pesakit (bagi tanggungan pesara Awam Persekutuan yang layak menerima rawatan percuma); dan \nResit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (untuk pesakit yang menggunakan pengangkutan awam) \n\nDokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah:\nJabatan Perkhidmatan PersaraanKumpulan Wang Persaraan (KWAP)Aras 2, SkyTech Tower 2MKN Embassy TechzoneJalan Teknokrat 2, Cyber 463000 Cyberjaya, Selangor\nNo. tel: 03-8887 8777\nBaca juga: Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 (Jadual Bulanan SOCSO)\nMaklumat Lanjut Tentang Tuntutan Perjalanan Hospital Bagi Pesara\nUntuk makluman lanjut boleh rujuk saluran berikut:\n\nwww.jpapencen.gov.my\nFacebook Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengurangan-waktu-kerja-45-jam/", "title": "Pengurangan Waktu Kerja Mingguan Berkuatkuasa 1 September Ini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR : Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam\u00a0akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini.\nTimbalan Menteri Sumber\u00a0Manusia, Datuk\u00a0Awang Hashim ketika memberitahu perkara itu\u00a0di Dewan Negara pada Selasa\u00a0berkata pindaan itu adalah bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti\u00a0waktu bekerja,\u00a0selaras dengan\u00a0Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja\u00a0termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19.\n\u201cSetakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian,\u201d katanya ketika menjawab\u00a0soalan Senator Nasir Hashim berhubung pendirian kerajaan mengenai empat hari bekerja dalam tempoh seminggu terutama\u00a0dalam sektor swasta, pada sesi soal jawab di Dewan Negara.\nSumber: BERNAMA\nRujuk: Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) Mulai 1 September 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkss-6-0-sarawak/", "title": "BKSS 6.0: Semakan Status Bayaran Bulan Disember 2021 (RM250)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN TARIKH BAYARAN BKSS 6.0 BULAN DISEMBER 2021 (BAYARAN AKHIR)\nKerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengumumkan 15 langkah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.\nKetua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah-langkah itu merangkumi sembilan langkah bantuan tunai BKSS bagi Kategori Bujang dan Isi Rumah serta enam langkah pemberian diskaun.\nBerikut dikongsikan tentang BKSS 6.0 dan bantuan-bantuan yang telah diumumkan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Tunai BKSS 6.0 Bagi Kategori Bujang & KIR\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nTarikh Bayaran BKSS 6.0 Bagi Penerima Tunai\n\n \nSemakan Status Bayaran BKSS 6.0\n\n \nLain-lain Bantuan Untuk Rakyat Sarawak 2021 Yang Telah Diumumkan (2021)\n\n \nLain-lain Bantuan BKSS 6.0\n\n\nBantuan Tunai BKSS 6.0 Bagi Kategori Bujang & KIR\nKetua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off).\nSenarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.\nPembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).\n\nTarikh Bayaran \nKategori KIR \u2013 Pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021\nKategori Bujang- Pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off) mulai 20 Ogos 2021 (Pada awalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2021)\nRingkasan jadual pembayaran adalah seperti berikut:\nPembayaran (Status Bujang/RM500 One-Off) \u2013 20 Ogos 2021 Pembayaran (Ketua Isi Rumah/RM1500) RM250 \u2013 20 Julai 2021RM250 \u2013 20 Ogos 2021RM250 \u2013 20 September 2021RM250 \u2013 20 Oktober 2021RM250 \u2013 20 November 2021RM250 \u2013 20 Disember 2021\n\nTarikh Bayaran BKSS 6.0 Bagi Penerima Tunai\nBagi penerima tunai di BSN, bayaran akan dibuat setiap 3 bulan sekaligus.\nTarikh penerimaan / tuntutan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nFasa 1: RM750 mulai 20 Julai 2021Fasa 2: RM750 mulai 20 Oktober 2021\n\nSemakan Status Bayaran BKSS 6.0\nAnda boleh membuat semakan sama ada anda penerima BKSS atau bukan dengan melayari Portal BKSS 6.0 yang telah dikemaskini di pautan berikut:\u00a0https://bkss.sarawak.gov.my/\nUntuk membuat semakan, sila isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan:\n\nKeputusan akan dipaparkan seperti di bawah:\n Status Kelulusan BKSS 6.0 B40 2021 (Ketua Isi Rumah) \n\nStatus Kelulusan BKSS 6.0 B40 2021 (Bujang)\n\nSebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan Melalui https://talikhidmat.sarawak.gov.my\nJika terdapat sebarang persoalan, hubungi \nTel: 082-555 999 / 082-441957 / 555999E-mail :\u00a0[email\u00a0protected]www.talikhidmat.sarawak.gov.my\nLain-lain Bantuan Untuk Rakyat Sarawak 2021 Yang Telah Diumumkan (2021)\n1. Bantuan Untuk Barisan Hadapan\nBayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan:\nElaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan (Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri\u00a0 RM200Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM \u00a0RM200Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan \u00a0RM200Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)\u00a0 RM200Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)\u00a0 \u00a0RM200\n2. Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media\nPembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.\n3. Geran Khas BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil\nGeran khas berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay.\nSila rujuk: Semakan BKSS Peniaga / Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang\n4. Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang\nBantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.\n5. Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas\nBantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.\n6. Bantuan RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan e-Panggilan & Pengajar Sekolah Memandu\nBantuan kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.\nBaca juga: Cara Tebus RM150 Kredit eBelia Melalui ShopeePay Mulai 1 Jun 2021\n7. Bantuan Kewangan Untuk Agensi Pelancongan & Operator Homestay\nKerajaan Sarawak akan memberi bantuan kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.\n8. Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen\nRM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.\n9. Diskaun Bil Air BKSS 6.0\nDiskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak\n10. Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0\nDiskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.\n11. Pengecualian Sewa Untuk PKS\nKerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.\n12. Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC\nDiskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021. \nLangkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.\n13. Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT\nDiskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.\n15. Diskaun 25% Cukai Pintu\nDiskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.\nBaca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Manfaat Untuk Warga Emas\nLain-lain Bantuan BKSS 6.0\nSepanjang tempoh pelaksanaan BKSS 6.0, terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:\nDiskaun 30% Cukai Tanah;Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan;Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF);(Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);Program Go Digital Sarawak; danLatihan Pemasaran Digital.\nMaklumat lanjut: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/liga-juara-juara-eropah/", "title": "Liga Juara-juara Eropah 2023 (UCL): Siaran Langsung Final", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLiga Juara-juara Eropah atau UEFA Champions League (UCL) merupakan kejohanan tertinggi di peringkat Eropah yang disertai oleh kelab-kelab terbaik dari liga-liga Eropah.\nKejohanan tahunan ini dianjurkan oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan semestinya kejohanan yang mesti diikui oleh peminat-peminat bola sepak seluruh dunia. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penganjuran UEFA Champions League (Liga Juara-juara Eropah)\n\n \nPemilihan pasukan untuk UCL\n\n \nFormat pertandingan\n\n \nHadiah kemenangan\n\n \nSejarah Juara UCL\n\n \nSiaran Langsung & Jadual Perlawanan UCL 2023\n\n\nSejarah Penganjuran UEFA Champions League (Liga Juara-juara Eropah)\nKejohanan Liga Juara-Juara UEFA yang pertama diadakan pada musim 1955-56, dan ia telah diadakan setiap tahun sejak itu.\nKejohanan sulung itu yang ketika itu dikenali sebagai Piala Eropah (sehingga 1992), hanya mempunyai 16 pasukan yang bersaing dalam empat pusingan kalah mati (pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir dan akhir). \nReal Madrid menewaskan Reims 4-3 untuk memenangi kejuaraan dalam kejohanan pertama.\nPada tahun 1960, kejohanan ini berkembang kepada 32 pasukan (menambah pusingan tambahan) dan mengekalkan seluruh format yang sama. \nPada tahun 1992, UEFA (Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah) menukar nama kejohanan kepada UEFA Champions League dan menggantikan pusingan pertama dengan peringkat kumpulan.\n32 pasukan itu dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan, dengan setiap pasukan bermain dengan tiga pasukan lain dalam kumpulan masing-masing dalam format double round-robin. \n\n\n\n\n\n\nPemenang dan naib juara setiap kumpulan mara ke pusingan 16, di mana pasukan akan meneruskan proses peringkat kalah mati yang biasa (pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan akhir).\nBaca lagi: Piala Dunia 2026: Tarikh, Pasukan, Format & Jadual Perlawanan\nPemilihan pasukan untuk UCL\n\nApa yang menjadikan Liga Juara-Juara Eropah adalah kejohanan yang sangat kompetetif adalah penyertaan pasukan-pasukan terhebat sahaja dari liga-liga Eropah.\nBilangan pasukan yang setiap persatuan (atau liga) yang terpilih menyertai Liga Juara-Juara UEFA adalah berdasarkan pekali persatuan ahli UEFA. \nMarkah ini dijana oleh keputusan kelab yang mewakili setiap persatuan sepanjang lima musim Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA sebelumnya. \nSemakin tinggi pekali persatuan, lebih banyak pasukan mewakili persatuan dalam Liga Juara-Juara dan semakin sedikit pusingan kelayakan yang perlu ditandingi oleh pasukan persatuan.\nSejak musim 2009-10, Liga Juara-Juara UEFA menawarkan dua \u201caliran\u201d kelayakan untuk pasukan yang tidak menerima kemasukan terus ke kejohanan. \nKedua-dua aliran dibahagikan antara pasukan yang layak kerana menjadi juara liga domestik, dan mereka yang layak berdasarkan kedudukan kedua hingga keempat dalam liga domestik mereka. \nLima pasukan daripada setiap aliran kelayakan mendapat tempat di peringkat kumpulan.\n22 pasukan lain layak secara automatik, sama ada sebagai juara bertahan UCL, juara bertahan UEL atau melalui liga domestik masing-masing.\nSetiap daripada 12 persatuan kedudukan teratas dalam pekali UEFA dijamin sekurang-kurangnya satu tempat, dengan lebih banyak tempat diperuntukkan semakin tinggi pekali liga.\nArtikel berkaitan: Harimau Malaya : Pemain, Jersi, Logo, Lagu & Ranking Terkini\nFormat pertandingan\nLiga Juara-Juara Eropah ialah kejohanan bola sepak yang terdiri daripada 32 pasukan yang bersaing dalam lima pusingan untuk hak untuk dinobatkan sebagai kelab terbaik dalam bola sepak Eropah.\nKejohanan ini disertai oleh kelab divisyen teratas Eropah di mana pada peringkat awal, setiap pasukan akan melalui peringkat kumpulan round robin untuk melayakkan diri ke format kalah mati.\nSetiap peringkat kalah mati akan dilakukan sebanyak 2 perlawanan timbal balik sementara hanya satu perlawanan untuk final.\nUntuk perkembangan terkini mengenai kejohanan ini, sila layari laman web rasmi UEFA di https://www.uefa.com/uefachampionsleague/\nHadiah kemenangan\nSehingga 2021\u201322, jumlah tetap hadiah wang yang dibayar kepada kelab yang mengambil bahagian dalam Liga Juara-Juara Eropah adalah seperti berikut:\n\nPusingan play-off: \u20ac5,000,000\nYuran asas untuk peringkat kumpulan: \u20ac15,640,000\nKemenangan perlawanan kumpulan: \u20ac2,800,000\nUndian perlawanan kumpulan: \u20ac900,000\nPusingan 16: \u20ac9,600,000\nSuku akhir: \u20ac10,600,000\nSeparuh akhir: \u20ac12,500,000\nNaib Johan: \u20ac15,500,000\nJuara: \u20ac20,000,000\n\nIni bermakna, paling banyak, kelab boleh memperoleh \u20ac85,140,000 hadiah wang di bawah struktur ini, tidak mengira bahagian pusingan kelayakan, pusingan play-of atau kumpulan pasaran.\nSejarah Juara UCL\nBerikut merupakan sejarah Juara dan Naib Juara Liga Juara-Juara Eropah semenjak penganjurannya yang pertama. \nTahunJUaraNaib Juara1955-56Real Madrid (Spain)Stade de Reims (France)1956-57Real Madrid (Spain)Fiorentina (Italy)1957-58Real Madrid (Spain)AC Milan (Italy)1958-59Real Madrid (Spain)Stade de Reims (France)1959-60Real Madrid (Spain)Eintracht Frankfurt (Germany)1960-61Benfica (Portugal)Barcelona (Spain)1961-62Benfica (Portugal)Real Madrid (Spain)1962-63AC Milan (Italy)Benfica (Portugal)1963-64Inter Milan (Italy)Real Madrid (Spain)1964-65Inter Milan (Italy)Benfica (Portugal)1965-66Real Madrid (Spain)Partizan Belgrade (Yugoslavia)1966-67Celtic FC (Scotland)Inter Milan (Italy)1967-68Manchester United (England)Benfica (Portugal)1968-69AC Milan (Italy)Ajax (Netherlands)1969-70Feyenoord (Italy)Celtic FC (Scotland)1970-71Ajax (Netherlands)Panathinaikos (Greece)1971-72Ajax (Netherlands)Inter Milan (Italy)1972-73Ajax (Netherlands)Juventus (Italy)1973-74Bayern Munich (Germany)Atletico Madrid (Spain)1974-75Bayern Munich (Germany)Leeds United (England)1975-76Bayern Munich (Germany)Saint-Etienne (France)1976-77Liverpool (England)Borussia Monchengladbach (Germany)1977-78Liverpool (England)Club Brugge (Belgium)1978-79Nottingham Forest (England)Malmo (Sweden)1979-80Nottingham Forest (England)Hamburger SV (Germany)1980-81Liverpool (England)Real Madrid (Spain)1981-82Aston Villa (England)Bayern Munich (Germany)1982-83Hamburger SV (Germany)Juventus (Italy)1983-84Liverpool (England)AS Roma (Italy)1984-85Juventus (Italy)Liverpool (England)1985-86Steaua Bucuresti (Romania)Barcelona (Spain)1986-87FC Porto (Portugal)Bayern Munich (Germany)1987-88PSV Eindhoven (Netherlands)Benfica (Portugal)1988-89AC Milan (Italy)Steaua Bucuresti (Romania)1989-90AC Milan (Italy)Benfica (Portugal)1990-91Red Star Belgrade (Yugoslavia)Marseille (France)1991-92Barcelona (Spain)Sampdoria (Italy)1992-93Marseille (France)AC Milan (Italy)1993-94AC Milan (Italy)Barcelona (Spain)1994-95Ajax (Netherlands)AC Milan (Italy)1995-96Juventus (Italy)Ajax (Netherlands)1996-97Borussia Dortmund (Germany)Juventus (Italy)1997-98Real Madrid (Spain)Juventus (Italy)1998-99Manchester United (England)Bayern Munich (Germany)1999-2000Real Madrid (Spain)Valencia (Spain)2000-01Bayern Munich (Germany)Valencia (Spain)2001-02Real Madrid (Spain)Bayer Leverkusen (Germany)2002-03AC Milan (Italy)Juventus (Italy)2003-04FC Porto (Portugal)AS Monaco (France)2004-05Liverpool (England)AC Milan (Italy)2005-06Barcelona (Spain)Arsenal (England)2006-07AC Milan (Italy)Liverpool (England)2007-08Manchester United (England)Chelsea (England)2008-09Barcelona (Spain)Manchester United (England)2009-10Inter Milan (Italy)Bayern Munich (Germany)2010-11Barcelona (Spain)Manchester United (England)2011-12Chelsea (England)Bayern Munich (Germany)2012-13Bayern Munich (Germany)Borussia Dortmund (Germany)2013-14Real Madrid (Spain)Atletico Madrid (Spain)2014-15Barcelona (Spain)Juventus (Italy)2015-16Real Madrid (Spain)Atletico Madrid (Spain)2016-17Real Madrid (Spain)Juventus (Italy)2017-18Real Madrid (Spain)Liverpool (England)2018-19Liverpool (England)Tottenham Hotspur (England)2019-20Bayern Munich (Germany)Paris Saint-Germain (France)2020-21Chelsea (England)Manchester City (England)2021-22Real Madrid (Spain)Liverpool (England)\nSiaran Langsung & Jadual Perlawanan UCL 2023\nPertempuran untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/23 pada bulan Mei di peringkat separuh akhir kejohanan.\nReal Madrid, selepas menyingkirkan Chelsea, akan menentang Man City dalam satu separuh akhir. \nSementara itu, satu perlawanan lagi akan menyaksikan AC Milan, pemenang perlawanan menentang saingan Serie A, Napoli, berdepan pencabar, Inter Milan.\nIni adalah pasukan yang disahkan dalam Separuh Akhir Liga Juara-Juara untuk 2023:\n\nAC Milan FC.\nInter Milan FC.\nReal Madrid FC dan\nManchester City FC.\n\n\nTarikh Perlawanan Separuh Akhir UCL 2023\n\nSelasa, 9 Mei: Real Madrid lwn Manchester City (Perlawanan Pertama)\nRabu, 10 Mei: AC Milan lwn Inter Milan (Perlawanan Pertama)\nSelasa, 16 Mei: Inter Milan lwn AC Milan (Perlawanan Kedua)\nRabu, 17 Mei: Manchester City lwn Real Madrid (Perlawanan Kedua)\n\nTarikh Perlawanan Akhir Liga Juara-juara Eropah UCL 2023\n\nBagi musim 2022/23 UEFA Champions League (Liga Juara-juara Eropah) ini, perlawanan peringkat akhir akan berlangsung di Stadium Olimpik Atat\u00fcrk, Istanbul pada on 11 Jun 2023, jam 3.00 pagi waktu Malaysia.\n\nSiapakah yang akan bergelar juara? Mampukah Manchester City untuk menyambar Treble untuk tahun ini?\nSaksikan siaran langsung di Astro SuperSport 3 HD, Saluran 813.\n\n\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rumah-impian-bangsa-johor/", "title": "Rumah Impian Bangsa Johor: Cara Permohonan & Semakan Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk rakyat di negeri Johor, anda kini berpeluang mendapatkan rumah impian masing-masing dengan membuat permohonan pendaftaran skim perumahan mampu milik Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)?\n\n \nProjek Terkini Rumah Impian Bangsa Johor 2020\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Pendaftaran\n\n \nCara Daftar Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)?\nSkim perumahan mampu milik, Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) telah dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Mac 2017 di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).\nInisiatif ini bertujuan memastikan setiap lapisan Bangsa Johor memiliki rumah impian sendiri di kawasan sempurna serta selesa, di samping pada harga mampu dimiliki.\nCiri-ciri rumah yang ditawarkan oleh skim RIBJ adalah seperti berikut\nRumah teres satu tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik airHarga seunit bermula daripada RM70,000Rumah teres dua tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik airHarga seunit berharga bawah daripada RM200,000\nProjek Terkini Rumah Impian Bangsa Johor 2020\nTerkini, dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor \u2013 Bandar Dato\u2019 Onn akan dibuka mulai 22 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020.\n\n\n\n\n\n\nProjek : BANDAR DATO\u2019 ONN\nRumah mampu milik ini mempunyai jenis rumah yang pelbagai, iaitu:\nSesebuah 2 tingkatBerkembar 2 tingkatKluster 2 tingkatTeres 2 tingkat\nJumlah unit yang dibuka untuk jualan adalah sebanyak 488 unit.\nIa terletak berdekatan dengan AEON Bandar Dato\u2019 Onn.\nHarga rumah bermula RM85,000 hingga 100,000\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memiliki rumah ini adalah seperti yang disenaraikan berikut:\nRakyat Johor berusia 25 tahun ke atasDibenarkan satu sahaja permohonan bagi setiap pasangan yang berkahwinKeutamaan diberikan kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumahPendapatan seisi rumah di bawah RM5,000\n*Selain membuat permohonan RIBJ, rakyat Johor juga boleh melayari eRumah Johor untuk mendapatkan pelbagai jenis Rumah Mampu Milik Johor seperti Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR) yang memastikan rakyat negeri Johor berpeluang membeli rumah pada harga yang berpatutan.\nTarikh Pendaftaran \nRakyat Johor yang ingin memiliki Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) boleh membuat permohonan di laman web rasmi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bermula 22 Julai 2020 hingga 31 Ogos 2020.\nTARIKH BUKA PENDAFTARAN \u00a0\u00a0\u2013 22 Julai 2020\nTARIKH TUTUP PENDAFTARAN \u00a0\u2013 31 Ogos 2020\nCara Daftar Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor\nRakyat negeri Johor yang berminat perlu membuat permohonan pendaftaran secara atas talian.\nBagi yang belum pernah memohon dan bagi yang pernah memohon hendaklah mengemaskini maklumat permohonan secara online\u00a0di pautan berikut :\nhttps://ribj.sijf.my/\nSila isikan butiran dan lengkapkan permohonan beserta dokumen yang diminta.\nSegala permohonan akan disaring dengan ketat bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan mereka yang layak.\nBaca juga : Skim Perumahan Belia BSN 2020: Permohonan & Semakan Status\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), sila hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor pada alamat berikut:\nBangunan Dato\u2019 Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor Bahru.Nombor telefon : 07-266 6070\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cids-login-rph/", "title": "CIDS Online (Cara Login & Pembinaan RPH)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCIDS merupakan singkatan bagi Collaborative Instructional Design System atau dalam bahasa Melayunya diterjemahkan kepada Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaborasi.\nSistem ini memudahkan dan membantu para guru merancang pembelajaran secara online dengan profesional dan sistematik, selaras dengan keperluan teknologi pada masa kini. \nDengan pelbagai fungsi yang disediakan dalam sistem ini, pembelajaran yang dirancang dengan sebaiknya oleh para guru akan menjadikan sesi pembelajaran mereka seronok dan interaktif. \nCIDS ini terbukti berkesan setelah melalui penyelidikan dan verifikasi dari tokoh-tokoh pendidikan luar dan dalam negara. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan CIDS\n\n \nKerangka utama sistem\n\n \nCara login CIDS\n\n \nLatar Belakang CIDS\n\n\nKelebihan CIDS\nPlatform bagi membantu guru merungkai standard kurikulum bagi memenuhi keperluan Pendidikan 4.0Boleh diintegrasi dengan sumber-sumber luar (YouTube, Google Classroom, DELIMa dll)Platform bagi membant para guru merancang epmbelajaran Abad Ke-21 secara Profesional & sistematik sama ada bersemuka atau pembelajaran di rumah (PdPR)Nilai Tambah memberi kemudahan untuk merancang/melapor aktiviti kokurikulumFungsi-fungsinya dalam diubah (customized) mengikut keperluan semasa para guruPeluang kepada individu dari komuniti yang berbeza, untuk menyumbang dan berkongsi idea, kemahiran, strategi dan pengetahuan\nKerangka utama sistem\n\nKerangka utama sistem ini memfokuskan kepada 4 kompoten seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\nPengetahun \u2013 Apa yang perlu diketahui dan difahamiKemahiran \u2013 Bagaimana menggunakan pengetahuan ituWatak \u2013 Bagaimana berkelakuan dan terlibat dalam duniaMeta-Pembelajaran \u2013 Bagaimana kita dapat merenung atau membuat refleksi dan menyesuaikan diri dalam perkembangan pembelajaran\nCara login CIDS\nLayari laman CIDS di pautan berikut:Bahasa Inggeris \u2013 https://asiemodel.net/Bahasa Melayu \u2013 https://asiemodel.net/ms/Klik pada butang \u201cLogin\u201dMasukkan UsernameMasukkan Password\nSekiranya anda belum mempunyai akaun, boleh mendaftar akaun dengan hanya klik pada butang \u201cGet Your Free ID\u201d\nAnda boleh log masuk sebagai \u201ctetamu\u201d dengan menggunakan fitur-fitur yang terhad yang telah ditetapkan tanpa mengira negara asal. Oleh itu perancangan yang dibuat tidak akan memenuhi keperluan anda. \nAnda dinasihatkan tidak mengubah tetapan yang dibuat untuk mengelak erata. \nAnda boleh menggunakan maklumat ID berikut untuk log masuk:\nNama Pengguna: asietetamuKata Laluan: asietetamu\nDapatkan maklumat lanjut melalui email:\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0team\nSila klik/tekan di sini untuk muat turun fail Pdf bahan\u00a0Pengenalan CIDS Versi 9.0\nSila klik/tekan di sini untuk muat turun fail Pdf bahan\u00a0Panduan Pengesahan Rekod CIDS Versi 9.0\nSila klik/tekan di sini untuk membaca dan mengkaji secara ilmiah aplikasi CIDS melalui\u00a0Buku Panduan CIDS.\n\nLatar Belakang CIDS\nAPA ITU CIDS?\nSistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif merupakan Alat Mereka Bentuk Instruksional Interaktif (Interactive Instructional Design Tool) bagi guru-guru merancang pembelajaran dalam talian secara profesional & sistematik mengikut keperluan pendidikan masa kini.\nTerangkum di dalamnya fitur-fitur kemudahan untuk perancangan kokurikulum, Professional Learning Communities (PLC) \u2013 Lesson Study, penilaian SKPMg2 dan e-Pembelajaran untuk murid.\nAnda boleh merujuk panduan aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam menu Bantuan atau dari menu Soalan-soalan lazim.\u00a0\nPengendali CIDS ialah badan profesional yang menawarkan perkhidmatan latihan dan penyelesaian dalam bidang pendidikan seperti berikut:\nReka Bentuk PengajaranAplikasi Sistem Reka Bentuk Pengajaran KolaboratifAplikasi Model ASIE dalam pembelajaranKemahiran Belajar Abad Ke-21Kemahiran Berfikir Aras TinggiKemahiran Belajar untuk pelajarKursus Motivasi untuk pelajarKemahiran Mengajar untuk guruTopik-topik lain untuk Program Peningkatan Profesionalisme Guru (CPD program)Latihan akan dibimbing oleh pakar-pakar pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi.\n\nSecara keseluruhannya kekuatan CIDS mampu membantu guru melaksanakan perkara berikut:\nMereka bentuk dan menyusun strategi pengajaran di peringkat makro dan mikro.Item-item yang terdapat dalam sistem ini boleh diubahsuai (customized) mengikutkeperluan, dasar atau amalan institusi masing-masing bergantung kepada kreativiti guru dan pemilihan mengikut kesesuaian pelajar.Menggunakan MIW sebagai bahan rujukan dalam sesi \u201cLesson Study\u201d program PLC.Berkongsi perancangan bersama guru guru lain dalam kalangan ahli komuniti.Mencari dan berkongsi perancangan bersama guru-guru lain hingga ke peringkat global.Berkolaborasi bersama murid dan pelbagai komuniti untuk berkongsi pengalaman bagi kepentingan membina perwatakan dan potensi pelajar dalam menentukan masa hadapan mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan.\nAnda boleh membaca atau memuat turun panduan ringkas aplikasi CIDS melalui bahan-bahan yang dimuatkan dalam manual pengguna atau membaca dan mengkaji penerangan lengkap melalui video di bawah:\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-industry-led-professional-certificate-ipc-marii/", "title": "IPC Marii: Permohonan Latihan Kemahiran & Elaun RM1000 Sebulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Program IPC MARii kini dibuka bagi tahun 2021!\nKepada semua yang masih belum dapat kerja dan ingin menceburi bidang kemahiran tapi tak tahu nak mula dari mana? \nJom sertai Program Industry-Led Professional Certificate (IPC) yang dianjurkan oleh agensi di bawah MITI iaitu Institut Automatif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).\nDi bawah program ini, pelbagai kemudahan menarik ditawarkan dan peserta diberi pelbagai kelebihan.\nDi sini dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Industry-Led Professional Certificate (IPC).\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Industry-Led Professional Certificate (IPC Marii)?\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nKelebihan Program\n\n \nStruktur Program IPC MARii\n\n \nCara Pendaftaran Program IPC MARii\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Industry-Led Professional Certificate (IPC Marii)?\nIPC adalah salah satu program pembangunan model insan Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute (MARii) yang dirangka bersama pihak industri. IPC menghasilkan pengendali dan juruteknik yang mahir melalui modul khusus dan latihan di tempat kerja.\n\u200bProgram IPC memenuhi keperluan industri bagi tenaga mahir dalam sektor pembuatan dan lepas jualan yang makin\u00a0mencabar dan kian berubah dengan teknologi.\n\u200bProgram ini memberi tumpuan kepada latihan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran.\n\u200bDalam tempoh enam bulan program IPC, pelatih didedahkan kepada pengetahuan am industri, kemahiran dan budaya kerja industri. Graduan IPC akan dijaminkan pekerjaan sama ada dalam kilang pengeluaran dan sebagainya.\n\nSyarat Kemasukan\nWarganegara Lelaki & PerempuanBerumur 18 \u2013 30 TahunMemiliki sijil Berhenti Sekolah /\u00a0\u00a0SPM / SKM / Diploma dan institusi latihan tempatan atau setarafCalon mempunyai sijil UPSR / PMR / PT3 akan dipertimbangkan\nKelebihan Program\nPeluang pekerjaan tetapLatihan diberikanTiada yuranPenginapan, makanan dan minuman disediakanPerlindungan insurans semasa latihanPekerjaan dijamin selepas tamat programElaun RM200 bulan pertama dan RM1000 pada bulan seterusnyaSijil IPC diiktiraf oleh kerajaan & Industri\nStruktur Program IPC MARii\nLazimnya, latihan IPC dijalankan secara semuka di Akademi Teknologi MARii (MARii Academy of Technology), ataupun di pusat-pusat latihan yang diiktiraf. \nWalau bagaimana pun, jika wujudnya PKP atau keperluan untuk mengurangkan latihan secara semuka, IPC dapat diteruskan secara atas talian \u2013 secara langsung kepada pelatih melalui platform MARiiKerja.\nSetelah tamat latihan kelas selama 30 hari, para pelatih akan diberikan sijil \u201cIndustry Led Professional Certificate (IPC)\u201d. \nSijil \u201cIndustry Led Professional Certificate \u2013 Advanced Apprenticeship Programme (IPC-AAP)\u201d akan diberikan setelah tamat lima bulan latihan praktikal.\nProgram ini dirangka selama 6 bulan dengan proses kerja seperti berikut:\nPendaftaran lepasan peserta lepasan SPM / SKM / DiplomaLatihan IndustriLatihan Sambil BekerjaDiserap sebagai Tenaga Kerja Mahir\nBaca juga: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19\nCara Pendaftaran Program IPC MARii\nLangkah Pertama:\nTeruskan dengan pendaftaran online di pautan ini: https://www.mariikerja.my/\nLangkah Kedua:\nWhatsapp menggunakan ke nombor +60 13-942 6330 dan isikan butir-butir di bawah:\nNamaE-mailNo. Kad Pengenalan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan Program IPC MARii, sila rujuk laman web rasmi MARii di pautan berikut: www.mariikerja.my\nATAU\nAdlamat: Blok 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor.\u200bE-mail: [email\u00a0protected]\u200bTel: (+60) 03-8318 7742\u200bFax: (+60) 03-8318 7743\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-rumah-pertamaku-srp/", "title": "Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPernahkah anda dengar tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP)?\nUntuk anda yang masih belum memiliki rumah, inilah peluang untuk anda memanfaatkan insentif dari kerajaan di mana pemohon boleh dapat pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah!\nMenarik kan?\nJom kami kongsikan lebih lanjut tenang Skim Rumah Pertamaku ini, khususnya bagi yang belum pernah memiliki rumah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Rumah Pertamaku?\n\n \nSyarat-syarat Permohonan Skim Rumah Pertamaku\n\n \nCara Permohonan\n\n \nBank-bank Yang Terlibat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Rumah Pertamaku?\nSkim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah. \n\n\n\n\n\n\nPermohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.\nSkim Rumah Pertamaku (SRP) \u2013 Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia\nSkim ini adalah\u00a0untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.\nSkim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. \nIni sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (\u201cCSRP\u201d) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar \u2018kerugian pertama\u2019.\nSecara ringkasnya, apa yang anda perlu faham adalah:\nMemiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluanMendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibatPinjaman/pembiayaan dijaminkan oleh Cagamas SRP Berhad\nSyarat-syarat Permohonan Skim Rumah Pertamaku\nApa pula syarat-syarat untuk memohon skim ini?\nMenurut laman web rasmi SRP, syaratnya adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaPembeli rumah pertamaPekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiriPemohon individu atau bersamaHarta tanah kediaman dan dihuni pemilikNilai harta tanah sehingga RM500,000Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersamaPembiayaan sehingga 110% *Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas\n* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah \u2264RM5,000 + membeli harta tanah \u2264RM300,000\n\nCara Permohonan\nCari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.\n\nBaca juga: \nHDAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak) 2022Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2022\nBank-bank Yang Terlibat\nBerikut adalah senarai bank yang menawarkan permohonan Skim Rumah Pertamaku.\nSila hubungi bank pilihan anda dalam senarai di bawah:\nAffin Bank03-8230 2222Affin Islamic Bank03-8230 2223Alliance Bank03-5516 9988Alliance Islamic Bank03-5516 9989AmBank03-2178 8888AmBank Islamic03-2178 8888Bank Islam03-2690 0900Bank Muamalat03-2600 5500Bank of China03-2059 5566CIMB Bank03-6204 7788CIMB Islamic Bank03-6204 7789Hong Leong Bank03-7626 8899Hong Leong Islamic Bank03-7626 8900Maybank1 300 88 6688Maybank Islamic1 300 88 6688MBSB Bank03-2096 3000OCBC Al-Amln Bank03-8314 9310OCBC Bank03-8317 5000Public Bank1 800 22 9999Public Islamic Bank1 800 22 9999RHB Bank03-9206 8118RHB Islamic Bank03-9206 8118Standard Chartered Bank1 300 888 888Standard Chartered Saadiq Bank1 300 888 888United Overseas Bank03-2612 8121\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku ini, sila rujuk Soalan Lazim di SINI.\nSebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web rasmi SRP : https://www.srp.com.my/bmTelefon : +603-2262 1800E-mel: [email\u00a0protected]Alamat: Level 32, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala LumpurMuat turun brosur PDF: Brosur Skim_Rumah_Pertamaku_2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-str/", "title": "Rayuan STR \u2013 Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : TEMPOH PERMOHONAN RAYUAN STR 2023\nYAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.\nDengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing. \nPembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun \u2013 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan Status Tidak Lulus STR & Perubahan Status Kelayakan\n\n \nSiapa Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan?\n\n \nKod Alasan Tidak Lulus STR, Tindakan & Dokumen Diperlukan\n\n \nCara Permohonan Rayuan STR Fasa 3\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSemakan Status Tidak Lulus STR & Perubahan Status Kelayakan\nSemakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023. \nBagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023. \nLHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.\nIni bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada\u00a0Fasa 3\u00a0kepada penerima STR yang layak.\n\nSiapa Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan?\nPemohon yang layak membuat permohonan rayuan STR adalah:\n\nPemohon yang berstatus TIDAK LULUS STR; atau\nPemohon yang berstatus LULUS STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.\n\n\nAlasan tidak lulus STR boleh disemak melalui menu > Semakan Status.\nKod Alasan Tidak Lulus STR, Tindakan & Dokumen Diperlukan\nPENGESAHAN PENGENALAN KOD ALASAN 01 / 02 / 03\nSOALAN 1\n\n\n\n\n\n\nSaya Tidak Lulus kerana perlu pengesahan pengenalan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?\nDokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.\nSOALAN 2\nSaya Tidak Lulus kerana maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan data agensi. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?\nDokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.\nPENGESAHAN PENDAPATAN KOD ALASAN 08 / 09 / 10 / 11 / 72\nSOALAN 3\nPermohonan STR saya Tidak Lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2500 (bagi kategori Bujang). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?\nDokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.\nSOALAN 4\nSaya Tidak Lulus kerana pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan (Kod 72). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?\nBagi kod 72 (semakan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan). Pemohon perlu melaporkan maklumat pendapatan yang sebenar pada Borang Permohonan Rayuan STR.\nPENGESAHAN PEMILIKAN PERNIAGAAN KOD ALASAN 14 / 15 / 16 / 17 / 18 / 19 / 20 / 21\nSOALAN 5\nAdakah saya perlu mengemukakan dokumen maklumat perniagaan pemohon / pasangan agar Permohonan Rayuan STR saya dipertimbangkan?\nTidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.\nSOALAN 6\nSaya merupakan Pemegang Saham tetapi syarikat berkenaan berstatus tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan STR?\nYa. Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).\nSOALAN 7\nPermohonan STR saya Tidak Lulus kerana memiliki perniagaan. Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang boleh dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?\nPermohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).\nPENGESAHAN PEMILIKAN KENDERAAN KOD ALASAN 22 / 23 / 24\nSOALAN 8\nPermohonan STR saya Tidak Lulus bagi kod 22 / 23 / 24 berkenaan status pemilikan kenderaan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Sekiranya kenderaan tersebut diperolehi hasil daripada cabutan bertuah / hadiah daripada peraduan / majikan, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh rayuan STR dibuka?\nTidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.\n(RUJUK SEPENUHNYA FAQ RAYUAN STR 2023: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MYSTR_RAYUAN_STR_2023.pdf)\nSila rujuk kod TIDAK LULUS STR yang dilampirkan di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Permohonan Rayuan STR Fasa 3\nTempoh Permohonan Rayuan STR 2023:\n\nMulai 03 sehingga 31 Julai 2023.\n\nPermohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.\nUntuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nKaedah Permohonan Rayuan STR 2023:\n\nSecara Dalam Talian.\nSecara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.\n\nPermohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.\nSila rujuk ikon PERMOHONAN RAYUAN seperti yang tertera dalam tangkap layar di bawah:\n\nSila rujuk Kod Alasan Tidak Lulus STR dan muatnaik dokumen yang diperlukan untuk permohonan.\n\nRayuan Tambahan\u00a0tidak dibenarkan\u00a0kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.\n\u00a0Perkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.\nNOTA:\nMenu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.\nLog Masuk MySTR memerlukan\u00a0ID Pengguna (No. MyKad)\u00a0dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran MySTR, Sila klik\u00a0Soalan Lazim (FAQ) MySTR.\nSekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \nMaklumat Lanjut\nSoalan Lazim (FAQ) Rayuan STR 2023\nSOALAN_LAZIM_FAQ_MYSTR_RAYUAN_STR_2023Download\nSila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 melalui lampiran di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\nBagi artikel panduan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 3, sila rujuk artikel berikut:\n\nSTR Fasa 3 : Semakan Status & Bayaran Mulai 26 Jun \u2013 MOF\nLogin STR : Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3\nBantuan Tambahan STR 2023 \u2013 Sumbangan Asas Rahmah (SARA)\n\nUntuk maklumat yang lebih terperinci, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-sepadan-ptptn-sspn-i/", "title": "Insentif Geran Sepadan PTPTN RM10,000 Untuk Pendidikan Anak SSPN-i", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGERAN SEPADAN PTPTN SEHINGGA RM10,000 UNTUK PENDEPOSIT SSPN-I\nKeistimewaan Geran Sepadan sehingga RM10,000?\nGeran Sepadan merupakan insentif kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tujuan pendidikan anak-anak.\n\n\n\n\n\n\nOleh itu, pendeposit SSPN-i yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi penerima manfaat (anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat untuk permohonan Geran Sepadan PTPTN.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Geran Sepadan PTPTN / SSPN-i?\n\n \nCara Permohonan Geran Sepadan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Geran Sepadan PTPTN / SSPN-i?\nGeran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang. \nMulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan.\nBerikut syarat-syarat permohonan:\nJumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluargaPendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.\n\nBaca juga: Yayasan Selangor: Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Sesi September 2021\nCara Permohonan Geran Sepadan\nPendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:\nPengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan di\u00a0https://www.ptptn.gov.my/geran-sepadan-sspn-i-side\nAdalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter secara walk-in tidak dibenarkan dan terhad kepada urusniaga secara temujanji.\nJika ingin ke kaunter untuk berurusan, sila rujuk: e-JanjiTemu PTPTN: Cara Buat Temujanji Kaunter Negeri /Cawangan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/google-scholar/", "title": "Google Scholar: Tips, Panduan dan Cara Guna", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai yang tidak sedar, pihak Google sudah lama mewujudkan Google Scholar bagi memudahkan kita membuat rujukan jurnal, sastera ilmiah dan sumber akademik.\nApabila hendak melakukan kajian akademik, kita biasanya akan merujuk kepada jurnal, buku dan artikel ilmiah.\nArtikel-artikel seperti ini biasanya boleh didapati dari laman web seperti ScienceDirect, Scopu, Springer dan banyak lagi \u2013 biasanya artikal seperti ini adalah berbayar.\nSelain itu, sekiranya anda sedang belajar di universiti/kolej, cuba bertanya dengan pegawai perpustakaan kerana kebiasaannya pihak perpustakaan melanggan akses untuk pelbagai laman web (seperti contoh di atas) bagi membolehkan para pelajar membaca atau merujuk jurnal akademik secara percuma.\nGoogle Scholar pula merupakan platform enjin carian yang menyediakan hasil carian untuk jurnal-jurnal artikel ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerbezaan dengan enjin carian Google\n\n \nKandungan dan hasil carian\n\n \nPanduan & cara guna\n\n \nTips penggunaan\n\n\nPerbezaan dengan enjin carian Google\nGoogle Scholar ialah enjin carian web yang boleh diakses secara bebas yang mengindeks teks penuh atau metadata kesusasteraan ilmiah merentas pelbagai format dan disiplin penerbitan. \nEnjin carian Google (Google Search) mencari kandungan web awam dan Google Scholar memaparkan hasil carian dengan kaedah berbaza.\nIa mencari jenis buku ilmiah, artikel dan dokumen yang sama yang anda cari dalam katalog dan pangkalan data pelbagai laman web akademik. \nFokus carian Google Scholar yang memfokuskan kepada kandungan ilmiah dan berwibawa membezakannya daripada Google Search biasa.\nArtikel menarik: Google Translate: Tips dan Cara Penggunaan\nKandungan dan hasil carian\nDikeluarkan dalam versi beta pada November 2004, indeks Google Scholar termasuk jurnal dan buku akademik dalam talian yang disemak rakan sebaya, kertas persidangan, tesis dan disertasi, pracetak, abstrak, laporan teknikal dan kesusasteraan ilmiah lain, termasuk pendapat mahkamah dan paten.\nUntuk kandungan diindeks dalam Google Scholar, ia mesti memenuhi kriteria tertentu yang ditentukan.\nTerdapat pertindihan antara kandungan dalam Google Scholar dan pangkalan data web akademik. \nSelain itu, banyak petikan dalam Google Scholar akan dipautkan kepada teks penuh dalam pangkalan data web akademik atau dalam pangkalan data yang tersedia untuk umum. \nGoogle Scholar boleh menjadi \u201ctempat permulaan\u201d untuk melakukan kajian jurnal akademik yang mudah, tetapi ia bukanlah sumber yang komprehensif.\nBaca lagi: Panduan Google Meet Untuk Mesyuarat & Kelas\nPanduan & cara guna\n\nPencarian di Google Scholar (https://scholar.google.com/) semudah mencari di Google biasa. \n\nLayari\nMasukkan kata kunci carian anda\nHasil carian yang paling berkaitan dipaparkan terlebih dahulu, berdasarkan teks penuh item, pengarang, sumber dan bilangan kali ia telah disebut dalam sumber lain. \n\nSesetengah klik pada tajuk hanya boleh membawa anda ke petikan atau deskripsi teks, bukannya ke dokumen penuh itu sendiri. \nGoogle Scholar tidak semestinya akan membawa anda ke teks penuh setiap hasil carian.\nTips penggunaan\nBerikut adalah beberapa tips untuk menggunakan laman web untuk mendapatkan hasil carian yang lebih baik dengan kajian akademik anda.\n\nCarian tidak sensitif pada huruf kecil/besar \u2013 Carian untuk \u201cMachine Learning\u201d akan menghasilkan hasil yang sama seperti carian untuk \u201cmachine learning\u201d.\nGunakan kata kunci dan bukannya ayat penuh \u2013 Katakan topik kajian anda adalah tentang \u201cself driving cars\u201d (kereta memandu sendiri). Caranya ialah membina senarai kata kunci dan melakukan carian untuknya seperti \u201cself-driving cars\u201d, \u201cautonomous vehicles\u201d atau \u201cdriverless cars\u201d. \nGunakan tanda quote untuk mencari padanan tepat \u2013 Jika anda meletakkan frasa carian anda ke dalam tanda \u201d \u201c, anda boleh mencari padanan tepat frasa tersebut dalam tajuk dan teks kandungan dokumen.\nTambahkan tahun pada frasa carian untuk mendapatkan artikel diterbitkan pada tahun tertentu \u2013 Carian \u201cself-driving cars 2015\u201d akan memaparkan artikel atau buku yang diterbitkan pada 2015.\nGunakan kawalan bar sisi untuk melaraskan hasil carian anda \u2013 Melalui panel sebelah kiri anda boleh mengehadkan lagi hasil carian dengan mengehadkan tahun yang diliputi oleh carian, kemasukan atau pengecualian paten, dan anda boleh menyusun keputusan mengikut kaitan atau mengikut tarikh.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ufuture-uitm/", "title": "UFUTURE UiTM : Login, Lupa Kata Laluan & Pengisian Exit Survey SuFo", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSuFo : PROSES EXIT SURVEY SESI II 2021/2022 TELAH PUN DIBUKA DI UFUTURE UITM!\nPenilaian SuFO telah dibuka, pelajar diminta untuk melengkapkan penilaian bagi setiap subjek yang didaftarkan di Student Portal pada bahagian i-Learn.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang SuFo dan cara membuat penilaian secara online di laman web uFuture.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah uFuture?\n\n \nApakah Penilaian SuFo?\n\n \nLangkah Mengisi Exit Survey Melalui Laman Web uFuture UiTM\n\n \nLupa Kata Laluan\n\n \nTarikh Penting\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah uFuture?\nIa adalah satu platform untuk menyampaikan konten pembelajaran secara online kepada mana-mana individu yang ingin menyertai kursus tanpa had kedatangan.\n\n\n\n\n\n\nApakah Penilaian SuFo?\nTujuan Student Feedback Online (SuFO) adalah untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran, demi kepentingan pelajar dan UiTM supaya kualiti program dan akreditasi pelajar terjaga.\nLangkah Mengisi Exit Survey Melalui Laman Web uFuture UiTM\nBerikut merupakan langkah-langkah untuk mengisi Exit Survey melalui laman web Ufuture:\nLog masuk ke Ufuture (https://ufuture.uitm.edu.my/login).Tekan simbol \u201ctriple bar\u201d di bahagian atas skrin.Scroll pilihan di bahagian kiri skrin dan pilih \u201cEvaluation\u201d.Pilih Exit Survey.\nSila rujuk infografik di bawah:\n\n\nBaca juga: \nSemak SYARAT UiTM: Semakan Kelayakan Kemasukan UiTM 2022UiTM Student Portal: Login iStudent & Semakan Keputusan Peperiksaan\nLupa Kata Laluan\nJika anda terlupa kata laluan untuk log masuk ke laman web uFuture, sila klik ke pautan berikut: https://ufuture.uitm.edu.my/forgot dan tekan butang RESET PASSWORD.\nSekiranya anda mengalami masalah, hubungi saluran berikut:\nHotline: IT Department, iCEPS : 03 \u2013 5544 8369 / 03 \u2013 5544 8174\nTarikh Penting\nPara pelajar diminta untuk melengkapkan Student Feedback Online (SuFo) bagi sesi Mac \u2013 Ogos 2022. Tarikh akhir adalah seperti berikut:\nTarikh: 13 Jun 2022 \u2013 24 Julai 2022\nPara pelajar diingatkan untuk melengkapkan SuFo mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan keputusan penilaian akhir disekat.\nSila lengkapkan SuFo di laman sesawang UFUTURE UiTM di pautan berikut\nLink: https://ufuture.uitm.edu.my/home/\nKerjasama daripada semua pelajar amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus yang ditawarkan, sila layari laman web\nhttps://ufuture.uitm.edu.my/home/\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)40450 Shah AlamMalaysia03 \u2013 5544 8369[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-dermasiswa-pengajian-asasi-sastera/", "title": "Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera Untuk Anak-Anak Veteran ATM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera kini dibuka untuk anak-anak veteran ATM.\nInisiatif ini diwujudkan bagi sebagai tanda penghargaan kepada para pahlawan tanah air yang telah mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.\nTawaran program dermasiswa ini ditawarkan untuk anak-anak veteran ATM lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2021/2022 yang berkelayakan.\n\n\n\n\n\n\nProgram yang tercetus dari kolaborasi JHEV ATM & UNIRAZAK ini merangkumi tajaan penuh yuran pengajian selama 1 tahun oleh UNIRAZAK.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Bagi Universiti Awam 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPeringkat Pengajian Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPeringkat Pengajian Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera\nPeringkat pengajian yang ditawarkan bagi program ini adalah program asasi selama setahun bagi persediaan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UNIRAZAK atau mana-mana IPT kelak.\nSyarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :\nLepasan SPM: Lulus SPM/SPMV dengan keputusan minimum 5 kredit.Lepasan O-Level: Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 Subjek.Kelayakan Lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).Untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK, keputusan Percubaan SPM juga diterima pakai bagi kemasukan ini.\n\nCara Memohon\nPelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :\nLayari laman web berikut https://unirazak.edu.my/jhev-atm/ untuk memohon.Klik butang \u2018Daftar Dermasiswa Sekarang.\u2019Isi maklumat diri dan maklumkan kepada pihak universiti melalui kotak mesej untuk memohon Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera bagi anak-anak veteran tentera.Klik butang \u2018Hantar.\u2019\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera ini, sila layari laman web https://unirazak.edu.my/jhev-atm/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakaian-tradisional-cina/", "title": "4 Pakaian Tradisional Cina Popular", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai daripada kita tidak pernah melihat pakaian tradisional Cina memandangkan ianya tidak lagi dipakai dan digayakan dalam kehidupan seharian. \nPakaian tradisional Cina adalah evolusi dari jaket dan seluar atau gaun panjang, longgar, potongan lurus.\nPakaian ini mencerminkan estetika, falsafah, dan nilai sosial tradisional Cina apabila mereka berevolusi sepanjang lebih 3,000 tahun sejarah mereka yang cukup panjang. \nOrang Cina telah lama mengekalkan gaya Timur yang konservatif dalam pemakaian, dipengaruhi oleh pemikiran Confucian dan Fungsi Etika. \nPakaian mereka juga tidak mendedahkan bahagian kulit badan dan tertutup dengan baik dan tidak mendedahkan bentuk badan dengan ketara. \n\n\n\n\n\n\nKita biasa dengar mengenai \u201ccheongsam\u201d, tapi tahukah anda ada beberapa pakaian tradisional Cina yang begitu popular.\nArtikel berkaitan: Pakaian Tradisional Malaysia Mengikut Negeri / Suku Kaum\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Hanfu\n\n \n2. Qipao (Cheongsam)\n\n \n3. Sut Mao atau Sut Zhongshan \u2013 Pakaian Tradisional Lelaki\n\n \n4. Sut Tang \u2013 Jaket Tradisional Cina\n\n\n1. Hanfu\n\nHanfu (\u2018Pakaian Han\u2019 \u2014 majoriti orang Cina adalah etnik Han) adalah pakaian tradisional China yang tertua. \nSehingga Dinasti Han, Hanfu telah diterima pakai dan dinaikkan pangkat oleh golongan pemerintah dan kemudiannya menjadi pakaian kebangsaan orang etnik Han. \nPada masa kini, orang Cina jarang memakai Hanfu kecuali pada majlis-majlis khas, seperti perayaan dan majlis perkahwinan, atau oleh gadis muda yang ingin menunjuk-nunjuk atau mengambil gambar.\nHanfu terdiri daripada beberapa bahagian:\n\nyi (\u8863, pakaian kolar terbuka terbuka);\npao (\u888d, pakaian seluruh badan yang dipakai oleh lelaki);\nru (\u8966, baju kolar bersilang terbuka);\nshan (\u886b, baju kolar terbuka terbuka atau jaket yang dipakai di atas yi);\nqun atau chang (\u88d9/\u88f3, skirt yang dipakai oleh wanita atau lelaki),\nku (\u88e4, sejenis seluar).\n\n2. Qipao (Cheongsam)\n\nCheongsam merupakan pakaian tradisional Cina paling popular.\nCheongsam (qipao) berkembang daripada changpao (\u2018gaun panjang\u2019) wanita Manchu pada Dinasti Qing (1644\u20131912). \nOrang etnik Manchu juga dipanggil orang Qi oleh orang Han; maka gaun panjang mereka dinamakan qipao (\u2018gaun Qi\u2019).\nCheongsam berasal dari Dinasti Qing dan sejak itu telah berkembang menjadi variasi Beijing, Shanghai, dan Hong Kong dibezakan oleh hiasan, warna, bahan dan reka bentuk.\n\nCheongsam Beijing \u2013 Ia lebih konservatif dan tradisional daripada Shanghai dan Hong Kong\nCheongsam Shanghai \u2013 Ia mempunyai lebih banyak ciri komersial, berfikiran ke hadapan dan Barat dalam reka bentuk dan warnanya.\nCheongsam gaya Hong Kong \u2013 Ia mempunyai pengaruh yang besar terhadap budaya Eropah, hiasannya juga kurang rumit, mempunyai lengan yang lebih pendek daripada cheongsam gaya Beijing dan Shanghai.\n\n3. Sut Mao atau Sut Zhongshan \u2013 Pakaian Tradisional Lelaki\n\nSut Mao, juga dikenali sebagai Zhongshan, adalah sejenis pakaian untuk lelaki.\nSun Zhongshan (atau Sun Yat-sen) mencipta sut Zhongshan dengan menggabungkan gaya pakaian Barat dan Cina. Ia menyepadukan elemen pakaian tradisional Cina dan Barat dalam reka bentuknya.\nOleh kerana struktur simetrinya, penampilan yang moden, keanggunannya, sut Zhongshan boleh dipakai dalam situasi formal dan kasual.\n4. Sut Tang \u2013 Jaket Tradisional Cina\n\nSut Tang hanya diketahui wujud di bawah Dinasti Qing. \nIa diilhamkan dari sejenis pakaian Manchuria, Magua (\u2018gaun kuda\u2019). \nSut Tang lebih kerap dikaitkan dengan pakaian Cina berbanding dengan pakaian dari Dinasti Tang.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/maybank-secure2u/", "title": "Maybank Secure2u : Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPada Mac 2022 yang lalu, pihak Maybank mengumumkan bahawa Secure2u merupakan kaedah yang disarankan untuk digunakan oleh semua pelanggan mereka.\nBerikut merupakan pengumuman rasmi daripada pihak Maybank sendiri:\nEffective 8 March 2022, Secure2u will be the preferred method to authorise all Maybank2u 3rd party (Maybank to Maybank) and Interbank GIRO (IBG) transfers of any amount. This is part of our continuous effort to enhance our online banking security\u00a0\nMengikut pengumuman ini, setiap transaksi pihak ketika Maybank2u (Maybank kepada Maybank) dan GIRO Antara Bank (IBG) disarankan untuk disahkan menggunakan Secure2u dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keselamatan pengguna perbankan internet Maybank2u.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPeningkatan Kes Kehilangan Wang\n\n \nApakah Secure2u Maybank?\n\n \nPerbezaan antara kedua-duanya\n\n \nMana lebih selamat?\n\n \nCara Pengaktifan Secure2u Maybank\n\n\nPeningkatan Kes Kehilangan Wang\nSeperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini kita sering didedahkan dengan kes-kes kehilangan wang secara misteri daripada pelbagai akaun bank.\nApa yang menghairankan, penjenayah mampu memindahkan sejumlah besar wang daripada akaun mangsa ke akaun lain tanpa disedari mangsa kerana tiada TAC Number dihantar ke telefon pintar mangsa.\nDalam kata lain, penjenayah seolah-olah dapat memintas TAC Number ini dengan menghantar TAC Number daripada pihak bank ke sebuah lagi nombor telefon milik penjenayah.\nKaedah yang cukup advance ini sememangnya wujud dan mampu dilakukan oleh penggodam profesional.\n\n\n\n\n\n\nApakah Secure2u Maybank?\nSecure2u ialah cara yang lebih selamat dan mudah untuk membenarkan transaksi Maybank2u dan MAE anda, menggunakan Pengesahan Selamat (kelulusan sekali ketik) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada apl mudah alih). \nCiri ini merupakan alternatif kepada SMS TAC dan boleh didapati melalui aplikasi Maybank2u MY dan aplikasi MAE.\n\n\n\nSecure2u akan digunakan sebagai kaedah kebenaran pilihan untuk transaksi Maybank2u di bawah:\nTransactions (Any Amount)Secure2uSMS TAC*Secure VerificationSecure TACNew 3rd Party Account Transfer\u221aN/AN/ANew Interbank Fund Transfer \u2013 DuitNow \u2013 Instant Transfer\u00a0 IBFT (Instant Transfer)\u221aN/A\u221aNew Interbank Fund Transfer \u2013 IBG (GIRO)\u221aN/AN/AWestern Union\u221aN/A\u221aTabung Haji\u221aN/A\u221aBill Payment\u221aN/AN/AOpen Instant Prepaid Top-up\u221a\u221aN/APrepaid Top-up with PIN\u221a\u221aN/AIDD/STD Card\u221a\u221aN/AInternet Prepaid\u221a\u221aN/AOne-off Payment\u221a\u221a\u221aDuitNow\u221aN/A\u221aJomPAY\u221aN/A\u221aEzyCash\u221aN/A\u221aUplift Fixed Deposit\u221aN/A\u221aFPXComing SoonN/A\u221aDPEComing SoonN/A\u221a\nPerbezaan antara kedua-duanya\n\nTAC merupakan singkatan atau akronim bagi Transaction Authorization Code dan penggunaannya juga sudah cukup meluas di Malaysia kerana telah juga digunakan oleh bank-bank lain di Malaysia.\nTAC Number sangat bergantung pada nombor telefon yang kita gunakan dan oleh itu, apabila kita menukar telefon pintar sekali pun dan masih mengekalkan nombor yang sama, kita tetap akan menerima TAC Number.\nBerlainan dengan Secure2u dimana setiap transaksi mesti disahkan melalui aplikasi Maybank MAE yang sudah dipasang pada peranti yang disahkan sahaja.\nApabila hendak melakukan sesuatu transaksi, pengguna akan menerima notifikasi daripada aplikasi MAE untuk mengesahkan transaksi tersebut.\nMana lebih selamat?\nAntara TAC Number dan Secure2u, mana lebih selamat?\nMaybank merupakan bank terawal di Malaysia yang memperkenalkan penggunaan TAC Number beberapa tahun yang lalu.\nPerubahan kepada penggunaan Secure2u ini selari dengan usaha mereka meningkatkan keselamatan setiap akaun pengguna.\nSecara ringkasnya, Secure2u lebih selamat daripada SMS TAC kerana ia hanya boleh digunakan pada telefon yang telah disahkan.\nTelefon yang belum disahkan tidak akan dapat menggunakan Secure2u anda.\n\nCara Pengaktifan Secure2u Maybank\nMulai 26 September 2022, semua pengaktifan Secure2u baharu akan dipindahkan secara kekal daripada app M2U MY ke app MAE, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi keselamatan perbankan dalam talian anda. \nSila muat turun aplikasi MAE untuk mengaktifkan Secure2u anda mengikut langkah berikut: \nLangkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan klik \u2018Lagi\u2019\nLangkah 2: Pergi ke menu \u2018Tetapan\u2019 di bahagian atas skrin anda\nLangkah 3: Klik \u2018Maybank2u\u2019 dan teruskan log masuk\nLangkah 4: Di sebelah \u2018Secure2u\u2019, klik butang toggle \nLangkah 5: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS\nLangkah 6: Masukkan nombor ID dan nama peranti anda, dan anda sudah bersedia!\nNOTA: Untuk mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian anda, mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam apabila anda menggunakan Secure2u pada peranti lain.\n\n\n\nCARA MENGESAHKAN TRANSAKSI DENGAN SECURE2U\nSetelah anda mengaktifkan Secure Verification, anda akan menerima makluman\u00a0push notification alert pada telefon pintar anda (ini ialah peranti yang anda daftarkan untuk Secure2u). Klik pada push notification alert untuk melihat Pengesahan Selamat anda, kemudian \u2018Luluskan\u2019 atau \u2018Tolak\u2019 transaksi dalam masa 50 saat.Pastikan anda telah enable fungsi\u00a0push notification alert untuk aplikasi Maybank2u MY/MAE pada telefon pintar anda.\nUntuk maklumat lanjut tentang Secure2u pada aplikasi MAE, klik di pautan laman web rasmi Maybank berikut: https://www.maybank2u.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-a-n-w/", "title": "Menu A&W, Senarai Harga & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Baru A&W & Tawaran Terkini 2022 ~ Bila kali terakhir anda pesan A&W? \nBagi yang dah lama tak nikmatinya bersama rakan dan keluarga, inilah peluang anda kerana A&W baru saja perkenalkan menu terbaru! \nTak hanya itu, ada banyak promosi terkini yang cukup berbaloi untuk anda dapatkan.\nJom kita tengok menu terbaru A & W dan tawaran menarik khas untuk anda.\nBaca Juga : Menu Kenny Rogers Roasters & Promosi Terkini 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Terbaru A&W 2022\n\n \nTawaran Terkini A&W\n\n\nMenu Terbaru A&W 2022\nRed Hot Burger\n\n\n\n\n\n\nJadilah yang pertama untuk cuba burger terbaru dari A & W iaitu Red Hot Burger yang cukup hangat!\nPilihlah antara burger atau daging lembu yang dipadankan dengan Red Lava Sauce. Rasa pedasnya sungguh memikat!\n\nA&W Cheesy O\u2019Chips\nNak padankan sesuatu yang berbeza dengan hidangan anda? Pesanlah Cheesy O\u2019Chips, tortilla goreng yang rangup dan dilimpahi dengan sos keju.\nUntuk bangkitkan keenakan menu ini, anda boleh tambahkan Coney Sauce yang cukup lazat. Pasti lebih nikmat! \n\nChoco Banana\nLengkapkan hidangan anda dengan menu pemanis terbaru dari A&W iaitu Choco Banana Balls yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sekali cuba pasti nak lagi!\n\nTawaran Terkini A&W\nAwesome Snack Hour\nBagi yang bercadang untuk ke ke A&W jangan lupa untuk singgah pada waktu antara 3 hingga 6 petang untuk nikmati Awesome Snack Hour yang menjimatkan!\n Anda boleh padankan secawan rootbeer dengan hidangan pilihan anda dengan menu serendah RM 6.\nPilihan menu Awesome Snack Hour adalah seperti berikut :\nSnack 2 (Harga : RM 6)\n1 Classic Chicken Frank + 1 Root Beer (Regular)\n\nSnack 3 (Harga : RM 7)\n1 Coney Cheese Fries (Chicken/Beef) + 1 Root Beer (Regular)\n\nSnack 4 (Harga : RM 8)\n1 Waffle with Ice-Cream (Single Scoop) + 1 Root Beer (Regular)\n\nSnack 5 (Harga : RM 8)\n1 Waffle with Butter & Syrup + 1 Root Beer (Regular)\n\nUntuk dapatkan tawaran terkini serta promosi menu terbaru dari A&W, jangan lupa ikuti laman Facebook A&W Malaysia. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/slip-gaji/", "title": "Contoh Slip Gaji, Download Template dan Butiran Penting", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSlip gaji atau payslip merupakan adalah kertas yang mengandungi butiran penting mengenai gaji yang diterima oleh seseorang pekerja.\nKebiasaanya, slip gaji ini akan diberikan kepada pekerja pada penghujung atau awal bulan sebaik sahaja pekerja tersebut menerima gajinya.\nApakah contoh slip gaji yang terbaik? Apakah maklumat-maklumat penting yang mesti dimasukkan dalam slip ini?\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKeperluan daripada segi undang-undang\n\n \nKepentingan kepada majikan\n\n \nKepentingan kepada pekerja\n\n \nMaklumat yang wajib dimasukkan\n\n \nContoh slip gaji\n\n \nContoh Slip #1\n\n \nContoh Slip #2\n\n \nContoh Slip #3\n\n \nHasilkan slip gaji online\n\n\nKeperluan daripada segi undang-undang\nMenurut Akta Pekerja Malaysia 1957, setiap majikan hendaklah memberikan setiap pekerja yang diambil bekerja olehnya dalam penyata atau kad yang berasingan yang mengandungi butir-butir berkaitan dengan butiran gaji dan elaun lain yang diperolehi dalam setiap tempoh gaji.\n\n\n\n\n\n\nMajikan dan pekerja mencapai persetujuan apabila membuat kontrak kerja dan pembayaran. \nTerdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh Jabatan Sumber Manusia syarikat semasa memproses slip gaji pekerja:\n\nSlip Gaji & Tempoh Gaji Pekerja\n\nKontrak perkhidmatan hendaklah menetapkan tempoh gaji tidak melebihi satu bulan.\nJika dalam mana-mana kontrak perkhidmatan, tiada tempoh gaji dinyatakan tempoh gaji hendaklah bagi tujuan kontrak itu disifatkan sebagai satu bulan.\n\n\nMasa pembayaran Gaji\n\nTiap-tiap majikan hendaklah membayar kepada setiap pekerjanya tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir mana-mana tempoh gaji gaji, tolak potongan yang sah, yang diperolehi oleh pekerja tersebut dalam tempoh gaji tersebut:\nDengan syarat bahawa jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pembayaran dalam masa tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan munasabah, dia boleh, atas permohonan majikan, melanjutkan masa pembayaran dengan bilangan hari yang difikirkannya patut.\nDalam erti kata lain, pekerja hendaklah mendapat slip gajinya pada 7 hari pertama dalam sebulan (dalam kebanyakan situasi, jam bekerja pekerja dikira pada akhir bulan begitu juga slip gaji pekerja)\n\n\n\nSekiranya mana-mana majikan atau syarikat gagal melaksanakan undang-undang dan peraturan di atas, pekerja boleh memfailkan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, juga dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk bantuan lanjut.\nKepentingan kepada majikan\nKepentingan slip ini kepada majikan adalah seperti yang berikut:\n\nIa adalah rekod bahawa syarikat telah melaksanakan kewajipannya kepada pekerja mengikut undang-undang tertentu mengenai hak pekerja.\nIa adalah dokumentasi perbelanjaan gaji atau upah sebagai perbelanjaan syarikat.\n\nArtikel berkaitan: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Gaji Online\nKepentingan kepada pekerja\nSlip gaji ini bukan hanya rujukan kepada pekerja berapa banyak gaji dan elaun yang diterima semata-mata, tetapi juga mempunyai kepentingan seperti yang berikut:\n\nBerfungsi sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang salah laku yang dilakukan oleh syarikat.\nIa adalah bukti yang sah untuk potongan cukai dan maklumat cukai pendapatan.\nIa adalah rujukan untuk institusi kewangan atau syarikat pinjaman kredit apabila mempertimbangkan kredibiliti dan integriti pekerja semasa proses permohonan mereka.\nSlip gaji memainkan peranan cip tawar-menawar apabila berunding gaji dengan majikan baru. Kebanyakan syarikat di Malaysia akan meminta pemohon kerja untuk mencetak slip gaji bulan terakhir mereka sebagai bukti pendapatan masa lalunya.\n\nMaklumat yang wajib dimasukkan\nSlip yang dikeluarkan mestilah mengandungi maklumat-maklumat berikut:\n\nMaklumat syarikat\u00a0: Nama syarikat, Nombor Pendaftaran Syarikat, Alamat Syarikat, Logo Syarikat\nMaklumat pekerja\u00a0: Nama penuh, Nombor Kad Pengenalan dan jawatan.\nMaklumat pendapatan\u00a0: Jumlah gaji pokok, elaun, komisyen dan pendapatan lain\nPotongan pendapatan: Jumlah potongan caruman EPF, SOCSO, potongan PCB dan potongan lain jika ada.\nCop syarikat untuk tujuan pengesahan\n\nBaca lagi: Login e-PCB: Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan / Tuntutan\nContoh slip gaji\nBerikut merupakan beberapa template contoh yang boleh anda jadikan rujukan:\nContoh Slip #1\n\nContoh Slip #2\n\nContoh Slip #3\n\nHasilkan slip gaji online\nKini sudah terdapat banyak penjana (generator) slip gaji yang boleh didapati secara percuma.\nAnda hanya perlu masukkan butiran-butiran penting di atas dan template slip gaji ini akan dijana untuk anda dan boleh terus dicetak.\nAntara laman web yang menyediakan kemudahan sebegini yang anda boleh cuba adalah:\n\nPaysliper\nPayrollPanda\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-perak-sejahtera/", "title": "Program Bantuan Kad Perak Sejahtera", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKad Perak Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin) merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.\nKerajaan Negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesehahteraan rakyat sentiasa meningkat dn bertambah baik.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Perak Prihatin\n\n \nManfaat program\n\n \nSemakan kelayakan\n\n \nPengaktifan kad\n\n \nCara penggunaan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nProgram Perak Prihatin\nPerak Prihatin adalah program kebajikan khusus untuk Kumpulan B40\nProgram itu bertujuan mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan daripada Perak Prihatin, di mana mereka akan mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan pembelian barangan asas.\nPenerima bantuan ini boleh mendapatkan penjagaan kesihatan asas di klinik panel & membeli barangan asas di kedai dan pasar raya berdaftar tanpa tunai.\nProgram ini telah dilaksanakan bermula tahun 2019 di mana seramai 17,000 penerima telah menerima manfaat daripada pelaksanaan program ini.\n\n\n\n\n\n\nBagi terus membela dan memastikan kebbajikan rakyat di negeri Perak terus dipertingkatkan Kerajaan Negeri Perak telah meneruskan pelaksanaan program ini yang memanfaatkan 20,000 orang penerima pada tahun 2020 dan 2021.\nBaca lagi: Maksud B40 & Senarai Bantuan B40\nKad Perak Sejahtera diperkenalkan dalam Program Perak Prihatin bagi memudahkan penerima manfaat ini menikmati segala kemudahan ini.\nManfaat program\n\n\nBagi pemegang Kad Perak Sejahtera, mereka akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM90.00, telah dinaikkan daripada RM80.00 sebulan daripada sebelum ini.\nJumlah ini telah berkuatkuasa Januari 2023.\nPada bulan Februari 2023 pemegang kad ini akan menerima wang yang akan dimasukkan kedalam kad sebanyak RM100.00 sahaja, ini kerana jumlah baki RM10.00 yang tidak dimasukkan kedalam kad pada Januari 2023.\nPada bulan Mac 2023 penerima bantuan Kad Perak Sejahtera akan menerima wang yang akan dimasukkan ke dalam kad seperti biasa iaitu RM90.00 sahaja. \nBagi penggunaan manfaat kesihatan masih kekal iaitu RM75.00 untuk setiap kali rawatan. \nManakala had pembiayaan kesihatan adalah RM150.00 setahun.\nSemakan kelayakan\nAnda boleh semak kelayakan anda untuk permohonan Kad Perak Sejahtera dengan memasukkan kad pengenalan anda di halaman https://member.perakprihatin.com/site/login \nPengaktifan kad\nKad Perak Sejahtera ini perlulah diaktifkan terlebih dahulu sebelum manfaatnya boleh dinikmati oleh setiap pemegang kad.\n\nAnda boleh mengaktifkan kad secara online di pautan berikut https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp\nCara penggunaan\nBerikut merupakan prosedur bagi penggunaan kad ini.\n\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan Kad Perak Sejahtera boleh hubungi Pusat panggilan perkhidmatan di talian 1800 22 6600 atau Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak).\nTalian: 05 526 9829 Emel: [email\u00a0protected]\n \n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-ujian-medsi/", "title": "Semakan Panggilan Ujian MEdSI Sesi 2022 / 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI 2022 \nSemakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pengajian PendidikanLepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2022/2023\nSemakan boleh dibuat pada :26 Mei 2022 (Khamis) Jam 5.00 Petang\nUjian MEdSI akan bermula pada :1 Jun hingga 12 Jun 2022\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Ujian MEdSI dan cara membuat semakan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Ujian MEdSI?\n\n \nCara Semakan Ujian MEdSI\n\n \nMengapa Saya Tidak Terpilih Untuk Menduduki Ujian Ini? Apakah Kelayakan Yang Diperlukan?\n\n\nApakah Ujian MEdSI?\nUjian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. \nSoalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. \nJumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.\nBaca juga: \ne-UKCG 2022: Tarikh, Panduan & Tips Pelaksanaan UKCG Dalam TalianIklan Permohonan Jawatan Tetap PPP DG41 SPP 2022\nCara Semakan Ujian MEdSI\nI) PROGRAM PENDIDIKAN\n\nSemakan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM & USIM**Calon perlu mengikuti tarikh dan masa yang telah ditetapkan.\nSemakan boleh dibuat di portal rasmi :https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/\nII) PROGRAM BUKAN PENDIDIKAN\n\nSemakan Panggilan Temu Duga dan/atau Ujian Program Pengajian Bukan Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023\nCalon yang memohon program pengajian bertemu duga dan/atau ujian (#), boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada 26 Mei 2022 (Khamis)\nUPSI: https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/UTHM: https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/UniSZA: https://www.unisza.edu.my/tawaranUiTM: https://online.uitm.edu.myUMT: https://intake.umt.edu.my/temudugaUMS: http://bpa.ums.edu.my/semakanums/UKM: https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakanUMK: https://admissionintake.umk.edu.my/temudugaUM: https://kemasukan.um.edu.myUPM: http://intake.upm.edu.my/temuduga/USIM: https://etasjil.usim.edu.myUSM: https://pohon.usm.myUTM: https://jpt.utm.myUUM: http://www.uum.edu.my/kemasukanUNIMAS: https://www.unimas.my/kemasukan/temudugaUIAM: http://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/UPNM: https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/\nSila hubungi UA terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.\nMengapa Saya Tidak Terpilih Untuk Menduduki Ujian Ini? Apakah Kelayakan Yang Diperlukan?\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hanya membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam urusan pengendalian ujian MEdSI. \nDalam konteks ini, MPM hanya memproses senarai nama calon yang telah dipilih untuk menduduki ujian ini. \nPemilihan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebarang makluman tentang kelayakan dan proses pemilihan adalah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.\nSebarang pertanyaan sila hubungi :+60 13-415 3016 (hotline) | [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-cuti-cikgu-mampu-milik/", "title": "Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu 2023 \u2013 Tourism Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Pakej Cuti-cuti Cikgu Mampu Milik Untuk Guru KPM 2023 Oleh Tourism Malaysia\nKementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.\nMenterinya Fadhlina Sidek berkata, selain tujuh langkah segera yang diputuskan KPM sebelum ini, 10 inisiatif baharu itu juga turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.\nAntara inisiatif yang mendapat perhatian hari ini adalah peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif tersebut serta Program Cuti-cuti Cikgu.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPakej Cuti-cuti Cikgu\n\n \nSenarai Pakej Yang Ditawarkan\n\n \n10 Prakarsa KPM Sempena Hari Guru 2023\n\n\nPakej Cuti-cuti Cikgu\nProgram cuti guru ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pengangkutan Malaysia serta rakan strategik seperti Airasia, Traveloka dan Bank Rakyat.\nInisiatif ini dilihat dapat mempromosikan destinasi pelancongan dan merancakkan ekonomi negara.\n\n\nSumber: Astro Awani\nBerikut adalah senarai pakej yang telah diwar-warkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya serta Kementerian Pendidikan Malaysia.\nSenarai Pakej Yang Ditawarkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSila rujuk lampiran di bawah untuk senarai pakej berkenaan.\nMUAT TURUN SEPENUHNYA (PDF) : \nPakej_Cuti-cuti_Cikgu 2023Download\n10 Prakarsa KPM Sempena Hari Guru 2023\n\n1. Penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2022: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan\n\n2. Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalam dan orang asli.\n\n3. Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.\n\n4. KPM bersama-sama dengan Suruhanja Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.\n\n5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan sewaktu bertugas.\n\n6. Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru.\n\n7. Mempertingkat pesanan kumpulan Guru Insani Malaysia.\n\n8. Mempertingkat peranan Yayaysan Guru Tun Hussein Onn (YTGHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.\n\n9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.\n\n10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.\n\nDownload PDF di sini\nlnisiatif-Pemerkasaan-Guru-Hari-GuruDownload\nBaca juga:\n\nPinjaman KWSP FSA2 : Semakan Status Terkini / Duit Masuk\nSelamat Hari Guru 2023 \u2013 Contoh Ucapan, Puisi & Pantun Guru\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-diploma-to-bachelor-2022-jpa/", "title": "Tawaran Program Diploma to Bachelor 2022 JPA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJabatan Perkhidmatan Awam mengalu-alukan pelajar cemerlang lepasan Diploma untuk memohon Program Diploma to Bachelor di bawah Program Dermasiswa (DB40).\nProgram ini memberi peluang kepada pelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan JPA di bawah program DB40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).\nBaca Juga : Cara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nSenarai IPTS Program Diploma to Bachelor\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nSyarat Khusus\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bermula 15 Julai hingga 24 Julai 2022 sebelum jam 5.00 petang.\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditawarkan dalam Program Diploma to Bachelor adalah :\nKejuruteraan dan TeknikalSains dan Teknologi (S&T) dan Sains Ikhtisas (seperti Kewangan, Sains Aktuari, Ekonomi) \nSenarai IPTS Program Diploma to Bachelor\nSenarai pelajar IPTS yang layak memohon adalah seperti:\nUniversiti Teknologi Petronas (UTP)International Medical University (IMU)Monash University MalaysiaUniversity Tenaga Nasional (UNITEN)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Curtin University, MalaysiaThe University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)Swinburne University of Technology Sarawak CampusUCSI UniversityMultimedia University (MMU)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)Management And Science University (MSU)Taylor\u2019s UniversityAsia Pacific University Of Technology & Innovation (APU)Sunway UniversitySEGi UniversityManipal International UniversityUniversity of Cyberjaya (UoC)Lincoln University CollegeTunku Abdul Rahman University CollegeUniversity College TATIWidad University College\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :\nWarganegara Malaysia.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah Pertama.Mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) peringkat Diploma minimum 3.50.Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Diploma.Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma pada tahun 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada masa permohonan dibuka, di mana ia bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.\n\nSyarat Khusus\nCalon juga perlu menepati syarat khusus seperti yang disenaraikan berikut :\nPelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama secara sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja.Tempoh penajaan maksima bagi peringkat Ijazah Pertama adalah 4 tahun.Keutamaan diberikan untuk pelajar yang diberi kebenaran untuk pemindahan kredit bagi pengajian Ijazah Pertama.\nKaedah Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan menerusi laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my sebelum masa serta tarikh tutup yang telah dinyatakan. Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang yang sama pada minggu ke-2 bulan September 2022.Pemohon yang berkelayakan akan diminta untuk hadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang diadakan pada pertengahan Ogos 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Diploma to Bachelor anjuran JPA, sila kemukakan e-mel ke [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sip-emp-plus-elaun-mencari-pekerjaan-perkeso/", "title": "Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+ PERKESO) RM300 Sebulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAnda sedang mencari kerja? Jika ya, anda layak menerima Insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang dikendalikan oleh PERKESO!\nJika anda kehilangan pekerjaan atau sedang menganggur akibat krisis wabak COVID-19, bukan pencarum PERKESO dan sedang aktif mencari pekerjaan, rebut peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) di bawah SIP EMP+.\nBagi pencari kerja dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan anda akan layak menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah sekurang-kurangnya RM300 dan Elaun Persediaan Bekerja sebanyak RM400 secara one-off setelah mendapat pekerjaan.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) dan cara membuat permohonan bagi program ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP PLUS PERKESO)?\n\n \ni) Program SIP EMP+ (Elaun Mencari Pekerjaan Kepada Bukan Pencarum PERKESO)\n\n \nii) Program SIP EMP+ Kepada Pencarum PERKESO\n\n \nMuat Turun Aplikasi PRIHATIN PERKESO\n\n \nPendaftaran MYFutureJobs\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP PLUS PERKESO)?\nSecara umumnya, terdapat 2 kategori Elaun Mencari Pekerjaan yang boleh dimohon oleh pencari kerja, iaitu:\ni) Program SIP EMP+ (Elaun Mencari Pekerjaan Kepada Bukan Pencarum PERKESO)\nSeperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh KementerianKewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+)kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikankepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah berakhir pada 31Disember 2021.\nSIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangandiberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanyagraduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formalyang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskankelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.\nBantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungiinsentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabilaindividu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun PersediaanBekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.\n\n\n\n\n\n\nINSENTIF YANG DITAWARKAN\nPermohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan.Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.Sekiranya individu itu mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan.\nSYARAT KELAYAKAN\nIndividu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobsMenghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulanKemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs\nTARIKH PERMOHONAN\nTarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember2022.\nCARA PERMOHONAN\nIndividu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESOmelalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atauAppStore bagi pengguna peranti iOS.\nNOTA: Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP ( https://eaduansip.perkeso.gov.my/ ).\nBagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.\nSOALAN LAZIM \nUntuk info selanjutnya, sila rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah:\nBAJET-2022-EMP-BUKAN-PENCARUM-FAQDownload\n\nii) Program SIP EMP+ Kepada Pencarum PERKESO\nJika anda merupakan pencarum PERKESO, anda boleh membuat permohonan Elaun Mencari Pekerjaan melalui SIP EMP+ untuk pencarum PERKESO.\nSYARAT KELAYAKAN\nProgram SIP EMP+ kepada pencarum ini adalah bantuan kewangan kepada pekerja yang telah berdaftar di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang meliputi dua kategori sama ada yang layak dan tidak layak mendapatElaun Mencari Pekerjaan (EMP).\nDua kategori Kehilangan Pekerjaan (LOE) yang tidak layak mendapat EMP (Akta 800) adalah \u2013\nPekerja yang tidak memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC) sebagaimana ditetapkan di bawah Jadual Keempat Akta 800, atauPekerja yang telah habis tempoh kontrak perkhidmatan sekurang-kurangnya 24 bulan tempoh perkhidmatan dan pernah diperbaharui sekurang-kurangnya sekali di majikan yang sama.\n\nKADAR BANTUAN\nBagi kategori pekerja yang layak mendapat EMP selama 6 bulan di bawah Akta 800, kadar bantuan kewangan di bawah SIP EMP+ kepada pencarum adalah seperti berikut:\n*Sila rujuk jadual berikutnya melalui pautan ini: https://eiscentre.perkeso.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/BAJET-2022-EMP-PENCARUM-FAQ.pdf\nTARIKH PERMOHONAN\nTempoh permohonan bagi program SIP EMP+ kepada pencarum adalah dibuka sehingga 31 Julai 2022.\nCARA PERMOHONAN\nSila layari https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/emp-plus/ untuk membuat permohonan secara online.\nSOALAN LAZIM\nUntuk info selanjutnya, sila rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah:\nBAJET-2022-EMP-PENCARUM-FAQDownload\nMuat Turun Aplikasi PRIHATIN PERKESO\nPermohonan boleh dibuat melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.\nSila muat turun melalui :\nGoogle Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=USApple App Store: https://apps.apple.com/my/app/perkeso/id1523496062\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1 300 22 8000 atau e-mel ke [email\u00a0protected]\nPendaftaran MYFutureJobs\nBagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.\nBerikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:\nUntuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut:\u00a0www.myfuturejobs.gov.myDaftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang \u2018Jobseeker Sign In\u2019Klik butang \u2018Register Here\u2019 sebagai pengguna kali pertamaIsikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukanSetelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkanKemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.\nUntuk melihat senarai tawaran pekerjaan PENJANA KERJAYA, anda juga boleh terus ke pautan ini: https://eisjobs.perkeso.gov.my/\nBaca juga: Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja\nMaklumat Lanjut\nInfo lanjut mengenai insentif ini, sila layari https://www.myfuturejobs.gov.my/\u2026/sip-prihatin\u2026/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jadual-spmu-spm-ulangan/", "title": "Tarikh & Jadual Peperiksaan SPMU (SPM Ulangan 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJADUAL & TARIKH PEPERIKSAAN SPMU 2022\nPeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan bermula 12 hingga 14 September ini melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.\nLembaga Peperiksaan (LP) menerusi kenyataan hari ini meminta\u00a0semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.\n\n\n\n\n\n\n\u201cCalon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.\n\u201cCalon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan,\u201d\u00a0menurut kenyataan itu.\nJadual waktu peperiksaan SPMU 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.\nSementara itu, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu manakala 1,441 orang dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual Peperiksaan SPMU 2022\n\n \nAmaran Peperiksaan\n\n\nJadual Peperiksaan SPMU 2022\nJadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman web KPM:\nJadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2022Pautan Muat Turun Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan TERKINI\nJWP-SPMU-2022Download\nAmaran Peperiksaan\nCalon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:\nmembawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku,lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan,telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilikpeperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calonlain.memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luardewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah lakudalam peperiksaan.menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasapeperiksaan.membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.\nCalon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akanmenyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. \nMenurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian danPeperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apaapa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. \nCalon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-\nkeputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal\nBaca juga: \nSemakan Keputusan SPMU (myresultspmu.moe.gov.my)e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Jadual & Sijil\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mygovuc-2-0/", "title": "MyGOVUC 2.0: Migrasi Platform Baharu E-mel Kerajaan Mulai 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPeringatan mesra kepada semua pengguna-pengguna e-mel kerajaan MyGovUC, jangan lupa menyalin (backup) e-mel penting anda kerana kita akan berpindah ke platform baharu MyGovUC 2.0 dengan alamat e-mel yang sama bermula 1 Januari 2021. \nSelaras dengan itu, konfigurasi (setting) e-mel di telefon pintar juga tidak akan dapat diakses bermula 1 Januari 2021 dan perlu di konfigurasi semula mengikut tetapan baru yang akan dimaklumkan.\nBerikut dikongsikan maklumat lebih lanjut tentang MyGovUC 2.0.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyGovUC 2.0?\n\n \nPerubahan Yang Berlaku\n\n \nApa Yang Perlu Dilakukan?\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang MyGovUC 2.0\n\n\nApakah MyGovUC 2.0?\nPerkhidmatan MyGovUC sedia ada akan menjalani proses migrasi kepada platform baharu bermula pada bulan November hingga 31 Disember yang lalu.\n\n\n\n\n\n\nPembekuan penggunaan IPMS akan ditutup, dan ia akan melibatkan pembekuan aktiviti pengurusan profil pengguna seperti pewujudan e-mel baharu, pemadaman dan pengemaskinian profil pengguna.\nSemua pengguna MyGovUC 2.0 boleh mengakses pelantar baharu ini bermula 28 Disember 2020 secara berperingkat.\nBaca juga: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021\nPerubahan Yang Berlaku\nEra baharu MyGovuc 2.0 bakal menghubungkan semua perkhidmatan dalam satu platform. \nSelain e-mel dan kalendar, pegawai boleh berkomunikasi secara \u2018real time\u2019 dengan \u2018team chat/web chat\u2019, membuat perkongsian fail (smart attach), sidang video, tugasan (smart task) dan banyak lagi. \nAntara perubahan yang berlaku dalam sistem terkini adalah:\nStoran pengguna 5GB bagi pengguna sekolah8GB bagi pengguna MyGovUC yang lainE-melAlamat e-mel dikekalkanOWA : Pautan akses e-mel berubah ke pautan baharu Desktop Client: Konfigurasi mengikut tetapan baharuMobile Active Sync: Konfigurasi mengikut tetapan baharuID PenggunaID Pengguna dikekalkan Password Password akan berubahPengguna akan menerima password baharu dan diminta menukarnya semula semasa login kali pertama\n\nBaca juga: PLaN: Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)\nApa Yang Perlu Dilakukan?\nHanya empat (4) perkara sahaja yang perlu pegawai lakukan iaitu: \nMailbox housekeeping Membuat backup e-mel (Local Archiving menggunakan MS Outlook)Menyertai pembelajaran dalam talian (klik ke pautan : http://lms.mygovuc.gov.my)Mengambil perhatian mengenai hebahan berkaitan MyGovUC 2.0\n\n\n\nMaklumat Lanjut Tentang MyGovUC 2.0\nUntuk maklumat lanjut berkaitan platform baharu ini, sila hubungan Meja Bantuan di talian 03-8320 0660 atau e-mel ke [email\u00a0protected]\n\nFacebook: MAMPU JPM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/erumah-penang/", "title": "eRumah Penang: Projek Perumahan Kos Rendah Pulau Pinang", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\neRumah Penang merupakan sebuah portal kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai projek perumahan mampu milik khusus untuk rakyat negeri tersebut.\nSeiring dengan kenaikan harga rumah yang tidak masuk akal, beberapa kerajaan negeri telah memperkenalkan skim atau projek perumahan mampu milik mereka bagi membolehkan setiap keluarga memiliki rumah mereka sendiri.\nJika di Selangor ada Rumah Selangorku, di Negeri Sembilan ada Rumah Harap Rakyat (RHR) maka di Penang anda boleh memohon melalui portal eRumah Penang. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis projek\n\n \nSyarat-syarat permohonan\n\n \nPermohonan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nJenis projek\nePortal Penang merupakan pusat sehenti untuk permohonan pelbagai jenis projek perumahan di Pulau Pinang seperti yang berikut:\n\nRumah Kos Rendah (KR)\nKos Sederhana Rendah (KSR)\nProjek Perumahan Rakyat (PPR)\nRumah Mampu Milik (RMM)\n\nSyarat-syarat permohonan\nSyarat kelayakan bagi setiap projek perumahan yang disenaraikan di port eRumah Penang adalah berlainan berdasarkan jenis projek.\nBerikut merupakan syarat permohonan bagi projek Rumah Mampu Milik (RMM):\n\nWarganegara Malaysia\n\u00a0Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan\nAnak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang\nPengundi Berdaftar di Pulau Pinang\nBekerja di Pulau Pinang\nPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;\nPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;\nPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;\nPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;\nPendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;\nBagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau\nBagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)\n\nBagi projek https://www.lpnpp.gov.my/ms/rumah-mampu-milik/syarat-permohonan/rmm-a\nPermohonan\nUntuk individu yang berminat dengan projek-projek perumahan mampu milik di Pulau Pinang ini, anda boleh mendapatkan segala borang dan butirang di pautan berikut: https://www.lpnpp.gov.my/ms/\nKemudian, klik pada \u201cPermohonan / Semakan Status\u201d untuk teruskan permohonan anda.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai projek perumahan yang disenaraikan dalam portal eRumah Penang, anda boleh berhubung denn pegawai yang bertugas seperti makluma di bawah:\nBahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 20, Komtar10503 Pulau Pinang\nNo. Telefon : 04-2621957 No. Faks : 04-2622904\n"]} {"url": "https://ecentral.my/surat-pengesahan-pendapatan/", "title": "Contoh Surat Pengesahan Pendapatan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSurat pengesahan pendapatan merupakan satu dokumen rasmi yang mengesahkan pendapatan seseorang individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap.\nSebagai contoh, surat pengesahan pendapatan mungkin diperlukan bagi mereka yang bekerja sendiri atau hanya melakukan kerja-kerja kampung yang diberikan upah harian dan tidak diberikan slip gaji. \nApabila memohon sesuatu bantuan (sama ada bantuan kewangan, bantuan persekolahan anak-anak dan seumpamanya), kebiasaannya slip gaji ibu bapa akan dijadikan pengukur aras sama ada bantu tersebut layak diberikan atau tidak.\nSekiranya slip gaji tidak ada, maka surat pengesahan pendapatan ini adalah sebagai penggantinya. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengesahan surat\n\n \nMaklumat yang wajib dinyatakan\n\n \nContoh surat\n\n\nPengesahan surat\n\nDisebabkan surat ini adalah pengakuan daripada seseorang individu mengenai pendapatan bulanannya, maka surat ini perlulah disahkan oleh pihak yang layak.\nAntara pihak yang layak untuk membuah pengesahan pendapatan ini adalah:\nAhli ParlimenADUNKetua KampungKetua JKKKPegawai Kerajaan Gred 41 ke atasPengetua SekolahJaksa PendamaiPesuruhjaya Sumpah\nBagi yang mempunyai kesukaran mencari individu nombor 1 \u2013 7 dalam senarai di atas, anda boleh berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah berhampiran di tempat anda.\nTidak tahu bagaimana caranya? Lakukan carian di internet perkataan \u201cPesuruhaya Sumpah\u201d dan anda akan ditunjukkan lokasi Pesuruhjaya Sumpah berdekatan dengan tempat anda. \nSila maklum bahawa perkhidmatan untuk membuat pengesahan bersama Pesuruhjaya Sumpah ini adalah perkhidmatan berbayar namun ianya tidaklah mahal, hanya dikenakan caj sekitar RM4 untuk 1 surat pengesahan.\nArtikel berkaitan: Contoh surat tunjuk sebab kerana tidak hadir bekerja\nMaklumat yang wajib dinyatakan\nMemandangkan surat ini adalah dokumen rasmi seseorang individu mengenai pendapatannya, maka ianya wajib mengandungi maklumat-maklumat berikut mengenai dirinya:\nNama penuhAlamatNombor kad pengenalanPekerjaanPendapatan bulananTandatangan individuTandatangan pengesahanCop rasmi\nContoh surat\nTiada format rasmi untuk dokumen ini, cukuplah ianya mengandungi maklumat-maklumat yang disenaraikan di atas.\nWalau bagaimanapun, sebagai rujukan sahaja, berikut merupakan antara contoh surat pengesahan pendapatan yang boleh digunakan:\n\nMemandangkan surat pengesahan ini adalah kenyataan rasmi daripada seseorang individu, jumlah atau amaun pendapatan yang dinyatakan mestilah benar.\nSekiranya didapati terdapat penipuan (jumlah kurang atau lebih daripada pendapatan sebenar), seseorang individu itu boleh dilaporkan kepada pihak polis kerana membuat pernyataan palsu.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lagu-negeri-sembilan/", "title": "Lagu Negeri Sembilan: Lirik, Audio, Video & Sejarah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSetiap negeri mempunyai lagu rasmi, termasuklah Negeri Sembilan.\nLagu \u201cBerkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan\u201d\u00a0adalah lagu kebesaran rasmi Negeri Sembilan yang biasanya dinyanyikan bagi majlis-majlis keraian rasmi kerajaan negeri.\nPerkataan \u201cYang Dipertuan Besar\u201d digunakan mmandangkan Negeri Sembilan tidak mempunyai Sultan sebaliknya hanya mempunyai \u201cYang Dipertuan Besar\u201d.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLirik Lagu Negeri Sembilan\n\n \nSejarah Lagu Negeri Sembilan\n\n \nVideo & Audio\n\n \nTrivia menarik\n\n\nLirik Lagu Negeri Sembilan\n\nBerikut merupakan lirik rasmi bagi lagu tersebut:\nBerkatlahYang Di-Pertuan Besar Negeri SembilanKurniai sihat dan makmurKasihi rakyat, lanjutkan UmurAkan berkati sekalian yang setiaMusuhnya habis binasaBerkatlahYang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan\nSumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan\nSejarah Lagu Negeri Sembilan\nLagu rasmi Negeri Sembilan ini asalnya telah digubah oleh digubah oleh\u00a0Andrew Caldecott dan telah mendapat perkenan oleh\u00a0Yang di-Pertuan Negeri Sembilan\u00a0pada masa itu,\u00a0Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah\u00a0pada tahun\u00a01911.\nLagu negeri ini mendapat gubahan semula yang lebih diperbaharui oleh\u00a0Tunku Zain Al-\u2018Abidin ibni Tuanku Muhriz\u00a0iaitu putera kedua Yamtuan Besar\u00a0Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dengan kerjasama\u00a0Orkestra Filharmonik Malaysia\u00a0serta kumpulan koir dari beberapa sekolah serata negeri tersebut.\nGubahan baru ini diperkenalkan sewaktu pertabalan baginda\u00a0Tuanku Muhriz\u00a0serta permaisuri baginda\u00a0Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud\u00a0pada awal 2009, dan kemudiannya dirasmikan pada 27 Oktober 2010.\nArtikel menarik: Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM \nVideo & Audio\n\n\n\nSekiranya anda belum pernah mendengar lagu rasmi Negeri Sembilan ini, sila tonton video di atas untuk mengetahui bagaimana irama lagu ini dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi.\nTrivia menarik\nBerikut merupakan 5 trivia ringkas mengenai Negeri Sembilan:\n\nNama Negeri Sembilan dipercayai diperoleh daripada sembilan kawasan petempatan atau \u201cnagari\u201d yang didiami oleh perantau Minangkabau (kini dikenali sebagai luak).\nTuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke \u2013 8 baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama dari tahun kita merdeka 1957 hingga baginda mangkat pada 1 April 1960.\nNegeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang menggunakan dan mengamalkan adat perpatih di Malaysia, negeri lain kebanyakan menggunakan adat temenggung.\nTarian piring merupakan seni tarian tradisional orang Melayu berketurunan Minang dipersembahkan semasa majlis keraian.\nNegeri Sembilan terkenal dengan masakan tradisional pedas yang dikenali sebagai masak lemak cili api.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sijil-perikanan-malaysia/", "title": "Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 Akademi Perikanan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerminat untuk menyambung pengajian di Akademi Perikanan Malaysia di Chendering, Kuala Terengganu?\nBerita baik. Permohonan program Sijil Perikanan Malaysia 2019 kini dibuka.\nYang menariknya pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.\nPelajar tidak perlu memohon sebarang pinjaman seperti PTPTN atau HPIPT memandangkan kos pengajian ditanggung sepenuhnya termasuk makan / minum dan penginapan percuma disediakan sepanjang pengajian.\nPermohonan telah pun dibuka pada 1 Ogos lalu sehingga tarikh tutup pada 31 Oktober 2019.\n\n\n\n\n\n\nPermohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSijil Perikanan 2019\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nProgram Pengajian\n\n\nSijil Perikanan 2019\nSijil Perikanan merupakan program lepasan SPM bertujuan memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu: \nPerikanan TangkapanAkuakulturBiosekuritiPengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai\nTempoh pengajian selama 4 semester (2 tahun) dan program ini mendapat kelulusan MQA.\nAntara objektif utama Sijil Perikanan ialah:\nMengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenuhi tenaga kerja sektor kerajaan dan swastaMelahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikananMenyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan\nBanyak peluang pekerjaan yang boleh anda ceburi berbekalkan sijil ini, antaranya:\nUsahawan Produk PerikananPengurus AkuakulturPenyelia Dalam Industri PerikananUsahawan Perikanan Laut Dalam\nSyarat Kelayakan\nBerikut antara syarat kelayakan bagi mengikuti progam Sijil Perikanan 2019:\nWarganegara Malaysia Berumur 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau (hingga 45 tahun bagi pegawai kerajaan)Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:a) Lulus Bahasa Melayub) Lulus Matematik & SainsBerjaya dalam temuduga yang dijalankanSihat tubuh badan\nSekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, maka anda boleh mengisi borang permohonan online di http://epengambilan.dof.gov.my/\nAntara kemudahan yang disediakan termasuklah:\nAsrama penginapan disediakanYuran pengajian adalah percumaMakan \u2013 minum ditanggungPelaksanaan Program mengikut Piawaian MQAElaun Bulanan Pelajar RM200 sebulan\nProgram Pengajian\nSeperti dimaklumkan, tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.\nBerikut struktur program pengajian Sijil Perikanan 2019 mengikut semester.\nSemester 1\nPengenalan PerikananTeknik PengembanganBiologi IkanPengenalan AkuakulturPengenalan Pengurusan Sumber PerikananPengajian Malaysia 1Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)English 1\nSemester 2\nEkosistem AkuatikLimnologi Dan OseanografiTeknologi Peralatan PerikananTeknologi Pengendalian IkanTeknologi Pemakanan IkanPengurusan Kualiti Air Dan TanahPrinsip PerakaunanEnglish 2\nSemester 3\nPolisi PerikananPerkapalan Dan PelayaranTeknologi Pembenihan IkanTeknologi Ternakan IkanKemahiran BerfikirKeselamatan MakananEkonomi Malaysia\nSemester 4\nPemprosesan Dan Kawalan Kualiti Produk PerikananPengurusan Kesihatan IkanKomunikasi Dan Pengucapan AwamKemahiran KeusahawananPengurusan Dan Pemuliharaan Sumber PerikananPengawalseliaan Sumber PerikananAsas Statistik Dan PenyelidikanLatihan Industri\nUntuk maklumat lanjut anda boleh hubungi talian 03-8870 4601\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-nama-kenderaan-pemilik-meninggal-dunia/", "title": "Proses Tukar Nama / Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Meninggal Dunia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProses Tukar Nama / Hakmilik Pemilik Kenderaan Meninggal Dunia\nMungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sekiranya ingin tukar nama pemilik kenderaan meninggal dunia.\nSebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya.\nPertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya. \nBerikut dikongsikan sedikit panduan. \n\n\n\n\n\n\nCara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Meninggal Dunia\nLANGKAH 1\nSelesaikan dahulu pembahagian harta\nKenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Disebabkan itu pembahagian harta pusaka perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat. Anda memerlukan salah satu dari dokumen berikut untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia:Surat Perintah MahkamahSurat Geran Probet (Grant Letter of Probate)Surat Akuan AmanahrayaSurat Pentadbir Pusaka\nLANGKAH 2\nUjian Puspakom\nSeterusnya, anda memerlukan geran asal untuk ujian kenderaan Puspakom. Boleh masuk ke website Puspakom untuk semak Puspakom terdekat. Telefon atau datang sendiri ke Puspakom untuk buat temujanji Ujian Tukar Hakmilik (B5) terlebih dahulu. Pada hari ujian, bawa kenderaan bersama dengan geran asal. Setelah selesai ujian, anda akan dapat surat keputusan pemeriksaan Puspakom. \u2013 lulus atau gagal. Jika lulus, boleh teruskan dengan proses tukar nama. Jika gagal, dapatkan kepastian apa yang menyebabkan gagal. Mungkin anda perlu hantar kenderaan ke bengkel untuk baiki dan ulang semula ujian Puspakom.\nUntuk mengetahui lebih lanjut tentang pemeriksaan PUSPAKOM, sila rujuk artikel berikut : Pemeriksaan PUSPAKOM: Prosedur, Kos & Cara Buat Temujanji\nLANGKAH 3\nBuat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru\nSebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru. Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama. \n\nLANGKAH 4\nProses Tukar Nama\nAnda perlu lengkapkan borang berikut dan sediakan dokumen berkaitan:\nDua salinan borang TM3 (Borang Senarai Semak)Dua salinan borang JPJK3A (Borang Pertukaran Milikan Kenderaan)Geran asalSurat lulus Pemeriksaan Tukar Hakmilik (B5) PUSPAKOMSalah satu dokumen berikut:Surat Perintah MahkamahSurat Geran Probet (Grant Letter of Probate)Surat Akuan AmanahrayaSurat Pentadbir Pusaka\nAnda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Jika menggunakan wakil, perlu isi borang tambahan serta maklumat pengesahan identiti.\n\n\nLANGKAH 5\nBuat Roadtax\nSetelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.\nSumber: Facebook\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-matrikulasi-kpm-2023/", "title": "Semakan Keputusan Permohonan Program Matrikulasi KPM 2023 / 2024", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2023/2024 \nSemakan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2023/2024 akan dibuka bermula 26 Jun 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara semakan keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Matrikulasi KPM?\n\n \nKelebihan Matrikulasi\n\n \nTarikh & Cara Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2023/2024\n\n \nYuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar\n\n \nSyarat Permohonan Matrikulasi\n\n \nSenarai Matrikulasi Di Malaysia\n\n \nCara Permohonan Matrikulasi 2023 / 2024\n\n \nTarikh Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023 / 2024 Fasa 2\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nInfo Rasmi Program Matrikulasi KPM\n\n\nApakah Program Matrikulasi KPM?\nProgram Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. \nSemua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.\nProgram Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu \n\nJurusan Sains\nJurusan Kejuruteraan\nJurusan Perakaunan\nJurusan Perakaunan Profesional\n\nSila rujuk syarat-syarat dan penerangan melalui infografik di bawah:\n\n\n\n\nBaca juga: DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah\n\n\n\n\n\n\nKelebihan Matrikulasi\nUmumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.\nAntara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:\nKelebihan :\n\nMemperoleh elaun daripada kerajaan\nDapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti\nTempoh pembelajaran yang singkat\nMemperoleh penerpaan soft skill\n\nRisiko :\n\nProses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu\nSijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.\nWajib mengambil MUET\nPersaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam\n\nTarikh & Cara Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2023/2024\nPemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut: \u00a0matrikulasi.moe.gov.my\nCalon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran\n\nSurat tawaran\nPanduan pendaftaran pelajar\nMaklumat peribadi pelajar\nAkaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar\nPengakuan bebas penyalahgunaan dadah\nBorang perjanjian pelajar (dua salinan)\n\nTahniah diucapkan kepada calon yang berjaya!\n\nYuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar\nBagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan hadpendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akandiberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiapsemester.\nPelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hariselepas kolej menerima dokumen yang lengkap. \nPembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.\nPerincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:\nSumber: Soalan Lazim Program Matrikulasi KPM 2022\nSyarat Permohonan Matrikulasi\nSyarat asas permohonan ialah:\ni. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;ii. Warganegara Malaysia; daniii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.\nManakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:\nSyarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasiialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalampeperiksaan SPM 2021:\ni. Jurusan SainsC Bahasa Melayu;C Bahasa Inggeris;B Matematik;C Matematik Tambahan;C KimiaC Fizik atau Biologi danLulus Sejarah\nii. Jurusan KejuruteraanC Bahasa Melayu;C Bahasa Inggeris;B Matematik;C Matematik Tambahan;C Fizik;Lulus Kimia;Lulus Sejarah danC dalam satu daripada mata pelajaran berikut:Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik KomunikasiTeknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian KejuruteraanMekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia.\niii. Jurusan PerakaunanC \u2013 Bahasa Melayu;C \u2013 Bahasa Inggeris;C \u2013 Matematik;Lulus Sejarah danC dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian KejuruteraanMekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Matematik Tambahan.\niv. Jurusan Perakaunan ProfesionalC \u2013 Bahasa Melayu;A- Bahasa Inggeris;A \u2013 Matematik;C \u2013 Matematik Tambahan;Lulus Sejarah;Lulus Ujian aptitud dan termuduga danA dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian KejuruteraanMekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.\nSenarai Matrikulasi Di Malaysia\nInstitusi / AlamatTelefon / Faks\u00a0E-mel / Laman WebKolej Matrikulasi MelakaKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a078300 Masjid Tanah, Melaka.Tel:06-3832000Faks:06-3847190\u00a0E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmm.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Negeri SembilanKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a072000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Tel:06-4841825Faks:06-4841821\u00a0E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my\u00a0Kolej Matrikulasi Pulau PinangKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a013200 Kepala Batas, Pulau Pinang.\u00a0Tel:04-5756090Faks:04-5757389\u00a0E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my\u00a0Kolej Matrikulasi PerlisKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a002600 Arau, Perlis.\u00a0Tel:04-9868613, 04-9868614,\u00a004-9868615, 04-9868616Faks:04-9868542, 04-9868543\u00a0E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmp.matrik.edu.myKolej Matrikulasi LabuanKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Jalan OKK Daud, Merinding,\u00a0Peti Surat 81735,\u00a087027 Wilayah Persekutuan Labuan.Tel:087-465311, 087-465314Faks:087-466500E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kml.matrik.edu.myKolej Matrikulasi JohorKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Jalan Payamas,\u00a084900 Tangkak, Ledang, Johor.Tel:06-9781613Faks:06-9781595E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmj.matrik.edu.myKolej Matrikulasi PerakKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a031600 Gopeng, Perak.Tel:05-3594449, 05-3594600Faks:05-3594412, 05-3594413E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi KedahKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a006010 Changlun, Kedah.Tel:04-9286100Faks:04-9242186E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi PahangKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a026300 Gambang, Pahang.Tel:09-5495000Faks:09-5499612, 09-5498996E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmph.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.Tel:04-4682508Faks:04-4682281E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.myLaman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a026400 Bandar Jengka, Pahang.Tel:09-4677103Faks:09-4677102Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.myKolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0KM 5, Jalan Kukup,\u00a0Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.Tel:07-6881629, 07-6881630Faks:07-6881631, 07-6882720E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.myKolej Matrikulasi SelangorKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Kathong Mukim Jugra,\u00a042700 Banting, Selangor.Tel:03-31201410Faks:03-31201372E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kms.matrik.edu.myKolej Matrikulasi KelantanKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Beg Berkunci No. 3,\u00a016810 Selising, Kelantan.Tel:09-7808000Faks:09-7808080E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.myKolej Matrikulasi SarawakKementerian Pendidikan Malaysia,\u00a0Lot 216, Fasa II,\u00a0Taman Perindustrian Sejingkat,\u00a0Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.Tel:082-439100Faks:082-433108E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.myLaman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.myKolej MARA KulimJalan Junjong,\u00a009000 Kulim, Kedah.Tel:04-4906422Faks:04-4906426E-mel:info[@]kmkulim.edu.myLaman Web:http://www.kmkulim.edu.myKolej MARA Kuala NerangLot 556, Daerah Padang Terap,\u00a006300 Kuala Nerang, Kedah.Tel:04-7867250, 04-7867255Faks:04-7867254E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.myLaman Web:http://www.kmkn.edu.my\n\nCara Permohonan Matrikulasi 2023 / 2024\nPermohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my\nTarikh Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023 / 2024 Fasa 2\nPermohonan Fasa 2 akan dibuka pada tarikh berikut:\n\nTarikh permohonan matrikulasi buka : 8 Jun 2023\nTarikh akhir permohonan matrikulasi : 12 Jun 2023\n\n\nSebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email\u00a0protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks\nTARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN / KEMASUKAN SESI 2023 / 2024\n\nKemaskini Permohonan / baharu (Jun 2023) \nSemakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Jun 2023)\nRayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2023)\nKeputusan (Julai 2023)\nSemakan Tawaran Fasa 2 (Ogos 2023)\n\nRUJUK : Kalendar Akademik Program Matrikulasi\nBaca juga: UPUOnline 2022 / 2023: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email\u00a0protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matriks\nCalon yang layak boleh mengisi permohonan di link berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my\nInfo Rasmi Program Matrikulasi KPM\nPengenalan MatrikulasiSenarai MatrikulasiMaklumat Program dan Syarat KemasukanKalendar Akademik Program MatrikulasiSoalan Lazim MatrikulasiPermohonan Kemasukan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-pemandu-riding-pink/", "title": "Cara Daftar Sebagai Pemandu Riding Pink", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda seorang wanita dan berminat daftar sebagai pemandu Riding Pink?\nSalah satu isu utama dalam perkhidmatan pandu seru atau e-hailing adalah isu keselamatan terutamanya bagi pengguna wanita yang berseorangan.\nTerdapat penyedia e-hailing seperti AirAsia Ride yang menyediakan pilihan khas untuk pemandu wanita sahaja namun Riding Pink lebih unik kerana kesemua pemandunya adalah wanita sahaja.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKeunikan Riding Pink\n\n \nAplikasi Riding Pink\n\n \nSyarat menjadi pemandu\n\n \nKelebihan sebagai pemandu\n\n \nCara daftar sebagai pemandu\n\n\nKeunikan Riding Pink\nRiding Pink adalah syarikat e-hailing dengan konsep seumpamanya yang pertama di Malaysia dimana dimana kesemua pemandunya adalah wanita dan platform ini dikhususkan untuk penumpang wanita.\nMalah, RIding Pink juga menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi kanak-kanak di mana anda boleh menempah secara mingguan atau bulanan untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah atau untuk aktiviti lain seperti ke kelas tusyen, mengaji dan sebagainya.\nAplikasi Riding Pink\nSekiranya anda seorang wanita yang mahu menggunakan perkhidmatan pandu seru untuk ke mana-mana destinasi, anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi Riding Pink di peranti mudah alih anda secara percuma.\nSila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi Riding Pink:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk penggguna iOS\nPastikan anda hanya memuat turun aplikasi ini melalui sumber yang sah sahaja bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah.\nSyarat menjadi pemandu\nKesemua calon yang berminat untuk menjadi pemandu mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:\nWarganegara MalaysiaBerumur antara 21 hingga 69 tahunMempunyai kenderaan 4 pintu yang berusia tidak lebih 10 tahunLesen memandu kompetanInsurans kenderaanTelefon pintar dengan capaian internet yang pantas\nKelebihan sebagai pemandu\nSetiap pemandu akan menikmati 85% bayaran yang dibayar oleh penumpangSetiap pemandu berhak menolak atau menerima tempahan sekiranya tempahan dilakukan oleh penumpang yang mencurigakan\nCara daftar sebagai pemandu\n\nUntuk memohon sebagai pemandu, anda perlu melakukan pendaftaran di laman Riding Pink di halaman https://ridingpink.com/driver/\nDaftar akaun di laman tersebut, log masuk dan lengkapkan permohonan sebagai pemandu dengan menigisi segala maklumat yang diminta.\nSelain itu, muat naik dokumen tambahan seperti yang diminta oleh pihak syarikat untuk membolehkan permohonan anda diproses.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tingkatan-6-sbp/", "title": "Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP \u2013 KISAS & SMAP LABU", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2023 Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu kini dibuka untuk lepasan SPM 2022.\nBerikut dikongsikan syarat-syarat dan cara membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 bagi kedua-dua sekolah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Kemasukan ke Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2023\n\n \nPengenalan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP\n\n\nPermohonan Kemasukan ke Tingkatan 6 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2023\nPermohonan Kemasukan adalah bagi 2 Sekolah Berasrama Penuh berikut:\n\nKolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) \u2013 Jalan Kota Raja 41000 Klang, Selangor, Malaysia\nSekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP LABU) \u2013 71900 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia\n\nPengenalan\nLATAR BELAKANG KOLEJ SULTAN ALAM SHAH (KISAS)\nKolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M\u00a0menggunakan nama\u00a0Kolej Islam Malaya\u00a0(KIM). Kolej Islam ditubuhkan hasil desakan masyarakat Melayu yang mahukan sebuah pusat pengajian agama moden didirikan untuk menjadi pusat pendidikan secara formal bagi anak-anak Melayu bagi mengimbangi bilangan sekolah-sekolah vernakular di Tanah Melayu. \nProfessor\u00a0Zulkifli Muhammad\u00a0merupakan antara orang yang bertanggungjawab berkempen ke seluruh negara menggagaskan idea penubuhan Kolej Islam Malaya dengan harapan untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian Islam moden yang mampu membersihkan umat Islam daripada gejala jahiliah. Kutipan dana di bawah nama Dana Waqaf KIM telah dilancarkan di seluruh\u00a0Tanah Melayu. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar\u00a0Klang.\n\n\n\n\n\n\nKolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia. KISAS atau SASIC (Sultan Alam Shah Islamic College). KISAS kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010 (Kohort 1). \nKISAS mempunyai pelajar seramai hampir 800 orang yang berusia antara 16 hingga 19 tahun. Sehingga kini, KISAS kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat. \nRamai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan oleh KISAS semenjak penubuhannya hampir enam dekad yang lalu.\nSistem pembelajaran di Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. \nPara pelajar yang masuk ketika tingkatan empat diwajibkan untuk menduduki. Selain daripada tiga peperiksaan konvensional, para pelajar juga boleh memilih untuk mengambil satu peperiksaan dalaman khas iaitu\u00a0Sijil Khas Kolej\u00a0(SKK), namun peperiksaan ini wajib untuk pelajar aliran Agama Ikhtisas.\nLATAR BELAKANG SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU\nSMAPL ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Pendidikan Islam di\u00a0Kementerian Pendidikan\u00a0(Malaysia) pada waktu itu, Tan Sri Datuk Paduka Dr\u00a0Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran\u00a0Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan\u00a0pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. Selepas cadangan itu diterima oleh kerajaan, sekolah itu diberikan nama sebagai Menengah Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP).\nSMAWP pada mulanya tidak mempunyai bangunan sendiri dan 500 orang pelajar sekolah (yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 4, dan 6 rendah) menumpang di bangunan\u00a0Kolej Islam Klang\u00a0(KIK) di Selangor. Generasi pertama pelajar diajarkan oleh sekitar 40 guru, dipimpin oleh pengetua sekolah pertama, Tuan Hj Muhammad bin Shafie.\nSelepas lebih kurang dua tahun menumpang di KIK, pada awal Januari 1984, SMAWP dipindahkan ke sebuah bangunan sementara di kampus\u00a0Universiti Islam Antarabangsa Malaysia\u00a0di\u00a0Petaling Jaya. Pada tahun 1985, Tuan Hj Muhammad Yusof bin Abu Bakar menggantikan Tuan Hj Muhammad bin Shafie sebagai pengetua dan berkhidmat sehingga pada akhir tahun 1985. Di bawah kepimpinannya, SMAWP berjaya memenangi pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada tahun yang sama.\nPengetua seterusnya, Tuan Hj Muhd Yusof bin Hj Ahmad, meneruskan warisan SMAWP. Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan berjaya menyelesaikan masalah bangunan sekolah pada bulan April 1987 dengan meminjamkan sebuah bangunan di Kilometer 11, Jalan Labu yang sepatutnya digunakan sebagai bangunan Sekolah Agama Sheikh Hj Mohd Said. Selepas beberapa sesi rundingan, bangunan itu diberikan kepada sekolah secara sah, dan secara rasmi dibuka pada bulan Julai 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia\u00a0Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,\u00a0Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan\u00a0pada waktu itu. Nama SMAWP kemudian berubah menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP). Penubuhan SMAP Kajang kemudian membuat SMAP secara semulajadi dikenali sebagai SMAP Labu (SMAPL) dan kekal hingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, tidak seperti SMAP Kajang dan SMAP Bentong, SMAP Labu tidak mempunyai perkataan Labu di dalam lencana sekolah.\nDetik kegemilangan SMAP Labu semakin terserlah apabila genapnya 25 tahun penubuhannya. Sambutan Jubli Perak yang diadakan pada tahun 2007 telah menyaksikan perubahan SMAP Labu sebagai sebuah sekolah yang menjadi nadi setiap insan yang ingin membina keperibadian yang unggul serta berteraskan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.\nKini, SMAPL telah mendapat satu lagi bangunan empat tingkat yang dikenali sebagai blok G. Beberapa kemudahan sekolah ditempatkan di sini seperti dewan terbuka, Dewan Seri Lestari, makmal Bahasa Asing yang baru, Bilik Seni Visual , beberapa buah kelas baru dan juga bilik rawatan pergigian. Di samping itu, SMAP Labu terus menjulang namanya dengan memperoleh gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2010 dan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.\nTarikh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai 2 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023.\nSyarat Permohonan\n\nWarganegara Malaysia \u2013 tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)\nKepujian atau sekurang-kurangnya Gred C mata pelajaran\n\nBahasa Melayu\nBahasa Arab dan\nPendidikan Islam / Pendidikan Syari\u2019ah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Usul Al-Sin / Al-Syariah / Manahij Al-\u2018Ulum Al Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah\n\n\nJumlah mata gred tidak melebihi 14 unit \u2013 untuk (3) mata pelajaran terbaik\n\n\nCara Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP\nPermohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:\nhttps://moe.bpsbp.edu.my/PERMOHONANT6SBP2022\nMAKLUMAT LANJUT\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400 / [email\u00a0protected]\nBaca juga: \n\nDPLI UPSI : Permohonan Kemasukan 2023\nSenarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM & Bantuan IPT Negeri\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/isnin-28-november-cuti-umum/", "title": "Isnin 28 November Cuti Umum \u2013 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan cuti umum pada Isnin (28 November 2022).\nPerkara tersebut dimaklumkan beliau dalam sidang media malam ini.\n\u201cSaya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri malam ini berkata, beliau sudah berjanji untuk melaksanakan cuti pada Isnin.\n\u201cTetapi hari Isnin hari itu belum beres, maka hari ini sudah beres baru kita bawa ke Isnin minggu depan,\u201d katanya.\nBeliau juga menyatakan rasa syukur ekoran kenaikan nilai ringgit di pasaran Bursa Malaysia susulan pengumuman pelantikan Perdana Menteri serta Kerajaan Perpaduan hari ini oleh Istana Negara.\n\n\nSumber: Astro Awani\nTerdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini, 5.06 petang hari ini.\nPengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini, 5.06 petang hari ini.\nUjar beliau dalam sidang media hari ini, parlimen akan mula bersidang pada 19 Disember, dan usul pertama yang akan dibentangkan oleh kerajaan ialah usul Undi Percaya.\nBaca juga: \nBiodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10Senarai Perdana Menteri Malaysia & Biodata RingkasManifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-beli-no-pin-upu-bsn/", "title": "No Pin UPU BSN 2021: Cara Beli No ID Unik (Di ATM, Kaunter & SMS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nNombor ID Unik atau Nombor Pin UPU BSN diperlukan apabila anda mengisi Permohonan Secara Dalam Talian untuk ke institusi pengajian tinggi.\nTerdapat beberapa cara mudah untuk anda membuat pembelian nombor ID unik BSN iaitu:\nPembelian tunai di kaunter BSNPembelian nombor pin UPU di mesin ATMPembelian melalui kemudahan SMS\nDi bawah ini diterangkan lebih lanjut cara membuat pembelian melalui ketiga-tiga cara di atas:\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Pembelian Tunai Di Kaunter BSN\n\n \n2. Cara Beli No Pin UPU BSN Melalui ATM\n\n \n3. Cara Beli No Unik ID BSN Melalui SMS\n\n \nTarikh Pembelian\n\n \nHarga No Pin UPU BSN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n1. Pembelian Tunai Di Kaunter BSN\nSalah satu cara beli no pin upu BSN ialah dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). \nMelalui ini, kita tak perlu ada akaun bank BSN. \u00a0\nApa dokumen yang perlu dibawa ketika membuat pembelian?\n\n\n\n\n\n\nHanya perlu ada Kad Pengenalan.\nLepas tu, nanti kena isi borang pembelian tunai seperti sampel di bawah.\n\nMudah kan?\n*Lihat sampel Borang Permohonan Pembelian PIN yang lengkap\u00a0di sini.\n2. Cara Beli No Pin UPU BSN Melalui ATM\nKalau anda pengguna BSN, lagi senang sebab anda boleh beli no unik ID UPU ini melalui ATM saja.\nProses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.\nBagaimana?\nSila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:\nMasukkan kad BSN.Pilih Beli Nombor ID (Pin).Pilih Program Kursus.Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.\nJika anda dah ada akaun BSN dan ingin membuka akaun BSN online, sila rujuk di artikel ini : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\n3. Cara Beli No Unik ID BSN Melalui SMS\nPengguna yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. \nAnda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.\nUntuk mendaftar di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:\nMasukkan Kad MATRIX BSN dan pilih BahasaMasukkan No. Pin dan pilih Urusan LainPilih Perbankan SMS dan pilih PendaftaranMasukkan No. Telefon BimbitUrusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.Kemudian, SMS ke 36898 \u00a0dengan menaip : PINMPINORGKPcontoh : PIN 012345 SPM 950101010101*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN\nBaca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR\nTarikh Pembelian\nTarikh pembelian no pin BSN ini bermula pada Februari 2021 untuk lepasan SPM dan STPM / setaraf.\nHarga No Pin UPU BSN\nHarga nombor pin BSN adalah bergantung kepada jenis program.\nUntuk makluman, harga no pin upu BSN ialah RM15.60.\nJika anda membeli no pin untuk tujuan lain seperti pinjaman PTPTN, sila rujuk senarai harga no pin BSN seperti berikut:\n\n*Lihat senarai Pembelian Pin BSN\u00a0di sini.\nMaklumat Lanjut\nHubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 1300 88 1900Layari https://www.bsn.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-dermasiswa-pengajian-zakat-pulau-pinang/", "title": "Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP (dahulunya E-Minhah) Bagi Tahun 2022 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan.\nBerikut adalah info lanjut tentang Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang yang perlu anda tahu.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?\n\n \nTarikh Permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?\nSebelum ini, bantuan dermasiswa ini dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa E-Minhah yang diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, namun pada tahun ini ZPP akan menguruskan bantuan dermasiswa ini sepenuhnya dengan dijenamakan semula sebagai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang.\n\n\n\n\n\n\nPara pelajar boleh menerima bantuan dalam pelbagai jumlah, minimum RM2,500 hingga kadar maksimum RM20,000 bergantung pada tahap pengajian serta tempoh pengajian.\n\nTarikh Permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2022\nTarikh buka permohonan: 23 Mac 2022 (12.00 tengah malam)Tarikh tutup permohonan : 22 April 2022, Jam 11.59 malam.\nSyarat Permohonan\nBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang\nBaca juga: MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi \u2018Sah\u2019 (Blue Tick Verified)\nCara Permohonan\nDaftar dan mohon di portal zakatpenang2u.com.Pilih menu Bantuan ZakatKemudian klik Permohonan BantuanSeterusnya pilih menu Dermasiswa PengajianIsi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan secara online.Semak dan tekan butang Hantar setelah selesai melengkapkan borang permohonan.\nTatacara Umum Permohonan \nPermohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPPPermohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.Dokumen Utama (wajib disertakan) :Salinan kad pengenalan pemohon,\u00a0Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatanDokumen Sokongan (jika perlu) :Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.\nBaca juga: ISMP 2022: Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\nTelefon: 04-549 8088 / 125/ 155E-mel: [email\u00a0protected]\nATAU\nZakat Pulau Pinang\nNo.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangTelefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-promosi-us-pizza-malaysia/", "title": "Menu US Pizza, Senarai Harga & Promosi Terkini Seluruh Malaysia 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Promosi Terkini US Pizza 2022 ~ Menyajikan pizza yang dibuat dengan keju premium dan ramuan segar, US Pizza semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. \nTawaran menu yang bervariasi dan serba unik menjadikan US Pizza lain daripada yang lain.\nUntuk membantu anda berbelanja dengan lebih jimat, kami akan kongsikan promosi terkini dari US Pizza serta menu terbaru yang anda wajib cuba.\nBaca Juga : Promosi Terkini Kenny Rogers Roasters 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Promosi Terkini US Pizza\n\n \nPromosi Triple Threat\n\n \nTawaran Menu Edisi Terhad : Chef Wan Specials\n\n \nDiskaun 50% Aloha Deluxe Pizza\n\n \nTawaran Diskaun 50% Untuk Pizza Kedua\n\n \nPromosi Beli 1 Percuma 2\n\n \nTawaran Double Deals\n\n \nUS Pizza X-Meal\n\n\nMenu Promosi Terkini US Pizza\nPromosi Triple Threat\n\nBagi anda yang pertama kali ingin memesan US Pizza, kami cadangkan anda untuk dapatkan 3 menu bestseller dari restoran ini iaitu Italiano Aloha Deluxe, Tom Yam Chicken Delite dan Golden Ocean Salted Egg.\n Dapatkan tiga pizza regular ini dengan harga promosi RM 78.00 sahaja.\n\n\n\n\n\n\nTawaran Menu Edisi Terhad : Chef Wan Specials\n\nDibawakan khas oleh chef terkemuka tanah air, Chef Wan ingin menjemput penggemar US Pizza untuk rasai 2 menu pizza yang cukup istimewa.\n Jom pesan Wan-derful Prawn Pizza (RM 38.00) dan Spicy Vietnamese Chicken Pizza (RM 38.00) sementara stok masih ada!\nDiskaun 50% Aloha Deluxe Pizza\n\nUntuk penggemar pizza berperisa ala Hawaiian, inilah peluang anda untuk rasai pizza kegemaran anda dengan tawaran separuh harga!\nUntuk tebus promosi ini, masukkan kod promosi ALOHA50 sebelum check out.\nTawaran Diskaun 50% Untuk Pizza Kedua\n\nTak suka Hawaiian Pizza? Usah risau! Anda boleh dapatkan pizza kedua yang menepati citarasa anda dengan diskaun sebanyak 50%. \nPesan saja Regular atau Large Pizza dan masukkan kod promo yang tertera di atas.\nPromosi Beli 1 Percuma 2\n\nBagi yang nak berkongsi US Pizza dengan rakan dan keluarga, jom tebus promosi Beli 1 Percuma 2 dengan harga yang cukup berbaloi. \nBermula dengan harga RM 41.95, anda akan dapat 2 Personal Pizza dengan pembelian 1 Large Pizza.\nTawaran Double Deals\n\nNak gandakan menu anda dengan harga yang lebih jimat? Dapatkan dua menu kegemaran anda di US Pizza dengan tawaran harga promosi serendah RM 13.00.\nMenu yang anda boleh pesan menerusi promosi ini adalah :\n2 X Creamy Mushroom Soup (RM 13.00)2 X American Iced Tea (RM 16.00)2 X New York Wings (RM 33.00)2 x Regular Pizza (RM 43.00)2 X Large Pizza (RM 63.00)\nUS Pizza X-Meal\nNak dapatkan penjimatan sehingga RM 60.55? Jom dapatkan X-Meal dari US Pizza dengan harga serendah RM 17.00 sahaja!\nMenu X-Meal yang ditawarkan adalah seperti berikut :\n\u00a0X-Twin (Untuk 2 orang)\n\nHarga : RM 35.00 (Jimat RM 15.80)\n1 X Regular Pizza2 X Crazi Garlic Twist2 X 250ml American Iced Tea\nX-Large (Untuk 3 orang)\n\nHarga : RM 55.00 (Jimat RM 28.65)\n1 X Large Pizza2 x Crazi Garlic Twist3 X Creamy Mushroom Soup1.5L American Iced Tea Bottle\nX-Family (Untuk 4 \u2013 6 orang)\n\nHarga : RM 75.00 (Jimat : RM 37.10)\n2 X Regular Pizza2 X Crazi Garlic Twist4 X Creamy Mushroom Soup1.5 L American Iced Tea Bottle\nX-Party (Untuk 6 \u2013 8 orang)\n\nHarga : RM 113.00 (Jimat RM 60.55)\n2 X Large Pizza2 X Crazi Garlic Twist6 X Creamy Mushroom Soup8 pcs New York Wings2 X 1.5 L American Iced Tea\nKalau anda tak berkesempatan ke cawangan US Pizza, anda bolehlah pesan secara online di pautan ini. \nJangan lupa untuk dapatkan tawaran terkini serta promosi menarik dari US Pizza dengan mengikuti \u00a0Facebook US Pizza Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bsh-bantuan-sara-hidup/", "title": "BSH 2020: Semakan Status Permohonan Bantuan Sara Hidup (Januari)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi penerima Bantuan Sara Hidup tahun lepas, semakan BSH 2020 boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my bermula Januari nanti (tarikh akan dikemaskini).\nPermohonan baru atau urusan kemaskini akan dibuka bulan Februari.\nRayuan BSH juga boleh dibuat sebaik urusan kemaskini dibuka kepada umum.\nBantuan Sara Hidup kini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang akan diagihkan bermula tahun 2021.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan BSH 2020\n\n \nCara Memohon\n\n \nKemaskini Bantuan Sara Hidup\n\n\nSyarat Permohonan BSH 2020\nBerikut syarat asas permohonan Bantuan Sara Hidup 2020.\nMestilah Warganegara Malaysia yang menetap di MalaysiaTerbuka untuk semua lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawahPasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)Pasangan BUKAN Warganegara Malaysia\u00a0DAN\u00a0mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid)\nHubungan dengan anak mestilah:\nAnak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahajaWarganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahajaTidak bekerja atau tiada punca pendapatan18 tahun dan ke bawah\nBagi anak yang berumur 19 tahun ke atas, mestilah:\nMasih belajar sepenuh masa di Intitut Pengajian Tinggi Awam/SwastaOrang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat\nCara Memohon\nPermohonan BSH 2020 boleh dibuat secara online.\nCaranya:\nLayari portal rasmi bsh.hasil.gov.myKlik \u201cPermohonan Baru\u201dLengkapkan maklumat pemohonLengkapkan maklumat anak (terhad untuk 4 orang sahaja)Lengkapkan maklumat bankMuat naik dokumen sokongan seperti sijil kahwin / sijil lahir anakLengkapkan maklumat warisBuat pengesahan kad pengenalanSimpan dan hantar\nUntuk lebih terperinci, anda boleh download panduan permohonan bantuan sara hidup di sini.\nKemaskini Bantuan Sara Hidup\nKemaskini boleh dibuat secara online atau manual di mana-mana kaunter LHDNM.\nUntuk kemaskini secara manual, pemohon diminta untuk muat turun borang kemaskini bantuan sara hidup.\nAntara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah:\nStatus perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasanganAlamat surat menyurat terkini dan emelNombor telefon bimbit dan rumahMaklumat akaun bankMaklumat pasangan dan tanggunganMaklumat waris\nUntuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal Semakan Online.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/indriver-malaysia/", "title": "Cara Daftar Sebagai Pemandu inDriver Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda ingin menjadi pemandu inDriver?\nWalaupun mungkin tidak sepopular Grab, inDriver merupakan antara penyedia e-hailing yang sudah beberapa tahun bertapak di Malaysia.