Dataset Preview
Go to dataset viewer
href (string)text (string)url (string)p (sequence)tags (sequence)
"news_bencana.php?id=2153542"
"Jawatankuasa Bencana Pusat laksana koordinasi cari penyelesaian menyeluruh"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah melaksanakan koordinasi dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap masalah selepas musim Monsun Timur Laut (MTL), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata langkah tersebut tidak terhad kepada kerja pembaikan infrastruktur dan kediaman yang rosak akibat banjir, malah bertujuan merangka perancangan jangka panjang termasuk proses mitigasi mangsa.", "\"Harus ada keselarasan dari segi pelaksanaan dan jika kita bekerja bersama-sama, keputusan akhir dapat dicapai secara menyeluruh. Setiap kali musim banjir, kerajaan perlu baiki rumah rosak, bina baharu rumah yang hanyut dan baiki jalan rosak.", "\"Proses ini sentiasa berulang setiap kali banjir. Kita mesti cari penyelesaian menyeluruh dan jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di sini hari ini.", "Pada 5 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Ahmad Zahid akan bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat bagi memastikan negara bersiap sedia menghadapi bencana banjir berdasarkan langkah pemantauan serta persediaan yang dibuat jawatankuasa berkenaan.", "Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran awal bahawa Malaysia akan mengalami MTL atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 Nov lepas, dan berterusan sehingga Mac ini.", "Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Kedah bertanggungjawab sepenuhnya membantu dan menyelesaikan isu berbangkit melibatkan mangsa banjir di daerah Baling, khususnya pembinaan semula kediaman yang rosak, walaupun kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan bagi meringankan beban mereka.", "Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia sebagai menzahirkan penghargaan terhadap sokongan rakyat kepada kerajaan terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lepas.", "Pada Julai lepas, sebanyak 41 kawasan di daerah Baling terjejas akibat bencana banjir lumpur dan aliran puing, dengan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM28 juta, melibatkan kemusnahan rumah, premis, infrastruktur, kenderaan dan harta benda lain." ]
[ "ahmad zahid hamidi", " mtl", " banjir", " kedah" ]
"news_bencana.php?id=2153514"
"Laporan awal tragedi Batang Kali dibentang ke Kabinet semalam - Nik Nazmi"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "CYBERJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Laporan awal tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada 16 Dis lepas telah dibentangkan ke Kabinet semalam, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.", "Tanpa mendedahkan inti pati laporan berkenaan, beliau berkata laporan awal bencana tanah runtuh yang disediakan kementeriannya menerusi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) itu, telah dibaca oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "\"Sebarang maklum balas dan tindakan seterusnya akan dilaksanakan selepas laporan penuh (tragedi itu) siap dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini hari ini sebagai mengulas status terkini laporan tragedi berkenaan.", "Sebelum ini, Nik Nazmi dilaporkan berkata laporan penuh akan dibentangkan ke Kabinet dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) juga akan mengambil pendekatan holistik meliputi aspek undang-undang dan struktur pembangunan agar insiden sama tidak berulang.", "Tragedi pada kira-kira 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan tersebut.", "-- BERNAMA", "\r\n " ]
[ "batang kali", " tanah runtuh", " nik nazmi", " laporan." ]
"news_bencana.php?id=2153501"
"Nenek, cucu melecur selepas rumah terbakar"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "JOHOR BAHRU, 5 Jan (Bernama) -- Seorang wanita warga emas dan cucunya melecur, manakala anaknya cedera ringan selepas rumah mereka terbakar dipercayai akibat kebocoran gas memasak di Jalan Riang 14, Taman Gembira, di sini awal pagi tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 pagi.", "Beliau berkata warga emas berusia 70 tahun dan cucu perempuan 10 tahun itu melecur tahap pertama dengan kulit mengelupas akibat kebakaran, manakala anak perempuannya berusia dalam lingkungan 30-an, cedera ringan di muka akibat serpihan kaca cermin tingkap.", "“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dua tingkat dan terbakar hingga 60 peratus.", "“Kemungkinan berlaku kebocoran gas memasak yang menyebabkan kebakaran itu, kebakaran pula teruk di bahagian dapur dan tingkat bawah, namun siasatan lanjut akan dibuat,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.", "Shamsul Khomari berkata bagaimanapun, ketiga-tiga mereka sempat keluar menyelamatkan diri sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk menerima rawatan.", "-- BERNAMA" ]
[ "bomba", " nenek", " cucu", " melecur", " kebakaran", " shamsul khomari" ]
"news_bencana.php?id=2153499"
"Kerajaan negeri sambung bayar sewa penempatan sementara mangsa banjir Baling"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "ALOR SETAR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kedah akan menyambung pembayaran sewa untuk penempatan sementara bagi mangsa banjir dan kepala air yang berlaku di Baling pada Julai tahun lepas sehingga rumah baharu mereka siap sepenuhnya.", "Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembinaan 17 rumah baharu itu sepatutnya siap pada Disember lepas, namun sehingga kini rumah berkenaan masih belum siap dibina sepenuhnya.", "“Saya akan berbincang dengan Pegawai Daerah Baling kerana kita sasarkan rumah-rumah itu siap sepenuhnya pada bulan Disember dan kerajaan negeri juga menanggung bayaran sewa rumah mangsa banjir selama enam bulan.", "“Tetapi sekarang sudah masuk Januari dan rumah masih belum siap, jadi kita akan bantu untuk sambung bayaran sewa itu sehingga kesemua rumah berkenaan siap dibina sepenuhnya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan mangsa banjir mengenai pembayaran sewa rumah yang mereka duduki kini.", "Pada 6 Julai 2022, Muhammad Sanusi memaklumkan bahawa kerajaan Kedah akan menanggung sepenuhnya bayaran sewa untuk penempatan sementara selama enam bulan bagi penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir dan kepala air yang berlaku di Baling pada 4 Julai 2022.", "Kejadian banjir itu mengakibatkan 41 kawasan di daerah Baling terjejas di samping mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang ibu hamil berusia 23 tahun serta mengakibatkan kerugian berjumlah RM28 juta.", "Sementara itu, ditanya mengenai jangkaan tarikh rumah baharu itu siap dibina, Muhammad Sanusi berkata beliau akan meminta pihak pemaju untuk memberikan laporan perkembangan berhubung proses pembinaan rumah berkenaan.", "“Apa pun, ia tidak boleh lajak hingga bulan Febuari sebab sasaran kita bulan Disember….jadi saya akan minta laporan jangkaan rumah itu boleh siap daripada pihak pemaju,” katanya.", "Pada Julai tahun lepas, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan membina rumah baharu kepada 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam bencana banjir dan kepala air, di atas tanah berkeluasan lebih satu hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Desa KEDA Sadek di Kupang, di Baling, dengan anggaran kos RM1.5 juta." ]
[ "muhammad sanusi", " sewa", " penempatan sementara", " banjir", " baling" ]
"news_bencana.php?id=2153335"
"Sektor pertanian Terengganu rugi hampir RM50 juta akibat banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Bernama) -- Sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM48.7 juta akibat banjir besar yang melanda negeri itu pada 18 Dis lepas.", "Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata kerugian itu adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun selepas kali terakhir pada Februari 2022, iaitu sekitar RM2 juta.", "Beliau berkata bagaimanapun angka tersebut dijangka boleh bertambah memandangkan pihak Jawatankuasa Tabung Bencana Pertanian Terengganu masih dalam tempoh mengumpul serta mengemas kini data untuk dilengkapkan hingga 15 Jan ini.", "\"Data yang kita terima setakat hari ini menunjukkan jumlah kerugian paling besar dicatat oleh subsektor pertanian iaitu RM39.2 juta yang melibatkan 2,555 petani.", "\"Bagi subsektor penternakan pula, kerugian dicatatkan adalah RM3.4 juta melibatkan seramai 781 penternak manakala bagi subsektor perikanan, sebanyak RM6.1 juta kerugian direkodkan membabitkan 360 penternak akuakultur dan nelayan,\" katanya selepas menyampaikan amanat sektor pertanian negeri di sini hari ini.            ", "Menurut Dr Azman, Jawatankuasa Bencana Pertanian Terengganu akan bermesyuarat pada awal Februari depan bagi meneliti bantuan yang akan disalurkan kepada semua warga tani termasuk penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir.", "Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bajet tambahan bagi Tabung Bencana Pertanian Terengganu memandangkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi 2022 dilihat tidak memadai serta mencukupi untuk menampung jumlah warga tani yang terkesan.", "\"Banjir luar jangka kali ini menyebabkan kerugian besar kerana ia meliputi semua sektor seperti penternakan, perikanan dan pertanian di lapan daerah di negeri ini.", "\"Kerajaan negeri sudah beri persetujuan untuk tambahan dana dalam Tabung Bencana Pertanian Terengganu, cuma belum dinyatakan jumlah tetapi kita akan mohon bajet ikut keperluan,\" katanya." ]
[ "pertanian", " banjir", " penternakan", " perikanan", " bajet" ]
"news_bencana.php?id=2153216"
"Pesawah Cherang Rotan rugi RM1.4 juta padi rosak ditenggelami banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR PUTEH, 4 Jan (Bernama) -- Seramai 94 pesawah di Cherang Rotan, di sini, kerugian lebih RM1.4 juta selepas tanaman padi seluas 280 hektar yang diusahakan mereka musnah akibat banjir yang berlaku bulan lepas.", "Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan A Rahim Yunus berkata sebilangan besar tanaman padi yang diusahakan pesawah terlibat terletak di tiga kampung iaitu Kampung Merkang, Kampung Nara dan Kampung Jelor rosak selepas ditenggelami air separas dada lebih tiga hari.", "\"Akibat ditenggelami air lebih tiga hari tangkai padi menjadi reput. Perkara ini amat menyedihkan kerana padi yang rosak itu sebenarnya sudah masak, namun tidak boleh dituai kerana hujan lebat luar biasa yang berlaku beberapa hari sebelum kejadian,\" katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Merkang, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, A Rahim berkata kawasan tanaman padi yang rosak itu dianggarkan mampu memberi pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 setiap hektar kepada pesawah terlibat.", "\"Kami mohon kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat membantu pesawah yang mengalami kerugian seperti memberi bantuan upah tenggala, benih dan racun untuk membolehkan mereka mengerjakan tanaman padi pertama tahun ini yang sedang bermula,\" katanya.", "Beliau berkata tanpa bantuan ini, pesawah terlibat mengalami kesukaran kerana mereka mungkin tidak boleh lagi berhutang dengan PPK Cherang Rotan untuk dijadikan modal pusingan bagi mengerjakan tanaman musim ini.", "\"Ini kerana mereka sudah berhutang dengan PPK Cherang Rotan sebelum ini antara RM1,000 hingga RM5,000 setiap orang bagi mengerjakan tanaman padi yang musnah itu,\" katanya.", "Pesawah Ghozali Seman, 61, berkata dia mengalami kerugian hasil sebanyak RM40,000 apabila sebahagian daripada 15 hektar tanaman padi yang diusahakan musnah akibat banjir.", "-- BERNAMA" ]
[ "padi", " musnah", " cherang rotan", " pesawah", " banjir", " hutang " ]
"news_bencana.php?id=2153075"
"LPP kenal pasti senarai pesawah layak dapat bantuan khas Bernas"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang mengenal pasti dan menyemak senarai pesawah yang layak untuk mendapat Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (Bernas), kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).", " Dalam kenyataan hari ini MAFS berkata LPP selaku agensi pembayar sedang mengenal pasti senarai berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan proses penyaluran bantuan khas berjalan lancar.", "Menurutnya penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat di tiga negeri Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan seramai 20,598 pesawah.", "“Manakala para pesawah dari negeri-negeri lain di seluruh negara akan menerima bantuan khas ini apabila baki berjumlah RM50 juta disalurkan bermula awal tahun 2023.", "“Dianggarkan seramai 240,000 orang pesawah di seluruh negara akan menerima manfaat daripada sumbangan Bernas yang secara keseluruhan berjumlah RM60 juta,” menurut kenyataan itu.", "MAFS berkata bantuan khas itu merupakan insentif khas kerajaan kepada pesawah oleh Bernas dalam membantu meringankan kos sara hidup para pesawah selain manfaat sedia ada yang disediakan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi (input dan output).", "Sebelum ini, Bernas bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.", "Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pada 31 Dis lepas berkata seramai 20,598 pesawah di Pantai Timur akan menerima manfaat daripada Bantuan Khas Bernas sebanyak RM250 bagi setiap pesawah yang akan disalurkan secara berperingkat, selewat-lewatnya hingga 16 Jan ini.", "-- BERNAMA" ]
[ "bantuan", " pesawah", " bernas", " sumbangan", " manfaat " ]
"news_bencana.php?id=2153018"
"Pembangunan negeri, tebatan banjir antara dibincang dalam kunjungan hormat Amirudin"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 3 Jan (Bernama) -- Pembangunan negeri, tebatan banjir dan penyelenggaraan jalan antara perkara tumpuan yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.", "Amirudin memaklumkan kunjungan hormat selama sejam di Putrajaya itu bertujuan menyampaikan aspirasi rakyat Selangor agar pengukuhan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri dapat dimantapkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri melalui Kerajaan Perpaduan. ", "“Selain itu, beberapa perkara perihal perkembangan positif hasil Selangor pada akhir 2022 yang melepasi sasaran dengan mencapai 123.55 peratus iaitu RM2,532.86 juta daripada sasaran RM2,050 juta (turut dimaklumkan).", "“Iltizam #KitaSelangor menjadi pasak utama agenda pembangunan Malaysia yang lebih sepadu, demi merealisasi agenda kemajuan bersama,” katanya menerusi hantaran di Instagram rasminya @amirudin_shari. ", "Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas input penting untuk dilanjutkan di Selangor kelak.", "Di samping itu, beliau turut berbesar hati mengundang Perdana Menteri untuk mengadakan lawatan kerja ke Selangor dalam waktu terdekat.  ", "-- BERNAMA" ]
[ "kunjungan hormat", " amirudin shari", " anwar ibrahim", " tebatan banjir", " pembangunan negeri" ]
"news_bencana.php?id=2153012"
"Notis kekosongan kerusi: Empat ahli Parlimen Sabah telah hantar jawapan - Hajiji"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menghantar jawapan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, berhubung notis kekosongan kerusi daripada Bersatu, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.", "Mengambil maklum Bersatu telah menghantar notis pemakluman mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka Ahli Parlimen itu kepada Dewan Rakyat pada 27 Dis lepas, Hajiji berkata GRS menyerahkan kepada Johari untuk menentukan kedudukan mereka.", "“Saya yakin Speaker akan buat buat keputusan terbaik. Banyak spekulasi di luar tetapi kita di dalam (GRS) kita tahu rentetan keadaan yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam kepada penduduk di Kampung Tanjung Aru Baru di sini hari ini.", "Beliau yakin empat Ahli Parlimen berkenaan yang bertanding atas tiket GRS pada Pilihan Raya Umum ke-15, tidak melakukan perkara yang melanggar Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.", "Ahli Parlimen berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).", "Pada 29 Dis lepas Johari dilaporkan berkata status empat Ahli Parlimen tersebut setakat ini kekal serta belum ada kekosongan kerusi mereka, dan keputusan mengenai kedudukan mereka akan diumumkan selepas tempoh 21 hari.", "Sebelum ini, Hajiji yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah dilapor berkata pemimpin Bersatu Sabah, membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah GRS.", "Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan Sabah memberikan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam masing-masing sebanyak RM1,000 kepada 36 keluarga di Kampung Tanjung Aru Baru, yang terjejas akibat fenomena air pasang besar pada akhir bulan lepas.", "Beliau berkata selain itu tiga keluarga juga akan menerima bantuan masing-masing RM20,000 bagi membina semula rumah mereka yang roboh, manakala 33 lagi keluarga masing-masing menerima RM10,000 bagi membaik pulih rumah yang rosak akibat kejadian tersebut." ]
[ " sabah", " grs", " bersatu", " bencana" ]
"news_bencana.php?id=2152980"
"Kebakaran Wisma Jakel: Polis ambil alih kes jika ada unsur khianat"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 3 Jan (Bernama) -- Polis hanya akan mengambil alih siasatan kes kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini sekiranya didapati terdapat unsur khianat dikesan, berdasarkan hasil laporan bomba.", "Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini polis belum menerima apa-apa laporan daripada pemilik Wisma Jakel atau mana-mana pihak lain, berkaitan punca kebakaran bangunan itu.", "Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai, terutama pengguna media sosial supaya tidak membuat spekulasi atau tuduhan berhubung punca kebakaran itu.", "\"Kita hentilah (buat spekulasi) yang cuba menimbulkan kemarahan pekerja yang hilang pekerjaan. Kejadian ini kita tidak minta berlaku, jadi berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi kejadian di Wisma Jakel, hari ini. ", "Katanya enam orang anggota polis termasuk dari cawangan trafik di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) bersama petugas bomba ditempatkan di sekitar tempat kejadian bagi mengawasi keselamatan lokasi kebakaran. ", "Mohd Iqbal turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan atau berhenti di bahu jalan untuk melihat kerja-kerja pemunggahan barangan tekstil yang terselamat, atau sengaja meninjau tempat kejadian, kerana ia akan mengganggu lalu lintas.", "\"Saya nasihatkan (orang ramai) supaya tidak berhenti bagi mengambil gambar, atau apa sahaja tujuan supaya lalu lintas di kawasan ini dapat berjalan lancar, dan proses pemunggahan dapat dilaksanakan,\" katanya.", "Selepas bangunan lot kedai yang cukup terkenal di Shah Alam itu mengalami kemusnahan lebih 80 peratus akibat kebakaran pada awal 1 Jan lepas, Wisma Jakel sekali lagi dilaporkan terbakar tengah malam tadi apabila bilik simpanan kain langsirnya di tingkat atas bangunan itu dijilat api lewat tengah malam tadi.", " -- BERNAMA" ]
[ "khianat", " polis", " mohd iqbal ibrahim", " bomba", " wisma jakel", " kebakaran" ]
"news_bencana.php?id=2152974"
"KKDW rancang bina bangunan Tabika baharu di kawasan risiko banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "DUNGUN, 3 Jan (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempunyai perancangan pada masa hadapan untuk membina bangunan baharu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang lebih bersesuaian di kawasan berisiko banjir.", "Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang berkata antara yang akan dipertimbangkan adalah pembinaan bangunan yang lebih tinggi dan bertiang yang tingkat atas boleh digunakan untuk sesi pembelajaran manakala tingkat bawah dijadikan sebagai ruang santai atau pusat aktiviti tabika.", "“Namun perkara ini masih dalam perancangan, kementerian masih mengenal pasti keadaan atau kawasan banjir dengan fasiliti tabika sebab tidak semua (bangunan) tabika kami miliki. Ada setengahnya kami menyewa, ada setengahnya kami menggunakan kemudahan kampung. Ini yang masih dalam penilaian semula dan pihak kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan keperluan dari semasa ke semasa,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan pascabanjir di Tabika KEMAS Kuala Jengal, di sini hari ini.", "Bagaimanapun Rubiah berkata KKDW buat masa ini sedang menumpukan usaha membaik pulih dengan segera bangunan tabika sedia ada di seluruh negara yang terjejas banjir memandangkan sesi persekolahan penggal ketiga telah bermula minggu ini.", "“Setakat ini hampir semua tabika yang terjejas di seluruh negara telah selesai dibersihkan dan semuanya telah memulakan sesi persekolahan masing-masing.", "“Semasa lawatan saya ke Tabika KEMAS Kuala Jengal ini, saya mendapati persediaan untuk sesi pembukaan persekolahan telah pun dibuat dengan begitu baik oleh pihak pengurusan tabika, bukan sahaja di sini malahan di kawasan-kawasan lain juga turut dilaporkan persediaan yang sama,” katanya.", "Ditanya mengenai kerosakan infrastruktur di bawah kendalian KKDW termasuk jalan, tabika serta bangunan lain, Rubiah berkata pihaknya masih lagi dalam proses mengenal pasti kerosakan dan jumlah kerugian yang dialami akan diketahui dalam masa terdekat.", "Ketua Pengarah KEMAS Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi baru-baru ini berkata 212 Tabika KEMAS terjejas di negeri-negeri terlibat banjir pada 18 Dis lepas." ]
[ "kkdw", " tabika", " kemas", " banjir", " terengganu", " bangunan" ]
"news_bencana.php?id=2152971"