\nWalaupun syarikat ini bukanlah berasal dari Malaysia, terdapat individu yang kerap menggunakan perkhidmatan pandu seru yang lebih gemar menggunakan perkhidmatan inDriver disebabkan keunikan yang ada padanya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenali inDriver\n\n \nKeunikan inDriver\n\n \nCara daftar sebagai pemandu\n\n\nKenali inDriver\nin_Driver berpangkalan di Mountain View, California, dan mempunyai pekerjai lebih 1,900 orang di seluruh dunia. \n\n\n\n\n\n\nPada awal 2021, inDriver mencapai status unicorn selepas menutup pusingan pelaburan $150 juta dengan Insight Partners, General Catalyst dan Bond Capital, yang menilai syarikat itu pada $1.23 bilion. \nHari ini, in_Driver ialah perkhidmatan pengangkutan dalam talian yang paling pesat berkembang di dunia.\nAplikasinya telah dimuat turun lebih 145 juta kali, menjadikannya aplikasi mobiliti kedua paling banyak dimuat turun di dunia. \nPerkhidmatan ini tersedia di 646+ bandar di 45 negara, termasuklah Malaysia. \nKeunikan inDriver\nPerkhidmatan in_Driver lebih unik berbanding pesaingnya di mana penumpang boleh berunding dengan pemandu berapakah caj yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju.\nMelalui platform pandu seru In_Driver, penumpang dan pemandu bebas untuk merundingkan syarat interaksi mereka, yang mungkin berdasarkan harga, laluan atau faktor lain.\ninDriver mencabar banyak ketidakadilan yang mencirikan keperluan mobiliti, termasuk algoritms, keadaan yang membebankan pemandu (seperti banjir, kesesaka lalu lintas dan lain-lain) dan manipulasi harga.\nCara daftar sebagai pemandu\n\nSekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pemandu in_Driver, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:\nPemohon hendaklah memuat turun aplikasi inDriver https://play.google.com/store/apps/details\u2026Buka aplikasi dan letakkan nombor telefon anda, tunggu kod pengesahan dan hantar.Apabila ditanya ingin mendaftar sebagai penumpang atau pemandu, pilih \u201cPENUMPANG\u201dKemudian, anda dikehendaki menghantar Email atau Whasapp dokumen berikut:Foto Foto anda memegang lesen PSVFoto kereta anda dari hadapanGambar sijil pendaftaran kereta andaGambar insurans kereta andaGambar kad pengenalan malaysia andaKereta berumur tidak melebihi 10 tahun\nEmail Address: [email\u00a0protected]\nWhasapp\u00a0http://www.wasap.my/601113361313/indriveractivation\nJadi, apa tunggu lagi? Daftar sekarang sebagai pemandu inDriver dan mula menjana pndapatan lumayan sebagai pemandu e-hailing. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/final-piala-malaysia-tm-2022-live/", "title": "Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022 [LIVE FINAL JDT vs Selangor]", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2022\u00a0[LIVE FINAL SELANGOR LAWAN JDT]\nPerlawanan akhir TM Piala Malaysia malam ini akan menyaksikan pertembungan Johor Darul Ta\u2019zim dan Selangor FC! \nRamalan anda?\nAyuh, kami kongsikan serba sedikit info tentang perlawanan yang akan berlangsung malam nanti.\nKhas untuk anda! Klik sini untuk claim voucher RM50 Shopee. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh & Masa Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022 [LIVE FINAL JDT vs Selangor]\n\n \nLIVE Streaming Final TM Piala Malaysia JDT vs Selangor\n\n \nPeringatan Bagi Pengunjung Stadium\n\n \nOperasi LRT Dilanjutkan\n\n\nTarikh & Masa Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022 [LIVE FINAL JDT vs Selangor]\nJohor Darul Ta\u2019zim lwn Selangor FC\u00a0\nTempat : Stadium Nasional Bukit Jalil \n\n\n\n\n\n\nTarikh : Sabtu, 26 November 2022 \nWaktu : 9 malam\nLink tonton live Piala Malaysia \u2013 RTMKlik\n\nKetua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, tidak mahu memberikan tekanan tinggi kepada majoriti besar pemain muda yang bakal merasai pentas akhir TM Piala Malaysia buat pertama kali.\nMalah, dia mengharapkan pemain-pemain tidak berasa terlalu gemuruh apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong dan mampu berikan yang terbaik demi memastikan Selangor boleh berikan saingan hebat kepada Johor Darul Ta\u2019zim.\nSementara itu ketua jurulatih Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Hector Bidoglio, tidak mahu terlalu memikirkan peluang buat skuad Harimau Selatan bagi mencipta kejuaraan treble musim ini jika berjaya menjulang TM Piala Malaysia 2022.\nApa yang lebih mustahak adalah persiapan pasukan sambil akui banyak kerja rumah perlu dilakukan sambil mengharapkan pemain-pemain mampu mengurangkan kesilapan sepanjang perlawanan.\nPenjaga gol JDT, Farizal Marlias mengakui kualiti yang ada pada Selangor sejak dibimbing oleh pengendali Tan Cheng Hoe yang berjaya membawa pasukan itu ke pentas final kali ini.\nJusteru, amat penting untuk JDT memastikan setiap pemain lebih berhati-hati di setiap bahagian bagi mengelakkan serangan balas Selangor yang sukar dijangka kali ini.\nSementara itu, tonggak pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar pula tidak menolak gugup untuk beraksi kali pertama di pentas Piala Malaysia apatah lagi berdepan lawan seperti JDT.\nSudah pasti, selaku pemain pertahanan, dia sedar dengan kualiti tiga pemain berbisa JDT seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Mohd Hanapi yang sentiasa menjadi duri dalam daging pasukan.\nLIVE Streaming Final TM Piala Malaysia JDT vs Selangor\nSiaran langsung di unifiTV 701, unifi playTV, YouTube, TV Okey dan Sukan RTM.\nYoutube Unifi : https://www.youtube.com/@TMOfficialTube/streams\nUnifi akan membawakan perlawanan malam ini secara paparan 360 bermula pada jam 8 malam di pautan berikut: https://my.unifi.com.my/aksisetiapdetik\nPeringatan Bagi Pengunjung Stadium\nINFO VENUE PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2022\u00a0\nPenyokong Johor Darul Ta\u2019zim dan Selangor FC boleh merujuk kepada grafik ini sebagai panduan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan.\n\nBerikut merupakan antara barang yang dilarang bawa masuk ke dalam kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022.\nDiminta para penyokong yang hadir untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.\n\nPeringatan, tiada penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.\nDiminta supaya orang ramai tidak datang ke stadium sekiranya tidak memiliki tiket perlawanan, untuk mengurangkan kesesakan di pekarangan stadium. Terima kasih.\nOperasi LRT Dilanjutkan\nOperasi perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada 26 November 2022.\nIa berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada malam tersebut.\nMenerusi kenyatan media yang dikeluarkan oleh pihak Prasarana, lanjutan ini bagi menyokong keperluan pengguna untuk menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia.\n\u201cPengguna diminta menggunakan kad TnG untuk kelancaran perjalanan dan operasi stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir,\u201d katanya.\nBaca juga: \n\nGegar Vaganza 9 (GV 2022) : Konsert LIVE & Markah Terkini\nSeparuh Akhir Muzik Muzik 2022 : Senarai Lagu, Tarikh & LIVE\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/selangor-kerjaya/", "title": "Selangor Kerjaya: Pendaftaran 10,000 Peluang Pekerjaan Warga Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor telah melancarkan laman web Selangor Kerjaya untuk menangani isu penggangguran dalam jangka masa dekat dan panjang.\nProgram itu dijangka menyediakan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan bersesuaian dengan kemahiran tenaga kerja dalam tempoh 3 tahun.\u00a0\u00a0\nBaca juga: ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)\nDi sini kami kongsikan maklumat lebih lanjut tentang Portal Kerjaya ini dan cara mendaftar di portal tersebut.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Selangor Kerjaya?\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nKeistimewaan / Keunikan Portal Selangor Kerjaya\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Selangor Kerjaya?\nProgram Selangor Kerjaya merupakan inisiatif oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), bertujuan untuk memacu ekonomi warga Selangor melalui pemadanan kerjaya yang berkesan. \nCalon bakal menjalani penilaian profil serta pemadanan kerjaya sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. \nProgram ini juga bakal memberi pendedahan dan pengalaman industri secara langsung menerusi latihan di tempat kerja, tanpa sebarang kos.\nSelain itu, portal ini juga berinteraksi dengan orang ramai secara terus menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan Whatsapp.\nBaca juga: Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2021\nCara Pendaftaran\nPendaftaran dibuka kepada tenaga kerja dan majikan yang berminat mendapat tenaga kerja yang menepati permintaan penawaran pekerjaan.\nTenaga kerja yang berjaya akan menjalani program latihan dalam talian yang ditetapkan bersama dengan majikan selama setahun bagi mengasah bakat dan kemahiran.\nUntuk mendaftar dan mendapatkan info terkini tentang kekosongan jawatan di Portal Selangor Kerjaya, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman web www.selangorkerjaya.com.myTekan butang DAFTAR SEKARANGIsikan maklumat peribadi dalam ruang yang disediakanBuat pengesahan dan tekan \u2018tick\u2019 dalam kotak.Tekan butang SUBMIT\nKeistimewaan / Keunikan Portal Selangor Kerjaya\nPendekatan unik portal ini adalah pemadanan calon yang sesuai dengan kehendak majikan melalui profil pintar bagi mengenalpasti keperluan kemahiran kedua-dua pihak dalam meningkatkan kemahiran untuk IR4.0.\n\nSelain itu, berbeza dengan portal lain, Selangor Kerjaya adalah unik kerana ia berinteraksi dengan orang ramai secara terus menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan Whatsapp.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila follow Facebook https://www.facebook.com/SelangorKerjaya untuk update terkini.\nE-mel : [email\u00a0protected]Telefon : +6012 7175774\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mamasab-bakery/", "title": "Mamasab Bakery : Senarai Menu, Harga Kek & Produk Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKeenakan variasi kek serta pemanis mulut daripada Mamasab memang sukar untuk ditandingi.\nJenama kek viral nombor satu di Malaysia, Mamasab Bakery merupakan ilham daripada bekas radiographer Pn Siti Sabrina yang memulakan perniagaan kek dan bakeri dari rumah. \nSiapa sangka dengan permulaan kecil ini, Mamasab kini sudah memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nKini, Mamasab kian menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya pemanis mulut bestseller seperti Nutella Cheese Tart, Congobar dan Red Velvet Nutella.\nIngin tahu apa lagi menu yang ditawarkan di Mamasab? Jom kita tengok senarai menu dan harga yang ditawarkan.\nBaca Juga : Kula Cakes : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMamasab : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nBest Sellers\n\n \nMom\u2019s Favourites\n\n \nLarge Cakes\n\n \nMini Cakes\n\n \n3D Cakes\n\n \nCookies & Dry Food\n\n \nFrozen Items\n\n\nMamasab : Senarai Menu & Harga Terkini\nBest Sellers\nMenuHargaNutella Cheese TartRM 50.00Heaven Chocolate Cake StandardRM 45.00Oreo Cheese TartRM 50.00Pecan ButterscotchRM 45.00Brownies StandardRM 40.00CongobarRM 40.00Red Velvet Full NutellaRM 50.00\nMom\u2019s Favourites\n\nMenuHargaBrownies Extra DrizzleRM 45.00Brownies Mix NutsRM 45.00Congobar Extra DrizzleRM 45.00Heaven Chocolate Cake Cheese PaduRM 45.00Heaven Chocolate Cake No CheeseRM 45.00Nutella Oat BarRM 45.00Pandan Gula Melaka CakeRM 45.00Red Velvet StandardRM 45.00\nLarge Cakes\n\nMenuHargaRed Velvet Full Nutella Double DeckRM 100.00Red Velvet Double DeckRM 85.00Brownies Extra Drizzle 10 inchesRM 70.00Heaven Chocolate Cake No Cheese 10 inchesRM 80.00Red Velvet Full Nutella 10 inchesRM 90.00Red Velvet Standard 10 inchesRM 80.00Heaven Chocolate Cake Standard 10 inchesRM 80.00Heaven Chocolate Cake Double DeckRM 85.00Pecan Butterscotch Double DeckRM 75.00Whole Nutella Cheese CakeRM 110.00\nMini Cakes\n\nMenuHargaMini Chocolate MoistRM 10.00Mini Pandan Gula MelakaRM 12.00Mini Red Truffle OreoRM 12.00Mini Red Velvet Full NutellaRM 15.00Minipack BrowniesRM 10.00Minipack HCCRM 15.00Minipack Pecan ButterscotchRM 10.00Minipack Red VelvetRM 15.00Nutella Cheese Cake SliceRM 12.00\n3D Cakes\n\nMenuHargaBaby Shark CakeRM 120.00Butterfly CakeRM 120.00Cocomelon CakeRM 120.00Golden Rich CakeRM 120.00Korean CakeRM 120.00Paw Patrol CakeRM 120.00Pinky Sweet CakeRM 120.00Sleeping Ice Cream CakeRM 120.00Tuxedo CakeRM 120.00Unicorn CakeRM 120.00\nCookies & Dry Food\n\nMenuHargaDomisi CookiesRM 18.00Cheezy CrackersRM 25.00Dip DipRM 25.00Kurma Ajwa (400g)RM 35.00Popia Udang PedasRM 28.00Almond LondonRM 36.00Double Choc CookiesRM 36.00Dutchess CookiesRM 36.00Cornflakes CrunchyRM 36.00Semperit BollywoodRM 36.00Oreo Crunchy YummyRM 36.00Tart BlueberryRM 36.00Tart Nenas GulungRM 36.00Suji Cashew NutsRM 36.00Kek Buah KukusRM 37.00Serunding DagingRM 37.00Kek Tapak UnicornRM 35.00\nFrozen Items\n\nMenuHargaDaging Hari Mu BahagiaRM 29.90Frozen Sos PerapRM 30.00Kambing Perap (Frozen Lamb)RM 60.00\nWah banyak sungguh aneka kek, biskut dan pemanis mulut yang ditawarkan di Mamasab. Bukan sahaja sedap, malah harganya juga cukup berpatutan. Memang sesuai untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga pada bila-bila masa. \nBukan saja kek, malah anda juga boleh cuba produk daging perap yang terbaharu daripada Mamasab. \nSelain nikmati kek dan pemanis mulut, Mamasab juga mengalu-alukan orang ramai untuk menjana pendapatan bersama. Jika anda berminat, anda boleh ke pautan ini untuk ketahui maklumat lanjut. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/parlimen-dibubarkan/", "title": "Parlimen Dibubarkan Hari Ini \u2013 PM Ismail Sabri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYang di-Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubarkan hari ini \u2013 PM Ismail Sabri\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).\nPengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada 3 petang hari ini, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nParlimen Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini, 10 Oktober 2022\n\n \nSemakan Daftar Pemilih SPR\n\n\nParlimen Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini, 10 Oktober 2022\n\u201cDengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.\nPM turut mengesyorkan kerajaan negeri, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor bubar DUN pada tarikh sama, iaitu hari ini.\nMenyentuh tentang PRU-15, tarikh hari penamaan calon, hari mengundi dan urusan lain berkaitan tertakluk keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).\nPembubaran dilaksana bagi menoktahkan suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, \u2018kerajaan pintu belakang\u2019 dan \u2018tebuk atap\u2019, jelas beliau.\nSemakan Daftar Pemilih SPR\nBagi pengundi yang masih belum membuat semakan daftar pengundi, sila rujuk langkah-langkah membuat semakan berikut:\nMySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR OnlineMySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi BaruCara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online\nSaksikan Perutusan Khas Perdana Menteri ini secara langsung melalui media utama :\n\n\n\nRTM :\u00a0https://rtmklik.rtm.gov.my/live/1BERNAMA Live 24 JamAstro Awani LIVE\n"]} {"url": "https://ecentral.my/generational-end-game-geg/", "title": "GEG: Kempen Generasi Penamat / \u2018Generational End Game\u2019", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGENERATIONAL END GAME (GEG) : PENGHARAMAN VAPE & ROKOK BAGI INDIVIDU LAHIR SELEPAS 2007\nPenggunaan tembakau terutamanya rokok, kekal sebagai punca utama kematian pra-matang di seluruh dunia. Dianggarkan sebanyak 6 juta kematian setahun dilaporkan berpunca daripada penggunaan tembakau. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan\u00a02019\u00a0mendapati 21.8% orang dewasa di Malaysia\u00a0ialah\u00a0perokok. Masalah merokok\u00a0dalam\u00a0kalangan remaja juga di tahap yang membimbangkan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila wujudnya rokok elektronik\u00a0seperti\u00a0vape, mod, pod dan sebagainya.\nMengikut Pelan Strategik\u00a0Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau dan Produk Tembakau (2021-2030),\u00a0polisi kebangsaan bagi kawalan tembakau adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas tanpa amalan merokok termasuk produk merokok alaf baru.\u00a0\nVisi kita\u00a0adalah\u00a0untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas tanpa amalan merokok menjelang tahun 2040.\nKesan buruk pada kesihatan akibat merokok atau vape bukanlah perkara baru. \nWalaupun banyak pendedahan telah diberikan kepada masyarakat mengenai keburukan vape serta rokok, namun tak semua perokok dapat mengambil iktibar daripada kesannya.\nTrend merokok terutamanya vape juga dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini di kalangan pelajar sekolah.\nLebih menyedihkan, golongan muda didapati makin ramai terpaksa mendapatkan rawatan intensif akibat tabiat buruk ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBahaya Rokok & Vape\n\n \nKESAN BURUK ROKOK & VAPE\n\n \nPelan Generasi Penamat Perlu Dilaksanakan\n\n \nApa Itu Generational End Game @ GEG\n\n \nVIDEO%20:%20Apa%20itu%20Generational%20End%20Game (GEG)?\n\n\nBahaya Rokok & Vape\nBAHAN MEROKOK DAN KESANNYA\nTerdapat 2 jenis produk bahan merokok iaitu:\nJenis terbakar (combustible tobacco):\nContoh: Rokok, rokok gulung, cerut, rokok paip dan shisha\n\n\n\n\n\n\nJenis tidak terbakar (smokeless tobacco):\nContoh: E-cigarette dan tembakau kunyah / hisap\n\nKandungan utama rokok elektronik:\nNikotinPropalina Glikol (PG)Glikol sayuran (VG)Bahan perisa dan pewarna\nKandungan utama Vape:\nPropalinaGlikol (PG)Glikol sayuran (VG)Bahan perisa dan pewarna\n\nSejak tiga tahun, banyak kes EVALI (e-cigarette or vaping use-associated lung injury) dilaporkan akibat penggunaan rokok elektronik.\nMenerusi perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vape bukanlah penyelamat atau alternatif yang baik bagi perokok malah ia boleh mengundang pelbagai komplikasi kesihatan seperti :\nGangguan pada perut dan ususIritasi mata, tekak, dan saluran pernafasanKerosakan organ dalaman\n\nKebanyakan ahli masyarakat kecewa dengan keputusan kerajaan yang tidak melarang sepenuhnya penggunaan serta penjualan rokok elektronik (vape) seperti Thailand, Singapura dan Brunei. \nMelihatkan trend yang semakin membimbangkan ini, cadangan melarang generasi lahir selepas 2005 membeli atau memiliki produk rokok termasuk vape perlulah disokong Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.\n\nKESAN BURUK ROKOK & VAPE\nMerokok mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dari kepala hingga ke hujung jari seperti berikut:\nPenyakit kanser\nPerokok berhadapan risiko mendapat lebih 20 jenis kanser. Contohnya kanser paru-paru, kanser mulut, kanser usus, kanser payudara , kanser hidung, kanser lidah, dan lain-lain.\nMasalah jantung\nAsap tembakau merosakkan arteri (saluran darah) jantung, menyebabkan pembentukan plak dan pembekuan darah, lalu menyekat aliran darah dan akhirnya menyebabkan serangan jantung dan strok.\nMasalah saluran darah\nAsap rokok bukan sahaja merosakkan saluran darah di bahagian jantung, malah merosakkan semua saluran darah di dalam badan. Keadan ini mengganggu peredaran darah di dalam badan dan mengakibatkan gangren di bahagian kaki atau tangan, dan amputasi terpaksa dilakukan di bahagian tersebut.\nPenyakit kronik paru paru\nTabiat merokok boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pelbagai masalah paru-paru, terutamanya penyakit paru-paru obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary disease atau COPD). COPD ialah sejenis penyakit paru-paru yang teruk dan tidak dapat dipulihkan atau diubati. Antara gejala COPD ialah sesak nafas apabila melakukan aktiviti harian seperti menaiki tangga atau bersukan, batuk berpanjangan dan nafas berbunyi.\nMerokok mengurangkan tahap kesuburan\nMerokok boleh menjejaskan tahap kesuburan (menyebabkan kemandulan) sama ada kepada perokok lelaki mahupun perokok perempuan. Perokok lelaki berhadapan dengan risiko kecacatan pada sperma dan bilangannya. Yang tragisnya, mereka berisiko untuk mengalami mati pucuk (erectile dysfunction). Hal ini disebabkan oleh aliran darah yang tersumbat. Namun, masalah ini boleh dipulihkan jika perokok berhenti merokok pada usia muda. Bagi perokok perempuan pula, merokok meningkatkan risiko keguguran, bayi kurang berat badan (low birth weight), dan kelahiran pra-matang.\nMerokok mempengaruhi penampilan\nMerokok menjejaskan peredaran darah ke kulit dan menyebabkan kulit seseorang kedut dan kelihatan lebih tua. Merokok juga menyebabkan kesan kotor pada kuku dan jari kelihatan kuning.\nMasalah gigi\nTabiat merokok menyebabkan gigi berwarna kuning dan bibir yang berwarna gelap kehitaman dan juga masalah gusi (periodontitis). Selain itu, kesan asap rokok juga menyumbang kepada masalah bau mulut yang busuk (halitosis). Antara kesan buruk yang paling digeruni ialah merokok juga menyebabkan kanser mulut.\nAsap rokok mengancam kesihatan dan nyawa orang di sekeliling perokok\nLebih 1 juta orang mati setiap tahun kerana terdedah kepada asap rokok sekunder. Perokok pasif turut terdedah kepada risiko yang sama dengan perokok.\nAnak-anak kecil yang terdedah kepada asap rokok ini mudah mendapat jangkitan kuman pada telinga tengah (komplikasinya boleh menyebabkan pekak), serangan asma dan fungsi paru-paru yang lemah sehingga mereka dewasa.\nKesan rokok kepada alam persekitaran\nSetiap tahun, kira-kira 3.5 juta hektar tanah dimusnahkan untuk penanaman tembakau. Tembakau yang tumbuh menyumbang kepada penebangan hutan, terutamanya di negara membangun. Penebangan hutan untuk ladang tembakau menyebabkan kemerosotan tanah dan mengurangkan keupayaan tanah untuk menyokong pertumbuhan mana-mana tanaman atau tumbuh-tumbuhan lain.\nDengan sumbangan gas rumah hijau tahunan sebanyak 84 megaton setara karbon dioksida, industri tembakau menyumbang kepada perubahan iklim dan mengurangkan daya tahan iklim, membazirkan sumber dan merosakkan ekosistem.\nMelibatkan kos yang tinggi\nPenggunaan tembakau menyumbang kepada kemiskinan dengan mengalihkan perbelanjaan isi rumah dari keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal kepada tembakau.\nMengikut kajian, anggaran kos rawatan akibat komplikasi merokok yang ditanggung oleh kerajaan dan pesakit adalah lebih kurang RM 6.21 billion setahun. Sekiranya, prevalen perokok di negara kita dikurangkan kepada < 5%, semestinya juga banyak pengurangan penyakit berkaitan kesan merokok.\nPeruntukan yang selama ini diperlukan untuk rawatan kepada perokok perokok, kini boleh digunakan untuk perbelanjaan yang lebih berfaedah atau digunakan untuk membantu memenuhi keperluan rakyat untuk mengatasi masalah inflasi yang dilanda di seluruh dunia.\nPelan Generasi Penamat Perlu Dilaksanakan\nDemi menjamin generasi yang lebih sihat dan bebas rokok, Pelan Generasi Penamat seperti yang tular di media sosial perlulah disokong bagi menguatkuasakan pengharaman rokok dan vape kepada mereka yang lahir selepas 2007, sekaligus menurunkan peratusan merokok sehingga kurang 5.0 peratus seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).\nApa Itu Generational End Game @ GEG\nPada awal tahun 2022 ini, KKM telah memperkenalkan satu polisi baru,\u00a0Generational End Game (GEG) iaitu perundangan baharu yang dikenali sebagai Akta Kawalan\u00a0Produk\u00a0Tembakau dan Merokok. \nSekiranya diluluskan,\u00a0akta baharu ini akan melarang golongan generasi penamat menghisap, membeli dan berada dalam milikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik. \nGenerasi penamat merujuk kepada golongan yang lahir pada dan selepas 1 Januari 2007. \nLarangan di bawah akta ini akan melibatkan perokok generasi end game dan penjual yang menjual rokok kepada mereka.\n\nDEFINISI\nGEG merujuk kepada generasi yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.\nGenerasi ini TIDAK BOLEH menggunakan, menghisap, dan berada dalam milikan mereka sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik.\n\nTUJUAN / OBJEKTIF :\nMalaysia melaksanakan peruntukan Generation End Game (GEG) ini melalui RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bertujuan:\nMelindungi generasi muda di Malaysia daripada menjadi mangsa ketagihan produk merokok termasuk rokok elektronik / vape.Menurunkan peratus perokok di Malaysia kurang daripada 5% menjelang tahun 2040.\n\nPelaksanaan GEG hanya melibatkan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.\nMereka yang lain boleh terus merokok namun tertakluk kepada undang-undang sedia ada.\nInfo Generation End Game (GEG) melalui infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n\nJika diluluskan, RUU itu bukan saja menghalang penjualan rokok dan produk tembakau, malah produk vape kepada individu lahir selepas 2007.\nMemetik laporan Berita%20Harian,%20sebanyak%2053%20organisasi%20bukan%20kerajaan%20(NGO)%20dan%20profesional%20turut%20menggesa%20beberapa%20Ahli%20Parlimen%20yang%20menentang%20RUU%20kawalan%20tembakau%20dan%20merokok%20agar%20terus%20berikan%20sokongan%20kepada%20akta%20itu.VIDEO%20:%20Apa%20itu%20Generational%20End%20Game\u00a0(GEG)?Jom%20tonton%20video%20pendek%20ini%20untuk%20mengetahui%20cerita%20di%20sebalik%20perkataan%20GEG%20dan%20pendapat%20orang%20ramai%20mengenai%20GEG.\nBaca juga: Syarat Haji Terkini, Kuota Haji 2022 & Tarikh Surat Tawaran TH\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cerdik-laptop-yayasan-hasanah/", "title": "CERDIK: Laptop, Tablet Percuma Mula Diagihkan Hujung Mei-September", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCERDIK, inisiatif pemberian komputer laptop dan tablet dengan data internet khusus untuk pelajar B40, telah mengumumkan akan menyediakan sekurang-kurangnya 50,000 peranti pembelajaran dalam talian kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya hujung bulan Mei 2021.\nBaki 100,000 peranti lagi disasarkan akan diagihkan menjelang penghujung September ini.\nBerdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh CERDIK, 13,000 peranti dan laptop telah pun diagihkan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kepada jabatan-jabatan pendidikan negeri.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: PEMERKASA: Subsidi Pembelian Telefon RM300 Untuk Isi Rumah\nTurut dilaporkan, lebih dari 1,000 orang pelajar telah menerima peranti berkenaan dengan dana diterima dari GLC, GLIC dan badan-badan korporat.\nCERDIK turut menyatakan kesemua peranti-peranti berkenaan merupakan yang terkini dan boleh menerima kemaskini perisian untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Peranti berkenaan juga menawarkan kualiti, kefungsian dan keselamatan bagi mengurangkan masalah dan gangguan ketika pembelajaran sedang dijalankan. Bagi membantu memudahkan para pelajar,\u00a0peranti-peranti CERDIK\u00a0juga disertakan dengan sokongan teknikal dan waranti.\nProgram rintis CERDIK turut menerima sumbangan dari badan-badan korporat seperti Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Petronas, Permodalan Nasional Berhad, Employees Provident Fund dan Lembaga Tabung Haji.\nBaca juga: Cara Daftar Astro Go Percuma Di Telefon Pintar & Peranti Mudah Alih\nMenurut laman\u00a0soalan-soalan lazim\u00a0di dalam laman web rasminya, peranti-peranti yang diterima oleh pelajar-pelajar yang layak adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia. \nPeranti-peranti tersebut disertakan bersama-sama satu kad SIM dengan data untuk tempoh kegunaan sekurang-kurangnya 12 bulan.\nMaklumat Lanjut\nKenyataan Media CERDIK, 25 April 2021\n"]} {"url": "https://ecentral.my/isinar-kategori-2/", "title": "i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan i-Sinar Kategori 1 tidak diluluskan? Jangan risau, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan iSinar Kategori 2.\nSeperti yang kita sedia maklum, status kelulusan i-Sinar Kategori 1 telah mula diumumkan melalui Portal i-Sinar KWSP. \nJika anda mendapat mesej \u2018PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPROSES\u2019, ia bermaksud anda perlu menyertakan dokumen sokongan mulai 11 Januari ini.\nBagi yang tidak berjaya, jangan risau kerana anda masih berpeluang untuk membuat permohonan melalui i-Sinar Kategori 2.\nTarikh tutup permohonan pada 13 Jun 2021.\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan tersebut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah iSinar Kategori 2?\n\n \nCara Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan iSinar Kategori 2\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nTarikh Semakan Kelulusan & Bayaran\n\n \nAmaun Kelayakan i-Sinar Kategori 2\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah iSinar Kategori 2?\ni-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.\nSyarat kelayakan permohonan Kategori 2 adalah seperti berikut:\nAhli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.\n\nCara Permohonan\nCara Permohonan i-Sinar Kategori 1 online adalah seperti berikut:\nLayari\u00a0isinar.kwsp.gov.my (mulai 11 Januari 2021)Isikan No IC dan No Tel BimbitTekan TERUSKANIsikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.Tetapkan\u00a0Amaun PilihanTetapkan\u00a0Bayaran Bulan Pertama\u00a0dan tekan TERUSKANLengkapkan\u00a0Maklumat Pemohon\u00a0yang WAJIB diisiLengkapkan\u00a0Maklumat Pembayaran\u00a0dan tekan TERUSKANLampirkan Dokumen SokonganSemak\u00a0Maklumat Pemohon\u00a0dan\u00a0Maklumat Pembayaran\u00a0dan tandakan\u00a0\u2713\u00a0sebelum tekan HANTARPermohonan telah diterima dan akan diproses\nDokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan iSinar Kategori 2\nPermohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:\nSlip penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;\u00a0DANNotis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;\u00a0DAN/ATAUJika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.\n\nNOTA:\nBagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk\u00a0mendaftar nombor telefon bimbit anda\u00a0di\u00a0cawangan atau kios KWSP\u00a0dan mengemas kini maklumat melalui\u00a0aplikasi atau portal i-Akaun.Pastikan\u00a0akaun bank\u00a0yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:Masih aktifMilik andaBukan Akaun Bersama (Joint Account)\nTarikh Permohonan\nPermohonan boleh dibuat bermula\u00a011 Januari 2021.\nPermohonan i-Sinar hanya secara\u00a0online\u00a0di laman web\u00a0 isinar.kwsp.gov.my\nTarikh Semakan Kelulusan & Bayaran\nBagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah\u00a0pengkreditan terus\u00a0(direct credit)\u00a0ke dalam akaun bank milik anda.\nBaca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021\nAmaun Kelayakan i-Sinar Kategori 2\nAmaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:\n\nSoalan Lazim\nBilakah permohonan iSinar Kategori 2 ditutup? Tarikh akhir permohonan pada 13 Jun 2021. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon? Seperti yang anda boleh rujuk dalam artikel ini. Bolehkah saya menghantar dokumen sokongan ke pejabat KWSP? Anda disarankan untuk memuat naik segala dokumen secara online sahaja. Bilakah saya boleh menyemak status permohonan? Selepas 2-3 minggu dari tarikh permohonan. Bolehkah saya membuat pindaan kepada maklumat yang telah dihantar? Boleh. Anda hanya perlu log masuk ke sistem dan kemaskini permohonan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan tentang permohonan iSinar Kategori 2, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848\nTalian ini beroperasi Isnin \u2013 Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka \u00a0dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/portal-mytnb/", "title": "myTNB: Cara Semakan Bil Elektrik TNB Online (Harian & Bulanan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPortal myTNB: Semakan Bil Elektrik TNB Online & Bayaran\nPada masa kini, segala pembayaran bil telefon, bil air, langganan internet dan bil elektrik boleh dilakukan secara online, termasuklah bil penggunaan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).\nBagi membolehkan pengguna perkhidmatan mereka menyemak dan membayar bil elektrik, pihak TNB telah menyediakan sebuah portal bernama myTNB untuk tujuan ini. \nmyTNB juga merupakan portal yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai kemudahan lain antaranya mendaftar meter secara online, menyemak status permohonan dan pelbagai lagi kemudahan lain.\n\n\n\n\n\n\nKini, segalanya dihujung jari dan sebagai pengguna yang bijak, kita perlulah memanfaatkan sebaiknya kemudahan portal myTNB yang disediakan oleh pihak TNB ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar Akaun Di Portal myTNB\n\n \nSemakan Bil Elektrik TNB Online ( Harian & Bulanan )\n\n \nCara membayar bil secara online\n\n \nBayar melalui aplikasi myTNB\n\n\nCara Daftar Akaun Di Portal myTNB\n\nSebelum menggunakan dan mengakses segala kemudahan yang ada dalam portal myTNB, anda perlulah mendaftarkan akaun di portal ini terlebih dahulu dengan mengikuti langkah mudah di bawah:\n\nLayari laman rasmi myTNB\nKlik pada halaman Register for New Account\nMasukkan segala butiran yang diminta: Nama penuh, No kad pengenalan, nombor telefon, emel dan password\nKlik pada butang persetujuan terma dan syarat\nKlik pada butang \u201cCreate Account\u201d\n\n\n\nSemakan Bil Elektrik TNB Online ( Harian & Bulanan )\nSetelah selesai melakukan segala langkah-langkah di atas, anda kini boleh log masuk ke dalam akaun anda.\nDi halaman Dashboard, anda boleh melihat dengan jelas bil dan jumlah penggunaan tenaga elektrik bagi setiap bulan. Terdapat graf perbandingan bil untuk beberapa bulan sebelum itu. \n\nLebih menarik, anda juga boleh membuat perbandingan bil elektrik hari ini dengan bil elektrik bulan-bulan sebelumnya.\n\nDengan cara ini, anda dapat memantau penggunaan elektrik dan mengawal penjimatan dengan lebih berkesan.\nOh ya, pastikan nombor akaun yang dinyatakan dalam akaun anda adalah sama dengan nombor akaun dalam bil penyata TNB anda untuk mengelakkan anda kerugian kerana terbayarkan bil orang lain.\nCara membayar bil secara online\nUntuk membayar bil TNB anda secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nKlik pada butang \u201cPay Now\u201d\nPilih cara pembayaran sama ada secara perbankan internet, menggunakan kad kredit atau debit\nMasukkan segala butiran yang diperlukan semasa melakukan pembayaran\nSetelah selesai pembayaran, anda akan dibawa ke halaman baru yang menyatakan bahawa bayaran anda telah diterima\n\nBayar melalui aplikasi myTNB\nSila rujuk video berikut untuk melihat video tutorial cara pembayaran bil melalui Portal TNB online.\n\n\n\n\nPengguna Android \u2013 Google Play\nPengguna iOS \u2013 App Store\nPengguna Huawei \u2013 App Gallery\n\nMelalui aplikasi myTNB, pengguna juga boleh mengakses kemudahan-kemudahan berikut:\n\nKetahui berapa banyak elektrik yang telah anda gunakan\nLihat jumlah bil elektrik anda untuk semua akaun TNB anda\nBayar bil elektrik anda bila-bila masa, di mana sahajaKirim maklum balas untuk sebarang perkara yang berkaitan dengan bil dengan cepat\n\nBaca juga: Air Selangor: Pembayaran Bil Online, Daftar e-Bil & Semakan Gangguan Air\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-tunai-belia-rahmah/", "title": "eBelia Rahmah \u2013 Cara Penebusan e-Tunai Boost, TNG & Setel", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara tebus kredit e-Tunai RM200 eBelia Rahmah berjumlah RM200 mulai 26 Jun melalui apps TNG, Boost & Setel (eBeliaRahmah 2023)\nKerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.\nTerkini, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut dan siaran media rasmi oleh Kementerian Kewangan mengenai eBeliaRahmah 2023.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan e-Tunai Belia Rahmah\n\n \nTarikh Permohonan / Penebusan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon eBelia Rahmah 2023 (Tuntut Kredit e-Tunai RM200 Melalui Boost, TNG & Setel)\n\n \nCara Penebusan\n\n \nApakah yang boleh dibeli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?\n\n \nTarikh Akhir Permohonan & Penebusan Kredit eBelia RM200\n\n \nMaklumat Lanjut & Soalan Lazim eBelia Rahmah\n\n\nPengenalan e-Tunai Belia Rahmah\nInisiatif eTunai Belia Rahmah ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).\nBercakap kepada\u00a0Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada Jun 2023.\n\u201cBantuan e-dompet itu telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nSumber infografik: Berita RTM\nKatanya, pihak MOF dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung bulan Jun kelak.\nSebelum ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa mahasiswa universiti merayu kerajaan segera menyalurkan bantuan RM200 e-dompet kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri pada 7 April lalu.\nMenurut mereka, bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.\nSementara itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi berkata, segala keputusan berkaitan pemberian e-dompet RM200 kepada mahasiswa itu, akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan. \nTarikh Permohonan / Penebusan\nBantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak\u00a0RM200 boleh ditebus mulai\u00a026 Jun 2023.\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia;\nBerumur 18-20 tahun pada 2023; atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia*\n\n*Nota: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:\n\nKolej Komuniti\nPoliteknik\nUniversiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)\nInstitusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)\nPelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6\nSenior Middle 3\nSijil Tinggi Agama (STAM)\nDiploma Kolej Vokasional\nDiploma dan setara institusi TVET\nPengajian Asas (Foundation)/Asasi\nA-Level\nInternational Baccalaureate Diploma\nAustralian Matriculation (AUSMAT) Diploma\nDiploma Lanjutan\nSarjana Muda dan setaraf\nSarjana dan setaraf\nDoktor Falsafah dan setaraf\nKursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia\n\nRujuk siaran media rasmi berikut:\n\n\nCara Memohon eBelia Rahmah 2023 (Tuntut Kredit e-Tunai RM200 Melalui Boost, TNG & Setel)\nBelia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:\n\nBoost\nTouch n Go\nSetel\n\nTempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos depan.\n1) eBelia Rahmah TOUCH N GO (TNG)\n\nBagi pengguna TNG, jom prepare eWallet anda sekarang! \nPastikan anda boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eBeliaRahmah RM200 & baucar-baucar ganjaran pada hari Isnin 26 Jun 2023 nanti! \nBerikut dikongsikan cara yang terperinci untuk menuntut eBelia Rahmah melalui aplikasi Touch n Go ewallet (TNG) :\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetahui lebih lanjut tentang eBelia Rahmah TNG di https://www.touchngo.com.my/\n\n\n\nVideo Tutorial pengesahan eBelia TNG melalui Youtube : https://youtu.be/G8g0tH21XJA\nSahkan akaun eWallet eBelia TNG anda hari ini di https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC\n2) eBelia Rahmah BOOST\nBoost adalah e-Dompet rasmi untuk inisiatif eBelia Rahmah 2023! \n\nPastikan anda verify akaun eBelia Boost anda sekarang dan siap sedia untuk nikmati pelbagai tawaran yang hebat!\nUntuk penebusan eBelia melalui aplikasi ewallet Boost, sila klik butang \u2018Claim Now\u2019 seperti yang tertera dalam paparan gambar di bawah:\n\nInfo lanjut tentang eBelia Boost 2023, sila layari : https://myboost.co/\n3) eBelia Rahmah SETEL\nSetel telah dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet program eBelia Rahmah yang bakal tiba! \n\nPara belia boleh menuntut kredit \u2018one-off\u2019 RM200* dengan lebih banyak ganjaran Setel menanti anda melalui program eBelia 2023 ini!\n\nJangan lupa untuk semak kriteria kelayakan, sahkan akaun Setel melalui e-KYC untuk memohon insentif eBelia Rahmah dan nikmati tawaran ganjaran hebat yang bakal menjadi milik anda. \nTag kawan-kawan untuk Setel semua dengan kami! Kongsi kod rujukan anda dengan rakan, dan anda berdua akan menerima Kredit Setel RM7 setelah selesai pendaftaran dan berbelanja mininum RM30.\n*Tertakluk pada T&S\nMaklumat lanjut tentang eBelia Setel, layari https://www.setel.com/\nCara Penebusan\nPermohonan / penebusan kredit eBelia Rahmah boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nMuat turun\u00a0salah satu\u00a0platform e-dompet berikut dari\u00a0Apple Store, Google Playstore\u00a0atau\u00a0Huawei AppGallery\u00a0:a. Boostb. Setelc. Touch \u2018n Go eWallet\nBagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara\u00a0electronic Know-Your-Customer\u00a0(eKYC)\nIsi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan \u201cHantar\u201d di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun\nStatus tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari\nPenerima yang layak\u00a0hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit\u00a0eBeliaRahmah\n\nApakah yang boleh dibeli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?\nAnda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI: \n\na. pemindahan \u201cpeer-to-peer\u201d; \nb. penebusan tunai; \nc. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; \nd. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; \ne. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; \nf. pembelian permainan (\u201cgames\u201d) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; \ng. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol; \nh. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan \ni. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.\n\nTarikh Akhir Permohonan & Penebusan Kredit eBelia RM200\nPermohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023. Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon. \nMaklumat Lanjut & Soalan Lazim eBelia Rahmah\nSila rujuk soalan lazim melalui lampiran di bawah:\nApakah inisiatif eBeliaRahmah? \u2022 Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan. \u2022 Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia. \u2022 Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih. \u2022 Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points). Siapakah yang layak menerima kredit eBeliaRahmah ini? Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut: a. Warganegara Malaysia; dan b. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU c. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (\u201cIPT\u201d) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (\u201cJAKIM\u201d) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai \u201cKementerian Pengawal\u201d), tanpa had umur. Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini? Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c). Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak? Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah. Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak? Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun. Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Bilakah program ini akan bermula dan bilakah ia akan berakhir? Adakah kredit eBeliaRahmah dan insentif e-tunai mempunyai tarikh luput? \u2022 Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023. \u2022 Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon. \u2022 Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut. Di manakah saya boleh membuat tuntuan kredit eBeliaRahmah ini? Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah: a. Boost; b. Setel; dan c. Touch \u2018n Go eWallet Bagaimana saya boleh memohon kredit eBeliaRahmah? Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat. Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC). Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan \u201cHantar\u201d. Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah. Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM200 eBeliaRahmah? Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan. Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini? Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut. Mengapa permohonan saya lambat diluluskan? Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi. Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet: a. Boost: https://support.myboost.com.my b. Setel: https://help.setel.com/ c. Touch \u2018n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak? Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut. Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal? Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda. Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian? Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal. Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS. Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan. \ne-tunai Belia rahmah-FAQDownload\nLayari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/\nBaca juga: \n\nBajet 2023: Kerajaan Tambah RM500 Di Akaun 1 Pencarum KWSP\nBelanjawan 2023 : Membangun Malaysia Madani\nSumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR)\nSTR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/khutbah-gerhana-jakim/", "title": "Teks Khutbah Khas Gerhana Bulan JAKIM (8 November 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFENOMENA GERHANA BULAN PENUH, PANDUAN SOLAT SUNAT & TEKS KHUTBAH JAKIM\nFenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Malaysia pada 8 November 2022 (Selasa) bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H.\nGerhana tersebut bermula pada jam 5.09 minit petang dan berakhir pada 8.49 malam. Walaubagaimanapun, gerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur.\nGerhana bulan penuh berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini bumi akan berada di antara bulan dan matahari di dalam kedudukan tepat sebaris.\nGerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur. Umat Islam digalakkan mendirikan solat Gerhana Bulan pada waktu itu sehingga 8.49 malam\nSolat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.\n\n\n\n\n\n\nSolat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.\nBerikut adalah panduan asas dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Solat Sunat Khusuf\n\n \nTeks Khutbah Khas Gerhana Bulan JAKIM (8 November 2022)\n\n\nCara Solat Sunat Khusuf\n1.Niat & Takbiratul Ihram\n2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain\n3.Ruku\u2019 Yang Panjang\n4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain\n5.Ruku\u2019 Yang Panjang & Iktidal\n6.Sujud Yang Panjang\n7.Duduk Antara 2 Sujud\n8.Sujud Yang Panjang\n9.Rakaat Kedua Seperti Rakaat Pertama\n10.Membaca tasyahud Akhir & Salam\nKredit : Twitter JAWI Official\nTeks Khutbah Khas Gerhana Bulan JAKIM (8 November 2022)\nSila rujuk lampiran teks khutbah gerhana bulan yang disediakan oleh JAKIM di bawah:\nTAJUK : KEINSAFAN DARI FENOMENA GERHANA BULAN\nTARIKH : 8 NOVEMBER 2022 / 13 RABIULAKHIR 1444H\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Portal Rasmi JAKIM Khutbah Khas Gerhana \u2013 Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan\nBaca juga: \nPanduan Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)Solat Jamak Dan Qasar : Panduan, Syarat & Niat (JAKIM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-saringan-minda-sihat-dass/", "title": "Borang Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) \u2013 Nilai Tahap Kesihatan Mental", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUjian Saringan Minda Sihat (DASS) \u2013 Nilai Tahap Kesihatan Mental Anda\nRamai yang tidak tahu mereka boleh menyemak tahap kesihatan mental dengan melakukan ujian minda sihat terlebih dahulu.\nRamai yang memandang rendah kepentingan menjaga kesihatan mental mereka sehingga ada yang mengalami depresi.\nPerkara ini boleh dielakkan sekiranya kita tahu lebih awal mengetahui simptom-simptomnya dan mendapatkan bantuan pihak yang berkenaan.\nStress pada tahap yang sederhana sebenarnya bagus kerana ia akakn meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang.\n\n\n\n\n\n\nNamun, sekiranya stress secara berlebihan pula akan mengakibatkan depresi dan kemurungan yang mungkin menyebabkan individu tersebut melakukan sesuatu perkara yang tidak elok.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nUjian DASS\n\n \nPautan Ujian Online\n\n \nKeputusan Ujian DASS\n\n\nUjian DASS\nUjian Saringan Kesihatan Mental atau\u00a0Depression Anxiety Stress Scale\u00a0(DASS) merupakan satu ujian sebagai panduan untuk mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.\nUjian DASS ini disediakan oleh Kementerian Public Health Malaysia.\nNamun, perlu diketahui bahawa DASS merupakan bukan diagnosis.\nDengan ujian saringan ini, anda boleh mengetahui status kesihatan mental anda sama ada stree, risau atau depresi.\nIanya masih diperingkat saringan dan dengan itu, pengesahan diagnosa oleh pegawai perubatan masih diperlukan.\nPautan Ujian Online\n\nUjian minda sihat DASS ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja daripada salah satu pautan di bawah:\n\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKpf75KSiGPaKFwWu8_212SKA0T48XOorXcz5KSWb9La-61A/viewform \u2013 Diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya\nhttps://hlabuan.moh.gov.my/edass4u/ \u2013 Unit Psikiatri Hospital Labuan\nhttps://jpan.sabah.gov.my/perumahan/117-ujian-dass \u2013 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah\n\u00a0Dass oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (diberikan rujukan ke klinik jika perlu) \u2013\u00a0http://appsjknj.moh.gov.my/qrdass/\n\nLengkapkan kesemua soalan dan jangan luangkan terlalu banyak masa untuk memikirkan jawapan anda kerana tiada soalan betul atau salah dalam ujian DASS ini.\nSila jawab dengan jujur berdasarkan emosi semasa anda agar keputusannya menggambarkan situasi semasa diri anda. \nBaca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan \nKeputusan Ujian DASS\nKeputusan ujian saringan minda sihat ini akan diberikan sebaik sahaja anda melengkapkan kesemua soalan yang diberikan.\nSekiranya keputusan ujian ini adalah tidak normal, anda boleh muat turun atau cetak keputusan ujian ini dan bawa ke mana-mana Klinik Kesihatan (KK) berdekatan anda untuk diagnosa lanjut oleh pegawai perubatan. \n\nTolong buang perasaan malu untuk dapatkan rawatan kerana tindakan anda akan menyelamatkan nyawa anda dan memastikan keadaan emosi anda terjaga. \nBaca juga: Semakan Ujian MEdSI, Contoh Soalan, Tips dan Panduan Temuduga\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semak-semula-keputusan-stpm/", "title": "Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis Peperiksaan Malaysia memaklumkan bahawa rayuan semak semula keputusan STPM Semester 2 bagi tahun 2023 akan dibuka pada tarikh yang dimaklumkan.\nPermohonan adalah secara dalam talian sahaja.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan bagi pelajar yang berkenaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRayuan Semak Semula Keputusan STPM\n\n \nBayaran Permohonan\n\n \nTarikh Keputusan Semakan Semula STPM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nRayuan Semak Semula Keputusan STPM \nRayuan semakan semula Semester 3 STPM 2023 dibuka pada tarikh berikut:\nTARIKH BUKA : 5 JULAI 2023 (RABU)\n\n\n\n\n\n\nTARIKH TUTUP: 10 JULAI 2023 (SELASA)\n\n\nPermohonan semak semula ini menggunakan nombor PIN MEC yang boleh dibeli secara atas talian SAHAJA. Sila klik link berikut untuk pembelian secara atas talian\u00a0PEMBELIAN PIN SEMAK SEMULA\nSila isi borang permohonan ini setelah membeli nombor PIN MEC.\nSetiap calon hanya boleh menggunakan satu nombor PIN MEC sahaja bagi membuat pemohonan melalui sistem ini. Penggunaan nombor PIN MEC kedua walaupun telah dibeli ATAS TALIAN bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.\nSila email maklumat anda ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0sekiranya menghadapi masalah berkenaan bayaran ATAS TALIAN dan nombor PIN MEC.\n\n\nSila klik pada urusan anda:\n: : Permohonan Semak Semula Keputusan STPM Semester 1\n: : Permohonan Semak Semula Keputusan STPM Semester 2\n: : Permohonan Semak Semula Keputusan STPM Semester 3\n: : Semak Keputusan Permohonan Rayuan Semak Semula\nBayaran Permohonan\nBayaran permohonan Rayuan Semakan Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.\nBayaran boleh dibuat melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/\nTarikh Keputusan Semakan Semula STPM\nKeputusan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.\nSemakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel [email\u00a0protected]\nATAU\nSila rujuk saluran berikut untuk sebarang update terkini :\n\nFacebook : Majlis Peperiksaan Malaysia\nLaman web rasmi : http://www.mpm.edu.my/\nTelefon : 0361261600\n\nBaca juga: \n\nSkim Insurans Hayat Selangor (INSAN) : Pendaftaran & Semakan\nSTR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran\nSumbangan Asas Rahmah (SARA) -Bantuan Tambahan STR 2023\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-pahang-sekolah-rendah/", "title": "Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Sesi 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BIASISWA PAHANG (SEKOLAH RENDAH) KINI DIBUKA!\nKerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk murid-murid tahun 3 sesi persekolahan 2022 di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam negeri Pahang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini untuk makluman bersama.\n\n\n\n\n\n\nTarikh permohonan bermula 22 Ogos 2022 sementara tarikh tutup adalah pada 7 Oktober 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)?\nBiasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diperkenalkan pada tahun 2002. Biasiswa ini diberikan kepada murid \u2013 murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah \u2013 sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.\nPada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin / daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.\nMulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 hingga 6.\nYayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.\nSebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah ini (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai\u00a0Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah).\n\nSyarat Kelayakan\nKriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) adalah seperti berikut:\nPemohon adalah warganegara Malaysia.Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia\u00a0TIDAK LAYAK MEMOHON.Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)\u00a0diberi keutamaan.Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap)\u00a0tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.\nCara Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)\nBorang permohonan diperolehi melalui SEKOLAH SAHAJA manakala syarat kelayakan dan kriteria boleh dirujuk di laman web YP di\u00a0www.yp.org.my.\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan bermula 22 Ogos 2022 sementara tarikh tutup adalah pada 7 Oktober 2022.\nMaklumat Lanjut\nFacebook: Yayasan PahangTelefon : 09-518 1800Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)\nBaca juga: \nSkim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off\n"]} {"url": "https://ecentral.my/spbar-skim-pembiayaan-khas-bazar-ramadan/", "title": "Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) RM3,000", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) untuk membantu penjaja kecil dan peniaga bazar Ramadan yang berdaftar bagi tahun 2021. \nSkim ini bertujuan membantu peniaga bazar Ramadan yang ingin berniaga tetapi tiada modal pusingan yang mencukupi. \nJusteru, bagi mereka yang memerlukan, boleh mohon melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).\nDi sini dikongsikan maklumat selanjutnya bagi yang berminat untuk memohon.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)?\n\n \nJumlah Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)\n\n \nSyarat Pembiayaan\n\n \nCara Permohonan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)\n\n\nApakah Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)?\nSkim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) telah diperkenalkan sejak tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 dan disalurkan kepada 141 ahli persatuan tersebut.\nNamun pada tahun 2020 ia dihentikan kerana tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun tersebut berikutan pandemik COVID19.\n\nJumlah Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)\nSkim ini menawarkan pembiayaan modal pusingan antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk peniaga ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.\nBaca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan\nSyarat Pembiayaan\nPinjaman Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) ini perlu dibayar semula kepada YPU sebelum 31 Syawal.\nDalam hal ini, YPU yakin peniaga mampu membayarnya semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan.\nBaca juga: JAKIM: Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP\nCara Permohonan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR)\nMereka yang berminat boleh menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu untuk maklumat lanjut.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila ke laman web\u00a0www.ypu.com.my\u00a0untuk download borang pembiayaan atau hubungi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di talian 096242424 (bahagian pembiayaan) untuk maklumat lanjut.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semak-syarat-uitm/", "title": "Semak SYARAT UiTM: Semakan Kelayakan Kemasukan UiTM 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAK SYARAT UITM: SEMAKAN KELAYAKAN KEMASUKAN KE UITM\nKenali program-program bersesuaian yang ditawarkan oleh UiTM dan dapatkan peluang untuk mengenalpasti program yang sepadan dengan minat anda!\nHanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon. \nDi sini kami kongsikan cara membuat semakan syarat kelayakan anda berdasarkan keputusan SPM / STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma IPT lain.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sistem Semak SYARAT UiTM?\n\n \nCara Semakan\n\n \nKekuatan UiTM\n\n \nSoalan Lazim Berkaitan Permohonan & Semak Syarat UiTM\n\n \nInfo Lanjut\n\n\nApakah Sistem Semak SYARAT UiTM?\nBahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semak SYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM. \n\n\n\n\n\n\nIanya lebih mudah diakses dan difahami dan boleh disemak secara atas talian sahaja!\nJom kami kongsikan caranya.\nCara Semakan\nIkuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan syarat kelayakan program UiTM di web app semakSYARAT:\nBuka web app semakSYARAT di telefon pintar (Google Chrome di Android dan Safari di iOS) atau terus ke pautan https://selangkah.uitm.edu.myBuka menu dan tekan pilihan Semak SyaratPilih Peringkat Pengajian & Kategori dan isi ruangan yang disediakan.Tekan butang SemakHasil semakan menunjukkan bilangan program yang layak dimohon. Tekan nama program untuk maklumat lanjut.Paparan rekod semakan yang lalu boleh diakses pada bila-bila masa.\n\n\nPenafian:\nSemakan syarat kelayakan program pada sistem ini adalah berdasarkan kelayakan akademik sahaja. Penawaran ke program yang terlibat adalah mengikut kaedah meritrokrasi.\nKekuatan UiTM\nGraduan UiTM fasih berbahasa Inggeris.Sistem pengajaran dan pembelajaran UiTM menggalakkan aktiviti keusahawanan.Universiti Komprehensif yang menawarkan kepelbagaian program \u2013 mewujudkan sinergi gabungan antara bidang dalam penyelidikan.Keberadaan UiTM di setiap negeri.\nSoalan Lazim Berkaitan Permohonan & Semak Syarat UiTM\nBolehkah pemohon Bukan Warganegara atau Penduduk Tetap untuk memohon kemasukan ke UiTM? TIDAK BOLEH. Permohonan kemasukan ke UiTM terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan BUMIPUTERA sahaja. Berapa kalikah pengambilan pelajar di UiTM dibuat setahun? 2 kali setahun mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan. Sila\u00a0klik di sini\u00a0untuk melihat jadual pengambilan. Bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke UiTM? Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut jadual pengambilan seperti di JADUAL 1 di atas.Nombor Unik ID atau No. Slip UiTM bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UiTM? Ya. Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan ke UiTM. Bagaimanakah saya boleh menyemak status keputusan permohonan kemasukan ke UiTM? Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke UiTM melalui http://online.uitm.edu.my Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga? Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah layak dengan kelayakan yang saya perolehi? Anda boleh menyemak syarat kelayakan melalui http://www.selangkah.uitm.edu.my/ atau membaca syarat kemasukan melalui http://online.uitm.edu.my \nBaca juga: \nCara Tebus Minuman Chatime Percuma Untuk Pelajar SPM 2021Kalkulator Merit Lepasan SPM 2021: Cara Pengiraan & Penggunaan\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web: https://pengambilan.uitm.edu.my/Facebook : Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jom-cha-by-farm-fresh/", "title": "Jom Cha by Farm Fresh : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nFarm Fresh Sdn Bhd akan memperluaskan perniagaan kios minuman yang dikenali sebagai Jom Cha by Farm Fresh. Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Azmi Zainal, konsep perniagaan baharu ini menyasarkan penubuhan 300 kios di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.\nAneka minuman serta aiskrim soft serve yang ditawarkan di Jom Cha by Farm Fresh pasti bakal menepati citarasa anda.\n\n\n\n\n\n\nYang pasti, kios yang baru dibangunkan ini menawarkan sisi yang unik dan berbeza daripada apa yang kita kenali daripada Farm Fresh sebelum ini. \nKalau anda nak tahu, semua menu yang ditawarkan di kios ini diperbuat daripada susu yang dihasilkan oleh Farm Fresh sendiri. \nMenarik, bukan? Jadi, jom kita lihat rangkaian menu serta harga yang ditawarkan di Jom Cha by Farm Fresh.\n\nBaca Juga : The Coffee Bean & Tea Leaf : Senarai Menu & Harga Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJom Cha by Farm Fresh : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nSpecial\n\n \nYogurt\n\n \nTea\n\n \nLatte\n\n \nPlant-Based\n\n \nSoft Serve\n\n \nSenarai Outlet\n\n\nJom Cha by Farm Fresh : Senarai Menu & Harga Terkini\nMenuHargaFarm Fresh Milk with Brown Sugar BobaRM 9.80Belgian Milk ChocolateRM 10.80Kurma Milk with Brown Sugar BobaRM 10.80\nSpecial\n\nMenuHargaBanana ButterscotchRM 12.80Mango TangoRM 11.80Crystal Salted CaramelRM 11.80Sahara Macchiato CoffeeRM 12.80\nYogurt\nMenuHargaCitron YogurtRM 13.80Strawberry Kurma YogurtRM 12.80Mango YogurtRM 12.80\nTea\nMenuHargaMulberry Lemon TeaRM 8.80Oolong Peach TeaRM 8.80Roasted Milk Tea BobaRM 9.80\n\nLatte\nMenuHargaUji Matcha LatteRM 11.80Premium Arabica Caffe LatteRM 11.80Swiss Mocha LatteRM 11.80\nPlant-Based\nMenuHargaSoy Belgian ChocolateRM 10.80Farmer\u2019s Oat Milk Caffe LatteRM 12.80Farmer\u2019s Oat Milk Mocha LatteRM 12.80\nSoft Serve\nMenuHargaFarm Fresh Milk Soft ServeRM 7.80\nSenarai Outlet\nTerdapat 22 cawangan JomCha by Farm Fresh di lokasi berikut \n\nOne Utama\nIOI City Mall\nEco Hill Semenyih\nSunway Lagoon (Theme Park & Night Park)\nGenting Highlands Premium Outlets\nFarm Fresh @ UPM\nLarkin Sentral\nKompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang\nMydin Mutiara Rini\nMydin Nusajaya\nBandar Baru Uda\nThe Zizz\nArra Milk House, Kota Bharu\nPusat Komersial Saujana Seremban 2 Heights\nKuala Nerus, Terengganu\nAEON Mall Tebrau City\nAEON BiG Wangsa Maju\nAEON Mall Kulai\nTaman Perindustrian Pekan Nanas\nPusat Komersial Suria Gelang Patah\nPusat Komersial Bukit Gambir\nPetronas Puncak Alam23.MyTown Cheras (Opening Soon)24.Ikano Power Centre (Opening Soon)\n\nWah, menariknya menu yang ditawarkan di Jom Cha by Farm Fresh. Semuanya dibuat segar setiap hari untuk anda nikmati bersama rakan dan keluarga. Jadi, tunggu apa lagi? Jom pesan minuman serta pemanis mulut dari Jom Cha hari ini! \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/transkrip-uitm-online/", "title": "Permohonan Transkrip UiTM Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan transkrip UITM yang rasmi boleh dibuat secara online sahaja.\nTranskrip ini penting terutamnya bagi graduan yang mahu menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, sesetengah bakal majikan juga ada kalanya akan meminta transkrip ini bagi memastikan subjek yang diambil di UITM mempunyai kaiitan dengan jawatan yang dipohon oleh calon.\nProses memohon transkrip UITM secara online ini juga tidaklah sukar dan biasanya anda akan mendapat transkrip rasmi anda dalam beberapa hari sahaja setelah permohonan dibuat secara dalam talian.\nArtikel berkaitan: Permohonan UiTM : Semakan Surat Tawaran & Pendaftaran Online\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Transkrip UiTM\n\n \nCara Permohonan Secara Online\n\n\nSyarat Permohonan Transkrip UiTM\n\nPermohonan tidak akan diproses sekiranya pemohon masih berhutang dengan Universiti.\nPermohonan akan diproses dalam tempoh 5 (lima) hari bekerja setelah pembayaran dibuat. (Tidak termasuk tempoh pos).\nJika pihak UITM tidak menerima bayaran dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja permohonan anda akan dibatalkan.\nTiada bayaran balik akan diberikan setelah pembayaran dibuat.\nUniversiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya transkrip rasmi yang dihantar melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.\nTranskrip Rasmi akan dikeluarkan untuk program berikut sahaja (Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana (Kerja Kursus), Sarjana (Mod Campuran) dan PhD (Mod Campuran).\nKaedah ambil sendiri boleh dibuat di:Bahagian Rekod dan Konvokesyen Pelajar (BRPK)Pejabat Pendaftar Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam\n\n\nCara Permohonan Secara Online\nBerikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk permohonan anda mendapatkan trankrip UITM secara online.\n\nLayari portal rasmi UITM di alamat https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/APPLY_TRANSCRIPT_ONLINE/login_form.cfm\nDi halaman tersebut, masukkan Studen ID, Nombor Kad Pengenalan dan Kod Program\nKlik butang \u201cLogin\u201d\nKlik butang \u201cNew Application\u201d\nLengkapkan borang dengan segala butira yang diminta\nPilih sama ada hendak menerima transkrip UITM anda secara pos atau ambil sendiri\nMuat naik salinan IC yang telah disahkan\nKlik butang \u201cSubmit Application\u201d\nBil akan dijana serta merta dan boleh disemak di portal pelajar\nLengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran secara dalam talian\nMuat turun borang yang telah dilengkapkan tadi\nSimpan bukti pembayaran untuk rujukan di masa hadapan\nMuat turun \u201cBorang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar\u201d di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/BPSPP.pdf\nLengkapkan borang di atas\nEmel kedua-dua borang bersama-sama slip bayaran kepada pegawai bertugas mengikut fakulti masing-masing. Nama dan emel pegawai bertugas boleh disemak di direktori https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/direktori-staf.html\n\nMaka setelah selesai mengikuti langkah-langkah di atas, tunggu sahaja sehingga transkrip UITM anda sampai ke alamat anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-veteran-atm/", "title": "Cara Daftar Kad Tentera Veteran ATM & Skim Bantuan JHEV", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKad Veteran ATM (KV) merupakan kad\u00a0pengesahan\u00a0Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTentang Kad Veteran ATM\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKelebihan Kad Veteran ATM\n\n \nLain-lain Bantuan Kebajikan JHEV\n\n \nCara Permohonan Kad Veteran ATM\n\n \nSistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM\n\n \nKehilangan Kad Bekas Tentera (KBT)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTentang Kad Veteran ATM\nMulai 1 Apr 2016 Kad Veteran ATM (KV) dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM.\nAnggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM.\nSyarat Kelayakan\nAnda layak jika anda adalah seorang\u00a0Veteran ATM\u00a0ataupun\u00a0Orang Tanggungan\u00a0kepada Veteran.Anda tidak layak bergelar\u00a0memegang KV\u00a0jika anda diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera.\n\nKelebihan Kad Veteran ATM\n\nKelayakan Wad\nKad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:\nBILPANGKATKELAYAKAN WADCATATAN1.Mejar ke Jeneral1ABilik Seorang2.Leftenan Muda\u00a0ke Kapten, Staf Sarjan ke Pegawai Waran\u00a0I1BBilik Berdua3.Koperal\u00a0dan Sarjan1CBilik Bertiga4.Prebet\u00a0dan\u00a0Lans Koperal2\u2013\n\n\n\n\n\n\n\nKonsesi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)\nKTM Berhad menawarkan diskaun 50% tambang perjalanan untuk perkhidmatan ETS dan Intercity kepada\u00a0Veteran\u00a0ATM yang berpencen dan isteri berkuatkuasa mulai 15 Januari 2017.\nDiskaun 50% ini ditawarkan untuk semua perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali perkhidmatan Shuttle Tebrau JB Sentral \u2013 Woodlands \u2013 JB Sentral. \nTiket diskaun ini boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Berhad dengan mengemukakan salinan asal\u00a0Kad Veteran yang dikeluarkan oleh JHEV ATM beserta kad pengenalan.\nLain-lain Bantuan Kebajikan JHEV\nSkim Bantuan Kebajikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). \nSkim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.\nJenis-jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Kebajikan:\nSkim Bantuan Sara HidupSkim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional KebangsaanSkim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ PoliteknikSkim Bantuan Peralatan PesakitSkim Bantuan Bencana Alam\nBantuan yang diurus oleh\u00a0Yayasan Veteran ATM\u00a0bagi mengurangkan beban kewangan Veteran:\nBantuan ZakatBantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak BerpencenBantuan Mengurus Jenazah (BMJ) PasanganBantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Anak\nCara Permohonan Kad Veteran ATM\n\nPermohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;\nBorang Pendaftaran Veteran ATM\u00a0\u00a0Muat TurunSalinan Kad Pengenalan veteran dan isteriSalinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.1 keping gambar pesara sahaja (catatkan ntentera di belakang gambar.Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.Semak permohonan KV anda di laman web Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM\u00a0Semak Permohonan\nBaca juga: \nJHEV: Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATMSPGATM: Login Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia\nSistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM\nSemak permohonan KV anda di laman web Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM\u00a0Semak Permohonan\nDokumen Berkaitan : Borang Pendaftaran Veteran ATM\u00a0\u00a0Muat Turun\nKehilangan Kad Bekas Tentera (KBT)\nSaya telah kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT). \nApa yang perlu saya lakukan?\nBuat laporan kehilangan di balai polis berhampiran dan lampirkan salinan laporan polis dalam permohonan baru. \nLangkah permohonan adalah seperti di atas.\nMaklumat Lanjut\nKakitangan JHEV kami di\u00a0Ibu Pejabat\u00a0dan\u00a0Cawangan Negeri\u00a0boleh membantu anda atau hubungi terus di talian\u00a003-2050 8000\nATAU\nLayari https://www.jhev.gov.my/utama\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-pelitup-muka-terkini/", "title": "SOP Terkini Pelitup Muka Di Tempat Awam & Sekolah KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN SEMULA SOP PELITUP MUKA DI TEMPAT AWAM & SEKOLAH KPM\nKementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin, telah membuat pengumuman mengenai ketetapan baharu pemakaian pelitup muka setelah menerima syor daripada pakar mengenai keperluan pemakaian pelitup muka di tempat awam.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang SOP Pemakaian Pelitup Muka berkuatkuasa 7 September 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSOP Terkini Pemakaian Pelitup Muka Berkuatkuasa 7 September 2022\n\n \nTarikh Berkuatkuasa\n\n \nKEPERLUAN PEMAKAIAN PENUTUP MUKA DI SEKOLAH & PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KPM\n\n\nSOP Terkini Pemakaian Pelitup Muka Berkuatkuasa 7 September 2022\nKKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (optional).\nWalau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka. \nSelain itu orang ramai AMAT DIGALAKKAN memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.\n\n\n\n\n\n\nPemakaian pelitup muka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut:i) Kes positif COVID-19;ii) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; daniii) Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya.\nKKM juga AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila:i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah;ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;iii) Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; daniv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.\nKeperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya:i) Berada di kawasan ramai orang dan sesak;ii) Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;iii) Individu berisiko tinggi; daniv) Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.\nUntuk melihat senarai penuh SOP terkini yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila rujuk lampiran di bawah:\n\nTarikh Berkuatkuasa\nProtokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022. \nKKM akan terus memantau situasi COVID- 19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi COVID-19. \nKelonggaran yang diberikan ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan risiko jangkitan COVID-19.\nSumber: Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia \nKEPERLUAN PEMAKAIAN PENUTUP MUKA DI SEKOLAH & PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KPM\nMenteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.\nBagaimanapun beliau tetap mengalakkan pemakaian pelitup muka di dalam kawasan sekolah khususnya ditempat yang ramai orang.\nBerikut kenyataan media berkaitan Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.\nSEMAKAN SEMULA KEPERLUAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA\nKementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) merujuk kepada kenyataan media Menteri Kesihatan Malaysia bertarikh 7 September 2022 berkaitan semakan semula keperluan pemakaian pelitup muka.\nMengambil kira sesi persekolahan penggal 3 bagi Sesi Akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 11 September 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 12 September 2022 bagi negeri Kumpulan B , KPM ingin memaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam bangunan ( indoor ) dan di luar bangunan ( outdoor ) atau kawasan terbuka di kawasan institusi pendidikan adalah mengikut pilihan individu. \nWalau bagaimanapun, KPM menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kawasan institusi pendidikan khususnya di kawasan ramai orang dan sesak.\nBagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema, pemakaian pelitup muka semasa di dalam bangunan ( indoor ) kawasan institusi pendidikan adalah diwajibkan, manakala pemakaian pelitup muka di luar bangunan ( outdoor ) kawasan institusi pendidikan pula adalah amat digalakkan.\nBagi individu yang dikesan positif COVID \u2013 19 semasa berada di institusi pendidikan atau asrama, mereka diwajibkan memakai pelitup muka semasa dirujuk ke Pusat Penilaian COVID \u2013 19 ( CAC ) atau fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan penilaian kesihatan.\nDi samping itu, murid diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas / van sekolah atau perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e \u2013 hailing.\nKetetapan ini turut terpakai untuk semua institusi pendidikan bawah KPM serta disarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.\nSumber:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)10 September 2022\n\n\nBaca juga: Takwim Persekolahan KPM Sesi 2022/2023 & Cuti Penggal\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-pcb/", "title": "Login e-PCB: Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan / Tuntutan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKalkulator PCB merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai membuat kiraan potongan cukai bulanan (PCB) untuk tempoh setahun.\nPCB membolehkan cukai dipotong secara berkala dalam setahun.\nDengan PCB,pembayar cukai tidak terbeban kerana perlu membayar cukai dalam jumlah yang besar sekaligus.\nPCB adalah tertakluk di bawah subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan pemotongan cukai ini biasanya dibuat berdasarkan data peribadi pekerja yang direkodkan di Jabatan Sumber Manusia di setiap syarikat.\nHanya mereka yang layak dikenakan cukai akan dikenakan PCB dan jumlah bayaran PCB ini boleh diketahui dengan menggunakan aplikasi kalkulator PCB.\nIndividu yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan mestilah mendaftar sebagai pembayar cukai terlebih dahulu.\n\n\n\n\n\n\nOleh itu, majikan bertanggungjawab dalam mendaftar setiap pekerjanya yang dikehendaki membuat potongan cukai tersebut.\nArtikel berkaitan: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFungsi e-PCB\n\n \nDaftar akaun e-PCB\n\n \nLogin akaun EPCB\n\n \nSemakan Jadual Potongan Cukai Bulanan\n\n \nAplikasi mudah alih\n\n\nFungsi e-PCB\nSistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang\u00a0tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:\n\nmenyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38\nmengira PCB pada setiap bulan\nmemastikan PCB yang dikira betul dan tepat\nmengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian\n\nSistem untuk aplikasi kalkulator PCB yang disediakan menerusi laman web LHDN ini dibangunkan sejak 2009 bukan sahaja menjimatkan masa pembayar cukai malah pengiraan boleh dilakukan pada bila-bila masa.\nUntuk membuat semakan menggunakan aplikasi ini, pembayar cukai hanya perlu memasukkan maklumat lengkap yang diminta sahaja.\nDengan menggunakan kalkulator PCB ini juga, pembayar cukai boleh mengetahui sama ada kadar PCB yang dibayar cukup untuk menampung jumlah cukai bagi taksiran bagi sesuatu tahun itu atau terdapat lebihan pemotongan bagi tahun itu.\nNamun, sekiranya jumlah PCB yang dipotong oleh majikan lebih daripada yang sepatutunya, mereka boleh menuntut kembali jumlah potongan bulanan berbelebihan dengan menghantar borang cukai (BE).\nKalkulator PCB boleh diakses di pautan http://calcpcb.hasil.gov.my/\nDaftar akaun e-PCB\nSistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang\u00a0tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:\n\nmenyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38\nmengira PCB pada setiap bulan\nmemastikan PCB yang dikira betul dan tepat\nmengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian\n\nMajikan yang ingin membuat bayaran PCB bagi pekerja perlulah mendaftar akaun EPCB terlebih dahulu.\nBerikut merupakan langkah-langkah unuk mendaftarkan akaun EPCB bagi majikan:\n\nLayari laman sesawang\u00a0https://mytax.hasil.gov.my\u00a0seperti pada rajah di atas ini.\nKlik pada bahagian \u201ce-PCB income tax\u201d.\nPengguna perlu klik pada bahagian \u201cPengguna Baru\u201d.\nKemudian, pengguna hendaklah mengisi butiran maklumat pendaftaran majikan dengan lengkap dan betul dan klik pada butang \u201cHantar\u201d.\nAkhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pendaftaran pengguna telah berjaya.\n\nNOTA: Sila semak emel dan klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun setelah mendaftar.\u00a0\n\nRujuk : Panduan Pengguna\nLogin akaun EPCB\nMajikan yang sudah mendaftar akaun e-PCB boleh terus log masuk ke akaun mereka melalui langkah-langkah di bawah:\n\nLayari laman sesawang\u00a0https://ekls.hasil.gov.my\u00a0seperti pada Rajah di atas ini.\nMasukkan ID Pengguna dan kata laluan majikan sepertimana yang telah didaftarkan.\nPengguna mestilah memasukkan kod keselamatan seperti yang dipaparkan.\nAkhir sekali, klik pada butang \u201cHantar\u201d.\n\nRujuk panduan video di sini: https://ekls.hasil.gov.my/tutorial.php?&lang=eng\n\n\n\nSemakan Jadual Potongan Cukai Bulanan\nMulai 1 Mac 2019, Jadual PCB yang dikeluarkan oleh HASiL adalah dalam bentuk elektronik iaitu e-Jadual PCB melalui\u00a0e-CP39.\nSistem ini digunakan untuk menghantar data pekerja dan membuat bayaran tersebut secara atas talian.\nMajikan perlulah terlebih dahulu mendaftarkan akaun di e-CP39:\n\nLayari laman web\u00a0https://ecp39.hasil.gov.my\u00a0\nKlik pada \u201cPendaftaran Kali Pertama\u201d.\nMasukkan nombor rujukan majikan pada ruangan yang disediakan \nKlik pada butang \u201cSemak\u201d.\nMajikan perlu mengisi data maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul \nKlik pada butang \u201cHantar\u201d.\nNotifikasi berkenaan pendaftaran tersebut telah berjaya akan dihantar menerusi emel majikan.\nBuka emel tersebut dan klik pada butang \u201cSahkan Alamat Emel\u201d untuk mengesahkan pendaftaran ECP39.\nAkhir sekali, masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah bagi mengaktifkan akaun ECP39.\n\nAplikasi mudah alih\n\n\n\nPihak LHDN juga telah membangunkan aplikasi Kalkulator PCB bagi peranti mudah alih anda.\nUntuk maklumat lanjut, sila tonton video di atas.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mycpd-kkm-2-0/", "title": "myCPD KKM 2.0 : Login & Semakan (mycpd2.moh.gov.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPihak KKM telah memperkenalkan sistem MyCPD bagi memudahkan setiap stafnya menguruskan mata CPD yang dikumpul.\nCPD merupakan akronim bagi Continuing Professional Development (CPD), di mana ia melibatkan aktiviti pembelajaran (sama ada melalui latihan, kursus, seminar dan sebagainya) yang perlu diikuti bagi memastikan proses pembelajaran secara berterusan dapat dilaksanakan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sistem MyCPD KKM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MyCPD KKM 2.0?\n\n \nNilai Tambah CPD\n\n \nCara Daftar\n\n \nCara Login MyCPD 2.0\n\n \nSoalan Lazim MyCPD KKM 2.0\n\n\nApakah MyCPD KKM 2.0?\nContinuing Professional Development (CPD) merupakan satu program pembelajaran berterusan secara sistematik yang menyumbang kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mana boleh meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam bidang masing-masing. \nBidang perubatan sentiasa berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini yang memerlukan para profesional kesihatan sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat memberikan rawatan perubatan yang terbaik dan terkini kepada masyarakat.\nDengan penggunaan sistem MyCPD oleh KKM ini, maka staf KKM yang telah mengikuti seminat, latihan atau kursus yang menawarkan mata CPD akan data menguruskan mata CPD dengan lebih mudah dan sistematik.\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan CPD ini menggalakkan setiap staf sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing.\nPERINGATAN UNTUK SEMUA PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR (NEW REGISTERED MEDICAL PRACTITIONER) BAGI PENGISIAN MATA KREDIT CPD UNTUK PEMBAHARUAN APC 2024\n\nNilai Tambah CPD\nMengapakah mata CPD ini penting:\n\nPembaharuan Sijil Amalan Tahunan / Annual Practicing Certificate (APC)\nKeperluan Tujuh (7) hari latihan bagi penjawat awam (sama tara bagi 40 mata kredit kumulatif setahun bagi pengguna myCPD KKM)\nPembaharuan pendaftaran dalam National Specialist Registry (NSR) bermula pada 2023\nKey Performance Indicator (KPI) \u2013 objektif kualiti dan kompetensi dari pengguna, penceramah dan penganjuran aktiviti CPD\nAnugerah Perkhidmatan Cemerlang\nPembangunan kerjay di dalam profesion\n\n\nCara Daftar\nAdakah anda pertama kali menggunakan myCPD?\nIkuti langkah-langkah berikut untuk proses pendaftara akaun myCPD KKM:\n\nLayari laman myCPD di alamat https://www.mycpd2.moh.gov.my/\nPerhatikan kotak pada sebelah kiri dan atas di tab User\nKlik \u201cBahasa Melayu\u201d sekiranya anda ingin menukar ke bahasa Melayu\nKlik pada tulisan \u201cDaftar\u201d (atau \u201cRegister\u201d dalam bahasa Inggeris\nPilih kategori anda daripada 4 kategori yang disenaraikan:\n\nDaftar Pengguna (Sektor Awam)\nDaftar Pengguna (Sektor Swasta)\nDaftar Provider (Sektor Awam)\nDaftar Provider (Sektor Swasta)\n\n\nAnda akan dibawa ke halaman \u201cBorang Pendaftaran Pengguna Baru\u201d\nLengkapkan segala butiran yang diminta\nKlik butang Hantar\nEmel pengesahan pendaftaran akan dihantar kepada anda sekiranya permohonan anda telah diterima oleh sistem myCPD KKM\n\nCara Login MyCPD 2.0\nCara login lebih kurang sahaja langkah-langkah ketika melakukan pendaftaran.\n\nLayari laman myCPD_2.0 KKM\nSila pergi ke bahagian\u00a0Pengguna\u00a0atau\u00a0Provider.\nPilih Bahasa\u00a0Melayu\u00a0atau\u00a0English.\nMasukkan\u00a0ID Pengguna\u00a0atau\u00a0Nama Pengguna.\nIsikan\u00a0Kata Laluan\u00a0yang telah didaftarkan.\nTekan\u00a0Masuk.\nSelesai.\n\nUntuk navigasi sepenuhnya, sila rujuk MANUAL PENGGUNA di bawah:\nmyCPDv2-UserDownload\n\nMUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN:\n1[2023] MATA KREDIT CPD BAGI OPTOMETRIS DAN JURUOPTIK BERDAFTAR2[2023] PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM MATA KREDIT CPD BAHARU BAGI OPTOMETRIS DAN JURUOPTIK BERDAFTAR3[2023] MANUAL PENDAFTARAN CPD PENGGUNA SWASTA4[2023] PEMAKLUMAN TUNTUTAN MATA KREDIT CPD BAHARU BAGI PEGAWAI FARMASI DAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI5[2023] KEPERLUAN PENDAFTARAN KATERGORI HCP BAHARU PENGAMAL PERGIGIAN DAN JURUTERAPI PERGIGIAN6[2023] CPD CREDIT POINTS SYSTEM FOR DENTAL PRACTITIONERS7[2023] MANUAL PENGGUNA HCP BAHARU PENGAMAL PERGIGIAN BERDAFTAR\nSoalan Lazim MyCPD KKM 2.0\n1) Mengapa katalaluan saya tidak sah? Ini kerana sistem baru tidak lagi menggunakan katalaluan lama, katalaluan baru boleh didapati secara emel.Sila klik pada pautan \u201clupa katalaluan\u201d atau \u201cforgot password\u201d, kemudian masukkan id pengguna/no kad pengenalan dan tekan butang untuk dihantarkan ke emel anda.Emel yang dihantarkan akan mempunyai capaian untuk katalaluan baru ke sistem myCPDv2. 2) Saya sudah klik pada pautan \u201cLupa Kata Laluan\u201d dan setelah memasukkan ID Pengguna saya dan klik butang hantar tetapi didapati emel yang didaftarkan tidak lagi aktif/saya tidak menggunakannya lagi. Apa perlu saya lakukan? Jika ini berlaku, mohon hubungi Sub Admin atau Admin Utama berdekatan di tempat bertugas anda.Senarai Sub Admin dan Admin Utama boleh didapati di laman utama myCPDv2 dengan mencari menu \u201cAdmin Utama di setiap JKN\u201d atau \u201cSub Admin di setiap PTJ\u201d).(\u201cMain Admin for each JKN\u201d atau \u201cSub Admin for each PTJ\u201d).Di ruang carian masukkan lokasi JKN atau PTJ anda. Senarai Admin Utama dan Sub Admin berdaftar akan disenaraikan.Admin Utama dan Sub Admin boleh menetapkan semula (reset) katalaluan baru untuk anda gunakan untuk mencapai terus ke sistem myCPDv2. 3) Pertama kali menggunakan myCPD versi 2.0 (Pengguna baru) , apa perlu saya buat? Jika ini pertama kali ingin menggunakan sistem myCPDv2, anda boleh daftar sebagai pengguna baru dengan memilih pautan \u201cDaftar\u201d (\u201cregister\u201d) dan memilih pendaftaran mengikut sektor awam ataupun swasta yang berkenaan 4) Bagaimana saya boleh/hendak reset katalaluan saya? Mohon hubungi Sub Admin atau Admin Utama berdekatan di tempat bertugas anda. Senarai Sub Admin dan Admin Utama boleh didapati di laman utama myCPDv2 dengan mencari menu \u201cAdmin Utama di setiap JKN\u201d atau \u201cSub Admin di setiap PTJ\u201d).(\u201cMain Admin for each JKN\u201d atau \u201cSub Admin for each PTJ\u201d).Di ruang carian masukkan lokasi JKN atau PTJ anda. Senarai Admin Utama dan Sub Admin berdaftar akan disenaraikan.Admin Utama dan Sub Admin boleh menetapkan semula (reset) katalaluan baru untuk anda gunakan untuk mencapai terus ke sistem myCPDv2. 5) Pegawai IT di fasiliti saya menyuruh saya hubungi Helpdesk untuk reset katalaluan saya, boleh ke? Boleh, tetapi disarankan anda hubungi dahulu dengan Admin Utama atau Sub Admin anda untuk tindakan yang lebih cepat.Jika masih ada permintaan untuk reset katalaluan melalui helpdesk, mohon emelkan ke [email\u00a0protected] dan akan dilayan di antara masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.Talian helpdesk di ibu pejabat akan mengambil masa yang lama kerana kami melayan panggilan seluruh Malaysia yang berjumlah lebih 200,000 pengguna. 6) Bolehkah pengguna swasta gunakan myCPD ini? Ya, boleh! Sila daftar sebagai pengguna sektor swasta KECUALI bagi doktor/pegawai perubatan swasta yang perlu menggunakan sistem Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk tuntutan CPD. 10) Saya telah menuntut CPD saya, tetapi kenapa tidak dipaparkan di logbook saya? Sila pastikan status tuntutan CPD tersebut telah disahkan oleh supervisor anda.Jika status masih \u2018Pending Approval\u2019, mohon maklumkan kepada supervisor anda untuk tindakan seterusnya. 11) Saya telah menuntut CPD saya dan telah diluluskan, tetapi kenapa masih tidak dipaparkan di logbook saya? Sila pastikan bila tarikh tuntutan tersebut di buat. Jika tarikh tuntutan antara bulan Mac sehingga Jun 2017, berkemungkinan besar tuntutan tersebut tidakdirekodkan sebetulnya oleh sistem lama.Ini kerana sepanjang masa tersebut server sistem lama sedang mengalami isu \u201ctepu\u201d dan juga proses migrasi sedang dilanksanakan. Notis migrasi telah dimaklumkan di portal myCPD lama dan juga portal rasmi KKM pada Januari \u2013 Mac 2017.Oleh itu, pengguna dinasihatkan mengisi semula tuntutan yang tidak dipaparkan itu. 12) Telah hantar ke emel, tetapi tak jumpa / tak dapat lagi maklumbalas emel (gmail). Dah banyak hari tunggu emel pengesahan, macam mana ni? Jika anda menggunakan emel Google (gmail) mohon rujuk folder \u201cSPAM\u201d kerana gmail akan menghantar emel pertama yang tidak dikenali ke folder ini. Emel maklumbalas boleh dibuka dari sini utk reset katalaluan anda.Jika anda menggunakan emel 1GovUC, mohon rujuk penyelaras emel di fasiliti anda untuk bantuan.Jika tidak boleh juga, mohon hubungi Sub Admin di fasiliti anda untuk reset katalaluan untuk mencapai masuk ke dalam sistem \n"]} {"url": "https://ecentral.my/lafaz-niat-puasa/", "title": "Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian / Sebulan (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerlupa cara lafaz niat puasa Ramadan?\nJangan risau di bawah kami kongsikan lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai rujukan anda.\nSebelum itu, kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1444H buat semua umat Islam di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud Puasa\n\n \nLafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan / Harian\n\n \nSyarat-Syarat Niat Puasa Ramadan\n\n \nKesimpulan\n\n\nMaksud Puasa\nPuasa secara bahasa bermaksud \u201cmenahan diri\u201c. \nDari segi istilah syarak puasa bermaksud \u201cmenahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat\u201c.\nLafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan / Harian \n1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u063a\u064e\u062f\u064d \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062f\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0641\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u00a0\n\nBahasa rumi:\u00a0Nawaitu Souma Ghadin \u2018An Ada-\u2018i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil\u2019lahi Ta\u2019ala\u00a0\nMaksudnya:\u00a0Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta\u2019ala\n\n2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan\u00a0\n\u0646\u064e\u0648\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0635\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0643\u0650\u0644\u0650\u0651\u0647\u0650 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\u00a0\n\nBahasa rumi:\u00a0Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul\u2019lihi Lil\u2019lahi Ta\u2019ala\u00a0\nMaksudnya:\u00a0Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta\u2019ala\u00a0\n\n\nPersoalannya, nak niat puasa setiap malam atau sebulan terus?\nBerikut pandangan setiap mazhab akan hal ini.\nMAZHAB SYAFI\u2019IE\nWajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.\nMAZHAB MALIKI\nSeseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.\nPANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI\u2019IE\nBoleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.\nSyarat-Syarat Niat Puasa Ramadan\nDalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:\n\nAl-Jazm\u00a0(\u0627\u0644\u062c\u0632\u0645):\u00a0yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.\nAl-Ta\u2019yiin\u00a0(\u0627\u0644\u062a\u0639\u064a\u064a\u0646):\u00a0iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha\u2019, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, \u2018Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.\nAl-Tabyiit\u00a0(\u0627\u0644\u062a\u0628\u064a\u064a\u062a):\u00a0menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi\u2019iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi \ufdfa riwayat Hafsah R.Anha:\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u062c\u0652\u0645\u0650\u0639\u0650 \u0627\u0644\u0635\u0650\u0651\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u062c\u0652\u0631\u0650 \u0641\u064e\u0644\u0627\u064e \u0635\u0650\u064a\u064e\u0627\u0645\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya:\u00a0Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).\nRiwayat Abu Daud (2454). Status Hadith:\u00a0Sahih.\nKesimpulan\nBerdasarkan dalil dan juga alasan yang diberikan dalam permasalahan ini, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri cenderung kepada pendapat jumhur dan ianya juga adalah pendapat mazhab kita, mazhab al-Syafi\u2019ie iaitu\u00a0niat perlulah diperbaharui pada setiap malam untuk berpuasa.\u00a0\nAdapun pendapat yang mengatakan boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat, maka tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hendaklah seseorang itu berniat juga pada setiap malam.\nSumber: IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #74\nKami juga telah menyediakan jadual waktu berbuka dan panduan solat tarawih berdasarkan sumber rasmi JAKIM.\nSila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA \n"]} {"url": "https://ecentral.my/prihatin-kasih/", "title": "Semak Status Penerima PRIHATIN Kasih: RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSalah satu insentif yang diumumkan Perdana Menteri dalam pakej PEMERKASA adalah program PRIHATIN Kasih.\nProgram tersebut menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.\nMelalui program ini, penerima boleh membeli barangan dapur melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.\nAntara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTentang PRIHATIN Kasih\n\n \nPembayaran\n\n \nSemakan Status\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nTentang PRIHATIN Kasih\n\nMulai 1 Julai 2021, penerima\u00a0PRIHATIN Kasih\u00a0akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. \n\n\n\n\n\n\nElaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.\nKelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka. \nTaklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah. \nBaki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya. \nPenerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.\nPembayaran\nPenerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan. \nContohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021, jadualnya adalah seperti berikut:\nBULANJUMLAHJULAIRM100OGOSRM100SEPTEMBERRM100JUMLAHRM300\nPembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.\nSemakan Status\nSemakan status penerima PRIHATIN Kasih boleh dibuat di sini.\nSekiranya anda layak namun tidak tersenarai sebagai penerima bantuan, anda boleh menghubungi MyKasih Foundation melalui emel\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.\nSoalan Lazim\nApakah itu PRIHATIN Kasih? Insentif di bawah PEMERKASA yang menyediakan bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan untuk yang layak. Adakah saya layak? Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih. Berapakah jumlah bantuan yang disediakan? RM100 sebulan selama 3 bulan untuk pembelian barangan asas. Bilakah bayaran akan dibuat? Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan. \n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ikafalah-kedah/", "title": "iKAFALAH: Bantuan Khairat Kematian Negeri Kedah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\niKAFALAH merupakan bantuan khairat kematian bagi penduduk di negeri Kedah.\nBantuan berjumlah RM500 ini dibuat melalui pengumuman Bajet Negeri Kedah 2023 di mana kerajaan negeri Kedah telah menyediakan RM3 juta bagi tujuan bantuan khairat kematian ini.\nDisebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris sama ada hendak menggunakannya untuk dibuat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Khairat Kematian iKAFALAH?\n\n \nCara memohon iKAFALAH\n\n \nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\n\n \nPertanyaan dan Soalan Lazim\n\n \nNota Tambahan : Lain-lain Senarai Khairat Kematian yang boleh dituntut\n\n\nApa itu Khairat Kematian iKAFALAH?\nKhairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.\nPenggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.\nKhairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.\nMelalui bantuan iKAFALAH ini, waris si mati akan menerima bantuan RM500 daripada kerajaan negeri Kedah.\nArtikel berkaitan: Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB\nCara memohon iKAFALAH\nPermohonan bagi bantuan khairat kematian iKAFALAH ini boleh dibuat oleh waris atau ahli keluarga si mati.\nPermohonan boleh dibuat di Pusat Khidmat Wakli Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.\nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\nUntuk tujuan pengesahan, ahli keluarga atau waris yang memohon bantuan iKAFALAH ini hendaklah membawa bersama-sama dokumen-dokumen berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan Waris yang memohon.\nSalinan Sijil Kematian / Salinan Permit Mengubur.\nNama Waris dan Nombor Kad Pengenalan\nAlamat Waris\nNombor Telefon\n\nPertanyaan dan Soalan Lazim \nSebarang pertanyaan dan soalan mengenai bantuan iKAFALAH boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat Wakli Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun anda.\nKhidmat / Penyelaras DUNLokasiAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri KedahPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri KedahAras 5, Blok EWisma Darul Aman05503 ALOR SETARKEDAH DARUL AMANADUN Ayer HangatPusat Khidmat DUN Ayer HangatNo. 51, Lot 2073, Padang GaongUlu Melaka07000 LANGKAWIKEDAH DARUL AMANADUN Ayer HitamPusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer HitamPida 5 Jerlun06150 AYER HITAMKEDAH DARUL AMANADUN Kuala NerangPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang38, Jalan SemeliangPekan Baru06300 KUALA NERANGKEDAH DARUL AMANADUN PeduPusat Khidmat Wakil Rakyat PeduHadapan Sek Men Keb Naka06350 NAKAKEDAH DARUL AMANADUN Bukit LadaPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN LadaBangunan MPD Bukit Lada06400 POKOK SENAKEDAH DARUL AMANADUN Sungai LimauPusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai LimauNo.18 Batu 15, Padang Lumat08800 GUAR CHEMPEDAKKEDAH DARUL AMANADUN BelantekPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BelantekBangunan MTD Pekan Sik08200 SIKKEDAH DARUL AMANADUN Tanjung DawaiPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung DawaiPusat Tarbiyah Islamiyah Pas Merbok (PUTIM)08400 MERBOKKEDAH DARUL AMANADUN Pantai MerdekaPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka111, Jalan Butterworth08600 Tikam BatuSUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMANADUN BayuPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BayuV4, Lorong Syed Sheh 4Pekan Baru Baling09100 BALINGKEDAH DARUL AMANADUN Kuala KetilPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuala KetilPusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (Putik Kuala Ketil)Kg Bukit Pak Kuning09300 KUALA KETILKEDAH DARUL AMANADUN Bandar BaharuPusat Khidmat ADUN Bandar BaharuNo. 5, Wisma UMNO, Jalan Raya09800 SERDANGKEDAH DARUL AMAN\nNota Tambahan : Lain-lain Senarai Khairat Kematian yang boleh dituntut\nSelain iKAFALAH, tidak ramai yang tahu waris atau ahli keluarga si mati juga boleh memohon untuk mendapatka khairat kematian berikut:\n\nKhairat Kematian ASB\nKhairat Kematian Pencen\nKhairat Kematian Takaful\nKhairat Kematian KWSP\nKhairat Kematian Bank Rakyat\nKhairat Kematian PERKESO\nKhairat Kematian Penjawat Awam (JPA)\nKhairat Kematian BSH\nKhairat Kematian Pembayar Zakat\n\nMaklumat Lanjut : Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kami-guru-malaysia-lagu-kpm/", "title": "\u2018Kami Guru Malaysia\u2019 : Lirik Lagu & Video Rasmi KPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKAMI GURU MALAYSIA (LAGU HARI GURU 16 MEI)\nSelamat Hari Guru buat semua pendidik yang banyak berjasa.\nPanggilan keramat \u201ccikgu\u201d akan kekal terpahat di sanubari.\nPuisi ini didedikasikan khas buatmu \u201cGURU\u201d.\nJika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,\nJika hari ini seorang Raja menaiki takhta,\nJika hari ini seorang Presiden sebuah negara,\nJika hari ini seorang ulama yang mulia,\n\n\n\n\n\n\nJika hari ini seorang peguam menang bicara,\nJika hari ini seorang penulis terkemuka,\nJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,\nSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,\nDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.\n-Usman Awang, 1979-\nBerikut dikongsikan lagu \u2018 Kami Guru Malaysia \u2018 bersama lirik dan video rasmi oleh KPM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLagu Kami Guru Malaysia\n\n \nIkrar Hari Guru\n\n \nPerutusan Hari Guru 2022\n\n\nLagu Kami Guru Malaysia\nSiapakah pencipta asal lagu penuh semangat rentak Cha Cha \u2018Kami Guru Malaysia\u2019?Lagu tersebut dicipta oleh arwah Cikgu Hashim Ahmad.\nBeliau juga merupakan bekas guru di Kedah dan lagu itu dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu & Lirik Guru Malaysia tahun 1988.\nAgaknya, kalau Cikgu berkecimpung dalam bidang seni secara aktif, mungkin banyak lagu popularnya sekarang.\n\nLAGU KAMI GURU MALAYSIA\nKami Guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutra putri negara kitaPada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semuaDi bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikan\nLagu & Lirik : Hashim Ahmad\nSelamat Hari Guru (16 Mei)\nAdaptasi & Kredit: Mahadzir Mad Said & Fali Azman\n\n\nIkrar Hari Guru\nBahawasanya kami\nGuru-guru negara Malaysua\nDengan ini berikrar\nMendukung terus cita-cita kami\nTerhadap tugas kami\nDan menyatakan keyakinan kami\nPada cita-cita murni pekerjaan kami\nKami akan berbakti\nKepada masyarakat dan negara kami\nKami sentiasa menjunjung\nPerlembagaan negara\nKami mengamalkan Prinsip Rukun Negara\nPada setiap masa.\nKredit: Wardah Ibrahim, BBM Hawada Galeri Ilmu\nPerutusan Hari Guru 2022\nPerutusan_Hari_Guru_Tahun_2022_YB_Menteri_Kanan_Pendidikan_1Download\nPerutusan_Hari_Guru_Tahun_2022_Ketua_Pengarah_Pendidikan_MalaysiaDownload\nBaca juga:\nTema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\n"]} {"url": "https://ecentral.my/eperolehan-login/", "title": "ePerolehan SSO Login: Daftar Akaun, Mohon Tender Kerajaan & Sijil MOF", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem ePerolehan membolehkan agensi Kerajaan membuat perolehan bekalan/ perkhidmatan secara atas talian sepenuhnya (end-to-end) dengan pembekal.\nTerdapat beratus tender dan sebutharga yang diiklankan setiap hari dan lebih RM20 billion belanjawan kerajaan 2021 yang dibelanjakan melalui bekalan dan perkhidmatan menggunakan sistem ePerolehan menerusi sebutharga dan tender. \nSebutharga/Tender seperti \nPembersihan Kawasan dan BangunanKantin & Katering di Sekolah dan Agensi-agensi Kerajaan di seluruh MalaysiaMembekal alatulis dan peralatan pejabatMembekal peralatan kelengkapan hospital \nDan banyak lagi yang boleh direbut melalui peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan!\nRingkasnya, ia adalah sebuah sistem bagi pengusaha yang ingin memohon tender kerajaan, di mana mereka perlu mendaftar dan mendapatkan tawaran tender melalui ePerolehan.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang sistem ini serta langkah demi langkah cara untuk mendaftar, login dan membuat permohonan tender kerajaan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah ePerolehan?\n\n \nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\n\n \nFaedah / Kelebihan Mendaftar e-Perolehan\n\n \nCara Daftar ePerolehan\n\n \n1. AKAUN ASAS\n\n \n2. AKAUN MOF\n\n \n3. AKAUN G2G\n\n \nSijil Digital MoF\n\n \nVideo Tutorial Cara Daftar Sistem ePerolehan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah ePerolehan?\nePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet.\nePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).\nAplikasi kerajaan elektronik disasarkan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep \u201cpaperless\u201d atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya.\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\nPerkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:\nMenghantar cadangan Tender / Sebut HargaMenghantar permohonanMenerima PermohonanMenyemak status permohonanMenyerahkan tawaran tenderMembuat / menerima pembayaran secara atas talianKatalog Elektronik (eCat)\nFaedah / Kelebihan Mendaftar e-Perolehan\nKenapa perlu mendaftar sistem ini?\n\n\n\n\n\n\nSebagai pembekal, antara kelebihannya adalah seperti berikut:\nProses secara atas talian sepenuhnya yang lebih pantas dan lancarMenawarkan ciri-ciri layan diri. Contohnya, pendaftaran secara atas talian untuk lawatan tapak dan taklimat, laporan pembekal serta arahan pemberhentian untuk penghantaran dan sebagainyaMemudahkan hubungan antara Pembekal dengan Kerajaan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.Peluang untuk mempelajari konsep ePerniagaan secara lebih mudah dengan menggunakan Sistem ePerolehan sebagai platform perniagaan.Transaksi dan pengiklanan produk dan perkhidmatan menjadi lebih murah dan pantas, lantas menggalakkan peningkatan di dalam kuantiti pembelian.Sistem ePerolehan yang efisien dan konsisten memudahkan pembekal untuk merancang proses perolehan dengan lebih berkesan serta proses yang diotomasikan memberi pulangan kos operasi yang lebih rendah serta masa pusingan urus niaga lebih pantas.\nCara Daftar ePerolehan\nUntuk mendaftar, anda boleh mengisi borang secara online sahaja.\nTerdapat 3 jenis akaun yang boleh dipilih untuk pendaftaran iaitu:\n1. AKAUN ASAS\nBagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding)\u00a0tidak melebihi RM20,000.00.Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.Hanya Warganegara Malaysia dengan I/C (MyKad) dibenarkan untuk mendaftar Akaun Asas\n2. AKAUN MOF\nBagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan\u00a0sehingga nilai RM20,000\u00a0dan juga yang\u00a0melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:Kontraktor:bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; ataubertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)Perunding\u00a0\u2013 bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.\n3. AKAUN G2G\nBagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan\u00a0kaedah pembelian terus tanpa had nilai\u00a0di sistem ePerolehan.Agensi Kerajaan bermaksud\u00a0Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.\nSila ke pautan berikut untuk mendaftar dan login ePerolehan secara atas talian:\nhttps://www.eperolehan.gov.my/online-registration\nRUJUK MANUAL PENGGUNA : \nManual Pengguna PortalPanduan Pendaftaran Syarikat\nSijil Digital MoF \nSijil digital MOF adalah antara elemen utama di dalam permohonan transaksi perniagaan dengan kerajaan Malaysia. \nApabila anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan ,anda perlu daftar dengan kementerian kewangan (MOF). \nStatus pengesahan pendaftaran akan diberikan melalui Sijil digital MOF ePerolehan. \nTanpa Sijil digital MOF ePerolehan anda tidak boleh memasuki tender kerajaan.\nSijil digital MOF ePerolehan adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal. \nBagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan. \nKerajaan Malaysia melalui sistem pengurusan pembekal ePerolehan mengenal pasti pembekal melalui Sijil digital MOF ePerolehan.\nSetiap Sijil digital MOF ePerolehan akan mempunyai identifikasi unik bagi memudahkan Kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal. \nIanya ibarat nama tetapi menggunakan identifakasi unik nombor.\nSijil digital MOF ePerolehan digunakan untuk mengenalases masuk ke laman web pengurusan pembekal iaitu ePerolehan. \nTanpa Sijil digital MOF ePerolehan anda tidak boleh meneruskan urusan anda didalam web ePerolehan.Sijil digital MOF ePerolehan merupakan satu bentuk identifikasi pembekal. \nKerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal melalui nombor unik Sijil digital MOF ePerolehan.\nSIAPA YANG PERLU MENDAFTAR SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF)?\nPembekal perlu mendaftar sama ada Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.\nSekurang-kurangnya satu Sijil Digital perlu dimiliki oleh setiap syarikat untuk berurus niaga secara kontrak kementerian, kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender.\nPengguna Sijil Digital mestilah terdiri daripada pengguna yang dikunci masuk di dalam Sistem ePerolehan semasa Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.\nCARA PERMOHONAN SIJIL DIGITAL MOF\nSemua permohonan sijil digital melalui atas talian di laman portal >>> www.eperolehan.gov.my.\nPentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memohon bagi pengguna baharu dalam syarikat.\nPemohon perlu mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.\nDokumen sokongan perlu dihantar bagi tujuan pengesahan permohonan, ia boleh diimbas (scan) dan dimuat naik semasa melakukan proses permohonan ATAU boleh menghantar dokumen sokongan ke ePerolehan Centre yang berhampiran.\nPemprosesan permohonan hanya berlaku selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap.\nHARGA PENDAFTARAN SIJIL MOF\nBagi pendaftaran kali pertama, Sijil digital MOF ePerolehan adalah percuma dalam tempoh 3 tahun pertama.\nBagi pembaharuan Sijil digital MOF ePerolehan berikutnya, fi yang dikenakan adalah RM 120.\nTEMPOH SAH SIJIL DIGITAL MOF\nTempoh sah Sijil digital MOF ePerolehan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil digital MOF ePerolehan sebelum tamat tempoh. \nKegagalan untuk memperbaharui Sijil digital MOF ePerolehan akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal.\nContoh Sijil MOF\nBaca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021\nVideo Tutorial Cara Daftar Sistem ePerolehan \nPendaftaran Akaun MoF (Bidang Biasa) Bahagian 1\n\nPendataran Akaun MoF Bahagian 2\n\nVideo Tutorial ePerolehan Bahagian 3Cara Paparan Sijil MayaCara Mencipta KatalogPermohonan Sijil Maya\n\nBaca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini tentang sistem ini, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web rasmi : https://www.eperolehan.gov.my/Facebook : ePerolehan MalaysiaTelefon : 03-7985 7777E-mel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-haji-online-thijari/", "title": "Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI, Daftar Awal Senang!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSudahkah anda daftar Haji? Kini anda boleh membuat pendaftaran secara online saja melalui THiJARI.\nTahukah anda, membuka akaun di Tabung Haji tidak bererti telah mendaftar Haji ya!\nJadi bagi anda yang belum mendaftar Haji, pastikan anda dah daftar supaya taklah lama sangat nak tunggu giliran nanti.\nDi sini kami kongsikan bagaimana cara daftar Haji secara online melalui THiJARI atau secara manual di kaunter Tabung Haji (TH).\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKonsep Daftar Haji TH\n\n \nSyarat Daftar Haji\n\n \nCara Daftar Haji Online Melalui THiJARI\n\n \nCara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak\n\n \nKos Haji 2023\n\n \nRayuan Haji Online (THiJARI)\n\n \nPendaftaran Melalui KWSP\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKonsep Daftar Haji TH\nTH\u00a0telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep\u00a0\u201cMendaftar Dahulu, Didahulukan\u201d sejak dari tahun 1995. \nOleh itu, pendeposit\u00a0TH\u00a0yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan\u00a0tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.\nIni bermakna, semua Pendeposit\u00a0TH\u00a0yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.\n\nSyarat Daftar Haji\nBagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:\n\n\n\n\n\n\n\nMempunyai baki minimum dalam akaun\u00a0TH\u00a0sebanyak RM1,300.00.\nTidak pernah menunaikan fardhu haji.\nMembawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter\u00a0TH.\n\n\nCara Daftar Haji Online Melalui THiJARI\nPendaftaran haji kini boleh dibuat secara online melalui THiJARI.\nIkuti langkah berikut untuk daftar Haji online:\n\nLogin ke akaun THiJARI\nPergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)\nKlik Pendaftaran Haji\nKlik ikon Tambah Pemohon\nIsikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.\nBuat pengesahan maklumat yang didaftarkan.\nAnda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.\nTahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.\n\n\nNOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.\n\nSelain membuat pendaftaran secara online, saluran daftar haji juga dibuka melalui :\n\nKaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH\nBank / rakan strategik TH\nTabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919\n\n\nCara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak\nCara nak buka akaun Tabung Haji untuk anak mudah saja.\nYang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI.\nJika belum ada akaun THiJARI (Tabung Haji Online), boleh aktifkan dulu ikut cara di sini: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online\nLangkahnya seperti berikut:\n\nLogin akaun THiJARI\nPergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak. \nIsi semua maklumat anak-anak.\nSelepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.\nSila bawa dokumen berikut:\n\n1 salinan dan original surat beranak anak\n1 salinan dan original IC ibu / ayah\nWang untuk daftar Haji RM1300.00 \n\n\n\nSila rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak\n\n\n\nNOTA: Pendaftaran Haji Kanak-kanak secara online hanya boleh dilakukan melalui THiJARI jika ibu bapa masih belum mendaftar Haji.\nSelain melalui THiJARI, pendaftaran haji boleh dilakukan di :\u00a0\n\nKaunter\u00a0TH\u00a0dan Kaunter Mudah Alih\u00a0TH\nRakan Strategik\u00a0TH\u00a0\nHubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919\n\n\nBaca juga: Cara Update / Tukar No Telefon Tabung Haji (THiJARI)\nKos Haji 2023\nSebagai panduan, Bayaran Haji bagi tahun semasa (2023)\u00a0adalah seperti berikut:\nKos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji\nKos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.\u00a0\nBayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada\u00a0TH\u00a0untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi\u00a0 Musim Haji 1444H/2023M\u00a0untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:\n\n\nTH\u00a0masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:\n\nPenerbitan buku dan risalah panduan haji,\nKursus-kursus haji,\nPetugas haji kebajikan dan perubatan,\nKos berkaitan\u00a0operasi haji di tanah air;\nPerkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan\nUbat-ubatan.\n\nBakal haji yang telah terpilih\u00a0pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP. \nJumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun\u00a0TH\u00a0bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).\nHad maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000\u00a0sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-\n\nAhli KWSP\nMengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP\nMengemukakan Penyata Simpanan\u00a0TH\u00a0ke pejabat KWSP\nBerumur kurang 55 tahun\n\nRayuan Haji Online (THiJARI)\nBagi yang telah berdaftar, anda boleh membuat rayuan Haji secara online setiap tahun berdasarkan tarikh rayuan yang ditetapkan.\n\nLogin ke akaun THiJARI\nKlik Perkhidmatan Haji\nKlik Rayuan Haji\nKlik Rayuan Permohonan Haji\nBaca Garis Panduan\nKlik \u2018Saya Faham\u2019\nSila Pilih Kategori Rayuan Haji\nMasukkan No Akaun & No Kad Pengenalan \nKlik Berikutnya\nKlik Ya / Tidak (Perakuan Istito\u2019ah)\nKlik \u2018Hantar\u2019\nMuat Turun Surat Akuan\n\nRujuk video di bawah untuk tutorial membuat rayuan Haji.\n\n\n\n\nPendaftaran Melalui KWSP\nBagi pendeposit Tabung Haji yang masih belum cukup simpanan RM1300 dalam akaun, jangan risau sebab anda juga boleh mendaftar Haji menggunakan duit KWSP.\n\nMelalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit\u00a0TH\u00a0hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.\nAhli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.\nAhli KWSP yang layak menyertai Skim Pendaftaran Haji KWSP adalah seperti berikut:-\n\nWarganegara Malaysia\nBeragama Islam\nMempunyai simpanan KWSP sekurang-kurang RM1,300.00\nBerumur 14 hingga 55 tahun sahaja\u00a0\n\n\n\nUntuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran haji melalui caruman KWSP, Pendeposit\u00a0TH\u00a0boleh merujuk ke laman sesawang rasmi\u00a0KWSP.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Haji, sila rujuk laman web Tabung Haji di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off\nATAU \nHubungi Tabung Haji\u00a0Contact Centre (THCC) talian +603 \u2013 6207 1919. Faks : +603 \u2013 7728 4959. E-mail : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sekolah-menengah-teknik-senarai-program/", "title": "Senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kursus Ditawarkan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Seluruh Malaysia dan Kursus / Aliran Yang Ditawarkan\nSekolah Menengah Teknik atau singkatannya SMT merupakan antara pilihan terbaik selepas Tingkatan 3 bagi pelajar yang berminat dalam bidang teknikal, termasuklah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan matematik (STEM).\nWalaupun SMT pernah dipandang rendah kononnya sebagai sekolah untuk pelajar yang kurang bijak, persepsi ini sebenarnya jauh daripada realiti sebenar kerana hanya pelajar yang layak sahaja diterima masuk ke SMT.\nRealitinya, tenaga mahir sangat ditagih di Malaysia dan mempunyai peluang cerah mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan kerana kemahiran yang dimiliki.\u00a0\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang SMT dan program yang ditawarkan serta halatuju kerjaya yang boleh dipertimbangkan oleh murid.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sekolah Menengah Teknik (SMT)?\n\n \nBidang Pengajian Yang Ditawarkan\n\n \nPAKEJ MATA PELAJARAN BAGI SETIAP BIDANG\n\n \nPENERANGAN PROGRAM / ALIRAN TEKNIKAL YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)\n\n \nHalatuju Kerjaya\n\n \nSenarai Lokasi Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Bidang Pengajian Ditawarkan\n\n \n1. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB)\n\n \n2. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja\u2019afar (STTJ)\n\n \n3. Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM)\n\n \n4. Sekolah Menengah Teknik Kuantan (SMT Kuantan)\n\n \n5. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMT KL)\n\n \n6. Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu (SMTT)\n\n \n8. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMT Alor Setar)\n\n \n9. Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMT Sejingkat)\n\n \nSyarat Kemasukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sekolah Menengah Teknik (SMT)?\nAliran / Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:a) Pengajian Kejuruteraan Awamb) Pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronikc) Pengajian Kejuruteraan Mekanikald) Perdagangane) Sains Pertanian\n\n\n\n\n\n\nTempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:a) Tingkatan 4b) Tingkatan 5dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia\nBidang Pengajian Yang Ditawarkan\nSenarai kursus pengajian ini adalah seperti yang dinyatakan dalam laman Kementerian Pendidikan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional.\nPAKEJ MATA PELAJARAN BAGI SETIAP BIDANG\nBerikut adalah matapelajaran bagi setiap kursus / bidang di Sekolah Menengah Teknik (SMT).\nKURSUSMATA PELAJARAN ELEKTIFMATA PELAJARAN TERASKejuruteraan Awam\u2022 Pengajian Kejuruteraan Awam\u2022 Lukisan Kejuruteraan\u2022 Matematik Tambahan\u2022 Kimia\u2022 Fizik\u2022 Bahasa Melayu\u2022 Bahasa Inggeris\u2022 Matematik\u2022 Sejarah\u2022 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral\u2022 Pendidikan Jasmani dan KesihatanKejuruteraan Elektrik\u00a0& Elektronik\u00a0\u2022 Pengajian Kejuruteraan Elektrik\u2022 Lukisan Kejuruteraan\u2022 Matematik Tambahan\u2022 Kimia\u2022 Fizik\u2022 Bahasa Melayu\u2022 Bahasa Inggeris\u2022 Matematik\u2022 Sejarah\u2022 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral\u2022 Pendidikan Jasmani dan KesihatanPerdagangan\u2022 Pengajian Keusahawanan\u2022 Prinsip Akaun\u2022 Matematik Tambahan\u2022 Kimia\u2022 Fizik\u2022 Bahasa Melayu\u2022 Bahasa Inggeris\u2022 Matematik\u2022 Sejarah\u2022 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral\u2022 Pendidikan Jasmani dan KesihatanKejuruteraan Mekanikal\u2022 Pengajian Kejuruteraan Elektrik\u2022 Lukisan Kejuruteraan\u2022 Matematik Tambahan\u2022 Kimia\u2022 Fizik\u2022 Bahasa Melayu\u2022 Bahasa Inggeris\u2022 Matematik\u2022 Sejarah\u2022 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral\u2022 Pendidikan Jasmani dan KesihatanSains Pertanian\u2022 Sains Pertanian\u2022 Biologi\u2022 Matematik Tambahan\u2022 Kimia\u2022 Fizik\u2022 Bahasa Melayu\u2022 Bahasa Inggeris\u2022 Matematik\u2022 Sejarah\u2022 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral\u2022 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan\n*tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa\nPENERANGAN PROGRAM / ALIRAN TEKNIKAL YANG DITAWARKAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)\nPROGRAMPENERANGANPengajian Kejuruteraan AwamKursus ini memberi pendedahan kepada murid berkaitan pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran. Murid juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk kesedaran murid agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan, mereka bentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan ElektronikKursus ini adalah pendedahan kepada murid kepada asas Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek.Ia juga membantu murid untuk memahami komponen-komponen elektrik dan elektronik serta simbol-simbolnya.Pengajian Kejuruteraan MekanikalKursus ini melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan. Murid juga akan didedahkan kepada pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatik dan robotik asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan.PerdaganganKursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada murid berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk murid mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.Sains PertanianKursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang. Murid didedahkan kepada pengetahuan, kemahiran dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Murid juga akan mempelajari tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja kursus.\nHalatuju Kerjaya\nProspek kerjaya bagi para pelajar di bawah kursus / aliran teknikal lepasan Sekolah Menengah Teknik adalah begitu meluas.\nIa meliputi bidang kerjaya seperti berikut:\nKEJURUTERAAN MEKANIKAL:1. Jurutera Mekanikal2. Pensyarah3. Penyelidik4. Konsultan5. Kontraktor\nKEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK1. Jurutera Elektrik2. Jurutera Elektronik3. Pensyarah4. Penyelidik5. Konsultan6. Kontraktor\nKEJURUTERAAN AWAM1. Jurutera Awam2. Pensyarah3. Penyelidik4. Konsultan5. Kontraktor\nPERDAGANGAN1. Akauntan2. Penganalisis Kewangan3. Pensyarah4. Pengurus5. Konsultan Pelaburan6. Ahli Perniagaan\nPERTANIAN1. Jurutera Pertanian2. Pegawai Pertanian3. Pensyarah4. Saintis Tanah dan Tanaman5. Konsultan6. Usahawan\n\n\nSenarai Lokasi Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Bidang Pengajian Ditawarkan\n1. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdaganganSains Pertanian\n2. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja\u2019afar (STTJ)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdagangan\n3. Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdagangan\n4. Sekolah Menengah Teknik Kuantan (SMT Kuantan)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdagangan\n5. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMT KL)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdagangan\n6. Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu (SMTT)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdagangan\n7. Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMT TAR Putra)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdagangan\n8. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMT Alor Setar)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPerdaganganSains Pertanian\n9. Sekolah Menengah Teknik Sejingkat (SMT Sejingkat)\nKejuruteraan AwamKejuruteraan MekanikalKejuruteraan Elektrik dan Elektronik\n\nBaca juga: Permohonan Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2023\nKlik di pautan\u00a0ini\u00a0untuk mengetahui lokasi Sekolah Teknik di setiap negeri.\nSENARAI-SEKOLAH-MENENGAH-TEKNIKDownload\n\nSyarat Kemasukan\nSYARAT UMUM\nCalon adalah Warganegara Malaysia;Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada tahun 2022/2023;Calon mesti mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM;Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);Calon sihat tubuh badan;Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; danCalon berminat dengan program dipohon.\nSYARAT KHUSUS\nCalon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah \u2013 PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:Bahasa MelayuBahasa InggerisMatematikSainsReka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut berkaitan SMT, sila rujuk laman web berikut:\nhttps://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_teknik.cfmhttps://moegovmy-my.sharepoint.com/https://bpltv.moe.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-cu-mart-malaysia/", "title": "Menu CU Mart, Harga & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMENU CU MART & PROMOSI TERKINI\nSelain restoran daging grill yang menawarkan aneka hidangan Korea, kini terdapat pelbagai kedai serbaneka atau convenience store yang muncul bagi memenuhi permintaan penggemar streetfood Korea yang ringkas namun lazat!\nAntara convenience store yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia adalah CU Mart. Sebut saja apa yang anda inginkan, CU Mart pasti ada!\nDari oden, tteokbokki, gimbap sehinggalah ke aiskrim yang diimport dari Korea, anda pasti rambang mata bila ke sini!\n\nUntuk membantu anda berbelanja dengan lebih berbaloi, kini CU Mart juga tawarkan promosi hebat serta menu terbaru yang cukup menarik.\nJom kita tengok tawaran promosi terkini serta menu terbaru dari CU Mart!\nBaca Juga : OldTown White Coffee : Senarai Menu, Harga & Promosi Terkini\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Baru CU Mart : Aneka Roti Dengan Perisa Istimewa\n\n \nPromosi CU Wonderland\n\n \nTawaran Daebak Meals Serendah RM 9.99\n\n \nMenu Jun 2022\n\n \nTawaran Daebak Meals Dengan Harga di Bawah RM 10 Sepanjang Hari\n\n \n1 + 1 Daebak Monday\n\n \nDiskaun RM 2 Untuk Minuman K-Fusion Berry Untuk Ahli MyNews\n\n \nMenu Terbaru\n\n\nMenu Baru CU Mart : Aneka Roti Dengan Perisa Istimewa\nKhas buat penggemar roti di CU Mart, jangan lupa untuk cuba pilihan roti terbaru yang ditawarkan iaitu :\n\n\n\n\n\n\n\u00a0Onde-Onde Nira Melaka BunMochi Sweet Potato BunCoffee Cream PanPeanut Butter & Jelly Donut\nUntuk masa terhad ini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan cashback sebanyak RM 3 bagi pembelian RM 25 ke atas dengan pembayaran menerusi ShopeePay!\n\nPromosi CU Wonderland\nKhas untuk Julai ini, CU Mart ingin mengajak anda nikmati pelbagai tawaran menarik menerusi CU Wonderland! Jom kita tengok promosi yang menarik dari CU Mart khas untuk anda.\nDIY sendiri minuman anda dengan harga RM 6.90 sahaja.Coke Zero (250 ml) percuma bagi setiap pembelian Heyroo Popcorn pada harga RM 6.90RM 0.99 Heyroo SnacksTawaran Lively Tea RM 1.50 untuk sebarang pembelian Foil Ramen\nTawaran Daebak Meals Serendah RM 9.99\nAyuh dapatkan Daebak Meals sepanjang hari dengan harga bermula RM 9.99. Jimat dan mengenyangkan!\nCheezy Corn Sausage + Coca-Cola 500ml = RM 9.99\n\nHot Tteobokki + Buldak Gimbap + MyNews Mineral Water 600 ml = RM 15.00\n\nLarge Rose Tteobokki + Honey Butter Dak Gang Jeong = RM 15.00\n\nLarge Hot Tteokbokki + K-Hot Dak Gang Jeong = RM 15.00\n\nRose Tteokbokki + Tuna Mayo Gimbap + MyNews Mineral Water 600 ml = RM 15.00\n\nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook CU Malaysia. Pelbagai menu terkini serta promosi menarik menanti anda.\nMenu Jun 2022 \nTawaran Daebak Meals Dengan Harga di Bawah RM 10 Sepanjang Hari\nJimat dan mengenyangkan, tawaran terbaru dari CU ini menawarkan aneka menu menarik dengan harga yang cukup berbaloi.\nUntuk hidangan sarapan pagi, anda boleh nikmati CU Latte (Hot) serta Egg Mayo Sandwich dengan harga RM 7.99 sahaja.\n\nUntuk makan tengah hari pula, CU Mart tawarkan dua jenis set menu yang ringkas tapi mengenyangkan dengan harga RM 9.99 sahaja iaitu :\nJochiwon Peach Tea + Hot Spicy TteokbokkiMyNews Mineral Water 600 ml + Suwon Wanggalbi Chicken Gimbap\n\nBagi santapan snek tengah malam (supper), CU Mart sajikan minuman K-Fusion Berry dan K-Corn Sausage dengan harga RM 9.99 sahaja.\n\n1 + 1 Daebak Monday\nUcapkan selamat tinggal pada Monday Blues dengan tawaran 1 + 1 Daebak Monday.\nKhas buat penggemar kopi, jangan lepaskan promosi beli 1 percuma 1 Iced Latte dan Mix & Match Combo yang ekslusif dari CU Mart.\n\n\nDiskaun RM 2 Untuk Minuman K-Fusion Berry Untuk Ahli MyNews\nAdakah anda ahli sertia MyNews? Dapatkan tawaran diskaun RM 2 bagi pembelian K-Fusion Berry!\nUntuk tebus tawaran ini, muat turun aplikasi MyNews di telefon anda dan tunjukkan aplikasi ini di cawangan terdekat (kecuali Genting / Cameron).\nTawaran ini sah sehingga 2 Julai 2022 sahaja, jadi dapatkannya sementara stok masih ada!\n\nMenu Terbaru \nBagi anda yang bercadang untuk berkunjung ke sini, jangan lupa untuk nikmati menu terbaru iaitu :\nBanana Milk & Vanilla Soft Serve\n\nPlant-based Dak Gang Jeong \u00a0\nDak Gang Jeong ialah ayam pedas manis Korea (Crispy Korean Fried Chicken) yang terkenal.\nDalam menu terbaru ini, CU memperkenalkan plant-based series, iaitu pilihan vegetarian tanpa daging.\n\nTerdapat dua pilihan menu Plant-based Dak Gang Jeong yang anda boleh cuba iaitu :\nSichuan Spicy Dak Gang JeongZesty Cream Dak Gang Jeong\n\nMenariknya menu yang ditawarkan di sini kan?\nDengan promosi kombo dan diskaun hebat, anda pasti dapat berbelanja dengan lebih jimat dan berbaloi. \nJadi, tunggu apa lagi? Jom ke CU Mart hari ini! \nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook CU Malaysia untuk ketahui promosi terkini! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/separuh-akhir-piala-dunia-2022/", "title": "Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia 2022 [LIVE RTM]", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJADUAL SIARAN LANGSUNG\u00a0FIFA World Cup\u00a0PERINGKAT SEPARUH AKHIR DI\u00a0RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nBanyak betul kejutan yang berlaku dalam Piala Dunia 2022 ini!\nSiapa sangka, pasukan yang diramal ke separuh akhir, Brazil tersingkir daripada Piala Dunia 2022 di peringkat suku akhir selepas tewas 4-2 kepada Croatia dalam penentuan sepakan penalti.\nDalam perlawanan tersebut, Brazil gagal menghasilkan gol dan keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk mengheret permainan ke masa tambahan.\nDengan Croatia yang lebih banyak bertahan, serangan bertali arus Brazil memperlihatkan aksi cemerlang oleh Livakovic yang diangkat menjadi wira oleh sebahagian besar peyokong setelah selesai perlawanan.\nKemenangan Croatia itu menyaksikan mereka layak dua kali berturut-turut ke peringkat separuh akhir Piala Dunia dengan edisi 2018 mereka bergelar naib juara selepas tewas kepada Perancis.\n\n\n\n\n\n\nPada peringkat separuh akhir, Croatia akan bertembung dengan Argentina.\nArgentina mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 setelah menundukkan Belanda 4-3, juga menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail pada Sabtu.\nKemenangan itu meletakkan Argentina di laluan terbaik untuk memburu kejuaraan ketiga trofi berprestij itu setelah memenanginya pada 1978 dan 1986.\nTerkini, Morocco turut menambah kejutan dalam kejohanan ini setelah jaringan En-Nesyri pada minit ke-42 membantu pasukan tersebut menumbangkan bekas Juara Eropah, Portugal 1-0 dan layak ke Separuh Akhir Piala Dunia.\nKesemua pemain Morocco berjuang habis-habisan walaupun bermain 10 orang selepas Cheddira dilayangkan kad merah.\nPerlawanan peringkat suku akhir malam ini tentunya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bolasepak bagi melengkapkan senarai pasukan ke separuh akhir.\nBerikut dikongsikan jadual perlawanan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Qatar 2022\n\n \nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\n\n\nJadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Qatar 2022\nPerlawanan bagi peringkat semi final World Cup 2022 bakal dilangsungkan mengikut tarikh dan waktu di bawah:\nJADUAL SIARAN LANGSUNG FIFA World Cup PERINGKAT SEPARUH AKHIR DI RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\n14 Disember 2022 (Rabu)*Argentina lwn Croatia (3 pagi) \u2013 (TV2)\n15 Disember 2022 (Khamis)*Perancis lwn Maghribi (3 pagi) \u2013 (TV2)\n*Perlawanan Dinyatakan Dalam Waktu Malaysia\nPAUTAN LIVE STREAMING RTM TV2:\nhttps://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2\nBerikut adalah infografik senarai Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang telah diumumkan secara rasmi:\nRujuk jadual penuh :\u00a0JADUAL PERLAWANAN FIFA WORLD CUP 2022 QATAR\nSenarai Pemenang Piala Dunia (World Cup) Terdahulu\nSetakat Piala Dunia FIFA 2018, dua puluh satu kejohanan akhir telah diadakan dan sebanyak 79 pasukan kebangsaan telah bertanding.\nTrofi Piala Dunia telah dimenangi oleh lapan pasukan kebangsaan.\nBrazil telah menang lima kali, dan mereka adalah satu-satunya pasukan yang bermain dalam setiap kejohanan.\nPemenang Piala Dunia yang lain ialah Jerman dan Itali, masing-masing dengan empat gelaran; Argentina, Perancis, dan pemenang sulung Uruguay, dengan dua gelaran setiap satu; dan England dan Sepanyol, masing-masing dengan satu gelaran.\n1930:\u00a0Uruguay\u00a01934:\u00a0Itali\u00a01938:\u00a0Itali1950:\u00a0Uruguay\u00a01954:\u00a0Jerman Barat1958:\u00a0Brazil\u00a01962:\u00a0Brazil\u00a01966:\u00a0England1970:\u00a0Brazil\u00a01974:\u00a0Jerman Barat\u00a01978:\u00a0Argentina\u00a01982:\u00a0Itali\u00a01986:\u00a0Argentina1990:\u00a0Jerman Barat\u00a01994:\u00a0Brazil1998:\u00a0Perancis\u00a02002:\u00a0Brazil\u00a02006:\u00a0Itali2010:\u00a0Sepanyol\u00a02014:\u00a0Jerman\u00a02018:\u00a0Perancis\nBaca juga: \n\nPembentangan Belanjawan & Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\nPiala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 \u2013 2018\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/affin-online/", "title": "Affin Online: Login, Daftar & Aktifkan Affin Bank Online Banking", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pemilik akaun akaun Affin Bank, anda boleh melakukan segala urusan dan transaksi kewangan akaun anda melalui Affin Online Banking sahaja. \nMelalui kemudahana Affin Online Banking ini, anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti semakan akaun, pemindahan wang, bayaran bil dan sebagainya melalui komputer atau peranti mudah alih anda sahaja.\nTerdapat 2 cara untuk menggunakan perbankan internet banking Affin Bank ini iaitu:\n\n\n\n\n\n\nMelalui laman web rasmi Affin Bank di https://www.affinbank.com.my/Melalui aplikasi AffinSecure\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAplikasi Affin Bank untuk peranti mudah alih\n\n \nCara Daftar Affin Online Bank\n\n \nCara daftar melalui ATM\n\n \nCara daftar melalui kaunter khidmat pelanggan\n\n \nCara Aktifkan Affin Online\n\n \nCara Login Affin Online\n\n\nAplikasi Affin Bank untuk peranti mudah alih \n\nAplikasi yang dikenali dengan nama AffinSecure ini boleh dimuat turu melalui pautan berikut:\nPlay Store \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nCara Daftar Affin Online Bank\nSecara umumnya, terdapat 3 cara mudah untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun Affin Online anda:\nMelalui kaunter khidmat pelanggan Melalui mesin ATM\nCara daftar melalui ATM \nPergi ke mesin ATM Affinn Bank terdekatMasukkan kad ATM dan pinPada bahagian menu, pilih Transaksi Lain atau OtherPilih menu Daftar PerbankanPilih Perbankan InternetTekan AgreeMasukkan kata nama (username) yang mahu digunakanMasukkan kata kunci (password)\nCara daftar melalui kaunter khidmat pelanggan\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah menggunakan ATM untuk mendaftarkan akaun perbankan internet ini, anda boleh terus ke kaunter Affin Bank cawangan terdekat anda.\nUntuk tujuan pengesahan, pastikan anda turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan kad ATM.\nCara Aktifkan Affin Online\nLayari laman web Affin Bank di pautan https://rib.affinonline.com/retail/Klik pada First Time LoginMasukkan segala maklumat yang dikehendaki seperti Nombor Kad, Jenis ID, Nombor ID dan Kad PINKlik Mohon TACMasukkan nombor TAC yang dihantar pada telefon mudah alih andaPilih Imej Sekuriti andaKlik butang HantarLengkapkan Soalan & Jawapan Cabaran\nCara Login Affin Online\nSetelah mengaktifkan akaun anda, anda boleh log masuk ke akaun online bank Affin anda dengan mengikut langkah-langkah berikut:\nLayari laman web Affin Bank di pautan https://rib.affinonline.com/retail/ Masukkan kata nama dan kata kunciKlik butang Login\nBagi pengguna aplikasi AffinSecure, anda boleh terus log masuk melalui aplikasi tersebut.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-gamuda-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Gamuda 2022 Untuk Lulusan Pra-Universiti dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan tawaran bagi Biasiswa Gamuda kini dibuka. Pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Biasiswa Gamuda ?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nManfaat Biasiswa Gamuda\n\n \nKursus Pengajian Yang Layak Memohon\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nCara Mohon Biasiswa Gamuda 2022\n\n \nPanduan Untuk Mohon Biasiswa\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Biasiswa Gamuda ?\nBiasiswa Gamuda merupakan salah satu program yang digerakkan oleh Yayasan Gamuda bagi membantu ramai graduan untuk mengubah kehidupan, perspektif dan kerjaya mereka.\nSetiap tahun, Biasiswa Gamuda memberi peluang kepada puluhan graduan untuk mengikuti bidang pengajian yang mereka minati di universiti terkemuka dalam dan luar negara. \u00a0\u00a0\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 31 Mei 2022.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD\n\n\n\n\n\n\nManfaat Biasiswa Gamuda\nAntara kelebihan yang ditawarkan kepada penerima biasiswa Gamuda adalah :\nBantuan Kewangan\nPenerima biasiswa akan menerima sokongan dalam bentuk kewangan bagi mengikuti program ijazah pertama mereka. \nBantuan kewangan akan diberikan bagi membiaya yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba dan tambang penerbangan ( bagi pelajar yang menuntut di universiti luar negara).\nPeluang Penempatan\nPenerima biasiswa juga akan berpeluang untuk jalani latihan amali serta peluang penempatan kerja dalam kumpulan Syarikat Gamuda selepas tamat pengajian.\nProgram Penglibatan dan Pembangunan Pengurusan (SEDP)\nProgram yang dikhaskan untuk penerima biasiswa ini akan memantapkan lagi kemahiran kepimpinan serta yang aspek yang berkaitan demi melatih siswa sebagai ahli profesional bila memasuki alam pekerjaan nanti.\nKursus Pengajian Yang Layak Memohon\nUntuk makluman, biasiswa ini terbuka kepada siswa lepasan Pra-Universiti serta pelajar ijazah sepenuh masa pertama yang sedang mengikuti salah satu bidang pengajian berikut :\nKejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal, Mekatronik, Perisian)Sains Alam Sekitar dan Kelestarian / Hortikultur / Pengurusan BiodiversitiUkur Bahan / Ukur Bangunan / Pengurusan PembinaanPengurusan Hartanah dan HartanahKewangan / PerakaunanPengajian Perniagaan / Pentadbiran PerniagaanSeni binaPsikologi / Pengurusan Sumber Manusia\n*STPM, A-level, International Baccalaureate, Matrikulasi, Yayasan Matrikulasi Australia, Program Ijazah Amerika, Diploma atau setaraf dengannya.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nCalon yang berminat perlulah memenuhi syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :\nMerupakan warganegara Malaysia.Memperoleh minimum 3A / PNGK 3.40 dalam STPM atau setaraf (cth A-Levels, Matrikulasi, Asasi, Diploma).Mahir berbahasa Inggeris.Kualiti kepimpinan yang kukuh- dan aktif dalam bidang ekstrakorikulum, sukan dan khidmat masyarakat.Bukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.Memulakan / sedang belajar sepenuh masa program ijazah pertama.\nCara Mohon Biasiswa Gamuda 2022\nCalon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :\nhttps://scholarship.gamuda.com.my/Scholarship/RegisterLogin\nPanduan Untuk Mohon Biasiswa\nPemohon baru perlulah daftarkan butiran diri terlebih dahulu, sementara pemohon lama boleh log masuk menggunakan alamat emel serta kata laluan yang telah ditetapkan.Pemohon disarankan untuk akses pautan menggunakan Google Chrome atau Internet ExplorerBorang permohonan biasiswa mengandungi sembilan (9) bahagian dan setiap satunya mengambil masa kira-kira satu (1) jam untuk dilengkapkan.Salah satu bahagian dalam borang memerlukan calon untuk tulis esei dengan minimum 150 patah perkataan. Meniru adalah tidak dibenarkan sama sekali.Walau bagaimanapun, pemohon dibenarkan untuk simpan esei yang belum lengkap sekali sahaja dan boleh teruskan pada waktu yang sesuai.Untuk lanjut ke bahagian borang yang seterusnya atau Log keluar, pemohon perlulah lengkapkan semua butiran yang ditanda (*) dan klik \u201cSave\u201d.Semua butiran wajib serta dokumen yang diperlukan perlu dihantar secara lengkap.Pastikan semua butiran dan dokumen disemak dengan lengkap. Selepas borang dihantar, pemohon tidak dibenarkan untuk buat sebarang perubahan.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti berikut :\nKeputusan akademik dari SPM (atau setaraf) dan seterusnyaSurat tawaran dari universitiTranskrip akademik terkini (jika sedang mengikuti ijazah sarjana muda)Dokumentasi pendapatan terkini ibu bapa ( contoh: \u00a0slip gaji, borang EA, borang J, slip pencen)\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan, sila emelkan ke [email\u00a0protected].\n Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Gamuda, sila layari laman web rasmi Gamuda Scholarship. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/myportfolio-hrmis/", "title": "myPortfolio HRMIS : Panduan Pengisian Data & Tutorial Video", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMYPORTFOLIO PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM : DEFINISI, KEPENTINGAN, CARA PENGISIAN & TUTORIAL VIDEO\nMAMPU Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. \nInisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang maklumat terkini berkenaan MyPortfolio dan langkah-langkah mengemaskini data.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu myPortfolio?\n\n \nKomponen\n\n \nSiapa Yang Perlu Menyediakan myPortfolio?\n\n \nKategori Inovasi & Keberhasilan Dalam KIK\n\n \nLangkah-langkah Mengisi myPortfolio HRMIS\n\n \nTUTORIAL VIDEO\n\n\nApa Itu myPortfolio?\nmyPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). \n\n\n\n\n\n\nSelain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.\nCiri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:\n\nmyPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;\nSetiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;\nmyPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan\nmyPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.\n\n\nKepentingan sistem ini adalah:\n\nMerekod prosedur & peraturan kerja\nMembolehkan ketua organisasi mengetahui keseluruhan aktiviti dan prosedur kerja\nMenjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain\nMengurangkan arahan secara lisan\nMenyeragamkan kaedah kerja\nMemudahkan pertukaran pegawai bagi proses ambil alih tugas\nMemudahkan penambahbaikan / kajian mengenai proses kerja sedia ada\nMenjadi radas dalam pengurusan sumber manusia\n\n\nKomponen\nTerdapat 10 Komponen dalam My_Portfolio iaitu:\n\nCarta Organisasi\nCarta Fungsi\nAktiviti-aktiviti Bagi Fungsi\nDesripsi Tugas\nProses Kerja\nCarta Alir\nSenarai Semak\nSenarai Undang-undang, Peraturan & Punca Kuasa\nSenarai Borang\nSenarai Jawatankuasa Yang Dianggotai\n\n\nSiapa Yang Perlu Menyediakan myPortfolio?\nSemua jawatan yang diwujudkan bagi menjalankan fungsi yang peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah Anggaran Belanja Mengurus dan tersenarai dalam Waran Perjawatan / Surat Kelulusan Perjawatan perlu menyediakan myPortfolio.\nKategori Inovasi & Keberhasilan Dalam KIK\n\n\nLangkah-langkah Mengisi myPortfolio HRMIS\n\nLog in HRMIS2.0 \u2013 masukkan ID dan Kata Laluan\nLihat DATA PERJAWATAN dan pilih myPortfolio\nPilih Fungsi dan Pilih Pemilik Kompetensi\nPilih Butang TAMBAHMAKLUMAT UMUMdibawah Maklumat Umum ada 5 Maklumati \u2013 Maklumat Bahagian (sudah tersedia)ii \u2013 Maklumat Pegawai (sudah tersedia)iii \u2013 Maklumat Pengesah/Pelulus (sudah tersedia)Jika belum ada maklumat Pengesah/Pelulus, pilih \u2018carian\u2019 dan letak Nombor Kad Pengenalan PK Pentadbiran (Pengesah) dan No Kad Pengenalan Guru Besar (Pelulus)iv \u2013 Jadual PengemaskinianMerupakan senarai semak STATUS KEMASKINI: boleh semak sama ada sudah dikemaskini atau belum dikemaskiniv \u2013 Maklumat JD atau Deskripsi Tugas (Sudah Tersedia)MAKLUMAT KHUSUSdi bawah Maklumat Khusus ada 7 bahagiani \u2013 Carta OrganisasiPilih Dokumen dan Muat Naik Dokumenii \u2013 Carta FungsiTambah, Pilih dan Simpaniii \u2013 Senarai Undang-undangTambah, pilih dan simpaniv \u2013 Aktiviti Bagi FungsiTambah, Isi dan Simpan(copy & paste Aktiviti bagi Fungsi masing2v \u2013 Senarai BorangTambah, Pilih dan Simpanvi \u2013 Senarai JawatankuasaTambah, Pilih dan Simpanvii \u2013 PerakuanJika status/Tarikh kemaskini sudah bertarikh\nTick Saya Mengesahkan Bahawa Maklumat di Atas Adalah Benar\nAkhir sekali Tekan butang HANTAR\n\n\nMuat turun panduan lengkap:\nPANDUAN KERJA SEKTOR AWAM MYPORTFOLIO MAMPU\nslidemyportfoliomampuDownload\n\nTATACARA PENYEDIAAN DESKRIPSI TUGAS\nslidejdjpaDownload\n\nTEMPLATE MYPORTFOLIO\ncontohmyportfolio2Download\nTUTORIAL VIDEO \nBerikut dikongsikan video tutorial rasmi yang diterbitkan oleh Change Management HRMIS JPA di Youtube :\n\nSIRI VIDEO TUTORIAL\n\nSiri Video Tutorial Submodul myPortfolio (Bahagian I/III) \u2013 Peranan Pentadbir : https://youtu.be/VhpW_1R1D3s\nSiri Video Tutorial Submodul Deskripsi Tugas (JD) (Bahagian III/III) \u2013 Peranan Pelulus dan Pengesah : https://youtu.be/1EXj4Hzch2Q\nSiri Video Tutorial Submodul myPortfolio (Bahagian II/III) \u2013 Peranan Pemilik Kompetensi (CO) : https://youtu.be/ClKj-taULF8\nSiri Video Tutorial Submodul Deskripsi Tugas (JD) (Bahagian II/III) \u2013 Peranan Pentadbir : https://youtu.be/UavkeKFlnvk\nSiri Video Tutorial Submodul Deskripsi Tugas (JD) (Bahagian I/III) \u2013 Peranan Pemilik Kompetensi : https://youtu.be/K7s2-zEnaW8\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian IV/IV) \u2013 Peranan Penyemak Tuntutan di Pusat Tanggungjawab : https://youtu.be/9E7nBJsUqgo\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian III/IV)-Penyemak Tuntutan di Bahagian : https://youtu.be/8sJsb3r8wH4\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) \u2013 Peranan Pengesah Tuntutan : https://youtu.be/0VBg-NTMVxg\nSiri Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) \u2013 Peranan Pemohon : https://youtu.be/W34HDsZjOcQ\nSiri Video Tutorial Submodul myPortfolio (Bahagian III/III) \u2013 Pengesah dan Pelulus : https://youtu.be/CQ5vzdTurtg\n\nSumber: Youtube Change Management HRMIS JPA\nMaklumat lanjut, layari http://www.mampu.gov.my/ms/pengenalan-myportfolio-1\ndan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (Pkpa) Bil. 4 Tahun 2018 http://www.mampu.gov.my/ms/pekeliling/category/181-2018\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bkc-fasa-1/", "title": "Semakan BKC Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Tunai / Akaun Bank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAKLUMAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) FASA 1 DI BSN & CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN\nBank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC (Bantuan Khas COVID-19).\nMenurut notis tersebut, bayaran BKC Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun dan pembayaran tunai secara berperingkat mulai 6 September 2021 (Isnin).\nPengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, di mana caj RM1 kini dikecualikan buat masa ini.\n\n\n\n\n\n\nBagi yang tiada akan bank atau gagal kredit, anda boleh membuat penunaian di kaunter BSN bermula 6 September secara berperingkat.\nSila ikuti maklumat lanjut dan cara semakan status.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semakan Kelayakan / Status Pembayaran BKC\n\n \nBagaimana Cara Permohonan BKC?\n\n \nJumlah Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Semakan Kelayakan / Status Pembayaran BKC\nUntuk makluman, penerima yang layak menerima BKC adalah individu / keluarga berdasarkan data Permohonan Lulus BPR 2021 dan Data Percukaian (M40).\nBagi penerima tunai, penerima yang layak perlu membawa dokumen pengenalan diri yang sah (kad pengenalan) ketika hadir di Cawangan BSN.\nHanya penerima yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk hadir ke kaunter bagi mewakilkan penerima.\nJika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC, sila rujuk cara semakan status di bawah:\nSemakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my (*NOTA: Laman web ini hanya akan mula dibuka 6 September 2021)Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747\n\nBagaimana Cara Permohonan BKC?\nUntuk makluman anda, tiada permohonan untuk BKC ini. \nPembayaran adalah dilakukan berdasarkan data permohonan Lulus BPR 2021 dan Data Percukaian (M40).\nJumlah Bayaran\nBerikut jadual & jumlah bayaran BKC mengikut fasa 1,2 dan 3.\n\nMaklumat Lanjut\n\n\n\nUntuk keterangan lanjut berhubung bayaran BKC di BSN, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900\nATAU \nSila rujuk laman web BKC di https://bkc.hasil.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-bersalin-kerajaan-swasta/", "title": "Cuti Bersalin Kerajaan / Swasta", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nApabila seseorang wanita itu menyambut kelahiran, kebiasaannya wanita tersebut akan diberikan cuti bersalin bagi membolehkannya menjaga bayi yang dilahirkan dan pada masa yang sama memberi tempoh secukupnya untuk sembuh.\nWaktu rehat juga membolehkan seseorang wanita mengamalkan penyusuan badan kepada bayi mereka yang baru lahir.\nPersoalan yang seringkali timbul adalah, berapa lamakah tempoh cuti bersalin yang diberikan kepada seorang wanita yang baru bersalin?\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSwasta vs Kerajaan\n\n \nCuti Bersalin kerajaan\n\n \nCuti bersalin swasta\n\n\nSwasta vs Kerajaan \nBagi seorang penjawat awam, mereka tertakluk kepada pekeliling atau pengumuman terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\nPekeliling terkini JPA boleh dirujuk pada pautan berikut https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2017/pp052017.pdf\n\n\n\n\n\n\nCuti bersalin ini adalah antara faedah yang diberikan kepada semua penjawat awam yang menyambut kelahiran dan mereka yang mengambilnya ini akan diberikan gaji penuh.\nSementara itu, bagi pekerja dalam sektor swasta pula mereka tertakluk kepada Akta Kerja 1955 dan Akta Buruh pindaan 2019.\nMengikut akta-akta ini, majikan wajib memberikan cuti bersalin kepada pekerja wanita yang bersalin bagi tempoh cuti 90 hari dengan byaran gaji penuh. \nCuti Bersalin kerajaan \n\nJadi, terpulanglah kepada anda mahu mengambil berapa banyak cuti setiap kali bersalin. \nSekiranya anda mengambil 90 hari, bermakna anda boleh mengambil cuti selama 90 hari sehingga anda melahirkan anak yang ke 4. \nMininum 60 hari, maksimum 90 hari. Sekiranya anda merancang mempunyai lebih daripada 4 0rang anak, maka anda mestilah bijak merancang kelahiran anda dengan mengurangkan tempoh cuti bersalin kurang dari 90 hari setiap kali bersalin.\nPermohonan boleh dibuat dengan mencetak dan mengisi borang berikut http://www.pcb.gov.my/borang/Borang%20Kemudahan%20Cuti%20Bersalin.pdf\nAnda boleh mula bercuti seawal 14 hari lebih awal dari tarikh jangkaan anda bersalin dan paling awal sekurang-kurangnya 22 minggu kelahiran. \nPermohonan cuti anda walau bagaimanapun masih tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan tempat anda bertugas. \nCuti bersalin swasta\nBagi wanita yang bekerja di sektor swasta, mereka diberikan hak ini mengikut Akta Kerja 1955.\nCuti bersalin yang wajib diberikan oleh majikan adalah 90 hari dengan bayaran gaji penuh dan maksimum bagi 5 orang anak sahaja. \nTempoh 90 hari ini bermula apabila wanita tersebut mula mengambil cuti dan mereka dibenarkan mengambil cuti seawal 22 minggu temph kandungan.\nBagi si suami pula, mereka akan diberikan cuti 3 hari. \nSementara itu, proses permohonan bagi sektor swasta pula berbeza-beza bagi setiap syarikat dan untuk kepastian anda boleh merujuke kepada Ketua Jabatan atau Jabatan Sumber Manusia syarikat anda bekerja. \nMerancang percutian tahun 2022? Senarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2022\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembayaran-semula-gkp/", "title": "Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBAYARAN SEMULA TERAKHIR PENERIMA GKP 2021 (BAGI YANG BERSTATUS GAGAL KREDIT)\nDimaklumkan bahawa pembayaran semula terakhir penerima GKP yang berstatus GAGAL KREDIT telah dibuat bermula 27 Disember 2021.\nPengkreditan ini melibatkan pembayaran semula Program GKP bagi tahun 2021 sahaja iaitu:\nGKP PermaiGKP PEMERKASA+GKP 3.0GKP 4.0\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKemaskini Maklumat Akaun GKP\n\n \nTempoh Kemaskini Bagi Penerima GKP Yang Gagal Kredit\n\n \nCara Semakan Status Pembayaran Semula GKP 2021\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKemaskini Maklumat Akaun GKP \nPemohon yang perlu membuat kemaskini GKP adalah pemohon yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\nSila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.\nPembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.\nBayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.\nTempoh Kemaskini Bagi Penerima GKP Yang Gagal Kredit\nUntuk makluman bagi penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web\u00a0https://gkp.hasil.gov.my/\u00a0mulai\u00a06 Disember hingga 20 Disember 2021 ini.\nHal ini dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui sebuah siaran di\u00a0Facebook.\nBerikut dikongsikan makluman selanjutnya untuk makluman bersama, khususnya penerima Geran Khas Prihatin.\n\nRujuk cara membuat kemaskini maklumat GKP seperti di bawah:\nCara Semakan Status Pembayaran Semula GKP 2021\nUntuk membuat semakan pembayaran, sila rujuk langkah berikut:\n\nLayari portal rasmi GKP:\u00a0https://gkp.hasil.gov.my/Account/LoginSila\u00a0Log Masuk\u00a0seperti biasaMasukkan\u00a0ID PenggunaTekan kotak\u00a0SemakSelepas berjaya\u00a0login, maklumat berikut akan dipaparkan:NamaNombor MyKadStatus PermohonanMaklumat pembayaran akan dimaklumkan melalui status permohonan anda.\n*Nota: Sila pastikan anda telah mengemaskini nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.\nTahukah anda, peniaga atau pekerja yang bekerja secara freelance juga boleh mencarum KWSP di bawah i-Saraan KWSP untuk mendapatkan pelbagai manfaat seperti insentif RM250 dari kerajaan.\nRujuk cara daftar i-Saraan KWSP di sini : i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan\nBaca juga: BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tannpa Faedah Hingga RM10,000\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).\nAnda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:\nHASiL Live Chat: \u00a0https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.Facebook Rasmi LHDNM \u2013\u00a0https://www.facebook.com/LHDNM,Twitter rasmi LHDNM\u00a0https://twitter.com/LHDNMofficial\n"]} {"url": "https://ecentral.my/piala-afc/", "title": "Piala AFC 2023 Qatar : Tarikh & Jadual Perlawanan Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPiala AFC 2023 : Tarikh & Jadual Perlawanan Terkini\nTuan rumah untuk rekod kali ketiga dan juara bertahan, Qatar akan mendapat saingan paling berprestij di Asia dengan menentang Lubnan pada hari Jumaat, 12 Januari, 2024 jam 7.30 malam, waktu Qatar. \nStadium Al Bayt yang berkapasiti 68,895 itu bersedia untuk menyaksikan tontonan pembukaan antara dua pasukan Asia Barat, yang sebelum ini hanya bertemu sekali dalam sejarah Piala Asia AFC\u2122. \nIa akan menjadi perlawanan ke-40 Qatar dalam sejarah kejohanan, manakala Lubnan akan bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Asia AFC\u2122 buat kali pertama.\nLiga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan slot kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjadi milik juara Piala Malaysia musim ini manakala satu lagi slot bakal diberikan kepada naib juara Liga Super.\nMFL dalam kenyataannya berharap tiada kekeliruan timbul berhubung penentuan slot AFC 2023 memandangkan pemakluman menerusi surat pekeliling sudah dihantar kepada semua pasukan bertanding sebelum musim 2022 bermula.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nUndian Kumpulan\n\n \nJadual Perlawanan Piala AFC 2023\n\n \nPENENTUAN KELAYAKAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DAN AFC CUP 2023\n\n\nUndian Kumpulan\n24 pasukan telah pun dibahagikan kepada 4 pot berdasarkan kedudukan semasa Kelayakan Piala Asia tempoh hari.\nMalaysia berada dalam Kumpulan E pada kedudukan kedua (E2) hasil undian daripada pot 4.\n\n\n\n\n\n\nSkuad Harimau Malaya akan berdepan jaguh rantau Asia, Korea Selatan yang berada pada kedudukan ke-27 dunia.\nBukan itu sahaja, pasukan dari Pot 2 yang berada bersama Malaysia ialah Jordan dengan negara yang berada pada kedudukan ke-84 dunia itu sah dalam kumpulan E bersama Harimau Malaya.\nPasukan gergasi Asia, Bahrain yang juga lawan sama tatkala Malaysia bertemu dalam aksi Kelayakan Piala Asia bakal menjadi lawan Malaysia sekali lagi apabila turut berada dalam kumpulan E.\nBahrain kini berada pada kedudukan ke-85 dunia sekaligus bakal memberi saingan sengit kepada skuad negara.\nBerikut keputusan rasmi undian Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024.\n\nJadual Perlawanan Piala AFC 2023\nPiala Asia akan berlangsung di Qatar bermula pada tanggal 12 Januari hingga 10 Februari 2024 dengan aksi Malaysia bakal menjadi tumpuan buat para penyokong setia negara untuk melihat aksi terbaik ditampilkan.\n\nSaksikan secara langsung di TV9, saluran unifi TV 109, Astro 149, myFreeview 109 dan strim di tonton.\nPAUTAN LIVE STREAMING : \nhttps://linktr.ee/tv9malaysia\nhttps://linktr.ee/tv9malaysia\nhttps://www.tonton.com.my/live/tv9\nFacebook : TV9 Di Hatiku\nUntuk mendapatkan update terkini, sila ikuti laman Twitter rasmi @afcasiancup atau laman web rasmi https://www.the-afc.com/en/national/afc_futsal_asian_cup.html\n\nLadies and gentlemen, the draw is done! \u2705 The Groups are set! \u2714\ufe0f Let the countdown to #AsianCup2023 begin! pic.twitter.com/UtgH8jgsfd\u2014 #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 11, 2023\n\nPENENTUAN KELAYAKAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DAN AFC CUP 2023\nSeperti yang telah dimaklumkan sebelum musim 2022 bermula kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia pada 14 Januari 2022 berhubung slot AFC Champion League (ACL) dan AFC Cup tahun 2023 adalah seperti berikut:\nPILIHAN PERTAMA\nKEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023\n\nJohan Liga Super = AFC Champions League\nJuara Piala FA = AFC Cup\nKedua Liga Super = AFC Cup\n\nJika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:\nPILIHAN KEDUA\nKEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023\n\nJohan Liga Super = AFC Champions League\nJuara Piala Malaysia = AFC Cup\nKedua Liga Super = AFC Cup\n\nJika sekiranya Johan Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:\nPILIHAN KETIGA\nKEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023\n\nJohan Liga Super = AFC Champions League\nKedua Liga Super = AFC Cup\nKetiga Liga Super = AFC Cup\n\nOleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke AFC Cup 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.\nNamun slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.\nMFL berharap tiada kekeliruan timbul berhubung penentuan slot-slot AFC tahun 2023 memandangkan pemakluman menerusi surat pekeliling sudah dihantar kepada semua pasukan yang bertanding sebelum musim 2022 bermula.\nMalah penerangan mengenai penentuan slot ACL 2023 dan AFC Cup 2023 juga turut dibuat menerusi Taklimat Pegawai Operasi Kelab pada 20 Januari 2022 dan Taklimat Ketua- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada 28 Februari 2022.\nIkuti liputan terkini :\n\nFacebook : Malaysian Football League\nLaman web : http://malaysianfootballleague.com/\nLaman web rasmi Piala AFC : https://www.the-afc.com/en/national/afc_futsal_asian_cup.html\n\nBaca juga: \n\nSukan SEA 2023: Siaran Langsung dan Jadual Atlet Malaysia\nCara Elak Kena Add Ke Group / Channel Bukan-bukan Di Telegram\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tips-bayaran-lppsa/", "title": "Tips Jimat & Pendekkan Tempoh Bayaran Ansuran Rumah LPPSA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENYELESAIAN SEBAHAGIAN LPPSA : Tips Jimat & Pendekkan Tempoh Bayaran Ansuran Rumah LPPSA \nUmumnya penjawat awam tentu tahu tentang LPPSA, iaitu singkatan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.\nIa merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.\nBerbanding\u00a0pinjaman bank, pinjaman LPPSA sangat menguntungkan kerana ia menawarkan kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman 100% tanpa menggunakan duit poket sendiri.\nNamun, bagi yang telah mendapatkan pinjaman dan sedang membayar pembiayaan rumah, tahukah anda bahawa terdapat cara untuk anda memendekkan tempoh pinjaman dan menjimatkan kadar bunga?\nPerkara ini dikongsikan di media sosial oleh seorang pelabur dan perunding hartanah iaitu Yasir Awaluddin.\nBerikut kami kongsikan info lanjut tentang perkongsian berliau tersebut.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTips Jimat & Kurangkan Tempoh Bayar Ansuran Rumah LPPSA Secara Online\n\n \nCara Buat Bayaran Penyelesaian Sebahagian LPPSA\n\n\nTips Jimat & Kurangkan Tempoh Bayar Ansuran Rumah LPPSA Secara Online\nBagi rakan-rakan penjawat awam yang ada rezeki lebih, boleh pertimbangkan untuk buat bayaran lebih pembiayaan LPPSA melalui Penyelesaian Sebahagian. \n\n\n\n\n\n\nTujuan adalah untuk pendekkan tempoh dan jimat interest pembiayaan. \nNamun LPPSA hanya terima bayaran tambahan minimum 6 bulan ke atas.\nBerapa banyak boleh jimat dan kurangkan tempoh? Saya bagi contoh harga rumah 400k.\nBayaran Biasa TANPA TAMBAHAN\nHarga Rumah : 400kBulanan : 1,800Tempoh : 35 tahunTotal interest : 343kBayaran keseluruhan : 743k\nBayaran DENGAN TAMBAHAN Tahunan 6 Bulan\nHarga Rumah : 400kBulanan : 1,800Tambahan bayaran 6 bulan setiap tahun : 10,800Tempoh : 23 TahunTotal interest : 212kBayaran keseluruhan : 612k\nJUMLAH YANG BERJAYA DIJIMATKAN : \nDapat jimat interest sebanyak RM 132kDapat pendekkan tempoh bayaran menjadi 23 Tahun sahaja. (Awal 12 Tahun)\nSaya kongsikan semula caranya mana tau ada rakan-rakan yang berhajat untuk settle awal LPPSA.\nCara Buat Bayaran Penyelesaian Sebahagian LPPSA\nDapatkan jumlah yang tepat.Minimum pembayaran adalah 6 bulan ansuran. Jadi kalau pembiayaan RM1000 sebulan, minimum adalah RM6000. Namun ini hanyalah kiraan kasar. *Untuk lebih tepat elok hubungi pihak LPPSA. Sama ada melalui panggilan, e-tiket atau emel. Untuk emel, gunakan yang ini : [email\u00a0protected]Buat bayaran seperti kaedah yang dinyatakan di bawah.\nKaedah bayaran sebahagian LPPSA terdapat dua cara :\nKAEDAH PERTAMA : Bank draft. Cuma yang ni agak lama prosedurnya sebab melibatkan urusan kurier.\nAtas nama \u2018LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM\u2019 dan dihantar ke alamat:\nLEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAMNo.9, Kompleks Kementerian KewanganPersiaran Perdana, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 Putrajaya(U/P : Unit Terimaan Akaun Pinjaman)\nP/S: Pastikan bank draft ya. Bukan cek persendirian atau cek peguam.\nKAEDAH KEDUA : Melalui perbankan internet : Maybank2U, Cimb Clicks dan JomPay.\nRujuk gambar untuk langkah demi langkah. Agak mudah sebenarnya. Yang penting asal ada duit ja di bank akaun.\nCARA PEMBAYARAN LPPSA MELALUI MAYBANK \nLangkah 1 : Klik Pay & Transfer\n\nLangkah 2 : Klik Pay, dan cari LPPSA Penyelesaian Sebahagian\n\nLangkah 3 : Isi amount hendak dibayar, No Akaun LPPSA, KP Pemohon. Settle!\n\nCARA PEMBAYARAN LPPSA MELALUI CIMBCLICKS\nLangkah 1 : Klik Pay & Transfer\n\nLangkah 2 : Cari Pay Bills\n\nLangkah 3 : Cari LPPSA > Jenis Payment : Penyelesaian Sebahagian\n\nLangkah 4 : Masukkan amount. Settle!\n\nSetelah transfer, emel resit pembayaran ke pihak LPPSA. \nJangan lupa untuk simpan sebagai rekod. \nBagi menyemak penolakan dan baki pembiayaan, boleh semak di portal bahagian semak baki pinjaman.\nAnda juga boleh merujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut tentang pembiayaan perumahan LPPSA : Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan Online, Semakan Status & Baki\nSumber: Facebook Yasir Awaluddin\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gaji-minimum-rm1500-2023/", "title": "Gaji Minimum RM1500 Bermula 1 Julai 2023 (Terkini)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI : PELAKSANAAN GAJI MINIMUM RM1500 BAGI KATEGORI PEKERJA KURANG 5 ORANG BERMULA 1 JULAI 2023\nSetelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari 5 orang, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN pelaksanaan kuatkuasa Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.\nSebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.\nBaca juga: Takwim Sesi Persekolahan Akan Kembali Kepada Januari \u2013 KPM\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman oleh Kementerian Sumber Manusia dan lampiran Warta Kerajaan Persekutuan bagi Perintah Gaji Minimum 2022 yang telah dikemaskini bagi tahun 2023.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerintah Gaji Minimum Malaysia (Minimum Wage Order)\n\n \nTarikh Kuatkuasa\n\n \nJadual Kadar Gaji Minimum Terkini (2023)\n\n \nPekerja Yang Layak Menerima Gaji Minimum\n\n \nApakah Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum?\n\n \nApa Yang Pekerja Perlu Tahu?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPerintah Gaji Minimum Malaysia (Minimum Wage Order)\nDefinisi \u201cgaji minimum\u201d di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011\u00a0[Akta 732]\u00a0ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.\nInisiatif Gaji Minimum Kebangsaan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010. \nIa adalah salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020. \nDasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan menyediakan suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka.\u00a0\n\nTarikh Kuatkuasa\nTerdapat\u00a0dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\u00a0(a) Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:\n\nbagi majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan\nmajikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu\u00a0aktiviti profesional\u00a0yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.\n\n\u00a0(b) Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).\nBagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah\u00a0mengikut kawasan tempat kerja\u00a0pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan\u00a0selain\u00a0kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.\nImplikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:\n\nPerintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan\nSemua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022.\n\nJadual Kadar Gaji Minimum Terkini (2023)\nPenjelasan mengenai pelaksanaan gaji minimum ke atas majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.\nSumber: https://minimumwages.mohr.gov.my/\nSeseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO\nDalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu\n\nprofesional sains dan kejuruteraan;\nprofesional kesihatan;\nprofesional perguruan;\nprofesional perniagaan dan pentadbiran;\nprofesional teknologi maklumat dan komunikasi;\nprofesional perundangan;\nprofesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan;\nprofesional sosial dan kebudayaan; dan\nbadan pengawalaturan\n\n*Untuk maklumat lanjut mengenai MASCO sila layari:\nhttps://emasco.mohr.gov.my/masco\nPekerja Yang Layak Menerima Gaji Minimum\nKadar ini terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali pekhidmat domestik. \nPekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:\n\nJadual Pertama Akta Kerja 1955;\nJadual Ordinan Buruh Sabah; atau\nJadual Ordinan Buruh Sarawak.\n\nOleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.\n\nApakah Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Membayar Gaji Minimum?\nBolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?\nTIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.\nBerikut adalah penalti yang boleh dikenakan kepada majikan yang tidak melaksanakan PGM :\nKesalahanPenaltiKesalahan PertamaDenda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.Penalti AmDenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan..Penalti bagi Kesalahan BerterusanDenda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.Penalti bagi Kesalahan BerulangDenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.\n\n\nApa Yang Pekerja Perlu Tahu?\nGaji minimum ialah\u00a0gaji pokok\u00a0seperti yang ditetapkan dalam\u00a0Perintah_Gaji_Minimum (PGM) 2022. Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.\nIa terpakai kepada\u00a0semua pekerja di sektor swasta\u00a0yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan\u00a0kecuali perkhidmat domestik\u00a0(pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dalam rumah persendirian).\nPerintah Gaji Minimum (PGM) 2022\u00a0berkuat kuasa mulai\u00a0Mei\u00a02022\u00a0menggantikan PGM 2020.\nTahukah anda, kadar gaji yang ditetapkan ini terpakai kepada semua pekerja swasta KECUALI pekhidmat domestik.\nPekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:\n\nJadual Pertama Akta Kerja 1955\nJadual Ordinan Buruh Sabah\nJadual Ordinan Buruh Sarawak\n\n\nMaklumat Lanjut\nKlik sini\u00a0untuk maklumat kadar gaji minimum.\nhttps://minimumwages.mohr.gov.my/\nUntuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai dasar dan pelaksanaan gaji_minimum, sila hubungi:\nSekretariatMajlis Perundingan Gaji NegaraKementerian Sumber ManusiaAras 7, Blok D3, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62530 PUTRAJAYATel: 03-8886 5156Faks: 03-8881 0668E-mel: minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]myLaman sesawang: www.mohr.gov.my\nIsu-isu Pelaksanaan\nJabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)Kementerian Sumber ManusiaAras 5, Blok D3, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62530 PUTRAJAYATel : 03-88865192Faks: 03-8889 2368Emel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]myLaman sesawang: jtksm.mohr.gov.my\nJabatan Tenaga Kerja (Sabah)Kementerian Sumber ManusiaTingkat 1, Blok C & D,Bangunan KWSP P/S 1455788852, Kota Kinabalu, SABAHTel : 088-238755/233820Faks : 088-242445Emel : jtknsabah[at]mohr[dot]gov[dot]myLaman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my\nJabatan Tenaga Kerja (Sarawak)Kementerian Sumber ManusiaTingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,Jalan Simpang Tiga,93532, Kuching, SARAWAKTel : 082-242261/414062Faks : 082-244909Emel : gajimin[at]mohr[dot]gov[dot]myLaman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my\nJabatan Perhubungan Perusahaan MalaysiaKementerian Sumber ManusiaAras 9, Blok D4, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62530 PUTRAJAYATel : 03-88865460Faks : 03-88862355Emel : jppm[at]mohr[dot]gov[dot]myLaman sesawang: jpp.mohr.gov.my\nRujuk FAQ: https://minimumwages.mohr.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim-4\nAtau\nRujuk Perintah Gaji_Minimum 2022 / 2023 sepenuhnya di sini:\u00a0https://www.mohr.gov.my/\nBaca juga: Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)\nSumber: \nWarta_PGM_Pindaan_2022Download\nhttps://www.mohr.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bkm-kemaskini/", "title": "Semakan Status BKM & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI: Semakan Status BKM Fasa 4 & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia\nBKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.\n\nPerdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 4 telah dipercepat.\nBantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).\nPembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan. Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.\nUntuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.\nKeputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.\nSemakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.\n\n\nSila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLog Masuk MyBKM\n\n \nSemakan Status BKM\n\n \nSemakan Peti Mel\n\n \nSemakan Penerima Tunai BKM\n\n \nBKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Yang Akan Diterima\n\n \nCara Kemaskini Maklumat BKM\n\n \nTerlupa Kata Laluan\n\n \nTarikh Semakan / Kemaskini Maklumat BKM\n\n \nBKM Masuk Akaun Kita Atau Pasangan?\n\n \nMaklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia\n\n\nLog Masuk MyBKM\nMenu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.\nLog Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.\nBagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \nSekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.\nSila rujuk status pengkreditan anda mengikut langkah di bawah:\n\nSemakan Status BKM \nBagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.\n\n\n\n\n\n\nSila rujuk langkah di bawah:\nLayari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini :\u00a0https://bkm.hasil.gov.my.Klik [LOG MASUK BKM].Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.Klik Menu [Semakan Status].Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.Selesai.\n\nStatus BKM LULUS atau tidak beserta amaun kelayakan akan dipaparkan seperti di bawah:\n\nJadual & tarikh pengkreditan akan dipaparkan seperti dalam jadual di bawah:\nRujuk pada Status Kredit di bawah:\nContoh status bayaran bagi penerima bujang.\nRUJUK JUMLAH BAYARAN BKM FASA 3) : BKM Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Tambahan (Dikemaskini)\nSemakan Peti Mel\nAnda juga boleh membuat semakan status dan jumlah pembayaran melalui Peti Mel BKM:\nCaranya, layari pautan https://bkm.hasil.gov.my.\nSila tekan ikon Peti Mel\nMakluman pembayaran BKM yang akan anda terima akan dipaparkan seperti dalam jadual yang dilampirkan.\nNOTA PENTING: Jika anda menerima status seperti di bawah, pastikan anda menghubungi pihak LHDNM dengan segera.\n\nSemakan Penerima Tunai BKM\nBagi penerima tunai BKM, anda boleh mula membuat tuntutan bayaran di BSN selepas diumumkan tarikh rasmi dalam masa terdekat.\nBKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Yang Akan Diterima \nTERKINI: BKM Fasa 3 akan dikreditkan mulai 20 September 2022.\n\nJUMLAH BAYARAN BKM FASA 3 YANG AKAN DITERIMA\nIsi rumah (Kahwin) \u2013 Berumur 59 tahun dan ke bawah\nPendapatan RM0 \u2013 RM2500 :RM200 (Tiada anak)RM300 (1-2 anak)RM400 (3 anak & ke atas)\nPendapatan RM2501 \u2013 RM5000 :RM100 (Tiada anak)RM100 (1-2 anak)RM100 (3 anak & ke atas)\nIsi rumah (Kahwin) \u2013 Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)\nPendapatan RM0 \u2013 RM2500 :RM500 (Tiada anak)RM600 (1-2 anak)RM700 (3 anak & ke atas)\nPendapatan RM2501 \u2013 RM5000 :RM400 (Tiada anak)RM400 (1-2 anak)RM400 (3 anak & ke atas)\nIsi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak:\nPendapatan RM0 \u2013 RM2500 :RM800 (1-2 anak)RM900 (3 anak & ke atas)\nPendapatan RM2501 \u2013 RM5000 :RM600 (1-2 anak)RM600 (3 anak & ke atas)\nBujang & ibu bapa tunggal tiada anak 59 tahun dan ke bawah\nPendapatan RM0 \u2013 RM5000 : RM150\nBujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun dan ke atas\nPendapatan RM0 \u2013 RM5000 : RM150\n\n\n\nCara Kemaskini Maklumat BKM\nBANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022 : KEMAS KINI MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN LULUS BKM 2022\nTerkini LHDN memaklumkan bahawa penerima BKM yang tidak mengemukakan rayuan boleh mengemaskini maklumat asas bermula tarikh berikut:\n12 September 2022 hingga 29 September 2022\nPengemaskinian ini adalah terhad bagi maklumat berikut:\nNo telefon rumahNo telefon bimbitAlamat e-melMaklumat wakil\n\nKemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:\ni. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my ; atau\nii. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.\nAnda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.\nSila rujuk MANUAL KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN BKM 2022 dalam lampiran di bawah:\nBKM-2022-FAQ-Kemas-Kini-Maklumat-Permohonan-BKM-2022Download\nTerlupa Kata Laluan \nTak boleh login?\nBerikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:\nLayari laman web BKM di pautan :\u00a0https://bkm.hasil.gov.my/. Klik \u201cLog Masuk BKM\u201dKlik \u201cTerlupa Kata Laluan\u201dMasukkan nombor MyKad 12 digit dan klik \u201cSemak\u201d.Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik \u201cSeterusnya\u201d.Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik \u201cYa\u201d.Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik \u201cSeterusnya\u201d.Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik \u201cTukar Kata Laluan\u201d.Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.\nLupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password\nTarikh Semakan / Kemaskini Maklumat BKM\nSemakan status LULUS BKM bagi pemohon rayuan dan penerima BKM boleh dibuat mulai 20 September 2022.\nTempoh Kemaskini Maklumat BKM telah dibuka sepanjang tarikh berikut:\nMulai\u00a012 September 2022 sehingga 29 September 2022*.Mulai\u00a010 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022*.\nPermohonan Kemaskini Maklumat Asas BKM 2022 dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berdekatan. \nSila klik\u00a0\u00a0untuk memuat turun Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM 2022.\nBKM Masuk Akaun Kita Atau Pasangan?\nBagi yang berkeluarga, bagaimana nak pastikan sama ada duit BKM akan masuk ke akaun kita akaun pasangan kita?\nBoleh buat semakan seperti berikut:\nLogin ke MyBKMKlik pada menu Semakan StatusKlik Maklumat PembayaranSemak maklumat pembayaran anda pada butiran berikut yang akan dipaparkan:Nombor Pengenalan Akaun DikreditNama PenerimaFasa PembayaranJumlah dikreditStatus KreditNama bankNombor Akaun bank\n\n\nMaklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia\nUntuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:\nBilakah pendaftaran BKM 2022 akan dibuka? Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan). Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022? Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:i. Permohonan Secara Dalam TalianPermohonan BKM 2022 boleh dibuat di:a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; ataub. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /App Store pada telefon bimbitii. Permohonan Melalui BorangBorang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:a. Portal Rasmi BKM LHDNM; ataub. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan? Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perludikemukakan adalah seperti berikut:i. Pemohon:a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataub. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauc. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataud. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamahe. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)ii. Pasangan:a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataub. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadaniii. Anak:a. Anak Kandung \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Lahirb. Anak Angkat \u2013 Salinan MyKad / MyKid; dan \u2013 Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPNBorang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian. Saya telah menghantar permohonan BKM 2022. Sekiranya ada perubahan maklumat,adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan? Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022. Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian? Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu /Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diprosesoleh LHDNM.Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan kecawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula. Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022? Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dankelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan. Bilakah bayaran BKM Fasa 1 dikreditkan? Bayaran BKM Fasa 1 dijangka akan diterima bermula 28 Mac 2022. Berapakah jumlah bayaran BKM Fasa 1 bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 1 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM300B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM200v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima? BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada 27 Jun 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiadav) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan? Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 2001-2 anak : RM3003 anak dan ke atas: RM400B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM1003 anak dan ke atas: RM100ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 5001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM700B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM4001-2 anak : RM4003 anak dan ke atas: RM400iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM8003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM600iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat? Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022. Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori? Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.i) Kategori Isi Rumah Kahwin \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 0 anak : RM 3001-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50000 anak : RM1001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: 1-2 anak : RM6003 anak dan ke atas: RM900B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 \u2013 RM50001-2 anak : RM2003 anak dan ke atas: RM300iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawahA. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiadav) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima? Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali. Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang? RM350 Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas? RM600 : Warga emas bujang / tiada pasanganRM900 \u2013 RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas Rujuk jadual di bawah: NOTA:Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja. Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori keluarga / berkahwin? Penerima BKM Isi Rumah (kategori berkahwin / keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM1000 \u2013 RM3000, bergantung kepada jumlah pendapatan dan bilangan anak serta kadar tambahan.Sila rujuk jadual di bawah:NOTA:Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat;\u00a0atauTambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja. Bilakah rayuan BKM akan dibuka? Rayuan BKM akan dibuka bermula pada 2 Mei selama 1 bulan.Pemohon boleh mengemukakan dokumen untuk semakan semula kelayakan oleh LHDN. \nFAQ_BantuanKeluargaMalaysia_BKMDownload\n\nSila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html\nATAU rujuk\u00a0soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia\u00a0.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/iltizam-anak-selangor/", "title": "ILTIZAM Anak Selangor 2023: Semakan Status & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBANTUAN BAYI BARU LAHIR RM500 @ Program Iltizam Anak Selangor\nBerita gembira untuk anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022!\nProgram Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi baru lahir.\nIa menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.\nSetiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Iltizam Selangor Sihat dan ANAS.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Iltizam Selangor Sihat 2023?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Program Iltizam Anak Selangor 2023\n\n \nSemakan Status\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Iltizam Selangor Sihat 2023?\nProgram Iltizam Anak Selangor adalah sebuah skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.\nIltizam Selangor Sihat (ISS) diperkenalkan yang merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini telah ditambahbaik.\nSetiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.\nWang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas\n\nSyarat Kelayakan\n\nKRITERIA ANAK\n\nAnak kelahiran bermula tahun 2022\nWarganegara Malaysia\nLahir di Selangor\nSedang menetap di Selangor\n\nKRITERIA IBU BAPA / PENJAGA\n\nWarganegara Malaysia\nberumur 18 tahun ke atas\nSedang menetap di Selangor\nPengundi berdaftar di Selangor\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan Program Iltizam Selangor ini telah dibuka bermula 1 Ogos 2022.\nTempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.\nPermohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.\n\nCara Permohonan Program Iltizam Anak Selangor 2023\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/ bermula 1 Ogos 2022.\nBorang permohonan secara manual juga boleh ambil di pejabat DUN terdekat.\n\nSila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:\n\nSalinan sijil kelahiran anak\nSalinan Mykad ibu / bapa / penjaga\nSalinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR\nSalinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)\nSurat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)\n\n\nSemakan Status\nStatus permohonan boleh disemak melalui pautan berikut:\nhttps://anas.yawas.my/online/permohonan.php\nKelulusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui e-mel seperti dalam tangkap layar di bawah:\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\n\nLaman web : https://anas.yawas.my/online/\nTelefon : +03 5481 8800\nE-mel : [email\u00a0protected]\n\nBaca juga: STR Fasa 1 : Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengeluaran-khas-kwsp-10000/", "title": "Pengeluaran Khas KWSP RM10,000: Login pengeluarankhas.kwsp.gov.my", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli.\nMenyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.\nTerkini, Tengku Zafrul telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran Pengeluaran Khas telah diawalkan ke 18 April 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000\n\n \nPortal Pengeluaran Khas KWSP 2022 Dibuka Mulai 1 April \u2013 30 April\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Pembayaran\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nAmaun Pengeluaran\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nPersediaan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP\n\n \nCara Semakan Status\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000\nLanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.\nMaklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.\nBerikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.\nPortal Pengeluaran Khas KWSP 2022 Dibuka Mulai 1 April \u2013 30 April\nPortal Pengeluaran Khas KWSP kini dibuka untuk memudahkan pemohon membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 seperti yang diumumkan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pengeluaran_Khas yang dimuatnaik di Portal berkenaan.\nPerincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:\nPermohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahunTarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022Tempoh bayaran bermula 20 April 2022Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10K, minimum RM50Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)\n\nTarikh Permohonan\n1 April \u2013 30 April 2022 \nCara Permohonan\nPermohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.\nRujuk langkah permohonan berikut:\n\n\n\n\n\n\nLayari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan pilih MOHON SEKARANG.Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.Tentukan AMAUN PILIHAN PENEGLUARAN. Rujuj pada A atau B di sebelah kanan.Tekan TERUSKAN.Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.Tekan TERUSKAN.Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.Selesai! \n\nTarikh Pembayaran\nPembayaran akan dibuat bermula 18 April 2022 (Isnin) secara berperingkat.\nKaedah Pembayaran\nPembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).\nAmaun Pengeluaran\nPengeluaran minimum : RM50Pengeluaran maksimum : RM10,000Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.\n*Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.\n\n\nSyarat Kelayakan\nAhli KWSP berumur bawah 55 tahunWarganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetapMempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150\n\nPersediaan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP\nSementara itu, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.\nPastikan:\nNombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSPBaki simpanan KWSP disemakNombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat\n\nAhli juga diingatkan agar permohonan pengeluaran ini dimohon melalui Portal Pengeluaran_Khas KWSP yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\n\n\n\nCara Semakan Status \nHi semua! Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui 2 kaedah berikut:\ni. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my:Menu Semak Status Permohonan\nRujuk langkah di bawah:\nPengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Untuk Semakan (rujuk panduan penuh ini untuk memudahkan proses semakan anda)Panduan Penuh:\nLayari Portal Pengeluaran Khas KWSPKlik \u2018Teruskan\u2019Klik \u2018Semakan Status Permohonan\u2019Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKASIsi No Telefon BimbitSahkan CaptchaKlik \u2018Semak Status\u2019Keputusan Permohonan Dipaparkan seperti di bawah.\n\nStatys permohonan yang lulus akan dipaparkan seperti berikut:\n\nii. i-Akaun (Ahli): Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran\nBagi semakan di i-Akaun pula, sila ikuti langkah berikut:\nLogin ke i-Akaun KWSP ahliPergi ke Menu PengeluaranKlik Sejarah PengeluaranKlik Pengeluaran Khas\nButiran kelulusan dan tarik bayaran akan dipaparkan seperti di bawah:\n\n\nJika status anda masih tertera sebagai PERMOHONAN DITERIMA seperti di bawah, ini bermaksud\nPermohonan anda telah diterima dan sedang diproses secara berperingkatSemakan boleh dibuat dari semasa ke semasa\n\nTarikh Bayaran\nBayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai *18 April 2022. (*Telah diawalkan berbanding tarikh asal yang ditetapkan pada 20 April 2022)\nSumber: Menteri Kewangan (Rujuk video pengumuman penuh: Tarikh Bayaran KWSP Diawalkan)\nHarap maklum. Diharap info ini dapat membantu.\nSila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengeluaran_Khas KWSP dalam senarai di bawah:\nMengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan? Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa \u2018Peralihan Ke Endemik\u2019 sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19. Siapakah yang layak memohon? Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; danMempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan. Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas? Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas? Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan? Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas? Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.NOTA: Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat? Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100? Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas? Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022. Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat? Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022. Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas? Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment). Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli? Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:\u2013 Akaun bank (simpanan atau semasa)\u2013 Akaun bank masih aktif\u2013 Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)Peringatan:\u2013 Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.\u2013 Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.\u2013 Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.\u2013 Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.\u2013 Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank. Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas? Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar. Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda? Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran? Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:Amaun Pengeluaran Khas RM10,00020% daripada amaun pengeluaran 20% x RM10,000 = RM2,000Amaun penggantian semula RM10,000 + RM2,000 = RM12,000Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2). Apakah rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran? Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan. Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain? Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas? Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka? Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:\u2013 i-Akaun (Ahli)\u2013 Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun\u2013 Kios KWSP Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas? Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:\u2013 Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau\u2013 Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli) Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas? Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:\u2013 Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan\u2013 Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.\u2013 Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.\u2013 Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing. \nSumber: Laman web https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/\nSumber: Facebook KWSP\nAnda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online. Sila rujuk: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata\nMaklumat Lanjut\nRujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:\nLaman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.myAsk ELYA di laman web rasmi KWSPMedia sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848\nBaca juga: \nPengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan \u2013 PM Ismail Sabrii-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kasih Suri Keluarga Malaysia RM480\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kursus-sijil-pendidikan-awal-kanak-kanak-kis-kemas/", "title": "Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (kis.kemas.gov.my)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA KEMAS) TAHUN 2023 (kis.kemas.gov.my)\nWarganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA) Tahun 2023.\nPermohonan dibuka mulai 20 Januari 2023 (Jumaat) sehingga 3 Februari 2023 (Jumaat).\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan tawaran ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA KEMAS)\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Permohonan Online (kis.kemas.gov.my)\n\n\nTawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA KEMAS)\nProgram Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:\n\nTaman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 \u2013 4 Tahun\nTaman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 \u2013 6 Tahun\n\nMAKLUMAT KURSUS\n\nTempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS\nTempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan\n\nKursus ini\u00a0bukanlah satu jaminan\u00a0kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak\u00a0(contract of service)\u00a0KEMAS.\u00a0Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di\u00a0SEMENANJUNG MALAYSIA\u00a0sahaja.\n\nSYARAT KELAYAKAN\nCalon hendaklah\u00a0memiliki kelayakan\u00a0seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia;\nBerumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;\nDiploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf\u00a0oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan;\u00a0dan\nKepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu\u00a0pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nTerbuka kepada calon lelaki atau perempuan.\nTelah menamatkan pengajian\u00a0dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).\nTidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak\u00a0(contract of service)\u00a0dalam perkhidmatan Kerajaan.\n\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://kis.kemas.gov.my\nSila rujuk langkah-langkah pendaftaran dan permohonan online seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \n\nMalaysia Madani : 6 Rukun, Maksud & Konsep Pelaksanaan\n10 Orang Terkaya di Dunia (2023)\n\nTarikh Permohonan\nMulai 20 Januari hingga 3 Februari 2023\nHanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.\nCalon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap\u00a0tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.\nMaklumat Lanjut Permohonan Online (kis.kemas.gov.my)\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran di bawah :\n\n\n\nSebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut:\n\nFacebook: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat\nTelefon : 03-8891 2682\nTiktok : kemastv1\nYoutube: kemastv\nLaman web rasmi: https://kemas.gov.my\nLaman permohonan rasmi: https://kis.kemas.gov.my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-pahang-sekolah-menengah/", "title": "Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Sesi Persekolahan 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BIASISWA PAHANG (SEKOLAH MENENGAH) TINGKATAN 6 RENDAH KINI DIBUKA!\nKerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi persekolahan 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama dalam negeri Pahang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2022 / 2023\n\n \nKadar Biasiswa\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPermohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2022 / 2023\nBiasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983. Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.\n\n\n\n\n\n\nKeutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.\nMulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.\nYayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, serta pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.\nSebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai\u00a0Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)\nKadar Biasiswa\nKadar biasiswa yang ditawarkan adalah RM 300 bagi setiap penerima.\nSyarat Kelayakan\nKriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah seperti berikut:\nPemohon adalah warganegara Malaysia.Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.\nTarikh Permohonan\nTarikh tutup permohonan adalah pada 14 September 2022.\nBaca Juga : Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Untuk Siswa Kelahiran Pahang\nCara Memohon\nIbu bapa yang ingin memohon boleh kemukakan permohonan melalui borang permohonan.\nBorang permohonan diperolehi melalui SEKOLAH DAN PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) manakala syarat kelayakan dan kriteria boleh dirujuk di laman web YP di\u00a0www.yp.org.my.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sila layari laman web Yayasan Pahang di link berikut https://www.yp.org.my/. Anda juga boleh menghubungi 09-518 1800 untuk sebarang pertanyaan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pbppp-kpm/", "title": "PBPPP 2023: Garis Panduan & Takwim Pelaksanaan Penilaian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENILAIAN PERTAMA PBPPP TAHUN 2023\nPelaksanaan Penilaian Pertama PBPPP bagi tahun 2023 telah bermula pada 03 April hingga 27 Jun 2023. \nMohon Pegawai Penilai (PP) yang dilantik menyemak serta memastikan senarai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan, paparan borang skor PYD dan instrumen PYD adalah TEPAT berdasarkan bidang tugas PYD. \nMohon pastikan perbincangan antara PP dan PYD penetapan sasaran keberhasilan PYD turut dilaksanakan.\nApakah maksud\u00a0PBPPP\u00a0ini? \nPenilaian ini merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 \u20132025.\u00a0\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan PBPPP.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PBPPP KPM?\n\n \nGaris Panduan / Format Borang Keberhasilan\n\n \nTarikh-tarikh Penting (Takwim PBPPP 2023)\n\n \nCara Semakan Slip Keputusan Markah PBPPP Di HRMIS\n\n \nTarikh Semakan Markah PBPPP\n\n \nIstilah Berkaitan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah PBPPP KPM?\nPBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).\nSistem yang digunakan adalah sistem ePrestasi.\u00a0 ePrestasi\u00a0merupakan satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, dimana sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.\u00a0\n\nPBPPP memberi fokus kepada elemen:\n\nKompentensi\nPotensi\nKeberhasilan\u00a0Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas. Penilaian ini diwujudkan berdasarkan\u00a0Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi,\u00a0 Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.\n\nMaklumat yang perlu dikemas kini dengan tepat dalam Sistem e-Operasi / e-Prestasi termasuklah:\n\nAgensi Melantik\nJawatan\nGred\nTarikh Lantikan Pertama\n\nBaca juga: \n\nePrestasi KPM: Panduan Isi Borang Keberhasilan 2021 (Penilaian Akhir)\neOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online\n\nGaris Panduan / Format Borang Keberhasilan\n\nPENAMBAHBAIKAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) PBPPP\nAdalah dimaklumkan, terdapat penambahbaikan pada fungsi Pegawai Yang Dinilai (PYD) di mana PYD tidak boleh menghantar LNPT selagi Pegawai Penilai Pertama (PPP) tidak mengesahkan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PYD.\nRajah 3 ialah format Borang Keberhasilan yang mesti digunakansemasa menetapkan sasaran keberhasilan untuk mendapatkan skorpenilaian keberhasilan dan peratus melebihi sasaran.\nTemplat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel (versi 2007 dan ke atas) boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.\nGaris Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) PBPPP ini disediakan untuk panduan semua pihak dalam menilai prestasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nGPPKK ini menerangkan secara khusus terma dan syarat-syarat, prosedur dan kaedah pelaksanaan penilaian bagi mengelakkan kekeliruan. \nDiharapkan GPPKK ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan penilaian PKK PBPPP seperti yang dihasratkan.\nPanduan Penilaian Borang Keberhasilan PBPPPDownload\nTEMPLAT-BORANG-KEBERHASILAN_2021Download\nTarikh-tarikh Penting (Takwim PBPPP 2023)\n\n1 Mac \u2013 31 Mac : Kemaskini Maklumat\n3 April \u2013 27 Jun : Penilaian Pertama\n28 Jun \u2013 16 Julai : Penyelenggaraan Sistem\n17 Julai \u2013 1 September : Kemaskini Pertukaran\n17 Julai \u2013 30 September : Pertukaran Pegawai Penilai\n4 September \u2013 1 Disember : Penilaian Akhir\n2 Disember \u2013 10 Disember : Penyelenggaraan Sistem\n11 Disember \u2013 22 Disember : Pelarasan Markah\n23 Disember \u2013 7 Januari 2024 : Penyelenggaraan Sistem\n8 Januari 2024 \u2013 16 Februari 2024 : Penilaian Guru Baharu 2023\n\n\nCara Semakan Slip Keputusan Markah PBPPP Di HRMIS\nAnda boleh membuat semakan markah / slip keputusan PBPPP masing-masing melalui pautan : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/\n\nNOTA:\nBagi yang tidak dapat mengakses markah ini di HRMIS, sila rujuk dengan Jawatankuasa Prestasi di peringkat negeri.\nUntuk membuat rayuan markah, prosedur tersebut tertakluk kepada Jawatankuasa Prestasi masing-masing. Sila rujuk dengan Jawatankuasa tersebut apa yang perlu dibuat dan bagaimana hendak dibuat.\nTarikh Semakan Markah PBPPP\nBahagian Pengurusan HRMIS KPM memaklumkan bahawa Paparan Slip Keputusan PBPPP 2022 di dalam HRMIS boleh mula diakses mulai 20 Februari 2023.\nRayuan semakan semula markah adalah dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh paparan markah.\nAduan teknikal HRMIS boleh disalurkan melalui em-mel Meja Bantuan iaitu [email\u00a0protected]\nAduan TIADA PAPARAN MARKAH hendaklah disalurkan kepada urusetia PPSM masing-masing.\n\nIstilah Berkaitan \nBerikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:\n\nBidang tugas bermaksud skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas.\nSasaran keberhasilan bermaksud hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi\nPenilaian Pertama bermaksud markah pencapaian atau peningkatan semasa penilaian pertama pada pertengahan tahun penilaian.\nPenilaian Akhir bermaksud markah pencapaian atau peningkatan pada akhir tahun penilaian.\nMelebihi Sasaran bermaksud melebihi sasaran yang telah disasarkan.\nCatatan bermaksud makluman hasil semakan semula sasaran sama ada kekal, pinda, gugur atau tambah selepas penilaian pertama.\nBilangan Sasaran bermaksud bilangan keseluruhan sasaran keberhasilan yang dinilai.\nJumlah Markah bermaksud markah keseluruhan pencapaian atau peningkatan sasaran keberhasilan yang dinilai.\nPeratus Pencapaian bermaksud purata markah keberhasilan bagi sasaran yang dinilai dan pencapaian peratus melebihi sasaran.\nSkor bermaksud skor penilaian berdasarkan tahap keberhasilan. Skor bagi penilaian pertama dan penilaian akhir mesti dipindahkan dalam Sistem e-Prestasi oleh PP1.\nRuangan peratus melebihi sasaran. Peratus ini mesti dipindahkan ke dalam Sistem e-Prestasi pada ruang Peratus Melebihi Sasaran.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau terus ke https://eprestasi.moe.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sooka-malaysia/", "title": "Cara Daftar Sooka, Platform Strim Langsung (Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar Sooka, Platform Strim Langsung (Malaysia)\nSooka menawarkan variasi filem serta drama bersiri yang tepat dengan citarasa rakyat Malaysia. \nDari rancangan tempatan, hinggalah ke anime, K-drama dan rancangan sukan ekslusif, semuanya ada di Sooka.\nAplikasi penstriman yang dilancarkan oleh Astro ini turut menawarkan beberapa rancangan istimewa daripada Astro seperti MeleTOP, All Together Now, Astro Awani, drama bersiri Astro Originals dan macam-macam lagi.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai platform ini.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Cara Daftar Astro Go Percuma Di Telefon Pintar & Peranti Mudah Alih\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPelan Bulanan / Harga Langganan Sooka\n\n \nBerapa Banyak Peranti Boleh Mengakses Platform Ini?\n\n \nCara Daftar Sooka\n\n \nCara Langgan Sooka\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPelan Bulanan / Harga Langganan Sooka\nUntuk membolehkan anda tonton dan muat turun lebih banyak kandungan di Sooka, anda boleh langgan pek bulanan dengan harga serendah RM 15.90.\nBerikut merupakan pelan bulanan yang ditawarkan di Sooka :\nPek Langganan (bulanan)Harga (+6% cukai digital)VIP EntertainmentRM 15 + 6% = RM 15.90VIP SportsRM 39.50 + 6% = RM 41.90VIP TV (monthly)RM 80.10 + 6% = RM 84.90\nBila anda melanggan Sooka, anda bakal berpeluang untuk tonton lebih banyak kandungan ekslusif seperti original series, rancangan sukan secara langsung dan macam-macam lagi \u00a0tanpa sebarang iklan.\nBerapa Banyak Peranti Boleh Mengakses Platform Ini?\nIa bergantung kepada jenis pek bulanan yang anda langgan seperti berikut :\n\nVIP Entertainment / VIP+Sports \u2013 5 peranti (telefon bimbit & laman web)\nVIP TV \u2013 2 peranti (1 di telefon bimbit, 1 di Smart TV)\n\nCara Daftar Sooka\nBerminat untuk streaming di Sooka? Anda boleh ikuti cara mendaftar dengan lebih lanjut seperti berikut :\n\nMuat turun aplikasi ini di Google Play Store atau App Store. Anda juga boleh layari pautan https://sooka.my\nDi laman Home, klik pada bahagian \u2018Profile.\nTekan \u2018Sign up\u2019 untuk mula mendaftar. Masukkan butiran yang diperlukan dan \u2018tick\u2019kan pada kotak \u2018I agree to the Terms and Conditions\u2019.\n\nNota : Anda bukan sahaja boleh mendaftar menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon, malah anda juga boleh gunakan akaun social media, akaun Google mahupun akaun Apple.\n\nKlik butang \u2018Continue\u2019 dan satu pop-up akan terpapar untuk pengesahan keluar. Masukkan 6-digit nombor OTP yang telah dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon anda.\nSeterusnya, kik butang Continue untuk lengkapkan pendaftaran. \nKini, anda boleh nikmati rancangan kegemaran anda di Sooka. \u00a0\n\nCara Langgan Sooka\nUntuk melanggan pek bulanan SookaMY, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :\n\nBuka aplikasi ini atau layari pautan https://sooka.my\nTekan butang More yang terletak di bahagian bawah.\nPilih Subscription Packs dan tekan Choose Me untuk mula melanggan plan yang anda inginkan.\nSatu pop-up untuk pembayaran akan muncul. Teruskan dengan klik pada butang \u2018Proceed\u2019.\nMasukkan butiran bagi kad debit atau kad kredit anda. (Setakat ini, kaedah pembayaran bagi langganan Sooka adalah terhad melalui kad debit atau kad kredit sahaja).\nMasukkan alamat e-mel anda dan tekan \u2018Proceed to Pay\u2019. Masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik Submit untuk selesaikan pembayaran.\nLangganan selesai. Kini anda boleh nikmati lebih banyak rancangan menarik di platform ini.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai platform ini, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan menerusi alamat e-mel [email\u00a0protected]. \nAnda juga boleh semak Soalan Lazim mengenai platform ini di pautan berikut : \nSOALAN LAZIM SOOKA\nPlatform media sosial Sooka Malaysia seperti berikut :\nTwitter : https://twitter.com/sookamalaysia/\nInstagram : https://www.instagram.com/sookamalaysia/\nFacebook : http://facebook.com/sooka.malaysia\nYoutube : https://play.google.com/intl/en_us/badges/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semak-baki-courts-mammoth/", "title": "Semakan Baki Bayaran Courts Mammoth", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda membeli sebarang produk dari Courts Mammoth dengan pelan ansuran dan mahu semak baki Courts Mammoth anda? Mudah sahaja.\nCourts Mammoth adalah sebuah jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia dan terkenal dengan skim pembayaran secara ansuran untuk produk-produknya seperti perabot, perkakasan elektrik dan banyak lagi.\nSecara umumnya terdapat 3 cara untuk membuat semakan baki pembayaran ansuran Courts Mammoth:\n\n\n\n\n\n\nWhatsAppEmelLaman web Courts Mammoth\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkim FlexiCredit Courts Mammoth\n\n \nSemak baki Courts Mammoth melalui WhatsApp\n\n \nSemak baki Courts Mammoth melalui laman web Courts Mammoth\n\n \nSemak baki Courts Mammoth melalui emel\n\n\nSkim FlexiCredit Courts Mammoth \n\nSkim pembayaran secara ansuran yang diperkenalkan oleh Courts Mammoth ini dikenali sebagai skim FlexiCredit.\nDibawah skim ansuran ini, terdapat pelbagai pilihan pelan antaranya FlexiBasic, FlexiCashback, FlexiBonus, FlexiLite, FlexiValue dan FlexiWaiver.\nPembelian secara ansuran dengan skim FlexiCredit ini cukup mudah dengan kelulusan dalam tempoh 24 jam, RM0 deposit dan pembeli tidak perlu membayar apa-apa untuk tempoh 30 hari pertama. \nUntuk info lanjut mengenai skim ansuran FlexiCredit ini serta mengetahui secara mendalam pelbagai pelan FlexiCredit Courts Mammoth ini, sila layari halaman FlexiCredit.\nSemak baki Courts Mammoth melalui WhatsApp \nCara yang paling mudah adalah menghantar mesej kepada pihak Courts Mammoth melalui aplikasi WhatsApp dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari halaman Contact Us di laman web Courtsh Mammoth. Anda juga boleh klik pautan ini https://www.courts.com.my/contact/Kemudian, pada bahagian WhatsApp Enquiry klik pada pautan \u201cClick Here\u201dIkuti langkah-langkah yang diberikan melalui WhatsApp. Pastikan anda mempunyai maklumat berikut:No akaun \u2013 Sekiranya tidak ingat, boleh semak dengan ejen Courts Mammoth dengan memberikan nombor kad pengenalan andaNo kad pengenalan\nSemak baki Courts Mammoth melalui laman web Courts Mammoth \nAnda juga boleh menyemak baki bayaran ansuran Courts Mammoth anda melalui akaun di laman web Courts Mammoth sendiri dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman Courts Mammoth di talian https://www.courts.com.my/Klik pada ikon \u201cSign In\u201cLog masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baru, sila daftar dengan klik pada tab \u201cNew to Courts\u201d. Anda juga mempunyai pilihan untuk mendaftar dengan akaun Facebook anda.Isikan butiran-butiran maklumat peribadi seperti nama, emel, kad pengenalan, no telefon bimbit, kata laluan dan pengesahan kata laluanKemudian, masukkan tulisan imej Captcha untuk pengesahanSetelah log masuk, sila ke bahagian My Order untuk semak baki bayaran Courts Mammoth \nSemak baki Courts Mammoth melalui emel\nSemakan baki akaun Courts Mammoth juga boleh dilakukan dengan menghantar emel kepada pihak Courts Mammoth.\nBukan aplikasi emel anda (GMail, Hotmail, Yahoo! Mail dsbnya)Masukkan emel [email\u00a0protected]Pada bahagian subjek, nyatakan tujuan emel dihantar. Contohnya \u201cPertanyaan Baki Bayaran Courts Mammoth\u201dDalam emel tersebut, pastikan anda turut menyertakan maklumat -maklumat penting seperti nombor kad pengenalan dan nombor akaun andaHantar emel tersebutPihak Courts dijangka akan membalas emel anda dalam 1 hingga 2 hari tempoh bekerja\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-dipermudahkan-urusan-jakim/", "title": "Doa Dipermudahkan Urusan \u2013 JAKIM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDoa Dipermudahkan Urusan\nDalam menjalani urusan kita sehari-harian, kita pasti mahukan semuanya berjalan dengan lancar dan baik. \nNamun, dalam kehidupan, ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran serta masalah. Habis satu masalah datang, perkara lain pula menyusul.\nHanya yang pernah melaluinya sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk hadapi ketidaktentuan hidup.\n\n\n\n\n\n\nSebagai hamba, kita tiada daya untuk mengawal apa yang bakal terjadi.\u00a0 \nDi samping berusaha sehabis mungkin, kita sebagai umat Islam juga sangat digalakkan untuk banyak berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.\nTerdapat satu doa khas yang boleh dibaca supaya dipermudahkan segala urusan. Jom kita semak doanya bersama.\nBaca Juga : Doa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki \u2013 JAKIM\nDoa Dipermudahkan Urusan\nDaripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u0627 \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0645\u0627 \u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u0652\u062a\u064e\u0647\u064f \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u0627\u064b\u060c \u0648\u0623\u0646\u0652\u062a\u064e \u062a\u064e\u062c\u0652\u0639\u064e\u0644\u064f \u0627\u0644\u062d\u064e\u0632\u0652\u0646\u064e \u0625\u0630\u064e\u0627 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e \u0633\u064e\u0647\u0652\u0644\u0627\u064b\nMaksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.\nRiwayat al-Baihaqi (265)\n\nSumber : Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia \u2013 JAKIM \nSesungguhnya, hanya Allah yang mampu memudahkan perkara yang sukar, mampu meluaskan jalan yang sempit.\nManusia hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan. Sebagai hamba yang lemah, kita perlulah melazimi untuk berdoa dan meletakkan harapan kepada-Nya dalam setiap urusan yang kita lakukan.\nDoa tidak mungkin dapat menghilangkan masalah sekelip mata, namun semoga dengan berkat doa ini, Allah dapat melapangkan fikiran dan hati kita supaya dapat melalui cabaran dengan lebih sabar dan cekal.\nIngatlah bahawa Allah memegang sifat Ar-Razzaq, Yang Maha Memberikan Rezeki dan mencukupkan keperluan hamba-hambanya.\n\u00a0Semoga perkongsian doa dipermudahkan urusan ini bermanfaat buat anda untuk amalkan setiap hari. Semoga Allah SWT permudahkan setiap urusan kita. Selamat beramal!\nBaca juga: Doa Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lirik-lagu-patriotik-hari-merdeka-kebangsaan/", "title": "Himpunan Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHIMPUNAN LIRIK LAGU PATRIOTIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA / HARI MERDEKA\nTarikh keramat 31 Ogos sememangnya satu tarikh yang cukup bermakna bagi kita seluruh rakyat Malaysia. \nSepanjang bulan Ogos, biasanya kehangatan sambutan bulan Kebangsaan sudahpun bermula.\nGuru-guru, penjawat awam, murid dan orang awam tentunya ramai yang mula membuat carian dan diperdengarkan dengan pelbagai lagu patriotik bagi menyuntik semangat cintakan negara.\nLagu-lagu ini bukan hanya membantu kita mengingat kembali jasa-jasa tokoh yang berkorban nyawa untuk kita, bahkan turut meniupkan semangat patriotik dalam diri.\nDi sini kami kongsikan beberapa lagu patriotik berserta lirik untuk memeriahkan sambutan hari kebangsaan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan Di Malaysia\n\n \nMuat Turun\n\n\nSenarai Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan Di Malaysia\nTAJUK: TANGGAL 31\nLirik:\nTanggal 31Bulan lapan, 57Merdeka, merdekaTetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarah\nTanggal 31Bulan lapan, 57Hari yang muliaHari bahagiaSambut dengan jiwa yang merdeka\nMari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!31, bulan lapan, 57Hari mulia, negaraku merdeka\nTanggal 31Bulan lapan, 57Merdeka, merdekaTetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarah\nTanggal 31Bulan lapan, 57Hari yang muliaHari bahagiaSambut dengan jiwa yang merdeka\nMari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!31, bulan lapan, 57Hari mulia, negaraku merdeka\nMari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka!31, bulan lapan, 57Hari mulia, negaraku merdeka\nMerdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!\n\n\n\nTAJUK: KERANAMU MALAYSIA\n\n\n\n\n\n\nLirik: \nBuruh, nelayan dan juga petaniGaya hidup kini dah berubahAnak-anak terasuh mindanyaLahir generasi bijak pandai\nPakar IT, pakar ekonomiJaguh sukan dan juga jutawanBerkereta jenama negaraMegah menyusur di jalan raya\nAlam cyber teknologi terkiniKejayaan semakin hampiriBiar di kota ataupun desaKita semua pasti merasa bangga\nKeranamu kami mendakap tuahKeranamu kami bangsa berjayaKeranamu kami hidup selesaLimpah budi kemakmuran negara\nKeranamu kami bebas merdekaKeranamu myawa dipertaruhkanKeranamu rela kami berjuangDemi bangsa kedaulatan negara\n( ulang dari mula )\nKeranamu Negara MalaysiaMalaysia\u2026\nTerima kasih Malaysia !\n\n\n\nTAJUK: SAYA ANAK MALAYSIA\nLirik: \nSembilan belas lima puluh tigaBulan lima aku dilahirkanDi sebuah negeri yang diberi namaNegeri Sembilan\nSelepas itu aku dibesarkanDi negeri KelantanAku belajar di sekolah orang putihDekat dengan Pasir Putih\nSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak Malaysia\nLepas sekolah aku merayauNegeri mat saleh aku merantau\nTempat orang indah sekaliTapi Malaysia tetap di hati\nSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak Malaysia\nSampai masa aku pun balikMakweku tengok dia pelikDia kata dia nak jadi apaAku kata itu Tuhan punya kuasa\nLemah-lembut sopan-santunSudah menjadi darah dagingkuWalaupun aku nampaknya kutuAku hormat orang tuaku\nSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak Malaysia\nSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak Malaysia\nSaya anak MalaysiaSaya anak MalaysiaSaya anak Malaysia\n\n\n\nTAJUK : JALUR GEMILANG\nLirik:\nMerahmu bara semangat wajaPutihmu bersih budi pekertiKuning berdaulat payung negaraBiru perpaduan kami semua\nPuncak dunia telah kau tawanLautan luas telah kau redahMembawa semangat jiwa merdekaSemarak jaya kami warganya\nEmpat belas melintang jalurnyaSemua negeri dalam MalaysiaSatu suara satu semangatItu sumpah warga berdaulat\nJalur gemilang\u2026 di bawah naunganmuJalur gemilang\u2026 kami semua bersatuPerpaduan ketaatanAmalan murni rakyat Malaysia\nJalur gemilang\u2026 megah kami terasaJalur gemilang\u2026 kibarkanlah wawasanMerah putih biru kuningJalur semangat kami semua\nBerkibarlahBerkibarlahBerkibarlah\n\n\n\nTAJUK : AKU NEGARAKU\nLirik :\nKu sedar tanah air aku bertuahDi sini tempatku berjasaKu sedar sempurna hidupku di siniMalaysia ku terhutang budi\nAku NegarakuAku NegarakuSememangnya Negaraku majuNegaraku tanah tumpah darahku\nAku NegarakuDi hatiku negarakuSelamanya aku negaraku satuNegaraku tanah tumpah darahku\nKita bersama membina masa depanSemangat setinggi angkasaKita bersama bersyukur pada TuhanKepada-Nya kita berserah\nAku NegarakuAku NegarakuSememangnya Negaraku majuNegaraku tanah tumpah darahku\nAku NegarakuDi hatiku negarakuSelamanya aku negaraku satuNegaraku tanah tumpah darahku\nKu laungkan namamu ke seluruh duniaMalaysia aku bahagiaAku Negaraku\nAku NegarakuAku NegarakuSememangnya Negaraku majuNegaraku tanah tumpah darahku\nAku NegarakuDi hatiku negarakuSelamanya aku negaraku satuNegaraku tanah tumpah darahkuAku Negaraku\n\n\n\nTAJUK : SATU MALAYSIA\nLirik:\nDunia kian berubahPerubahan melingkariMelaksana hasrat hatiKejayaan terbukti\nDunia yang megahDengan misi yang gagahKerana perpaduanKita masih bersama\nKita satu bangsaKita satu negaraKita satu matlamatKita satu bangsaSatu negaraKita 1 Malaysia\nBermulanya sekarangPerjalanan dilaksanaSeia sekataSehati dan sejiwa\nMembina masa hadapanMenuju kejayaanKita semua rakyat MalaysiaHarmoni saling menghormati\nKita satu bangsaKita satu negaraKita satu matlamatKita satu bangsaSatu negaraKita 1 Malaysia\n\n\n\nTAJUK : WARISAN\nDi sini lahirnya sebuah cintaYang murni abadi sejatiDi sini tersemai cita citaBercambah menjadi warisan\nAndai ku terbuang tak diterimaAndai aku disingkirkanKe mana harusku bawakanKe mana harusku semaikan cinta ini\nBetapaDi bumi ini ku melangkahKe utara selatan timur dan baratKu jejaki\nAku bukanlah seorang perwiraGagah menguna senjataNamun hati rela berjuangWalau dengan cara sendiriDemi cinta ini\nKu ingin kotakan seribu janjiSepanjang kedewasaan iniKu ingin sampaikan pesananAkulah penyambung warisan\nAndai ku terbuang tak diterimaAndai aku disingkirkanKe mana harusku bawakanKe mana harusku semaikan cinta ini\nBetapaDi bumi ini ku melangkahKe utara selatan timur dan baratKu jejaki\nAku bukanlah seorang perwiraGagah menguna senjataNamun hati rela berjuangWalau dengan cara sendiriDemi cinta ini\nKu ingin kotakan seribu janjiSepanjang kedewasaan iniKu ingin sampaikan pesananAkulah penyambung warisan\n\n\n\nBaca juga: \nKeluarga Malaysia: Konsep, 3 Teras Utama, Lirik Lagu Tema & LogoSekolahku SEJAHTERA KPM: Lagu, Lirik, Konsep & 14 Elemen Nilai Murni\nMuat Turun\nSila muat turun lagu patriotik Malaysia dalam senarai di bawah:\nBil.Tajuk1Malaysia Bersih2Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku (Lagu Kempen Bulan Kemerdekaan ke-56)3Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera (Lagu Kempen Bulan Kemerdekaan ke-54)4Kembara Transformasi5MINDA6Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera7Satu Malaysia \u2013 Limkokwing University8Warisan9Wawasan 202010Tekad11Tanah Pusaka12Tanggal 3113Selamat Pergi Pahlawanku14Suara Minda15Sejarah Pertiwiku16Rukun Negara17Perpaduan Teras Kejayaan18Putra Putri19Pahlawanku20Perwira21Perajurit Tanah Air22Permainya Bumi Malaysia23Perkhidmatan Awam24Nasionalisme Teras Perpaduan25Nyalakan Tekad26Muhibbah27Malaysia Milik Kita28Malaysia Tanah Airku29Malaysia Boleh30Malaysia Tercinta31Malaysia Baru32Malaysiaku Gemilang33Malaysia Milik Kita34Kemegahan Negaraku35Kerana Mu Malaysia36Joget Malaysia37Jalur Gemilang38Gemilang Malaysia39Dirgahayu Tanah Air Ku40Cemerlang Gemilang Terbilang (Koir)41Cinta Setia42Berjaya43Bumi Malaysia44Bahtera Merdeka45Bersatu Berdisplin46Negaraku (Instrumental)47Negaraku (Koir)48Budi Bahasa Budaya Kita491 Malaysia VI501 Malaysia V511 Malaysia IV521 Malaysia III531 Malaysia II541 Malaysia\nSumber: K-KOMM (https://www.kkmm.gov.my/awam/galeri-kkmm-menu/galeri-audio)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/asuh-pintar/", "title": "Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 Asuh Pintar 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI TASKA ASUH PINTAR SESI 2022 TELAH DIBUKA\nYAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM 100.00 bagi yang layak. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan subsidi ini, syarat kelayakan serta cara untuk membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar 2022?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTarikh Tutup Permohonan Asuh Pintar 2022\n\n \nCara Permohonan Bantuan Subsidi Taska Asuh Pintar 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n \nAlamat\n\n \nHotline\n\n \nEmail\n\n\nApakah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar 2022?\nMelalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang\u00a0berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. \nBantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR).\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan permohonan adalah\nWarganegara MalaysiaLahir serta menetap di Selangor atau tidak dilahirkan di Selangor tetapi menetap sekurang-kurangnya lima tahunPendapatan isi rumah RM5,000 ke bawahSuami dan isteri bekerjaAnak berumur empat tahun ke bawahTerhad kepada dua anak sahajaTaska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat *Untuk melihat senarai taska yang berdaftar atau bagi yang baru hendak mendaftar taska\u00a0sila klik di\u00a0\u00a0sini\u00a0Ibu dan bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia\nTarikh Tutup Permohonan Asuh Pintar 2022\nTarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah\u00a0pada 15 haribulan setiap bulan\u00a0untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. \nSebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.\nBaca juga: Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1, UKM2 & UKM3)\u00a0[email\u00a0protected]\nCara Permohonan Bantuan Subsidi Taska Asuh Pintar 2022\nPermohonan kali pertama boleh klik di\u00a0\u00a0sini\u00a0\u00a0untuk membuat permohonan online\nCARA PENDAFTARAN ANAK ASUHAN SKIM ASUH PINTAR\u00a0\nBagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian(online) dan dokumen sokongan lengkap\u00a0WAJIB\u00a0disertakan adalah seperti berikut;\nBorang pendaftaran online yang dicetak dari sistemSalinan sijil kelahiran anak yang dipohonSalinan MyKad IbuSalinan MyKad BapaSlip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.\n*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut:\u00a0Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,Selangor Darul EhsanNo Tel 03-5481 8800*Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.\nIbu bapa yang ingin membuat semakan status permohonan Asuh Pintar boleh klik di\u00a0sini.\nBaca juga: Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut sila layari\u00a0https://asuhpintar.yawas.my atau hubungi talian 03-54818800\nAlamat\nAras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.\nHotline\n03 5481 8800\nEmail\n[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-lestari-kwsp/", "title": "i-Lestari Online: Semak Status Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerkini, semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 boleh dibuat secara online di portal rasmi ilestari.kwsp.gov.my.\nSelain itu, portal tersebut juga membolehkah pengguna untuk:\nMembuat permohonan,Menyemak permohonan,Merujuk panduan pengguna; danMerujuk set soalan lazim (FAQ)\nPembayaran kali pertama akan dibuat pada 4 Mei nanti bersama-sama BPN fasa 2.\nPembayaran selanjutnya pada awal bulan Jun seperti di bawah:\n\nBagi pembayaran i-Lestari yang dijadualkan pada minggu pertama bulan Mac, pembayaran akan diawalkan dan dibayar pada minggu akhir Februari.\nUntuk makluman, tiada bayaran i-Lestari bagi bulan Mac sekiranya ahli telah menerima bayaran sepanjang minggu ini. Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar tanpa syarat yang akan dibuat mulai 8 Mac.\n\nSusulan wabak COVID-19 yang sedang melanda, pada 23 Mac 2020 yang lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP.\nTujuannya adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. \n\n\n\n\n\n\nBerita ini disambut baik oleh rakyat, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.\nBerikut adalah info lanjut tentang i-Lestari KWSP dan cara membuat pendaftaran permohonan serta pengeluaran secara online.\nSila rujuk tutorial cara membuat pengeluaran i-Lestari di sini.\nBaca juga: Permohonan & Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKonsep Am Pengeluaran i-Lestari\n\n \nTempoh Pengeluaran\n\n \nKelayakan Pengeluaran\n\n \nAmaun Yang Boleh Dikeluarkan\n\n \nTarikh Penerimaan Bayaran\n\n \n3 Cara Permohonan iLestari KWSP\n\n \nCara Daftar i-Akaun KWSP\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nAdakah ahli yang berumur 55 tahun ke atas layak memohon pengeluaran i-Lestari?\n\n \nBolehkah saya memohon jika sudah lama tidak bekerja?\n\n \nBolehkah saya memohon jika suami / isteri telah diluluskan pengeluaran ini?\n\n \nBagaimana jika baki Akaun 2 kurang RM500?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKonsep Am Pengeluaran i-Lestari\nApakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:\nPengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.Bayaran pengeluaran akan dibuat secara\u00a0bulanan dan berulang\u00a0(recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)\nSituasi :\nJika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.\nTempoh Pengeluaran\n Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. \nAhli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. \n*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021) \nKelayakan Pengeluaran\nSiapa yang layak memohon i-Lestari?\nPencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :\nWarganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;Berumur di bawah 55 tahun; danMempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2\nAmaun Yang Boleh Dikeluarkan\nAmaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.\nNamun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.\nTarikh Penerimaan Bayaran\n\n\nBagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.\nManakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.\n\n3 Cara Permohonan iLestari KWSP\n\nBorang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:\nSecara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email\u00a0protected]; atauSecara hantaran pos kepada alamat :\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat\nAhli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk\u00a0mempercepatkan\u00a0proses kelulusan.\nPermohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.\nPermohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.\nUntuk info lanjut, baca FAQ yang disediakan oleh KWSP.\nCara Daftar i-Akaun KWSP\nSeperti yang dinyatakan, anda boleh membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah melalui i-Akaun.\nDengan mendaftar i-Akaun juga, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.\nJadi di sini kami kongsikan cara daftar i-AKaun KWSP secara ringkas:\nDapatkan ID & Kata Laluan sementara\u00a0anda di pejabat / kios KWSP berdekatan. Layari\u00a0www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon \u2018Log Masuk\u2019 dan gunakan\u00a0ID & Kata Laluan sementara\u00a0yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. Selepas anda setuju, anda perlu\u00a0\u00a0pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia\u00a0anda. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda. Log masuk dengan maklumat akaun baru andaKini anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.\nBerikut disertakan sekali soalan lazim asas (FAQ) berkaitan pengeluaran i-Lestari KWSP.\n\nSoalan Lazim\nAdakah ahli yang berumur 55 tahun ke atas layak memohon pengeluaran i-Lestari?Tidak. Bayaran akan terhenti apabila ahli mencapai umur 55 tahun.Bolehkah saya memohon jika sudah lama tidak bekerja?Ya ahli boleh memohon jika memenuhi syarat dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.Bolehkah saya memohon jika suami / isteri telah diluluskan pengeluaran ini?Ya anda layak memohon walaupun terdapat ahli keluarga telah memohon pengeluaran yang sama.Bagaimana jika baki Akaun 2 kurang RM500?Ahli masih layak memohon bergantung kepada baki simpanan anda. Had maksimum adalah RM500. Minimum RM50.\n Maklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke :\u00a0[email\u00a0protected] atau hubungi 03-8922 6000.\nAtau layari portal rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my\nLawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/ \n"]} {"url": "https://ecentral.my/splkpm/", "title": "SPLKPM : Cara Login & Kemaskini Modul splkpm.moe.goy.my", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan panduan bergambar bagaimana untuk mengisi pembelajaran kendiri dalam sistem pengurusan latihan Kementerian Pendidikan iaitu SPLKPM.\nSPLKPM atau Sistem Pengurusan Latihan KPM merupakan portal yang dibangunkan khas oleh KPM bagi mengakses Sistem Pengurusan Latihan Guru atau SPLG.\nIanya sedikit berbeza berbanding sistem\u00a0eOperasi\u00a0di mana sistem ini lebih memfokuskan latihan dan modul individu yang diterima guru sama ada kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan,\u00a0portal e-guru, perkongsian ilmu serta penulisan dan penerbitan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLogin SPLKPM Di splkpm.moe.gov.my\n\n \nLangkah 1\n\n \nLangkah 2\n\n \nLangkah 3\n\n \nLangkah 4\n\n \nLangkah 5\n\n \nLangkah 6\n\n \nLangkah 7\n\n \nBantuan Penyelaras Negeri\n\n \nManual Pengguna SPLKPM Modul Individu\n\n \nModul Individu SPLG\n\n \nModul SULDP / Penyelaras\n\n \nSenarai Kursus Online SPLKPM\n\n\nLogin SPLKPM Di splkpm.moe.gov.my\nLangkah 1\nAkses log masuk portal SPLKPM melalui\u00a0https://splkpm.moe.gov.my/\n\nLangkah 2\nPilih login SPLKPM Modul Individu\n\nLangkah 3\nMasukkan ID (no kad pengenalan) dan password\n\nAnda terlupa kata laluan?\n\n\n\n\n\n\nSekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik \u201cLupa Kata Laluan\u201d untuk set semula password.\nSila tukar kata laluan yang senang ingat atau catit di dalam telefon.\nLangkah 4\nPilih \u201cPembelajaran Kendiri\u201d pada menu sebelah kiri. Kemudian pilih \u201cSenarai Pembelajaran Kendiri\u201d.\n\nLangkah 5\nTutup menu dan pilih \u201ce-Pembelajaran\u201d\n\nBoleh juga klik Pembelajaran Kendiri sekiranya berkenaan di dalam sistem SPLKPM.\nLangkah 6\nPilih \u201cTambah Aktiviti\u201d SPLKPM\n\nUntuk tambah aktiviti, sila klik tambah aktiviti dan masukkan perkara yang berkenaan.\nLangkah 7\nLengkapkan butiran dan simpan.\n\nBantuan Penyelaras Negeri\nSekiranya anda menghadapi sebarang masalah ketika login / mengisi maklumat,sila hubungi penyelaras SPLKPM negeri masing-masing.\nUntuk senarai penyelaras termasuk nombor telefon bantuan, anda boleh rujuk di sini.\nManual Pengguna SPLKPM Modul Individu\nTerdapat pelbagai rujukan manual pengguna dan senarai kursus yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.\nUntuk senarai penuh, anda boleh rujuk manual pengguna SPLKPM di sini.\nModul Individu SPLG\nModul idividu SPLKPM dibangunkan bagi kegunaan\u00a0Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.\nLDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.\nPegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM. Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.Semua Individu juga diminta menjawab training needs analysis TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.\nModul SULDP / Penyelaras\nModul ini dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.\u00a0\nMaklumat asas\u00a0\u00a0Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.\nSULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.\nSenarai Kursus Online SPLKPM\nTerdapat pelbagai senarai kursus dan webinar tahun 2021 terutamanya waktu PKP semasa covid 19 yang boleh anda kemaskini di SPLKPM.\nAntaranya ialah:\n1. Kursus SPL KPM AKPK\nKURSUS SPL KPM EPSALink Kursus EPSA : https://www.epsa.gov.my/KURSUS AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja (KPM) \u2013 Anjuran AKPK, anda akan diberikan Sijil setelah selesai, untuk menyertainya sila ke: https://bit.ly/2veRTsJKURSUS RUMAHKU Rumahku \u2013 Anjuran AKPK, RUMAHKU adalah modul online khas yang bertujuan membantu bakal pembeli rumah pertama membuat perancangan kewangan yang bijak. Untuk menyertainya boleh ke: https://learn.akpk.org.my/courses/rumahkuDAFTAR WEBINAR Latihan Melalui E-Pembelajaran melalui Webinar, Plc dalam talian termasuk kursus lain dalam pelantar E-Pembelajaran boleh di daftar terus dalam SPLKPM melalui Modul Individu KURSUS GOOGLE EDUCATIONGoogle Malaysia ada menawarkan kursus yang boleh anda belajar sesuatu baru berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam industri.KURSUS COVID-19 MBRUSila join melalui link pautan ini, https://learn.mbru.ac.ae/courses/covid19KURSUS MICROSOFT EDUCATIONMicrosoft Education menawarkan beberapa kursus dengan sijil penyertaan. Sila daftar hadir secara online di sini, https://education.microsoft.com/en-usKURSUS DIGITAL CLASSROOMMelalui Digital Classroom Malaysia, ada banyak kursus webinar live streaming online untuk anda hadir dan pelajari yang boleh daftar.E-DIDIK MALAYSIAeDidik Malaysia sering promosi bengkel / kursus percuma yang sering melalui https://sites.google.com/edidik.edu.my/edidik-malaysia/laman-utama. \nDiharapkan perkongsian cara daftar dan kemaskini SPLKPM login modul individu ini dapat membantu anda menambah dan memaksima mata kredit terkumpul dalam sistem, sekaligus menambah ilmu untuk diaplikasikan semasa berkhidmat nanti.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ezakatpay/", "title": "Login eZakatPay: Bayaran Zakat Selangor & Semakan Penyata Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKini anda tidak perlu lagi bersusah-susah ke cawangan untuk menunaikan zakat. Lebih mudah bayar zakat online sahaja di EZakatpay!\nTerkini Lembaga Zakat Selangor memberi anda kemudahan untuk pembayar dan penerima zakat di Selangor melakukan urusan di eZakat Pay. \nBagaimana untuk daftar dan buat bayaran menggunakan eZakat Pay? \nDi sini kami kongsikan caranya untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eZakatPay?\n\n \nPendaftaran\n\n \nLogin eZakatPay\n\n \nCara Bayar Zakat Online Melalui eZakatPay\n\n \nSemak Bayaran & Penyata Zakat Anda\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah eZakatPay?\neZakat Pay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. \nIa merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).\n\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.\n\nPendaftaran\nUntuk memudahkan anda membuat kiraan dan menyimpan rekod transaksi eZakatPay, anda boleh mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. \nBerikut adalah cara daftar:\nLayari pautan daftar eZakat Pay: https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.aspBorang pendaftaran akan terpapar. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang tersebut.Pada ruangan USER ID, masukkan user id anda inginkanMasukkan Emel anda yang aktifMasukkan Nama Ibu andaBaca Terma dan Syarat dan klik Saya Setuju.Anda akan terima email pengaktifan, Klik pautan yang ada pada email anda.Seterusnya masukkan Kata Laluan yang anda inginkan, tekan okPendaftaran anda telah selesai.\nLogin eZakatPay\nSetelah selesai proses pendaftaran di atas, sekarang anda boleh login akaun eZakat Pay anda. \nBerikut adalah cara login:\nLayari pautan daftar eZakat Pay: https://ezo.zakatselangor.com.my/Masukkan User ID andaMasukkan Kata Lalaun andaTekan LoginAnda telah berjaya login akaun eZakat Pay.\nCara Bayar Zakat Online Melalui eZakatPay\nUntuk bayar zakat online menggunakan eZakat Pay, berikut adalah caranya\nLogin akaun eZakat Pay anda atau terus ke pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/Ruangan Isi Maklumat Bayaran, isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersebutRuangan Pilih Kaedah Bayaran, anda dikehendaki memilih cara bayaran yang anda inginkanRuangan Pilih Bank, pilih bank yang anda ingikan untuk selesai proses pembayaranRuangan Resit Bayaran Zakat, anda boleh muat turun resit bayaran zakat.\n\n\nBaca juga: Diskaun Saman Trafik PDRM 50-60% November 2021\nSemak Bayaran & Penyata Zakat Anda \nSelepas membuat bayaran, anda boleh membuat semakan danbayaran dan penyata zakat untuk rekod \nAnda boleh mengaksesnya melalui https://ezo.zakatselangor.com.my\nMaklumat Lanjut\nUntuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web Rasmi Zakat Selangor di pautan https://www.zakatselangor.com.my/\nATAU\nIkuti Facebook Lembaga Zakat Selangor untuk update terkini.\nATAU\nRujuk Soalan Lazim di bawah:\nApakah kelebihan menggunakan eZakat Pay? Melalui aplikasi ini, pengguna boleh\u2013 Semak maklumat bayaran zakat\u2013 Cetak penyata bayaran zakat\u2013 Kemaskini profil individu\u2013 Boleh terus menunaikan zakat\u2013 Mengetahui status bantuan Bagaimana sekiranya terlupa kata laluan eZakat Pay? 1. Masukkan Email dan Nama Ibu2. Tekan Reset Kata laluan.3. Emel pengesahan akan dihantar pada emel anda.4. Klik link yang ada pada emel anda.5. Anda akan dibawa pada portal zakat dan tukar password anda. Adakah dikenakan bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay? Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut \nBaca juga: Tarikh Buka Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN\n"]} {"url": "https://ecentral.my/maybank-down-hari-ini/", "title": "Terkini \u2013 Notis Perkhidmatan Tergendala Maybank (Server Down)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTerkini \u2013 Notis Perkhidmatan Tergendala Maybank (Server Down)\nMenerusi satu kenyataan dari Maybank, beberapa perkhidmatan mereka seperti ATM, terminal layan diri, Maybank2U dan Perbankan Online akan menjalani penyelenggaraan dari 12 tengah malam sehingga 7 pagi pada sabtu dan ahad.\n\nATM & Terminal Layan Diri :\n\n7.00AM (Kebiasaan 6.00AM) \u2013 Sabtu & Ahad\n\n\nMaybank2U & Perbankan Online :\n\n3.00AM hingga 7.00AM \u2013 Sabtu & Ahad\n\n\n\nPerkara itu dimaklumkan di media sosial dan laman web rasmi pihak tersebut.\nWalau bagaimanapun, pada hari Sabtu, 20 Mei 2023, difahamkan pelanggan masih menghadapi masalah untuk mengakses perbankan internet dan aplikasi M2U MY sehingga lebih kurang 12.45 tengah hari.\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu juga telah dikemaskini di media sosial Maybank untuk makluman pelanggan dan turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pengguna laman web untuk transaksi atas talian termasuk aplikasi online.\n\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).\nTerkini \u2013 Notis Perkhidmatan Tergendala Maybank (Server Down)\nPengumuman di media sosial Maybank\u00a0Malaysia adalah seperti berikut:\nKepada para pelanggan yang dihormati,\nUntuk makluman anda, kami akan melaksanakan penyelenggaraan sistem pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 dan Ahad, 21 Mei 2023. \nSehubungan dengan itu, perkhidmatan Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u, Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri tidak akan beroperasi secara berperingkat pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 jam 12:00 pagi sehingga 07:00 pagi dan pada hari Ahad, 21 Mei 2023 jam 12:00 pagi sehingga 07:00 pagi.\nKami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan menghargai kerjasama anda dalam perkara ini.\nSekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank, Tel: 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).\nSila baca kenyataan penuh oleh pihak Maybank melalui siaran media rasmi di pautan berikut : https://maybank.my/3M9VX14? (ENG) / https://maybank.my/42XNIfl? (BM)\nBaca juga: \n\nCara Keluarkan ASB Online, Had Pengeluaran & Tempoh\nTempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak (ASB, TH, SSPN, SSP)\nLiga Juara-juara Eropah: Sejarah dan Fakta Menarik\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-buat-link-whatsapp/", "title": "Cara Buat Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimana cara buat link Whatsapp supaya pembeli / orang yang nak hubungi kita tak perlu save nombor kita ke dalam Contacts?\nBoleh dikatakan rata-rata pemilik telefon pintar di Malaysia menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar mesej ke sesiapa sahaja.\nWalaupun aplikasi Telegram didakwa lebih selamat dan mempunyai lebih banyak fungsi menarik, aplikasi WhatsAPp tetap menjadi pilihan.\nUntuk menghantar mesej ke sesebuah no telefon, secara umumnya anda perlu menyimpan (save) nombor tersebut terlebih dahulu.\nSudah tentulah perkara ini dianggap leceh dan remeh, lagi-lagi apabila anda hanya perlu menghantar mesej tersebut kepada seseorang individu itu sekali sahaja.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan Buat Link WhatsApp Bagi Penjual Online\n\n \n1. Link Rasmi Dari WhatsApp\n\n \n2. Cara Buat Link Whatsapp Menggunakan Website wasap.my\n\n \nBonus: Tambah mesej\n\n \nBonus: Buat link pendek\n\n \n3. Cara Buat Link Menggunakan wa.link\n\n\nKepentingan Buat Link WhatsApp Bagi Penjual Online \n\nSekiranya anda seorang penjual secara dalam talian, bukankah lebih mudah sekiranya anda boleh buat link WhatsApp khas buat no telefon anda?\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, apabila anda membuat satu posting meniklankan produk yang hendak di jual di Facebook atau Twitter, anda boleh sertakan satu link yang akan membolehkan orang lain atau bakal pelanggan anda menghantar mesej terus ke WhatsApp anda.\nApabila seseorang individu mengklik link tersebut, secara automatiknya aplikasi WhatsApp mereka akan dibuka dan boleh terus menghantar mesej kepada anda. \nMereka tidak perlu lagi menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu untuk membolehkan mereka menghantar mesej terus kepada anda. Mudah bukan?\n1. Link Rasmi Dari WhatsApp\nBagi yang tidak tahu, pihak WhatsApp sendiri sebenarnya ada menyediakan fungsi membuat link WhatsApp ini namun fungsi ini hanya terhad bagi pengguna WhatsApp Business sahaja. \nUntuk mendapatkan link bagi nombor telefon anda, ikuti langkah-langkah berikut:\nBuka aplikasi WhatsApp Business andaKlik \u201cSettings\u201dKlik \u201cBusiness Settings\u201dKlik \u201cShort Link\u201dCopy link tersebut dan anda boleh paste dimana-mana posting anda di media sosial\nBaca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\n\n2. Cara Buat Link Whatsapp Menggunakan Website wasap.my\nSekiranya anda tidak menggunakan aplikasi WhatsApp Business, anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh web wasap.my.\nWasap.my hanyalah berfungsi sebagai link shortener dan menggunakannya begitu mudah. Sila ikut langkah berikut:\nTaip https://www.wasap.my/Tambah tanda palang \u201c/\u201d diikuti nombor \u201c6\u201d yang mewakili nombor kod negara.Kemudian, tambah nombor telefon. Contoh https://wasap.my/60123456789\nPaste atau kongsikan sahaja link tersebut dalam posting anda di media sosial dan apabila seseorang individu itu mengklik link tersebut, mereka akan terus dapat menghantar mesej kepada anda melalui aplikasi WhatsApp.\nMenariknya anda tidak perlu mendaftar di web wasap.my dan boleh menggunakan fungsi ini secara percuma. Namun sekiranya anda mendaftar akaun di wasap.my, anda boleh membina custom link anda sendiri contohnya \u201cecentral.wasap.my\u201d\nBonus: Tambah mesej \nAnda juga boleh letakkan mesej khas bagi lik tersebut. Sebagai contoh, anda seorang penjual makanan dan mengiklankan produk anda dalam beberapa kombo \u2013 Kombo A, Kombo B dan sebagainya.\nBagi memudahkan pelanggan, anda boleh menghasilkan custom link dengan hanya menambah mesej di belakang link. Pastikan tiada \u201cspace\u201d antara mesej.\nContohnya:\nhttps://wasap.my/60123456789/komboahttps://wasap.my/60123456789/kombob\nBonus: Buat link pendek \nSekiranya link tersebut terlalu panjang, anda boleh gunakan perkhidmatan link shortner percuma antaranya Bitly dan Owly.\n3. Cara Buat Link Menggunakan wa.link\nAnda juga boleh menghasilkan link Whatsapp tanpa mendedahkan nombor telefon atas faktor keselamatan, scammer dan lain-lain.\nCaranya mudah, hanya pergi ke laman web di bawah untuk mencipta link:\nhttps://create.wa.link/\nSila rujuk panduan step-by-step melalui video di bawah:\nSumber video: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia \u2013 PEDi Felda Bukit Batu\nDiharapkan artikel mengenai cara mudah buat link WhatsApp ini bermanfaat kepada anda, terutamanya kepada pemilik-pemilik bisnes atau sesiapa sahaja\n"]} {"url": "https://ecentral.my/insentif-permulaan-pekerjaan-asnaf-selangor-ippas/", "title": "Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN INSENTIF PERMULAAN PEKERJAAN ASNAF SELANGOR (IPPAS) \u2013 BERITA BAIK BUAT ASNAF FAKIR / MISKIN DAN MUALLAF BERDAFTAR LEMBAGA ZAKAT SELANGOR!\nAdakah Anda Telah Mendapat Pekerjaan Pada Tahun 2022?Jika Ya, Anda Layak Untuk Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)\nPermohonan dibuka sehingga November 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang insentif ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nTerma dan Syarat Permohonan:\n\n \nCara Memohon Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)?\nInsentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) ini ditawarkan kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022.\n\n\n\n\n\n\nKadar sumbangan yang akan diterima adalah RM300 bagi setiap permohonan yang berjaya.\n\nTarikh Permohonan\nSehingga 30 November 2022\nTerma dan Syarat Permohonan:\n1. Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) hanya tawarkan kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022 sahaja.\n2. Insentif diberikan adalah tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor.\n3. Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah dan tidak melanggar hukum syarak.\n4. Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon. (Kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS).\u00a0\n5. Pemohon berulang (yang memohon lebih sekali bagi tempoh 3 tahun) perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.\n6. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses bagi Insentif Permulaan Pekerjaan.\u00a0\nCara Memohon Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)\nImbas kod QR atau klik pada pautan berikut;https://bit.ly/-INSENTIFPERMULAANPEKERJAANASNAFSELANGOR\u2026\nDokumen yang diperlukan:\nKad pengenalan pemohonKad pengenalan ketua keluargaSurat tawaran bekerjaSurat pengesahan bekerjaPenyata akaun bank pemohonSurat pengesahan kaunseling bagi pemohon berulang (jika berkenaan sahaja)\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan boleh diajukan di alamat emel:\u00a0\n1. [email\u00a0protected]\n2. [email\u00a0protected]\nInfo lanjut, layari https://www.zakatselangor.com.my/\nJom mohon segera! \nBaca juga: Pengeluaran KWSP Perlu Zakat 2.5% Jika Hanya Untuk Suka-suka\n"]} {"url": "https://ecentral.my/doa-selepas-solat/", "title": "Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah \u2013 Jabatan Agama Islam WP (JAWI)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerzikir dan membaca doa selepas solat fardhu adalah amalan yang digalakkan. \nIni adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas solat fardhu.\u00a0\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Zikir & Doa Selepas Solat Fardhu\n\n \n1. Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari.\n\n \n2. Daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata :\n\n \n3. Daripada Thauban r.a. Beliau berkata :\n\n \n4. Daripada al-Mughirah Bin Syu\u2019bah r.a. Beliau menulis surat kepada Mu\u2019awiyah:\n\n \n5. Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :\n\n \nAdab Berdoa\n\n \n1. Memuji Allah\n\n \n2. Berselawat\n\n \n3. Merendahkan Suara\n\n \n4. Menghadap Kiblat\n\n \n5. Memilih Waktu Mustajab\n\n \nContoh Doa Selepas Solat Yang Boleh Diamalkan\n\n \nDoa Selepas Solat Yang Dicadangkan Ketika Situasi Wabak\n\n \nJadikan Doa Senjata Kita\n\n\nKelebihan Zikir & Doa Selepas Solat Fardhu\nMenurut Mufti WP menerusi Al-Kafi #713, antaranya kelebihan zikir dan doa selepas solat fardhu antaranya adalah:\n1. Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. \nRasulullah saw menjawab :\n\u062c\u064e\u0648\u0652\u0641\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u064a\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0622\u062e\u0650\u0631\u0650 \u0648\u064e\u062f\u064f\u0628\u064f\u0631\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0648\u0628\u064e\u0627\u062a\u0650\nMaksudnya\u00a0:\u201d(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardhu.\u201d\nRiwayat\u00a0al-Tirmizi ( 3499).Beliau (Imam al-Tirmizi) berkata : Hadis ini adalah hadis Hasan.\n2. Daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata :\n\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0641\u0652\u0639\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0648\u0652\u062a\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0630\u0650\u0651\u0643\u0652\u0631\u0650 \u062d\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u0646\u0652\u0635\u064e\u0631\u0650\u0641\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0648\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0647\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u0649\u0650\u0651 -\u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645-\u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0646\u0652\u0635\u064e\u0631\u064e\u0641\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0645\u0650\u0639\u0652\u062a\u064f\u0647\u064f\nMaksudnya\u00a0:\u201d Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardhu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.\u201d\nRiwayat\u00a0al-Bukhari\u00a0(841) &\u00a0Muslim\u00a0(1346)\n3. Daripada Thauban r.a. Beliau berkata :\n\u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 -\u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645- \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0646\u0652\u0635\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u064e\u0631\u064e \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e\u00a0 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064e \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0644\u0627\u064e\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0625\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e\u0627\u0645\u0650\n\n\n\n\n\n\nMaksudnya\u00a0:\u201d Rasulullah saw apabila selesai menunaikan solat Baginda beristighfar sebanyak 3 kali seraya menyebut\u00a0 :\u00a0\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u062a\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064e \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0644\u0627\u064e\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0625\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e\u0627\u0645.\u201d\nRiwayat\u00a0Muslim\u00a0(1362)\n4. Daripada al-Mughirah Bin Syu\u2019bah r.a. Beliau menulis surat kepada Mu\u2019awiyah:\n\u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 -\u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645- \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0631\u064e\u063a\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u0627\u064e \u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0639\u064e \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0637\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0645\u064f\u0639\u0652\u0637\u0650\u0649\u064e \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0646\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0646\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u062f\u0650\u0651 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u062f\u064f\u0651\nMaksudnya :\u201d\u00a0Sesungguhnya Rasulullah saw apabila Baginda selesai menunaikan solat Baginda mengucapkan\u00a0:\u00a0\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u0627\u064e \u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u0639\u064e \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0639\u0652\u0637\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0645\u064f\u0639\u0652\u0637\u0650\u0649\u064e \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0646\u064e\u0639\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0646\u0652\u0641\u064e\u0639\u064f \u0630\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u062f\u0650\u0651 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u062f\u0651\nRiwayat\u00a0al-Bukhari\u00a0(844) &\u00a0Muslim\u00a0(1366)\nKata Ibn Zubair :\u00a0\u201cRasulullah saw mengucapkannya setiap kali selepas menunaikan solat.\u201d\n5. Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0633\u064e\u0628\u064e\u0651\u062d\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0641\u0650\u0649 \u062f\u064f\u0628\u064f\u0631\u0650 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0635\u064e\u0644\u0627\u064e\u0629\u064d \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u062d\u064e\u0645\u0650\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0643\u064e\u0628\u064e\u0651\u0631\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062b\u064e\u0644\u0627\u064e\u062b\u0650\u064a\u0646\u064e \u0641\u064e\u062a\u0650\u0644\u0652\u0643\u064e \u062a\u0650\u0633\u0652\u0639\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u062a\u0650\u0633\u0652\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u062a\u064e\u0645\u064e\u0627\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c \u063a\u064f\u0641\u0650\u0631\u064e\u062a\u0652 \u062e\u064e\u0637\u064e\u0627\u064a\u064e\u0627\u0647\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0645\u0650\u062b\u0652\u0644\u064e \u0632\u064e\u0628\u064e\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u062d\u0652\u0631\u0650\nMaksudnya\u00a0:\u201d Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan\u00a0:\u00a0\u0627\u0644\u0652\u0645\u0650\u0627\u0626\u064e\u0629\u0650 \u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u064c\u00a0maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.\u201d\nRiwayat\u00a0Muslim\u00a0(1380)\nMelalui riwayat-riwayat hadis di atas bahawa amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan. \nBerikut dikongsikan beberapa contoh doa selepas solat yang ringkas dan boleh dijadikan amalan.\nAdab Berdoa\n1. Memuji Allah\nAntara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW\u00a0 adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT.\n 2. Berselawat\nSetelah memuji Allah, ia diikuti dengan berselawat kepada Rasulullah SAW. \n3. Merendahkan Suara\nBerdoa dengan rasa rendah diri, khusyuk, bersungguh-sungguh dan penuh harapan.\n4. Menghadap Kiblat\nMenghadap Kiblat, mengangkat kedua tangan dan menyapu kedua tangan ke muka setelah selesai doa.\n5. Memilih Waktu Mustajab\nSelain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut. \nBegitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.\nKita juga digalakkan memilih suasana yang mulia seperti dalam keadaan sujud, ketika suasana getir dalam peperangan, ketika hujan turun, ketika iqamah solat dan selepasnya.\nBaca juga : Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha\nContoh Doa Selepas Solat Yang Boleh Diamalkan\nDipetik daripada laman Facebook Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), berikut adalah contoh doa selepas solat yang boleh diamalkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDoa Selepas Solat Yang Dicadangkan Ketika Situasi Wabak\nBagi memohon keselamatan dan perlindungan Allah SWT, berikut adalah doa-doa untuk dibacakan selepas solat dalam situasi wabak COVID-19 yang dicadangkan oleh Oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0636\u064f\u0631\u064f\u0651 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0627\u0633\u0652\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0631\u0652\u0636\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u0650\u064a\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064f\u060c\nMaksudnya: \u201cDengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.\u201d\n\u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0627\u0645\u064e\u0651\u0627\u062a\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0634\u064e\u0631\u0650\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\nMaksudnya: \u201cAku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.\u201d\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0639\u064f\u0648\u0630\u064f \u0628\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0628\u064e\u0631\u064e\u0635\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0646\u064f\u0648\u0646\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0630\u064e\u0627\u0645\u0650\u060c \u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0626\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0633\u0652\u0642\u064e\u0627\u0645\u0650\nMaksudnya: \u201cYa Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.\u201d\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u062c\u064e\u0646\u0650\u0651\u0628\u0652\u0646\u0650\u064a \u0645\u064f\u0646\u0652\u0643\u064e\u0631\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062e\u0652\u0644\u064e\u0627\u0642\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0647\u0652\u0648\u064e\u0627\u0621\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0633\u0652\u0648\u064e\u0627\u0621\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u062f\u0652\u0648\u064e\u0627\u0621\u0650\nMaksudnya: \u201cYa Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.\u201d\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e\u0629\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0641\u0652\u0648\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e\u0629\u064e\nMaksudnya: \u201cYa Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (\u2018afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan \u2018afiah.\u201d\nSemoga dengan doa, rintihan dan munajat kita kepada-Nya, Allah SWT berkenan untuk memakbulkan permintaan kita ini.\n*Oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)\nBaca juga : JAKIM: Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP\nJadikan Doa Senjata Kita \nSebenarnya kita boleh berdoa dalam apa jua bahasa yang kita selesa. \nMaka tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu jika kita terlupa dan tak mampu menghafal kesemua doa ini.\nYang penting, selepas solat nanti cubalah berada pada posisi itu buat seketika untuk berzikir dan berdoa. \nNiatkan kita baca itu kerana mengikut sunah Nabi SAW.\nInsha Allah, ia dapat menjadi nilai tambah kepada amalan dan ibadat kita.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/check-no-astro/", "title": "Cara Check No Astro (Semakan Nombor Akaun Astro Anda)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda lupa nombor akaun Astro , terdapat beberapa cara mudah untuk check nombor ASTRO anda secara dalam talian, hubungi khidmat pelanggan, menggunakan aplikasi MyAstro atau melalui khidmat pesanan ringkas SMS.\nDengan menggunakan cara-cara yang dinyatakan di atas, anda tidak lagi perlu ke kaunter cawangan Astro yang berdekatan semata-mata untuk menyemak nombor Astro anda.\nBagi pelanggan Astro , anda perlulah mengingait nombor akaun Astro anda bagi urusan pembayaran bil Astro . \nMalah, anda juga memerlukan nombor ASTRO ini untuk urusan lain seperti menghantar aduan ataupun ingin berhenti melanggan perkhidmatan yang ditawarkan Astro .\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Melalui khidmat SMS\n\n \n2. Melalui talian khidmat pelanggan\n\n \n3. Melalui portal Astro\n\n \n4. Melalui aplikasi My Astro\n\n\n1. Melalui khidmat SMS\nDengan menggunakan telefon, anda boleh menghantar SMS kepada pihak Astro untuk check nombor Astro anda.\nBagi pengguna prepaid, pastikan anda mempunyai kredit. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:\nTaip ASTROACC12 Digit No Kad PengenalanHantar ke 666888Contoh ASTRO ACC 900202022345\nSelepas beberapa saat, anda akan menerima SMS daripada pihak Astro beserta maklumat nombor akaun Astro anda. \n2. Melalui talian khidmat pelanggan \nUntuk kemudahan setiap pelanggan Astro, Astro telah menyediakan nombor khas bagi talian khidmat pelanggan bagi pelanggan mereka membuat aduan, terminate akaun Astro, menyemak bil Astro, menyemak nombor Astro atau banyak lagi.\nTalian khidmat pelanggan ini boleh dihubungi di talian 03 9543 3838.\nSila bercakap dengan pihak operator dan nyatakan anda ingin menyemak nombor akaun Astro anda. Untuk tujuan keselamatan anda mungkin akan diminta untuk memberikan maklumat berkaitan diri anda. \n3. Melalui portal Astro\nPihak Astro juga menyediakan sebuah portal khas dimana pelanggan boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya menyemak maklumat akaun, info terbaru rancangan yang ditayangkan, bayar bil Astro dan banyak lagi.\nUntuk check nombor Astro anda, sila ikuti langkah berikut:\nLayari portal rasmi Astro di pautan https://www.astro.com.my/Klik pada ikon atau tulisan Login pada bahagian menu atas laman web tersebutLog masuk menggunakan akaun Astro ID anda. Sekiranya belum mempunyai Astro ID, anda dikehendaki melakukan pendaftaran baruPada bahagian dashboard anda, klik pada bahagian bil.Daripada bil tersebut, anda boleh melihat nombor akaun Astro anda\n4. Melalui aplikasi My Astro\nPihak Astro telah membangunkan sebuah aplikasi untuk pelanggan mereka yang diberi nama My Astro.\nBuat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS dan anda boleh memuat turun daripada Google Play atau App Store daripada pautan di bawah:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nKemudian, log masuk akaun Astro anda menggunakan Astro ID. Sekiranya belum mempunyai Astro ID, anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun baru terlebih dahulu.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sinar-fm/", "title": "Sinar FM: Frekuensi Radio, Senarai DJ dan Segmen Harian", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSinar (dahulunya dikenali sebagai Sinar FM) merupakan sebuah stesen radio berbahasa Melayu yang sedang meningkat naik di Malaysia.\nDengan membariskan penyampai popular yang terdiri daripada pelawak Jep, Rahim dan Angah pada segmen harian setiap pagi, gandingan ini cukup diminati oleh ramai pendengar.\nStesen radio ini dimiliki oleh\u00a0Astro Holdings Sdn Bhd, syarikat yang turut memiliki beberapa stesen radio lain antaranya ERA, Gegar, Hitz, Zayan dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan Sinar FM\n\n \nFrekuensi Radio Sinar FM\n\n \nSenarai penyampai / DJ\n\n \nSegmen / Program Harian dan Hujung Minggu\n\n\nSejarah Penubuhan Sinar FM\nStesen radio Sinar FM mula bersiaran pada 1 Mac 2004. \nStesen radio ini memberi tumpuan kepada pendengar yang lebih berumur dan memainkan muzik klasik dari artis tempatan dan luar negara, berbanding stesen ERA, Gegar dan zayan yang masing-masing menyasarkan pendengar yang lebih muda dan Pantai Timur. \nPada 2015, menurut Nielsen RAM Survey Wave #1, Sinar mengekalkan kedudukannya sebagai stesen berbahasa Melayu kedua terkemuka di Malaysia dengan lebih 3.7 juta pendengar.\nSejak stesen ini dilancarkan pada 1 Mac 2004, Sinar kebanyakannya memainkan lagu hits klasik dan kontemporari dewasa dari 1980-an hingga hari ini menyasarkan pendengar yang berumur antara 25 hingga 39 tahun.\nBaca lagi: ERA FM: Senarai DJ, Program dan Frekuensi Siaran\nFrekuensi Radio Sinar FM\nSinar FM boleh didengari di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan menukar radio anda kepada frekuensi-frekuensi berikut:\nFrekuensiLokasiPemancar96.7\u00a0MHzLembah KlangGunung Ulu Kali97.1\u00a0MHzAlor Setar, Kedah dan PerlisGunung Jerai97.1\u00a0MHzPulau PinangGunung Jerai100.9\u00a0MHzLangkawi, KedahGunung Raya96.4\u00a0MHzTaiping, PerakBukit Larut96.9\u00a0MHzIpoh, PerakGunung Kledang96.9\u00a0MHzSeremban, Negeri SembilanGunung Telapak Buruk96.0\u00a0MHzMelaka dan Utara JohorGunung Ledang87.8\u00a0MHzJohor Bahru, Johor dan SingapuraGunung Pulai97.2\u00a0MHzKuantan, PahangBukit Pelindung97.5\u00a0MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung93.8\u00a0MHzKota Bharu, KelantanBukit Panau102.1\u00a0MHzKuching SarawakBukit Djin96.6\u00a0MHzMiri, SarawakBukit Lambir96.6\u00a0MHzKuala Belait, BrunesiBukit Lambir104.9\u00a0MHzKota Kinabalu, SabahBukit Karatong106.9\u00a0MHzSandakan, SabahBukit Trig\nSelain itu, inar FM juga boleh didengari secara dalam talian di laman we Syok di pautan https://sinar.syok.my/\nSenarai penyampai / DJ\nBerikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio Sinar FM:\n\nJep\nRahim\nAngah\nDina Nadzir\nElizad\nHefny\nFalyq\nPutra\nHaiqal\nSyafa\nRoy Azman\n\nSegmen / Program Harian dan Hujung Minggu\nBerikut merupakan senarai segmen harian dan minggu di ERA FM:\n\nPagi Di SINAR\nSINAR Solo\nDuo SINAR\nRehat dan Relax Sinar\nBorak Selebriti SINAR\nHujung Minggu SINAR\nSINAR ETA (Eh! Tetiba Ahad)\nLaguku Di SINAR\nLaman Rohani\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/senarai-pangkat-polis-pdrm/", "title": "Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti mana yang kita tahu, dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mempunyai banyak jawatan atau pangkat.\nSetiap pangkat ini mempunyai skop kerja dan tanggung jawab yang berlainan.\nSebagai orang awam, kita perlu maklum akan hal ini memandangkan setiap pangkat polis itu mempunyai skop kerja yang berlainan.\n\n\n\n\n\n\nBagi yang bercita-cita untuk memohon menjadi anggota polis, anda wajib tahu akan pangkat-pangkat ini untuk memudahkan anda menetapkan sasaran dan merancang perjalanan kerjaya anda dalam PDRM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSkop kerja PDRM\n\n \nSenarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)\n\n \n1. Pegawai-Pegawai Kanan Polis\n\n \n2. Pegawai Rendah Polis\n\n\nSkop kerja PDRM\nSebelum itu, mari kita ketahui dahulu apakah skop kerja Polis Di Raja Malaysia secara keseluruhannya yang telah dinyatakan dalam akta. \nSeksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-\nmenangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;memproses risikan keselamatan;menjalankan pendakwaan;memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;mempamerkan maklumat;melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, danmenjaga ketenteraman didalamnya dan\u00a0mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.\nSeksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.\nSenarai tugasan di atas telah diperolehi dari laman web rasmi PDRM namun tugas setiap anggota polis yang lebih spesifik ditentukan oleh pangkat atau jawatan yang disanndanng oleh mereka. \nSenarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)\nPolis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori:\nKumpulan Pegawai Kanan Polis: Bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis.Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.\u00a0\n\nBerikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-\n1. Pegawai-Pegawai Kanan Polis\nInspektor Jeneral Polis (IG)Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)Komisioner Polis (CP)Deputi Komisioner Polis (DCP)Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)Asisten Komisioner Polis (ACP)Superintenden Polis (SUPT.)Deputi Superintenden Polis (DSP)Asistan Superintenden Polis (ASP)Inspektor (INSP)Inspektor Percubaan (P/I)\n2. Pegawai Rendah Polis\nSub-Inspektor (SI)Sarjan Mejar (SM)Sarjan (SJN)Koperal (KPL)Lans Koperal (L/KPL)Konstabel (KONST)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pendaftaran-ipt-ypj/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 (RM500 / RM1000)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) AKAN DIBUKA PADA 15 OGOS 2021 HINGGA 28 OGOS 2021.\nPermohonan ini dibuka kepada semua yang layak memohon.\nSila rujuk syarat permohonan dan maklumat lanjut di bawah.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ?\n\n \nSYARAT AM PERMOHONAN\n\n \nDOKUMEN WAJIB\n\n \nCARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ?\nYayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan Skim Bantuan Pendaftaran bagi penuntut baharu sebanyak RM500 bagi peringkat diploma dan RM1,000 bagi ijazah sarjana muda.\nKerajaan Johor berharap bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Johor yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.\n\nBaca juga: BKC: Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Mulai Ogos 2021\nSYARAT AM PERMOHONAN\nPemohon lahir dan menetap di Negeri JohorPermohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian TinggiTempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ\nDOKUMEN WAJIB\nSlip Pengesahan Permohonan \u201cSkim Bantuan Pendaftaran\u201dSalinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTASalinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)Salinan Kad Pengenalan PelajarSalinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau PenjagaSalinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)\nNOTA: \nSekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja\u00a0sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca\u00a0pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang\u00a0Pengesahan Pendapatan.\u00a0Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya\nCARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN\nSusun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.\nBaca juga: eSPMB YAKIN: Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021 / 2022\nMaklumat Lanjut\nPeminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 2021 (YPJ 2021) di saluran berikut:\nAplikasi Whatsapp\nPertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355Aduan Pelanggan: 013-7411 355Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753\nEmel Rasmi\n[email\u00a0protected]\nKlik link : portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ untuk syarat dan dokumen yang diperlukan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jpjebid/", "title": "JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelaras dengan perkembangan teknologi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem JPJeBid untuk orang ramai membida nombor pendaftaran kenderaan dengan mudah dan cepat.\nRingkasnya, kalau kita nak dapatkan nombor plat kereta yang terkini dan \u2018cantik\u2019, contohnya SYG 8055, RAF 1, PPP 999, WCU 2020 dan sebagainya, anda boleh melakukannya secara online melalui laman web tersebut.\nMenarik kan?\nJom ketahui lebih lanjut tentang Portal JPJeBid dan cara membuat bidaan melalui sistem ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah JPJeBid?\n\n \nSyarat Mendaftar\n\n \nCara Daftar JPJeBid\n\n \nHarga Bidaan, Deposit & Caj Perkhidmatan\n\n \nKategori Nombor Pendaftaran\n\n \nTempoh Bidaan\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nProses Pendaftaran Nombor Kenderaan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah JPJeBid?\nSistem yang diperkenalkan pada April 2019 ini amat berbeza dengan sistem bidaan konvensional nombor plat dahulu.\nMungkin ramai tak tahu, sebelum dibuat secara online, bidaan nombor plat kenderaan dilakukan secara manual dan mengambil masa yang lama dengan proses yang agak leceh.\n\nMisalnya, jika hendak\u00a0 membida RM10,000 untuk sesuatu nombor itu, kena buat cek RM5,000 dan masuk dalam tong dan \u00a0tunggu tempoh bidaan tamat.