"APM Kelantan perkemas keanggotaan, logistik hadapi kemungkinan gelombang kedua banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR MAS, 3 Jan (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan memperkemaskan anggotanya serta persiapan logistik bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) masih belum berakhir.", "Pengarah APM Kelantan Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata langkah tersebut bertujuan memastikan pihaknya dapat menjalankan operasi dengan baik semasa dan selepas bencana berkenaan.", "“Sekarang ini kita mempunyai 1,300 anggota yang bersiap sedia diatur gerak apabila notis berkaitan banjir dikeluarkan jabatan teknikal.", "“Begitu juga dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat, kita akan membantu gerak kerja mereka supaya agihan bantuan dapat dimanfaatkan oleh mangsa banjir tidak hanya di satu tempat sahaja,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sumbangan kepada mangsa banjir di Masjid Warisan Kampung Lobok Gong, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengasas Perniagaan Hikmat Iktisas Ab Kadir Jailani.", "Sementara itu, Ab Kadir berkata sebanyak 150 kelengkapan perabot diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir di kampung itu dengan usaha sama Pertubuhan Memperkasakan Ummah Malaysia, BeDaie, Perniagaan Hikmat Iktisas dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).", "\"Pertubuhanan Memperkasakan Ummah Malaysia memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk kelengkapan perabot yang disokong penuh oleh Perniagaan Hikmat Iktisas yang merupakan penyumbang utama misi ini.", "“Sumbangan itu dibahagikan kepada tiga fasa iaitu pertama kepada penduduk Kampung Lobok Gong dan Kampung Tersang, fasa kedua kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dan terakhir kepada APM Kelantan,” katanya.", "-- BERNAMA" ]
[ "apm", " banjir", " sumbangan", " ngo", " kampung tersang" ]
"news_bencana.php?id=2152894"
"Wisma Jakel terbakar kali kedua"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 3 Jan (Bernama) -- Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.", "“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.", "“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.", "Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.", "Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.", "-- BERNAMA" ]
[ "wisma jakel", " kebakaran", " kedua", " bilik simpanan", " norazam khamis" ]
"news_bencana.php?id=2152891"
"Keluarga terlibat kebakaran di Kampung Simpang Tiga Gombak diberi sumbangan"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Keluarga terlibat dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Simpang Tiga, Gombak yang meragut nyawa dua beradik awal pagi tadi menerima bantuan awal sebanyak RM1,000. ", "Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu disalurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Gombak serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang masing-masing memberi RM500 kepada setiap keluarga yang terjejas. ", "Beliau berkata RM500 tambahan juga diberikan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga dalam insiden itu.", "“Sumbangan yang diberikan ini adalah bantuan awal kepada keluarga yang terjejas dan kerajaan negeri akan mengikuti langkah seterusnya yang diambil selepas laporan bomba diterima,” katanya kepada pemberita selepas melawat tiga keluarga mangsa kebakaran itu malam ini.", "Hari ini, dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi. ", "Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat.", "Dua kanak-kanak yang maut itu dikenali sebagai Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum berusia enam tahun.", "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan malam ini pula berkata pihaknya telah menyalurkan bantuan awal dalam bentuk sumbangan barangan keperluan bencana kepada kesemua mangsa yang terlibat.", "“Kejadian kebakaran ini melibatkan tiga rumah membabitkan lapan mangsa dan kita juga dalam proses mengenal pasti bantuan bersesuaian untuk diberikan kepada mangsa-mangsa terlibat." ]
[ "amirudin shari", " nancy shukri", " sumbangan", " kebakaran", " gombak", " bantuan" ]
"news_bencana.php?id=2152813"
"Polis Kelantan terima 10,490 laporan kerosakan akibat banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "TUMPAT, 2 Jan (Bernama) -- Polis Kelantan menerima sejumlah 10,490 laporan berhubung kerugian dialami oleh mangsa banjir di negeri itu, baru-baru ini.", "Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata laporan paling banyak diterima daripada mangsa di jajahan Pasir Puteh iaitu 2,879 diikuti Bachok (2,132) dan Pasir Mas (1,812).", "Beliau berkata antara laporan yang dibuat adalah melibatkan kerosakan rumah, kenderaan, ternakan dan lain-lain harta benda.", "\"Banyak laporan diterima adalah kerosakan harta benda iaitu 5,114 diikuti kerosakan rumah (4,215) kenderaan (619) dan ternakan (542).", "\"Laporan polis ini amat berguna bagi kegunaan urusan pampasan oleh mangsa di masa hadapan dan menjadi rekod kepada pihak berkenaan untuk menyalurkan apa jua bantuan,\" katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Wakaf Bharu, di sini. hari ini.", "Terdahulu, Muhamad Zaki menyampaikan sijil penghargaan dan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik 2021 kepada Ketua Balai Polis Wakaf Bharu, Sarjan Mejar Sakri Abd Ghani selepas balai terbabit memenangi tempat ketiga daripada 799 balai polis di seluruh negara.", "Sementara itu mengulas mengenai penemuan mayat reput di pangkalan haram berdekatan Bukit Bunga, Tanah Merah, semalam, katanya identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.", "Beliau berkata mayat reput itu ditemukan oleh pemancing kira-kira jam 3 petang dan tersangkut pada batang pokok di sebelah sempadan di negara ini.", "\"Hasil bedah siasat mendapati ada empat kesan tembakan di kepala mangsa dan dipercayai ditembak daripada jarak dekat." ]
[ "muhamad zaki harun", " banjir", " laporan", " mayat", " tanah merah", " kerosakan" ]
"news_bencana.php?id=2152794"
"Kebakaran Wisma Jakel: Kehadiran unit K9 bukan perkara luar biasa"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Kehadiran Unit Anjing Pengesan K9 (unit K9) bukanlah sesuatu perkara luar biasa dalam siasatan forensik kebakaran, malah ia merupakan satu prosedur yang diperlukan untuk menyiasat punca sesuatu insiden itu berlaku.", "Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norizham Mohd Nurdin berkata bagi setiap kes kebakaran yang melibatkan siasatan, unit K9 ini akan dipanggil kerana ia adalah satu daripada prosedur penyiasatan.", "“Bukan setiap kebakaran itu, apabila kita panggil unit K9 akan ada unsur sengaja dibakar. Tidak. Ia adalah ketetapan kami untuk memastikan bahawa unit ini dipanggil untuk melihat kepada segala kemungkinan,” katanya pada pemberita di lokasi kejadian iaitu Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini hari ini.", "Jelasnya lagi, dua ekor anjing dari baka English Springer Spaniel bernama Rusty dan Sam yang digerakkan hari ini memang mempunyai kepakaran dalam menyiasat kebakaran.", "“Anjing-anjing ini ada fokus setiap kali operasi dan ia akan diturunkan secara pasangan. Seekor akan mencari unsur (punca) dan satu lagi untuk pengesahan. Ia akan membantu kami (mencari punca),” katanya. ", "\"Dua anjing itu kini menyiasat dan fokus di tingkat satu yang dipercayai kebakaran bermula. Di samping itu, terdapat 50 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Anggerik dan Ibu Pejabat Bomba Selangor turut bertugas hari ini,\" katanya. ", "Norizham berkata pasangan anjing yang digerakkan hari ini bukanlah anjing yang sama digunakan dalam insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali sebelum ini kerana mereka mempunyai kepakaran yang berbeza.", "Di samping itu, Norizham berkata siasatan kebakaran tersebut dilakukan berdasarkan struktur bangunan, saksi dan video orang awam yang dimuat naik di media sosial.", "Katanya, pihaknya akan turut merakamkan keterangan pemanggil yang melihat kedudukan awal api semasa kebakaran itu untuk membantu siasatan." ]
[ " punca", " unit k9", " kebakaran", " wisma jakel", " bomba", " norizham mohd nurdin" ]
"news_bencana.php?id=2152792"
"Sambutan hari lahir jadi kenangan terakhir bersama cucu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Sambutan hari lahir bersama cucu menjadi kenangan terakhir buat Lokman Marni apabila dua cucunya maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.", "Lokman, 57, berkata Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, hadir majlis hari lahirnya di Sabak Bernam, Selangor pada 26 Dis lepas.", "“Itu kali terakhir saya berjumpa dengan mereka. Mereka berkelakuan seperti biasa serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.", "Lokman berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian kebakaran itu oleh anak perempuannya pada 4 pagi tadi.", "Menurutnya dia kemudian bergegas ke lokasi sebelum bertemu anaknya yang berada dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu sedih dengan insiden itu.", "“Anak saya sedang sarat mengandung anak ketiga tidak dapat masuk ke dalam rumah...dia cedera di kaki kerana terkena kaca dan kemudian dibawa ambulans ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya.", "Lokman berkata ketika kejadian, anaknya yang berusia 28 tahun dan suami, 30 tahun, keluar makan kira-kira 3 pagi dan meninggalkan dua anak mereka di dalam rumah.", "Katanya, cucu perempuannya mempunyai penyakit asma dan kedua-duanya disifatkan sebagai manja dalam kalangan ahli keluarga.", "Dalam kejadian awal pagi tadi, Nur Syaza Alfisya dan Muhammad Al Qayyum ditemukan  rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian." ]
[ "kebakaran", " datuk", " rentung", " gombak" ]
"news_bencana.php?id=2152771"
"Polis minta orang awam tidak buat spekulasi kebakaran Wisma Jakel"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan punca insiden kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini yang berlaku pada awal pagi semalam. ", "Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ketika ini pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran. ", "“Pihak polis pohon orang awam (netizen) tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini. ", "“Kita kena hormati perasaan mereka yang alami kerugian serta pekerja-pekerja yang hilang sumber pendapatan akibat insiden ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai beberapa dakwaan di media sosial kononnya kebakaran di gedung tekstil terkemuka itu adalah disengajakan. ", "Beliau berkata setakat ini polis belum menerima laporan berkaitan perkara tersebut (sengaja dibakar) daripada mana-mana pihak.  ", "Katanya tindakan undang-undang boleh diambil oleh pemilik premis sekiranya laporan siasatan bomba membuktikan perkara sebaliknya. ", "Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi semalam dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi.", "Susulan itu bomba Selangor hari ini menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel itu. ", "Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata syarikatnya mengalami kerugian awal yang dianggarkan hampir RM100 juta." ]
[ "wisma jakel", " kebakaran", " spekulasi", " ketua polis daerah shah alam" ]
"news_bencana.php?id=2152740"
"Dua beradik rentung dalam kebakaran di Gombak - Bomba"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.", "Mangsa yang maut ialah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan berusia tujuh tahun.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.", "“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah telah dikunci.", "Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata mayat dua kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.", "Menurutnya ibu bapa kanak-kanak yang maut dalam kebakaran itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.", "-- BERNAMA", " " ]
[ "jbpm selangor", " norazam khamis", " dua beradik", " rentung", " kebakaran", " gombak" ]
"news_bencana.php?id=2152733"
"Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Polis menyiasat dakwaan satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan popular di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.", "Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata hantaran itu dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi yang berlaku pada 16 Dis lepas.", "Beliau berkata hantaran itu mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan kad Touch 'n Go milik mangsa. ", "“Hari ini, polis telah menerima dua laporan berhubung insiden itu pada 2.47 petang. ", "\"Satu kertas telah dibuka bagi menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,\" menurutnya dalam satu kenyataan.", "Justeru, Suffian menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak gusar dengan isu yang tular itu.", "Beliau berkata ahli keluarga mangsa juga dinasihat supaya menghubungi polis sekiranya mempunyai isu berkaitan kehilangan barangan milik mangsa.", "Orang ramai diminta agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau menularkan berita palsu sebaliknya merujuk kepada polis atau pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.", "\"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1223,\" katanya." ]
[ "polis", " hulu selangor", " barangan peribadi", " mangsa", " tragedi tanah runtuh", " batang kali" ]
"news_bencana.php?id=2152694"
"Kebakaran Wisma Jakel: Unit K9 akan digerak esok"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 1 Jan (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) esok bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini.", "Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan dua ekor anjing pengesan khas  bagi mengenal pasti punca kebakaran akan digerakkan.", "\"Kita akan panggil pasukan K9 untuk mengesan jika adanya perbuatan khianat, accelerant (bahan yang mempercepat perebakan api) dan sebagainya bagi memastikan punca kebakaran.", "\"Apabila api padam sepenuhnya, barulah unit K9 bertindak untuk melakukan siasatan bagi mengenal pasti jika ada perbuatan khianat terhadap Wisma Jakel,\" katanya dalam sidang media berhampiran lokasi kejadian hari ini.", "Beliau berkata laporan penuh insiden itu dijangka diketahui dalam tempoh sebulan. ", "Norazam juga berkata Wisma Jakel setinggi lima tingkat itu didapati terbakar sepenuhnya dalam insiden yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 7 pagi.", "Beliau berkata bomba sudah berjaya mengawal kebakaran pada peringkat awal namun api kemudian didapati merebak ke tempat simpanan dan stor barangan jualan.", "“Keseluruhannya kita telah berjaya mengawal api pada 3 petang. Setakat ini, kita masih memadam kebakaran di bahagian stor yang tinggal lagi 10 peratus. Dijangka satu atau dua jam lagi kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” kata beliau.", "Norazam berkata sejumlah 89 anggota serta pegawai dari enam balai bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu dan pihaknya menggunakan empat unit jentera Aerial Ladder Platform (ALP) termasuk dari Kuala Lumpur dan Melaka serta 5 tangki air berkapasiti 20,000 liter." ]
[ "bomba", " unit k9", " kebakaran", " wisma jakel", " norazam khamis" ]
"news_bencana.php?id=2152644"
"Sesi persekolahan penggal ketiga Terengganu berjalan lancar"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) -- Sesi persekolahan penggal ketiga di Terengganu yang bermula hari ini berjalan lancar termasuk di 74 buah sekolah yang sebelum ini terkesan dengan kejadian banjir.", "Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata tiada sekolah ditutup akibat banjir termasuk di daerah yang terjejas teruk iaitu Besut dan Kemaman.", "Beliau berkata semua kerja pembersihan telah dijalankan dengan cepat dan baik hasil kerjasama pihak sekolah, masyarakat setempat dan badan bukan kerajaan (NGO).", "Katanya sekolah yang terjejas banjir ialah 17 buah di Hulu Terengganu, Dungun (11), Setiu (10), Besut (sembilan), Kuala Nerus (lapan), Kuala Terengganu (lapan); Kemaman (tujuh) dan Marang (empat).", "\"Jumlah murid yang terjejas pula seramai 5,386 orang, namun menurut maklumat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), semua pelajar dapat kembali ke sekolah dan meneruskan pembelajaran seperti biasa,\" katanya selepas melakukan tinjauan di Sekolah (SK) Pulau Rusa di sini, yang juga terjejas banjir baru-baru ini.", "Menurut Abdul Muie walaupun terdapat banyak peralatan seperti kerusi meja yang rosak akibat banjir, masalah itu dapat diatasi berdasarkan pengalaman JPNT menguruskan bencana berkenaan sebelum ini.", "Beliau berkata buat masa ini pihaknya masih menilai, dan belum dapat menentukan jumlah kerugian akibat banjir besar kali ini.", "\"Bagi kerusi meja yang rosak di sekolah terjejas banjir, kita ambil stok lebih dari sekolah lain untuk mereka guna. Apa yang penting pelajar dapat memulakan sesi persekolahan sama seperti pelajar lain.", "\"Jika tidak ada uniform sekolah, pelajar boleh pakai pakaian biasa yang sopan untuk sementara,\" katanya yang akan memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan gantian kerusi dan meja yang rosak." ]
[ "sekolah", " banjir", " cuti", " jpnt", " terengganu " ]
"news_bencana.php?id=2152614"
"Aktiviti riadah bersama keluarga warnai sambutan Ambang Tahun Baharu 2023"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ketibaan tahun baharu 2023 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan susulan keadaan banjir yang melanda Pantai Timur sebelum ini dan kesusahan yang dihadapi rakyat ketika ini.", "Tinjauan Bernama mendapati Dataran Merdeka yang sebelum ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menyambut tahun baharu sunyi setelah ditutup dan dikawal oleh pihak berkuasa susulan pembatalan sambutannya seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.", "Bagaimanapun beberapa lokasi lain di ibu negara seperti di perkarangan Suria KLCC dan Tasik Titiwangsa masih dikunjungi orang ramai yang mengambil peluang meluang masa bersama keluarga dan rakan-rakan, sempena cuti panjang hujung minggu.", "Bagi seorang kakitangan swasta Khairul Khuzaimie Mohd Shahrin, 33, keputusan kerajaan membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 adalah langkah tepat memandangkan negara berhadapan beberapa tragedi besar sebelum ini termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.", "“Agak kurang manis kalau kita sambut secara besar-besaran. Bagi saya sambut dengan beriadah bersama keluarga itu lebih baik. Lagipun, sesi persekolahan anak-anak juga hampir bermula,” katanya ketika ditemui Bernama di perkarangan Suria KLCC malam ini.", "Sementara itu di KELANTAN, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bersama lebih 1,000 orang hadir pada program 'Malam Untukmu Kelantan' di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV yang bermula pukul 7 malam tadi.", "Program dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, solat sunat hajat, zikir munajat dan bual bicara bertajuk 'Kelantan Sejahtera' bersama Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari serta selebriti tanah air iaitu Sabri Yunus.", "Di TERENGGANU, sambutan ambang tahun baharu diisi dengan program berbentuk Islamik dan sesi kerohanian melibatkan kehadiran ratusan rakyat pelbagai peringkat umur.", "Sambutan yang diadakan di Masjid Jamek Pengadang Baru dekat sini, dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti solat Isyak serta solat hajat berjemaah yang disertai kira-kira 700 jemaah bagi memohon supaya dijauhkan daripada sebarang musibah dan bencana." ]
[ "rangkuman", " banjir", " sederhana", " ambang tahun baharu 2023", " perdana menteri datuk seri anwar ibrahim" ]
"news_bencana.php?id=2152577"
"Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA BELUD, 31 Dis (Bernama) -- Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.", "Beliau berkata lebih membanggakan, koperasi dengan keanggotaan 7.03 juta orang di seluruh negara itu juga berjaya mengumpul modal syer dan yuran berjumlah RM16.52 bilion tahun ini.", "Menurut Ewon daripada jumlah itu, sebanyak 1,661 koperasi berdaftar di Sabah berjaya memperoleh aset terkumpul lebih RM822 juta serta modal syer dan yuran terkumpul lebih RM220 juta.", "“Koperasi berdaftar di Sabah yang mempunyai 343,230 orang ahli berjaya mencatat perolehan lebih RM268 juta tahun ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang Kota Belud Berhad ke-4 di sini hari ini.", "Turut hadir Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Umar Sarim Saidin, Pengarah SKM Negeri Sabah Matias Kundapin dan Pengerusi Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang Kota Belud Berhad Danial Sagun.", "Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata kerajaan prihatin terhadap cabaran dihadapi gerakan koperasi yang turut menerima impak negatif akibat penularan COVID-19 dan telah menyediakan pelbagai bantuan bagi membantu mereka terkesan.", "“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensinya telah melaksanakan beberapa pelan pemulihan ekonomi bagi membantu sektor koperasi antaranya penangguhan bayaran balik pinjaman dan Tabung Bantuan Koperasi berjumlah RM2 juta,” katanya.", "-- BERNAMA", " " ]
[ "sabah", " koperasi", " bantuan", " ewon benedick", " covid-19" ]
"news_bencana.php?id=2152508"
"Semua PPS di Terengganu ditutup hari ini"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "BESUT, 31 Dis (Bernama) -- Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.", "Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata PPS terakhir yang ditutup ialah Masjid Kampung La yang melibatkan 22 mangsa daripada lima keluarga.", "Beliau berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan pada 18 Dis lepas telah meninggalkan PPS kira-kira pukul 11 pagi.", "\"Saya difahamkan sebahagian mangsa menumpang di rumah saudara-mara kerana kediaman mereka musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras,\" katanya ketika dihubungi Bernama.", "Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat berkata 12 keluarga mangsa banjir yang hilang tempat tinggal akan diberikan penempatan sementara atau rumah sewa yang ditanggung oleh kerajaan negeri.", "Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu untuk disalurkan bantuan termasuk pembinaan rumah baharu kepada mereka yang layak.", "\"Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mencari rumah sewa yang sesuai untuk keluarga yang terlibat dan bayaran sewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.", "\"Selain itu bagi mereka yang layak, kita akan membantu membina rumah baharu untuk memastikan mereka mempunyai tempat berteduh,\" katanya.", "Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu pada 18 Dis menyebabkan lebih 40,000 rakyat terjejas dan terpaksa ditempatkan di 315 PPS di kesemua lapan daerah di negeri ini." ]
[ "banjir", " pps", " apm", " kerajaan terengganu", " rumah sewa" ]
"news_bencana.php?id=2152478"