\u00a0\nKemudian, katakanlah pada 1 haribulan seterusnya (satu bulan proses tender manual) senarai pemenang \u00a0dikeluarkan dengan\u00a0 keputusan bidaan diletakkan di papan kenyataan dengan semua pembida boleh melihatnya.\nJPJ kemudian ambil masa kira-kira sebulan \u00a0lagi untuk pulangkan cek bagi mereka yang gagal bidaan dengan yang menang dapat nombor itu.\nTetapi dengan sistem JPJeBid ini, harga bidaan dipapar di skrin dan nombor itu boleh dibida berkali-kali sehingga berpuas hati.\nBidaan dibuat tanpa tunai\u00a0tetapi menggunakan kad kredit atau debit. \nJika menang, barulah nilai bidaan itu akan ditolak\u00a0100%.\n\nSyarat Mendaftar\nSyarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid adalah:\nIndividu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.\nCara Daftar JPJeBid\nPendaftaran boleh dibuat secara online di portal https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/Untuk mendapatkan ID bagi membolehkan seseorang mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid, anda perlulah mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:\n\nIndividu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasaPerniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan \u2013 Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atauSatu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.Syarikat Sdn. Bhd:Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.\n* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid.\n\n\nBaca juga: Cara Daftar SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)\nHarga Bidaan, Deposit & Caj Perkhidmatan\nTiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.\nSetiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :\n\n\n\n\n\n\nKategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)Nombor Bernilai Utama20,000.001,000.00Nombor Menarik3,000.00150.00Nombor Popular800.0040.00Nombor Biasa300.0015.00\nSetiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.\nPeningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.\nFormula :\n5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima\nHarga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan\nContoh :\nKenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)Jumlah BidaanKategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)Kenaikan PertamaKenaikan KeduaKenaikan KetigaNombor Bernilai Utama20,000.001,000.0021,000.0022,000.0023,000.00Nombor Menarik3,000.00150.003,150.003,300.003,450.00Nombor Popular800.0040.00840.00880.00920.00Nombor Biasa300.0015.00315.00330.00345.00\nSegala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah\u00a0Pre- Authorization\nNOTA: RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.\n\n\nKategori Nombor Pendaftaran\nTerdapat tiga kategori nombor pendaftaran yang dibuka untuk bidaan dalam sistem JPJeBid.\n1. Kategori Nombor-Nombor Bernilai Utama (\u00a0Golden Numbers\u00a0)\n\u00a0 \u00a0 1\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a02 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 3 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 4 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 5 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 6 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 7 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 8 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 9\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 10\n2. Kategori Nombor-Nombor Menarik (\u00a0Attractive Numbers\u00a0)\n\u00a0\u00a011\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 12 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 13\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 14\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 15\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 16\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 17\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 18\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 19\u00a0 \u00a0\u00a0\n22\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a028\u00a0 \u00a0 \u00a0 33\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 38\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 44\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 55\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 66\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 77\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 88\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 99\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\u00a0111\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 222\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 333\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 444\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 555\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 666\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 777\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 888\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 999\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n1111\u00a0 \u00a0 \u00a0 2222\u00a0 \u00a0 \u00a03333\u00a0\u00a0\u00a0 5555\u00a0\u00a0\u00a0 6666\u00a0\u00a0 7777\u00a0 \u00a0 \u00a0 8888\u00a0\u00a0 9999\n3. Kategori Nombor-Nombor Popular (\u00a0Popular Numbers\u00a0)\n20\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 21 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 23 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 24 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 25\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 26\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 27\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 29\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 30\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 31\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 32\n34\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 35 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 36\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 37\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 39 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 40\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 41\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 42\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 43\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 45\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 46\n47\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 48\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 49\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 50 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 51 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 52\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 53\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 54\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 56\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 57\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 58\n59\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 60\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 61\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 62\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 63\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 64\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 65\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 67\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 68\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 69\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 70\n71\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 72 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 73\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 74\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 75\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 76\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 78\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 79\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 80\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 81\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 82\n83\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 84\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 85\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 86\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 87\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 89\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 90\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 91\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 92\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 93\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 94\n95\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 96\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 97\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 98\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 100\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 101\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 121\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 131\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 141\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 151\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 161\n171\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 181\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 191\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 200\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 202\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 212\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 232\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 242\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 252\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 262\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 272\n282\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 292\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 300\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 303\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 313\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 323\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 343\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 353\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 363\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 373\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 383\n393\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 400\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 404\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 414\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 424\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 434\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 454\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 464\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 474\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 484\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 494\n500\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 505\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 515\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 525\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 535\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 545\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 565\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 575\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 585\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 595\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 600\n606\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 616\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 626\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 636\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 646\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 656\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 676\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 686\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 696\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 700\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 707\n717\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 727\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 737\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 747\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 757\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 767\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 787\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 797\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 800\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 808 \u00a0\u00a0\u00a0818\n828\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 838\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 848\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 858\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 868\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 878\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 898\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 900\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 909\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 919\u00a0\u00a0 929\n939\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 949\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 959\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 969\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 979\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 989\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 1000\u00a0\u00a0 1001\u00a0\u00a0 1010\u00a0\u00a0 1100 \u00a0\u00a01122\n1133\u00a0\u00a0\u00a0 1144\u00a0\u00a0 1155\u00a0\u00a0 1166\u00a0\u00a0 1177\u00a0\u00a0 1188\u00a0\u00a0 1199\u00a0\u00a0 1212\u00a0\u00a0 1221\u00a0\u00a0 1313 \u00a0\u00a0\u00a01331\n1414\u00a0\u00a0\u00a0 1441\u00a0\u00a0 1515\u00a0\u00a0 1551\u00a0\u00a0 1616\u00a0\u00a0 1661\u00a0\u00a0 1717\u00a0\u00a0 1771\u00a0\u00a0 1818\u00a0\u00a0 1881 \u00a01919\n1991\u00a0\u00a0\u00a0 2000\u00a0\u00a0\u00a0 2002\u00a0\u00a0 2020\u00a0\u00a0 2112\u00a0\u00a0 2121\u00a0\u00a0 2200\u00a0\u00a0 2211\u00a0\u00a0 2233\u00a0\u00a0 2244 \u00a02255\n2266\u00a0\u00a0\u00a0 2277\u00a0\u00a0 2288\u00a0\u00a0 2299\u00a0\u00a0 2323\u00a0\u00a0 2332\u00a0\u00a0 2424\u00a0\u00a0 2442\u00a0\u00a0 2525\u00a0\u00a0 2552 \u00a0\u00a02626\n2662\u00a0\u00a0\u00a0 2727\u00a0\u00a0 2772\u00a0\u00a0 2828\u00a0\u00a0 2882\u00a0\u00a0 2929\u00a0\u00a0 2992\u00a0\u00a0 3000\u00a0\u00a0 3003\u00a0\u00a0 3030 \u00a0\u00a03113\n3131\u00a0\u00a0\u00a0 3223\u00a0\u00a0 3232\u00a0\u00a0 3300\u00a0\u00a0 3311\u00a0\u00a0 3322\u00a0\u00a0 3344\u00a0\u00a0 3355\u00a0\u00a0 3366\u00a0\u00a0 3377 \u00a0\u00a03388\n3399\u00a0\u00a0\u00a0 3434\u00a0\u00a0 3443\u00a0\u00a0 3535\u00a0\u00a0 3553\u00a0\u00a0 3636\u00a0\u00a0 3663\u00a0\u00a0 3737\u00a0\u00a0 3773\u00a0\u00a0 3838 \u00a03883\n3939\u00a0\u00a0\u00a0 3993\u00a0\u00a0 4000\u00a0\u00a0 4004\u00a0\u00a0 4040\u00a0\u00a0 4114\u00a0\u00a0 4141\u00a0\u00a0 4224\u00a0\u00a0 4242\u00a0\u00a0 4343 \u00a0\u00a04400\n4411\u00a0\u00a0\u00a0 4422\u00a0\u00a0 4433\u00a0\u00a0 4444\u00a0\u00a0\u00a0 4455\u00a0\u00a0\u00a0 4466\u00a0\u00a0 4477\u00a0\u00a0 4488\u00a0\u00a0 4499\u00a0\u00a0 4545 \u00a04554\n4646\u00a0\u00a0\u00a0 4664\u00a0\u00a0 4747\u00a0\u00a0 4774\u00a0\u00a0 4848\u00a0\u00a0 4884\u00a0\u00a0 4949\u00a0\u00a0 4994\u00a0\u00a0 5000\u00a0\u00a0 5005\u00a0\u00a0\u00a0 5050\n5115\u00a0\u00a0\u00a0 5151\u00a0\u00a0 5225\u00a0\u00a0 5252\u00a0\u00a0 5335\u00a0\u00a0 5353\u00a0\u00a0 5445\u00a0\u00a0 5454\u00a0\u00a0 5500\u00a0\u00a0 5511 \u00a05522\n5533\u00a0\u00a0\u00a0 5544\u00a0\u00a0 5566\u00a0\u00a0 5577\u00a0\u00a0 5588\u00a0\u00a0 5599\u00a0\u00a0 5656\u00a0\u00a0 5665\u00a0\u00a0 5757\u00a0\u00a0 5775\u00a0\u00a0\u00a0 5858\n5885\u00a0\u00a0\u00a0 5959\u00a0\u00a0 5995\u00a0\u00a0 6000\u00a0\u00a0 6006\u00a0\u00a0 6060\u00a0\u00a0 6116\u00a0\u00a0 6161\u00a0\u00a0 6226\u00a0\u00a0 6262\u00a0\u00a0\u00a0 6336\n6363\u00a0\u00a0\u00a0 6446\u00a0\u00a0 6464\u00a0\u00a0 6556\u00a0\u00a0 6565\u00a0\u00a0 6600\u00a0\u00a0 6611\u00a0\u00a0 6622\u00a0\u00a0 6633\u00a0\u00a0 6644\u00a0\u00a0\u00a0 6655\n6677\u00a0\u00a0\u00a0 6688\u00a0\u00a0 6699\u00a0\u00a0 6767\u00a0\u00a0 6776\u00a0\u00a0 6868\u00a0\u00a0 6886\u00a0\u00a0 6969\u00a0\u00a0 6996\u00a0\u00a0 7000\u00a0\u00a0\u00a0 7007\n7070\u00a0\u00a0\u00a0 7117\u00a0\u00a0 7171\u00a0\u00a0 7227\u00a0\u00a0 7272\u00a0\u00a0 7337\u00a0\u00a0 7373\u00a0\u00a0 7447\u00a0\u00a0 7474\u00a0\u00a0 7557\u00a0\u00a0\u00a0 7575 7667\u00a0\u00a0\u00a0 7676\u00a0\u00a0 7700\u00a0\u00a0 7711\u00a0\u00a0 7722\u00a0\u00a0 7733\u00a0\u00a0 7744\u00a0\u00a0 7755\u00a0\u00a0 7766\u00a0\u00a0 7788\u00a0\u00a0\u00a0 7799 7878\u00a0\u00a0\u00a0 7887\u00a0\u00a0 7979\u00a0\u00a0 7997\u00a0\u00a0 8000\u00a0\u00a0 8008\u00a0\u00a0 8080\u00a0\u00a0 8118 \u00a0 8181\u00a0\u00a0 8228\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 8282 8338\u00a0\u00a0\u00a0 8383\u00a0\u00a0 8448\u00a0\u00a0 8484\u00a0\u00a0 8558\u00a0\u00a0 8585\u00a0\u00a0 8668\u00a0\u00a0 8686\u00a0\u00a0 8778\u00a0\u00a0 8787\u00a0\u00a0\u00a0 8800 8811\u00a0\u00a0\u00a0 8822\u00a0\u00a0 8833\u00a0\u00a0 8844 \u00a0 \u00a08855\u00a0\u00a0 8866\u00a0\u00a0 8877 \u00a0 8899\u00a0\u00a0\u00a0 8989\u00a0\u00a0 8998\u00a0\u00a0\u00a0 9000 9009\u00a0\u00a0\u00a0 9090\u00a0\u00a0 9119\u00a0\u00a0 9191\u00a0\u00a0 9229\u00a0\u00a0 9292\u00a0\u00a0 9339\u00a0\u00a0 9393\u00a0\u00a0 9449\u00a0\u00a0\u00a0 9494 \u00a0 \u00a09559 9595\u00a0\u00a0\u00a0 9669\u00a0\u00a0 9696 \u00a0 9779\u00a0\u00a0\u00a0 9797\u00a0\u00a0 9889\u00a0\u00a0 9898\u00a0\u00a0 9900\u00a0\u00a0 9911\u00a0\u00a0 9922 \u00a09933 9944 \u00a09955 \u00a09966 9977 9988\nTempoh Bidaan\nKeputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.\nPentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal. \nKeputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.\nKaedah Pembayaran\nPembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer))\u00a0sahaja.\nJika bidaan berjaya \u2013 amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.\nJika bidaan tidak berjaya \u2013 pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.\n\n\n\nProses Pendaftaran Nombor Kenderaan\nTempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.\nPemenang boleh hadir sendiri ke JPJ ataupun mana- mana wakil pemenang dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:\nCetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya BidaanSalinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat\nNombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. \nPertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi\u00a0TIDAK\u00a0dibenarkan.\nBaca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan, klik di sini untuk Panduan Pengguna\nATAU\nSila hubungi:\n\nIbu PejabatJabatan Pengangkutan JalanAras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 Putrajaya\nUmum : 03 8000 8000\nFaks : 03 8881 0194\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-bita-penang/", "title": "i-Bita Penang 2022: Semakan & Permohonan Bantuan IPT", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPerhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan i-Bita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.\niBita adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBANTUAN I-BITA PENANG: PENDAFTARAN PELAJAR KE IPT BAGI TAHUN 2022\n\n \nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Pelajar Ke IPT\n\n \nSenarai Nama IPT / Kolej Yang Boleh Memohon\n\n \ni. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)\n\n \nii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)\n\n \niii. Politeknik\n\n \nJumlah Bantuan i-BITA Penang\n\n \nCara Permohonan Bantuan iBita\n\n \n1. Layari Laman Web i-Bita\n\n \n2. Lengkapkan Borang Permohonan / Pendaftaran Online\n\n \n3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT\n\n \n4. Dokumen Yang Diperlukan\n\n \n5. Semakan Status Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBANTUAN I-BITA PENANG: PENDAFTARAN PELAJAR KE IPT BAGI TAHUN 2022\nPermohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita) dibuka mulai 1 September 2022 sehingga 30 September 2022 bagi sesi kemasukan Diploma atau Ijazah\nSurat tawaran ke IPT (Jan \u2013 September 2022)\nIbu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang\nPendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00\n\n\n\n\n\n\nPermohonan hanya boleh diproses selepas dokumen & bukti lengkap diterima (hardcopy)\u00a0\n\nPemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE).\nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Pelajar Ke IPT \nSyarat-syarat permohonan Bantuan Pelajar ke IPT oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang (iBita) adalah seperti berikut:\nPendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak memohon.\n\nSenarai Nama IPT / Kolej Yang Boleh Memohon\ni. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)\nUNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)UNIVERSITI MALAYA (UM)UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)\nii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)\nUNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)UNIVERSITI AIMST (AIMST)KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)MSU COLLEGE PENANG\niii. Politeknik\nPOLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)POLITEKNIK BESUT (PBT)POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU\u2019ADZAM SHAH (POLIMAS)POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)POLITEKNIK MELAKA (PMK)POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)POLITEKNIK JELI (PJK)POLITEKNIK NILAI (PNS)POLITEKNIK BANTING (PBS)POLITEKNIK MERSING (PMJ)POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)POLITEKNIK TAWAU (PTS)POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)\n\n\nJumlah Bantuan i-BITA Penang\nJumlah bantuan (berbentuk cek) akan diterima oleh pemohon adalah seperti nilai yang berikut:\nUniversiti di Semenanjung = RM1,000.00 ;Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00Politeknik Malaysia = RM300.00\nCara Permohonan Bantuan iBita\nBerikut adalah langkah untuk membuat permohonan Bantuan iBita.\n1. Layari Laman Web i-Bita\nLayari laman web berikut:\nhttps://ibita.penang.gov.my/\nManual-Permohonan-Pengguna-i-BitaDownload\n\n2. Lengkapkan Borang Permohonan / Pendaftaran Online\nPemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian.\nManual-Pendaftaran-i-BitaDownload\n\n3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT\nPemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.\n4. Dokumen Yang Diperlukan\nSenarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal i-BITA :\nSalinan surat tawaran ke IPT.Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.Salinan Kad Pengenalan Pelajar.Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan). Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.\n*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.\nNOTA:\nKegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.Pemohon boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad.Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti yang disenaraikan di atas sahaja yang layak memohon.\n5. Semakan Status Permohonan\nPemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS.\nSemakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup.\nKemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut.\nMANUAL SEMAKAN STATUS I-BITA\nManual-Semakan-Status-Permohonan-i-bitaDownload\nBaca juga: Bantuan JKM 2022: Daftar & Semak Status Pembayaran Online\nMaklumat Lanjut\nPemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal I-BITA:\nKemukakan nombor kad pengenalan atau menghubungi Pentadbiran di talian berikut :\nBahagian/ DaerahDBDDTLSPUSPSSPTNama Pegawai1.Noor Mahdini Izzatie binti Mohd Sabri2.Nor Haslina binti Ishak3.Mohd Idris bin Ismal Dennie4.Nurul Syahirah binti Mohd Sakir1. Siti Mariam2.Nur Syahira binti Badri3.Najiha Nabila Binti Yusree1.Nor Zurina binti Abdullah2.Haslyn Binti Hassan3.Noor Faezah binti Adenan1.Aida Sofiah Bt Rusmahini2.Rozaid bin Ali1.Nur Amira binti Azmi2.Hilmi bin Mohd YusofNo Tel04-8689428/42904-8689431/43204-650552804-650553304-577650504-577651504-577650004-585780004-548881804-5488814AlamatPejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya11000 Balik Pulau, Pulau PinangPejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau PinangTingkat 50 & 51 KOMTAR,10000 Pulau PinangPejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara,Bertam, Kepala Batas,Seberang Perai Utara, 13200, Pulau PinangPejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan, 14200,Sungai Jawi,Pulau Pinang.Pejabat Daerah dan TanahSeberang Perai TengahJalan Betek, Sg Rambai14000 Bukit Mertajam Pulau PinangMasa Untuk Dihubungi9.30 pagi \u2013 12.30 tengah hari2.30 petang \u2013 4.30 petang9.30 pagi \u2013 12.30 tengah hari2.30 petang \u2013 4.30 petang9.30 pagi \u2013 12.30 tengah hari2.30 petang \u2013 4.30 petang9.30 pagi \u2013 12.30 tengah hari2.30 petang \u2013 4.30 petang9.30 pagi \u2013 12.30 tengah hari2.30 petang \u2013 4.30 petang\nMasa Untuk Dihubungi:9.30 pagi \u2013 12.30 tengah hari2.30 petang \u2013 4.30 petang\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-buku-skrap-terbaik/", "title": "Contoh Buku Skrap Kreatif & Terbaik Untuk Inspirasi Anda", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pelajar di sekolah menengah, kebiasaannya anda akan diminta untuk membuat buku skrap sebagai projek sekolah bagi sesetengah subjek yang diambil.\nIanya merupakan satu tugasan yang menarik dimana para pelajar akan diminta untuk menghasilkan buku ini bergantung kepada topik atau subjek tertentu.\nRekabentuk dan coraknya juga biasanya bebas kepada seseorang pelajar itu, bergantung kepada kreativiti masing-masing.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nBahan-bahan\n\n \nTips Menghasilkan Buku Skrap Terbaik\n\n \nContoh Buku Skrap Kreatif\n\n\nPengenalan\nSebelum itu, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan buku skrap?\n\n\n\n\n\n\n\u201cSkrap\u201d secara mudah difahaminya bermaksud bahan terpakai, boleh itu buku skrap merupakan sebuah buku yang dihasilkan daripada bahan-bahan terpakai yang dijadikan lembaran-lembaran yang kemudiannya disatukan sebagai sebuah buku.\nIanya boleh dijadikan sebagai hadiah, album foto, medium pembelajaran, tugasan di sekolah dan pelbagai tujuan lain.\nBaca lagi: 13 Idea Hadiah Persaraan Yang Menarik Untuk Dijadikan Sebagai Kenangan\nBahan-bahan\nUntuk membuat buku skrap, anda memerlukan bahan-bahan berikut:\n\nKertas putih / Kertas Warna\nPensel warna\nAlat Tulis\nReben\nGunting\n\nPenggunaan bahan-bahan tidak terhad kepada senarai di atas semata-mata dan anda boleh menggunakan apa sahaja bahan lain mengikut kreativiti anda.\nTips Menghasilkan Buku Skrap Terbaik\nSesebuah buku yang terbaik bukan hanya cantik semata-mata, tetapi mencapai objektif anda membuatnya.\nSebagai panduan, berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda ikuti:\n\nPilihan kertas yang sesuai \u2013 Jika anda ingin membuat buku skrap yang tahan lasak, gunakan kertas yang tebal dan bertekstur seperti kertas sulam atau kertas buku namun jika anda ingin membuat buku yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, gunakan kertas art carton atau kertas bristol.\nTentukan tema \u2013 penting untuk memberi fokus kepada kandungan buku anda dan kandungan anda tidak kelihatan caca marba.\nPilih saiz bersesuaian \u2013 Pastikan buku yang dihasilkan mempunyai saiz yang sesuai dengan keperluan anda. \nSusun kandungan \u2013 Buat senarai apa yang ingin anda masukkan dalam buku anda seperti gambar, catatan, atau apa sahaja yang berkaitan dan kemudian letakkan kandungan tersebut dalam susunan yang logik dan menarik.\nHiasan \u2013 \u00a0Gunakan warna yang menarik dan kreatif untuk menambahkan elemen visual kepada buku anda\n\nBaca lagi: 12 Idea Hadiah Hari Jadi Yang Eksklusif Untuk Lelaki & Perempuan\nContoh Buku Skrap Kreatif \nRekabentuk dan corak untuk menghasilkan buku ini tidak terhad kepada apa-apa corak dan rekabentuk.\nIanya bergantung kepada kreativiti anda semata-mata dan berikut merupakan beberapa contoh buku skrap terbaik untuk inspirasi anda:\nCONTOH BUKU_SKRAP TEMA MERDEKA / HARI KEBANGSAAN\n\n @norliyananorazli Mak2 membantu anak2 tabika menyiapkan Buku Skrap Tokoh Pejuang Kemerdekaan sempena Hari Merdeka yang ke~65 tahun. Happy Independence Day Malaysia! Proud to be Malaysian! \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #merdeka #malaysia #malaysiamerdeka #diy #handmade #handcraft #fyp\u30b7 #fyp #fyp\u30b7\u309aviral #fypage \u266c original sound \u2013 bello \u2013 ashiee \nSumber: Tiktok FanaaBridalHouse\n\n @dekdakitty #bukuskrap #tadikakemas #tadikakemas2022 #kemerdekaan #merdekake65 #kemerdekaan65tahun\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #kebangsaan #dhuhamedinasumayyah #ipdkerian2 #tadikakemasipdkerian #fyp #fyp\u30b7 \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\u2764\ufe0f \u266c Saya Anak Malaysia \u2013 Dato David Aramugam & Nikki Palikat & Projector Band & Haoren & Priscilla Abby & Meer Nash & Jenn Chia & Jeryl Lee \n\n\n @ziraramlee kreativiti hasil ibu dan anak utk buku skrap kemerdekaan. Boleh tambah pengetahuan dan tingkatkan semangat merdeka kita. #merdeka #keluargamalaysia\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #selamatharimerdekamalaysia\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe #diy #kreatif #fyp #sayanganak #projeksekolahanak \u266c Saya Anak Malaysia \u2013 Dato David Aramugam & Nikki Palikat & Projector Band & Haoren & Priscilla Abby & Meer Nash & Jenn Chia & Jeryl Lee \n\nCONTOH MENGHASILKAN HIASAN KREATIF PELBAGAI TEMA\n\n @aeshangg_ School project\ud83e\udef6\ud83c\udffb #scrapbookideas #schoolproject #aesthetic #aestheticvibes #foryourpage \u266c original sound \u2013 Daiyan Trisha \u2013 Daiyan Trisha \n\n\n\n @cik_masz0 Replying to @wonthyrarachel25 very simple & minimalis. mmg sngje bt kosong kalini. hope u like it \ud83d\ude0a #cardideas #birthdaycard #papercraft #scrapbookidea #scrapbook #journalspread #journalmalaysia #journalpages_addict #journalidea #artjournaling \u266c Let Me Down Slowly \u2013 \u96e8\u59b9 \n\n\n\n @artbymercaaan #fyp #f\u00fcrdich #arttok #kunst #art #artist #diy #scrapbookidea #scrapbooking #papercraft #creative #giftideas #album \u266c original sound \u2013 \u3164 \n\n\n\n @biiruu._ kalo bikin yg gini rasanya seneng aja gitu #scrapbook #scrapbookidea \u266c reckless \u2013 safe place \n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/contoh-perjanjian-sewa-rumah/", "title": "Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Ringkas (Dalam Word & PDF)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nContoh Perjanjian Sewa Rumah dapat memudahkan urusan pemilik rumah dan penyewa dalam memastikan tidak berlaku salah faham di kemudian hari.\nIa bertujuan melindungi hak pemilik rumah dan juga penyewa.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKepentingan Perjanjian Sewa Rumah\n\n \nSiapa Perlu Sediakan Perjanjian?\n\n \nApa Yang Perlu Ada Dalam Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Lengkap\n\n \nContoh Perjanjian Sewa Rumah\n\n\nKepentingan Perjanjian Sewa Rumah\nMungkin ada kes penyewa gagal bayar sewa, atau tertunggak berbulan-bulan sehingga pemilik bertindak mengunci pintu pagar. \nAda juga yang menceroboh rumah yang disewakan, atas alasan mahu \u2018mengusir\u2019 penyewa setelah gagal berbincang.\nTerdapat juga kes, tuan rumah mengarahkan penyewa berpindah, sedangkan penyewa baharu mendiami rumah tersebut.\nSelain itu, ada juga rumah disewa rosak teruk akibat sikap tidak bertanggungjawab penyewa hingga fobia nak menyewakan rumah terhadap sesiapa lagi.\nOleh sebab itu, perjanjian sewa tidak seharusnya diambil mudah oleh kedua-dua pihak.\nBaca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat\nSiapa Perlu Sediakan Perjanjian?\nPerjanjian sewa perlu dibuat selepas semua dokumen ditandatangani serta bayaran deposit dibuat iaitu sebelum penyewa masuk ke rumah.\nMenurut Datuk Nazri Mustafa menerusi Sinar Harian, sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat dengan mudah di internet termasuk contoh perjanjian sewa rumah dan ia hanya perlu diubah sesuai mengikut keperluan.\nNamun perlu diingat, bagi memastikan perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang, pemilik perlu menjelaskan duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi.\n\u201cPenyewa juga dinasihatkan untuk menurunkan tandatangan ringkas di setiap helaian muka surat perjanjian bagi menunjukkan mereka telah membaca setiap kandungan yang ada dalam perjanjian itu,\u201d katanya.\nPerjanjian sewa boleh diubah walaupun tempoh perjanjian belum tamat, dengan syarat kedua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian tambahan secara bertulis dan disaksikan oleh pihak ketiga.\nApa Yang Perlu Ada Dalam Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Lengkap\nDalam perjanjian sewa ia mengandungi terma-terma penting dan butiran seperti berikut:\nNama penyewa, Nombor telefon, Peranan dan tanggungjawab kedua belah pihakTindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewaTandatangan Pemilik (Tuan Rumah), Penyewa, dan SaksiDuti setem \n\nBaca juga: Pinjaman LPPSA 2020: Semakan Status Permohonan Online\n\n\n\n\n\n\nContoh Perjanjian Sewa Rumah\nBerikut adalah contoh perjanjian sewa rumah yang boleh anda rujuk dan edit sekiranya perlu. \n\nPERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN\nPERJANJIAN ini dibuat pada \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.\u2026..haribulan\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026..\u2026\u2026\u2026.. di antara pihak berikut:\n\u2018Tuan Rumah\u2019\n(Nama) \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.\n(No Kad Pengenalan) \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\n\u2018Penyewa\u2019\n(Nama) \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026 (No.Kad Pengenalan) \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026..\nBAHAWASANYA\nA. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026 (selepas itu disebut sebagai \u201cRumah tersebut\u201d).\nB. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang rumah tersebut serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.\nC. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.bermula pada\u2026\u2026\u2026..\u2026..dan berakhir pada \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini.\nD. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.RM:\u2026\u2026\u2026\u2026..sebulan hendaklah di bayar terlebih dahulu pada\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.haribulan (tiap-tiap bulan).\nE. Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.. ( RM\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak (RM\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026..) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini.\nF. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penghuni Rumah.\nBORANG MAKLUMAT PENYEWA\nNama\u00a0 \u00a0No. Kad Pengenalan\u00a0 \u00a0No. Tel. Bimbit\u00a0 \u00a0Alamat Tetap/Asal\u00a0 \u00a0No. Telefon\u00a0 \u00a0Pekerjaan\u00a0 \u00a0Alamat Pejabat\u00a0 \u00a0No. Tel. Pejabat\u00a0 \u00a0No. Faks\u00a0 \u00a0Tempoh Sewaan\u00a0 \u00a0Jumlah penghuni\u00a0 \u00a0\nPERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.\nTANGGUNGJAWAB PENYEWA\n1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.\n2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.\n3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).\n4. Tidak mengunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk apapun jenis perniagaan atau urusan perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.\n5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini.\n6. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada dibahagian luar atau bahagian dalam Rumah Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.\n7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut.\n8. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah Tersebut apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.\n9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah Tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.\n10. Menjaga dan memastikan keadaan didalam Rumah Tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).\n11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah Tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.\n12. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah Tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembiakan kepada Rumah Tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.\n13. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.\n14. Menyerahkan kembali Rumah Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.\nTANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH\n1. Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan yang dikenakan ke atas Rumah Tersebut.\n2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah Tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apaapa kerosakan biasa yang disebabkan oleh \u201cFair Wear dan Tear\u201d dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas Rumah Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.\n3. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.\n4. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.\n5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.\n6. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa.\n7. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.\n\n\n\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 \nTuan Rumah / PemilikNama: \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tarikh:\n\n\n\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026 \u00a0\u00a0\nPenyewa/Ketua RumahNama:Tarikh:\n\n\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026 \u00a0\u00a0\u00a0\nSaksiNama:Tarikh:\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026 \u00a0\u00a0\nSaksiNama:Tarikh:\n\nBerikut adalah Perjanjian Sewa Rumah dalam versi PDF dan Word yang boleh anda muat turun dan ubahsuai mengikut kesesuaian.\nVersi PDF: Contoh-Perjanjian-Sewa-Rumah-PDFDownload\nVersi Word: PERJANJIAN-PENYEWAAN-RUMAH-UNTUK-KEDIAMANDownload\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ekasih/", "title": "eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu\u00a0merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.\u00a0 \nRingkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar.\u00a0 \nUntuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah eKasih?\n\n \nJenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih\n\n \n1. Program MyKasih\n\n \n2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\n\n \n3. I-Suri (Insentif RM480 KWSP)\n\n \n4. Bantuan JKM\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nProses Permohonan\n\n \nPanduan Pendaftaran eKasih 2023\n\n \nMaklumat Yang Diperlukan\n\n \nSemakan Status eKasih 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah eKasih?\neKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional\u200b\u200b yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.\u00a0\nMelalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:\n\nMembuat semakan status kemiskinan secara\u00a0online\nMenyelaraskan maklumat bantuan\nPengemaskinian maklumat kemiskinan secara\u00a0online\nPengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)\nPenjanaan laporan dan statistik kemiskinan\nPoverty mapping\u00a0dan pemantauan kemiskinan \n\nSelain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan\u00a0skim i-Suri KWSP\u00a0sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.\nJenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih\nPendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.\nMelalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:\n1. Program MyKasih\nPada tahun 2021 \u2013 Januari 2022, mereka yang tersenarai dalam data eKasih akan menerima bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan di bawah Program MyKasih.\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan status Program MyKasih boleh disemak melalui pautan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/\n\n2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)\nSumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat bagi tahun 2023.\n\nMelalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), penerima yang layak akan mendapat bakul makanan bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.\n\nSemakan kelulusan boleh dibuat melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my)\nProgram ini akan bermula pada Julai hingga Disember 2023.\n3. I-Suri (Insentif RM480 KWSP)\nSurirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.\nDengan caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.\n\nRujuk cara daftar Program Kasih i-Suri KWSP.\n4. Bantuan JKM \nTerdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:\n\nBantuan Kanak-Kanak (BKK) \u2013 Bulanan RM150 hingga RM1000\nElaun Pekerja Cacat (EPC); \u2013 RM500 sebulan seorang.\nBantuan Am Negeri \u2013 Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga\nBantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);\nBantuan Orang Tua (BOT); \u2013 RM500 sebulan seorang.\nBantuan Am Persekutuan (BA); \u2013 RM100 sebulan seorang.\u00a0 Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.\nBantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak.\u00a0Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.\nBantuan Latihan Perantis (BLP); \u2013 RM200 sebulan seorang.\nBantuan Geran Pelancaran (GP); \u2013 Maksimum RM2,700 sekaligus.\nBantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);\nTabung Bantuan Segera (TBS).\n\nInfo lanjut: eBantuan JKM: 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2023 (Online/Manual)\nBerikut adalah antara bantuan yang pernah dikongsikan oleh penerima eKasih:\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nBagi memohon bantuan eKasih, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.\nSyarat-syarat kelayakan lain adalah seperti berikut:\n\nGolongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.\nWarganegara.\nGolongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri\n\n* Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.\nSecara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :\n\nPekerjaan Bergaji.\nBekerja Sendiri.\nPendapatan daripada Harta dan Pelaburan.\nPindahan Semasa diterima.\n\nIsi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.\nPendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.\nPendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali. \nUntuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri : \n\nProses Permohonan\n\nPanduan Pendaftaran eKasih 2023\nIndividu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). \nIndividu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui \n\ntelefon\nsurat \ne-mel rasmi \nmembuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)\n\nBerikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.\n\nPPN Perlis : 04-9731976\nPPN Kedah : 04-7209236\nPPN P.Pinang : 04-2185700\nPPN Perak : 05-2497400\nPPN Selangor : 03-55213600\nPPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61\nPPN N.Sembilan : 06-7659945\nPPN Melaka : 06-3333333\nPPN Johor : 07-2234777\nPPN Pahang : 09-5178208\nPPN Terengganu : 09-6272000\nPPN Kelantan : 09-7455000\nPPN Sarawak : 082-446582\nPPN Sabah : 088-484800\n\n\n*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing. \nMaklumat Yang Diperlukan\nUntuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu \n\nButiran KIR dan AIR\nLokasi \nKediaman\nPendidikan\nKemahiran dan pekerjaan\nHarta\nKesihatan\nBantuan \nPendapatan\n\n*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa. \nSemakan Status eKasih 2023\nSemakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: \nhttps://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx\n\nAnda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN \u2013 Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pautan https://www.icu.gov.my/\nAnda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.\nPPN Perlis : 04-9731976PPN Kedah : 04-7209236PPN P.Pinang : 04-2185700PPN Perak : 05-2497400PPN Selangor : 03-55213600PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61PPN N.Sembilan : 06-7659945PPN Melaka : 06-3333333PPN Johor : 07-2234777PPN Pahang : 09-5178208PPN Terengganu : 09-6272000PPN Kelantan : 09-7455000PPN Sarawak : 082-446582PPN Sabah : 088-484800\nPertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yang-dipertuan-agong-bydpa/", "title": "Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2023 (BYDPA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2023\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D).\nBidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang BYDPA 2023 untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)?\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)?\nBiasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian.\n\n\n\n\n\n\nBYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.\nBidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.\nKelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.\nbiasiswa yang dipertuan agong bydpa \nBaca juga: \n\nGo+ TNG : Cara Daftar & Ciri Baharu eWallet Touch N Go Patuh Syariah\n\nTarikh Permohonan \nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 30 Januari sehingga 3 Mac 2023.\nPermohonan adalah secara online di portal\u00a0https://esilav2.jpa.gov.my.\nCara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2023\nPemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.\nBorang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 sama ada secara serahan tangan atau pos.\nSila rujuk lampiran di bawah untuk permohonan:\nNotis Iklan\nLampiran A \u2013\u00a0Panduan\nLampiran 1\u00a0\u2013 Senarai IPT Tempatan\nLampiran 2\u00a0\u2013 Senarai IPT Terkemuka Dunia\nLampiran\u00a03 \u2013 Senarai Bidang dan Sub-Bidang\u00a0\nLampiran\u00a04 \u2013 Panduan Menulis Kertas Cadangan\nBorang PPSM\nSila Klik di Sini\u00a0Untuk Mohon\nMaklumat Lanjut \nLayari portal\u00a0http://esilav2.jpa.gov.my\u00a0atau\n\nHubungi talian 03 \u2013 8885 3053 / 3571 (pada setiap hari bekerja, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau\ne-mel: [email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tempoh-cuti-bersalin-paterniti-terkini/", "title": "Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik! Tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada 3 hari kepada 7 hari.\nPerkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua berkata ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.\nCadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga. \n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: \nAkaun Bank Bekas Suami Akan Dibekukan Jika Tidak Bayar NafkahGaji Minimum RM1500 Dilaksana Mulai 1 Mei 2022 \u2013 PM\nDewan Rakyat pada 21 Mac telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.\nMelalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam.\nKelayakan cuti paterniti terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin.\nSelain itu, pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.\nBeliau berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). \nSumber: BERNAMA via Berita RTM\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pembaharuan-lesen-roadtax-pejabat-pos/", "title": "Urusan Pembaharuan Lesen & Roadtax Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPembaharuan Lesen Memandu (LMM), Lesen Kenderaan LKM, GDL / PSV Sebelum 30 September 2021\nJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook memaklumkan bahawa tempoh moratorium perlanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September 2021.\nIni kerana aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.\n\u201cOrang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,\u201d\n\nSumber: Jalan Pengangkutan Jalan (JPJ)\nPembaharuan Lesen Memandu & Urusan JPJ Di Kaunter Pejabat Pos Malaysia Bermula 9 Ogos 2021\nJPJ telah berbincang dengan pihak POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia.\nPejabat POS Malaysia dijangka akan memulakan urusniaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos 2021.\nDalam kenyataan tersebut, JPJ juga mengingatkan orang awam agar terus mematuhi SOP bagi melancarkan urusan secara fizikal di kaunter-kaunter berkenaan.\nOrang ramai juga disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui Portal mySIKAP Awam\u00a0ATAU\u00a0menerusi myEG.\nmySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.\nTidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.\nBagi urusan di kaunter cawangan JPJ, kehadiran adalah secara temujanji dan kehadiran walk-in adalah tidak dibenarkan.\nBaca juga: \nJPJeQ: Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga JPJmySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama\nMaklumat Lanjut\nUntuk aduan/ pertanyaan, sila klik\u00a0http://jpj.spab.gov.my\u00a0atau hubungi talian hotline myGCC: 03-8000 8000\nE-mel: [email\u00a0protected]\nLaman Facebook Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/my-rail-life-ktmb/", "title": "My Rail Life KTMB : Pas Perjalanan Percuma Setahun Tanpa Had", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik! KTM Berhad kini menawarkan pas perjalanan percuma setahun tanpa had, My Rail Life bagi yang berkelayakan.\nAyuh, ketahui lebih lanjut tentang pas ini dan cara untuk anda mendapatkannya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pas My Rail Life KTM?\n\n \nLaluan Perjalanan My Rail Life\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Mendapatkan Pas MyRailLife\n\n \nBayaran & Pengaktifan Kad My Rail Life KTMB\n\n \nDokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pas My Rail Life KTM?\nPas MyRailLife ini merupakan pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagiperkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas \u2013 Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.\nPas My Rail Life diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.\nTempoh penggunaan pas ini berkuatkuasa dari 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.\n\n\n\n\n\n\n\nLaluan Perjalanan My Rail Life\n\nPerkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas \u2013 Tumpat\nPerkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang \u2013 Tg. Malim \u2013 Pelabuhan Klang & Batu Caves\u2013 Pulau Sebang Batu Caves)\nPerkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar \u2013 Butterworth \u2013 Padang Besar & Padang Rengas \u2013 Butterworth \u2013 Padang Rengas)\n\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia\nPelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun \u2013 12 tahun)\nPelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun \u2013 19 tahun)\nOrang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\n\nCara Mendapatkan Pas MyRailLife\nPengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):\n\nMendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)\nMendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas \u2013 Tumpat. \n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:\n\nMendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.\n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:\n\nMendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)\nMendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar \u2013 Butterworth \u2013 Padang Besar & Padang Rengas \u2013 Butterworth \u2013 Padang Rengas.\n\nBayaran & Pengaktifan Kad My Rail Life KTMB\nPerkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):\nTiada bayaran yang dikenakan. \nPerkhidmatan KTM Komuter:\nTiada bayaran dikenakan untuk pengguna konsesi sedia ada.\nPemegang kad konsesi komuter link (pelajar & OKU) sedia ada boleh digunakan terus bermula 15 Februari 2023.\nPengguna Baharu & Pengguna Kad MyRail5 :\ni. Pengguna baharu akan mendapat kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.\nii. Pemegang kad MyRail5 juga perlu mendapatkan kad baharu secara percuma dan tidak perlu untuk menambah nilai untuk mengaktifkan kad.\n\nDokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran\nPengguna-pengguna sedia ada yang telah mempunyai PNRPengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) (melalui onlineatau kaunter):\n\nNo. PNR\nMyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)\nKad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter):\n\nMyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)\nMembawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\nPengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melaluionline atau kaunter):\n\nNo. PNR\nMyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)\nKad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\nBaca juga: \n\nSenarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023\nTonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming\n\nMaklumat Lanjut\nKlik pautan untuk informasi lanjut mengenai Pas MyRailLife\u00a0https://bit.ly/3S3qAbm\nMyRail-Life-Unlimited-Free-Travel-PassDownload\n* Tertakluk terma dan syarat.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pelan-perlindungan-hpp-rapidkl/", "title": "Pelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk Pengguna Pengangkutan Awam", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa RapidKL kini menawarkan manfaat terbaharu buat pengguna iaitu Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital.\nInisiatif HPP yang merupakan hasil kolaborasi bersama AIG Malaysia ini dilancarkan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di kawasan Lembah Klang.\nPelancaran insentif ini juga mengiringi pembukaan Fasa I MRT MRT Laluan Putrajaya yang akan mula beroperasi pada 16 Jun 2022.\nDianggarkan sekitar 50,000 penumpang bakal menikmati manfaat yang ditawarkan ini.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Syoknya Naik Keretapi 2.0 : Diskaun RM 15 Untuk ETS & KTM Intercity\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nManfaat Pelan Perlindungan Hospital RapidKL\n\n \nCara Memohon\n\n \nKhidmat Duta Rel RapidKL\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nManfaat Pelan Perlindungan Hospital RapidKL\nPenerima pelan perlindungan ini bakal nikmati manfaat seperti berikut :\nElaun tunai RM 50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit TertentuElaun tunai harian ini akan diberikan sehingga 14 hari pesakit dimasukkan ke hospitalPenerima HPP akan nikmati pelan perlindungan hospital percuma selama 3 bulan.\nCara Memohon\nBersempena pengenalan pelan ini, RapidKL akan menawarkan pelan ini secara percuma kepada 50,000 orang penumpang yang memohon dan mendaftar menerusi aplikasi PULSE.\nSelain menjadi plaftorm untuk mendaftar Pelan Perlindungan Hospital RapidKL, aplikasi ini juga direka bagi memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan di laluan dan rangkaian perkhidmatan RapidKL.\nMaklumat mengenai aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut :\nhttps://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/\nUntuk makluman, tawaran pelan HPP menerusi aplikasi PULSE bermula 16 Jun 2022.\nKhidmat Duta Rel RapidKL\nPengguna yang menghadapi masalah untuk gunakan aplikasi PULSE boleh dapatkan bantuan daripada Duta Rel RapidKL tau Rail Ambassador yang telah dilantik.\nAnda boleh kenalpasti petugas khas ini dengan pemakaian selempang dan topi \u2018Ask Me\u2019.\nSetakat ini, Duta Rel RapidKL akan berada di 19 buah stesen iaitu :\nMasjid JamekIOI Puchong JayaBandar Tasik SelatanBandarayaMaluri (untuk Laluan Ampang)Stesen KL SentralPasar SeniWangsa MajuKLCCSubang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)Bukit BintangImbiKL SentralHang Tuah (untuk Laluan Monorel)Bukit BintangMaluriPasar SeniMuziumCochrane\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Pelan Perlindungan HPP RapidKL, sila layari laman web https://myrapid.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkm-fasa-2/", "title": "BKM Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Tambahan (Dikemaskini)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh, Jumlah Pembayaran BKM Fasa 2 & Bantuan BKM Tambahan Bagi Setiap Kategori\nSeperti yang kita sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1 (BKM) telahpun mula dikreditkan kepada penerima-penerima yang layak. Pengkreditan bayaran ini bermula pada 28 Mac hingga 8 April 2022.\nBagi penerima tunai pula, bayaran Fasa 1 boleh dituntut di Cawangan BSN mulai 30 Mac 2022.\nPembayaran akan dibuat secara berfasa \u2013 iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang BKM Fasa 2 beserta Bayaran BKM Tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi.\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTERKINI : Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 & Bayaran Tunai Tambahan\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nJumlah Bayaran Fasa 2\n\n \nJumlah Bayaran BKM Fasa 2 (Dikemaskini dengan Bayaran Tunai BKM Tambahan):\n\n \nJadual Bayaran (Dikemaskini)\n\n \nSemakan Bayaran\n\n \nLog Masuk MyBKM\n\n \nSemakan Status\n\n\nTERKINI : Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 & Bayaran Tunai Tambahan\nTarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa Kedua adalah mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022.\nKaedah Pembayaran\nSeperti sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak.\n\nManakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima bayaran tunai di BSN mulai 27 Jun 2022.\nSila rujuk Notis Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 & Bantuan Tunai Tambahan (BTT) di bawah.\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah Bayaran Fasa 2\nSila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran terkini setiap kategori BKM Fasa 2:\nJumlah Bayaran BKM Fasa 2 (Dikemaskini dengan Bayaran Tunai BKM Tambahan):\n\nA) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah \ni) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH\n0 Anak : RM3001-2 Anak : RM4003 Anak dan Ke atas : RM500\nii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM5000\n0 Anak : RM2001-2 Anak : RM2003 Anak dan Ke atas : RM200\nB) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)\ni) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH\n0 Anak : RM3001-2 Anak : RM4003 Anak dan Ke atas : RM500\nii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM5000\n0 Anak : RM2001-2 Anak : RM2003 Anak dan Ke atas : RM200\nC) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)\ni) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH\n1-2 Anak : RM4003 Anak dan Ke atas : RM500\nii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM5000\n1-2 Anak : RM2003 Anak dan Ke atas : RM200\nD) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah\ni) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH\nRM50\nii) PENDAPATAN RM2500-RM5000 (Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)\nRM200\n\nJadual Bayaran (Dikemaskini)\nJadual Bayaran asal BKM (selepas dikemaskini dengan BKM Tambahan) adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: SOALAN LAZIM BKM FASA 2\nSemakan Bayaran\nTahukah anda, kita boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima secara terperinci seperti berikut:\n\n\nCaranya, anda hanya perlu log masuk ke akaun BKM anda di pautan https://bkm.hasil.gov.my/\nKemudian isikan kata laluan seperti biasa dan pergi menu Peti Mel. (*Rujuk gambar di bawah).\n\nAnda boleh membuat cetakan surat tersebut untuk memudahkan anda merujuknya bagi fasa pembayaran seterusnya nanti.\nLog Masuk MyBKM\nBKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.\nMenu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.\nLog Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.\nBagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \nSekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.\nBaca juga:\nHarga Kereta Perodua Axia Auto & Manual Model Terkini (2022)Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas\nSemakan Status\nBagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.\nSila rujuk langkah di bawah:\nLayari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini :\u00a0https://bkm.hasil.gov.my.Klik [LOG MASUK BKM].Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.Klik Menu [Semakan Status].Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.Selesai.\nBilakah Bayaran BKM Fasa 2? 27 Jun 2022 Berapakah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa Ke-2? Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap kategori BKM Fasa 2:A) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahi) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH0 Anak : RM2001-2 Anak : RM3003 Anak dan Ke atas : RM400ii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM50000 Anak : RM1001-2 Anak : RM1003 Anak dan Ke atas : RM100B) Kategori Isi Rumah (Kahwin) \u2013 Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)i) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH0 Anak : RM2001-2 Anak : RM3003 Anak dan Ke atas : RM400ii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM50000 Anak : RM1001-2 Anak : RM1003 Anak dan Ke atas : RM100C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak) \u2013 Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)i) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH1-2 Anak : RM3003 Anak dan Ke atas : RM400ii) Pendapatan Isi Rumah RM2500-RM50001-2 Anak : RM1003 Anak dan Ke atas : RM100D) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak mempunyai Anak \u2013 Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawahi) PENDAPATAN RM2500 KE BAWAHTiadaii) PENDAPATAN RM2500-RM5000 (Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas)RM150 \n"]} {"url": "https://ecentral.my/pusat-warisan-kraf-yayasan-sabah/", "title": "Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah kini menawarkan kursus jangka pendek secara percuma kepada anak Sabah yang berkelayakan. \nPelbagai kemudahan pembelajaran termasuk elaun sara diri bakal disediakan sepanjang tempoh kursus.\nUntuk makluman, kursus ini dibuka untuk kemasukan tahun 2023 bagi bulan Februari, Mac atau April.\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah\n\n \nRingkasan Program\n\n \nKemudahan Yang Ditawarkan\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSenarai Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah\nKursus yang disediakan bagi program jangka pendek ini adalah :\nAsas Ukiran LogamAsas Jahitan Sulaman & KreatifAsas Lukisan Fabrik Abstrak\n\nRingkasan Program\nKursus KrafAsas Lukisan Fabrik AbstrakAsas Jahitan dan Sulaman KreatifAsas Ukiran LogamTempoh pengajian3 BulanSyarat kemasukanBumiputera Sabah (Anak Negeri Sabah)Had Umur Pelatih 17 Tahun \u2013 45 TahunKeupayaan minimum boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)Mempunyai minat dalam bidang Kraf dan KeusahawananGolongan E-Kasih / B40Prospek KerjayaPembuatan krafUsahawanTenaga Pengajar dalam bidang berkaitanKemudahan DisediakanAsramaBahan pembelajaranMakan dan minumElaun sara diri\nPusat Warisan Kraf KTYS ini mensasarkan golongan lepasan sekolah menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. \nProgram ini akan menyediakan para peserta dengan kemahiran seni pertukangan tangan yang bertujuan melahirkan usahawan kraftangan bukan sahaja mempunyai kemahiran membuat kraftangan tetapi juga mempunyai pengetahuan asas keusahawanan dalam memasarkan dan mempromosikan hasil keluaran kraftangan mereka.\nKemudahan Yang Ditawarkan\nAntara kemudahan yang bakal dinikmati peserta kursus adalah :Penginapan asramaKemudahan pembelajaran yang serba lengkapMakan dan minum disediakan (pagi, tengah hari dan malam)Elaun sara diri\nUntuk makluman, yuran bagi penyertaan kursus adalah percuma. \nSyarat Kelayakan\nCalon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nTawaran kursus terbuka kepada bumiputera Sabah sahajaHad umur pelatih mestilah antara 17 hingga 45 tahunCalon mempunyai keupayaan minimum dalam membaca, menulis dan mengiraCalon merupakan golongan E-Kasih, B40 atau berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000Calon mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kraf atau keusahawanan\nCara Memohon\nCalon yang berminat untuk sertai program anjuran Kolej Teknikal Yayasan Sabah ini boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang di pautan berikut :\nPermohonan Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah \nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Kolej Teknologi Yayasan Sabah, sila hubungi Encik Khairil di talian 010 5580018.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/takwim-waktu-solat-selangor/", "title": "Takwim Waktu Solat Selangor 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTakwim Waktu Solat Selangor 2023\nSebagai umat Islam, adalah tanggungjawab kita untuk mendirikan solat 5 waktu setiap hari. \nBagi yang berada di kawasan Selangor, di sini kami ingin kongsikan jadual waktu solat bagi tahun 2023 seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). \nTakwim atau jadual waktu solat negeri Selangor dibahagikan kepada 3 zon berbeza iaitu :\nZon 1 : Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Shah Alam, Sepang, Hulu Langat\nZon 2 : Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor\nZon 3 : Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor \nBaca Juga : Permohonan / Gantian Kad Perakuan Nikah Pintar Negeri Selangor (JAIS)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTakwim Waktu Solat Selangor 2023\n\n \nZon 1 : Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Shah Alam, Sepang, Hulu Langat\n\n \nZon 2 : Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor\n\n \nZon 3 : Daerah Klang dan Kuala Langat\n\n\nTakwim Waktu Solat Selangor 2023\nZon 1 : Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Shah Alam, Sepang, Hulu Langat\nBulan Januari\n\nBulan Februari\n\n\n\n\n\n\n\nBulan Mac\n\nBulan April\n\nBulan Mei\n\nBulan Jun\n\nBulan Julai\n\nBulan Ogos\n\nBulan September\n\nBulan Oktober\n\nBulan November\n\nBulan Disember\n\nJadual Waktu Solat Selangor \nZon 2 : Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor \n\n\nBulan Februari\n\nBulan Mac\n\nBulan April\n\nBulan Mei\n\nBulan Jun\n\nBulan Julai\n\nBulan Ogos\n\nBulan September\n\nBulan Oktober\n\nBulan November\n\nBulan Disember\nJadual Waktu Solat Negeri Selangor \nZon 3 : Daerah Klang dan Kuala Langat\nBulan Januari\n\nBulan Februari\n\nBulan Mac\n\nBulan April\n\nBulan Mei \n\nBulan Jun\n\nBulan Julai\n\nBulan Ogos\n\nBulan September\n\nBulan Oktober\n\nBulan November\n\nBulan Disember \n\nSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda sempurnakan kewajiban solat Fardhu pada tahun ini. \nSumber : Jabatan Agama Islam Selangor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bunga-raya-kebangsaan-malaysia/", "title": "Bunga Raya : Fakta & Sejarah Bunga Kebangsaan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebut sahaja Bunga Raya, kita pasti dapat mengaitkannya sebagai Bunga Kebangsaan negara kita Malaysia.\nBunga ini turut dikenali dengan nama bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang dan kembang warawiri (Hibiscus rosa-sinensis).\nBunga ini ialah spesies tumbuhan berbunga tropika genus Hibiscus dalam suku Hibisceae keluarga Malvaceae. \nPersoalannya, bagaimanakah bunga ini bole terpilih sebagai Bunga Kebangsaan bagi negara kita?\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan fakta tentangnya.\nInfografik oleh BERNAMA\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKegunaan & Varieti Bunga Raya\n\n \nSejarah Pemilihan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan\n\n \nKriteria Pemilihan\n\n\nKegunaan & Varieti Bunga Raya\nBunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. \nBunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.\nPelbagai kultivar, varieti, dan kacukan telah dihasilkan dengan warna bunga yang pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata, dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. \u2018\nBunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.\nSejarah Pemilihan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan\n\nPada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan:\n Bunga rayaBunga kenangaBunga melurBunga cempakaBunga terataiBunga mawarBunga tanjung.\nUntuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. \nHasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.\n\nKriteria Pemilihan\nWalau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.\nBerdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. \nHari ini, pemilihan bunga ini sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rafizi-ramli/", "title": "Biodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSosok Rafizi Ramli sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau kembali merangkul kedudukan sebagai Ahli Parlimen Pandan pada PRU15 yang lalu selepas mendapat majoriti tertinggi sekaligus mengembalikan jawatan yang pernah diduduki pada 2013 hingga 2018.\nPada penggal sebelumnya, kedudukan Ahli Parlimen Pandan dipegang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia.\nRafizi Ramli juga mendapat tumpuan rakyat Malaysia apabila dilantik sebagai Menteri Ekonomi bagi Kerajaan Perpaduan. Pemilihan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu media khas yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut tentang profil dan biodata lengkap Rafizi Ramli.\nBaca juga : Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia\n\n \nPendidikan\n\n \nKerjaya\n\n \nPenglibatan Politik\n\n \nJawatan Parti/Penglibatan dalam Politik\n\n\nBiodata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia\n\nNama : Mohd\u00a0Rafizi\u00a0bin\u00a0Ramli\nLahir: 14 September 1977\nTempat Lahir : Besut, Terengganu\nPendidikan\n\nMendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984-1989)\nMelanjutkan pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1990-1994) dan berjaya meraih pelbagai anugerah termasuk Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan.\nMelanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Morrison\u2019s Academy, Scotland (1995-1996)\nMenyambung pengajian di Leeds University (1996-1999) dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.\n\n\nKerjaya\n\nMulakan kerjaya sebagai akauntan selepas diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in Englands & Wales (ICAEW) pada tahun 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan.\nTurut diterima sebagai ahli Malaysia Institute of Accountants (MIA) apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2003\nMeneruskan kerjaya sebagai pengurus Propane Dehydrogenation Plant di PETRONAS/MTBE Malaysia. beliau merupakan pengurus termuda ketika dilantik.\nPada tahun 2003 hingga 2005, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Kanan bagi Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia.\nMenyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Pharmaniaga Berhad (2009) dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009-2012)\nBerperanan sebagai Pengarah Eksekutif merangkap pengasas bagi National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) (2012-2018).\nRafizi juga merupakan pengasas kepada INVOKE sejak 2016. Kini, INVOKE berubah menjadi syarikat pemula yang membangunkan produk-produk teknologi berasaskan sains data. \u00a0\n\nPenglibatan Politik\nPenglibatan awal Rafizi Ramli dalam bidang politik :\n\nPengasas Keadilan Antarabangsa Eropah pada tahun 2001\nKolumnis\u00a0Seruan Keadilan, lidah rasmi parti (2001 \u2013 2003)\nWebmaster laman Pemuda Keadilan (pemuda-keadilan.org) (2001 \u2013 2003)\nTimbalan Pengerusi, Biro Antarabangsa, Pemuda Keadilan (2001 \u2013 2002)\nBendahari, Pemuda Keadilan (2003)\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, ahli termuda dilantik pada ketika itu (2003)\ndijemput untuk kembali aktif dengan parti pada tahun 2009\ndilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Bendahari MPN Terengganu (2009)\n\nJawatan Parti/Penglibatan dalam Politik\n\nKetua Cabang Kemaman (2010 -2018 )\nKetua Cabang Pandan (2018 \u2013 )\nPengarah Strategi Pusat (2010 \u2013 2014)\nDipilih sebagai Naib Presiden Pusat (2014 \u2013 2018)\nSetiausaha Agung (2014 \u2013 2016)\nBertanding Timbalan Presiden (2018)\nDilantik Naib Presiden Pusat (2018 \u2013 )\nBertanggungjawab menyusun langkah ke arah penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015\nAhli Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan bersambung Pakatan Harapan (2010 \u2013 2018)\nTimbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2022 -)\n\nSumber : rafiziramli.com \nBaca juga: Biodata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-bantuan-banjir-keluarga-malaysia-tekun/", "title": "Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3000 TEKUN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGeran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional kini dibuka untuk permohonan!\nBantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat bantuan ini dan cara membuat permohonan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia?\n\n \nSyarat Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nTarikh Akhir Permohonan\n\n \nCara Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia?\nPeniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 layak memohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nBantuan berbentuk geran RM3000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro ini diberikan untuk membantu memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.\nBantuan ini berbentuk one-off dan tidak perlu dibayar semula.\nSyarat Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional\nGeran ini disediakan untuk Perniagaan informal \u2013 iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)Perniagaan mikro \u2013 iaitu perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.Berumur 18 tahun dan ke atasTerbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaumPremis perniagaan (termasuk perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk memohon geran ini adalah:\nSalinan kad pengenalan individuSalinan Penyata bank individuSalah satu daripada laporan berikut:Laporan Polis Bomba NADMA Agensi MEDAC Pemimpin Tempatan Penghulu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Ketua Kaum (Sabah & Sarawak )Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan\nTarikh Akhir Permohonan\nGeran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN adalah terbuka dan tertakluk kepada baki dana.\nCara Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional\nPermohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia boleh dibuat menerusi:\nSecara dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkmMelalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negaraMenerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.\nBaca juga: Permohonan Bantuan Insentif \u2018one-off\u2019 Pelancongan Johor 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila ke pautan permohonan https://tinyurl.com/geranbbkm \nATAU \nKunjungi cawangan TEKUN di https://www.tekun.gov.my/en/contact-us/state-offices-2/\nATAU\nRujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah:\n\n\n\n\nBaca juga: MyTax : Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN & Sekatan Perjalanan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/check-in-batik-air-malindo-air/", "title": "Cara Self Check In Batik Air (Malindo Air) Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda telah membeli tiket penerbangan dari Batik Air (dahulunya dikenali sebagai Malindo Air), jangan lupa untuk check in sebelum penerbangan ini.\n\u201cCheck in\u201d merupakan satu proses wajib yang dilakukan oleh setiap penumpang untuk pengesahan anda akan menaiki penerbangan tersebut.\nWalau bagaimanapun, setiap penumpang haruslah cakna dimana setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi check ini mereka yang tersendiri.\nUntuk penumpang Malaysia Airlines, rujuk artikel Cara Self Check In Malaysia Airlines Secara Online. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n4 Kaedah Check In Malindo Air (Batik Air)\n\n \nPolisi Check In Secara Online\n\n \nDaftar Masuk Melalui Web Malindo Air\n\n \nDaftar Masuk Melalui Aplikasi Mudah Alih\n\n\n4 Kaedah Check In Malindo Air (Batik Air)\nBagi penumpang Batik Air, terdapat 4 cara atau kaedah untuk anda check ini penerbangan anda iaitu:\nDi kaunter Batik Air di lapangan terbangDi kiosk layan diri di lapangan terbangDi web Malindo AirDi aplikasi mudah alih \nBagi kaedah nombor 1 dan 2, anda boleh melakukannya di lapangan terbang tempat berlepas.\nAnda boleh check in secara dalam talian atau semasa dalam perjalanan menggunakan aplikasi mudah alih di mana-mana dan pada bila-bila masa antara 48 jam hingga 1 jam sebelum penerbangan anda berlepas.\nPolisi Check In Secara Online\nSemua penerbangan Batik Air (Malaysia) (Domestik dan Antarabangsa) layak untuk daftar masuk secara online melalui web dan aplikasi mudah alih kecuali penerbangan perkongsian kod (nombor penerbangan bermula dengan OD9xxx).\nSemua penerbangan antarabangsa memerlukan pemeriksaan dokumen tambahan. Sila teruskan ke kaunter daftar masuk dan sila pastikan semua dokumen perjalanan adalah lengkap dan sah.\nSila pastikan semua dokumen perjalanan adalah sah. \nTiada tambahan seperti bagasi prabayar, makanan dan lain-lain dibenarkan selepas daftar masuk. Sila beli item tambahan anda sebelum melakukan daftar masuk web.\nKaunter Bagdrop akan ditutup 1 jam (60 minit) sebelum waktu berlepas standard (STD) terkini di semua lapangan terbang kecuali Lapangan Terbang Subang Skypark yang ditutup 30 minit sebelum berlepas.\nTetamu yang memerlukan bantuan khas seperti kerusi roda atau perjalanan dengan bayi tidak layak untuk daftar masuk web dan dinasihatkan untuk terus ke kaunter daftar masuk Batik Air.\n\nDaftar Masuk Melalui Web Malindo Air\nUntuk check in Batik Air melalui laman web, hanya ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web Batik Air di alamat https://dx.checkin.malindoair.com/dx/ODCI/#/check-in/start?locale=en-USMasukkan nombor rujukan (Booking Reference) dan nama akhir (Last Name).Klik butang RetrieveAnda boleh cetak atau muat turun pas penerbangan anda dan tunjukkan kepada pengawal bertugas apabila masuk ke pintu berlepa di lapangan terbang.\nDaftar Masuk Melalui Aplikasi Mudah Alih\nPertama sekali, pastikan anda sudah memuat turun dan memasang aplikasi mudah alih Batik Air.\nAplikasi ini (masih dinamakan Malindo Air ketika artikel ini ditulis) boleh dimuat turun melalui salah satu pautan di bawah:\nGoogle PlayApp Store\nSetelah memuat turun dan pasang aplikasi tersebut di peranti mudah alih anda, masukkan nombor rujukan (Booking Reference) dan nama akhir (Last Name).\n"]} {"url": "https://ecentral.my/psu-4-0/", "title": "PSU 4.0: Permohonan Program Subsidi Upah Mulai Ogos 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan PSU 4.0 akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021. \nMajikan yang mengemukakan permohonan yang lengkap dengan maklumat yang betul, akan menerima bayaran dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Subsidi Upah 4.0.\n\nBaca juga: Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Subsidi Upah 4.0?\n\n \nObjektif\n\n \nTempoh Pelaksanaan\n\n \nKadar Subsidi\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Subsidi Upah 4.0?\nKerajaan telah menyalurkan sebanyak RM15.67 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) yang memberi kemudahan kepada 2.74 juta pekerja dan 333,533 majikan di seluruh negara.\nKetua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, semua sektor mendapat manfaat daripada program ini bermula daripada PSU 1.0 hingga PSU 3.0.\nSelepas pengumuman PSU 4.0, jumlah peruntukan untuk program itu dijangka meningkat kepada RM15.82 bilion.\nDi bawah Program Subsidi Upah 4.0, majikan boleh memohon subsidi sebanyak RM600 sebulan untuk semua pekerja tempatan tanpa had gaji, terhad kepada 500 pekerja bagi satu perusahaan.\nDi bawah program ini juga, majikan diminta untuk memasukkan maklumat subsidi dalam slip gaji pekerja.\nObjektif\nMembantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID19 oleh kerana penutupan operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.\nTempoh Pelaksanaan\nBagi dua bulan pertama mulai 1 Ogos 2021, PSU 4.0 akan dibuka kepada majikan di semua sektor ekonomi yang pendapatannya terjejas sekurang-kurangnya 30 peratus selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\nUntuk dua bulan berikutnya, subsidi akan diberikan secara khusus kepada sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.\nKadar Subsidi\nRM600 bagi setiap pekerja\n\nSyarat-syarat\nKadar penurunan sebanyak 30% atau lebih bagi jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019/2020.Tiada had gaji ditetapkan bagi program ini (sebelum ini had gaji ialah RM4,000).Majikan disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.\nBaca juga: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)\nTarikh Permohonan\n1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan info terkini tentang Program Subsidi Upah 4.0, sila rujuk ke laman web PERKESO di pautan di bawah:\nhttps://psu.perkeso.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengecualian-bayaran-balik-ptptn-kelas-pertama/", "title": "Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Ijazah Kelas Pertama", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat kelas pertama dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda dikecualikan bayaran balik pinjaman.\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keistimewaan itu akan diberikan kepada peminjam tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.\nMenurutnya, pengecualian bayaran balik pinjaman itu diberikan kepada peminjam PTPTN yang tamat ijazah bermula 2019.\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni sebagai dorongan kepada anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.\n\u201cSaya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terbabit,\u201d katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN, di sini, hari ini.\nTurut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi PTPTN Apli Yusoff.\n\nDalam ucapan sama, Ismail Sabri berkata, 3.67 juta peminjam dibantu bagi meneruskan pengajian dengan keseluruhan pinjaman berjumlah RM 66.8 bilion sehingga kini.\nBeliau berkata, tindakan membayar balik pinjaman pendidikan amat penting bagi menjamin kesinambungan dana kepada pelajar baharu yang juga waris masa hadapan negara.\n\u201cKerajaan melalui PTPTN menyediakan peruntukan lebih RM 3 bilion setahun bagi membiayai pinjaman pendidikan kepada purata lebih 180,000 pelajar baharu.\n\u201cBagaimanapun, timbul kebimbangan kebergantungan rakyat terhadap pinjaman yang menyebabkan graduan masa hadapan terikat dengan bayaran balik pinjaman pendidikan setelah menamatkan pengajian.\n\u201cJusteru, kerajaan mewujudkan inisiatif Simpan SSPN sejak 2004 bagi memastikan Keluarga Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman dan tidak terbeban di kemudian hari,\u201d katanya.\nBaca juga: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)\nMaklumat lanjut, layari https://www.ptptn.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mystp-calon-spa/", "title": "MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSistem Tawaran Pelantikan MySTP merupakan satu inovasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan SPA dalam mempercepatkan urusan pelantikan.\nSistem ini memudahkan calon memberi maklumbalas samada menerima atau menolak pelantikan jawatan ke dalam sektor awam.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang MySTP dan cara menghantar borang jawapan pelantikan kepada SPA.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MySTP ?\n\n \nContoh Emel Hebahan Tawaran Pelantikan SPA\n\n \nLogin MySTP Calon\n\n \nCara Terima / Tolak Tawaran Pelantikan SPA\n\n \nMengemaskini Menu Pemeriksaan Kesihatan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MySTP ?\nUntuk makluman anda, sistem MySTP ini dibangunkan secara\u00a0In House\u00a0oleh Bahagian Pengurusan Maklumat SPA bagi tujuan menghasilkan Sistem Tawaran Pelantikan secara atas talian untuk mempercepat dan mempermudahkan urusan lantikan.\nDengan adanya sistem ini, Calon tidak perlu lagi menghantar borang jawapan pelantikan kepada SPA sekiranya menerima tawaran pelantikan yang ditawarkan dan Calon boleh memasuki sistem dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dipaparkan serta mencetak surat tawaran sekiranya menerima tawaran lantikan. \nSelain itu, sistem ini ditambah baik dengan menambahkan satu lagi sistem bagi Agensi untuk memantau senarai tawaran yang telah dibuat bagi tempoh setahun kebelakang hingga ke tahun terkini.\nSistem ini juga dilengkapi dengan penjanaan statistik mengikut nombor pemerolehan, jawatan dan tahun bagi memudahkan urusetia mendapatkan laporan dengan mudah dan tepat.\nJika anda merupakan calon yang berjaya temuduga, tengok panduan ini untuk tindakan selanjutnya ok!\n\n\n\n\n\n\nPELAKSANAAN PROSEDUR BAGI CALON YANG MENERIMA TAWARAN PELANTIKAN SECARA TETAP MELALUI MySTP\nBerikut adalah pelaksanaan prosedur penerimaan tawaran pelantikan MySTP berkuatkuasa 20 Oktober 2021.\n\nBaca juga: ePrestasi KPM: Panduan Isi Borang Keberhasilan 2021 (Penilaian Akhir)\nContoh Emel Hebahan Tawaran Pelantikan SPA\nSekiranya anda ditawarkanpelantikan bagi jawatan yang dimohon, anda akan mendapat e-mel sepeti berikut:\nCalon akan menerima notifikasi memaklumkan tawaran pelantikan telah diaktifkan oleh Urus Setia SPA melalui emel bersama-sama pautan ke laman MySTP Calon\nLogin MySTP Calon\nUntuk login ke MySTP, calon perlu ke pautan berikut:https://stp.spa.gov.my/tawaranv2.0/\nCalon perlu masukkan maklumat seperti yang didaftarkan di SistemSPA9 untuk akses ke sistem MySTP:\n No.Kad Pengenalan Jawatan Yang ditawarkan Negeri Kelahiran Ibu\n\nCara Terima / Tolak Tawaran Pelantikan SPA\nMySTP akan memaparkan maklumat seperti berikut apabila calon berjaya login ke MySTP.\nCalon perlu menjawab \u201cTerima\u201d atau \u201cTolak\u201d tawaran pelantikan dan klik butang \u201cHantar\u201d.\nTawaran pelantikan hanya boleh dihantar sekali sahaja.\nJika calon ingin menukar Status Tawaran, Calon perlu menghubungi Urus Setia SPA dan Urus Setia SPA akan menukar status Tawaran di MySTP Urus Setia SPA.\n\ni) CALON TOLAK TAWARAN\nApabila calon menjawab \u201cTolak\u201d tiada capaian dokumen dapat dicetak/dimuat turun.\n\nii) CALON TERIMA TAWARAN\nApabila calon menjawab \u201cTerima\u201d menu berikut akan dipaparkan :\nCapaian untuk dokumen cetak/muat turun surat Tawaran, Surat Setuju Terima Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Akuan BerkanunMenu Pemeriksaan kesihatan : Untuk calon mengemaskini keputusan pemeriksaan kesihatan setelah keputusan diterima dari Pengamal Perubatan Berdaftar.\nNOTA: Link dokumen hanya boleh dicapai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh paparan Urus Setia SPA. Selepas itu dokumen tidak boleh akses oleh calon.\n\n\nMengemaskini Menu Pemeriksaan Kesihatan\nCalon perlu login semula di MySTP selepas selesai pemeriksaan kesihatan untuk mengemaskini keputusan perubatan.\nJika calon belum mengemaskini keputusan pemeriksaanperubatan, Paparan status adalah STATUS STP : URUSAN TIDAK LENGKAP\nCalon perlu klik pada butang \u201cMaklumat Perubatan\u201d untuk mengemaskini status kesihatan.\nSatu pop-up window \u201cAdakah anda telah menjalani pemeriksaan kesihatan?\u201d akan dipaparkan.\nKeputusan Pemeriksaan Kesihatan hanya boleh dihantar sekali sahaja.\nRujuk cara menghantar keputusan peperiksaan dalam panduan di bawah:\n\nSTATUS PEMERIKSAAN KESIHATAN MYSTP : SIHAT\n\n STATUS PEMERIKSAAN KESIHATAN MYSTP : MENGHIDAP MASALAH KESIHATAN\n\nSTATUS PEMERIKSAAN KESIHATAN TELAH DIKEMASKINI\n\nPERINGATAN\nCalon yang telah menerima surat pelantikan daripada SPA sahaja yang boleh menggunakan sistem MySTP ini.Calon hanya boleh menjawab terima/tolak tawaran pelantikan sekali sahaja dan keputusan adalah muktamad .Sekiranya calon menerima tawaran pelantikan, calon hendaklah mencetak dua (2) Salinan Surat Setuju Terima untuk dikemukakan semasa melaporkan diri di Kementerian/Jabatan yang berkenaan.Calon hendaklah mengambil perhatian terhadap tempoh sah laku penerimaan tawaran, tempoh melengkapkan dan mengemaskini borang pemeriksaan kesihatan dan Akuan Berkanun. Kegagalan mematuhi tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan tawaran pelantikan calon LUPUT dan TERBATAL.\nBaca juga: SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021\nPENERIMAAN TAWARAN DAN LAPOR DIRI BERTUGAS\nBorang Penerimaan Pelantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (PSC) boleh didapati di\u00a0MySTP\nSecara umumnya, seseorang calon yang ditawarkan pelantikan ke perkhidmatan awam hendaklah membawa dokumen berikut semasa melaporkan diri:\nSurat Tawaran PelantikanSurat Setuju Terima PelantikanBorang Pemeriksaan PerubatanSalinan MyKad/ Kad PengenalanAkuan Berkanun\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\nLaman web : https://stp.spa.gov.my/tawaranv2.0/Telefon : +603-8091 9000Facebook : https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov\n"]} {"url": "https://ecentral.my/simptom-omicron-garis-masa-jangkitan-covid-19-yang-anda-perlu-tahu/", "title": "Simptom Omicron & Garis Masa Jangkitan Covid-19 Yang Anda Perlu Tahu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGelombang varian Omicron yang melanda negara ketika ini, tidak boleh dipandang ringan hanya dengan ciri gejala dan simptom yang disifatkan tidak begitu memudaratkan.\nIni kerana kadar kebolehjangkitannya yang bukan sahaja tinggi, malah sama seperti varian lain penularannya perlu dikawal dengan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta pengambilan vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang simptom varian Omicron Covid-19.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSimptom Omicron\n\n \nUlasan Garis Masa Varian Omicron \u2013 Dr Sakinah Sulong\n\n\nSimptom Omicron\nTahukah anda, kebanyakan pesakit yang mendapat jangkitan Omicron tidak mengadu simptom demam seperti pesakit yang mengalami varian Delta sebelum ini.Dr. Katherine Poehling, Pakar Penyakit Berjangkit dan Pakar Vaksin di Atrium Health Wake Forest Baptist di North Carolina, berkata bahawa berikut adalah simptom yang menonjol daripada Omicron:\nBatukKeletihan atau kepenatan melampauHidung tersumbat dan berairSakit tekakSakit kepala\n\u201cKami mendapati simptom yang sering dialami adalah sakit tekak, hidung berair, keletihan dan sakit kepala ringan,\u201d kata Dr Rahul Sharma, ketua doktor kecemasan di Pusat Perubatan NewYork-Presbyterian/Weill Cornell.\n\n\n\n\n\n\nBerbeza dengan varian sebelum ini, hilang deria rasa bukan lagi menjadi simptom utama jangkitan.\nSementara itu, Perubatan John Hopkins menunjukkan kira-kira 20% berkemungkinan mengalami cirit-birit sebagai simptom sejurus selepas dijangkiti virus.\nSeseorang yang mempunyai sistem imun yang terjejas adalah yang paling mungkin mengalami cirit-birit dan gejala gastrousus lain, lapor NBC Chicago.\nBagaimanapun, ia bukan satu-satunya simptom dengan tanda-tanda biasa iaitu keletihan, masalah pernafasan, sakit otot dan badan serta sakit kepala atau sakit tekak.\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memgesyorkan agar anda melakukan ujian RTK-Ag kendiri di rumah jika mempunyai sebarang gejala di bawah:\nSakit tekakDemamBatukSukar bernafasHilang deria bau dan rasaSakit dadaHilang selera makanLoya / cirit-birit berterusan\nUlasan Garis Masa Varian Omicron \u2013 Dr Sakinah Sulong\nIni garis masa untuk Covid varian Omicron.\nKenapa ada masa buat saliva test atau RTK-Ag negatif pada awalnya, kemudian selepas beberapa hari diulangi, ujian menjadi positif.\nPada awal jangkitan berlaku, pada hari pertama hingga ketiga, selalunya tiada simptom, tetapi seseorang sudah boleh menjangkitkan kepada orang lain seawal hari kedua.\nIni bukan benda pelik, kerana dalam jangkitan demam campak pun begini. Walaupun belum ada demam, seseorang itu sudah boleh menjangkitkan kepada individu yang lain.\n\nBila simptom mula kelihatan, pada hari ketiga dan seterusnya.\nDikatakan waktu terbaik untuk ujian ialah pada hari ke 5, 6 daripada jangkitan berlaku atau hari ketiga daripada simptom muncul.\nAtas sebab itu, RTK Ag sepatutnya diulangi pada hari ketiga atau keempat selepas simptom muncul dan waktu kuarantin bagi pesakit Covid berakhir pada hari ke 7 atau 10 berdasarkan status vaksinasi mereka.\nRTK Ag atau ujian saliva yang negatif pada awal-awal simptom belum cukup tepat 100% untuk mengatakan anda bebas daripada jangkitan Covid.\nNamun ia berguna untuk orang awam membuat saringan sekiranya balik dari satu perjumpaan/perhimpunan atau ingin berjumpa individu berisiko.\n*Sumber: Dr Sakinah Sulong\n"]} {"url": "https://ecentral.my/my50/", "title": "My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan pas My50, sebuah pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL.\nPas baharu yang berharga RM50/bulan ini akan menggantikan pas My30 semasa (RM30/bulan) mulai 1 Januari 2022.\nPas ini hanya tersedia untuk rakyat Malaysia dan pas pengangkutan ini boleh didapatkan di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab-hab bas terpilih.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan pas My50\n\n \nKelayakan\n\n \nCara pembelian\n\n \nPenjimatan untuk rakyat\n\n\nKelebihan pas My50\nBergantung kepada di mana lokasi, manfaat pas perjalanan ini mungkin berbeza seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\nLembah Klang: My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.Pulau Pinang: My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.Kuantan: My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.\nKelayakan\n\nSila maklum bahawa pas perjalanan tanpa had My50 hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia dengan MyKad atau ID MyTentera yang sah. \nPas tanpa had akan terikat dengan MyKad atau MyTentera anda.\nCara pembelian\na) Anda boleh membeli My50 dari Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di:\nsemua stesen LRT semua stesen MRTsemua stesen Monorel semua stesen BRT\nHab bas terpilih seperti yang disenaraikan di bawah:\nPasar SeniChow KitKLCCSri NilamPuchong UtamaPearl PointSunway PyramidGreenwoodSeksyen 2 Shah Alam\nb) Kiosk Rapid Penang seperti yang disenaraikan di bawah:\nKomtarWeld Quay (Terminal B)Penang SentralBukit JambulIbu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)Kompleks Dato\u2019 Kailan (Kepala Batas)Balik PulauBukit Mertajam\nPenjimatan untuk rakyat\nPas My50 dijayakan dengan peruntukan RM115 juta di bawah Pelan Pemulihan Nasional yang mengurangkan tambang biasa RM200 kepada RM50 sebulan.\nSubsidi kerajaan akan membolehkan Prasarana menyediakan kemudahan itu pada kadar yang berpatutan untuk penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan mereka.\nPas My30 sebelum ini telah diperkenalkan pada Jun 2020 untuk membantu orang ramai mengharungi kesan COVID-19.\nSebelum wabak, pas perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas dan kereta api Rapid KL termasuk LRT, BRT, MRT, monorel dan bas pengantara MRT berharga RM100/bulan.\nUntuk maklumat lanjut mengenai pas My50 ini, sila layari laman rasmi MyRapid.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tac-bank-rakyat/", "title": "Cara Tukar Nombor Telefon Untuk Terima TAC Bank Rakyat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAC Number Bank Rakyat adalah salah satu langkah keselamatan transaksi perbankan internet bagi setiap pelanggan Bank Rakyat.\nDengan penggunaan TAC Number ini, setiap transaksi perlu disahkan oleh pemilik akaun melalui kod TAC yang dihantar ke telefon mudah alih pelanggan berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan Bank Rakyat.\nSetiap pengguna perlu sentiasa mengemaskini nombor telefon yang betul bersama akaun mereka untuk membolehkan TAC Number diterima oleh mereka.\nTidak kira berapa banyak kali anda menukar telefon bimbit atau gajet, sekiranya pelanggan masih menggunakan nombor telefon yang sama mereka tetap akan menerima TAC Number untuk setiap transaksi perbankan internet yang dilakukan.\n\n\n\n\n\n\nSecara umumnya, terdapat 4 cara untuk menukar atau mengemaskini nombor telefon bagi menerima kod TAC Bank Rakyat:\nMelalui cawangan Bank RakyatMelalui emelMelalui talian Tele-Rakyat\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenukaran melalui cawangan Bank Rakyat\n\n \nPenukaran melalui emel\n\n \nPenukaran melalui talian Tele-Rakyat\n\n\nPenukaran melalui cawangan Bank Rakyat\nSila kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda dengan membawa bersama dokumen penting seperti kad pengenalan dan kad ATM anda.\nAmbil nombor giliran dan tunggu sehhingga nombor anda dipanggil.\nMaklumkan kepada pegawai bertugas untuk penukaran nombor telefon bagi penerimaan kod TAC Bank Rakyat.\nPenukaran melalui emel\nAnda juga boleh menghantar emel untuk meminnta penuakaran nombor telefon.\nHanta emel ke alamat [email\u00a0protected]\nPada bahagian subjek, letak subjek yang berkaitan misalnya \u201cPenukaran Nombor Telefon Bank Rakyat Bagi Perkhidmatan perbankan Internet\u201d.\nPada bahagian isi emel, nyatakan maklumat peribadi seerti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon lama dan nombor telefon baru.\nPihak Bank Rakyat akan menelefon anda untuk tujuan penukaran. \nPenukaran melalui talian Tele-Rakyat\nAnda boleh hubungi talian Tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.\nNyatakan kepada pegawai yang bertugas bahawa anda ingin menukar dan mengeemaskini nommbor telefon bimbit anda untuk penerimaan TAC Bank Rakyat bagi tujuan perbankan internet.\nPegawai bertugas mungkin akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan maklumat peribadi diri anda untuk tujuan pengesahan. \nBuat masa ini, laman web dan aplikasi iRakyat tidak lagi menyediakan kemudahan penukaran nombor telefon mudahh alih ini namun diharapkan fungsi ini akan ditambah pada masa hadapan untuk kemudahan semua pelanggan mereka. \nMaklumat lanjut: https://www.irakyat.com.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kejora-bakti-siswa/", "title": "KEJORA Bakti Siswa 2022: Insentif Pengajian IPT Untuk B40 / Miskin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN INSENTIF KEJORA BAKTI SISWA KINI DIBUKA BAGI TAHUN 2022\nTerdapat pelbagai bantuan dan insentif yang disediakan bagi pelajar B40 atau dari keluarga miskin, menjelang kemasukan ke IPT tak lama lagi.\nAntaranya ialah bantuan Insentif KEJORA Bakti Siswa 2022.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang insentif ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah KEJORA Bakti Siswa?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKadar Insentif KEJORA BAKTI SISWA\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah KEJORA Bakti Siswa?\nLembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menyediakan insentif kecemerlangan kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar / miskin / B40 dalam Wilayah KEJORA bagi lepasan SPM atau STPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Program KEJORA Bakti Siswa.\n\nSyarat Kelayakan\nWarganegara Malaysia;Penduduk Wilayah KEJORA, pemohon yang menetap di luar Wilayah KEJORA adalah tidak dibenarkan.Keutamaan bagi keluarga yang disahkan sebagai miskin tegar / miskin / berpendapatan rendah (B40).Pemohon lepasan SPM atau STPM tahun semasa atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnyaBerjaya dan bersetuju melanjutkan pengajian di IPT Awam atau Swasta yang ditawarkan sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda pada tahun semasa permohonan.Had umur pemohon semasa permohonan dibuat :i. Peringkat Diploma : 18 hingga 20 tahun.ii. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : 20 hingga 25 tahun.\nKadar Insentif KEJORA BAKTI SISWA\nDiploma : RM 500.00Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000.00\nNOTA:\nPERINGKAT DIPLOMAPermohonan dibuka untuk lepasan SPM / SPMV. Tempoh sah laku adalah setahun dari tarikh keputusan dikeluarkan.\nPERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDAPermohonan dibuka untuk lepasan STPM / STAM atau Diploma dan merupakan pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian di IPTA / IPTS (menerima surat tawaran melanjutkan pengajian).\nCara Permohonan\nSecara dalam talian melalui platform \u2018Google Form\u2019: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSckO3YFeQ_y5MM4kfXwiS-RYrIEpQgrgn8xt1jaAms8s1fQmw/viewform?fbclid=IwAR3ybG8UFPP1h9UmwkYyGM5e5eL-GqZT9gdhAjARkt4UZCk_AsVJWFmBSnk\nPemohon juga boleh hadir ke Pejabat KEJORA bagi mendapatkan Borang Permohonan KEJORA Bakti Siswa.\nTarikh Permohonan\n1 Julai 2022- 31 Disember 2022\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaan sila hubungi:\nEncik Amir Hafizal \u2013 07 882 3086Cik Norniza \u2013 07 882 3085\n"]} {"url": "https://ecentral.my/uob-online-banking/", "title": "UOB Online Banking: Cara Daftar Perbankan Internet", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUOB Online Banking merupakan salah satu kemudahan perbankan yang disediakan oleh UOB Malaysia.\nUnited Overseas Bank Limited, sering dikenali sebagai UOB, ialah sebuah syarikat perbankan multinasional Singapura yang beribu pejabat di Singapura dengan cawangan kebanyakannya ditemui di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. \nSeperti bank-bank lain yang beroperasi di Malaysia, UOB turut menawarkan perkhidmatan online banking atau perbankan internet untuk setiap pelanggannya di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nDengan perkhidmatan seperti ini, pelanggan dapat menguruskan akaun mereka dan melakukan pelbagai transaksi kewangan secara dalam talian terus daripada telfon mudah alih anda.\nArtikel berkaitan: Cara Daftar Maybank2u Online\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Daftar UOB Online Banking\n\n \nMuat Turun Aplikasi Mighty UOB\n\n \nPerkhidmatan yang ditawarkan oleh UOB Online Banking\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Daftar UOB Online Banking\nUntuk memohon Perbankan Internet Peribadi (PIB), anda mesti:\n18 tahun ke atasSeorang individu atau pemegang akaun bersama (dengan syarat penandatangan sesiapa sahaja untuk menandatangani)Mempunyai nombor telefon bimbit berdaftar untuk menerima SMS-OTP (Kata Laluan Satu Kali dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas)\nTerdapat 3 cara mudah yang boleh anda pilih untuk memohon Perbankan Internet Peribadi:\nSecara onlineMelalui cawangan bank UOBMesin ATM \n\n\n\nMuat Turun Aplikasi Mighty UOB\nSegala urusan perbankan internet boleh dilakukan melalui aplikasi Mighty UOB.\nUntuk pelanggan UOB di Malaysia, anda boleh memua turun aplikasi UOB Mightly Malaysia melalui salah satu pautan berikut bergantung pada sistem operasi telefon mudah alih anda:\nApp StoreGoogle PlayApp Gallery\nPerkhidmatan yang ditawarkan oleh UOB Online Banking\nBerikut merupakan antara perkhidmatan yang ditawarakan oleh UOB melalui sistem online bankin mereka:\nPemindahan Dana UOB: Pindahkan dana dengan selamat dan serta-merta antara akaun UOB, sama ada antara akaun anda sendiri atau ke Akaun UOB orang lain.Pindahan Dana IBG: Pindahkan dana antara akaun UOB anda ke akaun di bank peserta lain dalam rangkaian PayNet.DuitNow (Bayar ke Nombor Akaun): Pindahkan dana dengan serta-merta antara akaun UOB anda ke akaun di bank lain yang mengambil bahagian dalam rangkaian PayNet.Pemindahan Mudah Alih: Hantar wang serta-merta dengan hanya nombor mudah alih penerima. Tiada nombor akaun diperlukan.Pemindahan Luar Negara: Perlu memindahkan wang ke luar negara? Selesaikan dalam talian sahaja. Pembayaran bil: Selesaikan bil anda dengan pantas dan tanpa kerumitan, sama ada bil kad kredit bulanan anda, pinjaman atau bil utiliti anda.E-penyata: Penyata bank tanpa kertas, mudah dan tanpa kerumitan hanya dengan beberapa klik sahaja.JomPAY: Alami pembayaran bil dalam talian terkini yang ditawarkan oleh JomPAY untuk membayar bil anda.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi UOB Bank Malaysia di pautan https://www.uob.com.my/\nEmel : [email\u00a0protected]\nTelefon : 03-2612 8121\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bkm-bujang/", "title": "BKM Bujang : Semakan Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 \u2013 4", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBKM Bujang : Semakan Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 \u2013 4\nKerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.\nBayaran pertama, iaitu bayaran Fasa 1 BKM dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.\nDi sini kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan status BKM untuk pemohon bujang serta maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenerima BKM Kategori Bujang\n\n \nJumlah Bayaran BKM Bujang\n\n \nJadual Bayaran BKM Bujang 2022 (Fasa 1 \u2013 4)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPenerima BKM Kategori Bujang\nSyarat kelayakan penerima BKM bujang adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; danHad umur adalah 21-59 tahun; danPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\nJumlah Bayaran BKM Bujang\nPemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:\nWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan (Berpendapatan bulanan bawah RM5,000): RM600Bujang (Berpendapatan bulanan bawah RM2,500): RM350\n\nSila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.\nJumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori Bujang:\nFasa 1: RM200Fasa 2 : RM50 (Bantuan Tunai Tambahan)Fasa 3 : RM150Jumlah RM350\n*KEMASKINI: Bujang akan menerima RM50 tambahan pada Fasa 2 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.\nPautan Semakan Status : https://bkm.hasil.gov.my/\n\nBaca juga: Bantuan Orang Tua / Warga Emas RM500 Sebulan (BWE JKM)\nJadual Bayaran BKM Bujang 2022 (Fasa 1 \u2013 4)\nSeperti yang diumumkan sebelum ini, bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022.\nBayaran bagi BKM Bujang akan diterima dalam Fasa 1 dan Fasa 3.\nTarikh bayaran penuh setiap fasa adalah seperti berikut:\nFasa 1 : 28 Mac 2022\nPenerima BKM fasa 1 terdiri daripada:\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang\nFasa 2 : 27 Jun 2022\nPenerima BKM fasa 2 terdiri daripada:\nIsi rumahBujangWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nFasa 3 : September 2022\nPenerima BKM fasa 3 terdiri daripada:\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada PasanganBujang\nFasa 4 : Disember 2022\nPenerima BKM fasa 4 terdiri daripada:\nIsi rumahWarga Emas Bujang / Tiada Pasangan\nBaca juga: Lupa Kata Laluan BKM? Ini Cara Reset ID & Tukar Password\nMaklumat Lanjut\nInfo lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :\nHotline BKK LHDNM\u00a0: 1800 88 2747Hotline BKK MoF\u00a0: 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel :\u00a0[email\u00a0protected]Laman web:\u00a0https://bkm.hasil.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/shopee-installment-spaylater/", "title": "Cara Beli Barang Di Shopee Secara Ansuran (Installment)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPihak Shopee telah memperkenalkan pembayaran secara ansuran atau shopee installment bagi memudahkan para pelanggan mereka membeli barangan di Shopee secara bayaran ansuran.\nDengan bayaran ansuran ini, pembeli boleh mendapatkan dahulu barangan tersebut dan menyelesaikan baki bayaran barangan tersebut secara ansuran selama beberapa bulan dimana jumlah bayaran ansuran ini telah dinyatakan dalam akaun mereka sewaktu membuat pembelian. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu SPayLater?\n\n \nKadar caj bagi SPayLater\n\n \nCara mengaktifkan SPayLater\n\n \nHukum menggunakan SPayLater\n\n\nApa itu SPayLater?\n\nSPayLater ialah kaedah pembayaran Beli-Sekarang-Bayar-Kemudian Shopee. \nAnda boleh membuat pembelian serta-merta dan membayarnya pada bulan depan, atau sebagai ansuran dalam beberapa bulan.\n\n\n\n\n\n\nAnda juga mempunyai pilihan untuk mengagihkan pembayaran balik anda kepada 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan (pengguna terpilih) dengan sedikit bayaran pemprosesan sebanyak 1.25% daripada jumlah pesanan.\nAmbil perhatian juga bahawa semua pengguna yang menggunakan ciri SPayLater (shopee installment) akan diberikan had perbelanjaan, tertakluk kepada had maksimum RM3,000. \nHad ini berbeza dari pengguna ke pengguna, dan ia akan ditentukan oleh pelbagai faktor, seperti jumlah perbelanjaan anda dan corak pembelian di Shopee, serta sejarah pembayaran balik.\nKadar caj bagi SPayLater \n\nNilai pembelian minimum RM15 terpakai untuk anda memilih SPayLater sebagai pilihan pembayaran di platform dan nilai pembelian minimum RM1 untuk pembelian luar talian.\nRingkasnya, pengguna Shopee yang mengambil pilihan BuyNowPayLater (BNPL) perlu membayar jumlah penuh pembelian mereka pada bulan berikutnya, tanpa sebarang bayaran dikenakan.\nMereka yang memilih ansuran bulanan, sementara itu, perlu membayar yuran pemprosesan sebanyak 1.25% pada jumlah pesanan mereka setiap bulan.\nCara mengaktifkan SPayLater\nSebaik sahaja anda telah mengaktifkannya, SPayLater (shopee installment) akan muncul sebagai salah satu pilihan pembayaran anda semasa proses pembayaran. \nAnda juga boleh memilih pelan ansuran pilihan anda kemudian ketika membuat pembayaran barangan yang dibeli.\nBerikut merupakan cara-cara mengaktifkan kaedah pembayaran melalui SPayLater:\nBuka aplikasi ShopeePergi bahagian \u2018Me\u2019 > \u2018SPayLater\u2019Klik \u2018Activate Now\u2019Masukkan kod pengesahan yang dihantar di nombor telefon anda yang sudah didaftarkanMuatnaik gambar MyKad dan masukkan butiran yang diperlukanAmbil gambar swafoto melalui \u2018facial verification\u2019 Kini SPayLater anda sudah diaktifkan\nSekiranya terdapat sebarang permasalahan, boleh rujuk Shopee Help Center.\nHukum menggunakan SPayLater\nHarap maklum bayaran pembayaran melalui kaedah SPayLater bagi BNPL mungkin tiada masalah namun bagi bayaran secara ansuran mungkin tidak patuk syariah memandangkan terdapat unsur riba iaitu bayaran caj 1.25% yang dikenakan kepada pelanggan. \nUntuk makluman lanjut, sila baca penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk penjelasan lanjut berkaitan hal ini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/tips-apply-loan-rumah/", "title": "Tips Apply Loan Rumah Untuk Peniaga Kecil. Sediakan 5 Dokumen Ni!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTIPS APPLY LOAN & BELI RUMAH UNTUK PENIAGA KECIL\nSelalunya kalau kita nak buat pinjaman bank, perlu ada slip gaji dan laporan kewangan.\nTapi jika anda bekerja sendiri atau berniaga kecil-kecilan, pendapatan ini juga boleh dipertimbangkan untuk membuat pinjaman.\nJadi, apa peniaga kena tahu dan kena ada sebelum boleh beli rumah melalui pinjaman bank? \nRujuk tips apply loan untuk beli rumah pertama bagi peniaga tanpa slip gaji :\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)\n\n \n2. Penyata akaun bank syarikat (akaun semasa)\n\n \n3. Slip Cukai LHDN\n\n \n4. CCRIS\n\n \n5. Rekod Akaun Simpanan\n\n\n1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)\nTolong DAFTARKAN perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) segera dan pastikan sentiasa AKTIF.\nJangan tangguh-tangguh, walaupun bukan sekarang anda nak apply loan rumah.\nTapi sangat penting untuk anda bertindak sekarang,Sebabnya kebanyakan bank meletakkan syarat perniagaan anda mesti beroperasi minima 2 tahun iaitu dari tarikh anda daftar SSM anda.\nKalau syarikat anda daftar sebagai \u2018enterprise\u2019 perlu bawa borang E semasa apply loan.\n2. Penyata akaun bank syarikat (akaun semasa)\nRamai peniaga kurang ambil kisah kepentingan memasukkan duit hasil berniaga ke dalam akaun semasa mereka.\n\n\n\n\n\n\nAkaun semasa penting untuk mengasingkan hasil perniagaan dengan kegunaan peribadi.\nTahukah anda semakin kerap hasil berniaga dimasukkan kedalam akaun semasa, semakin anda menonjol di mata bank seterusnya semakin mudah anda mendapat kemudahan fasiliti dari mereka. \nPernah semak di beberapa helaian terakhir penyata bank anda? \nAda rumusan baki akhir, baki lejer, jumlah kemasukan & jumlah pengeluaran. Angka-angka ini memainkan peranan yang amat besar. \nNak buka akaun semasa sekarang pun dah mudah, tak perlu lagi pakai introducer.\nRujuk : SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online (2021)\nApakah pula dokumen akaun?\nIni termasuk\nstatement bankrekod cashrekod saleinvoice belianresit perbelanjaanbil-bil utiliti\nSebagai pemilik enterprise atau perniagaan kecil-kecilan, dokumen di atas ini penting sangat untuk menyediakan akaun untung rugi.\nDari akaun untung rugi inilah anda boleh declare cukai taksiran.\nSebagai pemilik enterprise, Borang B cukai anda adalah seperti SLIP GAJI anda.\nJadi, pastikan anda merekodkan semua jualan, perbelanjaaan, dan simpan resit-resit berkaitan. Jika tak tahu nak buat akaun untung rugi, boleh minta perkhidmatan akauntan.\nSelalu peniaga ENTERPRISE tanya macam mana nak ambil \u2018gaji\u2019 dari akaun semasa bisnes ?\ni) Senaraikan komitmen peribadi anda setiap bulan. Contoh :sewa rumah RM500, bil utiliti RM200, barang dapur RM300, petrol RM100,lain-lain RM400\nii) Jumlahkan komitmen tersebut. Dari senarai di atas jumlahnya RM1,500.\niii) Transfer amaun di atas ke akaun simpanan anda pada setiap bulan, sebaik-baiknya pada awal bulan. Buat seolah-olah anda juga seorang pekerja yang makan gaji dengan bisnes anda sendiri. Anda boleh tulis reference sebagai GAJI BOS. \niv) Dengan cara di atas, ia dapat mengajar anda untuk merancang perbelanjaan dengan lebih baik. Anda juga takkan sewenang-wenangnya mengambil duit dari akaun bisnes untuk tujuan peribadi yg tidak tersenarai.\nJika anda bekerja dan ada gaji sendiri, bawa juga penyata akaun bank sendiri. \nSediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.\n3. Slip Cukai LHDN\nPastikan anda declare income tax anda untuk 2 tahun terkini.\nSlip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran perlu disediakan juga bagi yang menggunakan perkhidmatan e-filing.\nApabila dah buat penyata akaun, anda akan dapat jumlah untung bersih.\nDaripada sinilah kita boleh tentukan berapa cukai pendapatan berdasarkan jadual cukai yang dikeluarkan oleh LHDN.\n\n4. CCRIS\nSlip CCRIS atau laporan kewangan ini boleh didapatkan dari Bank Negara atau secara online. \nPastikan CCRIS anda berada dalam keadaan yang baik.\nRujuk cara mohon CCRIS online di sini: Cara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank Negara\n\n5. Rekod Akaun Simpanan\nKalau ada simpanan yang baik, sediakan juga dokumen sokongan simpanan tersebut seperti Akaun Bank simpanan, ASB, Tabung Haji dan lain-lain.\nRujuk cara dapatkan penyata kewangan online di sini:\nCara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji OnlineMyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen\nKerja sendiri ni best sebab tak ada orang yang akan mengarah-arah. \nTapi yang tak bestnya bila bank susah nak luluskan permohonan nak buat loan. \nTapi masalah ni boleh je diatasi bila korang ikuti tips-tips dekat yang diberitahu tadi.\nJadi, ingat saja 5 asas ini ok!\nSSM berusia 2 tahun ke atasAda akaun semasa dan aktif Buat akaun untung & rugi Declare income tax Bayar income tax jika layak\nSemoga bermanfaat!\nSumber rujukan : https://www.facebook.com/syafiqsuhaiminco\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-nombor-tac-maybank/", "title": "Cara Tukar Nombor Telefon Maybank Untuk Terima TAC", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAC Number merupakan salah satu cara Maybank mengesahkan sesuatu transaksi yang dilakukan sama ada melalui aplikasi Maybank2u atau laman web rasmi perbankan internet Maybank.\nUntuk setiap transaksi, sebuah nombor yang dinamakan TAC Number akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan oleh pemilik akaun atas akaun bank mereka.\nOleh itu, walaupun pemilik akaun bank menukar telefon pintar setiap tahun sekali pun, mereka tetap akan mendapat TAC Number terus ke telefon mereka kerana masih mengekalkan dan menggunakan telefon yang sama.\nNamun, sekiranya pemilik akaun menukar nombor telefon, mereka mestilah menukar nombor telefon dalam sistem Maybank2u agar mereka akan tetap menerima TAC Number setiap kali membuat transaksi perbankan internet.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Nombor TAC?\n\n \nCara Kemaskini Nombor Telefon Maybank Untuk Terima TAC\n\n \n1. Melalui mesin ATM\n\n \n2. Cawangan Maybank\n\n \nCara Tukar Password / Kata Laluan Maybank2u\n\n\nApa Itu Nombor TAC?\n\nTAC merupakan singkatan atau akronim bagi Transaction Authorisaztion Code.\nTAC adalah wajib untuk transaksi tertentu kerana ia menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi anda daripada akses tanpa kebenaran kepada akaun anda.\nNombor TAC adalah berlainan daripada Nombor PIN, TAC tidak digunakan untuk log masuk tetapi hanya untuk transaksi dan jenis aktiviti tertentu.\nUntuk setiap transaksi, anda akan menerima satu nombor TAC dan untuk transaksi berikutnya, anda perlu meminta nombor TAC baru untuk meneruskan transaksi perbankan internet anda di Maybank2u.\nMaybank ialah bank Malaysia pertama yang melaksanakan TAC sebagai sebahagian daripada komitmen Maybank kepada pelanggan mereka untuk mengekalkan amalan industri terbaik. \nTAC telah berjaya diperkenalkan untuk Perbankan Internet di Singapura.\nWalau bagaimanapun, seiring dengan peningkat kes phishing, Maybank kini mula beralih kepada penggunaan Secure2u melalui aplikasi Maybank MAE.\nCara Kemaskini Nombor Telefon Maybank Untuk Terima TAC\nMelalui laman rasmi Maybank, terdapat 2 cara untuk mengemaskini dan menukar nombor telefon anda.\n1. Melalui mesin ATM\nMasukkan kad ATM & nombor Pin.Di Menu Utama pilih Maybank2u/Perbankan Telefon/ATM SMS Makluman Lain-lainPilih Kemas Kini M2U TAC MobileSistem akan memaparkan nota amaran: Sila daftarkan nombor telefon bimbit anda sendiri dan bukan pihak ketiga untuk melindungi transaksi perbankan internet andaMasukkan nombor telefon bimbit baharu\n2. Cawangan Maybank\nKunjungi mana-mana cawangan MaybankLengkapkan borang permohonan Kemaskini/tukar nombor mudah alih TACKakitangan akan terus mendaftar TAC\nCara Tukar Password / Kata Laluan Maybank2u\nJika anda berasa kurang selamat dan ingin mengemaskini kata laluan perbankan internet anda, sila rujuk video di bawah untuk langkah-langkah mudah.\n\n\n\nBaca juga: Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mydata-ssm/", "title": "MyData SSM: Login & Semakan Nombor Pendaftaran Syarikat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, MYDATA SSM merupakan satu produk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membolehkan kita mencari, mengekstrak dan membeli maklumat syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian dengan mudah dan cepat. \nDengan adanya maklumat yang disahkan ini, ia dapat membantu kita membuat keputusan perniagaan yang tepat pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja.\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang SSM MYDATA melalui artikel ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MYDATA SSM\n\n \nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\n\n \nHarga Dokumen\n\n \nCara Daftar MYDATA SSM Untuk Beli Dokumen\n\n \nLogin SSM MYDATA online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MYDATA SSM\nSejak tahun 2016, MYDATA telah dilantik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan untuk perkhidmatan ini.\nTujuan ia ditubuhkan adalah untuk menyediakan pengguna dengan akses elektronik langsung ke pejabat pendaftaran syarikat rasmi di Malaysia. \n\n\n\n\n\n\nMelalui portal ini, kita boleh mendapat sumber maklumat yang sah mengenai syarikat dan perniagaan yang diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia.\nBaca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN Untuk Anak\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\nPerkhidmatan yang ditawarkan melalui MYDATA adalah:\n\nProfil Syarikat dan Perniagaan \u2013 Percuma \u00a0 untuk melihat senarai syarikat\nMaklumat Perbandingan Tahun Kewangan Syarikat yang lepas -Perbandingan untuk mana-mana \u00a0tahun kewangan tersedia ada. (Financial historical comparison)\nSalinan Diperakukan Sah Secara Digital bagi Sijil Perniagaan \u2013 Borang D\n\nContoh dokumen yang boleh dibeli melalui MYDATA SSM\nMaklumat yang diterima datang terus secara langsung dari SSM dan tidak disimpan di mana-mana pihak lain.\nAntara maklumat yang boleh didapati melalui MYDATA termasuklah juga:\n\nCompany and Business Profile\nIdaman (Forms & Images)\nFinancial History\nNew RUU Product (New Act 2016)\nCertificate of Incorporation/Registration\nParticular of Directors/Officers\nParticular of Share Holders\nParticular of Registered Address\nParticular Change of Name\nParticular of Conversion\nParticular of Company Secretary\nAudit Firm Profile\nCompany Listing (Bulk Purchase)\nData Services\n\nHarga Dokumen\nHarga perkhidmatan yang ditawarkan \u00a0adalah berpatutan dan pengguna yang berminat dengan maklumat tersebut boleh memilih mana-mana keadah pembayaran yang sesuai melalui perbankan internet, Kad Kredit atau akaun prabayar MYDATA.\u200b\nTerdapat bayaran tambahan sehingga RM5.00 ke atas bayaran semasa yang dikenakan oleh SSM untuk mendapatkan maklumat melalui kaunter.\nRM10.00 untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RM5.00 adalah caj perkhidmatan untuk Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan. \nBayaran perkhidmatan yang dikenakan sebagai tambahan kepada bayaran berkanun seperti yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua Akta Syarikat 1965.\nBaca juga: Pendaftaran SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2020https://ecentral.my/spa9/\nCara Daftar MYDATA SSM Untuk Beli Dokumen\nPengguna perlu mendaftar untuk membuat pembelian dokumen.\nPendaftaran pengguna adalah PERCUMA.\nBerikut ialah cara\u00a0register\u00a0MYDATA secara online.\n\nLayari laman web\u00a0https://www.mydata-ssm.com.my.\nTekan butang\u00a0LOGIN dan\u00a0klik SIGN UP.\nIsikan maklumat yang diperlukan seperti Username, Fullname, Email address, dan Password.\nIsikan juga nombor telefon dan alamat penuh dalam ruangan yang disediakan.\nPilih kategori yang berkenaan (Individual).\nKemudian,\u00a0tick\u00a0pada kotak reCAPTCHA di bawahnya.\nTick\u00a0juga pada kenyataan di bawah kotak reCAPTCHA tersebut.\nKemudian, tekan butang\u00a0SIGN UP.\nPendaftaran akaun anda berjaya.\n\nDokumen juga kini boleh dibeli melalui perkhidmatan Whatsapp.\n\nLogin SSM MYDATA online\nSetelah selesai proses pendaftaran, sila login dengan mengikut langkah ini:\n\nLayari laman web\u00a0https://www.mydata-ssm.com.my.\nKlik LOGIN ACCOUNT.\nMasukkan username dan password yang telah didaftarkan.\nTekan butang SIGN IN.\n\nMaklumat Lanjut\nSekiranya terdapat sebarang permasalahan pada dokumen selepas pembayaran berjaya, pelanggan boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan MYDATA melalui talian 03-2775 9339 atau e-mel ke alamat [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sony-xperia-1-v/", "title": "Sony Xperia 1 V: Spesifikasi, Ciri Menarik & Harga Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah Sony Xperia membuat \u201ccomeback\u201d dengan pengumuman model terbaru yang diberi nama Sony Xperia 1 V?\nSony Xperia 1 V baru sahaja diumumkan pada 12 Mei yang lalu dan peminat jenama ini pastinya teruja untuk mencuba telefon pintar berstatus \u201cflagship\u201d dari Sony ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pelancaran / Jualan Sony Xperia 1 V Di Malaysia\n\n \nHarga\n\n \nPaparan dan Rekabentuk\n\n \nSpesifikasi Sony Xperia 1 V\n\n \nTempahan & Maklumat Lanjut\n\n\nTarikh Pelancaran / Jualan Sony Xperia 1 V Di Malaysia\nWalaupun diumumkan secara rasmi pada 11 Mei 2023, Sony Xperia 1 V dijual secara rasmi pada tarikh yang berlainan di setiap negara termasuklah Malaysia.\nDi UK, ia akan dihantar ke pembeli pada 29 Jun (dengan prapesanan dibuka pada 14 Jun), manakala di AS anda boleh membuat prapesanan sekarang, tetapi ia tidak akan dihantar sebelum 28 Julai.\nTelefon pintar ini dikatakan tidak akan dijual di Australia.\nTiada maklumat bagi pasaran Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\nHarga\nTelefon pintar Sony Xperia sememangnya terkenal dengan harga yang terlalu premium, tidak sepadan dengan speesifikasinya jika dibandingkan dengan jenama telefon pintar lain.\nBagi harga, anda akan membayar sekurang-kurangnya $1,399.99 / \u00a31,299. \nItu aadalah harga permulaan namun jika anda mahukan storan 512GB dan bukannya 256GB maka kosnya akan lebih tinggi.\nWalau bagaimanapun, Sony mengurangkan sedikit pukulan dengan melemparkan sepasang fon kepala Sony WH-1000XM5 untuk pembelian melalui prapesanan di UK.\nFon kepala Sony ini biasanya berharga $399 / \u00a3380.\nDi AS, sebaliknya anda akan mendapat fon telinga wayarles LinkBuds (bernilai $179 / \u00a3149) dan kupon $50.\n\n\n\nArtikel berkaitan: Samsung Galaxy S23 Ultra \u2013 Spesifikasi dan Harga\nPaparan dan Rekabentuk\nSony Xperia 1 V kelihatan sama seperti Sony Xperia 1 IV, dengan reka bentuk yang sama tinggi dan sempit. \nIa bersaiz 165 x 71 x 8.3mm, seberat 187g, dan mempunyai Gorilla Glass Victus 2 di hadapan dan pada kaca bertekstur belakangnya, dan bingkai aluminium.\nTelefon ini akan tersedia dalam warna Hitam, Hijau Khaki dan Perak Platinum, dan ia mempunyai kedua-dua pensijilan IP68 dan IP65, menjadikannya lebih kalis air daripada kebanyakan telefon bimbit.\nPaparannya ialah 6.5 inci 1644 x 3840 OLED dengan kadar penyegaran 120Hz dan nisbah bidang 21:9 yang sempit. \nIa adalah paparan luar biasa untuk nisbah aspek itu dan resolusi 4K yang sangat tinggi. \n\nSpesifikasi Sony Xperia 1 V\nKamera adalah bahagian paling menarik dari Sony Xperia 1 V, dan terutamanya sensor utama, iaitu 52MP f/1.9. \nBagi bateri, teleffon pintar ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 30W. \nTerdapat juga pengecasan tanpa wayar, tetapi Sony tidak menyatakan seberapa pantas ini.\nSony mendakwa bateri boleh bertahan selama kira-kira 20 jam tontonan video berterusan, dan ia boleh dicas hingga 50% dalam masa 30 minit.\nSony Xperia 1 V mempunyai cipset Snapdragon 8 Gen 2, sedikit penambahbaikan daripada Snapdragon 8 Gen 1 dalam Xperia 1 IV, dan bersama-sama dengan kamera utama adalah peningkatan besar yang lain untuk telefon pintar flaggship terbaru Sony ini.\nXperia 1 V menggunakan Android 13, seperti yang anda jangkakan, dan ia mempunyai penderia cap jari yang dipasang di sisi, sokongan 5G dan pembesar suara stereo.\n\nTempahan & Maklumat Lanjut\nUntuk spesifikasi penuh, sila semak di https://www.sony.com.my/smartphones/products/xperia-1m5/spec\nUntuk tempahan dan maklumat terkini model ini, rujuk laman web rasmi Sony Malaysia : https://www.sony.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/renew-lesen-di-pejabat-pos-memandu/", "title": "Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos: Harga & Dokumen Yang Perlu Dibawa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak tahun 2016 lagi, urusan pembaharuan lesen memandu Malaysia atau renew lesen memandu baharu boleh dilakukan di Pejabat Pos seluruh Malaysia.\nWalaupun urusan renew lesen sekarang dah boleh dibuat secara online, rasanya masih ramai lagi yang lebih suka berurusan secara manual terus di kaunter.\nLagipun, perkhidmatan Pejabat Pos kini juga semakin cekap dan efisyen kan?\nJadi di sini kami kongsikan apa yang perlu dibawa semasa urusan renew lesen memandu di Pejabat Pos, termasuklah dengan harga, dokumen yang perlu dibawa supaya dapatlah kita sediakan awal-awal nanti.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Jenis Lesen Memandu Yang Boleh Diperbaharui Di Pejabat Pos?\n\n \nSyarat- syarat Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nHarga Bayaran / Caj Yang Dikenakan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Jenis Lesen Memandu Yang Boleh Diperbaharui Di Pejabat Pos?\nLesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan.\nManakala hanya lesen PDL (Probational Driving License \u2013 lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License \u2013 lesen kenderaan barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.\nSyarat- syarat Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos\nKalau nak buat pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos, ini syaratnya:\nTempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahajaTidak disenaraihitamkan (blacklist)\nDokumen Yang Diperlukan\nUntuk pembaharuan, kita hanya perlu bawa:\nKad pengenalanLesen memandu asalSlip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan kali pertama)\nItu saja!\n\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\nHarga Bayaran / Caj Yang Dikenakan\nMungkin ramai yang dah lupa harga renew lesen memandu sebab kita hanya pergi renew lesen memandu ni paling kerap pun setahun sekali.\nDi sini kami kongsikan harga renew lesen di Pejabat Pos:\nKelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahunKelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahunLesen LDL \u2013 Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.\n*Jangan lupa, apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, RM2.00 caj servis akan dikenakan.\nKalau anda keliru lesen jenis apa yang dimaksudkan dalam kelas di atas, ini adalah maksud bagi kod tersebut:\nKelas A \u2013Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kgKelas A1 \u2013 Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kgKelas B \u2013Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)Kelas B2 \u2013 Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)Kelas C \u2013Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)Kelas D \u2013Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kgKelas DA \u2013 Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kgKelas E \u2013Motokar Berat BTM melebihi 7500kgKelas E1 \u2013Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kgKelas E2 \u2013Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kgKelas F \u2013Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kgKelas G \u2013Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kgKelas H \u2013Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kgKelas I \u2013Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg\nBaca juga: Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021\nMaklumat Lanjut\nSelain di Pejabat Pos, pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri / Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan secara online.\nUntuk maklumat Lanjut sila layari laman web https://www.pos.com.my/ yang telah dikemaskini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tarikh-pergerakan-gaji/", "title": "Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Tahunan Penjawat Awam (SPA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Pergerakan Gaji (TPG) merujuk kepada tarikh kenaikan gaji bagi seorang penjawat awam.\nTidak kira di sektor awam atau swasta, kebiasaannya setiap pekerja akan diberikan kenaikan gaji selari dengan pertambahan pengalaman setiap tahun.\nBagi sektor swasta, amalan biasa kenaikan gaji adalah pada tahun berikutnya pada bulan yang sama dengan kemasukan kerja \u2013 misalnya jika kita baru menyertai sesebuah syarikat itu pada bulan Jun, maka pergerakan kita adalah pada bulan Jun setiap tahun.\nBagi sektor penjawat awam pula, kiraannya sedikit berbeza dengan anda boleh merujuk kepada Akta dan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan\n\n \nPenentuan Kenaikan Gaji Tahunan Pegawai Tetap / Sementara\n\n \nPerubahan Tarikh Pergerakan Gaji Disebabkan Kenaikan Pangkat\n\n \nKaedah Pengiraan Pertambahan Gaji / Tarikh Pergerakan Gaji\n\n \nSyarat Kelayakan Kenaikan Gaji\n\n\nPengenalan\nStruktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam Perkhidmatan Awam pada masa ini adalah berdasarkan kepada Jadual Gaji Minimum \u2013 Maksimum (JGMM) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012. \nStruktur JGMM tersebut telah ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 (JGMM yang telah berkuat kuasa dan telah ditambah baik selepas ini dirujuk sebagai \u201cJGMM 2013\u201d). \nKaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM 2013.\n\n\n\n\n\n\nPenentuan Kenaikan Gaji Tahunan Pegawai Tetap / Sementara\nBagaimanakah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Tahunan ditentukan?\nMenurut perenggan 27(1) P.U.(A) 1/2012 \u2013 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seseorang pegawai lantikan tetap dan sementara hendaklah sebagaimana yang dinyatakan Jadual Kedua seperti di bawah:\n\nTarikh-tarikh ini ditentukan berdasarkan rujukan-rujukan berikut:\n\nPerenggan 27(1), P.U.(A) 1/2012 \u2013 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan\nPekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 \u2013 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.\n\nBaca lagi: KGT Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023\nPerubahan Tarikh Pergerakan Gaji Disebabkan Kenaikan Pangkat\nTarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa mengikut subperaturan 27(1).\nArtikell menarik: MyPerformance: Sistem Pengurusan Prestasi Perkhidmatan Awam\nKaedah Pengiraan Pertambahan Gaji / Tarikh Pergerakan Gaji\nKaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum \u2013 Maksimum (JGMM) 2016 (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia).\nSyarat Kelayakan Kenaikan Gaji\nPegawai yang layak untuk menerima pemberian pergerakan gaji tahunan berdasarkan kadar tetap 3% adalah sepertimana yang ditetapkan melalui Perkara 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020.\nRujuk lampiran penuh :\nKaedah Pemberian Pergerakan_Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum \u2013 MaksimumDownload\nPEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) DIAWALKAN KEPADA PEGAWAIYANG MENINGGAL DUNIA SEBELUM TARIKH PERGERAKAN GAJI (TPG) \nPekeliling dan soalan lazim boleh dimuat turun melalui pautan\u00a0https://www.jpa.gov.my/\u2026/saraan/item/1238-pp-bil-08-2019\u00a0atau imbas QR Code yang terdapat dalam poster.\n\nIMPLIKASI HUKUMAN TATATERTIB YANG MELIBATKAN \nUntuk makluman, PP Bil.08/2019 hendaklah disifatkan telah berkuat kuasa mulai 1 JANUARI 2019\n\u201cJika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu :\na) amaran;\nb) denda;\nc) lucut hak emolumen;\nd) TANGGUNG PERGERAKAN GAJI\ne) turun gaji;\nf) turun pangkat;\ng) buang kerja.\nSumber: Unit Integriti LKIM\nSeseorang pegawai tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat selama 30 BULAN.\nJKTT boleh menentukan penangguhan pergerakan gaji pegawai bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan sebagaimana yang difikirkan sesuai.\nHukuman ini berkuatkuasa pada tarikh KGT tahun berikutnya.\nTarikh Pergerakan Gaji (TPG) baharu akan berubah kepada TPG paling hampir setelah habis tempoh hukuman dan akan kekal sehingga mencapai tangga gaji maksimum.\nCONTOH:\n\nPegawai A dikenakan hukuman Tangguh Pergerakan Gaji selama 6 bulan pada Ogos 2022\nKenaikan Gaji Tahunan (KGT) sedia ada beliau adalah pada bulan April 2022\nTarikh kuatkuasa hukuman adalah pada bulan April 2023 sehingga September 2023\nTPG baharu adalah pada Oktober 2023.\nTPG tahun berikutnya dan sehingga capai tangga gaji maksimum adalah pada setiap bulan Oktober.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/buka-akaun-tabung-haji-online/", "title": "Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (TH) Bayi / Kanak-kanak", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE \nNak buka akaun TH untuk diri sendiri atau anak?\nAnda kini boleh buat secara online saja melalui Virtual Account Opening (VAO).\nTujuan utama membuka akaun TH adalah untuk mencapai impian ke Tanah Suci.\nDi samping menyimpan untuk tujuan haji, pendeposit akan menikmati agihan keuntungan setiap tahun yang telah ditunaikan kewajipan zakat, simpanan yang dijamin oleh kerajaan sepenuhnya dan patuh Syariah.\n\n\n\n\n\n\nSementara menunggu giliran untuk menunaikan haji, pendeposit dapat menikmati pelbagai manfaat lain seperti berpeluang memenangi hadiah yang menarik menerusi kempen-kempen yang dijalankan dan anak-anak yang mempunyai akaun dapat menikmati faedah sebagai ahli Kelab TaHa.\nMeskipun belum berpeluang sampai ke Tanah Suci, pelbagai manfaat dinikmati sebagai pendeposit TH.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan Buka Akaun Tabung Haji (TH)\n\n \nPendaftaran Akaun Tabung Haji Online (Virtual Account Opening / VAO) Untuk Bayi, Kanak-kanak dan Dewasa\n\n \nSyarat \u2013 syarat :\n\n \nI) AKAUN DEWASA\n\n \nII) AKAUN KANAK-KANAK\n\n \nCara Buka Akaun Tabung Haji Online\n\n\nKelebihan Buka Akaun Tabung Haji (TH)\n\nMematuhi shariah Islam\nMenyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)\nDijamin oleh Kerajaan\nDikecualikan daripada cukai\nDitunaikan kewajipan zakat\nTiada had simpanan\n\n\nTunggu apa lagi, buka akaun TH hari ini juga.\nSekarang ni mudah, boleh buka akaun Tabung Haji secara online je!\nJom kami kongsikan cara buka akaun TH online dan syarat-syaratnya.\nPendaftaran Akaun Tabung Haji Online (Virtual Account Opening / VAO) Untuk Bayi, Kanak-kanak dan Dewasa\nPembukaan akaun\u00a0TH\u00a0adalah mudah dan boleh dilakukan di semua\u00a0Kaunter\u00a0TH\u00a0& Kaunter Mudah Alih\u00a0TH,\u00a0Rakan Strategik\u00a0TH\u00a0(Bank Islam &\u00a0Bank Rakyat)\u00a0dan\u00a0TH\u00a0Komuniti.\n\nBaca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online\nSyarat \u2013 syarat \u00a0:\u00a0\n\nBeragama Islam dan waras.\nWarganegara Malaysia.\n\nDua kategori akaun:\n\nAkaun Dewasa\nAkaun Kanak-kanak\n\nI) AKAUN DEWASA\n\nBerumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.\nMembawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.\n\nII) AKAUN KANAK-KANAK\n\nDi bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.\nPenjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.\nPenjaga mestilah mempunyai akaun\u00a0TH\u00a0dan merupakan warganegara Malaysia.\nHanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.\nPenjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).\nSalinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.\n\nNOTA :\n\nPenjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan\u00a0TH\u00a0oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.\nPenjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.\nPenjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.\n\nCara Buka Akaun Tabung Haji Online \nPembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI. \nPendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.\n\nSila rujuk langkah di bawah:\n\nLayari laman web https://www.thijari.com.my/\nTekan pada \u2018Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!\u2019\nIsikan maklumat dalam borang online yang disediakan.\nHadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.\nKeutamaan layanan akan diberikan di kaunter, dan anda akan dilayan dalam masa 1 minit sahaja!\n\nMudah kan?\n\n\nNOTA: Jika anda telah mempunyai akaun Tabung Haji dan ingin mengaktifkannya secara online, sila rujuk: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online\nUntuk maklumat lanjut :\u00a0: +603-62071919(THCC)\u00a0: Muat turun aplikasi THiJARI\u00a0: [email\u00a0protected]\u00a0:\u00a0https://www.tabunghaji.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tukar-duit-raya/", "title": "Senarai ATM Tukar Duit Raya Maybank, Ambank, & Affin Bank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai ATM Tukar Duit Raya Maybank, Ambank, & Affin Bank (2023)\nMalas nak beratur panjang semata-mata nak tukar duit raya? Kini anda hanya perlu ke mesin ATM untuk menukar duit raya bernilai RM10 dan RM50.\nMudah dan cepat!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM 2023\n\n \ni) ATM Maybank\n\n \nii) Ambank ATM Duit Raya RM10\n\n \niii) Affin Bank\n\n \nJom Tukar Duit Raya!\n\n\nCara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM 2023\nTahukah anda, bagi tahun 2023 ini, terdapat beberapa pilihan mesin ATM yang menyediakan perkhidmatan tukar duit raya.\nAntara ATM yang menyediakan perkhidmatan ini adalah Maybank, Ambank dan Affin Bank.\nBerikut kami kongsikan cara membuat penukaran duit raya dan senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan ini.\ni) ATM Maybank\nIkuti perkongsian Mohd Shukur di Facebook.\n\n\n\n\n\n\n1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera \u2018dapatkan wang kertas RM10 di mesin in\u2019 yang boleh anda dapatkan duit raya baru.\n\n2. Tekan \u2018pengeluaran\u2019 dan pilih jumlah.\n\n3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.\n\n4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan.\u00a0\nSenarai Lokasi Mesin ATM Maybank Raya\nNot kertas yang disediakan : \u00a0RM10 & RM50\u00a0\nBerikut senarai ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya di mesin ATM bagi tahun 2023.\n\n\n\nInfo lanjut, sila nantikan pengumuman khas dari pihak Maybank : https://www.maybank2u.com.my/\nii) Ambank ATM Duit Raya RM10\nSempena sambutan Hari Raya yang hampir tiba, sukacita diumumkan bahawa wang kertas RM10 kini tersedia untuk pengeluaran di ATM tertentu di seluruh Malaysia. \nSila rujuk senarai ATM Ambank di bawah:\nSenarai Lokasi Mesin ATM Ambank Raya\nNot kertas yang disediakan : RM10\n\n\nKlik\u00a0di sini\u200b\u00a0untuk senarai ATM AmBank yang berdekatan dengan anda.\nMaklumat lanjut: https://www.ambankgroup.com/\niii) Affin Bank\nTerdapat sejumlah 109 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai ATM Raya yang bernilai RM10 dan RM50.\nSila rujuk senarai ATM Affin Bank di bawah:\nSenarai Lokasi Mesin ATM Affin Raya\nTarikh : Sehingga kehabisan stok\nNot kertas yang disediakan : RM10 & RM50\n\n\n\nUntuk maklumat lanjut, sila nantikan pengumuman khas dari pihak Affin Bank melalui laman web rasmi : https://www.affinalways.com/\nJom Tukar Duit Raya!\nSemoga senarai ini dapat membantu anda semua untuk mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk membuat penukaran wang kertas.\nJom kongsikan dengan rakan-rakan yang lain!\nBaca juga: \n\nPengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2023 \u2013 JAKIM\nDoa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki \u2013 JAKIM\nHari Raya Aidilfitri 2023 \u2013 Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-biasiswa-pendidikan-mahsa-university-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran tajaan biasiswa Pendidikan MAHSA University kini dibuka. \nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan permohonan daripada pelajar yang memenuhi kelayakan.\nPermohonan dari pelajar yang tergolong dalam kumpulan asnaf Fakir dan Miskin adalah diutamakan.\n\n\n\n\n\n\nBiasiswa Pendidikan MAHSA University merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh MAHSA University bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di universiti ini.\nBaca Juga : ISMP 2022: Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nBentuk Tajaan Tawaran Biasiswa MAHSA University\n\n \nBidang Pengajian\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nUntuk makluman, permohonan bagi biasiswa ini dibuka sehingga 10 Jun 2022. \nBentuk Tajaan Tawaran Biasiswa MAHSA University\nBentuk tajaan yang akan ditanggung oleh pihak universiti sepanjang pengajian kepada individu yang berkelayakan adalah seperti berikut :\nYuran PendaftaranYuran PengajianAsrama\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditawarkan bagi biasiswa ini adalah Diploma in Business Administration.Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 tahun (4 semester).Calon yang berjaya memperoleh biasiswa ini akan teruskan pengajian di MAHSA UNIVERSITY, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor\nSyarat Kelayakan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nSedang bermastautin atau menetap di Negeri Kedah atau warganegara Malaysia.Pemohon berusia 17 tahun dan ke atas.Keputusan SPM minima 3 kredit dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.Keutamaan diberikan kepada asnaf Fakir dan Miskin.\nCara Memohon\nCalon boleh lakukan permohonan biasiswa ini berpandukan langkah-langkah berikut :\nKlik pautan permohonan https://bit.ly/BiasiswaPendidikanMahsaUniversity.Baca maklumat dan syarat permohonan.Lengkapkan butiran yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan Mahsa University, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-prihatin-nasional/", "title": "Bantuan Prihatin Nasional: Semakan Status Permohonan Baru BPN", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDalam siaran langsung Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi, PM telah mengumumkan Bantuan Prihatian Nasional.\nBantuan ini akan disalurkan kepada semua rakyat yang layak bermula akhir bulan April dan Mei 2020.\nDan buat pertama kalinya golongan M40 akan turut menikmati faedah bantuan ini.\nPemberian bantuan ini kepada B40 berdasarkan pangkalan data BSH 2020 manakala bagi M40 berdasarkan data percukaian LHDNM.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSiapa Yang Layak?\n\n \nJumlah Bantuan Prihatin Nasional\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nSemakan BPN 2020\n\n \nPakej Rangsangan Ekonomi 2020\n\n\nSiapa Yang Layak?\nBerikut adalah kategori penerima B40 yang layak:\nIsi rumah\n\n\n\n\n\n\nKahwin; atauIbu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; danPendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah\nBujang\nBujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; danPendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah\nBagi kategori M40 yang layak pula adalah seperti berikut:\nIsi rumah\nKahwin; atauIbu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; danPendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini\nBujang\nIndividu berstatus bujang dalam data percukaian; danHad umur 21 tahun ke atas; danPendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP\nJumlah Bantuan Prihatin Nasional\nSeperti diumumkan, jumlah bantuan terbahagi kepada empat kategori iaitu:\nRM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.\u00a0RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.\u00a0RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.\u00a0RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.\u00a0\nDalam kenyataan itu juga PM memaklumkan pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020.\nKaedah Pembayaran\nPembayaran akan dibuat pada hujung bulan April dan Mei.\nTarikh rasmi belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan.\nKaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:\nAda maklumat akaun \u2014 bayaran adalah secara kredit ke akaun; atauJika status gagal kredit \u2014 bayaran adalah secara tunai di BSNTiada akaun \u2014 bayaran adalah secara tunai di BSN\nKaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:\nBayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkiniBayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumahJika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir\nSemakan BPN 2020\nPenerima yang layak boleh membuat semakan status BPN sama ada di portal rasmi LHDNM, Bantuan Sara Hidup atau Kementerian Kewangan.\nSemakan boleh dibuat bermula 1 April.\nSekiranya memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, anda boleh membuat permohonan baru secara online di portal yang dinyatakan.\nSekiranya permohonan baru diluluskan, pembayaran akan dibuat pada bulan Mei sekaligus.\nPakej Rangsangan Ekonomi 2020\nTidak dilupakan golongan pelajar IPT di mana kerajaan menyediakan bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.\nSemua pelajar akan dapat termasuk pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.\nSelain itu, Kerajaan juga melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan.\nmySalam turut menyediakan bantuan RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari untuk golongan B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-marrybrown-promosi/", "title": "Menu Baru Marrybrown & Promosi Terkini 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Baru Marrybrown & Promosi Terkini 2022 ~ Buat penggemar Marrybrown, jangan lepaskan peluang untuk jadi yang pertama merasai keenakan menu terbaru. \nTak hanya itu, pelbagai tawaran menarik menanti anda. Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok menu baru Marrybrown serta tawaran terkini yang anda boleh dapatkan.\nBaca Juga : Menu Baru McDonald\u2019s & Promosi Terkini 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Baru Marrybrown : Oishii Japan\n\n \nTawaran Terkini di Marrybrown\n\n \nPromosi Spicy Nuggets\n\n \nTawaran Ayam Goreng Percuma\n\n\nMenu Baru Marrybrown : Oishii Japan\nSememangnya lain daripada yang lain, Marrybrown kali ini ingin bawa anda terbang ke Jepun dengan hidangan terbaru Oishii Japan.\n\n\n\n\n\n\n Rasailah keunikan gabungan rasa wasabi dan teriyaki yang dihidangkan dalam aneka menu Marrybrown kegemaran anda.\nJangan lupa untuk lengkapkan menu istimewa ini dengan minuman Sakura Fizz yang menyegarkan!\nTerdapat 4 jenis menu yang ditawarkan dalam rangkaian menu MB Oishii Japan iaitu :\n2- pcs Oishii Chicken Combo (Harga bermula RM 20.50)Oishii Burger Combo (Harga bermula RM 15.30)Oishii Box Meal (Harga bermula RM 23.90)Oishii Rice Bowl (Harga bermula RM 12.90)\nYang mana satukah yang bakal anda menjadi pilihan anda?\n\n\nTawaran Terkini di Marrybrown\nBagi anda yang bercadang untuk ke Marrybrown dalam masa terdekat, jangan lepaskan peluang untuk nikmati pelbagai tawaran terkini yang cukup menarik.\nPromosi Spicy Nuggets\nBuat penggemar nugget ayam, jom dapatkan 20 ketul Spicy Nuggets dengan harga bermula RM 10 sahaja.\n\nTawaran Ayam Goreng Percuma\nKhas buat pelanggan setia Marrybrown, restoran kegemaran anda ni nak berikan ayam goreng percuma!\n Untuk tebus tawaran ini, anda perlu beli mana-mana MB Combo Meal dan 2 botol 1.5L produk minuman Coca-Cola daripada pasar raya pilihan Marrybrown iaitu :\nEconsaveTF Value MartMydinBillion\nUntuk makluman anda, produk Coca-Cola bukan sekadar minuman Coke, malah ada pelbagai jenama minuman terkemuka yang merupakan produk Coca-Cola seperti Minute Maid, Heaven & Earth, Fanta dan Sprite.\nInilah masanya untuk borong minuman ringan kegemaran anda! Siap dapat ayam goreng percuma dari Marrybrown!\n\nJadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan menu baru Marrybrown yang memikat serta cukup unik ini. \nJangan berlengah lagi, jom ajak rakan dan keluarga ke Marrybrown hari ini untuk nikmati hidangan menarik dan tebus promosi yang menjimatkan!\nIkutilah Facebook Marrybrown Malaysia untuk ketahui menu serta tawaran terkini. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/sop-pengembara-malaysia/", "title": "SOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Antarabangsa Malaysia (Mulai 1 April 2022)\nSeperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Malaysia akan memasuki peralihan ke Fasa Endemik mulai 1 April 2022.\nSusulan itu, semua individu dibenar merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi.\nKerajaan juga akhirnya mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April depan, setelah lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Perdana Menteri, keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19; kedua, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain; ketiga, memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPembukaan Sempadan Antarabangsa Mulai 1 April 2022\n\n \nSOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)\n\n \nSOP Pengujian & Kuarantin Bagi Pengembara\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPembukaan Sempadan Antarabangsa Mulai 1 April 2022\nDengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa, serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar mulai 1 April 2022.\nDalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.\nSebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi \u201cTraveller\u201d dalam MySejahtera.\nBagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara dan kebanyakan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.\nSOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)\nBermula 1 April 2022, berikut adalah protokol baharu untuk pengembara yang tiba di sempadan / pintu masuk antarabangsa Malaysia (PMA).\n\nDi sini disenaraikan protokol tambahan di Pintu Sempadan Antarabangsa dan pengembara antarabangsa (diumumkan dalam kenyataan media Menteri Kesihatan 9 Mac 2022)\nJika seseorang individu menjalani kuarantin seminggu sebelum 1 April, perintah kuarantin itu akan tamat pada 1 April 2022.Kanak-kanak dan remaja 17 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu jalani kuarantin, hanya perlu buat ujian RTK antigen dalam tempoh 24 jam selepas tiba di tanah air.Bagi individu yang tidak lengkap atau tidak mengambil vaksin langsung MESTI menjalani kuarantin lima hari selepas tiba di tanah air. Selepas tamat kuarantin, individu tersebut mesti mengikut syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan kerajaan.Pengembara yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, perlu memuat naik bukti pengecualian daripada doktor ke dalam aplikasi mySejahtera.\nProtokol pengembara untuk sempadan darat akan diumumkan minggu depan.Kerajaan perlu membezakan antara pengembara dan kumpulan yang berulang alik atau \u2018periodic commuters\u2019.Orang ramai boleh merujuk semua protokol yang diumumkan menerusi portal covidprotocol.moh.gov.my\nSOP Pengujian & Kuarantin Bagi Pengembara\nDengan pembukaan sempadan, pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas, serta ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.\nBerkuatkuasa 1 April 2022, berikut adalah prosedur pengujian dan kuarantin kepada pengembara yang tiba di Malaysia. Perincian prosedur melalui pengembaraan jalan darat akan diumumkan dalam masa terdekat.\n\nBaca juga: \nSimptom Omicron & Garis Masa Jangkitan Covid-19 Yang Anda Perlu TahuTak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin\nMaklumat Lanjut\nOrang ramai boleh merujuk semua protokol terkini yang diumumkan oleh Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal covidprotocol.moh.gov.my\n\nhttps://covidprotocol.moh.gov.my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-inkubator-usahawan-belia-tani/", "title": "Program Inkubator Usahawan Belia Tani 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Inkubator Usahawan Belia Tani\nSukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Selangor bakal menganjurkan Program Inkubator Usahawan Belia Tani bagi warga belia yang berminat.\nBaca Juga : Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Untuk Warga India B40\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaklumat Program Inkubator Usahawan Belia Tani\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nKemudahan Disediakan\n\n \nSyarat-Syarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nMaklumat Program Inkubator Usahawan Belia Tani\nProgram ini adalah salah satu bentuk latihan pertanian jangkamasa panjang secara praktikal di ladang. Peserta yang terpilih akan menyertai program ini bermula pada Januari sehingga November 2023 secara sepenuh masa di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.\n\nTarikh Tutup Permohonan\nTarikh tutup bagi permohonan program ini adalah pada 15 Disember 2022.\nKemudahan Disediakan\nProgram ini menawarkan kemudahan kepada peserta seperti berikut :\nElaunTempat Penginapan\nSyarat-Syarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia.Belia berusia 18-40 tahun (Graduan Institut Pertanian / IPTA / IPTS / pesara tentera / polis dan orang awam).Lahir di negeri Selangor / pemastautin tetap di negeri Selangor.Mempunyai sijil SPM / SPMV atau yang setaraf dengannya.Berminat sepenuhnya dalam mengusahakan projek pertanian.Mempunyai pengalaman dalam bidang teknikal tanaman adalah digalakkan.Bersedia memberi kerjasama dan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor.Memberi sepenuh tumpuan kepada projek yang dijalankan termasuk dari segi masa, tenaga dan modal bagi menjayakan program ini.Serius menceburi bidang pertanian selepas tamat program.\nCara Memohon\nCalon yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian dengan mengisi Google Form di pautan berikut :\nhttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe36qO-WA9fj4JFbfTpOeXuj7g7SE8ceNksQGw2gU6K4HsFzg/viewform\nSemua maklumat perlulah perlulah diisi secara lengkap dan betul.\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon yang berjaya dihubungi untuk sesi temuduga hendaklah membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang disenaraikan berikut :\nSalinan Kad PengenalanSalinan sijil SPM/SPMVSalinan sijil IPTA / IPTS / Politeknik (jika berkaitan)Salinan sijil kursus pertanian dari mana-mana Jabatan/agensi/swasta yang pernah diikuti (jika berkaitan) Resume\nPeserta yang tidak menerima sebarang panggilan dianggap tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Inkubator Usahawan Belia Tani Jabatan Pertanian Negeri Selangor (BPMI) di talian (03-55189888) atau Pusat Latihan Pertanian Kalumpang 03-6049 1744.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-socso-perkeso/", "title": "Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda sudah daftar akaun SOCSO atau PERKESO?\nSekiranya anda bekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri, anda pastinya sudah banyak kali mendengar mengenai PERKESO atau dalam bahasa Inggerinys disebut sebagai SOSCO.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu PERKESO?\n\n \nPeranan PERKESO/SOCSO\n\n \nPERKESO Untuk Kerja Sendiri\n\n \nCara Majikan Daftar PERKESO Pekerja\n\n \nProses Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Pekerja\n\n \nSimpanan rekod pekerja\n\n\nApa itu PERKESO?\nPERKESO merupakan ringkasan bagi Pertubuhan Keselamatan sosial dan ianya adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan pekerja dalam sektor swasta perlindungan keselamatan sosial.\nKeperluan perlindungan sosial ini selari dengan kewajipan yang termaktub sikit Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.\nPerlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.\n\n\n\n\n\n\nMenurut laman web PERKESO sendiri, sehingga kini 7 juta orang pekerja sedang dilindungi dalam pelbagai skim perlindungan yang disediakan oleh pihak PERKESO\nPeranan PERKESO/SOCSO\n\nPERKESO mempunyai beberapa tanggungjawab utama antaranya:\nPromosi kesedaran keselamat dan kesihatan pekerjaMengumpul sumbangan dari pekerja dan majikanMenguruskan pendaftaran pekerja dan majikanMenyediakan faedah pemmuliahan fizik dan vokasionalBayaran faedah kepada pekerja atau tanggungan mereka sekiranya berlaku kemalangan kepada mereka\nPERKESO Untuk Kerja Sendiri\nSkim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.\nSkim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.\nDokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:\nSalinan kad pengenalanSalinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih\nUntuk maklumat cara caruman, rujuk laman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.\nRujuk : SPS Khidmat PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri\nCara Majikan Daftar PERKESO Pekerja\nSeseorang pekerja mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak 30 dari tarikh mula diambil bekerja.\nMajikan atau pekerja boleh mendaftar SOCSO atau PERKESO dengan mengisi Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) dan Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja).\nPendaftaran boleh dilakukan melalui:\nKaunter PERKESOMelalui Indentiti Korporat Malaysia (My COID)\nProses Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Pekerja\nUntuk daftar SOCSO pekerja, ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang-borang yang disenaraikan dalam laman web PERKESOLengkapkan kesemua borang yang telah dimuat turun.Sediakan salinan surat/dokumen yang diperlukanDapatkan ID untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem (Sistem ASSIST)Emel Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal ASSIST ke [email\u00a0protected]Log masuk ke portal\u00a0ASSIST\u00a0menggunakan ID yang telah diemelkan kepada anda dan muat naik borang-borang pendaftaran serta dokumen sokongan\u00a0\nSimpanan rekod pekerja\nSetelah mendaftar SOCSO pekerja, setiap majikan juga bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara rekod daftar pekerja terutamanya yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:\nNama\u00a0Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara\u00a0Pekerjaan\u00a0Butiran Caruman\u00a0Gaji Bulanan\u00a0Elaun-elaun\nKesemua rekod ini hendaklah disimpan oleh majikan selama sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh akhir pekerja bekhidmat dengan majikan. \nMaklumat Lanjut\nTalian Khidmat Pelanggan:\u00a01-300-22-8000\u00a0 \u00a0 Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/i-fitri-perantau/", "title": "i-Fitri Perantau 2023 : Permohonan & Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita gembira untuk rakyat Terengganu yang berada di perantauan apabila bantuan i-Fitri Perantau 2023 akan mula dibuka permohonannya pada 6 hingga 20 April secara atas talian melalui i-Bantuan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan i-Perantau Terengganu yang boleh dimohon oleh anak perantau yang layak.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan i-Fitri Perantau?\n\n \nJumlah Bantuan i-Fitri Perantau 2023\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan i-Fitri Perantau 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan i-Fitri Perantau?\ni-Perantau adalah bantuan khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk anak Perantau yang layak sempena Hari Raya Aidilfitri.\n\nPermohonan Bantuan i-Fitri Perantau dibuka bermula 6-20 April 2023.\n\n\n\n\n\n\nJumlah Bantuan i-Fitri Perantau 2023\n\nRM300 \u2013 Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500\n\nSyarat Kelayakan \nSYARAT UTAMA\n\nRakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu (Perantau)\nPemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)\nPermohonan dibuat secara online melalui sistem iBantuan.\n\nSYARAT KELAYAKAN\n\nPendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2500 (termasuk gaji dan semua elaun).\nPenjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.\nPeniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (disahkan oleh penghulu / pegawai kerajaan berkelayakan di tempat tinggal semasa).\nPemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan).\nPemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti permohonan selesai.\nPermohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat tidak benar atau tidak lengkap.\n\n\nCara Permohonan i-Fitri Perantau 2023\nPermohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/\n\nDOKUMEN LAMPIRAN\nPemohon perlu memuatnaik dokumen berikut ke sistem iBantuan:\n\nSalinan kad pengenalan / sijil kelahjiran pemohon dan tanggungan\nSalinan slip gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan yang disahkan\nSalinan surat akuan bermastautin / bil elektrik / bil air\n\n*Muatnaik (upload) dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG dan GIF.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu dan rujuk HOTLINE berikut:\nHOTLINE : 011 \u2013 533 200 15 / 010 \u2013 818 22 31\nLaman web permohonan : https://ibantuan.terengganu.gov.my/\nBaca juga:\n\n i-Fitri 2023: Bantuan Aidilfitri Rakyat Terengganu\niBantuan Terengganu: Daftar, Mohon, Semak Status Kelayakan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-musibah-zakat-ukm/", "title": "Tawaran Bantuan Musibah Zakat UKM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini menawarkan bantuan musibah kepada semua warga UKM yang diduga dengan sebarang bentuk bencana seperti ribut, kebakaran, banjir dan sebagainya.\nBantuan ini disalurkan bagi meringankan beban warga UKM yang terlibat dalam kerosakan serta kerugian harta benda serta kediaman akibat bencana.\nIa juga merupakan salah satu bentuk persediaan bagi menghadapi cuaca buruk atau bencana banjir yang dijangka bakal berlaku dalam waktu terdekat ini.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Musibah Zakat UKM.\nBaca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Bantuan Musibah Zakat UKM\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n\nSyarat Permohonan Bantuan Musibah Zakat UKM\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :\n\nPermohonan dibuat pada tahun semasa kejadian.\nDitimpa musibah atau bencana alam pada diri sendiri atau keluarga (pelajar).\n\n\nKaedah Permohonan\nAnda boleh ikut panduan permohonan seperti berikut :\n\nLayari pautan\u00a0https://zakat.ukm.my/.\nLogin ke dalam sistem tersebut.\nLengkapkan permohonan dan muat naik dokumen yang wajib yang telah disahkan untuk melengkapkan permohonan ini.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon perlulah kemukakan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :\n\nLaporan polis atau bomba; atau\nSurat pengesahan Jawatankuasa Kampung/Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Daerah.\nGambar kejadian.\nPenyata gaji/penyata pencen/pengesahan pendapatan bagi ibu dan bapa/penjaga/pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, anda diminta untuk melampirkan pengesahan tidak bekerja.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Musibah Zakat UKM, sila hubungi :\n\n03-8921 4225 (Kampus Bangi)\n03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur)\n\nAtau boleh terus ke kaunter Zakat UKM iaitu:\nKaunter Zakat UKM Bangi,Aras 1, Masjid UKM,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,Selangor Darul EhsanEmel:\u00a0[email\u00a0protected]\nSemoga bantuan zakat ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dihadapi warga serta pelajar UKM yang terlibat dalam bencana.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/servis-prihatin-modenas-banjir/", "title": "Kempen Servis Prihatin MODENAS Untuk Motosikal Terjejas Banjir", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMotosikal MODENAS anda terbabit dalam bencana banjir baru-baru ini?\nJangan risau, anda boleh mendapatkan pelbagai \nDalam kenyataan media terkini, MODENAS ada mengumumkan bantuan khas melalui Kempen Servis Prihatin MODENAS yang menawarkan pemeriksaan PERCUMA untuk motosikal yang terjejas berikutan banjir, diskaun alat ganti sehingga 25%, upah kerja PERCUMA bagi motosikal yang tidak perlu dibaikpulih serta perkhimatan cuci motosikal PERCUMA!\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang Kempen Servis Prihatin MODENAS yang berlangsung mulai 22 hingga 31 Disember 2021 ini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKempen Servis Prihatin MODENAS Untuk Motosikal Yang Terjejas Banjir\n\n \nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\n\n\nKempen Servis Prihatin MODENAS Untuk Motosikal Yang Terjejas Banjir\n\nBaca juga:\nPermohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli)Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir\nKempen ini akan berlangsung dari 22 Disember hingga 31 Disember 2021 di cawangan MODENAS Service Centre yang terpilih di bawah:\nMODENAS SERVICE CENTRE (SHAH ALAM, SELANGOR)\nAlamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor\nWaktu Operasi: 9.00am \u2013 5.00pm\nNombor Telefon: 04-4668160\nMODENAS SERVICE CENTRE\u00a0(KUANTAN, PAHANG)\nAlamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang\nWaktu Operasi: 9.00am \u2013 5.00pm\nNombor Telefon: 09-5123380 /044668199\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\nBerikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen Servis Prihatin MODENAS :\nCaj upah kerja PERCUMA untuk baik pulih biasa (tanpa overhaul)Pemeriksaan PERCUMApembersihan motosikal PERCUMAdiskaun sehingga 25 peratus untuk alat gantiDiskaun 15 peratus untuk alat ganti skuter Diskaun 70 peratus bagi caj buruh melibatkan servis\u00a0\u201coverhaul\u201d\nUntuk maklumat lanjut, pemilik motosikal yang terjejas boleh menghubungi pusat servis Modenas atau hubungi 1-800-880-181 atau WhatsApp di 019-570 8135.\nKunjungi pusat servis Modenas cawangan Subang dan Kuantan bagi mendapatkan tawaran ini.\nInfo lanjut : https://bit.ly/3pkUbjB\n\nhttps://modenas.my/v2/modenas-to-offer-free-motorcycle-service-for-flood-victims/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/permohonan-upuonline-2023/", "title": "Permohonan UPUOnline 2023/2024 \u2013 Syarat, Tips, Tarikh Penting", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Baharu Kemasukan UPU, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Kemahiran Tinggi Awam Melalui UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024\nPermohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula 7 Januari hingga 28 Mac 2023 bagi permohonan Fasa Pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi Fasa Kedua.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.\u201cSelaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.\u201cDijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada kementerian,\u201d menurut KPT menerusi kenyataan rasmi bertarikh 6 Januari 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang info dan cara membuat permohonan UPU bagi tahun kemasukan 2023 / 2024.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFasa Kemaskini UPUOnline 2023\n\n \nTarikh Permohonan UPU Sesi 2023 / 2024\n\n \nPembelian Unik ID\n\n \nSyarat Am / Kategori Permohonan UPU Online 2023\n\n \nSenarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2022 / 2023\n\n \nPanduan Memilih Program\n\n \nDasar Pemilihan Meritokrasi\n\n \nPanduan Permohonan UPUOnline 2023\n\n \nTarikh-tarikh Penting UPU Online : Proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nFasa Kemaskini UPUOnline 2023\nFASA PENGEMASKINIAN UPUOnline\nLEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024\nBERMULA 10 JUN 2023 | JAM 12.00 TENGAH HARI\nSEHINGGA 13 JUN 2023 | JAM 5.00 PETANG\nTapisan syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan kepada calon yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.\nCalon diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline.\n\nLayari pautan : https://upu.mohe.gov.my\nTarikh Permohonan UPU Sesi 2023 / 2024\nPemohon boleh dibuat pada :\n\nFasa 1 : 7 Januari hingga 28 Mac 2023\nFasa 2 : 15 Mei hingga 12 Jun 2023\n\n\nPELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN UPUONLINE LEPASAN SPM & STPM / SETARAF\nBAGI SESI AKADEMIK 2023/2024\n\n\n\n\n\n\nDILANJUTKAN SEHINGGA 13 JUN 2023, JAM 5.00 PETANG\nSebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, sila hubungi:\n\nHotline UPU: 03-86842363\nMaklumbalas UPU:\u00a0https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/\nE-mel: [email\u00a0protected]\nUPUChat:\u00a0https://upuchat.org/\n\n\nPembelian Unik ID\n1. Permohonan UPUONLINE Fasa 1 akan dibuka pada 7 Februari 2023 \u2013 28 Mac 2023 (boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga).\n2. Permohonan UPUONLINE Fasa 2 akan dibuka pada 15 Mei 2023 \u2013 13 Jun 2023 (boleh mohon program tidak bertemuduga sahaja).\n3. Pembelian PIN UNIK ID UPU ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.\n\nLink Permohonan:http://upu.mohe.gov.my/\nSyarat Am / Kategori Permohonan UPU Online 2023\nTerdapat 2 kategori permohonan iaitu:\nKATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM\n\nKategori Lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSPM 2022\n\n\nSPM 2021 & SPM 2020\n\n\n\nKATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF\n\nSTPM 2022\nMatrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023\nSTAM 2022 & 2021\nDiploma / Setaraf\n\nDiploma UA / Politeknik\nDKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma\nKelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan\nSTPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)\n\n\n\nSyarat pemilihan program UPU online 2023 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/\n\n\n\n\nBaca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User\nSenarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2022 / 2023\nBagi sesi 2022/2023 yang lalu, terdapat 471 jumlah program pengajian lepasan SPM yang ditawarkan, manakala 1088 program pengajian lepasan STPM / Setaraf.\nCalon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada :\nhttps://upu.mohe.gov.my/\n\n\nPanduan Memilih Program\n\nMelepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.\nProgram yang minat.\nPilihan program mengikut keutamaan.\nRujuk kaunselor.\nPelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.\n\n\n\n\n\n\n\nPENENTUAN ALIRAN LEPASAN SPM 2021 DAN SETERUSNYA\n\nPENENTUAN ALIRAN LEPASAN STPM / SETARAF\n\nDasar Pemilihan Meritokrasi\nDasar pemilihan UPU online 2021 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;\n90% MARKAH AKADEMIK10% MARKAH KOKURIKULUM\nPemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:\n\nPENERANGAN BERKENAAN KEDUDUKAN MERIT & PENGIRAAN MERIT\n\n\n\n\n\n\nUntuk mengetahui cara mengira markah merit, sila rujuk : Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan\nPanduan Permohonan UPUOnline 2023\nBerikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:\n\nLayari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/\nPastikan kategori anda betul.\nSemak syarat kelayakan di\u00a0e-panduan\u00a0UPUOnline.\nKira merit\u00a0disini.\nSemak tren permohonan dan penawaran.\nSemak laluan kerjaya.\nIsi permohonan UPUOnline.\nPastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.\nPilih pilihan program mengikut keutamaan.\nLengkapkan borang permohonan.\nKlik butang \u201cSIMPAN\u201d.\nCetak slip permohonan.\nSimpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.\nSemakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.\n\n\n\n\nPERKARALEPASAN SPMSTPM/MATRIKULASI/ASASI/STAMDIPLOMA/SETARAFPendaftaran UPUOnlineWajibWajibWajibPengisian Maklumat PeribadiWajibWajibWajibPengisian Maklumat KeluargaWajibWajibWajibPengisian Keputusan Maklumat SPMTidak perluWajibWajibPengisian Keputusan Maklumat STPM/MATRIKULASI/STAMTidak perluTidak perluWajibMemuat naik salinan dokumen berkaitanXX/Kemaskini lebih dari sekali///Penukaran Kategori lepasan setarafXX/Bilangan minimum pilihan program pengajian6 Pilihan6 Pilihan6 PilihanBilangan maksimum pilihan program pengajian12 Pilihan12 Pilihan8 PilihanPilihan program pengajianBulan keputusan SPM dihebahkanBulan keputusan STPM dihebahkanBulan keputusan STPM dihebahkanPenukaran program yang ditawarkanXXXMencetak permohonan UPUOnline///\n\nTarikh-tarikh Penting UPU Online : Proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan\nBerikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM & lepasan STPM Sesi Akademik 2023 / 2024\nTARIKH-TARIKH PENTING UPUONLINE (LEPASAN STPM/ SETARAF)\nPermohonan Fasa 1\n\n7 Februari 2023 \u2013 28 Mac 2023\n\nPermohonan Fasa 2\n\n15 Mei 2023 \u2013 12 Jun 2023\n\nSemakan Panggilan Temuduga Program Bukan Pendidikan (Lepasan STPM/Setaraf)\n\nMinggu kelima Mei\n\nSemakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan (Lepasan STPM/Setaraf)\n\n25 Mei 2023\n\nSemakan Panggilan Dan Proses Temuduga Program Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf\n\n26 Jun 2023\n\nFasa Pengemaskinian (Lepasan STPM/Setaraf)\n\nMinggu keempat Julai\n\nPermohonan UPUOnline Rayuan STPM/Setaraf\n\nMinggu pertama September\n\nHebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf\n\nMinggu pertama September\n\nHebahan Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan STPM/Setaraf\n\nMinggu ketiga Oktober\n\nPembelian PIN UNIK ID UPU\n\nDitanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi\n\nLink Permohonan\n\nhttps://upu.mohe.gov.my\n\nLink Semakan Panggilan Ujian MEdSI\n\nhttps://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/\n\nLink Semakan Panggilan Temuduga Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan\n\nUPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/\nUTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/\nUITM : https://online.uitm.edu.my\nUMS : http://bpa.ums.edu.my/semakanums\nUKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan\nUM : https://kemasukan.um.edu.my\nUPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga\nUSIM : https://etasjil.usim.edu.my\nUSM : https://pohon.usm.my\nUTM : https://jpt.utm.my\nUUM : http://www.uum.edu.my/kemasukan\nUNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga\nUIAM : http://iium.edu.my/kemasukan/temuduga/\n\nLink Semakan Keputusan UPU :\n\n http://jpt.ums.edu.my\n https://jpt.unimas.my\n http://jpt.uum.edu.my\n https://jpt.utm.my\n https://jpt.umt.my\n\n*Tertakluk pada sebarang pindaan oleh UPU\n\nhttps://upu.mohe.gov.my/\nTARIKH TARIKH PENTING KEMASUKAN PELAJARLepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online 2023 / 2024, sila hubungi saluran berikut:\n\n\nHotline : 03 \u2013 8684 2363\nE-mel : [email\u00a0protected]\nTikTok :\u00a0@bkpaupu\nFacebook : Kemasukan BPKP JPT \u2013 FB rasmi UPU\nTelegram : UPUONLINE CHANNEL\nInstagram :\u00a0@kemasukanbkpa\nYouTube : bkpaUPU\n\nUntuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2023, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.\n\nUPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:\n\nSemakan Status UPU\n\nMembolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.\n\n\ne-Panduan\n\ne-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi,\u00a0 Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).\n\n\nKalendar Akademik (Takwim)\n\nMenyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline\n\n\nAduan\n\nMaklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.\n\n\n\nAnda juga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tuntut-hutang-mahkamah-kecil/", "title": "Cara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tanpa Lantik Lawyer, Kos Kecil Saja", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA TUNTUT HUTANG DI MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL\nKawan Liat Bayar Hutang?\nMungkin ramai tak tahu bahawa anda sebenarnya boleh tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil. Lagi-lagi tengah musim orang berkira sebab kekurangan duit sekarang.\nDi sini kami kongsikan serba sedikit penerangan tentang prosedur Mahkamah Tuntutan Kecil yang dikongsikan di media sosial dan portal berita tempatan, BERNAMA.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Mahkamah Tuntutan Kecil?\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nApakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut?\n\n \nCara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tuntutan Kecil\n\n \nBagaimana Jika Orang Yang Berhutang Tu Buat Tak Tahu Je Selepas Penghakiman?\n\n \nTips & Maklumat Lanjut Tentang Prosedur Tuntut Hutang Di Mahkamah\n\n\nApakah Itu Mahkamah Tuntutan Kecil?\nDiwujudkan untuk mendapatkan tuntutan di bawah RM5,000.00.Mempercepatkan proses/prosedur untuk menuntut kembali wang/barangan/bayaran dan/atau apa-apa hutang termasuk pelanggaran kontrak;Meringankan beban mahkamah dalam menyelesaikan tuntutan-tuntutan;Kos yang terlibat untuk isi dan failkan borang adalah RM20.00 sahaja\nBerikut dikongsikan bebenang yang trending di Twitter tentang cara tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil:\n\nMahkamah Tuntutan Kecil ni Mahkamah Majistret, tapi khas untuk tuntutan kecil. Ada beberapa syarat utk tuntut:1. Tuntutan kena RM5K ke bawah.2. Kedua pihak tak boleh diwakili peguam. 3. Plaintif (orang yang menuntut) mesti individu dan bukannya syarikat atau entiti lain.\u2014 Syahredzan Johan (@syahredzan) February 12, 2020\n\nSyarat-syarat\nAntara prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum memfailkan tuntutan tersebut adalah seperti berikut:\n1. Tuntutan hendaklah tidak melebihi RM 5,000.00;2. Kehadiran peguam tidak diperlukan didalam tuntutan ini;3. Tuntutan hanya boleh dibuat oleh individu dan/atau warga rakyat Malaysia; dan4. Tuntutan tersebut boleh difailkan terhadap mana-mana individu dan syarikat namun tuntutan hanya boleh dibuat oleh individu dan/atau warga rakyat Malaysia. Syarikat tidak dibenarkan untuk memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.\n\n\n\n\n\n\nApakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut?\n1. Mendapatkan kembali hutang.2. Tuntutan barangan.3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar.4. Sewa menyewa.5. Tuntutan atas barangan yang rosak.6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan.\nCara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tuntutan Kecil\n1.Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.\n2. Bagi memulakan saman, plaintif dikehendaki mengisi Borang 198 yang telah disediakan di Mahkamah dalam [4] salinan dan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutannya. Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit dan apakah asas tuntutan itu.Tandatangan di borang tersebut atau cap jari. Borang 198 tersebut boleh didapati secara percuma.\n3. Setelah menyiapkan borang, plaintif mestilah memfailkan borang dalam 4 salinan tersebut di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua. Plaintif mestilah membayar bayaran pemfailan sebanyak RM20.00. Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran.\n4. Seterusnya, plaintif perlu membuat penyampaian Borang 198 kepada alamat terakhir defendan yang diketahui.\nBoleh download borang tersebut di pautan https://mahknp.files.wordpress.com/\u2026/10/borang-no-198.docx\n\n5. Seeloknya Plaintif perlulah menyertakan satu salinan surat (\u201ccover letter\u201d) untuk diserahkan kepada Defendan bersama-sama dengan borang tersebut. Plaintif hendaklah mendapatkan tandatangan dan/atau cop defendan serta tarikh penyampaian tersebut dibuat. Hal ini akan membantu Plaintif dalam membuktikan penyerahan telah dibuat secara kediri dengan berjaya sekiranya Defendan akan menyangkal penyerahan/penyampaian (\u201cdenied service\u201d) yang telah dibuat itu.\n6. Sekiranya defendan yang telah disampaikan secara sempurnanya dengan Borang 198 mempertikaikan tuntutan, defendan bolehlah menyampaikan pembelaannya dalam Borang 199 yang difailkan dalam empat salinan dalam empat belas hari selepas penyampaian tuntutan itu.\n7. Apabila peringkat di atas telah selesai plaintif/defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.\nSumber: BERNAMA\nhttps://www.facebook.com/watch/?v=1088341188728821\nBagaimana Jika Orang Yang Berhutang Tu Buat Tak Tahu Je Selepas Penghakiman?\nSekiranya Defendan masih bersifat degil dan keras kepala, anda hanya perlu kembali ke Mahkamah Majistret tersebut dan fail kes anda, menggunakan borang 208 yang boleh juga didapati secara percuma.\nSampaikan Borang 208 ini seperti anda menyampaikan Borang 198.\nDefendan perlu hadir di Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk menunjukkan sebab, melainkan jika dia menyelesaikan hutang itu dalam tempoh 10 hari dari penerimaan notis.\nDi Mahkamah, Mahkamah Majistret mempunyai 3 pilihan untuk berurusan dengan defendan. Mahkamah boleh:\n1. memberi defendan lebih banyak masa untuk menjelaskan penghakiman itu atau membolehkan bayaran ansuran;2. memerintahkan writ penyitaan dan penjualan. Ini bermakna bailiff yang akan menilai barangan defendan, menyitanya dan lelong. Hasil lelongan kemudiannya boleh digunakan untuk menampung hutang; atau3. perintah defendan untuk dipenjarakan. Jika defendan tidak hadir di Mahkamah yang diarahkan, waran tangkap akan dikeluarkan oleh seorang Majistret.\nSumber: Liyana The Lawyer, Twitter Syahredzan Johan\nBaca juga: \nCara Check Scammer Online Melalui Portal PDRM (Semakmule)MySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi Baru\nTips & Maklumat Lanjut Tentang Prosedur Tuntut Hutang Di Mahkamah\nSekiranya anda perlu memberi pinjam wang kepada rakan anda, lakukan dengan cara pindahan wang melalui transaksi online sahaja. Jangan berikan wang secara tunai.\nSekiranya rakan anda tidak mempunyai akaun bank dan perlu pindahan secara tunai, pastikan anda menyediakan surat akuan terima wang yang ringkas dan minta rakan anda menandatangani surat tersebut. \nSurat itu menjadi bukti penerimaan wang oleh rakan anda dan akan menjadi bukti penting dalam mahkamah kelak.\nPastikan tempoh pembayaran balik dipersetujui terlebih dahulu sebelum wang diberikan. Masa bayaran dan cara bayaran dilakukan juga perlu ditetapkan terlebih dahulu. Semua terma perlu jelas supaya tidak menjadi pertikaian kelak di mahkamah. \nSelamat mencuba!\nInfo lanjut: \nhttps://www.thestar.com.my/opinion/columnists/a-humble-submission/2017/11/13/making-a-small-claim-in-courthttps://www.malaysianbar.org.my/article/news/legal-and-general-news/members-opinions/kenali-mahkamah-tuntutan-kecilhttps://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/MEWAKILI%20DIRI%20SENDIRI%20DALAM%20PERBICARAAN.pdfhttps://m.facebook.com/452986735456697/photos/mahkamah-tuntutan-kecilapakah-mahkamah-tuntutan-kecil-mahkamah-majistret-yang-me/524474274974609/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/fadhlina-sidek-menteri-pendidikan/", "title": "Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBIODATA FADHLINA SIDEK : MENTERI PENDIDIKAN KERAJAAN PERPADUAN DI BAWAH PIMPINAN PERDANA MENTERI KE-10, ANWAR IBRAHIM\nBiodata \nNama : Fadhlina Sidek\nProfesion : Peguam, Senator Dewan Negara\nAhli Parlimen : P47 Nibong Tebal\nTarikh Lahir : 16 Oktober 1977 (45 Tahun)\nStatus: Berkahwin & mempunyai 5 orang anak\n\n\n\n\n\n\nPENDIDIKAN\nUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA\n2008\nUNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA\n2002\nUNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA\n2001\nKERJAYA\nPEGUAM, TETUAN FADHLINA SIDDIQ & ASSOC\n2002- Kini\nPENGLIBATAN POLITIK\nKETUA WANITA PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT\n2022-2025\nMAJLIS PIMPINAN NEGERI PULAU PINANG, PARTI KEADILAN RAKYAT\n2021-Kini\nPENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI WANITA KEADILAN PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT\n2020-2022\nNota:\n\nAnak kepada Bekas Presiden ABIM, Siddiq Fadzil.\nDokumen Pengisytiharan Harta\n\nFacebook : Fadhlina Sidek Sidek https://www.facebook.com/fadhlina.datosidek/\n\nFadhlina [email\u00a0protected] merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR\u00a0bertanding bagi kerusi Parlimen P47-Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.\nBeliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 16293 undi.\nYB Senator\u00a0Fadhlina\u00a0adalah merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia\u00a0yang dilantik pada 1 September 2021 lalu bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.\nFadhlina telah memenangi jawatan sebagai Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat pada pemilihan PKR untuk sesi 2021-2024.\nMaklumat lanjut tentang penglibatan Fadhlina Siddiq dalam bidang politik, sila rujuk pautan berikut:\n\nhttps://keadilanrakyat.org/\nhttps://calonkeadilan.org/candidate/P047\n\nBaca juga: \n\n[RASMI] Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim\nBiodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-keputusan-stpm/", "title": "Semakan Keputusan STPM 2022 \u2013 Majlis Peperiksaan Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTERKINI : Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2022 akan diumumkan pada 13 Julai 2023.\nPerkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui sebuah infografik di media sosial rasmi badan tersebut.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2022\n\n \nCara Semakan Keputusan STPM Online & SMS\n\n \nRayuan Semak Semula Keputusan STPM 2023\n\n \nSemakan Keputusan Semak Semula\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2022\nTarikh pengumuman keputusan Ulangan STPM 2022 adalah pada tarikh dan waktu berikut:\n\nHari : Khamis, 13 Julai 2023\nMasa : 11.30 pagi\n\n\nTerdapat 2 cara semakan bagi calon-calon mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).\nSila rujuk langkah-langkah semakan di bawah:\n\n\n\n\n\n\nCara Semakan Keputusan STPM Online & SMS\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:\nKAEDAH SEMAKAN\ni) Semakan melalui portal MPM\u00a0\nSila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan https://stpm.mpm.edu.my\n\n\nSila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.\nTekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.\nUntuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.\nii) Semakan melalui SMS\nSTPMNo.K/P>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 mulai jam 11.00 pagi\nSebarang pertanyaan, sila e-mel ke[email\u00a0protected]\nSemoga berjaya.\nSumber:Majlis Peperiksaan Malaysia\nRayuan Semak Semula Keputusan STPM 2023\nRayuan semak semula STPM 2023 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan setelah keputusan diumumkan.\nPautan rayuan penyemakan semula keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia : \n\nBayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.\nBayaran boleh dibuat melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/\nSemakan Keputusan Semak Semula\nKeputusan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.\nSemakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:\n\nLaman web : http://www.mpm.edu.my/\nTelefon : 0361261600\n\nBaca juga: \n\nSumbangan Asas Rahmah (SARA) -Bantuan Tambahan STR 2023\nSemakan Keputusan UPUOnline Sesi 2023 / 2024 Lepasan SPM\nMyPSV 2023 \u2013 Permohonan Lesen PSV Percuma Untuk B40\nTingkatan 6: Syarat Kelayakan, Lokasi, Subjek & Permohonan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-baru-mcdonalds-promosi/", "title": "Cara Order McDonald\u2019s, Menu & Promosi Terkini McD 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Baru McDonald\u2019s & Promosi Terkini 2022 ~ Jadilah yang pertama untuk mencuba menu terbaru dari McDonald\u2019s. \nBukan setakat hidangan baru, malah pelbagai promosi menarik menanti anda.\nJom kita lihat menu baru McDonald\u2019s dan tawaran terkini yang anda boleh dapatkan\nBaca Juga : Menu Baru A&W & Tawaran Terkini 2022\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Baru McDonald\u2019s Spicy Kam Heong Burger\n\n \nDiskaun 40% Untuk Hidangan Terpilih Ketika Crazy Hour\n\n \nPromosi Set Duo Serendah RM 12.17\n\n\nMenu Baru McDonald\u2019s Spicy Kam Heong Burger\nCukup berbeza daripada menu yang pernah dihasilkan oleh McDonald\u2019s sebelum ini, kali ini mereka bawakan menu yang cukup istimewa dan dekat dengan rakyat Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n Rasailah keenakan sos kam heong yang pedas lagi beraroma di antara burger pilihan anda sama ada ikan (Spicy Kam Heong Fish Burger) mahupun ayam (Spicy Kam Heong Chicken Burger).\n\n Kedua-duanya pasti sedap dan bakal menepati citarasa anda.\nLengkapkan juadah istimewa dari McDonald\u2019s ini dengan secawan Orange McFizz yang menyegarkan.\nBukan sahaja menu burger, malah menu pencuci mulut terbaru turut ditawarkan. \nBersempena dengan kartun comel Minions yang bakal buat kemunculan di layar perak tak lama lagi, McDonald\u2019s ingin mengajak anda untuk cuba Banana Pie dan Chocolate Banana McFlurry. \n\nBagi penggemar Chicken McNuggets, jangan lupa untuk dapatkan sos terbaru iaitu French Cheese. \n\nDapatkannya sementara stok masih ada!\nDiskaun 40% Untuk Hidangan Terpilih Ketika Crazy Hour\nUntuk gandakan lagi penjimatan anda, pesanlah menu terpilih yang ditawarkan ketika Crazy Hour iaitu pada waktu berikut :\n3 petang hingga 6 petang10 malam hingga 12 tengah malam\nPada waktu terhad ini, anda boleh dapatkan aneka hidangan menarik serendah RM 18.00 sahaja.\n\nPromosi Set Duo Serendah RM 12.17\nBagi anda yang inginkan hidangan ringkas dan menjimatkan, kami cadangkan anda untuk dapatkan menu kegemaran anda menerusi promosi Set Duo. \nMenawarkan lebih daripada 20 jenis menu, anda boleh nikmati hidangan terpilih dengan harga serendah RM 12.17 sahaja.\nAntara hidangan yang ditawarkan dalam promosi ini adalah seperti berikut :\nGCBAyam Goreng McDFilet-O-FishDouble CheeseburgerChicken McNuggets\n\nMemang rugi kalau anda tak cuba sendiri menu baru McDonald\u2019s ni. Pasti enak bila dipadankan dengan pencuci mulut terbaru yang berasaskan pisang.\nJom ikuti laman Facebook McDonald\u2019s Malaysia untuk ketahui promosi menarik.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bajet-2023-perlu-dibentang-semula-selepas-kerajaan-baharu-dibentuk/", "title": "Bajet 2023 Akan Dibentang Sekali Lagi Sebelum Akhir Tahun \u2013 PM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023 Akan Dibentang Sekali Lagi Sebelum Akhir Tahun \u2013 PM\nParlimen bubar, bagaimana dengan Bajet 2023?\nBajet yang bertemakan \u2018Keluarga Malaysia Makmur Bersama\u2019 itu mencetuskan persoalan sama ada ia akan diteruskan pada kerajaan baharu atau sebaliknya.\nIni kerana, kesemua dasar, akta serta perundangan yang mahu dibentangkan di Parlimen akan ditangguhkan susulan pembubaran parlimen.\nTerkini,\u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan Barisan Nasonal (BN) akan meneruskan semua bajet 2023 yang telah dibentangkan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).\n\n\n\n\n\n\nMenurut laporan BERNAMA, Bajet berkenaan akan dibentang semula sebelum akhir tahun 2022 memandangkan pembubaraan Parlimen telah pun dibuat sebelum dibahaskan.\n\n\u201cSetakat dibentangkan bajet 2023 banyak diberi kepada rakyat daripada bayi hinggalah warga emas, ia menyeluruh.\n\u201cKita akan bentang semula tetapi kalau kerajaan berbeza kita tidak tahu bajet apa?,\u201dkatanya selepas mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Pahang Kali ke-42 di Dewan Kuarters Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera pada 15 Oktober 2022, lapor Kosmo!\nMenurut Ismail Sabri kerajaan mempunyai peruntukan untuk melaksanakan bajet 2023 berkenaan yang akan memberikan manfaat kepada rakyat.\nBajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk\nBerikut dikongsikan maklumat yang dikongsikan oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan status Bajet 2023 yang telah dibentangkan pada 7 Oktober 2022 yang lalu.\n\nBajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk \u2013 Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat\nTidak timbul isu keabsahan Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu, memandangkan ia masih belum diluluskan.\nMenurut Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, Bajet 2023 perlu dibentang semula pada sesi sidang parlimen akan datang selepas kerajaan baharu dibentuk.\n\u201cOleh kerana telah dibubarkan, maka perbahasan itu tidak akan berlaku. Belanjawan itu tidak diluluskan. Maka mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Peraturan Mesyuarat, selepas PRU satu kerajaan baharu akan dibentuk dan kerajaan baharu tersebut mestilah membawa belanjawan mereka sendiri selepas ia dibentuk.\nMereka mestilah membawa belanjawan mereka sendiri dan dibaca kali pertama lagi sekali, dan kemudian kali kedua dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa seperti mana lazim. Nak meneruskan belanjawan ini pun ok,\u201d kata Tan Sri Azhar berkata dalam satu temu bual khas bersama RTM.\nBeliau juga ditanya mengenai kedudukan Rang Undang-undang (RUU) yang telah diluluskan.\n\u201cKita kena rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sekiranya parlimen dibubar, cuma RUU yang menunggu perkenaan Diraja saja yang akan sah pada parlimen akan datang.\n\u201cJadi maksudnya satu RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat, dan kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara. Kemudiannya dipersembahkan kepada DYMM YDP Agong untuk diperkenankan, kemudian parlimen bubar maka RUU itu boleh diteruskan dan diperkenankan oleh DYMM Agong. Tetapi jika hanya diluluskan di Dewan Rakyat, maka ia tidak mempunyai apa-apa kesan,\u201d tambah Azhar.\nSumber : Temubual khas wartawan Mohan Chinnasamy bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, 11 Oktober 2022\nBaca juga:\nPermohonan Sebagai Pemerhati Pilihanraya PRU15 \u2013 SPRIntipati Bajet 2023 : Senarai Inisiatif & Bantuan Rakyat\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-penternakan-veterinar-jpvpp/", "title": "Permohonan Bantuan Projek Industri Penternakan JPVPP 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BANTUAN PROJEK PEMBANGUNAN INDUSTRI PENTERNAKAN JPVPP TAHUN 2022 TELAH DIBUKA MULAI 1 OKTOBER 2021 HINGGA 30 NOVEMBER 2021. \nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nMuat Turun Borang Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022\n\n\nBantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022\nJabatan Veterinar memainkan peranan peting dalam menjana pembangunan industri ternakan negeri dengan menyediakan program-program pembangunan industri \u00a0ternakan, program pengembangan veterinari, khidmat nasihat pengurusan ternakan, galakan amalan penternakan yang baik dan promosi produk-produk berasaskan ternakan serta mengoptimumkan penggunaan tanah rezab jabatan untuk aktiviti penternakan yang berdaya maju.\nAntara fungsi Jabatan Veterinar adalah:\n\n\n\n\n\n\nMengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber\u00a0 genetik haiwan.Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.\nProgram Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022 ini bertujuan untuk membantu penternak membangunkan projek industri ternakan masing-masing.\nAntara program pembangunan yang terlibat adalah:\nPembangunan Industri RuminanPembangunan Industri Nilai TinggiPembangunan Penternakan Unggas\n\nBaca juga: eSPKR: Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT Online\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:\nPenternak kelahiran Pulau Pinang / bermastautin melebihi 5 tahunProjek sedang dijalankan di Pulau Pinang dan telah berdaftar dengan Jabatan VeterinarMenjalankan bidang penternakan secara separuh atau sepenuh masaPemohon yang menerima bantuan jabatan sekurag-kurangnya 3 tahun lepas tidak layak menerima bantuan yang sama.Tapak projek bersesuaian dan mempunyai hak pemilikan tanah yang sah. Sekiranya tapak yang dimiliki adalah disewa, pemohon perlu menyertakan dokumen perjanjian penyewaan serta maklumat berkaitan.Mempunyai lesen PBT bagi permohonan bantuan ternakan hidup dan infrastruktur kandang melainkan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bantuan.Ternakan diladang WAJIB mempunyai tanda pengenalan haiwan.Boleh bekerjasama serta bersetuju menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.Setiap pemohon mesti mengisi borang di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang. Sekiranya tiada makluman dalam tahun semasa, permohonan dianggap tidak berjaya.\n\nDapatkan borang permohonan di link berikut :https://dvs.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=104:permohonan-bantuan-jpvpp&catid=26:berita-aktiviti-terkini&lang=my&Itemid=101\nMuat Turun Borang Permohonan\n Borang_Permohonan_Bantuan_JPVPP \nBorang_Permohonan_Bantuan_JPVPPDownload\n\n Borang Permohonan Geran Pemadanan IAT \nBorang_Permohonan_Geran_Pemadanan_IATDownload\n\nBaca juga: BMT 2021: Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600\nMaklumat Lanjut Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022 \nJika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang melalui email [email\u00a0protected] atau telefon \nBahagian Pembangunan Industri Ternakan DVS Penang 04-5084368/69/70Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara 04-5732616Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Seberang Perai Tengah 04-5394104Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Seberang Perai Selatan 04-5824366Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Timur Laut 04-2285734Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Barat Daya 04-8668231\nSumber: DVS Penang\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-bantuan-kecemasan-kelangsungan-hidup-maipk/", "title": "Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk PKP 3.0", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman bagi anda yang mengalami masalah terjejas sumber pendapatan ketika PKP 3.0, anda boleh memohon bantuan kewangan bulanan MAIPk melalui Skim Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk 2021.\nBerikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan ini dan cara membuat permohonan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk?\n\n \n3 Kategori Penerima Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk\n\n \nKategori Pertama (Bantuan RM200 One Off)\n\n \nKategori Kedua (Bantuan RM400 One Off)\n\n \nKategori Ketiga (Bantuan RM400 One Off)\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk\n\n \nKategori Pertama\n\n \nKategori Kedua\n\n \nKategori Ketiga\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk?\nBantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk adalah bantuan yang disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau sebab-sebab lain yang munasabah. \n\n\n\n\n\n\nBantuan ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kehidupan golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0.\n3 Kategori Penerima Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk\nKategori Pertama (Bantuan RM200 One Off)\nPenerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga Jun 2021Penerima Bantuan Kewangan :Bulanan Fakir / MiskinMuallaf dan Anak YatimSewa Rumah\nKategori Kedua (Bantuan RM400 One Off)\nGolongan bersasar yang diuruskan oleh pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan / Badan Bukan Kerajaan (NGO)Golongan Sasaran seperti :Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ), dan Pondok (Berdaftar dengan Jabatan Aaama Islam Perak)Peniaga Pasar Tani yang berdaftar di bawah agensi Lembaa Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)Peniaga dan Penjaja Kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak (PPPKM)Usahawan Asnaf (berdaftar di bawah MAIPk)Pemandu Teksi yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)Pemandu Lori / Pemandu Bas yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP)Orang Kelainan Upaya (Penerima bantuan EPC di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM)Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan) yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan PerakPengusaha dan Pekerja SPA yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan SPA Perak (SISPA)Pekerja di Pusat Latihan Kemahiran yang berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FEMAC)Tenaga Pengajar yang memegang Sijil Pengajar Institut Memandu yang masih aktif di Institut Memandu yang terlibat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)\nKategori Ketiga (Bantuan RM400 One Off)\nGolongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Golongan ini terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai Kategori Pertama dan Kategori Kedua.\n\nBaca juga: Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021 / 2022\nSyarat Kelayakan \nSyarat kelayakan untuk menerima bantuan ini ialah:\na) Beragama Islam;b) Warganegara Malaysia;c) Bermastautin atau bekerja di Negeri Perak;d) Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak iaitu RM2,077.00;e) Terkesan dengan Pandemik COVID-19 sama ada tidak dapat menjalankan urusniaga / pekerjaan harian / diberhentikan kerja / direhatkan tanpa gaji;f) Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon);\nCara Permohonan Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk\nBantuan Dana Khas semasa PKP 3.0 ini TIDAK dibuat melalui kaedah permohonan daripada individu. \nKaedah penyaluran bantuan adalah mengikut kategori penerima seperti jadual berikut:\nKategori Pertama\nBagi kategori ini, tiada permohonan apa-apa perlu di lakukan. Ini kerana, bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akun bank penerima secara berperingkat bermula Jun 2021\nKategori Kedua\nPihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif (sehingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.\nKategori Ketiga\nKategori ketiga ini pula, penerima akan dikenalpasti oleh jentera Kerajaan di peringkat Daerah, Mukim, dan Kampung. Ianya melibatkan penghulu Mukim, dan Ketua Kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.\nBaca juga: Ikhtisas Smart Selangor: Tajaan Yuran Pengajian 10 Kursus TVET Di STDC\nMaklumat Lanjut\nMAJLIS AGAMA ISLAM DAN \u2018ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)\nLaman web: https://www.maiamp.gov.my/index.php/info/berita/1615-faq-maipk-2021.htmlAlamat: Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, PerakTelefon : 05 208 4000Facebook : https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pemeriksaan-puspakom/", "title": "Pemeriksaan PUSPAKOM: Prosedur, Kos & Cara Buat Temujanji", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPemilik kenderaan yang ingin menjual kenderaan dan ingin tukar hak milik kenderaan kepada pemilik baharu perlu membuat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu. \nBagaimana cara proses buat pemeriksaan PUSPAKOM terkini? \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang prosedur, kos dan cara membuat temujanji.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah PUSPAKOM?\n\n \nProsedur Pemeriksaan PUSPAKOM\n\n \nBahagian Pemeriksaan\n\n \nStandard Pemeriksaan\n\n \nPusat Pemeriksaan PUSPAKOM\n\n \nBorang Pelepasan Tanggungan (untuk kegunaan bagi semua cawangan di Sabah dan Sarawak sahaja)\n\n \nPemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM\n\n \nPemeriksaan VVI (Pilihan Item Tunggal)\n\n \nCara Daftar Akaun MyPuspakom & Janji Temu Online\n\n\nApakah PUSPAKOM?\nPuspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian. \nPUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.\nPeranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap. \nIni akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nProsedur Pemeriksaan PUSPAKOM\nAkta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan. \nPemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.\nBAYARAN FI TUKAR HAK MILIK\nPemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan fi sebanyak RM30.\nDOKUMEN YANG PERLU DIBAWA\nKad Pendaftaran Kenderaan (Asal) Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)\n\nBahagian Pemeriksaan\nBahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:\nIDENTITI : Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.CERMIN GELAP : Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.POTONG SAMBUNG: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.\n\nStandard Pemeriksaan\nPUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri. \nAnda boleh merujuk kepada\u00a0standard pemeriksaan\u00a0PUSPAKOM di sini.\nPusat Pemeriksaan PUSPAKOM\nKlik sini\u00a0untuk mencari pusat pemeriksaan_PUSPAKOM berhampiran anda.\nBorang Pelepasan Tanggungan (untuk kegunaan bagi semua cawangan di Sabah dan Sarawak sahaja)\nKlik sini\u00a0Borang Pelepasan Tanggungan\u00a0untuk mencetak borangKlik sini untuk\u00a0Rujukan\nPemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM\nBerikut adalah info ringkas berkenaan pemeriksaan e-hailing di PUSPAKOM. \n\nSekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan pemeriksaan ini, anda boleh memuat turun:\nPanduan Pemeriksaan E- Hailing:\u00a0https://www.puspakom.com.my/\u2026/E-Hailing-BM_2-Julai-2021\u2026\nNota Ringkas Untuk Pemandu E-Hailing:https://www.puspakom.com.my/\u2026/Slide_Handsout-E-Hailing\u2026\nPemeriksaan VVI (Pilihan Item Tunggal)\nDapatkan Pemeriksaan secara Pilihan Item Tunggal dengan fi pemeriksaan hanya RM15.00 sahaja bagi satu item.\u00a0\n\nBaca juga: MySikap JPJ Login : Cara Daftar, Renew Lesen & Roadtax Online\nCara Daftar Akaun MyPuspakom & Janji Temu Online\nLayari portal MyPuspakom https://www.mypuspakom.com.myTekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;Kemudian pada paparan Register, anda masukkan:Account Type samaada Company atau Individual.email anda yang sahPassword dan sahkan Password tersebut.Seterusnya adalah Information, masukkan nama dan butiran alamat.Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan.(pdf, jpg, png atau bmp)File yang diperlukan adalahMyKad pemilikGeran kenderaan.Tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik file yang diminta.Pendaftaran anda selesai.\nMaklumat lanjut?\u00a0Klik sini\nCara Mohon Janji Temu Online PUSPAKOM\nLog Masuk akaun MyPuspakom andaKemudian, pilih TEMUJANJI BARU;Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukanKategori kenderaanJenis kenderaanKelas kegunaan dan sebagainyaKemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan;Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;SAHKAN maklumat janji temu anda;SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet)Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut\nBaca juga: Harga Perodua Myvi Baru 2022 & Pengecualian Cukai Jualan Kereta\nSOALAN LAZIM\nAdakah semua kenderaan perlu dibuat pemeriksaan puspakom untuk proses pertukaran hak milik? Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal. Kenapa perlu dibuat pemeriksaan PUSPAKOM? Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung. Bilakah saya boleh melakukan temujanji melalui MyPUSPAKOM? Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki. (Tertakluk kepada slot yang tersedia). \nMAKLUMAT LANJUT\nUntuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan PUSPAKOM, anda boleh hubungi saluran berikut:\nPusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM: 03-5101 7000E-mel: [email\u00a0protected]Live Chat di www.mypuspakom.com.my.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/memperbaiki-keputusan-stpm/", "title": "Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021 (Ulangan)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021\nPerhatian kepada calon-calon STPM 2021, Majlis Peperiksaan Malaysia kini membuka pendaftaran untuk memperbaiki keputusan STPM 2021 secara atas talian.\nCalon yang memperbaiki keputusan STPM 2021 akan menduduki peperiksaan STPM 2022 pada peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2.\nTerdapat 2 kaedah memperbaiki keputusan :\ni) memperbaiki keputusan secara keseluruhanii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)\n\n\n\n\n\n\nSila rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2023 untuk maklumat lanjut.\n\nPendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut : https://daftarstpm.mpm.edu.my\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Pendaftaran STPM Ulangan Untuk Memperbaiki Keputusan\n\n \nPeraturan & Skema Peperiksaan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Pendaftaran STPM Ulangan Untuk Memperbaiki Keputusan\n1. Sistem Pendaftaran ini khusus untuk calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun semasa yang memperbaiki keputusan.\n2. Calon yang memperbaiki keputusan MESTILAH membuat pembayaran secara dalam talian melalui sistem pendaftaran ini.\n3. Calon yang memperbaiki keputusan akan menduduki peperiksaan semester 3, Ulangan 1 dan ulangan 2 pada peperiksaan STPM tahun semasa.\n4. Pilihan kaedah memperbaiki keputusan:\n\u00a0 \u00a0 (i) memperbaiki keputusan secara keseluruhan\n\u00a0 \u00a0 (ii) memperbaiki keputusan secara tampal (patching)\n\nNOTA: Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari\u00a0https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan\u00a0)\n5. Calon hendaklah merujuk kalendar peperiksaan STPM tahun semasa pada portal MPM\u00a0http://www.mpm.edu.my\u00a0untuk mengetahui tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup dan tarikh peperiksaan memperbaiki keputusan STPM.\n6. Calon hendaklah mencetak / menyimpan Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.\n7. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN\nPeraturan & Skema Peperiksaan\nBILNAMA BORANG / DOKUMEN\u00a01\u00a0Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM (Guna PakaiUntuk Peperiksaan STPM Mulai 2023)Lihat\u00a0|\u00a0\u00a0Muat Turun2\u00a0Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM (Guna PakaiUntuk Peperiksaan STPM 2022)Lihat\u00a0|\u00a0\u00a0Muat Turun\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nLaman web: https://www.mpm.edu.my/Facebook : Majlis Peperiksaan MalaysiaTelefon : 0361261600E-mel : [email\u00a0protected]\nBaca juga: \nContoh Soalan MUET & Format Terkini 2022Semakan Status BKM & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-proton-saga-2022/", "title": "Harga Proton Saga Baru 2022 (Model Auto & Manual)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerminat dengan Proton Saga terbaru dan ingin mengetahui harga Poton Saga keluaran 2022?\nProton Saga sememangnya mempunyai legasi yang tersendiri sebagai antara model terawal keluaran Proton.\nMemang tidak dinafikan, rekabentuknya pada masa kini jauh berbeza dan lebih menarik jika dibandingkan dengan model keluaran awalnya puluhan tahun lalu.\nDibandingkan dengan model sebelumnya, kereta Proton Saga keluara 2022 ini mempunyai perubahan dari segi rekabentuk, transmisi dan ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.\nBagi anda yang sudah berkeluarga kecil (anak 1 \u2013 3 orang) dan mempunyai bajet yang rendah, anda seharusnya mempertimbangkan Proton Saga memandangkan harganya cukup kompetetif dan bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya. \nBerikut dikongsikan maklumat terkini tentang Proton Saga 2022.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProton Saga 2022\n\n \nVarian & Ciri Terbaru\n\n \nHarga Proton Saga 2022\n\n\nProton Saga 2022\nPengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) telah memperkenalkan Proton Saga 2022, versi yang ditambah baik terbaharu bagi model klasik jenama itu pada 12 Mei 2022.\nDikuasakan oleh enjin 1.3 liter empat silinder 16 injap DOHC VVT, Proton Saga 2022 tersedia dalam empat varian, iaitu Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT.\nModel yang dikemas kini itu juga menawarkan komponen dalaman dan luaran serta kecekapan bahan api yang dipertingkatkan dengan bantuan ciri-ciri seperti indikator Eco Drive Assist (Bantuan Pemanduan Ekonomi) yang menunjukkan kepada pemandu tentang kecekapan pemanduan mereka.\n\n\n\n\u201cSelama hampir empat dekad, Proton Saga telah menjadi kenderaan pilihan ramai rakyat Malaysia dan pembeli di luar negara, dan kami berbangga untuk meneruskan legasinya dan menandakan permulaan perjalanan baharu dengan Proton Saga 2022.\n\u201cDengan lebih 1.9 juta unit terjual di lebih 28 pasaran di seluruh dunia, kami yakin nama Saga akan terus berkembang maju untuk beberapa tahun lagi,\u201d kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah pada pelancaran model itu.\nVarian & Ciri Terbaru\n\nSecara umumnya, terdapat 4 varian terkini untuk model Saga bagi tahun 2022.\n4 varian tersebut adalah seperti yang berikut:\n1.3L Standard MT \u2013 Harga dari 1.3L Standard AT1.3L Premium AT1.3L Premium S AT\nM = Manual Transmission (MT) A = Automatic Transmission (AT)\nSaga 2022 baharu dilengkapi dengan dua beg udara SRS standard, serta Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan sistem Bantuan Brek (BA).\nKesemua varian transmisi automatik turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) untuk membantu mengekalkan kawalan dalam keadaan jalan yang licin, manakala ciri Bantuan Pegun Bukit (HHA) membolehkan pemandu bergerak dengan yakin tanpa bimbang mengundur ke belakang ketika berhenti di kawasan berbukit.\nTerdapat juga kamera mengundur yang dipasangkan di penderia belakang dan penderia hadapan yang berfungsi untuk memudahkan pergerakan ketika meletak kereta di ruang yang sempit.\nProton Saga 2022 boleh didapati dalam lima warna iaitu Snow White, Armor Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.\nProton Saga 2022 kini boleh ditempah secara dalam talian dan juga di bilik pameran Proton yang sah.\nUntuk melihat senarai penuh ciri-ciri model terkini dengan lebih terperinci, anda boleh layari halaman Proton Saga di pautan https://www.proton.com/en/find-a-car/saga\nBaca juga: \nProgram Subsidi NEXTStep: Daftar Kerusi Kanak-kanak Untuk B40Senarai Terkini Lokasi Kamera AES / AWAS di Seluruh Malaysia\nHarga Proton Saga 2022\nBagi peminat Saga, perkara utama yang akan dilihat sebelum mempertimbangkan pembelian kereta ini sudah tentulah harganya.\nHarga tanpa insurans bermula daripada RM34,400 hingga RM44,300, sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian cukai jualan.\n\n\n\n\nBagi harga sebegini, ianya mungkin pembelian yang berbaloi bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah dan graduan yang bergaji kecil serta baru memasuki alam pekerjaan. \nMAKLUMAT LANJUT\nhttps://www.proton.com/en/find-a-car/saga\n"]} {"url": "https://ecentral.my/akaun-semasa-maybank/", "title": "SME First-i : Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUKA AKAUN SEMASA MAYBANK (CURRENT ACCOUNT) TANPA INTRODUCER\nMungkin ada yang belum tahu bahawa Maybank telah melancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i, sesuai untuk peniaga kecil-kecilan.\nAntara kelebihan buka akaun semasa adalah:\n\nmembantu peniaga membuat penyata akaun dengan lebih efisyen kerana dapat mengasingkan akaun personal dengan akaun perniagaan\ntransaksi tanpa had\nkemudahan pelbagai perkhidmatan online untuk memajukan lagi perniagaan anda\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Introducer?\n\n \nCara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nUrusan Semasa Di Bank\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Akaun Semasa Maybank\n\n\nApakah Introducer?\nJika dulu, kebanyakan bank memerlukan introducer bagi membolehkan seseorang membuka akaun perniagaan / akaun semasa.\n\n\n\n\n\n\nIntroducer atau pencadang ini selalunya wajib kena ada sekali dengan kita semasa membuka akaun perniagaan Maybank. \nOrang yang boleh menjadi introducer adalah kenalan anda yang mempunyai akaun Maybank tetapi dengan syarat akaunnya aktif dan berusia sekurang-kurangnya dua tahun.\nIntroducer juga tidak boleh ada senarai cek ditendang atau sejarah buruk dalam akaun banknya. Mereka juga wajib ada cop perniagaan yang jelas dan menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.\nTapi kini, Maybank dan banyak lagi bank telah melonggarkan syarat dan tidak lagi memerlukan introducer terutamanya bagi perniagaan milikan tunggal (Enterprise).\nJadi, jika anda berminat untuk membuka akaun perniagaan atau akaun semasa Maybank, bolehlah rujuk langkah di bawah untuk mendaftar.\nCara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer\n\nPergi ke laman web Maybank atau terus ke link https://www.maybank2u.com.my/\u2026/sme_first_account_i.page\nMasukkan semua butiran yang diperlukan termasuk nombor pendaftaran SSM.\nLepas dah siap isi semua, access code akan dihantar melalui SMS. \nKemudian anda akan dapat Maybank, sila print butiran akaun dan nombor rujukan yang diberi.\nAkhir sekali, sila ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun yang telah didaftarkan secara online tadi. *Cawangan bank terdekat boleh dipilih ketika membuat pendaftaran online tadi.\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nSediakan semua dokumen ini sebelum ke Maybank:\n\nMyKad\nSSM Certificate Registration\nSSM Form A\nSSM Business Info\nCop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number) \nDeposit RM1,000 (Deposit boleh dikeluarkan semula)\n\n\nRUJUK TERMA & SYARAT : Terms & conditions\nUrusan Semasa Di Bank\n\nKita mesti ke cawangan Maybank yang telah dipilih dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun. \nSesampai di kaunter, tunjukkan nombor rujukan yang kita dapat melalui email.\nBagi semua dokumen yang diperlukan tadi.\nPegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking. \nKita akan diberi akses satu lagi akaun online yang berasingan di bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. (Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.) \nPegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.\nBuku cheque boleh request jika perlu.*Seeloknya telefon dulu untuk pastikan sama ada perlu buat apointment atau tak dalam tempoh PKP ini.\n\nBaca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat\nMaklumat Lanjut Tentang Akaun Semasa Maybank\nUntuk maklumat lanjut tentang cara buka akaun semasa Maybank tanpa introducer, sila rujuk ke laman web rasmi Maybank di pautan berikut: \nhttps://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/business/deposits/deposit_account/sme_first_account.page\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bankislam-biz/", "title": "Cara Daftar Bank Islam Online (www.bankislam.biz)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA DAFTAR DAN AKTIFKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING \nPerbankan internet Bank Islam / Bank Islam Internet Banking membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan secara online pada bila-bila masa dan di mana saja.\nAnda juga boleh mendapatkan perincian terkini kesemua akaun Bank Islam anda melalui\nRumusan AkaunE-StatementPengurusan cekSejarah Transaksi Perbankan Internet\nUntuk mendaftar Bank Islam internet banking secara atas talian, sila rujuk langkah berikut.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Bank Islam Online Banking?\n\n \nSyarat Pendaftaran\n\n \nCara Mendaftar\n\n \nRUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH\n\n \nCara Daftar GO Bank Islam (Aplikasi Mobile Bank Islam)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Bank Islam Online Banking?\nPerkhidmatan perbankan internet sememangnya memudahkan urusan seharian kerana kita boleh membuat pembelian online dan pelbagai transaksi tanpa perlu ke kaunter.\nDengan mempunyai akaun Bank Islam, ianya akan memudahkan urusan anda seperti, pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu beratur di ATM lagi, terutamanya dalam tempoh PKP ini.\nSyarat Pendaftaran \nSyarat-syarat untuk layak mendaftar perbankan internet Bank Islam adalah seperti berikut\nBerumur 18 tahun dan ke atasMempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang berdaftarJenis akaun adalah pemilik tunggal Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank IslamMempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web rasmi Bank Islam di pautan\u00a0https://www.bankislam.biz\u00a0Klik butang \u201cFIRST TIME USER\u201d.Baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.Klik pada butang ATM/Debit Card.Masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.Cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia.Semak dan sahkan maklumat anda dengan mengklik \u201cConfirm\u201d;Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Internet Banking.\nBaca juga: Kad Bank Hilang : Ini 6 Prosedur Kena Buat Supaya Duit Tak \u2018Lesap\u2019\nRUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH\nLANGKAH 1\nLayari laman web rasmi Bank Islam di pautan \u00a0https://www.bankislam.biz\u00a0 \n\nLANGKAH 2\nBaca terma & syarat dan tandakan (/) dalam kotak kecil di bawah.\nTekan butang \u2018Continue\u2019\n\nLANGKAH 3\nKlik pada butang ATM/Debit Card.\n\n LANGKAH 4\nIsikan nombor kad ATM 16 digit dan no pin ATM anda dalam ruangan di bawah.\n\nLANGKAH 5\nIsikan maklumat yang diperlukan dalam ruang berikut.\n\nLANGKAH 6 \nCipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia\nSetelah anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. \nAnda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun, membuat urusan pemindahan wang, membayar bil, berbelanja online dan sebagainya.\n Anda juga boleh rujuk video tutorial di bawah:\nSumber: Pusat Internet Komuniti Kesedar Lebir, Gua Musang\nPenting:\nJangan lupa simpan butiran atau maklumat akaun yang anda daftar semasa proses pendaftaran Bank Islam Online, terutamanya ID dan Password anda.\nCara Daftar GO Bank Islam (Aplikasi Mobile Bank Islam)\n\nUntuk memudahkan pengguna, Bank Islam juga menyediakan Mobile Apps yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple IOS Store,\nAnda boleh menggunakan aplikasi GO Bank Islam dengan lebih mudah dan cepat.\nUntuk mendaftar GO Bank Islam, anda boleh ikuti langkah berikut:\nMuat turun aplikasi GO Bank IslamMasukkan User ID dan password yang telah didaftarkan untuk internet banking (rujuk cara di atas)Masukkan kod IAC yang diterima melalui telefon bimbit anda.Selesai mendaftar, anda boleh login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda.\nBaca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Bank Islam di pautan\u00a0https://www.bankislam.biz \nATAU\nHubungi Bank Islam di talian +60326900900\nATAU\nRujuk media sosial Bank Islam di :\nFacebook : https://www.facebook.com/BankIslamFB/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-pelepasan-am-tambahan-sempena-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan kerajaan bersetuju memberi satu hari cuti pelepasan am tambahan sempena Aidilfitri.\nJika 1 Syawal jatuh pada Jumaat (21 April), maka Isnin (24 April) diumum hari pelepasan am tambahan.\nJika 1 Syawal pada Sabtu (22 April), maka Jumaat (21 April) diumum sebagai hari pelepasan am tambahan.\nKedua-dua cuti ini tertakluk bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Labuan.\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, untuk Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.\n\nUntuk melihat kalendar cuti Hari Raya dan cuti KPM, sila rujuk artikel berikut: Hari Raya Aidilfitri 2023 \u2013 Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM\nSelain berita gembira cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 ini, berikut adalah ringkasan bagi berita gembira yang diumumkan dalam sidang media PM Anwar Ibrahim.\nSumber: Facebook LIVE Anwar Ibrahim\nKADAR KHAS BAYARAN SAMAN PDRM\nPolis memberikan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik bagi 2022 dan sebelumnya dengan kadar RM50\nBagaimanapun kadar khas bayaran saman ini tidak terpakai bagi saman trafik 2023.\n*Rujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut : Diskaun Saman PDRM \u2013 Kadar Khas RM50 Setiap Saman\nTOL RAHMAH\nKerajaan beri pengecualian bayaran tol Rahmah sempena Aidilfitri dari 19-21 dan 24 April 2023.\n*Rujuk artikel berikut untuk maklumat lanjut : Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\nHARGA SIMEN DITAWARKAN PADA HARGA BERPATUTAN\nKerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.\nIkhtiar ini menumpukan kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah.\nPELEPASAN ORANG BEBAS BERLESEN\nSempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).\nBaca juga: \n\nJom Shopping Perayaan: Baucar RM200 Untuk B40 Selangor\n4 Berita Gembira Untuk Rakyat Sempena Aidilfitri 2023 \u2013 PMX\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-haji-online-thijari/", "title": "Cara Semak & Jawab Tawaran Haji Online Melalui THiJARI", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSemak Dan Jawab Tawaran Haji Secara Dalam Talian Menggunakan THiJARI Online\nSeramai 14,306 bakal haji perlu menjawab surat tawaran yang telah dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada mereka dengan segera.\nPengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran kepada mereka yang berkenaan bermula 24 April 2022 bagi musim haji musim haji 1443H/2022M.\nDisebabkan kesuntukan masa, pihak TH memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan tawaran haji dan menjawabnya secara online.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Buat Semakan Tawaran Haji Online\n\n \nApa Perlu Dibuat Jika Mendapat Tawaran?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCara Buat Semakan Tawaran Haji Online\nBakal jemaah haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.\nBerikut dikongsikan langkah-langkahnya:\nDaftar THiJARI dan log masuk menggunakan ID dan kata laluan *Klik menu \u2018Perkhidmatan Haji\u2019Klik \u2018Semak Tawaran Haji\u2019Klik butang \u2018Semak Tawaran\u2019Keputusan tawaran anda akan dipaparkan seperti di bawah.\n*Jika anda belum pernah mendaftar THiJARI, sila rujuk langkah mendaftar melalui artikel berikut: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online\n\n\nKeputusan akan dipaparkan seperti di bawah:\n\nJika anda berjaya mendapat tawaran bagi tahun 2022, sila ikuti langkah selanjutnya untuk menjawab surat tawaran tersebut melalui video di bawah:\n\nhttps://fb.watch/cDwFDH5YEh/\nApa Perlu Dibuat Jika Mendapat Tawaran?\nSemua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.\nPara bakal haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH yang berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik-klinik yang diiktiraf Kementerian kesihatan Malaysia.\nBakal haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin Covid 19, digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.\nSetelah selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.\nBaca juga: Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bil-astro/", "title": "Semakan Bil Astro Online & Cara Buat Bayaran Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMahu tahu cara mudah membuat semakan bil Astro dan buat bayaran bil Astro secara online?\nSeperti mana yang semua pelanggan Astro sedia maklum, pihak Astro sangat tegas dalam isu pembayaram bil bulanan Astro dan mereka tidak teragak-agak akan memotong siaran Astro anda sekiranya terdapat tunggakan bil.\nKini untuk membayar bil Astro dan menyemak bil bulanan anda lebih mudah secara dalam talian dan anda tidak lagi perlu beratur di cawangan Astro terdekat.\nTerdapat beberapa cara untuk membuat semakan bil Astro dan bayaran bil dan di bawah ini adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan bil di portal Self-Service Astro\n\n \nSemakan bil melalui SMS\n\n \nBayaran bil menggunakan portal Astro\n\n \nBayaran bil menggunakan SMS\n\n \nBayaran bil dengan CimbClicks (JomPAY)\n\n \nBayaran bil dengan Maybank2u\n\n\nSemakan bil di portal Self-Service Astro\n\nPihak Astro menyediakan sebuah portal layan diri yang membolehkan anda log masuk ke akaun anda untuk menyemak baki semasa. Sila ikuti langkah beriikut:\nLayari portal Self-Service di pautan https://selfservice.astro.com.myLog masuk dengan Astro ID andaSekiranya belum ada Astro ID, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan klik pada pautan \u201cCreate now!\u201cSetelah log masuk, anda boleh melihat bil anda dengan klik pada \u201cBill and Payments\u201d atau \u201cView Bill\u201d.\nSemakan bil melalui SMS \nSekiranya anda kurang mahir menggunakan portal Astro atau sambungan interrnet anda mungkin kurang baik, anda boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS untuk menyemak bil Astro anda. \nHarap maklum bahawa kadar caj yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar bergantung pada kadar yang ditentukan oleh syarikat telco anda. \nBuka aplikasi SMS di telefon andaPada bahagian penerima, masukkan no 33310Pada bahagian mesej, tapi ASTROBALAC NO\nContohnya: ASTRO BAL 1234567890\nArtikel berkaitan: Cara Semak No Akaun Astro Anda \nBayaran bil menggunakan portal Astro\nPihak Astro menyediakan sebuah portal khas yang memudahkan anda membuat pemabayaran bil secara dalam talian. Ikuti langkah berikut:\nLayari portal Pay Astro di pautan https://pay.astro.com.my/Masukkan nombor akaun Astro andaTandakan pada bahagian CaptchaKlik butang ContinueSetelah log masuk, anda boleh melihat bil terbaru anda dan membuat pembayaran melalui beberapa kaedah pembayaran\nBayaran bil menggunakan SMS\nSelain menyemak bil, anda juga boleh menggunakan SMS sahaja untuk melakukan pembayaran bil Astro.\nWalau bagaimanapun, sekiranya anda baru pertama kali menggunakan SMS untuk melakukan pembayaran terdapat langkah tambahan yang anda perlu lakukan terlebih dahulu.\nLayari portal Self Service Astro di pautan https://pay.astro.com.my/Log masuk akaun. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila lakukan pendaftaranBuka aplikasi SMSS di telefon anda.Pada bahagian penerima, masukkan nombor 66688Pada bahagian mesej, masukkan mesej berikut: ASTROPYMT10 Digit Nombor Akaun AstroNombor PINJumlah BayaranSetelah pembayaran berjaya dibuat, anda akan menerima mesej yang menyatakan pemabayaran telah berjaya dibuat\nBayaran bil dengan CimbClicks (JomPAY)\nSekiranya anda mempunyai akaun CIMB, anda boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi JomPAY.\nLog masuk akaun CIMBClicks andaPilih JomPAYPada bahagian Biller Code, masukkan 9639Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa\nBayaran bil dengan Maybank2u \nSekiranya anda mempunyai akaun Maybank, anda boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi JomPAY. \nLog masuk akaun Maybank2u andaPilih Pay & TranfsferPada bahagian \u201cPay To\u201d, pilih Payee dan cari \u201cAstro\u201d daripada senarai penerimaMasukkan nombor akaunMasukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pbebank/", "title": "Cara Daftar Public Bank Online Banking (pbebank.com)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPBeBank atau ringkasnya PBe merupakan perkhidmatan online banking atau perbankan internet yang disediakan oleh pihak Public Bank bagi para pelanggan mereka. \nPerkhidmatan ini sememangnya percuma untuk para pelanggan mereka di mana mereka boleh melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan banyak lagi. \nPBe memberi anda kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari, malah pada hujung minggu dan cuti.\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda pengguna CIMB Bank? Maka anda perlu mendaftarkan diri dengan CIMB Clicks.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat kelayakan\n\n \n1. Daftar di mesin ATM\n\n \n2. Daftar di kaunter\n\n \n3. Daftar di website PBeBank\n\n \nPertanyaan / khidmat pelanggan\n\n\nSyarat kelayakan\n\nUntuk memohon akaun PBe, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:\nBerumur sekurang-kurangnya 18 tahun Miliki mana-mana produk Public Bank berikut: \u2013Akaun simpananAkaun terkiniPinjaman atau Sewa BeliKad kredit\nSekiranya anda memenuhi syarat di atas, teruskan bacaan untuk mengetahui cara untuk mendaftar dan mengaktifkan akaunan PBeBank anda dengan salah sat cara di bawah.\n1. Daftar di mesin ATM\nPergi ke mana-mana mesin ATM berdekatan dengan andaMasukkan kad dan PIN nomborPilih \u201cOther Services\u201dPilih \u201cRegiste Internet Banking\u201dMasukkan nombor telefon untuk menerima nombor PAC untuk pengesahanTetapkan password PBeBank andaUntuk penggunaan kali pertama, layari laman PBe di https://www.pbebank.com/ dan klik pada butang \u201d First Time\u201d\n2. Daftar di kaunter\nIni merupakan cara konvensional namun mungkin mengambil sedikit masa kerana anda perlu hadir ke cawangan Public Bank terdekat, mengambil nombor giliran dan menunggu sehingga nombor anda dipangil.\nAnda akan diminta untuk mengisi borang sebelum nombor anda dipanggil ke kaunter\n3. Daftar di website PBeBank \nLayari https://www2.pbebank.com/Klik pada \u201cLogin\u201d yang terletak pada penjuru atas bahagian kananPilih PBeKlik pada pautan \u201cRegister\u201dLengkapkan segala butiran yang dikehendaki sehingga anda selesai\nTransaksi dengan PBeBank adalah dijamin selamat sekiranya anda menyimpan dengan baik maklumat akaun anda dan tidak mendedahkannya atau berkongsi dengan mana-mana individy lain.\nPertanyaan / khidmat pelanggan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin berhubung dengan bahagian khidmat pelanggan PBeBank untuk apa jua urusan, boleh hubungi mereka dengan cara berikut:\nTelefon: 603-2179 9999\u00a0\nEmel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/talent-rakyat-protege/", "title": "Tawaran Program Talent Rakyat Protege Yayasan Bank Rakyat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTalent Rakyat Protege (Professional Training & Education For Growing Entrepreneurs) merupakan satu inisiatif yang dianjurkan dengan Bank Rakyat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian dan pelbagai rakan Yayasan Bank Rakyat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.\nProgram ini dirangka dengan matlamat untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan di samping memperkasakan semangat keusahawanan, kreativiti dan inovasi untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan memenuhi keperluan industri.\nProgram ini akan berlangsung selama 12 bulan dan bertempat di cawangan Bank Rakyat seluruh negara (bergantung kepada kekosongan).\n\n\n\n\n\n\nBaca Juga : Program Latihan Untuk Siswazah Ambilan Oktober 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nModul Program Talent Rakyat Protege\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nModul Program Talent Rakyat Protege\nModul bagi program ini telah dirancang bagi mengembangkan kemahiran graduan secara holistik demi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam dunia pekerjaan.\nModul Talent Rakyat Protege sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan semasa pasaran pekerjaan. Berikut merupakan modul semasa program Talent Rakyat Prot\u00e9g\u00e9 :\nInnovation and CreativityCritical thinking and problem solvingInformation literacyCommunication and collaborationCommunication technology literacyFlexibility and adaptabilityInitiative and self-directionSocial and intercultural skillsProductivity and accountabilityLeadership and responsibility\nSyarat Kelayakan\nCalon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nBerumur 26 tahun dan ke bawahMemegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana dalam bidang Perbankan/Perniagaan dan yang berkaitan.Mendapat ijazah daripada IPTA atau IPTS yang diiktiraf.Memperoleh keputusan minimum 2nd Class Upper atau CGPA 2.75 dan ke atas.Mahir berbahasa IngerisMempunyai pengalaman bekerja kurang daripada 2 tahun.Calon aktif dalam aktiviti kokurikulum.\nCara Memohon\nGraduan yang berminat untuk menyertai Program Talent Rakyat Prot\u00e9g\u00e9 boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :\nPergi ke pautan https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/talent-rakyatBaca notis perlindungan data peribadi yang dinyatakanTanda pada kotak yang disediakan dan klik Proceed to RegistrationLengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Register untuk daftarPastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap.\nCalon yang memenuhi kriteria akan dijemput untuk menghadiri temuduga yang dijalankan oleh pihak pengurusan Yayasan Bank Rakyat dan wakil Bank Rakyat. \nCalon akan dimaklumkan melalui e-mel.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Talent Rakyat Prot\u00e9g\u00e9, sila layari laman web yayasanbankrakyat.com.my atau hantar e-mel ke alamat [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skssr-perkeso/", "title": "Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)\nTahukah anda Suri Rumah juga turut dilindungi PERKESO?\nSkim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan dilaksanakan oleh PERKESO pada 1 Disember 2022 setelah Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.\nSkim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah apabila berlaku bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.\n\nDalam sesi temu bual media, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata Kerajaan mengiktiraf peranan suri rumah dalam \u2018care economy\u2019, yang turut membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara.\nBeliau juga menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia komited untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi memastikan tiada golongan yang yang terpinggir dari mendapat perlindungan keselamatan sosial di negara ini, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nPelaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO\n\n \nTarikh Pelaksanaan\n\n \nManfaat & Faedah Ditawarkan\n\n \nCara Permohonan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)?\nBerkuat kuasa 1 Disember 2022, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.\nSkim ini menyediakan pelbagai faedah kepada suri rumah yang terlibat dalam bencana domestik atau menghidap keilatan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk menguruskan rumah tangga.\n\nSyarat Kelayakan\n\nWarganegara Malaysia / pemastautin tetap\nBelum mencapai umur 55 tahun\nSuri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.\nMembayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).\n\n\nNOTA:\nSiapakah Suri Rumah?\n\nSeorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.\nTermasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.\n\nPelaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO\nMelalui skim itu, suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya.\nBagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.\n\u201cDalam hal ini, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga,\u201d menurut Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Izad Raya dalam sebuah kenyataan melalui Harian Metro.\nMengulas lanjut beliau berkata, bagi situasi di mana suami tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh isteri atau suri rumah tersebut atau pihak ketiga kepada Perkeso.\n\nTarikh Pelaksanaan\nSkim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2022.\nManfaat & Faedah Ditawarkan\nSkim ini akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.\nContoh faedah yang ditawarkan termasuklah:\n\nPerubatan\nHilang upaya kekal\nElaun keuzuran\nElaun layanan sentiasa\nKemudahan pemulihan jasmani / dialisis\nPengurusan mayat\nPencen penakat\n\nRujuk lebih lanjut tentang faedah keilatan: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-keilatan.html\nCara Permohonan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)\nUntuk memohon, sila layari laman web PERKESO https://suri.perkeso.gov.my\nRUJUK PANDUAN PENGGUNA MELALUI MANUAL DI BAWAH:\nPANDUAN_PENGGUNA_PORTAL_SKSSR_-_PENDAFTARAN_CARUMAN_DAN_BAYARANDownload\nhttps://www.perkeso.gov.my/\nMaklumat Lanjut \nUntuk maklumat lanjut, sila layari\n\nLaman web https://www.perkeso.gov.my/\nFacebook Pertubuhan Keselamatan Sosial\n\nSebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada\u00a0[email\u00a0protected]\nBaca juga: \n\nCara Claim PERKESO Jika MC Atau Cuti Sakit\nElaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+ PERKESO) RM300 Sebulan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-daftar-youtube/", "title": "Cara Daftar Youtube Channel Sendiri & Upload Video Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda berminat nak menjadi Youtuber dan mencari cara upload video anda di Youtube? Ini cara daftar Youtube Channel anda sendiri secara percuma! \nSukar untuk mempercayai bahawa sebelum YouTube mula beroperasi pada tahun 2005, tidak ada cara yang popular untuk berkongsi video di Internet dengan rakan, keluarga dan orang yang tidak dikenali.\nHari ini, adalah pantas dan mudah untuk menerbitkan video dalam talian (mengikut statistik 300 jam video baharu dimuatnaik pada YouTube setiap minit setiap hari).\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nFormat video yang disokong Youtube\n\n \nCara Daftar Youtube\n\n \nCara Muatnaik Video Youtube Online Di Website\n\n \nCara Upload Video Youtube Melalui Aplikasi Telefon Pintar\n\n \nMaklumat Lanjut & Cara Daftar Youtube\n\n\nFormat video yang disokong Youtube\n\nSebelum anda memuat naik video anda ke YouTube, anda perlu memastikan video yang ingin dimuat naik mestilah direkodkan dalam salah satu format yang berikut:\n.MOV.MPEG4.MP4.AVI.WMV.MPEGPS.FLV3GPPWebMDNxHRProResCineFormHEVC (h265)\nSenarai ini mungkin dikemaskini oleh pihak Youtube dari semasa ke semasa.\nCara Daftar Youtube\nBuka halaman YouTube dalam pelayar web : http://youtube.comLog masuk ke dalam akaun menggunakan emel Google.Klik pada gambar profil anda\u00a0\u00a0dan klik\u00a0Create a channel.\u00a0Isikan maklumat channel dan buat pengesahan Google Account name and photo).\nCara Muatnaik Video Youtube Online Di Website\nMari lihat cara upload video Youtube terus dari pelayar web di komputer anda. \nBuka halaman YouTube dalam pelayar web.Log masuk ke dalam akaun menggunakan emel Google.Klik butang \u201cCreate\u201d video di bahagian atas skrin.Kemudian klik \u201cMuat naik video\u201d.Halaman muat naik video akan dipaparkan. Di bawah \u201cSelect files to upload\u201d, klik \u201cPublic\u201ddan pilih taha privasi yang anda inginkan untuk video itu.Klik anak panah besar untuk memilih fail video, atau anda boleh menyeret fail video ke ruangan muat naik video.Semasa video dimuat naik, anda boleh memasukkan maklumat seperti nama dan penerangan mengenai video.Klik \u201cPublish\u201d untuk melengkapkan proses muatnaik video.\nCara Upload Video Youtube Melalui Aplikasi Telefon Pintar\nMari lihat cara upload video Youtube terus dari aplikasi telefon pintar anda. \nMuat turun dan install aplikasi YouTube pada iPhone atau telefon Android anda.Ketik butang muat naik video di bahagian atas skrin. Ia kelihatan seperti ikon kamera video. Jika ini kali pertama anda menggunakan ciri muat naik, anda mungkin perlu memberikan kebenaran aplikasi untuk mengakses kamera dan foto anda.Pada skrin seterusnya, ketik video yang ingin anda muat naik (anda juga boleh merakam video baharu atau \u201cGo Live\u201d, bermakna anda akan mula menstrim langsung daripada kamera telefon anda).Ketik butang \u201cNext\u201d.Masukkan maklumat seperti nama video, pilih tahap privasi dan ketik \u201cUpload\u201d.\nMaklumat Lanjut & Cara Daftar Youtube\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk penerangan di pautan berikut:\nhttps://support.google.com/youtube/answer/1646861?hl=en\nBaca juga: Go+ TNG : Cara Daftar & Ciri Baharu eWallet Touch N Go Patuh Syariah\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-selangor-2023/", "title": "Cuti Kelepasan Am Kerajaan Negeri Selangor 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCuti Hari Kelepasan Am Negeri Selangor 2023\nAdalah dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mempertimbangkan dan meluluskan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor Tahun 2023.\nBerikut dilampirkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Selangor Tahun 2023 sebagai panduan dan rujukan bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCUTI HARI KELEPASAN AM NEGERI SELANGOR TAHUN 2023\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nCUTI HARI KELEPASAN AM NEGERI SELANGOR TAHUN 2023\nHari Kelepasan Am Negeri\n\n\n\n\n\n\n1.Tahun Baru 2023 1 Januari (Ahad)2. Hari Thaipusam5 Februari (Ahad)3. Hari Nuzul Quran8 April (Sabtu)4.Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulai Sultan Selangor11 Disember (Isnin)\nHari Kelepasan Am Persekutuan\n1.Tahun Baru Cina22 Januari (Ahad)Tahun Baru Cina (Hari Kedua)23 Januari (Isnin)2.Hari Raya Puasa *22 April (Sabtu)Hari Raya Puasa (Hari Kedua)23 April (Ahad)3.Hari Pekerja1 Mei (Isnin)4.Hari Wesak4 Mei (Khamis)5.Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong5 Jun (Isnin)6.Hari Raya Qurban *29 Jun (Khamis)7. Awal Muharam (Maal Hijrah)19 Julai (Rabu)8.Hari Kebangsaan31 Ogos (Khamis)9.Hari Malaysia16 September (Sabtu)10.Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul)28 September (Khamis)11.Hari Deepavali12 November (Ahad)12.Hari Krismas25 Disember (Isnin)\n*Catatan: Tertakluk kepada perubahan\nBaca juga: \n\nTakwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan\nKalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia\n\n\nMUAT TURUN LAMPIRAN PDF:\nPEMAKLUMAN_HARI_KELEPASAN_AM_NEGERI_SELANGOR_TAHUN_2023Download\n\nSumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor\nPeringatan:\nJika mana-mana cuti Hari Kelepasan Am Negeri Selangor jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.\nJika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cuti di negeri Selangor, sila rujuk saluran berikut:\nhttps://www.selangor.gov.my/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tengku-zafrul/", "title": "Biodata Tengku Zafrul, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPemilihan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz\u00a0sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim dianggap satu keputusan yang mengejutkan ramai pemerhati politik.\nMalah, ada juga yang kurang senang dengan perlantikan beliau di portfolio ini sebagai seorang Senator memandangkan Tengku Zafrul telah kalah dalam Pilihan Raya Umur ke 15 (PRU15) yang lalu di kerusi Parlimen Kuala Selangor kepada calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.\nDatuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menang kerusi tersebut tidak ditawarkan apa-apa jawatan dalam Kabinet sementara Tengku Zafrul yang tewas pula dilantik sebagai seorang Menteri Kabinet.\nMari lihat sedikit sebanyak latar belakang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang baru dilantik ini.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar Belakang Tengku Zafrul\n\n \nKarier Politik\n\n\nLatar Belakang Tengku Zafrul\nNama penuh: Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz\nTarikh lahir: 25 Jun 1973\nPendidikan:\n\nSekolah Rendah Sri Petaling\nSekolah Rendah Bukit Bintang.\nKolej Melayu Kuala Kangsar\u00a0(MCKK) \nSherborne School Dorset, United Kingdom\nIjazah\u00a0Sarjana Muda Sains\u00a0(Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari\u00a0Universiti Bristol,\u00a0United Kingdom\nSarjana Sastera\u00a0(MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari\u00a0Universiti Exeter,\u00a0United Kingdom\nSarjana Pentadbiran Perniagaan di\u00a0Universiti Tsinghua\u00a0PBCSF (People\u2019s Bank of China School of Finance)\n\nBeliau juga turut memegang Fellow Chartered Banker dengan Asian Institute of Chartered Bankers\nKerjaya:\n\nAmInvestment Bank (Eksekutif Kewangan Korporat) (Jun 1996 \u2013 April 1997)\nCredit Agricole (Penganalisi Pelaburan dan Pengarah) (Mei 1997 \u2013 Ogos 1998) & (Julai 1999 \u2013 Mac 2001)\nTenaga Nasional Bhd (Penasihat Presiden) (Mac 2001 \u2013 September 2002)\nCIMB Investment Bank Berhad (Pengarah, \u201cClient Coverage\u201d) (September 2002 \u2013 April 2003)\nAvenue Capital Resources Bhd/Avenue Securities (Sekarang ECM Libra) (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi) (2003 \u2013 2006)\nCitigroup Malaysia (Ketua Perbankan Pelaburan) (April 2006 \u2013 Mac 2007)\nTune Money (Ketua Pegawai Eksekutif) (Mac 2007 \u2013 Disember 2008)\nKenanga Holdings Berhad dan Investment (Pengarah Kumpulan) (Januari 2009 \u2013 Jun 2010)\nMaybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings (Ketua Pegawai Eksekutif) (Jun 2010 \u2013 Disember 2013)\nCIMB Investment Bank berhad (Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Bersama Penyelesaian Pelenggan Korporat) (2014 -2016)\nCIMB Bank Berhad (Ketua Pegawai Eksekutif) (2014 \u2013 2015)\nCIMB Group Holdings Berhad (Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif) (Februari 2015 \u2013 9 Mac 2020)\n\nSumber gambar: Facebook Rasmi Tengku Zafrul\nKarier Politik\nKarier politik Tengku Zafrul bermula setelah dilantik sebagai Menteri Kewangan. \nPada 9 Mac 2020, Tengku Zafrul telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Perdana Menteri yang ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato\u2019 (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yasin.\nMenjelang PRU15, beliau secara rasmi mengumumkan penyertaan dalam arena politik sebagai ahli UMNO berdaftar.\n31 Julai lalu, beliau dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus yang dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.\nPengumuman itu dibuat di hadapan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan peserta konvensyen daripada tiga parti komponen BN iaitu UMNO, MCA serta MCA.\nTurut kelihatan pada konvensyen itu, Tengku Zafrul yang mengenakan pakaian korporat BN berwarna biru dan beliau turut menerima surat pelantikan daripada Ahmad Zahid.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kemaskini-maklumat-no-telefon-bsn/", "title": "Kemaskini Maklumat & No Telefon BSN Sebelum 30 September 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman penting untuk semua para pelanggan BSN, anda dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat terkini (pekerjaan, alamat dan nombor telefon) sebelum 30 September 2022 dimana-mana Cawangan BSN yang berhampiran atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan.\nPerkara ini dimaklumkan oleh BSN melalui sebuah notis yang dimuatnaik di media sosial rasmi BSN Malaysia pada 27 April 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang notis berkenaan dan cara untuk mengemaskini maklumat anda.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTujuan Kemaskini Maklumat Pelanggan BSN\n\n \nSiapakah Yang Perlu Mengemas Kini Maklumat Pelanggan?\n\n \nCara Kemaskini Maklumat No Telefon / Alamat BSN\n\n \nTarikh Akhir Kemaskini Maklumat\n\n \nApakah yang akan berlaku sekiranya Pelanggan gagal untuk mengemas kini maklumat mereka sebelum atau pada 30 September 2022?\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTujuan Kemaskini Maklumat Pelanggan BSN\nTujuan utama perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat Pelanggan adalah untuk memastikan maklumat Pelanggan lengkap dan terkini bagi memudahkan pihak Bank untuk menghubungi pelanggan (jika perlu).\n\nSiapakah Yang Perlu Mengemas Kini Maklumat Pelanggan?\nPelanggan BSN PERLU MEMBUAT KEMAS KINI jika dalam tempoh 4 tahun atau lebih, tiada sebarang aktiviti pengemaskinian maklumat seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n1) Kad Pengenalan (MyKad/MyPR/MyKas)2) Alamat Tetap/ Alamat Surat-menyurat3) No. Telefon4) Nama Majikan\n\nCara Kemaskini Maklumat No Telefon / Alamat BSN\nSila ambil maklum bahawa pengemaskinian Maklumat Pelanggan tidak boleh dilakukan melalui laman Web MyBSN. \nSebaliknya, ia boleh dilakukan di Cawangan BSN ataupun melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN mengikut jenis maklumat seperti berikut:\n\ni) Kemaskini di Cawangan BSN:\nAlamat terkiniMajikan terkiniNombor telefon terkini (Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan)\nii) Kemaskini melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900)\nAlamat terkiniMajikan terkiniNombor telefon terkini TIDAK BOLEH dikemaskini melalui panggilan ke Pusat Perhubungan Pelanggan (Anda perlu hadir ke Cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan untuk pengesahan)\n\n*Pengemaskinian nombor telefon adalah perlu untuk memudahkan BSN menghubungi pelanggan bagi transaksi perbankan yang melibatkan kewangan seperti TAC dan BOSS CODE.\nBaca juga: Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)\nTarikh Akhir Kemaskini Maklumat\nTarikh akhir kemaskini maklumat bagi pelanggan yang terlibat adalah sebelum atau pada 30 September 2022.\n\nApakah yang akan berlaku sekiranya Pelanggan gagal untuk mengemas kini maklumat mereka sebelum atau pada 30 September 2022?\nAkaun pelanggan akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara waktu dan tiada perubahan pada baki akaun sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan.\nBuat sementara waktu, anda tidak boleh membuat transaksi pengeluaran wang dan pembayaran bil.\nPenggunaan kemudahan ATM dan Perbankan Internet MyBSN juga akan terganggu buat sementara waktu sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan oleh anda.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila notis BSN di bawah:\n\n\n\nSumber:\nSoalan Lazim (FAQ) di pautan : https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/highlight/2022/cif_faq.pdf?fbclid=IwAR0Ria4FlwLmX1xjo2C0zXAmoDFFCZIMW3YRXQmiCrnUTim0elsM4uGbBJgPusat Perhubungan Pelanggan BSN (1300-88-1900)Facebook BSN Malaysia: BSN MalaysiaLaman web rasmi: https://www.bsn.com.my/\nBaca juga: Maksud IBG Transfer & Berapa Hari Tempoh Pemindahan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cara-tebus-minuman-chatime-percuma/", "title": "Cara Tebus Minuman Chatime Percuma Untuk Pelajar SPM 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk pelajar SPM 2021 yang baru dapat keputusan hari ini, Chatime nak belanja anda minuman percuma bagi setiap A yang anda peroleh! \nBukan itu saja, ada satu tawaran hebat untuk yang sukakan minuman Matcha Chatime!\nJom kita tengok cara untuk tebus minuman Chatime percuma dan promosi terkini khas untuk anda!\n\nBaca Juga : Senarai Kek Secret Recipe, Harga, Menu Bestseller & Promosi Terkini\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTawaran Minuman Chatime Percuma Untuk Pelajar SPM 2021\n\n \nTawaran Diskaun 50% Untuk Minuman Matcha Chatime\n\n\nTawaran Minuman Chatime Percuma Untuk Pelajar SPM 2021\nPergi ke cawangan Chatime terdekat yang tawarkan promosi ini antara 3.00 petang hingga 6.00 petang. \u00a0\nTunjukkan keputusan SPM 2021 dan kad pengenalan anda.\nPesan minuman percuma bernilai RM 7.90 (Semenanjung Malaysia) atau RM 8.90 (Langkawi, Sabah & Sarawak)\n\u00a0Minuman Chatime khas buat anda sedia untuk dinikmati!\nTebus minuman percuma anda dari 22 cawangan Chatime berikut :\nChatime @ DA SquareChatime @ SentulChatime @ AEON Mid ValleyChatime @ AEON Sunway PyramidChatime @ Central i-CityChatime @ Bukit Tinggi, KlangChatime @ Bandar Putera 2Chatime @ The MinesChatime @ Shaftsbury, CyberjayaChatime @ KajangChatime @ Mahkota ParadeChatime @ Teluk Kemang, PDChatime @ 1st Avenue, PenangChatime @ AEON TebrauChatime @ Petron, KluangChatime @ Mydin Mall, Kuala TerengganuChatime @ Jetty Point, LangkawiChatime @ Kubang KerianChatime @ Tanah MerahChatime @ Metrocity, KuchingChatime @ Vivacity Megamall, Kuching\nJangan berlengah untuk dapatkan minuman percuma anda! Tawaran sah untuk hari ini saja tau!\n\n*Sementara stok masih ada. Tertakluk pada terma dan syarat.\nTawaran Diskaun 50% Untuk Minuman Matcha Chatime\nKhas buat penggemar minuman Matcha, anda boleh dapatkan minuman kegemaran anda dengan potongan diskaun sebanyak 50% untuk waktu terhad!\nPromosi sempena AEON Nippon Food Fest ini boleh ditebus tawaran di cawangan Chati[email\u00a0protected] sama ada di AEON Delicatessen, La Bohome atau Coco Caf\u00e9.\nPilih antara menu minuman Matcha kegemaran anda iaitu Red Bean Matcha Milk Tea, Matcha Latte, dan Matcha Red Bean Smoothie.\n\nTawaran ini sah sehingga 30 Jun 2022 sahaja, jadi jangan lepaskan peluang untuk nikmati minuman Matcha yang cukup menyegarkan!\nUntuk ketahui promosi menarik dan tawaran terkini dari Chatime, jom ikuti laman Facebook Chatime Malaysia! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/pakej-peranti-remaja-keluarga-malaysia/", "title": "Pendaftaran Pakej Peranti / Pakej Remaja Keluarga Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA 2021 BERMULA 15 OKTOBER 2021\nKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.\nKedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.\nAdalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua pakej yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga : Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPakej Remaja Keluarga Malaysia\n\n \nPakej Peranti Keluarga Malaysia\n\n \nTarikh Mendaftar\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nKontrak Perkhidmatan\n\n \nCara Pendaftaran & Penyedia Perkhidmatan Yang Terlibat\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPakej Remaja Keluarga Malaysia\nPakej Remaja ini bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.\nPakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad \nPakej Peranti Keluarga Malaysia\nSatu lagi pakej yang ditawarkan adalah Pakej Peranti Keluarga Malaysia, iaitu pakej yang membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.\nPeranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.\nTarikh Mendaftar\nTempoh mendaftar untuk kedua-dua pakej tersebut adalah mulai 15 Oktober 2021- 15 April 2022 selama enam (6) bulan.\nSyarat Kelayakan\nSetiap warganegara Malaysia layak untuk menikmati tawaran pakej ini. \nSetiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama. \nKontrak Perkhidmatan \nSekiranya anda melanggan pakej ini, anda terikat kepada kontrak selama12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan. \nPelanggan mesti melengkapkan keseluruhan tempoh kontrak selama 12 hingga 24 bulan bagi mengelakkan denda dikenakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing. \nJika kontrak tersebut ditamatkan lebih awal, pihak penyedia perkhidmatan akan mengenakan caj denda bagi penamatan tersebut.\nAnda disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu sekiranya ketersediaan rangkaian liputan boleh diterima dikawasan anda melalui laman sesawang https://jendela.my/map/.\nSila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.\nCara Pendaftaran & Penyedia Perkhidmatan Yang Terlibat\nPihak penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini adalah \nCelcom Axiata Berhad (Celcom) https://www.celcom.com.my/personal/devices/pakej-peranti-keluarga-malaysia https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/pakej-remaja-keluarga-malaysia\n\nDigi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) https://www.digi.com.my/postpaid/pakej-peranti-keluarga-malaysia\n\nMaxis Berhad (Maxis) https://www.hotlink.com.my/ms/campaigns/pakej-keluarga-malaysia/\n\nU Mobile Sdn Bhd (U Mobile) https://portal.u.com.my/extras/promotions/rm0-phones\n\nTelekom Malaysia Berhad (TM) https://unifi.com.my/sites/default/files/page/assets/images/personal/mobile/postpaid/device-bundles/TC-PAKEJ-PERANTI-KELUARGA-MALAYSIA.pdfhttps://unifi.com.my/sites/default/files/page/assets/images/personal/mobile/postpaid/device-bundles/FAQ-Pakej-peranti-Keluarga-Malaysia-ver4a_7Oct2021.pdf\n\nYTL Communications Sdn Bhd (YES) https://www.yes.my/keluargamalaysia/\n\nAdalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.\nSila klik link di atas untuk maklumat yang lebih terperinci.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut, sila SOALAN LAZIM di bawah :\nFAQ_BM_PAKEJ_PERANTI_-KELUARGA_MALAYSIADownload\nAnda juga boleh melayari info di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM melalui saluran berikut:\nhttps://www.mcmc.gov.my/Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)03-8688 8000\nBaca juga: Pinjaman LPPSA 2021: Semakan Status Permohonan Online\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ikbn-senarai-lokasi-dan-kursus/", "title": "Senarai Lokasi dan Kursus IKBN (Institut Kemahiran Bina Negara)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda berminat untuk meningkatkan lagi kemahiran anda dalam bidang teknikal, IKBN (Institut Kemahiran Bina Negara) mungkin jawapannya (selain Kolej Vokasional).\nIKBN (Institut Kemahiran Bina Negara) menawarkan pelbagai jurusan kemahiran teknikal di pelbagai lokasi seluruh Malaysia.\nSetiap lokasi IKBN menawarkan jurusan pengajian kemahiran yang berbeza dan oleh itu anda mesti memilih terlebih dahulu bidang pengajian yang diingin sebelum memilih lokasi IKBN yang ingin dipohon dan didaftarkan.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Institut Kemahiran Bina Negara\n\n \nTempoh pengajian\n\n \nLokasi dan bidang pengajian\n\n \n1. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak \u2013 Laman Utama\n\n \n2. Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai \u2013 Laman Utama\n\n \n3. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra \u2013 Laman Utama\n\n \n4. Institut Kemahiran Belia Negara Miri \u2013 Laman Utama\n\n \n5. Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut \u2013 Laman Utama\n\n \n6. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar \u2013 Laman Utama\n\n \n7. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar \u2013 Laman Utama\n\n \n8. Institut Kemahiran Belia Negara Naka \u2013 Laman Utama\n\n \n9. Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik \u2013 Laman Utama\n\n \n10. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat \u2013 Laman Utama\n\n \n11. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis \u2013 Laman Utama\n\n \n12. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar \u2013 Laman Utama\n\n\nLatarbelakang Institut Kemahiran Bina Negara\nInstitut Kemahiran Bina Negara atau singkatannya IKBN merupakan sebuah institusi pengajian yang memfokuskan kepada bidang kemahiran di mereka.\nInstitusi pengajian ini terletak di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.\nSelain itu, terdapat juga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) yang turut bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.\nTujuan penubuhan IKBN adalah untuk memantapkan lagi kemahiran golongan belia agar mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dalam sektor swasta atau bekerja sendiri.\nTempoh pengajian \nTempoh pengajian pula berbeza antara 18 hingga 36 tahun bergantung pada bidang pengajian yang diambil.\nPelajar yang menamatkan pengajian akan diberikan sijil dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. \nLokasi dan bidang pengajian \n1. Institut Kemahiran \u00a0Belia Negara Peretak\u00a0\u2013 Laman Utama\nSijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Terapi Kecantikan)Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki)Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen)\n2. Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai \u2013 Laman Utama\nKursus Teknologi AwamKursus ElektrikalKursus MekanikalKursus Tekstil & Apperal\n3. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra \u2013 Laman Utama\nKursus Kimpalan (Arka) \u2013 SKM 3 (Jabatan Teknologi Mekanikal)Kursus Operasi Pemesinan \u2013 SKM 3 (Jabatan Teknologi Mekanikal)Kursus Lukisan Mekanikal \u2013 SKM 3 (Jabatan Teknologi Mekanikal)Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) (Jabatan Teknologi\u00a0\u00a0 Elektrikal)Kursus Jahitan Pakaian Wanita \u2013 SKM 3 (Jabatan Teknologi Tekstil)Kursus Penyelenggaraan Kereta -SKM 2 (Jabatan Teknologi Automatif)\n4. Institut Kemahiran Belia Negara Miri \u2013 Laman Utama\nPenyelenggaraan Kereta Penyelenggaraan Jentera Berat Penyelenggaraan Kenderaan PerdaganganSemburan Cat (Automotif) Penyelenggaraan Industri Penyediaan Makanan Penyajian Penyediaan Pastri\n5. Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut \u2013 Laman Utama\nSijil Teknologi Eleketrik (PPU-Komersial)Sijil Teknologi Elektrik (PPU-Domestik)Sijil Teknologi Awam (Lukisan Senibina)Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa \u2013 PW2)Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa \u2013 PW4)Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera \u2013 A1)Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera \u2013 A4)\n6. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar \u2013 Laman Utama\nKursus Health, Safety & Enviroment (HSE)Kursus Inspection in WeldingSijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyajian)Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)Sijil Teknologi Hospitaliti (Pengemasan \u2013 Housekeeping)Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)\n7. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar \u2013 Laman Utama\nKursus Operasi Fabrikasi Paip (Pemasangan Paip Dan Gas)Kursus Boiler MakerKursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Sheet Metal)Kursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Komposit)Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)Sijil Teknologi Hospitaliti (Pengemasan \u2013 Housekeeping)Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)\n8. Institut Kemahiran Belia Negara Naka \u2013 Laman Utama\nPenyejukbekuan dan Penyaman Udara (Komersil & Domestik)Diploma Penyejukbekuan dan Penyaman UdaraPenyejukbekuanTeknologi Pemprosesan Makanan\n9. Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik \u2013 Laman Utama\nHospitaliti (Penyediaan Roti)Hospitaliti (Penyediaan Pastri)Hospitaliti (Penyediaan Makanan)Multimedia (Penerbitan Video / Filem)Perhotelan (Operasi Pengemasan)Perhotelan (Operasi Kaunter Hadapan)Perkhidmatan Personal (Perekaan Gaya Rambut)Perkhidmatan Personal (Terapi Kecantikan)\n10. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat \u2013 Laman Utama\nSijil Lanjutan Teknologi Multimedia (Multimedia Pengarangan)Sijil Lanjutan Teknologi FotografiSijil Teknologi Multimedia (Video Penerbitan)Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembinaan Landskap)Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman)Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman)Sijil Lanjutan Terapi Sukan\n11. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis \u2013 Laman Utama\nSijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdangangan)Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)Sijil Lanjutan Teknologi Maritim (Penyelenggaraan Marin)Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina)Sijil Teknologi Awam (Scaffolding-Tubular)\n12. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar \u2013 Laman Utama\nElektronik IndustriJuruteknik Elektrik RendahRangkaian KomputerPerekabentuk Multimedia PengaranganPendawaian Elektrik Satu Fasa \u2013 Pw2\nSekiranya anda berminat dengan mana-mana kursus yang disenaraikan di atas, sila klik pada pautan Laman Utama IKBN di atas dan boleh berhubung terus dengan pegawai IKBN Yang bertugas. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/penyata-bank-islam/", "title": "Cara Cetak Penyata Akaun Bank Islam Online Tanpa Ke Kaunter", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pelanggan Bank Islam, sebenarnya anda tidak perlu ke kaunter untuk mendapatkan penyata Bank Islam anda kerana sebenarnya anda boleh mendapatkannya secara dalam talian sahaja melalui akaun perbankan internet Bank Islam anda.\nDalam sesetengah urusan yang lebih besar dan rasmi seperti pembelian kereta, rumah dan seumpamanya anda mungkin memerlukan penyata kewangan akaun anda. \nPenyata akaun ini akan menjadi dokumen penting yang dirujuk oleh pemberi hutang untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman anda. \n\n\n\n\n\n\nAnda pelanggan Maybank? Cara Dapatkan Bank Statement Maybank (Penyata Kewangan)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Penyata Akaun ?\n\n \nCara langgan dan aktifkan e-Statement / e-Penyata Akaun Bank Islam\n\n \nCara dapatkan penyata secara online\n\n\nApa Itu Penyata Akaun ?\nPenyata akaun merujuk kepada mana-mana dokumen yang menunjukkan ringkasan rasmi akaun di mana sahaja akaun itu dipegang. \nContohnya, syarikat insurans mungkin menyediakan penyata akaun yang meringkaskan nilai tunai yang telah dibayar. \nPenyata akaun boleh dijana untuk hampir semua jenis akaun termasuk akaun pembayaran dalam talian seperti PayPal, akaun kad kredit, akaun pembrokeran dan akaun simpanan.\nUntuk penyata Bank Islam, anda boleh melihat:\nJumlah aliran keluar masuk duit andaSumber duitJenis perbelanjaan Tarikh aliran keluar masuk duit anda\nCara langgan dan aktifkan e-Statement / e-Penyata Akaun Bank Islam\nSekiranya anda baru pertama kali mahu mendapatkan penyata akaun secara online (dipanggil e-Statement), anda perlu melanggan atau mengaktifkannya terlebih dahulu.\nLog masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/Klik My AccountsKlik e Statement, kemudian DownloadPilih MaintenanceKlik pada kotak pengesahan Terma dan SyaratKlik pada butang ProceedAccount/Card yang diinginiMasukkan emel (penyata akaun akan dihantar ke emel ini setiap bulan)Klik pada butang ProceedKlik link Request i-Access CodeMasukkan kod yang dihantar ke telefon pintar anda untuk pengesahanKlik Confirm\nCara dapatkan penyata secara online\n\nUntuk mendapatkan penyata Bank Islam secara online, anda perlulah terlebih dahulu telah mengaktifkan akaun perbankan internet Bank Islam anda. \nKemudian, ikuti langkah-langkah berikut:\nLog masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/Klik My AccountsKlik e Statement, kemudian DownloadPilih Account/Card yang diinginiPilih bulan penyata kewangan yang ingin dimuat turunKlik buka untuk melihat penyata akaun Kemudian, klik Save untuk memuat turun penyata Bank Islam anda\nUntuk cetak penyata akaun tersebut, buka fail yang telah dimuat turun di komputer anda dan cetak seperti biasa.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/buka-akaun-asb-online/", "title": "Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUKA AKAUN ASB ONLINE MELALUI APLIKASI myASNB. BUAT DI RUMAH SAJA!\nBerita baik untuk mana-mana individu, ibu ayah yang nak buka akaun ASB untuk anak-anak atau diri sendiri, anda kini dah tak perlu nak beratur atau keluar ke kaunter cawangan ASNB lagi.\nSekarang ni ASB dah boleh buka akaun secara online sepenuhnya!\nKalau belum biasa dengan pelaburan, ASB sesuai sebagai permulaan sebab ASB ni, risikonya rendah dan modal terjamin.\nASB ni sesuai juga untuk anda \u2018park\u2019 dana kecemasan.\nDi sini kami kongsikan lebih lanjut tentang ASB dan tutorial cara nak buka akaun ASB secara dalam talian melalui Portal myASNB.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Amanah Saham Berhad (ASB)?\n\n \nApa Itu myASNB?\n\n \nCara Buka Akaun ASB / Pendaftaran ASNB Online\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang Cara Buka Akaun ASB Online\n\n\nApakah Amanah Saham Berhad (ASB)?\nASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh\u00a0ASNB.ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat\u00a0Permodalan Nasional Berhad (PNB).\nASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.\nMelalui ASB, pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. (Boleh dapat dividen yang lebih tinggi berbanding kita simpan di bank sahaja!)\n\n\n\n\n\n\nApa Itu myASNB?\nmyASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line).\nAntara kemudahan yang disediakan menerusi myASNB ialah:\nPelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; danMengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNBUntuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myasnb.com.my\nPermodalan Nasional Berhad telah mempertingkatkan sistem portal dan aplikasi myASNB untuk menyediakan lebih kemudahan kepada anda, di mana kini pembukaan akaun ASNB juga telah ditawarkan secara online!\n\nBaca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (VAO) & Dapat Tabung Percuma\nCara Buka Akaun ASB / Pendaftaran ASNB Online\nDengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.\nPelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB\nUntuk membuka akaun pelaburan ASNB, sila rujuk langkah di bawah:\nLANGKAH PERTAMA\nMuat turun aplikasi myASNB.\n\nLANGKAH 2\nSediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.\nIsikan maklumat di ruang yang disediakan.\n\nLANGKAH 3\nBuat proses verifikasi identiti.\nCipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.\n\nLANGKAH 4\nAkhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.\nPilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.\nSELESAI\nOK siap! Anda kini dah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.\nSelamat mencuba.\nRujuk video tutorial di bawah untuk maklumat lanjut:\n\n\n\nNOTA:\nAnda juga boleh mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun.\nDokumen yang perlu dibawa ialah:\n18 tahun ke atas \u2013 Kad pengenalanBawah 18 tahun \u2013 myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga\nPastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan berikut: www.asnb.com.my\n\nBaca juga: Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)\nMaklumat Lanjut Tentang Cara Buka Akaun ASB Online\nPastikan anda telah muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.\nSekiranya anda mengalami sebarang kesulitan dengan aplikasi myASNB, sila layari portal myASNB untuk melakukan urus niaga, melihat baki akaun dan lain-lain.\nTeruskan bersama ASNB dan nantikan ciri baharu aplikasi myASNB dalam masa terdekat.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/grabpay/", "title": "Cara Daftar GrabPay Malaysia, Kelebihan & Promosi Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa kini terdapat banyak penyedia perkhidmatan eWallet dan antara yang paling popular adalah GrabPay.\nSekiranya pada awalnya Grab yang memperkenalkan perkhidmatan e-hailing atau seru pandu sahaja di Malaysia, Grab maju setapak lagi dengan memperkenalkan GrabPay bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan pembayaran secara cashless atau nirtunai.\n\n\n\n\n\n\nCara menggunakannya juga tersangatlah mudah namun bagi pengguna sedia ada aplikasi Grab, anda perlulah mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.\nArtikel berkaitan: Cara Daftar Kedai / Restoran Anda Di GrabFood (Peniaga)\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMuat turun\n\n \nPendaftaran dan pengaktifan\n\n \nKelebihan GrabPay\n\n \nPromosi terkini\n\n\nMuat turun\nBagi anda yang berminat menggunakan kemudahan ini, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:\nGoogle Play \u2013 Untuk AndroidApp Store \u2013 Untuk iOS\nMemuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak dipercayai boleh mendedahkan gajet anda diserang oleh virus dan malware.\nPendaftaran dan pengaktifan\n\nBuka aplikasi Grab andaKlik pada tab \u201cPayment\u201d pada menu yang terletak di bahagian bawahKemudian, ada popup akan muncul dan klik pada butang \u201cActivate\u201dPada halaman berikutnya, klik pada butang \u201cActivate Now\u201dKemudian klik kad untuk di link dengan akaun anda, sekiranya tiada senarai kad anda dikehendaki memasukan maklumat kad baru yang ingin di link dengan akaun andaTandakan pada kotak \u201cTerms and Conditions\u201dKlik pada butang \u201cContinue\u201dGrabPay anda sudah didaftarkan dan diaktifkan untuk digunakan di mana-mana sahaja premis yang menerima pembayaran menggunakan GrabPay!