"Bantuan khas Bernas RM10 juta disalur mulai Januari, pesawah Pantai Timur terlebih dahulu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Seramai 20,598 pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan menerima manfaat daripada Sumbangan Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebanyak RM250 bagi setiap pesawah yang akan disalurkan secara berperingkat, selewat-lewatnya hingga 16 Jan ini.", "Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata pihak kementerian bersama dengan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri berkenaan bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.", "Dalam kenyataan hari ini beliau berkata bantuan khas Bernas berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan disalurkan kepada pesawah bermula dengan tiga negeri di pantai timur itu terlebih dahulu, manakala pesawah di negeri lain akan menerima bantuan apabila baki bantuan khas Bernas berjumlah RM50 juta disalurkan.", "Pada awal bulan ini, Bernas bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta  bagi membantu pesawah di seluruh negara.", "-- BERNAMA", " " ]
[ "bantuan", " pesawah", " bernas", " beras" ]
"news_bencana.php?id=2152444"
"Banjir: Penduduk gesa kerajaan negeri segera atasi isu peparitan, jalan raya rosak"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA BHARU, 31 Dis (Bernama) -- Berikutan hujan lebat berterusan bermula 18 Dis lepas, Kelantan antara negeri yang terjejas teruk akibat dilanda banjir sehingga menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengalami kerugiaan akibat kerosakan harta benda seperti rumah, kenderaan dan perabot.", "Susulan daripada musibah itu, 140 PPS dibuka membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Jeli dan Tumpat.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) turut memaklumkan jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di negeri itu adalah pada 21 Dis iaitu seramai 32,089 orang daripada 9,542 keluarga.", "Walaupun badai yang melanda itu tidaklah seteruk 'bah kuning' pada 2014, tetapi ia turut memberi kesan terutama di kawasan-kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini.", "Rata-rata penduduk yang ditemui Bernama tidak menyangka hujan lebat yang berterusan mengakibatkan paras air naik dengan cepat di rumah mereka sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan keperluan yang lain.", "Nik Noraini Ainun Nik Mahmud, 29, dari Kampung Jelor, Pasir Puteh berkata air mula memasuki kawasan rumahnya kira-kira pukul 7.45 pagi (19 Dis) berikutan hujan lebat yang berterusan.", "\"Melihat keadaan air semakin naik, saya sekeluarga segera keluar dari rumah kerana paras air ketika itu sudah melebihi paras paha dan situasi ketika itu sangat cemas sebab kejadian banjir yang berlaku itu kali pertama melanda rumah saya,\" katanya yang terpaksa berpindah ke PPS tanpa sempat membawa sebarang pakaian.", "Malah, ada penduduk yang ditemui mendakwa sistem peparitan dan saliran tidak terancang dan diurus dengan baik dipercayai antara punca berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan penempatan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini sehingga menimbulkan rasa panik dan kelam-kabut dalam kalangan penduduk.", "Siti Rozilawati Shaari, 31, dari Pengkalan Chepa berkata isu peparitan dan saliran di Kelantan perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama kerajaan negeri supaya kejadian banjir kilat tidak berulang lagi pada masa akan datang." ]
[ "penduduk", " kelantan", " jalan raya", " parit", " banjir" ]
"news_bencana.php?id=2152440"
"KKD: Berita palsu tular 30 Dis 2022"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Berikut penafian berita tular di media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), hari ini. ", "PRP, menerusi satu kenyataan memaklumkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan informasi berhubung ‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ seperti yang tular di media sosial.", "Menurut PRP, JKM menasihatkan agar orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan JKM menerusi laman portal rasmi di www.jkm.gov.my sahaja.", "“Masyarakat turut disaran agar tidak mudah terpengaruh dan berkongsi maklumat yang tidak diketahui kesahihannya sebaliknya sentiasa membuat semakan awal dengan merujuk laman sesawang atau media sosial rasmi kementerian, jabatan atau agensi untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” menurut kenyataan itu. ", "-- BERNAMA", " ", " ", " ", " " ]
[ "kkd", " jkm", " bantuan. warga emas", " tular" ]
"news_bencana.php?id=2152266"
"Tiada laporan penipuan ganti kad pengenalan babitkan mangsa banjir - JPN"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "TUMPAT, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menerima sebarang laporan penipuan berhubung penggantian kad pengenalan baharu membabitkan mangsa banjir di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, setakat ini.", "Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu bagi memastikan mangsa banjir yang hadir ke pejabat JPN bertujuan mendapatkan kad pengenalan baharu kerana rosak atau hilang akibat musibah itu.", "\"Setiap permohonan perlu menggunakan cap jari sebagai pengecaman berdasarkan rekod yang ada dalam sistem sebelum ini.", "\"Sekiranya ada unsur penipuan, kita akan lakukan siasatan tetapi kebanyakan mereka yang datang adalah betul-betul menghadapi masalah banjir,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir kepada 22 kakitangan JPN Kelantan yang terlibat banjir di Pejabat JPN Tumpat di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Ruslin berkata pihaknya juga mendapati jumlah permohonan bagi penggantian kad pengenalan baharu akibat banjir menunjukkan pengurangan berikutan kesedaran rakyat yang bersiap sedia berdepan dengan bencana alam itu.", "-- BERNAMA" ]
[ "jpn", " banjir", " laporan", " kad pengenalan", " ruslin jusoh" ]
"news_bencana.php?id=2152240"
"Mydin sumbang kelengkapan sekolah kepada 400 murid B40"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Prihatin dengan kebajikan dan keperluan pembelajaran murid sekolah yang kurang bernasib baik, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menyumbangkan barangan kelengkapan persekolahan kepada 400 murid dari lima buah sekolah dan dua rumah kebajikan berdaftar.", "Mydin dalam kenyataan memaklumkan sumbangan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Mydin Prihatin ‘Jelajah Generasi Pintar’ itu diadakan di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan pada 27 Dis lepas, melibatkan set kelengkapan uniform sekolah bernilai RM150 bagi setiap murid.", "Penerima terdiri daripada murid dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong Jaya, Seremban (Negeri Sembilan); SK Bukit Hampar (Melaka); SK Sri Melanta Jaya, Sandakan (Sabah); serta Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg dan Sekolah Encik Buyong, Kuching (Sarawak).", "Turut menerima sumbangan murid dan pelajar dari Rumah Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Subang Jaya (Selangor) dan Persatuan Pendidikan Anak-anak Yatim Lipis (Pahang).", "Pengarah Eksekutif Mydin Ahimmat Mydin berkata pihaknya amat komited memastikan murid kurang berkemampuan mendapat pembelajaran sempurna seperti mereka yang bernasib baik.", "“Kami amat memahami dan dekat dengan masyarakat khususnya golongan B40, situasi ekonomi semasa yang kian mencabar ini amat memberi impak kepada corak perbelanjaan mereka.", "“Justeru, sebagai satu daripada syarikat korporat yang bertanggungjawab, kami terpanggil untuk meneruskan program bantuan tahunan ini bagi memastikan dapat memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada murid-murid tersebut,” katanya.", "Mydin Prihatin merupakan inisiatif program CSR dengan usaha sama rakan-rakan niaga serta pembekal Mydin bagi membantu komuniti yang memerlukan.", "-- BERNAMA" ]
[ "mydin", " bantuan persekolahan", " b40", " jelajah generasi pintar", " mydin prihatin", " sekolah" ]
"news_bencana.php?id=2152238"
"Pulau Pinang harap RTB Sungai Pinang disegerakan atasi masalah banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "GEORGE TOWN, 30 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Pinang dapat disegerakan pelaksanaannya bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di kawasan sekitar sejak sekian lama.", "Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata beliau akan ke Putrajaya minggu depan untuk berjumpa dengan menteri berkaitan bagi membincangkan perkara itu.", "\"RTB Sungai Pinang itu merupakan projek rancangan tebatan banjir yang paling besar di Pulau Pinang membabitkan Sungai Pinang sejauh 2.7 kilometer dan melibatkan kos keseluruhan lebih kurang RM600 juta, jika siap ia akan memberi kesan positif berhubung masalah banjir bukan sahaja di kawasan tersebut (Sungai Pinang) malah turut melibatkan kawasan berhampiran termasuk bandar George Town.", "\"RTB itu merupakan projek jangka masa panjang dalam mengatasi masalah banjir sebab itu saya minta ia dapat dimulakan secepat mungkin dan ia sebenarnya melibatkan beberapa fasa iaitu fasa pertama membabitkan jarak 1.4 kilometer dari Jalan Jelutong ke Kampung Rawa.", "\"Fasa satu itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf sungai, antaranya mendalamkan dan melebarkan Sungai Pinang di kawasan tersebut dan telah pun tender pada 20 Sept lepas dengan perkembangan terkini sekarang ini di peringkat Lembaga Perolehan Kementerian Kewangan,\" katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan di RTB Sungai Pinang, di sini hari ini.", "Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkata beliau komited untuk menangani masalah banjir di kawasan Datuk Keramat iaitu lokasi RTB Sungai Pinang dijalankan.", "Katanya kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan lima projek  antaranya menaik taraf sistem perparitan dan menaikkan aras di Jalan P. Ramlee telah berjaya dilaksanakan sejak 2018 yang sebelum ini menjadi antara punca berlakunya banjir di kawasan tersebut.", "\"Bagi lima projek di kawasan Jalan P.Ramlee itu melibatkan kos RM5.4 juta dan setakat ini kita boleh lihat masalah banjir di kawasan terlibat dapat diatasi, ini yang penduduk di situ mahukan.", "“Selain projek menaik taraf itu, kami juga melaksanakan projek jangka masa pendek dan sederhana bagi mengatasi masalah banjir di kawasan terlibat bagi memastikan permasalahan banjir dibendung dan dikurangkan,\" katanya." ]
[ "rtb sungai pinang", " disegerakan", " atasi banjir", " rm600 juta", " jagdeep singh deo" ]
"news_bencana.php?id=2152237"
"Bomba hantar lebih 23 tan metrik bekalan makanan ke kampung Orang Asli"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "GUA MUSANG, 30 Dis (Bernama) -- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menghantar 23.399 tan metrik bantuan bekalan makanan ke perkampungan Orang Asli di sini yang terputus jalan perhubungan darat sejak Ahad lepas.", "Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata bantuan berkenaan dihantar dengan menggunakan helikopter jenis AW139, A109E dan Mi 17-V.", "Beliau berkata antara kawasan yang menerima bantuan ialah Pos Lalok, Pos Sau, Pos Bihai, Pos Hau, Pos Tendrik, Pos Sempadik, Pos Belatim, Pos Gob, Pos Simpor dan Pos Balar.", "\"Bantuan meliputi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan makanan dalam tin,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata misi tersebut turut dibantu JBPM Gua Musang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).", "Katanya operasi berjalan lancar dan berjaya diselesaikan sepenuhnya berikutan cuaca baik.", "-- BERNAMA" ]
[ "jbpm", " helikopter", " orang asli", " bantuan", " bekalan makanan" ]
"news_bencana.php?id=2152176"
"Tragedi tanah runtuh, bah besar dan banjir kilat menimpa negara pada 2022"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "Oleh Noraizura Ahmad dan Muhammad Faizal Nazmi Mohd Haran", "KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang mengorbankan 31 nyawa termasuk kanak-kanak pada 16 Dis lepas sangat meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia.", "Lebih menyayat hati apabila mayat dipercayai seorang ibu dan anaknya ditemukan dalam keadaan berpelukan manakala mayat seorang lelaki dewasa berpelukan dengan seekor anjing yang telah mati di kawasan tapak perkhemahan itu.", "Daripada 31 yang maut, 18 adalah individu dewasa manakala 13 kanak-kanak dengan paling muda berusia setahun.", "Tragedi tanah runtuh itu yang ke-23 dilaporkan di seluruh negara tahun ini dan merupakan insiden terburuk bagi 2022 sekali gus mendapat perhatian segera daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan. ", "Pada hari sama, Anwar selepas melawat kawasan tersebut mengumumkan bantuan permulaan segera sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban selain Bantuan Wang Ihsan RM1,000 akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah bagi mangsa yang tidak melibatkan kematian.", "Tragedi pada 2.42 pagi yang melibatkan 92 mangsa dengan 61 orang berjaya diselamatkan daripada tanah dan lumpur dalam runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu turut mendapat perhatian dunia luar.", "Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam perutusan kepada Anwar mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa selain turut berdukacita dengan kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa selain ramai cedera.", "Kerajaan Republik Arab Mesir juga menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian itu." ]
[ "banjir kilat", " 2022", " apm", " lembah klang", " tanah runtuh" ]
"news_bencana.php?id=2152099"
"Keluarga pun daif, macam mana nak tumpang rumah mereka?"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "JERTIH, 29 Dis (Bernama) -- Tumpang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) merupakan pilihan tunggal yang ada bagi segelintir mangsa banjir yang kediaman mereka rosak teruk, malah ada yang dihanyutkan banjir minggu lepas.", "“Ke mana lagi saya hendak menumpang selepas rumah sewa saya rosak teruk dan hanyut... Nak menumpang di rumah ibu bapa, keadaan mereka pun daif,\" kata Norul Shahida Mohamad, 38, ketika meluahkan rasa sayu mengenang nasib yang menimpa dirinya dan keluarga.", "Norul Shahida ditemui di PPS Masjid Kampung La dekat sini, yang kini menempatkan 53 mangsa banjir daripada 12 keluarga yang masih belum berpeluang pulang ke rumah masing-masing kerana kediaman mereka rosak teruk akibat banjir besar 18 Dis lepas.", "“Saya berharap ada pihak tampil menghulurkan bantuan termasuk bantuan tempat tinggal walaupun bersaiz kecil untuk kami sekeluarga,\" katanya.", "Wanita itu berkata keluarganya tidak mampu membina rumah sendiri kerana dia hanya bekerja membuat kuih dibantu suaminya Sairin Tuah, 37, dan mereka mempunyai tiga anak berusia empat hingga 11 tahun.", "Berkongsi nasib sama, Maziah Awang Long, 62, yang memberitahu dia sekeluarga tinggal di PPS berkenaan sejak 12 hari lepas setelah rumah mereka ditenggelami banjir.", "“Walaupun sebahagian besar mangsa telah pulang ke rumah masing-masing tapi saya sekeluarga terpaksa terus tinggal di sini memandangkan rumah kami mengalami kerosakan.", "“Bahagian dapur rumah roboh dan tandas rosak. Kalau saya balik, nak bersih diri macam mana kerana tandas rosak, rumah pun masih belum dibersihkan sepenuhnya...penuh lumpur,” katanya.", "Maziah berkata lagi, dia tinggal di rumah berkenaan bersama tujuh ahli keluarganya termasuk cucu perempuan berusia empat bulan." ]
[ "kampung la", " banjir", " pps", " rumah", " hanyut" ]
"news_bencana.php?id=2152049"
"Tiada arahan penutupan operasi tapak perkhemahan di Selangor - MB"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 29 Dis (Bernama) -- Kerajaan Selangor setakat ini tidak mengeluarkan sebarang arahan penutupan operasi di tapak-tapak perkhemahan di negeri itu susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali pada 16 Dis lepas. ", "Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri tidak perlu membuat keputusan yang panik dan tergesa-gesa, namun pihaknya kini sedang menggariskan beberapa panduan di tapak-tapak perkhemahan di negeri itu.", "“Langkah-langkah akan kita ambil dan teliti kerana sebelum ini memang mereka tidak memerlukan sebarang perlesenan, jadi kita kena semak balik. Bukan ke tahap itu (tutup tapak perkhemahan), sudah pasti kejadian ini berlaku amat menggemparkan.", "“Kita kena bertindak dan melihat secara menyeluruh, kita tidak boleh buat satu keputusan yang panik dan tergesa-gesa sebab ia bukan berlaku tiap tahun, maknanya berlaku sekali sekala sebab itu saya perlukan laporan,” katanya kepada pemberita selepas majlis 'Capacity Building' Gerak Gempur SPM 2022, di sini hari ini.", "Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengenai insiden terbabit, namun laporan awal yang diperoleh daripada pihak JMG dan bomba menyatakan bahawa kejadian itu disebabkan pergerakan air dalam tanah dari kawasan tebing tinggi ke bawah.", "“Kerja-kerja tanah memang tidak ada apa-apa aktiviti kecuali di bawah, di bawah itu pun tanah hak milik persendirian dan jauh dari cerun terbabit serta runtuhan itu berlaku akibat aliran dan sebagainya,” katanya. ", "Sementara itu, pemilik tapak perkhemahan Sea of Cloud K.P Chong berkata bagi menjaga keselamatan pengunjung, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di sekitar kawasan miliknya yang terletak di Hulu Langat. ", "\"Kita selalu melakukan pemeriksaan keadaan tanah di kawasan ini dan semasa musim hujan kita tidak membuka tapak perkhemahan ini kepada orang luar sebagai langkah keselamatan,\" katanya ketika dihubungi Bernama.", "Chong berkata Sea of Cloud yang juga sebuah dusun durian hanya menerima kira-kira 40 ke 50 pelanggan pada satu-satu masa selain pihaknya masih menutup operasi tapak perkhemahan itu sebagai langkah berjaga-jaga sehingga keadaan cuaca kembali baik susulan tragedi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm." ]
[ "amirudin", " tanah runtuh", " kawasan tinggi", " percutian", " perkhemahan " ]
"news_bencana.php?id=2152025"
"500 mangsa banjir mohon ganti pengenalan diri di Kelantan dan Terengganu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "JERTEH, 29 Dis (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 500 permohonan penggantian dokumen pengenalan diri yang baharu daripada individu terlibat banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.", "Ketua Pengarah JPN Datuk Ruslin Jusoh berkata angka itu dijangka akan meningkat memandangkan buat masa ini dipercayai masih ramai mangsa banjir yang belum berkesempatan untuk membuat permohonan penggantian dokumen berkenaan.", "“Buat masa ini kebanyakan mangsa-mangsa banjir sedang memberi perhatian kepada proses pemulihan pascabanjir.", "Mereka yang kehilangan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, sijil lahir atau sijil mati mengalami kerosakan boleh memohon penggantian secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kad pengenalan kepada 19 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung La di Hulu Besut di sini, hari ini.", "Beliau berkata lagi, individu terlibat juga boleh membuat penggantian dokumen berkenaan jika ada kakitangan jabatan itu berkunjung ke kawasan terjejas atau hadir sendiri di pejabat JPN berhampiran.  ", "Menurut Ruslin, usaha turun padang pihak JPN itu merupakan inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir.", "“Mangsa tidak perlu tergesa-gesa kerana tiada tempoh had masa ditetapkan untuk permohonan baharu,” katanya.", "Katanya, seramai 220 kakitangan daripada Ibu pejabat JPN Terengganu dan Kelantan terlibat dalam membantu urusan penggantian pengenalan diri itu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN.", "Banjir yang melanda Terengganu bermula 18 Dis lepas disifatkan sebagai banjir terburuk apabila lebih 40,000 penduduk di semua daerah di negeri itu terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS." ]
[ "kampung la", " jpn", " dokumen", " pengenalan diri", " banjir" ]
"news_bencana.php?id=2152003"
"Kerap hujan lebat, longkang tersumbat punca banjir sering berlaku di Selangor"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "SHAH ALAM, 29 Dis (Bernama) -- Kejadian banjir dan banjir kilat yang kerap berlaku di Selangor sepanjang tahun ini dipercayai berpunca daripada faktor cuaca hujan lebat dan sistem perparitan yang tersumbat dengan sampah sarap yang dibawa oleh air banjir.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata kekerapan bencana itu dilihat lebih banyak berlaku pada tahun ini ekoran hujan lebat sering melanda di negeri berkenaan sejajar dengan perubahan iklim dunia. ", "Susulan insiden bah besar yang melanda Selangor pada tahun lepas, katanya pihak bomba telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dengan melakukan rondaan di kawasan berisiko dilanda banjir sebagai langkah waspada ketika hujan lebat, berbanding sebelum ini iaitu menunggu panggilan kecemasan daripada orang awam.  ", "“Pada tahun ini, didapati lebih banyak hujan lebat berlaku di sesetengah tempat di Selangor yang menyebabkan kejadian banjir kilat, namun kebanyakan air banjir di kawasan terjejas akan surut sejam ke dua jam kemudian dan kebanyakan penduduk tidak mahu berpindah kerana air surut dengan cepat,” katanya ketika dihubungi Bernama.", "Beliau berkata selain itu, pertambahan projek pembangunan perumahan di sekitar negeri itu turut menyumbang kepada kejadian banjir ekoran keadaan longkang yang kecil serta sempit di sesetengah kawasan dan tidak dapat menampung aliran air hujan.", "“Kita lihat kebanyakan parit dan longkang memang telah dibersihkan secara berkala cuma apabila berlaku hujan, sesetengah kawasan itu ada sampah yang dibawa air hujan masuk ke dalam longkang yang menyebabkan ia tersumbat dan berlaku banjir.", "“Jadi kita nasihatkan orang ramai untuk jaga kebersihan dan buang sampah di tempat yang disediakan, bagi mengelakkan aliran air hujan terjejas akibat sampah yang dibuang merata-rata,” katanya. ", "Selain itu, katanya fenomena air pasang yang berlaku serentak semasa hujan lebat turut menyumbang kepada kejadian banjir terutamanya di daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. ", "Norazam turut menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah dan kerap dilanda banjir untuk mengambil langkah waspada dan mengambil maklum tentang perubahan cuaca dari semasa ke semasa. " ]
[ "bomba", " selangor", " banjir", " banjir kilat " ]
"news_bencana.php?id=2151989"