\nKelebihan GrabPay\nSecara ringkasnya, terdapat 5 kelebihan menggunakan GrabPay:\n3x mata ganjaran GrabRewards \u2013 Lebih ganjaran lebih kelebihan untuk andaGrabPay Price \u2013 Nilai lebih baik sepanjang masa di mana-mana sahaja untuk farmasi, kedai runcit, restoran, pawagam dan banak lagiBeli insurans perjalanan dengan mudah \u2013 Dapatkan pemulangan wang 25%Segala perkhidmatan harian \u2013 Pembayaran lebih mudah dan lancar untuk barangan runcit, perkhidmatan kenderaan, tambah nilai prabayar dan banyakk lagiSelamat \u2013 Anda tidak perlu risau dengan adanya keselamatan anti penipuan sepanjang masa\nPromosi terkini\nGrab sentiasa bermurah hati dengan promosi-promosi terkini. Untuk promosi terkini, boleh lawati halaman rasmi mereka di https://www.grab.com/my/pay/\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/menteri-agama-mohd-naim-mokhtar/", "title": "Biodata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar dipilih menerajui portfolio sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nBeliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara bagi menyambung tugas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.\nBerikut dikongsikan serba sedikit berkenaan profil dan pencapaian beliau dalam kerjaya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang\n\n \nBiodata Menteri Agama Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022, Datuk Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar\n\n\nLatarbelakang\nMohd Na\u2019im dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019.\nAnak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).\n\n\n\n\n\n\nJawatan lain pernah disandangnya, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.\n\nBiodata Menteri Agama Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022, Datuk Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar\nYAA Prof. Adjung Dato\u2019 Setia Dr. Hj. Mohd Na\u2019im bin Haji Mokhtar\nLLB (UIAM), LLM (London), DSLP (UIAM), DAIJ (UIAM), Ph.D Sh. (UKM).\n\nKetua Pengarah / Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia\nBeliau telah dipilih dan berkhidmat sebagai Cheavening Felo Pelawat Malaysia di Oxford Centre for Islamic Studies, Universiti Oxford, United Kingdom bagi tahun 2008/2009.\nDilantik sebagai Felo Pelawat di Harvard Law School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat dan berkhidmat di Universiti Harvard pada bulan Februari 2013 sehingga Mei 2013. \nPemeriksa Luar bagi calon PhD Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). \nBerkhidmat sebagai panel dan ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). \nDilantik sebagai Profesor Adjung oleh Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).\n\nPENDIDIKAN\n\nIjazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nIjazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom\nDiploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan dari UIAM\nDiploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam dari UIAM \nDoktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).\n\nKERJAYA\nMemulakan kerjayanya sebagai Pensyarah Undang-undang di UIAM dari tahun 1990 hingga 1997, kemudian menjadi Peguam Syarie di Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan dan menjadi Peguam Bela & Peguam Cara Malaya pada tahun 1997 hingga 1998. \nPada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Petaling sehingga tahun 2001.\nBeliau juga telah menjadi Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 2001 sehingga 2003. \nPada tahun 2003, beliau telah dilantik oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai pegawai penyelidik sehingga tahun 2005. \nMerupakan pensyarah di UKM dan UIAM pada tahun 2003 sehingga 2008. \nPernah berkhidmat sebagai Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan pada tahun 2007-2008.\n\nPENGLIBATAN\nDatuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar telah mengambil bahagian dalam seminar tempatan dan antarabangsa dalam bidang pengkhususan beliau. \nBeliau telah membentangkan kertas kerja mengenai undang-undang keluarga, subjek syariah dan topik berkaitan di persidangan tempatan serta forum luar negara. \nSelain itu, beliau turut menganggotai beberapa Lembaga Penasihat Syariah bank-bank Islam tempatan dan asing serta syarikat-syarikat takaful.\nSumber: https://as-salihin.com/\nBaca juga: \n\nBiodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia\nBiodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\nBiodata DS Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tiada-pkp-hari-raya-2022/", "title": "Tiada PKP Untuk Pulang Ke Kampung Pada Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan beri jaminan tiada lagi PKP, sekatan balik Hari Raya Aidilfitri tahun ini\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilftri tahun ini.\nPerkara ini diumumkan sekali lagi melalui Sidang Media Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke Thailand pada 26 Februari 2022, menerusi laporan oleh BERNAMA TV.\nBerkaitan pembukaan semula sempadan Malaysia-Thailand, Ismail Sabri dan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha telah berbincang mengenai keperluan untuk membenarkan semula aktiviti rentas sempadan di antara kedua-dua negara. \n\n\n\n\n\n\nKedua-dua negara telah bersetuju agar perbincangan di peringkat agensi dapat digiatkan bagi membuka semula sempadan dalam masa terdekat melalui skim VTL bagi Malaysia atau Test & Go bagi Thailand. Sebagai permulaan, Malaysia bakal melaksanakan VTL-Udara di antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.\nDalam kenyataan berkenaan juga, Kerajaan akan memutuskan pembukaan semula sempadan negara sebelum Hari Raya Aidilfitri.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran itu sambil menegaskan menjadi kebimbangan kerajaan ketika ini adalah saringan di pintu masuk negara melalui jalan darat.\n\nDalam sebuah kenyataan terdahulu, beliau telah menjelaskan bahawa sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri telah dibenarkan kembali seperti biasa, dan jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.\nPerkara ini turut diulangi oleh beliau melalui video yang dimuat naik di Twitter rasmi Perdana Menteri :\n\nTiada PKP untuk pulang beraya pada tahun ini.Saya ulangi jaminan, kerajaan tidak akan menutup negara kita sebaliknya jika ada kes di sesuatu lokaliti meningkat, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). pic.twitter.com/pgXKEzWUH8\u2014 Ismail Sabri (@IsmailSabri60) January 23, 2022\n\n\u201cSudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.\n\u201cPergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD. Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang,\u201d katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera di Pejabat Kemas Bera di sini.\n\nBaca juga: \nCara Buat QR Code MySejahtera Untuk Majlis Kenduri / KedaiMySejahtera: Cara Daftar QR Code & Check-In Untuk Ahli Keluarga\nDalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibentang dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan turut dihadiri wakil parti-parti pembangkang.\nBeliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan SOP itu secara terperinci, kerana keutamaan adalah untuk mengelakkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 akibat PRN itu, selain turut mengambil kira jumlah kes baharu yang kembali mencecah 4,000 kes sejak beberapa hari lepas.\n\u201cKita tidak boleh selesa dan perlu terus membendung (penularan COVID-19) walaupun kita mengatakan perlu hidup dengan COVID-19 pada masa depan. Kita mengharapkan supaya kes terus menurun sehingga bawah 1,000 supaya kita boleh mengumumkan Malaysia sebagai endemik, bukan lagi pandemik.\n\u201cKita serahkan kepada KKM untuk menentukan SOP secara terperinci dan saya boleh memanggil mesyuarat sidang khas MKN untuk membincangkannya,\u201d kata Ismail Sabri.\nSumber: Bernama, Twitter DS Ismail Sabri\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-guru-kafa-kedah/", "title": "Jawatan Kosong Guru KAFA Kedah (Bagi Pengambilan 2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJawatan Kosong Guru Kafa Negeri Kedah bagi pengambilan tahun 2022 telah dibuka dari 26 September 2021 sehingga 05 Oktober 2021 (Jam 05.00 PM).\nBerikut adalah syarat-syarat dan cara permohonan bagi anda yang berminat.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Kedah\n\n \nDokumen Yang Diperlukan\n\n \nCara Permohonan Jawatan Kosong Guru Kafa Kedah\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSyarat Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Kedah\nWarganegara Malaysia;Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu;Kepujian Pendidikan Islam ATAU kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; danLulus Bahasa Arab atau yang setaraf dengannyaTinggal dan bermastautin di Negeri Kedah.Permohonan yang tidak memenuhi syarat di atas akan ditolak.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nGambar berukuran pasport (softcopy).Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (softcopy).Rakaman video bacaan al-Quran (Format video)Rakaman hendaklah berdurasi tidak melebihi 2 minit dan saiz video tidak melebihi 100mb.Rakaman menggunakan resolusi yang rendah atau sesuai.Sekiranya saiz video melebihi 100mb, proses pemampatan (compress) perlu dibuat.Kaedah pemampatan (compress) boleh menggunakan aplikasi secara muat turun atau dalam talian (online).Rakaman video hendaklah jelas suara bacaan dan memaparkan separuh badan termasuk muka.Sila pilih salah satu surah di bawah untuk rakaman video:a) Surah Toha (\u0637\u0647) ayat 1 hingga 12b) Surah At-Taubah ayat 1 hingga 4c) Surah As-Syura ayat 1 hingga 7d) Surah Al-Qasas ayat 1 hingga 6e) Surah Al-Hujurat ayat 1 hingga 5\nBaca juga: \nKerja Kosong UiTM Terkini 2021 (Jawatan Akademik & Pentadbiran)myPDPP: Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 (One-Off) Tanpa Ikhtisas\nCara Permohonan Jawatan Kosong Guru Kafa Kedah\nPermohonan boleh dibuat secara online, calon-calon boleh memohon dengan mengisi borang yang disediakan di pautan berikut:\n http://bit.ly/gurukafakedah\nPanduan Permohonan\n1. Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap.2. Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.3. Pemohon yang menghantar melebihi satu permohonan akan ditolak.4. Pemohon yang terpilih untuk temuduga akan dihubungi melalui telefon atau mesej pesanan ringkas (SMS).6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Oktober 2021 (Selasa) jam 5.00 petang.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://bit.ly/gurukafakedah atau hubungi saluran berikut:\nBahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Amanjaik.gov.my\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pajsk-kpm/", "title": "PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPortal PAJSK diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan satu platform pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. \nDengan keseragaman ini, akan mengelakkan ketaksamarataan di dalam pemberian markah kepada para pelajar.\nPentaksiran ini memainkan peranan penting kepada murid kerana ia membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA), serta IPTA atau universiti awam dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPanduan Pemarkahan / Format PAJSK Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah\n\n \n1. Ujian SEGAK\n\n \nUjian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Malaysia (SEGAK)\n\n \n2. Kokurikulum\n\n \n3. Ekstra Kurikulum\n\n \nLogin PAJSK Online KPM & Semakan Markah\n\n \nGaris Panduan\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang PAJSK Online\n\n\nPanduan Pemarkahan / Format PAJSK Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah\nBagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya.\nKeputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average). \nTempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.\nTerdapat 3 komponen utama yang ditaksir dalam PAJSK iaitu SEGAK, Kokurikulum, dan Ekstra Kurikulum.\n\n1. Ujian SEGAK\nSEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. \n\n\n\n\n\n\nKomponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah. \nUjian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos. \nUjian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Malaysia (SEGAK)\n\nSumber : Kementerian Pendidikan Malaysia\n2. Kokurikulum\nMesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mei 2005 telah memutuskan, setiap murid wajib mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut: \n\nKelab/Persatuan \nPasukan Badan Beruniform; \nSukan/Permainan Mesyuarat \n\nSyarat merit 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) juga turut ditetapkan. \nBagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan 6 elemen. \n Pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut: \n\nPenglibatan (50 markah)\nPenyertaan (40 markah)\nPrestasi (20 markah)\n\n3. Ekstra Kurikulum\nEkstra kurikulum merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji. \nMarkah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum sama ada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform atau Sukan/Permainan. \nHanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu 4 elemen seperti berikut: \n\nPerkhidmatan\nAnugerah Khas\nKhidmat Masyarakat\nNILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)\n\nLogin PAJSK Online KPM & Semakan Markah\nUntuk login ke\u00a0Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum\u00a0ini bagi membuat semakan markah kokurikulum atau mengemaskini data baru anda hanya perlu ke login dibawah.\nhttps://pajsk.moe.gov.my/index.php\nPengiktirafan program-program peringkat\u00a0KEBANGSAAN\u00a0dan\u00a0ANTARABANGSA\u00a0boleh dirujuk melalui pautan\u00a0https://bit.ly/iktirafpajsk\nBagi pengiktirafan program peringkat NEGERI/DAERAH, boleh dirujuk melalui Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.\nBagi sekolah swasta yang belum berdaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), mohon berhubung dengan Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri. (Sekolah swasta yang menggunakan KURIKULUM KEBANGSAAN sahaja)\nMohon pengguna (JPN, PPD, guru sekolah rendah dan sekolah menengah untuk masukkan kata laluan sementara\u00a0(Pajsk2022)\u00a0dan buat pengemaskinian kepada kata laluan yang baharu.\u00a0 Sila masukkan kata laluan\u00a0Pajsk2022\u00a0sebagai kata laluan lama.\nGRED CGPA 10% TAHAP\nA : 80 \u2013 100 8 -10 Cemerlang\nB : 60 \u2013 79.9 6 \u2013 7.99 Kepujian\nC : 40 \u2013 59.9 4 \u2013 5.99 Baik\nD : 20 \u2013 39.9 2 \u2013 3.99 Kurang Memuaskan\nE : 0 \u2013 19.9 0 \u2013 1.99 Tidak Memuaskan\nGaris Panduan\nKeputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (GPA) dan Himpunan Prestasi Sepanjang Tempoh Persekolahan (CGPA). \nBorang dan lampiran disertakan di laman web rasmi PAJSK atau boleh terus dimuat turun di bawah\n\nGARIS PANDUAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH (PAJSK \u2013 SM) \nGARIS PANDUAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH (PAJSK \u2013 SR) \n\n\nMaklumat Lanjut Tentang PAJSK Online\nSebarang info lanjut berkaitan pentaksiran ini boleh didapati dari laman web rasmi PAJSK:\nhttps://pajsk.moe.gov.my/index.php\nSebarang aduan/pertanyaan berkenaan sistem boleh dipanjangkan ke\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-pahang-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG KE UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN BAGI TAHUN 2022\nTawaran biasiswa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak Pahang. \nKerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini menawarkan BKMB, biasiswa yang paling berprestij di negeri ini juga SPC YP untuk pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang biasiswa ini bagi calon yang berminat untuk memohon.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBiasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2022\n\n \nA. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nB. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nCara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang\n\n\nBiasiswa Pendidikan Yayasan Pahang 2022\nYayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon\u00a0 yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang\u00a0diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang DILULUSKAN OLEH YP.\n\n\n\n\n\n\nA. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)\nBiasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). \nBiasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu keperingkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlanganakademik dan kokurikulum. \nBiasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.\nSyarat Kelayakan\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2021 seperti berikut:-(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas(b) Calon STPM : 4 Prinsipal AMemohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.Mempunyai taraf kesihatan yang baik.\nSumber: https://www.yp.org.my/program-bantuan-pendidikan/biasiswa-kecemerlangan-menteri-besar-pahang/\nB. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)\nSkim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkankepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nDi bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP):\na) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nPelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam. \nPada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2022 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.\nb) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda(FIA \u2013 ACCA)\nProgram ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.\nPermohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju.\nSyarat Kelayakan\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-(a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan diNegeri Pahang Darul Makmur.(b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukanWarganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalamkegiatan kokurikulum.Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 denganmendapat keputusan A bagi semua matapelajaranyang diambil.Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.Mempunyai taraf kesihatan yang baik.\nSila layari laman web Yayasan Pahang\u00a0www.yp.org.my\u00a0untuk syarat, kriteria dan maklumat seterusnya. \nSumber: https://www.yp.org.my/program-bantuan-pendidikan/skim-pelajar-cemerlang-yp-spc/\nBaca juga: \nCara Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPMTawaran Biasiswa Penuh Tajaan FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021\nTempoh Permohonan\nPermohonan dibuka mulai hari ini, 16 Jun 2022 hingga 8 Julai 2022.\nCara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang\nPermohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian sertadokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon Biasiswa IPT atau di pautan :sispen.yp.org.my/bispen\nSebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:\nYAYASAN PAHANGKompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,Pahang Darul MakmurTel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888(Zakiah bt. Saleh/Noorasziana bt. Abd Rahman)Email: [email\u00a0protected] \u2022 [email\u00a0protected]\nMaklumat Lanjut : http://www.yp.org.my/yp2016/index.php/my/berita/pengumuman/504-bkmb-spc\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pendidikan-muis/", "title": "Bantuan Pendidikan MUIS Untuk Pelajar Negeri Sabah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa tawaran Bantuan Pendidikan MUIS untuk pelajar Sabah kini dibuka bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam negara.\nMajlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kini membuka permohonan bagi membantu pembiayaan pelajar dalam pembelian tiket penerbangan sehala serta yuran pendaftaran awal.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPeringkat Pengajian Yang Layak Memohon\n\n \nSyarat Umum Bantuan Pendidikan MUIS\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPeringkat Pengajian Yang Layak Memohon\nPeringkat pengajian yang layak untuk menerima bantuan adalah :\nSijilAsasiDiplomaIjazah Sarjana Muda\nBaca Juga : Bantuan Am Persekolahan MAIWP Untuk Pelajar Tingkatan 6\n\nSyarat Umum Bantuan Pendidikan MUIS \nPelajar yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat umum seperti berikut :\nPelajar merupakan penduduk asal Negeri Sabah.Pelajar merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin tetap.Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.\nCara Memohon\nPemohon boleh lakukan permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.Klik bahagian Log Masuk.Klik bahagian \u2018Daftar Sekarang.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Pengesahan.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Buat pendaftaran sehingga tamat.Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email\u00a0[email\u00a0protected].\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS, sila hubungi 088-279 206/179.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-sultan-ismail-petra/", "title": "Dermasiswa Sultan Ismail Petra (Bantuan Melanjutkan Pelajaran Luar Negara)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Dermasiswa Sultan Ismail Petra akan dibuka tidak lama lagi.\nTerdahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara, program ini merupakan satu bentuk bantuan kewangan bagi membantu anak-anak Kelantan melanjutkan pengajian di beberapa institusi Pengajian Tinggi Luar Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutama bidang Pengajian Islam.\nBantuan pengajian berbentuk Dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar.\nDermasiswa ini juga dikhususkan kepada pelajar luar negara dan setahun sekali sahaja.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Bagi Pelajar Malaysia 2023\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra\n\n \nSyarat-Syarat Umum\n\n \nCara Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra\nPermohonan untuk tahun 2023 akan dibuka pada 1 Januari 2023 secara atas talian.\nSyarat-Syarat Umum\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\n1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.\n\n\n\n\n\n\n2. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.\n3. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.\n4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.\n5. Jumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja (sebulan)\n\nSyarat Khusus Calon\nPemohon Tahun Pertama\nLayak memohon berdasarkan surat tawaran.\nPemohon Tahun Kedua dan Ke Atas\n1. Mesir \u2013 Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun berikut\n2. Lain-lain negara \u2013 minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya\nSyarat Tambahan\n1. Maksimum bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.\n2. Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab (lughah), maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian\nBidang Pengajian\nBerdasarkan surat tawaran dan surat pengesahan pengajian terkini\nTempat Pengajian\n1. Mesir (1+4 tahun) : *1 tahun bagi pengajian di Markaz Lughah\n2.Lain-Lain Negara : berdasarkan surat tawaran\nCara Permohonan\nCalon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian di pautan http://eagihan.e-maik.my/\nDokumen Yang Diperlukan\nPemohon juga diminta untuk kemukakan bersama senarai dokumen yang diperlukan seperti berikut :\n1. Salinan kad pengenalan atau surat beranak pemohon,penjaga dan tanggungan\n2. Salinan penyata gaji/pendapatan terakhir/ penyata pencen (sekiranya ada)/surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak bekerja/bekerja sendiri) ibubapa/ penjaga/pasangan penjaga\n3. Salinan surat pengesahan pengajian terkini\n4. Salinan passport pemohon\n5. Salinan akaun bank\n6. Salinan keputusan peperiksaan terakhir\n7. Surat sokongan/ pengesahan daripada Pegawai Kedutaan / Atase\n8. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Dermasiswa Sultan Ismail Petra, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan di talian 09-7421519 atau hantarkan e-mel ke alamat : [email\u00a0protected].\n"]} {"url": "https://ecentral.my/nafkah-isteri-anak/", "title": "Senarai Nafkah Wajib Suami Untuk Isteri & Anak-anak (JAKIM)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDi zaman moden ini, ramai wanita sudah bekerja dan tidak lagi mengharapkan wang dari suami. Namun begitu, penting untuk kita faham bahawa dalam sesebuah rumahtangga, nafkah adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh suami kepada isteri.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentangnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Itu Nafkah?\n\n \nNafkah Wajib Suami Kepada Isteri / Tanggungan / Anak-anak\n\n \nNafkah Isteri Selepas Penceraian\n\n \nPerkara Yang Boleh Dituntut Oleh Isteri Selepas Bercerai\n\n \nBilakah Mahkamah Boleh Mengeluarkan Perintah Nafkah Bagi Isteri & Anak?\n\n \nJumlah Nafkah Yang Ditetapkan\n\n \nBilakah Kegagalan Menunaikan Nafkah Dikira Sebagai Hutang?\n\n \nDokumen Tuntutan Nafkah\n\n \nPenutup\n\n\nApakah Itu Nafkah?\nNafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang- orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan.\nSebab-sebab yang mewajibkan nafkah atas seseorang adalah seperti yang berikut: \n\nperkahwinan; \nketurunan; \nkanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga (contoh: anak angkat).\n\nNafkah Wajib Suami Kepada Isteri / Tanggungan / Anak-anak\nMenurut JAKIM, para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri, anak-anak, atau sesiapa yang berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti:\n\nMakanan\nBarang-barang dapur\nPakaian\nTempat tinggal\nAlat-alat untuk membersihkan diri\nPembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).(Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/542)\n\n\nDari segi guaman pula, jenis-jenis nafkah adalah seperti yang berikut: \n\nnafkah isteri \u2013 semasa perkahwinan; \nnafkah idah; \nnafkah anak\n\nNafkah Isteri Selepas Penceraian\nIslam menekankan tanggungjawab suami dalam memberi nafkah terhadap isteri bukan sahaja sepanjang tempoh perkahwinan, bahkan pensyariatan ini berjalan dan dilaksanakan selepas terjadinya perceraian. \nJusteru, hak nafkah terhadap isteri yang diceraikan adalah bergantung kepada kedudukan idah dalam sesuatu talak itu sendiri, iaitu sama ada idah talak raj\u2019i, idah talak ba\u2019in atau idah kematian suami.\nPemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.\ni) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:\n\n\n\n\n\n\n\nMenyediakan makanan yang sepatutnya.\nMenyediakan pakaian yang sepatutnya.\nMenyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.\nMenyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.\n\nii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.\niii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.\nPemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.\nPerkara Yang Boleh Dituntut Oleh Isteri Selepas Bercerai\nMenurut sumber, berikut adalah Perkara-perkara Yang Boleh Dituntut Di Mahkamah Syariah Selepas Perceraian Adalah Seperti Berikut :\u00a0\n1. Nafkah Edah\nNafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj\u2019ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.\n2. Mut\u2019ah\niaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut\u2019ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut\u2019ah tersebut.\n3. Harta Sepencarian\nHarta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.\n4. Tunggakan Nafkah\nTunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.\n5. Tunggakan Nafkah Anak\nTunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.\n6. Hak Jagaan Anak Hadhanah\nBermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).\nBagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.\n7. Nafkah anak\nIni termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.\n8. Hak Tempat Tinggal\nSeseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.\nBilakah Mahkamah Boleh Mengeluarkan Perintah Nafkah Bagi Isteri & Anak?\nMahkamah boleh, pada bila-bila masa, memerintahkan seseorang bapa untuk membayar nafkah anaknya \n\njika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah dengan munasabah bagi anak dan/atau isterinya; \njika dia telah meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya itu adalah dalam penjagaan isterinya; \ndalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan hal ehwal suami isteri di mahkamah; atau \napabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.\n\nJumlah Nafkah Yang Ditetapkan\nJumlah nafkah yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri atau bapa kepada anak adalah bergantung kepada faktor berikut: \n\npendapatan dan tanggungan Pihak Yang Kena Tuntut; \nkeperluan isteri dan anak-anak; \numur anak-anak.\n\nPada umumnya, perintah nafkah anak berkuat kuasa sehingga usia anak 18 tahun atau sehingga dibenarkan oleh Mahkamah. Bagi anak perempuan, perintah nafkah tersebut berkuat kuasa selagi belum berkahwin.\nBilakah Kegagalan Menunaikan Nafkah Dikira Sebagai Hutang?\nNafkah isteri dikira sebagai hutang apabila tidak dibayar bermula dari kewajipan membayar nafkah. \nNafkah anak dikira hutang selepas adanya perintah Mahkamah.\nDokumen Tuntutan Nafkah\nApakah dokumen yang diperlukan apabila membuat tuntutan nafkah di Jabatan Bantuan Guaman?\nSetiap permohonan untuk mendapatkan khidmat Jabatan Bantuan Guaman perlu mengemukakan dokumen yang berikut: \n\nkad pengenalan; \nsurat rujuk; \nsijil perakuan nikah; \nsijil kelahiran; \nsurat perakuan cerai; \nsurat perakuan anak angkat (jika berkaitan); \ndokumen lain yang berkaitan (jika ada); \npenyata gaji atau bukti pendapatan; \nnama/alamat/pekerjaan suami/isteri; \nnama/alamat majikan suami/isteri; \npenyata gaji, penyata cukai, akaun bank dan sebagainya.\n\n\nSumber: Jabatan Bantuan Guaman\nBaca juga: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online\nPenutup\nTerdapat dua saluran bantuan guaman di Malaysia:\n1) Dikelolakan oleh Kerajaan melalui Jabatan Bantuan Guaman Malaysia sebagaimana berikut:\nhttps://jbg.gov.my/\u2026/info-jbg/senarai-pengarah-cawangan\n2) Dikelolakan oleh Majlis Peguam Malaysia melalui Pusat Bantuan Guaman sebagaimana berikut:\nhttps://www.malaysianbar.org.my/\u2026/find-legal-aid-centres\nJangan sesekali meninggalkan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.\nPimpinlah keluarga kita dengan penuh amanah dan tanggungjawab.\nSila rujuk laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut:\n\neSyariah\nJabatan Kehakiman Syariah Malaysia\nPejabat Mufti Wilayah Persekutuan\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/muet-on-demand/", "title": "MUET On Demand (MoD) 2022: Daftar / Semakan Keputusan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMuet On Demand (MoD) 2022 \nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM), kini menawarkan Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang mula diperkenalkan bermula bulan April 2018.\nBerikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET_on Demand (MoD) buat panduan pelajar.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MUET On Demand (MoD)?\n\n \nMUET on DEMAND (MoD) Ogos 2022\n\n \nPendaftaran & Yuran Ujian / Bayaran\n\n \nKalendar Muet On Demand (MoD) 2022\n\n \nFormat Peperiksaan\n\n \nSemakan Keputusan Muet On Demand (MoD) 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah MUET On Demand (MoD)?\nMUET biasa diadakan 3 sesi setahun \u2013 Sesi 1,2, dan 3.\nManakala MoD ditawarkan setiap bulan- rujuk kalendar MoD di portal MPM.\n\n\n\n\n\n\nPenawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.\n\nMUET on DEMAND (MoD) Ogos 2022\nMulai MoD bulan Ogos 2022, MPM menawarkan kertas 800/2 Speaking secara dalam talian.\nCalon yang berminat untuk menduduki kertas 800/2 Speaking secara dalam talian boleh memilih semasa proses pendaftaran di pautan berikut: http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register\nSila rujuk spesifikasi dan video ilustrasi yang disediakan di pautan yang berikut: https://www.mpm.edu.my/mod/guide-for-muet-speaking-online-test\n\n\n\nSebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email\u00a0protected] atau hubungi 03-6126 1634 / 1745\nPendaftaran & Yuran Ujian / Bayaran\nYuran peperiksaan adalah sebanyak\u00a0RM250 untuk setiap ujian.Pendaftaran MoD dalam talian dan calon boleh memilih tarikh serta tempat ujian yang disediakan.Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.\nBaca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online\nKalendar Muet On Demand (MoD) 2022\nBerikut dikongsikan Jadual Waktu terkini dan Kalendar MoD untuk makluman calon-calon yang ingin mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan.\nJadual_Waktu_MoD_Tahun_2022_MUET_J41_03012022_latestDownload\n\nKalendar MoD 2022\n\nFormat Peperiksaan\nSila rujuk lampiran di bawah untuk mengetahui format terkini, peraturan dan contoh sampel soalan MUET.\nPERATURAN & SPESIFIKASI UJIAN MUET (DIKEMASKINI 27 JANUARI 2021)\nUPDATED__MUET_Regulations_and_Test_SpecificationsDownload\nSAMPEL SOALAN MUET (DIKEMASKINI 27 JANUARI 2021)\nSAMPLE_QUESTIONS-muet-2022Download\nSemakan Keputusan Muet On Demand (MoD) 2022 \nSemakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/\nSemakan Keputusan MoD\nMaklumat Lanjut \nUntuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia atau terus ke pautan pendaftaran yang berikut: http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register\natau\nhubungi talian 03-6126 1600 atau e-mel ke [email\u00a0protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.\nBaca juga: Pendaftaran MUET 2022 & Jadual Tarikh Peperiksaan Terkini\n"]} {"url": "https://ecentral.my/iphone-14/", "title": "Iphone 14: Harga Terkini dan Spesifikasi Model", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi peminat iPhone, pengumuman mengenai model telefon pintar keluaran Apple yang diberi nama Iphone 14 ini pastinya sesuatu yang mengujakan mereka.\nSudah tentulah peminat iPhone akan melihat terlebih dahulu harga dan spesifikasi model keluaran terbaru ini dan mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak untuk membelinya.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nVarian\n\n \nSpesifikasi\n\n \n1. iPhone 14\n\n \n2. iPhone 14 Plus\n\n \nHarga Terkini iPhone 14 Di Malaysia\n\n\nVarian\nUntuk model terbaru ini, Apple menjualnya dalam 2 varian seperti yang berikut:\niPhone 14iPhone 14 Plus\nSudah tentulah terdapat sedikit perbezaan daripada segi spesiffikasi dan harga bagi kedua-dua varian ini.\nTeruskan bacaan untuk mengetahui perbezaan antara kedua-dua varian telefon pintar ini sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan telefon pintar model terbaru keluaran Apple ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSpesifikasi\n1. iPhone 14\nVarian ini dikuasakan oleh pemproses CPU Apple A15 Bionic (5 nm) dengan 128GB, 4GB RAM, NVMe. \nPeranti ini juga mempunyai paparan Super Retina XDR OLED (1170 x 2532 piksel, 460 ppi) 6.1 inci.\nIa mempunyai Dwi: 12 MP, f/1.5, 26mm (lebar), 1/1.7\u2033, 1.9\u00b5m, dwi piksel PDAF, anjakan sensor OIS + kamera belakang 12MP dan menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, 4G LTE dan 5G. \nIa didatangkan dengan bateri Li-Ion 3279 mAh yang tidak boleh ditanggalkan tanggal (12.68 Wh) pada ketebalan peranti 7.8mm dan berat 172g, berjalan pada iOS 16.\nHarga bagi varian ini di pasaran Malaysia bermula dari RM4099. \nIa boleh didapati dalam warna Midnight, Purple, Starlight, Blue, Red.\n2. iPhone 14 Plus\nVaria ini dikuasakan oleh pemproses CPU Apple A15 Bionic (5 nm) dengan 128GB, 4GB RAM, NVMe.\nPeranti ini juga mempunyai paparan Super Retina XDR OLED (1284 x 2778 piksel, 458 ppi) 6.7 inci. \nIa mempunyai Dwi: 12 MP, f/1.5, 26mm (lebar), 1/1.7\u2033, 1.9\u00b5m, dwi piksel PDAF, anjakan sensor OIS + kamera belakang 12MP dan menyokong Wifi, Bluetooth, NFC, GPS, 4G LTE dan 5G.\n Ia didatangkan dengan bateri Li-Ion 4323 mAh yang tidak boleh ditanggalkan (16.68 Wh) pada ketebalan peranti 7.8mm dan berat 203g, berjalan pada iOS 16.\nHarga varian ini di pasaran Malaysia bermula dari RM4499.\n Ia boleh didapati dalam warna Midnight, Purple, Starlight, Blue, Red.\n\nHarga Terkini iPhone 14 Di Malaysia\nIphone 14 6\u20191inci\n128gb \u2013 RM4199256gb \u2013 RM4699512gb \u2013 RM5699\nIphone 14 plus 6\u20197inci\n128gb \u2013 RM4699256gb \u2013 RM5199512gb \u2013 RM6199\nIphone 14 pro 6\u20191inci\n128gb \u2013 RM5299256gb \u2013 RM5799512gb \u2013 RM67991tb \u2013 RM7799\nIphone 14 pro max 6\u20197inci\n128gb \u2013 RM5799256gb \u2013 RM6299512gb \u2013 RM72991tb \u2013 RM8299\nUntuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut tentang iPhone dan produk-produk Apple, sila layari laman web rasmi Apple di pautan https://www.apple.com/my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hadiah-hari-jadi/", "title": "12 Idea Hadiah Hari Jadi Yang Eksklusif Untuk Lelaki & Perempuan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nHari jadi adalah merupakan hari yang istimewa untuk setiap individu. Oleh itu, memilih hadiah hari jadi yang terbaik untuk insan yang dikasihi adalah sangat penting bagi menunjukkan kasih sayang dan juga penghargaan pada hari kelahiran mereka.\u00a0\nUntuk memberikan hadiah hari jadi yang terbaik, anda haruslah mengetahui serba-sedikit mengenai personaliti atau, cuba perhatikan apa yang disukai dan tidak disukai oleh individu tersebut. Dengan itu, ia boleh membantu anda untuk memberikan hadiah hari jadi yang benar-benar disukai serta berguna untuk si penerima.\u00a0\n\nTerdapat macam-macam pilihan hadiah yang ada di pasaran, bermula daripada harga yang rendah sehinggalah tak tercapai dek akal. Ada yang boleh diperibadikan (personalized), ada yang sudah siap sedia (ready-mate) dan sebagainya. Ini menyebabkan pemilihan hadiah menjadi semakin memeningkan.\u00a0 \nJadi, untuk memudahkan anda, berikut kami kongsikan 12 idea hari jadi yang eksklusif untuk lelaki dan perempuan.\u00a0 Jangan khuatir, semua item tersebut boleh didapatkan di Shopee.\u00a0\nJom semak!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n12 Idea Hadiah Hari Jadi Yang Eksklusif\n\n \nHadiah Hari Jadi Untuk Perempuan\n\n \n1. Bunga Hiasan\n\n \n2. Beg Tangan Berjenama\n\n \n3. Set Hadiah Spa\n\n \n4. Lampu Meja 3D LED (3D Light Table Lamp Night LED)\n\n \n5. Patung (Soft Cute Plushie)\n\n \n6. Set penjagaan rambut\n\n \nHadiah Hari Jadi Untuk Lelaki\n\n \n1. Vakum Tangan (Hand Vacuum)\n\n \n2. Set Perapi Janggut (Beard Grooming Set)\n\n \n3. Beg Gym\n\n \n4. Penggantung Kunci Anti-Lost Tracker\n\n \n5. Mini Projector\n\n \n6. Fon Telinga Tanpa Wayar\n\n\n12 Idea Hadiah Hari Jadi Yang Eksklusif\u00a0\nHadiah Hari Jadi Untuk Perempuan\n1. Bunga Hiasan\nBunga adalah merupakan hadiah terbaik buat wanita. Hal ini kerana, kebanyakan wanita sangat menyukai bunga. Namun, apabila anda memberikan bunga yang segar, bunga tersebut akan layu dan akhirnya terpaksa dibuang.\u00a0\nOleh itu, hadiahkanlah bunga hiasan untuk wanita tersayang anda. Selain tidak akan layu, bunga hiasan tersebut juga boleh digunakan untuk menghiasi ruangan di dalam bilik ataupun rumah.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBunga hiasan: https://shopee.com.my/2km.official/7139575787\n2. Beg Tangan Berjenama\nWanita dan beg tangan memang tidak dapat dipisahkan lagi. Anda boleh menghadiahkan sebuah beg tangan yang berjenama sempena hari jadi isteri, ibu, mertua, atau rakan perempuan anda. Anda tidak akan tersilap langkah dengan menghadiahkan beg tangan,\u00a0 mereka pasti akan menyukainya!\nBeg tangan: https://shopee.com.my/polohandbag.os/18301892732\n3. Set Hadiah Spa\nSet hadiah spa ini biasanya terdiri daripada losyen, sabun mandi, garam mandian, krim, lilin pewangi, dan sebagainya. Pokoknya, lengkap untuk mewujudkan spa di rumah. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah harijadi kepada wanita.\u00a0\nSet hadiah spa: https://shopee.com.my/spaluxetique.os/11146502975\n4. Lampu Meja 3D LED (3D Light Table Lamp Night LED)\nLampu meja 3D mempunyai pelbagai bentuk dan jenis yang boleh anda personalized kan khusus untuk dijadikan sebagai hadiah hari jadi. Ia boleh dijadikan sebagai lampu tidur dan juga hiasan di atas meja. Harganya pun sangat berpatutan dan mampu milik.\n3D Light Table Lamp Night LED: https://shopee.com.my/mz_store99/4504616532\n5. Patung (Soft Cute Plushie)\nTerdapat pelbagai pilihan patung ataupun soft cute plushie yang anda boleh dapatkan di Shopee. Dengan kecomelannya dan keempukannya, ia pasti akan menjadi hadiah kegemaran si penerima.\u00a0\nSoft Cute Plushie: https://shopee.com.my/nanawcz/10677179928\n6. Set penjagaan rambut\nRambut adalah mahkota wanita. Ia memerlukan penjagaan rapi sama seperti penjagaan wajah. Untuk membantu memudahkan si penerima, anda boleh hadiahkan set penjagaan rambut yang lengkap dengan shampoo, tonik rambut, serum rambut, minyak dan sebagainya. \nAnda boleh beli satu persatu dan bungku sebagai satu hadiah ataupun, beli satu pakej yang lengkap dengan semua keperluan penjagaan rambut.\u00a0\nSet penjagaan rambut: https://shopee.com.my/yachula/3355975989\nHadiah Hari Jadi Untuk Lelaki\n1. Vakum Tangan (Hand Vacuum)\nVakum tangan adalah merupakan salah satu hadiah yang sangat praktikal dan boleh digunakan untuk membersihkan habuk di kereta ataupun di mana sahaja. Hadiah ini sangat sesuai untuk para lelaki yang pembersih dan rapi.\u00a0\nHand vacuum: https://shopee.com.my/best.diy/17436105307\n2. Set Perapi Janggut (Beard Grooming Set)\nHadiah ini sangat sesuai untuk lelaki yang mempunyai janggut. Sekiranya anda membeli set yang lengkap biasanya ia merangkumi beberapa item khusus untuk merapikan janggut contohnya seperti gunting khas, berus, beard oil, beard balm dan sebagainya.\u00a0\nBeard Grooming Set: https://shopee.com.my/kilangoem/11200910031\n3. Beg Gym\nBeg gym adalah merupakan hadiah yang paling sesuai untuk lelaki yang gemar suka pergi ke gym untuk bersenam. Ia boleh digunakan untuk meletakkan segala barang keperluan seperti baju, botol air, tuala dan sebagainya semasa pergi ke gym.\nBeg gym: https://shopee.com.my/morevision/3510300470\n4. Penggantung Kunci Anti-Lost Tracker\nPenggantung kunci yang mempunyai ciri-ciri anti lost tracker ini sangat bermanfaat untuk lelaki yang mempunyai kunci yang banyak. Jangan ingat perempuan sahaja yang selalu terlupa letak barang dekat mana. Lelaki pun sama sahaja tau.\u00a0\nJadi, penggantung kunci ini sangat berguna untuk mengesan lokasi kunci yang hilang kerana ia dilengkapi dengan penggera yang akan berbunyi apabila dicari menggunakan aplikasi telefon.\u00a0\nPenggantung Kunci Anti-Lost Tracker: https://shopee.com.my/ongpek/9559949183\n5. Mini Projector\nMini projector boleh dijadikan sebagai hadiah yang sangat bermanfaat terutamanya buat lelaki yang suka menonton filem sambil lepak beramai-ramai. Tak perlu habiskan duit di pawagam, pasang sahaja mini projector ini di rumah!\nMini projector: https://shopee.com.my/uniglobalmarketing/7288777589\n6. Fon Telinga Tanpa Wayar\nTerdapat pelbagai jenama dan jenis fon telinga tanpa wayar yang dijual dipasaran. Harganya pun sangat berpatutan dan mampu milik. Kebaikan fon telinga tanpa wayar ini adalah, ia boleh digunakan di mana sahaja sama ada untuk bekerja, beriadah dan sebagainya. Sangat praktikal!\nWireless earphone: https://shopee.com.my/baseus.co/12475590003\nSemoga bermanfaat!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/monsun-timur-laut/", "title": "Monsun Timur Laut 2022 : Tarikh, Persediaan & Keselamatan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2023. \nJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan sepanjang tempoh itu, empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku.\nSumber infografik: BERNAMA\n\u201cHujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.\nSekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n\n\n\n\nSumber kenyataan media oleh MET Malaysia\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRisiko Air Pasang Besar\n\n \nApakah Monsun Timur Laut?\n\n \nTarikh Jangkaan Monsun Timur Laut 2022\n\n \nPanduan Keselamatan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nRisiko Air Pasang Besar\nSementara itu, MetMalaysia turut menjangkakan kejadian air pasang besar berlaku pada 6 hingga 11 November dan 22 hingga 27 November.\nIa disusuli fenomena pada 7 hingga 12 Disember dan 22 hingga 26 Disember serta\u00a06 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.\nSemasa MTL, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.\nSehubungan itu, orang ramai dinasihati bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.\nSumber: Berita RTM\nApakah Monsun Timur Laut?\nAngin Monsun Timur Laut berpunca dari pedalaman benua Asia. \nPada 11 November hingga Mac, pedalaman Asia merupakan kawasan tekanan udara tinggi kerana bermusim sejuk. Benua Australia adalah kawasan bertekanan rendah kerana mengalami musim panas.\nUdara bergerak dari kawasan tekanan tinggi, iaitu pedalaman benua Asia ke kawasan tekanan rendah, iaitu ke benua Australia. Angin ini merentasi Laut China Selatan dan Laut Sulu lalu menurunkan hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sarawak dan pantai timur Sabah. \nTiupan angin monsun timur laut dikenali sebagai \u2018musim tengkujuh\u2019 kerana Laut China Selatan bergelora kesan angin kencang ini. \nPada musim ini kawasan pedalaman Sarawak dan pantai timur Semenanjung Malaysia menerima hujan lebat melebihi 2500 yang boleh menyebabkan banjir hampir setiap tahun di kawasan-kawasan rendah.\n\nTarikh Jangkaan Monsun Timur Laut 2022\nJabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 7 November 2022 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2023. \nBaca juga: \nSenarai Kawasan Berisiko Banjir Di Selangor (November 2022)Cara Semakan Kawasan Banjir & Amaran Terkini11 Barang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana \u2013 MetMalaysia\nPanduan Keselamatan\nDapatkan maklumat cuaca terkini di tempat andaSimpan dokumen penting di tempat yang selamatSediakan peralatan kecemasan dan bekalan air serta makananBersihkan longkang dan parit daripada tersumbatElakkan aktiviti di pesisir pantai dan lautIkut arahan pihak berkuasa\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan amaran terkini dan notifikasi berhubung cuaca setempat di Malaysia, sila rujuk:\nInfo Banjir\u00a0https://publicinfobanjir.water.gov.my\u00a0Laman web METMalaysia : https://www.met.gov.my/Facebook Malaysian Meteorological Department\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ufirst-perodua/", "title": "UFirst Perodua: Cara Daftar & Semakan Temujanji Servis Kereta", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pelanggan sedia ada Perodua, mungkin anda pernah dengar mengenai UFirst terutama sekiranya anda membeli kereta Perodua yang baharu.\nSecara ringkasnya, UFirst merupakan program kesetiaan Perodua dalam usaha syarikat ini menghargai para pelanggannya dan memudahkan urusan penjagaan kereta mereka.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Ufirst Perodua?\n\n \nKelebihan\n\n \nLangkah Pengaktifan Ufirst Perodua\n\n \nMuat Turun Aplikasi\n\n \nCara buat E-Appointment Servis Kereta\n\n\nApakah Ufirst Perodua?\nUfirst adalah aplikasi untuk mengetahui jumlah poin yang terkumpul, pemberitahuan tawaran untuk para pengguna, tip pemotoran, kemudahan membuat temujanji servis , rekod servis dan panggilan telefon untuk bantuan atas jalan yang ditawarkan.\n\n\n\n\n\n\nUFirst terbuka untuk semua pengguna berusia 18 tahun ke atas, tidak kira sama ada pemilik kenderaan Perodua atau tidak.\nSetiap kemudahan tersebut, pengguna boleh mendapatkan mata ganjaran yang dikenali juga sebagai \u201d Ukoin\u201d. Pelbagai tawaran yang boleh anda tebus hanya melalui aplikasi Ufirst.\n\nKelebihan\nBagi pengguna Perodua yang telah mengaktifkan akaun mereka dalam program UFirst, mereka boleh menikmati manfaat-manfaat dan kelebihan-kelebihan berikut:\n\nTempahan kereta baru Perodua\nTempahan Pandu Uji (Test Drive)\nE-Appointment \u2013 Tempahan servis kereta secara dalam talian\nPeringatan penghantara kereta anda untuk diservis\nSejarah perkhidmatan servis\nPembaharuan insurans\nBantuan towing kenderaan\nPencarian pusat servis dan jualan Perodua\nGanjaran dan Penebusan\n\nArtikel berkaitan: Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini\n\n\nLangkah Pengaktifan Ufirst Perodua\nTerlebih dahulu, anda perlu mengaktifkan akaun UFirst anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLog masuk di Ufirst.com.my\nKlik Login / Sign Up\nMasukkan Nombor Kad Pengenalan / Passport anda di Login ID\nUntuk kata laluan, masukkan nombor pendaftaran kereta anda\nKlik Login\nKlik pada \u201cTo To MyPassport\u201d\nSeterusnya, pada paparan PDPA dan Terma &Syarat, klik pada butang \u201cAgreen and Proceed\u201d\nMasukkan kata laluan yang baru dan tekan \u2018Submit\u2019\n\nUntuk mengemaskini maklumat anda, tekan di \u2018Edit Profile\u2019 dan kemudian klik \u2018Save Changes\u2019 untuk mengemaskini maklumat anda\nMuat Turun Aplikasi \nUntuk memudahkan pengguna, anda juga boleh memuat turun aplikasi UFirst secara percuma terus ke peranti mudah alih anda.\nKlik pada salah satu pautan di bawah untuk memuat turun dan memasang aplikasi:\n\nGoogle Play (Android)\nApp Store (iOS)\nAppGallery (Huawei)\n\nPastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari sumber yang sahih sahaja untuk mengelakkan peranti anda digodam oleh perasian hasad.\nCara buat E-Appointment Servis Kereta\nMenerusi UFirst juga, anda boleh membuat tempahan tarikh dan masa perkhidmatan servis kereta anda.\nUntuk membuat tempahan servis kereta melalui fungsi e-Appointment, ikuti langkah-langkah di bawah:\n\nBuka aplikasi UFirst anda\nKlik \u2018E-Appointment\u2019 pada menu di halaman utama\nKlik tab \u2018My Cars\u2019, klik pada butang \u2018Add Car\u2019 sekiranya anda baru pertama kali menggunakan fungsi ini atau pilih kereta anda yang sudah didaftarkan\nKlik pada \u2018E-Appointmen\u2019\nKlik butang \u2018Book Now\u2019\nKemudian pilih perkara-perkara berikut:\n\nPreferred Outlet \u2013 Lokasi pusat servis kereta Perodua\nJob type \u2013 Periodical Service / Other Service\nCar Mileage\n\n\nKlik butang \u2018Next\u2019\nPilih tarikh dan masa\nKlik \u2018Next\u2019 sehingga slot servis anda diuktamadkan\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tawaran-bekerja-sambil-belajar-di-daikin-malaysia-untuk-lepasan-spm/", "title": "Tawaran Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia Untuk Lepasan SPM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTawaran Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan kini Daikin Malaysia membuka peluang kepada lepasan SPM untuk sertai program bekerja sambil belajar bagi yang berminat untuk ceburkan diri dalam bidang automasi.\nMenerusi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), peserta berpeluang untuk turut serta dalam program bidang Automasi Industri, MC-091-3-2016 (Akreditasi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia).\nBaca Juga : MyFutureJobs : Daftar & Login Portal Pekerjaan Negara 2022\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nButiran Program SLDN\n\n \nSyarat Kemasukan Program Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia\n\n \nCara Mohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nButiran Program SLDN\nButiran program SLDN anjuran Daikin Malaysia adalah seperti berikut :\n\n\n\n\n\n\nProgram kerja sambil belajar yang ditaja sepenuhnyaKursus SLDN Automasi IndustriSijil SKM Tahap 2 dan Tahap 3 yang diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)Purata gaji bulanan RM 1,500 termasuk OT, elaun makan dan elaun shiftKelayakan cuti tahunanRM 2,000 insentif tamat program selepas tamat sijil SKM Tahap 3 * Tertakluk kepada terma dan syarat.\nSyarat Kemasukan Program Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia\nBerikut merupakan syarat-syarat yang perlu ditepati oleh pemohon untuk sertai program ini :\nBerkelulusan SPM dengan syarat wajib lulus 4 mata pelajaran iaiti Bahasa Melayu, Sejarah dan lulus sama ata subjek Matematik/Sains)Calon berusia antara 18 hingga 25 tahun \u00a0Mempunyai rekod disiplin yang bersihBerminat untuk lanjutkan pelajaran dan bekerjaKomited untuk sempurna program yang berlangsung selama 24 bulanBerminat dengan mesin dan elektronikSihat tubuh badan\nCara Mohon\nPemohon yang berkelayakan boleh lakukan pendaftaran secara atas talian sebelum 15 April\u00a0 melalui pautan berikut :\nBorang Permohonan Kemasukan ke Program SLDN Daikin Tahun 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program bekerja sambil belajar di Daikin, sila hubungi pihak Daikin melalui salah satu saluran berikut :\nNorazlin\nEmel : [email\u00a0protected]\nTelefon : 03-61458635\nAsraf\nEmel : [email\u00a0protected]\nTelefon : 03-61458623\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-hantaran-tunang/", "title": "8 Idea Barang Hantaran Tunang Yang Simple Tetapi Menarik!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang keliru mengenai perbezaan antara barang hantaran tunang dan hantaran kahwin. \nUntuk pengetahuan anda, barang hantaran tunang biasanya diberikan untuk persiapan hari pernikahan manakala, hantaran kahwin adalah hadiah untuk selepas perkahwinan dan dilengkapi dengan mas kahwin serta barang kemas untuk membatalkan air sembahyang.\u00a0\nJumlah dulang hantaran tunang adalah bergantung kepada kemampuan dan kehendak keluarga masing-masing. \n\nAda juga yang mengatakan bahawa semasa bertunang, hantaran yang perlu hanyalah manisan dan sepersalinan baju atau pakaian sahaja. Apapun, semuanya terserah kepada perbincangan keluarga anda dan pasangan.\u00a0\nBerikut adalah senarai idea barang hantaran tunang yang simple tetapi menarik yang anda boleh jadikan rujukan untuk hari pertunangan anda. Mari baca!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Contoh Barang Hantaran Tunang\n\n \n1. Cincin Tunang\n\n \n2. Sirih Junjung\n\n \n3. Sepersalinan pakaian (Kain ela)\n\n \n4. Sejadah Gebu\n\n \n5. Al-Quran dan terjemahannya\n\n \n6. Rehal\n\n \n7. Set telekung\n\n \n8. Set Coklat & Gula-gula\n\n \nKesimpulan\n\n\nSenarai Contoh Barang Hantaran Tunang\u00a0\n\n1. Cincin Tunang\nCincin adalah salah satu item yang wajib dibawa untuk sesi pertunangan. Anda boleh beli di kedai emas ataupun beli secara online, contohnya di Habib Official Store yang ada di Shopee. Jika anda bercadang untuk membeli cincin secara dalam talian, pastikan anda mengetahui cara untuk mengukur saiz cincin.\u00a0\nSekiranya merisik disekalikan dengan majlis pertunangan, pihak lelaki boleh membawa dua cincin. Satu cincin untuk merisik dan satu lagi cincin untuk bertunang. Mengikut adat, cincin merisik lebih kecil berbanding cincin bertunang (belah rotan). Walaubagaimanapun, anda juga boleh memilih cincin mengikut citarasa anda dan pasangan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nCincin Habib: https://shopee.com.my/habib.os/9534727713\n2. Sirih Junjung\nGubahan sirih junjung adalah merupakan adat Melayu turun temurun yang diletakkan di atas dulang hantaran tunang atau perkahwinan. \nUntuk memudahkan, anda boleh membeli gubahan sirih junjung yang sudah siap boleh dibeli secara dalam talian. Terdapat banyak pilihan gubahan yang ada mengikut citarasa anda. Jadi, anda tak perlu bersusah payah untuk mengubahnya sendiri lagi.\u00a0\nSirih Junjung: https://shopee.com.my/dance_boy93/6249619546\n3. Sepersalinan pakaian (Kain ela)\nSeterusnya, anda juga boleh memberikan sepersalinan pakaian ataupun kain ela untuk dibuat baju semasa hari pernikahan. Pemilihan kain bolehlah dilakukan setelah perbincangan bersama bagi mencapai kata sepakat.\u00a0\nSejujurnya, tradisi memberi kain ela ini sudah jarang diamalkan kerana biasanya pasangan suka membeli baju yang sudah siap ataupun menyewa baju yang diinginkan. Namun, tidak salah untuk anda menjadikannya sebagai salah satu idea hantaran anda.\nKain Songket: https://shopee.com.my/fiqasongkethouse/19427639262\n4. Sejadah Gebu\nTerdapat pelbagai jenis dan pilihan sejadah yang gebu-gebu contohnya seperti sejadah keluaran Neolofar yang anda boleh pilih untuk jadikan hantaran termasuk yang sudah digubah pun ada. Anda hanya perlu letakkan di atas dulang hantaran sahaja.\u00a0\nSejadah adalah merupakan item yang sangat berguna dan sebagai pemberi, anda juga akan mendapat pahala sepanjang pasangan anda menggunakannya.\u00a0\nSejadah gebu: https://shopee.com.my/tazeemstore/17082869337\n5. Al-Quran dan terjemahannya\nTerjemahan al-quran juga merupakan salah satu idea hantaran yang menarik. Ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai simbolik cinta yang berpaksikan agama. \nSelain itu, ia boleh menjadi dorongan untuk pasangan agar lebih mendalami al-quran dengan lebih baik agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam redhaNya.\u00a0\nAnda boleh memilih al-quran dengan terjemahannya yang mempunyai reka bentuk yang menarik serta mengikut warna kegemaran pasangan anda.\u00a0\nAl-quran terjemahan: https://shopee.com.my/wbmarketing/2681998398\n6. Rehal\nRehal adalah merupakan tempat meletakkan al-quran untuk memudahkan anda semasa membacanya. Anda boleh gabungkan rehal dan juga al-quran untuk satu dulang hantaran. Ini akan menampakkan hantaran anda lebih menarik dan eksklusif.\u00a0\nRehal: https://shopee.com.my/sawnsander/18859062792\n7. Set telekung\u00a0\nSekiranya anda ada bajet lebih, bolehlah belikan bakal isteri anda set telekung yang berkualiti tinggi. Contoh jenama telekung popular ialah, Telekung Siti Khadijah. Anda pun dapat pahala sekali tau bila si dia pakai. \nAtau, anda juga boleh pilih set telekung untuk travel. Harga pun lebih rendah sedikit. Terdapat banyak jenama telekung yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan anda boleh dapatkan walaupun beli secara \u2018online\u2019 sahaja.\u00a0\nSet telekung Khadijah: https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial/23716170623\n8. Set Coklat & Gula-gula\nOrang tua-tua kata, kalau majlis bertunang kena ada benda manis-manis supaya hubungan sentiasa \u2018manis\u2019 sahaja sampailah ke hari pernikahan dan seterusnya. \nSehubungan itu, anda boleh jadikan coklat dan gula-gula sebagai sebagai salah satu item hantaran tunang anda. Pilih beberapa jenis coklat dan hias dengan menarik. Usah risau, terdapat pelbagai pilihan coklat dan gula-gula yang menarik dijual di Shopee. Anda hanya perlu pilih dan \u2018checkout\u2019 sahaja!\nCoklat Ferrero Rocher: https://shopee.com.my/wefresh88/17743218266\nKesimpulan\nRancang perbelanjaan anda sebaiknya dan elakkan pembaziran pada awal fasa ini. Hal ini kerana, kos yang lebih tinggi akan diperlukan untuk majlis pernikahan dan kehidupan anda selepas berkahwin kelak. \nSebaiknya, pilih barang hantaran yang sememangnya diperlukan oleh pasangan dan berguna untuk tempoh waktu yang lama.\u00a0\nSelamat bertunang!\n"]} {"url": "https://ecentral.my/wavpay/", "title": "WavPay : Cara Daftar e-Wallet & Panduan Penggunaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDi Malaysia kita sudah mempunyai banyak penyedia perkhidmatan e-Wallet dan salah satu daripadanya yang semakin meningkat naik adalah WavPay.\nPenggunaan e-Wallet pada masa kini merupakan satu kemudahan yang memanfaatkan teknologi kerana kita tidak lagi perlu mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM untuk berbelanja. \nSebilangan pemain penting, termasuk pelbagai sektor kerajaan dan organisasi perkhidmatan kewangan yang besar, memacu transformasi daripada urus niaga berasaskan tunai kepada tanpa tunai.\n\n\n\n\n\n\nWavpay memperkenalkan Wavpay E-Wallet untuk menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk menikmati pengalaman pembayaran mudah alih tanpa tunai. \nIa menawarkan kaedah pembayaran digital alternatif untuk berurus niaga dengan selamat menjadikan pembayaran bil dan tugas biasa mudah serta mengalami transaksi yang lebih pantas.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPelbagai fungsi dan kemudahan\n\n \nMuat turun aplikasi\n\n \nCara Daftar Wallet\n\n \nCara penggunaan\n\n \n1. Scan dan bayar\n\n \n2. Pengeluaran wang\n\n \n3. Pemindahan wang\n\n \n4. Tambah nilai\n\n\nPelbagai fungsi dan kemudahan\nWavpay E-Wallet ialah instrumen pembayaran tanpa tunai yang tersedia untuk dimuat turun ke telefon pintar anda menjadikannya dompet elektronik yang selamat dan dipercayai. \nAnda boleh menambah nilai wang melalui perbankan internet dan juga melalui kad debit/kredit yang dibenarkan. Wavpay E-Wallet membolehkan anda melakukan transaksi yang lebih pantas dan selamat.\nAntara perkhidmatan dan fungsi yang disediakan adalah:\nPembayaran sewaktu pembelianPembayaran bilPemindahan dan permintaan wangFungsi pengurusan kewangan dan perbelanjaan\nMuat turun aplikasi\nSekiranya anda berminat untuk mencuba WavPay, anda boleh memuat turun aplikasi WavPay ini secara percuma untuk pengguna sistem operasi Android dan iOS dengan mengklik salah satu pautan di bawah:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOS\nUntuk keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi bagi perkhidmatan e-Wallet ini daripada sumber yang dipercayai sahaja. \nCara Daftar Wallet \nProses pendaftaran bagi mengaktifkan PavWay juga cukup mudah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun dan pasang aplikasi WavPay terlebih dahuluBuka aplikasi di peranti mudah alih andaKlik pada butang Sign UpLengkapkan segala maklumat yang diminta. Anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahaan.Tetapkan 6 digit nombor PIN anda yang akan digunakan untuk pengesahan setiap kali membuat transaksi\nCara penggunaan\n1. Scan dan bayar\n\n\n\n2. Pengeluaran wang\n\n\n\n3. Pemindahan wang\n\n\n\n4. Tambah nilai\n\n\n\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-mesra-insan-istimewa/", "title": "Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Mesra Insan Istimewa (SMIS)\nMulai tahun 2023, insentif khusus kepada golongan kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang menetap di negeri Selangor ditambah baik dan ditingkatkan.\nIni selaras dengan matlamat negeri yang mengutamakan agenda kebajikan dua golongan yang memerlukan ini.\nAntara usaha kerajaan negeri Selangor dalam membantu warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dengan memberikan baucar membeli-belah bernilai RM 150 setiap tahun serta khairat kematian bernilai RM 500 menerusi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).\n\n\n\n\n\n\nSatu lagi pembaharuan yang dilakukan pada tahun ini ialah waktu penerimaan baucar. Sebelum ini, mereka menerima baucar beli belah pada bulan kelahiran.\nBermula tahun 2023, baucar boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun. \nBaca Juga : Bantuan Back To School MBI Selangor\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Semak Kelayakan & Buat Permohonan Baharu Skim Mesra Insan Istimewa\n\n \nPanduan Tuntutan Baucar Beli Belah RM 150 Skim Mesra Insan Istimewa\n\n \nPanduan Tuntutan Khairat Kematian RM 500\n\n\nSyarat Kelayakan\nInsentif ini ditawarkan kepada pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :\nSkim Mesra Usia Emas (SMUE)\n\nWarganegara Malaysia; DAN\nBerumur 60 tahun dan ke atas; DAN\nMasih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (permohonan perlu dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN\nLahir di negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU** Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun DAN\nBeralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN\nSedang menetap di negeri Selangor; DAN\nPengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.\n\nSkim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS)\n\nWarganegara Malaysia; DAN\nTiada had umur; DAN\nPemegang kad OKU JKM; DAN\nMasih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN\nSedang menetap di negeri Selangor; DAN\nPemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU\nBagi pemohon berusia di bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah merupakan pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.\n\nCara Semak Kelayakan & Buat Permohonan Baharu Skim Mesra Insan Istimewa\nUntuk semak kelayakan bagi penerimaan skim ini, anda boleh lakukannya di pautan di bawah dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan dan klik semak :\nhttps://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php\nSekiranya nama anda belum didaftarkan dan anda menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di atas, sila buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :\nMOHON SMIS 2023 \nPanduan Tuntutan Baucar Beli Belah RM 150 Skim Mesra Insan Istimewa\n\nBaucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar\nBaucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.\nTuntutan baucar selepas kematian adalah tidak dibenarkan.\nBaucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja.\nBaucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat\nBaucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti\nPemohon diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info.\n\nPanduan Tuntutan Khairat Kematian RM 500\n\nTuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja.\nTertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021\nTuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan dibayar.\nPembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN.\nJika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.\nTuntutan melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan dilayan.\nSenarai dokumen yang diperlukan yang tercatat pada borang tuntutan khairat kematian perlu disediakan secara lengkap.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Skim Mesra Insan Istimewa, sila ke laman web Skim Mesra di pautan https://e-mesra.yawas.my/mesra/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-peniaga-bazar-ramadan-selangor/", "title": "Bantuan Khas RM500 Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan RM500 kepada peniaga bazar Ramadan yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\nBantuan ini adalah ekoran pengumuman penutupan peniaga bazar Ramadan yang tidak dapat lagi beroperasi sepanjang PKP mulai 8 Mei 2021.\nDato\u2019 Menteri Besar Dato\u2019 Seri Amirudin Shari berkata agihan kepada kira-kira 11,000 penjaja membabitkan peruntukan RM5 juta bagi meringankan beban mereka.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPenutupan Bazar Ramadan Selangor\n\n \nCara Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Selangor\n\n \nJumlah Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor\n\n \nTarikh Bantuan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPenutupan Bazar Ramadan Selangor\nRasional Bazar Ramadan diarah tutup dan Bazar Raya dibuka adalah kerana Bazar Ramadan telah dibenar beroperasi selama 25 hari manakala Bazar Raya Aidilfitri baru sahaja beroperasi. \n\n\n\n\n\n\nTambahan, ramai baru terima gaji untuk beli kelengkapan menyambut Aidilfitri. \nNamun Kerajaan Negeri telah memperketatkan SOP di Bazar Raya di mana kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk, sistem nombor giliran digunapakai dan had kemasukan ditetapkan.\nPerlu diingat bahawa hanya Bazar Ramadan di enam daerah PKP sahaja ditutup, di tiga daerah lain boleh beroperasi seperti biasa.\nEnam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 6 hingga 17 Mei. \nDaerah tersebut ialah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sepang.\nBaca juga: Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data\nCara Permohonan Bantuan Peniaga Bazar Selangor\nCara membuat permohonan adalah seperti berikut:\nLayari laman web www.selangorprihatin.comSemak kelayakan menggunakan nombor kad pengenalan.Sekiranya layak, sila isikan maklumat peribadi dan perniagaan bersama nombor akaun bank yang aktif.Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menghantar borang permohonan yang lengkap.\n\nJumlah Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor\nBantuan yang diperuntukkan berjumlah RM500 one-off untuk semua penjaja bazar Ramadhan yang terjejas di 6 daerah PKP.\nTarikh Bantuan\nPermohonan sudah dibuka dari 21 Mei hingga 30 Jun 2021.\nBaca juga: Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK (Bayaran Hanya RM280 Sebulan)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat dan info terkini berkenaan Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor ini, sila rujuk Facebook Menteri Besar Selangor atau laman web https://www.amirudinshari.com/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/selangkah/", "title": "SELANGKAH : Cara Daftar, Kemaskini Maklumat & Faedah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSELANGKAH merupakan satu aplikasi yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor untuk pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk rakyatnya.\nWalaubagaimanapun, fungsinya telah ditambah baik kerana SELANGKAH juga kini mempunyai pelbagai kemudahan tambahan antaranya e-Wallet.\nFungsi tambahan baharu itu \u2013 dikenali secara rasmi sebagai Selangkah Wallet \u2013 bertujuan untuk merapatkan jurang antara pengguna dan peniaga Malaysia melalui kaedah pembayaran tanpa sentuh dan tanpa tunai. \n\n\n\n\n\n\nKedua-duanya telah berkembang seiring dengan usaha pendigitalan negara baru-baru ini dan juga dianggap sebagai alternatif transaksi yang lebih selamat untuk pengguna memandangkan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku. \nSeperti kebanyakan e-Dompet, pembayaran melalui ciri baharu dilakukan melalui pengimbasan kod QR.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAplikasi mudah alih\n\n \nDaftar dan Kemaskini Maklumat\n\n \nFungsi dan Faedah\n\n\nAplikasi mudah alih\nSila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi SELANGKAH ke telefon mudah alih anda:\nGoogle Play \u2013 Untuk pengguna AndroidApp Store \u2013 Untuk pengguna iOSAppGallery \u2013 Untuk pengguna Huawei\nPastikan anda memuat turun aplikasi SELANGKAH daripada sumber yang sahih sahaja untuk mengelakkan perant anda digodam oleh penjenayah.\nDaftar dan Kemaskini Maklumat\n\nSegala proses pendaftaran dan kemaskini maklumat boleh dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH sahaja.\nPada halaman utama aplikasi, klik pada ikon pada bahagian atas kiri.\nFungsi dan Faedah\nSELANGKAH WALLET \u2013 Lakukan transaksi tanpa tunai yang selamat dan terjamin dan akhirnya mengurangkan penyebaran Covid-19SELANGKAH ID \u2013 Sistem bersepadu (Single Sign-On) untuk penduduk Selangor mengakses produk Selangkah dan perkhidmatan berkaitan kerajaanBUBBLE \u2013 Tambahkan tanggungan anda sebagai ahli Bubble untuk mendaftarkan mereka untuk mendapatkan vaksin tanpa tanpa kerumitanSEHAT \u2013 Saring kesihatan mental anda dan dapatkan bantuan profesional jika perluVAX -Tingkatkan perlindungan anda terhadap coronavirus dengan mendaftar untuk Program Vaksinasi Covid-19 SelangorMAP \u2013 Rancang perjalanan selamat dengan memeriksa kawasan yang dikenal pasti dengan risiko penularan Covid-19 yang lebih tinggi dalam tempoh 14 hari akan datangSCREENING \u2013 Tempah slot untuk ujian swab, atau beli kit ujian kendiri, semuanya dari keselesaan rumah anda sendiriCAC \u2013 Langkau beratur di Pusat Penilaian Covid-19 di Selangor dengan mendaftarkan diri sebelum pergiHAT \u2013 Pulih daripada Covid-19 di rumah dengan selamat dengan bantuan sokongan perubatan jarak jauh\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yb-menteri-pengajian-tinggi-atlit-cemerlang/", "title": "Tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat atlit yang cemerlang dalam bidang sukan dan berhasrat untuk meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022 kini dibuka.\nBiasiswa ini merupakan salah satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam arena suka serta mempunyai potensi akademik yang baik bagi meneruskan pengajian di IPT.\nTawaran biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).\nBaca Juga : Biasiswa Yayasan Pahang 2022: Syarat, Permohonan & Semakan\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022\n\n \nKelebihan Yang Ditawarkan Kepada Pemegang Biasiswa\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022\nUntuk makluman, tarikh permohonan bagi biasiswa ini dibuka mulai 25 Mei 2022 hingga 8 Jun 2022 secara atas talian.\nKelebihan Yang Ditawarkan Kepada Pemegang Biasiswa\nPemegang biasiswa bakal menerima elaun serta kemudahan seperti berikut :\nYuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihanamali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telahditetapkan oleh Kerajaan.Perlindungan insurans sukan.Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:\nKategori 1 : RM 12,000 setahun/ RM 1,000 sebulan\nKategori 2 : RM 6,000 setahun / RM 500 sebulan\nKategori 3 : RM 3,000 setahun / RM 250 sebulan\n\nSyarat Permohonan\nCalon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan:\n\u2013 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/Dr. Falsafah)\n\u2013 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama\n\u2013 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma\nKursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain semasa permohonan dibuat.Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, mereka perlu:\n\u2013 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan.\n\u2013 Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.\nPelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Pingat Emas di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut iaitu:\nLayari laman web permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php/Klik bahagian \u201cPengguna Baru?\u201dMasukkan maklumat pendaftaran dan klik butang \u201cDaftar.\u201dLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Ikut arahan dan lengkapkan borang permohonan.Muat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) (sekiranya ada).Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlit Cemerlang IPT 2022, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/promosi-travel-sama-sama-ktmb/", "title": "Travel Sama-Sama KTMB : Diskaun 25% Untuk Tiket ETS & KTM Intercity", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPromosi Travel Sama-Sama KTMB\nAdakah anda sedang merancang percutian bersama rakan atau keluarga? Inilah peluang anda untuk dapatkan tiket ETS dan tren Ekspres KTM Intercity dengan potongan diskaun sebanyak 25%.\n\n\n\n\n\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai promosi ini secara lebih lanjut.\nBaca Juga : Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTerma & Syarat Penggunaan Kod Promo Travel Sama-Sama KTMB\n\n \nCara Tebus Promosi Travel Sama-Sama KTMB\n\n\nTerma & Syarat Penggunaan Kod Promo Travel Sama-Sama KTMB\nPelanggan perlu ambil maklum terma dan syarat bagi promosi ini seperti berikut :\n\nPemberian kepada pelanggan untuk perjalanan SEHALA atau DUA HALA bagi tempoh perjalanan bermula dari 10 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.\nPromosi ini hanya layak bagi SEMUA KELAS PERKHIDMATAN ETS, EKSPRES RAKYAT RIMURAN & EKSPRES SELATAN dengan kadar diskaun 25% daripada jumlah tambang penuh tiket.\nPromosi ini hanya layak bagi pembelian tiket minima untuk empat (4) orang dan ke atas dalam satu transaksi pembelian (dewasa atau kanak-kanak);\nPromosi ini boleh digunakan bagi tempoh perjalanan pada hari Isnin sehingga Ahad;\nPromosi ini hanya layak untuk TIKET DEWASA & KANAK-KANAK sahaja;\nTempoh pembelian tiket adalah 2 minggu sebelum tarikh perjalanan;\nPromosi ini boleh digunakan bagi pembelian tiket di laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi KTMB Mobile dan melalui mesin KIOS Tiket (TVM) sahaja;\nPromosi ini hanya SAH digunakan oleh Warganegara Malaysia sahaja;\nPromosi ini boleh digunakan berulang kali bagi setiap PNR / MyKad (tertakluk kepada tarikh perjalanan)\nPromosi ini TIDAK LAYAK bagi SEMUA TIKET KONSESI\u00a0 (warga emas, kad pelajar, OKU, Pesara dan lain-lain);\nPromosi ini TIDAK LAYAK\u00a0 bagi tren-tren perkhidmatan Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter Tengah & KTM Komuter Utara;\nPembatalan tiket bagi pembelian menggunakan kod promo ini adalah mengikut prosedur pemulangan tambang yang sedia ada. \nKod promo adalah terhad bagi setiap bulan. Sila rancang perjalanan anda bagi menikmati promosi ini.\n\nCara Tebus Promosi Travel Sama-Sama KTMB\n\nBuat pembelian minima sebanyak 4 tiket ke atas (dewasa atau kanak-kanak) di laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi KTMB Mobile atau melalui mesin KIOS Tiket (TVM). Pembelian tiket mestilah dalam satu transaksi yang sama.\nMasukkan kod promo untuk Februari : TRAVEL2SAMASAMA sebelum membuat pembayaran.\n\nJangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket ETS dan tren Ekspres KTM Intercity dengan harga istimewa menerusi promosi ini.\nUntuk keterangan lanjut dan ketahui kod promosi bagi bulan berikutnya, sila layari laman web atau laman media sosial KTM Berhad.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pemeriksaan-e-hailing-puspakom/", "title": "Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM : Panduan & Dokumen Diperlukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPEMERIKSAAN E-HAILING PUSPAKOM\nSetiap tahun, PUSPAKOM menjalankan lebih daripada 3 juta pemeriksaan kenderaan. PUSPAKOM mempunyai rangkaian di seluruh negara di 56 pusat pemeriksaan yang dilengkapi peralatan yang diiktiraf dan dikalibrasi oleh pihak berkaitan dari semasa kesemasa. \nSelain itu , PUSPAKOM juga mempunyai lebih daripada 25 pemeriksaan secara lawatan yang menyediakan perkhidmatanpemeriksaan kenderaan di kawasan kurang penduduk dan di luar Bandar.\nPerkhidmatan Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM terdiri daripada Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Van dan Unit Bergerak Ringan,menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dari pintu ke pintu kepada pelanggan individu dan korporat. \nBerikut dikongsikan tentang pemeriksaan eHailing PUSPAKOM yang perlu dilakukan oleh kenderaan yang berkenaan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM?\n\n \nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\n\n \nCaj Bayaran / Fi Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM\n\n \nPanduan Pemeriksaan E-Hailing\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM?\nBermula 1 April 2019, semua kenderaan E-Hailing boleh membuat pemeriksaan di cawangan PUSPAKOM.\nKenderaan E-Hailing akan menerima Perakuan Pemeriksaan PUSPAKOM dan perlu dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan.\n\n\n\n\n\n\nKekera[a pemeriksaan bagi E-Hailing yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:\nBerkala Pertama \u2013 Sekali sahaja bagi tujuan pendaftaran.Perlu dilakukan bagi kenderaan yang telah mencapai usia 3 tahun. Ianya bertujuan sebagai pendaftaran dengan pihak JPJ/APAD/LPKP sebagai E-Hailing untuk kenderaan yang berusia lebih 3 tahun.Berkala \u2013 Sekali pada setiap 12 bulan.Perlu dilakukan apabila kenderaan mencapai usia 3 tahun. Kenderaan e-hailing yang telah berdaftar dengan JPJ/APAD/LPKP ketika usia kenderaan kurang 3 tahun.Berkala Semula \u2013 Perlu dilakukan jika Gagal Pemeriksaan Berkala.Pemilik perlu hadir dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Gagal pemeriksaan.\n*Usia kenderaan: \nCKD \u2013 daripada tarikh didaftarkan di JPJCBU \u2013 daripada tahun dibuat oleh pengeluar kenderaan\nSenarai Dokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan bagi Pemeriksaan Berkala Kenderaan E-Hailing pada umumnya adalah:\nKad Pendaftaran Kenderaan (Asal) / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) / Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan).Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)\nSila rujuk senarai berikut untuk perincian lanjut:\nPemeriksaan Berkala Pertama (khusus untuk kenderaan yangberusia 3 \u2013 10 tahun* yang tiada VOC E-Hailing)\n*Usia kenderaan: \nCKD : Usia kenderaan daripada tarikh didaftarkan di JPJCBU : Usia kenderaan daripada tahun dibuat oleh pengeluar kenderaan\nJPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau ButiranPendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)Surat Kelulusan Pemasangan Iklan Pada Badan Kenderaan JPJ**Surat Pemasangan NGV**\nPemeriksaan Berkala\nJPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau ButiranPendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)Permit Kenderaan E-Hailing (No. Rujukan Permit / eVP)Disk Pemeriksaan TerkiniSaman JPJ / Resit Kompaun (jika kenderaan gagal menghadiri pemeriksaan pada tarikh yang telah ditetapkan)**Surat Kelulusan tunda tarikh pemeriksaan JPJ**Surat Kelulusan Pemasangan Iklan Pada Badan Kenderaan JPJ**Surat Pemasangan NGV**Surat Kelulusan Pengubahsuaian daripada Pihak Berkenaan**\nPemeriksaan Semula\nJPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau ButiranPendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)Laporan Pemeriksaan Terkini (VR1 / A16)PG1 (Gagal ujian brek 3 kali berturut-turut)**Surat Kelulusan Pengubahsuaian daripada Pihak Berkenaan**\nPemeriksaan Khas\nJPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau ButiranPendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)Dokumen berkaitan dengan tujuan pemeriksaanSurat Kelulusan Pengubahsuaian daripada Pihak Berkenaan**\nPemeriksaan Arahan Pihak Berkuasa\nJPJK2/VOC (Asal) atau Salinan JPJK2/VOC (disahkan oleh JPJ) atau Butiran Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)Dokumen berkaitan dengan tujuan pemeriksaan\nCaj Bayaran / Fi Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM\nJenis Pemeriksaan & Fi Pemeriksaan yang dikenakan adalah seperti berikut:\nBerkala Pertama : RM70Berkala : RM55Semula : RM25Khas : RM25Arahan Pihak Berkuasa : RM35Pemeriksaan Sukarela : RM50Pemeriksaan Sukarela (Single Item) : RM15\nNota: Fi Pemeriksaan tertakluk kepada 6% Cukai Perkhidmatan\nBaca juga: \nPemeriksaan PUSPAKOM: Prosedur, Kos & Cara Buat TemujanjiMySikap JPJ Login : Cara Daftar, Renew Lesen / Roadtax, Saman Online\nPanduan Pemeriksaan E-Hailing\nBagi anda yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan Pemeriksaan E-hailing, anda boleh memuat turun :\nPanduan-Pemeriksaan-Kenderaan-E-HailingDownload\n1. Panduan Pemeriksaan Kenderaan E-hailing:https://www.puspakom.com.my/\u2026/E-Hailing-BM_2-Julai-2021\u2026\n2. Nota Ringkas Untuk Pemandu E-hailing:https://www.puspakom.com.my/\u2026/Slide_Handsout-E-Hailing\u2026\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang maklumbalas berhubung Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM, sila maklumkankepada saluran berikut :\nE-mel : [email\u00a0protected]Nombor Telefon : 03-5101 7000E-Aduan PUSPAKOM : https://eaduan.puspakom.com.my/\nINFO PUSPAKOM\nPuspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik olehKerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.\nDitubuhkan pada tahun 1994, ia adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.\nPeranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalammemastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilikkenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap. \nIni akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-kelahiran-anak-jpn-online/", "title": "Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN & Kadar Baharu Pendaftaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBaru mendapat cahaya mata dan ingin daftar kelahiran anda dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?\nSejak pandemik COVID-19, banyak perkara yang sudah dipermudahkan yakni boleh dibuat secara dalam talian sahaja termasuklah proses mendaftarkan kelahiran anak anda.\nSeorang anak yang baru lahir adalah rezeki buat ibu bapa mereka dan mengikut undang-undang di Malaysia, bayi tersebut mestilah didaftarkan dengan JPN dalam tempoh 60 hari daripada tempoh kelahiran.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSISTEM PRA PENDAFTARAN KELAHIRAN DALAM TALIAN JPN\n\n \nPENDAFTARAN KELAHIRAN OLEH IBU BAPA / WARIS\n\n \nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN\n\n \nCARA DAFTAR KELAHIRAN ONLINE\n\n \nFI DAFTAR KELAHIRAN & KEMATIAN SEMENANJUNG\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSISTEM PRA PENDAFTARAN KELAHIRAN DALAM TALIAN JPN\nPlatform Sistem Pra Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian ini merupakan inisiatif oleh Jabatan Pendaftaran Negara bagi merakyatkan perkhidmatan awam.\nMelalui sistem ini, pelanggan mempunyai tempoh masa yang panjang untuk hadir ke pejabat JPN bagi mendapatkan sijil kelahiran.\nAntara kelebihannya juga termasuklah:\n\nMudah dicapai\nMudah digunakan \nEfektif serta selamat\nMudah diakses\n\n\nPENDAFTARAN KELAHIRAN OLEH IBU BAPA / WARIS\nTidak semua individu boleh mendaftarkan seseorang bayi itu dengan pihak JPN, hanya individu dalam senarai berikut sahaja yang layak untuk daftar kelahiran bayi:\n\nIbu atau bapa kanak-kanak itu\nPenjaga kanak-kanak itu\nIndividu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu\nIbu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)\n\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN \nBagi membolehkan seorang bayi itu didaftarkan dalam sistem pendaftaran negara, dokumen-dokumen berikut mestilah di bawa bersama sewaktu pendaftaran di pejabatt JPN terdekat:\n\nBorang Daftar Kelahiran JPN.LM01\u00a0yang telah\u00a0diisi dengan lengkap (asal);\nBorang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);\nLaporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);\nKad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);\nKad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)\nKad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri \u00a0pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);\nSijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan\nDokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).\nSurat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung\n\nCARA DAFTAR KELAHIRAN ONLINE\n\nJangan risau, pendaftaran anak juga kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web JPN di alamat https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran\nKlik pada pautan \u201cPermohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian\u201d\nPengguna akan dibawa ke halaman https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php\nPengguna perlu \u201cAllow\u201d atau membenarkan popup daripada tetapan pelayar internet anda\nKlik butang \u201cDaftar Pengguna Baru\u201d\nLengkapkan pendaftaran\nKemudian, kllik butang \u201cLog Masuk\u201d\nSetelah melengkapkan semua maklumat, notifikasi \u201cPermohonan Anda Telah Berjaya\u201d\nKlik butang \u201cCetak Slip Permohonan\u201d\nBawa slip permohonan tersebut ke pejabat JPN berdekatan dalam tempoh 60 hari\n\nFI DAFTAR KELAHIRAN & KEMATIAN SEMENANJUNG\nKadar fi urusan pendaftaran kelahiran dan kematian bagi semenanjung Malaysia adalah seperti yang disenaraikan di bawah:\n\nPermohonan bagi PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN ATAU KEMATIAN : RM50.00\nPermohonan bagi pendaftaran atau pengubahan nama kanak-kanak sebelum habis tempoh SATU TAHUN dari tarikh kelahirannya : RM5.00\nPermohonan bagi pendaftaran kanak-kanak yang namanya telah didaftaran TANPA NAMA slepas 12 bulan dari tarikh kelahirannya : RM 50.00\nPermohonan bagi pendaftaran nama orang yang telah mencapai umur 21 tahun yang kelahriannya telah didaftarkan TANPA NAMA : RM 50.00\nPermohonan bagi pendaftaran kelahiran orang yang disahtarafkan selepas habis tempoh 3 bulan dari tarikh orang orang itu disahtarafkan : RM50.00\nPermohonan bagi carian : RM10.00\nPermohonan bagi SALINAN SIJIL yang diperakui : RM5.00\nPermohonan bagi PEMBETULAN KESILAPAN FAKTA atau ISI dalam daftar : RM50.00\n\n\nSumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, 18 Julai 2022.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut berhubung pendaftaran kelahiran JPN, sila rujuk maklumat melalui platform berikut:\n\nFacebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia\nLaman web rasmi JPN http://www.jpn.gov.my/\nTelefon : 03-8880 7077\n\nBaca juga: \n\nIC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online\nPermohonan MyKid JPN, Dokumen & Semakan Status Online\nSijil Lahir Hilang? Ini Cara Mohon Semula Di JPN Secara Online\nCara Mohon Tukar Alamat IC (Kad Pengenalan / Mykad) JPN\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-bpn/", "title": "Rayuan BPN: Proses Isi Semula Permohonan Bantuan Prihatin Nasional", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebentar tadi PM mengumumkan rayuan BPN kini dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.\nIni bagi memberi laluan kepada mereka yang GAGAL pada permohonan sebelum ini.\nRamai mengeluh tidak layak BPN atas alasan memiliki SSM.\n\n\n\n\n\n\nNamun perniagaan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh PKP menyebabkan bantuan ini amat diperlukan sekarang.\nKerajaan turut menyediakan satu insentif khas bantuan secara one-off untuk PKS melalui Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000 yang akan dibayar bermula 15 Jun nanti.\n\u201cMengambil kira semua perkara ini, YB menteri kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.\n\u201cSelain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan BPN bermula hari Isnin 11 Mei 2020.\n\u201cSaya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,\u201d katanya ketika menyampaikan perutusan yang disiarkan di TV1, hari ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nRayuan BPN\n\n \nSoalan Lazim\n\n \nBilakah rayuan BPN kali ke-2 akan dibuka?\n\n \nBagaimana cara memohon rayuan ini?\n\n \nBerapakah amaun BPN yang saya layak?\n\n \nBolehkah saya memohon rayuan sedangkan saya ada SSM?\n\n\nRayuan BPN\nStatus permohonan rayuan sebelum ini telah diumumkan pada 9 Mei lepas.\nNamun bagi anda yang masih gagal, permohonan rayuan kali ke-2 boleh dibuat sama ada secara online di portal rasmi BPN, emel atau di kaunter-kaunter LHDNM berhampiran anda.\nTarikh pembayaran permohonan baru / rayuan kali pertama akan dibuat bermula 15 Mei.\nBagi permohonan rayuan kali ke-2, kami masih menunggu pengumuman rasmi daripada MOF tentang bilakah semakan status rayuan boleh dibuat, dan bila pula tarikh pengkreditan rayuan BPN.\nSoalan Lazim\nBilakah rayuan BPN kali ke-2 akan dibuka?Permohonan rayuan akan dibuat dari 11 Mei hingga tarikh tutup 31 Mei 2020.Bagaimana cara memohon rayuan ini?Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi bpn.hasil.gov.my, emel atau di kaunter-kaunter LHDNM berhampiran.Berapakah amaun BPN yang saya layak?Jumlah BPN yang anda layak bergantung kepada kategori sama ada individu / keluarga B40 atau M40.Bolehkah saya memohon rayuan sedangkan saya ada SSM?Ya boleh. Sila isi permohonan rayuan anda mulai 11 Mei atau opsyen lain sila mohon bantuan Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-wanita-sedunia/", "title": "Hari Wanita Sedunia 2023: Tarikh, Sejarah, Tema, Logo", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSambutan Hari Wanita Sedunia disambut 8 Mac setiap tahun, termasuklah di Malaysia.\nJika kita renungi kembali, ibu, kakak, adik wanita, guru wanita dan sesiapa sahaja wanita dalam perjalanan hidup kita telah memainkan peranan penting dalam hidup kita.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTema Hari Wanita Antarabangsa 2023\n\n \nLogo Sambutan Hari Wanita\n\n \nObjektit Sambutan\n\n \nSejarah Sambutan Hari Wanita Sedunia\n\n\nTema Hari Wanita Antarabangsa 2023\nPada tahun 2023, \u201cKasih Wanita\u201d telah dipilih sebagai tema sambutan pada kali ini.\nAkronim Kasih ini membawa maksud seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\nK (kasih sayang) sebagai menghargai kaum wanita yang sentiasa mencurahkan kasih sayang\nA (akhlak mulia) sinonim dengan sifat kaum wanita yang sentiasa menerapkan dan mengekalkan akhlak mulia\nS (sihat) wanita juga selalu memastikan diri dan keluarga sihat\nI (ilmu) wanita hari ini dilihat turut sama bersaing seiring kaum lelaki dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan\nH (harmoni) pula sinonim dengan sifat kaum wanita yang sentiasa memelihara keharmonian sekeliling.\n\nArtikel berkaitan: Biodata Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat\nLogo Sambutan Hari Wanita\n\nLogo ini menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan kuning. \nMerah dan biru yang membentuk gambar hati melambangkan sifat kasih dan cinta wanita kepada diri, keluarga dan negara. \nMerah juga melambangkan sifat keberanian wanita dalam menghadapi apa jua rintangan manakala, kuning adalah warna aktif dan bertenaga, ia melambangkan kebijaksanaan, semangat serta harapan. \nSelain itu, biru juga lambang kesetiaan wanita kepada negara dan akan sentiasa bersama dalam mengharungi pelbagai rintangan demi mengukuhkan perpaduan.\nSumber: Jabatan Pembangunan Wanita\nObjektit Sambutan\nHari_Wanita Sedunia merupakan\u00a0hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan\u00a0yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.\nPeranan wanita masa kini setanding dengan kaum lelaki. Wanita kini dilihat lebih hebat dan kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran dan liku kehidupan.\nKehebatan wanita dilihat dalam pelbagai bidang dan menjadi sumber inspirasi kepada semua orang.\nKini, wanita memiliki banyak kehebatan dan potensi yang harus diakui dan dihargai dalam kehidupan dan masyarakat.\nSejarah Sambutan Hari Wanita Sedunia\nPada Februari 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut.\nBantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi satu bentuk sambutan rasmi bagi golongan wanita.\nKemudian pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari_Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. \nSaat itu, sambutan Hari Wanita Sedunia diisytiharkan secara rasmi.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysafetravel-vtl-land/", "title": "MySafeTravel VTL-Land: Daftar Perjalanan Malaysia \u2013 Singapura", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia dan Singapura bekerjasama melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin \u2013 Laluan Darat (VTL-Land) pada 29 November 2021.\nKadar vaksinasi 90 peratus populasi dewasa Malaysia dan Singapura beri peluang pembukaan semula sempadan darat secara berperingkat, selamat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembukaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Darat (VTL-Land) Malaysia \u2013 Singapura.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah VTL-Land?\n\n \nApakah MySafeTravel?\n\n \nCara Menggunakan MySafeTravel-VTL\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nCara Pendaftaran\n\n \nKeselamatan Maklumat Pengguna\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah VTL-Land?\nInisiatif VTL-Land bertujuan lancarkan pergerakan rentas sempadan tanpa kuarantin, integrasi protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.\nVTL-Land dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja, dibenarkan untuk warganegara Malaysia, Singapura yang telah lengkap divaksin.\nMalaysia dan Singapura setuju kuota harian VTL-Land tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan.\n\n\n\n\nApakah MySafeTravel?\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk membuat kutipan bagi fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin daripada pengembara yang memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa.\u00a0\nFi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin dikutip di pintu masuk antarabangsa sama ada secara tunai atau secara\u00a0e-payment\u00a0menggunakan kad kredit / kad debit. \n\n\n\n\n\n\nDalam usaha untuk mempercepatkan proses kutipan dan mengurangkan penggunaan tunai, KKM telah melantik\u00a0MyEg Services Sdn Bhd\u00a0untuk membuat kutipan bagi pihak KKM.\u00a0\nKutipan tersebut dibuat melalui sistem\u00a0MySafeTravel\u00a0yang dibangunkan oleh\u00a0MyEG Services Sdn Bhd.\u00a0\nCara Menggunakan MySafeTravel-VTL\nSistem MySafeTravel akan mula dibuka untuk permohonan mulai 26 November.\nPautan ke sesawang ini boleh dicapai melalui https://mysafetravel.gov.my/ \nMelalui sistem tersebut, semua\u00a0warganegara asing\u00a0adalah diwajibkan membuat bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin melalui\u00a0MySafeTravel, manakala\u00a0warganegara Malaysia\u00a0boleh menggunakan sistem tersebut untuk membuat bayaran ujian pengesanan COVID-19. \nBayaran perlu dibuat sebelum mereka mendarat di Malaysia.\u00a0\nPelaksanaan ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan untuk mewujudkan\u00a0Cashless Society\u00a0di Malaysia dengan merancakkan penggunaan\u00a0e-pembayaran dan mengurangkan pembayaran secara tunai.\u00a0\nBaca juga: Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 \u2013 Tourism Malaysia\nKaedah Pembayaran\nMySafeTravel dilengkapi dengan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat secara online (FPX, AMEX, VISA dan Mastercard). Sistem ini dibangunkan dengan teknologi PHP Laravel Framework dan diintegasikan dengan aplikasi mudah alih MyQR by MyEG serta sistem portal admin (dashboard) untuk kegunaan pentadbir sistem di KKM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MyEG. \nSegala ketetapan pada MySafeTravel adalah mengikut arahan-arahan terkini daripada pihak Kerajaan khususnya KKM dan NADMA.\n\nCara Pendaftaran\nPengembara yang masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my/ manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, perlu membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/vtl-portal.\nPendaftaran ini adalah wajib sebelum sebarang pembelian tiket dibuat. \nRujuk senarai FAQ di bawah:\n\n\n\n\nButiran tentang keperluan VTL-Land boleh didapati di https://www.miti.gov.mydan https://www.safetravel.ica.gov.sg/.\nKeselamatan Maklumat Pengguna\nSegala maklumat yang didaftarkan di MySafeTravel diformasikan secara paparan mudah alih untuk pengendalian semakan bayaran dan tempahan oleh pengembara (e-receipt). \nMyQR by MyEG ini juga dilengkapi dengan sistem imbasan kod QR yang digunakan untuk petugas di pintu masuk antarabangsa bagi tujuan pengesahan.\nPortal admin (dashboard) adalah satu capaian kepada laporan bagi transaksi yang direkodkan di MySafeTravel. \nFormat pelaporan ringkas dan terperinci disediakan mengikut keperluan bahagian yang berkepentingan di lapangan (pintu masuk antarabangsa dan pusat kuarantin (hotel)) serta unit yang menyelia kutipan hasil kerajaan ini. \nAkses adalah terhad kepada pegawai yang dilantik oleh agensi penyelia KKM dan NAMDA.\nBaca juga: Roti Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember 2021. Ini Senarai Harga Baru\nMaklumat Lanjut\nPenggunaan\u00a0MySafeTravel\u00a0memudahkan bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin kepada pengembara yang ingin memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa. Pengembara tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.\nPenggunaan sistem ini juga mengurangkan keperluan menempatkan pegawai tadbir di kaunter pintu masuk antarabangsa untuk membuat kutipan secara manual. \nSelain itu, transaksi tunai dapat dikurangkan dan mengurangkan kebarangkalian kehilangan wang awam sama ada melalui kesilapan pegawai atau isu integriti.\u00a0\nPautan Kepada Halaman\nhttps://safetravel.myeg.com.my/https://mysafetravel.gov.my/ (VTL)MySafeTravel FAQ \u2013 Seperti\u00a0di Lampiran.\nMaklumat Lanjut\u00a0\nNama \u00a0 \u00a0 : \u00a0 \u00a0 \u00a0 Marietta Rachel LukieTelefon \u00a0: \u00a0 \u00a0 \u00a0 03-8883 3063Emel \u00a0 \u00a0 \u00a0: \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0[email\u00a0protected]\nAgensi Bertanggungjawab\nKementerian Kesihatan MalaysiaBantuan Hotline \u00a0 : \u00a003-7664 8838 /\u00a0[email\u00a0protected]\nSumber:https://www.pmo.gov.my/ms/2021/11/kenyataan-media-malaysia-dan-singapura-bekerja-secara-kolektif-untuk-melancarkan-laluan-perjalanan-lengkap-vaksin-laluan-darat-vtl-land-pada-29-november-2021/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-paypal-malaysia/", "title": "Cara Daftar Paypal Online Melalui Kad Debit / Kredit (Akaun Malaysia)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah anda mahu menggunakan Paypal dan mahu ketahui cara daftar paypal bagi akaun di Malaysia?\nTerdapat banyak cara atau medium penghantaran wang secara dalam talian dari Malaysia ke luar negara antaranya Western Union (WU), Paypal, MoneyGram, Valyou, Pos Malaysia dan banyak lagi.\nSelain menghantar wang ke luar negara, platform sama juga boleh digunakan untuk menerima wang dari luar.\nPerkara ini amat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai urusan jual beli dengan peniaga atau pembeli dari luar Malaysia. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu Paypal?\n\n \nKelebihan Daftar Akaun Paypal\n\n \nCara Daftar Akaun Paypal Malaysia\n\n \nCara Pautkan Kad Debit / Kad Kredit Dengan Paypal\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa itu Paypal?\n\nMungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya apakah itu Paypal?\nPayPal ialah perkhidmatan kewangan dalam talian yang membolehkan anda menghantar dan menerima wang menggunakan akaun internet yang selamat.\nAnda hanya perlu menambah butiran akaun bank, kad kredit atau kad debit anda dan akaun bank anda dipautkan ke akaun PayPal anda. \nSetiap kali anda membayar menggunakan PayPal, wang akan keluar dari akaun terpaut anda.\nDan apabila seseorang menghantar wang kepada anda di Paypal, wang yang diterima akan disimpan dalam akaun PayPal anda. \nWang dalam akaun PayPal anda boleh digunakan apabila membayar sesuatu atau dipindahkan ke akaun bank anda.\nKelebihan Daftar Akaun Paypal\nMengapakah anda perlu daftar dengan Paypal untuk segala transaksi antarabangsa anda?\nKeselamatan bertaraf dunia \u2013 Semua maklumat kewangan anda disulitkan dengan selamat dan dilindungi dengan pemantauan anti-penipuan 24/7Penghantaran balik percuma \u2013 Mengubah fikiran anda tentang pembelian anda? Hantar semula dan dapatkan bayaran balik sehingga AS$15 untuk penghantaran balik.Dapatkan ganjaran \u2013 Paypal bekerjasama dengan bank tempatan dan luar negara supaya anda boleh menggunakan kad pilihan anda dan terus memperoleh ganjaran.Sentiasa dilindungi \u2013 Jika berlaku masalah dengan pembelian anda, anda dilindungi oleh Perlindungan Pembeli PayPal.\nCara Daftar Akaun Paypal Malaysia\n\nProses pendaftaran akaun Paypal tidaklah sesukar yang disangka dan anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:\nLayari laman web rasmi Paypal di alamat https://www.paypal.com/my/homePada bahagian menu, klik butang \u201cSign Up\u201dAda diberi 2 pilihan akaun untuk mendaftar \u2013 Personal Akaun (Akaun Peribadi) dan Business Account (Akaun Bisnes). Sila baca dengan teliti perbezaan antara kedua jenis akaun sebelum mendaftarMasukkan nombor telefon bimbit anda. Kod pengesahan akan dihantar ke nombor yang didaftarkanLengkapkan pendaftaran akaun Paypal dengan melengkapkan segala butiran yang dikehendakiTandakan pada kotak pengesahan di akhir halaman yang menandakan anda bersetuju dengan terma dan syaratTunggu emel pengesahan dihantar ke alamat emel andaBuka emel anda dan klik pada pautan yang disertakan dalam emel tersebut untuk pengesahanaKemudian anda perlu Verify Akaun Paypal dan Verify Akaun Bank anda yang ingin dipautkan pada akaun Paypal anda\nCara Pautkan Kad Debit / Kad Kredit Dengan Paypal\nUntuk menggunakan Paypal bagi tujuan pembelian, anda perlu memautkan akaun kad debit/kredit bank tempatan anda dengan akaun anda yang baru sahaja didaftarkan.\nLog masuk akaun Paypal andaKlik pada Settings dan masukkan maklumat peribadi beserta maklumat akaun bank andaKemudian, masukkan butiran nombor akaun anda pada bahagian Financial InformationKlik \u201cLink a new bank akaun\u201d dan masukkan segala butiran yang dikehendakiKlik \u201cContinue\u201dLengkapkan verifikasi akaun bank anda dengan memasukkan kod yang dihantar melalui SMS, emel atau panggilan\nBaca juga: \nCara Daftar KWSP Untuk PekerjaCara Daftar Youtube Channel Sendiri & Upload Video OnlineHarga Tol PLUS & Cara Semakan Setiap Laluan Di Malaysia\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila layari laman web rasmi Paypal Malaysia dan ikuti panduan penuh di pautan berikut:\nhttps://www.paypal.com/my/home\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jpjeq/", "title": "JPJeQ \u2013 Sistem Nombor Giliran Dalam Talian Untuk Urusniaga JPJ", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada.\nUntuk makluman, sistem tersebut juga telah dilancarkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong 12 April sempena sambutan Hari JPJ.\nKini, semakin banyak cawangan akan melaksanakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter.\nTahukah anda apakah itu aplikasi JPJeQ dan apakah fungsi serta manfaatnya, serta bagaimana pula cara untuk menggunakannya?\nDi sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang aplikasi sistem nombor giliran dalam talian terbaharu JPJ iaitu JPJeQ.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah JPJeQ?\n\n \nFungsi\n\n \nCara Memohon Nombor Giliran JPJeQ\n\n \nDapat Memudahkan Urusan & Menjimatkan Masa\n\n \nMuat Turun Aplikasi JPJeQ\n\n\nApakah JPJeQ?\nSejak PKP bermula, JPJ telah pun meneliti trend orang ramai yang datang ke Jabatan ini, dan prihatin terhadap keluhan mereka yang terpaksa beratur dan menunggu lama dalam membuat pelbagai urusniaga di JPJ.\nAtas sebab itu, JPJ mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ.\nSistem ini merupakan salah satu inovasi prihatin rakyat oleh JPJ bagi memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.\n\nBaca juga: Diskaun 70% Saman JPJ Mulai 13 April Hingga 11 Jun 2021\nFungsi\nAplikasi JPJ eQ ini merupakan aplikasi secara mobile yang membenarkan pelanggan\nmembuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliranmengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C\u2019s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.\nSecara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu. \nLepas dah ambil nombor, bolehlah kita pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat.\nIa juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba.\nSistem ini juga Mesra Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, dan Berkeperluan Khas.\n\nCara Memohon Nombor Giliran JPJeQ\nUntuk memohon nombor giliran JPJeQ, sila ikuti langkah berikut:\nSemak cawangan terdekatHadir ke cawangan dan imbas kod QRPilih perkhidmatan yang ingin dilakukanAnda akan menerima notifikasi nombor giliranSetelah nombor giliran semakin hampir, anda akan diminta untuk ke kaunter bagi melakukan urusan yang dinyatakan tadi.\n\nDapat Memudahkan Urusan & Menjimatkan Masa\nRata-rata ramai yang memang tertunggu-tunggu dan sangat berpuas hati dengan penggunaan aplikasi JPJeQ ini.\nWalaupun ia baru diperkenalkan, aplikasi ini mendapat banyak pujian dan komen positif di Google Play Store dan iOs Store.\nAntara komen pengguna:\nSatu usaha yang baik dalam sistem penyampaian yang lebih berkesan kepada pelanggan, perlu ditambah baik contohnya pelanggan hanya perlu log in dari apps untuk dapatkan no Giliran. Tidak perlu tunggu sampai pukul 8 pagi hanya semata-mata nak imbas QR code. Terima kasih! \u2013 Razin Hasya\nSaya suka sangat dengan apps ni..dulu sy perlu ambil masa menunggu di dalam JPJ tp skrg, saya boleh selesaikan urusan lain sementara memantau no giliran sy dr jauh..no yg dipanggil juga tepat dgn situasi sebenar..siap ada reminder lg..thanks JPJ n gov of malaysia.. \u2013 Nurul Hidayatullah\nBaca juga: JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)\nMuat Turun Aplikasi JPJeQ\nMemang menarik dan amat memudahkan aplikasi terbaru JPJ ni kan?\nJOM MUAT TURUN JPJEQ SEKARANG!\nGoogle App Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpj.queue&hl=en&gl=USApple App Store: https://apps.apple.com/us/app/jpjeq/id1545069171\n"]} {"url": "https://ecentral.my/mysalam/", "title": "MySalam 2023: Permohonan, Semakan Status & Tuntutan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAKLUMAN TERKINI KELULUSAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2023\nSukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.\nIni termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.\nAntara manfaat MySalam adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada\u00a045 Penyakit Kritikal\u00a0dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.\nUntuk makluman, sebahagian penerima manfaat telahpun mendapat mesej pesanan ringkas (SMS) tentang kelayakan MySalam bagi tahun 2023 seperti di bawah:\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang MySalam dan cara untuk membuat permohonan tuntutan RM50 sehari bagi pesakit yang layak dengan syarat-syarat yang ditetapkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah MySalam?\n\n \nTujuan MySalam\n\n \nKelayakan & Manfaat MySalam 2023\n\n \nCara Semakan Kelayakan / Pendaftaran\n\n \nCara Buat Tuntutan\n\n \nTuntutan MySalam COVID-19\n\n \nBerapa Lamakah Tuntutan Diproses?\n\n \nSenarai 45 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi\n\n \nPertanyaan & Maklumat Lanjut\n\n\nApakah MySalam?\nMySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat\u00a0MySalam melalui Tabung Amanah\u00a0MySalam. \nKetika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR). \nTerkini, perluasan Skop MySalam Dalam Bajet 2022 kini turut melibatkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). \nTujuan MySalam\nKerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. \nPerlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi. \n\nKelayakan & Manfaat MySalam 2023\nPenerima\u00a0mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.\nKelayakan\u00a0mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima\u00a0mySalam, melalui kiriman SMS ke nombor telefon seperti yang dikemaskini untuk program-program yang dinyatakan di atas.\nPenerima Bantuan Sara Hidup\n\nBerumur antara 18 hingga 65 tahun;\nIndividu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;\nIndividu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.\n\nKategori BSH\n\nPembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.\nPendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.\n\nMereka yang layak untuk skim\u00a0mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim\u00a0mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau hubungi talian\u00a0mySalam di\u00a01 300 888 938\u00a0yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.\nNOTA: Dimaklumkan bahawa peluasan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan\u00a0ditangguhkan\u00a0buat masa ini.\nCara Semakan Kelayakan / Pendaftaran\nSila rujuk langkah di bawah untuk semakan status anda.\nMaklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my\u00a0dengan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).\n\nAnda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk\u00a0MySalam terdekat :\nWilayah Persekutuan\n\nHospital Kuala Lumpur\nHospital Ampang\nHospital Putrajaya\nHospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)\nInstitut Kanser Negara (IKN)\n\nSelangor\n\nHospital Selayang\nHospital Kajang\nHospital Serdang\nHospital Sg. Buloh\nHospital Kuala Kubu Bahru\nHospital Banting\nHospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang\nHospital Tanjung Karang\nHospital Sabak Bernam\nPusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)\n\nPerak\n\nHospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh\nHospital Seri Manjung, Manjung\n\nPulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\nHospital Umum Pulau Pinang\nHospital Seberang Jaya\nHospital Bukit Mertajam\n\nKedah\n\nHospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar\nHospital Kulim\n\nPerlis\n\nHospital Tuanku Fauziah\n\nKelantan\n\nHospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu\nHospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian\n\nTerengganu\n\nHospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu\nHospital Besut\n\nPahang\n\nHospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan\n\nJohor\n\nHospital Sultanah Aminah, Johor Bahru\nHospital Sultan Ismail, Johor Bahru\nHospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar\n\nSarawak\n\nHospital Umum Kuching\nHospital Sibu\nHospital Bintulu\n\nSabah\n\nHospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu\nHospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas\nHospital Duchess of Kent, Sandakan\n\nCara Buat Tuntutan\n\n\nPengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.\nAnda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:\nI. Tuntutan penyakit kritikal\nLangkah 1: Layari\u00a0www.mysalam.com.my\u00a0dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)\nLangkah 2: Klik \u2018Muat turun Borang\u2019 dan muat turun borang \u2018Penyakit Kritikal \u2013 Kenyataan Doktor\u2019, berdasarkan jenis penyakit kritikal\nLangkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang \u2018Penyakit Kritikal \u2013 Kenyataan Doktor\u2019\nLangkah 4: Log masuk ke\u00a0www.mysalam.com.my\u00a0dan klik ikon \u2018Tuntutan\u2019, kemudian ikon \u2018Penghantaran Tuntutan\u2019. Skrol ke bawah laman dan klik ikon \u2018Tuntutan Penyakit Kritikal\u2019.\nLangkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Muat naik\u2019 untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpega) Borang Penyakit Kritikal \u2013 Kenyataan Doktorb) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)\nLangkah 6: Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.\nII. Tuntutan hospitalisasi\nLangkah 1: Layari\u00a0www.mysalam.com.my\u00a0dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)\nLangkah 2: Klik ikon \u2018Tuntutan\u2019, kemudian ikon \u2018Penghantaran Tuntutan\u2019. Skrol ke bawah laman dan klik ikon \u2018Tuntutan Hospitalisasi\u2019.\nLangkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Muat naik\u2019 untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpega) Salinan Nota Discajb) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)\nLangkah 4: Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. \nTuntutan MySalam COVID-19\nBagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19,\u00a0mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.\nManakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.\nManfaat penggantian pendapatan akan dibayar bagi kemasukan ke hospital di mana-mana Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, pusat kuarantin yang mempunyai kemudahan hospital, pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital, atau kuarantin di rumah (home quarantine).\nTuntutan kepada\u00a0mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal\u00a0mySalam.\nLog masuk ke portal\u00a0mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan. Sila hubungi hubungi pusat panggilan\u00a0mySalam di talian\u00a01 300 88 8938\u00a0untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.\nSILA RUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHanya penerima\u00a0mySalam yang layak dan POSITIF COVID-19 sahaja boleh membuat tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah manfaat Hospitalisasi pada tahun 2022.Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan adalah seperti berikut:\nKategoriDokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran TuntutanPositif menghidap COVID-19 di hospitalNota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis.Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.Positif menghidap COVID 19 dan sedang/telah menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Kuarantin/ kediaman sendiri.Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.\n**Sila dapatkan Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan Isolasi yang ditandatangani oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia berserta cop rasmi yang jelas dari CAC/PKD yang berhampiran.\nPenerima\u00a0mySalam masih boleh mengemukakan tuntutan berkaitan diagnosis positif COVID-19 di bawah manfaat Hospitalisasi untuk tahun 2022, sekiranya telah dimasukkan ke hospital panel\u00a0mySalam atau telah diarahkan menjalani kuarantin (Surat Perintah Isolasi/Kuarantin (Annex 14) dan Pelepasan Kuarantin (Annex 17) yang dikeluarkan oleh Pegawai Pusat Kesihatan Daerah (PKD) adalah diperlukan).\nUntuk rujukan, tuntutan berkaitan kuarantin berkaitan kes kontak rapat (di mana diagnosis COVID-19 adalah negatif) hanya diterima bagi tarikh kuarantin hingga 31 Oktober 2021 dan tuntutan perlu dikemukakan selewatnya pada 31 Disember 2021. Sebarang tuntutan berkaitan kuarantin di rumah selepas tarikh 31 Disember 2021, hanya akan diterima bagi diagnosis positif COVID-19. Makluman berkenaan perkara ini juga telah dibuat di laman web\u00a0mySalam, sejak 12 Oktober 2021.\nBermula April 2022,\u00a0mySalam akan menerima tuntutan Hospitalisasi dari penerima\u00a0mySalam yang dikenakan arahan kuarantin berkaitan kes Positif COVID-19 & menerima sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) dari aplikasi MySejahtera. Tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) yang diterima adalah setakat tarikh kuarantin\u00a030 April 2022.\nTangkap layar (screenshot) dari MySejahtera diterima tanpa perlu mendapatkan pengesahan dari pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nTarikh akhir untuk menyerahkan tuntutan, bagi tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) adalah 30 Jun 2022. Tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) yang diterima selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN diterima.\nBerapa Lamakah Tuntutan Diproses?\nAnggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. \nTetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. \nStatus tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian\u00a0www.mysalam.com.my. \nMereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. \nContoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:\n\nJumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.\nWang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.\nAnda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:\n\n\n\n\nSenarai 45 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi\n1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk\n2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari\n3. Meningitis Bakteria \u2013 Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian\n4. Tumor Otak Benign \u2013 Keterukan Tertentu\n5. Buta \u2013 Kekal dan Tidak Boleh Pulih\n6. Pembedahan Otak\n7. Kanser \u2013 Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal\n8. Kardiomiopati \u2013 Keterukan Tertentu\n9. Anemia Aplastik Kronik \u2013 Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang\n10. Koma \u2013 Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan\n11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari\n12. Pekak \u2013 Kekal dan Tidak Boleh Pulih\n13. Ensefalitis \u2013 Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian\n14. Kegagalan Hati Tahap Akhir\n15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir\n16. AIDS Dengan Gejala Penuh\n17. Hepatitis Viral Fulminan\n18. Serangan Jantung \u2013 Keterukan Tertentu\n19. Pembedahan Injap Jantung\n20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah\n21. Kegagalan Buah Pinggang \u2013 Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang\n22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)\n23. Hilang Keupayaan Bertutur\n24. Trauma Kepala Major (Teruk) \u2013 Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian\n25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang\n26. Penyakit Neuron Motor \u2013 Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan\n27. Sklerosis Multipel\n28. Distrofi Otot\n29. Kelumpuhan Anggota\n30. Penyakit Parkinson \u2013 Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian\n31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer \u2013 Keterukan Tertentu\n32. Penyakit Arteri Koronari Serius\n33. Strok/Angin Ahmar \u2013 Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan\n34. Pembedahan Aorta\n35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk\n36. Kelecuran Tahap Ketiga \u2013 Keterukan Tertentu\n37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan\n38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)\n39. Penyakit Sistik Medular\n40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)\n41. Poliomielitis\n42. Skleroderma Progresif\n43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik\n44. Elefantiasis (Penyakit Untut)\n45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)\nPertanyaan & Maklumat Lanjut\nAnda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau hubungi talian\u00a0MySalam di\u00a01 300 888 938\u00a0yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-iltizam-selangor-sihat-iss/", "title": "Program Iltizam Selangor Sihat (ISS), Semakan & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIltizam Selangor Sihat (ISS) merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada. \nIa merupakan antara program perlindungan kesihatan khusus untuk rakyat negeri Selangor.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Iltizam Selangor Sihat (ISS)?\n\n \nKadar Bantuan\n\n \nKriteria Permohonan\n\n \nCara Memohon Iltizam Selangor Sihat (ISS) 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Iltizam Selangor Sihat (ISS)?\nISS merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada iaitu Skim Peduli Sihat.\nDianggarkan seramai 100,000 penerima serta keluarga berdaftar bakal menerima manfaat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.\n6 INISIATIF KESIHATAN KHAS UNTUK RAKYAT NEGERI SELANGOR!\n1. Iltizam Selangor Sihat\nRawatan asas hingga RM500\n\n\n\n\n\n\nKhairat kematian RM1,000\nManfaat penyakit kritikal dan kemalangan akibat kecacatan hingga RM5,000\n\n2. Insentif Rawatan Tibi\nBantuan kewangan berjumlah RM800 bagi pesakit yang menjalani rawatan tuberkulosis\n\n3. Program Selangor Saring\nSaringan kesihatan percuma penyakit seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser dll bernilai hingga RM3,000\n\n4. Skim Rawatan Jantung\nBantuan pembiayaan hingga RM50,000 bagi pesakit yang menjalani rawatan jantung\n\n5. Bantuan Sihat Selangor\nBantuan kewangan hingga RM5,000 bagi rawatan penyakit kritikal terpilih\n\n6. Talian Mental Sehat\nTalian sokongan psikososial percuma untuk individu yang memerlukan khidmat kaunselor\n\nKadar Bantuan \nSkim ini akan memberi peluang kepada penerima untuk mendapatkan bantuan berkaitan kesihatan seperti berikut :\nBantuan rawatan asas sehingga RM 500Bantuan perlindungan insurans sehingga RM 5,000Manfaat perbelanjaan pengebumian sebanyak RM 1,000.Tuntutan perlindungan kematian semulajadi dan perbelanjaan pengebumian sebanyak RM 6,000\nBaca Juga : ILTIZAM Anak Selangor 2022: Syarat & Cara Permohonan\n\nKriteria Permohonan\nWarga Selangor yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang ditetapkan seperti berikut : \n Merupakan warganegara MalaysiaCalon merupakan pemilih / pengundi dan menetap di Selangor (Bermastautin lebih 10 tahun di Selangor)Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 (Keluarga) atau RM2,000.00 (Individu)Calon perlu sertakan salinan Kad OKU (sekiranya berkenaan)\n\n\nCara Memohon Iltizam Selangor Sihat (ISS) 2022\nPemohon perlulah isi dan lengkapkan borang yang disertakan di bawah dan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan. \n\nLangkah permohonan & dokumen yang diperlukan:\n1. Borang permohonan (boleh muat turun di web https://pedulisihat.com/\u2026/membership_registration_forms\u2026\n2. Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip Gaji/ Akuan Sumpah jika tiada pendapatan/ salinan e-Kasih https://ekasih.icu.gov.my/\u2026/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx, salinan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login\n3. Salinan Semakan Pengundi di laman web SPR https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih\n4. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Ahli Keluarga)\n5. Salinan Kad OKU (Kategori OKU)\n6. Salinan Ahli SMUE (Skim Mesra Usia Emas) untuk warga emas http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php\n7. Dokumen jika ada penyakit kronik yang menunjukkan ahli keluarga sering memerlukan rawatan (Contoh: asma, sakit jantung atau sawan).\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai program Iltizam Selangor Sihat, sila layari laman web pedulisihat.com atau hantarkan emel ke alamat [email\u00a0protected]\nBORANG PERMOHONAN ILTIZAM SIHAT SELANGOR (ISS)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/1-kaki-berapa-cm/", "title": "1 Kaki Berapa Cm? (Semak Ukuran ft (1\u2032) Kepada Sentimeter)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n1 Kaki Berapa Cm? Ukuran ft Kepada sentimeter\nMungkin anda pernah di tanya, \u201c1 kaki bersamaan berapa sentimeter (cm)\u201d?\nSoalan ini mungkin mudah bagi sesetengah orang namun mungkin sukar bagi sesetengah yang lain.\nTerdapat banyak jenis ukuran yang digunakan untuk mengukur \u201cpanjang\u201d, termasuklah unik kaki, sentimeter, ela, inci dan banyak lagi.\nBagi menjawap persoalan \u201c1 kaki berapa sentimeter (sm)\u201d ini, jawapannya adalah 1 kaki adalah bersamaan dengan 30.48 sentimeter atau 0.3048 meter.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAsal-usul unit \u201ckaki\u201d\n\n \nUnit metrik\n\n \nPertukaran unit kaki ke cm\n\n \nKalkulator online bagi ukuran dalam unit Kaki ke cm\n\n\nAsal-usul unit \u201ckaki\u201d\nDalam bahasa Inggeris, unit \u201ckaki\u201d disebut sebagai \u201cfoot\u201d atau \u201cfeet\u201d.\nKaki (simbol piawai: ft) ialah unit panjang dalam sistem ukuran adat empayar British dan Amerika Syarikat. \nSimbol perdana, \u2032, ialah simbol alternatif yang lazim digunakan. \n\n\n\n\n\n\nDalam kedua-dua unit adat dan empayar, satu kaki terdiri daripada 12 inci, dan satu ela terdiri daripada tiga kaki.\nDari segi sejarah, \u201ckaki\u201d adalah sebahagian daripada banyak sistem unit tempatan, termasuk sistem Yunani, Rom, Cina, Perancis dan Inggeris. \nPanjangnya berbeza-beza dari negara ke negara, dari bandar ke bandar, dan kadang-kadang dari perdagangan ke perdagangan. \nPanjangnya biasanya antara 250 mm dan 335 mm dan secara amnya, tetapi tidak selalu, dibahagikan kepada 12 inci atau 16 digit.\nAmerika Syarikat ialah satu-satunya negara perindustrian yang menggunakan unit kaki antarabangsa berbanding meter dalam aktiviti komersial, kejuruteraan dan piawaiannya.\nUnit \u201ckaki\u201d diiktiraf secara sah di United Kingdom; papan tanda jalan mesti menggunakan unit imperial (namun, jarak pada papan tanda jalan sentiasa ditanda dalam batu atau ela, bukan kaki), manakala penggunaannya meluas di kalangan orang awam British sebagai ukuran ketinggian.\nArtikel berkaitan: Ujian Psikometrik SPA : Contoh Soalan, Jawapan & Panduan\nUnit metrik\nSentimeter adalah unit panjang dalam sistem metrik, yang bersamaan dengan satu-per seratus dari\u00a0meter.\n1 sentimeter bersamaan dengan 0.39370\u00a0inci.\n\nPertukaran unit kaki ke cm\nNamun, dari manakah datangnya nombor 1 kaki bersamaan 30.48 cm atau (0.3048 meter) ini?\nPada tahun 1959 perjanjian untuk ela dan paun (antara Syarikat Amerika dan negara-negara Komanwel) ditakrifkan bahawa satu ela tepat 0.9144 meter, yang seterusnya ditakrifkan bahawa satu kaki tepat 0.3048 meter (304.8 mm).\nMaka, untuk menukar unit kaki ke sentimeter, anda hanya perlu mendarabkan nombor tersebut dengan 30.48, misalnya:\n10 kaki x 30.48 = 304.80 sentimeter\nSimbol inci & kaki adalah seperti berikut:\nInci \u201c\nKaki \u2018\nApabila penukaran dari 1 meter kepada kaki biasanya digenabkan menjadi 3.3 kaki. Tetapi bacaan yang tepat untuk 1 meter bersamaan dengan\n3.28084 kaki\n1cm=10mm\n1 inci=2.5cm\n1kaki=12inci\n1meter=3.28 kaki\nKalkulator online bagi ukuran dalam unit Kaki ke cm\nAdakalanya anda perlu menukar dari unit kaki ke sentimeter/meter dan sebaliknya namun anda tidak mengingati bagaimana caranya.\nCara paling mudah menukar uni adalah dengan menggunakan fungsi kalkulator online.\nBagaimana caranya?\nTaip sahaja di pelayar web anda \u201cconvert feet to cm\u201d dan seumpamnya, anda akan diberikan hasil carian laman-laman web yang menyediakan kalkulator online ini.\nSelain dua unit ini, anda juga boleh membuat pertukaran pelbagai unit lain secara dalam talian juga.\nAntara kalkulator online yang boleh anda cuba adalah seperti berikut:\n\nMetric Conversions\nUnit Converters\nOmni Calculators\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kenaikan-gaji-tambahan-khas-2023/", "title": "KGT Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 (KGT) untuk penjawat awam mulai Januari 2023\nTERKINI : Kerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas RM100, bantuan kewangan khas RM700 kepada penjawat awam \u2013 PM Anwar\nSebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.\nBantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.\nBerikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan ini yang dibentangkan dalam Mini Belanjawan / Bajet Mini 2023.\n\n\n\n\n\n\nYAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. \u2013 SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKenaikan Gaji Tahunan (KGT Tambahan) Khas RM100 Penjawat Awam 2023\n\n \nTarikh Bayaran\n\n \nPelaksanaan\n\n \nPegawai Yang Layak Menerima KGT Tambahan\n\n \nKaedah Pemberian\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKenaikan Gaji Tahunan (KGT Tambahan) Khas RM100 Penjawat Awam 2023 \nPenjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari 2023.\nSebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180.\nKenaikan ini bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.\nTarikh Bayaran\nMulai 1 Januari 2023\nPelaksanaan\n\nGaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2022 + KGT Tambahan Khas (RM100) pada 1 Januari 2023\nAmaun gaji tersebut kekal dalam gaji hakiki pegawai\nKGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja\nPemberian KGT Tambahan Khas tidak mengubah Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai, tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa\n\nPegawai Yang Layak Menerima KGT Tambahan\n\nPegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional\nBertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service), dan;\nTelah dilantik sebelum 1 Januari 2023 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023\n\n\nKaedah Pemberian\nBerikut adalah contoh kaedah pemberian KGT Tambahan Khas bagi pegawai penjawat awam yang layak:\n\n\n\n\n\nBaca penerangan penuh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung KGT Tambahan ini:\nPEMBERIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) TAMBAHAN KHAS KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DALAM KUMPULAN PELAKSANA DAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL\nPekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 (PP Bil. 2/2022)\nKerajaan telah bersetuju untuk memberikan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2023.\nKGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja.\n\n\n\nMUAT TURUN PEKELILING PERKHIDMATAN BULANGAN 2 TAHUN 2022 : https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2022/pp022022.pdf\nKGT-Tambahan-JPA-PekelilingDownload\nMaklumat Lanjut\nRujukan:\nMuat turun PP Bil. 2/2022 dan soalan lazim di pautan https://tinyurl.com/2ddasak7.\nEmel pertanyaan: [email\u00a0protected]\nFacebook : Jabatan Perkhidmatan Awam\u00a0\nSelain KGT Tambahan ini, Kerajaan turut bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion. \nSila baca artikel berikut untuk maklumat lanjut: Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)\nBaca juga:\n\nIntipati Mini Bajet 2023 \u2013 PM Anwar Ibrahim\nBantuan Awal Persekolahan 2023 : RM150 Untuk Semua Murid\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ujian-penguasaan-bahasa-melayu-guru/", "title": "Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG): Spesifikasi & Format", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUjian Penguasaan Bahasa Melayu Guru atau UPBMG merupakan satu ujian yang baru diperkenalkan pada tahu 2022 dimana ujian ini dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).\nUjian ini telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk semua guru bahasa Melayu (BM) yang bertujuan untuk menghasilkan guru bahasa Melayu yang kompeten dan profesional.\nCalon UPBMG dipilih dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu, sama ada guru opsyen atau guru bukan opsyen yang mana guru-guru ini adalah guru dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah KPM.\n\n\n\n\n\n\nSasaran utama bagi tahun 2022-2025 adalah calon yang terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajar subjek tersebut di sekolah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKumpulan sasar\n\n \nMatlamat dan objektif pelaksanaan\n\n \nKomponen ujian UPBMG\n\n \nFormat UPBMG\n\n \n1. Kemahiran Mendengar\n\n \n2. Kemahiran Bertutur\n\n \n3. Kemahiran Membaca\n\n \n4. Kemahiran Menulis\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nKumpulan sasar\nBerikut merupakan kumpulan sasaran bagi pelaksanaan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) yang bermula tahun 2022 ini:\n\nGuru opsyen dan bukan opsyen Tingkatan 6\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah atas\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah rendah\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah kebangsaan\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Cina\nGuru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Tamil\n\nMatlamat dan objektif pelaksanaan\n\n\n\nUjian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) diperkenalkan bagi mencapai matlamat dan objek berikut:\n\nMengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu opsyen dan bukan opsyen.\nMeningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus.\n\nArtikel menarik: Rancangan Pengajaran Harian (RPH): Kandungan, Templat & Tips\nKomponen ujian UPBMG\n\nEmpat kemahiran yang diuji dalam Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) ialah:\n\nKemahiran Mendengar\nKemahiran Bertutur\nKemahiran Membaca\nKemahiran Menulis\n\nKeempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.\nFormat UPBMG\nKeempat-empat kemahiran di atas akan diuuji dalam Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) berdasarkan format dan kaedah berikut:\n1. Kemahiran Mendengar\n\nMendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\n\n2. Kemahiran Bertutur\n\nBertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.\nBertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.\nBertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.\n\n3. Kemahiran Membaca\n\nMembaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMembaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMembaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\n\n4. Kemahiran Menulis\n\nMenulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMenulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\nMenulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.\n\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG), sila hubungi pegawai yang bertugas seperti yang tertera di bawah:\nKementerian Pendidikan MalaysiaEmel: [email\u00a0protected]Tel: 03-22814400 Faks: 03-22814444\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-touch-n-go-baru-nfc/", "title": "Kad Touch N Go Baru (NFC) : Lokasi Pembelian & Daftar Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTouch n Go Malaysia telah menaik taraf kad TNG dengan teknologi baru yang membolehkan anda tambah nilai pada bila-bila masa, di mana sahaja, untuk gaya hidup tanpa sentuh, tanpa tunai dan mudah.\nTahukah anda apakah teknologi NFC dan bagaimana cara menggunakan dan memanfaatkan teknologi ini?\nJom kami kongsikan info terkini berkaitan kad TNG terbaharu dengan teknologi NFC.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC?\n\n \nPerbezaan Antara Kad Touch \u2018n Go berteknologi NFC dengan kad Touch n\u2019 Go yang lama\n\n \nApakah NFC?\n\n \nBagaimanakah saya boleh menyemak jikalau telefon bimbit saya mempunyai \u201cNear Field Communication\u201d (NFC)?\n\n \nHarga Kad Touch \u2018n Go (TNG) Baru Yang Dinaik Taraf\n\n \nCara Pembelian\n\n \nCara Link Kad Touch N Go Baru Dengan e-Wallet TNG\n\n \nCara Tambah Nilai Kad TNG Baru Secara Online Dengan NFC\n\n \nSoalan Lazim Tentang Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC\n\n \nMaklumat lanjut\n\n\nApakah Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC?\nKad Touch \u2018n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC untuk membolehkan tambah nilai melalui Touch \u2018n Go eWallet, membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan.\nIa boleh diguna sebagai pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih. \nAnda hanya perlu memastikan kad TNG yang dinaik taraf anda mempunyai baki yang mencukupi dan mengimbas kad tersebut di pembaca kad TNG.\n\nPerbezaan Antara Kad Touch \u2018n Go berteknologi NFC dengan kad Touch n\u2019 Go yang lama\nKad TNG yang dinaik taraf ini dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu, \u201cNear Field Communication (NFC)\u201d, untuk membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch n\u2019 Go eWallet. \nKad keluaran Touch \u2018n Go versi lama tidak mempunyai ciri ini. \nOleh itu, hanya Kad TNG yang\u00a0dinaik taraf\u00a0yang dijual melalui aplikasi Touch \u2018n Go eWallet dan ejen-ejen pihak ketiga terpilih TNG boleh digunakan untuk menambah nilai melalui Touch n\u2019 Go eWallet (versi aplikasi 1.7.72 dan ke atas). \nUntuk membezakan antara kad versi lama dan baharu, sila rujuk pada simbol NFC pada kad (rujuk imej di bawah). \n\nKad Touch \u2018n Go edisi klasikKad Touch \u2018n Go yang dinaik tarafdengan teknologi NFC1. Bayaran tol2. Tambang Keretapi & bas3. Pembayaran di kedai4. Parkir1. Bayaran tol2. Tambang Keretapi & bas3. Pembayaran di kedai4. Parkir5. Semak baki melalui eWallet6. Tambah nilai menggunakan baki eWallet7. Beli melalui eWallet\nKad TNG yang\u00a0dinaik taraf\u00a0dan kad TNG lama boleh ditambah nilai melalui kaedah fizikal yang sedia ada.\nApakah NFC?\n\u201cNear Field Communication\u201d ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara \u201cwireless\u201d dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara \u201cwireless\u201d daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.\nUntuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi \u201cNear Field Communication\u201d (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:\nAkaun Touch \u2019n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYCPengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n\u2019 Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWalletPengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch \u2018n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf\nSesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch \u2018n Go eWallet anda. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf.\n\nBagaimanakah saya boleh menyemak jikalau telefon bimbit saya mempunyai \u201cNear Field Communication\u201d (NFC)?\nJika anda menggunakan peranti Apple iPhone 7 dan ke atas, ianya sudah mempunyai cip NFC di dalamnya. Oleh itu, semua iPhone yang dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai keupayaan NFC. Ciri NFC dihidupkan secara automatik di dalam iPhone.