"Alliance Bank tawar bantuan banjir kepada pelanggan, perniagaan"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd menawarkan program bantuan banjir bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi pelanggan dan perniagaan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di seluruh negara. ", "Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata program tersebut akan merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, penstrukturan semula pembayaran balik pinjaman dan pengecualian bayaran dan caj bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam.", "Menurutnya, bayaran dan caj bagi perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad mesin juruwang automatik (ATM), buku cek dan buku bank yang hilang atau rosak semasa bencana juga akan dikecualikan.", "“Kami memahami tekanan emosi dan kewangan yang ditanggung keluarga dan perniagaan yang terjejas akibat banjir, (dan) berharap (bantuan) sokongan itu akan dapat mengurangkan sedikit kebimbangan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Kellee Kam.", "Bank tersebut berkata pihaknya juga membantu kakitangannya dalam menghadapi waktu yang sukar ini.", "Pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pusat panggilan bank di talian 03-5516-9988 atau pengurus perhubungan mereka secara terus bagi membincangkan pakej bantuan yang memenuhi keperluan mereka. ", "-- BERNAMA" ]
[ "alliance bank", " bantuan sokongan banjir", " pelanggan", " perniagaan", " beban kewangan" ]
"news_bencana.php?id=2151915"
"Waris mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali terima pencen penakat"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "ALOR GAJAH, 29 Dis (Bernama) -- Waris Lai Chee Sam, 33, mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor baru-baru ini, akan menerima pencen penakat bermula bulan depan, kata Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.", "Beliau berkata pencen penakat berjumlah RM847.60 itu akan dibayar kepada bapa mendiang Chee Sam iaitu Lai Hua Keong, 54, dan ibunya, Chia Eet Loun, 51, sepanjang hayat mereka.", "\"Waris mangsa juga layak mendapat Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 secara sekali beri,\" katanya kepada pemberita pada program Skuad Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar di Kampung Permai di sini hari ini.", "Ngwe berkata mendiang Chee Sam layak menerima pencen penakat tersebut selepas memenuhi syarat kelayakan penuh apabila mula mencarum dengan Perkeso pada 1 Jun 2018.", "Beliau berkata pencen penakat berkenaan diharap dapat meringankan beban keluarga Chee Sam yang kehilangan anak sulung daripada tiga beradik dalam tragedi tersebut.", "Dalam tragedi berkenaan, selain Chee Sam, Hua Keong turut kehilangan menantunya Lai See Tin, 33, serta dua cucu iaitu Giselle Lai Yu Xi, 6, dan Jonas Lai Ze Kai, 2.", "Sementara itu, Abd Razak berkata majikan perlu membuat caruman dengan Perkeso bagi setiap pekerja yang digajikan mereka bagi memastikan pekerja sentiasa dilindungi.", "Beliau berkata mana-mana pekerja boleh membuat aduan kepada Perkeso jika majikan enggan mencarum dengan agensi berkenaan.", "-- BERNAMA" ]
[ "tanah runtuh", " batang kali", " perkeso", " pencen penakat", " faedah pengurusan mayat" ]
"news_bencana.php?id=2151907"
"JPS laksana 40 projek RTB, saliran di Kelantan dan Terengganu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "TUMPAT, 29 Dis (Bernama) -- Sebanyak 40 projek berkaitan rancangan tebatan banjir (RTB) serta saliran mesra alam sedang dan akan dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kelantan dan Terengganu.", "Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelaksanaan projek RTB akan meningkatkan bilangan penduduk yang dilindungi daripada banjir.", "Beliau berkata terdapat dua projek utama RTB dalam pelaksanaan di Kelantan iaitu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan yang sudah mencapai 87.74 peratus status kemajuan fizikal dan dijangka siap pada 20 April 2023 dengan kos sebanyak RM456 juta.", "\"PLSB Sungai Golok fasa satu telah mencapai 71 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2024 manakala fasa dua pula. status terkini adalah di peringkat tender dan dijangka surat setuju terima kepada kontraktor dapat dikeluarkan pada Mac 2023.", "\"Fasa tiga pula akan dilaksanakan melalui peruntukan ‘off-budget’ dengan anggaran kos keseluruhan projek ini (PLSB sungai Golok) adalah sebanyak RM2.156 bilion,\" katanya.", "Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Kerja Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Bendang Pa’ Yong di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tumpat Datuk Mumtaz Md Nawi.", "Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempercepat projek tebatan banjir PLSB Sungai Golok di Kelantan yang mampu mengurangkan bencana banjir seterusnya memberikan manfaat yang besar kepada penduduk sekitar. ", "Nik Nazmi berkata pihaknya akan menyegerakan laporan berhubung PLSB untuk tindakan selanjutnya supaya projek terbabit dapat diteruskan segera.", "\"Kita memahami keperluan terdesak menangani isu perubahan iklim seperti fenomena bencana banjir yang sudah menjadi kejadian tahunan. Oleh itu, kita akan memberi fokus dalam mendepani usaha untuk mencari penyelesaian jangka panjang melalui pendekatan adaptasi dan mitigasi berkesan menangani isu perubahan iklim,\" katanya." ]
[ "jps", " plsb", " nik nazmi", " banjir", " bencana", " hujan" ]
"news_bencana.php?id=2151865"
"Banjir semakin pulih, hanya satu PPS masih beroperasi di Terengganu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Situasi banjir yang melanda beberapa negeri sejak akhir bulan lepas semakin pulih dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Terengganu, pagi ini.", "Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 53 orang daripada 12 keluarga masih di PPS Masjid Kampung La di Besut, kekal seperti semalam. ", "Semua mangsa berkenaan dijangka berada di PPS itu untuk tempoh yang lama berikutan kebanyakan rumah mereka rosak sepenuhnya akibat dihanyutkan arus banjir.", "Sementara itu, jumlah penduduk di Sabah yang terkesan dengan fenomena air pasang besar dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berkurang kepada 652 orang daripada 113 keluarga pagi ini berbanding 688 orang daripada 121 keluarga, malam tadi.", "Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini menasihatkan penduduk di negeri-negeri Pantai Timur agar kekal berwaspada walaupun situasi bencana itu semakin pulih, berikutan hujan lebat berterusan masih berpotensi berlaku kerana Monsun Timur Laut belum berakhir hingga Mac 2023.", "-- BERNAMA", " " ]
[ "banjir", " air pasang besar", " pps", " terengganu", " sabah" ]
"news_bencana.php?id=2151843"
"Banjir: Hanya dua PPS beroperasi di dua negeri malam ini"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di Terengganu dan Sabah semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di setiap negeri berkenaan setakat malam ini, manakala di Kelantan telah tutup sepenuhnya. ", "Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Kampung La di Besut masih kekal seramai 53 orang daripada 12 keluarga.", "Kesemua mangsa dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.", "Di SABAH, jumlah mangsa yang terjejas dengan fenomena air pasang besar menurun kepada 688 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berbanding 1,454 orang berlindung di PPS sama, petang tadi.", "Sementara itu di KELANTAN, PPS terakhir di Pusat Tarbiyah Pohon Buluh, Pasir Mas yang menempatkan 17 orang daripada lima keluarga petang tadi ditutup sepenuhya kira-kira 6.15 petang selepas kediaman kesemua mangsa banjir yang terjejas selamat untuk didiami semula. ", "-- BERNAMA", " " ]
[ "banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151839"
"JAKOA bina jalan alternatif untuk masyarakat Pos Balar "
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "GUA MUSANG, 28 Dis (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Asli (JAKOA) akan membina jalan alternatif untuk kemudahan lebih 1,000 masyarakat Orang Asli Pos Balar keluar ke bandar bagi melakukan urusan harian mereka.", "Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pengurusan JAKOA Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata keputusan tersebut diambil sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi masalah penduduk orang Asli di penempatan berkenaan yang terputus hubungan berikutan tanah runtuh selain struktur jalan raya yang rosak. ", "Katanya, perancangan tersebut akan melibatkan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) selaku pelaksana projek jalan alternatif tersebut. ", "\"JAKOA dalam perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan KESEDAR untuk membaiki jalan terbabit namun bergantung pada keadaan cuaca.", "\"Selain itu, kami akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan alternatif lain yang lebih cepat untuk membaik pulih tanah runtuh terbabit,\" katanya ketika ditemui pemberita semasa operasi menghantar bekalan bantuan makanan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Balar, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut mengenai sesi persekolahan yang akan bermula awal Januari tahun depan, Saiful Zahlan berkata pihaknya akan mendapatkan khidmat penerbangan ihsan daripada Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membawa pelajar dari penempatan yang terputus hubungan akibat jalan rosak dan jambatan runtuh.", "\"Untuk rekod, seramai 90 pelajar dari Pos Gob akan meneruskan sesi persekolahan tahun depan.", "\"Daripada jumlah itu 12 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, 33 murid dari SK Kuala Betis dan 45 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panggung Jaya,\" katanya. ", "-- BERNAMA" ]
[ "jakoa", " pos balar", " orang asli", " tanah runtuh", " bantuan" ]
"news_bencana.php?id=2151831"
"Isu banjir kilat di KL diberi perhatian khusus - Nga Kor Ming"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 25 kawasan 'hot spot' banjir kilat di ibu negara dalam usaha mencari jalan mengatasi masalah itu.", "Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata beliau telah meminta DBKL memberi perhatian khusus dan keutamaan terhadap projek tebatan banjir dan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan bagi mengatasi masalah berkenaan.", "Beliau berkata banjir kilat adalah satu masalah kronik yang bukan sahaja merunsingkan rakyat, malah juga menjejaskan imej Kuala Lumpur.", "\"Tindakan segera wajib diambil khususnya ketika musim tengkujuh yang sedang melanda negara kita,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah di pejabatnya di Putrajaya hari ini.", "Nga berkata dalam pertemuan itu, beliau turut mengarahkan mesyuarat bulanan melibatkan Datuk Bandar dan Ahli-Ahli Parlimen diadakan bermula Januari bagi mencari jalan mengatasi masalah yang timbul demi kesejahteraan warga Kuala Lumpur.", "Katanya, keperluan DBKL meningkatkan pencahayaan di Kuala Lumpur terutamanya di kawasan tumpuan pelancong seperti di Bukit Bintang Walk, Petaling Street dan KLCC juga dibincangkan dalam pertemuan itu.", "\"DBKL digalakkan mengadakan kerjasama bersama pihak swasta supaya tempat-tempat strategik ini setaraf dengan jalan-jalan ikon bandar raya di dunia seperti Oxford Street di London, Orchard Road di Singapura dan Ginza Street di Tokyo.", "\"Peranan DBKL selaku pihak berkuasa tempatan juga perlu diperkasa supaya Kuala Lumpur berupaya menjadi sebuah bandar raya yang bersih, indah, hijau dan mesra pengguna,” katanya.", "Beliau berkata DBKL juga perlu mengambil kira pembinaan trek joging dan laluan basikal pada peringkat awal perancangan pembangunan untuk memupuk gaya hidup sihat dan cergas. " ]
[ "kpkt", " dbkl", " kuala lumpur", " banjir", " nga kor ming" ]
"news_bencana.php?id=2151813"
"Tanah Runtuh: Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi - Bapa"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Seorang bapa tidak menyangka tingkah laku anak tunggalnya yang bersunguh-sungguh berpesan supaya beliau menjaga diri sebelum pergi berkhemah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada 13 Dis lalu, merupakan detik terakhir mereka bersama.", " Bagi peniaga ubat ,Tong Chee Kong, 44, sehingga saat ini masih tergiang-ngiang kata-kata terakhir mendiang anak lelakinya,Tong Kai En, 9, yang pergi berkhemah di kawasan itu bersama rombongan sekolah  sebelum terkorban dalam tragedi pada 16 Dis lalu.", " “(Sebelum pergi) anak sempat memeluk dan memberitahu, saya akan tinggal seorang diri di rumah selepas ini, jadi saya kena jaga diri sendiri memandangkan dia dan emaknya hendak pergi berkhemah.", "“Dia kemudian bersalam dan memeluk saya sekali lagi sebelum berkali-kali berpesan supaya menjaga diri. Selepas itu tiada lagi komunikasi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato’ Senu, di sini, hari ini.", "Beliau sebelum itu menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, dengan diiringi Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kematian sebanyak RM20,000.", "Menceritakannya lebih lanjut, Tong berkata hanya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi oleh ibu mentua kira-kira jam 10 pagi yang bertanyakan sama ada anak dan isterinya telah pulang dari tapak khemah berkenaan selepas melihat berita kejadian tanah runtuh yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen.", "Tong, yang ketika itu berada di tempat kerja, kemudian segera menghubungi balai polis berdekatan untuk mengetahui sama ada anak dan isterinya, Lai Lee Koon, 44, terlibat, namun gagal mendapat sebarang pengesahan kerana polis belum mendapat maklumat penuh.", "Selepas seharian menunggu, katanya, beliau kemudian nekad mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam kejadian dengan harapan akan menemui mereka dalam keadaan selamat, namun dunianya bagaikan gelap seketika apabila dimaklumkan anak dan isterinya merupakan antara terkorban dalam tragedi itu.", "Sementara itu, ibu Nurul Azwani Kamaruzaman, 31, iaitu Siti Esah Hassan, 53, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang periang dan peramah menyebabkannya disenangi bukan sahaja oleh kaum keluarga tetapi juga dalam kalangan kenalannya." ]
[ "armizan mohd ali", " bantuan", " tanah runtuh", " waris", " mangsa", " batang kali" ]
"news_bencana.php?id=2151793"
"Banjir di Sarawak, Perak pulih sepenuhnya"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Sarawak dan Perak pulih sepenuhnya manakala keadaan di Sabah serta Terengganu tidak berubah sementara jumlah mangsa di Kelantan semakin berkurang setakat petang ini.", "Di Sarawak, situasi banjir pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau ditutup tengah hari tadi.", "Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebelum ini, PPS itu menempatkan tujuh mangsa banjir. ", "Di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan PPS di Dewan Sekolah Menengah Abd Rahman Talib (SMART) Batu 4 di daerah Hilir Perak ditutup secara rasmi petang ini dan semua 35 mangsa daripada enam keluarga telah pulang ke kediaman masing-masing. ", "Sementara di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 17 orang daripada lima keluarga petang ini berbanding 31 orang daripada 12 keluarga pagi tadi.", "Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my memaklumkan kesemua mangsa itu ditempatkan di sebuah PPS di Pasir Mas.", "Di Sabah, 135 mangsa banjir daripada 56 keluarga di Kota Belud yang ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.", "Sementara itu, 1,454 orang yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di Sabah masih berlindung di sebuah PPS di Sandakan manakala 298 lagi di enam PPS di Pitas.", "Di Terengganu, Sekretariat JPBN memaklumkan seramai 53 orang daripada 12 keluarga mangsa banjir di Besut masih berlindung di PPS Masjid Kampung La dan semuanya dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama selepas kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir." ]
[ "banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151752"
"Tiada tempoh masa gantian dokumen bagi mangsa banjir-JPN"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA NERUS, 28 Dis (Bernama) -- Tiada tempoh masa ditetapkan atau laporan polis diperlukan  oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mangsa banjir memohon penggantian dan pembaharuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran secara percuma.", "Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, berkata mangsa banjir tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat penggantian dan pembaharuan dokumen  sekiranya perlu menyelesaikan urusan peribadi yang lebih penting.", "Bagaimanapun, beliau menasihatkan supaya mempercepatkan proses permohonan penggantian atau pembaharuan dokumen bagi melancarkan urusan seperti pembukaan sesi persekolahan dan perbankan yang memerlukan penggunaan dokumen berkenaan.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan barangan kepada kakitangan JPN Terengganu yang terjejas banjir di Taman Desa Tanjung Damai, di sini, hari ini.", "Bagi membantu mangsa banjir, Ruslin berkata pihaknya akan turun ke lokasi terkesan akibat banjir termasuk kawasan pedalaman bagi membolehkan mangsa membuat permohonan tanpa perlu ke pejabat JPN berdekatan.", "“Selepas siap, kita akan hantar sendiri dokumen kepada mereka dalam tempoh tiga hingga lima hari,\" katanya.", "Dalam pada itu, katanya, sebanyak  6,853 kad pengenalan  gantian telah dikeluarkan oleh JPN atas pelbagai sebab termasuk bencana di seluruh negara bermula 1 Jan hingga semalam.", "\"Bagaimanapun jumlah ini dijangka akan terus meningkat kerana banjir di Terengganu baru habis, begitu juga di Kelantan,\" katanya.", " -- BERNAMA" ]
[ "jpn", " banjir", " dokumen", " sijil lahir", " ruslin jusoh." ]
"news_bencana.php?id=2151732"
"MAIWP salur RM6 juta bantu mangsa banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM6 juta bagi membantu mangsa banjir khususnya di negeri Pantai Timur. ", "Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM1 juta akan disalurkan masing-masing kepada Majlis Agama Islam Negeri di Kelantan, Terengganu dan Pahang.  ", "Beliau berkata RM2 juta lagi untuk misi bantuan banjir dan barangan sumbangan seperti jag air elektrik, sejadah, kain batik, kain pelikat serta alatan pembersihan.", "Sementara itu, sebanyak RM1 juta disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan kit solat menerusi Skuad Musa’adah iaitu agensi di bawah Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.", "“Peruntukan RM6 juta merupakan wang zakat daripada pembayar zakat dan kami berterima kasih kepada kesemua pembayar zakat,” katanya kepada pemberita selepas upacara penyerahan vest Skuad MAIWP INSANI di Darul Kifayah MAIWP Batu Caves di sini, hari ini. ", "Dalam masa sama, pihaknya turut memobilisasikan Skuad MAIWP INSANI ke Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga Jumaat (30 Dis).", "Mohd Daud berkata seramai 108 pegawai MAIWP, anak syarikat MAIWP dan badan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat dalam menyalurkan bantuan barangan kelengkapan berkenaan yang merangkumi 1,500 mangsa banjir di setiap negeri yang terlibat. ", "“Pada peringkat awal, mungkin banyak sokongan tetapi ketika pascabanjir, ia memerlukan tenaga dan kudrat manusia untuk mereka yang terkesan terutamanya bagi membersihkan rumah dan mengembalikannya dalam keadaan asal. ", "“Jadi hari ini, skuad misi MAIWP INSANI menyumbang tenaga dan tulang empat kerat untuk membantu mangsa banjir di samping bantuan dan sumbangan kewangan daripada kami (MAIWP),” katanya. " ]
[ "maiwp", " banjir", " bantuan", " skuad maiwp insani", " kelantan", " terengganu" ]
"news_bencana.php?id=2151678"
"Polis Kelantan pantau situasi semasa banjir di Thailand"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA BHARU, 28 Dis (Bernama) -- Polis Kelantan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai situasi semasa banjir di negara jiran, Thailand bagi menghadapi gelombang ketiga banjir di negeri itu.", "Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya turut mendapatkan maklumat berkaitan banjir daripada agensi berkaitan khususnya di kawasan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.", "\"Kami mendapat maklumat dan ramalan berlaku (gelombang ketiga) awal bulan depan. Oleh itu, kami akan pantau keadaan banjir di Thailand kerana banjir baru-baru ini turut melibatkan kawasan Hatyai dan pekan Sungai Golok.", "\"Paras air sungai Golok turut  ada kena mengena dengan banjir di Kelantan dan kami sudah bersiap sedia dari segi keanggotaan dan aset menghadapi sebarang kemungkinan,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata empat balai polis, lapan pondok Pasukan Gerakan Am (PGA) terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu sejak 18 Dis lepas.", "\"Kami telah membuat penelitian terhadap kerosakan yang perlu dibaiki dan kos sebelum dihantar kepada Bukit Aman.", "\"Alhamdulillah, banjir di Kelantan setakat ini semakin pulih, hanya satu sahaja pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu di Pasir Mas,\" katanya.", "Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat seorang mekanik dalam takungan air banjir di Kubang Kacang Sabtu lepas." ]
[ "polis", " mayat", " banjir", " kelantan", " muhammad zaki", " sempadan" ]
"news_bencana.php?id=2151677"
"Kementerian Kewangan pertimbang bina Rumah Mesra Rakyat kepada mangsa banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "JERTIH, 28 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.", "Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mangsa banjir yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya akibat bencana alam itu boleh memohon rumah di bawah SPNB.", "“Petang esok saya akan dapatkan data terperinci dengan SPNB tentang keperluan bantuan untuk rumah mangsa banjir yang musnah sama sekali yang boleh mereka (SPNB) bantu.", "“Contohnya seperti tahun-tahun sebelum ini mangsa banjir yang rumah mereka rosak sepenuhnya akibat banjir di Kampung La memohon Rumah Mesra Rakyat atas usaha pemimpin setempat,” katanya kepada pemberita selepas program Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada 200 mangsa banjir di Sekolah Kebangaan (SK) Kampung La di Hulu Besut, dekat sini hari ini.", "Tambahnya, pembinaan RMR di atas tanah sendiri tersebut merupakan satu kaedah untuk membantu mangsa banjir di negara ini, namun ada bayaran bulanan dikenakan.", "“Ia tidak percuma tetapi kaedah bayaran yang dikenakan tidak terlalu tinggi dan mampu milik selain ada jumlah subsidi yang tinggi dan rumah dibina oleh kontraktor tempatan.", "“Permohonan ini hanya pilihan dan kerana kami juga turut mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal dan sebagainya,” katanya yang turut melawat tapak rumah mangsa yang musnah dihanyutkan banjir di kampung tersebut.", "Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama semalam berkata berdasarkan maklumat, 11 rumah di Kampung La musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibaiki sebelum boleh diduduki.", "-- BERNAMA" ]
[ "kampung la", " hulu besut", " rumah mesra rakyat (rmr)", " ahmad", " rumah", " spnb", " bantuan", " rosak" ]
"news_bencana.php?id=2151610"
"Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan, empat negeri kekal"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa pagi ini merekodkan penurunan manakala jumlah mangsa di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah pula kekal.", "Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir kini berkurangan kepada 35 orang daripada enam keluarga berbanding 42 orang membabitkan lapan keluarga malam tadi.", "Di KELANTAN, menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my jumlah mangsa di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas kekal dengan 31 orang daripada 12 keluarga pada pagi ini.", "Di TERENGGANU pula, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa di Besut kekal 53 orang daripada 12 keluarga yang berlindung di PPS Masjid Kampung La dan semua mangsa dijangka berada di PPS itu bagi tempoh lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.", "Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal tujuh orang yang masih berlindung di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau, pagi ini.", "Di SABAH, jumlah mangsa yang dipindahkan di Kota Belud kekal 135 orang daripada 56 keluarga dengan 62 individu daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan 73 orang daripada 30 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.", "Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar juga kekal 1,454 orang daripada 298 keluarga setakat pagi ini.", "Mereka ditempatkan di sebuah PPS di Sandakan (688 orang daripada 121 keluarga) dan enam PPS di Pitas (766 orang daripada 177 keluarga).", "-- BERNAMA" ]
[ "banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151580"
"Kes demam denggi meningkat 3.5 peratus minggu lepas - KP Kesihatan"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Dis meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya. ", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.", "Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 64,078 kes berbanding 25,794 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 148.4 peratus manakala 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021. ", "“Sebanyak 58 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 55 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 32 lokaliti hotspot berada di Selangor, 16 lokaliti di Sabah, enam lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan empat lokaliti di Pulau Pinang,” katanya. ", "Beliau berkata survelan chikungunya pula merekodkan 16 kes pada ME ke-51 dengan 10 kes di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan dua kes dan masing-masing satu kes di Selangor dan Pahang, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini adalah 801 kes. ", "\"Bagi survelan zika, sebanyak 2,181 sampel darah dan 18 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya. ", "Dr Noor Hisham turut menyarankan masyarakat agar melakukan aktiviti gotong-royong bagi memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan seterusnya menurunkan insiden jangkitan demam denggi.", "Beliau berkata bagi kawasan dilanda banjir, sampah, barang lusuh dan barangan dihanyutkan hendaklah dilupuskan secara berhemah selain perlu memastikan tiada air bertakung di persekitaran premis.", "“Ini kerana bahan buangan tersebut dapat menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan takungan air yang sedikit untuk bertelur. " ]
[ "dr noor hisham", " nyamuk aedes", " denggi", " zika", " chikungunya", " banjir" ]
"news_bencana.php?id=2151569"
"Situasi banjir di Perak, Kelantan dan Sarawak semakin pulih"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Perak, Kelantan dan Sarawak semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara  (PPS) malam ini berkurangan berbanding petang tadi.", "Di Sabah dan Terengganu pula, jumlah mangsa yang berlindung di PPS tidak berubah berbanding angka yang dicatat pada sebelah petang.", "Di PERAK, bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 42 orang membabitkan lapan keluarga setakat 9 malam berbanding 50 daripada 10 keluarga di daerah Hilir Perak pada 4 petang.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melalui satu kenyataan memaklumkan semua penduduk Kampung Batu 7 1/2 Lorong Mesra dan Kampung Batu 7, Changkat Jong itu ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART). ", "Di KELANTAN, sebuah PPS di Pasir Mas ditutup malam ini menjadikan hanya dua lagi masih beroperasi di jajahan itu membabitkan 31 mangsa iaitu 17 orang di Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh manakala 14 lagi di Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha.", "Di SARAWAK, JPBN memaklumkan hanya tujuh mangsa banjir masih ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong di Sebuyau malam ini.", "Di TERENGGANU pula, jumlah mangsa banjir di Besut  kekal 53 orang daripada 12 keluarga yang berlindung di PPS Masjid Kampung La.", "Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama petang tadi berkata semua mangsa dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.", "Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 135 orang daripada 56 keluarga dengan 62 individu daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dan 73 orang daripada 30 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa." ]
[ "banjir", " pps", " fenomena air pasang besar " ]
"news_bencana.php?id=2151517"
"Berita ringkas Bernama: 27 Dis"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PESARA, GURU BAHASA ISYARAT MENANG PAKEJ UMRAH BERNILAI RM10,300 ", " ", "KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Seorang pesara dan seorang guru bahasa isyarat menerima pakej umrah bernilai RM10,300 selepas terpilih memenangi Kuiz Program Seruan Haji pada musim haji yang lepas.", "Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jamaludin Aloi dari Tanjung Karang, Selangor dan Haryati Abdul Rahman dari Bandar Saujana Putra menerima hadiah yang ditaja oleh TH Travel & Services Sdn Bhd itu di Menara TH di sini.", "Pengarah Eksekutif Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata objektif utama kuiz itu adalah bagi memupuk minat umat Islam di Malaysia khususnya bakal haji untuk mendalami Ilmu pelaksanaan ibadat haji dan memahami situasi di tanah suci ketika transisi era pandemik kepada endemik.", "Sebanyak tujuh episod Program Seruan Haji telah dilaksanakan dengan enam secara bual bicara manakala yang terakhir dalam format dokumentari. ", "-- BERNAMA", " ", "          YAYASAN HASANAH ANUGERAH GERAN RM4.15 JUTA MENERUSI ArtsFAS" ]
[ "th", " yayasan hasanah", " artsfas", " merhrom", " rohingya", " mercy malaysia", " mangsa banjir" ]
"news_bencana.php?id=2151510"
"Rumah hanyut, mangsa banjir di Besut masih berada di PPS"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "BESUT, 27 Dis (Bernama) -- Hampir kesemua 53 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Kampung La, di sini masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kediaman yang dihuni sejak berpuluh tahun musnah dihanyutkan banjir.", "Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata mereka dijangka terpaksa berteduh di PPS Masjid Kampung La untuk satu tempoh yang lama, sementara menantikan maklum balas lanjut daripada pihak berkaitan bagi mendapatkan bantuan.", "\"Berdasarkan maklumat, 11 rumah musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras manakala sebuah lagi mengalami kerosakan dan terpaksa dibaiki sebelum boleh diduduki.", "\"Kita pun tak boleh nak anggarkan sampai bila mereka akan berada di sini (PPS). Ia bergantung kepada cepat atau lambat bantuan akan diterima kerana mereka dah tidak ada rumah untuk pulang,\" katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.", "Bagaimanapun, Ramlan berkata semua keperluan mangsa banjir termasuk makanan dan barangan lain di PPS itu mencukupi dan diuruskan dengan baik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).", "-- BERNAMA", " " ]
[ "banjir", " apm", " rumah", " hanyut", " jkm" ]
"news_bencana.php?id=2151509"
"Hampir tiga minggu di PPS, mangsa banjir rindu rumah"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR MAS, 27 Dis (Bernama) -- Selepas 16 hari berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong di sini, seorang mangsa banjir Marhami Rosli, 44, sudah tidak sabar lagi untuk kembali ke rumahnya.", "Marhami berkata walaupun rumahnya itu yang terletak betul-betul di pinggir Sungai Golok, tidak mewah tetapi tetap dirindui selain lebih selesa di rumah sendiri daripada terpaksa berkongsi kemudahan dengan orang lain di PPS.", "“Namun, Alhamdulillah juga kerana di PPS ini kami terselamat daripada bahaya. Makan dan minum kami di sini juga terjaga selain ada pihak yang prihatin datang ke sini menghulurkan sumbangan,” katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.", "Marhami merupakan seorang daripada sembilan keluarga terawal yang berlindung di PPS tersebut dan kesemua mereka adalah penghuni paling lama di situ setakat ini.", "Menurutnya dia ada pulang menjenguk keadaan rumahnya di Kampung Jeram Perdah baru-baru ini dan terkejut apabila mendapati tiang pada bahagian dapur patah akibat dilanda arus banjir.", "“Sedih melihat keadaan rumah saya dengan perabot juga banyak yang rosak. Harap-harap ada pihak yang sudi menyalurkan bantuan untuk membantu meringankan beban kami sekeluarga.", "“Air di sekitar rumah masih pada paras lutut. Risau juga saya nak balik sekarang lebih-lebih lagi kalau ada haiwan berbisa seperti ular,” katanya yang menyewa di rumah tersebut bersama suami dan tiga anak mereka.", "Jirannya, Aishah Salleh, 55, yang merupakan seorang ibu tunggal, menjangkakan sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum air ‘banjir termenung’ benar-benar surut di kediaman mereka.", "Aishah berkata saban tahun kawasan penempatan mereka menjadi tempat paling awal dinaiki air dan paling akhir surut." ]
[ " banjir", " termenung", " mangsa", " rindu", " rumah", " pasir mas", " kelantan", " pps" ]
"news_bencana.php?id=2151499"
"Banjir di Kelantan, Terengganu makin pulih, jumlah mangsa terus berkurangan"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan satu di Terengganu ditutup hari ini.", "Di  Sabah dan Sarawak pula melibatkan satu daerah dengan jumlah mangsa berlindung di PPS kekal sama manakala di Perak merekodkan penurunan.", "Di KELANTAN, sebuah PPS terakhir di jajahan Tumpat dan sebuah PPS di jajahan Pasir Mas ditutup hari ini menjadikan hanya Pasir Mas masih terjejas banjir dengan tiga PPS masih dibuka setakat 4 petang ini.", "Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my merekodkan 209 orang mangsa banjir daripada 68 keluarga berada di tiga PPS petang ini, berbanding 718 orang mangsa daripada 246 keluarga di lima PPS pagi tadi.", "PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong menempatkan 178 mangsa, Pusat Tarbiah Nasrullah Pohon Buloh (17) dan SK Banggol Chicha (14).", "Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir di Besut berkurangan kepada 53 orang daripada 12 keluarga berbanding 138 orang daripada 41 keluarga, pagi tadi.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Pantai telah ditutup 10 pagi tadi dan hanya PPS Masjid Kampung La yang masih beroperasi di daerah tersebut.", "Di PERAK, bilangan mangsa banjir di daerah Hilir Perak menurun sedikit kepada 50 orang membabitkan 10 keluarga setakat jam 4 petang tadi, berbanding 60 orang daripada 13 keluarga pagi tadi yang ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART).", "Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 135 daripada 56 keluarga dengan PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan menempatkan 62 mangsa daripada 26 keluarga dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa menempatkan 73 mangsa daripada 30 keluarga." ]
[ "banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151498"
"Agensi kerajaan, GLC diminta proaktif bantu mangsa banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "MACHANG, 27 Dis (Bernama) -- Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta memainkan peranan lebih proaktif menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mangsa banjir.", "Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata agensi kerajaan dan GLC terutama syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan (MOF) perlu menjadi contoh bagi membantu rakyat yang ditimpa musibah.", "\"GLC terutama syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan perlu lebih aktif tanpa perlu menunggu arahan supaya berusaha membantu mereka yang terkena musibah.", "\"Apabila mendapat tahu mengenai bencana seperti banjir, kebakaran dan ribut memerlukan bantuan segera,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana banjir berjumlah RM80,000 kepada 800 penerima di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, di sini hari ini.", "Setakat pagi tadi, lima negeri masih terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak melibatkan ribuan mangsa.", "-- BERNAMA" ]
[ "ahmad maslan", " agensi kerajaan", " glc", " banjir" ]
"news_bencana.php?id=2151423"
"AKSB sedia lebih 50 lori tangki air bantu mangsa banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA BHARU, 27 Dis (Bernama) -- Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan lebih 50 lori tangki bagi membantu mangsa banjir yang terkesan melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut.", "Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Abd Rahman Yunus berkata bantuan air itu dihantar ke tangki statik serta rumah penduduk terjejas banjir.", "\"Mereka (mangsa) hanya perlu menghubungi AKSB dan pihak AKSB akan menghantar bekalan secara terus,\" katanya pada sidang media selepas Program Bantuan Banjir anjuran Pasar Raya G-Orange di Tunjong, di sini hari ini.", "Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong Datuk Dr Ramli Mamat.", "Mengulas lanjut, Abd Rahman berkata air yang disalurkan melalui tangki statik akan diselia oleh ADUN dan Penghulu Mukim diarahkan untuk memastikan bantuan sampai ke kawasan terlibat.", "\"Penyediaan tangki air itu adalah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan kediaman atau premis mangsa yang terjejas banjir ketika ini,\" katanya.", "-- BERNAMA", " " ]
[ "banjir", " aksb", " lori", " tangki statik", " mangsa" ]
"news_bencana.php?id=2151420"
"Kerajaan Perak serius tangani isu banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "IPOH, 27 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak serius dalam menangani isu banjir dengan pelaksanaan beberapa Projek Tebatan Banjir khususnya di daerah Larut, Matang dan Selama, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.", "Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ia dilaksanakan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) antaranya Projek Tebatan Banjir Sungai Larut Fasa 1 selain beberapa projek lain yang menelan kos tinggi dengan menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan.", "“JPS bertanggungjawab dalam menyelenggara sungai-sungai bagi mengurangkan masalah banjir yang satu daripada kaedahnya ialah mengorek pulih sungai dan hasil korekan itu akan dijadikan sebagai ban banjir.", "“Hasil korekan berkenaan tidak dibawa keluar memandangkan kos pengeluaran pasir melibatkan kos tinggi dan memerlukan kelulusan daripada pejabat daerah dan tanah.", "“Namun JPS telah bekerjasama dalam perkongsian pintar dengan pihak Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan sungai-sungai utama yang diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) secara blanket,” katanya menjawab soalan Khalil Yahya (PAS-Kubu Gajah) mengenai langkah kerajaan negeri berkaitan projek tebatan banjir.", "Mohammad Nizar berkata melalui usaha sama pintar ini, hasil korekan sungai akan dijual sekali gus dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan negeri dan dapat mengurangkan masalah banjir.", "Jelasnya, Projek Tebatan Banjir adalah satu daripada langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan yang berisiko dengan kebanyakan projek memerlukan kajian lebih terperinci dalam mereka bentuk kerana menelan kos yang tinggi dan jangka masa panjang.", "-- BERNAMA" ]
[ "banjir", " jps", " perak", " mohammad nizar" ]
"news_bencana.php?id=2151407"
"Kerja pembinaan projek ECRL Jajaran Tunjong-Setiu terjejas akibat banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR PUTEH, 27 Dis (Bernama)  -- Hampir 70 peratus kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 1 dan 2 meliputi jarak 82 kilometer bagi jajaran Tunjong, di sini ke Setiu, Terengganu terjejas akibat banjir minggu lepas.", "Pengurus Pembinaan Seksyen 1 dan 2 Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Mohd Azemi Abdullah berkata lokasi terkesan banjir itu melibatkan kerja awalan seperti membersihkan hutan selain kawasan jajaran yang berada paras rendah.", "\"Kerja tanah terjejas dengan air hujan (banjir), jadi dari segi kejuruteraan kita tidak dibenarkan buat kerja.", "“Namun banjir bukan halangan 100 peratus dan kita tidak mengganggap semua ini sebagai halangan, sebaliknya kita mahu menambah baik produktiviti untuk menggantikan semula apa yang hilang pada masa banjir ini,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penyerahan Sumbangan Barangan Bantuan Mangsa Banjir kepada 180 penerima di Pejabat Penggawa Daerah Bukit Abal, di sini hari ini.", "Mohd Azemi berkata walaupun terkesan banjir, kerja-kerja pembinaan tidak tertangguh dan aktiviti pembinaan jambatan diteruskan.", "\"Cuma sekiranya berlaku hujan, mereka terpaksa menghentikan operasi kecuali bagi kerja yang berada pada ketinggian melebihi dua meter dari paras tanah asal.", "“Sebelum banjir, kita sudah tidak boleh masuk ke tempat rendah kerana digenangi air, oleh itu pada hari kejadian banjir ia dikira kemuncak sehingga kita tidak boleh langsung masuk ke situ,” katanya.", "-- BERNAMA" ]
[ "ecrl", " mrl", " banjir", " pembinaan", " terjejas", " tunjong", " setiu           " ]
"news_bencana.php?id=2151403"
"Enam fasiliti kesihatan masih ditutup akibat banjir di Terengganu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Sebanyak enam fasiliti kesihatan di Terengganu masih ditutup disebabkan banjir yang melanda pada 18 Disember lepas.", "Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Kasemani Embong berkata ia termasuk lima Klinik Desa (KD) di Besut serta satu di Dungun yang mengalami kerosakan teruk, dan memerlukan kerja-kerja pembaikan.", "Beliau berkata operasi klinik berkenaan telah dipindahkan ke fasiliti berdekatan supaya perkhidmatan serta rawatan kepada pesakit dapat diteruskan seperti biasa.", "\"Di Besut KD yang terlibat ialah KD Alor Keladi; KD Tembila; KD Felda Tenang; KD Alor Lintah dan KD Bukit Payung manakala di Dungun, KD Kuala Jengal,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "\"KD Tembila; KD Felda Tenang; KD Alor Lintah dan KD Bukit Payung akan beroperasi kembali pada 1 Jan ini manakala bagi KD Alor Keladi dan KD Kuala Jengal pula, tarikh pengoperasian semula akan diumumkan kelak,\" tambahnya.", "Sementara itu Kasemani berkata tiada wabak penyakit berjangkit dilaporkan berlaku di semua 315 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka dalam tempoh banjir, malah pihaknya juga telah menjalankan aktiviti kawalan pasca banjir di PPS serta lokaliti banjir bagi mencegah penyebaran penyakit berjangkit dan kawalan vektor.", "\"Bagi aktiviti kawalan vektor 3,788 premis telah diperiksa dan hanya satu premis didapati positif pembiakan nyamuk. Tiada kehadiran lipas, lalat dan tikus ditemui. Pengurusan sampah-sarap telah diuruskan dengan baik oleh komuniti setempat,\" katanya.", "Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan makan dan minum daripada sumber yang tidak dimasak bagi mencegah penyakit bawaan air dan makanan. ", "\"Ibu bapa juga perlu mengawasi anak-anak daripada bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan terdedah kepada risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis. " ]
[ "jknt", " kasemani embong", " banjir", " klinik desa", " vektor" ]
"news_bencana.php?id=2151400"
"Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, takaful bagi kediaman"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful bagi kediaman mereka dan 74 peratus pemilik rumah tidak mendapatkan perlindungan insurans bagi impak kerosakan banjir.", "Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad Shamsul Azman berkata hasil kaji selidik dijalankan Zurich Malaysia pada September tahun lepas turut mendapati 43 peratus pemilik kediaman tidak tahu isi kandungan rumah iaitu barangan di dalam rumah tidak semestinya dilindungi insurans atau takaful.", "\"Dengan keadaan kita yang menghadapi banjir setiap tahun saya agak bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi ini, kerosakan daripada banjir besar tahun lepas dianggarkan secara keseluruhannya bernilai RM6.1 bilion.", "\"Dua perkara yang ketara ialah kerosakan pada rumah iaitu kira-kira RM1.2 bilion manakala kerosakan pada kenderaan dalam anggaran RM1 bilion, jumlah kerugian yang sangat tinggi ini boleh diminimumkan dengan perlindungan takaful ataupun insurans,\" katanya kepada pemberita baru-baru ini.", "Shamsul berkata hasil kajian itu turut mendapati 59 peratus daripada pemilik kenderaan tidak mempunyai perlindungan mencukupi untuk kerosakan banjir oleh itu, golongan berkenaan disaran menambah perlindungan tambahan peril khas bagi melindungi kenderaan daripada kerosakan berpunca bencana itu. ", "Bagi perlindungan kenderaan, beliau berkata polisi insurans dan takaful Zurich Malaysia untuk peril khas memberi perlindungan kepada kenderaan termasuk ketika kenderaan dipandu atau dalam keadaan statik.", "Beliau berkata selain itu, Zurich Malaysia turut menawarkan pelan Z-Home Protect  secara konvensional dan patuh syariah untuk melindungi rumah dan isi kandungannya.", "-- BERNAMA" ]
[ "zurich malaysia", " insurans", " takaful", " banjir", " kediaman" ]
"news_bencana.php?id=2151391"