\nJika anda pengguna Android, kebanyakan peranti Android baharu mempunyai cip NFC dalam telefon. Cip NFC telefon anda perlu diaktifkan sebelum penggunaannya. Pergi ke \u201cSettings\u201d dan dalam bar \u201cSearch Settings\u201c, taip \u201cNFC\u201d. Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit anda.\nIkuti langkah berikut untuk semakan:\nI) SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA IPHONE\nUntuk pengguna iPhone, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\nLangkah\u00a01:\u00a0Cari dan pilih aplikasi \u201cSettings\u201d\nLangkah\u00a02:\u00a0Setelah mengaktifkan aplikasi \u201cSettings\u201d, klik \u201cGeneral\u201d\nLangkah\u00a03:\u00a0Kemudian, klik \u201cAbout\u201d dan ambil tahu tentang \u201cSoftware Version\u201d yang tertera\nLangkah\u00a04:\u00a0Jikalau versi iOS anda belum dikemas kini, tekan \u201cSoftware Update\u201d di bawah \u201cGeneral\u201d dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik \u201cDownload and Install\u201d untuk kemas kini iOS anda kepada versi terkini\nIi) SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA ANDROID\nUntuk pengguna Android, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:\nLangkah\u00a01:\u00a0Cari dan pilih aplikasi \u201cSettings\u201d\nLangkah\u00a02:\u00a0Setelah mengaktifkan aplikasi \u201cSettings\u201d, klik \u201cAbout Phone\u201d atau \u201cAbout Device\u201d\nLangkah\u00a03:\u00a0Kemudian, klik \u201cAndroid Version\u201d dan ambil tahu tentang \u201cSoftware Version\u201d yang tertera\nLangkah\u00a04:\u00a0Jikalau versi OS anda belum dikemas kini, tekan \u201cSoftware Update\u201d dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini\nSesetengah jenama/model telefon bimbit yang dibeli selain di Malaysia boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC/ fungsi NFC tidak disokong. Untuk menikmati kemudahan kad TNG yang dinaik taraf, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda.\n\n\n\nHarga Kad Touch \u2018n Go (TNG) Baru Yang Dinaik Taraf\nSekeping kad TNG yang dinaik taraf dengan keupayaan \u201cNear Field Communication\u201d (NFC) ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik. \n\nNOTA: Sila ambil perhatian bahawa untuk kad yang dibeli melalui Touch \u2019n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli.\nCara Pembelian\nI) Pembelian Offline (Di Kedai Fizikal)\nAnda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf ini melalui Touch \u2018n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan di\u00a0kedai / stesen minyak yang terpilih. \nRujuk senarai kedai-kedai berdaftar yang menjual kad ini secara sah:\nhttps://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/\nSenarai lokasi kedai / stesen minyak berdaftar yang menjual kad TNG NFC \nSebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf, sila pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri \u201cNear Field Communication\u201d (NFC) jika kad anda ingin mempunyai keupayaan untuk menambah nilai kad melalui Touch \u2018n Go eWallet.\nII) Pembelian Online (Melalui e-Wallet Touch n Go)\nAnda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf melalui Touch \u2019n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas). Selepas selesai proses pembelian melalui aplikasi, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian. Anda hanya boleh menukar alamat anda sebelum melengkapkan pembelian dalam aplikasi.\nLangkah 1:\u00a0Klik pada ikon\u00a0TNG Card\u00a0pada halaman utama aplikasi\nLangkah 2:\u00a0Klik\u00a0Order Touch \u2018n Go Card/ Check status\u00a0di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad\nLangkah 3:\u00a0Klik\u00a0Order Now\nLangkah 4:\u00a0Pilih kuantiti pesanan dan klik\u00a0Buy now\nLangkah 5:\u00a0Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)\n\n\nCara Link Kad Touch N Go Baru Dengan e-Wallet TNG\nUntuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi \u201cNear Field Communication\u201d (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:\nAkaun Touch \u2019n Go eWallet pengguna perlu disahkan eKYCPengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minimum dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n\u2019 Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWalletPengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch \u2018n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf\nSetelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan kad TNG dinaik taraf anda mengikut langkah di bawah:\nLangkah\u00a01: Klik pada ikon\u00a0TNG Card\u00a0di skrin utama\nLangkah\u00a02: Klik pada butang\u00a0Add Card\u00a0atau simbol \u2018+\u2019 pada sudut atas sebelah kanan\nLangkah\u00a02a: Sahkan akaun Touch n\u2019 Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC\nJikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:\nLangkah\u00a03: Klik pada\u00a0Scan Now\u00a0atau\u00a0ikon \u00a0\nLangkah\u00a04: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda\nLangkah\u00a05: Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda\nLangkah\u00a06: Isikan medan\u00a0Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem\nLangkah\u00a07: Tekan butan\u00a0Add\nLangkah\u00a08: Masukkan PIN eWallet Touch \u2019n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf\nNota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch \u2019n Go eWallet anda\n\nJika telefon anda TIDAK mempunyai fungsi NFC (Anda diingatkan bahawa anda tidak akan dapat melakukan operasi tambah nilai melalui eWallet jika keupayaan NFC tidak diaktifkan pada telefon bimbit atau telefon bimbit anda tidak mempunyai ciri NFC)\nLangkah\u00a03: Masukkan Nombor Siri Kad 10-digit anda secara manual\nLangkah\u00a04: Isikan medan\u00a0Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem\nLangkah\u00a05: Klik pada butang\u00a0Add\nLangkah\u00a06: Masukkan PIN eWallet Touch \u2019n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf\nNota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch \u2019n Go eWallet anda\n\nBaca juga: Cara Refund Duit Dalam Kad Touch N Go Secara Online\nCara Tambah Nilai Kad TNG Baru Secara Online Dengan NFC\nSetiap kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli. Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n\u2019 Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. Klik di\u00a0sini\u00a0untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai.\nLangkah-langkah untuk menambah nilai menggunakan:\ni) Touch n\u2019 Go eWallet:\u00a0Sila ikut arahan pada Touch n\u2019 Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.\nLangkah\u00a01:\u00a0Klik pada ikon\u00a0TNG Card\u00a0pada halaman utama Touch n\u2019 Go eWallet\nLangkah\u00a02:\u00a0Pilih kad yang mempunyai ciri \u201cNear Field Communication\u201d (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang\u00a0Reload\nLangkah\u00a03:\u00a0Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda\nLangkah\u00a04:\u00a0Enter your preferred amount.\u00a0Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500\nLangkah\u00a05:\u00a0Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n\u2019 Go eWallet anda\nLangkah\u00a06:\u00a0Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi\nLangkah\u00a07:\u00a0Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin\u00a0Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin\u00a0Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih \u201cin progress\u201d, anda akan lihat skrin\u00a0Hold On, reload is Pending!\nLangkah\u00a08:\u00a0Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda\nNota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam\u00a0Settings\u00a0anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.\n\nii) Tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada\nSila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.\nSoalan Lazim Tentang Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC\nAdakah kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf saya mempunyai tempoh jaminan? Kad TNG yang\u00a0dinaik taraf\u00a0mempunyai tempoh jaminan selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian. Pengguna harus menyimpan resit sebagai bukti pembelian sekiranya ingin menuntut penggantian kad semasa dalam tempoh jaminan. Bagaimanakah saya boleh mengetahui tarikh luput kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf saya? Tarikh luput kad TNG yang dinaik taraf boleh dirujuk melalui cara-cara yang tertera di bawah:\u2013 Dicetak di belakang kad anda;\u2013 Dicetak pada resit yang anda perolehi apabila anda menambah nilai kad anda;\u2013 Terpapar pada Touch n\u2019 Go eWallet selepas anda memautkan kad anda pada Touch n\u2019 Go eWallet; dan\u2013 Terpapar di\u00a0MYTouchnGo portal\u00a0setelah kad anda didaftar di portal tersebut.Kad TNG anda mempunyai jangka hayat selama tujuh (7) tahun atau tempoh yang ditetapkan oleh Touch \u2018n Go Sdn Bhd (TNGSB). Apakah fungsi kod QR yang terdapat pada kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf? Kod QR pada kad TNG yang dinaik taraf membolehkan pengguna memuat turun aplikasi Touch \u2019n Go eWallet. Semua ciri yang berkaitan dengan tambah nilai Touch \u2019n Go eWallet, pemautan kad, pembelian kad dan PayDirect boleh didapati di Touch \u2019n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas). Adakah kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf ini boleh menjadi tidak aktif jikalau tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang? Kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai sebarang bentuk penyahaktifan yang dikenakan ke atasnya. Oleh itu, anda boleh menggunakannya sepanjang 7 tahun tempoh hayat kad. Kad anda akan nyahaktif apabila tamat tempoh 7 tahun.Anda juga diingatkan bahawa jika kad anda ditamatkan sebelum tarikh luput, ia akan dinyahaktifkan. Penamatan kad boleh terjadi kerana tindakan-tindakan berikut:Penamatan kad kerana kad hilang;Penamatan kad atas permintaan anda; atauPemindahan baki daripada kad lama ke kad baharu. Kad lama anda akan ditamatkan Adakah saya akan dikenakan fi/ bayaran perkhidmatan lain-lain untuk kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf ini? Anda tidak akan dikenakan apa-apa fi/ bayaran berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh TNGSB sepanjang tempoh hayat kad TNG yang dinaik taraf ini iaitu selama 7 tahun.\u00a0\u00a0 Apakah yang akan terjadi kepada baki wang di dalam kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf ini jikalau saya tidak menggunakan kad ini selama 7 tahun selepas tarikh transaksi terakhir? Baki wang di dalam kad tersebut akan diklasifikasikan sebagai Wang Yang Tak Dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir. TNGSB akan mengambil langkah sewajarnya seperti yang ditetapkan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 bagi baki wang yang tidak dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir. Baki kad anda akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi\u00a0Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Bagaimanakah saya boleh mengakses kesemua ciri-ciri berkaitan pembelian kad, pautan kad ke Touch n\u2019 Go eWallet dan penambahan nilai bagi kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf ini? Sila pastikan aplikasi Touch \u2018n Go eWallet anda telah dikemaskini kepada versi terkini (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) seperti yang tersedia di App Store dan Google Play Store. Anda mungkin mengalami kelewatan dalam menerima kemas kini aplikasi, tetapi semua kemas kini seharusnya tersedia sebelum 22 April 2022. Sejauh manakah kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf ini perlu berada pada belakang telefon bimbit saya agar \u201cNear Field Communication\u201d (NFC) boleh berfungsi? Kad TNG yang dinaik taraf mesti diimbas terus di bahagian belakang telefon bimbit anda agar \u201cNear Field Communication\u201d (NFC) berfungsi.Bagi telefon bimbit berjenama iPhone, imbas kad di bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android dan jenama lain, imbas kad di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan dan juga bergantung pada telefon bimbit anda.Sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk lokasi pembaca NFC pada telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda. Sila pastikan anda mengimbas kad di muka belakang telefon bimbit anda selama lebih daripada 5 saat. Apakah prasyarat yang perlu saya ada untuk memaksimakan potensi penggunaan kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf ini? Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi \u201cNear Field Communication\u201d (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:1. Akaun Touch \u2019n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). 3. Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n\u2019 Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet4. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch \u2018n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik tarafSesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch \u2018n Go eWallet anda. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf. Apakah akan terjadi jikalau telefon bimbit saya tidak mempunyai ciri \u201cNear Field Communication\u201d (NFC)? Anda masih boleh menggunakan kad Touch \u2018n Go (TNG) yang dinaik taraf seperti biasa untuk pembayaran di pembaca kad TNG fizikal. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menikmati ciri tambah nilai melalui Touch \u2018n Go eWallet. \nSumber: https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/4436212894873-Kad-Touch-n-Go-TNG-yang-dinaik-taraf\nMaklumat lanjut\nUntuk pertanyaan lebih lanjut, sila menghubungi kami melalui\u00a0e-Customer service di\u00a0sini\u00a0atau layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.\nHotline\u00a0: +603 2714 8888Emel\u00a0: careline @touchngo.com.myWebform\u00a0: https://customerservice.touchngo.com.my/eservices/Facebook\u00a0: www.facebook.com/MyTouchnGoTwitter\u00a0: www.twitter.com/MyTouchnGo\nLaman web rasmi: https://www.touchngo.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-bkm/", "title": "Rayuan BKM 2022: Semakan Status & Jumlah Bayaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKM ONLINE (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022) & TARIKH BAYARAN\nMasih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa\u00a0tempoh rayuan bagi permohonan BKM telah dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan\u00a0bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. \nPemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). \nProses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rayuan BKM 2022:\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSiapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?\n\n \nSemakan Status Kelulusan Rayuan BKM & Tarikh Bayaran\n\n \nJumlah Bayaran Yang Akan Diterima\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nTarikh Permohonan Rayuan\n\n \nKaedah Permohonan Rayuan BKM\n\n \nKod / Alasan Tidak Lulus BKM\n\n \nDokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan\n\n \nPenerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)\n\n \nPERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 (BKM 2022) YANG TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN\n\n \nWaktu Operasi Kaunter Rayuan BKM\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nSiapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?\nPemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:\nPemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atauPemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.\nSemakan Status Kelulusan Rayuan BKM & Tarikh Bayaran\nUntuk makluman, permohonan yang diluluskan akan menerima BKM melalui bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada bulan September 2022 dan Disember 2022.\u2800\u2800\nTerkini, pengguna media sosial turut berkongsi status rayuan mereka. Ada yang lulus setelah membuat rayuan dan ada juga yang mendapat kelulusan dengan amaun tambahan setelah membuat kemaskini maklumat.\nLULUS RAYUAN BKM\n\nLULUS AMAUN TAMBAHAN SETELAH MENGEMASKINI MAKLUMAT RAYUAN\n\nTIDAK LULUS RAYUAN\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan cara membuat semakan status rayuan mulai 20 September 2022:\nSemakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.Klik pada ikon Semakan Status.Kemudian, lihat bahagian Maklumat Bayaran.Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.\nJumlah Bayaran Yang Akan Diterima\nJumlah pembayaran Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima bagi pemohon yang LULUS adalah berdasarkan kategori yang ditetapkan.\nSila rujuk jadual di bawah untuk perincian bayaran yang akan dikreditkan:\n\n\nKaedah Pembayaran\nPembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:\ni. Ada Akaun Bank \u2013 Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat\nii. Tiada Akaun Bank \u2013 Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022\nTarikh Permohonan Rayuan \nPermohonan Rayuan BKM 2022 telah dibuka pada tarikh berikut:\nSecara dalam talian \u2013 mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022. Secara borang kertas \u2013 mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.\nSekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan TIDAK LULUS, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah tidak dibenarkan.\nIni kerana kelulusan Rayuan BKM 2022 adalah MUKTAMAD\n\n\nKaedah Permohonan Rayuan BKM\n\n\nKaedah Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:\nSecara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atauPenghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM Pejabat Satelit (PS) Pusat Khidmat Hasil (PKH) Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran *NOTA: Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan.\nAnda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.\nKod / Alasan Tidak Lulus BKM\nUntuk makluman pemohon, alasan tidak lulus BKM akan dipaparkan pada Butang \u2018Alasan\u2019 seperti yang tertera di bawah:\n\nKod Tidak Lulus BKM 2022 adalah seperti di bawah. \nDokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa:\n\n\n\nDokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan\nBerikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda lampirkan berdasarkan kod alasan tidak lulus yang dinyatakan pada status masing-masing.\n\n\n\nSumber: LHDNM \nPenerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)\nKetika kelulusan BKM dimuatnaik di laman web BKM, agak ramai pemohon Kategori Bujang yang kecewa kerana tidak lulus dengan menerima Kod 06.\nApakah maksud Kod 06 dan bolehkah mereka memohon rayuan?\n\nMengikut FAQ_Rayuan_BKM yang dikeluarkan oleh LHDN, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:\ni. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atauii. Berumur 19 tahun \u2013 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)\nIni bermaksud, pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.\nWalau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. \nPermohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakanpelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perludikemukakan akan dimaklumkan kemudian.\nPERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 (BKM 2022) YANG TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN\nBagi Pemohon Tidak lulus BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti di bawah perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09 Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.\n*Permohonan rayuan secara online tidak dibenarkan bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:\n\nWaktu Operasi Kaunter Rayuan BKM\nJADUAL PERKHIDMATAN KAUNTER RAYUAN BKM DI CAWANGAN /PEJABAT SATELIT / PUSAT KHIDMAT HASIL (PKH) LHDNMDAN PERKHIDMATAN PANGGILAN TELEFON MULAI 2 MEI 2022 SEHINGGA 2 JUN 2022\n\nNOTA:\nKaunter Rayuan BKM tidak beroperasi pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.Bagi Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan pada premis berkenaan.Operasi perkhidmatan kaunter BKM di Urban Transformation Centre (UTC) adalah tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri.Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan.\nBaca juga: \nKadar Bayaran BKM Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4 Setiap KategoriPengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Rayuan BKM di bawah:\nBKM-2022-FAQ_-SemakanStatusPembayaranRayuanBKM2022Download\nBilakah tarikh rayuan BKM? Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:i. Secara dalam talian \u2013 mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022. ii. Secara borang kertas \u2013 mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa Bagaimana cara membuat rayuan BKM? 2 Kaedah permohonan rayuan:i. Dalam Talian \u2013 Mulai\u00a02 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022(Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/)ii. Borang Manual \u2013 Mulai\u00a09 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.(Permohonan di Pejabat LHDN) Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan? Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atauii. Berumur 19 tahun \u2013 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022? Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakanpelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian. Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022? Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atauii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja. Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)? Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:i. Isi Rumaha) Kahwin; ataub) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepatisyarat; danc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangana) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; danb) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; danc) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.iii. Bujanga) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; danb) Had umur adalah 21-59 tahun; danc) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan? Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:i. Nombor Pengenalan Akaun dikreditii. Nama Penerimaiii. Fasa Pembayaraniv. Jumlah dikreditv. Status Kreditvi. Nama Bankvii. Nombor Akaun Bank Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin tetapi Permohonan BKM 2022 saya berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian. Adakah saya layak menerima BKM 2022? Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakanpenerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022. Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Rayuan BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan? Anda boleh membuat semakan pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Rayuan BKM 2022. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:i. Nombor Pengenalan Akaun dikreditii. Nama Penerimaiii. Fasa Pembayaraniv. Jumlah dikreditv. Status Kreditvi. Nama Bankvii. Nombor Akaun Bank \n"]} {"url": "https://ecentral.my/menu-sushi-king-harga-2022/", "title": "Menu Sushi King & Harga 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenu Sushi King & Harga 2022 ~ Khas untuk penggemar Sushi King, jom kita tengok menu serta harga yang ditawarkan. Semuanya menarik dan berbaloi untuk dicuba! \nBaca Juga : Promosi Sushi Bonanza & Tawaran Menarik Sushi King\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMenu Sushi King & Harga 2022\n\n \nMenu Sushi\n\n \nTemaki\n\n \nTsumami\n\n \nDonburi\n\n \nSushi Packs\n\n \nNoodles\n\n \nSet Meal\n\n \nAgemono\n\n \nYakimono\n\n \nSalad\n\n \nIppin\n\n \nMinuman dan Pemanis Mulut\n\n\nMenu Sushi King & Harga 2022\nMenu Sushi\nBlue Plate\n\n\n\n\n\n\nMenuHargaEgg MayoRM 2.20Kanikama MakiRM 2.20Tamago MakiRM 2.20Kani Tama MakiRM 2.20CKT MakiRM 2.20\nBeige Plate\nMenuHargaKaraage Teriyaki MayoRM 3.30Spicy TamagoRM 3.30InariRM 3.30Nasu AgedashiRM 3.30Cheesy TamagoRM 3.30Tuna Mayo MakiRM 3.30Tuna MayoRM 3.30\n\nPink Plate\nMenuHargaGolden BallRM 4.40Smoked DuckRM 4.40Teriyaki ChickenRM 4.40Aburi Tamago MentaikoRM 4.40Surimi ScallopRM 4.40Inari Boat Tuna MayoRM 4.40Tori BurgRM 4.40Salmon MenchiRM 4.40TsubokkoRM 4.40Kani TobikkoRM 4.40Marinated EdamameRM 4.40EdamameRM 4.40California MakiRM 4.40Spicy Teriyaki Chicken RollRM 4.40Aburi Salmon Mentaiko RollRM 4.40Salmon Skin Piri PiriRM 4.40\nRed Plate\nMenuHargaChuka KurageRM 5.50Norwegian SalmonRM 5.50Unagi SliceRM 5.50Cheesy Salmon MenchiRM 5.50Chicken Cheese RollRM 5.50\nPurple Plate\nMenuHargaNorwegian Salmon NishokuRM 6.60TobikkoRM 6.60Chuka KurageRM 6.60Ebi TenRM 6.60Ebi TenRM 6.60Chuka LidakoRM 6.60\nTemaki\nMenuHargaCalifornia TemakiRM 6.00Ebi Fry TemakiRM 6.00Salmon California TemakiRM 6.00Soft Shell Crab TemakiRM 6.00Unagi TemakiRM 6.00\n\nTsumami\nMenuHargaSalmon Skin Piri PiriRM 4.00Chuka ChinmiRM 5.00Chuka LidakoRM 6.00Chuka WakameRM 4.00Cuka KurageRM 5.00EdamameRM 4.00\nBento\nMenuHargaSalmon Belly Nanban BentoRM 21.89Salmon Steak & Ebi Fry BentoRM 20.79Grand Mixed BentoRM 20.79Yakiniku & Chicken Nanban BentoRM 19.69Tenpura & Chicken Nanban BentoRM 18.59Yakiniku Ebi Fry BentoRM 21.89\n\nDonburi\nMenuHargaYakiniku DonRM 18.59Oyako DonRM 15.73Ten DonRM 16.39Chicken Katsu DonRM 15.73\nSushi Packs\nMenuHargaAburi Deluxe \u2013 Spicy Aburi\u2013 Salmon Nigiri\u2013 Yaki Saba Nigiri \u2013 Aburi Spicy Ebi Nigiri \u2013 Spicy KaraageRM 22.00Norwegian Salmon Treasure \u2013 4X Norwegian Salmon Nigiri\u2013 6X Norwegian Salmon NishokuRM 30.80\nNoodles\nMenuHargaTokyo Shoyu Ramen NoodlesRM 19.25Black Pepper UdonRM 11.99Nabeyaki UdonRM 15.29Beef Nabeyaki UdonRM 17.49Zaru UdonRM 8.69Tenpura UdonRM 15.40Nagoya Spicy Ramen NoodlesRM 19.25\n\nSet Meal\nMenuHargaYakiniku SetRM 26.84Grilled Salmon Belly SetRM 24.09\nAgemono\nMenuHargaTori Soboro AgedashiRM 6.49Chicken NanbanRM 8.80Ebi TenpuraRM 11.66Chicken GyozaRM 6.49\nYakimono\nMenuHargaSalmon Tsubu Mayo MakiRM 10.89Saba Tsubu Mayo YakiRM 15.29Spicy YakinikuRM 22.99ShishamoRM 7.81Salmon TeriyakiRM 21.34Saba TeriyakiRM 11.99\nSalad\nMenuHargaWakame SaladRM 5.39Karaage Egg Salad (S) GomaRM 7.59Chicken Salad GomaRM 15.29Chicken Salad WafuRM 15.29Karaage Egg Salad WafuRM 7.59\nIppin\nMenuHargaRiceRM 2.00Miso SoupRM 3.30\nMinuman dan Pemanis Mulut\nMenuHargaChocolate Mochi PuffRM 5.50Custard Mochi PuffRM 5.50Hanjuku Cheese CakeRM 4.40Cottage CheeseRM 4.00Mochi DorayakiRM 5.00Matcha Mochi PuffRM 5.00Iced Shizuoka ChaRM 2.46Green TeaRM 1.00VitagenRM 2.00PepsiRM 3.007 UpRM 3.00\nUntuk ketahui maklumat lanjut mengenai promosi serta tawaran terkini dari Sushi King, jom ikuti laman Facebook Sushi King! \n"]} {"url": "https://ecentral.my/jadual-liga-super-2023/", "title": "Jadual Liga Super 2023: Kedudukan Terkini & Tarikh Perlawanan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nJadual Liga Super 2023 bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim dan Terengganu.\nJohor Darul Takzim selaku juara bertahan yang telah memenangi Liga Super 9 tahun berturut-turut pastinya terus bersemangat untuk mengekalkan kejuaraan bagi musim ini.\nNamun begitu, cabaran daripada pasukan-pasukan lain juga tidak boleh dipandang sepi memandangkan banyak pasukan telah berbelanja besar bagi menguatkan pasuka masing-masing.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Pasukan\n\n \nFormat Liga Super 2023\n\n \nJadual Terkini Liga Super 2023\n\n \nPerlawanan Siaran Langsung Liga Super 2023\n\n \n[UPDATE] Carta Kedudukan & Keputusan Terkini\n\n\nSenarai Pasukan\n\nLiga_Super 2023 menyaksikan 14 pasukan antara berlawanan sesama sendiri sebanyak 2 pusingan mengikut jadual yang telah ditetapkan. \n\n\n\n\n\n\nBerikut merupakan senarai penuh semua pasukan yang bertanding pada Liga_Super 2023:\n\nJohor Darul Ta\u2019zim (JDT)\nTerengganu FC\nSabah FC\nNegeri Sembilan FC\nSelangor FC\nKuala Lumpur City FC\nSri Pahang FC\nKedah Darul Aman FC\nPenang FC\nKelantan FC\nKuching City FC\nKelantan United FC\nPDRM FC\nPerak FC.\n\nFormat Liga Super 2023\nJadual bagi musim 2023 telah digubal dengan beberapa pembaharuan dan penstrukturan oleh Malaysian Fooball League (MFL) setelah mengambil kira beberapa faktor.\n\nHanya 14 pasukan beraksi musim ini selepas dua kelab Liga_Super musim lalu, PJ City FC dan UiTM FC sah tidak akan bertanding.\nKuota pemain import sejajar dengan pergerakan AFC tetapi juga berasaskan jaminan slot kepada pemain tempatan di atas padang.\n\nJadual Terkini Liga Super 2023\nMusim 2023 menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 turut akan dilangsungkan pada wktu petang bagi memberikan pengalaman dan suasana baru kepada pemain dan penyokong.\n[KEMASKINI] Jadual perlawanan terkini Liga_Super boleh dirujuk dalam jadual di bawah.\nJadual pusingan LS13 Liga_Super 2023 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, 2-4 Jun 2023 : Perlawanan manakah yang menjadi tumpuan anda?\n\nJadual penuh LigaSuper2023 boleh dilihat di pautan https://www.malaysianfootballleague.com\nIkuti siaran langsung LIVE streaming RTM :\n\nFacebook RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nLaman web penstriman langsung : https://rtmklik.rtm.gov.my\n\nJadual-Liga_Super-2023-Kemaskini-2023.01.25Download\nSiaran langsung di Astro Arena, Astro GO, TV2 dan Sukan RTM.\nPerlawanan Siaran Langsung Liga Super 2023\nBerita baik buat peminat bola sepak tempatan apabila pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dilantik sebagai Rakan Penyiar Liga Malaysia bagi musim 2023.\nDengan itu, rakyat Malaysia boleh menonton secara percuma perlawanan Liga Super 2023 tanpa perlu melanggan siaran berbayar.\nMenerusi kerjasama ini, RTM akan menyiarkan siaran langsung 75 perlawanan melibatkan Perlawanan Sumbangsih, 52 perlawanan Liga Super, 8 perlawanan Piala FA dan 14 perlawanan Piala Malaysia.\nIkuti siaran langsung LIVE streaming RTM :\n\nFacebook RTM \u2013 Radio Televisyen Malaysia\nLaman web penstriman langsung : https://rtmklik.rtm.gov.my\n\nAnda juga boleh tonton secara penstriman langsung di Aplikasi Rtmklik klik sahaja link dibawah:\n\nGoogle Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.rtm.mobile&hl=ms&gl=US\nApple AppStore : https://apps.apple.com/my/app/rtmklik/id777391399\n\n[UPDATE] Carta Kedudukan & Keputusan Terkini\nBerikut adalah kedudukan terkini & keputusan perlawanan pertama Liga Super 2023\nSumber: Malaysian Football League\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lzspeduli-bantuan-banjir-zakat-selangor/", "title": "Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTahukah anda, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan bantuan zakat LZSPeduli bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah banjir ini.\nPermohonan bantuan banjir sebanyak RM600 secara one-off boleh dibuat oleh penduduk / pemastautin Selangor secara online melalui Portal Lembaga Zakat Selangor SEHINGGA 31 JANUARI 2022.\nBerikut dikongsikan info dan penerangan dengan teliti bagi melancarkan proses permohonan anda serta penyaluran bantuan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nBantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\n\n \nSiapakah yang layak memohon bantuan ini?\n\n \nKadar Bantuan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\n\n \nTempoh Permohonan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\n\n \nTarikh Kelulusan & Bayaran\n\n \nSemakan Status Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nBantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\nBantuan yang diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.\n\n\u00a0Siapakah yang layak memohon bantuan ini?\nMemenuhi syarat kelayakan umum agihan zakat:-\n\n\n\n\n\n\nBeragama IslamWarganegara Malaysia atau permastautinan tetapLahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.\n*Nota: Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan\n\nKadar Bantuan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\nKadar bantuan ialah RM600 bagi pemohon yang layak.\nTempoh Permohonan\nTempoh permohonan bantuan LZSPEDULI fasa 1 bermula pada 23 Disember 2021 sehingga 30 Disember 2021 bagi fasa pertama.\nBagi fasa 2, permohonan dibuka dari 1 Januari hingga 31 Januari 2022 (2.00 petang).\n\nBagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.\nCara Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\nKaedah Permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-\nPermohonan secara individu (ketua keluarga)Permohonan melalui :\u00a0Portal LZSPeduli.Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahunMemuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat\nKaedah Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-\nPermohonan secara individu (ketua keluarga)Permohonan melalui :\u00a0Portal LZSPeduli.Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahunMemuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.\nNota : Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.\nKami kongsikan sedikit tips bagi memudahkan permohonan yang terlepas bantuan banjir LZSPeduli baru-baru ini.\nTIPS PERMOHONAN UNTUK MUDAH LULUS ADALAH SEPERTI DI BAWAH:\n\n\n\nBaca juga: \nPermohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas BanjirCara Mohon Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA Yang Terjejas Banjir\nTarikh Kelulusan & Bayaran\nPembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.\nKaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-\nAkaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas\nSemakan Status Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli\nStatus permohonan Bantuan Bencana LZS boleh disemak melalui pautan ini :\u00a0Sistem eZakatONLINE\nMaklumat Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau terus dapatkan info di https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pejabat-tanah-dan-galian-selangor/", "title": "Pejabat Tanah Dan Galian Selangor : Senarai Perkhidmatan, Alamat", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) komited dalam mentadbir urus tanah negeri Selangor selaras dengan Dasar-Dasar Kerajaan melalui perkhidmatan yang cekap dan inovatif kepada pelanggan.\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat lanjut serta senarai perkhidmatan yang ditawarkan di PTGS.\nBaca Juga : Senarai Jabatan Pendidikan Setiap Negeri\nFUNGSI PTGS\n\nMengurus, merancang dan melaksanakan urusan pentadbiran tanah dengan cekap dan effisien\nMembuat perancangan, menyelenggara serta melaksanakan hal-hal kewangan dan akaun jabatan\nMemproses permohonan tanah, mendaftar tanah milik yang diluluskan serta menyimpan dokumen hakmilik, menerima dan memproses pendaftaran semua urusniaga berkaitan tanah\nMemproses pemberimilikan dan\u00a0 pembangunan tanah\u00a0\nMengeluarkan lesen dan permit penggunaan atau pemindahan tanah\nMenguruskan kutipan/pungutan cukai\nMenguatkuasa \u00a0peraturan dan perundangan tanah untuk dipatuhi.\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPerkhidmatan Teras Pejabat Tanah dan Galian Selangor\n\n \n1.PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN TANAH\n\n\nPerkhidmatan Teras Pejabat Tanah dan Galian Selangor\n1.PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN TANAH\nKebenaran Pindah Milik\n\n\u200b\u200bKebenaran Pindah Milik Secara Menyeluruh (BLANKET CONSENT)\nPanduan Perolehan Hartanah oleh Kepentingan Asing ( SEKSYEN 433B KTN)\nGaris Panduan Perolehan Tanah Ladang\n\nPembangunan Tanah\n\nPermohonan Penyatuan Tanah\nPermohonan Pecah Sempadan Tanah\nPermohonan Pecah Bahagian Tanah\nPermohonan Serah Balik Tanah dan Pemberimilikan Tanah\nPermohonan Serah Balik Berimilik Semula Tanah\nPermohonan Lanjut Tempoh Bayaran Premium\nPermohonan Rayuan Keputusan MMKN\nPermohonan Rayuan Pengurangan Premium\nPindah Syarat Nyata Tanah\nPindah Syarat Nyata Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu\nSerah Balik dan Berimilik Semula\nSerah Balik dan Pemberimilikan Tanah\nSerah Balik dan Berimilik Semula Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu\nSerah Balik dan Pemberimilikan Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu\nSerentak Pecah\u00a0Sempadan dan Tukar Syarat Tanah\nSerentak Pecah Sempadan dan Tukar Syarat Tanah Rizab Melayu\nTukar Syarat Tanah\nTukar Syarat Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu\n\n2.PELUPUSAN TANAH\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Rayuan Keputusan MMKN\nPermohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL)\nPermohonan Pemberimilikan Tanah Secara Tender / Jualan Terus\nPemberimilikan Tanah Kerajaan Secara Jualan Terus / Tender\nPermit Ruang Udara\nPermohonan Merizabkan Tanah Kerajaan untuk Maksud Awam Seksyen\nMerizabkan Tanah Kerajaan untuk Rumah Ibadah Selain Islam (RISI)\nPermohonan Pajakan Tanah Rizab Kerajaan di Bawah Seksyen 64\nPermohonan Pindaan Kelulusan\nPermohonan Serahbalik dan Pemberimilikan (Lanjut Tempoh Pajakan)\nPermohonan Stratum\n\n3.PENDAFTARAN TANAH\n4.STRATA\n5.HASIL\nUntuk makluman, bayaran Hasil Tanah hendaklah dijelaskan sebelum 1 Jun bagi setiap tahun. \nJika tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, Notis Tuntutan akhir akan dikeluarkan dan sekiranya bayaran masih tidak dapat dijelaskan di dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut, maka tindakan merampas tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.\nAnda boleh ikuti panduan bayaran berdasarkan pautan di bawah :\n\nPanduan Bayaran Cukai Tanah dan Petak\nPanduan Bayaran Melalui\u00a0Online\n\n6. PENGUATKUASAAN, PENGAMBILAN TANAH DAN TEKNIKAL\n\n Seksyen Penguatkuasaan\n Seksyen Pengambilan Tanah \n Seksyen Tanah \nSeksyen Teknikal \n\nPerkhidmatan Atas Talian PTGS\nPerkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh PTGS adalah seperti berikut :\ne-HASIL \n\nSemakan dan bayaran cukai tanah dan cukai petak.\nPautan : https://ehasil.selangor.gov.my/\n\ne-CONSENT \n\nPermohonan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah\nPautan : http://consent2u.selangor.gov.my/\n\nSMART DOCKET \n\nPengeluaran-pengeluaran bahan batuan\nPautan : https://smartdocket.selangor.gov.my/2019/\n\nBLANKET CONSENT \n\nPermohonan kebenaran pindah milik secara menyeluruh\nPautan : https://blanketconsent.selangor.gov.my/\n\nSMARTBOX SELANGOR \n\nBayaran atas talian, serahan dan pungutan urusan urusniagan dan bukan urusniaga secara layan diri.\nPautan : https://smartbox.selangor.gov.my/\n\nMaklumat Lanjut\nAnda boleh berurusan secara terus dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor di lokasi berikut :\nPejabat Tanah Dan Galian Negeri SelangorTingkat LG,G,1,3,4,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40576 Shah Alam. Selangor Darul Ehsan\nWaktu Urusan Kaunter :\nIsnin \u2013 Khamis :\u00a0\u00a08.30 pagi \u2013 3.30 petang\nJumaat\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 :\u00a0 8.30 pagi \u2013 12.15 tengah hari\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a02.45 petang \u2013\u00a03.30 petang\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan PTGS, sila hubungi talian berikut : Tel : +603 5544 7000\nFaks : +603 5510 2658 \nEmail : [email\u00a0protected]\nFacebook : Pejabat Tanah dan Galian Selangor\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pac-public-bank/", "title": "Cara Tukar Nombor Telefon Untuk Terima PAC Public Bank", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk keselamatan urusan perbankan internet, Public Bank menggunakan kod verifikasi yang dikenali sebagai PAC.\nKod PAC akan dihantar ke nombor telefon pelanggan yang didaftarkan dalam sistem Public Bank setiap kali membuat transaksi perbankan internet.\nBagi yang mungkin keliru, PAC sama sahaja dengan TAC yang digunakan oleh bank lain seperti Maybank dan CIMB.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu PAC?\n\n \nKeperluan PAC\n\n \nCara tukar melalui mesin ATM\n\n \nCara tukar di cawangan bank\n\n \nCara tukar melalui Khidmat Pelanggan\n\n\nApa itu PAC?\nPAC ialah kod pengesahan enam digit yang dihasilkan oleh sistem. \n\n\n\n\n\n\nSetiap PAC adalah unik dan bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun perbankan anda.\nAnda akan menerima PAC melalui SMS apabila anda melakukan transaksi dalam talian Public Bank dan ini hanya berlaku selepas anda berjaya log masuk ke PBe atau PB engage.\nSebaik sahaja anda berjaya mendaftarkan nombor telefon mudah alih anda, butang \u201cRequest PAC Now\u201d akan tersedia kepada anda apabila anda membuat transaksi perbankan intrnet.\nKeperluan PAC\nPAC diperlukan untuk transaksi berikut:\nPemindahan dana ke akaun PBB yang lainInterbank GIRO (IBG) / DuitNow Transfer / RENTASPembayaran bilPelaburanTransaksi eFD / eTD-iTambah nilai prabayarEjen debit/pembayaran terusFPXKiriman wang asingPemindahan dana ke akaun sendiri dengan agregat harian melebihi RM5,000.00Pemindahan wang melalui Western UnionJomPAYDuitNowBayaran Pinjaman / Pembiayaan PBPembayaran Kad PBPB Visa DirectBayaran Lain (termasuk Bayaran KWSP / Bayaran Cukai Pendapatan / Lembaga Tabung Haji / Zakat / Wakaf)Beli / jual Akaun Pelaburan Emas\nCara tukar melalui mesin ATM\nAntara cara termudah adalah melalui mesin ATM PUblic Bank di mana-manna sahaja.\nMasukkan kad ATM andaMasukkan PinPilih \u201cRegister / Change PAC Mobile\u201d pada menuMasukkan nombor telefon baru andaLakukan pengesahan penukaranAmbil resit sebagai bukti\nCara tukar di cawangan bank\nAnda juga boleh ke mana-mana cawangan Public Bank berdekatan anda untuk menukar nombor telefon bagi PAC anda.\nKunjungi mana-mana cawangan bank, ambil nombor giliran dan datang ke kaunter apabila dipanggil.\nJangan lupa bawa bersama dokumen penting seperti kad pengenalan, kad debit dan sebagainya.\nMaklumamkan kepada pegawai di kaunter anda ingin menukar dan mengemaskini nombor telefon anda untu penerimaan PAC dari Pubc Bank.\nCara tukar melalui Khidmat Pelanggan\nAnda boleh melakukan penukaran nombor telefon untuk penerimaan kod PAC dari Public Bank dengan menghubungi talian khidmat pelanggan.\nHubungi talian Khidmat Pelanggan Public Bank di 03-2179-9999.\nMaklumkan kepada pegawai di talian anda ingin menukar nombor telefon bagi urusan perbankan internet.\nPegawai di talian akan bertanyakan beberapa maklumat dan butiran peribadi berkakitan akaun anda untuk tujuan pengesahan. \nUntuk maklumat lanjut mengenai kod PAC Public Bank, rujuk halaman FAQ Public Bank di https://www.pbebank.com/Personal-Banking/FAQs/PBe-Online-Banking/PAC-(1).aspx\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rayuan-upuonline/", "title": "Rayuan UPUOnline 2023 / 2024 & Tarikh Semakan Keputusan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Rayuan UPU ONLINE Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2023/2024\nDimaklumkan bahawa tarikh rayuan UPU Online lepasan SPM dan setaraf bagi sesi 2023/ 2024 adalah mulai 7 Julai 2023 hingga 16 Julai 2023.\nSila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Rayuan UPUOnline\n\n \nTempoh Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline\n\n \nCara Semakan\n\n \nSemakan Melalui Aplikasi UPU Pocket\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPermohonan Rayuan UPUOnline \nHEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM\u00a0(UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2023/2024\u00a0BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM\n[PEMAKLUMAN] Permohonan Rayuan UPUOnline\u00ae bagi lepasan SPM sesi akademik 2023/2024 boleh dibuat mulai hari ini jam 12:00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.\n\n\n\n\n\n\nHanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik. \nRayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.\nTawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD\u00a0dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA\u00a0tidak dibenarkan. \nDasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.\nHanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline\u00ae bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di\u00a0https://upu.mohe.gov.my\n\nKenyataan media boleh di akses di pautan:\u00a0https://www.mohe.gov.my/\u2026/kenyataan-media-hebahan\u2026\nBaca juga: \n\nBantuan Awal Pendidikan JPKM Untuk Pelajar Wilayah Persekutuan\nSemakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Ambilan Kedua Sesi 2022 & Rayuan\n\nTempoh Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline\nSila alert dengan tarikh yang akan diumumkan kerana calon perlu memberi respon dalam tempoh setuju terima tawaran yang ditetapkan.\nCara Semakan\n\nPemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.\nKemudian, klik pada bahagian \u2018Permohonan Kemasukan\u2018.\nLog masuk seperti biasa.\nSemak keputusan rayuan yang tertera.\nJika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.\n\n\nUTM \u2013 https://jpt.utm.my\nUUM \u2013 http://jpt.uum.edu.my\nUNIMAS \u2013 https://jpt.unimas.my\nUMS \u2013 http://jpt.ums.edu.my\nUMT \u2013 http://jpt.umt.edu.my\n\nSemakan Melalui Aplikasi UPU Pocket\nSelain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.\nUPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam. \n Baca juga : iBita: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia \n\nAntara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:\n\nmemudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan. \nmemudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.\nboleh mendapat informasi terkini tentang UPU.\nterdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.\n\nAplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.\nMaklumat Lanjut\nSebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline\u00ae\u00a0boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:\nNo tel : 03 \u2013 8684 2363Emel\u00a0:\u00a0[email\u00a0protected]Sistem Maklum Balas :\u00a0https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/UPUChat\u00a0:\u00a0http://upu-chat.ml/UPUChat/\nKEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI\n\nBahagian Kemasukan Pelajar IPTAJabatan Pendidikan Tinggi,Kementerian Pengajian TinggiAras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya\nBaca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/vaksin-pneumokokal-percuma/", "title": "Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-kanak 4 & 5 Tahun", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nVaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-kanak 4 & 5 Tahun\nBermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).\nMenteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia adalah program perluasan pemberian imunisasi pneumokokal iaitu sebelum ini, kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 tidak termasuk dalam kumpulan sasaran pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.\nDalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023 pada 31 Mei 2023, Dr Zaliha berkata kanak-kanak berusia empat dan lima tahun akan diberikan satu dos vaksin berbanding bayi yang diberikan tiga dos pada usia empat bulan, enam bulan dan 15 bulan.\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatarbelakang Program Imunisasi Kebangsaan & Pemberian Vaksin Pneumokokal Di Malaysia\n\n \nFungsi & Kelebihan\n\n \nCara Mendapatkan Vaksin Pneumokokal Percuma\n\n\nLatarbelakang Program Imunisasi Kebangsaan & Pemberian Vaksin Pneumokokal Di Malaysia\nKKM mula melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1 Disember 2020 bagi kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020.\nDr Zaliha berkata KKM menyasarkan 700,000 atau 70 peratus daripada satu juta kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 untuk diberikan vaksin pneumokokal dalam tempoh setahun itu.\nDi bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak, terdapat 11 jenis produk vaksin diberikan untuk mencegah 13 penyakit cegahan vaksin iaitu Tuberkulosis, Hepatitis B, Difteria, Tetanus (kancing gigi), Pertussis (batuk kokol), Haemophilus influenza type B, polio, measles (campak), mumps (beguk), dan rubella.\nBagi murid perempuan berumur 13 tahun, vaksin Human Papilloma Virus (HPV) diberikan manakala di Sarawak pula, vaksin Japanese Encephalitis turut diberikan.\n\u201cKini pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi di peringkat kebangsaan dan mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95 peratus bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi. Pencapaian ini juga telah diperakui WHO,\u201d katanya.\n\nFungsi & Kelebihan \nVaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.\nAntara penyakit yang disebabkan oleh bakteria itu ialah radang paru-paru (pneumonia); radang sinus; jangkitan telinga tengah; radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis); serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).\nKomplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.\nCara Mendapatkan Vaksin Pneumokokal Percuma\nIbu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan vaksin pneumokokal untuk anak mereka boleh mendapatkannya secara datang terus di klinik kesihatan dan desa di seluruh negara atau membuat janji temu di aplikasi MySejahtera.\nUntuk mengetahui langkah-langkah terperinci membuat temujanji di klinik kesihatan pilihan anda, sila rujuk artikel berikut: Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera\n\nMaklumat lanjut : https://mysejahtera.moh.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/aeon-credit/", "title": "AEON Credit Service: Semakan Baki Pinjaman Secara Online dan SMS", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nAEON merupakan antara satu daripada syarikat popular yang menyediakan servis pinjaman kredit kepada semua rakyat Malaysia. Tawaran pinjaman kredit ini dikendalikan oleh syarikat AEON Credit Service (M) Sdn. Bhd.\nPermohonan untuk membuat bayaran menggunakan kredit daripada AEON begitu mudah dan pantas. Malah, banyak syarikat kini menawarkan pembayaran melalui pinjaman kredit AEON untuk membeli barangan elektrik, motorsikal dan sebagainya. \nApabila membuat pembayaran melalui AEON Credit Service, maka anda tertakluk dengan jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui dengan pihak AEON. Bagi memastikan skor kredit sentiasa bagus, pastikan bayaran semula pinjaman dilakukan mengikut waktunya.\nPembayaran semula pinjaman AEON boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya\n\nCash Deposit Machine (CDM)\nCheque Deposit Machine\nATM\nPerbankan internet\n\nBagi memastikan anda tidak terlepas bayaran semula pinjaman AEON credit, anda boleh membuat semakan bayaran semula baki pinjaman secara online atau melalui perkhidmatan mesej pesanan ringkas (SMS)\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nCara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Secara Online\n\n \nCara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS\n\n \nCara Semak Status Pinjaman AEON-XPRESS Easy Payment / Personal Financing Inquiry Melalui SMS\n\n \nKadar caj SMS\n\n \nBahagian Khidmat Pelanggann AEON Credit Service\n\n\nCara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Secara Online\nUntuk makluman, semakan maklumat akaun boleh dibuat dengan daftar masuk ke AEON Web di\u00a0https://www.aeoncredit.com.my/login.\u00a0\nBagi membolehkan anda membuat semakan baki pinjaman AEON Credit secara online, anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu di laman web rasmi AEON.\n\nLayari laman rassmi AEON Credit\nPada Menu, klik pautan \u201cRegister\u201d\nSekiranya sudah mempunyai akaun, kli pada \u201cLogin\u201d\n\nSemasa mendaftar akaun, anda hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan anda yang betul.\nSetelah selesai mendaftar akaun di laman web AEON Credit, anda boleh login ke akaun dan melihat baki pinjaman kredit yang perlu dijelaskan mengikut jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui.\nCara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS\nPihak AEON juga menyediakan perkhidmatan menyemak baki pinjaman AEON Credit anda melalui perkhidmatan SMS. Kemudahan ini boleh digunakan bagi anda yang tidak mempunyai capaian internet yang baik.\nAnda boleh menyemak baki akaun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di pautan:\u00a0https://www.aeoncredit.com.my/sms-enquiries\u00a0atau log masuk ke portal laman web Aeon Credit di :\u00a0https://www.aeoncredit.com.my/login\nPerkhidmatan SMS ini juga tertakluk kepada caj SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan SMS anda. Untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit, sila ikuti langkah berikut:\n\nBuka aplikasi penghantaran mesej di telefon mudah alih\nDi ruangan nombor, taip 63633\nDi ruangan menulis mesej, taip AEON diikuti dengan dengan Nombor Kod dan 4 digit terakhir No. IC anda. \n\nNombor kod:\n\nCCSTS \u2013 Status permohonan\nCCBAL \u2013 Tunggakan baki\nCCMIN \u2013 Amaun bayaran minima\nCCACA \u2013 Had kredit\nCCACT \u2013 Pengaktifan kad kredit\n\nContoh: AEON CCSTS 1234\nCara Semak Status Pinjaman AEON-XPRESS Easy Payment / Personal Financing Inquiry Melalui SMS \nBagi perkhidmatan pinjaman untuk AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry, anda boleh menyemak status permohonan, baki tunggakan, amaun bayaran dan tarikh bayaran terakhir dengan mengikut langkah-langkah berikut:\n\nBuka aplikasi penghantaran mesej di telefon mudah alih\nDi ruangan nombor, taip 63633\nDi ruangan menulis mesej, taip AEON diikuti dengan dengan Nombor Kod dan 4 digit terakhir No. IC anda. \n\nNombor kod:\n\nSTS \u2013 Status permohonan\nBAKI \u2013 Tunggakan baki\nBAYAR \u2013 Amaun bayaran\nAKHIR \u2013 Tarikh bayaran terakhir\n\nContoh: AEON STS 1234\nKadar caj SMS\n\nCaj Biasa: RM0.15 setiap SMS diterima (maklumat berguna)\nKadar SMS biasa akan dikenakan untuk setiap SMS yang gagal diterima.\nKadar SMS biasa adalah tertakluk pada kadar yang ditetapkan oleh syarikat penyedia rangkaian\n\nBahagian Khidmat Pelanggann AEON Credit Service\nSekiranya anda mempunyai sebarang masalah, pertanyaan ataupun kemusykilan, bahagian khidatm pelanggan AEON Credit Service boleh dihubungi di talian 03-27199999.\nFacebook: AEON Credit Service (M) Bhd\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengecualian-fi-lkm-oku/", "title": "Permohonan Pengecualian Fi LKM Bagi Kenderaan OKU", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Mohon Pengecualian Fi LKM Bagi Kenderaan Milik Orang Kurang Upaya (OKU) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi pengecualian fi LKM bagi kenderaan milik Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka. \nInsentif ini selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Bajet 2022 tempoh hari.\nMana-mana pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk memohon pengecualian atau mendapatkan rebet dengan amaun yang ditetapkan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan insentif Pengecualian LKN bagi kenderaan OKU di bawah Bajet 2022.\n\n\n\n\n\n\nPermohonan pengecualian ini boleh dilakukan bermula 15 Mac 2022.\nBaca Juga : \nMyCRS : Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022Harga Proton Saga Baru 2022 (Model Auto & Manual)\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pengecualian LKM Bagi Kenderaan OKU?\n\n \nSyarat Kenderaan Yang Layak Memohon Pengecualian Fi KLM\n\n \nCara Memohon Pengecualian Untuk OKU\n\n\nApakah Pengecualian LKM Bagi Kenderaan OKU?\nSelaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan milik Orang Kelainan Upaya.\nSyarat Kenderaan Yang Layak Memohon Pengecualian Fi KLM\nKenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahajaHendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan/dimiliki oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan\u00a0JKM.\nCara Memohon Pengecualian Untuk OKU\nPermohonan bagi mendapatkan pengecualian ini adalah mulai pada 15 Mac 2022\nPemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ berdekatan untuk urusan berikut :\ni. Menyerahkan semula LKM dan berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun ditetapkan;ii. Memohon pengecualian fi LKM mengikut perincian di atas\u00a0\nPastikan pemohon membawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk lakukan permohonan pengecualian fi LKM di kaunter JPJ :\nKad OKUKad PengenalanLesen Kenderaan Motor (LKM) (Roadtax)Dokumen berkaitan\nMaklumat Lanjut\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk di ajukan berkaitan Insentif Pengecualian Fi LKM bagi Kenderaan OKU, anda boleh hubungi : \nTel : 03-8000 8000\nEmail :\u00a0[email\u00a0protected]\nWebsite :\u00a0https://www.mot.gov.my/my\nFacebook :\u00a0https://www.facebook.com/motmalaysia\n"]} {"url": "https://ecentral.my/e-temujanji-ptptn/", "title": "e-JanjiTemu PTPTN: Cara Buat Temujanji Kaunter Negeri /Cawangan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCARA BUAT TEMUJANJI DI KAUNTER PTPTN & URUSAN YANG BOLEH DILAKUKAN\nKaunter perkhidmatan PTPTN telah beroperasi di seluruh negara kecuali bagi negeri dan daerah yang masih dalam tempoh PKPD.\nUntuk itu, pelanggan PTPTN boleh berurusan dengan lebih mudah dan selamat di kala pandemik Covid-19 sedang melanda negara.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan cara membuat janji temu online PTPTN.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah e-JanjiTemu PTPTN?\n\n \nWaktu Operasi Kaunter Temujanji PTPTN\n\n \nUrusan Yang Boleh Dilakukan Di Kaunter PTPTN\n\n \nCara Membuat Janji Temu Online PTPTN\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah e-JanjiTemu PTPTN?\ne-JanjiTemu PTPTN merupakan kemudahan secara dalam talian (online) membolehkan pelanggan yang berhasrat untuk berurusan dengan pegawai PTPTN di kaunter Pejabat PTPTN Negeri atau Cawangan yang berdekatan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter berkenaan.\nAnda boleh membuat tempahan slot janji temu terlebih dahulu secara online sebelum hadir ke pejabat kaunter PTPTN sekurang-kurangnya sehari sebelum janji temu anda.\nWaktu Operasi Kaunter Temujanji PTPTN\nWaktu operasi kaunter PTPTN bermula pada 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan kehadiran adalah hanya melalui janji temu yang telah dibuat sahaja.\nUrusan Yang Boleh Dilakukan Di Kaunter PTPTN\nHanya urusan berikut sahaja boleh dilakukan di kaunter pada masa ini :\n Rundingan penstrukturan pinjamanPendaftaran penama SSPNPermohonan penangguhan disebabkan masih belajarPenghantaran cek potongan gaji majikan/cek bendahari (pinjaman/simpanan)Penghantaran borang pembatalan/ pertukaran alamat/ kemaskini nombor akaunTuntutan takaful pinjaman/ SSPN dan pembatalan direct debit\n\nBaca juga: PTPTN: Semakan Permohonan & Bayaran Balik PTPTN Online\nCara Membuat Janji Temu Online PTPTN\nSila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat janji temu online sebelum berurusan di kaunter PTPTN.\nSila layari laman web janji temu PTPTN di pautan berikut: https://ejanjitemu.ptptn.gov.myKlik menu \u2018Tempah Slot Anda\u2019.Isikan maklumat janji temu.Lengkapkan maklumat diri.Semak maklumat diri dan janji temu yang telah diisikan sebelum membuat pengesahan.Setelah temujanji berjaya, sila muat turun slip tempahan slot temujanji untuk dibawa ke kaunter pada hari yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)\nMaklumat Lanjut\nHubungi saluran berikut untuk sebarang pertanyaan tentang temujanji ptptn\n03-2193 3000 (Careline)www.ptptn.gov.my (Live Chat)https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn https://eaduan.ptptn.gov.my/ (e-Aduan)Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (Media Sosial)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-ke-taska/", "title": "Checklist Barang Ke Taska: 15 Item Wajib Bawa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya diberi peluang, sudah pasti setiap ibu bapa ingin menjaga anak mereka sendiri. Namun, tidak semua ibu bapa mempunyai peluang sedemikian. Justeru itu, ramai ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak ke pengasuh ataupun taska.\u00a0\nSebelum menghantar anak anda taska, pastikan anda mengambil kira beberapa aspek penting ini, antaranya ialah:\n\nPastikan taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mematahui piawaian yang ditetapkan.\u00a0\nAspek keselamatan dipatuhi dengan baik.\u00a0\nAspek kebersihan terjaga.\u00a0\n\n\nJika semuanya sudah dipastikan dan anda membuat keputusan untuk menghantar anak anda ke taska tersebut, maka tibalah masanya untuk membuat persiapan barang ke taska. Untuk memudahkan, anda boleh rujuk perkongsian di bawah. Semua barang ini boleh didapatkan di Shopee tau!\nJom baca!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nChecklist Barang Ke Taska: 17 Item Wajib Bawa\n\n \n1. Set Tilam\n\n \n2. Selimut\n\n \n3. Bedung Instant\n\n \n4. Botol Susu\n\n \n5. Cawan Richell\n\n \n6. Susu Formula\n\n \n7. Set Barang Mandian\n\n \n8. Tuala\n\n \n9. Minyak Yu Yee\n\n \n10. Bip\n\n \n11. Lampin/Pampers\n\n \n12. Baju Tidur\n\n \n13. Baju Biasa Bayi (Bawa Lebih)\n\n \n14. Susu Badan\n\n \n15. Cooler bag + ice pack\n\n\nChecklist Barang Ke Taska: 17 Item Wajib Bawa\n1. Set Tilam\nSekiranya anda anak masih lagi bayi, anda disyorkan untuk membawa set tilam sendiri. Biasanya pihak taska juga akan meminta ibu bapa untuk menyediakan tilam sendiri. \nSet tilam bayi biasanya datang sekali dengan bantal dan juga peluk. Anda boleh dapatkan set tilam bayi dengan pelbagai jenis, saiz dan corak di Shopee atau klik sahaja link di bawah.\u00a0\nSet Tilam Bayi: https://shopee.com.my/farra_effarikha/7377045262\n2. Selimut\nSeterusnya, jangan lupa sediakan selimut untuk anak anda tidur apabila berada di taska kelak. Tak perlu bawa selimut tebal. Bawa selimut yang tipis dan ikut saiz badan anak anda sahaja macam selimut dekat bawah ini pun okay.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSelimut: https://shopee.com.my/theshoppingbear/11571602883\n3. Bedung Instant\u00a0\nUntuk anak yang masih lagi memerlukan bedung, anda tak perlu susah-susah cari kain bedung untuk buat bedung secara manual. Kini, terdapat pelbagai pilihan kain bedung segera yang anda boleh dapatkan bagi memudahkan dan menjimatkan masa.\nBedung instant: https://shopee.com.my/adelinefoo2004/13213546503\n4. Botol Susu\u00a0\nSebaiknya, anda bekalkan sekurang-kurangnya dua botol susu untuk anak anda. Pastikan botol susu tersebut sudah disterilisasikan sebelum anda memasukkannya ke dalam bag untuk dibawa ke taska.\u00a0 Antara jenama botol susu yang popular ialah Philips Avent.\u00a0\nBotol susu Philips Avent: https://shopee.com.my/shopyourown/15304126254\n5. Cawan Richell\nUntuk anak-anak yang sudah boleh minum seperti biasa, anda disyorkan untuk menyediakan juga cawan keluaran Richell ini bagi membantunya minum dengan baik tanpa tumpah. Cawan ini direka khusus untuk bayi dan kanak-kanak yang belajar untuk minum daripada cawan.\u00a0\nCawan Richell: https://shopee.com.my/babyking.os/2850925598\n6. Susu Formula\nJangan lupa juga bekalkan susu formula yang sesuai untuk anak anda. Ini adalah salah satu item yang terpenting. Hal ini kerana, setiap bayi/kanak-kanak mempunyai susu yang berbeza mengikut keperluan dan juga kesesuaian mereka.\nSusu formula: https://shopee.com.my/pediasure.os/21650188079\n7. Set Barang Mandian\nSediakan juga barang mandian untuk anak anda. Sebaiknya beli satu set yang sudah merangkumi sabun mandi, syampu, losyen dan sebagainya. Anda boleh dapatkan Johnson\u2019s Baby Travel Kit set untuk set barang mandian yang lengkap dan mudah dibawa ke mana-mana.\u00a0\nSet Johnson\u2019s Baby Travel Kit: https://shopee.com.my/tmg_mart/9146852839\n8. Tuala\nPastikan juga anda sediakan tuala mandi khusus untuk anak anda. Biasanya pihak taska akan memandikan anak sebelum waktu balik. Pilih tuala yang diperbuat daripada kapas (cotton) untuk mudah menyerap air dan mempunyai tekstur yang lembut sesuai dengan kulit kanak-kanak yang sensitif.\u00a0\nTuala kanak-kanak: https://shopee.com.my/babybaju/21726614102\n9. Minyak Yu Yee\nHah, pasti ibu bapa kenal dengan minyak jenama ini. Minyak Yu Yee ini sering digunakan untuk membantu melegakan kembung perut bayi dan sebagainya. Jadi, ada baiknya anda bekalkan sekali untuk anda sebagai persediaan.\u00a0\nMinyak Yu Yee: https://shopee.com.my/xingzhensupplier/5705439360\n10. Bip\nBagi anak-anak yang sudah boleh makan sendiri, anda disyorkan untuk menyediakan bip bagi kegunaan mereka semasa makan kelak. Ini dapat membantu mengurangkan kotoran pada baju anak anda.\u00a0\nBip: https://shopee.com.my/einmilk.os/11351324756\n11. Lampin/Pampers\nSediakan beberapa helai lampin ataupun pampers untuk dibawa setiap hari ke taska. Anda boleh sediakan lebih sebagai persediaan. Untuk pampers yang berkualiti tinggi, mudah serap, tipis dan harga berpatutan, anda boleh cuba pampers keluaran Aiwibi ini.\u00a0\nPampers Aiwibi: https://shopee.com.my/vc.mach.co/9286040148\n12. Baju Tidur\nUntuk memberi keselesaan kepada anak anda, sediakan sehelai baju tidur khusus untuk digunakan semasa tidur di taska.\u00a0\nBaju tidur: https://shopee.com.my/momohouse.os/5056883168\n13. Baju Biasa Bayi (Bawa Lebih)\nJangan lupa juga sediakan beberapa helai baju biasa untuk digunakan sepanjang berada di taska. Pilih baju yang tidak panas, mudah digunakan serta selesa digunakan oleh anak anda.\u00a0\nBaju: https://shopee.com.my/kids_co/17321970746\n14. Susu Badan\nSekiranya anak anda masih lagi bergantung pada susu badan, anda boleh bekalkan susu badan anda. Namun, pastikan cara penjagaan kualiti susu badan diambil berat. Anda boleh letakkan susu badan anda ke dalam breastmilk storage bag yang khusus seperti di bawah ini.\u00a0\nStorage milk: https://shopee.com.my/bajutidur520/13507232463\n15. Cooler bag + ice pack\nBagi memastikan susu anda terjamin kualitinya, anda boleh masukkan susu-susu tersebut ke dalam cooler bag beserta ice pack. Ini akan memanjangkan lagi jangka hayat susu serta memelihara kualitinya.\u00a0\nCooler bag: https://shopee.com.my/momohouse.os/1274217741\nSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan apabila anda mencari barang ke taska yang perlu dibawa kelak. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/vaksin-kanak-kanak-5-12-tahun/", "title": "Vaksin Pfizer Akan Diberi Untuk Kanak-kanak 5-12 Tahun Di Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun.\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.\n\u201c82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.\n\u201cDengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian melalui ciapan di laman media sosial Twitter, pada Khamis.\n\nSumber pautan asal di Twitter: https://twitter.com/Khairykj/status/1453837160633696257?t=UMMJPfeRmZFaR-3qXtQXeA&s=19\nBeliau bagaimanapun belum memperincikan bilakah pemberian vaksin COVID-19 akan mula diberikan kepada kanak-kanak berusia 5-12 tahun itu.\nBaca juga: Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera\nPada Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.\nMalaysia telah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pada 20 September lalu.\nSetakat Khamis, remaja yang telah melengkapkan vaksin mencecah 62 peratus atau 1,951,450 daripada populasi tersebut.\nSumber artikel oleh: Astro Awani\n"]} {"url": "https://ecentral.my/go-plus-tng/", "title": "Go+ TNG : Cara Daftar & Ciri Baharu eWallet Touch N Go Patuh Syariah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGO+ adalah ciri baharu Touch \u2019n Go eWallet yang dilancarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (\u201cTNGD\u201d) yang membolehkan baki di akaun GO+ anda berpotensi mendapat pulangan.\nDengan semakin ramai pengguna TNG eWallet kini beralih ke RFID dan boleh membua bayaran online, jom kami kongsikan lebih lanjut tentang Go+ ciri kelebihannya untuk pengguna.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Go+ TNG?\n\n \nKelebihan Go+ TNG\n\n \nAdakah Go+ Patuh Syariah?\n\n \nCara Daftar & Tambah Nilai Pertama Kali\n\n \nJumlah Minimum & Maksimum Baki Akaun\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Go+ TNG?\nPengguna Touch \u2018n Go (TnG) eWallet kini dapat memanfaatkan peluang pelaburan baharu menerusi fungsi GO+ yang ditawarkan di dalam aplikasi berkenaan.\nSubsidiari Touch \u2018n Go, TNG Digital yang bertanggungjawab bagi pelaburan ini telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Januari lalu. Ini membolehkan perkhidmatan pelaburan sedemikian dapat ditawarkan menerusi platform berkenaan.\nMenerusi ruangan soalan lazim rasminya, perkhidmatan baharu ini membolehkan pengguna menjana pendapatkan berdasarkan jumlah amaun di dalam akaun GO+. Serta, ianya diasingkan dengan nilai baki di dalam TnG eWallet pengguna.\nBagaimanapun, tidak seperti anda mendepositkan ke dalam bank, menerusinya anda akan melabur di dalam dana pasaran wang dengan risiko yang rendah.\nDana tersebut dikenali sebagai Principal e-Cash, dan diuruskan oleh\u00a0Principal Asset Management. Ianya merupakan syarikat pengurusan dana melalui usahasama di antara Principal Financial Group dan CIMB Group Holdings Berhad.\n\n\n\n\n\n\nDireka untuk kegunaan umum, GO+ memerlukan nilai pelaburan serendah RM10 sahaja. Sesebuah akaun dibenarkan untuk melabur sehingga RM9,500. Anda juga boleh membuat permohonan pengeluaran tunai pada bila-bila masa.\nBaca juga: Touch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai Online\n\nKelebihan Go+ TNG\nKelebihan utama GO+ terletak pada fleksibiliti dan kecairannya. Pengguna dapat menggunakan baki dalam akaun GO+ mereka secara bebas untuk transaksi harian, sambil dapat memperoleh faedah dari baki GO+ yang ada.\nKelebihan GO+ termasuklah:\nMudah dan pantas untuk membuka akaun\u00a0GO+Jumlah pelaburan awal yang berpatutan, i.e., tambah nilai minimum adalah RM10Kelancaran tambah nilai baki Touch \u2018n Go eWallet melalui fungsi Quick Reload PaymentPulangan yang dikreditkan setiap hariPengeluaran wang boleh dibuat bila-bila masa sahaja\nGO+ adalah produk pelaburan jangka pendek yang memberikan keupayaan penggunaan lancar yang tidak dimiliki oleh instrumen pelaburan yang lain. Ia tidak boleh dibandingkan dengan pelaburan lain di pasaran modal.\nAdakah Go+ Patuh Syariah?\nTerkini, Touch n Go telah menambahbaik dan\u00a0Principal e-Cash Fund, dana pendasar bagi GO+ adalah berstatus patuh Syariah. \nSemua Nilai Aset Bersih (NAB) Dana akan dilaburkan ke dalam kombinasi tunai (di bank), penempatan deposit Islam, instrumen pasaran wang Islam dan/atau sukuk dalam MYR.\n\nBaca juga: RFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada Kenderaan\nCara Daftar & Tambah Nilai Pertama Kali\nWarganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan pengguna Touch \u2018n Go eWallet yang telah membuat pengesahan akaun.\nAnda perlu klik ikon naik taraf di Touch \u2018n Go eWallet anda dan ikuti langkah-langkah berikut:\nLangkah 1 :\u00a0Selesaikan pengesahan akaun \u2013 anda perlu sahkan akaun Touch \u2018n Go eWallet dengan ID dan maklumat peribadi\nUntuk maklumat lanjut sila rujuk artikel \u2013\u00a0Bagaimanakah untuk mengesahkan akaun saya?\nLangkah 2 :\u00a0Kemas kini maklumat peribadi anda di Touch \u2018n Go eWallet\nLangkah 3 :\u00a0Pastikan pengesahan akaun dan kenaikkan taraf ke GO+ telahpun berjaya dan anda boleh memasukkan wang ke akaun GO+.\nNota :\u00a0Maklumat yang diminta adalah syarat peraturan wajib untuk membuka akaun pelaburan seperti Principal e-Cash melalui GO+.\n\nJumlah Minimum & Maksimum Baki Akaun\nJumlah minimum yang perlu dimasukkan untuk setiap transaksi adalah RM10, tidak kira daripada baki Touch \u2018n Go eWallet anda ataupun daripada FPX perbankan dalam talian.\nHad baki akaun individu bagi akaun GO+ adalah RM9,500. Sekiranya anda telah mencapai had maksimum ini, anda tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+ lagi. Namun, anda masih boleh mendapat pulangan pelaburan harian anda.\nWalau bagaimanapun, keseluruhan baki agregat bagi semua pengguna GO+ adalah terhad kepada RM5 bilion (\u201cHad Agregat\u201d). Walaupun pengguna individu mempunyai had sehingga RM9,500, amaun maksimum yang anda boleh melabur masih tertakluk kepada Had Agregat. Maksudnya, jika Had Agregat telahpun tercapai, pengguna tidak boleh masukkan wang ke dalam akaun GO+.\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk FAQ berkenaan GoPlus TNG melalui pautan berikut:\nhttps://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/360007726074-GO-\n\n\n\nSelain itu, anda boleh menghantar pertanyaan di\u00a0https://tngd.my/careline-webform.\nAnda juga boleh hubungi Khidmat Pelanggan Touch \u2018n Go eWallet di +(603) 5022 3888. Waktu operasi adalah Isnin hingga Ahad, dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti umum).\nLaman web: https://goplus.touchngo.com.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/elaun-pekerja-orang-kurang-upaya-epoku/", "title": "Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja, kini anda berpeluang untuk memperoleh elaun khas iaitu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).\nInsentif kerajaan yang diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini bertujuan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja supaya mampu hidup berdikari di samping menjadi sebahagian ahli masyarakat yang cemerlang.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKadar Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nKadar Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)\nBantuan EPOKU yang ditawarkan adalah sebanyak RM 450.\nSyarat-Syarat Kelayakan\nPemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :\nWarganegara yang bermastautin di Malaysia;Berumur 16 tahun dan ke atas;Pemegang kad OKU JKM;Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAUMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).\nBaca Juga : Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin\n\nKaedah Permohonan\nPanduan permohonan EPOKU adalah seperti berikut :\nSetiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;JKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan MasyarakatDaerah / Jajahan / Bahagian seperti:Salinan Kad Pengenalan diri pemohonSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohonUrusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.\nUrusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda atau hubungi talian 03 \u2013 8000 8000.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/barang-ke-labour-room/", "title": "Checklist Barang Ke Labour Room: Bawa Yang Perlu Sahaja!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMenantikan saat kelahiran bayi adalah detik terindah yang ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri dan juga seluruh ahli keluarga. \nDisamping kegembiraan serta perasaan yang bercampur-baur, pastikan anda sudah menyiapkan barang ke labour room yang perlu dibawa apabila tiba masanya nanti.\u00a0\n\nLetakkan semua barang keperluan tersebut di dalam sebuah beg dan\u00a0 terus simpan di dalam bonet kereta yang sering digunakan oleh ibu yang sedang mengandung. \nHal ini akan memudahkan apabila berlakunya detik-detik kecemasan dan boleh mengelakkann barang penting terlupa bawa. Lagipun, ketenangan ibu turut mempengaruhi proses kelahiran yang lebih mudah. Kalau ibu dah stress, bayi pun susah nak keluar!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nChecklist Barang Ke Labour Room\n\n \n1. Baju Bayi Newborn\n\n \n2. Kain Bedung\n\n \n3. Pampers\n\n \n4. Mitten & Booties\n\n \n5. Topi bayi\n\n \nBarang Keperluan Ibu Di Wad\n\n \n1. Tuala\n\n \n2. Kain Batik/Skirt\n\n \n3. Maternity Pad\n\n \n4. Baju Mesra Menyusu\n\n \n5. Tudung Sarung\n\n \n6. Stokin Tebal\n\n \n7. Pakaian Dalam Pakai Buang\n\n \n8. Selipar\n\n\nChecklist Barang Ke Labour Room\nSebenarnya untuk ibu, anda hanya perlu membawa diri dan kandungan serta doa yang banyak apabila hendak masuk ke labour room. Pastikan anda sudah menanggalkan semua perhiasan ataupun barang kemas yang dipakai.\u00a0\nManakala untuk bayi yang bakal dilahirkan pula,\u00a0 anda perlu menyediakan beberapa item ketika masuk ke labour room. Antaranya ialah:\u00a0\n1. Baju Bayi Newborn\nSediakan satu helai baju dengan saiz sesuai untuk bayi baru lahir untuk dipakaikan kepada anak anda kelak. Sebaiknya, pilih baju yang berlengan panjang untuk mengelakkan bayi anda kesejukan.\nBaju newborn: https://shopee.com.my/fancybaby.os/6949493827\u00a0\n\n\n\n\n\n\n2. Kain Bedung\nSeterusnya, sehelai kain bedung. Pilih kain bedung yang diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tidak sensitif untuk kulit bayi. Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan kain bedung yang comel-comel di Shopee, contohnya seperti di bawah.\nKain bedung: https://shopee.com.my/xiewenmin/837491953\n3. Pampers\u00a0\nJangan lupa juga sediakan sekeping pampers new born untuk bayi anda. Pilih saiz yang betul agar sesuai untuk bayi anda yang baru lahir.\u00a0\nPampers newborn: https://shopee.com.my/petpetofficialstore/19912373537\n4. Mitten & Booties\nMitten adalah sarung tangan bayi manakala booties adalah sarung kaki bayi. Untuk memudahkan anda, sebaiknya beli satu set yang sama warna seperti baju, topi dan kain bedung. Barulah ada menarik, kan.\u00a0\nMittern & booties: https://shopee.com.my/omoochi/8711353467\n5. Topi bayi\nLindungi kepala bayi anda yang baru dilahirkan dengan sebuah topi bayi. Untuk pengetahuan anda, kepala bayi yang baru lahir biasanya lebih besar berbanding saiz badannya. Ini menyebabkan haba tubuh bayi mudah hilang melalui kulit kepala. \nPemakaian topi kepada bayi yang baru lahir adalah untuk menjaga bayi agar tetap suhu badannya kekal hangat seperti berada di rahim ibu.\nTopi newborn: https://shopee.com.my/ichibansheng/6743632288\nBarang Keperluan Ibu Di Wad\nApabila sudah selamat melahirkan, biasanya para ibu akan ditahan di wad untuk melihat perkembangan kesihatan mereka. Oleh itu, jangan lupa sediakan juga barang keperluan untuk ibu semasa berada di wad.\u00a0\n1. Tuala\nSediakan sebuah tuala untuk ibu gunakan apabila berada di dalam wad. Biasanya pihak hospital tidak ada menyediakan tuala untuk pesakit.\u00a0\nTuala: https://shopee.com.my/yellow_shark2020/12274072054\n2. Kain Batik/Skirt\nWalaupun biasanya Ibu akan diminta untuk memakai pakaian hospital, namun ada baiknya anda menyediakan sehelai kain batik ataupun segan untuk dipakai apabila ibu keluar daripada hospital kelak ataupun semasa diperlukan ketika berada di dalam wad.\nKain batik: https://shopee.com.my/qq_shopping/9645674822\n3. Maternity Pad\nSediakan juga pad bersalin ataupun pad \u2018overnight\u2019 untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor. Sekiranya perlu, sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan.\u00a0\nMaternity pad: https://shopee.com.my/pureenmalaysia/256938944\n4. Baju Mesra Menyusu\nUntuk memudahkan ibu menyusukan bayi semasa berada di dalam wad, sediakan beberapa helai baju yang berzip hadapan ataupun baju yang mesra-menyusu. Baju ini juga boleh dipakai semasa keluar daripada wad kelak.\u00a0\nBaju menyusu: https://shopee.com.my/summerglitzfashion/14507587047\n5. Tudung Sarung\nUntuk tekan menjaga aurat, pastikan anda membawa tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad. Tudung sarung sangat praktikal kerana ia sangat mudah dipakai dan tidak perlu digosok. Sesuai untuk ibu yang baru bersalin dengan pergerakan terbatas.\u00a0\nTudung sarung: https://shopee.com.my/zeesoo/9415248061\n6. Stokin Tebal\nSekiranya kaki anda mudah kesejukan, pastikan anda membawa beberapa helai stokin tebal. Ada banyak pilihan stokin tebal dan comel-comel yang anda boleh dapatkan di Shopee. Harganya pun sangat mampu milik.\u00a0\nStokin: https://shopee.com.my/ecobb.os/8333597776\n7. Pakaian Dalam Pakai Buang\nAnda boleh membawa pakaian dalam yang perlu dibasuh namun dinasihatkan untuk membawa pakaian dalam pakai buang sahaja. Apabila menggunakan pakaian dalam pakai buang, ia boleh terus dibuang setelah anda memakainya tanpa perlu bersusah-payah perlu mencucinya lagi.\u00a0\u00a0\nMaternity panties: https://shopee.com.my/welovebb/16019591737\n8. Selipar\nSelipar juga item yang penting untuk ibu semasa berada di wad. Pastikan selipar yang dibawa tidak licin. Sebaiknya beli selipar baru macam dekat bawah ini pun okay.\u00a0\nSelipar: https://shopee.com.my/frfactoryretail/10462648260\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-aiu-lznk/", "title": "Tawaran Pengajian Dengan Tajaan Penuh Biasiswa AIU 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN PENGAJIAN DENGAN BIASISWA PENDIDIKAN DI ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY ( AIU) DIBUKA SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2021\nLembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa calon yang berminat untuk menyambung Ijazah di Albukhary International University.\nTempat cantik, suasana kondusif, belajar pun PERCUMA dengan tajaan penuh merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun makanan bulanan.\nBerminat?\n\n\n\n\n\n\nJom ikuti info lanjut tentang Biasiswa Al-Bukhary International University yang diwar-warkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Biasiswa AlBukhary International University (AIU)?\n\n \nSyarat Kelayakan Biasiswa AIU 2021\n\n \nCara Memohon\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Biasiswa AlBukhary International University (AIU)?\nDireka dan dibina di kawasan seluas 45 ekar (18 hektar), kampus AIU terletak berhampiran bandar Alor Setar, ibu kota Negeri Kedah di utara Malaysia. \nTawaran tajaan penuh melanjutkan pengajian di Al-Bukhary International University bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah ini dibuka untuk kemasukan sesi Oktober tahun 2021.\n\nBaca juga: Bantuan Am Persekolahan Untuk Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP\nSyarat Kelayakan Biasiswa AIU 2021\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk memohon pengajian dengan tajaan penuh AIU seperti maklumat berikut :\nTerbuka bagi tahun 1 kemasukan tahun 2021Tajaan penuh daripada Albukhary International University ( AIU ) merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun makanan bulananPrasana tempat pengajian yang lengkap dan eksklusif serta berdekatan dengan kemudahan yang diperlukan.Terbuka bagi bidang pengajian seperti berikut :Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Kepujian )Ijazah Sarjana Muda Ekonomi ( Kepujian )Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sosial ( Kepujian )\nCara Memohon\nPemohon yang berminat boleh mengisi borang melalui link Google Form berikut : https://bit.ly/BiasiswaAIU\n1. Pastikan calon mempunyai akaun Gmail sebelum membuat permohonan.2. Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi.3. Sila baca dengan teliti sebelum mengisi maklumat yang diminta.4. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses.5. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja6. Tarikh tutup permohonan pada 25 September 2021\nSetiap pemohon hendaklah mengisi link google form yang diberikan dan mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nTarikh Tutup Permohonan\nDIBUKA sehingga 25 September 2021.\nCalon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.\nBaca juga: SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021\nMaklumat Lanjut\nSebarang persoalan boleh hubungi :\nBahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri KedahTelefon: 04-7331740Alamat: Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, KedahEmail : [email\u00a0protected]Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman\nAyuh! Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf menyambung pengajian di Universiti Negeri Kedah.\n\u201d Zakat Anda Merubah Asnaf \u201c\n"]} {"url": "https://ecentral.my/jawatan-kosong-mara/", "title": "Hebahan Jawatan Kosong MARA Jun 2022 (Bahagian Pentadbiran)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPELUANG PEKERJAAN BERSAMA MARA \u2013 Permohonan Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan MARA Kini Dibuka!\nMakluman anda yang berminat untuk berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), jawatan kosong kini sedang dibuka dari 13 Jun sehingga 21 Jun 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang jawatan kosong yang ditawarkan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJawatan Kosong MARA 2022\n\n \nSyarat Lantikan\n\n \nCara Permohonan Jawatan Kosong MARA 2022\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nJawatan Kosong MARA 2022\nMajlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berfikiran kreatif, berinovatif, bersikap komited dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA.\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Lantikan\nWarganegara Malaysia;Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 5 hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; danCalon bagi lantikan jawatan 6 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nSila rujuk syarat lanjut melalui lampiran di bawah:\nTAWARAN PELUANG KERJAYA-MARA-2022-JUNDownload\nCara Permohonan Jawatan Kosong MARA 2022\nPermohonan Dalam Talian boleh dibuat melalui pautan berikuthttps://apps.mara.gov.my/vacancy/\nSila rujuk iklan penuh >> https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan_080622.pdf\nTarikh Permohonan \nPermohonan dibuka bermula 13 Jun 2022.\nTarikh tutup permohonan : 21 Jun 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk iklan permohonan melalui pautan di bawah:\nhttps://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan_080622.pdf\nATAU\nLayari laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat di pautan ini http://www.mara.gov.my \nAyuh!!! Mohon segera dan selamat berjaya.\nBaca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/gta-gerakan-tanah-air/", "title": "Gerakan Tanah Air (GTA) : Latar Belakang, Senarai Jawatankuasa", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air (GTA) diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. \nPengumuman penubuhan GTA diadakan pada 4 Ogos 2022 dalam satu sidang media yang bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Wilayah Persekutuan Putrajaya.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLatar Belakang Gerakan Tanah Air (GTA)\n\n \nSenarai Calon GTA Bagi PRU15\n\n \nJawatankuasa Penaja Gerakan Tanah Air\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLatar Belakang Gerakan Tanah Air (GTA)\nMemetik perkongsian daripada Tun Mahathir Mohamad di Twitter, Gerakan Tanah Air (GTA) ialah gabungan Parti-Parti Politik Melayu dan NGO-NGO bertujuan membentuk satu usaha untuk tukar Kerajaan. Gerakan ini juga meliputi ahli-ahli akademik, profesional dan orang perseorangan.\nGerakan Tanah Air diadakan sebagai tempat orang Melayu tentukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dan bersama mendapat tempat mereka dalam negara berbilang kaum ini.\nPengerusi penaja gagasan baharu itu, berkata, asas penubuhan Gerakan Tanah Air itu berusaha untuk memperbetulkan ekonomi masyarakat Melayu bukannya merampas harta masyarakat bukan Melayu atau menyekat mereka daripada berusaha untuk mendapatkan kekayaan.\n\n\n\n\n\n\nGTA akan menggunakan logo obor dengan dengan api menyala sebagai lambang gabungan 4 buah parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.\n\n4 parti yang menyertai GTA adalah :\nParti Pejuang Tanah Air (Pejuang)Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN)Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)\nSenarai Calon GTA Bagi PRU15\nAnda boleh rujuk senarai penuh calon Gerakan Tanah Air yang akan bertanding bagi PRU15 di pautan berikut :\nSenarai Calon GTA Bagi PRU15\n\nJawatankuasa Penaja Gerakan Tanah Air\nSenarai Jawatankuasa Penaja Gerakan Tanah Air adalah seperti berikut :\nPengerusi: YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad\nTimbalan-Timbalan Pengerusi:i. Ustaz Zamani Ibrahim \u2013 Presiden, BERJASAii. Dato\u2019 Paduka Ibrahim Ali \u2013 Presiden, PUTRAiii. Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir \u2013 Presiden, PEJUANGiv. Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak \u2013 Presiden, IMAN\nKetua Setiausaha : Datuk Wira Marzuki Yahya\nBendahari : Datuk Mohamed Ismail\nKetua Penerangan : Datuk Nizam Mahshar\nKetua Sayap Wanita : Datin Paduk Che Asmah Ibrahim\nKetua Sayap Pemuda : Nasrul Ali Hasan Abdul Latif\nKetua Sayap Pemudi : Azliza Rajain\nAhli-Ahli Jawatankuasa:\nDato\u2019 Mohd Rosli Ramli \u2013 BERJASATan Sri Dato\u2019 Mohd Khalid Mohd Yunus \u2013 PUTRADatuk Mohamed Ismail Ibrahim \u2013 IMANYB Dato\u2019 Wira Amirudin Hamzah \u2013 PEJUANGEn. Borhan Ahmad Zakaria \u2013 PUTRADr Amir Hamzah \u2013 IMANEn. Azriq Rosman \u2013 BERJASAProf Dr Murad Merican \u2013 SarjanaTuan Hj Ahmad Zakie Ahmad Shariff \u2013 Profesional KewanganEn. Syed Hassan Syed Ali \u2013 Tokoh NGODr Nazmi Desa \u2013 AgamawanEn. Khaidir Ahmad \u2013 Aktivis Alam Sekitar & Rakyat MarhaenDr Farhan Rusli \u2013 Sarjana & ProfesionalDatuk Dr Abdul Halim Hj Sher \u2013 Doktor Perubatan\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai perkembangan Gerakan Tanah Air, sila ikuti laman Facebook rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad. \n"]} {"url": "https://ecentral.my/daftar-selangkah-saringan-covid19-percuma-selangor/", "title": "SELANGKAH: Cara Daftar Saringan COVID19 Percuma Warga Selangor", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memastikan kelancaran dan mengelakkan kesesakan Program Saringan COVID19 percuma untuk warga Selangor, sila daftar dengan aplikasi SELangkah.\nBerikut dikongsikan cara daftar SELANGKAH Selangor dan cara membuat pendaftaran untuk saringan COVID19 percuma bagi warga Selangor.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah SELANGKAH?\n\n \nProgram Saringan COVID19 Percuma Negeri Selangor\n\n \nSELangkah: Cara Daftar Program Saringan COVID19 Percuma Selangor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah SELANGKAH?\nBagi memperkukuh kesiapsiagaan entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif SELangkah: sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu.\nKonsep inisiatif SELangkah \u2013 Langkah Masuk Dengan Selamat \u2013 adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas. Inisiatif ini mempunyai 3 objektif serampang :\n\u201cMelindungi premis perniagaan,\u201cMelindungi pelanggan\u201cMembantu pasukan baris hadapan\u201d\n\nSeperti juga MySejahtera, para pengunjung premis boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengimbas poster kod QR tersebut, menggunakan fungsi kamera di telefon bimbit, sama ada sebelum memasuki premis ataupun semasa membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nCuma yang membezakannya, log lawatan pengunjung premis ini akan dikawal selia oleh pentadbiran Kerajaan Negeri, dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut (seperti di pasaraya, kedai runcit, pasar borong, dan lain-lain). \nMelalui inisiatif ini, semua pengunjung ke premis terlibat dapat dikesan dan dihubungi dengan mudah dan pantas.\nInisiatif SELangkah juga membolehkan pengguna untuk menyertai Program Saringan COVID19 secara percuma.\n\nBaca juga: Bantuan Khas RM500 Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor\nSila rujuk langkahnya di bawah.\nProgram Saringan COVID19 Percuma Negeri Selangor\nSejak 8-21 Mei 2021, hampir 20,000 individu telah menghadiri Ujian Saringan COVID-19 percuma yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. \nSaringan ini dibuat bagi mengesan kes-kes positif bagi mengelak \u2018silent carrier\u2019 dan memutuskan rantaian perebakan.\nIndividu yang melakukan saringan boleh memeriksa keputusan ujian dalam tempoh 24 jam selepas ujian menerusi aplikasi SElangkah digunakan untuk pendaftaran bagi program saringan.\nBerikut adalah lokasi saringan COVID19 percuma Selangor yang terkini.\n\nAnda boleh melihat kemaskini maklumat ini melalui aplikasi selangkah dari semasa ke semasa.\nSELangkah: Cara Daftar Program Saringan COVID19 Percuma Selangor\nSertai ujian saringan ini dan pra-daftar mengikut langkah ini:\nMuat turun aplikasi SELangkah atau pergi ke pautan https://screening.selangkah.my/login Daftar sebagai pengguna dengan mengisikan maklumat peribadi dan nombor telefon.Tekan butang Sihat.Pilih Pendaftaran Saringan.Daftar dan isikan maklumat pada ruang yang disediakan.Semak sekali lagi 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.\n\nContoh temujanji adalah seperti berikut:\n\n\nNota: Jika anda tidak dapat hadir mengikut waktu janji temu, sila sertai program saringan yang lain. \nSecara alternatif, hubungi pihak SELANGKAH di Telegram (t.me/Selangkah_my) untuk mengubah janji temu.\nBaca juga: Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online (MyJanjiTemu JPN)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal SELangkah di pautan http://selangkah.my/ \nATAU\nhttps://twitter.com/selangkah_myhttps://www.facebook.com/SelangkahOFFICIAL\n"]} {"url": "https://ecentral.my/terminate-akaun-netflix/", "title": "Cara Terminate Akaun Netflix / Tukar Pelan Pakej Langganan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Terminate Akaun Netflix / Tukar Pelan Pakej Langganan\nSekiranya anda tidak lagi menonton Netflix, ada baiknya anda terminate sahaja akaun Netflix anda bagi mengelakkan akaun anda tetap di caj setiap bulan.\nNetflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang menawarkan ribuan filem dan video bersiri antarabangsa yang boleh ditonton dengan melanggan pakej-pakej yang ditawarkan.\nJika dilihat pada pakej yang ditawarkan oleh Netflix, harganya boleh dikira agak berbaloi dengan jumlah filem yang ditawarkan.\nSesetengah pakej juga membolehkan anda berkongsi akaun dan peranti dengan orang lain.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nAkaun Netflix Tak Boleh Lagi Dikongsi, Caj Tambahan Baru Setiap Ahli\n\n \nSebab Pengguna Mahu Terminate Akaun Netflix\n\n \nCara Tukar Pakej Langganan Netflix\n\n \nCara Terminate Akaun Netflix\n\n \nPengaktifan Semula Selepas Pembatalan Akaun\n\n\nAkaun Netflix Tak Boleh Lagi Dikongsi, Caj Tambahan Baru Setiap Ahli\nBaru-baru ini, Netflix telah tambah satu lagi caj tambahan RM13 untuk tujuan perkongsian akaun Netflix.\nPada asalnya akaun Netflix boleh di kongsi dan di tonton serentak dalam satu masa sebanyak 4 profil tanpa mengira di manakah lokasi anda berada.\nNamun kini, Netflix telah menetapkan peraturan baharu iaitu pengguna Netflix yang berada di luar kawasan sambungan internet atau wifi yang sama dalam satu premis hendaklah menambah harga caj tambahan RM13 untuk membolehkan pengguna mengakses kandungan Netflix di mana-mana sahaja.\nUntuk melakukan proses ini, pengguna Netflix mestilah menetapkan terlebih dahulu peranti utama untuk mengakses Netflix sama ada televisyen, telefon bimbit, komputer riba, ataupun tablet.\n\n\n\n\n\n\nBagi pelanggan Netflix RM55 sebulan (difinasi gambar 4K), Netflix memberikan 2 slot kekosongan untuk anda menambah sesiapa ahli atau induvidu yang berada di luar kawasan sambungan internet atau wifi dalam satu premis.\nSekiranya anda ingin menambah maksimum 2 keahlian tersebut, maka kiraannya adalah seperti ini RM55 + RM13 + RM13 = RM81 untuk sebulan.\nJika anda mengaktifkan ciri tambahan ahli tersebut, maka caj tambahan terbut akan di kira mulai kitaran bil bulanan baharu nanti.\nAnda boleh membuang fungsi tambahan ahli lain ini pada bila-bila masa jika anda tidak lagi mahu menggunakannya.\nSeandainya anda tiada ahli yang duduk di luar kawasan sambungan wifi atau internet di premis anda, anda boleh terus menikmati langganan Netflix RM55 sebulan untuk kandungan gambar definasi 4K tanpa sebarang caj tambahan lain.\n\n\nSebab Pengguna Mahu Terminate Akaun Netflix\nSesetengah individu mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka mahu terminate akaun Netflix mereka.\nAntaranya adalah disebabkan tambahan caj yang baru dikenakan dan syarat perkongsian akaun yang lebih ketat.\nNetflix juga bukanlah satu-satunya servis perkhidmatan penstriman yang menawarkan perkhidmatan sebegini sebaliknya banyak lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Hulu, Apple TV+, Amazon Prime Video, HBO Max, Disney+, Mubi, Paramount, Discovery+ dan lain-lain lagi.\nAkibat kekangan lesen tayangan filem, tidak semua filem di dunia ini dimuatkan dalam Neflix.\nAnda mungkin berminat untuk terminate akaun Netflix anda sekiranya filem-filem yang anda gemari tidak ditawarkan di Netflix sebaliknya ditawarkan di perkhidmatan penstriman yang lain. Misalnya filem-filem terbitan Marvel.\nNetflix kehilangan hak menayangkan filem dari Marvel di hampir kebanyakan negara setelah Disney Plus dilancarkan.\nSebab kedua anda mungkin mahu terminate akaun Netflix anda kerana anda tidak tidak lagi memanfaatkannya dengan sebaiknya \u2013 contohnya anda hanya menonton 1 \u2013 2 buah filem sahaja setiap bulan kerana kekangan masa.\nArtikel berkaitan: Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun\nCara Tukar Pakej Langganan Netflix\nNetflix menawarkan pelbagai pelan penstriman untuk memenuhi keperluan hiburan anda.\nSebagai ahli Netflix, anda akan dikenakan caj setiap bulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda.\u00a0Akaun Netflix adalah untuk orang yang tinggal bersama dalam satu isi rumah.\nPelan NetflixCiriMudah Alih\u2013 Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had\u2013 Tonton pada 1 telefon atau tablet pada masa yang sama\u2013 Muat turun\u00a0pada 1 telefon atau tablet pada masa yang samaAsas\u2013 Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had\u2013 Tonton pada 1\u00a0peranti yang disokong\u00a0pada masa yang sama\u2013 Tonton dalam HD\u2013 Muat turun\u00a0pada 1 peranti yang disokong pada masa yang samaStandard\u2013 Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had\u2013 Tonton pada 2\u00a0peranti yang disokong\u00a0pada masa yang sama\u2013 Tonton dalam HD PenuhPilihan untuk menambah 1\u00a0ahli tambahan\u00a0yang tidak serumah dengan anda\u2013 Muat turun\u00a0pada 2 peranti yang disokong pada masa yang samaPremium\u2013 Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had\u2013 Tonton pada 4\u00a0peranti yang disokong\u00a0pada masa yang sama\u2013 Tonton dalam Ultra HD\u2013 Muat turun\u00a0pada 6 peranti yang disokong pada masa yang sama-Pilihan untuk menambah sehingga 2\u00a0ahli tambahan\u00a0yang tidak serumah dengan anda\u2013 Audio ruang Netflix\nPERHATIAN:\nPelan Mudah Alih memerlukan peranti Android OS 5.0 (Lollipop) atau lebih baharu, peranti Fire OS 5.0 atau lebih baharu atau peranti iOS 12.0 atau lebih baharu. Pemancaran atau pencerminan melalui peranti mudah alih tidak disokong pada pelan ini.\nHarga Pakej Langganan Netflix Terkini (RM)\n\nMudah Alih: RM 17/bulan\nAsas: RM 28/bulan\nStandard: RM 45/bulan (slot ahli tambahan* boleh ditambah dengan harga RM 13 setiap slot/bulan)\nPremium: RM 55/bulan (slot ahli tambahan* boleh ditambah dengan harga RM 13 setiap slot/bulan)\n\nPERHATIAN:\n*Ahli tambahan mempunyai akaun dan kata laluan mereka sendiri, tetapi keahlian mereka dibayar oleh orang yang menjemput mereka untuk berkongsi akaun Netflix. Bilangan slot ahli tambahan yang boleh anda tambah bergantung pada pelan anda.\nBergantung pada tempat anda bermastautin, anda\u00a0mungkin dikenakan cukai\u00a0selain harga langganan anda.\n\nCARA TUKAR PELAN / PAKEJ LANGGANAN NETFLIX\nAnda boleh menukar pelan Netflix anda pada bila-bila masa dengan mengikut langkah ini:\n\nDaftar masuk ke\u00a0akaun Netflix\u00a0anda.\nDalam\u00a0Butiran Pelan, pilih\u00a0Tukar Pelan. (Jika anda tidak melihat\u00a0Tukar Pelan, sila\u00a0hubungi kami.)PERHATIAN:\u00a0Jika akaun anda ditahan, perubahan pelan tidak dibenarkan sehingga tahanan dilepaskan.\nPilih pelan yang diingini, kemudian pilih\u00a0Teruskan\u00a0atau\u00a0Kemas Kini.\nPilih\u00a0Sahkan Perubahan\u00a0atau\u00a0Sahkan.\n\nPenukaran kepada pelan dengan harga yang lebih mahal berkuat kuasa dengan serta-merta agar anda boleh menikmati semua ciri yang ditambahkan. Oleh sebab Netflix merupakan perkhidmatan prabayar, tarikh pengebilan anda akan ditukar berdasarkan baki daripada pembayaran terakhir anda. Untuk menukar kembali kepada tarikh pengebilan yang sebelumnya, lihat\u00a0cara menukar tarikh pengebilan anda.Penukaran kepada pelan dengan harga yang lebih rendah berkuat kuasa pada tarikh pengebilan seterusnya. Anda boleh terus menggunakan ciri pelan dengan harga yang lebih mahal sehingga tarikh pengebilan seterusnya.\nCara Terminate Akaun Netflix\nLog keluar daripada akaun Netflix anda tidak menghentikan langganan bulanan anda dan anda akan tetap dicaj setiap bulan.\nOleh itu, pastikan anda mengikuti prosedur yang betul untuk terminat akaun Netflix anda.\nUntuk membatalkan akaun Netflix anda, ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLog masuk ke akaun Netflix anda\nPergi ke\u00a0netflix.com/cancelplan.\nPilih\u00a0Lengkapkan Pembatalan. Akaun anda akan ditutup pada penghujung kitaran pengebilan semasa anda dan anda tidak akan dikenakan caj lagi.\n\nSekiranya anda berkongsi kata laluan dengan pengguna lain, pastikan anda menukarkan kata laluan anda bagi mengelakkan pengguna lain dengan sewenang-wenangnya mengaktifkan kembali akaun anda seterusnya menyebabkan anda terpaksa membayar caj langganan.\nTukar kata laluan anda untuk mencegah orang lain daripada memulakan semula akaun anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nPergi ke\u00a0netflix.com/password\u00a0dan tukar kata laluan anda.\nPastikan anda menandakan kotak yang menyatakan\u00a0Daftar keluar daripada semua peranti. \n\nTetapan ini akan menukar kata laluan semasa anda dan mendaftar keluar daripada mana-mana peranti yang akaun anda mungkin masih didaftar masuk.\nJika anda membuat pembatalan sementara masih terdapat baki masa dalam tempoh pengebilan anda, anda boleh menggunakan Netflix sehingga penghujung tempoh pengebilan.\u00a0\nRujuk laman web rasmi Netflix berkaitan pembatalan pelan langganan anda : https://help.netflix.com/ms/node/407\nPengaktifan Semula Selepas Pembatalan Akaun\nSekiranya selepas anda terminate akaun Netflix anda ingin mengaktifkan semula pada masa hadapan, anda tetap boleh melakukannya pada bila-bila masa.\nAnda juga boleh menukar pakej langganan sedia ada kepada pakej lain yang tersedia. \n\nPihak Netflix menyimpan tetapan dan rekod tontonan anda selama 10 bulan selepas akaun anda ditutup, jadi sekiranya anda ingin mengaktifkan semula akaun dalam tempoh 10 bulan, kesemua maklumat dan rekod tontonan anda seperti berikut akan turut tersedia:\n\nCadangan anda\nRating\nButiran akaun\nSejarah main\nSimpanan permainan\u00a0\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/lupa-kata-laluan-str/", "title": "Lupa Kata Laluan STR, Ini Cara Dapatkan Semula Password", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nLUPA KATA LALUAN / PASSWORD UNTUK LOGIN STR (PORTAL RASMI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)\nSemakan status kelayakan dan bayaran STR sudah boleh dibuat melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.\nSekiranya anda mengalami masalah terlupa kata laluan STR / BKM yang digunakan dahulu dan masih tidak dapat mengakses akaun anda, sila ikuti langkah berikut.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nLupa Kata Laluan STR\n\n \nCara Semakan Status\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nLupa Kata Laluan STR\nUntuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.\n\n\n\n\n\n\nOleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.\nLog Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\nBerikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:\n\nLayari laman web STR di pautan\nKlik \u201cTerlupa Kata Laluan\u201d\nMasukkan nombor MyKad 12 digit dan klik \u201cSemak\u201d.\nMasukkan e-mel yang didaftarkan & klik \u201cSeterusnya\u201d.\nSemak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik \u201cYa\u201d.\nJawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik \u201cSeterusnya\u201d.\nMasukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik \u201cTukar Kata Laluan\u201d.\nAnda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.\n\n\nSekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. \n\nSebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\n\nCara Semakan Status\n\nBuka Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nMasukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk\nKlik Semak\nPastikan kata kunci keselamatan betul (sama seperti BKM)\nMasukkan kata laluan (sama seperti portal BKM)\nSetelah berjaya log masuk, klik Semakan Pembayaran Fasa 1\nMaklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.\n\nhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/\n\nNOTA PENTING :\nLHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan semakan kelayakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah penerima.\n\u00a0LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.\nTIADA CAJ yang dikenakan bagi semakan fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Penerima dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau \u2018scam\u2019 yang aktif di media sosial. Penerima dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.\nMaklumat Lanjut\nSebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.\nBaca juga: \n\nPengeluaran KWSP Bersasar : Kerajaan Cari Alternatif Lain\nSumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR)\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cuti-umum-negeri-2022/", "title": "Senarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDi sini kami kongsikan senarai cuti umum / public holidays bagi tahun 2022.\nDengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan sebarang percutian yang hendak anda lakukan bersama\u00a0keluarga.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSenarai Cuti Umum Malaysia 2022\n\n \nCUTI UMUM NEGERI KEDAH\n\n \nCUTI UMUM NEGERI KELANTAN\n\n \nCUTI UMUM NEGERI TERENGGANU\n\n \nCUTI UMUM NEGERI KUALA LUMPUR\n\n \nCUTI UMUM NEGERI SELANGOR\n\n \nCUTI UMUM NEGERI JOHOR\n\n \nCUTI UMUM WP LABUAN\n\n \nCUTI UMUM NEGERI MELAKA\n\n \nCUTI UMUM NEGERI SEMBILAN\n\n \nCUTI UMUM NEGERI PULAU PINANG\n\n \nCUTI UMUM NEGERI PERAK\n\n \nPERLIS\n\n \nPUTRAJAYA\n\n \nSABAH\n\n \nSARAWAK\n\n\nSenarai Cuti Umum Malaysia 2022\n\n\n\nSumber: \nMUAT TURUN PDF \u2013 Hari Kelepasan Am_2022Download\n\nUntuk melihat jadual yang lebih jelas, lihat senarai cuti umum bagi negeri pilihan anda pada senarai di bawah ini.\n\n\n\n\n\n\nCUTI UMUM NEGERI KEDAH\n1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua1 MacSelasaIsrak dan Mikraj3 AprAhadAwal Ramadan1 MeiAhadHari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong19 JunAhadHari Keputeraan Sultan Kedah10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia18 SepAhadCuti Hari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI KELANTAN\n1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 JulAhadCuti Awal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali11 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Kelantan12 NovSabtuHari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua13 NovAhadCuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan25 DisAhadHari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI TERENGGANU\n1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua1 MacSelasaIsrak dan Mikraj4 MacJumaatHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran26 AprSelasaHari Keputeraan Sultan Terengganu1 MeiAhadHari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong9 JulSabtuHari Arafah10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua12 JulSelasaCuti Hari Raya Haji30 JulSabtuAwal Muharram31 JulAhadCuti Awal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI KUALA LUMPUR\n1 JanSabtuTahun Baru18 JanSelasaHari Thaipusam1 FebSelasaTahun Baru Cina1 FebSelasaHari Wilayah Persekutuan2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI SELANGOR\n1 JanSabtuTahun Baru18 JanSelasaHari Thaipusam1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali11 DisAhadHari Keputeraan Sultan Selangor12 DisIsninCuti Hari Keputeraan Sultan Selangor25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI JOHOR\n18 JanSelasaHari Thaipusam1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua23 MacRabuHari Keputeraan Sultan Johor3 AprAhadAwal Ramadan1 MeiAhadHari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan3 SepSabtuHari Hol Almarhum Sultan Iskandar16 SepJumaatHari Malaysia18 SepAhadCuti Hari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas\n\n CUTI UMUM WP LABUAN\n1 JanSabtuTahun Baru1 FebSelasaTahun Baru Cina1 FebSelasaHari Wilayah Persekutuan2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak30 MeiIsninPesta Kaamatan31 MeiSelasaPesta Kaamatan Hari Kedua6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI MELAKA\n1 JanSabtuTahun Baru1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua3 AprAhadAwal Ramadan4 AprIsninCuti Awal Ramadan15 AprJumaatHari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram24 OgosRabuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI SEMBILAN\n1 JanSabtuTahun Baru14 JanJumaatHari Keputeraan YDPB N. Sembilan18 JanSelasaHari Thaipusam1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua1 MacSelasaIsrak dan Mikraj1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI PAHANG\n1 JanSabtuTahun Baru1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak22 MeiAhadHari Hol Pahang23 MeiIsninCuti Hari Hol Pahang6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram30 JulSabtuHari Keputeraan Sultan Pahang31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI PULAU PINANG\n1 JanSabtuTahun Baru18 JanSelasaHari Thaipusam1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong7 JulKhamisHari Bandar Warisan Dunia Georgetown9 JulSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\n CUTI UMUM NEGERI PERAK\n1 JanSabtuTahun Baru18 JanSelasaHari Thaipusam1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali4 NovJumaatHari Keputeraan Sultan Perak25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\nPERLIS\n1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua1 MacSelasaIsrak dan Mikraj19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak17 MeiSelasaHari Keputeraan Raja Perlis6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua12 JulSelasaCuti Hari Raya Haji30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\nPUTRAJAYA\n1 JanSabtuTahun Baru18 JanSelasaHari Thaipusam1 FebSelasaTahun Baru Cina1 FebSelasaHari Wilayah Persekutuan2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua19 AprSelasaHari Nuzul Al-Quran1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\nSABAH\n1 JanSabtuTahun Baru1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua15 AprJumaatGood Friday1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak30 MeiIsninPesta Kaamatan31 MeiSelasaPesta Kaamatan Hari Kedua6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia1 OktSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul24 OktIsninHari Deepavali24 DisSabtuCuti Hari Natal25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\n\nSARAWAK\n1 JanSabtuTahun Baru1 FebSelasaTahun Baru Cina2 FebRabuTahun Baru Cina Hari Kedua15 AprJumaatGood Friday1 MeiAhadHari Pekerja2 MeiIsninCuti Hari Pekerja3 MeiSelasaHari Raya Aidilfitri4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari Kedua15 MeiAhadHari Wesak16 MeiIsninCuti Hari Wesak1 JunRabuHari Gawai2 JunKhamisHari Gawai Hari Kedua6 JunIsninHari Keputeraan YDP Agong10 JulAhadHari Raya Haji11 JulIsninHari Raya Haji Hari Kedua22 JulJumaatHari Sarawak30 JulSabtuAwal Muharram31 OgosRabuHari Kebangsaan16 SepJumaatHari Malaysia8 OktSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak9 OktAhadMaulidur Rasul10 OktIsninCuti Maulidur Rasul25 DisAhadHari Krismas26 DisIsninCuti Hari Krismas\nBaca juga: Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia\nSumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am\n"]} {"url": "https://ecentral.my/kad-mesra-petronas/", "title": "Cara Daftar Kad Mesra Petronas Online dan Tebus Mata Ganjaran", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDik, ada lagi ke Kad Mesra Petronas?\u201d\n\u201cKak, macam mana nak register dan redeem point Kad Mesra ni?\u201d\nDengar kata begitulah soalan yang selalu ditanya di stesen minyak Petronas.\nMungkin ramai yang masih tak tahu bahawa kemudahan ini telah di\u2019upgrade\u2019 untuk kegunaan semua.\nSekarang ni PETRONAS dah ada satu kemudahan yang betul-betul memudahkan pengguna Kad Mesra ni. Cuma perlu ada smart phone jer. Caranya, download saja apps SETEL dekat phone.\nBagi yang dah ada Kad Mesra fizikal sebelum ni, cuma pautkan saja nombor kad ke dalam apps tersebut. Haa lepas tu anda akan dapat tengok balance Mesra point kat dalam tu. Nak redeem point pun senang jer. Cuma \u2018ketek jak\u2019 dalam apps SETEL tu kat butang \u2018Redeem Points\u2019.\n\n\n\n\n\n\nBagi pengguna minyak Petronas, anda sangat rugi sekiranya tidak mempunyai kad Mesra Petronas kerana dengannya anda boleh menebus pelbagai hadiah menarik.\nJom kami kongsikan lebih lanjut tentang kad ini dan cara untuk anda menikmati pelbagai manfaat yang disediakan.\n \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Kad Mesra Petronas?\n\n \nHarga / Caj\n\n \nCara Pendaftaran Kad Mesra Petronas\n\n \n1. Daftar secara online\n\n \n2. Daftar Melalui Telefon\n\n \nCara Tebus Mata Ganjaran (Petronas Mesra Points)\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Kad Mesra Petronas?\nKad Mesra merupakan satu program kesetiaan pengguna yang dilancarkan untuk menghargai pengguna setia Petronas.\nPelanggan akan diberikan mata ganjaran setiap kali mengisi minyak di semua stesyen Petronas dan membeli barangan di kedai Mesra Petronas.\nFaedah Kad Mesra\nDapatkan dan tebus mata ganjaran di mana-mana stesen PETRONAS dengan setiap pembelian bahan api atau item lain dari Kedai Mesra.Nikmati diskaun atau ganjaran dari rakan kongsi strategik PETRONAS.Dapatkan 1x mata ganjaran dengan setiap liter pembelian bahan api dan nikmati ganjaran menarik bila anda pautkan dan bayar melalui Setel.\nHarga / Caj\nPendaftaran dan pemberian kad Mesra adalah percuma dan setiap pelanggan digalakkan untuk mendaftarkan kad mereka untuk tujuan penebusan mata ganjaran dan pemindahan mata ganjaran sekiranya kad tersebut hilang.\n\nCara Pendaftaran Kad Mesra Petronas\n1. Daftar secara online\nSebagai alternatif, anda boleh melakukan pendaftaran kad Mesra Petronas secara online.\nSeiring dengan pengenalan aplikasi Setel, kad Mesra juga telah diintegrasikan bersama-sama akaun Setel anda.\nIni bermakna, apabila anda mendaftarkan kad Mesra anda bersama akaun Setel anda, secara automatik mata dari kad Mesra akan dimasukkan ke dalam aplikasi Setel.\nIni bermakna anda tidak lagi perlu membawa kad fizikal Mesra ke mana-mana kerana untuk setiap pembelian minyak secara automatik mata ganjaran akan diterima oleh anda.\nUntuk daftarkan kad Mesra anda secara online, ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman Setel di alamat https://www.setel.com/mesrarewards atau boleh muat turun aplikasi SetelDaftar masuk SetelPada halaman utama klik butang \u201cLagi\u201d untuk memautkan \u201cKad Mesra Fizikal\u201d anda ke dalam aplikasi SetelKlik \u201cKad Mesra\u201dKad Mesra Maya di bawah \u201cDikeluarkan\u201d. Klik \u201cPautan & Pindah Mata\u201d untuk memautkan Kad Mesra FizikalKunci pengguna dalam nombor Kad Mesra FizikalHalaman pengesahan akan muncul\nBagi yang ingin memuat turun aplikasi Setel, sila klik salah satu daripada pautan di bawah ini:\nGoogle Play (Untuk pengguna Android)App Store (Untuk pengguna iOS)\n2. Daftar Melalui Telefon\nHubungi Mesralink di talian 1-300-22-8888 untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut.\nCara Tebus Mata Ganjaran (Petronas Mesra Points)\nUntuk makluman, PETRONAS telahpun beralih ke platform Mesra Rewards yang baharu pada 1 Disember 2020. \n\nDengan mata ganjaran terkumpul, anda boleh menukarnya kepada beberapa hadiah menarik.\nTerdapat 2 cara untuk menebus mata ganjaran ini:\nTukar di kaunter stesyen PetronasTukar secara online melalui aplikasi Setel\nRujuk cara-cara menebus di bawah:\u00a0\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nAnda boleh mendapatkan bantuan melalui emel kepada\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau \u201cchat\u201d di\u00a0https://setelappsupport.zendesk.com/hc/en-us\nLaman web: http://www.mymesra.com.my/\nFacebook : PETRONAS Brands\n"]} {"url": "https://ecentral.my/empire-sushi-malaysia/", "title": "Empire Sushi : Senarai Menu & Harga Terkini", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSejak mula diperkenalkan, Empire Sushi cukup pantas mendapat tempat di hati peminat sushi dengan aneka menu sushi yang lazat dengan harga murah. \nJangan tak percaya, anda boleh nikmati sushi yang dibuat dengan ramuan segar dan berkualiti di Empire Sushi dengan harga serendah RM 1.30 sahaja!\nDari sushi, onigiri hingga handroll, pilihan sushi yang ditawarkan di Empire Sushi juga cukup banyak sehingga boleh buatkan anda rambang mata. \n\n\n\n\n\n\nTanpa berlengah lagi, jom kita lihat aneka sushi serta menu menarik serta harga yang ditawarkan.\nBaca Juga : Jisoo Korean Fried Chicken : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nEmpire Sushi : Senarai Menu & Harga Terkini\n\n \nES Inari\n\n \nES Nigiri\n\n \nES Gunkan\n\n \nES Hand Roll & Onigiri\n\n \nES Combo Set\n\n \nES Roll\n\n \nES Maki\n\n \nStatus Halal Empire Sushi Malaysia\n\n \nLatarbelakang\n\n\nEmpire Sushi : Senarai Menu & Harga Terkini\nES Inari\nMenuHargaInari + Potato MayoRM 2.20Inari + Spicy TunaRM 3.10Inari + Salmon MayoRM 3.10Inari + Calamari (Idako)RM 3.10Inari + IdakoRM 3.10Inari + LobsterRM 3.10Inari + Cheese SalmonRM 3.10Inari + Spicy LobsterRM 3.20Inari + Kani CheeseRM 3.10Inari + Tuna CheeseRM 3.10Inari + Tempura EbiRM 3.10Inari + Tako YakiRM 3.10\nES Nigiri\n\nMenuHargaChicken Meat SliceRM 1.30CheeseRM 1.30KanikamaRM 1.30TamagoRM 1.30InariRM 2.10Mentai TamagoRM 2.10SalmonRM 2.40Tempura EbiRM 2.40Aburi SalmonRM 2.80Saba TeriyakiRM 2.80Ni IdakiRM 3.10UnagiRM 3.10Aburi KanifumiRM 2.40\nES Gunkan\nMenuHargaEgg MayoRM 1.30KanimayoRM 1.30Potato MayoRM 1.30Tuna MayoRM 1.30Chuka IdakoRM 2.10EbikoRM 2.10Mochi PeanutRM 2.10Mochi (Pandan)RM 2.10Es Spicy TunaRM 2.40Grilled Calamari (Idako)RM 2.40Grilled Cheese SalmonRM 2.40Grilled LobsterRM 2.40Es Spicy LobsterRM 2.50Tamago YakiRM 3.00Chicken FlossRM 1.30Chuka WakameRM 1.30Corn MayoRM 1.30Mochi (Red Bean)RM 2.10Mochi (Black Sesame)RM 2.10Tako YakiRM 2.40\nES Hand Roll & Onigiri\nMenuHargaOnigiri (Crab)RM 4.70Onigiri (Octopus)RM 4.70Onigiri (Salmon)RM 4.70Onigiri (Spicy Tuna)RM 4.70Onigiri (Tuna)RM 4.70Onigiri (Lobster)RM 5.50Onigiri (Spicy Lobster)RM 5.50Hand Roll (Crab)RM 5.00Hand Roll (Idako)RM 5.00Hand Roll (Unagi)RM 5.00Hand Roll (Salmon)RM 5.00Hand Roll (Tempura Ebi)RM 5.00\nES Beverages\nMenuHargaGreen TeaRM 1.51Drinking WaterRM 2.20Coca-ColaRM 3.20SpriteRM 3.20Heaven & Earth Jasmine TeaRM 3.20Heaven & Earth Lemon TeaRM 3.20\nES Combo Set\nMenuHargaEmpire Combo 2RM 52.00Empire Combo 3RM 58.00Empire Combo 4RM 66.00Empire Combo 5RM 66.00Empire Combo 6RM 66.00\nES Roll\nMenuHargaCheese RollRM 2.80Chicken Meat Slice RollRM 2.80Tempura Ebi RollRM 3.10Unagi Cheese RollRM 3.10\nES Maki\n\nMenuHargaFuto MakiRM 1.60Spicy Futo MakiRM 1.60Kani MakiRM 1.60Kappa MakiRM 1.60Egg Mayo MakiRM 1.60Tamago MakiRM 1.60Tuna MakiRM 1.60Spicy Tuna MakiRM 1.60Kanimayo MakiRM 1.60Salmon MakiRM 2.20\n\nBanyak sungguh menu yang ditawarkan oleh Empire Sushi. Semuanya nampak menarik untuk dicuba. Bagi yang tak tahu nak pilih sushi yang mana, pesan saha ES Combo Set yang sesuai untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.\nJangan lupa untuk ikuti laman Facebook Empire Sushi untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menarik dari jenama sushi Grab & Go nombor 1 kegemaran rakyat Malaysia ini. Ayuh ke Empire Sushi hari ini! \u00a0\nStatus Halal Empire Sushi Malaysia\n47 outlet Empire Sushi di seluruh Malaysia adalah merupakan pemegang sijil HALAL JAKIM.\nManakala beberapa outlet yang baharu dalam proses mendapatkan sijil halal ini secara berperingkat.\nUntuk membuat semakan outlet yang telah mendapat sijil HALAL, sila buat carian terkini di laman web JAKIM : https://www.halal.gov.my/\nRujuk : https://empiresushi.com.my/faq/\nLatarbelakang\nDitubuhkan sejak 2013, pengasas Empire Sushi Jordan Tan dan Nicole Lim bercita-cita untuk menjadikan sushi sebagai satu hidangan yang universal, menggantikan tanggapan umum daripada masakan Jepun premium, sebagai makanan yang berpatutan untuk setiap rakyat Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-boleh-ubah-tkwbns-selangor/", "title": "TKWBNS: Permohonan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR (TKWBNS) TAHUN 2021\nTawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tahun 2021 Kini Dibuka.\nPermohonan adalah secara online sahaja, sila layari laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.\nTarikh akhir permohonan adalah pada 31 Ogos 2021.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ?\n\n \nKadar Tajaan Yang Diberikan\n\n \nKaedah Pembayaran\n\n \nPengurangan Bayaran Balik\n\n \nCara Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021\n\n\nApakah Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ?\nProgram Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk\u00a0pinjaman tanpa faedah.\nIa merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui\u00a0Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)\u00a0yang diuruskan oleh\u00a0Cawangan Biasiswa dan\u00a0Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.\nKadar Tajaan Yang Diberikan\nKadar tajaan yang diberikan adalah mengikut\u00a0peringkat pengajian. Kadar adalah sama bagi Universiti Awam dan Swasta. Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan:\nPeringkat PengajianKadar Setahun (RM)Sijil4,000.00Diploma4,900.00Ijazah Pelbagai6,500.00Ijazah Perubatan7,000.00\nKaedah Pembayaran\nBayaran akan dibuat sebanyak\u00a02 kali setahun\u00a0secara pengkreditan\u00a0terus ke akaun Bank Muamalat\u00a0peminjam.\nAdalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk membuat semua bayaran yang berkaitan seperti yuran pengajian, asrama dan lain-lain kepada IPT masing-masing.\n\nBaca juga: Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2022 \u2013 TAWAS\nPengurangan Bayaran Balik\nPengurangan bayaran balik akan diberikan kepada pelajar yang membuat permohonan sahaja.\nPengurangan bayaran balik (dikenali sebagai Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah) ini boleh dimohon oleh peminjam Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor setelah\u00a0TAMAT PENGAJIAN.\nKelulusan permohonan adalah tertakluk kepada dasar semasa dan pertimbangan Lembaga TKWBNS.\nCara Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021\nPermohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ini boleh dibuat secara online di\u00a0https://danapendidikan.selangor.gov.my\nBorang permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah boleh dimuat turun daripada portal rasmi TKWBNS (di pautan Muat Turun Borang).\nAntara dokumen yang diperlukan adalah\nSalinan Transkrip Akademik Rasmi yang telah disahkan oleh UniversitiSalinan Sijil Senat yang telah disahkan oleh Universiti\nTarikh Permohonan\nPermohonan Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS ini dibuka sehingga 31 Ogos 2021.\nBaca juga: Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 (RM500 / RM1000)\nMaklumat Lanjut Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang TKWBNS ini, sila rujuk laman web rasmi https://tkwbns.selangor.gov.my\nRujuk Facebook: https://www.facebook.com/pejabatsukselangor/\nTelefon: 03-5544 7000\nEmail : [email\u00a0protected]\u00a0\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baki-loan-lppsa/", "title": "Cara Buat Semakan Baki Loan LPPSA Secara Online", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBagi penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan dengan LPPSA, anda boleh semak baki loan LPPSA anda secara online, sangat mudah dan menjimatkan tenaga.\nDengan kemudahan semakan baki loan LPPSA ini, anda boleh merancang kewangan anda dengan sebaiknya kerana anda boleh tahu berapa jumlah pinjaman yang berbaki dan berapa lama tempoh pinjaman boleh dilunaskan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa itu LPPSA?\n\n \nPeranan LPPSA\n\n \nCara Semakan Baki Loan LPPPSA Secara Online\n\n \nSemakan Baki Loan Pembiayaan LPPSA Melalui Whatsapp\n\n \nKemudahan Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)\n\n \nAplikasi MyFinancing\n\n\nApa itu LPPSA?\nLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.\nPenubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.\nVisi utama penubuhan LPPSA ini adalah menjadi sebuah agensi pembiaya perumahan sektor awam yang cemerlang dan mampan.\nPeranan LPPSA\nBerikut merupakan peranan utama LPPSA:\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk menguruskan Kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767)\nUntuk menasihati Menteri Kewangan tentang perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan\nUntuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta 767\n\nCara Semakan Baki Loan LPPPSA Secara Online\nUntuk membuat semakan baki loan LPPSA secara online, anda boleh melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB).\nNamun, sekiranya anda baru pertama kali mengunakan sistem SPPB ini, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.\nBerikut merupakan langkah-langkah mendaftarkan akaun baru pada portal SPPB ini.\n\nLayari laman LPPSA di alamat https://www.lppsa.gov.my/\nPada bahagian menu yang terletak di bahagi atas web LPPSA, klik pada butang \u201cLPPSA MyFinancing\u201d\nKlik pada butang \u201cPelanggan Baru\u201d\nKlik pada butang \u201cDaftar Sekarang\u201d\nLengkapkan segala butiran dalam borang online yang diberikan \n\nSetelah lengkap permohonan, anda boleh log masuk ke dalam akaun anda dan menggunakan segala kemudahan dalam talian yang disediakan dalam portal tersebut.\n\nSemakan Baki Loan Pembiayaan LPPSA Melalui Whatsapp\nTerkini, LPPSA juga menyediakan perkhidmatan membuat semakan baki loan dengan hanya melalui Whatsapp.\nNOMBOR WHATSAPP RASMI LPPSA : 03-8880 2121\n\nMelalui perkhidmatan yang ditawarkan 24 jam sehari ini, anda boleh membuat pertanyaan maklumat berkaitan pembiayaan LPPSA, membuat semakan maklumat akaun pembiayaan, dan mendapat akses kepada maklumat dengan lebih mudah dan pantas!\nCaranya adalah seperti berikut:\n\nHantarkan Whatsapp ke nombor rasmi LPPSA iaitu 03-8880 2121\nAnda akan dilayan oleh chatbot memberi pilihan menu. \nTaip LPPSA Nama Penuh Nombor Kad Pengenalan Nombor Telefon Tarikh Pengesahan Perkhidmatan Nama Penuh Nombor Kad Pengenalan Nombor Telefon Tarikh Pengesahan Perkhidmatan RM1,169\n\n2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)\ni) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan\nRM2,500 : Lebih 5 Anak\nRM1,000 \u2013 RM2,000: 1 \u2013 4 Anak\n\n\nii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 \u2013 RM5,000\nRM500 \u2013 RM1,250: 1 \u2013 4 Anak (Bergantung bilangan anak)\n\niii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang\nRM350 \u2013 RM600 (Bergantung pendapatan)\n\niv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500\nTambahan RM500\n\n3. e-Pemula\nKredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, memanfaatkan 8 juta individu.\n\n4. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)\nBantuan Awal Persekolahan ( BAP ) sebanyak RM150 akan diberi kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa & akan disalurkan pada Januari 2023.\n\n5. Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia\nDi bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta.\nBantuan ini adalah bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.\n6. Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023\nBantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100.\n7. Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPA\nKadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian.\n8. Kenaikan Gaji MySTEP\nGaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000\n9. Pembangunan Perniagaan \n\nKhazanah Nasional akan labur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023\nEKUINAS sedia pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta untuk setiap pelaburan\nKerajaan melalui MDEC akan pelopori usaha transformasi UTC sebagai hab digital\nKerajaan cadang penubuhan 2 UTC baharu, selenggara UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta\nHRD Corp akan sediakan RM750 juta untuk beri latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi tingkatkan produktiviti dan peluang pendapatan\nRM10 juta disediakan kepada CREST untuk bangunkan aplikasi bagi industry automotive\nDana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik bagi tarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi\nKerajaan komited capai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025\nRM20 juta disediakan secara geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan\nRM20 juta disediakan bagi laksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk manfaat 1,000 graduan ceburi bidang keusahawanan\nInsentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025\nKerajaan cadang status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia\nCradle Fund akan sediakan peruntukan RM50 juta bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi di peringkat antarabangsa\n\n10. Perbelanjaan Pembangunan\n\nKerajaan akan tambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak dengan membina wheelchair ramp\nBajet 2023 menyediakan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar disediakan\nKerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Dis, 2025 bagi menggalakkan peaburan hijau\nKerajaan komited untuk terus mensubsidi perkhidmatan pengangkutan udara dengan peruntukan RM209 juta bagi manfaat penduduk luar bandar\nInisiatif pas bulanan My50 bagi perkhidmatan rel dan bas diteruskan, manfaat hampir 180 ribu pengguna warga Lembah Klang\nRM305 juta disediakan kepada masyarakat Orang Asli antaranya bagi program bantuan sosial, peningkatan taraf hidup serta Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli\nHampir RM1 bilion ringgit disediakan untuk kebajikan warga emas berbanding RM580 juta pada 2020\nKerajaan terus sediakan geran berjumlah RM21 juta untuk sokong operasi institusi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU swasta yang dikendalikan oleh NGO\nRM1.2 bilion disediakan untuk OKU antaranya bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak berupaya kerja dan elaun pekerja cacat\nKerajaan terus perkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan\nRM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing\nRM20 juta untuk bekalkan peralatan mengajar serta menambaik baik fasiliti di sekolah berkeperluan khas\nKerajaan sediakan insentif khas bagi tubuhkan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 buah sedia ada\nRM10 juta disediakan di bawah inisiatif Agropenjara bagi memperluas aktiviti pertanian dan perladangan libatkan 70 hektar tanah penjara\nPotongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas banduan termasuk penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan Kerajaan serta pusat jagaan bukan Kerajaan\n\nMaklumat Penuh Intipati Bajet 2023 Kerajaan PM Ismail Sabri: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/\nBaca juga: \n\nPermohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023 (SPZAS)\nPembentangan Bajet 2023 [LIVE] 7 Oktober 2022\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/smart-sewa-selangor/", "title": "Skim Smart Sewa Selangor : Permohonan dan Syarat Kelayakan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Smart Sewa Selangor merupakan satu inisiatif kerajaan Selangor bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang tidak masuk akal.\nMemandangkan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor, maka sudah tentulah program ini memberikan manfaat terlebih dahulu buat rakyat Selangor sendiri.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Skim Smart Sewa Selangor?\n\n \nSyarat-syarat kelayakan\n\n \nTempoh Sewaan Smart Sewa Selangor\n\n \nLokasi projek\n\n \nCara memohon Smart Sewa Selangor\n\n \nSebab-sebab kelayakan terbatal\n\n \nMaklumat lanjut dan pertanyaan\n\n\nApa Itu Skim Smart Sewa Selangor?\nSkim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya memiliki Rumah Selangorku untuk memiliki kediaman sendiri.\nTempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.\n\n\n\n\n\n\nMelalui Skim Smart Sewa Selangor ini, ianya akan memberi manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran.\nPada 25 Februari lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan berhasrat memperluas Skim Smart Sewa bagi membantu lebih ramai rakyat miliki kediaman sendiri.\nDato\u2019 Menteri Besar berkata pihaknya akan bertemu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.\n\nSyarat-syarat kelayakan \nProgram Skim Smart Sewa Selangor ini disasarkan untuk golongn-golongan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:\n\nWarganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;\nBerusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;\nPendapatan seisi keluarga iaitu;\n\ni. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah; \nii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;\n\n\nPemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;\nPemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;\nPemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.\n\nArtikel berkaitan: Rumah Selangorku: Permohonan, Semakan Status & Projek Terkini\nTempoh Sewaan Smart Sewa Selangor\n\nMaksimum 5 tahun\nMinimum 2 tahun\n\nLokasi projek\nBerikut merupakan lokasi projek yang terlibat dengan Skim Smart Sewa Selangor ini:\n\nPangsapuri Alpinia, Dengkil\nPangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih\nPangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang\nPangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong\nPangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Shah Alam\nPangsapuri Seroja, Bandar Setia Alam, Shah Alam\nPangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang\nPangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang\nPangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sungai Long, Kajang\nPangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong\nPangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang\nHibiscus 2, Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh\nPangsapuri De Kiara, Bandar Setia Alam, Shah Alam\nPangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam\nPangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang\nPangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang\n\nCara memohon Smart Sewa Selangor\nSekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk skim sewaan ini melalui salah satu cara di bawah:\n\nPermohonan secara dalam talian di laman web SSIPR di alamat https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register\n\nDaftar akaun terlebih dahulu\nSelepas melengkapkan pendaftara, log masuk ke akaun anda\nLengkapkan segala butiran yang diminta dan hantar permohonan \n\n\nMuat turun permohonan melalui laman web http://phssb.com/borang/\n\n Print borang permohonan\nLengkapkan segala butiran yang diminta dalam borang permohonan tersebut.\nHantarkan boarng beserta dokumen lengkap ke alamat berikut: Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn BhdTingkat 5, Podium Utara,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.atau scan dan emel ke: [email\u00a0protected]\n\n\n\nSetiap pemohon akan ditemuduga terlebih dahulu.\nTarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.\nSebab-sebab kelayakan terbatal\nKelayakan pemohon yang diterima masuk untuk skim sewaan ini walaubagaimanapun boleh terbatal sekiranya:\n\nGagal untuk menjelaskan sewaan bulanan sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan;\nMempunyai tunggakan sewa bulanan (melebihi satu bulan) dan/ atau tunggakan bayaran utiliti;\nAdalah seorang yang diisytiharkan bankrap/muflis;\nDibabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah;\nPenyewa atau suami/isteri, dalam tempoh Perjanjian ini, mempunyai rumah kediaman atau tanah yang diperoleh secara beli, pesaka, pajak, hadiah atau lain-lain cara yang terletak di dalam lingkungan 50km daripada unit sewaan ini atau\nMelepaskan posesi Premis tersebut atau sebahagian daripadanya kepada oaring lain atau mengambil orang-orang tumpangan;\nMelakukan perbuatan tidak bermoral, salahlaku dan melakukan pelanggaran lain-lainsyarat atau terma seperti yang terkandung di dalam perjanjian sewa.\n\nMaklumat lanjut dan pertanyaan\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor ini, sila hubungi pegawai bertugas di talian berikut:\n019\u00a0333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233\n"]} {"url": "https://ecentral.my/institut-pendidikan-guru-ipg-malaysia/", "title": "Senarai IPG, Program, Kelebihan Institut Pendidikan Guru Malaysia", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan pusat persediaan bagi individu yang berminat untuk menjadi seorang guru.\nDi IPGM, program pengajian yang ditawarkan adalah Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).\nPermohonan untuk melanjutkan pengajian ke maktab perguruan ini biasanya dibuka pada pengambilan bulan Mac setiap tahun. \nInstitut Pendidikan Guru Malaysia menaungi\u00a0 27 buah\u00a0 Institut Pendidikan Guru Kampus dan English Language Teaching Centre dan senarai penuh serta lokasinya disenaraikan di bawah untuk rujukan. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKursus Yang Ditawarkan Di Maktab Perguruan\n\n \nKelebihan PISMP\n\n \nTempoh Pengajian Di Maktab Perguruan (IPG)\n\n \nSenarai IPG Di Malaysia\n\n \nZon Utara\n\n \nZon Tengah\n\n \nZon Selatan\n\n \nZon Timur\n\n \nZon Sabah\n\n \nZon Sarawak\n\n \nPermohonan Kemasukan\n\n\nKursus Yang Ditawarkan Di Maktab Perguruan\nSetiap pusat pengajian menawarkan kursus atau bidang pengajian yang berbeza.\nPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)\nProgram ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. \nProgram pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. \nProgram ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.