"LZNK hantar 24,000 kampit beras bantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "ALOR SETAR, 27 Dis (Bernama) -- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menghantar 24,000 kampit beras bernilai RM300,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di negeri Kelantan dan Terengganu.", "Dalam titah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin selepas melancarkan majlis pelepasan konvoi Misi Bantuan Banjir di Perkarangan Stadium Darul Aman di sini, hari ini, baginda berharap bantuan daripada Kedah itu sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi keperluan asas mangsa bencana di dua negeri berkenaan.", "Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata 12,000 kampit beras lima kilogram (kg) akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan manakala 12,000 kampit beras lagi akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu untuk diagihkan kepada mangsa banjir.", "Katanya 49 pegawai dan anggota dari LZNK, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyertai konvoi yang melibatkan 15 kenderaan itu dalam misi bantuan banjir berkenaan.", "-- BERNAMA", " " ]
[ "lznk", " banjir", " beras", " kelantan", " terengganu", " kedah" ]
"news_bencana.php?id=2151382"
"Siasatan tragedi tanah runtuh Batang Kali 90 peratus siap"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "BANGI, 27 Dis (Bernama) -- Siasatan polis berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali pada 16 Dis yang mengorbankan 31 nyawa kini telah hampir 90 peratus lengkap, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.", "Beliau berkata kini hanya tinggal siasatan di lokasi kejadian, rakaman percakapan anggota pasukan penyelamat dan laporan patologi daripada pihak hospital untuk mengetahui punca kematian mangsa yang terlibat.", "\"Sehingga kini polis telah merakam keterangan daripada 77 orang saksi melibatkan mangsa yang cedera dan keluarga mangsa, operator dan pekerja tapak perkhemahan dan anggota pasukan penyelamat, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 290 Kanun Keseksaan serta Akta Kerajaan Tempatan 1974,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.", "Seramai 66 orang pelatih yang merupakan pelajar UKM menerima sijil selepas berjaya menamatkan latihan masing-masing di majlis berkenaan.", "Sementara itu Arjunaidi berkata pihaknya telah mengesan 20 kenderaan yang tertimbus dalam kejadian berkenaan dan sedang mengenal pasti pemiliknya.", "\"Pihak polis tidak akan mengeluarkan kenderaan itu kerana ia tertimbus terlalu dalam, jadi ia terpulang kepada pemilik kenderaan itu nanti untuk berbincang dengan pihak insurans mereka berkaitan dengan tuntutan,\" katanya.", "Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.", "Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak." ]
[ "polis selangor", " arjunaidi mohamed", " tanah runtuh", " batang kali" ]
"news_bencana.php?id=2151348"
"Banjir di Kelantan bertambah baik, jumlah mangsa kekal di empat negeri"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Situasi banjir di Kelantan bertambah baik dengan bilangan mangsa yang ditempatkan di  pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan setakat pagi ini.", "Di Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak pula melibatkan satu daerah dengan jumlah mangsa berlindung di PPS tidak berubah.", "Di KELANTAN Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 718 orang daripada 246 keluarga berbanding 1,235 orang daripada 428 keluarga malam tadi.", " Kesemua mereka ditempatkan di lima PPS di jajahan Pasir Mas dan Tumpat.", "Di TERENGGANU, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan Besut merupakan satu-satunya daerah yang masih terjejas dengan dua PPS dibuka iaitu Masjid Kampung La yang menempatkan 126 orang manakala Balairaya Kampung Pantai 12 mangsa.", "Jumlah mangsa 138 orang daripada 41 keluarga itu kekal seperti malam tadi.", "Di PERAK, menurut Sekretariat JPBN jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak kekal seperti semalam dengan 62 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART).", "Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud juga kekal 135 daripada 56 keluarga dengan PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan menempatkan 62 mangsa daripada 26 keluarga dan  Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa menempatkan 73 mangsa daripada 30 keluarga.", "Sementara itu, jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS Sandakan dan Pitas akibat fenomena air pasang besar juga kekal 1,454 mangsa daripada 299 keluarga. " ]
[ "banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151315"
"Mangsa banjir di Kelantan dan Sabah catat penurunan, Sarawak meningkat"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Sabah malam ini mencatatkan penurunan, di Sarawak menyaksikan sedikit peningkatan manakala Terengganu serta Perak kekal seperti pada sebelah petang. ", "Selain itu, jumlah penduduk di pesisir pantai Sabah terutama yang tinggal di rumah atas air dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran fenomena air pasang besar turut dilaporkan berkurangan. ", "Di KELANTAN, jumlah mangsa berkurangan kepada 1,235 orang daripada 428 keluarga berbanding 1,511 orang daripada 515 keluarga petang tadi.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir ditempatkan di lima PPS dalam jajahan Pasir Mas dan Tumpat.", "Di SABAH, mangsa yang dipindahkan di Kota Belud berkurangan kepada 135 orang daripada 56 keluarga berbanding 139 orang daripada 57 keluarga petang tadi.", "PPS yang dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan menempatkan 62 orang daripada 26 keluarga manakala Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa menempatkan 73 orang daripada 30 keluarga.", "Jumlah penduduk terutama yang tinggal di rumah atas air dan dipindahkan akibat fenomena air pasang besar berkurangan kepada 1,454 orang daripada 299 keluarga berbanding 1,506 orang daripada 314 keluarga.", "PPS Dewan Muhibbah Sembulan di Kota Kinabalu ditutup malam ini manakala 686 orang daripada 122 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sandakan dan 768 individu daripada 177 keluarga ditempatkan di enam PPS di Pitas.", "Di SARAWAK, PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau dibuka lewat petang tadi berikutan hujan berterusan di kawasan itu sejak Jumaat, menurut JPBN Sarawak. " ]
[ " banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151301"
"Sedih rumah, barangan rosak, mangsa banjir rayu tindakan segera"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "TUMPAT, 26 Dis (Bernama) -- Tiada apa yang diharap oleh Zauyah Deraman, 36, melainkan tindakan sewajarnya daripada kerajaan untuk segera mengatasi masalah banjir yang saban tahun melanda negeri di pantai timur terutamanya Kelantan.", "Dia yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal, berkata tidak sanggup lagi melihat rumah dan barangan peribadinya rosak sehingga perlu dibuang setiap kali banjir melanda.", "“Orang yang tak pernah kena banjir tak tahu perasaan kami yang setiap tahun jadi mangsa. Sedih apabila lihat banyak barang rosak dan setiap tahun nak kena beli barang baharu,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Ana, di sini hari ini.", "Zauyah yang tinggal berdua bersama ibunya, Fatimah Yusof, 74, berkata banjir kali ini adalah paling teruk pernah dialami apabila paras air di dalam rumah mencecah hingga 0.7 meter.", "Menurutnya air mula melimpah masuk ke pekarangan rumahnya pada petang Isnin lepas (19 Dis) dan naik mendadak menjelang malam menyebabkan dia segera meminta bantuan daripada rakannya untuk mengalihkan perabot ke tempat yang dirasakan selamat.", "“Kami ingat sudah letak di tempat selamat, rupa-rupanya banjir kali ini lebih tinggi daripada yang berlaku bulan Mac lepas,” katanya.", "Situasi tersebut memaksa dia dan ibunya berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat selama enam hari dan hanya pulang ke rumah dua hari lepas.", "“Terkejut juga lihat keadaan dalam rumah yang agak huru-hara dengan perabot masih ditenggelami air. Selain itu, dinding rumah turut rosak dan lantai pula reput akibat terlalu lama terendam dalam air, tambah menyedihkan apabila melihat mesin basuh serta peti ais juga rosak,” katanya. ", "Menurut Zauyah dengan keadaan dirinya yang cacat kedua-dua tangan dan kaki serta ibu yang uzur, memang mustahil untuk mereka mencuci pakaian dengan tangan." ]
[ "oku", " mangsa", " banjir", " bantuan", " cuci", " rumah", " kelantan", " zauyah deraman" ]
"news_bencana.php?id=2151284"
"Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Sabah menurun, Perak kekal"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Sabah pada petang ini menunjukkan trend penurunan berbanding pagi tadi, manakala di Perak kekal. ", "Bagaimanapun, jumlah penduduk di pesisir pantai di Sabah terutamanya yang tinggal di rumah atas air yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran fenomena air pasang besar pada petang ini meningkat berbanding pagi tadi. ", "Di KELANTAN, seramai 3,900 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas 12 PPS di negeri itu ditutup setakat 4 petang ini.", "Perkembangan itu menjadikan seramai 1,511 mangsa banjir daripada 515 keluarga masih berada di enam PPS petang ini, berkurangan berbanding 5,411 orang daripada 1,787 keluarga pagi tadi.", "Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Kapten (PA) Mohd Hanif Omar memaklumkan kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di enam PPS di jajahan Pasir Mas dan Tumpat.", "“Lima PPS di Pasir Mas menempatkan 1,174 mangsa daripada 390 keluarga, manakala sebuah PPS di Tumpat menempatkan 337 mangsa daripada 125 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.", "Di TERENGGANU, situasi banjir semakin pulih apabila jumlah mangsa turun mendadak kepada 138 berbanding 1,438 pagi tadi.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kini hanya Besut yang masih mempunyai mangsa banjir yang sedang berlindung di dua PPS iaitu seramai 126 orang di Masjid Kampung La dan 12 mangsa di Balairaya Kampung Pantai.", "Manakala, di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 62 orang daripada 14 keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Batu 7 dan Kampung Batu 7 1/2 Lorong Mesra, Changkat Jong, yang kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART), Hilir Perak." ]
[ "banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151267"
"Kes baharu COVID-19 turun 18.7 peratus minggu lepas"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18 hingga 24 Dis lepas merekodkan penurunan 18.7 peratus dengan 5,894 kes berbanding 7,249 kes pada minggu sebelumnya (ME50/2022).", "Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 18.7 peratus iaitu daripada 7,232 kes kepada 5,880 kes.", "“Bilangan kes import juga menurun sebanyak 17.6 peratus iaitu 17 kes kepada 14 kes,” katanya dalam kenyataan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 hari ini.", "Beliau berkata pada ME51/2022, bilangan kes kematian turut berkurangan sebanyak 34 peratus iaitu 31 kes pada minggu itu berbanding 47 kes, minggu sebelumnya.", "“Purata kes aktif setiap hari bagi ME51/2022 menurun sebanyak 13.7 peratus iaitu (16,895 kes kepada 14,580 kes),” katanya dan menambah purata nilai kadar kebolehjangkitan (RT) direkodkan pula ialah 0.84, pada minggu berkenaan.", "Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh juga menunjukkan penurunan dengan 7,791 kes pada ME51/2022 berbanding 10,330 kes pada minggu sebelumnya.", "Mengenai situasi bencana banjir, beliau berkata pada ME51/2022 enam kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir.", "“Kesemuanya adalah kes ringan dan pesakit meneruskan isolasi di rumah setelah pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup,” katanya yang turut memberitahu tiada sebarang kes positif COVID-19 dilapor di PPS.", "Selain itu, katanya 3,212 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS antaranya melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) iaitu 1,749 kes dan penyakit kulit (1,232), konjunktivitis (124), acute gastroenteritis (106) dan chicken-pox (satu)." ]
[ "covid-19", " noor hisham", " kes baharu", " turun", " banjir", " pps" ]
"news_bencana.php?id=2151254"
"Rumah penduduk Kampung Tersang semakin reput akibat banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR MAS, 26 Dis (Bernama) -- Beberapa mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini menyatakan kebimbangan apabila rumah mereka yang diperbuat daripada kayu, kini reput akibat sering ditenggelami banjir.", "Che Ali Che Mud, 60, berkata sejak dua tahun lalu rumah pusaka yang didiaminya sering ditenggelami banjir, menyebabkan dinding dan lantai mulai runtuh.", "“Kerana rumah selalu rosak, saya mendapat sumbangan kayu baru untuk gantikan lantai pada Oktober lalu, tetapi belum sempat untuk membinanya, air banjir naik melepasi bumbung Ahad lalu.", "“Kita guna kayu biasa yang akhirnya mudah reput setiap kali ditenggelami banjir,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini, hari ini.", "Che Ali mengakui Kampung Tersang sering dilanda banjir, namun sejak dua tahun lalu apabila sebuah projek tebatan banjir dilaksanakan kira-kira 200 meter dari rumah, situasi banjir semakin buruk malah paras air naik sehingga bumbung rumah.", "Beliau yang tinggal bersama dua anak, Mohd Haziqin, 30, dan Lokman Haqim, 20, setelah isterinya Rahimah Mamat meninggal dunia akibat COVID-19 tahun lepas, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh.", "“Rumah saya terletak jauh ke dalam kampung dan perlu mengharungi banjir menggunakan bot atau perahu, dengan meredah ladang kelapa sawit serta getah sejauh satu kilometer.", "“Banjir melanda Kampung Tersang sejak dua minggu lalu dan air banjir termenung ini biasanya akan surut dalam tempoh jangkaan dua minggu lagi,” katanya yang bekerja sebagai buruh.", "Seorang lagi penduduk, Joh Che Wil, 80 berkata rumahnya yang diperbuat daripada separa kayu dan batu turut terjejas akibat banjir." ]
[ " banjir", " kampung tersang", " rantau panjang", " rumah", " reput", " rosak" ]
"news_bencana.php?id=2151243"
"Bantuan khas banjir mula diagih Januari hingga Februari depan - MB T'ganu"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Bernama) -- Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Terengganu dijangka mula diagihkan pada Januari hingga Februari depan.", "Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana pihaknya perlu meneliti serta mendapatkan senarai mangsa daripada jabatan serta agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan urusan berkenaan.", "Beliau berkata 10,000 KIR dijangka akan menerima bantuan itu bagi meringankan beban selepas mengalami kerugian harta benda akibat banjir teruk bermula 18 Dis lepas.", "“Mekanisme (bantuan) adalah seperti amalan sebelum ini iaitu secara tunai untuk ringankan beban mangsa,\" katanya ketika ditemui selepas Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini, hari ini.", "Menurutnya bagi bantuan selain wang tunai, ia akan diteliti oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat, yang kemudiannya akan dikemukakan kepada kerajaan negeri, dan ketika ini kerajaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan pasca banjir bagi membolehkan mangsa dapat pulang ke rumah dengan selamat.", "\"Paling penting semua mangsa dapat pulang ke rumah, untuk seminggu ini fokus kepada kerja pembersihan dahulu. Keperluan lain akan diteliti oleh JPKK masing-masing kerana masalah setiap orang tak sama,\" katanya.", "Sementara itu Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata beliau akan memohon supaya kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring Fasa Dua bagi mengatasi masalah banjir teruk di kawasan Kuala Nerus.", "Katanya projek fasa satu yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini juga perlu kepada penambahbaikan bagi menghadapi banjir luar jangka seperti yang berlaku minggu lepas.", "\"Banjir kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah. Projek tebatan yang direka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) sebelum ini adalah berdasarkan keadaan lama." ]
[ "ahmad samsuri mokhtar", " bantuan", " banjir", " kir", " tebatan banjir" ]
"news_bencana.php?id=2151219"
"Rumah Persatuan Orang Cacat JB terbakar, penjaga melecur"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "JOHOR BAHRU, 26 Dis (Bernama) -- Seorang penjaga Rumah Persatuan Orang Cacat Johor Bahru melecur di bahagian badan susulan kebakaran di rumah tersebut di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, di sini pagi tadi.", "Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata lelaki berusia 64 tahun itu melecur 30 peratus badannya dalam kejadian pada 7.53 pagi.", "Beliau berkata ketika kejadian hanya terdapat empat lelaki warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan berusia 60 hingga 70-an di rumah itu dan kesemuanya terselamat hasil bantuan orang awam.", "“Operasi pemadaman dilakukan sebaik Pasukan Keluaran Operasi tiba dan rumah jenis separuh kekal itu terbakar 65 peratus.", "“Seorang penjaga melecur 30 peratus di anggota badan, manakala empat OKU cacat penglihatan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya menerusi kenyataan di sini.", "Beliau berkata penjaga terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.", "-- BERNAMA" ]
[ " bomba", " kebakaran", " rumah persatuan orang cacat johor bahru", " mohamad faiz suleiman" ]
"news_bencana.php?id=2151214"
"Tanah runtuh di Batang Kali kejadian kedua terbesar libatkan jumlah mangsa maut"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali dekat sini pada 16 Dis lepas merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.", "Tragedi pada kira-kira pukul 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.", "Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut.", "Menurut Komander Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Mohd Khairul Jamil ketika menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan, pihaknya agak terkejut apabila diberitahu jumlah mangsa yang terlibat adalah 100 orang.", "“Kebiasaannya sebelum ini kejadian runtuhan hanya melibatkan seramai tiga atau empat orang mangsa, bila diberitahu 100 orang mangsa terlibat dalam kejadian pada hari itu ia amat mengejutkan saya.", "“Kemudian saya mengarahkan satu pasukan 10 anggota yang diketuai oleh Ketua Sektor Heavy USAR SMART, Mohamad Hafiezul Abdul Halim ke lokasi kejadian. Kejadian di Batang Kali ini merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan mangsa yang terkorban selepas Highland Towers,” katanya dalam “Rancangan Apa Khabar Malaysia” terbitan Bernama TV hari  ini.", "Dalam pada itu Mohamad Hafiezul berkata peranan pasukan beliau di lokasi kejadian adalah untuk memberi bantuan dari segi kepakaran dan khidmat nasihat agar kerja-kerja mencari dan menyelamat dapat dijalankan dengan lebih berkesan.", "Beliau berkata antara alatan yang dibawa oleh pasukannya pada hari pertama kejadian adalah “structural movement sensor” yang mengawasi pergerakan tanah yang boleh membahayakan pasukan penyelamat.", "“Antara lain pasukan kami juga yang memberi nasihat agar jentera berat digunakan dalam kerja mencari susulan ketebalan tanah yang dianggarkan sehingga 20 meter,” katanya." ]
[ "tanah runtuh", " batang kali", " tapak perkhemahan", " pasukan smart", " sar", " banjir" ]
"news_bencana.php?id=2151213"
"LKIM minta nelayan berdaftar dengan persatuan"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "TUMPAT, 26 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta agar nelayan di seluruh negara mendaftar dengan persatuan bagi memudahkan proses bantuan sekiranya mereka ditimpa musibah.", "Ketua Pengarah LKIM Yusoff Othman berkata pihaknya hanya dapat membantu nelayan yang menjadi ahli sahaja selain banyak faedah boleh diterima.", "“Nelayan hendaklah berdaftar dengan persatuan nelayan kerana hendak dapatkan data supaya kita dapat pastikan kaum nelayan terbela dan tiada yang tercicir daripada bantuan. Data menunjukkan setakat ini ada dalam 20,000 hingga 30,000 lagi nelayan masih belum berdaftar di seluruh negara.", "“Rugi sekiranya mereka tidak berdaftar kerana banyak faedah yang kerajaan salurkan seperti elaun sara hidup, subsidi diesel, pinjaman tanpa faedah dan banyak lagi termasuklah bantuan sekiranya berlaku bencana seperti banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada nelayan dari daerah ini yang terjejas banjir.", "Yusoff berkata walaupun terdapat 1,250 nelayan terlibat dengan banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan, namun ia tidak menjejaskan bekalan stok ikan di ketiga-tiga negeri tersebut.", "“Untuk pendaratan di tiga negeri ini ada sedikit pengurangan tapi tidak signifikan. Tapi sekiranya ada pengurangan yang signifikan, LKIM akan mengeluarkan stok ikan segar beku (QFish) bagi menstabilkan bekalan,” katanya.", "Sebanyak 36 ketua isi rumah nelayan dari daerah Tumpat yang terlibat dalam bencana banjir minggu lepas menerima sumbangan wang tunai RM500 dan kit makanan.", "Yusoff turut meminta nelayan yang mengalami kerosakan bot dan peralatan menangkap ikan supaya membuat laporan polis bagi memudahkan proses permohonan bantuan peralatan baharu agar aktiviti mereka tidak terjejas.", "-- BERNAMA" ]
[ "nelayan", " banjir", " lkim", " bantuan", " bekalan", " ikan", " pantai", " timur" ]
"news_bencana.php?id=2151175"
"Lebih 7,000 mangsa banjir berlindung di PPS pagi ini"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Sebanyak 7,054 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan Kelantan, Terengganu, Perak dan Sabah, setakat 8 pagi ini.", "Selain itu, hampir 1,500 penduduk di pesisir pantai di Sabah terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS setakat ini, berikutan fenomena air pasang besar.", "Di KELANTAN, sebanyak 5,411 orang daripada 1,787 keluarga masih berada di PPS pagi ini berbanding 5,585 orang daripada 1,835 keluarga malam tadi.", "Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Kapten (PA) Mohd Hanif Omar memaklumkan kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 18 PPS melibatkan Jajahan Pasir Mas dan Tumpat.", "“Seramai 4,229 orang daripada 1,399 keluarga ditempatkan di 12 PPS di Pasir Mas manakala 1,182 orang daripada 388 keluarga berada di enam PPS di Tumpat,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Di TERENGGANU, situasi banjir pagi ini semakin baik dengan jumlah mangsa yang masih berada di PPS telah berkurangan kepada 1,438 orang berbanding 1,628 orang, malam tadi.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat ini, 12 PPS masih beroperasi di empat daerah iaitu di Kuala Nerus yang menempatkan 1,090 mangsa; Besut (183); Kuala Terengganu (89) dan Marang (76).", "Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan bilangan mangsa banjir di negeri berkenaan setakat 8 pagi ini sama seperti malam tadi dengan 62 orang daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Daerah Hilir Perak.", "Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud kekal 143 orang daripada 58 keluarga pagi ini, dengan 62 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan manakala selebihnya berada di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa." ]
[ "banjir", " mangsa", " pps", " air pasang", " bencana", " fenomena" ]
"news_bencana.php?id=2151166"
"Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan catat penurunan malam ini"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan penurunan setakat 8 malam tadi, namun penduduk di persisir pantai Sabah yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar bertambah. ", "Di TERENGGANU, mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) turun kepada 1,628 orang berbanding 3,908 mangsa pada petang tadi dengan Kuala Nerus merekodkan 1,215 orang, Besut (183), Kuala Terengganu (154) dan Marang (76).", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan semua PPS di Hulu Terengganu dan Dungun telah ditutup dan hanya 13 PPS masih beroperasi di empat daerah yang menempatkan 430 keluarga.", "Di KELANTAN, 5,073 mangsa banjir daripada 1,692 keluarga masih berlindung di 19 PPS di Pasir Mas dan Tumpat malam ini, berkurangan berbanding 7,746 mangsa daripada 2,561 keluarga petang tadi.", "Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, dua sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dengan bacaan 9.12 meter (m) dan Kampung Jambu, Tumpat (2.61m).", "Di PERAK, 62 orang daripada 14 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di daerah Hilir Perak setakat 8 malam ini.", "Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud turun kepada 143 mangsa daripada 58 keluarga malam ini berbanding 212 orang daripada 77 keluarga petang tadi.", "Bagaimanapun, jumlah penduduk di persisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan akibat fenomena air pasang besar meningkat kepada 1,288 mangsa daripada 267 keluarga, berbanding 1,151 orang daripada 241 keluarga petang tadi.", "Seramai 513 mangsa dipindahkan di sebuah PPS di Sandakan, 54 orang berada di sebuah PPS di Kota Kinabalu manakala 721 mangsa lagi di enam PPS di Pitas." ]
[ "banjir", " pps", " kelantan", " terengganu", " perak", " sabah", " sarawak" ]
"news_bencana.php?id=2151158"
"Tragedi tanah runtuh: Operasi SAR tinggalkan kesan mendalam kepada anggota penyelamat"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "BATANG KALI, 25 Dis (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini yang berakhir hari ini, meninggalkan kesan mendalam kepada anggota-anggota penyelamat.", "Ketua Zon Hulu Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ahmadi Muhamad Hasan berkata selain fizikal, emosi anggota juga terkesan sepanjang sembilan hari operasi SAR berlangsung.", "Mengimbas kembali usaha mengesan mangsa tragedi itu, beliau berkata faktor tanah lembut dan cuaca hujan menyukarkan pergerakan dan menuntut kudrat anggota penyelamat.", "“Tidak dapat dinafikan emosi pasukan di ground zero juga kadangkala terjejas terutamanya apabila gagal menemukan mangsa atau petunjuk baharu keberadaan mangsa di bawah runtuhan tanah,” katanya kepada Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian di sini hari ini.", "Ahmadi berkata pasukan penyelamat diberikan terapi minda dan kata-kata semangat bertujuan memulihkan kembali motivasi bagi meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa.", "Meskipun dengan penemuan mayat empat sekeluarga yang merupakan korban ke-27, ke-28, ke-29 dan ke-30 pada hari ketujuh pencarian, beliau berkata operasi SAR terus berdepan kesukaran.", "\"Hendak mencari hanya seorang lagi mangsa dalam kawasan yang sangat luas iaitu hampir 15 ekar (6.07 hektar) sangat sukar,” katanya.", "Ahmadi berkata selain kerja pengorekan dan penggalian melibatkan jengkaut, anggota penyelamat bersama anjing pengesan perlu membuat pencarian di kawasan sama berkali-kali bagi mengesan mangsa.", "\"Syukur Alhamdulillah akhirnya sekitar 4.50 petang semalam, kita berjaya menemukan mayat terakhir. Sebagai pasukan penyelamat, apabila jumpa mangsa, itulah ubat paling mujarab untuk hilangkan segala kepenatan kami,\" katanya." ]
[ "tanah runtuh", " batang kali", " anggota", " penyelamat " ]
"news_bencana.php?id=2151152"
"Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh Batang Kali dikenal pasti - NADMA"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Identiti mayat mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang ditemukan semalam sudah dikenal pasti.", "Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini, korban ke-31 tragedi tanah runtuh itu dikenali sebagai Eng Shao Qi, merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.", "NADMA dalam kenyataan itu turut memaklumkan kesemua proses bedah siasat untuk kesemua mayat telah selesai dijalankan, dikenal pasti dan telah diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.", "“Proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi empat kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, gigi dan pengecaman pihak waris pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa,” menurutnya.", "Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh berakhir selepas mayat terakhir ditemukan oleh pasukan SAR dalam beg tidur kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan di Sektor A.", "Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi, 16 Dis lepas itu menyaksikan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan dalam kejadian itu.", "-- BERNAMA", " ", " " ]
[ "tanah runtuh", " tragedi", " kanak-kanak", " 11 tahun", " kenal pasti", " mayat" ]
"news_bencana.php?id=2151139"
"Keadaan banjir di empat negeri bertambah baik petang ini"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan, Perak dan Sarawak bertambah baik petang ini dengan jumlah mangsa menunjukkan trend penurunan berbanding pagi tadi, manakala jumlah mangsa akibat fenomena air pasang besar di Sabah meningkat.", "Di TERENGGANU, keadaan banjir terus bertambah baik apabila jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan kepada 3,908 berbanding 5,810 orang pagi tadi, dengan semua PPS di Setiu telah ditutup.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, kini sebanyak 30 PPS masih beroperasi di enam daerah yang menempatkan 1,182 keluarga dan keadaan cuaca hari ini juga dilaporkan cerah.", "Kuala Terengganu merekodkan seramai 539 mangsa, Besut (233), Dungun (575), Marang (76), Hulu Terengganu (1,105) dan Kuala Nerus (1,380).", "Di KELANTAN, seramai 7,746 mangsa banjir daripada 2,561 keluarga berlindung di 19 PPS, membabitkan jajahan Pasir Mas dan Tumpat petang ini, berbanding 12,786 mangsa banjir daripada 4,393 keluarga pagi tadi, menurut kenyataan JPBN negeri itu.", "Semenatara itu, berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, hanya satu sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dengan bacaan 9.30 meter.", "Di PERAK, bilangan mangsa banjir menurun sedikit kepada 62 orang membabitkan 14 keluarga di daerah Hilir Perak, setakat jam 4 petang tadi, berbanding 75 orang daripada 19 keluarga sebelum itu.", "Sekretariat JPBN Perak memaklumkan PPS SK Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk yang sebelum ini menempatkan 13 mangsa daripada lima keluarga di daerah itu, ditutup sepenuhnya hari ini pada pukul 12 tengah hari tadi dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.", "Jumlah mangsa banjir di SARAWAK pula menyaksikan penurunan mendadak setakat 3 petang ini apabila hanya 84 mangsa daripada 27 keluarga dilaporkan berada di PPS, berbanding 1,424 orang daripada 381 keluarga pagi tadi." ]
[ " banjir", " air pasang besar", " perak", " pahang", " kelantan", " terengganu", " sabah", " sarawak" ]
"news_bencana.php?id=2151138"
"Risiko banjir kilat di lima daerah di Sabah dalam tempoh 12 jam"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA KINABALU, 25 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam ini di lebih 20 kawasan di lima daerah di Sabah sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.", "Menurut JPS daerah terlibat adalah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan, berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.", "Lokasi 'hotspot' berisiko banjir bagi Kota Marudu adalah Kampung Ongkilian, Kampung Parong, Kampung Rakit, Kampung Popok Laut, Kampung Papar, Kampung Damai, Kampung Kuranji, Kampung Tarangkapas, Kampung Rasak Laut, Kampung Garuda, Kampung Longob, Kampung Masolog, Kampung Rasak Darat dan kawasan sekitarnya.", "Di Kudat pula membabitkan Kampung Andab Jawa, Kampung Korina, Kampung Naradang dan kawasan sekitar.", "Bagi Pitas, kawasan berisiko Kampung Pitas, Kampung Kusilad, Kampung Sinsilog, Kampung Kelumpang, Kampung Kalipuon, Kampung Komiri, Kampung Andab, Kampung Barasan, Kampung Tambilidon, Kampung Sinasak, Kampung Rukom Laut, Kampung Kanibongan, Kampung Indah, Kampung Boribi dan kawasan sekitarnya.", "Di Sandakan kawasan berisiko banjir kilat adalah Kampung Gum Gum Batu 16 dan sekitarnya, manakala di Paitan melibatkan Kampung Sungai-Sungai dan sekitarnya.", "Notis itu dikeluarkan pada 3.15 petang untuk membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.", "Orang ramai boleh melayari laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut.", "-- BERNAMA" ]
[ "notis", " jps", " banjir kilat", " sabah", " metmalaysia" ]
"news_bencana.php?id=2151126"
"Usahawan terjejas bencana boleh mohon tangguh bayaran balik pinjaman - Ewon"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA KINABALU, 25 Dis (Bernama) -- Usahawan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman seperti Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia sehingga tempoh enam bulan.", "Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata penangguhan pinjaman agensi di bawah kementeriannya itu adalah langkah penting bagi membantu usahawan terbabit memulihkan kembali perniagaan mereka yang terjejas.", "“Peminjam ini yang terjejas akibat banjir, nyawa mesti diselamatkan keperluan segera seperti makanan, sanitasi dan sebagainya itu perlu dan bagi kementerian ini, kami tangguhkan bayaran balik pinjaman supaya mereka juga boleh uruskan hal berkaitan bencana.", "“Menjadi dasar kementerian, untuk membantu usahawan terlibat antaranya dengan menangguhkan bayaran balik pinjaman ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas kementerian itu di sini hari ini.", "Ewon berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi akan mewujudkan tabung bencana tidak lama lagi bagi membantu koperasi yang terjejas akibat bencana itu.", "-- BERNAMA", " " ]
[ "sabah", " bencana", " usahawan", " pinjaman", " ewon benedick" ]
"news_bencana.php?id=2151105"
"Helikopter Bomba hantar 21 tan bekalan makanan ke perkampungan Orang Asli"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "GUA MUSANG, 25 Dis (Bernama) -- Sejumlah 21 tan bantuan bekalan makanan untuk 1,400 keluarga masyarakat Orang Asli mula dihantar ke beberapa perkampungan mereka di sini menggunakan helikopter Mi-17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).", "Bantuan dihantar ke perkampungan Orang Asli termasuk di Pos Gob, Pos Belatim, Pos Bihai, Pos Balar dan kampung sekitar menggunakan helikopter susulan lokasi terlibat terputus hubungan kerana laluan balak rosak teruk akibat hujan.", "Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff berkata perkhidmatan Unit Udara JBPM Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang diperlukan kerana tiada jalan darat yang boleh digunakan untuk memasuki perkampungan terlibat. ", "“Apabila terputus jalan perhubungan, masyarakat Orang Asli kehabisan bekalan makanan kerana tanaman ubi juga tidak menjadi akibat kehadiran gajah di tempat mereka.", "“Hari ini kita akan mulakan penghantar ke perkampungan yang paling jauh dan sukar iaitu Kampung Gawin yang melibatkan 43 keluarga dan seterusnya ke Kampung Gob yang mempunyai 144 keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang, di sini hari ini.", "Ab Aziz berkata sekiranya cuaca baik penghantaran akan diteruskan ke Kampung Simpor dan Kampung Jader yang secara keseluruhan mempunyai 232 keluarga yang terjejas. ", "“Diharap dengan bantuan bekalan makanan antaranya beras, gula, biskut, sardin dan tepung gandum ini dapat menampung keperluan mereka sementara menunggu keadaan cuaca bertambah baik,” katanya. ", "Sementara itu, Penolong Kanan Penguatkuasa Bomba Mohd Azuna Mohamed Sabri berkata kesemua kru penerbangan yang menghantar bantuan makanan tersebut, terlibat dengan bantuan banjir di Wakaf Tapai, Terengganu, sejak seminggu lepas sebelum tiba di Gua Musang bagi meneruskan bantuan di daerah ini. ", "“Penerbangan melibatkan sembilan orang kru dan kami akan menghantar 21 tan bekalan ke perkampungan Orang Asli. Penghantaran akan dilaksanakan sekurang-kurangnya lima hari untuk sampai ke semua tempat yang terlibat," ]
[ "helikopter", " bantuan", " bekalan", " makanan", " orang asli", " gua musang", " jbpm", " jakoa" ]
"news_bencana.php?id=2151093"
"Tanah runtuh: NADMA kini fokus soal pengurusan pasca bencana"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Biarpun operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali telah berakhir secara rasmi 12 tengah hari tadi, namun kerajaan akan terus membantu mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata fokus kini terarah kepada pengurusan pasca bencana dan bagi tujuan itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diberikan tanggungjawab untuk melaksanakannya. ", "“NADMA akan membantu penyaluran bantuan sebaik mendapat data dan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Beliau turut mengucapkan takziah kepada semua 92 orang mangsa dan ahli keluarga yang terlibat serta merasa amat berdukacita dengan kematian 31 mangsa.", "Pada masa yang sama, Armizan juga merakamkan setinggi-tinggi  penghargaan terhadap semua ahli pasukan bantuan SAR daripada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus dalam operasi selama sembilan hari sejak 16 Dis lalu, tanpa mengira penat lelah serta keadaan cuaca.", "Ucapan terima kasih turut beliau tujukan kepada kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohamad Hanafe Basri selaku Pengerusi JPBD, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Supt Suffian Abdullah  dan semua pihak yang terlibat dalam setiap aspek pengurusan bencana tanah runtuh ini.", "“Selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat di barisan hadapan seperti pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta banyak lagi,” kata Amrizan. ", "Dalam insiden awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.", "Pada masa yang sama, Armizan turut mengingatkan kepada semua pihak supaya terus bersiap siaga kerana negara masih lagi belum keluar sepenuhnya dari tempoh fenomena Monsun Timur Laut  2022/2023." ]
[ "batang kali", " tanah runtuh", " pasca bencana" ]
"news_bencana.php?id=2151091"
"Masyarakat Siam di Tumpat rugi ribuan ringgit akibat banjir"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "TUMPAT, 25 Dis (Bernama) -- Sebilangan masyarakat Siam di Kampung Jubakar Darat, di sini, terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit apabila barang-barang perniagaan dan peralatan rumah mereka rosak akibat banjir, termasuk yang berlaku baru-baru ini.", "Peniaga kedai runcit Ke Pot En Ding, 56, berkata sejak 22 tahun berniaga di kampung itu, dia terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit setiap tahun.", "\"Tahun ini sahaja sudah dua kali banjir iaitu pada Februari dan bulan ini, banyak barangan runcit untuk jualan dan peralatan di kedai rosak serta terpaksa dibuang.", "\"Awal minggu ini apabila banjir berlaku, air naik terlalu cepat pada waktu malam sehingga mengakibatkan kedai saya ditenggelami air separas pinggang, banyak barang runcit tidak dapat diselamatkan,\" katanya kepada Bernama, hari ini.", "Ke Pot berkata kejadian banjir terbaharu ini, dia menganggarkan mengalami kerugian kira-kira RM5,000.", "\"Mahu berpindah ke tempat lain tidak berkemampuan dan tidak mempunyai tanah. Kedai dan rumah ini ialah pusaka orang tua kami, entah berapa lama lagi kami akan menghadapi banjir yang berlaku setiap tahun ini,\" katanya sambil menambah air banjir mulai surut sejak semalam.", "Bagi Mek Kedi Eh Kelin, 58, dia kini tidak lagi menggunakan banyak barangan perabot kayu bagi mengelakkan kerugian akibat banjir.", "\"Sekarang saya guna almari besi, rak plastik yang lebih murah kerana tidak mahu membuang wang ribuan ringgit untuk membeli perabot baharu kerana banjir.", "\"Setiap tahun air banjir akan memasuki rumah saya separas pinggang dan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk surut,\" katanya." ]
[ "tinjauan", " banjir", " tumpat", " rugi", " masyarakat siam" ]
"news_bencana.php?id=2151085"
"Banjir: Ikan kerapu hibrid mati, 32 penternak rugi lebih RM1 juta"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR PUTEH, 25 Dis (Bernama) -- Seramai 32 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Semerak, di sini, mengalami kerugian lebih RM1 juta apabila ternakan mereka mati sejak empat hari lepas, akibat banjir.", "Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak Mustapa Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.", "\"Beribu-ribu ikan kerapu hibrid yang diternak mati setiap hari sejak empat hari lepas. Ikan kerapu hibrid diternak untuk pasaran Kuala Lumpur, Johor dan Singapura boleh dijual pada harga RM60 sekilogram,”  katanya kepada pemberita, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Mustapa berkata ikan berkenaan sepatutnya boleh dipasarkan pada Februari tahun depan sempena sambutan Tahun Baru Cina.", "Sementara itu, seorang penternak Wan Ahmad Taufik Wan Shukri, 24, berkata dia mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila sebilangan besar daripada 18,000 ekor ikan yang diternaknya mati.", "\"Sekarang hanya tinggal kira-kira 4,000 hingga 5,000 ekor ikan yang masih hidup,\" katanya.", "-- BERNAMA" ]
[ "ikan kerapu hibrid", " mati", " laguna semerak", " kerugian", " banjir", " pasaran" ]
"news_bencana.php?id=2151082"
"Bekalan ikan segar mencukupi - LKIM"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "JERTIH, 25 Dis (Bernama) -- Bencana banjir yang melanda Terengganu minggu lepas tidak menjejaskan bekalan ikan segar khususnya di negeri itu, kata Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusoff Othman.", "Beliau berkata pengurangan pendaratan ikan hanya berlaku di negeri-negeri pantai timur sahaja, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa.", "“Secara keseluruhan bekalan ikan tidak terjejas dan isu pengurangan pendaratan di pantai timur juga tidak signifikan sebab nelayan sekarang (pantai timur) boleh turun ke laut tidak macam dulu.", "“Dulu tidak ada pemecah ombak tapi sekarang sudah ada (pemecah ombak) yang membolehkan nelayan pergi menangkap ikan,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada 46 nelayan daerah Besut yang terjejas banjir di Kompleks LKIM Besut, di sini hari ini.", "Menurut beliau sekiranya berlaku juga masalah kekurangan ikan, LKIM akan mengeluarkan stok ikan segar beku (QFish) bagi menstabilkan bekalan protein tersebut.", "Terdahulu, Yusoff turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500, Qfish dan beras di bawah program Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan LKIM kepada 36 nelayan di Chalet Nelayan Resort di daerah Setiu.", "“Program ini adalah program yang dilaksanakan secara berterusan bagi memberi bantuan segera kepada nelayan yang terjejas dalam bencana alam atau kemalangan sekali gus meringankan beban mangsa dan keluarga.", "“Pada tahun ini sahaja, LKIM telah menyalurkan bantuan melalui tabung berkenaan berjumlah RM1.1 juta kepada 1,337 penerima,” katanya.", "Menurutnya LKIM juga mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana LKIM di peringkat negeri dan ibu pejabat untuk menyelaras persiapan bantuan kepada komuniti nelayan." ]
[ "lkim", " nelayan", " bekalan ikan", " qfish", " banjir" ]
"news_bencana.php?id=2151070"
"Kerajaan serah sumbangan RM80,000 kepada dua keluarga mangsa tanah runtuh"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "ALOR GAJAH, 25 Dis (Bernama) -- Kerajaan menyerahkan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada dua keluarga mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Selangor hari ini.", "Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin kepada Lai Hua Kiong, 54, dan Tai Seng Fui, 63, di Kampung Machap Baru di sini hari ini.", "Lai kehilangan empat ahli keluarganya iaitu Lai Chee Sam, 33, Lai See Tin, 33, Giselle Lai Yu Xi, 6, dan Jonas Lai Ze Kai, 2 , manakala Tai juga kehilangan empat ahli keluarga iaitu Tai Chang Lin, 35, Yu Siew Pay, 34, Tai Jing Key, 7, (he) dan Tai Jing Rou, 4.", "Shamsul Iskandar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan berharap sumbangan itu dapat meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan.", "\"Yang kedua, perdana menteri turut menyampaikan rasa terima kasih yang mendalam kepada seluruh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus lumus sehingga semalam dan ini tentunya menuntut kepada satu komitmen yang tinggi.", "\"Tentunya perdana menteri dan kerajaan memandang tinggi usaha-usaha mereka, dan kita harap ia dapat jadi contoh kepada agensi-agensi lain agar dapat bekerja dalam satu pasukan dan bersungguh-sungguh untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Hadir sama Exco Perrpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah Datuk Ginie Lim Siew Lin.", "Sementara itu Khairul Shahril berkata sumbangan akan diberikan bergantung kepada kesediaan waris untuk menerimanya memandangkan ada ahli keluarga yang masih bersedih dengan kejadian itu.", "Katanya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga akan membuat bayaran kepada waris mangsa dengan mengambil kira tentang keperluan pihak terbabit." ]
[ " tanah runtuh", " sumbangan", " batang kali", " nadma", " perkeso" ]
"news_bencana.php?id=2151068"