\u00a0\nBILKOD BIDANGNAMA BIDANG\u00a0[+]ALIRANCATATAN150PD010M00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKPERDANA250BK010M00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKMBK350PD010E00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH(TESL) (SK)SKPERDANA450PD030E00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH(TESL) (SJKC)SJKCPERDANA550PD040E00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH(TESL) (SJKT)SJKTPERDANA650BK010E00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH(TESL) (SK)SKMBK750BK030E00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH(TESL) (SJKC)SJKCMBK850BK040E00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH(TESL) (SJKT)SJKTMBK950PD041M00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA1050BK041M00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTMBK1150PD031S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SAINS PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA1250BK031S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SAINS PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCMBK1350PD016S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKPERDANA1450PD036S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA1550PD046S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA1650BK016S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKMBK1750BK036S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCMBK1850BK046S00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTMBK1950PD017R00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKPERDANA2050PD037R00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA2150PD047R00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA2250PD016V00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKPERDANA2350PD036V00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA2450PD046V00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA2550PD017M00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKPERDANA2650PD037M00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA2750PD047M00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA2850PD036J00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA2950PD046J00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA3050PD015A00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKPERDANA3150PD035A00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA3250PD045A00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA3350BK015A00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKMBK3450BK035A00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCMBK3550BK045A00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTMBK3650AK015A00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (SK)SKSMA/SMU3750PD017P00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)SKPERDANA3850PD017B00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SK)SKPERDANA3950PD037B00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SJKC)SJKCPERDANA4050BK017B00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SK)SKMBK4150BK037B00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SJKC)SJKCMBK4250PD017D00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN (SK)SKPERDANA4350PD037D00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN (SJKC)SJKCPERDANA4450BK017D00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN (SK)SKMBK4550BK037D00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN (SJKC)SJKCMBK4650PD017L00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN (SK)SKPERDANA4750PD037L00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN (SJKC)SJKCPERDANA4850BK017L00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN (SK)SKMBK4950BK037L00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN (SJKC)SJKCMBK5050PD037K00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)SJKCPERDANA5150BK037K00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)SJKCMBK5250PD030C00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCPERDANA5350BK030C00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCMBK5450AK030C00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA CINA PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)SJKCUEC5550PD040T00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA TAMIL PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTPERDANA5650BK040T00PPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAHASA TAMIL PENDIDIKAN RENDAH (SJKT)SJKTMBK5752PC050A00PPROGRAM PELAJAR CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM BIDANG BAHASA ARAB (LUGHAH) (MEN)MENPPC5852PC050P00PPROGRAM PELAJAR CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM (DIRASAT ISLAMIAH) (MEN)MENPPC5952PC050Z00PPROGRAM PELAJAR CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM BIDANG TAHFIZ (AL-QURAN WALQIRAAT) (MEN)MENPPC60LAIN-LAINUMUM\nUntuk maklumat lanjut dan informasi terkini sila layari\u00a0https://pismp.moe.gov.my\nKelebihan PISMP\nBuat yang tidak mengetahui, IPG merupakan salah sebuah Institusi tempatan yang menawarkan pengajian untuk persediaan sebelum menjadi guru (pengkhususan ke sekolah rendah).\n\n\n\n\n\n\nOleh kerana IPG merupakan IPTA yang diselia dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, jadi pelajar-pelajar IPG akan menerima kelebihan serta manfaat yang banyak. \nJika anda ditawarkan pengajian di IPG ni, terdapat beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi antaranya,\n\nMenerima elaun daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara bulanan ( setakat ini elaun yang diterima berjumlah RM 430 sebulan)\nMenerima elaun pengangkutan RM 500 ( ada syarat tertentu).\nPeluang kemasukan terus ke KPM lebih mudah jika prestasi memberansangkan\nPenginapan disediakan\n\nBagaimana yuran kemasukan pula?\nAnda cuma perlu bayar RM500 untuk sekali sahaja sepanjang 5 tahun pengajian anda di IPG.\n\nTempoh Pengajian Di Maktab Perguruan (IPG)\nPPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan IPG (jurusan yang ditawarkan) bagi keperluan di sekolah rendah. \nPemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. \nPemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.\nSenarai IPG Di Malaysia\nAnda boleh semak di halaman rasmi setia IPG yang disenaraikan di bawah untuk melihat senarai penuh bidang pengajian di setiap institusi. \nZon Utara\nBerikut merupakan senarai maktab perguruan yang terletak di Zon Utara:\nInstitut Pendidikan Guru Kampus PerlisJalan Behor Pulai, 01000 Kangar, PerlisLaman Web:\u00a0https://ipgkp.moe.edu.my/E-mel: info[at]ipgperlis.edu.myTel: 04-9781522Faks: 04-9781593\nInstitut Pendidikan Guru Kampus DarulamanBandar Darul Aman, 6000 Jitra,KedahLaman Web: https://ipgkda.moe.edu.my/E-mel: admin[at]ipda.edu.myTel: 04-914 8300/8310Faks:04-9175492\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul HalimJln Kuala Ketil, 09200 Sungai Petani, KedahLaman Web: https://ipgksah.moe.edu.my/E-mel: webmaster[at]ipsah.edu.myTel: 04-4218621Faks: 04-4218582\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Pulau PinangPersiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe , 11700, Pulau PinangLaman Web: https://ipgkpp.moe.edu.my/E-mel: admin.ipgkpp[at]ipgm.edu.myTel: 04-6603100Faks: 04-6583680\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Tuanku BainunMengkuang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangLaman Web: https://ipgktb.edu.my/E-mel: admin[at]ipgktb.edu.myTel: 04-5215227Faks: 04-5214955\nZon Tengah\nBerikut merupakan senarai maktab perguruan yang terletak di Zon Tengah:\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa MelayuPeti Surat 5002, 59990 Lembah Pantai, Kuala LumpurLaman Web: https://ipgkbm.moe.edu.my/E-mel: info[at]ipgkbm.edu.myTel: 03-22814400Faks: 03-22814444\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa AntarabangsaLembah Pantai, 59200 Kuala LumpurLaman Web: https://ipgkba.moe.edu.my/E-mel: ipgkba.info[at]ipgm.edu.myTel: 03-22847525Faks: 03-22847364\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu KhasJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Abdul Razak56000 Kuala LumpurLaman Web: https://ipgkik.moe.edu.my/E-mel: info[at]ipgkik.edu.myTel: 03-91318160Faks: 03-91319393\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan IslamJalan Maktab, Off Jalan Ayer Hitam, Seksyen 12,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul EhsanLaman Web: https://ipgkpi.moe.edu.my/E-mel: info.ipgkpi[at]ipgm.edu.myTel: 03-89250352Faks: 03-89250781\nInstitut Pendidikan Guru Kampus IpohJalan PPH. 31150 Hulu Kinta, Ipoh, PerakLaman Web: https://ipgki.moe.edu.my/E-mel: ipgki.management[at]ipgm.edu.myTel: 05-5333-1311Faks: 05-5332743\nZon Selatan\nBerikut merupakan senarai maktab perguruan yang terletak di Zon Selatan:\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan TeknikKompleks Pendidikan Nilai71760 Bandar Enstek, Negeri SembilanLaman Web: https://ipgkpt.moe.edu.my/E-mel: admin[at]ipgkpt.edu.myTel: 06-7979600Faks: 06-7979699\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarJalan Sikamat, 70990 Seremban, Negeri SembilanLaman Web: https://ipgkrm.moe.edu.my/E-mel:Tel: 06-7654000Faks: 06-7624822\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu MelakaJalan Tun Fatimah, Durian Daun, 75400 MelakaLaman Web: https://ipgkpm.moe.edu.my/E-mel: info[at]ipgkpm.edu.myTel: 06-2824827/2982Faks: 06-2818467/2829153\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein OnnKM 7.75 Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat, JohorLaman Web: https://ipgktho.moe.edu.my/E-mel:Tel: 07-4323275Faks: 07-4343687\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Temenggong IbrahimJalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, JohorLaman Web: https://ipgkti.moe.edu.my/E-mel:Tel: 07-2364624Faks: 07-2379736\nZon Timur\nBerikut merupakan senarai maktab perguruan yang terletak di Zon Timur:\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Kota BharuPengkalan Chepa, 16109 Kota Bharu, KelantanLaman Web: https://ipgkkb.moe.edu.my/E-mel: ipgkkb.help[at]ipgm.edu.myTel: 09-7717700Faks: 09-7738488\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan MizanKg. Raja (Kota Putera), 22200 Besut, Terengganu.Laman Web: https://ipgksm.moe.edu.my/E-mel: ipgmksm[at]ipgm.edu.myTel: 09-695 7012/7021/7029Faks: 09-6957429\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Dato\u2019 Razali IsmailBatu Rakit, 21030 Kuala Terengganu, TerengganuLaman Web: https://ipgkdri.moe.edu.my/E-mel: pa.ipgkdri[at]ipgm.edu.myTel: 09-6696470Faks: 09-6696866\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan AfzanKM 10, Jalan Padang Tengku27200 Kuala Lipis, Pahang Darul MakmurLaman Web: https://ipgktaa.moe.edu.my/E-mel: ipgktaa.info[at]ipgm.edu.myTel: 09-3123000Faks: 09-3125002\nZon Sabah\nBerikut merupakan senarai maktab perguruan yang terletak di Zon Sabah:\nInstitut Pendidikan Guru Kampus GayaPeti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu,SabahLaman Web: https://ipgkg.moe.edu.my/E-mel: webmaster[at]ipgkgaya.edu.myTel: 088-2195301/238557Faks: 088-217124\nInstitut Pendidikan Guru Kampus KentPeti Surat 2, 89207 Tuaran, SabahLaman Web: https://ipgkkt.moe.edu.my/E-mel: admin[at]ipkent.edu.myTel: 088-788500/797500Faks: 088-788007\nInstitut Pendidikan Guru Kampus KeningauBeg Berkunci 11, 89009 Keningau, SabahLaman Web: https://ipgkk.moe.edu.my/E-mel: ipgkk.info[at]ipgm.edu.myTel: 087-331444Faks: 087-331817\nInstitut Pendidikan Guru Kampus TawauKM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, SabahLaman Web: https://ipgkt.moe.edu.my/E-mel:Tel: 089-951250/951264Faks:089-213814\nZon Sarawak\nBerikut merupakan senarai maktab perguruan yang terletak di Zon Sarawak:\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Batu LintangJalan College, 93200 Kuching,SarawakLaman Web: https://ipgkbl.moe.edu.myE-mel:Tel: 082-24350Faks: 082-252382\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul RazakJln. Dato\u2019 Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, SarawakLaman Web: https://ipgktar.moe.edu.myE-mel: webmaster[at]ipgmktar.edu.myTel: 082-673800Faks: 082-672984\nInstitut Pendidikan Guru Kampus RajangJalan KJD, 96500 Bintangor, SarawakLaman Web: https://ipgkr.moe.edu.my/E-mel: admin[at]ipgkrajang.edu.myTel: 084-691910/691514Faks: 084-691913\nInstitut Pendidikan Guru Kampus SarawakJalan Bakam, 98009 Miri, SarawakLaman Web: https://ipgks.moe.edu.myE-mel: webmaster[at]ipgks.edu.myTel: 085-421201/421202Faks: 085-424178\nPermohonan Kemasukan\nPermohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang berikut:\n\n\u00a0Bagi pismp sila layari laman sesawang\u00a0 \u00a0https://pismp.moe.gov.my\n\u00a0Bagi PDPP sila layari laman sesawang\u00a0 \u00a0https://mypdpp.moe.gov.my\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/check-status-trafik-highway/", "title": "Cara Check CCTV Trafik Di Highway PLUS Secara Live. Elak Kesesakan!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nCara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM / CCTV HIGHWAY PLUS\nMusim cuti akhir tahun ni, rata-rata orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang bercuti ke pelbagai lokasi setelah lama berada di bawah perintah kawalan pergerakan.\nDalam sesetengah keadaan, ramai yang menjangkakan lebuh raya sudah pastinya akan sesak dipenuhi dengan kenderaan.\nOk di sini kami nak kongsikan satu tips sebelum anda memulakan perjalanan!\nApa kata, sebelum anda memulakan perjalanan terutamanya bagi yang merentas negeri, check dulu keadaan di highway berkenaan sama ada sesak atau pun tidak.\n\nDengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak \u2018tersangkut\u2019 berjam-jam di atas jalan raya. \n\n\n\n\n\n\nKalau jammed, bolehlah cari laluan alternatif untuk memudahkan perjalanan.\nMudah sahaja cara nak semak tu, mari lihat caranya yang kami kongsikan di bawah.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n1. Cara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM\n\n \n2. Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Apps\n\n \n3. Cara Check CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n1. Cara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM\nTahukah anda, selain dari Apps Waze, korang boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi\u00a0Lembaga Lebuhraya Malaysia secara LIVE.\nKorang akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dkt highway tersebut. Memang berfungsi untuk plan perjalanan.\nIni caranya:\nPergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctvKlik pada tab Status Trafik Semasa.Kemudian,\u00a0pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok. Nanti akan dipaparkan rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang ada dekat highway tu.\u00a0\n\nIni contoh paparan highway yang kita dah pilih dan check tadi.\nNi contoh yang kami check tadi, jam 8.40 pagi. Biasanya awal pagi memang kurang orang kan?\nBila nampak smooth macam tu, bolehlah kita gerak ke lokasi dengan senang hati.\n2. Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Apps\nDengan Aplikasi PLUS (Google PlayStore) dan (Apple Store), anda boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik dan melihat secara langsung melalui kamera CCTV sepanjang lebuh raya untuk anda merancang perjalanan. \nDi samping itu, anda juga boleh memesan makanan melalui #OrderDisini, mengetahui maklumat kadar bayaran tol atau menekan butang SOS untuk mendapatkan bantuan.\n\nSempena Hari Raya Aidilfitri 2022 ini, jom muat turun Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini serta kemudahan yang disediakan di Lebuhraya PLUS. \nDengan Aplikasi PLUS, perjalanan di lebuh raya menjadi lebih mudah.\n3. Cara Check CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow\nIni yang paling mudah! Anda juga boleh membuat semakan CCTV di lebuhraya secara LIVE melalui pautan https://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras.htm\n\nMemang bagus kemudahan ni kan?\nOh ya, selain nak check status trafik atau kesesakan di lebuh raya, anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk mengetahui jumlah kadar bayaran tol yang diperlukan dari satu lokasi ke satu lokasi melalui KALKULATOR TOL.\nBolehlah kita pastikan baki dalam kad Touch n Go atau Smart tag tu mencukupi.\nBaca juga: \nRFID Touch n Go: Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag Pada KenderaanTouch \u2018n Go Login: Daftar eWallet, Aktifkan Kad & Tambah Nilai OnlineSenarai Tol Percuma & Diskaun 50% Sempena Hari Raya 2022\nSemoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar.\nJom kongsikan dengan rakan-rakan, semoga ianya bermanfaat!\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di pautan berikut:\nLaman web : llm.gov.myHOTLINE: 1800-88-7752Twitter : https://twitter.com/LLMinfotrafik\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-rawatan-jantung-selangor/", "title": "Skim Rawatan Jantung Selangor 2022 : Semak Kelayakan & Permohonan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nRamai rakyat Selangor sendiri tidak tahu bahawa kerajaan negeri mempunyai program Skim Rawatan Jantung Selangor bagi membantu pesakit jantung yang layak.\nSkim Rawatan Jantung ini merupakan sebahagian daripada Skim Peduli Sihat dan program ini telah dilancarkan sejak tahun 2018.\nBagi tahun 2022, kerajaan negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi program ini dimana sejak dilancarkan dahulu, 257 orang pesakit telah pun mendapat manfaatnya.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor?\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nCara Permohonan\n\n \nJenis Pembiayaan Skim Rawatan Jantung Selangor\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor?\n\nKos pembiayaan bagi rawatan berkaitan jantung bukanlah murah dan melalui program ini, pesakit yang layak dibantu akan diberikan bantuan pembiayaan sehingga RM50,000.\n\n\n\n\n\n\nKerajaan negeri meneruskan bantuan perubatan ini kerana memahami kesukaran golongan berpendapatan rendah dan sederhana menampung kos rawatan jantung yang semakan tinggi. \nUntuk tujuan ini, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM10 juta bagi program ini yang akan dibiayai secara bersama oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), iaitu anak syarikat kerajaan negeri Selangor. \nSyarat Kelayakan\nSkim ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja:\nLahir di Selangor; ATAUMenetap di negeri Selangor melebihi 10 tahunMempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan\nBagi indivdu yang menepati kriteria yang ditetapkan di atas, anda boleh membuat permohonan melalui syarikat \u00a0Selcare Management Sdn Bhd (Selcare). \nIndividu yang layak mendapat pembiayaan perubatan melalui Skim Rawatan Jantung Selangor ini akan diberikan surat jaminan (GL) sebelum mendapat rawatan di Institusi Jantung Negara.\n\nCara Permohonan\nSecara umumnya, skim ini dikategorikan kepada 2 kategori seperti yang berikut:\nKATEGORI 1: Ahli Skim Peduli SihatKATEGORI B: Berpendpatan isi rumah diantara RM2,000 dan RM8,000\nKATEGORI A\nPemohon perlu mendaftar sebagai ahli Skim Peduli Sihat (Jika masih belum mendaftar).Pesakit mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel.Emel surut rujukan doktor ke SELCARE\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGORSELCARE akan memproses Surat Jaminan (GL) dan memaklumkan kepada pesakit tarikh rawatan di IJN.Pesakit ke IJN membawa Kad Pengenalan untuk mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke IJN)\nKATEGORI B\nMuat turun borang permohonan di sini\u00a0Hantar borang dan dokumen yang lengkap kepada SELCARE atau email ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGORSELCARE akan menghubungi pesakit atau penama setelah kelulusan diperolehi.\nJenis Pembiayaan Skim Rawatan Jantung Selangor\nHad pembiayaan bagi kedua kategori ini juga adalah berbeza seperti yang dinyatakan dalam jadual d bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan skim ini, sila rujuk ke laman web Peduli Sihat di pautan berikut: https://pedulisihat.com/cvs.html\nSELGATE\u00a0Corporation Sdn Bhd. ( 1204550-P ).\u00a0No Telefon: 1-800-22-6600No Faks: 03 \u2013 5525 6900Emel:\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sisppa/", "title": "SISPPA : Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, kini Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam telah ditambahbaik kepada SISPPA 2.0 mulai Disember 2020.\nCalon lantikan baharu / mengulang perlu membuat pendaftaran bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.\nDi sini kami kongsikan maklumat terkini tentang Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam SISPPA 2.0 yang telah ditambahbaik untuk panduan bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) 2021\n\n \nApakah SISPPA 2.0?\n\n \nLogin SISPPA 2.0\n\n \nManual SISPPA\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang SISPPA 2.0\n\n\nTarikh Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) 2021\n\nPermohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2022 bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 yang belum disahkan jawatan akan dibuka mulai:\n6 Disember 2021 \u2013 31 Januari 2022\n\n\n\n\n\n\nCalon lantikan baharu/ mengulang perlu membuat pendaftaran permohonan melalui laman sesawang https://sisppa.moe.gov.my\nApakah SISPPA 2.0?\nSistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam menyediakan kemudahan kepada Penjawat Awam dalam urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.\nTerdapat 3 modul utama di dalam sistem ini iaitu:\nModul PermohonanModul Semakan Status PermohonanModul Semakan Keputusan\nDi dalam laman \u00a0Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online\u00a0 juga disediakan beberapa informasi yang diperlukan dalam urusan permohonan peperiksaan. Di antara informasi yang boleh diperoleh adalah seperti yang berikut:\nPanduan dan Syarat PermohonanJadual Peperiksaan bagi tahun semasa\nSukatan peperiksaan :-\nSukatan Peperiksaan bagi tujuan Pengesahan Dalam PerkhidmatanSukatan Peperiksaan bagi tujuan Kenaikan Pangkat\u00a0Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)\nNOTA: Sila ambil maklum bahawa JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2021 telah muat naik ke Laman Web Kompetensi.\nBaca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online\n\nLogin SISPPA 2.0\nUntuk memasuki sistem ini, sila rujuk panduan di bawah untuk pengguna baharu atau yang telah berdaftar.\nA. Login Pengguna Baharu\nLayari portal https://sisppa.moe.gov.myTekan butang DaftarMasukkan nombor kad pengenalan andaSekiranya notis \u2018Tiada Data\u2019 dipaparkan, sila hubungi pentadbir sistem melalui e-mel dengan menyertakan maklumat berikut:Nama penuhNo kad pengenalanJawatanSenarai nama pentadbir sistem boleh didapati melalui menu Hubungi Kami\nB. Login Pengguna Berdaftar (Calon Lama)\nLayari portal https://sisppa.moe.gov.myTekan butang Log MasukMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang sama seperti portal SISPPA 1.0 sebelum ini.Ruang e-mel tidak perlu diisi.Sistem akan menyatakan bahawa calon perlu menukar kata laluan baharu.Sila tukar kata laluan dan log masuk menggunakan kata laluan baharu.\nManual SISPPA\nManual_Log_Masuk_Pentadbir.pdfManual_Calon_SISPPA_V2.pdf\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan video di bawah.\nhttps://youtu.be/36zghBGTHrY\nBaca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2021\nMaklumat Lanjut Tentang SISPPA 2.0\nUntuk sebarang pertanyaan, masalah dan bantuan berkenaan peperiksaan perkhidmatan awam, hubungi :\nJabatan Perkhidmatan AwamBahagian PerkhidmatanSektor Penilaian KompetensiAras 4, Blok C3, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 WP.Putrajaya\nNo. Tel. : 03-8000 8000 (MyGCC)Talian alternatif : Urus setia mengikut jenis peperiksaanE-mel : [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/payung-rahmah/", "title": "Program Payung Rahmah \u2013 Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPayung Rahmah bantu B40 tangani isu kos sara hidup\nKerajaan akan memperkenalkan program Payung Rahmah bagi membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata program itu adalah langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan itu dalam tempoh enam bulan ini, dengan ia dijangka dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.\nKatanya, program Payung Rahmah yang akan diperincikan lebih lanjut Selasa ini, dalam ucapan Tahun Baru KPDN di Putrajaya itu nanti akan turut membabitkan kerjasama dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Pengangkutan.\nPada 31 Disember lalu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH dilaporkan mengadakan perbincangan hati ke hati bersama beberapa pemain industri termasuk pengedar runcit negara bagi melaksanakan inisiatif Bakul Rahmah (Kasih Sayang), khas untuk mereka yang paling memerlukan dalam kalangan B40.\nBeliau dilaporkan berkata, kerjasama bagi melaksanakan inisiatif itu diharap dapat membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar ketika ini.\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram berkata, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka pendek, sederhana, dan panjang dalam mendepani isu kos sara hidup rakyat.\nKatanya, ia termasuk program Payung Rahmah iaitu program jangka pendek yang perlu dilaksanakan dahulu dengan segera sebagai persediaan membantu beban ditanggung rakyat terjejas dalam menghadapi isu kos sara hidup.\n\u201cSelain program Payung Rahmah, Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi), Mohd Rafizi Ramli sedang menyiapkan pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang sebagai strategi menyediakan negara mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.\n\u201cDi samping itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sentiasa diadakan dari masa ke semasa sekali gus membuktikan betapa serius kerajaan mahu mendepani isu kos sara hidup dihadapi rakyat,\u201d katanya.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program bantuan ini.\nSumber gambar: BERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Payung Rahmah?\n\n \n4 Elemen Bantuan Untuk B40\n\n \nMaklumat Lanjut & Permohonan\n\n\nApakah Program Payung Rahmah?\nProgram Payung Rahmah Kasih Sayang ini adalah inisiatif berfokus selama 6 bulan nsgi mengurangkan beban sara hidup golongan B40 dan miskin tegar.\nMenurut Menteri Perdagangan lagi, jika tidak dibantu, dibimbangi keadaan ekonomi global yang dijangka begitu serius tahun ini menyebabkan golongan ini akan terkesan.\n4 Elemen Bantuan Untuk B40\nProgram ini membabitkan empat elemen iaitu Bakul Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Murah Rahmah dan Barangan Rahmah bagi menyantuni golongan B40.\nI) BAKUL RAHMAH\nBakul Rahmah adalah pemberian bakul makanan yang akan diberikan pada setiap bulan.\nII) BARANGAN RAHMAH\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis kesyukuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Parlimen Pulai, pada 7 Januari 2023.\nBarangan Rahmah pula merupakan pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah untuk golongan B40.\nIII) KAFE RAHMAH\nKafe Rahmah pula adalah khusus bagi pelajar universiti bagi mendapatkan makanan pada harga lebih murah dengan pelajar susah akan dibantu.\nIV) JUALAN MURAH RAHMAH\nPerincian Jualan Murah Rahmah akan diumumkan lebih lanjut pada Selasa ini, 10 Januari 2023.\nMaklumat Lanjut & Permohonan\nMaklumat lanjut tentang program ini dan cara permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.\nBaca juga: \n\nKemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Sakit & Kuarantin\neKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tell-me-about-yourself/", "title": "Cara Jawab Soalan \u201cTell Me About Yourself\u201d Dalam Temuduga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTell Me About Yourself\u201d adalah soalan paling popular dalam sesi temuduga pekerjaan \u2013 apa agaknya jawapan yang paling sesuai dan boleh memikat hati bakal majikan atau penemuduga?\nSoalan ini boleh membantu atau merisikokan diri kita untuk mendapat peluang pekerjaan tersebut.\nSoalan \u201cTell Me About Yourself\u201d ini juga dengan pantas boleh membantu bakal majikan menyaring pekerja dengan mengatahui cara calon berkomunikasi, latarbelakang calon dan pelbagai perkara lain mengenai calon dalam jangka masa yang pendek.\nPersoalannya, bagaimanakah cara terbaik untuk menjawab soalan \u201cTell Me About Yourself\u201d kepada bakal majikan, seterusnya mencncerahkan peluang kita ditawarkan jawatan yang dipohon?\nArtikel berkaitan: Semakan Ujian MEdSI, Contoh Soalan, Tips dan Panduan Temuduga\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nContoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan \u201cTell Me About Yourself\u201d Dalam Temuduga\n\n \n1. Ceritakan mengenai keadaan masa kini, masa lepas dan akan datang\n\n \nMasa kini\n\n \nMasa lampau\n\n \nMasa hadapan\n\n \n2. Sesuaikan jawapan \u201cTell me about yourself\u201d anda dengan jawatan dipohon\n\n \n3. \u201cSebab\u201d anda\n\n \n4. Tunjukkan keperibadian anda\n\n \n5. Pamerkan pencapaian anda (tetapi jangan bermegah)\n\n\nContoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan \u201cTell Me About Yourself\u201d Dalam Temuduga\n1. Ceritakan mengenai keadaan masa kini, masa lepas dan akan datang\nApabila menjawab, fokus pada kehidupan profesional anda dan gunakan standard emas \u2014 formula masa kini-masa lalu-masa hadapan.\nMasa kini\nMulakan dengan bercakap tentang siapa anda pada tahap kerjaya dan perjalanan hidup anda ini dan apakah peranan anda sekarang.\n\n\n\n\n\n\nJangan teragak-agak untuk menyebut pencapaian baru-baru ini.\nSertakan beberapa asas seperti nama anda, tempat tinggal anda dan jawatan kerja anda.\nTerangkan secara ringkas skop tanggungjawab anda juga.\nMasa lampau\nKemudian diikuti pengalaman lepas anda, pekerjaan terdahulu, tanggungjawab kerja, kemahiran yang boleh dipindah milik dan pendidikan, tetapi masukkan bahagian yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon sahaja.\nMenghubungkan titik dan memberikan pandangan tentang perkara yang membuat anda membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya tertentu ini akan menjadi jawapan yang bagus.\nIni akan menunjukkan kepada perekrut bahawa anda benar-benar berminat untuk jawatan yang dipohon.\nMasa hadapan\nJelas sekali, bakal majikan anda ingin mengetahui rancangan kerjaya anda dan perkara yang menarik minat anda kepada pekerjaan yang dipohon ini.\nAdalah penting untuk memasukkan kemahiran dan minat anda ke dalam bahagian ini dan mengikatnya dengan apa yang diperlukan oleh jawatan yang anda pohon.\nDengan merujuk masa depan, anda akan menunjukkan kepada bakal majikan mengapa jawatan yang dipohon ini sesuai untuk anda.\nArtikel berkaitan: Semakan Temuduga UPU Online & Ujian Program Pengajian Pendidikan\n\n\n\n2. Sesuaikan jawapan \u201cTell me about yourself\u201d anda dengan jawatan dipohon \nApabila penemuduga bertanya begitu, mereka benar-benar bermaksud beritahu saya tentang diri anda kerana ia berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. \nAmbil peluang ini untuk menyatakan dengan ringkas mengapa anda mempunyai kelayakan yang betul untuk jawatan yang dipohon. \n\n\nSumber : Projek Tambah Pahala\n3. \u201cSebab\u201d anda\nUntuk menjawab soalan \u201cTell Me About Yourself\u201d ini, anda oleh menerangkan kepada panel mengapa anda memilih jawatan itu untuk dimohon? \nMengapa anda calon terbaik untuk jawatan tersebut? \nGunakan masa ini untuk menjual diri anda kepada penemuduga dan berikan \u201cmengapa\u201d anda.\nJika anda telah menyesuaikan bahagian lain jawapan anda dengan kerja yang anda temu duga, bahagian ini akan menjadi mudah.\nTerangkan bagaimana peranan ini sejajar dengan matlamat kerjaya peribadi anda untuk menunjukkan anda akan berusaha untuk berjaya.\n4. Tunjukkan keperibadian anda\nTidak ada yang salah dengan menceritakan kisah yang menarik (dan ringkas) tentang diri anda, tetapi hanya jika ia masuk akal dan membantu anda dalam sesi temuduga itu. \nBegitu juga, tidak mengapa untuk menyebut ciri watak dan minat anda yang tidak berkaitan secara langsung dengan kerja anda, tetapi hanya jika anda melakukannya secara strategik \u2014 untuk menyerlahkan anda adalah aset yang hebat dan calon yang lengkap untuk jawatan yang dipohon. \n\n\n\n5. Pamerkan pencapaian anda (tetapi jangan bermegah)\nSemasa temu duga berlangsung, anda akan mempunyai banyak peluang untuk membincangkan pencapaian anda. \nApabila memperkenalkan diri anda, tidak mengapa untuk menyebut beberapa perkara yang anda telah lakukan baru-baru ini yang anda banggakan, tetapi berhati-hati. \nAnda tidak mahu membebankan panel penemuduga dengan pencapaian anda semata-mata sehingga anda dilihat terlalu bermegah-megah dengan pencapaian diri anda.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-ukkm-mrsm/", "title": "Semakan UKKM 2023: Tarikh, Masa & Tempat Ujian MRSM", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nDengan pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) menjadi syarat kelayakan pelajar masuk ke MRSM.\nSecara umumnya UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian.\nBagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, calon diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.\nWajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2023.\nBaca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSEMAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM 2022)\n\n \nSemakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM\n\n \nCara Semakan UKKM MRSM 2023\n\n \nTarikh Ujian UKKM 2023\n\n \nDokumen Yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian\n\n \nSubjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2023\n\n \nSoalan Lazim Panggilan Menghadiri UKKM / UJian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE/ Bagi Permohonan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023\n\n \nPertukaran Tarikh, Masa & Tempat Ujian Tidak Dibenarkan\n\n \nSerba Sedikit Tentang MRSM\n\n \nMaklumat Lanjut Tentang UKKM MRSM\n\n\nSEMAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM 2022)\nMajlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat tahun 2023 sesi pertama mulai 27 November 2022.\nSemua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat.\nMakluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel.\n\n\n\n\n\n\nCalon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.\nSila rujuk info dan FAQ di bawah untuk persediaan bakal-bakal calon UKKM.\n\nSemakan Tarikh, Masa & Tempat Ujian UKKM \nTarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian bermula jam 12.30 tengah hari, 23 November 2022.\nSemakan bolej dibuat melalui Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.\nCara Semakan UKKM MRSM 2023\nUntuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:\nCara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1\n\nLayari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)\nIsikan nombor kad pengenalan dan log masuk\nStatus pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan\n\nCara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4\nBerikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:\n\nLayari laman web rasmi MRSM di sini:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)\nIsikan nombor kad pengenalan dan log masuk\nStatus pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan\n\nTarikh Ujian UKKM 2023\n\nSesi 1 : November dan Disember 2022\nSesi 2 : Januari 2023 \nSesi 3 : Februari 2023\n\nDokumen Yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian\nCalon diwajibkan membawa:\n\n2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE\nKad Pengenalan calon (MyKad / MyKid)\n1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)\n1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik . Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.\nAlat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil)\nKalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).\n\nSubjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2023\nUKKM merangkumi subjek berikut:\n\nBahasa Melayu\nMatematik\nSains\nKeperibadian (format soalan objektif)\n\nSoalan Lazim Panggilan Menghadiri UKKM / UJian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE/ Bagi Permohonan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023\nSoalan Lazim Panggilan Menghadiri UKKM/UJian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE/ Bagi Permohonan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023\nSOALAN 1\nDi manakah saya boleh membuat semakan tarikh dan panggilan UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE untuk anak saya?\nJAWAPAN\nPihak MARA akan menghantar SMS kepada no telefon yang telah didaftarkan dalam sistem permohonan MRSM sebelum tarikh ujian.\n\n\n\n\nLayari semakan https://www.mara.gov.my/\n\n\nPertukaran Tarikh, Masa & Tempat Ujian Tidak Dibenarkan\nBeliau berkata calon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan itu nanti.\nKesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh Malaysia dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain, di Selangor dan Negeri Sembilan.\nCalon UKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian.\nSerba Sedikit Tentang MRSM\nMRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\n\nVisi MRSM\nMenjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.\nMisi MRSM\nMenyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.\nTerdapat tujuh program yang berteraskan\u00a0Science, Technology, Religion, Engineering, Arts \u00a0and Mathematics\u00a0(STREAM) dilaksanakan di MRSM.\nMaklumat Lanjut Tentang UKKM MRSM\nUntuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-mext-2022/", "title": "MEXT 2022 Scholarship: Permohonan Biasiswa Jepun Monbukagakusho (YLP)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan biasiswa Jepun (Monbukagakusho: MEXT) 2022 untuk Program Pemimpin Muda (YLP) kini dibuka sehingga 3 Dis bagi rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Jepun.\nKedutaan Jepun di Malaysia, dalam satu kenyataan pada Isnin, memaklumkan biasiswa itu menyediakan elaun bulanan kira-kira 242,000 yen (kira-kira RM8,828) (tertakluk kepada perubahan).\nSila rujuk kenyataan media di bawah.\nBaca juga: Login eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut Online\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPermohonan Biasiswa Jepun Monbukagakusho: MEXT 2022 (YLP)\n\n \nSyarat Permohonan\n\n \nTarikh Akhir Permohonan\n\n \nCara Permohonan MEXT 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPermohonan Biasiswa Jepun Monbukagakusho: MEXT 2022 (YLP)\nKedutaan Jepun dengan ini mengumumkan pembukaan bagi permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) iaitu Young Leaders\u2019 Program (YLP) 2022 yang akan dibuka sehingga 3hb December 2021. \n\n\n\n\n\n\nSemua warga Negara Malaysia lepasan ijazah yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana adalah dijemput untuk memohon biasiswa ini. \nDalam tempoh tersebut, elaun yang akan diberikan adalah 242,000 yen (tertakluk pada perubahan). \nSegala perbelanjaan yuran peperiksaan, matrikulasi dan yuran bulanan akan dikecualikan, dan juga tiket penerbangan pergi dan balik turut disediakan.\nTempoh bagi kursus ini adalah setahun (1) dari Oktober 2022 sehingga September 2023 (kecuali bagi kursus Pengurusan Perniagaan yang bermula dari September 2023 sehingga Ogos 2023). \nSemua kursus ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris. \nTerdapat lima (5) kursus di bawah Young Leaders\u2019 Program : \u2013\nKursus Pengurusan Perniagaan (Sarjana Pengurusan Perniagaan) di Hitotsubashi UniversityKursus Perundangan (Sarjana Perundangan) di Kyushu UniversityKursus Sekolah Kerajaan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana Perundangan Awam) di NationalGraduate Institute for Foreign Policy (GRIPS)Kursus Sekolah Kerajaan Tempatan (Sarjana Pengurusan Awam atau Sarjana PerundanganAwam) di National Graduate Institute for Foreign Policy (GRIPS)Kursus Pengurusan Kesihatan (Sarjana Pengurusan Kesihatan) di Nagoya University\nSyarat Permohonan\nWarganegara Malaysia berkelulusan ijazah dengan kepujian.Bagi Kursus Pengurusan Perniagaan, pemohon mestilah:-(a) berumur bawah 40 tahun pada 1hb September 2022;(b) fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL 600/ TOEFL-CBT 250/ atau yang setaraf) dan memperolehi keputusan GMAT; dan(c) mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun.Bagi 4 kursus lain, pemohon mestilah:-(a) berumur bawah 40 tahun pada 1hb Oktober 2022;(b) fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris (markah minima TOEFL 550/TOEFL-iBT 80/IELTS 6.0 atauyang setaraf); dan(c) mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun di sektor kerajaan (bagi Kursus Pengurusan Kesihatan, pengalaman bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia), (bagi Kursus Perundangan, sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman bekerja atau mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan undang-undang di Malaysia).\nTarikh Akhir Permohonan\nTempoh permohonan dibuka sehingga 3 Disember 2021.\nCara Permohonan MEXT 2022\nPermohonan boleh dibuat melalui pihak yang di sahkan oleh Kedutaan; bagi Kursus Pengurusan Perniagaan sila hubungi, Dewan Perdagangan & Industri Kebangsaan Malaysia di nombor telefon 03-62049811 atau [email\u00a0protected] (Ms. Annie William).\nBagi kursus pengurusan kesihatan,permohonan boleh dibuat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia di nombor telefon 03-88906050/03-88831108 atau emailkan ke drnorsyami[email\u00a0protected] (Dr. Norsyamimi)/ [email\u00a0protected] (Dr. Anisah) . \nPermohonan bagi 3 kursus lain, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di nombor telefon 03-88853053 atau emelkan ke [email\u00a0protected] (Encik Kamarul). \nBagi kursus Perundangan, pemohonan bagi pegawai bukan kerajaan juga boleh dibuat melalui Kuliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di nombor tel. 03-61964226 atau emelkan ke[email\u00a0protected] (Prof. Madya Dr. Ramizah Wan Muhammad).\nBaca juga: UKCG: Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru & Tips Menduduki Ujian eUKCG\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi bahaguan Perkhidmatan Jepun, Kedutaan Jepun di nombor telefon 03-2177 2600 sambungan 146 atau layari pautan https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/youngleaders.html\nSila rujuk lampiran:\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/program-subsidi-upah-perkeso/", "title": "Pendaftaran Program Subsidi Upah PERKESO (Wage Subsidy)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Subsidi Upah atau Wage Subsidy diperkenalkan bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19.\nProgram ini merupakan perluasan kepada program pengekalan pekerjaan atau ERP.\nMelalui program ini, Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% untuk mengekalkan pekerja.\nAmaun bantuan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nRM600 bagi setiap pekerja di syarikat yang mempunyai lebih 200 pekerja. Namun terhad kepada 200 orang pekerja sahaja.RM800 bagi setiap pekerja di syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang.RM1,200 bagi setiap pekerja di syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nProgram Subsidi Upah PERKESO\n\n \nSyarat Kelayakan\n\n \nPermohonan Online\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nProgram Subsidi Upah PERKESO\n\n\n\nMungkin anda keliru di antara ERP berbanding Wage Subsidy.\nBerikut penerangan dengan lebih jelas tentang perbezaan antara kedua-duanya.\nERP: Bantuan RM600 sebulan kepada pekerja yang bersetuju mengambil cuti tanpa gajiProgram Subsidi Upah: Bantuan kewangan kepada majikan supaya dapat mengekalkan pekerja\nTempoh bantuan ERP selama 3-6 bulan manakala program subsidi upah hanya untuk 3 bulan sahaja.\nSyarat Kelayakan\nAntara syarat kelayakan program ini adalah seperti berikut:\nMajikan mengalami penurunan pendapatan lebih 50% bermula Januari 2020Terhad kepada pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah yang mencarum dalam Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)Majikan hendaklah tidak membuang atau mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh 3 bulan selepas program dilaksanakanMajikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada\nSebagai contoh: Seseorang majikan yang telah menerima bayaran bantuan\u00a0Wage Subsidy\u00a0pada bulan April tidak boleh mengambil tindakan di atas semasa menerima bantuan dan 3 bulan berikutnya iaitu Mei, Jun, Julai, Ogos dan September.\nNamun perlu diingatkan tidak semua layak mendapat bantuan program subsidi upah ini.\n\nAntara mereka yang tidak layak termasuklah:\nMajikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum denganSIP PERKESO;Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERPpada bulan yang sama;Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;Pekerja yang telah diberhentikan kerja;Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasukfreelancers;\u00a0danPekerja asing dan pegawai dagang.\nPermohonan Online\nPermohonan / pendaftaran boleh dibuat secara online di http://prihatin.perkeso.gov.my/\nBayaran akan dibuat terus ke akaun majikan 7-14 hari dari tarikh permohonan.\nMajikan perlu sediakan beberapa dokumen berikut semasa permohonan dibuat:\nSenarai nama pekerja (terhad 100 orang pekerja)Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROBAkuan Pengisyitharan PSU50Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan\nBorang senarai pekerja boleh dimuat turun di sini.\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumat lanjut boleh hubungi 03-8091 5100 atau emelkan ke [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/hari-ibu/", "title": "Tarikh Hari Ibu 2023 Di Malaysia & Ucapan Selamat Hari Ibu", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTARIKH SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA & CONTOH UCAPAN ISTIMEWA UNTUK IBU ANDA\nBulan Mei sinonim dengan Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga, khususnya anak-anak mereka.\nTahukah anda bilakah tarikh sebenar sambutan Mother\u2019s Day ini dan apakah asal-usulnya?\nJom ketahui lebih lanjut agar anda boleh membuat persiapan untuk ibu anda pada hari istimewa ini!\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Hari Ibu 2023\n\n \nContoh Ucapan Selamat Hari Ibu Untuk Mama Tersayang\n\n \nHukum Sambutan Mother\u2019s Day Dalam Islam\n\n\nTarikh Hari Ibu 2023\nHari Ibu atau Mother\u2019s Day disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.\nBagi tahun 2023 ini, ia jatuh pada 14 Mei 2023.\n\nContoh Ucapan Selamat Hari Ibu Untuk Mama Tersayang\nUCAPAN 1\nUntuk wanita yang bernama Ibu, terima kasih atas segala pengorbananmu. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi.\nSelamat Hari Ibu!\nUCAPAN 2\n\n\n\n\n\n\nKasih ibu tiada ganti, tidak akan ada seperti sehangat kasihmu.\nTerima kasih Ibu kerana telah melahirkan, membesarkan dan memberikan didikan yang terbaik kepada kami selama ini. \nSelamat Hari Ibu.\nUCAPAN 3\nSelagi mentari menyinari,Selagi itu mengalir doamu hari demi hari,Selagi purnama silih berganti,Selagi itu kasih sayangmu tidak akan pernah berhenti.\nSemoga Allah memberkati hidup ibuku.\nTerima kasih ibu.\nUCAPAN 4\nBuat insan yang bernama Ibu, semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkahmu dalam memimpin keluargamu ke jalan yang diredhai Allah serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang di setiap usahamu.\nMudah-mudahan pengorbananmu untuk keluarga akan sentiasa diberkati Allah dengan rahmat Nya yang Maha Luas serta mendapat Syafaat dari Rasulullah saw.\nUCAPAN 5\nAku mencintai ibu kerana dia telah memberikan aku cinta, dia mengorbankan aku jiwanya, dan yang paling penting \u2013 dia memberi aku seluruh waktunya.\nTerima kasih ibu!\nUCAPAN UNTUK IBU\n1. Hanya Ibu yang tahu saat aku menyembunyikan sedihku di balik senyumanku.\n2. Engkaulah wanita pertama yang mengajar diri ini akan erti cinta. Engkau jualah yang menunjukkan diri ini apa itu erti sayang. Dari engkau jugalah, diri ini belajar akan erti pengorbanan. Sungguh, tidak akan mampu untuk diri ini membalas pengorbananmu wahai ibuku. Selamat hari lahir, ibu. Terima kasih untuk segalanya.\u201d\n3. Selamat hari ibu. Tiada lain yang ku doakan agar ibu dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diberikan kemudahan didalam setiap urusan ibu. I love you, ibu!\n4. Ibu, tiada seorang pun di dunia ini yang mampu memahamiku sebaik dirimu. Terima kasih kerana selalu ada untukku. Semoga Allah mengabulkan segala doa dan permintaan ibu. Selamat hari\u00a0ibu.\n5. To my supermom \u2013\u00a0Semoga ibu akan terus kuat dan sihat untuk mengerjakan segala aktiviti harian ibu, ibadah dan hobi yang paling ibu suka. Semoga ibu akan kekal bahagia dibawah kasih sayang dan rahmat daripada-Nya. Selamat Hari Ibu!\n6. Ibu boleh menggantikan sesiapa saja \u2013 guru, jururawat, pemandu, tukang masak; namun tiada siapa yang boleh menggantikan tempat ibu. Selamat Hari Ibu!\n\nNikmatilah indahnya hidup bersama ibu sebelum kesempatan itu hilang. Ada orang kehilangan rasa bahagia di hati sejak kehilangan ibu.\nHadis Tentang Keredaan Ibu Bapa\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0628\u0646 \u0639\u064e\u0645\u0652\u0631\u064d\u0648 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647\u0645\u0627 \u0642\u0627\u0644 \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645: \u0631\u0650\u0636\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0641\u0649 \u0631\u0650\u0636\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0648 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0637\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0641\u0649 \u0633\u064e\u062e\u064e\u0637\u064f \u0627\u0644\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\nDaripada Abdullah bin \u2018Amrin RA. dia berkata, Nabi \ufdfa telah bersabda:\n\u201cKeredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibu bapa.\u201d(HR al-Tirmidzi No: 1821)\n\nBERBAKTI KEPADA IBU BAPA\nKewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak.\nDaripada Abu Ad-Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda : \u201cIbu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka letakkanlah pintu itu atau jagalah ia.\u201d\nSemoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.\nBaca juga:\n\nPra Diploma UiTM 2023: Permohonan & Semakan Keputusan\nContoh Sijil Penyertaan & Template\nContoh Hadiah Untuk Ibu \u2013 20 Pilihan Yang Menarik\nSemakan Temuduga UPU Online Sesi 2023 / 2024\nProton X90: Spesifikasi, Varian, Pilihan Warna & Harga Rasmi\n\nHukum Sambutan Mother\u2019s Day Dalam Islam\nHukum sambutan Mother\u2019s Day ada kalanya menjadi isu di Malaysia kerana perkaitannya dengan budaya Barat / agama lain.\nNamun,\u00a0Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri\u00a0menjelaskan bahawa anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.\u00a0\nMenurut beliau dalam IRSYAD AL-FATWA KE-11, sambutan ini tidak dianggap sesuatu yang tidak dibolehkan, tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:\n\nMenganggap Hari_Ibu atau Mother\u2019s Day sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.\nTidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.\nSewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.\n\nSumber rujukan: Astro Awani,\u00a0WomansDay.com,\u00a0Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan\n"]} {"url": "https://ecentral.my/skim-insurans-keluarga-malaysia/", "title": "Skim Insurans Keluarga Malaysia, Perlindungan Insurans Golongan Miskin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSelari dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan, Perdana Menter Malaysia telah berbesar hati memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia.\nPengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini bakal memberikan manfaat perlindungan sosial dan insurans kepada lebih 268,000 buah keluarga terutamanya dari golongan miskin dan miskin tegar.\nBagi memastikan Skim Insurans Keluarga Malaysia ini dmanfaatkan oleh golongan yang layak, perlindungan ini hanya diberikan kepada keluarga dimana Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar dengan sistem eKasih sahaja. \n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPendaftaran KIR dengan eKasih\n\n \nManfaat perlindungan insurans\n\n \nKerjasama Pru-Takaful BSN\n\n\nPendaftaran KIR dengan eKasih\nBagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat manfaat daripada skim insurans ini, maka setiap ketua keluarga yang merasakan keluarga mereka layak perlulah mendaftarkan diri dengan sistem eKasih. \neKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional\u200b\u200b yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program /\u00a0bantuan\u00a0yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.\u00a0\nSelain Skim Insurans Keluarga Malaysia, KIR dan AIR yang berdaftar dengan eKasih juga layak menerima bantuan-bantuan lain yang telah diumumkan kerajaan (dan bantuan-bantuan lain pada masa hadapan).\nPendaftaran eKasih atau maklumat lanjut eKasih boleh didapat melalui laman web eKasih di alamat https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx\nManfaat perlindungan insurans\n\nMungkin anda tertanya-tanya, apakah manfaat yang bakal diterima bagi mereka yang layak untuk Skim Insurans Keluarga Malaysia ini.\nMelalui skim ini, kerajaan memperuntukkan RM13.6 juta setahun bersamaan dengan premium RM50 bagi setiap keluarga.\nDengan skim perlindungan ini, anda akan memperoleh manfaat berikut:\n,Sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000, keilatan kekal RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000.\nKerjasama Pru-Takaful BSN\nSeperti mana yang kita sedia maklum, Pru-Takaful BSN merupakan antara syarikat penyedia takaful yang popular di Malaysia. \nMelalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat itu sejak tahun 2018 telah memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/sarawak-pay/", "title": "SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSarawak Pay telah menjadi aplikasi e-wallet popular di kalangan rakyat Sarawak sejak beroperasi pada November 2017.\u00a0\nKerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority telah melancarkan Sarawak Pay untuk memacukan ekonomi Sarawak melalui inisiatif ekonomi digital, serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak.\u00a0\nSarawak Pay dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi untuk mengurus proses perniagaan dan pembayaran digital yang selamat, cepat dan mudah.\nDi sini dikongsikan lebih lanjut tentang SarawakPay dan bagaimana anda boleh mendaftarkannya untuk menerima bayaran BKSS 6.0 (Bantuan Khas Sarawakku Sayang).\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Sarawak Pay?\n\n \nCara Pendaftaran Sarawak Pay\n\n \nPendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal\n\n \nCara Daftar Sarawak Pay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Sarawak Pay?\nPada asasnya, anda boleh membeli barangan, menyelesaikan bil utiliti dan majlis bandaraya anda melalui telefon bimbit anda bila-bila masa tidak kira dimana anda berada dengan SarawakPay. \nSeperti juga e-Wallet yang lain, apa yang perlu anda lakukan ialah imbas dan bayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan Sarawak Pay atau pada bil anda. \nNilai ganjaran tunai boleh digunakan untuk membayar bil anda dengan serta-merta melalui Sarawak Pay. Ini adalah ciri yang menarik dari e-Wallet.\nSarawak Pay memudahkan proses menerima dan membuat bayaran untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar. \nUntuk memastikan penyertaan dari penduduk luar bandar, Sarawak Pay dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (agen-agen yang diberi kuasa BSN) di tempat-tempat tiada akses kemudahan perbankan seperti mesin juruwang automatik (ATM).\nBaca juga: BPR Tambahan: Semakan Bayaran RM100, RM300 & RM500 Akhir Jun Ini\nCara Pendaftaran Sarawak Pay\nJika anda belum menggunakan SarawakPay, anda boleh memuat turunnya di\u00a0Google Play\u00a0atau\u00a0App Store.\nSila rujuk langkah di bawah:\nMuat turun aplikasi SarawakPay melalui aplikasi \u00a0Google Play\u00a0atau\u00a0App Store.Pilih kewarganegaraan anda.Isikan butiran maklumat anda.Isikan butiran peribadi.Tangkap dan upload gambar MyKad anda.Rakam video selfie anda.Masukkan nombor TAC yang diterima.Daftarkan pin pembayaran 6 digit yang baru.PIN ini diperlukan untuk proses pembayaran Sarawak Pay nanti.Selesai. Pendaftaran berjaya!\n\nPendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal\nCara daftar Sarawak Pay sebagai \nMuat turun dan daftar di aplikasi SarawakPay sebagai pengguna.\u00a0Pilih \u201cMerchant Account\u201d dan isikan borang pendaftaran.\u00a0Muat NaikGambar IC (Depan & Belakang)Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan* Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.* Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.. Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak SarawakPay untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay.Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaranTemplat QR kod SarawakPay boleh dimuat turun di\u00a0SINISelesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi SarawakPay\n\nCara Daftar Sarawak Pay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan\nMuat turun dan isi borang permohonan di siniSertakan dokumen sokongan berikutSdn Bhd/Bhd \u2013 Borang 49 / perincian SSM Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bankPhotocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director.Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda. Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMANMuat turun Surat Persetujuan di\u00a0sini.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:\n1-300-88-7722[email\u00a0protected]https://sarawakpay.sarawak.gov.my/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/geran-pks-makmur-johor-pujb/", "title": "Permohonan Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) \u2013 PUJB", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPERMOHONAN GERAN PKS MAKMUR JOHOR 2022 (GOL 4.0), PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT 2.0 (PPES) DAN JELAJAH USAHAWAN JOHOR 2.0 (JUJ) BAGI TAHUN 2022 KINI DIBUKA!\nKerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. ( PUJB ) akan melaksanakan program keusahawanan berbentuk geran iaitu Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0), Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dan Jelajah Usahawan Johor 2.0 (JUJ).\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nGeran PKS Makmur Johor (GOL 4.0)\n\n \nProgram Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES)\n\n \nJelajah Usahawan Johor PUJB 2022\n\n \nCara Permohonan PUJB\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nGeran PKS Makmur Johor (GOL 4.0)\nGeran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan yang bernilai sehingga RM 5,000.00 yang dijangka memberi manfaat kepada 560 usahawan. \nBantuan ini boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja iaitu perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.\n\n\n\n\n\n\n\nProgram Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES)\nProgram Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dirangka bagi mengenal pasti projek \u2013 projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor. \nGeran yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000.00 yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek. \nSebanyak 53 Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dijangka menerima manfaat menerusi PPES.\n\nBaca juga: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan\nJelajah Usahawan Johor PUJB 2022\nJelajah Usahawan Johor (JUJ) merupakan program pemasaran untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan usahawan kepada pengguna. Ia meliputi promosi berbentuk video dokumentari interaktif yang akan disiarkan melalui platform-platform media kelolaan PUJB. \nBantuan yang diberikan adalah dalam bentuk penghasilan video berdurasi pendek dan dijangka memberi manfaat kepada 60 usahawan.\n\nBaca juga: Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022\nCara Permohonan PUJB\nBorang permohonan bagi program-program di atas boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/.\nSila daftar menerusi menu \u201cDaftar Sistem PADU\u201d yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.\nTarikh Permohonan\nPemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam sehingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.\nMaklumat Lanjut\nJika terdapat sebarang permasalahan atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU di laman web www.pujb.my boleh dibuat menerusi WhatsApp di 011-2075 5135 atau emel di [email\u00a0protected]\nInfo terkini dan pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada media sosial rasmi berikut:\nFacebook Perbadanan Usahawan JohorTwitter https://twitter.com/pujbofficial\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengeluaran-khas-ltat/", "title": "Pengeluaran Khas One-off LTAT RM500 Sempena Jubli Emas", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nYB Menteri Kanan Pertahanan, Dato\u2019 Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan pengeluaran khas maksimum sehingga RM500 secara \u2018one-off\u2019 kepada pencarum LTAT sempena sambutan Jubli Emas ke-50 LTAT.\nPermohonan ini boleh dibuat melalui Aplikasi MyWira mulai 10 Oktober hingga 10 Disember 2022 dan pembayaran pertama akan dilaksanakan bermula 19 hingga 23 Disember 2022.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pengeluaran Khas ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPencarum LTAT Ditawar Pengeluaran Khas Maksimum RM500 Melalui Inisiatif Transformasi LTAT\n\n \nPendaftaran Aplikasi MyWira LTAT\n\n \nMuat Turun\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nPencarum LTAT Ditawar Pengeluaran Khas Maksimum RM500 Melalui Inisiatif Transformasi LTAT\nPencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah maksimum RM500 bagi meringankan beban kewangan mereka.\nMenteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.Menurutnya, jumlah maksimum pengeluaran yang ditawarkan adalah RM500 secara \u2018one off\u2019.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPermohonan pengeluaran boleh dibuat melalui aplikasi MyWira mulai 10 Oktober ini dan akan ditutup pada 19 Disember ini.\u201cPembayaran pertama pula akan dilaksanakan bermula 19 Disember hingga 23 Disember,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan Jubli Emas yang ke-50 tahun dengan tema Transformasi Nadi LTAT di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.\nTurut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri lkmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Sri Muez Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Pengerusi LTAT Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) dan Ketua Eksekutif LTAT Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman.\nSementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata, sambutan Jubli Emas ini memberi peluang kepada LTAT untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan utamanya iaitu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memberikan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada LTAT.\n\u201cIa juga sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas dedikasi, sumbangan dan komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pencarum.\n\u201cSambutan Jubli Emas ini juga adalah untuk mengiktiraf peranan LTAT dan syarikat Kumpulan LTAT seperti Kumpulan Boustead, Kumpulan Affin dan Pharmaniaga Bhd serta impak yang dibawa terutama kepada pencarum LTAT sepanjang 50 tahun lalu serta perancangan masa depan LTAT dalam meneruskan perjalanan transformasinya ke arah menjadi dana persaraan yang mampan dan berdaya saing,\u201d katanya.\nPendaftaran Aplikasi MyWira LTAT\nAplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.\nPengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.\nLANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN:\nMuat turun aplikasi MyWIRA ke peranti mudah alih anda.Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna.Isikan butiran diri yang tepat. Pastikan nombor telefon dan emel yang digunakan adalah aktif.Isikan KOD PENGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar / emel yang telah anda daftarkan ke di dalam kotak berkenaan.Pendaftaran berjaya. Tekan SELESAI dan anda boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda dan lain-lain menu.\nNOTA: Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan nombor tentera dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke aplikasi ini.\n\nMuat Turun\nJom muat turun aplikasi MyWira melalui Apple App Store dan Google Play Store.\nSila ke pautan berikut untuk memuat turun: https://www.ltat.org.my/members/mywira/\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut, sila rujuk:\nLaman web i-Wira : https://www.ltat.org.my/ms/ahli/i-wira/i-wira-soalan-lazim/Aplikasi MyWira : https://www.ltat.org.my/ms/ahli/mywiramy/Pusat Khidmat Pelanggan LTAT : 1300 88 5828\nJabatan Pengurusan PencarumTingkat Bawah, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA\nWaktu Operasi Kaunter LTAT:\nKAUNTER\u00a0ISNIN \u2013 KHAMIS :8.30 AM \u2013 5.30 PMJUMAAT :8.30 AM \u2013 12.00 PM\u00a02.15 PM \u2013 5.30 PM\nTALIAN BEBAS TOL\u00a0ISNIN \u2013 KHAMIS :8.30 AM \u2013 1.00 PM\u00a02.00 PM \u2013 5.30 PMJUMAAT :8.30 AM \u2013 12.00 PM\u00a02.15 PM \u2013 5.30 PM\nBaca juga: SPGATM: Login Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia\ni-Wira LTAT: Cara Daftar, Login & Semakan Penyata Caruman\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bayar-ptptn-guna-kwsp/", "title": "Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna Duit KWSP (2022)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n3 Langkah Mudah Bayar Balik Pinjaman PTPTN Anda Melalui Pengeluaran KWSP\nKini anda boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dengan membuat pengeluaran KWSP dan nikmati diskaun sehingga 15% sempena Diskaun PTPTN Bajet 2022 yang akan berakhir pada 30 April 2022 ini.\nKWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan pembayaran PTPTN melalui pengeluaran KWSP.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Pengeluaran KWSP Untuk Bayar PTPTN ?\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nCara Permohonan Bayar PTPTN Mengguna KWSP\n\n \nDiskaun PTPTN 2022\n\n \nLangkah Permohonan\n\n\nApakah Pengeluaran KWSP Untuk Bayar PTPTN ?\nPermohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP. \nPeminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.\nSyarat-syarat\nSyarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.\n\nCara Permohonan Bayar PTPTN Mengguna KWSP\nUntuk membuat permohonan bayar PTPTN menggunakan duit KWSP, sila ikuti langkah berikut:\nDaftar / Log masuk ke i-Akaun KWSPKlik Tab Pengeluaran > Pilih e-Pengeluaran > Klik permohonan baruSemak status permohonan yang akan dihantar melalui SMS / mesej sekuriti di inbox i-AkaunHadir ke Pejabat Cawangan KWSP untuk proses pengesahan cap ibu jari bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.\nNOTA: Bagi anda yang masih belum pernah mendaftar i-Akaun KWSP, sila rujuk artikel berikut \u2014 i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata \nDiskaun PTPTN 2022\nSelaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.\nDiskaun yang diberikan adalah merangkumi :\nDiskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjamanDiskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaranDiskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual\nPTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.\nTempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.\nLangkah Permohonan\nAnda boleh berunding bersama Eksekutif Pemasaran PTPTN yang terlatih untuk membuat semakan baki akaun pinjaman bagi bayaran penuh pinjaman anda.\nMaklumat lanjut:\nLive Chat: www.ptptn.gov.my Eksekutif Pemasaran: https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn e-Aduan: https://eaduan.ptptn.gov.my/ Media Sosial: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) \n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengumuman-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh 1 Syawal 1444", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal\nPengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1444 H / 2023 M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja setelah membuat cerapan hilal.\nPenetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.\nBerikut dikongsikan tarikh cerapan hilal dan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 serta isu yang tular berkenaan tarikh pengumuman hari raya 2023.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2023\n\n \nTarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2023\n\n \n[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023\n\n \nKAEDAH PENENTUAN AWAL RAMADAN DAN HARI RAYA DI MALAYSIA\n\n \nINTIPATI PERDANA MENTERI TENTANG INISIATIF KHAS KERJAAN SEMPENA AIDILFITRI 2023\n\n\nTarikh Lihat Anak Bulan Syawal & Pengumuman Hari Raya Aidil Fitri 2023\nCerapan Hilal / tarikh lihat anak bulan Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.\n\nPenetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.\nTarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2023\nBerikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023.\nTAHUNTARIKHHARICUTINEGERI202322 APRILSABTUHARI RAYA AIDIL FITRISEMUA NEGERI202323 APRILAHADHARI RAYA KE-2SEMUA NEGERITarikh Hari Raya Puasa 2023\nSumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Hari Raya Aidilfitri 2023 \u2013 Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM\n\n[LIVE] Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023\nPengumuman tarikh 1 Syawal boleh ditonton melalui siaran berita utama TV1, TV3, BERNAMA, Astro Awani dan saluran-saluran media live streaming pada jam 8.00 malam, 20 April 2022.\nTERKINI: HARI RAYA AIDILFITRI ADALAH PADA HARI SABTU, 22 APRIL 2023.\n\nRTM TV1 live : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1\n\n\n\nAwani live streaming\n\n\n\nKAEDAH PENENTUAN AWAL RAMADAN DAN HARI RAYA DI MALAYSIA\nPenentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.\nAntara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut \u2018hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam\u2019.\nBagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.\nMelalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.\nPengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.\nPada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.\nSama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.\nPengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.\nSebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.\nMaka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.\nSebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).\nUntuk bacaan lanjut: https://maktabahalbakri.com/penentuan-awal-bulan-syawal-di-malaysia/\n\nINTIPATI PERDANA MENTERI TENTANG INISIATIF KHAS KERJAAN SEMPENA AIDILFITRI 2023\n1. Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.\nBaca selanjutnya : Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023\n2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.\n3. Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.\nBaca selanjutnya : Diskaun Saman PDRM \u2013 Kadar Khas RM50 Setiap Saman\n4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti). Ia bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.\n5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan. Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.\n6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera. Justeru, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion.\n7. Kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.\nBaca selanjutnya : Cuti Pelepasan Am Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/rukun-negara-malaysia/", "title": "Rukun Negara Malaysia : 5 Prinsip, Teks & Sejarah Pembentukan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai rakyat Malaysia, kita harus berpegang teguh terhadap Rukun Negara.\nSetahun selepas kejadian tragedi 13 Mei, kerajaan telah mencari satu formula bagi mengatasi masalah pergaduhan kaum supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.\nKemudian, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan semula keamanan antara kaum di Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSejarah Penubuhan\n\n \nObjektif & Prinsip Rukun Negara\n\n \nTeks Rukun Negara\n\n\nSejarah Penubuhan \nSetelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundangan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.\nBerasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhhum Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970 sempenna ulang-tahun ke-13 kemerdekaan negara. \n\nObjektif & Prinsip Rukun Negara\nRukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. \n\n\n\n\n\n\nPrinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. \nRukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-\nBAHAGIAN PERTAMA\nMenggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-\n\u2022 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,\n\u2022 Memelihara satu cara hidup demokratik,\n\u2022 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,\n\u2022 Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan\n\u2022 Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.\nBAHAGIAN KEDUA\nMenggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-\n\u2022 Kepercayaan Kepada Tuhan\n\u2022 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara\n\u2022 Keluhuran Perlembagaan\n\u2022 Kedaulatan Undang-undang\n\u2022 Kesopanan dan Kesusilaan\n\nTeks Rukun Negara\nKita pastinya begitu sinonim dengan teks Rukun Negara memandangkan kita sudah biasanya mengungkapkannya hampir setiap minggu ketika sesi perhimpuna sewaktu menuntut di sekolah rendah.\nTeks Rukun Negara ini adalah seperti yang berikut:\nBAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:\nMencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;Memelihara cara hidup demokratik;Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.\nMAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:\nKEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN\nSekiranya anda berminat untuk membaca lebih mendalam setiap prinsip dalam Rukun Negara, anda boleh merujuk pada e-buku Jabatan Penerangan Malaysia yang menerangkan dengan lebih terperinci setiap satu daripadanya.\nSemoda dengan memahami setiap prinsip dalam Rukun Negara, kita akan lebih bertolak ansur dengan pelbagai kaum yang wujud di Malaysia ini demi keharmonian dan kemakmuran negara kita Malaysia.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/karamah-insaniah/", "title": "Konsep \u201cKaramah Insaniah\u201d KPM \u2013 Maksud & Konsep Pelaksanaan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKaramah Insaniah\u201d merupaka satu konsep yang diperkenalkan dan ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nKonsep Karamah Insaniah yang ditekankan menerangkan konsep menyatukan antara segmen Rukun Negara dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.\nOleh itu, konsep manusiawi turut diperkenalkan iaitu setiap pelajar mempunyai perasaan empati dan kasih sayang antara satu sama lain. \n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nPengenalan Konsep Karamah Insaniah KPM\n\n \nMemahami Konsep \u201cKaramah Insaniah\u201d\n\n \n7 Teras Utama KPM\n\n \nStrategi KPM\n\n\nPengenalan Konsep Karamah Insaniah KPM\nKaramah Insaniah secara tidak langsung mengangkat maruah dan harga diri (human dignity) setiap orang anak didik dalam konteks Falsafah Pendidikan Negara.\n\n\n\n\n\n\nAspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti serta kebajikan guru perlu dijadikan teras keberkesanan penyampaian pendidikan.\u00a0\nMemahami Konsep \u201cKaramah Insaniah\u201d\nKemahiran karamah insaniah merujuk kepada kemahiran yang berkaitan dengan\u00a0pembangunan diri dan kemahiran interpersonal.\nIa mencakupi kemahiran seperti keberanian,\u00a0ketabahan, kesabaran, keterampilan berkomunikasi, kepimpinan, kerjasama, kreativiti dan\u00a0lain-lain lagi.\nKaramah insaniah adalah konsep penting dalam Islam dan nilai-nilai ini dapat\u00a0diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam kalangan pelajar.\u00a0\nBagi menghadapi cabaran memartabatkan karamah insaniah ini, asas-asas\u00a0keintelektualan dalam kalangan pelajar perlu diperkukuhkan.\nArtikel berkaitan: Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek\n7 Teras Utama KPM\nKaramah Insaniah merupakan aspek yang ditekankan dalam tujuh teras utama KPM seperti yang berikut:\n\nMenjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus\nMemberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti\nMemberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuklah dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran\nMemberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi\nMemberi fokus kepada kebajikan guru\nMemberi tumpuan kepada usaha untuk mengubah suai dan menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak\nMeningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah\n\nBaca lagi: 7 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara\nStrategi KPM\nDalam pembentukan karamah insaniah, KPM telah mengadakan pelbagai program untuk membentuk murid-murid agar mempunyai jati diri, keperibadian yang luhur, keterampilan, kepemimpinan yang berilmu, amanah, cekap, integriti,proaktif dan lain-lain.\nAntara program yang telah dilaksanakan oleh KPM adalah:\n\nSimposium Hal Ehwal Murid (SHEM) peringkat kebangsaan \u2013 memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang melaksanakan amalan terbaik disiplin, kaunseling dan hak asasi manusia sebagai perkongsian kepada semua sekolah KPM.\n\u00a0Program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah \u2013 Bertujuan melatih pemimpin-pemimpin dalam kalangan murid dengan memberi fokus kepada modul kepemimpinan Islam.\nMenyedia dan melaksanakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Murid di semua sekolah KPM yang menekankan kepada pembangunan sahsiah, pengukuhan jati diri dan kekuatan akal.\nProgram dan penilaian Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di sekolah menengah yang menekankan kepada tiga teras utama iaitu berbudi bahasa, penampilan diri dan jati diri.\nMenyediakan modul yang dilaksanakan dalam Kem Jati Diri dan Kem Pemantapan Sahsiah di sekolah KPM untuk melahirkan insan beradab mithali.\nMenerbitkan Modul Pembentukan Karakter dan Nilai (MPKN) pada tahun 2022 bagi memperkasakan penerapan nilai dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.\nMelalui kurikulum Pendidikan Moral, KPM telah mengambil beberapa pendekatan dalam melahirkan murid yang mempunyai jati diri tinggi.\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-bantuan-kewangan-yayasan-kuok-berhad/", "title": "Tawaran Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Bagi Universiti Awam 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa dan Bantuan Kewangan Yayasan Kuok kini dibuka bagi pelajar Universiti Awam.\nYayasan Kuok komited dalam mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat di samping merapatkan jurang ekonomi di antara rakyat Malaysia.\nJusteru itu, biasiswa serta bantuan kewangan ini diwujudkan bagi meringankan beban pelajar di Universiti Awam yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSenarai Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok\n\n \nButiran Lanjut & Syarat Kelayakan\n\n \nKaedah Permohonan\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nTarikh Permohonan\nPermohonan perlu dilakukan sebelum 27 Jun 2022, manakala tarikh tutup penerimaan dokumen adalah pada 4 Julai 2022.\n\n\n\n\n\n\nSenarai Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok\nBerikut merupakan senarai biasiswa serta bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Yayasan Kuok Berhad bagi pelajar Universiti Awam yang berkelayakan :\nBiasiswa Kuok Keng Kang \u00a0: RM 15,000 setahunBiasiswa Kuok Khoon Hong : RM 15,000 setahunBiasiswa Wilmar : RM 15,000 setahunBiasiswa Sains Pertanian Goh Ing Sing (Khusus untuk Sains Pertanian dan kursus berkaitan di Universiti Putra Malaysia) : RM 15,000 setahunDermasiswa-Pinjaman Yayasan Kuok : RM 13,000 hingga RM 15,000 (bergantung kepada kursus yang diikuti)\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa TNB Prime 2022 Tenaga Nasional Berhad\n\nButiran Lanjut & Syarat Kelayakan\nButiran lanjut serta syarat kelayakan bagi setiap biasiswa boleh dirujuk menerusi pautan di bawah :\nBUTIRAN LANJUT & SYARAT KELAYAKAN BIASISWA & BANTUAN KEWANGAN YAYASAN KUOK \nKaedah Permohonan\nPelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh ikuti cara permohonan seperti di bawah :\nLayari laman web https://apply.kuokfoundation.org/vw_awards_available_list.phpKlik butang \u2018Apply\u2019 dalam kategori \u2018Malaysian Public University.\u2019Klik bahagian \u2018Register.\u2019Lengkapkan maklumat dan klik butang \u2018Register.\u2019Login dengan memasukkan email dan kata laluan.Buat permohonan sehingga tamat dan cetak borang permohonan.Sediakan dokumen yang diperlukan.Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar melalui kurier atau serahan tangan ke alamat berikut:\nKUOK FOUNDATION BERHAD,\n(Bantuan Kewangan untuk Siswa 2022),\nLetter Box No. 110,\n16th Floor UBN Tower,\nNo. 10 Jalan P. Ramlee,\n50250 Kuala Lumpur.\nHanya calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga.\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa dan Bantuan Kewangan Yayasan Kuok, sila layari laman web \u00a0https://kuokfoundation.com/\n"]} {"url": "https://ecentral.my/baucar-pakej-pelancongan-johor-tourism/", "title": "Jom Tebus Baucar Pakej Pelancongan Johor Tourism RM100!", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n15,000 baucar percutian Pakej Pelancongan Johor Tourism Interchange di tawarkan dalam waktu terhad dan boleh diperolehi bermula 5 hingga 30 November!\nKerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor melancarkan kempen \u201cKenali Johor, Yok Round Johor\u201d untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor.\nKempen ini disediakan khas untuk anda bagi mendapatkan baucar percutian yang bernilai RM100.00, dengan syarat percutian tersebut di Negeri Johor.\nSebanyak 450 pakej pelancongan yang disediakan dari 45 agensi pelancongan yang berdaftar. Pakej pelancongan ini terbahagi kepada 3 kategori, \u201cnatural escapade\u201d, \u201cfamily fun\u201d dan \u201cheritage & culture\u201d yang boleh anda pilih.\n\n\n\n\n\n\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Baucar Pelancongan Tourism Johor dan cara membuat penebusan.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Baucar Pakej Pelancongan Johor?\n\n \nTerma & Syarat\n\n \nCara Penebusan Baucar Pelancongan Tourism Johor #YokRoundJohor\n\n\nApakah Baucar Pakej Pelancongan Johor?\n\nBaucar pakej pelancongan Johor #YokRoundJohor adalah usaha sama Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor.\nMelalui baucar ini, pengguna boleh menebus RM100 untuk pembelian pakej percutian yang ditawarkan secara online di aplikasi Johor Tourism Interchange atau http://johortourism.my/.\n\nTerma & Syarat\nAntara terma dan syarat, termasuklah:-\n1) Warganegara Malaysia;2) Umur 18 tahun ke atas;3) Satu transaksi untuk setiap pengguna;4) Pembayaran dilakukan di platform JTI;5) Promosi tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai;6) Tempoh bagi kempen ini akan terhenti setelah jumlah baucar yang di tawarkan, habis di beli;7) Promosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.\nTiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.\nBaucar boleh ditebus menerusi platform Johor Tourism Interchange (JTI). Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.\nTerdapat 3 pakej menarik yang ditawarkan iaitu\nNature EscapadeFamily FunHeritage & Culture\n\nBaca juga: Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2021 \u2013 Tourism Malaysia\nCara Penebusan Baucar Pelancongan Tourism Johor #YokRoundJohor\nLangkah penebusan adalah seperti berikut:\nMuat turun aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) di Google Playstore atau Apple App Store atau terus ke laman web http://johortourism.my/Daftar diri sebagai pengguna aplikasi JTI.Dapatkan baucar bernilai RM100.00 (terhad kepada 15,000 penebusan terawal sahaja).Pilih mana-mana pakej pelancongan melalui pakej sedia ada.Pilih tarikh percutian.Lengkapkan transaksi pembayaran.\n\nSelesai!\nSemoga perkongsian ini dapat membantu kita menyokong industri pelancongan tempatan di samping berjimat dan meluangkan masa dengan orang tersayang.\nSelamat bercuti!\n(Sumber: Tourism Johor)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/harga-siling-baru-ayam-telur/", "title": "Harga Siling Baru Ayam & Telur Berkuatkuasa 12 Oktober 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022\nPada 24 Jun lepas Kerajaan mengumumkan keputusan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, manakala harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban.\nPenetapan harga siling bagi ayam standard dan telur sebelum ini dikuat kuasa mulai 1 Julai 2022.\nPada 28 Ogos 2022, Kerajaan bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 / Kg.\nBerikut dikongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nHarga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022)\n\n \nPerbezaan Ayam Standard & Ayam Super\n\n \nCara Buat Aduan Harga Barang\n\n\nHarga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022)\nPENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022.\n\n\n\n\n\n\n\nI) AYAM\nKabinet memutuskan pemberian subsidi akan diteruskan dengan harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.\nII) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C\nMenteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;\u00a0 gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.\nHarga Di Sarawak / Sabah\nBagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.\nSila rujuk jadual KPDNHEP di atas untuk rujukan.\nPerbezaan Ayam Standard & Ayam Super\nAyam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual DENGAN kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)\nAyam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hato dan hempedu).\n\nCara Buat Aduan Harga Barang\nJika anda merasa bahawa barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.\nAnti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga. Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu.\n\nSelain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal. Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.\nHarga siling yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga tersebut. \nPeniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari harga siling.\nTahukah anda jenis telur ayam yang dikawal harganya di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam?\nSila rujuk infografik di bawah:\n\nJika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP\u00a0melalui:\n\nTalian bebas tol (1-800-886-800)\nSistem e-Aduan:\u00a0http://e-aduan.kpdnhep.gov.my\nWhatsapp\u00a0\n\nBaca juga: \n\nHarga Maksimum Minyak Masak (8 Oktober \u2013 7 November 2022)\nHarga Runcit Minyak Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pengeluaran-kwsp/", "title": "17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Terkini 2023)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin ramai yang ingat pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk beli rumah atau setelah mencecah usia 60 tahun.\nSebenarnya, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada. Terdapat 17 jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada 55 tahun bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa.Berikut adalah jenis pengeluaran Akaun 1 dan Akaun 2 yang dibenarkan.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \n17 Jenis Pengeluaran KWSP\n\n \nTERKINI : FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)\n\n \nCara Memohon\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\n17 Jenis Pengeluaran KWSP \nUntuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan PENGELUARAN PENUH atau PENGELUARAN SEBAHAGIAN daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.\n2 kategori pengeluaran yang dibenarkan adalah:\n\nPengeluaran Sebahagian\n\nUmur 50\nPendidikan\nBeli Rumah\nBina Rumah\nMengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan\nAnsuran Bulanan Pinjaman Perumahan\nPerumahan Fleksibel\nPerumahan PR1MA\nHaji\nKesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta\n\n\nPengeluaran Penuh\n\nUmur 55\nUmur 60\nPekerja Berpencen & Pesara Pilihan\nHilang Upaya\nMeninggalkan Negara\nKematian\n\n\n\n\n\n\n1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP \nAnda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.\nSyarat-syarat:\n\nBerumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun\nMempunyai simpanan dalam Akaun 2\nBoleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 \n\n2. Pengeluaran Pendidikan \nAhli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.\nAhli boleh\u00a0mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah Pengeluaran Pendidikan untuk membiayai yuran pengajian sekiranya mengikuti pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan.\nUntuk maklumat lanjut, boleh klik di pautan ini\u00a0https://www.kwsp.gov.my/\u2026/withdrawals/partial/education\n\n\n3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah\nUntuk makluman Ahli boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah sekiranya tidak pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah dan ingin membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung.\nPermohonan boleh dipertimbangkan sekiranya pembinaan rumah di atas\u00a0tanah milik sendiri atau milik suami/isteri di mana suratan hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah selain memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, geran kongsi juga boleh diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah. Geran bagi lot tanah tersebut perlu dikemukakan untuk memastikan pemilik berdaftar dan bahagian tanah tuan untuk tujuan pembinaan rumah.\nKlik pautan ini :\u00a0https://www.kwsp.gov.my/\u2026/withdra\u2026/partial/build-a-house\u00a0untuk syarat dan dokumen pengeluaran.\n\n\n\n4. Bina Rumah\nSyarat-syarat\n\nUmur bawah 55\nMempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2\nAhli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut\nPinjaman yang diluluskan\u00a0dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri\nTidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan\nSurat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima \n\n5. Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan\nAnda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan. \nSyarat-syarat:\n\nUmur bawah 55 tahun\nMempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2\nTelah membeli/membina rumah kediaman*\nAhli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut\nRumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran\nAhli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan\nPermohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya\nPinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan \n\n6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan\nDalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.\nSyarat-syarat:\n\nUmur bawah 55 tahun\nSekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2\nMembeli/membina sebuah rumah kediaman\nMasih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP\nAnsuran bulanan telah bermula\n\n\n7. Perumahan Fleksibel\nAnda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.\nApakah Perumahan Fleksibel?\nSebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel. \nSemasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan. \nKelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman \nSyarat-syarat:\n\nUmur bawah 54 tahun \nMembeli/Membina rumah kediaman \nAda pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP \n\n8. Perumahan PR1MA\nAhli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda. \n9. Pengeluaran KWSP Untuk Haji\nAhli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.\nSyarat-syarat:\n\nUmur bawah 55 tahun\nDipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH\nTidak pernah memohon pengeluaran haji\nSimpanan di LTH tidak mencukupi\n\n\n10. Kesihatan\nKWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:\n\nDiri sendiri\nIbubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)\nPasangan anda\nAdik-beradik anda (kandung) \nAnak-anak (kandung, angkat, tiri)\n\nSyarat-syarat:\n\nBerumur 55 tahun ke bawah\nMempunyai simpanan dalam Akaun 2 \nKos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan\nPenyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP\nTidak mendapat rawatan alternatif \n\n\nTERKINI :Melalui Bajet 2020 tempoh hari, KWSP juga dijangka akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF). \n\n11. Simpanan Melebihi 1 Juta\nKWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.\n12. Hilang Upaya\nAhli boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya disahkan oleh doktor yang merawat puan dan/atau pegawai perubatan di Lembaga Perubatan / Klinik Panel yang dilantik oleh KWSP bahawa puan tidak berupaya dari segi fizikal atau\u00a0mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability) setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI).\nPermohonan yang lengkap boleh dikemukakan di Pejabat KWSP berdekatan dan akan diproses untuk kelulusan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh diterima jika memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.\nUntuk semakan syarat dan dokumen pengeluaran, klik\u00a0https://www.kwsp.gov.my/\u2026/withdrawals/full/incapacitation\nSyarat-syarat:\n\nBawah umur 55\u00a0tahun\nAda simpanan di dalam KWSP \nTidak Bekerja\nDisahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental \nMesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.\nTemujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter \n\n\n13. Meninggalkan Negara\nAhli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP. \n14. Meninggal Dunia\nSekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.Oleh itu, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.\n15. Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan\nPekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.\nSyarat-syarat:\n\nUmur bawah 55 tahun\nPekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP \nDiberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)\n\n*Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri\u00a0atau badan kuasa berkanun atau tempatan. \n16. Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun\nApabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.\n17. Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun\nPengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun. \nPada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. \nAnda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda. \nTERKINI : FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)\nLanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan ahli membolehkan pengeluaran bersyarat KWSP ahli yang berusia bawah 55 tahun.\nMenerusi perkhidmatan ini, satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.\nBaca selanjutnya di sini: Pengeluaran Bersyarat KWSP 2023 @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)\n\nCara Memohon \nPengeluaran KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.\nAnda juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals\n"]} {"url": "https://ecentral.my/ppv-walk-in-remaja/", "title": "Senarai PPV Walk-In Remaja Seluruh Malaysia Bermula 23 Sept", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSENARAI PPV WALK-IN REMAJA BERMULA 23 SEPTEMBER 2021\nBeberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada yang sedang beroperasi akan digunakan bagi pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah.\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia adalah antara dua kaedah yang akan digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan itu, selain secara jangkau luar di sekolah.\nSenarai PPV berkenaan telah diumumkan bagi membolehkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun hadir secara terus atau \u2018walk-in\u2019 bagi mendapatkan vaksinasi.\n\u201cBagi kaedah jangkau luar, sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 8 (1) akan menjadi PPV sementara yang akan digunakan pada pada hari pemberian vaksin sahaja. Jika tidak cukup kakitangan KKM, kita akan mendapatkan khidmat pengamal perubatan swasta,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nSila baca selanjutnya untuk mengetahui kaedah vaksinasi dan senarai PPV walk-in remaja bermula 23 September ini.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKaedah Vaksinasi COVID-19 Remaja Bermula 23 September 2021\n\n \nSenarai PPV Walk-In Untuk Remaja Bermula 23 September\n\n \nAPAKAH PROSEDUR UNTUK VAKSINASI REMAJA KURANG DARI 18 TAHUN DENGAN MASALAH KESIHATAN KRONIK?\n\n\nKaedah Vaksinasi COVID-19 Remaja Bermula 23 September 2021\nSebanyak 156 buah Pusat Pemberian Vaksin akan beroperasi untuk menjalankan PICK Remaja bermula 23 September. \nVaksinasi akan dibuat melalui 3 kaedah berikut:\nJanji Temu MySejahteraVaksinasi BerjadualWalk-In\nKenal pasti kategori dan kaedah bagi anak remaja anda melalui infografik di bawah untuk proses vaksinasi yang lancar.\n\nSenarai PPV Walk-In Untuk Remaja Bermula 23 September\nBerikut adalah senarai walk-in PPV untuk vaksin remaja bermula 23 September 2021.\n\n\n\nRemaja yang dibenarkan walk-in adalah;\nRemaja yang tidak bersekolah.Remaja yg menuntut di IPTS/IPTA yg di bawah umur 18 tahun.\nRemaja yang telah mendapat tarikh vaksin dari pihak sekolah tidak dibenarkan walk-in.\nKepada ibubapa, jangan tunggu lagi. Boleh bawa anak-anak yang memenuhi kriteria umur yang dibenarkan untuk divaksin.\nHanya seorang dewasa/ibu/bapa/penjaga dibenarkan menemani.\nRujuk: Borang Pendaftaran PICK Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun\nAPAKAH PROSEDUR UNTUK VAKSINASI REMAJA KURANG DARI 18 TAHUN DENGAN MASALAH KESIHATAN KRONIK?\nBanyak negara kini memberi fokus kepada pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19.\nMalaysia juga mengambil pendekatan yang sama apabila kerajaan meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk individu berumur 12 tahun dan ke atas.\nKerajaan mengesyorkan pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada remaja 12 tahun dan ke atas.\nWalau bagaimanapun, pemberian ini adalah terhad kepada remaja yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dan atas nasihat doktor. Untuk ini, sila rujuk doktor anda untuk nasihat dan kaedah vaksinasi.\nBagi remaja yang berumur 17 tahun dan akan mencapai 18 tahun dalam tahun semasa juga adalah dibenarkan untuk mengambil vaksinasi dengan kebenaran ibu bapa melalui borang kebenaran khas yang disediakan.\nAyuh, lindungi diri dan keluarga!\nSumber: CITF / JKJAV\n"]} {"url": "https://ecentral.my/musaadah-tijariyyah-modal-perniagaan/", "title": "Musaadah Tijariyyah: Mohon Bantuan Modal Perniagaan MAIWP 2021", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nPrihatin dengan mereka yang terjejas dan hilang pekerjaan terutamanya di era COVID-19 ini, MAIWP telah memperkenalkan bantuan baharu iaitu Musaadah Tijariyyah 2021.\nSebanyak RM15 juta diperuntukkan dengan sasaran penerima seramai 5,000 orang.\nBerikut adalah cara permohonan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan bantuan modal melalui MAIWP.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Musaadah Tijariyyah MAIWP?\n\n \nSyarat Permohonan Musaadah Tijariyyah\n\n \nPerniagaan Yang Dibenarkan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nKadar / Jenis Bantuan Yang Akan Disalurkan\n\n \nCara Permohonan Bantuan Musaadah Tijariyyah\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Musaadah Tijariyyah MAIWP?\nBantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19. \nBantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.\nBantuan ini memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan/ mengembangkan perniagaan.\n\n\n\n\n\n\nBaca juga: Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Dari RM50,000 Hingga RM500,000\nSyarat Permohonan Musaadah Tijariyyah\n1. Islam2. Warganegara Malaysia3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan4. Tertakluk kepada Had Kifayah5. Mempunyai pendaftaran SSM 2 bulan dan ke atas6. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini\nDokumen Diperlukan :\nSatu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dantransaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)\n\nPerniagaan Yang Dibenarkan\nJenis bantuan perniagaan yang boleh dimohon melalui Musaadah Tijariyyah adalah seperti berikut:\nJenis Perniagaan\nMakanan dan minumanBarangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan\nLokasi Perniagaan\nPremis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah PersekutuanPremis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:i) Perniagaan bergerakii) Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor\nBaca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan adalah bermula 25 Mac 2021 (Khamis) hingga 5 April 2021 (Isnin).\nKadar / Jenis Bantuan Yang Akan Disalurkan\nBantuan diberi dalam bentuk modal pusingan.\nBagi lain-lain tujuan seperti menyelesaikan tunggakan sewa kedai, hutang dengan pembekal dan lain-lain, bantuan tidak akan dipertimbangkan.\n\nCara Permohonan Bantuan Musaadah Tijariyyah\nPermohonan boleh dibuat melalui langkah berikut:\ni) Secara Online\nMelalui pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/\nii) Secara Manual\nMelalui kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP, Pusat Agihan Zakat dan juga cawangan MAIWP di Putrajaya dan Labuan.\nDirektori kaunter Baitulmal MAIWP, klik sini.\u00a0https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/lokasi-kami\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,\nAras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh, 51200Kuala LumpurTelefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444\nFacebook:\u00a0Baitulmal MAIWP\n"]} {"url": "https://ecentral.my/pinjaman-komputer-telefon-kerajaan/", "title": "Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan (Penjawat Awam)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSKIM PINJAMAN KOMPUTER KERAJAAN (SEKTOR AWAM)\nTahukah anda, setiap penjawat awam boleh memohon Kemudahan Pembiayaan Komputer Dan Telefon Pintar (Smartphones) bagi memenuhi keperluan diri atau keluarga.\nPegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.\nDi sini diterangkan maklumat lebih lanjut tentang Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat awam untuk makluman bersama.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan?\n\n \nSyarat-syarat\n\n \nHad kelayakan Maksimum Skim Pinjaman Komputer Kerajaan\n\n \nTempoh Bayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan\n\n \nPinjaman Kali Kedua & Seterusnya\n\n \nCara Pembayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan\n\n \nCaa Membuat Penyelesaian Awal\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan?\nPembelian komputer adalah pembelian komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya. \nBegitu juga dengan Pembelian telefon pintar (Smartphones) yang dibenarkan adalah pembelian telefon pintar (Smartphones) baharu termasuk perkakasan tambahan.\nPegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.\n\n\n\n\n\n\nSyarat-syarat\nApakah syarat asas bagi melayakkan pegawai sektor awam membuat pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones)?\nJumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokokJumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan\nHad kelayakan Maksimum Skim Pinjaman Komputer Kerajaan\nBerapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones)? \nAmaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan ringgit yang kurang.\nMisalnya, harga komputer :-\na. Jika RM4,888 \u2013 pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM4,800.\nb. Jika RM5,199 \u2013 pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM5,000.\nTempoh Bayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan\nBerapa lamakah tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan?\nTempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan adalah 48 bulan.\nBaca juga: SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021\nPinjaman Kali Kedua & Seterusnya\nBolehkah pegawai membuat pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones) kali kedua?\nBoleh, dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap tiga (3) tahun sekali. Permohonan baru hanya boleh diluluskan selepas tiga (3) tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya dengan syarat pinjaman sedia ada telah diselesaikan.(SPP 10/2009 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010)\nCara Pembayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan\nPembayaran pinjaman dibuat dengan potongan gaji.\nPemberhentian potongan gaji adalah secara automatik mengikut tempoh perjanjian.\nSekiranya potongan gaji peminjam masih berjalan selepas tamat tempoh pinjaman, peminjam perlu memaklumkan kepada Bahagian Akaun Kementerian peminjam untuk tindakan pemberhentian potongan gaji.\nSetelah pemberhentian berjaya dilakukan, peminjam perlu mengemukakan salinan slip gaji potongan terlebih potong dan slip gaji terkini kepada Bahagian Kewangan untuk tujuan pulangan balik bayaran pinjaman.\nCaa Membuat Penyelesaian Awal \nBerikut adalah prosedur untuk membuat penyelesaian awal baki pinjaman komputer:\ni. Peminjam perlu mendapatkan surat pengesahan baki pinjaman melalui proses pertanyaan baki untuk penyelesaian sekaligus/ tamat potongan samada melalui :\na) Bahagian Akaun Kementerian peminjamb) Secara online di SEMAKAN PERTANYAAN BAKI PINJAMAN\nii. Peminjam perlu membuat pembayaran mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian.\niii. Peminjam perlu mengemukakan salinan bukti pembayaran kepada Bahagian Kewangan/Akaun untuk tujuan pemberhentian potongan gaji.\nBaca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1.1 PDF di bawah:\nWP-9.1-1Download\nSumber: MyGovernment\n"]} {"url": "https://ecentral.my/cukai-pintu-selangor/", "title": "Cukai Pintu Selangor (Semakan, Cara Pembayaran)", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApa Itu Cukai Pintu?\n\n \nSiapa Yang Perlu Menjelaskan Cukai Ini?\n\n \nMengapa Anda Perlu Bayar Cukai Pintu/Cukai Taksiran?\n\n \nBila Perlu Membayar Cukai Taksiran?\n\n \nCara Semak dan Bayar Cukai Pintu Secara Online\n\n \nCara Bayar Cukai Pintu Selangor Secara Manual\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApa Itu Cukai Pintu?\nCukai Pintu atau Cukai Taksiran dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).\nIa adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :\n\nKediaman\nPerniagaan\nPerindustrian\nTanah Kosong\n\nIkuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Cukai Pintu Selangor serta kaedah semakan dan pembayaran. \nBaca Juga : Cukai Tanah Selangor \u2013 Semakan No Akaun & Bayaran Online\nSiapa Yang Perlu Menjelaskan Cukai Ini?\nMenurut Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu..\u201d\nSemua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.\nSeksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.\nMengapa Anda Perlu Bayar Cukai Pintu/Cukai Taksiran?\nAdalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.\nSekiranya gagal menjelaskan cukai pintu, harta anda boleh DISITA mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.\nBila Perlu Membayar Cukai Taksiran?\nUntuk makluman, cukai pintu perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu pada :\n\n1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;dan\n1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.\n\nNota :\n\nSetiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.\nPemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.\n\nCara Semak dan Bayar Cukai Pintu Secara Online\nKini, anda boleh lakukan semakan serta pembayaran cukai pintu Selangor secara online (FPX) menerusi laman web PBTPay.\nPBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).\n\nIkuti langkah-langkah mudah berikut untuk buat semakan dan pembayaran:\n\nUntuk mula buat pembayaran, anda perlu mendaftar sebagai pengguna PBTPay di pautan berikut : https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signup . Sekiranya anda sudah ada akaun, log masuk seperti biasa.\nUntuk buat semakan, pergi ke pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak_advance\nMasukkan nombor akaun dan pilih PBT yang berkaitan. Kemudian, klik butang semak.\n Terus ikuti panduan yang dinyatakan untuk buat pembayaran. \n\nAnda juga boleh gunakan langkah ini untuk semak pembayaran lain seperti kompaun, sewaan dan sebagainya.\nUntuk keterangan lanjut mengenai pembayaran cukai pintu secara online, sila rujuk pada Soalan Lazim di pautan berikut :\nhttps://pbtpay.kpkt.gov.my/home/faq\nCara Bayar Cukai Pintu Selangor Secara Manual\nUntuk buat pembayaran secara manual atau bersemuka, sila hadir ke bangunan Majlis Perbandaran yang berkaitan. Senarai PBT boleh dirujuk di pautan berikut :\nSenarai Nama dan Alamat PBT\nMaklumat Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai pembayaran cukai pintu Selangor, sila rujuk atau hubungi Majlis Perbandaran masing-masing.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/bantuan-pendidikan-baktidesa/", "title": "Permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Pendidikan BAKTIDESA oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah dibuka untuk permohonan bagi tahun 2023.\nBantuan Pendidikan BAKTIDESA merupakan satu jenis tajaan pendidikan yang memfokuskan kepada bantuan untuk pelajar miskin atau miskin tegar luar bandar.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nJenis bantuan\n\n \nSyarat-syarat kelayakan\n\n \nCara memohon\n\n \nSenarai dokumen sokongan\n\n \nAlamat penghantaran borang permohonan\n\n \nPertanyaan dan maklumat lanjut\n\n\nJenis bantuan\nBantuan kewangan yang diberikan di bawah program Bantuan Pendidikan BAKTIDESA adalah dalam bentuk \u2018on-off\u2019 untuk pelbagai bidang pengajian.\nKadar bantuan yang diberikan adalah seperti yang berikut:\n\n\n\n\n\n\nKategori 1: \u00a0SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil) \u2013 RM500\nKategori 2: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama \u2013 RM1,000.00\nSyarat-syarat kelayakan\nBagi memastikan program Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini mencapai objektifnya, hanya individu-individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk bantuan pendidikan ini:\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin;\nJumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah;\n\nKategori Miskin\n\nIsi Rumah \u2013 RM2,199\nPer Kapita \u2013 RM567\n\n\nKategori Miskin Tegar\n\nIsi Rumah \u2013 RM1,142\nPer Kapita \u2013 RM290\n\n\n\n\nTelah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)\u00a0secara sepenuh masa;\nKursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan\nPermohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.\n\nArtikel berkaitan: Tawaran Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP\nCara memohon\nPelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini memohon bantuan ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/index.php?data=Ym9yYW5nLnBocA==\nMuat turun borang permohonan\nLengkapkan segala butiran yang disenaraikan\nHantar borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah.\n\nSenarai dokumen sokongan\nSetiap permohonan bagi Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini mestilah disertakan dengan semua Salinan dokumen di bawah hanya boleh\u00a0disahkan\u00a0oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional [Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas]) ATAU Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Sidang/MPKK/ Pengerusi JKKR/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Temenggong/ Kapitan/ Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Pengerusi JKKK/ Ahli Parlimen/ ADUN/ Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon;.\nSalinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;\nSalinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;\nSalinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan\nSalinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.\n\nArtikel bekaitan: Bantuan Pendidikan MUIS Untuk Pelajar Negeri Sabah\nAlamat penghantaran borang permohonan\nBorang permohonan dan segala dokumen sokongan boleh dihantar melalui post atau perkhidmatan kurier kepada pihak urus setia di alamat berikut:\nURUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KKDW,Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,62100 PUTRAJAYA.\nPertanyaan dan maklumat lanjut\nSekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh datang ke alamat yang tertera di atas atau hubungi pihak urus seta di nombor di bawah:\nNo. tel : 03-8891 2237/2225/2215No. fax: 03-8888 2336E-mel: [email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/maksud-miskin-tegar-b40-m40-t20/", "title": "Maksud B40, M40, T20, Miskin Tegar & Jumlah Pendapatan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMAKSUD PENGKELASAN ISI RUMAH MENGIKUT KATEGORI : MISKIN TEGAR, B40, M40 DAN T20\nWaktu pandemik ini telah banyak menduga masyarakat dari segi kewangan terutamanya yang tinggal di kawasan bandar dengan kos sara hidup yang tinggi.\nApabila kerajaan mengumumkan tentang bantuan kewangan yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia, Perdana Menteri sering gunakan istilah seperti miskin tegar, B40 dan M40. \nApakah maksud kategori Miskin Tegar, B40, M40 dan T20? Kita pula berada di kategori mana? \nJom kita kenali pengelasan isi rumah bagi rakyat Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nMaksud Pengkelasan Isi Rumah B40, M40 & T20\n\n \nJumlah Pendapatan B40, M40 dan T20\n\n \nBagaimana Pengkelasan Baharu Isi Rumah Ditetapkan?\n\n \nMaksud Kategori Miskin Tegar\n\n \nMaksud B40, M40 dan T20 Dalam Bantuan Kerajaan\n\n \nSejarah Pengelasan Isi Rumah\n\n \nAdakah Pengkelasan Isi Rumah Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa?\n\n\nMaksud Pengkelasan Isi Rumah B40, M40 & T20\nMungkin ada yang telah familiar dengan istilah ini, di mana setiap isi rumah rakyat Malaysia boleh dikelaskan dalam salah satu kategori mengikut pendapatan bulanan.\nPENGKELASAN ISI RUMAH BERDASARKAN PENDAPATAN\nPendapatan isi rumah bulanan penengah (min) bagi kumpulan:\n\nTerendah 40% atau\u00a0bottom 40%\u00a0(B40)\nKumpulan pertengahan 40% atau\u00a0middle 40%\u00a0(M40)\nKumpulan tertinggi 20% atau\u00a0top 20%\u00a0(T20).\n\nJumlah Pendapatan B40, M40 dan T20\nPendapatan B40 terdiri daripada beberapa kumpulan kecil iaitu\n\nB1 : RM2,500 ke bawah\nB2 : RM2,501 \u2013 RM3,170\nB3 : RM3,171 \u2013 RM3,970\nB4 RM3,971 \u2013 RM4,850\n\nPendapatan M40 juga terdiri daripada beberapa kumpulan kecil iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\nM1 : RM4,851 \u2013 RM5,880\nM2 : RM5,881 \u2013 RM7100\nM3 : RM7,101 \u2013 RM8,700\nM4 : RM 8,701 \u2013 RM10,970\n\nBagi pendapatan T20 pula, terbahagi kepada 2 iaitu\n\nT1 : RM10,971 \u2013 RM15400\nT2 : RM15,041 ke atas\n\nSumber infografik : Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) via Universiti Putra Malaysia (UPM)\nMenurut laporan The Edge, pengelasan ini juga boleh dikategorikan berdasarkan lokasi kediaman anda mengikut negeri.\nSumber: Edge Weekly\nBerdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, penjelasan berkenaan pengelasan isi rumah adalah seperti berikut.\nBagaimana Pengkelasan Baharu Isi Rumah Ditetapkan?\nPada setiap tahun, kerajaan akan keluarkan laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan juga Kemudahan Asas (PPIR & KKA). \nMelalui survey ini, kerajaan akan pantau dan merangka pelbagai inisiatif dan subsidi bersesuaian untuk membantu rakyat Malaysia. \nAntara bantuan yang pernah diberikan oleh kerajaan ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid (BKC).\nMelalui survey ini juga kerajaan akan menetapkan bantuan berdasarkan kategori contohnya RM 1,800 untuk golongan B40, dan bantuan maksimum RM 1,200 untuk M40.\nMaksud Kategori Miskin Tegar\nWalaupun tiada dalam kategori yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat kategori bagi golongan berpendapatan paling rendah iaitu golongan miskin tegar.\nGolongan miskin tegar merujuk kepada individu yang berpendapatan bulan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM500 dan pendapatan perkapita sebanyak RM100.\nMiskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.\nGolongan miskin tegar adalah penerima amaun bantuan paling banyak bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) pada tahun 2021.\nMenurut JKM, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.\nJika anda tergolong dalam kategori ini, anda boleh mendaftar di e-Kasih untuk membolehkan anda menerima pelbagai bantuan dan manfaat daripada Program Bantuan anjuran Kerajaan dan Badan-badan berkaitan.\n\nMaksud B40, M40 dan T20 Dalam Bantuan Kerajaan\nBAGI KATEGORI ISI RUMAH\n\nJumlah pendapatan B40 : RM5000 ke bawah (isi rumah)\nJumlah pendapatan B40 : RM2500 ke bawah\nJumlah pendapatan M40 : Antara RM4,851 sehingga RM10,970\nJumlah pendapatan T20 : RM10,971 ke atas\nJumlah pendapatan Miskin Tegar : RM1169 ke bawah\n\n\nBAGI KATEGORI BUJANG\nBagi Kategori Bujang pula, penerima boleh dikelaskan dengan merujuk kepada kelayakan BKM seperti berikut:\n\nJumlah Pendapatan B40: RM2500 dan ke bawah\nJumlah Pendapatan M40: RM2500 \u2013 RM5,000\n\nSumber: Buletin TV3\nBaca juga : Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Golongan B40\nSejarah Pengelasan Isi Rumah\nJika dibandingkan dengan tahun 2016, pendapatan isi rumah telah meningkat. Namun, kos sara hidup juga kian meningkat saban tahun. Oleh itu, kerajaan perlulah melihat pendapatan bulanan serta jumlah tanggungan isi rumah bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara memadai.\nPada tahun 2020, kerajaan perincikan lagi kategori pengelasan isi rumah dengan menambah lagi 10 sub kategori. \nMenurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahad, perincian ini dilakukan bagi memastikan perancangan, pemantauan dan program yang lebih bersasar dapat dilaksanakan.\nIa juga bertujuan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara isi rumah.\nPengelasan yang lebih terperinci telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia seperti di bawah :\nSumber : Jabatan Perangkaan Malaysia\u00a0\nSeperti yang kita tahu, kos sara hidup pada setiap negeri adalah berbeza. \nOleh sebab itu, pendapatan isi rumah penengah juga tidaklah sama buat setiap negeri. \nContohnya bagi yang menetap di Selangor dan Kuala Lumpur, kos sara hidup tentunya lebih tinggi.\n\nKredit Foto : Jabatan Perangkaan Malaysia\u00a0\nBaca juga : Residensi Prihatin: Program Rumah Pertama Golongan B40 di Wilayah Persekutuan\nAdakah Pengkelasan Isi Rumah Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa?\nYa. Dalam beberapa tahun, banyak perkara boleh berubah termasuklah pendapatan isi rumah. \nBuktinya dari tahun 2016 hingga 2020, kerajaan telah mengemaskini pengelasan isi rumah sebanyak 2 kali. \n\nSumber : Jabatan Perangkaan Malaysia\u00a0\nOleh itu, kerajaan perlulah kemaskini maklumat ini bagi memastikan rakyat mendapat bantuan dan subsidi yang berpatutan.\nDengan perkongsian ini, anda dapatlah tentukan kategori isi rumah mengikut pendapatan bulanan isi rumah. \nIni juga bakal memudahkan anda untuk mengemukakan permohonan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. \nOleh sebab itulah bancian penting untuk diisi setiap tahun bagi mengemaskini data pendapatan bulan bagi rakyat Malaysia!\nSemoga dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat membantu sedikit sebanyak rakyat Malaysia dalam menempuh waktu yang sukar ketika ini.\n"]} {"url": "https://ecentral.my/dermasiswa-b40-jpa/", "title": "DB40 : Program Dermasiswa B40 JPA 2022", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTAWARAN PENAJAAN JPA BAGI PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN 2022 : PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2022\nSukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon Program Dermasiswa B40 JPA (DB40).\nPermohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka mulai\u00a015 Julai hingga 24 Julai 2022.\nBerikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2022 bagi lepasan SPM 2021 untuk rujukan bersama.\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nApakah Program Dermasiswa B40 JPA 2022?\n\n \nSyarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40 2022\n\n \nCara Permohonan\n\n \nTarikh Permohonan\n\n \nSemakan & Keputusan Permohonan Dermasiswa B40 2022\n\n \nMaklumat Lanjut\n\n\nApakah Program Dermasiswa B40 JPA 2022?\nProgram ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.\nObjektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyaikebolehpasaran yang tinggi dalam industri.\n\n\n\n\n\n\nBagi tahun 2022, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan InstitutKemahiran Awam (IKA).\nSyarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40 2022\nSyarat Umum\nCalon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Mempunyai kesihatan yang baik;Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 buat kali pertama;Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; danPendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.\nSyarat Khusus\ni \u2013 Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:\na) Menduduki SPM pada tahun 2021 danmendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan\nb) Telah mendapat tempat dan memulakanpengajian di institusi pengajian tersebut.\nii \u2013 Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / PusatLatihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))\na) Menduduki SPM pada tahun 2021 danmendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan\nb) Telah mendapat tempat dan memulakanpengajian di institusi pengajian tersebut.\nCara Permohonan\nSebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti di bawah :\n\n\n\n\n\nSebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke\u00a0[email\u00a0protected](emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan:15 \u2013 31 Julai 2022\nSemakan & Keputusan Permohonan Dermasiswa B40 2022\nKeputusan permohonan penajaan ini akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu kedua bulan September 2022.\nJika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.\nSekiranya pelajar tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.\nMaklumat Lanjut\nPermohonan dan maklumat lanjut: https://esilav2.jpa.gov.my\nSemoga bermanfaat buat para pelajar yang berkenaan.\nBaca juga: Cara Daftar SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar (Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tesla-malaysia/", "title": "Tesla Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nTesla secara rasminya telah membuka tempahan model-model keretanya untuk pasaran Malaysia.\nIni bermakna peminat kereta elektrik (EV) Tesla tidak perlu membeli kereta import dari luar negara kerana kereta ini secara rasminya telah dijual di pasaran Malaysia.\nIni juga bermakna, pembali tidak perlu risau akan perkhidmatan selepas jualan, servic dan pembelian alat ganti kerana semuanya aka diuruskan oleh pihak Tesla Malaysia.\nLebih menarik, harga untuk model Tesla yang dibawa masukke negara ini secara rasminya sebenarnya lebih murah berbanding model dari luar yang diimport ke sini.\n\n\n\n\n\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nModel\n\n \nHarga\n\n \nSpesifikasi dan Varian\n\n \nFungsi tambahan\n\n \nCara membuat tempahan\n\n\nModel\nBuat masa ini, hanya Tesla Model Y yang telah dibuka untuk tempahan.\nJangkaan mendapat kereta ini adalah pada awal tahun 2024.\nMenurut laman rasmi Tesla Malaysia, tempahan bagi model Tesla 3 juga akan dibuka pada masa hadapan.\nHarga\nMengikut halaman rasmi Tesla Malaysia, berikut merupakan harga rasmi Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia:\n\nModel Y (Asas) \u2013 RM199,000\nModel Y (Long Range) \u2013 RM246,000\nModel Y (Performance) \u2013 RM288,000\n\nSpesifikasi dan Varian\nTesla mereka bentuk Model Y dari bawah sebagai kenderaan elektrik menggunakan integrasi peringkat sistem secara keseluruhannya. \nSetiap komponen, termasuk bateri, motor dan juga rekabentuk aerodinamik luaran dioptimumkan untuk mendapat manfaat antara satu sama lain dan mencipta salah satu kenderaan yang paling cekap, namun sangat berkuasa yang pernah dibina.\nBerikut merupakan spesifikasi Model Y dari halaman rasmi Tesla Malaysia:\n\nTesla Model Y ini turut didatangkan dengan 5 pilihan warna:\n\nPearl White Multi-Coat \nSolid Black \u2013 RM5,000\nMidnight Silver Metallic \u2013 RM5,000\nDeep Blue Metallic \u2013 RM5,000\nRed Multi-Coat RM10,000\n\nFungsi tambahan\nSelain itu, pembeli yang membuat tempahan juga boleh mendapatkan beberapa fungsi tambahan seperti berikut untuk menjadikan kereta Tesla anda autonomous.\n\nEnhanced Autopilot \u2013 RM16,000\nFull Self-Driving Capability \u2013 RM32,000\n\nArtikel menarik: Toyota Vios 2023: Varian, Spesifikasi, Harga (Malaysia)\nCara membuat tempahan\nSekiranya anda ingin membuat tempahan, anda boleh melakukannya terus melalui laman web Tesla Malaysia:\n\nLayari https://www.tesla.com/\nKlik butang \u201cCustom Order\u201d pada Model Y\nPilih varian, warna dan lain-lain funngsi tambahan yang diingini\nPada bahagian bawah halaman tempahan, klik pada butang \u201cContinue to Payment\u201d\n\n"]} {"url": "https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-ump-2022/", "title": "Tawaran Biasiswa Yayasan UMP Bagi Program Sarjana", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan tawaran Biasiswa Yayasan UMP kini dibuka bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang yang sedang melanjukan pelajaran dalam bidang Sarjana sama ada penyelidikan, kerja kursus mahupun mod campuran.\nYayasan UMP komited bagi mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai, syarikat serta institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP bagi membiayai program pendidikan, kemasyarakatan di samping menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang diperlukan oleh pelajar dan pihak universiti.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nTarikh Tutup Permohonan\n\n \nProgram Pengajian\n\n \nSyarat-Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan UMP\n\n \nCara Memohon\n\n \nKeputusan Permohonan\n\n \nPertanyaan Lanjut\n\n\nTarikh Tutup Permohonan\nUntuk permohonan, tarikh tutup permohonan bagi biasiswa ini adalah pada 31 Mei 2022.\n\n\n\n\n\n\nProgram Pengajian\nProgram pengajian untuk pelajar yang ingin memohon mestilah bagi pengajian sepenuh masa sahaja.\nBaca Juga : Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD\nSyarat-Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan UMP\nPelajar sarjana UMP perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :\ni) Penyelidikan\nSkim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara penyelidikan dan Mod Pengajian secara sepenuh masa yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\u2013 Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.\u2013 Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6 bulan.Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.\n\nii) Kerja Kursus dan Mod Campuran\nSkim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Kerja Kursus atau Mod Campuran dan pengajian secara sepenuh yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\u2013 Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.\u2013 Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 12 bulan.Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.\n\nCara Memohon\nPelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :\nSila layari pautan permohonan berikut iaitu:\u2013 Penyelidikan:\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSclHDhrpeqYrHY95IF5f7yaCX0iC1j3rAvnERGZfyAg2Xe8SA/viewform\u2013 Kerja Kursus & Mod Campuran:\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdcGN1qJvvXVVsSVijvhNTIJaXqMdGOb2OIyzlhFKEWcR3aKQ/viewformIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Next\u2019 pada setiap paparan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan\nKeputusan Permohonan\nKeputusan permohonan bagi biasiswa ini dijangka akan diumumkan selepas 45 hari dari tarikh tutup permohonan.\nJusteru itu, mana-mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 45 hari dianggap tidak berjaya.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan UMP, sila hubungi pihak IPS di talian 09-431 6958/6779 atau email ke\u00a0[email\u00a0protected]\n"]} {"url": "https://ecentral.my/tak-perlu-ulang-ujian-rtk-pcr-selepas-tamat-kuarantin/", "title": "Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu Positif Tidak Perlu Ulang Ujian RTK-Ag dan RT-PCR Setelah Tamat Tempoh Kuarantin\nAdakah anda telah tamat tempoh kuarantin yang ditetapkan?\nAdakah anda telah mengulangi ujian RTK-Ag dan RT-PCR untuk memastikan anda benar-benar sihat dan bebas daripada Covid-19 sebelum kembali ke tempat kerja?\nTahukah anda, individu positif TIDAK PERLU mengulangi ujian kendiri RTK atau PCR setelah selesai menjalani tempoh kuarantin (7 hari) yang ditetapkan melalui MySejahtera.\n\n\n\n\n\n\nIni kerana, ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik pada sampel saluran pernafasan selama 2 hingga 3 bulan setelah dijangkiti.\nWalaubagaimanapun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut TIDAK MUNGKIN boleh menyebarkan jangkitan, misalnya ketika tempoh viral shedding.\nBerikut dikongsikan infografik tentang Tempoh Jangkitan Covid-19 yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk makluman orang awam.\nBaca juga: \nTarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 & Jadual Penggiliran MuridTempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19\nBilakah ujian pantas RTK-Ag dan RT-PCR anda akan menunjukkan keputusan positif sekiranya anda dijangkiti virus COVID-19?\n\nUjian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ke-3 hingga hari ke-7 selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19, manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari ke-2 hingga hari ke-14 selepas dijangkiti.\nJusteru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.\nPenggunaan ujian RTK_Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala. \nKKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian COVID-19 selain RT-PCR.\nNamun, ujian RT-PCR masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19.\nSumber: BERNAMA, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n"]} {"url": "https://ecentral.my/derma-darah-mysejahtera/", "title": "Kad Derma Darah MySejahtera & Kelebihan Menderma Darah", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nBerita baik buat individu yang gemar menderma darah kerana aplikasi MySejahtera telah ditambah satu fungsi menarik yang sangat memudahkan para penderma darah iaitu kad derma darah digital.\nJika sebelum ini seseorang penderma darah perlu membawa sebuah buku merah yang merekodkan tarikh dan kekerapa anda menderma darah, dengan fungsi terbaru MySejahtera ini segala info dari kad derma darah akan dipaparkan dalam aplikasi ini.\nIngat, sebagai penderma darah anda perlu menyimpan rekod derma darah kerana anda layak mendapat beberapa manfaat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nKelebihan & Keistimewaan Menderma Darah\n\n \nKad Derma Darah Digital Di MySejahtera\n\n \nLokasi Kempen Menderma Darah Terkini\n\n \nSoalan Lazim\n\n\nKelebihan & Keistimewaan Menderma Darah\nBerikut adalah kelebihan yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang menderma darah:\n\n\n\n\n\n\n1 kali : Percuma rawatan pesakit luar & rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray & pembedahan) dan wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan*2 kali : Percuma suntikan pencegah Hepatitis B dalam tempoh 12 bulan*2-5 kali : Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan*6-10 kali :Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun* & rawatan perubatan kelas 2 untuk tempoh 6 bulan*11-15 kali :Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun*, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 1 tahun*16-20 kali :Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 2 tahun*21-30 kali :Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 3 tahun*31-40 kali : Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 4 tahun*41-50 kali :Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan & wad kelas 2 untuk tempoh 6 tahun*Lebih 50 kali (bagi penderma \u201cWhole Blood\u201d) lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan, wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun* & wad kelas 2 seumur hidup selepas 10 tahun* di wad kelas 1.\n*Dari tarikh pertama menderma\nSumber: BERNAMA\nJangan fikir derma darah dianggap tidak mendapat keistimewaan di Hospital nanti ya!\nKad Derma Darah Digital Di MySejahtera\n\nDengan kad derma darah digital ini, anda tidak lagi perlu risau sekiranya anda kehilangan kad derma darah anda.\nSegala rekod derma darah anda akan direkodkan secara digital dan dipaparkan secara langsung melalui aplikasi MySejahtera.\nMenarik bukan?\nUntuk peringkat awal ini, walau bagaimanapun buat masa ini sistem ini hanya boleh merekodkan aktiviti derma darah di pusat pendermaan yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja.\nSetakat ini, sistem tersebut hanya digunakan di 22 pusat kutipan darah sahaja iaitu:\nPusat Darah NegaraHospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.Hospital Sultanah Aminah, Johor BharuHospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.Hospital Taiping, Perak.Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.Hospital Pulau Pinang.Hospital Miri, SarawakHospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.Hospital Seri Manjung, Perak.Hospital Umum Sarawak.Hospital Sibu, Sarawak.Hospital Tawau, Sabah.Hospital Queen Elizabeth II, Sabah.Hospital Sandakan, Sabah.Hospital Melaka.Hospital Tuanku Ja\u2019afar Seremban, Negeri Sembilan.\nSumber : https://mail.pdn.gov.my/\nBilangan pendermaan darah yang dipaparkan adalah merujuk kepada data yang diperolehi daripada BBISV2 sahaja. \nData pendermaan darah yang tidak direkodkan dalam BBISV2 buat masa kini tidak termasuk sebagai bilangan pendermaan.\nLokasi Kempen Menderma Darah Terkini\nUntuk mengetahui di manakah lokasi Kempen Menderma Darah di sekitar anda, sila rujuk maklumat melalui Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.\nSoalan Lazim\nAdakah jumlah bilangan derma darah yang tertera di MySejahtera anda berlainan dari jumlah yang terdapat di Kad Penderma Darah fizikal anda?\nSila rujuk infografik ini.\n\nMaklumat Lanjut\nPusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur03 26132688, Faks : 03 2698 0362\u00a0[email\u00a0protected]www.pdn.gov.myFind on Google Map\n"]} {"url": "https://ecentral.my/semakan-bpr-2021/", "title": "Semakan BPR 2021: Kemaskini Maklumat & Tarikh Bayaran Februari", "body": ["\n\n\n\n", "\n\n\n\n\n\n\n\nMulai 15 Januari, rakyat Malaysia boleh mula membuat permohonan baharu, mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat atau membuat semakan BPR 2021 melalui laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.\nTerkini, pendaftaran BPR dilanjutkan sehingga 25 Februari nanti.\nPembayaran fasa pertama dijangka dibuat pada akhir Februari (tarikh rasmi akan dikemaskini di Telegram ini.)\nKemaskini: Kami difahamkan ada pemohon BPR yang telah menerima bayaran Fasa 1 bermula 22 Februari (BSN). Info lanjut sedang dikemaskini.\nSiapa yang perlu membuat permohonan baharu?\nPemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.\n\n\n\n\n\n\nSiapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?\nPemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus\n\n \nIsi Kandungan \ntunjuk\n\n\n\n \nSemakan BPR 2021 (Kategori Kelayakan)\n\n \nCara Permohonan & Kemaskini Maklumat\n\n \nTarikh Kemaskini Maklumat & Permohonan BPR 2021\n\n \nSemakan Status Permohonan BPR 2021\n\n \nTarikh Bayaran BPR & Kadar Bantuan\n\n \nMaklumat Lanjut & Pertanyaan Tentang Semakan BPR\n\n\nSemakan BPR 2021 (Kategori Kelayakan)\nKategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:\ni. KATEGORI ISI RUMAH\nKahwin; atauIbu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atauBujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas\nKriteria Kelayakan\na) Pemohon\nWarganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahajaLelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah\nb) Pasangan\nWarganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atauBukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)\nc) Anak (jika mempunyai anak)\nHubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; danWarganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; danTidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan had umur:17 tahun dan ke bawah; atau18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta\nii. KATEGORI BUJANG\nBujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; danHad umur:21 tahun hingga 59 tahun; atau18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU\nKriteria Kelayakan\nPemohon\nWarganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahajaJumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawahLelaki atau wanita yang berumur:21 tahun hingga 59 tahun; atau18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU\nCara Permohonan & Kemaskini Maklumat\nAda 3 cara membuat permohonan atau kemaskini maklumat \nSecara dalam talian : https://bpr.hasil.gov.my/Cetak Borang Permohonan BPR melalui Portal Rasmi BPR atau terus klik di SINIHadir ke Cawangan LHDNM ; Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM ; Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:\nPemohon:Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atauSalinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atauSijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atauSalinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh MahkamahSalinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Pasangan:Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atauSalinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas SempadanAnak:Anak KandungSalinan MyKad / MyKid; danSalinan Sijil LahirAnak AngkatSalinan MyKad / MyKid; danSalinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN\n\nBaca juga: Tarikh Buka Sekolah 2021 Terkini Selepas PKP 2.0- KPM\nTarikh Kemaskini Maklumat & Permohonan BPR 2021\nPendaftaran BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan).\nSemakan Status Permohonan BPR 2021\nSemakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:\nPortal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;Semakan secara Aplikasi Mobile BPR (akan datang)Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOSHubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauMoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi \u2013 5.00 petang);atauHadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.\n*Nota: Setiap permohonan akan diverifikasi sepenuhnya berdasarkan data agensi seperti dalam rajah di bawah:\n\nTarikh Bayaran BPR & Kadar Bantuan\nBayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:\nFasa 1 \u2013 April / Mei 2021Fasa 2 \u2013 September / Oktober 2021\nNilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:\nIsi rumah berpendapatan