"Pertama kali dilanda banjir besar, warga emas berdepan detik cemas"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR PUTEH, 25 Dis (Bernama) -- Seorang warga emas berusia 105 tahun, Mariam Din tidak pernah menduga buat pertama kali dalam hidupnya menyaksikan kediamannya di Kampung Jelor di sini, dilanda banjir besar berikutan hujan lebat berterusan pada 18 Dis lepas.", "Mariam berkata ketika kejadian cucunya, Hadi Salleh, 46, terpaksa mengendongnya untuk segera keluar dari rumah berikutan paras air mulai naik dengan cepat dan deras sehingga mencecah paras pinggang.", "\"Cucu saya redah banjir sambil gendong saya sejauh hampir 250 meter dari rumah ke bahu jalan raya untuk pastikan saya selamat.", "\"Ketika itu saya cukup cemas kerana air naik dengan cepat di kawasan rumah dan ia merupakan pengalaman pertama saya melihat kampung dilanda banjir,\" katanya ketika ditemui Bernama di rumah anaknya Minah Yaakub, 70, di Kampung Jelor, di sini hari ini.", "Mariam yang mempunyai tujuh anak dan 39 cucu, berkata dia tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) atas faktor kesihatan dan keselamatan, sebaliknya menumpang di rumah anaknya yang tidak terjejas banjir kerana terletak di kawasan agak tinggi. ", "Seorang lagi penduduk kampung, Umar Mat Hassan, 63, pula berkata dia kerugian hampir RM5,000 selepas mengalami kerosakan harta benda seperti perabot, peralatan dapur dan barangan elektrik akibat banjir tersebut. ", "\"Saya redah banjir guna perahu orang kampung dan sampai di PPS Sekolah Kebangsaan Jelor sehelai sepinggan sebab tidak dapat selamatkan apa-apa barang yang ada di rumah.", "\"Sebelum ini, saya hanya lihat kampung lain dilanda banjir tetapi apabila terkena pada diri sendiri baru tahu betapa sukar melalui situasi cemas sebegini. Ini merupakan kali pertama Kampung Jelor dilanda banjir besar,\" katanya.", "-- BERNAMA" ]
[ "kampung jelor", " banjir", " warga emas", " kelantan", " pertama kali" ]
"news_bencana.php?id=2151059"
"JKM beri khidmat kaunseling, pantau emosi mangsa, keluarga tanah runtuh"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KOTA SAMARAHAN, 25 Dis (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia memberi bantuan kaunseling kepada mangsa terselamat dan ahli keluarga mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor, baru-baru ini.", "Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata JKM akan memantau dari semasa ke semasa keadaan emosi mangsa dan ahli keluarga yang sudah pastinya terjejas serta trauma akibat tragedi menyayat hati itu.", "“Ada keluarga yang memohon untuk bantuan kaunseling dan sudah semestinya mereka memerlukan perkhidmatan berkenaan pada waktu sebegini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Baru di sini hari ini, yang menempatkan 80 mangsa banjir daripada 24 keluarga. ", "Nancy mengakui ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia masih memerlukan masa dan ruang untuk menerima hakikat kehilangan insan kesayangan mereka dalam tragedi itu, sebelum bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling JKM. ", "Sebelum ini, JKM dalam kenyataannya memaklumkan pegawai psikologi ditempatkan di Balai Polis Hulu Yam Bharu, Selangor bagi intervensi krisis serta sokongan psikologi kepada mangsa dan keluarga mereka yang trauma berikutan tragedi tersebut. ", "Tragedi pada awal pagi 16 Dis lepas itu, membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban iaitu 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa. ", "Mengenai situasi banjir, Nancy berkata bantuan JKM seperti makanan kering dan kaunseling di kesemua PPS yang beroperasi di seluruh negara berjalan lancar setakat ini. ", "Menurutnya persiapan bantuan telah bermula sejak Oktober lepas memandangkan bencana banjir sudah diramal akan berlaku. ", "“Kita sudah jangka (banjir) akan berlaku bukan sahaja di Sarawak tapi di seluruh negara. Persiapan dilakukan awal kerana kita takut kalau (hulur bantuan apabila sudah) berlaku banjir, kita tidak dapat memberi bantuan dalam masa yang singkat,” katanya. " ]
[ "tragedi tanah runtuh", " nancy", " kaunseling", " banjir", " sarawak", " pps" ]
"news_bencana.php?id=2151046"
"Tangkap haruan sambil jalin ukhuwah kaki pancing"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "PASIR MAS, 25 Dis (Bernama) -- Banjir yang belum surut sepenuhnya tidak menjadi penghalang kepada kaki pancing melepaskan ‘gian’ untuk ‘bertarung’ dengan ikan, malah musim ini dianggap waktu paling sesuai untuk mereka menangkap haruan yang kebiasaannya berada di paya yang sukar dibolosi.", "Justeru, Kelab Sukan dan Rekreasi Pasir Mas Caster mengambil kesempatan itu dengan menganjurkan pertandingan memancing ‘Flood Haruan Challenge’ yang berjaya menarik penyertaan hampir 200 kaki pancing.", "Menurut wakil penganjur, Yusri Yusuf, 49, pertandingan yang diadakan di Mukim Pohon Tanjung, di sini semalam, turut menarik penyertaan pemancing dari Pahang, Johor dan Terengganu.", "Tinjauan Bernama mendapati suasana ketika pertandingan bagaikan pesta apabila peserta memenuhi hampir segenap kawasan yang digenangi air termasuk di sekitar rumah penduduk, dalam misi menangkap haruan.", "“Acara ini memang bergantung sepenuhnya kepada musim monsun yang membawa kepada banjir di pantai timur. Tujuan kami menganjurkan pertandingan ini juga untuk menjalinkan ukhuwah dalam kalangan kaki pancing,” katanya.", "Yusri berkata pertandingan yang memasuki edisi kelapan itu turut membuka peluang kepada peniaga kecil di sekitar kawasan berkenaan menjana pendapatan.", "Sementara itu, mekanik dari Pasir Puteh, Wan Eruang, 41, berkata dia hanya mahu mencuba nasib menyertai pertandingan itu selain melepaskan gian setelah beberapa hari tidak memegang joran.", "“Biasanya selepas banjir peluang untuk dapat ikan haruan lebih tinggi. Ini kerana paras air yang meningkat telah membawa haruan yang selama ini bersembunyi di paya ke tebing daratan,” kata pemancing tegar itu.", "Mohd Zarif, 28, dari Tumpat pula berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk keluar memancing setiap kali banjir mula surut kerana pada waktu itu lebih mudah untuk mendapat ikan." ]
[ "kelab sukan dan rekreasi pasir mas caster", " banjir", " memancing", " haruan", " pertandingan" ]
"news_bencana.php?id=2151043"
"Tanah runtuh: Operasi SAR ditamatkan secara rasmi 12 tengah hari - KPN"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "BATANG KALI, 25 Dis (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, yang bermula 16 Dis lepas, ditamatkan secara rasmi pada 12 tengah hari ini.", "Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata keputusan berkenaan dibuat setelah polis mengesahkan tiada lagi mangsa yang terlibat atau hilang dalam kejadian itu.", "“Polis memuktamadkan mangsa tanah runtuh yang terlibat adalah seramai 92 orang iaitu masing-masing 61 selamat dan 31 meninggal dunia.", "“Hanya urusan teknikal sahaja masih diteruskan di lokasi kejadian melibatkan agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK), di sini, hari ini.", "Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh berkenaan iaitu seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia antara 7 hingga 12 tahun, ditemukan oleh pasukan SAR pada 4.35 petang semalam, dalam keadaan telungkup di tebing bukit, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view).", "Sementara itu Acryl Sani berharap, operasi kali ini menjadi satu templat atau pencontoh yang boleh diguna pakai oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk menghadapi sebarang kejadian seumpama itu pada masa akan datang. ", "\"Saya percaya ini adalah satu-satunya operasi yang menyaksikan setiap agensi memainkan peranan yang sesuai seperti digariskan oleh Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) (Panduan Pengurusan Bencana di Malaysia), jadi tiada pertindihan ketika menjalankan tugas,\" katanya. ", "Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kerana telah menganjurkan pelbagai kursus melibatkan pengurusan bencana yang membantu agensi-agensi penyelamat untuk lebih memahami peranan masing-masing." ]
[ " sar", " tamat", " polis", " bencana", " nadma", " bomba" ]
"news_bencana.php?id=2151035"
"Pastikan ada ahli keluarga mahir CPR, mampu selamatkan mangsa lemas"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA NERUS, 25 Dis (Bernama) -- Setiap ketua isi rumah terutama penduduk di kawasan sering dilanda bencana banjir, perlu memastikan seorang daripada ahli keluarga mereka mahir melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebagai langkah awal untuk menyelamatkan nyawa.", "Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata kemahiran itu sangat penting kerana mampu menyelamatkan nyawa jika mangsa banjir berhadapan dengan kes lemas di kawasan kediaman mereka.", "\"Setiap keluarga perlu ada yang berkemahiran CPR, pergilah belajar daripada agensi-agensi penyelamat yang bertauliah untuk jalankan CPR sebab kita tak nak nanti dapat 'ajaran sesat' pula.", "\"Ini melibatkan nyawa... Keperluan CPR bukan untuk diri sendiri dan keluarga saja, kerana kebanyakan kes ada yang tak mampu selamatkan mangsa, tak dapat nak lakukan CPR walaupun sekejap saja,\" katanya ketika meninjau fenomena air laut pasang besar di Pantai Seberang Takir di sini, malam tadi.", "Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan mangsa banjir sekali lagi agar berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik apabila pulang ke rumah masing-masing nanti.", "\"Jangan terus hidupkan suis utama dahulu, pastikan semua soket kering tiada air baru hidupkan. Kalau tak tahu nak buat macam mana, tanya pihak berkuasa,\" kata Md Hilman.", "Semalam, media melaporkan sebanyak 15 kes kebakaran yang berpunca daripada litar pintas direkodkan dalam tempoh lima hari banjir teruk yang melanda negeri ini mulai 19 Dis lepas.", "Menurut Md Hilman, kebakaran itu disebabkan oleh kerosakan barangan elektrik dan pendawaian yang terjejas akibat ditenggelami air banjir.", "Sementara itu katanya, air pasang besar malam tadi menyebabkan ketinggian ombak mencecah 2.7 meter (m) hingga 2.9 m di Kuala Terengganu, manakala di Kemaman ombak setinggi 3.7 m." ]
[ " bomba", " cpr", " isi rumah", " banjir", " keselamatan" ]
"news_bencana.php?id=2151022"
"Banjir: Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Kelantan dan Terengganu menurun"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat, manakala Kelantan dan Terengganu menurun dan di Perak serta Sarawak pula bilangannya kekal setakat 8 pagi ini.", "Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 212 mangsa daripada 77 keluarga pagi ini berbanding 150 mangsa daripada 49 keluarga malam tadi.", "Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu turut dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan dengan 62 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan, manakala satu lagi PPS daerah itu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa kekal dengan 150 mangsa daripada 49 keluarga.", "Bagi fenomena air pasang besar, Sandakan menjadi daerah terbaharu terkesan dengan seramai 162 mangsa daripada 29 keluarga telah dipindahkan ke sebuah PPS, terutama melibatkan mereka yang tinggal di rumah atas air.", "Fenomena berkenaan setakat ini turut menyaksikan seramai 721 mangsa daripada 163 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas, manakala 54 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu, menjadikan keseluruhan 937 mangsa daripada 207 keluarga dipindahkan.", "Sementara itu, di TERENGGANU, JPBN dalam kenyataan memberitahu jumlah mangsa banjir yang masih berada di PPS menunjukkan penurunan kepada 5,810 pagi ini berbanding 6,356 mangsa malam tadi.", "Sebanyak 44 PPS iaitu di Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus masih beroperasi yang menempatkan 1,651 keluarga.", "Jumlah mangsa juga menurun di KELANTAN, dengan seramai 12,786 orang daripada 4,393 keluarga berlindung di dua PPS di Pasir Mas dan Tumpat direkodkan, berkurangan pagi ini berbanding 12,830 orang daripada 4,405 keluarga malam tadi.", "Di PERAK, Sekretariat JPBN berkata jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 75 orang daripada 19 keluarga dan berada di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk." ]
[ "banjir", " rangkuman", " mangsa", " pindah", " bencana", " air pasang" ]
"news_bencana.php?id=2150991"
"Banjir: Jumlah mangsa di Sabah, Perak meningkat, Kelantan dan Terengganu menurun"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Perak terus meningkat, Terengganu dan Kelantan menunjukkan trend menurun manakala di Sarawak jumlah mangsa masih kekal setakat 9 malam ini.", "Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud terus meningkat malam ini kepada 150 orang daripada 49 keluarga berbanding 123 mangsa daripada 43 keluarga petang tadi.", "Sementara itu, jumlah penduduk di pesisir pantai terutama yang tinggal di rumah atas air yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar terus meningkat kepada 766 mangsa daripada 177 keluarga berbanding 706 mangsa daripada 162 keluarga petang tadi.", "Seramai 721 mangsa daripada 163 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas, manakala 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu.", "Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 75 orang daripada 19 keluarga malam ini berbanding 69 orang daripada 17 keluarga yang berada di dua PPS petang tadi.", "Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan 62 mangsa berlindung di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib bagi Daerah Hilir Perak, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk menempatkan 13 orang. ", "Sementara itu di TERENGGANU, jumlah mangsa di PPS terus menunjukkan penurunan kepada 6,356 orang pada malam ini, berbanding 8,540 orang petang tadi.", "Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 47 PPS masih beroperasi di tujuh daerah yang menempatkan 1,785 keluarga melibatkan seramai 1,065 mangsa di Kuala Terengganu, Besut (499), Dungun (825), Marang (76), Hulu Terengganu (1,288), Setiu (126) dan Kuala Nerus (2,477).", "Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di PPS pada malam ini berkurangan kepada 12,830 mangsa daripada 4,405 keluarga berbanding 13,262 mangsa daripada 4,532 keluarga petang tadi." ]
[ "banjir", " pps", " mangsa", " air pasang besar" ]
"news_bencana.php?id=2150987"
"90 pelajar tahfiz berdepan detik cemas hadapi banjir "
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "DUNGUN, 24 Dis (Bernama) -- Seramai 90 pelajar tahfiz dan enam guru Madrasah Darul Bayan Pondok Pinang Merah berdepan detik cemas apabila madrasah mereka yang terletak berhampiran Sungai Paka, di sini dinaiki air secara mendadak dalam kejadian pada  20 Dis lepas. ", "Mudir madrasah Zulkifli Ilyas, 38, berkata ketika kejadian kesemua pelajar yang terdiri daripada 50 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga 18 tahun serta guru mereka, baru selesai  solat Subuh di Masjid Kampung (Kg) Pinang Merah dan mendapati air dari Sungai Paka melimpah dan naik mendadak. ", "“Keadaan itu menyebabkan ada dalam kalangan pelajar terpaksa mengharung air di paras lutut untuk kembali ke madrasah yang terletak bersebelahan masjid bagi menyelamatkan barangan mereka dan rakan-rakan yang lain.", "“Pada masa yang sama, pelajar yang lebih dewasa turut tolong mengawasi adik-adik pelajar yang lebih muda dan usaha pemindahan pelajar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kg Nyior, terus dilakukan secara berperingkat menggunakan bot madrasah,” katanya ketika ditemui Bernama di PPS berkenaan. ", "Katanya sehingga pukul 8 pagi, paras air terus meningkat sehingga sedalam 1.22 meter dengan arus deras sehingga beberapa batang pokok yang terletak berhampiran dengan madrasah itu tumbang dan mengenai kotak fius elektrik", "Keadaan itu menyebabkan Zulkifli terpaksa melarang pelajar kembali ke madrasah untuk mengelakkan kemungkinan mereka terkena renjatan arus elektrik.", "Beliau turut menyifatkan banjir pada tahun ini terburuk berbanding banjir besar pada 2004 dan 2014 yang melanda kawasan itu. ", "“Banjir sebelum ini naik ke paras pinggang, tetapi pada tahun ini meningkat ke paras dada… Alhamdulilah, tiada apa-apa kemalangan menimpa kami. Kenderaan guru-guru juga dapat diselamatkan, cuma ada sebahagian perabot sekolah tidak sempat untuk selamatkan,” katanya.  ", "Selain itu, Zulkifli berkata banjir kali ini menyebabkan pihak madrasah mengalami kerugian ini lebih bernilai RM30,000 melibatkan kerosakan pada enam rumah guru dan 34 pondok pelajar. " ]
[ "banjir", " tahfiz", " madrasah darul bayan pondok pinang merah", " pokok", " pps" ]
"news_bencana.php?id=2150983"
"Tanah runtuh: "Terima kasih pasukan SAR, petugas media" - Fahmi Fadzil"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan penghargaan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor.", "Ucapan yang sama turut ditujukan kepada semua petugas media yang bertungkus lumus membuat liputan dan menyampaikan perkembangan terkini sejak hari pertama tragedi itu berlaku.", "“Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang berakhir pada hari ini dan takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.", "Sementara itu dalam hantaran Facebook berasingan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut merakamkan penghargaan buat pasukan SAR daripada pelbagai agensi yang mengerah keringat mencari mangsa tragedi itu.", "“Jasa bakti anggota pasukan SAR yang terlibat amat dihargai,” katanya.", "Usaha pencarian mangsa terakhir tragedi berkenaan berakhir hari ini, selepas mayat mangsa ke-31, iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan antara 7 hingga 12 tahun ditemukan pasukan SAR 4.53 petang tadi pada kedalaman tanah 1.5 meter.", "Selepas sembilan hari operasi SAR dilaksanakan, mayat terakhir itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit dalam beg tidur, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view).", "Dalam insiden awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa.", "Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak." ]
[ "fahmi fadzil", " datuk seri mohamad hasan", " penghargaan", " media", " sar", " bencana", " tanah runtuh" ]
"news_bencana.php?id=2150976"
"Tanah Runtuh: Mayat terakhir ditemukan pada hari kesembilan SAR"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Penantian dan usaha pencarian mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali di sini, berakhir selepas mayat mangsa itu ditemukan petang tadi.", "Selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan, mayat terakhir atau mangsa ke-31 iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan antara 7 hingga 12 tahun, ditemukan pasukan SAR pada pukul 4.53 petang.", "Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view) dengan kedudukan mangsa yang tertimbus pada kedalaman tanah 1.5 meter.", "“Mayat ditemukan dalam sleeping bag dengan keadaan sempurna dan berpakaian, namun sudah mula mereput. Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.", "Walaupun kesemua mayat mangsa ditemukan, beliau berkata operasi SAR yang sudah berlangsung selama sembilan hari itu, masih diteruskan bagi kerja pemeriksaan serta siasatan lanjut di tapak kejadian, dan keputusan untuk menamatkan SAR berkenaan akan dimaklumkan esok.", "Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor Wan Md Razali Md Wan Ismail berkata mangsa terakhir itu, ditemui hasil korekan secara manual oleh anggota penyelamat yang mengesan aliran cecair, yang dipercayai daripada mayat tersebut.", "Dalam tragedi pada awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa yang terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa. Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.", "Kawasan SAR yang dibahagikan kepada tiga sektor pencarian iaitu sektor A, sektor B (farm view) dan sektor C (river side) itu, melibatkan kekuatan melebihi 250 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi serta khidmat unit anjing pengesan (K9) selain penggunaan jentera berat.", "Operasi itu melibatkan kerjasama lima agensi utama kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, JBPM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)." ]
[ "batang kali", " tanah runtuh", " operasi sar", " mangsa terakhir", " pencarian" ]
"news_bencana.php?id=2150967"
"Lapan NGO gembleng tenaga bantu mangsa banjir termenung di Tumpat"
"https://www.bernama.com/bm/am/bencana.php"
[ "TUMPAT, 24 Dis (Bernama) -- Lapan badan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga untuk menyalurkan bantuan seperti keperluan asas, makanan dan minuman kepada penduduk terjejas banjir dan tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di empat buah kampung sekitar daerah ini.", "Malah NGO terlibat perlu menempuh perjalanan kira-kira sejam menggunakan bot untuk sampai ke Kampung Kuala Jambu, Kajang Sebidang, Kubang Sawa, Naga Ibu dan Bendang Pak Yong.", "Penyelaras Program Tanggung jawab Sosial Korporat (CSR) Pasca Banjir Tumpat Che Adnan Che Kadir berkata antara NGO terlibat ialah Skuad Kebajikan Bomba Malaysia Kelantan, Kilo Lima Bravo Motorsport Club (KLBMC), Bulan Sabit Merah Kelantan dan Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEK).", "Turut sama membantu penduduk terjejas banjir ialah Third Force Kelantan, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan Pajero Club Malaysia and Friends.", "“Sejak banjir Isnin lalu kami tidak putus-putus menyediakan bot dan kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan mangsa banjir yang terkepung menerima bantuan,\" katanya kepada pemberita selepas Misi Bantuan di Kampung Kuala Jambu, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Che Adnan berkata kawasan kampung-kampung terlibat dinaiki air melebihi paras 0.8 meter menyebabkan lokasi terlibat bertukar menjadi seperti sungai.", "\"Ini menyukarkan penduduk untuk keluar ke tempat tinggi, sebab itu kami menjalankan usaha secara bersepadu mengumpul barangan keperluan untuk dihantar kepada penduduk.", "Sebanyak 1,400 pek makanan segera dan 200 pek barangan makanan keperluan asas diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir, selepas ini kami akan bergerak ke Rantau Panjang dan Pasir Mas,” katanya.", "Che Adnan berkata sebanyak lapan bot antaranya milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan untuk misi berkenaan." ]
[ "tumpat", " banjir", " termenung", " ngo", " bot", " makanan" ]

No dataset card yet

New: Create and edit this dataset card directly on the website!

Contribute a Dataset Card
Downloads last month
10
Add dataset card
Evaluate models HF Leaderboard